Dec032025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Vivian Wong Shir Yee, Sandakan.

draft • 10:00 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Puan Speaker, soalan Sandakan nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kementerian akan mempertimbangkan untuk menggantikan skim subsidi kerajaan sedia ada dengan bantuan sosial melalui MyKad, berikutan kejayaan pelaksanaan mekanisme agihan program SARA.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, program Sumbangan Asas RAHMAH atau SARA merupakan bantuan yang diberikan secara tanpa tunai dalam bentuk kredit melalui kad pengenalan MyKad yang boleh digunakan di kedai-kedai terpilih yang berdaftar bagi membeli barangan keperluan asas.

BUDI95 merupakan subsidi bersasar yang turut menggunakan MyKad bagi pembelian petrol RON95 dengan mengimbas MyKad di stesen minyak semasa mengisi petrol. Penggunaan MyKad berfungsi sebagai pengesahan identiti rakyat untuk memastikan hanya warganegara Malaysia yang layak mendapat subsidi.

Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan dan memastikan bantuan dan subsidi benar-benar dimanfaatkan bagi tujuan yang dinyatakan dan seterusnya memanfaatkan golongan sasar ditetapkan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Peningkatan peruntukan untuk STR dan SARA dari tahun ke tahun adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial. Pada tahun 2026, sebanyak RM15 bilion disediakan kerajaan untuk program STR dan SARA berbanding hanya RM10 bilion pada tahun 2024. Bantuan kewangan ini, khususnya SARA merupakan mekanisme yang digunakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat dalam menangani peningkatan kos sara hidup.

Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat, kerajaan sedang memperhalusi secara lebih mendalam cadangan penggantian skim subsidi kerajaan sedia ada dengan bantuan sosial melalui MyKad. Buat masa ini, keutamaan kerajaan adalah memastikan kelancaran pelaksanaan program SARA sebagai asas kepada hasrat kerajaan untuk menyediakan bantuan dan subsidi secara bersasar. Walau bagaimanapun, kaedah agihan bantuan dan subsidi kerajaan kini telah beralih kepada sistem digital yang komprehensif seperti sistem eBantuan JKM yang mengambil kriteria-kriteria kelayakan untuk pengagihan bantuan kerajaan selain proses pembayaran bantuan secara electronic fund transfer, dengan izin EFT yang membolehkan bantuan kewangan tunai disalurkan terus ke akaun bank penerima.

Kerajaan komited dalam memantau situasi semasa dan memastikan skim subsidi sedia ada dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran kos sara hidup. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sandakan.

draft • 10:00 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Puan Speaker.

Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa menekankan kebajikan rakyat serta memastikan setiap bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan jadi isu keselamatan identiti, wajar diberi perhatian serius dalam mengelakkan mana- mana pihak daripada mengambil kesempatan.

Jadi dalam hal ini, apakah langkah yang akan, sedang diambil oleh kerajaan bagi memastikan keselamatan MyKad terus dipertingkatkan dan juga khususnya dalam mencegah penipuan seperti penggunaan MyKad milik orang lain untuk menebus sebarang bentuk bantuan agar hak rakyat yang benar-benar layak terpelihara? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Untuk maklumat Yang Berhormat, memegang dan menggunakan MyKad orang lain merupakan kesalahan menurut Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 atau Peraturan 25.

draft • 10:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Sekiranya terdapat kehilangan MyKad, adalah disarankan laporan dan aduan rasmi dibuat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan proses penggantian MyKad dibuat segera dengan pihak Jabatan Pendaftaran Negara atau JPN.

Kementerian Kewangan bersama dengan JPN senantiasa mengemas kini senarai penerima layak dari semasa ke semasa dalam memastikan MyKad penerima yang digunakan adalah yang tepat dan terkini, berdasarkan versi MyKad yang dibekalkan oleh JPN.

Dari semasa ke semasa, JPN sentiasa menambah baik fungsi MyKad agar isu keselamatan dipertingkatkan. JPN juga menawarkan penggantian cip MyKad yang rosak secara percuma untuk memastikan kelancaran akses kepada program subsidi kerajaan. Dalam masa yang sama, adalah diingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar menjaga keselamatan MyKad masing-masing agar tidak berlaku sebarang isu yang terbangkit. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

draft • 10:00 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Speaker. Dalam menangani isu kemiskinan secara holistik, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa pemberian bantuan tunai semata-mata, tidak memadai untuk mengeluarkan rakyat daripada kitaran kemiskinan. Malah, dikhuatiri menjadi sesetengah penerima selesa dan kurang berusaha untuk meningkatkan taraf hidup.

Jadi, soalan saya, sehubungan dengan itu, adakah kementerian bercadang untuk meneruskan skim bantuan tunai sedia ada? Dan apakah pendekatan baharu atau pelengkap yang mungkin boleh diperkenalkan bagi memastikan bantuan tersebut benar-benar berkesan? Baik. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, program bantuan bersifat tunai iaitu STR, bantuan JKM dan tanpa tunai iaitu SARA akan memberi impak yang tinggi kepada golongan sasar dalam merancakkan ekonomi melalui aktiviti perbelanjaan.

Kerajaan turut melihat aspek kitaran ekonomi ke atas industri-industri kecil seperti peniaga kecil atau PKS yang menerima kesan perbelanjaan daripada golongan sasar ini. Bantuan berkenaan bukan sahaja membantu golongan yang sasar tetapi juga memberi kesan gandaan kepada industri yang berkenaan.

draft • 10:00 AM

Puan Lim Hui Ying

Pendapat dan pandangan ahli akademik serta ahli ekonomi menyokong bahawa melalui bantuan tunai, peruntukan dana kerajaan akan disuntik semula ke

draft • 10:10 AM

Puan Lim Hui Ying

dalam ekonomi negara apabila penerima membelanjakan wang tersebut. Wang yang dibelanjakan akan merangsang ekonomi dengan peningkatan permintaan barangan dan perkhidmatan kerana rakyat mampu untuk berbelanja.

Perbelanjaan yang dibuat ini juga memberi kesan berganda atau dengan izin, multiplier effect, di mana perbelanjaan pengguna akan meningkatkan pendapatan peniaga dan pengeluar dan lepas itu ini, akan lagi berganda. Perbelanjaan ini merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi Malaysia yang berkembang 4.4 peratus pada suku kedua 2025, di mana gabungan pasaran buruh yang kukuh, kadar pengangguran dan inflasi yang rendah serta bantuan kewangan bersasar telah meningkatkan kuasa membeli isi rumah. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh, Besut.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Menteri Ekonomi menyatakan perkembangan rancangan pengelasan berdasarkan pendapatan boleh guna sebagai ganti pengelasan berdasarkan pendapatan kasar dalam pemberian bantuan dan subsidi Kerajaan supaya adil buat semua lapisan rakyat termasuk sebahagian daripada golongan T20 yang turut mengalami tekanan kos sara hidup.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di- Pertua, secara umumnya pengelasan kumpulan pendapatan adalah bertujuan untuk membantu penggubalan dasar sosioekonomi, bagi menyampaikan bantuan dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar. Kaedah ini merujuk kepada metodologi statistik yang menyusun isi rumah berdasarkan pendapatan terendah hingga tertinggi kepada beberapa saiz kumpulan yang sama atau desil berdasarkan kedudukan relatif dalam taburan pendapatan.

Bank Dunia mula memperkenalkan pengelasan pendapatan pada awal 1970- an dengan tumpuan kepada kumpulan B40 di negara membangun. Pada masa ini, pemberian bantuan adalah umumnya berdasarkan had kelayakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK telah pun mengambil kira keperluan asas isi rumah merangkumi makanan dan bukan makanan termasuk perumahan, kesihatan dan pendidikan. Pemberian bantuan juga turut ditumpukan kepada golongan B40 berdasarkan had kelayakan kumpulan pendapatan. Had kelayakan tersebut adalah berdasarkan pendapatan kasar isi rumah.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Antara bantuan yang diberi berdasarkan pendapatan kasar isi rumah untuk menangani kemiskinan dan kos sara hidup adalah Sumbangan Tunai RAHMAH, Sumbangan Asas RAHMAH serta program-program bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dalam Belanjawan 2026, seramai kira-kira sembilan juta menerima manfaat daripada STR dan SARA dengan nilai bantuan berjumlah RM15 bilion, manakala bantuan di bawah JKM adalah bagi lebih 560,000 isi rumah yang merangkumi bantuan untuk warga emas, kanak-kanak dan OKU bernilai RM3.1.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas, penentuan kumpulan sasar dalam pemberian bantuan sosial dan subsidi bersasar akan bertambah baik.

Kerajaan pada masa ini masih mengekalkan pengelasan pendapatan B40, M40 dan T20. Kerajaan sedang meneliti kaedah pengukuran yang lebih sesuai bagi menentukan kumpulan sasar termasuk penggunaan kaedah pendapatan boleh guna.

Langkah ini memerlukan masa dan penelitian lanjut sebelum dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Besut.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Bermakna sekarang pengelasan masih yang lama. Jadi, pengelasan yang boleh guna ini sebenarnya adalah lebih tepat sebenarnya, lebih tepat terutama golongan M40 bawah ini. Dengan potongan wajib ya, potongan wajib KWSP potong, cukai pendapatan, nak-nak yang tinggal di bandar. Tinggal di bandar, dia kena bayar semua, rumah sewa mahal, dengan potongan beli kereta ke apa semua, macam-macamlah.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, saya nak tanya.

Sekarang ini kenapa kita tidak boleh memilih untuk membuat pengelasan ini. Itu yang saya maksudkan. Sedangkan pengelasan itu adalah lebih baik daripada yang boleh guna daripada yang secara kasar. Secara kasar, kita tidak tahu lagi apa kadang- kadang kemungkinan tanggungjawab tak ada, komitmen tak ada. Yang B40 itu pun kadang-kadang boleh jadi, yang makna bukan yang terkesan daripada kos sara hidup. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Memang agak sukar untuk memastikan dari segi semua kategori pengelasan. Maka, ia haruslah merangkumi dari segi yang paling ketara dan apa yang amat diperlukan. Jadi, mengikuti dari segi pengelasan,

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

kita telah memastikan bahawa apa yang bersesuaian, kita laksanakan dan waktu sekarang dari segi anggaran yang maklumat yang kita dapat daripada statistik HIES, kita dah melihat bahawa dari segi semua kategori yang tersebut, semua meningkat.

Alhamdulillah dan insya-Allah dari segi masa ke semasa, jikalau ia perlu dimasukkan, insya-Allah kita akan masukkan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong.

draft • 10:10 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Berhubung dengan pengelasan yang berdasarkan pendapatan kasar dalam pemberian bantuan ini, soalan saya apakah ada had pendapatan isi rumah terkini yang diguna pakai oleh kerajaan bagi kita menentukan kategori sosioekonomi seperti B40, M40 dan T20 ini? Dan bagaimanakah pendekatan ini akan memastikan keterangkuman untuk komuniti kita di luar bandar, di mana pendapatan tidak formal dan juga pekerjaan tidak tetap jauh lebih dominan? Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, pendapatan pertengahan kumpulan B40 sebenarnya telah meningkat daripada RM3,440 dalam tahun 2022 kepada RM3,815 pada tahun 2024 iaitu sekadar 5.2 peratus peningkatan. Penengahan kumpulan M40 telah meningkat daripada RM7,694 pada tahun 2022 kepada RM8,599 pada tahun 2024. Purata meningkat tahunan adalah 5.6 peratus dan penengahan kumpulan T20 telah meningkat daripada RM15,867 pada tahun 2022 kepada RM16,517 pada tahun 2024, purata peningkatan tahunan dua peratus.

Ini adalah dari segi mengambil kira dari segi empat punca utama iaitu pendapatan bergaji, bekerja sendiri, harta dan pelaburan serta pindahan semasa.

Dari segi maklumat yang tidak formal seperti yang ada di kawasan pedalaman juga, telah diambil kira di dalam HIES 2024. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Bukit Bendera.

draft • 10:10 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Speaker.

Demi filem dan industri kreatif kita bersuara; Soalan saya soalan nombor tiga.

draft • 10:10 AM

3. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Komunikasi menyatakan rancangan kementerian untuk pindaan Akta FINAS 1981 berkenaan peraturan untuk kandungan dalam talian seperti kandungan melalui platform penstriman dan juga media sosial. Adakah kementerian akan mengambil kira pandangan industri dan penyedia perkhidmatan penstriman dalam talian dalam proses pindaan Akta FINAS 1981.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Thank you. Selamat sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Speaker dan jugalah kepada Ahli Yang Berhormat.

Puan Speaker, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia [Akta 244] tidak melibatkan pengawalseliaan kandungan. Kawalan terhadap kandungan media dan filem berada di bawah penyeliaan dua badan yang berbeza iaitu Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang di bawah Kementerian Dalam Negeri dan jugalah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang menguatkuasakan kod kandungan atau content code dengan izin, untuk kandungan digital dan dalam talian.

Pindaan kepada Akta 244 yang akan dibentangkan pada petang ini memberi tumpuan khusus kepada pembangunan industri kandungan terutamanya dalam aspek aktiviti penggambaran dan penerbitan kandungan secara komersial. Di bawah akta ini, FINAS bertanggungjawab mengurus dan menyelaras perkara-perkara seperti:

(a) pengeluaran Surat Perakuan Penggambaran (SPP);

(b) perakuan filem iklan buatan Malaysia bagi mengeluarkan pensijilan Made in Malaysia dengan izin; dan

(c) pendaftaran aktiviti penggambaran untuk tujuan pemantauan dan perancangan dasar.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Pendekatan yang diambil melalui pindaan ini bertujuan untuk memperkemas struktur industri perfileman negara, menyokong kreativiti dan inovasi serta memastikan industri ini terus berkembang dalam persekitaran yang teratur, profesional dan berdaya saing tanpa mengganggu ruang kreatif para penggiat seni.

Langkah ini bukan sahaja membantu menyusun industri filem secara tidak sistematik, tetapi juga bertujuan untuk melindungi kebajikan krew dan pekerja produksi tempatan, menggalakkan pembangunan kemahiran dan mewujudkan ekosistem perniagaan yang mampan dalam sektor kreatif.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Seiring dengan perubahan landskap teknologi dan corak penggunaan kandungan masa kini, pindaan kepada Akta FINAS turut merangkumi satu penyesuaian penting iaitu takrifan baharu bagi filem. Takrifan ini kini meliputi semua jenis kandungan di pelbagai platform, termasuk platform penstriman atas talian

(OTT), media sosial dan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan ataupun AI. Pindaan kepada akta ini berlandaskan maklum balas yang diterima secara langsung daripada penggiat industri.

Antara perkara yang sering dibangkitkan oleh pemain industri, termasuklah keperluan untuk memperluas jaringan peluang perniagaan, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk warga Malaysia dan melaksanakan program peningkatan kemahiran dan pembangunan bakat tempatan secara lebih sistematik.

Proses pindaan akta ini turut mengambil kira pandangan industri termasuk pemegang-pemegang lesen, persatuan-persatuan perfileman dan penyedia perkhidmatan penstriman dalam talian melalui pelaksanaan sesi libat urus, sesi townhall dan rundingan bersama pihak berkepentingan. Sekian jawapan saya.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukit Bendera.

draft • 10:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih.

Terlebih dahulu, saya ingin juga ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana berani membawa pindaan kepada Akta FINAS. Kita percaya bahawa pindaan ini akan membawa pelbagai perubahan yang diperlukan dari tadbir urus sehinggalah ke penguatkuasaan.

Tetapi denyut persoalan sebenarnya adalah kepercayaan iaitu kepercayaan kepada institusi dan juga kepercayaan bahawa FINAS wajar menjadi platform yang memerdekakan kreativiti. Kita ada bakat dan kita perlukan FINAS yang benar-benar percaya kepada potensi pencipta Malaysia.

Jadi, dalam kata berbicara tentang masa depan industri filem, ada satu isu yang besar yang kita tidak dapat elakkan iaitu penggunaan AI. Jadi persoalan saya, soalan tambahan, sejauh manakah penggunaan AI dibenarkan? Kita lihat penggiat- penggiat industri kehilangan kerja kerana iklan yang dihasilkan adalah AI. Kita tengok baru-baru ini di Festival Filem Malaysia, mereka menggunakan host AI. Jadi di sini, apakah garis panduan dan juga kawalan yang dilaksanakan oleh FINAS dan juga kementerian agar automasi tidak memakan sumber manusia

draft • 10:20 AM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

sendiri? Yang paling penting, tidak menutup peluang kerja anak seni kreatif serta tenaga tempatan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bukit Bendera atas soalan yang sangat-sangat relevan ini. Pertama, memang kita semua tahu zaman ini adalah zaman digital. Semua industri bukan sahaja industri perfileman, tetapi semua industri tengah discuss (bincang) tentang AI adoption secara sangat-sangat drastik.

Saya rasa pada zaman ini, tak mungkin untuk mana-mana kerajaan ataupun agensi untuk mengharamkan kegunaan AI.

Tetapi pada— untuk kita yang paling penting adalah pekerja-pekerja akan diganti dengan pekerja-pekerja yang mahir guna pakai AI. Oleh sebab itu, salah satu peranan yang dimainkan oleh FINAS adalah untuk memastikan bahawa kita bekerjasama dengan pemegang taruh untuk mengadakan bengkel-bengkel supaya penggiat seni, mereka dalam industri perfileman ini juga ada peluang untuk upskill dan juga ada peluang untuk menceburi dalam bidang AI ini.

Jadi sebagai contoh, kami telah— adakah satu bengkel AI bersama dengan Persatuan Alumni MITEC pada November tahun ini. Dan jugalah selain daripada itu, kita juga ada bengkel sepertilah Pengenalan Kepada Teknologi AI Dalam Pembikinan Filem, Youth Content Maker Lab di mana kita bekerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem dan juga lah IPPTAR supaya kita boleh beri peluang kepada penggiat seni dalam industri perfileman ini bagaimana mereka nak guna pakai teknologi AI ini.

Sekian jawapan saya. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krai.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Perkembangan media digital yang semakin meluas hari ini menuntut ketegasan dan ketelitian yang lebih tinggi daripada pihak kerajaan.

Dalam melindungi kanak-kanak, mereka adalah golongan paling mudah terdedah kepada pengaruh luar yang tidak selari dengan nilai masyarakat kita. Di saat ibu bapa bergantung kepada penapisan negara sebagai benteng terakhir, sebarang kecuaian dalam pengawasan kandungan kanak-kanak boleh membawa kesan jangka panjang terhadap pembentukan sahsiah generasi akan datang.

Soalan saya, apakah tindakan tegas kementerian memastikan penapisan rancangan kanak-kanak seperti yang berlaku baru-baru ini iaitu Santiago of the Seas, bebas daripada unsur-unsur yang tidak bermoral seperti LGBT dan sebagainya?

Serta apakah mekanisme audit dan hukuman segera terhadap platform cuai agar

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

insiden mengancam nilai masyarakat, terutama kanak-kanak tidak berulang di masa hadapan? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya tak pasti.

[Ketawa] Sebenarnya saya telah sebut dalam jawapan pokok saya. Perenggan pertama saya sudah sebut. FINAS, dia tidak melibatkan pengawalseliaan kandungan. Kalau untuk kandungan yang kita tayangkan dekat cinema, penapisan itu adalah dibuat oleh LPF, oleh LPF.

Tetapi pada masa yang sama, kami di bawah MCMC juga telah hasilkan kod kandungan ataupun we can panggil content code di mana kami akanlah guna pakai kod content code ini untuk pastikan bahawa kalau ada content, content digital ataupun content, content dalam talian yang tidak sesuai, jadi MCMC berhak untuk lah ambil tindakan.

Tetapi sebenarnya FINAS— kerana soalan pokok pada hari ini adalah tentang FINAS, dia sebenarnya tak buat. Tidak melibatkan pengawalseliaan kandungan yang disebut olehlah Ahli-ahli Yang Berhormat. Tetapi saya rasa bahawa kandungan kalau kita bercakap tentanglah filem tempatan, kita nampak satu trend yang sangat menggalakkan untuk lah tiga tahun ini.

Pada tahun 2023, kutipan tiket filem tempatan adalah RM143 juta dan tahun yang lalu, telah meningkat ke RM167 juta. Untuk tahun ini, setakat bulan Oktober sahaja, kami juga telah mencecah kutipan tiket filem tempatan yang sebanyak RM167. Jadi, saya rasa kalau kita merujuk kepada kandungan filem tempatan, saya rasa ini adalah satu trend yang amat menggalakkan. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan, Tasek Gelugor.

draft • 10:20 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang di-Pertua. Sebelum saya mengutarakan soalan saya, saya mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Jawatankuasa Audit UniSHAMS, Kuala Ketil, Kedah. Selamat datang ke Parlimen Malaysia.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Jangan percaya berita yang tak tepat; Soalan saya nombor empat.

draft • 10:20 AM

4. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah kementerian mempunyai rancangan untuk melantik warden sebagai jawatan khusus di sekolah-sekolah yang memerlukan warden.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Izinkan saya juga untuk mengalu-alukan kedatangan nombor satu,

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

pegawai-pegawai perbankan kanan dari UOB, Standard Chartered dan juga HSBC di Galeri Parlimen pada hari ini dan juga anak-anak kita dan juga guru-guru dari SMK Simpang, Taiping.

[Tepuk] Puan Yang di-Pertua, selalunya KPM tetap akan memberikan jawapan yang amat tepat pada rakan-rakan sekalian. Warden asrama memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam aspek keselamatan, tetapi juga dalam pembentukan sahsiah dan juga disiplin murid. Oleh itu, pelantikan warden perlulah selaras dengan fungsi asrama sebagai institusi pendidikan yang menyeluruh.

Di bawah prinsip ini, KPM mengutamakan pelantikan guru sebagai warden kerana pendekatan ini berasaskan konsep in loco parentis iaitu guru bertindak dan memainkan peranan sebagai ibu bapa di asrama sekolah. Konsep ini menekankan tanggungjawab warden untuk menjaga kebajikan, keselamatan, pendidikan dan juga disiplin murid serta membimbing mereka dalam pembentukan sahsiah dan juga nilai murni. Pelantikan guru juga dapat meningkatkan kepercayaan dan keyakinan murid dan ibu bapa terhadap pengurusan asrama sekolah.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Bagi mengurangkan beban tugas guru yang bertanggungjawab sebagai warden pada masa yang sama, pada tahun 2019, KPM telah memperluaskan pelantikan warden kepada kakitangan bukan asrama sepenuh masa dalam kalangan–– kepada kakitangan bukan guru Gred 1 dan ke atas, dan terkini, 600 orang pembantu warden asrama sepenuh masa dalam kalangan MySTEP juga akan dilantik di sekolah berasrama di seluruh negara.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha KPM untuk meningkatkan aspek keselamatan di sekolah berasrama dan juga meringankan beban tugas warden asrama yang sedia ada. Cadangan untuk mewujudkan jawatan warden sebagai jawatan khusus memerlukan penelitian secara menyeluruh kerana ia juga melibatkan structure perjawatan baharu dan bergantung kepada pertimbangan agensi pusat. Buat masa kini, pendekatan KPM yang diambil adalah bersifat in loco parentis dan ia masih relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tasek Gelugor.

draft • 10:30 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Yang di- Pertua, saya tanya soalan ini berkebetulan, dengan berita yang keluar kelmarin

draft • 10:30 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

mengenai sembilan orang warden yang ditamatkan perkhidmatan, yang mungkin ada kena-mengena dengan kes Zara Qairina.

Jadi, ini melambangkan betapa beratnya peranan warden-warden di sekolah.

Tetapi kita tahu, bahawa apabila warden atau guru mengambil tugas sebagai warden, mereka dapat elaun RM300 tetapi ada elaun-elaun lain yang mungkin dipotong.

Elaun perumahan, COLA dan ini menyebabkan jadi bebanan kepada mereka.

Bebanan tugas naik, tetapi imbuhan diberikan berkurangan.

Jadi, soalan saya, selain daripada tindakan melantik pegawai-pegawai MySTEP tadi, adakah pihak kementerian bercadang untuk memberikan latihan yang khusus kepada mereka yang mengambil alih ataupun mengambil tanggungjawab sebagai warden? Pada masa yang sama, adakah pihak kementerian bercadang untuk melantik atau memperluaskan peranan pembantu pengurusan murid yang mungkin juga boleh berperanan sebagai warden asrama, dan akhirnya, adakah ada satu jangka masa yang mana, jawatan khusus ini akan diwujudkan?

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Maaf. Soalan ketiga, Yang Berhormat? Soalan ketiga tadi?

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Adakah akan wujud pada satu jangka masa yang tetap, bila jawatan khusus ini akan diwujudkan?

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor dan terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Berkenaan dengan ketiga-tiga soalan yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tasek Gelugor, nombor satu sememangnya apabila kita melantik warden asrama di kalangan guru dan guru-gurunnya, kita memainkan peranan seperti yang saya sebut tadi. Peranan in loco parentis, yang mana kesemua guru-guru kita adalah terlatih dan mereka tahu apa yang keperluan dan juga, apa yang–– perkara yang perlu dibuat kepada–– dilaksanakan terhadap anak-anak kita dan berkenaan dengan keperluan anak-anak kita. Itu nombor satu.

Nombor dua, apabila kita sebut berkenaan dengan beban tugas tambahan, KPM cakna dan itu sebab kenapa sejak tahun 2019, dari masa ke semasa, KPM ada membuat pembaharuan. Tahun 2019, kita memperluaskan pelantikan warden kepada kakitangan bukan guru Gred 1 dan ke atas. Itu nombor satu.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dan pada ketika ini untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita mempunyai— setakat 30 September 2025, kita mempunyai 10,214 orang warden. Antaranya yang dilantik dari kalangan guru, 9,428 dan dari kalangan bukan guru adalah sebanyak 786. So, kita akan mengambil kira berkenaan dengan keperluan dari semasa ke semasa. Itu nombor satu.

Nombor dua, pada tahun 2022, elaun warden telah pun dinaikkan pada tahun 2022 dan pada masa yang sama, pada tahun yang sama juga, pihak KPM telah pun mengambil satu pendekatan supaya guru-guru yang dilantik sebagai warden diberikan keistimewaan seperti penglibatan minimum dalam aktiviti kokurikulum, pengecualian daripada menjadi guru kelas dan juga pengecualian daripada mengajar pada waktu pertama dan ini sedikit sebanyak kita dapat meningkatkan lagi kebajikan guru-guru yang kita ada.

Dan, untuk guru-guru yang dilantik sebagai warden, yang duduk di bilik khas asrama, yang tidak duduk di rumah yang disediakan tetapi mereka, jika mereka duduk di bilik khas asrama, maka imbuhan ataupun elaun ITP itu akan kekal. Tetapi, ia tidak terpakai kepada mereka yang duduk di rumah ataupun kuarters masing- masing. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Petani.

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kita lihat lebih daripada 20 peratus peningkatan pelajar-pelajar yang masuk ke asrama dan terjadinya peningkatan kes buli dan juga disiplin di sekolah-sekolah asrama.

Pertanyaan saya adalah, apakah mekanisme kementerian untuk memastikan warden ini mematuhi garis panduan keselamatan, garis panduan pencegahan buli dan pengurusan kecemasan di asrama? Dan, satu lagi berkenaan dengan elaun.

Kita lihat, lebih daripada 60 peratus warden yang terbeban dengan elaun yang tidak selari dengan tugas.

Jadi, apakah kementerian mempunyai mekanisme untuk memberikan elaun tambahan kepada sekolah-sekolah yang berisiko tinggi, sepertimana kementerian memasang CCTV di sekolah berisiko tinggi, dan memberikan elaun khas, high-duty environment kepada guru-guru yang berada di sekolah yang berisiko tinggi? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, soalan tambahan daripada Ahli Yang Berhormat Sungai Petani. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Kita, KPM sememangnya cakna berkenaan dengan penambahan dari segi bilangan penghuni asrama setiap tahun. Itu sebab kenapa juga apabila tadi saya jawab soalan asal, dari tahun 2019, 2022 dan masa-masa akan datang, selalunya kita ada usaha penambahbaikan dari segi sama ada kebajikan warden, dari segi kecukupan ataupun keperluan warden dan juga isu-isu yang lain.

Maka pada tahun 2022, pihak KPM telah pun melaksanakan satu pembaharuan dari segi kelayakan warden. Kelayakan untuk mendapat bilangan warden. Sebelum ini, setiap 50 orang murid, seorang warden dan tahun 2022, telah pun dibuat penambahbaikan dengan bilangan penghuni asrama satu hingga 50, tiga orang warden. 51 hingga 100, empat orang warden. 101 hingga 150 orang penghuni asrama, empat orang warden dan sebagainya.

Dan, berkenaan dengan allowance, juga telah pun dikaji semula pada tahun 2022. Sebelum itu, untuk ketua— untuk warden asrama. Ketua warden asrama RM280 ke RM350, dan untuk ketua warden— untuk warden asrama, RM240 kepada RM300 dan ini usaha pada tahun 2022.

Tadi, saya sebut pada tahun hadapan, kita akan melantik 600 orang lagi pembantu warden yang dilantik dari kalangan mana-mana yang mematuhi kelayakan yang akan kita umumkan sebelum ini–– selepas ini seperti kelayakan dari segi tidak ada–– dari segi warganegara, dari segi tidak ada rekod jenayah lampau dan sebagainya. Kesemua kita akan selaras dan juga yang kita umumkan, supaya pelantikan 600 orang pembantu warden ini betul-betul dapat membantu untuk meringankan beban tugas warden yang dilantik di kalangan guru dan juga bukan guru.

So, KPM juga mengalu-alukan sebarang cadangan dari semasa ke semasa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Tan Kok Wai, Cheras.

draft • 10:30 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 5.

draft • 10:30 AM

5. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Ekonomi menyatakan daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, matlamat manakah yang telah menunjukkan pencapaian paling ketara oleh Malaysia serta matlamat manakah yang masih kekal sebagai cabaran utama menjelang tahun 2030.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Puan Yang di- Pertua.

Berdasarkan analisis terkini menggunakan data tahun 2023, sebanyak 49 peratus daripada keseluruhan 169 sasaran SDG negara diunjurkan akan dicapai pada tahun 2030. Prestasi ini adalah lebih baik daripada purata unjuran di peringkat global pada tahap 18 peratus yang dilaporkan pada tahun 2025.

Terdapat dua SDG utama yang menunjukkan pencapaian tertinggi, iaitu SDG 4 – Pendidikan Berkualiti, yang mencatatkan unjuran pencapaian sasaran pada 70 peratus dan SDG 12 – Penggunaan dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab, iaitu 64 peratus. Pencapaian SDG4 didorong oleh akses pendidikan yang hampir menyeluruh di seluruh negara serta kesetaraan jantina yang seimbang dalam kadar tamat persekolahan.

Hampir keseluruhan kumpulan umur sekolah telah mencapai sekurang- kurangnya tahap minimum dalam literasi dan numerasi bagi kedua-dua jantina.

Komitmen kerajaan dalam memperkukuh sistem pendidikan akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas melalui agenda reformasi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Bagi SDG 12, data menunjukkan peningkatan dalam kadar kitar semula dan pengurusan jumlah sisa buangan berbahaya yang diuruskan secara selamat. Inisiatif berkaitan penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab yang disokong oleh pelaksanaan perolehan hijau kerajaan dan ekonomi kitaran turut menyumbang kepada pencapaian sasaran indikator SDG 12.

Terdapat lapan lagi SDG yang menunjukkan unjuran pencapaian baik melebihi purata unjuran pencapaian 49 peratus iaitu SDG 5 – Kesaksamaan Gender, 56 peratus; SDG 6 – Air Bersih dan Sanitasi, 50 peratus; SDG 7 – Tenaga Mampu Milik dan Bersih, 60 peratus; SDG 8 – Pekerjaan yang sesuai dan pertubuhan ekonomi, 50 peratus; SDG 9 – Industri Inovasi dan Struktur, 50 peratus; SDG 11 – Bandar dan Komuniti Yang Mampan, 60 peratus; SDG 13 – Tindakan Iklim, 50 peratus; dan SDG 17 – Kesamaan Demi Matlamat, 63 peratus.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Sebanyak tujuh SDG pula berada di bawah purata unjuran pencapaian 49 peratus iaitu SDG 1 – Tiada Kemiskinan iaitu 43 peratus; SDG 2 – Kelaparan Sifar juga 43 peratus; SDG 3 – Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan, 46 peratus; SDG 10 – Mengurangkan Ketidaksamaan, 30 peratus; SDG 14 – Kehidupan di Bawah Air, 40 peratus, SDG 15 – Kehidupan Darat, 33 peratus dan SDG 16 – Keamanan, Keadilan dan Institusi Yang Teguh, 25 peratus.

Cabaran utama pencapaian SDG melibatkan beberapa faktor seperti keperluan untuk meningkatkan koordinasi antara agensi, kekurangan data yang lengkap serta jurang pembangunan antara negeri dan peringkat tempatan, isu alam sekitar seperti pencemaran, kehilangan biodiversiti dan impak perubahan iklim turut telah menyumbangkan kepada kemajuan pencapaian SDG secara menyeluruh.

Penggunaan teknologi dan inovasi serta tahap kesedaran awam yang rendah juga antara perkara yang perlu diberi penekanan. Usaha bagi mencapai sasaran SDG merupakan tanggungjawab bersama di peringkat nasional.

Kementerian Ekonomi akan terus bekerjasama dengan kementerian peneraju setiap SDG bagi memastikan Malaysia mencapai agenda 2030 untuk pembangunan mampan. Dalam masa yang sama, pencapaian sasaran SDG di peringkat nasional perlu disokong dengan kerjasama semua pihak berkepentingan, termasuklah kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan, pihak swasta, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cheras.

draft • 10:40 AM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Ya, terima kasih. Berasaskan kepada jawapan oleh Timbalan Menteri, apakah kerangka akauntabiliti yang disediakan untuk memastikan kementerian-kementerian mencapai sasaran piawaian SDG mereka masing-masing dan apakah akibat yang wujud bagi prestasi bawah standard yang berterusan?

Dan adakah kerajaan telah melaksanakan penilaian separuh penggal mid- term review, mid-term assessment bagi pelaksanaan SDG untuk tempoh 2021 hingga 2025? Dan sekiranya ya, adakah finding atau dapatan penilaian tersebut akan dibentangkan di Parlimen? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Puan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, akauntabiliti piawaian SDG alhamdulilah kita bersyukur bahawa rakyat— Kerajaan Malaysia mengambilkan yang ini dengan sekadar yang seseriusnya yang boleh.

Dibezakan daripada negara-negara lain, Malaysia antara negara yang

draft • 10:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

melaksanakan dari segi kementerian yang terlibat bukan sahaja satu kementerian ataupun agensi tetapi itu banyak dari segi kementerian yang menjadi peneraju.

SDG menjadi satu rangka yang kita ingin mendapatkan tahap yang paling terbaik tetapi ia mempunyai banyak kekangan misalannya adalah dari segi kerjasama, fahaman, dari segi pelaksanaan daripada teknologi yang terkini, yang bersesuaian dengan Malaysia. Dan dari segi pelaksanaan infrastructure-nya mengambilkan waktu seperti perubahan daripada menggunakan jana kuasa tradisi menggunakan kuasa fuel kepada renewable energy. Ia mengambilkan waktu untuk infrastructure yang berlaku.

Dari segi yang wujud bawah standard yang berterusan, kami tidak akan mengabaikan.

draft • 10:40 AM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Ia adalah sesuatu yang kita sentiasa akan cuba usahakan sama dan insya-Allah dari segi mid-term assessment dari segi jika memperoleh pencapaian kita akan maklumkan. Dan biasanya dari segi untuk memaklumkan dari segi dibentangkan di dalam Dewan kita akan bentangkan jikalau perlu memaklumkan dari segi pertukaran dan untuk memperkenalkan dari segi dasar yang baru.

Jadi insya-Allah, ia supaya mendapatkan fahaman untuk semua. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Timbalan Yang di-Pertua, untuk makluman, mohon.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd Wahab - Tanjong Manis

Okey terima kasih. Saya ingin memaklumkan kehadiran dalam Dewan, rombongan seramai 37 orang pelajar dan guru daripada dua buah sekolah daripada Parlimen Tanjong Manis iaitu [Tepuk] SK Betanak dan SK Penipah termasuk sebuah pelajar— sebuah kelas pendidikan khas SK Penipah. Terima kasih kerana datang ke Parlimen dan semoga pengalaman bersejarah ini akan memberi makna yang besar kepada mereka semua.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Boleh juga sampai dekat saya untuk saya umumkan sebab ini turn tak ada masalah Dato Ir. Haji Yusuf.

Okey, bila kita hari ini bercakap berkenaan dengan SDG, SDG bukan semua orang

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

tau. Dekat luar sana, dia tak tau apa itu SDG kecuali orang yang terlibat, dia punya shortform dia SDG.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia punya apa ini, erti panjang itu iaitu Sustainable Development Goals. We have to explain this.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya soalan.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Soalannya begini. Puan Yang di- Pertua, walaupun kerajaan sering mengumumkan komitmen tinggi terhadap 17 SDG yang telah dijalankan, SDG ini sustainable maknanya program kita ini bertahan.

Namun realitinya, banyak indikator masih off track malah ada yang semakin jauh tersasar menjelang 2030.

Baru-baru ini, laporan rasmi menunjukkan bahawa isu kemiskinan bandar SDG 1, ketaksamaan wilayah SDG 10, keselamatan makanan SDG 2 dan adaptasi perubahan iklim SDG 13 masih berada pada tahap yang tidak meyakinkan.

Sedangkan ini adalah matlamat teras yang sepatutnya menunjukkan program SDG ini satu kemajuan paling kukuh, sekiranya strategi kerajaan benar-benar berkesan.

Maka, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan benar-benar mempunyai pelan strategik yang jelas, berasaskan data dan bukan sekadar slogan untuk memperbaiki indikator SDG yang sedang merudum ini. Atau adakah kita hanya terus menghasilkan laporan VNR yang cantik di atas kertas tetapi tidak menggambarkan keadaan sebenar rakyat, terutamanya apabila isu asas seperti kemiskinan, ketahanan makanan dan jurang sosioekonomi masih belum menunjukkan perubahan yang signifikan. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, terima kasih atas perangsang kepentingan rakyat dan alam semula jadi. Memang dari segi prestasi untuk menaikkan dari segi data itu adalah satu penunjukkan dari segi pencapaian. Tapi kalau kita melihatkan dari segi hala tuju yang kita telah rangkakan dalam RMK13 menerapkan juga dari segi goal cost yang kita masukkan dari segi SDG okey. Dan termasuk dari segi ekonomi MADANI dan kepentingan rakyat.

Saya sendiri juga terlibat dari segi mengesahkan, dari segi keberkesanan yang ada pada kawasan-kawasan pedalaman dan juga terlibat dari segi memberikan maklumat kesedaran dari segi kepentingan ini. Saya memberikan secara peribadi saya memberikan amanah itu dengan sebaik-baik laksana yang terbaik.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Puan Yang di-Pertua, boleh tak saya minta jawapan bertulis fakta-fakta itu untuk saya simpan...

draft • 10:50 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

*Insya-Allah...

[Ketawa]* Saya akan berikan.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...sebagai rekod untuk saya banding kepada yang masa akan datang. Okey, Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Okey. Jawapan yang terbaik, tapi kita melaksanakan dengan yang terbaik dan insya-Allah akan lanjutkan dari segi melaksanakan satu blueprint untuk menunjukkan cara kita akan cuba mencapaikannya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Cha Kee Chin, Rasah.

draft • 10:50 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Ini kali ketiga soalan saya naik. Soalan saya soalan keenam. Mohon Menteri untuk menjawab. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

6. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan perancangan untuk 'mengaktifkan semula' koperasi yang dikategorikan sebagai tidak aktif ketika ini kerana hanya sekitar 62 peratus daripada 16,264 koperasi yang dikategorikan sebagai aktif. Apakah jenis bantuan yang bakal ditawarkan kepada koperasi terbabit.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memberi fokus utama kepada aktiviti-aktiviti yang mengaktifkan koperasi, terutamanya melibatkan koperasi yang tidak aktif selaras dengan agenda memperkasakan gerakan koperasi sebagai sektor ketiga ekonomi negara dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Agenda ini turut menjadi fokus utama dalam perkara yang telah digariskan dalam Dasar Koperasi Malaysia

(DaKoM) 2030.

Sehingga 30 Jun 2025, jumlah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah sebanyak 16,342 buah koperasi dengan keanggotaan seramai 7.4 juta orang. Daripada jumlah ini, sebanyak 63.2 peratus atau 10,321 buah koperasi merupakan berstatus aktif. Manakala, bilangan koperasi tidak aktif adalah sebanyak 1,630 buah iaitu lebih kurang 10 peratus dan 4,391 buah koperasi berstatus dormant iaitu 26.9 peratus.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Koperasi tidak aktif ditakrifkan oleh SKM sebagai koperasi yang tidak menjalankan sebarang aktiviti dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, tetapi masih mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau akaunnya diaudit dalam tempoh tersebut. Manakala, koperasi dormant merupakan koperasi yang tidak menjalankan sebarang aktiviti dan tidak mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan akaunnya tidak diaudit bagi tempoh lebih daripada tiga tahun.

Di bawah SKM, antara perancangan yang telah dilaksanakan bagi mengaktifkan semula koperasi yang tidak aktif melibatkan langkah-langkah seperti yang berikut:

(i) membuat penilaian ke atas koperasi tidak aktif untuk menentukan sama ada ia berpotensi untuk dipulihkan atau dibatalkan pendaftarannya; dan

(ii) menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan yang berterusan kepada koperasi untuk membaik pulih tadbir urus ke arah pemantauan perundangan koperasi seperti mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan pengauditan akaun koperasi.

Program ini dilaksanakan melalui pejabat cawangan SKM di seluruh negeri.

Selain itu, kementerian turut melaksanakan inisiatif seperti bantuan bagi meningkatkan keupayaan koperasi mikro melalui SKM yang menyediakan insentif khusus di bawah Program Bantuan Perakaunan dan Pengauditan Kepada Koperasi Kecil dan Mikro. Nama singkatan dia PAKAR. Di bawah program ini, koperasi yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak maksimum RM3,000 di Semenanjung dan 3,500 di Sabah dan Sarawak.

Program ini merangkumi bimbingan dalam penyediaan akaun dan proses pengauditan bagi membolehkan koperasi membentangkan penyata kewangan beraudit dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Sebanyak— sehingga 31 Oktober 2025, sebanyak 140 koperasi tidak aktif dan mikro telah mendapat manfaat dengan bantuan ini.

Selain itu, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) turut melaksanakan program pemulihan koperasi. Nama singkatan [Tidak jelas] , bagi melatih dan membimbing koperasi tidak aktif yang berpotensi untuk kembali aktif secara lebih fokus. Melalui program ini, isu dan masalah koperasi akan dikenal pasti dan seterusnya koperasi akan dibimbing untuk mewujudkan pengurusan yang lebih baik. Program ini berfokus mengambil masa maksimum selama setahun dan sehingga kini sebanyak 30 koperasi telah dipilih bagi mengikuti program tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rasah.

draft • 10:50 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Dato’ Speaker, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang— memang Menterilah ini. Jawapan yang sangat menyeluruh, level Menteri.

draft • 10:50 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya menghargai segala inisiatif, usaha daripada kerajaan, khususnya daripada KUSKOP dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk membantu koperasi-koperasi yang dikategorikan sebagai tidak aktif termasuk yang dormant tadi.

Cuma saya nak tanya. Dari segi jangka pendek, khas untuk tahun depan, 2026, apakah perancangan khusus untuk membantu yang spesifik koperasi dan juga kita tahu kerajaan memberikan SARA, membeli barangan keperluan. Saya difahamkan rekod MOF menunjukkan lebih 8,000 lebih premis perniagaan terlibat yang boleh merancakkan perniagaan. Berapa banyakkah koperasi yang terlibat?

Sebab saya rasa ini antara cara yang boleh kita membantu secara tuntas koperasi untuk merancakkan aktiviti perniagaan tak kira di bandar ataupun di luar bandar dan ini juga antara— saya fikirkan antara yang kita boleh, ah apa menghidupkan, mengaktifkan semula aktiviti pengkoperasian ataupun ya lah, sektor pengkoperasian di Malaysia. Jadi, mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, bakal Menteri. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih soalan tambahan daripada sahabat saya Yang Berhormat Rasah. Memang kita ada rancangan untuk tahun depan. Ini adalah satu program baharu yang kami telah wujudkan bagi tahun 2026.

Program ini adalah Cooperative in Transformation Programme, dengan izin. Nama singkatan dia CiTRA. Program ini akan dilaksanakan dengan kadar menyediakan geran sehingga RM20,000 kepada koperasi yang baru memulakan perniagaan, contohnya start-up dan juga untuk satu sesi sebagai memulihkan koperasi yang tidak aktif semula.

Program ini juga merupakan geran bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi membantu koperasi berpotensi dengan satu objektif. Antaranya, memberi sokongan awal kepada mereka dalam bentuk peralatan, input ataupun latihan dan koperasi ini memulakan projek-projek yang baharu, juga untuk mengurangkan beban kos permulaan yang perlu ditanggung oleh koperasi.

draft • 10:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Meningkatkan penglibatan golongan muda, graduan ataupun B40 untuk menceburi bidang yang menjadi tumpuan utama,

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

pertanian, peruncitan, digitalisasi dan juga perkhidmatan. Koperasi juga diberikan — mewujudkan peluang pekerjaan untuk meningkatkan ekonomi komuniti.

Bagi menjawab soalan berkaitan dengan SARA. Ini merupakan antara cadangan dan inisiatif utama KUSKOP, khususnya semasa mengemukakan permohonan program di bawah Belanjawan 2026, Yang Berhormat. Dalam hal ini, melalui pengumuman Belanjawan 2026, premis kedai-kedai runcit koperasi ataupun Coop Mart telah disenaraikan sebagai premis penebusan MySARA. Jadi, semua Coop Mart yang terlibat seluruh negara diberikan satu peluang untuk mereka terlibat di dalam program MySARA ini.

Sehingga kini, terdapat 102 premis Coop Mart yang telah dilantik sebagai rakan niaga MyKasih Foundation bagi penebusan barangan di bawah program MySARA dan MyKasih. Jumlahnya juga dan akan sedang dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Melalui usaha ini, ia akan memberi kemudahan kepada anggota koperasi dan komuniti sekitarnya untuk membuat penebusan, sekali gus berupaya menyumbang kepada peningkatan jualan dan hasil cooperator dan operator Coop Mart di dalam koperasi supaya kita boleh membantu untuk meningkatkan produktiviti dan juga perniagaan mereka. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Langat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Speaker. Apakah usaha SKM ataupun persediaan bagi memastikan koperasi- koperasi ini, yang tidak aktif ini kita kenal pasti supaya dia tidak terus tidak aktif ini, tidak menghantar, tidak mengadakan mesyuarat tahunan dan juga tidak menghantar laporan kewangan yang beraudit?

Dan daripada sejumlah 100 koperasi yang dapat bantuan 3,000 atau 3,500 di Sabah, Sarawak tadi, peratusan tahun-tahun yang lepas ini berapa yang dapat diaktifkan daripada mereka terus dibubarkan? Dan sekiranya koperasi-koperasi yang tidak aktif dan terpaksa dibubarkan oleh SKM, apakah kuasa atau tanggungjawab SKM untuk menguruskan aset-aset yang telah ada, termasuklah mungkin membangunkan aset-aset mereka yang ada dari koperasi yang telah dibubarkan?

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat. Sebenarnya saya bagi data sikit. Antara isu-isu yang mengakibatkan koperasi-koperasi tersebut tidak aktif adalah di dalam tiga sektor lah.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Sektor nombor satu adalah masalah accounting. Sektor nombor dua adalah mereka tidak menjalankan mesyuarat agung tahunan. Yang ketiga adalah aktiviti perniagaan mereka merosot. Antaranya, accounting punya isu, dia 41 peratus. Isu mesyuarat agung tahunan (MAT) tidak dijalankan― 30 peratus. Aktiviti perniagaan yang tidak berjaya― 29 peratus. Di bawah sasaran kita di bawah DaKoM 2030, memang sasaran kita adalah untuk menaikkan aktiviti tersebut supaya koperasi- koperasi yang aktif tingkat ke lebih kurang 65 peratus.

Kita mempunyai banyak bantuan yang kita sediakan. Contohnya, kita ada bagi ruang kepada koperasi-koperasi yang tidak aktif ini untuk kembali aktif dengan memberikan mereka satu peluang ataupun ruang perniagaan melalui program- program khususnya Jualan MADANI, Jualan RAHMAH di mana barangan asas mereka, BA100, dibekalkan ejen sebagai wasiat dan pusaka dan juga CoopUmrah.

Ini untuk menolong koperasi-koperasi yang tidak beraktif untuk kembali berstatus aktif dan memberikan mereka satu peluang untuk tingkatkan jualan ataupun masalah kewangan yang dihadapi oleh mereka. Jadi, ini antara program yang disediakan di bawah Angkasa.

Juga, Angkasa ada beberapa program di bawah seksyen mereka dan bengkel-bengkel yang menawarkan perkhidmatan pemulihan dan menyediakan laporan diagnosis yang melaksanakan program-program reactive-fan koperasi tersebut. Setiap koperasi...

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan

Ya, Yang di-Pertua. Setiap koperasi yang melalui proses ini akan dibantu sehingga ke peringkat penutupan fail setelah mencapai tahap pemulihan sepenuhnya. Jadi, memang we are from A to Z, one stop. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Masjid Tanah.

draft • 11:00 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Puan Pengerusi. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:00 AM

7. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan peratus peserta program reskilling dan upskilling yang benar mendapat pekerjaan tetap, gaji setimpal setelah tamat program tahun (2022-2024) dan apakah jaminan dana latihan ini tidak menjadi projek sekali guna yang lebih menguntungkan penyedia kursus berbanding beri manfaat kepada belia menganggur.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah.

Untuk makluman Dewan yang mulia, usaha meningkatkan kemahiran yang dilaksanakan melalui tiga agensi utama iaitu HRD Corp, Jabatan Tenaga Manusia

(JTM) dan PERKESO yang masing-masing memainkan peranan berbeza tetapi saling melengkapi dalam membina tenaga kerja negara yang lebih cekap, kompetitif dan berdaya saing.

HRD Corp berfungsi mengurus levi majikan bagi menggalakkan latihan pekerja tempatan. Levi ini bertindak sebagai insentif kepada majikan dan membangunkan kompetensi pekerja sejajar keperluan industri. Jumlah kelulusan tempat latihan iaitu pada tahun 2022 sebanyak RM1.49 juta manakala pada tahun 2023 sebanyak RM2.28 juta dan pada tahun 2024, RM2.72 juta. Ini menunjukkan peningkatan tahunan yang begitu ketara menggambarkan komitmen tinggi majikan serta permintaan tinggi terhadap latihan kemahiran.

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) pula memberi tumpuan kepada latihan berstruktur melalui sisi TVET seperti ILP, ADTEC dan JMT. Fokus utama adalah kemahiran teknikal yang selari dengan keperluan industri semasa. Pencapaian latihan JTM iaitu pada tahun 2022 melibatkan seramai 54,009 peserta, pada tahun 2023 melibatkan 83,847 peserta dan pada tahun 2024 melibatkan 84,232 orang peserta. Peningkatan ketara ini menunjukkan permintaan industri terhadap tenaga mahir semakin tinggi.

Kajian JTM menunjukkan bahawa 13 peratus peserta mencatat peningkatan pendapatan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan. Ini adalah bukti jelas bahawa latihan TVET membawa nilai tambah yang benar-benar memberi perubahan kepada kehidupan rakyat. Sehingga 31 Oktober 2025, seramai 78,558 peserta sedang menjalani latihan dalam 10 kluster kemahiran teknologi dan kejuruteraan termasuk automasi, mekatronik, data teknologi, logistik dan lain-lain. Program JTM memberi laluan jelas kepada pekerja melalui struktur latihan intensif pensijilan dan kerjasama industri.

PERKESO melalui Skim Insurans Pekerja dan program LINDUNG KERJAYA memainkan peranan yang penting dalam membantu pekerja yang hilang pekerjaan kembali memasuki pasaran kerja. Bagi statistik permohonan program reskilling dan upskilling 2022 hingga 2024, permohonan yang telah diluluskan sebanyak 10,417 daripada 13,164 yang telah memohon.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Sebanyak 59.59 peratus peserta atau 6,208 orang berjaya kembali bekerja selepas mengikuti latihan PERKESO. Ini menunjukkan keberkesanan sistem latihan dan sokongan penempatan pekerja untuk mereka yang paling terkesan akibat kehilangan pekerjaan. Antara bidang latihan yang mempunyai permintaan yang tinggi adalah digital marketing, human resource management, artificial intelligence, AI industrialism dan supply chain and cyber security. Secara keseluruhannya, data daripada HRD Corp, JTM dan PERKESO membuktikan bahawa usaha reskilling dan upskilling yang dilaksanakan oleh KESUMA benar-benar memberi manfaat nyata kepada rakyat. Kita bukan sahaja membantu rakyat kembali bekerja tetapi juga meningkatkan pendapatan mereka, membuka peluang baru dalam bidang teknologi dan membangunkan tenaga kerja yang lebih bersedia menghadapi perubahan ekonomi dan digitalisasi.

Kementerian akan terus memperkukuhkan usaha ini agar setiap rakyat Malaysia sama ada pekerja industri, anak muda, golongan rentan mahupun mereka yang kehilangan pekerjaan diberikan peluang yang adil untuk maju berjaya. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masjid Tanah.

draft • 11:00 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan itu tadi. Kalau kita tengok pada laporan Bank Negara 2023, satu daripada tiga graduan Malaysia adalah mismatch dengan permintaan industri. Daripada Laporan Khazanah Research Institute menunjukkan hanya 23 peratus sahaja tenaga kerja Malaysia yang bekerja dalam pekerjaan yang sepadan dengan mereka. Daripada data DOSM juga menunjukkan bahawa hampir 60 peratus golongan muda tergolong dalam kategori underemployed. Jadi, soalan saya. Daripada jumlah keseluruhan Yang Berhormat Menteri bentangkan, berapakah ramai yang terlibat dengan bidang industri yang berimpak tinggi ataupun berasaskan industry-driven TVET, dengan izin? Adakah keseluruhan program reskilling, upskilling Yang Berhormat nyatakan tadi― telah sebut tadi― fokus kepada keperluan industri, permintaan industri?

Bagaimanakah proses pengesahan ataupun persetujuan daripada industri termasuklah persatuan-persatuan industri, contohnya, Federation of Malaysian Manufacturing (FMM), Malaysia Semiconductor Industry Association dan pelbagai lagi? Saya ingin tahu, bagaimanakah proses Yang Berhormat kata permintaan industri― yang ini yang industri nak. Jadi, proses itu bagaimana dibuat? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Masjid Tanah.

draft • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Sebagaimana yang saya nyatakan sebentar tadi, sebagaimana yang kita sebutkan angka-angka melalui peratus-peratus yang agak tinggi dan kita adalah tumpuan kepada seperti bidang- bidang yang saya nyatakan tadi, lantaran itu persoalan Yang Berhormat bagaimana pemilihan membantu graduan dan penempatan kerja serta latihan.

Sebab itu JTM menubuhkan Unit Khidmat Sokongan Komuniti dan Pekerjaan ataupun CES di 33 buah ADTEC JTM bagi mengawal selia keboleh pasaran graduan latihan industri dan juga jalinan industri serta pengurusan alumni itu sendiri sebagai platform untuk membantu dalam urusan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat.

Pada tahun 2025, kadar keboleh pasaran graduan ADTEC ataupun JTM yang telah tercatat kepada kita sebanyak 95.5 peratus dan kadar ini meningkat kepada 94.5 peratus jika dibandingkan pada tahun 2024. Ini bererti bahawa JTM yang telah melatih sasaran tersebut yang mempunyai dan anggaran kita menjelang pada tahun 2030 melebihi daripada 500,000 anggaran kita.

Ertinya, program yang kita laksanakan ini mendapat sambutan daripada tahun ke tahun sehinggakan boleh kita katakan tidak mencukupi tempat ada ketikanya. Terima kasihlah Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, secara dasarnya, tujuan program reskilling dan upskilling adalah untuk memastikan tenaga kerja Malaysia kekal bersaing agar selari dengan perubahan teknologi dan perubahan industri.

Secara ringkasnya, program ini wujud untuk membina kemahiran yang betul untuk pekerjaan yang wujud hari ini dan pekerjaan masa depan. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui, apakah mekanisme verifikasi KESUMA bagi memastikan setiap program reskilling dan upskilling mempunyai padanan langsung dengan permintaan industri.

Dan, sejauh manakah industri pihak industri dilibatkan dalam hal ini serta apakah jaminan KESUMA bahawa peruntukan latihan ini mempunyai penilaian kos faedah yang jelas dan tidak mengulangi kegagalan program lalu yang kurang

draft • 11:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

memberi pulangan dalam bentuk pekerjaan berkualiti kepada belia menganggur?

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Sebagaimana yang dikatakan Yang Berhormat sebentar tadi bahawa Tampin membangkitkan bagaimana nak pastikan belia kurang pengangguran dan sebenarnya banyak agensi-agensi lain, kementerian-kementerian lain seperti MARA dan juga sebagainya adalah juga salah satu kementerian-kementerian yang juga membawa kepada peningkatan kepada kursus-kursus yang menyediakan upskilling dari reskilling. Tetapi dari KESUMA secara keseluruhannya, kita sentiasa bekerjasama strategi antaranya industri-industri dengan industri-industri yang boleh membawa kepada permintaan yang tinggi kepada pasaran buruh pada hari ini iaitu seperti kita kerjasama dengan Proton, kita kerjasama dengan Huawei dan juga dengan PETRONAS sendiri.

Maknanya, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat bahawa kita tidak mahu lagi yang terdahulu dan saya tidak pasti yang terdahulu adakah peluang- peluang mereka ini tidak dapat mendapat sambutan. Tetapi yang jangka masa kami sedang usahakan supaya GTM memastikan TVET sejajar dengan keperluan industri agar kokurikulum kita laksanakan ini mendapat keperluan permintaan-permintaan dari industri untuk masa hadapan itu sendiri.

Jadi, yakinlah kepada KESUMA yang program yang telah dilaksanakan oleh kita memberikan sumbangan yang sangat-sangat positif dan saya percaya bahawa pulangan ini yang sebagaimana peratusan yang saya bentangkan tadi adalah manfaat kepada pelajar-pelajar yang masuk, sama ada reskilling dan upskilling itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Sorong papan, tarik papan; Soalan Jempol nombor lapan.

draft • 11:10 AM

8. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan status pelaksanaan projek Battery Energy Storage System (BESS) dan bagaimanakah kerajaan memastikan teknologi adalah mesra alam dan tidak menambah beban pencemaran sisa bateri terpakai serta langkah keselamatan yang diwajibkan bagi mengelakkan risiko kebakaran atau letupan yang sering dikaitkan dengan sistem penyimpanan tenaga berasaskan bateri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, antara tujuan utama kerajaan memperkenalkan sistem penyimpanan tenaga bateri ataupun dengan izin Battery Energy Storage System (BESS) adalah bagi memberi sokongan kepada sistem grid semenanjung Malaysia dan seterusnya membenarkan kemasukan tenaga solar yang lebih tinggi.

Pelaksanaan projek rintis yang sedang dibangunkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad kini berada dalam fasa pembinaan dan dijangka akan mula beroperasi pada hujung tahun 2026. Selain itu, kerajaan melalui suruhanjaya tenaga telah melaksanakan bidaan terbuka bagi sistem penyimpanan tenaga atau dikenali sebagai MYBESS dengan kapasiti 400 megawatt dan discharge 1,600 megawatt per jam bagi penggunaan BESS di peringkat utiliti.

Antara langkah atau inisiatif yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan teknologi bateri adalah mesra alam dan tidak menambah beban pencemaran sisa bateri kita pakai iaitu:

(i) penyediaan proses oleh EPC BESS mengenai kaedah pembongkaran, penamatan operasi, pelupusan dan pengitaran semula pepasangan bateri selaras dengan perundangan tempatan;

(ii) pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;

(iii) pelaksanaan environmental management plan bagi proses ataupun projek BESS; dan

(iv) pengitaran semula komponen bateri mengikut undang-undang yang terpakai.

Dari aspek keselamatan pula, antara langkah keselamatan yang telah diambil bagi mengelakkan risiko kebakaran atau letupan BESS adalah:

(i) memenuhi keperluan pihak bomba berkenaan keperluan keselamatan dan pematuhan yang diperlukan bagi pepasangan BESS iaitu NFPA 855, Standard for the

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Installation of Stationary Energy Storage Systems. Piawaian NFPA 855 ini adalah sumber rujukan utama bagi mengurangkan risiko kebakaran dan letupan yang berkaitan dengan pepasangan BESS; dan

(ii) pematuhan kepada piawaian antarabangsa yang berkaitan seperti IEC 62619 dan UL 9540.

Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jempol.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan Jempol, adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan pelaksanaan projek sistem penyimpanan tenaga bateri sebagai salah satu kaedah menyokong dan mengukuhkan sistem pembekalan elektrik negara? Selain itu, apakah perancangan jangka panjang PETRA dalam meluaskan penggunaan serta pembangunan teknologi sistem penyimpanan tenaga bateri di negara kita? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol. Sebagai langkah permulaan seperti yang saya kongsikan di awal tadi, kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah melaksanakan tender BESS di bawah program bidaan terbuka bagi sistem penyimpanan tenaga yang kita panggil MYBESS dengan kapasiti 400 megawatt dan discharge-nya 1,600 megawatt jam.

Penilaian tender ini sebenarnya telah pun selesai di peringkat Suruhanjaya Tenaga dan cuma kita hanya akan umumkan dalam masa terdekat tertakluk kepada kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Jadi, bila kita laksanakan MYBESS ini, sudah pasti ia nya adalah sebahagian menyokong ke arah usaha penjanaan dari segi kapasiti solar yang kini sebenarnya telah mencapai tahap yang tinggi dan memerlukan sokongan berbentuk tetap ataupun firm.

Seperti yang kita tahu, memang solar ini adalah bersifat intermittent dan berubah-ubah dan juga dia tidak boleh berfungsi pada waktu malam. Jadi, teknologi penyimpanan ini akan dapat mengurangkan ketidaktentuan solar dan seterusnya memberi bekalan elektrik yang lebih stabil.

Soalan yang kedua, berkaitan jangka panjang. Memang bagi hasrat kerajaan selepas ini bila kita laksanakan LSS yang seterusnya large scale solar, kita jangkakan LSS itu perlu datang ataupun diwajibkan dengan memasang BESS jadi

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

sebahagian daripada sistem mereka nanti. Terima kasih Jempol. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mersing.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Jadi, soalan saya adalah apakah kemajuan terkini dalam pembangunan kemudahan kitar semula bateri domestik di Malaysia untuk menampung jangkaan peningkatan sisa daripada BESS dan kenderaan elektrik EV sejajar dengan matlamat ekonomi kitaran bateri. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Mersing. Seperti juga yang di awalan jawapan saya tadi, sememangnya kita tertakluk kepada pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling dan juga Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007. Cuma jangkaan dari segi BESS ini kita jangkakan jangka hayat untuk sesebuah bateri itu akan mengambil masa ataupun boleh bertahan 15 tahun sebelum dari segi efficiency-nya berkurangan.

Maka sebab itu, dari segi bagaimana untuk kita melihat dari segi pengitaran semula dan penggunaan komponen bateri ini memang satu, bergantung pada undang-undang sedia ada cuma untuk masa akan datang saya rasa sememangnya sekiranya penggunaan bateri ini begitu meluas memang kita perlu secara lebih tertumpu bagaimana menguruskan sisa daripada bateri ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Mersing.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi soalan nombor 9, Yang Berhormat Parit tidak hadir. Saya jemput Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Jelebu.

draft • 11:10 AM

[Soalan No. 9 - Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib (Parit) tidak hadir]

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan Jelebu nombor 10.

draft • 11:10 AM

10. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Kewangan menyatakan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam mengawal pembelian kredit di platform e-dagang yang berpotensi tinggi menjadi punca peningkatan hutang isi rumah di Malaysia.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Kerajaan Malaysia mengambil langkah proaktif dan menyeluruh dalam menangani isu pembelian kredit melalui platform e-dagang yang berpotensi

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

menyumbang kepada peningkatan hutang isi rumah khususnya melalui penggunaan kad kredit dan skim Beli Sekarang, Bayar Kemudian atau dengan izin Buy Now, Pay Later (BNPL).

Penggunaan kad kredit dan kad caj dalam platform e-dagang menyumbang kepada peningkatan pembelian secara kredit dalam kalangan isi rumah di mana kad kredit dan kad caj kekal sebagai salah satu instrumen utama pembiayaan pengguna.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Setakat September 2025, jumlah hutang kad kredit adalah sebanyak RM50.7 bilion di mana jumlah yang tidak berbayar atau tertunggak (overdue) adakah sebanyak RM551.8 juta atau 1.1 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang kad kredit dan kad caj.

Kad kredit dan kad caj menawarkan fleksibiliti pembayaran kepada pengguna sekiranya pengguna mampu mengurus hutang dengan berhemah. Jumlah pinjaman skim Buy Now, Pay Later dengan izin setakat 30 September 2025 adalah sebanyak RM4.2 bilion yang meliputi tujuh juta pemegang akaun aktif dalam negara.

Ia nya merangkumi 0.3 peratus daripada jumlah keseluruhan keberhutangan isi rumah di Malaysia. Namun demikian, jumlah BNPL yang tidak berbayar atau tertunggak dengan izin, overdue adalah terkawal iaitu sebanyak RM147.7 juta atau 3.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman BNPL. Bagi tempoh yang sama, terdapat seramai 185,465 pemegang akaun BNPL yang mempunyai baki tidak berbayar.

Kerajaan sentiasa prihatin dan terus memperkenalkan pelbagai dasar untuk memastikan pemberi pinjaman kredit sentiasa berhemah dalam aktiviti pemberian hutang. Langkah ini penting dalam menangani risiko hutang melebihi kemampuan serta meningkatkan perlindungan kepada pengguna kredit demi memastikan ia nya tidak menimbulkan kesan negatif kepada daya tahan isi rumah serta kestabilan sistem kewangan negara.

Akta Kredit Pengguna 2025 yang dijangka akan berkuat kuasa pada akhir tahun ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk mengawal penggunaan BNPL terutamanya dalam pembelian melalui kredit di platform e-dagang. Melalui akta ini, pemberi kredit bukan bank seperti syarikat BNPL dikehendaki mematuhi keperluan perlakuan dan amalan pemberian kredit yang bertanggungjawab bagi melindungi pengguna kredit.

Ini termasuklah melakukan penilaian kelayakan kredit atau credit worthiness assessment dengan izin, dan penilaian kemampuan berhutang (affordability

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

assessment) dengan izin, terhadap pengguna kredit sebelum menawarkan pembiayaan, memastikan terma urus niaga yang adil, pengenaan caj atau fi yang telus berpatutan dan tidak membebankan serta tatacara pengutipan hutang yang berhemah terhadap pengguna kredit.

Walaupun skim BNPL menyediakan kemudahan pembayaran yang memudahkan pembelian, adalah juga menjadi suatu tanggungjawab para pengguna kredit untuk menilai setiap keperluan sebenar serta kemampuan kewangan sendiri sebelum mengambil sebarang komitmen kewangan bagi mengelakkan beban hutang yang tidak terkawal.

Para pengguna juga perlu lebih bersedia dan berpengetahuan dalam mengurus kewangan mereka untuk mengecapi manfaatnya dan pada masa yang sama mengelakkan diri daripada terjerat dalam perangkap hutang.

Sehubungan ini, Kementerian Kewangan mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Dewan Rakyat untuk melawat pameran celik kewangan yang sedang berlangsung di pintu masuk hadapan Dewan Rakyat. Pameran ini disertai oleh semua rakan kongsi Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) dan bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai ilmu kewangan. Ahli-ahli Yang Berhormat juga berpeluang membawa pulang maklumat tambahan cetakan berkaitan celik kewangan untuk rujukan lanjut. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelebu.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak mohon untuk membacakan satu aduan daripada orang ramai kepada saya sebagai Ahli Parlimen berkaitan dengan BNPL, Buy Now, Pay Later.

Apa dia cakap Dato’ Yang di-Pertua, “Hutang pay later. Kenal ini orang untuk maklumat lanjut sila hubungi pegawai kami Khairul, 011-63360360 sekarang untuk mengelakkan apa-apa tindakan dijalankan”, pertama. Kemudian teks yang kedua apa dia? “Hello, good morning. Please corporate or else we will trash your image.” Now I trash your number dalam Parlimen.

Dato’ Yang di-Pertua, saya sebut ini kerana pemberi kredit dengan penerima kredit, this a new along system, dengan izin ya. Sistem along yang dibenarkan sama ada dibenarkan secara halal atau haram but apa tindakan pihak kerajaan kepada perkara ini? Orang muda ini Yang Berhormat Timbalan Menteri semakin hari semakin tertekan. Kita tak salahkan― bukan kita nak orang kata nak mengiakannya tindakan orang muda yang suka berhutang. Tetapi program yang digunakan oleh e-dagang seperti Shopee ini membuatkan dan menjerumuskan orang muda kepada

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

penambahan hutang selain daripada kad kredit dan penambahan hutang kepada BNPL.

