Jan202026

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

[Dilafazkan oleh Setiausaha] : Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya Memelihara satu cara hidup demokratik Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden [Dilafazkan oleh semua Ahli Dewan] : MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA MENGENAI TITAH DIRAJA
SALINAN TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan bahawa Majlis ini iaitu pada hari ini Isnin, 19 Januari 2026, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dalam Parlimen.

Saya telah menerima salinan Titah Diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Diraja itu dibentangkan di atas Meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam Penyata Rasmi.

[Salinan Titah Diraja adalah seperti di Lampiran]

draft • 10:00 AM
AKTA-AKTA YANG TELAH DIPERKENANKAN OLEH KEBAWAH DULI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut:

  1. Akta Perikanan (Pindaan) 2025; 2. Akta Pekerja Gig 2025; 3. Akta Kredit Pengguna 2025; 4. Akta Perbekalan 2026; 5. Akta Kewangan 2025; 6. Akta Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025; 7. Akta Agensi Persendirian (Pindaan) 2025; dan 8. Akta Antibuli 2026

draft • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan ini kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas tahun 2025 yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan Perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “18 Disember 2025 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut:

  1. (D.R.31/2025) Rang Undang-undang Agensi Persendirian

(Pindaan) 2025; 2. (D.R.29/2025) Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2025; 3. (D.R.30/2025) Rang Undang-undang Perbekalan 2026; 4. (D.R.38/2025) Rang Undang-undang Kewangan 2025; 5. (D.R.41/2025) Rang Undang-undang Antibuli 2025; 6. (D.R.35/2025) Rang Undang-undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2025; 7. (D.R.34/2025) Rang Undang-undang Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025; 8. (D.R.37/2025) Rang Undang-undang Profesion Undang- undang (Pindaan) (No.2) 2025; 9. (D.R.36/2025) Rang Undang-undang Rukun Tetangga

(Pindaan) 2025; 10. (D.R. 42/2025) Rang Undang-undang Imigresen (Pindaan) 2025; 11. (D.R.43/2025) Rang Undang-undang Pasport (Pindaan) 2025; 12. (D.R.40/2025) Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025;

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

  1. (D.R.32/2025) Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025; dan 14. (D.R.39/2025) Rang Undang-undang Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025.

Sementara itu, (D.R.33/2025) Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 pula telah ditangguhkan bacaan yang kedua oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia pada 16 Disember 2025 dan akan dibawa ke Mesyuarat akan datang.

Yang Ikhlas, t.t “YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

draft • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KELIMA PARLIMEN KELIMA BELAS 20 JANUARI 2026

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas bersidang dari 19 Januari 2026 hingga 3 Mac 2026 selama 20 hari. Antara urusan penting yang akan dibahas dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat ini ialah Usul Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga Rang Undang-undang serta usul-usul yang akan dibentangkan.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seperti biasa, kita dijangkakan akan berlangsung— persidangan ini akan berlangsung hingga waktu malam dan pada bulan puasa. Dan pada bulan puasa pula, dijangka persidangan tanpa berhenti rehat pada jam 1 tengah hari, tanpa berhenti berehat.

Sebentar tadi kita telah berikrar untuk mencapai lima prinsip Rukun Negara.

Saya berharap Ahli Yang Berhormat memegang teguh prinsip kesopanan dan kesusilaan seperti yang diikrarkan tadi apabila berada dalam Dewan yang mulia ini dalam setiap tindakan dan ucapan Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini. Di samping itu, Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam telah memberi peringatan mengenai peranan Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh itu, saya sekali lagi mengingatkan Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat. Saya dan timbalan- timbalan akan mengambil tindakan jika Ahli-ahli Yang Berhormat tidak mematuhi peraturan mesyuarat.

Ahli Yang Berhormat, untuk makluman pada Mesyuarat Pertama ini, kita bakal menyaksikan buat pertama kalinya Persidangan Kamar Khas yang akan berlangsung di Dewan Persidangan bermula pada petang ini. Pelaksanaan Persidangan Kamar Khas di Dewan Persidangan ini dapat memberikan keselesaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan pegawai-pegawai, pelawat-pelawat serta pihak media untuk mengikuti Persidangan Kamar Khas ini. Dewan Persidangan ialah dewan di belakang itu, yang baharu.

Saya juga menggalakkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat menjemput pelawat- pelawat dari kawasan Ahli Yang Berhormat untuk melihat sendiri Persidangan Kamar Khas, sama ada di Parlimen Malaysia atau pun meminta mereka untuk memohon secara langsung di channel YouTube Parlimen Malaysia. Hal ini disebabkan terdapat isu-isu yang dibangkitkan di Kamar Khas adalah bersifat isu setempat di kawasan Ahli Parlimen Yang Berhormat.

Selain jadual kementerian menjawab soalan Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan bagi Mesyuarat ini juga telah diletakkan di atas meja Ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya mengingatkan Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi masa yang ditetapkan semasa pertanyaan-pertanyaan bagi menjawab lisan, sama ada Ahli Yang Berhormat yang bertanya dan anggota pentadbiran yang menjawab.

Pematuhan masa ini adalah penting bagi membolehkan lebih banyak pertanyaan dapat dijawab di Dewan yang mulia ini.

Ahli Yang Berhormat, pada kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan yang telah meninggal dunia pada 5 Disember 2025. Kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh serta lagi beriman.

Saya memohon agar Ahli Yang Berhormat untuk berdiri. Kepada yang beragama Islam diminta sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, manakala kepada yang bukan beragama Islam diminta bertafakur. *Al-Fatihah.

[Berdiri dan membaca al-Fatihah]* Terima kasih.

draft • 10:10 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Dengan hormatnya, saya menjemput Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Simpang Renggam. Silakan.

draft • 10:10 AM

1. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, pada pagi ini saya ingin mengemukakan pertanyaan yang berikut. Meminta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyatakan faktor- faktor yang menyumbang kepada prestasi pertumbuhan ekonomi tahun 2025 yang dijangkakan menyumbang kepada prestasi— faktor-faktor yang menyumbangkan kepada prestasi pertumbuhan ekonomi tahun 2025 yang dijangkakan akan mengatasi unjuran di antara 4.0 hingga 4.8 peratus ekoran anggaran awalan suku keempat tahun 2025 sebanyak 5.7 peratus.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih kepada Simpang Renggam. Kalau kita merujuk Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam, unjuran pertumbuhan, tempoh Januari sehingga September adalah 4.7 peratus, tapi alhamdulillah, bila kita tinjau angka suku tahun keempat iaitu pertumbuhannya sebanyak 5.7 peratus. Maka, angka terkini pada pagi ini saya ingin memaklumkan bahawa pertumbuhan KDNK 2025 mencatat kadar 4.9 peratus.

draft • 10:10 AM

[Dewan tepuk]

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Iaitu mengatasi unjuran rasmi di antara 4.0 sehingga 4.8 peratus. Bukan saja KDNK berkembang, tetapi prestasi Ringgit adalah yang terbaik sejak lima tahun iaitu mencapai RM4.05 ketimbang Dolar Amerika Syarikat. Indeks bursa saham, Bursa Malaysia mencecah 1,700 mata, tertinggi sejak tujuh tahun yang lalu. Pengangguran pada November 2025 turun pada 2.9 peratus, kadar terendah dalam tempoh 11 tahun.

Ini alhamdulillah, kerana kerjasama Ahli Yang Berhormat menjamin kestabilan politik dan kesinambungan serta kejelasan dasar bersama dengan usaha gigih perkhidmatan awam dan juga peniaga dan pelabur.

Keduanya, tentang hala tuju negara itu agak jelas. Sepertimana diumumkan tentang pelan induk perindustrian, transformasi digital, peralihan tenaga dan lain-lain.

Ketiga, kesediaan kerajaan dengan tekad politik melaksanakan pembaharuan dasar yang mencabar, yang membina keyakinan pelabur. Termasuk

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Akta Kewangan dan tanggungjawab fiskal sehingga defisit fiskal turun dari 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 3.8 peratus 2025.

Yang menarik ialah penyasaran subsidi yang diuar-uarkan sekian lama, puluhan tahun tapi dapat kita laksanakan— subsidi elektrik, diesel dan RON95 dengan penjimatan, mengelakkan kebocoran, ketirisan dan penyelewengan dan juga telah menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion.

Yang berikutnya ialah integriti dan pembanterasan rasuah. Dasar fiskal kita memang menyokong pertumbuhan dan kelima, ikhtiar memberi keutamaan kepada kesejahteraan rakyat. Angka-angka yang menarik tadi itu tidak akan bermakna kalau tidak diikuti, disusuli dengan program-program seperti STR, SARA, peningkatan gaji pekerja, kenaikan gaji minimum dan bantuan-bantuan persekolahan dan bidang pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

Jadi, kalau lihat dasar kita, kita tidak terikat kepada cadangan atau usul dari badan-badan ekonomi antarabangsa, pakar-pakar ekonomi, termasuk Bank Dunia sepertimana berlaku dalam kes penyasaran subsidi.

Jadi, mudah-mudahan dapat kita kekalkan kestabilan ini untuk merangka program yang lebih meyakinkan dalam satu tahun akhir ini, insya-Allah.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Simpang Renggam.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Tahniah, tahniah di atas pencapaian kerajaan terhadap mempertingkatkan ekonomi negara. Dengan pelan-pelan hala tuju yang telah pun dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini.

Walau bagaimanapun Yang Amat Berhormat, kita sedia maklum bahawa antara penyumbang besar pada pertumbuhan ekonomi negara adalah foreign FDI kita. Dan melalui apa yang kita lihat hari ini, ketegangan perdagangan global serta geopolitik yang kita kira boleh menjejaskan prestasi perdagangan dan pelaburan negara. Jadi, apakah usaha dan langkah-langkah Yang Amat Berhormat berhadapan dengan keadaan yang demikian? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Simpang Renggam. Memang satu kenyataan yang harus diberikan perhatian kerana kedudukan dan perubahan geopolitik beberapa dasar kuasa besar yang tidak menentu termasuk Amerika Syarikat, baik soal tarif ataupun beberapa keputusan yang melibatkan negara- negara lain, Eropah, soal Greenland, soal Venezuela yang menyebabkan terjejas

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

sedikit sebanyak urusan perdagangan antarabangsa dan juga penembusan pasaran baharu.

Kerajaan Malaysia realistik untuk melihat kenyataan ini, oleh itu kita telah cuba meneroka bidang dan pasaran baru termasuk teknologi baru. Dan oleh itu, alhamdulillah setakat ini selain daripada rakan perdagangan kekal yang lama, Amerika Syarikat, Eropah China, kita juga telah berjaya menerobos ke rantau dan juga kawasan baru untuk meningkatkan pasaran dan juga perdagangan.

Bagi sembilan bulan pertama 2025, pelaburan diluluskan ialah RM285.2 bilion iaitu pertambahan 13.2 peratus ketimbang tempoh sama 2024. Pelaburan diluluskan adalah tertinggi dalam sejarah setelah RM329.5 bilion; 2023 dan RM384.4 bilion; 2024. Tapi satu kenyataan sangat membanggakan, alhamdulillah ialah yang akan diumumkan oleh MATRADE pada 12.00 tengah hari ini iaitu trend perdagangan positif dan tertinggi dalam sejarah.

Sejarah tercipta dan angka itu akan diumumkan secara terperinci tengah hari ini dengan jumlah perdagangan untuk tahun 2025 mencecah RM3 trilion pertama kalinya.

[Tepuk] Jadi, sebab itu saya rumuskan perlunya penjelasan dasar, perlunya disiplin dan tatakelola yang baik dan meneroka pasaran baru. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:20 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Perdana Menteri atas jawapan yang diberi tadi. Saya rasa kita sedia maklum Yang di-Pertua, kalau sekiranya kita nak membangunkan ekonomi negara, maka prinsip yang penting untuk kita pegang ialah memastikan negara Malaysia ini kekal dengan prinsip pasaran ekonomi yang terbuka, sambil kerajaan memainkan peranan untuk memastikan persaingan yang sihat dan menjaga pengguna.

Bagaimanapun Index of Economic Freedom 2025 yang dikeluarkan oleh Heritage Foundation, dalam indeks itu, Malaysia dikategorikan sebagai sebuah ekonomi yang hanya moderately free. Antara perkara yang didapati boleh membantu memperbaiki prestasi kita dalam indeks ini Yang di-Pertua ialah kalau kita memastikan karenah birokrasi dapat ditangani. Proses dapat lesen, dapat permit dan sebagainya.

Jadi, soalan saya, apakah langkah diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan the regulatory burden syarikat-syarikat swasta? Dan pada masa yang sama, ada satu isu yang tidak disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu kewujudan ekonomi gelap, the black economy. Yang mana baru-baru ini

draft • 10:20 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Jabatan Kastam Diraja mengumumkan bahawa mereka dapat merampas, mematahkan sebanyak 7,000 lebih kes-kes penyeludupan dan penyelewengan dan ini bernilai lebih kurang RM1.88 bilion. Itu yang dapat dikesan, yang tak dapat dikesan mungkin double that amount.

Di samping isu-isu ketirisan yang disebabkan oleh penyeludupan ini, ada juga isu yang membabitkan komisen. Saya, Yang di-Pertua, sejak kebelakangan ini dok ulang alik ke mahkamah dua tiga tahun ini, ramai pula orang datang cerita pengalaman mereka mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan. Antara perkara yang ditimbulkan oleh mereka ialah bagaimana bukan sahaja kos barangan, kos perniagaan naik, tapi kos komisen juga naik dalam era kerajaan sekarang ini.

Jadi, saya tak nak ulas panjang isu itu tapi ada yang kata sampai mencecah lapan peratus, 10 peratus pun ada. Jadi soalan kedua saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah apa langkah kerajaan untuk menangani masalah black economy yang semakin buruk dalam negara kita.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Tasek Gelugor. Saya hargai pandangan itu kerana beberapa isu seperti komisen atau ekonomi gelap memang ditangani secara keras. Pertama kali adalah langkah sejak dua tahun yang lalu oleh badan-badan penguat kuasa yang telah saya umumkan di sini. Baik, LHDN, AMLA, SPRM, kastam kerana beberapa kelompok, kartel termasuk apa yang disebut ekonomi gelap sepertimana di Pelabuhan Klang yang menyebabkan penyeludupan yang tinggi itu terbiar selama puluhan tahun mengikut rekod tapi sekarang sudah diambil. Tetapi kerana sistem rosak dan bobrok ini agak systemic, ia mengambil masa.

Jadi, saya beri perhatian serius tentang teguran Yang Berhormat dan akan memberi jaminan supaya kita dapat lapor ke Parlimen, langkah-langkah yang diambil. Cuma kalau laporan Heritage Foundation itu, sepertimana kita tahu, Heritage Foundation itu adalah foundation yang neocon, neoconservative, far-right pandangan. Walaupun boleh kita teliti, tak ada salahnya tetapi kita harus faham sikap dan dasar mereka itu bukanlah sangat prasangka terhadap Islam, sangat prasangka terhadap negara-negara berkembang dan membangun. Tetapi teguran tentang masalah karenah birokrasi, soal black economy dan juga penyeludupan, itu saya hargai. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak ada, baik. Seterusnya saya jemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik.

draft • 10:20 AM

2. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Tan Sri Tuan Yang di-Pertua, Sik memohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan apakah wujud keperluan kepada Malaysia, kepada kerajaan untuk meminda undang-undang sedia ada bagi memastikan Malaysia dapat terus mengekalkan pendirian sebagai negara berkecuali dalam suasana perkembangan geopolitik mutakhir ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Sik. Ini soalan terkait juga dengan apa yang saya singgung tadi iaitu untuk mengekalkan kita mengikut prinsip negara berkecuali, maknanya kekal dengan persahabatan negara yang sedia ada tentunya negara-negara jiran. Kalau dalam konteks Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Brunei, Thailand, Vietnam, maknanya di lingkungan ASEAN. Kemudian OIC yang kita agak beri komitmen yang kuat, Negara-negara Berkecuali (NAM) dan juga melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tetapi yang agak menarik ialah kerana untuk mengekalkan ini dalam keadaan yang tidak— geopolitik yang tidak menentu seperti yang dikaitkan oleh Yang Berhormat, kita telah bersetuju untuk bersama dalam kerangka pembinaan BRICS walaupun tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Dan sementara kita kekal dengan hubungan dengan kata lah Amerika Syarikat, Europe, kita juga diketahui agak rapat dengan negara China. Dan dalam bulan depan, mungkin Perdana Menteri India mungkin akan juga hadir ke Malaysia.

Jadi, ini memberikan kita gambaran tentang keperluan kita sebut dalam dasar luar ini, terasnya tetap keadilan dan kemanusiaan. Sebab itu kita agak lantang dalam soal Gaza, walaupun tidak disenangi oleh sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Tetapi pendekatan selainnya itu ialah apa yang disebut dalam istilahnya, dengan izin pragmatic, agile and flexible. Jadi, ini yang memudi kita.

Apakah perlu pindaan undang-undang atau perlembagaan? Saya rujuk pada Jabatan Peguam Negara dan rujuk semua perjanjian-perjanjian yang dulu dan ketetapan yang lalu dan dasar-dasar yang dirangka. Penggubalan dasar negara itu tidak memerlukan pindaan perlembagaan asalkan ia tidak bertentangan dengan perlembagaan dan semangat perlembagaan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Sik.

draft • 10:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita sedia maklum Malaysia dalam sejarahnya konsisten mengisytiharkan pendirian berkecuali dan bebas ya, sejak era Perdana Menteri Almarhum Tun Razak dahulu ya. Namun mutakhir ini dalam laporan

draft • 10:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

beberapa badan antarabangsa yang menunjukkan negara-negara sederhana kita seperti Malaysia, semakin terdedah kepada tekanan ekonomi dan keselamatan oleh kuasa besar khususnya Amerika dan China ini, sama ada melalui instrumen perdagangan dan teknologi ataupun keselamatan rangkaian makanan.

draft • 10:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Begitulah laporan beberapa badan ekonomi termasuk yang disebut oleh Third World Network (TWN) dan Institute for Democracy and Economic Affairs memberi amaran bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balik Malaysia–Amerika Syarikat (ART) ini berpotensi mengehadkan ruang polisi domestik, khususnya dalam aspek subsidi, perolehan kerajaan, kawalan strategik sektor sensitif dan dasar berkecuali Malaysia.

Jadi, soalan saya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan secara konkrit, apakah jaminan bahawa ART ini tidak menjejaskan hak kedaulatan Malaysia untuk menggubal dasar ekonomi dan termasuk keterjaminan makanan itu sendiri dan benar-benar berfungsi melindungi kepentingan negara kita yang bebas dalam perdagangan ketika ini?

Dan soalan saya yang kedua, adakah kerajaan sudah pun menghantar pemberitahuan bertulis seperti yang dinyatakan dalam penyataan Jabatan Peguam Negara pada 3 November 2025 yang lalu berkaitan dengan ART ini dengan Amerika Syarikat? Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:30 AM

Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Sik. Apakah negara ini terdedah dengan tekanan? Memang benar, negara kita tidak terkecuali, terdedah. Apakah strategi jawapannya? Kita perkukuhkan kerjasama rantau dalam ASEAN sepertimana kita lakukan baru-baru ini dalam sidang ASEAN, di mana kita ada kesepakatan dalam isu-isu dasar. Kemudian, kita juga lakukan jaringan sama ada Malaysia–EU dan juga ASEAN–EU. Kemudian, kita tingkatkan juga hubungan dan perjanjian dengan negara-negara lain termasuk yang baru-baru ini Brazil, Afrika Selatan, selain dengan negara China, Australia, India dan lain-lain.

Jadi, bagaimana kita dapat menyelamatkan negara kita dari tekanan yang keterlaluan ialah dengan menguatkan hubungan antarabangsa dan mengekalkan hubungan dengan diplomasi yang lebih bijaksana. Maknanya tidak mengambil sikap permusuhan tetapi tahu batasnya.

Dan ini terkait dengan apa yang Yang Berhormat Sik bangkitkan tentang kebimbangan tentang ART. Saya telah jelaskan dan Menteri MITI sebelum ini

draft • 10:30 AM

Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim

jelaskan. Ada, tak salah saya, dimaklum oleh Menteri MITI, 35 soalan mengenai ART yang akan dijelaskan oleh Menteri. Tetapi, saya ingin beri jaminan bahawa beberapa peruntukan itu, sepertimana kita ada perjanjian awal, dia belum dimuktamadkan kerana dia masih memberi ruang untuk jawab balas dan belum ada jadual muktamad jawab balas itu. Jadi, penguatkuasaannya itu belum berlaku. Dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang akan juga dikupas oleh Menteri yang berkenaan, itu akan dijelaskan apakah apa-apa usul pembaikan atau penyesuaian atau penjelasan.

Kerana, sepertimana yang saya sebutkan tadi, umpamanya, ada jaminan dalam perbincangan itu. Clause 7.2 bermaksud begini. Kita ada nota. Itu jaminan daripada United States Trade Representative (USTR) dengan Menteri. Tapi, kita fikirkan sekarang― ya, cukup, tetapi lebih baik kalau jaminan itu tertulis. Itu hal-hal yang sedang dilakukan sebelum kita muktamadkan.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Muar.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Di peringkat antarabangsa, Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sangat lantang mempertahankan dan membela hak rakyat Gaza dan Palestin. Kini, dunia masuk ke fasa pemulihan semula ataupun pembangunan semula di Gaza.

Baru-baru ini, Presiden Trump ada menubuhkan The Peace Committee yang disertai oleh banyak negara Timur Tengah seperti Turki, UAE, Saudi dan negara Eropah seperti UK dan yang lain. Baru diumumkan semalam dan pada pagi ini, Singapura turut dijemput untuk memainkan peranan dalam Peace Committee ini.

Persoalan saya, apakah pandangan Malaysia dan pandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan penyertaan Malaysia atau kemungkinan penyertaan Malaysia dalam Peace Committee ini supaya kita dapat memainkan peranan dalam pembangunan semula Gaza dan Palestin? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Perdana Menteri.

draft • 10:30 AM

Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Muar. Kita tentunya ikuti dari dekat tentang usul susulan daripada Presiden Donald Trump Amerika Syarikat tentang Peace Committee.

Pada dasarnya, kita sokong langkah-langkah untuk menjamin kedamaian.

Tetapi, kita juga ada beberapa pandangan tentang penubuhan jawatankuasa begitu dan ahli-ahli yang terlibat. Jadi, bangkangan kuat juga. Umpamanya, kedudukan mantan Perdana Menteri UK, Tony Blair yang terlibat secara langsung dalam pembantaian dan serangan terhadap Iraq pada satu ketika dan sikapnya yang

draft • 10:30 AM

Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim

dianggap tidak telus dan adil dalam isu Palestin dan Gaza. Ada juga dimasukkan, umpamanya, penyertaan Perdana Menteri Israel dalam jawatankuasa itu.

Banyak pengumuman-pengumuman itu belum disahkan. Jadi, kita tentunya ada perhatian. Mesyuarat Jemaah Menteri hari Jumaat ini akan meneliti dan Menteri Luar telah diminta untuk mendapatkan senarai sepenuhnya dan saya juga sedang menghubungi beberapa teman pemimpin-pemimpin dunia Arab, Turkiye dan lain-lain minta pandangan mereka.

Tetapi, pada pendapat saya, ini bukanlah penyelesaian yang munasabah dan kita fikir adil sehingga kita dapat tahu, yang pertama, hentikan serangan yang belum berhenti. Perjanjian sudah dimeterai tetapi serangan oleh rejim Zionis Israel masih berterusan. Dalam perbincangan saya dengan Presiden Erdogan dua minggu yang lalu, isu ini kita bangkitkan dan beberapa langkah kita usulkan termasuk dengan Presiden Abdel Fattah El-Sisi, Mesir. Dan sekarang ini pula, ada utusan kita ke Qatar untuk mendapat maklumat dari segi risikan apa yang harus dilakukan bersama.

Tetapi, yang nyata, perdamaian itu walaupun langkah yang baik untuk menekan Israel untuk menghentikan, tetapi masih belum berhasil.

Yang keduanya, cadangan ini hanya cadangan nama-nama jawatankuasa, belum dicerakin apakah matlamat mereka. Kerana, bagi saya, yang pertama yang harus dilakukan ialah hentikan serangan, keduanya berikan laluan untuk ditambah bantuan makanan dan keselesaan hidup mereka. Ada usul, umpamanya, Presiden Turkiye memberikan kemudahan pembangunan perumahan yang besar-besaran.

Tapi, itu dihalang. Sampai hari ini, dihalang oleh Israel. Jadi, maknanya ada perdamaian, makan minum tak terjamin. Jadi, sebab itu Malaysia agak berhati-hati sebelum memberikan dukungan terhadap usul ini. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tebrau.

draft • 10:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya ingin mohon Perdana Menteri Malaysia untuk menjelaskan pendirian Malaysia dalam isu apa yang telah berlaku di Venezuela dan juga hasrat Presiden Trump untuk mengambil Greenland.

Dan kedua, baru-baru ini, Presiden Trump Amerika Syarikat juga telah mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan mengenakan tarif 25 peratus kepada mana-mana negara yang mempunyai hubungan atau berdagang dengan Iran. Maka, saya minta penjelasan daripada Perdana Menteri, bagaimana ini akan― adakah ini akan menjejaskan Malaysia dari segi hubungan ataupun perdagangan dengan Iran?

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Perdana Menteri.

draft • 10:30 AM

Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim

Tebrau tanya soalan susah. Kita ini negara sederhana yang punya kekuatan yang juga sangat sederhana. Sebab itu dalam apa- apa tindakan seperti ini, kita ambil kira rundingan dengan teman-teman negara- negara jiran dan juga negara-negara sahabat.

Dalam isu Venezuela, sepertimana yang saudara boleh baca, Malaysia adalah di antara negara yang ambil satu pendirian yang paling tegas. Sebagai seorang yang diamanahkan, tentunya saya pun ada kebimbangannya. Bukan soal kebimbangan peribadi tapi kebimbangan kepada negara. Sebab itu, jalur hubungan dengan Amerika Syarikat itu kita kekalkan walaupun dipertikai oleh setengah pihak.

Tapi, pendirian kita, umpamanya soal Gaza, termasuk soal peace initiative yang committee sekarang ini dan Venezuela, satu-satu negara, selain Iran tentunya, yang mengambil satu pendirian yang paling tegas, maknanya tidak bersetuju kerana melanggar prinsip undang-undang antarabangsa dan mendesak Amerika Syarikat supaya bawa balik Presiden Maduro dan isterinya ke Venezuela. Itu kenyataan kita yang agak jelas dan tegas.

draft • 10:30 AM

Kapten Datoʼ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim

Apakah ia mungkin menimbulkan masalah?

Ada. Jadi, caranya ialah untuk mengekalkan hubungan baik bukan sahaja dengan Amerika tapi dengan semua negara yang lain. Soal Greenland, kita bersetuju dengan pendirian Eropah dan juga Denmark bahawa berunding, kita tentu hak masing- masing negara berunding tetapi untuk menakluki mana-mana negara, itu tentunya sebagai negara yang bebas dan berdaulat, kita tidak mungkin bersetuju. Jadi itu juga pendirian kita.

Soal perdagangan dengan Iran, sekarang ini hubungan kita masih kekal dengan Iran. Saya pun dua kali berhubungan dengan Iran. Ada Menteri-menteri juga dikirim ke Iran. Jadi, tapi dalam hal ini semua, kita kena gunakan, saya katakan kebijaksanaan dan hubungan antarabangsa.

Jangan kita nampak umpamanya terlalu lemah, tetapi jangan kita umpamanya mengambil beberapa tindakan yang mungkin menjejaskan kepentingan negara. Tapi setakat hubungan dengan Iran, itu masih kita kekal dan pertahankan hak dan kedaulatan Iran. Itu juga prinsip yang kita pertahankan.

draft • 10:40 AM

Kapten Datoʼ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tan Sri, mohon tambah satu soalan.

draft • 10:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Speaker, saya mohon Tan Sri di-Pertua. Tadi saya memberi dua soalan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya Sik depan. Tadi soalan yang belum dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Soalan saya yang kedua tadi berkaitan dengan perjanjian ART ini, adakah Malaysia sudah menghantar pemberitahuan bertulis sepertimana yang terkandung dalam kenyataan Jabatan Peguam Negara? Jadi mohon, sangat penting untuk dijawab oleh Menteri.

draft • 10:40 AM

Datoʼ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Sik. Saya ada jelaskan tadi iaitu kita belum sampai ke tarikh yang dimuktamadkan. Dia— bila ada perjanjian, dia bagi deadline untuk kita muktamadkan. Sekarang ini masih peringkat perundingan ya dan saya dah maklum kepada Menteri MITI dan kita juga hubungi dia beberapa jalur lain untuk mendapatkan penjelasan.

Sebab itu saya bagi contoh tadi, umpamanya dengan USTR, jaminan dia itu jaminan bertulis dalam mesyuarat yang dicatat. Tetapi kita berpendapat lebih baik jaminan itu bertulis atau menjadi lampiran kepada perjanjian. Hal-hal itu belum dimuktamadkan. Sebab itu cara yang bertulis itu belum kerana belum dapat tempoh dia. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.

draft • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker, selamat pagi.

Soalan nombor 1 daripada Kota Melaka. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Digital menyatakan bagaimana undang-undang Kecerdasan Buatan (AI) akan mengatasi isu-isu perundangan seperti keupayaan dari segi undang-undang (legal capacity), niat

(intent) dan sebab munasabah (causation) supaya sistem tersebut dapat dipertanggungjawabkan secara langsung oleh pengguna dan sesiapa sahaja yang hak asasinya terjejas.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya dari Kota Melaka.

Pengembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) perlukan kerangka tadbir urus dan perundangan yang jelas bagi memastikan AI dapat dimanfaatkan secara selamat, telus dan bertanggungjawab di samping mengekalkan hak asasi individu.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Digital sedang membangunkan Rang Undang-undang Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI), RUU Tadbir Urus AI berasaskan prinsip termasuk akauntabiliti, merentas keseluruhan kitar hayat AI yang ditentukan mengikut tahap risiko serta pengenalan tanggungjawab undang-undang kepada pihak yang membangunkan dan juga melaksanakan sistem AI bagi mengurus risiko dan mencegahkan sebarang bentuk kemudaratan.

Penggubalan akta ini turut mengambil kira prinsip garis panduan etika dan tadbir urus AI, sebagai rujukan, undang-undang ini menekankan tanggungjawab yang jelas dan telus bagi pihak berkaitan supaya pihak yang wajar dipertanggungjawabkan dapat dikenal pasti melalui rantaian penguasaan pengendalian dan juga kawalan sistem.

Berhubung dengan isu kepercayaan dari segi undang-undang untuk legal capacity, niat dan sebab munasabah supaya sistem tersebut dapat [Tidak jelas] secara langsung oleh pengguna dan sesiapa saja yang hak asasinya terjejas. Isu- isu ini Yang Berhormat, ini sememangnya menjadi antara fokus utama dalam Rang Undang-undang Tadbir Urus AI.

Penelitian yang mendalam sedang dijalankan oleh pihak kementerian termasuk dengan mengambil kira standard antarabangsa dan konsultasi dengan pemegang taruh. Ini adalah amat penting bagi memastikan pendekatan yang diambil dalam RUU tersebut kelak adalah berkesan dan boleh dilaksanakan.

Pada masa yang sama, kesan negatif AI akan diurus melalui undang-undang sedia ada yang relevan mengikut konteks isu selaras dengan penguatkuasaan dan langkah pemulihan yang tersedia dan manakala tadbir urus sistem AI diperkukuhkan melalui Akta Tadbir Urus AI itu sendiri.

Akta ini turut menekankan pemerkasaan hak asasi manusia dan perlindungan individu sebagai asas utama dalam semua pertimbangan akauntabiliti, memastikan pembangunan digital selaras dengan keadilan, keselamatan, maruah insan dan prinsip kedaulatan undang-undang kita.

Usaha ini Datoʼ Yang di-Pertua, memerlukan kerjasama rentas kementerian dan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan. Kerajaan akan memastikan setiap

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

input teknikal dan perundangan diambil kira supaya Akta Tadbir Urus AI yang bakal diperkenalkan bersifat mampan, relevan dan untuk masa depan adil serta mampu menangani kapasiti teknologi demi kesejahteraan negara kita. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kota Melaka.

draft • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Soalan tambahan saya ialah memang kita setuju dengan matlamat kerajaan untuk memacukan pembangunan ekonomi AI. Akan tetapi kita lihat penggunaan AI ini membawa kebaikan dan juga keburukan. Antaranya yang kita boleh lihat melalui laporan, kita lihat ChatGPT. Ada yang menggunakan ChatGPT sehingga melakukan keganasan ataupun bunuh diri dan juga kita lihat ada yang salah gunakan teknologi AI ini, meletakkan wajah individu ke atas gambar-gambar tidak senonoh.

Jadi dalam bab ini, kita lihat AI dia tidak mempunyai personaliti. Akan tetapi dia boleh memberi maklumat, boleh memberi cadangan dan juga boleh membuat keputusan. Jadi, bagaimanakah kita nak memastikan kemajuan AI ini tidak mengorbankan hak asasi pengguna AI dan juga bagaimana kita nak pastikan akauntabiliti apabila berlakunya kesalahan. Adakah pengguna akan didakwa ataupun penyedia platform ataupun pembangun aplikasi ataupun kerajaan?

Jadi dalam bab ini, saya lihat kementerian telah mengambil inisiatif di mana melalui The National AI Office telah menubuhkan tujuh kumpulan kerja. Jadi, boleh tak kita tahu senarai nama secara bertulis mereka yang telah dilantik dalam kumpulan tersebut supaya kita dapat merangkumi semua lapisan, termasuk pakar undang-undang, pakar hak asasi dan juga CSO, supaya mereka memberi input.

Akhirnya kita dapat satu undang-undang yang dapat melindungi hak asasi dan juga akauntabiliti. Itu saja daripada saya. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Kota Melaka yang amat ambil perhatian dan juga prihatin kepada pengguna AI kita di seluruh negara ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, Pejabat Keselamatan AI kita, kebangsaan ini, di bawah kementerian telah menubuhkan tujuh kumpulan iaitu working group pada bulan Januari 2025 dan kumpulan ini merupakan platform kolaboratif yang mengabungkan kepakaran pelbagai sektor, memastikan pembangunan AI ini, negara kita inklusif dan beretika.

Yang Berhormat, dalam setiap kumpulan ini, di anggota oleh— daripada keseluruhannya 170 pakar secara keseluruhan. Satu, wakilnya daripada sektor

draft • 10:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

awam. Yang kedua, sektor swasta dan industri. Yang ketiga, akademik. Bermakna akademik dari universiti, pelbagai universiti tempatan kita.

Yang keempat ialah masyarakat sivil kita. Yang kelima, pakar antarabangsa dan diaspora kita iaitu wakil Malaysia di luar negara, juga pakar global yang akan bagi membawakan perspektif standard antarabangsa dalam landskap tempatan dan juga yang ketujuh, utama ialah melibatkan pelbagai pihak, ini adalah memastikan strategi AI Malaysia tidak bersifat top down semata-mata dan sebaliknya mendapatkan input menyeluruh daripada ekosistem bagi memacukan ekonomi negara di negara kita. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pasir Salak.

draft • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tan Sri Speaker, yang saya minta supaya senarai nama 180, boleh dapat bertulis, secara bertulis.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, berikan secara bertulis.

draft • 10:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Tan Sri Speaker, akan memberi secara bertulis.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Pasir Salak.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Timbalan Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Perkembangan kecerdasan buatan atau AI saban tahun berkembang dengan pesat dan drastik. Malah ada pengguna yang menggunakan kecerdasan buatan atau AI dengan cara yang tidak baik dan dilarang dari sudut agama dan nilai moral.

Perkembangan ini juga tidak selaras dengan pornografi AI yang tidak ditapis.

Soalan tambahan Pasir Salak, adakah kerajaan juga berhasrat untuk mengambil kira kandungan AI lucah ini sebagai salah satu jenayah? Dalam pada masa yang sama, menubuhkan task force bagi menyekat kandungan-kandungan iklan AI lucah yang berleluasa. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat. Kita ada rang undang-undang yang sedang dirangka dengan mengambil kira semua ataupun enam ataupun enam skop utama nanti, Yang Berhormat. Ini terpelihara kepada semua pengguna kita.

draft • 10:50 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Satunya, kemudaratan dan insiden AI ini. Jadi, yang kedua, risiko AI dan kerangka pengelasannya. Dan juga kita ada prinsip asas, piawaian asas kotak pasir atau sandbox kita, peraturan dan pihak pensijilan kita, Yang Berhormat. Dan kita mengambil accountability tersendiri, duty of care. Bermaknanya, kita mesti kepada semua pihak membangunkan dan melaksanakan. Yakni menguruskan risiko dan mencegah kemudaratannya. Dan yang kelima adalah penggunaan AI dalam sektor awam kita, Yang Berhormat. Dan yang ketujuh ialah sektor institusi dan juga pelaksanaan tadbir urus AI dan juga AI governance itu.

Jadi, pada masa yang sama juga Yang Berhormat, kerajaan juga mengiktirafkan kebimbangan masyarakat terhadap implikasi negatif sepertimana yang dikatakan tadi kecerdasan buatan (AI) itu termasuk dari segi keselamatan, kepercayaan awam dan juga perlindungan hak dan kepentingan yang lebih jua.

Dengan itu Yang Berhormat, pendekatan ini disokong melalui pemeriksaan literasi dan juga kerjasama awam menerusi aktif dalam pendidikan bersifat praktikal dan mudah akses termasuklah AI untuk Rakyat, Yang Berhormat. Menjelajah kepada rakyat-rakyat kita di luar bandar dan juga kita meningkatkan kesefahaman asas penggunaan AI secara berhemah serta modul AI Ethics for the Kids untuk memperkenalkan prinsip penggunaan teknologi secara bertanggungjawab sejak dari peringkat awal. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, soalan seterusnya saya jemput Datuk Seri Dr.

Ronald Kiandee, Beluran.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan nombor 2.

draft • 10:50 AM

2. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Luar Negeri menyatakan peranan dan keberkesanan ASEAN dalam menangani konflik wilayah.

Tindakan kehadapan untuk memperkukuh peranannya sebagai pemudah cara penyelesaian konflik secara aman dan berkesan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Menteri Luar Negeri - Datoʼ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Beluran, bertanyakan tentang berkenaan dengan peranan dan keberkesanan ASEAN dalam menangani konflik di wilayah ini.

Tan Sri Yang di-Pertua, Malaysia memang komited berkenaan perkara ini kerana itulah asas ASEAN. ASEAN satu kawasan aman, bebas dan berkecuali. Jadi, apa juga harga yang perlu kita bayar, prinsip asas piagam ASEAN ini perlu kita

draft • 10:50 AM

Menteri Luar Negeri - Datoʼ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

kekalkan. Itu sebabnya kita menambah nilai dari masa ke semasa untuk kita pastikan supaya rantau Asia Tenggara ini menjadi rantau yang aman, bebas dan berkecuali.

Itu sebab kita ada banyak platform-platform, ada pelbagai-pelbagai mekanisme yang telah diwujudkan dari masa ke semasa untuk kita membawa juga orang luar, sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan dialog kepada ASEAN, mereka mesti melalui proses apa yang dipanggil sebagai proses menandatangani Triti Keamanan dan Kerjasama. Itu penting, TAC (Treaty of Amity and Cooperation).

Kalau tak mahu tandatangan tersebut, kita tak mahu. Dan ASEAN juga mahu supaya keberkesanan perjanjian tidak ada kuasa nuklear dan juga bahan-bahan nuklear, penggunaan senjata nuklear di negara ataupun kawasan ini perlu dikekalkan dengan kita mengadakan Deklarasi Bangkok dulu, Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi, ini asas kita. Kita mempunyai banyak mekanisme-mekanisme yang mana kita mahu supaya kekuatan ASEAN iaitu kita punya kepusatan ASEAN itu perlu kita jaga. Centrality of ASEAN itu adalah kekuatan kita. Jika ini kita tidak jaga, jika ini pecah, kekuatan ASEAN akan hancur.

Jadi, Tan Sri Yang Di-Pertua, Malaysia sentiasa komited dan ASEAN akan menjadi sebagai suatu rantau ataupun blok rantau negara-negara, sentiasa saja menyeru kepada keamanan dan itu sebabnya kita telah pun ada yang dipanggil sebagai Five-Point Consensus kerana salah satu daripada rakan negara kita di dalam ASEAN, Myanmar telah pun mempunyai masalah dalam negara mereka dan kita mahu supaya Myanmar menyelesaikan masalah mereka, barulah mereka boleh bersama-sama menyertai apa sahaja mesyuarat-mesyuarat di peringkat Menteri dan ketua negara. Insya-Allah. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Beluran.

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Tan Sri, tidak dipertikaikan komitmen Malaysia terhadap ASEAN dalam memastikan ASEAN kawasan yang bebas, aman dan berkecuali. Tetapi over the years, contohnya, konflik di Myanmar yang telah lebih daripada tiga tahun yang masih tiada kesudahan sehingga kini.

Sekarang ini, konflik sempadan antara Thai dengan Cambodia yang telah pun cuba diselesaikan oleh Malaysia dan Amerika tetapi gencatan senjata after gencatan senjata, pencabulan berlaku. Maknanya, ASEAN dari segi keamanan, aman dan keamanannya gagal menangani konflik di kalangan ahli-ahli yang berlaku di wilayah masing-masing.

Apakah kehadapan ini, cadangan-cadangan baru Malaysia, sama ada asas dan prinsip ASEAN, contohnya, non-interference perlu ditakrif semula ataupun ada

draft • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

cadangan-cadangan besides the Five-Point Consensus dan sebagainya bagi memastikan keamanan di wilayah-wilayah ASEAN ini tetap aman dan stabil. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Datoʼ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya rasa untuk menggunakan perkataan gagal, ASEAN gagal menangani isu-isu serantau itu kurang tepat kerana kalau diambil contoh bahawa masalah ataupun isu antara Cambodia dan juga Thailand tersebut, kita dapat selesaikan dan kita telah dapat menjadi–– Malaysia telah dapat menjadi sebagai pemudah cara kerana kedua-dua buah negara mahu Malaysia. Bukannya semata- mata kerana Malaysia menjadi sebagai Pengerusi ASEAN tahun lepas.

Sekarang ini, kita bukan lagi menjadi Pengerusi ASEAN, Filipina mengambil alih sebagai Pengerusi 2026. Tapi, kedua-dua buah negara masih lagi mahu Malaysia sebagai pemudah cara. Bahkan saya kata, saya bagi tahu rakan sejawat saya, Tan Sri Pengerusi, tulis suratlah. Bukan kerana kita hendak sangat, kita tak mahu, “Tak ada beban batu digalas”. Tapi, kedua buah negara amat selesa dengan Malaysia.

Di Myanmar misalnya, kita walaupun adanya pilihan raya yang dilakukan, dah dua kali, 25 Disember dan juga 11 Januari, kita tidak memperakukan dan dengan cara kita tidak menghantar. ASEAN tidak menghantar wakil ataupun pemerhati ke pilihan raya tersebut kerana kita telah pun katakan bahawa pilihan raya mesti disertai secara sepenuhnya. Bukannya pilihan raya yang berpilih-pilih dan banyak pihak yang tidak dapat menyertai pilihan raya tersebut.

Jadi, ini pendirian ASEAN dan ASEAN mahu supaya apa sahaja isu dan masalah di antara kalangan negara ASEAN, walaupun dalam piagam ASEAN, kita tidak mencampuri hal ehwal dalaman tetapi masalah seperti di Myanmar ini, dia bukan masalah dalaman Myanmar sahaja sekarang, Yang di-Pertua kerana dah menjadi masalah negara-negara ASEAN, khususnya Malaysia. Banyak pelarian Myanmar ataupun Rohingya khususnya datang ke Malaysia. Masalah sempadan, job scam dan macam-macam lagi di Cambodia dan Thailand dah menjadi masalah kepada negara-negara ASEAN.

Jadi, kita bersama-sama pastikan supaya isu dan masalah dalam negara- negara rakan kita, kita tangani secara bersama tetapi secara ASEAN, bukannya secara individual country kerana kita tidak mahu dilihat, Malaysia pula tak mahu dilihat mencampuri hal ehwal dalaman negara rakan dalam ASEAN. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Datoʼ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dan insya-Allah, dan ASEAN— itu sebabnya di South China Sea ataupun dengan izin, Laut China Selatan.

Kita tak mahu negara-negara berasingan cuba untuk menyelesaikan masalah Laut China Selatan. Kita gunakan apa yang dipanggil sebagai ASEAN-led mechanism, dengan izin. Itu sebabnya kita dah di peringkat akhir sangat dah untuk kita memutus dan memuktamadkan apa dipanggil sebagai Code of Conduct bersama dengan negara China. Ini akan dapat kita lakukan dalam tahun ini, insya- Allah. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Petaling Jaya.

draft • 11:00 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Pada 28 Disember, Myanmar telah pun mengadakan satu daripada tiga fasa pilihan raya di Myanmar dan, tetapi mendapat tentangan dan bantahan yang kuat daripada negara-negara lain khususnya atas situasi yang tidak mengizinkan dan dengan pilihan raya yang dijangka tidak akan menjadi adil dan bebas.

Persoalan saya adalah, apakah pendirian Malaysia tentang pilihan raya yang baru selesai buat fasa satu ini dan adakah kita bercadang menggunakan mekanisme ASEAN untuk mendepani isu ataupun cabaran tersebut untuk menegakkan pendirian kita. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya dah sebutkan tadi bahawa pilihan raya yang diadakan oleh pihak Junta tentera Myanmar pada 28 hari bulan fasa satu, 11 hari bulan fasa dua, sebanyak 202 kawasan. Dia berfasa-fasa dan fasa yang ketiga akan dilakukan tidak lama lagi.

Saya telah sebutkan juga Tan Sri Yang di-Pertua, pendirian Malaysia, pendirian ASEAN, Malaysia tidak menghantar pemerhati. ASEAN— telah pun kita putuskan semasa Sidang Kemuncak Ke-47 bulan Oktober yang lalu, kita tidak menghantar pemerhati. Dengan itu Dato’ Yang di-Pertua, kita tak menghantar pemerhati dan kita tidak memperakukan, kerana kita mengatakan pilihan raya mesti diadakan dengan penyertaan seluruh, dengan penyertaan bebas, dengan penyertaan mereka-mereka nak menyertai, bukannya secara berfasa-fasa, berpoket-berpoket dan ada pihak-pihak yang tidak dibenarkan, yang dibatalkan pendaftaran dan macam- macam lagi supaya mereka tidak boleh menyertai pilihan raya.

Jadi, pendirian Malaysia jelas, pendirian ASEAN jelas. Kita tak menghantar pemerhati walaupun ada di antara negara-negara dalam negara ASEAN secara

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

persendirian menghantar pemerhati mereka ke pilihan raya tersebut, itu Malaysia tak campur tangan, tetapi ASEAN telah mengeluarkan kenyataan bersama— Join Declaration During the 47th Summit, dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, kita telah mengatakan ASEAN tidak akan menghantar pemerhati dan by virtue of that, kita tidak akan memperakukan pilihan raya tersebut. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.

draft • 11:00 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor 3.

draft • 11:00 AM

3. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, bagaimanakah kejayaan program pembangunan dan penskalaan syarikat pemula diukur dari segi sumbangan kepada ekonomi negara termasuk penciptaan pekerjaan berkemahiran tinggi, peningkatan hasil syarikat tempatan serta pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai hab inovasi serantau menjelang tahun 2030.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Batang Sadong.

Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 2003 hingga 2025, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Cradle Fund Sdn. Bhd. telah membiayai lebih 1,300 syarikat pemula dengan kelulusan pembiayaan berjumlah melebihi RM280 juta.

Secara keseluruhan, syarikat-syarikat ini telah memperoleh pembiayaan lanjutan terkumpul sebanyak RM1.6 bilion mewujudkan lebih 82,000 peluang pekerjaan baru serta menyumbang RM1.02 bilion kepada KDNK.

Selain itu, Cradle turut melaksanakan 38 pelaburan ekuiti dalam syarikat pemula dengan nilai RM40.7 juta. Syarikat-syarikat ini kemudiannya menerima RM448 juta pembiayaan lanjutan mewujudkan lebih kurang 1,000 pekerjaan baru dan menyumbang RM2.48 bilion kepada KDNK.

Sehingga 31 Disember 2025, sebanyak 5,013 syarikat pemula dari seluruh negara telah berdaftar di platform tertingkap tunggal MYStartup iaitu single window platform dengan nilai syarikat terkumpul di platform melebihi RM200 bilion dan jumlah pembiayaan diterima hampir RM40 bilion.

Menerusi pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti dan pembiayaan yang dipacu oleh SUPER, Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia 2021-2030 serta disokong oleh Pelan Tindakan KL20. Kuala Lumpur kini diiktiraf sebagai ekosistem baru muncul ke- 18 terbaik dunia menurut Global Startup Ekosistem Ranking 2025.

draft • 11:00 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Ini adalah satu pencapaian yang membuktikan kekuatan, daya tahan dan potensi besar ekosistem ini untuk menjadi hab syarikat pemula serantau dan global sekali gus menjadi pemangkin kepada syarikat pemula tempatan berkembang ke peringkat antarabangsa.

Kerajaan terus komited menyokong pembangunan dan penskalaan syarikat pemula seterusnya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab inovasi serantau menjelang tahun 2030. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Batang Sadong.

draft • 11:00 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Menteri atas penjelasan jawapan yang begitu detail tadi ya. Seterusnya, saya mohon YB Menteri menjelaskan, apakah perancangan dan inisiatif utama yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun ini, 2026, bagi memastikan program pembangunan dan penskalaan syarikat pemula ini mampu menarik pelaburan, bakat dan pasaran antarabangsa, seterusnya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab inovasi serantau menjelang tahun 2030.

Dan juga, boleh Menteri kongsikan success story ataupun contoh syarikat pemula dan model ekosistem penskalaan di Sarawak yang menunjukkan perkembangan positif dalam startup tempatan setakat ini. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima Tan Sri Speaker. Terima kasih Batang Sadong. Untuk tahun ini Cradle dan juga MOSTI akan terus memperkukuhkan, meningkatkan prestasi pendanaan kita kepada syarikat-syarikat pemula dalam negara bagi menyokong pembangunan prototaip dan juga pengkomersialan produk berasaskan teknologi.

Bagi 2026, kita ada tiga inisiatif yang kita akan teruskan iaitu pertama, MYStartup bootcamp pre-accelerator, accelerator and reinnervate. Ini adalah satu inisiatif yang menyediakan laluan berstruktur untuk pembangunan syarikat pemula dan untuk mereka meningkatkan keupayaan perniagaan.

Inisiatif kedua adalah inisiatif Startup ASEAN yang telah pun dikembangkan fungsinya dari platform Startup ASEAN kepada Pusat Kecemerlangan Digital Startup ASEAN yang berperanan sebagai satu hab serantau untuk perkongsian maklumat, perkongsian pengetahuan, akses kepada pasaran, data sharing dan lain-lain.

draft • 11:00 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Chang Lih Kang

Dan, yang ketiga kesinambungan daripada pelaksanaan Bengkel Inovasi GLC ataupun BIG 2.0, bagi meningkatkan kualiti aliran

draft • 11:00 AM

Tuan Chang Lih Kang

syarikat pemula duel flow akan diteruskan dan GLC ataupun GLIC serta Syarikat Tersenarai Awam (PLC) akan turut terlibat dalam membantu syarikat-syarikat pemula negara kita.

Dan bagi negeri Sarawak, terdapat lebih kurang 130 syarikat pemula yang telah pun berdaftar di platform tertingkat tunggal ataupun single window platform ini.

Dan untuk usaha berterusan, MOSTI melalui Cradle sedang bekerjasama dengan agensi negeri seperti Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Tabung Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan lain-lain.

Dan, kalau success story, memang kita ada, melalui program MyHackathon di Sarawak. Ada dua syarikat yang telah pun berjaya membangunkan teknologi yang menyelesaikan masalah seharian. Sebagai contohnya, NEUON AI adalah sebuah syarikat AI, kecerdasan buatan yang telah pun membangunkan satu penyelesaian masalah berkaitan dengan penyelenggaraan jalan raya.

Dan satu lagi iaitu pemenang untuk MyHackathon di Sarawak ini, GajahSafe telah membangunkan satu teknologi yang juga berasaskan AI yang menangani masalah konflik antara manusia dengan hidupan liar dan gajah khususnya.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan strategi dan inisiatif ini mampu melonjakkan kedudukan ekosistem startup negara kita ke kedudukan yang lebih cemerlang di masa hadapan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Sabak Bernam.

draft • 11:00 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, Menteri dan Batang Sadong.

draft • 11:00 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Soalan saya, adakah kerajaan bersedia untuk membina pangkalan data ataupun arkib untuk projek dan karya inovasi peringkat nasional sebagai rujukan?

Supaya hasil-hasil karya ini yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan internasional ini dapat menembusi pasaran melalui padanan industri-industri perolehan kerajaan, akses pasaran antarabangsa khususnya penggunaan inovator kecil dan syarikat pemula. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Sabak Bernam. Memang kita berniat untuk membangunkan satu pangkalan supaya ada perkongsian maklumat dan juga data. Dan sebagai contohnya single window platform ini adalah salah satu inisiatif yang kita cuba menggabungkan atau menggarapkan semua syarikat-syarikat pemula di bawah satu single window.

draft • 11:10 AM

Tuan Chang Lih Kang

Di mana mereka melibatkan founder, syarikat pemula, founder seperti Venture Capital, PE dan lain-lain dan juga talent, bakat. So, kita cuba menggabungkan ketiga-tiga elemen ini di dalam satu platform iaitu single window platform. Itu adalah salah satu inisiatif yang kita cuba membina pangkalan data.

Dan keduanya adalah tentang selain daripada single window platform ini, kita juga ada usaha untuk membina ataupun membangunkan Malaysia Innovation Index

(MII). Di mana MOSTI bekerjasama dengan semua kerajaan negeri untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat-syarikat pemula ataupun pembangunan inovasi di setiap negeri supaya kita masukkan dalam satu pangkalan yang kita boleh ada data sharing dengan semua negeri. Itu adalah antara beberapa inisiatif yang kita cuba membina pangkalan data. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man, Kubang Kerian.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih Tan Sri. Saya kemukakan soalan no. 4.

draft • 11:10 AM

4. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, adakah kerajaan akan melaksanakan pemetaan menyeluruh perladangan monokultur mengikut kecerunan di seluruh negara bagi menilai risiko banjir lumpur dan tanah runtuh serta melindungi kawasan tadahan kritikal, mengambil iktibar tragedi Sumatera Barat, November 2025.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengambil langkah yang proaktif dengan melaksanakan pemetaan kawasan berpotensi kejadian tanah runtuh di seluruh negara, yang meliputi keluasan kira-kira 2,966 kilometer persegi.

Inisiatif ini merangkumi kawasan pertanian aktif di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands seluas 475 kilometer persegi dan di Kundasang seluas 370 kilometer persegi sebagai usaha awal untuk memperkukuh perancangan pembangunan dan pengurusan cerun secara bersepadu.

Hasil pemetaan tersebut telah dimanfaatkan melalui penyediaan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) yang dikongsi bersama agensi perancang dan

draft • 11:10 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

pelaksana seperti PLANMalaysia dan Jabatan Pertanian bagi menyokong perancangan guna tanah yang lebih teratur, selamat dan mampan.

PBRC menjadi rujukan strategik dalam merancang langkah pencegahan awal, penyelenggaraan cerun secara berkala, penentuan lokasi pemasangan sistem amaran awal tanah runtuh serta memperkukuh kawalan guna tanah oleh agensi berkaitan demi kesejahteraan komuniti dan kelestarian alam sekitar. Sehingga kini, ada dua jenis PBRC yang telah dibangunkan iaitu PBRC berasaskan linear base dan yang kedua adalah area base. Jabatan Kerja Raya bertanggungjawab untuk menyediakan PBRC berasaskan linear base bagi laluan Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia.

Manakala JMG menyediakan PBRC berasaskan area base yang meliputi lokasi selain jalan raya dan lebuh raya. Pembahagian peranan ini memastikan liputan pemetaan yang menyeluruh, tersusun dan saling melengkapi dalam menyokong pengurusan cerun serta perancangan pembangunan yang lebih selamat dan mampan.

Selain itu, kementerian turut memperkukuhkan mekanisme kawalan melalui pelaksanaan penilaian kesan kepada alam sekeliling ataupun AIA. Bagi sebarang aktiviti pertanian dan perladangan yang diklasifikasikan sebagai aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)

(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015. Pendekatan ini memastikan setiap cadangan pembangunan dinilai secara menyeluruh sebelum dilaksanakan.

Seiring dengan itu, JMG dan Jabatan Alam Sekitar turut memainkan peranan aktif dengan mengemukakan ulasan teknikal di peringkat pusat sehenti ataupun OSC pihak berkuasa tempatan dan sekali gus memastikan pembangunan kawasan pertanian dan perladangan dapat dilaksanakan secara terancang, selamat dan mampan.

Berhubung pula dengan cadangan pelaksanaan pemetaan menyeluruh bagi aktiviti perladangan di kawasan yang bercerun, NRES sentiasa bersedia untuk memberi khidmat nasihat teknikal kepada kementerian atau agensi berkaitan khususnya dalam mengenal pasti tahap risiko bencana geologi. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kubang Kerian.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih.

Saya ingat peraturan yang ada dalam kawalan perladangan dan pembangunan serta

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

kita boleh mudah. Isu kecerunan yang agak kritikal, pelanggaran syarat-syarat berlaku pada sistem pembalakan dan penerokaan tanah secara haram.

Saya ingin ada dua soalan. Yang pertama apakah mekanisme untuk kita pastikan pembalakan kawasan di kawasan bercerunan tinggi ini kawasan bukit yang tinggi berisiko besar sebenarnya untuk menyumbang kepada tragedi sebagaimana yang berlaku dalam di Sumatera Utara baru-baru, Sumatera Barat baru-baru ini. Kita bimbang kalau-kalau sekiranya pembalakan ‘tak dikawal, dia akan memungkinkan tragedi yang sama akan berlaku di negara kita.

Yang kedua ialah pemetaan satu aspek, tapi penguatkuasaan undang- undang dan peraturan. Selagi tidak ada peraturan dan penguatkuasaan undang- undang, saya fikir pemetaan tidak akan dapat menjayakan hasrat kerajaan. Bilakah penguatkuasaan itu ataupun pemetaan itu dapat disiapkan? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.

Banjir di Sumatera adalah bencana ekologi yang bukan hanya disebabkan oleh hujan lebat, tetapi juga pengurusan sumber asli yang lemah dan pembangunan yang tidak mampan. Bagi di negara kita, kita ada dua garis panduan yang perlu dipatuhi.

Yang pertama adalah garis panduan pemetaan geologi Terain dan yang kedua adalah dengan izin, Guideline of Slow Hazzard and Risk Mapping. Pematuhan kepada kedua-dua garis panduan ini adalah wajib sebelum kebenaran merancang boleh dikeluarkan. Dan juga pada masa yang sama kita memerlukan kewajipan untuk mendapatkan kelulusan EIA bagi setiap pembukaan kawasan pertanian dan perladangan melebihi 20 hektar. Sekain dan terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Pilah.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Dr., Yang Berhormat Menteri, Kuala Pilah ingin mendapatkan penjelasan mengenai keberkesanan tahap amaran awal atau Sistem Amaran Awal yang dilaksanakan oleh kementerian.

Dalam konteks yang sangat penting ini dengan terdapatnya sejumlah 2,966 kilometer persegi kawasan yang diisytiharkan sebagai hot spot tadi iaitu hot spot tanah runtuh di seluruh negara. Apakah langkah konkrit— langkah-langkah diambil untuk memastikan bahawa [Tidak jelas] Kawasan tersebut dapat diselamatkan dengan cepat dan berkesan?

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Selain itu sejauh manakah sistem ini mampu memberi amaran yang tepat dan awal pada masanya kepada penduduk yang terlibat? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Satu soalan yang sangat bagus memandangkan ada banyak ketidaktentuan cuaca yang berlaku sekarang.

Di pihak kementerian, kita melalui dengan JMG melaksanakan pelbagai langkah bagi memastikan keberkesanan sistem amaran awal ataupun Early Warning System dengan izin, (EWS) di kawasan-kawasan hot spot tanah runtuh. Antaranya ialah yang pertama pemasangan sebanyak 34 EWS di lokasi yang berisiko tinggi yang dilengkapi dengan siren dan lampu strok yang memberi amaran yang segera pada penduduk.

Yang kedua, setakat ini sebanyak 41 program pengurusan risiko bencana geologi berteraskan komuniti telah dilaksanakan untuk memperkasakan komuniti melalui latihan kesiapsiagaan, pelan pemindahan dan tindak balas kecemasan.

Yang ketiga, amaran EWS juga disalurkan terus kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah ataupun JPBD bagi memastikan tindakan pantas dan bersepadu dapat diambil.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Dari segi ketepatan masa pula, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, EWS ini beroperasi secara pemantauan masa nyata bagi membolehkan amaran awal dikeluarkan sebelum kegagalan cerun berlaku untuk meningkatkan keselamatan penduduk dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Hati terpaut tanpa dipinta, Denyut hati sukar berdusta; Generasi muda pewaris bangsa, Patriotisme asas tunjang negara. Soalan Tampin, nombor 5.

draft • 11:20 AM

5. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, sejauh manakah tahap kesedaran dan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda khususnya generasi Gen Z serta adakah kementerian mempunyai strategi yang jelas dan tersusun untuk menyemai semangat tersebut di pelbagai platform bagi memastikan ia nya tidak luntur di bawa arus pemodenan.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Tan Sri Yang di-Pertua, generasi Z ini adalah merujuk kepada kelompok generasi yang lahir sekitar tahun 1997 hingga 2012 iaitu generasi berumur antara 15 hingga 28 tahun yang membesar dalam era teknologi digital, era Internet, media sosial dan era akses maklumat tanpa sempadan.

Semangat patriotisme dan semangat kenegaraan dalam kalangan generasi Z ini perlu dilihat dalam konteks perubahan zaman, perubahan teknologi dan corak pemikiran generasi muda masa kini. Secara umumnya, tahap patriotisme generasi Z ini masih wujud dan relevan. Namun bentuk penghayatannya, understanding perception adalah berbeza berbanding dengan generasi terdahulu.

Usaha menyemai semangat perpaduan dan kenegaraan dalam kalangan generasi muda ini khususnya generasi Z dilaksanakan secara menyeluruh melalui pendekatan the whole-of-government approach. Pendekatan ini melibatkan kerjasama strategik antara pelbagai kementerian termasuk Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Komunikasi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Wanita dan sebagainya dan juga melibatkan Akademi Kenegaraan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Setiap kementerian memainkan peranan tersendiri mengikut fungsi dan mandat masing-masing sama ada melalui sistem pendidikan, program belia, latihan kepimpinan, komunikasi strategik, kandungan digital ataupun program kenegaraan.

Pendekatan the whole-of-government approach ini memastikan nilai-nilai rukun negara, Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan negara serta semangat cintakan tanah air dapat disemai secara berperingkat, holistik dan berterusan dalam ekosistem pembangunan generasi muda.

Di peringkat Kementerian Perpaduan Negara, penerapan semangat patriotisme ini khususnya penerapan Rukun Negara dilaksanakan sejak usia muda lagi. Antara usaha proaktif yang dilaksanakan di bawah kementerian adalah kita tubuhkan Modul Pendidikan Rukun Negara yang berada di taska dan Tabika Perpaduan, kita tubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah, kita tubuhkan sekretariat Rukun Negara di peringkat institusi pengajian tinggi dan di kawasan Rukun Tetangga sendiri, kita ada Tunas Jiran dan Tunas— dan Jiran Muda dan kita juga mempunyai pelbagai aktiviti kesukarelawan antara kaum dan sebagainya.

Di peringkat kementerian juga kita mempunyai pelbagai program seperti Gerak Integrasi Perpaduan, Debat Perpaduan, Jelajah Belia Rukun Negara dan sebagainya. Dan kesemua usaha ini menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI

draft • 11:20 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

khususnya di bawah Kementerian Perpaduan Negara memberikan tumpuan serius dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat menerusi konsep cradle to grave iaitu memupuk nilai cintakan negara dan kesedaran kenegaraan daripada seawal usia sehingga dewasa. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tampin.

draft • 11:20 AM

Seorang Ahli

Pantun.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Penyebaran maklumat palsu, ucapan kebencian dan sentimen perkauman yang sering berlegar dalam ruangan siber atau media digital berpotensi besar merosakkan perpaduan serta melemahkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.

Soalan saya, apakah langkah pencegahan dan intervensi kementerian bagi menangani cabaran sebegini serta sejauh manakah pertubuhan komuniti dan sukarelawan diperkasakan oleh kementerian bagi menyemai semangat perpaduan dan cintakan negara di peringkat akar umbi. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang sedar masalah yang telah disebut tadi. Di bawah kementerian kita, kita pun telah mengadakan pelbagai usaha dan satu daripadanya adalah kita telah tubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan yang melibatkan 12 kementerian dan yang dianjurkan oleh kementerian sendiri. Di atas itu, kita juga mempunyai Majlis Penasihat, kita mempunyai jawatankuasa di peringkat negeri, kita juga mempunyai Jawatankuasa Harmoni dan sebagainya. Kita juga mempunyai pelbagai pusat mediasi dan mediators dan tugas kita adalah untuk menghadapi masalah ini melalui approach reformasi, reformative dan bukan reactive.

Dan sebab itu kita mempunyai sistem rangkaian aduan di bawah RAKAN di mana kesemua laporan dengan isu-isu sensitif ini diambil kira dan of course kita mempunyai sistem yang mana kita mempunyai dashboard untuk menentukan sama ada kawasan itu adalah menjadi kawasan hotspot di mana masalah-masalah ini akan menjurus kepada ketegangan ataupun rusuhan masyarakat. Dan kita bekerjasama dengan Polis dan sebagainya supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlanjutan.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tanjong Karang.

draft • 11:20 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Dalam era digital dunia tanpa sempadan dan pengaruh

draft • 11:20 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

media sosial yang kuat terhadap pembentukan nilai generasi muda, usaha KPN melalui Tabika Perpaduan terbukti sangat berkesan dari peringkat awal. Namun, usaha ini tidak diteruskan secara tersusun apabila murid melangkah ke sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi.

Apakah sebab KPM, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi tidak meneruskan kesinambungan agenda perpaduan yang dimulakan oleh KPN ini dan adakah kerajaan mengakui bahawa ketiadaan dasar bersama serta penyelarasan antara kementerian telah menjejaskan usaha menyemai patriotisme sehingga berisiko melemahkan jati diri kebangsaan generasi muda? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas kesedaran bahawa kita mempunyai Modul Pendidikan Rukun Negara di peringkat taska dan juga peringkat Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan, tetapi seperti yang saya sebutkan tadi, di setiap sekolah menengah, sekolah rendah kita tubuhkan Kelab Rukun Negara di mana penghayatan Rukun Negara ini adalah dilaksanakan melalui kelab-kelab itu. Di peringkat pengajian tinggi, kita tubuhkan sekretariat Rukun Negara di mana banyak program penghayatan Rukun Negara ini kita adakan seperti debat Rukun Negara dan sebagainya.

Soalan, mengapa Kementerian Pendidikan tidak meneruskan hal-hal ini, saya difahamkan dalam pelan strategik pendidikan baru-baru ini telah dimasuk kembali usul-usul Rukun Negara supaya ia masuk ke dalam satu kurikulum yang akan datang di peringkat Kementerian Pendidikan Negara. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tempat duduk ‘dah berpindah, soalan nombor 6.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 11:20 AM

6. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, bentuk insentif atau sokongan teknologi yang diberikan kepada petani kecil dan usahawan tani muda termasuk akses kepada teknologi moden, pembiayaan serta pasaran.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Makanan (KPKM) sentiasa berusaha untuk mengambil langkah transformatif bagi mengukuhkan tahap keterjaminan makanan negara melalui agenda pemodenan sektor agromakanan yang progresif. Komitmen ini dizahirkan melalui Teras Strategik 1, Dasar Agromakanan Negara 2021–2030 (DAN 2.0) iaitu mendukung pemodenan dan pertanian pintar.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), agenda pemodenan sektor agromakanan negara diperkasakan melalui peruntukan yang berjumlah RM50 juta menerusi Program Modenisasi Pembangunan Teknologi, Mekanisasi dan Automasi (TMA).

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Chan Foong Hin

Sebagai fasa permulaan pada tahun 2026, sebanyak RM27 juta telah diperuntukkan bagi menyuntik elemen Revolusi Perindustrian Keempat termasuk pertanian pintar, agrorobotik dan Internet benda– Internet of things, selain mekanisasi dan automasi kepada jabatan dan agensi KPKM...

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 11:30 AM

Datuk Chan Foong Hin

...Dari segi sokongan pembiayaan untuk akses kepada teknologi, pada tahun 2024 Agrobank telah menyediakan Dana Program Pembiayaan Agroteknologi MADANI yang berjumlah RM112 juta.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Program pembiayaan ini diteruskan lagi pada tahun 2025 melalui pelaksanaan dana pembiayaan agromakanan dengan peruntukan RM200 juta serta program modenisasi rantaian nilai agromakanan dengan peruntukan RM30 juta pada kadar faedah yang rendah iaitu tiga peratus yang bertujuan untuk menangani isu kekangan kewangan dan kos permulaan adaptasi teknologi yang tinggi.

Selain itu, KPKM juga berkolaborasi dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menerusi Malaysia Innovative Agri Financing (MIAF) bagi mempromosikan kesedaran dan menggalakkan penggunaan pembiayaan alternatif dalam sektor pertanian kepada usahawan tani. Inisiatif ini bertujuan memudahkan akses pembiayaan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta memacu pertumbuhan teknologi pertanian dan pertanian tani yang sedia untuk pelaburan.

Seterusnya, bagi menarik penyertaan usahawan petani muda dalam sektor agromakanan, KPKM telah melaksanakan Program Agroprenuer Muda di bawah RMK-12 yang menyediakan program latihan dan bantuan Geran Agroprenuer Muda

draft • 11:30 AM

Datuk Chan Foong Hin

(GAM) iaitu bantuan dalam bentuk barangan (in-kind) kepada agroprenuer berusia di antara 18 sehingga 45 tahun. Sepanjang RMK12 iaitu dari tahun 2021 sehingga 2025, seramai 3,914 orang usahawan telah menerima geran yang bernilai RM86.16 juta.

Sebagai kesinambungan bagi inisiatif ini, KPKM akan melaksanakan Program Agroprenuer NextGen (PAN) di bawah RMKe13. Program ini menyediakan sokongan teknologi secara bersasar menerusi bantuan barangan secara in-kind melalui Geran Agroprenuer NextGen (GAN) dengan peruntukan keseluruhan di bawah RMK-13 sebanyak RM100 juta.

Dan dari segi aspek pemasaran, revolusi pemasaran digital yang dirancakkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melalui platform Agro Bazaar Online (ABO), sehingga Disember 2025 seramai 15,982 usahawan telah berdaftar dengan nilai transaksi sebanyak RM18.5 juta. Strategi ini diperkukuhkan dengan integrasi bersama dengan TikTok Shop, Shopee serta rangkaian 283 buah outlet K-Shopee. KPKM kekal komited dalam memacu transformasi kepada sektor agromakanan yang progresif melalui penggalakan akses kepada teknologi moden, pembiayaan dan pembangunan kapasiti usahawan ke arah memperkukuhkan tahap keterjaminan makanan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Sri Gading, soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang sangat baik dengan bantuan yang banyak, ratusan juta kepada GAN dan juga program-program di bawah RMK12 dan 13.

Soalan tambahan saya, daripada teknologi yang diperkenalkan seperti IoT pertanian, dron, automasi pengairan atau aplikasi digital, berapa yang masih digunakan selepas enam ataupun 12 bulan daripada tempoh yang telah diberikan?

Berapa yang gagal kerana isu kos, kemahiran ataupun penyelenggaraan? Apakah langkah kementerian untuk memastikan pemindahan teknologi berlaku secara berkesan dan tidak terhenti setakat pemberian-pemberian peralatan sahaja? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya. Terima kasih kepada Sri Gading. Untuk jawab soalan ini, ada dua komponen. Yang komponen pertama adalah merujuk kepada program modenisasi pembangunan teknologi, mekanisasi dan automasi. Untuk RMKe13, kita ada RM50 juta, tetapi kalau kita lihat rekod sejarah itu, dari RMK-11 ke 12, program yang seumpama sama ini sebanyak RM150 juta telah diperuntukkan untuk memperkasakan kapasiti mekanisasi dan automasi di jabatan dan agensi KPKM.

Ini adalah memberi manfaat teknologi pertanian moden kepada lebih 40,000 petani, penternak dan nelayan di seluruh Malaysia ini dan aset tersebut yang di antaranya terdiri daripada jentera dan kenderaan pertanian, dron serta teknologi berteraskan IR 4.0 dan automasi digital ini dijaga dan diselenggara dengan baik oleh jabatan dan agensi KPKM. So, ini komponen yang pertama di mana yang semua yang alat-alat ini di bawah selenggara, diselenggarakan oleh KPKM...

draft • 11:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Datuk Chan Foong Hin

Untuk ini Dana Program Pembiayaan Agroteknologi MADANI, RM112 juta untuk tahun 2024 sama dana pembiayaan agromakanan dengan peruntukan RM200 juta dan juga Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan dengan peruntukan RM30 juta. Kerana ini ia disalurkan melalui Agrobank dengan kadar faedah tiga peratus, so sesiapa petani selepas dia guna dan mampu bayar balik, itulah memang berjaya sudah pemindahan teknologi itu. So, sekian terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 11:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak menyentuh tentang inisiatif daripada pihak kementerian untuk membantu petani muda dan juga usahawan- usahawan kecil ini, petani kecil berkenaan aspek pemasaran.

Tadi disebut tentang platform e-Dagang Shopee dan TikTok, tetapi apa yang menjadi dilema dan isu para petani ini ialah platform e-Dagang ini telah menaikkan cas fi yang tinggi melebihi 20 peratus menyebabkan margin keuntungan itu mengecil dan juga platform e-Dagang juga menekan mereka dari sudut penghantaran, kena hantar hari yang sama juga masalah persaingan dengan seller daripada luar negara.

Jadi soalan saya ialah, apakah pihak kementerian mendapat maklum tentang isu ini dan apakah langkah rentas kementerian yang boleh dibuat untuk memastikan platform e-Dagang ini membantu usahawan tani dan petani muda ini? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Datuk Chan Foong Hin

Terima kasih. Ini soalan yang memang bermutu tinggi, okey. Di luar jangkaan saya. Cuma yang dari segi bantuan kita kepada usahawan tani yang muda ini, kita ada Program Agroprenuer NextGen. Ini RM30,000 untuk start-up dan RM50 untuk scale-up. So, ini yang biasa yang kita lakukan.

Yang untuk soalan untuk e-Shopping inikan, online selling ini saya akan mendapatkan maklum balas yang lebih daripada ini golongan petani yang untuk usahawan tani yang muda ini dan juga kita akan membawa berbincang untuk merentasi kementerian kerana ini bukan di bawah jagaan kementerian saya.

Kemungkinan saya hendak merujuk kepada Kementerian Komunikasi untuk perbincangan yang seterusnya. Cuma ini soalan yang memang, memang baik.

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang berikutnya. Dipersilakan Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, silakan.

draft • 11:30 AM

7. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, adakah kementerian bercadang memperkenalkan Indeks Kesejahteraan Pelajar dan Graduan bagi mengukur adab, akhlak, literasi emosi serta kesihatan mental di IPT.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya mohon juga agar soalan nombor 7 pada hari ini dijawab bersekali dengan soalan nombor 36 yang bertarikh 29 Januari 2026 yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian memandangkan kedua-duanya berkait rapat dan menyentuh indeks kesejahteraan pelajar dan graduan.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh.

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, hari ini menandakan satu detik yang amat signifikan dalam sejarah pendidikan tinggi negara apabila sebentar lagi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan meluncurkan

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035. Rancangan strategik ini dirangka bagi melonjakkan agenda transformasi pendidikan tinggi Malaysia agar kekal relevan, berdaya saing dan responsif terhadap tuntutan dunia yang kian dinamik dan mencabar.

Menerusi Lonjakan 1 dalam Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) ini iaitu pembelajaran berpaksikan kemanusiaan, berciri keusahawanan dan bersifat adaptif, Kementerian Pendidikan Tinggi memberi penekanan terhadap pembangunan holistik pelajar. Penekanan ini melangkaui kecemerlangan akademik semata-mata dengan merangkumi pembentukan adab dan akhlak iaitu karakter, literasi emosi serta kesejahteraan mental.

Sehubungan itu, Sistem Purata Nilai Gred Karakter (i-CGPA 2.0) akan diperkenalkan semula dan diperkasakan. Sistem ini bertujuan untuk menilai perkembangan pelajar kita secara menyeluruh merangkumi bukan sahaja pencapaian akademik malah kemahiran insaniah, etika dan nilai diri selaras dengan usaha untuk kita lahirkan graduan yang seimbang, berintegriti dan berdaya saing.

KPT kita sasarkan pelaksanaan sistem ini di seluruh universiti awam dengan penggunaan sepenuhnya menjelang tahun 2028. Erti kata lain, implementasinya adalah berfasa.

draft • 11:30 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Pada ketika ini, penilaian indeks kesejahteraan mahasiswa dilaksanakan secara berstruktur dan berterusan oleh universiti awam kita melalui mekanisme penilaian institusi yang ditadbir selaras dengan rangka tadbir urus masing-masing.

Sebagai contoh Student Well-being Index (StiDEX) di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang memperincikan lima komposit, 17 elemen, 43 indikator dan 63 item secara bersepadu sebagai indikator numerik kepada aspek kebajikan dan juga sahsiah pelajar.

Selain itu kita juga ada ADAB – Attitude, Dynamic, Agile, Balance. Yang ini diadaptasi di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah memandu pelajar untuk memenuhi setiap kluster DNA yang ditetapkan dalam aktiviti yang disertai sekali gus memacu pelajar kita ke arah kehidupan yang lebih sejahtera di dalam dan juga luar kampus.

Kemudian kita juga ada Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) yang dilaksanakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berfokus kepada pembangunan pelajar yang sejahtera. Dalam aspek kesihatan mental pula

draft • 11:40 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

pengukuran dilaksanakan secara menyeluruh melalui inventori kesejahteraan psikologi (IKPSI) sebagai instrumen asas atau instrumen teras.

Seiring dengan itu, pusat-pusat kaunseling di universiti awam, kita sentiasa perkukuhkan pemantauan tahap kesihatan mental dan kesejahteraan emosi pelajar secara berkala dan sistematik melalui penggunaan instrumen penilaian yang digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa, antara lainnya seperti DASS 21 serta profil psikometrik. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuala Krau. Soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Cuma, saya ‘nak mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai instrumen pengukuran yang akan digunakan bagi menilai aspek-aspek yang disebut oleh Timbalan Menteri. Dan yang kedua, sekiranya indeks ini menunjukkan tahap kesejahteraan yang membimbangkan, apakah pelan intervensi konkrit kementerian dan apakah peruntukan khas akan disediakan kepada IPT khususnya IPT awam? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 11:40 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam erti kata lain, sebenarnya mengikut kepada dasar semasa setiap universiti ada instrumen masing-masing untuk mengukur indeks kesejahteraan pelajar masing-masing kerana kita tidak boleh melihat ini macam sistem persekolahan.

Namun yang demikian, kita tentu sekali dari masa ke semasa memastikan data-data ini dapat dikumpul dan dijadikan rujukan dalam kita membentuk dasar- dasar masa hadapan. Dalam masa yang sama, kita juga setuju bahawa ia harus lebih daripada sekadar indeks sebaliknya juga ada pendekatan dan intervensi yang bersifat holistik. Kita ada tubuhkan pusat kaunseling pelajar yang kita iktiraf bawah Akta Kaunselor 1998 di semua universiti awam sekarang ini. Dan ini adalah perkhidmatan kaunseling profesional secara percuma kepada semua pelajar. Untuk makluman, ada 280 kaunselor bertauliah sekarang ini yang bertugas di pusat kaunseling pelajar di seluruh negara.

Kita juga ada Majlis Kaunseling Universiti Awam (MAKUMA) yang juga bertindak sebagai penggerak dalam kita membentuk, menyelaras dan membangunkan potensi kecemerlangan pelajar dan juga kesejahteraan para mahasiswa kita. Kita akan terus pastikan bahawa dengan kerjasama MAKUMA ini

draft • 11:40 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

akan kita turut lancarkan manual perkhidmatan kaunselor di institusi pendidikan tinggi kita pada masa ke semasa.

Oktober 2024 telah pun dilancarkan dan manual ini akan terus diperkukuhkan lagi dan menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia ini, aspek-aspek kesihatan mental dan beberapa aspek lain juga yang di luar daripada sebelum ini akan terus diberi penekanan baharu. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Betong.

draft • 11:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Ini mengenai soal prinsip keberkesanan dasar. Soalan tambahan saya adakah KPT bersetuju bahawa pengukuran tanpa intervensi yang berkesan tidak akan menyelesaikan isu adab, akhlak dan juga kesihatan mental. Dan apakah komitmen KPT untuk kita mengaitkan sebarang pengukuran sama ada kaedah yang sedia ada atau indeks baru dengan tindakan susulan yang nyata dan dibiayai selengkapnya, secukupnya. Mohon penjelasan Menteri. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Adam Adli Abd Halim

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang kita maklumkan tadi, di setiap universiti sesuai dengan prinsip autonomi masing- masing dan juga pentadbiran masing-masing, mereka ada instrumen yang telah pun diaplikasikan, telah pun digunakan.

Kalau kita ambil contoh lagi universiti seperti Universiti Teknologi Mara.

Mereka perkenalkan satu peranti AI kaunseling interaktif dengan avatar maya yang mana ini adalah selari dengan tujuan dan fokus utama mereka untuk memastikan bahawa infrastruktur universiti itu dapat cater kepada masalah-masalah termasuk kesihatan dan kesejahteraan mental.

Sebab itu, kita setuju bahawa seperti yang kita sebut tadi indeks semata-mata tidak mencukupi. Indeks itu maksudnya data dan kita boleh bentuk dasar-dasarnya.

Namun, program-program intervensi itu harus terus diperkukuhkan dan strategi yang kita gariskan sentiasa menyeluruh dan membentuk holistik. ICGPA itu sebagai salah satu indikator yang harus kita lihat juga sebenarnya.

Namun, untuk menjawab soalan Yang Berhormat dan soalan tambahan yang telah dikemukakan, saya setuju bahawa untuk maklumat yang lebih lanjut kita akan beri secara bertulis juga untuk memastikan maklumat ini lengkap dan juga boleh menjawab soalan-soalan tersebut. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis seterusnya ke soalan yang kelapan.

Dipersilakan Puan Teresa Kok Suh Sim, Yang Berhormat Seputeh.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 8.

draft • 11:40 AM

8. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Perdana Menteri menyatakan, status audit akaun Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang daripada tahun 2007 hingga 2025. Bilakah laporan audit tersebut akan dibentangkan di Parlimen.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, silakan untuk menjawab.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato' Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang selepas ini dirujuk sebagai Lembaga Kelayakan telah melantik satu firma perakaunan untuk menyediakan Penyata Kewangan Lembaga Kelayakan dan sedang mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2008 hingga 2025, 18 tahun secara berperingkat kepada Jabatan Audit Negara bagi tujuan semakan pengesahan dan pengauditan.

Pada 21 Oktober 2025, Jabatan Audit Negara telah juga mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dengan Lembaga Kelayakan bagi maksud pengauditan penyata kewangan.

Pada 29 Oktober 2025, Lembaga Kelayakan telah meluluskan penyata kewangan bagi tahun 2008 hingga 2012 yang telah disediakan oleh firma perakaunan tersebut.

Pada 30 Oktober 2025, Lembaga Kelayakan telah mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2008 hingga 2012 tersebut berdasarkan Malaysian Financial Reporting Standards kepada Jabatan Audit Negara bagi tujuan pengauditan.

Pada 2 Disember 2025, Jabatan Audit Negara telah mengarahkan supaya penyata kewangan tersebut disediakan mengikut format penyata kewangan badan berkanun. Justeru, Lembaga Kelayakan telah mengambil tindakan untuk menyediakan penyata kewangan tersebut mengikut format sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Audit Negara dan telah mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2008 hingga 2012 kepada Jabatan Audit Negara pada 16 Januari 2026.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Audit Negara telah memulakan pengauditan Penyata Kewangan Lembaga Kelayakan bagi tahun 2008 hingga 2012 pada hari ini iaitu 20 Januari 2026. Pada masa ini, Lembaga Kelayakan juga sedang menyediakan penyata kewangan bagi tahun 2013 hingga 2025 secara berperingkat dan akan dikemukakan kepada Jabatan Audit Negara sebaik sahaja ia dilengkapkan dan diluluskan oleh Lembaga Kelayakan.

Berdasarkan kepada input yang diterima daripada Jabatan Audit Negara, pengauditan terhadap Penyata Kewangan Lembaga Kelayakan dijangka dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2027. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih jawapan daripada Timbalan Menteri. Saya pernah tanya soalan berkenaan dengan pengauditan akaun LPQB beberapa kali dalam setengah tahun yang lepas, tapi setiap kali saya tanya jawapannya lebih kurang sama ataupun ia macam penyu gerak sikit sahaja.

Soalan saya ialah kenapakah auditor itu ambil masa yang begitu lama untuk mengaudit akaun LPQB? Dan kenapakah penyata kewangan sekarang hanya dihantar kepada LPQB? Dan saya nak tanya, keadaan ini adakah kerajaan akan mengambil apa-apa tindakan terhadap pegawai LPQB yang cuai dan tidak menjalankan tugas sehingga akaun LPQB tersebut tidak diaudit selama 18 tahun?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, soalnya bukan— jawapannya bukan yang sama seperti dulu, ada beza-beza. Macam hari ini mereka melakukan penyiasatan, they already got on the ground. Ada bezanya.

Dan, kita perlu ingat Yang Berhormat, saya terima kasih kepada Yang Berhormat dan Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain yang telah membongkar dan telah menegurkan, admonish kekurangan dalam LPQB, tapi...

draft • 11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

...Kita perlu ingat, undang-undang ini telah diubah pada tahun 2024 dan ia akan pada tahun dulu telah dilaksanakan.

draft • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya difahamkan bahawa kelambatan ini adalah kerana tidak ada satu jawapan yang kukuh, tetapi mengatakan bahawa terlepas pandang atau tidak mengemukakan kepada board tersebut.

Dan, ini adalah satu saya setuju bahawa Yang Berhormat merasa kecewa dan kemungkinan mungkin tindakan susulan boleh diambil dari segi peraturan- peraturan yang sedia ada, tetapi saya ingat, saya ingin gerenti kepada Yang Berhormat, untuk 18 tahun di mana audit tidak dibuat, ia akan disiapkan kerana satu firma telah dilantik dan satu pegawai pun telah dilantik di LPQB untuk membuat laporan tersebut dengan seberapa segera yang boleh. Kemungkinan kalau ia siap, ia akan dibawa ke Parlimen seberapa awal yang boleh. Terima kasih. Ini jawapan original ini.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baik.

Silakan Yang Berhormat Jerlun.

draft • 11:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Yang Berhormat Menteri. Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi menyebut, langkah telah pun diambil dengan diadakan audit secara berfasa atau berperingkat-peringkat.

Walaupun kementerian menyedari berlaku kelewatan hampir 18 tahun.

Soalan saya di sini, jika kementerian sedar tentang berlaku kecuaian dari sudut audit akaun LPQB, mengapakah kementerian masih lagi membenarkan LPQB terus beroperasi dan mengutip yuran peperiksaan serta pendaftaran sedangkan status akaun masih lagi ‘tak selesai dan tidak telus dari segi pengurusan?

Yang kedua, mengapakah laporan kewangan LPQB tidak didedahkan secara terbuka untuk pengetahuan orang awam sebab ia melibatkan kepentingan awam.

Begitu juga dengan ribuan graduan undang-undang daripada pelbagai universiti sama ada dalam negara atau luar negara yang sedikit sebanyak boleh mencalarkan sistem dan integriti Majlis Peguam yang mengendalikan isu LPQW ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang Berhormat, terima kasih kepada soalan tersebut. Yang Berhormat, kita perlu faham. Ada lapse 18 tahun. Itu tidak boleh dinafikan. Ia hanya selepas dikemukakan soalan-soalan yang bertubi-tubi oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat, baru kita sedar bahawa untuk 18 tahun ia tidak diaudit.

draft • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Soalan Yang Berhormat, oleh kerana ada kecacatan yang tertentu, maka ia perlu di— pada pandangan kita perlu diubah suai. Jangan kita hapuskan sahaja. Kita perlu tahu bahawa LPQB ini satu board dan kita telah membawa amendment yang tertentu pada tahun 2024 dan segerakan dengan mengarahkan mereka mengadakan audit tersebut, tetapi ingin saya mengesahkan Datoʼ Yang di-Pertua, pada prima facie-nya, tidak ada wrong used atau abuse of power dalam kewangan ini.

Itu kita perlu faham, tetapi walaupun sedemikian, Ketua Audit Negara akan menjalankan tugas untuk mengaudit seberapa dalamnya supaya yang betul akan diberitahu kepada orang ramai. Walaupun ia ini adalah satu di antara fungsi Ketua Audit Negara, tetapi LPQB ini adalah satu agensi yang bebas, yang luar dari Legal Profession Act. Dia tidak ada kena mengena, tetapi board-nya adalah merangkumi ramai di antaranya adalah peguam-peguam. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baik.

Terima kasih Yang Berhormat. Selanjutnya Majlis ke soalan yang ke-9. Dipersilakan Tuan Zulkifli bin Ismail, Yang Berhormat Jasin.

draft • 11:50 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan Jasin nombor 9.

draft • 11:50 AM

9. Tuan Zulkifli bin Ismail [Jasin] minta Perdana Menteri menyatakan, tindakan tegas kerajaan khususnya JAKIM terhadap kewujudan perkhidmatan yang dinamakan “Coach Cerai” yang akan menormalisasikan penceraian sekali gus meruntuhkan institusi kekeluargaan umat Islam di negara ini.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Jabatan Perdana Menteri, silakan untuk menjawab.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Jasin, Yang di-Pertua Speaker. Kerajaan MADANI melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum dan sangat memandang serius terhadap isu Coach Cerai yang tular baru-baru ini berikutan dengan perceraian pasangan selebriti. Yang mana isu ini menyentuh urusan pentadbiran hal ehwal Islam khususnya berkaitan dengan perkahwinan orang Islam, yang mana perlu dirujuk dan ditangani oleh pihak berautoriti yang sah mengikut peruntukan undang-undang dan hukum syarak.

Berikutan dengan isu ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan Hukum Coach Cerai yang telah dimuat naik dalam laman web Tinta Mufti Bil.48/2025, yang mana dinyatakan penggunaan

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Puan Marhamah binti Rosli

istilah dan pendekatan berkaitan kekeluargaan Islam yang mengelirukan seperti Coach Cerai ini perlu dikawal bagi memastikan kefahaman masyarakat tidak tersasar sehingga membawa kepada kegusaran awam.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah badan berautoriti yang perlu dirujuk berkaitan dengan kekeluargaan Islam termasuk isu perkahwinan dan isu perceraian juga. Malah, JAKIM dan JAIN telah menyediakan platform khidmat kaunseling, runding-cara keluarga berlandaskan pendekatan syariah bagi membantu pasangan mengenal pasti punca konflik, memperbaiki komunikasi serta mencari penyelesaian yang adil dan seimbang.

Selain daripada itu, JAKIM— apa yang saya sebutkan tadi JAKIM dan JAIN, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut berperanan memfokuskan pembinaan keluarga bahagia dan kesejahteraan mental melalui pelbagai platform.

Ini ialah ekosistem sokongan keluarga yang telah dilakukan secara berstruktur dan berterusan. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh pegawai yang terlatih juga membimbing pasangan ke arah penyelesaian berlandaskan syarak dan psikologi sekali gus memastikan masyarakat mempunyai saluran rasmi yang jelas apabila berdepan dengan isu rumah tangga.

Isu Coach Cerai ini memberikan pengajaran bahawa sebarang nasihat berkaitan dengan perkahwinan dan perceraian perlulah melalui pendekatan ilmu, kefahaman, bimbingan dan tidak dilupakan autoriti yang jelas. Nasihat yang tidak bersandarkan syariat, yang datang daripada pihak yang tidak berautoriti bukan sahaja mengelirukan malah berpotensi merosakkan rumah tangga dan ditekankan di sini bahawa penggunaan islah dan rundingan yang adil perlu diambil sebelum apa- apa tindakan diteruskan.

Oleh itu, mendapat nasihat daripada pihak berautoriti seperti kaunselor bertauliah, Jabatan Agama Islam dan mahkamah syariah bukan sahaja melindungi hak dan tanggungjawab pasangan suami isteri, tetapi perlu bagi memastikan keputusan yang dibuat dalam keadaan hikmah, berpandukan syariat dan memberi manfaat jangka panjang. Kesedaran ini penting untuk membina masyarakat yang bijak dalam menilai nasihat, memelihara institusi keluarga dan mencegah kerosakan yang boleh dielakkan. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jasin, soalan tambahan.

draft • 11:50 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang memuaskan. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, saya mohon daripada Tuan Yang di-Pertua untuk mengalu-alukan rombongan mahasiswa dan mahasiswi daripada Universiti Malaya.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Sila, silakan.

[Tepuk]

draft • 11:50 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Soalan tambahan saya. Saya ingin tahu perincian tahap pencapaian Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti yang dikendalikan oleh JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri di seluruh Malaysia dalam menawarkan khidmat nasihat dan kaunseling kepada institusi keluarga yang sedang dirundung masalah dan di ambang perceraian.

Berapakah bilangan pusat ini yang ada di seluruh negara?

draft • 11:50 AM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Soalan yang kedua, apakah usaha kerajaan bagi menyebar luaskan lagi informasi berkenaan kewujudan pusat ini agar umat Islam dapat merujuk kepada pakar yang bertauliah dan bukannya terpengaruh kepada influencer, Coach Cerai jadian di alam media sosial? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat Jasin. Bersama saya adalah laporan permohonan khidmat nasihat berdasarkan jantina pemohon bagi Wilayah Persekutuan dan saya juga mendapat laporan pendaftaran nikah, cerai dan rujuk daripada JAWI juga.

