Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Mohd Isham bin Mohd Isa, Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
1. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Luar Negeri menyatakan:
(a) perkembangan terkini proses rundingan kod tatalaku/code of conduct (COC) di Laut China Selatan serta peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam usaha memuktamadkan COC tersebut; dan
(b) kedudukan keselamatan di perairan Batu Puteh serta langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh kerajaan bagi menanganinya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Minta Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk menjawab.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih kepada sahabat daripada Tampin.
Walaupun Tampin tak menghadapkan ke Laut China Selatan, dia menghadap ke Selat Melaka. Dia menyibuk-nyibuk tanya pasal Selat Melaka itu pun saya tak tahu Dato’ Yang di-Pertua. Tapi saya jawablah.
Dato’ Yang di-Pertua, ada dua instrumen yang mana ASEAN melihatnya sebagai suatu asas untuk kita bersama-sama mengurus Laut Cina Selatan.
Dokumen pertama kita panggil document of conduct yang mana dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, dia telah pun dibuat pada 2002 untuk kita melihat bagaimana cara negara-negara ASEAN bersama-sama kita mengurus Laut China Selatan. Ini kerana Laut China Selatan telah pun menjadi satu kawasan yang dulunya merupakan laut yang tenang, aman tapi tiba-tiba menjadi sebagai satu kawasan yang sibuk dan mendapat perhatian banyak pihak.
Jadi, ada juga kawasan-kawasan yang mana dia ada kawasan yang pertindihan, pertindihan kawasan. Jadi, untuk mengurus situasi sebegini, negara- negara ASEAN telah pun bersetuju supaya diadakan suatu apa yang dipanggil sebagai code of conduct. Tapi pada ketika itu, code of conduct ini belum dapat terlalu awal dan maka kita buat document of conduct dulu untuk kita pastikan supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik.
Antara teras di dalam document of conduct dan juga code of conduct ini Dato’ Yang di-Pertua ialah berkenaan the principal and objective tatalaku semasa kita berada di Laut China Selatan.
Nombor dua, terdapat juga isu mengenai confidence building measures untuk kita pastikan supaya pihak antarabangsa, semua pihak yakin bahawa Laut China Selatan ini sebagai satu kawasan yang aman, yang bebas, yang boleh dilalui oleh semua pihak.
Jadi, yang ketiganya antara komponen utama ialah berkenaan dengan isu safe restraint, supaya kita tidak melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan berlakunya ketegangan di kawasan Laut China Selatan itu.
Jadi, pada tahun lepas Dato’ Yang di-Pertua kita telah pun dilantik sebagai ahli ASEAN sebagai country coordinator dengan izin negara-negara China selama tiga tahun, sehinggalah tahun 2027. Jadi, kita memainkan peranan, Malaysia memainkan peranan dengan kita ada di peringkat ASEAN-nya dan juga di peringkat jawatankuasanya iaitu di peringkat pegawai-pegawai kanan. Kita panggil sebagai, apa dipanggil sebagai Senior Official Meeting on Code of Conduct.
Dia punya progress Dato’ Yang di-Pertua amat baik sekali dan kita jangkakan code of conduct ini akan dapat diselesaikan, akan dapat kita muktamadkan pada tahun ini. Kalau boleh kita muktamadkan segera kerana banyak dah perkara-perkara yang dibincangkan di dalam dokumen code of conduct ini telah pun dah dapat persetujuan banyak pihak.
Tapi satu saya nak ingatkan di sini, Dato’ Yang di-Pertua, code of conduct ini bukan merupakan instrumen yang menyelesaikan pertindihan kawasan. Dia tidak berkenaan dengan pertindihan kawasan. Pertindihan kawasan itu diselesaikan dengan cara bilateral ataupun multilateral. Tapi code of conduct ini adalah sesuatu kerangka di mana Laut China Selatan ini mestilah menjadi sebagai satu laut yang bebas, laut yang boleh digunakan oleh semua pihak, laut perdagangan dan laut yang sentiasa selamat untuk digunakan oleh semua pihak.
Jadi, insya-Allah, kita, negara kita Malaysia merupakan country coordinator dengan izin dengan negara China. Maka kita berusaha dan kita telah pun membuatkan apa ini panggil rapid discussion group, Jawatankuasa Joint Working Group on SOM on COC. Jadi ini saya yakin banyak dah terma-terma yang di dalam COC tersebut telah mendapat persetujuan.
Berkenaan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan, masa sudah tamat.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Batu Puteh tak jawab lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Berkenaan Batu Puteh Dato’ Yang di-Pertua, kita governed by decision ataupun judgement by ICJ pada 2008. Itu kita lakukan dan itu sebabnya kita sedang, kedua-dua buah negara kita ada annual leaders retreat. Kita berunding secara bersama bagaimana cara kita nak menyelesaikan sempadan maritim antara Malaysia dengan Singapura.
Jadi kita sedang berunding supaya asas perundingan kita itu merupakan perundingan yang kita tidak, orang kata berkenaan dengan sovereign right kita tidak tergugat dan kita pastikan supaya ia nya satu perundingan yang baik antara kedua buah negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, memang Tampin menghadap Selat Melaka tapi dia sayangkan semua apatah lagi kedaulatan negara.
[Dicelah] Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut yang saya fikir jelas dan mudah untuk difahami dengan baik.
Yang Berhormat Menteri, isu Batu Puteh, Batuan Tengah, Tubir Selatan bukan sekadar pertikaian teknikal tetapi melibatkan soal kedaulatan maruah negara dan amanah rakyat. Keputusan ini— keputusan dan tindakan pentadbiran kerajaan terdahulu berkaitan isu ini telah menimbulkan persoalan besar dalam kalangan rakyat khususnya berhubung ketelusan dan hala tuju rundingan semula yang dijanjikan.
Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri apakah status terkini berkenaan isu rundingan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Tampin. Seperti yang saya sebutkan tadi Datuk Yang di- Pertua, rundingan persempadanan maritim khususnya antara Malaysia–Singapura sedang berlangsung, sedang diurus dengan baik. Baru semalam kita punya Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim berunding dengan pihak Singapore— rundingan-rundingan. Dia bukan satu sahaja.
Dia banyak kawasan-kawasan, yang merupakan kawasan sempadan maritim antara kedua-dua buah negara. Jadi, kita mahu melihat supaya ia nya diurus dengan baik, supaya keputusan kita itu nanti dia adalah mesti mengikut keputusan yang berasaskan kepada undang-undang antarabangsa. Jika maritim sempadannya, maka kita perlu berlunaskan kepada undang-undang laut, United Nations Convention on the Law of the Sea 1982. Itu asas kita.
Kita berasaskan rundingan, berasaskan pada undang-undang. Undang- undang antarabangsa kita gunakan. Jadi, apa jua rundingan, apa jua keputusannya nanti kita sentiasa mengambil kira seperti kata Tampin tadi. Dia sayangkan negara, kita semua sayangkan negara. Kita mesti menjaga kedaulatan dan hak kedaulatan negara. Terima kasih.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Terima kasih Datuk Timbalan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri yang memberi jawapan yang saya kira melayakkan beliau untuk jadi Perdana Menteri lah. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
[Ketawa] COC adalah lanjutan...
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Itu pertanyaan nak menyusahkan saya namanya itu.
[Dewan ketawa]
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Bukan. Kalau susah saya tolong, kami tolong.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
COC adalah lanjutan daripada Declaration on The Conduct of Parties In South China Sea (DOC) yang dimeterai pada 2002. Jadi, rundingan ini pernah dibuat di Jakarta, Manila, Kuching, Singapore, China. Dia memakan masa sudah 24 tahun. Jadi, andaian COC yang akan dimuktamadkan pada 2026 ini suka saya nak bertanya dua soalan.
Yang pertama, sejauh mana kedudukan Malaysia seandainya negara kita mengadakan satu latihan ketenteraan sebagai contoh di kawasan lautan ini terutamanya dengan China dan kemungkinan ada gangguan daripada Amerika Syarikat di waktu itu? Sejauh mana hala tuju Malaysia apabila kita berdepan dengan isu ini terutama apabila kita mengadakan Perjanjian ART tempoh hari?
Dan yang kedua, dalam rundingan COC ini apakah Malaysia telah menetapkan satu red line ataupun garis merah di kawasan Malaysia itu sendiri? Saya tidak bincang masalah pertindihan kawasan.
Kerana kita lihat...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh
Walaupun 24 tahun, pencerobohan kapal-kapal tentera dan sebagainya, kapal pengawal pantai sama ada di laut ataupun di darat berlaku di dalam zon negara kita, apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia selain daripada rundingan damai dan saya menyokong rundingan-rundingan damai ini? Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Terima kasih pada sahabat bertanyakan berkenaan dengan dua perkara.
Satu berkenaan adakah kemungkinan untuk kita mengadakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan. Jawabnya ada. Tetapi, kita mengadakan latihan yang telah pun lama kita adakan dengan berbagai-bagai negara. Semua latihan kita buat. Kita tak tumpukan kepada satu negara satu sahaja. Kita berlatih, orang datang berlatih. Latih Tentera-tentera Laut kita, di darat kita, di udara kita.
Ada juga kadang-kadang laut dan udara bersama-bersama membuat latihan.
Ini memang sentiasa ada kerana atas hubungan dua hala dan berbagai hala. Itu tidak menjadi persoalan. Tetapi, membuat latihan satu buah negara untuk menunjukkan kita buat provokasi kepada negara lain, itu bukan di dalam agenda kita, ya.
Kita tak perlu buat begitu kerana Malaysia merupakan negara maritim dan kita memerlukan satu keadaan yang aman dalam kawasan perairan kita. Nombor dua berkenaan dengan COC, DOC lama. DOC itu dulu awal dibuat untuk kita duduk sama-sama. Ya, berunding. Because kerana pada ketika itu, dah mula isu berkenaan dengan keselamatan di Laut China Selatan. Kita duduk sama-sama dan DOC telah pun dipersetujui dan maka selepas bersetuju, DOC itu dokumen maka kita mahu keluar dengan apa yang dipanggil sebagai code of conduct, dengan izin Datuk Yang di-Pertua. Code of conduct di Laut China Selatan. Itu macam-macam perenggan, berpuluh perenggan.
Kita dah berjaya dah. Hampir 70 peratus dah kita selesaikan. Sebab dalam kita perbincangan antara negara antarabangsa, dokumen antarabangsa ini memerlukan perundingan yang halus. Kita perlu pastikan supaya kedaulatan negara kita tidak terjejas. Jadi, ini sedang buat. Dan insya-Allah perkara-perkara utama semua sudah pun dapat diselesaikan. Cuma, ada tak berapa banyak perenggan lagi.
Kalau dah saya kata tadi 70 peratus dah setuju.
Jadi, kita akan tamatkan, kita akan muktamadkan code of conduct ini agar Laut China Selatan itu bebas digunakan oleh semua pihak sebagai laluan dagangan dan ia satu kawasan yang selamat. Tidak ada timbul berkenaan dengan soal pertindihan kawasan. It is not in this scope of COC, dengan izin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi, Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua.
2. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi [Tumpat] minta Menteri Komunikasi menyatakan langkah susulan sekatan sementara akses AI Grok di Malaysia termasuk daripada aspek kawal selia, penguatkuasaan, pemantauan berterusan serta langkah jangka panjang bagi perlindungan kumpulan rentan agar dapat melindungi mereka daripada kandungan berbahaya dalam media sosial.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Komunikasi untuk menjawab.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di-Pertua, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC telah mengambil langkah-langkah secara berperingkat susulan daripada sekatan sementara, akses kepada perkhidmatan kecerdasan buatan atau dengan izin, artificial intelligence (AI) Grok atau dikenali sebagai Grok AI sejak 11 Januari 2026 di Malaysia. Untuk makluman, MCMC telah mengeluarkan notis rasmi kepada pihak X Corp dan xAI LLC pada 3 dan 8 Januari 2026 berhubung dengan kandungan Grok AI yang dilaporkan memudaratkan dan mengehendaki tindakan pencegahan diambil segera.
Susulan ketiadaan tindakan pencegahan yang berkesan, MCMC telah antara lain mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet untuk melaksanakan sekatan sementara akses kepada aplikasi Grok dalam laman web dan aplikasi mudah alih Grok berkuat kuasa 11 Januari 2026 sebagai langkah mitigasi risiko segera.
Berikutan itu, MCMC juga telah mengeluarkan satu lagi notis pada 16 Januari 2026 yang menghendaki X Corp dan xAI LLC untuk segera melaksanakan moderasi kandungan dan mekanisme keselamatan secara menyeluruh ke atas fungsi-fungsi multimedia Grok AI. Berhubung sekatan sementara, akses kepada aplikasi Grok tersebut, MCMC memantau pematuhan penyedia perkhidmatan Internet terhadap arahan yang dikeluarkan serta keberkesanan kawalan kandungan oleh platform yang menyediakan aplikasi Grok. Sehingga kini, MCMC telah merekodkan 17 aduan atau laporan berkaitan aplikasi Grok yang merangkumi enam aduan rasmi kepada MCMC, dua laporan polis yang dikongsi pengadu kepada MCMC, lapan aduan melalui penandaan atau tagging media sosial untuk rujukan MCMC dan satu laporan awal pertama, first information report yang dibuka oleh MCMC.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Pada 21 Januari iaitu semalam, saya telah mempengerusikan mesyuarat bersama wakil-wakil platform X yang bertanggungjawab bagi aplikasi Grok dan mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Komunikasi dan MCMC. Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan dan komitmen daripada wakil-wakil platform X tentang langkah-langkah pencegahan, pengukuhan ciri-ciri keselamatan bagi pengguna dan usaha-usaha yang telah diambil untuk mematuhi undang-undang Malaysia dalam mencegah penyebaran kandungan yang memudaratkan dalam talian.
Susulan daripada mesyuarat tersebut, wakil-wakil platform X telah mengesahkan bahawa langkah-langkah pencegahan yang perlu telah dilaksana terhadap aplikasi Grok di mana pada masa ini, aplikasi tersebut tidak boleh disalahgunakan untuk menghasilkan penyuntingan imej dan video yang berunsur lucah, sumbang, seksual. Wakil-wakil platform X juga telah menegaskan komitmen dan kerjasama mereka untuk mencegah penularan kandungan-kandungan mudarat dalam talian melalui platform X dan aplikasi Grok.
Berikutan komitmen yang dinyatakan dalam mesyuarat semalam, saya telah meminta wakil-wakil platform X untuk mengesahkan langkah-langkah yang telah dilaksana itu secara rasmi kepada pihak MCMC agar MCMC selaku badan kawal selia boleh menilai keberkesanan langkah-langkah tersebut dan mengambil tindakan susulan atau tindakan kawal selia yang sewajarnya. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia berhubung aplikasi Grok adalah tepat pada masanya dan amat perlu bagi melindungi rakyat Malaysia terutama kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan dari kandungan dalam talian yang memudaratkan.
Langkah-langkah ini juga selaras dengan undang-undang Malaysia dan Prinsip Rukun Negara iaitu keperluan untuk menjamin kesopanan dan kesusilaan masyarakat Malaysia dan selari dengan amalan-amalan kawal selia antarabangsa.
Beberapa negara lain juga telah mengambil tindakan kawal selia yang serupa terhadap aplikasi Grok dan platform X atas faktor keselamatan dan kepentingan awam seperti di Indonesia dan Filipina.
Bagi langkah keselamatan jangka masa panjang, kerajaan memberi tumpuan kepada pengukuhan tadbir urus AI dan tanggungjawab pemberi perkhidmatan dalam talian bagi memastikan kandungan yang dijana tidak melanggar undang-undang Malaysia termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.
Pendekatan ini disokong melalui tindakan kawal selia kandungan yang lebih ketat, pemantauan berterusan dan peningkatan kesedaran awam bagi melindungi rakyat Malaysia terutama kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan daripada pendedahan kepada kandungan dalam talian yang memudaratkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, saya percaya ini bukan cubaan kali pertama pihak mereka akan buat. Jadi, adakah kerajaan akan mewajibkan audit keselamatan penilaian risiko termasuklah Red Teaming untuk model AI yang boleh diakses awam dan siapakah badan bebas yang akan audit? Itu yang pertama.
Yang kedua, adakah sekatan ini akan menjadi sekatan kekal? Dan sejauh manakah impak edge getting yang telah pun kita buat sebelum ini untuk mencegah CSEM yang saya kira akan menjadi satu faktor penggalak kalau ini dibenarkan.
Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Yang di-Pertua, mengenai audit keselamatan bagi perkhidmatan ataupun penyedia perkhidmatan platform-platform media sosial, berdasarkan Akta Keselamatan dalam Talian ataupun ONSA dengan izin, maka ada satu Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian yang dipengerusikan oleh Tan Sri Hasnah, Mantan Ketua Hakim Negara. Saya telah bertemu dengan jawatankuasa ini.
Jawatankuasa ini akan menetapkan beberapa perkara yang akan menjadi panduan untuk pihak MCMC dari segi laporan keselamatan dalam talian tahunan yang perlu disediakan oleh platform-platform.
Dalam isu X dan aplikasi Grok, ia adalah sedikit unik memandangkan X adalah platform media sosialnya dan Grok adalah aplikasi AI nya, yang mana dalam platform X itu terdapat akaun app Grok. Jadi, di sini kita berdepan dengan keadaan yang agak hibrid. Dan seperti Ahli-ahli Yang Berhormat, mungkin sedar dalam beberapa aplikasi pemesejan (messaging system) seperti WhatsApp telah dimuat masuk oleh pihak Meta ada function AI juga dalam aplikasi tersebut. Jadi, ini adalah ruang-ruang yang agak hibrid di mana pihak kementerian dan khususnya MCMC meneliti untuk pastikan dari aspek kawal selia isu-isu kemudaratan dalam talian dapat ditangani dengan lebih menyeluruh.
Pada waktu ini, X dikecualikan daripada dilesenkan kerana mereka mengatakan mereka tidak mempunyai lapan juta pengguna di Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan dan pihak MCMC telah meneliti memandangkan insiden yang agak besar seperti ini telah berlaku. Maka kita akan menilai semula had ambang lapan juta pengguna kerana kemudaratan dalam talian tidak bererti tidak berlaku walaupun jumlah penggunanya kurang daripada lapan juta.
Jadi, kita memberi penelitian kepada perkara ini. Ini bukan sekatan kekal Yang Berhormat, ia adalah sekatan sementara seperti yang dilakukan oleh Indonesia dan Filipina dan kita akan teliti jawapan balas hitam putih daripada pihak X.
Sekiranya pihak MCMC merasakan jawapan mereka itu disahkan dengan bila kita buat pengesahan dengan aplikasi tersebut, maka kita bersedia untuk mengangkat sekatan tersebut.
Tetapi mesej yang paling penting daripada pihak X ialah kesudian mereka untuk datang ke Malaysia dan mereka juga telah memberi satu komitmen bahawa mereka berhasrat untuk bekerjasama dengan lebih mendalam. Mereka juga bersedia untuk terlibat dalam beberapa aktiviti termasuk Kempen Internet Selamat bagi memastikan pengguna-pengguna X di Malaysia juga mengetahui hak mereka dan bagaimana kita boleh pastikan anak-anak tidak terlibat dalam bawah usia 16 tahun, tidak bermain platform-platform media sosial termasuk X. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Berhubung dengan kawal selia dan kerangka perundangan AI ini, memandangkan AI ini juga AI generatif beroperasi merentas sempadan. Adakah kerajaan ada bercadang untuk menggubal akta khusus berkaitan dengan AI dan algorithm digital ini atau hanya bergantung kepada peruntukan sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998? Dan, bagaimanakah kerajaan memastikan akauntabiliti undang-undang terhadap pengendali AI asing yang tidak mempunyai entiti fizikal di Malaysia tetapi kandungannya memberi kesan langsung kepada rakyat? Mohon penjelasan Menteri. Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Yang Berhormat.
Soalan yang sangat baik. Untuk isu rang undang-undang ataupun akta khusus untuk kawal selia kecerdasan buatan (AI), ini akan dikendalikan insya-Allah, oleh Kementerian Digital. Tetapi dari segi aspek-aspek pelesenan kerana dia mengguna pakai perkhidmatan rangkaian telekomunikasi, maka isu-isu pelesenan nanti akan dirujuk dengan pihak MCMC. Ini yang kita sedang teliti dalam pemantauan MCMC ada sejumlah perkhidmatan yang waktu ini kita tak lesenkan tetapi sekiranya ada undang-undang yang memerlukan pelesenan, maka boleh dilaksanakan kerana asasnya, nexus-nya ialah penggunaan infrastruktur digital yang di bawah jagaan Kementerian Komunikasi.
Walau bagaimanapun, beberapa perkara hasil daripada kandungan ataupun hasil daripada dengan izin, generative AI yang telah dihasilkan itu, sekiranya ia melanggar undang-undang, maka Akta Komunikasi boleh diguna pakai terhadap pelaku. Akta seperti Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) boleh diguna pakai terhadap platform. Jadi, kita ada beberapa aspek mungkin dari segi kawal selia AI itu nanti, kita tunggu rang undang-undang itu di bentang untuk kita memahami secara lebih menyeluruh bagaimana kita boleh kawal selia.
AI adalah satu bidang yang terlalu pantas berubah. Jadi, pada waktu ini sikap yang diambil, pendirian yang diambil oleh Kementerian Komunikasi dan juga MCMC adalah untuk memastikan sebarang aplikasi tidak disalahgunakan untuk melanggar undang-undang dalam negara kita. Jadi, kita akan pantau sekiranya perlu, kita boleh lesenkan berdasarkan undang-undang yang akan dibawa nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Roslan binti Hashim, Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua.
3. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Pendidikan menyatakan rasional membenarkan kemasukan murid ke Tahun 1 pada umur enam tahun dan adakah kementerian telah menjalankan sebarang kajian empirikal atau penilaian impak sebelum cadangan ini dibuat serta dibentangkan kepada Dewan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menjawab.
Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pertama, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kulim dan juga Kangar yang berada dalam majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara dan terima kasih kerana sentiasa menyokong program Kerajaan MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, selesai sudah peluncuran itu dan dalam pengumuman itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan dan salah satu dasar yang penting adalah memberikan pilihan kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak berusia enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula sesi persekolahan tahun 2027.
Pengumuman ini Yang Berhormat, adalah manifestasi perancangan Dasar Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026–2030 yang telah dibentangkan dan telah pun dibahaskan dalam Dewan ini. Ia merujuk kepada muka surat 93 di bawah strategi B13 mempertingkatkan keberhasilan pendidikan menyatakan pendidikan rendah akan dimulakan pada umur enam tahun selaras dengan amalan antarabangsa.
Untuk makluman Yang Berhormat, penegasan penting di sini ialah kemasukan pada umur tujuh tahun kekal sebagai laluan persekolahan dan tiada sebarang paksaan kepada ibu bapa atau murid. Rasional utama penawaran kemasukan awal ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak yang benar-benar bersedia dari segi perkembangan kognitif, emosi dan pembelajaran untuk memulakan pendidikan formal lebih awal.
Kesediaan ini tidak ditentukan secara sewenang-wenangnya. Sebaliknya, akan dibuat berdasarkan saringan diagnostik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan hanya kanak-kanak yang layak dan bersedia sahaja ditawarkan kemasukan ke Tahun 1 pada umur enam tahun. Dari sudut struktur pendidikan, pelaksanaan ini tidak akan mengubah tempoh persekolahan murid, sama ada murid memulakan Tahun 1 pada umur enam tahun atau tujuh tahun, semua murid tetap melalui enam tahun pendidikan rendah dan lima tahun pendidikan menengah selaras dengan struktur pendidikan sedia ada.
Oleh itu, tidak ada penambahan tahun persekolahan di peringkat rendah dan tiada kesan negatif terhadap keseluruhan laluan pendidikan murid. Prakarsa ini bukan satu pendekatan baharu, ia adalah amalan kemasukan yang telah pun dilaksanakan di banyak negara. Dan walau bagaimanapun, KPM ingin menegaskan bahawa pelaksanaan dasar ini akan dilakukan secara berfasa, terkawal dan tidak tergesa-gesa.
Sebagai sokongan kepada prakarsa ini, KPM sedang giat memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak melalui peluasan kelas prasekolah di seluruh negara.
Bagi memastikan kesiapsiagaan prasarana menjelang pelaksanaan kemasukan murid enam tahun pada 2027, KPM akan mengoptimumkan prasarana sedia ada di sekolah. Namun begitu, penambahan prasarana seperti bilik darjah akan dibuat secara berperingkat melalui kaedah Industrial Building System (IBS) berdasarkan keperluan dan situasi setempat.
Dari segi sumber manusia, keperluan guru akan ditangani secara proaktif dengan pengambilan khas secara contract of service sebagai langkah jangka masa panjang keperluan guru terlatih akan terus disediakan menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan.
Untuk maklumat Yang Berhormat, aspek pembelajaran asas atau foundational learning turut diberi penekanan. KPM telah menyediakan kurikulum persekolahan 2027 yang dirangka bagi memastikan penguasaan literasi, numerasi dan kemahiran pembelajaran asas murid dengan kandungan dan pendekatan yang disediakan disesuaikan mengikut tahap kognitif.
Kurikulum ini memastikan semua murid termasuk yang memasuki Tahun 1 pada umur enam tahun berupaya menguasai kemahiran asas sebelum melangkah ke tahap seterusnya. Selain itu, perkembangan murid akan dipantau secara berterusan oleh pihak sekolah dan sokongan pembelajaran yang bersesuaian akan diberikan bagi membantu penyesuaian mereka. Terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih kepada YB Menteri atas jawapan dan pencerahan yang dibuat dan juga terima kasih kepada kementerian kerana menjemput kami untuk majlis peluncuran tersebut. Dan kerana jiwa saya dengan Kangar ini masih tinggi, jiwa guru kami hadir kepada hari itu.
Baiklah, soalan tambahan saya YB Menteri. Saya ambil kutipan daripada soalan-soalan yang sedang berlegar di luar sana dalam media sosial cukup panas.
Jadi saya ambil sebagai tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen, saya ingin bertanya kepada kementerian.
Baik, salah satunya ialah adakah pihak kementerian telah pun membuat sesi libat urus katanya — contohnya dengan guru-guru, dengan guru besar, dengan pengetua, dengan PIBG, mungkin juga dengan Jawatankuasa Pilihan Khas di Parlimen untuk kita mendapat satu keputusan yang terbaik dan akhirnya apabila dibuat peluncuran, tidak ada lagi kata-kata yang sumbang di luar.
Tetapi kalau kita tengok sekarang ini, pelbagai orang bercakap. Positif pun ada, negatif pun ada. Sekarang ini peluang untuk Menteri untuk membuat pencerahan untuk di luar sana mendapat satu maklumat yang tepat. Dan ada juga yang bertanya mengapakah tidak dibuat percubaan dulu? Mungkin dua, tiga negeri atau dua, tiga tempat untuk melihat keberkesanan pelancaran ini.
Yang keduanya, kenapa pula diadakan awalnya katanya pilihan, optional...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Okey, baik. Okey, okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Optional dan akhirnya kena ada diagnostik. Dan akhirnya sekali, apakah langkah kawalan selia bagi menyediakan tekanan sosial kepada ibu bapa sehingga kemasukan umur enam tahun menjadi norma tersirat ataupun berlumba-lumba masuk walaupun secara last minute-nya bersifat sukarela. Baik, sekian terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Puan Fadhlina binti Sidek
Saya ingin tekankan begini Yang Berhormat, apa yang Yang Berhormat bangkitkan dan apa sahaja concern daripada masyarakat ketika ini sangat valid kerana ini adalah perkara baharu. Dan, juga kami mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memberikan penerangan dan juga mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan bahawa apa yang dirancang ini mesti benar-benar berlaku dalam keadaan yang sangat baik.
Baik, saya ambil pendekatan begini Yang Berhormat. Pertama, anak kita bukan untuk ujian makmal ataupun tikus makmal. Sebab itu kita tekankan bahawa dalam konteks ini kita nak bagi tumpuan kerana ia adalah dasar yang telah pun kita bincangkan, bahaskan dalam RMK13. Jadi soal libat urus, itu semua telah pun berlaku.
Contohnya dalam Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara, kita telah pun ada portal cadangan Pendidikan Masa Hadapan dan berbagai sesi libat urus di peringkat akar umbi yang menjurus kepada isu pendidikan awal ini dan penekanan kepada apa yang kita hasrat dan rancang kan itu. Itu yang pertama.
Yang kedua, kita tidak berhasrat ia menjadi rintis Yang Berhormat. Sebab itu kita sebut ia berfasa, sebab itu kita sebut ia sukarela, sebab itu kita sebut bahawa ia harus berlaku dengan sokongan diagnostik. Betul, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan ia sukarela. Tetapi dari segi mekanismenya, itulah dia KPM yang tentukan mekanismenya mesti melalui proses diagnostik dan mesti ada sokongan emosi, psikososial, Yang Berhormat. Sebab itu kita tidak akan tinggalkan anak-anak ini begitu sahaja. Dia mesti disokong oleh ujian diagnostik itu, kemudian mesti ada sokongan psikososial kepada kanak-kanak ini kerana ini adalah satu maknanya keadaan yang baharu untuk mereka.
Dan saya tidak fikir Yang Berhormat, bahawa apa yang kita hasratkan ini sifatnya dalam konteks tergesa-gesa ataupun kita tidak melibatkan semua pihak.
Yang kita hasratkan ketika ini Yang Berhormat, pertama adalah memastikan hak kesejahteraan dan the welfare, the interest of the child ini kita laksanakan dengan bersungguh-sungguh. Kita juga melihat Yang Berhormat bahawa tujuan kita melihat keseluruhan dasar ini adalah untuk melihat kepada–– menekankan asas mengikut tahap perkembangan murid dan bukan mempercepatkan pembelajaran akademik.
Bukan, ini bukan soal berlumba-lumba.
Kita juga melihat bahawa kanak-kanak yang bersedia sahaja yang kita akan sambut melalui ujian diagnostik ini dan kita melihat bahawa persediaan itu harus melalui proses melihat kepada emosi, kognitif, kemahiran mereka yang telah bersedia untuk masuk dari aspek itu.
Dan pembangunan modal insan Yang Berhormat, bergantung kepada kualiti pembelajaran dan kemahiran asas dan bukan semata-mata umur kemasukan sekolah. Jadi, saya minta Yang Berhormat bantulah kami juga untuk sama-sama kita positifkan perkara ini insya-Allah dan kita lakukan ini adalah untuk anak-anak kita dan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih kepada Menteri di atas penjelasan yang panjang lebar berkaitan dengan kemasukan anak-anak umur enam tahun ke Tahun 1. Sri Gading menyokong sebab kita dapat lihat bahawa sebahagian besar daripada rakyat kita pada hari ini, ibu bapa lah maksudnya telah menghantar anak-anaknya ke tadika, yang kadang-kadang tadika pun kurang dari segi keselamatan, dari segi kesempurnaan peralatan dan tenaga pengajar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Straight to the point, tanya soalan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ya. Apa yang penting pada Sri Gading, pertama sekali kita mengharapkan— ibu bapa mengharapkan sekolah ada tempat, ada guru terutamanya di kawasan bandar sebab itu keperluan mereka.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Sebahagian besar daripada ibu bapa khususnya orang-orang muda, di kalangan ibu bapa yang muda ini yang masih aktif, dia memang hantar, perlu anaknya dihantar ke sekolah untuk ke tadika.
Jadi kalau ada sekolah yang lebih masa untuk mereka berada di sana dan keperluan itu kalau boleh dipertingkatkan dengan bantuan guru. Sebab pelajar- pelajar umur enam tahun ini dia lebih kecil, dia perlukan bantuan-bantuan— pembantu gurulah untuk menguruskan mereka. Jadi adakah persiapan-persiapan itu telah dilihat oleh kementerian untuk kebaikan rakyat? Sekian, terima kasih.
Puan Fadhlina binti Sidek
Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan juga pada soalan Sri Gading. Saya lihat semua yang bangkit hari ini Puan Yang di-Pertua adalah semua guru-guru, mantan guru-guru yang pastinya memberikan tumpuan kepada isu ini. Berbalik kepada soalan Sri Gading, saya ingin memberikan jaminan begini Sri Gading, bahawa dalam kita merangka dasar ia harus datang dengan strategi yang menyeluruh dan persiapan yang menyeluruh.
Sebab itu dalam jawapan saya sebut tadi bahawa kita memberikan tumpuan kepada mereka yang sukarela. Kemudian ia harus diikuti dengan ujian diagnostik untuk memperkukuhkan persiapan itu dengan sokongan psikososial dan kemudiannya berdasarkan apa yang kita lihat, persiapan prasarana itu juga sangat penting. Kegusaran ibu bapa ini valid. Sebab itu saya kata, kegusaran ini valid dan kita tidak boleh menafikan apabila mereka bertanya tentang adakah kelas cukup?
Adakah guru cukup? Itu soalan bagi saya yang kita kena jawab.
Jadi sebab itu dalam jawapan saya sebentar tadi saya telah menekankan bahawa unjuran guru ini dengan pihak SPP akan kita laksanakan dan kita akan ambil langkah proaktif. Maksudnya, guru-guru COS, guru-guru— persiapan guru ini kita akan segerakan Yang Berhormat, bagi memastikan selepas kita dapat data ini dan dalam tempoh— maknanya kita membuat tawaran ini kepada ibu bapa yang sukarela, kita akan tahu dan sekarang ini pun kita telah pun mempersiapkan dari segi pemetaan di mana negeri yang akan kita jangka ada permintaan, mana-mana sekolah yang kita jangka akan dapat maknanya limpahan ataupun sokongan berdasarkan dasar ini.
Jadi ini semua telah pun kita ambil kira dan Bahagian Pembangunan kita juga bersedia untuk melaksanakan semua projek-projek yang terkait rapat dengan pembinaan kelas-kelas tambahan ini. Jadi insya-Allah, tapi saya juga ingin membuka ruang kepada Yang Berhormat sekalian sekiranya ada persoalan-persoalan itu nanti yang diterima daripada rakyat di kawasan-kawasan masing-masing, saya minta untuk terus diberikan kepada saya dan Timbalan supaya kami terus boleh address isu-isu dan concern dalam masyarakat ini dan dasar ini dapat kita laksanakan dengan baik. Terima kasih, Puan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kepada Menteri KBS baharu, soalan saya nombor 1.
1. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan dengan pencapaian negara dalam Sukan SEA 2025 di mana kita berjaya mencapai sasaran 200 pingat, apakah rancangan kerajaan untuk memastikan prestasi tersebut berterusan dan meningkat pada acara yang lebih besar khususnya dalam memburu pingat emas pertama pada Sukan Olimpik selepas ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.
Menteri Belia dan Sukan - Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tebrau, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Puan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ingin merakamkan penghargaan atas pencapaian cemerlang kontinjen negara Malaysia, wira dan wirawati kita yang telah pun berjuang bertungkus-lumus dalam SEA Games pada tahun 2025 yang lepas dan telah pun memungut 231 pingat, melebihi daripada sasaran pingat iaitu 200 pingat.
[Tepuk] Dan hari ini Puan Yang di-Pertua, sama-sama juga kita perlu doakan atlet para kita saya sedang berjuang di Korat, Thailand yang sedang— hari ini, kalau kita lihat sasaran keseluruhan itu mencapai dan juga pada setakat 22 Januari, emas kita telah mencapai 10 pingat, perak 12 pingat dan gangsa 18 pingat. Jumlah keseluruhan pingat atlet para kita adalah sebanyak 40 pingat.
Sudah pasti ini adalah kerjasama yang baik daripada KBS, MSN, ISN, MOM dan juga persatuan sukan kebangsaan secara keseluruhannya. Tapi apa yang lebih penting adalah bagi memastikan prestasi ini berterusan dan meningkat, KBS melalui MSN telah memulakan persiapan yang rapi ke arah temasya Sukan SEA 2027 yang mana Malaysia akan menjadi tuan rumah. Maka, KBS dan juga MSN telah pun berjumpa dan sesi libat urus bersama semua PSK pada 6 Januari 2026. Dan hal ini bagi menyelaras hala tuju latihan dan program berprestasi tinggi, persiapan atlet dirangka dalam tiga fasa.
Yang Berhormat, kita lihat fasa pertama daripada Januari hingga Disember 2026 iaitu pemilihan dan pengenalpastian atlet berpotensi serta sokongan latihan mengikut keperluan prestasi. Kemudian kita masuk ke fasa kedua iaitu daripada Januari hingga Mei 2027 iaitu untuk pemerkasaan dan peningkatan prestasi melalui latihan berintensiti tinggi dan fasa tiga iaitu daripada Jun sehingga September 2027 iaitu latihan sepenuh masa secara intensif untuk memastikan kesiapsiagaan menjelang temasya.