Soalan saya Dato’ Yang di-Pertua, tadi Timbalan Menteri sebut setakat September, 4.2 bilion melibatkan tujuh juta pemegang akaun aktif BNPL. Soalan saya, adakah pihak kerajaan buat semakan semula kepada prasyarat pembelian BNPL dan juga di pihak penyedia platform e-dagang dan sekali gus membuat satu peraturan dan garis panduan kepada pengguna agar tidak berbelanja lebih daripada pendapatan mereka sehingga mereka berhutang melebihi kepada kemampuan, yang pertama.

Dan yang kedua, apa tindakan pihak kementerian kepada along halal ini?

Yang boleh keluarkan imej peminjam, yang boleh mengadakan ugutan kepada peminjam dan nama dan nombor itu telah pun dikeluarkan, telah pun diisytiharkan.

Jadi, apa tindakan pihak kerajaan? Ini menjadikan golongan anak muda kita semakin hari semakin tertekan, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Seperti yang saya nyatakan tadi, kita telah luluskan Akta Kredit Pengguna yang dijangka akan berkuat kuasa akhir tahun ini, itu merupakan satu inisiatif kerajaan untuk mengawal penggunaan BNPL, terutamanya dalam pembelian melalui kredit di platform e-dagang.

Melalui akta ini, pemberi kredit bukan bank seperti syarikat terutamanya syarikat BNPL mesti, adalah bertanggungjawab untuk melindungi pengguna kredit termasuk melakukan penilaian kelayakan kredit, penilaian kemampuan berhutang dan sebagainya.

Melalui akta ini juga, SKP iaitu sebuah Suruhanjaya Kredit Pengguna akan mengeluarkan standard pelesenan yang akan mempunyai keperluan seperti layak dan sesuai untuk memastikan penyelia kredit ini mempunyai syarat minimum sebelum mereka menawarkan kemudahan kredit. Dan juga berkenaan dengan kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, saya dengar macam ini adalah sikit macam scam sikit juga. Tapi tak apa, saya akan menghubungi Yang Berhormat dan kita akan...

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua, saya tambah ya. Ini bukan scam.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak boleh tambah macam itu. Sila duduk. Nanti...

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Menteri, ini bukan scam.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, nanti Yang Berhormat boleh jumpa dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila duduk dulu.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ini WhatsApp daripada nombor yang didaftar.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Okey, kita akan bincang ini di luar. Saya akan ambil maklumat semua dan kita akan mengambil tindakan.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tak, pasal dah kata scam itu saya tak puas hati, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

This is regarding the public interest.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, nanti Yang Berhormat boleh jumpa dengan Timbalan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Okey, okey. Nasib baik saya tak sihat, Dato’ Yang di-Pertua. Baik, baik.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Serai.

draft • 11:20 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Okey. Terima kasih Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, isu ini bukan sekadar soal literasi kewangan pengguna tetapi juga manipulasi teknologi. Platform e-dagang hari ini menggunakan algoritma canggih dan notifikasi agresif (push notification) yang menyasarkan pengguna pada waktu mereka paling vulnerable secara emosi untuk berbelanja.

Laporan juga menunjukkan jumlah transaksi BNPL telah melonjak ke 9.3 bilion pada separuh pertama 2025 sahaja.

Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Sejauh manakah pihak kementerian melalui kerjasama dengan Kementerian Digital akan menetapkan garis panduan etika baharu terhadap algoritma pemasaran ini? Khususnya untuk mewajibkan paparan amaran risiko keberhutangan yang jelas dan tidak boleh dilangkau (non-skippable) setiap kali pengguna memilih opsyen pembayaran secara ansuran. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang selama ini kita memang ada buat terutamanya literasi kewangan. Kita memang akan terus membuatkan literasi kewangan melalui FEN dan sebagainya dan kita memang akan bekerjasama dengan Kementerian Digital juga

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

untuk memastikan semua pemberi kredit ini atau perbelanjaan melalui kredit ini akan dijalankan dengan saksama dan adil.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Dan kita pun tidak mahu terutamanya belia kita terperangkap dalam hutang sebegini sebab seperti tadi Buy Now, Pay Later merupakan begitu senang sahaja mereka dapat kredit. Jadi, ini juga kita mesti teruskan literasi kewangan di seluruh negara sejak di peringkat sekolah juga. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai di bahas dan diputus Rang Undang-undang Antibuli 2025, Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025, Rang Undang-undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 dan Rang Undang-undang Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 seperti di nombor 1 hingga 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 4 hari bulan Disember 2025.”

draft • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 11:31 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Saya mohon menyokong.

draft • 11:31 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:31 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

(LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 [Akta 747]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menjemput Yang Berhormat Selayang, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk “Cadangan Pindaan Terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 [Akta 747]”.

draft • 11:31 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Jawatankuasa Pilihan (JKP) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi telah membentangkan penyata jawatankuasa berhubung cadangan pindaan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 [Akta 747] D.R.29/2025 di Dewan Rakyat pada hari Khamis, 20 November 2025 yang lalu.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jawatankuasa ini telah mengadakan tiga mesyuarat bagi membincangkan isu ini melalui mesyuarat pertama pada hari Rabu, 6 November 2024 berkenaan cadangan pindaan Akta 747 oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Mesyuarat kedua pada hari Selasa, 29 Julai 2025 berkenaan kes tahanan di bawah Akta 747 oleh SUARAM dan mesyuarat ketiga pada hari Selasa, 14 Oktober 2025 diadakan bagi mendapat pandangan mengenai prosedur dan tatacara penahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 [Akta 747] oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 [Akta 747] merupakan undang-undang prosedur yang digubal bagi menangani kesalahan berkaitan keselamatan negara, jenayah terancang serta ancaman serius yang melibatkan kepentingan awam dan kedaulatan negara. Namun sejak pelaksanaannya, akta ini telah menimbulkan persoalan dari pelbagai sudut keadilan, ketelusan dan perlindungan hak asasi manusia termasuk isu penahanan sehingga

draft • 11:32 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

28 hari tanpa semakan kehakiman, larangan jaminan dan akses terhad kepada peguam.

Realiti pelaksanaan akta ini memperlihatkan bahawa kesannya tidak hanya tertumpu kepada individu yang ditahan, tetapi turut merangkumi dimensi lebih luas seperti tekanan psikologi keluarga, ketidakstabilan sosial, risiko penyalahgunaan kuasa dan persepsi terhadap integriti sistem kehakiman. Fenomena ini memperlihatkan bagaimana peruntukan undang-undang yang digubal untuk tujuan keselamatan, sekiranya tidak dikawal dengan rapi, berpotensi membawa implikasi yang jauh lebih besar kepada masyarakat institusi negara dan prinsip keadilan.

Dalam konteks ini, cabaran yang dihadapi bukan sahaja berkaitan mekanisme pertahanan dan penyiasatan, tetapi juga melihatkan isu struktur seperti keberkesanan semakan kehakiman, hak guaman dan kesan sosioekonomi terhadap keluarga. Sehubungan dengan itu, penyata ini menghimpunkan analisis menyeluruh dan hasil dapatan perbincangan bersama SUARAM, SUHAKAM dan KDN bagi memperkukuhkan mekanisme keselamatan negara dalam kerangka yang adil, seimbang dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada libat urus pertama bersama dengan SUARAM, jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa isu iaitu tafsiran “kesalahan keselamatan” di bawah seksyen 3 dianggap terlalu luas dan tidak jelas sehingga membuka ruang kepada salah guna kuasa. Beberapa kes seperti penahanan Maria Chin Abdullah pada 2016 serta Lim Kian Aik dan R. Nathan pada 2020 menunjukkan pelaksanaan akta ini terhadap kes yang tidak memenuhi ambang ancaman keselamatan negara.

Seksyen 4(5) yang membenarkan penahanan sehingga 28 hari tanpa semakan kehakiman menimbulkan risiko ketara terhadap hak asasi manusia.

Ketiadaan pengawasan mahkamah menyukarkan akses guaman, membuka ruang kepada penderaan dan menimbulkan tekanan besar kepada keluarga tahanan.

Seksyen 13 menyebabkan hak jaminan dinafikan hampir sepenuhnya kecuali dalam keadaan tertentu. Walaupun peruntukan electronic monitoring device (EMD) wujud, ia tidak pernah digunakan sebagai alternatif kepada penahanan, sekali gus meningkatkan beban sosioekonomi dan psikososial keluarga.

SUARAM melaporkan pelbagai isu lain termasuk penggunaan seksyen 6 berkaitan pintasan komunikasi, seksyen 30 berhubung penahanan semula tertuduh dan tidak kecekapan sistem perbicaraan yang membawa kepada penangguhan bertahun-tahun. Perkongsian daripada keluarga tahanan dan wakil peguam

draft • 11:32 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

mendedahkan aduan berkaitan layanan buruk, penderaan, kekangan rawatan kesihatan, penahanan lama tanpa pertuduhan dan tekanan yang dihadapi sepanjang tempoh siasatan.

Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada libat urus kedua bersama dengan SUHAKAM, jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa perkara iaitu undang- undang keselamatan negara perlu memastikan ketidakseimbangan yang jelas antara keperluan melindungi negara dan menjamin hak asasi manusia. Ini termasuk memastikan semakan kehakiman menjadi mekanisme pengimbang kepada kuasa eksekutif.

SUHAKAM mencadangkan pindaan menyeluruh kepada seksyen 13 bagi mengembalikan budi bicara mahkamah termasuk mempertimbangkan faktor sosial terutama bagi tahanan yang merupakan pencari nafkah tunggal keluarga. Pindaan seksyen 6(4) dicadangkan bagi memastikan lanjutan tahanan hanya boleh dibuat oleh mahkamah mengikut seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan tempoh penahanan di cadang di pendekkan kepada tujuh hari sahaja bagi mengurangkan risiko penderaan.

draft • 11:32 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

SUHAKAM mencadangkan pemansuhan seksyen 17 dan seksyen 18B supaya selaras dengan Akta Keterangan 1950 dan memberikan perlindungan sewajarnya terhadap komunikasi suami isteri. SUHAKAM menekankan bahawa keperluan keselamatan negara mesti dilaksanakan dalam kerangka prinsip antarabangsa seperti hak untuk dimaklumkan, hak mendapat pengadilan segera dan hak mendapat semakan kehakiman.

Tuan Yang di-Pertua, hasil daripada libat urus ketiga bersama dengan KDN, Jawatankuasa telah mengenal pasti beberapa perkara iaitu KDN memperincikan proses tangkapan dan penahanan di bawah seksyen 4 dan seksyen 5 termasuk prosedur 24 jam pertama, penangguhan akses kepada peguam selama 48 jam, kaedah penyiasatan penggunaan saksi terlindung serta garis masa penyediaan kertas siasatan dari hari pertama hingga hari ke-28.

KDN juga menjelaskan bahawa EMD boleh diguna sebagai alternatif kepada tahanan penuh, namun pelaksanaannya bergantung kepada keputusan pendakwa raya dan perlu di pohon di mahkamah sesyen. Penjelasan tambahan turut diberikan berhubung justifikasi kes, elemen jenayah terancang, proses risikan, keperluan siasatan kompleks serta perbezaan antara Akta 747 dan Undang-undang

draft • 11:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Pencegahan seperti Akta Pencegah Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa telah meneliti pelbagai isu dapatan dan cadangan yang dikemukakan berkaitan tahanan di bawah Akta 747. Berdasarkan penelitian tersebut, Jawatankuasa mengemukakan syor-syor strategik bagi penambahbaikan pelaksanaan Akta 747 pada masa akan datang. Terdapat lapan syor yang telah dikemukakan iaitu:

(i) jawatankuasa mengesyorkan agar kerajaan memperhalusi definisi kesalahan keselamatan, jenayah keganasan dan jenayah terancang;

(ii) jawatankuasa mengesyorkan agar kerajaan memperhalusi seksyen 13 Akta 747 kerana didapati bercanggah dengan prinsip kebebasan dan hak asasi manusia. Walau bagaimanapun, sebarang pindaan hendak dilaksanakan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan keupayaan negara dalam mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam;

(iii) jawatankuasa mengesyorkan agar kerajaan mengkaji semula seksyen 4, perenggan 5 terutamanya melibatkan penahanan selama 28 hari;

(iv) jawatankuasa mengesyorkan agar KDN menetapkan garis masa yang lebih pendek bagi pelaksanaan pindaan Akta 747 bagi memastikan reformasi undang-undang dapat dilaksanakan secara telus dan berperingkat;

(v) jawatankuasa mengesyorkan agar kerajaan mengembalikan kuasa budi bicara mahkamah dalam aspek reman, jamin dan pemenjaraan bagi menjamin keseimbangan di antara kepentingan keselamatan negara dengan hak asasi individu;

(vi) jawatankuasa mengesyorkan agar penggunaan EMD diputuskan oleh mahkamah bagi memastikan keadilan;

(vii) jawatankuasa mengesyorkan agar KDN memastikan kebajikan tahanan termasuk hak untuk mendapat makanan mencukupi dan rawatan perubatan yang sewajarnya sejajar dengan piawaian hak asasi manusia; dan

(viii) jawatankuasa mengesyorkan agar KPWKM dan agensi-agensi berkaitan memberi perkhidmatan sokongan psikologi kerana

draft • 11:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

penahanan di bawah Akta 747 memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan dan kebajikan keluarga secara keseluruhan.

Saya hendak menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini tentang statistik yang diambil tindakan di bawah Akta 747 bagi tempoh 2015 hingga 2025, Oktober. Bab VI Kanun Keseksaan, Kesalahan Terhadap Negara. Jumlah kes, 21. Jumlah tangkapan, dua. Bebas satu, tuduh satu.

Bab VIA Kanun Keseksaan, Kesalahan Berkaitan Keganasan. Jumlah kes, 662. Jumlah tangkapan, 611. Bebas, 132. Tuduh, 291.

Bab VIB Kanun Keseksaan, Jenayah Terancang. Jumlah kes, 46. Jumlah tangkapan, 1,379. Bebas, 401. Tuduh, 905.

Bab IIIA, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. Jumlah kes, 102. Jumlah tangkapan, 570. Bebas, 137. Tuduh, 243.

Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015.

Tidak ada kes, tidak ada tangkapan.

Oleh demikian, sekian sahaja penerangan saya selaku Pengerusi JKP Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi bagi Penyata Jawatankuasa Mengenai Cadangan Pindaan Terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 [Akta 747]. Dan untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, pembahasan ini akan digulung oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Seterusnya Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.

Saya ada senarai pembahas yang pendek iaitu tiga pembahas. Pembahas pertama ialah Yang Berhormat Pasir Gudang, pembahas kedua Yang Berhormat Pengkalan Chepa, pembahas ketiga adalah Yang Berhormat Hulu Terengganu.

Setiap pembahas diberikan tiga minit sahaja melainkan saya gunakan budi bicara saya untuk menambah. Terima kasih. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 11:40 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Timbalan Yang di-Pertua. Saya terus kepada perbahasan ini. Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 juga disebut SOSMA yang digubal 13 tahun yang lalu pada tahun 2012, tujuannya baik.

draft • 11:48 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Pertamanya, menggantikan ISA yang telah dimansuhkan untuk mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara, menentang keganasan jenayah terancang dan kegiatan yang menjejaskan keselamatan nasional. Tapi Tuan Speaker, dari segi keadilan, tujuan yang baik sahaja tidak cukup. Cara juga mesti baik kerana tujuan tidak boleh menghalalkan cara. Selepas 13 tahun berkuat kuasa, jelaslah Akta SOSMA ini banyak kecacatannya yang bertentangan dengan demokrasi dan keadilan.

Jadi saya, dalam Dewan ini berpendapat dan menuntut lebih daripada apa yang dituntut oleh SUHAKAM, lebih daripada apa yang dituntut oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai hak asasi ini. Pasir Gudang mendesak supaya akta ini dimansuhkan oleh Dewan Parlimen ini. Di sini digubal, di sini kita mansuhkan selepas 13 tahun.

[Tepuk]

draft • 11:48 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang pertama, bagaimana apabila seorang itu ditahan selama 28 hari dia direman tanpa dibawa ke mahkamah, tanpa ada perintah daripada majistret untuk seseorang yang ditahan itu diberi hak untuk mahkamah menentukan. Boleh atau tidak?

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ada Pasir Gudang. Ledang.

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Pasir Gudang, boleh Ledang, belakang.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Belakang, nak? Bagi?

draft • 11:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ledang...

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Saya tahu masa sangat-sangat suntuk. Saya cuma nak celah sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Ledang— terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Apabila kita sebut supaya undang-undang ini mansuhkan dan dulu pun saya antara yang melawan undang-undang ISA. Begitu juga dengan SOSMA. Soalnya adalah bagaimana untuk kita menangani undang-undang baharu. Apakah ada undang-undang sedia ada yang boleh menjadi alternatif kepada undang-undang seperti mana ISA dulu dan juga SOSMA sekarang? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit, Pasir Gudang.

draft • 11:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih kepada sahabat saya YB Ledang. Saya ada jawapannya. Ada undang-undang lain selain daripada SOSMA untuk kerajaan, negara kita ini menangani terrorism,

draft • 11:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

keganasannya. Undang-undang itu telah digubal oleh Parlimen itu, nama dia POTA, Prevention of Terrorism Act. Selain daripada itu apa yang kurangnya dengan Penal Code, Kanun Keseksaan? Tolong beritahu saya Yang Berhormat Menteri di mana dalam Penal Code tidak ada provision untuk menangani organised crime ini.

[Tepuk] Kenapa SOSMA ini digunakan untuk menahan jemaah global GISB? Global Ikhwan Sdn.

Bhd. itu. Adakah mereka terrorist? Adakah mereka organised crime? Bagaimana Maria Chin Pengerusi Bersih pada waktu itu kemudian jadi Ahli Parlimen kita ditahan di bawah SOSMA yang memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bersih, ancaman nasional apa yang beliau lakukan?

Itu tandanya akta ini zalim, draconian. Dan saya nak beritahu kepada kerajaan sekarang ini di mana PH ada, kita berjanji dalam manifesto menghadapi pilihan raya, apa juga undang-undang draconian kita akan mansuhkan. Inilah masa.

Ada dua tahun lagi kita di dalam Parlimen. Kalau kita tidak mansuhkan ini bermakna kita sama-sama termasuk saya gagal melaksanakan reformasi yang sebenarnya.

Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Pasir Gudang. Baiklah seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Tiga minit.

draft • 11:50 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. SOSMA ini sebagaimana yang disebutkan Pasir Gudang tadi digubal dengan tujuan melindungi negara daripada ancaman keselamatan. Namun, kalau kita lihat laporan setebal 160 halaman ini, jelas menunjukkan kepincangan dari sudut pelaksanaannya.

Dan antara yang paling membimbangkan sebagaimana yang disebutkan tadi bagaimana seorang itu boleh ditahan tanpa mendapat perintah daripada hakim, tanpa dapat perintah untuk reman dan di situlah berlakunya banyak kepincangan- kepincangan yang membuka ruang kepada salah laku penderaan fizikal, kes dipukul sehingga patah tulang. Ada kes yang disimbah dengan air kencing, tahanan tidak mendapat rawatan hospital yang sepatutnya. Ini bukan yang saya reka. Ini ada dalam laporan tersebut.

Jadi, kalau sekiranya saya tidak yakin kerajaan ini akan mansuhkan sebagaimana desakan Pasir Gudang tadi. Kalaulah berdegil juga tak nak mansuhkan, saya nak mencadangkan beberapa perkara lah.

draft • 11:53 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang pertama, paling tidak reformasi seksyen 13 SOSMA itu, hak jaminan dan hapuskan larangan mutlak jaminan. Beri ruang kepada hakim untuk menilai kes itu ada merit ataupun tidak. Jangan menyalahgunakan. Dan bukan sahaja dalam hal SOSMA ini. Kerajaan pada hari ini dalam banyak kes telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk menekan khususnya mereka yang bangkit bersuara menegur kerajaan pada hari ini.

Yang kedua, saya nak cadangkan supaya disegerakan pelaksanaan kalau tak dimansuhkan EMD yang digunakan semenjak 2012. Walaupun ia alternatif, lebih— kerana walaupun tidak pernah digunakan sejak 2012 EMD ini dan ia nya lebih berperikemanusiaan. Dan kalau nak reform jangan cakap akan dikaji, akan diselidik, akan dibuat, macam-macam lagi akan. Kita minta supaya kerajaan letakkan garis masa untuk segala reformasi terhadap undang-undang draconian ini.

Yang keempat yang juga tidak kurang penting ialah apabila seorang itu ditahan, dia adalah merupakan punca kepada pendapatan keluarga. Jadi, bagaimana kerajaan harus berfikir tentang sokongan psikososial kewangan yang perlu ada kerjasama di antara kementerian-kementerian yang lain.

Dan yang paling penting dengan melihat kepada kes-kes dan aduan yang salah laku yang luar biasa yang menzalimi, yang menganiaya kepada tahanan- tahanan ini, kita minta supaya ada audit berkala untuk mesti diwujudkan bagi memastikan tidak berlakunya perkara-perkara yang disebutkan dalam laporan ini.

Tuan Yang di-Pertua, keselamatan tanpa keadilan ialah kelemahan bukan sebuah kekuatan. Saya menyokong laporan ini dan mendesak pindaan komprehensif Akta 747 dilakukan dengan segera ataupun kalau sekiranya kerajaan ini benar-benar serius, mansuhkan juga SOSMA sebagaimana didesak oleh Pasir Gudang tadi. Saya menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:53 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Pengkalan Chepa.

Seterusnya saya jemput pembahas terakhir Yang Berhormat Hulu Terengganu. Tiga minit Yang Berhormat.

draft • 11:53 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Hulu Terengganu membahas penyata Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi yang dibentangkan oleh Selayang. Terima kasih Selayang selaku pengerusi jawatankuasa.

draft • 11:56 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan dengan ayat [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu berlaku adil terhadap apa saja tindakan”. Saya secara jujurnya, Hulu Terengganu menyokong apa yang dibentang dan diluahkan oleh Pasir Gudang iaitu memansuhkan akta draconian yang mencabul hak asasi sebagai seorang rakyat.

Dalam keadaan saya tahu kerajaan berada dalam keadaan bagaimana nak menyeimbangkan antara keselamatan negara dengan hak seseorang. Walaupun begitu, kita ada tatacara dan peraturan yang sebetul yang mana masih boleh mengatakan bahawa matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Tapi apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini Yang di-Pertua, saya nak kaitkan dengan apa yang berlaku walaupun ia tak berkait sangat dengan SOSMA tapi apa yang berlaku dalam setiap undang-undang kewibawaan penguatkuasaan adalah suatu yang amat penting.

Jika penguat kuasa diragui tentang kejujuran dan integritinya, mana mungkin undang-undang itu dapat ditegakkan dengan adil. Contoh yang terbaru yang riuh di seantero dunia berkaitan dengan whistleblower Albert Tei yang kita lihat bagaimana penguat kuasa yang menyerbu rumah dengan dikatakan diacukan enam laras pistol untuk nak ditangkap, padahal temu janji yang diminta untuk hadir 1 hari bulan. Tapi sebelum 1 hari bulan telah diserbu. Kenapa hal tersebut berlaku?

Jadi, hal sebegini akan menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat, kenapa hal tersebut berlaku? Adakah kerana nama Pesuruhjaya SPRM dipetik?

Adakah kerana nama Perdana Menteri dipetik ataupun adakah nama mereka yang terlibat dalam mengurus negara ini dipetik? Maka, hal tersebut berlaku. Jadi, oleh yang demikian, kita berharap undang-undang yang cantik yang hebat tak mampu dilaksanakan dengan penuh wibawa sekiranya penguat kuasa diragui integritinya.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, kita juga ingin menyentuh berkaitan dengan penangkapan 201 orang yang mengamalkan seks songsang. Pun juga hal berkaitan penguat kuasa. Saya merasa hairan dengan ratusan akta dalam negara yang merdeka ini, dengan ribuan seksyen di Mahkamah Syariah.

Mana mungkin tiada satu pun seksyen ataupun akta yang boleh nak digunakan, nak caj mereka terlibat ini. Apakah kerajaan hari ini bergerak ke arah nak menormalisasikan masalah gay? Masalah lawan pedang. Ataupun adakah mereka cuba untuk nak menormalisasikan perkara yang dilarang oleh Allah SWT?

draft • 11:56 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kebimbangan saya Yang di-Pertua kerana hukuman golongan ini adalah lebih kejam, lebih teruk berbanding dengan mereka yang berzina. Kalau berzina dari segi Islam, mereka cuma dihukum dengan merejam sampai mati. Tapi ada ulama mengatakan, mereka yang mengamalkan permainan lawan pedang ini, mereka ini boleh dihumban ke bangunan tinggi. Jika belum mati, mereka ini mungkin boleh dilontar...

draft • 12:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Hulu Terengganu nak tanya sikit?

draft • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Boleh dilontar dengan direjam dengan batu sehingga meninggal dunia.

draft • 12:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Hulu Terengganu minta laluan. Lawan pedang itu apa? Saya tak faham.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Masa dah habis Kangar, masa dah habis. Hulu Terengganu,

draft • 12:00 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

landing, landing.

draft • 12:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Lawan pedang. Lawan pedang ini Yang di-Pertua, saya pun hairan. Mana mungkin seorang manusia yang sebaik kejadian boleh main lawan pedang. Geng-geng kunyit ini kerana kera dengan lembu pun tak berkahwin sama jantina. Yang di-Pertua, saya tutup dengan saya bimbang apa yang berlaku ini boleh menjadi normalisasi. Bala Allah akan turun pada semua kita, nauzubillah. Terima kasih Yang di-Pertua. Sekian, wassalamuaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kota Melaka, Ahli Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi untuk menjawab. Lima minit Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 12:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli yang telah mengambil bahagian iaitu YB Pasir Gudang, YB Pengkalan Chepa dan juga YB Hulu Terengganu.

Pertama sekali saya percaya tiada yang akan pertikaikan bahawa Dewan ini bersetuju tiada siapa yang menolak keperluan menjaga keselamatan negara. Dan ancaman keselamatan adalah nyata, sama ada daripada elemen ekstremis, keganasan, sabotaj ataupun jenayah terancang, ia di mana negara mesti dilindungi.

Itu adalah yang paling penting. Kita tidak menafikan. Akan tetapi kita tidak boleh

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

menggunakan nama keselamatan negara itu dan mengorbankan keadilan serta hak asasi manusia. Dan sebuah negara yang selamat tetapi kalau tidak adil, itu bukan namanya negara yang demokratik.

Jadi selepas saya mendengar tiga pembahas, saya boleh simpulkan di mana lima perkara yang mereka bangkit. Yang pertama ialah berkaitan dengan penahanan 28 hari tanpa semakan kehakiman. Ini tidak adil. Di mana kita selalu kata prinsip asas undang-undang ialah tiada sesiapa dianggap bersalah sebelum dibuktikan bersalah.

Jadi, apabila seseorang ditahan 28 hari tanpa peluang mencabar asas penahanannya di mahkamah, prinsip ini telah tergugat.

Poin yang kedua yang saya lihat yang telah dibangkitkan oleh pembahas ialah sekatan terhadap pemberian jaminan iaitu ikat jamin di mana apabila mahkamah iaitu institusi semak imbang, peranannya diketepikan, maka kita khuatir ruang salah guna kuasa akan menjadi luas dan ini bertentangan dengan prinsip rule of law, bukannya rule by law. Poin yang ketiga yang saya lihat ialah Ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang salah guna atau penggunaan yang melampau daripada tujuan asal akta ini.

Tadi Pasir Gudang ada berikan contoh. Memang benar kita lihat SOSMA ini pada awalnya dia menggantikan ISA. Konon untuk jaga keselamatan negara tetapi kita sudah lihat memang ada kes salah guna terhadap terutamanya ahli politik seperti yang disebut oleh Pasir Gudang, bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya dan juga rakan saya, exco kerajaan negeri pada waktu itu, saudara Samy, ADUN waktu itu di Negeri Sembilan saudara Guna, dan juga saudara Chandru dan juga saudara Suresh.

Mereka juga ditahan di bawah SOSMA dan akhirnya mereka berjaya cabar di mahkamah dan mereka telah dibebaskan. Salah satu kes yang disebut oleh Selayang tadi. Ada yang dibebaskan, ada yang dijatuhkan hukuman.

Jadi, nampaknya ada yang salah guna kuasa dan insiden itu berlaku di mana exco kerajaan negeri ditahan, saudara Samy...

draft • 12:01 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Melaka.

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Adalah sewaktu Pagoh menjadi Menteri Dalam Negeri.

draft • 12:01 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Melaka. Boleh?

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pagoh waktu itu menjadi Menteri Dalam Negeri. Kita nak tanya, adakah waktu itu dia salah guna kuasa tersebut menahan orang yang tidak bersalah dengan menggunakan SOSMA ini

draft • 12:01 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Melaka, Kota Melaka...

draft • 12:01 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Ini menjawab.

Ini macam tanya orang lain pula.

draft • 12:01 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Oleh itu, kita tidak mahu perkara sedemikian berulang lagi. Sebab itu...

draft • 12:01 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kota Melaka, minta laluan.

Boleh?

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Silakan.

draft • 12:01 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey terima kasih. You tanya Pagoh, Pagoh tak jawab sebab masa itu bukan Pagoh yang buat keputusan, Menteri KDN ketika itu— Pegawai-pegawai dia. Okey soalan saya, apakah Kota Melaka bersetuju sebagaimana yang dicadangkan oleh Pasir Gudang, SOSMA ini dimansuhkan? Setuju atau tidak? Terima kasih.

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Secara prinsip, saya setuju SOSMA ini harus dimansuhkan. Tetapi pada masa yang sama, kita perlu juga menjaga keselamatan negara kita. Sebab itu, kita perlu ya adakan satu task force untuk kita gemblengkan semua pihak untuk kita bincang dan cari satu cara penyelesaian yang lebih adil dan lebih demokratik.

draft • 12:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit lagi.

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dan...

draft • 12:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kota Melaka, satu minit lagi.

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Mereka yang disalah tahan tersebut Timbalan Speaker, akibatnya seperti yang disebut keluarga mereka menghadapi masalah. Saudara saya Suresh, Chandru, mereka keluar daripada penjara, tak ada kerja. Tak ada orang berani nak upah mereka. Mereka nak niaga tak ada modal. Keluarga mereka hadapi masalah.

Sungguhpun kata kalau salah tahan boleh dakwa kerajaan, tetapi nama mereka sudah terjejas. Sungguhpun Ahli Parlimen sebelum itu Petaling Jaya cabar di mahkamah, menang, dapat RM30,000. Tetapi RM30,000 itu tidak cukup kalau berbanding dengan nama yang mereka telah tercemar.

Jadi selain daripada itu, saya setuju bahawa kita perlukan suatu reformasi yang menyeluruh bukannya pindaan yang kosmetik. Kita tahu Kementerian Dalam Negeri ada mengatakan mereka akan menyemak semula senarai 73 kesalahan yang sekarang tidak membenarkan ikat jamin. Tetapi seperti yang disebut, saya setuju supaya kita perlu ada garis panduan jangka masanya supaya kita dapat laksanakan semua ini dalam penggal pada Parlimen pada kali ini.

draft • 12:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Gulung Kota Melaka, sudah habis.

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Saya lihat rata-rata daripada pihak kerajaan dengan pihak pembangkang nampaknya semua setuju bahawa SOSMA ini adalah satu, satu akta yang zalim. Akan tetapi Timbalan Speaker, barang kali penggal yang lepas anda bukannya Ahli Parlimen di sini.

draft • 12:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bukan barangkali, betul.

[Ketawa]

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Waktu itu apabila pihak sana menjadi kerajaan, Perikatan menjadi kerajaan, mereka lanjutkan Akta SOSMA ini.

Mereka lanjutkan dan kita waktu itu kita berjaya.

draft • 12:01 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kota Melaka, boleh saya minta laluan sikit.

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dia kali pertama kita berjaya menafikan...

draft • 12:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Pasir Mas, masa dah habis. Saya tak bagi.

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...dengan kita minta belah bahagi.

draft • 12:01 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tak sekarang kenapa tak mahu balik?

draft • 12:01 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Pasir Mas, Pasir Mas, saya tak kasi.

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita menang kali pertama. Tapi selepas itu mereka cuba sekali lagi untuk kali kedua pada waktu itu. Jadi saya nak tanya adakah benar-benar mereka ini, sungguh-sungguh mereka ini nak hapuskan SOSMA ini.

draft • 12:01 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua, dia ini menggulung ke dia ini berbahas? Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Waktu mereka jadi kerajaan, mereka ada peluang tetapi mereka lanjutkan...

draft • 12:01 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Dia berbahas, bukan menggulung.

draft • 12:01 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

..Mereka lanjutkan tapi hari ini...

draft • 12:01 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ini bukan menggulung, ini berbahas ini.

draft • 12:01 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Hari ini saya merasa syukur, kita rekod dalam Hansard, hari ini Perikatan, mereka sokong. Kalau dengan begitu caranya...

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik. Masa dah habis.

draft • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Saya harap supaya Kementerian Dalam Negeri jangan lagi bimbang ya. Jangan bimbang tak dapat sokongan bila mereka bentangkan pindaan terhadap SOSMA ini dalam Parlimen. Sebab, saya percaya kedua-dua belah kita akan sokong reformasi undang-undang ini.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik. Terima kasih Kota Melaka.

draft • 12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kota Melaka, saya ada soalanlah sebagai Ahli Parlimen Bangi. Sebab kalau saya tak jadi Chair ini, saya akan tanya, bahas juga.

Saya ingin bertanya sebab dalam syor jawatankuasa ini, dia tak ada sentuh tentang seksyen 18A Akta SOSMA yang mana dalam seksyen 18A ini, apa-apa penyataan oleh seorang tertuduh adalah admissible sama ada secara oral ataupun bertulis.

Dalam pengalaman saya, selalunya apa yang berlakunya ialah polis akan minta tertuduh ini untuk sign seksyen 18A ini dan kemudian digunakan seksyen 18A ini untuk menyokong dalam mahkamah. Ini sebenarnya bertentangan dengan Akta Keterangan lah. Jadi, soalan saya. Dalam jawatankuasa ini, ada tak melihat tentang perkara seksyen 18A SOSMA ini, YB Kota Melaka?

draft • 12:10 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Kalau boleh saya mencelah?

Bahawa 18A ada disentuh di dalam ucapan saya dan ini juga ada di dalam syor yang kelima bahawa kita kembalikan kuasa budi bicara mahkamah dalam aspek reman, jamin dan perbicaraan supaya kita kembalikan kuasa kepada mahkamah untuk menentukan tentang bicara reman dan jamin.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Baiklah Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan daripada pengerusi jawatankuasa pilihan pada hari ini.

draft • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERJANJIAN PENYELESAIAN ANTARABANGSA YANG TERHASIL DARIPADA PENGANTARAAN 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk menguatkuasakan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan untuk membuat peruntukan bagi penguatkuasaan dan kebolehterimaan Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa Yang Terhasil Daripada Pengantaraan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) [Dato’ Sri Azalina binti Othman Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat akan datang.

draft • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG ANTIBULI 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan rang undang-undang ini.

draft • 12:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang- undang Antibuli 2025 dibacakan untuk kali kedua sekarang. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui ucapan Belanjawan 2026 telah menyatakan sokongan penuh terhadap langkah merentasi kementerian untuk membanteras gejala buli serta menyatakan komitmen agar Rang Undang-undang Antibuli dibentangkan pada sidang Parlimen ini.

Tuan Yang di-Pertua, buli sebagai budaya? Persoalannya. Buli perkara biasa? Persoalannya. Buli adalah adat? Persoalannya. Atau buli adalah cara

draft • 12:13 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

mendidik di Malaysia? Persoalannya. Buli boleh berlaku di sekolah, di tempat kerja, dalam talian, di rumah ataupun dalam komuniti. Kenapa buli ini bahaya? Ia menimbulkan ketakutan dan menghilangkan rasa selamat, ia merosakkan keyakinan diri. Ia boleh menyebabkan pembelajaran terganggu serta perkembangan emosi dan sosial boleh terbantut. Ia memoralisasikan keganasan dan penghinaan dan ia menyebabkan trauma yang berpanjangan.

Tuan Yang di-Pertua, usaha pembanterasan buli mesti disandarkan kepada data. Statistik Sistem Sahsiah Diri Murid Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan sejak tahun 2019, purata lebih 14,000 kes buli dilaporkan setiap tahun di sekolah rendah dan menengah. Kajian National Health and Morbidity Survey 2022 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dengan izin, pula menunjukkan 8.6 peratus pelajar berumur antara 13 hingga 17 tahun pernah menjadi mangsa dengan risiko tiga kali ganda mengalami kemurungan atau kecenderungan mencederakan diri.

Sementara itu, antara Ogos hingga Oktober 2025, data Polis Diraja Malaysia merekodkan 160 kes buli meliputi kes buli fizikal dan buli atas talian dengan 78 peratus mangsa terdiri daripada kanak-kanak berumur enam hingga 17 tahun.

Secara keseluruhan, statistik ini mengesahkan bahawa sekolah merupakan lokasi utama insiden buli dan kanak-kanak adalah kumpulan yang paling terdedah, dengan izin, paling vulnerable.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang lebih membimbangkan ialah hakikat bahawa sekolah tempat yang sepatutnya menjadi zon selamat adalah lokasi utama berlakunya insiden buli. Negara kita pernah digemparkan oleh tragedi arwah adik Zara dan sebelum itu kes mendiang Esha yang turut meruntun hati seluruh negara.

Baru-baru ini, sebuah insiden di sebuah sekolah di Senawang pula mengingatkan kita bahawa isu ini bukan terpencil dan bukan luar biasa. Namun, kita sedar bahawa bagi setiap satu kes yang menjadi tajuk utama, terdapat ramai lagi kanak-kanak yang menderita dalam diam tanpa laporan, tanpa suara dan tanpa perlindungan. Antara kesedaran ini jugalah kerajaan telah mengambil tindakan segera.

Pada Ogos 29, 2025, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli antara Menteri-menteri dan kementerian. Pada 2 September 2025, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat yang pertama antara semua kementerian-kementerian yang berkaitan bagi meneliti langkah memperkukuh kerangka perundangan dan mekanisme pencegahan buli di pelbagai peringkat.

draft • 12:13 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Secara umum, terdapat empat cabaran yang boleh dikategorikan yang menghalang kita daripada menangani isu buli secara tuntas. Cabaran yang pertama, undang-undang sedia ada terlalu berorientasikan jenayah sedangkan ramai mangsa memerlukan pemulihan dan perlindungan, bukan mahkamah jenayah.

Dalam Kanun Keseksaan sahaja, terdapat lebih daripada 10 peruntukan yang sering dikaitkan bagi kes buli fizikal, lisan dan psikologi termasuk seksyen 323, seksyen 360, 352 ― maaf. 350, 352, seksyen 354, seksyen 506 dan seksyen 509.

Dari sudut kes dalam talian pula, dua seksyen utama di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 diguna pakai iaitu seksyen 211 yang melarang kandungan jelik atau menghina serta seksyen 233 yang memperuntukkan kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Cabaran kedua, mekanisme pengendalian kes amat tidak seragam. Aduan yang sama mungkin dipandang remeh di sekolah A tetapi dianggap berat di sekolah B. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institut Pendidikan dan sekolah-sekolah di bawah MARA pula mempunyai Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM. Pelaksanaan garis panduan ini masih berbeza mengikut sekolah dan bergantung kepada pentadbiran masing-masing. Akibatnya, tahap perlindungan serta tindakan yang diambil terhadap mangsa dan pelaku tidak konsisten di seluruh negara.

Cabaran ketiga, masyarakat kurang peka terhadap bentuk-bentuk buli halus seperti peminggiran sistematik, ejekan berterusan dan pemerasan psikologi.

Cabaran keempat, standard pembuktian jenayah iaitu melampaui keraguan munasabah (beyond any reasonable doubt) terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk kanak-kanak yang sering tidak mempunyai bukti fizikal atau saksi.

Dalam saluran kes sivil pula, walaupun standard pembuktian lebih rendah, dengan izin, on balance of probabilities. Prosesnya di mahkamah mengambil masa yang sangat panjang. Sebagai contoh, kes buli pelajar di sebuah sekolah asrama di Terengganu yang dibawa sehingga ke Mahkamah Persekutuan mengambil hampir sembilan tahun untuk diselesaikan sepenuhnya daripada tarikh kejadian pada tahun 2015 sehingga keputusan akhir pada tahun 2024. Kedua-dua keadaan ini menunjukkan bahawa mekanisme sedia ada masih belum mampu memberikan perlindungan yang cepat, efektif dan sesuai dengan realiti mangsa buli.

draft • 12:13 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tambahan kepada semua cabaran ini, beban sistematik turut bertambah apabila kita mengambil kira jumlah besar sekolah dan pelajar di Malaysia. Di bawah

draft • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Kementerian Pendidikan sahaja, terdapat kira-kira 10,245 buah sekolah merangkumi 7,776 sekolah rendah dan 2,469 sekolah menengah dengan jumlah murid berdaftar di peringkat prasekolah rendah dan menengah mencecah 5.1 juta orang.

Dalam ekosistem pendidikan di MARA pula, MARA menguruskan 57 buah MRSM di seluruh negara dengan anggaran 7,650 pelajar. Manakala, lima buah Sekolah Henry Gurney menempatkan sekitar 6,555 penghuni aktif pada tahun 2025.

Secara keseluruhan, ini bermakna negara mempunyai 10,307 institusi pendidikan melibatkan lebih 5.13 juta pelajar. Dengan skala besar ini, mana-mana dasar atau undang-undang baharu berkaitan anti buli perlu direka dengan cakupan yang luas, pelaksanaan yang konsisten dan mekanisme yang responsif.

Sebagai langkah penyusulan terhadap cabaran-cabaran ini, Kerajaan MADANI melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil pendekatan yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Kami turun ke seluruh negara, mendengar sendiri suara rakyat dalam proses merangkakan rang undang-undang ini. Siapakah mereka? Guru dan pengetua, pegawai pendidikan, kaunselor, ibu bapa, pertubuhan masyarakat dan paling utama, kanak-kanak itu sendiri. Mengapa mereka? Kerana merekalah, pemegang taruh yang paling penting.

Dan, sepanjang dalam dua bulan, September dan Oktober 2025, 12 sesi townhall telah diadakan di seluruh negara dengan penglibatan besar antara 300 hingga 400 peserta setiap sesi menjadikan anggaran keseluruhan hampir 4,000 peserta sepanjang keseluruhan sesi. Mereka datang dengan keberanian, dengan kejujuran dan dengan harapan.

Daripada sesi-sesi ini, satu mesej yang jelas bergema. Rakyat mahukan standard nasional yang jelas dan tegas untuk menangani buli. Hampir semua negeri menuntut definisi buli yang seragam, garis panduan sekolah yang selamat, mekanisme aduan yang konsisten dan perlindungan kepada guru serta murid.

Namun, tidak semua negeri mempunyai keutamaan yang sama. Negeri- negeri Pantai Timur bimbang tentang salah tafsir disiplin dan rotan dan menekankan aspek keagamaan. Johor menuntut perlindungan kepada kaunselor. Melaka dan Negeri Sembilan menegaskan keperluan SOP siasatan dan latihan bersama Polis Diraja Malaysia.

Sabah, Wilayah Persekutuan dan Selangor menegaskan perbezaan realiti bandar dan realiti luar bandar. Kepelbagaian pandangan ini bukan dilihat sebagai

draft • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

satu halangan tetapi mencerminkan betapa kompleksnya isu buli dan mengapa sebuah undang-undang Persekutuan yang konsisten menjadi keperluan mendesak.

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang juga telah meluncurkan portal maklum balas sebagai Rang Undang-undang Antibuli 2025 sebagai pelengkap kepada siri townhall di seluruh negara. Melalui portal ini, sebanyak 509 maklum balas telah diterima dengan responden terdiri daripada pelajar, ibu bapa, guru, komuniti profesional, pertubuhan masyarakat sivil dan agensi kerajaan. Kesemua mereka telah menjawab 63 soalan yang merangkumi aspek definisi buli, skop perlindungan, keperluan pelapor, struktur tribunal, prosiding remedi serta mekanisme pencegahan dan kesedaran.

Dapatan portal ini menunjukkan konsensus yang sangat jelas. Sebanyak 58 peratus responden bersetuju bahawa satu insiden tunggal yang serius wajar diklasifikasikan sebagai buli. Manakala majoriti besar menyokong agar undang- undang merangkumi semua bentuk tingkah laku membuli termasuk fizikal 95.87 peratus, siber 93.32 peratus, psikologi 92.34 peratus, verbal lisan 90.77 peratus dan sosial 87.82 peratus. Ini membuktikan bahawa masyarakat menuntut definisi undang-undang yang komprehensif dan inklusif.

Responden juga menekankan keperluan infrastruktur pelapor yang lebih moden dan mesra pengguna dengan 99 peratus menyokong pelaporan secara dalam talian. Selain itu, 91 peratus menyokong pelantikan pesuruhjaya khas anti buli.

Manakala 95 peratus mahukan keanggotaan tribunal terdiri daripada pelbagai disiplin, bukan hanya pegawai perundangan menunjukkan permintaan untuk mekanisme penyelesaian yang lebih holistik.

Selaras dengan kehendak itu, prinsip-prinsip yang diketengahkan sama ada dalam sesi-sesi townhall mahupun public feedback ini telah diterjemahkan terus ke dalam kerangka rang undang-undang ini.

Ringkasannya, Rang Undang-undang Antibuli 2025 ini bukan sekadar dasar kerajaan, ia adalah cerminan langsung suara rakyat yang mahukan perlindungan lebih kukuh dan satu respons yang nyata terhadap cabaran-cabaran yang dinyatakan sebentar tadi.

Malah, saya sendiri telah mendengar suara kanak-kanak secara langsung bersama dengan Yang Berhormat Menteri Pendidikan melalui satu libat urus khas bersama anak-anak sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah berkongsi pengalaman sebagai mangsa buli, termasuk ejekan yang menghina dan intimidasi yang menjejaskan emosi serta keyakinan diri.

draft • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Ramai juga mengakui bahawa mereka tidak selalu berani membuat laporan kerana bimbang tindakan balas dan sering bergantung kepada rakan-rakan terdekat sebagai pelindung. Dalam perbincangan itu, salah satu daripada mereka, Adik R menggunakan istilah ‘hero friend’ untuk menunjukkan rakan yang membantu dan melindungi mereka. Ketika berhadapan dengan buli, satu konsep ringkas tetapi penuh makna tentang perlunya sokongan rakan sebaya dan persekitaran sekolah yang meyakinkan.

Saya berharap Tuan Yang di-Pertua, bahawa rang undang-undang ini dapat menjadi ‘hero friend’ kepada Adik R dan anak-anak kita yang sentiasa dapat kita melindungi mereka, memberikan mereka jaminan dan meyakinkan mereka bahawa sekolah adalah tempat yang selamat untuk belajar dan membesar.

[Tuan Syahredzan bin Johan Bangi **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua guru-guru, pegawai-pegawai serta peserta Townhall Anti Buli: Generasi Tanpa Buli. Tidak lupa juga kepada para responden yang memberikan pandangan melalui portal maklum balas dan serta anak-anak yang berani berkongsi pengalaman mereka dalam sesi libat urus khas tersebut.

Saya turut ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, Menteri Komunikasi, Menteri Pengajian Tinggi, Pengerusi MARA serta Pengerusi SUHAKAM dan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak atas kerjasama dan komitmen mereka dalam proses libat urus sumbangan silang agensi yang amat penting dalam memastikan dasar yang dibentuk bersifat menyeluruh dan praktikal.

Sumbangan mereka bukan sahaja memperkayakan dapatan dasar, malah memperkukuhkan prinsip demokrasi itu sendiri di mana undang-undang yang digubal tidak lahir secara unilateral tetapi dibina melalui suara, melalui pengalaman dan melalui aspirasi rakyat. Pandangan mereka telah menjadikan asas penting yang membimbing kerajaan dalam memastikan rang undang-undang ini bersifat inklusif, responsif dan benar-benar mencerminkan keperluan masyarakat, terutamanya anak- anak kita.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, cadangan rang undang-undang ini mempunyai sembilan bahagian dan 54 fasal sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru, dengan izin blue bill, yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada 1 Disember 2025. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, perincian dan penjelasan lanjut mengenai fasal-fasal di bawah rang

draft • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

undang-undang ini adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam naskhah biru, dengan izin, the blue bill. Seterusnya, izinkan saya menghuraikan fasal-fasal utama yang terkandung dalam rang undang-undang ini yang sedang dipertimbangkan oleh Dewan yang mulia ini.

Bahagian I, rang undang-undang ini memperincikan perkara permulaan bagi akta yang dicadangkan. Pemakaian akta ini terpakai kepada kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sebagai fasal pertama sebelum diperluaskan kepada golongan berumur 18 tahun ke atas dalam fasal kedua. Perincian bagi bahagian ini digariskan dalam fasal 1 dan fasal 2.

Bahagian II pula mentakrifkan dengan jelas maksud perbuatan buli ini di mana tiada pentafsiran wujud dalam mana-mana undang-undang secara jelas. Buat kali pertama, rang undang-undang ini menggariskan kategori-kategori perbuatan buli seperti yang dihuraikan dalam fasal 3.

Bahagian III hingga ke Bahagian VI memperincikan tanggungjawab institusi pendidikan dan institusi-institusi yang lain yang berkaitan dan rang undang-undang ini memberi kuasa-kuasa tertentu kepada Menteri-menteri tersebut yang berkenaan.

Bahagian ini menjelaskan bahawa setiap institusi pendidikan dan institusi berkaitan menggalas tanggungjawab untuk menubuhkan jawatankuasa bagi tujuan pencegahan dan pengurusan kes buli. Jawatankuasa ini akan menjadi laluan utama dengan izin, the first path yang berfungsi berlandaskan cara dan bentuk yang diperuntukkan dalam rang undang-undang ini supaya pelaksanaan di semua institusi lebih seragam dengan jurang sedia ada dapat ditangani dengan berkesan.

draft • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Keseluruhan mekanisme ini dijelaskan dalam fasal 4 hingga fasal 24 dan ia menekan kepada duty of conformity, Tuan Yang di-Pertua.

Bahagian VII memperuntukkan penubuhan Tribunal bagi Antibuli. Tribunal ini akan berperanan sebagai badan dengan izin, quasi-judicial yang mempunyai bidang kuasa sivil untuk mendengar dan memutuskan aduan berkaitan kes buli. Dalam konteks ini, quasi-judicial bermakna, tribunal tersebut menjalankan fungsi seperti sebuah badan kehakiman. Ia mendengar keterangan, menilai bukti dan membuat keputusan yang mengikat, tetapi prosesnya lebih ringkas dan lebih mesra pengguna berbanding dengan mahkamah.

Ia terdiri daripada keanggotaan yang layak dan yang diberi bidang kuasa yang luas termasuk menjalankan prosiding secara mesra kanak-kanak, menjalankan perantaraan iaitu mediasi dengan izin dan mengeluarkan award seperti pampasan,

draft • 12:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

permohonan maaf atau kewajipan menghadiri program pemulihan. Keputusan tribunal adalah mengikat. Tribunal ini akan bertindak sebagai laluan kedua (second path) yang memberikan jaminan kepada pengadu.

Bahagian ketujuh juga menetapkan bahawa aduan boleh dibawa ke tribunal dalam tiga keadaan. Pertama, jika kejadian berlaku dalam kawal selia institusi pendidikan atau institusi lain dan pengadu telah membuat aduan kepada jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli, tetapi tiada tindakan diambil dan aduan tidak diuruskan dengan sewajarnya atau jawatankuasa sendiri merujuk aduan tersebut kepada tribunal.

Kedua, jika mangsa ialah pelajar tetapi kejadian berlaku di luar kawasan kawalan selia institusi, dengan syarat mangsa merupakan seorang kanak-kanak.

Dan ketiga, jika mangsa bukan pelajar serta bukan kanak-kanak di institusi tahanan, pemulihan ataupun perlindungan, dan dalam keadaan ini mangsa juga hendaklah seorang kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang tidak bersekolah. Segala peruntukan berkaitan tribunal, terkandung dalam fasal 25 hingga 46.

Tuan Yang di-Pertua, Bahagian VIII pula memperuntukkan peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di bawah akta ini. Dan antara fungsinya ialah memberi nasihat kepada kerajaan, melaksanakan program kesedaran dan pendidikan serta menjalankan penyelidikan.

Bahagian ini turut memperincikan peranan Pejabat Pesuruhjaya Kanak- kanak, tertakluk kepada arahan Pengerusi SUHAKAM. Ia merupakan dasar yang mengetengahkan prinsip semak dan imbang dengan izin, check and balance.

Peruntukan ini dirumuskan dalam fasal 47 hingga 49.

Seterusnya, Bahagian IX memberikan perlindungan tambahan kepada kanak-kanak melalui sekatan terhadap penyiaran maklumat yang boleh mendedahkan identiti mereka. Ia juga memperuntukkan perlindungan kepada antara lain mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengurusan dan pengawal selia institusi pendidikan, institusi atau jawatankuasa sekiranya perbuatan mereka dilakukan atau pernyataan mereka dibuat secara suci hati.

Rang undang-undang ini juga menjelaskan bahawa tiada apa-apa dalam akta ini yang menghalang mana-mana individu daripada membuat laporan polis bagi apa- apa kesalahan berkaitan perbuatan buli. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan turut diperuntukkan di bawah bahagian meliputi fasal 50 hingga 54.

Selain daripada itu, bahagian-bahagian utama tersebut adalah Jadual Pertama, menyenaraikan institusi pendidikan yang dimaksudkan di bawah akta ini

draft • 12:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

termasuk pengecualian tertentu bagi tujuan pelaksanaan. Bahagian II, untuk menyenaraikan institusi lain yang turut tertakluk sebagaimana yang diperuntukkan di bawah fasal 2.

Rang Undang-undang Antibuli ini mungkin belum sempurna ya, Tuan Yang di-Pertua tetapi ia adalah titik permulaan yang paling penting. Sekiranya bukan sekarang, bila lagi. Jangan jadikan anak-anak kita satu angka baharu dalam statistik mangsa jenayah buli. Rang undang-undang ini adalah rang undang-undang rakyat, rang undang-undang untuk anak-anak kita. Suara mereka selama ini wujud, tetapi kerap hanya didengar, tetapi tidak diendah.

Tanggungjawab moral kita sebagai orang dewasa dan lebih-lebih sebagai Ahli Parlimen adalah untuk memastikan setiap anak, bukan sahaja anak kita tetapi anak-anak sesiapa pun dilindungi, dihormati dan diselamatkan daripada budaya buli.

Jika kita gagal berbuat demikian, maka kita gagal sebagai sebuah masyarakat. Ini adalah janji kita kepada generasi yang akan datang di bawah perlindungan kita.

Namun, izinkan saya menyatakan bahawa kita tidak hanya berhutang kepada mereka untuk masa hadapan. Kita berhutang kepada mereka dalam aspek keselamatan dan keyakinan mereka pada saat ini dan kehidupan harian mereka di sekolah dan persekitaran sosial mereka.

Saya menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang untuk sehaluan dalam isu ini. Ini bukan isu politik. Inilah isu kemanusiaan, isu anak bangsa kita. Marilah kita sama-sama menghantar mesej yang jelas kepada mereka di luar bahawa kita sebagai Ahli Parlimen tidak akan bertolak ansur dengan ancaman buli terutama sekali terhadap anak-anak kita.

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan tekad moral dengan iltizam Kerajaan MADANI, saya yakin bahawa sokongan semua pihak insya-Allah, dapat mencapai matlamat tersebut.

Dengan itu, saya Pengerang memohon cadangan ini diberikan sokongan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada siapa yang menyokong?

draft • 12:30 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Saya menyokong.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baiklah. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan mengenai mekanisme khusus untuk menangani aduan buli, untuk mencegah dan menguruskan kes buli di institusi pendidikan dan institusi

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

lain, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Tribunal bagi Antibuli, untuk meningkatkan kesedaran tentang buli dan pencegahan buli dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya ada senarai pembahas yang panjang, 27 pembahas kesemuanya. Saya akan bacakan nama-nama pembahas. Bermula dengan Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sabak Bernam.

Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Arau dan yang terakhir, Yang Berhormat Sri Aman.

Setiap pembahas akan diberikan lima minit, melainkan saya gunakan budi bicara saya untuk tambah. Jadi saya dengan ini, menjemput Yang Berhormat Puchong sebagai pembahas pertama. Lima minit Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Tuan Speaker, izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Antibuli 2025.

Pertama sekali, izinkan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada BHEUU kerana telah pun membentangkan RUU Antibuli dalam masa yang begitu singkat, selepas keputusan Kabinet pada beberapa bulan yang lalu sahaja. Dalam beberapa bulan sahaja, BHEUU telah pun membentangkan RUU ini. Ini adalah sangat baik dan efisien. Tahniah dan syabas kepada BHEUU.

Ini juga adalah rang undang-undang yang keempat BHEUU bentangkan membawa undang-undang ataupun pindaan untuk melindungi kanak-kanak selepas pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan Akta SUHAKAM untuk memperkasa pesuruhjaya kanak-kanak. Ini juga adalah sangat menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI sangat prihatin kepada golongan kanak-kanak di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, Puchong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat sokong

draft • 12:38 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

sepenuhnya RUU Antibuli ini. Pembaharuan undang-undang ini adalah selari dengan Artikel 19 United Nations Convention on the Rights of the Child (CRC) yang telah diratifikasikan oleh Malaysia pada 17 Februari 1995, di mana Malaysia secara rasmi terikat untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penderaan termasuk fizikal, emosi dan seksual serta pengabaian.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, jawatankuasa saya telah pun membuat dua townhall yang berkenaan dengan buli dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Sesi townhall pertama kita anjurkan pada 10 September 2025 di mana kita mendapatkan input daripada PIBG-PIBG di sekolah-sekolah di Lembah Klang dan juga NGO dan juga pemimpin-pemimpin tempatan. Sesi kedua kita dengan nasihat daripada NGO dan daripada UNICEF, kita telah pun menjemput pelajar-pelajar dan kanak-kanak untuk mendengar suara mereka kita sendiri.

draft • 12:38 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Mereka daripada pelajar berusia daripada 14 hingga 16 tahun daripada 43 buah sekolah telah pun dijemput untuk kali pertama ke Parlimen untuk kita dengar daripada mereka. Kami telah pun bentangkan satu Penyata yang bertajuk “Townhall Buli Dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia, Ke Arah Pembinaan Sekolah Selamat” untuk merekodkan dapatan utama sesi-sesi townhall ini dan juga taklimat- taklimat follow up yang kami telah buat selepas pembentangan Penyata kami pada sesi yang lalu bertajuk Penyata berkenaan “Isu Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah” dengan 17 syor kepada kerajaan.

Secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, selepas saya mendengar banyak taklimat dan juga pun sesi townhall yang kita telah wujudkan, secara keseluruhannya, dengan wujudnya RUU ini, beberapa jurang systemic telah –— dalam melindungi kanak-kanak daripada buli dapat kami kenal pasti dan kita pun tengok RUU ini dapat rapatkan beberapa jurang ini.

Pertama, Puchong sangat mengalu-alukan penubuhan Tribunal bagi Antibuli seperti yang tertakluk di Bahagian VII.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

draft • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Saya tak ada berapa masa.

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat, saya cuma nak merakamkan bagi pihak ramai Ahli Parlimen, terima kasih kepada Puchong kerana jawatankuasa yang beliau pengerusikan telah juga mengundang sebahagian daripada kami untuk bersama-sama membincangkan isu ini. Terima kasih.

draft • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih. Ya, kita telah pun menjemput Jawatankuasa Pembangunan Insan juga yang dipengerusikan oleh YB.

Pertama, Puchong ingin mengalu-alukan penubuhan Tribunal bagi Antibuli seperti yang tertakluk di Bahagian VII. Ini adalah untuk mengatasi aduan sebab kami dalam sepanjang masa kita mengendali ataupun mendengar taklimat buli, salah satu aduan yang kita sentiasa terima ialah aduan buli di sekolah tidak dapat dikendali dengan baik ataupun terdapatnya cover up di sekolah.

Sekarang, dengan adanya tribunal, tribunal boleh menjadi saluran kedua selepas kalau aduan di sekolah tidak dapat dikendali dengan baik. Tribunal juga dapat mengendali kes buli di luar sekolah serta paling penting cyberbully. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, daripada sesi townhall bersama dengan kanak- kanak, sebenarnya kita dapat ya, kebanyakan buli yang mereka hadapi adalah di cyberbully. Ada juga yang buli di sekolah, lepas itu dia buli di siber pula. Dia asyik buli dialah. So, balik sekolah dia buli dengan messenger dia dan buli dengan mobile phone dia.

Selain itu, dengan adanya tribunal lebih banyak kes buli boleh dikendali tanpa membebankan mahkamah. Ini akan menggalakkan lebih ramai lagi mangsa buli untuk mendapatkan keadilan. Aduan kes buli juga akan mengambil masa yang singkat untuk diselesaikan sebab seksyen 42 memperuntukkan tribunal untuk membuat keputusan dalam masa 60 hari dari hari pertama pendengaran di hadapan tribunal.

Jika boleh Tuan Yang di-Pertua, bagi saya sedikit masa lagi untuk habiskan.

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit.

draft • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya. So, jurang kedua, Tuan Yang di-Pertua yang dapat dirapatkan melalui RUU ini ialah sebelum ini hanya institusi KPM yang perlu ikut Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di institusi pendidikan KPM.

Walaupun tidak ikut dengan sempurna, tapi sekurang-kurangnya ada satu garis panduan. Tetapi ada institusi-institusi pendidikan lain ataupun di luar tidak dapat dirangkumi dalam garis panduan ini.

Dengan ini, sekarang di bawah seksyen 12, semua institusi di sekolah, institusi pendidikan di Malaysia perlu wujudkan satu sistem sendiri dalam pencegahan dan pengurusan kes buli termasuk sekolah swasta, MRSM, Maktab Tentera seperti yang disenaraikan di Jadual Pertama.

Jurang ketiga yang dapat dirapatkan melalui RUU ini ialah saluran yang boleh diakses dan mesra kanak-kanak serta kerahsiaan maklumat. Kerana dalam sesi

draft • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

townhall bersama dengan kanak-kanak, antara feedback daripada pelajar-pelajar kita, mereka rasa tidak selamat untuk membuat aduan dan mereka rasa cikgu-cikgu yang terima aduan itu mereka akan gosip rahsia mereka di kalangan guru.

Oleh itu, adalah sangat penting dengan adanya klausa-klausa yang berkaitan di RUU ini, kita boleh memastikan bahawa satu saluran yang selamat dan menjaga rahsia kanak-kanak boleh diwujudkan. Walau bagaimanapun, Puchong rasa ada sikit kelemahan. Seperti apa yang Menteri kata, memang yang ini adalah langkah pertama dan tidak sempurna, tetapi saya pun tak tahu sama ada ini perlu diatasi daripada RUU ataupun daripada sistem yang lain.

Puchong ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dengan statistik kajian yang melibatkan 33,523 pelajar sekolah menengah. Di antaranya, 79.1 responden terlibat dalam buli dengan pelaku 14.4 peratus, mangsa 16.3 peratus ataupun kedua- duanya 48.4 peratus. Dengan kata lain, mangsa buli juga adalah pelaku buli. Mangsa buli berpotensi menjadi pelaku buli jika tidak diberi pemulihan ataupun intervensi sewajarnya.

Saya ingin kongsikan satu kes di sini bersama dengan YB-YB sekalian. Satu kes di mana kita dengar adalah seorang budak yang baik, suddenly, tiba-tiba jadi pembuli. Lepas itu, kawan-kawan dia pun tahan. Kenapa? Kerana bapanya baru sahaja meninggal. Lepas itu, apabila sekolah campur tangan, bayangkan, kalau sekolah campur tangan, hanya disiplinkan pembuli. Maka, pembuli itu akan rasa ini adalah masalah buli — masalah disiplin, tetapi sebenarnya ini adalah masalah emosi pembuli tersebut.

Selepas campur tangan dan intervensi kaunselor bersama dengan pembuli ini, budak ini yang menjadi pembuli menjadi baik. Oleh itu, adalah sangat-sangat penting Dewan yang mulia ini apabila kita bincang berkenaan dengan masalah buli, kita tak bincang satu buli sebagai masalah disiplin sahaja. Ini adalah masalah kesihatan mental kanak-kanak, adalah emosi sosial kanak-kanak di Malaysia.

Oleh itu, saya cadangkan sekali lagi, kita kalau boleh, sekolah akan merujukkan pembuli dan mangsa yang terlibat kepada Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) di bawah KKM bagi menjalani saringan psikososial yang wajib serta menerima intervensi susulan yang diperlukan.

Saya telah pun bentangkan penyata ini dan bahaskan penyata ini, kenapa kita perlukan ada satu agensi nasional focal point supaya kita jaga secara sistematik kesihatan mental. Jika tidak, we are not going to the root cause. We are only going to the surface. Pembuli, dia pindah sekolah. Dia jadi pembuli di sekolah lain. Ataupun

draft • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

mangsa buli, kalau dia tak tahan, aduan tak diterima, tak didengari dengan baik, dia pindah ke sekolah. Akhirnya, semua ini menjadi trauma mereka dan mangsa buli boleh menjadi pembuli seperti yang ditunjukkan oleh statistik.

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB, masa dah habis YB.

draft • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Ya, saya ada beberapa soalan...

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Gulung.

draft • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

...Untuk— ya. Ada beberapa soalan...

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

30 saat.

draft • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

...Daripada— beberapa soalan kepada kementerian. Satu, saya tengok Bahagian VIII, fungsi SUHAKAM dan Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak di seksyen 48, fungsinya banyak, sama ada ada peruntukan tambahan? Sebab setahu saya kakitangan di Pesuruhjaya Kanak-kanak, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak sangat rendah. Mereka kalau tiada peruntukan yang tinggi, walaupun dengan undang-undang, dia tak boleh, tak larat nak buat begitu.

Yang kedua, fasal 7 mewajibkan sekolah mewujudkan satu laporan yang peka kanak-kanak. Saya nak tahu apakah standard minimum. Apakah itu peka kepada kanak-kanak? Adakah hotline, kotak aduan ataupun sistem digital yang khusus? Kewajipan untuk menyediakan kaunseling dan sokongan. Bagaimanakah— adakah kementerian ada kaunselor yang mencukupi?

Fasal 7(2) yang membenarkan audit pematuhan. Berapa kekerapan audit?

Siapakah badan yang bebas yang memantau? Kalau kita nak Pesuruhjaya Kanak- Kanak yang memantau, memang saya rasa kapasiti tidak cukup kalau peruntukan tidak cukup.

Saya juga tengok soalan yang berkenaan dengan tribunal. Keizinan— tribunal— aduan ke tribunal, yang dipanjangkan ke tribunal hanya boleh dibuat oleh pengadu. Oleh itu, saya nak tanya, kalau pengadu ditekan oleh pihak sekolah, ditekan oleh pihak lain, tak melapor ke— tak panjangkan kes ke tribunal, adakah whistleblower boleh panjangkan kes ini? Apakah langkah yang boleh diambil oleh mereka yang ditekan oleh sekolah ke dan lain-lain?

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana banyak masa bagi saya. Adalah berkenaan dengan fasal 36, “Tribunal tidak membenarkan peguam kecuali untuk isu yang kompleks”. Saya khuatir ya, ini untuk kanak-kanak dan ibu

draft • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

bapa daripada komuniti B40, komuniti rentan, mereka tidak mahir dalam membuat walaupun pergi tribunal sahaja.

draft • 12:40 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Kalau kita boleh, peguam ataupun orang yang profesional untuk membawa mereka adalah lebih baik. Itu sahaja daripada saya, apa yang dikatakan oleh— saya sokong RUU ini walaupun tidak sempurna ini adalah langkah pertama yang baik untuk kita melindungi kanak-kanak di Malaysia daripada buli. Sekian sahaja, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Besut, lima minit.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya saya menyokonglah rang undang-undang ini dan pada keseluruhannya ia adalah satu rang undang-undang yang agak baik dalam menangani masalah kes buli terutama pelajar-pelajar dan juga kanak-kanak. Walau bagaimanapun, sudah tentu adalah sedikit keraguan dalam akta ini.

Terutama saya merujuk kepada fasal 43 ia menyebut bahawa tribunal boleh mengeluarkan apa-apa perintah seperti membayar pampasan kepada mangsa serta memberikan apa-apa remedi lain yang difikirkan sesuai bagi manfaat mangsa.

Sekiranya responden gagal memenuhi perintah berkenaan sebagai contohlah tidak membayar pampasan kepada mangsa maka fasal 44 pula memainkan peranan iaitu mengenakan penalti jenayah kerana tidak mematuhi award yang diputuskan oleh pihak tribunal.

Jadi dalam hal melibatkan pampasan ganti rugi, denda yang ditentukan adalah dua kali ganda amaun keseluruhan pampasan yang diberi oleh tribunal.

Sebagaimana kita tahu mengikut amalan kebiasaan denda ini biasanya akan pergi kepada kerajaan, kantung kerajaan. Jadi, persoalan yang timbul sekarang ini jika responden itu tak mampu bayar jumlah asal bagaimana kita nak denda dia pula dengan dua kali ganda ditentukan dalam 44 walaupun ada hukuman penjara.

Jadi, jika dimampu pula bayar denda dua kali ganda itu pula, jadi duit itu tidak sampai pada mangsa sebab denda dalam bawah jenayah. Jadi, apakah remedi kepada mangsa hanya sekadar membawa responden ke mahkamah untuk membayar denda yang lebih berat kepada kerajaan sedangkan mangsa sendiri tidak beroleh apa-apa remedi asal yang gagal dilunaskan oleh pihak responden dan

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

apakah yang perlu dibuat oleh pihak kerajaan dalam menentukan supaya award itu dibayar?