Untuk JAKIM, berdasarkan daripada apa yang ada di tangan saya sekarang, untuk Wilayah Persekutuan, terdapat— mengikut tiga wilayah iaitu Putrajaya, Persekutuan dan Persekutuan Labuan. Untuk keseluruhan semua negeri di dalam negara, saya perlu mendapatkan perincian lanjut dan insya-Allah akan diberikan jawapan secara bertulis. Insya-Allah.

draft • 12:00 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat. Untuk soalan berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Pahat. Sila.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua. Ini soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Sejauh manakah garis panduan rasmi kaunseling berkaitan Islam yang dikuatkuasakan? Adakah hanya

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

kaunselor bertauliah atau adakah ada institusi yang diiktiraf oleh JAKIM yang dibenarkan memberi khidmat berkaitan dengan konflik rumah tangga umat Islam?

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Puan Marhamah binti Rosli

Terima kasih Yang Berhormat. Kita tidak menutup ruang nasihat, runding cara, tetapi perlu kita tekankan di sini. Untuk isu-isu kekeluargaan yang melibatkan perkahwinan dan perceraian, perlulah ada garis panduan dan autoriti yang sah agar tidak berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Oleh yang demikian, berdasarkan persoalan tadi, JAKIM dan agensi-agensi yang berkaitan meletakkan garis panduan untuk mereka yang mendapat autoriti sahaja dan mendapat latihan langsung daripada Jabatan Agama dan mahkamah syariah untuk mengendalikan isu-isu pertikaian rumah tangga dan isu-isu perceraian.

Ini memandangkan ia adalah isu berkait rapat dengan emosi kekeluargaan. Saya harap menjawab persoalan ya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baik.

Terima kasih Yang Berhormat. Majlis selanjutnya ke soalan yang ke-10. Dipersilakan Tuan Riduan bin Rubin, Yang Berhormat Tenom.

draft • 12:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor 10.

draft • 12:00 PM

10. Tuan Riduan bin Rubin [Tenom] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, pelan strategik kementerian bagi memastikan industri sawit negara kekal stabil dan berdaya saing melalui pengukuhan penyelidikan dan pembangunan, peningkatan hasil, sokongan pekebun kecil, mitigasi risiko tenaga kerja, automasi, pematuhan ESG serta pengembangan akses pasaran eksport global secara mampan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri di Kementerian Perladangan dan Komoditi untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tenom. Kementerian Perladangan dan Komoditi sentiasa komited untuk memastikan industri sawit negara kekal stabil dan berdaya saing, sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan yang dirangka di bawah Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030.

Pelan strategik kementerian merangkumi beberapa inisiatif utama seperti berikut:

draft • 12:00 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

(i) produktiviti dan peningkatan hasil melalui R&D serta pemindahan teknologi. Bagi meningkatkan hasil dan daya saing, kementerian giat melaksanakan research and development and commercialization and innovation yang berorientasikan pasaran untuk meningkatkan kualiti bahan tanaman sawit-sawit yang berhasil tinggi serta mempergiat penggunaan amalan pertanian terbaik. Kementerian juga menggalakkan penerima gunaan teknologi automasi, mekanisasi dan IR4.0 serta mempromosi teknologi baharu kepada pengusaha perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan persatuan industri;

(ii) penjanaan nilai hiliran dan kepelbagaian produk. Yang ini untuk mengurangkan kebergantungan kepada produk asas.

Kementerian memberi tumpuan kepada penghasilan produk sawit yang bernilai tambah serta memperkukuh pasaran produk oleokimia dan bioproduk dan kualiti dan keselamatan produk juga diperkukuh bagi mematuhi piawaian antarabangsa;

(iii) sokongan pekebun kecil. Bagi memastikan pekebun kecil tidak tercicir, sokongan diberi melalui peningkatan penggunaan teknologi, program peningkatan pendapatan dan bantuan bersasar, Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia ataupun MSPO di mudah cara bagi mengukuhkan pematuhan kepada environmental, social and governance, termasuk menyediakan bantuan kos yuran pensijilan, latihan berkaitan rak bahan kimia dan PPE. Kementerian juga menggalakkan penanaman semula bagi meningkatkan produktiviti jangka panjang melalui skim insentif pembiayaan tanam semula pekebun sawit kecil— Sawit 2.0;

(iv) mitigasi risiko tenaga kerja dan automasi. Bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing, kerajaan telah menyediakan peruntukan kepada R&D teknologi mekanisasi dan automasi di ladang serta operasi melalui penubuhan konsortium, mekanisasi dan automasi sawit dan pemindahan teknologi;

draft • 12:00 PM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

(v) kemampanan dan pematuhan ESG. Dan fokus diberi kepada peningkatan kemampanan melalui pemerkasaan pensijilan MSPO 2.0 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2025, menyokong prinsip ESG dengan menekankan pemuliharaan alam sekitar, hak pekerja serta tadbir urus serta rantaian bekalan, termasuk kebolehjejakan; dan

(vi) pengembangan akses pasaran eksport. Kementerian melalui MPOC menggalakkan strategi kepelbagaian pasaran bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tradisional seperti India, China dan Kesatuan Eropah. Di samping memperkukuh kehadiran di pasaran berpotensi tinggi seperti Sub-Sahara Afrika, Timur Tengah, Afrika Utara dan ASEAN.

Dan selain daripada itu, penubuhan Palm Oil Research and Technical Service Institute of MPOB di Shanghai, China turut memperkukuh hubungan industri dan perdagangan Malaysia-China melalui pemindahan teknologi, inovasi produk dan pembangunan aplikasi baharu sawit.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 12:00 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih atas jawapan yang komprehensif yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Sebelum dengan itu, saya ingin mengucapkan tahniah Yang Berhormat Menteri di atas pelantikan sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, industri sawit ini sering menjadi diskriminasi di peringkat antarabangsa, terutamanya di kalangan kumpulan advokasi di Eropah yang sering mengaitkan minyak sawit dengan deforestasi, kehilangan biodiversiti, isu ancaman Orang Utan dan juga peningkatan gas rumah kaca kerana pembukaan hutan hujan tropika untuk ladang sawit. Persepsi ini menjadi asas kepada banyak dasar Kesatuan Eropah yang semakin ketat terhadap penggunaan atau import sawit.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan eksport sawit Malaysia di pasaran global? Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Tenom tadi. Kerajaan melalui KPK memang mengamalkan strategi diplomasi perdagangan yang dinamik untuk menyesuaikan pendekatan mengikut keperluan spesifik pasaran utama bagi menangani sebarang bentuk diskriminasi dan kita laksanakan pendekatan menyeluruh ‘nak meningkatkan eksport minyak sawit ini dengan menumpukan kepada pematuhan piawaian antarabangsa, kepelbagaian pasaran dan penjanaan nilai tambah.

Dan antara usaha yang dilaksanakan di bawah kementerian dan juga agensinya adalah kita fokus kepada pasaran minyak premium ataupun yang berkualiti tinggi dan kita membuat - kita menggalakkan transformasi industri ke arah produk yang bernilai tambah tinggi dan dalam waktu yang sama, pelaksanaan MSPO 2.0 juga diperkukuhkan agar minyak sawit boleh penuhi piawaian antarabangsa.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Dan yang penting juga, kita manfaatkan FTA ataupun Free Trade Agreements. Ini secara tak langsung memberi, membuka akses pasaran kepada lebih luas dan obviously sudah semestinya MPOC jalankan promosi secara aktif...

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Apa yang saya ‘nak katakan, langkah- langkah ini semua bertujuan untuk memastikan minyak sawit Malaysia kekal berdaya saing dan diterima di pasaran antarabangsa dan yang paling penting, insya-Allah akan terus menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sila Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Baik, sebenarnya saya sangat bersetuju dengan apa yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi, bercakap soal R&D, new clone dan sebagainyalah dengan mechanization. Cuma, soalan saya nak tanya, kenapa dengan sumber Yang Berhormat Menteri sebut tadi, kenapa kita punya average yield per ton kita masih rendah, 17.77 tan yang direkodkan dalam tahun 2025 sedangkan potensi kita sebenarnya boleh dapat jauh lebih daripada itu terutamanya kepada pekebun-pekebun kecil?

Baik, yang kedua adalah bahawa dalam allocation untuk RMK13, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion untuk melakukan program penanaman semula khususnya di kalangan pekebun kecil, tetapi malangnya dalam

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

bajet tahun ini, 2026, hanya RM100 juta sahaja diperuntukkan. Kalau kita ambil RM1.4 bilion dibahagi dengan lima tahun, sepatutnya RM280 juta setahun. Minta, apakah komen daripada Timbalan Menteri?

Satu lagi yang paling penting adalah, sebenarnya saya pernah bangkitkan dalam sesi yang lalu tentang bagaimana 100 sampel yang diuji di MPOB yang diambil daripada baja, diambil daripada pekebun kecil, 93 peratus fail sebenarnya.

Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan supaya pekebun-pekebun kecil ini membayar harga baja yang mahal, tapi mereka ditipu dari segi spek dan sebagainya? Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat daripada Tangga Batu.

Sebenarnya memang betul peruntukan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas memang ada RM1.4 bilion khusus untuk menyokong program penanaman semula ini, yang saya kira tujuan dia adalah untuk meningkatkan produktiviti, pendapatan dan kemampanan industri sawit negara. Ini kita buat secara jangka panjang.

Antara cabaran yang dihadapi adalah— langkah ataupun cabarannya adalah untuk memastikan bahawa tanaman semula itu dilaksanakan. Dan kita melihat melalui ada satu Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit ini, kita harapkan dapat membantu meringankan beban kewangan pekebun kecil bagi memastikan mereka dapat melaksanakan yang penggalakkan melalui tanaman semula ini.

Dan yang lainnya pula, soalan-soalan yang lain nanti saya akan berikan secara bertulis sebab maklumat tersebut saya perlu dapatkan daripada pegawai saya dan saya akan uruskan pemberian maklumat tersebut kepada Yang Berhormat daripada Tangga Batu. Terima kasih kepada Tangga Batu.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang terakhir bagi sesi jawapan lisan. Saya mempersilakan Kapten Azahari bin Hasan, Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 12:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 11.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri di Sumber— Menteri Sumber Asli dan Lestari Alam untuk menjawab.

draft • 12:10 PM

11. Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, sejauh manakah tahap pencapaian Malaysia terhadap komitmen antarabangsa berkaitan perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar serta strategi negara dalam memastikan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan tanggungjawab global.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Padang Rengas atas soalan dan keprihatinan kepada kelestarian alam.

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, Malaysia komited sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota komuniti antarabangsa untuk menangani cabaran perubahan iklim serta memelihara kelestarian alam sekitar selaras dengan prinsip pembangunan mampan. Sejajar dengan komitmen tersebut, Malaysia telah menyertai dan melaksanakan pelbagai perjanjian serta inisiatif antarabangsa yang berkaitan dengan perubahan iklim termasuk Perjanjian Paris sebagai manifestasi kesungguhan negara dalam menyokong agenda iklim global.

Apakah antara obligasi utama negara dalam Perjanjian Paris tersebut?

Antaranya ialah mengemukakan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca

(GHG) setiap lima tahun sekali yang dikenali sebagai Nationally Determined Contributions ataupun (NDC) dan melaporkan inventori GHG negara setiap dua tahun sekali menerusi Biennial Transparency Reports ataupun BTR kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun singkatan dia UNFCCC. Pelaporan ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap ketelusan akauntabiliti dan tadbir urus iklim yang baik.

Bagi tahun 2025, untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju utama agenda iklim di Asia Tenggara apabila tersenarai sebagai salah satu daripada lima negara ASEAN terawal yang berjaya untuk mengemukakan NDC yang ketiga kepada konvensyen UNFCCC pada Oktober tahun lepas.

Melalui komitmen baru ini, Malaysia menyasarkan pengurangan mutlak pelepasan gas rumah kaca antara 15 hingga 30 tan karbon dioksida setara menjelang tahun 2035 dan sekali gus, mencerminkan komitmen kita ke arah pembangunan rendah karbon yang mampan dan berdaya tahan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Yang Berhormat, Malaysia juga turut mencatat satu lagi pencapaian penting apabila kita berjaya untuk mengemukakan borang Host Party Participation kepada UNFCCC pada 30 Oktober 2025 sebagai sebahagian daripada syarat untuk menyertai Paris Agreement Crediting Mechanism di bawah Artikel 6.4 Perjanjian Paris. Selaras dengan hala tuju jangka panjang negara, Malaysia telah menetapkan aspirasi untuk mencapai pelepasan gas rumah kaca sifar bersih menjelang tahun 2050.

Untuk kita sokong usaha tersebut, NRES telah melancarkan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 ataupun DPIN 2.0 pada tahun 2024 yang melengkapi pelbagai pelan strategi yang sedia ada termasuklah pelan hala tuju dan tindakan Nationally Determined Contribution, Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon serta pembangunan Malaysia’s National Adaptation Plan dan banyak lagi, tapi saya nak jawab bahagian yang kedua daripada soalan Yang Berhormat tadi berkenaan dengan apakah dia keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan juga dengan tanggungjawab global.

Kalau kita tengok dari segi langkah Malaysia untuk tetapkan aspirasi pelepasan rumah kaca ini bukan hanya sekadar komitmen global untuk kita hadkan kenaikan suhu purata global di bawah 2 darjah Celsius, ia juga merupakan pemacu strategik untuk pertumbuhan ekonomi melalui jangkaan pelaburan hijau antara RM2.3 hingga RM2.6 trilion bagi tahun 2023 hingga tahun 2050.

Selain pelaburan hijau, pelaksanaan mekanisme Artikel 6 juga membolehkan Malaysia menerima manfaat dan aspek pemindahan teknologi, peluang pekerjaan hijau dan juga pembangunan kapasiti serta sokongan teknikal. Dari segi regulatori undang-undang, kita akan gubah Rang Undang-undang Perubahan Iklim ataupun RUUPIN untuk kita arusperdanakan agenda perubahan iklim seperti tindakan mitigasi dan adaptasi dan kita juga akan gubal rang undang-undang pihak berkuasa perubahan iklim. So, ini jawapan— minta maaf Dato’ Yang di-Pertua, soalan pertama saya, jawapan pertama saya. Saya ucapkan terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 12:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang sangat jelas. Saya mohon kementerian menerangkan peranan RUU Perubahan Iklim dalam membantu komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi peranan rang undang-undang ini terutama Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN), ia nya memberi satu mandat yang penting secara perundangan kepada kerajaan untuk kita kawal selia pelepasan gas rumah kaca oleh fasiliti di samping untuk kita kawal selia yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Internationally Transferred Mitigation Outcomes ataupun ITMOs dalam negara di mana kita secara langsung melalui instrumen pasaran dan tadbir urus yang sejajar dengan komitmen pengurangan karbon negara.

draft • 12:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Selain itu, RUUPIN ini juga boleh meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti melalui mekanisme kita buat pengukuran, kita buat pelaporan pelepasan karbon serta kita galakkan penggunaan teknologi rendah karbon melalui pelaksanaan pasaran karbon.

Oleh yang demikian, pelaksanaan RUUPIN ini akan secara langsung menyumbang kepada sasaran NDC negara melalui peningkatan tadbir urus serta instrumen pasaran untuk kita akhirnya memastikan kita mencapai ataupun mematuhi apa-apa juga obligasi di bawah Perjanjian Paris. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Bagi pihak backbenchers, dipersilakan Yang Berhormat Simpang Renggam.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih, Datoʼ Yang Di-Pertua. Tahniah, Yang Berhormat.

Menyentuh soal RUUPIN tadi itu, jadi pastikan rang undang-undang-undang tersebut dapat dibentangkan di Parlimen pada sesi kali ini. Walaupun bagaimanapun, kita semua sedia maklum negara jiran kita seperti Indonesia adalah, pengeksport arang batu yang terbesar dalam dunia. Itu adalah penyumbang besar kepada aspek untuk mengurangkan pengeluaran karbon.

Soalan saya ialah― adakah kita, melalui ASEAN ataupun Malaysia secara bersendirian, bersedia untuk menjadi hab bagi mengawal sama ada pengeluaran karbon ataupun mengurangkan gas rumah hijau ini melalui inisiatif-inisiatif yang kita jangkakan? Jadi, kalau Yang Berhormat bersetuju, kita boleh menjadi hab dalam rantau ini, apakah perancangan atau pun hujah yang menyatakan bahawa kita boleh menjadi hab untuk pertumbuhan atau kelestarian ekonomi hijau ini?

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:20 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh

Terima kasih Yang Berhormat Datoʼ.

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam atas soalan tersebut.

Saya percaya memang ini antara langkah ke hadapan kita. Jadi, oleh kerana itu, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang di peringkat akhir untuk kajian Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan (DPKK) untuk kita bangunkan satu dasar yang inklusif berkenaan dengan perdagangan karbon dan penggubalan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) tadi.

Insya-Allah, kita harap kita dapat buat bacaan pertama sekurang-kurangnya dalam sidang kali ini, tapi kita akan cuba juga supaya rang undang-undang ini dapat digubal dan dibawa ke sidang ini dan akhirnya diluluskan, tetapi dengan adanya dasar dan juga rang undang-undang ini, maka ia nya akan memberikan mandat perundangan kepada kerajaan untuk kita kawal selia pelaksanaan perdagangan karbon di peringkat antarabangsa bawah Artikel 6 Perjanjian Paris.

Dan oleh kerana itu juga, pada masa yang sama, saya percaya, maka ia nya akan menyumbang kepada sasaran NDC negara dan juga mungkin juga ke arah menjadi hab untuk perdagangan karbon bagi kawasan rantau ini.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, untuk kita dapatkan sokongan dan komitmen daripada semua pemegang taruh supaya elemen perdagangan karbon ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh, NRES telah pun mengadakan sekurang- kurangnya 13 sesi libat urus bersama-sama dengan kerajaan negeri.

Dalam masa yang sama, kita dapat maklum balas berhubung dengan penggubalan RUUPIN ini. Kertas konsultasi awam RUUPIN juga telah dimuat naik dalam laman sesawang NRES untuk tempoh satu bulan setengah di antara bulan Oktober hingga Disember 2024 supaya orang awam juga boleh rujuk dan memberikan input terhadap cadangan awal RUUPIN tersebut.

Jadi, insya-Allah, NRES juga akan mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi libat urus bersama dengan penggiat industri, dengan badan-badan bukan kerajaan supaya kita dapat maklum balas berhubung dengan pelaksanaan pasaran karbon dan RUUPIN, kerana saya sendiri, untuk makluman Yang Berhormat Yang di-Pertua, masih lagi juga sedang menelaah dan memahami tentang pasaran karbon. Ini satu perkara baru dan kita perlu sampaikan kepada industri, kepada rakyat supaya ia nya dapat difahami dengan baik apa manfaat yang boleh diperolehi oleh negara dan juga untuk rakyat. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Sebelum saya ke agenda Majlis seterusnya.

Untuk makluman, pada awal pagi sebelum sesi bermula, dalam morning prayers di antara Speaker dan Timbalan-timbalan Speaker, untuk makluman, kita dapati lebih kurang 70 ke 80 soalan lisan yang perlu dijawab. Dan ini memakan masa.

Jadi, untuk membolehkan Yang Berhormat-Yang Berhormat bertanya lebih banyak, saya memohon jasa baik supaya Peraturan 24(3) itu ditelaah. Ini bermaksud kedua-dua pihak― sebelah kanan dan sebelah kiri. Senang sahaja. 24(3) itu menyatakan jika soalan tambahan itu tidak perlu dijawab, jika out of the context soalan yang dikemukakan.

Kedua, jika soalan itu telah dijawab; ketiga, jika Yang Berhormat bertanya, dalam soalan tambahan, soalan berganda atau gabungan. Ini saya serahkan kepada Menteri. Menteri, you have the— dengan izin, you have the leeway not to answer at all. Jawab satu soalan sahaja. Yang Berhormat ‘tak boleh halang.

Telaahkan Peraturan 24. Itu jelas untuk kedua-dua pihak.

Baik. Setiausaha Majlis, kita ke agenda yang berikutnya.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:20 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato’ Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas yang akan dikemukakan bagi Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 21 Januari 2026.” Terima kasih.

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, ada Yang Berhormat yang menyokong usul ini?

draft • 12:26 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Saya mohon menyokong.

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan...

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat.

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Bagi saya selesaikan urusan ini dulu, Yang Berhormat.

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya usul sebagaimana Menteri telah menyatakan tadi hendaklah disetuju oleh semua ahli Yang Berhormat.

draft • 12:26 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya, silakan Yang Berhormat Arau.

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bangun di bawah 18(1), Yang Berhormat yang dikasihi. Saya tahu usul saya ini dah berpuluh saya hantar, semua ditolak, tapi izinkan saya untuk baca tajuk saja. Ini saya dah hantar semalam, belum dijawab lagi, iaitu yang pertamanya, membincangkan pendirian negara...

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat telah hantar Usul. Saya tidak benarkan dibacakan. Saya nak teruskan.

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tajuk saja. Tajuk. Saya minta tajuk.

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat, tajuk pun saya tidak benarkan. Kita tak mahu buang masa, Yang Berhormat.

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tajuk ini penting berhubung dengan LGBT.

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat telah usulkan. Saya setuju dan kita...

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi bilakah boleh saya baca? Adakah...

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat, ini keputusan saya. Peraturan 42, 43.

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, saya akur. Saya ingin bertanya, bila saya boleh baca tajuk? Sebab, rakyat juga nak tahu. Sebab, saya bawa ini isu rakyat. Bila Speaker jawab, masa itukah boleh saya baca tajuk? ‘Nak baca tajuk saja. Jawapan tetap boleh tolak.

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat, keputusan saya adalah jelas dan dalam mesyuarat morning prayers kami pun di antara Speaker dan Timbalan Speaker, apa-apa soalan Usul yang telah dikemukakan akan dijawab oleh Speaker bagi mengagihkan masa yang bersesuaian. Yang Berhormat, itu keputusan saya Yang Berhormat.

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Apakah boleh— bilakah saya boleh bentangkan tajuk saja?

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat, bila Usul Yang Berhormat diterima. Itu jelas dalam Peraturan 18. Baik, Yang Berhormat.

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, tapi sebelum ini saya boleh baca tajuk Yang Berhormat.

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Yang Berhormat hantar dah usul. Usul, kalau disetuju, baru boleh Yang Berhormat baca kepala usul itu di dalam Dewan. Itu jelas. Jadi, sekarang ini, yang Usul Yang Berhormat telah diedarkan kepada Yang di-Pertua. Ia dalam pertimbangan Yang di- Pertua. Yang Berhormat memilih untuk membaca Usul yang belum diputuskan.

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dak. Tajuk. Sebab apa...

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Ya baik.

Tajuk pun sebahagian daripada Usul, Yang Berhormat.

draft • 12:26 PM

Datoʼ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat faham ini keadaan Parlimen sekarang. Speaker akan tolak. Saya dah hantar berpuluh Usul, semua ditolak. Jadi, rakyat tak tahu yang saya telah bawa Usul ini yang harus diperbincangkan, Speaker tolak. Tolak pun di atas alasan yang sama. Itu biar— nak tolak pun boleh, ‘nak terima pun boleh. Yang Berhormat sedia maklum.

Jadi, saya minta kalau boleh di atas perjanjian Speaker dan juga kami semua, dibenarkan baca tajuk saja. Tak sampai setengah minit. Terima kasih. Tak boleh tak apa, tapi saya nak beritahu, keputusan tak boleh itu ialah tidak wajar. Terima kasih.

draft • 12:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat. Apa-apa pun Yang Berhormat, Peraturan 43 itu jelas. Yang Berhormat tak puas hati atas keputusan itu pun Yang Berhormat boleh rayukan. Baik, teruskan Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM
USUL MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Setiausaha Majlis. Berikut, saya akan mempersilakan Yang Berhormat Simpang Renggam untuk berucap bagi membaca usul beliau sebelum ucapan seterusnya dimulakan. Silakan Yang berhormat Simpang Renggam.

draft • 12:31 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam perpaduan, Salam Malaysia MADANI.

Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, dengan penuh takzim dan menjunjung setinggi-tinggi kasih, saya selaku Ahli Parlimen Simpang Renggam bangun pada pagi ini untuk mencadangkan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, atas perkenan baginda berangkat menyampaikan titah ucapan sempena Pembukaan Persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.

“Bahawa satu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang

draft • 12:31 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

“Ampun Tuanku.

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima, Parlimen Yang Kelima Belas”.

draft • 12:31 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

Sebagai mukadimah, perbahasan di dalam Dewan yang mulia ini, izinkan saya memulakan bicara dengan menyingkap kembali satu peringatan penting daripada Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang telah diungkapkan dalam ucapan beliau pada 16 April 1960.

Beliau menegaskan perhubungan baik di antara raja dengan rakyat memanglah menjadi cita-cita semua kerana dengan nilai inilah sahaja kita dapat memelihara dan mengekalkan cara pemerintahan beraja dalam negeri ini, yang menjadi simbol perpaduan rakyat negeri ini dan dengan perpaduan rakyat itulah terletaknya keselamatan, kemakmuran dan kebahagiaan negara.

Ungkapan ini bukan sekadar catatan sejarah, tetapi merupakan prinsip asas pembinaan negara. Hubungan antara rakyat dan Raja dibina atas kepercayaan, kesetiaan dan kefahaman bersama terhadap perlembagaan. Inilah roh yang diwariskan oleh para pengasas negara, maka menjadi amanah kita di Dewan yang mulia ini untuk menterjemahkan titah tersebut melalui perbahasan yang bertanggungjawab, keputusan yang berwawasan dan tindakan yang berkesan.

Saya bangun pada hari ini mewakili kelab penyokong kerajaan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan MADANI, pimpinan Yang Amat berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di atas kejayaan mengemudi negara dalam landskap antarabangsa yang semakin terdedah kepada fragmentasi geopolitik.

Dalam suasana dunia yang tidak menentu, tekanan ekonomi global serta persaingan kuasa besar, Kerajaan Perpaduan telah membuktikan keupayaan Malaysia untuk terus melonjak dalam perlumbaan global ini. Keupayaan mengekalkan keupayaan daya tahan, mempercepatkan langkah dan memastikan tiada sesiapa yang tercicir di garisan penamat.

Dato’ Yang di-Pertua, “one small step for man, one giant leap for mankind”, dengan izin, langkah kecil seorang manusia tetapi lonjakan besar bagi kemanusiaan.

Kata-kata bersejarah ini dilafazkan oleh angkasawan, Neil Armstrong ketika beliau mencipta detik bersejarah dengan menjejakkan kaki manusia buat pertama kalinya di permukaan bulan. Hari ini saya bangkit untuk mengetengahkan beberapa langkah kecil untuk menghasilkan lonjakan besar bagi seluruh warga Malaysia. Inilah langkah dan lonjakan kita dalam Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas.

Inilah langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia MADANI satu realiti yang dapat dirasai rakyat. Lonjakan untuk memartabatkan Malaysia menjadi sebuah

draft • 12:31 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

negara yang lebih makmur, lebih adil dan lebih maju. Justeru, kalau boleh saya menggariskan langkah dan lonjakan merentasi beberapa bidang utama.

Pertama, reformasi yang menyeluruh. Mutakhir ini negara sedang diuji oleh ketirisan perolehan dan penyelewengan-penyelewengan yang merugikan kewangan awam dan menghakis kepercayaan rakyat. Dalam masa yang sama, komitmen terhadap agenda kemampanan, pemeliharaan biodiversiti dan pencegahan pencemaran masih jauh daripada yang memuaskan. Lebih membimbangkan, sektor pendidikan negara kini berada di persimpangan yang kritikal, menuntut reformasi menyeluruh dan bersepadu.

Langkah dan juga lonjakan kedua pula berkenaan pemerkasaan ekonomi.

Kos sara hidup telah membangkitkan rasa kegelisahan yang mendalam terhadap kemampuan. Terasa sangat setiap kali kita menatap resit belanja dapur atau notis sewaan rumah. Ini bukan sekadar soal angka, tetapi soal maruah dan kestabilan yang menuntut penilaian semula strategi pembangunan negara.

Dan seterusnya, langkah dan juga lonjakan ketiga atau menyentuh tentang soal ASEAN dan juga hubungan antarabangsa. Dunia kini semakin bergolak dengan konflik geopolitik yang berlarutan, tekanan ekonomi global yang menekan, rantaian bekalan yang rapuh, serta persaingan kuasa besar yang kian sengit. Namun, dalam landskap yang mencabar ini ASEAN muncul sebagai kausa ekonomi yang semakin bangkit dengan hampir 700 juta penduduk dan KDNK kolektif melebihi RM16 trilion.

Justeru, ASEAN bukan lagi entiti di pinggiran, tetapi pemacu penting yang tidak wajar terus dipinggirkan dalam arus ekonomi dan geopolitik global. Maka renungkanlah dengan jujur, fikirkanlah pendekatan yang lebih segar, cetuskanlah idea penuh dengan inovasi, pertimbangkanlah pelaksanaan yang lebih cekap, jangan biarkan minda kita statik, gerakkan fikiran, nyalakan keberanian.

Dato’ Yang di-Pertua, pertama yang menyentuh tentang reformasi institusi dan demokrasi. Kita ingin merakamkan penghargaan atas keberanian kerajaan terutamanya Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan undang-undang dan reformasi institusi, rakan seperjuangan UMNO saya, Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua.

Agenda reformasi institusi telah diartikulasikan dengan jelas, berani dan komprehensif pada permulaan tahun 2026. Suatu agenda yang menjawab tuntutan lama rakyat Malaysia untuk sebuah sistem pentadbiran yang lebih telus, bertanggungjawab dan benar-benar demokratik. Hakikatnya, kekuatan sesebuah negara tidak terletak pada slogan atau struktur semata-mata, tetapi pada integriti,

draft • 12:31 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

profesionalisme dan komitmen penjawat awam yang menjadi tulang belakang pelaksanaan dasar.

Namun kita juga harus bersikap jujur, negara berdepan dengan isu rasuah yang semakin mencalar kepercayaan rakyat. Mahatma Gandhi pernah berkata, “Corruption and hypocrisy ought not to be inevitable product of democracy, as they undoubtedly are today.” Ini saya tegaskan kes-kes yang berlegar, tidak wajar menenggelamkan jasa ribuan penjawat awam yang bersih dan berintegriti, tetapi ia menjadi peringatan keras bahawa reformasi tidak boleh terhenti pada niat atau retorik.

Kerajaan MADANI bersama seluruh jentera pentadbiran mesti terus beriltizam untuk membersihkan sistem daripada kebejatan, memutuskan budaya rasuah dan mengembalikan maruah perkhidmatan awam sepertimana peringatan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam, bahawa segala perancangan yang dibuat tidak akan sempurna jika amalan rasuah masih terus berleluasa. Pengukuhan tadbir urus berasakan integriti dan akauntabiliti bukan sekadar aspirasi, tetapi terjemahan nilai Malaysia MADANI dalam tindakan seharian dalam pentadbiran negara.

draft • 12:31 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

Reformasi yang diyakini rakyat ialah reformasi yang dapat dirasa, diukur dan dipertanggungjawabkan. Lantaran itu komitmen kerajaan untuk memisahkan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya disambut baik. Salah satu reformasi asas bagi menjamin kebebasan pendakwaan dan menghapuskan konflik kepentingan yang wujud dalam sistem yang sedia ada.

Kita juga mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau maksimum 10 tahun. Langkah ini menunaikan satu komitmen reformasi yang telah lama tertangguh sejak perjanjian persefahaman tahun 2021. Pelaksanaannya kini di bawah Kerajaan MADANI akan memulihkan keyakinan rakyat terhadap keikhlasan parti-parti politik dalam melaksanakan janji reformasi.

Kita turut menyokong sepenuhnya hasrat kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang ombudsman bagi memperluaskan kuasa pengawasan bebas terhadap pentadbiran awam serta Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat bagi mempromosikan ketelusan dan hak akses maklumat awam dengan pelindungan yang wajar terhadap keselamatan negara.

draft • 12:40 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

Keempat-empat cadangan perundangan ini merupakan satu pakej reformasi institusi yang signifikan dan mampu memperkuatkan sistem semak dan imbang negara. Sehubungan itu, kita menyokong juga saranan agar rang undang-undang ini dirujuk terlebih dahulu kalau boleh kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai hak asasi manusia, pilihan raya dan reformasi institusi atau sekurang- kurangnya dibentangkan awal, lebih awal bagi membolehkan Ahli Parlimen dan rakyat meneliti, membahaskan dan mencadangkan penambahbaikan secara bermakna di peringkat jawatankuasa.

Kita juga ingin menegaskan bahawa pelantikan pendakwa raya mestilah dilaksanakan secara telus berasaskan merit dan bebas daripada kawalan eksekutif supaya jawatan sepenting ini benar-benar berfungsi sebagai benteng keadilan bukan alat kuasa.

Selain itu, reformasi institusi perlu diteruskan termasuk reformasi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membolehkan pengawasan Parlimen dalam proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM serta pembentangan laporan tahunan SPRM untuk dibahaskan di Parlimen. Sepertimana saranan, Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku semalam rasuah perlu diperangi secara besar-besaran. Pihak SPRM mestilah menjalankan siasatan dengan cepat dan sempurna tanpa mengira darjat dan kedudukan.

Saya turut menjunjung Titah Tuanku supaya kerajaan menambah pendakwa raya yang mahir dalam jenayah rasuah dan menyediakan laluan khas di mahkamah supaya perbicaraan kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera. Selain daripada itu, reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya yang memerlukan pindaan kepada Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan pengawasan Parlimen dalam pelantikan tujuh orang Pesuruhjaya Pilihan Raya serta pembentangan laporan tahunan SPR kepada Dewan ini.

Dato’ yang di-Pertua, seterusnya menjadikan demokrasi negara ini sebagai satu pendekatan yang menggabungkan kekuatan demokrasi perwakilan dan demokrasi langsung. Pendekatan whole-of-society dan whole-of-nation. Dengan itu, kita berharap kerajaan akan terus memperkukuhkan pengiktirafan terhadap sumbangan idea-idea bernas termasuk daripada pihak pembangkang. Idea yang baik wajar dinilai atas meritnya bukan atas siapa yang mengemukakannya. Inilah ciri demokrasi matang apabila perbezaan pandangan diraikan dan kepentingan negara diletakkan mengatasi kepentingan politik sempit.

draft • 12:40 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

Dato’ Yang di-Pertua, maka perubahan dan penyegaran barisan Menteri serta Timbalan Menteri penting kerana mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam melakukan pembaharuan secara berani. Namun demikian, kesinambungan dasar dan pelaksanaan penting sekali. Dalam tempoh yang semakin singkat menjelang PRU yang ke-16 keutamaan kita sepatutnya bukanlah untuk mencipta dasar baru atau mengubah hala tuju secara mendadak tetapi untuk memperkemaskan, mempercepatkan dan menyempurnakan pelaksanaan dasar yang telah dirangka.

Kita juga yakin sumbangan tidak berakhir dengan jawatan. Maka, boleh diperkukuhkan melalui peranan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ataupun PSSC sebab rakan semak dan imbang dan membina dan menyokong penggubalan dasar yang lebih mantang. Ini saya tujukan kepada rakan-rakan yang dulunya sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan hari ini menjadi backbenchers. Kita yakin Malaysia akan muncul sebagai negara contoh dalam pembinaan institusi demokrasi yang matang, adil dan berdaya tahan.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya ialah reformasi berkenaan dengan kelestarian. Dalam mengangkat agenda hijau dan perubahan iklim kita juga harus sedar bahawa kelestarian alam bukan konsep import atau trend sementara. Rantau ini telah lama hidup dengan kearifan tempatan yang menghormati alam, mengurus sumber secara lestari, memahami had ekosistem serta mencari penyelesaian berasaskan alam semula jadi atau nature-based solution. Kejayaan agenda kelestarian alam amat bergantung kepada kerjasama erat antara kerajaan, industri, institusi akademik dan juga masyarakat. Model kerjasama pelbagai pihak akan membuktikan bagaimana dasar sains dan pelaksanaan di lapangan boleh digabungkan secara praktikal.

Laporan Environmental Performance Index 2024 menunjukkan Malaysia berada di kedudukan yang ke-118 daripada 180 negara. Kedudukan ini harus menyedarkan kita bahawa prestasi alam sekitar negara masih berada pada tahap sederhana dan jauh daripada memuaskan. Persoalan yang wajar kita ajukan apakah pelan konkrit untuk memperbaiki kedudukan ini sekurang-kurangnya untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang. Adakah pertimbangan kos jangka panjang ini benar-benar diambil dalam setiap keputusan pembangunan dan kelulusan projek berskala besar?

Dato’ Yang di-Pertua, sudah tiba masanya Malaysia merebut kembali naratif kelestarian bukan sekadar sebagai pengguna teknologi hijau tetapi sebagai pencetus idea, pembina model pembangunan rendah karbon yang inklusif dan rujukan global

draft • 12:40 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

dalam pengurusan biodiversiti tropika. Maka, adakah kita bersedia untuk memimpin agenda kelestarian atau kita sekadar selesa menjadi pengikut?

Dato’ Yang di-Pertua, reformasi pendidikan pula perlu kita beri perhatian.

Semalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut mengingatkan kita bahawa sistem pendidikan negara perlu terus di perkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan penentu masa hadapan Malaysia. Kita menyokong sepenuhnya saranan Tuanku bahawa bahasa Melayu mesti terus menjadi bahasa utama dalam sistem pendidikan negara. Bahasa bukan sekadar alat komunikasi tetapi wahana pemikiran, penyatuan dan keyakinan diri nasional. Negara yang kuat berfikir dalam bahasanya sendiri, penguasaan bahasa Melayu yang kukuh membolehkan ilmu diserap secara mendalam, memastikan akses pendidikan yang adil serta membina identiti bersama dalam masyarakat yg majmuk.

Tambahan pula kita perlu— kita memerlukan satu rombakan pendidikan yang menyeluruh daripada membina tenaga kilang kepada membangun keupayaan kognitif negara. Kita mesti melatih anak-anak kita untuk berfikir secara holistik, menilai pilihan secara kritikal dan membuat keputusan yang bertanggungjawab demi masa depan mereka sendiri. Anak-anak kita perlu di perkasa dengan keupayaan membezakan antara yang benar dan yang palsu, antara yang betul dan yang salah.

Bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga dari sudut nilai etika dan kewarganegaraan digital.

draft • 12:40 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

Dalam dunia digital hari ini, cabaran menjadi semakin mendesak. Teknologi deepfake yang diketengahkan oleh Ke Bawah Duli Tuanku semalam, semakin canggih dan mampu membuka ruang kepada penipuan, penyebaran maklumat palsu dan memanipulasi emosi, seterusnya mengancam kepercayaan awam serta kestabilan sosial. Justeru, pendidikan mesti melengkapkan generasi muda dengan literasi digital, pemikiran kritikal dan daya tahan mental untuk mengenal pasti, untuk menilai dan menangkis ancaman ini.

Seterusnya, pelaburan dalam pendidikan awal sejagat adalah penyamarataan paling ampuh. Di sinilah kanak-kanak tanpa mengira latar sosioekonomi diasah kemahiran literasi dan numerasi asas, pemikiran kritikal serta kebolehan menyelesaikan masalah. Jika jurang ini tidak dikecilkan sejak awal, ia akan melebar sepanjang hayat. Jadi, laburlah dalam pendidikan awal sejagat.

draft • 12:50 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

Jika kita mahu keluar daripada perangkap pendapatan sederhana, Malaysia mesti beralih dari lantai kilang kepada hab idea, R&D dan inovasi. Fasa pembangunan seterusnya, memerlukan kita meletakkan minda terbaik negara di posisi membuat keputusan merentasi kementerian, pengawal selia, GLC dan institusi nasional.

Tadbir urus berasaskan naungan tidak mampu mengemudi AI, peralihan iklim dan persaingan teknologi global. Negara meritokratik di mana bakat bertemu kuasa bukan lagi pilihan, ia nya adalah syarat kelangsungan. Jika pendidikan membentuk manusia, maka manusia membentuk negara. Maka, reformasi pendidikan hari ini akan menentukan sama ada Malaysia sekadar menyesuaikan diri dengan masa depan atau benar-benar memimpin.

Dato’ Yang di-Pertua, kalau tanya saya apakah usaha untuk melonjakkan aspek pendidikan ini? Kita harus bermula daripada pendidik itu sendiri, guru. Tapi malangnya Dato’ Yang di-Pertua pagi ini, bila saya tengok media social, satu program di Melaka untuk melihat kepada statistik-statistik mereka-mereka yang bankrap yang paling ramai di Selangor ini adalah di kalangan guru. Cuma agensi jabatan berkenaan tidak bersedia untuk mengemukakan statistik-statistiknya.

Saya pagi ini dalam pemikiran baru nak mencadangkan guru sebagai elemen penting dalam kita meningkatkan peningkatan. Kalau boleh guru-guru ini haruslah terdiri daripada mereka yang top 10, 20 percent of the graduates. Bukan mereka yang menjadikan profesion guru ini sebagai profesion pilihan kedua. Kita harus memilih guru-guru cream of the graduates, mereka-mereka — tetapi sebaliknya, kita harus memikirkan soal kebajikan mereka. Sebagai contoh, gaji mereka seharusnya setimpal kalau mereka memilih untuk berada di dalam sektor-sektor selain daripada sektor pendidikan. Harus setara. Barulah kita akan mendapat the best brain untuk berada di dalam sistem pendidikan negara.

Dato’ Yang di-Pertua, pemerkasaan ekonomi negara juga amat penting kita lihat. Isu periuk nasi, isu ekonomi sebenar yang menentukan kehidupan harian rakyat. Kerana hakikatnya, pengaruh global dan tadbir urus yang baik mesti diterjemahkan kepada kesejahteraan ekonomi. Dan di sinilah saya ingin menyatakan dengan jelas prestasi ekonomi Malaysia hari ini menunjukkan arah yang betul. Daya saing negara meningkat. Alhamdulillah. Pada tahun 2025, Malaysia telah melonjak 11 anak tangga dalam indeks daya saing global. Ini tidak berlaku tanpa disiplin pentadbiran, kecekapan dasar dan juga pelaksanaan yang konsisten. Pelaburan yang direkodkan adalah yang tertinggi

draft • 12:50 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

dalam sejarah negara. Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2025 sahaja, pelaburan yang diluluskan telah mencecah 285.2 bilion, peningkatan sebanyak 13.2 peratus berbanding tempoh yang sama sebelumnya. Ini bukan angka kosmetik. Ini isyarat keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik, kejelasan dasar dan juga keupayaan pelaksanaan negara.

Prestasi ringgit pula mencerminkan perubahan yang amat ketara. Daripada sering menjadi bahan kebimbangan sebelum ini, kini ringgit muncul sebagai mata wang Asia berprestasi terbaik, malah berada di landasan untuk mengatasi rakan serantau buat tahun kedua berturut-turut dengan jangkaan momentum yang berterusan sehingga hujung tahun ini.

Izinkan saya Dato’ Yang di-Pertua di kesempatan ini untuk mengingatkan rakan-rakan di Dewan yang mulia ini tentang satu fenomena yang semakin ketara yang disebut sebagai vibecession, dengan izin. Keadaan ini ialah di mana angka ekonomi kelihatan baik di atas kertas. namun sentimen rakyat berkata sebaliknya.

GDP meningkat, pengangguran rendah, gaji statik, naik. Namun di warung dan di pasar raya rakyat masih mengeluh. “Kenapa duit cepat habis? Kenapa hidup terasa makin tersepit?” Inilah jurang antara statistik dan pengalaman seharian.

Tuntasnya, kita mesti bekerja lebih keras untuk meredakan apa yang saya istilahkan sebagai kegelisahan yang mendalam, kegelisahan tentang kemampuan hidup yang menghantui isi rumah. Dasar kemampuan mesti kelihatan, boleh dirasa dan difahami. Ahli politik yang cuba menafikan kesakitan rakyat dengan statistik semata-mata akan dilihat sebagai terpisah daripada realiti. Kos sara hidup bukan sekadar isu inflasi, tetapi isu perasaan terhadap ekonomi.

Persoalan semakan realiti atau reality check kepada kita semua adalah adakah setiap keluarga di Malaysia berasa stabil, adakah mereka yakin esok lebih baik daripada hari ini dan adakah mereka percaya bahawa masa depan anak-anak mereka terjamin? Salah satu contoh keresahan paling mendalam yang perlu kita tangani ialah sebagai contoh, pemilikan rumah.

Kita mesti berani berdepan dengan realiti. Adakah dasar perumahan kita sedang dilaraskan semula ke arah pemilikan yang mampu milik, sewaan yang jangka panjang yang dilindungi atau model hibrid baharu yang sesuai dengan keperluan generasi baharu?

Anak muda hari ini terutamanya di kawasan bandar, memilih untuk menyewa.

Bukan kerana menolak pemilikan, tetapi kerana mengutamakan fleksibiliti, kehidupan bandar dan jarak dekat dengan tempat kerja serta kemudahan.

draft • 12:50 PM

di-Pertuan Agong, demikian bunyinya

Maka wajarlah perhatian dasar perumahan kita diperluas secara lebih menyeluruh kepada golongan penyewa sebagai pilihan kehidupan yang sah dan bermaruah. Wajarkah kita meneroka amalan terbaik antarabangsa seperti program sewaan jangka panjang bersubsidi sebagai contohnya?

draft • 12:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Yang Berhormat Simpang Renggam, boleh saya...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Sila Yang Berhormat Pulai.

draft • 12:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Isu berkenaan dengan perumahan ini, Dato’ Speaker, iaitu khususnya di— apabila RTS ini siap di Johor Bahru. Kemudian, kita berdepan dengan lambakan ataupun ramai daripada — mereka daripada Singapura ini akan berada di Johor Bahru. Di sana, kumpulan M40 menghadapi tekanan dari segi rumah ini ya. Bukan sahaja B40, tapi M40 itu, khususnya di Johor Bahru. Jadi, apakah pandangan Simpang Renggam untuk mengatasi masalah ini di— khususnya di Johor Bahru ini?

draft • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat pandangan Simpang Renggam. Selepas memberi pandangan Yang Berhormat Pulai, Dewan Majlis akan berehat. Kita sambung selepas 2.30. Silakan untuk memberi feedback kepada apa yang Pulai telah nyatakan.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Reaksi spontan saya, Dato’ Yang di-Pertua ialah siap. Memang perkara tersebut merupakan ancaman cabaran besar. Bila kita ada RTS itu, kita akan melihat lebih banyak keluar masuknya sebagai pintu masuk yang paling dalam, pintu masuk yang paling sibuk dalam dunia. Dengan ada RTS itu, maka meningkatlah laluan keluar masuk antara Singapura dengan Johor, Malaysia.

Jadi, perkara yang dibangkit oleh sahabat saya Ahli Yang Berhormat Pulai ialah perumahan yang berlaku di sekitar kawasan pembangunan itu menjadikan kos pemilikan itu meningkat sama ada kerana banyaknya permintaan daripada negara jiran mahupun permintaan mereka yang berada di Johor tetapi bekerja di Singapura.

