Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mulakan sesi pada pagi ini dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan. Saya mempersilakan Yang Berhormat yang pertama, Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Yang Berhormat Tenggara. Silakan.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih Dato' Speaker. Sebab jadi yang pertama ini, saya ambil kesempatanlah nak ucapkan tahun baru kepada semua walaupun dah lewat. Pantun.
Bangun pagi minum susu, Ambil semangat tahun baru; Soalan Tenggara nombor satu, Mohon Menteri jawapan jitu. Terima kasih.
1. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib [Tenggara] minta Menteri Kerja Raya menyatakan mekanisme pemantauan keselamatan, penguatkuasaan undang- undang serta penggunaan teknologi yang diguna pakai pihak kementerian bagi memastikan pelaksanaan smart lane meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlalu awal untuk saya nak balas pantun. Nantilah, saya cuba.
Okey. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, inisiatif smart lane merupakan pengaktifan lorong kecemasan untuk kegunaan kenderaan ringan
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
bagi menambah kapasiti laluan, terutamanya semasa waktu puncak atau musim perayaan bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya. Smart lane ini adalah satu inisiatif quick win, high impact yang menggunakan strategi pengurusan trafik yang inovatif tanpa perlu kos yang tinggi untuk penambahan lorong atau pelebaran lebuh raya.
Bagi memastikan inisiatif ini tidak meningkatkan risiko kemalangan, Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi telah melaksanakan mekanisme pemantauan yang komprehensif seperti berikut iaitu sebelum sesuatu smart lane diaktifkan, protokol keselamatan yang ketat dipatuhi iaitu rondaan oleh pasukan ronda dilakukan bagi memastikan tiada halangan atau kenderaan berhenti di lorong kecemasan sebelum ia dibuka.
Kedua, selain itu, penggunaan papan tanda makluman diletakkan pada jarak satu kilometer dan 500 meter sebelum titik mula serta di dalam kawasan smart lane untuk memberi panduan jelas kepada pengguna.
Ketiga, penggunaan kamera litar tertutup CCTV juga digunakan untuk memantau aliran trafik secara real time dari semasa ke semasa dari pusat pemantauan trafik atau traffic management center (TMC). Bagi memastikan pengguna lebuh raya tidak terkeliru dengan lokasi pengaktifan smart lane, antara usaha-usaha dan kaedah yang dilaksanakan LLM bersama-sama syarikat konsesi adalah seperti berikut:
(i) pemasangan papan tanda peringatan pengaktifan smart lane di setiap sela 500 meter;
(ii) pemasangan papan tanda amaran 200 meter sebelum smart lane bermula dan berakhir;
(iii) pemasangan lampu indikasi pengoperasian smart lane ataupun blinking light setiap satu kilometer; dan
(iv) paparan variable messaging signage (VMS) mudah alih untuk memaklumkan pengguna mengenai pengaktifan ataupun penamatan operasi smart lane. Selain daripada itu, pihak LLM dan syarikat konsesi juga menjalinkan kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam aspek penguatkuasaan, pematuhan penggunaan lorong kecemasan semasa smart lane diaktifkan bagi memastikan keselamatan aliran trafik yang bercampur termasuk memastikan kenderaan berat tetap berada di lorong
Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
perlahan dan tidak menyalahgunakan smart lane yang dikhaskan untuk kenderaan ringan sahaja.
Kempen kesedaran secara digital juga dilaksanakan secara berterusan melalui media sosial, paparan VMS serta paparan iklan elektronik bagi memberikan kesedaran kepada pengguna tentang tatacara penggunaan smart lane dengan selamat.
Sebagai kesimpulan, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia dan syarikat konsesi lebuh raya dari masa ke semasa melakukan audit keselamatan secara berkala di setiap lokasi smart lane. Data setakat ini menunjukkan bahawa pelaksanaan smart lane bukan sahaja membantu mengurangkan masa perjalanan, malah dilaksanakan tanpa kompromi terhadap piawaian atau standard keselamatan lebuh raya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Tenggara, soalan tambahan.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Dato Sri Menteri. Soalan tambahan daripada Tenggara, adakah semua lokasi smart lane telah melalui penilaian keselamatan bebas, independent road safety assessment dalam memastikan reka bentuk fizikal jalan, lebar lorong, pencahayaan dan keadaan permukaan jalan benar-benar sesuai.
Berapakah jumlah kemalangan yang telah direkodkan semasa penggunaan smart lane khususnya akibat sikap pengguna serta apakah langkah jangka masa panjang yang direncana oleh kementerian dalam menyelesaikan masalah aliran trafik yang tinggi terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik. Dato' Yang di-Pertua, kementerian melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) itu, sentiasa meletakkan aspek keselamatan sebagai keutamaan ya— yang tertinggilah. Jadi di peringkat awalan sebelum pelaksanaan Smart Lane ini jadi Lembaga Lebuhraya Malaysia telah mengadakan sesi libat urus bersama syarikat konsesi dan mendapatkan pandangan daripada agensi seperti Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) ya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jadi, kita buat libat urus untuk kita mendapat semua pandangan dan kerjasama. Jadi setiap lokasi smart
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
lane telah melalui proses semakan terperinci oleh LLM dan syarikat konsesi yang terdiri daripada Jurutera Profesional bertauliah.
Penilaian ini dia merangkumi pelbagai aspek. Aspek geometrik jalan bagi memastikan lebar lorong kecemasan memenuhi spesifikasi teknikal untuk lebar minimumnya 2.5 meter bagi membolehkan kenderaan bergerak dengan selamat.
Ada lagi iaitu penilaian kekuatan struktur bahu jalan. Itu penting— pavement strength jadi bagi menampung beban kenderaan dan juga titik mula dan tamat mestilah mempunyai jarak penglihatan yang jelas bagi membolehkan pemandu masuk dan keluar dari smart lane dengan selamat.
Visibility-nya mestilah dalam kadar yang selamatlah dengan tak ada blind corner macam itu. Jadi, untuk juga memastikan jarak yang mencukupi di titik tamat dengan susur sedia ada bagi membolehkan kenderaan kembali balik ke lorong utama tanpa mengganggu aliran trafik sedia ada dan secara keseluruhannya.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya kadar kemalangan di zon smart lane adalah sangat rendah dan tidak signifikan jika dibandingkan dengan jumlah kenderaan yang melalui zon tersebut. Jadi analisis di beberapa lokasi smart lane umpamanya di laluan Putra Mahkota ke Southville iaitu menunjukkan pengurangan sehingga 22 peratus, kekurangan sehingga 22 peratus dan laluan R&R Rawang ke Persimpangan Rawang menunjukkan pengurangan sehingga 74 peratus kemalangan berbanding sebelum pengaktifan smart lane.
Jadi, majoriti insiden kemalangan ini yang direkodkan bukan berpunca daripada reka bentuk jalan sebaliknya disebabkan oleh kecuaian manusia seperti yang memandu laju di zon smart lane, pertukaran lorong secara berbahaya tanpa memberi isyarat dan juga mungkin penggunaan lorong kecemasan di luar waktu operasi smart lane. Maksud pencerobohan lorong sebab kalau smart lane itu tidak diaktifkan lorong kecemasan itu tidak boleh digunakan seperti biasa, ya.
Itulah banyak lagi aspek-aspeknya Tuan Yang di-Pertua, yang satu mungkin saya boleh jelaskan secara bertulislah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Tahniah Menteri di atas usaha itu. Tapi, bolehkah Menteri menyatakan sama ada kerajaan mempunyai data kemalangan, hampir kemalangan (near miss) dan kesesakan sebelum dan selepas pelaksanaan smart lane. Dan tadi dah ada kajian-kajian dikatakan tapi nak, nak kukuhkan lagi do you have the facts kan. Ada sebab
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
bottleneck atau traffic jam ini menyebabkan dikenal pastikan ada ini smart lane ini sebagai satu solusi.
Adakah pihak kementerian sedang mengenal pasti traffic bottleneck atau laluan jalan raya mempunyai punca kesesakan. This is apa ni bottleneck seperti reka bentuk jalan, kerosakan atau tempoh masa lampu isyarat. Sebab tempoh masa lampu isyarat dah terlalu lambat ataupun terlalu cepat pun mungkin antara menyebabkan kesesakan. Part of your solution, per total solution, adakah ia telah dikenal pasti dan what is your fast forward. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Baik. Betullah terima kasih Yang Berhormat Kampar. Jadi memang apa yang dikatakan...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar tahu, bukan Kampar.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Kapar, Kapar. Ya betul. Maaflah kalau saya —Kapar.
[Ketawa] Jadi, memang sepertimana yang disebut oleh ditanya tadi memang kita gunakan pelbagai apa approach kita untuk kita menangani masalah kesesakan di jalan raya, pelebaran jalan. Kita menggunakan traffic light yang smart itu. Smart apa isyarat yang apa kata smart traffic light tadi dan juga kita pantau dan kita tahu kita memang ada data.
Sebab itu ada satu lagi yang kita ada apa kaedah contra lane. Contra lane itu dia kalaulah ada berlakunya kemalangan yang menutup sepenuhnya satu arah lebuh raya itu jadi kita buka di sebelah itu. Contra lane untuk memberi laluan kepada yang mengarah ke mana-manalah untuk menyelesaikan masalah trafik itu terus berhenti.
Ini yang kita guna bukan kadang-kadang bukan masa kemalangan sebab ada sesuatu tempat, dua tiga tempat yang hariannya sesak kita buka juga contra lane supaya membantu kita menyelesaikan kesesakan jalan raya dan sebagainya.
Memang kita ada data Yang Berhormat saya tak ada di jari saya sekaranglah. Saya akan bagi kalau diperlukan data-data bagaimana kita buat keputusan ya, di mana kita buat smart lane, bila kita buat smart lane, bila kita buat aktifkan laluan kontra dan sebagainya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin, Yang Berhormat Larut.
Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin - Larut
Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin [Larut] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan dan komitmen terhadap Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang masih belum menandatangani atau meratifikasi perjanjian tersebut dan apakah justifikasi kerajaan untuk meneruskan perjanjian ini walaupun terdapat negara serantau yang memilih untuk tidak berbuat demikian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Keputusan Yang Berhormat, keputusan kerajaan untuk memeterai Perjanjian Agreement on Reciprocal Trade ataupun ART ini adalah hasil pertimbangan yang berlandaskan kepentingan ekonomi.
Kerajaan juga ingin menjelaskan bahawa pada masa ini proses ratifikasi masih berjalan. Malaysia sebagai sebuah ekonomi terbuka yang bergantung kepada perdagangan dan pelaburan antarabangsa perlu mengambil langkah yang bersesuaian untuk keperluan dan kepentingan ekonomi. Penglibatan Malaysia dalam ART adalah bertujuan untuk memastikan akses pasaran yang berterusan dan stabil ke Amerika Syarikat yang merupakan antara rakan dagang dan destinasi pelaburan utama negara.
Sebagai contoh nilai eksport produk Malaysia ke Amerika Syarikat adalah pada tahun 2022, 167.2 bilion. Pada tahun 2023, 191.3 bilion. Pada tahun 2024, 198.6 bilion dan pada tahun 2025 adalah dianggarkan 233 bilion.
Perjanjian ART ini juga berfungsi sebagai mekanisme penting untuk mengurangkan risiko pengenaan tarif timbal balas yang lebih tinggi ke atas eksport Malaysia ke pasaran Amerika Syarikat yang berpotensi menjejaskan daya saing produk tempatan, kedudukan negara dalam rantaian bekalan global serta peluang pekerjaan rakyat Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat soalan tambahan.
Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin - Larut
Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasihlah kepada Menteri yang menjawab. Saya minta Yang di-Pertua supaya soalan ini agak panjang sedikit. Boleh?
[Tidak jelas]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Terima kasih. Pertamanya kalau kita melihat ART ini bagi kepentingan ekonomi. Semua bersetuju. Rakyat bersetuju, semuanya bersetuju. Bukan tak bersetuju, bersetuju. Tapi yang tidak bersetujunya adalah, mengapa buat cepat sangat, tergesa-gesa sehinggakan banyak klausa- klausa yang ada dalam perjanjian itu adalah sesuatu yang mungkin membabitkan kepentingan negara, sovereignty.
Itu adalah sesuatu yang dipersoalkan. Kalau kita ikutkan dari segi Persekutuan, dalam bab Bahagian IV dalam Persekutuan itu, dia sebut segala apa peruntukan yang diberikan, kalau nak sign kontrak macam ekonomi ini, sepatutnya melalui proses perundangan yang patut diambil kira oleh kerajaan sebelum menandatangani.
Ini yang menunjukkan semua rakyat, Trump datang terus sign, bangga, kemudian kita, "oh belum habis lagi, tak habis lagi". Yang ini yang kita minta. Kalau boleh, hari itu dah setuju, kerajaan setuju. Ada buat kaukus bersama. Saya minta kali ini, bila saya dengar Menteri di luar sana mengatakan, bila saya jadi Menteri, besok saya nak tengok balik semula perjanjian itu, nak ambil kira. Itu baik, cuma saya minta kaukus itu diambil kira semula, kita duduk, kita fikirkan bersama dan kita ikut proses perundangan, bawa di Parlimen, kemudian bawa Majlis Raja-Raja dan akhirnya Agong setuju itu proses yang patut dilakukan.
Terima kasih Tuan di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ambil maklumlah soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
[Bangun]
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
[Bangun]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Cuma saya nak mengambil, berkongsi soal perjanjian ini. Sebenarnya sebagai sebuah negara, kita telah signed 17 FTA. 17 FTA ini, sembilan melibatkan regional FTA multilateral, and then lapan adalah bilateral.
Jadi, dalam konteks US ini, saya difahamkan bahawa negosiasi yang berlaku ini, dia bukan muktamad. Dia macam kita discuss dalam FTA, mana-mana FTA yang
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
kita dah buat. Pada tahun 1993, kita ada satu FTA, kita signed. 2003 ada, 2006 ada, 2009 ada, 2010 ada, 2019 ada.
Ini bukanlah perkara yang baharu dari segi FTA untuk ekonomi. Dia bukan tak masuk dalam politik ini. Jadi, apabila saya melihat ART ini, sudah tentu saya melihatkan ada banyak perkara-perkara yang perlu kita tengok dan kita bincang untuk kita meletakkan agreement sebelum kita rectify agreement ini secara final, kita mesti define soal-soal, isu-isu yang berbangkit yang menyebabkan ada salah anggap. Contoh, melibatkan kedaulatan negara dan juga kepentingan negara dan sebagainya. Itu saya ambil maklum.
Cuma pada masa sebelum saya terlibat ini ialah discussion itu lebih centre kepada ekonomi. Jadi, apa sahaja yang tertulis dalam itu lebih kepada ekonomi.
Tetapi dia tidak mempunyai definition yang jelas. Jadi, dengan adanya ratification process ini, maka saya akan mengambil ratification ini untuk berbincang dan redefine balik apa maksud yang terlibat. Contoh, saya bagi satu contoh. Dalam ini, sebab dia dalam konteks ekonomi.
Jadi, apa yang berlaku? Dalam agremeent simple saja. You dah sign dengan saya, kita dengan US, kemudian mana-mana negara saya tak suka, you kena ikut.
Tak. Dia punya konteks dia ialah dia tidak mahu ada diskriminasi kepada mereka sekiranya kita bawa investor baru.
Jadi, kalau ada diskriminasi, maka kita kena datang dan lihat. Orang yang dah datang awal daripada kita, dia datang ke negara kita macam di Pulau Pinang, banyak investment yang berlaku oleh US. Lepas itu kita bawa lagi satu negara lain datang dan kita bagi dia all the better incentive than them, then dia rasa macam dia terjejas.
Jadi, perkara-perkara ini yang perlu kita define supaya kita tidak ada perbezaan dari segi konteks ekonomi dengan US. Sebab kita kena faham, US ini adalah sebuah negara, dia punya saiz ekonomi 31 trilion. The second one, siapa?
China. 19 trillion. Jadi, sudah tentu kalau kita boleh accommodate semua orang, how come number one economy in the world, 31 trillion, kita tak boleh duduk dan bincang.
Tetapi kalau soal kedaulatan, saya rasa kita semua, bukan sahaja di sini dan di sana, kita semua akan pastikan bahawa tidak ada orang nak ambil Malaysia ini dengan bayar 19 peratus sahaja. Jadi, itu saya punya komitmen kepada Yang Berhormat.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Yang Berhormat pun Ketua Pembangkang, nanti satu hari nanti bila saya dah ada saya punya proposal ni, kita duduk bincang. Boleh, Yang Berhormat? Yang Berhormat jangan tak datang.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Kolaborasi Agong. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tak boleh, duduklah.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Jadi, dia— terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Pendek, Yang Berhormat. Pendek.
Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut
Pendek je. Saya setuju tentang komitmen itu. Sebab hari itu pun kerajaan dah commit untuk adakan kaukus dan tidak dipanggil langsung. Bukan saya tak datang, tidak dipanggil langsung. [Dewan tepuk] Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Hari ini saya nak panggil jemputanlah dekat dalam Parlimen. Saya nak jemput, bila ready datang. Alright.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Selanjutnya, soalan tambahan, saya persilakan Yang Berhormat Tampin.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Isu melibatkan ART ini berlarutan agak lamalah. Di sudut kerajaan, pelbagai elemen positif cuba dijelaskan. Manakala di sudut pembangkang pula, tohmahan negatif dilemparkan.
Soalan mudah je Datuk Jo, soalan kampung ni. Apakah implikasi terhadap negara, sekiranya Malaysia tidak menandatangani ART dan sektor manakah yang dijangka menerima kesannya? Dan adakah terdapat sebarang kelebihan ataupun manfaat yang diperolehi oleh negara memandangkan Malaysia merupakan antara negara yang terawal yang menandatangani perjanjian tersebut?
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dalam ASEAN ini, kita ada lebih kurang 11 negaralah. Yang mana tak mahu sign ini, 40 peratus. Contoh, Cambodia kena 40 peratus, Myanmar kena 40 peratus, Brunei langsung tak mahu bincang sebab dia tak ada banyak trade dengan US, 25 peratus.
Kemudian, Vietnam 20 peratus.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ada empat negara dalam ASEAN ini yang masih dikenakan 19 percent sebab dia dalam proses. Ada yang nak sign, tengah dalam proses nak sign. Dan kemudian, dia bagi timetable untuk ratify. Kita dah sign awal 22—26 Oktober dan kita dalam proses ratification. Now, negara-negara 19 percent mana? Macam Indonesia, Malaysia, Philippines, Thailand. Ini semua dalam proses, which is 19 percent. Now, apa kesan dia? Kalaulah kita tak buat ini, datang dia orang datang, dia cakap, okey Malaysia fasal langsung tak mahu bincang, 40 peratus.
Jadi, apa kesan dia? Kesan dia ialah kita punya export to US 2025 ni, the whole 12 months sampai 31st December tahun ini, RM233 bilion. Apa yang kita eksport? Kita eksport dalam manufactured goods. Kita ada RM228 bilion. Daripada RM228 bilion ini, E&E product sahaja RM145.7 bilion. Optical scientific equipment, RM12.8 bilion. Lagi apa? Rubber product, machinery and equipment, ini semua dah ada dalam negara kita, bertahun-tahun, 20 tahun.
Jadi tiba-tiba, investor ini kena 40 percent. Then matter of time, dia akan pelan-pelan pindah lah. Now, bila orang tanya saya, “Oh, dia nak pindah demi apa fasal lah”. Tetapi saya nak beritahu, dalam konteks semikonduktor contoh, kita adalah pengeksport terbesar semikonduktor kepada US.
Bermakna bukan kita seorang. Ada juga negara-negara lain yang eksport.
South Korea, dia pun eksport kat US, USD3.2 billion. Kita semikonduktor, dalam E&E tu ada portion ambil semikonduktor. Kita eksport 13 bilion. Nombor satu dalam dunia kepada US.
Kemudian dia ada South Korea, USD3.2 billion. China pun ada dulu eksport, 2.1 billion. Kemudian apa, Japan ada two billion, Germany one billion, Singapore ada half of billion, 566 juta USD. Ini semua ada.
Jadi, kalau kita dah kena mahal kita punya semikonduktor, maka mereka dia orang akan beralih pergi tempat lain. Ambil kepada syarikat-syarikat yang lebih kompetitif kepada kita bukan kerana kos tetapi kerana tarif kita tinggi.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Jadi, ini proses yang kita nak kena bincang. Sebab, saya sebut tadi dalam jawapan saya, has got nothing to do with politics, is economy. Tetapi, between economy dan menggadaikan kita punya kedaulatan, that one kita decide ramai-ramai dekat sini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Speaker.
Boleh beritahu due date?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Notifikasi itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas, Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan ketiga. Yang Berhormat Ayer Hitam tidak dapat hadir. Beliau telah di-admit- kan seminggu ke hospital sejak daripada 19 hari bulan. Jadi, kita teruskan ke soalan yang ketiga. Soalan yang keempat― maaf. Dipersilakan Datuk Ali anak Biju, Yang Berhormat Saratok.
[Soalan No. 3 – YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) tidak hadir]
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Saya ada satu rangkap pantun. Tak perlu jawablah.
Dari Sarawak membawa berangan, Ikan terubuk nyaman dimakan; Dasar imigrasi Kerajaan Persekutuan kita tunggukan, Yang menjadi keresahan penduduk tempatan. Soalan nombor 4 saya ajukan sekarang. Terima kasih.
4. Datuk Ali anak Biju [Saratok] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini pengeluaran dokumen individu stateless di pedalaman Sarawak dan sama ada SOP akan dipermudahkan mengikut realiti geografi Sarawak atau kekal terikat birokrasi Putrajaya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih. Saya kalau orang jual pantun, saya mesti jawab.
Kalau tuan ke negeri Kedah, Banyak rumah berlantai papan; Bangun sudah soal pun sudah, Sekarang masa dengar jawapan. Tapi sebelum itu, Yang Berhormat, saya nak alu-alukan dulu. Di Dewan sekarang, kita ada tetamu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Datang jauh dari Alor Sena, Beseri, Perlis. 50 orang. Mereka ini dari Pusat Aktiviti Warga Emas Durani. Orang yang dah pencen lah tapi punya banyak latar belakang pekerjaan. Selamat datang.
Saya juga gembira sahabat saya dari Saratok kesihatannya semakin baik, semakin pulih. Alhamdulillah.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita walaupun dah maju, membangun, tapi masih ada kes-kes di mana penduduknya tak ada sijil lahir dan tak ada MyKad. Itu adalah satu kenyataan. Kalau itu berlaku, kehidupan mereka jadi payah. Nak sekolah susah, sakit demam nak pergi hospital belanja mahal. Bila saya masuk di kementerian ini, pegawai-pegawai maklumkan kepada saya bahawa ini harus menjadi keutamaan. Saya setuju.
Saya ucap terima kasih sahabat saya Larut. Seawal 12 Oktober 2021 telah pun berunding dengan Kerajaan Sarawak dan akhirnya ditubuh pasukan petugas khas. Saya fikir ini satu keputusan yang betul, cuma tak sempat dioperasikan. Bila saya masuk, saya bincang dengan Ketua Menteri Sarawak, Premier Sarawak, akhirnya setuju. Bermula Julai 2023― keputusan Jemaah Menteri adalah Oktober 2021. Saya laksanakan Julai 2023. Pasukan petugas khas ditubuhkan, Saratok. Dan kita tak toleh ke belakang. Semalam saya baru balik daripada Sarawak, mesyuarat ini, yang pertama tahun ini.
Ini maklumat terbaru. Pasukan petugas khas ini tugas dia satu saja― kumpul semua permohonan penduduk negeri Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman, nak sampai kena pergi dengan 4x4, dengan bot rentas arus deras, kadang-kadang kita kena sampai dengan helikopter. Dan sehingga semalam, kita kumpulkan 13,224.
Pasukan petugas khas ini betul-betul di bawah Jabatan Premier Sarawak. KDN bantu apa? Jabatan Pendaftaran Negara melalui inisiatif MEKAR: Menyemai Kasih Rakyat― pegawai tak tunggu di pejabat. Pegawai pergi ke rumah panjang, pegawai cari orang yang tak ada dokumen.
Jadi, hasilnya, Julai 2023 hingga Julai 2025, kita kumpulkan 13,224 dan kita dah buat keputusan terhadap permohonan itu 12,509 dan sekarang tinggal baki 715 daripada yang telah kita kumpul, 715. Yang ini, kita kena selesaikan juga. Sebab, PPK ini ada tempoh hayat dia, expiry date dia, iaitu Julai 2025 tamat. Semalam KDN dan kerajaan Sarawak setuju lagi kita lanjutkan sehingga 31 Disember 20261.
Baik. Saratok tanya, apakah proses permohonan seperti ini terikat dengan birokrasi Putrajaya. Tak ada dahlah. Kalau birokrasi biasa ini, maknanya mereka 1 Pindaan oleh YB. Menteri Dalam Negeri melalui surat bertarikh 27 Januari 2026
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
yang tak ada dokumen bawa anak mereka datang, pegawai tunggu di pejabat. Ini tak. Prosedur baharu ini adalah kita cari mereka. Di Sarawak dan Sabah, siapa yang tahu tentang kelahiran, kena pergi daftar dalam tempoh 40 hari. Di Semenanjung, dalam tempoh 60 hari. Tapi, kerana tempat tinggal mereka jauh, 40 hari itu mereka tak daftar. Jadi, PPK ini kita uruskan apa? Kumpul data, proses dan kemudian keluarkan MyKad dan keluarkan sijil lahir. Itu hasil akhir dia.
Baik. Di Saratok, sejak PPK ini bermula, kita dah buat sembilan outreach program PPK ini dan juga Jabatan Pendaftaran. Tapi, kalau inisiatif ini sahaja, kita buat 1,117 untuk tahun di mana kita mulakan inisiatif ini, 2023, 236 program; 2024, 204 program; 2025, 404 program dan kita baru minggu kedua Januari ini, minggu ketiga Januari, kita dah buat tujuh program. Jadi, ini menunjukkan seriusnya kita untuk bantu penduduk di kawasan pedalaman yang tak memiliki dokumen ini.
Dan Dato' Yang di-Pertua, yang ini Dato', bukan sahaja berkaitan dengan tanggungjawab moral kita untuk bawa mereka dalam mainstream tapi juga komitmen antarabangsa kita kerana fokus sembilan di bawah Sustainable Development Goals, sebuah negara kena selesaikan isu rakyat yang tidak punya dokumentasi bahkan taraf warganegara. Jadi, bila kita berjaya, dia memberikan weightage bahawa negara kita comply atau patuh dengan ketetapan SDG. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Saratok. Soalan tambahan.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Terima kasih dengan jawapan Timbalan Menteri yang amat panjang lebar.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri.
Datuk Ali anak Biju - Saratok
Menteri. Bukan Timbalan Menteri...
[Ketawa] Saya ada satu soalan tambahan sebenarnya.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, ramai di kalangan guru besar, khususnya di kawasan pedalaman Sarawak, tidak sedar akan wujudnya undang- undang khas berkahwin campur dengan peribumi di Sarawak di mana kalau salah seorang daripada ibu bapa adalah berstatus bumiputera, maka anak mereka juga dianggap sebagai peribumi Sarawak. Soalan saya ini menjurus kepada situasi di negeri Sarawak sahaja.
Persoalannya, adakah KDN dan Kementerian Pendidikan akan menggunakan pendekatan yang diambil oleh Sarawak di mana di bawah Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022, jika salah seorang ibu bapa adalah bumiputera Sarawak, maka anak-anak tersebut automatik berstatus bumiputera Sarawak dan dalam
Datuk Ali anak Biju - Saratok
konteks ini layak mendapat pendidikan seperti warganegara Malaysia yang lain?
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Saratok. Saya boleh sahkan bahawa isu itu juga ada dibincang di bawah pasukan petugas khas ini.
Ada dibincang ya. Tapi kerana term of reference kita keutamaan adalah menyelesaikan individu tanpa dokumen, dia bukan soal dia boleh belajar ataupun tidak di sebuah universiti. Because Sarawak ini dia title dia K. Sebab, Kerajaan Sarawak sekarang banyak bagi inisiatif yang menarik, bahkan pendidikan percuma dan sebagainya, jadi rakyat Sarawak sangat memerlukan status K itulah.
Tapi, bila kita buka 13,000 itu, untuk makluman Saratok, isunya pelbagai. Dia bukan sahaja soal tanpa dokumen pengenalan diri atau pun tak ada sijil lahir, dia juga tiada dokumen kelahiran langsung. Kerana dia datang― dia lahir di Sarawak.
Sebelah saja Kalimantan. Tapi, dia mohon status K Sarawak. Itu tak boleh kita tengok. Ada juga yang kategori MyKAS. Larut tahu MyKAS ini adalah satu kaedah ikhtiar sementara. Dia tak ada dokumen apa langsung. Kita bagi dia kad hijau dulu.
Dia cari parent dan sebagainya.
Tapi kalau isunya adalah akses kepada pendidikan, apa kita buat? Tahun lepas, kita buat kerjasama dengan Kementerian Pendidikan. Dalam mainstream pendidikan sekarang ada 12,000 pelajar yang sudah pun bersekolah tapi tak ada dokumen pengenalan diri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi, kita bantu selesaikan dan bila kita ceremonial-kan. Kita tanya, “Kakak kenapa tak daftar? Saya tak tahu. Kakak, kenapa tak daftar? Suami saya masuk penjara. Kakak, kenapa tak daftar anak? Suami saya masuk pusat dadah. Kenapa tak daftar? Saya tak ada duit.” Menunjukkan bahawa masih ada lagi poket-poket dalam masyarakat kita ini, segmen yang tak ada maklumat bahawa tanggungjawab mendaftar kelahiran segera itu adalah satu keperluan utama.
Jadi, kita selesaikan tahun lepas melalui inisiatif ini. Dalam 12,000 itu Saratok, termasuk juga di Sarawak. Kita permudahkan hak mereka untuk mendapat pendidikan dalam arus perdana. Terima kasih Saratok.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Selanjutnya, silakan Yang Berhormat Pututan.
Seorang Ahli
Putatan.
[Ketawa]
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
Putatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Putatan.
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya - Putatan
[Ketawa] Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Akta Pendidikan (Pindaan) 2025 antaranya menggariskan kewajipan ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang berstatus warganegara untuk mendapatkan pendidikan rendah dan menengah.
Soalan tambahan saya, dalam konteks negeri Sabah, apakah bentuk kerjasama yang dijalinkan bersama Kementerian Pendidikan untuk memantau serta melaksanakan verifikasi status kewarganegaraan anak-anak di kawasan luar bandar dan pendalaman sebagai usaha ke arah meningkatkan kesedaran serta pematuhan ibu bapa terhadap kewajipan tersebut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab dalam forte KDN walaupun ada sedikit kat situ ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kalau di Sarawak, saya dan Yang Amat Berhormat Premier mempengerusikan bersama Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas untuk menyelesaikan masalah rakyat tidak punya dokumen. Kita juga menubuhkan jawatankuasa yang sama antara KDN dengan kerajaan Sabah. Cuma dia berlaku kemudian sedikit.
Asalnya jawatankuasa itu adalah Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing.
Kemudian, kita dapati ada keperluan juga untuk menyelesaikan masalah rakyat Sabah atau penduduk di Sabah yang tidak punya dokumen. Bila tak punya dokumen, tak dapatlah akses dengan pendidikan. Sebenarnya Kementerian Pelajaran, mereka ada pekeliling kementerian kepada semua pengarah negeri dan pegawai pendidikan daerah, untuk memberikan syor, penyelesaian, jalan keluar kepada masalah anak- anak yang sepatutnya mendapat akses pendidikan tetapi tak lengkap dokumen pengenalan diri.
Sebab itu bila kita diberitahu, KDN diberitahu bahawa ada 12,000 sudah pun belajar di sekolah. Maknanya, ini Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan Daerah, dia facilitate instead of dia block, put up all the kerenah birokrasi, dia terima dulu, macam saya sebut tadi dan bila dia terima, dia maklum kepada kita
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
jumlah terkumpul adalah 12,000 maka KDN melalui JPN masuk melalui inisiatif MEKAR tadi. Menyemai Kasih Rakyat, kita namakan MEKAR Didik, jadi selesai.
Ahli Yang Berhormat, di kawasan orang asli di Kuala Tahan dari suku Bateq, kita duduk situ tiga hari, dua malam. JPN duduk di kampung itu menyelesaikan 200 lebih, semua dokumen kelahiran dan mereka bagi nama macam-macamlah kan.
Yang Berhormat tahu. Ada nama Ubi, ada nama Petai, sebagainya. Seorang daripada itu saya bubuh nama Saifuddin fasal dia baru lahir hari itu. Jadi, rupa tak samalah nama sahaja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menyambut apa yang telah dipersoalkan oleh Saratok dan juga Putatan tadi, ingin saya mencelah Yang Berhormat Menteri KDN. Saya bawa ke Semenanjung Malaysia iaitu berkaitan dengan masyarakat orang asli.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, apa yang dipersoalkan oleh Saratok itu implikasi di Semenanjung pun begitu juga dan dengan sedemikian, saya sarankan jika tidak keberatan JPN, KDN dan pihak JAKOA, kerangka masa ke semasa untuk melihat terutama sekali kumpulan Negrito ini, yang kumpulan yang duduk di dalam, bersempadan dengan Thailand dan Semenanjung ini. Kebanyakan mereka saya dapati ada dah umur 16, 17, tidak ada IC dan surat beranak pun. Dari kerangka masa ke semasalah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya, Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan Datuk Wetrom bin Bahanda, Yang Berhormat Kota Marudu.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Datuk Wetrom bin Bahanda [Kota Marudu] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang akan di salurkan ke Daerah Kota Marudu bagi tujuan menaik taraf kemudahan serta fasiliti pelancongan bagi RMK13.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
(MOTAC) telah meluluskan lima projek fizikal di daerah Kota Marudu dengan nilai RM1.3 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas yang melibatkan kerja-kerja naik taraf jalan dan kemudahan pelancongan seperti di Saranghaeyo Campground Pantai Ria Kampung Tangkol dan kawasan perumahan Tobilung.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
Ahli Yang Berhormat adalah digalakkan untuk mencadangkan lokasi atau projek pembangunan yang bersesuaian di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, namun setiap cadangan perlu dibincang dan mendapatkan kelulusan kerajaan negeri masing-masing terutama sekali di kerajaan negeri Sabah terlebih dahulu, sebelum kemukakan kepada kita MOTAC. Lepas kelulusan, kita boleh, kerajaan negeri kemukakan kepada MOTAC untuk diproses dan diangkat untuk kita pertimbangkan.
Selepas itu, kita kemukakan kepada Kementerian Ekonomi untuk kelulusan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat untuk soalan tambahan.
Datuk Wetrom bin Bahanda - Kota Marudu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan penerangan yang begitu jelas, bagaimana untuk proses ataupun bantuan-bantuan bagi pusat pelancongan di Kota Marudu. Soalan saya yang kedua, Sabah merupakan penyumbang besar ekonomi dalam sektor pelancongan negara. Yang Berhormat Menteri, kita ingin tahu berapakah peruntukan yang diberikan oleh kementerian untuk merancakkan pembangunan sektor pembangunan— pelancongan, khususnya di negeri Sabah? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat Kota Marudu. Kita dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas di keseluruhan Sabah, kelulusan daripada Kementerian Ekonomi untuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas, semua dia punya total, dia punya jumlah RM55.1 juta untuk Sabah, menaik taraf untuk sektor pelancongan. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya melihat bahawa lonjakan prestasi pelancongan negeri Sabah sangat baik dan kedatangan pelancong yang datang ke Sabah juga meningkat dan syabas kepada rakyat Sabah.
Sabah adalah sebuah negeri yang cantik, menawarkan flora dan fauna dan juga lawatan yang sangat cantik dan juga menjadi pilihan di mata pelancong. Soalan saya, apakah langkah konkrit yang dilakukan oleh pihak kementerian dalam memastikan industri pelancongan ini di Sabah tidak merosakkan alam sekitar
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
khususnya di kawasan sensitif terutama di pulau-pulau dan juga di hutan hujan Sabah, dalam kita ghairah menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih. Sayangi Yang Berhormat Masjid Tanah tapi ini pun kongkalikung. Ini soalan asal, dia tanya macam mana salurkan itu peruntukan dan juga kerja-kerja naik taraf. Ini tanya soalan lain, keluar asal.
Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Fasal Sabah juga.
Dato Sri Tiong King Sing
Iyalah Sabah, ia Sabah tapi...
Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Patut Menteri dalam tangan bah.
Dato Sri Tiong King Sing
You tanya lain tetapi tak apa saya bagi tahu.
Memang Sabah punya sektor pelancongan meningkat, banyak dinaik taraf. Ramai pelancong-pelancong datang tetapi dalam itu kawasan Semporna memang macam- macam masalah yang ada. Baru-baru ini kita baru bersama semua agensi termasuklah MOTAC, kita special task force pun turun, kita buat operasi, kita sudah ada tangkapan sembilan kes, kita pun sudah keluar saman.
Dato Sri Tiong King Sing
Itulah, kita nak minta semua sektor pelancongan terutama sekali di resort, resort, tolonglah bekerjasama, jangan kita sewa bot-bot haram punya. Means, itu bot kadang-kadang nelayan, tiada proper safety itu semua dan juga selamat, keselamatan mestilah mahu dikawal. Jadi dan lain-lain lagi kalau you mahu tahu lebih, saya sudah kasi tahu bila-bila masa you boleh panggil sama saya, kita boleh duduk minum kopi kita cerita lagi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baik, Majlis ke soalan seterusnya.
Dipersilakan Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib, Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Salam sejahtera.
Terima kasih. Dato’ Dr. Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.
6. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bagaimana kerajaan menilai peruntukan pembangunan bagi Kampung Baru Cina benar-benar menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional, bukannya memperluas jurang antara komuniti.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam MADANI dan salam sejahtera. Saya mohon izin untuk menjawab soalan YB Maran secara bersekali dengan dua soalan lain memandangkan kesemua pertanyaan itu menyentuh perkara yang sama iaitu nombor 27 daripada YB Maran bertarikh 27 Januari dan soalan nombor 51 daripada YB Kuala Nerus pada tarikh yang sama.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI sentiasa memberi keutamaan kepada usaha pembangunan yang melimpahkan manfaat menyeluruh kepada semua penduduk tanpa meninggalkan mana-mana kaum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar Yang Berhormat Menteri, sebentar. Saya tengok sini ada enam soalan. Sekali semua sekali?
Tuan Nga Kor Ming
Sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Alright.
Okey silakan.
Tuan Nga Kor Ming
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selaras dengan prinsip, tiada yang tertinggal dan tiada yang terpinggir. Leave no one behind.
Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI yang didukung oleh yang di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa komited dan cakna memastikan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum bukan saja dibela, malah terus diperkukuhkan melalui peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.
Walaupun soalan YB Maran lebih menjurus kepada Kampung Baru Cina, sukacita dimaklumkan dengan pembahagian tugas bahawa di mana kampung tradisi Melayu di bawah pemantauan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
KPKT telah mengorak langkah lebih jauh dari dengan turut menyediakan peruntukan kepada pembangunan perkampungan kaum India bermula tahun 2025 berjumlah RM15 juta.
Ini membuktikan komitmen berterusan ke KPKT dalam memastikan tumpuan sama rata kepada semua kaum di mana ia nya secara tidak langsung menjadi wadah
Tuan Nga Kor Ming
penyatuan dan usaha merapatkan jurang sosial ekonomi rakyat pelbagai latar belakang. Ibarat pepatah Melayu, “bukit sama didaki, lurah sama dituruni”.
Selain itu perlu ditegaskan bahawa peruntukan yang disediakan tidak hanya terhad kepada pembangunan infrastruktur fizikal tetapi kementerian turut melaksanakan Program Pembangunan Sosial Ekonomi Kampung Baru, khususnya melalui pemerkasaan aktiviti ekonomi setempat untuk meningkatkan pendapatan, membangunkan keusahawanan komuniti dan mengukuhkan jaringan sosial masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2025, sukacita dimaklumkan 858 projek pembangunan Kampung Baru Cina telah berjaya dilaksanakan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100.5 juta dengan perincian seperti berikut:
(i) pelaksanaan 560 projek kemudahan dan infrastruktur asas seperti naik taraf jalan, longkang, gelanggang bola, balai raya dan kemudahan awam lain;
(ii) berjaya membaik pulih 279 buah rumah penduduk Kampung Baru yang daif, usang di bawah Program Bantuan Baik Pulih Rumah Kampung Baru; dan
(iii) juga berjaya membina 19 buah rumah di bawah Program Rumah MADANI Rakyat Kampung Baru demi membela penduduk Kampung Baru yang miskin tegar.
Selain itu, kementerian turut meluluskan 11 program pembangunan sosial ekonomi dengan peruntukan RM2.49 juta pada tahun 2025 dengan berjaya memberi manfaat kepada 1,895 orang penduduk termasuk usahawan di Kampung Baru.
Khusus bagi perkampungan kaum India pula, sebanyak 50 kampung telah menerima peruntukan pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan awam yang mana telah memberikan manfaat kepada lebih 22,000 penduduk kampung India.
Melihat kepada keberkesanan bantuan ini kepada rakyat melalui Belanjawan MADANI Keempat yang diluluskan oleh kerajaan, KPKT akan terus menaik taraf kemudahan asas dan sosial Kampung Baru Cina dan perkampungan India melibatkan peruntukan sebanyak RM87 juta. Antara program berimpak tinggi Tuan Yang di-Pertua yang telah dilaksanakan adalah pertandingan Kampung Good, satu kampung, satu produk yang bertujuan mengenal pasti produk Kampung Baru yang berpotensi boleh dikomersialkan.
Tuan Nga Kor Ming
Melalui program ini, bimbingan profesional telah diberikan kepada para usahawan di kampung mengenai kaedah pembungkusan yang informatif dan kreatif, penjenamaan, pemasaran dan promosi produk melalui platform digital. Program ini telah berjaya membantu meningkatkan pendapatan usahawan yang terlibat dan secara tidak langsung menjana aktiviti ekonomi setempat selaras dengan semangat berdikari, berdiri atas kaki sendiri.