Jadi oleh demikian, kerajaan wajar mempertimbangkan penubuhan sebuah kumpulan wang khas melalui akta ini yang berperanan sebagai tabung sokongan mangsa buli. Jadi bagi tabung ini apa-apa denda yang dikenakan, dibayar di bawah seksyen 44 hendaklah dikreditkan ke dalam tabung tersebut dan langkah ini bertujuan memastikan mangsa buli tetap beroleh pampasan kewangan sewajarnya jika kes responden bertukar kepada kesalahan sivil menjadi kesalahan jenayah kerana gagal menunaikan pampasan asal.

Disebabkan seterusnya Tuan Yang di-Pertua, disebabkan kesalahan buli yang ditakrif dalam akta ini dikendalikan oleh tribunal, maka ia dikira sebagai lebih kepada kesalahan sivil dan bukan kesalahan jenayah. Jika jenayah, ia akan dibawa ke mahkamah, namun demikian fasal 54 menjelaskan bahawa mangsa tidak terhalang daripada membuat satu laporan polis bagi apa-apa kesalahan yang berhubung dengan buli di bawah undang-undang bertulis. Jadi, ini bermakna mereka boleh melaporkan kesalahan buli sebagai jenayah. Contoh, seksyen 323, 324, 325, 326. Biasa Yang di-Pertua, biasa dengar ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya, saya dengar.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

506 ugutan pun boleh dan 509 mengaibkan kehormatan. Jadi persoalannya, apakah fasal 34 ini bermakna mangsa dibenarkan membuat aduan kepada dua saluran yang berbeza secara serentak ini. Jadi, persoalan juga timbul ialah terdapat peraturan atau ada apa-apa SOP untuk memperincikan perkara ini bagi mencegah risiko pengadu memilih saluran ini.

Akhir sekali adalah berkenaan nama akta ini sendiri. Kandungan akta ini kita tengok khusus tentang penyelesaian kes buli ini di institusi pendidikan melalui tribunal. Namun namanya adalah terlalu umum dan memberikan gambaran ia adalah undang-undang yang merangkumi seluruh ekosistem buli, buli di sekolah ada, buli di dalam talian, buli di tempat kerja dan lain-lain.

Jadi, kerajaan disarankan mempertimbangkan nama yang lebih menggambarkan kandungan sebenar akta ini. Sebagai contoh Akta Tribunal kita letak, Akta Tribunal Antibuli Institusi Pendidikan dan Kanak-kanak mungkin boleh lebih spesifik.

Dan kalau kita nak lihat buli ini banyak, buli bukan terhad kepada fizikal sahaja. Buli siber ada, psikologi ada, emosi ada, pemerasan, penyisihan sosial,

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

power abuse. Lagi satu power abuse ini nanti saya terangkan sedikit lagi, seksual dan juga digital.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit sahaja lagi YB.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, berkenaan dengan ekosistem buli ini— juga kita dengan jenayah buli ini dalam konteks kerja kita di Parlimen. Kalau kita tengok di New Zealand, ada satu konsultan bebas ini Debbie Francis nama, mengesahkan ada budaya buli dalam persekitaran kerja Parlimen, hasil penyelidikannya. Banyaklah dia buat show ya. Jadi di samping itu, saya nak katakan bahawa Dewan ini menjadi saksi YB sendiri terutama pembangkanglah, YB sendiri duduk di pembangkang tidak lari daripada menjadi mangsa buli sesama rakan YB belah kerajaan biasalah yang buli kita.

Jadi residual buli ini dengan izin, seperti menyalahgunakan peraturan mesyuarat sebagainya mengganggu perbahasan, seseorang YB itu merupakan masalah sistemik yang mencemari institusi Parlimen dan mengekang perbahasan konstruktif. Jika dibiarkan berlarutan, mungkin anak-anak muda luar esok dah tak nak jadi Ahli Parlimen.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Masa dah habis, YB.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sedikitlah, kita habiskan.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Habiskan, perenggan itu habiskan.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Cuma yang betul-betul akhirlah, saya nak rujuk kepada masalah penubuhan tribunal, Tribunal bagi Antibuli.

Dia kuasa ini diberi kepada Menteri tak apalah kalau nak bagi juga Menteri pun tetapi boleh tak kalau ditambah dengan syor oleh sebab yang nak dilantik itu adalah Timbalan Presiden dengan Presiden itu Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.

Syor daripada mereka ini mereka lebih tahu kehebatan dia orang. Jadi, syor daripada mereka Menteri just lantik je. Begitu juga yang lima orang lain-lain itu yang pernah memegang jawatan bermakna daripada mahkamahlah dan yang kedua itu beramal selama tidak kurang daripada tujuh tahun. Bar Coucil lah sepatutnya bagi chairman. Bar Council di tempat mereka berada. Kalau di Kelantan, Kelantanlah.

Kalau Terengganu, Terengganulah. Jadi, pengerusi Majlis Peguam itu yang mengesyorkan, bukan kita letak kuasa terus kepada Menteri. Menteri dia tak tahu apakan.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik.

draft • 12:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri mungkin tak tahu jadi syor itu datang daripada mereka lebih baik. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik. Okey, terima kasih Yang Berhormat Besut. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sri Gading. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Speaker. Pertama sekali, tahniah kepada Kerajaan MADANI yang telah berjaya ataupun yang telah berusaha untuk mengadakan undang-undang, Rang Undang-undang Antibuli ini di mana kalau kita lihat kes pada tahun 2024, 7,681 berbanding pada tahun sebelumnya telah meningkat sebanyak 1,153. Ini satu perkara yang sangat membimbangkan seluruh negara terutamanya kepada belia. Sekolah menengah ada catitan di sini kesnya ada 5,689, manakala sekolah rendah pun dah meningkat juga ataupun ada juga berlaku buli iaitu 1,992.

draft • 12:59 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini jelas kepada kita bahawa sekolah tidak lagi begitu selamat, sedangkan kita perlukan kepada keselamatan, kesejahteraan dan juga pembangunan modal insan yang baik bermula daripada sekolah.

Tetapi kalau ini berlaku, kita yakin dan percaya, keperluan— di samping guru disiplin, guru kaunseling juga perlu dipertingkatkan. Di mana, kalau kita lihat inti pati RUU ini, sepertimana yang kalau kita lihat mengikut tarif buli secara komprehensif melibatkan perkara-perkara berkaitan dengan buli fizikal, psikologi, sosial, diskriminasi berdasarkan jantina, kaum, agama dan kecacatan serta buli siber ini telah merangkumi satu definisi yang meluas. Namun begitu, apa yang kita pentingkan kepada bagaimana cara untuk mengatasi masalah buli di kalangan bermula daripada sekolah rendah lagi dan juga di sekolah menengah.

Perkara yang seterusnya. Kalau kita lihat, Bahagian VII iaitu Tribunal Antibuli ini, di mana kita telah berikan satu inovasi besar dengan kuasa kepada tribunal― yang pertama, mengeluarkan perintah permohonan maaf; yang kedua, memadamkan kandungan dalam talian; yang ketiga, merakam program kaunseling

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

dan pemulihan; yang keempat, memberi pampasan sehingga RM250,000 kepada mangsa.

Saya ingin melihat kepada perkara yang ketiga, program kaunseling atau pemulihan yang perlu diberikan kepada kedua-dua, sama ada mangsa ataupun kepada pembuli itu sendiri. Persoalannya, berapa ramai guru-guru yang mempunyai kebolehan di sekolah yang― kalau katakan di sekolah itu mempunyai bilangan pelajar yang ramai, 1,000 lebih, 2,000, berapa kaunselor yang diperuntukkan, yang diletakkan di sekolah yang berkenaan? Itu yang pertama.

Yang kedua, bagaimana kalau sekolah-sekolah berada di kawasan luar bandar, yang mana kadang-kadang bilangannya tak berapa ramai, kadang-kadang tak ada kaunselor bila pelajar tak ramai, tapi berlaku juga buli yang sepertimana yang kita sedia maklum? Jadi, ini keperluan yang kita perlu lihat dan kita mengharapkan bahawa di pihak, sama ada Kementerian Pendidikan dan sebagainya kena lihat juga tentang keperluan guru-guru kaunseling ini.

Yang ketiga, institusi pendidikan kerajaan, kalau kita sedia maklum, ada Kementerian Pendidikan. Bagaimana pula bagi sekolah swasta ataupun sekolah tahfiz, sekolah pondok yang kadang-kadang berlaku buli sampai ada yang kematian?

Jadi, ini bagaimana kita nak dapat membantu sekolah-sekolah seumpama itu?

Persoalan-persoalan kepada― pertamanya, kejelasan dan ketepatan definisi buli ini, kalau kita lihat, bagaimana kementerian memastikan garis panduan yang jelas supaya konflik yang biasa rakan sebaya ini tidak dianggap sebagai satu perkara biasa tetapi mestilah dikategorikan mengikut penilaian sama ada kes itu ringan, kes sederhana ataupun kes berat. Kadang-kadang kita― kalau katakan benda itu kecil dan dilaporkan kepada tribunal, mungkin jadi satu masalah pula. Kalau hari ini― pada tahun lepas, ada hampir 8,000. Kalau katakan kes-kes kecil pun dia masuk, pening juga kepala tribunal nak tengokkan.

Seterusnya, berkaitan dengan kesiapsiagaan ataupun kesediaan institusi pendidikan untuk menubuhkan― macam saya sebut tadi, kalau katakan sekolah di luar bandar, pelajar tak ramai, gurunya pun tak banyak, macam mana dia nak tubuhkan satu jawatankuasa yang berkenaan? Di Sabah dan Sarawak, sebagai contoh, sekolah pedalaman, tentu sukar. Begitu juga dengan institusi sekolah swasta dan juga sekolah agama yang tahfiz dan sebagainya.

Yang ketiga, seterusnya, tentang kapasiti tribunal antibutik― antibuli ini. Asyik terlajak saja, kenapa ni. Kalau kita lihat bahawa perlu ada keseragaman ataupun saling berhubungan antara tribunal, sekolah dan PDRM. Kerana apa? Kita perlukan

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

kepada SOP rentas agensi yang diwujudkan agar tidak berlaku konflik bidang kuasa antara sekolah, tribunal dan pihak polis.

Kerana apa? Kerana siasatan ini, kalau berbeza, berulang kali, mungkin menyebabkan satu tekanan kepada semua, sama ada pihak sekolah, guru-guru, kepada pelajar. Jadi, perlu diselaraskan supaya SOP rentas agensi ini dapat dilihat sempurna dalam siasatan. Ini yang penting kepada kita.

Yang seterusnya tentang pelindung pemberi maklumat. Kadang-kadang kita dapat melihat bahawa sama ada mangsa ataupun yang menyaksikan kes buli ini, dia mungkin tak berani nak ke depan. Sebab, dia tahu kesannya kalau dia berikan laporan, dia akan diberikan tekanan oleh pihak yang lain ataupun oleh mereka yang membuli tadi itu. Jadi...

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Okey, sikit lagi.

Penambahbaikan― cadangan daripada Sri Gading. Yang pertama sekali, kategori kes buli. Sepertimana yang saya sebut tadi, kategorinya ringan, sederhana dan berat.

Yang kedua, kurangkan had pampasan. Kalau ada had pampasan tadi yang dicadangkan kepada mangsa sebanyak RM250,000. Kalau katakan kepada keluarga miskin, keluarga yang kurang berupaya dan sebaginya, adakah dia tak mampu dan adakah kita nak berikan mereka itu jatuh dalam kes jenayah, lalu dipenjara dan sebagainya ataupun hantar ke sekolah juvana? Ianya satu perkara yang agak mungkin lebih memberatkan masa depan pelajar yang berkenaan.

Yang ketiga, penubuhan unit keadilan pemulihan di sekolah. Ini perlu kita tubuhkan supaya sekurang-kurangnya dapat membantu kedua-dua pihak, sama ada mangsa ataupun pembuli. Yang ketiga, perlindungan pemberi maklumat, seperti mana yang saya sebut. Dan yang keempat, agensi tribunal, sekolah dan PDRM ini perlu ada kerjasama supaya dapat penyelarasan dalam siasatan.

Sekian, terima kasih. Sri Gading menyokong.

draft • 1:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Indera Mahkota.

draft • 1:00 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan setinggi syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang, Yang Berhormat Menteri Pendidikan dan teman-teman yang lain, juga sebahagian Ahli-ahli Parlimen, khususnya Puchong,

draft • 1:06 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Pengerusi Jawatankuasa yang banyak melakukan kerja-kerja yang saya percaya ada kaitan input untuk akta ataupun rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini. Ada empat poin, Tuan Yang di-Pertua.

Yang pertama, suka atau tidak, kita harus menerima bahawa antara insiden yang menjadi latar belakang kepada perbahasan kita hari ini ialah yang melibatkan peristiwa sedih yang melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina. Setelah dua minggu kes beliau, arwah disahkan meninggal dunia. Tiada penjelasan yang tuntas, maka saya bangun di dalam Dewan ini pada 30 Julai untuk membahaskannya.

Sebulan selepas kes itu berlaku, pada 18 Ogos, Yang Berhormat Menteri KDN memberi keterangan dalam Dewan yang mulia ini. Pada bulan Ogos, ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, ramai Ahli Parlimen termasuk saya juga membahaskan hal ini.

Pada 16 Oktober, 19 orang Ahli Parlimen Perikatan Nasional membuat kenyataan media untuk minta supaya benar-benarlah sekolah itu dijadikan tempat yang selamat kerana sudah berlaku krisis keselamatan dan kesejahteraan pelajar.

Pada 23 Oktober, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hadir untuk menjawab soalan yang sama berkaitan dengan kerjasama sekolah dan pihak luar bagi mengatasi masalah buli dalam PMQT dan pada hari ini kita berbahas tentang RUU Antibuli.

Saya ingin dedikasikan perbahasan saya ini untuk Allahyarhamah Zara Qairina.

Poin yang kedua, saya menyokong penuh rang undang-undang ini. Ia penting, ia perlu, ia sangat mustahak. Paling utama pada saya ialah soal mekanisme aduan yang ada hari ini. Ini sangat-sangat mustahak. Paling mustahaklah dalam banyak-banyak itu. Saya berharap selepas ini KPM khususnya akan tampil dengan dia punya follow-up. Sebab, banyak ini― tatacara, guideline. Ada perkara yang sudah ada dalam KPM mungkin hendak dikemas kini dan sebagainya.

Poin yang ketiga. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang berkaitan dengan framework untuk perbicaraan sama ada di peringkat sekolah, institusi pendidikan tinggi atau nanti khususnya bila sampai ke tribunal. Ini prinsip strict liability. Strict liability ialah suatu prinsip undang-undang apabila sesuatu pihak yang dituduh boleh didapati bersalah atau bertanggungjawab tanpa dibuktikan ada intention jahat atau niat jahat atau wujudnya a guilty mind atau mens rea.

draft • 1:06 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Saya timbulkan ini kerana buli ini persoalan public safety. Saya tak kiralah sama ada dilihat dari sudut sivil atau sudut jenayah tapi dia public safety yang sangat mustahak kerana bila dia public safety, dia menjadi concern kepada semua pihak terutamanya murid-murid, ibu bapa, guru-guru. Kita kena ada deterrent yang jelas dan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang bakal kita adakan. Jadi, ada tiga elemen itu. Concern, elemen deterrent dan elemen pematuhan undang-undang yang nantinya akan diaudit dan sebagai kalau ikut kandungan akta ini.

Poin saya yang keempat ialah tiga perkara yang agak spesifik, mungkin dalam bentuk soalan dan juga dalam bentuk cadangan. Ini merujuk fasal 6 dan fasal 7. Satu ialah soal sistem kerana sistem di setengah-setengah sekolah itu mungkin berbeza bawah SBP, bawah MRSM, mungkin berbeza tadi disebut oleh sahabat saya, sekolah-sekolah agama, tahfiz. Jadi, certain system works, dengan izin.

Ada sekolah sistem dia itu berjalan. Ada sekolah sistem tak jalan. Jadi, sekolah yang sistem itu dah jalan saya cadangkan jangan ubah lagi. Biarkan dia berjalan. Dia mungkin boleh jadi contoh kepada yang lain. Yang mana tak jalan, yang itu kita selesaikan. Sri Gading, saya rasa itu maksud Yang Berhormat tadi.

Juga, saya nak menambahkan soal tapisan keselamatan dan tapisan psikologi, kesesuaian psikologi orang yang bertugas di sekolah. Kalau guru mungkin dia dah melalui latihan tapi pekerja kantin, security guard dan sebagainya.

Kedua ialah latihan. Sangat penting latihan untuk guru, latihan untuk warden, latihan untuk pengawas khususnya apabila melibatkan sekolah. Dan kemungkinan kalau sekolah itu berasrama― sebab ada sistem asrama yang memisahkan pelajar Tingkatan 1 daripada pelajar lain and that system seems to work in certain area, in certain school. Jadi, mungkin itu juga termasuk perkara yang harus dilihat.

Dan akhir sekali dalam poin saya yang keempat ialah soal hukuman. Tadi dibincangkan soal award, soal remedy. Saya bersetuju yang itu. Tapi saya juga ingin bertanya khusus kepada Kementerian Pendidikan. Bagi mereka yang terlibat, kalau dia guru atau warden, hukuman sedia ada yang kami lazim dengar ialah dia ditukarkan. Lepas itu tak lama lepas itu dia naik pangkat balik. Jadi, hukuman yang setimpal dengan kesalahan saya harap ia harus diambil kira. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Indera Mahkota. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 1:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Rang Undang-undang Antibuli 2025 ini bagi saya bukan sekadar teks undang-undang. Ia mengingatkan saya tentang kanak-kanak yang datang mencari bantuan, yang telah dipukul, yang dihina. Tapi lebih daripada itu, dia juga mengingatkan saya tentang wanita yang dibuli, yang difitnah begitu teruk sehingga ada yang tak mampu lagi menanggungnya dan akhirnya mengambil nyawa sendiri.

Jadi, RUU ini mengiktirafkan realiti itu dan saya ingin tekankan dua perkara utama yang sebenarnya patut dipuji. Yang pertama, kewajipan institusi pendidikan termasuk keperluan penubuhan Jawatankuasa Antibuli menyediakan saluran aduan mesra kanak-kanak, kaunseling dan juga audit pematuhan. Yang kedua, penubuhan tribunal anti-buli yang memberi ruang penyelesaian yang lebih mesra kanak-kanak termasuklah penghapusan kandungan digital malah pampasan sehingga RM250,000.

Tapi saya ingin membawa perhatian Dewan kepada empat persoalan asas dalam RUU Antibuli yang menentukan sama ada undang-undang ini benar-benar melindungi mangsa atau sekadar melindungi definisi.

Jadi pertama, takrif buli dalam fasal 3 menyebutkan ia mesti merupakan perbuatan disengajakan. Tetapi realitinya di lapangan tidak sehitam putih itu. Tidak semua perbuatan yang menyakitkan, memalukan atau mencederakan maruah dilakukan dengan rancangan yang jelas.

Kadang-kadang ia berlaku secara spontan. Satu ayat, satu sentuhan, satu tindakan dan mangsanya terkesan bertahun-tahun. Jadi, adakah kita mahu berkata kepada seorang remaja yang trauma bahawa apa yang berlaku kepadanya tidak disengajakan lalu tidak termasuk dalam perlindungan? Jadi, sekiranya tujuan RUU ini adalah untuk melindungi, maka takrifnya mesti mencerminkan realiti bukan semata-mata teori.

Perkara yang kedua, peruntukan bahawa satu insiden yang serius boleh dikira sebagai buli. Tetapi apakah makna serius? Adakah ia melibatkan kecederaan?

Adakah ia melibatkan ancaman? Adakah ia bergantung kepada budi bicara pegawai? Tanpa garis panduan yang jelas merentasi KPM, KBS, JKM dan semua institusi pendidikan, kita sering membuka pintu kepada tafsiran yang berbeza-beza.

Dan apabila tafsiran berbeza, mangsa yang menjadi mangsa sekali lagi tapi kali ini kepada kekeliruan institusi.

draft • 1:13 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Perkara yang ketiga, skop mangsa dalam fasal 2 dan 29. RUU ini melindungi pelajar tanpa mengira umur tetapi hanya jika berada dalam institusi pendidikan. Tapi bagaimana dengan kanak-kanak bawah 18 tahun dalam pusat latihan belia, akademi sukan, kem kepimpinan dan juga program bawah KBS? Golongan ini juga tinggi risikonya. Tekanan prestasi, budaya senior-junior dan juga suasana tertutup yang sering menjadi tempat buli yang berlaku. Mengapakah mereka tidak dimasukkan dalam skop perlindungan? Jadi, kalaulah kita benar-benar mahu membasmi buli, kita tak boleh tinggalkan satu pun ruang yang boleh menjadi blind spot.

Jadi, di sini saya ingin membangkitkan empat soalan. Soalan pertama, adakah kerajaan bersedia memperluaskan takrif buli di bawah fasal 3 supaya ia turut merangkumi insiden spontan ataupun impulsif yang tetap menyebabkan kemudaratan fizikal ataupun emosi kepada mangsa.

Kedua, bagi insiden yang serius, apakah indikator objektif yang akan digunakan? Dan adakah kementerian akan mengeluarkan garis panduan standard merentasi semua agensi supaya mangsa tidak menerima layanan yang berbeza hanya kerana institusinya berbeza?

Ketiga, untuk kanak-kanak bawah 18 tahun ke bawah di bawah KBS, termasuk akademi sukan dan juga pusat latihan belia, mengapa mereka tidak termasuk dalam definisi mangsa? Adakah kerajaan bersedia memperluaskan perlindungan RUU ini agar tiada seorang pun yang tercicir daripada perlindungan?

Dan akhirnya yang keempat. Dalam menangani buli digital yang kian agresif dan canggih, apakah kerjasama antara kementerian dengan platform sosial utama untuk memastikan laporan segera dan juga penghapusan kandungan yang memudaratkan?

Puan Yang di-Pertua, saya berjuang menentang buli kerana saya pernah melihat bagaimana ia memusnahkan masa depan, dari sekolah hinggalah ke Dewan ini. Ramai antara kita yang berada di sini terutamanya wanita tahu bagaimana rasanya diserang secara peribadi, dihina dan juga difitnah.

RUU ini tidak boleh menjadi sekadar kertas. Ia mesti dijadikan perisai dan Parlimen ini mesti menjadi tempat pertama yang membuktikan bahawa negara ini berdiri bersama mangsa, bukan pembuli. Jika kita tidak menghentikannya, siapa lagi? Dan bukan sekarang, bila lagi? Jadi, dengan ini Bukit Bendera menyokong.

Terima kasih.

draft • 1:13 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Muar.

draft • 1:13 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Cover-up, cover-up, cover-up. Melindungi jenayah demi nama baik sekolah, nama baik universiti, nama baik kawan, nama baik senior. Budaya cover-up perlu dibanteras sepenuhnya kerana realitinya jenayah buli itu melibatkan ramai, bukan setakat seorang, dua sahaja yang ditangkap.

Kita digegarkan lagi sekali dengan kes buli sampai mati. Kes Syamsul Haris, pelatih PALAPES yang enam bulan yang lepas dilaporkan mati mengejut. Ada yang kata kerana heatstroke, kerana sawan, kerana kesihatan sendiri. Menteri pun jawab bahawa ini tidak kena mengena dengan buli. Nasib baik ada ibu mangsa yang tak pernah putus asa. Tidak pernah menerima jawapan ini tidak kena mengena dengan buli yang menuntut keadilan demi anaknya sampai sanggup menggali semula kubur untuk mendapatkan keadilan demi anaknya.

Selepas 127 hari menuntut keadilan, akhirnya keputusan bedah siasat membuktikan kematian disebabkan kerana kecederaan di leher dan juga kecederaan di badan.

draft • 1:08 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Barulah Pejabat Peguam Negara semalam mengklasifikasikan semula, ini mungkin kes buli atau kes bunuh. Bukan lagi kes mati secara tiba-tiba. Bayangkan kalau ibu mangsa tidak mengetuk pejabat Menteri, tidak mengetuk media, pergi ke hulu-hilir selama lebih 100 hari untuk menuntut keadilan, besar kemungkinan si mati tidak akan mendapat keadilan yang sewajarnya. Besar kemungkinan kita tidak akan tahu dan perbahasan ini tidak akan berlaku. Dan ini menunjukkan bahawa ada systemic failure dalam institusi pendidikan kita yang wajar kita tangani.

Sebab itu saya ingin ambil sedikit peluang ini untuk memberikan penghormatan yang terbesar kepada ibu Syamsul Haris, Ummu Haiman. *My respect goes to you, mam.

[Tepuk]* Doa saya supaya kita tidak akan ada lagi kes di mana seorang ibu perlu ke hulu-hilir menuntut keadilan untuk nasib anaknya.

Saya ada tiga kritikan dan tiga cadangan penambahbaikan bagi RUU ini.

Saya nak katakan secara prinsip, saya sokong. Ini perkara baik, tetapi tiga kritikan dan tiga cadangan penambahbaikan.

Pertama, RUU ini hanya melibatkan buli di peringkat sekolah. Realitinya, kes buli sampai mati ini, banyak di peringkat universiti ataupun institusi pendidikan tinggi.

Tadi, kita dengar Bukit Bendera kongsikan bagaimana kalau akademi sukan.

Bagaimana pula di peringkat universiti? Kes UPNM. Kes yang melibatkan IPT

draft • 1:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

ataupun TVET. Banyak kes buli sampai mati di sana. Lihat sahaja kes Syamsul Haris.

Saya cadangkan RUU ini diperluaskan skopnya.

Yang kedua, RUU ini fokus untuk ambil tindakan ke atas pembuli, tetapi bukan sistem sokongan pembuli. Saya rasa ini ucapan saya yang keempat, di mana saya kongsikan masalah kes buli ini, bukan melibatkan pembuli semata-mata, tetapi sistem sokongan yang menyeluruh.

Saya beri contoh. Kalau sekolah culas atau universiti culas– kita baca kes yang mengerikan, UPNM. Di mana si mati itu boleh dihilangkan berhari-hari. Tak ada orang sedar. Roll call culas, tak ada orang sedar. Boleh dibawa ke klinik luar, bawa masuk balik. Berhari-hari didera. Kawan-kawan, pengawas, apa mereka buat? Tutup mata? Ya lah, mereka tak takut kerana tindakan jenayah tidak diambil ke atas mereka, tetapi mereka bersekongkol. They are guilty to the omission. Sebab itu, saya nak cadangkan supaya akta ini diperluaskan. Jangan hanya ambil tindakan ke atas si pembuli, tetapi sistem sokongan pembuli. What can be done kalau sekolah tidak ikut SOP? Pengetua culas, pengawas melindungi pembuli dengan tidak melaporkan kes tersebut. What action can be taken upon them? Jangan kita lupa, si mati yang telah didera bukan setakat dengan si pembuli, tetapi mereka yang melindungi pembuli tersebut.

Yang ketiga, penalti RM250,000 ini sejujurnya terlalu kecil. Kerana kita faham skop buli ini ada yang kecil, ada yang besar, tetapi perlu dipertingkatkan. “Tepuk dada, tanya selera”. Kalau seseorang pembuli itu datang daripada keluarga yang sangat kaya dan kerap membuli, pembayaran RM250,000 ini kalau ibu bapa itu jutawan, sangat kecil. Kalau saya nak jaga maruah keluarga saya, saya anak– saya orang kaya, saya boleh sembunyikan, bayar RM250,000 tersebut.

Saya cadangkan ia dinaikkan. Naikkan skop tertinggi. Saya faham akhirnya ada budi bicara, case by case. Kalau ini kes kecil, tak apa. Mungkin tak sampai RM250,000, tetapi saya tahu, ada banyak anak-anak pembuli yang datang daripada keluarga yang kaya. It will just be slap on the wrist, kalau akhirnya penaltinya hanya RM250,000.

Masa dah tamat, 30 saat untuk rumuskan. Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana tetap mencadangkan RUU ini. I think it’s a very good start. Cuma, saya harap tiga cadangan penambahbaikan saya itu akan diambil kira kerana akhirnya, pembuli itu bukan seorang, dua tetapi sistem sokongan yang sentiasa membenarkan pembuli ini untuk bermaharajalela. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

draft • 1:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih, Timbalan Speaker. Saya bangun untuk ambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Antibuli 2025. Pada hemat saya, RUU ini merupakan satu langkah yang penting dan progresif oleh Kerajaan MADANI dalam usaha menangani isu buli yang semakin membimbangkan, terutamanya di institusi pendidikan kita.

Saya ingin merakamkan sokongan padu terhadap hasrat utama RUU ini untuk mengadakan mekanisme khusus bagi menangani aduan buli, mencegah dan menguruskan kes buli di institusi pendidikan dan institusi lain. Matlamat untuk mempertahankan maruah, kesopanan dan kehormatan dalam institusi pendidikan dan institusi lain adalah sesuatu yang kita alu-alukan. Mengapa kita perlu satu akta yang lebih drastik? Kerana, terdapat kegagalan dan kelemahan dalam sistem sedia ada.

Timbalan Speaker, kita tak boleh bertolak ansur dalam insiden buli di sekolah yang membawa kepada tragedi. Saya rujuk kepada kes menyayat hati. Kes pembunuh pelajar Yap Shing Xuen di Bandar Utama. Kita juga tidak boleh lupakan kes adik kita, Zara, seorang pelajar yang menghadapi penderitaan buli yang begitu teruk sehingga nyawanya diragut.

Kes-kes ini dan banyak lagi yang tidak dilaporkan adalah bukti kegagalan sistemik dalam pengesanan, pencegahan dan pengurusan buli di sekolah. Ia menunjukkan kegagalan institusi pendidikan untuk mematuhi kewajipan, untuk menubuhkan dan menyelenggara jawatankuasa pencegahan dan pengurusan kes buli seperti diwajibkan bawah fasal 7, 12 dan 17 RUU ini.

Ia dedahkan ruang gelap, di mana pembuli dibiarkan berleluasa dan mangsa ditinggalkan bersendirian menderita dan diam. Cukuplah. RUU ini peluang kita untuk berkata, tidak lagi. Kita harus melaksanakan akta ini dengan kesungguhan, memastikan air mata Yap Shing Xuen, Zara dan ribuan lagi mangsa buli lain tidak tumpah sia-sia.

Kita perlu pastikan fasal 6, 11 dan 16 yang memberi mandat kepada Menteri dan Majlis untuk mengawasi dan menilai institusi pendidikan dilaksanakan sepenuhnya. Oleh itu, RUU ini perlu dilaksanakan dengan keazaman tinggi untuk mengatasi kegagalan sistemik dalam pendidikan yang selama ini membenarkan

draft • 1:24 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

pembuli berleluasa dan mangsa terus menderita. Walaupun RUU ini adalah langkah ke hadapan yang berani, kita perlu memperkukuh perisai perlindungan ini.

Saya rujuk kepada fasal 29 RUU ini untuk memperuntukkan tribunal bagi Antibuli. Saya menyambut baik peluasan bidang kuasa tribunal. Namun, saya bimbang dengan perenggan 29(2)(a) kerana ia mewajibkan pengadu untuk rujuk ke jawatankuasa institusi terlebih dahulu dan hanya boleh merujuk ke tribunal, jika tiada tindakan atau aduan yang tidak diurus sewajarnya.

Mengambil iktibar daripada kes-kes tragis, kelewatan tindakan boleh membawa padah. Saya gesa agar kita tambahkan peruntukan yang membenarkan pengadu merujuk terus kepada tribunal, jika kes buli itu dikategorikan sebagai kes serius iaitu satu kejadian yang serius, yang menyebabkan kemudaratan fizikal, psikologi atau sosial kepada mangsa. Biarlah tribunal, sebuah badan yang bebas, jadi benteng pertahanan segera bagi anak-anak kita dalam kes-kes yang mengancam nyawa dan masa depan.

Saya juga sokong peruntukan RUU ini yang menggariskan bahawa prosiding tribunal mesti dijalankan dengan cara yang tidak formal dan mesra kanak-kanak, di bawah fasal 31(4)(a).

Peruntukan ini bersama fasal 50 mengenai sekatan penyiaran maklumat yang boleh membawa kepada pengenalpastian kanak-kanak adalah kritikal. Ini memastikan maruah mangsa dan pembuli sentiasa dilindungi, terutama apabila pembuli juga merupakan kanak-kanak. Ini membolehkan mereka melalui proses keadilan dan pemulihan tanpa trauma tambahan.

Fasal 44 memperuntukkan penalti jenayah bagi ketidakpatuhan award tribunal. Walaupun ia termasuk hukuman penjara dan denda, kita mesti pastikan hukuman ini setimpal dengan kegagalan mematuhi arahan perlindungan kanak- kanak. Saya harap agar jumlah denda khususnya denda maksimum RM10,000 bagi kes tiada pampasan, diteliti semula agar ia benar-benar berfungsi sebagai pencegahan yang ampuh.

Timbalan Speaker, RUU Antibuli 2025 adalah lebih daripada undang-undang.

Ia satu empati kolektif kita sebagai sebuah negara. Ia untuk menubuhkan tribunal, memperuntukkan peranan khas SUHAKAM melalui Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak untuk mempromosikan kesedaran dan mewajibkan institusi menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psychological. Saya berharap selepas akta ini dikuatkuasakan, tidak ada lagi tragedi seperti Yap Shing Xuen, tiada lagi penderitaan seperti Zara, tiada lagi anak-anak yang

draft • 1:24 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

terpaksa bangun dengan rasa takut untuk ke sekolah. Marilah kita bekerjasama dari institusi tertinggi sehingga bilik darjah, untuk jadikan Malaysia sebuah negara di mana setiap kanak-kanak berhak untuk membesar dan belajar tanpa rasa takut.

Saya sokong RUU ini. Sekian, terima kasih.

draft • 1:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 1:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menyentuh beberapa peruntukan penting dalam Rang Undang-undang Antibuli. Memang tidak dinafikan bahawa penggubalan Akta Antibuli ini menepati masa serta menjadi perisai kepada kesejahteraan kanak-kanak dan remaja di luar sana yang sentiasa dibayangi oleh kebimbangan serta kegusaran di mana sahaja mereka berada. Diharapkan agar akta ini mampu membendung salah laku serta perlakuan membuli ini dapat dinoktahkan.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa peruntukan yang memerlukan penjelasan lanjut dan pertimbangan daripada pihak kerajaan. Yang pertamanya pada Jadual Pertama seksyen 2 tafsiran insititusi pendidikan. Saya dapati bahawa di dalam jadual berkenaan, mengandungi istilah institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan, institusi pendidikan swasta, Maktab Rendah Sains MARA dan Maktab Tentera Diraja.

Saya berpendapat bahawa satu lagi kategori yang perlu dimasukkan ke dalam jadual ini adalah institusi pendidikan Islam yang berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri. Tentunya pendaftaran ini meliputi sekolah agama rakyat, rendah dan menengah serta Maahad Tahfiz. Kemasukan istilah institusi pendidikan Islam penting ke dalam Rang Undang-undang Antibuli kerana ia melambangkan keterangkuman faktor keselamatan dan kesejahteraan ke atas puluhan ribu pelajar yang sedang belajar di institusi berkenaan.

Dalam hal ini, kita harus mengakui bahawa sekolah agama termasuk sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah menengah agama negeri merupakan sebahagian besar ekosistem pendidikan negara. Pelajar-pelajarnya juga adalah remaja yang berisiko berdepan insiden buli sama seperti di sekolah biasa.

draft • 1:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Namun demikian, institusi-institusi ini tidak tertakluk secara langsung di bawah Akta Pendidikan 1996 yang menjadi asas tafsiran institusi pendidikan dalam RUU ini. Sekiranya ia dikatakan telah dimasukkan ke dalam RUU ini fasal ataupun peruntukan manakah yang menyebut hal demikian.

Datuk Yang di-Pertua, saya juga mendapati bahawa Akta Antibuli ini mengandungi Bahagian IV, Akta Pendidikan 1956; Bahagian IV, Akta Majlis Amanah Rakyat 1996; Bahagian V, institusi di bawah Kementerian Pertahanan dan Bahagian VI institusi di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

Namun begitu, tidak ada satu bahagian yang merujuk kepada institusi pendidikan Islam. Justeru saya ingin menggesa supaya pihak kerajaan turut sama memasukkan satu bahagian di dalam RUU ini yang memberi autoriti kepada pihak berkuasa agama menerusi Bahagian Pendidikan JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri Bahagian Pendidikan untuk menjadi pembuat dasar berkaitan hal buli di sekolah-sekolah agama.

Ini kerana JAKIM telah pun mempunyai Bahagian Pendidikan yang sudah memantau kurikulum, akreditasi dan disiplin sekolah agama. Maka adalah wajar mereka turut dilibatkan dalam penyediaan garis panduan pencegahan buli, latihan guru, sistem pelaporan selamat serta intervensi kaunseling berdasarkan pendekatan nilai Islam dan akhlak.

Datuk Yang di-Pertua, yang terakhir RUU ini melalui tafsiran yang bersandarkan kepada Akta Pendidikan 1996 secara praktiknya mengehadkan perlindungan kepada pelajar sekolah menengah berumur sekitar 17 tahun ke bawah.

Namun, Tuan Yang di-Pertua realiti di lapangan tidak semudah itu. Kes buli paling serius termasuk ragging, penderaan fizikal dan psikologi banyak berlaku dalam kalangan pelajar berumur antara 18 hingga ke 21 tahun.

Terutamanya di institusi TVET, kolej matrikulasi, politeknik dan universiti mereka berada dalam fasa dewasa muda tetapi masih sangat terdedah kepada tekanan rakan sebaya. Justifikasi pertama saya ialah semua data menunjukkan kelompok umur antara 18 ke 21 tahun adalah kumpulan paling berisiko menghadapi buli ekstrem yang sering berlaku di asrama, kolej dan kampus bukan lagi di sekolah.

Jika RUU ini mengecualikan mereka, kita sedang meninggalkan kumpulan paling rentan di luar perlindungan undang-undang. Justifikasi kedua pula ialah mengikut standard psikologi antarabangsa seperti WHO, umur antara 18 ke 21 tahun masih dikategorikan sebagai peringkat adolescence youth transition dengan izin satu fasa yang belum stabil dari sudut kawalan emosi dan tingkah laku. Mereka

draft • 1:30 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

memerlukan perlindungan, bimbingan dan sistem intervensi yang jelas, bukan kekosongan undang-undang.

Maka persoalan saya kepada kerajaan ialah mengapa RUU Antibuli ini tidak diperluas pemakaiannya kepada semua pelajar berumur 21 tahun ke bawah.

Sedangkan kelompok inilah yang paling banyak terdedah kepada kes buli berat.

Mengapa kita membiarkan jurang undang-undang wujud hanya kerana mereka berada di institusi pasca menengah.

Tuan Yang di-Pertua, jika tujuan RUU ini adalah melindungi semua generasi muda, maka perlindungan itu tidak boleh berhenti di Tingkatan 5. Saya mencadangkan supaya RUU ini jelas memperuntukkan bahawa ia terpakai kepada mana-mana pelajar berumur tidak melebihi 21 tahun tanpa mengira jenis institusi.

Tuan Yang di-Pertua, saya sokong dengan pindaan. Sekian, terima kasih.

draft • 1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah, saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft • 1:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Puan Yang di- Pertua, selama ini isu buli sering dianggap sebagai perkara remeh, sekadar masalah disiplin dalaman sekolah. Tetapi realiti sebenar, ia menunjukkan sebaliknya. Buli hari ini bukan lagi isu disiplin. Ia telah menjadi satu krisis nasional. Kita saban tahun dikejutkan dengan kes-kes buli yang membawa kepada kecederaan, trauma psikologi yang mendalam bahkan ada yang hingga meragut nyawa.

Lebih membimbangkan budaya buli siber kini berkembang dengan lebih cepat, lebih tersembunyi dan lebih meninggalkan parut mental yang panjang. Sebab itu, rang undang-undang ini diperlukan dan ia diperlukan sekarang. RUU ini memperkenalkan satu takrif buli yang komprehensif merangkumi kemudaratan fizikal, mental, maruah sosial bahkan buli siber yang dalam bentuk yang serius dan bertujuan merosakkan imej mangsa secara publik. Definisi yang diperuntukkan dalam fasal 3 akhirnya meletakkan asas undang-undang yang lebih tepat dan inklusif.

Puan Yang di-Pertua, saya bersetuju bahawa semua institusi pendidikan, sama ada sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta, MRSM, Maktab Tentera Diraja mahupun institusi seperti Sekolah Henry Gurney dan asrama akhlak diwajibkan untuk menubuhkan jawatankuasa pencegahan dan pengurusan kes buli.

draft • 1:35 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Ia juga mewajibkan setiap institusi mewajibkan saluran aduan yang mesra kanak-kanak, menjaga kerahsiaan maklumat pelajar, menyediakan perkhidmatan kaunseling serta melaksanakan garis panduan dan tatacara pengurusan kes buli secara sistematik. Namun saya mencadangkan agar kerajaan melalui peraturan- peraturan kelak menetapkan penunjuk prestasi atau KPI yang jelas bagi setiap institusi, termasuklah tempoh penyelesaian siasatan, tempoh tindakan disiplin dan piawaian latihan wajib untuk guru kaunselor serta pentadbir.

Walau bagaimanapun, KPI ini bukanlah untuk berlumba-lumba, institusi yang mana lebih bagus dari sudut pengurusan kes. Kita tidak mahu pihak institusi pendidikan menyorokkan kes semata-mata ingin menjaga reputasi. Kes buli yang banyak direkodkan, tidak semestinya mencerminkan sekolah itu tidak selamat, akan tetapi juga boleh menunjukkan bahawa pihak sekolah telus dalam menerima isu kes buli dan membuat siasatan yang menyeluruh.

Penubuhan tribunal antibuli dalam Bahagian VII merupakan langkah paling berani dan paling progresif dalam RUU ini. Tribunal ini memberikan akses keadilan yang lebih cepat kepada kanak-kanak dan keluarga yang sebelum ini terperangkap dalam birokrasi. Tribunal diberikan kuasa untuk menyelesaikan kes dalam masa 60 hari, mengadakan pendengaran tertutup, tidak memerlukan peguam kecuali isu undang-undang kompleks menggunakan tatacara yang mesra kanak-kanak.

Dan tribunal ini juga membuat perintah pampasan sehingga RM250,000 memerintahkan permohonan maaf, mengarahkan kandungan buli dihapuskan dari platform digital serta merujuk dapatan kepada SKMM dan institusi pendidikan.

Namun, saya juga ingin menarik perhatian terhadap beberapa kebimbangan, pertama fasal 30 memperuntukkan pengecualian bidang kuasa mahkamah, namun tidak semua ibu bapa atau pengadu akan faham bila mereka patut ke tribunal dan bila terus dan bila perlu terus melaporkan kepada pihak polis.

Oleh itu, kerajaan perlu menerbitkan satu garis panduan bagi aliran laporan atau complaint pathway yang jelas dan mudah difahami. Kedua, tribunal ini memerlukan sumber yang cukup. Kita tidak mahu tribunal ini menjadi seperti beberapa tribunal lain yang akhirnya terbeban, kekurangan pegawai atau bertindak secara perlahan kerana kekangan pentadbiran. Tribunal antibuli memerlukan ahli psikologi, pegawai sokongan teknikal dan penyelaras bantuan guaman untuk golongan B40.

Saya juga menyambut baik peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia melalui Ketua ‘Pesuruhanjaya’ Kanak-kanak yang diberikan kuasa untuk

draft • 1:35 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

mendidik, memberi syor dasar, menjalankan seminar dan menyebarkan penyelidikan. Selain itu, laporan statistik buli yang kini akan dikumpulkan oleh setiausaha tribunal seharusnya diterbitkan kepada umum dalam bentuk Laporan Tahunan Buli Malaysia.

Ketelusan data ini penting agar kita dapat mempunyai gambaran yang sebenar tentang kadar, lokasi, bentuk dan trend buli di Malaysia.

draft • 1:35 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Puan Yang di-Pertua, terdapat beberapa peruntukan yang saya sokong sepenuhnya. Larangan kes terhadap pendedahan identiti kanak-kanak dalam media sama ada media tradisional atau digital iaitu langkah yang sangat tepat dalam era pendedahan berlebihan. Begitu juga kuasa tribunal untuk menghapuskan kandungan buli siber yang boleh tersebar tanpa kawalan.

Dan saya amat bersetuju bahawa penghantaran masih lagi dibenarkan dalam keadaan tertentu tetapi dengan keutamaan khusus terhadap keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Namun Puan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan bahawa fokus terhadap pencegahan perlu diperkukuhkan dalam peraturan- peraturan. Hal ini tidak boleh dicegah hanya melalui tindakan selepas kejadian. Ia memerlukan pendidikan literasi emosi, latihan karakter, program sokongan rakan sebaya serta penglibatan aktif oleh ibu bapa.

Yang terakhir Puan Yang di-Pertua, untuk buli siber ini, saya ingin tegaskan sokongan untuk kerajaan mengharamkan akaun media sosial kanak-kanak bawah 16 tahun. Tetapi kita juga perlu pantau, ibu bapa khususnya artis-artis, influencer yang menggunakan anak-anak mereka untuk content atau untuk melariskan jualan atau produk. Anaknya popular, duit masuk tetapi terdedah kepada kecaman awam.

Ibu bapa yang dedahkan anak-anak seawal usia kepada persekitaran media sosial yang toksik, kemudian menyalahkan pihak lain. Jadi, saya minta agar ibu bapa juga turut dipertanggungjawabkan. Oleh itu, Bentong menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 1:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan RUU Buli 2025.

draft • 1:41 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pihak kerjaan dan semua kerajaan— pihak kementerian yang terlibat sehingga terwujudnya rang undang-undang (RUU) ini dan juga selaku saya— selaku salah seorang Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita dan Kanak-kanak, kita juga terus cukup menyokong supaya rang undang-undang ini dapat kita sama-sama menangani isu buli yang sangat membimbangkan negara kita hari ini.

Dan kita kena jelas bahawa berdasarkan penelitian, kita lihat bagaimana punca fenomena buli ini bukan sahaja berlaku dalam persekitaran fizikal sekolah, malah turut dipacu oleh pendedahan digital yang tidak terkawal. Kandungan bahaya dalam talian, serta ketidakseimbangan antara keupayaan sistem pendidikan dan keperluan semasa murid.

Dalam pada masa yang sama, guru juga terus menanggung beban tugas yang tinggi sehingga menjejaskan fokus utama terhadap pedagogi manakala sekolah pula kekurangan tenaga pakar psikologi untuk memberi intervensi awal dan berkesan. Terdapat keperluan untuk apa sama-sama kita melakukan perubahan sama ada dalam sistem pendidikan kita, dan cara kita menangani.

Saya ingin tahu daripada undang-undang yang dibentangkan ini, apakah usaha yang telah dibuat oleh kementerian iaitu untuk dalam sistem nasional pelaporan ini, apakah sistem nasional pelaporan dalam kes buli ini, apakah standard SOP yang telah ditetapkan? Dan bagaimana mekanisme perlindungan mangsa dan saksi diadakan? Dan apakah hukuman kepada pihak yang cuba menutup kes?

Kita tengok dalam kes yang berlaku, ada pihak yang cuba menyembunyikan fakta. Dan apakah penyelarasan yang telah dibuat antara kementerian-kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, termasuk SKMM dan pihak yang bertanggungjawab?

Dan apakah modul ataupun intervensi psikologi selepas kejadian, pasca kejadian buli yang telah diwujudkan? Dan saya ingin tahu juga tentang apakah usaha untuk meringankan beban guru? Sebab dalam pelaksanaan undang-undang ini, kita kena faham, kita tidak cukup penguasaan undang-undang sahaja. Tetapi, kita mesti ada pendidikan, pencegahan. Jadi, apakah usaha untuk memberi kesedaran dan latihan kepada guru-guru, terutama dari sudut penguatkuasaan apabila rang undang- undang ini diluluskan?

Dan apakah pemilihan dibuat terutama kepada warden? Sebab kita memerlukan warden yang profesional, yang bukan guru. Sebab kita faham, guru

draft • 1:41 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

sudah tepu dengan tugasnya untuk menjalani tanggungjawab memantau pelajar- pelajar. Dan apakah standard keselamatan sekolah terutama di asrama penuh yang telah diwujudkan? Dan adakah sistem audit diadakan?

Saya mencadangkan supaya sistem audit ini diwujudkan dan juga pelaporan indeks berkaitan dengan buli ini dilaporkan termasuk juga laporan kepada Parlimen.

Jadi, supaya perkara ini tidak terus menular dalam masyarakat kita. Dan begitu juga bagaimana mekanisme perlindungan yang telah diwujudkan? Dan begitu juga, saya ingin tahu tentang keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar yang OKU, yang golongan rentan yang apa— yang mempunyai masalah? Bagaimana mekanisma ini, dilaksanakan?

Dan saya ingin tahu juga berkaitan dengan fasal 43(e) iaitu yang supaya kerajaan memberi penjelasan, peraturan, bagaimana panduan yang jelas mengenai perintah pampasan yang diberi? Termasuk menetapkan kriteria yang telus untuk menentukan jumlah pampasan, memastikan pampasan yang sepadan dengan kemudaratan yang berlaku dan tidak berlebihan atau bersifat menghukum.

Begitu juga mewajibkan tribunal mengambil kira kemampuan kewangan ibu bapa dan juga menyediakan alternatif bukan kewangan, di mana kepentingan kanak- kanak terpelihara dan tidak terus membebankan keluarga. Jadi, saya harap perkara ini diambil kira dan begitu juga, adakah kerajaan komited untuk mengeluarkan peraturan yang mentakrifkan dengan jelas jenis program pemulihan yang boleh diarahkan oleh mahkamah serta memastikan program ini mematuhi piawai minimum keselamatan dan kualiti.

Jadi, saya harapkan supaya program pengawasan ini jelas, termasuk juga pengawasan kerajaan yang wajib dan akreditasi penyedia perkhidmatan, juga mekanisme pemantauan dan penilaian dilaksanakan untuk mengelakkan kemudaratan kepada kanak-kanak. Jadi, saya harapkan supaya peraturan ini diambil kira dengan jelas dan mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 1:41 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam membahaskan Rang Undang-undang Antibuli 2025 yang dibentangkan untuk— di Dewan Rakyat pada hari ini.

draft • 1:47 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Pertama, saya nak memuji Kerajaan Malaysia MADANI terutamanya Menteri atas komitmen yang cukup tinggi. Saya difahamkan rang undang-undang ini mengambil masa yang sangat singkat tetapi berjaya dibentangkan dalam Dewan ini, pada hari ini. Ini menunjukkan satu komitmen, dedikasi yang sangat tinggi daripada kerajaan. Marilah, bersama kita bersama-sama menoktahkan buli, terutamanya di dalam institusi pendidikan dan sekolah kita demi masa depan anak-anak kita.

Saya anggap RUU ini amat penting sebab ia boleh mewujudkan ataupun— mewujudkan satu persekitaran mekanisme untuk membolehkan insiden-insiden yang berkaitan dengan buli terutamanya di institusi pendidikan, ditangani dengan keadaan yang lebih baik, dengan tatakelola ataupun prosedur yang bersesuaian yang jelas— yang memberikan satunya peluang kepada mereka yang menjadi mangsa buli tampil ke hadapan mengemukakan kes aduan, aduan ataupun kes mereka dan ia juga sebagai satu amaran kepada mereka yang mungkin terlibat, mungkin berniat untuk melakukan sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai buli terutamanya di institusi pendidikan.

Saya nak ambil peluang pada hari ini untuk menyinggung beberapa perkara.

Yang pertamanya, berkenaan dengan seksyen 35 iaitu berkaitan dengan Pengerusi untuk tribunal sebab setiap kes akan ditangani oleh tiga orang. Seorang Pengerusi dan dua orang anggota di bawah seksyen 35 sub (1) sub (a) yang mana Pengerusi adalah mereka yang sama ada adalah Presiden atau Timbalan Presiden ataupun yang mempunyai latar belakang undang-undang yang dipilih di bawah seksyen 26 sub (1) sub (b)(ii). Lepas itu ada dua orang anggota.

Saya rasa ini orang awam yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 26 sub (1) sub (c). Isunya sekarang adalah kenapa ada satu peruntukan di bawah seksyen 35 sub (2) yang mengatakan bahawa daripada tiga orang tersebut, kena sekurang-kurangnya ada seorang wanita? Saya tak pertikaikan. Saya bersetuju.

Cuma, kita tengok komposisi tribunal itu, 12 orang. Presiden, Timbalan Presiden, lima yang berlatar belakangkan undang-undang dengan lima yang dilantik oleh Menteri, tak ada apa-apa guideline katakan kena ada berapa orang wanita. Tiba- tiba dalam jawatankuasa tiga orang itu, ada seorang wanita.

draft • 1:47 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, macam mana keadaan dia? Saya tak mahu nanti keadaan daripada 12 orang yang dalam tribunal, mungkin yang dilantik hanya seorang atau dua orang wanita. Dan wanita itu dibebani― anggota wanita itu dibebani dengan dia kena duduk dalam semua panel yang terlibat.

draft • 1:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Boleh tak dalam seksyen 26 itu sendiri kita mengatakan bahawa lima orang yang dilantik berdasarkan yang ada latar belakang undang-undang itu, paling kurang dua kena wanita, yang dilantik oleh Menteri lima orang itu pun, paling kurang ada dua orang wanita? Supaya komposisi itu lebih adil dan saksama.

Perkara kedua yang saya nak bangkitkan adalah berkenaan seksyen 42 iaitu award daripada tribunal. Saya menyambut baik 60 hari daripada permulaan prosiding dilakukan. Cuma, ada satu perkataan dikatakan, “Jika dapat dilaksanakan”. Okey, kalau tak dapat dilaksanakan, macam mana? Saya nak tanya penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan dengan perkara ini.

Seterusnya, saya nak sebutkan di sini juga berkenaan dengan Bahagian III di bawah seksyen 4 dan 8 iaitu penubuhan penyenggaraan suatu jawatankuasa.

Saya nak tanya. Jawatankuasa ini, kalau di institusi pendidikan ditubuhkan untuk setiap sekolah ke apa? Sebab, kita ada lebih 10,000 sekolah. Maknanya, setiap sekolah ada satu jawatankuasa? Ataupun berdasarkan pejabat pendidikan daerah?

Mohon penjelasan. Sekiranya di sekolah, siapa akan mengetuai jawatankuasa itu?

Sama ada pengetua atau guru besar, GPKHEM? Dan sama ada PIBG terlibat atau tidak?

Okey, saya nak ambil beberapa perkara. Ada dua contoh saya nak sebutkan di sini. Saya nak berikan contoh kes yang saya rasa sangat membimbangkan di sekolah. Tapi, sebelum itu, saya pun nak memberikan kredit kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang bertindak dengan cukup cepat. Beliau telah ke Senawang, Seremban pada 1 Oktober apabila ada kes bunuh diri di sekolah yang dikatakan berpunca daripada buli. Kredit kepada Menteri KPM. Dan saya nak sebutkan satu kejadian― saya mohon masa sedikit.

Pada 13 November, 20 hari dulu, di sebuah sekolah menengah di Daerah Seremban, seorang guru lelaki telah menyepak bahagian bawah seorang pelajar laki-laki Tingkatan 2. Dikatakan budak itu provoke. Tapi, provoke tak provoke, itu tak tahu. Selepas 20 hari, Pengetua tahu tapi tak ada siapa tahu apa tindakan dia.

Mungkin PPD pun tak tahu, mungkin Pengarah Pendidikan tak tahu. Jadi, kalau kes ini, sekiranya tribunal ini berjaya set up lepas RUU ini diluluskan, boleh tak terus dirujuk kepada tribunal untuk tindakan segera?

Dan saya nak katakan, macam mana dengan anggota perkhidmatan― bukan murid atau pelajar― dalam perkhidmatan pendidikan yang kadangkala menjadi mangsa buli juga? Saya berikan contoh. Ada Pembantu Pengurusan Murid PPKI di

draft • 1:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Daerah Seremban yang dipindahkan ke sekolah lain. Dia buat rayuan dan bila buat rayuan, digertak, diugut oleh pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri. Pengarah pun tak tahu. Jadi, kes-kes macam ini boleh tak dirujuk kepada tribunal, sekiranya sah, iaitu selepas RUU ini diluluskan dan tribunal ditubuhkan?

Itu sahaja beberapa pandangan dari saya. Saya menyokong sepenuhnya RUU dan berharap ia menjadi satu detik yang amat bersejarah untuk sama-sama kita menoktahkan buli khasnya di institusi pendidikan kita. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 1:50 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Hari ini kes buli menjadi tajuk perbincangan di mana-mana di negara kita. Di kedai kopi, sekolah, pasar, majlis kenduri kahwin dan sebagainya. Bahkan, desiran daun-daun hijau dan unggas di belantara pun seolah-olah mereka membincangkan, mempersoalkan soal buli ini, Dato’ Yang di-Pertua. Akhirnya, hari ini, RUU Antibuli 2025 kita bahaskan di Dewan yang mulia ini supaya kita dapat wujudkan satu undang-undang khusus untuk menangani dan menoktahkan kes buli ini. Oleh itu, berdosa kalau saya tak sokong RUU ini.

Bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana RUU ini adalah baru untuk membentuk akta ataupun undang-undang, maka sudah tentu kita tidak tahu di mana kelemahannya kerana kita belum laksanakan. Bagaimanapun, saya hanya mampu untuk menjangkakan kemungkinan-kemungkinan kelemahan undang-undang yang terbina daripada kelulusan RUU ini.

Antaranya, yang pertama ialah takrif buli itu masih tidak memadai. Walaupun RUU ini mengemukakan kategori buli yang luas dari segi fizikal, lisan, emosi, sosial dan siber, namun garis pemisah antara buli sebenar dengan niat dan salah faham ataupun gurauan tidak dirumus dengan teliti dan mencukupi. Kadang-kadang gurau- gurau sahaja, bukan niat nak buli pun. Kadang-kadang pun terasa hati dan akhirnya membuat tindakan menyebabkan kecederaan dan kematian. Itu maksud saya.

Risikonya, tribunal akan― tribunal yang dibentuk tadi itu akan menerima laporan yang pelbagai tahap seriusnya kejadian itu termasuk yang tidak tergolong sebagai buli sebenar. Gurau-gurau saja. Adakah akan disabitkan juga? Untuk

draft • 1:54 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

mengelakkan salah tafsir dan ketidakseragaman, tindakan takrif ini wajar diperjelas dengan mendalam.

Kemudian, Tuan Yang di-Pertua, kuasa tribunal antibuli sangat terhad.

Tribunal tidak mempunyai kuasa untuk kes-kes jenayah, tidak boleh menangani kes kecederaan parah, tidak berperanan dalam kes kematian dan tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan. Maka, tribunal ini bersifat pentadbiran, hanya pencegahan sahaja. Jauh sekali untuk dalam bentuk perundangan ataupun menghukum. Saya berpandangan bahawa sebuah tribunal hanya akan berkesan sekiranya diberi kuasa yang lebih jelas dan bermakna.

Ketiga, ketiadaan liabiliti atau tanggungjawab institusi. Sebahagian besar kes buli yang berat berlaku kerana ada pihak institusi yang terlepas pandang atau kerana budaya yang dibiarkan berakar lama. Namun, RUU ini tidak menetapkan sebarang bentuk tanggungjawab, penalti atau kewajipan melaporkan mandatori terhadap pihak sekolah atau IPT jika berlaku kecuaian.

Contohnya, ada satu maktab ketenteraan satu masa dulu apabila ibu bapa menghantar anak-anaknya ke situ, dalam dewan pendaftaran ditulis “Royal Military College (RMC)”. Tapi apabila balik― ibu bapa― malam majlis suai kenal pun bermula, RMC sudah ditukar kepada ‘ragging must continue’. Itu sahabat saya yang pernah belajar di situ bercerita. Betul tidak, saya tak tahulah. Bila perkara-perkara ini yang senior membuli junior ini, sudah jadi tradisi. Sudah jadi tradisi. Saya ulang lagi, sudah jadi tradisi.

Jadi, kita perlu satu undang-undang ataupun akta yang mampan yang boleh menangkis gejala buli ini berlaku, yang ada taring, yang ada gigi seperti mana ulat beluncas, walaupun hanya seekor tapi dia mampu untuk makan satu pokok bunga dalam satu malam. Bukan macam ulat gonggok. Yang di-Pertua tahu kenapa ulat gonggok tak makan daun? Bukan kerana itu bukan makanan dia, kerana ulat gonggok tak ada gigi. Jadi, kita mahu RUU ini mencipta undang-undang yang ada gigi, yang ada taring, boleh menangani masalah ini.

Saya cadangkan satu. Penting. Apabila sudah dilaksanakan nanti, pihak kerajaan hendaklah membuat pemantauan setiap masa dari bulan ke bulan pencapaiannya akta ini, sama ada kes buli itu semakin berkurang atau statik atau meningkat.

Kalau masih ada lagi kes buli yang menjijikkan ini selepas undang-undang ini kita buat di Dewan yang mulia ini, jangan teragak-agak untuk membuat pindaan pada tahun depan ke atas undang-undang ini untuk memperkemaskan lagi,

draft • 1:54 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

menambahkan lagi gigi untuk menggigit dan menjahanamkan pemangsa-pemangsa atau pembuli-pembuli ini. Kerana, selama ini kita pasrah sahaja. Macam ulat gonggok, pasrah sahaja tengok daun yang ranum kerana dia tak ada gigi.

draft • 1:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, terima kasih.

draft • 2:00 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Sama-sama. Terima kasih Yang di- Pertua.

draft • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru, tak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Terengganu.

draft • 2:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Antibuli 2025.

Satu rang undang-undang yang amat penting sebenarnya dan dinantikan selama ini oleh seluruh masyarakat kerana selama ini kes buli ini sering dianggap sebagai isu disiplin dalaman yang dianggap diselesaikan oleh sekolah tanpa campur tangan pihak luar.

Banyak kes tidak dilaporkan. Ada yang disenyapkan untuk menjaga reputasi institusi dan ada mangsa yang takut bersuara kerana bimbang dibalas balik oleh pelaku. Dalam tempoh tiga tahun ini sahaja, sebanyak 18,092 laporan buli direkodkan antara 2022 hingga 2024. Adakah kita masih boleh menganggap buli sebagai masalah sekolah semata-mata?

Tuan Yang di-Pertua, fasal 3 menjelaskan definisi buli secara komprehensif.

Buat pertama kalinya, negara kita mempunyai takrif undang-undang yang merangkumi kemudaratan fizikal, psikologi, penghinaan, pengasingan sosial, kerosakan reputasi, diskriminasi serta buli siber yang kini menjadi ancaman terbesar terhadap keselamatan mental kanak-kanak. Ini adalah asas yang kritikal untuk mana-mana tindakan penguatkuasaan.

Namun persoalannya, apakah strategi kerajaan untuk memastikan definisi yang luas ini benar-benar seragam dari segi tafsiran dan pelaksanaan oleh semua agensi penguat kuasa dan institusi pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, kita telah menyaksikan bagaimana insiden buli boleh bertukar menjadi jenayah keganasan di dalam pelbagai kes yang telah disebutkan

draft • 2:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

oleh rakan-rakan kita. RUU ini membolehkan intervensi awal dilakukan sebelum kes kecil menjadi besar, menjadi tragedi. Namun, intervensi hanya berkesan sekiranya laporan tidak disenyapkan atau tidak dimanipulasikan.

Maka saya ingin bertanya, apakah mekanisme di bawah bidang kuasa kementerian untuk memastikan setiap kes dilaporkan secara wajib, direkodkan secara seragam dan tidak lagi disapu di bawah karpet sepertimana yang lazimnya berlaku sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks pembentangan Akta Antibuli adalah wajar juga untuk sekolah diberi kuasa yang munasabah untuk meminta ibu bapa menjalankan pemeriksaan profesional terhadap anak yang menunjukkan perlakuan agresif yang berulang. Bukan sebagai tindakan menghukum tetapi sebagai langkah intervensi awal berasaskan bukti.

Banyak kajian menunjukkan bahawa tingkah laku agresif di sekolah tidak semestinya berpunca daripada niat membuli tetapi boleh berkaitan dengan faktor neuro perkembangan seperti ADHD, autisme mungkin, gangguan pemprosesan sensori, masalah kecemasan, trauma atau ketidakupayaan komunikasi. Tanpa diagnosis awal, murid ini kerap disalah anggap sebagai pembuli sedangkan mereka sebenarnya memerlukan sokongan klinikal ataupun terapi tingkah laku.

Oleh itu, membenarkan sekolah merujuk ibu bapa untuk menjalankan pemeriksaan klinikal di dalam kes yang mempunyai rekod kejadian agresif yang berulang adalah selari dengan prinsip perlindungan kanak-kanak, pencegahan buli dan penyediaan persekitaran pembelajaran yang selamat. Langkah ini bukan sahaja melindungi murid lain tetapi turut memastikan murid yang mempunyai keperluan khas tidak terabai atau dihukum atas masalah yang berpunca daripada kondisi perubatan atau neuro perkembangan yang belum dikenal pasti.

Seksyen 12 menetapkan tanggungjawab institusi pendidikan. Institusi- institusi ini diwajibkan menubuhkan jawatankuasa pencegahan dan pengurusan buli, menyediakan saluran aduan yang mesra kanak-kanak, menyediakan kaunseling dan sokongan psikososial.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga tahu bahawa sekolah kini bergelut dengan kekangan sumber manusia. Guru terbeban dengan kerja pentadbiran yang tidak berkesudahan, kaunselor terlalu sedikit untuk menangani jumlah pelajar yang ramai.

Dengan beban tugas sebegini, bagaimana mereka mampu memikul tanggungjawab tambahan sebagai barisan hadapan mencegah dan menangani buli. Persoalannya, adakah kerajaan bersedia menyusun semula keutamaan termasuk menambah

draft • 2:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

kaunselor, mengurangkan beban bukan mengajar dan membina struktur sokongan psikososial yang kukuh untuk sekolah-sekolah di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 25 memperuntukkan penubuhan tribunal antibuli.

Tribunal ini pada pandangan saya merupakan tulang belakang kepada keseluruhan rang undang-undang ini. Tribunal bertujuan menyediakan platform akses keadilan yang cepat, rendah kos dan mesra kanak-kanak.

Namun, saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan bahawa akses kepada tribunal juga perlu diberi penekanan. Adakah tribunal ini mampu memberi akses keadilan yang sama rata di seluruh negara, di Pantai Timur, di Malaysia Timur? Saya menyeru kerajaan mempertimbangkan penubuhan panel tribunal, sekurang- kurangnya mengikut zon geografi, termasuk Pantai Timur Sabah dan Sarawak agar akses kepada keadilan tidak menjadi eksklusif kepada negeri-negeri yang maju tertentu sahaja.

Fasal 48― saya minta satu lagi. Fungsi dan kuasa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Fasal 48 memberi peranan penting kepada SUHAKAM.

SUHAKAM akan menjalankan advokasi, menyediakan pendidikan kepada masyarakat dan melaporkan secara khusus isu buli kepada Parlimen setiap tahun.

Ini sekali lagi menunjukkan bahawa pencegahan buli bukan hanya tugas kementerian tertentu tetapi merupakan isu hak asasi yang memerlukan pengawasan sebuah badan bebas.

Namun, adakah pengawasan SUHAKAM dengan kuasa semasa cukup untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan RUU ini, khususnya dari segi penguatkuasaan, audit sekolah dan tindakan susulan terhadap pihak yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang. Secara umumnya, saya mengalu-alukan RUU ini. Terima kasih.

draft • 2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Seputeh.

draft • 2:00 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Puan Pengerusi kerana membenarkan saya mengambil alih ruang dari Bakri untuk berucap dahulu. Puan Pengerusi, saya nak ucapkan tahniah kepada kerajaan, khususnya yang Menteri Undang-undang dan Pembaharuan Reformasi kerana membentangkan yang Rang Undang-undang Antibuli ini dengan kadar yang begitu cepat. It shows the efficiency dan juga keprihatinan Menteri dan juga yang BHEUU tentang isu yang begitu penting ini.

draft • 2:07 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya nak bangkitkan beberapa, tiga isu sahaja. Satu ialah tentang sekatan atas penyiaran. Seksyen 50(1) dalam rang undang-undang ini berbunyi “Tiada seorang pun boleh menyiarkan atau menyebabkan untuk disiarkan apa-apa maklumat dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantaraan elektronik yang boleh membawa kepada pengenalpastian mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding di bawah akta ini” dan juga (2) “Mana- mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.” Soalan saya ialah bagaimana dengan pihak tribunal? Macam mana pihak tribunal menangani kes-kes viral di media sosial yang mungkin bermula dengan pendedahan maklumat oleh ibu bapa sendiri dan juga adakah kerajaan merancang melakukan kerjasama dengan media nasional untuk mewujudkan garis panduan pelaporan tentang kes buli?

Isu kedua ialah tentang perlindungan dan imuniti. Di bawah fasal 51, ia memberi imuniti luas kepada pegawai institusi pendidikan untuk tindakan yang dibuat dengan suci hati. Soalannya ialah bagaimana memastikan imuniti ini tidak melindungi kecuaian sebenar atau kegagalan intervensi oleh pihak sekolah. Adakah kerajaan mengadakan mekanisme bebas bagi menyiasat dakwaan kecuaian pentadbiran yang menyebabkan mangsa tidak dilindungi.

