Dec022025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, selamat pagi. Sebelum kita mulakan sesi waktu pertanyaan- pertanyaan Menteri, saya ingin memaklumkan bahawa Journal of the Malaysian Parliament telah pun diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat dan journal ialah journal rasmi kita. Jadi, saya juga menjemput Ahli Yang Berhormat untuk dari masa ke semasa, bolehlah contribute kepada penulisan dan hantarkan kepada Setiausaha untuk kita telitikan.

Baik, kita mulakan hari ini Waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi. Silakan.

draft10:00 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Sebelum itu Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon izin Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan yang mulia pada hari ini ialah Tuan Liam Smyth, Setiausaha House of Commons Parliament United Kingdom.

[Tepuk] Kepada Tuan Liam Smyth, kami mengalu-alukan kehadiran Tuan dalam Dewan ini. Kami yakin lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang telah sekian lama terjalin antara Parlimen Malaysia dengan Parlimen United Kingdom.

draft10:00 AM

1. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi]: Tan Sri Yang di-Pertua, ini soalan MQT pertama saya. Minta Perdana Menteri menyatakan jumlah terkini hutang negara, serta prinsip kerajaan dalam mengurangkan pinjaman baharu dan perincikan strategi pembayaran hutang bagi memastikan hutang negara dan defisit fiskal terus berada dalam trajektori menurun. Terima kasih.

draft10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, saya ucap terima kasih kepada Bangi dan ingin saya jelaskan, perkembangan ataupun angka terkini tapi langkah-langkah yang diambil itu harus juga difahami kerana kita telah perkenalkan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal yang sangat penting, yang diluluskan, di mana kita tetapkan sasaran defisit negara ke tiga peratus, nisbah hutang 60 peratus dalam jangka sederhana. Kadar defisit memang ternyata sepertimana yang saya sebut dalam ucapan belanjawan telah menurun kepada lima peratus tahun 2023, 4.1 peratus 2024 dan 3.8 peratus 2025. Dan unjuran, kita saksikan penurunan terus.

Kekeliruan yang juga sudah saya jelaskan ialah tentang jumlah hutang.

Jumlah hutang baru dari RM100 bilion 2021, sekarang ini sekitar RM75 bilion iaitu kadar pengurangan itu. Jadi sebab itu, sepertimana kita lihat kenyataan defisit yang ditanggung setakat ini adalah sehingga akhir September 2025 dan mengakibatkan jumlah hutang Persekutuan RM1.315.5 bilion. Tapi, isu besar kita ialah tanggungan hutang dan obligasi kita harus kita tunaikan. Apa dia hutangnya? Parasnya dan keupayaan kita, ada umpamanya kapasiti kewangan kerajaan mestilah diteruskan secara berhemah kerana hutang statutori kerajaan itu 64 peratus dari— kepada KDNK. Ini masih di bawah statutori 65 peratus.

Begitu juga, pinjaman luar pesisir. Sekarang ini, RM22.4 bilion iaitu bawah daripada paras 35 yang ditetapkan. Bil perbendaharaan Malaysia juga tidak melebihi kerana sekarang ini RM4 bilion, paras kita RM10 bilion. Jadi, hutang yang terbesar masih 1MDB yang diwarisi sejak 2018, itu RM34 bilion. Keseluruhannya RM34 bilion termasuk komitmen faedah RM17 bilion. Jadi, jumlah hutang 1MDB mencecah hampir RM50 bilion. Yang sudah dibayar oleh kerajaan hingga kini ialah RM42 bilion.

Ini termasuk prinsipal dan faedah.

Tapi, alhamdulillah kerana kita juga dapat pulangan balik RM29 bilion yang telah dapat dibiayai kerana usaha semua jabatan, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan SPRM mendapat pulangan sebanyak RM29 bilion yang disebut tadi. Tetapi tanggungjawab kita, tekanan hutang 1MDB masih sekitar RM13 bilion dan masih terdapat baki yang harus kita sempurnakan.

draft10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Langkah-langkah lain kita ambil ialah untuk meningkatkan pengawalan, liabiliti fiskal dengan beberapa konsolidasi fiskal, penyasaran subsidi, termasuk RON95 yang alhamdulillah telah mencatat kejayaan dan dapat sokongan yang baik.

Yang satu hal lain ialah mengurangkan beban kerajaan melalui pelaksanaan prinsip user pay, Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS). Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Bangi, soalan tambahan.

draft10:10 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun atas jawapan yang tuntas, yang diberikan tadi.

Yang Amat Berhormat Tambun, saya tengok ada pihak-pihak yang di luar sana, yang kononnya mereka ini mengaku sebagai pakar ekonomi, pakar kewangan dan apa yang mereka sebut selalu half truth, tetapi diterima sebagai kebenaran.

Mereka ini mendakwa bahawa paras hutang kerajaan telah melepasi had hutang statutory kerajaan, iaitu 65 peratus daripada KDNK.

Tetapi sebenarnya Yang Amat Berhormat Tambun, mereka sengaja menggunakan jumlah hutang luar negara iaitu RM1.4 trilion yang katanya telah melebihi had hutang ini. Jadi, soalan saya Tan Sri Yang di-Pertua kepada Yang Amat Berhormat Tambun, adalah apakah jumlah hutang luar negara ini berada di tahap yang membahayakan. Dan, adakah terdapat satu mekanisme untuk mengawal tahap hutang luar negara ini? Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Bangi. Ya, angka ini sebenarnya diputarkan, sebab tu statistics should not lie. Tetapi ada keadaan di mana statistics can be manipulated to deceive. Jadi, oleh itu saya nak tegaskan di sini, apa dia maksud statutory debt. Itu ada dalam undang-undang kita. Statutory debt— jumlah keseluruhan pinjaman kita yang tidak melibatkan external debt yang kecil kita dan juga Treasury Bills. Jadi, ada angka penurunan kerana yang penting apa, kita boleh turunkan segera, tetapi bebannya kepada rakyat. Itu satu keputusan yang harus kita ambil.

Sebab itu daripada RM100 bilion, hutang baharu kita turun ke RM70 bilion.

Kita boleh turunkan kepada RM20 bilion tahun depan, kerajaan-kerajaan negeri janganlah meminta peruntukan. Jadi sebab itu, penurunan itu harus menunjukkan keupayaan kita meneruskan projek-projek asas yang wajib dilaksanakan. Tebatan banjir, prasarana asas, pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Jadi, saya tidak fikir hal ini harus mengelirukan kerana bila ada unjuran defisit kita kurang, ini bermakna tanggungan hutang itu juga akan berkurangan, ya.

Umpamanya kalau jumlah tuntutan hutang sekarang, itu juga berkurangan kerana kita membayar mengikut obligation pada masa yang ditetapkan. Dan unjuran kita 2027–2028, dia boleh plateau dan kalau keadaan ini berikut dapat diteruskan konsisten oleh kerajaan, maka tekanan hutang kita akan menurun, mulai akhir 2028– 2029. Itu unjuran kita, sebab itu langkah-langkah penurunan defisit itu mesti disegerakan.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Hulu Terengganu, silakan.

draft10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft10:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

[Bangun]

draft10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sebelum itu, saya nak maklum kepada Bangi, jangan salahkan rakyat kerana banyak apa yang dijanjikan oleh kerajaan tidak dapat dilaksanakan. Banyak berlaku salah faham pun. Rakyat masih tidak percaya apa yang dijanji oleh kerajaan.

Soalan saya Yang di-Pertua, kita dengar penjelasan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri. Cuma apa yang ingin saya nyatakan di sini, tanya di sini ialah kerajaan masih terus berbelanja untuk projek-projek mega, okey. Contohnya pada 13 Oktober 2023, kos LRT Pulau Pinang RM10 bilion. Kemudian meningkat menjadi RM13 bilion. Kemudian akhirnya meningkat lagi pada 14 Ogos, Menteri mengumumkan RM17 bilion, yang mana saya rasa projek ini tidak perlu sangat berbanding dengan LRT Sambungan 2 dari Terengganu ke Kelantan.

Jadi, nilai RM17 bilion itu untuk satu projek mega. Ini tak termasuk lagi projek yang dirancang untuk Kota MADANI. Bukankah tindakan kerajaan ini, berbelanja besar ini, sesungguhnya tidak sangat diperlukan, kerana dengan RM17 bilion tersebut sebenarnya boleh membina 340 buah sekolah di seluruh negara. Jadi persoalannya, kenapa projek-projek yang tidak begitu penting, yang tidak mustahak, masih lagi kerajaan berbelanja dengan mewah, memandangkan ada lagi projek lebih penting yang perlu diutamakan? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

draft10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Hulu Terengganu. Ini contoh fakta itu dipusingkan. Saya beri contoh ya. Mengapa Pulau Pinang ada LRT?

Mengapa tidak disebut bahawa ECRL itu kos dia RM40–50 bilion yang memberi faedah kepada semua negeri termasuk Kelantan, Terengganu?

[Tepuk] Itu kos tinggi, puluh bilion. Kita tak persoal kerana kita anggap projek itu dah dilaksanakan. Cuma bezanya, kerajaan sekarang dapat mengurangkan kos dan menentukan subkontrak itu kepada tempatan, ya. Pulau Pinang, lima tahun ini tidak ada projek besar. LRT ini— ha, itu kena faham. Ini bukan development expenditure, kena faham.

Sebahagiannya itu perbelanjaan pembangunan, sebahagiannya itu melalui bon yang harus dibayar balik.

Baik. Keduanya, mengapa ditingkatkan daripada awal? Kerana saya cadangkan kalau diteruskan LRT, jangan hanya di pulau. Fikirkan seberang, itu majoriti Melayu di situ dan pembangunan harus lebih meluas, memberi faedah di Seberang Prai, Kedah dan Perlis dan Perak.

[Tepuk] Itu sebabnya ditingkatkan dan saya bertanggungjawab. Peningkatan itu kerana kita mahu faedah LRT itu menyeberang lautan sehingga ke Seberang Prai. Itu jawapan yang telah kita berikan.

Kemudian dikritik lagi, Kota MADANI. Kota MADANI ini Perbadanan Putrajaya yang buat, bukan kerajaan, bukan dana kerajaan. Itu satu. Keduanya, yang nak marah sangat kepada pegawai-pegawai kerajaan, mengapa? Kota MADANI itu untuk 10,000 rumah pegawai kerajaan.

[Tepuk] 10,000 rumah penjawat awam di sekitar Putrajaya kerana sekarang ini kita tidak dapat menampung. Bukan kota mega, ini bukan twin tower. Ini kota. Cuma, kota— oleh kerana dia baru didirikan, dia mesti smart city, friendly dari segi AI-nya dan indah. Apa salahnya? Tetapi 10,000 itu penjawat awam. Saya nak dengar Hulu Terengganu pergi Putrajaya bagi tahu penjawat awam, saya tidak setuju projek perumahan penjawat awam.

draft10:10 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua, kita tidak marah rumah penjawat awam. Tidak marah pun. Cuma duit tersebut.

draft10:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu.

draft10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ha, itu saya sudah jawab. Hulu Terengganu ini dia tidak dengar. Saya dah jawab kata Kota MADANI, 10,000 untuk penjawat awam, *modern smart city in Putrajaya.

[Tepuk]*

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Gopeng.

draft10:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita tahu dalam negara menguruskan hutang itu adalah aspek penting untuk melihat kepada bayaran faedah tahunan hutang.

Saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah strategi kerajaan bagi mengurangkan bayaran faedah tahunan hutang dalam tempoh lima tahun yang akan datang dengan mengambil kira keadaan sekarang, yang mana hutang terkini mencecah RM1.3 trilion dan kos khidmat hutang tahunan sebanyak RM55.7 bilion. Terima kasih.

draft10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Perdana Menteri.

draft10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Gopeng. Ya, ini— hutang ini, hutang sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat iaitu tanggungan yang kita warisi, hutang baharu kita dah kurangkan. Tetapi oleh kerana kita warisi, kalau kita tak sempurnakan pembayaran itu, dia akan menjejaskan rating dan pelaburan dan sebagainya, maka kita bayar.

Bagaimana boleh kurangkan? Ada beberapa langkah. Pertama, bayar ikut jadual. Kalau tidak, tambahan faedah.

draft10:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Keduanya, kalau boleh bila keadaan ekonomi mengizinkan, keadaan kewangan mengizinkan, kita berunding untuk bila katakan free payment. Ini pernah kita lakukan tahun 90-an. Itu kita buat free payment, kita dapat jimatkan. Saya tidak fikir dalam keadaan satu, dua tahun ini kita boleh runding soal free payment. Yang tanggungan hutang, hutanglah. Makna, obligation kena bayar.

Jadi, saya setuju dengan Gopeng. Kita boleh ambil langkah-langkah yang baik tetapi yang penting ialah untuk mengurangkan hutang baru, membayar ikut jadual, obligation bayar hutang dan kemudian mengurus ekonomi berdasarkan Akta Tanggungjawab Fiskal.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Wira Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Masjid Tanah.

draft10:20 AM

2. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin [Masjid Tanah]: Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan akan melaksanakan audit dalaman terhadap pegawai-pegawai Menteri susulan teguran Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar Menteri memantau pegawai mereka dengan lebih tegas. Terima kasih.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Perdana Menteri.

draft10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Masjid Tanah. Sepertimana saya telah umumkan, pemantauan itu berterusan kerana pertama, ada pekeliling tentang tatakelakuan dan pengurusan tatatertib. Dan ada audit dalaman yang akan kita teruskan dan juga ada tanggungjawab Ketua Audit Negara.

Jadi, walaupun ini berlaku, saya setuju dengan Masjid Tanah bahawa harus ada pemantauan yang lebih teliti. Ini termasuk apa yang dibangkitkan baru-baru ini tentang surat sokongan. Memang saya telah nyatakan bahawa saya tidak setuju bentuk surat sokongan. Cuma kita harus bezakan surat sokongan ini sepertimana yang dizahirkan baru-baru ini, kes termasuk pegawai di pejabat saya. Itu senarai enam syarikat, kemudian minta dipertimbangkan. Jadi, wajar diberi teguran. Tetapi apakah harus dipecat kerana surat menyebut sila pertimbangkan ya. Bukan syor meluluskan.

Kemudian, dibangkitkan lagi seseorang— pegawai saya di Kementerian Kewangan yang menyebut surat itu dipanjangkan. Ada saya pergi mana-mana daerah, pergi mana-mana negeri, orang hantar surat pada saya, saya tulis situ, sila teliti. Tetapi yang tidak boleh ialah menyokong atau meminta supaya syarikat itu diberikan kelulusan.

Ini berbeda dengan surat— umpamanya saya beri satu surat yang menyebut saya memohon Dato’ Seri mempertimbang kelulusan ke atas perolehan secara rundingan terus. Ini tidak boleh. Menyalahi peraturan. Ada satu lagi surat. Pihak kami ingin mencadangkan syarikat sekian sebagai syarikat yang menguruskan projek berkenaan. Bersama ini dilampirkan syarikat untuk rujukan dan kelulusan. Yang kedua ini, satu dari Kelantan, satu dari Terengganu.

Jadi, jangan kita— kita harus konsistenlah. Surat menyatakan surat ini dipanjangkan. Itu riuh-rendah satu kesalahan besar. Surat menyatakan untuk kelulusan. Tak ada satu suara ya. Saya baca sekali lagi. Untuk kelulusan pihak Dato’.

Satu lagi — yang tadi itu Terengganu. Ditulis oleh seorang Exco. Yang Kelantan ini untuk — ya, iaitu memohon pertimbang kelulusan. Jadi, beza.

Satu kata pertimbangan. Satu kata dipanjangkan. Satu pertimbangan. Satu kelulusan. Yang keduanya, di Terengganu pun kelulusan. Jadi, kalau nak Masjid Tanah ambil satu keputusan yang konsisten. Bagi saya surat yang dipanjangkan boleh tegur, tidak menjadi satu kesalahan. Sehingga minta dipecat. Harus pecat, tidak. Pecat, perhentian itu dalam kes lain. Dalam kes surat, saya nak sebut kalau minta dipanjangkan semua pernah jadi Menteri. Surat orang hantar kita kena rujuk.

Takkan kita nak simpan. Dipanjangkan, diminta teliti tetapi yang tidak boleh ialah minta lulus. Ini dibuat oleh Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Masjid Tanah.

draft10:20 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun berkenaan dengan penjelasan tadi. Jadi, saya ingin menyentuh berkenaan dengan, berhubung dengan peletakan jawatan bekas Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Tambun.

Tidakkah Yang Amat Berhormat Tambun terasa segan dengan menyatakan bahawa ia nya adalah bukti bahawa Kerajaan MADANI ini berintegriti, sedangkan pegawai Yang Amat Berhormat Tambun meletakkan jawatan setelah bukti screenshot WhatsApp tersebut telah tular di, di kalangan seluruh rakyat Malaysia dan juga oleh pihak media? Pada saya, itu bukannya integriti tetapi telah kantoi. Jadi, apa pandangan Tambun?

Seterusnya Yang Amat Berhormat Tambun, tidakkah Yang Amat Berhormat Tambun rasa kesal, tidak mengikuti nasihat Yang Berhormat Ahli Parlimen Pandan untuk memecat pegawai tersebut dengan lebih awal sehingga kegagalan berbuat demikian akhirnya menyebabkan Yang Amat Berhormat Tambun sendiri terpalit dalam polemik ini?

Sekarang saya nak kemukakan soalan saya. Pada sekitar 28 November 2025 hingga 1 Disember 2025, akaun rasmi platform X milik Yang Amat Berhormat Tambun telah pun dikesan mengulang siar ataupun dalam bahasa orang putih, dia repost beberapa hantaran yang dilihat prejudis terhadap siasatan yang sedang berjalan melibatkan bekas pegawai kepada Tambun dan ahli perniagaan Albert Tei. Yang saya kesan satu, dua.

[Sambil menunjukkan beberapa naskhah dokumen] Jadi, dua yang ini saya kesanlah. Saya tak tahulah ada lagi ke tidak. Tetapi walaupun hantaran-hantaran tersebut telah diturunkan daripada akaun Yang Amat Berhormat Tambun, telah mengundang kemarahan dan juga perbincangan dan juga perdebatan serta kebimbangan netizen.

Saya ingin tahu, apakah jaminan bahawa siasatan SPRM itu dijalan dengan bebas tanpa campur tangan politik sedangkan tindakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri repost kandungan daripada akaun yang jelas menunjukkan berat sebelah boleh menimbulkan persepsi bahawa pihak eksekutif mempengaruhi naratif siasatan tersebut? Terima kasih.

draft10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih.

draft10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Kalau soal yang melibatkan mengapa tidak dipecat awal? Saya nak tegaskan di sini. Tuntutlah bagaimana, kita tidak pecat pegawai kerana tulis surat minta dipertimbangkan ya. Tetapi yang saya anggap hipokrasi di sini ialah tak sepatah pun menyebut surat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu minta diluluskan.

draft10:20 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft10:20 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

[Bangun]

draft10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

What hypocrisy is this? Satu itu mengarahkan supaya diluluskan. Tak disebut.

draft10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua, minta penjelasan. Surat Terengganu itu daripada siapa? Daripada exco mana? Daripada siapa? Jangan umum macam itu.

draft10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ya. Dak— ada. Surat ada— saya...

draft10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bagi naratif yang negatif .

draft10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kalau nak minta boleh. Saya tak mahulah.

Biar ada siasatan.

draft10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tetapi saya mahu. Kita mahu.

Sebab ini mencemarkan imej. Yang di-Pertua...

draft10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tapi, surat nanti— ada ini. Tak ada imej. Apa bendanya? Imej, imej. Ini surat ada. Saya boleh hantar dekat Yang Berhormat, baca.

Saya di Parlimen. Saya bertanggungjawab. Ini Surat Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Utiliti Luar Bandar Terengganu. Nak tahu lagi ke?

draft10:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Apa benda ini? Nyata surat ini ada. Tak sepatah pun. Sebab yang...

draft10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, terima kasih. Jelas, terima kasih.

draft10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih banyak.

draft10:20 AM

Seorang Ahli

Kantoi.

draft10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Itu senang jawab. Saya nak elak sebab ini Parlimen. Kita buat biar siasatanlah. Kalau saya sebut, itu prejudice the case. Lebih pada yang munasabah. Itu saya sebut sekadar nak tunjuk bahawa pembangkang tak konsisten. Satu kes minta lulus itu, no issue. Satu kes minta pertimbangan, big issue. Jadi, saya nak tegaskan, surat minta pertimbangan ataupun minta perhatian itu bukan jadi masalah. Cuma, bentuk sekiranya diandaikan mempengaruhi itu masalah. Mengarahkan kelulusan. Dalam kes yang sekarang ini dibicara, disiasat oleh SPRM, sudah lihat. Nak suruh buat apa lagi? Orang itu digari dengan baju oren.

Kalau saya ada pengaruh, saya rasa banyak kes-kes berat yang lain tak digari pun.

Tak puas hati lagi kah? Jadi, saya setakat itu dah. Saya tidak tegur sepatah pun kepada SPRM.

draft10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya dah bagi tahu, dia bebas untuk siasat. Dia siasatlah. Dia nak suruh apa lagi? Baik. Ada yang konon, “Oh, wibawa SPRM”. Dia ambil tindakan terhadap kartel terbesar yang diberi perlindungan selama puluhan tahun. SPRM zaman MADANI ini, semua Menteri-menteri saya tahu. Mustahil tidak tahu adanya sindiket yang besar ya. Jangan cabar lebih daripada itu. Tapi, dibiarkan. Sebab itu kita dapat kumpul RM15.5 bilion.

Jadi, saya setakat yang saya boleh buat, Masjid Tanah, saya kata beri kelonggaran dia siasat. Tidak ada maklumat daripada saya. Tidak campur tangan.

Dan ― “Oh, ada posting, repost”. Boleh siasat. Saya tak tahu apa yang dimaksudkan.

Saya boleh tanya administrator kerana saya tidak ada masa untuk itu. Bila tanya, saya tidak boleh nafikan, saya tidak tahu.

Tetapi, apakah itu yang jadi isu sekarang? Isunya, siapa yang disiasat atau kemungkinan didakwa, serah kepada badan siasatan. Mengapa kita nak jadi hero nak pertahankan sebahagian orang? Saya tidak pertahankan staf saya. Saya nak tanya, mengapa nak pertahankan orang lain? Pembangkang ada trend pertahankan perasuah-perasuah besar termasuk orang yang mengatakan, “Ya, saya sudah bagi rasuah sekian-sekian banyak.” Itu pun nak dijadikan hero?

draft10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua, ini tuduhan jahat, Yang di-Pertua. Siapa pembangkang yang mempertahankan perasuah- perasuah besar? Sila nyatakan dengan jelas.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu, tak boleh macam ini, Hulu Terengganu.

draft10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Baik, terima kasih. Bila kita ada siasatan, Arau, kepada mantan Menteri Kewangan yang punya harta berbilion-bilion dalam negara dan luar negara, ada bank yang simpan wang. Bila kita siasat, Arau pun bangun nak pertahan. Saya kata, biarlah siasat. Itu sebagai contoh ya. Jadi...

draft10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Yang di-Pertua, tak betul. Masih dalam siasatan. Masih dalam mahkamah. Kenapa dia tuduh?

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu.

draft10:30 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Tak. Tak betul, Tuan Yang di- Pertua. Ini menuduh.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini bukan caranya, Hulu Terengganu, begini.

draft10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Siasatlah. Yang pegawai-pegawai saya pun masih dalam siasatan. Mengapa nak hukum? Saya kata siasat dengan bebas. Tapi, nak bagi perlindungan kepada orang yang ambil bilion-bilion― “Dia sakit, dia orang tua”. Maknanya sekarang ini kalau ikut pembangkang, kalau dia orang tua curi tak apa?

Jadi, saya cuma cadangkan Parlimen harus digunakan dengan sebaiknya untuk menyatakan jangan beri perlindungan kepada mana-mana perasuah...