Pendapatan yang tiga kali ganda lebih besar berbanding dengan sekiranya mereka bekerja di Johor itu sendiri atau di Malaysia itu sendiri.

Walau bagaimanapun, kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu seperti meningkatkan gaji minimum daripada 4,000 hingga 5,000 Yang Berhormat.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Kalau Yang Berhormat Pulai boleh bersetuju, kita harus mencari jalan supaya kita dapat meningkatkan kuasa pembeli oleh masyarakat tempatan.

Antaranya, kalau kita memberi 15 peratus potongan cukai ataupun cukai kepada knowledge workers, mungkin Yang Berhormat untuk meningkatkan lagi kuasa membeli, untuk meningkatkan lagi pendapatan asas masyarakat tempatan, golongan profesional tempatan, mungkin kita boleh beri cukai percuma untuk 10 tahun yang akan datang untuk mereka yang bekerja, untuk mereka yang ada knowledge berada di Johor itu, berada di dalam negara kita. Bukannya keluar.

Lebih-lebih lagi apabila kemudahan untuk merentas sempadan itu, semakin baik, semakin dilancarkan. Sama ada dengan QR code bagi mereka yang nak keluar Malaysia ataupun yang nak masuk ke Malaysia termasuklah pendigitalan kenderaan- kenderaan kargo ini termasuklah juga dengan adanya sistem RTS ini.

Jadi, talent berkaitan dengan soal kemampuan itu haruslah menjadi pertimbangan kerajaan bagi masa ke hadapan ini. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat boleh sambung balik pada 2.30 ucapan usul Yang Berhormat. Dengan ini Majlis tangguh untuk berehat dan akan bermula semula pukul jam 2.30.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Simpang Renggam, saya akan membaca senarai pembahas untuk hari ini. Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kampar dan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Saya menjemput Yang Berhormat Simpang Renggam untuk menyambung perbahasan.

draft • 2:30 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pada sebelah pagi tadi saya mengakhiri perbahasan dengan menyatakan bahawa kita perlu bekerja keras untuk meredakan kegelisahan

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

yang mendalam berkenaan dengan kemampuan hidup yang menghantui isi rumah.

Saya memberi contoh pemilikan rumah.

Maka itu, saya berharap agar Akta Sewaan Kediaman yang komprehensif dapat dibentangkan di Dewan ini secepat mungkin supaya pasaran sewaan kini menjadi lebih adil, telus, seimbang sekali gus memulihkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan hidup di negeri sendiri. Pendek kata Puan Yang di-Pertua, perumahan ialah game changer sebenar. Moga titah Tuanku yang penuh hikmah berkenaan tumpuan Rancangan Malaysia Ketiga Belas terhadap perumahan menjadi pedoman untuk kita memperkukuhkan keadilan sosial, menjamin keterjaminan hidup dan membina masa depan yang lebih bermaruah untuk semua.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai pemerkasaan bumiputera. Sebelum saya meneruskan bicara, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atas tanggungjawab baru yang telah diberikan untuk mengelola serta memantau urusan FELDA dan FGV Holdings Berhad.

Langkah ini merupakan satu perubahan yang positif dan strategik mencerminkan iltizam kerajaan untuk memperkukuhkan tadbir urus, menyuntik kepimpinan yang berpengalaman serta memastikan agenda pemerkasaan peneroka dan pembangunan luar bandar terus dipacu dengan lebih berkesan.

Di bawah Kerajaan MADANI, agenda memperkasakan bumiputera semakin diperkukuh dengan pendekatan yang lebih menyeluruh, lebih bersasar dan berpaksikan data serta realiti ekonomi semasa. Kadang-kadang kita mendengar laungan daripada pihak pembangkang bahawa bumiputera terpinggir, melayu diketepikan seolah-olah tiada dasar dan tiada pembelaan. Kita harap mereka mendengar dengan teliti, membaca dengan jujur dan memahami dengan adil.

Kerajaan MADANI meletakkan keutamaan kepada penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera yang lebih bermakna. Melalui Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 atau PUTERA 2035 yang telah diperjuangkan oleh UMNO sejak tahun 2023 lagi. Sepanjang tempoh ini pelbagai usaha telah digerakkan termasuk melalui sesi libat urus yang intensif dalam Kongres Ekonomi Bumiputera 2024. Kita tidak menutup mata terhadap kejayaan dan kita juga tidak menafikan kelemahan.

Kini, pada tahun 2026, izinkan saya mengetengahkan dua jurang utama yang masih perlu ditangani secara berani dan jujur berdasarkan statistik yang jelas.

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Pertama, sumbangan perusahaan bumiputera kepada KDNK negara masih rendah iaitu sekitar 8.1 peratus pada tahun 2020 sedangkan sasaran kita menjelang 2035 ialah 15 peratus. Ini cerminan kepada cabaran struktur yang lebih mendalam.

Hakikatnya, sebahagian besar perusahaan bumiputera masih tertumpu pada skala mikro dan kecil.

Banyak yang bertahan, tetapi tidak ramai yang benar-benar berkembang.

Banyak yang berniaga, tetapi tidak cukup yang mencipta nilai baru atau menembusi rantaian nilai yang lebih tinggi. Keterbatasan modal, kekurangan sokongan pada peringkat awal khususnya bagi syarikat pemula serta akses terhadap pembiayaan ekuiti dan sasaran modal telah menyebabkan kebergantungan berterusan kepada geran dan bantuan kerajaan.

Maka, kita memerlukan strategi yang transformatif. Antaranya, meneroka penubuhan dana ekuiti bumiputera di peringkat negeri dan nasional, menggalakkan pelaburan perusahaan bumiputera dalam amanah pelaburan hartanah komersial serta memperluaskan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor-sektor masa depan seperti digital, teknologi hijau dan agenda ESG. Inilah sektor yang mencipta nilai tinggi, bukan sekadar pulangan pekerjaan tetapi peluang pemilikan dan penguasaan.

Puan Yang di-Pertua, pada masa yang sama, generasi muda bumiputera mesti dipersiapkan, bukan sekadar untuk bekerja dalam sektor berimpak tinggi tetapi untuk memimpin, memiliki dan membina. Ini menuntut pendekatan baru dalam pembangunan bakat termasuk insentif berbentuk biasiswa, endowment antara generasi serta rangkaian mentor berasaskan komuniti dan industri bagi mempercepatkan pemindahan ilmu, pengalaman dan peluang. Tuntasnya, bumiputera mempunyai peluang dan potensi yang besar untuk memainkan peranan yang jauh lebih bermakna dalam industri dan sektor baharu bernilai tambah tinggi, industri high growth, high value. Kedua, fakta menunjukkan bahawa kadar kemiskinan mutlak bumiputera telah menurun daripada 7.9 peratus pada tahun 2022 kepada 6.6 peratus pada tahun 2024. Ini satu kemajuan yang wajar diiktiraf di bawah Kerajaan MADANI. Walaupun begitu, hakikatnya sebahagian besar pekerja bumiputera masih tertumpu dalam sektor bukan formal menjadikan mereka paling terdedah kepada ekonomi berdepan kejutan. Apabila tiada perlindungan sosial yang mencukupi, satu kejutan kecil sudah memadai untuk menolak sebuah keluarga kembali ke dalam kancah kemiskinan.

Di sinilah dasar mesti bergerak melangkaui bantuan sementara kepada pembangunan daya tahan pendapatan isi rumah. Di sinilah saya ingin

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

mengemukakan beberapa persoalan untuk renungan bersama Dewan yang mulia ini.

draft • 2:33 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Apakah pendekatan terbaik untuk mengalihkan pekerja bumiputera di sektor bukan formal kepada pekerjaan yang lebih stabil dan bernilai tinggi?

draft • 2:33 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Simpang Renggam.

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

[Batuk]

draft • 2:33 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Simpang Renggam.

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Pendang, sikit sahaja lagi. Saya habiskan ini dulu. Beberapa persoalan yang perlu kita tanya sama ada pendekatan terbaik— apakah pendekatan terbaik untuk mengalih pekerjaan bumiputera dari sektor bukan formal kepada pekerjaan yang lebih stabil dan bernilai tinggi? Bagaimana kita boleh mereka bentuk sistem sokongan sosial yang bukan sahaja melindungi tetapi mampukah isi rumah miskin untuk melonjak ke tahap yang seterusnya?

draft • 2:33 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Bagaimana kita memperkasakan pangkalan data kebajikan bumiputera yang menyeluruh dan bersepadu agar semua bantuan sosial dapat diselaraskan dengan lebih cekap, mengelakkan pertindihan serta memastikan tiada golongan yang layak tercicir daripada sistem? Apakah kita bersedia seterusnya untuk membina mekanisme graduasi yang tegas dan berperikemanusiaan supaya bantuan menjadi jambatan kepada kemandirian, bukan perangkap kebergantungan? Sila Pendang.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Simpang Renggam. Terima kasih sahabat saya Simpang Renggam. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya tertarik tadi. Setujukah dengan— kalau saya cadangkan untuk Simpang Renggam, kita tubuhkan jawatankuasa untuk kita buat kajian cost of living ataupun pendapatan isi rumah ini yang sekarang ini sangat sebenarnya kita tak tahu di ground, di bawah ini sangat meruncing? Kerana apa? Kita tengok dengan harga barang yang meningkat, jurang pendapatan yang tidak meningkat. Begitu juga di bandar-bandar. Kos menghantar anak ke nurseri, kos pengangkutan, kos barang makanan, semua meningkat dengan jurang pendapatan masih lagi stagnant. Masih lagi tidak meningkat bagi berlaku perimbangan.

draft • 2:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dan begitu juga dalam RMK13 yang disebut baru-baru ini supaya pihak kerajaan, kita mencadangkan menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengkaji jurang pendapatan terutamanya di kawasan bandar yang begitu menekan kehidupan yang mereka yang di bawah gaji yang B40 ini. Tapi tanggungan mereka sama dengan mereka-mereka yang T20, yang peringkat menengah dan juga ke atas ini, sama saja perbelanjaan. Jadi, boleh tak kita cadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa untuk membuat kajian pendapatan isi rumah dan juga jurang perbezaan di antara bumiputera ini? Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

[Bangun]

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Simpang Renggam, boleh sekali gus? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya berminat mendengar apa yang telah dikupas oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tadi mengenai pencapaian khususnya bidang ekonomi bumiputera dan sebagainya. Jika Yang Berhormat Simpang Renggam boleh bersetuju dengan saya, setelah lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaan, pelbagai agenda pemerkasaan bumiputera ini telah dibuat sejak daripada dulu sampailah sekarang ini. Namun pencapaian kaum bumiputera sama ada orang Melayu ataupun bumiputera Sabah, Sarawak masih lagi di bawah par, below par daripada yang sepatutnya.

Dan kalau kita tengok dalam perlembagaan kita, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dan juga bumiputera Sabah, Sarawak dah ada dalam perlembagaan. Jadi, untuk ini adakah Yang Berhormat boleh setuju kalau saya katakan bahawa sudah sampai masanya kerajaan membuat satu agenda lebih besar umpamanya menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Bumiputera untuk menangani isu ekonomi, sosial dan juga perkara- perkara lain yang berkaitan bumiputera. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Terima kasih Yang Berhormat Kota Bharu dan Yang Berhormat Pendang.

Kita dilihat merujuk kepada bahan-bahan yang sama, akta-akta yang serupa.

Kita juga mengasaskan kepada pertimbangan yang hampir serupa. Maka, saya amat yakin kalau jawatankuasa-jawatankuasa yang dicadangkan ini sama ada perlu wujud di peringkat kerajaan ataupun di peringkat Dewan yang mulia ini.

Di peringkat kerajaan, sepertimana yang saya katakan lebih awal tadi bahawa kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar, Perdana Menteri telah

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

pun melantik Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk bertanggungjawab terhadap FELDA, terhadap ramainya masyarakat kaum bumiputera di sana. Itu boleh menjadikan sebagai satu cetusan permulaan yang baik untuk kita meneroka dengan lebih mendalam bagi menjaga kepentingan bumiputera.

Selain daripada itu, sama ada kita membentuk satu jawatankuasa di peringkat Parlimen, kita ada 10 pada waktu ini. Kesepuluh-sepuluh jawatankuasa itu sewajarnya yang mana sesuai perlu memperkatakan, membicarakan tentang soal pemerkasaan bumiputera. Kalau tak ada, kalau tak ada berbincang, tak berbangkit perkara itu, maka perlu, sama ada jawatankuasa baru merentasi parti diwujudkan bagi tujuan untuk membincangkan masa depan dan juga pemerkasaan bumiputera.

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, strategi. Seterusnya ialah strategi dan perbelanjaan pembangunan. Kita juga perlu menilai semula strategi pertumbuhan ekonomi negara. Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada pendekatan lama atau meniru bulat-bulat model pembangunan negara maju tanpa mengambil kira realiti dan juga kekuatan tempatan.

Negara membangun mesti berani mencipta laluan pembangunannya sendiri termasuk mengambil lencongan strategik dalam inovasi dan teknologi. Di sinilah peranan kerajaan sebagai rakan pembangunan yang aktif menjadi kritikal. Kerajaan tidak boleh sekadar menjadi pemerhati pasaran tetapi perlu bertindak sebagai pemudah cara yang berdisiplin, yang sanggup berkongsi risiko, menyah risiko inovasi dan mendorong syarikat tempatan meneroka sempadan teknologi baharu.

Namun, sokongan ini mesti bersyarat. Syarikat yang menerima dukungan negara perlu berdaya saing di peringkat global, menembusi pasaran eksport dan memenuhi penanda aras prestasi yang jelas. Ini bukan pelindungan membuta tuli tetapi pelindungan sementara dengan persaingan global sebagai pengadil. Ini menuntut keberanian untuk menetapkan syarat usaha sama pelaburan serius dalam universiti teknikal sebagai contoh serta pembinaan bakat tempatan yang benar- benar memahami teknologi, bukan hanya mengendalikannya.

Pemilikan tempatan amat penting kerana di situlah pembelajaran dan pengetahuan kekal dalam negara. Apabila syarikat tempatan membina keupayaan sendiri, ilmu tersebut akan meresap ke seluruh ekosistem ekonomi nasional, meningkatkan produktiviti, memperkukuhkan rantaian nilai dan menjamin pertumbuhan yang lebih mampan serta berdaulat.

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Persoalan utama yang wajar kita renungkan bersama ialah apakah laluan pembangunan alternatif yang berani dan realistik yang mampu melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi dan tidak terperangkap dalam middle-income threat. Lebih penting lagi, bagaimana kita sebagai penggubal dasar dapat merangka dan melaksanakan dasar awam yang aktif, bersasar dan berdisiplin bagi menembusi tembok cabaran, perangkap pendapatan sederhana yang saya sebutkan yang sekian lama membelenggu negara-negara membangun.

Mampukah Malaysia mengemudi hubungan global dan tempatan secara strategik agar lahir lebih banyak syarikat milik tempatan yang bukan sahaja bertahan tetapi berdaya saing dan disegani di pentas dunia? Salah satu perkara yang sering saya tekankan ialah keperluan meningkatkan perbelanjaan pembangunan, bukan sekadar perbelanjaan mengurus.

Sejak tahun 2013, perbelanjaan pembangunan mula menyusut dan kekal di bawah paras 20 peratus untuk tempoh yang panjang. Walaupun Kerajaan MADANI berjaya mengembalikan peratusan sekitar 24 peratus pada tahun 2023, trend tersebut sekali lagi melemah dalam Belanjawan 2026, mencatatkan pertumbuhan pembangunan hanya sekadar 19.7 peratus daripada keseluruhan belanjawan.

Kita semakin kurang melabur untuk masa depan negara. Adakah anda setuju kalau saya katakan Puan Yang di-Pertua, bahawa itu keadaan yang kita hadapi pada hari ini?

Mengikut analisis The Edge Malaysia, Malaysia kini mencatat peratusan perbelanjaan pembangunan yang terendah dalam kalangan ASEAN-6.

draft • 2:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

draft • 2:40 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Kita ketinggalan di belakang Vietnam yang memperuntukkan 31 peratus, di belakang Thailand yang memperuntukkan sebanyak 24.6 peratus, di belakang Singapura sebanyak 21.6 peratus peruntukan pembangunan yang disediakan termasuklah Filipina 21.3 peratus.

Sementara jiran serantau bergerak pantas, Vietnam, Thailand, Singapura sedang melabur secara agresif sepertinya dalam landasan rel, taman perindustrian, hab data, pelabuhan dan infrastruktur strategik. Jika Malaysia kekal dengan pola perbelanjaan sedia ada, kita berisiko menjadi penonton di tengah kebangkitan ekonomi ASEAN, bukan pemain utama. Masalah asas ialah struktur pembangunan kita...

draft • 2:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan Simpang Renggam. Boleh minta laluan? Terima kasih Simpang Renggam dan Puan Yang di-Pertua. Ucapan Simpang Renggam bagi saya amat menarik sekali. Saya nak bertanya beberapa perkara.

Pertamanya, saya nak bawa balik kepada kedudukan Melayu dan bumiputera.

draft • 2:40 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dalam kita menuju ke arah negara maju yang melibatkan teknologi-teknologi yang terkini, AI, kita terlibat dalam semikonduktor, kemudian energy transition dan pelbagai lagi. Saya perhatikan tidak banyak syarikat-syarikat yang dimiliki bumiputera dan Melayu ini terlibat secara langsung dalam perniagaan ini. Itu pertama, boleh tak bagi sebarang pendapat bagaimana ia akan dilaksanakan.

Keduanya disebut tadi tentang belanja pembangunan. Saya nak go to kepada R&D. Kita sendiri begitu jauh tertinggal. Kalau kita nak maju seperti negara-negara maju, bukan sahaja membandingkan dengan negara ASEAN tapi negara-negara yang maju dalam teknologi-teknologi moden yang saya sebutkan tadi.

Adakah kerajaan perlu ataupun saya terangkan banyak kali perkara ini supaya perbelanjaan untuk R&D negara perlu dipertingkatkan berbanding dengan sekarang. Kalau sekarang tak sampai 1.5 peratus dengan kita punya based- economy yang rendah berbanding dengan China, Jepun dan sebagainya, tentunya dari segi nilai sebenar R&D yang digunakan adalah terlalu rendah. Bagaimana kita dapat menangani isu ini? Terima kasih, Simpang Renggam.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Kubang Pasu, saya juga turut mengesyorkan supaya kita beri tumpuan kepada R&D. Kalau saya ambil contoh di selatan tanah air di Johor, kita berbelanja begitu besar untuk menyediakan rail transit system untuk melancarkan lagi perjalanan rentas sempadan antara Johor dan Singapura. Contoh sebagai usaha menjayakan Johor Special Economic Zone, Zon Ekonomi Khas Johor.

Walau bagaimanapun, sepertimana Yang Berhormat bangkitkan, bagaimana kita tak banyak yang berjaya, tak banyak ke mana kita perlu lakukan. Itulah persoalan yang ada di hadapan kita dalam membangunkan special economic zone, brain drain. Yang lebih cepat, yang lebih pantas berlaku dan kerajaan perlu melihat bagaimana kita dapat mengekalkan brain drain yang ada ini ataupun brain yang ada sebelum dia drain out daripada negara kita.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Tentu cabaran kita di Johor itu lebih parah. Dalam siri menarik pelaburan, kita berdepan dengan persoalan-persoalan yang dibangkitkan kalau mereka datang ke Johor melabur dalam bidang high value, high growth industry. Adakah kita tenaga- tenaga mahir yang diperlukan? Cukupkah sama ada Malaysia atau Johor menyediakan tenaga-tenaga mahir untuk memenuhi permintaan pasaran?

Jadi, itu adalah merupakan cabaran kerana walaupun 4,000–5,000 polisi yang kita perkenalkan kepada industri untuk pekerja fresh graduate ini, tapi itu masih lagi tidak mencukupi. 4,000–5,000 tidak melebihi pun gaji purata di negara jiran seperti Singapura yang mengenakan gaji minimum mereka SGD2,800 sebagai contoh bersamaan dengan mungkin RM8,000–RM9,000.

Mana mungkin industri-industri menggajikan tenaga-tenaga profesional, tenaga-tenaga berpengalaman ini, berpengetahuan ini pada pemulaan fresh graduate kita dengan gaji yang sedemikian. Jadi ini adalah cabaran. Maka sebab itu negara kita dalam perancangan pembangunan harus meningkatkan pelaburan pembangunan ini. Sebagai contoh dalam sektor R&D yang Yang Berhormat sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 2:50 PM

Datoʼ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan sikit sahaja, Simpang Renggam. Saya tanya tadi tentang apakah langkah kerajaan untuk penglibatan Melayu dan bumiputera dalam perniagaan-perniagaan bentuk baru seperti digital, semikonduktor dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Tadi saya telah pun nyatakan bahawa dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera telah ada pun penambahan ataupun pemindahan transformasi itu daripada sektor rendah kepada sektor tinggi dalam untuk golongan bumiputera. Dan dalam pelan jangka panjang ini ada dinyatakan perkara-perkara tersebut. Ini memerlukan political will untuk membolehkan agenda-agenda. Dalam PuTERA 2035 itu, telah pun ada Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera ini menyentuh tentang perkara yang berhormat sebutkan tadi.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada perkara yang akhir iaitu ASEAN dan hubungan antarabangsa. Nama Malaysia kini disebut dengan penuh hormat dipentas antarabangsa. Reputasi negara kini sebagai sebuah negara berbilang bangsa yang stabil, sederhana, berprinsip dan berwibawa semakin menyerlah.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Kejayaan Malaysia mengimbangi hubungan dengan kuasa besar dunia termasuk Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat telah menjadi contoh diplomasi yang strategik. Dalam satu tahun yang sama, Malaysia menerima kunjungan Presiden China dan juga Presiden Amerika Syarikat. Kepercayaan ini terhasil kerana Malaysia mengamalkan pendekatan berkecuali yang berprinsip, aktif dan strategik berpaksikan kepada kepentingan nasional, keamanan serantau serta kestabilan jangka panjang.

Sudah tiba masanya Malaysia melangkah lebih jauh dengan menginstitusikan dasar luar negara yang boleh disifatkan dengan izin, sebagai creative non-alignment atau dasar berkecuali yang kreatif. Dasar creative non-alignment ini menuntut penglibatan aktif dan berstrategi dalam hubungan antarabangsa di mana setiap keputusan dibuat berdasarkan kepentingan nasional dan konteks isu yang dihadapi.

Persoalannya, bagaimana kita nak memanfaatkan realiti multipolar yang semakin memerlukan strategi yang sesuai.

Tentunya, salah satu usaha adalah penerokaan pasaran baru. Kita bergerak bersama-sama meneroka pasaran baru, menggali peluang ekonomi yang benar- benar transformatif dan memperluaskan hubungan pelbagai hala yang selama ini berada di luar radar tradisional kita.

Malaysia tidak boleh sekadar menunggu pelabur asing datang. Dalam konteks ini, Malaysia sebenarnya mempunyai kelebihan strategik yang nyata.

Menurut petunjuk ekonomi Islam global, Malaysia sekali lagi menduduki tempat pertama daripada 81 negara untuk tahun yang ke-11 berturut-turut. Kita bukan sekadar pemain tetapi peneraju global dalam sektor makanan halal, kewangan Islam serta media dan rekreasi halal.

Soalnya, adakah kita bersedia untuk membawa kekuatan ini ke pasaran yang lebih— yang belum sebelum ini diteroka secara menyeluruh. Contohnya pasaran Rusia dan Asia Tengah yang mempunyai komuniti Muslim yang besar dan berkembang. Dengan jutaan pengguna Muslim dan juga unjuran pertumbuhan yang signifikan dalam beberapa dekad akan datang. Potensi kerjasama halal di rantau ini boleh dipandang, jangan dipandang ringan.

Begitu juga di Amerika Selatan, lawatan rasmi dan perbincangan mengenai persijilan halal dengan negara-negara seperti Peru dan juga Brazil telah membuka lebaran baru. Pasaran ini bukan sahaja besar, malah sedang mencari rakan yang diyakini dalam ekosistem halal yang global. Lebih penting, pengiktirafan Malaysia sebagai rakan kongsi BRICS membuka ruang perdagangan dan pelaburan yang jauh

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

lebih luas. Blok ini mewakili hampir separuh populasi dunia dan lebih satu per tiga Keluaran Dalam Negara Kasar global.

Tuan Yang di-Pertua, pendek kata, inilah masanya untuk Malaysia melangkah keluar daripada zon selesa, meneroka pasaran baru dan membina masa depan ekonomi yang berdaya lebih, berdaya lebih, yang lebih berdaya tahan, inklusif dan berdaulat. Kita perlu memposisikan diri sebagai pusat peralihan tenaga hijau serantau, hub inovasi digital, tapak ujian teknologi masa depan dan rakan strategik yang dipercayai. Dunia perlu melihat Malaysia bukan lagi sebagai pilihan alternatif tetapi sebagai keperluan strategi.

Pada tahun 2025, kita menjadi Pengerusi ASEAN. Beberapa pencapaian telah tercatat antaranya rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN, penubuhan Pasukan Petugas Geoekonomi ASEAN, pelancaran Kerangka Inisiatif Projek Perindustrian ASEAN, Kemuncak ASEAN–Majlis Kerjasama Teluk dan China ASEAN (GCC China) lebih membanggakan kemasukan Timor Leste sebagai negara anggota yang ke-11. Semua pencapaian ini...

draft • 2:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Simpang Renggam, mungkin Sik ada sikit mungkin nak, nak boleh ya?

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Semua pencapaian ini menzahirkan bahawa Malaysia bukan sekadar mempengerusikan ASEAN tetapi membentuk hala tuju baru di rantau ini. Ingin saya tegaskan, ASEAN bukan entiti kecil di pinggiran dunia, ASEAN hari ini berkembang 25 peratus lebih pantas daripada kadar purata global.

draft • 2:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Sedikit sahaja soalan saya. Ketika kita berbincang soal hubungan kita dengan ASEAN, tetapi perkara yang menjadi halangan besar ialah konflik-konflik yang masih berterusan termasuk yang paling parahnya adalah di Myanmar.

draft • 2:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kelemahan kita dalam ASEAN ini sangat ketara ketika mana ada pelaksanaan kelemahan dalam disebut ASEAN Five-Point Consensus untuk menghentikan penindasan ataupun pertembungan ataupun perang saudara di Myanmar. Itu yang menyebabkan kita juga mengalami kesannya, kesan dominannya. Ramai di kalangan rakyat Myanmar yang masuk ke sini secara tidak sah dan sebagainya, termasuklah prinsip non-interference ini yang semakin kaku yang menyebabkan junta di Myanmar itu tidak peduli desakkan daripada luar supaya

draft • 3:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

hentikan penindasan kepada rakyat Myanmar itu sendiri. Jadi, perlukah kita Malaysia lebih tegas lagi dalam soal menghentikan konflik ini? Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Saya sehaluan dengan pendapat Yang Berhormat— berikan tumpuan dan saya yakin dan percaya sepertimana yang dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pagi ini dan juga Menteri Luar menyentuh tentang soal Myanmar, Thailand, konflik yang berlaku, perkara itu Malaysia mempunyai dasar yang tepat dan dasar berkecuali sepertimana Yang Berhormat sebut tadi termasuklah usaha untuk kita terus memperkukuhkan peranan kita dalam ASEAN dari segi kesejahteraan global bukan hanya di dalam negara-negara ASEAN sahaja.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam

Baiklah Puan Yang di-Pertua.

Justeru, Malaysia perlu memimpin usaha memperkasakan ASEAN. Bukan daripada sekadar berada di pinggiran, tetapi menjadi teras kesedaran global – global consciousness. ASEAN mesti dikenali sebagai rantau yang membentuk idea, menetapkan agenda dan menawarkan penyelesaian kepada masalah dunia. Kita perlu berganding bahu untuk membina keupayaan kognitif ASEAN. Jika dunia berbincang tentang kecerdasan buatan, keselamatan makanan atau kesihatan awam, suara pakar dan pemikir dari ASEAN perlu berada di meja rundingan, bukan sekadar barisan pendengar.

Akhir kata, Tuan, Puan Yang di-Pertua, saya ingin menzahirkan kesempatan— menggunakan kesempatan ini untuk menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan pengiktirafan kepada seluruh warga perkhidmatan awam yang saban hari bekerja dengan penuh dedikasi, sering kali di bawah tekanan dan kekangan, demi memastikan jentera kerajaan terus berfungsi dengan lancar dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Daripada penjawat awam di barisan hadapan hinggalah ke peringkat perancangan dan pelaksanaan dasar yang telah bekerja tanpa mengenal penat, berganding bahu merentas kementerian dan agensi bagi menterjemahkan aspirasi besar Malaysia MADANI daripada wacana kepada kenyataan. Dedikasi profesionalisme dan semangat kebersamaan inilah yang menjadi nadi kepada usaha melonjakkan Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya persilakan Yang Berhormat Kota Melaka untuk berucap.

draft • 3:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Kota Melaka untuk membahaskan Titah Diraja hari ini sebagai penyokong usul.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya sejak kecil lagi cita-cita saya ialah menjadi seorang askar. Tapi mungkin kerana saya tak cukup tinggi, sebab itu tak sesuai untuk menjadi seorang pegawai askar. Kenapa saya minat dengan askar? Sebab saya lihat askar itu satu pasukan beruniform. Imej yang bagus, merupakan wira negara.

Mereka mempertahankan kedaulatan negara kita, menjaga keselamatan kita.

Mereka merupakan benteng terakhir negara kita. Ya apabila ada pertempuran mereka berada di barisan paling depan. Maka, sungguh pun saya tak boleh jadi seorang askar yang rasmi, saya menyertai Wataniah waktu saya di universiti. Saya adalah leftenan muda.

[Tepuk] Bila dalam latihan di Wataniah, kita panggil PALAPES.

Saya mengikut berserta dengan askar masuk ke hutan. Bila cuti semester kita masuk ke hutan dua minggu dalam hutan. Bayangkan hidup dalam hutan. Kalau berbanding dengan askar-askar kita, wira kita, mereka masuk hutan ada satu bulan baru keluar. Ada masuk hutan sampai tiga bulan baru keluar. Mereka tinggalkan keluarga mereka, isteri anak mereka masuk ke hutan demi negara kita. Maka kita memang hormat Angkatan Tentera Malaysia ini.

Akan tetapi apabila kita lihat insiden di mana kes rasuah yang melibatkan pegawai tertinggi ATM. Dia amat memarahkan saya dan saya memang benci kepada pegawai-pegawai tertinggi yang terlibat dalam kes rasuah tersebut. Kita lihat kepada laporan yang kita lihat yang telah disiarkan di mana dekat rumah mereka boleh dapat cari jam tangan yang mahal, kereta yang besar-besar. ada ketul emas bernilai RM11 juta.

Bila pegawai SPRM siasat lagi, akaun bank mereka, 75 akaun bank mereka bernilai RM32 juta. Kalau kita campurkan semua, lebih kurang 44 juta. Ini satu perbuatan yang kita tidak boleh maafkan ya Puan Yang di-Pertua. Sebab itu kita nak menjunjung kasih ya. Kita nak menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Daulat Tuanku. Sebab Tuankulah— tahun lepas apabila Tuanku membangkitkan satu isu mengatakan kita tidak sepatutnya membeli pesawat yang sudah umur 30

draft • 3:03 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

tahun. Dekat lain negara sudah pakai 30 tahun, tetapi ATM kita nak beli. Yang di- Pertuan Agong kata tak boleh. Kita nak terima kasih ya, Menjunjung Kasih, Daulat Tuanku.

Sebab saya rasa kalau bukan kerana Yang di-Pertuan Agong bangkitkan isu ini, barangkali hari ini kita masih lagi tidak tahu, tidak bongkar lagi kes rasuah ini lagi.

Sebab itu saya lihat seperti yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong, bila kita ada unsur rasuah ini ertinya ialah apa? Mungkin, ya pesawat yang sedia ada ini tidak diservis, tidak di senggara ya, mengikut masa. Ataupun alat ganti kenderaan gunakan yang tidak berkualiti ataupun kelengkapan-kelengkapan yang kita beli itu mungkin sudah lapuk, sudah bukannya ikut semasa.

Ini semua membahayakan nyawa askar kita yang sudi menawarkan jiwa mereka, nyawa mereka demi mempertahankan negara kita. Ya, seperti yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong, keranda terbang. Kalau kita beli kapal terbang yang sudah umur 30 tahun. Sebab itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada badan kehakiman Malaysia juga.

Di mana hari ini Ketua Hakim Negara dan Hakim Besar Malaya telah memberikan komitmen bahawa Badan Kehakiman Malaysia akan tubuhkan Mahkamah Tinggi Khas untuk mendengar kes rasuah. Tahniah kepada Badan Kehakiman Malaysia. Dan saya harap supaya kes-kes, terutamanya kes ATM ini kita perlu jalankan siasatan dengan segera dan membuat dakwaan dengan segera dan perbicaraan harus dijalankan dengan segera dan jatuhkan hukuman seberat- beratnya kalau boleh dua kali ganda. Sebab mereka telah diberi tanggungjawab, kepercayaan, tetapi mereka mengkhianat negara kita.

Ya, begitu juga apabila kita bincangkan tentang kes yang melibatkan pegawai tinggi yang terlibat dalam tender terbuka itu, saya juga ingin bangkitkan satu isu lagi yang berkaitan dengan Angkatan Tentera Malaysia juga iaitu pegawai yang ditahan bawah OP SOHOR. Ia di mana pegawai tinggi dalam perisikan ATM telah menjual kedaulatan negara kita...

draft • 3:03 PM

Datoʼ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Kota Melaka, Kota Melaka.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya?

draft • 3:10 PM

Datoʼ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sekejap sahaja. Okey, sebenarnya bukan risik ya yang lima orang itu bukan risik. Daripada lima itu, dua sahaja dan ‘tak didakwa sampai sekarang ini. Sebab mereka tidak terlibat. Yang lain itu daripada

draft • 3:10 PM

Datoʼ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Navy, daripada Air Force dan daripada Darat, ‘tak ada kena-mengena dengan perisikan.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang melibatkan anggota angkatan tentera, Puan Yang di-Pertua. Mereka sebenarnya telah ditugaskan. Ya tugas mereka ialah untuk memantau aktiviti penyeludupan yang haram, tetapi kita “harapkan pagar, pagar makan padi”. Minta mereka pergi banteras penyeludupan, tetapi mereka bersubahat dengan sindiket penyeludupan ini. Sehingga mereka tahu tentang operasi maklumat sulit dan mereka boleh membuat aktiviti penyeludupan barang haram seperti dadah sehingga dilaporkan melibatkan sebanyak RM5 juta satu bulan.

Jadi, saya harap ya, saya harap supaya pendakwaan dijalankan dengan cepat. Keputusan dibuat dengan cepat kerana kita ‘nak kembalikan, kita ‘nak kembalikan imej baik angkatan tentera...

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kota Melaka.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Apabila kita sini kita lihat pegawai tinggi.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kota Melaka.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak payah. Pendang tak payah.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak sokong.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

‘Tak payah, tak payah.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak bagi laluan.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Apabila dalam bab kita lihat kes rasuah ini melibatkan pegawai tinggi ATM. Kita selalu dengar ya. Kita nak memperjuangkan kebajikan veteran angkatan tentera. Sering kali disebut oleh Ketereh, kan. Selalu bangkit. Kita sebelah sini juga bangkit. Kita nak menambah baik kebajikan veteran askar-askar yang sudah bersara. Gaji pencen mereka begitu rendah sekali, tetapi ada pegawai tinggi ATM yang ambil peluang sedemikian. Itu adalah pengkhianat negara.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kota Melaka.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, dalam bab seterusnya yang saya lihat. Ya?

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kota Melaka. Kota Bharu.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, Kota Bharu.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey. Terima kasih sahabat saya Kota Melaka.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya cukup bersetuju dengan pandangan Kota Melaka bahawa isu rasuah ini merupakan satu barah yang besar dalam negara kita dan perlu ditangani dibanteras dengan sehebatnya.

Saya nak tanya pandangan Kota Melaka. Apabila kita menyebut tentang penerima rasuah, sama ada penjawat awam kah atau swasta dan sebagainya, dia mesti ada pemberi rasuah. Setuju tak Kota Melaka, kerajaan juga perlu memburu dan menyiasat sehingga ke akar umbi, siapa pemberi rasuah ini dan mengambil tindakan terhadap mereka yang memberi rasuah?

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Saya akan datang ke bab tersebut. Terima kasih Kota Bharu.

Jadi kalau kita lihat kepada titah Diraja, Yang di-Pertuan Agong, 25 perenggan. Daripada 25 perenggan tersebut, tujuh perenggan adalah menyentuh tentang rasuah. Ini telah menunjukkan ya bahawa Yang di-Pertuan Agong memang ambil berat tentang rasuah ini.

Jadi kita boleh lihat dalam perenggan yang ketujuh, di mana titah Yang di- Pertuan Agong mengatakan, ini hanyalah sekelumit daripada segunung ataupun the tip of the iceberg. Dan Yang di-Pertuan Agong yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada di Jabatan Kastam, Imigresen, Polis dan sebagainya serta termasuk juga yang berada dalam Dewan ini yang akan terus diburu sampai jumpa kalau mereka terlibat dalam rasuah.

Jadi dalam bab ini, saya nak bangkitkan tentang PDRM. Pasukan polis kita di mana satu insiden kes bunuh. Polis telah tembak mati tiga orang kononnya di Durian Tunggal, Melaka. Akan tetapi keluarga mangsa mengatakan insiden tersebut bukannya berlaku di Durian Tunggal, tetapi berlaku di lain tempat. Jadi kita minta supaya satu siasatan yang bebas dijalankan untuk mencari kebenaran.

Ketua Polis Negeri Melaka dalam bab ini dia kata, saman dia. Ini bukan isu saman menyaman. Ini adalah isu kita nak cari kebenaran. Apakah sebenar yang berlaku? Bagaimana mereka ditembak? Di mana mereka ditembak? Apabila ada dua visi yang berlainan. Sebab itu, saya nak tanya kepada Kementerian Dalam Negeri.

Kenapa sampai hari ini, inisiatif untuk semua anggota polis memakai body camera, sampai hari ini masih belum dapat dilaksanakan dengan secara menyeluruh.

Dan juga kita lihat kepada perenggan yang 10, di mana Titah Yang di-Pertuan Agong mengatakan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam, “Ingatlah bahawa jawatan yang disandang adalah amanat rakyat dan negara. Jika

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

awak menyalah guna kuasa, menyeleweng dana awam menerima rasuah atau bersubahat melindungi perasuah, awak adalah pengkhianat negara.” Jadi dalam bab ini, saya ingin menasihat supaya Pagoh, kalau tahu di mana anak menantunya, sepatutnya beritahulah maklumat itu kepada SPRM.

[Tepuk] Jangan jadi pengkhianat negara ya. Jangan bersubahat melindungi perasuah. Itu adalah Titah Yang di-Pertuan Agong. Sebab Pagoh, bila tahun lepas pergi ke UK.

Dia balik, dia nak singgah di Dubai untuk lima hingga enam hari. Jadi ramai tertanya- tanya, kenapa dia perlu singgah di Dubaim dia nak jumpa siapa? Mungkin dia perlu perjelaskan. Jangan jadi pengkhianat negara.

[Tepuk] Seterusnya, Puan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada perenggan yang ketiga, di mana Yang di-Pertuan Agong mengatakan kita perlu tumpu kepada kesejahteraan rakyat terutamanya dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam. Saya lihat Kerajaan MADANI hari ini telah menuju ke arah tersebut iaitu kesejahteraan rakyat.

Saya ambil satu contoh iaitu tentang pengangkutan, di mana Kementerian Pengangkutan telah mengambil inisiatif melancarkan FLYsiswa. Satu inisiatif yang baik di mana voucher sebanyak RM400 telah diberi kepada setiap penuntut IPT yang layak supaya dapat menampung kos penerbangan domestik mereka. Ertinya yang mereka, pelajar daripada Semenanjung Malaysia yang belajar di Sabah, Sarawak ataupun pelajar Sabah, Sarawak yang belajar di Semenanjung Malaysia, mereka nak balik dengan penerbangan, hari ini mereka dapat voucher RM400.

[Tepuk] Ini satu inisiatif yang baik, sebab dalam tempoh yang bermula daripada 2023...

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Puan Speaker.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Sampai hari ini, dalam masa empat tahun, ada 200,000...

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Peraturan Mesyuarat Puan Speaker.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Mahasiswa-mahasiswi, mereka telah berjaya menghormati.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, peraturan mesyuarat.

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Peraturan mesyuarat.

draft • 3:10 PM

Seorang Ahli

Peraturan mesyuarat.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Peraturan mesyuarat.

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

YB Kota Melaka tadi sebut berkenaan dengan YB Pagoh.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Peraturan mesyuarat yang mana satu?

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ini di bawah 36(6). 36(6) "Sangkaan jahat terhadap ahli yang lain." Jadi, yang ini dah banyak kali dah ditegur Kota Melaka ini. Yang ini saya tengok, dia ini memang ada niat yang tidak baik terhadap Pagoh. Jadi saya minta Yang Berhormat Speaker boleh membuat rulling tentang perkara ini. Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kota Melaka boleh buat penjelasan.

draft • 3:10 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang itu kerja polis Kota Melaka.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker atas isu.

draft • 3:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Jumpa menantu sahaja. Mana ada niat buruk.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, Speaker, atas isu peraturan yang sama. Atas isu peraturan yang sama 36(6). Saya bangun untuk membela Kota Melaka atas isu peraturan. Ada seorang yang bernama Chegu Bard, yang membuat satu sidang akbar, dengan jelas dan lantang menyatakan bahawa Pagoh telah singgah di Dubai untuk berjumpa dengan menantu beliau dan sehingga hari ini, tidak ada sebarang tindakan diambil. Video itu telah pun viral dalam TikTok.

[Tepuk] Video itu dengan jelas menuduh Pagoh singgah di Dubai untuk berjumpa dengan menantu.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

[Bangun]

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mendakwa bahawa menantu menggunakan kekayaan untuk bermaharajalela di situ.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak ada sebarang tindakan diambil. So, saya rasa Kota Melaka tak salah menggunakan, membuat perkara itu, kenyataan itu terhadap Pagoh.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Menantu, menantulah.

Pagoh, Pagoh.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Puan Yang di-Pertua, ini yang menjadi masalah kita ini.

draft • 3:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sudah banyak sesi yang telah pun kita dengar, Kota Melaka ini memang mempunyai niat jahat, sangkaan buruk terhadap Pagoh.

[Tepuk]

draft • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:20 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kita sedang bercakap tentang isu yang lebih besar. Bab ini sudah banyak kali dipersoalkan dan telah pun kita bangkang dan banyak kali sudah pun diberikan peraturan oleh Speaker. Saya minta supaya dia tarik balik dan supaya ada satu lagi peraturan untuk isu ini tidak dibangkitkan sekali lagi di dalam Dewan kita ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi Yang Berhormat Kota Melaka untuk membuat penjelasan dahulu.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Titah Yang di-Pertuan Agong.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Puan di-Pertua, 36(6). Saya nak buat juga.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau perkara yang sama, sila duduk dulu.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sebab, tadi Jelutong dah membela dia.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu membela.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dak, dak. Yang ini tak bela. Saya nak bagi tahu...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Larut pun sudah membela. Sila duduk.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Persoalan yang dibangkitkan oleh...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya kata duduk dulu.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

36(6) Peraturan.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Duduk dulu. Saya dengar penjelasan dahulu.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Puan Yang di-Pertua, kalau Puan Yang di-Pertua teliti apa yang saya sebut, saya kata, kalau Pagoh tahu mana dia anak menantu, maklumlah kepada SPRM. Saya tak kata dia tahu. Saya kata kalau dia tahu, maklumlah kepada SPRM.

Saya merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong. Titah Yang di-Pertuan Agong mengatakan mana-mana yang bersubahat melindungi perasuah adalah pengkhianat negara. Itu saja. Saya tak fahamlah. Sebab, selagi anak menantu tak balik-balik, selagi itulah kita akan bangkit isu ini. Sebab isu itu belum lagi selesai.

Kalau dia balik, kita tak sebut di sinilah.

draft • 3:20 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini bukan penjelasan. Ini satu tuduhan.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuduhan yang macam mana? Saya tak kata dia tahu.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kota Melaka dah banyak kalilah, Kota Melaka.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bukan, kalau dia tahu. Kalau dia tahu, kalau Pagoh tahu, sila maklum kepada SPRM. Itu sahaja.

draft • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Mana boleh main kalau-kalau ini.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Puan Yang di-Pertua, saya nak sambung.

draft • 3:20 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kalau, kalau ini, saya nak minta, ini bukanlah standard Dewan kita ini.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau, kalau...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk dahulu. Inilah taktik yang digunakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari sebelah sini dan sana untuk membuat apa-apa tuduhan kah, sangkaan jahat kah kepada yang mana-mana satu. Bukan kali pertama.

Jadi, saya rasa cukuplah. Dan tadi Yang Berhormat Kota Melaka pun kata kalau Yang Berhormat Pagoh tahu mana anak menantu, betul ke? Dan, saya rasa tak perlulah tanya Pagoh di sini. Kalau nak tanya, tanya di luar Dewan kerana ini tidak berkaitan dengan Titah Yang di-Pertuan Agong.

draft • 3:20 PM

[Dewan tepuk]

Datoʼ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Kalau dia bangkitkan lagi, Datuk Speaker, apa kalau dia bangkit lagi?

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya sambung perbahasan saya.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kalau dia tak tarik balik, saya akan bawa peraturan, Puan Yang Di-Pertua disebabkan soalan yang dibangkitkan itu adalah...

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kalau tak puas hati, buat usullah.

Kalau tak puas hati, buat usul. Rujuk saya kepada jawatankuasa.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak, tak, tak.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Senang sahaja.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Masalah dia, kau buat tuduhan, kalau...

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melak

Buat usullah.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Itu dah sangkaan jahat bila kalau, kalau ini.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya]

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya boleh minta lah. Sebenarnya kalau Tuan Yang di-Pertua tengok dalam Hansard, ini dah banyak kali berlaku. Dah banyak sangat-sangat petua diberi oleh Tuan Yang di-Pertua, tetapi sekali pun ‘tak dilaksanakan.

Jadi, kalau tengok ini, kali ke berapa dah peraturan. Jadi, saya minta impose, laksanakan supaya benda ini tak membuang masa. Dia saja nak menyakiti je. Tak ada keperluan pun, tetapi sebab tidak tegas, maka dia berterusan beginilah sikap dia. Nak tunggu habis sampai bulan puasa, nanti bulan-bulan puasa ini, kami malas ‘nak cakap benda-benda macam ini.

Jadi, sebab itu saya minta tegas, put a full stop. Kalau tak, saya boleh tanya kalau Kota Melaka ada bukti pasal terowong. Ha, ceritalah. Kalau Kota Melaka ada bukti pasal terowong...