Bagi penganjuran SEA Games tahun hadapan iaitu pada 18 hingga 29 September 2027, ini akan melibatkan pelaksanaan melibatkan empat kluster utama iaitu di Kuala Lumpur, Sarawak, Johor dan juga Pulau Pinang yang melibatkan setakat hari ini 38 jenis sukan. Proses rayuan bagi sukan yang belum tersenarai telah pun dibuka bermula 8 Disember 2025 hingga Mac 2026 dan rayuan ini akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA 2027.
Dalam masa yang sama Yang Berhormat, bagi acara yang lebih besar, MSN akan meneruskan pelaksanaan Program Asia Comp yang memfokuskan persiapan atlet ke arah Sukan SEA, Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun dan Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland. Program ini memberi tumpuan kepada atlet berpotensi pingat dengan sokongan yang lebih tertumpu termasuk pendekatan pembangunan yang lebih bersasar mengikut keperluan atlet.
Ahli Yang Berhormat, bagi memburu pingat emas pertama Sukan Olimpik, Program Road to Gold diperkasakan dan KBS mengambil komitmen yang penuh dengan memperuntukkan untuk tahun ini sebanyak RM12 juta untuk Program Road to Gold. Selain itu Yang Berhormat, kalau kita lihat atlet kita bertanding di sana bukan sahaja membawa nama sendiri, tetapi ia lebih daripada itu, membawa Jalur Gemilang, membawa semangat patriotisme. Maka dengan itu, selain aspek prestasi fizikal, KBS juga menekankan kesejahteraan mental atlet melalui program pemerkasaan mental dan juga bagaimana atlet-atlet ini disiapkan dengan semangat patriotisme yang tinggi.
Maka, kita ada kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk memastikan atlet ini berjuang bersungguh-sungguh membawa nama negara dan mengharumkan nama negara dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya ingin mula dengan mengucapkan tahniah kepada Menteri dan juga kesemua kontinjen Malaysia di Sukan SEA baru-baru ini. Semoga pemburuan kita untuk emas pertama itu tidak perlu tunggu lama sangat ya.
Selain daripada sukan konvensional, saya nampak trend baharu ini khasnya di kalangan orang muda Malaysia ialah penglibatan dalam e-sports atau e-sukan ya.
So, saya ingin bertanya kepada Menteri, sejauh mana kedudukan industri e-sukan Malaysia ini berbanding dengan negeri lain di rantau ini seperti Thailand, Indonesia, Korea itu dan adakah Program Rakan Muda akan ditambah baik dengan kita incorporate-kan, ada integrasikan, memasukkan e-sukan? Terima kasih.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, ya e-sukan adalah salah satu daripada senarai awal sukan yang kita akan masukkan dalam SEA Games 2027 dan juga kalau kita lihat semalam dalam berita apabila wakil negara, Selangor Red Giants mara ke final upper bracket Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M7. Syabas dan tahniah diucapkan.
Berkenaan industri sukan Yang Berhormat, Malaysia sedang berkembang sebagai kuasa baharu dalam industri sukan di rantau Asia Tenggara dan menurut Games Market Report Malaysia 2024 yang diterbitkan oleh Niko Partners, pasaran keseluruhan permainan video di Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 5.7 peratus pada tahun 2024 dengan nilai hasil mencecah USD712 juta dan dijangka meningkat kepada USD824 juta menjelang tahun 2028.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan jumlah pemain permainan yang diramal mencapai 19 juta orang menjelang tahun 2028.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Dan, bagi sektor e-sukan khususnya Yang Berhormat, kita lihat pasaran diunjurkan berkembang daripada sekitar USD6.8 juta pada tahun 2024 kepada USD18.9 juta pada tahun 2032, sekali gus menjadikan e-sukan sebagai salah satu pemacu utama dalam ekonomi hiburan digital negara.
Dan, untuk pertanyaan berkenaan Rakan Muda, ya Yang Berhormat, kita akan terus memperkasakan Rakan Muda. Dan bagi tahun 2024, EsportsCon akan dianjurkan di bawah rakan digital. Dan kita ingin memastikan bahawa Rakan Muda ini menjadi platform dan juga medium untuk kita turun ke bawah dan pastikan melahirkan lebih ramai lagi belia-belia, anak muda yang mempunyai sahsiah jati diri yang tinggi dan kita dapat reach out dengan semua anak muda khususnya anak muda di luar bandar dan inilah yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dan insya-Allah, kerajaan akan teruskan memperkasakan lagi Rakan Muda ini dan saya bersama dengan kementerian sedang melakukan suatu anjakan paradigma dalam pelaksanaan Rakan Muda. Matlamatnya jelas iaitu beralih daripada penganjuran acara yang bersifat one-off tetapi kita ingin melihat sebuah ekosistem pembangunan belia yang impact driven dan juga outcome based yang lebih jelas. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah kepada rakan saya, YB Menteri yang telah menggalas cabaran baru dalam Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, soalan tambahan saya berkaitannya dengan pasukan sepak takraw. Pasukan sepak takraw kebangsaan telah bermain cemerlang dalam Sukan SEA yang lepas dan telah berjaya memenangi dua pingat emas.
Soalan saya, apakah langkah-langkah terkini yang dijalankan oleh kementerian dan PSM bagi memastikan Malaysia akan terus digeruni oleh pasukan lawan terutamanya Thailand dalam 10 tahun yang akan datang? Dan, kita tak nak team kita menang Sukan SEA yang lepas, Sukan SEA yang akan datang kita akan kalah. Jadi, apakah langkah-langkah untuk 10 tahun akan datang?
Dan, soalan kedua adakah kementerian bersedia melaksanakan audit prestasi kepada persatuan sukan yang gagal mencapai prestasi yang cemerlang dalam Sukan SEA yang lepas? Terima kasih.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari
Baik, terima kasih Yang Berhormat daripada Kangar, sahabat saya juga. Sudah pasti sukan takraw ini kita telah melihat, kita melalui satu kemarau yang begitu panjang dan akhirnya, kita dapat merangkul pingat emas. Dan, sekarang ini kita juga telah memberikan, kita telah bentuk satu stadium takraw sebanyak RM6 juta untuk memastikan bahawa atlet-atlet takraw ini terus diperkasakan dan latihan yang intensif yang lebih menyeluruh, kita akan pastikan berterusan supaya takraw ini dapat terus kita naikkan dan mengharumkan nama negara kita. Yang paling penting juga adalah kebajikan-kebajikan atlet takraw ini, kita perlu pastikan supaya terjaga dan latihan ini secara berterusan. Kita akan pastikan supaya tidak ada lagi penurunan untuk prestasi sepak takraw kita.
Dan, untuk berkenaan dengan soalan audit. Ini sentiasa kita memantau melalui MSN dan juga agensi-agensi yang lain supaya kita pastikan bahawa apa juga yang berlaku itu, kita perlu ada outcome dan juga kita perlu ada beberapa langkah ke hadapan supaya kemudian kita akan ada suatu langkah yang baru dan juga bagaimana kita memastikan bahawa pingat itu kekal dan juga dapat dinaikkan untuk masa-masa yang akan datang. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin, Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan saya soalan kedua.
2. Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yassin [Pagoh] minta Menteri Kewangan menyatakan strategi kerajaan bagi menangani bayaran khidmat hutang yang dijangka mengambil 16.3 peratus daripada jumlah hasil kerajaan pada tahun 2025 dan langkah-langkah penstrukturan semula hutang bagi mengurangkan beban ini dalam jangka sederhana dan panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Pagoh. Nisbah bayaran khidmat hutang ataupun TSC kepada hasil telah meningkat pada akhir 2025 iaitu pada sekitar 16 peratus berbanding 12.5 peratus pada tahun 2019 disebabkan oleh peningkatan hutang yang mendadak yang dibuat sepanjang tahun 2020 sehingga 2022 bagi membiayai Pakej Rangsangan dan Pelan Pemulihan Ekonomi disebabkan pandemik COVID-19.
Hutang Kerajaan Persekutuan dalam tempoh tersebut telah meningkat sebanyak RM286.6 bilion iaitu peningkatan lebih dari 36 peratus berbanding RM793 bilion pada tahun 2019 atau peningkatan nisbah hutang kepada KDNK dari 52.4 peratus pada 2019 kepada 60.2 peratus pada 2022. Oleh yang demikian, sebagai kerajaan yang berhemah, beberapa reformasi fiskal perlu dibuat pada masa ini bagi memastikan defisit fiskal dan jumlah pinjaman tahunan dapat dikurangkan. Ini secara langsung akan dapat mengurangkan jumlah bayaran khidmat hutang dari semasa ke semasa.
Usaha reformasi dan konsolidasi fiskal serta pengurusan hutang yang berhemah, ini adalah berlandaskan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal [Akta 850] atau FRA di mana kerajaan telah berjaya mengurangkan pinjaman baharu daripada RM100 bilion pada tahun 2021 dan 2022 kepada RM92 bilion pada tahun 2023. Seterusnya RM77 bilion pada tahun 2024 dan di unjur sekitar RM75 bilion pada tahun 2025 serta akan diusahakan untuk terus diturunkan pada tahun 2026.
Usaha ini telah membuahkan hasil dengan pertumbuhan DSC dapat dikurangkan daripada 12.3 peratus pada tahun 2023 kepada sembilan peratus pada tahun 2024 dan 6.4 peratus pada tahun 2025. Beberapa strategi fiskal yang berterusan antaranya ialah
(i) meneruskan langkah konsolidasi fiskal secara beransur- ansur;
(ii) memperluaskan asas hasil dan memastikan kutipan hasil yang mampan;
(iii) mengoptimumkan perbelanjaan awam;
(iv) pinjaman kerajaan hanya untuk membiayai projek dan program di bawah DE yang mampan;
(v) menetapkan had pendedahan jaminan kewangan kepada 25 peratus daripada KDNK melalui Akta 850;
(vi) mengutamakan projek berorientasi user pay melalui Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030; dan
(vii) menyemak semula kaedah pelaksanaan projek secara off- budget. Di samping itu, pengurusan fiskal bertanggungjawab yang disokong dengan pengurusan ekonomi yang pragmatik akan dapat memacu perkembangan ekonomi pelaburan swasta dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin - Pagoh
Terima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah apakah strategi holistik kerajaan untuk mengimbangkan antara disiplin fiskal, perlindungan kebajikan rakyat dan juga kestabilan pasaran kewangan, memandangkan bayaran khidmat hutang kini menyerap hampir satu per-enam daripada hasil kerajaan?
Dan, keduanya apakah jaminan bahawa angka 16.3 peratus dalam bentuk khidmat hutang negara ini tidak akan meningkat dalam tempoh dua tahun yang akan datang ini?
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang Berhormat. Yang Berhormat Tan Sri, memang seperti apa yang saya telah jelaskan tadi, hala tuju kerajaan dan apa yang telah dihasilkan oleh kerajaan dalam ketiga- tiga tahun Kerajaan MADANI telah menunjuk bahawa pinjaman baru telah kurang.
Dan, pengurangan ini kerana pengurusan yang lebih berhemah berasaskan program-program seperti penyasaran subsidi yang mengurangkan perbelanjaan sebanyak RM15.5 bilion. Dan juga, penguatkuasaan kastam dan penguatkuasaan yang lain-lain telah mengurangkan ketirisan. Dan juga, e-invois dan langkah-langkah lain telah memastikan shadow economy dikurangkan.
So, itu telah–– kerja-kerja ini telah atau hasil-hasil ini, program ini telah meningkatkan hasil kerajaan dan juga pada masa yang sama, pertumbuhan ekonomi masih pesat, pelaburan baru meningkat dan kita memastikan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi lebih mampan dan lebih lestari. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya amat tertarik dengan soalan asal yang telah dikemukakan Pagoh tadi.
Begitu juga dengan jawapan Menteri iaitu berkenaan dengan strategi kerajaan menangani bayaran khidmat hutang negara.
Cuma saya ingin bertanya sedikit, apakah selain dari yang telah dinyatakan oleh Menteri tadi, apakah langkah kerajaan― langkah ke hadapan kerajaan? Adakah kerajaan bercadang memanjangkan tempoh matang hutang (debt maturity period) atau menstruktur semula kaedah ataupun kadar faedah bagi mengurangkan tekanan fiskal? Terima kasih.
Tuan Liew Chin Tong
Memang kerajaan senantiasa akan rollover hutang dan kerana keadaan fiskal kita yang memuaskan dan juga pasaran berkeyakinan terhadap pembayaran kita, maka kita dapat rollover setiap masa.
Tapi yang penting ialah hala tuju kita ialah kita memerlukan pengurusan yang lebih berhemah, pengurusan yang dapat mengurangkan ketirisan dan pembaziran.
Dan pada masa yang sama, kita ingin ada ekonomi yang lebih mampan dan rancak supaya kita berkembang ekonomi kita, menambah perkembangan kita dan dapat hasil daripada perkembangan ekonomi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik, Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya soalan nombor 3.
3. Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [Balik Pulau] minta Menteri Pertahanan menyatakan perancangan kementerian untuk mewujudkan satu industri pertahanan yang berdaya saing dan berdikari supaya kebergantungan kepada kepakaran asing dapat dikurangkan. Adakah kerajaan bersedia untuk melabur dalam R&D dan inovasi produk-produk pertahanan dan keselamatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjawab.
Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Puan Speaker dan juga Yang Berhormat daripada Balik Pulau.
Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan memang mempunyai perancangan untuk mewujudkan serta membangunkan industri pertahanan tempatan yang berdaya saing dan juga berdikari kerana salah satu aspirasi kementerian adalah untuk mengurangkan kebergantungan pertahanan negara terhadap sumber serta kepakaran asing. Salah satu perkara yang menjadi asas untuk mencapai matlamat ini ialah wujudnya dasar khusus untuk membangunkan industri pertahanan negara.
Syukur alhamdulillah, saya ingin melaporkan ke Dewan yang mulia ini, dasar ini telah pun diluncurkan, dasar yang kita panggil sebagai Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) pada hari semalam oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
DIPN berfungsi sebagai rangka kerja strategik untuk memperkukuh kemandirian, inovasi serta kemajuan teknologi industri pertahanan Malaysia. Berpaksikan visi jangka panjang Kertas Putih Pertahanan, dasar ini menterjemahkan aspirasi strategik pertahanan negara kepada objektif industri yang bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan.
Bagi mengupayakan ekosistem pertahanan yang berdaulat dan berdaya saing, DIPN digerakkan melalui enam teras objektif, strategik iaitu:
(i) memperkukuhkan daya tarikan pelaburan;
(ii) meningkatkan inovasi dan kedaulatan teknologi;
(iii) membina rantaian bekalan tempatan yang tahan lasak;
(iv) memperkasa modal insan dan pembangunan bakat;
(v) memastikan tadbir urus yang telus serta beretika; dan
(vi) menerajui pertumbuhan ekonomi yang lestari.
Puan Yang di-Pertua, dalam menjayakan pelaksanaan dasar ini, kementerian turut mengiktiraf peranan penting penyelidikan dan pembangunan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan industri pertahanan tempatan. Bagi tujuan ini, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan ataupun STRIDE di bawah MINDEF diberi tanggungjawab sebagai peneraju dalam penyelidikan pertahanan.
STRIDE perlu diberi tanggungjawab antara lain, perlu merangsang penyelidikan dan pembangunan inovasi pertahanan, perlu menyediakan platform untuk kolaborasi R&D antara pihak awam dan juga swasta, perlu sediakan ekosistem yang membolehkan inovasi diperkukuhkan di pihak industri, memudahkan kerjasama inovasi dengan IPT serta menilai ketersediaan inovasi untuk digunakan ATM.
Dan untuk menggalak dan memudah cara pelaksanaan aktiviti R&D dalam sektor pertahanan tempatan, apabila melancarkan DIPN, kementerian juga telah melancarkan portal industri pertahanan di mana salah satu perkhidmatan utama yang disediakan adalah kemudahan permohonan peruntukan R&D yang terbuka kepada semua syarikat tempatan yang terlibat dalam industri pertahanan negara.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih kepada Menteri yang menjawab soalan dengan baik tadi. Tahniah saya ucapkan dengan pelancaran DIPN. Memang timing dia cantiklah. Semalam dilancarkan, hari ni soalan ini keluar ya.
Dan cuma saya ingin bertanya sebab dalam white paper yang dilancarkan, yang dibentangkan 2019 ada disebut tentang the capacity training, capacity building dan juga policy direction. Cuma, tidak disebut secara spesifik apakah bentuk R&D yang akan dibangunkan. Adakah basic combat equipment ataupun MRO ataupun self-reliance weapon untuk dibangunkan? Dan adakah pihak kementerian boleh ataupun akan bekerjasama dengan negara-negara sahabat seperti Turkiye yang memang terkenal dengan industri defence dia? Terima kasih.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih Yang Berhormat.
Seperti yang telah saya nyatakan ataupun yang kita telah lancarkan portal kementerian― industri pertahanan kementerian pada hari semalam, kita mewujudkan portal untuk syarikat-syarikat memohon apa saja yang diperlukan untuk menambah baik dan membuat inovasi kepada produk-produk pertahanan mereka.
Jadi dengan demikian, ia terbuka kepada syarikat yang mengeluarkan ataupun terlibat dalam pelbagai bidang dan sektor industri pertahanan, bukan tertumpu kepada satu-satu bidang saja. Dia termasuk sama ada mengeluarkan komponen, sama ada syarikat yang menjadi syarikat pembekal kepada negara-negara lain ataupun syarikat MRO dan sebagainya.
Dan memang dengan negara-negara lain, kita dalam membuat perolehan, kita memang ada dasar iaitu ICP (Industrial Collaboration Programme) yang mana dengan perpindahan-perpindahan teknologi kepada syarikat-syarikat kita akan membolehkan syarikat kita menjadi pengeluar sama ada produk lengkap ataupun komponen-komponen. Dan dalam usaha kita untuk memastikan bahawa kita mampu bersaing, tentunya inovasi dan penyelidikan berterusan perlu dilakukan. Jadi berasaskan kepada itu, maka sekali lagi kita akan pastikan R&D juga akan tersedia untuk semua yang terlibat, yang menerima teknologi daripada ICP ini.
Dan di samping itu, kita juga melihat kepada bidang-bidang baru termasuklah apabila kita sedar akan ancaman-ancaman yang melalui peperangan moden pada hari ini yang mana kita lihat banyak penggunaan dron dan sebagainya. Jadi dalam konteks ini, kita juga beri tanggungjawab kepada STRIDE untuk merangka bagaimana perlu kita bangunkan dron pertahanan negara. Jadi ini sedang digubal oleh pihak STRIDE dalam usaha untuk kita dapat memastikan kita bersedia dalam bidang-bidang baru yang menjadi ancaman kepada pertahanan negara pada hari ini.
Pendek kata, dengan kita melancarkan DIPN ini, ini merupakan satu langkah permulaan yang berterusan yang tidak ada noktah penghabisannya.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Jadi, kita sedar antara yang penting dalam menjayakan ini, ekosistemnya adalah R&D dan juga teknologi. Dan maknanya, ia terbuka kepada pelbagai bidang.
Di peringkat permulaan, kita tidak ada niat untuk mungkin membina kelengkapan seperti kapal terbang dan sebagainya, tetapi kita boleh mulakan dengan memberi perhatian kepada komponen, kepada MRO dan sebagainya. So, itu untuk menjawab soalan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir, Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir - Setiu
[Bangun]
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Puan Yang di- Pertua, soalan tambahan untuk pembangkang. Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Lumut dulu, Setiu nanti.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Pertahanan dan MINDEF di atas pelancaran Dasar Industri Pertahanan Negara semalam. Sedihnya, saya sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Keselamatan Parlimen tidak dijemput.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
[Dewan ketawa]
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Saya ingin menegur sikit tindakan Kementerian Pertahanan yang dirancang lain, yang dibuat lain. Sebagai contoh, tindakan memperkenalkan Dasar Industri Pertahanan dan penekanan Industrial Collaboration Programme tetapi di dalam pelaksanaan, projek LMS, Littoral Mission Ship. Semua kapal untuk TLDM dibina di luar negara berbanding sebahagiannya wajar dibina di dalam negara. Apakah manfaat dari segi transfer teknologi projek LMS untuk pemain industri pertahanan tempatan? Apakah kontrak pembinaan kapal ini merangkumi usaha MRO, maintenance, repair and operations di luar negara? Sekian.
Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin
Terima kasih, Yang Berhormat. Mungkin jemputan itu tidak dibuat kerana kita percaya kalaupun dibuat, Yang Berhormat akan beri keutamaan kepada Parlimen sebab ia berlaku masa Parlimen sedang bersidang, sesi soal jawab. Jadi apa pun, untuk program lain insya- Allah kita tak akan lupakan Yang Berhormat.
Kontrak untuk membina LMS di Turki yang ketiga-tiganya dibuat di Turki, mungkin ada pertimbangan-pertimbangan pada ketika itu. Tetapi, kita percaya untuk projek-projek yang akan datang, hanya satu kapal sahaja dibenarkan untuk dibuat di luar negara, manakala yang lain perlu dibuat dalam negara supaya kita boleh manfaatkan kepakaran, pengalaman apabila kapal itu juga dibuat dalam negara.
Tetapi melalui pelancaran DIPN, kita telah mengemukakan beberapa langkah- langkah tertentu untuk benar-benar memastikan usaha kita untuk membangunkan industri pertahanan tempatan dapat dicapai.
Antaranya pertama, semua perolehan produk ataupun aset-aset pertahanan mesti mempunyai 30 peratus komponen tempatan. Semua, tidak ada pengecualian.
Maknanya, syarikat yang nak masuk tender kena cari dan cukupkan 30 peratus komponen tempatan.
Kedua, tidak boleh lagi ada MRO OEM daripada luar negara melainkan MRO yang dikendalikan oleh OEM itu adalah untuk masa waranti sahaja. Biasanya satu tahun ataupun dua tahun. Lepas itu, semua mesti dikendalikan oleh syarikat Malaysia. Jadi, ini antara dasar-dasar yang kita akan jadikan sebagai asas kita, permulaan untuk kita bangunkan industri pertahanan tempatan. Dan untuk makluman, sehingga kini ada 15 MRO yang dikendalikan oleh OEM, syarikat luar negara yang kita rasa rakyat Malaysia sudah boleh ambil alih MRO tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir, Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir - Setiu
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Soalan nombor 4.
4. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan senarai projek Rancangan Tebatan Banjir
(RTB) berkeutamaan tinggi yang mengalami kelewatan jadual setakat Disember 2025 serta penjelasan tuntas mengenai langkah mitigasi segera bagi kawasan yang masih terjejas teruk akibat kegagalan projek ini siap.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Amat Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, menyedari akan cabaran disebabkan perubahan iklim, cuaca yang ekstrem, maka banjir adalah salah satu cabaran yang kita kena tempuhi. Sebab itu komitmen Kerajaan Persekutuan dan juga PETRA ialah untuk memastikan projek-projek mengurangkan kejadian banjir ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Melalui komitmen itulah maka sejumlah 141 projek telah diluluskan sepanjang Rancangan Malaysia ini di mana 20 projek baru, 121 merupakan projek sambungan. Daripada 141 tersebut, 43 merupakan projek tebatan banjir berkeutamaan tinggi. Dan daripada 43 tersebut, 37 projek mengikut jadual ataupun mendahului jadual dan enam projek merupakan projek lewat jadual. Untuk itulah projek-projek yang lewat jadual tersebut termasuklah RTB Sungai Solok di Port Dickson, RTB Likas di Sabah, RTB Baling Fasa 2 di Kedah, RTB Sungai Maran, RTM Sungai Klang Seksyen 25 dan RTB Sungai Damansara, Selangor.
Kelewatan ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya termasuklah urusan pengambilan tanah dan juga pencerobohan, keperluan pengalihan utiliti sedia ada serta kelewatan kelulusan teknikal yang melibatkan pelbagai agensi. Di samping itu, berlaku juga cuaca ekstrem dan kejadian luar biasa yang menyebabkan pelaksanaan projek ini tertangguh ataupun menghadapi masalah di tapak.
Jadi, PETRA memang mengambil serius perkara ini dan telah mengambil langkah penambahbaikan melalui pengukuhan tadbir urus pelaksanaan projek termasuk pemantauan kemajuan projek secara lebih rapi dan berkala, penstrukturan semula jadual kerja, penguatkuasaan terma kontrak termasuk tindakan terhadap kontraktor yang gagal mencapai prestasi yang ditetapkan serta penyelarasan lebih intensif bersama kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan bagi mempercepatkan proses kelulusan dan penyelesaian isu di peringkat lapangan.
Sementara menunggu projek-projek RTB ini disiapkan sepenuhnya, PETRA melalui JPS memberi keutamaan kepada pelaksanaan langkah mitigasi segera jangka pendek bagi melindungi penduduk di kawasan yang masih terjejas. Langkah ini dilaksanakan melalui projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir yang merangkumi kerja-kerja pengaluran sungai, penstabilan tebing sungai serta naik taraf saluran dan struktur berkaitan.
Bagi tempoh 2022 hingga 2025, peruntukan sejumlah RM556.6 juta telah disalurkan ke seluruh negara bagi melaksanakan kerja-kerja kecil ini berdasarkan keutamaan kawasan berisiko tinggi yang dikenal pasti di peringkat negeri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir - Setiu
Terima kasih, Menteri.
Soalan tambahan saya, saya nak tahu tentang status Rancangan Tebatan Banjir Sungai Setiu 1 di mana kawasan ini merupakan kawasan yang sering dilanda banjir dan kawasan ini merupakan kawasan terletaknya bangunan-bangunan milik kerajaan dan premis-premis perniagaan.
Yang kedua, status rancangan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai Kemaman yang dikatakan menelan belanja sebanyak kos RM300 juta. Dan saya dapati ada projek-projek ini lambat disebabkan oleh pelantikan kontraktor yang lewat. Mengambil masa yang panjang sebelum dilantik kontraktor.
Dan kadang-kadang mereka yang diberi EOT ini adalah disebabkan oleh kelemahan di peringkat kontraktor sendiri.
Antaranya disebabkan ketiadaan pekerja yang ramai, tak mencukupi dan kadang-kadang disebabkan oleh kewangan yang tidak stabil. Walaupun tidak dinafikan bahawa sebab-sebab yang luar jangka seperti cuaca, iklim tadi juga mempengaruhi sebab, punca kelewatan ini. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk mengatasi halangan ini? Sekian, terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih, Yang Berhormat.
Untuk spesifik soalan bagi Sungai Setiu 1, yang itu nanti saya akan dapatkan maklumat terperinci supaya saya tidak salah memberi info kepada Yang Berhormat.
Untuk yang lain, dalam perancangan kita untuk apa-apa projek, sebenarnya kita tentukan melalui apa yang kita panggil pelan induk tebatan banjir. Daripada pelan itu, kita akan merangka kawasan-kawasan berisiko tinggi, maka termasuklah kajian lembangan sungai dilaksanakan dan sebagainya. Dari situlah kita akan menentukan keutamaan projek termasuklah projek-projek dikemukakan oleh kerajaan negeri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dan bila ia nya dikemukakan, di peringkat Persekutuan diluluskan, maka pelaksanaan akan dilaksanakan. Memang menjadi cabaran; cabaran pertama bila kita menentukan projek maka kita akan melantik, secara tender, kontraktor.
Kontraktor akan juga melantik konsultan dan konsultan akan membuat kajian, membuat design untuk mendapat kelulusan di peringkat pihak berkuasa tempatan dan juga di peringkat JPS dan sebagainya.
Di situ peringkat perancangan itu juga kadang-kadang mengalami cabaran disebabkan bila konsultan yang dilantik tidak dapat design dengan apa yang dihasratkan untuk kita menyelesaikan permasalahan tersebut. Maka akan berlakulah juga delay ataupun kelewatan untuk kita melaksanakan projek. Ini juga sebahagian daripada enam projek yang saya katakan tadi. Dua merupakan masalah disebabkan lambat design oleh pihak konsultan dan sebagainya. Itu juga menjadi cabaran.
Dan kadang-kadang projek ini dah di lapangan. Jadi, timbul pula masalah pengambilan tanah, itu juga merupakan cabaran yang perlu diselesaikan. Kadang- kadang ada utiliti sama ada kabel elektrik, paip air dan sebagainya yang perlu pengalihan dan itu hanya dapat dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik oleh syarikat-syarikat utiliti. Jadi, ini juga akan menjadi masalah.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini apa yang kita laksanakan ialah sekarang ini kita mewujudkan task force yang mana task force ini daripada peringkat Persekutuan kita libatkan peringkat negeri dan juga semua pihak-pihak berkepentingan untuk duduk bincang mencari penyelesaian supaya kita dapat menyelesaikan apa saja masalah di lapangan secara tuntas. Dan ini alhamdulillah dapat menyelesaikan banyak masalah kita sekarang ini.
Saya mengharapkan kerjasama eratlah daripada kerajaan negeri dan semua pihak berkepentingan supaya kita dapat memberi tumpuan untuk kita menyelesaikan masalah projek. Yang lebih penting, menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat kita akibat banjir. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih, Timbalan Speaker. Soalan tambahan saya ialah bagaimanakah penyelarasan di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan atau agensi- agensi yang terlibat boleh diperkukuhkan bagi memastikan kelewatan projek RTB ini tidak terus menjejaskan keselamatan penduduk khususnya di kawasan yang berisiko tinggi dan tempat yang berulang-ulang kali dilanda banjir. Sekian, terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Yang sepertimana saya katakan tadi, memang kita dah wujudkan. Johor salah satu negeri yang pertama kita wujudkan jawatankuasa task force. Dan alhamdulillah di Johor kita dapat melaksanakan projek dengan begitu berkesan sekali.
Dari contoh itulah maka kita bawa ke negeri-negeri lain. Dan sekarang ini kebanyakan negeri sudah mewujudkan task force untuk kita menyelaras dari segi planning, pemantauan pelaksanaan projek dan juga memastikan menyelesaikan apa sahaja isu berhubung kait dengan pelaksanaan projek. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Haji Adnan bin Abu Hassan, Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Kuala Pilah mengutarakan soalan di nombor lima.
5. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Ekonomi menyatakan pendekatan dan perancangan strategik kementerian bagi menangani ketidakseimbangan pembangunan wilayah khususnya melibatkan daerah-daerah yang masih tertinggal serta bagaimana keutamaan pelaburan dan projek pembangunan ditentukan supaya jurang pembangunan antara wilayah dapat dirapatkan secara lebih berkesan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Menteri Ekonomi.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha menangani ketidakseimbangan pembangunan wilayah, negeri, dan daerah merupakan agenda utama kerajaan dalam memacu pembangunan yang lebih inklusif dan mampan.
Kerajaan menangani cabaran ini melalui Kerangka Ekonomi MADANI yang menjadi asas kepada menstruktur semula ekonomi negara melalui RMK13 dengan fokus kepada pertumbuhan berkualiti, seimbang, dan saksama antara wilayah. Bagi merapatkan jurang pembangunan, RMK13 menekankan 18 strategi untuk melonjakkan industri high growth, high value serta sektor strategi berimpak tinggi.
Antara strategi utama adalah seperti berikut:
(i) mereformasi industri semikonduktor tempatan bagi melahirkan usahawan tempatan bertaraf global, melonjakkan keupayaan produk high value high technology made by Malaysia, dan meningkatkan bakat kemahiran tinggi;
(ii) memantapkan pelancongan berpendapatan tinggi, lestari untuk menjana peluang ekonomi baharu;
(iii) melonjakkan subsektor agromakanan dan agrokomoditi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi desa; dan
(iv) memantapkan industri perkhidmatan kewangan bagi memperluaskan akses pembiayaan dan menyokong pertumbuhan perniagaan serta pelaburan di seluruh negara.
Puan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas juga kerajaan telah menggariskan perancangan bagi merancakkan ekonomi desa melalui pembangunan sumber pertumbuhan baharu mengikut kesesuaian sumber dan potensi tempatan seperti ekonomi biru, jingga dan hijau serta ekonomi digital.
Bagi menangani ketidakseimbangan pekerjaan, penekanan diberikan kepada pelaburan dalam pendidikan dan TVET serta sokongan usahawan muda bagi mewujudkan peluang pekerjaan. Selain LKDW dan— Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri akan diperkukuhkan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan penyertaan dan pemilikan bumiputera dalam ekonomi.
Ahli Yang Berhormat, seterusnya pemerkasaan ekonomi di peringkat daerah dan wilayah, diperkukuhkan melalui strategi penskalaan PMKS dan pemerkasaan sektor ketiga dalam RMK13 untuk mencapai tiga sasaran menjelang 2030:
(i) peningkatan bilangan syarikat perniagaan inklusif dari 10 ke 100;
(ii) peluasan penglibatan kumpulan sasar daripada 417 kepada 5,000 orang; dan
(iii) sasaran hasil perolehan koperasi melonjak daripada RM68.1 bilion pada 2024 kepada RM100 bilion.
Penskalaan PMKS dan pengukuhan ekonomi sosial ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan daya saing negara malah memastikan pembangunan inklusif bagi memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat di setiap lapisan masyarakat. Keutamaan pelaburan, Ahli Yang Berhormat, dan projek pembangunan ditentukan melalui pendekatan berasaskan bukti dan impak dan diselaraskan dengan dasar serta pelan pembangunan negara dan wilayah serta keutamaan negeri untuk memastikan impak maksimum daripada gandingan pelaburan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Akhirnya, di samping itu Puan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, penilaian terhadap kesediaan projek, kebolehlaksanaan serta prinsip nilai untuk wang (value for money) akan diberikan perhatian bagi memastikan peruntukan awam dimanfaatkan secara optimum. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, dalam Belanjawan MADANI 2026 pengagihan projek pembangunan masih menunjukkan tumpuan kepada negeri-negeri maju. Manakala negeri-negeri kurang membangun lebih banyak menerima projek berskala kecil dan penyelenggaraan asas.
Walaupun projek ini penting, projek sebegini tidak mencukupi untuk mengubah struktur ekonomi negeri tersebut. Soalan saya, apakah perancangan kerajaan bagi memastikan negeri-negeri ini turut mendapat projek pembangunan berimpak tinggi demi keseimbangan pembangunan wilayah? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dakwaan kerajaan menumpukan lebih kepada negeri-negeri maju adalah kurang tepat kerana berdasarkan DE asas bagi RP1 2025, sebanyak 46.47 peratus diperuntukkan untuk enam buah negeri manakala lapan negeri yang lain 53.53.
Puan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, keputusan pelaburan adalah tertakluk kepada penilaian komersial pelabur itu sendiri yang antaranya akan mengambil kira tahap kemudahan infrastruktur, jaringan perhubungan dan ketersediaan bakat tempatan.
Dan pendekatan kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kesebelas, Kedua Belas, Ketiga Belas adalah untuk menumpukan bagaimana kita ingin memperkasakan infrastruktur asas terlebih dahulu sebelum kita menarikkan pelaburan kerana pelaburan adalah untuk memastikan optimum pulangan yang penting.
Tetapi bukti-bukti telah menunjukkan Puan Yang di-Pertua sudah ada pertumbuhan-pertumbuhan wilayah (CAGR); Wilayah Utara, 5.4; Selatan, 6.3; Timur, 5.6; sudah ada dan saya juga yakin kita mempunyai pemikiran yang hampir sama, perlu ada penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri.
Yang Berhormat, tahniah kepada kementerian kerana telah pun menyelaraskan pendekatan dan perancangan strategik untuk memastikan tidak ada wilayah yang tertinggal. Saya lebih fokus kepada execution stage ya Yang Berhormat. Bagaimana penyelarasan di antara kementerian ataupun Kerajaan Persekutuan dengan pihak kerajaan negeri dan juga PBT untuk memastikan supaya pembangunan ini berimpak dan tidak bertindih?
Dan soalan berikutnya yang berkait ialah apakah tiga sasaran yang dinyatakan sebentar tadi ada kementerian menyediakan dashboard ataupun laporan berkala bagi memastikan bukan sahaja di pihak kerajaan mahupun daerah, di peringkat Ahli Parlimen pun kita dapat tahu pembangunan itu telah berlaku secara sistematik di peringkat kawasan masing-masing? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut. Puan Yang di-Pertua, saya kira ini perkara pokok dalam kita menentukan pelaksanaan bagi satu program pembangunan kerana pembangunan tidak boleh kita bina sekiranya bukan di atas tanah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Tanah itu merupakan kerajaan negeri. Sudah pasti hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan mesti dimantapkan dan kita sentiasa berhubung dengan pihak kerajaan negeri kerana urusan tanah. Itu sebabnya, Yang Berhormat, kita tidak lagi meluluskan peruntukan berdasarkan jumlah yang mutlak. Kita akan lakukan perbelanjaan permulaan bagi mereka melakukan pengambilan tanah, reka bentuk, impak alam sekitar kerana ini proses yang penting sebelum kita laksanakan.