[Tepuk]

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Siput.

draft10:30 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Susulan jawapan daripada Yang Amat Berhormat sebentar tadi, saya ingin bertanya, apakah penambahbaikan yang dibuat oleh Kerajaan MADANI, berbanding dengan kerajaan-kerajaan terdahulu dari segi reformasi institusi dan perundangan bagi mencegah salah laku yang berlaku menyebabkan kerugian kepada kerajaan akibat ketirisan kewangan? Terima kasih.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Sungai Siput. Apa yang kita lakukan― dasar, akta, peraturan boleh kita umumkan, tetapi orang akan nilai dari segi pelaksanaannya. Pelaksanaannya adalah dengan kejayaan Kerajaan MADANI melalui badan-badan penguat kuasa seperti yang saya umumkan di sini dulu, SPRM, LHDN, PDRM, Bank Negara untuk dapat mengembalikan wang penyeludupan, rasuah, ketirisan sebanyak RM15.5 bilion. Ini satu tindakan atau gejala sindiket yang berlaku dah berlalu selama puluhan tahun, ramai yang sedia maklum, tetapi tindakan hanya dibuat kerana ada tekad politik dan kesungguhan melaksanakan.

draft10:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Bangun]

draft10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ini, alhamdulillah, saya sebut kejayaan badan-badan penguatkuasaan yang dapat mengumpulkan. Soal dia ialah apa yang berlaku sebelum ini? Mengapa dana ini tak dapat dikutip? Siapa yang beri perlindungan? Mengapa dengan seluruh badan penguat kuasa yang ada ini, tidak upaya kutip RM2 bilion, RM3 bilion wang yang dicuri ataupun yang tiris? Itu soalan harus dijawab oleh semua.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pasir Mas.

draft10:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Satu soalan lagi.

draft10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Satu soalan.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Larut.

draft10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin - Larut

Terima kasih Tan Sri Pengerusi, Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat ada memaklumkan kepada kita semua bahawa mengapa tidak dipersoalkan tentang kedudukan mereka yang telah mengambil daripada dulu lagi. Yalah, sebab kami bersetuju, kalau ada dokumen yang menunjukkan mereka melakukan kesalahan, patut diambil kira. Seperti juga apabila Bloomberg membangkitkan isu orang yang paling rapat dengan Yang Amat Berhormat. Di sini saya nak tanya, apakah SPRM telah pun diarahkan untuk siasat orang yang dituduh oleh Bloomberg? Kalau Bloomberg melakukan kesalahan, mengapa tidak juga kerajaan mengambil tindakan terhadap Bloomberg? Ini satu persoalan yang menyebabkan kita juga keliru di sini. Saya minta Yang Amat Berhormat menjawab.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan.

draft10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Ketua Pembangkang. Tak payah keliru. Sebab, bila Bloomberg sebut, SPRM bebas untuk siasat. Dalam kes spesifik 70,000 ekar tanah di Sabah, boleh check, tidak ada kelulusan. Ada andaian bahawa ada kelulusan. Boleh check, rekodnya ada, bahawa tidak ada kelulusan 70,000 ekar. Bukan untuk― katanya usul untuk cari gali, bukan untuk pemindahan.

Kedua-duanya tidak berlaku. Tidak ada kelulusan untuk 70,000 ekar itu dan tidak ada cari gali. Tapi, riuh rendah 70,000 ekar diberikan kepada sekian. Jadi, ini problem kita.

Tapi yang saya nak sebutkan tentang apa yang dibicarakan oleh Larut ialah, kalau ada yang spesifik, kita siasat. Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak jelaskan di sini sebab ini soal rasuah, saya tak tolak ansur. Kalau ada maklumat, termasuk pegawai saya, oh ini terpalit nama, imej tak ada timbul. Ada kes. Saya tak boleh katakan seluruh jentera saya itu semuanya bersih. Saya tak boleh katakan. Ada maklumat, siasat. Kalaulah ditakdirkan betul 70,000 ekar itu, maka tentunya tindakan diambil.

Tapi, dalam kes ini, ada orang tanya, mengapa SPRM cepat melepaskan?

Kerana dia kes senang. Saya hari itu, Yang Berhormat Larut, hari itu saya baca, hari itu juga saya call Ketua Menteri. Saya kata, “You better check. Adakah?” Ketua Menteri check, saya kata, “No, no. Saya nak surat.” Baru surat.

Jadi, bila siasatan SPRM dalam kes itu, tidak sukar. Jadi, mengapa nak diteruskan lagi sebagai ini satu kegiatan yang rasuah semena-mena kerana orang itu ada kaitan lima, enam tahun dulu pernah jadi staf saya? Bukan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri. Setiausaha Politik kepada Presiden Keadilan yang berakhir lima tahun yang lalu.

draft10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kot nak bagi lagi. Panjang lagi masa ini.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft10:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ada masa lagi. Satu soalan lagi boleh, Tan Sri Speaker? Saya sudah berdiri tiga kali dah.

draft10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tan Sri Speaker, biasa sejam PM jawab ini. Pasir Mas.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya nak tamat sini sebab kita akhir. Isu hari ini, banyak bill. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya nak mulakan dengan menjemput Puan Wong Shu Qi, Kluang. Silakan.

draft10:30 AM

Puan Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Kopi tanpa gula harum terasa, Dihirup perlahan tenang di kalbu, Bicara di Dewan demi rakyat jelata, Mohon Menteri jawab soalan nombor satu. Terima kasih.

draft10:30 AM

1. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah kutipan cukai minuman bergula sugar-sweetened beverage (SSB) pada tahun 2025 serta jumlah yang telah disalurkan khususnya bagi pembiayaan ubat SGLT2 inhibitor dan pengembangan liputan program dialisis peritoneal KKM seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

draft10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft10:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Baik, terima kasih. Terima kasih Kluang. Tak terjawab nampaknya pantun itu. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, sebab saya Yang Berhormat Kluang ya, saya terus menjawab.

Duti eksais ke atas produk minuman bergula ataupun disebut sebagai sugar- sweetened beverages (SSB) telah dikenakan mulai 1 Julai 2019― penggal pertama saya pada 40 sen seliter, berdasarkan nilai ambang kandungan gula yang ditetapkan.

Dan mulai 1 Januari 2024, kadar duti eksais telah dinaikkan kepada 50 sen seliter dan kadar cukai ini telah dinaikkan, sekali lagi daripada 50 sen kepada 90 sen seliter, kenaikan sebanyak 40 sen, bermula pada 1 Januari 2025, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft10:30 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Pada tahun ini dan dari bulan Julai ke Ogos, jumlah kutipan hasil duti eksais bagi SSB ini ialah sebanyak RM54.9 juta. Tahun 2004 pula mencatatkan jumlah kutipan hasil duti eksais SSB adalah sebanyak RM68.6 juta.

Tan Sri Yang di-Pertua, ubatan SGLT2 inhibitors ini yang dinamakan dengan izin sodium-glucose transport, protein 2 sebanyak 21 juta telah menerima–– maaf sebanyak 21 juta telah diterima daripada jumlah penyaluran kutipan duti eksais minuman ini, SSB ini kepada KKM untuk tujuan perolehan ubat SGLT2 itu, inhibitor itu dan jumlah ini telah kita agihkan kepada semua negeri mulai September 2025 dan telah memberikan manfaat kepada 49,128 orang pesakit.

Mengapa kita beralih ataupun berikan penekanan kepada SGLT2 inhibitor ini, Tan Sri Yang di-Pertua, adalah kerana ubat ini mempunyai keupayaan-keupayaan merawat diabetes mellitus 2 ataupun type 2 kencing manis ini dan pada waktu yang sama, ia mampu mengurangkan komplikasi buah pinggang kronik (CKD) dan juga memberikan perlindungan kardiovaskular. Ini kelebihannya SGLT2 inhibitor yang kita gunakan ini. Ia mengurangkan risiko kemasukan ke hospital akibat kegagalan jantung dan kematian akibat penyakit kardiovaskular, memelihara fungsi buah pinggang dengan melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang kronik, CKD dan mengawal tekanan darah dan juga berat badan.

Adapun jawapan mengenai hemodialisis ini, untuk makluman Yang Berhormat, KKM juga telah memperuntukkan sebanyak RM40 juta untuk rawatan dialisis peritoneal pada tahun 2025. Peratus pesakit yang menjalani rawatan di fasiliti KKM pada 2025 adalah 42 peratus meningkat daripada 36 peratus pada tahun 2020.

Peritoneal first policy, peritoneal dialysis first policy terkini polisi yang saya mulakan untuk memberikan kelebihan kepada peritoneal dialysis yang jauh lebih mesra dan juga mempunyai outcome yang lebih baik.

Pendekatan KKM buat masa ini adalah selaras dengan hala tuju terkini, pengurusan pesakit gagal buah pinggang tahap akhir, end-stage renal failure di mana rawatan dialisis peritoneal kaedah rawatan dialisis utama berbanding hemodialisis adalah jauh lebih mesra. Kalau contohnya APD (automated peritoneal dialysis) boleh buat di rumah, overnight semasa pesakit tidur, itu 10 hours ataupun dia buat dalam bentuknya continuous apa yang dikatakan sebagai continuous ambulatory peritoneal dialysis, itu juga CAPD yang juga boleh dibuat semasa siang harinya.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya rumuskan faedah utama dialisis yang telah— termasuklah antara lainnya fleksibiliti untuk melakukannya di rumah, yang membolehkan pesakit menjalani kehidupan seharian dan lebih bebas dan tidak memerlukan kunjungan kerap ke pusat dialisis tiga kali seminggu. They are always fixed time, Tan Sri Yang di-Pertua. PD juga lebih memberikan kesan yang lebih baik, outcome yang lebih baik dan kerana itu ia semacam menggunakan rongga peritoneum kita ini. Berbeza dengan menggunakan darah.

Jadi, itu adalah satu yang lebih mesra dan fungsi ginjal sebenarnya adalah lebih baik serta tidak menggunakan jarum, ia tidak menggunakan jarum, ia gunakan catheter dan beza dengan hemodialisis jarum dan fistula dan sebagainya menjadikannya lebih mudah bagi setengah pesakit, lebih mesra. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kluang.

draft10:40 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Menteri atas jawapan yang sangat-sangat detil. Jadi, saya juga ingin memujikan bahawa duti eksais untuk SSB ini disalurkan terus kepada rawatan untuk pesakit tertentu tapi saya ingin tahu, sama ada KKM ada perancangan untuk ada lebih banyak dasar yang menggalakkan gaya hidup yang sihat. Jadi, kita ada dasar yang memberi insentif untuk preventive, prevention lebih daripada rawatan kerana ini adalah penting supaya rakyat Malaysia kita lebih sihat.

Jadi, bukan sahaja kita naikkan duti eksais untuk SSB, sugar-sweetened beverage dengan izin tetapi juga menggalakkan supaya mereka ambil makanan, membeli makanan di pasar raya yang lebih sihat, supaya gaya hidup yang lebih sihat untuk seru rakyat negara kita. Kerana ini sangat penting kerana kalau kita ambil contoh dari luar negara sudah ada yang laksanakan cabaran 10,000 langkah setiap hari dan negara mereka memberi poin. Apabila mereka accumulated point sampai tahap tertentu, mereka boleh tebuskan poin itu di pasar raya dan poin itu hanya digunakan untuk membeli produk yang lebih sihat.

Jadi, saya ingin minta KKM kalau boleh kajikan, sama ada kita boleh gunakan kerana kita sekarang ada MySejahtera app yang banyak kalau kita boleh galakkan behaviour tertentu supaya rakyat kita lebih sihat. Terima kasih.

draft10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Kluang sangat baik ya cadangan itu. Apa pun nak saya tegaskan sekali lagi.

draft10:40 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Hal yang terkait dengan perubahan tingkah laku, merubah tingkah laku manusia ini satu yang sangat mencabar, Tan Sri. Kalau kita boleh berkempen dengan apa pun kempen perang gula, perang garam dan sebagainya tetapi akhirnya bagaimana kita lakukan perubahan itu ialah mampu melakukan perubahan itu. Hari ini disebutkan dengan kaedah the nudging strategy, berdasarkan behavioral inside ini panjang kalau nak saya syarahkan, tetapi inilah kaedah the last human tool yang dapat menggalakkan dan dalam bahasa Melayu nya menyinggul, to nudge them into behaving apa yang seharusnya mereka lakukan.

Tetapi banyak di negara kita sendiri perlu atasi, antaranya ialah hal bagaimana affordability, kemampuan, accessibility kadang kali dia nak buat lakukan tapi benda itu tak ada pada dia. Kadang kali dia tidak punya waktu dan it’s about time, availability dengan izin. Jadi, dengan itu saya nak teruskan juga kalaupun kita belum mengambil 10,000 langkah itu sebagai satu yang boleh kita incentivize-kan, dengan izin. Kita telah juga memberikan pelepasan cukai aktiviti sukan contohnya.

Itu ada dalam bajet, program kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan.

Kita juga yang 10,000 yang saya sebutkan tadi penyediaan pemeriksaan kesihatan percuma dan geran komuniti KKM itu pun kita bagikan pada awal MyCHAMPION, program berasaskan komuniti juga kita melalui program Kempen Nak Sihat dan komuniti. Ini adalah juga pelbagai pendekatan-pendekatan yang telah kami gunakan. Ya, penjawat awam sebagai model amalan ini kita juga lakukan beberapa kegiatan-kegiatan seperti X-Break dan kita berikan insentif begini.

Ada pun yang dicadangkan 10,000 langkah yang telah pun kami mulakan di KKM dan juga dengan X-Break itu, kita perlu memberikan insentif yang lebih, yang sifatnya mungkin monetary sebagai satu tarikan untuk kita nudge them, untuk kita galakkan mereka, untuk kita singgul mereka untuk membudayakan hidup sihat itu.

Ya, pendekatannya banyak cukai, insentif-insentif yang sepertimana yang telah saya sebutkan dan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kluang digunakan di beberapa negara telah pun dilaksanakan. Terima kasih, Tan Sri.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Muar.

draft10:40 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, please make it makes sense. Kerajaan mengenakan cukai gula, pungutan setiap tahun dalam RM70 juta tetapi pada setiap tahun juga kerajaan mengekalkan subsidi pengeluaran gula yang berjumlah RM500 juta setiap tahun. Ibarat tangan kiri kerajaan ingin menyelamatkan rakyat daripada penyakit diabetes tetapi tangan kanan meneruskan masalah diabetes dengan subsidi gula.

Di Malaysia, lebih dua dari 10 rakyat Malaysia ada diabetes, termasuk ramai daripada keluarga saya, enam dari 10 rakyat Malaysia ada masalah overweight. Dan kalau kita lihat pada bulan Ramadan, insya-Allah beberapa bulan lagi. Pergi ke pasar Ramadan, orang letak balang-balang besar, oh my God, saya rasa Yang Berhormat Menteri pun tahu. Ya Allah, dia punya gula itu saya rasa kalau hirup itu macam nak pengsan tapi kita subsidikan perkara itu Yang Berhormat Menteri. So, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju supaya Menteri Kewangan alihkan RM500 juta ini setiap tahun untuk bantu perkasakan sistem kesihatan negara. Terima kasih.

draft10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya, terima kasih saudara Yang Berhormat Muar, yang juga saya ingat bukan kali pertama kita berbahas tentang perkara ini. Saya sendiri selaku Menteri Kesihatan, saya telah pun mengambil pelbagai pendekatan. Antara yang saya sebutkan tadi juga bagaimana kita akan memulakan Nutri-Grade, bagaimana kita memberikan dikatakan logo Healthier Choice. Dan dalam hal yang terkait dengan yang dibangkitkan oleh Muar ini Tan Sri ya, ada hal-halnya di mana ia di luar sedikit daripada punca kuasa. It’s above my pay grade orang kata.

Tapi apa pun sebagai sebuah whole-of-government approach, kita akan terus memberikan pencerahan, menggalakkan supaya akhirnya subsidi ke atas gula akan dilihat semula, always saya menekankan perkara ini.

draft10:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Saya tidak berkompromi, cumanya akhirnya it’s not my call, it’s the MOF call tapi kita sebagai Cabinet team, Tan Sri, kita tetap melakukannya dalam bentuk a collective responsibility. Terima kasih Tan Sri.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Merbok.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Sebelum ke soalan, saya ingin mengumumkan permintaan daripada sahabat saya, Puncak Borneo iaitu pelawat daripada Majlis Perbandaran Siburan (MDS) seramai 40 orang.

[Tepuk] Soalan saya, nombor 2.

draft10:50 AM

2. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tahap kajian keberhasilan dijalankan yang menggunakan teknologi baharu turapan asfalt terubah suai getah bekuan atau cup lump modified asphalt

(CMA) bagi menggantikan teknologi sedia ada.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft10:50 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Yang di-Pertua, saya selalu mulakan dengan pantun.

Setiap masa MP sibuk, Ke sana sini selesai aduan; Soalan dua YB. Merbok, Dengarkan ini diberikan jawapan. Tan Sri, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya, komited dalam memastikan infrastruktur jalan raya negara berada pada tahap optimum menggunakan teknologi terkini. Antara inisiatif utama ialah pelaksanaan kajian terhadap teknologi inovatif bahan turapan yang menggabungkan bitumen dengan getah asli beku ketulan cawan dalam bahasa Inggeris, cup lump, menghasilkan produk dikenali sebagai cup lump modified binder dengan izin, CMB. Apabila CMB ini dicampurkan bersama batuan-batuan agregat, ia membentuk campuran asfalt yang dinamakan cup lump modified asphalt, dengan izin, CMA.

Kajian keberkesanan produk ini telah dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR ringkasannya, CREaTE sejak tahun 2015. Pelbagai ujian makmal serta pemerhatian tapak bagi menilai daya tahan campuran terhadap beban trafik dibuat berterusan. Kajian ini telah dijalankan di empat lokasi, di Jalan Persekutuan di Daerah Tampin; di Daerah Baling, Kedah; Daerah Temerloh, Pahang; Daerah Kota Bharu, Kelantan di mana setiap lokasi melibatkan turapan sepanjang 500 meter menjadikan jumlah keseluruhan panjang kajian adalah sepanjang 2,000 meter. Hasil pemantauan selama 38 bulan, menunjukkan prestasi turapan CMA berada pada tahap memuaskan khususnya daripada segi pembentukan alur dan keretakan.

Keputusan ini membuktikan bahawa bahan tersebut berpotensi besar untuk digunakan dalam pembinaan jalan raya. Campuran cup lump getah beku ini hanya enam hingga lapan peratus dalam bitumen. Bitumen pula adalah produk akhir industri petroleum. Panjang jalan yang terlibat untuk pelaksanaan turapan cup lump modified asphalt setakat ini adalah 216.8 kilometer di pelbagai laluan Persekutuan.

Sepanjang 2018 hingga 2025, kementerian ini dan Lembaga Getah Malaysia

(LGM) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM140.9 juta melalui 142 arahan kerja kepada syarikat konsesi Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia agar menggunakan CMA. Kerja-kerja ini telah siap sepenuhnya.

Selain daripada itu, CMB, CMA melibatkan dua agensi. Yang pertama, Lembaga Getah Malaysia. Obligasinya, mereka bentuk, membangunkan cup lump modified binder dan obligasi Jabatan Kerja Raya, menilai dan memberikan khidmat nasihat, membina turapan CMA mengikut piawaian dan spesifikasi JKR. Terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Merbok.

draft10:50 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada jawapan daripada Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah rujukan antarabangsa yang digunakan oleh kementerian dalam menilai keberkesanan CMA ini dan sejauh mana dapatan negara lain itu dipadankan dengan keadaan cuaca, trafik dan struktur tanah di Malaysia.

Serta, sejauh manakah pelaksanaan CMA ini terbukti memberi impak ekonomi sebenar kepada pekebun kecil getah dan apakah unjuran manfaat industri getah, sekiranya CMA ini dilaksanakan secara nasional dengan lebih meluas.

Sekian, terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Merbok.

draft10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft10:50 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Negara selain Malaysia yang mencuba cup lump modified binder ini ialah Thailand dan kita juga merujuk kepada rujukan antarabangsa superpave binder grading system yang dibangunkan oleh Federal Highway Administration melalui Strategic Highway Research Program Amerika Syarikat. Itu antara rujukan dan saya selaku anak penoreh getah, Tan Sri, kalau getah digunakan dan industri getah makin maju kerana apa yang kita lakukan ini, amatlah baik.

Saya juga ingin memaklumkan di sini bahawa lima tan getah sekerap ataupun cup lump ini diguna bagi setiap satu kilometer turapan jalan yang lebar standardnya tujuh meter. Jadi dengan lain perkataan, saya bersetuju jika ia nya dilaksanakan secara besar-besaran di negara kita, bagi membantu pekebun kecil getah dan industri getah di negara kita. Terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Betong.

draft10:50 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya amat setuju dengan Menteri tadi, bahawa sekiranya CMA ini dapat digunakan, memang akan membantu pekebun-pekebun kecil getah kita di Malaysia tapi saya ingin bertanya, bagaimanakah kementerian menilai kos hayat termasuk kos bahan, pemasangan, penyelenggaraan dan jangka hayat berbanding dengan sistem turapan yang sedia ada. Sekiranya ini digunakan, adakah daripada segi rantaian bekalan itu, adakah terdapat analisis terhadap risiko gangguan rantaian bekalan getah cup lump ini sekiranya CMA ini diterima pakai secara besar-besaran?

Mohon pandangan Menteri. Terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan

Betong, terima kasih. Daripada segi kos pada saat dan ketika ini, dia masih lebih tinggi daripada asfalt biasa. Ini disebabkan kerana ia belum lagi dilaksanakan secara besar-besaran. Kemudian, kita tahu bahawa ada supply yang mencukupi jika ia dilaksanakan. Daripada segi rantaian bekalan, daripada segi jangka hayat, ia sebenarnya lebih tahan daripada bitumen biasa. Jika bitumen biasa, dua tahun setengah sudah ada kelihatan perlu diselenggara tetapi mengikut kajian sekarang ini, apabila sehingga lima tahun baru perlu diselenggara apabila menggunakan getah cup lump ini.

Saya juga ingin memaklumkan, bahawa kita juga meneruskan usaha-usaha selain daripada getah cup lump iaitu modified binder PETRONAS, contoh.

PETRONAS menggunakan bahan plastik. Jadi, dia boleh membantu alam sekitar.

Satu lagi ialah crumb rubber modified asphalt (CRMA). CRMA ini daripada getah terpakai, Tan Sri. Tayar yang terbuang dan sebagainya dikutip, beberapa percentage yang tertentu dicampur dengan bitumen maka kita dapat specialty mix. Ada lagi misalnya daripada stone mastic asphalt, [Tidak jelas] , fiber-modified asphalt, highly modified asphalt (HiMA), modified bitumen. Yang ini kebanyakannya daripada bahan-bahan fiber nya dari luar negara.

Yang kita inginkan ialah dari dalam negara. Dalam negara ada tiga sahajalah, Tan Sri. Satu, CMA cup lump ini, sebab dia bahan dari dalam negara. Yang kedua, yang PETRONAS tadi sebab daripada plastik-plastik terbuang. Yang ketiga ialah crumb rubber modified asphalt yang daripada tayar dan seumpamanya itu. Terima kasih.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Wong Chen, Subang.

draft10:50 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan saya nombor 3.

draft10:50 AM

3. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan garis masa dan pelan pelaksanaan yang tepat bagi pengembangan Dasar Pengurusan Pelarian (DPP) untuk memastikan pelarian berdaftar mengakses pendidikan dan kesihatan melalui NGO atau institusi swasta.

draft10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri, Yang Berhormat Subang. Untuk makluman ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui arahan Majlis Keselamatan Negara

(MKN) Nombor 23, telah memperuntukkan mekanisme pengurusan pelarian untuk dilaksanakan mengikut undang-undang Malaysia. Melalui arahan ini, urusan pelarian di Malaysia dilaksanakan melalui Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang merupakan dokumen tunggal untuk mengesahkan status individu sebagai pelarian di Malaysia.

Pelaksanaan DPP membolehkan kerajaan memperolehi maklumat individu pelarian dengan maklumat mereka didaftarkan dalam satu sistem biometrik kerajaan bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan. Arahan ini turut menetapkan semua pelarian yang berada di dalam negara atau tanpa dokumen yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) perlu melalui proses penentuan status pelarian yang dijalankan oleh kerajaan.

draft10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KDN komited melaksanakan program pendaftaran pelarian dan permohonan suaka bermula 1 Januari 2026. Pada ketika ini, KDN sedang giat melaksanakan empat tindakan di peringkat prapelaksanaan iaitu menguji sistem pendaftaran pelarian dan permohonan suaka. Sistem ini dibangunkan bersama MIMOS Berhad.