Bagi menjawab persoalan YB Kuala Nerus, mengenai isu pencalonan Kampung Baru Cina sebagai Tapak Warisan UNESCO dunia. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, inisiatif tersebut sebenarnya merupakan usaha murni International Council on Monuments and Sites (ICOMOS) Malaysia iaitu sebuah badan profesional yang berperanan dalam pemeliharaan dan perlindungan tempat warisan budaya di seluruh negara. Kementerian tidak terlibat secara langsung dalam proses pencalonan tersebut.
Walau bagaimana pun, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan inklusif, kementerian menyokong penuh usaha murni pertubuhan profesional ini untuk mencalonkan. Saya tegaskan, mana-mana kampung termasuk kampung Melayu, kampung India, mana-mana kampung sebagai tapak warisan dunia. Kerana jika mana-mana kampung kita diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO, sudah tentunya ini menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.
Okey, ini dari segi pengiktirafan global terhadap budaya dan sejarah tanah air kita. Malah dia berpotensi meningkatkan daya tarikan pelancongan serta menjanakan aktiviti ekonomi setempat khususnya sempena tahun melawat Malaysia. Dalam hal ini, KPKT sedia bertindak sebagai penghubung kepada pertubuhan profesional dengan pemimpin tempatan yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI melalui KPKT akan terus komited dan beriltizam ataupun beristiqamah untuk meningkatkan lagi kualiti hidup dan taraf sosial ekonomi penduduk kampung baru sama ada Cina, India, Melayu melalui pelaksanaan projek pembangunan dan program-program berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat yang menjadi keutamaan kerajaan hari ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Maran, soalan tambahan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Dato’ Dr.
Yang di-Pertua. Perpaduan bukan hanya pada lagu dan juga kenyataan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tetapi pada pelaksanaan dan dasar kerajaan atau pun kementerian. Bagi dalam bajet, peruntukan Kampung Baru dia tidak sebut Kampung Baru Cina, tapi Kampung Baru kosong sahaja. Saya ingin bertanya, Kampung Baru ini dulu adalah hasil daripada pengaruh komunis dan ada juga kampung-kampung Melayu yang tinggal kesan daripada mana-mana ini disebut Kampung Baru. Dan saya ingin bertanya apakah kampung-kampung ini termasuk penempatan semula, new settlement, dengan izin, orang-orang asli ini mendapat peruntukan daripada peruntukan KPK ini, Kampung Baru ini.
Dan saya juga nak ingin bertanya kerana pengalaman saya, saya pergi kampung-kampung baru ini, bagaimana langkah kerajaan untuk menanam kesedaran penggunaan bahasa Melayu di Kampung Baru? Ramai Dato’ Menteri, Menteri ya, orang-orang di pendalaman Kampung Baru ini tidak pandai berbahasa Melayu. Ini soalnya saya nak kaitkan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Gesaan ataupun Titah Kebawah Duli Tuanku baru- baru ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, pendekkan soalan ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Supaya bahasa Melayu diutamakan dan apakah langkah kerajaan dibuat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Yang Berhormat Maran yang sentiasa prihatin dalam soal Kampung Baru Cina ini. Untuk makluman Yang Berhormat, saya adalah budak Kampung Baru Cina. Saya mendapat A+ untuk pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan STPM.
Tuan Nga Kor Ming
Ini terbukti budak Kampung Cina ini tidak kurang hebatnya dari segi penguasaan bahasa Melayu. Kita fasih berucap, petah berpidato walaupun saya produk sekolah cina. Ini adalah bukti jelas itu aliran pelbagai pendidikan tidak mencari batu penghalang kepada perpaduan nasional. Sekiranya nawaitu kita, niat kita suci, kita sanggup berjiwa besar, berjiwa rakyat. Dan saya sanggup berganding bahu dengan YB Maran untuk terus kita memupuk perpaduan nasional.
Tuan Nga Kor Ming
Dan menjawab soalan satu lagi berkaitan dengan Kampung Orang Asli.
Kampung Orang Asli seperti Yang Berhormat Tuan Speaker pun maklum...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] KKDW.
Tuan Nga Kor Ming
Ia di bawah kementerian KKDW, di bawah JAKOA. Dan kita, mengikut akta fungsi Menteri. Yang Berhormat pernah jadi mantan timbalan menteri sudah tentunya sangat arif dengan bidang kuasa masing-masing. Saya akan mengikut lunas undang-undang dan melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk pastikan mana-mana warga di bawah penyeliaan KPKT, tiada yang tertinggal, tiada yang terpinggir. “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan soalan seterusnya, Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih, Speaker. Saya nak merujuk kepada perpaduan nasional itu. Memandangkan Kampung Baru Cina ini di bawah KPKT, kemudian kampung tradisi ini duduk di bawah Kementerian Luar Bandar. Jadi, di situ semacam ada terpisah. Kampung Baru Cina ramai kaum Tionghoa, kampung tradisi ramai masyarakat Melayu, ya. Jadi, persoalan saya, dalam jurang ini, bagaimana dua-dua kampung ini dapat dilaksanakan aktiviti bersama supaya perasaan cinta kepada negara, semangat perpaduan itu dapat dipupuk dan hormat- menghormati antara dua kampung ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Saya adalah sebenarnya― oleh kerana itu, dalam soal perpaduan ini, pepatah Yang Amat Berhormat PMX ini penting iaitu kita sentiasa bersemangat. Anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita, anak India anak kita. Itu sebenarnya bukan slogan. Itu sebenarnya kini sudah menjadi falsafah pimpinan dan juga dasar Kerajaan MADANI yang inklusif. Saya sentiasa percaya sekiranya tonggak Malaysia MADANI ini— dalam Malaysia MADANI ada dua tonggak utama iaitu Hormat, kedua Ihsan.
Kita saling hormat-menghormati. Apabila Cina hormat Melayu, Melayu sayang Cina, India pula bergantung bersama, saya rasa Malaysia dengan izin, definitely will be a great nation.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Iban.
Tuan Nga Kor Ming
Dalam soal Iban pula. Iban, Dayak semua, kita semua- — Iban, Dayak, Dusun, sepatut kita semua sejiwa, seirama, sehati dalam membina sebuah negara yang disanjungi di pentas global. Dalam soal perpaduan kampung Melayu dan Cina, sudah tentunya sekiranya kita dapat mengadakan pelbagai aktiviti bersama di bawah rukun tetangga.
Dan juga saya menggalakkan setiap perayaan, kita seharusnya menziarahi rakan-rakan kita walaupun lain kepercayaan dan juga kaum, tapi dengan semangat anak Malaysia ini, kita seharusnya sentiasa menjalin silaturahim, rapatkan saf dan tingkatkan semangat cintakan negara bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dato’ Speaker, ini topik yang penting. Boleh saya mohon satu soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, duduk. Berikut, saya persilakan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, Speaker. Pandangan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tak ada, duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, soalannya banyak. Ada enam soalan. Bagilah saya lebih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya tak benarkan. Yang Berhormat duduk sini nanti, Yang Berhormat boleh benarkan. Berikut saya mempersilakan soalan yang ketujuh, Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah kriteria dan faktor yang diambil kira oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menilai semula kelayakan dan memperketatkan pemberian bantuan kebajikan bulanan kepada penerima bantuan sedia ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Silakan.
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan 11 jenis bantuan kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup dan
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
meringankan beban kumpulan sasar yang layak menerima bantuan kebajikan.
Bantuan ini bersifat sementara waktu sehingga mereka mampu hidup berdikari.
Terdapat dua kategori bantuan iaitu bantuan bulanan dan bantuan sekali gus dengan izin, one-off. Bantuan bulanan terdiri daripada lapan skim bantuan iaitu Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Warga Emas, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Penjagaan OKU Terlantar atau Pesakit Kronik Terlantar/Tidak Terlantar, Bantuan Am Persekutuan, Bantuan Anak Pelihara dan Bantuan Latihan Perintis. Manakala bantuan one-off terdiri daripada tiga skim iaitu Bantuan Alat Tiruan atau Sokongan, Bantuan Geran Pelancaran dan Tabung Bantuan Segera.
Bantuan yang disalurkan adalah berasaskan kelayakan dan keperluan.
Syarat dan kriteria asas pemberian bantuan adalah warganegara dan bermastautin di Malaysia. Selain itu, JKM turut mengguna pakai pendapatan garis kemiskinan atau PGK sebagai salah satu syarat dalam pemberian bantuan.
Sejajar dengan penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah 2024, Kementerian Ekonomi telah mengeluarkan PGK 2024 sebagai rujukan aras pengukuran status kemiskinan. Oleh itu, Belanjawan Tahun 2026 telah menetapkan nilai PGK baharu 2024 iaitu pada kadar RM1,236 berbanding dengan PGK Makanan 2022 iaitu RM1,198. Manakala nilai PGK per kapita 2024 turut dinaikkan kepada RM348 berbanding dengan RM322 PGK per kapita 2022.
Justeru, bermula 1 Januari 2026, JKM mula mengguna pakai PGK 2024 sebagai salah satu syarat dalam pemberian bantuan. Bagi penerima bantuan sedia ada, penilaian atau kaji semula dilaksanakan pada setiap tahun kepada penerima bantuan dua bulan sebelum bantuan tamat bagi tujuan menilai keadaan semasa dari segi ekonomi dan sosial penerima.
Siasatan atau lawatan pegawai JKM ke rumah penerima akan dilaksanakan jika perlu. Sekiranya penerima masih layak, bantuan akan diteruskan bagi tempoh satu tahun. Syarat dan kriteria asas yang ditetapkan bagi pelanjutan bantuan kepada penerima termaktub dalam Garis Panduan Bantuan Kewangan Bulanan JKM Tahun 2025 yang boleh diakses di laman sesawang JKM.
Pada tahun 2026, sebanyak RM2.9 bilion telah diperuntukkan kepada kementerian melalui JKM bagi tujuan penyaluran bantuan kewangan kebajikan berbanding dengan RM2.7 bilion yang telah diperuntukkan pada tahun 2025.
Peningkatan peruntukan sebanyak 7.41 peratus menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan. Seiring dengan peningkatan
Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
nilai PGK 2024 baharu berbanding PGK Makanan 2022 dapat memperluaskan pemberian bantuan kerajaan kepada lebih ramai golongan yang memerlukan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat. Silakan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Menteri yang memberikan jawapan yang cukup terperinci. Yang Berhormat Menteri, saya menerima banyak bantuan daripada penduduk di kawasan yang bertanyakan berkenaan dengan bantuan-bantuan kebajikan yang diberhentikan. Jadi, ini menjadikan keadaan yang agak sulit bagi mereka.
Saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian mempunyai inisiatif untuk memberikan makluman awal walaupun yang dimaklumkan oleh Menteri tadi ada lawatan dua bulan sebelum, tetapi keputusan yang mereka tidak layak itu dimaklumkan lebih awal. Dan apakah terdapat sebarang bentuk sokongan atau khidmat mekanisme untuk mereka merayu bagi membantu penerima yang terkesan dan tidak mampu berdikari setelah bantuan itu ditamatkan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar atas pertanyaan tersebut. Untuk maklumat Yang Berhormat, adalah menjadi tanggungjawab penerima bantuan untuk mengemukakan Borang Kaji Semula atau Borang JKM 20 kepada pihak JKM dua bulan sebelum bantuan yang diterima tamat.
Terdapat beberapa faktor kenapa penamatan bantuan seperti — adalah seperti berikut. Antaranya, penerima bantuan telah meninggal dunia, penerima bantuan telah melepasi pendapatan garis kemiskinan, penerima bantuan tidak mengemas kini Borang JKM 20 dan maklumat semasa kaji semula dan penerima bantuan telah berupaya berdikari.
Puan Lim Hui Ying
Namun begitu, bagi pemohon yang ditamatkan mereka boleh mengemukakan semula permohonan dengan mengisi borang JKM18 atau borang permohonan bantuan dan boleh diakses dari laman sesawang JKM. Pegawai JKM akan membuat siasatan dan menilai kelayakan dan bantuan yang bersesuaian.
Puan Lim Hui Ying
Berhubung dengan prosedur penamatan bantuan, pegawai JKM akan melaksanakan penamatan melalui kaedah panggilan telefon, e-mel, surat pemakluman penamatan dan menghubungi ketua komuniti setempat. Sekiranya pemohon tidak layak menerima bantuan JKM, rakan strategik KPWKM seperti PERKESO, zakat negeri, baitulmal dan juga badan-badan korporat akan membantu klien mengikut kesesuaian. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyaran semua pihak untuk berhubung dengan JKM di kawasan berdekatan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berhubung dengan bantuan kebajikan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Rantau.
Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, saya mengucapkan tahniah di atas usaha pihak JKM untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan dan kita dapat tahu lebih daripada 60 peratus peruntukan di bawah KPWKM adalah untuk bantuan di bawah JKM.
Jadi saya ingin tahu, apakah dengan kenaikan pendapatan garis kemiskinan ini dengan menggunakan data baharu untuk 2024 ini diambil juga sama dengan negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak? Sebab kita faham kos hidup berbeza. Nilaian 1,236 ini mungkin tidak sama berbanding antara negeri, kos hidup di Sabah Sarawak dan Semenanjung. Kita di bandar-bandar besar.
Jadi, apakah penilaian yang dibuat untuk memastikan supaya garis panduan ini sesuaikan mengikut kadar kos hidup yang berbeza dan saya ingin tahu apakah bentuk latihan ataupun program yang boleh membantu penerima golongan ini supaya dapat mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan dan tidak terus bergantung kepada rakyat. Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang. Kementerian kita atau KPWKM memang menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan beban kumpulan sasar buat sementara waktu sehingga kumpulan sasar itu mampu keluar daripada terus memerlukan bantuan kebajikan.
Puan Lim Hui Ying
Dan kita pun sedar akan lonjakan kos sara hidup seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi kita memang ada memantau dari masa ke semasa tetapi kita memang ikut garis panduan dan kerajaan memang dalam belanjawan tahunan 2025 telah mengumumkan kenaikan kadar dan syarat kelayakan bantuan meliputi bantuan kanak-kanak antaranya Bantuan Warga Emas, Bantuan Am Persekutuan dan sebagainya.
Di samping itu, seperti tadi saya pun sudah katakan, kenaikan nilai PGK 2024 yang telah kita laksanakan mulai tahun ini, ini secara langsung akan meringankan kos sara hidup penerima. Dan juga kita akan— kita juga dari segi Sabah Sarawak kita tahu tentang kos sara hidup di Sabah Sarawak memang lebih tinggi daripada di semenanjung Malaysia, tetapi kita— selain daripada garis panduan, kita memang ikut garis panduan yang telah ditetapkan. Dan jika mereka perlu, amat perlu bantuan selainnya, kita ada yang lain seperti zakat dan selainnya yang saya sebutkan tadi.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kelapan. Dipersilakan Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan, Yang Berhormat Kota Baharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya mohon jawapan soalan saya nombor 8.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Disilakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
8. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah kerajaan bagi memperkukuh lagi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) khususnya daripada segi penambahan perjawatan, integrasi kerjasama pelbagai agensi, kelengkapan teknologi dan peningkatan integriti pegawai penguat kuasa bagi memastikan pintu sempadan negara tidak dibolosi.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih rakan saya dari Kota Bharu.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan wujudkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, singkatannya AKPS untuk jalankan tiga fungsi.
(i) kawalan;
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
(ii) pemeriksaan; dan
(iii) penguatkuasaan.
Ke atas siapa? Ke atas orang, ke atas barangan dan ke atas kenderaan yang keluar masuk ke Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Kota Bharu ingin tahu dari segi perjawatan. AKPS sekarang kita laksanakan penambahan perjawatan ini kena secara berperingkat dan berfasa bagi memastikan operasi AKPS berjalan secara tersusun. Jadi, kita utamakan dulu pintu masuk berisiko tinggi, sempadan darat, pelabuhan utama dan lapangan terbang. Jadi, hari ini AKPS tahun lepas 2025, sebab kita kata berfasa kita dah jaga 22 lokasi. Baik, penempatan pegawai pula kita kena ambil kira pengalaman dan latar belakang. Jadi, agensi-agensi tonggak dia hantar pegawai macam kastam, MAQIS, imigresen dia letakkan.
Baik, Kota Bharu juga ingin tahu dari sudut integrasi kerjasama pelbagai agensi sebab AKPS ini dia gabungkan pelbagai agensi yang menjaga sempadan.
Jadi sekarang ini, sebab kita baru setahun mula operasi, pengalaman kita jaga 22 lokasi pintu masuk itu kita sekarang sedang berkongsi pengalaman dan data dan cases yang telah kita temui sepanjang satu tahun untuk kita bangunkan satu SOP rentas agensi. Sebab working culture walaupun agensi kerajaan, tapi kastam dia ada fungsi dan work culture berbeda dengan imigresen dengan MAQIS, dengan PERHILITAN dan sebagainya. Jadi, kita kena harmonikan.
Jadi, konsep yang kita guna pakai adalah single command at the entry point.
Yang paling penting pada akhirnya mestilah single command. Dia tak boleh arahan yang pelbagai, nanti keliru. Jadi, apa yang kita selaraskan operasi, kita kongsi intelligence ataupun perkongsian risikan kemudian kita elak pertindihan fungsi, kita laksanakan satu tindakan dengan pantas, dan kita ambil kira tak boleh ada kompromi dari segi ancaman keselamatan. Jadi, 12 bulan kita dah beroperasi ini yang kita tumpukan.
Kota Bharu juga ingin tahu dari sudut pemerkasaan teknologi sebab kawalan sempadan dia tak boleh menggunakan pegawai biasa saja, dia mesti diiringi dengan kelengkapan teknologi. Tentunya sistem CCTV, sistem kawalan moden dan sekarang AKPS berdasar pengalaman 12 bulan ini dia juga dalam rencananya untuk bangunkan satu integrated checkpoint management command centre.
Kastam dah ada sistem dia, imigresen dah ada sistem dia, pelbagai agensi.
Tapi kalau nantinya AKPS berakhir dengan single command, sistem itu mesti boleh bercakap antara satu sama lain. Itu tujuan akhirnya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kota Bharu akhir sekali ingin tahu tentang aspek integriti. Law and regulation dah ada, sistem dah ada, perkakasan teknologi semua dah ada. Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, adalah orang yang akan menjalankan tugas itu, kalau tak ada integriti atau integrity to being compromise, itu tak bagus untuk prestasi AKPS. Sebab itu yang ini, AKPS di bawah Ketua Pengarahnya Datuk Shuhaily, pendekatannya adalah tidak ada compromise langsung terhadap pelanggaran integriti ini.
Jadi, dia kerjasama dengan SPRM, dia kerjasama dengan immigration, dia kerjasama dengan polis. Di sana ada keperluan kalau laksanakan peraturan tatakelakuan, tatatertib Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 termasuk hukuman buang kerja dan sebagainya, semua itu. Kalau siasatan dibuat, buka kertas siasatan. Kalau perlu berakhir dengan pertuduhan, silakan. Cuma umur baru satu tahun, kesemuanya itu AKPS sudah letakkan asas bahawa tidak ada tolak ansur terhadap pelanggaran disiplin tatatertib dan juga integriti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri KDN dan jawapannya. Saya ada dua soalan yang ringkas saja.
Yang pertama, berhubung dengan keperluan ataupun kekuatan (strength) anggota di sempadan. Saya merujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Ketua Pengarah AKPS pada Disember, 17 Disember 2025.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Beliau mengatakan bahawa AKPS kekurangan 50 peratus anggota untuk kawal pintu masuk negara. Kekuatan yang sebenar diperlukan ialah 13,700.
Kekuatan semasa yang ada, 6,000 saja. It is less than 50 percent daripada requirement. Jadi soalan saya, oleh kerana AKPS ini akan menjadi single border agency. Jadi, apakah langkah kementerian untuk menyelesaikan keperluan mendadak, keperluan yang kritikal kepada perjawatan ini dalam tempoh yang diperlukan?
Soalan saya yang kedua, berhubung dengan integriti. Ini saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri sendiri pada bulan November baru-baru ini. Yang Berhormat telah sebut mengenai integriti tidak ada toleransi, masalah tatakelola dan sebagainya. Tapi Yang Berhormat sendiri telah mengesahkan dalam tempoh enam bulan—sembilan bulan, sorry, sembilan bulan, seramai 29 orang pegawai dan kakitangan AKPS telah ditangkap kerana melakukan pelbagai
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
kesalahan yang bercanggah dengan undang-undang, termasuk counter setting dan sebagainya.
Dan kita tahu sempadan mana-mana negara adalah satu yang sensitif apabila sempadan dibolos atau dilolos, maka keselamatan negara akan terancam pada peringkat yang paling tinggi. Jadi saya nak tahu, apakah tindakan telah diambil kepada paling kurang 29 orang yang dikatakan telah ditahan dalam pelbagai kes yang dilakukan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Kota Bharu. Yang pertama adalah kekuatan petugas atau anggota AKPS.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Buat masa sekarang, di ibu pejabat AKPS, kita ada 98 orang ya. Saya ada Ketua Pengarah, kita ada tiga Timbalan Ketua Pengarah. Okey. Tapi totalnya 98. Tapi satu lagi peringkat kakitangan ini adalah yang diserahkan oleh agensi tonggak ya. Jadi kastam, dia ada X numbers of staff yang dia kena serah. Begitulah. Jadi, itu membawa kepada kekuatan sekarang. 98 tadi yang main di ibu pejabat. Ini 6,866 pelbagai agensi.
Pelbagai agensi. 6,866 yang sedang bertugas di bawah AKPS. Baik ya. Idealnya, kita kena ada 13,721 lah.
Tapi kerana pelaksanaannya itu Yang Berhormat sedia maklum, Yang Berhormat sebahagian anggota pentadbiran dulu ya. Perjawatan yang kita idamkan untuk memenuhi fungsi penubuhan agensi, satu bab. Kemudian, dia akan dituruti pula dengan proses pengambilan. Jadi, itu haruslah berfasa.
Jadi sekarang, 6,866. Dia jaga 22 tapi tahun ini, pertambahan pintu masuk.
Pintu masuk kita ini 122 yang aktif, yang aktif ya. Jumlah pintu masuk, 140 tapi yang aktif ini 122. Fasa pertama, setahun, kita jaga 22. Jadi sekarang ini, 6,866 pelbagai agensi, mereka sedang jaga. Itu penting. Tapi yang terbaru adalah bekas tentera. Itu pun JPA dah luluskan 200. Lulus. Jadi, kita kena ada proses pengambilan.
Tentera, kadang umur 38, umur 40 dah pencen. Tapi dia ada pengalaman.
Darat, laut, udara, komando, segala macam. Kita nak memanfaatkan itu untuk bantu AKPS dan itu. Dah lulus buat apa? 200. Jadi, kita akan ambil penuhi pengambilan itu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Dari segi integriti ya 98 campur dengan 6,866. 29 tertangkap kes integriti.
Hakikat bahawa tertangkap bermaksud kita tak ada kompromi terhadap perbuatan- perbuatan yang melanggar etika tatatertib dan juga integriti ya. Lainlah kalau berlaku, kita pendam. Tak hebah sebab nak jaga nama baik. Hakikatnya tidak ya. Saya sedikit pun tak ada rasa curiga terhadap keupayaan kepimpinan AKPS dalam soal memastikan tak boleh ada perlanggaran ya.
Kalau ada tindakan, dia maklum kepada SPRM. SPRM buat intipan, penguatkuasaan, tangkap. Perlu buat hebah sidang media, silakan. Kalau itu melibatkan Jabatan Imigresen ke sebagainya, jalankan ya. Sebab tanggungjawab kita di peringkat.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri, sebentar. Sebentar.2 Timbalan Menteri KPKT ada yang hendak dimesyuaratkan dalam Dewan ini? Rasa dalam Kabinet pun dah puas kan. Jadi, bagilah perhatian.
Menteri tengah menjawab ya. Ambil maklumlah ya. Silakan. Sambung Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Kota Bharu, peranan kita di peringkat Parlimen untuk semak dan imbang, tegur, kritik, tegur. Perkara yang mungkin kita terlepas pandang, saya alu-alukan. Saya tak ada masalah. Kayu ukur akhirnya, kalau nama kawalan sempadan adalah pertama, tak boleh ada ancaman terhadap aspek keselamatan.
Kedua, peningkatan kutipan hasil.
Ketiga, isu integriti.
Keempat, masa perlepasan. Dia tak boleh berlama-lama ya. Sebab ini imej pintu masuk negara.
Jadi, empat kayu ukur ini adalah kayu ukur petunjuk yang menjadi panduan kepada AKPS yang sekarang baru umur setahun. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Soalan berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Dr. Timbalan Speaker. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya ialah bagaimanakah mekanisme integrasi operasi antara AKPS ini dengan agensi penguatkuasaan lain akan diperkemas bagi mengelakkan pertindihan fungsi jurang maklumat dan kelemahan penyelarasan di lapangan? Dan apakah peranan teknologi pintar seperti analitik data, sistem pemantauan bersepadu dan penggunaan biometrik dalam memperkukuh kawalan sempadan? Serta apakah langkah khusus 2 Pindaan di atas arahan Tuan Yang di-Pertua di muka surat 79
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
bagi memastikan tahap integriti pegawai penguat kuasa sentiasa berada pada tahap tertinggi? Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sistem kawalan sempadan pintu masuk sekarang ini Dato' Yang di- Pertua, sebab kita baru tubuhkan. Dah lama sebenarnya nukleus untuk menubuhkan ini. Cuma sekarang baru kita boleh buat operasi. Dalam proses itu, kita turut belajar daripada pengalaman-pengalaman luar, good practices negara luar yang sudah pun mewujudkan single border agency. Antara negara yang punya benchmark yang kita anggap sebagai boleh kita contohi, negara jiran kita di selatan, dia ada ICA.
Kemudian kita ada Australian Border Control di Australia dan satu lagi ialah Amerika Syarikat.
Jadi, itu kalau diukur dari segi penggunaan teknologi, inovasi untuk kawalan sempadan, soal keselamatan, integriti pasukan, kecekapan kutipan hasil, itu antara benchmark yang kita boleh pelajari. Jadi, apakah kita ke arah itu? Ya. Ya. Dan sebab itu, bukan hanya kita menerima pegawai daripada agensi yang menjadi tonggak, kita juga ada pengalaman sendiri Dato' Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat. Misalnya APMM bermula dengan menggabungkan pelbagai agensi.
Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, segala macam.
Tapi hari ini, APMM menjadi kebanggaan kita. Dia menjaga samudera seluas hampir 600,000 kilometer persegi. Dia kawal pencegahan, dia kawal ancaman penyeludupan senjata, pendatang asing, nelayan asing, pencerobohan- pencerobohan lainlah yang mengancam keselamatan. Hari ini sangat efektif, sangat berkesan.
Pengalaman kedua kita, sementara mencontohi Amerika Syarikat, Singapura dan juga Australia adalah ESSCOM ya. Bermula daripada peristiwa tempoh hari di Lahad Datu, ESSCOM yang tonggaknya adalah ada elemen tentera, ada elemen APMM, ada elemen polis ya. Hari ini, berjaya mengekalkan keamanan di kawasan Pantai Timur Sabah hari ini dan pelancong datang begitu ramai, keamanan wujud dan ESSCOM itu mempunyai rekod yang sangat cemerlang.
Antaranya, kidnap for ransom dulu berleluasa tapi sejak Januari 2020 sampai sekarang, tak ada lagi. Jadi kombinasi membina latihan, keupayaan, kompetensi dan tidak ada kompromi terhadap aspek pelanggaran integriti, kemudian mengguna
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
pakai teknologi semasa, kemudian fokus kepada tujuan dan matlamat penubuhan.
Ini semua kunci atau prasyarat kepada kejayaan organisasi kita. Terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Cha Kee Chin, Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan kesembilan.
9. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah kenderaan berat yang telah diambil tindakan kerana melebihi muatan semasa operasi khas JPJ pada suku keempat tahun 2025 dan apakah julat peratusan melebihi paras muatan dibenarkan yang telah direkodkan dalam tempoh operasi ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Menteri Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sepanjang operasi khas JPJ bagi kesalahan lori lebih muatan pada suku keempat tahun 2025, bermula 14 Oktober sehingga 31 Disember 2025, sebanyak 3,604 buah kenderaan berat telah dikesan dan diambil tindakan kerana membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Daripada jumlah tersebut, pecahan julat peratusan lebihan muatan yang direkodkan adalah seperti berikut:
(i) Kategori berat dengan muatan 7.5 tan ke bawah ataupun dikontrol, lebihan muatan 10 hingga 35 peratus melibatkan 655 kenderaan, 35 peratus hingga 70 peratus 549 buah kenderaan, 70 peratus ke atas 527 kes melibatkan 1,731 kenderaan;
(ii) Untuk kategori berat dengan muatan sehingga 7.5 tan sehingga 32 tan, untuk lebihan muatan 10 hingga 35 peratus 916 kenderaan, 35 peratus hingga 50 peratus 125 kenderaan dan 50 peratus ke atas 152 kenderaan melibatkan 1,193 kenderaan dalam kategori ini.
(iii) Manakala untuk kategori dengan lebih muatan 32 tan ke atas, lebihan muatan 10 hingga 25 peratus 473 kes, 25 peratus
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
hingga 50 peratus 167 kes dan 50 peratus ke atas 40 kes melibatkan 680 buah kenderaan.
Data ini menunjukkan bahawa sebahagian besar kes melibatkan lebihan muatan pada tahap serius yang berpotensi menjejaskan keselamatan jalan raya, kestabilan kenderaan, kefungsian brek serta ketahanan infrastruktur jalan.
Sebagai indikator awal keberkesanan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia memaklumkan bahawa berdasarkan data kemalangan maut yang direkodkan, jumlah kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat menunjukkan trend penurunan yang menggalakkan pada tahun 2025.
Secara perbandingan, data awal PDRM menunjukkan sebanyak 232 kes kemalangan maut melibatkan kenderaan berat direkodkan pada tahun 2023, meningkat kepada 260 kes pada tahun 2024 sebelum menurun kepada 163 kes pada tahun 2025.
Statistik ini merangkumi kemalangan maut melibatkan lori, treler dan kenderaan barangan berat tanpa mengambil kira sama ada kenderaan tersebut merupakan punca utama atau sekadar pihak yang terlibat dalam kemalangan.
Penurunan ini memberikan gambaran awal bahawa langkah penguatkuasaan yang diperkukuh terhadap pematuhan keselamatan kenderaan berat, termasuk kawalan muatan telah menyumbang kepada pengurangan risiko kemalangan maut di jalan raya, selaras dengan objektif kerajaan untuk melindungi nyawa pengguna jalan raya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan statistik berkenaan dengan penguatkuasaan untuk suku keempat tahun lepas dan saya rasa jawapan tersebut bukan setakat komprehensif tetapi menunjukkan satu trend yang patut dipuji iaitu di mana saya nampak kalau ikutkan bilangan kematian ya. Kerana yang melibatkan kenderaan berat turun hampir 40 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.
Jadi, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, untuk tahun ni, saya percaya langkah ini akan diteruskan, ada tak apa-apa langkah tambahan seterusnya untuk memastikan bahawa inisiatif ataupun tindakan tegas daripada kerajaan untuk melindungi nyawa pengguna jalan raya dapat diangkat ke satu tahap yang lebih baik.
Sekarang ini dah baik, kita nak tambah baik lagi supaya kehilangan nyawa itu dapat
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
dikurangkan lagi ke tahap yang lebih rendah daripada apa yang dicapai pada suku keempat tahun lepas. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang pertamanya saya nak tegaskan bahawa apa yang saya nyatakan tadi dari segi jumlah kes ialah kes kemalangan maut. Ia bukannya jumlah maut, sebab statistik muktamad perlulah kita dapati daripada pihak PDRM dan dalam sekejap masa lagi, saya— kita cuba dapatkan data yang terkini daripada PDRM untuk memberikan satu gambaran yang lebih menyeluruh.
Namun begitu, kita tetap merasakan bahawa trend menurun ini adalah satu yang menggalakkan dan kita akan cuba sedaya upaya untuk menurunkan lagi jumlah kemalangan maut dan sudah tentunya harapan kita ialah untuk memberikan satu jalan raya yang lebih selamat kepada pengguna.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Berkenaan dengan langkah-langkah seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan. Sudah tentu operasi penguatkuasaan ini akan diteruskan. Kita tidak menguatkuasakan undang-undang secara bermusim.
Penguatkuasaan undang-undang adalah secara berterusan dan selain daripada penguatkuasaan, pelbagai langkah lagi juga akan terus ditambah baik oleh pihak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan, terutamanya dari segi kompetensi pemandu. Kita akan melihat apa cara dan teknologi yang boleh membantu supaya kompetensi pemandu dapat dipantau dengan lebih baik dan dapat dipertingkatkan.
Yang keduanya dari segi penguatkuasaan terhadap pemandu-pemandu dan ini sesuatu yang perlu kita tambah baik dan saya harap ini mendapat sokongan daripada semua pihak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih kepada Speaker. Soalan tambahan saya kepada soalan 9 iaitu saya ingin bertanya tentang adakah kementerian masih menggunakan mata demerit ataupun KEJORA, di mana akibat daripada jika mata demerit ini masih digunakan, ia menyebabkan pemandu itu dikenakan mata demerit yang telah menjejaskan status lesen tersebut.
Jadi, akhirnya lesen mungkin boleh digantung dan dibatalkan jika kesalahan itu berulang.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Isunya sekarang ialah kadang-kadang kenderaan berat ini disebabkan oleh syarikat itu yang meminta untuk pemandu tersebut membawa dan sekiranya mereka tidak mengikuti, mungkin mereka akan dibuang kerja. Tetapi akhirnya menyebabkan mereka dikenakan mata demerit dan akhirnya mereka terkesan dengan lesen mata demerit ini. Kemudian, isu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Isu kenderaan berat ini juga kadang-kadang diatur oleh tonto yang mana tonto ini akan memberi maklumat kepada kenderaan-kenderaan berat ini di kawasan ini ada JPJ apa semua ini. Ini menyebabkan kita sukar untuk mengawal kenderaan berat ini. Adakah kementerian ingin memperluaskan iaitu kaedah weight in motion ataupun WIM di mana kenderaan ini boleh diisytihar ataupun ditimbang tanpa berhenti dan akhirnya boleh dikeluarkan saman dan sekarang ini masih lagi boleh ditimbang tanpa berhenti tapi kena ke timbang yang statik untuk mengeluarkan saman. Adakah kaedah ini diubah untuk menyelesaikan masalah kenderaan berat. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terlebih dahulu saya sedikit kelirulah. Saya pun tak tahu apa soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat sebab banyak sangat. Sama ada nak tanya Weight In Motion ataupun mata demerit ataupun penguatkuasaan terhadap pengusaha dan sebagainya ataupun tonto.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya. Banyak soalan itu.
Tuan Loke Siew Fook
Mana satu nak ditanya? Kalau weight in motion jawapannya ya kita akan teruskan. Malah saya akan membuat satu sidang media dalam masa terdekat, kita ada dua kawasan lokasi yang telah pun siap dipasang dan kita akan mulakan dengan penguatkuasaan tak lama lagi. Namun kita akan memberikan sedikit tempoh peralihan. Kita akan buat sidang media dalam perkara itu, memang telah pun ada pemasangan weight in motion ini. Kita akan mulakan dengan 10 lokasi di seluruh negara. Tetapi setakat ini yang telah pun selesai ataupun bersedia untuk dilaksanakan, ada dua lokasi yang akan saya umumkan dalam masa terdekat.
Yang keduanya berkenaan dengan mata demerit. Mata demerit ini memang ada tetapi kita hendak mengubah ataupun merombak semula kaedah sistem mata demerit ini supaya ia lebih berkesan.
Berkenaan dengan ketidakadilan terhadap pemandu kerana ada yang dikatakan dipaksa oleh pihak pengusaha dan sebagainya. Itu sebabnya kita
Tuan Loke Siew Fook
sekarang ini juga bertindak terhadap pengusaha untuk memerangi isu lebihan muatan ini. Itu sebabnya kita hendak katakan bukan setakat pemandu didenda.
Kalau mana-mana syarikat yang terlibat dengan isu overloading ini ataupun melebihi muatan ini, kita akan menggantung permit dia, permit kenderaan dia, lesen operasi juga boleh dibatalkan kalau mereka tetap melanggari peraturan-peraturan ini beberapa kali.
Jadi, ini yang telah pun ada fear factor ataupun faktor ketakutan kepada pengusaha supaya apa yang kita nak bukan sahaja pemandu kena, pengusaha juga.
Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Kadangkala pengusaha minta pemandu bawa lebihan muatan. Jadi, ini yang kita laksanakan supaya ada semua pihak bertanggungjawab dalam perkara ini.
Jadi, saya harap ini memberikan penjelasan kepada Yang Berhormat. Dari segi tonto, ini sesuatu yang menjadi cabaran kepada pihak JPJ. Memang kita sekarang ini ada tindakan seterusnya. Itu sebabnya kita memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan untuk melengkapkan anggota-anggota penguat kuasa kita, yang pertamanya dengan body-worn camera, yang kedua juga diberikan senjata, diberikan pistol supaya mereka juga ada senjata untuk mempertahankan mereka sendiri.
Tuan Loke Siew Fook
Memang ada cabaran daripada tonto ini tetapi kita sudah tentu tidak boleh tunduk kepada ancaman-ancaman daripada tonto untuk menguatkuasakan undang- undang kita, kerana ini melibatkan keselamatan jalan raya dan nyawa manusia.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
Tuan Yang di-Pertua,
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Puan Lim Hui Ying
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas yang akan diumumkan bagi Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 22 Januari 2026.” Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:
"Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas.” [20 Januari 2026]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, senarai pembahas adalah seperti berikut; YB Bagan, YB Indera Mahkota,
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
YB Bachok, YB Pasir Gudang, YB Beluran, YB Tangga Batu, YB Sri Gading, YB Hulu Terengganu, YB Temerloh, YB Puncak Borneo, YB Tumpat, YB Pokok Sena, YB Seputeh, YB Tanjong Karang, YB Pasir Mas, YB Tebrau, YB Kuala Terengganu, YB Kepala Batas dan YB Bakri.
Saya minta Yang Berhormat Bagan untuk berucap.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Puan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam dan disokong oleh Yang Berhormat Kota Melaka.
Sebagai rakyat dan Ahli Parlimen yang setia kepada sistem Raja Berperlembagaan, titah tuanku harus dipatuhi. Saya ingin menumpukan perhatian kepada aspek ekonomi dan pendidikan. Rancangan Pendidikan Malaysia 2026 hingga 2035 yang diumumkan semalam oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah respons segera terhadap tuanku yang hendak meningkatkan mutu pendidikan dan memperkukuhkan penguasaan bahasa Melayu. Saya akan serahkan kepada pemimpin saya yang memiliki butiran lanjut untuk uruskan atau umumkan sama ada RPN35 ini memenuhi aspirasi parti DAP dan manifesto Pakatan Harapan Pilihan Raya Umum Ke-15.
Sungguhpun cadangan saya untuk memulihkan UPSR atau PT3, sebaliknya digantikan dengan sistem penilaian untuk Darjah Empat dan Tingkatan Tiga. Ruang dan peluang harus diberikan kepada Kementerian Pendidikan untuk melihat keberkesanannya sistem penilaian. Keberhasilan atau outcome adalah pengukur prestasi pelajar-pelajar yang mutakhir dan muktamad.
Seperti yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, reformasi pendidikan yang diperlukan bukanlah semata-mata anjakan tetapi lonjakan yang mampu meningkatkan kedudukan dan skor PISA Malaysia yang mengukur kemahiran asas membaca, matematik dan sains dalam kalangan pelajar berusia 15 tahun. Malah, ia turut harus membugarkan pendidikan STEM bagi melahirkan bilangan jurutera dan saintis yang mencukupi untuk menguasai teknologi baharu dan AI.
Malaysia tidak boleh terus ketinggalan. Kalau dibandingkan dengan negara Vietnam dalam skor PISA serta pengeluaran atau kepadatan jurutera, tiada kompromi boleh dibuat terhadap merit dan standard pendidikan yang dibataskan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
atau dikompromi oleh retorik emosi tanpa disokong oleh fakta, angka, data dan pengetahuan.
Puan Yang di-Pertua, saya masih berpegang kepada prinsip bahawa peperiksaan merupakan salah satu ciri utama serta penanda aras prestasi akademik dan barometer kecemerlangan yang berterusan. Itulah sebabnya saya amat menyokong tambahan slot pengambilan universiti awam tahun ini daripada 1,500 kepada 3,000 untuk lepasan STPM dan pelajar berpencapaian tinggi. Semoga Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan Timbalan Menterinya dapat melaksanakan reformasi pendidikan dalam RPN35, seiring dengan justifikasi peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2026 berjumlah RM66.2 bilion demi menuju ke arah ekonomi berteraskan pengetahuan.
Puan Yang di-Pertua, kerajaan menggariskan K-Ekonomi atau ekonomi berteraskan pengetahuan (knowledge economy) yang berkisar kepada penggunaan, pembangunan dan penyebaran pengetahuan dan kreativiti sebagai pemacu utama pertumbuhan inovasi dan penciptaan kekayaan dengan tumpuan pada sektor teknologi maklumat, R&D dan model insan berkemahiran tinggi. Tetapi adakah yang kita dapat bukanlah K-Ekonomi tetapi K-Shaped Economy.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan II, Menteri MITI, Pengerusi MIDA dan MATRADE kerana mencatat satu pencapaian bersejarah pada tahun 2025 apabila prestasi perdagangan melepasi RM3 trilion buat kali pertamanya.
[Tepuk] Dengan eksport sebanyak RM1.61 trilion dan import sebanyak RM1.46 trilion.
Pertumbuhan ekonomi berkembang 4.9 peratus pada tahun lepas, melepasi sasaran rasmi empat ke 4.8 peratus. Kadar inflasinya hanya 1.6 peratus pada Disember 2025.
Kadar pengangguran adalah 2.9 peratus, yang paling rendah sejak 2014. Prestasi kenaikan nilai mata wang Ringgit terbaik dalam benua Asia pada tahun lepas kepada RM4.06 kepada USD1. Tahniah Menteri Kewangan II. Tepuk sikit lah.