Yang kedua soalan Yang Berhormat Jerantut berkaitan dashboard. Kita ada MyRMK dan sudah pasti MyRMK ini kita akan maklumkan kepada Ahli Yang Berhormat dari semasa ke semasa. Tetapi, keyakinan kita, hubungan kerja baik antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan akan melancarkan pelaksanaan projek dan akan memberi impak yang penuh kepada masyarakat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya kira banyak projek-projek yang kita atur dalam Rancangan Malaysia Ke- 13 akan dilaksanakan sekiranya kerajaan negeri dapat memberi kerjasama yang baik dengan Kerajaan Persekutuan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Majlis diteruskan ke soalan yang ke nombor 6. Dipersilakan Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Yang Berhormat Sembrong.
Dato' Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan Sembrong nombor 6.
6. Dato' Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein [Sembrong] minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada akses kepada pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti adalah mencukupi khususnya bagi keluarga berpendapatan rendah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pendidikan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Sembrong.
Kementerian Pendidikan (KPM) komited dalam memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat akses pendidikan prasekolah percuma selaras dengan agenda utama reformasi pendidikan KPM untuk memperluaskan kelas prasekolah dan menangani isu keciciran murid seawal peringkat awal.
KPM telah melaksanakan perluasan prasekolah setiap tahun terutamanya di lokasi yang mempunyai permintaan yang tinggi bagi memberi peluang kepada lebih ramai kanak-kanak, khususnya golongan berpendapatan rendah, mengikut pendidikan prasekolah KPM.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2025, KPM telah melaksanakan peluasan sebanyak 150 kelas prasekolah dan pada tahun 2026, peluasan dijangka sebanyak 350 buah kelas prasekolah yang melibatkan pelbagai jenis institusi KPM akan dilaksanakan. Peluasan kelas prasekolah bukan sahaja dilaksanakan di sekolah rendah, malah turut diperluaskan ke institusi pendidikan yang lain seperti sekolah menengah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan juga institut pendidikan guru.
Ini menjadikan jumlah kelas prasekolah yang sedia ada pada ketika ini 10,514 buah dan sedang beroperasi di 6,469 buah sekolah ataupun institusi pendidikan di seluruh negara. Setakat ini dan pada tahun ini, terdapat 214,122 orang murid prasekolah sedang mengikuti kelas prasekolah di institusi bawah KPM.
KPM juga meneruskan usaha untuk membina lebih banyak kelas prasekolah baharu di bawah Rancangan Malaysia lima tahun bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan sedia ada. Terdapat sebanyak 11 projek prasekolah baharu telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) RP1. Setakat 22 Januari 2026, terdapat 87 projek sambungan dengan pecahan statusnya 48 fasa pra bina, 22 fasa bina dan 17 telah pun siap bagi projek-projek prasekolah. Keseluruhan kos yang terlibat pada tahun 2026 adalah sebanyak RM338.41 juta.
Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sembrong, silakan soalan tambahan.
Dato' Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya berkaitan dan mengenai pengumuman baru menerusi rancangan pendidikan negara kelmarin khususnya pilihan untuk menghantar anak berumur enam tahun ke kelas Tahun 1 dan juga penilaian pembelajaran baru untuk pelajar Tahun 4 dan juga Tingkatan 3.
Soalan saya. Apakah perancangan kementerian dalam usaha memastikan fasiliti di sekolah-sekolah mencukupi untuk kegunaan pelajar-pelajar kita? Keduanya, sama ada cukup jumlah tenaga pendidik serta perancangan mengenai persediaan dan latihan para guru sebelum inisiatif baru dimulakan.
Saya baca dalam pihak media di mana jawapan daripada Menteri menyatakan bahawa masih lagi menunggu data-data baru sebelum perancangan dibuat. Saya juga dengar kenyataan bahawa bilik-bilik darjah baru akan dibina melalui kaedah IBS. Tapi faktanya, Tuan Yang di-Pertua, kita di negara kita ini mempunyai terdapat 7,778 sekolah rendah, tiga juta murid-murid sekolah rendah, 236,000 cikgu di sekolah rendah. Bermakna ini bukan satu perkara yang mudah yang boleh dijawab.
Saya berikan angka tadi untuk membantu kementerian untuk betul-betul meneliti. Saya pernah menerajui Kementerian Pendidikan, jadi saya tahu perkara ini.
Kebimbangan, kerisauan, kekhuatiran bukan sahaja murid-murid tetapi ibu bapa dan juga guru-guru berhubung kait dengan apa yang diumumkan tadi perlu diberi penjelasan yang teliti supaya kita boleh yakin apa yang diumumkan akan dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sembrong atas perkongsian pengalaman beliau semasa di KPM dan juga keprihatinan terhadap isu yang mungkin terbangkit. Dua isu telah pun dibangkitkan iaitu berkenaan, nombor satu, fasiliti; nombor dua, berkenaan dengan tenaga pendidik.
Sebenarnya dalam sesi MQT sebentar tadi, Yang Berhormat Menteri Pendidikan telah pun memberikan satu jawapan yang menyeluruh berkenaan dengan bagaimana kita menangani dan juga menghadapi, membuat persediaan terhadap penerimaan anak-anak kita, khasnya anak-anak kita pada umur enam iaitu five plus ke Tahun 1 pada tahun hadapan.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Nombor satu berkenaan dengan fasiliti. Fasiliti yang sedia ada di sekolah akan diguna pakai dan dioptimumkan. Tetapi, kita mengambil maklum bahawa ada sekolah-sekolah yang mungkin kita perlu menambah bangunan baharu. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sembrong, apa yang KPM akan buat untuk jangka masa ini, kita akan mengenal pasti sekolah-sekolah yang perlu dibina, bangunan baharu, tetapi kita menggunakan cara IBS. Yang mana cara IBS ini dalam suatu masa singkat sahaja bangunan itu dapat didirikan. Itu satu.
Nombor dua berkenaan dengan tenaga pengajar, tenaga pendidik. Yang akan memerlukan lebih ramai tenaga pengajar adalah untuk kohort yang akan datang ini― Tahun 1. Apa yang KPM buat untuk jangka masa pendek dan tindakan segera, KPM akan bersama-sama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk membuat pengambilan khas bagi guru-guru COS, contract of service. Sebab itu boleh dilaksanakan dengan segera dan dalam jangka masa pendek dengan lantikan dalam jangka masa sebelum kohort baharu bermula.
Untuk rancangan jangka masa panjang pula, pengambilan PISMP dan juga PDTP juga akan bertambah tertakluk kepada unjuran baharu yang akan disediakan oleh KPM berdasarkan kepada data-data yang ada dan berdasarkan kepada statistik yang ada di dalam tangan. So, kesemua ini dalam rancangan pihak KPM dan kita akan buat yang terbaik bagi anak-anak kita dalam jalan kita dan landasan kita ke arah reformasi pendidikan ini.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Kuala Krau.
Dato' Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong
Tuan Yang di- Pertua, sekejap sahaja. Sikit sahaja. Saya mengikuti jawapan Menteri di MQT tadi dan saya nak menyatakan dan masuk dalam Hansard bahawa apa yang dijawab masih lagi tidak memuaskan. Mungkin dalam apa yang ada sekarang ini masa tidak mengizinkan tetapi dalam penggulungan kementerian nanti, saya harap bahawa Menteri akan menjawabnya dengan cara yang lebih teliti. Kerana dalam isu pendidikan dan masa depan anak-anak kita pada umur yang sebegitu rendah, jawapan yang lebih rapi dan teliti diperlukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sembrong, sila pendekkan.
Dato' Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, respons.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih. Terima kasih atas pandangan dan pihak kami akan pada bila-bila masa mengambil pandangan dan juga input daripada Ahli Yang Berhormat ataupun mana-mana pihak.
Tuan Wong Kah Woh
Kita akan buat yang terbaik untuk memastikan apa yang kita rancangkan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Yang di-Pertua.
Balik pada soalan asal tadi, adakah kerajaan ada angka yang khusus tentang golongan B40 tak ada akses kepada awal persekolahan ini, yang masih belum mendapat tempat dalam awal pendidikan serta yang kedua, bagaimanakah bantuan pendidikan awal sekolah ini diselaraskan dengan bantuan-bantuan lain, terutama seperti bantuan kebajikan atau sokongan kepada ibu bekerja supaya tidak berlaku pertindihan dalam pengagihan bantuan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau atas soalan tambahan yang diajukan. Nombor satu, seperti yang saya sebut tadi, tahun ini rancangan kita adalah untuk melaksanakan peluasan sebanyak 350 buah kelas prasekolah. Jumlah peruntukan yang terbabit adalah sebanyak RM125 juta dan setakat hari ini dan setakat pagi ini, daripada 350 buah prasekolah yang telah pun dirancang, kita telah pun membuka lebih daripada 310 buah dan yang lain, kita— ada yang menunggu supaya facility dia adalah tersedia dan pada masa yang sama dengan tenaga pengajar yang bersesuaian.
Berbanding dengan tahun lepas, 150 kelas prasekolah, kita mempunyai satu lonjakan lebih daripada 100 peratus iaitu lebih daripada dua kali ganda dan dengan itu kita berharap anak-anak kita khasnya di peringkat B40 sebab apabila kita mengambil anak-anak kita untuk masuk ke prasekolah kita, kita berikan keutamaan kepada anak-anak kita di B40.
Dan mungkin selepas ini, saya boleh bagi sedikit statistik berkenaan dengan peluasan kita, berapa yang ada di kawasan bandar dan berapa yang ada di kawasan luar bandar supaya di kawasan bandar pun kita ada anak-anak kita dari keluarga B40. So, supaya kita boleh nampak, tidak kiralah di bandar atau di luar bandar, kita sediakan akses pendidikan dalam konteks ini, akses pendidikan bagi prasekolah yang mencukupi kepada anak-anak kita. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya ke soalan yang seterusnya, Yang Berhormat Sekijang, anda dilantik sebagai Pengerusi BBC.
[Tepuk]
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa - Sekijang
Terima kasih Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Tahniah kerana saya baru dapat pemakluman. Alright, selanjutnya, kepada soalan yang ketujuh, dipersilakan Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin. Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih. Soalan saya nombor 7.
7. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Komunikasi menyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan sumbangan industri kreatif kepada KDNK sehingga setanding negara ASEAN lain di antara tujuh peratus ke 10 peratus. Bagaimana kerajaan akan memastikan dana kreatif diagihkan secara telus dan berkesan kepada penggiat seni di seluruh negara bukan hanya di bandar besar.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Komunikasi untuk menjawab.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua. Datoʼ Yang di-Pertua, kerajaan menyedari bahawa industri kreatif merupakan antara sektor berpotensi tinggi untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara dan perlu diposisikan sebagai komoditi eksport utama negara yang berupaya menjana pendapatan berimpak tinggi serta menyumbang secara signifikan kepada keluaran dalam negara kasar atau KDNK setanding negara ASEAN lain pada kadar antara tujuh hingga sepuluh peratus.
Sehubungan itu, Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan MyCreative Ventures, MyCreative komited dalam melaksanakan beberapa strategi antaranya termasuk pertama, menarik lebih banyak pelaburan domestik dan antarabangsa dengan pelbagai inisiatif seperti Dana Kandungan Kreatif (DKK). Film in Malaysia Incentive (FIMI), Skim Dana Padanan MyCreative (SDP) dan Concerts and Events in Malaysia Incentive (CIMI).
Kedua, menggalakkan penghasilan kandungan berkualiti tinggi untuk pasaran global. Ketiga, memperkukuh rantai nilai industri kreatif serta memperluas penggunaan bakat dan facility tempatan di seluruh negara.
Dan keempat, memberi fokus kepada pemerkasaan rantaian nilai industri kreatif khusus pengkomersialan harta intelek atau IP. Pendekatan ini bukan hanya meningkatkan nilai ekonomi industri, malah mewujudkan peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi kepada tenaga kerja tempatan. Berdasarkan data yang di terbit oleh Jabatan Perangkaan Malaysia atau DOSM melalui Akaun Satelit Budaya dan Kreatif 2024. Industri budaya dan kreatif menyumbang 6.8 peratus kepada KDNK dengan pertumbuhan 7.1 peratus pada tahun 2024.
Nilai eksport produk budaya dan kreatif meningkat dari RM56 bilion pada 2023 kepada RM63 bilion pada tahun 2024. Industri ini telah mewujudkan sebanyak 763,100 orang guna tenaga yang terlibat dalam pelbagai sektor seperti audio visual, music, seni persembahan, buku dan media cetak, seni visual dan craft, warisan budaya dan alam semula jadi, festival, pendidikan budaya dan sebagainya.
Seiring dengan itu, kerajaan turut konsisten dalam memastikan pengagihan dana kreatif dilaksana secara telus, adil dan berkesan melalui proses penilaian yang berstruktur, melibatkan semakan dokumentasi, penilaian teknikal dan kewangan serta pemantauan berterusan terhadap pelaksanaan projek. Mekanisme ini memastikan dana kerajaan dimanfaatkan secara optimum oleh penggiat industri di seluruh negara dan tidak tertumpu kepada penggiat di bandar besar semata-mata.
Selain itu, MyCreative telah memperketat kawalan proses serta memperkukuh kerangka tadbir urus dan tatakelola bagi pengagihan dana melalui pendekatan seperti berikut. Pertama, ketelusan melalui jawatankuasa penilaian berbilang peringkat, semak dan imbang bagi memastikan tiada ketirisan serta menjamin pemilihan yang adil dan berintegriti; Kedua, keberkesanan melalui penyaluran dana berasaskan tahap pencapaian atau dengan izin milestone-based disbursement bagi memastikan keberhasilan projek dan pulangan nilai kepada kerajaan. Dan ketiga, pengukuhan tata kelola kewangan yang ketat dengan menetapkan tempoh bertenang atau cooling off period selama satu tahun kepada penerima dana terdahulu sebelum mereka layak memohon semula. Ini bagi mengelakkan pertindihan dana atau dengan izin double dipping bagi projek ataupun penerima yang sama.
Dalam konteks pengagihan manfaat secara menyeluruh, projek-projek di bawah FIMI turut melibatkan penggambaran di pelbagai lokasi di Malaysia, merangkumi kawasan bandar dan luar bandar. Sebagai contoh, beberapa program realiti television seperti Tempting Fortune dan European Survivor masing-masing telah menjadikan Langkawi dan Mersing sebagai hub produksi.
Pelaksanaan projek di lokasi-lokasi ini memberi impak ekonomi secara langsung kepada komuniti setempat melalui penglibatan tenaga kerja tempatan serta kesan limpahan ekonomi atau spillover effects seperti sewaan kenderaan, penginapan, restoran dan kedai makan, pembekalan bahan mentah serta perkhidmatan sokongan lain.
Secara keseluruhannya, kerajaan akan terus memperkukuh dasar dan pelaksanaan industri kreatif yang inklusif, mampan dan berimpak tinggi melalui semakan semula Dasar Industri Kreatif Negara atau DIKN agar manfaat pembangunan industri ini dapat dinikmati secara adil dan menyeluruh oleh penggiat industri kreatif dan masyarakat di seluruh negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan, Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang menunjukkan bagaimana strategi Malaysia untuk menjadikan kandungan kreatif tempatan sebagai produk yang boleh dieksport, yang bernilai, ada— maksudnya bernilai tinggi. Dan di negara kita, saya yakin dan percaya bahawa kita menjadikan Korea itu sebagai— negara Korea, sebagai kita punya benchmark untuk dijadikan sebagai alat diplomasi budaya dan juga dengan izin, sebagai soft power economy. Dan di negara kita, kita ada RTM.
Di negara kita, kita ada RTM dan juga sebagai pameran hasil industri kreatif.
Jadi soalan saya berdasarkan peruntukan sebanyak RM650 juta itu yang diumumkan untuk kandungan kreatif tempatan pada tahun 2026. Jadi, saya ingin tahu berapa peratus kah belanjawan RTM ini digunakan untuk keseluruhan pembelian rancangan luar negara berbanding dengan rancangan tempatan? Sebab ada berbunyi di luar sana bahawa ramai yang tidak berpuas hati, mereka pengusaha- usaha dalam industri kreatif tetapi tidak dipandang. Dan bagaimanakah kementerian nak mengimbangi dengan hasrat kementerian itu supaya ia nya dapat diberikan secara adil dan dapat dirasai oleh semua pemain industri? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Datoʼ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat dan sebenarnya kalau kita lihat ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 5 Januari yang lalu, ada terdapat satu pengumuman tapi itu lebih kepada skim jaminan untuk kontraktor-kontraktor yang mana sebelum ini pandangannya ialah ramai yang menerima jaminan itu adalah syarikat-syarikat yang besar ataupun telah menerima sebelum ini. Dan saya membuat misalan ataupun analogi yang serupa untuk industri kreatif yang mana bukan hanya untuk RTM tapi untuk FINAS, untuk MyCreative Ventures. Ada pandangan penerima ini adalah dari kelompok yang sama.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ini pusing-pusing balik, orang yang sama saja yang terima. Dan saya telah memberi sebelum ini, teguran kepada agensi-agensi, jabatan-jabatan bahawa kita perlu meletakkan sejumlah— bukan, sejumlah peratusan daripada dana itu untuk mereka yang belum pernah terima sebelum ini. Itu satu tapi perlu menepati syarat- syarat, kelayakan, kualiti. Ini menjadi kayu ukur.
Saya setuju pandangan Yang Berhormat bahawa kita sering meletakkan atau pun kita wajar mempertimbangkan–– meletakkan sebuah negara seperti Korea yang berjaya untuk mengeksport hasil budaya dan harta intelek IP ke seluruh dunia dan menjadi satu benchmark atau kayu ukur yang wajar kita teliti.
Sebenarnya pada hari ini Dato' Yang di-Pertua, saya baru mendapat latest angka-angka tentang salah satu daripada produk harta intelek kita yang sangat berjaya. Dan saya tak pasti berapa ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menonton filem Papa Zola The Movie. Setakat ini telah pecah panggung dan merupakan filem animasi yang telah meraih jumlah kutipan yang paling tinggi dalam sejarah setakat ini, melebihi Ejen Ali The Movie 2. Jadi, setakat 20 hari bulan Januari, Papa Zola The Movie terbitan Monsta Studio Sdn. Bhd. telah mengutip jualan tiket sebanyak RM61.35 juta. Ini hanya RM12 juta di belakang Blood Brothers: Bara Naga yang telah mengutip RM73.64 juta. Dan insya-Allah minggu depan, Papa Zola The Movie akan ditayangkan di bioskop- bioskop Indonesia.
Ini saya lihat ada satu keupayaan yang kita cuba untuk yakinkan di kalangan pembikin filem dan penghasil karya-karya ataupun harta-harta intelek berteraskan budaya dan industri kreatif bahawa sekiranya mereka mempunyai model perniagaan dan jaringan yang dapat membantu mereka membawa keluar produk-produk ini, terutama ke kawasan Asia Tenggara, maka kita akan bagi sokongan yang lebih padu.
Saya telah mengarahkan FINAS dan MyCreative Ventures untuk meneliti.
Yang paling penting adalah, kumpulan produser ataupun mereka yang boleh menghubungkan penghasil-penghasil, pengkarya-pengkarya ini kepada jaringan yang lebih besar. Jadi, insya-Allah kita akan teliti. Untuk angka terperinci yang Yang Berhormat mohon tadi, saya tak ada angkanya tapi saya akan jawab secara bertulis.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebelah kerajaan? Jika tidak ada, saya akan ke soalan selanjutnya. Tiada. Saya ke soalan yang selanjutnya. Soalan yang kelapan. Majlis mempersilakan Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Dato’ Speaker.
Soalan Ampang nombor 8.
8. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan langkah-langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk mengawal keagresifan jenama makanan dan minuman asing seperti Mixue, Chagee dan Auntea Jenny serta platform e-dagang mengisbatkan harga pasaran dengan menawarkan harga jualan sangat kompetitif sehingga mengancam kelangsungan bisnes PMKS tempatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Ampang di atas soalan ini. Saya kira soalan ini pertama kali diajukan di Dewan Rakyat, soalan yang begini. Dato’ Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Ampang ini secara bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang bertarikh 5 Februari 2026 dan Yang Berhormat Tebrau bertarikh 24 Februari 2026, memandangkan isu yang dibangkitkan adalah saling berkaitan.
Pihak kementerian amat memahami kegusaran yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam soalan ini iaitu berkenaan dengan kepesatan pembangunan, pembukaan perniagaan dari luar negara, dalam bentuk fizikal ataupun kemasukan lambakan produk daripada luar negara di atas talian, dalam perniagaan atas talian. Terutamanya dalam jenama makanan dan minuman secara fizikal ini. Dan kerisauan juga sama ada kepesatan pembukaan cawangan ini mengancam kelangsungan perniagaan PMKS tempatan.
Ahli-ahli Yang Berhormat juga menyatakan kerisauan berkenaan dengan strategi harga pemangsa ataupun predatory pricing di atas platform atas talian. Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, pihak kementerian bertanggungjawab untuk memastikan beberapa agenda penting negara, yang pertama pembangunan perniagaan domestik. Kedua, barang buatan Malaysia, bagaimana kita nak membantu mempromosikan barang buatan Malaysia. Ketiga, memastikan juga persaingan yang adil berlaku dalam perniagaan dan ekosistem perniagaan menguntungkan pengguna, Yang Berhormat Ampang.
Dan juga di masa yang sama, kementerian bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan pengguna. Ini antara tanggungjawab kementerian dalam konteks soalan ini.
Dato’ Yang di-Pertua, tapi cabarannya, bagaimana kita boleh memastikan dalam pasaran ekonomi terbuka yang kita amalkan dalam negara ini iaitu free market economy, Dato’ Yang di-Pertua dengan izin, di masa yang sama kita nak memastikan bahawa berlaku persaingan adil, persaingan yang adil.
Jadi maksudnya, apabila soalan itu mengatakan bahawa how do we protect, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, how do we protect local industry, apa polisinya?
Adakah kita akan melindungi dan mengekang kemasukan industri barangan asing ataupun kita meningkatkan kemampuan untuk bersaing itu?
Jadi, ada garis panduan yang telah dibangunkan oleh pihak kementerian yang dinamakan Partisipasi Entiti Syarikat Asing dalam Industri Pengedaran Perdagangan, Yang Berhormat Ampang. Pada tahun 2020 dibangunkan ini dan ia nya termasuk pengkhususan–– apa orang kata, kedai pengkhususan ataupun specialty stores. Nama-nama jenama yang disebut tadi oleh tiga Yang Berhormat ini adalah specialty stores. Kalau dalam kategori specialty stores. Dan di setiap kategori convenience stores ataupun specialty stores ataupun hypermarkets, Dato' Yang di- Pertua, dia ada garis panduan dia yang tersendiri.
Jadi yang pertama, ia nya syarikat mesti diperbadankan dalam negara.
Kedua, mesti ada modal berbayar sekurang-kurangnya RM1 juta, kemudian perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Perdagangan, Borong dan Runcit sebelum beroperasi. Dan sekiranya— orang kata, keluasan kedai tersebut melebihi 5,000 meter persegi, perlu ada satu kajian impak.
Namun, oleh kerana garis panduan ini dibangunkan pada tahun 2020, kita dapati bahawa jenama-jenama F&B ini, dia masuk secara pesat dan kemasukannya dalam tahun 2024, kebanyakannya. Jadi, kita perlu tambah baik dan kementerian dalam–– sedang meneliti semula dan mengkaji garis panduan yang dibangunkan pada tahun 2020 tersebut, Dato' Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan e-dagang pula, pihak kementerian kini sedang memuktamadkan pindaan kepada Akta Perdagangan Elektronik 2006 yang akan dibawa ke dalam sidang Dewan yang akan datang, tahun ini, insya-Allah, sama ada dalam bentuk pindaan ataupun undang-undang yang baru.
Jadi kesimpulannya Dato’ Yang di-Pertua, perlu ada keseimbangan untuk membangunkan daya saing PMKS supaya persaingan itu berlaku secara adil dan ini, KPDN perlu lintas kementerian. Bekerja dengan KUSKOP, bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain dan sebagainya dan bukan semata-mata melindungi secara pasif tapi membangunkan industri tempatan, industri domestik untuk memastikan ada daya saing. Tidak menutup pasaran tapi menggalakkan persaingan demi untuk menjaga perlindungan pengguna.
Tapi insya-Allah, memastikan keseimbangan itu, itulah cabaran kami, cabaran kita semua. Dan kita harap dengan kita meneliti garis panduan ini dan mengkaji semula ada garis panduan yang lebih relevan untuk masa kini, insya-Allah kita dapat memastikan bahawa ekosistem itu lebih adil. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Ampang, soalan tambahan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Timbalan Menteri. Saya rasa terima kasih lah, maklum tentang kerisauan kami dan juga di luar sana ramai lagi PMKS yang menyatakan kerisauan ini. Apa yang saya nampak Dato’ Yang di-Pertua, jenama-jenama F&B yang banyak di luar itu, kalau saya boleh sebut di sini sebagaimana soalan saya, Mixue, Auntea Jenny, Chagee dan sebagainya ini, dia mengancam kelangsungan pengusaha- pengusaha PMKS tempatan dalam bidang yang sama.
Walaupun Timbalan Menteri menjawab bahawa telah ada garis panduan specialty stores ini, dengan izin, dalam tahun 2020 tetapi saya nampak dia macam tidak begitu relevan dan at par dengan apa yang sepatutnya diperlukan sekarang.
Tapi saya rasa dalam aspek ini, kawalannya Dato' Yang di-Pertua, kawalannya–– saya bimbang dia tidak dibuat sekemas mungkin. Kerana apa yang saya dapat lihat di sini, kalau kita tiada kawalan, maka ia nya boleh mengundang sebab syarat ini terlalu mudah.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Kalau ada satu juta, boleh datang buka di sini dan berapa banyak outlet yang dia boleh buka dan sebagainya kita tidak pasti. Oleh itu soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, apakah syarat-syarat dan prosedur yang lebih perkemas akan dilakukan bagi memastikan tiada ada kesan langsung kepada PMKS kita dan kalau boleh syarat itu tidak saja hanya syarat, tetapi perlu ada kajian Datoʼ Yang di- Pertua, sebab kalau ada persaingan dan ia akan mematikan pengusaha-pengusaha tempatan kita dengan harga mereka yang begitu kompetitif, begitu murah dan senang diperolehi dan kawalan-kawalan lain tentang input-input makanan yang kita nampak akan menjejaskan kesihatan dan sebagainya, itu adalah satu perkara yang membimbangkan.
Jadi persoalan saya, apakah kajian dibuat terlebih dahulu sebelum membenarkan dan agensi mana yang sebenarnya mengawal tentang perkara ini?
Dan kita mohon supaya mohon KPDN menyatakan hasil-hasil analisa tentang kajian tersebut kalau ada yang telah dibuat. Saya fokus kepada jenama-jenama begitu sebab Datoʼ Yang di-Pertua saya nampak ia tumbuh macam cendawan lepas hujan dan di situlah sebenarnya akan mematikan pengusaha-pengusaha kita yang sama di tempat ini, di dalam industri ini. Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri untuk respons.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Ampang.
Kerisauan itu memang kita kongsi juga dan saya tidak keberatan untuk mengakui memang ada sedikit kelompongan dari segi garis panduan ini sebab dia dibangunkan pada tahun 2020 dan mungkin agak ketinggalan...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Kapten Datoʼ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Sebab itu saya katakan tadi bahawa, kita memulakan proses untuk mengkaji semula dan meneliti kawalan yang lebih ketat...
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
[Bangun]
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Saya setuju dengan Yang Berhormat Ampang di mana dalam garis panduan ini, kajian yang kita lakukan ialah apabila jumlah kaki persegi keluasan kedai ialah 5,000 meter persegi. Ya maksudnya dia kedai besar, tapi kedai-kedai specialty store ini dia punya kedai kecil, kurang pada 1,000 square meters.
Jadi, oleh kerana itu, kita kata dalam garis panduan ini 5,000 ke atas baru ada kajian impak, tapi insya-Allah dalam garis panduan yang baru, yang kita sedang kaji ini, insya-Allah kita kena tengok lagi kecil. Maksudnya, kajian impak itu perlu dilakukan sebelum kita meluluskan, kita meluluskan kemasukan mereka.
Sebab contoh Mixue, dia masuk 2024. Dia masuk dengan memohon kelulusan terus 547 cawangan. Pada ketika itu, ada kelompongan— saya katakan tadi dalam garis panduan 5,000 square meter dan setiap specialty store itu tak sampai kepada 5,000 square meter, maka mereka mendapat kelulusan. Dan kita hanya menyekat mereka apabila mereka mahu menambah cawangan, ya mereka mahu menambah cawangan. Ini berlaku pada tahun lepas.
Ya kita menyekat mereka kerana untuk menambah cawangan itu ‘tak bolehlah senang-senang, tapi dia dah lepas kerana saya katakan kita gunakan garis panduan yang 2020, tapi insya-Allah kita akui seperti yang saya katakan Yang Berhormat Ampang, kita akui kelompongan tersebut, kita kaji dan insya-Allah kita tambah baik. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tanjong Karang, silakan.
Kapten Datoʼ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Memandangkan platform e-Dagang membolehkan barangan import murah dijual terus kepada pengguna tanpa beban pematuhan yang sama seperti perniagaan tempatan, soalan Tanjong Karang, adakah kerajaan bersedia untuk mengetatkan peraturan e-Dagang itu sendiri dan cukai lintas sempadan bagi mewujudkan medan persaingan yang adil?
Serta adakah jaminan bahawa dasar ini benar-benar memihak kepada kelangsungan PMKS khususnya peniaga kecil dan peniaga luar bandar? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri untuk respons.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih soalan tambahan Tanjong Karang. Berkenaan dengan e-Dagang ini seperti yang saya katakan tadi Yang Berhormat Tanjong Karang, kementerian sekarang sedang memuktamadkan pindaan kepada Akta Perdagangan Elektronik 2006 sama ada kita nak pinda ataupun kita nak bawa akta baru, sebab agak besar ataupun agak banyak dia punya pindaan- pindaan yang kita perlu lakukan untuk kita memastikan ekosistem perdagangan atas talian ini, e-Dagang ini lebih adil.
Bukan sahaja adil kepada peniaga. tapi juga adil kepada pengguna Tanjong Karang, adil juga kepada affiliate. Sekarang ini kita ada affiliate dan sebagainya dan ada banyak elemen yang terlibat dalam undang-undang ini di mana kita kena tengok kepada platform. Bagaimana mereka memberi fi atau mengenakan fi, bagaimana kita nak lindungi pengguna berkenaan dengan harga, bagaimana kita nak melindungi peniaga-peniaga lain, bagaimana kita nak melindungi agen-agen dan affiliates?
Semua itu dalam pindaan dalam undang-undang e-Dagang, pindaan undang- undang ini kita tengok insya-Allah Tanjong Karang.
Dan kalau ada lebih lagi yang Tanjong Karang rasa perlu dimasukkan, nanti insya-Allah kita boleh terima libat urus daripada Tanjong Karang. Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut soalan kesembilan, dipersilakan Datuk Iskandar Zulkarnain bin Abdul Khalid, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, pandangan kementerian berhubung kepentingan pengukuhan kemahiran bahasa Inggeris bagi tenaga kerja baharu di Malaysia dan sejauh manakah kebersediaan kementerian untuk membantu mewujudkan inisiatif yang bersesuaian bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kesemua sektor tenaga kerja di Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.
Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris memainkan peranan penting dalam kehidupan individu dan masyarakat. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan warisan kebudayaan bukan sahaja menjadi medium komunikasi harian, tetapi juga pemegang identiti nilai dan tradisi bangsa.
Dalam konteks pendidikan dan pentadbiran, penggunaan bahasa Melayu menyatukan rakyat pelbagai kaum, memudahkan urusan rasmi dan membentuk rasa perpaduan serta kebanggaan nasional. Sebaliknya, bahasa Inggeris berperanan sebagai lingua franca antarabangsa yang membuka pintu kepada ilmu teknologi, perdagangan dan hubungan antarabangsa.
Kebanyakan bahan akademik, penerbitan saintifik dan sumber digital berada dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kemahiran berbahasa Inggeris membolehkan akses kepada maklumat terkini dan peluang pendidikan tinggi di peringkat global. Dari segi ekonomi, penguasaan bahasa Inggeris meningkatkan kebolehpasaran dan memberi kelebihan dalam kerjaya yang memerlukan interaksi antarabangsa ataupun penggunaan teknologi moden.
Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia komited untuk memperkukuh penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan tenaga kerja Malaysia secara berperingkat, inklusif dan berfokus kepada keperluan industri, tanpa menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
KESUMA berpandangan bahawa penguasaan bahasa Inggeris merupakan satu kompetensi teras yang semakin kritikal, khususnya bagi tenaga kerja baharu dalam menghadapi persekitaran pekerjaan yang bersifat global, berteknologi tinggi, serta dipacu oleh automasi dan kecerdasan buatan (AI), serta meningkatkan keboleh pasaran graduan TVET.
Dari segi kebersediaan, kementerian telah dan sedang melaksanakan beberapa langkah strategik. Pengintegrasian elemen bahasa Inggeris dalam pembangunan National Occupational Skills Standard (NOSS), dengan izin Datoʼ Yang di-Pertua khususnya bagi bidang yang berorientasi industri global seperti pembuatan maju, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), automotif, aeroangkasa serta perkhidmatan profesional.
Penambahbaikan kokurikulum latihan TVET di institusi latihan kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dilaksanakan melalui penggalakan penggunaan bahan rujukan dwi bahasa, modul latihan berasaskan situasi kerja sebenar, workplace based learning dengan izin, serta pelaksanaan pembentangan dan penilaian yang dikendalikan dalam bahasa Inggeris.
Penyediaan platform pembelajaran latihan dalam talian e-Latih melalui pembangunan Sumber Manusia Berhad, HRD Corp yang menawarkan lebih daripada 2,000 kursus percuma termasuk kursus berkaitan bahasa Inggeris, komunikasi profesional dan kemahiran di tempat yang bekerja. Secara keseluruhan, KESUMA komited untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan tenaga kerja Malaysia secara berfasa dan berterusan.
Pendekatan ini diyakini mampu melahirkan tenaga kerja yang lebih berdaya saing, adaptive serta kekal relevan dengan keperluan ekonomi semasa dan tuntutan pasaran global. Sekian, terima kasih Datoʼ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan selanjutnya, Yang Berhormat Kulan Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya, sejauh manakah kementerian menilai jurang penguasaan bahasa Inggeris antara tenaga kerja bandar dan luar bandar termasuklah para lepasan TVET? Dan apakah kementerian turut merancang untuk bekerjasama dengan pihak industri dan majikan bagi memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris tenaga kerja baharu supaya selari dengan keperluan pasaran pekerjaan dan kehendak pelabur asing?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Berhormat Menteri untuk respons.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kuala Kangsar...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
[Bangun]
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Kementerian Sumber Manusia mengakui bahawa masih wujud jurang penguasaan bahasa Malaysia— bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris antara tenaga kerja di kawasan bandar dan luar bandar, tetapi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
...Di dalam kalangan lepasan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET, jurang ini dipengaruhi oleh faktor pendedahan persekitaran kerja, akses kepada latihan berkualiti serta keperluan industri setempat yang berbeza. Sehubung itu, kementerian sentiasa menilai tahap kebolehpasaran dan keperluasan kemahiran tenaga kerja melalui libat urus berterusan dengan industri, majikan serta institusi latihan.
Bagi menangani isu ini, kementerian telah dan sedang merancang kerjasama strategik bersama pihak industri dan juga majikan untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris tenaga kerja baru. Ada beberapa cara yang sedang dilaksanakan melalui HRD Corp menggunakan kemudahan levi, modul bahasa Inggeris yang lebih praktikal dan kontekstual khususnya bagi lepasan TVET dan tenaga kerja di kawasan luar bandar di JTM, Jabatan Tenaga Manusia. Kerjasama dengan industri melalui JPK bagi memastikan modul latihan bahasa Inggeris yang dibangunkan selari dengan keperluan pasaran.
Langkah ini bertujuan memastikan tenaga kerja baharu tanpa mengira latar belakang lokasi mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang bersesuaian dengan keperluan industri semasa.
Selain daripada itu, kerjasama sedia ada antara JPK, KESUMA dengan Industry Lead Bodies (ILBs) dengan izin, ataupun pembangunan NIOSH adalah di dalam bahasa Inggeris kecuali bagi bidang berkaitan agama Islam, seperti pendidikan tahfiz, pengurusan masjid yang menunjukkannya selari dengan keperluan pasaran pekerjaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Speaker di atas peluang diberikan. Yang Berhormat Sungai Buloh, sebelum saya mengajukan soalan, saya ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan sebagai seorang Menteri. Jasa sebagai Timbalan Menteri juga banyak kepada kerajaan dan rakyat.