Kedua, pembangunan pusat pengasingan pelarian dan permohonan suaka di Bidor, Perak. Seterusnya memuktamadkan SOP proses pendaftaran dan penentuan status pelarian yang setaraf dengan amalan antarabangsa dan memuktamadkan pindaan subperaturan 14 Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Selepas semua tindakan selesai Yang Berhormat, pelarian yang telah ditentu sah status pelarian mereka akan dikeluarkan kad DPP yang membenarkan mereka untuk tinggal sementara di Semenanjung Malaysia secara sah dan memperoleh akses kepada sokongan sosial seperti akses kepada pekerjaan, pendidikan dan kesihatan. Untuk itu, arahan MKN No. 23 (Semakan 2023) telah memperincikan tugas dan peranan sebanyak 20 kementerian dan agensi kerajaan termasuk untuk memberikan akses sokongan sosial kepada pemegang DPP.

Sebagai contoh, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, antara lain berperanan melindungi golongan rentan iaitu wanita, warga emas, orang kurang upaya (OKU), gelandangan dan kanak-kanak dari segi eksploitasi.

Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk akses pendidikan asas sehingga peringkat tinggi. Kementerian Kesihatan untuk akses kepada perkhidmatan kesihatan asas dan Kementerian Sumber Manusia untuk kebenaran bekerja. Terima kasih Tan Sri.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Subang.

draft11:00 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tan Sri, terima kasih Menteri.

Saya memang sokong program DPP ini, khasnya program tentang isu pekerjaan permit di bawah DPP kerana dengan program seperti ini, di mana dia boleh bekerja sedikit ya. Kos sara hidup orang pelarian ini boleh ditanggung oleh mereka dan ditanggung sedikit oleh Malaysian taxpayer. Tan Sri, di Malaysia kita ada dalam UNHCR punya data 211,000 orang pelarian dan yang working age, dewasa working age adalah 69 peratus, iaitu lebih kurang 146,000 pelarian yang boleh buat kerja. Saya minta Menteri jawab, sekiranya program DPP ini khasnya pekerjaan-pekerjaan permit dilaksanakan sepenuhnya, berapakah jumlah orang pelarian akan diliputi di bawah program pekerjaan ini?

Adakah 50,000, 100,000, 150,000 dan apakah yuran yang mereka kena bayar permit untuk kerja setiap tahun untuk mendapatkan permit pekerjaan? Terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik Menteri, silakan.

draft11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat Tan Sri, Yang Berhormat Subang, sebenarnya kerajaan tidak mempunyai data rasmi jumlah pelarian kerana pendaftaran dan penentuan status pelarian masih dilaksanakan sepenuhnya oleh Pertubuhan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian. Kerajaan tidak dilibatkan dalam proses pendaftaran tersebut kerana Malaysia bukan negara pihak kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967. Jadi Yang Berhormat, memandangkan kerajaan tidak memegang data induk pelarian, kerajaan juga tidak menyelenggara rekod rasmi mengenai pecahan pelarian mengikut data.

Sebagaimana maklumat Yang Berhormat sebutkan tadi, termasuklah pecahan demografi dan pecahan negara asal, pelarian. Ini semua di bawah pangkalan data di bawah pentadbiran UNHCR. Namun, sekiranya program DPP ini dilaksanakan sepenuhnya, jumlah yang dianggarkan, yang akan terlibat di bawah program ini sekitar jumlah lebih kurang 200,000 lebih kurang, tetapi kita tak ada maklumat tepat jumlah berkenaan.

Selain daripada itu, kalau Yang Berhormat sebut tentang berapakah jumlah yuran yang akan perlu mereka bayar untuk mendapatkan permit kerja dan sebagainya. Jumlah yuran yang mereka perlu bayar untuk mendapat permit kerja masih dalam proses tindakan detail oleh Kementerian Sumber Manusia, termasuklah isu-isu lain, masih lagi dalam tindakan kementerian masing-masing. Namun demikian, saya hendak sebut, bahawa dari segi jumlahnya, kita tak boleh bagi tepat.

Terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sik.

draft11:00 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi pihak saya bersama kawan-kawan dalam Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia, refugees policy, polisi pelarian yang kita telah bincang isu ini beberapa tahun ini, kita sangat bersetujulah kerana apabila kerajaan telah mengumumkan untuk melaksanakan DPP pada 1 Januari 2026.

Cuma beberapa perkara yang perlu diteliti oleh kementerian, termasuklah sama ada data-data yang akan diproses nanti akan diambil data yang telah dipegang oleh UNHCR itu sendiri, dia kata sebelum ini 200,000 lebih ataupun proses data itu akan dimulai di peringkat— maknanya ber-basic data itu kerana kita sekarang ini tidak ada data nasional yang dipegang oleh kementerian. Jadi, itu soalan pertama saya.

Yang kedua, dari segi kita hendak laksanakan DPP ini, adakah juga kerajaan melihat keperluan untuk melibatkan pihak lain, termasuk SUHAKAM bagi memastikan kelancaran DPP itu lebih telus dan lebih mudah prosesnya di ketika mana kita melihat ketika UNHCR melaksanakan proses ini lebih hampir 50 tahun sejak tahun 1975. Ada isu-isu yang melibatkan integriti dan sebagainya.

Begitu juga dalam soal kita kata tadi apabila selepas proses DPP itu, akses sosial kepada pelarian ini akan lebih tersusun termasuklah pendidikan sebab kita lihat sebab pendidikan ini sangat penting ketika mana ada ramai pelarian-pelarian ini yang tak ke sekolah, tak ada pelajaran, buta huruf, maka ketika itu bebannya kembali kepada masyarakat tempatan kita.

Jadi, adakah ada juga kerjasama strategik dengan NGO-NGO yang sedang menguruskan sekolah-sekolah ini, yang mana ada disebut 130 sekolah? Termasuk saya sendiri Tan Sri Pengerusi menguruskan ada tiga, empat sekolah di Sungai Petani untuk memastikan anak-anak pelarian ini juga ada akses pendidikan untuk kita hendak bagi tahu mereka, mereka ini adalah pelarian yang suatu hari nanti kena perlu balik ke negara asal mereka dan ketika mereka berada di Malaysia, mereka perlu mengikut peraturan undang-undang dan memahami budaya kita dan sebagainya. Itu penting dalam proses DPP yang hendak dilaksanakan nanti. Terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft11:00 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Yang Berhormat Sik, saya hendak rujuk arahan MKN No.23. Apa peranan Kementerian Dalam Negeri? Peranan KDN antara lain adalah untuk melaksanakan program pengumpulan maklumat biometrik atas semua pelarian dan permohonan suaka. Jadi, dalam melaksanakan arahan ini, KDN melalui Jabatan Imigresen dia akan melaksanakan pendaftaran semua pelarian dan permohonan suaka ini.

Kita juga hendak maklum, dalam apa juga keadaan kita buat, soal keselamatan itu menjadi keutamaan kita. Tidak ada kompromi dalam soal itu. Sebab itu hanya permohonan yang melepasi proses penentuan status pelarian dan semakan tapisan keselamatan yang diperakui sebagai pelarian negara ini.

Data dikumpul dan akan menjadi data rasmi milik kerajaan dan juga akhirnya akan boleh menjadi rujukan kepada pelbagai pihak dan agensi-agensi kerajaan.

Sebab itu saya sebutkan tadi proses yang sedang kita buat, satu ialah kita sedang menguji sistem pendaftaran pelarian kita dan proses suaka. Ini dibangunkan bersama dengan MIMOS Berhad.

Kerjasama dengan dan juga pandangan-pandangan NGO-NGO sangat kita alu-alukan. Kita memang mengalu-alukan soal ini, namun sekali lagi saya jelaskan bahawa apa yang kita buat ini adalah untuk membolehkan kita benar-benar mempunyai data lengkap tentang pelarian kerana kita tidak mendapat akses dan maklumat rasmi daripada UNHCR sebagainya. Ini langkah tepat, namun soal keselamatan, soal integriti kekal menjadi keutamaan. terima kasih.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.

draft11:00 AM

4. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah pencapaian terkini setelah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) memperuntukkan RM50 juta bermula pada tahun 2023 bagi merealisasi perumahan generasi kedua dan ketiga KESEDAR.

draft11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Gua Musang, kerajaan melalui KESEDAR sedang melaksanakan tiga projek utama bagi menyediakan perumahan generasi kedua dan juga ketiga iaitu pertama di bawah Program Pemajuan Kampung (PPK) RKT Paloh 2 dengan kos RM25 juta. Kerajaan sedang melaksanakan pembinaan sebanyak 91 unit rumah PPRS. Sehingga September 2025, kemajuan projek telah mencapai 57 peratus.

draft11:00 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Kedua, bagi projek Pusat Pertumbuhan Desa PPD–RKT Paloh 2 dengan kos RM20.5 juta, kerajaan akan membangunkan sebanyak 100 lot rumah yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan prasarana asas. Pada masa ini projek berada di peringkat permohonan kebenaran merancang manakala pelantikan kontraktor bagi yang melibatkan kerja tanah dijadualkan pada bulan April 2026.

Yang ketiga, bagi projek Pusat Pertumbuhan Desa PPD–RKT Sungai Asap dengan kos RM36.7 juta, kerajaan juga membangunkan sebanyak 100 lot rumah yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur dan prasarana asas. Pada masa ini, projek ini berada dalam proses perolehan tender yang melibatkan kerja tanah dengan jangkaan SST dikeluarkan pada penghujung Disember 2025. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik saya jemput Gua Musang.

draft11:10 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih Timbalan Menteri. Kalau merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri, Gua Musang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih atas inisiatif untuk membantu generasi kedua KESEDAR khususnya.

Jadi, diharapkan di era Kerajaan MADANI segala perancangan itu dapat dilaksanakan tanpa ada sebarang penangguhan. Kita faham yang KESEDAR itu KESEDAR lah, tapi di Gua Musang ini keseluruhan dari kawasan itu adalah di bawah jajahan KESEDAR.

Cuma persoalan saya yang keduanya soalan tambahan saya berkenaan dengan jalan perhubungan desa. Kita dapati jalan-jalan kampung di zaman pertama wujudnya Gua Musang lagi terlalu kecil, terlalu sempit dan tidak ada satu pun kawasan jalan kampung ini yang mempunyai longkang. Jadi, masalahnya sekarang, terutama musim Monsun Timur Laut bila berlaku hujan dengan kuantiti hujan yang lebih sedikit, jalan itu digenangi oleh air dan tidak dapat diakseslah, maksudnya untuk laluan.

Jadi soalan tambahan saya, disebabkan sistem perparitan di sebahagian besar jalan-jalan perhubungan desa di Gua Musang, kebanyakan di jalan tersebut digenangi air bertakung ataupun tenggelam waktu hujan lebat, apakah perancangan kementerian melalui KESEDAR bagi menaik taraf jalan-jalan perhubungan desa dan infrastruktur asas seperti lampu jalan bagi memastikan jalan-jalan tersebut dapat diakses pada setiap keadaan cuaca? Terima kasih.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan Menteri.

draft11:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Gua Musang atas soalan tambahan. Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat isu-isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi telah pun diambil perhatian yang serius oleh pihak kementerian. Rentetan pada itu Kerajaan Persekutuan melalui KESEDAR telah meluluskan peruntukan berjumlah RM11 juta di bawah RMK13 bagi tujuan pembangunan prasarana asas serta kemudahan awam di Wilayah Gua Musang.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1 juta pada RP 2026 telah diperuntukkan di bawah Projek Infrastruktur Perhubungan Wilayah Kelantan Selatan yang meliputi kerja-kerja membina dan juga menaik taraf jalan perhubungan desa, jalan pertanian dan juga jambatan di Gua Musang.

Sebanyak RM10 juta juga diperuntukkan di bawah projek utiliti dan kemudahan awam wilayah Gua Musang bagi tempoh lima tahun. Skop pelaksanaan projek adalah pembinaan baru dan penaiktarafan. Pelbagai bentuk infrastruktur awam seperti dewan, pusat komuniti, rumah ibadat, gelanggang sukan, bekalan air alternatif, sistem perparitan, longkang serta pemasangan lampu-lampu jalan di kampung-kampung tradisi di wilayah Gua Musang.

Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan yang dibuat telah pun mengambil kira pembangunan prasarana dan infrastruktur di kawasan perkampungan tradisi sepanjang jajaran landasan kereta api di wilayah Gua Musang.

Walau bagaimanapun, sebarang projek-projek yang dilaksanakan di kawasan jajaran landasan kereta api adalah tertakluk kepada kebenaran oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Rantau Panjang.

draft11:10 AM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya ucapkan tahniah atas usaha untuk membina kemudahan, rumah dan infrastruktur kepada generasi kedua KESEDAR. Saya ingin tahu setakat ini berapakah nisbah permintaan sebenar berbanding dengan jumlah rumah yang sedang dibina dan berapa ramai yang sedang menunggu? Dan apakah usaha terutama dari sudut meningkatkan ekonomi kepada generasi kedua dan begitu juga dari segi pembangunan dari segi akhlak dan pembangunan rohani kepada penduduk di dalam kawasan KESEDAR?

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft11:10 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Rantau Panjang atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, data ataupun nisbah berkenaan saya tak ada bersama pada pagi ini yang secara tepat. Saya akan jawab secara bertulis. Namun begitu, berkaitan dengan program pembangunan ekonomi dan juga program modal insan di kawasan KESEDAR memang telah kita rancang, di mana KESEDAR telah pun merancang beberapa program pembangunan ekonomi khasnya dari sudut tanaman kontan di Gua Musang Valley sebenarnya yang akan kita laksanakan dalam tempoh yang terdekat di samping program-program jangka panjang tanaman sawit dan sebagainya. Perkara ini telah diambil kira.

Begitu juga dengan program-program modal insan melalui program PLK yang akan dilaksanakan dan juga program-program pendidikan TVET. Sebab itu di Gua Musang, kita telah pun menubuhkan GIATMARA dan juga KKTM untuk memastikan program pembangunan modal insan di kawasan Gua Musang dapat dipertingkatkan.

Di samping, kita juga menyediakan pusat pendidikan TVET untuk JAKOA, yang juga melibatkan penduduk-penduduk kawasan Gua Musang di bawah KESEDAR untuk tujuan pendidikan TVET modal insan secara keseluruhannya.

Jadi, begitu juga dengan program-program keusahawanan juga dipertingkatkan di kalangan program kelestarian keusahawanan, program pertanian baharu dan juga TVET telah pun disusun sebenarnya telah diatur. Berdasarkan permohonan-permohonan yang telah dikemukakan kepada KESEDAR. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya Puan Rodziah binti Ismail, Ampang.

draft11:10 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan dari Ampang nombor 5.

draft11:10 AM

5. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Kesihatan menyatakan status pelaksanaan Program Perjanjian Off-Take Plus (PPO Plus) yang menjamin kontrak kerajaan tiga tahun buat produk tempatan terutama ubat generik dan peranti perubatan dan boleh dilanjutkan 1–2 tahun lagi serta kemungkinan beberapa pembaharuan demi menggalakkan pelaburan dan pembangunan industri tempatan.

draft11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft11:10 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya terus menjawab atas persoalan ini Tan Sri Yang di-Pertua. Program-program Off-Take Plus (PPO) atau dengan kata lain satu mekanisme jaminan pembelian merupakan inisiatif kerajaan dalam menjamin rantaian bekalan ubat-ubatan dan juga peranti

(medical devices), dengan izin, di mana di bawah National Security selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan bajet yang lalu. Ini adalah satu yang disebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia bersama-sama pihak MOF, statusnya adalah sedang memuktamadkan pelaksanaan Program Perjanjian Off-Take Plus ini, jaminan pembelian ini termasuk tempoh kontrak yang boleh dipertimbangkan sebagai usaha menggalakkan pelaburan domestik dalam pengeluaran produk- produk farmaseutikal dan juga peranti.

Peranti perubatan yang kritikal oleh syarikat-syarikat tempatan seterusnya membolehkan bekalan ubat yang lebih terjamin dan berkualiti tanpa bergantung kepada bekalan import. Antara perkara yang kita ambil tumpuan dalam hal PPO Plus ini adalah penyertaan syarikat yang membuat pelaburan bagi produk-produk greenfield, yang bukan brownfield, novel drug yang baru dengan komitmen pembekalan kepada kerajaan berdasarkan kesesuaian produk dan juga keperluan KKM.

Keduanya keutamaan kita berikan kepada farmaseutikal di bawah apa yang diistilahkan sebagai NEML, the national essential medicine list (NEML) dan ke atas produk farmaseutikal dan juga peranti yang terutamanya kalau ada single product registration holder itu, itu perlu kita pelbagaikan. Ketiganya adalah menggalakkan syarikat yang mendapat kontrak di bawah PPO Plus ini untuk memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa. Kita galakkan juga.

Seterusnya adalah untuk polisi to exit policy ataupun polisi graduasi mereka yang telah diberikan awal akan dilaksanakan bagi mewujudkan persaingan lebih terbuka kepada syarikat yang lain, yang berminat dan juga komited. Hingga kini, KKM telah menerima permohonan daripada 13 syarikat. KKM sedang meneliti dan membuat semakan silang (cross referencing) produk-produk yang dimohon bagi memastikan ia nya selaras dengan SOP yang kita tetapkan.

draft11:10 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Pada dasarnya Tan Sri Yang di-Pertua, strategi kerajaan adalah ingin memastikan pihak syarikat berkaitan GLC bertindak sebagai peneraju dalam pembangunan membina kepada skala yang lebih besar dan ini yang kita harapkan akan dapat kita lakukan. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Ampang, soalan tambahan.

draft11:20 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya suka jawapan ini sebab saya nampak dari jawapan Menteri tadi, ada tiga manfaatlah yang dibuat dalam PPO ini. Pertama, bagi rakyat, program PPO Plus ini akan menjanjikan bekalan atau peranti perubatan yang lebih stabil dan juga harga yang mungkin lebih murah daripada produk-produk import.

Yang keduanya, bagi industri tempatan, peluang untuk membangunkan kapasiti, teknologi. Dan, yang ketiganya kita tengok situ, kerajaan boleh memperkukuhkan lagi kedaulatan kesihatan negara.

Persoalannya Tan Sri, dalam soalan tambahan saya, saya ingin dapat tahu, dapatkan jawapan daripada Menteri, semenjak ia dilancarkan pada 9 September baru- baru ini, kita lihat, dimaklumkan perkara ini mungkin tidak akan dijalankan secara seterusnya, mungkin dalam berkala, dalam bentuk tiga tahun sahaja dalam percubaan, saya dapat maklumat itu. Jadi, mohon Menteri berikan jawapan.

Tapi seterusnya saya nak tanya, apakah KKM juga merancang untuk memperluaskan skop PPO Plus ini bukan sahaja pada kategori ubat bernilai tinggi seperti biosimilar, biologics dan juga vaksin? Sebab ini adalah benda-benda yang banyak sangat digunakan oleh rakyat di Malaysia ini dan apakah strategi untuk pengawasan dalam perkara ini. Terima kasih Menteri.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih. Terima kasih ya.

Terima kasih Yang Berhormat Ampang, sangat baik ya, lanjutan soalan itu yang sudah sedikit sebanyak mengisyaratkan selain daripada farmaseutikal atau ubat-ubatan dan juga peranti, kita memandang kepada hal yang terkait dengan biologics, vaksin, biosimilar yang disebutkan tadi itu adalah juga penting. Contohnya sedikit waktu dahulu, tahun lalu atau awal tahun ini kita berdepan dengan supply crunch ataupun supply disruption tentang human insulin apabila kita punya pembekal ya, yang tak perlu saya sebut nama mereka, ia tergendala membuat bekalan kepada kami.

Jadi, kita kena outsource dan itulah keterjaminan yang kita mahu atasi. Ya, kita akan pastinya juga mengambil kira hal yang terkait dengan biosimilar. Biosimilar bukan generik Tan Sri ya, biosimilar mempunyai kualiti yang tertentu, kualiti yang juga baik dan juga vaksin dan biologics itu. Ya, pastinya kami akan mengambil perhitungan serta pertimbangan semua itu, insya-Allah. Terima kasih Tan Sri.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Kuala Nerus.

draft11:20 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat menyokonglah langkah kerajaan untuk menggalakkan penghasilan produk tempatan, sama ada ubat-ubat farmaseutikal ataupun peranti ubat-ubatan. Namun, hari ini mentaliti orang ramai ini masih beranggapan produk original ataupun import lebih baik, apatah lagi jika ia berkaitan dengan kesihatan ataupun nyawa yang menjadi pertaruhannya, sehingga persepsi masyarakat produk generik yang diimport, generik, tapi yang diimport pun dianggap lebih baik daripada generik tempatan walaupun pada hakikatnya tidak begitu.

Pengalaman saya di bidang perubatan ini, dia adalah bioequivalence, lebih kurang sama. Tapi, persepsi itu susah untuk kita apa ini, hapuskan dalam pemikiran masyarakat kita. Oleh itu soalan saya, apakah langkah-langkah spesifik dan agresif yang akan dilaksanakan oleh KKM bagi memastikan kualiti ubat generik dan peranti perubatan tempatan di bawah PPO Plus ini setanding dengan produk original ataupun import yang premium?

Juga, selain daripada pematuhan kepada standard kawal selia seperti Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), adakah KKM merancang kempen kesedaran atau program jaminan kualiti yang telus untuk meningkatkan keyakinan di kalangan doktor sendiri, ahli-ahli farmasi dan orang awam, pesakit, orang yang sakitlah bahawa produk tempatan ini adalah pilihan yang selamat, berkesan dan berkualiti tinggi? Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Menteri, silakan.

draft11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya Kuala Nerus yang kerap membangkitkan hal-hal yang terkait dengan kesihatan ini. Tan Sri Yang di-Pertua, ya, sudah pastinya ya. Pertama yang nak saya tegaskan adalah penggunaan produk ataupun drug atau ubat-ubatan generik ini kalau apabila kita telah ya, membuat apa yang dikatakan sebagai bioequivalence studies, bioavailability studies ya, dia bukan biosimilar, dia adalah bioequivalence. Biosimilar is slightly different category, bukan generik. Mereka bukan— itu bukan ubat-ubat generik.

Tetapi kualiti dan safety, dua perkara, efficacy, safety itu dijamin. Bahkan kita lihat memang tidak ada— ia setara dan tidak ada perbezaannya dari sudut safety, efficacy yakni keberkesanannya ya. Itu yang pertama yang nak saya tekankan. Apa tadi lagi yang disebutkan oleh Kuala Nerus sebentar tadi? Ah, sudah.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kempen, kempen.

draft11:20 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Itu sangat mustahak yang nak saya sebutkan ya. Kempen daripada program farmasi adalah sangat mustahak. Kita termasuk jugalah yang terkait dengan penguatkuasaan ini satu hal, tapi kempen itu, antara lain kita mutakhir kita ada program yang dinamakan TOBaTs, “Tolak Ubat Tidak Sah”. Itu kita telah lakukan world, kita telah lakukan nationwide campaign dan juga Kenal Pasti Ubat Anda dan pelbagai lagi kempen-kempen yang kita sentiasa berselanjar ataupun continuously, berterusan melakukan setiap round the year. Ini adalah untuk bagi memastikan rakyat kita tahu dan punya pencerahan, punya pengetahuan tentang ubat-ubatan ya Tan Sri Yang di-Pertua.

Jadi oleh kerana itu, kita akan tetap pertingkatkan hal kempen dan juga menolak ubat-ubat tidak sah dan juga penguatkuasaan kita mengambil tindakan- tindakan yang agak tegas. Baru-baru ini kita dengar bagaimana mereka telah membuat rampasan di pelbagai tempat di Klang dan sebagainya, pintu-pintu masuk ya. This is, this is what— oleh kerana itu sangat mustahak ya, kita lakukan semua ini bukan sahaja dari sudut KKM, tapi it’s a whole-of-government approach bersama dengan KDN, bersama dengan imigresen dan agensi-agensi yang lain Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Nerus.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.

draft11:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan Sri Gading nombor 6.

draft11:20 AM

6. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah sebab masih ramai rakyat yang layak tidak mendapat rumah mampu milik walaupun banyak projek telah diumumkan serta apakah langkah kementerian dalam menangani isu projek perumahan terbengkalai yang menjejaskan pembeli rumah pertama.

draft11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft11:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

[Membaca sepotong doa]* Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kerajaan memanglah sentiasa komited untuk memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal sama ada secara milikan terus ataupun secara sewaan. Antara isu utama pemilikan rumah mampu milik adalah kesukaran untuk kita mendapatkan pembiayaan perumahan atas sebab pelbagai faktor. Sepertimana rekod kredit yang lemah. Kedua, kadar hutang isi rumah yang sudah pun sememangnya tinggi. Ketiga, pendapatan yang tidak dapat disahkan melalui slip gaji secara rasmi. Isu-isu ini terjadi terutamanya kepada mereka yang bekerja sendiri dan berada dalam sektor tidak formal.