[Ketawa] [Tepuk] Bursa Malaysia melonjak ke tahap tertinggi dalam enam tahun dengan melepasi 1,700 mata. Akan tetapi Puan Yang di-Pertua, prestasi ekonomi yang memberangsangkan ini tidak dirasai oleh rakyat Malaysia secara umumnya. Tetapi hanya dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi dan sektor tertentu seperti teknologi tinggi dan AI. Fenomena ekonomi dua peringkat atau two-tier economy memang terjelma di negara maju, di mana pencapaian ekonomi baik tidak meningkatkan kemampuan kos sara hidup ataupun perniagaan PMKS.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Wang tunai yang sedia ada dalam kocek 90 peratus Malaysia— keluarga Malaysia masih tidak mencukupi. Contohnya, produk Apple yang mahal, habis dijual.
Sedangkan nut, bolt and screw tidak boleh dijual bila ada sedikit kenaikan harga.
Inilah K–Shaped Economy. Di mana kesenjangan pendapatan dan dampak teknologi, di mana teknologi tinggi seperti AI berkembang pesat, sementara sektor lain yang bergantung pada kepenggunaan nilai rendah, tertinggal.
Saya harap pihak Kementerian Kewangan boleh berikan data, fakta dan angka, sejauh manakah kedudukan K–Shaped Economy di Malaysia? Tetapi saya nak tegaskan, ini bukan salah mana-mana pihak dalam Kerajaan Perpaduan, kerana ini fenomena dunia. Semua negara menghadapi masalah ini. Khususnya di Amerika Syarikat, di mana semua pun ada berita ekonomi baik tetapi kerana masalah K– Shaped Economy, populariti Donald Trump sebagai Presiden hanya 38 atau 39 peratus, rekod paling rendah dalam— di antara Presiden-presiden Amerika Syarikat.
So, ini bukanlah masalah Malaysia tetapi global. Tetapi kita harus menanganinya dan saya ingin bentangkan 12 syor fiskal dan kewangan untuk menangani K–Shaped atau two-tier economy, untuk menyelamatkan survival PMKS dan kemampuan kos sara hidup rakyat.
Satu, memperuntukkan 10 peratus daripada peruntukan kerajaan bagi kaum bumi kepada golongan bukan bumi tanpa mengurangkan peruntukan bumiputera.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Golongan bukan bumi, memang menghadapi kesulitan ekonomi yang tidak dirasai sejak krisis kewangan Asia pada 1998. Dan langkah sedemikian bukan sahaja adil dan saksama tapi juga membantu kemampuan hidup mereka.
Dua, membekukan atau mengkaji semula perluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas perniagaan Malaysia yang dilaksanakan pada 1 Julai 2025.
Tiga, mewajibkan pembelian 50 peratus barangan keperluan daripada pengeluar tempatan serta mengenakan SST 10 peratus dengan izin for imported and local iron ore, metallurgical coking coal, coke dan juga memasukkan SST untuk steel scrap demi melindungi industri tempatan. Kini industri besi dan keluli hampir 90 peratus dikuasai oleh syarikat asing.
Apabila Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2017 memberikan pengecualian cukai kepada syarikat asing untuk membina syarikat besi dan keluli di Kuantan, masa itu syarikat Malaysia menguasai lebih 80 peratus pasaran tempatan tapi hanya dengan tempoh masa tujuh, lapan tahun, sekarang industri besi dan keluli
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
dikuasai oleh syarikat negara asing. Adakah kita mahu industri tempatan besi dan keluli ditawan oleh negara asing dan bukanlah oleh syarikat negara Malaysia? Kita harus memastikan bahawa industri kritikal ini masih dikuasai dalam tangan syarikat- syarikat negara kita.
Puan Yang Di-Pertua, perlunya kepentingan dan PMKS dan perniagaan Malaysia dilindungi daripada masalah lambakan dan persaingan potongan harga oleh syarikat negara asing yang terjejas dengan dasar tarif Amerika Syarikat, lambakan barangan masuk dalam negara kita. Oleh itu, adalah penting kita lindungi mereka dengan kewajipan membeli barangan tempatan sekurang-kurangnya 50 peratus seperti yang diamalkan oleh negara Indonesia dan juga melindungi industri tempatan. Janganlah dengar mana-mana pihak yang menolak penaikan SST untuk imported and local iron ore, metallurgical coking coal, coke dan juga memasukkan SST untuk steel scrap. Ini akan menambahkan hasil cukai pendapatan negara sebanyak RM2.6 bilion.
Dan pada masa yang sama melindungi industri tempatan besi dan keluli Malaysia. Kalau ini tidak dilaksanakan, tidak ada satu lagi syarikat besi dan keluli Malaysia yang akan ditawan oleh syarikat asing. Yang menentang cadangan ini, dia adalah daripada syarikat asing. Kita harus dengar suara syarikat Malaysia. Itulah sebabnya saya harap ini boleh diambil kira. Bukan untuk kepentingan mana-mana pihak individu, tapi sekurang-kurangnya melindungi dan memastikan industri ini di bawah tangan rakyat Malaysia.
Keempat, mengecualikan perindustrian PMKS daripada e-invoicing. Kalau boleh, kalau tidak boleh sekurang-kurangnya menaikkan nilai ambangnya kepada hasil tahunan perniagaan sebanyak RM5 juta. Inilah masih rayuan demi rayuan yang kita terima daripada peringkat akar umbi.
Kelima, perlunya kita menubuhkan tribunal pembayar cukai khas bagi individu dan PMKS. Ini penting untuk memastikan keadilan kepada pembayar cukai kerana banyak yang individu dan juga PMKS tak mampu ambil peguam cukai. Buka fail RM500,000 hingga RM1 juta. Hanya dengan tribunal, barulah mereka boleh dapat keadilan.
Yang keenam, membekukan caruman dua peratus KWSP oleh majikan untuk pekerja asing dan cukai dua peratus pendapatan dividen yang melebihi RM100,000 ke atas syarikat yang bukan syarikat Bursa Malaysia. Ini juga untuk membantu syarikat Malaysia khususnya banyak yang ambil pekerja asing.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tujuh, mengurangkan cukai korporat PMKS kepada tahap 15 peratus tanpa had atau kawalan sepertimana yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat yang mendaftarkan dalam zon kewangan khas. Kalau syarikat asing boleh, PMKS pun harus boleh.
Yang kelapan, ini yang saya rasa banyak permintaan daripada pembayar cukai individu yang bayar PCB. Saya harap warga pekerja ini minta batalkan pelaksanaan notis bayaran CP500 kerana mengapa perlu mereka bayar secara pendahuluan enam ansuran. Mereka boleh bayar pada akhir tahun. Hanya satu tahun takkan tak boleh tunggu. Dan ini ialah warga kerja bukanlah yang buat bisnes.
Saya harap batalkanlah CP500. Ini permintaan oleh kebanyakan pembayar cukai.
Yang kesembilan. Harus menegakkan undang-undang. Di bawah seksyen 111D, Akta Cukai Pendapatan, bayaran balik yang layak pampasan sebanyak dua peratus setahun adalah bayaran balik yang lewat dikembalikan oleh LHDN. Tapi sehingga sekarang, sungguhpun pun ada berpuluh-puluh bilion Ringgit di hutang dan sekarang tentu atas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ucapkan terima kasih akan dikembalikan kepada pembayar cukai dan syarikat- syarikat tetapi mereka tidak terima dua peratus bayaran pampasan sepertimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang seksyen 111D, Akta Cukai Pendapatan. Kita harus menegakkan undang-undang dan bayaran ini dua peratus setahun harus dibayar kepada syarikat-syarikat di mana bayaran lebihan cukai lewat dibayar sejak 2020.
Yang ke-10, membatalkan pelaksanaan Cukai Transfer Pricing yang dianggarkan sebanyak RM10 bilion di bawah seksyen 140, Akta Pendapatan Cukai ke atas PMKS yang melonggarkan penguatkuasaan ke atas syarikat lain. Ada sebuah syarikat yang hutang sampai RM1.8 bilion. Ini akan ada kesan kepada semua syarikat kerana jumlah yang terlibat dianggarkan lebih RM10 bilion. Dan ini bukanlah satu jumlah yang kecil.
Sebelas, ini penting untuk pembayar cukai individu yang diminta sejak 2010.
Meningkatkan pelepasan cukai individu sebanyak RM3,000 kepada RM12,000 dan menaikkan setiap peruntukan cukai persendirian sebanyak RM1,000. Pelepasan cukai...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat, boleh saya mencelah sedikit?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya habis sini, saya akan bagi. Sekejap.
Pelepasan cukai ini tidak dinaikkan sejak 2010, 15 tahun tak dinaik. Kalau kita ikut
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
kenaikan kos sara hidup, RM9,000 harus jadi RM12,300 sekarang. Kita hanya minta RM12,000 sahaja. So, ini saya rasa sangat penting. Lagi dua paragraf. Nanti saya akan bagi. Dua paragraf.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Pelepasan ini, cukai ini penting untuk kurangkan kos sara hidup pembayar cukai individu. Dan yang ke-12, memudahkan pemprosesan pekerja asing dengan pendigitalan dan urusan online yang komprehensif. Sudah sampai masa pemprosesan pekerja asing dipermudahkan dengan pendigitalan dan urusan online yang komprehensif. Tidak ada sebab mengapa temu bual majikan yang memohon pekerja asing tidak boleh dijalankan atas talian. Ini akan meningkatkan kecekapan selain daripada mengurangkan berlakunya masalah rasuah. Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, saya tak bagi. Saya tak bagi. Sila gulung.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sekejap saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sikit, saya just nak tanya dengan banyak idea mengenai reformasi sistem percukaian yang diperlukan.
Ini semua ada idea-idea yang baik. Adakah Yang Berhormat merasakan bahawa GST perlu diperkenalkan semula dan adakah Yang Berhormat akan menyokong langkah tersebut?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Puan Yang di-Pertua, saya rasa sebelum kita menimbang perkara ini, kita harus menyelesaikan refund GST yang tidak dibayar balik. Semasa GST dilaksanakan, RM39 bilion refund tak dikembalikan. Sekarang ada masalah LHDN, tidak kembalikan refund untuk bayaran lebihan cukai. So, kalau masalah refund tadi kembalikan, ini akan menghantui, mencacatkan banyak perniagaan Malaysia. Selesaikan masalah ini dulu, baru kita bincang tentang merit dan demerit GST. Terima kasih.
Akhirnya, landing. Terima kasih. 12 cadangan ini boleh menambahkan kemakmuran dan mengurangkan kos sara hidup rakyat yang boleh meningkatkan hasil cukai kepada kerajaan. Yang penting ialah ia boleh bantu menangani masalah K-shaped economy. Yang mampu mengubah kehidupan rakyat agar mereka boleh hidup lebih baik dan senang berbanding dengan dahulunya. Saya harap kita berikan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
tumpuan kepada masalah ekonomi kerana ini yang diminta oleh rakyat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih, Yang di- Pertua. Saya lihat pada sesi ini ada kawan-kawan yang bertukar tempat.
Seorang Ahli
Naik pangkat.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tukar tempat. Yang naik pangkat, tahniahlah.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Yang Indera Mahkota tak tukar?
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Petaling Jaya, sila duduk.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Ketawa]
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sensitif soalan itu, Petaling Jaya.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Itu Tuan Yang di- Pertua, kawan lama. So, dimaafkan. Saya turut menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas Titah Diraja merasmikan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas pada 19 Januari yang lalu. Ada tiga bahagian perbahasan saya hari ini. Pertama, dari segi matlamat; yang kedua, apa alatnya; dan yang ketiga, apa yang harus diperbuat.
Tuan Yang di-Pertua, kita dalam Dewan ini berdiri dan beroperasi selaras dengan perjuangan suci. Kalau bagi orang Islam tentulah perjuangan itu antaranya dipandu oleh Surah Ali ‘Imran ayat 104; menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, dan melarang atau mencegah kemungkaran kerana yang itu yang dijanjikan kejayaan.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Tentu perjuangan kita ialah untuk membangun Malaysia yang lebih baik, yang nilai-nilai dalam Surah Ali Imran ayat 104 itu kita terjemahkan sebagai prinsip-prinsip kebenaran, keadilan, kemakmuran, dan kesejahteraan. Ada waktu kita berada di atas dari segi kejayaan negara, ada waktu kita bermasalah. Selepas bermasalah kita perlu reset. Antara reset yang dilakukan kalau di kalangan umat Islam ialah pada zaman Khalifah Umar Al-Aziz dan bagi kita di Malaysia pada zaman Tun Razak.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Reset itu bukan reset politik dan pentadbiran semata-mata tetapi reset yang lebih luas, iaitu pembinaan bangsa atau pembinaan umat. Ini antara yang diungkapkan oleh Ketua Pembangkang, Larut pada hari semalam. Soal konsensus nasional baharu, reset politik, reset ekonomi, pembinaan bangsa untuk membetulkan apa yang salah, contohnya rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, dan untuk memfasilitasi masa akan datang dari segi undang-undang, institusi, agensi dan sebagainya.
Alatnya bagi orang politik ialah parti politik sama ada parti sendiri-sendiri atau parti sebagai suatu gabungan. Tetapi, yang mustahaknya ialah kita harus melihat masa depan yang melewati political survivalism. Memang semua orang nak menang pilihan raya. Yang Berhormat sahabat saya dia menang besar. Tahun depan— ke tak tahu? Tak tahu lagilah, ya. Tapi, semua orang nak menang, Yang Berhormat.
Tak cerdiklah kalau masuk politik dia kata, “Oh, saya nak masuk je. Tapi, saya tak nak menang”. Itu tak berapa cerdik.
Soalnya, bukan hanya political survivalism; menang biarlah dengan cara yang baik. Sebab itu, sejak 20 tahun yang lalu, saya mengatakan kita perlu konfigurasi politik Malaysia yang baharu. A new political configuration untuk Malaysia. Susun aturnya yang baharu, sistemnya yang baharu, budayanya yang baharu.
Secara peribadi, saya mengungkapkannya sebagai politik baharu yakni politik integriti, politik bersih, politik segar. Yang selalu saya sebutkan ialah politik ilmu, bukan politik ampu. Politik hikmah, bukan politik fitnah.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Politik bakti, bukan politik undi. Politik berbilang kaum kerana kita negara berbilang kaum, dan politik moderat, wasatiyah atau balance di pertengahan.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Yang Berhormat, Tanjong Karang mohon mencelah.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih. Apakah pandangan Indera Mahkota berhubung persepsi berterusan pelbagai pihak bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah sering digunakan sebagai instrumen intimidasi politik pembangkang? Saya juga ingin menarik perhatian melalui pendedahan yang dibuat oleh Chegubard sebelum ini yang turut disertai laporan
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
kepada SPRM serta sidang media berhubung dakwaan semasa Pagoh menjawat jawatan Perdana Menteri.
Menantunya, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan didakwa telah menghubungi pemilik syarikat Cekap Urus Sdn Bhd, iaitu syarikat yang dianugerahkan tender pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan serta meminta sejumlah RM100 juta. Difahamkan apabila pihak syarikat hanya menyerahkan RM10 juta dan akhirnya penganugerahan tender tersebut telah dibatalkan dan kemudian diserahkan kepada SPANCO Sdn Bhd.
Hasil maklumat yang diberi juga mendapati bahawa Cekap Urus Sdn Bhd telah memfailkan saman terhadap Kementerian Kewangan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, ini berucap ke apa ini? Ini berucap ini Speaker. Panjang sangat.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Persoalannya, okey soalan. Tidakkah Indera Mahkota tertanya-tanya mengapakah SPRM dilihat agak lewat bertindak dalam kes ini dan mengapa isu tersebut tidak diberikan perhatian sewajarnya? Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ini Yang Berhormat nak suruh saya kena pecat dua kali ini.
[Ketawa] Dahlah semalam Kota Melaka kacau saya.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tak payah jawab.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Pada saya begini yang — Tuan Yang di-Pertua. Soalan itu ada validity-nya soal SPRM ya. Saya fikir SPRM bertanggungjawab untuk mengelakkan dirinya daripada persepsi tadi itu. Jadi, sekiranya wujud sebarang kesalahan tak kiralah di sebelah sana, di sebalah sini, individu atau sebagainya, siasatan hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, dengan setelus-telusnya. Baik, soal— ha, hilang dah tadi itu.
[Ketawa] Konfigurasi politik itu termasuk mewujudkan atau membina model baharu yang lebih stabil. Model yang lama itu istilahnya ialah saya takut salah sebut ini sebab ayatnya pelik sikit— consociationalism ya, yakni peraturan susunan elit daripada pelbagai etnik. Contoh terbaiknya ialah Barisan Nasional. Dan ia berlangsung dengan berjaya begitu lama. Tapi, akhir-akhir ini dia dah tak menjadi. Jadi, harus ada konfigurasi politik yang baharu. Mungkin contohnya centripetalism, bertemu di tengah. Bertemu di tengah dan tidak lagi bersifat elitis. Sebab itu saya alu-alukan apabila PAS walaupun parti Islam, ada sayap untuk bukan Islam. Parti saya, BERSATU— parti saya ya.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Ketawa] Walaupun parti Melayu bumiputera tapi ada sayap untuk bukan Melayu, bukan bumiputera. Itu konfigurasi yang baharu. Dan sebab itu, seperti Ketua Pembangkang sebut semalam, untuk ke hadapan yang penting ialah berbilang kaum, moderate, berada di centre (centrist). Yang ini Bangi mesti setuju dengan saya. Bangi kalau tak setuju dengan saya, bukan— Bangi yang ini dia mesti setuju.
Centrist. Kalau dia tak setuju, dia bukan kawan. Ya, sebab itu nama tak penting. Ya, nama tak penting. Yang penting ialah konfigurasi baharu yang moderate dan berbilang kaum.
Akhirnya, yang ketiga. Soal pendidikan. Sebab saya berucap sebagai...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Indera— Indera— Indera Mahkota.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ketua— ya, Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Boleh saya mencelah sikit?
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ini masa tak ada ini.
Pendidikan dah, pendidikan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sikit je. Tentang politik baharu tadi itu. Setujukah Indera Mahkota bahawa kita harus menggalakkan, mempromosikan, dan meningkatkan kesedaran tentang politik nilai berbanding dengan politik identiti yang selama ini telah pun mencorakkan landskap politik dalam negara kita? Terima kasih.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya, setuju. Memang harusnya begitu. Politik kita itu asasnya nilai dan prinsip-prinsip suci dan murni.
Terima kasih.
Soal pendidikan, kami di Perikatan Nasional, saya sebagai Ketua Portfolio Pendidikan Perikatan Nasional, kami telah menyebutkan soal reformasi pendidikan dan cadangannya sudah kami bahaskan sejak bulan Mac 2024. Kita terima kasih kepada Menteri KPM, Menteri KPT. Dua kali setiap seorang hadir dalam mesyuarat- mesyuarat select committee yang saya pengerusikan.
Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meluncurkan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035. Sebelum ini, Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di sini mengatakan apabila PM mentadbir Putrajaya, tak kira ada dua kementerian atau satu kementerian pendidikan, kita akan hanya ada satu pelan pendidikan. Semalam PMX umum Rancangan Pendidikan Negara tapi ada dua naskhah pendidikan. Satu
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
di bawah KPM dengan tujuh terasnya, dan satu di bawah KPKT dengan 10 lonjakannya.
Persoalan-persoalannya ialah apakah tidak ada wahdatul fikr (penyatuan pemikiran)? Ini yang saya debatkan pada sesi yang lalu. Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dato’ Indera Mahkota, dia banyak pendekatan dan dasar perubahan dasar yang dilakukan oleh KPM. Kalau kita teringat dulu ada Yang di-Pertua Dewan, kita ada HSC, MCE, ada LCE.
Kemudian ditukar kepada STPM, SPM dan juga SRP.
Kemudian bila dilihat bahawa atas dasar ia nya dilakukan mempertabatkan bahasa Malaysia. Bila dilihat, “Oh ada masalah tentang penguasaan bahasa Inggeris.” Kemudian di-introduce kembali PPMSI. Kemudian apabila selepas satu kohort, dua kohort ditiadakan semula.
Semalam saya risau sama ada perubahan-perubahan ini diasaskan satu kajian yang mendalam ataupun sekadar pengumuman untuk meletakkan legasi baharu kerajaan yang ada sekarang, Menteri yang ada sekarang yang menjadikan anak-anak murid kita sebagai bahan kaji uji yang akan memudaratkan generasi akan datang.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang Berhormat Indera Mahkota. Ini khas, tambahan. Apa dikatakan oleh Beluran tadi, apakah sampai bila KPM melaksanakan try and error. Try and error— sampai bila? Terima kasih.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Terima kasih. Itu bahasa Terengganu— try and error?
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, saya katakan tadi ada dua pelan. Kalau yang di bawah KPT, yang paling menarik bagi saya ialah model universiti empat kuadran yang di mana empat bentuk nanti. Walaupun universiti, IPTA ada 20, tetapi dia boleh beroperasi dengan empat cara. Yang tradisional, yang ada apa yang dipanggil perubahan marginal, ada yang perubahan adaptive, ada yang perubahan radikal.
Yang ini saya sambut baik. Dalam Select Committee saya dulu pun kita sambut baik.
Yang ini saya tahu pasti kajian dilakukan, tetapi yang bawah KPM semalam diumumkan peperiksaan Darjah 4: Tahun 4, yang ini saya terkejut. Sebab ini tak pernah dibincangkan sebelum ini.
Saya rasa ini yang disinggung oleh Beluran, oleh Hulu Terengganu dan kawan-kawan yang lain. Saya semalam, malam tadi sampai pagi tadi hampir tak tidur Tuan Yang di-Pertua. Orang tanya ni macam mana ni? Soalannya ialah, adakah ujian
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
ini metrik Tahun 4 ini menggantikan UPSR? Adakah kita akan kembali menjadi a nation exam ya? A nation of exam or exam nation, dengan izin. Pelajar-pelajar, murid-murid ini menjadi hybrid children. Cepat. Dicepatkan dewasanya kerana nak lulus peperiksaan dan mereka pergi tuisyen. Kalau dulu UPSR, tuisyen dari Darjah 1. Oh sekarang kalau dah exam Tahun 4, tuisyen daripada sebelum prasekolah.
[Ketawa] Ini kacau bilau kita, Tuan Yang di-Pertua. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Sila gulung?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Bangun]
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Okey. Seminit. Itu soal pengurusannya, tetapi persoalan yang lebih utama ialah soal pengisiannya.
Bagaimana dengan sukatan pelajarannya? Bagaimana dengan teguran Yang di- Pertuan Agong soal bahasa. Bahasa bukan hanya pengajaran. Kita sebut, “Bahasa jiwa bangsa.” Kalau dalam Islam, dalam surah Ibrahim itu disebutkan. “Kami tidak mengutus Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya baginda dapat menjelaskannya dan kaumnya dapat menerimanya.” Jadi harus dengar betul apa yang disebutkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu. Dan kalau mata pelajaran Sejarah, Tuan Yang di-Pertua. Masa saya sekolah dulu, saya kena belajar tentang Amerika Utara. Saya kena tahu Sungai Mississippi. The magnificent, majestic Mississippi. Saya orang Pahang. Saya sepatutnya diajar tentang Sungai Pahang. Sungai Pahang yang terbentang gemilang ya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, 1 minit pun sudah sampai.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya, jadi pada saya, saya harap waktu penggulungan nanti, Menteri Pendidikan, tolonglah jawab soalan.
Saya nak ucap tahniah Timbalan Menteri Agama. Ada sebab. Sebab kes Zara. Ini antara aktivis sebelum jadi Senator tentang kes Zara di Sabah. Kita beri tahniah. Tolong jawablah kes Zara sebab Menteri, saya dah tanya banyak kali dan ramai Ahli Parlimen termasuk Alor Setar tanya. Menteri tak pernah jawab.
Jadi, ini masalah Menteri kita ni. Saya tak tahu dia nak jawab soalan atau tidak apabila dia masuk Dewan pada kali ini. Saya minta Tuan Yang di-Pertua, kali ini penggulungan oleh kerana dua set pelan pendidikan yang sangat penting, biar
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
dua-dua Menteri jawab sekali. Maksud saya berturut-turut.
[Tepuk] Bagi masa awal, kita semua masuk dan kita concentrate bagi masa lebih sebab ini bukan main-main.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, mewakili sekalian warga Parlimen Bachok dengan takzimnya merafak junjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan didoakan semoga Allah SWT terus melimpahkan keberkatan usia, kesihatan serta kekuatan iman dalam memayungi rakyat dan negara.
Puan Yang Pertua, tiga perkara Bachok ingin bangkitkan dalam ruang perbahasan hari ini. Pertama, kerjasama negeri— Persekutuan.
Kedua, agenda bumiputera dan peranan GLC; ketiga, prospek ekonomi rakyat terbawah. Saya mulakan dengan prospek ekonomi rakyat terbawah selaras dengan keprihatinan yang telah dizahirkan oleh baginda tuanku dalam titah diraja dan turut disentuh panjang lebar oleh Ketua Pembangkang dalam ucapan beliau semalam.
Puan Yang Pertua, tahun 2026 merupakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Lazimnya, kejayaan ekonomi diukur melalui angka makro seperti pertumbuhan KDNK, kadar inflasi, kedudukan fiskal serta prestasi Ringgit. Namun, ukuran sebenar kejayaan ekonomi tidak wajar terhenti di situ sebaliknya menuntut penilaian yang menyeluruh dan tidak terpisah daripada realiti kehidupan rakyat terbawah.
Dalam mesyuarat JKPK Kewangan dan Ekonomi yang terakhir tahun lepas, Pengerusi pun dah naik jadi anggota pentadbiran, Timbalan Menteri. Gabenor Bank Negara hadir, Puan Yang di-Pertua. Kami amat berterima kasih dan kami bincang tentang prospek ekonomi 2026. Saya bangkitkan dalam perbincangan tersebut pentingnya untuk kita mengawasi indikator-indikator microeconomy: mikroekonomi.
Di samping menilai angka-angka makroekonomi sebelum kita merumus sebarang dasar fiskal dan dasar monetari antaranya paras simpanan rakyat dan kemampuan untuk menyimpan, kadar hutang rakyat dan kecenderungan untuk berhutang. Di samping, kuasa beli pengguna, kadar upah yang rendah dan kenaikan
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
gaji yang perlahan. Ini perlu sentiasa dalam radar Bank Negara, MOF dan Kementerian Ekonomi, kekanda saya, Paya Besar.
Puan Yang di-Pertua, atas kesedaran inilah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap dasar dan perancangan di bawah RMK13 dan Belanjawan 2026 diterjemahkan secara berkesan dan dalam bentuk program, projek dan bantuan yang benar-benar sampai kepada rakyat. Hakikatnya, isu kemiskinan dalam negara masih berterusan.
Tuanku pun masih sebut angka miskin tegar termasuk kemiskinan pelbagai dimensi (MPI) dengan kebergantungan kepada bantuan tunai yang masih tinggi.
Selain itu, kos sara hidup kekal menjadi isu utama rakyat khususnya golongan B40 dan M40. Pada masa sama trend peningkatan hutang kad kredit dan skim BNPL.
Kawan-kawan kadang itu mengusik jangan sebut BNPH, nanti ada yang terasa.
BNPL— beli sekarang, bayar kemudian semakin membimbangkan.
Perkembangan ini menuntut perhatian serius daripada pihak MOF, Bank Negara serta institusi perbankan agar daya tahan kewangan isi rumah tidak terus terhakis khususnya generasi muda bawah 30-an dan 40-an. Sehubungan itu, Akta Kredit Pengguna 2025 yang telah diluluskan tahun lalu perlu dikuatkuasakan dengan tegas.
Ini penting bagi melindungi pengguna daripada risiko hutang berlebihan dan muflis, mengawal amalan pemberian kredit yang terlalu longgar serta memperkukuh literasi kewangan rakyat dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar.
Puan Yang di-Pertua, saya beralih kepada agenda bumiputera dan peranan syarikat berkaitan kerajaan. Cabaran utama GLC dan GLIC hari ini bukan sekadar menjana pulangan pelaburan, tetapi mengimbangi kelestarian institusi, kestabilan ekonomi serta tanggungjawab sosial kepada rakyat khususnya agenda pembangunan bumiputera. Institusi seperti Tabung Haji dan KWSP, memikul amanah besar dalam melindungi simpanan rakyat manakala PNB berperanan membina kekayaan jangka panjang rakyat.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Khazanah Nasional pula menjadi institusi strategik dalam menentukan hala tuju pelaburan dan kedaulatan ekonomi negara. Dalam masa yang sama, jurang simpanan dan tahap persediaan persaraan rakyat kekal sebagai cabaran mendatang. Realitinya, sebahagian besar rakyat masih belum mempunyai simpanan mencukupi untuk menghadapi usia persaraan dan risiko jangka panjang. Difahamkan Kementerian Ekonomi sedang menyiapkan blue print bagi menangani cabaran masyarakat menua ini. Mohon dikongsikan perkembangannya.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Puan Yang di-Pertua, Bachok berpandangan bahawa GLC dan GLIC perlu terus memainkan peranan yang signifikan dalam memacu pelaburan domestik dan sektor strategik masa hadapan. Tabung Haji perlu memperkukuh struktur, operasi dan strategi pelaburan bagi menjamin kemampanan institusi di samping mengoptimumkan kos menunaikan haji bagi jemaah Malaysia. KWSP dan PNB wajar mempelbagaikan strategi pelaburan, menjuarai agenda pembangunan bumiputera dalam aspek pemilikan ekuiti dan pembinaan bakat profesional seterusnya memperkukuh daya saing syarikat flagship, dengan izin.
Syarikat flagship tempatan seperti Maybank, CIMB, TNB, Sime Darby dan lain- lain agar kekal kompetitif dalam landskap global yang semakin mencabar. Khazanah pula hendaklah memfokuskan mandat strategiknya kepada pelaburan berimpak tinggi, pembangunan ekosistem modal teroka serta pembinaan keupayaan dalam sektor masa hadapan demi menjamin kemampanan dan kedaulatan ekonomi negara.
Puan Yang di-Pertua, mengambil kira cabaran global dan domestik yang semakin kompleks, PETRONAS tidak terkecuali daripada keperluan transformasi strategik yang menyeluruh. Untuk rekod, prestasi kewangan PETRONAS bagi separuh pertama tahun 2025 menunjukkan penurunan dengan hasil merosot 24 peratus dan keuntungan selepas cukai susut sebanyak 19 peratus mencerminkan tekanan berterusan pasaran tenaga global. Sehubungan itu, transformasi strategik yang dilaksanakan PETRONAS hendaklah memfokuskan kepada penilaian semula aset dan portfolio berimpak tinggi, pembentukan perkongsian strategik serta peningkatan produktiviti, kecekapan kos dan pengurusan tenaga kerja.
Pada masa sama Puan Yang di-Pertua, GLC dan GLIC tempatan turut terkesan dengan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia–Amerika Syarikat.
Tadi Larut telah dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Antaranya, peruntukan yang menghendaki syarikat milik atau dikawal kerajaan beroperasi tanpa diskriminasi, dijelaskan oleh Menteri tadi terhadap barangan dan perkhidmatan dari Amerika Syarikat serta memastikan padang permainan yang sama rata, Perkara 6.2.
Komitmen yang terlalu mengikat ini berpotensi mengehadkan ruang dasar GLC, GLIC seperti Tabung Haji, PNB, KWSP, Khazanah dan PETRONAS yang berfungsi melindungi kepentingan strategik ekonomi dan sosial negara termasuk agenda bumiputera. Lebih membimbangkan ialah Perkara 5.1. Malaysia hendaklah mengambil langkah yang mempunyai kesan sekatan yang setara dengan tindakan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap mana-mana negara ketiga. Semua ini menuntut kepada penelitian semula perjanjian tersebut termasuk kesediaan untuk
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
merundingkan kembali terma-terma yang kelihatan tidak adil atau memudaratkan kepentingan negara dan dibentangkan di Parlimen sebelum sebarang ratifikasi dibuat oleh pihak kerajaan.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya Bachok ingin menyentuh tentang kerjasama negeri-Persekutuan, dibangkitkan, disentuh oleh Seri Paduka Baginda Tuanku. Dalam sebuah negara Persekutuan, kewujudan dua peringkat pentadbiran bukanlah untuk bersaing, tetapi untuk saling melengkapi bagai aur dengan tebing. Hubungan negeri yang kukuh, adil dan seimbang adalah penting bagi memastikan kestabilan politik dan pembangunan ekonomi kekal terpelihara.
Mutakhir ini, timbul pelbagai isu dan permintaan yang dibangkitkan oleh negeri- negeri sama ada berkaitan petroleum, percukaian, pelaburan dan agihan pembangunan. Bachok tidak berhasrat untuk menilai merit tuntutan tersebut, namun menegaskan bahawa isu-isu ini tidak wajar dilihat sebagai ancaman kepada sistem Persekutuan. Sebaliknya, setiap perbezaan dan pertikaian hendaklah diurus melalui ruang dialog dan rundingan yang lebih seimbang demi memperkukuh sistem Federalism yang adil dan saksama di negara kita. Inilah yang disarankan oleh baginda tuanku supaya kita kembali kepada niat asal pembentukan Malaysia iaitu perpaduan dan hormat menghormati serta kerjasama erat antara negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Akhir Puan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh beberapa perkara berkaitan adik, kakak saya di Bachok yang mencerminkan keutamaan sebenar rakyat di lapangan. Alhamdulillah, projek Hospital Bachok yang telah lama tertangguh telah siap dan mula beroperasi. Orang Bachok sekarang ini tak perlu pergi Kota Bharu ataupun Kubang Kerian. Cukup dua, tiga minit— sorry, lima minit, 10 minit sudah sampai ke Hospital di Bachok, di Jelawat.
Projek infra di bawah JKR, JPS dan KKDW. JKR, JPS dan KKDW yang masih berjalan khususnya projek jalan perhubungan desa di Tawang dan Jelawat, diharapkan siap mengikut jadual yang ditetapkan. Sekarang ini agak ketinggalan dan sukar kepada penduduk tempatan. Pada masa sama, Bachok semakin menjadi pilihan sebagai tuan rumah penganjuran pelbagai acara pelancongan, kebudayaan, pertanian dan kesukanan peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Justeru, saya mohon agar peruntukan Kementerian Pelancongan, KPKT dan Kementerian Pertanian dapat dipertingkatkan bagi menambah baik prasarana serta meningkatkan sokongan, bantuan dan penyertaan usahawan muda di Bachok khususnya dan Kelantan amnya.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Namun, Puan Yang di-Pertua, permintaan yang paling kerap yang dibangkitkan oleh rakyat ialah projek berskala kecil seperti jalan berlubang, jambatan rosak, baiki rumah, baiki masjid, sekolah daif, klinik usang, padang permainan dan lain-lain kemudahan yang dekat dengan rakyat. Ini yang kita selalu terima sebagai Wakil Rakyat, tak kiralah kerajaan mahupun pembangkang. Sewajarnya, peruntukan untuk projek mesra rakyat sebegini hendaklah disalurkan di setiap Parlimen tanpa mengira perbezaan politik.
Persoalannya di sini, kita dalam negara yang sama, Puan Yang di-Pertua.
Bayar cukai yang sama, di bawah Perdana Menteri yang sama, hormat kepada Speaker yang sama, mengapa layanan yang diberikan di kawasan kami tidak sama?
[Dewan tepuk]
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Mengapa?
Adat menyukat sama penuh, Adat menimbang sama beratnya; Adat mengukur sama jauh, Adat menghukum sama adilnya.
[Dewan tepuk]
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Akhir kata, marilah kita sama-sama merealisasikan hasrat baginda tuanku agar Malaysia terus maju dan makmur, aman damai serta seluruh rakyatnya menikmati kehidupan yang sempurna, bahagia dan sejahtera. Adapun ketegasan baginda tuanku dalam usaha memerangi dan memburu perasuah hendaklah disokong sepenuhnya.
Tiga prinsip yang perlu ditegakkan; ketelusan dalam siasatan, keberanian pendakwaan dan konsisten dalam hukuman. Semoga usaha ini dapat dijayakan, insya-Allah.
Sekian, Puan Yang di-Pertua yang budiman, Bachok menjunjung kasih.
[Dewan tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dengan sukacitanya menjunjung kasih Titah Diraja Tuanku Yang di-Pertuan Agong, ketika merasmikan persidangan Parlimen pada hari Isnin yang lalu. Banyak perkara yang penting telah dititahkan dalam ucapan baginda. Saya akan menyentuh beberapa perkara tersebut.
Di antaranya ialah mengenai rasuah.
Pada perenggan 6 teks ucapan baginda. Tuanku menyatakan beliau amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia sehingga
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
ke peringat tertinggi. Semua kita sedia maklum, dalam sehari dua yang lepas, terdapat Pegawai Tinggi Panglima Angkatan Tentera Darat ditahan, disiasat, direman. Ini perkara yang bukan selalu berlaku, tapi ini menggambarkan bahawa kedaulatan undang-undang tidak mengira siapa.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi, dalam ucapan ini saya akan menekankan perkara ini, tapi sebelum itu izinkan saya ingin di Dewan Rakyat, di Parlimen ini merekodkan dalam perbahasan saya ini penghargaan saya pada seorang warganegara kita. Namanya Badrul Hisham Shaharin yang biasa dikenali sebagai Che’GuBard, Pengerusi Pembela Tanah Air iaitu PETA. Beliau telah mendedahkan perkara ini tentang penyelewengan dan rasuah dalam angkatan tentera, tetapi saya ingin berlaku adil juga, pegawai- pegawai tinggi angkatan tentera itu baru disiasat, baru ditahan reman. Kalau dia tuduh pun nanti belum tentu bersalah. Proses undang-undang akan berjalan tetapi perkara ini telah menarik perhatian bukan sahaja kita termasuklah Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Di dalam ucapan baginda menyebut bahawa isu rasuah itu hanya lah sekelumit daripada segunung atau dalam bahasa Inggeris disebut the tip of the iceberg. Ini sangat mustahak untuk saya ulaskan. Memang benar selama ini terlalu banyak penyelewengan yang berlaku di Kementerian Pertahanan dan saya harap Menteri Pertahanan ambil perkara ini. Tolong sahkan apakah yang saya sebut ini betul atau tidak atau hanya hearsay? Terdapat 26 syarikat kartel yang dianggap, dituduh telah merasuah pegawai-pegawai kanan tentera berkenaan tender, supply dan maintenance contract. Itu satu.
Kemudian amat mengejutkan laporan yang menyatakan lima intelligence officer daripada Malaysian Defence Intelligent Organisation telah ditahan kerana selama lima tahun terlibat dalam operasi penyeludupan, smuggle...
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Pasir Gudang, mohon.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya sila, sila.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Okey bersabit dengan lima pegawai intelligence itu, itu berita yang salah. Sebenarnya lima orang itu, dua sahaja intelligence, tetapi mereka tidak didakwa sampai sekarang ini. Yang tiga itu daripada NAVY, daripada Air Force dan daripada Tentera Darat Kor yang lain. Jadi, saya nak betulkan fakta sahaja. Intelligence tak pernah jual maklumat. Tak pernah. Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih YB Ketereh.
Saya menghormati YB Ketereh, tapi di awal ucapan saya, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah ini hearsay atau fakta yang betul. Biarlah Menteri yang jawab.
Ini tips of the iceberg. Bermula daripada submarine Scorpene dengan komisen dan sebagainya sampai kepada kapal tempur LCS, RM9 bilion kontrak, RM6 bilion kerajaan telah bayar sampai sekarang satu pun tak siap, tak sampai.
Adakah ini silap? Betul. Terima kasih.
Jadi, saya berharap pendedahan tentang penyelewengan ini disiasat. Kita perlu berlaku adil kepada lebih 120,000 angkatan tentera yang amanah, yang menjalankan tanggungjawab, menggadai nyawa, mempertahankan negara kita ini termasuk berpuluh ribu, malah ratus veteran angkatan tentera.
Satu, dua hari yang lepas saya melihat, membaca kes mahkamah veteran angkatan tentera yang minta keadilan tentang pencen mereka yang berpencen sebelum 1 Januari 2013 telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan saya rasa. Yang dituntut oleh veteran itu bukan lah terlalu banyak. Yang dah diselewengkan ini berbilion. Kerajaan tolong lah anak-beranak. Walaupun mahkamah dah tolak judicial review itu, pakat baik-baik. Menteri Kewangan ada yang kedua ini. Anak-beranak, hormati mereka yang mereka ini pun dah ramai dah, dah uzur sangat. Setahun demi setahun makin sedikit, makin sedikit. Penyelarasan itu perlukan keadilan. Beza sangat. Yang pencen sebelum 1 Januari 2013 dan yang seterusnya. Saya ambil alih isu ini daripada Ketereh kerana nak menyokong YB Ketereh dalam hal ini.
[Tepuk] Kemudian Kebawah Duli Yang di-Pertuan Agong menyatakan amalan rasuah ini mesti diperangi secara besar-besaran. Ini memang seruan yang betul daripada raja kita. Kalau baginda tak bercakap, siapa lagi yang nak bercakap, tapi tuanku, ampunkan patik bercakap di sini. Bagaimana kita perangi secara besar-besaran rasuah ini jika ada elit-elit tertentu dalam negara kita, pemimpin-pemimpin besar di negara kita telah didapati oleh bersalah oleh mahkamah, tapi dibagi diskaun kemudian itu. Ini kesilapan— saya tidak kata kesilapan, something wrong dalam bahasa Inggeris yang dinyatakan. Dalam satu segi kita dah perang habis-habisan, dalam satu segi kita lepaskan dengan diskaun. Itu satu.
Yang kedua, di kalangan kita pemimpin besar elitis ini ramai pemimpin- pemimpin negara dulu dan sekarang. Kes di mahkamah mendapat DNAA, dilepaskan tanpa dibebaskan.
[Tepuk] Tak cukup itu kemudian dibagi NFA. Apa itu
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
NFA? Non-further action. Jadi, kasihan kepada— simpati saya kepada pegawai- pegawai SPRM yang gigih menyiasat...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Pasir Gudang...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya, silakan Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ada kes yang juga kita pertikaikan. 14 orang disiasat, cari gali mineral di Sabah, hanya dua yang dituduh di mahkamah. Yang 12 orang itu sekarang ini menjawat jawatan-jawatan yang tinggi dalam kerajaan negara juga dilihat dalam fakta yang sama, rakaman sama, peralatan sama, perakam orang yang merakam sama, tetapi hanya dua yang boleh dituduh di mahkamah. Yang ini masukkan dalam perbahasan Yang Berhormat.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Ya terima kasih YB Beluran. Saya akan jawab celahan daripada YB Beluran. Puan Speaker, izinkan saya di sini mengalu-alukan kehadiran pengetua, guru-guru dan pelajar dari sekolah menengah, SMJK Chan Wa II, di bawah Parlimen Rasah. Selamat datang.