Soalan saya adalah berkenan dengan penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan selain daripada itu adalah bahasa-bahasa seperti bahasa Jepun, Jerman, Korea. Di mana kita lihat bahawa kecenderungan sejak kebelakangan ini di bawah pemerintahan kerajaan baharu, banyak juga syarikat- syarikat daripada Korea, Jepun, Jerman yang mula operasi di negara kita. Dan selain daripada itu, kita juga melihat peningkatan yang begitu baik, memberangsangkan dalam kalangan pelajar-pelajar kita memasuki sekolah-sekolah Cina.
Saya lihat baru-baru ini tular satu gambar di mana ramai daripada pelajar- pelajar Melayu yang memakai tudung pergi ke sekolah Cina untuk belajar bahasa Cina. Jadi, apakah kerajaan juga melihat terdapat kehendak ataupun kepentingan memberi tumpuan kepada didikan bahasa Cina, bahasa Jepun, bahasa Tamil dan juga bahasa Korea dan Jerman untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menjadi mahir dalam semua bahasa-bahasa ini supaya mereka dapat juga menjawat jawatan-jawatan penting dalam syarikat-syarikat swasta? Apakah inisiatif yang akan diambil oleh Kementerian Yang Berhormat? Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Menteri untuk respons.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih atas ucapan tahniah dan soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jelutong. Kalau kita lihat di bawah ADTEC JTM, kami mempunyai satu universiti di Jepun juga bekerjasama dengan universiti di Jepun di mana kelas-kelas bahasa Jepun diberikan keutamaan, tetapi untuk bahasa-bahasa yang lain contohnya bahasa Korea, Cina dan Tamil yang memang kita ada keperluan, tetapi belum lagi dilaksanakan, tetapi kalau contoh kita ada kerjasama-kerjasama dengan company— company daripada Jepun, Korea ataupun daripada China ataupun daripada India, keutamaan memang boleh diberikan, tetapi buat masa ini, kita fokus kepada bahasa Inggeris sebab bahasa Inggeris itu merupakan bahasa antarabangsa.
Jadi, dia boleh diguna pakai di mana-mana negara pun dan senang untuk kami berurusan dengan negara-negara dan company, company yang lain sebab semua pengurusan itu berkaitan dengan bahasa Inggeris, tetapi kalau keperluan itu diperlukan, memang contoh seperti yang saya bagi berkaitan dengan kerjasama dua universiti di Jepun sekarang, memang kita akan berikan keperluan tersebut. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjut, soalan yang 10, Majlis mempersilakan Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Pesan berbalas di hujung malam, Rindu bertaut menusuk perasaan; Bantuan kerajaan asas kehidupan, Wajar dinilai adil dan berkesan. Soalan Tampin nombor 10.
10. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Ekonomi menyatakan, status semasa dan tarikh cadangan pelaksanaan pemberian bantuan kerajaan berteraskan Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) dengan mengambil kira Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) serta bagaimanakah kementerian ingin memastikan kelancaran peralihan konsep tersebut dapat berjalan dengan baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Ekonomi untuk menjawab.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tampin.
Pada masa ini, pemberian bantuan adalah umumnya berdasarkan had kelayakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK telah pun mengambil kira keperluan asas isi rumah merangkumi makanan dan bukan makanan termasuk perumahan, kesihatan dan pendidikan. Pemberian bantuan juga turut ditumpukan kepada golongan B40 berdasarkan had kelayakan kumpulan pendapatan. Had kelayakan tersebut adalah berdasarkan pendapatan kasar isi rumah.
Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang bermula pada tahun ini, penentuan kumpulan sasar dalam pemberian bantuan sosial dan subsidi bersasar akan ditambah baik. Kerajaan pada masa ini masih mengekalkan pengelasan pendapatan B40, M40 dan T20. Perubahan pengelasan ini sedang dikaji berdasarkan keperluan semasa.
Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan sedang meneliti kaedah pengukuran yang lebih sesuai bagi menentukan kumpulan sasar termasuk penggunaan kaedah Pendapatan Boleh Guna Bersih dengan izin, Net Disposable Income (NDI). Kerajaan berpandangan konsep NDI ini boleh diperkenalkan sebagai asas untuk pemberian bantuan bagi mengurangkan risiko keciciran dan bersifat lebih adil bagi mengambil kira aspek kehidupan wajar serta berbeza mengikut lokasi dan demografi isi rumah.
Secara prinsip, NDI dikira dengan menolak jumlah Pendapatan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) daripada Pendapatan Boleh Guna (DI). DI adalah jumlah pendapatan kasar isi rumah termasuk pendapatan bergaji ditolak dengan pindahan semasa dibayar seperti caruman kumpulan KWSP, cukai dan zakat dan PERKESO.
Pengukuran NDI mengambil kira Pendapatan Asas Kehidupan Wajar bagi setiap isi rumah dan akan menjadi penanda aras bagi bantuan kerajaan yang akan diumumkan secara berperingkat.
Namun begitu Ahli Yang Berhormat, langkah ini memerlukan masa bagi melaksanakan penelitian lanjut serta ketersediaan data isi rumah yang lengkap sebelum dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan diberikan. Jawapannya jelas dan tidak mengelirukan.
Tahniah diucapkan atas pelantikan. Berpengalaman, berpendidikan dan cukup sopan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, hari ini boleh dikatakan golongan M40 turut menjerit dan terbeban dengan kos hidup. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di bandar serta pinggir bandar, tetapi bantuan kepada mereka telah dinafikan.
Sesungguhnya cadangan perluasan bantuan berteraskan NDI dan mengambil kira PAKW merupakan harapan golongan berkenaan.
Soalan saya, bilakah kali terakhir had pendapatan isi rumah bagi kategori B40, M40, T20 disemak oleh kementerian dan adakah kementerian berhasrat untuk menaikkan siling pendapatan isi rumah bagi setiap kategori berkenaan agar dapat membantu lebih ramai mereka-mereka yang terkesan dengan cabaran kos sara hidup terutamanya bagi mereka yang berpendapatan di paras border antara B40 dan M40? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tampin.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa menjalankan pemeriksaan terhadap apa yang berlaku di lapangan. Melalui DOSM, kita laksanakan HIES: Household Income and Expenditure Survey yang kita adakan dua kali bagi setiap RMK. Bagi RMK12 kita laksanakan dua kali dan yang terakhirnya pada tahun 2024.
Apa yang kita lihat dalam HIES ini adalah mengukur indikator sosioekonomi, pendapatan, kemiskinan, kesenjangan dan perbelanjaan isi rumah dan kita sudah pasti corak perubahan isi rumah ini, harga barangan, perkhidmatan dan kos sara hidup serta demografi diambil kira dalam survey ini.
Jadi, berbalik kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Tampin, jadi setiap survey yang kita buat ini kita akan melihat peningkatan jumlah pendapatan itu sebagai asas untuk kita menentukan threshold dan yang terbaru kita laksanakan pada 2024 survey dan kita buat perubahan, itu yang kita lihat threshold B40 atau pun bantuan STR kita letakkan kepada RM5,000 ke bawah.
Namun demikian, apa yang pentingnya adalah untuk kita melihat bagaimana M40 itu juga diambil kira bagi memastikan mereka juga dapat disantuni dalam erti kata kita memberi bantuan. Walaupun kita tidak memberi bantuan tunai, tetapi kita memberi bantuan dalam kaedah pengecualian cukai supaya semua rakyat Malaysia dapat merasai hasil bantuan daripada kerajaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey terima kasih Speaker. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian bagi mendidik masyarakat mengenai perubahan konsep dari sistem B40, M40, T20 kepada sistem NDI berasaskan PAKW termasuk program komunikasi, latihan kepada pegawai kementerian dan NGO serta tempat pendidikan awam sebelum pelaksanaan penuh? Dan bagaimana Kementerian Ekonomi mengukur kejayaan dan menilai impak pelaksanaan sistem NDI berasaskan PAKW selepas ia dilaksanakan? Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh dan Dato’ Yang di-Pertua. Berkaitan persoalan ini, bagaimana kementerian melaksanakan sesi pendedahan terhadap perkara-perkara dan pendekatan- pendekatan metodologi yang diambil bagi kita menilai sesuatu keadaan masyarakat di Malaysia ini?
Disebut tadi NDI, disebut tadi PAKW dan sudah pasti komunikasi yang berterusan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan. Cumanya, apa yang saya nak beritahu adalah PAKW ini kita sudah ada aplikasi yang kita bangunkan, kementerian bangunkan bersama DOSM dan kita lakukan untuk individu dapat melihat di mana perancangan isi rumah, perbelanjaan isi rumah. Di Johor macam mana, di Kuala Lumpur macam mana, di Pahang macam mana? Supaya mereka dapat merancang.
Di pihak kerajaan pula kita gunakan PAKW ini untuk melihat sosioekonomi.
Sebagai contoh, kalau kita lihat di Kuala Lumpur ini mereka agak tertekan dari segi pengangkutan, kita minta Kementerian Pengangkutan untuk memikirkan kaedah. Itu yang kita lakukan, MyPAS. Sepertimana kita lakukan Jualan Rahmah, kita melihat di kawasan mana ada keperluan untuk kita lakukan kewajaran kehidupan. Itu sebabnya kita minta perbanyakkan Program Jualan Rahmah di kawasan-kawasan yang tertentu.
Hasratnya apa Dato’ Yang di Pertua? Untuk memastikan setiap rakyat Malaysia ini dapat kita santuni dan kita samakan lantai mereka. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat, kalau mengikut jam dalam Dewan ini masa sudah tamat, tapi ikut jam saya ada lagi 8 minit. Saya bagi ruang untuk soalan yang terakhir ya.
Dengan ini saya mempersilakan Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 11.
11. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pendidikan menyatakan, perancangan kementerian dalam memperkasa program latihan guru berfokus di kawasan pedalaman bagi merapatkan lagi jurang Gred Purata Kebangsaan (GPK) sebanyak 0.45 mata antara bandar dan luar bandar demi menjamin ekuiti pendidikan dan standard pengajaran yang setaraf dengan sekolah berprestasi tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri Pendidikan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sik atas soalan yang dikemukakan.
KPM memberi keutamaan terhadap pemerkasaan latihan profesional guru di seluruh negara tanpa mengira lokaliti sama ada di kawasan bandar atau pun di luar bandar.
Bagi tahun 2025, KPM telah melaksanakan sebanyak 587 program latihan guru anjuran masing-masing dari KPM, JPN dan PPD melibatkan 68,126 orang KPM termasuklah guru di kawasan bandar dan juga luar bandar. Pelaksanaan latihan ini memberikan tumpuan kepada pengukuhan pedagogi berimpak tinggi, penguasaan kandungan mata pelajaran, amalan PdP berkesan serta bimbingan profesional berterusan yang disesuaikan dengan konteks sekolah luar bandar.
Bagi tahun 2026, KPM akan meneruskan pelaksanaan program latihan guru bagi guru-guru di bawah KPM. Peruntukan telah pun disediakan dan pelaksanaan latihan ini diselaraskan secara lebih berstruktur dan berasaskan keperluan sebenar sekolah melalui JPN, PPD. Peruntukan digunakan bagi empat bidang kluster utama iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik iaitu STEM, MBMMBI, memartabatkan Bahasa Melayu Malaysia, memperkukuhkan Bahasa Inggeris, intervensi kurikulum dan juga prasekolah serta kesediaan guru dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.
Pelaksanaan latihan ini akan melibatkan 23,000 orang guru kawasan luar bandar. Selain itu di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, KPM telah menetapkan peruntukan sebanyak RM3.2 juta ringgit bagi pelaksanaan latihan melalui pendekatan professional learning community.
Dari segi impak terhadap pencapaian murid Dato’ Yang di-Pertua, laporan analisis keputusan peperiksaan SPM bagi gred purata mengikut lokasi menunjukkan peningkatan berterusan bagi kedua-dua calon bandar dan juga luar bandar. Nilai gred purata yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Pada tahun 2022, calon bandar mencatatkan 4.73 manakala calon luar bandar 5.16. Jurang adalah 0.43. Pada tahun 2023, calon bandar mencatatkan 4.58, manakala calon luar bandar 5.01. Jurang pencapaian adalah 0.43. Pada tahun 2024, calon bandar mencatatkan 4.47 manakala calon luar bandar 4.92. Jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar adalah 0.45.
Pendekatan bersepadu dan usaha yang diambil membuktikan komitmen berterusan KPM untuk meningkatkan kompetensi guru tanpa mengira lokaliti sama ada di kawasan bandar dan juga kawasan di luar bandar. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sik, soalan tambahan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita melihat kepentingan untuk kementerian secara serius, mengukuhkan dan meningkatkan kualiti pembelajaran sekolah di bandar dan luar bandar itu sangat penting untuk disetarakan.
Isu saya berkait rapat dengan keputusan terbaru Kementerian Pendidikan yang diumumkan iaitu untuk membenarkan kanak-kanak yang berusia enam tahun memasuki tahun satu yang sudah pasti memberi implikasi langsung kepada beban dan kesiapsiagaan guru termasuk guru-guru di luar bandar.
Di mana realitinya banyak sekolah luar bandar ini, nisbah antara murid dan guru itu masih tidak setara dan ada kes di mana di kawasan pedalaman termasuk guru-guru yang terpaksa mengendalikan kelas Tahun 1 itu, murid itu dengan pelbagai tahap ya. Termasuk ada kes-kes yang [Tidak jelas] walaupun tidak keseluruhan, pelajar Tahun 6 masih tidak menguasai literasi, number dan sebagainya.
Jadi soalan saya, apakah penilaian impak yang telah dibuat oleh pihak kementerian dalam pelaksanaan yang sudah pastilah sangat-sangat menjadi persoalan kepada ibu bapa sendiri untuk kementerian mengatakan pada tahun 2027 nanti pelajar, murid tahun— 6 ini umur 6 tahun ini dapat memasuki Tahun 1? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri Pendidikan untuk respons.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sik. Isu yang sama telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sembrong tadi telah pun saya jawab dan juga dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya tidak berhasrat untuk mengulangi apa yang telah pun dijawab, tetapi cuma saya ingin menegaskan bahawa apabila kita mengambil keputusan untuk membenarkan supaya murid-murid yang berada di umur 6 iaitu five plus untuk masuk ke Tahun 1 itu, kita laksanakan secara sukarela...
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Ini untuk memastikan bahawa kita roll out kan program ini apabila ibu bapa adalah tersedia. Dan dari segi persediaan, dari segi fasiliti dan juga latihan guru, telah pun saya jawab sebentar tadi dan mungkin saya tidak perlu— saya mohon izin supaya tidak perlu saya ulang sekali lagi, semua dalam Hansard. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin menyoal berkenaan dengan penempatan dan insentif guru ini.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Bagaimanakah kementerian memastikan bahawa guru-guru yang telah menerima latihan khas pedalaman ini benar-benar ditempatkan dan dikekalkan di kawasan yang telah disasarkan dan tidak dipindah keluar dalam tempoh yang singkat? Dan oleh itu, adakah kementerian bersedia mengaitkan kenaikan pangkat insentif kewangan dan laluan kerjaya dipercepatkan kepada keberkesanan perkhidmatan guru di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman? Mohon pandangan Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Betong atas soalan yang diajukan kepada KPM. Nombor satu berkenaan dengan penempatan dan juga pemindahan guru, sama ada dari kawasan pedalaman ataupun di kawasan bandar ataupun luar bandar. Kesemua ini adalah tertakluk kepada faktor-faktor yang berlainan termasuklah keperluan sekolah tersebut, sekolah masing-masing, itu satu.
Nombor dua, jika ada permintaan bagi pemindahan, maka ia bergantung kepada alasan-alasan ataupun sebab-sebab yang dinyatakan dalam eGTukar yang, yang, yang diisi oleh guru masing-masing.
Dan berkenaan dengan guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman.
Seperti Yang Berhormat Betong sedia maklum, pihak KPM ada memberikan insentif ataupun elaun tambahan kepada guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman. Sekolah-sekolah pedalaman kita ada dikategorikan kepada tiga kategori iaitu Pedalaman 1, Pedalaman 2 dan Pedalaman 3.
Dan guru-guru yang berkhidmat di dalam ketiga-tiga kategori ini akan mendapat elaun tambahan setiap bulan atas perkhidmatan mereka di sekolah- sekolah pedalaman. Dan rate ataupun kadarnya adalah bergantung kepada sama ada ia terletak di Pedalaman 1, Pedalaman 2 ataupun Pedalaman 3. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan ke bawahalaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasike bawah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [21 Januari 2026]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, senarai pembahas terdiri daripada 12 orang. Saya akan bacakan.
Pembuka tirai Yang Berhormat Balik Pulau, diikuti Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Tasek Gelugor, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Saratok. Bagi Yang Berhormat Sri Aman diberi 15 minit wakil ketua parti. Yang Berhormat Muar, 15 minit wakil ketua parti. Yang Berhormat Tuaran, 15 minit sebagai wakil ketua parti. Yang lain-lain Yang Berhormat, 12 minit. Walau bagaimanapun, atas budi bicara pengerusi yang mempengerusikan Majlis.
Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker. Atas isu peraturan, Speaker. Sebelum, sebelum Balik Pulau bermula Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya ingin merujuk, saya tunggu untuk kehadiran Speaker untuk membangkitkan perkara ini kerana saya tahu Speaker memang peka dan selalu tepat dengan peraturan. Saya rujuk pada Peraturan 36. 36 dan pada masa yang sama, terlebih dahulu, 36(9)(c).
Maafkan saya, 36(10)(c).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Teruskan.
Apa isunya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang merujuk kepada “perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan kaum dalam Malaysia”. Kelmarin ketika Pasir Mas berbahas, saya telah bangun untuk meminta penjelasan daripada beliau, Speaker. Berkenaan ucapan yang dibuat oleh beliau menyentuh bangunan- bangunan haram di atas tanah-tanah dan beliau telah merujuk kepada rumah-rumah ibadat apabila beliau berbahas.
Dan dalam perbahasan, beliau telah mencadangkan bahawa kerajaan sebenarnya menggalakkan pembinaan rumah-rumah ibadat haram dengan memberikan insentif iaitu tanah sebagai gantian. Saya telah melihat ucapan itu berulang kali sebelum saya bangun dalam Dewan yang mulia ini dan juga Hansard.
Jadi saya mengambil kesempatan ini Speaker, kerana saya faham Speaker adalah seorang yang mahir dalam peruntukan undang-undang. Pernah menjadi seorang pendakwa di mahkamah dan juga seorang pegawai PDRM anggota kanan.
Jadi saya mohon penjelasan, perlukah beliau menarik balik kenyataan yang dibuat terutamanya apabila Yang di-Pertuan Agong telah bertitah semasa permulaan sesi Dewan kali ini bahawa kita perlu mengelakkan–– saya ada teks ucapan Yang di- Pertuan Agong. Beliau, Tuanku telah bertitah bahawa kita perlu mengelakkan, mengeluarkan sebarang perkataan ataupun melakukan sebarang perkara yang boleh menyebabkan perpecahan di antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan berbilang agama, berbilang bangsa. Dan saya, saya faham bahawa kita diberi ruang dan peluang untuk berbahas, tetapi nadi, cara kita menyampaikan sesuatu perkara.
Saya juga pernah membangkitkan isu-isu sensitif, tetapi nadi dan cara kita membangkitkan suara itu, memberi persepsi seolah-olah Yang Berhormat Pasir Mas membantah dengan sekeras-kerasnya pembinaan rumah-rumah ibadat. Jadi saya mohon penjelasan daripada beliau, adakah beliau sebagai Ahli Parlimen Perikatan Nasional/PAS membantah kepada pembinaan rumah-rumah ibadat? Saya mohon pencerahan daripada Speaker di atas perkara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik Yang Berhormat Jelutong. Apa yang kita lihat di sini, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong adalah daripada persepsi dan konseptual interpretasi orang yang mengadili atau mempengerusikan. Kalau di dalam mahkamah, hakimlah, right.
How, dengan izin, how you interpret the scenario. Kalau kita lihat, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong adalah konseptual kepada Peraturan 36(10)(c). Kalau kita lihat 36(10)(c), ia terbahagi kepada tiga lim. Tiga bahagian sublim iaitu lim pertama, sakit-sakit hati.
Ini kalau interpretasi saya adalah apa Yang Berhormat, Yang Berhormat berucap di dalam Dewan ini ya, dalam jangka masa yang sama, boleh menimbul sakit-sakit hati di antara golongan Yang Berhormat. Baik di sebelah kanan atau kiri di antara Ahli-ahli Parlimen ya. Seumpamanya saya ambil ya. Ungkapan ‘anak menantu Pagoh’. Ini direct–– kalau saya Yang Berhormat Pagoh, saya akan terasa.
Jadi, kalau saya yang di-preside, saya akan suruh tarik balik kerana ini melanggar ibu dan kerap kepada 36(10)(c), umpamanya. Yang lebih sesuai, jika ia diungkapkan untuk tujuan fakta dalam perbahasan, sebut nama orang yang bermaksud. Kenapa kena kaitkan kepada Yang Berhormat Pagoh?
Kalau saya jadi Yang Berhormat Pagoh pun, I be very sensitive. Orang yang mengungkap itu pun sendiri, saya inverted coma, give impression kepada Pagoh. Ini saya setuju dengan keputusan apa yang telah diungkapkan oleh presiding Pengerusi pada ketika, masa itu, agar tidak disebut ‘anak menantu Yang Berhormat Pagoh’ dan saya concur bersetuju dengan keputusan itu ya. Ini lim satu 36(10)(c).
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kalau kita lihat pada lim kedua ya, lim kedua menyebut antara kaum dan kaum. Ini apa Yang Berhormat Jelutong sebut tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ini kita balik kepada persepsi penerimaan Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan. Kemungkinan bila diungkap oleh seorang yang beragama Islam dan bumiputera, dan di dalam kalangan kita pun, di kalangan Yang Berhormat sini pun, ada rakyat Malaysia yang beragama Hindu, beragama Buddhist, beragama Kristian.
Jadi, persepsi— dan bila persepsi ini, yang sesuainya memutuskan sama ada ungkapan itu bersesuaian dalam konteks perbahasan ketika itu adalah, orang yang duduk di sini.
[Menunjuk pada Kerusi Tuan Yang di-Pertua] Kalau saya punya keputusan— kalau saya lah, saya akan suruh tarik balik.
Saya akan actual crap shored it— ini melanggar kepada 36(10)(c). Lim kedua.
Manakala lim ketiga— ini clear cut. Yang Berhormat-Yang Berhormat, Akta Hasutan itu jelas.
Lima lim di dalam tu. Bila melibatkan satu atau beberapa orang terhadap berkaitan Raja, berkaitan kuasa yang melibatkan Akta Hasutan. That cannot be uttered, disebut di dalam Dewan ini. Jadi, inilah pada pandangan saya.
Manakala apa Yang Berhormat Jelutong telah bangkitkan, saya cadangkan Yang Berhormat Jelutong sebagaimana praktik di luar kehakiman, saya tidak boleh decide kerana apa yang berlaku adalah luar konteks saya. Saya tidak ada di sini.
Kalau saya ada di sini, I would have, dengan izin, manage it straight away, the decision of it. Adalah sesuai Yang Berhormat Jelutong put in an usul on the context apa yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat— Yang Berhormat Jelutong tidak setuju, okey.
Manakala...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada lagi satu. One more part. Kita jelas, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyebutkan dalam Dewan about 3R. 3R itu apa Yang Berhormat-Yang Berhormat sedia maklum? Race, Religion dan satu lagi itu...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Royal.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yes. Jadi, try to avoid-lah. Kena ingat ya, kita di sini dipertanggungjawabkan utama adalah kepentingan rakyat, tapi kalau kita memilih untuk bertelingkah sama sendiri dan membuang masa, I think kita owe that, dengan izin to the rakyat. Baik, itu Yang Berhormat Jelutong keputusan saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Speaker yang saya hormati. Terima kasih.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Usul?
Peraturan?
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Peraturan yang sama. Dia bawah peraturan 10c.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, conceptual apa?
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Semalam seorang— Puncak Borneo ada membandingkan bau daging babi dengan budu dan belacan yang lebih busuk daripada babi. Bagi saya, ini pun sakit-menyakiti. Kami orang Islam, babi itu adalah haram. So, ini soal bukan bau, ini soal halal dan haram. So, itu perkataan yang menyakitkan hati juga. So, saya ‘nak dapatkan petua daripada Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, kalau ikut dalam konteks 36 juga, kalau kita lihat satu, 36 tu terbahagian sampai ke 12, ya.
Kalau ia jatuh dalam kalangan itu, preceding hakim yang berada di ketika dan masa itu, kalau Yang Berhormat, kalau saya, Yang Berhormat bangkitkan, saya akan buat keputusan.
Saya akan lihat pada keseluruhan, whether you uttered apa yang Yang Berhormat Tampin nyatakan itu, ada repercussion terasa tak, menimbulkan gerak- gusir atau menimbulkan rasa sakit-sakit hati. Kalau saya dapati sedemikian, saya akan suruh tanya balik, tapi walau bagaimanapun, sebagaimana saya nasihatkan kepada Yang Berhormat Jelutong, usulkan jika tidak puas hati kerana saya tidak ada di situ untuk memutuskan. Baik.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya menghormati ketegasan dan kewibawaan Speaker. Terima kasih, Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Kita balik kepada urusan Majlis kita. Hari ini satu masa yang pendek.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat satu lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Last, ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya ‘tak mahu buang masa lagi. Yang Berhormat Tasek Gelugor, peraturan nombor berapa?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
93 dan 94. Yang berkait dengan penggunaan media.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
93 dan 94.
Ha, ini saya jarang melihat.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tapi saya rasa yang lebih tepat ialah 94.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi, maaf saya untuk buka kepada peraturan 93 dan...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
94, tapi yang lebih tepat ialah 94.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Wakil- wakil akbar dan 93, orang-orang luar, alright. Silakan. Apa dia— apa yang...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ya, terima kasih Yang di-Pertua. Saya baru bercakap dengan beberapa orang wartawan di Bilik Media Parlimen. Yang mana pada hari ini ada satu notis ditampal di pintu masuk bilik media tersebut mengatakan bahawa ada garis panduan penggunaan Pusat Media Parlimen Malaysia, yang mana tujuannya ialah mengawal selia penganjuran mana-mana sidang media dan memastikan tiada sebarang pelanggaran mana-mana peraturan.
Saya rasa niatnya baik, tetapi kalau sekiranya Ahli-ahli Parlimen terpaksa meminta kebenaran untuk menggunakan fasiliti bilik media, ini mengekang kebebasan bersuara Ahli-ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat. Dan ini juga tidak dilancarkan atau pun dikeluarkan setelah Parlimen merujuk kepada wartawan itu sendiri. Saya difahamkan mereka pun baru tahu hari ini sahaja, bahawa ada peraturan sedemikian yang dikeluarkan.
Jadi bagi saya Yang di-Pertua, ini memerlukan penjelasan lanjut dan sebaik- baiknya tidak ada perkara begini yang dihadkan ataupun dikekang kebolehan Ahli Parlimen untuk bersuara terutamanya kepada media. Saya rasa garis panduan begini tidak diperlukan dalam demokrasi yang semakin matang di Malaysia yang kita pun ‘nak mematangkan lagi proses demokrasi di Malaysia dengan menggalakkan orang untuk bercakap dan menyampaikan pandangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Setiausaha Majlis, SUDR. Approach me please. Dengan izin.
[Timbalan Yang di-Pertua berbincang bersama Setiausaha Dewan Rakyat] Yang Berhormat, Tasik Gelugor, saya baru dapat tahu. Itu yang saya terpaksa conquer dengan Setiausaha Majlis.
Jadi, pada pandangan saya, kalau Yang Berhormat Tasik Gelugor tidak bersetuju daripada conceptual-nya, tolong usulkan kepada pejabat. Kerana saya tidak dapat putuskan saya sendiri, tak tahu apa benda ini. Baru dapat tahu. Silakan, ya. Baik.
Kita balik pada urusan Majlis kita lah. Ah, lagi 15 minit. Baik, silakan Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Sebelum itu boleh rewind balik jam 12 minit.
[Ketawa] Saya tak sempat untuk cakap apa-apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tak apa, Yang Berhormat.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya rasa saya akan bagi ruang masa. Jangan risau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Insya-Allah.
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah ucapan perasmian sidang Parlimen baru-baru ini. Titah Baginda penuh dengan nasihat, peringatan dan harapan rakyat jelata. Ia bukan sekadar ucapan pembukaan, tapi satu amanah besar kepada seluruh Ahli Dewan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti, keikhlasan dan keberanian.
Dalam konteks ini, saya ingin menumpukan perbahasan kepada sasaran Malaysia untuk berada dalam kelompok 25 negara terbaik dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah, Transparency International menjelang tahun 2033 tak lama lagi— serta prasyarat institusi dan dasar yang diperlukan untuk mencapainya.
Yang di-Pertua, secara empirikal, kedudukan Malaysia ketika ini masih berada sekitar tangga ke-57 dengan skor kira-kira 50 mata dan trend kebelakangan ini menunjukkan stagnasi: stagnation dengan izin, bukan peningkatan yang konsisten. Berdasarkan analisis Transparency International, negara-negara dalam top 45 lazimnya mencatat skor melebihi 68 mata, yang bermaksud Malaysia perlu melonjak hampir 20 mata dalam tempoh kurang satu dekad. Ini bukan satu sasaran yang mustahil, tapi ia memerlukan perubahan struktur, bukan penambahbaikan kosmetik.
Pertama, dari sudut-sudut tadbir urus politik dan kehendak dasar.
Pengalaman antarabangsa menunjukkan bahawa peningkatan signifikan dalam skor CPI hanya berlaku apabila wujud political commitment yang diterjemahkan kepada perlindungan institusi, bukan bergantung kepada individu. Ini termasuk jaminan bahawa proses siasatan, pendakwaan dan penghakiman beroperasi tanpa campur tangan eksekutif.
Kedua, reformasi institusi anti-rasuah perlu difokuskan kepada isu kebebasan dan akauntabiliti. SPRM sebagai agensi teras perlu dikukuh— perkukuh melalui mekanisme pelantikan kepimpinan yang telus dan melibatkan Parlimen.
Kebertanggungjawaban secara langsung kepada Parlimen melalui laporan tahunan dan semakan prestasi serta penilaian keberkesanan berasaskan hasil bukan bilangan tangkapan semata-mata.
Dalam kerangka yang sama, pemisahan peranan Peguam Negara/Pendakwa Raya merupakan reformasi struktur yang kerap disorot oleh badan antarabangsa kerana ia mengurangkan risiko konflik kepentingan dan meningkatkan kebolehpercayaan sistem pendakwaan.
Ketiga, kebebasan dan kecekapan sistem kehakiman merupakan pemboleh ubah utama dalam metodologi CPI.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Analisis menunjukkan bahawa ketidakpastian hasil kes rasuah berprofil tinggi, kelewatan perbicaraan dan penggunaan Discharge Not Amounting to Acquittal, dengan izin, tanpa justifikasi awam yang memadai memberi kesan negatif kepada persepsi pelabur dan pemerhati antarabangsa. Maka, penambahbaikan kepada pengurusan kes garis panduan pendakwaan dan keputusan kehakiman perlu diberi keutamaan.
Keempat, pengurusan perolehan awam dan fizikal data antarabangsa konsisten menunjukkan bahawa sektor perolehan menyumbang risiko rasuah tertinggi. Oleh itu, amalan open tender perlu menjadi default. Pendedahan maklumat kontrak dan beneficial ownership perlu diwajibkan dan tindakan susulan terhadap laporan audit negara dan PAC mesti dipantau secara sistematik. Ia bukan semata- mata isu ketelusan tapi isu kecekapan fiskal dan nilai untuk wang: value for money. Kelima ialah pembiayaan politik. Hampir semua negara dalam Top 25 CPI mempunyai kerangka undang-undang yang jelas berkaitan pembiayaan politik tanpa peraturan yang mengawal sumbangan perbelanjaan dan pendedahan dana politik, risiko rasuah bersifat sistemik akan terus wujud. Oleh itu, penggubalan akta pembiayaan politik atau pendanaan politik perlu dilihat sebagai komponen teknikal penting dalam reformasi anti rasuah, bukan isu partisan.
Keenam, perlindungan pemberi maklumat merupakan instrumen pengesanan awal yang kritikal. Dari perspektif polisi, perlindungan yang terhadap kepada saluran rasmi saja tidak mencukupi. Rangka kerja yang berkesan perlu merangkumi perlindungan identiti, keselamatan dalam pekerjaan serta imuniti terhad kepada tindakan balas.
Ketujuh, akses kepada maklumat dan ketelusan data. Negara dengan prestasi CPI tinggi lazimnya mempunyai undang-undang kebebasan maklumat yang berfungsi Akta FOI: freedom of information di peringkat Persekutuan akan meningkatkan lagi kualiti semakan awam, penyelidikan dasar dan pelaporan media sekali gus mengurangkan ruang untuk salah guna kuasa.
Kelapan, pembangunan integriti organisasi dan budaya pematuhan. Ini termasuk integriti sebagai indikator prestasi utama untuk penjawat awam kanan, sistem pengurusan integriti di GLC dan pematuhan sektor swasta terhadap piawaian antirasuah. Perubahan budaya memerlukan masa, tetapi tanpa institutionalize, kempen kesedaran semata-mata tidak memberi kesan jangka panjang.
Kesembilan, peranan Parlimen dan ekosistem semak dan imbang.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen perlu diperkasakan dari segi sumber, kepakaran dan akses maklumat. Dalam masa yang sama, masyarakat sivil dan media berfungsi sebagai mekanisme pematuhan tambahan yang diiktiraf dalam penilaian antarabangsa.
Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa beberapa perkembangan kebelakangan ini telah memberi isyarat risiko kepada hala tuju reformasi. Tanpa konsistensi dasar ketelusan proses yang penyampaian hasil yang boleh diukur sasaran Top 25 menjelang 2023 berpotensi menjadi tidak realistik.
Kesimpulannya, mencapai kedudukan Top 25 dalam industri— indeks persepsi rasuah bukan soal imej semata-mata, tapi cerminan kepada kualiti institusi, keberkesanan dasar dan kematangan demokrasi. Ia memerlukan reformasi berasaskan bukti pelaksanaan yang konsisten dan komitmen jangka panjang merentas pentadbiran.
Saya terus kepada topik lain iaitu pendidikan seimbang dan kesihatan anak muda. Baginda Yang di-Pertuan Agong turut menekankan pembangunan modal insan. Saya ingin menegaskan di sini bahawa pendidikan masa kini mesti bergerak melangkaui pencapaian akademik semata-mata. Kita perlu melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak, sihat tubuh badan, stabil emosi dan bijak teknologi.
Namun realitinya, kita sedang berdepan dengan cabaran besar dalam kalangan anak muda, kadar obesiti yang meningkat, kurang aktiviti fizikal, masalah kesihatan mental, ketagihan gajet dan kurang interaksi sosial sebenar. Ini bukan isu kecil. Ini adalah bom jangka masa depan negara. Saya menyeru agar program kesihatan sekolah mesti diperkasakan.
Saringan kesihatan berkala dijadikan budaya, pendidikan gaya hidup sihat dimasukkan secara sistematik, aktiviti sukan dan seni diperluas dan literasi digital dan etika siber diperkuat. Melabur dalam kesihatan dan keseimbangan pendidikan anak muda hari ini adalah jaminan produktiviti negara pada masa hadapan.
Seterusnya tentang work life balance dengan izin, dan institusi keluarga.
Baginda juga mengingatkan bahawa kemajuan negara mesti berjalan seiring dengan kesejahteraan rakyat. Dalam dunia moden ini, kita menyaksikan semakin ramai rakyat bekerja terlalu lama, panjang, kurang masa bersama keluarga, tertekan dengan kos sara hidup, menghadapi keletihan mental. Akhirnya, institusi keluarga menjadi rapuh sedangkan keluarga adalah asas kepada masyarakat stabil dan negara makmur.
Kerajaan wajar mempertimbangkan flexible working hours ataupun polisi kerja fleksibel, menggalakkan kerja dari rumah: work from home untuk sektor yang sesuai, perlindungan kesihatan mental pekerja, budaya majikan yang menghargai keseimbangan hidup. Negara maju bukan hanya diukur melalui angka KDNK tapi juga kualiti kehidupan rakyatnya.
Topik seterusnya iaitu membina kepercayaan data dan menangani ancaman AI. Scam, spam dan berita palsu bukan lagi gangguan kecil. Ia kini merupakan ancaman serius: serious threat kepada keselamatan rakyat. Ketahanan ekonomi dan perpaduan negara. Serangan maklumat masa kini semakin canggih dan terancang, diperhebat dengan penggunaan kecerdasan AI: generative AI yang mampu menghasilkan penipuan, penyamaran identiti dan deepfake pada skala besar.
Dalam usaha Malaysia membina ekonomi digital bernilai tinggi, satu prinsip asas perlu diakui. Tiada transformasi digital boleh berjaya tanpa kepercayaan rakyat terhadap data dan maklumat yang mereka terima. Kepercayaan ini adalah infrastruktur kritikal setaraf dengan jalan raya, elektrik dan telekomunikasi. Tanpanya, seluruh agenda digital negara menjadi rapuh.