Dan sebagai usaha untuk kita meningkatkan akses rakyat kepada pembiayaan perumahan khususnya bagi rumah mampu milik, kerajaan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya pertama, memperkenalkan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) khususnya bagi golongan berpendapatan rendah B40 dan sederhana M40. Di bawah skim ini Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM500,000 bagi pembelian rumah pertama sama ada rumah baru ataupun secara sedia ada dan lelongan.

Sepanjang pelaksanaan SJKP ini Tuan Yang di-Pertua, mulai tahun 2008 sehinggalah 31 Ogos tahun 2025, sebanyak 95,460 permohonan jaminan pinjaman perumahan bernilai 22.72 bilion telah pun diluluskan. Untuk makluman Dewan yang mulia, jaminan pembiayaan SJKP ini telah pun ditambah sebanyak 10 bilion bagi tahun 2025 menjadikan jumlah keseluruhan jaminan pembiayaan setakat ini di bawah SJKP adalah sebanyak 30 bilion.

Yang kedua, melaksanakan Skim Sewa untuk Beli (Rent-to-Own), khasnya bagi Program Perumahan Rakyat ataupun Residensi Rakyat di bawah seliaan KPKT di mana skim RTO ini bagi PPR di bawah seliaan KPKT terdapat di tujuh buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dan sehingga kini, sebanyak 6,958 keluarga telah pun ditawarkan unit rumah di bawah Rent-to-Own, Sewa untuk Beli di bawah seliaan PPR di bawah seliaan KPKT.

Ketiganya, kita melaksanakan konsep pembiayaan secara step-up financing di mana kadar faedah meningkat secara berperingkat mengikut jadual yang telah pun dipersetujui. Dan ini sangat baik untuk anak-anak muda yang baru dalam bidang pekerjaan dan mungkin pendapatan pada peringkat awal adalah rendah.

Yang keempatnya Tuan Yang di-Pertua, kita juga meneruskan lagi satu pelaksanaan Home Ownership Campaign 2.0 yang telah bermula pada 1 Januari 2021 dan akan berakhir pada 31 Disember 2025 di mana pembelian rumah pertama akan diberikan pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pembiayaan bagi kediaman baharu yang bernilai RM500,000 ke bawah.

Dan yang kelima, pelepasan cukai individu diberikan sehingga RM7,000 ke atas bagi bayaran faedah pinjaman perumahan seperti mana pelepasan cukai sehingga 7,000 diberikan bagi rumah kediaman yang berharga sehingga RM500,000 dan pelepasan cukai sehingga RM5,000 diberikan bagi kediaman yang berharga RM500,000 hingga RM750,000.

draft11:20 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan pelepasan dituntut ini bagi tahun tafsiran berturut-turut di atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tahun 1 Januari 2025 hingga 31 Disember. Adapun yang terkait dengan rumah-rumah yang sakit terbengkalai Tuan Yang di-Pertua beberapa pendekatan inisiatif yang telah diambil oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pertamanya adalah kita melaksanakan penubuhan task force projek perumahan lewat, sakit dan terbengkalai. Di mana sehingga 31 Oktober Tuan Yang di-Pertua, sejumlah 1,333 projek perumahan swasta telah pun berjaya dipulihkan dan ini mengambil kira 159,638 unit rumah yang bernilai RM126.47 bilion. Pada masa yang sama kita juga meningkatkan kawal selia melalui prosedur sedia ada di bawah Akaun Pemajuan Perumahan (HDA) yang wajib dibuka oleh setiap pemaju perumahan swasta berlesen di Semenanjung Malaysia.

Dan pada masa yang sama kita juga meneruskan pemantauan yang lebih berkesan kepada pemajuan perumahan swasta melalui penambahbaikan dalam sistem Housing Integrated Management System (HIMS). Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

*Bismillahirrahmanirrahim.

[Membaca doa]* Silakan Yang Berhormat soalan tambahan.

draft11:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kepada Datuk Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan yang sangat memuaskan. Terutamanya skim pinjaman ataupun bantuan yang telah dikemukakan dari awal tahun Kerajaan MADANI, RM30 bilion telah diperuntukkan.

Apa yang penting kepada rakyat, khususnya mereka yang dikatakan tadi bermasalah dalam pembiayaan kerana kerja sendiri, tidak ada slip gaji, pendapatan.

Dan dengan bantuan yang dikemukakan, mudah-mudahan mereka dapat memperoleh dengan baiklah sebab rumah pertama ini penting. Khususnya kepada anak-anak muda yang kita sedia maklum berkenaan dengan pekerjaan mereka adalah pekerjaan Grab dan sebagainyalah.

Soalan dari Sri Gading. Kita sedia maklum bahawa ada perumahan- perumahan yang terbengkalai. Walaupun jawapan tadi dapat dijayakan, ada 1,333 perumahan dengan jumlah 159 rumah yang telah berjaya 9,000 ya 159,000. Cuma, apakah tindakan kerajaan yang telah diambil terhadap pemaju yang bermasalah?

Yang menyebabkan projek sakit dan memberi kesan buruk kepada pembeli. Kerana pembeli ini kadang-kadang dia dah bayar sebahagian daripada apa yang mereka adalah. Deposit dan sebagainya. Dan mungkin juga mereka telah dipotong oleh bank disebabkan oleh projek telah berjalan tapi sangkut di peringkat 50 peratus ataupun atas daripada itu. Terima kasih.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Dato’ Dr. Tuan Yang di-Pertua, ada tiga perkara yang pentinglah bila tindakan terpaksa yang perlu kita ambil kepada pihak pemaju terhadap projek-projek yang lewat, sakit dan terbengkalai.

Pertamanya kita memaparkan pemajuan-pemajuan ini di laman sesawang KPKT. Supaya para pembeli boleh mengetahui mana-mana projek yang sebenarnya ada masalah berada dalam keadaan yang masih lewat atau pun mungkin sakit ya.

Supaya para pembeli boleh membuat penelitianlah keutamaan kepada projek-projek mana yang nak dibeli.

Yang keduanya adalah kita mengenakan tindakan pendakwaan dan kompaun ke atas pemaju yang tidak mematuhi peraturan-peraturan dan peruntukan- peruntukan yang terkandung dalam Akta 118, perumahan ini Tuan Yang di-Pertua.

Yang ketiga adalah menyenaraihitamkan dan di mana bila mereka telah pun disenaraihitamkan, sama ada pemaju ataupun ahli lembaga pengarah syarikat terbabit tidak lagi boleh memohon lesen dan permit iklan baharu dalam penjualan perumahan-perumahan yang baharu.

Dan pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa Akta 118 memang sedang ditambah baik untuk kita meneliti apa lagi yang kita boleh buat yang secara terbaik untuk melindungi kepentingan-kepentingan semua pihak yang terlibat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila, Yang Berhormat Maran.

draft11:30 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, Timbalan Menteri.

Kegagalan pemaju melaksanakan rumah dan menjadi terbengkalai merupakan penyakit ataupun beban penderitaan kepada pembeli-pembeli. Mereka dah pinjam bank dan sebagainya. Dan saya ingin bertanya walaupun sudah dijawab, ditanya oleh sahabat sebelum tadi. Kini pada tahun ini saya RM267.5 juta diperuntukkan untuk pemulihan rumah terbengkalai ini kan tak silap saya.

Dan apakah pendekatan baharu? Pendekatan ini sudah lama dah dibuat oleh yang disebut oleh Menteri tadi. Apakah pendekatan baharu yang dilihat oleh kementerian bagi memastikan supaya projek akan datang ini tidak menjadi projek sakit? Kerana kalau dalam perhatian kita banyak syarikat-syarikat, pemaju-pemaju yang dulu mendapat projek kemudian terbengkalai. Kemudian diambil tindakan akhirnya kemudian mereka tukar nama dia ke projek tajuk lain atau nama syarikat lain. Akhirnya mereka juga melaksanakan projek tersebut.

Jadi, sejauh mana peranan ataupun kesan Akta Pemajuan Harta Tanah

(RPDA) ini dalam melaksanakan tindakan ini? Dan berapa ramaikah pemaju yang telah diambil tindakan dan dikena denda? Berapa denda yang telah dikenakan pada mereka? Kalau saya nak cadangkan supaya andai kata kerugian dihadapi oleh pembeli supaya biar pemaju itu membayar balik kerugian dihadapi oleh pembeli kerana kecuaian mereka dan pastikan kalau boleh pembeli tahu siapa pemaju yang akan melaksanakan projek-projek baru ini supaya mereka melihat. Kalau A itu memanglah rekod dia tidak baik, jangan benarkan. Dan beritahu pembeli supaya mereka tahu ini adalah pemaju yang tidak–– yang gagal yang tidak berjaya majukan perumahan. Terima kasih banyak.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft11:30 AM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, ada sebahagian besar yang telah ditanya oleh Ahli Yang Berhormat telah pun sebenarnya saya jawab dalam jawapan pertama saya tadi.

Manakala yang saya juga ingin menegaskan di sini, bahawa penambahbaikan Akta 118 yang kita sedang review pada ketika ini adalah bertujuan untuk kita memperkasa lagi tadbir urus dan pengurusan kewangan pemaju perumahan yang lebih efisien. Sebab dalam pada banyak kita membuat penelitian Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara ini yang menjadi loophole, menjadi masalah kepada akhirnya pemajuan-pemajuan itu akan menghadapi masalah kewangan.

Sebab yang ia tidak diurus dengan sebaiknya.

Seterusnya adalah memastikan hak dan kepentingan pembeli rumah terpelihara. Termasuklah mungkin cadangan-cadangan Ahli Yang Berhormat itu akan diambil kira, diambil nota dan seterusnya juga adalah memudah cara pemajuan perumahan swasta ke arah kelestarian kemajuan sektor perumahan negara, Tuan Yang di-Pertua.

Adapun yang lain-lain, saya kira saya telah pun menjawab di peringkat awal tadi. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan ketujuh. Walau bagaimanapun Yang Berhormat Kuala Kedah tidak hadir atas urusan yang tidak dapat dielak. Seterusnya saya ke soalan yang kelapan. dengan ini dipersilakan Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Yang Berhormat Tebrau.

[****Soalan No. 7 –** YB. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi (Kuala Kedah****)** tidak hadir]

draft11:30 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Lori berat atas jalan, Rakyat yang derita; Soalan nombor lapan, Harap Menteri jawab dengan segera.

draft11:30 AM

8. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Pengangkutan menyatakan MOT melalui JPJ merancang penguatkuasaan penggunaan peranti kawalan had laju automatik (SLD) mulai Oktober 2025. Di manakah JPJ akan melaksanakan pemasangan peranti dan bagaimana sistem ini boleh membantu mengurangkan kes kemalangan melibatkan kenderaan berat?

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pengangkutan.

draft11:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Saya akan segera jawab.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Memang lori-lori yang mengambil muatan yang berat ini membahayakan. Dan yang paling penting juga untuk bagaimana kita mencegah kelajuan dan juga kemalangan jalan raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, speed limitation device ataupun SLD yang mengehadkan kelajuan maksimum kenderaan lazimnya berfungsi melalui Electronic Control Unit ataupun ECU. Manakala bagi kenderaan yang tidak dilengkapi ECU, peranti SLD akan dipasang secara retrofit iaitu melalui kaedah mekanikal pada komponen enjin atau sistem penghantaran kuasa.

Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan telah melaksanakan penguatkuasaan mandatori penggunaan SLD fasa pertama bermula pada 1 Oktober lalu. Fasa 1 melibatkan bas ekspres, bas pelancongan dan kenderaan barangan dengan BDM melebihi 3,500 kilogram ataupun 3.5 tan.

Hasil daripada tindakan penguatkuasaan tegas JPJ, tahap pematuhan penggunaan SLD fasa 1 telah meningkat dari 2.68 peratus pada permulaan penguatkuasaan sehingga 48.37 peratus setakat 1 Disember 2025. MOT akan meneruskan penguatkuasaan SLD dengan tegas untuk mencapai tahap pematuhan yang lebih baik.

Pemasangan dan pengesahan kefungsian peranti ini hendaklah dilakukan oleh pihak pengesah yang diiktiraf oleh JPJ.

draft11:30 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Sehingga 15 November 2025, sebanyak 307 pihak pengesah telah berdaftar di seluruh negara bagi menjalankan pemasangan serta pengesahan kefungsian SLD. Pemilik kenderaan dikehendaki mengemukakan slip pengesahan dan laporan kefungsian SLD di pusat pemeriksaan kenderaan motor selain menyimpan dokumen tersebut di dalam kenderaan bagi tujuan pemeriksaan di jalan raya. Had kelajuan yang terkawal ini akan mengurangkan risiko kemalangan akibat pemanduan laju dan seterusnya meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna jalan raya. Terima kasih.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat. Soalan tambahan.

draft11:40 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Saya ingin mula dengan saya nak menyatakan kepada Menteri kita, Tebrau menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk menguat kuasa dan menangkap semua lori atau kenderaan berat yang melebihi muatan. Bagi saya, nyawa manusia adalah lebih penting daripada kesemuanya.

Maka, soalan saya kepada Menteri, bolehkah Menteri menjelaskan, sama ada sistem SLD ini ada disepadukan dengan sistem telematik GPS dan pangkalan data saman JPJ atau PDRM? Supaya tindakan boleh diambil secara automatik terhadap syarikat atau pemandu yang melanggar had laju secara berulang. Dan, bagaimana kerajaan boleh memastikan bahawa sistem ini tiada ruang untuk dimanipulasi oleh syarikat pengangkutan? Ataupun, adakah kerajaan bercadang melakukan audit berkala atau audit mengejut terhadap syarikat yang berisiko tinggi?

Terima kasih Dato’ Speaker.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang pertamanya, saya nak ucapkan terima kasih atas sokongan daripada Yang Berhormat Tebrau atas sokongan Yang Berhormat terhadap tindakan penguatkuasaan oleh JPJ. Sudah tentu tindakan ini akan berterusan dan sudah tentu kita tidak akan tunduk dan berputus asa dalam perkara ini. Kita harap ia akan dapat kita teruskan dari segi penguatkuasaan untuk memastikan once and for all, kita dapat menyelesaikan isu overloading ini.

Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat yang berkenaan dengan sama ada SLD ini dapat disepadukan dengan sistem telematik. Untuk makluman, sekarang ini hanya GPS sahaja diwajibkan kepada bas dan juga kenderaan berat.

Dari segi telematik ini, kita sedang mengadakan satu proof of concept yang dibangunkan bersama oleh MOT dengan pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Kita telah melihat beberapa model untuk bagaimana kita bina sistem ini dan sekarang ini kita tengah membuat proof of concept dan akan diperluaskan. Namun begitu, setakat ini, kita belum lagi mewajibkan pemasangan telematik ini. Tetapi, ini mungkin salah satu perkara yang akan kita pertimbangkan moving forward secara berfasa-fasa.

Jadi, apabila kita nak membuat telematik ini, sudah tentu antara features ataupun ciri yang kita nak laksanakan ialah dia ada pengintegrasian antara sistem telematik ini dengan SLD supaya kita tahu bahawa kalau apabila kita ada sistem telematik, pihak berkuasa boleh memantau sesebuah kenderaan itu dan juga tingkah laku (behaviour) pemandu tersebut. Dan juga, dalam bas ataupun kenderaan itu sama ada mereka dilengkapi SLD, mereka ada pandu laju dan sebagainya. Jadi, semua itu boleh kita pantau dengan lebih berkesan.

Berkenaan sama ada ia boleh diaudit dan sebagainya, sudah tentu semua itu akan kita pertimbangkan. Jadi, apa cara yang kita boleh buat ialah apabila kita bangunkan sistem telematik ini, ia mesti disepadukan dan segala data itu mesti dikawal oleh pihak kerajaan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Jadi, ini antara model yang sedang kita lihat dari segi architecture, bagaimana kita membangunkan sistem telematik ini. Jadi, semua data-data itu mesti disimpan oleh pihak kerajaan, pihak berkuasa supaya kita ada bukti, kita boleh memantau secara berterusan dan dia secara sistematik dapat kita mengambil tindakan penguatkuasaan. Jadi, ini harapan kita, architecture yang akan kita binakan.

Namun begitu, saya nak menegaskan bahawa perkara ini memerlukan lebih banyak usaha dan juga masa kerana bukan mudah untuk kita mewajibkan sesuatu sistem baharu. Kerana, sudah tentu kita tahu bahawa apabila kita nak melaksanakan sistem ini, akan ada pelbagai rintangan, pelbagai push back dan sebagainya.

Namun begitu, untuk mendapat buy in daripada pihak industri, kita akan melaksanakan dengan secara berfasa. Dia mesti kita target dulu mungkin kategori- kategori ataupun industri-industri yang risiko yang lebih tinggi. Itu yang perlu kita ambil tindakan terlebih dahulu.

Jadi, untuk menyatakan secara kesimpulannya, memang apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Tebrau itu memang akan kita ambil kira dan letakkan supaya sistem yang kita nak bangunkan ini berkesan, benar-benar dapat memantau pergerakan dan juga tingkah laku sikap pemandu yang akhirnya kita nak mengubah sikap pemandu itu dengan lebih profesional dan lebih berhati-hati di atas jalan raya. Terima kasih.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft11:40 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Pengkalan Chepa, silakan.

draft11:40 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri, saya menyokong untuk kerajaan memperluaskan dan enforce dengan menggunakan speed limiter device ini, SLD. Isu yang berbangkit yang saya nak bawa di sini ialah berkaitan dengan pengusaha-pengusaha bas ekspres haram dari Singapore. Mereka dah lama beroperasi dalam negara kita, tidak terikat dengan pemeriksaan PUSPAKOM dan standard keselamatan yang ada dalam negara kita dan mereka dapat mengaut keuntungan daripada segala infra yang ada dalam negara kita. Dah lama mereka beroperasi.

Dan saya nak jaminan kerajaan dalam Dewan pada hari ini, apakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk bas-bas persiaran Singapore yang beroperasi secara haram bertahun-tahun ini dapat dinoktahkan dan juga kerajaan tidak akan mempertimbangkan untuk memberi permit bas ekspres kepada bas-bas persiaran daripada Singapore ini? Kerana ia akan menjadikan pengusaha-pengusaha bas tempatan kita gulung tikar kalau kerajaan benarkan perkara ini diberikan beroperasi dalam negara kita. Mohon jawapan Menteri.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya, soalan tambahan ini tidak ada kena mengena dengan soalan asal. Namun begitu, saya tahu di mana Yang Berhormat nak tanya.

Yang pertamanya, saya nak katakan dan tegaskan bahawa kita tidak pernah memberikan permit bas ekspres kepada mana-mana syarikat asing, terutamanya bas dari Singapura. Bas Singapura yang masuk ini adalah di atas dasar atau kategori bas persiaran dan bukannya bas ekspres. Bas persiaran memang boleh masuk sebab ini reciprocal. Kita punya bas persiaran pun masuk Singapura. Bas persiaran Singapura pun boleh masuk dalam negara kita. Kita tidak mengharamkan dan membenarkan bas persiaran ini masuk.

Bas persiaran ini masuk ada kelebihan dia. Dia membawa pelancong masuk ke negara kita. Sudah tentu kita tak menghalang pelancong-pelancong asing, terutamanya dan termasuknya dari Singapura masuk dalam negara kita.

Yang menjadi pertikaian, menjadi isu daripada industri tempatan ialah sama ada mereka berfungsi atau menjalankan operasi sebagai bas ekspres. Jawapannya, kita tak benarkan. Kalau ada mana-mana bas persiaran yang membawa pelancong berdasarkan kategori bas ekspres― dia jual tiket― maka tindakan akan diambil. Dan sudah tentu ada penguatkuasaan diambil secara berterusan. Dia tidak berfungsi secara sah kalau dalam kategori bas ekspres itu.

Sama ada dia mengambil perniagaan daripada syarikat tempatan, itu tak timbul sebab yang dia bawa ialah penumpang dari Singapura. Dia tak boleh masuk Malaysia, ambil penumpang kita pergi ke Singapura. Itu tak dibenarkan. Jadi, tak timbul bahawa syarikat-syarikat tempatan hilang punca pendapatan mereka ataupun rugi. Umpamanya, kalau ada bas persiaran datang dari Singapura, dia masuk Kuala Lumpur, dia tak boleh pickup passenger daripada Kuala Lumpur pergi ke tempat lain ataupun balik ke Singapura. Tak boleh. Dia hanya boleh membawa pelancong bersama dengan pakej persiaran dia. Ini yang kita benarkan.

Jadi, saya harap Yang Berhormat faham. Apa yang dituntut oleh persatuan- persatuan ialah supaya kita tidak membuka kategori bas ekspres dari Singapura.

Jawapannya, tidak. Kita tak pernah pun mempertimbangkan. Tidak pernah mempertimbangkan dan tidak akan mempertimbangkan. Jadi, jawapan saya jelas.

Kita punya pendirian jelas, tegas bahawa tak pernah.

Saya pun tak tahu di mana dia punya source ataupun daripada mana berita ini didapati oleh pihak persatuan. Jadi, persatuan tak perlulah terlalu terpinga-pinga ataupun kadangkala mendengar sedikit khabar, dia dah buat macam-macam tindakan dan sebagainya. Ada apa-apa, check dulu dengan Kementerian Pengangkutan.

Jadi, jawapan saya tidak. Kita tak pernah pertimbangkan. Memang betul, Kerajaan Singapura, dia minta, dia pohon supaya kita pertimbangkan, tetapi kita kata kita punya pendirian tidak. Mengapa, mereka kata, perlu Kerajaan Malaysia pertimbangkan permit ini dibuka kepada syarikat bas ekspres daripada Singapura kerana Singapura membenarkan syarikat-syarikat Malaysia punya bas ekspres masuk ke Singapura.

draft11:40 AM

Tuan Loke Siew Fook

Jadi, dia minta reciprocal tetapi di Singapura kita dapati bahawa dalam peraturan framework, legal framework Singapura termasuk oleh LTA, Land Transport Authority, mereka tak adapun kategori bas ekspres dalam sistem pengangkutan permit bas di Singapura ini. Sebab dia punya dia tak ada bas ekspres. Dia hanya ada bas berhenti-henti dan bas persiaran. Jadi, kita punya jawapan sekarang ini tidak.

Kita punya pendirian memang tidak membuka. Itu pendirian kita. Terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan waktu jawab-jawab lisan telah dihad ke sehingga pukul 12.00 sahaja. Maka soalan yang terakhir saya mempersilakan Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Yang Berhormat Kuantan.

draft11:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya soalan nombor 9.

draft11:50 AM

9. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan status semasa mengenai pemilihan tujuh Kampung Baru termasuk Kampung Baru Berapit dan enam lagi termasuk di Selangor, Perak, Johor dan Melaka oleh Jabatan Warisan Negara untuk dicalonkan sebagai tapak warisan dunia seperti dilaporkan media pada Jun 2023.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

draft11:50 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Dato’ Yang di-Pertua, sepertimana dimaklumkan kepada Yang Berhormat Kuantan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada bulan Ogos yang lalu, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara (JWN) sentiasa memberi perhatian terhadap khazanah warisan negara melalui pewartaan dan pengiktirafan

draft11:50 AM

ke atas tapak bersejarah di bawah Akta Warisan Kebangsaan - Akta 645

.

Walau bagaimanapun, pihak JWN setakat ini belum lagi menerima apa-apa permohonan pencalonan bagi kampung-kampung baru di Malaysia sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bagi pencadangan Tapak Warisan Dunia UNESCO, persetujuan daripada pihak berkuasa negeri (PBN) perlu diutamakan dan diperolehi sebelum usaha pencalonan dimulakan oleh pihak JWN.

Ini kerana perancangan dan pembangunan bagi satu-satu kawasan adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dengan penglibatan beberapa agensi lain di peringkat Persekutuan dan negeri seperti PLANMalaysia, Pejabat Tanah dan Galian serta pihak berkuasa tempatan (PBT), yang mana pihak PBN dan PBT perlu bersedia untuk mematuhi garis panduan ketat yang telah ditetapkan oleh pihak UNESCO.