[Tepuk] Saya sambung semula. Apa yang YB Beluran cakap itu betul iaitu kerajaan berusaha, Kabinet, Perdana Menteri berusaha untuk memerangi rasuah, tapi persepsi di luar sana melihat ada kes cepat disiasat, ada kes lambat disiasat, kadang-kadang tak siasat langsung. Ada kes cepat dituduh, ada kes langsung tak dituduh. Kadang-kadang saya pun merasa saya di pihak kerajaan yang bukan kerajaan itu agak cepat sikit, tapi kalau yang bukan kerajaan cepat penyiasatan, tapi kalau di pihak kerajaan ini, lambat sedikit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi, itu menjadikan apa yang berlaku, apa yang dipanggil transparent index rasuah negara kita, tak meningkat. Satu segi buat, satu segi lagi kita tidak buat, tapi dalam hal begini, YB Beluran, ‘nak salahkan kerajaan sahaja pun tak adil juga. Saya ambil satu contoh ini.
[Menunjukkan senaskhah surat khabar] Umpamanya ini rasuah ini, ini surat khabar apa ini? Sinar Harian. “PMX arah beku perolehan ATM dan PDRM terkait isu rasuah.” Jadi, maknanya bukanlah kerajaan ini tak ambil tindakan, ambil tindakan.
Membekukan kontrak-kontrak yang melibatkan sekali lagi angkatan tentera dan pihak polis pun sama. Jadi, inilah yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ertinya, perlu diperangi habis-habisan.
Akhir sekali Yang di-Pertua, satu minit untuk saya menggulung. Walau apa pun kritikan terhadap Kerajaan MADANI sekarang ini, tapi saya lihat di peringkat selepas tiga tahun ini, ada perkara baik yang nak dilakukan iaitu reformasi institusi.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Kalau ini dapat dilakukan, ini kira jasa besar kerajaan sekarang ini. Kita harap kerajaan ini menang lagi, berkuasa lagi untuk meneruskan reformasi ini.
[Tepuk] Bukan mudah.
Iaitu orang yang berkuasa termasuk dia Perdana Menteri, nak mengehadkan tempoh 10 tahun saja, dua penggal. Ini pelik juga, tapi ini yang nak dibuat. Ini janji, boleh saya sebut janji kitalah kepada rakyat.
Yang kedua, nak pisahkan Peguam Negara dengan pendakwa raya, dua jawatan yang sekarang dipegang oleh satu orang ini, ini bukan perkara yang mudah.
Banyak pindaan perlembagaan akan dilakukan. Ertinya, perlembagaan itu akan dirombak macam-macam, tapi nampaknya akan dibentangkan ini, ertinya kementerian yang berkenaan, Kabinet yang berkenaan ini tak putus-putus bekerja dan kalau ini berjaya, ini suatu jasa besar mereka.
Kalau mereka tak jadi kerajaan akan datang pun tidak apa, tapi inilah sumbangan besar mereka kepada negara dan selama ini 60 tahun lebih kita merdeka, tapi kerajaan yang ada sekarang ini. Jadi saya rasa saya bersikap adilah.
Adakala saya kritik kerajaan ini, tapi yang akhir ucapan saya ini, nampak kerajaan ini boleh diharap lagi. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Sesi Parlimen yang lalu, Yang Berhormat Speaker, kita telah meluluskan undang-undang anti lompat. Saya ada cakap dengan Larut semalam dan kita niat dan roh dan matlamatnya adalah untuk menghalang Ahli Parlimen daripada melompat parti. Itu merupakan roh dan matlamatnya.
Dan ia begitu, satu rang undang-undang yang disokong dan didukung oleh semua Ahli Parlimen di kedua-dua belah pihak ketika itu. Jadi bererti Parlimen ini secara sebulat suara mendukung satu undang-undang bagi menghalang Ahli Parlimen daripada melompat parti, tetapi apa yang berlaku selepas pilihan raya umum yang lalu? Sebaik saja selepas pilihan raya umum, empat daripada rakan kami di sini yang bertanding atas tiket yang berbeza logonya telah menyertai kerajaan sebelah. Bulan-bulan selepas itu ada lima orang lagi yang juga berhijrah parti, mendukung dan menyokong kerajaan, yang walaupun menyokong, tetapi itu merupakan inti parti kepada Akta Anti Lompat yang diluluskan oleh Parlimen yang keluar daripada parti sini dan menyokong parti yang lain.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Kelima-lima mereka itu termasuklah Bukit Gantang, Jeli, Gua Musang, Kuala Kangsar, Tanjung Karang dan juga Labuan. Pihak kami tidak berpuas hati apa yang berlaku dan mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi dan dua minggu yang lalu, selepas tiga peringkat mahkamah, Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Rayuan dan Persekutuan, akhirnya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa soal kuasa speaker itu, non-judiciable, tidak boleh dipertikaikan.
Dan di sinilah kekeliruan, di sinilah kelemahan rang undang-undang ini. Dia bukan soal fakta, Yang Berhormat Speaker. Kalau bercakap tentang fakta, kami ada fakta, kami ada bukti, kami ada surat, kami ada pengakuan ahli-ahli GRS yang bertanding atas tiket GRS yang sebenarnya adalah mewakili Perikatan Nasional pada pilihan raya umum yang lalu. Kita ada dokumen tersebut. Begitu juga kelima- lima mereka yang berhijrah parti itu ada menandatangani surat aku janji bersama dengan kita untuk tidak meninggalkan kita dan tetap setia dengan aku janji sedemikian.
Kita ada dokumen yang dimeterai dan dicop di commissioner of oaths, tetapi bukan soal itu yang menyebabkan kes pemula kami itu ditolak oleh mahkamah sehingga Mahkamah Persekutuan, tapi soal kuasa yang tidak ditakrif secara jelas oleh akta ini, Akta Anti Lompat. Kerana di dalam anti-lompat, kita tidak takrifkan apa sebenarnya kuasa Speaker. Sama ada Speaker akan bertindak sebagai hakim ataupun Speaker tugasnya adalah untuk memaklumkan kekosongan kepada SPR, tapi apa yang berlaku? Speaker mengambil kesamaran itu dan bertindak sebagai hakim dalam kes-kes kekosongan yang telah pun difailkan oleh kami terhadap wakil rakyat-wakil rakyat kami ketika itu dan ini yang berlaku.
Jadi, maknanya rang undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen ini adalah, satu undang-undang yang lemah, yang tidak menepati terhadap kehendak dan matlamatnya. Itu merupakan kegusaran kami dan tentu sekali di pihak kami yang berhadapan dengan penghijrahan itu, bercakap lantang tentang perkara ini dan pihak sebelah yang meraih sokongan tambahan disebabkan oleh kelemahan akta ini membisu, diam daripada awal hingga sekarang, tetapi itu bukan matlamatnya Yang di-Pertua Speaker. Matlamatnya adalah, kita sama-sama mendukung satu undang- undang bagi menghalang Akta Anti Lompat. Sebab itu Yang Berhormat Speaker, soalan saya, ke hadapan ini, apa tindakan yang akan diambil oleh kerajaan?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Adakah kerajaan akan mengkaji semula provision, provision dan kelemahan-kelemahan akta ini bagi memastikan tidak ada wakil rakyat dan perkukuhkan akta ini yang boleh melompat parti selepas ini.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Beluran, boleh saya dapatkan penjelasan? Saya faham apa yang disebut oleh YB Beluran tadi dan sudah tentu kejelasan itu penting, tapi saya nak tahu tentang apa yang berlaku di DUN Perlis contohnya. Apabila tiga orang Ahli Dewan Negeri PAS menyokong ADUN BERSATU, adakah YB Beluran setuju dalam hal tersebut, YB PAS itu sepatutnya mengosongkan Kerusi dan apa yang dibuat oleh Speaker dalam situasi tersebut adalah, tindakan yang tepat iaitu mengumumkan bahawa kerusi tersebut adalah kosong. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Rakan Yang Berhormat Speaker, kesamaran tentang kuasa Speaker. Akta yang sama, konsep yang sama, matlamat yang sama, tetapi ada perbezaan interpretasi dan tindakan yang dilakukan oleh Speaker-speaker.
Speaker Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi, Speaker Kelantan mengosongkan Kerusi, Speaker Perlis mengosongkan kerusi. Sebab itu saya katakan berbalik kepada kelemahan akta ini. Jadi maknanya, akta ini boleh ditafsir mengikut kehendak, kesesuaian kerajaan dan juga Dewan ini.
Jadi sebab itu saya katakan, inilah kelemahan akta yang perlu dibaiki oleh kerajaan. Sebab itu tanya tadi, apa tindakan ke hadapan yang akan dilakukan oleh kerajaan selepas ini? Jadi kalau niatnya adalah untuk menghalang Ahli daripada melompat parti dan kita ada akta yang lemah dan gagal menghalang, tentulah tindakan kita perbaiki undang-undang itu. Kalau tidak, kita mansuhkan undang- undang itu dan biarkan aktiviti sukan melompat ini berterusan berlaku di kalangan kita.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Beluran, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dengan meriah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Beluran. Saya ‘nak dapat penjelasan daripada Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah Beluran juga bersetuju bahawa tindakan-tindakan mencuri kerajaan, saya gunakan istilah
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
‘mencuri kerajaan’, adalah sesuatu yang melanggar perlembagaan? Saya rujuk kembali kepada apa yang dibangkitkan oleh Bangi tadi, yang menyebabkan seorang Menteri Besar terpaksa melepaskan jawatan. Tindakan-tindakan sabotaj yang dilakukan di antara BERSATU dan PAS.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
No, no. Donʼt go into politics here.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
*No, no, it is not politics.
It about, it applies everywhere*. Ia adalah sama rata. You are a lawyer. Pernah menjadi Speaker. The law must apply equally everywhere, dengan izin. Kalau berlaku di Perlis, kenapa tak jadi masalah? Curi di antara BERSATU dan PAS menyebabkan Menteri Besar itu digulingkan. Why don’t you don’t want to speak about it?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa ‘tak mahu bercakap tentang perkara itu? Adakah itu boleh dilakukan?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Yang Berhormat, ya cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah kita merestu, merestu kerajaan dicuri seperti yang dilakukan sebelum ini?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Ya. Yang Berhormat saya balik kepada tajuk yang lain Yang Berhormat. 2025 ini, tahun 2025 merupakan separuh penggal kepada dasar pelaksanaan Dasar Agromakanan 2.0. Dasar Agromakanan 2.0 disasarkan antara tahun 2021 hingga 2030. Antara objektif Dasar Agromakanan 2.0 ini Yang Berhormat adalah untuk menjamin sekuriti makanan, memacu pertumbuhan ekonomi sektor agromakanan, meningkatkan pendapatan pengeluaran makanan, membangun sektor agromakanan dan juga memperkuatkan rantaian produk agromakanan untuk pasaran dominasi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Beluran, saya masih minta penjelasan atas isu itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak bagi laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
2025 ini merupakan separuh penggal, separuh penggal.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maksudnya, kalau kita untung, ‘tak bising. Kalau kita untung, ‘tak bising. Kalau kita rugi, kita bising.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
You tak pernah bising pasal anti- lompat kerana you untung terhadap pelompatan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hei, Beluran.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya pernah bisinglah.
Saya jadi mangsa kerajaan yang dicuri dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat sila duduk.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Dasar DAM 2.0 ini menyasarkan antara lain sektor pengeluaran padi beras umpamanya akan dicapai 75 peratus pada menjelang tahun 2025 tahun ini dan juga disasarkan oleh dasar ini 80 peratus pada tahun 2030. Tentulah soalan saya setakat peringkat separuh penggal ini di mana kedudukan kita dari segi penghasilan pengeluaran beras negara?
Kerana matlamat ini, a way through sama ada kita telah mencapai. Kerana apa yang saya difahamkan, right now is below 60. Dan kalau kita sasarkan 75 peratus, kita terlalu jurang perbezaan untuk dicapainya terlalu kuat, terlalu jauh.
Sebab itu kerajaan dan kementerian harus mengolah langkah-langkah.
Masalah, adakah masalah penyaluran subsidi input, insentif harga dan bantuan infra telah meningkatkan pengeluaran beras negara? Apakah petani masih berhadapan dengan isu kos baja, racun, tenaga kerja yang meningkat, isu mekanisasi yang perlahan serta produktiviti yang tidak seimbang antara wilayah, isu kebergantungan kepada import yang tinggi, yang sekali gus menjadikan negara terdedah kepada gangguan geopolitik, juga kenaikan harga global, isu benih, isu varieti benih yang dikeluarkan, adakah menepati kehendak petani yang boleh mengangkat pengeluaran beras negara dalam jangka masa lima tahun ke hadapan ini.
Semalam ada himpunan petani di luar gate Dewan Tan Sri, Dato' Yang Di- Pertua dan antara isu yang dibangkitkan adalah isu benih. Saya khuatir jika masalah- masalah ini tidak ditangani oleh kementerian dan kerajaan, sasaran kita untuk SSL 75 peratus 2025 dan juga 80 peratus tahun 2030 tidak akan dapat dicapai.
Begitu juga kita sasarkan pengeluaran daging lembu umpamanya, 50 peratus menjelang tahun 2030, daging kambing 30 peratus menjelang tahun 2030, sama ada
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
ia nya sedang dalam capaian kerajaan untuk memastikan sekuriti makanan negara tetap terjamin menjelang akhir Dasar Agromakanan 2.0 ini.
Yang Berhormat Speaker, saya juga ingin menyentuh tentang pertubuhan peladang. Sejauh mana jawatankuasa interim yang dibentuk oleh kerajaan kini boleh menyerahkan semula tugasan dan juga pengurusan NAFAS kembali kepada anggota pengarah yang telah dipilih oleh Jawatankuasa NAFAS peringkat bawah, menengah, ke atas ini? Kerana itu merupakan satu jawatankuasa intim. Apa perkembangan tentang kemelut kepimpinan NAFAS yang sedang berlaku?
Dan saya faham bahawa antara perkara yang dibangkitkan tentang NAFAS ini adalah kerana NAFAS dimonopoli, dipengaruhi oleh parti politik, soal politik, tetapi dalam menyelesaikan pengaruh politik di dalam NAFAS, kita tidak boleh mengambil orang-orang politik daripada parti lain untuk neutralize-kan pengaruh yang ada, pengaruh politik yang ada di dalam NAFAS pada ketika ini. Itu bukan cara penyelesaiannya, tetapi NAFAS, PP, Pertubuhan Peladang merupakan organisasi yang perlu diperkasakan bagi memastikan pengeluaran makanan negara terus stabil menjelang tahun 2030 seperti yang disasarkan oleh Dasar Agromakanan 2.0.
Yang Berhormat, saya tahu masa jam 1. Setakat itu perbahasan saya.
Beluran Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua Tangga Batu Menjunjung Kasih, Merafak Sembah menyokong penuh Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong. Titah ini mencerminkan kebijaksanaan, keprihatinan serta harapan baginda agar negara ini terus dipacu berlandaskan tadbir urus yang baik, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda telah menyentuh isu yang berkaitan dengan kesihatan rakyat. Berat-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Penyakit strok merupakan satu isu kesihatan global dan nasional yang semakin hari semakin serius. Menurut World Stroke Organization, tahun 2025, seramai 93.8 juta orang hidup dengan kesan strok dengan 11.9 juta kes baharu dan 7.2 juta kematian setahun melibatkan kos sebanyak USD890 bilion setahun dan dijangka melebihi USD1 trilion menyelang 2030.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Di Malaysia sahaja, sekitar 150 orang daripada 100,000 penduduk mendapat strok setiap tahun dengan peningkatan 4.9 peratus melibatkan pesakit semakin muda dan kini menjadi punca kematian ketiga terbesar di dalam negara. Selain pencegahan, rawatan awal dan rehabilitasi amat penting. Ahli fisioterapi memainkan peranan kritikal dalam pemulihan sakit strok, namun akses rawatan masih terhad.
Antara punca utama ialah kekangan masa keluarga, kesesakan klinik fisioterapi KKM dengan sela temu janji panjang serta kurang kesedaran terhadap rawatan moden. WHO menyarankan nisbah satu ahli fisioterapi bagi 2,000 penduduk. Namun, Malaysia hanya mencapai nisbah satu kepada 7,311 dengan sekitar 4,500 ahli fisioterapi yang aktif dan hanya kira-kira 2,000 di bawah KKM.
Permintaan rawatan meningkat kepada 26.4 juta pesakit pada 2024 menyebabkan perkhidmatan KKM semakin sesak. Tangga Batu ingin menyarankan agar KKM menambah perjawatan fisioterapi, memperluaskan klinik fisioterapi termasuk rawatan dari rumah ke rumah serta memperkasakan NGO seperti NASAM melalui sokongan dan geran kerajaan.
Tangga Batu juga ingin menyarankan agar MARA turut menyediakan pinjaman kepada ahli-ahli fisio yang ingin membuka klinik fisio swasta bagi memenuhi keperluan semasa yang semakin meningkat.
Sementara itu di dalam Parlimen Tangga Batu, Tangga Batu juga menyeru agar Pihak Kementerian Kesihatan dapat memperhatikan keperluan ini di dalam Parlimen Tangga Batu. Pertama, pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Rambai yang telah diluluskan, tapi belum dibangunkan lagi kerana bergantung kepada kewangan kerajaan seperti jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri dalam sesi yang lalu.
Kedua, menggantikan ambulans di Pusat Kesihatan Sungai Udang yang rosak dan kos penyelenggaraan yang tinggi di mana ada waktu tertentu mereka terpaksa meminjam dari pusat kesihatan yang lain. Begitu juga dengan pusat kesihatan yang lainnya dalam Parlimen Tangga Batu.
Tuan Yang di-Pertua, dalam membina kesejahteraan rakyat, kita juga perlu melihat nasib pekebun kecil getah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat sambung selepas lunch break.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tapi tambah masa lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
9 minit, bagi.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam bahagia. Selamat petang. Kita sambung perbahasan Titah Diraja dengan saya menjemput Yang Berhormat Tangga Batu. Tangga Batu ada sembilan minit lagi. Silakan, Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam membina kesejahteraan rakyat kita juga perlu perhatikan nasib pekebun kecil yang berjumlah, pekebun kecil getah yang berjumlah 331,000 orang yang berada di luar bandar. Mereka hari ini adalah antara golongan yang berpendapatan sangat rendah mungkin lebih rendah di bawah daripada miskin tegar disebabkan harga getah yang tidak menentu dan hasil yang berkurangan.
Industri getah asli negara hari ini sedang memasuki fasa yang sangat kritikal.
Statistik menunjukkan pengeluaran negara terus berkurang dari tahun ke tahun.
Hasil getah yang direkodkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak 514,000 metrik tan berkurang sebanyak 24.9 peratus pada tahun 2024 dengan jumlah 386,000 metrik tan. Walaupun eksport produk getah bernilai RM20 bilion setahun, tetapi ia nya tidak memberikan manfaat kepada pekebun kecil getah di desa dan kampung-kampung.
Kita maklum bahawa antara sebabnya adalah harga getah yang rendah dan tidak stabil. Pengeluaran getah asli jatuh bukan sebagai satu faktor sahaja, tetapi kerana gabungan beberapa faktor. Di antaranya tenaga kerja tua, harga yang rendah, penyakit tanaman, kemerosotan ladang produktif disebabkan bahan tanaman yang kurang sesuai dan masalah dalam industri hiliran yang membuatkan sektor ini kurang menarik untuk pelaburan dan penyertaan generasi muda.
Penyakit pestalotiopsis yang mula dikesan pada tahun November 2017 merupakan malapetaka baharu kepada industri getah negara. Daripada tinjauan saya di Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang serangan penyakit ini sangat membimbangkan seolah-olah sudah di luar kawalan terutama di musim curah hujan yang tinggi. Walaupun kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM14.9 juta pada
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
tahun 2022 hingga 2024 untuk tujuan pengawalan penyakit ini serta peruntukan tambahan RM35 juta telah disalurkan kepada Lembaga Getah Malaysia untuk tujuan kawalan namun penyakit ini telah tersebar dengan meluas sepertinya tidak terkawal lagi.
Di mana peranan LGM? Di mana peranan FELDA dan peranan RISDA yang bertanggungjawab dengan industri getah negara? Penyakit ini telah menular seperti pandemik COVID. Tangga Batu dimaklumkan oleh pekebun kecil bahawa pokok getah mereka mengalami keguguran daun dua hingga tiga kali setahun menyebabkan hasil getah menurun dengan drastik. Ada pekebun kecil yang dahulunya memperolehi 400 hingga 500 kilo sebulan, hari ini jatuh kepada 100 kilo sahaja. Bahan tanaman dan kurang getah dan kadar pertumbuhan yang perlahan.
Tuan Yang di-Pertua, kita harus balik kepada back to basic. Pertanyaan Tangga Batu antara keluhan pekebun kecil adalah bahan tanaman yang pertumbuhannya lambat dan hasil getahnya rendah. Pertanyaan Tangga Batu, apakah kerajaan betul-betul ataupun agensi yang terlibat betul-betul melihat tentang biji getah yang digunakan sebagai pokok penanti? Kalau saya belajar 40 tahun dahulu yang kita gunakan adalah PVIG, GG dan juga GT1. Apakah benda ini masih ada lagi untuk dijadikan pokok penanti kerana kalau pokok penantinya tidak sihat, sudah pasti walaupun dikahwinkan dengan klon yang baik hasilnya tetap tidak memuaskan.
Jika penyakit luruh daun ini tidak dikawal dengan tuntas, dibimbangi hasil getah negara akan terus merosot ke paras di bawah 320,000 metrik tan pada tahun 2025 saya jangkakan dan akan terus menjunam untuk tahun-tahun ke depannya.
Maka tidak hairan jika pekebun kecil getah beralih ke tanaman lain seperti sawit dan juga Musang King. Seperti yang pernah Tangga Batu sebut di Dewan ini bahawa kawalan bersepadu dan penggunaan alat dan mesin yang sesuai perlu dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menitikberatkan soal rasuah dan tata kelola dan salah guna kuasa. Pada sidang yang lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu undang-undang ada memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ketika itu sedang menyiasat kes berhubung dengan kelemahan tadbir urus dalam perolehan dan juga pemajakan ladang sawit di Sabah dan juga di Kelantan. Ia susulan daripada pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit LKAN Siri 2025. Tangga Batu ingin bertanya, apakah perkembangan siasatan SPRM itu sehingga kini?
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tuan Yang di-Pertua, hasil sektor pertanian pada setengah produk dan perladangan negara didapati berada dalam keadaan stagnant dan memerlukan intervensi dasar yang lebih menyeluruh dan berkesan agar tidak menjejaskan keterjaminan makanan dalam negara. Penggunaan baja kimia dan racun perosak yang berpanjangan di duga telah membunuh banyak koloni microbes ataupun beneficial microbes seterusnya menjejaskan kesuburan tanah dan meningkatkan serangan penyakit.
Banyak penyelidikan yang dilakukan oleh ramai para penyelidik sama ada di universiti ataupun organisasi penyelidikan yang lain yang telah menemukan EM ataupun Effective Microbes sebagai suatu alternatif jawapan permasalahan yang sedang dihadapi oleh sektor pertanian dan perladangan negara. Penggunaan EM atau Effective Microbes di dalam baja organik dapat membina dan mengembalikan koloni bakteria baik iaitu beneficial microbes di dalam tanah sekali gus memulihkan struktur dan kesihatan tanah dan meningkatkan kesuburan tanah.
Walaupun begitu, kita tidak melihat satu usaha bersungguh-sungguh dari kerajaan untuk mengangkat hasil penyelidikan ini untuk diguna pakai secara meluas dan dikomersialkan agar petani dan penyelidik akan sama-sama mendapat manfaatnya dan mencipta peluang ekonomi baharu dan lorongan pekerjaan.
Program penghasilan EM dan penggunaannya boleh dimasukkan dalam TVET Pertanian seperti yang diminta oleh Pertubuhan Organik Kebangsaan (NOA).
Tuan Yang di-Pertua, Melaka memiliki keunikan dari sudut kepelbagaian kaum dengan adanya komuniti Baba Nyonya dan ceti. Mereka datang ke Melaka pada awal abad ke-15 dan berasimilasi dengan penduduk tempatan dari segi makanan, budaya, cara berpakaian dan penguasaan Bahasa Melayu yang baik sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Ini menepati dengan apa yang dihasratkan oleh baginda tuanku dengan keutamaan Bahasa Melayu dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang aman damai seperti yang kita lihat dalam masyarakat Baba Nyonya dan ceti di Melaka.
Tangga Batu ingin mencadangkan kepada kerajaan agar mengangkat komuniti Baba Nyonya dan ceti ini sebagai ikon perpaduan negara selaras dengan keunikan komuniti ini yang boleh menjadi jambatan perpaduan antara kaum di negara ini.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Sehubungan dengan itu, Tangga Batu juga menyarankan agar wakil daripada Baba Nyonya dan ceti ini diangkat menganggotai Majlis Penasihat Perpaduan Negara agar mereka dapat memberikan sumbangan yang lebih besar ke arah
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
perpaduan kaum. Dan Tangga Batu juga berbesar hati sekiranya kerajaan boleh melantik senator mewakili masyarakat ini seperti kaum Siam Malaysia yang turut diwakil di Dewan Negara.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tangga Batu, Pasir Salak.
Boleh mencelah?
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Silakan.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Tangga Batu, Tan Sri Yang di-Pertua. Bolehkah Tangga Batu bersetuju bahawa penggunaan Bahasa Melayu ini mesti dimulakan di Parlimen ini sendiri dalam mesyuarat-mesyuarat di sekitar Parlimen? Terima kasih.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Saya setuju dan memasukkan dalam ucapan saya lah. Tuan Yang di-Pertua, Tuanku Yang di-Pertuan Agong dalam titah baginda turut menekankan tentang memperkasakan sistem pendidikan negara sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa depan negara. Sehubungan dengan itu, saya ingin membangkitkan tentang isu sekolah padat dan terlebih kapasiti murid yang berlaku di dalam Parlimen Tangga Batu antaranya melibatkan Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Rambai.
Kita faham bahawa untuk membina sekolah baharu mungkin akan memakan masa. Kerana itu Tangga Batu menyarankan agar kerajaan dapat bertindak segera dalam jangka pendek dengan membuat penambahan blok kelas agar pertambahan bilik darjah dapat dibuat untuk mengelakkan bilangan murid yang terlalu ramai di dalam sesebuah kelas.
Dan sebagai penutup, Tangga Batu sekali lagi ingin menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia yang di-Pertuan Agong.
*Hujung tanjung kelam lembayung, Tinggi menghayat pohon celangi; Raja disanjung rakyat dipayung, Kasihnya rakyat tidak berbagi.
Biji selasih ramuan ambuyat, Dimakan bersama duduk di anjung; Raja pengasih berjiwa rakyat, Adil saksama terus dijunjung.* Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Sri Gading. Sri Gading saya peruntukkan 15 minit kerana wakil parti. Silakan Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Sri Gading bangun pada hari ini dengan penuh takzim dan rasa tanggungjawab yang besar untuk menjunjung kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Pembukaan Penggal Kelima, Majlis Parlimen Kelima Belas.
Titah Diraja dizahirkan bukan sekadar ucapan pembukaan, tetapi merupakan peringatan, teguran dan hala tuju yang jelas kepada seluruh Ahli Yang Berhormat baik di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang tentang amanah besar yang kita pikul demi masa depan negara. Sebagai ahli Parlimen, Sri Gading melihat Titah Diraja ini sangat tegas, berani dan terus terang khususnya dalam isu rasuah, keselamatan negara, perpaduan, reformasi institusi serta masa depan pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua, antara bahagian paling tegas dalam Titah Diraja adalah berkaitan dengan, “Saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah dan nampaknya saya telah berjaya jumpa.” Perkara 5, 6 dan 7 daripada Titah Yang di- Pertuan Agong. Ini bukan ayat biasa, ini adalah amaran keras daripada ketua negara kepada semua pihak. Baginda tidak menuding jari kepada satu pihak sahaja.
Sebaliknya, baginda menyebut dengan jelas bahawa rasuah boleh berlaku dalam angkatan tentera, dalam agensi-agensi penguat kuasa, termasuk juga yang berada dalam Dewan ini. Maka, rasuah tidak mengenal siapa, tidak mengira jawatan, umur, latar belakang ataupun warna kulit.
Tuan Yang Di-Pertua, Sri Gading ingin mendapatkan penjelasan bagaimanakah kerajaan dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) menangani dakwaan bahawa siasatan dan pendakwaan bersifat terpilih atau bermotifkan politik.
Apakah langkah yang diambil untuk memastikan keyakinan rakyat terhadap kebebasan dan profesionalisme SPRM terus terpelihara?
Tuan Yang di-Pertua, rakyat di luar sana sudah penat dengan politik melindungi perasuah. Rakyat tidak lagi mahu mendengar alasan. Rakyat mahu hasil dan ketegasan dari pihak yang berkuasa. Dalam hal ini, Sri Gading ingin menegaskan bahawa Kerajaan MADANI hari ini telah membuat pilihan yang jelas iaitu berpihak kepada rakyat, bukan berpihak kepada perasuah. Kita melihat sendiri
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
pendirian tegas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berulang kali menyatakan SPRM kalau ada kes, siasat dan dakwa terus. Saya ulang, SPRM mengulangi lagi, siasat dan dakwa, tidak perlu campur tangan saya. Inilah kepimpinan yang menghormati kebebasan institusi.
Tuan Yang Di-Pertua, pendirian ini selari dengan hasrat Kerajaan MADANI yang mahu institusi dikuatkan bukan dilemahkan. Sri Gading ingin menegaskan dengan jelas di Dewan yang mulia ini, menyokong SPRM tidak bermaksud menyokong kezaliman, tetapi melemahkan SPRM atas alasan politik adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara. Jika ada salah laku, betulkan melalui undang- undang. Jika ada ketidakadilan, lawan melalui mahkamah, bukan dengan menekan institusi. Bukan dengan membina naratif untuk melemahkan keyakinan. Sekarang masanya untuk kita semua, kerajaan dan pembangkang berhenti melindungi perasuah dan mula melindungi negara.
Kita dapat melihat antara kejayaan yang dihasilkan daripada ketegasan kerajaan pada hari ini. Sebagai contoh, telah lama MAS tidak berjaya mengutip keuntungan, tetapi tiga tahun berturut-turut, MAS telah berjaya mengutip keuntungan bernilai RM113 juta dan tahun 2024, MAS telah berjaya mengutip RM54 juta. Hasil keuntungan ketegasan untuk membanteras rasuah.
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sri Gading, Sri Gading. Boleh, minta laluan?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Banyak lagi. Minta maaf.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pendek, sikit je.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Tak ada. Terima kasih eh.
Sri Gading ingin menyatakan sokongan penuh terhadap komitmen Kerajaan MADANI, khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam melaksanakan reformasi institusi yang sangat penting iaitu had dua penggal jawatan Perdana Menteri dan pengasingan Peguam Negara dan pendakwa raya. Ini bukan isu kecil, ini bukan isu politik biasa, ini isu asas kepada demokrasi dan masa depan negara.
Had dua penggal jawatan Perdana Menteri adalah perlindungan kepada demokrasi.
Jaminan kepada generasi akan datang. Bukti bahawa Kerajaan MADANI...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sri Gading, Sri Gading. Ini kerajaan, sana tu berbangkang. Jangan bagi pembangkang tu. Sebab semalam saya pun berdiri tiga kali masa Ketua Pembangkang semalam bahas, dia tak bagi. Sri Gading bagi saya tak? Sri Gading bagi saya ‘tak?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Silakan Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah, sebab ada tohmahan.
Tohmahan di luar ni dia cakap, SPRM ni khususnya dia kata, yang ikan bilis ni dia dakwa— ikan bilis yang mengamalkan rasuah salah guna kuasa ni, ikan bilis dia dakwa, tapi jerung ni, yang jerung-jerung ni dia lepaskan. Dan katanya ada campur tangan daripada Kerajaan MADANI. Ada campur tangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini merupakan satu tohmahan. Saya nak minta Sri Gading tolong perjelaskan dalam Dewan Yang Mulia ini, adakah SPRM ni dia berat sebelah? Yang bilis, dia dakwa, tetapi yang jerung, dia tak dakwa.
Begitu juga dalam persoalan berkaitan dengan anak Pagoh punya suami.
Bukan menantu— saya tak sebut, tetapi yang ini anak Pagoh punya suami. Isu ni pun saya rasa sepatutnya SPRM kalau andai kata dia tahu anak Pagoh punya suami ni ada di Dubai, sepatutnya pergi ke Dubai tu, ambil waran, tangkap bawa balik dan dakwa dia di mahkamah dalam negara kita ini menggunakan sistem keadilan yang seadil-adilnya. Itu yang mahu kita terapkan, itu yang mahu kita gagaskan, itu yang mahu kita sampaikan kepada warga dan juga masyarakat yang terdapat di dalam negara kita. Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, masukkan dalam ucapan saya. Berkaitan dengan ikan bilis dan jerung tadi, kita lihat bahawa apabila ada laporan berkaitan dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri sendiri, beliau tak ambil tindakan untuk menahan, bahkan silakan SPRM ambil tindakan, itu yang pertama. Kalau kita lihat di sini keterbukaan, keterbukaan Perdana Menteri untuk memberikan institusi penguat kuasa jalankan tugas. Sekiranya benda itu benar, ambil tindakan, dakwa.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Begitu juga dengan apa yang kita harapkan supaya isu yang berkaitan dengan orang yang pernah terlibat dalam pecah amanah dan sebagainya. Tak kiralah sama ada dia anak ke, isteri ke, menantu ke dan sebagainya. Sekiranya benda itu berlaku ataupun tidak berlaku, apa yang kita ak takut? Baliklah. Janganlah lari kalau betul dia tak bersalah, tapi kenapa dia lari? Kenapa dia melarikan diri ke luar negara? Itu persoalan yang perlu dijawab oleh pihak yang berkenaan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sri Gading, Sri Gading, Sri Gading. Saya juga minta laluan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Eh, makin ramai pula ini.
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berkenaan isu ini, Sri Gading, saya minta komen. Saya minta komen.
Baru-baru ini, Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri kita telah membuat satu pendedahan yang mengejutkan, mengatakan bahawa mantan Perdana Menteri seorang— ‘tak lain tak bukan daripada Yang Berhormat Pagoh. Hanya mahu menjadi Perdana Menteri kerana hendak menyelamatkan diri daripada kes rasuah, satu. Ini bukan saya kata. Tun Dr. Mahathir kata.
Kedua, lebih mengejutkan, dia kata Yang Berhormat Pagoh juga telah mencuri wang Parti BERSATU. Sehingga hari ini Yang Berhormat Pagoh tak berani saman Tun Dr. Mahathir di mahkamah.
Soalan saya, kenapa? Apabila dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini, semua sebelah sana bantah. Tarik balik, tarik balik, tarik balik, tetapi Tun Dr.
Mahathir, kenapa tak berani saman dia? Itu soalan saya kepada Sri Gading. Mohon penjelasan.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Masuk ke dalam ucapan saya.
Saya nak ulas tentang dua penggal ini ya. Kalau katakan dua penggal ini, dia berkhidmat dengan baik, adakah perlu Parlimen ataupun kita luluskan? Tambahkan peluang untuk dia melanjutkan sebagai Perdana Menteri. Dan bagaimana kalau katakan tak sampai satu penggal pun, dah melakukan rasuah dan melakukan pecah amanah. Adakah kita nak teruskan kepada penggal yang kedua?
Jadi ini semua rakyat perlu sedar bahawa kuasa untuk melantik Perdana Menteri datangnya daripada rakyat yang memilih satu-satu parti, satu-satu kelompok untuk memastikan negara kita ini terus maju ke hadapan. Dipimpin oleh orang yang betul-betul amanah. Orang yang betul-betul berintegriti yang boleh menguasai negara yang boleh membantu kemajuan negara sebagaimana pada hari ini kita lihat, kepercayaan kepada masyarakat dunia kepada Malaysia semakin meningkat, Ekonominya pun semakin baik. Kerana apa? Kerana kita dipimpin oleh Perdana Menteri yang berjaya dalam menguruskan negara kita...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sri Gading, setuju dengan saya Sri Gading. Singkat, ringkas saja.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Eh, datang dulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau sebuah negeri sekecil Perlis pun mereka bercakaran— negeri sekecil Perlis pun mereka bercakaran, hancur negara kita kalau mereka perintah. Setuju, tak setuju?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong, itu dah luar tajuk Jelutong.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Pulau Pinang pun bercakaran, Pulau Pinang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan luar tajuk.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Pulau Pinang pun dah lama bercakaran, pemimpin-pemimpin Pulau Pinang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan luar tajuk.
Bukan luar tajuk. BERSATU dan PAS bergaduh di Perlis.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Perlis dah selesailah.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey. Silakan. Apa yang penting pada kita, rakyat menilai dan memerhatikan semua parti-parti politik dalam negara kita. Sebab itu, apabila penggal kedua ataupun dua penggal yang diberikan untuk diluluskan dalam Parlimen bila dibahaskan nanti, kita kena berlaku adil dan kita kena berlaku jujur dan terutamanya rakyat melihat sendiri bagaimana kejayaan Perdana Menteri Ke-10 mentadbir negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, had dua penggal bukan perkara asing. Contoh Amerika, contoh negara lain, Korea, contoh negara lain, Filipina. Indonesia telah dilaksanakan, tetapi kita kena ingat bahawa kalau katakan kejayaan itu bermula daripada penggal yang pertama, maka amat wajar rakyat boleh memilih untuk meneruskan legasi Perdana Menteri yang berjaya ini, tetapi kalau hanya beberapa bulan, hanya beberapa tahun telah melakukan kesilapan, telah melakukan salah laku, maka amat wajar kita tidak perlu meluluskan legasi yang tidak baik ini.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Sri Gading, tentang had dua tempoh. Saya nak tanya, adakah Sri Gading setuju bahawa semalam Ketua Pembangkang, Larut telah mengatakan pembangkang hanya akan sokong pindaan ini dengan syarat.
Dengan syarat bahawa Perdana Menteri tak boleh pegang portfolio Kementerian Kewangan, tetapi ini satu helah. Ini satu helah untuk melengah-lengahkan. Ini satu reformasi had dua penggal ini.
Jika pembangkang, saya kata di sini, jika pembangkang tidak menyokong usul ini, maka mereka ini akan dinampak, mereka tidak menyokong apa-apa reformasi. Kalau ada reformasi satu, kita tak terima, kita nak dua sekali. Kita boleh ambil untuk kuasa untuk melantik Menteri adalah kuasa Perdana Menteri. Jadi saya
Tuan Chong Zhemin - Kampar
harap pembangkang jangan main dalam isu ini. Semasa anda jadi kerajaan, tak ada apa-apa usaha untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri. Sekarang ada peluang, do the right thing for the people, for Malaysia.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Saya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Saya nak sentuh sikit kata-kata waktu kita jadi kerajaan tak disentuh. Sebenarnya kalau dibincang, boleh ditanya Menteri Kabinet pada waktu itu, perkara ini telah dibincangkan pada waktu itu. Itu fakta. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey. Terima kasih.
Masukkan semua perkara yang telah dibahaskan daripada Putrajaya, daripada Kampar dalam ucapan saya sebab dah banyak kacau ini. Ada poin banyak lagi ini, Tan Sri Speaker.
Jadi perkara yang penting sekali, ada berkaitan dengan 3R yang disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong. Kita yakin dan percaya bahawa Tuanku selaku penaung kepada negara kita, melihat tentang kesepaduan rakyat yang perlu wujud hasil daripada kemakmuran itulah. Maka, perjalanan negara kita akan lebih baik, terurus, hormat-menghormati. Ini perkara yang penting sama ada dari segi agamanya, dari segi rakyat, kaumnya ataupun dari segi kita punya kedaulatan Sultan-Sultan.
Jadi saya, Sri Gading amat mengharapkan supaya kita sebagai Wakil Rakyat yang bukan sahaja mewakili satu kaum, bukan sahaja mewakili satu agama...
[Tepuk] Bukan sahaja mewakili satu daerah, tetapi kita bercakap di atas nama rakyat Malaysia, pemimpin negara Malaysia. Maka kita perlu menjaga hati setiap rakyat yang berada di dalam negara kita.
Isu pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, percaya atau tidak Sri Gading katakan pada masa kini, anak-anak kita di bangku sekolah sana, hampir sebahagian daripada mereka sekarang tidak mengetahui berkaitan isu dan peristiwa politik kontemporari.
Dia belajar sejarah, tapi sejarah yang lama ya. Sejarah yang telah daripada awal merdeka ataupun sebelum merdeka. Mengapa tidak ditimbulkan isu-isu ataupun perkara-perkara yang terdekat untuk pengetahuan semasa?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kalau boleh, ada isu-isu yang berkaitan ini di mana di kalangan guru-guru boleh berbahas, boleh menyatakan tentang isu-isu semasa. Supaya apa? Supaya rakyat di peringkat awal lagi tahu tentang sistem Parlimen, sistem pentadbiran dan juga isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Ini penting dalam pendidikan kita. Selain daripada silibus sejarah, selain daripada bahasa Melayu yang menjadi kewajipan kepada rakyat Malaysia memahami dan tahu perkara ini.
Seterusnya tentang pendidikan juga, apa yang telah dibentangkan oleh...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sri Gading, boleh sikit Sri Gading? Sri Gading boleh setuju ‘tak Sri Gading. Maksudnya dalam sistem pendidikan kita ini, kena diajar juga soal berkaitan dengan amalan fitnah. Bahayanya amalan fitnah yang berlaku dalam negara kita ini. Sebab itu saya ‘nak tanya, kebetulan pula Tan Sri Speaker ada ini. Yang usul yang kita bawa dulu ini, ‘nak menggantung Ahli Parlimen daripada Kota Bharu. Sebab dia fitnah pegawai dan juga kakitangan kerajaan yang ada dalam negara kita ini. Dahlah fitnah pegawai dan juga kakitangan kerajaan, Ketua Pembangkang pun masa bahas dulu pun fitnah Timbalan Menteri KDN. Dalam Dewan yang mulia ini pun Ketua Pembangkang fitnah Menteri Dalam Negeri, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Jadi saya rasa Sri Gading...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Amalan berkaitan dengan fitnah ini pun saya rasa ...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Kena diterapkan dalam sistem pendidikan kita sebab amalan fitnah ...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Siapa yang fitnah Hulu Langat?