Rakyat kini hidup dalam persekitaran di mana ketulenan maklumat diragui, identiti mudah dipalsukan dan fitnah terbesar lebih pantas daripada fakta. Ancaman AI menjadikan keadaan ini lebih kritikal kerana teknologi yang sepatutnya meningkatkan produktiviti kini disalahgunakan untuk memanipulasi rakyat dan melemahkan keyakinan terhadap institusi.
Malaysia perlu bertindak proaktif. Kita memerlukan satu kerangka undang- undang yang jelas dan digazetkan mengenai kepercayaan data iaitu data trust. Garis panduan sahaja tidak mencukupi. Undang-undang yang boleh dikuatkuasakan adalah kritikal untuk melindungi rakyat, memberi kepastian kepada industri dan mengekalkan integriti maklumat negara. Undang-undang ini harus menekankan tiga tonggak utama iaitu tadbir urus data yang kukuh dan telus, memastikan pengurusan penyimpanan dan penggunaan data mematuhi piawaian integriti tinggi.
Kedua, standard ketulenan kandungan termasuk langkah pencegahan deepfake dan manipulasi AI.
Ketiga, hak rakyat terhadap keselamatan dan ketulenan maklumat membolehkan pengguna melindungi identiti maklumat peribadi mereka.
Negara seperti Jersey, United Kingdom telah menunjukkan kepimpinan dalam hal ini dengan matlamat jelas iaitu Jersey aim to be the jurisdiction of excellence for data protection and information rights, dengan izin.
Malaysia perlu bergerak ke arah standard setara bagi memastikan negara kekal kompetitif, selamat, berdaya saing di peringkat global. Jika Malaysia memimpin dalam membina kepercayaan data hari ini termasuk menangani ancaman AI melalui undang-undang yang digazetkan, kita akan meletakkan asas bagi masa depan digital negara yang lebih selamat, lebih inovatif dan lebih berdaya saing. Kepercayaan rakyat terhadap maklumat bukan pilihan, tapi prasyarat kejayaan ekonomi digital dan ketahanan nasional.
Akhirnya, menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya menyeru semua Ahli-ahli Dewan agar berani melakukan reformasi. Tegas memerangi rasuah, bijak memanfaatkan teknologi, melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh institusi keluarga serta pendidikan.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua untuk memikul amanah ini demi Malaysia yang lebih adil, makmur dan integrasi. Sekian. Wabillahi taufik wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dengan sedemikian, saya tangguh mesyuarat sehingga jam 2.30 petang.
[Mengetuk tukul]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Sebelum kita sambung perbahasan dengan saya menjemput Ketereh, saya nak buat sedikit pengumuman berkenaan isu yang telah pun dibangkitkan oleh Tasek Gelugor. Ada dua, tiga perkara. Yang pertama, Parlimen ini milik semua Ahli Parlimen. Jadi, Ahli Parlimen berhak untuk menggunakan apa juga fasiliti yang ada di sini. Cuma, saya dipertanggungjawabkan untuk menyelaras dan memimpin seperti yang terkandung dalam Perlembagaan.
Adapun tata permohonan yang telah— tatacara permohonan yang diletakkan di bilik ataupun di pusat media tadi ialah untuk mengawal supaya tidak ada penyalahgunaan sebab Ahli Parlimen boleh menggunakan semua fasiliti di sini. Yang tak bolehnya orang luar, orang yang bukan Ahli Parlimen. Yang itu yang pertama.
Yang kedua, bukan untuk tempat selain daripada urusan rakyat dan kerajaan.
Contohnya, Ahli Parlimen nak bercakap tentang politik. Ada ahli politik ABC nak bercakap tentang keburukan XYZ di tempat itu. Tak benar, tak bolehlah. Not fair. Sebab itu kita letakkan syarat supaya memberikan makluman kepada kita. Nak guna itu untuk apa? Kalau untuk urusan-urusan menyuarakan hasrat setuju, tak setuju dengan kerajaan, itu hak masing-masing.
Ada saya menerima laporan Ahli Parlimen yang bawa orang luar, yang bukan Ahli Parlimen untuk sesuatu sebab yang tidak kaitan dengan urusan Parlimen dan urusan rakyat tetapi lebih bercakap tentang politik. Ini tak bolehlah. Sebab itu syarat ini diletakkan dan saya mohon untuk Ahli Parlimen, nak guna maklumkan sahaja.
Maklum sahaja. Dan kita tidak pernah menyekat Tasek Gelugor untuk bersuara. Itu hak Ahli Parlimen.
Jadi, saya sendiri tidak ada kuasa untuk menyekat. Tetapi, kalau nak buat pengumuman, nak buat apa juga hal-hal politik, buat di luar daripada bilik yang dibenarkan. Buat dekat padang tenis ke, nak promote badminton, tenis ataupun dalam bilik— Ahli Parlimen ada bilik kan? Ha, nak buat sidang media berhubung dengan parti Yang Berhormat, silakan. Yang itu bukan. Yang saya tak bagi ialah di pusat media yang official kerana dia ada jata di situ. Saya ingat Tasek faham ya?
Tasek Gelugor nah. Ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Boleh saya dapatkan sedikit penjelasan. Terima kasih Yang di-Pertua, ambil berat berkenaan perkara ini. Saya amat berbesar hatilah. Saya berterima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Salah satu daripada perkara yang ditimbulkan ialah— ini dekat bawah sekali itu, tanggungjawab pemohon dan petugas media, “Doorstep interview atau temu bual tanpa kebenaran tidak dibenarkan”. Ini tanggungjawab pemohon dan petugas media. Jadi, doorstep interview ini dah melangkaui luar daripada pusat media.
Tuan Yang di-Pertua
Sekali lagi, baca sekali lagi.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Kalau tengok, ini, ini saya tunjuk sikit.
[Sambil menunjukkan paparan di sebuah telefon pintar]
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Doorstep, okey.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Bawah sekali itu, sebelah QR code itu. Ada tulis, “Tanggungjawab pemohon dan petugas media”. Poin nombor duanya ialah doorstep interview atau temu bual tanpa kebenaran tidak dibenarkan. Jadi, adakah itu bermaksud pengamal media, wartawan pun kena minta kebenaran untuk jumpa di— katalah doorstep interview ini ialah di Blok MP, sebab ini dah di luar daripada pusat media?
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Maksud saya begini ya, apa juga yang digunakan dalam pusat media itu mesti digunakan untuk tujuan rakyat dan juga hal ehwal Ahli Parlimen. Sekali lagi saya katakan, benda-benda yang di luar daripada media itu hak Ahli Parlimen sendiri. Gunakanlah. Cuma, maklum kepada kita. Takut parti A berlaga dengan parti B. Jadi, berlaku bertumbuk, bergaduh dalam Parlimen. Yang itu sahaja yang saya nak elakkan. Itu sahaja. Baik.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Jadi, maksudnya kalau doorstep di luar daripada pusat media itu bolehlah?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, boleh. Tak ada masalah. Tak ada masalah.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Okey, terima kasih Tan Sri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Untuk itu, saya jemput Ketereh. Silakan, 12 minit.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja pada petang ini. Sebagai bekas tentera, saya rasa amat sedih dan terharu apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melahirkan rasa amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam angkatan tentera sehingga ke peringkat tertinggi. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada SPRM kerana berperanan secara profesional untuk menyiasat kes ini dan saya mengalu-alukan SPRM.
Ini merupakan— selama 40 tahun saya berkhidmat dalam angkatan tentera dan bersara pada tahun 2018, inilah merupakan kes rasuah berskala besar yang pertama melibatkan kepimpinan tertinggi ATM iaitu Panglima Tentera Darat dan Panglima Angkatan Tentera sekali gus. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan yang juga Pengerusi Majlis Angkatan Tentera, bagaimana pegawai-pegawai ini mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera untuk kenaikan pangkat?
Saya percaya tapisan keselamatan yang dibuat oleh MDIO, maknanya perisikan, bahagian perisikan kita di MINDEF telah mengesan aktiviti haram ataupun akhlak yang tak baik pegawai-pegawai tersebut sebelum dipertimbangkan oleh Majlis Angkatan Tentera. Adakah wujud unsur campur tangan tersembunyi ataupun tangan-tangan ghaib dalam proses kenaikan pangkat pegawai-pegawai ini?
Saya juga ragu-ragu dengan kelulusan, terutama Majlis Angkatan Tentera yang ke-631 kerana semua pegawai kanan yang disenaraikan untuk kenaikan pangkat tentunya atas cadangan kedua-dua panglima ini, terutama pegawai kanan dari Tentera Darat.
Sekiranya tidak dibuat tapisan halus, sekali lagi sudah tentu kenaikan pangkat ini tidak menjamin ketelusan pegawai-pegawai kanan ini benar-benar berintegriti dan mempunyai akhlak yang baik.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Sedikit mengenai Op Sohor oleh SPRM pada tahun lepas. Tahun lepas digemparkan dengan dakwaan lima pegawai kanan perisikan telah ditangkap atas tuduhan menjual maklumat kepada pihak asing. Mereka kononnya mendapat habuan RM20,000 hingga RM50,000 sebulan hasil daripada penjualan tersebut.
Cerita ini disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera yang ada kes ini, disahkan kepada media. Yang mana dia sendiri sekarang ini telah terlibat dalam salah guna kuasa dan siasatan melibatkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera dan tuduhan pecah amanah oleh SPRM. Bekas PAT ini telah mengesahkan lima pegawai perisikan ATM menjual maklumat taktikal.
So, kenyataan beliau ini benar-benar damaging, merosakkan imej angkatan tentera dan memalukan organisasi perisikan. Rakyat dah mula tidak percaya kepada organisasi perisikan ATM dan bimbang dengan keselamatan negara.
Sebenarnya, saya ingin memaklumkan di sini. Sebenarnya kenyataan bekas PAT ini tidak benar. Tidak benar sama sekali kerana dalam lima orang yang dinyatakan oleh beliau itu, dua sahaja daripada perisikan. Takkan dia PAT dia tak tahu? Bagaimana dia boleh tak tahu? Patutlah dia jadi macam begini.
Sebenarnya kenyataan pegawai itu tidak benar dan hanya dua orang sahaja daripada Kor Risik. Saya ingin tegaskan di sini, kedua-dua pegawai ini tidak terlibat langsung dalam kes menjual maklumat dan mereka berdua tidak didakwa sehingga sekarang. Malulah keluarga dia, malulah anak-anak dia nak pergi sekolah. Hari itu tangan dah— baju warna dah pakai.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan, adakah tapisan keselamatan ke atas Panglima Angkatan Tentera ini benar-benar dibuat secara halus atau dilantik sebagai PAT? Dan apakah damage control yang dilakukan oleh MINDEF untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada badan perisikan ATM?
Seterusnya, saya akan masuk kepada perkara yang kedua, isu yang paling sensitif dan isu yang amat penting iaitu tuntutan 86,951 orang veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 yang masih belum dibuat kesetaraan pencen.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ketereh.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Dengar betul-betul, setaraan pencen.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak cadangkan, menyokong Ketereh atas isu ini. Boleh?
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Macam mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak cadangkan supaya bekas-bekas tentera, pahlawan kita dahululah seperti Yang Berhormat Ketereh sendiri. Apa salahnya kalau kita menjemput mereka untuk kembali bertugas memberi bakti kepada negara kita? Saya lihat Ketereh ini mempunyai semangat perjuangan kesetiaan kepada raja dan negara.
Jadi, apa salahnya kita menjemput bekas-bekas tentera yang boleh lagi bertenaga, boleh berdikari, membantu kembali ke tentera berkhidmat untuk memastikan bahawa kita pertahankan maklumat dan juga mempertahankan negara kita. Apa— setuju dengan cadangan saya, Ketereh?
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Thank you. Saya maklum dan saya akan cuba cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan, okey.
Seterusnya, saya ingin membawa isu yang penting tadi. Saya dah cakap dua kali dah. Bila ada macam ini saya dah jadi terlepas pula ini. Saya harap masa lebih sikitlah, Tan Sri.
Okey, seterusnya saya ingin membawa isu yang amat penting iaitu isu tuntutan 86,961 orang veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 yang masih belum dibuat setaraan pencen dengan veteran yang bersara selepas 1 Januari 2013.
Mengikut seksyen 187, Tan Sri Yang di-Pertua, Akta Angkatan Tentera 1972.
Akta Angkatan Tentera 1972 ini luar tak pakai, askar saja pakai. Majlis Angkatan Tentera berkuasa untuk membuat peraturan pencen tersebut. Manakala Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Lain-lain Faedah) ATM 1972 yang mengesahkan hak pelarasan pencen wajib dilaksanakan setiap kali kerajaan mengisytiharkan skim gaji baharu.
Justeru itu, pelarasan pencen veteran yang bersara sebelum 2013 bukan lagi di tahap untuk mendapatkan kelulusan tetapi sekarang di tahap pelaksanaan.
Majoriti anggota veteran ini sudah lanjut usia, terutamanya veteran yang berkhidmat menentang PKM dan juga PKKU di Sarawak. Kalau di Semenanjung sebelum 2 Disember 1989 dan kalau di Sarawak 17 Oktober 1990.
Ini termasuk juga 1,798 orang veteran yang cedera, menentang, bertembak dengan Parti Komunis Malaya dan juga PKKU di Sarawak. Kenapa isu ini tidak dibincangkan dalam MAT untuk diselesaikan? Apabila saya dipilih menjadi Ahli Dewan Rakyat pada 19 November 2022, saya telah membawa isu ini setiap kali perbahasan Tan Sri. Saya tak tinggalkan isu ini secara peribadi. Menegakkan keadilan dalam kumpulan veteran ATM yang dianiaya.
Saya secara peribadi berpandangan apa yang berlaku dalam ATM hari ini mungkin merupakan peringatan Ilahi setelah doa-doa golongan teraniayai ini iaitu veteran ATM bersara 1 Januari 2013 ini dimakbulkan oleh Allah. Ha, itu jadi kelam- kabut itu pasal kita aniaya kepada mereka ini. Banyak musibah yang berlaku dalam ATM melibatkan pembelian aset strategik dan lain-lain lagi.
Oleh kerana banyak isu-isu, saya nak tumpu pada satu saja hari ini, iaitu kegagalan Projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) di mana ia merupakan episod paling memalukan dalam sejarah perolehan pertahanan negara. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan, adakah wujud unsur campur tangan tersembunyi atau tangan-tangan ghaib dalam kelulusan dan pemantauan projek ini?
Mengapa Laporan PAC yang kita buat di Parlimen ini terhadap LCS, tidak dijadikan asas kepada penyiasatan SPRM?
Jadi. saya syorkan kepada SPRM datang siasat. Tangkaplah mereka, mereka yang terlibat ini. Mereka bebas sekarang ini. Senyumlah mereka sekarang ini. Pasal duit dah ambil banyak. Kegagalan ini bukan sahaja membazirkan wang rakyat, malah melemahkan kesiapsiagaan pertahanan negara. Siapakah yang bertanggungjawab membuat keputusan pelaburan LTAT tersebut? Dan berapa banyak wang yang telah diselewengkan?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ketereh. Pulai, Ketereh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sokong, sokong.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Masa saya...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai, Ketereh. Pulai nak tanya sikit, Ketereh. Ini angkatan senjata ataupun tentera ini, mereka terlatih dengan disiplin yang kuat di sana, kan? Tapi macam mana dalam keadaan disiplin yang sebegitu teguh, ada berlaku kes-kes yang sepertimana yang kita disebutkan tadi?
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Okey saya faham. Askar ini dia didik kita baik. Hormat orang tua, hormat organisasi, hormat pemimpin. Jangan derhaka kepada pemimpin, jangan derhaka kepada pemerintah. Tetapi tidak semua, segelintir saja.
Jadi, janganlah— tolonglah jangan samakan ATM ini dengan segelintir yang buat tahi tadi itu. Eh, sorry, bahasa itu mungkin— maaf, Tan Sri Yang di-Pertua.
Sungguh malang nasib 120,000 anggota ATM yang mencarum dalam LTAT setiap tahun. Tetapi semua mereka yang dilaburkan pada syarikat-syarikat telah disonglap, rakus oleh orang yang tidak beramanah. Yang hari ini, kenapa tiada siasatan dan pendakwaan terhadap mereka?
Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, 120,000 tentera ini menabung setiap tahun. Tak berhenti. Kalau awal tiga tahun sahaja tahu. Tapi askar setiap tahun kepada Lembaga Tabungan Angkatan Tentera. Cuba bayangkan 120,000 penabung.
Berapa banyak setahun? Saya tak boleh nak kira. Tolong kira ke saya. Dan di mana duit pergi? Hancur jadi debu.
Okey, sedikit mengenai dengan ‘yeye’. Orang dok sebut ‘yeye’, ‘yeye’ itu.
Minta maaf, itu bukan budaya tentera. Tak ada, bukan budaya. Ini budak-budak nakal. Dan saya harap pemerintah-pemerintah buat satu arahan stop aktiviti budaya ini kerana memalukan.
Okey, pada tahun 2024...
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Ketereh.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Minta masa Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, silakan.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Ketereh.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Zaman Ketereh dulu ‘yeye’ tak berlaku?
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Kalau berlaku saya dah tampar dia.
Tak ada. Dengan saya tak boleh main-main. Saya tak suka maksiat.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Pada tahun 2024, askar telah membawa— veteran telah membawa kes ini ke mahkamah. Di mahkamah tinggi, mereka menang. Kemudian, MINDEF buat rayuan. Dia mohon buat rayuan, veteran kalah. Lepas tu, pergilah dua hari lepas di Mahkamah Persekutuan buat rayuan, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Jadi, veteran yang bersara semua tu amat kecewa dengan keputusan mahkamah tersebut apabila menolak tuntutan pelarasan pencen mereka tetapi saya menghormati keputusan mahkamah. Saya menghormatilah. Cuma saya minta Majlis Angkatan Tentera check balik, kenapa ditolak?
Daripada penyiasatan saya, ia nya berlaku apabila keputusan MAT522 pada 17 Januari dan telah menerima pakai syor Timbalan KPPA. Saya tak tahu macam mana dia boleh jadi Ahli MAT. Ahli MAT ada sembilan sahaja. Kalau tengok Perkara 137(3) tu, ada sembilan saja. Macam mana boleh masuk KPPA lah, masuk itu, masuk ini. Timbalan Menteri pun tak boleh ada dalam itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ketereh.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ah ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ketereh, saya nak cadangkan, nak sokong. Setuju dengan saya–– kalau sebelum kita mengambil individu-individu untuk menyertai angkatan tentera, kita tidak hanya melihat kepada sifat fizikal tetapi memastikan bahawa mereka juga menduduki peperiksaan untuk menerapkan nilai-nilai kesetiaan kepada negara.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Sangat setuju dan kita pun ada KAGAT dah untuk membuat penilaian tersebut. Thank you. Jadi, tindakan dan keputusan MAT ini telah melanggar Perkara 139, Perlembagaan Persekutuan, di mana JPA tidak ada bidang kuasa ke atas ATM. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 137 dan 187— seksyen 187, Akta Angkatan Tentera 1972 hanya memberi kuasa mutlak kepada MAT untuk menentukan mengenai pemerintahan, pentadbiran, disiplin dan operasi. Operasi saja dia tak boleh buat. Kecuali operasi bagi anggota tentera.
Justeru itu, keputusan MAT ini boleh disebut tidak sah dan null and void. Oleh itu, Yang Berhormat Menteri Pertahanan sebagai Pengerusi MAT diminta memberi penjelasan mengenai perkara ini dan mengambil tindakan supaya MAT membatalkan persetujuan yang dibuat dalam mesyuarat tersebut, dengan mengembalikan kuasa MAT seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Adakah keputusan MAT ini sah dan boleh digunakan? Perubahan yang dibuat atau dipersetujui oleh MAT terhadap garis panduan— MAT itu Majlis Angkatan Tentera ya dan pelaksanaan struktur jadual gaji maksimum/minimum tidak boleh dipakai.
Apa-apa yang disarankan oleh JPA kepada ATM, mesti dibincang dalam MAT untuk kelulusan. Agong saja boleh endorse itu. Bila Agong endorse, baru kita boleh laksanakan. Hanya ATM saja mengguna Akta Angkatan Tentera 1972. Kalau kita tengok Perkara 132, askar itu atas sekali. Lepas itu, kehakiman. Lepas itu, baru JPA.
Jadi, kenapa JPA pula nak menentukan ini? Saya kalau boleh, nak berdialog dengan KPPA itu untuk hal ini. Tak apa, dia anak buah saya juga.
Di sini saya ingin mencadangkan supaya keanggotaan MAT mestilah mengikut Perkara 137(3) tanpa memasukkan in attendance yang terlalu ramai dalam Mesyuarat MAT. Soalannya, adakah sah semua keputusan MAT yang ada begitu ramai ahli-ahli turut hadir, yang turut memberi pandangan? Sepatut ahli saja.
Alangkah malangnya nasib veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 apabila hak mereka mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta Angkatan Tentera 1972 telah dinafikan begitu sahaja. Beginilah nasib yang terpaksa ditanggung oleh pejuang-pejuang negara yang berkorban nyawa, darah dan keringat mempertahankan negara semasa darurat dahulu. Menentang pengganas komunis dan Parti Komunis Malaya dan juga PKKU di Sarawak.
Sekarang, sudah lebih 12 tahun mereka menunggu Kementerian Pertahanan menyelaraskan pencen mereka tetapi malangnya, setakat ini Kementerian Pertahanan tidak pernah berusaha untuk melaksanakan. Lebih malang lagi, SSPA— bukan kita tak nak SSPA ini tetapi apabila dia berdasar kepada pencen lama yang rendah, ia nya menambahkan jurang perbezaan. Macam orang yang pencen selepas 2013, untung. Jadi, bukan tak nak, bukan kita tak setuju, kita setuju tetapi selaraskan pencen, setarakan pencen itu dulu.
Tuan Yang di-Pertua
Ketereh, lama lagi Ketereh?
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Sikit saja. Sikit lagi, saya minta sikit saja, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ini tinggal satu muka surat lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, last ya.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Ya. Dan ini menyebabkan jurang pencen, okey. Tuntutan pelarasan pencen veteran ATM yang bertugas sebelum 1 Januari 2013 adalah hak mereka mengikut undang-undang, bukannya mereka memohon ihsan dari kerajaan.
Atas sebab-sebab yang tidak diketahui, hak pelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 telah dinafikan, meskipun Akta Angkatan Tentera 1972, seksyen 187 dan Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) 1982 yang telah diwartakan melalui Warta Kerajaan pada 29 April 1982 tidak pernah dipinda atau dibatalkan. Tolonglah tengok sini, Yang Berhormat Menteri Pertahanan. Mana dia ni, Menteri? Timbalan Menteri pun tak ada.
Akhir kata, saya landing ni. Saya mewakili seluruh veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari— walaupun saya bersara 2018. Memohon Yang Berhormat Menteri Pertahanan membawa isu pelarasan pencen ke Mesyuarat MAT agar kita dapat tahu berapa ramai veteran yang terlibat dan berapa jumlah wang yang diperlukan untuk pembayaran sekiranya pencen mereka disetarakan.
[Batuk] Ingatlah, jasa veteran ini yang amat besar demi menjaga kedaulatan dan keamanan negara.
Jadi, jangan silap faham ya. Tak banyak pun duit tu, Tan Sri. Tak banyak.
Saya ingat Tan Sri pun boleh tolong saya. Tan Sri tolong cakap dengan PM, jangan dengar ni hantu-hantu dekat luar ni. Tengok betul-betul. Janganlah— jangan cakap besar-besar. Dulu kerajaan dah bagi dua persen, boleh tolak. Lepas itu, kerajaan bagi pula yang hari itu.
[Batuk] 2025, SSPA.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Boleh tolak. Berapa lagi tinggal? Jadi, saya harap sangatlah...
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Baik.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
...fasal orang lain tak boleh harap, Tan Sri lah saya harap.
[Ketawa] Sekian dan saya mohon menyokong Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Ketereh.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Batuk] Batuklah.
Tuan Yang di-Pertua
Minum air dulu, minum air dulu. Baik, sekarang saya jemput Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang bagi saya untuk berbahas pada petang ini.
Pertamanya, saya ingin merujuk kepada kenyataan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bertarikh 16 Januari bahawa ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 50.7 peratus pada suku keempat tahun 2025. Paling penting sekali, pertumbuhan ini bukan sahaja didorong oleh eksport tetapi turut disokong oleh permintaan domestik yang semakin kukuh. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Tambun yang berjaya memperkukuhkan ekonomi negara kita, walaupun dengan situasi geopolitik yang mencabar.
Namun begitu, semakin ramai perusahaan mikro, kecil dan sederhana
(PMKS) mengadu bahawa persaingan perniagaan dalam negara kita semakin ketara dan mencabar. Kita bukan sebuah negara yang mempunyai populasi bilion— berbilion orang. Kapasiti industri pembuatan kita juga berskala sederhana. Dalam konteks globalisasi dan lambakan pengeluaran dari negara jiran, PMKS tempatan berdepan tekanan yang sangat besar. Bukan sahaja platform media sosial, kita dapat lihat jurusolek, jurugambar, kontraktor ubahsuai rumah dari luar negara menawarkan perkhidmatan sini. Sebahagiannya mungkin menyalahgunakan visa lawatan sosial.
Namun, golongan ini bukan fokus utama saya pada hari ini. Yang lebih menarik perhatian saya ialah syarikat-syarikat asing yang melabur dan beroperasi di negara kita ini, daripada syarikat besar hinggalah ke restoran kecil. Soalan mudah saya, apabila pelaburan asing masuk, siapa yang sebenarnya yang paling mendapat manfaat?
Berapa banyak produk tempatan ataupun, dengan izin, local content yang benar-benar digunakan dalam pelaburan mereka? Jangan sampai tisu yang digunakan di restoran pun diimport dari luar negara ataupun negara asal mereka sendiri. Ini bukan sekadar teori, Tan Sri Yang di-Pertua. Di sesetengah restoran, daripada pinggan mangkuk, perabot, kerja pengubahsuaian hinggalah bahan mentah di dapur, semuanya berkemungkinan besar diimport, termasuk tisu.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Rakyat tempatan membelanjakan wang di situ. Tetapi akhirnya PMKS tempatan tidak memperoleh apa-apa manfaat ekonomi yang bermakna. Satu sen pun tidak dapat kerana mereka import semua dari negara asal mereka. Keadaan ini mencerminkan ketidakseimbangan dalam persaingan global sehingga PMKS tempatan langsung tidak mampu mempertahankan pasaran domestik daripada lambakan produk dan perkhidmatan entiti ekonomi berskala mega.
Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang sama, saya juga bersetuju bahawa PMKS kita perlu meningkatkan produktiviti dan nilai rantaian mereka. Kita lihat restoran rantaian dari luar negara yang sudah bertapak di negara kita mampu menawarkan gaji RM6,000 upah orang tempatan menjadi pelayan dalam restoran.
Sebaliknya, banyak restoran tempatan kita masih bergantung kepada pekerja asing.
Untuk meningkatkan produktiviti dan nilai rantaian PMKS tempatan, mereka memerlukan akses kepada pembiayaan. Justeru, kita perlu menggalakkan bank- bank komersial menyediakan lebih banyak pembiayaan kepada sektor perniagaan.
Saya faham bahawa pinjaman perumahan dan kenderaan lebih selamat dari sudut pengurusan risiko bank. Namun, pembiayaan sedemikian tidak menyumbang kepada perubahan ekonomi negara kita jangka masa panjang.
Oleh itu, saya ingin sebut di sini ramai orang—Yang Berhormat selalu bangkit isu along. Isu along ini tidak pernah hilang daripada masyarakat kita dan kenapa along wujud? Along ini tidak wujud kerana tamak. Along wujud kerana terdesak, kerana ramai yang hanya menggunakan wang untuk aliran tunai sementara atau modal tambahan perniagaan. Malangnya tidak semua permohonan pinjaman PMKS ini diluluskan oleh bank. Maka, along menjadi jalan terakhir.
Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, hari ini isu pinjaman along menjadi lebih serius.
Bukan sahaja wujud ugutan malah banyak kes pinjaman palsu dan penipuan.
Mangsa dikatakan meminjam wang tetapi wang belum diterima sebaliknya diminta membayar caj oleh sindiket scam. Dahulu, along tempatan menyimbah cat di rumah.
Kini, sindiket penipuan pinjaman mengupah orang tempatan, individu untuk membakar rumah.
Tahun lalu, seorang warga emas meninggal dunia dalam satu insiden kebakaran selepas ahli keluarganya berurusan dengan sindiket scam pinjaman. Kes di Segamat. Pinjaman tidak pernah diterima, wang tak ada masuk poket tetapi ugutan tetap dilakukan. Satu lagi kes kebakaran turut berlaku di kawasan saya. Mangsa sebenarnya adalah pemilik rumah baru. Jadi, dia beli rumah dari pemilik lama. Dia baru masuk saja. Sindiket berkenaan mencari individu berdasarkan alamat lama.
Jadi, orang yang tidak berkenaan terus terjejas.
Setahu saya, majoriti sindiket scam pinjaman ini tidak beroperasi dalam negara kita. Ramai mangsa berkomunikasi dengan sindiket menggunakan nombor telefon luar dan sebahagian mangsa pula merupakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura namun ahli keluarga dan harta benda mereka di Malaysia yang menjadi sasaran ugutan dan keganasan. Ini bukan lagi isu jenayah biasa. Ini jenayah rentas sempadan yang memerlukan kerjasama penguatkuasaan antarabangsa.
Oleh itu, saya ingin meminta Kementerian Dalam Negeri menjelaskan sama ada PDRM telah ataupun akan mengemukakan permintaan rasmi kepada pihak berkuasa negara jiran yang dikenal pasti sebagai lokasi operasi sindiket ini. Mereka bukan sindiket along tempatan dah, mereka sindiket penipuan pinjaman wang supaya membantu siasatan dan tindakan susulan dan bantu mangsa rakyat Malaysia.
Pada masa yang sama, saya juga ingin tahu apakah langkah pencegahan yang lebih berkesan sedang dirancang oleh kerajaan? Bukan sahaja dari segi penguatkuasaan tetapi juga dari sudut asas pembiayaan yang lebih adil dan inklusif kepada PMKS supaya rakyat tidak lagi terdesak dan terjerumus ke dalam jerat pinjaman tidak sah.
Jika kita benar-benar mahu membanteras sedikit skim pinjaman ini, kita tidak boleh hanya memadam api selepas rumah terbakar. Kita mesti menutup punca tekanan ekonomi yang mendorong rakyat mencari jalan merbahaya demi kelangsungan hidup.
Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, bagi rakyat yang bergelut setiap bulan, SARA bukan sekadar bantuan. Ia talian hayat untuk dapur terus berasap. Saya mengalu- alukan pelaksanaan program SARA. Saya juga menyambut baik pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun pada awal tahun ini iaitu sasaran untuk mendaftarkan 10,000 buah kedai runcit luar bandar sebagai kedai SARA, supaya peniaga runcit kecil turut menerima manfaat daripada program ini.
Ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI mendengar pandangan rakyat dan bersedia menambah baik dasar secara terbuka. Namun, saya ingin meminta Kementerian Kewangan memantau pelaksanaan oleh MyKasih Foundation dengan lebih rapi. Pagi tadi, baru saja saya menerima aduan daripada peniaga di kawasan saya bahawa permohonan mereka telah pun dibuat hampir enam bulan namun masih belum menerima sebarang maklum balas dari pihak yang patutnya proses permohonan mereka.
Selain daripada itu, saya juga ingin mengemukakan satu cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan SARA adalah lebih wajar sekiranya kita menyenaraikan barangan yang tidak boleh diberi menggunakan wang SARA berbanding mengehadkan senarai barangan yang boleh dibeli yakni beralih daripada positive listing dengan izin, kepada negative listing. Pendekatan ini akan memberi lebih fleksibiliti kepada penerima tanpa menjejaskan objektif program.
Sekiranya kerajaan mahu lebih spesifik, saya mencadangkan satu syarat tambahan keutamaan kepada produk tempatan. Maknanya, bantuan SARA bukan sahaja meringankan beban kos sara hidup tetapi pada masa yang sama menyokong peniaga dan pengeluar tempatan beli lokal dengan wang SARA.
Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, satu isu lagi dan isu terakhir yang ingin saya sentuh ialah pengumuman Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung pelaksanaan kajian bagi menyeragamkan warna dan reka bentuk pakaian seragam sekolah di seluruh negara bermula sesi persekolahan tahun 2027.
Saya mengalu-alukan inisiatif ini kerana kos pembelian pakaian sekolah telah lama menjadi satu beban kepada ibu bapa. Apabila semua anak memakai warna pakaian yang sama, urusan membeli dan mengurus pakaian sekolah menjadi lebih mudah.
Hari ini, dalam satu keluarga pun boleh berlaku keadaan di mana setiap orang anak perlu pakaian berwarna berbeza hanya kerana jawatan atau peranan anak mereka berlain di sekolah mereka. Keadaan ini menjadi lebih mengelirukan apabila ada sekolah yang meminta ibu bapa membeli pelbagai jenis pakaian tambahan. Baju sukan satu set. Baju pendidikan jasmani (PJ) satu set. Seolah-olahnya setiap satu aktiviti memerlukan set baju yang lain.
Isu ini sama seperti buku latihan yang menanggung kos ibu bapa tetapi yang mendapat manfaat itu saya tak tahu siapa. Justeru, saya berharap kajian ini bukan sekadar menyentuh soal warna dan reka bentuk tetapi turut menilai keperluan sebenar pakaian tambahan di sekolah supaya beban kewangan ibu bapa dapat dikurangkan secara menyeluruh.
Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, Ekonomi berkembang, angka tertera, Rakyat mengharung realiti semesta; PMKS dipunggah, jerat disanggah, Malaysia MADANI, adil dan bermaruah. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Kubang Kerian. Silakan.
Datoʼ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. *Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah.
[Membaca selawat]* Saya mulakan perbahasan pada petang ini dengan memetik firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat ke-30.
[Membaca sepotong ayat al-Quran]
Datoʼ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Sesungguhnya Allah SWT berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Allah Taala akan menjadikan di muka bumi sebagai— manusia sebagai khalifah. Khalifah dalam erti kata [Bercakap dalam bahasa Arab] yakni menegakkan agama Allah SWT dan melaksanakan pentadbiran pemerintahan berdasarkan peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT.
Mewakili rakyat Kubang Kerian, dengan takzimnya merafak sembah tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang telah menzahirkan keprihatinan dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas baru-baru ini dan mudah-mudahan Allah SWT melimpah rahmat ke atas baginda dalam mentadbir dan mengurus negara dengan panduan dan hidayah Allah SWT.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa perkara dalam titah tuanku secara tidak langsung menyentuh beberapa perkara besar, khususnya baru-baru ini kalau kita lihat pengumuman yang besar yang telah pun dinyatakan oleh Donald Trump pada 20 Jun 2025, di mana Amerika telah pun— presiden telah pun menandatangani satu perintah eksekutif yang memulakan proses penarikan diri Amerika daripada Perjanjian Paris atau Paris Agreement. Penarikan ini tentunya meninggalkan kesan besar ke atas perubahan iklim dunia kerana komitmen yang dibuat oleh Amerika bagi mengurangkan paras pelepasan karbon dan mengurangkan suhu dunia. Di Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun, kita merancang beberapa perancangan pembangunan bagi mengurangkan pelepasan karbon di bawah Perjanjian Paris dengan andaian wujudnya sokongan kewangan dan teknologi antarabangsa termasuk daripada Amerika sebagaimana yang dijanjikan dalam komitmen negara- negara maju.
Apabila Amerika telah menarik diri dan menyebabkan Dana Iklim Hijau atau GCF akan terkesan. Akibatnya, sejumlah USD69.6 juta yang diluluskan daripada GCF untuk Malaysia merangkumi projek dan sokongan kesiapsiagaan akan menerima kesan. Saya melihat bahawa pihak kerajaan perlu beri perhatian agak serius kerana kita sebagai sebuah negara sedang membangun mempunyai komitmen kita dengan di peringkat antarabangsa untuk memastikan pencapaian net zero kita pada tahun 2050.
Tan Sri Yang di-Pertua, baru-baru ini November 2025, tragedi banjir besar yang berlaku di Sumatera Utara di Acheh meninggalkan suatu kesan yang sangat besar dan mengejutkan seluruh dunia. Malaysia perlu mengambil iktibar yang agak serius dalam soal ini di mana perubahan iklim yang berlaku mutakhir ini payah diramal dan diduga. Oleh kerana itu, oleh kerana pemantauan terhadap penebangan hutan terutamanya pembalakan di kawasan tanah tinggi perlu diberi perhatian yang sangat serius oleh pihak kerajaan.