Sebenarnya tentang ini saya nak juga— nak sentuh sedikit tentang satu kes di mana seorang pelajar perempuan di sekolah menengah yang mendedahkan guru lelaki di sekolahnya bergurau tentang rogol di dalam kelas. Beliau menggunakan media sosial untuk mendedahkan yang gurauan rogol yang diluahkan oleh guru lelaki itu.

draft • 2:07 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Lepas itu ia jadi satu isu yang hangat. Dan lepas itu yang pelajar itu, dia dimangsakan. Yang guru-guru di sekolahnya, termasuk guru besar di sekolahnya, tidak sokong yang perempuan ini dan juga ini tetapi di media sosial ada netizen yang sokong, ada yang tidak suka kerana dia mendedahkan yang kelakuan guru lelaki ini.

Yang guru besar dalam sekolahnya marah menggunakan media sosial, yang menyifatkan yang perbuatan yang pelajar perempuan ini adalah sebagai ‘anak syaitan’. Ini semua adalah reaksi yang amat menakjubkan. Selepas itu, yang guru lelaki malah mengambil tindakan undang-undang, saman malu terhadap gadis perempuan ini. Dan lepas itu mereka selesaikan di luar mahkamah.

draft • 2:10 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya bangkit isu ini ialah kadang-kadang, guru juga salah. Kadang-kadang, pihak sekolah tidak menangani semua ini dengan betul sehingga mangsa itu dijadikan sebagai mangsa buli. Jadi, saya nak minta mungkin pihak kementerian juga harus menghalusi bila isu-isu yang melibatkan guru dan pentadbiran sekolah ini berlaku, apa yang akan dilakukan oleh mereka?

Yang isu ketiga ialah tentang program pemulihan dan ganti rugi. Di bawah fasal 43, tribunal boleh mengarahkan responden menghadiri program pemulihan.

Saya ingin tanya, adakah modul pemulihan nasional sudah diadakan? Adakah ia seragam atau standard bagi semua kementerian, agar pemulihan itu diselaraskan?

Fasal 43(e) juga menyatakan membenarkan pampasan sehingga RM250,000 boleh diperintahkan oleh tribunal. Soalan saya ialah macam mana kita memastikan amaun pampasan yang begitu besar ini tidak membawa kepada litigasi berlebihan? Sekian, terima kasih.

draft • 2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 2:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberi peluang untuk membahas RUU Antibuli 2025.

Jadi, RUU ini amat penting kerana ia memberi ruang pembelaan terhadap mangsa buli yang berumur 18 tahun ke bawah. Walaupun RUU Antibuli 2025 merupakan langkah ke hadapan, namun, peraturan-peraturan yang sedia ada perlu dirujuk bagi menjelaskan bahawa terdapat peraturan-peraturan yang sedia ada, khususnya di sekolah-sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 7, peruntukan bagi kewajipan institusi pendidikan dan pematuhan kewajipan akan diaudit dan dikawal selia oleh Menteri Pendidikan.

Ya, memang institusi pendidikan perlu bertanggungjawab atau bertindak berkaitan dengan isu-isu buli. Akta Pendidikan 1996 tidak mentakrifkan buli secara khusus, tetapi isu buli boleh ditangani melalui peraturan disiplin sekolah, peraturan-peraturan pendidikan dan garis panduan kementerian.

Namun sebelum RUU ini diluluskan, kita perlu melihat setakat manakah kekuatan institusi pendidikan khususnya sekolah untuk menyelesaikan isu-isu disiplin termasuk isu buli. Di sekolah, kita ada ketua guru disiplin, kita ada lembaga disiplin sekolah. Malah, semua guru adalah guru disiplin. Namun, ketika pelaksanaannya, semua kes-kes akan dihantar kepada ketua guru disiplin.

draft • 2:12 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kita juga perlu melihat ratio guru lelaki dan guru wanita dalam menyelesaikan isu-isu disiplin dan buli di sekolah kerana kekuatan untuk menangani isu-isu buli lebih bergantung kepada guru-guru lelaki yang lebih dari segi kekuatan ada sedikit kekuatan fizikal berbanding dengan guru-guru wanita. Jadi, siapakah yang lebih banyak atau mampu menyelesaikan kes-kes buli di sekolah?

Jadi, pada pandangan saya sebelum RUU ini diluluskan, KPM perlu memantapkan guru-guru dengan ilmu-ilmu berkaitan dengan kes buli, berkaitan bagaimana untuk menangani isu-isu disiplin terutama guru-guru muda, guru-guru baru ditempatkan ke sekolah ataupun guru-guru yang baru posting dan juga guru- guru wanita. Pendek kata, beban untuk menyelesaikan isu-isu buli dan disiplin terletak kepada ketua guru disiplin sahaja.

Sebab itu, tugas utama ketua guru disiplin ialah berkaitannya dengan disiplin.

Malah, guru-guru lain akan lebih fokus kepada proses PdP ataupun proses pengajaran dan pembelajaran. Kalau tak masuk kelas, lain pula cerita. Salah pula, nanti berlaku kes buli pula di dalam kelas. Jadi, guru-guru sentiasa berada di persimpangan antara disiplin sekolah dan juga PdP.

Jadi soalan saya, adakah semua guru akan diwajibkan menerima latihan antibuli dan keselamatan murid-murid sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun? Adakah PIBG juga akan diberi tanggungjawab bersama dalam membangunkan polisi antibuli sekolah? Adakah setiap institusi pendidikan diwajibkan menyediakan laporan tahunan kes buli kepada KPM ataupun KPT?

Tuan Yang di-Pertua, fasal 8, jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli. Tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan mempunyai fungsi menasihati institusi pendidikan. Jadi, untuk menjadi penasihat kepada guru-guru disiplin di sekolah, semestinya penasihat-penasihat ini mempunyai pengalaman melebihi pengalaman ketua-ketua guru disiplin sekolah dan mempunyai kepakaran dalam menguruskan murid-murid.

Jadi, saya cadangkan agar jawatankuasa ini turut terdiri daripada bekas- bekas guru disiplin, bekas-bekas pengarah pendidikan yang pernah terlibat dalam pengurusan murid-murid. Jawatankuasa yang lain, itu terpulanglah kepada pihak yang berwajib.

Dan yang terakhir, berhubung dengan seksyen 43(f). Adakah kerajaan komited untuk mengeluarkan peraturan yang mentakrifkan jenis-jenis program pemulihan yang diarahkan oleh mahkamah? Kita bimbang ia hanya sekadar tribunal sahaja, tetapi apabila ada keputusan, tindakan amat kurang. Jadi, harapan saya

draft • 2:12 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

RUU Antibuli ini mampu menangani isu buli di sekolah dan di institusi pendidikan dan saya sokong. Terima kasih.

draft • 2:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 2:12 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Saya merujuk kepada RUU Antibuli 2025.

Soalan saya yang pertama, berapa lamakah akta ini akan dilaksanakan sebelum dibuat fasa kedua untuk meliputi buli di kalangan warganegara yang melebihi umur 18 tahun melalui sistem tribunal? Itu yang pertama.

Yang kedua, dalam akta ini terdapat definisi buli. Definisi mudarat, tapi tidak ada perkataan trauma yang saya kira dalam kes buli, trauma lebih teruk berbanding dengan mudarat fizikal. Jadi, perlu kepada satu definisi trauma dan juga degree, degree yang akan dialami daripada trauma tersebut kerana kita percaya bahawa dalam kes untuk pampasan kepada tribunal, ia memerlukan suatu definisi yang jelas agar damages ataupun ganti rugi yang diberikan itu sepadan dengan kes yang berlaku dan selaras di seluruh tempat.

Yang ketiga, berkaitan dengan definisi buli juga, kita lihat menyebutkan “perbuatan”, tetapi perkataan lain dalam 32(b) menyebut tentang penggunaan bahasa. Saya kira lebih tepat ialah percakapan, isyarat, sindiran, insinuation dan juga fitnah yang mungkin boleh ditambah baik dalam RUU ini pada masa akan datang.

Tumpat ingin mengetahui, apakah pelan tindakan dasar menyeluruh khususnya di bawah pantauan JPM dan KPWKPM menerusi LPPKN dan juga polisi- polisi lain dan bajet yang akan diperuntukkan untuk menambahkan keakraban ibu bapa dan anak dalam model keluarga dan kesempatan emosi di rumah? Kerana kita percaya hampir semua dapatan mendapati bahawa buli ini berlaku bilamana ia tidak mendapat sistem dan modul komunikasi yang baik di rumah. Jadi, ini perlukan kepada suatu tindakan segera di pihak kerajaan.

Saya juga ingin bertanya, bila disebut tentang bawah 18 tahun. Adakah ia juga meliputi kanak-kanak di bawah enam tahun di taska dan tempat-tempat lain kerana kanak-kanak ini belum mempunyai sebarang implikasi dari segi undang- undang, tapi mungkin berlaku kes-kes yang melibatkan mereka?

Yang seterusnya, berkenaan dengan dalam masa tiga bulan, saya mencadangkan agar pelaksanaan sistem ini, kerajaan perlu kembali untuk

draft • 2:17 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

melaporkan kepada SUHAKAM dan Parlimen, khususnya JKP Wanita untuk melihat keberkesanan mekanisme ini di sekolah rendah, sekolah menengah, tahfiz, sekolah swasta dan mekanisme komuniti bilamana kanak-kanak di luar sekolah kerana kita perlu tahu dan kita perlu pantau bagaimana mekanisme ini berjalan sebagaimana akta.

Saya juga ingin tahu, berapakah masa yang akan dibuat untuk menyelaraskan pelantikan jawatankuasa antibuli di semua 10,000 buah sekolah di bawah KPM, program advokasi dan latihan kepada AJK yang dilantik?

draft • 2:17 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kita ingin melihat sistem laporan yang jelas dan selamat supaya ia nya dapat diselesaikan dengan segera. Saya juga mencadangkan bahawa kerajaan untuk mewujudkan e-Jurnal perbicaraan tribunal melibatkan kes-kes yang melibatkan buli di sekolah-sekolah supaya ia boleh menjadi rujukan dan kajian bagi penambahbaikan RUU ini pada masa akan datang.

Rekod kes yang ada di tribunal mesti diselaraskan dengan rekod jenayah dan sekiranya mana-mana AJK yang telah pun dilantik di sekolah, yang bakal dilantik pihak tribunal, sekiranya pihak di kalangan mereka ini mempunyai rekod ataupun aduan berkenaan dengan buli, mereka hendaklah digugurkan secara automatik di bawah seksyen 27.

Saya juga mencari perkataan ‘injunksi’ dalam RUU ini kerana perkara pertama yang kita lihat bila melibatkan buli, kita mahu tindakan segera. Jadi, kalau jenayah di sana ada injunksi tetapi dalam bila kes ini, bila melibatkan sivil, mereka tidak pilih untuk tindakan jenayah.

Sebagai contohnya, kita mahu melihat satu perkataan penyegeraan mesti dibuat untuk menghentikan dari pihak autoriti untuk menghentikan, menghalang dan mencegah perbuatan buli di kalangan kanak-kanak atau mencegah sebarang perbuatan pra-buli yang mungkin berlaku, yang diketahui oleh mana-mana pihak dalam sekolah ataupun tempat-tempat yang berkenaan. Jadi, kita ingin tahu di manakah elemen kesegeraan ini dalam akta ini.

Saya juga ingin mencadangkan pihak kerajaan supaya melantik pegawai psikologi dengan segera di semua PPD seluruh negara bagi memantau kewujudan AJK–AJK dan gerak kerja yang telah dibuat bagi mengatasi masalah buli ini.

Tumpat juga mencadangkan agar diwujudkan silibus nasional kemahiran sosioemosi yang tinggi kepada guru, pengasuh, kakitangan institusi, PIBG dan kanak-kanak. Tindakan pengenalan silibus ini perlu dibuat kerana kita memerlukan

draft • 2:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

suatu penambahbaikan untuk melahirkan kemahiran-kemahiran empati, kawalan diri, pengurusan marah, pengurusan konflik dan kesedaran. Walau bagaimanapun, bukan hanya kita beri tetapi juga kita harus melihat bagaimana sistem pemantauan kerana kita perlu mengetahui agar ia nya dapat diatasi dan juga diperolehi oleh kanak-kanak.

Saya juga ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas dan pasukan khas di bawah JPM dan KPM, untuk pasukan khas mengkaji keadaan hubungan guru, murid yang kukuh, terutama di sekolah- sekolah yang telah terlibat dengan buli.

Kita dimaklumkan ada 5,000 kes dan mungkin ada 100 ataupun 1,000 sekolah yang terlibat. Kita perlukan pasukan khas untuk mengkaji keadaan di sekolah ini supaya boleh melihat bagaimana SOP dan juga best practice yang terbaik untuk kita cegah tempat-tempat lain.

Saya juga ingin mencadangkan pihak kerajaan untuk mewujudkan peraturan yang jelas bagi seksyen 43(e), termasuk menetapkan kriteria yang jelas, tulus untuk jumlah pampasan, memastikan sebarang pampasan, sebarang kemudaratan dan trauma yang berlaku dan tidak berlebihan dalam melaksanakan hukum. (c), mewajibkan tribunal mengambil kira kemampuan kewangan ibu bapa dan menyediakan alternatif bukan kewangan, sekiranya kanak-kanak ini tidak mampu supaya disediakan alternatif kepada pemulihan.

Begitu juga dengan seksyen 44, di mana kanak-kanak ini akan dikenakan hukuman penjara dan tidak melalui pemulihan. Apakah alternatif lain yang sesuai untuk kanak-kanak? Yang seterusnya, berkenaan dengan apakah–– kita juga dalam kes ini boleh dikendalikan oleh mediator pakar untuk memastikan ia nya sensitif kepada kanak-kanak dan apakah peraturan untuk menetapkan pengurusan- pengurusan kos yang tidak membeban keluarga kerana kita tahu, jumlah ini agak tinggi walaupun kadang-kadang tidak sepadan dengan trauma yang dihadapi.

Yang terakhir, pelaksanaan di institusi, Akta 611 iaitu fasal 19 hingga 24.

Institusi termasuk asrama akhlak, Sekolah Henry Gurney, termasuk dalam skop RUU. Bagaimanakah kanak-kanak dalam tahanan tidak takut untuk membuat laporan apabila warden adalah pihak berkuasa yang sama yang mengawasi mereka? Apakah ini akan diwujudkan mekanisme pelaporan selamat (safe reporting) kepada kanak-kanak yang mungkin terlibat dalam kes buli dalam institusi tertutup seperti ini? Sekian, terima kasih.

draft • 2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.

draft • 2:20 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua kerana memberi Sri Aman peluang untuk turut serta membahaskan RUU Antibuli 2025.

Puan Yang di-Pertua, Sri Aman menyokong penuh penggubalan Rang Undang-undang Antibuli kerana keperluannya amat mendesak. Kes buli semakin meningkat dan kita tidak lagi boleh bergantung kepada garis panduan atau polisi dalaman semata-mata.

Sejak 2021, lebih 3,887 kes direkodkan dan kajian UNICEF menunjukkan satu daripada tiga pelajar pernah mengalami buli fizikal, verbal atau siber. Ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan akibat rasa takut, malu atau budaya senioriti. Ia masih dinormalisasi di sekolah asrama, institusi latihan dan pusat pengajian tinggi.

Jelas bahawa buli bukan isu disiplin kecil. Ia ancaman nyata terhadap keselamatan dan kesejahteraan generasi muda.

Puan Yang di-Pertua, semalam juga saya terbaca. Sarawak recorded as highest number of bully in cases, dengan izin, dengan 36 kes dilaporkan antara Januari hingga Oktober tahun ini, berbanding hanya 15 tahun lepas.

Puan Yang di-Pertua, oleh itu, Sri Aman menegaskan bahawa definisi buli dalam RUU ini mesti komprehensif, fizikal, verbal, psikologi, sosial, siber, rakan sebaya, berkumpulan dan authority to child bullying. Kita perlukan takrif undang- undang yang seragam dan tidak lagi bergantung kepada interpretasi berbeza mengikut sekolah atau institusi.

Puan Yang di-Pertua, RUU Antibuli itu sendiri juga mesti jelas, boleh dikuatkuasakan dan it must be bold, dengan izin ya, berani bagi melindungi anak- anak kita dari bahaya fizikal dan trauma emosi jangka panjang.

Puan Yang di-Pertua, banyak fasal dalam akta ini yang ingin saya bangkitkan.

Oleh kerana masa begitu singkat, saya cuma akan menyentuh beberapa sahaja yang boleh sehingga tempoh masa bahas saya tamat.

Pertama, fasal 11. Ia berkaitan kuasa mengeluarkan garis panduan. Kita harus bertanya, adakah garis panduan ini akan seragam untuk semua institusi, atau akan berlaku jurang pelaksanaan antara sekolah biasa, MRSM, institusi pertahanan dan sekolah agama? Sri Aman mencadangkan penetapan minimum mandatori

draft • 2:24 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

standard yang wajib dipatuhi semua institusi, selain garis panduan itu diterbitkan secara awam demi ketelusan.

Fasal 12 tentang auditan pematuhan. Sri Aman melihat RUU ini tidak menjelaskan dengan terperinci ya. Siapakah pihak yang akan menjalankan audit pematuhan ataupun auditor dan tidak dinyatakan juga sama ada auditor itu benar- benar bebas atau tidak daripada institusi yang mereka audit.

Untuk mengelakkan konflik kepentingan, Sri Aman mencadangkan penubuhan badan pemantau bebas seperti independent bullying oversight panel, dengan izin, serta mewajibkan tindakan pembetulan dalam tempoh masa tertentu bagi institusi yang gagal audit.

Yang ketiga, fasal 16 hingga 18 iaitu mengenai reporting and management of cases atau pelaporan dan pengurusan kes. Soalan yang Sri Aman ingin ketengahkan ialah apakah maksud ‘pelaporan’ ataupun ‘melapor segera’? Adakah dalam tempoh 24 jam, 48 jam atau apa?

RUU ini juga dilihat belum memperincikan perlindungan kepada whistleblower, seperti guru ataupun pelajar. Oleh itu, Sri Aman mencadangkan supaya dimasukkan satu klausa khas untuk melindungi saksi ya, supaya saksi tidak takut, tidak diancam atau tidak dikenakan tindakan balas, dan juga, mewajibkan setiap institusi menyediakan saluran aduan yang boleh dibuat secara tanpa nama ataupun anonymous. Keempat, dalam Bahagian VI yang melibatkan institusi di bawah MARA, MINDEF dan agensi lain. Sri Aman mencadangkan agar standard pelaksanaan diseragamkan. Banyak institusi mempunyai budaya tersendiri, termasuk latihan berhierarki. Jadi, adakah mereka bersedia dari segi sumber manusia, latihan dan infrastruktur? Maka, Sri Aman mencadangkan penubuhan jawatankuasa penyelaras rentas agensi untuk memastikan pelaksanaan konsisten.

Kelima, iaitu fasal 25 mengenai takrif buli masih umum ataupun definisinya, ia masih belum general. Terutamanya, buli siber. Maksud saya tadi, definisinya masih terlalu general. Still very wide, dengan izin, terutamanya buli siber. Sri Aman mencadangkan definisi buli diperluaskan termasuk doxxing, digital shaming, pengasingan sosial, hate saying serta buli berasaskan diskriminasi seperti gender, etnik, OKU atau latar belakang sosioekonomi supaya perlindungan undang-undang lebih menyeluruh dan jelas.

Memandangkan masa amat mencemburui, Sri Aman mohon diizinkan menyentuh satu lagi fasal. Ini last ya, Puan Yang di-Pertua. Walaupun banyak lagi

draft • 2:24 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

fasal-fasal lain yang ingin saya sentuh iaitu fasal 27, tentang pemulihan belum memberi jaminan jelas bahawa kedua-dua mangsa dan pelaku mendapat intervensi berstruktur. Kita perlu mewajibkan sokongan psikososial, intervensi pemulihan dan pemantauan pasca insiden yang konsisten.

Puan Yang di-Pertua, ini landing ya. RUU Antibuli ini adalah suatu keperluan mendesak. Namun, untuk benar-benar melindungi anak-anak kita, ia mesti diperhalusi, diperkukuh dan diberi taring, ya, diberi taring. Kita tidak mahu akta yang nampak sahaja lengkap tetapi longgar ketika dilaksanakan. Sri Aman mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 2:24 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 2:30 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya yakin semua Ahli Yang Berhormat sekalian akan bersetuju dengan saya apabila saya menyatakan bahawa buli merupakan satu amalan keji yang masih berleluasa dalam masyarakat kita. Namun apa yang membimbangkan kita semua pada hari ini bukan lagi sekadar insiden ejek mengejek atau pergaduhan kecil di hujung sekolah tetapi buli yang sudah sampai meragut nyawa.

Meninggalkan parut psikologi yang dalam dan merosakkan masa depan anak-anak kita. Dari ruang fizikal ke dunia siber, dari murid sekolah hinggalah ke kalangan dewasa fenomena ini menjadi semakin menjadi-jadi dan memerlukan tindakan segera yang tuntas dan berkesan. Walaupun kita semua menyambut baik sebarang inisiatif untuk memerangi buli, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meneliti dengan kritis sama ada rang undang-undang ini benar-benar memadai, efektif dan bukan sekadar ilusi reformasi.

Pertama saya ingin merujuk kepada data yang terkandung dalam taklimat yang dibekalkan oleh pihak kerajaan. Lebih 70 peratus kes buli dilaporkan berlaku di sekolah menengah, kajian nasional menunjukkan lebih separuh kes buli adalah buli lisan, diikuti sosial, buli sosial dan fizikal. Yang lebih membimbangkan mangsa buli mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mengalami kemurungan.

Data ini sendiri adalah satu pengakuan tragis tentang kegagalan sistem yang sedia ada. Namun Yang Berhormat Speaker, setelah kita teliti RUU ini timbul beberapa kebimbangan serius dan jurang yang amat besar.

draft • 2:30 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pertama masih tiada definisi statutori yang jelas. Kerajaan sendiri mengakui bahawa wujudnya tiada definisi statutori yang jelas mengenai buli. Ini adalah asas yang rapuh bagaimana kita ingin menghakimi, mencegah dan memulihkan sesuatu yang kita tidak definisikan dengan tegas. Walaupun fasal 3 cuba memberikan rangka definisi ianya masih terlalu luas dan terbuka kepada tafsiran.

Dalam dunia perundangan, kekaburan sebegini selalunya menjadi punca kegagalan penguatkuasaan. Kedua, masalah koordinasi dan passing the buck. Taklimat juga menyebut koordinasi yang lemah antara kementerian-kementerian dan agensi-agensi. RUU ini mencadangkan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah dan tribunal antibuli di peringkat Pusat.

Namun dengan adanya sehingga 15 kementerian dan agensi yang terlibat dalam pasukan petugas di helaian lima apakah jaminan bahawa mekanisme yang baru ini tidak akan tenggelam dalam birokrasi dan pertelagahan bidang kuasa.

Apakah yang akan berlaku sekiranya jawatankuasa sekolah gagal bertindak. Adakah tribunal akan benar-benar mampu dan bebas untuk menyiasat institusi yang diletakkan di bawah kementerian yang sama.

Tribunal ini hanya berbidang kuasa sivil dan menggunakan standard pembuktian balance of probabilities. Ini bermakna untuk kes-kes buli yang teruk yang melibatkan unsur jenayah seperti ugutan berat, serangan fizikal melampau atau buli siber yang mendorong kepada bunuh diri, mangsa dan keluarga terpaksa bergantung kepada dua sistem selari.

Fasal 54 menyatakan mangsa tidak terhalang untuk membuat laporan polis tetapi ini menimbulkan persoalan. Mengapa kita mewujudkan dua laluan yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kelewatan. Adakah ini cara yang paling efisien untuk melindungi mangsa yang sudah pun trauma. Yang Berhormat Speaker, izinkan saya mengemukakan satu nama yang tidak asing lagi tragis episod epik dalam negara kita.

Zara Qairina, kes tragik murid perempuan ini yang menjadi mangsa buli teruk sehingga membawa padah masih belum selesai dari sudut keadilan dan pencegahan berulang. Ibu bapa dan masyarakat masih menunggu jawapan. Apakah jaminan RUU ini boleh mencegah kes seperti Zara Qairina daripada berulang. Apakah

draft • 2:30 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

mekanisme jawatankuasa sekolah yang dicadangkan ini mampu bertindak lebih pantas dan tegas berbanding apa yang berlaku sebelum ini.

RUU ini seolah-olah dibangunkan di menara gading tanpa sepenuhnya merungkai kegagalan sistemik yang didedahkan oleh kes-kes nyata seperti ini. Yang Berhormat Speaker sebagai akhirnya membasmi buli bukan sekadar mewujudkan lebih banyak ke jawatankuasa, tribunal ataupun bahagian dalam laporan tahunan.

Ia memerlukan keberanian untuk menangani punca sebenar. Budaya diam dalam institusi, kegagalan kepimpinan sekolah bertindak, koordinasi agensi yang kukuh dan yang paling penting sistem keadilan yang responsif dan peduli kepada mangsa.

RUU Antibuli 2025 ini mempunyai niat yang sangat baik tetapi kerajaan perlu menjawab dengan jelas. Bilakah definisi statutori yang tegas akan ditetapkan.

Bagaimana koordinasi antara 15 agensi yang terlibat akan dipastikan licin dan efektif dan bukannya menjadi halangan. Bagaimanakah RUU ini akan memastikan kes seperti Zara Qairina tidak berulang dan keadilan benar-benar ditegakkan.

Adakah peruntukan kewangan dan sumber manusia mencukupi akan disediakan untuk menyokong pelaksanaan ini di peringkat sekolah, kita tidak memerlukan rang undang-undang yang hanya untuk tatapan media atau laporan tahunan. Kita memerlukan undang-undang yang hidup, yang benar-benar berfungsi, yang benar-benar melindungi anak-anak kita dan rakyat di negara ini. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 2:30 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang Tanjong Karang turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Antibuli 2025. Tuan Yang di-Pertua, pernahkah kita membayangkan anak sendiri pulang ke rumah dengan muka lebam dan air mata di pipi dan hati yang hancur kerana dibuli.

Atau menerima panggilan telefon yang memberitahu bahawa anak tersayang tidak lagi bernyawa akibat perbuatan buli oleh rakan sebaya. Soalan ini mungkin sukar untuk dibayangkan tetapi inilah realiti yang sudah berlaku kepada ramai keluarga di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang menyokong inisiatif

draft • 2:35 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

kerajaan membentangkan RUU Antibuli 2025 bagi meletakkan buli sebagai salah satu jenayah sosial yang tidak boleh lagi dipandang ringan.

Perlu diingatkan bahawa semua program orientasi dipelbagai institusi sering menjadi titik mula kepada budaya buli. Justeru, Tanjong Karang mencadangkan agar ia diganti dengan program meraikan sahabat baru bukan lagi dijadikan ruang atau peluang untuk senior menindas juniors. Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang ingin menekankan bahawa definisi buli dalam fasal 3(1) perlu diperluaskan. Jika undang-undang hanya menyentuh perbuatan yang disengajakan, ia membuka ruang pelaku berselindung di sebalik alasan saya bergurau, saya tidak berniat atau itu budaya senioriti.

Hakikatnya, banyak kes buli di sekolah, universiti dan tempat kerja berlaku tanpa niat yang diakui tetapi tetap membawa trauma yang mendalam kepada mangsa. Lebih membimbangkan ada pihak yang menganggap buli sebagai perkara remeh. Ayat seperti ‘ala perangai budak-budak’, ‘sekadar gurauan’ atau ‘biasalah hendak berkawan’ sering kedengaran. Lebih menyedihkan pengadu pula dilabel sebagai lembik atau penakut. Sikap ini bukan sahaja mematikan semangat mangsa untuk melaporkan insiden malah memberi lesen tidak rasmi kepada pembuli untuk terus bermaharajalela.

Kita tidak boleh lagi menganggap buli sebagai fasa biasa dalam proses membesar. Begitu juga perbuatan tidak langsung, pengasingan sosial, penyebaran mesej memalukan, sindiran berulang, ugutan melalui pihak ketiga atau buli digital menggunakan identiti palsu. Kesannya tidak kurang serius kepada buli fizikal. Oleh itu definisi buli fasal 3(1) mesti diperkukuh dengan memasukkan perbuatan disengajakan, perbuatan tidak disengajakan serta sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

Asalkan ianya menyebabkan kemudaratan fizikal, emosi dan sosial kepada mangsa undang-undang antibuli mesti memfokuskan kepada kesan, kepada mangsa bukan niat pelaku. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang juga ingin menegaskan bahawa fasal 7(1) adalah nadi kepada keberkesanan undang-undang ini. Ia meletakkan tanggungjawab langsung kepada pentadbiran institusi pendidikan.

Namun fasal ini mesti diperkukuh supaya tidak menjadi sekadar pematuhan kosmetik.

Penubuhan Jawatankuasa Pencegahan Buli perlu diwajibkan melibatkan guru kaunselor bertauliah, PIBG, wakil pelajar bukan ditentukan oleh pentadbir

draft • 2:35 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

semata-mata. Polisi dan garis panduan pula mestilah diseragamkan secara nasional dengan SOP wajib termasuk tempoh tindak balas 24 jam bagi laporan kes-kes serius.

draft • 2:35 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Saluran laporan yang diwujudkan mestilah selamat, sulit dan membenarkan laporan endonym supaya pelajar berani tampil tanpa takut tindakan balas.

Penyediaan kaunseling mesti diperkukuh kerana nisbah kaunselor kepada pelajar hari ini terlalu rendah untuk menangani kes buli yang semakin kompleks. Latihan pengurusan buli juga perlu diberikan secara berkala, bukan hanya setahun sekali.

Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang menyokong penuh fasal 50(1) kerana perlindungan identiti kanak-kanak adalah prinsip asas keadilan. Namun, dalam era digital hari ini, kebocoran identiti mudah berlaku, bukan sahaja di akhbar ataupun di media, terutama sekali di dalam media sosial. Oleh itu, fasal ini mesti diperkukuh dengan― yang pertamanya, definisi perantaraan elektronik itu perlu diperluas kepada semua platform digital; dan yang kedua, mesti ada penalti yang tegas ke atas mana-mana pihak termasuk penjawat awam atau institusi yang membocorkan maklumat tersebut.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, RUU Antibuli 2025 tidak boleh sekadar sebagai simbol sahaja. Ia mesti menjadi undang-undang yang benar-benar melindungi yang lemah, membetulkan budaya diam dan memastikan institusi bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

Tanjong Karang mohon menyokong RUU ini dengan syarat penambahbaikan yang disebut dimasukkan demi memastikan pelaksanaan yang telus, terukur dan benar-benar melindungi rakyat daripada budaya buli. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Kalabakan.

draft • 2:40 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Antibuli 2025 ini.

Saya menyokong hasrat kerajaan mewujudkan mekanisme khusus yang lebih tersusun, inklusif dan mesra kanak-kanak menerusi penubuhan Tribunal Antibuli yang pada hemat saya merupakan langkah progresif dan selaras dengan prinsip restorative justice. Namun, terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik bagi memastikan RUU ini benar-benar efektif di lapangan.

draft • 2:41 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang perlu ditambah baik adalah daripada aspek definisi buli yang terlalu meluas iaitu menerusi seksyen 3 yang mentakrifkan buli ini sebagai tindakan tunggal yang serius. Saya bimbang tafsiran ini akan mengakibatkan berlakunya kesesakan dan menjejaskan tahap kecekapan tribunal kesan daripada lambakan kes yang tidak dikategorikan pemberatnya.

Justeru itu, saya mencadangkan agar diwujudkan tiga kategori kes buli iaitu:

(i) kes ringan yang akan diselesaikan di peringkat sekolah dan institusi;

(ii) kes serius yang wajib dirujuk kepada pihak tribunal; dan

(iii) kes jenayah yang wajib dirujuk kepada pihak polis.

Perkara kedua yang perlu ditambah baik dalam RUU ini iaitu jurang dalam aspek buli digital. Walaupun seksyen 3(a) turut merangkumi komunikasi elektronik, namun ia nya perlu ditambah baik menerusi— pertama, memasukkan kewajipan kepada institusi untuk melaporkan secara langsung kepada pihak SKMM bagi memastikan tindakan segera serta penyelarasan antara agensi dapat dilaksanakan; kedua, mengintegrasikan peruntukan ini dengan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi memastikan perlindungan yang lebih komprehensif agar selari dengan peredaran digital semasa.

Perkara ketiga yang perlu ditambah baik adalah berkaitan peruntukan hukuman yang hanya dikenakan terhadap individu yang melanggar award tribunal.

Namun, realitinya di dalam RUU ini, institusi seperti sekolah, kolej, Maktab Rendah Sains MARA dan Maktab Tentera Diraja tidak dikenakan apa-apa penalti sekiranya mereka gagal melaporkan insiden buli atau sengaja menutup kes demi menjaga imej organisasi. Inilah antara punca utama mengapa kes-kes buli terus berlaku tanpa penyelesaian yang tuntas. Banyak insiden disembunyikan, laporan tidak dibuat dan ada keadaan di mana reputasi institusi lebih diutamakan berbanding keselamatan serta kebajikan murid.

Sehubungan itu, saya mencadangkan agar dimasukkan satu seksyen baharu yang memperuntukkan penalti khusus terhadap institusi. Antara cadangan tersebut adalah:

(i) denda sehingga RM50,000 terhadap mana-mana institusi yang gagal melaporkan insiden buli dalam tempoh tujuh hari;

(ii) tindakan disiplin terhadap pengetua atau pengarah yang didapati cuai atau sengaja tidak mengambil tindakan; dan

draft • 2:41 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

(iii) audit pematuhan tahunan yang wajib dilaksanakan untuk semua institusi pendidikan agar memastikan setiap laporan dibuat dan tiada unsur perlindungan terhadap pelaku.

Jadi, hanya dengan menetapkan penalti yang jelas dan tegas barulah penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan, sekali gus menghantar mesej bahawa kerajaan tidak lagi bertolak ansur terhadap budaya menutup kes buli.

Seterusnya, perkara empat yang perlu ditambah baik adalah berkaitan dengan perlindungan terhadap pelapor ataupun whistleblower protection. Dalam banyak kes buli di sekolah dan institusi pendidikan, realiti yang wujud di lapangan ialah ramai pelapor sama ada murid, rakan sekelas, guru, ibu, bapa atau mana-mana pihak yang mengetahui kejadian memilih untuk berdiam diri kerana takut mereka akan tampil— kerana khuatir mereka akan berdepan dengan tindakan balas dendam daripada pembuli, tekanan ataupun tindakan disiplin daripada pentadbir dan stigma atau label negatif daripada warga institusi. Ketakutan inilah yang menyebabkan berlakunya budaya silencing dan non reporting terus berakar.

Namun, RUU ini masih belum menyediakan perlindungan khusus kepada pelapor sedangkan perlindungan sedemikian adalah prasyarat penting untuk memastikan keberkesanan mana-mana mekanisme anti buli. Justeru itu, pada hemat saya, perlu dimasukkan peruntukan khusus bagi melindungi kepentingan pelapor melalui tiga prinsip utama.

Pertama, kerahsiaan maklumat pelapor. Segala identiti, dokumen, rakaman atau apa-apa maklumat berkaitan pelapor hendaklah dilindungi dengan ketat dan tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran bertulis pelapor.

Kedua, larangan tindak balas. Mana-mana institusi, guru, pentadbir, rakan pelajar atau individu lain dilarang sama sekali mengambil apa-apa tindakan balas termasuk ugutan, amaran, pindah kelas secara paksa, merendahkan markah atau apa-apa bentuk intimidasi terhadap pelapor.

Ketiga, laporan secara terus kepada pihak tribunal. Pelapor perlu diberikan opsyen untuk membuat laporan terus kepada tribunal tanpa perlu melalui pentadbir institusi. Ini memastikan laporan tidak disekat, diubah atau ditutup mana-mana pihak berkepentingan.

Tuan Yang di-Pertua, menerusi perlindungan ini, ia nya akan membentuk ekosistem yang lebih selamat bagi menangani isu buli secara lebih serius. Justeru itu, saya mencadang dan menyokong pelaksanaan RUU ini dengan syarat setiap

draft • 2:41 PM

Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy - Kalabakan

cadangan penambahbaikan yang telah dibahaskan oleh saya tadi diberikan perhatian yang lebih serius oleh pihak kerajaan. Terima kasih.

draft • 2:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Selepas ini saya memberi laluan khusus kepada Bayan Baru. Silakan.

draft • 2:41 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Timbalan Speaker kerana memberi Bayan Baru untuk membahas Rang Undang-undang Antibuli 2025.

Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana telah menghasilkan satu rang undang-undang yang sangat komprehensif akibat daripada beberapa kes high profile buli yang berlaku. Contohnya yang berlaku di Sabah, Zara Qairina dan sebagainya. Ini adalah titik permulaan bahawa kerajaan mengambil iktibar daripada kes-kes ini dan ini menunjukkan bahawa juga kerajaan ini mendengar kepada rakyat.

Ini Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan ini dia bukan sahaja— dia react to the public. Ini adalah kesungguhan kerajaan. Ini bukan kerajaan yang tidak buat apa-apa tetapi telah mengambil tindakan yang baik dalam— saya difahamkan bahawa rang undang-undang ini dimulakan pada bulan Ogos 2025 dan hari ini bulan Disember sudah berada di Dewan ini dan akan diluluskan. Saya tahniah kepada Menteri, tahniah kepada Kerajaan MADANI.

Kedua adalah saya ingin membangkitkan tentang isu jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli...

draft • 2:47 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bayan Baru, boleh tanya sikit tak, Bayan Baru?

draft • 2:47 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Boleh. Silakan.

draft • 2:47 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab, saya pun tak tahu, Bayan Baru. Cuma, saya nak tanya dengan Bayan Baru ini, maksudnya kalau dalam kita, Dewan Rakyat ini, maksudnya ada Ahli Parlimen yang menyebutkan contohnya, “Pegawai dan juga kakitangan kerajaan nak memberontak, nak membunuh, bawa senjata”, contohnya kan, adakah ini juga dikira sebagai sebahagian daripada buli?

Membuli penjawat awam dalam negara kita. Saya nak minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Bayan Baru. Terima kasih, Dato’ Speaker.

draft • 2:47 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Hulu Langat. Masukkan ucapan Hulu Langat dalam ucapan saya dan nanti kita tanya Menteri ya. Terima kasih.

draft • 2:47 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya nak rujuk kepada jawatankuasa berhubung dengan pencegahan dan pengurusan kes buli. Saya difahamkan bahawa dalam negara kita ini hanya di bawah KKM sahaja sudah ada 10,000 institusi pendidikan dan di luar sana lagi ada institusi private, ada lagi daripada MARA dan SBP dan sebagainya.

draft • 2:47 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, ini berpuluh-puluh ribu institusi pendidikan. Maka penyelarasan itu sudah tentu menjadi persoalan. Kerana kita tahu bahawa di dalam negara kita pun pelbagai. Ada yang contohnya kita katakan KPM dia nak set satu standard, SOP, macam mana boleh dikatakan buli. Kerana saya rasa ini adalah berbeza-beza. Di kawasan bandar, mungkin kalau kita rotan sedikit contohnya lah menggunakan sedikit rotan sahaja dikatakan buli. Tetapi di luar bandar, mungkin itu diterima. Jadi, ada perbezaan budaya, lokaliti dan juga budaya. Macam mana kita reconcile isu ini?

Dan saya juga apabila saya dengan rang undang-undang ini, saya telah membuat sesi engagement dengan kawasan saya dan juga saya tanya kepada cikgu-cikgu. Sebenarnya mereka pun rasa amat beban. Mereka rasa kerana sekarangnya sekolah, cikgu-cikgu, guru-guru, mereka sudah dibebankan dengan pelbagai kerenah birokrasi. Jadi, tambah dengan RUU ini, mereka rasa mungkin mereka amat terbeban dengan pelbagai pelaporan dan sebagainya.

Dan sememangnya sekarang dalam keadaan sekolah sekarang ramai pelajar-pelajar atau murid-murid kita, dia sikit-sikit sudah rasa itu buli. Okey, dia sikit- sikit sudah akan complain kepada pihak sekolah. Jadi, cikgu mereka pun rasa terbeban. Kalau ada rang undang-undang ini, macam mana Jawatankuasa itu dia akan rasa sangat-sangat terbeban.

Dan masalah dengan guru kaunseling pada masa ini dia memang tidak mencukupi. Jadi, mereka kalau ada banyak kes, mereka akan rasa sangat terbeban.

Jadi, saya harap bahawa pelaksanaanlah bukan— rang undang-undang ini baik, memang cukup baik. Tapi dari segi pelaksanaan itu, kita perlukan KPM dan juga kementerian lain betul-betul ambil tindakan supaya dia boleh mencegah. Prevention is better than cure. Dan dia boleh membantu meringankan cikgu-cikgu juga. Itu adalah suara hati daripada cikgu.

Tadi saya pun cakap tentang prevention is better than cure. Kita ada beberapa program yang sebenarnya amat baik untuk mencegah buli. Contohnya, Program Polis Angkat. Dia amat baik dengan— amat berkesan. Kerana kita kalau ada, selalunya ada polis angkat masuk ke sekolah, dia akan memberi satu ketakutan kepada gangster, gangster, budaya gangsterism, budaya buli dalam sekolah. Jadi,

draft • 2:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

saya mohon supaya kerajaan juga meningkatkan dari segi gangsterism— sorry, Program Polis Angkat.

Saya juga ingin bangkitkan tentang masalah bahawa RUU ini terhad kepada pelajar-pelajar di bawah umur 18 sahaja. Tetapi yang kes-kes serius, contohnya yang berlaku kepada adik Zulfarhan Osman Zulkarnain. Seorang Pegawai Kadet Tentera berumur 20 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Dia diselar dengan seterika sampai meninggal dunia pada tahun— kes ini 2017.

Lepas itu, sekali lagi di UPNM. Ada juga tentang pelajar mengalami kecederaan teruk, keretakan tulang rusuk, tulang belakang dan sebagainya di Kem Sungai Besi. Okey, ini adalah isu buli dan ragging. Dan juga Muhammad Salman Mohd Saiful dibuli oleh cadet officer dengan menggunakan seterika. Ini adalah kes- kes yang berlaku di UPNM.

Jadi, tetapi rang undang-undang ini tidak termasuk kepada universiti.

Sebenarnya, kita tahu bahawa banyak kes buli berlaku di peringkat universiti dan saya harap ada penyelesaian dan mohon Menteri bagaimana kita menyelesaikan masalah kes-kes di peringkat universiti.

Akhir sekali, saya sekali lagilah mengucapkan tahniah kepada Menteri yang berusaha. Kita tahu bahawa Menteri ini dia memang orang yang betul-betul walk the talk dan juga telah take the bull by the horns. Dia telah menyelesaikan masalah yang amat-amat besar, terutamanya kes buli yang merebak, yang mendapat simpati dan juga perhatian seluruh negara dan Menteri berjaya untuk mengangkat rang undang- undang. Tahniah kepada Menteri kita. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Setiu.

draft • 2:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin menyentuh berkait fasal 8 yang mewajibkan penubuhan Jawatankuasa Pencegahan dan Pengurusan Kes Buli sebagai laluan pertama. Kebimbangan yang timbul adalah mengenai kapasiti dan kualiti pelaksanaan Jawatankuasa ini di peringkat akar umbi.

Walaupun RUU ini mewajibkan penubuhannya, ia tidak memperincikan peruntukan yang mencukupi untuk latihan khusus dalam intervensi trauma (trauma- informed interventions), dengan izin Dato’ Yang di-Pertua atau kaedah keadilan restoratif. Bagaimana Jawatankuasa yang kekurangan latihan dan sumber daya ini

draft • 2:55 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

dijangka dapat menguruskan aduan yang serius seperti kes buli siber yang kompleks secara seragam di seluruh negara?

Kegagalan kerajaan untuk menjamin kualiti dan keseragaman pelaksanaan ini akan menyebabkan Tribunal Antibuli laluan kedua akhirnya dibanjiri dengan kes yang tidak dapat diselesaikan dengan sewajarnya lantas melambatkan keadilan bagi mangsa. Oleh itu, saya mendesak agar RUU ini dipinda untuk memasukkan mandat wajib bagi kerajaan menyediakan peruntukan kewangan dan sumber manusia yang mencukupi, terutamanya untuk latihan kaunselor dan ahli jawatankuasa selaras dengan prinsip kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Selain itu, di bawah fasal 8 ini juga, RUU ini juga gagal mewajibkan komposisi Jawatankuasa yang bebas daripada pengaruh pentadbiran institusi, inilah jurang paling besar. Tanpa peruntukan ini, Jawatankuasa Institusi akan terus beroperasi sebagai entiti dalaman yang berisiko tinggi untuk konflik kepentingan dan kecenderungan untuk menutup kes bagi menjaga imej sekolah.

Demi menjamin ketelusan dan akauntabiliti, saya mencadangkan agar RUU ini dipinda untuk mewajibkan seorang wakil bebas seperti Pesuruhjaya Kanak-kanak yang berada di bawah SUHAKAM fasal 47 dianggotakan dalam setiap Jawatankuasa Institusi. Tindakan ini adalah perlu untuk memastikan penyelesaian kes buli terutamanya bagi kes serius yang boleh menyebabkan kemudaratan fizikal, psikologi atau sosial kepada bangsa. Diuruskan secara objektif, bebas daripada status quo serta pilih kasih dan mengukuhkan kepercayaan ibu bapa terhadap RUU ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkaitan dengan penubuhan Tribunal Antibuli. Walaupun penubuhan antibuli ini memenuhi prinsip akses kepada keadilan

(access to justice) dengan izin Yang di-Pertua, melalui prosiding yang mesra kanak- kanak, fasal 31, remedi komprehensif fasal 43. Namun, kebimbangan terletak pada struktur yang berisiko menjadi salah satu lapisan birokrasi yang melambatkan keadilan.

Berdasarkan fasal 29 RUU ini, tribunal hanya berfungsi sebagai laluan kedua di mana mangsa diwajibkan melalui Jawatankuasa Institusi ini terlebih dahulu dan hanya boleh merujuk kepada tribunal jika aduan mereka tidak diuruskan sewajarnya atau tiada tindakan diambil. Ini secara efektif menjadikan tribunal sebagai mekanisme rayuan terhadap kegagalan institusi.

Dan ini bukan saluran keadilan yang utama. Tribunal ini sepatutnya memenuhi prinsip undang-undang iaitu akses kepada keadilan. Tetapi dalam proses dua peringkat yang rumit ini, ia sebaliknya berisiko melambatkan keadilan dan

draft • 2:55 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

menambahkan lagi trauma kepada mangsa buli. Saya menggesa agar kerajaan menilai semula sama ada laluan kedua ini benar-benar mempercepatkan proses atau hanya menjadi perangkap birokrasi yang melemahkan fungsi teras tribunal.

Dato’ Yang di-Pertua, yang terakhir fasal 43 RUU ini iaitu peruntukan berkaitan remedi yang berkomprehensif merangkumi arahan permohonan maaf, pampasan kewangan, menghapuskan kandungan buli dan mewajibkan responden menghadiri program kaunseling. Remedi ini disertakan dengan penguatkuasaan yang mantap. Saya bimbang walaupun award tribunal telah dikuatkuasakan oleh perintah mahkamah, kerajaan tidak memperincikan mekanisme yang jelas untuk memastikan arahan pengguna psikologi dan kaunseling wajib dipatuhi secara seragam.

draft • 2:55 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Kegagalan mematuhi award memang boleh dikenakan penalti jenayah tetapi adakah kerajaan mempunyai sistem pemantauan yang cukup memastikan pembulian di arah menghadiri kaunseling sebenarnya menerima intervensi yang berkesan. Tanpa peruntukan dana dan tenaga kerja yang jelas di pihak KKM dan KPWKM untuk menyokong program kemudahan ini, [Tidak jelas] yang termaktub di dalam RUU ini berisiko menjadi janji atas kertas sahaja, sekali gus gagal menjamin pemulihan sepenuhnya bagi mangsa dan pelaku serta melemahkan keadilan restoratif yang cuba dibawa oleh RUU ini. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua.

Temerloh menyokong— [Pembesar suara dimatikan] Mempercepatkan penyelesaian kes buli melalui RUU Antibuli. Tetapi persoalan asasnya ialah keberkesanan dan integriti tribunal. Walaupun mempunyai hasrat yang baik, menimbulkan beberapa kebimbangan besar dari sudut pelaksanaan, hak rakyat dan keseimbangan kuasa institusi.

Fasal 29 memberi kuasa kepada tribunal untuk mendengar apa-apa aduan buli oleh ibu bapa atau penjaga. Hasratnya jelas memberi akses yang lebih mudah kepada keadilan. Namun persoalannya, siapa sebenarnya yang akan mendengar aduan? Adakah seorang anggota tribunal sahaja memadai atau semua 12 anggota

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

perlu dilibatkan? Kekaburan ini membuka ruang pertikaian tentang kesahihan sesuatu keputusan.

Kedua, skop siasatan tribunal tidak jelas jika tribunal hanya menerima dokumen daripada ibu bapa tanpa kuasa penyiasatan bebas, kita bimbang akan berlaku aduan ditokok tambah atau berunsur dendam. Tanpa mekanisme saringan, tribunal boleh dibanjiri aduan remeh sedangkan kes serius mungkin tertangguh.

Ketiga, tribunal yang terbeban dan tidak terlatih akan menyebabkan hak pembelaan mangsa dan tertuduh tercemar kerana proses tidak setara dengan standard mahkamah. Mangsa dan tertuduh boleh kehilangan hak pembelaan sewajarnya jika tribunal tidak mempunyai proses yang setara dengan mahkamah atau badan profesional.

Fasal 30 menyatakan bahawa apabila aduan terhadap buli dibawa ke tribunal, mahkamah tidak lagi mempunyai bidang kuasa. Ini menunjukkan kebimbangan satu sudut prinsip keadilan. Persoalan Temerloh ialah, mengapa perlu menutup penglibatan mahkamah? Mahkamah ialah institusi yang bebas dan menjadi benteng akhir keadilan. Mengapa rakyat disekat daripada merujuk perkara ke mahkamah walaupun mereka mungkin tidak berpuas hati dengan keputusan tribunal.

Fasal 45 yang memperuntukkan bahawa award tribunal adalah muktamad mengikat semua pihak disifatkan sebagai perintah mahkamah dan hendaklah dikuatkuasakan sepenuhnya. Mengapa keputusan tribunal, sebuah badan pentadbiran diangkat menjadi setaraf perintah mahkamah tanpa ruang rayuan yang jelas. Bagaimana kita boleh jamin keputusan tribunal bebas daripada tekanan politik atau pentadbiran sedangkan ia bukan badan kehakiman.

Apakah mekanisme semakan dalaman atau luaran sekiranya berlaku kesilapan fakta, tafsiran undang-undang atau ketidakadilan terhadap mana-mana pihak? Adakah kerajaan mahu mewujudkan trend bahaya di mana tribunal boleh mengatasi mahkamah dalam isu-isu yang memberi kesan besar kepada masa depan kanak-kanak dan keluarga.

Adakah tribunal benar-benar independent? Tribunal biasanya berada di bawah kementerian atau agensi tertentu. Ini menimbulkan risiko konflik kepentingan terutamanya jika kes melibatkan sekolah kerajaan dan individu tertentu. Jika mahkamah dikecualikan, apakah bentuk semakan kehakiman atau rayuan yang boleh dibuat? Tanpa check and balance, keputusan tribunal menjadi quasi-final, membuka ruang kepada ketidakadilan. Impak yang mungkin timbul ialah hak ibu

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

bapa dan mangsa untuk mendapat semakan kehakiman menjadi tersekat. Tribunal berpotensi melakukan kesilapan yang tidak dapat diperbetulkan.

Fasal 31 membenarkan penentuan kaedah dan tatacara tribunal. Persoalan Temerloh, siapa menetapkan tatacara? Jika ia ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan, ini memberi kuasa besar kepada eksekutif untuk menentukan bagaimana tribunal berfungsi termasuk standard bukti, prosedur siasatan dan tempoh penyelesaian. Adakah tatacara ini akan selari dengan prinsip keadilan asasi?

Contohnya hak untuk diwakili peguam, hak untuk melihat bukti, hak untuk merayu dan hak untuk tidak disoal dengan tidak wajar.

Temerloh ingin membangkitkan kebimbangan berkaitan fasal 31(7) yang menyatakan bahawa saman yang dikeluarkan oleh tribunal hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah ia saman mahkamah. Persoalan asas ialah mengapa sebuah tribunal pentadbiran diberi kuasa setaraf mahkamah? Adakah justifikasi dan apakah jaminan bahawa proses ketelusan dan standard keadilannya benar-benar setanding badan kehakiman?

Jika tribunal boleh mengeluarkan saman seperti mahkamah, di manakah ruang rayuan atau semakan kehakiman untuk mengelakkan salah guna kuasa?

Kerajaan juga mesti menjawab sama ada langkah ini sebenarnya mewujudkan satu paralell justice system yang meminggirkan peranan mahkamah bebas suatu yang berisiko merosakkan prinsip asas keadilan.

Akhirnya saya nak merujuk kepada fasal 43(4) yang membenarkan tribunal menolak aduan yang dianggap remeh atau menyusahkan, menimbulkan risiko besar kepada keadilan. Istilah ini tidak ditakrifkan terlalu subjektif dan tidak boleh menyebabkan aduan buli yang sebenar ditolak tanpa siasatan. Mangsa boleh kehilangan peluang mendapat pembelaan manakala tribunal diberi kuasa menolak kes tanpa mekanisme rayuan yang jelas. Lebih-lebih lagi apabila mahkamah dikecualikan di bawah fasal lain dalam RUU ini. Ini membuka ruang penyalahgunaan kuasa, ketidaktelusan dan menjejaskan keyakinan rakyat.

Persoalannya, siapakah yang menentukan aduan itu remeh? Apakah standardnya? Apakah hak pengadu jika keputusan itu salah? Tanpa garis panduan, tanpa semakan kehakiman dan tanpa perlindungan terhadap mangsa, fasal ini berpotensi melemahkan tujuan sebenar RUU ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya Temerloh menyokong RUU Antibuli sebagai usaha membanteras buli di kalangan pelajar tetapi Temerloh mohon isu buli yang

draft • 3:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

berlaku di pusat pengajian tinggi dan di kem-kem latihan tentera turut diambil perhatian sewajarnya oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

draft • 3:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya menyokong hasrat kerajaan untuk menangani isu buli secara lebih sistematik dengan menggubal satu akta yang dibahaskan pada hari ini. Namun demikian Dato' Yang di- Pertua, ada beberapa kelemahan yang perlu diberikan perhatian supaya kita memastikan bahawa undang-undang ini dapat melindungi semua pelajar yang memerlukan perlindungan.

Dato' Yang di-Pertua, seksyen 2 memberikan definisi mangsa yang jelas iaitu kanak-kanak di bawah 18 tahun dan pelajar di institusi pendidikan dalam Jadual Pertama hanya merangkumi sekolah, MRSM, MTD bawah Akta Pendidikan 1996 dan institusi di bawah Akta Kanak-kanak. Kita juga menyifatkan bahawa perlindungan yang diberikan terhad kepada golongan yang tersebut di atas sahaja, seperti yang ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain telah bangkitkan dalam perbahasan mereka.

Bagaimana pula dengan kumpulan-kumpulan umur yang lain terutamanya mereka yang berada pada kedudukan dalam keadaan yang tidak memihak dengan izin disadvantage, dalam keadaan disadvantage. Dan struktur hakiki sesuatu tempat termasuklah susun atur ruang sosial atau ruang kerja. Bayangkanlah Dato' Yang di- Pertua, kalau Yang Berhormat Besut pun kompelin kata dia dibuli dalam Dewan yang mulia ini, apatah lagi orang-orang lain di luar sana.

Satu contoh yang dekat adalah sama ada mahasiswa di universiti, di matrikulasi, politeknik, kolej komuniti, IPTA dan IPTS turut terlindung dalam peruntukan RUU ini. Realitinya, majoriti belia Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 25 tahun masih menuntut di universiti, bukan lagi di sekolah dan mereka juga memerlukan perlindungan.

draft • 3:07 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya memberikan satu contoh yang sedih dan saya perhatikan, telah disebut juga oleh Yang Berhormat Muar tadi. Seorang mahasiswa dari UTM, Syamsul Haris Shamsudin, umur dia 22 tahun. Dilaporkan meninggal dunia ketika menjalankan latihan PALAPES UTM di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor.

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Punca kematian peringkat awal adalah tidak jelas dan meragukan. Lebih memilukan, ibunya tampil ke hadapan membuat dakwaan bahawa, saya bacakan apa yang ibunya berkata. “Pada tubuh anak saya, terdapat kesan lebam dan kecederaan seperti perbuatan secara fizikal, dan bukan kecederaan akibat serangan sawan”. Dakwaan seorang ibu ini telah membawa implikasi yang sangat serius bahawa mungkin wujudnya unsur penderaan atau unsur buli dan dalam keadaan yang paling tragik, ia meragut nyawa seorang mahasiswa di sesebuah universiti awam yang ternama, yang mempunyai masa depan yang cerah.

PDRM kemudiannya telah mengklasifikasikan semula kes ini sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, selepas mendapat arahan dari Jabatan Peguam Negara. Secara tidak langsung, ini telah membuktikan bahawa budaya buli dia tidak berhenti pada umur 18 tahun. Malah, dia boleh menjadi lebih kompleks di universiti seperti buli akademik oleh pensyarah, ragging dalam kolej kediaman, cyberbullying dalam group fakulti dan diskriminasi sosial dan pengasingan sistematik.

Namun, mahasiswa seperti Allahyarham Syamsul Haris yang berumur lebih daripada 18 tahun ini dan berada di IPT, tidak termasuk dalam perlindungan RUU Antibuli 2025 ini. Apakah logiknya? Perlindungan ini hanya diberikan kepada anak- anak kita yang berada dalam Tingkatan 6 tetapi perlindungan ini ditarik balik sebaik sahaja mereka melangkah ke kampus universiti. Sedangkan, mereka ini masih menuntut ilmu dan memerlukan perlindungan.

Justeru, saya mencadangkan yang pertama, kita masukkan IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti ke dalam Jadual Pertama. Ia tidak perlu rombakan keseluruhan RUU. Hanya perlu membuat pindaan kepada jadual.

Kedua, kita benarkan Tribunal Antibuli untuk menerima aduan daripada mahasiswa supaya kes buli ini, kes buli akademik, ragging dan cyberbully mahasiswa mendapat saluran — satu saluran untuk diadakan.

Dato’ Yang di-Pertua, satu lagi kelemahan dalam RUU ini adalah kita tidak menginstitusikan pendekatan pencegahan moden berasaskan whole-school approach walaupun negara sebenarnya sudah mempunyai garis panduan.

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan menangani buli dan melaksanakan program seperti Sekolah Selamat, Sahsiah Unggul Murid serta menyediakan unit kaunseling. Tetapi, semua ini adalah bersifat garis panduan tetapi bukan mandatori undang-undang dan bukannya reformasi budaya sekolah.

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Hakikatnya, pendekatan pencegahan yang terbukti berkesan di negara- negara seperti Finland, Jepun dan Australia adalah whole-school climate reform. Maka, RUU ini yang tidak mewajibkan sesi kaunseling kepada mangsa, intervensi psikososial kepada pelaku, modul empati sebagai kurikulum wajib, latihan kompetensi antibuli setiap tahun untuk guru dan kaunselor, serta pemantauan budaya sekolah atau mekanisme menangani hierarki buli.

Akhirnya, RUU ini lebih bertumpu...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Garang ya.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya dah bagi tiga minit lebih itu.

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Struktur RUU ini menumpu lebih kepada pengurusan kes selepas buli berlaku melalui Jawatankuasa Siasatan dan Tribunal tanpa menginstitusikan langkah pencegahan dan pemulihan yang menjadi tunjang sebenar whole-school approach. Jika kita benar-benar mahu menjamin persekitaran pembelajaran yang...

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, 15 minit, saya tutup mic.

draft • 3:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Boleh. Sekejap lagi. Tinggal beberapa ayat sahaja. Jika kita mahu menjamin persekitaran pembelajaran yang selamat untuk setiap murid dan mahasiswa, maka RUU ini perlu ditambahkan dengan, yang pertama, pendekatan pencegahan menyeluruh yang berasaskan whole-school approach. Kedua, latihan kaunseling dan intervensi psikososial secara mandatori dan ketiga, modul empati sebagai komponen kurikulum wajib, dan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, duduk. Silakan, berikutnya Yang Berhormat Langkawi.

draft • 3:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato' Dr. Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas rang undang-undang ini yang saya duduk daripada awal tadi, sehingga ke giliran saya dan perkara-perkara

draft • 3:16 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

yang disebut di dalam semua pembahas, cadangan-cadangan diberikan amatlah baik, Dato' Dr. Yang di-Pertua.

Dan bagi saya, undang-undang baik dan saya ucapkan syabas kerana mengeluarkan undang-undang ini kepada Yang Berhormat Menteri. Tetapi Yang Berhormat Menteri, sekiranya budaya pentadbiran, budaya ibu bapa tidak berubah, undang-undang sebaik mana pun, setebal mana pun, akan terbantut di peringkat pelaksanaan. Saya teringat, semasa saya di sekolah, Yang Berhormat Dato’ Dr.

sekolah yang sama dengan Yang Berhormat Dato' Dr. Di sana, sebelum kita bermula penggal, kita akan dijemput untuk berhimpun di dewan.

Ini hari pertama dan saya teringat lagi, waktu itu, penceramah-penceramah daripada mewakili PEMADAM dan juga mewakili Belia 4B, datang memberi ceramah kepada kita, dan PEMADAM pada ketika itu menceritakan bahayanya dadah dan sebagainya. Masih teringat lagi sehingga sekarang, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.

Tetapi di sini, kita telah pun tidak ada lagi program-program sedemikian dan tidak ada taklimat-taklimat yang diberikan. Dan saya melihat buli ini bukan sahaja ia berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di seluruh dunia. Malah, 24 hari bulan lepas, di London, dengan izin, “Criminal networks are weaponizing children to commit torture and murder by recruiting them through multiplayer video games and smartphones, and parents often have no idea what is happening.” This is what happened in Malaysia juga. Walaupun setengah-setengah game yang kasar-kasar itu belum sampai, tetapi sudah ada anak-anak murid yang terpegun dengan mainan-mainan mereka. Saya nak mengambil contoh, tidak jauh. Saya nak mengambil cucu saya sendiri.

Dia pergi ke sekolah, umur 10 tahun. Dalam surau, dibuli. Balik ke rumah, cerita kepada saya. Saya bagi tahu mak dia, go and complain kepada guru disiplin.

Kebetulan, cucu saya ini muka macam orang putih sebab anak saya kahwin dengan orang putih. Dia kata apa, Dato' Dr. Speaker? Colonizing children, anak penjajah.

Mana dapat idea kata anak penjajah ini, umur 10 tahun?

Bagi tahu kepada cikgu disiplin. Selepas itu, saya pergi tengok cucu saya semula. Saya tanya lagi mak dia, bagaimana keputusan. Dia kata, cikgu kata tunggu sebab cikgu sibuk. Itu selepas seminggu laporan. Cikgu sibuk dengan kelas. Cikgu tak sempat nak buat. Jadi, saya mintalah, kalau boleh, Kementerian Pendidikan adakan guru-guru khusus untuk menjaga disiplin budak-budak ini.

draft • 3:16 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya nak baca satu lagi kes sebab itu saya kata berlaku di seluruh dunia. Di Thailand, umur 10 tahun namanya Kau. Case Kao was bullied by classmate who tattoo a vulgar word. Dia buat tatu dekat budak itu dengan menggunakan sewing, sewing jarum, sewing needle, gunakan jarum menjahit itu buat tattoo. Dan budak ini malu tak nak sekolah. Akhirnya budak ini meninggal bunuh diri.

Dato’ Dr. Yang di-Pertua, kita bercakaplah banyak mana pun selagi kita akan kita takut dengan budaya, takut nak melapor, budaya nak jaga imej sekolah, semasa saya Yang di-Pertua PEMADAM saya pergi melawat sekolah-sekolah, guru pesan sebelum masuk, sebelum berucap, “Dato’ tolong simpan angka-angka ini Dato’”. Hendak jaga nama sekolah. Hendak jaga nama guru besar. Jadi kalau sekiranya beginilah kita buatnya jadi yang kita bahas undang-undang hari ini, ini yang tak akan berkesan Yang Berhormat Dr.

Satu lagi last, budaya memindah dari satu institusi ke satu institusi. Ini juga kita takut satu hari akan berlakulah pemindahan anak-anak ini, akan berlaku kerana ibu bapa. Saya almost transfer my cucu ke sekolah lain tapi alhamdulilah mereka ambil tindakan, keputusan saya belum tahu. Terima kasih Dato’ Dr. Pengerusi.

draft • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Selanjutnya ke pembahas yang terakhir saya persilakan Yang Berhormat Arau.

draft • 3:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Rakyat Malaysia, orang muda. Yang Berhormat, kita berbahas satu rang undang-undang yang rakyat Malaysia minta.

Banyak daripada rang undang-undang ini ialah kerajaan yang mencadangkan dan sebagainya. Tapi inilah rang undang-undang yang rakyat Malaysia minta setelah beberapa insiden yang menyayat hati berlaku dan apa yang berlaku di seluruh dunia.

Rakyat minta.

Jadi, saya ucap terima kasih pihak kerajaan telah di akhirnya dapat menyediakan rang undang-undang yang kita telah bincangkan pada hari ini. Cuma di mana-mana kekurangan saya pasti sudah kita boleh buat pindaan. Ini saya jarang menyokong sebab kalau benda-benda rang undang-undang tertentu saya rasa yang boleh merugikan tetapi yang ini saya sokong sebab ini ialah untuk rakyat Malaysia.

Cuma Yang Berhormat, Yang Berhormat Dr. orang Islam, saya orang Islam.

Kadang-kadang kita pergi masjid kita dengar khutbah. Khutbah hentam pasal dadah,

draft • 3:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

macam-macam lagi. Tetapi orang yang pergi masjid itu bukan yang hisap dadah. Jadi yang mendengar itu ialah orang yang baik-baik. Jadi berita ini tak sampai kepada penagih dadah dan sebagainya.

Hari ini kes buli hat yang ini saya tengok hampir seluruh rakyat Malaysia sedang mendengar, rakyat Malaysia sedang mendengar tentang kes buli dan saya percaya ini ialah sesuatu yang cukup baik kerana rakyat mendengar dan mengetahui. Cumanya setengah daripada mereka yang tak dengar itu, kita kena cari jalan supaya mereka dengar perbahasan betapa seriusnya pihak kerajaan untuk memastikan supaya kes buli ini tidak berlaku.

Yang Berhormat, saya tengok macam-macam pendekatan yang telah dicadangkan. Saya hendak ambil pendekatan yang lebih cara lama orang kata ya.

Yang Berhormat punca buli kita tahu bahawa di antaranya sebab ada kita ada juniors, kita ada seniors, kita ada anak-anak kita yang lemah lembut, jadi ada yang senior dan sebagainya. Ini akhirnya dia berlaku dan benda ini berlaku dan berterusan.

Banyak yang berlaku di sekolah-sekolah berasrama sebagai contohnya. Jadi persoalannya apakah wajar anak kita yang masuk ke sekolah berasrama di umurnya terlalu muda, umur 13 tahun dan banyak kawan-kawan saya cerita anaknya pergi sekolah umur 13 tahun balik dah jadi manusia yang lain, tidak bercakap seperti dahulu lagi. Jadi, ini yang kita kena fikirkan. Cuma rang undang-undang hari ini dibentang oleh Menteri Undang-undang tapi dalam tafsiran ini sebut ialah Menteri Pendidikan.

Saya harap dicatitkan sebab yang kita cakap ini ialah lebih kepada soal pendidikan. Puncanya dia ada yang muda dan junior. Dan oleh kerana kita tahu punca maka kita kena cari jalan penyelesaian kepada punca. Yang Berhormat Dr.

Pengerusi faham Yang di-Pertua faham di zaman kita benda ini tak berlaku. Sebab apa, banyak daripada kita ini yang masuk aktiviti yang boleh apa itu menonjolkan kita sebagai seorang lelaki sejati.

Pada zaman saya tidak ada banyak aktiviti cuma pengakap. Tapi masuk pengakap ini pun bagus sebab apa, ada penghormatan di antara juniors dan senior.

Tapi zaman moden ini kita ada seni mempertahankan diri. Anak-anak yang masuk seni mempertahankan diri dia boleh mempertahankan diri. Orang yang ada seni kebolehan seni mempertahankan diri orang takut, orang hormat. Macam Menteri Undang-undang siapa berani kacau dia? Dia ada tali pinggang hitam. Saya beranilah tapi kawan-kawan lain tak berani sebab dia ada tali pinggang hitam.

draft • 3:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sudah pasti kalau benda ini diperturunkan di peringkat bawah, anak-anak kita mesti menyertai seni mempertahankan diri, satu dan satu lagi persatuan, yang lain sukan. Tidak ada masalah. Kalau ini diaktifkan sudah pasti dia jadi lain dan ada hormat-menghormati. Benda berlaku tak hormat ini kerana orang boleh buli orang yang dia tengok lebih lekeh dengan izin daripadanya dia buli. Jadi, kita ambil pendekatan.