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
...Ini boleh menghancurkan negara yang kita sayangi ini. Terima kasih Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Okey, baik.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Floor ini. ‘Tak. Floor ini, sekarang ini ialah floor Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau Sri Gading bagi banyak orang bercakap, masa Sri Gading pun ‘dah habis.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Itulah. Masa saya pun ‘dah habis Datoʼ Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Jadi terpulanglah Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Saya.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang ini boleh landing lah.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Akhir sekalilah.
Tuan Yang di-Pertua
Masa dah sampai dah.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Akhir sekali, tentang kemudahan rakyat dalam Parlimen Sri Gading. Walaupun ada lagi dua, tiga perkara yang saya ‘nak sebut, oleh kerana rakan-rakan yang bangkit itu juga ada merupakan rakan-rakan yang ingin menyatakan pandangan...
[Tepuk] Saya selaku ketua parti, mewakili ketua parti kita ya, saya bersedia untuk mendengar keterbukaan kepada semua pihak.
[Tepuk] Walaupun daripada pihak pembangkang yang saya benarkan tadi.
Apa yang penting kepada kita, daripada Sri Gading, mohon pertama sekali kemudahan riadah komuniti Parit Raja. Ini ada dalam kemudahan awam yang terhad.
Sehubungan itu, Parlimen Sri Gading mohon untuk membangunkan kawasan riadah dan rekreasi di Parit Jambul Laut iaitu kawasan tepian sungai yang masih belum dimanfaatkan, tetapi berhampiran penduduk. Pembangunan ini akan menggalakkan gaya hidup sihat, menyediakan ruang rekreasi, rakyat dan juga keluarga, meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Yang kedua, berkaitan dengan pelebaran jalan J13 F24 ke Tol Yong Peng Utara. Sri Gading mohon agar kerajaan mempertimbangkan cadangan pelebaran jalan persimpangan J13 F24 ke persimpangan tol susur keluar Yong Peng Utara.
Jumlah kenderaan dan kenderaan berat semakin meningkat di laluan ini, pelebaran jalan akan meningkatkan keselamatan, mengurangkan kesesakan dan kemalangan, serta menyokong aktiviti setempat.
Seterusnya, satu lagi permintaan daripada Sri Gading, iaitu sukan kayak di Parit Karjo. Di mana sukan— Sri Gading mempunyai parit yang banyak, dalam, dan lebar; sesuai dimanfaatkan. Sri Gading mohon Kementerian Belia dan Sukan mempertimbangkan pembangunan sukan kayak di Parit Karjo sebagai aktiviti belia dan rekreasi komuniti. Ini adalah sukan kos rendah berimpak tinggi dan sesuai untuk pembangunan belia di luar bandar.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Akhir sekali, Sri Gading menyokong Titah Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
*Waalaikumussalam.
[Tepuk]* Baik, sebelum saya menjemput Hulu Terengganu, saya nak buat sedikit pemakluman.
Saya tidak mendengar apa yang berlaku dalam Dewan pagi tadi, namun begitu Timbalan Speaker telah pun menegur dua orang Timbalan Menteri yang berbual dalam Dewan. Jadi, beliau telah menyebut Timbalan Menteri KPM dengan KPT. Jadi, saya dapat nota daripada Timbalan Menteri KPM bahawa dia tidak terlibat. Jadi, saya nak betulkan bahawa dia tidak terlibat. Itu sahajalah.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Saya baru clock in selepas Kamar Khas sahaja. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, maknanya beliau bukanlah di antara yang telah ditegur oleh Timbalan Speaker.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya berharap rekod Parlimen dan juga Hansard dapat diperbetulkan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya akan rekod— saya akan betulkan rekod.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Hulu Terengganu, 12 minit dari sekarang. Silakan.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua kerana memberi dan kesempatan kepada saya untuk berucap. [Berucap dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Membaca sepotong ayat Al- Quran] Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya menjunjung kasih kepada Yang di- Pertuan Agong yang mencemar duli berangkat ke Dewan yang mulia ini untuk menyampaikan satu titah yang amat bermakna dan saya merasakan ini Titah yang paling pendeklah yang dititahkan oleh baginda Tuanku di Dewan yang mulia ini. Pun begitu, mempunyai isi-isi yang cukup mantap dan cukup kemas untuk kita bahas dan kita perhatikan bersama-sama.
Tuan Yang di-Pertua, perkara pokok yang ingin saya bangkitkan di sini macam rakan-rakan yang lain juga, iaitu berkaitan dengan isu rasuah yang telah menjadi suatu sistemik dalam negara kita. Jadi, apa yang dinyatakan oleh tuanku
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
bahawa, "Saya pernah sebut dahulu, saya datang ke Kuala Lumpur ini", sebelum ini dibaca oleh Sri Gading tadi, "Untuk memburu perasuah dan nampaknya saya berjaya berjumpa". Dan ini satu benda yang cukup baik, cukup mulia kerana ia akan melumpuhkan apa sahaja perancangan dan juga pelan kerajaan dalam membangun dan memajukan negara.
Apa yang ingin saya bangkitkan pada sesi ini ialah yang pertama, isu yang mengatakan aset Tun Dr. Mahathir Muhammad berada di luar negara dan diminta supaya pihak SPRM mendapatkan aset tersebut, tetapi sehingga detik dan saat ini, hal tersebut tidak berlaku.
Persoalannya, apakah betul tuduhan tersebut ataupun sekadar untuk menjatuhkan imej negarawan kita yang kita hormati, sekadar kerana ia nya menjadi musuh politik. Dan di samping itu, saya masih ingat lagi Perdana Menteri pernah mengatakan pada tahun sekitar tahun 2023 mengatakan bahawa dia ada berkotak- kotak bukti tentang harta dan aset Tun Dr. Mahathir, tapi sekarang, sehingga sekarang, sehingga saat dan detik ini tiada satu kotak pun yang dikeluarkan di mahkamah. Jadi, persoalannya ialah betul atau tidak apa yang disebut itu?
Yang kedua berkaitan dengan Almarhum Tun Daim. Saya mendengar podcast isteri arwah Tun Daim yang mengatakan bahawa bila ditanya SPRM apa kesalahan yang menyebabkan hartanya terpaksa disita, SPRM jawab ialah rahsia.
Jadi, ini suatu perkara yang pelik. Kalau itu yang betul berlaku, pelik. Kesalahan sehingga menyita harta Tun Daim yang berbilion-bilion, tapi bila ditanya apa kesalahan, pelik. Cuma dinyatakan bahawa kesalahannya ialah di bawah Akta SPRM, gagal mematuhi notis pengisytiharan harta.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sekejap, sekejap saya bagi.
Adakah kerana kesalahan tersebut menyebabkan hartanya disita? Jadi, ini satu benda yang saya rasa amat tidak wajar dan sepatutnya kena beritahu untuk berlaku adil. Apa kesalahan di bawah akta berapa, di bawah seksyen mana yang menjadikan harta tersebut perlu disita. Okey, sila. Pendek, pendek jangan panjang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu, saya ‘nak tanya berkenaan dengan Tun Dr. Mahathir. Hulu Terengganu merupakan seorang pendukung Tun Dr. Mahathir. Saya pun satu masa dulu menyokong Tun Dr.
Mahathir lah, sekarang tidak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak tanya berkenaan dengan satu perkara yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir yang masih lagi merupakan penasihat BERSATU yang menuduh Yang Berhormat Pagoh mencuri wang Parti BERSATU.
Dan kedua, menuduh mengatakan bahawa Yang Berhormat Pagoh ‘nak beria-ria menjadi Perdana Menteri kerana nak menyelamatkan diri beliau daripada kes rasuah...
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cukup, cukup. Faham.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa respons?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Faham. Itu terserah pada Pagoh. Saya tak ada hak untuk menjawab. Okey, boleh? Ini hak Pagoh. Nak dakwa ke— cukup, cukup saya tak bagi dah.
Okey Yang di-Pertua, yang ketiga, isu berkaitan dengan Ketua Menteri Melaka. Pun dipertikaikan tindakan SPRM kerana banyak repot telah dinyatakan dan pengadu sendiri mengaku apa yang berlaku di negeri Melaka tapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa siasatan dibuat. Jadi, ini dikatakan bahawa macam Hulu Langat kata tadi, yang bilis ditangkap, yang jerung bebas berkeliaran. Ini yang berlaku. Jadi, rakyat mempersoalkan. Dan ditambah lagi mereka-mereka yang berada dalam SPRM katanya telah diberi gelaran oleh Melaka. Adakah ini juga satu bentuk— bukan satu bentuk rasuah? Kerana untuk nak menutup kes tersebut dibicarakan mungkin, disiasat dengan lebih lanjut, maka dianugerahkan bintang, gelaran dan sebagainya.
Jadi, ini juga perlu disiasat kerana hari ini mudah untuk akses semua perkara ini, Yang di-Pertua. Walaupun ‘tak keluar dalam berita arus perdana, tapi berleluasa dalam media sosial. Jadi, kita minta pihak SPRM yang bertanggungjawab dan pihak polis yang terlibat dalam perkara tersebut untuk menyiasat hal berkaitan dengan Datuk Sulaiman Md Ali dengan Ketua Menteri Melaka.
Yang di-Pertua, begitu juga dengan kes Yusof Rawther. Semalam Ketua Pembangkang ada sebut telah ditahan selama sembilan bulan 10 hari. Suatu penganiayaan. Dan repot telah dibuat oleh Saudara Yusof mengatakan bahawa orang yang mendalangi hal tersebut ialah PMX dan Farhash. Persoalan saya, sejauh mana siasatan dibuat terhadap repot tersebut? Adakah repot tersebut telah dibakulsampahkan ataupun tidak diambil tindakan kerana mereka inilah golongan jerung-jerung yang masih berkuasa di bumi Malaysia ini?
Tuan Yang di-Pertua, begitu juga halnya dengan Titah Agong yang berkata, “Kalau tak terima Bahasa Melayu, jangan duduk di Malaysia.” Ini satu ingatan yang
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
cukup bagus, cukup hebat yang perlu dijunjung oleh semua rakyat Malaysia. Jadi, kita berharap selepas ini tidak ada lagi pihak-pihak...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kuala Terengganu.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
...Yang ingin memperjuangkan bahasa selain daripada bahasa Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.
Selepas ini, kita berharap tidak ada lagi lambang-lambang kedai, nama-nama kedai, nama-nama jalan ditulis selain daripada Bahasa Melayu. Jadi, ini suatu ingatan yang cukup bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia. Okey sila, pendek.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kuala Terengganu, tadi ada sebut tentang yang kes rasuah yang itu, itu yang Kuala Terengganu pernah sebut dalam Dewan kan, pernah sebut, kan? Kes-kes yang anda berikan contoh itu tadi itu.
Pernah kan?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pernah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pernah? Jadi, pernah sebut dalam Dewan, hari ini you sebut lagi.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apa masalah ini?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, kenapa semalam apabila saya sebut tentang anak menantu, you kata tak boleh sebut. Sebut sekali sudah cukup.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Memang kita benarkan you nak sebut berapa kali...
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, dia dah menyeleweng.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...You boleh sebut, tapi bila saya sebut pasal anak menantu, kamu kata ‘tak boleh sebut lagi.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey duduk, saya faham. Saya faham. Jangan guna masa saya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kenapa double standard?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya— ini masa saya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kenapa double standard?
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Speaker dah keluar fatwa.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, Speaker ‘dah keluar fatwa. Saya masih ingat lagi Speaker telah keluar fatwa jangan sebut lagi hal anak menantu Pagoh. Betul Yang di-Pertua?
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Hulu Terengganu. Hulu, kalau saya boleh bacakan, ini apa yang disebut dalam— oleh Speaker dalam Hansard pada 15.11.2025. *"Kota Melaka, Kota Melaka saya minta lain kali. No, no, saya tidak menghalang sesiapa nak sebut, tetapi jangan kaitkan dengan bapa mentua dia.
Sebut nama dia, kita jemput, kita minta SPRM cari Mr. A, Mr. B, Mr. C yang menghilang entah ke mana. Jadi, janganlah kait sebab not fair, not fair."* Itu dalam Hansard Kota Melaka. Terima kasih.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ha, dengar tu. ‘Ke ada masalah pendengaran?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Speaker, Speaker. Tan Sri Speaker.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya tak bagi dah. Masa saya tinggal lima minit lagi. Satu lagi, Yang di-Pertua.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kuala Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua
Ini floor Hulu Terengganu.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Thatʼs my floor.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, Kuala Terengganu.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sorry, saya dah bagi peluang.
Saya rasa tadi saya ‘nak bangun bagi pihak pembangkang, tapi satu pun tak bagi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau nak ikut apa petua yang diberikan oleh Yang di-Pertua.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kita sebagai gentleman, kita bagi juga. Okey, cukup, cukup.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka. You...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Lain kali jangan sebut jawatan lah.
You sebut nama orang terlibat. Boleh, Kuala Terengganu?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Eh, dia benda tu dah berlalu.
Okey, kita masuk ke tajuk lain.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Apa yang berlalu? Saya tanya.
Boleh atau ‘tak boleh?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak boleh.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ha, you buat boleh, orang lain buat tak boleh.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, tadi Speaker beritahu, thatʼs my floor. Speaker dah beri fatwa. Kamu tak— langgar fatwa, kamu derhaka kepada Speaker. Speaker tak pernah beri fatwa kepada saya.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey, okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Fatwa daripada Yang di-Pertua.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Masa saya tak ada dah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jika ikut fatwa daripada Yang di- Pertua, you jangan sebutlah.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cukup, cukup.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka, Hulu Selangor.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kuala Terengganu, jangan sebut.
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Move on. Move on tajuk lain pula. Rakyat...
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak boleh ni. Ini, ini, ada masalah.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Terengganu! Rakyat sedang tunggu tajuk yang Hulu Terengganu nak bawa itu.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Betul, tapi dia banyak mengganggu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang ini cukup lah. Move on.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dia banyak mengganggu.
Tuan Yang di-Pertua
Saya kata move on. Jangan argue dengan saya.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, saya move on.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan argue dengan saya. Move on.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya nak move on.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan argue. Move on.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya nak move on. Dia ganggu. Okey. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Masa dua minit lagi.
Isu yang sesungguhnya yang panas, Yang di-Pertua. Isu supaya masalah LGBT. Ini juga masalah yang sedang melanda negara yang jika tidak ditangani secara baik, ia nya akan menjadikan negara kita ini umpama kaum Lut. Kerana Allah berfirman dalam Surah Al-Hirj ayat yang ke-74.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] "Allah balik bumi— bolak balikkan bumi dan melontarkan mereka umpama air hujan daripada tanah yang terbakar."
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, Yang di-Pertua, isunya ialah yang pertama masalah isu Glamping with Pride. Alhamdulillah, apabila campur tangan daripada Tuanku Sultan Selangor ia nya dibatalkan. Isu yang paling tragis lagi apabila 200 orang lelaki yang ditangkap ketika berlawan pedang di Chow Kit. Isu lawan pedang ni, Yang di-Pertua, lembu pun tak lawan pedang. Babi pun tak lawan pedang. Ni manusia yang diberi akal, makhluk yang terbaik, berlaku perkara ini. Dan yang lebih menyedihkan lagi, mereka tidak didakwa. Alasannya, majistret tolak reman. Kalau majistret tolak reman, tak gunalah pergi intip. Tak guna pergi tangkap. Biarlah.
Jadi, ini suatu kelompangan, suatu perkara yang amat memalukan perundangan negara. Apakah kerajaan nak menormalisasikan perkara ini? Tapi bila berlaku di Pulau Pinang, boleh didakwa. Jadi, ini perkara-perkara yang menjadi persoalan dalam masyarakat kita, masyarakat yang menjadikan agama Islam sebagai agama Persatuan, tapi isu ini saya nampak semakin meriah sekarang.
Orang-orang ini, golongan-golongan yang kita namakan golongan kunyit, dah tak segan silu mengaku bahawa mereka ini adalah golongan tersebut.
Jadi, ini perkara yang perlu dipandang serius bukan sahaja oleh Menteri Agama, termasuk juga KDN dan semua masyarakat supaya jangan jadikan ini perkara normal. Kalau ia dinormal, maka nauzubillah. Kita bimbang negara kita ini akan diturunkan bala oleh Allah SWT.
Yang di-Pertua...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Hulu Terengganu, nak minta penjelasan.
Apakah pendirian Hulu Terengganu terhadap dakwaan Tasik Gelugor yang berkatakan video LGBT Azmin Ali tu tulen, apakah pendirian?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Bagi tak, bagi tak?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Nak tanya dulu, Kampar lepas ni?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Ya, Kampar, Kampar. Apakah pendirian?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ya, Kampar. Sebelum saya jawab, Kampar ni penyokong LGBT tidak?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Tidak, tidak. Jadi, saya nak tahu apa pendirian terhadap video Setiausaha Agung BERSATU bahawa video itu tulen?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cerita sama, apa yang salah kalau Kampar bukan penyokong LGBT, saya pun bukan penyokong LGBT. Apa yang
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
berlaku bila ada kes, siasat. Mahkamah tentukan. Bukan bermakna kita sokong. Kita ‘tak sokong.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Jadi, kalau Hulu Terengganu tahu ada satu kesalahan jenayah dilakukan, kenapa ‘tak ada buat repot polis? Kenapa tak ada repot polis?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Saya ada jawab ‘dah.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kenapa biarkan saja? Patut buat repot polis.
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, Kampar.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kampar.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Terengganu tak bagi. Dia tak bagi. Floor ni floor you. You sepatutnya kata ini floor saya. Saya tak bagi.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tapi dia cakap juga, Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
You respond. Sebab itu problem.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak, bila saya...
Tuan Yang di-Pertua
Saya tak bagi, kata.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua, bila saya kata tak bagi, dia cakap juga. Jadi, mengganggu saya.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, Yang di-Pertua.
Seterusnya Yang di-Pertua, berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Isu kawasan takkan tak ada langsung?
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ada sikit je. Ini isu Tahun Melawat Malaysia ni, isu memalukan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hulu Terengganu.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cukup lah, cukup, cukup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak tanya berkenaan dengan pergaduhan di Perlis. Boleh bahas?
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, Jelutong, Jelutong.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ala...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pergaduhan di antara PAS dan BERSATU. Boleh beritahu?
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, Jelutong.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jelutong ni Wakil Rakyat cap ayang ni.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Selangor— Hulu Terengganu. *Sorry.
[Ketawa]* Hulu Selangor pula. Hulu Terengganu, bawa isu kawasan pula.
Datoʼ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, sebelum, sebelum tu, satu. Berkaitan dengan Tahun Melawat Malaysia. Kita harap kerajaan supaya meneliti KLIA kerana masalah kebocoran paip, masalah ulat teksi, masalah aerotrain dan sebagainya, okey.
Berkaitan dengan kawasan satu lagi, ni kawasan saya, sedikit lah. Iaitu kawasan saya ada empat FELDA. Isu yang dibangkitkan oleh peneroka FELDA ialah Koperasi Permodalan FELDA yang mana mereka mendakwa bahawa penjualan saham mereka hampir dua tahun masih belum dibayar. Jadi, persoalannya kenapa hal tersebut berlaku? Kerana kebanyakan mereka ni orang tua-tua, sakit dan mereka perlukan wang ini untuk rawatan mereka.
Dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ulang berkaitan dengan permohonan jalan raya daripada Bukit Diman ke Pengkalan Ajal di bawah JKR supaya diturap semula. Saya rasa itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mencelah. Minta maaf kerana tidak dapat menjawab dengan sepenuh hati. Terima kasih, sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Temerloh. Silakan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Temerloh menjunjung kasih atas Titah Diraja yang penuh hikmah, mencerminkan ke perhatian Seri Paduka Baginda terhadap kesejahteraan rakyat, kedaulatan negara dan masa depan Malaysia.
Sebagai Ahli Parlimen pembangkang, Temerloh berdiri bukan untuk menolak Titah, tetapi untuk memperkukuh pelaksanaannya dengan semak dan imbang yang konstruktif. Sebelum Temerloh membahas isu yang dikemukakan oleh Titah Diraja, Temerloh ingin menyuarakan isu di Parlimen Temerloh.
Pertama, keperluan tentang lampu jalan sepanjang Jalan Karak ke Temerloh yang gelap gelita dan jalan utama yang lain-lain.
Kedua, line putih pembahagi jalan antara Lanchang dan Temerloh sudah pudar. Harap ada tindakan segera.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Ketiga, masyarakat India Parlimen Temerloh melahirkan rasa kecewa kerana MITRA tidak membantu ekonomi mereka. Permohonan mereka tidak dijawab. Yang keempat, IPD lama yang masih terbiar dan tidak dimanfaatkan yang berada di tengah Bandar Temerloh.
Petugas RELA di Lanchang mohon pondok pos RELA dibina sebagai tempat transit waktu menjalankan tugas dan dicadangkan dibina di dewan— di depan Dewan Lanchang. Mereka sudah bertugas hampir 30 tahun dan melibatkan 17 kawasan rondaan. Adanya Pondok Pos RELA ini boleh diguna sebagai tempat rehat dan solat.
Masalah air bersih masih belum selesai di kebanyakan Temerloh.
Jalan empat lorong diperlukan daripada Jambatan Temerloh ke Kampung Awah. Penting laluan utama kerana di sini ambulans ke Hospital Temerloh.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, setiap tahun kerajaan berbangga melaporkan ribuan graduan IPTA dilahirkan. Namun, persoalan pokoknya ialah adakah graduan ini mendapat pekerjaan yang selari dengan bidang dan kemahiran mereka? Fakta yang— faktanya, fakta yang tidak boleh disembunyikan. Pada tahun 2022, lepasan siswazah yang tidak bekerja kira-kira 187,800 orang. Pada tahun 2023, kadar pengangguran siswazah sekitar 3.4 peratus dengan 167,300 orang.
2024, kadar pengangguran siswazah menurun sedikit kepada 3.2 peratus dengan 165,900 orang yang tidak bekerja, tetapi ia masih angka yang tinggi.
Lebih 30 peratus graduan bekerja dalam pekerjaan yang tidak setara dengan kelayakan. Ramai graduan IPTA bekerja dalam sektor separa mahir, gaji rendah atau kerja tidak tetap dan terpaksa berdepan dengan kos hidup yang semakin tinggi kerana hampir semua harga barang naik.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Maka, kesejahteraan rakyat gagal dicapai ditambah sebahagian daripada rakyat bekerja dua jenis pekerjaan sehingga tiada ruang bersama keluarga. Ini bermakna sijil universiti tidak menjamin pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian menyebabkan pembaziran modal insan dalam ekonomi negara. Sistem pendidikan gagal menyelaraskan pasaran buruh dengan kurikulum universiti.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Titah Yang di-Pertuan Agong berkait penggunaan Bahasa Melayu. Temerloh ingin menyentuh tentang UEC. Ini bukan isu perkauman, ia isu Dasar Pendidikan Kebangsaan, isu bahasa Melayu dan kedaulatan pendidikan negara. Fakta yang perlu kita fahami ialah pelajar UEC dianggar sekitar 90,000 orang iaitu sekitar 20 peratus sahaja dari pelajar Cina di
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
peringkat menengah. Hampir 100 peratus mata pelajaran UEC diajar bukan dalam bahasa Melayu dan tiada mata pelajaran Sejarah Malaysia.
Namun, ada desakan supaya sijil ini diiktiraf setaraf IPTA...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Temerloh, boleh minta laluan?
Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
...Diterima masuk sektor awam tanpa keperluan mematuhi sepenuhnya Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Temerloh, boleh minta laluan?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya ingin jelaskan yang ini dahulu. Ingin menegaskan bahawa kita tidak menolak pelajar, kita tidak menafikan kecemerlangan individu, tetapi kita tidak boleh mengorbankan bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu dan dasar pendidikan negara. Bahasa Melayu adalah bahasa perlembagaan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
...Bahasa penyatu rakyat berbilang kaum, bahasa ilmu yang wajib diperkasa. Bukan dipinggirkan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Mata pelajaran Sejarah menjadi teras dalam...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya pemegang sijil UEC.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan.
Speaker, Peraturan Dewan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Ada beberapa Ahli Dewan Parlimen dekat sini juga pemegang sijil UEC.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Sejarah penting kerana ia adalah pemahaman asal usul negara. Konteks...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, Peraturan Dewan. Peraturan Dewan, Speaker. [Sambil mengangkat buku Peraturan Mesyuarat]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Apakah ini kita punya bahasa...
Tuan Yang di-Pertua
Sebentar, sebentar.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya tak boleh ke?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Asal usul negara. Ini saya tanya. Nanti Menteri buat penjelasan. Tak apa.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya nak jemput Yang Berhormat Temerloh melawat sekolah persendirian Cina.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, Speaker. Point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Temerloh, Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Nanti, saya ‘nak terang.
Nanti biar Menteri yang jawab.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Mana— you fakta yang salah.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
...Mata pelajaran Sejarah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Temerloh, Temerloh. Sekejap, sekejap. Peraturan mesyuarat sekejap. Peraturan mesyuarat sekejap.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya guna Peraturan 36(12) Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Sebentar, sebentar, sebentar. Isunya apa dia?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berkenaan dengan pelajar-pelajar UEC dan juga kemahiran pengguna bahasa Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Isunya apa dia?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Isu adalah berkenaan dengan pelajar-pelajar peperiksaan UEC...
Tuan Yang di-Pertua
Yang dibawakan apa dia?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mengelirukan Dewan.
Mengelirukan Dewan. Yang Berhormat Temerloh telah berbahas tadi mengatakan bahawa kita perlu mempertahankan, memartabatkan Bahasa Malaysia.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Apa masalahnya? Saya ‘nak supaya Menteri yang menjawab nanti. Saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Temerloh, saya bangkitkan Peraturan Dewan. Duduklah dulu Temerloh. Sabar.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti kejap. Temerloh, saya dengar dulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tahu dak Peraturan Dewan?
Tuan Yang di-Pertua
Saya dengar dulu explanation.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bahasa Malaysia senang, duduk.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti kejap. Kejap.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Eh, siapa yang nak duduk?
Tuan Yang di-Pertua
Kejap. Temerloh, jangan respons. Saya hendak dengar dulu.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, okey.
Tuan Yang di-Pertua
Apa dia masalahnya, isunya, what is the issue first?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Isunya Speaker, pelajar-pelajar UEC memang mahir dalam Bahasa Malaysia dan juga lulus dalam Sejarah. Kebanyakan mereka mempunyai kecemerlangan, mendapat kecemerlangan dalam Bahasa Malaysia dan juga Sejarah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Fine, fine. Baik, isu yang you nak bangkitkan Peraturan Mesyuarat mana?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(12).
Tuan Yang di-Pertua
Kenapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Temerloh berbahas...
Tuan Yang di-Pertua
Adakah mengelirukan Dewan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, saya— Tan Sri Speaker yang dihormati. Saya berpendapat bahawa perbahasan yang dibawa oleh Yang Berhormat Temerloh memberi persepsi seolah-olah pelajar-pelajar UEC ini, peperiksaan UEC tidak memberi keutamaan kepada Bahasa Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Saya faham itu. Okey, saya faham. Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum bermula, bertanya. Bolehkah saya bertanya Menteri adakah...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Itu yang menyelamatkan Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Speaker. Peraturan...
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker, Peraturan 37(2). Saya tadi bila Temerloh bercakap— Temerloh tak habis bercakap lagi. Saya dengar dengan teliti.
Temerloh cakap secara umum. Saya ‘tak rasa Temerloh...
Tuan Yang di-Pertua
No, saya— arahan. Ini ruling saya. Ruling saya untuk selesaikan masalah ini.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Maksud saya tadi Tan Sri Speaker, dalam konteks ini bagilah peluang sahabat-sahabat habis dulu. Kalau habis tadi barulah dapat gambaran yang sebenar apa yang nak disampaikan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Daripada kita kerat di tengah-tengah.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu saya kata, bila dalam berucap jangan buat statement— bertanya. Sebab yang akan respons adalah Menteri. Lebih baik Ahli Yang Berhormat bertanya, adakah benar ataupun bolehkah? Untuk berpeluang andaian-andaian itu supaya ia tidak menimbulkan masalah. Jadi Yang Berhormat bertanya sekarang, sebab Yang Berhormat expect Menteri menjawab.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Betul.
Tuan Yang di-Pertua
Itu yang akan berlaku, kan? Bertanya dahulu. Jangan terus buat statement. Terima kasih.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, duduk semua.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
36(12), Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, lagi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kenyataan yang mengelirukan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Itu saya kata...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tadi Temerloh mengatakan— Tan Sri, Temerloh mengatakan bahawa dalam sistem ujian UEC tidak mengajar sejarah Malaysia. Itu satu kenyataan yang mengelirukan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Tak apa, nanti saya nak bertanya kepada Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Syllabus UEC memang ada ajar sejarah Malaysia. Saya minta supaya Temerloh tarik balik kenyataan tersebut. Bila dia keluarkan kenyataan tersebut saya hendak tanya Temerloh, kamu ada sudah baca? Sudah teliti teks buku sejarah UEC tak? Saya nak tanya.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Kota Melaka...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau tak ada, jangan...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya nak tanya, saya ‘nak bagi tahu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jangan keluarkan kenyataan yang tidak benar dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Speaker, perkara ini juga telah dijelaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa masalahnya?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tak ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Semua pelajar UEC lulus dalam Bahasa Malaysia dan juga Sejarah.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Tak ada masalah. Apa masalahnya?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Mata pelajaran Sejarah memang ada ajar sejarah Malaysia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa Temerloh buat kenyataan begitu?
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itu adalah satu kenyataan— saya minta Temerloh tarik balik!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tarik balik!
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey. Semua tenang. Duduk, duduk. Saya faham. Petang— pelajar-pelajar kita pun ada. Kebanyakannya pelajar daripada universiti. Saya ulang kepada Temerloh untuk selesaikan masalah. Bertanyalah soalan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, okey. Ya betul, betul.
Tuan Yang di-Pertua
Bermula dengan bertanya soalan. Jadinya selesai.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Bolehkah saya dapat— mula ayat itu.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi tolong masukkan dalam ucapan perbahasan saya.
Temerloh ingin mengetahui dan bertanya kepada kementerian...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, okey.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
...Benar kah UEC tidak mengajar mata pelajaran Sejarah sebagai teras pendidikan? Sejarah penting kerana ia pemahaman usul negara, kontrak sosial, perjuangan kemerdekaan. Jika sistem pendidikan tidak menekankan sejarah Malaysia secara serius, kita sering melahirkan generasi yang celik teknologi, tetapi buta jati diri. Semua sistem pendidikan yang mahu diiktiraf mesti selari dengan falsafah pendidikan negara, bukan berjalan selari secara berasingan.
Seterusnya, banyak pihak...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Temerloh, Temerloh. UEC, Temerloh. Hulu Terengganu. Saya dengar kalau tak silap saya Temerloh katakan bahawa pengajaran di UEC menggunakan bahasa selain Bahasa Melayu, betul kata begitu?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Ya, tadi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Soalan saya, apakah itu melanggar Perlembagaan negara? Terima kasih.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Kita nak kementerian— saya ingin tahu. Kita akan bertanya kepada kementerian, adakah UEC...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Temerloh, saya pun nak tanya adakah A Level dalam bahasa Inggeris, ada tak langgar perlembagaan?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Selain daripada...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
A Level boleh tak? A Level boleh tak...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Kampar, Kampar.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya nak mengikut petua daripada Tuan Yang di-Pertua tadi.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Boleh tak pakai A Level masuk universiti.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dalam perlembagaan, bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan. Kita tahu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bahasa Tamil langgar Perlembagaan?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bahasa ibunda juga dibenarkan dibelajar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bahasa Tamil langgar perlembagaan?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi apa masalahnya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah bahasa Tamil langgar perlembagaan?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya tak ada masalah.
Awak yang bermasalah, saya tak ada masalah pun.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan kita. Kita semua terima.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya dah ikut petua tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sekolah Tamil ajar bahasa Melayu, sekolah Tamil ajar Sejarah.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Jelutong, apa masalah awak ini? Bahasa Tamil, apa bahasa Tamil ini?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bahasa ibunda boleh dibelajar oleh rakyat Malaysia. Ini tertakluk dalam perlembagaan. Jadi apa masalahnya?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya nak ikut petua Tuan Yang di-Pertua tadi. Saya ingin bertanya, sejauh manakah...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Apa masalah semua ini?
Tuan Yang di-Pertua
Temerloh, Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, dengar. Saya bagi Temerloh dua minit fasal kelam kabut macam ini. Siapa juga bangun selepas ini...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Rugi saya punya masa, banyak perkara.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti Temerloh. Saya cakap dulu.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Kacau.
Tuan Yang di-Pertua
Temerloh, pandang saya.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi tambahan 2 minit. Jangan marah saya.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi tambahan— tengok masa, 2 minit. Dengar dulu, jangan jawab.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Orang lain duduk. Siapa bangun, saya suruh rehat.
Okey, Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingin bertanya, mula dengan ayat itu.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya dah tak bincang dah perkara tersebut. Dah habis dah.
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Temerloh ingin menyuarakan...
Tuan Yang di-Pertua
Saya tambah 2 minit. Technician letak lagi 2 minit.
Okey.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Temerloh ingin menyuarakan kebimbangan serius dan kemarahan rakyat terhadap cadangan reformasi pendidikan yang berpotensi menyebabkan kemasukan murid Tahun 1 secara dua kohort serentak pada tahun 2027. Melibatkan 400,000 hingga 450,000 bilangan murid setiap kohort iaitu berumur 5 dan 6 tahun pada 2026.
Walaupun ibu bapa diberi pilihan namun adakah kementerian bersedia jika semua ibu bapa mahu anak berumur 6 tahun terus memasuki Tahun 1? Adakah kementerian sedia menerima bilangan pelajar berganda untuk Tahun 1 pada tahun 2027? Ini bukan isu teknikal kecil, ini adalah isu kegagalan perancangan dasar nasional. Persoalan paling asas ialah, adakah kerajaan benar-benar faham implikasi keputusan ini terhadap sistem pendidikan negara?
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Timbul masalah yang banyak, sekolah beroperasi dalam keadaan sesak sehingga ada sekolah sekarang 14 kelas untuk Tahun 1 sahaja. Masalah kekurangan guru terpaksa melaksanakan sesi berganda.
Temerloh ingin penjelasan, bagaimana kerajaan menggandakan bilangan murid tanpa menggandakan kapasiti. Adakah bilik darjah tumbuh sendiri? Adakah guru boleh dilahirkan dalam masa yang singkat atau adakah kanak-kanak akan dipaksa menyesuaikan diri dengan sistem yang gagal? Lebih membimbangkan, tiada satu pun pelan peralihan yang jelas dibentangkan kepada Parlimen. Tiada audit kapasiti sekolah, tiada unjuran guru, tiada pelan mitigasi. Ini bukan reformasi, ini eksperimen dasar ke atas kanak-kanak.
Tuan Yang di-Pertua, kanak-kanak berusia lima dan enam tahun tidak berada pada tahap perkembangan emosi yang sama. Tambahan datang daripada latar
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
belakang keluarga dan geografi yang berbeza. Menggabungkan mereka dalam satu sistem yang seragam adalah tidak adil, tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan prinsip pendidikan berasaskan perkembangan kanak-kanak.
Temerloh juga ingin penjelasan tentang cadangan peperiksaan yang akan diadakan untuk pelajar Tahun 4 dan Tingkatan 3 bermula tahun ini. Sejauh mana kajian dijalankan tentang persiapan minda dan emosi pelajar, guru dan ibu bapa dan apakah objektif peperiksaan ini? Adakah sukatan pelajaran yang dirangka sebelum ini bersesuaian dengan tujuan peperiksaan tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan penggubalan kurikulum baharu 2027.
Temerloh mencadangkan supaya sukatan perlu kepada penekanan kefahaman hidup beragama dan mesti menjadi teras untuk mengelakkan berulang berbagai isu keruntuhan akhlak dan moral di kalangan pelajar sehingga terjebak dengan isu jenayah.
Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan rakyat sangat bergantung kepada kesejahteraan hidup keluarga. Situasi yang mengejutkan dan membimbangkan apabila statistik rasmi menunjukkan tentang keruntuhan institusi keluarga. Pada tahun 2023, 58,095 kes penceraian. Pada tahun 2024, 60,457 kes penceraian peningkatan lebih empat peratus dalam setahun. Ini bukan angka kecil, ini krisis sosial. Apabila gaji tidak cukup, pekerjaan tidak stabil, tekanan mental meningkat, rumah tangga menjadi mangsa, anak-anak terbiar dan terperangkap dengan berbagai masalah sosial. Temerloh ingin penjelasan, apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membentuk keluarga yang sejahtera?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, landing Temerloh. Saya dah bagi dua minit tadi, landing.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Seterusnya, sebelum saya— saya ingin menyentuh satu perkara lagi. Temerloh ingin menegaskan berkaitan isu keruntuhan moral dan juga yang berkaitan tentang rasuah yang melibatkan angkatan tentera iaitu di kalangan pegawai tinggi dan Polis Diraja Malaysia.
Temerloh ingin menegaskan integriti dalam perkhidmatan awam hanya dapat dibentuk melalui pendekatan menyeluruh yang bermula dengan pendidikan nilai dan kefahaman hidup beragama. Nilai amanah disokong oleh sistem pengambilan dan kenaikan pangkat yang telus serta berasaskan merit. Kebajikan dan gaji yang munasabah perlu bagi mengurangkan tekanan hidup, manakala penguatkuasaan undang-undang mesti tegas, cepat dan tanpa pilih kasih termasuk terhadap pegawai
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
tertinggi, pendigitalan perkhidmatan, pengisytiharan harta berkala, perlindungan pemberi maklumat serta kepimpinan melalui teladan merupakan elemen untuk penting untuk membina budaya kerja yang menolak rasuah secara total.
Persoalannya, sejauh mana usaha kerajaan untuk melahirkan penjawat awam yang bersih dari penglibatan rasuah dan salah guna kuasa melalui kesedaran dalaman iaitu takut kepada Allah, bukan semata-mata takut kepada undang-undang?
Akhirnya, sebagai penegasan terakhir, perbahasan ini selari dengan titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang menuntut kerajaan mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, memperkukuh pendidikan sebagai asas kesejahteraan rakyat, memastikan kepimpinan negara beramanah serta berintegriti termasuk cadangan had dua penggal Perdana Menteri.
Dalam masa yang sama, isu-isu sosial seperti LGBT dan penternakan babi mesti ditangani secara tegas, berperlembagaan dan berhemah agar tidak mencabar nilai agama, keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam. Menegaskan bahawa kemajuan negara tidak boleh dicapai dengan mengorbankan identiti, nilai dan prinsip. Kerajaan wajib bertindak dengan jelas, konsisten dan bertanggungjawab demi masa depan negara dan kesejahteraan generasi akan datang. Terima kasih.
Itu saja.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Puncak Borneo, 12 minit.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah diberi ruang untuk membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya turut menjunjung kasih atas titah tuanku dan dengan ini saya ingin merakamkan ucapan syabas dan terima kasih kepada kerajaan kerana keteguhan dasar ekonomi negara telah membuahkan hasil yang positif di tengah- tengah cabaran global yang berterusan.
Malaysia telah mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar pada kadar yang membanggakan sekitar 4.9 peratus untuk tahun 2025, melepasi sasaran unjuran kerajaan. Ini merupakan bukti bahawa dasar fiskal dan monetari yang mampan serta keyakinan sektor swasta setelah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Kita juga menyaksikan pasaran tenaga kerja yang semakin kuat dengan kadar pengangguran kekal rendah pada sekitar 3.1 hingga 3.2 peratus dan penyertaan tenaga buruh mencapai tahap tertinggi dalam tempoh sedekad. Ini
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
menunjukkan bahawa peluang pekerjaan terus berkembang selaras dengan peningkatan produktiviti dan daya saing ekonomi.
Namun demikian, angka-angka makro ini tidak semestinya mencerminkan realiti sebenar yang dihadapi oleh rakyat di peringkat bawahan. Masih ramai dalam kalangan belia, golongan graduan baharu dan pekerja kemahiran sederhana yang berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan yang stabil, bersesuaian dengan kelayakan serta menawarkan pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Terdapat juga isu pekerjaan tidak formal, kerja kontrak jangka pendek, fenomena underemployment yang kini terzahir sepenuhnya dalam statistik kadar pengangguran rasmi.
Justeru itu, saya berpandangan bahawa tumpuan kerajaan tidak harus berhenti kepada kadar pengangguran semata-mata, tetapi perlu beralih kepada kualiti pekerjaan, tahap gaji, jaminan sosial serta kebolehpasaran tenaga kerja tempatan agar pertumbuhan ekonomi yang dicapai benar-benar dirasai oleh seluruh lapisan rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun kadar inflasi rasmi negara dilaporkan berada pada paras yang rendah dan terkawal, hakikat yang dirasai oleh rakyat di lapangan adalah berbeza. Majoriti rakyat merasakan bahawa harga barangan keperluan harian terus meningkat, termasuk makanan asas, perkhidmatan, sewa rumah serta kos pengangkutan. Keadaan ini berlaku kerana kadar inflasi rendah tidak bermaksud harga barang menurun.
Sebaliknya, ia hanya menunjukkan kadar kenaikan harga menjadi lebih perlahan. Bagi rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, kenaikan harga yang berterusan walaupun pada kadar yang kecil tetap memberi kesan kepada perbelanjaan bulanan mereka khususnya apabila pertumbuhan gaji tidak meningkat pada kadar yang sama.
Selain itu, struktur inflasi juga perlu diberi perhatian. Inflasi teras yang melibatkan makanan di luar rumah, perkhidmatan dan kos logistik menunjukkan tekanan yang berterusan. Kenaikan kos input, gangguan rantaian bekalan serta rasionalisasi subsidi telah menyebabkan peningkatan kos, akhirnya dipindahkan kepada pengguna.