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ini bukan Parti BERSATU lah. Ini ialah Parlimen, bukan Parti BERSATU.

draft • 3:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Begini akan berterusan.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Indera Mahkota kata sikit, anak menantu kena pecat. Indera Mahkota. Sikit, sikit sahaja kena pecat.

draft • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia ini sakit mental lah.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Itu sebab itu, Puan Yang di- Pertua, peraturan ini. Saya ‘nak bagi peraturan.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ini ialah Parlimen, bukan Parti BERSATU.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya lah, pasal Parlimen lah, dia tidak boleh buat kalau, Speaker.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kalau Parti BERSATU tak benarkan sebut pasal anak menantu, itu hal BERSATU.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, Speaker.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah, Ahli- ahli Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli Yang Berhormat, tanggungjawab untuk menangkap anak menantu sesiapa pun, itu tanggungjawab PDRM, SPRM dan cukuplah di sini.

[Tepuk] Saya rasa, saya bagi Yang Berhormat Kota Melaka untuk teruskan perbahasan dan jangan sebut lagi apa- apa.

draft • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Buang masa....

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sebab, beginilah yang dah jadi huru-hara ini.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, berkaitan dengan inisiatif yang saya sebut tadi, Flight Siswa tu. Itu adalah satu inisiatif di mana Kementerian Pengangkutan melalui penjualan...

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia tak tarik balik lagi itu Puan Yang di-Pertua. Tak tarik balik lagi. Tak tarik balik, saya kena buat Peraturan 36(6) sebab soalan yang dibangkitkan itu, bukan Pagoh perlu jawab. Itu kerja polis.

Polislah pergi siasat, pergi cari INTERPOL, engagement dengan INTERPOL. Apa punya mental, punya kepala otak itu.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, Speaker.

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Siapa [Pembesar suara dimatikan] dulu?

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa tak perlu lagi kita bincang tentang di mana...

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tarik balik dulu, tarik balik dulu. Itu sangkaan jahat. Itu kerja polis.

Dia [Tidak jelas] Atas kepala Pagoh, tak boleh. Tarik balik dulu. Kalau tidak, saya akan bawa Peraturan.

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pendang, bawalah Peraturan lepas ini.

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua, saya ada satu lagi juga ini, Peraturan 44— 44 ya. Yang di-Pertua dah bagi arahan supaya menarik balik.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya...

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dah bagi arahan menarik balik dan berdegil. Bila berdegil, maknanya Yang di-Pertua kena ambil tindakan di bawah 44, satu.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, saya ‘tak suruh tarik balik.

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tadi, yang disuruh tarik balik tadi?

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya hanya kata, tak perlu ulang lagi. Kita stop di sini. Teruskan dengan perbahasan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang perkataan dia kata pergi ke Dubai itu, ada sebab-sebab tertentu di Dubai itu, macam mana? Itu tak tarik balik.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Adakah, adakah ya.

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Adakah kalau macam itu? Adakah awak celaka? Boleh saya cakap macam itu?

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Adakah. Faham tak apa itu adakah?

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Adakah awak celaka?

Boleh saya cakap macam itu? Saya nak tanya ini.

draft • 3:20 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Boleh.

draft • 3:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Puan Yang di-Pertua, saya nak sambung Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Boleh tak?

draft • 3:20 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tiba-tiba nak keluar dah, Menteri. Jangan keluar Menteri.

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Adakah pula? Sekarang maknanya sekarang ini, dia ada satu yang perkataan dia kata pergi ke Dubai itu ada sebab-sebab tertentu. Disambung pula oleh, lu sapa?

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jelutong.

draft • 3:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu kita kena ikut.

[Pembesar suara dimatikan] Sekarang, kalau dia berdegil-degil...

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, saya sudah bagi petua supaya Yang Berhormat Kota Melaka untuk teruskan perbahasan dan jangan bangkitkan perkara tersebut lagi dalam Dewan, tapi kalau Yang Berhormat di sebelah sini tak puas hati, buat usul.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Letak dia sangkaan jahat.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ini bukan kali pertama di mana-mana pihak buat sangkaan jahat seperti macam ini.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Puan Yang di-Pertua, saya nak terus, sebab [Pembesar suara dimatikan] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Bila dia tak tarik balik, sebab dia ambil konteks daripada luar, daripada— apa ini, media sosial yang unofficial. Bawa masuk untuk menjadi rujukan bagi menghentam Pagoh. Itu tak betul.

Sebab, dia sebut kalau. Kalau ini, benda yang mungkin berlaku, mungkin tak berlaku. Itu satu tuduhan, niat jahat. Dalam ini menyakit-nyakitkan hati. Tak boleh.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang di-Pertua.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, oleh sebab itu dia kena tarik balik sebab dia telah menyakitkan hati, ambil fakta yang unofficial daripada media sosial.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah, Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dulu saya kena tuduhan pasal itu, pegawai-pegawai daripada

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Menteri KSM – Kementerian Sumber Manusia yang terlibat dalam rasuah RM97 juta.

Saya sebut RM94, saya kena tarik balik sebab salah fakta saja.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu salah fakta sama tuduhan tak sama.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sebenarnya, RM97 juta terlibat dalam rasuah cash.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah. Saya rasa saya sudah buat petua untuk teruskan berbahasan.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kalau macam itu, saya boleh.

[Pembesar suara dimatikan] Ini silap fakta ini, ini dah buat satu tuduhan. Tak boleh.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Itu satu persoalan.

Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dubai lah. Jumpa menantulah, apa ini? Ini bukan kita ambil fakta- fakta daripada unofficial, daripada dalam longkang bawa mai dalam Parlimen. Ini Dewan yang mulia. Puan Yang di-Pertua, tak boleh. Tarik balik yang itu.

Saya tak akan terima kalau dia tak tarik balik fakta-fakta daripada media sosial ini. Nak tak nak?

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah kata...

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Baik tarik dulu sebab itu niat jahat. Benda ini fakta. Kalau ini bukan satu benda yang perlu di kalau-kalau. Ini mesti fakta.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Diambil fakta daripada media sosial bawa, hentam menyakit- nyakitkan hati orang.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, sila-sila.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sebenarnya saya pun tak tahu sama ada Yang Berhormat Pagoh ada di Dubai atau tidak. Jadi, saya pun tak tahu itu fakta ke tuduhan. Jadi, Yang Berhormat boleh buat usul kepada Speaker supaya Yang Berhormat boleh minta Kota Melaka untuk membuat penjelasan.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Puan Yang di-Pertua, saya bukan nak bergaduh. Saya bukan nak bergaduh. Saya cakap dengan— I behave myself. Cuma, dia ambil maklumat daripada media sosial yang bukan— siapa-siapa pun boleh buat. You tahulah media sosial sekarang ini, fake account banyak apa semua. Boleh buat tuduhan. Tak bolehlah ambil maklumat itu, menghentam kepala Pagoh di sini. Tak betul. Tak boleh. Itu tak betul. Saya minta tarik balik yang itu sahaja.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, Speaker.

Speaker. Dengan izin, Speaker.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sebab fake account sekarang berlaku banyak.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker Peraturan 5, Speaker.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Itu menyakit-nyakitkan hati.

Saya minta dia tarik balik, itu saja. Kalau tidak, tak boleh. Sebab ini satu tuduhan berniat jahat dalam Dewan Yang Mulia. Tak boleh ambil perkara-perkara fake account.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Perkara-perkara yang tak official. Bukan fakta. Jadi, janganlah kita senang-senang buat tuduhan. Saya boleh tuduh apa ni Kota Melaka macam-macam.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya tarik balik bila saya kata dia celaka dulu, saya tarik balik sebab saya tak sampai hati. Dia bukan celaka, tapi dia...

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, di bawah Peraturan 5, di bawah Peraturan 5. Bila kita menjadi Ahli Dewan Rakyat, kita mengambil sumpah. Kita mengambil sumpah bukan sahaja di dalam Dewan, di luar Dewan...

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Saya sekarang dengan Tuan Yang di-Pertua, bukan Jelutong ini. Ini masuk campur lah. Bagi kita selesai dahulu.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Jelutong ini masuk campur fasal apa? Tunggulah habis saya bercakap baru cerita peraturan ke apa ke semua.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini sekarang, saya dengan Puan Yang di-Pertua untuk selesaikan masalah Kota Melaka ini. Dia duduk dulu, dia selalu macam ini. Bila kita tengah berinteraksi, dia masuk tengah sebab nak bagi riuh-rendah lagi. Ini perangai Jelutong.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup. Cukup.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Soalan yang ditanya oleh Kota Melaka adalah soalan...

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Dan kita adalah Ahli Dewan Rakyat. Jadi, kita perlu berlaku secara integriti, secara terus terang, secara berhemah. Bukan sahaja di dalam Dewan, di luar juga.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu adalah suatu...

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Bagi duduk je lah, bagi duduk je.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah bagi petua bahawa saya suruh Yang Berhormat Kota Melaka untuk teruskan perbahasan...

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak boleh, dia buat tuduhan.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dan kalau petua ini Yang Berhormat di sebelah sini tak puas hati, boleh buat usul kepada Speaker.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tak boleh Yang Berhormat, Speaker dah keluarkan ruling.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Apa ini, Puan Yang di-Pertua...

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak boleh sebut perkataan menantu dan Tuan Yang di-Pertua...

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Mic, mic, mic.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Anak dan menantu di Dewan ini. Ruling Speaker.

[Tidak jelas]

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya dah sebut dah.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Speaker telah keluar ruling, usul apa lagi Yang Berhormat? Speaker telah keluar ruling, jangan sebut lagi perkataan ini di Dewan yang mulia ini. Speaker keluar ruling, saya berada di Dewan masa tersebut dan itu adalah fatwa yang mesti dipegang sampai hari ini. Usul apa lagi? Berapa kali kita buat usul? Usul kita tahu, usul hanya untuk diserah.

draft • 3:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Yang itulah yang ingin saya sampaikan kepada Puan Yang di-Pertua. Kita di sini dah mengatakan bahawa itu adalah tuduhan dan apa yang dikatakan oleh Arau, itulah dia keputusan yang telah pun dibuat oleh Speaker. Hari ini, yang dia nak mempertahankan sesuatu arahan yang dibuat oleh Speaker ini, apasal? Dia tarik sahaja.

[Tepuk] Yang di-Pertua pun sendiri saya tengok, itu adalah arahan Speaker, boss Puan Yang di-Pertua.

Jadi kalau begitu, minta supaya dia tarik balik, isu ini selesai. Yang dia nak pertahankan benda yang memang tak ada, tak wujud ini, nak tanya benda apa kalau dah tak wujud?

[Tepuk] Sebab itu saya minta kalau boleh Puan Yang di-Pertua, buatlah satu keputusan untuk dia tarik balik. Cukup, selesai. Itu sahaja.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Melaka, tak perlu sebut Ahli-ahli Berhormat di sebelah sini atau mana-mana dalam Dewan untuk kaitkan dengan perkara-perkara di luar Dewan. Jadi kalau perlu, Ahli Yang Berhormat boleh sebut nama tersebut, tapi jangan kaitkan dengan sesiapa Ahli Yang Berhormat dalam Dewan.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Speaker, saya nak dapat petua sedikit. Bila Speaker dah buat peraturan, dah buat petua, tapi masih langgar petua, apa hukum dia? Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh tanya Speaker. Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

Tarik baliklah. Tarik balik je.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat boleh tarik balik anak menantu kepada sesiapa?

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dan sebut nama tersebut kalau Yang Berhormat rasa perlu.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Tak nak tarik balik, keluar.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, itu adalah satu hakikat.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak apa.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya boleh sebut nama dia.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tapi hakikat, itu adalah anak menantu Pagoh. Saya boleh tarik balik, tapi hakikat itu adalah anak menantu Pagoh.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tapi Yang Berhormat Speaker sudah bagi petua, jangan sebut apa-apa anak menantu kepada sesiapa.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kota Melaka, tarik balik sudahlah.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, cukuplah.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain sila duduk. Saya sudah bagi petua. Sekarang saya suruh Yang Berhormat Kota Melaka tarik balik anak menantu. Kenapa mahu bising-bising lagi? Cukup.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, individual yang namanya Muhammad Adlan [Dicelah] Muhammad Adlan [Dicelah] Datuk Seri Muhammad Adlan. Dia anak menantu kepada bekas Perdana Menteri yang telah melarikan diri ke luar negara...

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tengok dia main-main, tengok.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Baik.

draft • 3:30 PM

Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya

Speaker.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Speaker, Speaker.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat!

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung ya.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat tarik balik dulu anak menantu dan selepas itu sambung dengan perbahasan.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jangan buat cerita lain. Dia pusing, pusing, pusing, pusing.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain boleh diam kah?

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

...menyokong rasuah?

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung ucapan saya.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

Halau dia keluar, halau dia keluar. Gantung dia.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau Ahli-ahli Yang Berhormat tak mahu diam, saya akan halau semua keluar.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka, tarik balik dulu, lepas itu sambung perbahasan.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tarik balik yang mana satu?

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang anak menantu Pagoh.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Oh, anak menantu Pagoh. Baiklah, kalau Puan Yang di-Pertua nak saya tarik balik perkataan anak menantu Pagoh, betul ya perkataan anak menantu Pagoh itu perlu ditarik balik diganti dengan nama anak menantu Pagoh tersebut kan? Nama anak menantu Pagoh ialah Muhammad...

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini main-main ini Tuan Yang di-Pertua. Ini apa main-main ini?

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tarik baliklah.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Tadi Kota Melaka kata kalau, kalau, kalau. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Datuk Seri Muhammad Adlan Borhan. Ya, Datuk Seri Muhammad Adlan Borhan. Okey, baik. Saya sambung ucapan saya, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat tarik balik. Sudah tarik balik?

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tentang inisiatif flight siswa tersebut...

Tadi saya dah katalah. Saya kata, saya tarik balik anak menantu Pagoh. Saya gantikan dengan nama anak menantu Pagoh tersebut. Namanya ialah Datuk Seri...

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

Yang Berhormat, tarik balik sahaja, jangan...

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dia mempermainkan- mainkan Dewan ini, Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Betullah.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Main-main ini. Bukan budaklah!

[Pembesar suara dimatikan] Kita bukan budaklah.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka, terus tarik balik dan jangan ulang lagi.

draft • 3:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Lu siapa? Lu faham bahasa Malaysia kah?

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang saya pelik hari ini YB-YB PAS, dia sokong rasuah. Itu yang saya pelik tahu.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jahat. Eh, jangan kurang ajar ya!

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Tidak jelas] Perikatan Nasional. Semua Perikatan Nasional.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain duduk.

Saya akan suruh dia tarik balik. Yang Berhormat Kota Melaka, tarik balik. [Dewan riuh]

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tarik baliklah!

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tarik balik!

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

YB PAS suruh dia tarik balik.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tarik baliklah Kota Melaka.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semua duduk dahulu. Saya akan suruh Yang Berhormat Kota Melaka tarik balik. Duduk dulu. Yang Berhormat.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

Dia buang masa lah.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Puan Speaker.

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

Speaker, dia buang masa.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Duduk dahulu.

Yang Berhormat Kota Melaka, boleh tarik balik?

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tarik balik perkataan “Ahli Parlimen PAS” ganti dengan Pendang. Baik.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa ini? [Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

Halau dia, halau, halau.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila tarik balik. Jangan buat tuduhan. Sangkaan jahat.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Baik.

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kota Melaka buli Speaker.

[Pembesar suara dimatikan] Buli Speaker— which is very rude, Speaker.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

Kota Melaka buli Speaker ke?

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Lu siapa?

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Semua duduk.

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

Gantung je. Gantung je lah.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka, sila hormat saya di sini dan saya suruh tarik balik.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tepuk]

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Baik, saya tarik balik.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Puan Speaker, pagi tadi kita...

[Pembesar suara dimatikan] .

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bachok, sila duduk.

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

Dia dah melampau.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 3:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Baik Tuan Yang di-Pertua, saya tarik balik.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

You tarik balik semua ke?

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tarik balik.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Malu dengan budak sekolah belakang itu.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bachok, kalau tekan mic sekali lagi tanpa kebenaran, saya akan suruh Bachok keluar dulu...

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang juga.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia sebut Pendang tadi. Dia sebut Pendang. Suruh tarik balik.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, saya suruh Yang Berhormat Kota Melaka tarik balik.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pendang tadi, dia tuduh.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tarik balik.

draft • 3:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia tuduh Pendang.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya merujuk balik kepada Puan Yang di-Pertua sebab tadi...

draft • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

Yang Berhormat. Yang Berhormat tarik balik “Ahli Parlimen PAS” tadi dan tarik balik Pendang tadi.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tarik balik Ahli Parlimen PAS.

Saya tarik balik Pendang. Baik Puan Yang di-Pertua, saya sambung perbahasan saya.

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut, Besut kah? Ya. Yang Berhormat Besut...

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Besut nak Yang Berhormat Kota Melaka tarik balik perkataan dan ayat Ahli Parlimen PAS menyokong rasuah.

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Rasuah.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, tarik balik.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya sudah tarik balik lah. Saya sudah tarik balik.

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tariklah betul-betul.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tarik balik pun baik-baiklah. Tariklah balik perkataan dan ayat-ayat itu.

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tariklah betul-betul. Ini main-main ini.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tarik balik perkataan Ahli Parlimen PAS menyokong rasuah. Ya.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dan juga Pendang.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dan juga Pendang. Okey, baik.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat, kalau orang lain, lama dah kena halau ni. Duduk biar macam ini, lama dah kena halau patutnya. Berapa kali dah tarik balik, keluar balik, tarik balik, sebut balik.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tunggu Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ini main-main.

Main-main.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah, saya sudah buat petua. Yang Berhormat Kota Melaka pun sudah tarik balik. Dan saya suruh Yang Berhormat untuk habiskan perbahasan.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Puan Yang di-Pertua, sebab tadi tergendala 20 minit, saya minta kasi balik 20 minit.

draft • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, saya akan bagi 10 minit.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

20 lah, 20.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Penyokong— penyokong usul.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bagilah peluang 20 minit. Saya dah ikut perintah, dah tarik balik, bagilah 20 minit.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi 10 minit.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

20 lah.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

10 ah? Okey.

Berkaitan dengan FLYsiswa yang saya sebut tadi. Satu inisiatif yang baik demi kesejahteraan rakyat, di mana pelajar IPT menikmati daripada inisiatif ini. Dan kita lihat Kementerian Pengangkutan, mereka gunakan inisiatif sendiri, inovasi sendiri, idea sendiri. Mereka jual nombor pendaftaran yang spesial, istimewa untuk dapatkan dana untuk menampung inisiatif ini. Dan kita lihat tahun ini akan ada 60,000 pelajar akan menikmati manfaat kebaikan daripada inisiatif ini dengan perbelanjaan RM24 juta. Ya, terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pengangkutan.

Seterusnya, saya nak sentuh dengan SARA. SARA satu inisiatif yang baik, mendapat sambutan yang baik, tetapi saya nak tanya kepada Kementerian Kewangan tentang berapakah penerima untuk tahun ini? Itu yang pertama.

Yang kedua, kita nak tanya tentang barangan yang boleh beli. Ya sebab dia ada had. Hari itu saya pergi beli, saya nak beli— pengundi saya beritahu saya, dia pergi nak beli toilet paper, dengan izin, tapi tidak dibenarkan. Jadi, saya nak cadang kepada kementerian, supaya kita benarkan, penerima boleh beli semua barangan kecuali rokok dengan minuman alkohol. Ini dua tak boleh, tapi barang-barang yang lain, biarkan mereka, benarkan mereka beli.

Begitu juga, sungguh pun Perdana Menteri telah mengatakan tahun ini akan ada 10,000 pekedai— kedai boleh menyertai Program SARA ini. Kalau kita tambah dengan tahun lepas ada 8,000, ertinya 18,000. Kalau kita lihat angka ini 18,000, sebenarnya tidak banyak. Yang kita ‘nak ialah supaya inisiatif SARA ini bukan hanya dinikmati— mereka hanya boleh pergi ke pasar raya besar saja beli. Sebab nak melayakkan kedai tersebut menyertai Program SARA ini, ada banyak requirements.

Mereka perlu ada jual lebih daripada 100 item, baru mereka ada boleh dilayak untuk menyertai Program SARA ini, tetapi kita lihat bagaimana kita nak pastikan, terutamanya Tuan Haji Ali, pemilik kedai runcit di Kampung Padang Temuh, di kampung-kampung Melayu.

Kedai runcit yang kecil juga boleh mendapat manfaat melalui inisiatif SARA ini. Di mana penerima SARA boleh pergi ke kedai kecil-kecil ini. Kedai runcit yang kecil, yang di luar bandar, terpencil. Kedai runcit boleh juga beli di sana.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Begitu juga kita harap supaya Ah Seng yang menjual ikan di tepi jalan ya, di Kampung Duyong juga boleh, di mana penerima boleh beli ikan daripada dia.

Bukannya hari ini. Hari ini, penerima SARA, mereka pergi ke Mydin, pergi ke Speedmart 99, semua pasar raya besar. Jadi, apabila hari ini kita dapat lihat penerima SARA, mereka dah tukar cara pembelian mereka, mereka akan pergi ke pasar raya besar-besar ini. Dan pekedai-pekedai kecil-kecilan ini akan ketinggalan.

Jadi, saya harap supaya kita memastikan kedai kecil mikro ekonomi ini juga mendapat manfaat daripada SARA ini.

Jadi, saya harap supaya kita adakan satu sistem, boleh gunakan e-wallet, di mana wang SARA ini masuk kepada e-wallet supaya mereka boleh beli di mana- mana kecuali barang rokok dan juga minuman alkohol. Itu tak boleh. Yang lain semua kita berikan supaya semua boleh dapat manfaat. Kalau tidak, kita lihat hari ini tauke besar Mydin, dia begitu gembira sekali sebab dengan adanya SARA, semua penerima sana lah beli semua. Dengan RM100— dia dapat RM100 tapi dia akan beli lebih daripada RM100, dia akan pergi ke Mydin beli.

So, tauke tuan punya Mydin itu begitu gembira sekali, sehingga dia boleh buat TikTok menari sini, menari sana sebab business dia bagus, tetapi bagaimana kita nak jaga pekedai yang kecil itu? Jadi, saya harap supaya kita ada satu lagi mekanisme yang lebih baik.

Selanjutnya, saya nak sentuh tentang...

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Melaka, laluan boleh?

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Apa yang di...

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Melaka.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Apa nama yang telah disentuh...

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Tanya, tanya. Tanya ‘je.

[Bercakap tanpa pembesar suara]

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Melaka.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tak bagi laluan.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bukan Mydin saja, KK Mart pun dapat juga.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak ada masa.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya merujuk kepada— apa nama, Titah Diraja Yang ke-14, perenggan ke-14 iaitu mengukuhkan undang-undang

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

berkaitan dengan pilihan raya, institusi demokrasi dan juga pendanaan politik. Di mana kita lihat, Titah ada sebut tentang empat reformasi, reformasi institusi.

Yang pertama sekali kita lihat, empat-empat itu adalah perlu, tepat pada masanya dan kita perlu sokong. Jadi, saya harap supaya keseluruhan 222 Ahli Parlimen akan menyokong apabila keempat-empat usul ini dibahas di Parlimen, kita akan berikan sokongan sepenuhnya sebab kita perlu pinda perlembagaan.

Jadi, untuk memastikan usaha yang baik ini mencapai sasarannya, kita perlu memastikan pelaksanaan yang betul, berkesan, supaya pada akhirnya, tiada kelemahan dan kita tidak akan menghadapi apa-apa risiko. Sebab kita tak mahu apabila ada pembaharuan, kita dah laksanakan, kita dah lulus di Parlimen, tetapi undang-undang tersebut tidak sempurna.

Akhirnya, accountability yang kita selalu sanjungi, yang kita selalu tekan tersebut tak dapat dicapai. Jadi, empat perkara yang telah disebut. Yang pertama ialah tentang had tempoh perkhidmatan Perdana Menteri ya, di mana kita cadangkan untuk mengehadkan Perdana Menteri kepada dua penggal ataupun 10 tahun.

Ini adalah satu langkah yang penting ke arah mencegah penumpuan kuasa yang berlebihan. Sebab kita lihat sejarah kita, di mana ada Perdana Menteri yang telah duduk di sana 22 tahun. Kita boleh lihat penumpuan kuasa terlalu lama, 22 tahun. Maka, penumpuan kuasa tersebut telah melihat— kita lihat sejarah dia telah merosakkan, memusnahkan sesetengah sistem yang baik, tadbir urus yang baik telah dimusnahkan. Jadi, kita nak elak daripada perkara tersebut berlaku.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, laluan.

Ini satu tuduhan yang ‘tak betul, Tuan Yang di-Pertua. Tarik balik.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita juga— saya tak beri ruang. Sila duduk Hulu Terengganu.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak, peraturan mesyuarat. Tak betul tuduhnya tu.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Apa tu?

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Apa yang rosak 22 tahun?

Beritahu.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, seperti— apa nama, Akta Khidmat Parlimen, dulu ada. Apabila jadi Perdana Menteri, dia mansuhkan. Nasib baik kita Kerajaan MADANI menjadi kerajaan, kita pulihkan semula. Itu salah satu contoh lah. Kalau Kuala Terengganu dia tak faham, saya terangkan kepada Kuala Terengganu ya.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu, bukan Kuala Terengganu.

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, kita juga dengan adanya 10 tahun ini, dia juga ada kebaikan...

draft • 3:40 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sebab itu kena tarik balik.

draft • 3:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, 10 tahun ini ada kebaikannya supaya kita memberi peringatan kepada siapa-siapa yang menjadi Perdana Menteri supaya kita— mereka tahu mereka hanya ada 10 tahun. Dalam 10 tahun ini, buat yang terbaik. Jangan buat salah sebab selepas 10 tahun, apabila anda tidak jadi Perdana Menteri, kalau you ada buat silap, you akan diambil tindakan. Jadi ini sesuatu yang baik.

Sebenarnya, ini dalam parti kita ya, kita DAP kita dah laksanakan tentang had tempoh ini. Seperti Setiausaha Agong kita, kita hanya berikan tempoh maksimum tiga penggal sahaja. Pengerusi negeri ya, juga tiga penggal sahaja. Jadi, ini satu yang baik tetapi kita perlu— saya ada beberapa perkara yang saya nak tekankan apabila kita nak laksanakan tentang had tempoh perkhidmatan Perdana Menteri.

Yang pertama ialah supaya kita nak penjelasan ya, yang sejelas-jelasnya apa yang dimaksudkan dua penggal ataupun 10 tahun. Itu perlu dijelaskan dengan sebaiknya supaya tidak timbul kekeliruan supaya mendapat keyakinan daripada orang ramai. Jadi, apabila kita meminda perlembagaan, kita perlu memastikan definisi yang tepat dan juga peruntukan yang betul untuk memastikan pelaksanaan had tempoh ini.

Kedua, institusi reformasi yang kita tekankan ialah pemisahan peguam— kuasa Peguam Negara dan juga pendakwa raya. Perkara ini sudah pun overdue, ya.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Kota Melaka, Kota Melaka. Pencelahan.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak payah, tak payah.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya nak tanya pandangan Kota Melaka.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Long overdue ini, yang ini perkara...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak bagi laluan.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Had tempoh, had tempoh, had tempoh.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak bagi laluan, sila duduk.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Kota Melaka.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Oleh itu, saya kata dua, dua, dua ini...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Saya tanya baik-baik ni.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bachok, tak bagi laluan. Saya bukan— saya juga kata baik-baik tak bagi laluan. Masa sudah tak ada.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Kota Melaka, bolehlah.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bachok.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Nanti kita bahas dekat luar lah ha.

Kita bahas dekat luar.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Dua term, dua term.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya lah, dua term apa pun...

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Satu pandangan.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dua term untuk 10 tahun?

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Untuk, untuk Ketua Menteri dan MB, adakah Yang Berhormat bersetuju untuk perkara ini juga dilaksanakan?

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pulau Pinang sudah laksanakan dua term.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Dah kenapa dua...

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pulau Pinang sudah— Kelantan bila nak laksanakan?

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Kenapa, kenapa, kenapa hanya dua term?

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Adakah Kelantan nak laksanakan dua term?

[Pembesar suara dimatikan] .

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Jadi...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kota Melaka, sila habiskan perbahasan.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Okey, okey.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tak bagi masa lebihan lagi.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Okey, okey, minta maaf Puan Yang di-Pertua. Jadi, tentang pemisahan Peguam Negara ini dan pendakwa raya ini dah overdue-lah, dah lama overdue, kita mengalu-alukan sebab selama ini kita melihat penasihat undang-undang kepada kerajaan apabila dia sebagai Peguam Negara, dia lebih pihak kepada eksekutif. Dan, pada masa yang sama dia sebagai Ketua Pendakwa Raya, jadi ia akan menimbulkan persepsi wujudnya konflik kepentingan ataupun pengaruh politik yang tidak wajar dalam pelaksanaan tugas mereka.

Contohnya ialah skandal 1MDB yang telah berlaku yang kita lihat apabila seorang itu dia Peguam Negara...

draft • 3:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Melaka.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Dia pendakwa raya. Maka, timbul isu-isu konflik ini.

draft • 3:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh Kota Melaka?

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, satu yang kita alu-alukan.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu...

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Akan tetapi yang saya nak tekankan adalah dua perkara iaitu tentang...

draft • 3:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Melaka, Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya guna Peraturan Mesyuarat 37(2) supaya tidak ada Ahli yang boleh minta penjelasan dan saya minta Yang Berhormat Kota Melaka sila gulung sekarang.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya minta sedikit masa, Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus gulung.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya gulung iaitu dalam bab pelantikan pendakwa raya ini kita ‘nak pastikan supaya pelantikan itu telus, bebas sebab kita tak mahu orang— seorang individual sahaja yang lantik, yang memecat supaya kita nak berikan kebebasan yang sepenuhnya kepada pendakwa raya untuk dia jalankan tugas, supaya jawatannya tidak tergugat apabila ia menjalankan tanggungjawab secara betul.

Jadi, dalam bab ini kita harap supaya Jawatankuasa yang akan dipertanggungjawabkan untuk melantik pendakwa raya ini adalah bebas. Di mana kalau boleh Peguam Negara sepatutnya tidak termasuk dalam pemilihan jawatan pendakwa raya ini dan juga kita harap supaya pengamal undang-undang swasta juga boleh diberi ruang untuk mereka memohon untuk menjadi pendakwa raya. Jadi, dalam bab ini kita harap supaya mereka diberikanlah peluang.

Pada masa yang sama, kita perlu ada check and balance terhadap pendakwa raya ini tersebut. Sungguhpun kita kata, kita nak bagi dia kebebasan untuk buat kerja dia, tetapi pada masa, kita perlu ada check and balance supaya apa yang keputusan sama ada dia hendak dakwa atau tidak mesti disertai dengan akauntabiliti. Jadi, dalam bab ini, kebebasan tanpa akauntabiliti adalah hanya menjadi satu penumpuan semula kuasa kepada seseorang. Itu tidak perlu— saya minta sedikit masa lagi, ya.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Iaitu— sedikit sahaja...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sebab ada dua lagi. Institut reformasi...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya sebut satu minit, satu minit tentang Undang-undang Ombudsman dan juga Freedom of Information. Yang ini penting. Saya harap supaya Ombudsman tersebut begitu juga. Pelantikan perlu buat dengan betul caranya, prosesnya dan dia diberi kuasa yang sepenuhnya untuk menjalankan tugas penguatkuasaan dan juga berikan peruntukan yang secukupnya untuk dia jalankan kuasa untuk Ombudsman.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dan, juga bagi freedom of information. Sesuatu yang telah dibangkitkan dalam Parlimen ini sejak tahun 70-an lagi oleh Tan Sri Lim Kit Siang. Pada masa tersebut, dia menjadi Ahli Parlimen Kota Melaka. Dia kata ini freedom of information ini penting dan hari ini kita dapat lihat apabila kita mengatakan tentang hak bersuara, hak untuk mendapat maklumat itu juga penting. Supaya insiden-insiden seperti skandal rasuah ATM itu tidak berlaku lagi.

Maka tentang pengecualian, ya, sebab kita tahu ada sesetengah maklumat tidak boleh dikongsi. Skop pengecualian tersebut perlu dihadkan supaya tiada alasan untuk kita tidak bekalkan maklumat kepada orang ramai terutamanya tentang perolehan kerajaan, tender terbuka ataupun kontrak kerajaan. Dia sepatutnya diberikan, boleh dengan transparent berikan kepada rakyat, kepada orang ramai mereka boleh melihat dan meneliti. Itu adalah penting...

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, akhir sekali saya menjunjung Titah Menjunjung Kasih Tuanku. Kota Melaka menyokong. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat dari Simpang Renggam sekarang ini terbuka untuk dibahas. Saya minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang— Yang Berhormat Larut untuk berucap.

[Tepuk]

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Puan Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua ‘nak minta petua sedikit. Saya kalau ‘tak silap saya, Ketua Pembangkang Larut sebelum itu ada mengatakan dia letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Jadi, adakah dia sudah letak jawatan ‘ke, dia belum letak jawatan?

draft • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Peraturan berapa ni, peraturan berapa ni?

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya ‘nak penjelasan, penjelasan.

draft • 3:50 PM

Seorang Ahli

Mahu jadi Ketua Pembangkang kah?

draft • 3:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Mengikut laporan, dia kata dia ‘dah letak jawatan Ketua Pembangkang.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Ini fake news. [Dewan riuh]

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker ‘tak terima apa-apa surat dari Yang Berhormat Larut. Jadi, itu adalah fake news.

draft • 3:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya tengok laporan surat khabar lah. Dia kata dia letak jawatan.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, tapi Yang Berhormat Tan Sri...

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Level Kota Melaka ini*...

[Pembesar suara dimatikan] .*

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, saya sudah kata pejabat Yang Berhormat Tan Sri Speaker ‘tak terima apa-apa.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Kota Melaka ini banyak fake lah. Memang...

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Level Ahli Parlimen...

[Pembesar suara dimatikan] .

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain— Yang Berhormat Larut ‘tak pernah hantar apa-apa surat kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Jadi itu ‘tak ada apa-apa basic dalam— jadi, saya minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk berucap.

draft • 3:50 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertamanya, saya bersyukur alhamdulillah saya mulakan kalam dengan mengangkat kalimah tahmid setinggi pujian ke hadrat Allah SWT. Demikian juga selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Puan Yang di-Pertua, saya nak mulakan ucapan dan ditegur oleh Kota Melaka soal saya Ketua Pembangkang ataupun tidak. Saya berdiri di sini Kota Melaka. Kota Melaka dengar sedikit ini...

draft • 3:58 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kota Melaka.

draft • 3:58 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kota Melaka dengar saya berdiri di sini. Jangan dengar fake seperti Kota Melaka yang sememang-memangnya rupa pun macam *fake.

[Tepuk]*

draft • 3:58 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, raja itu payung negara yang menaungi dan menyatukan seluruh rakyat. Saya bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan dan cakna baginda demi rakyat dan negara ini kekal terbela.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Inti pati daripada titah Tuanku Sultan Ibrahim semalam jelas bahawa baginda mahu Malaysia ini menjadi negara.

[Berucap dalam bahasa Arab] Negara yang adil, yang harmoni, yang sejahtera, yang boleh menjadi contoh kepada negara-negara lain di dunia. Sesungguhnya titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong itu mencerminkan harapan dan impian rakyat agar negara ini ditadbir oleh kerajaan yang adil, cekap dan prihatin terhadap warganya.

Ketegasan dan kebijaksanaan Tuanku dalam menangani barah rasuah adalah sesuatu yang diharapkan oleh rakyat di setiap peringkat dan pelosok. Maka, titah Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Ibrahim semalam merupakan suatu amanah yang wajib diterjemahkan dengan pelan tindakan, dengan kejujuran dan dengan keberanian oleh kepimpinan negara.

Ampun Tuanku. Bagi pihak rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional, patik merafak sembah taat setia menjunjung tinggi Titah Tuanku. Kami Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional akan terus menjadi pembangkang yang konstruktif...

[Tepuk] Pembangkang yang bertanggungjawab dan pembangkang yang ber-credible dalam melaksanakan semak dan imbang, check and balance, tanpa takut dan prejudis, without fear and favor. Tuan Yang di-Pertua, sebuah negara yang diimpikan rakyat adalah negara yang ditadbir kerajaan dengan baik, kerajaan yang baik dan dipimpin oleh seorang ketua yang adil, telus, prihatin dan inklusif. Kerajaan itu adalah kerajaan yang berakauntabiliti, berintegriti dan cekap seperti kerajaan yang berjaya diuruskan melalui kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ini adalah model yang baik untuk dicontohi oleh seorang pemimpin. He stands as a man of honor and dignity, govern by principles that are universally respected. Inilah yang rakyat impikan daripada sebuah kerajaan dan pemimpin.

Kita tidak mahu kerajaan ini dianggap seperti sekarang ini. Anak-anak muda, saya tengok mereka bercakap seolah-olah order barang lain, sampai barang lain. ‘Dah banyak yang diperkatakan oleh anak muda di kala ini.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, hari ini banyak isu yang dibangkitkan oleh rakyat yang masih tidak dapat diselesaikan sehinggakan Raja-Raja terpaksa menzahirkan Titah dukacita Baginda. Sebagai contoh, di Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pada 10 Januari dan 12 Januari lalu yang menzahirkan pendirian tegas Baginda dalam isu LGBT serta perihal penternakan babi.

Teguran seperti ini memperlihatkan Raja-Raja Melayu cakna dan sentiasa mengambil berat tentang untung nasib rakyat serta masa depan pertiwi agar dunia kita kelek, akhirat kita junjung.

draft • 4:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Larut. Boleh mencelah?

Terima kasih.

Saya selaku anak Selangor sangat menghormati Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang sangat prihatin dan sangat tegas di dalam setiap apa juga yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat.

Disebutkan oleh Larut tadi tentang ketegasan isu LGBT dan kandang babi yang akan dipindahkan daripada Kuala Langat kepada satu kawasan di Bukit Tagar, 500 ekar. Saya tidak tahu apa kepentingannya. Dan saya lihat Wakil Rakyat, Wakil Rakyat yang mewakili rakyat yang menggunakan daging babi sebagai sumber protein pun nampaknya tidak bersuara.

Dan ini satu teguran yang bukan pertama kali. Pernah disebut juga oleh Tuanku secara tegasnya semasa merasmikan Masjid Cina di Klang, berkaitan kebersihan dan juga banjir yang secara direct di hadapan anggota kerajaan menyebutkan, “Beta telah penat berkali-kali sebutkan...” [Dicelah] Dan alam sekitar ya. “Berkali-kali, seolah-olah saya mencurahkan air di daun keladi.” Pada penghujung 2024.

Dan baru-baru ini, penghujung 2025, wawancara Tuanku dengan BERNAMA sekali lagi menyebutkan isu kebersihan dan banjir dan Tuanku menyebutkan, “Saya sudah fed up”. Saya kira ini ketegasan yang harus diambil oleh-oleh mana-mana negeri dan juga pemerintahan di dalam negara kita.

Apa komen?...

[Tepuk]

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih, Kuala Langat. Tuan Yang di-Pertua, inilah yang ingin saya sampaikan tadi bahawa kalau Titah Diraja― itu di Selangor. Sultan Selangor Titah sampai menggunakan ayat ‘fed up’. Maknanya apa? Sudah berkali-kali baginda keluarkan Titah dan tidak langsung diambil kira dan diabaikan begitu sahaja.

Saya juga ingin memperingatkan...

draft • 4:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, berkaitan babi ini. Sedap ah babi ini. Adakah satu penderhakaan apabila Titah Tuanku tidak diendahkan? Apa pandangan Larut?

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua, hari itu masa saya sebut penderhakaan dalam Titah Diraja isu addendum, Speaker kata tak boleh lagi guna ayat derhaka ini, tapi hari ini, saya nak maklumkan, kami di sini, kalau Titah Diraja, kita akan junjung dan akan kita sama-sama perjuangkan, tak kira apa sekali pun...

[Tepuk] Kalau menderhaka, mereka tetap menderhaka. Walau Speaker kata jangan sekali pun, saya kata mereka yang menentang Titah Diraja itu adalah penderhakaan...

[Tepuk] Jadi, saya ingin memperingatkan...

draft • 4:00 PM

Seorang Ahli

Kota Melaka.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

...Dengan setegas-tegasnya dalam Dewan yang mulia ini, jangan ada mana-mana pihak cuba meremehkan apa yang telah pun dikatakan oleh Raja-Raja dalam negara kita ini.

draft • 4:00 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Larut.

draft • 4:00 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Contohnya, isu kemaksiatan LGBT baru-baru ini. Jangan ada mana-mana pihak cuba untuk menormalisasikan gaya hidup songsang ini dalam negara kita...

[Tepuk] Apa yang berlaku di Chow Kit November tahun lalu bukan sesuatu yang remeh. Apa yang cuba dipromosikan oleh sesetengah pihak dalam Dewan ini tidak boleh dianggap sebagai suatu perkara yang terpencil kerana maksiat LGBT ini adalah sesuatu yang dilaknat oleh Allah SWT...

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Larut.

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Larut.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Tuan Speaker. Terima kasih kepada Larut. Berkenaan dengan soal kes LGBT dan kes yang berlaku pada 28 November 2025 yang melibatkan seramai 201 orang yang ditangkap, yang paling menyedihkannya, 17 orang yang ditangkap itu ialah ada di kalangan doktor pakar, PTD, cikgu, doktor.

[Dicelah] Lawyer. Jadi, saya nak tanya pandangan daripada Larutlah. Negara kita ini nak bawa ke mana? Ke mana kita nak didik anak-anak rakyat kita, sama ada berlainan agama atau bangsa, semua agama tidak mengizinkan perbuatan yang LGBT ini, perbuatan yang di luar daripada tabii yang berlaku di dalam negara kita? Dan semalam juga berlaku lagi rentetan situ. Bagaimana senaman aerobik di Bukit Badong pun juga berlaku berlarutan.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Jadi, saya nak tanya pandangan daripada Larut lah. Apakah tindakan yang sepatutnya? Tindakan yang tuntas, tindakan yang begitu agresif untuk memastikan gejala ini tidak menular di dalam negara kita kerana bala apabila Allah Taala datang ini walaupun kita orang semua dalam Dewan ini orang baik semua, bila datangnya bala daripada Allah, maka semuanya akan kena. Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Larut, Kota Melaka sedikit boleh?

Tentang...

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kota Melaka sokong LGBT atau bagaimana?

draft • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bukan, yang bab tadi yang itu, yang penternakan, penternakan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kalau tidak menyokong LGBT, saya benarkan.

draft • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya nak tanya.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tapi kalau nak menyokong LGBT, tak payah cakap.

draft • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bukan, saya nak sebut yang tajuk tadi sebelum itu, penternakan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Kedua-dua Yang Berhormat, Peraturan 37 jelas.

Pencelahan kalau yang mempunyai floor itu benar, barulah dibenarkan ya.

Sekarang...

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya, saya. [Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebentar Yang Berhormat Larut. Sekarang Yang Berhormat Kota Melaka, bila mencelah Yang Berhormat Larut benarkan baru saya benarkan. Saya, I’m going to follow, strict to the rule. Baik, duduk. Silakan Yang Berhormat Larut.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ini peraturan yang tidak songsang.

Apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya Bagan Serai ini, saya— bukan hanya Bagan Serai tetapi rakan-rakan kita sebelah sini adalah merupakan satu peringatan kepada kita semua.

Jadi, sebab itu ia nya melambangkan kebijaksanaan dan keprihatinan Raja- raja Melayu dan kami tidak mahu Raja-raja Melayu apabila dititah, apabila mereka

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

mengeluarkan titah, diambil ringan. Apatah lagi dicabar di mahkamah. Saya pernah mengeluarkan satu kenyataan menggesa kerajaan agar meminda undang-undang dan perlembagaan bagi menjunjung tinggi martabat dan kedudukan institusi raja-raja kekal, jelas dan terpelihara.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Larut, boleh Larut?

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Larut, Larut, Pendang.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

[Tidak jelas] Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh?

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Larut, Pendang mencelah.

draft • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Minta laluan.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Tuan Yang di-Pertua. Saya nak masuk tentang ekonomi.

draft • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Larut, boleh bagi laluan Larut?

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dalam membangunkan negara.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Larut, boleh sikit Larut?

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Institusi raja, ekonomi.

draft • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Speaker, nak tanya, bagi ruang, bagi laluan.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Larut, boleh bagi laluan?

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 37 itu jelas. Larut telah menjelaskan dia tak bagi laluan. Yang Berhormat Larut bagi atau tidak?

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya tak jawab pun. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tidak pun.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, dah jelas ya. Yang lain pun sama juga ya, 37 itu clear kan. Silakan Yang Berhormat Larut.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Larut, saya minta sikit Larut, boleh?

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ha, macam ini minta, tanya lepas itu berdiri, berdiri. Kalau saya kata okey, boleh kejap. Kalau saya kata belum okey, berdiri situ dulu.

[Ketawa]

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak boleh, tak boleh. Kalau tak boleh, saya duduk.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya belum cakap boleh ataupun tidak, sebab itu saya kata berdiri dulu.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jawab je lah, boleh tak boleh?

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Berdiri dulu sebab saya nak masuk bab ekonomi.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ah Ketua Pembangkang, nak tanya pun tak berani.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Dalam membangunkan negara, pemerkasaan ekonomi adalah agenda utama. kita mahukan sebuah kerajaan apabila berkuasa, wajib menguruskan ekonomi dengan baik agar negara maju dan menikmati manfaatnya.

Sebab itulah di sebalik pencapaian 4.7 peratus KDNK dalam tempoh sehingga September 2025, yang diangkat oleh Yang Amat Berhormat Tambun sebagai cerminan keberkesanan reformasi Ekonomi MADANI kononnya. Jangan lupa cermin sama dengan realiti sebenar kehidupan rakyat.

Apakah pertumbuhan ini benar-benar dirasai oleh rakyat di bawah sana?

Kalau kita benar-benar amanah, saya mohon Yang Berhormat Tambun turunlah ke bawah supaya boleh lihat, dapat lihat secara terperinci permasalahan rakyat hari ini.

Realitinya masalah kos sara hidup terus menghimpit rakyat. Bulan lalu media tempatan melaporkan sayur di Lembah Klang naik harga antara 30 hingga 50 peratus.

Masuk pula Menteri Pertanian. Tu lah, sayur dah naik harga. Ibu bapa pula mengeluh harga barangan keperluan sekolah untuk sesi tahun ini melambung tinggi dan Jawatankuasa Hal Ehwal Ekonomi MCA. Terima kasihlah, tahniah MCA, juga melaporkan bahawa kenaikan itu antara 20 hingga 33 peratus. Betul, ada bantuan SARA, S-A-R-A. Tapi ia bukan satu penyelesaian.

Jadi, carilah untuk kita benar-benar mencari penyelesaian tentang kenaikan kos sara hidup ini. Rakyat dah mengeluh dah. Saya balik kampung dan rakan-rakan yang ada di bandar, ramai mereka mengeluh. Bila sampai sahaja pertengahan, mereka dah mula sebut gaji. Singgah je, baru masuk dah habis. Seolah-olah gaji ini lalu singgah sekejap, hilang habis. Ini maksudnya.

Inilah realiti kehidupan rakyat yang disokong oleh Laporan Trend Pengguna Malaysia 2025 yang mendedahkan lebih 77 peratus rakyat Malaysia bergelut dengan kos sara hidup. Kajian Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial Universiti Malaya

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

menunjukkan rakyat terpaksa bekerja lebih masa untuk berdepan kenaikan kos sara hidup.