Selain itu, pencalonan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO perlu memenuhi kriteria ketat yang telah ditetapkan oleh pihak UNESCO. Ini termasuklah dari segi pengenalpastian outstanding universal value (OUV), keaslian (authenticity), integriti, pengurusan tapak dan lain-lain.

Proses mendapatkan pengiktirafan ada kalanya boleh menjangkau sehingga 10 tahun seperti lain-lain tapak di Malaysia bagi memastikan ketersediaan maklumat bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh UNESCO. Sekian dan terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuantan, soalan tambahan.

draft11:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jadi, memandangkan kenyataan berkaitan pencalonan Kampung Baru ini dibuat oleh KPKT, manakala penilaian warisan diuruskan oleh JWN di bawah MOTAC dan terdapat juga di bawah KKDW untuk kampung tradisi. Jadi, boleh Menteri jelaskan secara terperinci berkaitan dengan isu-isu yang menjadi perhatian dan bantahan ahli akademik, NGO dan ahli politik kerana jika adanya cadangan ini dia boleh melenyapkan sejarah asal berkaitan penjajahan, berkaitan dengan komunisme.

Apakah strategi MOTAC untuk— strategi MOTAC ini sebagai penjaga warisan negara? Memastikan sejarah asal ini terpelihara dan tidak memutihkan apa- apa sisi gelap sejarah bagi mengelakkan isu ini tidak dieksploitasi menjadi polemik perkauman yang boleh menggugat perpaduan nasional dan cadangannya. Kenapa tiada cadangan bagi Kampung Baru Kuala Lumpur, tapak arkeologi Sungai Batu, Lembah Bujang, Kota Lama Beruas, Kota Lama Johor? Kita kena usahakan sebagai tapak warisan sebagaimana cadangan yang timbul iaitu Kampung Baru Cina. Terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft11:50 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Seperti yang telah saya tekankan tadi, setakat ini memang kita tidak menerima sebarang cadangan dan juga pencalonan daripada mana-mana kampung baru yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan.

draft11:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft11:50 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft11:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft11:50 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Untuk makluman Yang Berhormat Kuantan juga, seperti yang saya tekankan tadi proses untuk mendapatkan pengiktirafan tapak warisan perlu melalui pelbagai proses. Proses ini bukanlah proses yang ditetapkan oleh pihak kementerian tetapi ia ditetapkan oleh pihak UNESCO.

Proses ini juga memakan masa yang cukup lama dan pelbagai perkara- perkara ataupun pelbagai perkara yang kita perlu lihat secara jelas, adakah ia mampu memberikan impak secara holistik ataupun hanya sekadar memberikan impak secara minimum? Sekian dan terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft11:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Timbalan Speaker. Soalan saya, proses pencalonan Tapak Warisan Dunia UNESCO memerlukan pelan teknikal yang menyeluruh termasuk aspek nilai universal luar biasa, persediaan komuniti dan pelan pengurusan tapak.

Bolehkah Menteri menjelaskan apakah kerangka dasar atau kriteria penilaian nasional yang digunakan oleh Jabatan Warisan Negara bagi mengenal pasti kampung-kampung tradisi lain yang berpotensi supaya lebih banyak komuniti warisan di seluruh negara dapat berpeluang dicalonkan ke peringkat UNESCO secara berfasa dan tersusun?

Memandangkan pencalonan tapak warisan dunia memerlukan tempoh nilai yang panjang, bolehkah Menteri menjelaskan garis masa sebenar dan dokumen yang telah pun disiapkan setakat ini untuk memastikan Malaysia dapat mengemukakan pencalonan yang kukuh? Terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft11:50 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya akan memberikan sedikit penerangan berkenaan dengan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak UNESCO. Sebenarnya ada tiga kategori pencalonan di bawah pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu:

(i) kebudayaan (cultural);

(ii) semula jadi (natural); dan

(iii) campuran kebudayaan dan semula jadi.

Setiap tapak yang dicalonkan mestilah memenuhi salah satu atau lebih daripada 10 kriteria yang telah ditetapkan oleh UNESCO. Saya akan memberikan maklumat berkenaan dengan 10 kriteria yang telah ditetapkan oleh UNESCO kepada Yang Berhormat Kuala Pilah kerana bagi saya untuk menerangkan setiap kriteria itu mungkin akan memakan masa.

Keduanya juga, seperti yang saya telah sebutkan tadi. Setiap tapak-tapak yang mahu dicalonkan perlu mendapat input daripada pihak berkuasa negeri ataupun PBT ataupun kerajaan negeri, baru ia boleh diangkat oleh pihak kementerian supaya ia dapat dicalonkan sebagai Tapak Warisan UNESCO. Sekian dan terima kasih.

draft11:50 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Boleh soalan lagi?

Tambah.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, saya guna budi bicara saya. Saya persilakan Balik Pulau. Last.

draft11:50 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Menarik tentang jawapan daripada Timbalan Menteri berkenaan dengan tapak warisan dunia. Kalau tak silap saya, Malaysia sudah mempunyai enam tapak warisan dunia. Namun begitu, ada beberapa tapak warisan dunia dalam inventory list iaitu senarai menunggu.

Senarai menunggu ini ada yang lebih daripada lima tahun seperti Taman Negara. Taman Negara Malaysia. Saya ingin tahu status apakah pihak JWN telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa negeri mengenai Taman Negara yang merangkumi tiga negeri Kelantan, kalau tak silap saya Pahang dan Perak untuk mendapat kelulusan. Jadi, kenapa pihak berkuasa negeri ataupun lambat untuk dapat kelulusan menyenaraikan Taman Negara sebagai tapak warisan dunia?

Sekian, terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft11:50 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Secara jujur, saya tidak mempunyai maklumat terkini berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau. Saya akan memberikan jawapan bertulis dan seterusnya juga kalau ada perkara-perkara yang melambatkan proses supaya ia diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, kita akan pastikan ada koordinasi dengan pihak kementerian dan juga pihak kerajaan negeri. Sekian, terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft11:50 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato’ Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.” Terima kasih.

draft11:59 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada yang menyokong?

draft11:59 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft11:59 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat kalau sedemikian. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan oleh Menteri tadi hendaklah disetujukan.

draft11:59 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

PENERANGAN MENGENAI PENYATA DARIPADA PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14(1)(ia)
KESELAMATAN DIGITAL DAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Ahli-ahli

Yang Berhormat, saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Puchong, Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk memberi penerangan berkenaan penyata bertajuk “Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental Kanak-kanak di Malaysia". Silakan Yang Berhormat Puchong.

draft12:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Terima kasih Dato Yang di-Pertua. Dato’ Yang di-Pertua. Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat telah membentangkan dua penyata pada sidang ini, pada hari Isnin iaitu Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental yang saya akan bincangkan hari ini dan kedua adalah “Townhall Buli dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia”.

Untuk Penyata Townhall Buli dalam Kalangan Kanak- kanak di Malaysia, saya ingin menggalakkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya merujuk kepadanya apabila kita bahas bacaan kedua Rang Undang-undang Antibuli 2025 pada hari esok.

Balik kepada penyata yang saya bentangkan pada hari ini, iaitu Penyata Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental Kanak-kanak di Malaysia. Dato’ Speaker, jawatankuasa telah membuat keputusan untuk mendalami isu ini, susulan dua insiden yang sangat mengejutkan seluruh negara, iaitu kes seorang pelajar ditikam dengan 200 kesan tikaman di sebuah sekolah di Bandar Utama.

Kedua, kes pelajar perempuan di Baling yang pada awalnya disyaki rogol berkumpulan tetapi kemudiannya diklasifikasikan sebagai seks bawah umur dan rogol statutori. Ia bermaksud bahawa kanak-kanak perempuan itu sudi untuk berbuat demikian.

Dengan itu, antara 30 Oktober hingga 13 November 2025, jawatankuasa telah pun mengadakan sesi libat urus bersama KDN, PDRM, KKM, MCMC, KPWKM, JKM serta Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC), SUHAKAM untuk meneliti faktor risiko, jurang dan langkah kawal selia yang diperlukan. Saya ingin kongsikan di sini, dapatan-dapatan utama jawatankuasa. Secara keseluruhannya, sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak menggunakan Internet selama satu hingga empat jam dalam sehari dan daripada golongan ini, 60.7 peratus dilaporkan memiliki peranti sendiri.

Dato’ Yang di-Pertua, Internet is a double-edged sword, dengan izin, di mana ia menawarkan faedah yang tinggi tetapi ia juga boleh membawa mudarat.

Penggunaan Internet yang berlebihan dalam kalangan kanak-kanak telah membawa beberapa gejala yang baharu yang telah pun membimbangkan khususnya Internet gaming disorder (IGD), social anxiety disorder (SAD) dan masalah kesihatan mental serta ketagihan dan kesalahan seksual.

Terlebih dahulu, izinkan saya kupaskan di sini status IGD, SAD dan kesihatan mental kanak-kanak. Menurut satu kajian, antara 5,290 remaja di tujuh negeri di Malaysia, sebanyak 3.5 peratus, didiagnosis mengalami IGD. Jika kita menggunakan peratus yang sama dalam populasi kanak-kanak di sini, kita boleh estimate bahawa terdapat 315,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami IGD. IGD ditakrifkan sebagai gaming yang berterusan dan berulang sehingga mengakibatkan kemerosotan yang ketara.

Antara kriteria IGD adalah penarikan diri dari sosial dan hilang minat untuk aktiviti-aktiviti lain. IGD dikait rapat dengan kecenderungan impulsif terutamanya impulsif motor dan juga daya tumpuan yang singkat. Dari segi impak kesihatan mental, daripada remaja yang mengalami IGD, 48.1 peratus mengalami kebimbangan serius, 37.4 peratus mengalami kemurungan serius dan 18.2 peratus mengalami tekanan serius. IGD juga dikaitkan secara signifikan dengan social anxiety disorder

(SAD), iaitu kebimbangan sosial dan pengelakan interaksi sosial. IGD dan SAD secara keseluruhannya akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak di Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya, saya ingin mengalih ke status ketagihan dan kesalahan seksual kanak-kanak di Malaysia. Puchong ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini dengan statistik berikut. Hampir separuh kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak di Malaysia dan daripada kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak di Malaysia, 68.1 peratus adalah kes suka sama suka. Ia bermaksud bahawa kedua-dua pihak adalah 16 tahun ke bawah dan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan hubungan seks.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, dalam kes seperti ini, hanya pelajar lelaki akan didakwa di bawah kesalahan rogol statutori mengikut seksyen 375 dan 376 Akta Kanun Keseksaan, kerana definisi rogol statutori di Malaysia adalah kesalahan seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang wanita di bawah umur 16 tahun dengan atau tanpa persetujuannya dan bukan sebaliknya.

Oleh itu, kesalahan rogol tidak boleh di dalam definisi Akta Kanun Keseksaan.

Tidak boleh dilakukan oleh seorang perempuan terhadap seorang lelaki, hanya lelaki terhadap perempuan.

Dato’ Sri Speaker, Dato’ Yang di-Pertua, jawatankuasa juga mendapati bahawa hampir 90 peratus daripada remaja yang melakukan hubungan seksual berulang kali berpunca daripada pendedahan awal kepada pornografi, media sosial dan bahan lucah digital. Sebanyak 30 peratus kes kesalahan seksual kanak-kanak yang ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti dan Asrama Akhlak berpunca daripada tiada kawalan terhadap penggunaan gajet.

Dato’ Yang di-Pertua, walaupun saya telah bincangkan panjang lebar tadi risiko-risiko yang saya yang terdedah kepada kanak-kanak kita akibat pendedahan awal internet dan pendedahan berlebihan internet, jawatankuasa mendapati bahawa komitmen kewangan dan kapasiti MCMC dalam menjaga keselamatan Internet adalah sangat rendah sama ada dari segi kawalan online gaming ataupun pornografi di kalangan kanak-kanak serta penyebaran CSAM, iaitu child sexual abuse materials. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa jawatankuasa telah merujuk penyata kewangan MCMC dari tahun 2019 sehingga 2023 dan mendapati pendapatan MCMC adalah sekitar RM1.2 hingga RM1.6 bilion. Walau bagaimanapun, bagi tujuan pemantauan termasuk mengenal pasti laman web yang mengandungi kandungan berbahaya yang boleh diakses oleh kanak-kanak, MCMC tidak memberi peruntukan yang mencukupi.

Kakitangan satu department untuk pemantauan the whole website bukan sahaja untuk kanak-kanak, hanya seramai 56 pegawai. Lebih-lebih lagi, MCMC menggunakan cara yang sangat manual iaitu mereka menggunakan carian kata kunci

(keywords search) untuk check semua laman web. Ia bermaksud mereka tidak menggunakan sistem automasi dan juga artificial intelligence (AI).

Dato’ Yang di-Pertua , secara keseluruhan, jawatankuasa telah mengenal pasti tiga cabaran utama untuk mengatasi impak negatif pendedahan Internet tanpa kawalan dalam kalangan kanak-kanak:

(i) keupayaan penguatkuasaan keselamatan digital negara masih belum memadai disebabkan keterbatasan kuasa undang-undang, ketidakpatuhan platform global dan yang paling penting untuk kita yang kita boleh control ialah kapasiti pemantauan MCMC yang rendah;

(ii) pengurusan kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia masih tidak menyeluruh dan tidak konsisten; dan

(iii) tahap literasi digital dan keupayaan pengawasan ibu bapa terhadap penggunaan peranti kanak-kanak masih rendah.

Berdasarkan perbincangan dan penelitian yang kita telah pun jalankan, saya ingin huraikan kerana had masa, saya ingin huraikan dan dapatkan masa lebih daripada Dato’ Yang di-Pertua. Tiga syor yang utama penyata ini.

Pertama, jawatankuasa berpendapat bahawa pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan kepakaran profesional serta pengurusan yang sangat sistematik. Kita tidak boleh bergantung kepada guru-guru kerana kesihatan mental bukan bidang mereka dan mereka telah pun terbeban dengan tugas-tugas hakiki mereka.

Oleh itu, jawatankuasa mengesyorkan supaya Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) di bahawa KKM menjadi agensi kebangsaan (national focal point) yang bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia dengan KPM dan KPWKM dijadikan sebagai rakan strategik.

draft12:01 PM

Puan Yeo Bee Yin - Puchong

Dengan itu, jawatankuasa mengesyorkan supaya kerajaan memperkasakan NCEMH dengan memperbanyakkan perjawatan pakar perubatan dan pegawai psikologi dan meningkatkan peruntukannya bagi menangani kes-kes berkaitan kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak. Antara fungsi dan peranan yang boleh diperkasakan oleh NCEMH adalah seperti yang berikut:

Satu, bekerjasama dengan KPM untuk melakukan saringan kesihatan mental secara berkala dan sistematik bukan ad hoc di sekolah.

Kedua, melatih kaunselor dan guru-guru yang berkaitan di sekolah untuk mengenal pasti kes-kes ketagihan digital, ketagihan seks, IGD, SAD serta cabaran- cabaran kesihatan mental yang perlu menjalani intervensi awal supaya mereka boleh dirujuk ke institusi KKM yang berkaitan.

Ketiga, bagi pelajar yang dirujuk ke KKM melibatkan perkhidmatan JKM apabila kita perlu.

Keempat, menganalisis dan memantau trend kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan menyediakan laporan yang berkala.

Kelima, menjalankan kempen kesedaran mengenai kesihatan mental secara sistematik di sekolah.

Dato' Yang di-Pertua, menurut kajian norma budaya yang menekankan kepatuhan sosial dan mengelakkan konflik boleh menyumbangkan kepada peningkatan kebimbangan sosial dan menjejas kesihatan mental kanak-kanak. Oleh itu, syor kedua jawatankuasa ialah supaya KPM untuk mengkaji semula kesesuaian bahan-bahan pendidikan karakter yang utamakan kepatuhan sosial dan menimbang untuk menggantinya dengan pembelajaran emosi sosial yang telah pun dicadangkan oleh ahli-ahli akademik yang menjalankan kajian psikososial kanak-kanak dan juga pihak UNICEF.

Dato' Yang di-Pertua, saya ingin sekali lagi menekankan bahawa jawatankuasa amat memandang serius kekurangan komitmen kewangan dan kapasiti MCMC dalam menjaga keselamatan internet dalam kalangan kanak-kanak.

Oleh itu syor ketiga jawatankuasa ialah supaya MCMC menggandakan peruntukan kewangan dengan segera bagi meningkatkan kapasiti pasukan pemantauan, laman web termasuk penggunaan teknologi terkini dan meningkatkan kepakaran sumber manusia yang sewajarnya.

Selain itu, MCMC juga perlu menyalur dana CSR ke NCEMH untuk mencegah dan mengurus masalah kes ketagihan digital akibat penggunaan internet berlebihan. Memandangkan penglibatan ibu bapa amat kritikal dalam memastikan keselamatan digital terhadap kanak-kanak, jawatankuasa mencadangkan supaya MCMC untuk menjalankan kempen kesedaran keselamatan digital secara besar- besaran, khususnya kami ingin mencadangkan supaya MCMC bekerjasama dengan KPM untuk menjalankan program literasi digital yang berstruktur khusus untuk ibu bapa dan memastikan setiap sekolah melaksanakan sesi praktikal penetapan parental control yang mana ibu bapa dibimbing secara langsung untuk mengaktifkan kawalan keselamatan pada peranti anak masing-masing.

Dato' Yang di-Pertua, memandangkan sebanyak 68.1 peratus kes rogol statutori adalah kes suka sama suka, syor ketiga jawatankuasa ialah supaya KDN mengkaji untuk meminda seksyen 375 dan 376 Kanun Keseksaan dan akta-akta yang berkaitan supaya kedua-dua pihak lelaki ataupun perempuan dipertanggungjawabkan secara saksama di bawah undang-undang.

Secara keseluruhannya Dato' Yang di-Pertua, jawatankuasa berpendapat bahawa isu keselamatan digital dan juga kesihatan mental dalam kalangan kanak- kanak perlu perhatian dan tindakan yang segara daripada kerajaan. Kita tidak boleh menggunakan alasan peruntukan tak cukup, kakitangan tak cukup tapi kita pandang serius. Apabila kita cakap kita pandang serius dengan kesihatan mental kanak- kanak. Apabila kita cakap kita pandang serius keselamatan digital kanak-kanak, kita perlu prove that peruntukan. Kita kena prove-kan bahawa kita memang serius untuk menangani masalah ini supaya anak-anak kita boleh berkembang dengan sihat.

Oleh itu, Jawatankuasa ingin menggesa Kementerian Kewangan untuk memberi peruntukan khas yang mencukupi untuk agensi-agensi yang berkaitan dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu meluluskan lebih perjawatan berkaitan kepada semua kementerian yang terlibat dalam pengurusan kesihatan mental di Malaysia. Itu sahaja pembentangan saya dan penerangan saya. Sekian sahaja.

draft12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Puchong, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak- kanak dan Pembangunan Masyarakat. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan tadi telah dibentangkan. Sekarang ia terbuka untuk satu sesi permintaan penjelasan dan memberi pandangan.

Dengan ini kalau dalam senarai yang ada dengan saya ini terdapat empat orang Yang Berhormat yang akan berbahas iaitu Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Kuala Langat dan masa ditetapkan tiga minit atas budi bicara Speaker yang mempengerusikan Majlis dan dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.

draft12:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya. Pertama sekali saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat kerana menghasilkan satu laporan yang komprehensif tentang keselamatan digital dan kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia.

Ini adalah satu usaha yang baik susulan daripada beberapa kes yang sangat menyakitkan hati rakyat Malaysia yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Jadi, ini menimbulkan satu persoalan bagaimana kita boleh membantu anak-anak kita menjaga kesihatan mental dan juga survive dalam keadaan digital yang overloaded with digital, dalam suasana dunia yang baru ini mengharungi masalah digital sekarang yang kita harungi sekarang.

Kebetulan juga Jawatankuasa Pilihan Kesihatan juga tengah untuk, tengah look into this masalah kesihatan mental, jadi kita pun tahu tentang masalah-masalah yang dihadapi. Kita ada Menteri Kesihatan di sini dan ada juga Timbalan Menteri Komunikasi di sini. Kedua-dua pihak ini amat penting.

Tuan Yang di-Pertua, yang penting adalah isu bagaimana Malaysia adalah negara yang kedua di dunia yang telah mengumumkan bahawa kita akan menghalang prohibit atau banned social media untuk kanak-kanak di bawah 16 tahun. Ini adalah satu keputusan yang sangat-sangat besar. Ia melibatkan berjuta- juta anak-anak kita. Walau bagaimanapun, saya rasa kita belum bersedia lagi, kita perlukan dengan membaca report ini dengan segala kementerian dan juga laporan daripada kementerian yang terlibat.

Saya rasa itu belum cukup untuk mengadakan satu keputusan yang begitu besar kerana kerajaan mengumumkan bahawa akan menghalang the banned social media tahun depan. Tetapi sekarang kita tinggal satu bulan sudah masuk ke tahun 2026. Apakah a conversation, kita perlukan satu engagement yang sangat-sangat besar. Dia perlukan satu perbincangan di antara semua pihak. Saya sebagai ibu bapa okey, Tuan Yang di-Pertua pun ada anak dan juga mungkin ada cucu. Di sini ramai, Puchong ada anak dan anak akan dilahirkan tidak lama lagi, tahniah.

Tetapi kita perlukan a deep conversation dengan semua stakeholders. Saya masih belum nampak conversation itu berlaku. Jadi, saya ingin cadangkan kepada Kementerian Komunikasi, harus ada wide engagement. Jangan under knee jerk.

Isunya bukan banned, kalau kita banned social media, sebenarnya dia ada effect- nya seperti Puchong kata tadi double-edged sword. Anak kita kehilangan satu platform untuk belajar ilmu yang baru atau satu idea yang baru. Mereka disconnected from the world.

Kedua, dalam sekolah pun sekarang menggunakan WhatsApp untuk bagi homework atau arahan daripada cikgu atau guru. Bagaimana kita banned WhatsApp, maka dia akan menjadi masalah yang sangat kecoh dan walau bagaimanapun, saya pun tahu bahawa kita perlu address apa yang dicakap oleh Puchong, Internet gaming disorder, social anxiety disorder.

draft12:15 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ini isu yang serius ini. Jadi, itu sebab saya ingin mencadangkan kepada Dewan yang mulia, bukan hanya kerajaan tetapi juga Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau kita boleh tubuhkan satu kaukus ya untuk membantu kerajaan mencari penyelesaian mengatasi masalah Internet gaming disorder, social anxiety disorder menjelang sama ada kita nak menghalang atau banned social media atau tidak. Kita kena ada national conversation.

Kita sebagai policy maker kena ada conversation, dengan NGO kena ada conversation, dengan persatuan ibu bapa kena ada satu perbincangan, dengan cikgu-cikgu kita kena ada perbincangan. Kita kena build a national consensus, baru kita nak buat keputusan, nak ban atau tidak. Kerana kalau kita buat keputusan ban saja, tiba-tiba out of aware, dia akan menyebabkan pelbagai masalah.

Itu sebab apabila kita buat keputusan besar, polisi, kena ada perbincangan dulu, a plan, kena step-by-step, barulah ada satu polisi yang bagus. Kalau kita look from perspektif daripada ibu bapa atau sebagai kerajaan, ada masalah kita ban saja, itu tidak akan menyelesaikan masalah.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya harap bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat kalau JKP Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat boleh lead this conversation, bagus. Saya volunteer untuk memasuki komiti tersebut untuk membantu menyediakan satu polisi yang lengkap supaya negara kita boleh adakan policy discussion yang menyeluruh sebelum kita buat keputusan yang begitu besar, yang melibatkan jutaan anak-anak kita yang di bawah umur 16. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

draft12:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Temerloh mendengar dan bersetuju terhadap tiga syor jawatankuasa berkaitan masalah yang dikaitkan dengan keselamatan digital dan kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia. Tahniah diucapkan. Sungguh membimbangkan dan mengejutkan dengan laporan mengikut statistik dan angka yang dinyatakan.

Hari ini kita berhadapan dengan satu realiti baharu. Kanak-kanak membesar dalam dunia digital yang tidak lagi bersempadan. Risiko seperti buli siber, eksploitasi seksual, ketagihan permainan dalam talian dan tekanan mental bukan lagi isu terpencil. Ia sudah menjadi fenomena sosial nasional.