Justeru itu, saya ingin menegaskan bahawa kejayaan mengekalkan inflasi rendah tidak boleh diukur semata-mata melalui angka statistik, tetapi harus dinilai berdasarkan kemampuan rakyat untuk menampung kos sara hidup sebenar.
Kerajaan perlu memberi fokus kepada pengawalan harga barangan,
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial serta memastikan pertumbuhan pendapatan yang lebih saksama agar tekanan kos sara hidup tidak terus membebani rakyat.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Tan Sri Yang di-Pertua, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kita bertekad untuk memberi tumpuan kepada teras kesejahteraan rakyat, khususnya dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan sistem pengangkutan yang efisien. Pelaburan berterusan dalam sektor-sektor ini bukan sahaja akan meningkatkan kualiti hidup rakyat, malah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang negara kita. Sehubungan dengan itu, saya ingin menggesa kerajaan agar menyegerakan pembinaan SMK Puncak Borneo yang telah diluluskan agar keperluan pendidikan anak-anak di kawasan Parlimen ini dipenuhi tanpa kelewatan yang berpanjangan.
Selain itu, saya turut memohon agar kerajaan melulus dan melaksanakan pembinaan jalan baharu iaitu Jalan Jajaran Kampung Annah Rais ke Kampung Sadir serta Jalan Jajaran Semedang (BRS) ke Kampung Git yang amat penting bagi meningkatkan keterhubungan keselamatan perjalanan dan aktiviti ekonomi penduduk luar bandar di Parlimen Puncak Borneo.
Malah, dalam aspek kesihatan pula, saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan dengan serius pembinaan hospital Puncak Borneo sebagai gantian terhadap Rajah Charles Brooke Memorial Hospital ataupun dikenali RCBM yang sesak dan usang. RCBM wajar diwartakan sebagai tapak sejarah dan hospital baharu harus dibina bagi memastikan rakyat di kawasan ini mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh, berkualiti berhampiran dengan tempat tinggal mereka.
Saya yakin bahawa pelaksanaan projek-projek ini bukan sahaja mencerminkan komitmen kerajaan terhadap aspirasi RMK13 malah memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai langsung oleh penduduk Parlimen Puncak Borneo selaras dengan prinsip keseimbangan antara wilayah dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan juga menyahut Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menzahirkan rasa amat kesal dan kecewa terhadap liputan perkhidmatan telekomunikasi di Parlimen Puncak Borneo yang semakin merosot. Walaupun pihak MCMC dan Kementerian Komunikasi mendakwa liputan rangkaian telah melebihi 90 peratus, tetapi realitinya di lapangan sangat mengecewakan walaupun telah dikatakan dinaik taraf teknologi 4G.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Sambungan Internet sering tidak stabil, kelajuan jauh daripada apa yang dijanjikan dan kualiti perkhidmatan ataupun quality of service amat meleset daripada standard yang sepatutnya.
Oleh itu, saya menggesa MCMC dan Kementerian Komunikasi untuk segera meneliti isu ini dan mengambil tindakan yang tegas supaya rakyat di Parlimen Puncak Borneo dapat menikmati perkhidmatan telekomunikasi yang setimpal dengan keperluan dan bayaran mereka. Malah, masalah ini bukan sekadar gangguan kecil tetapi keperluan asas yang harus ditangani dengan serius supaya mereka dapat melaksanakan kerja-kerja mereka yang melibatkan connectivity digital.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya tertarik dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, di mana baginda menegaskan kita perlu mengekalkan prinsip perpaduan, menghormati dan kerjasama antara negeri dan Kerajaan Persekutuan sesuai dengan roh asal Perjanjian 1963. Sebarang perbezaan dapat harus diselesaikan melalui dialog matang dan bukannya melalui kebencian ataupun syak wasangka.
Namun, saya amat terkilan dan saya terpanggil untuk mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Perdana Menteri berhubungan dengan isu serius yang melibatkan PETRONAS. Saya telah mengambil— yang telah mengambil tindakan undang-undang Mahkamah Persekutuan melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak. Perkara ini amat membimbangkan rakyat Sarawak lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri Malaysia dan Premier Sarawak telah menandatangani deklarasi bersama ataupun joint declaration dengan izin, pada 21 Mei 2025 yang secara jelas menzahirkan komitmen kedua-dua pihak untuk selesaikan perkara ini berkaitan dengan petroleum dan gas melalui rundingan persefahaman dan semangat Perjanjian 1963.
Sehubungan itu, saya ingin bertanya dengan tegas. Pertamanya, adakah— apakah pendirian sebenar Kerajaan Persekutuan terhadap tindakan PETRONAS ini sedangkan rundingan penyelesaian secara komersial masih lagi berjalan dan belum dimuktamadkan?
Kedua, adakah tindakan undang-undang yang diambil oleh PETRONAS ini mendapat restu, arahan ataupun keizinan daripada Kerajaan Persekutuan ataupun Perdana Menteri sendiri? Jika tidak, apakah langkah kerajaan untuk memastikan tindakan sebuah syarikat kerajaan tidak bercanggah dengan komitmen politik tertinggi negara?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Ketiga, apakah jaminan Kerajaan Persekutuan bahawa hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 dan deklarasi bersama tersebut akan terus dihormati dan tidak diketepikan melalui tindakan perundangan yang boleh menjejaskan kepercayaan antara Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri?
Adakah PETRONAS sudah naik tocang dan angkuh sehingga mereka lupa Kerajaan Persekutuan adalah pemegang saham utama PETRONAS sehingga PETRONAS heret Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak ke mahkamah sebagai responden?
Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai rakyat Malaysia dan anak Sarawak, saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa rakyat Sarawak amat peka dan sensitif terhadap isu ini. Tindakan PETRONAS ini dilihat seolah-olah tidak selari dengan semangat MA63 yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta boleh ditafsirkan sebagai menghakis prinsip rakan setara ataupun equal partners yang menjadi asas pembentukan Malaysia. Saya ingin menegaskan bahawa Sarawak tidak menolak rundingan, tidak menolak kerjasama dan tidak menolak kepentingan nasional tetapi kita menuntut penghormatan keadilan dan keikhlasan sebagaimana yang dipersetujui dalam MA63.
Justeru itu, saya memohon pendirian yang jelas dan berani daripada Kerajaan Persekutuan di Dewan yang mulia ini agar rakyat Sarawak tidak terus dibiarkan dalam keadaan keliru dan kecewa serta supaya federalisme dan perpaduan negara dapat diteruskan dan dipelihara.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai isu banjir dan tanah runtuh. Kawasan Parlimen Puncak Borneo termasuk sekitar Siburan, Bau, Serian telah mengalami banjir dan tanah runtuh berpanjangan awal tahun ini akibat hujan lebat berterusan semasa musim Monsun Timur Laut yang menyebabkan banyak kampung dinaiki air dan beberapa PPS telah dibuka di bahagian Serian.
Ratusan mangsa dari kampung dan taman seperti Taman Duranda, Kampung Lintang Baru, Kampung Kerumboi, Kampung Simpok, Kampung Tanah Putih, Kampung Mundai, Kampung Batu Gong, Kampung Bijuray, Kampung Belimbing telah dipindahkan kerana rumah mereka dinaiki banjir menyebabkan kampung terputus hubungan dan banyak lagi kampung yang telah ada kejadian tanah runtuh dan banyak juga yang terputus hubungan akibat banjir.
Namun begitu, saya menyeru kepada pihak NADMA supaya memperhalusi dasar Bantuan Wang Ihsan banjir kerana kini hanya yang berpindah ke PPS sahaja yang mendapat bantuan. NADMA perlu mempertimbangkan bantuan kepada
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
golongan yang tidak berpindah ke PPS seperti anak kecil, ibu mengandung, golongan sakit tenat terlantar, golongan OKU dan sebagainya yang perlu perhatian khas yang tidak wujud kesediaannya di PPS.
Selain daripada itu, aspek penguasaan dan infrastruktur jalan raya, saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada satu puncak asas sering terlepas pandang iaitu kualiti pendidikan pemandu di peringkat awal. Saya ingin menggesa Kementerian Pengangkutan supaya melaksanakan reformasi menyeluruh terhadap syllabus pembelajaran sekolah memandu kerana realitinya hari ini menunjukkan bahawa kemahiran teknikal semata-mata tidak mencukupi untuk menjamin keselamatan jalan raya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Statistik kemalangan jalan raya secara konsisten menunjukkan faktor sikap kecuaian dan kegagalan mengawal emosi pemandu merupakan antara penyumbang utama kepada kemalangan. Ini membuktikan bahawa pendekatan latihan pemanduan sedia ada terlalu tertumpu kepada lulus ujian tetapi gagal membentuk sikap dan nilai pemandu yang berhemah.
Justeru itu, syllabus sekolah memandu perlu diperkasakan dengan pendekatan yang lebih holistik merangkumi pendidikan IQ dan EQ. Pendidikan IQ melibatkan kefahaman mendalam terhadap undang-undang jalan raya serta keupayaan membuat keputusan dalam situasi berisiko. Manakala pendidikan EQ pula menekankan kawalan emosi, kesabaran, empati dan toleransi terhadap ketika mereka berada di jalan raya.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, gulung untuk ini.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya landing Tan Sri. Izinkan saya menyentuh satu isu yang kecil tapi besar implikasinya iaitu penggunaan hon.
Hari ini hon disalahgunakan sebagai alat untuk menunjuk kemarahan, provokasi dan sikap agresif sedangkan hakikatnya hon dicipta sebagai alat keselamatan untuk kita alert kepada pemandu yang cuai untuk memberi isyarat, meningkatkan kewaspadaan dan mencegah kemalangan. Perkara ini mesti diajar dengan jelas dalam syllabus sekolah memandu supaya bakal pemandu memahami setiap tindakan di jalan raya membawa kesan kepada keselamatan orang lain, bukan sekadar kepuasan sendiri.
Saya juga ingin mencadangkan supaya kementerian memperkenalkan modul khusus berkaitan etika pemanduan dan psikologi pemandu. Dengan itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya telah rungkaikan segala masalah di kawasan, masalah yang
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
membelenggu negara kita. Tetapi, izinkan saya hanya satu dua patah kata lagi bahawa saya juga ingin memberi pesan kepada rakyat Malaysia supaya mereka tidak mencaci makanan bangsa lain. Saya melihat di sosial media ramai yang mengatakan bahawa babi itu kotor, busuk dan sebagainya. Mereka tidak menghormati makanan orang lain. Kita sebagai orang Dayak tidak pernah mencaci dan menghina makanan orang lain.
Sebab itu, kita sebagai orang yang makan babi ini tidak pernah— tidak banyak yang mengambil rasuah, tidak banyak yang makan dadah, tidak banyak yang sampai membuat perkara yang pelik-pelik. Tapi, kita dituduh makan babi dan kita tidak menjadi orang bertamadun. Saya rasa ini perlu dihentikan oleh rakyat Malaysia, oleh mana-mana pihak. Sebab kita perlu menghormati makanan orang lain.
Walaupun babi itu busuk, busuk lagilah budu dan belacan. Tapi, kita tidak pernah menghina. Jadi, kita saling menghormati untuk menjaga dan mendengar Titah Duli Tuanku supaya kita hidup harmoni di dalam negara Malaysia ini. Jangan kita mencari pasal.
Sebab negara ini boleh dibangunkan dengan bangsa yang bekerja secara bersama. Kita banyak peluang untuk kita membangunkan negara kita. Kita lihat negara sekitar kita, Singapura, Vietnam, Laos, Cambodia dan negara-negara Thailand. Mereka boleh bersatu hati untuk membangun negara mereka. Kenapa tidak di dalam Malaysia ini? Jadi, saya berharap kita akur dan menjunjung kasih kepada Titah Duli Tuanku.
Akhir kata, marilah kita terus komitmen kita melaksanakan dasar dan membawa manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang mengutamakan kepentingan bersama demi kemajuan dan kesejahteraan negara. Dengan itu, sekian terima kasih. Saya menjunjung kasih Titah Duli Tuanku.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tumpat. 12 minit.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Yang di-Pertua. Tumpat menjunjung atas Titah Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan penggal Parlimen pada kali ini. Tuanku menyentuh mengenai jati diri dan maruah negara bangsa dan kesejahteraan rakyat.
Pertama mengenai bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Ia isu kedaulatan Malaysia. Negara yang gagal memartabatkan bahasanya sendiri sedang menghakis jati dirinya sebagaimana yang disahut oleh YB Ketua Pembangkang
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
semalam. Ia meliputi pemakaian bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam dan di luar negara, merangkumi teks sahih sepatutnya untuk Perlembagaan Malaysia, dokumen dasar, latihan penjawat awam, swasta serta siaran media dan komunikasi kerajaan.
Ini bukan ekstremisme. Ini amanah perlembagaan dan realiti demografi negara. Semakan garis panduan pembentangan Akta Bahasa Kebangsaan mesti dibuat semua peringkat dan kementerian bermula dengan papan tanda dan pindaan kepada denda juga mesti setimpal kepada akta ini. Saya mahukan penjelasan daripada pihak kerajaan, benarkah Akta Bahasa Kebangsaan sendiri telah diterjemah dalam bahasa kebangsaan tapi belum ditetapkan sebagai naskhah sahih? Saya rujuk kepada laman web yang dimiliki oleh AGC. Bahasa kebangsaan juga merupakan instrumen pemutihan pendatang asing. Barangkali kita dapat mengenal mana satu warganegara, yang mana satu bukan, sekali gus boleh membantu agensi penguatkuasaan.
Kerajaan mesti memperkasa Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan autoriti wajib dan kakitangannya sepatutnya perlu diperbanyakkan, diperkembangkan ke peringkat daerah sebagai badan pelaksana dan pemantau. Ini perlu disegerakan dan ia nya bukan pilihan. Sudah tiba masanya DBP menjadi penjaga bahasa dan satu mercu tanda sepatutnya dibuat di Putrajaya untuk menjaga perkara ini. Ia seharusnya berada di bawah Jabatan Perdana Menteri merentasi semua kementerian. Jati diri rakyat dan negara tidak boleh dipandang sipi. Soal bahasa, bendera, kerap menjadi lelucon dan remehan setengah warga yang tidak bertanggungjawab. Kalau ini dibuat oleh warga asing, maka bisinglah tetapi hal ini dilakukan oleh warganegara sendiri. Sangat memalukan.
Pindaan kepada hukuman yang lebih berat perlu dipertimbangkan dengan kadar segera untuk mengelakkan ia nya lebih berleluasa sebagaimana tegasnya Titah Yang di-Pertuan Agong.
Yang kedua, berkenaan dengan kerangka dan tulang belakang jajaran Semenanjung negara dan mobiliti Pantai Timur. Suatu connectivity wilayah yang telah lama tertangguh. Yang di-Pertua, pembangunan yang ada bermula daripada mobiliti rakyat menjadi hak eksklusif wilayah dan institusi tertentu. Pantai Timur masih berdepan dengan kos penyelenggaraan tinggi, binaan rel tidak seimbang dan pengetahuan luar bandar yang sangat lemah.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sekarang ini di Pan Borneo hampir sudah siap tapi kami di Kelantan masih belum mendapat lebuh raya ini. Tumpat menuntut kerangka mobiliti rakyat Pantai Timur yang serius, bukan projek serpihan sepertimana memastikan penyelarasan KTM dan pejabat rel seperti Japanese Railway Lines agar benar-benar menjadi.
Kerajaan mesti menyahut seruan Titah YDPA mempercepatkan pelaksanaan LPT3 dipersiapkan ke bandar palang paling hujung iaitu Tumpat selaras dengan laluan KTM. Perdana Menteri Kesembilan telah mengumumkan Projek Jambatan Palekbang dan Penambang serta Jambatan Pangkalan Kubu Takbai.
Kedua projek mega ini berkait infrastruktur pengangkutan perlu disokong dan dihubungkan oleh kesemua laluan dan pengangkutan darat seperti lebuh raya dan jalan kereta api termasuklah LPT3. Ini merupakan satu komitmen kerajaan dan pengaluran projek mega dan arahan tuntas yang berjalan khusus untuk Pantai Timur.
Pantai Timur dan luar bandar adalah barisan hadapan sekuriti makanan negara.
Pantai Timur dan luar bandar bukan beban tetapi aset strategik sekuriti makanan negara. Pemodenan rantaian jalan mobiliti pendapatan nelayan kecil akan membawa kepada penyelesaian masalah pengeluaran makanan di Malaysia.
Yang ketiga berkaitan dengan agenda kesejahteraan polisi dan perkhidmatan keselamatan rakyat. Kita melihat bahawa dalam negara kita ini tidak ada pusat keselamatan bencana negara untuk banjir, kebakaran dan sebagainya. Kita ada agensi seperti MKN, ada NADMA, ada JPAM, ada bomba, ada JUPEM dan juga meteorologi. Kita melihat dalam satu ayat al-Quran, Surah Al-Anfaal berbunyi, [Membaca sepotong ayat al-Quran] yang bermaksud, “Dan sediakanlah untuk menentang mereka, segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan daripada kekuatan yang kamu ada”. Yang di-Pertua, Tumpat ingin mengusulkan agenda negara melalui pendidikan keselamatan melibatkan mobiliti dan rakyat secara keseluruhan. Saban tahun kita dilanda banjir. Kita menghadapi kerjasama lebih 69 tahun. Kini negara berhadapan dengan pelbagai bencana, gempa bumi, bencana kimia, letupan gas menyebabkan jutaan kerugian dan berkemungkinan boleh menyebabkan ancaman kehilangan nyawa rakyat. Untuk pendidikan keselamatan jalan raya, kita ada JKJR.
Namun, untuk pendidikan bencana kita tidak mempunyai satu syllabus dan pendidikan khas untuk rakyat kita.
Tumpat mencadangkan NADMA dengan segera mempunyai satu pusat pendidikan keselamatan bencana pada peringkat nasional dan menubuhkan juga di peringkat PBT terutamanya di bandar raya dan juga majlis-majlis perbandaran dan
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
juga boleh diwajibkan kepada PBT yang sering menghadapi masalah bencana seperti ini. Kita perlu melihat bahawa rakyat perlu diperkasakan dengan sistem pendidikan kemahiran dan simulasi. Kita mengalami perkara ini sudah beratus-ratus tahun.
Jadi, kita harusnya mewujudkan satu mekanisme supaya kita mempunyai suatu persediaan (preparedness) untuk menghadapi bencana skala luar biasa. Kita telah mengalami di Kelantan, Bah Merah, Bah Kuning. Dan kita percaya bahawa rakan kita yang berada di Aceh, yang beradai Hatyai baru-baru ini menghadapi bencana yang sangat luar biasa.
Kita perlukan NADMA untuk segera menggunakan dan menjadikan PKK, pusat untuk persediaan banjir supaya dilengkapi dengan sistem ini dan kita cadangkan agar ia nya yang 15 yang akan dibuat di seluruh negara itu dipastikan mempunyai syllabus pendidikan untuk keselamatan komuniti. Kita lihat di negara yang telah pun lebih advanced, sebagai contoh di Jepun. Hampir semua bandar mereka mempunyai pusat-pusat pendidikan keselamatan bencana untuk rakyat.
Jadi, rakyat kita harus diajar. Mereka kena belajar learn to safe and learn to be safe during disaster.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, kita mengharapkan agar perkara ini diambil tindakan segera dan kita boleh melihat bagaimana SOP dan best practices yang diamalkan oleh negara- negara lain contohnya Sendai Framework for Disaster Risk Reduction yang telah pun dibuat di negara lain yang merupakan satu amalan baik untuk mengurangkan risiko bencana.
Begitu juga kita baru sahaja mendengar bahawa kerajaan baru sahaja mengubah ataupun membuat satu dasar baru untuk pendidikan negara, 2026–2035.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya ingin mencadangkan supaya kita juga menambah baik iaitu memastikan dalam pendidikan kanak-kanak ini mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk memberikan pengajaran mandatori, teori dan kemahiran asas, iftar hidup kerana kita tahu bahawa dunia sedang menghadapi perubahan iklim global.
Pendidikan mesti diajar dan simulasi khusus mesti dibuat kepada pelajar dan juga rakyat negara kita. Semua warganegara mesti memahami lima asas skil ikhtiar
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
hidup meliputi fire, shelter, signal, food and water dan ini merupakan perkara yang sangat perlu ketika first aid. Ini memudahkan kerja menyelamat secara berkelompok dan tindakan dapat diambil dan insya-Allah tidak akan memudaratkan mangsa dalam keadaan yang singkat dan lebih ramai dapat dibantu.
Begitu juga dengan kita melihat negara kita dah banyak bangunan strata.
Pelbagai akta telah pun kita buat. Kita lihat banyak bangunan dibina, rumah pangsa yang tinggi. Kita import pembangunan rumah pangsa tetapi kita tidak import software dan juga kandungan untuk tatacara kesejahteraan dan keselamatan rakyat semasa bencana. Di sekolah ada fire drill tetapi di semua rumah pangsa tidak ada latihan berkala untuk menghadapi bencana dan juga peralatan dan infra yang sesuai untuk menghadapi sebarang gempa bumi dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan dengan bencana.
Yang seterusnya, berkaitan kebajikan dan keselamatan pekerja e-hailing.
Kita baru sahaja melaksanakan ataupun meluluskan dan mewartakan tentang Akta Pekerja Gig. Dan hari ini kita melihat saban hari kita dimaklumkan tentang jumlah kematian dan kemalangan melibatkan keluarga mereka. Tumpat ingin mencadangkan agar ditubuhkan unit khas di bawah PERKESO atau kerajaan perlu memastikan kebajikan anak-anak muda ini yang kematian keluarga mereka akibat daripada kerja seperti ini kerana mereka ini pekerja yang tidak ada sebarang pencen.
Kita ingat ini akan menyebabkan mereka kehilangan selama-lamanya ketua keluarga. Kita harus memastikan bahawa dalam JKJR suatu pendidikan dan syllabus mengenai keselamatan ini harus dibuat pengurusan fatigue ataupun pengurusan kelemahan— keletihan mesti dibuat.
Kita mengucapkan tahniah kepada producer yang mengeluarkan filem Papa Zola. Menunjukkan bahawa bagaimana seorang ayah yang qawwam terpaksa buat dua, tiga kerja semata-mata kerana ingin memberikan nafkah kepada keluarga. Jadi ini memerlukan suatu had, satu tempoh masa yang rehat yang perlu digariskan oleh pihak kerajaan untuk pemanduan ataupun tunggangan wajib yang dihadkan supaya ada masa rehat kepada mereka ini. Kerajaan hendaklah mengamalkan protokol keselamatan toleransi zero sifar iaitu zero tolerance untuk safety protocol bagi memastikan mereka ini selamat kerana ini merupakan aset negara kita.
Yang seterusnya, berkaitan dengan teknologi solar. Kita lihat hari ini kerajaan telah memperkasakan sistem solar. Walau bagaimanapun, Tumpat ingin mencadangkan agar kerajaan membuat suatu saranan ataupun buat suatu projek besar berkaitan dengan semua masjid dan juga sekolah-sekolah supaya ia nya
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
diberikan pelepasan dan diberikan kemudahan dan subsidi untuk mendapat solar kerana ini akan memberikan keuntungan kepada kerajaan dalam jangka yang masa yang panjang kerana negara kita merupakan negara yang kaya solar.
Seterusnya, berkaitan dengan literasi kewangan kanak-kanak. Negara menghadapi pelbagai jenis masalah ekonomi, menghadapi scam dan sebagainya.
Saya menuntut agar dasar pendidikan pengguna literasi kewangan kanak-kanak diwajibkan di peringkat sekolah supaya mereka ini dapat kita berikan pendidikan awal berkenaan undang-undang dan juga hak mereka berkenaan dengan pengguna bukan hanya menghadapi tribunal bila mereka mendapat masalah.
Seterusnya, berkaitan dengan isu fertility. Negara kita sedang menghadapi masalah kesuburan. Jadi, saya perlukan suatu jawapan daripada pihak kementerian untuk membekalkan ataupun membuat tindakan bagi penajaan pakar-pakar embryologist untuk semua negeri. Ini perlu disokong dan ini akan juga menjawab isu LGBT dalam perkhidmatan awam yang kita lihat telah pun menjadi satu barah. Jadi, ini negara tanpa anak merupakan negara tanpa masa depan. LPPKN perlu diperkasakan dengan membawa pendidikan mandatori kebapaan selari dengan pendidikan kehamilan ibu oleh Kementerian Kesihatan.
Begitu juga dengan berkenaan dengan 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar. Sekarang sudah sampai masanya setelah lebih 22 tahun KPWKM ditubuhkan.
Pelbagai protokol telah pun diratifikasi. Tokoh dan Raja Melayu wanita seperti Cik Siti Wan Kembang, Permaisuri Siti Zubaidah, Tun Fatimah, Tun Kudu, Tun Teja telah wujud berabad lalu.
Bagaimana sekarang ini kita lihat ini tidak berlaku pada sekarang, teramat janggal. Kita mengundur ke belakang dan Malaysia berada di dalam antara ranking yang terendah untuk participation wanita dalam politik di Asia Tenggara. Jadi seharusnya perkara ini harus kita mengambil tindakan segera. Maka, sewajarnya adalah diperkenalkan akta untuk pariti gender bagi memastikan wanita terlibat dalam siasah negara dengan jumlah sampai 30 peratus.
Yang di-Pertua juga menyebut, Yang di-Pertuan Agong juga menyebut tentang integriti rasuah dan keadaan penjawat awam khususnya di kalangan penguat kuasa. Saya ingin mencadangkan agar garis panduan khusus untuk pengurusan risiko rasuah di kalangan agensi penguat kuasa, pendakwaan mesti juga diberi suatu tindakan yang lebih tegas.
Penempatan pegawai sosiologi dan psikologi di semua agensi berisiko tinggi untuk mengkaji dan mengutip trend dan benda ini harus dikaji dan disemak. Mesti
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
kita angkat balik segala image yang telah pun dipalitkan dan berlaku kepada ATM, imigresen, kastam dan PDRM. Jangan “kerana nila setitik habis susu sebelanga” terpaksa kita curahkan.
Usul tuanku agar pemberi rasuah disiasat dan dihukum mesti diambil perhatian serius. Jangan lagi berlindung di bawah perlindungan saksi. Dua belah tangan bertepuk baru berbunyi. Peranan KAGAT dan BAKA mesti diperkasakan, dinaik taraf bukan lagi sebagai biro tetapi ditambah bidang kuasa agar memberikan impak pematuhan yang benar. Ia sepatutnya menjadi badan pemantau integriti dalam ATM dan PDRM.
Pengalaman dasar membangun umat Islam di Kelantan dikira— mestilah diambil kira dalam mendidik penjawat awam dan litar politiknya. Kewajipan solat dan rujukan kepada Al-Quran sebagai teks wajib pegawai Muslim bukan lagi tanggungjawab individu agar budaya takwa diterapkan kepada penjawat awam Muslim menjadi kelompok majoriti dalam badan-badan di atas.
Yang seterusnya berkenaan dengan tindakan legislatif terhadap pencerobohan terhadap tanah kerajaan dan persendirian. Ini perlu mendapat perhatian Perdana Menteri dan Kabinet agar kerajaan tidak menjadi dan tidak mencetuskan ketegangan kaum dan agama. Garis panduan pembinaan dan keperluan apa sahaja bangunan termasuklah rumah ibadat mesti difahami dan dilaksanakan.
Jangan ini menyebabkan wujudnya invigilator di kalangan rakyat yang dah hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada undang-undang dan penguatkuasaan yang lemah dalam bertindak. Kita harus mengambil kira bahawa jangan sampai negara ini lihat seolah-olah tidak ada rule of law dan tidak ada kedaulatan undang- undang.
Dan kita ingin bertanya, adakah kita ingin melihat retak ini menjadi belah dan kita akan terpaksa bayar harga yang sangat mahal pada masa akan datang untuk damage control. Saya tujukan soalan ini kepada Menteri Wilayah, Menteri Undang- undang dan Menteri Dalam Negeri. Yang haram dibina dan tapak yang haram tetap mesti diharamkan dan tidak boleh disahkan atas dasar pihak-pihak yang berkepentingan.
Akibatnya, binaan haram di tapak haram tiba-tiba menjadi halal akhirnya setelah mendapat desakan pihak-pihak tertentu. Jadi, ini perlu dihentikan. Satu noktah perlu dimuktamadkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datoʼ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, Titah Diraja 2026 menuntut tindakan segera dan keberanian keputusan yang tidak popular tapi betul. Tumpat menjunjung titah ini dengan harapan kerajaan memilih kebenaran bukan keselesaan, prinsip bukan kompromi murahan dan masa depan rakyat bukan keuntungan jangka pendek. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Datoʼ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersempena Sesi Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas pada Isnin yang lalu.
Puan Yang di-Pertua, secara peribadi saya berpandangan titah baginda ini memberi isyarat yang jelas lagi nyata. Sekali lagi menzahirkan pandangan dan pendirian yang tajam terhadap isu-isu yang berlegar dalam negara ini. Daripada isu rasuah, isu penyelewengan, isu Dasar Pendidikan Kebangsaan sehinggalah kepada isu 3R dan federalisme.
Isu-isu yang disentuh dalam titah baginda ini disinggung tanpa berselindung.
Memberikan signal yang serius kepada kerajaan bahawa tiada ruang untuk bermain politik lagi. Segalanya mesti dituntaskan dengan telus dan terbuka. Sudahlah harapan rakyat banyak yang belum ditunaikan walaupun sudah dijanjikan. Jangan pula harapan Tuanku melalui titah di Dewan yang mulia ini juga tidak ditunaikan.
Puan Yang di-Pertua, kita merasa amat dukacita dan sangat terkilan dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat melibatkan kes rasuah dan penyelewengan pegawai berpangkat tinggi dalam ATM ketika ini. Malah, ketika kes- kes penyelewengan ini didedahkan sejak tahun lalu dan penangkapan dibuat melibatkan pegawai tinggi dan kanan ATM, kes melibatkan moral segelintir anggota juga turut terdedah sama.
Saya mengharapkan agar siasatan dan pendakwaan terhadap kes ini dilakukan secara telus dan terbuka. Tidak harus ada campur tangan terhadap kes ini sehingga selesai. Mereka diadili dan dihadapkan di mahkamah. Kerajaan juga bertanggungjawab memastikan kes-kes ini dapat diselesaikan secara telus.
Datoʼ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Dan saya juga ingin menyokong dan mengulangi pendirian yang dinyatakan di dalam Titah Yang di-Pertuan Agong bahawa golongan perasuah adalah pengkhianat kepada negara, malah sangat ditegah dengan keras oleh agama.
Pasca-PRU Dewan Undangan Negeri Sabah tempoh hari. Rakyat seluruhnya masih ternanti-nanti dengan tindakan lanjut terhadap beberapa pimpinan Kerajaan Negeri Sabah susulan pendedahan kes rasuah skandal perlombongan mineral di Sabah yang didedahkan di media sosial oleh seorang yang bernama Albert Tei sejak satu ataupun dua tahun yang lalu. Mengapa kes rasuah berprofil tinggi yang melibatkan beberapa pimpinan politik negeri Sabah ini tidak diangkat secara serius?
Inilah yang sudah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beluran pada pagi tadi.
Video-video yang mendedahkan rasuah berkenaan melibatkan sekurang- kurangnya RM500,000 suapan kepada beberapa pihak berkepentingan. Ini juga persoalan yang harus dijawab oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Adakah kes-kes begini akan menjadi satu umpan kepada kerajaan di peringkat Persekutuan supaya mereka dapat kekal bersama kerajaan? Saya membangkitkan persoalan ini kerana ia juga isu rasuah yang disentuh oleh Titah Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Puan Yang di-Pertua, kita juga merasa bimbang dengan perkembangan aktiviti LGBTQ songsang yang semakin berani menzahirkan diri mereka. Malah, sampai ke tahap menjadikan gerakan songsang ini sebagai suatu norma baharu dalam negara. Kalau kita lihat perkembangan kebelakangan ini, golongan LGBTQ ini semakin berani. Berani mendedahkan diri mereka, tidak lagi berselindung di sebalik tabir.
Tidak lagi malu untuk mengaku mereka adalah sebahagian daripada kelompok yang songsang itu. Tidak lagi takut mahu ke depan menyatakan hak mereka yang menyalahi fitnah dan merosakkan. Ini adalah penyakit, penyakit yang sedang membarah dalam masyarakat. Fakta yang menunjukkan perkembangan golongan MSM termasuklah biseksual adalah suatu yang membimbangkan. Kita tidak boleh sekadar memangku tangan dan melihat kebejatan moral ini terus merebak tanpa sekatan dibuat dengan serius.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga tidak mendapat sebarang maklum jelas— maklum balas yang jelas apabila tangkapan terhadap 201 pengunjung lelaki di sauna yang berlaku tempoh hari tidak dapat didakwa atas perbuatan mereka. Apa yang wajar dilakukan dari sudut perundangan bagi memastikan elemen cegah rintang terhadap— cegah rintang dapat berfungsi mencegah rakyat daripada aktiviti yang tidak bermoral ini? Mengapa tidak ada agensi daripada kerajaan untuk
Datoʼ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
memperbetulkan keadaan yang berlaku selepas polis dikatakan tidak dapat menghukum pesalah dalam kes ini?
Suatu yang amat menghairankan, jika polis melakukan intipan dan siasatan mungkin mengambil tempoh berbulan-bulan dan serbuan yang berjaya dilaksanakan, namun akhirnya tiada pendakwaan boleh dibuat terhadap mereka.
Kita mahu penjelasan terperinci daripada kerajaan dalam hal ini dan apa tindakan susulan yang wajar? Persoalan, mengapa kelihatan taring perundangan terlalu lemah, terlalu tumpul berhadapan dengan kelompok ini?
Puan Yang di-Pertua, Kedah adalah negeri jelapang padi. Oleh yang demikian, apa jua yang menimpa para pesawah hari ini adalah sebahagian daripada perjuangan kami Ahli-ahli Parlimen dari negeri ini. Saya berpandangan kita harus akui bahawa sudah sampai masanya untuk penambahbaikan kelompangan yang ada dalam Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 serta melaksanakan penyelarasan dan penambahbaikan sistem subsidi dan input pertanian.
Isu-isu yang melibatkan industri padi dan beras negara termasuklah yang sedang menimpa para pesawah harus digembleng dan diambil perhatian yang serius oleh kementerian kerana ia termasuk dalam salah satu aspek keselamatan makanan negara. Hari ini, para petani mengeluh berkaitan dengan kadar potongan hasil padi mencanak naik.
Sebelum ini, beberapa tempat yang lain, kos pemotongan pemutuan ini mencecah sehingga 27 peratus dan ada lebih tinggi sehingga 38 peratus. Dan semalam, sewaktu himpunan petani di hadapan Parlimen ini, ada yang mendedahkan bahawa mereka menghadapi potongan sehingga 65 peratus.
Bayangkan 65 peratus, hanya berbaki kepada pak tani hanya 35 peratus.
Saya mendapat makluman bahawa ketika harga lantai sekitar RM1,250 per tan metrik, harga potongan pemutuan sekitar 17-18 peratus sahaja. Kemudian, ketika harga lantai sekitar RM1,300 per tan metrik, harga pemotongan pemutuan ini naik kepada minimum 20 peratus. Tapi sekarang dilihat seolah-olah potongan ini tidak terkawal. Jadi persoalan, siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan pak-pak tani ini tidak menanggung kerugian yang besar?
Sebab tu kita saksikan ada di kalangan pak tani yang selepas padinya dimasukkan ke lori, dia sendiri menyatakan bahawa, “Di mana saya hendak jual padi ini?” Padi yang berkualiti, tapi sekiranya diserahkan sahaja kepada pihak kilang, maka potongannya tidak terkawal dan akan merugikan. Kali ini harga minimum ini
Datoʼ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
naik, sekali lagi kepada lebih daripada puluhan peratus. Kalau tadi kita sebut 24, 38 sampai kepada 65 selepas peningkatan harga lantai kepada RM1,500 per tan metrik.
Persoalannya, apa langkah intervensi segera yang boleh dilakukan untuk mengatasi perkara ini memandangkan para pesawah sangat terkesan dengan pelbagai kos penanaman padi, penanaman yang lain seperti benih, baja, racun dan sebagainya? Apakah penjelasan dan rancangan kementerian dalam menangani isu sebegini?
Ini belum lagi termasuk isu pembekalan benih padi yang sampai lambat serta isu subsidi dan bantuan. Adakah janji pada Jun 2024 untuk memberikan— untuk pemberian bantuan insentif pembajakan dan penuaian sebanyak RM210 per hektar bagi setiap musim telah ditunaikan oleh kementerian dengan sebaiknya? Kesemua ini masih tinggal tanda tanya. Saya mengharapkan agar kementerian dapat memberikan penjelasan yang dapat melegakan para pesawah.
Puan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya sentuh mengenai perkembangan pembinaan bangunan letak kenderaan bertingkat Hospital Sultanah Bahiyah. Semua maklum, kalau sebelah pagi terutamanya pada waktu-waktu puncak begini, kenderaan kita akan dapati penuh di sekitar hospital dan penuh di jalan raya.
Jadi, persoalan saya, berapa peratus kemajuan projek setakat ini? Dan persoalan juga, bilakah jangka masa ia dapat disiapkan dan dibuka kepada pengunjung hospital untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Puan Pengerusi kerana membenarkan saya menyertai perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin membentangkan empat perkara dalam ucapan saya pada hari ini.
Yang satu ialah pembaharuan di DBKL. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Segambut kerana dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengawal selia DBKL, Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi-agensi lain. Saya ingin menyampaikan penghargaan ke atas usaha Yang Berhormat Segambut untuk melantik lima orang Ahli Parlimen Kuala Lumpur untuk mengetuai lima jawatankuasa untuk memantau penggunaan bajet dan pelaksanaan projek di bawah DBKL.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Selain itu, Yang Berhormat Menteri juga berikthiar untuk mengkaji rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Ibu Kota yang dibentangkan oleh tujuh orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Kuala Lumpur. Di sini, saya menyeru Yang Berhormat Menteri dan barisan pimpinan Jabatan Wilayah Persekutuan untuk mengkaji salah satu syor Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Dalam para ke-14 dalam laporan dan syor PAC berkenaan pemberi milikan tanah di Kuala Lumpur, PAC menyeru kerajaan untuk mengadakan perancangan pembangunan yang lebih holistik dan seimbang di Kuala Lumpur. PAC telah menyeru kerajaan untuk mewujudkan jawatankuasa tetap untuk memantau hal ehwal tanah termasuk pemberi milikan dan pembangunan tanah Kuala Lumpur yang turut melibatkan Ahli-ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
PAC menyeru kerajaan haruslah mengembalikan Kepengerusian Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ataupun yang kita panggil Land Exco kepada Menteri yang bertanggungjawab mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur demi meningkatkan akauntabiliti, demokrasi dengan komposisi Jawatankuasa Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti berikut iaitu Menteri Wilayah Persekutuan ialah pengerusi.
Ketua Setiausaha Negara adalah timbalan pengerusi. Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan adalah sedia ada yang anggota lain termasuk itu yang sedia ada adalah Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Peguam Negara atau wakil, Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau KSP ataupun wakilnya, ketua pengarah jabatan, Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Selain daripada yang Menteri Wilayah Persekutuan dijadikan sebagai pengerusi, yang lain itu semua adalah anggota yang sedia ada di bawah Land Exco.
Saya difahamkan sekarang banyak keping tanah kerajaan telah pun diberi milik kepada pihak swasta sejak Kerajaan MADANI menjadi kerajaan. Kesemua pemberi milikan tanah ini langsung tidak diketahui oleh Ahli Parlimen di kawasan Parlimen masing-masing termasuk projek cadangan Bandar MADANI di kawasan Seputeh.
Saya langsung tidak diberitahu tentang ini, hanya sampai saya baca laporan akhbar barus saya sedar ada projek seperti ini. Saya menyeru Yang Berhormat Menteri mengambil langkah untuk melaksanakan syor PAC untuk menjalankan pembaharuan struktur Land Exco di Kerajaan Persekutuan ini.
Puan Yang di-Pertua, isu yang kedua saya nak bangkitkan adalah tentang penahanan wartawan Free Malaysia Today di bawah Akta Hasutan dan beberapa
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
akta lain. Dato’ Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua, saya merasa kesal atas penangkapan dan reman wartawan daripada Free Malaysia Today iaitu Rex Tan yang ditangkap pada 12.45 pagi pada 17 Januari 2026 iaitu hari Sabtu di IPD Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Mengikut kenyataan media PDRM, penangkapan dan reman wartawan Rex Tan dilakukan di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan, seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap soalan yang ditanya oleh beliau kepada penceramah British iaitu George Galloway dalam kuliah awam yang bertajuk, “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” pada 12 Januari tahun ini. Soalan beliau dibentuk dengan menarik perbandingan dengan konteks sejarah yang dicadangkan oleh penulis yang bernama Han Suyin.
Puan Yang di-Pertua, negara kita mengamalkan sistem demokrasi yang memberi ruang kepada rakyat untuk mengeluarkan pandangan dan kritikan secara bebas. Soalan saya tentang penangkapan dan reman Rex Tan adalah seperti berikut. Nombor satu, kenapakah Rex Tan disiasat di bawah Akta Hasutan atas soalannya di forum tersebut, bukankah ramai di antara wakil rakyat Pakatan Harapan di Dewan ini telah lama menyokong pemansuhan Akta Hasutan?
Yang kedua ialah, kenapakah Rex Tan disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, sedangkan beliau tidak menggunakan platform talian untuk menyampaikan pandangan beliau tetapi beliau membangkitkan soalannya di satu forum publik. Pengguna akta ini dalam konteks tersebut adalah tidak patut.
Apabila soalan daripada seorang wartawan dan anggota masyarakat dianggap sebagai tindakan jenayah, ia akan menghalang perbincangan terbuka dan pemikiran kritis ataupun critical thinking di masyarakat kita, sedangkan wartawan dan anggota intelek sepatutnya mempunyai fikiran yang bebas dan kritikal terhadap apa- apa pandangan dan isu di masyarakat kita.