Dan akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, kita tahu punca. Kita cara menyelesaikannya. Sekarang ini ialah berhubung dengan siapa yang utama di sini?

Yang utama di sini ialah guru, yang utama di sini ialah ibu bapa, dia ambil yang dua ini dulu. Guru, guru sekarang ini zaman saya tidak ada guru disiplin. Semua guru di sekolah adalah guru disiplin. Kami nampak guru, guru itu guru disiplin. Tapi sekarang ini budak-budak, anak-anak hanya melihat guru disiplin.

Kita kena kembalikan balik kepada sistem asal bahawa seluruh sekolah itu ialah guru disiplin. Dengan itu dia hormat. Kalau tidak guru disiplin ini ialah orang yang paling tidak disukai dan sebagainya. Kalau macam ada tahun berakhir, guru disiplin orang tak jemput pun sebab apa orang — budak-budak, anak-anak tidak sukanya. Kita hendak supaya anak-anak hormat kepada semua guru, jadikan sekolah itu guru disiplin.

Dan yang keduanya ialah ibu bapa. Persatuan ibu bapanya hanya memberi perhatian kepada ibu bapa di sekolah itu. Di zaman kami lain, ibu bapa di Kampung Tambun Tulang di tempat saya ada ibu bapa tinggi-tinggi yang mendengar kata anaknya pergi ke satu tempat, bapa ini terus ambil tanggungjawab untuk memerhatikan anaknya daripada anak orang lain di tempat lain. Ibu bapa mengharap semua anak-anak ini anak mereka. Kita kena perkuatkan persatuan ibu bapa itu bukan hanya untuk sekolah tapi untuk komuniti, untuk negeri dan juga untuk negara.

Jadi, kita menyokong supaya dengan beberapa pembaikan dibuat dan juga pendekatan kembali balik kepada pendekatan yang membolehkan ada hormat- menghormati, ada semangat we feeling, semangat kekitaan. Demikianlah rakyat Malaysia. Tolonglah sama-sama kita untuk memastikan supaya Rang Undang- undang Antibuli ini bukan sesuatu yang penyelesaian kepada segala-galanya tetapi yang tak termasuk rang undang-undang itu mesti dilaksanakan bersama. Contohnya ialah semua sekolah jadikan guru disiplin. Contohnya ibu bapa ialah persatuan ibu bapa untuk seluruh Malaysia. Dengan itu timbullah perasaan kasih sayang dan perpaduan.

draft • 3:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Macam sekarang ini Yang Berhormat Pengerusi, buli ini di mana-mana. Di Parlimen di antara buli yang besar berlaku. Kami kena buli dengan kerajaan tak bagi peruntukan, buli. Kami lihat isu ada satu usul yang akan dibawa...

draft • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat sila gulung.

draft • 3:22 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Menghukum anggota Parlimen seolah-olah menghukum, mengantung ini menjadi normalisasi. Ini buli. Terima kasih. *Assalamualaikum.

[Tepuk]*

draft • 3:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Baik, kita terus ke agenda selanjutnya dengan ini dipersila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab 25 minit tertakluk kepada budi bicara Pengerusi. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:22 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya duduk daripada mula ya Tuan Yang di-Pertua mendengar semua Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada kedua-dua pihak memberikan pandangan, cadangan, kritikan, keyakinan dan juga tidak yakin.

draft • 3:29 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua dan saya menghormati semua pandangan sebab saya yakin dan cukup pasti semua kita yang berada di dalam Dewan ini sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen memang sangat sayang kepada anak-anak kita, anak bangsa kita dan kita mahu yang terbaik bagi mereka.

Tetapi yang saya sebut tadi dalam mukadimah pembentangan saya Tuan Yang di-Pertua, saya menekankan bahawa ini adalah fasa pertama ya dan saya telah mengingatkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat antara cabaran yang paling besar yang kita berhadapan ialah jumlah sekolah dalam negara kita iaitu institusi.

Kita mula dengan sekolah sahaja. Di bawah KPM, 10,245 buah sekolah merangkumi 7,776 sekolah rendah, 2,469 sekolah menengah. Jumlah pelajar 5.1 juta dan juga kita mulakan dengan MARA dengan 57 buah sekolah di bawah MARA, 7,650.

Jadi, maksudnya di sini ialah kita kena bermula dan langkah selalu langkah yang pertama. Saya pun mendengar semua Yang Berhormat menyebut tapi saya nak pergi kepada poin yang lebih mudah untuk menekankan tentang apa yang disebut sebagai— yang mana beberapa Yang Berhormat menekankan tentang kewajipan jawatankuasa ya. Dan kita tahu dan ada Yang Berhormat menyentuh

draft • 3:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

bahawa garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan ialah garis panduan.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Bermakna Tuan Yang di-Pertua, sebagai mereka yang ramai peguam, bukan peguam, bila ada garis panduan, dia hanya adalah dilihat dalam bahasa Inggeris guidelines. Dia tidak mengikat dari segi undang-undang. Inilah yang mengikat ataupun menjadi guideline kepada sekolah-sekolah yang saya sebut dalam jumlah ribuan tersebut. Ini. Dan bila kita tengok dalam MARA pula, MARA pun ada garis panduan pengurusan. Pun sama, it just a guideline. Tapi beza kita pada hari ini dalam akta ini ialah bila kita menyebut tentang tanggungjawab, kita menyentuh apa Yang Berhormat, sahabat-sahabat Yang Berhormat menyebut tentang legitimate expectation iaitu dinyatakan di dalam rang undang-undang ini yang insya-Allah kalau dipersetujui oleh semua Ahli-ahli Parlimen bahawa contohnya ya, Bahagian III. Saya baca, “...institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996...”, takrifan Menteri-menteri Pendidikan dan di bawah ini, “Menteri hendaklah— (a) mengeluarkan garis panduan...”. Bererti, kalau dikeluarkan oleh Menteri, akan menjadi satu undang-undang yang sah. Jadi, tidak boleh sekolah- sekolah yang 10,000 lebih yang saya sebut tadi menyatakan antara baca ataupun tidak baca.

Sebenarnya, bila kita nak menyentuh tentang elemen tentang apa yang perlu berlaku, bagaimana proses yang perlu ada, itu kita pecahkan di bawah rang undang- undang ini yang bukan sahaja kewujudan satu garis panduan, tetapi kita menekankan dalam fasal 6, langkah yang perlu diambil untuk mencegah buli di institusi pendidikan.

Maknanya di sekolah itu, selagilah ia sekolah dan selagilah di bawah Kementerian Pendidikan, selagilah di bawah Akta Pendidikan 1996, selagilah dengan adanya rang undang-undang tribunal, undang-undang antibuli ini, setiap sekolah wajar di bawah kementerian mewujudkan jawatankuasa yang disahkan secara undang-undang oleh kementerian tersebut, oleh Menteri tersebut sebahagian daripada regulasi pentadbiran sekolah tersebut.

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Dan diwujudkan dalam fasal 6, mencegah buli, “tatacara dalam mengendalikan kes buli...”. Kemudian, dalam fasal 6(b), apa-apa kajian yang perlu diadakan supaya dijadikan dalam fasal 1(c), “bahan latihan”. Fasal 6(1)(d), “mengawasi dan menilai” dan ini sebabnya bagi pihak

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dengan kerjasama semua kementerian, kuasa Menteri di bawah bahagian ini fasal 6.

Kemudian, kewajipan institusi pendidikan iaitu kewajipan itu ialah legal expectation. Ini di bawah sekolah yang saya nyatakan dalam fasal 7, orang yang bertanggungjawab bagi pentadbiran, pengurusan dan pengawalseliaan institusi tersebut. Jadi, kalau di sekolah lah, siapa yang bertanggungjawab dari segi pentadbiran, pengurusan dan pengawal selia?

Tuan Yang di-Pertua, dengan 10,000 sekolah, 5.1 juta anak-anak di sekolah, 18 tahun ke bawah sebagai fasa pertama, saya memang berada di sini menyatakan memang tribunal tidak akan mampu. Itu sebabnya saluran pertama adalah sekolah itu sendiri untuk menyelesaikan isu buli di sekolah.

Yang Berhormat Langkawi menyebut tentang cucu, tetapi gaya dia macam tak ada cucu. Saya kenal dia lama. Dia menyebut cara cucu, cucu pula separuh orang putih. Nak cakap pun memang faham antara tak faham. Maksud saya, satu cucu pun susah kita nak terang, bayangkan 5.1 juta anak-anak di sekolah. Saya nak buat mukadimah ini sebab saya nak terangkan tentang konsep undang-undang yang dibentukkan oleh semua kementerian yang mempunyai persetujuan.

Kemudian, dalam fasal 7 itu ialah kewajipan institusi yang disebut ialah:

(i) menubuhkan dan menyelenggara suatu jawatankuasa pencegahan dan pengurusan;

(ii) melaksana polisi, garis panduan dan tatacara;

(iii) suatu saluran yang boleh diakses yang peka kepada kanak- kanak;

(iv) perkhidmatan kaunseling, sokongan psikososial;

(v) pencegahan; dan

(vi) standard pematuhan.

Kemudian, diaudit sekolah tersebut dan suruhanjaya yang bawah fasal 7(3), suruhanjaya ini adalah di mana SUHAKAM di bawah Pejabat Pesuruhjaya Kanak- kanak akan menjadi pemantau kepada sekolah-sekolah yang 10,000 lebih dari segi garis panduan. Maknanya, mukadimah saya ialah memang tidak sempurna tetapi adalah undang-undang yang bertulis. Kalau tidak, selagilah rang undang-undang ini kita tak wujudkan, yang menjadi guideline adalah guideline. Inilah guideline. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Itu sebabnya, Tuan Yang di-Pertua cabaran yang dinyatakan oleh guru di sekolah, PIBG, ibu bapa ialah— memang saya tak menafikan. Responsnya, sekolah

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

A kata buli, sekolah B kata tidak buli. Sekolah B kata buli, sekolah C kata tidak buli.

Itulah sebabnya dengan ada peraturan di bawah ini, ini adalah satu permulaan langkah pertama di bawah 18 tahun ke bawah.

Saya ucap terima kasih kepada jawatankuasa...

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jawatankuasa Select Committee Wanita, Keluarga yang mana dipengerusikan oleh Yang Berhormat Puchong dan dia telah mengeluarkan penyata dan telah pun sendiri membuatkan townhall mereka.

Dan kedua-dua pihak antara pembangkang dan juga kerajaan, Ahli Parlimen dia ada dalam jawatankuasa tersebut mendengar secara terus bahawa ini adalah isu yang memang isu yang hidup. It’s a real issue, real life issue. Isu kehidupan yang memang mereka tahu perlu adanya satu balance.

Itu sebabnya rang undang-undang ini, 18 tahun ke bawah. Rang undang- undang ini untuk semua institusi yang kita lihat di bawah takrifan institusi di bawah institusi pendidikan. Kemudian, institusi di bawah Akta Majlis Amanah. Diikuti pula institusi di bawah Kementerian Pertahanan dan kemudian institusi di bawah Akta Kanak-kanak 2001. Maknanya, itu adalah yang kita fokus bagi kerajaan untuk fasa pertama.

Saya buka bagi Temerloh sebelum saya mulakan jawapan kepada semua isu yang dibawa oleh semua Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih Yang Berhormat. Jawapan itu sangat kemas. Tolong bantu saya sebab saya bukan orang undang-undang. Maknanya, dalam bahasa mudah, dengan ini ada punca kuasa undang-undanglah. You make it legal apa-apa sahaja yang selepas ini akan digubal oleh pihak institusi pendidikan. Itu satu.

Yang kedua, bagaimana kaitan dengan beberapa kesalahan yang mungkin masuk bawah Kanun Jenayah, seksyen 506 yang disebut oleh Yang Berhormat tadi?

Dan juga yang di bawah MCMC, bagaimana mereka mengaitkannya nanti? Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Terima kasih Yang Berhormat ya. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita tahulah, semua yang pernah belajar undang-undang ataupun memang kita sebagai pembuat undang-undang dan kita mengamal undang- undang, asalkan itu kes jenayah, tiada siapa yang boleh halang laporan.

Jadi, kalau dalam kes tribunal ini, dia pergi ke sekolah dan dia buat laporan polis. Katakan dia merasakan dia nak pergi ke tribunal terus, ini adalah hanya kepada

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

kes-kes yang didefinisikan sivil yang mana Yang Berhormat, beberapa Yang Berhormat menyebut tentang kes-kes mendiang, beberapa— dua, tiga mendiang yang menjadi mangsa kepada kes buli yang menyebabkan kematian. Seksyen- seksyen tersebut dinyata di dalam Kanun Keseksaan sebagai satu jenayah.

Saya tak nak bincang lebih sebab dalam siasatan dan dalam enquiry masih sub judice. Tetapi yang ditekankan di sini, tiadanya di dalam rang undang-undang ini yang menafikan sesiapa, ib bapa ke, pengadu, kanak-kanak membuat laporan ke balai kalau dia merasakan itu adalah kes jenayah. Itu memang hak mereka. Sebab di dalam Perlembagaan, kita memberi perlindungan tersebut, tetapi ini hanya adalah kes sivil dan dibentuk di bawah tribunal iaitu quasi-judicial.

Jadi, saya ucap terima kasih kepada 26 Ahli-ahli Yang Berhormat, Puchong, Besut, Sri Gading, Indera Mahkota, Bukit Bendera, Muar, Kampar, Kuala Kedah, Bentong, Rantau Panjang, Rasah, Sabak Bernam, Kuala Terengganu, Bakri, Kangar, Tumpat, Sri Aman, Padang Serai, Tanjong Karang, Kalabakan, Bayan Baru, Setiu, Temerloh, Seputeh, Langkawi dan juga Arau.

draft • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Dan saya ingin menyatakan di sini bahawa sokongan dan juga pandangan daripada semua Yang Berhormat ini akan diambil kira dan mana yang kita perlu baiki kita akan baiki. Sebab memang betul setelah rang undang-undang ini diluluskan insya-Allah daripada Dewan ini kemudian di Dewan Negara pada minggu depan, ia akan mengambil masa untuk pelaksanaan dalam jangkaan.

Dan harapan daripada pihak Kerajaan MADANI dapatlah dilaksana secara cepat tetapi bagaimanapun perlu dinyatakan dari segi proses-proses pentadbiran.

Tetapi saya nak sebut juga secara rambang bahawa pada hari ini dan saya sebut banyak kali bahawa Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak yang ada dalam di bawah SUHAKAM tidak mencukupi, Tuan Yang di-Pertua.

Beban tanggungjawab Pejabat Suruhanjaya Kanak-kanak di bawah SUHAKAM di bawah akta ini memerlukan lebih ramai Pesuruhjaya Kanak-Kanak. Itu sebabnya harapan daripada Kerajaan MADANI dan dipersetujui oleh kabinet dibawa satu akta khas untuk Pesuruhjaya Kanak-kanak dikeluarkan daripada SUHAKAM dan bergerak secara betul-betul bebas atas kakinya sendiri.

Untuk menjawab soalan dari Pengerusi Yang Berhormat Puchong bahawa perlu mempunyai kewangan dan kemampuan untuk menjalankan tugas mereka sebagai oversight body pada isu kanak-kanak dalam negara kita. Ini akan menjadi komitmen pada Kerajaan MADANI untuk tahun depan.

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tapi sementara itu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puchong telah menyatakan tentang berkenaan dengan beberapa perkara yang dilihat sebagai berteraskan holistik, konsep kesihatan mental dan tidak semata-mata sebagai kesalahan jenayah. Saya memang setuju. Itu sebabnya dalam award ini kalau kita tengok pada fasal di bawah award ini, tribunal itu bila memberi award Tuan Yang di- Pertua, dia mempunyai kuasa yang begitu luas. Tetapi yang bagi saya yang paling dilihat sebagai satu aspirasi yang agak baru ialah kuasa untuk membuat perintah dan merujuk.

Saya nak terangkan di sini secara rambang. Contohnya, berkenaan dengan fasal 43 dalam membuat award. Semuanya daripada A sampai ke G Tuan Yang di- Pertua bukannya dilihat sebagai “dan, dan, dan, dan, dan”. Bererti bahawa tribunal boleh membuat award antara A or B or C or D sampai ke G ataupun A dengan B dengan C tidak dirangkakan sebab apa yang kita lihat di bawahnya adalah satu kolon, koma kolon, semi kolon. Dia tidak mengatakan “dan” ataupun “atau”. Bererti, keputusan kepada tribunal atas kebebasan.

Kemudian kalau kita tengoklah kepada fasal 43D yang menyatakan untuk membayar balik mangsa bagi apa-apa perbelanjaan munasabah yang ditanggung akibat buli. Pergi ke hospital, mungkin nak jumpa seorang spesialis ataupun apa pun dilihat sebagai munasabah.

Tetapi tidak terikat kepada E yang boleh juga dibuat sebagai tambahan yang mana dia mengatakan bahawa, “Responden kanak-kanak, ibu bapa ataupun penjaga untuk membayar apa-apa pampasan atau ganti rugi tidak melebihi daripada RM250,000 bagi apa-apa kerugian atau kerosakan tetapi tidak termasuk perbelanjaan...” yang disebut tadi yang saya sebut “...dilihat sebagai bayaran balik kepada mangsa”. Maknanya, sebenarnya undang-undang ini ialah undang-undang preventif Tuan Yang di-Pertua. Kalau mak bapak hantar anak ke sekolah menganggap anak itu berkelakuan tak senonoh dan menganggapkan sekolah diberikan tanggungjawab dan denda sahaja, saya melihat bahawa daripada sesi townhall banyak guru-guru dan persatuan ibu bapa cukup marah, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, kita meletakkan ini sebagai bayaran tetapi adalah maksimum RM250,000. Dia boleh bayar denda RM10, RM5, 50 sen pun boleh, Tuan Yang di- Pertua. Sebab bacaan daripada undang-undang ialah maksimum, tidak kepada minimum. Tetapi kalau ibu bapa tahu bahawa dia pun kena bayar ganti rugi atas

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

perangai yang tidak bertanggungjawab, saya melihat ini kemungkinan dilihat sebagai prevention. Ini tidak strict liability tetapi menyatakan tribunal dalam semua kuasa untuk memberikan award dan sebagainya boleh mengikat kepada ibu bapa dan juga penjaga, bukan sahaja mangsa dan pelaku tetapi juga mangsa yang membawa laporan tetapi juga ibu bapa dan penjaga.

Inilah bagi saya, saya melihat sebagai satu kelebihan daripada rang undang- undang ini yang kalau dipersetujui oleh Ahli-ahli Parlimen, saya melihat sebagai satu langkah baru yang mengakui bahawa tanggungjawab ibu bapa tidak boleh ditolak hanya kepada sekolah dan guru-guru sebagai contoh.

Sebab kalau tidak, kita wakil rakyat pun kena tuduh Tuan Yang di-Pertua.

Semua berlaku, rumah terbakar salah wakil rakyat, banjir 10 kali pun salah wakil rakyat. Itu dalam undang-undang kan. Kita ada dalam tortious defenses, yang ramai dalam lawyer ini kita ada apa yang disebut sebagai act of god. Itu satu defend and negligence. Tapi kalau Tuan Yang di-Pertua tengok, tentang fasal yang disebut dalam fasal G yang bagi saya sangat-sangat menarik ialah satu perintah yang mengehendaki ibu bapa ataupun penjaga responden untuk menghadiri bersama dengan responden kanak-kanak, sesi kaunseling atau sokongan keibubapaan yang disediakan oleh agensi kerajaan yang berkenaan.

Maknanya, mak bapak pun tak boleh lari daripada bayar denda. Kalau disuruhnya pergi kaunseling, mak bapak pun kena pergi kaunseling. Inilah undang- undang yang kita wujud sebagai preventif Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa Yang Berhormat sebut tentang psikososial dan sebagainya. Sebab kita mesti melihat bahawa betul kadang bila-bila berlakunya anak-anak melakukan sesuatu perangai di bawah 18 tahun ke bawah yang tidak boleh dikawal dan sebagainya.

Orang mengatakan, “Oh, ini salah mak bapak”, “Oh, kononnya anak-anak dilahirkan kain yang putih”. Betul. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu kajian saintifik daripada pakar-pakar dan saya ada seorang anak saudara saya yang di Australia menjadi seorang spesialis dalam klinikal psiko— child psychologist menyatakan bahawa otak kanak-kanak itu dia tidak berkembang lepas daripada 18 tahun.

Sebab sekarang otak kita yang dewasa lebih daripada 18. Ini yang depan ini lebih kuat daripada yang belakang. Yang depan ini dikatakan frontal cortex, yang belakang itu disebut sebagai amygdala. Yang di belakang ini sebenarnya bagi kanak-

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

kanak kita di mana yang belakang ini lebih daripada yang depan sebab dia belum cukup membesar.

Dan di belakang yang mengawal anak-anak itu dilihat sebagai emosi dan reaksi spontan yang boleh dilihat sebab kadang-kadang mengikut emosi impulsif kelihatan tidak berfikiran panjang tetapi kerana otak mereka sedang berkembang dan memerlukan kebimbingan. Itu maksudnya bila orang tua berlaku macam budak- budak orang kata, “You’re very childish”, dengan izin. Ini maksudnya. Sebab otak kanak-kanak itu tidak membesar.

Jadi, itu sebabnya bagi pihak Kerajaan MADANI, kita nak menyelesaikan kanak-kanak yang cabaran persekitaran dia, environment dia di rumah. Dia marah di rumah, dia buat perangai di sekolah. Semua isu ini yang kita nak tengok supaya kita dapat selesai ini untuk fasa pertama. Dan saya setuju pada semua Yang Berhormat bahawa kita kena juga tengok anak-anak lebih daripada 18 tahun yang masuk universiti.

Dan insya-Allah bagi Kerajaan MADANI dan saya berdiri di sini komitmen jika diizinkan Allah kita buat pada tahun depan 2026 untuk lihat kepada keberkesanan rang undang-undang ini bagi 18 tahun ke bawah dan kita kaji untuk 18 tahun ke hadapan untuk tahun 2026, insya-Allah.

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri, sikit.

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Silakan Yang Berhormat Besut.

draft • 3:40 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa yang Menteri cakap tadi fasal 43. Fasal 43 ini kepada G tadi betul lah untuk preventif. Yang saya tanya tadi, 42. Award. Macam mana kita nak pastikan bahawa award itu dia bayar kepada mangsa? Sebab kalau kita pergi kepada 44 maknanya kalau tak dibayar dia akan kena double dari segi pampasan dan juga ganti rugi. Jadi, macam mana itu kita nak pastikan? Maknanya, kalau award pampasan dan ganti rugi itu dibayar terus kepada mangsa. Jadi, setakat ini tak ada jawapan lagi daripada Menteri macam mana sistem yang perlu ada.

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Yang Berhormat, saya bukan tak ada jawapan. Saya tak sempat masuk nak jawab. Tinggal enam minit lebih. Tapi saya boleh ada bagi jawapan bertulis. Tetapi Yang Berhormat Besut ini sebagai bekas hakim, mungkin dia pun boleh menawar diri menjadi ahli dari tribunal, wallahualam. Yang Berhormat tanya berkenaan dengan sekiranya responden gagal mematuhi perintah pampasan di bawah fasal 43 dan ganti rugi dua kali ganda dikenakan di bawah fasal 44. Apakah kedudukan sekiranya responden benar-benar

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

tidak mampu membayar serta apakah rasional di sebalik penalti tersebut? Itu Yang Berhormat tanya.

Jadi, bagi jawapan Yang Berhormat Besut, kerajaan ingin menjelaskan bahawa fasal 43 memberi kuasa kepada tribunal untuk mengarahkan pampasan sebagai remedi sivil. Manakala, fasal 44 diwujudkan bagi mekanisme penguatkuasaan terhadap ketidakpatuhan yang disengajakan, dengan izin, with full non-compliance terhadap perintah tribunal.

Peruntukan ganti rugi dua kali ganda bukan bersifat automatik sebaliknya berfungsi sebagai dengan izin, deterrent. Undang-undang deterrent undang-undang untuk memastikan perintah tribunal tidak dipandang ringan serta dipatuhi dengan penuh tanggungjawab.

Prinsip ini selaras dengan kaedah umum penguatkuasaan perintah sivil iaitu bahawa perintah yang sah perlu mempunyai implikasi sekiranya diingkari.

Berhubungan isu ketidakmampuan membayar, kerajaan ingin menegaskan bahawa penentuan amaun pampasan di peringkat awal di bawah fasal 43 dibuat berdasarkan fakta kes termasuk keadaan responden dan tribunal mempunyai kebebasan untuk menilai keadaan sebenar pematuhan sebelum mencadangkan apa-apa tindakan lanjut di bawah fasal 44.

draft • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tujuan utama fasal 44 bukan untuk menghukum secara melampau tetapi untuk melindungi keberkesanan sistem keadilan tribunal dan kepentingan mangsa agar mangsa tidak terus dizalimi oleh kegagalan mematuhi perintah yang dibuat secara sah.

Maksudnya, Tuan Yang di-Pertua, yang saya sebut tadi, RM250,000 itu yang paling tinggi. Dia boleh RM5, RM10. Itu terpulang. 50 sen pun boleh. Tapi isunya ialah tribunal yang ada tiga orang itu akan membuat penentuan setelah dua-dua pihak ― tetapi, yang kita tahu bila bercakap tentang quasi-judicial, dia sebenarnya antara pihak dan kita melihat bahawa saya nak tekan yang mana saya dengar antara Yang Berhormat, Yang Berhormat, banyak tidak merujuk kepada fasal 39 iaitu yang disebut sebagai fasal mediasi, pengantaraan.

Ini diwujudkan, Tuan Yang di-Pertua. Sebab, dalam Islam pun kita menggalakkan penyelesaian luar mahkamah, sulh. Tribunal hendaklah memberi keutamaan untuk menyelesaikan aduan buli dengan merundingi satu penyelesaian yang dipersetujui antara pihak-pihak dengan syarat bahawa pihak-pihak mengizinkan keizinan termaklum untuk proses pengantaraan dan tribunal telah

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

menentukan bahawa pengantaraan adalah wajar dalam segala keadaan. Maknanya, kadang-kadang mereka nak bincang penyelesaian di luar tribunal. Dan ini dibenarkan.

Kalau Yang Berhormat semua ingat, kita pernah datang ke Parlimen untuk mewujudkan pindaan kepada Akta Bantuan Guaman dan kalau kita tengok fasal 39(3), Kerajaan MADANI tengah menyediakan bahawa jika pihak memberi satu keizinan untuk proses pengantaraan, mediation, tribunal hendaklah merujuk pihak kepada Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman bagi maksud permohonan bagi perkhidmatan pengantaraan, mediation, untuk mendapat bantuan mediasi dari Jabatan Bantuan Guaman.

Bererti, sebelum dia pergi ke tribunal, kalau dia minta mediasi, dia boleh dengan bantuan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman. Bererti, dalam mana- mana kes di sekolah yang berlaku jika mereka tidak puas hati, mereka boleh berbincang. Tidak bermaksud secara automatik tak puas hati di sekolah terus ke tribunal dan terus dihukum. Itu maksudnya fasal 39.

Jadi, di sini, Tuan Yang di-Pertua, apa yang diharapkan daripada Kerajaan MADANI dalam rang undang-undang ini ialah menentukan dia ada langkah-langkah step-by-step, langkah demi langkah sebagai satu rang undang-undang yang cuba membuatkan satu balancing antara mangsa dengan pelaku, sekolah dengan ibu bapa.

Tetapi, walau bagaimanapun, saya nak tekan di sini, kalau kita tengok pada fasal 29, bidang kuasa tribunal― ada beberapa Yang Berhormat tanya tentang sekolah agama yang tidak dinyatakan di dalam senarai institusi ini. Saya ingin menyatakan di sini bahawa kalau kita tengok bawah fasal 29(2)(a), jika aduan buli ini melibatkan kejadian yang berlaku di bawah pengawalseliaan dan pengawasan institusi pendidikan atau institusi. Maknanya, memang berlaku di bawah sekolah.

Kemudian, ke MARA dan sebagainya. Pengadu telah membuat aduan dan kemudian mendakwa bahawa tiada tindakan dilakukan. Contohnya, dia buat aduan, tiada tindakan dilakukan oleh jawatankuasa yang ada di sekolah yang dijadikan sebahagian daripada undang-undang. Atau aduan itu tidak diuruskan dengan sewajarnya oleh jawatankuasa.

Maknanya, tidak diuruskan secara wajar pada pandangan dia pun, Tuan Yang di-Pertua. Kemudian, atau pengadu telah membuat aduan buli dalam bahagian jawatankuasa merujuk dan jawatankuasa yang suruh rujuk ke tribunal. Bererti, Tuan Yang di-Pertua, jika perkara ini dilakukan dan dia tak puas hati pada mana-mana

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

peringkat, dia boleh lompat daripada jawatankuasa yang diwujudkan di sekolah, dia terus pergi ke tribunal. Bererti, begitu terbuka rang undang-undang ini untuk menentukan bahawa semua pihak itu berpuas hati. Sebab, ini yang dimaksudkan dalam bahasa Inggeris, access to justice, semua kena berpuas hati.

Dan kalau kita tengok fasal 29(2)(b), jika aduan buli melibatkan mangsa kanak-kanak yang merupakan pelajar bagi suatu institusi pendidikan tetapi kejadian itu berlaku di luar sekolah, maknanya di luar pengawalseliaan atau pengawasan institusi tersebut, pun boleh pergi ke tribunal. Habis sekolah pukul 1.00, dia lanyak budak itu pukul 1.15. Jadi, sekolah kata, “Eh, saya tak bertanggungjawab. Saya bertanggungjawab masa waktu sekolah sahaja”. Dia boleh pergi ke tribunal. Mak ayah ataupun penjaga ataupun dia sendiri.

Dan kemudian, 29(2)(c), jika aduan buli melibatkan mangsa kanak-kanak yang bukan di bawah pengawalseliaan atau pengawasan mana-mana institusi pendidikan ataupun institusi. Contohnya, dia tak pergi sekolah langsung. Contohnya, dia belajar di rumah. Ini pun maksudnya kalau pun dia tak pergi sekolah, benda ini berlaku di luar sekolah dan dalam apa keadaan sekali pun, dia boleh pergi kepada tribunal.

Tetapi rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua, diharapnya satu rang undang-undang akan dilihat, satu, sebagai preventive, tetapi lebih penting memberikan keyakinan pada kanak-kanak bahawa mereka mempunyai satu passage untuk mendapat, apa ini, dilihat sebagai legal defense and a legal protection.

Saya, Tuan Yang di-Pertua, jawapan yang begitu tebal. Begitu ramai― 26.

Saya boleh beri jawapan secara bertulis kepada semua dalam masa kurang daripada seminggu supaya semua Ahli-ahli Yang Berhormat boleh berpuas hati kepada rang undang-undang ini. Semua soalan-soalan itu akan dijawab.

Tetapi, saya nak sekali lagi nak mengakhiri dengan mengatakan penghargaan kepada semua pandangan, input, cadangan yang dikongsikan dan saya tahu betapa pilunya beberapa Yang Berhormat di sini yang kejadian kematian semua di dalam kawasan mereka dan mereka memang rasa begitu tergugat. Tetapi, yakinlah daripada Kerajaan MADANI kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kesepuluh, insya-Allah, kita akan cuba selesaikan dengan cara terbaik daripada semua pihak.

Dengan itu, saya memohon sokongan daripada semua pihak terhadap rang undang-undang ini, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana yang telah kita dengar tadi, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibaca kali kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 3:50 PM

Fasal-fasal 1 hingga 54 – Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat. Saya bagi tiga minit.

draft • 3:50 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Secara spesifik, fasal 3(2)(b), “apa-apa penggunaan bahasa”. Sebab, yang lain-lain itu ada perkataan “perbuatan”. Jadi, saya anggap “apa-apa penggunaan bahasa” di sini juga mengambil kira ‘atau perbuatan’. Sebab, menghina, mengugut itu boleh bukan dalam bahasa tetapi dalam perbuatan dan sebagainya.

Fasal 3(2)(d). Dirujuk “apa-apa perbuatan yang memalukan atau mendiskriminasi mangsa berdasarkan jantina, ras, agama atau ketidakupayaan...”. Kalau dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, diskriminasi ini dia melibatkan juga dua lagi elemen iaitu keturunan dan tempat lahir.

Jadi, itu dua perkara yang saya nak timbulkan. Mungkin boleh Yang Berhormat Menteri jelaskan. Terima kasih.

draft • 3:57 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:57 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kepada, kalau diizinlah, kita tengok kepada muka surat 7 dalam versi bahasa Inggeris. Saya nak menyatakan bahawa daripada mulalah kita baca. “A bully means

draft • 3:58 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

any wilful act or directed at a victim by any means, whether committed repeatedly or in a single severe incident which cause physical, psychological or social harm to the victim.” Maknanya, penerimaan itu dia rasa diri dia dibuli sekali pun ataupun lebih kepada sekali itu adalah kepada mangsa tersebut.

“Bully referred to in a subsection (1) may include...” ― termasuk ya. “May include the following― an act that cause physical harm to a victim or his belongings.” Dia merasakanlah. Physical harm. “Any use of language which abuse, threaten or demeaning the victim, which cause harm to a victim’s psychological wellbeing.” Pada dia punya mental health dia ataupun mental kapasiti dia, mental thinking dia, dia melihat bahawa bahasa itu adalah abusive, threaten or demeaning. Sebab, kita tahu bahawa saya tak nak bercakap dalam bahasa yang agak kasar tetapi ― contohnya, mungkin orang di Melaka, ada benda yang orang cakap di Melaka itu tak ada masalah, di Johor itu bahasa agak keras.

draft • 3:58 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Saya tak nak sebutlah. Nanti, kena buang daripada Dewan. Tetapi, mungkin di Pulau Pinang, cara dia bercakap itu nampak kasar tetapi sebenarnya, itu sayang dia. Tetapi, kalau di Kelantan dan Terengganu, orang Johor selalu tak faham apa orang Kelantan, Terengganu cakap sebab dia cakap dalam dialek dia.

Itu sebabnya saya kata, kadang-kadang di sekolah A mengatakan ia adalah buli. Mungkin B katakan dia tidak buli, ataupun C katakan buli dan D katakan tidak buli. Itu semua tertakluk. Itu sebabnya tribunal mempunyai budi bicara. Dan, kemudian yang (c), “Any act which is intended to socially isolate.” itu ialah apa yang disebut sebagai, yang disebut sebagai social bully-lah. Maknanya, saya sebut banyak kali ya, Puan Yang di-Pertua. Kalau 10 orang dijemput ke rumah kata anak dia kahwin, satu orang sebelah rumah dia tak jemput itu macam social bully-lah. Dia tak suka dekat orang itu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Kemudian, “An act that humiliate or discriminate a victim on the basis of sex, race, religion or disability.” Ini yang disebut di dalam akta inilah yang mana kalau kanak-kanak itu merasa perkara tersebut adalah *“humiliate or discriminate a victim on the basis of sex, race, religion or disability, or an act referred to in paragraph (b),

(c) and (d) commited through electronic digital communication.”* Maknanya, pembacaan ini semua ialah pembacaan bersama ya.

draft • 4:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

Jadi, dalam menggunakan perkataan ‘includes’ di mana, wording yang kita pakai ya Yang Berhormat tanya tentang perkataan ya. Perkataannya dalam 3(2), perkataan yang paling penting ialah ‘may include’. Maknanya, memang luas kalau you baca. Kalau dalam Bahasa Malaysia, saya boleh katakan dalam ‘may include’ bermakna buli yang disebut dalam subseksyen (1), ‘boleh termasuk’ perbuatan yang berikut. Jadi, terpulanglah kepada tribunal tersebut bila nak menerima laporan on the measurement of whether is it a bully or not dalam definisi ini. Itu jawapan saya kepada Yang Berhormat.

[****Fasal-fasal 1 hingga 54** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [****Jadual** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Ts. Mustapha Sakmud) dan diluluskan]

draft • 4:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2025

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan rang undang-undang ini.

draft • 4:00 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Puan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025 dibacakan untuk kali kedua sekarang.

Assalamualaikum, salam sejahtera. Selamat petang. Penggubalan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] pada tahun 1981 adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang berperanan untuk menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan perusahaan filem, perfileman di Malaysia.

Di bawah Akta 244, terdapat peruntukan yang berkaitan dengan penubuhan, urusan

draft • 4:05 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

pentadbiran, pengurusan kewangan, pelesenan, penguatkuasaan dan undang- undang bagi aktiviti industri perfileman di Malaysia.

Kerangka pelesenan dan penguatkuasaan di bawah Akta 244 adalah melibatkan aktiviti-aktiviti seperti berikut. Pertama, pengeluaran filem atau production. Segala aktiviti yang berhubung dengan pengeluar atau memproses filem, atau merekod, atau menyalin pita video untuk dilihat oleh orang ramai, atau mana- mana golongan orang ramai.

Kedua, pengedaran filem atau distribution yang termasuk menyewa dan meminjamkan filem untuk keuntungan atau selainnya, mengimport dan mengedarkan filem-filem yang dikeluarkan di luar negeri dan mengedarkan filem yang dikeluarkan di dalam negeri.

Dan ketiga, pameran filem atau exhibition. Tayangan filem untuk dilihat oleh orang ramai atau mana-mana golongan orang ramai.

Semenjak dikuatkuasakan pada 1 Mei 1981, Akta 244 telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pada 15 September 1984 dan 1 April 2013. Secara amnya, industri perfileman negara kini berada pada fasa transisi yang signifikan dan sedang melalui perubahan yang pesat selari dengan perkembangan teknologi baharu. Justeru, keadaan ini menuntut penyelarasan semula kerangka perundangan agar ia kekal relevan dan progresif.

Semakan semula dan cadangan pindaan kepada Akta 244 adalah bertujuan antara lain supaya kandungan peruntukannya selari dengan inovasi teknologi di dalam industri perfileman masa kini dengan mengambil kira kesannya kepada aktiviti-aktiviti utama yang dikawal selia FINAS serta membentuk kawal selia yang lebih menyeluruh dan memastikan tahap pematuhan tinggi oleh penggiat industri perfileman.

Melalui pindaan kepada Akta 244, peraturan dan perundangan subsidiari di bawah akta ini turut akan dipinda bagi memastikan keselarasan dasar serta pelaksanaannya dapat menyokong hala tuju dan visi FINAS sebagai peneraju industri perfileman negara serta pemangkin kepada pembangunan kandungan kreatif tempatan.

Bagi memperkukuh peranan FINAS sebagai agensi utama kerajaan dalam menggalak, memelihara dan memudahkan industri perfileman negara, pindaan ini juga bertujuan untuk memastikan struktur perundangan sedia ada dapat diselaraskan dengan keperluan semasa industri dan bersifat technology neutral dengan izin, iaitu satu pendekatan dasar yang membenarkan kuasa pasaran untuk

draft • 4:05 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

menentukan teknologi terbaik tanpa memihak kepada mana-mana teknologi spesifik agar dapat mempromosikan inovasi dan persaingan.

Dalam konteks industri perfileman, platform yang terlibat ialah kategori video on demand (VOD) yang merujuk kepada platform penstriman video termasuk platform luar negara seperti Netflix, Viu, Hulu, Youtube Kids, Disney+ Hotstar, Amazon Prime, iQIYI, Aha! dan pelbagai yang lain dalam ― serta platform-platform dalam negara seperti Astro Go, Tonton, Iflix, Sooka dan Durioo+. Walau bagaimanapun, penyedia perkhidmatan OTT VOD masih dikecualikan dari keperluan pelesenan FINAS.

Sukacita saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa ekosistem pawagam di Malaysia semakin berkembang seiring dengan peredaran masa walaupun terdapat platform digital baharu seperti OTT yang menyediakan perkhidmatan pempameran filem bagi filem-filem baharu yang dihasilkan. Pawagam di Malaysia masih kekal relevan sehingga kini berdasarkan data jumlah kutipan tiket filem di bawah Skim Wajib Tayang sebelum dan selepas pandemik 19. Sebagai contoh pada 2018, bilangan filem terdapat 50 dengan jumlah kutipan RM130.5 juta.

draft • 4:05 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Manakala kalau kita bandingkan pada tahun lalu 2024, terdapat 58 filem yang telah mengutip RM125.2 juta. Ini adalah filem-filem skim wajib tayang. Dan jumlah tertinggi adalah pada tahun 2022, sebanyak 47 filem tetapi kutipannya RM192.7 juta.

Kalau kita lihat dari jumlah skrin pawagam dari tahun 2021 hingga 2025, terdapat sedikit penguncupan yang mana jumlah pawagam pada 2021 adalah sebanyak 165 manakala pada tahun ini, 154 jumlah pawagam. Dan jumlah skrin telah berkurangan 1,203 menjadi 1,161 manakala jumlah tempat duduk bagi mereka yang pergi ke pawagam adalah 194,686 pada tahun 2021 berbanding 173,789 pada tahun ini.

Bermaksud Puan Yang di-Pertua, walaupun jumlah tempat duduk, jumlah pawagam telah berkurangan, namun jumlah kutipan kekal tinggi. Bermaksud, rakyat Malaysia tetap gemar, tetap suka untuk pergi menonton filem di panggung wayang gambar atau pawagam.

Manakala kalau kita teliti dan kita buat perbandingan harga tiket pawagam di Malaysia berbanding beberapa negara yang lain, jelas dibandingkan mengikut harga ataupun mengikut mata wang US Dolar. Di Indonesia, harga purata tiket adalah USD2.5 manakala di Singapura adalah USD9.3 dan dibandingkan dengan Malaysia iaitu USD4.2, kalau hendak dibandingkan. Bermaksud, harga tiket wayang di

draft • 4:10 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Malaysia masih munasabah dan antara tiga yang terendah berbanding negara- negara sekitar rantau ini.

Justeru, dapat dirumuskan bahawa pawagam-pawagam di Malaysia masih relevan untuk terus dipelihara pada masa ini memandangkan ramai yang hadir ke pawagam berdasarkan data kutipan tiket wayang.

Puan Yang di-Pertua, industri filem di Malaysia juga masih relevan. Antara lain, didorong oleh peningkatan pelaburan asing. Antara pencapaian utama bagi tempoh 2021 sehingga 2025 setakat bulan Disember ini:

(i) nilai pelaburan keseluruhan telah melebihi RM1.02 bilion melibatkan produksi antarabangsa dan domestik;

(ii) lebih 160 projek telah diluluskan merangkumi filem, siri TV, dokumentari dan animasi;

(iii) 16,300 peluang pekerjaan telah diwujudkan dalam sektor kreatif dan teknikal; dan

(iv) semua pelaburan ini telah membolehkan impak ganda sebanyak RM3.5 bilion.

Bagi maksud peluasan kuat kuasa pindaan Akta 244 kepada platform OTT, hanya aktiviti pengeluaran filem ataupun production dan aktiviti pengedaran filem

(distribution) sahaja yang tertakluk kepada kawal selia FINAS.

Bagi maksud aktiviti pempameran filem yakni exhibition, peluasan kawal selia FINAS ini adalah bergantung kepada penguatkuasaan pelesenan platform VOD terlebih dahulu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Maka pada waktu ini, kita belum lagi berhasrat untuk mengenakan lesen sama ada FINAS ataupun bawah MCMC kepada OTT, untuk makluman semua.

Dan, oleh kerana ada beberapa Ahli Parlimen yang berpandangan, ada salah faham, LPF (Lembaga Penapisan Filem) bukan bawah Kementerian Komunikasi, bukan bawah FINAS. Itu adalah bawah Kementerian Dalam Negeri. Jadi, tak boleh rujuk kepada saya. That is not my purview untuk makluman dengan izin, Puan Yang di-Pertua.

Selain itu juga, peruntukan sedia ada Akta 244 sebenarnya telah merangkumi semua bentuk aktiviti pengeluaran dan pengedaran yang dijalankan di Malaysia bagi tujuan komersial. Antaranya filem, drama televisyen, siri TV, dokumentari, animasi serta iklan yang dipamerkan di platform tradisional seperti TV, satellite TV dan pawagam dan juga platform baharu seperti OTT dan media sosial.

draft • 4:10 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Justeru, pindaan kepada Akta 244 ini akan mengukuhkan lagi kawal selia dan penguatkuasaan kepada aktiviti-aktiviti ini. Manakala skop aktiviti yang dikawal selia akan diperincikan lagi melalui pindaan kepada perundangan subsidiari seperti peraturan-peraturan yang akan menyentuh perkara mustahak seperti kebajikan pekerja, contract standard yang menyentuh perlindungan insurans seperti caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial atau PERKESO.

Had waktu kerja, hak cipta dan penambahbaikan skim wajib tayang. Perincian lanjut berhubung perkara-perkara ini akan dibincangkan kelak melalui sesi libat urus bersama dengan industri dan pemegang taruh.

Pindaan kepada Akta 244 ini digubal bukan untuk menyekat atau mengongkong kreativiti penggiat industri, tetapi bertujuan memastikan perkembangan bakat dan inovasi dapat berlangsung dalam ekosistem yang lebih tersusun dan teratur.

Dengan dasarnya untuk memperluas skop kawal selia kepada teknologi baharu termasuk platform digital, pindaan ini juga akan memberi implikasi kepada pindaan perundangan subsidiari yang memperincikan bentuk perlindungan yang lebih jelas kepada penggiat industri termasuk isu kebajikan kru, standard kontrak, jaminan pekerjaan dan bayaran kepada kru dan juga keselamatan produksi di mana kebajikan kru dan pekerja sentiasa terjamin.

Puan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025 mengandungi 19 fasal seperti yang diperincikan dalam salinan rang undang-undang dengan izin, blue bill yang telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat.

Secara keseluruhannya, pindaan dalam Akta 244 melibatkan pindaan kepada peruntukan sedia ada bagi tujuan penambahbaikan, pengenalan peruntukan baharu dan pindaan berbangkit kepada pengenalan peruntukan baharu dan pindaan kepada peruntukan sedia ada. Pindaan Akta 244 merangkumi aspek-aspek utama berikut:

(i) pembangunan industri;

(ii) good governance, dengan izin atau penambahbaikan tadbir urus; dan

(iii) pemantapan fungsi dan penguatkuasaan.

Bagi maksud aspek pembangunan industri, fasal yang berkaitan adalah fasal 4 iaitu pindaan kepada seksyen 6 yang bertujuan bagi meluaskan kuasa perbadanan untuk menyediakan latihan yang berhubungan dengan perusahaan filem dan untuk

draft • 4:10 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berkaitan dengan tugas perbadanan di bawah Akta 244.

Bagi maksud aspek good governance atau penambahbaikan tadbir urus, fasal yang berkaitan adalah fasal 2, 3, 5, 6, 7, 8 ,10, 15 dan 19. Pindaan-pindaan ini bertujuan untuk:

Fasal 2 mengemas kini takrifan tertentu sedia ada bagi memastikan takrifan- takrifan ini dikemas kini mengikut peredaran masa.

Fasal 3 mengemas kini keanggotaan perbadanan.

Fasal 5 memperuntukkan bahawa pengerusi perbadanan atau mana-mana orang atau badan yang diwakilkan dengan tugas atau kuasa perbadanan di bawah seksyen 7 Akta 244 hendaklah mematuhi dan mengambil kira semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh perbadanan dan semua kehendak tatacara dan perkara sebagaimana yang dinyatakan oleh perbadanan.

Fasal 6 yang bersifat editorial dan bertujuan untuk meminda subseksyen 8(2) Akta 244 dalam teks bahasa kebangsaan untuk membetulkan sebutan mengenai perbadanan.

Fasal 7 bertujuan meminda subseksyen 13(3) Akta 244 untuk mengubah keanggotaan jawatankuasa yang dilantik oleh perbadanan daripada tidak lebih daripada lima orang ahli kepada tidak kurang daripada dua, tetapi tidak lebih daripada enam orang.

Fasal 8 bertujuan meminda seksyen 15 Akta 244 untuk mengadakan peruntukan bagi obligasi yang dikenakan terhadap ahli perbadanan atau ahli jawatankuasa perbadanan untuk menyatakan kepada perbadanan jenis dan had syer atau kepentingan yang dipunyai oleh ahli itu atau yang diperoleh melalui ahli keluarga atau sekutunya. Fasal ini juga bertujuan untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 15 Akta 244 dari penjara selama lima tahun kepada 10 tahun dan daripada denda sebanyak RM25,000 kepada RM250,000.

Ini adalah selaras dengan teguran daripada Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2021. Di mana hasil penemuan Laporan Ketua Audit Negara, ini adalah berkaitan penyaluran dana kandungan digital berjumlah RM4 juta kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan ahli perbadanan atau jawatankuasa. Maka dengan pindaan ini, ahli perbadanan atau jawatankuasa perbadanan hendaklah menyatakan kepentingan yang diperoleh melalui sekutu atau anggota keluarganya.

draft • 4:10 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Fasal 10 bertujuan untuk memotong seksyen 22A Akta 244 yang mengadakan peruntukan bagi pengeluaran perakuan merit bagi filem subjek ringkas oleh Perbadanan memandangkan Perbadanan tidak lagi berniat untuk mengeluarkan perakuan itu.

Fasal 15 bertujuan meminda seksyen 29 Akta 244 untuk menekankan bahawa mana-mana ahli, pegawai atau penjawat Perbadanan yang dilantik oleh perbadanan hendaklah menjaga kerahsiaan apa-apa maklumat berkenaan dengan penubuhan, urusan kewangan, transaksi atau hal ehwal perbadanan atau mana- mana jawatankuasanya sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajian ahli, pegawai atau penjawat perbadanan atau ahli jawatankuasa itu.

Fasal ini juga bertujuan untuk menaikkan penalti bagi kesalahan di bawah seksyen 29 Akta 244 dari penjara selama dua tahun kepada tiga tahun dan daripada denda sebanyak RM5,000 kepada RM100,000.

Fasal 19 bertujuan meminda jadual kepada Akta 244 untuk memasukkan perenggan baharu 1A ke dalam jadual untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan Pengerusi sementara bagi Perbadanan dan untuk meminda subperenggan 3(2) Akta 244 berbangkit daripada peniadaan jawatan Timbalan Pengerusi daripada keanggotaan Perbadanan.

Puan Yang di-Pertua, bagi maksud aspek pemantapan fungsi dan penguatkuasaan, fasal yang berkaitan adalah fasal 9,11,12,13,14,16,17 dan 18.

Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 20A ke dalam Akta 244 untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa Perbadanan untuk menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 untuk menjalankan atau untuk terlibat dalam aktiviti Perbadanan yang telah dirancang atau dijalankan oleh perbadanan dalam pelaksanaan tugasnya dan perjalanan kuasanya di bawah perenggan 6(1)(f) dan 6(2)(b), (c) dan (h) Akta 244.

Fasal 11 bertujuan memasukkan subseksyen baharu 24B(2) ke dalam Akta 244 untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan yang boleh dipatahkan berkenaan dengan orang yang mengambil bahagian dalam pengeluaran sesuatu filem.

Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 25 Akta 244 untuk menaikkan penalti bagi kesalahan pelanggaran mana-mana peruntukan di bawah Bahagian V Akta 244 dari denda sebanyak RM50,000 kepada RM250,000 dan dari penjara selama dua tahun kepada lima tahun.

draft • 4:20 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 26H Akta 244 untuk memperuntukkan bahawa tiada pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Akta 244 atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta 244 boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya.

Fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 26K Akta 244 untuk mengemas kini peruntukan mengenai pengkompaunan kesalahan di bawah Akta 244 atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta 244.

Fasal 16 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu, seksyen 29A berhubungan pengisytiharan palsu. Peruntukan ini dimasukkan bertujuan untuk memperketat penalti bagi pengisytiharan yang tidak betul dan pemalsuan dokumen.

Selanjutnya, pindaan juga memasukkan seksyen baharu, seksyen 29B bagi memberi Perbadanan kuasa untuk mengeluarkan garis panduan bagi pelaksanaan Akta 244.

Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 34 untuk meluaskan kuasa Perbadanan bagi membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat bagi pelaksanaan Akta 244.

Fasal 18 bertujuan untuk meminda seksyen 34A untuk membenarkan pengecualian oleh Menteri kepada mana-mana peruntukan yang dibuat di bawah perundangan subsidiari.

Puan Yang di-Pertua, hasrat kerajaan ialah supaya Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025 bukan sahaja memperkukuh tadbir urus dan kawal— dan fungsi kawal selia FINAS agar terus relevan seiring dengan kemajuan teknologi dan perubahan landskap semasa bagi industri perfileman malah turut dapat menyelaras dan meningkatkan pematuhan oleh para penggiat industri dalam menjalankan aktiviti perfileman. Ini bagi memastikan ekosistem industri perfileman kekal terpelihara dan beroperasi dengan lebih teratur, profesional dan berintegriti.

Melalui pindaan ini juga, FINAS akan berupaya meningkatkan kapasiti dan keberkesanan fungsi-fungsi utamanya dalam menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri perfileman negara. Mari kita sama-sama menggalak, memelihara dan memudahkan kemajuan industri filem negara dengan sama-sama menyokong penggubalan rang undang-undang ini.

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadang.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Puan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas. YB Shah Alam, YB Tasek Gelugor, YB Bangi, YB Batu Pahat, YB Pokok Sena, YB Rasah, YB Kampar, YB Kangar dan YB Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025 yang bertujuan mengemas kini Akta 244 agar selaras dengan keperluan industri kreatif, teknologi AI serta platform digital masa kini.

Ada satu pepatah arab yang mengatakan, [Berucap dalam bahasa Arab] Maksudnya ialah penduduk Mekah itu lebih tahu tentang selok-belok, lorong-lorong, ceruk mana yang perlu dilalui oleh mereka. Ini pepatah Arab yang bermaksud bahawa expert itulah yang mengetahui tentang subject matters yang mereka perlu lakukan.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan pihak kementerian kerana membawa masuk mereka yang benar-benar mahir, terlibat dan memahami selok-belok industri perfileman ini ke dalam Ahli Lembaga FINAS termasuk Pengerusi FINAS yang baharu. Kita harapkan ada perubahan- perubahan yang bakal dilakukan untuk membawa kebaikan kepada industri ini termasuklah dengan memulakan pindaan kepada RUU yang kita bincangkan pada hari ini.

Era 80-an, negara kita didedahkan dengan filem-filem dari India, filem Bollywood. Jalan cerita dan budaya dalam filem tersebut secara tidak langsung membentuk budaya masyarakat kita. Saya masa ketika itu dalam peringkat sekolah menengah. Memang kita pun sempat jugalah tengok filem-filem Bollywood ini, Qurbani dan sebagainya.

draft • 4:25 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Wow!

draft • 4:25 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Mungkin orang sekarang tak tahu filem Qurbani itu. Kalau, kalau YB Hulu Langat mungkin dia boleh nyanyikanlah.

Saya tak berapa pandai nyanyi.

Ia mempengaruhi banyak tentang budaya masyarakat kita. Paling dekat, cara kita berpakaian dan juga budaya makan kita. Sebab itulah orang dulu-dulu dia boleh makan, sampai sekarang hidupnya tak boleh lari daripada makan roti canai, capati, beriani. Ini orang-orang sekarang ini. Dan restoran-restoran itu boleh hidup sampai sekarang.

Era 90-an dan juga 2000, negara kita dihujani dengan filem-filem Hollywood daripada Amerika Syarikat. Macam-macamlah, pelbagai filem, Rambo, sampai satu, dua, tiga, empat dan sebagainya. Dia pun mempengaruhi kehidupan kita, masyarakat, budaya kita, berpakaian, makan dan sebagainya. Lahirlah masyarakat yang terbiasa makan dengan burger, fried chicken, hotdog dan juga pizza.

Sekarang ini, anak-anak kita, ke mana dia pergi? Dia pergi kedai restoran Korea, restoran Jepun, Suki-Ya dan sebagainya. Saya pun daripada asal tak reti nak makan, dah pandai pergi Suki-Ya sekarang ini, sedap, Puan Pengerusi. Memang sedap. Tapi dia bukan datang secara kebetulan, dia datang dengan filem. Filem-filem daripada Korea. Inilah filem-filem yang ditonton oleh anak-anak kita sampai dia boleh faham bahasa Korea, boleh faham bahasa Jepun, boleh terjemah dan boleh tulis tanpa pergi ke kelas-kelas bahasa. Ini yang mempengaruhi anak-anak kita.

Oleh itu, pada saya, FINAS yang terdapat dalam industri — yang mempelopori industri perfileman ini memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik anak bangsa kita, mewujudkan filem-filem yang melahirkan semangat patriotisme, membentuk keharmonian dalam negara kita ini.

draft • 4:25 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Kita tak tahu filem-filem yang mungkin lima ataupun 10 tahun kebelakangan ini adakah dia menjadi filem yang evergreen sebagaimana filem-filem yang telah pun dilahirkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Yang sekarang ini kalau kita lihat dan kemudian kalau kita relate dengan kehidupan, setiap bait-bait, jalan ceritanya itu ada makna yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan semasa, boleh kita jadikan sebagai iktibar. Sebab itu pada saya FINAS harus memainkan peranan ini untuk memastikan dia bukan sahaja sekadar untuk memberikan hiburan tetapi juga sebagai mendidik masyarakat dalam negara kita ini.

Dan kita harapkan dengan beberapa garis panduan yang baharu yang diwujudkan ini dengan perkembangan teknologi AI dan kreativiti yang dilakukan oleh

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

industri terbaharu ini akan dapat memastikan bahawa segala kemudahan teknologi itu digunakan dengan sepenuh-penuhnya untuk memastikan bahawa industri ini dapat berjalan dengan baik sebagai sebahagian daripada agen untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang patriotik, yang menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian negara kita.

Ada satu sahaja soalan yang ingin saya bertanya kepada pihak Menteri ialah berkenaan dengan content creator dan influencer yang dikatakan tidak tertakluk kepada pelesenan yang baharu ini. Adakah kerajaan akan memasukkan klausa ataupun garis panduan secara bertulis untuk mengesahkan bahawa kandungan media sosial individu tidak akan dilesenkan agar ia tidak bergantung semata-mata kepada pentafsiran yang mungkin longgar. Sebab kita pun di kalangan Ahli Parlimen pun sendiri ramai yang mempunyai team, pasukan-pasukan yang terlibat dalam mengendalikan content, content yang mungkin bersifat video pendek dan seumpamanya. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.

draft • 4:30 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Terima kasih Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang di-Pertua, saya secara asasnya menyokong sebarang usaha untuk kita memodenkan badan-badan yang terlibat dalam industri kreatif terutamanya agensi seperti FINAS. Tapi persoalan yang saya inginkan timbulkan dalam perbahasan pada petang ini ialah adakah pindaan-pindaan yang dicadangkan ini dan yang dibawa dalam Dewan pada hari ini benar-benar membantu FINAS untuk melaksanakan mandat yang diberikan kepada FINAS untuk dijalankan?

Piagam Pelanggan FINAS menetapkan bahawa FINAS mestilah — saya bacakan, *“Memberi perkhidmatan yang cekap, mesra, adil dan saksama.

Menyediakan latihan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti sumber manusia dalam industri. Menyediakan peralatan dan infrastruktur bagi memenuhi keperluan industri. Memberi khidmat nasihat kepada pengamal filem untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran dan akhir sekali memantau dan menyelaras aktiviti-aktiviti ke arah membangunkan industri filem berdasarkan fakta”.* Ini adalah janji-janji asas FINAS kepada kita sebagai rakyat dan kepada industri secara umumnya.

draft • 4:32 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Namun, saya tak berapa pasti dalam pindaan yang dibawa ke Dewan pada hari ini yang mana satu sebenarnya yang membantu FINAS untuk memenuhi piagam pelanggan ini. Saya bagi contoh, yang pertama RUU ini mencadangkan peningkatan besar hukuman di bawah seksyen 15 dan seksyen 25. Seksyen 15, penjara lima tahun seperti disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Penjara lima tahun naik kepada 10 tahun. Denda RM25,000 naik kepada RM250,000. Seksyen 25 pula menaikkan denda daripada RM50,000 kepada RM250,000 dan hukuman penjara daripada dua tahun kepada lima tahun.

Jadi, persoalannya, adakah benar masalah yang industri kita hadapi selama ini adalah masalah penalti yang terlalu kecil atau adakah sebenarnya industri kita tidak berdaya saing dan tidak mampu untuk menghasilkan filem-filem yang benar- benar popular di mata rakyat?

Tapi di waktu yang sama, saya nak iktiraf juga sebenarnya banyak peningkatan yang berlaku dalam industri perfileman negara kita. Bagaimanapun bagi saya, kita sedang berdepan cabaran yang jauh lebih mendasar dari segi nature-nya, budaya menonton kita yang lemah, kurang literasi filem, dana yang terhad, peluang pertunjukan yang semakin mengecil, persaingan platform global. Tadi Shah Alam sebut mengenai filem-filem daripada luar negara, sekarang ini dengan Jepun, dengan Koreanya dan macam-macam lagi. Masalah latihan teknikal dan jurang kemahiran digital.

Ini faktor-faktor yang membantutkan pertumbuhan industri. Maka, bagaimana pindaan-pindaan yang dibuat ini boleh membantu menghasilkan filem-filem yang lebih bermutu seperti mana yang sepatutnya menjadi tanggungjawab FINAS?

Bagaimana ia dapat membantu pembikin-pembikin filem muda, pelajar atau syarikat- syarikat kecil yang sedang cuba untuk bertatih dalam industri?

Saya melihat pindaan ini memberikan FINAS kuasa menghukum yang lebih besar tetapi saya tak nampak apa alat yang disediakan untuk membangunkan ekosistem industri. Saya juga nak menyentuh mengenai cadangan menambah seksyen 20A yang memberi kuasa kepada FINAS untuk menubuhkan anak syarikat di bawah Akta Syarikat 2016.

Yang di-Pertua, industri filem ini bukan gelanggang untuk anak-anak syarikat yang berkait dengan kerajaan yang kita nak tambah bilangannya melalui pindaan akta ini untuk mereka bersaing dengan pemain industri persendirian. Sebaliknya, FINAS sepatutnya fokus pada peranannya untuk memperkasa pemain industri yang sedia ada, bukannya menubuhkan anak-anak syarikat yang dikhuatiri akan

draft • 4:32 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

menyaingi mereka yang berada dalam industri sekarang secara persendirian.

Cadangan ini boleh merumitkan keadaan kerana ia membuka ruang kepada konflik kepentingan antara peranan FINAS sebagai pengawal selia dan sekarang akan menjadi pemain industri juga.

Kita telah melihat banyak contoh anak syarikat agensi kerajaan yang gagal sehingga akhirnya menjadi beban kepada fiskal negara. Dalam industri yang dinamik dan tidak menentu, anak syarikat FINAS mungkin menanggung kos operasi yang besar tanpa jaminan pulangan. Apa akan berlaku sekiranya syarikat-syarikat ini gagal?

Dan lebih penting lagi apa jaminan bahawa anak-anak syarikat ini tidak akan bersaing dengan pemain-pemain industri yang sedia ada yang datang daripada sektor swasta, membuat pelaburan sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan? Apa jaminan bahawa penubuhan anak-anak syarikat ini tidak akan mewujudkan crowding out effect dalam industri perfileman?

Bagi saya Yang di-Pertua, ini bukan hala tuju terbaik untuk memajukan industri perfileman negara. Daripada satu usaha kerajaan untuk reduce, dengan izin, reduce the role of government in business, tiba-tiba akta ini membuka ruang untuk meningkatkan lagi peranan kerajaan dalam dunia perniagaan. Saya juga ingin mendapat penjelasan apakah hubungan, hubung kait antara pindaan ini dengan pelan pemerkasaan dan transformasi FINAS yang diterbitkan pada tahun 2022?

Dalam pelan itu, FINAS telah merangka beberapa perancangan yang menekankan pembangunan kemahiran tenaga kerja dan macam-macam lagilah.

Masa tak banyak. Jadi, saya tak nak sebut secara detil. Keperluan kepada pindaan ini juga ada disebut dalam pelan transformasi tersebut. Malahan, dalam Perkara 5.6.2 A2 pelan tersebut dinyatakan dengan jelas cadangan-cadangan pindaan akta yang diperlukan. Jadi, soalan saya bolehkan Yang Berhormat Menteri perincikan bagaimanakah cadangan-cadangan yang ditimbulkan dalam pelan transformasi tersebut diterjemahkan dalam pindaan-pindaan yang dibawa kepada Dewan pada hari ini?

Bagi saya, sebagai penutupnya Yang di-Pertua. Pindaan-pindaan yang dibuat haruslah selari dengan pelan pembangunan jangka panjang yang diterbitkan oleh FINAS sendiri dan bukannya terpisah daripada apa yang dicadangkan oleh pihak mereka. Terima kasih. Assalamualaikum.

draft • 4:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 4:32 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, hari ini kita membahaskan Rang Undang-undang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025. Saya sambut baik rang undang- undang ini dan langkah kerajaan untuk mengemas kini undang-undang dan dasar bagi mengangkat mutu filem tempatan supaya filem tempatan kita dapat mendepani cabaran hari ini dan juga cabaran masa hadapan.

Seperti yang telah disebut oleh YB Menteri tadi industri filem kita semakin berubah. Kalau dulu filem ditayangkan di pawagam sahaja kini filem juga ditayangkan melalui platform penstriman seperti Netflix, Disney Hotstar, Amazon Prime dan juga platform tempatan seperti Astro GO. Filem pun sekarang ini Puan Yang di-Pertua ada disiarkan di Facebook dan juga di YouTube. Kalau dulu untuk buat filem kita perlu ada kru yang lengkap. Ada jurugambar, pengarah, penulis skrip dan sebagainya. Tapi sekarang kalau nak buat filem Puan Yang di-Pertua, kita boleh guna phone sahaja. Ada filem barat yang dihasilkan hanya menggunakan iPhone Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:38 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Jadi, industri filem sekarang semakin berubah dan FINAS juga harus berubah sama. Jadi, pindaan ini pada saya baik tetapi pada masa yang sama kita juga perlu lihat semula dan menambah baik Dasar Filem Negara.

Saya terus merujuk kepada fasal 4 rang undang-undang ini Puan Yang di- Pertua iaitu pindaan terhadap seksyen 6 sub (2) akta ibu berkaitan dengan tugas dan kuasa FINAS. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara berkenaan dengan tugas dan kuasa FINAS ini. Pertama saya nak bangkitkan tentang Skim Wajib Tayang (SWT) yang saya pernah bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Kita tahu SWT ini mewajibkan pawagam untuk menayang filem tempatan selama 14 hari tetapi dalam empat hari yang pertama sekiranya tidak capai 15 peratus jumlah penonton, pawagam boleh kurangkan tayangan.

Maka secara realitinya, perlindungan sebenar itu bukan 14 hari tetapi empat hari yang awal sementara baki 10 hari adalah atas budi bicara pawagam. Jadi, yang empat hari itu Puan Yang di-Pertua adalah penting untuk pastikan bahawa filem tempatan itu dapat kutipan yang mencukupi. Selepas empat hari pawagam boleh kurangkan tayangan dan malang sekali boleh letak slot filem itu di slot apa industri panggil slot bunuh diri iaitu contohnya pada 10.00 pagi ataupun pada waktu maghrib

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

contohnya. Ini selalu terjadi pada filem tempatan yang tak dapat kutipan dan disebabkan perlindungan ini adalah atas hari, maka satu tayangan di satu pawagam selama 10 hari berikutnya pun memenuhi SWT ini.

Jadi sebagai perbandingan Puan Yang di-Pertua, kalau kita tengok di setengah negara lain, perlindungan yang diberikan kepada filem tempatan adalah atas kuota skrin. Misalnya di Korea yang melaksanakan 73 hari keseluruhan dalam setahun untuk filem tempatan mereka. Ada beza besar di antara jumlah hari tayang, jumlah skrin tayang dan jumlah tayangan. Kita kena ingat SWT ini tidak mengambil kira keadaan pawagam juga yang kini multiplex. Peraturan SWT ini digubal semasa pawagam beroperasi kebanyakannya dengan satu atau dua skrin seperti pawagam lama seperti Rex, Odeon atau Coliseum.

Maka saya ingin mendapat tahu daripada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan akan membuat penambahbaikan kepada SWT ini untuk benar-benar melindungi dan memberi peluang kepada filem-filem tempatan terutama sekali filem independent. Ya, untuk filem yang bajet besar, mereka ada bajet untuk marketing. Jadi, empat hari yang pertama itu mereka tak ada masalah untuk dapat kutipan tetapi yang untuk filem yang kecil-kecil ini, Puan Yang di-Pertua.

Filem-filem tempatan bukan hanya bersaing dengan filem Bollywood tapi juga dengan filem dari negara jiran seperti Indonesia. Adakah kerajaan bersedia untuk memperkenalkan sistem kuota, jumlah skrin dan jumlah tayangan dan tidak lagi hanya memberi perlindungan pada hari tayangan? Tetapi pada masa yang sama untuk adil kepada pawagam, penerbit juga mesti meningkatkan mutu penerbitan filem. Tidak mungkin kita boleh paksa pawagam tayangkan filem yang teruk atau buruk. Ini menjadi — kita kena ingat bahawa pawagam juga adalah satu perniagaan dan mereka bukan buat kerja pro bono seperti sesetengah peguam.

Satu lagi perkara saya minta sedikit masa Puan Yang di-Pertua. FINAS perlu ada program pembangunan kapasiti pembikin filem yang merentasi semua peringkat dan program ini mesti jelas dan berfasa dan saya ingin merujuk kepada Jogja- NETPAC Asian Film Festival (JAFF) yang sedang berlangsung di Indonesia pada ketika ini. Kita nak melihat satu visi yang jelas daripada FINAS dan kerajaan tentang di mana kita nak bawa industri filem kita.