Keselamatan digital adalah komponen penting kepada kesihatan mental dan kesejahteraan anak-anak. Tanpa perlindungan menyeluruh, dunia digital boleh menjadi ruang eksploitasi dan trauma. Oleh itu, kerjasama rentas kementerian daripada Kementerian Komunikasi amat diperlukan untuk memastikan setiap kanak- kanak Malaysia membesar dalam persekitaran selamat, sihat dan bermaruah.

Temerloh berpandangan, pendekatan hidup beragama menjadi teras dalam kehidupan. Agama bukan sekadar ibadah tetapi pembinaan akhlak, disiplin diri dan kekuatan mental yang sangat penting dalam dunia digital. Jika dilaksanakan secara bersepadu oleh KKM, KKD, KPWKM, KDN dan PDRM dan JAKIM, ia mampu menjadi penawar jangka panjang kepada masalah keselamatan digital dan kesihatan mental kanak-kanak.

Dari sudut pendekatan hidup beragama, Temerloh mencadangkan tiga kementerian utama digerakkan secara lebih tersusun. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memperkukuh pendidikan agama di sekolah dengan modul adab digital, nilai menjaga maruah diri dan kawalan diri supaya murid bukan sahaja celik teknologi tetapi mempunyai batasan moral ketika menggunakan media sosial dengan batas dosa dan pahala baik dan buruk.

KPWKM pula wajar memperluas program pendidikan keluarga beragama, membantu ibu bapa memahami tanggungjawab, memantau gajet secara berhemah, menanam amalan kerohanian dalam rumah seperti solat berjemaah, tazkirah ringkas dan masa tanpa skrin bagi mengukuh ikatan emosi keluarga.

Akhir sekali, JAKIM perlu memimpin usaha nasional, menerapkan konsep Maqasid Syariah dalam dasar perlindungan kanak-kanak digital, membangunkan kempen adab di alam maya serta memperkasa masjid sebagai pusat sokongan emosi, kaunseling beragama dan pendidikan kerohanian untuk remaja. Dengan pendekatan agama dan ke arah ini, kita mampu membina benteng rohani dan sahsiah yang kuat bagi melindungi anak-anak dalam dunia digital yang semakin mencabar. Ibu bapa juga mesti juga bertanggungjawab memberi komitmen untuk mengatasi masalah ini.

Akhirnya, pendekatan teknologi sahaja tidak memadai. Kita perlu kekuatan rohani dan kerjasama kementerian untuk melindungi masa depan anak-anak negara.

Dengan gabungan pendidikan, penguatkuasaan dan nilai agama, kita mampu mewujudkan dunia digital yang selamat, sihat dan berakhlak untuk generasi akan datang. Okey, terima kasih.

draft12:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Pulai.

draft12:22 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera, salam MADANI.

Terima kasih Dato' Dr. Speaker. Pulai ucapkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat yang telah menyediakan satu penyata yang komprehensif untuk kita sama-sama bahas dan lihat perkara ini secara lebih serius.

Dato' Speaker, anak-anak kita yang kita besarkan ini perlu ada satu ketahanan diri supaya mereka boleh berdepan dengan apa juga cabaran-cabaran yang mendatang kepada mereka. Saya tertarik dengan satu firman Allah Taala dalam Surah Al-Ankabut, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Solat itu boleh mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Melihat gambar-gambar porno, terlibat dengan aktiviti seksual dan berbagai- bagai lagi perkara, ini adalah satu kemungkaran. Dan salah satu kaedah untuk melihat ataupun menyelesaikan masalah ini adalah mendidik anak kita untuk melaksanakan solat yang sebenar. Solat yang khusyuk, ia boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi khususnya kepada umat Islam. Bagi yang beragama Islam, ini adalah salah satu kaedah. Yang bukan Islam mungkin ada cara-cara yang lebih sesuai di situ.

Tapi ini pendekatan yang perlu diterap melalui berbagai-bagai kaedah, dalam Kementerian Pendidikan, dalam agensi-agensi yang lain dan sebagainya.

Terutamanya kita didik kepada ibu bapa ini untuk memastikan bahawa anak mereka ini melaksanakan ibadah yang ditetapkan oleh Allah Taala. Kalau kita gagal ini, kita akan dedahkan anak-anak kita kepada masalah-masalah yang lain.

Maka itu, saya mencadangkan kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ini yang ada aktiviti parenting, mereka perlu memasukkan nilai ini dan bekerjasama dengan agensi-agensi agama untuk menerapkan nilai-nilai ini kepada anak-anak mereka.

Yang kedua Dato' Dr. Speaker, saya ingin menjelaskan sedikit berkenaan dengan isu kesihatan mental dan sakit mental. Dia adalah yang berbeza. Dia bermula dengan sakit mental dan kalau tidak dirawat, dia akan jadi sakit mental. Sakit mental ini bawah KKM ada psikiatri dan sebagainya. Tetapi di peringkat awal itu adalah kesihatan mental. Dan satu daripada tiga rakyat Malaysia berdepan dengan masalah kesihatan mental, bermakna 10 juta. Kesihatan mental ini ada satu bidang atau satu jabatan yang sepatutnya diberi fokus iaitu kaunselor. Kalau dah berdepan dengan sakit mental, bawah KKM, di situ ada psikiatri dan sebagainya.

Jadi di sini Dato' Dr. Speaker, saya nak jelaskan bahawa apa yang kita lihat di dalam Jawatankuasa Pilihan Kesihatan, semalam kami ada pertemuan dengan JKM. Di JKM saja baru ada 194 kaunselor. Saya rujuk juga KKM ada 346 kaunselor, bermakna 540. Ini yang dua kementerian yang banyak kaunselor ini, 540. Sedangkan satu pertiga maknanya 10 juta rakyat Malaysia ini berdepan dengan kesihatan mental, nak diuruskan dengan 540 orang.

So, ini tak munasabah ya kita nak jayakan, nak selesaikan masalah ini. Maka itu, Pulai mencadangkan supaya kaunselor ini di-upgrade menjadi satu jabatan, Jabatan Kaunselor yang menguruskan kaunselor-kaunselor di setiap kementerian ini, di kementerian KKM ada, bawah wanita ada, bawah Kementerian Pendidikan ada, bawah KDN ada, macam-macam, banyak tapi tidak diurus dengan baik.

draft12:25 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Maka, dalam kita nak menyelesaikan masalah kesihatan mental ini, maka dicadangkan juga supaya kaunselor ini dijadikan sebagai satu jabatan dan mereka boleh membantu untuk menguruskan masalah kesihatan mental di kalangan kanak- kanak dan juga dewasa. Terima kasih.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.

draft12:30 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Speaker. Pertamanya, saya ucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat atas pembentangan satu penyata berkaitan dengan keselamatan digital dan kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia. Saya kira ini adalah satu yang sangat realiti, yang mana kita lihat digitalisasi ini sebagai seolah satu ancaman yang cukup besar dan realitinya itulah dia. Cuma bagaimana kita dapat menguruskan dengan baik, dengan banyak faedah- faedah yang kita dapat daripada digital-digital itu sendiri.

Cuma, yang menjadi ancaman kepada kita pada hari ini seperti yang disebutkan tadi adalah bagaimana keterbatasan kuasa perundangan yang kita ada ini. Sudah tentunya ada satu kuasa perundangan yang boleh memberikan ataupun menyelesaikan isu ini. Di samping berkaitan dengan juga bagaimana kita dapat menaiktarafkan sekolah-sekolah kita yang mendidik soal-soal berkaitan dengan kesihatan mental ini, harus juga kita terus perkasakan.

Begitu juga dengan literasi di kalangan ibu bapa yang saya kira pada hari ini di samping mereka ini bekerja dan sebagainya, mereka juga tidak harus meninggalkan soal tanggungjawab di atas tanggungan kepada pembentukan anak- anak mereka itu sendiri. Kita maklum bahawa jumlah kaunselor yang begitu sangat terhad sebagaimana yang disebutkan oleh Pulai tadi, sudah tentu harus sesuatu dibuat dengan sebaik mungkin.

Saya suka merujuk kepada satu saringan kesihatan mental yang dilakukan oleh UKM yang menjalankan ke atas satu sampel yang tidak begitu besar tetapi daripada pelbagai latar belakang, luar dan juga dalam bandar tetapi hasilnya sangat mengejutkan. Hanya 33 peratus pelajar mempunyai kesihatan mental yang normal.

Ini dilakukan kepada pelajar-pelajar SPM yang akan menduduki SPM pada tahun 2025 ini. Sementara 60 peratus pelajar mengalami masalah gejala mild anxiety, stress dan depression.

Lebih membimbangkan lagi, 30 peratus pelajar mengalami simptom yang teruk dan sangat teruk dengan 12 peratus memerlukan intervensi profesional dan empat peratus telah mencuba membunuh diri dan mempunyai idea untuk mencederakan diri sendiri.

Saya kira ini sesuatu yang sangat besar. Sudah tentu ada suatu intervensi yang harus kita buat. Di samping syor-syor dan cadangan yang dikemukakan dalam pembentangan tadi, saya melihat bahawa di samping intervensi dan sebagainya, saya melihat bahawa Kementerian Pendidikan ataupun platform pendidikan anak- anak kita harus terus diperkasakan lagi. Saya rasa perlu dikaji semula silibus pendidikan kesihatan mental kepada anak-anak kita. Saya maklum setiap tahun ada sahaja juga silbus berkaitan dengan kesihatan pendidikan daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah, tetapi ini harus terus diperkasakan.

Begitu juga dengan keterlibatan guru-guru kaunselor di sekolah-sekolah.

Saya kira ini harus diperbanyakkan lagi sama ada mereka ini sebagai kaunselor ataupun mereka ini juga mempunyai pengetahuan untuk sebagai kaunselor di sekolah-sekolah. Yang sebaiknya kalau setiap kelas itu guru-gurunya juga mempunyai pengetahuan ini, saya kira mereka mempunyai kemampuan untuk melakukan saringan pelajar-pelajar berkaitan dengan status kesihatan mental mereka.

Dan sebagaimana tadi saya sangat setuju, Pulai mencadangkan supaya ada satu jabatan yang menguruskan kaunseling, kaunselor-kaunselor kita di Malaysia.

Kalau kita lihat, kalau yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia, kita ada lebih kurang dalam 12,850 kaunselor di dalam negara kita. Jumlah ini terlalu kecil.

Kalau kita merasakan bahawa dengan jumlah anak-anak kita di peringkat kanak- kanak yang masih di dalam bangku sekolah, saya ingat ini jumlah yang dan ini pun bertaburan. Bukan sahaja di bawah kementerian dan sebagainya, tetapi saya ingat kita memerlukan jumlah yang cukup besar.

Selain daripada itu, saya merasakan pegawai kaunselor yang ada di peringkat daerah di bawah JKM ini, mereka juga mempunyai tanggungjawab yang pelbagai. Bukan sahaja terlibat di dalam kaunseling di dalam bencana-bencana yang tertentu, saya ingat harus ada tumpuan juga di peringkat jabatan kemasyarakatan.

Di peringkat daerah, ada kaunselor yang memang ditumpukan untuk melakukan kerja-kerja kaunseling ini sendiri.

Dan saya merasakan juga sudah tiba masanya doktor-doktor kita sama ada doktor di peringkat perkhidmatan awam ataupun doktor-doktor di peringkat swasta, general practitioner, dia juga diberikan pengetahuan kerana secara langsungnya, saya ingat pendidikan kaunseling berkaitan kesihatan mental ini tidak ada dalam sistem pendidikan pelajar-pelajar perubatan.

Mungkin boleh diletakkan silibus pendidikan kaunseling ini di dalam pendidikan mereka dan juga mungkin boleh diadakan dalam satu kewajipan meletakkan continuous medical education ini kepada doktor-doktor untuk memperbaharui amalan perubatan. Juga, bolehlah dicadangkan juga sebagai satu silibus kaunseling kesihatan mental kepada doktor-doktor untuk membantu dalam kita menangani masalah kesihatan mental di kalangan anak-anak kita. Terima kasih Tuan Speaker.

draft12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Selanjutnya, saya menjemput Yang Berhormat Ampang, Ahli Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk menjawab dan memberi pandangan. Silakan.

draft12:30 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada empat pembahas, Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian. Kita lihat di antara perkara— sebenarnya saya selaku naib pengerusi sebenarnya, ingin mengucapkan orang kata, kesyukuranlah kerana penyata ini telah dapat kami bentangkan. Kerana ia adalah satu penemuan-penemuan yang sebenarnya amat penting untuk kita sebagaimana yang telah dibacakan oleh Yang Berhormat Puchong tadi selaku Pengerusi, iaitu ada 13 syor yang telah disyorkan dan ada tiga perkara besar yang utama yang perlu kita faham.

Berdasarkan gambaran keseluruhan siri mesyuarat, satu isu utama yang amat jelas ialah kelajuan perkembangan teknologi, Yang Berhormat Dato' Yang di- Pertua. Ia mengatasi keupayaan negara mengawasi atau mengawal risiko kepada kanak-kanak. Apa yang dibentangkan oleh empat-empat pembahas itu sebenarnya apa juga yang telah kita temukan dalam perbahasan ataupun dalam penemuan kita daripada 4 November dahulu sehingga sekarang, sehingga 30 hari bulan yang kita bincangkan. Kita lihat, sama ada jenayah-jenayah sosial dalam talian ke, penyantunan digital, pendedahan pornografi, buli siber dan ketagihan permainan, semuanya berkembang lebih pantas.

Pertama, dalam konteks kapasiti penguatkuasaan, dalam kemampuan pemantauan, dalam kerangka perundangan sedia ada, kita tak terjangkau, Yang Berhormat Dato' Pengerusi. Jadi, jawatankuasa ini kita bukan hanya berdepan ancaman baharu, tetapi berdepan generasi kanak-kanak yang sedang membesar dalam ekosistem berisiko tanpa perlindungan yang mencukupi.

Kita dapati di sini penemuan kita, ada beberapa kementerian yang terlibat iaitu Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri, KPWKM, Kementerian Wanita, Kementerian Pendidikan Malaysia dan ada satu suruhanjaya yang sentiasa membekalkan kita maklumat-maklumat tentang apa yang berlaku.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini, jawatankuasa memberikan perhatian besar bila kita membuat penemuan-penemuan ini. Ini menunjukkan bahawa isu kanak-kanak hari ini bukan sahaja berkaitan keselamatan semata-mata, tetapi juga hubungan manusia yang semakin renggang dalam keluarga dan komuniti. Jadi, penggulungan kali ini, saya menegaskan bahawa kita perlu membina semula ekosistem sokongan emosi. Sebab itu dalam syor, kita bercakap tentang juga berkaitan dengan kesihatan apa ini, mental health dan sebagainya, bukan hanya menangani aspek digital semata-mata.

Jadi, jawatankuasa berpandangan bahawa negara tidak lagi boleh urus, melihat penambahan perjawatan semata-mata. Bila tak ada berlaku sesuatu, kita buat jabatan, kita buat perjawatan. Itu tidak memadai sebenarnya kerana peningkatan peruntukan dan pembangunan sistem digital sebagai beban kewangan juga tidak boleh dikatakan begitu.

Sebabnya, pada kami ahli jawatankuasa, kami merasakan bahawa dah sampai masa pihak kerajaan melihat pelaburan mengurangkan risiko jenayah masa depan, pelaburan mengurangkan kos kesihatan mental jangka panjang, pelaburan membina modal insan dan pelaburan memastikan kestabilan sosial negara amat- amat perlu diberikan perhatian.

Oleh itu berdasarkan keseluruhan penelitian, saya lihat tadi ada Yang Berhormat Bayan Baru menegaskan tentang penting dipercepatkan rang undang- undang banned kanak-kanak bawah 16 tahun untuk akses kepada sosial media.

Temerloh dan juga Pulai melihat sebagai isu nilai agama perlu ditingkatkan dan juga jabatan kaunselor perlu diwujudkan. Kuala Langat memohon supaya kita naikkan taraf program kesihatan mental. Itu semua sebenarnya telah pun dirangkum dalam syor-syor yang ada.

draft12:35 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Jadi, berdasarkan keseluruhan penelitian, jawatankuasa ingin menegaskan tiga lagi perkara asas iaitu pertama, kanak-kanak Malaysia hari ini sedang membesar dalam dunia yang lebih berbahaya daripada apa yang telah orang dewasa bayangkan. Yang kedua, sistem sokongan kita, walaupun telah berusia, masih belum mempunyai kapasiti, peruntukan, teknologi atau tenaga kerja yang mencukupi untuk melindungi mereka. Yang ketiga, tindakan strategik perlu dipercepatkan kerana setiap kelewatan akan membawa impak jangka panjang terhadap perkembangan generasi muda negara.

Saya mengharapkan Yang Berhormat semua, kalau ada kesempatan, baca dokumen penyata ini kerana kita lihat dah ada banyak juga program-program yang baik yang telah diambil tetapi tidak cukup serius dilakukan. Contohnya, dalam syor yang ke-13 kita lihat di sini, kita lihat antara syor di sini, telah ada Operasi Pedo contohnya, amat berjaya yang dibuat oleh PDRM. Tetapi, ia dibuat dua tahun sekali.

Jadi, sebab itu kita mengesyorkan supaya Operasi Pedo ini, sekurang-kurangnya dibuat dua kali dalam tempoh setahun supaya ia nya menjadi satu program ataupun satu usaha yang berterusan yang, apa orang kata, serius yang diambil langkah oleh kerajaan.

Oleh itu, saya menyeru agar Dewan ini mengambil maklum secara serius dengan cadangan-cadangan yang ada dan kita meminta supaya semua kementerian yang terlibat untuk melaksanakan tindakan pembetulan secara sistematik, bukan secara respons kepada insiden.

Dan akhirnya, kata-kata saya pada hari ini, generasi pada hari ini tidak boleh menunggu kita mengejar perubahan. Mereka memerlukan perlindungan daripada kita. Sekian sahaja, Dato’ Yang di-Pertua, penggulungan bagi pihak Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

draft12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat, sekarang selesailah sesi penerangan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan pada hari ini.

draft12:40 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan rang undang-undang ini.

draft12:40 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial 1969.

Biar cermat menaruh baja, Takkan disengat angkut-angkut; Biar berani demi pekerja, Takkan saya takut-takut. Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian, saya ingin mulakan bacaan kedua bagi RUU Keselamatan Sosial Pekerja 2025 ini dengan menyelusuri sejarah perlindungan sosial negara kita yang hampir 54 tahun yang lampau.

Bermula 1 Januari 1971, Pertubuhan Keselamatan Sosial ataupun PERKESO melaksanakan Skim Bencana Kerja melalui penguatkuasaan Akta Keselamatan Sosial 1969 ataupun selepas ini saya gelar sebagai Akta 4. Skim Bencana Kerja ini melindungi pekerja daripada kontigensi kemalangan di tempat kerja yang terbit akibat ataupun berkaitan dengan pekerjaan.

Kemudian, 20 tahun berlalu iaitu pada 1 Januari 1992, umur saya 10 tahun ketika itu, liputan Skim Bencana Kerja telah diperluaskan dengan memasukkan seksyen 24 ke dalam seksyen 4. Seksyen baharu ini membolehkan PERKESO memberikan perlindungan bagi kemalangan yang menimpa pekerja semasa perjalanan dalam tiga keadaan seperti yang berikut:

(i) perjalanan ikut laluan di antara tempat kediaman ataupun tempat tinggal dengan tempat kerja;

(ii) perjalanan yang dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkait dengan penggajian ataupun pekerjaan; dan

(iii) perjalanan antara tempat kerja dengan tempat makan dalam masa rehat yang dibenarkan.

Walau bagaimanapun, sekiranya kemalangan berlaku semasa perjalanan dalam masa pemberhentian ataupun lencongan— kalau dia lencong pi mana-mana selain daripada apa yang tiga keadaan yang saya sebut di atas tadi, pekerja itu tidak dilindungi bagi maksud kemalangan yang berlaku kerana ia tidak ditakrifkan sebagai bencana kerja.

Tuntutan-tuntutan yang diputuskan sebagai bukan bencana kerja kerana pemberhentian dan lencongan semasa perjalanan telah menimbulkan aduan dan para pekerja khususnya orang berinsurans serta tanggungan mereka. Hal ini kerana sebagai pencarum, mereka mempunyai persepsi bahawa mereka dilindungi oleh PERKESO sekiranya berlaku kemalangan.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, setiap hari jutaan rakyat Malaysia bangun awal pagi keluar mencari rezeki sama ada di kilang, di ladang, tapak pembinaan, pejabat dan sebagainya. Mereka bekerja keras mencari rezeki halal, menyara keluarga, masa depan anak-anak mereka. Namun, satu hakikat sering terlepas pandang ialah nasib pekerja kita apabila mereka ditimpa kemalangan khususnya di luar waktu kerja. Musibah tidak memilih masa. Ia boleh berlaku, sama ada kita sedang bekerja ataupun sebaliknya.

Muhammad Firdaus, anak muda berusia 25 tahun, baru sebulan bekerja di sebuah syarikat pembinaan di Lahad Datu. Pada hari cuti syifnya, beliau memandu pulang untuk menziarahi ibu bapa yang uzur. Namun, pada 3.00 pagi, 10 September 2025, dalam perjalanan yang sunyi, keretanya terbabas. Firdaus cedera parah, patah kedua-dua tulang radius, kecederaan pergelangan kaki dan trauma dalaman sehingga tidak sedar diri. Dia terlantar 60 hari di hospital.

Tapi, oleh kerana kemalangan ini berlaku di luar waktu kerja, maka undang- undang hari ini mengklasifikasikannya sebagai bukan bencana kerja. Justeru, Firdaus tidak layak menerima sebarang faedah PERKESO di bawah Skim Bencana Kerja. Akhirnya, segala kos rawatan pembedahan bernilai puluh-puluh ribu Ringgit terpaksa ditanggung keluarga.

Majikan hanya mampu, atas ihsan, membayar cuti sakit bergaji untuk tempoh yang terhad. Ibu bapanya sudah uzur, hampir menjual tanah pusaka demi membiayai rawatan perubatan anak mereka. Firdaus pula tidak bekerja berbulan-bulan, hilang pendapatan pada masa usia di mana dia sepatutnya membina masa depan.

Inilah jurang perlindungan yang cuba ditutup oleh pindaan undang-undang ini melalui Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) ataupun Skim Lindung 24 Jam. Sekiranya Skim Lindung 24 Jam ini dilaksanakan, Firdaus tadi, kes tadi, dia akan mencarum lebih kurang RM12.35 sebulan untuk gajinya sebulan RM1,700.

Dengan caruman RM12.35 itu, Firdaus layak menerima, satu, elaun hilang upaya sementara berjumlah RM4,752 dengan kadar bayaran sebanyak RM26.40 sehari, dengan cuti sakitnya 180 hari.

Dan sekiranya Firdaus mengalami kecacatan kekal, maka beliau boleh memohon faedah hilang upaya kekal, yang mana bayaran akan diberikan berdasarkan tafsiran hilang upaya oleh jemaah doktor dengan kadar bayaran pukal sehingga lebih RM30,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM712.80 yang akan dibayar seumur hidup. Ketiga, elaun layanan sentiasa juga akan dibayar sebanyak RM500 sebulan dan sebarang rawatan perubatan dan pemulihan tanpa sebarang had akan diberikan secara percuma mengikut Akta Fi.

Dan semua ini hanya dengan caruman, tadi saya sebut, RM12.35 sahaja ataupun sehari— itu sebulan. Sehari, 41 sen. Jauh lebih murah daripada bebanan puluhan ribu yang kini terpaksa dipikul oleh keluarga beliau. Kalau ambil insurans swasta, maka kosnya mungkin sebulan akan mencecah lebih RM200 sehingga RM300 sebulan untuk mencapai ataupun untuk mendapatkan nilai perlindungan yang sama.

Satu lagi kisah tragis. Yang ini lebih tragis lagi. Muhammad Amir Mohd Alowi, usia 28 tahun, cukup muda, seorang suami yang penyayang, ayah yang muda, anak kecil baru berumur satu tahun 10 bulan dan pencari nafkah utama buat keluarga mereka.

draft12:42 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

6 November 2025 bulan ini, beliau dikatakan telah sampai di rumah, namun telah berpatah balik ke pejabat untuk apa. Mengambil susu anak yang tertinggal.

Namun di tengah jalan, laluan MRR2, beliau terlibat dengan kemalangan sebuah lori.

Rempuhan itu meragut nyawanya on the spot, di tempat kejadian.