Dato’ Yang di-Pertua, saya tidak— Puan Yang di-Pertua, saya juga tidak faham kenapakah pihak polis menangkap dan reman wartawan ini selepas beliau memohon maaf atas kenyataannya yang permohonan maaf itu disiarkan di Free Malaysia Today. Permohonan maaf beliau membuktikan masyakat kita sebenarnya mampu mengawal selia wacana melalui perbincangan yang matang tanpa memerlukan campur tangan punitif ataupun hukuman jenayah.
Apabila isu ini telah diselesaikan secara sivil, penggunaan Akta Hasutan untuk menangkap beliau bukan sahaja keterlaluan, malah ia membantutkan
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
perdebatan sihat dan menjadi disservice kepada naratif nasional yang cuba dipertahankan oleh Kerajaan MADANI.
Sehubungan dengan itu, saya nak tanya kenapakah penangkapan terhadap wartawan itu dilakukan pada waktu larut malam? Pada 12.45 am, pagi dan bukannya dilakukan pada siang hari. Bukankah ini keterlaluan? Penangkapan wartawan ini juga telah dikritik oleh banyak pihak termasuk Ahli Parlimen YB Bukit Gelugor, YB Bagan, YB Jelutong dan juga Premesh Chandran yang selaku Pengerusi Majlis Media Malaysia dan juga kritikan daripada saya sekarang.
Soalan saya ingin bertanya kepada kerajaan ialah apakah sekarang wartawan tidak boleh mengeluarkan pandangan dan soalan secara bebas kepada penceramah forum ataupun pemimpin politik sekarang? Apakah pengamal media akan berhadapan dengan risiko ditangkap ataupun ditahan oleh polis...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Seputeh...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Sekiranya soalan mereka dianggap sensitif dikaca mata polis ataupun pemerintah.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Seputeh...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Seputeh, boleh saya minta laluan?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tampin, Tampin, Tampin, Tampin.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Boleh saya habis ini, nanti saya jawablah.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Minta sikit Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Selalunya tindakan daripada PDRM dilihat sebagai arahan daripada kerajaan, di kaca mata masyarakat umum. Saya ingin tanya, apakah penangkapan dan reman Rex Tan adalah diarah oleh Kementerian Dalam Negeri ataupun oleh pihak PDRM ataupun pihak Jabatan Peguam Negara? Saya ingin mencadangkan pihak SUHAKAM mengadakan kursus kesedaran hak asasi manusia kepada penjawat awam dan agensi-agensi tersebut.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Seputeh, Seputeh nak tanya sikit boleh?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tampin dulu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Nanti ah, bagi saya landing dulu.
Saya menyeru penjawat awam khususnya anggota agensi penguatkuasaan seperti PDRM memberi penghormatan yang sewajarnya kepada wartawan dan pengamal
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
media kita. Kita haruslah memberi ruang kepada mereka untuk menanya soalan dan kebebasan bersuara walaupun kadang-kadang soalan mereka tidak sedap didengari. Saya berharap penangkapan dan reman Rex Tan tidak akan berlaku lagi supaya negara kita tidak dipandang sebagai regime authoritarian di kaca mata masyarakat antarabangsa.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya hanya dua minit lagi tau.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tampin, Seputeh, Tampin.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagi juga sini Seputeh bagi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Eh, nanti, nanti. Yang Berhormat boleh bentangkan pandangan anda dalam you punya ucapan.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Seputeh...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Next, next.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Nak tanya tadi yang penangkapan ni.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang isu ketiga Puan Yang di- Pertua...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Bagilah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak bagi, sila duduk.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Daripada minggu lepas, saya dilemparkan tuduhan palsu. Saya berharap bukan daripada Yang Berhormat dekat sana. Tuduhan palsu dalam satu imej dengan artikel yang bertajuk, “Sijil halal untuk babi adalah wajar – Teresa Kok”. Imej ini kemudian bertular di banyak media sosial dan saya membuat 20 – sebenarnya 20 laporan kepada MCMC dan juga laporan polis berkenaan isu ini.
Soalan saya kepada MCMC ialah apa yang telah dilakukan oleh pihak polis dan MCMC terhadap laporan saya? Kerana ini bukan kali pertama saya kena tuduhan palsu seperti ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya difahamkan sesetengah pemilik Facebook dalam memadamkan posting tersebut tetapi ada beberapa pemilik akaun media sosial menaikkan posting yang baharu. Artikel yang menghasut kebencian kaum Muslim terhadap saya dan membawa perkauman dan agama ini sebenarnya merosakkan keharmonian masyarakat. Apakah MCMC akan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
media sosial yang telah menurunkan artikel palsu tersebut? Jadi, saya nak juga tanya, apakah hasil siasatan daripada MCMC dan polis dalam isu ini kerana ini bukan kali pertama saya berhadapan dengan tuduhan liar seperti itu, tetapi selalunya saya tak nampak apa-apa tindakan diambil oleh pihak polis ataupun MCMC.
Puan Yang di-Pertua, isu yang terakhir yang saya nak bangkitkan ialah berkenan dengan SPRM. Dalam Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru pihak SPRM untuk menjalankan siasatan dengan cepat, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
Yang di-Pertuan Agong juga menyeru kerajaan untuk menyediakan hakim yang berpengalaman dan ruang khas di mahkamah supaya― laluan, maaf. Laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera. Saya memuji respons pantas daripada Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan berkenaan penubuhan Mahkamah Tinggi Khas untuk kes rasuah. Pada pandangan saya, sekiranya kita ingin melihat lebih penyiasatan dijalankan terhadap laporan rasuah daripada orang ramai, kerajaan mesti memperkasakan SPRM dengan menggaji lebih pegawai dalam Bahagian Siasatan dan Pendakwaan.
Saya terima aduan daripada orang awam bahawa SPRM mengambil masa yang sangat panjang untuk menyelesaikan sesetengah kes sebenarnya yang mudah, simple dan straight forward. Ada orang mengadu SPRM tidak mengambil tindakan mahkamah selepas aduan mereka dalam kes yang simple, yang mana selepas mereka buat aduan lebih daripada satu tahun, masih tak ada apa-apa tindakan. Pada pandangan saya, sebab kadar penyiasatan dan pendakwaan SPRM dalam sesetengah kes lebih lambat berbanding dengan polis adalah kerana bilangan pegawai di bawah SPRM adalah jauh lebih kurang, jauh lebih rendah berbanding dengan PDRM.
Mengikut maklumat yang saya terima, SPRM hanya mempunyai anggota seramai 3,000 orang manakala PDRM mempunyai 137,574 orang pegawai polis.
Jadi, sekiranya kita ingin meningkatkan keberkesanan SPRM mengikut saranan Yang di-Pertuan Agong untuk mengambil tindakan dalam kes rasuah, jadi adalah sangat penting bagi kerajaan untuk meningkatkan bilangan penjawat awam di SPRM. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jumpa Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
Terima kasih sekali lagi Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi ruang kepada Tanjong Karang untuk bangun, merafak sembah, menjunjung kasih dan taat setia atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas.
Patik bersama warga Tanjong Karang menjunjung sepenuhnya aspirasi Tuanku yang menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara, integriti pentadbiran serta kestabilan politik sebagai asas kelangsungan Malaysia yang berdaulat dan mampan. Dalam tempoh perbahasan ini, Tanjong Karang ingin menyentuh enam perkara pokok yang amat dekat dengan denyut nadi kehidupan rakyat.
Perkara pertama adalah berkenaan dengan realiti kehidupan rakyat antara angka dan kehidupan yang sebenar. Tuan Yang di-Pertua, patik menjunjungkan saya atas titah tuanku menyatakan pencapaian pertumbuhan ekonomi negara yang positif. Namun patik ingin menegaskan bahawa kejayaan ekonomi tidak boleh dinilai semata-mata melalui angka makro sebaliknya mesti dirasai dalam kehidupan rakyat itu sendiri. Hakikat di lapangan menunjukkan kos sara hidup terus meningkat, harga makanan asas tidak stabil, pendapatan rakyat tidak seiring dengan inflasi.
Golongan M40 dan B40, peniaga kecil, petani, nelayan dan pekerja bergaji tetap kini berada dalam keadaan cukup-cukup makan. Tanpa simpanan dan sangat terdedah kepada sebarang kejutan ekonomi. Sejajar dengan semangat titah diraja, Tanjong Karang menegaskan bahawa dasar ekonomi negara mesti beralih dari kebergantungan subsidi jangka pendek kepada reformasi struktur pendapatan rakyat agar kemakmuran negara benar-benar bersifat inklusif.
Perkara kedua adalah mengenai harga barang dan keterjaminan makanan negara. Tuan Yang di-Pertua, seiring juga dengan keprihatinan Tuanku terhadap kesejahteraan rakyat, isu keterjaminan makanan wajar diberikan keutamaan nasional. Negara masih terlalu bergantung kepada import makanan asas seperti beras, daging dan sayur-sayuran. Ini adalah satu risiko strategik dalam landskap geopolitik global yang semakin tidak menentu. Tanjong Karang berpandangan kerajaan wajar mencontohi pendekatan pembangunan berasaskan komuniti secara
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
tersusun. Sebagaimana kejayaan model FELDA satu ketika dahulu yang telah mengangkat sosioekonomi rakyat luar bandar secara menyeluruh.
Ini bukan soal nostalgia dasar lama, tetapi keperluan strategik keselamatan negara. Pendekatan ini boleh disesuaikan melalui yang pertama, pemerkasaan industri padi itu sendiri iaitu sawah seharusnya diusahakan secara berkelompok.
Pembangunan industri perikanan komuniti setiap kampung nelayan. Sokongan modal, teknologi, pemasaran dan tadbir urus koperasi yang berkesan.
Pengalaman negara China telah membuktikan kepada dunia bahawa pembangunan luar bandar secara berkelompok dari― dan berfokus mampu mengurangkan kemiskinan secara besar-besaran. Jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan petani dan nelayan malah mampu menstabilkan harga makanan, mengurangkan kebergantungan kepada import dan menjamin keselamatan makanan negara untuk jangka panjang.
Perkara ketiga adalah mengenai kesihatan awam. Reformasi yang tidak boleh ditangguh-tangguh lagi. Tuan Yang di-Pertua, seiring dengan titah tuanku yang menekankan kesejahteraan rakyat, sistem kesihatan awam negara kini berada pada tahap tekanan yang agak membimbangkan. Hospital sesak, kakitangan kesihatan keletihan dan rakyat menunggu lama untuk mendapatkan rawatan asas. Inflasi kos kesihatan meningkat lebih pantas berbanding inflasi umum. Jika keadaan ini berterusan rakyat akan terus terperangkap antara hospital awam yang sesak, rawatan swasta yang semakin mahal.
Tanjong Karang menegaskan bahawa pelaksanaan sistem Insurans Kesihatan Kebajikan (NHIS) perlu disegerakan sebagai teras kepada universal health coverage. NHIS bukan untuk mengkomersialkan kesihatan tetapi menjamin kesinambungan sistem kesihatan awam, mengurangkan tekanan hospital kerajaan, membolehkan kerjasama terkawal dengan sektor swasta. Jika ditangguhkan, negara berisiko mewujudkan sistem kesihatan dua darjat. Oleh itu, National Health Insurance bukan lagi satu pilihan dasar tetapi keperluan nasional yang sangat mendesak. Tuan Yang di-Pertua, kesihatan bukan komoditi, ia adalah hak asasi rakyat.
Perkara keempat yang ingin dibawa adalah mengenai pendidikan dan belia menjamin masa depan negara. Tuan Yang di-Pertua, patik juga menjunjung kasih atas titah tuanku yang menegaskan pendidikan sebagai asas pembinaan bangsa dan jati diri negara. Namun, realitinya kita masih berdepan jurang kualiti pendidikan
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
bandar dan luar bandar yang begitu jauh. Ketidakpadanan kemahiran graduan dengan pasaran kerja, isu disiplin dan kesihatan mental pelajar.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Jurang ini lebih ketara di kawasan luar bandar, termasuk di sekolah-sekolah harian biasa yang kekurangan kemudahan dan pendedahan industri. Belia pula berdepan masa depan yang tidak menentu, kos sara hidup yang tinggi, peluang pekerjaan yang terhad dan pemilikan rumah di luar kemampuan. Sejajar dengan Titah Diraja, kerajaan perlu menyelaraskan sistem pendidikan dengan keperluan industri masa depan, memperkasa TVET sebagai laluan kerjaya bermaruah, mewujudkan ekosistem keusahawanan belia yang mampan. Pelaburan dalam belia bukan perbelanjaan tapi jaminan kelangsungan negara.
Perkara keenam, perpaduan nasional dan politik matang. Tuan Yang di- Pertua, Tanjong Karang menyokong penuh titah tuanku agar keharmonian kaum dan wilayah terus dipelihara. Dalam negara majmuk seperti Malaysia, perpaduan nasional adalah aset strategik yang paling bernilai. Politik kebencian, sentimen sempit, perkauman dan agama hanya akan melemahkan negara serta akan menghakis keyakinan rakyat.
Rakyat hari ini semakin letih dengan konflik politik yang berpanjangan tanpa manfaat. Sesungguhnya rakyat mengharapkan politik yang matang, beradab dan berorientasikan penyelesaian selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia ‘1993’ dan kepentingan nasional secara bersama.
Perkara terakhir, integriti dan pembanterasan rasuah. Tuan Yang di-Pertua, patik sekali lagi menjunjung kasih atas titah tuanku yang sangat tegas dan jelas dalam isu pembanterasan rasuah. Ini adalah peringatan serius bahawa rasuah telah mencapai satu tahap yang amat membimbangkan, termasuk melibatkan institusi utama negara.
Usaha memerangi rasuah tidak boleh bersifat selektif atau pun bermusim. Ia mesti dilaksanakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan secara konsisten, telus dan berani tanpa campur tangan politik. Hanya dengan kepimpinan berintegriti, sistem yang tegas, keyakinan rakyat dapat dipulihkan dan kedaulatan negara mampu dipertahankan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, akhir kata, Tanjong Karang sekali lagi menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong yang penuh hikmah, berani, berpandangan jauh. Tanjong Karang berharap perbahasan di Dewan yang mulia ini akan melahirkan dasar-dasar yang realistik, berpaksikan
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
rakyat dan berorientasikan masa depan negara. Dengan itu, sekian Tanjong Karang menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya minta Yang Berhormat Pasir Mas untuk berucap.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah mengangkat isu rasuah dan penyelewengan dalam institusi pertahanan negara yang kecoh pada hari ini. Ia menjadi contoh bahawa kuasa rakyat tidak boleh dipandang ringan sama sekali.
Saya rakamkan penghargaan khusus kepada pihak yang membawa isu ini ke tengah terutama kepada seorang individu awam, saudara Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che'gubard yang telah mencetuskan pendedahan ini. Jika tidak, barangkali isu ini akan terus senyap dan sepi di bawah karpet.
Saya ingin persoalkan, bukankah setiap agensi kita mempunyai pegawai integriti yang dibayar gaji dengan wang pembayar cukai? Apa yang pegawai integriti ini lakukan selama ini? Apakah tanggungjawab dan skop tugas pegawai integriti di setiap jabatan? Kenapa menunggu isu didedahkan barulah— oleh orang awam barulah kita mampu bertindak? Apakah SPRM tidak mempunyai maklumat selama ini?
Saya bangkitkan persoalan isu Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPATB) yang telah sampai ke tahap memalukan. Kerana yang menjadi mangsa bukan orang biasa tetapi anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia, tulang belakang kedaulatan negara. Pada 13 Julai 2023, Kementerian Pertahanan sendiri mengeluarkan siaran akhbar rasmi berhubung isu tular kelewatan pembayaran caruman KPATB kepada veteran ATM. Maknanya kerajaan sudah tahu isu ini bukan khabar angin dan bukan remeh-temeh.
Justeru, saya minta supaya Kementerian Pertahanan membentangkan— memberikan jawapan kepada isu ini kerana ia membawa nama angkatan tentera.
Kerajaan perlu memimpin penyelesaian secara tuntas termasuk audit menyeluruh
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui bahagian audit koperasi, pendedahan aliran tunai dan pelan pemulihan yang jelas.
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu tempoh Perdana Menteri dua penggal yang disentuh oleh Seri Paduka Baginda, kita mengalu-alukan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal. Itu satu isyarat yang baik kepada rakyat bahawa kuasa politik tidak wajar berlegar kepada satu individu tanpa sempadan. Namun bagi saya, yang lebih penting dan lebih mendesak daripada itu ialah pengasingan kuasa antara jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Ini bukan isu kecil, ini soal integriti sistem kerana apabila kuasa pentadbiran tertinggi dan kuasa kewangan tertinggi berada pada tangan yang sama, ruang semak dan imbang menjadi lemah.
Lebih menghairankan dan lebih memalukan sebenarnya, pada zaman Perikatan Nasional dahulu, walaupun perkara ini tidak tertulis dalam manifesto, kita melaksanakannya demi prinsip tadbir urus yang baik. Pagoh jadi Perdana Menteri, Pagoh tak pegang jawatan Menteri Kewangan. Bera jadi Perdana Menteri, Bera tak pegang jawatan Menteri Kewangan. Pada zaman yang mendakwa dirinya reformasi pada hari ini, perkara yang jelas tertulis dalam manifesto, tiba-tiba tidak mahu dilaksanakan.
Justeru saya menggesa, kalau benar kerajaan serius mahu melakukan perubahan, buatlah pengasingan kuasa Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terlebih dahulu. Laksanakan kedua-duanya sekali. Jika tidak, isu had dua penggal ini hanyalah kosmetik semata-mata, sekadar sedap didengar dan cantik di poster tapi tidak membawa impak sebenar kepada pembaikan sistem dan kita tidak akan menyokong tindakan kosmetik yang tidak menghasilkan perubahan hakiki kepada rakyat dan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah pada isu yang berikutnya iaitu isu binaan haram di sekitar Kuala Lumpur. Saya ingin menarik perhatian Dewan pada satu trend yang amat membimbangkan dan mencerminkan kegagalan kerajaan dalam penguatkuasaan undang-undang. Data yang ada pada saya menunjukkan jumlah binaan rumah ibadat haram meningkat secara konsisten setiap tahun. Sekitar 89 kes tahun 2021, naik kepada 95 pada 2022, meningkat lagi 103 pada 2023, terus melonjak 110, 2024 dan mencecah 118, tahun 2025. Ini bukan peningkatan kecil, ini pola yang jelas, setiap tahun bertambah.
Di tangan saya ini, satu dokumen yang mengandungi senarai puluhan lokasi yang dikategorikan sebagai rumah ibadat haram di Kuala Lumpur. Lengkap dengan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
nama tempat, alamat, nombor lot, pemilik tanah, status hak milik mukim dan catatan.
Dokumen ini bukan cerita kedai kopi, ini data pentadbiran tanah dan ini isu kedaulatan undang-undang dan isu integriti kerajaan.
Saya nak tanya dengan tegas, Tuan Yang di-Pertua, di mana penguatkuasaan DBKL? Di mana ketegasan kerajaan bila perkara haram itu meningkat tiap-tiap tahun? Ia memberi maksud, satu maksud sahaja. Sama ada kerajaan tidak mampu menguat kuasa atau kerajaan tidak mahu menguat kuasa atau yang paling buruk, ada pihak yang membiarkan kerana tahu akhirnya kerajaan akan tunduk mencari jalan pemutihan.
Kegagalan penguatkuasaan ini mencetuskan satu masalah lebih besar, membentuk insentif songsang bila suatu binaan haram dibiarkan, ia menghantar mesej bahawa langgar dahulu, runding kemudian, bina dahulu, kerajaan akan urus selepas itu. Saya mahu kerajaan jawab dengan jelas dalam Dewan ini, berapa tindakan roboh, henti kerja, pendakwaan yang telah dibuat untuk setiap tahun sehingga tahun 2025? Berapa notis dikeluarkan? Berapa kes dibawa ke mahkamah?
Berapa yang diselesaikan dengan tindakan undang-undang sebenar? Bukan mesyuarat demi mesyuarat.
Yang lebih serius ialah pendekatan kerajaan yang nampaknya lebih cenderung kepada memberi tanah gantian setiap kali isu menjadi panas, bila pemilik asal mahu membangunkan tanah mereka. Saya nak tanya soalan yang sangat asas tapi sangat penting, adakah kerajaan mahu menjadikan tanah gantian sebagai SOP, dengan izin untuk setiap binaan haram? Kalau ya, kerajaan sedang membuka pintu kepada satu doktrin yang paling merosakkan dalam pentadbiran tanah negara. Buat binaan atas tanah orang, kemudian desak kerajaan beri tanah lain sebagai pampasan. Ini bukan penyelesaian. Ini merupakan ganjaran kepada pelanggaran undang-undang.
Puan Yang di-Pertua, saya pindah kepada isu yang berikutnya. Pagi tadi saya bersama dengan Kuala Langat pergi ke satu lokasi di Tanjung Sepat, hasil jemputan daripada masyarakat. Di situ, iaitu kawasan penternakan babi di Tanjung Sepat.
Saya ingin respons daripada Puncak Borneo tadi, bila kita sebut tentang babi, bukan kita menghina makanan atau pun menghina sumber protein yang digunakan oleh bukan selain daripada orang Islam. Walaupun beliau sebut tadi babi busuk, budu lebih busuk. Saya rasa itu bukan maksudnya sebab budu tak busuklah. Busuk tak busuk ini dia bergantung pada konteks masing-masing Puan Yang di-Pertua. Bahkan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
ada orang kata durian busuk, Tanah Merah saya tak tahulah. Ada yang kata durian busuk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pasir Mas, saya nak minta penjelasan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pasir Mas merujuk kepada pembinaan di atas tanah. Pembinaan haram di atas tanah dan selepas itu orang yang membina pembinaan haram itu menuntut pampasan. Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebenarnya? Mohon penjelasan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya rasa dah jelas dah tu. Tadi saya dah sebut panjang lebar tadi. Orang yang bina tanah di atas tanah kerajaan atau tanah milik orang lain. Kemudian binaan itu binaan haram dan mereka diberikan ganjaran terhadap pelanggaran tersebut, dapat pula peluang untuk bina di tempat yang lain. Saya rasa benda ini dah jelas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa maksudnya merujuk kepada siapa? Saya tanya. Tolong jelaskan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya tidak merujuk kepada sesiapa Jelutong sebab tadi saya dah pergi, saya dah bentangkan angka- angka pelanggaran di sekitar Kuala Lumpur dan saya mahu supaya Menteri jawablah dan benda ni dah jelas.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah anda merujuk kepada mana-mana kuil atau tempat rumah ibadat?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, jangan sekat saya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolong jelaskan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya rasa ini, soalan ini kalau dalam mahkamah boleh lah nak tanya. Baik tentang isu babi tadi. Saya rasa sedikit terkilan dengan apa disebut oleh Puncak Borneo walaupun saya tahu beliau tidak bermaksud untuk menghina budu. Tetapi apa yang penting Tuan Yang di- Pertua ialah penternakan babi di Tanjung Sepat ini yang telah mendapat perhatian daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang menggesa supaya penternakan ini dipindahkan serta-merta, mengganggu dan tadi saya tengok macam mana betul-betul mengganggu orang-orang tempatan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Dengan ini, gambar yang saya ambil sendiri dengan aliran sungai tidak mengalir dengan berkeladaknya, dengan walaupun 30 peratus sahaja ladang babi beroperasi selepas virus yang melanda pada tahun lepas. Ini pula kumbahan yang tidak diseliakan.
Saya ingin bertanya dalam Dewan ini, dalam konteks Kerajaan Persekutuan, apa tindakan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Veterinar terhadap isu seperti ini?
Menangis dan hampir menitiskan air mata penduduk tempatan mengadu kepada kami. Tadi bukan saya nak kacau kawasan orang lain. MP Sepang dia tak dapat berhujah kerana beliau anggota Kabinet tetapi yang pasti ini merupakan isu sejagat.
Walaupun Kerajaan Selangor nak pindah ke Bukit Tagar dan itu isu yang lain pula.
Kalau pembinaan besar-besaran berlaku di Bukit Tagar barangkali itu satu perkara yang boleh kita bahaskan kemudian. Tapi dalam konteks operasi dan tindakan Kerajaan Persekutuan, di mana tindakan Jabatan Alam Sekitar bila kolam kumbahan seperti ini beroperasi di Tanjung Sepat, yang mana radiusnya sekitar satu kilometer sahaja daripada masjid dan kawasan penduduk tempatan dan ini menjadi persoalannya dan sampai bila penduduk-penduduk di sana nak menanggung isu seperti ini.
Saya minta walaupun Kerajaan Selangor dah umumkan ia akan dipindahkan serta-merta tetapi perkataan akan itu sendiri, bilakah ia akan dipindahkan. Bertahun, satu tahun lagi, dua tahun lagi atau berapa tahun lagi. Ini perkara yang perlu untuk kita laksanakan dan perlu kita beri perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh kepada isu-isu...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pasir Mas Kota Melaka.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila, sila.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pasir Mas, sebenarnya apabila peristiwa ini mula-mula berlaku, yang mengadakan press conference sidang akhbar ialah wakil daripada BERSATU. Parti BERSATU, di mana mereka meminta supaya kekalkan biar penternak khinzir tersebut, biar mereka terus beroperasi di sana. Jadi, apakah pandangan Pasir Mas. Dia bercanggah dengan pendapat Pasir Mas dengan pendirian parti BERSATU.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya tidak tahu menahu apa yang dirujuk oleh Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebab itu saya nak...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya hanya merujuk kepada titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang mahu supaya
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
penternakan babi di Tanjung Sepat ditamatkan dengan segera dan kalau ia masih berdegil, Sultan Selangor menitahkan supaya wakil-wakil rakyat buat, dibina rumah mereka berhampiran dengan ladang babi. Ini satu idea di luar kotak, [Dicelah] dengan maksudnya bahawa supaya wakil rakyat mengambil serius dalam isu ini.
Soal parti BERSATU, parti ini itu saya fikir kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan di luar konteks.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dalam Perikatan Nasional ada BERSATU dengan PAS. Nampaknya waktu mula-mula, BERSATU pergi mempertahankan supaya boleh terus...
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Speaker, dia tak beri laluan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya rasa saya tak nampaklah kenyataan parti BERSATU...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, mereka PAS kata...
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Putrajaya ini wakil BERSATU. Saya bagi laluan kepada Putrajaya. Sila.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya rasa BERSATU ini hipokrit.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kota Melaka...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita jangan politikkan isu ini.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kota Melaka, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ini ialah satu isu tentang pencemaran.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Kota Melaka, dengarlah Putrajaya, Kota Melaka. Cukuplah itu Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jangan politikkan isu ini.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kota Melaka.
Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Pusing, pusing, pusing.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kota Melaka, saya minta sembang dekat luar tunjuk artikel mana sekejap.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Floor saya bagi kepada Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Dekat luar tunjuk artikel... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya bagi Putrajaya. Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, Peraturan Dewan. Speaker saya bangun atas Peraturan Dewan, Peraturan 36(9)(c).
Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan sakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan kaum dalam Malaysia dan juga Peraturan 12, di mana Ahli-ahli tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan.
Saya telah dengar tadi perbahasan Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan isu berkenaan dengan pembinaan-pembinaan di atas tanah dan pembinaan-pembinaan itu pembinaan haram menuntut pampasan dan beliau merujuk kepada Kuala Lumpur. Di sekitar Kuala Lumpur. Saya telah bangun dan tanya dengan beliau untuk menjelaskan, manakah isu spesifik yang dirujuk oleh beliau.
Beliau enggan jawab tetapi kalau beliau merujuk kepada isu yang melibatkan sebuah kuih. Saya minta beliau menjelaskan kedudukan. Adakah beliau merujuk kepada perkara tersebut kerana beliau berucap sebagai seorang wakil parti Perikatan Nasional, parti PAS. Saya mohon menuntut beliau menjelaskan kedudukan. Kalau beliau tidak menyentuh itu saya minta beliau jelaskan. Kalau beliau merujuk kepada perkara tersebut, saya minta beliau jelaskan. Jangan main- main di sini. Ini isu melibatkan isu agama. Kelmarin Tuanku Yang di-Pertuan Agong telah bertitah menyatakan dengan jelas, jangan kita menyatakan apa-apa yang boleh mencetuskan huru hara di negara kita.
Puan Speaker, saya mohon perkara ini Pasir Mas untuk jelaskan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, bagi floor kepada saya. Baik, saya tidak merujuk kepada mana-mana. Saya tidak merujuk kepada team A atau team B dalam DAP dan saya tidak merujuk kepada mana-mana binaan. Jadi, saya hanya merujuk kepada data yang ada pada saya. Kalau pihak Puan Yang di-Pertua mahukan data ini, saya boleh berikan pada bila-bila masa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, peraturan Dewan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau you tak rujuk kepada mana- mana, nanti macam mana Menteri nak jawab?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bagi penjelasan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
You tak bagi maklumat yang detail.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, macam mana Yang Berhormat Menteri nak menjawab nanti tertakluk kepada Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Jelutong sila duduk kerana saya dengar perbahasan Yang Berhormat Pasir Mas. Pasir Mas tak merujuk kepada mana-mana rumah ibadat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya...
Tuan Haji Jamaluddin bin Yahya - Pasir Salak
Setuju dengan Speaker.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta beliau tarik balik kenyataan team A dan team B. Setiausaha agung telah menjelaskan tak ada team A dan team B.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sebab itu saya tidak merujuk...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita tak bergaduh macam PAS dan BERSATU di Perlis.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya tak merujuk sebab benda tidak wujud walaupun Bagan Datuk kata benda itu wujud tapi dah benda tak wujud sebab itu saya tak merujuk team A, team B. Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan saya terfikir macam mana Kota Melaka kata Menteri nak jawab. Menteri daripada DAP sendiri meragui, diragui kemampuan daripada Menteri ni apa macam ni. Ahli Parlimen tak boleh ragu kemampuan Menteri.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau you berani nak bangkitkan isu...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Isu terakhir Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Beranilah habis-habisan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah. Yang Berhormat Kota Melaka, sila duduk.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Melaka, sila duduk. Yang Berhormat Pasir Mas, habiskan perbahasan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Okey, saya satu lagi isu Yang Berhormat Puan Speaker. Isu yang tidak berkaitan tapi isu iaitu Darjah 1 enam tahun. Saya harapkan supaya— saya fikir dasar ini satu dasar yang agak ada kebaikannya. Negara lain memulakan Darjah 1 dengan umur enam tahun tetapi ia diperkenalkan terlalu mengejut iaitu ketika bermula 2027. Walaupun kerajaan kata
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
ibu bapa ada pilihan tapi ibu bapa mana yang mahu anak-anak mereka ketinggalan satu tahun. Saya pun ada anak lima tahun. Jadi dah fikir macam mana tahun depan nak masuk darjah satu kan macam mana.
Jadi, saya fikir kalau lah dasar ini boleh diperkenalkan secara beransur-ansur.
Mungkin kita bagi masa tiga tahun lagi atau empat tahun lagi supaya ibu bapa kepada anak-anak ini dapat bersedia. Kalau perkenalkan terus tahun 2027, kita bimbang akan berlakunya culture shock atau kejutan kepada sistem infrastruktur pendidikan yang menyebabkan guru-guru pun akan kurang bersedia dan kita mahu supaya kerajaan dapat menimbangkan lagi perkara ini walaupun ia telah termaktub di dalam RMK13. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Puan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk turut terlibat dalam perbahasan usul menjunjung kasih kepada titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Puan Speaker, kita kena mengaku dan menerima kenyataan bahawa Malaysia bukan sebuah negara yang senang ditadbir, bukan senang untuk diurus.
Dulu bukan, sekarang pun bukan dan rasanya masa depan pun sama. Negara kita terdiri daripada rakyat daripada bangsa, kaum dan agama yang berbeza. Ada yang hidup di desa kampung, ada yang duduk di bandar.
Semenanjung dipisahkan daripada Sabah, Sarawak bukan sahaja sekadar satu laut tetapi juga sedikit perbezaan dari segi budaya, bahasa dan cara hidup.
Maka usaha Kerajaan MADANI hari ini untuk menyantuni keseluruhan rakyat Malaysia amat saya hargai. Bukan senang rakan-rakan semua. Dalam usaha ini kita kena berusaha dan bahas isu-isu penting negara dalam kerangka nasional dan memastikan kestabilan negara.
Ya, memang senang untuk kita memperjuangkan isu-isu untuk kepentingan sekumpulan orang tapi semua ini kena rujuk balik kepada kerangka nasional. Kita kena move forward dan membawa isu kerakyatan bukan melalui lensa perkauman dan kepentingan peribadi tetapi dari lensa perpaduan dan penyatuan rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama atau lokaliti.
Puan Speaker, “Malaysia Makmur Rakyat Sejahtera, Malaysia MADANI
Rakyat Disantuni.” Perdana Menteri kita telah mula tahun 2026 dengan mengumumkan beberapa dasar reformasi institusi yang berani seperti pemisahan kuasa Peguam Negara dan pendakwa raya, penubuhan ombudsman, Akta Kebebasan Maklumat yang bakal kita gubal dan mengehadkan term Perdana Menteri kepada dua terma ataupun sepertahun. Ini juga telah disentuh dalam perenggan 14 titah tuanku sendiri.
Ini menunjukkan kesungguhan dan dedikasi kerajaan untuk kita buat reform dan untuk mereka yang kata kita tidak serius, hadamlah ini semua. Sebelum ini kita juga telah menghapuskan hukuman mati mandatori. Di Dewan yang mulia ini, kita meminda perlembagaan untuk memberi keadilan kepada wanita Malaysia supaya mereka juga boleh sesama lelaki menurunkan kewarganegaraan mereka kepada anak mereka yang dilahirkan di luar Malaysia.
Kita juga telah mengubah Financial Responsibility Act yang begitu penting untuk memantapkan kedudukan fiskal negara dan di mana saya percaya merupakan salah satu faktor utama rating negara kita stabil dan prestasi cemerlang Ringgit hari ini. Dalam erti lain, saya rasa ini membuktikan kerajaan bawah PMX tidak pernah melupakan janji kita kepada rakyat.
Mungkin kita tidak sempurna, mungkin ada lagi yang kritik kita tidak cukup reformasi. Tapi saya rasa tidak ada pihak yang boleh meragui bahawa kita ada buat sesuatu dan kini kita dalam landasan yang betul untuk institusi reform yang menyeluruh. Baru-baru ini juga telah diumumkan untuk suku tiga dan empat tahun 2025 penumbuhan ekonomi Malaysia telah mencatat 5.2 peratus dan 5.7 peratus year to date. Penumbuhan ekonomi tahunan secara keseluruhan adalah 4.9 peratus walaupun dalam keadaan ekonomi global berada dalam keadaan yang tidak menentu. Pada masa yang sama, inflasi kita juga terkawal dan kadar pengangguran juga berada pada satu tahap yang cukup rendah. Ringgit Malaysia juga mencatat prestasi kekukuhan yang paling tinggi dalam lima tahun ini.
Puan Speaker, ini semua jelas terbukti bahawa usaha kerajaan untuk memajukan ekonomi negara telah berkesan. Walau bagaimanapun, saya harap kerajaan dan saya cadangkan perlu tingkatkan usaha untuk menerangkan kepada rakyat apa makna semua data dan angka ini. Contohnya, bagaimana kenaikan nilai Ringgit boleh memberi manfaat kepada kehidupan harian rakyat jelata.
Puan Speaker, “Malaysia Makmur Rakyat Sejahtera, Malaysia MADANI
Bagaimana penumbuhan ekonomi ini dapat membantu PKS dari segi bantuan liquidity kewangan atau buka pasaran baru. Pada masa yang sama sebarang penjimatan kerajaan daripada penyelarasan subsidi dan tambah baik tatakelola mesti dihebahkan dan dikembalikan kepada rakyat dari segi bantuan dan juga pembinaan infrastruktur asas seperti jalan, lampu dan sebagainya. Kejayaan yang tidak diterjemahkan di padang tidak ada makna bagi rakyat biasa.
Saya nak masuk isu Johor pula. JS-SEZ yang dimeteraikan pada awal tahun 2025 boleh dikatakan sebagai satu success story. Setakat 30 September 2025 menurut angka MIDA sendiri jumlah pelaburan di Johor telah mencatat hampir RM90 bilion iaitu paling tinggi di Malaysia. Saya yakin bila data MIDA di terbit untuk tahun 2025 angka ini akan mencecah angka 100 bilion ke atas.
Tapi hakikatnya saya dapati walaupun ini adalah rancangan dan jatuh di bawah Kementerian Ekonomi tapi yang dinampak ada link dengan JS-SEZ ini hanya kepada kerajaan negeri sahaja, seolah-olah ini adalah inisiatif kerajaan negeri sahaja tanpa penglibatan Kerajaan Persekutuan. So, saya harap KE ke, MITI dan Kewangan perlu memainkan peranan yang cukup besar untuk hebahkan isu-isu ini sebab ramai di luar tidak faham bahawa sebenarnya Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, dua-dua yang memainkan peranan untuk menjayakan program ini.
Jarang saya nampak ada apa-apa pengumuman dari pihak Persekutuan ataupun jumpaan dengan pelabur ataupun forum berkaitan dengan ini. Saya yakin penglibatan anggota pentadbiran Persekutuan tentu akan lebih menjayakan lagi special zone ini apalagi sekarang Menteri Ekonomi adalah Ahli Parlimen Johor Bahru sendiri.
Satu lagi inisiatif di bawah JS-SEZ adalah konsep family office di Zon Kewangan Khas di Forest City. Saya percaya sehingga hari ini zon ini dapat tarik tidak lebih daripada 30 sahaja pelabur manakala kalau kita buat perbandingan dengan jiran kita di Singapore, mereka ada hampir 3,000 lebih pelabur family office. Saya cadangkan untuk kita menjayakan konsep family office di Johor ini, kita patut pertimbangkan memberi status pemastautin tetap atau PR secara automatik kepada semua yang menubuhkan family office di JS-SEZ. Ini adalah serata dengan apa yang dibuat di Singapura di mana mereka akan dapat PR secara automatik. Dan saya nampak ini adalah satu cara untuk kita naikkan konsep family office di Johor.
Isu connectivity di Johor. Kejayaan Johor Selatan bergantung kepada connectivity Puan Speaker. Setiap pelancaran sistem pengangkutan awam baru mesti ada connectivity di antara satu sama lain dan tidak— dia tidak boleh wujud
Puan Speaker, “Malaysia Makmur Rakyat Sejahtera, Malaysia MADANI
secara silo atau bersendirian. Di Johor Selatan ada tiga sistem baru yang telah dan akan diintegrasikan dalam kehidupan harian kami.
Kita bermula dengan ETS yang telah dilancarkan bulan lepas. Sekarang orang Johor Bahru boleh guna kereta api terus ke Johor ke Kuala Lumpur dalam masa empat setengah jam. Ini merupakan satu option selain daripada memandu dan mengguna pesawat. Tapi bagi saya, empat setengah jam masih terlalu lama, padahal memandu pun mungkin mengambil empat hingga empat setengah jam manakala kalau guna pesawat mungkin hanya satu jam sahaja.
Maka saya cadangkan KTM boleh memperkenalkan satu line lagi, satu line ekspres, yang di mana sekarang yang sedia ada daripada JB Sentral ke KL Sentral dia melalui 17 stesen. Saya cadangkan kalau kita ada satu line ekspres yang berbeza kita hanya berhenti di enam stesen sahaja. Saya yakin ini mungkin boleh mengurangkan masa perjalanan di antara JB–KL ke bawah tiga setengah jam yang lebih sesuai dan kompetitif. Dan mungkin kalau dapat memendekkan perjalanan KTM mungkin boleh tambah lagi satu trip, mungkin empat hingga lima, mungkin dua ekspres dan tiga biasa.
Baru-baru ini kerajaan negeri juga mencadangkan satu line kereta api baru dari Kempas ke Pasir Gudang. Saya rasa ini adalah satu cadangan yang sangat baik kerana dapat mengurangkan orang memandu melalui jalan raya daripada Kempas ke Pasir Gudang. Saya harap Kementerian Pengangkutan boleh menyokong cadangan ini dengan syarat tempat letak kereta yang secukupnya mesti disediakan di kawasan stesen dan pengangkutan awam lain seperti bas mesti diintegrasikan bersama. Sistem pengangkutan awam tidak akan berjaya sekiranya tiada connectivity semua pemain utama.
RTS akhir tahun ini akan siap dibina dan dijangka awal tahun 2027 akan sampai ke Johor. Ini merupakan satu game changer di mana setiap jam kita bakal membawa 10,000 orang rentas sempadan pergi balik Johor–Singapura. Satu hari 24 jam mungkin 200 lebih orang akan keluar masuk daripada Johor. Tambah lagi dengan orang yang masuk melalui Tambak Johor dan Second Link mungkin satu hari keluar masuk Johor boleh mencecah 600 hingga 700,000 orang Puan Speaker.
Maka dua soalan tertimbul. Bagaimana kerajaan nak disperse atau mengalihkan begitu ramai orang yang mengguna RTS bila mereka sampai ke Bukit Chagar. Johor kita tak ada LRT, Johor tak ada MRT, ART pun belum dimuktamadkan.
Puan Speaker, “Malaysia Makmur Rakyat Sejahtera, Malaysia MADANI
Maka saya tertanya-tanya, macam mana kita nak alihkan begitu ramai orang yang naik turun setiap 10 minit? Ini juga soalan yang tertanya-tanya warga Johor Bahru.
Cadangan saya Puan Speaker, kita kena ban atau haramkan kemasukan kenderaan ke kawasan sekitar Bukit Chagar dan JB Sentral. Dan buat masa ini, kita kena bergantung kepada shuttle bus EV untuk menghantar mereka ke tiga lokasi utama. Satu, untuk yang mereka menghala ke sebelah barat Johor iaitu Iskandar Puteri, Bukit Indah, mesti ada satu spot. Dua, untuk yang mereka nak menghala ke sebelah utara iaitu Skudai dan Tampoi, kita ada satu hot spot. Dan akhirnya, untuk yang mereka nak menuju ke timur yang menghala ke Pasir Gudang dan Tebrau, kita juga ada satu hot spot.