Saya mengakui bahawa kita perlu mematuhi had ketinggian dalam sesuatu projek bagi mendapat kelulusan EIA, namun pembalakan jarang mendapat kelulusan tersebut. Akibatnya, hari ini kawasan balak sudah lagi kawasan— telah melampaui kawasan tanah tinggi di mana hutan-hutan di bahagian bawah telah pun habis dan ini meninggalkan kesan besar yang perlu diberi perhatian secara serius.
Oleh kerana itu, pemantauan dan penelitian terhadap perkara ini perlu diberi perhatian supaya kita tidak menanggung apa yang pernah dialami negara kita tahun 2014 dan tragedi yang berlaku di Acheh baru-baru ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, komitmen kita juga dalam soal mengukuhkan atau mengurangkan pelepasan karbon dalam sektor tenaga, sebagai contoh. Saya ingin bangkitkan isu EV. Komen daripada ramai pengguna, kita tahu bahawa kerajaan gagal mencapai matlamat untuk mewujudkan sistem pengecasan EV ini. Kalau ikut target tahun 2025, patut ada 10,000 stesen, charging station dibina. Tapi mengikut laporan pada September 2025, hanya ada 5149 stesen yang telah dibina.
Dan, kalau kita tengok unjuran pula, purata negara kita sekarang ni lebih kurang dalam— hampir 7000 buah di Lembah Klang, 7000 di Johor, dan 4000 di Pulau Pinang dan berapa ratus lagi tempat-tempat lain. Terutama kawasan-kawasan Pantai Timur, mereka mengadu tentang kekurangan pusat-pusat pengecasan ini menyebabkan target kita untuk memastikan pengurangan pelepasan karbon dalam sektor tenaga ini akan terkesan.
Oleh kerana itu, saya mengharapkan supaya kerajaan perlu membentangkan apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan bagi mencapai sasaran stesen pengecas dan apakah halangan yang dihadapi bagi kerajaan mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Memetik laporan, EV import sepenuhnya atau CBU tidak boleh dijual di bawah RM250,000 bermula tahun ini. Dan saya dimaklumkan bahawa pengecualian duti import dan eksais bagi EV CBU yang tamat pada tahun ini akan melonjakkan harga sekitar 30 peratus harga tersebut di pasaran. Apa yang membimbangkan kita ialah tindakan-tindakan ini tentunya akan menghalang pencapaian negara bagi mencapai sasaran untuk net zero kita tahun 2050.
Selain daripada masalah tersebut, ada satu lagi isu besar yang akan menanti kita menjadi cabaran besar dalam sektor perubahan iklim ini. Kalau kita lihat kepada laporan yang telah pun dibuat di bawah Peraturan Kualiti Alam Sekeliling, di mana isu bateri EV ini. Bateri EV sekarang ini akan jadi masalah besar pada masa akan datang.
Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) dalam satu laporan mengunjurkan sekitar 40,000 bateri perlu dikitar semula menjelang tahun 2030, dan ia meningkat kepada 330,000 pada tahun 2040, dan terus meningkat 100 peratus kepada 870,000 menjelang 2050.
Pada masa yang sama, Malaysia sudah menerima lebih daripada 2800 tan sisa bateri pada tahun 2023. Ini memberi isyarat jelas yang merisaukan; tanpa kapasiti dan urus tadbir yang baik dan terkawal, peralihan EV boleh mencipta krisis sisa yang berbahaya pada masa akan datang.
Oleh kerana bateri EV ini dia diklasifikasikan sebagai sisa berjadual di bawah SW103, di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2025, maka setiap langkah penyimpanan, pengangkutan, pelupusan wajib patuh peraturan dan rekod melalui E-waste serta hanya boleh dibuat di premis berlesen dan kawalan ketat bagi mengelakkan pencemaran logam berat yang merbahaya kepada pengguna. Dan, ini antara isu-isu yang perlu kita beri perhatian supaya perkara ini tidak jadi masalah besar pada masa hadapan.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan dalam masa yang terbatas ini ialah soal isu agihan penyelenggaraan jalan MARRIS. Kalau kita lihat laporan audit, saya dapati perkara yang sangat mengejutkan kita di mana kadar agihan penyelenggaraan jalan ini sangat berbeza di antara Pantai Timur dengan Pantai Barat.
Sebagai contoh, di Pahang— Pahang mempunyai jalan sebanyak 43,856 kilometer jalan menerima sebanyak RM448.54 juta. Manakala Selangor menerima RM597.74 juta bagi 27,139 kilometer. Perak diperuntukkan sebanyak RM719.81 juta dengan panjang jalan sebanyak 28,831 kilometer. Pulau Pinang yang hanya jalannya sejauh 6536 kilometer menerima RM221.75 juta. Kelantan menerima RM198 juta bagi 21,594 kilometer.
Ini bermakna setiap kilometer, Kelantan menerima setiap satu kilometer sebanyak RM9169. Pahang, RM10,228 satu kilometer penyelenggaraan. Selangor, RM22,025. Perak, RM24,960. Pulau Pinang, RM33,927. Kita boleh bayangkan Pulau Pinang, RM33,000 satu kilometer. Kelantan hanya mendapat RM9000 satu kilometer.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kubang Kerian, minta penjelasan. Saya rasa ini satu kenyataan yang sedikit mengelirukan kerana kita tak boleh tengok saja panjang jalan. Kita kena tengok nombor kenderaan. Nombor kenderaan paling banyak di mana? Kuala Lumpur nombor pertama. Kedua, Johor, Selangor, Penang, Perak. Ini lima negeri yang paling banyak kenderaan, jadi jalan itu memanglah berlubang. Jadi, kita bagi peruntukan lebih, ini bukan satu isu. Tak boleh...
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Dengar dulu, dengar dulu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
...kita nak gunakan untuk — berdasarkan panjang jalan.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya dengar― saya belum habis lagi. Saya belum habis lagi. Dengar dulu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Okey. Silakan, silakan.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Okey, terima kasih.
Terima kasih. Saya lihat bahawa kadar peruntukan penyelenggaraan jalan ini bukan hanya lihat kepada jumlah kenderaan, salah satu faktor, tetapi keluasan jalan. Beza RM33,000 dengan RM9,000. Nanti kita lihat beberapa faktor-faktor yang dilihat.
Saya nak tanya pihak kementerian, apakah mekanisme yang dibuat bagi membuat unjuran yang jauh begitu beza? Sebab itu kita tengok, kadar ini bukan hanya berlaku di Pantai Timur ya, juga kita tengok di negeri-negeri lain yang kadarnya sangat jauh beza. Nak kata kerana faktor jarak jalan, dia ada faktor-faktor lain yang saya tengok dinilai. Sebagai contoh, mungkin kos bandar boleh lebih mahal daripada ketidakseimbangan sebesar ini.
Namun, sebagai jawapan, saya ingin menuntut supaya penjelasan pihak kerajaan, apakah formula rasmi agihan MARRIS ini ya? Pecahan dia. Adakah ia berdasarkan panjang jalan, indeks keadaan permukaan jalan ataupun jumlah kenderaan, jumlah kerosakan, berdasarkan IRR ataupun jumlah trafik, kos unit penyelenggaraan, keupayaan hasil negeri atau faktor-faktor lain? Ini yang saya maksudkan.
Semua elemen itu perlu diberi penjelasan supaya jarak yang beza, RM33,000 dengan RM9,000 untuk penyelenggaraan, kita dapat penjelasan yang tuntas daripada pihak kerajaan. Sebab, saya tengok kalau ini timbul― sebab, setiap kali bila berlaku banjir di Pantai Timur, kawasan ini sangat berisiko. Banyak lubang, tak dapat dipulih dan sebagainya kerana faktor kos penyelenggaraan jalan yang sangat rendah di negeri-negeri tersebut, termasuk di Pahang.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan soal tentang tempoh had jawatan Perdana Menteri sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ketua Pembangkang dalam ucapan. Selain daripada faktor tersebut, saya lihat bahawa perlunya kita perkasakan soal integriti, bukan hanya tempoh, supaya kalau sekiranya nilai-nilai integriti ini tidak diberi penekanan, tempoh dan penyalahgunaan boleh berlaku pada bila-bila waktu sahaja.
Jadi, oleh kerana itu, soal amanah, soal tanggungjawab, soal panduan- panduan dalam pentadbiran serta pengukuhan nilai-nilai spiritual juga perlu diberi perhatian yang sangat serius. Mudah-mudahan negara kita juga akan diberi keberkatan oleh Allah SWT sebagaimana yang kita harapkan... [Berucap dalam bahasa Arab] “Sebuah negara yang diberkati oleh Allah Taala dan Allah telah mengampuni ahli negara tersebut”. Tan Sri Yang di-Pertua, itulah ucapan saya dan saya menyokong titah tuanku.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Sri Aman.
Sri Aman saya bagi 15 minit mewakili parti. Silakan.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua ke atas peluang berbahas.
Terlebih dahulu, Sri Aman menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menekankan pengukuhan pendidikan dan bahasa Melayu, kesejahteraan rakyat melalui RMK13, perpaduan, penghormatan hak negeri, pembanterasan rasuah, keselamatan digital serta pengukuhan institusi demokrasi demi masa depan negara. Titah tuanku ini, Tan Sri Yang di-Pertua, harus kita patuhi ya.
Pertamanya, saya ingin menyentuh isu sistem pendidikan negara. Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman menyambut baik titah tuanku tentang pengukuhan pendidikan.
Namun, realitinya, jurang bandar dan luar bandar terus melebar― masih berdepan Internet lemah, kekurangan bahan, guru memikul pelbagai peranan dan banyak lagi.
Maka, tidak hairan pendidikan abad ke-21 sering tinggal slogan sedangkan anak- anak kita masih bergelut dengan realiti abad ke-20. Ini hakikat yang mesti kita akui dan tangani segera.
Sri Aman tidak mempertikaikan keupayaan guru, tetapi sistem pendidikan itu sendiri yang semakin membebankan mereka. Tugasan pentadbiran berlebihan menghakis fokus terhadap tugas hakiki mendidik, lalu keletihan dan kemerosotan kualiti pengajaran menjadi sesuatu yang hampir tidak dapat dielakkan.
Lebih membimbangkan, sistem kita masih terlalu taksub, Tuan Yang di- Pertua, kepada peperiksaan. We are so examination focus. Kita melahirkan pelajar yang cemerlang menghafal― yes― tetapi lemah berfikir secara kritis dan tidak arif menyelesaikan masalah. Kurikulum pula terlalu padat, beg sekolah semakin berat, minat belajar menurun, sementara nilai moral dan kemanusiaan semakin terpinggir.
Dasar pendidikan negara pula sering berubah. Dimansuhkan hari ini, dikaji semula esok. Sekejap dilaksanakan, sekejap ditarik balik. Terlalu banyak flip flop dalam sistem pendidikan kita sehingga mencerminkan ketidakkonsistenan yang mengelirukan para guru, meresahkan ibu bapa, membingungkan masyarakat dan, akhirnya, merugikan murid. Sistem pendidikan tidak wajar dijadikan medan percubaan dasar jangka pendek. Ia memerlukan kerangka yang kukuh, progresif dan berkesinambungan.
Dari segi enrolmen. Enrolmen, walaupun kadarnya tinggi, Tuan Yang di- Pertua, masih wujud kelompok tercicir khususnya murid kurang upaya dan daripada keluarga miskin. Pendidikan inklusif tidak boleh sekadar retorik, tetapi mesti disokong tindakan dan peruntukan yang nyata. Di peringkat pengajian tinggi pula, ketidakpadanan kemahiran graduan dengan keperluan pasaran kerja semakin ketara.
Justeru, Sri Aman berpandangan kerajaan perlu memberi tumpuan serius dan konsisten kepada sekolah luar bandar dan pedalaman, mengurangkan beban pentadbiran guru, mereformasi kurikulum dan pentaksiran berasaskan pemikiran kritis serta memastikan dasar pendidikan yang stabil dan berjangka panjang. Jika kita benar-benar serius tentang masa depan negara, reformasi pendidikan tidak boleh ditangguhkan. Maka, Sri Aman mengharapkan kementerian bertindak cepat dan sewajarnya.
Seterusnya, Sri Aman ingin menyentuh isu berkenaan dengan perkhidmatan sistem dan akses kepada kesihatan negara. Tuan Yang di-Pertua, isu paling membimbangkan dalam sistem kesihatan negara, khususnya di Sarawak, ialah kekurangan tenaga kerja perubatan yang berlarutan. Kekurangan doktor pakar dan jururawat bukan lagi isu angka, tetapi soal life and death, hidup dan mati rakyat.
Keresahan ini telah lama disuarakan anak Sarawak, termasuk di Dewan Undangan Negeri baru-baru ini ya.
Memandangkan kesihatan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, maka Sri Aman hari ini membawa dan mengutarakan isu ini ke Dewan yang mulia ini kerana mahukan pertimbangan dan tindakan segera dilaksanakan.
Hakikatnya, Sarawak berdepan kekurangan 1,817 pegawai perubatan termasuk 246 pakar serta 2,300 jururawat. Ini bukan isu baru, Tuan Yang di-Pertua. Namun, tindak balas masih slow, masih perlahan, menimbulkan persoalan sama masalah ini berpunca daripada kekurangan sumber atau kekurangan keutamaan.
Lebih merisaukan, agihan tenaga perubatan amat tidak seimbang. Banyak klinik luar bandar di negara ini langsung tiada doktor atau hanya seorang bagi 2,000 penduduk. Tambahan pula, kadar ‘no show’ yang tinggi di mana lebih separuh doktor ditempatkan ke Sarawak tidak melapor diri menimbulkan persoalan serius tentang pemantauan dan akauntabiliti sistem.
Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman dimaklumkan ramai pegawai perubatan dan pakar meninggalkan sektor awam ke sektor swasta atau ke luar negara akibat gaji tidak setimpal, beban kerja melampau, peluang kerja terhad serta cadangan pemotongan elaun wilayah, sedangkan elaun inilah yang menjadi nadi untuk mengekalkan petugas di pedalaman.
Hospital utama seperti Hospital Umum Sarawak dan Pusat Jantung Sarawak kini beroperasi melebihi kapasiti ya, mengikut maklumat yang saya dapatkan.
Manakala wad tidak dapat dibuka kerana kekurangan kakitangan. Klinik luar bandar pula uzur. Sebahagiannya tanpa bekalan elektrik 24 jam, air terawat dan Internet yang lemah dan tidak stabil.
Tuan Yang di-Pertua, akibatnya, ramai pesakit kanser hanya dikesan pada peringkat lewat dengan tempoh menunggu yang panjang, sehingga ada yang meninggal dunia. Ini adalah krisis, Tuan Yang di-Pertua. Saya persoalkan juga, mengapa pengambilan dan penempatan begitu perlahan sedangkan keperluan amat mendesak?
Justeru, Sri Aman menggesa autonomi lebih besar kepada Sarawak selaras MA63, insentif pedalaman yang realistik, pemantauan penempatan yang tegas serta percepatkan naik taraf fasiliti. Tindakan segera mesti diambil. Mohon reaksi dan respons kementerian dalam hal ini.
Ketiga, saya ingin bangkitkan projek jalan raya di Sri Aman yang telah lama dinantikan. RMK12, sekarang sudah RMK13. Namun, tak kunjung tiba. Antara projek yang Sri Aman maksudkan ialah naik taraf jalan Menuang ke Langgir sepanjang 3.3 kilometer kepiawaian JKR RT dengan anggaran kos RM46 juta yang telah dicadangkan sejak RMK12 tahun 2021, tetapi hingga sekarang pun masih tertangguh.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman
Komuniti di Langgir, Gunung Lesong masih tidak mempunyai akses jalan raya dan bergantung sepenuhnya kepada laluan sungai yang berbahaya dan banyak buaya Tuan Yang di-Pertua, serta sukar dilalui khususnya ketika air surut.
Kedua, menaik taraf jalan Pantu ke Keranggas. Projek jalan ini telah diluluskan oleh EPU di bawah Rolling Plan 1, RMKe-12 pada tahun 2021 dengan kos siling RM142 juta. Namun sehingga kini masih tertangguh. Jalan sedia ada sepanjang kira-kira 22 kilometer dari Pantu ke Engkeranji adalah berbatu, licin dan berbahaya. Menyukarkan lebih 1,500 penduduk di sepanjang jajaran. Projek ini jika siap nanti akan boleh menghubungkan sembilan rumah panjang Tuan Yang di- Pertua, termasuk dua sekolah iaitu Sekolah SK Keranggas dan SK Engkeranji.
Tuan Yang di-Pertua, oleh itu Sri Aman ingin merujuk kepada Titah Diraja yang menekankan RMK13 harus memfokuskan kesejahteraan rakyat khususnya dalam pendidikan, perumahan, kesihatan dan dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, infrastruktur pengangkutan. Justeru, Sri Aman menuntut agar kedua-dua projek yang saya sebutkan tadi diberi keutamaan segera demi kepentingan rakyat setempat dan sebagai bukti kita menjunjung serta menterjemah titah tuanku dengan tindakan.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya hampir landing. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini PETRONAS telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak di Mahkamah Persekutuan walhal Perdana Menteri dan Premier Sarawak telah menandatangani deklarasi bersama pada 21 Mei tahun lalu sebagai asas penyelesaian melalui rundingan dan kerjasama.
Oleh yang demikian, tindakan PETRONAS ini bukan sahaja dilihat janggal malah amat mengecewakan, Tuan Yang di-Pertua dan menguris perasaan rakyat Sarawak.
Maka Sri Aman hari ini terpanggil, terpanggil untuk membangkitkan isu ini Dewan yang mulia ini walaupun perkara yang sama telah pun disentuh oleh rakan saya dari Puncak Borneo semalam. Maka Sri Aman ingin bertanya secara terus dan jelas, adakah tindakan PETRONAS ini mendapat restu keizinan ataupun blessing daripada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri itu sendiri?
Lebih-lebih lagi memandangkan PETRONAS bukan entiti persendirian ya yang terpisah daripada kerajaan. Ia ditubuhkan melalui Akta Parlimen Tuan Yang di- Pertua. Diletakkan di bawah kawalan Perdana Menteri dan sejak awal diwujudkan sebagai instrumen strategik negara.
Maka adalah sukar untuk rakyat Sarawak menerima bahawa tindakan ini berlaku tanpa pengetahuan, pengaruh atau keizinan Kerajaan Persekutuan. Lebih mengecewakan, tindakan ini dibuat ketika rundingan komersial masih berjalan dan belum dimuktamadkan. Ia seolah-olah memperkecilkan semangat muafakat, mencabar kepercayaan dan menjejaskan proses yang kononnya dibina atas dasar saling menghormati.
[Batuk] Maaf, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, isu ini bukan sekadar komersial, ia menyentuh maruah Sarawak. Roh MA63 dan prinsip perkongsian sebenar dalam Persekutuan Malaysia.
Justeru Tuan Yang di-Pertua, Sri Aman menuntut pendirian yang jelas ya, menuntut pendirian yang jelas dan berani daripada Menteri dan Kerajaan Persekutuan. Sekian.
Sri Aman mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Muar, 15 minit, wakil parti.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kita boleh turunkan umur masuk sekolah, tapi kalau peluang ‘tak sama, yang kita turunkan sebenarnya adalah keadilan dalam pendidikan. Muar akan berikan tiga kritikan membina dan juga solusi kepada kerajaan.
Pertama adalah berkenaan sistem dua darjat di antara pelajar sekali gus mewujudkan stigma budak lembap ataupun bodoh. Minta maaf, stigma, jika hendak dibandingkan dengan budak cerdik dan cepat belajar.
Kedua adalah berkenaan bagaimana kita akan jadikan sistem prasekolah ataupun play school kepada stress school. Ketiga, bagaimana kita akan menambahkan beban kepada para guru sekali gus mewujudkan kelas seperti tin sardin.
Saya mulakan dahulu dengan kritikan membina berkenaan isu dua darjat.
Apabila kita awalkan sistem pendidikan walaupun niatnya baik, kita perlu lihat apa yang datang sebelum anak-anak ini masuk ke Darjah 1 iaitu sistem prasekolah. Kita perlu lihat bagaimana sistem prasekolah di Malaysia pada hari ini, ia tidak accessible kepada semua. Walaupun kajian menunjukkan Malaysia memerlukan sekurang- kurangnya 40,000 prasekolah, yang ada di Malaysia ‘tak sampai 4,000. Dua dari tiga prasekolah tidak berdaftar ataupun dilihat sebagai tidak berkualiti dan yang berdaftar kosnya teramat tinggi.
Dengan itu, anak-anak yang mampu masuk ke prasekolah ini lazimnya datang daripada keluarga M40 di peringkat atas ataupun T20, di mana kini mereka akan diberikan kelebihan yang signifikan. Apabila pendidikan diawalkan setahun, keupayaan mereka yang datang daripada keluarga susah, anak-anak yang tidak melalui sistem prasekolah ini kerana tercicir atau tidak mampu, jauh tergelincir ke belakang dan keupayaan mereka to play catch-up itu akan terjejas dengan teruk.
Saya dengar penjelasan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri kata jangan risau, ini merupakan pilihan ibu bapa. Tan Sri Yang di-Pertua, dijual sebagai pilihan, tetapi pilihan yang diwarnai dengan tekanan dua darjat dan tekanan sistem kasta awal dalam pendidikan.
Kenapa saya katakan ini pilihan berdasarkan kepada tekanan. Kita perlu lihat, apa yang ibu bapa akan fikirkan. Adakah ibu bapa ingin memilih untuk tidak menghantar anak mereka dan anak mereka itu besar kemungkinan dilabel sebagai anak yang lembap, tidak cepat belajar, tidak lepas saringan diagnostik.
Mestilah sebagai ibu bapa kita mahu our children to have an upper hand, masuk awal, dapat pengalaman yang lebih baik. Kalau lambat pun mungkin boleh catch-up jika hendak dibandingkan dengan anak yang setahun lewat dan selepas itu ada stigma. “Oh, ini budak lambat. Sebab itu anak saya masuk 6 tahun, anak kamu masuk 7 tahun. Saya tanya anak keluarga yang lain, jiran saya— oh, kamu lepas ujian saringan. Alamak, anak saya tak lepaslah.” Sebagai ibu bapa mestilah mereka ‘nak hantar anak mereka pada umur yang lebih muda kerana ada seperti dalam bahasa Inggeris namanya game theory. If you don’t act first, you will be placed at a disadvantage ataupun stigma yang akan wujud di antara anak yang masuk lewat dan dilihat sebagai pelajar— minta maaf, labelnya pelajar yang lembap. Lebih teruk Tan Sri Yang di-Pertua, apabila satu hari selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan, ‘tak apa ini ada pilihan, Yang Berhormat Menteri Pendidikan pula umum, *“Jangan risau, bukan semua boleh join.
Kita akan ada saringan diagnostik dulu.”* Saya dengar apa maksud saringan diagnostik, saya ikut wawancara ini. Yang Berhormat Menteri kata akan ada ujian kemahiran dan psikoanalisis untuk melihat ketersediaan anak-anak ini. Let’s be clear, siapa yang mampu lulus jika hendak dibandingkan dengan semua anak-anak yang ‘nak masuk, tapi siapa yang akan lulus.
Ini adalah anak orang kaya atau yang berkemampuan kerana mereka ‘dah masuk ke prasekolah kerana mereka mampu atau dihantar kepada prasekolah yang berkualiti, bandingkan dengan anak-anak yang ‘tak masuk prasekolah, ‘tak mampu, tercicir. Bagaimana nasib mereka kalau mereka ‘tak lepasi ujian saringan ini?
Bagaimana pula anak-anak late bloomers, anak-anak neurodivergent? Late bloomers dengan neurodivergent ini betul, di mana mereka mungkin tidaklah begitu cerdik, pandai. Mereka ‘tak boleh network pada umur muda, tetapi 10 tahun selepas itu they can become better. Nasib mereka kalau mereka ‘tak lepas ujian diagnostik atau saringan ini, they will be punished. Hukumannya bukan setakat mereka lambat masuk Darjah 1, selama- lamanya sampai sekolah rendah ke sekolah menengah, mereka akan satu tahun belakang daripada kawan-kawannya yang lain. Indirectly itu adalah cara untuk kita menghukum late bloomers dan anak-anak neurodivergent ini. Ini perkara yang saya sangat risau, Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang saya lebih risau adalah, kewujudan stigma anak-anak yang lembap— minta maaf saya guna perkataan ini, bukan ‘nak panggil, tapi ini label yang berlaku di sekolah. Anak-anak yang lembap ataupun bodoh. Apa yang akan berlaku? Kalau sebelum ini kemasukannya standardised. Kalau 7 tahun semua masuk, 8 tahun Darjah 2, 9 tahun Darjah 3. Apabila kita ada sistem kasta, a two-tiered system, apa yang akan berlaku? Apa yang akan berlaku adalah diskriminasi dan stigma akan wujud.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Mereka yang lulus ujian diagnostik ini, masuk setahun awal, terus akan dapat label, “Saya budak pandai, saya budak cerdik, saya lepas ujian psikometrik, psikoanalisis, saya lepas ujian kemahiran.” Bagaimana pula anak-anak yang ‘tak lepas ujian diagnostik ini, yang selepas ini setahun lambat— eh, setahun lebih lambat? Senang untuk mereka dilabel, dibuli di sekolah.
Ingat, kita bukan bicarakan tentang orang dewasa yang bijak, cerdik, pandai.
Dalam Dewan ini pun, dewasa— kita gaduh di antara satu sama lain. Bayangkan budak-budak di sekolah yang kini kes buli makin lama makin teruk, tikam menikam.
Bagaimana sekarang apabila ada perbezaan satu tahun, a clear evidentiary classification difference yang boleh diguna pakai? Stigma itu makin lama makin teruk.
Tan Sri Yang di-Pertua mungkin ingat, saya tidak lepas— eh, saya tidak sampai umur pada masa tersebut, tapi abang-abang saya pernah. Dulu ingat, ada ujian bila Darjah 3. Kalau dapat keputusan yang baik, dapat leap frog masuk Darjah 5 atau Darjah 6. Saya tidak adalah. Kenapa kerajaan terdahulu mansuhkan sistem tersebut? Kerana kerajaan tak nak daripada umur yang sangat muda kita dah cipta sistem kasta. We classify, “Kamu pandai, kamu kurang cerdik, kamu lagi tua daripada saya”, tapi satu kelas. Maknanya “kamu slow, kamu lembab.” Diskriminasi itu berlaku. Sebab itu kerajaan terdahulu mansuhkan sistem tersebut. Kini jauh lebih teruk. Tak payah cakap soal mereka Darjah 4, Darjah 5. Baru nak masuk sekolah, umur lima tahun dah kena lalui ujian psikometrik, ujian kemahiran, nak lihat masuk ke, tidak.
Tan Sri Yang di-Pertua, classification double tier system ini akan menyebabkan stigma dan diskriminasi yang lebih teruk kepada anak-anak. Buli kian lebih melarat di peringkat sekolah. Saya harap kerajaan dapat pertimbangkan semula. Jangan lakukan perkara ini...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Muar, mohon mencelah. Sikit sahaja.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta maaf saya ada banyak hujah, minta maaf.
Isu kedua yang saya nak bangkitkan— minta maaf. Isu kedua yang saya ‘nak bangkitkan bagaimana play school ataupun taska kini akan jadi stress school. Apa maksud saya? Kita perlu lihat, apa fungsi prasekolah? Prasekolah ini fungsi utama bukan untuk pastikan anak ini bijak Matematik, Sains, academic centered, tidak.
Prasekolah, fokus utama adalah untuk membina sifat-sifat yang baik, kemanusiaan, supaya individu itu ada kawan-kawan, supaya anak-anak ini, they love to learn, they enjoy learning. Ini perkara paling mustahak bagi prasekolah. Then, prasekolah tidak boleh menggantikan sekolah asas ataupun Darjah 1 itu.
Apa akan berlaku dengan dasar terbaru ini? Kita meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada taska ataupun playschool supaya cikgu-cikgu di taska ini mengasuh anak-anak ini, basuh mereka pada umur yang muda, “Kamu kena ikut syllabus supaya kamu lepas ujian diagnostik yang akan diperkenalkan oleh kerajaan nanti.” Syllabus apa? Perlu adapt, taska perlu adapt.
Akhirnya, they will be so exam-oriented, fokus nak lepas ujian diagnostik. Jika ‘nak dibandingkan dengan prasekolah zaman sekarang, fokus kepada sifat-sifat murni, sifat baik, kemanusiaan, kawan-kawan, to have fun in education. Bukan setakat tentang persediaan ujian Darjah 1. Itu perkara yang saya sangat risau.
Kita lihat juga, Menteri sendiri katakan, saya ikut setiap wawancara. Di mana Menteri kata, selain ada ujian psikometrik, psikoanalisis, akan ada ujian kemahiran.
Apabila ada ujian kemahiran ini, jelas taska, prasekolah turut akan adaptasi kepada apa yang diumumkan dan akhirnya, we are taking the fun away from education.
Apa contoh yang ada? di Korea Selatan, ada sistem Hagwon. Hagwon ini, pada umur yang sangat muda, budak-budak dah dibasuh to be so exam-oriented kerana dasar yang berlaku di peringkat atasan. Saya tidak mahu anak-anak kita pada umur yang muda, teradaptasi dengan sistem Hagwon. Sampai ke satu tahap, di mana we lose the fun, we take the fun out of education. Apa kesannya? Kita lihat apabila taska ataupun prasekolah berubah sebegini— apabila taska dan prasekolah berubah sebegini, maksudnya skop tanggungjawab taska itu berubah juga. Ia seperti taska mengambil alih tanggungjawab sekolah, Darjah 1 itu diawalkan. Prasekolah ambil tanggungjawab Darjah 1 tersebut. Kena pastikan ada 3M iaitu membaca, menulis. Ini semua perlu diletakkan pada usia yang sangat muda dan ini adalah masalah yang jelas, khususnya bagi anak-anak neurodivergent dan anak-anak late bloomers ini.
Ketiga, saya ingin fokuskan berkenaan isu beban kepada guru dan bagaimana suasana kelas jadi seperti tin sardin...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sebelum itu Muar, sebelum itu, sikit sahaja.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta maaf Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sikit sahaja.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Kita boleh bincang pada di luar, tapi di sini saya ‘nak fokus.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Nak cadangkan sesuatu boleh?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Isu ketiga, pelajar iaitu beban kepada guru. Pelajar yang baru nak masuk ya, yang baru nak masuk, dah ditambahkan dengan beban untuk siapkan ujian— minta maaf, bukan pelajar. Kini bila pelajar ada ujian Darjah 1— ha, bila ada ujian Darjah 1, ujian diagnostik ini. Kini, cikgu Darjah 1 itu perlu menyiapsediakan anak-anak kecil ini bagi ujian diagnostik ini.
Kita dulu komplen, kita mansuhkan UPSR, PT3, sebab kita 1tak nak Malaysia jadi exam-oriented, kita 1tak nak bebankan cikgu banyak sangat sebab 1nak buat satu exam, standardized exam ini sangat susah, memakan masa yang sangat panjang, tapi kini kita letakkan beban yang baru kepada cikgu-cikgu Darjah 1 ini. It sounds simple. Look at the data. Setiap tahun kita ada 450,000 intake Darjah 1.
Maksudnya, kalau kita nak buat ujian psikometrik dan ujian kemahiran kepada setiap satu yang mohon, that is 450,000 individual assessments yang perlu dilakukan dan perlu dilakukan bukan kita dalam Parlimen ini— Adalah cikgu-cikgu di bawah.
‘Dahlah ada laporan di mana cikgu praktikal tidak dibayar gaji atau lambat dapat gaji praktikal mereka. Banyak kajian-kajian menunjukkan kita tidak ada jumlah cikgu yang mencukupi dan yang sudah ada, sudah dibebankan dengan birokrasi yang tinggi, kita tambah lagi bagi mereka, tapi masalah ini tidak terhad di sana. Yang lebih teruk, bila kita ada double intake. Dulu hanya 7 tahun, kini 6 dan 7 tahun. Kalau dulu, contoh di sekolah Kebangsaan Taman Perling— kita mungkin ada tujuh kelas yang didedikasikan kepada Darjah 1. Selepas ini, apabila ada intake baru umur 6 tahun, kita dah kena tambahkan daripada tujuh kelas mungkin kena ada 10, 12 ke 14 kelas.
Persoalan saya, dalam tempoh masa setahun, cukup ya kita ‘nak bina kelas- kelas yang baharu? Kita nak menggajikan cikgu-cikgu yang baharu? Adakah ia dibentangkan pada belanjawan bahawa kita akan bina kelas-kelas yang baharu dan menggajikan cikgu-cikgu yang baharu? Yang saya dengar, it’s opposite. Tidak cukup cikgu, bukan nak tambah lagi.
Apabila ini berlaku, kita lihat situasi di mana pada hari ini, nisbah cikgu kepada pelajar 1:30, tapi kini nisbah itu akan meningkat, 1:50. How are we going to focus on helping the other privilege children catch-up apabila cikgu tidak mencukupi? Kerana sebelum ini, hanya boleh ada tujuh kelas, tetapi bila ada intake yang baharu, maksudnya jumlah kemasukan pelajar setiap tahun akan meningkat. Kerana sebelum ini, tidak ada pelajar 6 tahun, kini ada pelajar 6 tahun. Dan jumlahnya, kalau sebelum ini 450,000 setiap tahun, kita tambah lagi, we are looking at close to 600,000 students. Bagaimana kita nak adaptasi? Ini persoalan yang sampai ke hari ini belum lagi terjawab.
Konklusinya, kalau kita lihat daripada sudut pragmatik pelaksanaannya, kita akan lihat situasi di mana cikgu terbeban dan kelas-kelas yang kini nisbah cikgu dengan studen pun dah bermasalah, dah, jadi macam tin sardin. Ia kini menjejaskan kualiti pendidikan yang ada. Apa cadangan saya untuk kita menguruskan isu ini?
Saya ada beberapa cadangan.
Cadangan pertama, kalau kita ingin awalkan pendidikan awal ini, kita perlu letakkan prasyarat yang jelas iaitu pendidikan prasekolah perlu dipercumakan. Perlu percuma dan juga perlu berkualiti. Kita perlu pastikan infra dan cikgu mencukupi.
Cukup-cukuplah zaman di mana kita umum dulu, fikir kemudian. Kerana saya lihat, setiap hari saya dengar perkembangan yang baharu. Bila orang tanya, “*Oh, cikgu tidak cukup. Tidak apa, kita ada ujian diagnostik. Tidak apa, kita lihat kawasan mana.
Kalau kawasan bandar, kita mungkin ambil kurang pelajar.*” What is this? Dia tidak boleh umum dulu, fikir kemudian. So, saya rasa perkara asas, pastikan prasekolah percuma, prasekolah berkualiti, access to education itu equal or equitable, barulah kita dapat laksanakan ia dengan baik.
Kedua, jangan adakan ujian diagnostik, that is regressive. Umur 5 tahun dah kena hadap ujian. Mungkin kamu kata, “Ini ujian senang sahaja.” Eh, you think parents take things— I mean, lightly? No. Walaupun kamu ingat ini ujian kecil, pihak taska akan dibebankan. Ibu bapa akan dibebankan, anak-anak yang mungkin ‘tak lulus, lagilah terbeban secara psychological dan ini perkara yang salah.
Ketiga, streamlined kemasukan. Tak boleh ada double tier system lagi. Saya tengok— setakat ini Menteri belum jawab, tapi penyokong-penyokong kerajaan, saya tengok cara mereka menjawab “Ah, tapi ini kita nak mengantarabangsakan pendidikan Malaysia. Negara-negara maju lain ‘dah buat.” Pertama, negara maju lain ada pendidikan prasekolah percuma, accessible ataupun berkualiti. Negara-negara lain tidak ada sistem pilihan ataupun two tiered entry system. Negara-negara lain tidak ada ujian diagnostik, di mana ada dibenarkan masuk, ada tidak.
Lihat kawasan bandar dibenarkan, kawasan luar bandar yang mungkin nisbah cikgu/pelajar lain, they don’t have that. Kita nak adaptasi yang baik, kita ambil yang baik. Jangan kita nak ikut negara-negara luar, tapi kita bawa elemen yang kurang baik dan benda baik kita lupakan. Sebab itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya harap kerajaan masih ada masa lagi that’s one year to plan, take this seriously, okey.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta tambah 30 saat saja. Tadi saya banyak kritik— banyak benda baik yang saya kena cakap juga, tapi sepintas lalu. Yang saya sokong selain benda saya katakan ini, banyak saya sokong.
Bila kerajaan umumkan setiap sekolah perlu ada cikgu subjek bahasa ketiga, baik. Pendidikan percuma bagi mahasiswa OKU sangat baik. Peningkatan biasiswa dari 5,000 pelajar ke 10,000 sangat baik. Peningkat dua kali ganda dalam tempoh masa setahun adalah penambahbaikan yang luar biasa. Prasyarat lulus BM dan Sejarah bagi semua jenis sekolah, alhamdulillah. TVET di sekolah rendah sangat baik.