Manakala Laporan Employment Hero mendedahkan majoriti rakyat buat dua kerja untuk tampung kehidupan. Apa yang — ada yang ambil tempahan hujung minggu dan ramai yang jadi driver Grab. Trend ini menunjukkan rakyat berada dalam keadaan terdesak. Rakyat dalam keadaan survival mode semata-mata untuk memastikan dapur mereka berasap. Begitu juga dalam soal pengangguran. Atas kertas kelihatan cantik.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Lumut, Larut, Larut, boleh Larut, sikit Larut?

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kadar pengangguran rasmi rendah 3.1, dengar ini. Kadar pengangguran rasmi rendah 3.1 peratus, bagus. Tetapi realitinya, realitinya hampir 2 juta rakyat bekerja dalam keadaan underemployment iaitu kerja tidak setimpal dengan kelayakan dan gaji, tidak mencukupi untuk hidup bermaruah.

Perkara ini ditegur sendiri oleh seorang profesor universiti tempatan dan juga merupakan pemikir ekonomi yang dihormati. Sebab itu berulang kali saya sebut, jangan mudah berbangga dengan angka-angka yang cantik ini.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Larut.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Indera Mahkota.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Kita ini masalahnya ialah angka cantik tetapi hasilnya cetek.

Yang Berhormat Larut, saya difahamkan dulu main ragbi untuk sekolah, untuk universiti, untuk negeri. Kalau saya gunakan sukan ragbi sebagai perumpamaan.

Yang kita nak bukan soal jersi cantik. Jersi cantik, boot cantik, semua cantik. Padang pun cantik tapi belum tentu menang. Untuk memang, dia mesti ada kekuatan dia, disiplin dia, permainan dia, latihan dia, taktik dia, strategi dia. Honesty sesama pemain yang bukan syok sendiri saja. Syok sebab rasa-rasa nak menang tapi tak menang. Apa pandangan Yang Berhormat? Cantik saja tapi hasil tak ada.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Indera Mahkota.

Sebab itulah saya bersetuju, dia mesti ada strategi. Dia mesti ada honesty, itu saya bersetuju sangat.

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Sesama kita dekat dalam permainan itu mesti percaya mempercayai. Ini cakap hari ini, esok orang tegur, lepas itu cara lain pula. Tarik balik. Macam-macam.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Maknanya, tidak mempercayai ataupun tak faham sesama sendiri. Ini yang jadi masalah. Sebab itu keadilan untuk rakyat tidak boleh diukur melalui angka yang cantik, statistik yang indah atau slogan yang besar semata-mata. Tapi ia mestilah benar-benar dan diterjemah kepada realiti kehidupan rakyat di bawah sana.

Contohnya, baru-baru ini saya ke Sabah. Kampung Sembulan. Apalah maknanya mereka hidup di Kampung Sembulan itu tetapi dikelilingi oleh bangunan-bangunan tersergam indah.

Manakala kehidupan penduduk Kampung Sembulan itu cukup menyayat hati dan serba kekurangan. Tolong tengok sikit lah. Ini yang saya kata, turun bawah tengok sendiri akan kesempitan kehidupan rakyat. Jangan syok dengan angka dan akhirnya, oh tak payah turun angka-angka menunjukkan angka yang hebat. Yang ini yang kami persoalkan dan kami soalkan dulu dan hari ini saya persoalkan lagi. Kalau tidak juga mahu dengar apa yang dipersoalkan suara rakyat, insya-Allah dalam masa yang akan datang, rakyat yang akan menentukannya siapa yang harus memerintah.

Tuan Yang di-Pertua, begitulah juga tentang keyakinan pelabur-pelabur luar terhadap angka-angka ekonomi dalam negara kita ini. Ketika Yang Amat Berhormat Tambun berbangga dengan angka-angka yang cantik, hakikatnya sejak kerajaan ini mengambil alih pentadbiran negara sebanyak RM28.8 bilion dana asing telah keluar daripada Bursa Malaysia. Data ini saya dapat daripada Bursa. Lebih membimbangkan RM22.3 bilion daripada aliran keluar itu berlaku pada tahun 2025.

Jumlah ini hampir menyamai ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

Itu ada pandemik.

Sekarang ini, angka bagus. Pandemik tak ada. Apa nak jadi? Maknanya, orang tidak percaya. Perlu ingat modal asing tidak membuat keputusan secara emosional. Mereka buat kajian, mereka menilai tentang konsistensi dasar, kejelasan polisi, kestabilan fizikal serta hala tuju ekonomi jangka panjang sebelum mereka melabur. Adalah amat pahit apabila aliran keluar berlaku secara berterusan dalam skala yang besar. Ia memberi isyarat jelas bahawa keyakinan pelabur terhadap polisi dan keupayaan kerajaan mengurus ekonomi sedang terhakis.

Terbaru, Ketua Setiausaha Negara dedahkan 14 kementerian, Yang Berhormat Kota Raja mesti dah bincang dalam Kabinet. 14 kementerian gagal capai sasaran perbelanjaan projek pembangunan hingga menyebabkan projek-projek yang berkepentingan untuk rakyat dan negara lambat disiapkan. Ada yang langsung tidak bermula sekalipun. Apa nak jadi? Angka nampak cantik. Ini yang saya ingin persoalkan. Di sinilah pentingnya amanah dan sinilah pentingnya

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

pertanggungjawaban. Semua ini hanya boleh dicapai jika semua pihak yang dipertanggungjawabkan menunaikan amanah sebagaimana yang dititahkan secara khusus oleh Tuanku Sultan Ibrahim semalam.

Dalam soal amanah ini, Allah SWT bahkan berfirman melalui surat Al-Ansar ayat 27 mafhumnya, “Wahai orang-orang yang beriman, jangan lah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kamu sedangkan kamu mengetahuinya.” Tuan Yang di-Pertua, Malaysia adalah sebuah negara merdeka. Kita dihormati sebagai negara perdagangan yang mengamalkan dasar pasaran bebas dan itu lah kekuatan kita selama ini. Namun, Perjanjian Perdagangan Timbal Balas

(Agreement on Reciprocal Trade) (ART) yang ditandatangani ini boleh membawa kesan yang membimbangkan. Bukan hanya tentang aspek kedaulatan Malaysia dan banyak lagi sehinggakan untuk menentukan hala tuju perdagangan ekonomi sendiri pun kita rasa akan terganggu. Masa depan kita akan terganggu.

Perikatan Nasional sejak awal telah menyatakan kebimbangan serius terhadap beberapa terma perjanjian ini. Khususnya Artikel 3.3 dan Artikel 5.1 yang jelas mempunyai implikasi besar terhadap kedaulatan negara dalam soal kebebasan membuat keputusan ekonomi serta keupayaan kerajaan melindungi kepentingan nasional dalam jangka panjang.

Kebimbangan ini bukan direka-reka tapi ada asasnya kerana saya ingin Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan di sini jika dibandingkan dengan terma perjanjian antara Kemboja dan Amerika Syarikat, terma Kemboja lebih baik dari segi perlindungan kedaulatan negara mereka. Indonesia juga menolak beberapa persetujuan awal berkaitan perjanjian ini kerana ada terma-terma tertentu yang dilihat terlalu mengikat hingga berpotensi menjejaskan kepentingan nasional dan menghakis kedaulatan negara mereka.

Namun, ketika Indonesia tegas dan berani dan mempertahankan kepentingan mereka, Kerajaan MADANI ini mengambil sikap berbeza. Ini yang menjadi persoalan dan menimbulkan rasa pelik mengapa ketika negara lain berani bertegas, kita pula dilihat tunduk. Kita sudah ada kaukus di Parlimen ini yang dipersetujui untuk membincangkan secara terperinci implikasi perjanjian ini dengan pembangkang tetapi tidak dilaksanakan. MITI semasa di bawah Menteri dulu menolak desakan seperti rundingan semula dilakukan. Saya harap Menteri MITI

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

yang baharu ini lebih berani dan lebih tegas dengan berunding semula terma-terma yang dikhuatiri menjejaskan negara.

Apa yang dimaksudkan oleh Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat baru-baru ini? Saya nak persoalkan apa yang dimaksudkan oleh Scott Bessent yang telah melabelkan Malaysia sebagai good actor seperti yang dilaporkan oleh Reuters pada 10 Disember 2025. Saya ingin membacakan kepada semua dalam Dewan ini.

Tuan Yang di-Pertua, “US Treasury Secretaries Scott Bessent told the New York Times DealBook Event that Indonesia was getting a little recalcitrant, dia kata agak degil on its trade deal with the United States. Tapi dia tak elaborate. Malaysia by contrast— wah saya bila dengar itu kata jadi Malaysia ini tak degil lah—had proven to be a good actor and had dropped thousand of line tariffs so trade between the US and that country was flowing much better. Apa ini? Sanggup buang macam-macam line. Itu yang dikatakan menjadi good actor. Maknanya, kita bertindak lebih baik daripada Indonesia tetapi pada saya, ini menunjukkan bahawa Indonesia berani. Ini menunjukkan Cambodia berani. Apa salah kita ini? Apa jadi dengan kita ini? Ini yang kami ingin persoalkan sehinggakan banyak negara menzahirkan kebimbangan termasuk negara besar seperti China yang menggesa agar Malaysia bertindak selaras dengan kepentingan jangka panjangnya. Cuba kita lihat kalau ini berlaku sesiapa sahaja nak berniaga dengan kita dia tengok apa nak jadi dengan Amerika sebab Malaysia akan tunduk dengan Amerika.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Apa hendak berlaku dengan Malaysia kalau itu adalah sikap orang luar sekiranya kalau mahu berdagang dengan kita.

Dalam hal ini, saya nak ingatkan George Santayana, seorang pemikir tersohor berkata, mereka yang tidak mahu memahami dan tidak belajar daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesilapan yang sama. Sebab itu semua kita perlu belajar dan mengambil iktibar dari sejarah dalam isu perjanjian ART ini.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Saya ingin peringatkan, kita mesti mengambil iktibar daripada sejarah dulu bahawa jangan sekali-kali kita mendagangkan kedaulatan negara ini.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut. Okey, terima kasih Larut.

Ya, daripada perjanjian ART ini, sebenarnya menunjukkan bahawa satu sikap dayus

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

lah Malaysia berbanding dengan Kemboja dan juga Indonesia. Apa pandangan Larut?

Yang kedua, wajar tak pandangan Larut, PM membawa ratifikasi ini ke Parlimen untuk diluluskan sebelum dihantar surat bersetuju ratifikasi tersebut kepada Amerika Syarikat? Terima kasih Larut.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Hulu Terengganu.

Tuan Yang di-Pertua, betullah Indonesia lebih berani dan tak apalah itu. Itu bab Indonesia dengan Amerika. Pada kita ini Hulu Terengganu, saya nak— kita dah banyak kali mengusulkan supaya perkara ini dibawa dalam Parlimen. Kita bincang.

Apa salahnya? Dan sebab itu untuk mempertahankan kedaulatan negara adalah sesuatu yang dituntut oleh semua, bukan hanya kami pembangkang tapi oleh semua yang ada dalam Dewan hari ini.

Perikatan Nasional konsisten bahawa kerajaan mesti menilai semula secara menyeluruh, mengkaji dengan teliti implikasi terhadap kedaulatan negara dan merunding semula terma-terma ART yang berpotensi untuk menjejaskan kepentingan Malaysia. Itu adalah pendirian kami.

Tuan Yang di-Pertua, negara yang diidamkan adalah sebuah negara yang baik. Ia nya bermula dengan kepimpinan tertinggi negara. Perdana Menteri adalah individu tertinggi yang diamanahkan untuk menggalas tanggungjawab yang cukup besar dalam menentukan hala tuju negara dan juga nasib rakyat. Perkhidmatan seorang Perdana Menteri harus dilihat dari perspektif yang lebih luas dan menyeluruh. Pada saya, rakyat juga mahukan Perdana Menteri bukan sahaja bersih tetapi mesti dilihat bersih.

Untuk itu, Perdana Menteri tidak wajar untuk memegang jawatan Menteri Kewangan dalam waktu yang sama semasa tempoh beliau menjadi Perdana Menteri. Bidang kuasa Menteri Kewangan adalah amat besar, apatah lagi sekiranya beliau juga adalah seorang Perdana Menteri. Kalau beliau Perdana Menteri memegang tampuk kementerian lain, tak apa. Tetapi bukan Menteri Kewangan.

Sudah banyak kuasa yang kita berikan kepada Menteri Kewangan, apatah lagi bila beliau juga merupakan Perdana Menteri.

Cadangan untuk memisahkan tanggungjawab Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah lebih penting, jauh lebih penting daripada melihat tempoh masa perkhidmatan seorang Perdana Menteri. Perikatan Nasional tiada masalah untuk menyokong had dua penggal jawatan Perdana Menteri tetapi biarlah ia nya dengan

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

beberapa syarat-syarat tertentu. Contohnya tadi, Perdana Menteri boleh tapi jangan memegang jawatan Menteri Kewangan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan ini kerana pendirian kami bahawa prinsip kebertanggungjawaban mesti diasingkan, memberikan pengasingan kuasa di antara kementerian itu dan juga jawatan Perdana Menteri.

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Larut, sekali lagi Larut. Ini Kota Raja ada ini rasa-rasa Kota Raja setuju, Najib tanya Najib, tanya Najib. Itu kata Kota Raja dulu.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Macam mana?

draft • 4:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Saya rasa Kota Raja setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Larut itu. Sebab Najib minta pada Najib, kelulusan daripada Najib. Itu ceramah Kota Raja dahulu.

[Ketawa] Dan saya rasa dia setuju dengan apa yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang tadi. Menteri Kewangan tak boleh jadi Perdana Menteri. Cuma satu Larut, berkaitan dengan ini ada juga Ketua Menteri yang tak sampai dua penggal pun telah pun ada kes rasuah.

Jadi, masalah dua penggal kah, 2, 5, 10 tahun ini sebenarnya tidak sesuatu yang relevan. Apa pandangan Larut?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Kota Raja dah ingin berdiri nak jawab benda itu sebab dia setuju. Dia buat thumbs up tadi Speaker.

[Ketawa] Thumbs up, dia bersetuju. Dululah bersetuju, hari ini bersetuju tapi besok saya tak tahulah sebab banyak sangat rakan-rakan saya, hari ini lain besok lain. Itu yang saya nak sampaikan ini, Tuan Yang di-Pertua. Yang lebih membimbangkan kami adalah soal pelaksanaan perlembagaan dan undang-undang dalam negara. Kita tidak mahu disalahgunakan ataupun disalahtafsirkan oleh mana-mana pihak.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Larut, sebelum pindah ke topik itu. Saya lihat bahawa asas kepada tempoh ini ialah kerana kita untuk mencegah penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Apakah bersetuju bahawa asas kepada penyelewengan ini bukan tempoh sahaja, bukan tempoh sahaja tapi integriti, kekuatan, keimanan, ketakwaan. Itu asas kepada elemen pencegahan, bukan tempoh. Kalau sekiranya fokus kepada tempoh sahaja, sepenggal pun boleh rasuah ya. Tak perlu dua penggal ya. Jadi, apakah Larut bersetuju bahawa di samping tempoh, elemen tadi perlu diperkasakan dalam peraturan ini? Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Betul. Ini yang ingin saya sampaikan tadi bahawa elemen yang lebih penting adalah untuk mengelak daripada berlakunya rasuah. Jadi saya berpandangan mereka yang memegang jawatan ini, amanah yang telah pun diberikan, dipertanggungjawabkan. Maka saya bersetuju dengan sahabat saya Kubang Kerian. Segala-galanya mesti ditunjukkan jelas bahawa amanah yang dipertanggungjawabkan itu, dia takut kepada Allah SWT dan akhirnya boleh menjadikan negara ini sebuah negara yang dihormati oleh semua.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Larut, Larut. Sikit sahaja, sikit sahaja.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Ya.

draft • 4:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Selain daripada yang disebut tadi, boleh tak nyatakan kalau syarat-syarat lain seseorang yang nak jadi Perdana Menteri ini mestilah bermoral. Bermoral banyak lah, tak ada kes mahkamah, tak terlibat dengan LGBT, tak terlibat dengan apa lagi, banyak lagi. Moral-moral lah, yang tak bermoral dikira sebagai syarat. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Cakap yang betul-betul, moral macam mana. Cakap direct, yang takut pasal apa?

[Ketawa] Saya faham tetapi saya nak perjelaskan lagi ini saya takut salah pula. Jadi, tak apalah. Kota Raja faham dah itu sebab hari itu saya pernah tengok video yang lama. Dia punya marah, dia baling botol.

[Dicelah] Baling mic, baling mic. Minta maaf, Kota Raja. Baling mic. Itu dululah, dulu. Sekarang ini apa yang ditarik, mic apa yang ditarik pun kita tak tahulah.

Tuan Yang di-Pertua, saya nak masuk bab lain ini. Yang membimbangkan kami adalah soal pelaksanaan perlembagaan dan undang-undang dalam negara.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Larut, Larut. Larut, Pendang.

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Larut. Kita tengok dalam perjanjian ART ini ataupun dia simplicity-nya Anwar berjanji dengan Trump, ART.

Anwar-Trump, ART.

Jadi kita tengok dalam nak masuk tajuk lain dah tadi itu, kita tengok dalam perjanjian ini Malaysia telah komited untuk tidak melarang atau mengenakan kuota ke atas eksport ke Amerika Syarikat bagi mineral kritikal atau unsur nadir bumi.

Malaysia juga terus komited untuk mempercepatkan pembangunan sektor mineral kritikal dan juga nadir buminya dengan kerjasama syarikat Amerika Syarikat, termasuk memberikan lesen operasi jangka panjang bagi meningkatkan kepastian.

draft • 4:30 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tadi disebut. Tadi disebut oleh Ketua BBC tadi daripada Simpang Renggam bahawa kita akan— penerokaan pasaran baharu. Perjanjian ini juga, adakah kita terikat tidak boleh membuka kepada pasaran negara-negara lain selain daripada Amerika dalam perjanjian nadir bumi yang telah dimeteraikan antara Amerika dengan Malaysia ini. Sila minta penjelasan daripada Larut.

draft • 4:40 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Pendang. Pendang ini bas dah jauh ke depan, baru nak patah balik ni. Tak apalah. Betul. Ini isu ART tadi telah pun saya bangkitkan. Kita minta supaya kalau boleh kerajaan mengkaji semula tentang perjanjian yang ada ini. Setuju dan minta supaya apa yang Pendang ucapkan itu dimasukkan sebagai ucapan dalam ucapan saya ini.

Tuan Yang di-Pertua, yang lebih membimbangkan saya adalah tentang soal pelaksanaan perlembagaan undang-undang dalam negara. Kita tidak mahu disalahguna dan disalahtafsir oleh mana-mana pihak. Saya nak maklumkan, a Constitution is not mere a black letter. It has a spirit and a soul. Atau perlembagaan bukan hanya satu tulisan dakwat hitam di atas kertas semata-mata. Ia nya mempunyai roh dan semangat. Sesiapa saja yang dipertanggungjawabkan menggalas amanah ini, Perdana Menteri ke, Hakim ke, Ketua Hakim ke, juga seperti Speaker dalam Dewan, harus menghormati roh dan semangat perlembagaan.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Larut.

draft • 4:40 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

The spirit and soul of the Constitution.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Larut, Larut. Terima kasih Larut.

Ya, bercakap tentang spirit, di roh dan semangat undang-undang. Kita ada satu akta, Akta Lompat Parti Yang Berhormat Speaker ataupun peruntukan 49A Perlembagaan Persekutuan yang kita gubal sebelum habis tempoh kerajaan yang lalu. Dipersetujui oleh kedua-dua belah sebelah sana dengan sebelah sini, malah ia nya didesak oleh mereka yang berada sebelah sini ketika itu.

Dan wujudlah, diguballah satu akta yang dipanggil sebagai Akta Lompat Parti.

Tetapi sehingga kini, dan keputusan Mahkamah Tinggi yang berlaku pada dua minggu yang lalu menunjukkan bahawa akta ini gagal dari segi spirit-nya, rohnya untuk menghalang Ahli Parlimen daripada melompat parti.

Ini terbukti. Makna, ada undang-undang yang gagal dari segi spirit, dari segi rohnya. Bagaimana akta ini harus dikekalkan? Apakah Larut ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya akta ini di-repeal, dimansuhkan kerana ia tidak memberi

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

kesan langsung terhadap roh dan semangat penggubalan akta tersebut? Apa pendapat Yang Berhormat Larut? Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Wah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ya lah, saya setuju dengan sahabat saya Beluran ini. Seperti yang saya sebutkan tadi, Kota Raja. Perlembagaan ini mempunyai roh dan semangatnya.

Perlembagaan adalah undang-undang asas yang ditubuhkan, yang menjelaskan bagaimana negara disusun, kerajaan dilaksanakan dan keadilan diuruskan. Tapi yang kita lihat hari ini, sebaliknya. Seolah-olah kita mempunyai perlembagaan, tetapi tidak mendaulatkan perlembagaan. Kita yang luluskan tetapi kita tidak mendaulatkan perlembagaan itu sendiri. Ada undang-undang tapi tidak dijunjung sehinggakan wujud tanggapan bahawa ada agensi yang diperalatkan untuk kepentingan pihak- pihak tertentu menggunakan undang-undang yang tertentu untuk menzalimi, untuk menganiaya. Inilah persepsi yang ada hari ini.

Saya ambil contoh, institusi negara sepatutnya melindungi hak setiap rakyat biasa daripada penyalahgunaan kuasa. Kes Yusoff Rawther sebagai contoh. Adalah contoh yang jelas bagaimana institusi boleh disalahgunakan sehingga mengundang persepsi berlakunya penganiayaan. Umum mengetahui, Yusoff ditahan selama sembilan bulan, 10 hari. Sembilan bulan 10 hari. Maaf. Tanpa jaminan, Tuan Yang di-Pertua. Tanpa jaminan. Dia ditempatkan di blok banduan akhir. Maknanya, eh sikit lagi. Habis. Dan berdepan pertuduhan yang amat berat, tetapi alhamdulillah akhirnya mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan sepenuhnya.

draft • 4:40 PM

Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Mohon pencelahan.

draft • 4:40 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Persoalannya siapa yang bertanggungjawab?

draft • 4:40 PM

Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Mohon pencelahan Larut? Larut, Rantau Panjang.

draft • 4:40 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Persoalannya mesti ada seseorang yang accountable atas penderitaan yang tidak sepatutnya berlaku ke atas Yusoff Rawther ini.

[Tepuk]

draft • 4:40 PM

Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Mohon pencelahan Larut, Rantau Panjang. Terima kasih Yang Berhormat Larut. Saya sangat tersentuh hati apa yang disebut oleh Yang Berhormat Larut. Ini merupakan satu peringatan kepada anak muda di Malaysia. Bagaimana seorang anak muda yang ingin menjaga maruahnya diperlakukan sedemikian.

draft • 4:40 PM

Datoʼ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bayangkan tempoh sembilan bulan 10 hari kalau seorang ibu yang mengandung, ini adalah tempoh kelahiran seorang bayi. Bagaimana derita yang dialami bayangkan sekira perkara ini berlaku kepada anak kita, keluarga kita? Anak muda yang ingin menjaga maruahnya diperlakukan sedemikian, sedangkan mahkamah membuktikan dia tidak bersalah. Minta pandangan Yang Berhormat Larut.

[Tepuk]

draft • 4:40 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dahsyat.

draft • 4:40 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Rantau Panjang.

Inilah dia. Saya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Rantau Panjang. Ini bukan kes terpencil. Ini bukan sekadar kesilapan teknikal. Pada saya, ini adalah manifestasi penyalahgunaan kuasa.

[Tepuk] Sebabnya selepas dibebaskan, usaha beliau untuk mendapatkan keadilan melalui saman sivil pula dilengah-lengahkan. Apa dah jadi kepada negara kita ini?

draft • 4:40 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hancur.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Pagoh.

[Ketawa] Sorry.

Larut, Larut. Saya melihat bagaimana Larut tadi menyentuh mengenai penyalahgunaan institusi khususnya dalam kes Yusoff Rawther ini. Kita semua tahu, Yusoff Rawther pada tahun 2021 sebelum PRU ke-15 telah memfailkan satu saman sivil terhadap seorang tokoh politik negara yang terkenal pada masa itu. Tak perlu saya sebut nama. Akibat insiden serangan ke atas beliau pada tahun 2018, civil suit dibuat pada tahun 2021.

Tapi pada tahun 2024, si Yusoff Rawther ini telah dituduh kononnya memiliki dadah. Dituduh di bawah seksyen 39B yang boleh membawa hukuman mati dan juga memiliki pistol mainan. Tapi akhirnya pada 17 Jun 2025, dalam kes jenayah dia ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan dia. Acquitted and discharged. Bukan Discharge Not Amounting to Acquittal (DNAA) dan bukan NFA.

AND (Acquitted and discharged). Tuan Speaker tentu maklum.

Yang jadi isunya Yang Berhormat Larut, sebagaimana Yang Berhormat sebut justice denied is justice delayed. Kes sivil beliau saya difahamkan walaupun telah difailkan pada tahun 2021, sekarang ini akibat daripada orang yang disaman itu memfailkan di mahkamah tinggi untuk rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan, mahkamah tinggi telah tolak permohonan itu dan sekarang ini orang tersebut merayu ke Mahkamah Rayuan. Kes ini ditangguhkan lagi daripada tahun 2021.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kemudian, pada 4 Mac ini baru nak dengar di Mahkamah Rayuan. Dikatakan ditukar pula peguamnya. Mungkin ditangguh lagi. Jadi, saya nak tanya Larut, adakah ini fenomena yang berlaku dalam negara kita? Penyalahgunaan agensi-agensi tertentu menyebabkan injustice, ketidakadilan dikenakan terhadap rakyat biasa seperti Yusoff Rawther ini. Saya mohon penjelasan.

draft • 4:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

...menyebabkan injustice, ketidakadilan dikenakan terhadap rakyat biasa seperti Yusoff Rawther ini. Saya mohon penjelasan.

draft • 4:50 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Kota Bharu. Tuan Yang di-Pertua, masukkan ucapan itu dalam ucapan saya. Sebab saya fikir inilah yang persepsi yang ada di luar sana. Seolah-olah ada boleh pilih-pilih. Saya takut perkara ini akan menjadi perkara yang sudah di-normalize-kan sehinggakan boleh pilih-pilih, orang ini boleh. Donʼt worry, saman, tekan sikit lepas itu betul boleh ditarik balik. Orang yang seperti ini tak boleh teruskan dianiaya, dizalimi. Macam-macam.

Ini persepsi di luar sana.

Begitu juga ini akhir-akhir ini, ketidakadilan. Persepsinya, persepsinya.

Mudah sangat buat perkara-perkara yang tidak diingini. Contohnya, pengambilan IJM Corp Berhad oleh Sunway Berhad. Ia dilihat tidak adil. Pada saya tidak adil.

Harga saham IJM Corp adalah mengikut nilai sebenar. Manakala harga saham Sunway tidak melambangkan harga sebenar. Ia melambung tinggi berbanding nilai intrinsiknya. Mana ada adil. Ini harga yang sepatutnya rendah dinaikkan lambung naik tinggi. Yang ini dah memang sama, harga lebih kurang mengikut nilai yang sebenar.

Dan kemudian ditukar sahamnya. Mana ada keadilan. Kita kena faham persoalannya mengapa perkara ini dibiarkan. Padahal kita ada agensi seperti Suruhanjaya Sekuriti. Kita ada SPRM. Kita ada agensi penarafan. Dan banyak lagi agensi-agensi yang berkaitan. Malah Kenanga Research sendiri mengesyorkan kepada pemegang saham IJM menolak tawaran pengambilan ini kerana harga tawaran RM3.15 yang tidak menarik dengan metrik penilaian yang tidak menguntungkan kerana berada di bawah anggaran nilai yang sewajarnya.

Kerajaan harus melihat perkara ini. Dulu kita dah bangkitkan isu MAHB, Airport Berhad. Kita juga telah membangkitkan isu, banyak-banyak isu telah kita bangkitkan. Episod lama AirAsia sebagai contoh, semua itu telah pun dibangkitkan oleh rakyat. Maka hari ini saya minta supaya kerajaan benar-benar menilai semula

draft • 4:50 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

perkara ini. Jangan dibenarkan kalau ia tidak memberikan keadilan. Ramai pelabur- pelabur yang melabur dalam PNB, dalam GLC, akhirnya keuntungan yang mereka idam-idamkan itu tidak tercapai. Inilah masalah yang ada, amanah tanggungjawab diberikan kepada kerajaan harus menilai kembali tentang persoalan ini.

Saya dimaklumkan bahawa Rang Undang-undang Pembaharuan Semula Bandar (URA) akan dibentangkan semula di Dewan yang mulia ini. Saya ucap tahniah kepada rakan-rakan saya dalam UMNO yang dulu memutuskan dan menguar-uarkan, beritahu kepada semua bahawa mereka menolak rang undang- undang ini ketika itu bersama kami pembangkang. Tahniah, Tuan Yang di-Pertua.

UMNO kan?

Jadi, persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ia dibentangkan semula, pada sidang kali ini, mengapa anggota Kabinet daripada UMNO membenarkan untuknya, untuk ia berlaku semula?

[Tepuk] Padahal kita terdapat kebimbangan serius tentang kesan jangka panjang ke atas rakyat sebab itu bermacam-macam bantahan dibuat oleh parti politik bersama-sama dengan masyarakat sivil dan kumpulan NGO, baik di dalam mahupun di luar Parlimen.

Kepada kerajaan, saya sekali lagi nak peringatkan sebelum membuat sebarang dasar, lihatlah secara terperinci kepada semua kepentingan semua pihak dalam negara kita. Jangan hanya kerana memiliki kuasa, kerajaan bertindak mengikut tyranny of the majority.

Tuan Yang di-Pertua, inilah yang ingin kita terjemahkan melalui konsensus nasional baru atau dalam terma bahasa Arab dipanggil sebagai *Wahdah Watania.

Wahdah Watania*. Gagasan besar ini adalah idea yang berpaksikan kepentingan nasional yang boleh dilaksana yang realistik, yang berpijak di bumi yang nyata, serta berteraskan pengalaman sejarah negara dan futuristik. Ia merupakan suatu proses rejuvenasi atau pembaharuan dalam kepimpinan. Something new, something fresh, something that people can put hope in, yang boleh kita memberikan kepercayaan, harapan sepenuhnya.

Konsensus nasional perlu diadakan, terutamanya selepas negara melalui pelbagai rintangan dan halangan. Dalam sejarah Islam, Khalifah Umar Abdul Aziz melakukannya dengan penuh bijaksana sehingga beliau digelar Khalifah Ar-Rashidin yang kelima. Dalam konteks Malaysia pula, Allahyarham Tun Razak melakukan merentasi political survivalism. Beliau menggunakan pendekatan lebih besar iaitu pembinaan bangsa Melayu melalui kemajuan pendidikan dan pembangunan luar bandar. Ketika era beliaulah, DEB diperkenalkan, FELDA ditubuhkan dan

draft • 4:50 PM

Datoʼ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

PETRONAS diwujudkan. Pendekatan yang diperkenalkan beliau telah menyatukan dan membina kejayaan sehinggakan rakyat yakin sehingga hari ini.

Pendekatan pembinaan bangsa inilah yang ingin kita hidupkan semula melalui konsensus nasional baru atau wahdah watania ini. Kita akan sesuaikan dengan cabaran semasa bagi membetulkan semula kepimpinan, menyalakan kembali ekonomi dan menyatukan seluruh rakyat tanpa ada mana-mana pihak yang dipinggirkan. Jika Umar Abdul Aziz berjaya membaiki semula negara yang rosak sebelumnya. Jika Tun Razak berjaya melakukan selepas negara dibadai gelora, konsensus nasional baru yang Perikatan Nasional bawakan ini mempunyai matlamat yang sama, insya-Allah yang lebih baik.

Ini tidak terhad kepada satu kaum, agama atau wilayah. Sebaliknya, ia bermatlamat menyatupadukan semua pihak. Kita reset semula hala tuju negara dan saya mengajak semua rakyat berganding bahu memajukan negara tercinta ini. Saya percaya melaluinya dengan izin Allah, negara ini boleh dipulihkan, ekonomi boleh dinyalakan semula, politik boleh dimatangkan dan rakyat boleh disatukan kembali dengan berpaksikan keadilan serta harapan baru yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, pokok pangkalnya baik di sebelah sini mahupun di sebelah sana, Kita perlu bersatu hati dalam melakukan amal makruf nahi mungkar.

Kota Melaka ada? Dalam hal ini bukan soal nama yang menjadi ukuran. Boleh namakan apa pun. Rumah bangsa ke? Kolaborasi agung ke? Payung besar ke? Atau Muafakat Nasional? Tapi yang lebih penting adalah intipati kesepakatannya. Tidak retorik dan tidak sekadar manis di bibir. Marilah kita jadikan ini sebagai satu wadah perjuangan.

[Tepuk] Kita jadikan wadah perjuangan untuk masa depan generasi.

Masa depan generasi yang lebih unggul. Masa depan bangsa yang lebih harmoni dan masa depan negara yang gemilang.

Tuan Yang di-Pertua, Laksana kata pantun Melayu, Jangan takut melanggar pantang, jika pantang menghalang kemajuan; Jangan takut bila ditentang; jika berjuang untuk kebenaran. Itulah yang ingin saya sampaikan. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut pembahas selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Subang, 25 minit pembahas utama backbencher.

draft • 4:50 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja.

Yang di-Pertuan Agong semalam telah memberi ucapan Titah Diraja yang sangat baik, padat dan straight to the point tentang perkara yang terpenting iaitu ancaman rasuah. Saya terharu dan juga cukup simpati apabila Tuanku selaku Supreme Commander of the Armed Forces tersangat marah kerana gejala rasuah juga tersebar luas ke hal-hal tentera Malaysia.

Apabila tentera kita dilanda rasuah, ia nya bukan sahaja isu tentang kehilangan wang rakyat, bukan sahaja kesalahan undang-undang ataupun aktiviti- aktiviti yang tidak bermoral. Ia juga menggugat keselamatan negara kita. Oleh yang demikian, pandangan Tuanku Yang di-Pertuan Agong adalah amat tepat iaitu orang- orang dan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam gejala rasuah bukan sahaja penyamun dan penjenayah tetapi juga pengkhianat. Dengan izin, a corrupt leader is also a traitor to the nation. Saya menyambut dan mendukung Titah Diraja dan ucapan saya ini akan memberi fokus secara dasar kepada gejala rasuah.

Kerajaan MADANI, kerajaan saya, mempunyai masa lebih kurang setahun setengah ke dua tahun lagi untuk mereformasikan dasar-dasar untuk melawan dan membanteras rasuah. Tuan Speaker, apa yang Kerajaan YAB Tambun telah lakukan dalam tiga tahun yang lepas adalah baik. Dalam pimpinan YB Tambun, terdapat lebih banyak kes rasuah yang telah dikemukakan. Maknanya, MACC kerja kuat lah.

Apabila Kerajaan MADANI mengambil alih kerajaan pada Disember 2022, kedudukan Malaysia bagi tahun...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

...Yang Berhormat. Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Tanah Merah, sekali lagi bersembang, saya halau keluar dua-dua. Lima hari dalam tangan.

draft • 5:00 PM

Datoʼ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Speaker, saya tak salah. Saya tak berbual dengan dia.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Datoʼ Dr. Ramli bin Datoʼ Mohd Nor

Duduk.

Duduk. Yang Berhormat Subang, jalan.

draft • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Speaker. Apabila Kerajaan MADANI mengambil alih kerajaan pada Disember 2022, kedudukan Malaysia bagi tahun 2022 di bawah Transparency International Corruption Perceptions Index, kedudukan Malaysia pada masa itu adalah nombor 61 daripada 180 negara dengan skor markah 47 peratus. Selepas satu tahun Kerajaan MADANI iaitu pada tahun

draft • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

2023, kedudukan kita meningkat dengan lebih baik dari kedudukan 61, kita naik ke 57 yang terbaik di dunia dan markah keseluruhan naik daripada 47 peratus ke 50 peratus.

Walaupun terdapat improvement, dengan izin Tuan Speaker, sebagai bandingan, jiran kita Singapura mempunyai ranking nombor tiga di dunia dan skor 84 peratus. Dengan izin, we have a long way to go to catch up to Singapore in terms of eliminating corruption. Tetapi selepas itu pada tahun 2024, kita lihat — malanglah, tiada perubahan ataupun peningkatan lain. No more progress since the first year of the MADANI government. Kita sekarang menunggu result tahun 2025 yang dijangka akan dikemukakan bulan depan, Februari tetapi saya tidak optimis bahawa ia akan ada improvements yang signifikan. Malah, dengan berapa high profile cases berkait dengan Albert Tei, saya bimbang skor Malaysia akan jatuh pada tahun 2025. Pendek kata, apa yang Kerajaan MADANI telah buat dalam permulaan pentadbiran pada tahun 2023 telah sampai ke tahap limit dia, di mana tiada apa-apa progres tambahan dan kemungkinan akan berlakunya regression.

Mengapa berlaku lack of progress ini? Jawapannya terus terang, Tuan Speaker. Sebab walaupun lebih banyak kes rasuah dikemukakan oleh MACC, dasar- dasar systemic corruption masih belum berubah. Systemic dan endemic corruption memerlukan reformasi dasar dan undang-undang anti-rasuah yang sangat komprehensif, yang menyokong transparensi dan akauntabiliti.

Tuan Speaker, political corruption berlaku pada dua tahap. Pertama, dari segi personal iaitu rasuah oleh orang-orang politik secara individu. Kedua ialah rasuah dari segi institusi iaitu parti-parti politik itself. Untuk melawan rasuah pada level individu politician, kita memerlukan amalan public asset declaration yang baik dan komprehensif. Apa yang diamalkan sekarang oleh Kerajaan MADANI dan kerajaan- kerajaan lain sebelum itu, memang tidak mencukupi kerana deklarasi aset bukanlah kepada rakyat, bukan secara publik tetapi hanya kepada Perdana Menteri, dengan izin, declaring assets only to the Prime Minister is not a model of good governance. Yang ironik adalah fakta bahawa masa pentadbiran Pakatan Harapan 2018 di bawah Tun Dr. Mahathir, deklarasi aset kepada rakyat pertama kali telah dilakukan. Tetapi deklarasi tersebut terhad kepada individu politik sahaja dan bukan ahli-ahli keluarga itu, keluarga lain. Apalagi deklarasi tersebut tidak diaudit secara terperinci, profesional dan bebas.

draft • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Saya masih ingat, Tuan Speaker. Pada masa itu, ada seorang Menteri membuat deklarasi aset beliau cuma RM9,000 sahaja. Gaji sebulan jauh melebihi RM9,000 tapi deklarasi dia RM9,000. Jadi, deklarasi tersebut walaupun public, memang tak logik langsung. Maknanya, buat deklarasi itu baik tapi kita perlu buat deklarasi yang tepat dan yang perlu diaudit. Apa yang Kerajaan MADANI perlu lakukan dalam setahun dua ini adalah untuk mengamalkan deklarasi aset kepada rakyat secara public untuk semua Menteri, semua Ahli Parlimen, semua ADUN dan semua penjawat awam kanan, JUSA A, termasuk keluarga terdekat iaitu isteri atau suami dan anak-anak.

Selepas deklarasi dilakukan, audit terperinci oleh Jabatan Audit Negara perlu dilakukan bersamaan deklarasi itu. Tambahan pula, kerajaan perlu juga meluluskan undang-undang Unexplained Wealth Orders (UWO) seperti yang diamalkan di United Kingdom, di mana kerajaan berhak merampas aset yang tidak boleh dijelaskan. UWO ini merupakan satu tindakan sivil dan the burden of proof terletak kepada orang yang membuat deklarasi tersebut dan bukannya kerajaan. Dengan izin, this will be a grail game changer kerana undang-undang antirasuah yang kita ada sekarang, memang beban pembuktian adalah criminal standards of beyond reasonable doubt dan oleh itu, banyak kes terlepas.

Satu perintah UWO bermakna, aset rasuah dapat dirampas tanpa pembuktian beyond reasonable doubt tetapi kes jenayah berterusan dalam perbicaraan yang lain. Maknanya, kita ambil aset dia dulu. Jadi, dia tahulah kalau dia corrupt, he cannot get away. He or she cannot get away. Saya percaya sekiranya amalan-amalan ini diwajibkan dan diluluskan sebagai undang-undang baru, gejala rasuah akan terus menjunam di Malaysia.

Persoalannya adalah, adakah Ahli-ahli Parlimen mempunyai political will untuk melakukan reformasi terpenting ini? Saya rasa tidak cukup majoriti. Kalau ada political will majority, kita dah buat dah dua, tiga tahun lalu. Oleh itu...

draft • 5:00 PM

Datoʼ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Subang. Subang.

Tuan Wong Chen [Subang] ...Sebagai insentif supaya political will ini boleh wujud, saya ingin mencadangkan one time full amnesty, a one time get out of jail card jika deklarasi dilakukan secara menyeluruh. Mungkin ada ramai jutawan dalam Dewan Yang Mulia ini, mungkin ada yang mempunyai beratus-ratus juta aset. Buat deklarasi RM500 juta pun okey. No questions asked. That is what I propose. Silakan, Indera Mahkota.

draft • 5:00 PM

Datoʼ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Subang.

Saya menyokong cadangan itu tetapi itu memerlukan jawapan dan political will daripada pihak kerajaan dan sokongan majoriti Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang saya nak tanya, sebab saya tahu dalam Dewan ini ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang buat secara volunteer asset declaration semasa nak jadi calon PRU lepas dan yang sebelum. Saya nampak ada beberapa orang yang saya kenal. Saya juga salah seorang daripada mereka. Adakah Yang Berhormat bersetuju, sambil nak tunggu kerajaan buat, kitalah beberapa orang atau kita buat networking di kalangan Ahli Yang Berhormat yang ingin melaksanakannya setakat yang kita mampu? Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih. Saya setuju. Itu cadangan baik.

Ya, saya teruskan ucapan saya.

Tuan Speaker, saya tidak berminat dengan izin, to open a can of worms, that is not the intention. Saya cuma nak draw a line in the sand and move forward from there. Kita perlu belajar dari Truth and Reconciliation Commission South Africa selepas aparteid. Dengan pendekatan yang serupa dengan South Africa ini, sejarah rasuah didedah tetapi ada sistem pemaafan dan boleh bayar balik. Apa rasuah kita ambil itu, bayar balik tak apa, bayar sikit, bayar setengah, bayar apalah, we can discuss untuk yang penting memupuk keadilan, menghapuskan rasuah dan membawa pendamaian politik yang lebih cerah for the future untuk anak-anak kita semua.

Kalau ini tidak dilakukan, saya rasa budaya rasuah dan penindasan rakyat akan berterusan sehingga satu kebangkitan rakyat dan saya harap kebangkitan itu dilakukan secara aman damai. Kita lihat di dunia ini sekarang, Iran sama cerita dia ya, di Bangladesh, di Sri Lanka, we cannot wait for no reforms. Tuan Speaker, saya beralih ke isu rasuah berkaitan dengan parti politik.

Solusi untuk perkara ini adalah melalui undang-undang pendanaan politik. Saya juga merupakan Pengerusi APPGM Pendanaan Politik ya. Draf undang-undang pendanaan politik yang komprehensif dan praktikal telah siap hasil kerja APPGM ini lebih kurang dua tahun lalu dah siap dah. Ahli-ahli APPGM ini terdiri daripada bipartisan MPs termasuk Indera Mahkota dan badan-badan yang memang credible dan profesional termasuk IDEAS, Bar Council, BERSIH.

Namun, dua tahun telah berlalu dan walaupun banyak juga mesyuarat diadakan di antara pihak kerajaan dan kami, hakikatnya there is still no real progress.

draft • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Saya percaya kes ini juga adalah masalah kekurangan political will. Ada parti-parti politik yang tidak menyokong kerana takut nak dedah penderma mereka. Ini adalah satu situasi yang cukup mengecewakan. Oleh itu, saya tersangat gembira apabila ucapan Tuanku Yang di-Pertuan Agong semalam membangkitkan keperluan pendanaan politik. I hope the MADANI Government, my own government will take hit of His Majesty’s opinions and views. Tuan Speaker, mengenai pendanaan politik, saya berasa agak pelik apabila terdapat Ahli-ahli Parlimen yang membantah kerana sekiranya diluluskan dengan izin, it would solve the perennial issue of political fundraising. Sejak tahun 2018, tiada satu pun parti politik yang dominan di Malaysia. Kita semua yang berada di Dewan ini, kawan-kawan kita ini semua pernah mengalami manis pahit sebagai kerajaan dan juga sebagai pembangkang.

Kita semua sedar dan maklum bahawa apabila kita berada dalam kerajaan, penderma golongan maha kaya lebih cenderung untuk menyokong parti kita. Yang kita lawan berdekad-dekad tiba-tiba boleh muncul sebagai secret supporter pula ya. Tetapi, apabila kita balik jadi pembangkang, telefon pun tak jawab. Betul? Kalau berterusan macam ini, kita Ahli-ahli Parlimen semua di Dewan ini akan jadi macai golongan maha kaya untuk selama-lamanya. The core issue dengan izin, selain daripada pertahankan maruah kita sebagai Ahli Parlimen adalah macam mana political financing boleh berfungsi dengan baik.

Mengikut kajian kita di APPGM, ia berdasarkan dua konsep. Pertama adalah limit to donations and donations must be transparent dan kedua adalah government funding for political parties. Kita bermula dengan isu limit of donations. Kita perlu tanya apakah maksimum jumlah sumbangan yang dibenarkan sebelum seorang penderma menjadi― mempunyai undue influence ataupun pengaruh lebihan ke atas sesebuah political party. Persoalan ini dipertimbangkan secara teliti oleh APPGM kita. Kita telah mencapai satu angka limitation yang reasonable dan pragmatik iaitu had maksimum RM50,000 setahun bagi penderma individu, RM100,000 setahun untuk penderma syarikat dan RM500,000 setahun untuk syarikat berkumpulan besar.

Saya bagi contoh Tuan Speaker, kalau kawan saya hendak derma pada parti saya sebagai seorang individu, maksimum dia boleh bagi RM50,000 setahun. Kalau syarikat kecil nak derma maksimum RM100,000 setahun. Kalau syarikat itu besar, listed company ya, maksimum RM500,000 setahun. Had, limitation ini adalah kerana

draft • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

totality derma tersebut. Maknanya, sebuah syarikat boleh derma RM50,000 untuk 10 parti. Ya, maksimum RM500,000.

Pada masa ini, terdapat 1,102 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Sekiranya semua syarikat-syarikat besar ini menyumbang maksimum RM500,000 setahun, jumlah sumbangan mencecah RM550 juta setahun. Kita terdapat 63 parti politik di Malaysia di mana sekitar 10 adalah parti yang terbesar. So, in theory Tuan Speaker, jika setiap listed company menyumbang RM500,000 setahun dan dia bagi RM50,000 kepada setiap parti besar itu, 10 parti itu, kita― parti tersebut, setiap 10 parti terbesar boleh dapat RM55 juta setahun. Legal political financing. Your party needs how much? Semasa saya buat kajian untuk parti saya, PKR, ya Keadilan. Ini lapan tahun dululah kita buat kajian. Parti saya memerlukan RM10 juta ke RM15 juta setahun sahaja. I don’t need RM55 million. Dan kita tak kira lagi individu ataupun syarikat kecil. Jadi, sistem limitation dan transparency saya percaya kesemua parti-parti politik boleh beroperasi dengan baik sekali tanpa rasuah dan tanpa undue influence of golongan maha kaya.