Dengan ini, kita boleh disperse orang ke kawasan yang berlainan supaya mereka tidak terkumpul hanya di satu kawasan sahaja. Saya percaya ini adalah cara yang paling munasabah dan berkesan. Sekiranya kerajaan masih tidak mengumumkan apa-apa pelan solusi untuk isu ini, saya takut rakyat akan bimbang dan kita tidak boleh tunggu sampai RTS siap baru kita fikir cara, masa itu terlalu lambat.
Last sekali, isu ini juga relevan. Baru-baru ini Puan Speaker, ada viral di mana sebuah kenderaan asing, Singapura, yang modified plat kereta Singapura. Dia guna duct tape, dia tutup perkataan ‘S’ di depan dan satu lagi alphabet saya lupalah, mungkin ‘J’ ke, ‘L’ ke di belakang untuk pam RON95. Marah satu Malaysia, termasuk saya. Ada juga orang sanggup buat begini demi nak pam minyak 95— RON95 kami.
Sebenarnya, RON97 itu pun dah murah bagi kereta daripada Singapura.
Harga RON98 di Singapura adalah SGD2.88 atau bersamaan hampir RM9.08, manakala RON97 di Malaysia adalah RM3.08 per liter. Maknanya, perbezaan dia hampir tiga kali lebih murah di Malaysia dengan kualiti minyak yang lagi baik. Ini bukan isu kita diskriminasi warga asing sebab orang Malaysia yang memandu kereta berdaftar negara asing juga tidak layak pam 95. Isu adalah semua orang tidak kira Malaysian atau bukan Malaysian kena hormat dan patuh kepada undang-undang sedia ada di negara kita.
Buat masa ini di bawah seksyen 12A Akta Bekalan, hanya stesen minyak sahaja yang bertanggungjawab atas undang-undang, tetapi orang yang pam minyak itu tidak ada undang-undang yang boleh menangkap dia atau denda mereka. So, saya harap kerajaan mesti pertimbangkan untuk meminda undang-undang untuk
Puan Speaker, “Malaysia Makmur Rakyat Sejahtera, Malaysia MADANI
juga menghukum pesalah tersebut. Di samping itu, saya juga cadangkan kita kena senarai hitamkan, blacklist kenderaan yang salah itu sekurang-kurannya dua tahun daripada masuk Malaysia. Tanggungjawab kepada pematuhan undang-undang Malaysia kena ditanggung oleh semua pihak.
Dan akhirnya, kerajaan juga boleh pertimbangkan kita memasang satu LED screen bar yang besar-besar di semua pintu masuk darat Malaysia dan kita tulis dengan terang, “Kereta asing hanya boleh pam minyak RON97”, besar-besar supaya tiada lagi mereka salah faham. Sekurang-kurangya kita bagi amaran terakhir kepada kenderaan asing.
Isu kawasan, sedikit sahaja Puan Speaker. Isu hospital. Di kawasan Tebrau, kita ada sebuah hospital HSI, Hospital Sultan Ismail. Isu parking sejak dulu sampai sekarang tidak dapat diselesaikan. Saya cadangkan dan saya harap kementerian boleh pertimbangkan bina dengan pihak swasta, satu tempat parkir bertingkat pun tidak apa. Saya rasa kalau kita kena bayar tetapi bayaran yang berpatutan, rakyat akan bayar.
Keperluan pusat diabetes di KKSI juga harus dipertimbangkan.
Dan satu lagi isu, di Hospital Sultanah Aminah. Melalui laporan CodeBlue 6 Januari, dilaporkan ada isu kekurangan medical officer dan isu housemen di sana amat membimbangkan. Dikatakan dua medical officer kena jaga 80 pesakit emergency, hanya di HSA saja. So, saya harap Menteri boleh memberi sedikit penjelasan, bagaimana kita nak membantu MO dan housemen kita.
Akhir sekali...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Banyak akhir sekali.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Akhir, akhir sekali, puan. Betul-betul akhir sekali. Saya hanya nak minta penjelasan daripada pihak kementerian, status terbaru dua sekolah Cina di kawasan Tebrau. Apa status pembinaan dan jangkaan bila boleh dibuka untuk persekolahan?
Dan akhir sekali, kepada Kementerian Kerja Raya...
[Dewan ketawa]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Bila toll booth di Taman Bestari Perdana akan buka dan berapa kos tol yang akan dikenakan kepada pengguna? Saya harap boleh buka secepat mungkin untuk meredakan kesesakan jalan dan tol yang bakal dikutip mesti dalam harga yang berpatutan dan munasabah.
Akhir sekali...
[Dewan ketawa]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Tebrau mohon menyokong.
[Ketawa] Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, izinkan saya memulakan ucapan ini dengan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kerana memberi laluan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Daulat Tuanku.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Diraja, Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong menegaskan bahawa keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromi dan sebarang penyalahgunaan kuasa serta amalan rasuah merupakan bentuk pengkhianatan terhadap negara. Peringatan ini membawa makna yang amat besar khususnya apabila ia melibatkan institusi strategik seperti sektor pertahanan.
Apabila skandal rasuah bernilai ratusan juta Ringgit terbongkar, persoalan utama bukan sahaja tentang individu yang terlibat, tetapi sejauh mana sistem tadbir urus, pemantauan dan akauntabiliti telah gagal. Lebih membimbangkan, ketirisan ini membuka ruang kepada pembocoran maklumat strategik, pendedahan aset pertahanan, dan kerentanan keselamatan sehingga menjejaskan keyakinan rakyat.
Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan banyak negara bermula bukan dengan serangan luar, tetapi pengkhianatan dari dalam apabila rasuah membolehkan anasir luar membeli dan memperalatkan rakyat sendiri. Hakikat ini wajar menjadi cerminan kepada keadaan yang sedang kita hadapi pada hari ini.
Izinkan saya merujuk kepada satu petikan yang amat tepat menggambarkan realiti tersebut, dengan izin, “A nation cannot rise when its foundation is rooted in corruption”. Puan Yang di-Pertua, inilah sebabnya rasuah tidak boleh dianggap sekadar kesalahan pentadbiran, sebaliknya merupakan ancaman langsung kepada kedaulatan dan kelangsungan negara. Apa yang terdedah hari ini hanyalah sebahagian kecil daripada realiti sebenar. Selama ini banyak perkara seolah-olah disapu di bawah karpet kerana ketakutan dan budaya berdiam diri telah menjadi benteng kepada rasuah. Tidak ramai yang berani menanggung risiko untuk tampil mendedahkan salah laku.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Justeru, di dalam menangani isu ini, beberapa langkah perlu diberi perhatian serius. Pertama, perlindungan undang-undang terhadap pemberi maklumat
(whistleblower) mesti diperkukuhkan terutamanya di dalam sektor seperti pertahanan agar pendedahan salah laku dapat dibuat tanpa rasa takut ataupun ancaman balas.
Kedua, proses pendakwaan kes rasuah perlu dipercepatkan dengan hukuman yang setimpal termasuk larangan menyeluruh daripada sebarang urusan kerajaan kepada pihak yang disabitkan kesalahan. Ketiga, SPRM mesti terus bertindak secara bebas, pantas dan tegas tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Dalam soal keselamatan negara, tiada ruang untuk kompromi.
Tuan Yang di-Pertua, pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukan satu pilihan, tetapi kewajipan. Seperti dititahkan, sebarang sistem pendidikan baharu mesti selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu wajib diangkat sebagai teras ilmu, di samping penerapan sejarah dan identiti negara kita Malaysia yang tidak boleh diganggu-gugat. Ini bukan soal menafikan kepelbagaian, tetapi soal kesetiaan kepada asas pembentukan negara yang kita kasihi.
Penerimaan terhadap bahasa dan sejarah negara merupakan elemen yang penting di dalam pembinaan jati diri kebangsaan dan perpaduan masyarakat. Malah, prinsip ini mempunyai hubungan kait yang sangat rapat dengan isu kewarganegaraan. Penguasaan bahasa kebangsaan dan pengetahuan sejarah bukan sekadar syarat teknikal, tetapi merupakan kayu ukur utama bagi menilai kelayakan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seseorang kepada Malaysia.
Prinsip ini juga perlu diterjemahkan secara konsisten dalam wajah dan simbol negara.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Nama tempat, bandar, ruang awam, bukan sekadar papan tanda tetapi mencerminkan warisan sejarah dan identiti negara. Kita tidak perlu mengubah nama tempatan kepada versi asing atau Inggeris semata-mata atas alasan komersial atau imej global. Mengubah nama asal kepada nama yang kedengaran kebaratan bukanlah kayu ukur kemajuan. Banyak negara maju kekal bangga menggunakan bahasa dan nama ibunda mereka sebagai lambang kedaulatan.
Setelah lebih 60 tahun merdeka, sudah sampai masanya kita berani menasionalkan identiti negara secara konsisten. Mempertahankan bahasa Melayu, mengekalkan nama tempat asal dan mengangkat sejarah negara adalah tanggungjawab kita sebagai pewaris bangsa.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, tadi Pasir Mas sentuh isu babi. Saya pun nak sentuh jugalah sikit. Minta maaflah. Seiring dengan Titah Diraja berkenaan kesejahteraan rakyat. Isu ladang ternakan babi kali ini tentang cadangan nak dibawa ke Bukit Tagar pula. Saya minta perlu dinilai secara menyeluruh dengan menekankan sensitiviti komuniti Melayu Islam, perlindungan nilai hartanah, kelestarian alam sekitar dan kesihatan awam. Ini adalah isu universal. Bukit Tagar merupakan kawasan luar bandar dengan majoriti penduduk Melayu Islam
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kuala Terengganu, Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Ya sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ada satu soalan berkenaan dengan penggunaan nama-nama jalan-jalan dan sebagainya.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kalau boleh pendekkan, saya panjang ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey. Saya nak tanya soalan, setuju atau tidak bahawa penggunaan nama-nama itu bukannya kita ingin tidak memberi penghormatan kepada bahasa Malaysia. Saya nak bagi contoh.
Tulisan dalam bahasa Cina yang diletakkan dalam batu asas pembukaan sebuah kilang di Kedah. Bendera China juga dikibarkan. Malahan ada Exco Kerajaan Negeri Kedah yang juga bersama-sama mengambil dalam satu batu asas dalam tulisan bahasa Cina.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya dah faham dah, saya dah faham.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So bukannya kita...
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya, saya, saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Tidak memberi penghormatan.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya dah faham perkara ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa komen Yang Berhormat berkenaan perkara itu?
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Komen saya sekiranya ia sekadar untuk memperkenalkan syarikat yang berkenaan,
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
pada saya tidak ada masalahnya tanpa mengganggu identiti negara kita. Saya rasa itu adalah perkara yang universal yang boleh diterima di mana-mana.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam kaedah yang sama...
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya tidak ingin berbahas tentang perkara ini panjang lebar. Saya bagi ruang pendek sahaja dan saya ingin maklum...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi tak salahlah?
Setuju dengan saya, tak salah?
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Puan Yang di-Pertua, saya ada panjang. Saya ada panjang masa yang hendak saya sebut dalam ini. Saya bukan nak berbahas. Okey.
Bukit Tagar merupakan kawasan luar bandar dan saya melihat keluhan komuniti Melayu di sana. Ini satu persoalan yang serius tentang mengapa masyarakat setempat terpaksa menanggung impak negatif daripada projek ini sedangkan tidak selari dengan cara hidup serta sensitiviti agama mereka. Selain tidak memberi manfaat kepada komuniti yang duduk di situ, lebih membimbangkan kehadiran ladang ini akan mengakibatkan kemerosotan nilai hartanah.
Kajian di mana-mana pun, di mana ada penempatan ladang babi yang bersaiz besar, kemerosotan nilai hartanah bagi kawasan yang berkenaan, yang bila kita kata situ yang duduknya ramai orang Melayu, orang Islam, sudah tentunya berkait dengan pemilikan juga, nilai hartanah itu akan turun dengan merosot. Ada yang 40 peratus, ada yang turun sehingga— tak ada orang yang hendak duduk dekat. Usah kata penternakan babi, tepi loji kumbahan pun tak ada orang nak duduk. Jadi ini akan memberi kesan bukan sahaja kesan dari segi alam sekitar, kesan ekonomi.
Datuk— Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bergerak kepada isu yang selanjutnya tentang hak negeri, federalisme dan Rancangan Malaysia Yang Ketiga Belas. Tuan Yang di-Pertua, Titah Diraja menegaskan bahawa hak negeri perlu sentiasa dihormati. Namun kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan. Prinsip inilah yang menjadi asas kepada sistem federalisme yang adil dan seimbang. Tanpa penghormatan sebenar terhadap hak negeri, pembangunan negara akan terus bersifat tidak seimbang dan berpusat sekali gus menjejaskan keupayaan negeri untuk merancang dan melaksanakan pembangunan mengikut keperluan setempat.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Datuk Yang di-Pertua, dalam belanjawan yang lalu, saya ada menyentuh sedikit di kawasan saya. Isu kecil sahaja sebenarnya, berkaitan dengan sekolah khas, pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran Kuala Terengganu tentang keperluan berkaitan dengan pertambahan ruang untuk pelajar-pelajar pendidikan khas. Dan ia disambut baik dan memang kehendak rakyat di sana.
Yang saya terkejutnya, apabila perkara ini yang menjadi keperluan, dibawa ke dalam Parlimen, dan pegawai-pegawai telah melakukan pengukuran dan sebagainya. Sebab memang keperluan itu ada. Saya mendapat maklumat daripada PIBG dan cikgu-cikgu yang beritahu bahawa oleh kerana Ahli Parlimen bawa perkara ini, tiba-tiba perkara ini ditarik hand brake. Sebab Ahli Parlimen daripada Kuala Terengganu yang bawa. Seingat saya, saya tidak pernah di dalam perbahasan saya, membawa dengan nada yang kata orang bergaduh dan sebagainya, sebab saya bukan seperti itu.
Tetapi kalau perkara seperti ini pun dipolitikkan, saya minta supaya kalau bolehlah Menteri, mungkin bukan Menteri arah macam itu. Ini adalah satu keperluan yang mendesak sebab sekarang ini saya tengok sampai— dulu ada juga ruang menunggu untuk anak-anak. Ini ruang menunggu untuk anak-anak pun terpaksa dijadikan kelas. Saya minta bukan juta-juta pun. Minta supaya perkara ini dilaksanakan.
Yang lebih besar yang saya nak bawa kepada sini, adalah apabila wakil rakyat berucap di dalam Parlimen, minta hormatilah dan beri perhatian. Dan sepatutnya ia menambah kepada kepentingan bahawa perkara itu adalah perkara yang sangat penting yang perlu dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengulas sedikit tentang ancaman moden terhadap keselamatan digital. Titah baginda memberi peringatan jelas tentang ancaman moden khususnya berkaitan keselamatan digital, integriti maklumat dan teknologi deepfake. Kemajuan teknologi kecerdasan buatan kini membolehkan manipulasi wajah dan suara sehingga sukar membezakan antara kebenaran dan penipuan. Jika tidak dikawal, teknologi ini boleh digunakan untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama, menjatuhkan maruah individu melalui fitnah dan penyalahgunaan imej serta digunakan di dalam penipuan kewangan dan pemalsuan identiti.
Statistik menunjukkan kerugian akibat jenayah penipuan di dalam talian ini mencecah lebih RM2.7 bilion setakat November 2025, sekali gus membuktikan bahawa ancaman digital bukan sekadar isu jenayah, tetapi ancaman kepada
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
kestabilan sosial dan keyakinan rakyat terhadap sistem negara. Kita tidak boleh membiarkan teknologi mendahului undang-undang. Kerajaan perlu mempercepatkan pembentukan kerangka perundangan bagi mengawal selia kandungan janaan AI, melindungi mangsa dan memastikan ruang digital negara kekal selamat dan berintegriti.
Akhir sekali, seiring dengan tumpuan kepada pembangunan ekonomi, penyelidikan dan pembangunan R&D merupakan elemen penting. R&D bukan sekadar aktiviti akademik ataupun teknikal tetapi ia mendorong pertumbuhan ekonomi, meningkatkan daya saing, mewujudkan pengetahuan dan teknologi baru serta membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu menyokong transformasi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.
Namun begitu, pelaburan R&D negara masih ketinggalan jauh berbanding negara-negara maju. Jelas bahawa kerajaan perlu menumpukan usaha untuk meningkatkan bilangan syarikat yang melaksanakan R&D berimpak tinggi selain menyediakan insentif infrastruktur dan sokongan yang bersesuaian bagi mempercepatkan transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan ilmu, inovasi dan teknologi. Langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan daya saing Malaysia, tetapi juga memastikan negara tidak ketinggalan di dalam persaingan global yang semakin sengit.
Puan Yang di-Pertua, saya memohon menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih diucapkan kepada Puan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan. Kepala Batas menjunjung kasih ke atas Titah Diraja ini*.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)* **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang pertama bahasa Melayu adalah dasar dan perlaksanaan. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang menjamin perlembagaan dan merupakan asas penting perpaduan masyarakat majmuk. Namun persoalan utama hari ini bukan tentang dasar semata-mata, tetapi keberanian dan keikhlasan perlaksanaannya. Jika
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
bahasa Melayu benar-benar dianggap alat perpaduan, mengapa masih berlaku kelonggaran serius dalam urusan rasmi, pendidikan, sistem strategik negara termasuklah garis panduan penentuan nama geografi Malaysia.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Statistik DOSM dalam Laporan Perpaduan Nasional menunjukkan jurang interaksi antara kaum masih ketara. Ini bukan semata-mata isu ekonomi tetapi isu komunikasi dan identiti bersama. Memperkasakan bahasa Melayu bukan bersifat perkauman, sebaliknya selari dengan amalan negara majmuk lain yang berjaya mengekalkan kestabilan sosial melalui satu bahasa nasional yang jelas.
Rasullah SAW bersabda dalam Riwayat Muslim, “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan harta kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalan kamu.” Bahasa yang menyatukan umat ialah bahasa keadilan dan kesaksamaan, bukan bahasa yang dipilih berdasarkan status ataupun kelas.
Justeru, cadangan pertama, penetapan KPI jelas kepada kementerian dan juga GLC berkaitan pematuhan bahasa Melayu. Kedua, wajibkan tahap kecekapan bahasa Melayu bagi jawatan strategik tanpa diskriminasi kaum.
Justeru, bahasa Melayu tidak boleh terus menjadi slogan tahunan. Jika kita benar-benar komited kepada perpaduan, maka bahasa kebangsaan mesti diangkat dengan tegas, adil dan konsisten. Kepala Batas akan terus menyokong apa jua usaha yang berprinsip demi kesejahteraan dan perpaduan nasional.
Yang kedua, rasuah generasi muda dan krisis kepercayaan terhadap politik.
Tuan Yang di-Pertua, generasi muda— sebagai generasi muda dan juga Ahli Parlimen Perikatan Nasional dengan satu pendirian yang jelas, rasuah bukan lagi satu persepsi ataupun retorik politik, tetapi kegagalan struktur tadbir urus yang memberi kesan langsung kepada masa depan anak muda dan kepercayaan rakyat terhadap ahli politik.
Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2023, kedudukan Malaysia masih belum mencapai tahap yang meyakinkan. Ini menunjukkan bahawa negara bukan kekurangan undang-undang tetapi menghadapi masalah pelaksanaan, integriti institusi dan konflik kepentingan politik.
Kajian World Bank mengesahkan bahawa rasuah meningkatkan kos projek awam sehingga 20 hingga 30 peratus, sekali gus mengurangkan keberkesanan perbelanjaan sosial. Kesannya amat dirasai oleh generasi muda. Peluang pekerjaan mengecil, kos sara hidup meningkat dan akses kepada pendidikan berkualiti menjadi semakin sukar.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Belia hari ini tidak menolak politik tetapi hilang kepercayaan kepada aktor politik. Kajian UNDP Malaysia menunjukkan sebahagian besar anak muda percaya rasuah adalah punca utama ketidakadilan ekonomi dan sebab mereka menjauhkan diri daripada proses demokrasi.
Ini bukan isu kecil. Apabila generasi muda hilang kepercayaan, negara berdepan risiko penghijrahan bakat, penurunan partisipasi sivik dan ketidakstabilan jangka panjang. Islam menegaskan bahawa kuasa adalah amanah, bukan keistimewaan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 188 yang bermaksud, “Dan janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, dan janganlah kamu hulurkannya kepada para hakim untuk memakan sebahagian harta orang lain dengan dosa”. Ayat ini jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa dan manipulasi sistem.
Dalam konteks moden, rasuah adalah pengkhianat terhadap amanah rakyat dan prinsip keadilan menjadi teras maqasid syariah. Justeru, cadangan solusi yang pertama, pemerkasaan institusi pencegahan rasuah. SPRM wajar diperkukuh dengan mekanisme akauntabiliti Parlimen dan perlindungan daripada campur tangan eksekutif. Kedua, pendigitalan tadbir urus automasi dalam perolehan, pelesenan dan bantuan mengurangkan interaksi manusia dan seterusnya, menutup ruang rasuah secara structural. Yang ketiga, pendidikan integriti kepada generasi muda. Integriti wajar dibina melalui sistem pendidikan, latihan, kepimpinan dan budaya politik yang konsisten.
Memerangi rasuah bukan agenda partisan tetapi tanggungjawab nasional. Jika kita gagal memperbaiki sistem hari ini, generasi muda akan mewarisi negara yang hilang keyakinan terhadap kepimpinan dan demokrasi itu sendiri.
Yang ketiga, isu attack— sugar attack, francais minuman dan pensijilan halal.
Satu isu yang kelihatan remeh pada zahirnya tetapi sangat besar implikasinya terhadap kesihatan awam, masa depan anak muda, ekonomi negara dan integriti pensijilan halal Malaysia iaitu fenomena yang boleh Kepala Batas istilahkan sebagai sugar attack kepada generasi muda.
Malaysia masa ini berada pada kedudukan negara tertinggi di Asia bagi kadar obesiti dan diabetes. Data National Health dan Morbidity Survey (NHMS) 2019 dan 2023 menunjukkan satu daripada dua orang dewasa Malaysia berlebihan berat badan dan obes. Pengambilan gula melebihi dua kali ganda saranan WHO. WHO maksimum 25 gram sehari.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Kajian oleh Institute for Public Health (IPH) menunjukkan minuman bergula, khususnya minuman francais moden merupakan penyumbang utama pengambilan gula harian golongan muda, khususnya di bandar. Isu ini bukan lagi pilihan gaya hidup tetapi isu dasar awam dan keselamatan kesihatan negara.
Kita menyaksikan lambakan kedai francais minuman manis teh susu, boba, frappe, air berperisa yang menyasarkan remaja dan pelajar universiti, menggunakan strategi harga murah, promosi agresif dan pengaruh media sosial, menawarkan kandungan gula 40 hingga 70 gram bagi satu minuman.
Ini adalah satu bentuk serangan budaya pemakanan di mana anak muda dididik untuk menganggap seolah-olah minuman tinggi gula sebagai norma harian.
Lebih membimbangkan, sebahagian francais ini menyembunyikan kandungan gula sebenar tanpa pelabelan nutrisi yang telus.
Justeru, pengambilan gula berlebihan dibuktikan secara saintifik ini membawa penyakit yang kronik jelas termasuk dalam kategori yang mudarat, yang wajib dicegah oleh negara menurut kaedah fiqh iaitu menolak kemudaratan didahulukan daripada meraih manfaat.
Justeru, Kepala Batas menekankan bahawa halal bukan hanya soal bahan tetapi juga keselamatan, kesan kesihatan jangka panjang, etika pemasaran terhadap masyarakat dan persoalannya, adakah wajar produk yang sangat tinggi gula dipasarkan secara agresif kepada remaja khususnya dilabel halal tanpa dimensi toyyib?
Adakah pensijilan halal pada hari ini perlu ditambah baik dengan elemen kesihatan awam? Ini bukan menafikan peranan JAKIM tetapi memperkasakan autoriti halal Malaysia agar kekal berwibawa dan holistik.
Kepala Batas mencadangkan beberapa langkah konkrit. Yang pertama, pelabelan gula wajib dan telus. Wajibkan label kandungan gula gram pada semua minuman francais. Amaran kesihatan seperti rokok, khusus bagi minuman tinggi gula. Garis panduan ‘halal toyyib’. Kerjasama JAKIM, KKM dan juga KPDN, bangunkan standard ‘halal toyyib’, bukan halal— bukan bahan semata-mata.
Hadkan promosi minuman bergula di sekitar sekolah dan juga universiti.
Galakkan alternatif minuman sihat tempatan. Masukkan modul kesedaran gula dalam sekolah, IPT, masjid, surau melalui khutbah thematic. Jika hari ini kita mengawal— gagal mengawal sugar attack, esok negara akan menanggung kos perubatan, kehilangan produktiviti dan generasi yang lemah tubuh serta minda.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Islam mengajar kita mencegah sebelum merawat dan negara bertanggungjawab melindungi rakyatnya, khususnya anak muda daripada bahaya yang berselindung di sebalik commercialism. Yang seterusnya, normalisasi LGBT demi mempertahankan agama, keluarga dan juga masyarakat. Kepala Batas dengan pendirian yang jelas, tegas dan berprinsip, normalisasi LGBT bukan isu hak individu semata-mata tetapi isu struktur sosial, ketamadunan agama dan masa depan negara.
Isu ini tidak boleh dilihat terpisah daripada institusi agama, institusi keluarga, pembinaan nilai dan akhlak masyarakat, kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.
Hari ini, kita tidak lagi berdepan tuntutan supaya tidak dizalimi tetapi usaha mengubah norma, usaha memaksa penerimaan, usaha mendiamkan pandangan agama dan juga moral.
Maka, ini bukanlah suatu yang neutral tetapi seolah-olah dilihat projek ideologi. Islam membezakan antara jelas, antara individu yang diuji dengan kecenderungan dan perbuatan serta gaya hidup yang dinormalisasikan.
Sebagaimana Surah Al-A’raf yang bermaksud, “Sesungguhnya, kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu kamu, bukan perempuan. Bahkan, kamu adalah kaum yang melampaui batas”. Ayat ini mengkritik perbuatan bukan menormalisasikan. Justeru, kita melihat normalisasi LGBT ini membawa kepada implikasi pengaburan konsep ibu dan ayah, kekeliruan identiti kanak-kanak, relativisme moral dalam pendidikan. Justeru, hak asasi manusia tidak bersifat mutlak tanpa batas.
Dalam teori undang-undang, hak individu terikat kepada kepentingan awam, nilai moral masyarakat dan perlembagaan negara. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3, Islam sebagai agama Persekutuan. Perkara 11(5), kebebasan agama tidak boleh mengganggu ketenteraman awam dan juga moral.
Maka, menolak LGBT bukanlah bercanggah dengan perlembagaan, malah selaras dengannya. Maka, cadangan yang konstruktif daripada Kepala Batas, yang pertama sekali, dasar nasional kesejahteraan keluarga berteraskan perkahwinan yang sah, pendidikan praperkahwinan berasaskan agama, perlindungan kanak- kanak daripada kekeliruan ideologi, peningkatan rahmah tanpa normalisasi.
Bezakan ihsan antara individu dan penolakan ideologi. Pendidikan bersepadu. Nilai kan sistem pendidikan di sekolah kebangsaan, sekolah agama, IPT, model akhlak, fitrah insan dan juga tanggungjawab sosial serta kawalan kandungan media.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Justeru, menolak normalisasi LGBT bukan kezaliman, bukan kebencian, bukan ekstrem tetapi ini adalah tanggungjawab agama, amanah sosial, kewajipan perlembagaan. Agenda negara akan runtuh institusi kekeluargaan, maka akan runtuhnya tamadun negara.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Yang akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Kepala Batas ingin bawa beberapa isu khususnya di Parlimen Kepala Batas. Yang pertama, ramai Ahli Parlimen tadi menyebut berkenaan isu kandang babi. Khususnya di Parlimen Kepala Batas dengan di Parlimen Tasek Gelugor sebelum ini saya sebut berkenaan dengan isu kandang babi yang berada di Kampung Selamat dan beberapa kawasan sekitar. Isu ini bukan sekadar melibatkan isu bau, tetapi merupakan menyebabkan ketidakselesaan penduduk dengan bau yang teruk, menyebabkan masalah kesihatan dan perkara ini telah acap kali disebutkan dan lebih kepada 40 tahun perkara ini berlaku.
Justeru, penduduk nak pindah rumah, tak boleh. Baru dapat kunci rumah.
Jadi, perlu kepada pemantauan, perlu kepada tindakan yang segera. Ada negeri menyebut ingin mengikut negeri Pulau Pinang dalam pengurusan. Saya jemput kepada warga sekitar dan datang ke Parlimen Kepala Batas, jom turun ke Sungai Keris, jom tengok sendiri dengan mata kepala, jom sendiri bawa apa yang berlaku.
So, akan nampak realiti di Sungai Keris, Kepala Batas.
Yang kedua berkenaan dengan cadangan penukaran nama Jalan Pantai Bersih kepada Dragon Temple Lane. Walaupun ada jawapan daripada Exco Kerajaan Negeri, ia hanya melibatkan satu jalan cabang sepanjang 280 meter, bukan Jalan Pantai Bersih Utama. Walau bagaimanapun, ini menimbulkan ketidakpuasan penduduk setempat. Justeru, perlu patuhi Panduan Penentuan Nama Geografi Malaysia Edisi Ketiga termasuklah keperluan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Jadi, saya mohon kepada penjelasan dan juga bantuan daripada Persekutuan untuk permasalahan ini.
Yang ketiga berkenaan dengan isu penurapan jalan kampung dan juga lampu jalan. Terdapat ketidakseimbangan antara agihan peruntukan antara Jalan Persekutuan dan juga jalan kampung. Mengapa ada jalan yang diturap berulang kali sedangkan jalan-jalan di kawasan kampung, kawasan pedalaman masih berlubang dan juga gelap. Terima kasih kepada pihak kementerian sebelum ini memberi sokongan padu kepada aduan Kepala Batas supaya diutamakan oleh pihak kerajaan negeri.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Yang keempat berkenaan dengan petugas keselamatan di KTM dan juga pengangkutan awam. Dilihat beberapa insiden yang tular di beberapa tempat terdapat keperluan untuk semak SOP komunikasi dan tindakan tegas petugas keselamatan terutama yang melibatkan warga emas dan juga para wanita dan dicadangkan supaya bilangan petugas keselamatan mencukupi dan juga dapat responsif.
Yang terakhirnya Tuan Yang di-Pertua, Kepala Batas mohon cadangan pembinaan Galeri Allahyarham Tun Abdullah Badawi, Mantan Perdana Menteri diwujudkan di Parlimen Kepala Batas tempat Allahyarham dibesarkan dan dididik.
Maklumat diperolehi walaupun galeri ini ‘dah telah wujud di Putrajaya, namun sebagai tempat kelahiran beliau, Kepala Batas mohon perkara ini dipertimbangkan walaupun dimaklumkan kerajaan negeri bersedia untuk menyediakan tanah, tetapi perlu kepada persokongan dan juga pertimbangan daripada Kerajaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya Kepala Batas memohon agar kementerian yang berkaitan memberikan jawapan serta tindakan yang tuntas. Rakyat Kepala Batas tidak mahu janji retorik, kami mahu kualiti hidup yang bermaruah dan sejahtera. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Maka, pembahas yang terakhir untuk petang ini saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Tahniah dan syabas ingin saya ucapkan kepada kerajaan atas kejayaan Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi positif sebanyak 4.7 peratus dalam tempoh Januari hingga September tahun lalu. Menurut statistik, pelaburan diluluskan telah mencecah rekod RM330 bilion. Suatu pencapaian yang cukup membanggakan.
Bagaimanapun, dalam meraikan pertumbuhan dan pencapaian yang membanggakan ini, kita masih dengar banyak rungutan daripada rakyat akar umbi termasuk golongan yang berniaga terutamanya daripada kalangan PMKS bahawa prestasi ekonomi tidak baik dan kehidupan mereka sangat susah. Dengan kata mudah, rakyat di kedai kopi dan pasar, mereka tidak merasai kek pertumbuhan ekonomi ini, sebaliknya terhimpit dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Tinjauan Merdeka Center Disember 2025, telah menunjukkan bahawa lebih daripada separuh rakyat tidak puas hati terhadap pengurusan ekonomi kerajaan.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Maka persoalan sekarang, mengapakah statistik dan data yang menunjukkan gambaran yang sangat berbeza dengan apa yang dirasai oleh rakyat jelata? Ke manakah perginya limpahan pertumbuhan ekonomi ini? Lebih parah lagi, komuniti PMKS pun berasa sesak nafas dan mengadu bahawa reformasi yang agresif, yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak kena pada tempatnya.
Dato’ Yang di-Pertua, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia telah melabelkan tahun 2026 ini sebagai survival zone bagi PMKS walaupun niat kerajaan untuk memperluas asas cukai dan meningkatkan ketelusan adalah murni, ia telah bertukar menjadi bebanan regulasi yang bersifat menghukum. Banyak PMKS melaporkan margin keuntungan terhimpit ke paras bahaya 10 peratus sehingga 15 peratus akibat peningkatan beban operasi dan perbelanjaan defensif untuk mengelakkan kompaun dan denda.
Kini, sistem tafsiran sendiri telah menjadi perangkap likuiditi bagi PKMS.
Tindakan agresif LHDN meluaskan golongan terlibat dalam CP500 membebankan usahawan mikro, pekerja bebas dan individu yang ingin menambahkan rezeki hidup dengan kutipan sewa. Adakah munasabah rakyat membayar cukai berdasarkan anggaran pendapatan masa depan?
Peniaga tidak mempunyai bola kristal Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua untuk meramalkan nasib enam bulan ke hadapan. Apatah lagi dengan keadaan ekonomi dan suasana geopolitik yang tidak menentu. Jika ekonomi merudum, mereka terpaksa terjerat dengan jadual ansuran yang tegar. Bukankah ini bebanan kewangan dan psikologi yang tidak adil?
Kebanyakan ahli peniaga tidak melihat ini sesuatu sistem percukaian progresif, tetapi menyifatkan dia sebagai pinjaman tanpa faedah daripada rakyat kepada kerajaan. Aliran tunai mereka untuk stok atau gaji tersangkut di LHDN.
Adakah ini ease of doing business ataupun hardship of doing business?
Lebih malang lagi, sistem ini menjerat peniaga dengan perjudian fiskal melalui CP502 walaupun ada moratorium penalti 2026, mekanisme seksyen 107B tetap menjadi satu kebimbangan. Mengapakah peniaga yang berusaha gigih untuk mendapatkan keuntungan tambahan kini dihukum dengan penalti 10 peratus jika anggaran mereka berbeza dengan jurang melebihi 30 peratus? Ini bukan sistem cukai. Ini mendenda orang yang berusaha keras.
Saya mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan penetapan margin 30 peratus ini ataupun sekiranya tidak dapat dikecualikan margin ini, maka saya memohon Menteri untuk menjelaskan kepada Dewan mulia ini, apakah sebab margin
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
ini perlu ditetapkan? Dan sekurang-kurangnya Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua, kita melonggarkan syarat ini kepada sekurang-kurangnya 50 peratus ataupun semak semula sistem penalti yang membebankan rakyat. Berikanlah sedikit ruang bernafas kepada usahawan kecil kita.
Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin sentuh isu kritikal yang menghimpit PKMS iaitu pengurusan e-PCB Plus. Apakah rasional tugas menguruskan gaji pekerja kini berubah menjadi sebagai satu medan ranjau pematuhan yang berisiko tinggi?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Di bawah rangka kerja audit cukai terbaharu, majikan terpaksa menjadi agen kutipan cukai bagi kerajaan, tetapi tidak dibayar dengan gaji, ditambahkan dengan risiko penalti berat atas kemungkinan untuk berlakunya kesilapan teknikal kecil seperti pengiraan manfaat berbentuk barangan, ataupun benefit in kind, atau elaun.
Dato’ Yang di-Pertua, e-PCB Plus ini sepatutnya memudahkan, tetapi mengapakah ia kini menjadi sesuatu beban digital? Majikan terperangkap dengan kerenah role assignment dalam MyTax, pembersihan data cerewet dan sistem yang hang pada masa puncak. Bukankah teknologi sepatutnya membebaskan peniaga, tetapi bukan menjadikan mereka mangsa kepada sistem yang belum cukup matang.
Saya berharap LHDN dapat bertindak sebagai rakan strategik yang membimbing golongan PMKS melalui tempoh transisi yang mencabar ini. Dengan melaksanakan tempoh kelonggaran dan sokongan bimbingan, saya yakin tahap pematuhan cukai akan meningkat secara sukarela tanpa perlu tekanan yang berat.
Dato’ Yang di-Pertua, walaupun kerajaan berjiwa besar menjalankan transformasi digital, realitinya ialah sebahagian besar urusan teknikal yang memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang sangat profesional telah dialihkan kepada pembayar cukai dan mereka terpaksa berhadapan dengan risiko penindasan kos pematuhan yang agresif.
Pelaksanaan e-Invois merupakan satu lagi perkara yang dianggap membebankan para peniaga kecil. Ia bukan sahaja sekadar pendigitalan resit transaksi, tetapi juga memerlukan proses real-time verification yang rumit. PKS terpaksa melabur ribuan ringgit untuk integrasi API dan perisian perakaunan.
Perbelanjaan tetap adalah berat. Apabila peniaga gagal membuktikan percubaan patuh, mereka terpaksa berhadapan dengan risiko untuk didenda RM200 hingga RM20,000 setiap dokumen. Adakah ini transformasi? Ataupun dia saman birokrasi secara besar-besaran?
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Walaupun kerajaan telah memperkenalkan portal MyInvois secara percuma, namun perisian aplikasi atau portal ini masih dilihat sebagai sesuatu yang rumit, terutama bagi peniaga kecil seperti penjaja. Bagi penjaja atau perusahaan kecil, e- Invois adalah gangguan operasi. Walaupun ada mekanisme consolidated e-Invois, ia tetap mewajibkan penyimpanan rekod teliti secara harian. Bagi mereka yang tidak mahir dengan kerja perkeranian ini, terutamanya selepas seharian bekerja di dapur, ini seolah-olah telah menambahkan kos kepenatan kepada golongan ini.
Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah, kesenjangan digital. Bagaimana dengan peniaga warga emas yang telah berpuluh tahun berniaga tanpa komputer?
Adakah kita mahu paksa mereka tutup kedai kerana tidak mampu ikut rentak birokrasi digital ini? Jangan sesekali kita memperkenalkan sesuatu yang mungkin menghancurkan ekosistem ekonomi marhaen demi KPI digitalisasi yang tidak berpijak di bumi nyata.
Dato’ Yang di-Pertua, dasar digital yang tidak seimbang boleh menyebabkan penyingkiran ekonomi secara struktural, bukan melalui larangan, tetapi melalui keperluan teknologi yang tidak semua mampu penuhi. Walaupun peniaga kecil dikecualikan daripada kewajipan e-Invois, pengecualian ini bukan sesuatu kelebihan, sebaliknya memberikan kesan buruk secara senyap. Syarikat besar tidak boleh menolak perbelanjaan cukai ataupun tax deduction jika mereka membeli barangan atau perkhidmatan daripada peniaga kecil yang tidak mengeluarkan e-Invois.
Akibatnya, syarikat besar akan mengelakkan atau berhenti berurusan dengan peniaga kecil walaupun harga atau perkhidmatan peniaga kecil adalah lebih baik.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya, yang pertama, selaraskan― minta maaf. Hapuskan diskriminasi rantaian bekalan. Kita benarkan syarikat besar terima resit manual daripada peniaga dan dikecualikan tanpa jejas tax deduction. Jika peniaga bawah RM1 juta tidak memerlukan untuk mengeluarkan e-Invois, maka resit mereka haruslah sah sebagai bukti perbelanjaan tanpa proses tambahan.
Kedua, permudahkan consolidated e-Invoice system sedia ada. Hanya tangguhkan kesakitan ke penghujung bulan. Kerajaan perlu memperkenalkan sistem yang mesra pengguna yang tidak mencuri masa produktif peniaga.
Ketiga, permudahkan penggunaan aplikasi MyInvois. Adakah munasabah peniaga perlu mengisi 55 butiran untuk satu transaksi ringkas? Saya mencadangkan supaya kita mengurangkan maklumat yang perlu diisi setiap kali kepada maklumat wajib yang paling minima seperti nombor TIN, butiran transaksi dan amaun sahaja dan seboleh-bolehnya kita hadkan setiap kali hanya perlu mengisi lima butiran.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Dato’ Yang di-Pertua, selain daripada e-Invois, satu lagi bebanan adalah sistem MBRS atau Malaysian Business Reporting System oleh SSM yang mewajibkan laporan kewangan ke format XBRL. Berapa ramaikah pengusaha PMKS yang betul- betul faham dan mahir apa itu XBRL? Padahal saya sendiri pun tak faham.
PMKS terpaksa membayar syarikat akauntan untuk meminda...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, satu minit, saya tutup mic.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Banyak lagi. Kalau boleh, saya harap― sebab isu-isu ini penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Bermula daripada sekarang, 1 minit.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Sebagai penutup, saya ingin memetik falsafah ‘wu wei zhi’ yang diperkenalkan oleh Lao Tzu lebih 2,500 tahun lalu. ‘Wu wei’ bukan bermaksud kerajaan tidak membuat apa-apa, sebaliknya dia bermaksud mentadbir dengan campur tangan― minta maaf. Mentadbir dengan tanpa campur tangan yang keterlaluan dan membebankan.
Dalam konteks hari ini, kerajaan harus berhenti membebankan PMKS dengan birokrasi tegar. Pemerintah yang hebat ialah menyediakan infrastruktur yang baik, kemudiannya biarkan rakyat berniaga dan berkembang secara natural tanpa gangguan melampau. Jangan jadi kerajaan yang terlalu rajin untuk mencipta beban, tetapi jadilah kerajaan yang bijak memudahkan urusan. Biarlah ekonomi kita tumbuh seperti air mengalir, bukannya disekat di empangan birokrasi yang akan merugikan negara.
Akhirnya, kita perlu berusaha menterjemahkan statistik pertumbuhan ekonomi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
30 saat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
...Kepada sesuatu yang betul-betul dapat dirasai oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang dan darjat. Saya yakin dengan adanya usaha gigih dan strategi yang bijak, sudah pasti negara kita akan mencapai semula kegemilangan pada tahun 90-an. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Dewan ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi esok, hari Khamis, 22 Januari 2026.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.00 petang]