Saya nak mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa filem ini bukan sekadar hiburan semata-mata. Filem sebagai satu bentuk seni mempunyai impak yang begitu besar ke atas masyarakat. Filem bawa suka dan duka, filem bawa tawa dan hiba, filem adalah satu jenis escapism. Dengan filem Puan Yang di-Pertua, kita

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

boleh melawan Voldermot di Hogwarts. Kita boleh tunggang kuda dengan Riders of Rohirrim dan kita boleh berdepan dengan T-Rex di Isla Nublar.

Dengan filem kita boleh melalui cabaran pasukan MALBATT di Somalia.

Dengan filem kita boleh dibawa mengikut satu journey di Cameron Highlands dan dengan filem juga kita dapat melihat liku-liku kehidupan seorang pemuzik dengan ibu mertua yang horror. Filem mencerminkan identiti nasional kita dan ia juga boleh menjadi satu social critic seperti filem-filem Jagat, Abang Adik dan contohnya.

Jadi, marilah kita sama-sama jadikan filem Malaysia ini, kita angkat di satu persada yang lebih baik supaya kita boleh jadikan filem ini sebagai satu cultural export Malaysia seperti yang kita lihat di India, Korea Selatan dan Indonesia. Jadi Puan Yang di-Pertua, dengan kata-kata ini, sama-samalah kita merangkul kekuatan untuk meningkatkan industri filem tempatan dan membawakannya ke persada yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong.

draft • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Batu Pahat akan meneruskan pada petang ini iaitu pindaan Akta 244 dan Dasar Filem Negara 2025 ini adalah amat penting dan tepat pada masanya bagi memperbaharui hala tuju pembangunan industri perfileman Malaysia khususnya kita sedang berhadapan dengan perubahan teknologi yang sangat besar termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI), inovasi digital serta evolusi bentuk penerbitan kandungan.

Pindaan ini juga bukan sahaja bertujuan untuk memperkukuhkan daya saing industri filem tempatan, bahkan memastikan karya yang diterbitkan terus menjiwai jati diri nasional merangkumi budaya, nilai dan citra masyarakat Malaysia serta cukup kompetitif untuk bersaing di pasaran serantau dan antarabangsa.

Puan Timbalan Speaker, dalam konteks ekonomi, pindaan Akta 244 dan pindaan Dasar Filem Negara 2025 ini mengangkat industri filem sebagai salah satu pemacu utama ekonomi kreatif serta penyumbang signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Industri filem ialah antara komponen yang sangat bernilai tinggi yang mampu membawa limpahan ekonomi melalui peluang pekerjaan, pembangunan bakat, pelaburan studio, rantaian teknikal, pemasaran digital dan penciptaan hak intelek.

draft • 4:45 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Maka Batu Pahat ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah jaminan bahawa dengan kelulusan pindaan RUU ini, industri filem negara tidak hanya hidup dalam keadaan sendu, tidak telus atau tidak ketinggalan berbanding negara lain atau erti kata lain mampukah mengorak langkah lebih maju ke hadapan. Pada masa yang sama, bagaimana pihak kementerian untuk memastikan garis panduan FINAS tidak terlalu ketat sehingga menghalang kreativiti, inovasi dan pertumbuhan industri.

Puan Timbalan Speaker, Batu Pahat juga memohon penjelasan terperinci mengenai inisiatif pembiayaan, insentif pelaburan, proses penerbitan, promosi serta ekosistem pemasaran selepas pindaan ini berkuat kuasa. Ini kerana bagi memastikan keberhasilan menyeluruh, industri filem kita ini mesti dilihat sebagai satu rantaian lengkap bermula daripada penulisan skrip, penghasilan, penilaian, penapisan, pemasaran sehinggalah kepada eksport karya dan pemindahan hak intelek.

Oleh itu, bolehkan pihak kementerian nyatakan berapa jumlah kuantiti pemasaran dan promosi yang bakal dilaksanakan oleh FINAS di dalam negara dan di luar negara pada tahun hadapan?

Puan Timbalan Speaker, Batu Pahat ingin menyentuh fasal 2 seksyen 2 berkaitan pemotongan istilah “filem subjek ringkas”. Mohon pencerahan daripada pihak kementerian, apakah selepas pindaan ini filem dokumentari, animasi, karya pendidikan, kebudayaan dan kandungan seumpamanya tidak lagi mempunyai kategori khas atau kesemuanya telah dimasukkan ke pengelasan filem pendek. Dan sekiranya dikategorikan filem pendek, apakah garis panduan khusus telah diwujudkan termasuklah had tempoh masanya, syarat teknikal, bentuk pemfailan hak cipta dan prosedur untuk kelulusan?

Puan Timbalan Speaker, Batu Pahat ingin merakamkan penghargaan dan syabas kepada pihak kementerian dan FINAS kerana telah mengadakan lebih 15 sesi libat urus bersama persatuan industri seksyen televisyen dan pihak berkepentingan termasuk tujuh siri townhall sebelum RUU pindaan 2025 ini dibentangkan untuk bacaan kedua hari ini. Ini membuktikan pendekatan kerajaan yang inklusif mendengar pandangan pihak industri serta mengambil kira kepentingan pemegang taruh.

draft • 4:45 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Dalam semangat penambahbaikan ini, Batu Pahat juga ingin mencadangkan Lembaga Penapis Filem negara dipindahkan dari Kementerian Dalam Negeri terus ke Kementerian Komunikasi, terus ke bawah FINAS. Ini kerana FINAS adalah badan

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

yang mempunyai kepakaran dan kefahaman yang mendalam berkaitan konteks industri filem, termasuk aspek estetika, naratif, seni, budaya dan etika berbanding pendekatan penguatkuasaan semata-mata. Dengan pengelolaan oleh FINAS, urusan garis panduan penapisan akan lebih harmoni dengan falsafah pembangunan kreatif negara.

Puan Timbalan Speaker, sebagai penutup, Batu Pahat ingin mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian kerana pindaan Akta 244 ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan serta tidak memberi kesan terhadap mana-mana peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Dengan pindaan ini juga, FINAS diyakini akan lebih diperkasakan untuk terus kekal relevan pada masa kini dan pada masa hadapan. Ia nya juga bukan sekadar memenuhi tuntutan industri kreatif, malah menjadi platform penting yang menyokong dasar nasional, memperkukuhkan identiti budaya negara dan membuka ruang baharu kepada generasi baharu penggiat seni tanah air.

Dan sebelum berakhir, bolehkah pihak kementerian, berapa jumlah pelaburan antarabangsa seperti di MIPCOM pada bulan Oktober 2025 baru-baru ini?

Ada angka jumlah ataupun pelaburan yang bakal dibawa masuk ke dalam industri kreatif pada tahun hadapan? Dan saya ucapkan tahniah kepada FINAS juga.

Penganjuran Festival Filem Malaysia baru-baru ini nampaknya bertaraf filem antarabangsa. Tahniah. Batu Pahat ingin menyokong.

draft • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 4:50 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang terkandung dalam pindaan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 1981 ini.

Pertama, dalam pindaan pada seksyen 6 ini menyebutkan tentang perluasan bidang kuasa FINAS untuk menyediakan latihan berhubung dengan pengurusan filem atau untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul atau berkaitan dengan mana-mana bidang tugas FINAS di bawah akta ini. Kalau kita lihat, peranan FINAS secara asasnya lebih tertumpu kepada pembangunan industri perfileman, permit lesen dan kawal selia merangkumi hal ehwal berkaitan perfileman. Dengan pindaan yang dinyatakan ini, secara tidak langsung memberikan ruang kepada FINAS untuk

draft • 4:51 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

merangka program latihan sama ada secara formal mahupun tidak formal, selain pembangunan R&D perfileman dengan latihan teknikal tertentu.

Saya ingin bertanya. Apakah kita juga mempunyai agensi atau pihak swasta yang khusus menjalankan latihan-latihan industri dan apakah akan ada satu bentuk kolaborasi bersama dalam soal ini? Itu yang pertama.

Bagaimana bentuk latihan serta piawaian tertentu yang diletakkan oleh pihak kementerian supaya tidak ada pertindihan di antara fungsi FINAS dengan agensi yang lain yang sedia ada. Jadi, saya melihat perlu ada suatu ruang lingkup yang jelas terhadap bidang kuasa latihan yang tertera pada fasal ini.

Yang kedua adalah soal pertindanan peranan bagi pihak FINAS sendiri.

Suatu sisi, FINAS digerakkan sebagai badan yang mengawal selia dasar, polisi, lesen, garis panduan dan sebagainya. Manakala suatu sisi yang lain, FINAS juga adalah pihak yang menyediakan fasiliti sokongan dan latihan. Bagaimana peranan ini akan diseimbangkan serta memastikan kandungan agar kandungan kreatif dalam aspek perfileman negara dapat terus berkembang secara proaktif?

Saya berpandangan, latihan ini juga boleh jadi dalam dua bentuk. Yang pertama, latihan bersifat teknikal produksi. Yang kedua, latihan berkaitan strategi penerbitan filem yang boleh mencorakkan pemikiran dan minda masyarakat seperti filem-filem sejarah dan pengajaran tentang suatu isu, termasuklah kesihatan mental dan sebagainya. Kedua-dua ini harus digembleng dengan baik supaya peranan FINAS dalam aspek latihan dan pembangunan ini bersifat melengkapi berbanding menyaingi.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita teliti kuasa yang diberikan kepada FINAS oleh akta, dalam seksyen 6 ini, adalah antaranya menggalakkan, memulihkan dan mengatur pembangunan industri perfileman di Malaysia, menasihati kerajaan mengenai dasar dan polisi, mengawal aktiviti pengeluaran filem dan menerbitkan garis panduan dan peraturan tambahan. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian.

Bagaimana kuasa dan fungsi yang ada ini boleh disalurkan untuk menghalang sebarang bentuk filem ke arah mempromosikan serta menormalisasi LGBT dalam negara, selain menyekat filem-filem yang mempunyai unsur-unsur soft porn, gengsterisme khususnya pelajar sekolah dan sebagainya. Kesemua unsur- unsur ini sedikit demi sedikit merosakkan struktur pemikiran masyarakat dan anak muda. Namun, ironi ia semakin mendapat tempat di layar perak.

draft • 4:51 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Saya kira kita sudah ada Lembaga Penapisan Filem di suatu pihak yang mempunyai kuasa langsung mengenai perkara-perkara ini. Namun, bagaimana peranan FINAS boleh diperkasa ke arah tujuan yang sama? Saya menilai ia suatu aspek yang penting kerana kita mahu memastikan filem yang ditayangkan kepada rakyat adalah filem dalam kategori selamat dan dalam bentuk yang konstruktif.

Puan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya sentuh ialah mengenai fasal 8 iaitu pindaan seksyen 15 untuk mengadakan peruntukan bagi obligasi yang dikenakan terhadap ahli perbadanan untuk menyatakan jenis dan had syer atau kepentingan yang dipunyai oleh ahli itu atau diperolehi melalui ahli keluarganya atau sekutunya. Pindaan fasal ini juga menaikkan penalti, dari penjara daripada lima tahun kepada 10 tahun dan denda daripada RM25,000 kepada RM250,000. Ini juga banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan yang lain.

Pertama, saya ingin bertanya mengenai justifikasi di sebalik peningkatan penalti penjara dan denda di bawah seksyen ini kerana cadangan peningkatan ini agak ketara. Berapa kes yang telah dikenakan? Ini soalan saya. Yang telah dikenakan hukuman di bawah seksyen ini dalam tempoh lima tahun terakhir ini.

Yang kedua, apakah di sana terdapat usaha yang lebih berstruktur untuk menambah baik tadbir urus dan transparensi di pihak FINAS seperti mewujudkan audit luaran yang bebas dan tidak berkepentingan? Perkara ini seiring dengan langkah peningkatan peruntukan dan peningkatan hukuman yang dikenakan supaya aspek pentadbiran dan tadbir urus turut diberikan penekanan yang seimbang sebab selain daripada langkah hukuman pindaan yang dibuat. Terima kasih.

draft • 4:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 4:51 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan) 2025, yang akan meminda akta ibu, Akta 244 atau Akta FINAS.

Saya meneliti pembentangan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Tiga skop utama iaitu pembangunan industri perfileman di negara. Kedua, tadbir urus yang lebih baik, sistematik dan yang ketiga, pemantapan fungsi dan penguatkuasaan.

Saya beranggapan bahawa ini sudah tepat, tiba masanya untuk membuat pindaan ini selepas pindaan terakhir, 12 tahun dulu sebab banyak perkembangan

draft • 4:58 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

terbaru yang mengajar kita— mengajak kita supaya memastikan undang-undang yang kita sedia ada selaras dengan keperluan semasa supaya undang-undang kita sentiasa progresif dan relevan untuk mendepani cabaran pada masa depan.

Saya ada— saya nak sebutkan dua perkara. Pertama, berkenaan dengan pembangunan industri. Saya nampak ada pindaan terhadap seksyen 6(2), sub (b) – eh, (2)(k). Minta maaf. Terhadap akta ibu yang mengatakan bahawa— yang berkaitan. Ya, yang memberi bagaimana saya nak tanya. Pindaan terhadap seksyen ini bagaimana dia boleh melonjakkan industri perfileman kita? Ia memberikan— bagi saya, progresif tetapi cuma dari segi detail dia, ya.

Daripada ayat-ayat yang ada dalam 6(2)(b)(k) ini yang mengatakan bahawa untuk melakukan apa-apa perkara lain yang timbul, yang berkaitan dengan mana- mana tugas perbadanan iaitu FINAS di bawah akta ini atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri selaras dengan maksud akta ini.

draft • 4:58 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Bagaimana ia boleh melonjakkan industri perfileman yang kita ada? Saya nak sebut secara spesifik. Tadi saya mendengar rakan-rakan banyak menyebut bahawa kita dibanjiri dengan filem dari luar. Daripada Hollywood, daripada Bollywood, daripada Korea dan sebagainya, bawa budaya asing masuk.

Okey, macam mana jati diri kita? Boleh tak kita menawarkan menjadi lokasi perfileman untuk syarikat antarabangsa? Supaya budaya kita, kita eksport keluar melalui industri perfileman. Boleh tak pindaan yang kita bincangkan, bahaskan pada hari ini menjadi satu detik untuk kita pula menjadi penjual budaya kita?

Kita mempunyai budaya masyarakat majmuk yang sangat baik, suasana alam semula jadi dengan fauna dan flora dan pantai yang cantik, bersih. Boleh tak ini dijadikan kunci untuk kita menarik syarikat-syarikat perfileman antarabangsa datang ke Malaysia? Walaupun syarikat itu dari luar tetapi budaya kita, kita pasarkan.

Terutamanya menjelang Tahun Melawat Malaysia tahun depan. Jadi, saya nak tanya pada kerajaan, apakah pindaan ini boleh membawa satu lonjakan?

Begitu juga, sama ada pembangunan syarikat-syarikat perfileman negara kita akan berlaku satu lonjakan dengan adanya pindaan kali ini terutamanya dengan ada seksyen 20A yang mana membolehkan FINAS menubuhkan syarikat dengan kebenaran Menteri Komunikasi dan Menteri Kewangan. Bagaimana ia boleh melonjakkan? Sebab, bagi saya, pindaan ini― yalah, dari segi legislatif, dari segi undang-undang. Tapi, jauh lebih mustahak dan bermakna adalah bagaimana berlaku lonjakan kepada industri perfileman kita dan semua pemain dalam industri ini.

draft • 5:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Seterusnya, satu lagi yang saya nak sebut berkenaan satu lagi skop iaitu pemantapan fungsi dan penguatkuasaan. Saya nampak ada beberapa fasal iaitu seksyen 20B(2), seksyen 29A, seksyen 29B berkenaan dengan kebertanggungjawaban. Bagus, kita perlu ada satu skop ataupun ada satu mekanisme garis panduan yang jelas mana yang betul, mana yang sebaliknya, supaya kita tak mahu orang terkeliru dan melakukan kesilapan.

Cuma, saya nak tanya, bagaimana dengan filem-filem pendek? Termasuk wakil rakyat. Sekarang ini zaman wakil rakyat pun banyak menghasilkan filem.

Bagaimanakah status dia? Sebab, zaman sekarang― kalau 10, 15 tahun dahulu, banyak hanya memaparkan gambar sahaja.

Tapi, zaman sekarang, gambar itu jadi macam― orang muda tak tengoklah.

Anak-anak saya yang umur muda itu tak tengok. Saya mungkin tengoklah, setakat gambar. Pasir Gudang mungkin tengok gambar macam saya. Kita level lebih kurang.

Tapi, kalau anak muda, dia tengok filem pendek. So, macam mana untuk guideline benda macam ini? Kebertanggungjawaban itu macam mana? Adakah kami juga akan kena? Dan apakah yang wajar kami lakukan supaya tidak, kata orang, terjebak dengan keadaan ini?

Dan yang terakhir, berkenaan dengan banyak isu-isu yang berkaitan dengan yang dinamakan in-game video. Banyak game video sekarang ini. Anak-anak muda kita, generasi muda kita terjebak― saya gunakan perkataan ‘terjebak’. Maknanya negatif sikitlah. Yang terpengaruh dengan anasir-anasir yang kita tak harapkan tapi mereka mudah terjebak sebab sangat menarik.

Jadi, macam mana pindaan ini boleh membantu? Dan sekiranya boleh, saya minta Yang Berhormat Menteri tolong maklumkan, sama-sama kita mengatasi masalah yang menggangu-gugat generasi muda kita. Dan sekiranya tak dapat, mungkin kena bawa pindaan yang seterusnya pada masa akan datang.

Jadi, sedikit sahaja yang saya nak sebutkan pada petang ini. Secara dasar dan keseluruhannya, saya menyokong sepenuhnya pindaan ini sebab saya beranggapan bahawa ia adalah sesuatu yang relevan pada ketika ini. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

draft • 5:00 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

Saya ingin mulakan ucapan saya dengan menzahirkan sokongan penuh terhadap

draft • 5:04 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

RUU Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 2025 yang dibentangkan hari ini. Pindaan ini isyarat jelas komitmen Kerajaan MADANI untuk menyusun semula tadbir urus, memperkasa mandat ekonomi dan menampal lubang ketirisan yang telah lama membelenggu industri filem negara.

Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada fasal 8 dan juga fasal 16 RUU. Pindaan ini memperketat seksyen 15, mewajibkan pengisytiharan konflik kepentingan yang melibatkan ahli keluarga dan sekutu, dan yang paling penting, menaikkan denda sehingga RM250,000 dan penjara 10 tahun bagi kesalahan itu.

Kita semua tahu, Timbalan Speaker, isu konflik kepentingan, penyelewengan dana dan janji palsu dalam penghasilan filem sering menjadi barah. Terdapat kes dana jutaan ringgit disalurkan tetapi filem gagal diterbitkan, atau dana dialihkan untuk kepentingan peribadi. Pindaan ini, khususnya kemasukan seksyen baharu 29A, yang menjadikan pengisytiharan palsu sebagai satu kesalahan adalah langkah yang penting untuk membina semula kepercayaan. FINAS tidak boleh jadi ‘rumah hantu’ di mana ketirisan dana berlaku tanpa hukuman setimpal.

Timbalan Speaker, sokongan kepada pindaan ini tidak bermakna kita boleh alpa dengan cabaran realiti industri. Penerbit filem tempatan kini menghadapi tiga cabaran kritikal yang memerlukan penyelesaian segera melalui kuasa FINAS yang diperluas di bawah RUU ini.

Yang pertama, bawah fasal 4. Pindaan fasal 4 meluaskan kuasa FINAS untuk mengadakan latihan. Kita nak tanya, latihan jenis apa yang FINAS akan bagikan?

Industri kita kini perlu kepakaran tinggi dalam aspek hak intelek ataupun IP law, penulisan skrip yang berfokuskan pasaran antarabangsa dan teknologi pasca produksi yang canggih. Mutu skrip kita masih menjadi kelemahan utama dan latihan ini mesti melahirkan graduan yang boleh menembusi Hollywood.

Yang kedua, yang paling penting, dalam fasal 9. Fasal 9 bagi FINAS kuasa untuk menubuhkan syarikat di bawah satu seksyen baharu. Saya baca di sini.

Seksyen 20A, “Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 untuk menjalankan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan.” Dia tak sebut apa aktiviti. Bermakna, apa-apa aktiviti komersial boleh dilakukan. “Dirancangkan atau dijalankan oleh Perbadanan dalam pelaksanaan tugasnya di bawah perenggan 6(1)(f) atau penjalanan kuasanya di bawah perenggan 6(2)(b), (c) atau (h).”

draft • 5:04 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini satu langkah yang berani. Tapi, kita perlu berhati-hati kerana ia perlu datang dengan KPI telus. Sebab, kalau FINAS dibagi kuasa untuk tubuhkan satu syarikat di bawah komersial, saya nak tahu, apakah niat ataupun hasrat daripada kementerian? Adakah syarikat ini nak tubuhkan buat pawagam, ataupun nak jadi penerbit, ataupun nak jadi pengedar? Kalau FINAS menubuhkan satu syarikat untuk menjadi penerbit, bermakna ia ada konflik sebab FINAS sendiri yang bagi dana- dana. Jadi, dia mesti bagi syarikat sendiri. Jadi, adakah ini telus dan adil?

Jadi, saya nak minta supaya boleh tak kita― kalau kita tengok film industry, kita tengok peratusannya. Sebelum ini, entertainment tax― 25 peratus. Tapi, pada tahun 2023, Bajet 2024, kita telah turunkan. Persekutuan telah turunkan dari 25 peratus turun sampai 10 peratus, di bawah Wilayah Persekutuan. Tapi, negeri-negeri lain, ada yang tak ikut. Kelantan, Kedah, Perlis tak ikut, masih 25 peratus. Kelantan tak ada pawagam, tak payah ikutlah sebab mereka nak buka pawagam kena buka lampu terang. Tak ada pawagam mana pun nak pergi Kelantan untuk buka pawagam dengan lampu yang terbuka.

Jadi, kalau kita kira, kalau entertainment tax 10 peratus― saya ambil purata.

Pada 2024, average gross local film, bermakna untuk purata untuk filem lokal, RM2.7 juta. Ini data dari FINAS. Sebab, FINAS kata 2024 ada 61 filem lokal dengan jumlah gross RM165 juta. Jadi, saya bahagi, RM2.7 juta satu filem. Jadi, kita kira.

Berdasarkan angka ini, boleh buat duit ke tak boleh buat duit? Kalau ada 10 peratus pergi tax, bermakna RM270,000 pergi kepada tax. Dan kalau pawagam dapat 50 peratus― kita tahu ini anggaran biasa. 50 percent goes to Ceema, 50 peratus, dan distributor 25 peratus. Tinggal untuk penerbit berapa? RM913,000. Tak sampai RM1 juta.

draft • 5:04 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jadi, untuk terbit satu filem, tak sampai satu juta. Macam mana boleh kita buat satu filem yang berkualiti tinggi? Jadi, saya harap kalau FINAS nak buat syarikat, saya harap kita boleh fokus ke dalam distributor untuk pengedar sebab pengedar ini dah ambil margin 25 peratus. Pawagam, kita tahu 50 peratus itu bukan tinggi sangat sebab ada banyak pawagam, chain store yang tutup sebab tak ada business.

Jadi, kalau FINAS boleh kita fokus pada distributor ini, kita turunkan 25 peratus sampai mungkin 10 peratus dan mungkin kita boleh membantu filem-filem lokal. Dan bukan untuk bersaing dengan mereka. Kalau FINAS buat syarikat jadi

draft • 5:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

penerbit, bersaing dengan local film, jadi saya rasa kita akan ada masalah yang lagi besar.

Yang ketiga, Timbalan Speaker.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 5:10 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, last, last point. Laporan tunjukkan ramai krew belakang tabir berhadapan isu bayaran upah yang tidak konsisten, kontrak yang berat sebelah dan kurangnya perlindungan. Inilah hero yang tidak didendang industri kita. Pindaan ini perlu dijadikan pemangkin untuk FINAS, untuk menggunakan kuasa garis panduan seksyen baharu bawah 29B untuk menetapkan satu skala gaji minimum dan standard kontrak industri yang wajib dipatuhi.

Timbalan Speaker, pindaan RUU FINAS ini satu pembaharuan undang- undang yang proaktif dan transformatif. Ini menaikkan standard integriti dan membuka jalan kepada FINAS untuk menjadi agensi yang berorientasi perniagaan dan pasaran. Saya sokong penuh rang undang-undang ini, namun saya mohon supaya kerajaan pastikan kuasa baru dalam FINAS untuk tubuhkan syarikat bawah seksyen 20A digunakan dengan berhemah, telus dan tidak wujud apa-apa monopoli baru.

Kita mahu lihat filem Malaysia bukan sahaja mencatat sejarah pecah panggung tempatan, tetapi kita juga nak pecah sejarah di regional, di Asia Tenggara ataupun di filem antarabangsa. Membawa pulang bukan sahaja anugerah, tetapi juga pulangan ekonomi yang signifikan. Sekian sahaja perbahasan saya, terima kasih.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 5:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Lagi sekali, Kangar nak ambil kesempatan untuk membahas RUU untuk meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional 1981. Jadi, industri kreatif kita termasuk filem, animasi, kandungan digital dan platform OTT bukan sahaja sumber ekonomi bernilai tinggi, tetapi juga instrumen perpaduan negara dan diplomasi budaya.

Namun, Akta FINAS 1981 iaitu Akta 244 perlu dikemas kini agar relevan dengan kehendak semasa. Tetapi saya ingin mengemukakan beberapa isu kritikal agar pindaan ini benar-benar memberi manfaat kepada ekosistem kreatif dan bukan

draft • 5:12 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

sekadar mengemaskan bahasa undang-undang. Kalau bukan FINAS, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memajukan filem-filem tempatan?

Tuan Yang di-Pertua, pindaan seksyen 2(b) dalam takrif filem-filem dengan memotong perkataan filem subjek ringkas. Jadi, tafsiran filem terlalu luas dan ia melangkaui media sosial. Apakah FINAS ingin menjadi badan pelesen seperti MCMC, sedangkan akta tubuhnya adalah untuk menggalakkan, memelihara dan memudahkan kemajuan industri filem nasional? FINAS mengawal industri filem, MCMC mengawal platform tetapi kandungan digital merentasi kedua-duanya.

Akta FINAS secara mandatori mewajibkan mana-mana individu yang terlibat mempunyai lesen termasuk tafsiran digital, YouTubers, TikTokers, pengeluar filem- filem pendek yang menjana pendapatan komersial sedangkan modal terbitan berbayar (paid-up capital) dengan izin, untuk membuat lesen hendaklah melalui syarikat sendirian berhad, dengan modal yang agak tinggi. Jadi, mereka yang tidak mempunyai lesen, tidak mempunyai permit penggambaran tidak boleh mengembangkan idea mereka.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan subseksyen 25(1), menaikkan denda daripada 50k kepada 250k dan penjara daripada dua tahun ke lima tahun. Pindaan ini lebih menjurus kepada meluaskan kuasa pelesenan dan tindakan kompaun dan penjara.

Kenaikan yang begitu tinggi boleh menghalang anak-anak tempatan berkarya.

Jadi, apakah rasional kenaikan hukuman yang begitu tinggi ini? Mengapa OTT luar seperti Netflix tidak boleh dilibatkan dengan pindaan Akta 244 sebaliknya ia menjurus kepada anak-anak tempatan yang ingin berkarya? FINAS seolah-olah menjadi liabiliti. Sepatutnya FINAS perlu lebih ke hadapan dan tidak hanya menjadi badan pengawas seperti MCMC.

Dan yang terakhir, isu ketirisan dana awam dalam tadbir urus FINAS juga sepatutnya diberi tumpuan agar FINAS menjadi lebih berintegriti dalam menjalankan tugasnya. Adakah kerajaan ataupun kementerian bersedia menetapkan syarat bahawa Ahli Lembaga FINAS terdiri daripada golongan profesional industri dan bagaimana FINAS akan memastikan kontrak industri lebih adil kepada karyawan muda yang kurang berpengalaman dari segi perundingan? Jadi, harapan saya, pindaan RUU ini akan memantapkan lagi Akta FINAS. Terima kasih.

draft • 5:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

draft • 5:12 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Di Malaysia, saya rasa kita belum lahirkan bintang-bintang popular macam Jackie Chan, Rajinikanth, Kamal Haasan, Vijay dan pelbagai hero. Saya rasa Yang Berhormat Menteri tahu sebab beliau pernah menjadi seorang pelakon suatu ketika dulu.

Kata mutiara Allahyarham P.Ramlee menekankan pentingnya kerja keras dalam karya seperti dalam filem dan lakonan serta pemahaman tentang tanggungjawab kreatif untuk membentuk masyarakat dan nilai-nilai moral yang baik.

Beberapa kata mutiara adalah “Janganlah berkecil hati kalau ada yang tak suka”, dalam filem Pusaka dan “Janganlah pernah berhenti belajar dan membaca kerana ilmu itu takkan pernah cukup” kepada pembuat-pembuat filem.

Hero Melayu filem 70-an dan 80-an, Dharma Harun al-Rashid, saya rasa antara wajah popular. Filem-filem klasik Melayu termasuk Adik Manja dan Sikit Punya Gila, beliau terkenal sebagai pelakon yang versatile dan beliau meninggal baru-baru ini dengan keadaan yang begitu sedih dan susah. Dan saya rasa FINAS perlu membantu pelakon-pelakon veteran dari segi peluang berlakon untuk menyara serta teruskan legasi lakonan.

Contoh, kita lihat pada abang Sathiya, pelakon yang terkenal di dalam movie atau series Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Baru-baru ini beliau hilang kaki dan beliau muncul balik dalam satu program MLS5 untuk terus menghiburkan penonton-penonton beliau. Oleh itu, FINAS mempunyai tanggungjawab untuk membantu pembikin filem dan keluaran tempatan perlu diperkasakan dengan sokongan dari segi dana dan bimbingan.

Pertama sekali, saya menyokong hasrat kementerian untuk memodenkan akta ini selari perkembangan industri media dan kandungan kreatif negara. RUU ini memperkukuhkan tadbir urus FINAS melalui pemantapan integriti, peningkatan penalti, peluasan kuasa operasi dan kemampuan FINAS menubuhkan entiti pelaburan. Namun, sepertimana kita selalu sebut dalam Dewan ini, institusi kuat memerlukan undang-undang yang relevan dan berpandangan jauh.

Saya ingin membawa isu Lembaga Penapisan Filem ini dan kerana dia entiti yang berbeza, di mana di bawah KDN dan juga FINAS yang membuat content. Saya rasa ini akan ada percanggahan dan juga mengehadkan kreativiti-kreativiti, di mana kementerian mungkin ada idea dan pandangan yang mahu ditonjolkan kepada masyarakat, tapi di mana Lembaga Penapisan ini di bawah KDN. Dua entiti yang

draft • 5:16 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

lain, dua kementerian yang lain, tetapi menuju ke satu arah untuk membuat filem dan juga memberi produk yang lebih hebat kepada penonton-penontonnya.

Saya cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk adakan perbincangan bagaimana boleh menyatukan FINAS dan Lembaga Penapisan ini dalam satu bumbung supaya— ataupun pegawai-pegawai ini boleh bekerjasama kerana ada juga filem-filem ini dibuat oleh penerbit dan ditapis dan movie itu dah jadi yang tak hasil yang sepatutnya dikeluarkan.

Puan Yang di-Pertua, terdapat beberapa perkara struktur baharu yang saya ingin mencadangkan. Pertama, kewajipan pendedahan kepentingan peribadi diperluas kepada ahli keluarga dan sekutu. Ini penting untuk mencegah konflik kepentingan dan memperkukuhkan integriti. Kedua, FINAS menubuhkan syarikat di bawah kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan boleh membuka ruang pelaburan industri filem, pembinaan studio digital, pusat animasi dan teknologi pasca produk tempatan.

Saya ingin menyentuh tentang RUU ini masih belum menangani realiti moden industri iaitu kandungan digital atas talian platform penstriman seperti Netflix, YouTube, Disney+ dan TikTok.

draft • 5:16 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Majoriti generasi muda tidak lagi menonton filem sekarang ya.

Kebanyakannya menonton melalui OTT. Ada keperluan memasukkan mandat FINAS untuk kerangka pensijilan kawal selia, insentif dan pembangunan digital.

Dan keduanya adalah RUU ini boleh— belum meletakkan asas perlindungan sosial untuk tenaga kerja kreatif, pelakon kanak-kanak, kru penggambaran, penulis skrip dan pasukan teknikal. Oleh itu, saya ingin mencadangkan juga RUU ini harus memperjelaskan autonomi FINAS dan kebertanggungjawaban. Jika FINAS boleh menubuhkan syarikat, maka wajib juga diwujudkan klausa laporan tahunan audit prestasi kepada Parlimen ataupun kepada kementerian. Kita bukan hanya memberi kuasa, tetapi juga kebertanggungjawaban.

Oleh itu Puan Yang di-Pertua, RUU ini adalah asas baik untuk mengukuhkan FINAS, tetapi ia masih dalam kerangka lama kawal selia, penalti dan struktur tadbir urus sedangkan dunia industri kreatif hari ini memerlukan FINAS menjadi fasilitator pembangunan bakat, penjana pelaburan dan menjaga standard industri global.

Akhir kata, RUU ini adalah langkah ke hadapan, tetapi jangan biarkan ia menjadi rangka kosong yang hanya memperkukuhkan pentadbiran tanpa memacu masa depan industri. Malaysia mempunyai bakat yang hebat-hebat, bakat luar biasa

draft • 5:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

penulis, penerbit animasi, pembikin kandungan digital dan artis visual. Undang- undang kita mesti melindungi, memperkasa dan membuka ruang inovasi kepada mereka.

Segamat mohon menyokong dengan syarat-syarat penambahbaikan. Jadi, dipertimbangkan oleh Yang Berhormat Menteri dan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab, 15 minit.

draft • 5:20 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Saya waktu mula menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga FINAS, memang ramai di kalangan kawan-kawan saya dalam industri bergantung harap memohon supaya satu tindakan yang tuntas, menyeluruh, mendalam dapat dilaksana dalam tahun ketiga. Hari ini genap tiga tahun saya angkat sumpah sebagai Menteri Komunikasi, maka akhirnya dapat dilunaskan.

Hasrat kita tak lain tak bukan adalah untuk berusaha membuang sumpahan Allahyarhamah Azean Irdawaty dalam filem Pengantin Popular, di mana beliau memainkan watak seorang yang seperti Julie Dahlan, seorang penerbit popular.

Yang mana beliau mengatakan, “I go FINAS, I finished”. Jadi, kita nak buang sumpah itu.

Dan antara hasratnya adalah untuk mengambil iktibar daripada teguran keras daripada Laporan Ketua Audit seperti yang saya sebut di awal. Akta yang baik, tidak menjamin filem kita baik. Akta baik, tidak menjamin filem kita baik. Yang menghasilkan filem itu adalah pembikin filem. Maka, FINAS perlu melalui satu perubahan setelah 44 tahun ia wujud. Memahami bahawa peredaran zaman perlu menyaksikan satu perubahan yang total kepada FINAS itu sendiri.

Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan saya ingin sentuh beberapa perkara dalam 15 minit yang diberikan.

Pertama, seperti yang ramai Ahli Yang Berhormat bangkitkan, memang hari ini filem tidak lagi ditonton di panggung wayang gambar ataupun pawagam. Dan masa yang sama, jumlah rakyat Malaysia yang pergi menonton filem di pawagam, tidak berkurangan. Berbeza dengan banyak negara lain. Bila saya melawat beberapa

draft • 5:21 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

negara termasuklah Korea Selatan, mereka memaklumkan jumlah penonton yang datang menonton filem di pawagam berbanding zaman pra pandemik, berkurangan di sana. Tapi di sini kita lihat, masih sihat. Malah, mungkin ramai bagi kita melihat, aktiviti pergi menonton wayang gambar ini sebagai aktiviti sosial.

Saya rasa ramai mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat setelah selesai persidangan Dewan, mungkin ada yang ingin pergi menonton filem juga di pawagam.

Boleh kita tengok di handphone kita, di laptop kita. Tapi dengan izin Puan Yang di- Pertua, pergi ke cinema ataupun panggung wayang gambar ialah satu aktiviti sosial.

It’s a social event dengan kawan-kawan, makan bertih jagung dan sebagainya.

Jadi, saya ingin sebut bahawa perubahan-perubahan ini memerlukan satu, sedikit kelonggaran kepada akta, sedikit aspek yang perlu diketatkan. Kelonggaran ertinya kalau selama ini rupa-rupanya bila disebut tadi ya ada Kangar yang dah keluar. Tapi Kangar tadi sebut tentang ahli perbadanan FINAS. Memang sebenarnya Puan Yang di-Pertua, ramai di kalangan penggiat industri filem, tak nak jadi ahli perbadanan.

Rupanya selama ini bila kita minta masuk, mereka tak mahu Puan Yang di- Pertua. Kerana mereka mengatakan syarat-syarat yang ada sekarang ini terlalu samar dan seluruh kegiatan perfileman bagi mereka perlu dihentikan. Mereka tidak boleh menerima sebarang dana daripada pihak FINAS, boleh dikecualikan oleh Menteri tapi jarang sekali berlaku.

Jadi, satu ketika mungkin yang bersedia untuk menyertai perbadanan FINAS ini adalah golongan veteran yang mungkin terpisah daripada teknologi-teknologi baru seperti Yang Berhormat Bangi sebutkan tadi. Sekarang orang tak gunakan, orang tak gunakan perkataan “filem” pun. Kita dah tak, dengan izin, we don’t shoot on celluloid on 35 mm anymore Puan Yang di-Pertua.

Jadi, perubahan ini yang paling dekat dengan perubahan-perubahan dalam industri perfileman adalah penggiat-penggiat industri, penggiat-penggiat seni filem yang agak muda. Dan mereka untuk meyakinkan mereka menyertai perbadanan, kita perlu melakukan beberapa perubahan yang menjelaskan agar membolehkan mereka turut serta.

Ada yang menyentuh tentang isu denda. Memang kalau kita lihat banyak daripada denda yang ada ini ada yang daripada tahun 1981, daripada tahun 2013.

Tapi bila kita teliti hasil pendapatan, hasil jumlah yang besar, nilai komersial bagi filem yang tinggi, itu menunjukkan bahawa perlu ada perubahan yang setara dari segi denda supaya menjadi satu amaran kepada semua penggiat industri agar mereka

draft • 5:21 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

tidak menyalahi undang-undang. Jadi, angka yang sebelum ini mungkin terlalu rendah. Dan ini kita harap dapat meningkatkan disiplin di kalangan penggiat industri.

Yang Berhormat Rasah ada menyentuh mengenai lokasi perfileman. Dan sukacita saya maklumkan yang sebenarnya kita memang ada Film in Malaysia Incentive (FIMI) yang mana bagi tahun 2026, kita peruntukkan RM110 juta, insentif 30 peratus, rebat kepada pembikin filem yang membuat penggambaran di Malaysia serta ada lima peratus lagi tambahan sekiranya mereka memasukkan elemen- elemen kebudayaan tempatan. Jadi, boleh dapat sehingga 35 peratus.

Memang FIMI merupakan insentif yang agak kompetitif dan banyak negara di Asia Tenggara dengan lokasi-lokasi yang sangat cantik, menarik, indah. Jadi, kita bersaing dengan sihat sesama negara-negara di rantau Asia Tenggara. FIMI adalah satu elemen dan insentif yang cukup bermakna untuk penggiat industri filem.

Ada beberapa Ahli Yang Berhormat yang bertanya tentang influencer dan OTT, dengan izin. Di awal sewaktu saya memberi ucapan, saya ada menyatakan bahawa kita tidak berhasrat untuk mengenakan apa-apa syarat pelesenan kepada OTT pada waktu ini, terutama bawah Akta FINAS. Tidak.

Tapi bagi beberapa pembikin terutama filem komersial menghasilkan iklan yang akan ditayangkan dalam platform-platform seperti YouTube, Facebook dan sebagainya, aduan yang kami terima daripada pembikin filem komersial ialah mereka yang menghasilkan filem komersial, iklan untuk televisyen, untuk panggung wayang gambar dan sebagainya, mereka dikenakan syarat. Tapi yang masuk ke dalam media sosial, tidak.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 5:21 PM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, dari segi aspek pembikinan, kita berhasrat untuk mengenakan syarat.

Niatnya juga adalah untuk pastikan mereka yang terlibat dalam aktiviti penggambaran itu dari segi kru, dari segi para pelakon diperlakukan dengan adil dan kita dapat jamin mereka mendapat layanan yang baik, dibayar.

Puan Yang di-Pertua, saya tahun ini telah terpaksa mengeluarkan arahan dan meminta beberapa pihak untuk menghentikan tayangan bagi beberapa filem kerana didapati filem-filem ini yang menerima dana daripada FINAS tidak membayar pelakon-pelakon mereka.

Jadi, bila kita dapat maklumat seperti ini, tidak ada bayaran walaupun kerja dah siap dan dah nak ditayangkan, kita boleh ambil tindakan...

draft • 5:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

...dan jamin majikan bagi

draft • 5:30 PM

penggiat. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat, saya ingin tanya berkenaan dengan bayaran untuk pelakon-pelakon ini. Sebenarnya, adakah Yang Berhormat Menteri ataupun kementerian membuat audit selepas kita memberi dana itu kerana ada yang dapat RM300,000 ada yang dapat RM1 juta ini. Apakah kaedah Yang Berhormat monitor? Sebab betul saya pun dapat maklumat begitu, duit pelakon tidak bayar ataupun bayar dengan nilai rendah dan sebagainya. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Memang Yang Berhormat sebelum ini kita benarkan pasaran untuk tentukan kadar tapi masa yang sama setelah kita mengenakan beberapa syarat melalui pindaan kepada Akta FINAS kita berhasrat untuk teliti aspek ini dengan lebih menyeluruh. Bila masa sekiranya sesebuah syarikat itu menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) dan ada beberapa syarat termasuk mesti membuat caruman PERKESO. Jadi, pihak FINAS akan dapat meneliti aspek-aspek termasuk gaji mereka dengan lebih baik. Jadi, waktu ini sebelum pindaan kita tidak ada mekanisme itu tapi selepas ini insya-Allah kita akan ada lebih ruang dan bidang kuasa untuk meneliti.

Bagi beberapa Ahli Yang Berhormat, jadi, saya jelaskan. Kita tidak berhasrat untuk mengenakan lesen pembikinan filem Sijil Penggambaran (SPP) FINAS kepada influencer kepada podcaster, tidak, ya tidak. Jadi kita biarkan platform-platform ini, pempengaruh ini dari segi menghasilkan karya teruskan berkarya tidak menjadi isu.

Kita akan lihat waktu ini kepada aspek, terutama pembikinan filem komersial untuk tujuan siaran di platform-platform media sosial kerana aduan, banyak aduan yang kami terima daripada industri.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin nyatakan selaras dengan pindaan yang kita bawa pada hari ini kepada Akta FINAS, kita juga berhasrat untuk memperbaharui dasar perfileman negara ataupun kita akan namakan Dasar Filem Negara, proses itu masih berjalan dan kita harap dalam masa yang tak terlalu lama akan siap dan dapat kita bawa ke Parlimen dan— jadi itu satu proses yang masih berjalan.

Untuk makluman, Yang Berhormat Batu Pahat ada bertanya mengenai pelaburan di MIPCOM. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah pelaburan yang telah diperoleh adalah sebanyak RM486 juta yang dijangka menghasilkan 1,500

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

pekerjaan dengan gandaan ekonomi sebanyak RM1.66 bilion. Jadi, ini saya telah mengarahkan supaya...

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tahniah Menteri, tahniah.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Alhamdulillah. Saya telah mengarahkan supaya Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan juga Pengerusi FINAS untuk merangka perancangan bagi tahun hadapan supaya gerak kerja bagi tujuan promosi dan menarik pelaburan seperti ini dapat dirangka dengan lebih menyeluruh.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, dari segi aspek teknikal pembikinan filem, ramai daripada pembikin filem dalam industri mereka berada pada tahap yang sangat-sangat baik malah bersifat internasional. Isu yang kita hadapi pada hari ini sebenarnya adalah dari segi penerbitan, penerbit. Kita hadapi masalah kerana yang boleh menjayakan yang benar-benar boleh memastikan filem itu benar- benar success, berjaya adalah penerbit yang berkualiti. Ini salah satu masalah yang kita hadapi juga dari segi pemasaran.

Jadi, untuk menghasilkan lebih ramai penerbit dan juga untuk memberi fokus kepada aspek pemasaran bagi FINAS, kita akan teliti terutama bagi tahun 2026 beberapa langkah untuk membantu memastikan bagi penerbit-penerbit lebih ramai yang dapat dilahirkan dan lebih banyak filem dalam negara dapat kita bawa, terutama ke rantau Asia Tenggara. Terdapat beberapa cabaran tapi saya percaya dapat kita atasi nanti dengan kerjasama rakan-rakan sejawat.

Akhir sekali dalam masa yang berbaki, ada beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekiranya saya tak dapat sentuh, saya akan jawab secara bertulis tapi saya ingin sentuh aspek latihan serta kegusaran yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai pembentukan syarikat.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Ya.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sebelum itu YB Menteri, saya tadi ada bahas berkenaan dengan Skim Wajib Tayang tapi nanti Yang Berhormat Menteri boleh jawab secara bertulis. Saya cuma nak pick-up daripada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat tadi berkenaan dengan meletakkan LPF itu di bawah fungsinya di bawah FINAS supaya kita ada keselarian di antara kandungan itu dan juga pembikinan filem itu.

Saya tahu mungkin ini bukan di bawah, immediately di bawah bidang kuasa YB Menteri tapi dari segi pandangan YB Menteri sendiri, adakah itu satu hala tuju

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

yang lebih baik untuk memastikan seperti apa yang YB Batu Pahat kata itu kita ada keselarian daripada content dan juga pembikinan filem, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih, saya jawab dengan ringkas. Tuan Yang di-Pertua, saya perlukan mungkin dua minit tambahan sedikit sahaja. Mengenai Skim Wajib Tayang, ya, memang selama ini kita dapati ada dengan izin, loophole yang diguna pakai oleh beberapa pihak untuk meletakkan filem-filem yang berpotensi di slot-slot bunuh diri seperti yang Yang Berhormat Bangi sebut.

Jadi, perkara ini sedang diteliti dan akan kita rencanakan dalam peraturan Skim Wajib Tayang yang baharu nanti, setelah kita selesaikan pindaan kepada akta.

Ini juga mengambil kira pandangan daripada pihak industri dan juga dari kalangan pempamer. Jadi, untuk tujuan itu kita memang berhasrat untuk membawa satu reformasi kepada Skim Wajib Tayang. Jadi, ini akan disusuli oleh pihak FINAS.

Kedua, berkenaan dengan apa perkara yang kedua tadi?

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

LPF dimasukkan bawah FINAS.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Itu luar bidang kuasa saya.

draft • 5:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri, pandangan adakah itu satu hala tuju yang credible untuk industri filem.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sekiranya itulah Yang Berhormat nak, maka itulah yang perlu saya bawa kepada...

draft • 5:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] FINAS lah, FINAS.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik.

draft • 5:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

YB Menteri, saya nak sambung juga seperti Bangi yang cakap. Seperti, saya yakin Yang Berhormat Menteri ada idea yang kreatif, yang hebat, peruntukan yang banyak. So, bila pembikin filem ini dah buat hebat-hebat masuk dekat Lembaga Penapisan hilanglah banyak bendalah. Dia, kereta polis tak ada asap je yang ada kadang-kadang kena potong.

So, saya Yang Berhormat Menteri tiba masa because we cannot sekat creativity. Untuk Yang Berhormat Menteri filem-filem Malaysia dekat Tamil ini ada yang kereta polis pun tak boleh tunjukkan. So, kita nampak ada penapisan ini dia mengekanglah. Saya juga sambut Yang Berhormat Bangi juga. Mohon Yang Berhormat dan kementerian boleh bincang dengan KDN. Bawa balik, saya sangat setuju menyokong ini.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Baik, kita akan beri pertimbangan yang serius kepada cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Dato' Yang di-Pertua, beberapa perkara lain yang dibangkitkan saya akan jawab secara bertulis kepada Ahli Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri, saya secara khusus mohon supaya isu mengenai penubuhan syarikat crowding-out effect swasta itu bukan sahaja jawapan bertulis kalau boleh bagi jaminan bertulis bahawa tidak ada crowding out will be better.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Untuk maklumat Yang Berhormat Tasek Gelugor, memang bila kita sebut tentang kuasa FINAS yang diberikan untuk menubuhkan syarikat. Syarikat yang dihasratkan adalah lebih berunsurkan pengurusan kemudahan infrastruktur dan juga peralatan dan fasiliti FINAS kerana apa yg berlaku dalam tempoh beberapa tahun ini kita di FINAS Hulu Langat, Hulu Kelang maaf, FINAS Hulu Kelang mempunyai dengan izin Editing Swift Dolby Atmos yang tercanggih di rantau Asia Tenggara, one of the best, dengan izin.

Tapi FINAS sendiri tidak mempunyai keupayaan penuh untuk memastikan pelaburan yang telah dibuat yang sebenarnya diminta juga oleh pihak industri membantu mereka melaksanakan tugas-tugasan pasca produksi itu dapat diselenggara dengan baik.

draft • 5:30 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Jadi, hasratnya adalah untuk tujuan menjamin aset-aset FINAS juga dapat dijaga dengan baik. Ini bermakna FINAS dan kuasa untuk menubuhkan syarikat tidak merangkumi kuasa untuk terlibat dalam aktiviti yang dilesenkan mengambil kira FINAS adalah suatu badan kawal selia. Jadi, di sini saya nyatakan bahawa ini bermakna FINAS tidak akan terlibat dalam mana-mana tiga aktiviti, mengeluar, mengedar dan memahami filem dan tidak akan bersaing dengan industri. Dia akan bermainkan satu complementary role, dengan izin.

Jadi Dato’ Yang di-Pertua, saya harap jawapan ini boleh menjadi satu— boleh menenangkan hati Ahli-ahli Yang Berhormat. Dan saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat juga dari semasa ke semasa akan luangkan masa, bawa...

draft • 5:40 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Free ticket?

draft • 5:40 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Tak bolehlah minta free ticket, Segamat. Tapi kita keluar beramai-ramai untuk tonton filem. Mungkin Dato’ Yang di-

draft • 5:40 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Pertua, dalam sidang yang akan datang, saya akan cari filem yang baik untuk bawa semua Ahli-ahli Yang Berhormat, kita pergi tonton bersama.

[Tepuk]

draft • 5:40 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Yeah!

draft • 5:40 PM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Sekian, saya ucapkan terima kasih kepada semua. Sekian. Assalamualaikum.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih dahulu untuk nak bawa tengok wayang.

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan dipersetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 19 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Komunikasi (Puan Teo Nie Ching) dan diluluskan]

draft • 5:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PINDAAN) 2025

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan rang undang-undang dan huraian.

draft • 5:40 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk

draft • 5:44 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

meminda Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 ataupun selepas ini dikenali sebagai Akta 652 telah menjadi satu instrumen perundangan utama untuk memperkukuhkan sistem TVET negara kita berasaskan kemahiran. Akta 652 ini berkuat kuasa bila?

Pada 1 September 2006 iaitu lebih kurang 20 tahun yang lalu. Akta ini telah membentuk kerangka piawaian melalui dengan izin, National Occupation Skills Standard (NOSS) yang menyediakan mekanisme pengiktirafan rasmi menerusi Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Setelah hampir dua dekad pelaksanaan Akta 652 ini, kita menyaksikan bagaimana sistem ini telah membentuk asas kukuh pembangunan kemahiran negara. Namun, selepas 20 tahun, pelbagai cabaran yang baru semakin ketara menuntut satu pembaharuan yang lebih berani dan berpandangan jauh. Antara cabaran utama yang dikenal pasti ialah ketiadaan program latihan yang fleksibel ataupun anjal untuk memenuhi keperluan latihan jangka pendek dan pembelajaran sepanjang hayat.

Dalam dunia yang berubah dengan begitu pantas, KESUMA ataupun Kementerian Sumber Manusia berpendapat bahawa sistem latihan yang terlalu kaku tidak lagi relevan. Oleh itu, kementerian bertekad untuk membangunkan satu sistem latihan yang lebih adaptive, responsive dan terbuka yang mampu membekalkan kemahiran relevan tepat pada waktunya kepada rakyat yang ingin meningkatkan potensi diri mereka.

Selain itu, KESUMA turut melihat keperluan untuk memperluaskan keanggotaan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) agar lebih inklusif dengan penglibatan kementerian yang berfokus kepada TVET serta badan profesional strategik. Melalui suara kolektif inilah hala tuju pembangunan kemahiran negara dapat digerakkan secara menyeluruh berpaksikan keperluan sebenar industri.

KESUMA mengambil maklum bahawa masih tiada mekanisme yang jelas dalam akta sedia ada bagi menggantung atau membatalkan pentauliahan pusat latihan yang gagal mengekalkan piawaian atau melanggar standard yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, KESUMA berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk kita memperkukuhkan lagi sistem kawal selia pada masa kini.

draft • 5:44 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Di samping itu, tempoh pentauliahan yang tetap selama tiga tahun, tak boleh tambah, tak boleh kurang— kepada pusat pentauliahan juga wajar dikaji semula.

Kementerian ini berhasrat memperkenalkan sistem yang lebih dinamik dan berasaskan prestasi di mana pusat latihan yang menunjukkan kecemerlangan diberi pengiktirafan sewajarnya. Manakala, pusat yang lemah akan dibimbing, dipantau secara berterusan bagi memastikan piawaian kualiti latihan dapat dikekalkan demi masa depan anak-anak kita.

Pada masa yang sama, KESUMA tidak boleh mengetepikan pengiktirafan kepada pekerja pakar tempatan yang telah lama menyumbang kepada industri tetapi masih belum memiliki pengiktirafan rasmi di bawah undang-undang. Golongan ini merupakan apa yang saya sebut sebagai pakar tanpa sijil, wira tanpa gelaran. Dan melalui pindaan ini, KESUMA berhasrat membuka laluan yang sah bagi mereka untuk diiktiraf secara rasmi berdasarkan kemahiran sebenar yang dimiliki.

Akhir sekali, KESUMA berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk memperluaskan pengiktirafan terhadap program latihan lain di luar skop NOSS yang saya sebut tadi bagi tujuan pembiayaan rasmi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Langkah ini akan memperluaskan capaian rakyat kepada latihan kemahiran berimpak tinggi.

Contoh, program di bawah badan pensijilan seperti Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta latihan yang menawarkan pensijilan profesional seperti Autodesk, Linux, Microsoft dan sebagainya. Dan sudah tentu selari dengan perkembangan teknologi baru dan keperluan industri. Melalui kaedah ini, ekosistem TVET negara dapat diperkukuhkan secara menyeluruh dan lebih dinamik, sekali gus memastikan rakyat Malaysia mempunyai laluan pembelajaran yang lebih teratur, progresif dan seiring dengan tuntutan masa depan.

draft • 5:44 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, TVET hari ini bukan lagi dianggap sebagai laluan kedua tapi masa depan anak-anak Malaysia. Sejak Akta 652 ini dikuatkuasakan pada tahun 2006, lebih 2.5 juta sijil kemahiran telah dianugerahkan meliputi Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia. Namun, kita tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian ini. Secara khususnya, sasaran Rancangan Malaysia Ketiga Belas adalah untuk negara mempunyai sekurang-kurangnya 35 peratus pekerja mahir.

draft • 5:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Pencapaian pada masa kini hanya 30 peratus. Justeru, amat penting untuk kita melaksanakan apa yang saya sebut sebagai revolusi TVET.

Hari ini kita tidak bercakap soal undang-undang semata-mata. Hari ini kita bercakap tentang soal masa depan anak-anak Malaysia, tentang nasib belia lepasan sekolah yang menaruh harapan kepada kita untuk membuka jalan kerjaya, tentang pekerja mahir yang bertahun-tahun berkhidmat tetapi masih belum mendapat pengiktirafan kepakaran mereka dan tentang industri strategik yang menunggu kepakaran tempatan untuk mengisi peluang pekerjaan bernilai tinggi.

Dalam usaha merangka RUU yang amat penting ini, sebanyak beberapa sesi libat urus pengiktirafan kepada pekerja pakar telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan yang menyeluruh daripada pelbagai kementerian, persatuan industri, pekerja industri, akademik, badan penguat kuasa serta panel industri.

Sesi ini memberi tumpuan khusus kepada empat bidang rintis iaitu pelabuhan dan logistik, kulinari, kimpalan serta keselamatan siber. Pendekatan ini membuktikan kesungguhan KESUMA untuk memastikan bahawa pengiktirafan pekerja pakar dapat dilaksanakan secara inklusif, seimbang dan benar-benar berpaksi kepada realiti serta keperluan sebenar industri negara.

Bagi memperkukuhkan asas kepada dasar ini, sebanyak tiga kajian strategik juga dilaksanakan. Pertama, kajian tentang definisi tahap kepakaran. Kedua ialah dua kajian khusus tentang perlaksanaan pengiktirafan kemahiran yang melibatkan responden industri yang berpengalaman. Dapatan ini memberikan gambaran sebenar tentang keperluan pasaran kerja serta hala tuju negara dalam mengiktirafkan pakar kemahiran.

Selain itu, sebanyak tiga siri perbincangan intensif bersama pakar panel ataupun industry lead body dengan izin ILB diadakan untuk memperhalusi mekanisme perlaksanaan pengiktirafan pekerja pakar agar benar-benar fokus dan berkesan.

KESUMA juga mengadakan langkah proaktif melawat ke contohnya ke B.

Braun Medical Industries di Pulai Pinang bagi menelitikan amalan terbaik dalam meningkatkan tahap pekerja serta mekanisme pengiktirafan melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Kita juga mengadakan sesi libat urus strategik bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pendidikan Tinggi

(JPT) bagi memperkukuh dan menyelaraskan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

Ini amat penting sebab ia bertujuan untuk memastikan nanti mungkin ada soalan

draft • 5:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

adakah ini bercanggah dengan MQA. Perbincangan kita bertujuan untuk memastikan bahawa tiada pertindihan terhadap kelayakan sedia ada dengan cadangan pengiktirafan kemahiran kepada pekerja pakar.

KESUMA turut melaksana empat siri perbincangan serta satu bengkel penyelarasan bagi meneliti penyelarasan antara Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640] dan juga akta yang tengah kita bentangkan iaitu Akta 652.

Langkah ini bukan saja bersifat teknikal malah ia merupakan suatu ikhtiar strategik untuk memastikan setiap bentuk latihan kemahiran termasuk di luar NOSS diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Dengan adanya pengiktirafan ini, para peserta bukan saja dapat pengesahan dari segi undang-undang terhadap competency mereka, bahkan turut berpeluang menikmati kemudahan pembiayaan melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, kita sedar bahawa tanpa kerangka undang-undang yang mantap, TVET berasaskan kemahiran ini tidak akan mampu melonjak menjadi pemacu ekonomi negara. Pindaan ini, kali ini memberi tumpuan kepada lima reformasi ataupun revolusi utama yang akan memperkukuhkan landskap TVET negara.

Satu— saya sebut tadi. Memperluas keanggotaan Majlis Pembangunan Kemahiran, menambah empat anggota baharu iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, juga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta badan profesional strategik iaitu Lembaga Teknologis Malaysia ataupun MBOT.

Kedua, memperluaskan kuasa Ketua Pengarah JPK dan seterusnya menetapkan tatacara secara jelas pengiktirafan program latihan lain di luar NOSS bagi tujuan pembiayaan pinjaman ataupun bantuan kewangan melalui PTPK.

Ketiga, memperkemas syarat dan tempoh pentauliahan penyedia latihan sehingga tidak melebihi enam tahun di samping memperkukuhkan lagi peruntukan penggantungan dan pembatalan.

Keempat, memperkenalkan laluan kelayakan kemahiran baharu iaitu Sijil Kemahiran Modular Malaysia (SKMM) dan kelima— ini saya rasa cukup penting.

Yang memperkenalkan kategori penganugerahan pengiktirafan kemahiran yang baharu iaitu pakar kemahiran, nombor dua, pakar kemahiran kanan dan nombor tiga yang paling tinggi, sijil perunding kemahiran.

draft • 5:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Dewan yang mulia ini, RUU Pembangunan Kemahiran ini mempunyai 15 fasal iaitu 13 pindaan peruntukan sedia ada dan empat adalah peruntukan baharu. Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 5(1) bagi memperluaskan keanggotaan MPKK seperti yang saya sebut di atas.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 17(2) untuk memberi kuasa kepada Ketua Pengarah bagi tujuan mengiktirafkan program latihan lain di bawah seksyen baharu 36A bagi tujuan pembiayaan di bawah PTPK. Perluasan kuasa ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada program latihan di luar NOSS untuk tujuan pembiayaan tersebut dan dengan pindaan ini, mana-mana golongan yang mengikuti kursus inovatif, termasuk dalam bidang teknologi frontier yang sekarang ini tidak ada dalam NOSS, ia tidak akan tercicir daripada capaian kepada akses pembiayaan latihan.

Melalui pindaan ini juga, tatacara pengiktirafan program latihan di luar NOSS adalah lebih jelas dan telus. Permohonan akan melalui proses semakan awal oleh JPK sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Penilai dan Pengiktirafan yang memastikan kandungan latihan, penyampaian dan kualiti program benar-benar memenuhi piawaian yang ditetapkan.

Fasal 5 bertujuan untuk memasukkan subseksyen 24(6) iaitu penyedia latihan kemahiran kehilangan kelayakan daripada permohonan pentauliahan sesuatu program latihan kemahiran di bawah subseksyen 24(1) jika sijil pentauliahannya telah digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 29 atau seksyen 32 dalam tempoh satu tahun dan belum luput.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda perenggan 25(a) bagi memanjangkan tempoh sah sijil pentauliahan yang dianugerahkan kepada penyedia latihan kemahiran dari tiga tahun yang tetap pada masa kini kepada tidak lebih dari enam tahun.

Fasal 7 meminda perenggan 27(2)(a) bagi memanjangkan tempoh sah laku pembaharuan sijil pentauliahan yang dianugerahkan kepada penyedia latihan kemahiran daripada tiga tahun tetap kepada tidak melebihi enam tahun.

Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan subseksyen 29(3) sehingga 29(7) berhubung dengan tatacara baharu untuk proses penggantungan ataupun pembatalan sijil pentauliahan dengan memberikan ruang kepada penyedia latihan membuat representasi bertulis kepada Ketua Pengarah. Ini adalah satu benda yang baharu. Sebelum ini mereka tidak ada proses untuk membolehkan penyedia latihan

draft • 5:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

yang dikenakan tindakan penggantungan dan pembatalan untuk membuat representasi pembelaan.

Fasal 9 bertujuan untuk menggantikan subseksyen 34(1) bagi memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menganugerahkan Sijil Kemahiran Modular Malaysia (SKMM) sebagai satu laluan yang lebih flexible dengan izin, serta anjal untuk pembelajaran ataupun pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat.

draft • 5:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Fasal 9 bertujuan untuk memasukkan subseksyen 34(2) bagi memberikan kuasa kepada ketua pengarah untuk menganugerahkan sijil berkenaan pengiktirafan kemahiran yang lebih tinggi iaitu Sijil Pakar Kemahiran, Sijil Pakar Kemahiran Kanan dan Sijil Perunding Kemahiran. Langkah ini adalah satu reformasi besar dalam sistem kemahiran negara kerana buat kali pertamanya pengalaman luas pekerja tempatan rakyat Malaysia kita yang telah berkhidmat puluhan tahun tidak lagi dipandang sepi. Ini merupakan revolusi TVET.

Sebaliknya, pengalaman dan kepakaran mereka kini diangkat, diiktiraf dan diberi nilai setara dengan piawaian antarabangsa. Ini adalah bukti bahawa Malaysia menghargai kepakaran keringat tenaga kerja tempatan yang mahir serta bersedia meletakkan mereka di pentas yang lebih tinggi sejajar dengan aspirasi melahirkan tenaga kerja mahir berkelas dunia dan mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan bernilai tinggi, bergaji tinggi.

Fasal 10 bertujuan untuk memasukkan bahagian baru iaitu VIIA yang mengandungi subseksyen 36A yang membentukkan bahawa ketua pengarah boleh memberikan pengiktirafan kepada mana-mana program latihan lain yang tidak berasaskan NOSS yang dijalankan oleh mana-mana pertubuhan, badan atau organisasi sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Pindaan ini membolehkan program berkenaan mendapat pengiktirafan rasmi bagi tujuan pembiayaan melalui PTPK seperti yang telah disebut di atas. Pindaan- pindaan lain saya tidak nyatakan secara khusus kerana ia bersifat pindaan kecil, editorial atau berbangkit iaitu consequential in nature, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

Semalam kalau kita telah membentangkan satu RUU game changer iaitu memberikan perlindungan PERKESO 24 jam kepada pekerja. Hari ini kita membentangkan satu pindaan undang-undang untuk melaksanakan revolusi TVET, khususnya dengan pengenalan sijil pakar yang lebih tinggi.

draft • 6:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Akta asal dibuat 20 tahun yang lalu. Tak pernah dipinda. Dalam 20 tahun ini, dunia dan negara menyaksikan perubahan yang cukup besar khususnya dari segi industri dan teknologi. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, ketika akta ini digubal pada tahun 2006, jangan nak sebut ChatGPT, DeepSeek, AI. Benda ini langsung tak pernah ada— wujud ketika itu. TikTok, Instagram pun belum ada. Masa itu orang main Facebook sahaja. iPhone belum keluar lagi. Lah ini dah iPhone 17 dan WhatsApp pun belum ada.

Dunia dah melalui begitu banyak perubahan yang begitu ketara. Justeru, akta yang mengawal selia pembangunan kemahiran harus juga berubah mengikut perubahan ataupun peredaran zaman. Kalau kita benar-benar ingin mengejar pembangunan dan mengapai kemajuan, maka saya sarankan inilah peluangnya kita sama-sama merealisasikan revolusi TVET di negara kita.

Kalau pancing hendak mencapai, Anak umpan haruslah zahir; Kalau maju hendak digapai, Anak bangsa haruslah mahir. Sekian, terima kasih. Saya mohon mencadang.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 6:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Timbalan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu akta untuk meminda Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Dalam senarai pembahas ada sembilan orang. Senarainya adalah Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Petaling Jaya.

Ingin saya ingatkan ini adalah pindaan rang undang-undang makna masa terikat. Maka terikatlah kepada Peraturan 36(1). Selain daripada itu Yang Berhormat- Yang Berhormat, kita mengejar masa dan kekangan masa. Jadi, cuba pendekkanlah ucapan itu dalam masa yang ditetapkan lima minit. Silakan.

Saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 6:00 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya terus ke perkara pertama perbahasan RUU Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025. Yang pertama mengenai TVET asas pertumbuhan ekonomi baharu. Ekonomi masa kini tidak lagi bergantung kepada buruh kos rendah tetapi kebergantungan kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu mengendalikan teknologi kompleks.

RUU ini memperkenalkan pembaharuan penting termasuk laluan modular, pengiktirafan pakar kemahiran, latihan antarabangsa serta pengukuhan MPKK untuk menyelaraskan ekosistem TVET secara nasional. Namun, beberapa isu masih membelenggu landskap TVET seperti stigma TVET sebagai laluan kelas kedua, ketidakpadanan latihan dengan permintaan industri, jurang akses latihan berkualiti antara bandar dan luar bandar serta pelaksanaan dasar tidak seragam antara agensi.

Bagi menangani hal ini, saya ingin mencadangkan:

(i) kempen nasional mengangkat imej TVET sebagai pilihan utama;

(ii) majlis kurikulum bersama TVET bagi memastikan standard dan keperluan semasa;

(iii) dana akses TVET luar bandar khususnya Sabah dan Sarawak; serta

(iv) mengukuhkan laluan mobiliti TVET universiti bagi memastikan peningkatan kemahiran sehingga ke tahap profesional.

Perkara kedua, struktur ekonomi kita masih berintensif buruh. Dengan RUU ini, Malaysia lebih bersedia menyertai sektor bernilai tinggi seperti automasi, robotik, tenaga baharu EV, semikonduktor, keselamatan siber dan AI. Namun, kejayaan transformasi ini memerlukan pelaksanaan yang mantap, tempoh pentauliahan dari tiga tahun sehingga enam tahun seperti dalam pindaan dalam fasal 6 berpotensi menyebabkan penyedia latihan terlalu selesa tanpa inovasi.

Model digital pula tidak diselaraskan secara komprehensif antara kementerian menyebabkan jurang kemahiran digital antara bandar dan luar bandar terus melebar. Penyedia latihan kecil turut berdepan kekangan untuk menaik taraf fasiliti latihan yang sepadan dengan teknologi semasa.

draft • 6:05 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Untuk itu, saya mencadangkan pelaksanaan yang pertama, audit kualiti berkala setiap tiga tahun selaras dengan amalan MQA. Yang kedua, Digital Skills Roadmap dibangunkan di bawah MPKK. Yang ketiga, penubuhan National TVET Technology Fund bagi menaik taraf fasiliti latihan. Keempat, mewajibkan tenaga pengajar menjalani Program Industry Immersion bagi memastikan kompetensi mereka kekal relevan.

Seterusnya, Malaysia kini berada pada tahap pertengahan economic complexity. Untuk melonjak lebih jauh, kita memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir tetapi menghasilkan limpahan pengetahuan ataupun knowledge spillover kepada industri.