Gambar tular, tumpahan susu atas jalan menyayat hati rakyat Malaysia yang melihatnya. Suatu realiti yang cukup sedih, sugul dan pahit buat keluarga kecil Amir.

Dalam sekelip mata, seorang isteri menjadi balu, seorang anak kecil yang masih belum faham apa itu kehilangan ayah dan sebuah keluarga yang tiba-tiba hilang tempat bergantung.

Lebih memilukan, kemalangan itu dengan undang-undang sedia ada ini ditakrifkan sebagai di luar waktu kerja. Maka, kes ini bermakna daripada pengebumian, hutang, sehinggalah kos membesarkan anak terpaksa ditanggung sendiri oleh isteri yang kini bergelar ibu tunggal pada usia yang muda.

Tapi bayangkan jika kita sama-sama meluluskan pindaan RUU ini. Lindung 24 jam. Amir yang bergaji lebih kurang RM4,400 hanya perlu mencarum RM32.65 sebulan. Dan caruman kecil ini balunya layak menerima faedah tanggungan, faedah orang tanggungan sepanjang hayat dan anaknya sehingga berumur 21 tahun ataupun tamat ijazah. Nilai perlindungan faedah orang tanggungan ini boleh mencecah RM1 juta.

Saya pernah dengar ucapan salah seorang Ahli Parlimen kita. Yang Berhormat saudara saya dari Bakri. Beliau sebut beliau anak PERKESO. Kerana pabila dalam keadaan keluarganya kehilangan ayah, PERKESO, faedah orang tanggungan inilah yang membantu keluarganya sehingga beliau hari ini berjaya menjadi seorang Ahli Parlimen. Bayangkan keadaan arwah Amir ini.

Faedah pengurusan jenazah RM3,000. Faedah pendidikan kepada anak di mana PERKESO memberikan pinjaman pendidikan sehingga anak arwah tamat ijazah pertama. Sekiranya anak arwah mencapai keputusan cemerlang dan memenuhi syarat PERKESO, pinjaman tersebut boleh ditukar kepada biasiswa.

Sudah tentu wang Ringgit tidak dapat menggantikan nyawa yang telah hilang.

Tapi ketika berdepan tragedi yang begitu sedih, ujian yang begitu besar. Kalau ada perlindungan daripada PERKESO ini, maka sekurang-kurangnya isu-isu kewangan, isu-isu kehidupan, jagaan anak boleh diringankan. Inilah fungsi Skim Lindung 24 Jam. Bukan sekadar skim baharu, ini adalah jaminan bahawa apabila tragedi berlaku tanpa diduga, keluarga pekerja dan pekerja tidak jatuh miskin dalam sekelip mata.

Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan Yang Berhormat. Berdasarkan statistik PERKESO, antara tahun 2023 hingga Oktober 2025, sebanyak 12,306 kes tuntutan telah ditolak dan diputuskan sebagai bukan bencana kerja. Inilah hakikatnya.

Puluhan ribu pekerja, keluarga mereka terpaksa menanggung sendiri kos perubatan, kos rawatan dan segala perbelanjaan pemulihan hanya kerana kemalangan itu berlaku di luar waktu kerja.

12,000 ini yang dilaporkan dan kemudian ditolak. Ada banyak lagi kes yang mereka tidak tuntut pun sebab mereka sedia maklum bahawa ini bukan bencana sewaktu pekerjaan. Jadi, trend penolakan tuntutan yang diputuskan sebagai bukan bencana ini dijangka akan menaik. Angka saya sebut tadi dijangka akan menaik berikutan perubahan dalam amalan budaya kerja, khususnya pasca COVID-19.

Semakin ramai pekerja yang bekerja di rumah, bekerja secara bergerak ataupun dengan izin mobile work force. Corak pekerjaan semasa yang bersandar kepada pendekatan hibrid ataupun aturan kerja anjal dengan izin, flexible working environment arrangement telah menyebabkan garis perbezaan antara kerja dengan kehidupan semakin kabur. Kadangkala kita bekerja dari rumah, dari cafe bahkan dari taman sambil menemani anak-anak kita bermain.

Lebih meruncingkan, hanya 42 peratus daripada populasi bekerja negara kita mempunyai insurans perlindungan kemalangan peribadi ataupun Takaful. Ini maklumat dari Bank Negara Malaysia. Jadi, apabila berlaku isu dia akan wujud keadaan-keadaan yang digelar di luar sana isu-isu teknikal. Dia kena berhujah, dia kena berbahas dengan pihak PERKESO contohnya ya. Adakah ini berlaku waktu kerja atau tidak.

Dan di pihak PERKESO pula, mereka sebenarnya hanya menuruti undang- undang sedia ada. Mereka terikat dengan peraturan dan undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen. Maka, terpaksa menjalankan amanah mereka dengan tegas agar dapat melindungi dana PERKESO ini untuk memberikan manfaat kepada mereka yang benar-benar berhak. Jadi, keadaan ini menyebabkan satu kelompangan ataupun jurang yang cukup besar dalam sistem perlindungan keselamatan sosial kita.

Sehubungan dengan itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menutup jurang dari dalam jaringan perlindungan sosial negara, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan satu skim baru yang dinamakan sebagai tadi yang saya sebut Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) ataupun Skim Lindung 24 Jam.

Saya nampak Pendang ada di sana. Sebenarnya benda ini dah pun dibincangkan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu. Malah, saya difahamkan idea asalnya telah bercambah lebih 20 tahun yang lalu. Pada lebih kurang 2007 dan kemudian kertas usul pertama telah disediakan sejak tahun 2017.

Jadi, ini bukan. Saya nak katakan ini merupakan kesinambungan daripada apa yang telah terbina oleh mantan-mantan Menteri Sumber Manusia yang pernah berdiri di sini. Dan saya sebagai penerus legasi ini, pemegang obor pada masa kini merasa bangga untuk akhirnya membentangkan pindaan yang saya kira sebagai satu game changer untuk sistem keselamatan sosial negara kita. Kerana ia akan memberikan perlindungan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu kepada pekerja dalam negara kita.

Pelaksanaan Skim Lindung 24 Jam ini adalah mandatori kepada semua pekerja di bawah Akta 4 dan caruman Lindung 24 Jam dibayar oleh pihak pekerja, akan disalur oleh majikan kepada PERKESO. Kerajaan telah memutuskan supaya kadar caruman Skim Lindung 24 Jam ini ditetapkan secara berperingkat ikut tiga fasa pelaksanaan. Jadi, kenaikan kadar caruman secara berperingkat ini adalah untuk mengurangkan impak kewangan kepada golongan bekerja secara drastik.

Penetapan kadar caruman secara berperingkat ini diperuntukkan secara telus, secara jelas dalam Jadual Ketiga, Akta 4.

Dan apabila pada masa kini, untuk fasa pertamanya caruman adalah sebanyak 0.75 peratus bersamaan dengan iaitu di antara RM12.35 untuk yang bergaji RM1,700 gaji minimum sehingga RM44.65 untuk siling gaji RM6,000 yang kita tetapkan dalam Akta 4 ini. Maksudnya, pekerja hanya perlu membayar dalam lingkungan ini dalam sebulan. RM12.35 sehingga RM44.65, tak sampai RM50 untuk pekerja yang bergaji RM6,000 atau ke atas.

Bayangkan, bandingkan dengan skim insurans swasta, mengikut satu perbandingan oleh PERKESO, insurans nyawa dengan perlindungan sehingga RM1 juta dalam pasaran swasta pekerja perlu membayar hampir RM600 sebulan. Tadi saya sebut PERKESO hanya RM12 minimumnya, yang itu RM600 swasta.

draft12:50 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Jadi, faedah-faedah adalah seperti faedah yang telah diperuntukkan di bawah Skim Bencana Kerja sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, KESUMA melalui PERKESO telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh di seluruh negara, termasuk di Sabah dan di Sarawak bagi mendapatkan maklum balas tentang cadangan pelaksanaan Lindung 24 jam ini. Antara pemegang taruh yang terlibat, termasuklah pihak dari SME ataupun small medium enterprises dengan izin Malaysian Employers Federation (MEF), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) dan Kongres kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)— peralihan Speaker, jadi saya ambil bagi masa sikit.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft1:00 PM

Majlis] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Teruskan.

draft1:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ya saya teruskan. Pemegang taruh dalam sesi libat urus kita termasuk MTUC, Union Network International Malaysian Liaison Committee

(UNIMLC) dan juga Kesatuan Kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera

(KKLTAT). Ini merupakan satu sesi libat urus yang agak menyeluruh seluruh negara, melibatkan semua pemegang taruh kita, sama ada daripada pihak majikan ataupun dari pihak pekerja dengan melibatkan lebih 1,684 peserta. Sukacita juga saya maklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa RUU ini juga telah dibentangkan dan dibincangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia.

Secara keseluruhannya, pemegang-pemegang taruh menyambut baik Skim Lindung 24 jam. Sebagai contoh, FMM dan SME berpendapat bahawa Lindung 24 Jam ini adalah faedah tambahan kepada pekerja dan melengkapkan jurang perlindungan yang tidak diliputi oleh PERKESO. Sebab saya faham, hadir bersama kita pada hari ini juga ada pemimpin-pemimpin dari mewakili Kesatuan Sekerja, dari MTUC, dari UNIMLC, dari CUEPACS dan juga pemimpin-pemimpin yang mewakili pihak majikan. Contohnya MEF, FMM dan sebagainya.

Saya mengalu-alukan kehadiran mereka, menunjukkan bukan sahaja keprihatinan pihak industri termasuk pekerja ke atas bill ini, ataupun RUU ini tetapi juga menunjukkan dan membuktikan bahawa RUU ini adalah hasil perbincangan, hasil dukungan oleh semua pihak khususnya pemain taruh triparteid negara kita.

Lindung 24 jam bukan dasar yang terpisah. Sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada kerangka dasar makro negara di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Dalam Bab III meningkatkan mobiliti sosial strategi B 2.4 – Meningkatkan Kesejahteraan Pekerja, kerajaan komited memperkukuh perlindungan sosial untuk golongan pekerja bagi memastikan perlindungan yang menyeluruh termasuk ke atas risiko kehilangan pekerjaan dan kemalangan di luar waktu kerja dan bukan berkaitan kerja. Inilah cerminan semangat Malaysia MADANI yang mendukung kesejahteraan yang menyeluruh untuk semua lapisan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, RUU Keselamatan Sosial Pekerjaan (Pindaan) 2025 ini mengandungi 18 fasal yang antara lain memperuntukkan perkara-perkara berikut. Takrifan bukan bencana kerja.

Penetapan kadar caruman secara berperingkat. Perluasan faedah-faedah Skim Bencana Kerja kepada Skim Lindung 24 jam dan ketidakpakaian Skim Lindung 24 jam dalam keadaan-keadaan tertentu.

Fasal 2 adalah cadangan pindaan kepada seksyen 2 bagi memasukkan subseksyen 2(14A) yang memperuntukkan takrifan bencana bukan kerja seperti berikut. Ertinya suatu kecederaan diri pada seorang pekerja disebabkan oleh kemalangan yang bukan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya akta ini terpakai dan hendaklah tidak termasuk apa-apa keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 96B. Takrifan baru ini memastikan rakyat mendapat perlindungan PERKESO 24 jam sehari, tujuh hari seminggu selaras dengan realiti cara kerja moden dan budaya kerja pekerja masa kini.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 3 melibatkan pindaan kepada seksyen 6 Akta 4.

Pindaan ini menambah kategori caruman baru di bawah Akta 4 bagi membolehkan pekerja mencarum Skim Lindung 24 jam melalui majikan. Seperti yang saya sebut tadi, caruman ditetapkan secara berperingkat dalam tiga fasa. Pendekatan berperingkat ini memastikan impak kewangan kepada pekerja adalah minimum dan mampan.

Fasal 5 meminda seksyen 15 untuk memperuntukkan faedah-faedah tertentu yang sebelum ini hanya terhad kepada bencana kerja supaya ia sekarang merangkumi kemalangan akibat bukan bencana kerja iaitu:

(i) faedah hilang upaya;

(ii) faedah orang tanggungan;

(iii) faedah pengurusan mayat; dan

(iv) faedah perubatan kepada orang berinsurans yang mengalami hilang upaya.

Fasal 13 mewujudkan seksyen 44A, 44B, 44C seperti berikut. 44A memperuntukkan bahawa orang berinsurans tidak berhak dapat faedah lindung 24 jam sekiranya kemalangan berlaku di luar Malaysia. Seksyen 44B memperuntukkan bahawa orang berinsurans tidak berhak mendapat faedah SKBBK ataupun lindung 24 jam dalam dua keadaan iaitu satu jika orang itu didapati membuat tuntutan palsu iaitu tuntutan palsu memang tak boleh lah mengikut seksyen 93 Akta 4 ataupun B, dalam hal pekerja asing jika orang berinsurans itu menyalah guna pas atau permit yang sah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen atau dia melanggar apa- apa syarat kemasukan ke Malaysia, di bawah Akta Imigresen kita.

Seksyen 44C pula memperuntukkan bahawa seseorang yang berinsurans yang ditentukan oleh PERKESO telah mengalami hilang upaya akibat bukan bencana kerja dan orang berinsurans itu hendaklah layak kepada semua faedah yang sama diterima akibat bencana kerja di bawah Akta 4.

Fasal 15 menggantikan seksyen 96A Akta 4. Fasal ini memperuntukkan bahawa orang berinsurans atau orang tanggungan tidak berhak mendapat lebih daripada satu faedah dalam keadaan-keadaan tertentu. Fasal 15 juga memperuntukkan orang berinsurans atau orang tanggungan berhak tidak boleh menerima dua faedah yang sama daripada Akta 4 ataupun Akta PERKESO yang lain dalam tempoh yang sama. Ini bagi memastikan integriti dana PERKESO dan mengelakkan pertindihan pembayaran.

Fasal 16 pula mewujudkan seksyen 96B, 96C di bawah Akta 4. 96B memperuntukkan hal keadaan yang tidak dianggap sebagai bukan bencana kerja iaitu satu, kemalangan yang berlaku kepada orang berinsurans yang ditentukan sebagai bencana kerja sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Akta 789] atau bencana domestik di bawah Akta Keselamatan Suri Rumah [Akta 838] ataupun seorang berinsurans mengalami apa-apa keadaan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit. Ini adalah keadaan yang tidak dianggap sebagai bukan bencana kerja.

Seksyen 96C pula memperuntukkan bahawa orang berinsurans atau orang tanggungan tidak berhak kepada kedua-dua faedah yang sama atau serupa di bawah Akta 4 atau akta lain yang ditadbir oleh PERKESO atas sebab yang sama seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Pindaan-pindaan lain saya tidak nyatakan secara khusus di sini kerana ia merupakan pindaan bersifat editorial ataupun berbangkit dengan izin consequential in nature.

Tuan Yang di-Pertua, secara amnya, secara kesimpulannya this is a game changer. Pindaan undang-undang ini akan memberikan perlindungan keselamatan sosial 24 jam kepada hampir 10 juta pekerja di Malaysia. Ini juga akan mencegah sekurang-kurangnya 20,000 orang pekerja rakyat Malaysia setiap tahun daripada jatuh ke bawah paras kemiskinan. Tadi saya sebut tadi. Lebih 12,000 yang telah ditolak tuntutan mereka di PERKESO kerana tuntutan itu adalah bukan bencana kerja. Mereka ini sebenarnya terkena musibah. Ada yang hilang mata pencarian. Tak mampu bekerja. Jatuh ke bawah paras kemiskinan. Dengan adanya RUU ini, kita akan mencegah sekurang-kurangnya 20,000 rakyat Malaysia setiap tahun daripada jatuh di bawah paras kemiskinan apabila mereka ditimpa musibah.

Kita juga menjangka melalui kajian actuarial oleh PERKESO, Skim Lindung 24 jam ini mampu untuk membantu menjimatkan hampir RM600 juta setahun dalam tahun pertama dari segi apa? Dari segi bil kesihatan contohnya oleh MOF. Dari segi apa? Dari segi bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

draft1:00 PM

Tuan Sim Chee Keong

Sebab, apabila seseorang pekerja itu hilang mata pencarian ataupun berlaku kecederaan, khususnya kecederaan parah, maka mereka akan pergi ke hospital kita.

Dan, itu adalah peruntukan wang cukai rakyat. Apabila mereka mendapat bantuan pemberian daripada JKM, itu adalah wang cukai rakyat.

Maka dengan adanya perlindungan Skim Lindung 24 Jam ini, kita mampu untuk memberikan penjimatan hampir RM600 juta kepada bil rawatan perubatan dan juga bantuan Jabatan Kebajikan. Dan wang RM600 juta ini sudah tentu akan disalurkan untuk keadaan-keadaan lain yang mungkin lebih mendesak.

Jadi, RUU ini bukan sahaja mengurangkan beban individu, beban keluarga, majikan malah negara. Hari ini kita mungkin okey, tapi esok, lusa, tulat, tubin kita tak dapat jangka. Justeru, marilah kita sama-sama luluskan RUU ini demi untuk perlindungan yang lebih menyeluruh, game changer untuk pekerja dan rakyat Malaysia.

Biar bekerja, sebelum lelah; Biar menggaji, sebelum ujian; Biar berkubu, sebelum kalah; Biar berpayung sebelum hujan. Sekian, terima kasih.

draft1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft1:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut, YB Ledang, YB Pendang, YB Kota Melaka, YB Rompin, YB Jempol, YB Maran, YB Bentong, YB Betong, YB Padang Serai dan YB Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.

draft1:10 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi Ledang ruang untuk membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan (Pindaan) 2025.

Pada asasnya, pindaan ini bertujuan untuk memperluaskan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja dan tidak berkaitan dengan pekerjaan. Dan, tadi telah pun diperkenalkan oleh Yang Berhormat Menteri sebagai lindung 24 jam tujuh hari seminggu.

Ini juga merupakan undang-undang yang dibuat pada era 1960, 1969 secara lebih khusus dan ianya harus selari dengan realiti pasaran buruh era 2020-an. Oleh kerana itu, banyak telah pun berubah. Pasaran buruh sekarang dipacu oleh pekerja- pekerja platform, waktu kerja yang lebih fleksibel, yang lebih anjal dan bentuk-bentuk pekerjaan yang semakin rencam.

Oleh itu, walaupun saya menyambut penuh dan menyokong hasrat di sebalik RUU ini, cumanya kita juga kena melihat dari segi tahap aspirasi, legislatif untuk disertai dengan kerangka pelaksanaan yang kukuh. Jika tidak, RUU ini berisiko untuk menawarkan perlindungan yang kurang daripada yang dijanjikan serta mungkin mewujudkan lebih banyak ketidaktentuan ketimbang keyakinan. Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan tiga persoalan strategik yang boleh menentukan sama ada RUU ini benar-benar memenuhi tujuannya ataupun tidak.

Tuan Yang di-Pertua, persoalan pertama ialah berkaitan dengan kapasiti ataupun kemampuan operasi PERKESO. Dengan perluasan definisi orang berinsurans untuk merangkumi pekerja gig dan platform, pekerja kasual dan juga lain- lain pekerja bukan tradisional, PERKESO akan mewarisi kumpulan pencarum dan penerima faedah yang jauh lebih besar. Ini secara langsung meningkatkan jumlah penilaian perubatan, rayuan serta siasatan berkaitan dengan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan.

Namun di bawah rejim sedia adapun, terdapat pencarum yang masih mengalami kelewatan dalam pemprosesan tuntutan. Jika kita memperbesarkan kumpulan penerima pelindungan tanpa kita memperkukuhkan jentera operasi PERKESO. Kesannya ialah barisan menunggu yang mungkin lebih panjang, pembayaran faedah yang mungkin lebih perlahan dan mungkin kekecewaan rakyat yang semakin meningkat.

Dalam konteks keselamatan sosial, pembayaran lewat sering kali sama buruk dengan tiada pembayaran langsung. Justeru itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri, apakah unjuran peningkatan bilangan tuntutan baru mengikut jenis tuntutan dan negeri di bawah kerangka diperluaskan ini dengan Dewan ini wajar diberikan akses kepada pemodelan aktuari dan juga operasi yang menjadi asas dasar RUU ini.

Berapakah jumlah tambahan kakitangan yang akan diambil, serta apakah pelaburan yang dirancang bagi meningkatkan pemprosesan tuntutan, kapasiti penilaian, perubatan dan juga keupayaan pusat panggilan. Yang paling penting ialah apakah penanda prestasi utama ataupun KPI khusus bagi masa pemprosesan tuntutan. Kerana saya percaya rakyat berhak untuk mengetahui, sama ada piawaiannya ialah 14 hari, 30 hari atau satu tempoh penanda aras yang ditetapkan dengan jelas.

Saya bangkitkan ini Yang Berhormat Menteri bukan untuk mencari salah lah.

Bagi saya, pihak PERKESO telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik memberikan kerjasama penuh dalam memastikan supaya semua pemohon-pemohon dapat bantuan yang sewajarnya dalam tempoh yang munasabah. Tetapi ini adalah perkara baru. Jadi, saya harap dapat perhatian daripada pihak kementerian. Kerana jika sistem ini tidak diperkukuhkan secukupnya, kita berisiko untuk mewujudkan sebuah kerangka perundangan yang secara tidak sengaja memanjangkan masa menunggu dan mungkin menjejaskan perlindungan yang kita hajati.

Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang saya ingin bangkitkan ialah isu keadilan dan kepercayaan pencarum. Di bawah kerangka asal Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, PERKESO beroperasi menggunakan model insurans sosial terkumpul.

Semua caruman statutory disalurkan kepada perlindungan kemalangan pekerjaan dan keilatan seperti yang diperuntukkan dalam Jadual 3 akta tersebut.

Sebagai contoh, bagi pekerja yang berpendapatan sekitar RM2,200, caruman kategori pertama ialah majikan bayar RM39.35 campur dengan pekerja RM11.25, jadi jumlahnya RM50.60. Manakala majikan turut membayar caruman kategori kedua, iaitu sebanyak RM28.10. Secara sejarahnya, historically, keseluruhan RM50.60 ini tersebut diperuntukkan untuk skim perlindungan kemalangan pekerjaan dan keilatan.

Dengan pindaan yang mencadangkan pewujudan kategori caruman baru untuk kecederaan bukan pekerjaan, sebahagian daripada caruman kategori pertama itu akan dialihkan ke tabungan baru ini. Secara efektif ia akan mengurangkan bahagian perlindungan kemalangan pekerjaan kepada sekitar 75 peratus.

Persoalan utama ialah jika pencarum tidak pernah buat tuntutan bagi kecederaan bukan pekerjaan sepanjang hayat kerjayanya, apakah yang berlaku kepada bahagian carumannya. Di bawah model terkumpul, caruman yang tidak digunakan, tidak dikembalikan secara automatik kepada pencarum. Tanpa peruntukan jelas dalam pindaan ini, dana yang tidak dituntut itu berpotensi kekal sebagai reserved digunakan bagi menampung tuntutan pihak lain. Saya faham ya, untuk kos pentadbiran dan ataupun kekal. Tapi ianya tidak boleh diakses oleh pencarum asal.

Jadi...

draft1:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft1:12 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Baik Yang di-Pertua. Ini menimbulkan persoalan asas mengenai keadilan. Pencarum boleh membayar bagi satu kategori perlindungan yang mereka tidak pernah menikmati manfaatnya. Oleh itu, saya ingin bertanya, apakah peruntukan statutory serta amalan sebenar berkaitan dengan caruman kecederaan bukan pekerjaan yang tidak dituntut? Apakah jaminan yang memastikan pencarum tidak kehilangan dana yang sepatutnya menyokong perlindungan kemalangan pekerjaan? Saya ada satu lagi, sikit sahaja Yang di-Pertua.

draft1:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah tujuh minit.

draft1:12 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Minta maaf, sebagai penutuplah.

Berkenaan dengan kerja gig. Sebab ianya bersifat fleksibel, dia anjal, jadi dia mungkin ada isu-isu yang saya ingin minta penjelasan daripada pihak Yang Berhormat Menteri iaitu adakah data yang dijanakan oleh platform contohnya lock, chart masa, ataupun timestamp, rekod GPS, sejarah tugasan mereka itu akan diterima sebagai bukti utama waktu bekerja untuk tujuan tuntutan.

Kedua, adakah diwujudkan sistem bersepadu untuk menggabungkan jam bekerja daripada pelbagai platform. Dan ketiga, apakah kuasa penguatkuasaan yang membolehkan PERKESO mendapatkan data daripada platform dalam tempoh statutory.