Pengumuman-pengumuman lain saya sokong, saya dukung. Muar akan berikan sokongan 100 peratus. Yang saya kurang bersetuju bukan tentang niat untuk mengawalkan sekolah ataupun prasekolah, tetapi cara pelaksanaan pengumuman dan strategi kerajaan dalam melaksanakan perkara ini. If you want to follow international standards, than act international. Kerana niat baik tidak akan menghalalkan pelaksanaan yang kurang baik. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Tasek Gelugor.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tan Sri sebelum itu ada peraturan tetap, 93 dan juga 94. Tuan Yang di-Pertua boleh keluarkan kebenaran am kepada wakil akhbar kerana menghadiri persidangan Majlis mengikut apa-apa peraturan dikeluarkan. Jadi semasa perbahasan, saya memang saya ada bangkit tentang garis panduan penggunaan Pusat Media Parlimen Malaysia dan masa itu tatacara permohonan adalah dua hari sebelum, kena bagi satu, kemuka permohonan, tapi hari ini saya dimaklumkan bahawa media telah dibagi tahu kemuka permohonan masih perlu lagi diberi 2 jam.
Saya rasa 2 jam itu masih satu sekatan yang agak tinggi. Saya bagi contoh, katakanlah dalam Parlimen Dewan Rakyat ini kita bergaduh, okey ada isu, gaduh.
Lepas itu kalau nak keluar ‘nak buat sidang media, kena tunggu 2 jam. Kalau kan lah masa itu kita dah bersurai, pukul 6. Katakan kita nak buat sidang media semua orang kena tunggu 2 jam.
Jadi saya haraplah Tuan Yang di-Pertua boleh semak kembali, kita kurangkan tempoh itu dari 2 jam hingga 15 minit, kerana 15 minit saya rasa sudah cukup untuk semua orang siap sedia buat sidang media. Saya mohon Tuan Yang di-Pertua semak kembali.
Tuan Yang di-Pertua
Noted, thank you. Silakan Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Yang di- Pertua sebagai pembukaan saya mewakili seluruh warga Tasek Gelugor ingin Merafak Sembah Menjunjung Kasih atas Titah yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Kita sama-sama berdoa agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kaum kerabat sentiasa berada dalam rahmat Allah Taala.
Saya juga sebenarnya nak ambil peluang ini untuk merakamkan satu penghargaan peribadi saya Tan Sri kepada Pusat Jantung di Hospital Serdang. Mak saya ini dah lebih kurang masuk minggu kelima dirawat di Hospital Serdang dan rawatan dan penjagaan yang diberikan memang amat baik sekali. Jadi saya ‘nak rakamkan penghargaan saya kepada semua di Hospital Serdang.
Yang di-Pertua, tadi Muar banyak sebut mengenai isu-isu pendidikan. Saya satu benda yang saya dok terfikir mengenai Pelan Pendidikan yang baru dibentangkan ini apa nak dibuat dengan PTPTN sebagai salah satu agensi dalam Kementerian Pengajian Tinggi. Dulu individu yang menjadi Timbalan Menteri sekarang pernah mengatakan, saya sebagai Pengerusi PTPTN pada masa itu menjadikan PTPTN itu paling bangsat dalam sejarah. Sekarang saya ‘nak tengok apa yang Timbalan Menteri sekarang ini boleh buat untuk memastikan dia tak jadi paling bangsat dalam sejarah.
Bagaimanapun Yang di-Pertua, saya rasa kalau kita teliti Titah Yang di- Pertuan Agong, saya yakin kita semua akan sedar bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
...Mahu supaya kita semua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
...Dalam Dewan ini berusaha keras...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
...Berusaha keras membina sebuah Malaysia yang baru dan berdaya saing.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker saya gunakan peraturan Dewanlah.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Untuk mencapai matlamat itu...
Tuan Yang di-Pertua
Kejap, kejap. Apa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya gunakan peraturan Dewanlah.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Peraturan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya asalnya ‘tak mahu...
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan mana tu?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan perkataan- perkataan yang kurang sopan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, berapa? Perkataan berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maafkan saya Speaker, Speaker pun mahir dalam peruntukan, tapi saya akan rujuk pada 36(4).
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Speaker kalau saya just ubah perkataan boleh selesai cepat tak?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Okey. So, saya nak pasti— saya ‘nak tengok, bolehkah Timbalan Menteri tidak menjadi sepertimana dia panggil saya sebelum ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, selesai. Terima kasih. Terima kasih Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Jadi Yang di- Pertua, saya nak sambung.
Untuk mencapai matlamat membina Malaysia yang baru dan berdaya saing ini, saya rasa kita memerlukan budaya politik yang benar-benar baru yang sesuai dengan suasana baru abad ke-21 ini. Pembentukan budaya politik yang baru tidak akan berlaku kalau kita hanya semata-mata menerbitkan dokumen, makalah, penerbitan yang menggariskan ciri-ciri itu dan ciri-ciri ini.
Bagilah nama-nama macam-macam, rancangan, pelan, idealisme, manifesto atau apa-apa sekalipun, jika tidak disertai pelaksanaan yang bersungguh-sungguh ia tidak bermakna. Ini kerana pembentukan budaya politik baru memerlukan usaha yang benar-benar tegas untuk membentuk satu generasi baru yang benar-benar menghayati budaya baru itu.
Sekarang ini anak-anak muda Malaysia di luar sana banyak bercakap mengenai betapa ahli-ahli politik ini sama saja. Mereka tengok apa yang kita lakukan dalam Dewan ini dan mereka tanya apa sebenarnya yang dah berubah selama ini.
Yang di-Pertua kalau dulu Ahli-ahli Dewan bertempik, menjerit semasa berbahas, hari ini benda yang sama berlaku juga. Kalau dulu ahli-ahli politik menabur janji bulan dan bintang hari ini berapa banyak janji politik yang tidak dipenuhi. Sebab itulah saya amat bimbang jika dalam masa terdekat ini anak muda dalam negara kita akan menyatakan mereka telah letih dengan politik dan tidak berminat untuk memainkan apa-apa peranan.
Yang di-Pertua, saya melihat penerusan budaya politik lama ini ada kaitan dengan dinosaur-dinosaur politik yang dah terlalu lama duduk dalam arena politik negara dan gagal menyelami apa yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia dalam Malaysia yang baru pada hari ini. Dinosaur-dinosaur lama ini yang mereka tahu hanyalah cara dan taktik politik lama yang paksinya adalah kuasa dan takhta bukan khidmat dan prinsip.
Dan sebenarnya yang bergaduh, yang bertelagah, yang bertekak ‘tak habis- habis ini ialah yang lama-lama ini. Yang jadi mangsanya ialah mereka yang mahu melihat perubahan segera...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
...Dalam budaya politik negara. Dan kalau sekiranya kita lihat yang lama-lama ini tak ramai pun, yang ramai dalam Dewan ini banyak generasi baru termasuk bolehlah Jelutong boleh masuk sekali. Ada dinosaur-dinosaur politik yang berdegar-degar menjanjikan bulan dan bintang, reformasi itu, reformasi ini tapi bila berkuasa rupanya dia pun tidak kompeten untuk membawa perubahan yang dia janjikan sebelum ini.
Ada juga dinosaur politik yang bersembunyi di sebalik slogan bersih dan berintegriti tapi rupanya mereka ini pun hanya tamak kuasa dan mengejar kuasa semata-mata nak menjaga diri dan ahli keluarga.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dulu ada yang kata orang yang— ada orang melindungi Jho Low sebab itulah dia boleh lari dan selamat.
Sekarang kita ada Jho Low yang baharu pula dalam negara masih ‘tak selesai sampai hari ini. Semua ini menyebabkan— dah la tu.
Semua ini menyebabkan tahap kepercayaan rakyat kepada orang politik sentiasa rendah. Kajian Ipsos mendapati bahawa yang paling tidak dipercayai oleh rakyat Malaysia yang pertama ialah ahli politik, yang kedua influencer media sosial.
Kajian Edelman Trust Barometer juga mendapati yang sama iaitu orang politik adalah golongan yang paling tidak dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Kita mesti pandang serius perkara ini. Kita bertekak, berbahas dalam Dewan setiap hari, tapi rakyat ‘kat luar sana kata ahli politik ini sama je menipu tak habis- habis. Sebab itulah bagi saya kita perlukan pembaharuan.
Yang di-Pertua, untuk pembaharuan itu saya amat bersetuju dengan pandangan yang disebut sebelum ini oleh Larut dan Indera Mahkota. Konsensus Nasional Baharu yang digagaskan oleh Larut berpotensi jadi penyelesaian kepada masalah budaya politik lama dalam negara kita. Sebelum ini Larut telah menggariskan tiga matlamat yang menjadi batu asas...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
...Konsensus Nasional Baharu itu iaitu pembentukan matlamat yang disepakati, kemakmuran bersama dan kerajaan yang penyayang. Bagi saya inilah wawasan baru yang diperlukan oleh negara kita agar kita boleh keluar dari kepompong politik lama yang dipacu oleh mereka yang sudah tidak relevan dan sudah sepatutnya bersara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tasek Gelugor saya tanya berkenaan dengan dinosaur politik yang hanya tahu berpolitik dan tidak melaksanakan apa yang dijanjikan. Adakah anda merujuk kepada Pagoh?
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Haiya...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Satu. Kerana atas, atas...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya merujuk kepada siapa-siapa saja yang berjanji dan tidak melaksanakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Isu— atas isu itu saya menyokong Tasek Gelugor, saya menentang Pagoh.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kerana Tasek Gelugor dizalimi.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan saya nak tanya, saya ‘nak tanya satu lagi perkara berkenaan tuduhan bahawa Pagoh telah mencuri wang oleh satu lagi dinosaur Tun Dr. Mahathir. Jadi, kedua-dua dinosaur ini dan sehingga hari ini Pagoh tak berani saman dinosaur politik Tun Dr. Mahathir.
Soalannya kenapa?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ya. Jadi soalan sebegitu Yang di-Pertua elok tanya kepada Pagoh bukan tanya pada saya.
Yang di-Pertua, seterusnya saya nak sentuh mengenai pembanterasan rasuah. Untuk memastikan bahawa usaha pembanterasan rasuah ini dipercayai, kita perlukan badan penguat kuasa yang juga dipercayai. Sebelum ini Pakatan Harapan sering bercakap mengenai reformasi SPRM, sekarang PH dah jadi tunjang kerajaan mana dia reformasi yang dilaung-laungkan.
Kalau dulu kononnya tak percaya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM kononnya nak cari sampai lubang cacing, tapi rupanya bila dah jumpa lubang cacing itu orang yang sama disambung berkali-kali. Yang ini tak ada siapa pun bantah di sebelah sana. Lebih buruk penyambungan itu dibuat tanpa melalui proses ketelusan yang PH sendiri kata sepatutnya ada dalam negara kita.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dulu kata pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu melibatkan Parlimen.
Mana dia penglibatan Parlimen dalam proses ini?
Dalam Titah Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertua, ada disebutkan dalam perenggan kelapan bahawa bukan saja penerima yang patut disiasat, tetapi pemberi rasuah dan ejen yang bersubahat juga mesti dikenakan tindakan. Ini peringatan penting daripada Tuanku Agong bahawa bukan penerima saja, tetapi pemberi dan ejen mereka juga mesti ada tindakan, tapi realiti hari ini, titah ini tidak dipedulikan.
Kontraktor yang memberi dan ejennya bebas tanpa tindakan. Kalau dia dikatakan bagi rasuah untuk dapat projek, selepas dibawa ke mahkamah, kontraktor yang sama akan terus menjalankan projek yang dikatakan diperolehi secara rasuah itu. Kalau kontraktor itu seorang bukan bumiputera yang menjadi beneficial owner kepada syarikat Ali Baba yang dikatakan memberi rasuah, kontrak itu tidak dihentikan walaupun syarikat itu dah confirmed Ali Baba.
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya mendesak kerajaan pastikan bahawa Titah Yang di-Pertuan Agong diberi perhatian serius serta-merta. Sekiranya sesuatu kes dibawa ke mahkamah, pemberi juga mestilah dikenakan tindakan dan projek yang dia dapat mesti dihentikan dan syarikat Ali Baba kalau ia digunakan, mesti dibatalkan pendaftarannya.
Yang di-Pertua, seterusnya saya nak sebut sikit mengenai had tempoh Perdana Menteri. Secara prinsip, saya merasakan bahawa idea ini adalah idea yang baik yang wajar dilaksanakan, tetapi saya ;nak mengulangi prasyarat penting yang telah disebut oleh beberapa orang rakan-rakan saya sebelum ini iaitu tiada guna tempoh masa dihadkan jika tidak diwujudkan halangan undang-undang bagi Perdana Menteri membolot jawatan Menteri Kewangan.
Untuk itu, saya nak ingatkan Dewan ini bahawa kalau tidak silap saya tarikhnya ialah 23 September 2015, Yang Berhormat Pandan pernah membawa satu rang undang-undang persendirian pemisahan jawatan Perdana Menteri daripada Menteri dan Menteri Kewangan. Pada masa itu, RUU persendirian itu ditolak.
Hari ini saya nak mengajak secara terbuka kepada Yang Berhormat Pandan serta rakan-rakan Yang Berhormat Pandan yang masih berpegang dengan semangat reformasi, apa kata kita sama-sama usulkan semula RUU persendirian ini untuk dibahaskan dan diluluskan dalam Dewan ini. Kalau YB Pandan sudi berkongsi draf persendirian yang dihasilkan pada 2015 dulu, saya sedia jadi pengusul bersama untuk usul tersebut.
Yang seterusnya Yang di-Pertua, dalam Titah Yang di-Pertuan Agong juga ada disebut bahawa kerajaan mestilah memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat terutama dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam. Saya nak sentuh mengenai perumahan. Kelmarin dalam Dewan ini, Yang Berhormat Menteri KPKT mengatakan bahawa kementerian beliau telah membina 19 buah rumah di Kampung Baru Cina pada tahun 2025.
Saya ingin bertanya, adakah benar bahawa semua 19 buah rumah ini dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan diberikan kepada penduduk Kampung Baru Cina secara percuma tanpa keperluan membayar apa-apa disebabkan ada peruntukan sebanyak RM1.5 juta daripada KPKT? Saya juga nak bertanya, adakah benar bahawa pada tahun 2026, tahun ini, akan ada lagi 20 unit rumah percuma yang juga diarahkan untuk dibina oleh SPNB dengan tujuan diberi percuma kepada hanya penduduk Kampung Baru Cina?
Jika perkara ini benar, saya nak tahu adakah Kabinet telah dirujuk dan adakah Kabinet telah meluluskan perubahan dasar yang penting ini? Ini kerana sebelum ini, semua rumah yang dibina oleh SPNB adalah atas dasar pinjaman yang perlu dibayar balik. Berbelas tahun ‘nak bayar balik pinjaman ini. Rakyat biasa dari golongan B40 yang tidak mengira bangsa perlu membayar balik sebanyak RM55,000 untuk setiap rumah yang dibina oleh SPNB. Kenapa rakyat lain tidak kira bangsa ini yang tidak menetap di Kampung Baru Cina dianaktirikan dan terpaksa membayar kepada SPNB?
Kalau ‘nak bantu rakyat dengan rumah percuma, bagi saya golongan veteran tentera yang pernah berjuang menentang Komunis dulu lebih layak diberi bantuan.
[Tepuk] Kita kena ingat Yang di-Pertua, point akhirnya, kita perlu ingat bahawa tanah Kampung Baru Cina itu asalnya bukan tanah persendirian, tetapi ia adalah tanah pemberian kerajaan. Hari ini nampaknya penduduk Kampung Baru ini bukan saja dapat tanah, tetapi dapat juga rumah secara percuma.
Jika benar, maka bagi saya langkah ini bukan saja merupakan perubahan besar dasar SPNB, tetapi ia juga menimbulkan persoalan adakah Kabinet hari ini sudah tidak lagi berpegang dengan prinsip keadilan sosial untuk membantu semua yang memerlukan, bukan memberi status istimewa kepada golongan tertentu sahaja.
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tasek Gelugor, ya sebelum...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah habis dah.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dah habis dah ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah habis dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sebelum berundur...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jelutong, ‘dah habis. Tak apa, melainkan Peraturan Mesyuarat...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Standing, standing order…
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jelutong duduk.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Standing Order 36(12), “Mana-mana Ahli...”
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
36(12)— sekejap, sekejap.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
“Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan adalah disifat sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.” Saya nak rujuk kepada peruntukan Kampung Baru Cina yang dibangkit oleh Tasek Gelugor. Itu bukan peruntukan dari SPNB, itu peruntukan Kampung Baru Cina, RM84 juta yang telah dibentang dalam bajet. Dan SPNB hanyalah agensi pelaksana, bukan SPNB ‘tak bagi rumah baru kepada orang-orang lain. Itu memang untuk peruntukan Kampung Baru Cina. Jadi, jangan kita samakan dan jangan cuba nak kelirukan Dewan Rakyat.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, jawapan saya Kampar ini bukan Menteri. Jadi, tolong pastikan dia tak perasan dia Menteri, menjawab bagi pihak Menteri. Ini, di sini bukan peranan dia.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Betul, tapi, tapi ini fakta dalam bajet.
Peruntukan ini dalam bajet.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Semasa bajet bentang you tak dengar.
Dengar baik-baik. Ini peruntukan Kampung Baru Cina. Duit ini khusus untuk Kampung Baru Cina.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Tahniah dan semoga naik...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
SPNB hanya...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah, dah, dah.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sekarang tidak dinaikkan pangkat, janganlah jadi Menteri pula.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap. Tasek Gelugor, sekejap.
‘Dah habis dah? Kampar...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ini bukan fasal Menteri tak Menteri, ini...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kampar, ada lagi? Itu point yang dibangkitkan. Okey, Tasek Gelugor, sila jawab.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ya, sepertimana yang saya kata tadi, saya tanya, adakah berlaku perubahan dasar? Saya tanya dari mana datang sumber kewangan ini. Saya minta Menteri jawab. Apa tuduhannya yang saya kata tadi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Kampar bukan Menteri, tak ada hak dia, tak ada locus standi nak menjawab bagi pihak Menteri.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tadi kenyataan Tasek Gelugor, dia kata kenapa SPNB hanya bina rumah untuk Kampung Baru Cina dan tak bina untuk askar? Itu satu kenyataan mengelirukan. Ini peruntukan Kampung Baru Cina...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, okey, okey. Saya akan buat keputusan. Saya dengar daripada tadi, saya pun sebab isu ini saya pun tahu, jadi saya dengar daripada tadi apa yang Tasek Gelugor sebut dan Tasek Gelugor setakat yang saya dengar, bertanyakan soalan. Jadi bila bertanyakan soalan, walaupun saya faham apa yang dibangkitkan oleh YB Kampar, tapi nanti akan ada peluang untuk YB Menteri jawab tentang apa yang diutarakan oleh YB Tasek Gelugor. Jadi...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah, kita teruskan. Baru masuk dah kena selesaikan.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Selayang sebagai pembahas seterusnya, 12 minit Yang Berhormat.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker untuk memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja bagi tahun ini. Perkara pertama saya nak sentuh ialah tentang the Donroe Doctrine. Malaysia sejak sekian lama telah bergantung kepada structure antarabangsa yang berasaskan kepada undang-undang antarabangsa dan norma bagi menjamin keselamatan dan kemakmuran negara. Namun, hari demi hari kita dapat menyaksikan bahawa structure ini semakin merosot ke atas satu sistem di mana kuasa semata-mata menentukan kebenaran dengan izin, we are returning to the bad old days where might is right. Perkembangan ini mengkhuatiri sebuah negara seperti Malaysia apabila mengambil kira bahawa kita tidak mempunyai kekuatan ketenteraan mahupun kuasa ekonomi yang setanding kuasa besar. Peristiwa global mutakhir ini, memberi gambaran kepada isu penangkapan yang dibuat oleh Presiden ke atas Presiden Venezuela, Nicolás Maduro dan isterinya untuk dibicarakan di Amerika Syarikat melalui operasi ketenteraan di Venezuela serta pengumuman Presiden Donald Trump bahawa industri minyak di Venezuela akan diletakkan di bawah pengurusan Amerika Syarikat. Donald Trump juga telah menyatakan hasrat untuk mengambil alih Greenland sama ada melalui pembelian atau tindakan ketenteraan.
Perkara ini amat membimbangkan terutamanya mengambil kira di abad ini, mana-mana penduduk sebuah negara tidak seharusnya dianggap sebagai sesuatu yang boleh dijual beli atau dirampas. Tindakan dan tingkah laku Amerika Syarikat pada hari ini boleh dikenali sebagai Donroe Doctrine di mana Amerika Syarikat mempercayai bahawa mereka boleh bertindak sesuka hati tanpa terikat kepada norma atau institusi antarabangsa dan hanya dibatasi oleh kekuatan ketenteraan pihak yang lain.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ia merupakan kesinambungan kepada Monroe Doctrine yang sebelum ini menegaskan bahawa Amerika Syarikat mempunyai kebebasan mutlak untuk mengenakan kehendaknya ke atas negara-negara lain dalam lingkungan pengaruhnya dan kini dilaksanakan secara lebih tegas di bawah pimpinan Presiden Donald Trump.
Dan dokumen yang dinamakan National Security Strategy of United States of America bertarikh November 2025, Presiden Donald Trump telah pun menegaskan, dengan izinnya saya membaca, *“After many years of neglect, the United States will reassert and enforce the Monroe Doctrine to restore American pre-eminence in the Western Hemisphere and to protect our homeland and our access to key geographies throughout the region.
We will deny non-hemispheric competitors the ability to position forces or other threatening capabilities or to own or control strategically vital assets in our hemisphere. This Trump Corollary to the Monroe Doctrine is a common sense and potent restoration of American power and priorities, consistent with security interests.”* Pakar-pakar perundangan antarabangsa telah pun menekankan bahawa Amerika Syarikat telah melanggar undang-undang antarabangsa bagi larangan menggunakan kekerasan seperti yang termaktub dalam Perkara 2, perenggan 4, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada ahli di kedua-dua belah Dewan Yang Mulia ini untuk menyokong pendirian yang telah diambil oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri seperti yang telah dinyatakan dalam kenyataan Wisma Putra bahawa Malaysia menentang kesemua bentuk campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman sesuatu negara serta penggunaan kekerasan.
Prinsip-prinsip asas yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu dan norma undang-undang antarabangsa haruslah dipatuhi oleh semua. Sekiranya Amerika Syarikat boleh bertindak tanpa sebarang ketanggungjawaban dalam apa yang dianggap oleh Donald Trump sebagai halaman belakang Amerika, apakah implikasi terhadap perang Vladimir Putin di Ukraine dan tindak balas China terhadap isu-isu yang lain?
Kekhuatiran kini menimbul mengenai kemampanan undang-undang antarabangsa dan terdapat risiko yang meningkat bahawa dunia sedang bergerak ke arah satu susunan global berasaskan lingkungan pengaruh di mana kekuatan mengatasi undang-undang. Saya nak tanya Wisma Putra, apakah yang dicadangkan untuk menangani apa yang dikenali sebagai doktrin Monroe ini?
Perkara kedua ialah tentang situasi Cambodia dan Thailand dan saya meminta kerajaan untuk mengambil sekali lagi inisiatif untuk menggesa kedua-dua pihak Thailand dan Cambodia untuk menghentikan permusuhan.
Perkara ketiga ialah tentang pilihan raya di Myanmar. Apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Luar Negeri berhubung dengan pilihan raya di Myanmar?
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta beberapa pertubuhan hak asasi manusia telah menyifatkan pilihan raya tersebut sebagai satu bentuk lakonan yang bertujuan mengekalkan kuasa pemerintahan Jeneral-general Tentera Myanmar melalui wakil- wakil proksi. Walaupun pihak junta mendakwa bahawa pilihan raya ini mendapat sokongan rakyat.
Perkara yang lain ialah tentang perpaduan dan keharmonian. Kepentingan perpaduan dan keharmonian di Malaysia telah ditekan secara mendalam dalam Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Malaysia telah sampai satu tahap yang signifikan. Terdapat cabaran yang boleh menjejaskan keharmonian terpecah mengikut garis perkauman dan keagamaan, sekali gus mengehadkan interaksi yang bermakna di antara komuniti.
Oleh yang demikian, saya minta rakyat bukan saja menjadi tanggungjawab Perdana Menteri atau Jemaah Menteri untuk memperkuatkan kesepaduan. Dan apa yang perlu dibuat adalah tiga jenis hubungan. Pertama ialah bonding, hubungan antara individu dalam komuniti yang sama. Kedua, bridging, hubungan yang menghubungkan individu merentasi komuniti yang berbeza dan ketiga, linking, hubungan antara individu dengan pihak yang berkuasa.
Yang saya meminta, Kementerian Perpaduan Negara untuk menyediakan dan membinakan ruang untuk interaksi antara komuniti daripada sudut perniagaan, pengajian, kehidupan komuniti juga sukan supaya kita dapat membina sebuah bangsa Malaysia yang dapat membangun dengan lebih bertegas.
Saya juga mencadangkan bahawa tindakan dan perundangan yang sedia ada tidak dapat menangani ucapan kebencian. Akta Hasutan dan Akta Komunikasi Multimedia Malaysia tidak mencukupi untuk menangani penyebaran ucapan kebencian yang bersifat individu dan khusus secara berkesan.
Perkara yang lain ialah tentang Dasar Pelarian. Pada masa ini, terdapat lebih kurang 200,000 orang pelarian yang berdaftar bersama UNHCR, majoriti terdiri daripada pelarian Rohingya yang berasal daripada Myanmar, di samping dengan pelarian dari Palestin, Syria, Yaman, Afghanistan, Somalia dan Pakistan. Mereka beralih dari negara asal bukan secara sukarela, sebaliknya atas keterpaksaan akibat dari konflik dan penindasan.
Pada waktu ini, mereka tidak dapat mempunyai kebenaran kerja yang sah dan mereka terpaksa menerima upah yang jauh lebih rendah dan tidak dilindungi oleh perlindungan buruh asas seperti kontrak keselamatan. Oleh itu, saya cadangkan kerajaan memberikan fokus untuk mengadakan satu dasar kerana mereka, kita suka atau tak suka sudah ada di sini dan kita mengadakan satu keperluan untuk mengadakan pekerja dan kalau kita memberikan kebenaran kepada golongan ini, ini menjadi satu win-win situation dan memberikan Malaysia dapat membangunkan rangka kerja yang sesuai dengan kepentingan nasional, realiti kemanusiaan dan keupayaan menguat kuasa negara kita.
Akhirnya, ialah tentang electoral reform. Ini tahun 2026 merupakan satu peluang keemasan untuk kita sama-sama menilai keperluan mereformasikan sistem pilihan raya yang sedia ada dengan lebih penduduk daripada yang sebelum ini dan juga mengambil kira teknologi yang telah ada pada waktu ini, kita perlu untuk melihat tentang electoral offenses dan juga tentang sempadan yang telah selama ini kita telah berkata tidak begitu seimbang dengan satu undi satu orang.
Oleh yang demikian, saya meminta komitmen daripada kerajaan untuk memberi pembaharuan kepada proses persempadanan semula ini dan melihat kepada akta tentang electoral reform. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kapar sebagai pembahas seterusnya. 12 minit Yang Berhormat. Kalau nak lebih boleh minta.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Syukur, alhamdulillah, terima kasih atas peluang untuk Kapar membahas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Di- Pertuan Agong.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Semoga Allah SWT melindungi dan memayungi Tuanku untuk menjayakan, menjadikan negara ini sebagai negara yang makmur dan diberkati [Membaca sepotong ayat Al-Quran], dengan izin. Titah Baginda amat tegas khususnya mengenai pembersihan negara daripada najis rasuah dan isu kesejahteraan rakyat, pembinaan identiti bangsa dan kedaulatan negara.
Saya merujuk kepada titah ucapan Tuanku, ‘Sistem pendidikan negara juga perlu terus diperkasakan sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara. Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia nya bahasa kebangsaan’. Selaku Ketua Portfolio Perpaduan Negara Perikatan Nasional, saya menganggap bahasa kebangsaan sebagai instrumen perpaduan yang utama dan signifikan. Ia boleh memupuk kefahaman dan alat komunikasi paling berkesan yang mampu mengelak segala salah faham dan komplikasi rentetan salah faham ini dalam realiti masyarakat kita yang diverse atau majmuk.
Berbeza warna kulit, budaya, bahasa, latar belakang mahupun berbeza agama. Namun, kita ada satu alat komunikasi yang sama iaitu bahasa kebangsaan yang merupakan bahasa Melayu. Bila perkara asas perpaduan ini diterima semua pihak, maka ini adalah faktor kritikal kejayaan perpaduan. Kerajaan wajib memberi fokus utama kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai ‘ubiquitous’. nampak di mana-mana.
Di sekolah, di papan iklan, di surat rasmi kerajaan, di kedai, di mana-mana supaya sesiapa saja yang berada di Malaysia kenal bahawa bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu. Pergilah ke mana-mana. Saya pergi ke China, saya tak faham dia punya instruction, dalam lif ke dekat mana. Saya kena ambil gambar itu, tanya ChatGPT apa maknanya. Nak pasang segala elektrik ke apa pun, nak kena tanya ChatGPT. Itu menunjukkan patriotisme mereka. Maka, saya rasa Malaysia ini sepatutnya berbuat sedemikian. Barulah warganegara Malaysia ini merasakan negara mereka.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kapar, saya minta penjelasan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tak payah, tak payah. Minta maaf Yang di- Pertua, saya banyak nak sebut. Inilah jati diri dan sejajar dengan usaha pembinaan bangsa. Mesti ada political will, barulah rakyat boleh bersatu. Yang saling memahami bukan curiga mencurigai kerana tak faham, berpadu dalam negara yang satu.
Barulah bermakna ungkapan Negara Ku. Bagaimana nak menjiwai rukun negara jika bahasa Melayu pun masih ada rakyat yang tidak faham? Saya minta Menteri Perpaduan mohon responslah. Yang di-Pertua, saya ingin merekodkan di Dewan yang mulia ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya gunakan peraturan Dewan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya rasa tak ada, tak ada. Saya tak ada sebut benda yang apa ini, Speaker. I don’t allow you. 37, tengok 37 ya. Jangan kacau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
It’s not for you to allow, it is for the speaker to decide.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap, Kapar. Sekejap, sekejap. Sekejap, Kapar. Okey, ini ada peraturan mesyuarat. Ya, Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, Speaker. Saya rujuk kepada 36(12).
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenyataan yang mengelirukan Dewan. Speaker, saya minta petua. Daripada perbahasan Yang Berhormat Kapar, dia, Yang Berhormat memberikan persepsi bahawa kita tidak mengutamakan bahasa Malaysia.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya rasa Speaker...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap. Sekejap YB. Kapar, sekejap. Biar dia habis dulu. YB. Jelutong, ya teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Speaker, saya itulah persepsi seolah-olah kerajaan sekarang tidak mengutamakan penggunaan bahasa Malaysia tetapi saya ingin tanya petua daripada Speaker, apabila dalam satu majlis pecah tanah kilang di Kedah, batu asas Cina diletakkan dan Kerajaan Kedah PAS telah berada di situ dalam satu majlis besar-besaran. Adakah Yang Berhormat Kapar bersikap hipokrit? Kalau betullah bahasa Malaysia itu dijunjung, kenapa dalam majlis batu asas itu, batu asas bahasa Cina diletakkan?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Speaker, itu tak ada kena mengena dengan Kapar ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, Kapar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tunggulah, bukan kena mengena, jangan bersikap hipokrit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, Jelutong. Saya dapat poin.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So saya nak tanya petua daripada Speaker, adakah Kapar ini bersikap hipokrit dalam Dewan? Cakap tak serupa bikin. Dalam Dewan cakap lain, di luar buat lain. Tak salah pun.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, okey. Saya get your point. Terima kasih.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Itu sangkaan jahat, Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap. Sekejap, sekejap.
It is, dia dah bangkitkan peraturan, saya akan buat ruling. Tak apa, tak payah jawab ruling ini. Pada saya, nombor satu, apa yang dibangkitkan oleh YB. Jelutong itu tidak termasuk dalam apa yang dibahaskan oleh YB. Kapar. Itu nombor satu.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, Kapar. Nombor dua, saya fikir sama ada dia hipokrit atau tidak, itu bukan untuk saya tentukanlah. Jadi pada saya, ia tidak ada melanggar peraturan mesyuarat yang telah dibangkitkan. Okey.
Teruskan, Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Speaker, dia sebut tadi hipokrit. Tolong ambil balik, tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak ada masalah.
Speaker, saya menghormati Speaker yang berwibawa.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tarik balik. Speaker, minta dia tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tunggu lah dulu Kapar.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, sekejap. Sekejap, Kapar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya kata hipokrit untuk atas alasannya. Kalau tak mahu jadi hipokrit, jangan bersikap hipokrit. Saya akan tarik balik hipokrit.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau tak mahu bersikap hipokrit, jangan jadi hipokrit. Saya tarik balik hipokrit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey. Terima kasih, terima kasih YB.
Jelutong. Okey, teruskan YB. Kapar. Extra dua minit.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Speaker, tolong tambah dua minit, Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, ya. Saya tentukan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Dan saya ingin merekodkan di Dewan yang mulia ini, ada pihak sebelah sana juga melontar soalan provokasi dengan menimbulkan satu ilusi optik. Seolah-olah Ahli Parlimen PAS ini menyokong rasuah.
Ini adalah lontaran berniat jahat walau apa pun alasan.
Semua termasuk seluruh rakyat Malaysia dijemput kaji mengenai parti tunggal paling besar sekarang ini. Bahan rujukan terbaik adalah perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia ini. Kalau sibuk, tak ada masa, cukup baca sebahagian mukadimah sahaja. Perlembagaan PAS ini sahaja.
Bahawa dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan demi untuk menyempurnakan takwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia yang dijadikan bagi menegak Al-Amru bil-Ma‘ruf wan-Nahyu ‘anil-Munkarʼ dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang namakan Parti Islam Se-Malaysia.
Ini, kalau nak tahu, inilah sebenarnya nahi mungkar ini atau mencegah kemungkaran seperti pembanterasan rasuah, keruntuhan moral dan sebagainya.
Inilah nadi perjuangan kami MP PAS di sini. Jangan sama sekali mana-mana pihak mempertikaikan perjuangan kami, nak sebutkan walaun ke apa ke tetapi jangan cuba mengaitkan MP PAS dengan perasuah atau penerima rasuah.
Yang di-Pertua...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kapar, yang RM90 juta dana 1MDB masuk akaun [Tidak jelas] .
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, sekejap, sekejap.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Dah, dah cukuplah. Dia buang masa itu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Duit 1MDB RM90 juta masuk akaun PAS itu bukan rasuah ke?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Speaker, itu buang masa tu Speaker.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Duit itu pergi mana? [Pembesar suara dimatikan].
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap. Bagi tak dekat Kampar?
Kapar bagi tak dekat Kampar?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Tidak, tidak. Saya banyak nak apa ini, pasal rakyat ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, okey. Okey, YB. Kampar, sila duduk.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, tentang KPKT ya. Tolong ambil apa, ambil ini ya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Hipokritlah, itu hipokrit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah, dah, dah.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Krisis kemanusiaan Blok C Pangsapuri Seri Perantau di Kapar. Tuan Yang di-Pertua, Kapar ingin merujuk kepada isu kesejahteraan rakyat seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan sidang Isnin lalu. Saya mahu menarik perhatian kerajaan khususnya KPKT dan jabatan dan agensi yang terlibat.
Pada 7 Disember 2025 pukul 4 pagi, kebakaran main distribution board electric di Blok C pangsapuri kos rendah Sri Perantau, DUN Selat Klang, Kapar.
Menyebabkan bekalan elektrik ke seluruh 148 unit rumah semuanya terputus. Lapan tingkat pangsapuri ini. Natijahnya bukan sahaja mereka bergelap tapi pam air juga tak berfungsi. Paling menyusahkan penduduk yang hampir semua kumpulan B40.
Sebagai wakil rakyat yang dinafikan peruntukan, pihak Pejabat MP Kapar menghulur apa yang mampu seperti makanan ready to eat, air bersih untuk penduduk melalui sukarelawan.