RUU ini menyediakan asas melalui laluan modular. Latihan antarabangsa yang mempercepat pemindahan kepakaran, pengiktirafan pakar yang membina tenaga mahir mendalam serta MPKK yang menyelaras pembangunan kemahiran merentasi kementerian dan industri. Namun, manfaat sering tertumpu di bandar.

Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan yang pertama menubuhkan kampus satelit TVET di Sabah Sarawak serta mana-mana kawasan pedalaman yang strategik bagi memastikan penyertaan dalam TVET berlaku secara benar-benar inklusif.

Kedua, memberikan insentif bersasar kepada pelatih luar bandar serta meningkatkan infrastruktur latihan di kawasan pedalaman. Pendekatan ini memastikan pembangunan ekonomi kompleks ini tidak sahaja bertumpu di bandar tetapi turut mengangkat potensi industri luar bandar secara menyeluruh.

Seterusnya, pindaan baharu melalui seksyen 36A membolehkan ketua pengarah mengiktiraf program latihan yang tidak berasaskan standard termasuk program luar negara ataupun latihan komuniti. Ini membuka ruang besar kepada pertumbuhan masyarakat, NGO, syarikat industri setempat dan pusat latihan luar bandar turut menawarkan latihan kemahiran yang sesuai dengan keperluan setempat.

draft • 6:05 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Contohnya, di Sabah, Sarawak, keperluan tenaga mahir untuk industri tenaga, pembinaan, pertanian moden dan logistik sangat tinggi, tetapi akses latihan masih rendah. Justeru, proses pengiktirafan ini tidak wajar dibebankan dengan birokrasi yang rumit kerana banyak program komuniti yang memberi impak yang besar tetapi tidak mempunyai dokumentasi teknikal yang lengkap. Namun, memandangkan seksyen 36A memberi kuasa budi bicara yang besar kepada Ketua

draft • 6:10 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Pengarah, satu SOP yang jelas dan telus perlu diwujudkan agar setiap program yang diiktiraf menepati kualiti serta objektif RUU ini.

Sikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Penguatkuasaan dan perlindungan pelatih. RUU ini turut memperkukuh penguatkuasaan terhadap iklan palsu, maklumat mengelirukan dan latihan tanpa tauliah. Suatu langkah penting memandangkan ramai belia dan golongan B40 terpedaya dengan kursus yang tidak diiktiraf yang langsung tidak membawa nilai kepada masa depan mereka.

Justeru, saya menyokong pindaan seksyen 55 yang menaikkan penalti minimum kepada RM20,000 sebagai isyarat tegas bahawa eksploitasi pelatih tidak akan ditoleransi demi memastikan program TVET berkualiti dan berimpak kepada pembangunan ekonomi negara.

Jadi, sebagai penutup, RUU ini merupakan lonjakan penting dalam memperkukuh ekosistem TVET. Namun, kejayaannya bergantung pada pelaksanaan yang memerlukan keperluan industri, mengurangkan jurang wilayah khususnya di Sabah, Sarawak serta memastikan latihan benar-benar melahirkan kompetensi.

Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong. Ada penambahan pembahas. Pembahas yang kesepuluh― Yang Berhormat Padang Rengas.

Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Pendang.

draft • 6:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Saya turut serta dalam perbahasan Rang Undang- undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 ini kerana ia penting untuk mengemaskinikan Akta 652 yang telah berusia hampir dua dekad, sedangkan landskap pekerjaan dan teknologi berubah lebih pantas daripada kemampuan sistem latihan sedia ada untuk menyesuaikan diri.

Pertamanya, izinkan saya, Dato’ Yang di-Pertua, menyentuh isu besar mengapa pindaan ini diperlukan. Berdasarkan dapatan rasmi Labour Force Survey Report 2025, hampir 67.4 peratus pekerja Malaysia, lebih 11 juta orang bekerja tanpa kelayakan tertiary. Ini bukan angka kecil. Ini bermaksud majoriti negara kita, tenaga kerja bergantung kepada kemahiran sebenar yang diperolehi daripada latihan industri, pengalaman kerja serta latihan tidak formal, bukan daripada ijazah atau diploma akademik.

draft • 6:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dalam konteks ini, saya menyokong roh pindaan yang ingin memodenkan sistem pengiktirafan kemahiran, termasuk peralihan kepada micro-credential, modular certification, internship-based learning dan pelbagai bentuk kemahiran ringkas yang responsif kepada keperluan industri.

Saya setuju, Dato’ Yang di-Pertua, sebab dalam hal ini, kita tengok, bila kita based on certificate akademik, bila dia bekerja sebagai technician tetapi dia mempunyai kemahiran dan kepakaran, tetapi dia tak boleh naik sampai menjadi engineer. Sedangkan, kemahiran dan kebolehan dia, pengalaman itu, lebih baik daripada engineer. Cuma, dia tak ada paper. Dia duduk dekat technician dekat situ saja.

Sebab itulah, dalam bidang ini, kita sarankan supaya PTPTK ini memberi ruang kepada mereka-mereka ini untuk meningkat lebih tinggi lagi dalam bidang profesional TVET ini. Mereka mahir dalam sesuatu bidang, terutamanya technician.

Contohnya, maintenance bangunan. Bukan semua orang boleh buat. Tetapi, dia tak boleh pergi. Dia masih lagi disebut technician-lah. Technician bangunan. Elektrik, electrician apa semua ini. Jadi, kita nak angkat taraf mereka ini dengan kebolehan mereka, dengan kemahiran mereka, dan ini satu pindaan yang saya sangat setujulah, dalam konteks ini.

Oleh sebab itu, Dato’ Yang di-Pertua, fasal 5 berkaitan tempoh pentauliah daripada tiga tahun kepada enam tahun ini, secara prinsipnya wajar kerana ia mengurangkan beban pentadbiran pusat latihan.

Namun, saya ingin menekankan bahawa tempoh enam tahun ini mesti disertakan dengan mekanisme audit prestasi yang ketat. Sebab, bila kita angkat sijil mereka, iktiraf sijil mereka, mekanisme pengauditan untuk nak beri mereka, seperti mana MQA mengiktiraf akreditasi dalam bidang akademik, begitu juga dalam bidang ini. Jadi, ini memang kita sangat-sangat alu-alukanlah.

Di bawah sistem lama, pusat latihan perlu memperbaharui kelulusan setiap tiga tahun. Sistem baharu memberi fleksibiliti tetapi tanpa pemantauan berkala. Ia membuka ruang kepada kelonggaran standard latihan, pengajaran sambil lewa atau isu pentauliahan yang hanya bersifat atas kertas.

Saya mencadangkan supaya kementerian mewajibkan penilaian pertengahan penggal, midterm audit, pada tahun ketiga dan tahun keempat agar pusat latihan kekal tertakluk kepada kawal selia berasaskan prestasi dan pematuhan standard.

draft • 6:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, dalam bab ini juga, kita mesti melihat macam mana penyelenggara lif, yang mana mereka ini kalaulah mereka di atas sifat individu, agak bebas. Tetapi, kalau mereka di bawah syarikat, mereka adalah lebih baik. Mereka selalu diberi latihan untuk nak meningkatkan kualiti mereka. Sebab, dalam maintenance lif ini pun, bukan semua orang...

draft • 6:12 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pendang.

draft • 6:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

draft • 6:12 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik mungkin ada nak sikit celahan untuk Yang Berhormat Menteri menjawab.

draft • 6:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sila, sila.

draft • 6:12 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ketika mana proses kita membuat pindaan akta ini, di luar sana, isu yang berbangkit juga ialah ketika mana pelatih- pelatih kita yang membuat pinjaman dalam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran ini, sebahagian besarnya masih belum membayar pinjaman itu dengan sempurna dan 30 hingga 40 peratus yang membayar.

Jadi, adakah Yang Berhormat Pendang setuju untuk kementerian juga melihat di segi mekanisme pembayaran itu, termasuklah kita beralih kepada model outcome-based financing, iaitu ketika mereka bekerja, barulah mereka mula membuat pembayaran pinjaman mereka gunakan ketika dalam latihan itu? Adakah Yang Berhormat bersetuju?

draft • 6:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang itu, nanti kita bincang dalam pindaan berkenaan dengan tabung nanti. Sekejap lagi. Yang itu kan, Menteri?

Okey. Yang ini, kita untuk nak pinda Akta 652 dahulu. Okey, terima kasih, Sik.

Begitu juga dalam fasal 6, Dato’ Yang di-Pertua. Kita tengok― saya mencadangkan supaya kementerian mewajibkan penilaian pertengahan penggal, midterm audit, pada tahun ketiga dan keempat agar pusat latihan kekal tertakluk kepada seliaan berasaskan prestasi dan pematuhan standard.

Dalam pindaan fasal 6, adalah sangat penting dalam aspek tadbir urus, RUU memberi prosedur baharu untuk menggantungkan dan membatalkan sijil pentauliahan, termasuk hak representasi bertulis. Namun, saya ingin mengingatkan bahawa sejarah menunjukkan wujud pusat latihan yang sewenang-wenangnya mengiklankan program kemahiran tanpa kelulusan sebenar. Yang ini, perlu pemantauan daripada kementerian. Ada yang menjadikan sijil kemahiran sebagai produk dagangan tanpa standard latihan sebenar.

draft • 6:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Justeru itu, saya ingin mencadangkan supaya mekanisme penguatkuasaan disertakan dengan tindakan menyenaraihitamkan dan disebarluaskan kepada umum, selain penerbitan notis amaran awam ataupun public caution notice, kepada pelajar dan ibu bapa dan penyelarasan dengan KPDN dan juga MCMC bagi menangani iklan palsu, termasuk iklan digital di media sosial.

Saya nak minta satu minit, dua minit lagi. Yang last-lah. Walaupun saya ada banyak ini saya nak cadang dekat ini, tetapi tak apalah. Masa terlalu singkat. Saya minta satu minit, Dato’ Yang di-Pertua.

Fasal 7 dan fasal 8 antara pindaan yang paling kritikal. Selama ini, terdapat operator latihan swasta yang mengambil pelatih meskipun tidak mendapat kelulusan pentauliahan penuh. Lebih teruk, mereka mengiklankan kursus seolah-olah memiliki akreditasi JPK. Jadi, saya minta sekali lagi kepada Menteri KESUMA supaya yang ini juga diberi perhatian, supaya tidak berlaku penipuan dan kita mempunyai kualiti produk daripada sistem kemahiran ini yang mempunyai kualiti yang ditetapkan, seperti mana yang kita kehendaki.

Oleh itu, saya melihat fasal 4 dan peruntukan baharu ini iaitu satu pengiktirafan program latihan selain NIOSH, ia sebagai transformasi besar dalam sistem pensijilan kemahiran Malaysia. Ia memberi kuasa kepada Ketua Pengarah JPK untuk mengiktiraf program latihan yang tidak berpaksikan NIOSH, menyokong kemunculan pekerjaan baharu seperti cybersecurity analyst, AI technician, clerk computing technician dan sebagainya.

Namun, sebelum saya pergi kepada penutup...

draft • 6:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 6:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Fasal 3 ini, penambahan anggota Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan daripada 21 kepada 25.

Penambahan anggota seperti MITI, KPWKM, KPW dan MBOT adalah langkah tepat untuk menjadikan Majlis lebih inklusif. Namun, saya mohon pencerahan.

draft • 6:12 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, saya ada lagi sebab Dato’ Yang di-Pertua pun dah minta saya berhenti.

Jadi, saya gulunglah. RUU ini adalah satu pindaan yang besar dan perlu lebih-lebih lagi apabila ekonomi digital dan new-collar job berkembang jauh lebih pantas berbanding sistem latihan formal. Namun, keberkesanan undang-undang bukan sekadar terletak apa yang ditulis di atas kertas tetapi kepada penguatkuasaan, audit, ketelusan dan keterlibatan industri.

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya menyokong rang undang-undang ini dengan syarat bahawa kerajaan memastikan tiada lagi program latihan yang bersifat kosmetik. Tidak lagi iklan palsu yang memperdayakan pelajar, tiada lagi pusat latihan yang sekadar mendapat pentauliahan tetapi gagal melahirkan pekerja mahir yang sebenar. Jadi, Akta 652 ini berpotensi menjadi pemangkin utama untuk memperkukuhkan daya saing tenaga kerja di Malaysia. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pulai pula silakan.

draft • 6:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera, salam MADANI.

Terima kasih Dato’ Dr. Speaker yang memberikan ruang Pulai untuk membahaskan RUU Pembangunan Kemahiran Kebangsaan yang telah hampir 20 tahun tidak lagi dipinda dan pada masa ini dirancang untuk dipinda. Ini satu pendekatan yang sangat baik.

Pertamanya, Pulai ingin menyentuh berkenaan dengan tambahan pengiktirafan kemahiran ini iaitu pakar kemahiran, pakar kemahiran kanan ataupun perunding kemahiran. Jadi Dato’ Dr. Speaker, kita maklum bahawa kalau sijil ini adalah biasanya lepasan SPM ya, mereka akan masuk sijil kemahiran ini ya untuk dapatkan sijil. Tapi bila bercakap tentang pakar, sudah tentulah di sana mereka yang telah bekerja ataupun sedang bekerja ya. Di situ Pulai merasakan bahawa mereka ini sangat sukar untuk bercuti, untuk mendapatkan ataupun melaksanakan program latihan ini.

Jadi, Pulai ingin mendapat penjelasan daripada Menteri, apakah kita ada satu mekanisme yang bersesuaian dengan mereka yang sedang bekerja ini? Maksud dia, mereka tak perlulah bercuti tetapi mereka dinilai melalui latihan secara bekerja ini.

Maknanya mereka bekerja dalam masa itu juga dia dinilai dan tidak perlulah mereka bercuti dan sebagainya.

Dan ini saya kira ia satu pendekatan yang baik kerana dengan kemahiran- kemahiran ini yang bertahap pakar ini dia akan menambahkan gaji mereka. Jadi, kita telah memberi ruang dan peluang kepada rakyat untuk mendapatkan gaji yang lebih dengan kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan. Itu yang pertamanya Dato’ Dr.

Speaker ya.

Yang keduanya, Pulai merasakan sangat baik pindaan ini yang mana MPKK- nya telah ditambah yang melibatkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

draft • 6:21 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Desa dan Wilayah, MITI dan juga Lembaga Teknologi Malaysia ini. Kerana dalam standard yang kita nak lahirkan, yang nak kita terbitkan ini adalah kita perlu meliputi berbagai kementerian ini supaya ia dapat melahirkan ataupun menerbitkan satu standard yang benar-benar bersesuaian dengan keperluan masyarakat dan peluang pekerjaan di sana ya. Itu yang keduanya.

Yang ketiganya adalah dari segi tempoh pentauliahan ini ya di mana tempoh pentauliahan ini telah dinaikkan daripada tiga dan sekurang-kurangnya enam tahun.

Kalau tiga tahun kita nampak di sana mudah untuk menyesuaikan dengan NOSS ini.

NOSS ini ialah satu standard yang kita tetapkan dan kita memahami bahawa teknologi ini begitu pantas, kemahiran-kemahiran ini begitu pantas mereka ini bergerak ya.

Apa yang Pulai khuatirkan adalah apabila kita terlalu lama atau kita tertinggal, kita punya standard itu tertinggal berbanding dengan keperluan semasa. Kalau tempoh tiga tahun mungkin kita lebih mudah untuk kita nak upgrade sesuatu standard itu. Tetapi apabila ia nya terlalu lama begini, so dengan itu kita khuatir kita tertinggal dan akhirnya bila tertinggal ini kita tak menepati pasaran yang ada itu ya.

Jadi, Pulai ingin meminta satu penjelasan daripada Menteri apakah kaedah untuk memastikan bahawa standard kita ini tetap mengikut pasaran yang ada di sekitar kita.

Dan akhirnya Pulai menyokong usaha-usaha untuk meminda akta ini supaya akta ini lebih bersesuaian dengan keperluan semasa sambil kita mengiktiraf mereka ini untuk dapat ditingkatkan kemahiran mereka dan juga ditingkatkan gaji mereka supaya mereka mendapat imbuhan yang bersesuaian dengan kemahiran yang mereka ada. Terima kasih.

draft • 6:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Dipersilakan Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 6:21 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil perbahasan berkenaan dengan rang undang- undang mengenai Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025.

Yang pertamanya ialah mengenai fasal 3 seksyen 5. Dengan berlakunya penambahan dari kalangan ahli majlis, wakil daripada pihak kerajaan ataupun kementerian dulunya sembilan kemudiannya naik kepada 12. Yang keduanya ialah wakil daripada sektor bukan kerajaan. Dulunya 10 dan dinaikkan kepada 11 wakil.

draft • 6:26 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Kementeriannya pula yang mewakili Kementerian Pembangunan Wanita dan juga Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kementerian Pembangunan Desa dan Wilayah.

Namun begitu, persoalannya ialah kerana bila kita bincang bab berkenaan dengan TVET, ia amat berkaitan dengan keperluan industri. Persoalannya, adakah wakil-wakil yang kita telah naikkan daripada sembilan jadi 12, 10 jadi 11, adakah mereka ini boleh mendatangkan manfaat kepada peserta-peserta kemahiran dan mencerminkan kehendak pasaran kerja. Itu satu.

Yang kedua berkenaan dengan seksyen 24, hukuman kepada penyedia latihan yang melakukan kesalahan. Mereka digantung selama satu tahun. Bagus, untuk kita elakkan supaya pusat-pusat persijilan ini, pusat-pusat latihan ini merupakan pusat-pusat yang menyediakan persijilan palsu. Persoalan saya ialah bagaimanakah kesalahan ini diukur sama ada dari segi kualiti pembelajarannya ataupun dari segi kesalahan teknikal? Satu.

Yang kedua, adakah kesalahan ringan ataupun berat hukumnya adalah tetap sama? Yang ketiga berkenaan dengan seksyen 29 yang memberi hak kepada penyedia latihan untuk membuat representasi bertulis sebelum mereka ini digantung ataupun dibatal sijil penyediaan latihan mereka. Cadangan saya ialah supaya panduan dan prosedur representasi ini diterbitkan supaya menjadi satu panduan umum kepada pemain-pemain pusat latihan ini untuk dijadikan sebagai rujukan.

Fasal yang kesembilan seksyen 34 memperkenalkan kelayakan baru Sijil Kemahiran Malaysia, pakar kemahiran kanan, perunding kemahiran. Persoalan saya ialah walaupun sudah ada satu standard kompetensi yang kita iktiraf berkenaan dengan sijil kemahiran, pakar kemahiran ini yang telah pun diwartakan, adakah industri-industri menyambut baik terhadap perkara ini? Yang keduanya, adakah berlaku kenaikan gaji dan elaun? Yang ketiganya, sejauh mana ia akan memberikan kesan kepada industri kerana ia melibatkan soal elaun ataupun kenaikan gaji.

draft • 6:26 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Seksyen baharu, 36A. Kerajaan membenarkan dan iktiraf program latihan yang telah— yang tidak berasaskan standard termasuk di luar negara. Persoalan saya ialah apakah tujuan perubahan seksyen ini? Yang pertama.

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 6:30 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Yang kedua, apakah program latihan yang ada pada hari ini tidak mencukupi dari segi kualitinya? Dan yang ketiganya, sejauh manakah pihak kementerian untuk kawal supaya geng-geng scammer pusat latihan ini beroperasi dan akhirnya rakyat menjadi mangsanya?

Dato’ Yang di-Pertua, bagaimanakah pindaan ini dapat mengharmonikan standard kemahiran MQA Industri 4.0 dan keperluan pasaran semasa? Apakah mekanisme untuk pastikan standard kemahiran ini tidak ketinggalan berbanding dengan piawaian antarabangsa?

Dan akhir sekali, adakah micro credential, yakni sijil-sijil kecil yang diiktiraf kemahirannya dan juga recognition of prior learning (RPL) yakni pengiktirafan pembelajaran terdahulu diperkasakan dengan pindaan ini?

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri.

Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Berikutnya, Yang Berhormat Maran.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, peluang untuk, memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006.

Seiring aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) dan cita-cita Malaysia untuk muncul sebagai ekonomi berintensiti, pengetahuan serta ber- complexity tinggi, pindaan kepada Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 ini merupakan langkah penting dan wajar disokong.

Namun, kita negara sedang beralih kepada model industri yang menuntut kemahiran yang lebih canggih. Segala bentuk sijil kemahiran yang diiktiraf mestilah benar-benar dinamik, berdaya skala dan mampu menjadi ekosistem perniagaan latihan yang berkualiti, bukan hanya industri pensijilan semata-mata.

Saya ingin merujuk kepada seksyen 34 melalui pindaan ini. Secara keseluruhan, akan ada lapan tahap sijil daripada lima sijil yang terawal. Ini adalah agak banyak. Saya ingin bertanya, apakah justifikasi level yang banyak ini terutama tiga tahap pakar iaitu pakar kemahiran, pakar kemahiran kanan dan perunding kemahiran? Apa yang membezakan antara ketiga-tiga kemahiran ini?

draft • 6:31 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Yang kedua, berdasarkan unjuran dan analisis kementerian dari pindaan ini, berapakah anggaran jumlah pengiktirafan yang akan diberikan bagi ketiga kategori pengiktirafan kemahiran baharu ini?

Yang ketiga, selain itu, apakah unjuran impak pindaan undang-undang ini dari segi bilangan program bertauliah, jumlah pekerja yang mendapat pengiktirafan kemahiran serta kesannya kepada pasaran kerja dan ekosistem TVET negara?

Berikutnya, bagaimana kerajaan akan memastikan Sijil Kemahiran Modular Malaysia, penyata pencapaian dan pengiktirafan pakar kemahiran, pakar kemahiran kanan, perunding kemahiran dipetakan dengan jelas kepada Malaysian Qualifications Framework (MQF), Standard NOSS dan laluan kerjaya dalam industri supaya majikan faham tahapnya laluan kenaikan tarafnya dan tidak berlaku terlalu banyak jenis sijil, gelaran sehingga nilai setiap satu menjadi kabur?

Adakah kerajaan bercadang membangunkan kerangka gaji dan skim perkhidmatan awam yang mengiktiraf kelayakan modular dan jalur pakar ini supaya ia benar-benar memberi mobiliti sosial kepada pekerja tanpa kelayakan serta bina imej baru kepada mereka?

Apakah kriteria substantif dan indikator seperti jam pembelajaran, penilaian kompetensi, pengalaman industri bagi menganugerahkan status pakar kemahiran, pakar kemahiran kanan dan perunding kemahiran? Bagaimana mencegah laluan shortcut untuk golongan yang cuba mengambil kesempatan?

Saya juga ingin tahu, berapa ramai pekerja-pekerja asing yang mahir di negara kita? Apakah ada kesan kepada pekerja-pekerja tempatan dalam persaingan pekerjaan di negara kita ini? Saya juga ingin tahu sehingga kini, berapa ramai pelatih yang telah mendapat sijil kemahiran mengikut lima tahap dahulu dan yang telah ditetapkan ada sekarang? Saya juga ingin tahu, berapa ramai daripada pekerja- pekerja yang memiliki sijil-sijil kemahiran ini bekerja sendiri dan memiliki institusi latihan sendiri?

Dari aspek kerja, banyak sebenarnya bidang-bidang yang diceburi oleh pekerja asing walaupun ramai daripada pekerja-pekerja kita mendapat latihan melalui bidang-bidang ini. Umpamanya, bidang gunting rambut, contoh. Ramai di negara kita penggunting-penggunting rambut adalah daripada India dan juga Acheh dan sebagainya.

Seksyen 36A, pengiktirafan program latihan lain di bawah kuasa ketua pengarah. Peluasan ini boleh dilihat sebagai langkah positif negara. Saya ingin

draft • 6:31 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

bertanya, apakah guardrail minimum seperti hasil pembelajaran, kaedah penilaian, tenaga pengajar atau jejak rekod penempatan pekerjaan?

Bagaimana kerajaan menjamin bahawa peluasan kuasa pengiktirafan ketua pengarah tidak menjadi laluan ketirisan PTPK melalui yuran tidak munasabah, kualiti latihan tidak seragam dan lambakan graduan tanpa pekerjaan? Apakah penanda aras minimum audit bebas dan had kuasa budi bicara yang ditetapkan dalam menentukan pengiktirafan ini?

Subseksyen 54(1), penguatkuasaan iklan, penalti dan perlindungan pelatih.

Saya ingin bertanya, rekod penguatkuasaan dan rasional penalti. Berapa banyak kes pendakwaan atau tindakan pentadbiran di bawah seksyen 52, 54, 55 dan 57 akta sedia ada dalam lima tahun lepas dan bagaimana data ini digunakan untuk menjustifikasikan peningkatan minimum penalti kepada peluasan skop kesalahan?

Apakah garis panduan khusus iklan, contoh tuntutan penempatan kerja, gaji dijanjikan, jamin lulus yang akan diterbitkan untuk memudah cara pematuhan memandangkan kesalahan iklan ini meliputi sijil dan program bertauliah dengan penalti RM20,000?

Dato’ Yang di-Pertua, akhirnya dari segi implikasi kewangan. Nota RUU hanya menyatakan bahawa pindaan ini akan melibatkan perbelanjaan tambahan yang belum dapat ditentukan. Bolehkah kementerian memperincikan komponen kos utama yang dijangka terlibat? Dan pada masa yang sama, minta kemukakan anggaran kos. Contohnya jika menggunakan proksi pengalaman pelaksanaan program pensijilan kemahiran sedia ada seperti SKM, DKM, DLKM, SLDM dan lain- lain lagi.

Saya mencadangkan supaya cadangan ini — pindaan ini amat baik dan kerajaan memikirkan supaya peruntukan tambahan dapat diberikan bagi memastikan kita dapat melahirkan pekerja tempatan yang lebih berkemahiran dan berpengalaman. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 6:31 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Berikutnya, Yang Berhormat Ampang.

draft • 6:31 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Ampang. Bismillahirrahmanirrahim. Syabas kepada KESUMA kerana membawa beberapa pindaan rang undang- undang ini yang mana memang amat-amat diperlukan. Kita lihat untuk hala tuju yang betul. Meskipun rang undang-undang ini Ampang menyokong secara prinsipnya,

draft • 6:38 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

tetapi suka Ampang angkat beberapa persoalan dan permasalahan kritikal yang wajar diteliti dan diperhalusi. Juga Ampang akan bagi beberapa syor untuk ditambahbaikkan.

Pertama— keseluruhan empat perkara yang ingin dibincangkan. Pertama, risiko kemerosotan kualiti dan piawaian program latihan tanpa jaminan standard yang jelas dan tuntas. Kalau kita lihat pengenalan seksyen 36A memberi kuasa luas kepada ketua pengarah untuk mengiktiraf program latihan lain di luar kerangka NOSS. Persoalannya, apakah mekanisme audit, penilaian dan jaminan kualiti yang diguna pakai untuk mengelakkan penyediaan latihan komersial rendah kualiti?

Seterusnya, wujudkah seal of qualitiy national untuk kursus micro credential?

Adakah penilaian keberhasilan pasca latihan dan penempatan pekerjaan ataupun job placement ditetapkan? Jadi justeru itu, Ampang mencadangkan kalau boleh ditubuhkan satu majlis penjaminan kualiti kemahiran kebangsaan atau national skill quality assurance council, dengan izin untuk melibatkan para pemain industri dan juga banyak pihak yang di dalam itu yang boleh memberikan hasil tenaga kerja yang lebih mantap.

draft • 6:38 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Yang keduanya, Ampang ingin menyentuh tentang kemunculan penyedia latihan komersial yang opportunistic atau capitalistic, terlalu mengejar keuntungan, tidak bertanggungjawab malah memperdayakan atau menyeleweng. Kenapa Ampang timbulkan perkara ini? Kerana menurut statistik PTPK pada 2020, terdapat peningkatan lebih 40 peratus aduan pelatih khususnya, pertama mengenai iklan palsu dijamin pekerjaan. Kedua, program mata khusus tidak menepati tawaran atau piawaian dan yang ketiganya pelbagai caj dan fi yang tersembunyi.

Jadi, untuk itu persoalannya wujudkah mekanisme aduan dan pendedahan maklumat ataupun whistleblowing yang melindungi hak kerahsiaan pelatih ini? Yang seterusnya, bersediakah kerajaan mendirikan public blacklist portal? Sebab ada juga kadang-kadang kita tengok di dalam portal-portal banyak benda yang ditawarkan sedangkan mereka itu rupanya istilah biasa sekarang ini, scammer. Jadi, apakah langkah yang boleh diambil?

Justeru itu, Ampang juga ingin mencadangkan satu nilai dan prinsip tata kelola yang lebih baik diberi perhatian serius demi memastikan perlindungan pengguna dan kewibawaan industri penyediaan latihan dan kemahiran.

Yang ketiganya, kelemahan dari segi peranan dan penglibatan industri sebagai rakan strategik utama. Menteri, kalau kita tengok apa yang kita belajar

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

daripada pihak luar, kita tengok kadar keboleh pasaran pasca program latihan menunjukkan satu jurang keterlibatan industri Malaysia dalam bentuk latihan bergaji dan penempatan pekerjaan berbanding beberapa negara maju.

Kita lihat di sini Malaysia hanya mendapat, menawarkan dalam 60 peratus.

Ini data daripada KESUMA 2024. Kalau kita tengok Korea Selatan 92 peratus, Jerman 86 peratus. Agak tinggi dan agak baik. Jadi, justeru itu, Ampang mencadangkan dibangunkan satu skim insentif industri iaitu satu pakej insentif cukai dan bukan cukai khusus untuk pemain industri yang menyediakan program perantisan ataupun internship berstruktur dan berbayar serta penilaian kemahiran.

Penyertaan pemain industri sebagai penilai ujian ini penting kerana mereka bukan sahaja terlibat menyediakan tawaran internship tetapi dia juga menilai peperiksaan kemahiran ini dan memastikan standard yang digunakan relevan dengan industri itu.

Dan yang akhirnya, Yang di-Pertua, saya mengatakan keseluruhan ini banyak kementerian bercakap tentang perkara yang sama tetapi sistem dan data ataupun maklumat TVET ini berselerak semua tempat. Yang saya dapat kira semua dalam sembilan kementerian yang adakan atau di bawah KESUMA ada, HRD Corp ada, PTPK, KPM, MQA, MITI, MOSTI, KPWM, KPLW, macam-macam ada dekat situ.

Jadi, pelbagai data ini sebenarnya adalah— berselerak ini adalah tidak baik kerana kita tidak dapat menghasilkan satu bentuk data yang ataupun yang tenaga kerja yang betul-betul pengkhususan.

Jadi, mengapakah satu centralized national skills and TVET registry ini tidak digabungkan dan disepadukan dan bagaimana Malaysia mampu merealisasikan impian merancang dan membentuk takungan bakat dan pekerja mahir secara strategi tanpa sistem dan data bersepadu.

Justeru itu, Ampang mencadangkan diwujudkanlah satu, dengan izin, TVET central data hub yang mengumpulkan dan menyatukan semua data-data ini. Dan kita harap juga akan disediakan dashboard yang boleh diakses oleh orang awam termasuk penempatan pekerjaan supaya kita juga melihat bidang-bidang mana yang boleh.

Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, penutup. Saya rasa latihan dan latihan kemahiran ini bukan pilihan kedua sekarang ini. Sebaliknya platform ampuh untuk melakar masa depan Malaysia ke arah high-growth, high-value economy. Maka, TVET di Malaysia bukan sahaja perlu segera ditransformasikan dan dinaiktarafkan untuk menjadi setanding dengan negara-negara anggota OECD malah sentiasa ke

draft • 6:40 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

depan dalam peperangan merebut bakat ataupun talent war global yang begitu sengit.

Dengan ini, Ampang menyokong Rang Undang-undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan ini dan kita harapkan usaha daripada KESUMA ini akan terus menambah baik bidang ini. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 6:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Berikutnya Yang Berhormat Machang.

draft • 6:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.

Saya lihat rasional yang diterangkan oleh KESUMA dalam slaid tentang kenapa perlu buat pindaan ini. Antara hujahnya ialah perubahan teknologi dan kemunculan new- collar jobs. Bagus. Satu kesedaran untuk kita menambah baik sistem TVET kita. Tapi saya nampak, saya boleh bersetuju dalam beberapa perkara tapi saya fikir ada banyak lagi perkara asas yang lebih mendalam KESUMA tidak sentuh. It’s not really a reform that I am looking into. Baik, Yang Berhormat Menteri. Saya suka menarik perhatian KESUMA dan rakan-rakan semua Tuan Yang di-Pertua kepada bagaimana Jepun merangka strategi TVET mereka. Kita lihat Jepun lepas perang dunia kedua boleh bangkit dengan hebat. Bukan kerana mereka makan benda lain, makan nasi juga. Tapi sebenarnya Jepun mempunyai satu cultural operating system iaitu sistem operasi budaya yang meletakkan sektor pembuatan dan TVET dalam satu dimensi yang berbeza dengan kita.

Kalau Jepun ini dia buat benda-benda apa sekalipun, kalau tanya Ipoh Timur, dia chef dulu kan. Masak kek, buat piza, buat kereta, buat kamera, dia tiru daripada Barat. Tapi bila mereka berjaya meniru, mereka perfect the art of making the product, dengan izin, seolah mencapai platonic form, dengan izin.

Jadi, kita boleh lihat hari ini pasukan Jepun menang pelbagai pertandingan, buat kek, buat pastri, buat piza, buat cheese, kamera, kereta dan sebagainya. Jadi, kenapa sistem TVET di Jepun boleh pergi ke arah itu dan kenapa kita tidak mampu?

Saya katakan tadi kerana Jepun ada cultural operating system. Kalau telefon kita ada IOS, Jepun ada apa yang disebut sebagai Monozukuri dalam TVET. Ini yang tak ada saya nampak di Malaysia.

Yang saya fikir, saya cadangkan kepada Menteri kena deep deeper, seek the soul of our TVET ini. Sebab apa? Dalam kita nak merangka reform untuk sektor

draft • 6:44 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

pembuatan dan TVET, kena ada falsafah, kena ada roh. Kita boleh buat pindaan undang-undang, akta dan sebagainya tapi kalau roh itu tidak diserap masuk, saya fikir reform yang kita nak capai itu tidak akan ke mana.

Yang Berhormat Menteri, saya bagi contoh. Istilah Monozukuri ini walaupun secara harfiahnya diterjemah sebagai pembuatan tapi sebenarnya ada nuances dalam kanji Monozukuri ini ataupun dalam istilah teknikal ini iaitu dia menggabungkan kemahiran teknikal, jiwa pertukangan dan rasa tanggungjawab dan maruah terhadap hasil kerja.

Yang ini yang Tun Mahathir nak buat dalam Dasar Pandang ke Timur tapi kita tidak berjaya sepenuhnya lagi kerana emersion itu belum sampai. Sebab kita hantar pelajar kita lima tahun, balik jadi engineer and then itu sahaja. Adalah kaizen sikit sana. Tapi the real emersion tidak capai kerana kita kena duduk lebih lama di Jepun untuk serap budaya Monozukuri ini.

Jadi, Monozukuri ini tidak boleh dipandang tunggal. Dia kena digabungkan dengan Hitozukuri iaitu proses membina manusia. Jadi, saya lihat di sini KESUMA nak percepatkan pengeluaran pekerja mahir. Okey, saya boleh faham untuk for the sake of employment. Tapi jangan kita lupa pada masa yang sama nak lahirkan pakar- pakar TVET ataupun yang berkemahiran, kita kena bentuk manusia. That would take some time. Falsafah ini pun bukan asing. Dalam Islam pun sebenarnya banyak konsep Itqan, pun sama sebenarnya dengan Monozukuri. Cuma, kita orang Islam tidak begitu menghayati falsafah ini. Dan kita sebenarnya boleh sangat menyerupai dan mengikuti apa yang Jepun buat dalam TVET kalau kita betul-betul menghayatilah.

Baik, apa yang saya maksudkan di sini ialah di Jepun, dalam sektor TVET dia, why they produce dia punya zaibatsu dan sebagainya, Toyota boleh hasilkan pelbagai produk, Nintendo, Sony. Kerana dia ada konsep ataupun watak dalam TVET punya industri itu seperti Shokunin, tukang yang menumpukan hidupnya pada satu kemahiran dan Takumi, tahap tertinggi seorang tukang mahir yang mendedikasikan puluhan ribu jam untuk mengasah satu skill. Macam di Osaka, ada seorang pekerja muda yang perlu habiskan 10 tahun untuk belajar cara membentuk croissant sebelum dibenarkan menyentuh adunan sebenar untuk dibakar.

Jadi, tahap apprenticeship ini jarang kita lihat di Malaysia. Sebab kita nak cari kerja cepat kan. Sama juga dengan Takumi. Di kilang Lexus, dia boleh lihat, detect kecacatan mikroskopik tanpa sensor digital. Itu ambil masa 30 tahun. I mean a very long time untuk kita mahir. Bukan saya kata kita nak melambatkan employability,

draft • 6:44 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

tidak. Cuma, poin yang saya nak bawa di sini ialah kita tidak boleh terlampau obses untuk mengeluarkan produk instant TVET dalam kita membuat pindaan ini.

Jadi, saya punya cadangan kepada KESUMA. Kalau boleh KESUMA teliti balik Jepun punya overarching framework. Dia ada satu akta dipanggil Basic Act on the Promotion of Core Manufacturing Technology.

draft • 6:44 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Akta Asas Penggalakan Teknologi Pembuatan Teras yang dibuat, digubal pada tahun 1999. Dalam akta ini, dia really institutionalize, Monozukuri dan setiap tahun dia akan keluarkan white paper untuk menyemak bagaimana hubungan industri dan KOSEN Technical Colleges mereka untuk menjadikan benar-benar budaya TVET ini budaya yang high excellent, yang berkualiti tinggi bukan untuk sekadar melahirkan pekerja tapi juga mengangkat produk-produk Jepun ke tahap yang terbaik dalam semua sektor dan bidang.

Jadi, ini saya nampak kurang dalam roh, dasar dan kerangka TVET kita. Jadi saya nampak kalau KESUMA boleh sponsor a new bill seperti Akta Asas Monozukuri yang ada di Jepun ini, saya yakin pindaan-pindaan ini juga akan membantu.

Dan saya lihat banyak MITI pun macam-macam dasar dikeluarkan ya, New Industrial Master Plan. Tapi kalau tidak saya kata tadi tidak ada satu akta yang menggabung jalinkan kesepaduan Monozukuri Malaysia dengan apa yang dihasrat, diciptakan oleh KESUMA saya rasa benda ini tidak akan menghasilkan graduan ataupun para pekerja mahir kita yang benar-benar kita mahu capai untuk menyelesaikan cabaran new collab job ini.

Jadi, saya nampak Jepun melalui Look East Policy yang telah buat selama hari ini menyediakan satu template jalan, panduan yang jelas. Sebab itu saya minta KESUMA, saya minta KESUMA, Yang Berhormat Menteri dalam Kabinet nanti tolong bagi tahu kepada Yang Berhormat Tambun, kepada Yang Berhormat Bagan Datuk jangan, jangan tukar Dasar Pandang Ke Timur.

Retain it at as such in upgrade it, sebab apa, sebab semua dah cantik, kita hanya perlu tambah baik ya. Sebab saya fikir banyak kita boleh belajar dari Jepun dan saya rasa saya yakin Yang Berhormat Menteri pun berminat dengan apa yang saya katakan tadi ini dan saya bersedia membantu.

Dalam hal ini kita bersama, tiada isu-isu politik ya, there is no, tak ada sabotaj kah apa. Kita nak lihat genuine concern anak muda kita benar-benar menjadi Kotozukuri daripada Monozukuri kemahiran yang bagus yang ikon, yang ihsan dalam membuat kek, dalam membuat kereta, dalam membuat apa saja perkara yang dibuat

draft • 6:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

dalam di Malaysia ini mampu menghasilkan budaya dan produk yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia dan dunia.

Jadi, saya yakin KESUMA adalah kementerian yang terbaik sebab kalau MITI dia sibuk dengan pelaburan.

draft • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat...

draft • 6:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

KESUMA dia sibuk dengan manusia. Habis landing. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri time is too short, you can call me anytime, I’m willing to exchange more with you on this matters. Terima kasih, salam maju jaya TVET untuk negara.

draft • 6:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Berikutnya Yang Berhormat Arau.

draft • 6:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Rakyat Malaysia, orang muda. Tuan Yang di-Pertua, merangkap Pengerusi Backbencher. Saya seperti kawan-kawan juga, pada dasarnya inilah masa rakyat Malaysia, orang muda melihat satu budaya cemerlang.

Benda ini pun telah diperkenalkan. Yang Berhormat Machang tadi sebut tentang nama perkataan Jepun tadi ya?

draft • 6:52 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Monozukuri.

draft • 6:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Monozukuri. Saya nak sebut juga Ginou Kentei Kiso-kyuu System, model ringkas tetapi high intensity. Yang ini di Jepun, in yang latest. Kemudian di peringkat awal penggalakan ke arah budaya cemerlang ataupun industri ini South Korea yang memperkenalkan SAMO ONDOH, Yang Berhormat boleh semak sempat tengok apa tu Google SAMO ONDOH. Jadi, Ginou Kentei Kiso-kyuu SAMO ONDOH telah menjadikan dua-dua negara ini daripada negara yang terkebelakang sikit daripada Malaysia sekarang 100 batu ke hadapan.

Tapi masa itu, ada orang yang berpandangan jauh namanya Tun Mahathir Mohamad memperkenalkan Look East Policy iaitu melihat bagaimana dua-dua negara ini menjadikan kemahiran itu sebagai budaya. Itu sebab, daripada peringkat tadika lagi mereka menjuruskan anak-anak ke arah pemikiran kemahiran.

Sekarang ini rakyat Malaysia melalui kementerian ini, jadi Yang Berhormat kementerian ini pun tak terlibat dengan benda-benda yang menyusahkan seperti

draft • 6:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

ART. Jadi saya cadangkan inilah masanya untuk kita sama-sama berkempen menjadikan Malaysia sebagai negara mahir melalui pelbagai cadangan yang telah disebutkan.

Saya dimaklumkan bahawa di bawah North saja lebih daripada 1,800 kursus tak termasuk Non-North. Jadi inilah masa supaya kita menggalakkan rakyat Malaysia, orang-orang muda tampil ke hadapan untuk bersama-sama menjadikan kita negara mahir. Ini tak perlu panjang, dalam tempoh lima tahun kita akan melihat sesuatu yang cukup baik untuk negara.

Jadi untuk tujuan tersebut, saya cuma nak sentuh satu dari segi teknikal iaitu berhubung dengan fasal tiga penambahan anggota majlis pembangunan yang sekarang ini telah— kita ada pelbagai masalah dan kita lihat penambahan MITI, KPWKM, KKDW, MBOT adalah bagus cuma kena kalau kita kurang wakil daripada industri seperti AI, semi konduktor, dron, tenaga hijau dan lain-lain lagi.

Maka saya cadangkan supaya memasukkan wakil sektor teknologi tinggi dan ekonomi baharu dan juga yang keduanya memasukkan tempat untuk wakil Malaysia Employers Federation (MEF), Malaysia Trade Union Congress (MTUC), Human Resource Development Corporation (HRD Corp) bagi memastikan keputusan lebih berpaksi, realiti, pasaran kerja. Jadi, dengan keanggotaan yang baru ini MPKK, saya rasa mampu memperluaskan skop dan juga bidang supaya kemahiran yang kita wujudkan itu bersesuaian dengan permintaan industri.

Jadi sebenarnya kita bukan sahaja kita melatih ini untuk keperluan industri di Malaysia, anak-anak kita boleh bergerak jauh lagi ke luar negara untuk membolehkan mereka bekerja dan dalam masa yang sama dapat kemahiran dan kembali untuk membangunkan negara. Ini yang negara patut bagi perhatian Yang Berhormat.

Saya tengok pelbagai isu yang timbul sekarang ini boleh merugikan tapi kita kena ambilkan tindakan-tindakan tegas supaya benda yang menjadi isu yang menimbulkan serabut rakyat Malaysia itu diselesaikan dengan baik. Bagi perhatian untuk mewujudkan kemahiran bukan Parlimen sendiri juga kena fikir benda ini.

Jangan kita mencadangkan pelbagai perkara untuk pelbagai kementerian tapi di Parlimen sendiri kita menunjukkan contoh-contoh yang kurang baik.

Seperti yang usul yang akan dibawa esok untuk menggantungkan Ketua Whip selama enam bulan. Itu benda yang mengarut. Tak dak pasal-pasal cari pasal.

Cuba bagi perhatian untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia, lebih ramai orang muda untuk masuk ke bidang kemahiran Yang Berhormat ya. Yang terbaik ya.

draft • 6:52 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya terbaik.

draft • 6:52 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kemudian, tentang kuasa Ketua Pengarah dan lain-lain lagi, ini saya setuju dengan kawan-kawan tadi. Saya cuma nak sebut benda itu dan sekarang ini kita sama-sama nak tolong supaya rakyat Malaysia, orang-orang muda, yang selama ini orang muda kita ingat orang yang untuk mengundi. Tidak.

Orang muda hendaklah diberi kemahiran dan caranya cukup mudah, jadikan kemahiran ini budaya hidup rakyat Malaysia. Biar sekurang-kurangnya kita berjumpa bukan kita sembang yang lain kita cakap juga tentang kemahiran, antibuli tadi juga ke arah menjurus supaya mereka dapat kemahiran.

Semua tempat ada kemahiran dan semua apa itu bidang ada kemahiran dan jadikan kemahiran ialah sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. Masukkan iklan Yang Berhormat. Promosi di dalam TV supaya rakyat Malaysia dijuruskan ke arah kemahiran. Dengan itu, bila jadi, dia jadi budaya, dia jadi budaya gosok gigi.

Kita gosok gigi tiap-tiap hari. Kalau sekiranya kemahiran itu jadi sebahagian budaya sudah pasti negara ini menjadi negara yang lebih baik, maju dalam tempoh lima tahun. Tak perlu panjang.

Mungkin kerajaan bertukar selepas ini. Tidak masalah. Kita akan tunggu semua benda. Kita akan teruskan benda-benda yang baik. Benda yang tak baik, kita ambil panduan. Okey, terima kasih Speaker. Assalamualaikum warahmatullah.

draft • 6:52 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Berikutnya, Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 6:52 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Dato' Indera Tuan Speaker. Rang undang-undang ini bukan sekadar pindaan teknikal tetapi saya menganggap sebagai penentu hala tuju Malaysia sebagai negara berkemahiran tinggi. Dalam era perubahan teknologi yang pantas dan ekonomi yang dinamik, pembangunan kemahiran tenaga kerja harus sentiasa dikemas kini agar negara kekal berdaya saing.

Maka, seperti apa yang telah dibahaskan oleh beberapa rakan saya biar pun Ampang ataupun Machang, Arau semua saya setuju. Yang lebih penting adalah saya nampak bagaimana kita boleh melonjakkan TVET kita ke satu tahap yang sebelum ini kita sering kali bandingkan dengan negara Jepun, dengan Germany. Germany

draft • 6:59 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

adanya Beruf Ausbildung yang dikatakan vokasional ataupun apprenticeship dia.

Namun tiap-tiap kali kita banding tapi kita tidak mampu mencapai potensi mereka.

draft • 6:59 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Maka, ada rakan kita bawa perspektif budaya bahawa budayanya mereka lain dan kita harus memupuk budaya tersebut supaya kita boleh mencapai kejayaan itu. Namun saya melihat perkara ini Tuan Speaker daripada sudut yang sedikit berbeza.

Yang pertama adalah, saya nak lanjut sikit daripada Ampang yang katakan kita tak ada satu pendekatan holistik tentang TVET. Saya masih menganggap ini merupakan satu kekangan utama. Ampang tadi sebut isu tadbir urus TVET di bawah berapa? Sembilan kementerian. Saya pun buat perhitungan, Tuan Speaker.

Saya dapati mungkin 12 kementerian.

[Ketawa] Satu angka yang lebih banyak dan makin kita nampak sangat berselerak. Dan ini adalah satu kekangan yang besar kerana kita tak ada satu single registry, kita tidak ada satu tempat yang betul-betul kita boleh memusatkan segala tenaga untuk membantu anak muda kita untuk menceburi bidang TVET.

Kekangan kedua Tuan Speaker, bagi saya adalah tentang bagaimana segala usaha ini dipandu dan dipimpin oleh sektor swasta sebab TVET berkaitan dengan industri. Dan industri ini barangkali dipandu dengan lebih baik oleh sektor swasta.

Dan sekiranya segala silibus ataupun kurikulum, pendekatan dipandu ataupun dikatakan kendalikan secara utamanya oleh sektor awam, saya rasa agak susah untuk kita boleh mendekati kehendak pasaran kita. Jadi, bagaimana ianya bukan sahaja dipandu tetapi diketuai oleh sektor swasta (private sector lead), dengan izin.

Ini adalah satu aspek yang bagi saya menjadi kekunci dari segi keberkesanan program TVET kita.

Ketiga, sering kali kita amat bangga dengan kadar kebolehpasaran, Tuan Speaker. Dan dikatakan lebih 95.1 peratus graduan TVET yang mendapat kerja.

Memang dapat Tuan Speaker, tetapi apa yang penting adalah apa tahap gaji dia dan adakah kemahiran dia kepadatan— sepadan dengan kemahiran dia. Sebab saya nampak untuk benchmark— untuk dapatkan satu benchmark tentang gaji mereka adalah penting supaya kita boleh dari semasa ke semasa, mengundurkan, merehatkan kursus yang telah pun kata tidak sesuai dan kita boleh memperkenalkan kursus-kursus TVET yang baru.

Apa contohnya? Contohnya, pemasangan solar adalah satu industri yang baru. Contohnya, pemasangan LED. LED kita nampak sekarang makin di mana-

draft • 7:00 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

mana kita nampak LED. Dekat stadiumnya, konsert ataupun sepanjang Lebuhraya Persekutuan di kawasan Petaling Jaya, semua sekarang diganti billboard kita dengan LED. Dan siapa yang ditugaskan untuk memasang dan menyelenggara dan juga buat configuration semestinya perlukan satu sistem TVET yang lebih komprehensif untuk menawarkan kemahiran ataupun latihan kepada mereka.

Dan akhirnya bagi saya adalah sangat penting supaya kesemua kursus ni, bukan kita sekadar merancang dengan cara tersendiri. Ianya perlu bersangkut paut dengan tahap antarabangsa. Jadi, saya sangat tertarik dengan satu klausa yang katakan kita juga boleh mengiktiraf kursus yang telah pun dikendalikan dengan baik di peringkat antarabangsa.

Jadi, ini penting untuk supaya kita benchmarking sijil yang kita dapat, tak kiralah dia SKM ke, ataupun ada pengenalan yang baru, SKMM dan lain-lain, ianya boleh diguna pakai juga untuk anak-anak muda kita, sekiranya tak kerja di Malaysia, boleh kerja di Hong Kong atau boleh kerja di tempat lain, di China, dengan sijil yang sama. Dan itu barulah merupakan satu TVET yang bertaraf antarabangsa, boleh menarik minat anak-anak muda kita kerana gajinya tinggi dan di samping menawarkan satu imej yang positif, yang mobile dan juga yang progresif kepada mereka.

Sekian, terima kasih.

draft • 7:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 7:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada Padang Rengas untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan

(Pindaan) 2025.

Sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan maritim, keupayaan sistem latihan kemahiran khususnya untuk pelaut, operator kapal, juruteknik marin dan tenaga kerja pelabuhan adalah kritikal kepada keselamatan dan daya saing negara. Walaupun pindaan ini berniat baik, terdapat beberapa isu besar yang perlu diperhalusi.

Pertama, fasal 4. Pengiktirafan Program Tanpa Timeline Risiko kepada latihan pelaut. Fasal ini memberi kuasa baharu kepada ketua pengarah untuk

draft • 7:04 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

mengiktiraf program latihan tetapi tanpa menetapkan tempoh masa (timeline) bagi memproses permohonan. Dalam sektor maritim, pelaut bergantung kepada kursus berkala yang disyaratkan STCW.

Syarikat perkapalan bergantung kepada latihan tepat waktu untuk pematuhan keselamatan. Akademi Maritim memerlukan kelulusan cepat untuk mengatur penempatan pelatih. Kelewatan kelulusan akan memberi kesan langsung kepada jadual pelayaran, renewal sijil dan operasi perkapalan negara.

Dato’ Yang di-Pertua, kedua, fasal 5 – Pemeriksaan Premis dan Penolakan Tanpa Mekanisme Rayuan Yang Tegas. Kuasa pemeriksaan diberikan tetapi tiada garis panduan, tiada notis wajib dan tiada prosedur rayuan yang jelas.

Bagi pusat latihan maritim yang mengendalikan bridge simulator, engine room simulator, latihan kecemasan dan keselamatan maritim, sebarang penangguhan atau pembatalan boleh menjejaskan:

(i) renewal sijil pelaut;

(ii) readiness krew kapal;

(iii) pematuhan Malaysia terhadap standard IMO dan STCW.

Maka, saya menuntut mekanisme rayuan yang jelas termasuk tempoh masa wajib untuk keputusan.

Yang ketiga, fasal 6 dan 7 – Lanjutan Tempoh Sah Pertauliahan.

Memanjangkan tempoh sah pertauliah kepada enam tahun lebih baik. Tetapi bagi industri maritim yang cepat berubah, saya mencadangkan audit pertengahan penggal supaya standard keselamatan tidak jatuh.

Dato’ Yang di-Pertua, yang keempat, fasal 8 – Risiko Keputusan Sepihak Tanpa Alasan Bertulis. Walaupun penyedia latihan boleh membuat representasi bertulis, masih tiada timeline keputusan. Kewajipan memberi alasan bertulis dan tribunal bebas untuk semakan. Dalam sektor maritim, kelewatan sedemikian boleh menyebabkan pelaut tidak boleh belayar dan syarikat menanggung kerugian.

Fasal kelima, fasal 10 seksyen 36A – Pengiktirafan Program Tanpa Standard Dan Berbahaya Untuk Maritim. Ini paling membimbangkan. Ketua Pengarah boleh mengiktiraf program yang tidak berasaskan standard termasuk dari luar negara.

Dalam sektor maritim, tiada ruang untuk latihan tanpa standard. Industri ini terikat kepada STCW, SOLAS, piawaian keselamatan IMO, Marine Department Circulars.

Jika Malaysia mula mengiktirafkan program tanpa standard, ia boleh menjejaskan keselamatan pelaut, menyebabkan sijil Malaysia tidak diiktiraf negara lain, mencetuskan tindakan IMO ke atas negara. Saya mendesak kerajaan

draft • 7:04 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

menetapkan standard minimum yang selaras dengan keperluan maritim antarabangsa.

Keenam, isu tambahan. Pensijilan setaraf JPK dan pendanaan PTPK untuk pelaut Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, pindaan ini juga mesti melihat kepada beban kewangan pelaut Malaysia. Hari ini, ramai pelaut terpaksa membayar sendiri kos latihan tambahan yang mahal walaupun kursus tersebut sebenarnya setaraf dengan kursus kemahiran di bawah JPK. Isu besar ialah pensijilan pelaut masih di bawah Jabatan Laut Malaysia yakni MOT. Pensijilan mandatori seperti COC, COP, BST, AFF, MFA, EFA dan seumpamanya adalah di bawah Jabatan Laut Malaysia, bukan JPK.

Namun, banyak kursus teknikal sokongan boleh dikategorikan sebagai kemahiran yang setara JPK. RUU ini sepatutnya membuka jalan kepada pengiktirafan silang (cross recognization) supaya kursus-kursus berkaitan maritim yang relevan boleh diberi taraf JPK. Kelulusan pendanaan PTPK untuk pelaut sangat penting.

Ramai pelaut muda menghadapi beban kos yang tinggi untuk latihan pra- pelayaran, latihan penyelenggaraan marin, mekanikal dan elektrikal marine courses dan specialized safety training. Jika kursus tersebut diiktiraf setaraf JPK, maka ia layak untuk satu, pembiayaan PTPK. Kedua, pinjaman latihan dan ketiga, skim bantuan latihan kemahiran.

Ini akan mengurangkan beban kewangan pelaut, meningkatkan akses kepada latihan berkualiti dan menyokong pembangunan tenaga kerja maritim negara.

draft • 7:04 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Saya menegaskan bahawa kerajaan mesti memastikan program maritim yang relevan diberi peluang untuk mendapat status setaraf JPK dan pelaut mendapat akses PTPK untuk meringankan kos latihan. Ini reform yang dinantikan oleh pelaut Malaysia sekian lama.

Satu lagi untuk makluman YB Menteri, industri maritim negara mengeluarkan sijil kelayakan (COR) kepada para profesional perkapalan asing sebanyak 6,000 sijil setiap tahun yang menyebabkan keluaran wang negara sebanyak lebih kurang RM360 juta setiap tahun atau RM3.6 bilion dalam masa 10 tahun. Ini disebabkan kekurangan para profesional maritim atau pegawai serta jurutera marin perkapalan negara.

draft • 7:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Penutup Dato' Yang di-Pertua, saya menyokong pengukuhan sektor kemahiran tetapi RUU ini memerlukan penambahbaikan serius dari sudut:

(ii) timeline kelulusan;

(iii) mekanisme rayuan;

(iv) pemantauan berkala;

(v) keselamatan maritim;

(vi) pensijilan setaraf JPK; dan

(vii) kelulusan PTPK untuk mengurangkan beban pelaut.

Sektor maritim bukan sektor biasa. Ia berkait rapat dengan keselamatan, perdagangan dan reputasi negara. Maka, pindaan ini mesti dibuat dengan penelitian maksimum. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 7:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab dalam tempoh 15 minit. Sila Yang Berhormat Menteri.

draft • 7:10 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cukup tertarik dan juga berterima kasih kepada sembilan orang rakan Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan RUU yang cukup penting ini tapi saya petik dua orang rakan saya iaitu Machang dengan Arau. Hari ini mereka telah meluangkan masa perbahasan sebut satu tentang Jepun. Saya tak tahu nak sebut ayat itulah, apa tu mono...

draft • 7:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Monozukuri.

draft • 7:11 PM

Tuan Sim Chee Keong

Monozukuri dan juga Arau itu dia sebut Korea saya tak pandai sangat.

draft • 7:11 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa]

draft • 7:11 PM

Tuan Sim Chee Keong

Dia sudah jadi Oppa Korea. Jadi, saya rasa untuk menjawab kepada mereka saya hanya boleh kata, arigato gozaimasu, kamsahamnida, xièxie, thank you, rumba thanks. Kita akan ambil maklum tentang— saya rasa lebih kepada falsafah. Apa yang telah diungkitkan oleh Machang dengan Arau itu tentang bagaimana kita boleh memperkasakan sektor ataupun ekosistem TVET Negara bukan setakat pada the latest of the law dengan izin, the aksara dalam kanun undang-undang semata-mata tetapi kepada philosophy ataupun falsafah di belakang penguasaan kemahiran oleh masyarakat kita.

draft • 7:11 PM

Tuan Sim Chee Keong

Tapi saya juga nak memaklumkan bahawa antara tujuan utama ataupun roh yang disebut tadi oleh beberapa orang rakan seperjuangan khususnya macam Pendang. Rohnya sebenarnya apa yang disebut tadi, untuk melihat kepada bagaimana kita boleh membudayakan pekerjaan mahir, kemahiran yang sudah pun ada khususnya di dalam industri. Itulah sebabnya saya sebut ini adalah satu revolusi TVET.

Sebab dulu orang yang pakar ini, saya sebut tadi pakar tanpa sijil. Mereka adalah wira tanpa gelaran. Bekerja puluhan tahun dalam sesuatu sektor, dia dah mahir mungkin tak perlu guna AI, tak perlu guna jentera, tak perlu guna mesin, tangan dia dah boleh merasa apa isu yang sebenarnya berlaku dalam pekerjaan- pekerjaan tertentu. Itu pakar tapi sebab mungkin tidak melalui kaedah orang kata akademik yang konvensional maka dia tidak berpunya sijil universiti contohnya.

Tidak ada degree, master mahupun PhD.

Jadi, orang-orang macam ini dia sebenarnya adalah aset kepada negara kita, kepada ekonomi kita, kepada tenaga kerja kita. RUU ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan. Tadi dia sebut buat satu kerja puluhan tahun sehingga dia menjadi begitu mahir, itu orang Jepun. Sekarang menggunakan konsep yang sama. Kita nak pastikan contoh orang itu dan 15 tahun buat benda yang sama, dia dah jadi kalau orang Melayu kita panggil tukang tapi tukang kadang-kadang kita sebut tukang orang kata tukang ini dia bunyinya macam orang yang kemahirannya bukan tinggi sangat, yang standard.

Jadi, kita gunakan ayat pakar tapi sebenarnya ayat yang betul tukang, dia dah jadi tukang kepada sesuatu pekerjaan itu. Maka kita iktirafkan sekarang melalui undang-undang bagi dia satu sijil pakar tertakluk kepada syarat-syarat dan apa syarat itu. Sudah tentu kita ada kekhuatiran dan kekhuatiran itu dicerminkan dalam perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat sama ada yang membuat mengiktirafkan ini dia akan ada shortcut konon dia sebenarnya tak pakar tapi dia guna shortcut dia dapat pula sijil. Orang pergi belajar dekat universiti susah-susah empat tahun dia ini senang-senang dapat sijil pakar kemahiran atau sijil pakar kemahiran kanan, sijil perunding kemahiran.

Tidak. Kita ada tatacara yang akan ditetapkan dan tatacara ini ditetapkan melalui apa, selepas RUU diluluskan kita akan ada peraturan, kita akan garis panduan dan sebagainya dan yang paling utama sekali yang akan membuat penilaian bukan setakat pegawai-pegawai kita dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. Mereka juga pakar dalam bidang ini, dalam bidang pembangunan

draft • 7:11 PM

Tuan Sim Chee Keong

kemahiran tetapi yang paling penting penglibatan utama, dia bukan penglibatan sampingan dia penglibatan utama. Dia hero pelakon utama industrial lead body, dengan izin iaitu badan peneraju dari industri.

Pemain-pemain industri inilah bergantung kepada sektor-sektor tertentu.

Merekalah yang akan menentukan kemahiran macam mana, tahapnya macam mana, kepakarannya sampai dah berapa dah baru boleh diberikan sijil pakar kemahiran, contoh. Jadi, ini dah sudah pun ditetapkan. Inilah roh ataupun semangat di sebalik kenapa kita nak meminda undang-undang yang tak pernah dipinda sejak 20 tahun yang lalu.

Tadi saya sebut, Speaker belum masuk. Zaman itu jangan sebut ChatGPT, Instagram pun belum ada, WhatsApp pun belum ada, iPhone pun belum keluar, 2006. Jadi, tak pernah kita ubah satu undang-undang yang mengawal selia pembangunan kemahiran negara. Jadi, sudah tentu sampai masanya.

Dan, satu lagi perkara yang saya nak sebut. Padang Rengas saya tahu bila beliau bangkit memang saya ucapkan terima kasih kepada beliau sebab dia selalu amat concern tentang pelaut itu kursus maritim dan saya pun dah jawab beberapa kali tentang isu PTPK dan saya tahu selepas ini kalau ada RUU PTPK dia juga akan bangkit sekali lagi bincang benda ini ya.

Untuk makluman, pertama, benda pertama yang saya nak mungkin perbetulkan sedikit kekhilafan benda yang kurang tepat. Dia sebut “program tanpa standard”. Itu tidak betul. Ini bukan program tanpa standard, program di luar ataupun program lain yang tidak ikut National Occupational Skills Standard (NOSS), dia bukan program tak ada standard. Dia program yang selain daripada NOSS itu, standard NOSS itu. Program maksud harus ada standard.

Sebenarnya YB Padang Rengas cakap betul tadi, RUU ini akan menyelesaikan banyak masalah yang YB duk bangkit dalam Parlimen, bangkit secara personal dengan saya iaitu banyak program-program contohnya Program Maritim untuk pelaut yang tidak tersenarai dalam NOSS, yang tersenarai dalam NOSS tidak ada masalah. Tahun lepas PTPK telah menyalurkan lebih RM8 juta untuk membiayai pelatih-pelatih yang mengambil Program SKM dalam NOSS pelaut.

Tahun ini, setakat ini saya nampak statistiknya hampir RM1.5 juta, tahun lepas RM8 juta lebih, tahun in RM1.5 juta.

Jadi, itu tak ada masalah yang menjadi masalah yang selalu YB bangkitkan adalah program-program lain yang ada standard tapi dia bukan standard NOSS.

Bukan sahaja untuk pelaut, tadi saya dah sebut program-program dari contohnya

draft • 7:11 PM

Tuan Sim Chee Keong

Suruhanjaya Tenaga, dari CAAM penerbangan awam, program dari Microsoft ada CCNA, Cisco, Linux, benda semua ini mereka adalah program yang berkualiti yang ada standard. Jangan salah faham, tak boleh sebut program tak ada standard, dia ada standard tetapi dia tak ikut NOSS kita. Maka pada masa ini, dia tak layak untuk mendapat akses kepada pinjaman PTPK, pembiayaan PTPK, dana geran PTPK yang nilainya lebih kurang separuh bilion ringgit, RM500 hingga RM600 juta.

draft • 7:11 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ini masa itu, dana yang cukup penting ya untuk pembangunan kemahiran.

Jadi, inilah rungutan selama ini. Jadi selepas adanya RUU ini, maka selesai masalah YB tadi ya. Program-program tersebut boleh mendapat pengiktirafan di bawah program lain, bukan program tak ada standard. Program lain di luar standard NOSS.

Berapa lama? 30 hari. Daripada permohonan dimasukkan, jabatan akan memberikan.

Ini saya ada satu tatacara ataupun carta alir proses permohonan pengiktirafan program latihan lain. Benda ini semua akan diterbitkan. Selepas adanya RUU ini, sudah tentu kita akan keluarkan peraturan, garis panduan dan sebagainya. Jadi, ini untuk memberi keyakinan kepada YB Padang Rengas bahawa selepas ini, harap-harap isu ini tidak perlu dibawa ke Dewan sebab dah selesai, okey.

draft • 7:20 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Terima kasih Menteri.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ya, sama-sama. Saya rasa banyak YB-YB telah membangkitkan juga tentang isu, tentang cadangan dan sebagainya.

Petaling Jaya dengan Ampang, mereka sebut tentang satu kaedah holistik untuk mungkin menggemblengkan sektor TVET negara, ekosistem TVET negara.

Saya sedar, memang banyak di luar sana sering menyatakan bahawa dengan 12 kementerian yang mengawal selia TVET dalam pelbagai bidang, kadangkala kita melihatnya sebagai satu cabaran. Kalaupun bukan satu masalah, satu cabaran, tapi untuk saya, diversiti ataupun kepelbagaian ini sebenarnya bukan masalah terbesar ya. Sebab dia ada rasionalnya.

Contohnya, di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Saya lebih fasih sebab dulu pernah berada di dalam Kementerian Belia dan Sukan. Saudara dari Machang pun pernah. Jadi yang itu, mereka khusus menumpukan kepada portfolio belia dan sukan. Kita, kepada lebih meluas, industri. Untuk KKR, mungkin kepada sektor pembinaan, sektor kerja raya, sektor utiliti dan sebagainya.

Jadi, sejarahnya ada iaitu setiap kementerian, dia ada portfolio khusus, bidang khusus dan kemudian mereka menjadi orang kata regulators dan juga

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

menyediakan latihan bagi memperkasakan tenaga kerja kemahiran dalam bidang tersebut. Jadi, dia ada legasi sejarah.

draft • 7:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Saya sebut benda ini dulu, habiskan ini, saya akan bagi kepada Machang.

Jadi memang 12 kementerian, saya rasa bukan kepelbagaian, bukan masalah secara hakikinya, tetapi adalah satu cabaran. Kita iktiraf. Maka dengan itu, kita telah menubuhkan satu Majlis TVET Kebangsaan yang dipengerusikan oleh siapa? Oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri. Itu penting sebab antara pemimpin tertinggi negara menjadi ketua. Kepala kepada 12 kementerian ini, bukan sahaja untuk menggemblengkan kesemua ekosistem ini, malah untuk menyediakan road map untuk masa hadapan.

Contoh, tadi sebut tak ada portal. Sebenarnya sudah ada, okey. Sejak tahun 2024, atas inisiatif oleh Majlis TVET yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Tapi usaha oleh KESUMA, rakan-rakan saya di JPK, saya nak beri pengiktirafan. Kita telah mengeluarkan ataupun menerbitkan ataupun melancarkan satu portal yang dipanggil UP_TVET.

Jadi, kalau contohnya pelajar-pelajar sekolah menengah yang berhasrat untuk memohon kepada universiti awam kita, dia boleh pergi ke UPU. Ada portal UPU, one stop centre, boleh tengok semua kursus dia buat application. Kalau TVET dulu memang dia susah. Dia kena pi cari satu-satu kalau ada website. Kalau tak ada website kena pi katuk pintu.

Tapi 2024 tahun lepas, kita telah lancarkan bawah KESUMA ini atas kepimpinan Majlis TVET Negara, satu portal yang dipanggil UP_TVET. Saya ajak supaya rakan-rakan Ahli Yang Berhormat uar-uarkan portal ini. Sebab portal ini memang memudah cara dan kita nampak kenaikan dari segi permohonan sebab dia memudah cara permohonan. Satu portal, semua kursus-kursus TVET awam pada masa kini dimasukkan dalam portal ini. Kita sedang berusaha untuk merancakkan lagi, memperbaiki dan mempertingkatkan lagi portal ini, tetapi saya nak sebut di sini, portal itu sudah ada ya. Machang, okey.

draft • 7:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Sekejap Tuan Yang di-Pertua, Menteri. Saya tak nak jadi politically correct lah ya.