Konsep kedua Tuan Speaker adalah komponen pendanaan politik.

draft • 5:10 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Subang, boleh sedikit?

Putrajaya.

draft • 5:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

draft • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Boleh, silakan.

draft • 5:10 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Subang. Yang Berhormat Subang tadi sebut bahawa bila dalam kerajaan ramai yang datang, bila jadi pembangkang tak ramai yang datang. Jadi, dalam konteks political retaliation kepada penyumbang kepada parti pembangkang sebagai contoh, bagaimanakah declaration ini boleh digunakan? Could be boleh digunakan untuk tindakan ataupun tindakan yang lebih ataupun kurang positif kepada syarikat- syarikat yang menyumbang kepada parti pembangkang?

Political retaliation ini saya rasa kita nak kena tengok dalam konteks tersebut.

Kalau tidak, akan wujud keadaan di mana apabila ada pendanaan ini, dana-dana ini lebih kepada parti kerajaan dan tak ramai yang berani dalam konteks di Malaysia ini untuk menyumbang kepada parti pembangkang. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat Subang? Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Putrajaya. Pandangan saya senang. Sebab itu kita ada limitation. Kalau kita sumbang RM50,000 setahun kepada

draft • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

seorang parti, satu parti dan saya syarikat besar, saya akan pasti akan sumbang RM50,000 kepada 10 semua political party. Siapa menang kalah tak kacau saya dan RM50,000 tak akan ada influence apa pun terhadap kerajaan yang baharu ataupun terhadap pemimpin parti-parti mana-manalah yang menjadi kerajaan. So, it’s the limitation number yang penting.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Subang, Subang.

draft • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Ya dan transparency penting. Yes? Silakan.

draft • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berkenaan dengan pendanaan politik ini, saya tertarik dengan cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Subang. Tapi, pada masa yang sama kita juga perlu lihat bahawa terdapatnya risiko dana itu boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam parti tersebut.

Speaker, saya tidak mahu merujuk kepada siapa-siapa. Tapi, kita melihat pendedahan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir dalam satu ucapan bertemu dengan ahli-ahli parti beliau tentang seorang pemimpin lain yang telah mengambil dana itu dan sebagainya. Jadi, ada juga risiko kalau dana itu diberikan kepada sesuatu parti. Pihak-pihak yang berbalah dalam parti itu akan juga berbalah di atas wang itu yang diberikan kepada parti. So, apa pandangan Yang Berhormat Subang tentang perkara ini? Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Jelutong. Isu dia seperti yang saya jawab pada Putrajaya ialah isu limitation. Hadnya kecil. Kalau bagi RM50,000 tak gaduh pun. Kalau RM5 juta memang gaduhlah, hancur parti you. Ya, nanti siapa yang terima RM5 juta ini, ya lah it will completely different. Isu-isu ini bukannya di Malaysia, bukan isu yang satu saya duduk fikir dengan kawan-kawan. Ini memang ada di dunia. Sistem pendanaan politik ini memang dah advanced. Kalau kita pergi Sweden, tengok di England, semua pun ada, Jepun pun ada ya. Jadi, ini bukan konsep baru. Cuma, yang penting ialah saya nak minta semua Ahli-ahli Parlimenlah, cukup lah kita bodoh, gaduh-gaduh, terima duit dari sana sini, bila tak ada kuasa tak ada duit. Stop it. Work together ya. We push for political financing so that we, kita boleh buat kerja kita bermaruah tanpa influence ya. Ya?

draft • 5:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan, Subang.

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Silakan.

draft • 5:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Very interesting you punya paper. Cuma ada sedikit kebimbangan, tadi disebutkan oleh Putrajaya.

Pertamanya, there is tendency, kecenderungan untuk syarikat-syarikat ini untuk memberikan dana kepada parti yang memerintah, bukan pembangkang.

Sungguhpun *there is a limitation and what not, but the tendencies always there.

Number two*, setengah syarikat yang memberikan sumbangan itu, dia tidak mahu dia punya nama syarikat is disclosed, disebutkan, itu salah satu masalah.

Kecualilah kalau Subang hendak mencadangkan supaya there is ada compulsory bahawa syarikat-syarikat ini perlu berikan sumbangan kepada parti-parti yang besar yang disebutkan tadi itu, kena bagi, bukan atas dasar sukarela. Terima kasih Subang.

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Kita tidak boleh memaksa— terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Kita tidak boleh memaksa syarikat apa buat donation, Cuma syarikat besar- besar ini seperti di Amerika Syarikat, Google dia akan bagi duit kepada Trump dan juga bagi kepada demokrat. Itu cara mereka untuk memastikan tidak ada penindasan terhadap syarikat tersebut, siapa yang...

draft • 5:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan sekali lagi Subang. Di Amerika Syarikat, Britain okey. Kalau Malaysia dia tidak akan berlaku, dia akan bagi lebih banyak kepada parti pemerintah.

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

No, no.

draft • 5:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dan dia tidak mahu nama disebutkan.

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Okey. Katakan syarikat yang besar sangat, kalau dia pandai, dia ikut Google punya format. Dia bagi RM50,000 kepada DAP, RM50,000 kepada BERSATU, RM50,000 kepada UMNO, RM50,000 kepada PKR dan dia okey lah. You kena faham. Kita remain disagree dengan nombor 50,000 tu.

Bagi 20,000 cukup lah. Ha, flat semua sama. But kena transparent, ya, kena transparent, yang itu penting sebab ia legal. Kalau dia nak sogok lima juta under counter, itu rasuah. Itu Tuan Speaker kita lawan terus. Tetapi kita jangan kata, kita political party kita perlukan duit untuk operasi, tetapi seperti yang saya cakap, kita tidak perlukan 100 juta setahun. Bagi PKR 15 juta cukup dah. Jadi isu dia, kita kena lihat secara data dan cara apakah yang terbaik dan ini cadangan daripada BERSIH tau, daripada IDEAS, daripada Bar

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Council. Jadi, apa yang saya cakap ini dah kita bincang dengan kerajaan dua tahun dah tetapi tak ada progress. Jadi pada saya, bila Tuanku titah kepada kita ya Tuan Speaker, that’s so padat, so clear. I think the opportunity-lah, cakap betul-betul lah. Let the world know, ask the Members of the Parliament sokong kita untuk pendanaan politik demi kebaikan negara kita, ya. Baik, saya akan teruskan ucapan saya.

draft • 5:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Subang.

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Okey Putrajaya. Please.

draft • 5:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Sedikit lagi. Itu dalam konteks parti politik. Cuma dalam konteks Ahli Parlimen, sebagai contoh, kami di pembangkang. Jadi, kalau benda ini boleh dibawa sekali berkait dengan peruntukan untuk Ahli-ahli Parlimen pembangkang sebagai contoh, ini penting untuk demokrasi.

Kalau kita ada pendanaan politik pun pada peringkat parti politik, tetapi kepada peringkat Ahli-ahli Parlimen untuk demokrasi generasi akan datang, saya cadangkan supaya kerajaan, mungkin Subang boleh cadangkan kepada kerajaan, berilah peruntukan, tidak kisahlah selepas ini siapa jadi kerajaan, itulah kaedahnya.

Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Saya memang setuju, Putrajaya. Ini adalah dalam dasar-dasar kita pun manifesto kita, same. Sama ada you pembangkang ke, government ke, tidak kira. Semua should get constituency funding. Kalau tidak, lompat- lompat lah. That’s the situation, betul? So, ya lah, saya boleh masukkan dalam ucapan saya komen dari Putrajaya. Terima kasih.

Baik. Satu lagi perkara yang kita kena bincang tentang pendanaan politik ialah sistem kita perlu ada satu sistem di mana kerajaan akan menyalurkan dana terus kepada parti-parti politik berdasarkan keputusan pilihan raya yang lalu. Again, sistem ini diguna, diamalkan di semua negara-negara demokratik. Anggaran kos itu berjumlah RM140 juta, sebab ada 14 juta pengundi. Setiap undi you menang, you dapat RM10 daripada kerajaan. Ini nampaknya kelihatan jumlah yang besar, 140 juta, nanti orang kata ini Wong Chen selalu minta duit banyak daripada Parlimen ya, tak.

Sebab SPRM tiga hari yang lalu kata kita hilang RM277 bilion sebab rasuah dalam tempoh enam tahun. Dan kalau kita kira puratanya RM46 bilion setahun kita hilang daripada rasuah. RM140 juta adalah 0.3 percent, Tuan Speaker daripada RM46 bilion tersebut. Tak sampai one percent pun apa yang kita minta, tetapi impak dia akan menjadi lebih besar untuk negara kita dan bagi saya itulah yang kita

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

perlukan ya. Satu political will kerana kita boleh fokus kepada isu tak ada donation or paid donation, under counter donation, kita fokus kepada kerja kita sebagai Ahli Parlimen tanpa undue influence of the golongan maha kaya.

Tuan Speaker, saya ada 20, 10 poin, tetapi nampaknya masa sudah habis.

Saya terpulanglah kepada Tuan Speaker nak bagi saya masa tambahan atau tidak.

Kalau tidak, tak apa, boleh?

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Subang, lima minit, gulung.

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Oh, terima kasih banyak Tuan Speaker, terima kasih. Okey. Bagi saya Tuan Speaker, saya nak kata ini — nanti ya, saya mempercepatkan sedikit.

Tuan Speaker, saya beralih kepada topik reformasi yang Tuanku menyentuh dalam ucapan beliau, khasnya perkara tentang had tempoh Perdana Menteri, pengasingan AG dan Solicitor General dan FOI dan Ombudsman.

Berhubungan dengan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri ke dua penggal atau 10 tahun ini, ini merupakan satu reformasi yang sangat penting.

Apa yang kita ketahui ialah sekiranya seseorang menjadi Perdana Menteri lebih 10 tahun ataupun lebih daripada itu, lebih daripada dua penggal, maka akan wujud kecenderungan ke arah pemerintahan authoritarian, we all know this.

Dalam dunia semua ada, ada example macam ni. Kita tidak perlu menamakan sesiapa, kita semua tahu siapa yang dimaksudkan di dalam Dewan yang mulia ini. Persoalan utama saya kepada Kerajaan MADANI ialah sama ada had ini perlu dikenakan secara berturut-turut, conservative term— consecutive term atau terpakai bagi keseluruhan tempoh perkhidmatan 10 tahun seorang Perdana Menteri?

Di Amerika Syarikat, had yang ditetapkan ialah dua penggal. Namun, kita dengan pandangan daripada beberapa ahli politik di bawah kepimpinan Donald Trump yang kata Trump boleh bertanding lagi ke tiga penggal. So, we want clarity, dengan izin Tuan Speaker, adakah ini berturut-turut (consecutive) ataupun memang lima tahun dia tidak jadi PM campur lima tahun, dah 10 tahun, cukup, habis. Saya rasa Kerajaan MADANI bila kita nak bentangkan ini, kena clarify that one point sahaja.

Dalam isu pengasingan peranan Peguam Negara dan Peguam Cara Negara, ini juga merupakan satu reformasi yang penting seperti yang telah dititahkan oleh Tuanku berhubung dengan isu rasuah, mereka yang terlibat dalam amalan rasuah lazimnya daripada kalangan kerajaan lah. Sekiranya Peguam Negara dilantik oleh

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Perdana Menteri, kita hanya boleh berharap beliau mempunyai keberanian untuk melakukan tindakan terhadap pihak yang melantik beliau. Apa yang telah berlaku dalam kes 1MDB yang melibatkan mantan Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali is a lesson for all. Oleh itu, pengasingan peranan antara Peguam Negara dan Peguam Cara Negara adalah sangat penting.

Yang ingin saya tekankan ialah apabila kita melaksanakan reformasi ini, Peguam Cara Negara hendaklah diberikan tanggungjawab yang khusus iaitu mengendalikan kes-kes jenayah serta dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan yang penting ialah untuk mendapat kelulusan lantikan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] **mempengerusikan Mesyuarat****] Berhubung dengan Akta Kebebasan Maklumat dan Institusi Ombudsman, ini juga merupakan satu reformasi yang baik oleh Kerajaan MADANI dan saya sokong sepenuhnya. Namun demikian, ada beberapa perkara yang saya kena tekankan.

Pertama bila kita bahas ini kita kena lihat skop dia berapa luas. Bagi saya, ia perlu menjadi lebih luas bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, tetapi juga untuk pekerja migrant dan juga orang-orang pelarian yang kerajaan kita sudah mula proses untuk mengeluarkan dokumen pengenalan bagi mereka.

Pekerja migrant yang sah khususnya sering diganggu oleh pihak berkuasa.

Baru semalam Yang Berhormat Julau, dia tidak ada di sini, tetapi dia beritahu saya untuk buat satu short explanation. Pekerja dia ditangkap, terpaksa kita telefon Encik Aizuddin, penolong kepada Menteri Dalam Negeri ya, dan untuk mendapatkan pelepasan bagi dia.

draft • 5:20 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Dia completely legal. Dia tunjuk dia punya certificate― terima kasih, Tuan Speaker ya tetapi ditangkap reman 10 jam. This cannot happen. Jadi, maknanya bila kita buat ombudsman, kita kena juga jaga migrant workers yang legal.

Berhubung dengan akta kebebasan FOI, pelaksanaannya sudah lama tertangguh. Saya ingin mengucap tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan kerana melaksanakan FOI ini sejak 2011.

Oleh itu, saya ingin menasihati Kerajaan Persekutuan, Kerajaan MADANI, apabila melaksanakan FOI, rujuklah model yang telah digunakan oleh Pakatan Harapan dan menambah baik pelaksanaannya.

draft • 5:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Sebagai contoh, pada pagi ini, saya telah menulis surat kepada negeri Selangor, kerajaan kawan saya― kerajaan sayalah, saya pun dari Selangor ya.

Memohon maklumat tentang isu Hutan Simpanan Ayer Hitam. Tidak dapat juga jawapan daripada mereka. Tapi, yang penting ialah FOI kena membenarkan memberikan Ahli-ahli Parlimen full complete access to information yang penting.

Itu sahajalah ucapan saya. Akhir sekali, saya berharap bahawa kerajaan saya, Kerajaan Madani akan mempertingkatkan usaha reformasi pada tahun ini termasuk usaha mencegah rasuah dari peringkat dasar dan juga akar umbi. Saya mohon menyokong Titah Diraja ini. Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar. Masa 12 minit.

draft • 5:30 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk bahas Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas yang mengandungi peringatan jelas tentang amanah, kepimpinan, pembanterasan rasuah, pengukuhan bahasa Melayu, keselamatan negara dan keutuhan perpaduan nasional.

Izinkan saya memetik sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, mereka yang mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka.” Padang Besar juga turut menyokong perbahasan Larut selaku Ketua Pembangkang sebentar tadi yang cukup komited memberi teguran kepada kepentingan rakyat.

Puan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen daripada negeri Perlis, Padang Besar ingin menegaskan bahawa negeri ini mempunyai nilai strategik besar dalam konteks keselamatan sempadan, logistik serantau dan geopolitik ekonomi.

Pertamanya, koridor udara rendah dan industri dron. Padang Besar menjunjung kasih ke atas kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang sentiasa menekankan keperluan negara meneroka bidang baharu berteraskan teknologi dan inovasi. Sehubungan dengan itu, Padang Besar berpandangan bahawa cadangan menjadikan negeri Perlis sebagai hab ekonomi altitud rendah atau

draft • 5:31 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

low altitude economy, khususnya sebagai koridor logistik dron nasional wajar diberi perhatian yang serius oleh Kerajaan Persekutuan.

Inisiatif ini berpotensi besar untuk merangsang pertumbuhan ekonomi baharu negara terutamanya dalam sektor pertanian pintar, pemantauan dan keselamatan sempadan, pengurusan bencana serta pemodenan rangkaian bekalan logistik.

Kedudukan strategik Perlis di sempadan utara Semenanjung Malaysia serta landskap geografinya yang sesuai menjadikan negeri ini berpotensi sebagai tapak perintis kepada industri berteknologi tinggi ini.

Padang Besar berharap agar Kerajaan Pusat tidak terus terperangkap dalam kerangka pembangunan konvensional semata-mata, sebaliknya berani melangkah ke hadapan dengan meneroka sektor ekonomi baharu yang berinsentif teknologi, bernilai tambah tinggi dan mampu memperkukuhkan daya saing negara di peringkat serantau dan global. Sesungguhnya usaha ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan berkualiti kepada anak tempatan, malah menyumbang kepada keselamatan, kecekapan dan kemampanan pembangunan negara secara keseluruhannya. Projek ini secara guna sama adalah lebih praktikal dan menjimatkan kos.

Yang kedua adalah berkaitan dengan Pelabuhan Sanglang. Padang Besar ingin menegaskan bahawa cadangan pembangunan Pelabuhan Sanglang tidak seharusnya dilihat sebagai projek berskala negeri semata-mata, sebaliknya merupakan satu aset strategik nasional yang berpotensi mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rangkaian maritim ASEAN.

Pembangunan Pelabuhan Sanglang diyakini mampu mengurangkan tekanan dan kesesakan di pelabuhan-pelabuhan utama sedia ada di samping memperluaskan rangkaian logistik di wilayah utara Semenanjung Malaysia. Selain itu, pelabuhan ini berpotensi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri eksport khususnya sektor agro dan halal yang memerlukan kemudahan logistik yang cekap, selamat dan berdaya saing.

Pada masa yang sama, kewujudan pelabuhan ini turut berperanan penting dalam memperkukuhkan aspek keselamatan perairan dan pemantauan sempadan negara selaras dengan kepentingan kedaulatan dan keselamatan nasional.

Sehubungan dengan itu, Padang Besar dengan penuh hormat menggesa agar Kerajaan Pusat menilai cadangan pembangunan Pelabuhan Sanglang ini dari sudut kepentingan strategik negara secara menyeluruh dan bukan semata-mata berasaskan pertimbangan politik wilayah.

draft • 5:31 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Puan Yang di-Pertua, insiden banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Wang Kelian baru-baru ini jelas membuktikan bahawa sistem infrastruktur sedia ada di kawasan sempadan tersebut tidak selari dengan realiti semasa, khususnya dalam menghadapi kesan perubahan iklim serta peningkatan beban trafik rentas sempadan yang semakin ketara. Bayangkan sekarang cuma ada satu laluan sahaja ke ICQS Wang Kelian. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kelancaran pergerakan rakyat dan perdagangan malah turut mengundang risiko keselamatan yang serius kepada pengguna jalan raya, anggota keselamatan serta komuniti setempat.

Sehubungan dengan itu, Padang Besar ingin memohon untuk mencadangkan pembinaan satu jalan alternatif yang mesra alam dan berdaya tahan bencana sebagai penyelesaian jangka panjang yang lebih mampan. Cadangan ini merangkumi perwujudan laluan kecemasan strategik bagi memastikan akses berterusan ketika bencana, pemasangan sistem pemantauan cerun pintar bagi mengesan pergerakan awal tanah, pelaksanaan kawalan hakisan menggunakan teknologi hijau serta pembinaan infrastruktur yang direka bentuk khusus untuk menahan impak bencana alam.

Puan Yang di-Pertua, ini bukanlah projek pembangunan biasa ataupun bersifat kosmetik, sebaliknya merupakan satu keperluan mendesak demi keselamatan negara dan perlindungan nyawa rakyat khususnya di kawasan sempadan yang strategik. Oleh itu, Padang Besar berharap agar cadangan ini dapat diberi perhatian serius dan keutamaan sewajarnya dalam pelaksanaan RMK13 selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membangun infrastruktur yang selamat, berdaya tahan dan berpaksi kesejahteraan rakyat.

Puan Yang di-Pertua, selari dengan Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menekankan kepentingan seimbang dalam pembangunan dan kelestarian alam sekitar, Padang Besar ingin mencadangkan agar hutan simpan kekal tertentu dipertimbangkan untuk diwartakan sebagai aset wakaf hijau negara. Pendekatan perwakafan hutan ini bukan sahaja berperanan memelihara ekosistem semula jadi dan sumber air negara, malah berupaya mengurangkan kos pengurusan bencana dalam tempoh jangka masa panjang khususnya berkaitan dengan banjir, tanah runtuh dan degradasi alam sekitar. Pada masa yang sama, ia menjamin kelestarian khazanah alam untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Inilah manifestasi pembangunan nasional yang bertanggungjawab berteraskan prinsip kemampanan dan berpandangan jauh selaras dengan aspirasi negara ke arah pembangunan lestari. Lebih penting, konsep wakaf hutan ini bersifat

draft • 5:31 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

sejagat dari sudut manfaatnya. Walaupun wakaf merupakan satu instrumen dalam tradisi Islam, kepentingan dan faedahnya merentasi batas agama dan kepercayaan.

Setiap agama utama menekankan prinsip amanah terhadap alam sekitar, tanggungjawab memelihara ciptaan serta keperluan mengekalkan keseimbangan ekologi. Justeru, wakaf adalah kaedah pelaksanaan, manakala matlamatnya adalah kesejahteraan bersama dan kelestarian alam untuk seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

Puan Yang di-Pertua, kami menerima kehadiran pelbagai persatuan dan pihak termasuk penyelidik yang hadir berdemo sebentar tadi. Mereka hadir kerana menentang UPOV 1991 ataupun International Union for the Protection for New Varieties for Plants. Adakah ini hala tuju kita menjadikan amalan tradisi menyimpan benih sebagai satu jenayah? Dengarlah luahan petani. Janganlah kita terlalu ghairah mengejar standard antarabangsa sehingga kedaulatan makanan negara tergadai.

Inovasilah kononnya, tetapi hakikatnya itulah penjajahan korporat ke atas tanah kita sendiri. Saya minta kerajaan menilai semula. Jangan menjadi agen kepada penjual benih. Jadilah pelindung kepada petani. Jangan sampai satu masa nanti nak makan nasi pun kita kena minta izin negara luar.

Puan Yang di-Pertua, Padang Besar turut menyokong usaha menjadikan Parlimen sebagai sebuah platform pembangunan komuniti yang berimpak melalui pelaksanaan Program Tamu Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang telah berjaya dianjurkan pada Disember tahun lalu di Parlimen Malaysia dan wajar dijadikan sebahagian daripada takwim tetap Parlimen.

Hasil inisiatif ini, pewujudan Galeri Produk Komuniti APPGM-SDG yang kini dipamerkan di SSSetel Mart Parlimen merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Usaha ini bukan sahaja memberi ruang pendedahan kepada produk komuniti, malah membuka peluang pasaran sebenar kepada usahawan akar umbi.

Tahniah dan syabas Padang Besar ucapkan kepada semua pihak yang telah berjaya mewujudkan inisiatif ini. Bukti bahawa projek bipartisan yang berjaya.

Pendekatan sedemikian membuktikan bahawa agenda pembangunan mampan bukan sekadar dasar atau slogan di atas kertas tapi mampu diterjemahkan secara praktikal kepada peluang ekonomi yang nyata dan berterusan untuk rakyat di peringkat akar umbi.

Terima kasih juga kepada Tan Sri Speaker dan semua Ahli Parlimen yang hadir memberi sokongan pada waktu tersebut.

draft • 5:31 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Puan Yang di-Pertua, kembali kepada semangat Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang menegaskan bahawa jawatan yang disandang oleh Ahli Yang Berhormat bukanlah sekadar satu kedudukan politik tapi merupakan satu amanah besar kepada rakyat dan negara.

Maka usaha membawa pembangunan terus kepada— ke dalam institusi Parlimen ini wajah diteruskan, diperkukuhkan dan diperluaskan demi kesejahteraan bersama. Puan Yang di-Pertua, Padang Besar mengambil perhatian yang amat serius terhadap Titah Duli Yang Maha Mulia yang menzahirkan kekecewaan terhadap kes-kes rasuah yang melibatkan agensi penguatkuasaan di samping peringatan bahawa ada— apa yang terdedah ke pengetahuan umum hanyalah sebahagian kecil daripada permasalahan sebenar yang jauh lebih besar dan berakar umbi.

Hakikatnya isu rasuah ini bukan sekadar melibatkan salah laku individu, sebaliknya menyentuh asas keselamatan negara, kedaulatan institusi serta tahap kepercayaan rakyat terhadap sistem pemerintahan dan keadilan rakyat serta negara.

Apabila integriti institusi penguatkuasaan terhakis, maka keyakinan rakyat turut runtuh dan kesannya amat berbahaya dalam jangka masa panjang. Apa pun, selidik dahulu kondisi anggota atau pegawai bawahan, kebajikan mereka, agar tidak kita menghukum dengan cara yang tidak tepat.

Sehubungan itu, Padang Besar ingin menegaskan bahawa usaha membanteras rasuah tidak boleh bersifat selektif, bermusim atau hanya berorientasikan persepsi semata-mata. Ia mesti dilaksanakan secara menyeluruh, konsisten dan bebas daripada sebarang pengaruh politik. Tanpa keberanian politik yang tulen untuk membersihkan sistem secara menyeluruh, segala slogan reformasi dan komitmen integriti akan kekal sebagai retorik kosong tanpa makna.

Padang Besar turut menyokong sepenuhnya penegasan Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa bahasa Melayu perlu terus dimartabatkan sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan serta bahasa kebangsaan negara, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Hakikatnya, bahasa Melayu bukanlah isu perkauman sebaliknya merupakan asas penting dalam pembinaan negara bangsa.

draft • 5:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Akhir sekali, Titah Duli Yang Maha Mulia telah memberikan hala tuju yang jelas kepada Dewan ini iaitu memerangi rasuah, memperkukuhkan perpaduan, menjaga bahasa kebangsaan dan memelihara keselamatan negara. Cabaran sebenarnya bukan pada lafaz titah tetapi pada keberanian yang menterjemahkan kepada tindakan. Sokongan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen tinggi Perikatan Nasional terhadap prinsip keadilan sosial serta kebajikan semua golongan tanpa mengira latar belakang mereka, tetapi juga adalah manifestasi kepada pegangan Perikatan Nasional yang sentiasa menghormati dan mendukung keputusan Raja-raja Melayu dalam isu-isu penting melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Sebagai Ahli Parlimen Padang Besar, saya ingin menyeru dan menegaskan bahawa kita semua perlu fokus kepada kepentingan negara Malaysia. Kita mungkin tidak berada lama dalam arena politik, namun selagi diberi amanah oleh rakyat, kita terus bersuara demi prinsip integriti dan masa depan negara.

Walaupun mungkin kita berbeza pandangan dalam isu-isu lain, Padang Besar berharap kita dapat bersatu dan menyokong perkara yang baik untuk rakyat dan negara. Marilah kita buktikan bahawa kita boleh bekerjasama demi kebajikan dan kebaikan bersama. Padang Besar dengan ini, menjunjung kasih atas Titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan berdoa agar semoga Malaysia terus dipelihara dalam keadaan aman, berdaulat dan sejahtera.

[Membaca sepotong doa] Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Sipitang.

draft • 5:40 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Izinkan saya berpantun bahasa Kedayan, antara etnik di kawasan Sipitang.

Tiap hari memakan nasi, Laut udang bercampur lukan; Datuk Yang di-Pertua, terima kasih, Sipitang berdiri memberi ucapan.

draft • 5:43 PM

[Dewan tepuk]

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Datuk Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya bagi pihak rakyat Sipitang untuk serta— turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan yang mulia ini. Menjunjung kasih, saya zahirkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas Titah Diraja sempena perasmian Parlimen yang penuh hikmah, bernas dan sarat dengan makna, menjadi kompas moral dan petunjuk hala tuju negara dalam mengharungi lembaran baharu, tahun baharu yang penuh cabaran.

Titah Tuanku bukan sekadar rangkai kata beradat, tetapi suara kebijaksanaan yang mengingatkan kita bahawa perjalanan Malaysia menuju negara maju bukan sekadar tentang angka dan graf tetapi tentang keadilan, keseimbangan dan kemanusiaan. Titah Diraja itu, Datuk Yang di-Pertua, umpama pelita di tengah malam, menerangi lorong-lorong gelap pentadbiran agar kita tidak tersalah langkah dalam mengemudi bahtera besar bernama Malaysia di bawah payung gagasan Kerajaan Malaysia MADANI.

Sipitang menyambut dengan penuh rasa syukur apabila Titah Diraja jelas tidak meminggirkan kami di Sabah dan Sarawak, di seberang Laut Cina Selatan, yang sering terasa jauh di mata, namun dekat di hati, sekurang-kurangnya di dalam Titah Tuanku. Mewakili rakyat Sipitang, dengan penuh takzim menzahirkan harapan sekiranya Tuanku berkelapangan waktu, sudilah berangkat ke negeri kami, menikmati indahnya bumi Sabah dan nyamannya tiupan angin Negeri di Bawah Bayu agar denyut nadi rakyat di hujung peta ini turut dirasai.

Datuk Yang di-Pertua, izinkan saya membawa suara negeri, suara yang telah lama bergema di pelbagai penjuru negeri, tetapi masih belum berkesudahan.

Pertama, isu jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang seolah-olah tidak berpenghujung. Jalan yang sepatutnya menjadi nadi kemajuan hari ini menjadi kisah penantian. Tidak siap-siap, tersangkut-sangkut, lencong sana sini, lubang-lubang ditampal-tampal seperti luka lama yang hanya disapukan bedak, bukan dirawat hingga sembuh.

Ada pakej yang telah dianugerahkan tetapi belum bergerak. Ada yang telah bermula, tetapi belum berakhir dan lebih menyedihkan, ada pula pakej yang belum— [Tidak jelas] seolah-olah masa di Sabah berjalan lebih perlahan daripada pusingan jarum jam di tempat lain. Bandingkan Datuk Yang di-Pertua, dengan Sarawak, jiran kami yang bermula pada tahun yang sama, kini jalannya lurus-lurus dan mulus- mulus.

draft • 5:43 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Dari Teluk Melano hingga ke Lawas menjadi kebanggaan rakyatnya. Sebagai Ahli Parlimen Sipitang, saya ingin mendapatkan penjelasan khusus mengenai status terkini di kawasan saya, iaitu Jajaran Sipitang–Beaufort melibatkan WP01, Sindumin–Melalia dan WP02, Melalia–Beaufort yang menjadi urat nadi kehidupan rakyat yang saya wakili.

Isu ini telah saya bangkitkan saban tahun di Dewan yang mulia ini. Orang kampung saya bilang, “Sudah berbuih-buih kita ini buka rafak, sampaikan berlagu di Parlimen. Tapi macam nda jua kedengaran.” Datuk Yang di-Pertua, pada hakikatnya rakyat Sabah hanya menginginkan kehidupan yang selesa, bermaruah dan terjamin.

Oleh itu apabila hak Sabah dibincangkan dalam kerangka Kerajaan MADANI, ia bukan soal meminta keistimewaan, tetapi menuntut keadilan berdasarkan persetujuan yang telah dimeterai sejak penubuhan Persekutuan Malaysia. Rakyat Sabah tidak menuntut perkara berlebihan, sebaliknya berharap agar hak asas yang telah dijanjikan dapat dilaksanakan dengan konsisten dan berkesan bermula daripada penyelesaian masalah harian.

Kerajaan negeri pimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghargai usaha dan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membantu pembangunan Sabah. Kerjasama erat ini penting agar agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan secara seimbang dan inklusif.

Walaupun dipisahkan oleh Laut China Selatan, Sabah tetap sebahagian daripada Malaysia dan wajar menerima perhatian pembangunan yang setara.

Realitinya, jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung, masih jelas dirasai walaupun negara telah lama merdeka. Kekurangan dalam kemudahan asas dan infrastruktur terus memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Justeru, iltizam politik yang kukuh amat diperlukan bagi memastikan kesejahteraan rakyat Sabah dapat dipertingkatkan secara berterusan. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Sabah telah berjaya menarik pelaburan bernilai lebih RM50 bilion dan mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan. Pencapaian ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kestabilan negeri, kejelasan dasar serta usaha berterusan kerajaan negeri dalam mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif.

Bagaimanapun, perubahan ekonomi global menuntut pendekatan baharu.

Sabah tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kaedah lama. Sebaliknya, perlu meneroka sektor baharu yang lebih berdaya tahan dan mampan termasuk ekonomi biru. Pengiktirafan Sabah sebagai hab ekonomi biru negara membuktikan keyakinan

draft • 5:43 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

terhadap potensi ini dan membuka ruang manfaat lebih luas kepada negeri dan negara. Bagi merealisasikan agenda tersebut, pelbagai langkah telah diambil termasuk penggubalan dasar.

draft • 5:43 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Dalam hal ini, sokongan berterusan Kerajaan Persekutuan amat diperlukan bagi memastikan perancangan ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan. Dalam masa yang sama, isu hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 terus diberi perhatian. Komitmen Kerajaan MADANI dalam melaksanakan sebahagian besar tuntutan MA63 wajar dihargai dan diharapkan baki tuntutan dapat disempurnakan demi memastikan keadilan kepada rakyat Sabah.

Selain itu, pertambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak juga perlu dipertimbangkan secara serius. Keluasan kawasan dan cabaran geografi Sabah memerlukan perwakilan yang lebih berkesan agar suara rakyat dapat disampaikan dengan lebih menyeluruh di peringkat nasional. Seperkara lagi, pengalaman menunjukkan bahawa kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan mampu menghasilkan kejayaan yang nyata. Perjanjian kerjasama dengan PETRONAS serta penurunan kuasa dalam sektor tenaga membuktikan bahawa Sabah diberi ruang dan peranan yang sewajarnya. Manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat dan negara.

Dato’ Yang di-Pertua, isu banjir bukan perkara asing di kawasan kami, khususnya di Daerah Beaufort dan juga Sipitang. Sepanjang tahun lalu sahaja, enam kejadian besar direkodkan malah berbelas kali berlakunya banjir di kawasan Beaufort ini melibatkan ribuan penduduk yang terpaksa dipindahkan. Justeru, urusan bencana banjir perlu diberikan keutamaan bermula dengan penambahbaikan capaian internet di pusat pemindahan kekal dan sementara serta akses jalan keluar masuk orang kampung ke pusat berkenaan.

Masalah kekurangan kenderaan untuk mendaftar mangsa di luar PPS serta kekurangan sukarelawan turut membebankan pengurusan bencana dan perkara ini wajar diberi perhatian serius oleh pihak yang berkuasa. Saya juga berharap kemudahan WiFi dan juga dengan kelajuan stabil dapat disediakan oleh penaiktarafan menara telekomunikasi Maxis, Celcom dan pengendali lain agar komunikasi tidak terputus ketika bencana melanda.

Seterusnya, Sipitang ingin bertanya status projek Jalan Mentulud sepanjang 2.5 kilometer yang telah diluluskan namun masih belum bermula pelaksanaannya.

Apakah sebenarnya kekangan dan masalah yang dihadapi? Seterusnya juga,

draft • 5:50 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Sipitang ingin melontarkan rayuan yang berulang kali agar jalan sepanjang 140 kilometer menghubungkan Sipitang-Long Pasia segera dinaik taraf termasuk laluan sungai di Meligan yang menjadi nadi penting di kawasan pedalaman.

Laluan melintasi Sungai Meligan di Parlimen Sipitang ini sangat kritikal, perlu segera diangkat oleh kerajaan, lantaran di situ terselitnya denyut kehidupan rakyat marhaen yang saban musim hujan terpaksa berhadapan dengan kebimbangan yang sama. Apakah laluan kehidupan mereka masih dapat dilalui atau akan ditelan air sungai yang melimpah deras tanpa belas kasihan?

Jambatan laluan utama kampung ini meskipun dibina daripada konkrit yang kelihatan teguh, namun hakikatnya terlalu rendah seolah-olah tunduk pasrah kepada amukan alam di kala bencana melanda. Setiap kali hujan mencurah tanpa henti, paras air sungai meningkat lalu menenggelamkan jambatan ini sepenuhnya menjadikannya bukan lagi penghubung, tetapi pemisah antara keselamatan dan bahaya.

Lebih meruntun perasaan apabila arus banjir yang deras itu memutuskan perjalanan ambulans, menghalang kenderaan kecemasan dan menutup satu- satunya jalan buat penduduk Kampung Long Pasia, Kampung Long Mio dan Kampung Iburu. Di saat nyawa menunggu pertolongan, di saat jenazah perlu dibawa dengan penuh hormat, di saat pesakit merayu untuk rawatan segera ke Hospital Sipitang atau Kota Kinabalu, jambatan ini menjadi saksi bisu kepada kesempitan yang mereka hadapi.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya merayu kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Kerja Raya serta agensi-agensi pelaksana yang berkaitan agar dapat kiranya menoleh sejenak kepada laman Sipitang ini. Binalah sebuah jambatan baru yang lebih tinggi dan lebih berwibawa, sebuah struktur yang tidak lagi tunduk kepada paras banjir, tetapi berdiri megah melangkah melangkaui arus demi memastikan laluan ini kekal terbuka walau pada musim hujan datang bertalu-talu.

Biarlah jambatan ini direka dengan kebijaksanaan dan keprihatinan, bertonggakkan tiang yang kukuh, diperkasa dengan benteng penahanan hakisan serta sistem saliran yang terancang agar ia mampu menahan derasnya arus banjir kerana sebuah jambatan bukan sekadar binaan konkrit, tetapi simbol kehadiran kerajaan yang melindungi dan memelihara rakyatnya.

Saya juga berharap agar jambatan ini dilebarkan, disesuaikan untuk laluan dua hala seperti ambulans, lori bekalan dan kenderaan kerajaan dapat bergerak

draft • 5:50 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

tanpa rasa gentar dan ketika pembinaan dilaksanakan, mohonlah disediakan laluan sementara agar kehidupan rakyat tidak terputus, agar anak-anak terus ke sekolah dan urusan harian dapat diteruskan tanpa beban yang berpanjangan. Semoga kementerian yang bertanggungjawab mendengar suara sayu dari pedalaman Sipitang ini kerana sesungguhnya di sebalik sebuah jambatan yang selamat terletak maruah, nyawa dan masa depan rakyat yang kita wakili di Dewan yang mulia ini.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini mengenai projek solar hibrid di Long Pasia yang masih terbengkalai sehingga kini.

Projek solar hibrid yang dijanjikan seharusnya membawa sinar baharu kepada kehidupan seharian masyarakat setempat, menerangi rumah, menggerakkan ekonomi dan membuka lembaran kemajuan. Namun, malangnya Dato’ Yang di- Pertua, sinar yang dijanjikan itu kini malap dan rakyatnya terus bergelap. Natijahnya, projek ini seolah-olah bagaikan monumen kepada janji yang belum ditunaikan, meninggalkan rakyat di pedalaman terus menunggu dalam keheningan dan ketidakpastian.

Izinkan saya merakamkan setulus penghargaan, setinggi-tinggi terima kasih kepada semua agensi yang telah melangkah seiring, turun ke medan dengan penuh rasa tanggungjawab pada jiwa yang berkhidmat khususnya kepada pejabat daerah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Angkatan Pertahanan Awam, jabatan serta agensi yang terlibat bagi Daerah Beaufort dan Sipitang yang telah membuktikan bahawa amanah kepada rakyat bukan sekadar kata, tetapi dizahirkan melalui tindakan.

Dalam meneliti kerekahan jalan yang kian besar dan runtuhan sungai menghakis tebing harapan di Kampung Tuhu Lupak, Beaufort, Kampung Luagan Sanginan, Beaufort, Kampung Tanjung Nipis, Kampung Meritam, Kampung PMP Baru, Sipitang dan beberapa kawasan lagi dan dengan kehadiran semua pihak menjadi pelindung kepada keresahan penduduk.

Di saat alam menguji ketahanan prasarana, tangan-tangan prihatin ini tampil memastikan keselamatan rakyat tidak terabaikan. Mudah-mudahan langkah segera berkesan dapat digerakkan agar bahaya tidak mendahului ikhtiar dan rasa aman kembali bernaung di setiap laluan dan perkampungan. Semoga kerjasama yang terjalin ini menjadi benih penyelesaian yang subur, menubuhkan kesejahteraan bersama demi kelangsungan hidup rakyat yang sentiasa dijunjung.

draft • 5:50 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, Sipitang berharap sungguh agar segala apa yang disuarakan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya seperti pantun popular di tanah seberang.

Ubur-ubur ikan lele, Kita pun sudah tegur berkali-kali. Janganlah juga seperti lagu mereka, Tabola Bale, semua ditolak balik-balik ke sana- sini hanya semata-mata untuk mengelak daripada kebertanggungjawaban.

Kita semua di Dewan ini, baik di sebelah sini mahupun di seberang sana adalah penyambung lidah rakyat. Kata pujangga ada menyebutkan, “Jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak”.

Justeru, sebagai wakil rakyat kita harus merakyatkan dan sanggup berkorban biarpun terpaksa membakar diri seperti lilin demi memberi cahaya kepada orang lain seperti rangkap pertama lagu Biar Aku Menjadi Lilin oleh Kumpulan Pelangi...

“Biarku menjadi lilin, Memberikan cahaya, Terangi sekeliling dengan diri terbakar, Tak siapa yang sedar, Di saat kegelapan rela aku berkorban, Demi satu harapan.” Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sipitang. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 5:50 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan menyampaikan Titah Diraja sempena pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas. Titah tersebut bukan sekadar istiadat pembukaan, tetapi merupakan amanat tertinggi ketua negara yang mesti dijunjung, dihayati dan diterjemahkan melalui tindakan oleh kerajaan dan seluruh ahli Dewan yang mulia ini.

Sebagai Ahli Parlimen pembangkang daripada Perikatan Nasional, saya berdiri di Dewan ini dengan penuh tanggungjawab untuk menyokong segala perkara yang benar dan baik serta menegur secara tegas tetapi beradab apabila berlaku penyimpangan daripada prinsip perlembagaan, tadbir urus yang baik dan keadilan kepada rakyat.

draft • 5:59 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Tuan Yang di-Pertua, antara perkara yang semakin mendapat perhatian rakyat dan sering dibangkitkan dalam wacana reformasi politik adalah cadangan mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal.

draft • 5:59 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Perikatan Nasional berpandangan bahawa cadangan ini wajar dibahaskan secara serius dan bukan sekadar dijadikan slogan politik semata-mata. Perlu kita ingat bahawa menurut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Yang di-Pertuan Agong mendapat kepercayaan majoriti.

Perlembagaan pada masa ini tidak meletakkan had penggal. Oleh itu, jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, maka ia mestilah dilakukan melalui pemindaan perlembagaan yang telus, menyeluruh dan tidak sifat selektif. PN menyokong prinsip mengelakkan penumpuan kuasa yang terlalu lama. Namun, kami ingin mengingatkan bahawa mengehadkan penggal sahaja tidak mencukupi jika kuasa eksekutif terus mendominasi institusi lain.

Bukan sahaja dilihat kepada mengehadkan kepada tempoh penggal Perdana Menteri tetapi menetapkan juga Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan Menteri Kewangan. Sebagai mengimbangi kuasa Perdana Menteri, reformasi sebenar mesti memperkukuhkan Parlimen, memastikan kebebasan kehakiman serta menjamin autonomi institusi pendakwaan iaitu dengan memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Jika tidak, had dua penggal hanya akan menjadi kosmetik politik yang tidak mengubah budaya kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Diraja turut menekankan keperluan integriti, keadilan dan kedaulatan undang-undang. Namun, di sinilah timbul keresahan rakyat apabila melihat bagaimana kes-kes rasuah berprofil tinggi yang melibatkan kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia yang juga telah mengecewakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Amalan rasuah mestilah diperang habis-habisan dengan penuh integriti supaya tidak timbul isu persepsi dois than that, menyiasat dengan tegas tanpa mengira pangkat atau kedudukan seseorang. Jika tidak, amalan rasuah akan menjadi semakin berleluasa dan ini adalah sesuatu yang amat berbahaya kepada negara.

Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang. Prinsip ini tidak boleh dipilih-pilih.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Undang-undang tidak boleh menjadi keras kepada yang lemah tetapi lunak kepada yang berkuasa. Perikatan Nasional ingin menyatakan secara tegas tetapi beradab.

Selagi pendakwaan dilihat tidak konsisten, selagi kes tertentu dilayan dengan alasan dan penangguhan yang luar biasa, selagi itulah rakyat akan terus hilang kepercayaan. Kerajaan tidak boleh menuntut keyakinan rakyat jika pada masa yang sama gagal menunjukkan keberanian politik untuk membenarkan undang-undang berjalan tanpa campur tangan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Titah Diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku turut menyentuh soal perpaduan dan keharmonian negara. Dalam konteks ini, Merbok ingin menegaskan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan tonggak kepada perpaduan negara seperti yang termaktub secara jelas dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam konteks ini, kedudukan bahasa Melayu bukan sekadar medium komunikasi tetapi instrumen membina negara dan bangsa, penyatuan masyarakat majmuk dan membentuk jati diri generasi muda. Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan yang berperanan menyatukan pelajar daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan sosioekonomi yang berbeza. Sekolah merupakan ruang paling awal dan penting untuk membina kefahaman bersama sebagai rakyat Malaysia.

Penggunaan satu bahasa pengantar utama membolehkan interaksi merentas budaya berlaku secara semula jadi sekali gus mengukuhkan integrasi nasional.

Kegagalan menegakkan peranan ini berisiko melahirkan generasi yang terpisah dari segi bahasa, pemikiran dan identiti kebangsaan. Penguasaan bahasa Melayu yang kukuh amat penting bagi memastikan akses saksama kepada peluang pendidikan, perkhidmatan awam dan mobiliti sosial.

Bahasa ini merupakan bahasa rasmi pentadbiran, perundangan dan institusi kerajaan. Isu yang sering dibangkitkan ialah keperluan menguasai bahasa asing khususnya bahasa Inggeris dalam menghadapi persaingan global. Namun, keperluan ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama pendidikan. Banyak negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Perancis mengekalkan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar utama sambil memperkukuhkan penguasaan bahasa asing secara sistematik. Ini membuktikan bahawa kemajuan ilmu dan daya saing global tidak bercanggah dengan pemerkasaan bahasa kebangsaan.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Kelemahan pelaksanaan dasar bahasa dalam pendidikan berpunca daripada tidak konsistennya kerajaan dalam melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Tekanan pasaran pekerjaan dan kecenderungan mengutamakan sekolah aliran tertentu tanpa kerangka perpaduan yang jelas. Dasar yang berubah-ubah telah menjejaskan mutu pengajaran bahasa Melayu dan mengelirukan pendidik serta ibu bapa.

Sebagai alternatif, Perikatan Nasional menegaskan keperluan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua aliran pendidikan kebangsaan termasuk pendidikan tinggi awam tanpa menafikan kepentingan penguasaan bahasa lain. Latihan guru, pembangunan bahan ilmiah berkualiti tinggi dalam bahasa Melayu dan penyelidikan ilmu dalam bahasa kebangsaan perlu diperkasakan secara serius. Pada masa yang sama, pengajaran bahasa Inggeris dan bahasa lain harus diperkukuhkan melalui pendekatan pedagogi yang berkesan, bukan melalui penggantian peranan bahasa Melayu.