Jadi saya mintalah Perdana Menteri, Kapar ada 320 ribu penduduk. Ini seluruh blok, lapan blok ini tak ada lif, tak ada api, tak ada air. Ini saya nak cakap, maaf cakap ya. Kerajaan Negeri Selangor gagal bertindak lebih tiga minggu. Baru EXCO Perumahan turun ke Pangsapuri Sri Perantau atas arahan MB, katanya dan sehinggalah saya rasalah, sebab dah ada YB viral dan sebagainya yang masuk ASTRO pun tak turun lagi sehingga, ha ini surat saya tulis urgent ini kepada Menteri Besar [Sambil menunjukkan sehelai kertas ] . Lepas itu s.k. kepada EXCO Perumahan dan lain-lain EXCO dengan cop ʼurgentʼ.
Cuba bayangkan apa jadi kepada kehidupan penduduk? Pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis tiga minggu. Saya kata tadi lebih tiga minggu baru EXCO datang ya, dan bayangkan kesusahan beliau dan keluarga.
Turun lapan tingkat, naik untuk buat rawatan, rawatan itu bukan di situ, tempat lain.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Selepas berapa jam, lif rosak tak boleh berfungsi. Bayangkanlah Menteri dan kerajaan tolong bayangkan. Wanita India warga emas yang tinggal tingkat tiga yang telah melalui pembedahan tulang kaki cari rezeki jual bunga. Tapi dengan masalah lif tak boleh berfungsi, beliau tak boleh dah meniaga dah. Nak beli makanan harian pun kena upah orang. Krisis ekonomi aunty ini. Sepasang suami isteri warga emas, dua-dua mengidap masalah pernafasan, perlu nebulizer. Tak ada elektrik. Speaker, cuba bayangkan kesengsaraan mereka. Adalah hati insan mulia daripada blok lain.
Wire apa sambung sampai barulah mereka berdua ni boleh pakai nebulizer. Jadi, Speaker, masa tambah dua minit ni ya. Sebab tadi dah gangguan, kan?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah, dah. Tadi dah tambahkan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, kalau— bayangkan ni Speaker ada lagi yang satu lagi yang saya nak tambahkan apa. Kalau keluarga Yang Berhormat melalui keadaan lebih tiga minggu tanpa bantuan daripada pihak kerajaan, bak kata ketua blok, minggu pertama tekanan fizikal, minggu kedua tekanan mental, minggu ketiga tekanan kewangan, habis duit.
Selepas tekanan desakan kami sebagai pembangkang melalui media sosial dan surat kepada MB, barulah kerajaan negeri turun. Jadi, maka saya nak tanya kerajaan, khususnya KPKT menyatakan, adakah atau tidak pelan tindakan untuk insiden kebakaran atau apa jua masalah yang melibatkan putus bekalan keperluan asas? Seperti yang berlaku di Seri Perantau ini.
Bukankah ini wujud krisis kemanusiaan? Katakan kalau banjir, tiga hari masuk PPS, pindah. Ada diberi JKM bagi makan pagi, petang, malam. Bagi pula segala air, segala JKM turun, kesihatan turun macam-macam orang turun. Ini, mereka tak diberi. Hanya daripada orang lain. Saya tak ada peruntukan tadi, melalui NGO kamilah, sukarelawan kami. Jadi, bila turun, tiga minggu lepas tu exco turun.
Tengok besoknya saya pergi ke sana, lif dah mula di-repair wiring.
Dalam beberapa hari, kontraktor selesaikan semua bekalan elektrik tu kecuali 16 daripada 148. Dan dalam seminggu dah selesai masalah. Persoalan rakyat kenapa kerajaan begitu lambat untuk turun? Melihat dengan mata kepala sendiri.
Masalah sebenarnya rakyat. Jadi, saya nak— saya ada buat syor dalam surat saya.
Tapi ini sebab masa sikit cemburu ya. Saya nak lontarkan. Lebih 600 penduduk terjejas termasuk warga emas, OKU, kanak-kanak pesakit kronik. Keadaan bukan gangguan biasa tapi telah berkembang menjadi krisis kemanusiaan setempat.
Apa yang membimbangkan ialah kerangka pengurusan bencana langsung tidak ada. So, saya nak tanyakan penjelasan kepada KPKT, memang tak ada SOP ke, tak ada flow chart ke, macam mana ni? Dalam pengurusan bencana banjir, kita ada aliran kerja jelas, kesiapsiagaan, tindak balas, kecemasan, pemulihan awal dan pemulihan jangka panjang. Bukankah kes Seri Perantau ini setara dengan bencana?
Tidak ada pengisytiharan kecemasan, tiada pusat arahan tunggal, tiada mobilisasi pantas agensi.
Saya ada banyak apa nak di inikan tapi ada satu isulah Speaker yang saya kena bawa. Isu pendidikan awal. Saya nak buat disclaimer di sini, saya tak ada masalah dengan umur berapa nak masuk Tahun 1, sebab saya adalah orang yang masuk Tahun 1, bukan tadika. Tahun 1, umur lima tahun lebih. So, I have got no problem.
Tapi saya mewakili rakyat saya di Kapar. Ini eh, saya, tak ada masalah.
Peribadi saya telah berjaya dan sampai ke sini. Cadangan untuk umur enam tahun akan wujud satu risiko besar iaitu double entry. Pelajar enam tahun dan tujuh tahun akan masuk Tahun 1, dalam tempoh yang sama, 2027.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Kapar, saya bagi satu minit saja lagi ya. Satu minit. Gulungkan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey. Jadi, soalan mudahnya ialah mudah tapi kritikal. Apakah kapasiti fizikal dan sumber manusia sistem pendidikan kita mampu menyerap lonjakan kemasukan serentak ini? Saya bawa di Kapar, Speaker sebab Kapar mempunyai sekolah kebangsaan yang paling padat di Malaysia. Di Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, saya baru dapat 15 kelas Tahun 1. Itu untuk tujuh tahun, tahun ini.
Kalau 2027 dibuka, okey, diagnostik ujian dan sebagainya ke, tambah.
Katakan taklah sampai 15, mungkin 10 kelas. Itu dah 25 kelas Tahun 1. Bayangkan apakah keperluannya? Tadi kita— saya dah sebut di Kapar tadi, sekolah ini sekolah yang paling padat. Bagaimana kerajaan, if you fail to plan, you are going to plan to fail. Dan plan you have to be systematic. Bukan sekadar nak buat. Bukan nak cuba- cuba*.
So,* saya mengharapkan apakah yang sebenarnya? Orang Kapar nak tahu ni. Bila dengar pengumuman begini, orang Kapar nak tahu. Mereka dah telah melalui ini bertahun-tahun. So, mereka nak tahu apa penyelesaiannya? Bila sekolah itu nak siap? Okey, sikit apa...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB dah, masa dah habis.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, sikit, pasal doktor kontrak. Sebab nanti marah apa saya punya kawan-kawan tak sebut.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
30 saat, 30 saat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Okey, 30 Jun 2025, Kementerian Kesihatan melaporkan terdapat 53,185 pegawai perubatan bawah MOH. 39,000 doktor tetap.
13,875 pegawai perubatan secara kontrak. Soalannya, saya rasa ini telah pun dibangkitkan beberapa keraplah, hampir semua sidang saya rasa. Saya nak tanya, saiz tenaga kerja kontrak masih besar. Lebih 25 peratus daripada doktor ini.
Jadi, ini menunjukkan ketergantungan sistem kesihatan kepada tenaga yang tidak stabil dari segi kerjaya. Jadi, saya mohon kepada Kementerian Kesihatan ada tak short-term, long-term, mid-term plan untuk pastikan kami, walaupun saya ini tidak berada di dalam MOH itu, kami ini merasakan bahawa mereka ini perlu jaminan masa depan dengan segala pengorbanan yang telah dilalui. Dia bukannya mudah nak dapat...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, terima kasih YB Kapar. Saya dah bagi dua minit, tambah satu minit, tambah 30 saat lagi. Jadi, itu saja. Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Padang Rengas. 12 minit.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya merafak setinggi-tinggi sembah ucapan menjunjung kasih kehadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas Titah Diraja sempena Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas. Titah tuanku bukan sahaja mencerminkan keprihatinan terhadap tadbir urus negara, malah membawa suara hati rakyat di seluruh pelosok tanah air termasuk di Parlimen Padang Rengas yang saya wakili.
Sebagai ahli Parlimen daripada pihak pembangkang, saya ingin menegaskan bahawa saya menyambut titah tuanku dengan penuh tanggungjawab. Apa yang dititahkan oleh Baginda bukan sekadar untuk didengar, tetapi untuk dilaksanakan dengan jujur, berani dan bersungguh-sungguh.
Tuan Yang di-Pertua, antara perkara paling utama yang dirasai rakyat Padang Rengas hari ini ialah tekanan kos sara hidup. Walaupun kerajaan sering menyebut angka pertumbuhan ekonomi dan statistik makro, realitinya di bawah amat berbeza. Rakyat di Padang Rengas khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana berdepan dengan harga barang keperluan yang terus meningkat sementara pendapatan kekal tidak seiring.
Harga makanan, barangan asas, kos pengangkutan dan bil utiliti terus membebankan. Peniaga kecil, penjaja, petani dan pekerja sendiri di Padang Rengas semakin terhimpit. Bantuan bersasar yang diumumkan pula sering tidak sampai tepat pada masanya dan ada yang tercicir daripada sistem.
Dalam konteks ini, titah tuanku yang menekankan amanah, integriti dan kebertanggungjawaban amat relevan. Rakyat bertanya mengapa kos sara hidup terus meningkat sedangkan ketirisan, pembaziran dan rasuah masih berlaku. Selagi masalah asas tadbir urus tidak diselesaikan, selagi itulah rakyat akan terus menanggung bebannya.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Tuan Yang di-Pertua, titah baginda mengenai rasuah sebagai musuh negara perlu diberi perhatian serius. Baginda menyebut dengan jelas bahawa amalan rasuah bukan sahaja berlaku di peringkat bawahan, malah telah menular hingga ke peringkat tertinggi, termasuk institusi keselamatan.
Saya ingin menegaskan bahawa rasuah akhirnya memberi kesan langsung kepada rakyat seperti di Padang Rengas. Apabila dana awam bocor, projek rakyat menjadi tertangguh, kos pembinaan meningkat, peluang pekerjaan terhad dan perumahan rakyat gagal disiapkan atau dibina dengan kualiti yang baik.
Rakyat di kawasan luar bandar seperti di Padang Rengas tidak meminta projek mewah, mereka hanya mahukan jalan yang elok, rumah yang mampu dimiliki, peluang kerja yang stabil dan harga barang yang berpatutan. Semua ini tidak akan tercapai jika budaya rasuah masih berleluasa.
Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang amat mendesak di Padang Rengas ialah peluang pekerjaan khususnya untuk anak muda. Ramai belia di kawasan ini terpaksa berhijrah ke bandar atau negeri lain kerana kekurangan peluang kerja yang berkualiti di tempat sendiri. Soalnya, di manakah perancangan kerajaan untuk mewujudkan ekosistem pekerjaan di kawasan separa bandar dan luar bandar?
Pelaburan sering tertumpu di bandar besar sedangkan kawasan seperti Padang Rengas mempunyai potensi dalam sektor agro, industri kecil dan sederhana, pemprosesan makanan dan ekonomi desa.
Saya berpandangan bahawa peluang pekerjaan mesti diwujudkan melalui dasar yang menyeluruh, bukan sekadar latihan tanpa jaminan kerja. Kerajaan perlu menggalakkan pelaburan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat tempatan, bukan sekadar angka pelaburan di atas kertas.
Tuan Yang di-Pertua, titah tuanku juga menyentuh tentang pembaharuan institusi dan keadilan pentadbiran. Ini berkait rapat dengan isu pekerjaan dan peluang ekonomi. Jika sistem terlalu birokratik, tidak telus dan sarat dengan kepentingan tertentu, maka peluang akan terus terhad kepada golongan yang sama.
Anak-anak muda di Padang Rengas tidak mahu ihsan. Mereka mahu peluang yang adil, mereka mahu sistem yang memberi ruang berdasarkan kebolehan dan usaha, bukan kabel politik atau kronisme.
Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga yang ingin saya sentuh ialah perumahan rakyat. Di Padang Rengas, isu ini bukan sekadar isu rumah mampu milik, tetapi isu kemampuan sebenar rakyat untuk memiliki rumah. Harga rumah meningkat, kos bahan binaan naik dan projek perumahan rakyat pula tidak mencukupi atau lambat dilaksanakan.
Ada rakyat yang bekerja bertahun-tahun tetapi masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. Apatah lagi golongan muda yang baru berkeluarga. Saya menyokong seruan titah tuanku agar segala perancangan dibuat dengan jujur dan bebas daripada rasuah. Dalam konteks perumahan, ketelusan dalam tender, kos pembinaan dan pemilihan kontraktor amat penting. Jika tidak, rumah rakyat akan terus menjadi mangsa ketamakan segelintir pihak.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh penegasan tuanku berhubung pendidikan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Di Padang Rengas, sekolah-sekolah luar bandar memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri dan masa depan anak-anak.
Saya berpendirian bahawa sistem pendidikan mesti memperkasakan bahasa Melayu tanpa menafikan kepentingan penguasaan ilmu dan kemahiran lain.
Pendidikan yang baik akan melahirkan tenaga kerja berkemahiran, sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu keselamatan digital dan ancaman moden seperti yang dititahkan tuanku. Saya bersetuju bahawa negara perlu bersedia, namun undang-undang yang digubal mestilah seimbang dan tidak menekan rakyat biasa atau menyekat kebebasan bersuara yang bertanggungjawab. Rakyat di Padang Rengas mahu dilindungi daripada penipuan dan jenayah siber, bukan ditakut-takutkan oleh undang-undang yang kabur.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perhatian Dewan kepada satu lagi perkara penting yang dekat dengan rakyat di Padang Rengas iaitu kemudahan asas khususnya di kawasan pelancongan alam semula jadi yang semakin mendapat sambutan. Padang Rengas, bukan kawasan miskin, potensi, kita mempunyai aset alam yang sangat bernilai seperti air terjun di Ulu Kongsor, Batu Hampar dan Latar Perahu serta aktiviti pendakian dan hiking di Bukit Liman Kati.
Kawasan-kawasan ini semakin dikunjungi pelancong luar dan tempatan, belia serta keluarga terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti.
Namun malangnya, Tuan Yang di-Pertua, potensi besar ini tidak disokong dengan kemudahan asas yang mencukupi. Masalah jalan raya yang sempit, rosak dan tidak di selenggara dengan baik ke kawasan-kawasan ini bukan sahaja menyukarkan pelancong, malah membahayakan keselamatan penduduk setempat.
Keadaan ini menjejaskan imej pelancongan dan mengehadkan kehadiran pengunjung.
Selain itu, isu kekurangan tandas awam, ruang parkir yang terhad serta tiada bekalan elektrik menjadi rungutan utama pengunjung dan peniaga kecil di kawasan berkenaan. Ada pengusaha tempatan yang ingin berniaga secara kecil-kecilan tetapi terhalang kerana kemudahan asas tidak disediakan dengan sempurna. Yang lebih membimbangkan, talian komunikasi dan liputan Internet yang lemah di kawasan pelancongan ini bukan sahaja menyusahkan pengunjung, malah menimbulkan risiko keselamatan sekiranya berlaku kecemasan. Dalam era digital hari ini, ketiadaan liputan bukan lagi perkara kecil.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya menyokong sepenuhnya peringatan Tuanku bahawa setiap keputusan dan undian di Dewan ini akan menentukan masa depan negara. Bagi rakyat Padang Rengas, mereka mahu melihat Parlimen benar- benar membela nasib mereka, bukan sekadar medan retorik politik.
Perikatan Nasional akan terus memain peranan sebagai pembangkang yang berprinsip, menyokong dasar yang baik, menegur kelemahan kerajaan dan mempertahankan kepentingan rakyat, khususnya dalam isu kos sara hidup, peluang pekerjaan dan perumahan rakyat. Marilah kita semua menginsafi bahawa amanah ini bukan sahaja dipersoalkan oleh rakyat, tetapi juga akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT. Sekian, saya yang menjunjung perintah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tuaran sebagai wakil ketua parti, YB Tuaran diberikan 15 minit, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan di- Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih ke atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam.
Titah ucapan diraja pada kali ini sangat jelas, sangat tegas dan sarat dengan peringatan yang mendalam. Tuanku menzahirkan hasrat agar negara ini di takbir berlandaskan Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan keadilan, khususnya keadilan kepada tiga wilayah utama Persekutuan Malaysia iaitu Wilayah Sabah, Wilayah Sarawak dan Wilayah Semenanjung.
Antara penegasan paling penting dalam titah tersebut ialah perintah moral dan perlembagaan supaya semua dokumen, perjanjian dan persetujuan yang dimeterai semasa pembentukan Malaysia hendaklah dihormati, dilaksanakan dan dipatuhi sepenuhnya, bukan sekadar disebut, bukan sekadar dirujuk, tetapi benar- benar ditunaikan.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak terbentuk secara kebetulan. Malaysia lahir melalui rundingan yang sukar, pengorbanan yang besar dan persetujuan yang mengikat. Maka menghormati dokumen pembentukan Malaysia bukanlah pilihan politik, tetapi kewajipan perlembagaan, ia adalah amanah yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu, demi memastikan pembangunan yang seimbang, saksama dan adil antara Wilayah Sabah, Wilayah Sarawak dan Wilayah Semenanjung.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Pada pandangan Tuaran, penegasan tuanku ini mencerminkan satu kekecewaan yang tersirat tetapi mendalam. Setelah lebih 63 tahun Malaysia terbentuk, negara ini masih berunding tentang bagaimana melaksanakan perkara yang telah lama dipersetujui.
Dalam konteks Sabah, isu paling asas, paling lama tertangguh dan paling menyakitkan ialah hak perlembagaan Sabah untuk menerima 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang dipungut dari Sabah sehinggakan Sabah Law Society terpaksa mengambil langkah luar biasa memfailkan semakan kehakiman demi menuntut hak perlembagaan Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menegaskan dengan penuh rasa tanggungjawab bahawa hak 40 peratus ini bukan tuntutan baharu, bukan permintaan tambahan dan bukan ihsan Kerajaan Persekutuan. Hak ini termaktub jelas di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, dibaca bersama Jadual Kesepuluh serta merupakan jaminan kewangan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Hak ini pernah ditunaikan dari tahun 1965 hingga 1975. Namun, selepas itu dinafikan tanpa penjelasan. Malah kewujudannya dipersoalkan. Ini satu keadaan yang amat menyedihkan dalam sebuah negara yang menjunjung perlembagaan.
Syukurlah pada 17 Oktober 2025, tahun yang lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa hak perlembagaan ini wujud dan sah. Wujud, sah dan mengikatkan. Dan bahawa pembayaran 40 peratus adalah kewajipan perlembagaan Kerajaan Persekutuan. Maka, selepas keputusan ini, tiada lagi ruang untuk mempersoalkan kewujudan hak tersebut. Ia bukan lagi isu politik. Ia adalah keputusan kehakiman yang muktamad dan sah.
Mahkamah juga telah mengeluarkan perintah mandamus supaya rundingan dimulakan dalam tempoh 90 hari bermula 17 Oktober 2025 dan diselesaikan dalam tempoh 180 hari iaitu selewat-lewatnya 15 April 2026. Dalam konteks ini, Tuaran dengan penuh rasa tanggungjawab ingin bertanya kepada kerajaan. Pertama, apakah langkah konkrit yang telah diambil untuk melaksanakan perintah mahkamah tersebut?
Kedua, mengapakah pertemuan yang sepatutnya untuk satu perundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah yang dijadualkan pada 19 Disember 2025 ditunda pada saat-saat akhir? Ketiga, adakah satu takwim rundingan rasmi telah ditetapkan agar tarikh 15 April 2026 tidak menjadi satu lagi tarikh yang gagal ditepati? Dan yang keempat, apakah peranan sebenar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dalam memastikan agar perintah Mahkamah Tinggi tersebut dipatuhi sepenuhnya?
Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Amat Berhormat Tambun telah menyatakan penghormatan terhadap hak perlembagaan Sabah di Dewan yang mulia ini, tetapi hakikatnya sehingga hari ini, iaitu 96 hari selepas perintah mahkamah, perkembangan amat perlahan. Masa yang tinggal hanya tinggal 84 hari atau dua bulan 24 hari. Ini bukan masa untuk melengah-lengahkan. Ini masa untuk kesungguhan dan keberanian politik.
Lebih mengelirukan, Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah memfailkan rayuan terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.
Dengan penuh hormat saya nyatakan, dari segi substance dan merit, rayuan ini kelihatan seperti cubaan untuk mempersoalkan semula hak perlembagaan Sabah.
Mengiktiraf hak tetapi merayu. Merayu keputusannya adalah satu mesej yang sangat bercanggah.
Oleh itu, Tuaran dengan tegas mendesak supaya rayuan ini ditarik balik. Kita telah nyatakan desakan ini beberapa kali dan hari ini Tuaran nyatakan lagi, tolong tarik balik saja rayuan ini supaya perundingan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah itu berjalan dengan lancar dan agar pembayaran 40 peratus itu dapat dilaksanakan dengan segera khususnya selepas 15 April 2026.
Tuan Yang di-Pertua, dalam sebuah negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang, kegagalan mematuhi perintah mahkamah bukan perkara kecil. Ia menyentuh maruah institusi kehakiman dan keyakinan rakyat terhadap negara.
Izinkan Tuaran ulangi prinsip asas hak ini. Pertama, hak 40 peratus adalah kewajipan perlembagaan. Kedua, ia tidak boleh diganti dengan perbelanjaan pembangunan.
Tak boleh kata, “Saya pungut RM10 bilion”, lepas itu, “Ya, saya bagi balik RM17 bilion”. Itu hal pembangunan, itu hal perbelanjaan. Itu bukan 40 peratus. Ketiga, data hasil mesti telus dan boleh diaudit. Dan yang keempat, hak tertunggak tidak boleh dilepaskan tanpa kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah.
Meneruskan rayuan hanya akan memanjangkan ketidaktentuan dan menghakis kepercayaan rakyat Sabah terhadap kepimpinan negara ini.
Menggugurkan rayuan bukan kelemahan, Tuan Yang di-Pertua, ia adalah keberanian politik dan penghormatan kepada Perlembagaan.
Isu 40 peratus ini berkait rapat dengan jurang pembangunan wilayah. Oleh itu, Rancangan Malaysia Ke-13 yang dilaksanakan bermula pada tahun ini mestilah menjadi titik perubahan sebenar pembangunan negara ini dan bukan sekadar slogan. Sudah sekian lama kita menyatakan tentang jurang pembangunan wilayah di antara Semenanjung, wilayah Sabah dan wilayah Sarawak yang perlu kita rapatkan.
Tuan Yang di-Pertua, fakta di lapangan amat menyayatkan hati. Sabah masih mempunyai ribuan kilometer jalan luar bandar yang daif, masalah air dan elektrik, lebih 300 sekolah daif dan kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia iaitu 17.7 peratus dengan lapan daripada 10 daerah termiskin berada di Sabah. Sudah balik-balik dinyatakan di Dewan yang mulia ini.
Seperti juga di kawasan lain di Sabah, di kawasan Parlimen Tuaran, isu bekalan air, bekalan air terawat khususnya, jalan raya dan banjir bukan lagi perkara bersifat aduan tetapi realiti harian rakyat. Gangguan bekalan air yang berulang menunjukkan keperluan mendesak kepada penyelesaian struktur dan bukannya langkah sementara. Keadaan jalan raya yang sempit dan rosak bukan sahaja menjejaskan mobiliti malah mengancam keselamatan pengguna.
Lebih menyayatkan hati ialah ada blok bangunan di beberapa buah sekolah termasuk terutama sekali di Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli dan SMK Tenghilan yang diisytiharkan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai tidak selamat dan membahayakan pelajar tetapi sampai kini belum ada tindakan untuk mengatasi masalah ini. Pembinaan SMK Nabalu yang sudah berkali-kali disebut di Dewan yang mulia ini tetapi pembinaan belum lagi bermula sampai sekarang.
Tambahan pula, terkini, bangunan Sekolah Kebangsaan Guakon Baru terkesan dengan tanah runtuh baru-baru ini dan perlu tindakan segera. Tuaran ingin mengetahui apakah langkah konkrit kerajaan termasuk peruntukan kecemasan kerja penstabilan cerun, pembaikan struktur serta penilaian semula keselamatan bangunan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat termasuk membina bangunan yang baharu bagi memastikan sesi persekolahan dapat diteruskan dalam keadaan selamat dan kondusif.
Dalam masa yang sama, banjir yang berulang di kawasan Sungai Tuaran, Sungai Sulaman dan Sungai Topokon membuktikan bahawa pendekatan mitigasi sedia ada masih belum mencukupi. Sehubungan dengan itu, selaras dengan titah tuanku agar pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan, saya dengan penuh hormat menuntut komitmen yang lebih jelas, garis masa yang munasabah serta pelaksanaan yang tegas daripada Kerajaan Persekutuan agar rakyat Tuaran tidak terus menunggu hak mereka terhadap kemudahan asas yang sepatutnya.
Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, situasi ini bukan disebab kegagalan rakyat Sabah.
Pelbagai usaha telah dilakukan namun kesan pembangunan yang terlalu berpusat di Putrajaya menyebabkan pembangunan yang tidak tersusun. Rakyat Sabah sudah menunggu sekian lama agar model pembangunan yang desentralisasi lebih tersusun rapi dan terancang khususnya dalam hal bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya, tebatan banjir dan sebagainya.
Juga, pada masa yang sama ia dapat ditingkatkan dan dapat meningkatkan pelaburan ke wilayah Sabah untuk mewujudkan pekerjaan agar belia-belia kita mendapat pekerjaan dan sekaligus pembasmian kemiskinan dapat dilaksanakan dengan segera. Masa sudah tiba untuk melaksanakan model pembangunan desentralisasi yang memberi peranan kepada kerajaan di peringkat wilayah Sabah untuk merancang dan membuat keputusan.
Atas prinsip itulah Tuan Yang di-Pertua, hak 40 peratus itu adalah asas kewangan yang penting membolehkan Sabah membangun dengan lebih tersusun, terancang, adil dan bermaruah. Keadilan tidak pernah melemahkan negara, kata— ketidakadilanlah yang memecahkan kepercayaan. Menjunjung kasih bukan sekadar adat, tetapi komitmen perlembagaan. Laksanakan keputusan mahkamah, gugurkan rayuan dan jadikan Rancangan Malaysia Ketiga Belas titik perubahan sebenar.
Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan ini, perbahasan dengan dua rangkap pantun.
*Raja Bertitah laksanakan MA63, Mahkamah perintah lunaskan 40 peratus; 40 peratus hak Sabah dalam MA63, Janganlah dirayu lagi, tapi laksanakan terus.
Menjunjung kasih Titah Diraja, Hormat dan sanjung pada perintah mahkamah; Keluhuran Perlembagaan janganlah dihina, Ingatlah, 40 peratus adalah hak mutlak Perlembagaan Sabah.* Sekian, dengan penuh hormat kepada raja, perlembagaan dan rakyat, saya menjunjung penuh usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.
Seterusnya, saya jemput pembahas terakhir pada hari ini iaitu Yang Berhormat Saratok. Silakan, Yang Berhormat.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih, Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera kepada semua. Saya adalah pembahas terakhir hari ini dan minggu ini. Satu penghormatan bagi saya. Namun begitu, saya tidak akan berbahas melebih masa walaupun terakhir.
Terima kasih Yang di-Pertua di atas peluang untuk Saratok mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini. Pertama kali, saya ingin menjunjung kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja yang penuh bermakna sempena Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas pada hari Isnin yang lepas.
Pertama, isu sempadan maritim Malaysia di Laut Cina Selatan. Tuan Yang di- Pertua, saya ingin kerajaan menjelaskan apakah status terkini perundingan dan perundangan di antara Malaysia dengan mana-mana negara yang terlibat dalam isu pertindihan sempadan maritim Laut China Selatan. Di manakah kedudukan dan apakah pendirian Sarawak dalam isu ini? Isu sempadan maritim ini rumit kerana ia melibatkan wilayah laut, contiguous zone, Economic Exclusive Zone (EEZ) dan pelantar benua seperti yang termaktub di dalam UNCLOS 1982. Sejauh manakah keberkesanan Code of Conduct Asia dalam menangani konflik di Laut China Selatan dan adakah ia nya diterima pakai oleh semua negara terlibat?
Adakah peningkatan rondaan Maritim Malaysia dan TLDM di kawasan terjejas seperti yang diumumkan selama ini telah mengurangkan gangguan maritim terhadap aktiviti PETRONAS dan nelayan kita? Adakah Kerajaan Malaysia telah menghantar nota bantahan rasmi di peringkat antarabangsa kepada China dalam menolak tuntutan mereka yang menggunakan The Nine Dash Line sebagai asas tuntutan?
Isu keselamatan di perairan Sarawak juga mendesak. Di kawasan seperti gugusan Beting Patinggi Ali— nama Ali juga itu atau South Luconia Shoals, sering berlaku pencerobohan kapal China Coast Guard. Mereka datang berkali-kali. Hanya hantar nota bantahan diplomatik sahaja tak cukup. Kita perlu tingkatkan Maritime Domain Awareness (MDA) dengan lebih serius. Pasang radar pesisir yang moden, letak aset kapal high endurance secara tetap di situ.
Atas isu yang sama, berhubung isu keselamatan maritim Sarawak khususnya pemindahan markas wilayah Laut 4 TLDM dari Bintulu ke Kuching. Bintulu merupakan lokasi strategik kerana berhampiran Zon Ekonomi Eksklusif Sarawak dan kawasan perairan yang kritikal untuk perlindungan aset petroleum dan gas. Namun, kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan markas ke Muara Tebas, Kuching.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah alasan konkrit pindahan ini sedangkan ancaman DEEZ Sarawak tetap wujud? Bagaimana kerajaan merancang untuk memastikan rondaan dan kawalan keselamatan laut di kawasan Bintulu dan utara Sarawak tidak terjejas? Bilakah markas baru ini dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya?
Isu yang kedua, mengekalkan subsidi diesel untuk Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kesan kuasa luar bandar pedalaman daripada pesisir Sabah, Sarawak. Mereka berharap Kerajaan Persekutuan mengekalkan harga diesel pada RM2.15 sen seliter pada pam runcit, tak semacam di Semenanjung yang sudah tiada subsidi penuh sejak Jun 2024. Pada Januari 2026 ini, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 manakala di Semenanjung RM2.84 turun lima sen minggu ini.
Pendekatan ini adil. Mengambil kira kos sara hidup lebih tinggi di Borneo kerana logistik mahal dan infrastruktur mencabar. Subsidi ini bukan bantuan biasa.
Ia menstabil harga makanan, barang runcit, tambang pengangkutan dan perkhidmatan harian. Subsidi diesel menolong nelayan dengan kuota 70 juta liter sebulan hingga Jun 2026 menolong petani kecil, peniaga pasar dan keluarga di daerah seperti Sebuyau, Kapit dan Lawas.
Kenapa Sabah, Sarawak macam istimewa? Ini adalah pengiktirafan realiti geografi dan ekonomi Malaysia Timur. Saya menyeru kekalkan subsidi sehingga kajian menyeluruh selesai dan infrastruktur kawalan seperti fleet card siap sepenuhnya terutama di kawasan terpencil. Jangan tarik subsidi tergesa-gesa kerana ia ketirisan ataupun penyeludupan. Sebaliknya, perkuatkan penguatkuasaan dengan pihak berkuasa.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mendapatkan data dan statistik terkini daripada kerajaan berkenaan berapa banyak subsidi diesel yang disalurkan khas untuk stesen jana kuasa elektrik di Sabah 2025. Begitu juga berapa jumlah keseluruhan subsidi diesel di Sabah dan Sarawak dan bagi semua sektor yang layak menerima subsidi bagi tahun 2025.
Ketiga, penambahbaikan standard keselamatan dan operasi Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Menyentuh standard keselamatan dan operasi Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai lebih RM13 bilion itu, projek ini dijangka siap sepenuhnya tahun 2026. Manakala, dengan peruntukan RM350 juta untuk upgrade redline seperti di Durin-Salim Road.
Isu kritikal yang hangat di media sosial, pertama, konsistensi penyegeraan di jajaran redline iaitu bahagian jalan sedia ada yang tak dibina semula seperti bahagian Sibu Airport-Simpang Durin, Batu Kawa-Padawan, Kemena di Bintulu dan Tudan di Miri. Jalan raya redline ini berlubang, bergelombang, ketebalan turapan yang tidak konsisten dan sistem perparitan tak sesuai, permukaan beralun dan tidak rata. Saya minta penjelasan daripada kerajaan apakah pelan yang jangka panjang untuk menyelaraskan standard ini dengan jajaran baru.
Kedua, keselamatan fizikal di Piton sering kali jadi titik panas kemalangan yang melibatkan kemalangan jiwa. Kurangnya papan tanda amaran awal menyebabkan pengguna hanya sedar secara tiba-tiba bahawa Selekoh Piton sudah dekat. Keadaan ini membahayakan pengguna. Saya cadangkan juga pasang yellow traverse bar sebelum setiap persimpangan utama Piton dan bulatan. Ia beri amaran gegaran untuk kurangkan kelajuan proaktif.
Ketiga, had kelajuan 90 kilometer sejam tak praktikal untuk lebuh raya empat lorong yang lurus dan panjang. Ia menyebabkan driver fatigue. Saya menyeru kajian teknikal kepada 110 kilometer sejam di jajaran selamat selaras dengan piawaian antarabangsa.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Sepuluh tahun dulu, sebelum adanya Pan Borneo pun hala lajunya hanya 90 kilometer sejam, sekarang pun masih sama 90 kilometer sejam.
Keempat, P-turn dijadikan tempat pembuangan sampah dan kawasan R&R pengguna jalan raya. Saya syorkan buat signboard jangan buang sampah di setiap P-turn. Pelaburan berbilion ini memberi keselamatan dan keselesaan optimum kepada pengguna. Saya minta komitmen tuntas dari kerajaan memandangkan ini soal nyawa pengguna jalan raya.
Road to Rail, status terkini Trans-Borneo Railway. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pengangkutan, saya ingin bertanya status terkini cadangan Trans-Borneo Railway selaras dengan dasar Road to Rail Kerajaan Pusat. Kajian kebolehlaksanaan sedang berjalan sejak Jun 2025 dan dijangka selesai Jun atau Ogos 2026. Sarawak secara aktif penyumbang melalui bengkel bersama Sabah.
Projek ini akan mengambil alih muatan barang dari lori ke kereta api, satu train boleh ganti berpuluh lori dan ini dapat mengurangkan kes kesesakan dan kemalangan di Pan Borneo serta merendahkan kos logistik untuk eksport kayu, minyak sawit dan produk industri.
Manfaatnya dijangka besar. Sambungan melibatkan Kalimantan, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Brunei ke Sabah. Saya menyambut baik sambungan ke Kalimantan untuk menjadikan Kuching sebagai hab perindustrian strategik. Ini peluang pembangunan seimbang antara Sarawak. Saya menyerukan Kerajaan Pusat, Brunei dan Indonesia bekerja erat supaya kajian ini dihasilkan dengan kukuh dan dilaksanakan dengan seberapa segera.
Di sini juga saya ingin tahu, apakah reaksi Brunei terutamanya di dalam merealisasikan Trans-Borneo Railway ini? Adakah Brunei memberi sokongan yang sepatutnya?
Isu yang kelima iaitu banjir di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali isu banjir di Sarawak baru melanda Januari 2026. Ramai mangsa di pusat pemindahan di Serian, Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu. Saya amat bersimpati kepada mereka, akses sekolah terganggu, rumah rosak dan kehidupan harian tergugat. Kita tak boleh anggap banjir ini perkara biasa, kita perlukan pendekatan sistematik iaitu percepatkan rancangan tebatan banjir (RTB) fasa yang seterusnya. Bina empangan kawalan, retention pond dan perparitan pembersihan secara menyeluruh. Pasang gril penapis dan sensor aras air untuk amaran awal.
Di luar bandar dan kampung-kampung, fokus bantu petani kecil, baiki saluran, baik pulih ban pecah, dalamkan parit cetek dan perparitan tersumbat sering menyebabkan limpahan air. Kawasan kampung-kampung di Saratok seperti Nyiar, Sesang, Perpat, Kupang dan Kabong menghadapi masalah banjir kerana disebabkan sistem perparitan yang banyak tersumbat menjejaskan pengaliran air.
Sarawak sememangnya komited dengan projek tebatan banjir. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar kajian menyeluruh titik panas banjir melibatkan penduduk setempat dipercepatkan dana dan pelaksanaan projek dari negeri dan Persekutuan. Inilah caranya kita mengurangkan risiko banjir di masa hadapan.
Saya harap dengan Dewan mengambil perhatian dan pihak berkaitan beri penjelasan yang jelas. Sekian, terima kasih. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 26 Januari 2026.”
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, saya.
Seorang Ahli
Setuju.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin
Ya, saya menyokong.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
*Alhamdulillah.
[Tepuk]* Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 26 Januari 2026.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.15 petang]