Sebenarnya, kita ada banyak sangat kementerian, banyak sangat kepala.

Saya — kalau saya nak cadangkan kepada Perikatan Nasionallah kalau kami jadi kerajaan, kita nak centralize. There’s one super ministry called Kementerian

draft • 7:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

TVET. Tapi kita tahu Menteri- menteri ini, dia nak jaga dia punya baby. Tak nak serahkan kepada satu kementerian. Ya lah, atau ada banyak sebablah.

Jadi kalau kita lihat Yang Berhormat Menteri, cerita-cerita kejayaan TVET di seluruh dunia, Germany ada Mittelstand, Jepun ada zaibatsu, Korea ada chaebol. Ini semua tulang belakang ekonomi pembuatan TVET negara mereka yang menjadi payung kepada TVET mereka. Jadi, kalau kita berpecah-pecah, saya rasa kita tak akan berjaya melaksanakan dasar yang Menteri nak buat.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Okey, terima kasih. Saya suka dengar hujah dan cadangan dari Machang, tapi saya juga nak mengingatkan beliau. Dia kata, jika PN jadi kerajaan. PN sebenarnya dah pernah jadi kerajaan, tapi dia tak buat juga. Tapi tak apa.

draft • 7:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya belum jadi Menteri lagi.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Maklumatnya, maklumatnya ya...

draft • 7:20 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tunggu saya jadi Menteri, insya-Allah.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Hakikatnya ialah — hakikatnya ialah kita sedar ia adalah cabaran untuk menguruskan 12 kementerian, gabung dalam satu. Tetapi, kita telah ada usaha untuk menggemblengkan.

draft • 7:20 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Minta celah sikit ya, tentang website itu. Terima kasih kerana memaklumkan kepada kita semua tentang ada satu UP_TVET, laman web yang sangat baharu.

Namun, saya tadi cuba, nampak agak primitif. Ada banyak ruang yang kita boleh tambah baik. Pada masa yang sama, saya nampak yang lebih penting adalah satunya, adalah kalau kita key in, dia boleh keluarkan satu interface yang sangat interaktif supaya kalau ikut beberapa soalan contohnya dalam soal selidik, sistem ini dah mampu memaklumkan apa kursus yang anak muda itu berminat.

Kedua, alangkah baik kalau boleh ditawarkan dalam pelbagai bahasa.

Kerana biasanya yang pergi ke TVET, mungkin dari segi penguasaan bahasa itu memerlukan bantuan bahasa ibunda mereka. Terima kasih.

draft • 7:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri, perlukan berapa minit lagi?

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Tak apa, saya akan cuba jawab ini dan mungkin saya akan cuba gulung secepat mungkin.

draft • 7:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, dua minit.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ya.

draft • 7:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila Menteri.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ya, terima kasih kepada Petaling Jaya. Tadi saya dah iktiraf tadi sebab ini memang adalah satu website yang baharu. Daripada zero, kita sekarang dah ada lah ya. Dan benda ini dah dia set dalam masa lebih kurang tak sampai dua tahun jadi kerajaan. Tak macam PN dululah. Tapi tak apalah.

Jadi, kita sedar bahawa website ini memang ataupun portal ini memang perlu ada penambahbaikan dari semasa ke semasa. Sebab ini adalah kali pertama kita ada satu website ataupun portal seumpama ini iaitu pusat sehenti. Jadi, saya akan ambil cadangan Yang Berhormat Petaling Jaya untuk memastikan kita melihat bagaimana kita boleh menambah baik website itu dari semasa ke semasa.

Jadi, banyak perkara tentang isu penguatkuasaan, penyenaraian hitam dan sebagainya. Memang senarai hitam ini ada, ya. Memang ada satu peruntukan — ini peruntukan baharu kepada mana-mana operator yang telah membuat kesilapan dan mengakibatkan pergantungan ataupun pembatalan lesen. Pembatalan dan penggantungan lesen ini adalah diperincikan dalam seksyen 29 contohnya ya.

Mereka bukan sahaja— setakat ini dia tak ada penyenaraian hitam, tapi dengan adanya ini, kita akan menyenaraihitamkan mereka.

Cadangan tadi untuk masukkan nama ini di dalam portal, saya setuju dan saya ambil maklum supaya kita juga boleh melaksanakan cadangan tersebut dari beberapa orang Ahli Parlimen. So, senarai hitam dah ada dalam akta ini, yang baru ini dan kita akan masukkan syarikat-syarikat yang disenaraihitamkan dalam portal.

Ini semua penting sebab untuk saya— dan saya melihat dalam perbahasan semua Ahli-ahli Parlimen di sini, semua mengiktirafkan bahawa ada keadaan- keadaan di mana para pelajar kita, anak-anak kita membelanjakan wang masuk kursus-kursus vokasional TVET. Tetapi akhirnya oleh sebab pemberi latihan itu tidak berkualiti, maka mereka bukan sahaja membuang masa. Kadangkala sebab ambil hutang PTPK, dia berhutang pula. Kerja tak dapat.

draft • 7:20 PM

Tuan Sim Chee Keong

Jadi, RUU ini bertujuan untuk memastikan bukan setakat kita nak menghukum mereka yang bersalah, mereka yang menipu, khususnya dari segi TVET pemberi latihan, tetapi kita hendak menganugerah ataupun memberi insentif kepada pemberi latihan yang berkualiti. Itulah sebabnya kita kata, kita akan menambahkan tahun tempoh pentauliahan sehingga enam tahun. Bukan dia auto bagi enam tahun tetapi sehingga enam tahun.

draft • 7:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Dan tatacara dan sebagainya, saya sebut tadi dah. Dia ada jawatankuasa penilai, Jawatankuasa Penilaian terdiri daripada pemain-pemain industri. Bukan sahaja pegawai kerajaan yang berkaliber, tetapi juga pemain industri untuk memastikan sama ada pentauliahan, sama ada proses pembatalan, penggantungan dan sebagainya semua ini bukan sahaja telus, tetapi jelas dan adil.

Jadi dengan itu, kalau mana-mana lagi YB saya sebut kebanyakan sebenarnya cadangan ya, cadangan itu kita akan perincikan, kita akan ambil perhatian dan pertimbangkan secara serius. Tetapi, kalau mana-mana lagi saya belum sempat jawab, saya jawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.

draft • 7:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 15 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang Undang-undang dikemukakan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia (Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad) dan diluluskan]

draft • 7:30 PM
RANG UNDANG-UNDANG TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2025

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk kemukakan rang undang-undang ini.

draft • 7:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat Dato’ Indera Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2024, dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

Yang Berhormat Dato’ Indera Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2024 selepas ini disebut sebagai Akta 640 merupakan suatu undang-undang yang mengawal pemberian pinjaman latihan kemahiran menerusi penetapan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Objektif utama Akta 640 adalah untuk memberikan pinjaman...

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 7:34 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, teruskan.

draft • 7:34 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Pinjaman Latihan kemahiran kepada rakyat Malaysia yang layak yang mengikuti latihan di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia ataupun PKM.

Akta 640 telah diwartakan sebagai undang-undang pada 31 Disember 2004 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2006. Akta 640 tidak pernah dibuat sebarang pindaan sejak dikuatkuasakan. Sama juga seperti yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Hampir 20 tahun kita tak pernah membentangkan.

Akta 640 ini menjadikan rujukan utama penyelarasan, kawal selia dan pelaksanaan kemudahan pinjaman latihan kemahiran yang diberikan kepada pelatih yang memenuhi syarat dan mengikuti latihan kemahiran di bawah PKM sahaja.

Kemudahan pinjaman ditawarkan kepada pelatih yang mengikuti program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3, Diploma Kemahiran Malaysia dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia di Institut Latihan Kemahiran (ILKM) awam

draft • 7:34 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

dan swasta yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan berdaftar di PTPK.

Pindaan terhadap Akta 640 dibentangkan bertujuan untuk memperluas akses kepada latihan kemahiran sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membangunkan tenaga kerja mahir negara. Cadangan perluas skop pembiayaan PTPK menjadikan TVET lebih inklusif dan sejajar dengan trend global yang menekankan kemahiran fleksibel serta pembelajaran sepanjang hayat dan selaras dengan slogan “TVET For All”. KESUMA telah melaksanakan empat siri perbincangan dan satu bengkel penyelarasan bagi meneliti penyelarasan antara Akta 640 dan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2026 [Akta 652] dan langkah ini bukan sahaja bersifat teknikal, malah ia merupakan satu ikhtiar strategi untuk memastikan setiap bentuk latihan kemahiran termasuk di luar NOS diiktiraf secara rasmi oleh JPK. Dengan adanya pengiktirafan ini, para peserta atau pelatih bukan sahaja mendapat legitimasi terhadap kompetensi mereka, bahkan turut berpeluang menikmati peluang pinjaman serta bantuan kewangan melalui PTPK.

Mengambil kira perkembangan semasa dalam landskap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terdapat keperluan untuk meminda akta ini agar kekal relevan dan dapat memenuhi kehendak pasaran kerja yang semakin dinamik. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Oktober 2025 telah bersetuju dengan cadangan pindaan ini. Melalui pindaan ini lebih ramai individu berpeluang memperolehi kemahiran dalam pelbagai bidang seterusnya meningkatkan daya saing dan mobiliti ekonomi mereka. Ia dijangka memberi impak positif khususnya kepada kumpulan B40 dan M40.

Melalui akses kepada latihan kemahiran yang lebih inklusif dan menyeluruh, pindaan ini juga dijangka menyumbang secara langsung kepada penyeliaan tenaga kerja mahir dan separuh mahir sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negara secara mampan. Pindaan ini memberi tumpuan kepada sembilan pembaharuan utama yang akan memperkukuhkan landskap TVET negara seperti yang berikut:

(i) menerima program latihan lain yang diperaku, diiktiraf oleh JPK di bawah seksyen 36A baharu Akta 652 untuk tujuan pembiayaan oleh PTPK;

(ii) mewujudkan satu proses tadbir urus bantuan kewangan latihan kemahiran sama seperti pinjaman latihan kemahiran;

draft • 7:34 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

(iii) penyerahan dokumen secara elektronik kepada PTPK merangkumi dokumen pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran;

(iv) tambahan dua orang Ahli Lembaga Pengarah mewakili KESUMA dan Kementerian Ekonomi;

(v) perwakilan kuasa Ketua Eksekutif kepada Pegawai Perbadanan;

(vi) melibatkan naik taraf Inspektor kepada pegawai diberi kuasa dan tambahan kuasa penyiasatan;

(vii) menetapkan tempoh had masa tindakan mahkamah kepada 12 tahun;

(viii) sekatan keluar negara terhadap peminjam yang ingkar membayar balik pinjaman; dan

(ix) memberi kuasa kepada pegawai PTPK untuk melaksanakan urusan prosiding sivil.

Tan Sri Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, rang undang-undang ini telah dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada 10 November 2025 untuk bacaan kali pertama.

draft • 7:34 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Tujuan rang undang-undang ini adalah untuk mencapai objektif-objektif dan hasrat seperti berikut:

(i) meluaskan fungsi PTPK perbadanan berkenaan dengan pemberian bantuan kewangan latihan kemahiran sebagai tambahan kepada pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih yang layak menjalankan program latihan kemahiran yang diluluskan;

(ii) meluaskan skop kelulusan program latihan kemahiran bagi maksud memberikan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran di bawah Akta 640 supaya meliputi program latihan lain yang diiktiraf di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652];

(iii) mengadakan secara jelas peruntukan mengenai mekanisme untuk penguatkuasaan di bawah Akta 640 dalam usaha untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman melalui

draft • 7:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

peruntukan sekatan ke luar negara, had masa tindakan 12 tahun dan kuasa penyiasatan;

(iv) PTPK boleh memberikan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran kepada pelatih yang mengikuti kursus bukan pensijilan kemahiran Malaysia tetapi mempunyai permintaan tinggi oleh industri dengan perakuan atau pengiktirafan JPK;

(v) membuka ruang yang luas kepada penerima manfaat pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran untuk memperoleh pelbagai kemahiran bagi meningkatkan tahap ekonomi bersandarkan kepada gaji setimpal dan bermaruah dengan kompetensi yang dimiliki; dan

(vi) membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk meningkatkan kemahiran dan kompetensi sebagai tenaga kerja mahir/separuh mahir yang menyokong pembangunan ekonomi negara.

Rang undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang melibatkan 55 seksyen. Daripada 55 seksyen berkenaan, 34 seksyen dipinda, 15 seksyen baharu dan enam seksyen dimansuhkan. Fasal-fasal utama seperti yang berikut.

Fasal 11 bertujuan untuk meminda seksyen 16 [Akta 640] berhubung dengan keanggotaan Lembaga Pengarah Perbadanan. Dalam pindaan ini, Ketua Pengarah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan diganti dengan Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran sebagai anggota lembaga pindaan ini berikutan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan telah ditukar kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran menerusi Akta 652.

Selain itu, pindaan ini juga bertujuan untuk memperluaskan keanggotaan lembaga dengan memasukkan dua wakil tambahan setiap seorang dari KESUMA dan Kementerian Ekonomi. Dengan pertambahan dua wakil ini dari kementerian yang mengawal selia perbadanan dan kementerian yang menentukan hala tuju ekonomi negara. Langkah ini dijangka akan mendapat memantap dan memberikan nilai tambah besar dalam memastikan setiap dasar dan hala tuju perbadanan adalah selari dan menyokong aspirasi serta dasar TVET negara.

Kedua, fasal 13 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 25A dalam Akta 640 untuk memberi kuasa kepada Ketua Eksekutif bagi mewakili secara bertulis mana-mana kuasa atau kewajipan di bawah Akta 640 kecuali kuasa

draft • 7:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

perwakilan. Tertakluk kepada apa-apa syarat batasan atau sekatan yang difikirkan patut. Kepada mana-mana pegawai perbadanan, mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakili di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan atau dijalankan oleh pegawai perbadanan atas nama dan bagi pihak Ketua Eksekutif.

Perwakilan yang dibuat bawah seksyen baharu ini juga tidaklah menghalang Ketua Eksekutif ini itu sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana- mana kuasa atau kewajipan yang diwakili itu.

Ketiga, fasal 20 bertujuan untuk menggantikan seksyen 44 Akta 640 untuk memperuntukkan bahawa perbadanan boleh mengenal pasti dan meluluskan mana-mana program latihan kemahiran atau program latihan lain yang di tauliah atau diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran atau JPK sebagai sesuatu program latihan kemahiran yang diluluskan bagi maksud kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran di bawah Akta 640.

Keempat, fasal 33 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 65A dan 65B. Seksyen 65A adalah untuk mengadakan peruntukan bagi had masa untuk ditindak dan untuk tindakan yang boleh dibawa berkenaan dengan perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran iaitu selama 12 tahun daripada tarikh kuasa tindakan itu terakru.

Manakala seksyen 65B pula, mengadakan peruntukan bagi kuasa eksekutif untuk mengeluarkan suatu perakuan kepada Ketua Pengarah Imigresen jika Ketua Eksekutif berpendapat bahawa mana-mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan dijangka atau berkemungkinan meninggalkan Malaysia tanpa membayar apa-apa wang yang dikenakan kepada perbadanan.

Empat, fasal 34 bertujuan untuk memotong Bahagian X berhubung dengan kuasa pemeriksaan terhadap penyediaan latihan kemahiran memandangkan peruntukan mengenai kuasa itu akan diletakkan dalam bahagian baharu iaitu XA.

Fasal 35. Yang kelima, fasal 35 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu XA dan XB ke dalam Akta 640 bahagian baharu XA untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa pemeriksaan terhadap penyedia latihan kemahiran yang akan dijalankan oleh pegawai diberi kuasa untuk menggantikan inspektor. Bahagian XB untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa penguasaan dan penyiasatan ke atas mana-mana kesalahan di bawah Akta 640 yang akan dijalankan oleh pegawai diberi kuasa.

Yang keenam, fasal 40 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu, 88A untuk memperuntukkan bahawa dalam apa-apa prosiding sivil oleh atau terhadap

draft • 7:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

perbadanan mana-mana pegawai perbadanan yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh pengerusi atau mana-mana peguam bela dan peguam cara yang dilantik oleh perbadanan boleh bagi pihak perbadanan memulakan menghadiri dan mengendalikan prosiding itu dan boleh membuat melakukan kesemua keadilan, tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.

Yang kelapan, fasal 41 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 91A Untuk membenarkan apa-apa penyata, pernyataan, butiran-butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk diserahkan atau dikemukakan di bawah Akta 640 atau peraturan-peraturan dibuat di bawah Akta 640. Diserahkan atau dikemukakan melalui media elektronik atau secara penyampaian elektronik. Pindaan-pindaan lain tidak saya nyatakan secara khusus di sini kerana ini merupakan pindaan kecil bersifat editorial ataupun berbangkit ataupun consequential in nature, dengan izin.

Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta 640 ini dilihat dapat memberi impak positif bagi membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir yang kompeten dan memenuhi keperluan industri dan seterusnya menjadi pendukung atau merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga mahir dari luar.

Menerusi pindaan ini juga, PTPK boleh memberi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran kepada pelatih-pelatih yang menjalani program selain Pensijilan Kemahiran Malaysia. Hal ini akan membuka ruang yang lebih luas kepada penerima manfaat untuk memperoleh pelbagai kompetensi bagi meningkatkan tahap ekonomi bersandarkan kepada gaji setimpal dan bermaruah selari dengan kompetensi yang dimiliki.

Pindaan Akta 640 ini secara keseluruhannya adalah perlu bagi meningkatkan keberkesanan tadbir urus dan kelancaran pengurusan dana latihan kemahiran selaras dengan objektif utama penubuhan PTPK dan menjadikan TVET sebagai pemacu utama membina bakat kemahiran bertaraf global. Memastikan rakyat berkemahiran pada masa hadapan dan mengangkat negara kita sebagai hab TVET serantau menjelang 2030 serta berdaya saing di pentas dunia menjelang 2050 melalui ekosistem TVET yang dinamik dan mantap. Latihan rapi menambah isi demi membangun generasi hebat.

Pinjaman diberi menambah erti; Ilmu digenggam hidup meningkat.

draft • 7:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Justeru, saya menyeru semua Ahli Yang Berhormat agar dapat memberikan sokongan penuh dengan — kepada rang undang-undang ini bagi meluaskan lagi fungsi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan.

draft • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 7:50 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya mohon menyokong.

draft • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang udang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya menerima lima nama daripada Yang Berhormat dan saya bacakan dari atas. Dimulai dengan Yang Berhormat Ipoh Timor, diikuti dengan Pendang, Batu Gajah, Padang Terap dan Kepala Batas. Untuk itu, saya jemput Ipoh Timor. Lima minit dari sekarang.

draft • 7:50 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih, Tan Sri. Izinkan saya memulakan dengan satu kisah yang dekat di hati saya. Dekat Ipoh Timor, saya bertemu seorang anak muda bernama Teo Boon Chuan. Helo Ah Boon. [Sambil melambaikan tangan] Anak kepada keluarga biasa, ayahnya pemandu e-healing, ibunya pembantu dekat kedai kopi. Boon Chuan bercita-cita menjadi juruteknik automasi. Dia minat robotik, dia minat elektrik, elektronik lah dan minat benda-benda yang bergerak pantas seperti dunia pada hari ini.

Tapi hidup tak pernah tunggu sesiapa. Apabila nenek mereka jatuh sakit tahun lepas, adiknya, Boon Hen baru berusia 19 tahun, menjadi penjaga utama keluarga. Penjaga utama nenek dia. Dari situ, dia sedar bahawa kerja penjagaan warga emas bukan yang hanya tugas keluarga tetapi kerjaya yang mulia, yang profesional dan semakin diperlukan di Malaysia.

Namun, di sini masalahnya timbul. Tan Sri, di bawah undang-undang sedia ada, dalam PTPK hanya boleh meluluskan pembiayaan kepada program yang ada NOSS, seperti yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi. Dalam ekosistem ekonomi atau industri penjagaan pada hari ini, NOSS hanya ada untuk pengurusan rumah

draft • 7:51 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

jagaan tetapi belum ada lagi NOSS untuk carer atau pekerja penjaga, pekerjaan penjaga. Tak ada. Tak ada kelayakan untuk penjaga warga emas.

Maka, kursus carers yang adik kepada Boon Chuan, Boon Hen nak ambil itu, tak layak langsung untuk pembiayaan melalui PTPK. Walaupun Malaysia ini sedang memang kejar-kejar mencari tenaga kerja dalam sektor penjagaan, dalam sektor kesihatan sosial, dalam silver economy, dengan izin. Inilah realiti undang-undang lama yang mengikat masa depan anak-anak Malaysia. Bakat ada. Minat ada.

Permintaan dan keperluan industri tinggi benar. Yang tiada hanyalah kerangka undang-undang yang cukup fleksibel untuk membenarkan mereka melangkah.

Tadi, kita dah lulus pindaan 652. Inilah sebenarnya untuk — ini sebenarnya bagi saya dengan izin, turnkey kepadanya. Bila ada kursus, kita nak ada pinjaman untuk pembiayaannya oleh kerajaan, oleh the state, oleh government untuk membantu kursus-kursus tersebut untuk diambil oleh anak-anak kita. Ini bermaksud buat kali pertama PTPK boleh membiayai kursus-kursus dengan tafsiran baharu atau dengan pindaan 640 ini dalam, dengan struktur NOSS termasuk latihan carer, micro- credential kompetensi industri dan model kemahiran baharu yang diperlukan ekonomi moden ini boleh buat pinjaman kepada kursus-kursus yang belum NOSS dia lagi.

Ini jelas dinyatakan dalam seksyen 2, dalam seksyen 8, dalam seksyen 44 yang kini membenarkan PTPK mengiktiraf program latihan lain yang diperakukan oleh KPP, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah 652 yang kita pinda tadi.

Hari ini, kita menyatakan kepada pemuda seperti Boon Hen. Jika engkau mahu menjaga orang tua, negara akan menjaga impian mu. Inilah maksud di sebalik pindaan yang kita sedang bahaskan ini. Kita memodenkan undang-undang yang sudah 20 tahun tak dipinda seperti 652. Akta 640 ini dikuatkuasakan pada 2006. 20 tahun sudah berlalu tetapi sistemnya masih era manual, kaku, rigid. Sedangkan dunia TVET sudah berubah wajah.

Kita pada malam ini akan pinda itu untuk memodenkannya. Kita perluaskan kerangka pembiayaan, tempoh had masa dinaikkan daripada enam ke 12 tahun. Ini memastikan pinjaman dapat dikutip dengan lebih berkesan. Sekatan perjalanan untuk peminjam tegar yang sengaja nak ingkar. Ini bukan dendam. Ini disiplin kewangan. Jika satu generasi mahu peluang, satu generasi yang lain mesti bertanggungjawab. Alasan penolakan dan kelulusan diperincikan dengan jelas dalam seksyen 49 di mana ia memodenkan keseluruhan pematuhan termasuk

draft • 7:51 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

maklumat palsu, program dibatalkan atau penyedia latihan yang tidak mematuhi peraturan. Kita meluaskan pintu masuk tetapi mengukuhkan kawalan pintu keluar.

Mengapa pindaan ini penting kepada masa depan negara? Kerana Malaysia sedang berjalan ke arah ekonomi yang memerlukan tenaga kerja mahir, kompeten dan responsif. Kerana setiap kajian tenaga kerja menunjukkan negara kekurangan juruteknik mahir, kekurangan pegawai penyelenggaraan digital, kekurangan caregiver berkelayakan, kekurangan tenaga mahir dalam EV automasi dan tenaga hijau dan kekurangan pekerja dalam silver economy yang berkembang pesat. Tetapi di bawah undang-undang lama, PTPK tak boleh membiayai latihan. Tak ada logik negara ke hadapan tetapi undang-undang kita tertinggal di belakang dan kita malam ini akan memperbetulkan semua ini.

Tetapi saya ada satu soalan yang agak spesifik. Soalan kepada Yang Berhormat Menteri. Apa langkah penguatkuasaan yang PTPK akan ambil terhadap peminjam yang tak bayar balik? Kita dah pinda undang-undang, tapi saya nak mohon ulasan dan jawapan daripada Menteri.

Keberkesanan pengurusan dana ini bergantung kepada kutipan semula pinjaman. Kita tak nak saksikan sekali lagi, apa yang sedang berlaku di mana mungkin hanya sekadar YBTM KPT ada, yang sedang dialami oleh PTPTN, di mana kutipan hanya kutipan balik setiap tahun hanya sekadar 60 peratus apa yang patut.

Jadi, kalau penguatkuasaan lemah, bukan saja aliran tunai PTPK akan terjejas nanti tetapi peluang generasi baharu untuk dapat latihan kemahiran pun akan berkurang. Jadi, saya nak tanya secara spesifik. Untuk mereka yang betul-betul tak bayar atau ingkar nak bayar balik, apakah langkah penguatkuasaan yang PTPK akan ambil terhadap peminjam yang tak nak bayar balik pinjaman?

Jadi, saya akan tutup dengan nak kembali ke cerita awal saya. Boon Chuan mahu maju dalam automation. Boon Hen mahu menjadi caregiver profesional kerana dia percaya bahawa selepas menjaga nenek dia, menjaga orang tua bukan kerja kecil, ia adalah kerja besar. Itu kerjaan yang akan jadikan kita manusia yang dewasa dan benar-benar.

Jadi, pindaan ini mengatakan bahawa kerja penjagaan ialah kerjaya kerana dulu tak boleh biaya, sekarang dah boleh biaya. Kerjaya penjagaan ialah kemahiran.

Sekarang dia boleh dilatih untuk mendapat kemahiran dan kemahiran penjagaan yang layak dibiayai negara dengan lulusnya undang-undang ini. Undang-undang yang membuka jalan rezeki untuk bukan saja menjaga nenek dia, untuk orang lain

draft • 7:51 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

dilatih dengan kemahiran untuk jaga nenek-nenek di luar sana yang perlukan penjagaan.

Jadi, dengan penuh harapan dan keyakinan, Ipoh Timor menyokong dengan sepenuh-penuhnya. Sekian, terima kasih.

draft • 7:51 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Saya jemput Pendang.

draft • 7:51 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Kementerian Sumber Manusia adalah satu kementerian yang tidak pernah, jarang dengan kontroversi. Akan sentiasa mendapat sokongan sesiapa sahaja yang memerintah. Kerana apa? Kerana kementerian ini lah kementerian yang membina modal insan kepada negara untuk nak melengkapkan cycle ekonomi yang ada supaya Kementerian Sumber Manusia ini satu kementerian yang pada asasnya daripada dulu sampai sekarang, sambung menyambung oleh mereka yang kemudiannya.

Jadi, saya harap kementerian ini akan terus berusaha untuk memperbaiki dari semasa ke semasa. Kerana kementerian ini kami yakin akan sentiasa mendapat sokongan daripada semua pihak, termasuk sesiapa yang memerintah pada ketika daripada dulu sampai ke sekarang. Jadi, kita harap sokongan ini juga disertai dengan beberapa teguran dan kritikan kritikal kerana pindaan ini hanya boleh memberi makna jika ia benar-benar membaiki isu asas iaitu berkenaan dengan tadbir urus, ketelusan dan juga keboleh pasaran pelatih.

Jadi, saya membahaskan RUU Tabung Pembangunan Kemahiran ini kerana saya juga menjiwai PTPK ini.

draft • 7:58 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Oleh sebab itu, pertamanya pindaan untuk menerima program latihan lain yang diperakui oleh JPK adalah satu perkembangan baik. Namun, kerajaan mesti menjelaskan bagaimana kualiti program ini akan dipantau? Kita tidak mahu perluasan skop ini membuka ruang kepada pusat latihan tidak berkualiti ataupun degree mills versi kemahiran.

Negara sudah banyak melahirkan graduan tidak diterima di industri. Jangan ulang kesilapan yang sama dalam sektor TVET. Setiap program baharu yang dibiayai mestilah melalui penilaian risiko, audit berkala dan penilaian kebolehpasaran yang jelas. Saya sebut tadi, mesti ada match based on the industry need, dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 8:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi kita nak kena review balik syllabus yang ada dalam TVET ini supaya bersesuaian dengan industry need. Jadi kita mengeluarkan duit perbelanjaan sama ada dalam duit tabung PTPK ini sama ada dalam bentuk pinjaman ataupun biasiswa ini mendapat imbas balik— kalau bahasa la reciprocal, bertindak balas yang balik menyumbang balik kepada negara di segi modal ini.

Jadi oleh sebab itu, saya harap keduanya kita lihat pindaan untuk mewujudkan proses tadbir urus bantuan kewangan setara sistem pinjaman adalah langkah wajar. Tetapi saya ingin tegaskan, jika kerajaan sendiri tidak mempunyai risk assessment seperti bank yang mana bank lakukan kita hanya akan melahirkan generasi peminjam yang akhirnya terjerat hutang tanpa pekerjaan. Kita tak naklah jadi macam along, hutang RM5,000 kena bayar sampai RM50,000. Jadi bukan macam itu maksudnya. Ini untuk kebajikan anak-anak kita masa depan, kita — generasi yang kita akan tinggalkan ini akan mengambil alih negara, yang ini yang menjadi konsep objektif utama kita dalam kita mewujudkan Tabung Pembangunan Kemahiran ini.

Jadi oleh sebab itu, saya mencadangkan supaya penyedia latihan juga perlu dipertanggungjawabkan. Jika mereka gagal menempatkan pelatih dalam industri pembiayaan, mereka mesti digantung serta-merta. Perkara ini mereka macam mengkhianati sistem pembangunan negara untuk generasi yang akan datang yang mengambil alih apa yang kita sedang dasarkan di sini, yang kita lakukan satu polisi.

Tan Sri Yang di-Pertua, yang ketiganya penyerahan dokumen secara elektronik adalah polisi moden tetapi negara tidak boleh sekadar ghairah mendigitalisasi tanpa mengawal keselamatan data. PTPK perlu mematuhi piawaian keselamatan siber setanding institusi kewangan. Kita tidak mahu data pelatih sebab collection, bagaimana mereka mengutip hutang-hutang mengikut sistem bank ini sehingga— ya lah, sampai ke tahap tak sampai seratus peratus tapi at least paling kurang 80 peratus ke atas mereka mencapai tujuan bagi mengutip balik kepada peminjam. Tapi kita tak naklah suruh ikut kat budak-budak kita yang belajar ini sampai ke tahap itu. Mereka dah bekerja, dah ada pulangan boleh bantu keluarga sedikit untuk mereka kutip.

Tan Sri Yang di-Pertua saya minta sikit masa, sebab ada satu benda yang penting iaitu penyerahan dokumen secara elektronik ini kita perlu pertingkatkan lagi dengan zaman sekarang kita tak boleh— kita cannot run away from the digital system ini. Jadi— tapi kita jangan bagi libatkan scammer masuk untuk nak menipu seperti mana yang sedang berlaku sekarang ini.

draft • 8:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Keempat, saya ingin menyentuh isu tadbir urus dalaman. Kementerian Ekonomi boleh, lembaga pengarah daripada Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Ekonomi boleh membantu penyelarasan dasar. Namun, kerajaan perlu mengelakkan konflik kepentingan. Begitu juga perwakilan kuasa eksekutif kepada pegawai PTPK kuasa sebegini tidak boleh terbuka tanpa garis pemisah yang jelas.

Tanpa kawalan dalaman yang rapi, kita berisiko membuka ruang kepada salah guna kuasa. Ini salah— ini adalah urus tadbir yang kita nak bina. Saya cadangkan supaya dia lebih baik supaya tidak berlaku — dia akan berlakulah negligence seperti ini sedikit sebanyak. Tetapi dengan ada sistem yang baik ini, dia mengurangkan risiko salah urus tadbir ini.

Last sekali Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya menambah satu isu penting bagi satu minit, iaitu satu isu penyelam komersial. Satu sektor kemahiran berisiko tinggi yang semakin kritikal kepada negara. Profesion penyelam komersial bukan hanya menyelam di dasar laut tetapi mengendalikan operasi kompleks seperti pemeriksaan platform minyak dan gas, pemasangan kabel dasar laut, pembaikan pipeline, hull cleaning kapal bersaiz besar serta kerja-kerja penyelenggaraan struktur bawah air empangan dan pelabuhan.

Kita ada contoh-contoh sebenar. Penyelenggaraan platform PETRONAS di Miri dan Bintulu, pembaikan Sabah–Sarawak Gas Pipeline, pemasangan kabel dasar laut SKR 1Malaysia, malah kerja penyelenggaraan Empangan Kenyir dan Sungai Perak yang memerlukan penyelam bertauliah ADAS atau IMCA.

Namun, negara masih tidak mempunyai data berapa ramai penyelam komersial yang bertauliah, berapa ramai yang mendapat pekerjaan atau berapa ramai yang berhijrah ke luar negara kerana gaji tidak setimpal yang ditawarkan di Malaysia. Jika RUU ini memperluaskan skop pembiayaan latihan kemahiran, kerajaan wajar memastikan sektor berisiko tinggi seperti penyelam komersial dipantau lebih ketat berbanding dengan program biasa.

Saya akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan ini dengan syarat kerajaan memastikan integriti tadbir urus, ketelusan dalam pelaksanaan dan keberkesanan program TVET tidak boleh sekadar menjadi slogan politik atau belanjawan tahunan. Ia mesti menjadi industri sebenar yang melahirkan tenaga kerja berkualiti dan berpendapatan tinggi. RUU ini hanya bermakna jika ia mengangkat taraf hidup pelatih bukan sekadar menambah kuasa PTPK. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi masa yang lebih sikit kepada saya. Sekian, terima kasih.

draft • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Batu Gajah.

draft • 8:00 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih kerana memberi peluang pada saya untuk turut serta dalam perbahasan ini Rang Undang-undang Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 yang dibentangkan hari ini untuk bacaan kali kedua merupakan satu langkah reformasi menyeluruh dalam membina ekosistem latihan kemahiran yang lebih berintegriti, tersusun dan bersedia menghadapi tuntutan ekonomi moden.

RUU ini bukan sahaja memperbaiki kelemahan sedia ada tetapi meletakkan asas yang lebih kukuh kepada pembangunan modal insan negara. Tan Sri Yang di- Pertua, antara salah satu aspek terpenting dalam pindaan ini ialah usaha kerajaan menyusun semula pelbagai definisi seperti bantuan kewangan latihan kemahiran, pinjaman latihan kemahiran, penyedia latihan kemahiran dan program latihan kemahiran yang diluluskan.

Penyelarasan definisi ini memberi tiga manfaat utama iaitu menghapuskan kekaburan dalam pelaksanaan bantuan dan pinjaman serta memperkukuhkan kuasa pentadbiran PTPK selain menutup ruang manipulasi oleh penyedia latihan yang tidak bertanggungjawab. Segala masalah yang selama ini menimbulkan pertikaian akhirnya dapat diselesaikan melalui pembaharuan akta ini.

Selain itu, pengenalan seksyen 25A adalah pindaan strategik yang sangat diperlukan. Ia membolehkan ketua eksekutif mewakilkan kuasa secara bertulis kepada pegawai tertentu mengikut syarat yang ditetapkan. Seterusnya melalui hasilnya, kelulusan permohonan pembiayaan dapat dipercepatkan, proses pentadbiran lebih responsif terhadap keperluan industri, akauntabiliti kekal terpelihara.

Melalui akta ini, kerajaan sedang mengurangkan birokrasi dan meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian. Walaupun seksyen 25A bertujuan untuk mempercepatkan dan melicinkan pentadbiran, ia tetap membawa beberapa implikasi negatif yang perlu diberi perhatian.

Pertama, pemberian kuasa kepada pegawai tertentu membuka ruang kepada risiko penyalahgunaan kuasa, terutama jika kawalan dalaman tidak kukuh.

Kedua, pengagihan kuasa itu boleh menyebabkan keputusan yang tidak konsisten kerana setiap pegawai mungkin mentafsir kuasa dengan cara yang berbeza. Selain itu, pelaksanaan seksyen ini berpotensi melemahkan akauntabiliti

draft • 8:06 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

kerana sukar menentukan pihak yang benar-benar bertanggungjawab jika berlaku kesilapan atau keputusan yang merugikan.

Namun, walaupun objektifnya untuk mengurangkan birokrasi, terdapat kemungkinan wujudnya birokrasi baharu sekiranya pegawai menambah prosedur atau tidak cekap menguruskan kuasa yang diberikan. Secara keseluruhannya, subseksyen 25A perlu disokong dengan mekanisme pemantauan yang kukuh dan mengelakkan implikasi negatif daripada menjejaskan integriti pentadbiran.

Tan Sri Yang di-Pertua, RUU ini turut memperkukuhkan mekanisme bagi meluluskan program latihan serta mengawal selia penyedia latihan. Pindaan ini memastikan bahawa hanya program latihan yang diluluskan layak mendapat pembiayaan, penyedia latihan mesti mematuhi standard yang lebih ketat, program yang tidak relevan atau tidak berkualiti boleh digantung dan dibatalkan. Ini selaras dengan aspirasi kerajaan bagi memastikan setiap program yang dibiayai memberi nilai tambah kepada pelatih dan juga kepada industri. Tambahan pula, pindaan terhadap seksyen berkaitan permohonan, syarat kelulusan dan rekod pelatih memperkukuhkan aspek ketelusan dan integriti sistem pembiayaan.

draft • 8:06 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Antara fokus utama kerajaan ialah memastikan pelatih mendapat maklumat yang tepat, mengelakkan penyedia latihan menyalahgunakan dana dan memastikan rekod kehadiran dan prestasi pelatih dilaporkan secara jujur. Langkah ini melindungi pelatih daripada penipuan ataupun salah maklumat dan kecuaian pihak penyedia latihan.

Tan Sri Yang di-Pertua, satu lagi elemen penting dalam RUU ini ialah pengenalan seksyen baharu 65A dan 65B yang secara khususnya menangani isu ketidakpatuhan oleh pelatih dan penyedia latihan. Selama bertahun-tahun PTPK berdepan beberapa masalah ketara. Pelatih yang menerima pinjaman tetapi gagal hadir ke kelas secara konsisten.

Penyedia latihan yang tidak melaporkan ketidakhadiran pelatih secara jujur menyebabkan dana terus mengalir walaupun pelatih tidak lagi mengikuti program.

Ketirisan dana apabila bantuan atau pinjaman tidak digunakan mengikut tujuan asal.

Kerajaan melalui pindaan ini akhirnya menangani masalah tersebut secara tuntas.

Seksyen 65A dan 65B memberikan kuasa kepada PTPK untuk menahan, mengurangkan atau memberhentikan bantuan dan pinjaman sekiranya pelatih gagal memenuhi syarat kehadiran. Meminta memulangkan dana jika pelatih tidak mengikuti latihan atau menarik diri tanpa sebarang munasabah — alasan yang

draft • 8:10 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

munasabah. Mengambil apa-apa tindakan munasabah terhadap penyedia latihan yang gagal mematuhi syarat pelaporan dan mengelakkan penyedia latihan daripada manipulasi kehadiran pelatih demi memastikan dana terus disalurkan. Ini menunjukkan kerajaan mengambil pendirian bahawa pelatih yang menerima manfaat mesti menunjukkan komitmen dan penyedia latihan yang menerima dana awam mesti menunjukkan integriti.

Langkah ini bukan sahaja melindungi dana kerajaan tetapi juga memastikan sistem latihan kemahiran benar-benar menghasilkan graduan yang berkualiti. Kita tidak mahu pelatih yang hanya ambil bantuan tetapi tidak menunjukkan disiplin. Kita juga tidak mahu penyedia latihan yang ambil peluang tanpa mengutamakan kualiti latihan. Pindaan ini mewujudkan budaya akauntabiliti, memastikan bahawa setiap penerima manfaat dan setiap penyedia latihan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi masing-masing.

Tan Sri Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 adalah satu reformasi komprehensif yang melibatkan penyelarasan definisi, pengukuhan tadbir urus, peningkatan integriti pembiayaan serta kuasa penguatkuasaan yang jauh lebih tegas. Kerajaan sekali lagi menunjukkan komitmen untuk membina tenaga kerja masa depan yang lebih berkemahiran, berdaya saing dan mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Dengan segala pertimbangan ini, Batu Gajah menyatakan sokongan penuh terhadap rang undang-undang ini. Terima kasih.

draft • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Padang Terap.

draft • 8:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat malam, salam sejahtera. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri KESUMA. Terima kasih kepada Tan Sri kerana memberikan Padang Terap peluang untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025. RUU ini membawa beberapa pembaharuan penting bagi memperkukuhkan tabung PTPK sebagai pembiaya utama latihan kemahiran di dalam negara kita.

Kerajaan telah memperuntukkan RM650 juta di dalam Belanjawan 2026 bagi mengangkat Tabung Pembangunan Kemahiran Kebangsaan sebagai pemangkin utama melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan tuntutan ekonomi moden. Saya menyokong aspirasi reformasi ini, namun beberapa perkara perlu diperhalusi agar manfaatnya benar-benar sampai kepada pelatih, penyedia latihan

draft • 8:13 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

serta industri termasuklah sektor strategik industri seperti di tempat saya di Kedah Rubber City di Padang Terap.

Saya ingin menyentuh fasal 6 peluasan fungsi PTPK dalam meluluskan program latihan lain, pindaan kepada seksyen 8 Akta 640. Fasal 6 memperluas fungsi PTPK bukan sahaja untuk mengurus pinjaman latihan, kemahiran tradisional tetapi juga untuk mengenal pasti, menilai dan meluluskan program latihan lain yang diperlukan oleh industri dan pasaran pekerjaan masa kini.

Perubahan ini membuka ruang kepada bidang-bidang yang baharu seperti kecerdasan buatan, analitik data dan keselamatan siber, teknologi hijau serta penyelenggaraan EV, automasi, robotik dan sistem mekatronik teknologi logistik dan automasi gudang, industri kreatif digital dan kandungan multimedia.

Ini merupakan satu lonjakan yang besar daripada fokus asal PTPK yang bertumpu kepada SKM dan program berasaskan NOSS semata-mata. Namun begitu, Tuan Yang di-Pertua, peluasan skop ini tidak boleh dilakukan tanpa kawal selia yang ketat. Justeru, saya ingin mengemukakan dua perkara pokok.

Yang pertama, keperluan garis panduan kelulusan yang jelas terhadap program-program. Tanpa kriteria yang telus, ia boleh membuka ruang kepada penyedia latihan yang tidak berkualiti, kursus pendek yang tidak berorientasikan pekerjaan dan ketirisan dana bantuan pelatih. Saya mencadangkan agar kerajaan menetapkan national skills priority list secara tahunan. Hanya meluluskan program dengan rekod keboleh pasaran kerja yang terbukti dan mewajibkan pelaporan dan data penempatan kerja oleh penyedia latihan.

Isu yang kedua, perlindungan pelatih daripada risiko hutang dan kursus berkualiti rendah. Perluasan skop tanpa mekanisme perlindungan boleh menyebabkan pelatih dalam hutang tanpa pulangan pekerjaan. Maka saya cadangkan penarafan prestasi kursus wajib disiarkan kepada umum, penyedia latihan dengan prestasi rendah perlu dikenakan tindakan, pelatih yang gagal mendapat pekerjaan akibat kelemahan kursus harus diberi relief pembayaran atau penstrukturan semula pinjaman.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita meraikan fleksibiliti baharu ini, standard kualiti seperti NOSS tetap tidak boleh dikompromi. Persoalannya kini ialah adakah kementerian telah menetapkan kerangka kelulusan bagi program yang tidak berasaskan NOSS? Bagaimana memastikan program-program baharu ini mencapai tahap kompetensi setara dengan standard negara? Dan, apakah jaminan bahawa

draft • 8:13 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

perluasan skop pembiayaan ini tidak menghasilkan kursus yang sedap didengar tetapi tidak membawa pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 20 memberi kuasa kepada PTPK untuk meluluskan apa-apa program latihan bertauliah atau diiktiraf di bawah Akta 652, ini termasuklah sijil kompetensi SKM, program latihan industri bertaraf antarabangsa, latihan peralihan teknologi, upskilling dan reskilling, program latihan syarikat multinasional yang mendapat pengiktirafan.

Saya ingin kaitkan dengan kawasan saya iaitu Kedah Rubber City di Padang Terap sedang tampil sebagai hab industri getah berteknologi tinggi. Keperluan tenaga mahir meliputi kejuruteraan getah, sistem pengeluaran automatik, teknologi pembuatan tayar, maintenance dan reliability engineering. Fasal 20 ini program latihan khusus seperti teknologi tayar dan automotif — automasi kilang boleh diluluskan dan dibiayai oleh PTPK. Membolehkan anak tempatan Padang Terap menjadi tenaga kerja utama sebelum pelabur memulakan operasi. Saya mencadangkan agar Kedah Rubber City dijadikan platform pembangunan kemahiran industri getah melalui kerjasama di antara JPP, PTPK, Prinx Tyre Malaysia, KISMEC dan industri institusi TVET yang lain.

Yang akhir Tuan Yang di-Pertua, fasal 6 dan fasal 20 ini mencerminkan usaha kerajaan membuka ruang TVET yang lebih responsif kepada keperluan masa semasa. Namun perluasan tanpa kawal selia boleh membawa kepada pembaziran dana, pelatih terjerat hutang, serta kursus-kursus yang gagal menghasilkan pekerjaan. Maka saya menyokong RUU ini dengan syarat kerajaan perlu menetapkan kerangka kelulusan program secara telus dan berasaskan data sebenar, memperketatkan pemantauan terhadap penyedia latihan dan yang terakhir, memastikan pindaan ini benar-benar memperkasakan industri sebenar seperti Kedah Rubber City agar rakyat tempatan menikmati pekerjaan yang berkualiti.

Sekian, terima kasih.

draft • 8:13 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, yang terakhir saya jemput Kepala Batas.

draft • 8:13 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan. Isu ini bukan isu kecil, namun ini berkenaan dengan soal membina negara, membina tenaga mahir, daya saing ekonomi dan juga masa depan anak muda Malaysia. Hari ini kita laburkan ratusan juta ringgit dana awam melalui PTPK, maka Kepala Batas

draft • 8:19 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

ingin tekankan bahawa pulangan kepada negara tidak boleh membentuk sijil semata- mata tetapi mesti berupa kepada pekerjaan yang stabil, pendapatan yang baik dan memberi hala tuju kerjaya.

Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama mekanisme pendapatan kerja wajib selepas latihan job placement requirement. Malaysia tidak perlukan graduan TVET yang terlatih dan menggenggam sekeping sijil menganggur tetapi kita sangat perlukan graduan yang berkemahiran yang terus menerus menyumbang dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.

draft • 8:19 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Justeru, Kepala Batas ingin mengutarakan dua cadangan. Yang pertama, setiap penerima pembiayaan PTPK mewajibkan ditempatkan dalam industri sekurang-kurangnya enam hingga 12 bulan selepas tamat latihan. Misalnya proses persediaan job placement ataupun internship. Yang kedua, penyedia latihan yang gagal mencapai kadar penempatan kerja minimum harus dikenakan denda ataupun kehilangan kelayakan pembiayaan.

Namun, Kepala Batas tegaskan penempatan ini bukan sekadar berupa ramainya pekerja tapi kualiti pekerjaan.

Persoalan di sini berapakah jumlah pelabur tempatan dan antarabangsa yang kerjasama dalam pelaksanaan latihan industri sehingga kini berbanding jumlah graduan TVET yang ada? Mohon perincian. Sejauh manakah tabung ini telah memberi laluan atau menjamin laluan pekerjaan selepas latihan termasuk bagi pelajar OKU?

Yang kedua, keberkesanan dan penempatan kerja graduan TVET. Kepala Batas ingin tahu berapakah peratus graduan PTPK yang berjaya mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas tamat latihan? Bidang manakah yang mencatat pengangguran paling tinggi dan adakah kursus TVET yang ditawarkan selari dengan keperluan industri?

Kepala Batas sebelum ini pernah membahaskan beberapa cadangkan berkaitan TVET ini antara yang pernah dibahaskan ialah cadangan agar pelabur yang ingin melabur dalam negara mesti menggunakan tenaga kemahiran graduan TVET negara ataupun anak muda tempatan. Cadangan ini dilihat perlu dalam keadaan mengimbangi kecenderungan pengambilan graduan warga asing seperti mana ada cadangan sebelum ini agar jururawat daripada negara luar diambil bagi memenuhi kekosongan ataupun keperluan. Sedangkan graduan daripada kalangan anak tempatan sedang mencari-cari peluang untuk memulakan perkhidmatan.

draft • 8:20 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kepala Batas ingin mencadangkan agar satu proses semakan mesti dibuat terhadap dua perkara. Pertama, setiap penilai latihan TVET wajib melapor kadar penempatan pekerja sebelum pembaharuan kelayakan dana PTPK.

Yang kedua, kursus yang kadar penempatan graduannya terlalu rendah perlu disemak atau diganti dengan kursus yang seiring permintaan industri semasa. Hal ini bukan sekadar latihan semata-mata namun ini adalah strategi tenaga kerja negara.

Yang ketiga, akses kepada pembiayaan TVET lebih daripada sekali second chance pathway. Hari ini majoriti pelatih hanya berpeluang memohon pembiayaan PTPK ini sekali sahaja. Bolehkah mereka memohon semula pembiayaan PTPK ini?

Apakah pengecualiannya? Kekangan ini boleh dilihat menghalang pembaharuan dan penambahbaikan kemahiran sedangkan industri kini berkembang pantas ke arah robotik, digital, tenaga hijau, AI, keselamatan siber dan juga pertanian pintar.

Kerajaan wajib membuka laluan PTPK second chance pathway untuk graduan TVET meningkatkan kemahiran ke tahap yang lebih tinggi. Mengapa kita tidak beri akses kedua kepada graduan yang mahu naik taraf kemahiran sedangkan industri kritikal memerlukan tenaga mahir tahap yang lebih tinggi. Ini secara tidak langsung meningkatkan kualiti dan nilai bukan sahaja pelajar tapi bahkan dasar TVET negara.

Yang keempat, ketegasan dasar bayaran dan juga sekatan luar negara.

Walaupun belum terdapat dasar jelas mengenai sekatan perjalanan kepada peminjam PTPK yang culas, dasar kutipan balik perlu diperkukuhkan tetapi dengan kaedah yang lebih ihsan dan berasaskan kemampuan kewangan. Misalnya cadangan agar; Yang pertama, mekanisme bayaran balik fleksibel mengikut pendapatan

(income-based repayment).

Yang kedua, peminjam yang bekerja luar negara tapi gagal membayar balik mesti didaftarkan dan mengikuti program penyelarasan pembayaran semua misalnya dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Imigresen, kedutaan dan juga LHDN.

Yang ketiga, sekatan perjalanan. Jika dilaksanakan mesti hanya dikenakan kepada mereka yang mampu. Kepala Batas berpandangan mungkin pihak kerajaan boleh menawarkan program latihan semula kepada kumpulan B40 dan juga graduan yang belum mendapat pekerjaan bagi membuka peluang pekerjaan yang lebih baik kepada mereka.

draft • 8:20 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Tujuannya bukan menghukum tetapi memastikan tabung ini kekal lestari dan terus membiayai generasi seterusnya. Ya, hutang mesti dibayar tetapi kaedah penyelesaian juga mesti bersifat menyelesaikan. Kita tak perlu berjanji untuk menghapuskan hutang tetapi bukalah ruang sebaik-baiknya. Mungkin untuk kita tingkatkan daya hidup dan juga daya saing rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, PTPK bukanlah hanya soal dana tetapi ini soal masa depan belia Malaysia. Jika kita luluskan rang undang-undang ini tanpa meletakkan kerangka pendapatan kerja, laluan pembiayaan berulang, akauntabiliti penyediaan latihan dan dasar kutipan balik yang adil maka kita hanya membina sistem latihan tetapi mengabaikan peluang pekerjaan.

Kepala Batas mohon agar rang undang-undang ini diteliti agar keberkesanan, keboleh pasaran pekerjaan, tanggungjawab pembiayaan diangkat sebagai elemen wajib. PTPK bukan hanya soal dana, PTPK adalah soal masa depan. Masa depan belia, masa depan industri dan masa depan negara. Sekian, terima kasih.

draft • 8:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Kita telah tamat perbahasan lima orang. Yang Berhormat, sekarang saya Menteri — saya jemput Menteri menjawab, 20 minit.

draft • 8:20 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada lima orang Ahli Yang Berhormat dalam membahaskan rang undang-undang ini bagi memastikan bahawa perjalanan rang undang-undang ini berjalan lancar.

Dan saya bermula dengan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian serta pandangan-pandangan dan cadangan yang dibangkitkan mencerminkan kesungguhan Dewan ini untuk memastikan masyarakat sentiasa mendapat akses yang adil kepada latihan kemahiran yang berkualiti.

Dan pandangan-pandangan ini sebenarnya menjadi sumber inspirasi kepada Kementerian Sumber Manusia dan lantaran itu akta ini yang telah tidak pernah dipinda sejak dua dekad yang lalu ataupun bersamaan 20 tahun akhirnya diberi nafas baharu kerana landskap TVET dan keperluan tenaga kerja negara telah berubah begitu cepat sekali.

Dan sudah pasti hari ini kita nak melihat pasaran kerja menuntut kemahiran yang lebih fleksibel, lebih moden sebagaimana yang dibahaskan oleh lima Ahli-ahli

draft • 8:25 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat. Boleh dikatakan hendak membantu lebih besar kepada rakyat yang ingin meningkatkan taraf hidup melalui kemahiran ini.

Dan saya juga meneliti sebentar tadi sewaktu pindaan akta di bawah kementerian kami dan melalui pindaan ini kita boleh memperluaskan lagi akses pembiayaan latihan, tadbir urus PTPK, mengukuhkan penguatkuasaan serta memastikan lebih ramai rakyat termasuk daripada keluarga B40 dan M40 mendapat peluang yang setara untuk memperoleh kemahiran yang bernilai di dalam pasaran kerjaya pada hari ini.

Dengan rasa penuh tanggungjawab Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua, kita akan cuba memberi penjelasan satu per satu. Sekiranya masa yang diberikan boleh menyampai waktu tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya bermula dengan Yang Berhormat dari Ipoh Timur yang menggulung penggulungan dengan menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan sebaik mungkin dalam mengenai pengiktirafan program kelayakan penjaga warga emas.

Selaras dengan pindaan ini, untuk menjadikan TVET itu lebih inklusif dan sejajar dengan trend global yang menekankan kemahiran fleksibel sebagaimana TVET for all. Program ini sudah pasti menjadi satu pembelajaran sepanjang hayat dan program ini juga boleh dipertimbangkan bagi untuk pembiayaan selepas pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Sebagai catatan yang saya catat, yang dibangkitkan oleh Ipoh Timur, satu pandangan yang begitu baik kerana sebagaimana yang dikatakan oleh Ipoh Timur, kalau tak silap saya penjagaan orang tua ini akan memberi manfaat kepada penjagaan dunia. Ini yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur bahawa daripada perkara tersebut, PTPK juga sentiasa melaksanakan pelbagai langkah strategik bagi peningkatan dalam hal yang dibangkitkan.

Dan dalam hal ini juga kita melaksanakan pelbagai langkah strategi bagi meningkatkan kutipan bayaran balik PLK yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi supaya dapat kembali disalurkan kepada peminjam-peminjam di seluruh negara. Lantaran itu, akta ini saya melihat yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ini merupakan satu langkah yang baik. Pandangan yang diberikan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Seiring dengan itu peluasan skop penguatkuasaan dan penyiasatan melalui peruntukan 10B merupakan langkah awal untuk memperkukuhkan tadbir urus dan mencegah salah satu pinjaman latihan. Peruntukan ini membolehkan tindakan lebih

draft • 8:25 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

berkesan diambil terhadap pihak yang melanggar syarat pinjaman, mengemukakan maklumat palsu atau terlibat dalam amalan tidak beretika.

draft • 8:25 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prestasi semasa bayaran balik bagi pinjaman latihan kemahiran PTPK menunjukkan trend peningkatan positif berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2025 sehingga 19 November 2025, bayaran balik yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM195.97 juta bersamaan 42 percent dan maklumat kutipan bayaran balik pinjaman dari tahun 2020 hingga 19 November 2025 seperti berikut:

(i) pada tahun 2021 sebanyak RM75.3 juta bersamaan kutipan kita 20.73 peratus;

(ii) tahun 2022 pinjaman RM116.7 juta kutipan 39.72 peratus;

(iii) 2023, pinjaman RM157.2 juta bersamaan 53.24 peratus;

(iv) pada tahun 2024 RM234.8 juta dan bersamaan 78.2 peratus; dan

(v) pada tahun 2025 sehingga 19 November 2025 RM195.97 juta kita telah menjangkaui 72 peratus kutipan.

Antara usaha kutipan mengeluarkan peringatan dan notifikasi bayaran sama ada SMS, e-mel dan notis peringatan dan juga menyediakan pelbagai saluran pembayaran, perbankan internet, kaunter bank, FPX dan aplikasi bayaran menawarkan penjadualan semula dan penstrukturan semula pinjaman tersebut, mengadakan kempen kesedaran dan outreach roadshow, webinar dan kempen media sosial, kerjasama dengan agensi kerajaan dan majikan potong gaji.

Peningkatan sistem pengurusan kutipan, kempen jom bayar dan menang, pencarian maklumat dengan kerjasama strategik bersama pihak PERKESO, Jabatan Tenaga Kerja dan majikan, melantik agen pungutan luar untuk membuat kutipan bagi pihak PTPK. Tindakan penguatkuasaan juga kita jalankan melalui penguasaan undang-undang bagi peminjam liat bayar, LOD dan saman. PTPK dalam proses mengambil tindakan perundangan ke atas peminjam yang ingkar membayar balik melalui proses Judgment Debtor Summons (JDS).

Yang Berhormat Pendang membangkitkan hubung kait Akta 652. Yang Berhormat Pendang, kita maklumkan bahawa kita dalam skop pemantauan peluasan skop ini tidak membuka ruang kepada pusat latihan tidak berkualiti atau [Tidak jelas] versi kemahiran. Untuk makluman Yang Berhormat, PTPK sentiasa memastikan setiap dana yang disalurkan memberi manfaat kepada pelatih dan keperluan

draft • 8:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

perancangan negara. Perkara ini juga dibangkitkan oleh kelima-lima Ahli Yang Berhormat dan perkara ini kita sudah pasti hendak melihat akan memberi manfaat kepada peminjam kita dan insya-Allah beliau boleh membayar balik.

Justeru, dalam konteks ini PTPK hanya membiayai program latihan lain selepas diiktiraf oleh Jabatan Kemahiran (JPK) di bawah seksyen baharu 36A Akta 652 iaitu satu jawatankuasa akan ditubuhkan oleh JPK yang berfungsi untuk menilai, menasihat dan membuat cadangan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran sebelum sesuatu pengiktirafan diberikan bagi memastikan jaminan kualiti tersebut.

draft • 8:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tan Sri Yang di-Pertua, saya agak tertarik dengan jawapan Yang Berhormat tadi. Kita difahamkan dalam konteks latihan vokasional yang ada sekarang, lebih pada pekerjaan baharu contohnya EV.

Bagaimana pihak kerajaan, pihak berwajib JPK atau majlis latihan vokasional dan sebagainya dapat memproses sesuatu permohonan berdasarkan pasaran dan juga permintaan terbaru.

Kerana ini adalah perkara yang disebut-sebutkan berapa lama agaknya untuk menilai suatu kursus dan bagaimana kita pastikan mereka yang mengikuti kursus ini mereka tidak terpedaya. Bermaksud mereka dapat diberi latihan mengikut kehendak pasaran ataupun industri. Bagaimana pihak kerajaan dapat memastikan kerana kalau tidak ada mismatch, ia akan memberi satu manfaat maksimum kepada belia- belia sekarang. Terima kasih.

draft • 8:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 8:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Dalam soal yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam sebentar tadi bahawa kita mempunyai penilai sebenarnya, penilai kalau mengambil contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam seperti EV, electrical vehicle.

Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat, kepastian ini sebenarnya kita telah membuat kerjasama antara pihak-pihak EV di pusat-pusat latihan kita. Pusat-pusat latihan kita dan sebab itu kita menyatakan kepentingan di manakah tempat kursus yang hendak dilakukan itu. Kita melihat kepada permohonan tersebut.

Sebagai contoh, kita meliputi Huawei umpamanya, kita meliputi dengan PETRONAS yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang dalam soal juruselam profesional dan ini semua kita nak pastikan bahawa masa mendatang ini PTPK nak menguruskan supaya dalam konteks, dalam hal yang dibangkitkan oleh Ayer Hitam itu kita nak ketepatan tempat yang mereka akan masuki.

draft • 8:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Juga dibangkitkan oleh Balik Pulau sebentar tadi dalam hal ini. Dalam hal ini sebenarnya kita dah nak pastikan dan kita di bawah JTK ini hendak melihat bahawa tempat-tempat yang kita meliputi tersebut akan memastikan kebolehpasaran di masa mendatang ini. Silakan.

draft • 8:30 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Timbalan Menteri, pembetulan. Bukan Balik Pulau, Kepala Batas. Tak pa negeri yang sama. Soalan daripada saya, boleh Timbalan Menteri?

Saya mohon berkenaan dengan Timbalan Menteri sebut berkenaan dengan melihat kemahiran tersebut berdasarkan tempat tersebut. Jadi bagaimana kemahiran-kemahiran yang sebelum ini telah ada dalam list, adakah akan disemak mengikut fasa ataupun macam mana? Mungkin ada kemahiran-kemahiran yang kurang mendapat sambutan dan sebagainya sebagaimana dalam ucapan perbahasan saya.

draft • 8:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Setuju Kepala Batas, sebenarnya kita sedang meneliti tempat-tempat tersebut. Sebab apa yang dibangkitkan oleh Kepala Batas sebentar tadi bahawa kita nak supaya kebolehpasaran ini tidak lagi terpinggir dalam soal ini. Maka, kalau kita nak kalau boleh dia keluar hari ini, dia boleh dapat terus ruang pekerjaan. Itu yang kita kaji sebaik mungkin.

Dan kalau boleh walaupun Pendang tak ada di sini saya dah beritahu pada soalan yang lepas bahawa dalam juruselam profesional sekarang ini mencecah sehingga RM15,000 pendapatan mereka tetapi kerja memang susah Tan Sri Yang Berhormat dan bahaya. Ini dibangkitkan beberapa kali oleh Pendang. Dan perkara ini sebagaimana yang dikatakan oleh Pendang membangkitkan tentang proses tadbir urus Kementerian Kewangan supaya generasi peminjam tidak terjerat dengan hutang tanpa pekerjaan.

Inilah yang kita bangkitkan termasuk Kepala Batas bangkitkan, Ayer Hitam, walaupun tak ada dalam perbahasan yang dibangkitkan oleh rakan-rakan lain dan penetapan agihan peruntukan dibuat berdasarkan penilaian ke atas kriteria program dan kategori mengikut bidang keutamaan kerajaan.

Penilaian program ini akan memberi keutamaan kepada program yang menunjukkan potensi bayaran balik pinjaman atau keberkesanan tinggi melalui perwujudan kategori program kemahiran berimpak tinggi, sederhana dan rendah dan kita langkah-langkah ini dijangka akan membantu PTPK dalam usaha meningkatkan

draft • 8:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

pematuhan bayaran balik secara konsisten sekali gus menjamin kelestarian dana latihan kemahiran untuk manfaat generasi akan datang.

Isu penguatkuasaan telah saya jawab semasa menggulung perbahasan Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Bahagian ini juga bertujuan memastikan prinsip akauntabiliti dapat dilaksanakan secara menyeluruh bukan sahaja terhadap peminjam, malah terhadap penyedia latihan supaya tiada pihak terlepas daripada tanggungjawab dalam mengurus dana awam. Dan kita pilih supaya pelatih-pelatih — ditawarkan kepada pelatih yang mengikut program-program berimpak tinggi.

draft • 8:30 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Dan sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi mengenai penyerahan dokumen secara elektronik bagi kawasan di luar bandar pula, PTPK akan melaksanakan pematuhan Keselamatan ICT berdasarkan Polisi Keselamatan Siber Sektor (PKSSA) yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Digital Negara dan garis panduan Agensi Keselamatan Siber Negara. Semua dokumen digital hanya akan diterima atau melalui platform rasmi PTPK yang diperakui sahaja bagi menjamin ketulenan dan mengelakkan risiko manipulasi.

Bagi menyokong pelatih yang mempunyai limitasi terhadap capaian matlamat internet PTPK, masih mengekalkan kaedah penyerahan dokumen secara manual dan perubahan secara penuh dengan penyerahan elektronik akan dilaksanakan secara berfasa dan segala keperluan sokongan termasuk kesediaan sistem PTPK yang dipenuhi.

Selain itu, kerajaan juga akan mewujudkan platform digital aplikasi PTPK yang lebih ringan dan mesra melalui telefon pintar supaya mudah dicapai oleh pemohon. Pendekatan ini akan menjaminkan pendigitalisasi tidak menjadi satu halangan kepada akses pembiayaan latihan.

Bagi pertanyaan semak imbang (check and balance) yang dikaitkan mengelakkan konflik kepentingan dan salah guna kuasa, dan ini kita sentiasa meletakkan keseimbangan tersebut. Lantaran itu, dalam seksyen kita sebentar tadi, kita katakan tadi bahawa Kementerian Ekonomi dan juga wakil kewangan daripada KESUMA yang akan masuk mewakili untuk melihat keseimbangan tersebut.

Dan perkara ini sebenarnya bagi melayakkan skop-skop yang termaktub dalam perkara itu, kita letakkan di bawah supaya kita letakkan penguasaan dan pinjaman diklasifikasikan sebagai jelas sama ada mereka— adakah mereka— dan mereka betul-betul yang tidak berkemampuan sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap sebentar tadi.

draft • 8:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Sebenarnya saya dah meliputi semua, Yang Berhormat Tan Sri. Kebanyakan hampir sama dalam rang undang-undang ini yang dibangkitkan. Saya mendengar dengan teliti bermula daripada lima termasuk— lima pembahas sebentar tadi termasuklah daripada Batu Gajah yang sudah pasti mantan kepada KESUMA hendak melihat perkara ini menjadi perkara yang bertambah baik.

Seterusnya, saya mengucapkan perkara-perkara itu, maka isu-isu, skop dan bantuan kewangan ini, untuk pengalaman Yang Berhormat juga, tiada [Tidak jelas] pinjaman kepada sektor berisiko tinggi seperti yang dimaksudkan seperti salah satu seperti penyelam komersial pada masa ini. Bagaimanapun, PTPK telah mengenal pasti beberapa program pensijilan yang boleh dibiayai oleh CIDB, CIDB Construction Diver Level 1.

Ha, semasa saya di KKR dulu Yang Berhormat Tan Sri, memang ada kita melatih penyelam-penyelam profesional. Dan lantaran itu, saya tahu yang mereka ini mempunyai gaji-gaji yang agak lumayan sebagaimana kita panggil semula alumni untuk memberi ceramah kepada murid-murid baharu.

Dan sudah pasti seperkara seperti Public Safety Diver, pensijilan dari International Association of Nitrox and Technical Divers Sepanyol, Emergency First Response Instructor, coast training and examination, persijilan dan Professional Association of Diving Instructors. Ini yang menjadi keutamaan di dalam walaupun bukan di kementerian kami, tapi kami tetap memberi maklumat tersebut.

Dan seterusnya saya ucapkan, sebenarnya ucap terima kasihlah kepada semua yang telah dapat menyampaikan pandangan, ucapan dengan baik, yang beri pandangan kepada kita semua. Dan mana pembaikan-pembaikan itu, insya-Allah, kita akan pastikan bahawa rang undang-undang ini dapat dilaksanakan dengan baik Tan Sri Yang di-Pertua.

Dan saya percaya, setiap pandangan-pandangan daripada Ahli Yang Berhormat, setiap pindaan dalam rang undang-undang ini membawa satu tujuan pasti iaitu bagi memastikan latihan kemahiran di negara ini tidak menjadi hak eksklusif kepada sesiapa. Tetapi menjadi peluang sebenar untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Kemahiran ialah satu jalan keluar dari kemiskinan demi mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan bermaruah.

Pindaan ini memberi ruang kepada lebih ramai anak muda dan membuka pintu kepada belia yang tercicir, pekerja yang ingin meningkatkan pendapatan dan mereka yang mahu menukar kerjaya tetapi tidak mempunyai sumber untuk bermula.

Kementerian Sumber Manusia dan PTPK memikul amanah ini demi memastikan

draft • 8:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

setiap bantuan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Inilah nilai sebenar rang undang-undang ini. Bukan hanya pada fasal dan seksyennya tapi pada kehidupan dan masa depan rakyat yang bakal berubah kerana kita yang meluluskannya.

Dengan penuh tekad dan rasa rendah diri, saya juga memohon kepada Ahli- ahli Yang Berhormat pada yang ada pada malam— pada petang ini agar kita dapat bersama memohon bersama meluluskan Rang Undang-undang Akta Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan) 2025 ini. Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang setia sehingga petang ini dan termasuklah Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi yang juga sama bersama dengan kami untuk memastikan rang undang- undang ini dapat diluluskan. Terima kasih, sekian, Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan dipersetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 44 jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Ts. Mustapha Sakmud) dan diluluskan]

draft • 8:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 4 Disember 2025. [Mengetuk tukul]

draft • 8:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.49 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026