Kesimpulannya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan bukan isu perkauman atau nostalgia sejarah tetapi isu perpaduan, keadilan sosial dan kedaulatan negara. Kegagalan mempertahankannya akan melemahkan asas pembinaan negara bangsa. Oleh itu, komitmen politik yang tegas dan dasar pendidikan yang konsisten amat diperlukan bagi memastikan bahasa Melayu terus menjadi wahana ilmu, perpaduan dan kemajuan negara.

Ia adalah bahasa penyatuan rakyat berbilang kaum. PN memandang serius apa yang telah dititahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku iaitu “kalau ada yang tidak terima Bahasa Melayu lebih baik jangan duduk di Malaysia.” Kecenderungan sebahagian pihak yang seolah-olah memandang rendah penggunaan bahasa Melayu dalam urusan-urusan rasmi dalam sistem pendidikan kebangsaan dan sektor korporat adalah tidak boleh diterima sama sekali. Tidak dinafikan, menguasai bahasa asing satu keperluan global dan satu kelebihan. Tapi martabatkanlah bahasa Melayu adalah satu kewajipan perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang pertumbuhan ekonomi iaitu Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Kerajaan sering membentangkan angka pertumbuhan dan pelaburan yang kelihatan positif. Namun, rakyat bertanya di manakah kesannya daripada kehidupan seharian mereka. Hakikatnya, kos sara hidup harian terus meningkat saban hari tanpa belas kasihan dan rakyat terhimpit dengan keadaan ini.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Ini menuntut dasar ekonomi yang adil, seimbang dan inklusif. Pertumbuhan ekonomi tidak hanya boleh tertumpu kepada kelompok tertentu atau wilayah tertentu sahaja. Manakala, majoriti rakyat terus bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku mahu melihat Rancangan Ketiga Belas ini, kerajaan mestilah memberikan tumpuan kepada agenda kesejahteraan rakyat terutamanya dalam bidang pendidikan, perumahan, kesihatan dan pengangkutan awam.

Merbok juga ingin menegaskan bahawa ekonomi negara mestilah dipacu oleh pengukuhan sektor domestik perusahaan kecil dan sederhana, pertanian dan keselamatan makanan. Kebergantungan berlebihan kepada pelabur asing— pelaburan asing tanpa memperkasa ekonomi tempatan hanya menjadikan ekonomi negara rapuh dan dasar cukai— percukaian dan rasionalisasi subsidi pula mestilah dilaksanakan secara berperingkat dan berperikemanusiaan. Bukan secara mengejut yang akhirnya menekan rakyat.

Dalam Titah Diraja, Keduli Yang Maha Mulia Tuanku juga menyentuh mengenai keselamatan siber. Ancaman moden terhadap keselamatan digital kini bukan lagi bersifat teknikal semata-mata tetapi telah berkembang menjadi ancaman strategik yang memberi kesan langsung kepada kestabilan sosial, integriti institusi dan keselamatan negara. Dalam era pendigitalan menyeluruh, maklumat telah menjadi senjata dan teknologi disalah guna menjadi alat manipulasi.

Pertama, dari sudut keselamatan digital, negara berdepan pendekatan ketara serangan siber seperti penggodaman data peribadi, pencerobohan sistem kerajaan, serangan ransomware dan kecurian identiti. Infrastruktur kritikal negara seperti sistem kewangan, kesihatan, tenaga dan keselamatan awam semakin terdedah kepada serangan siber rentas sempadan yang sukar dikesan. Lebih membimbangkan, kebergantungan tinggi kepada sistem digital tanpa kawalan keselamatan siber yang menyeluruh membuka ruang kepada sindiket jenayah terancang untuk menjejaskan kedaulatan digital negara.

Kedua, kemunculan teknologi deepfake merupakan ancaman terbaharu yang lebih kompleks dan berbahaya. Deepfake menggunakan kecerdasan buatan untuk memalsukan imej, suara dan video sehingga sukar dibezakan daripada yang sebenar. Teknologi ini telah membuka ruang luas kepada penipuan kewangan, pemerasan, sabotaj reputasi dan manipulasi politik.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Lebih serius, teknologi deepfake berpotensi digunakan sebagai alat perang iaitu information warfare. Negara yang lemah dari segi kawal selia literasi digital dan keupayaan pengesanan teknologi akan menjadi sasaran mudah operasi psikologi oleh kuasa asing. Ini bukan sekadar isu teknologi tetapi keselamatan negara yang memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan undang-undang, keselamatan, pendidikan dan etika.

Rang undang-undang dan dasar sedia ada belum cukup tangkas untuk menangani ancaman teknologi yang berkembang pantas. Penguatkuasaan lemah, koordinasi antara agensi tidak mantap dan kesedaran awam yang masih rendah.

Sebagai alternatif, Perikatan Nasional mencadangkan pendekatan keselamatan digital bersepadu yang berteraskan kedaulatan digital negara. Ini termasuk memperkasakan agensi keselamatan siber negara dengan mandat yang jelas, pembangunan undang-undang khusus berkaitan deepfake dan manipulasi AI serta kerjasama di antara kerajaan, sektor swasta dan institusi akademik.

draft • 6:00 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Literasi digital dan etika teknologi perlu dijadikan agenda nasional. Bermula dari sistem pendidikan sehinggalah ke peringkat masyarakat umum. Kesimpulannya, ancaman keselamatan digital, krisis integriti maklumat dan penyalahgunaan teknologi deepfake merupakan cabaran pada abad ke-21 yang tidak boleh dipandang ringan.

Kegagalan menanganinya secara tegas dan berprinsip bukan sahaja mendedahkan rakyat kepada penipuan dan kekeliruan tetapi turut mengancam keselamatan sosial, kestabilan politik dan kedaulatan negara. Negara memerlukan kepimpinan yang berwawasan, berani dan berpaksikan nilai untuk memastikan teknologi menjadi alat kemajuan, bukan senjata pemusnah kepercayaan dan keamanan.

Tuan Yang di-Pertua akhirnya, Perikatan Nasional ingin menegaskan bahawa kestabilan politik, integriti institusi dan keyakinan rakyat adalah asas kepada kemakmuran negara. Reformasi tidak boleh bersifat terpilih. Undang-undang tidak boleh tunduk kepada kuasa. Perlembagaan tidak boleh ditafsir mengikut selera politik semasa.

Sebagai penutup, kami menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan penuh hikmah dan peringatan. Titah tersebut seharusnya menjadi cermin kepada kerajaan untuk menilai diri, bukan sekadar teks untuk dibaca setiap awal penggal.

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang yang tegas, berfakta dan berprinsip. Kami akan menyokong apa yang benar, menegur apa yang salah dan mempertahankan perlembagaan serta kepentingan rakyat tanpa rasa gentar. Akhir kata, marilah kita bersama-sama mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sentiasa dikurniakan kesihatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam memayungi negara tercinta ini. Menjunjung kasih Tuanku. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 6:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dan saya merakamkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas Titah Tuanku yang menuntut negara memerangi rasuah secara besar-besaran tanpa mengira pangkat dan mempercepatkan siasatan dan pendakwaan serta mengukuhkan integriti institusi.

Ini termasuk cadangan laluan khas di mahkamah agar kes rasuah dapat diselesaikan dengan segera. Dalam masa yang sama Baginda Tuanku mengingatkan kita tentang cabaran moden seperti keselamatan digital dan ancaman deepfake serta keperluan memelihara perpaduan negara melalui pengukuhan pendidikan yang berteraskan Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana bahasa Melayu menjadi bahasa utama dan termasuk juga pemahaman sejarah Malaysia.

Maka, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menterjemahkan peringatan dan saranan Baginda Tuanku kepada tindakan yang nyata dan yang benar-benar dirasai oleh rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu di kawasan saya terlebih dahulu iaitu tentang penyelesaian isu banjir yang saban tahun rakyat terdedah dengan banjir. Janji kerajaan untuk menyiapkan tebatan banjir tahun 2030 ataupun 2029, 2030 dan sehingga hari ini belum lagi ada pembinaan tebatan banjir terutama fasa 2 yang melibatkan Parlimen saya di Rantau Panjang. Dan sudah tentu ia memberi kesan yang sangat besar kepada penduduk, kerugian harta benda, hasil pertanian, perniagaan dan sebagainya dan sudah tentu tidak memadai dengan bantuan wang ihsan RM1,000 bagi setiap keluarga.

draft • 6:11 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Jadi, saya ingin tahu apakah penyelesaian kerajaan sebelum mencapai 2030? Sekarang baru 2026, rakyat terus berdepan dengan kerugian. Jadi, saya ingin tahu penjelasan, apakah penyelesaian jangka pendek dan jangka sederhana supaya beban banjir ini tidak terus menghantui penduduk, terutama di kawasan yang berisiko?

Yang ke seterusnya, saya ingin menyentuh tentang isu LPT3 yang mana sudah lebih dua dekad kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan Lebuhraya Pantai Timur 3 ini. Yang mana disambung untuk disambungkan ke negeri Kelantan. Sampai hari ini tidak menjadi kenyataan dan kelewatan yang berterusan ini seolah-olah menafikan hak rakyat Kelantan untuk mendapat akses lebuh raya sebagaimana negeri lain yang mana Kelantan satu-satunya negeri di Malaysia, di Semenanjung yang tidak ada penghubung lebuh raya dengan ibu negara. Jadi, saya ingin penjelasan, apakah status terkini tentang LPT3 dan bilakah dia akan dilaksanakan?

Saya ingin juga menyentuh berkenaan dengan sambungan ECRL ke Rantau Panjang yang mana sebagaimana kita tahu Rantau Panjang merupakan pintu masuk utama untuk perdagangan dan pelancongan antara Malaysia dan Thai. Jadi, yang sebelum ini juga janji Perdana Menteri untuk mengusahakan— untuk mengemukakan supaya sambungan ini berterusan ke Rantau Panjang.

Begitu juga Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan dalam sidang DUN Kelantan memohon agar ECRL ini sambung ke Rantau Panjang. Jadi, saya ingin penjelasan, apakah status terkini dan bilakah perkara ini akan dimuktamadkan kerana ini amat penting untuk penjanaan ekonomi sempadan dan rakyat terutama di Pantai Timur?

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih di atas komitmen Kementerian Pengangkutan untuk menyambung semula laluan semula kereta api antara Pasir Mas dan Rantau Panjang. Tetapi isu yang berbangkit ialah ramai terutama penyewa- penyewa tanah yang menyewa tanah kereta api ini, apakah mereka akan diberi pampasan? Mereka telah menyewa dengan pihak kereta api sekian lama dan apabila mereka diarahkan berpindah, surat yang diarahkan— mereka telah menerima surat arahan sehingga pertengahan tahun 2026 untuk berpindah. Dan sudah tentu ini memberi kesan terutama pada golongan B40.

Jadi, saya ingin mencadangkan agar dipertimbangkan bayaran pampasan terutama kepada penduduk-penduduk yang menjadi penyewa yang sekian lama di

draft • 6:11 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

tanah kereta api apabila projek ini dilaksanakan supaya mereka dapat berpindah ke tempat lain. Dan sudah tentu kos pemindahan itu memerlukan kos yang tinggi.

Dan saya ingin tahu juga, adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan laluan kereta api dua hala? Sebab kita tengok laluan kereta api yang sedia ada ini hanya satu hala. Dan sudah tentulah kalau dia benar-benar untuk memberi impak yang besar supaya laluan kereta api ini seiring dengan pembangunan ECRL. Jadi, saya ingin penjelasan tentang isu ini.

Begitu juga tentang projek halal hab di Pasir Mas, Rantau Panjang yang tidak mempunyai infra yang mencukupi, sedangkan ia adalah kawasan yang sangat strategik untuk pembangunan ekonomi sempadan. Jadi, kemudahan kargo, logistik dan sebagainya, begitu juga kemudahan lebuh raya yang mencukupi. Jadi, saya ingin tahu, apakah usaha yang dibuat oleh kementerian dan agensi yang berkaitan untuk menyediakan infrastruktur yang asas yang melengkap untuk memacu ekonomi terutama yang melibatkan hab halal di Rantau Panjang ini supaya sekali gus menjana ekonomi penduduk di sempadan.

Saya ingin tahu penjelasan juga berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat iaitu berkaitan dengan kos hidup yang semakin sempit dalam keadaan yang mana harga barang semakin mahal. Kerajaan menyebutkan bahawa kadar inflasi semakin rendah dan terkawal. Dan kita lihat bagaimana pada tahun 2024, kadar inflasi 1.8 peratus dan tahun 2025, turun 1.4 peratus.

Namun, hakikatnya rakyat berdepan dengan keperluan asas yang semakin tinggi setiap tahun. Dan kita melihat empat negeri yang mencatat inflasi yang lebih tinggi daripada purata nasional iaitu antara 1.6 peratus hingga 1.9 peratus iaitu Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Dan sudah tentulah ini memberi kesan yang besar terutama penduduk bandar, wujudnya kemiskinan bandar yang semakin meningkat dan beban di mana beban hidup mereka tidak mampu untuk ditampung oleh pendapatan harian mereka.

Ada yang terpaksa melaksanakan kerja, dua kerja, tiga kerja sehari. Begitu juga ada ibu bapa yang terpaksa memilih antara membeli makanan yang berkualiti ataupun menjimat wang kerana kos hidup ataupun bayar bil, sewa rumah dan sebagainya.

Jadi, saya ingin tahu, apakah penyelesaian kerajaan dalam berdepan dengan isu ini supaya nikmat yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Dewan ini, nikmat bagaimana dikatakan bahawa ekonomi kita semakin stabil sedangkan rakyat tidak merasai nikmat peningkatan ekonomi? Malah, hidup semakin

draft • 6:11 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

terbeban dan kesannya cukup besar akan menjejaskan kesejahteraan keluarga. Apa yang malang lagi apabila boleh menyebabkan keruntuhan institusi keluarga.

Ada rakyat yang terpaksa membeli keperluan hidup melalui hutang. Malah, hutang isi rumah rakyat Malaysia di antara yang tertinggi di rantau ini. Lebih daripada 80 peratus daripada KDNK anggaran hutang isi rumah rakyat Malaysia yang mana nilainya melebihi RM1.5 trilion. Jadi, rakyat kita membiayai kehidupan mereka— ada yang membiayai kehidupan mereka dengan pinjaman, bukan dengan pendapatan bersih. Hutang rumah meningkat. Rumah yang dikatakan mampu milik, sebenar- benarnya tidak mampu milik.

draft • 6:11 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Pendapatan tidak seiring dengan kenaikan kos sewa, kos makanan, kos pengangkutan. Kesannya, sebahagian gaji mereka adalah tujuan untuk melunaskan hutang termasuk pinjaman peribadi, kad kredit, hutang kereta dan sebagainya. Dan apa lagi yang paling menyedihkan kita kesannya adalah kepada pendidikan anak- anak, kestabilan institusi keluarga.

Kita tak mahu krisis ekonomi ini akan menjadi, membawa kepada krisis sosial yang sudah memberi tekanan kepada kehidupan akhirnya hancur sebuah kehidupan dan rumah tangga. Begitu juga saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu keselamatan digital yang disebut oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan banyak disebut oleh rakan-rakan yang lain, yang mana ancaman penipuan moden hari ini.

Jadi, kita harap supaya perkara ini diambil perhatian serius oleh kerajaan, terutama ancaman keselamatan digital, penipuan dalam talian dan sebagainya. Dan menurut laporan Utusan Malaysia pada 18 Januari 2026, jumlah kes jenayah komersial melonjak daripada tahun 2024, 1,095 kes kepada 2,010 kes pada tahun 2025.

Ini melibatkan pelbagai penubuhan termasuk Macau Scam, penipuan e- dagang, penipuan kerja sambilan dalam talian, penipuan pelaburan dan sebagainya.

Apakah kelompongan dan cabaran sebenar dalam memperkasakan langkah keselamatan digital yang sedia ada sehingga kerugian terus meningkat walaupun pelbagai inisiatif telah dibuat, tetapi rakyat terus menerima beban ini.

Begitu juga penyalahgunaan teknologi AI dan deepfake yang mana teknologi ini telah menunjukkan bagaimana boleh dieksploitasikan. Sejauh mana Akta Komunikasi dan Multimedia berjaya menangani isu-isu yang seumpama ini? Apakah langkah dan usaha kerajaan dalam melindungi rakyat daripada menjadi mangsa imej

draft • 6:20 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

AI yang palsu ini? Apa jaminan bahawa platform dan pembangunan AI ini tidak mengulangi skandal Grok dan bila undang-undang khusus yang benar-benar komprehensif untuk melindungi mangsa agar tidak— pihak berkuasa ini dapat bertindak pantas dalam menangani isu seumpama ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal, di mana kita semua tahu jawatan ini adalah satu amanah. Apakah tujuan sebenar cadangan mengehadkan jawatan Perdana Menteri ini kepada dua penggal? Kalau seorang Perdana Menteri itu baik, berintegriti, bagus pentadbiran tidak menjadi halangan untuk terus mentadbir jika lebih daripada dua penggal.

Tetapi jika seorang itu gagal, isu negara tidak diselesaikan, masalah negara semakin parah, kos hidup semakin meningkat, kedaulatan negara tergugat, satu penggal pun rakyat tak sanggup di bawah kepimpinannya. Mengapa kerajaan tidak mencadangkan supaya Perdana Menteri ini tidak memegang jawatan Menteri Kewangan sebagaimana pernah dijanjikan dalam manifesto sebelum ini. Pemusatan kuasa politik dan kewangan pada satu individu jelas berisiko kepada urus tadbir negara. Apakah reformasi ini hanya untuk rakyat atau untuk mengekalkan Perdana Menteri berkuasa?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkaitan dengan isu perpaduan nasional dan hubungan berkaitan dengan hubungan antara Persekutuan dan negeri.

Kita sangat berterima kasih di atas kepedulian Tuanku mengingatkan semua Ahli- ahli Yang Berhormat agar tidak menimbulkan ketegangan antara wilayah.

Semua pihak hendaklah menghormati hak negeri dan mengutamakan kepentingan Malaysia secara bersama. Isu MA63, isu hubungan Persekutuan dan negeri perlu ditangani secara matang, berfakta berasaskan rundingan dan bukan dijadikan modal politik yang boleh memecahbelahkan rakyat. Penubuhan Jawatankuasa Tetap di Parlimen bagi memantau pelaksanaan komitmen ini.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Rantau Panjang.

draft • 6:20 PM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Wajar dipertimbangkan. Tuan Yang di-Pertua...

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:20 PM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Akhir sekali...

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Rantau Panjang.

draft • 6:20 PM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya. Saya masa dah habis, sikit saja, satu lagi ya. Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih di atas apa yang Titah Tuanku...

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Rantau Panjang.

draft • 6:20 PM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Tentang menjadikan bahasa Malaysia— Minta maaf saya dah habis masa.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak bagi laluan.

draft • 6:20 PM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya nak gulung dah. Saya menjunjung kasih di atas Titah Tuanku menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa utama yang wajib diterima dan bagaimana Laporan UNESCO 2025, menunjukkan bahawa negara yang mengekalkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan pentadbiran mempunyai tahap kestabilan sosial dan identiti nasional yang lebih kukuh. Jadi, kita menyambut baik tentang usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan bagaimana pelancaran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035.

Namun perancangan dan strategi ini mestilah disokong oleh pelaksanaan yang inklusif supaya sumber yang mencukupi, konsisten dan berterusan semua pihak kepentingan. Hal ini masih banyak lagi jurang kesaksamaan antara bandar dan luar bandar. Ada sekolah daif, ada sekolah yang tidak ada elektrik, ada lagi sekolah- sekolah yang memerlukan infra yang mencukupi. Jadi, saya harap perkara ini dipertimbangkan sebelum dasar ini dilaksanakan.

Dan akhir sekali berkaitan dengan isu kandang babi di Selangor. Saya ingin tahu, bagaimana Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menjalankan penilaian risiko kumulatif terhadap kawalan air sungai dan apakah kajian telah dibuat tentang Impak Alam Sekeliling (EIA) termasuk juga Penilaian Impak Sosial (SIA) dan penilaian hidrologi terhadap isu memandangkan Bukit Tagar merupakan aset air strategik bagi negeri Selangor.

Dan adakah KPKT melalui agensi PLANMalaysia telah menilai kesesuaian guna tanah bagi projek MPF di Bukit Tagar ini supaya perancangan ini tidak memberi kesan pengaruh kepada bekalan air kepada rakyat seluruhnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung Titah Tuanku.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

draft • 6:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Timbalan Speaker. Saya bagi laluan kepada Jelutong. Tadi Rantau Panjang tak bagi.

draft • 6:26 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya juga menjunjung Titah Tuanku apabila Tuanku bertitah kelmarin bahawa kita sebagai negara Malaysia tidak perlu membangkitkan isu-isu polemik untuk menimbulkan ketegangan di antara wilayah.

Sesungguhnya kewibawaan Tuanku di atas perkara ini adalah sesuatu yang perlu dijunjung. Sebagai rakyat Pulau Pinang, Ahli Parlimen Pulau Pinang saya menggunakan kesempatan ini Yang Berhormat Kampar terima kasih di atas peluang diberikan untuk menasihatkan kepada Menteri Besar Kedah supaya tidak menggunakan pertikaian wilayah Kedah dan Pulau Pinang untuk tujuan politik.

Kita perlu mengamati Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa Kedah dan Pulau Pinang adalah negeri-negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia. Terima kasih Kampar di atas peluang.

draft • 6:26 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Jelutong. Saya masukkan ucapan Jelutong ke dalam perbahasan saya. Timbalan Speaker, saya berdiri di Dewan mulia ini untuk menyokong Usul Menjunjung Kasih ke atas Titah Diraja Seri Paduka Baginda telah menzahirkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap barah rasuah yang masih berleluasa. Baginda menegaskan bahawa apa yang kita nampak hari ini hanyalah the tip of the iceberg ataupun sekelumit daripada gunung rasuah yang sebenar.

Kerajaan MADANI menyahut seruan ini dengan penuh tegas, kita tidak akan membiarkan integriti negara tergadai sebagaimana Titah Baginda. Pihak SPRM mestilah bertindak tanpa mengira pangkat, kita adalah kerajaan yang berani memburu perasuah sehingga ke akar umbi demi memastikan dana awam tidak diselewengkan oleh pengkhianat negara.

Timbalan Speaker, seterusnya marilah kita lihat naratif kejayaan ekonomi negara. Seri Paduka Baginda memuji pertumbuhan positif 4.7 peratus serta kadar inflasi dan pengangguran yang kekal rendah. Hari ini saya ingin mengumumkan di sini bahawa Ringgit Malaysia telah mengukuh ke paras RM4.05 berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat.

Dulu semasa Ringgit merudum pembangkang kuat bawa isu ini. Tapi hari ini mereka senyap saja. Ini adalah pencapaian tertinggi dalam tempoh tujuh tahun membuktikan dunia sekarang kembali percayai pengurusan kewangan Malaysia di

draft • 6:26 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

bawah Kerajaan MADANI. Kepercayaan ini diterjemahkan melalui pelaburan AI yang mencurah-curah masuk.

Malaysia kini menjadi pemain utama dalam peta teknologi global. Pelaburan AI bukan saja mengukuhkan sektor digital, malah akan memacu Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang memberikan tumpuan kepada pendidikan dan kesejahteraan rakyat. Inilah hasil daripada kestabilan politik, pelabur tidak datang ke negara yang huru-hara. Mereka datang kerana Malaysia di bawah Kerajaan MADANI menawarkan kepastian, ketelusan dan visi masa depan yang jelas.

Timbalan Speaker, kita harus jujur kepada rakyat. Kerajaan MADANI tidak mengambil alih sebuah rumah yang bersih tetapi sebuah rumah yang sarat dengan bebanan. Kita mewarisi hutang dan liabiliti negara yang mencecah RM1.5 trilion.

Namun kita tidak menggunakan alasan ini untuk berpeluk tubuh. Kerajaan MADANI bertindak secara bertanggungjawab melalui disiplin fiskal yang ketat.

Pertama, kita laksanakan subsidi bersasar agar bantuan hanya sampai ke golongan yang benar-benar memerlukan.

draft • 6:26 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Yang kedua, kita kurangkan defisit negara secara berfasa untuk memastikan hutang tidak membebankan generasi akan datang. Berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu melaungkan janji-janji populist tanpa menyatakan dari mana sumber kewangannya. Kerajaan MADANI memilih jalan yang sukar tetapi benar demi kelestarian ekonomi negara.

[Tepuk] Timbalan Speaker, bagaimana pula dengan keadaan di sebelah sana di saat rakyat memerlukan kestabilan? Pihak pembangkang terus hanyut dalam krisis dalaman yang memalukan. Lihat sahaja kemelut di Perlis. Kegagalan mereka mengurus pelantikan Menteri Besar menunjukkan betapa rapuhnya muafakat mereka.

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.

draft • 6:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Namun, itu hanyalah permulaan. Sekarang kita lihat lagi satu lagi drama politik yang mereka sendiri tak boleh sepakat mengenai jawatan presiden gabungan parti mereka sendiri. Malah, saya kedengaran khabar angin bahawa presiden baharu yang tak tahu siapa, yang bakal dilantik mungkin akan menukar Ketua Pembangkang di Dewan ini. Pergeseran kuasa dan tikam- menikam ini membuktikan satu perkara. Pembangkang langsung tidak layak untuk mentadbir negara.

[Tepuk]

draft • 6:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Timbalan Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya lontar serangkap pantun.

*Kapal berlayar di laut tenang, Nakhoda silir berganti haluan, Kalau nakhoda sendiri pun sedang berperang, Janganlah harap rakyat nak beri kepercayaan.

[Tepuk]*

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Kapar.

draft • 6:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya?

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak tanya soalan.

Ada kenyataan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dalam satu perjumpaan di antara Pemimpin-pemimpin BERSATU Johor Bahru.

Beliau mendakwa ada seorang lagi mantan Perdana Menteri yang telah mencuri wang parti dan ini menjadi perkara-perkara yang dibualkan dalam media sosial.

Sehingga hari ini, mantan Perdana Menteri yang dituduh mencuri wang itu tidak membuat sebarang tuntutan menyaman fitnah seorang lagi mantan Perdana Menteri. Apakah pendapat Yang Berhormat berkenaan isu ini melibatkan rasuah yang berparah di negara kita?

draft • 6:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya. Saya rasa Pagoh bukan saja tak tahu menantu dia mana, ini dia pun tak berani nak jawab. Saya harap Pagoh kalau datang di Parlimen ini dia boleh jawablah soalan daripada Jelutong. Saya teruskan.

Jika menguruskan satu gabungan parti pun sudah kucar-kacir, bagaimana mereka mahu menguruskan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan pelbagai wilayah? Fokus pembangkang hanyalah pada kuasa dan kedudukan manakala rakyat terus ditinggalkan dengan retorik 3R yang memecahbelahkan.

Mereka bukanlah satu alternatif kepada negara tetapi merupakan ancaman kepada kestabilan yang kita sedang bina.

Malaysia kini diambang kegemilangan. Dengan Ringgit yang kukuh, pelaburan AI yang memuncak dan kepimpinan yang berintegriti. Kita sedang menuju ke arah masa depan yang cerah. Janganlah kita biarkan negara ini kembali ke zaman ketidakpastian seperti di bawah pimpinan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri.

Timbalan Speaker, saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada garis panduan baharu pusat media Parlimen yang bertarikh 19 Januari 2026. Ketetapan ini mewajibkan permohonan dua hari bekerja lebih awal serta melarang sama sekali temu bual secara spontan ataupun doorstep interview. Ini merupakan satu langkah

draft • 6:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

ke belakang yang jelas menyekat kebebasan media di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun pihak pentadbiran bersandarkan kepada Peraturan Mesyuarat 93 dan 94, tafsiran yang terlalu sempit ini sebenarnya melumpuhkan peranan wartawan sebagai semak dan imbang dalam Demokrasi Berparlimen. Dengan mengehadkan sidang media hanya kepada isu kepentingan awam dan urusan rasmi yang diluluskan sahaja, kita seolah-olah membina tembok...

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kampar, Kampar.

draft • 6:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Birokrasi yang menghalangkan ketelusan.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebelum Kampar pergi lebih jauh lagi Kampar, sebab tadi Kampar sebuat soal berkaitan dengan Perlis ini. Sebab di Perlis ini tebuk atap. Sebab dia biasa buat kerja tebok atap ini Jelutong.

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tidak menggunakan pembesar suara]

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jadi bila dah tak ada atap, dia dah tebuk, dia tebuk atap dia sendiri. Ha. Ini kawan makan kawan ke ataupun tak tahulah makan apa yang ini. Sebab dia tebok atap dia sendiri yang menyebabkan dia ada adakan demokrasi. Turun Anwar, jatuhkan Anwar. Tetapi Anwar tetap kekal sebagai Perdana Menteri dalam negara kita ini. Tetapi yang turun sebagai Menteri Besar adalah Menteri Besar daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Yang tebuk atap ini daripada PAS, yang turun pangkat, yang letak jawatan juga daripada PAS.

Apa pandangan daripada Kampar? Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 6:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya. Saya setujulah. Dulu tebuk atap, sekarang tak ada atap tebuk, tebuk atap sendiri. Saya masukkan ucapan, ucapan Hulu Langat ke dalam perbahasan saya. Okey. Saya nak, nak habiskan. Tinggal tiga minit. Okey.

Dengan mengehadkan sidang media hanya kepada isu kepentingan awam dan urusan rasmi yang diluluskan sahaja, kita seolah-olah membina tembok birokrasi yang menghalang ketelusan sedangkan media seharusnya diberi ruang untuk melaporkan dinamik politik tanah air tanpa kawalan ketat yang bersifat autoritarian.

Yang kedua, reformasi umur persekolahan dan penyelarasan peperiksaan.

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang cadangan kerajaan untuk menyelaraskan umur kemasukan Darjah 1 pada umur 6 tahun. Langkah ini, saya alu-alukan sebagai satu anjakan progresif yang selaras dengan amalan di negara maju seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Kanada. Ini penting bagi memastikan anak-anak

draft • 6:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

kita tidak ketinggalan dalam persaingan global sejak awal lagi. Walau bagaimanapun, satu reformasi yang jauh lebih kritikal adalah di peringkat menengah atas.

Timbalan Speaker, sistem kita hari ini bercelaru. Kita ada SPM pada umur 17, matrikulasi pada umur 18 dan STPM pada umur 19 tahun. Ketidaksamaan ini bukan sahaja mengelirukan, malah mencetuskan polemik mengenai keadilan akses ke universiti awam. Saya cadangkan agar satu peperiksaan standard ataupun peperiksaan pusat diwujudkan untuk semua pelajar pada umur 18 tahun, sekali gus menoktahkan kontroversi pengambilan IPTA buat selama-lamanya.

Kita lihat model satu dunia. Di Hong Kong ada HKDSE, Diploma of Secondary Education, umur 18. China Gaokao, umur 18. Perancis Baccalauréat, umur 18. Korea Selatan Suneung, umur 18. India, Indian Standard 12, umur 18. Peperiksaan antarabangsa, A Level dan IB, International Baccalaureate juga umur 18. Kesemua peperiksaan ini diduduki pada umur 18 tahun untuk kemasukan terus ke universiti.

Mengekalkan STPM sehingga umur 19 tahun adalah satu amalan yang lapuk ataupun outdated dan merugikan masa anak muda kita. Kita perlu reformasi segera agar sistem kita setaraf dengan dunia.

Dan terakhir, saya juga ingin menyentuh tentang pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini berkaitan syarat wajib Bahasa Melayu dan Sejarah SPM bagi sekolah swasta termasuk sekolah menengah persendirian Cina

(UEC), PM menyatakan bahawa dengan kaedah jalur ini, laluan mereka ke pendidikan tinggi tidak lagi harus menjadi kontroversi dan kita terima baik.

Timbalan Speaker, saya memohon bahawa satu pencerahan yang tuntas dan jujur daripada pihak kerajaan. Adakah kenyataan PM ini bermaksud kerajaan kini secara rasminya mengiktiraf Sijil UEC sebagai kelayakan sah untuk masuk ke universiti awam IPTA. Rakyat dan para pelajar ingin tahu, adakah dengan hanya mengambil dua subjek SPM tersebut, pemegang Sijil UEC kini sudah dianggap setaraf dengan lepasan STPM ataupun matrikulasi dalam sistem pengambilan IPTA?

Pencerahan ini amat penting bagi memastikan kata-kata, kita terima baik. Ini satu dasar pendidikan yang jelas, telus dan muktamad demi masa depan anak muda kita.

Sekian ucapan saya. Kampar menyokong.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft • 6:30 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Permatang Pauh untuk membahaskan Usul Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tengok berdasarkan laporan DOSM tahun lalu, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada penghujung Disember 2025, kos sara hidup di empat tempat ini memiliki mata indeks yang paling tinggi: Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan juga Pulau Pinang. Jadi, mata indeks ini melebihi negeri-negeri lain seperti Sarawak, Kelantan dan juga Kedah. Jadi soalan saya, apa perancangan kerajaan untuk membantu rakyat di empat negeri ini kerana tekanan kos sara hidup ini dia boleh memberikan banyak masalah perkara yang tidak baik?

Masalah mental, stres, keruntuhan rumah tangga, pengabaian tanggungjawab, masalah sosial, gelandangan dan macam-macam perkara yang lain lagi. Jadi, mohon respons daripada pihak kerajaan. Itu yang pertama.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini kalau kita tengok di negara kita ini juga banyak penyakit yang berpunca daripada haiwan iaitu risiko penyakit zoonotik dan juga ancaman rintangan antimikrob yang berpunca daripada interaksi manusia, haiwan dan alam sekitar.

draft • 6:38 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Jadi, persoalan saya berkaitan dengan isu kesihatan ini, apa peranan dan perancangan perkhidmatan veterinar dalam pendekatan one health dengan izin khususnya dalam usaha pencegahan penyakit kepada komuniti, bukan sekadar rawatan haiwan tapi sejauh mana tahap penyelarasan antara sektor kesihatan veterinar dan juga alam sekitar untuk menyediakan perlindungan kesihatan awam yang mampan, Dua.

Yang ketiga, saya nak sentuh sikit berkaitan dengan isu pengangkutan. Isu berkaitan dengan pemandu mabuk yang melanggar mangsa sehingga meninggal dunia. Jadi, isu ini menjadi perbualan di kalangan netizen, di kalangan rakyat. Jadi soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan undang-undang kepada pemandu mabuk yang melanggar mati orang yang tidak bersalah dengan hukuman yang jauh lebih berat daripada sekarang?

Adakah kerajaan akan menetapkan agar waris mangsa yang mati dilanggar ini boleh membuat tuntutan kewangan kepada pemabuk yang melanggar ini?

Sekiranya tidak dibuat, itu adalah satu ketidakadilan yang besar kepada mangsa dan

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

juga kepada keluarga mangsa. Jadi mohon pandangan daripada pihak kerajaan, adakah nak diadakan ataupun dibuat undang-undang berkaitan isu tersebut.

Saya juga nak bertanya kepada pihak kerajaan berkaitan dengan isu syarikat Rider Gate Sendirian Berhad yang dilantik menjadi agen kutipan JPJ. Baru-baru ini dikatakan mereka tidak mendapat sebarang kutipan ataupun komisen. Saya pelik, antara ejen kutipan JPJ yang ada sekarang ni, antaranya Pos Malaysia. Mereka mengutip, menjadi ejen kepada JPJ. Dan kalau kita lihat dalam dokumen Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2025, jelas dalam dokumen tersebut, Pos Malaysia boleh mengenakan cas perkhidmatan RM2 untuk satu transaksi di kaunter dan RM0.50 untuk transaksi atas talian. Kalaulah Pos Malaysia mengenakan cas, takkan syarikat ini tak kenakan cas?

Jadi, kita nak minta penjelasan daripada pihak kerajaan kerana syarikat yang mendapat tender ini adalah syarikat yang bermasalah dari sudut kewangan. Jadi kita mohon penjelasan daripada pihak kerajaan. Baik, itu yang ketiga.

Yang keempat, dalam ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong kelmarin, menyentuh berkaitan dengan sistem pendidikan Malaysia. Saya menjunjung penuh Titah Baginda Tuanku agar sebarang sistem yang mahu diiktiraf selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Saya mungkin bercanggah sikitlah dengan Yang Berhormat Kampar sebentar tadi kerana beliau mungkin menyokong UEC. Tapi saya juga ada pandangan sendiri yang mana saya merasakan UEC ini perlu dilihat dalam beberapa sudut. Antaranya kalau kita perhati tengok, UEC ini tidak diselia oleh Badan Peperiksaan Negara ataupun Peperiksaan Antarabangsa, sedangkan SPM itu diuruskan oleh Lembaga Pemeriksaan.

UEC dibangun oleh NGO, bukan badan berkanun. UEC ini juga tidak memenuhi syarat kurikulum kebangsaan dan bukan kurikulum antarabangsa. Dan yang paling menarik sekali, Akta Pendidikan 1996 tidak membenarkan UEC ini. Jadi, UEC bukan isu politik tapi dia isu perundangan dan kewarganegaraan. Jadi, saya mohon pandangan, pendirian daripada pihak kerajaan sepertimana yang dipohon oleh Yang Berhormat Kampar sebentar tadi.

Berkaitan dengan isu pendidikan ini juga kalau kita tengok perkhidmatan, ada satu perkhidmatan perpustakaan bergerak yang ada di seluruh negara hari ini. Kalau kita tengok bas-bas perpustakaan bergerak hari ini sangat uzur. Sama ada di jalan ataupun di pameran-pameran, sangat uzur dan ada yang tak bergerak, rosak dan sebagainya.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Jadi kita nak tanya, apa perancangan pihak kerajaan pusat dalam membantu perkara ini. Sebab kita umum projek mega banyak. Tetapi salah satu daripada sistem pendidikan kita ini adalah perpustakaan yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Malaysia. Jadi, untuk penyelenggaraan bas ini pun kita tidak ada dana. Jadi, saya mengharapkanlah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang amat cakna dengan isu pendidikan dalam negara ini dapat mengambil perhatianlah terhadap isu berkaitan dengan bas-bas di perpustakaan di seluruh negara ini. Empat.

Seterusnya yang kelima saya nak menyentuh sikit berkaitan dengan isu rasuah yang disebut oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku kelmarin. Jadi, kes berkaitan dengan Panglima Tentera ini kalau kita tengok dia menjadi satu signal sebenarnya dalam negara kita bahawa isu ini merebak begitu parah sekali.

Tindakan berat terhadap penerima rasuah ini perlu tetapi saya merasakan yang lebih utama sekali adalah tindakan kepada pemberi rasuah itu sendiri kerana ia perlu menjadi agenda kerajaan dalam membanteras gejala yang sangat jijik ini.

Jadi, saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk menggubal undang- undang bagi menetapkan hukuman yang sangat berat kepada pemberi, penerima dan yang penting juga adalah orang tengah. Kerana di dalam Islam, Nabi SAW pernah bersabda, [Membaca sepotong hadis] “Allah Taʼala laknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang perantaraan ataupun dalam bahasa lain, orang tengah itu sendiri”. Jadi, saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan hukuman yang lebih tinggi. Mungkin hukuman tersebut boleh membawa kepada peringkat penjara ataupun mungkinlah hukuman mati. Kalau dia berulang berkali-kali melakukan perkara tersebut. Sekiranya kita tak serius menghadapi isu rasuah ini, cuba bayang 10 tahun lagi apa nak jadi negara kita ini. Peringkat bawah sampai ke peringkat atas, semuanya terpalit dengan isu rasuah ini.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Sila.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, saya nak tahu sama ada Perikatan Nasional benar-benar serius dan komited melawan rasuah? Itu soalan pertama saya. Saya akan respons selepas Yang Berhormat.

Adakah Perikatan Nasional benar-benar serius untuk melawan gejala rasuah ataupun ini hanyalah sandiwara di Dewan Rakyat di khalayak orang ramai?

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Perikatan Nasional sebenarnya serius isu rasuah. Dan kalau kita nak bercakap tajuk rasuah ni, di belah sana pun banyak.

Saya tak minta ulasan eh sebab ni giliran saya. Nak bicara tentang terowong, itu pun banyak. Jadi, saya rasa tak perlu bincanglah isu itu.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau begitu...

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Saya tak bagi laluan.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau serius...

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Saya tak bagi laluan.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong, tak bagi laluan lagi.

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Cukuplah, saya dah respons cukuplah.

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Maksudnya...

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Saya dah respons, cukup.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sandiwara lah?

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Saya dah respons cukup. Terima kasih Jelutong. Yang itu pun tak faham. Baik, sambung. Jelutong potong, hilang. Baik. Jadi patah balik kepada tajuk. Adakah kerajaan mempunyai agenda untuk menetapkan hukuman yang jauh lebih berat kepada perasuah-perasuah ini? Sebab kita sayangkan negara. Kita tidak sayangkan perasuah, pemberi atau penerima. Tapi kita sayangkan negara. Negara boleh rosak sekiranya rasuah ini tidak dibanteras. Baik.

Yang keenam, saya nak sentuh sikit berkaitan dengan isu sambutan tahun baru yang baru ini kita tengok sangat menyedihkan. Banyak kita tengok dalam medsos dan sebagainya anak-anak muda ini bergelimpangan di pusat hiburan dan sebagainya akibat pengambilan alkohol. Cuma saya nak bertanya, adakah agensi kerajaan termasuk PDRM, PBT, KPDN, KKM ini ada polisi pemantauan ataupun mempunyai polisi melaksanakan operasi pemantauan dan penguatkuasaan sempena musim perayaan ataupun sambutan budaya importlah, Halloween dan

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

sebagainya khususnya bagi bendung penganjuran yang tidak bermoral ini? Dan adakah kerajaan serius untuk menangani isu ini dan memperkukuhkan jati diri anak muda, belia kita ini, insya-Allah. Baik, yang ketujuh, saya nak sentuh sikit berkaitan dengan isu LGBT yang disebut oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang sebentar tadi. Kita malu sebenarnya negara kita ini satu negara yang mengamalkan nilai ketimuran. Rukun Negara kita yang kelima kesopanan dan kesusilaan. Tapi kita malu dengan apa yang berlaku dengan penangkapan hampir lebih daripada 200 orang di tempat yang tak sepatutnya itu. Jadi, persoalan saya sekarang, apakah usaha kerajaan untuk memperkasakan kuasa penggubalan negeri dan memperkukuhkan peranan mahkamah syariah selari dengan kedudukan Islam dalam perlembagaan?

Adakah kerajaan mempunyai perancangan yang konkrit untuk menutup kelompangan perundangan, termasuk mempertimbangkan pinda Perlembagaan Persekutuan sekiranya perlu demi kepentingan awam dan keharmonian negara?

Dan saya juga nak bertanya apakah status RUU355? Adakah kerajaan nak menggerakkan ataupun nak ganti dengan pendekatan lain yang lebih berkesan dari sudut perundangan dan penguatkuasaan?

Dan apa perancangan kerajaan untuk menyekat akses aplikasi toksik yang menjadi platform penyebaran gejala songsang serta iklan-iklan lucah yang sekarang ini kalau kita tengok buka dalam Internet dia keluar, buka dalam Internet dia keluar.

Jadi, anak-anak muda pun, kanak-kanak pun melayari Internet. Jadi ini satu perkara yang sangat berbahayalah. Jadi apa pendekatan kerajaan terhadap isu ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya nak teruskan kepada isu tempatan sedikit. Saya nak mohon pada pihak kerajaan untuk memperhatikan lapan perkara yang berlaku di Permatang Pauh. Yang pertama, isu penduduk Kampung Bagan Serai. Kenapa pembinaan semula kawasan ini lewat? Adakah masalah dana ataupun masalah kelulusan merancang? Yang kedua berkaitan dengan Rumah Baru Bakat MADANI yang dibina oleh Skywall juga di Seberang Jaya. Adakah kerajaan akan meluluskan pelebaran jalan baru di beberapa hotspot bottleneck utama agar jalan tersebut tidak sesak? Dan apakah jalan alternatif yang dicadangkan untuk mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut bila pembangunan mula dimasuki oleh penduduk?

draft • 6:40 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Yang ketiga, saya mohon pada pihak kerajaan khususnya KKR untuk menyediakan ataupun meninggikan pembahagi jalan di Lebuhraya BKE yang berhadapan dengan Sunway Carnival Mall. Jalan itu sekarang ada dua jejantas tetapi

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

tidak digunakan. Penduduk dan juga warga asing serta pekerja kilang banyak melintas jalan, yang mana jalan tersebut sangat laju, kawasan lebuh raya. Jadi, saya mohon pihak kerajaan untuk meninggikan pembahagi jalan tersebut kerana telah berlaku kemalangan beberapa kali di kawasan tersebut.

Yang keempat, saya mohon berkaitan dengan penyelenggaraan Sungai Derhaka, Kampung Pertama di Permatang Pauh. Apa perkembangan terkini perkara tersebut, kerana hujung tahun selalunya banjir dan kawasan tersebut selalu dinaiki air.

Yang kelima, berkaitan dengan Kompleks Bazar Perdana. Saya aware telah ada cadangan yang dibentangkan. Jadi, apa status berkaitan dengan kompleks tersebut?

Yang keenam, berkaitan dengan hasrat penjaja di Pasar Awam Seberang Jaya. Mereka berhasrat untuk mendapatkan sebuah jambatan yang menghubungkan tapak parking dengan market tersebut untuk memudahkan pengunjung masuk ke tempat tersebut dan memudahkan untuk peniaga juga meletakkan barangan.

Yang ketujuh, sekarang ini di kawasan Penanti, ada kawasan industri. Jadi, di Bukit Suling dan juga, di Mengkuang Titi. Jadi, pembangunan ini pasti akan mengakibatkan kesesakan kawasan tersebut dan jalan-jalan di kawasan tersebut sudah lama tidak di-upgrade.

Jadi, penduduk sangat bimbang sekarang ini berkaitan dengan isu kesesakan, berkaitan dengan isu air sisa industri, isu banjir dan juga, isu berkaitan dengan warga asing yang mana asrama akan diwujudkan di sana. Jadi mohon, bagaimanakah kerjasama daripada kerajaan pusat untuk membantu agar penduduk- penduduk tidak tertekan dengan masalah yang timbul akibat pembangunan pesat ini.

Dan yang terakhir, berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan, Kementerian Pengangkutan, khususnya dipohon agensi penguat kuasa JPJ untuk mempertimbangkan penguatkuasaan pergerakan lori dan jentera berat khususnya, pada pukul 5.00 dan 8.00 pagi di sekitar Permatang Pauh, khususnya Jalan Kubang Semang ke Pekan Permatang Pauh dan Pekan Permatang Pauh ke roundabout Bukit Tengah kerana ia sesak khususnya waktu pagi, apatah lagi dengan bergeraknya lori-lori dan juga jentera berat.

Jadi, itu sebahagian daripada apa yang saya kongsikan hari ini. Cuma, yang terakhirlah, saya nak mohon pada sahabat saya, Yang Berhormat Jelutong, isu pajakan Pulau Pinang ini sebenarnya bukan...

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

30 saat.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih dua minit.

draft • 6:50 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Sudah lebih dua minit. Baiklah. Itu arahan Sultan Kedah. Wallahualam.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Permatang Pauh. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 21 Januari 2026.

draft • 6:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.53 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026