Ini adalah beberapa perkara yang perkara yang mohon penjelasan. Insya-Allah saya tetap sokong perlindungan ini kerana ianya memberikan perlindungan tambahan buat pekerja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft1:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft1:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 ini. Pendang secara prinsipnya menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan perlindungan sosial pekerja. Namun dalam masa yang sama, Pendang ingin memastikan rang undang- undang ini benar-benar telus, mampan dan berkesan serta memberikan manfaat yang setimpal kepada golongan pekerja yang menjadi tulang belakang ekonomi negara.

Rang undang-undang ini amat penting kerana kita sedang berdepan data kemalangan yang serius. Menurut statistik rasmi, pada tahun 2024 terdapat 638,060 kemalangan dan 6,464 kematian dilaporkan oleh PDRM. PERKESO pula merekodkan 80,452 kes kemalangan dan 27,172 kes bukan bencana kerja sejak 2018. Angka-angka ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia menunjukkan betapa perlunya kita menambah baik sistem perlindungan sedia ada, khususnya bagi kemalangan di luar waktu kerja.

Puan Yang di-Pertua, kita tengok fasal 3 dan fasal 4 memperkemaskan struktur insurans dan caruman melalui Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja.

Pendang menyokong perluasan perlindungan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu kepada semua pekerja. Ini satu pembaharuan yang progresif dan wajar.

Namun begitu, melalui taklimat PERKESO bersama Ahli-ahli Parlimen tempoh hari, dimaklumkan bahawa caruman pekerja akan meningkat daripada 0.75 peratus kepada 1.25 peratus dalam tempoh enam tahun. Sebagai contoh, pekerja bergaji RM1,700 bakal mencarum sehingga RM20.60 sebulan pada tahun keenam.

Pendang tidak membantah peningkatan caruman untuk perlindungan yang lebih baik. Namun, kerajaan perlu memastikan bahawa kenaikan tidak membebankan kumpulan B40. Pekerja sektor tidak formal turut diberi perhatian dan libat urus yang lebih mendalam dilakukan supaya pekerja benar-benar memahami manfaat tambahan yang mereka akan perolehi. Perlindungan baharu ini baik, tetapi pastikan ia tidak menjadi beban kepada mereka yang paling terkesan.

Puan Yang di-Pertua, fasal 5 hingga 14 memperluaskan faedah hilang upaya, pemulihan, pengurusan mayat serta Elaun Layanan Sentiasa (ELS). Saya menyokong sepenuhnya usaha ini kerana memberi perlindungan jangka panjang kepada pekerja, malah kepada waris mereka juga.

Contoh-contoh kes yang dikongsikan PERKESO amat jelas seperti kes Firdaus, di mana jumlah perlindungan SKBBK dianggarkan mencecah 765,000 sepanjang hayat. Begitu juga dengan kes Amir di mana faedah balu dan anak melebihi satu juta nilai secara keseluruhan. Ini membuktikan bahawa faedah baharu ini bukan kecil nilainya dan ia dapat memberi kelegaan kepada keluarga mangsa kemalangan yang ditimpa musibah di luar waktu kerja.

Namun, sokongan ini datang dengan satu syarat penting Yang Berhormat Menteri iaitu kerajaan mesti membentangkan laporan aktuari lengkap dan unjuran kewangan PERKESO. Kita tidak boleh meluluskan faedah jangka panjang tanpa memastikan dana PERKESO benar-benar mampan. Kita tidak mahu skim ini cantik di atas kertas, tetapi gagal dibiayai 10 atau 20 tahun daripada sekarang ini.

Puan Yang di-Pertua, Pendang menyokong konsep lindung pekerja 24/7 ini iaitu perlindungan yang merangkumi kemalangan di rumah, semasa riadah dan sewaktu cuti. Ini satu reformasi besar dalam perlindungan sosial negara. Namun, takrif di bawah fasal 1 dan 2 masih terlalu luas dan boleh ditafsirkan secara berbeza oleh pegawai tuntutan.

Kita tidak mahu berlaku situasi di mana pekerja ditolak tuntutannya kerana pentafsirannya yang terlalu sempit atau tidak konsisten. Pendang mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan garis panduan klasifikasi kemalangan yang jelas, menyediakan mekanisme rayuan bebas dan menjamin konsistensi tafsiran supaya pekerja tidak dinafikan hak mereka, barulah konsep 24/7 ini benar-benar memberi makna kepada rakyat.

Fasal 17 dan 18 meminda Jadual Ketiga dan Keempat yang menyentuh struktur caruman dan faedah. Saya menyokong sepenuhnya usaha kerajaan mengemaskinikan skim mengikut keperluan semasa. Namun, saya menegaskan bahawa kerajaan wajib membentangkan Regulatory Impact Assessment ataupun RIA kepada Dewan yang mulia ini kerana RUU ini memberi kesan kepada 9.68 juta pekerja di bawah Akta 4 ini. Satu jumlah yang amat besar.

Maka, kerajaan perlu menjelaskan impak ekonomi kepada pekerja dan majikan, unjuran jumlah tuntutan selepas pelaksanaan dan ketahanan dana PERKESO itu sendiri dalam jangka masa panjang. Menyokong tidak bermakna meluluskan secara membuta tuli. Keutamaan dasar perlindungan mesti disertai dengan pencegahan.

Akhir sekali, saya ingin mengingatkan bahawa perlindungan selepas kemalangan ini mesti ditambah nilai dengan usaha pencegahan kemalangan.

Tanggungjawab ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi, PDRM, JPJ, KKR dan lain-lain lagi yang ada kaitan. Perlindungan sosial ini menangani kesan, tetapi pencegahan menangani punca kedua-dua mesti digerakkan bersama.

Puan Yang di-Pertua, yang terakhir saya membuat kesimpulan. Secara keseluruhannya, Pendang menyokong hasrat kerajaan melalui RUU ini, namun sokongan saya adalah sokongan kritis yang menekankan ketelusan, ketepatan dan keberkesanan. Pembangkang akan terus menyokong sebarang pindaan jika caruman tidak membebankan pekerja berpendapatan rendah, mekanisme ini tuntutan lebih telus dan jelas, laporan aktuari dibentangkan kepada Dewan, peraturan pelaksanaan tidak memberi kuasa keterlaluan kepada Menteri dan kerajaan menunjukkan komitmen jelas terhadap pencegahan kemalangan.

Jika syarat ini dipenuhi, maka RUU ini bukan sahaja baik di atas kertas, tetapi benar-benar menjadi perlindungan 24/7 bagi keseluruhan pekerja dalam negara kita di dalam sama ada kerajaan atau swasta dan juga yang tidak bekerja. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan perkara ini, memberi cadangan balas kepada kementerian.

Wallahualam.

draft1:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

draft1:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker, saya bangun pada hari ini ingin menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja ataupun singkatannya SKBBK yang juga dikenali sebagai Lindung 24/7, 24/7 iaitu 24 jam sehari, tujuh hari seminggu iaitu sentiasa ya. Suatu pindaan penting yang akhirnya dapat menutup jurang perlindungan sosial yang telah wujud sejak lebih lima dekad di bawah Akta 4. Ini merupakan satu reformasi ya. Bagi saya, ini adalah satu reformasi yang telah dicapai oleh Kerajaan Perpaduan pada hari ini.

Kawasan saya, Kota Melaka adalah sebuah kawasan bandar yang padat, penuh dengan aktiviti ekonomi. Ramai peniaga kecil, ramai pekerja perkhidmatan, komuniti pekerja runcit, pekerja restoran sebab Melaka adalah satu negeri pelancongan. Begitu juga kita di Melaka, kita juga ada sektor industri. Ramai yang kerja sebagai operator mesin, pekerja logistik dan juga pekerja di sektor formal yang pulang malam setelah mencari rezeki untuk keluarga.

Namun pada hakikatnya Timbalan Speaker, ramai pekerja di bandar saya ini terdedah kepada risiko kemalangan di luar waktu bekerja. Ketika mengambil anak daripada sekolah, ketika berulang alik ke hospital, pergi ke supermarket ataupun ketika hantar ibu bapa pergi ke klinik ataupun tiba-tiba jalan di tepi jalan, dilanggar.

Jadi, sepertilah yang telah disebut oleh Menteri tadi, contoh-contoh yang diberikan itu semua adalah kisah benar. Dan setiap minggu ya, di pejabat perkhidmatan kami— Saya percaya setiap Ahli Parlimen juga sama. Di pejabat saya, pejabat Kota Melaka, kita menerima kes-kes seperti yang saya sebut tadi.

Ahli keluarga mereka datang membawa fail dengan laporan polis, dengan laporan daripada hospital, laporan perubatan mereka dan ingin memohon bantuan kerana tuntutan daripada PERKESO telah ditolak atas alasan kemalangan berlaku di luar masa dan akibat pekerjaan iaitu di luar masa dan di luar ya, mereka di luar waktu mereka tidak bekerja berlaku kemalangan, PERKESO tolak permohonan mereka.

draft1:27 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Di mana, kita lihat ada yang kehilangan upaya sementara, yang kalau nasib baik, tetapi tidak dapat pampasan. Ada yang lebih malang, hilang upaya kekal, tak dapat lagi bekerja. Maka, ada balu dan juga anak kecil yang hilang tempat bergantung. Ini semua kisah yang sedih dan kami sebagai Ahli Parlimen, kita hanya dapat bantu secara one-off sekali sekala saja, tetapi bagaimana kita nak memastikan supaya mereka dapat pendapatan yang berterusan? Itu adalah hakikat yang selalu kita hadapi.

Sebab itu, Timbalan Speaker, pindaan Akta 4 melalui Lindung 24/7 ini amat besar ertinya. Buat pertama kali di mana pekerja Malaysia akan mendapat perlindungan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, iaitu sentiasa dapat perlindungan tanpa mengira di mana mereka berada selagi kemalangan itu tidak jatuh dalam pengecualian yang telah disebut, yang telah ditetapkan oleh undang-undang seperti yang disebut oleh Menteri tadi.

Jadi, ini maknanya ialah jika seorang pencarum ditimpa kemalangan di luar waktu kerja, hari ini selepas akta ini, dia dapat dilindungi. Ini juga bermakna jika seorang ibu atau bapa jatuh sakit akibat kemalangan di jalan raya pada hujung minggu, keluarganya akan dilindungi juga. Ini juga bermakna, Puan Pengerusi, jika seseorang pekerja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang tidak ada kaitan dengan kerjanya, tanggungan mereka, pasangan dan anak-anak akan menerima faedah orang tanggungan yang konsisten, bukannya bantuan-bantuan kecil yang tidak mencukupi.

Dan untuk pekerja berpendapatan rendah di Kota Melaka, sebagai contoh satu bulan dapat RM2,500, carumannya hanya sekadar belasan Ringgit saja. Seperti yang disebut oleh Menteri, satu hari mungkin 20 sen atau 30 sen saja. Jadi, nilai yang sangat kecil― 20 sen, 30 sen. Mereka hisap rokok satu batang pun sudah 30 sen. Jadi, nilai yang sangat kecil ini berbanding dengan kos kehilangan upaya yang ditanggung keluarga jika tiada perlindungan. Jadi, ini bukan soal perundangan sahaja, malah ia nya merupakan soal maruah hidup rakyat, di mana ini merupakan soalan untuk memastikan bahawa satu kemalangan tidak menjadi tiket kepada kemiskinan antara generasi.

Maka, saya ingin mengambil kesempatan ini juga— ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berdasarkan kepada pengalaman kami di pusat khidmat masyarakat yang sering menerima kes tuntutan PERKESO ditolak kerana kemalangan berlaku di luar waktu kerja. Jadi, bagaimanakah lindungan 24/7 ini akan memastikan faedah seperti faedah hilang upaya, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa dan semua bentuk perlindungan ini benar-benar dapat membantu keluarga pekerja yang terkesan?

draft1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft1:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terutamanya― saya nak gulung ya.

Terutamanya dalam memastikan kesinambungan pendapatan dan juga mengelakkan mereka jatuh ke paras kemiskinan.

Akhir kata, walaupun hari ini kita fokus kepada pekerja di bawah Akta 4, izinkan saya untuk menyeru kepada Menteri supaya pada masa depan kita mempertimbangkan agar perluaskan Lindung 24/7 ini kepada golongan pekerja gig selaras dengan usaha kerajaan membentangkan RUU Pekerja Gig, sebab mereka juga merupakan sebahagian realiti ekonomi moden yang bekerja keras tapi risiko mereka juga tinggi.

Dengan pindaan ini, sekali lagi saya lihat Malaysia sekali lagi melangkah ke hadapan dengan sistem perlindungan sosial yang lebih adil, inklusif dan berperikemanusiaan. Saya sokong dengan rang undang-undang ini yang bersifat reformasi. Terima kasih, Timbalan Speaker.

draft1:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft1:30 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua yang memberi ruang kepada Rompin untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 yang bertujuan untuk memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau skim baharu yang memperluas perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja bagi kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja dan tidak berkait dengan pekerjaannya.

Puan Yang di-Pertua, fasal-fasal utama dan impaknya. Tiga fasal yang paling penting yang memberi impak langsung kepada setiap pekerja. Pertama, pengenalan Skim Bukan Bencana Kerja― fasal 2, 5, 11 dan 13. Ini adalah fasal teras yang memperkenalkan skim baharu itu sendiri. RUU ini memperkenalkan takrif ‘bukan bencana kerja’ sebagai kecederaan diri yang disebabkan oleh kemalangan yang bukan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya.

Paling penting, seksyen baharu 44C menyatakan bahawa orang-orang berinsurans yang mengalami hilang upaya akibat bukan bencana kerja akan layak kepada semua faedah yang sama yang diterima akibat bencana kerja di bawah Akta 4. Faedah ini termasuk faedah hilang upaya, faedah perubatan, faedah orang tanggungan dan faedah pengurusan mayat.

Di Malaysia, kemalangan di rumah atau ketika melakukan aktiviti peribadi bukan dalam perjalanan ke tempat kerja atau dari tempat kerja sebelum ini tidak dilindungi. Dengan adanya skim baharu ini, jika seseorang pekerja cedera parah ketika aktiviti, umpamanya riadah hujung minggu, mereka masih boleh menuntut faedah hilang upaya sementara atau kekal, memberikan jaminan kewangan yang sangat diperlukan. Ini adalah perlindungan 24 jam sehari yang sebenarnya.

Dua, struktur caruman dan fasa pelaksanaan― fasal 3 dan 17. Pindaan ini memperkenalkan kadar caruman baharu melalui pendekatan berfasa. Seksyen 6 akta ibu digantikan untuk memperkenalkan dua kategori caruman dan pelaksanaan secara berfasa― fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga. Jadual Ketiga baharu memperincikan kadar caruman kategori pertama iaitu keilatan bencana kerja dan bukan bencana kerja dan kategori kedua― bencana kerja dan bukan bencana kerja.

Fasal ini akan membolehkan kerajaan dan pertubuhan melaraskan kadar faedah secara progresif dan menguji kelestarian skim baru ini bermula dengan kadar perlindungan faedah yang lebih rendah di fasa pertama dan secara beransur-ansur meningkat sehingga mencapai 80 peratus hilang upaya sementara dan 90 peratus hilang upaya kekal daripada gaji harian purata, anggapan dalam fasa ketiga.

Pendekatan berfasa adalah bijak, memastikan pengenalan skim baharu ini adalah terkawal dan mampan dari segi kewangan dan memberi masa kepada majikan dan pekerja untuk menyesuaikan diri dengan kadar caruman baharu.

Yang ketiga, kemasukan peruntukan anti duplikasi faedah― fasal 15 dan 16.

RUU ini menggantikan seksyen 96 dan memperkenalkan seksyen baharu 96C. Fasal ini mengukuhkan tadbir urus dana dengan melarang penerimaan lebih daripada satu faedah. Contohnya, seseorang tidak boleh menerima kedua-dua pencen ilat dan faedah hilang upaya kekal bagi tempoh dan hilang upaya yang sama di bawah Akta 4.

Lebih penting, ia menghalang duplikasi faedah yang sama atau serupa antara Akta 4 dan akta lain yang ditadbir oleh pertubuhan seperti Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Ini memastikan integriti sistem keselamatan sosial dan kumpulan wang.

Walaupun menghalang duplikasi, akta ini memberi hak kepada orang berinsurans untuk memilih faedah yang hendak diterimanya dan keputusan itu adalah muktamad. Namun, pada penelitian saya, terdapat dua perkara yang memerlukan perhatian kerajaan.

Pertama, kemalangan di luar Malaysia― seksyen 44A.

draft1:35 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Seksyen baharu 44A menyatakan orang berinsurans tidak berhak mendapat apa-apa faedah berkaitan dengan bukan bencana kerja disebabkan oleh kemalangan yang berlaku di luar Malaysia. Walaupun ini mungkin untuk mengekalkan kelestarian dana, saya menggesa kerajaan mempertimbangkan pengecualian bagi pekerja yang bekerja secara sementara di luar negara, misalnya urusan perniagaan jangka pendek atau pekerja jarak jauh yang sah masih mencarum di Malaysia. Jika mereka mengalami kecederaan bukan bencana kerja semasa menjalankan tugas-tugas sah di luar negara, perlindungan wajar dipertimbangkan.

Kedua, pengecualian penyakit seksyen 96B(b). Seksyen baharu 96B(b) secara jelas mengecualikan apa-apa keadaan yang disebabkan oleh apa-apa penyakit daripada dianggap sebagai bukan bencana kerja. Pengecualian ini mungkin telah terlalu luas. Saya meminta kerajaan untuk menjelaskan sama ada ini termasuk kecederaan akibat kemalangan yang dicetuskan oleh penyakit misalnya jatuh kerana sawan, pening atau serangan jantung secara tiba-tiba. Penjelasan ini penting untuk mengelakkan penafian tuntutan yang tidak adil.

Sebagai penutupnya, secara keseluruhannya Yang Berhormat Menteri, RUU ini ialah inisiatif yang baik yang memberikan perlindungan menyeluruh kepada pekerja Malaysia. Bagaimanapun saya memohon agar dapat dilakukan penambahbaikan bagi memantapkan lagi inti pati dan hala tuju rang undang-undang ini. Terima kasih.

draft1:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.

draft1:40 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial (Pindaan) 2025 Akta 4.

Terlebih dahulu, Jempol ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada kementerian dan juga kerajaan melalui pindaan rang undang-undang ini, di mana seramai 9.6 juta pekerja bakal dilindungi di bawah PERKESO menerusi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).

SKBBK sebagai skim perlindungan baharu yang diperkenalkan untuk melindungi pekerja daripada kemalangan berlaku di luar waktu bekerja dengan liputan perlindungan sosial kepada pekerja selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Ini memberi impak besar terhadap kesejahteraan sosial pekerja terutama berkaitan risiko kecederaan di luar waktu bekerja.

Puan Yang di-Pertua, sukacita Jempol menyentuh tiga aspeklah dalam perbahasan ini iaitu yang pertama dari segi ketelusan kapasiti pengurusan tuntutan PERKESO. Dengan perluasan skop perlindungan faedah hilang upaya, rawatan perubatan, pemulihan, manfaat orang tanggungan dan lain-lain, bilangan tuntutan dijangka meningkat secara mendadak. Ini memerlukan kapasiti pengurusan tuntutan, pemeriksaan perubatan, audit dan juga sistem digitalisasi PERKESO perlu ditingkatkan secara signifikan. Tanpa persiapan rapi, risiko kelewatan proses kesilapan penilaian atau ketidaksamarataan dalam kelulusan tuntutan boleh berlaku.

Yang Berhormat Menteri sendiri pernah memaklumkan bahawa sebanyak 87 peratus daripada 27,000 tuntutan yang ditolak PERKESO sejak 2018 hingga 31 Ogos tahun ini berpunca daripada kes bukan bencana kerja. Ini memberi gambaran bahawa sistem semasa sedang menghadapi beban dan dengan beban baharu di bawah SKBBK ini sudah pasti cabaran pentadbiran menjadi lebih besar. Oleh yang demikian, persoalan Jempol apakah pelan terperinci kementerian untuk memperkuat kapasiti PERKESO untuk masa akan datang?

Seterusnya yang kedua iaitu kestabilan kewangan dan ketahanan dana PERKESO. SKBBK menawarkan faedah luas termasuk rawatan tanpa had, hilang upaya kekal ataupun sementara, elaun bulanan seumur hidup dan faedah kepada tanggungan. Manfaat ini amat besar dan penting, namun ia juga bermakna beban kewangan jangka panjang terhadap PERKESO sangat besar. Jika tidak diurus dengan berhati-hati misalnya, jika kadar tuntutan lebih tinggi daripada anggaran atau kos rawatan yang semakin terus meningkat, ada potensi tekanan besar ke atas dana sosial negara.

Persoalan kepada pihak kerajaan, apakah hasil kajian aktuari bagi SKBBK dan mekanisme jaminan bahawa dana PERKESO kekal mampan tanpa keperluan menaikkan kadar caruman secara drastik di masa akan datang?

Dan yang terakhir, Puan Yang di-Pertua risiko penipuan dan ketirisan tuntutan apabila SKBBK dikuatkuasa. Sebelum ini sudah banyak kes penipuan tuntutan melibatkan PERKESO dibongkar. Sebagai contoh, satu kes baru-baru ini tiga doktor dan 30 individu disyaki terlibat sindiket tuntutan palsu sejak 2017 dengan nilai tuntutan palsu dianggarkan RM2.1 juta. Menurut statistik rasmi sejak 2020 hingga April 2025, hampir 679 kes disyaki tuntutan palsu telah disiasat dengan jumlah keseluruhan dianggarkan mencecah RM61 juta.

Ini menunjukkan bahawa penipuan tuntutan PERKESO bukan masalah kecil, jika SKBBK dilaksanakan dan jumlah tuntutan meningkat, risiko penyalahgunaan dan ketirisan dana boleh menjadi jauh lebih besar. Persoalan Jempol, apakah langkah- langkah konkrit pihak kementerian untuk menangani kes penipuan dan ketirisan tuntutan? Jempol mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri terhadap persoalan-persoalan tersebut. Jempol mohon menyokong. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft1:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Maran.

draft1:41 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja 2025. Pertama, tahniah diucapkan di atas pindaan baharu yang memperluaskan Skim Perlindungan Sosial Pekerja kepada waktu dan di luar tempoh bekerja. Langkah ini akan membantu meringankan beban pekerja yang pasti mencari perlindungan takaful tambahan di kala rakyat menghadapi kesempitan kos sara hidup.

Dianggarkan sekitar 58 peratus pekerja di negara ini masih belum memiliki insurans atau takaful kemalangan peribadi. Saya yakin caruman ini akan memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial 10 juta pekerja di negara kita.

Seiring dengan pindaan tersebut wajar diingatkan bahawa nilai perlindungan sosial ini selaras dengan asas penyelesaian yang digariskan oleh Islam, menjaga kebajikan dan meringankan bebanan saudara pun dapat pahala, apatah lagi meringankan beban pekerja sangat digalakkan dari segi agama mahupun tuntutan sosial.

Maksud hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abdul Umar, “Berilah upah pegawai atau buruh sebelum kering peluhnya”. Rasullullah SAW sendiri sangat mementingkan kebajikan pekerja maka menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan dan majikan untuk memastikan gaji dibayar tepat pada masanya tetapi juga keselamatan kesihatan dan masa depan pekerja dilindungi dan dipermudahkan.

Walaupun RUU nampak baik secara zahirnya, namun saya masih tertanya beberapa persoalan yang perlu penjelasan yang lebih lanjut dan terperinci dari pihak kerajaan agar ia nya tidak dilihat baik tetapi ia perlu baik dalam pelaksanaannya.

Persoalan saya berapa lama tempoh fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga caruman akan berkuat kuasa dan adakah terdapat garis masa atau kriteria bila kerajaan akan beralih daripada satu fasa ke fasa seterusnya.

Dalam RUU yang dibentangkan hanya kadar bagi setiap fasa dinyatakan tanpa maklumat tempoh pelaksanaan yang jelas. Yang kedua, apakah rasional faedah bukan bencana kerja dinaikkan secara progresif dari 48 peratus kepada 80 peratus gaji harian mengikut fasa? Yang ketiga, bagaimana kerajaan kita kira dan pilih jumlah potongan caruman untuk keilatan dan kemalangan luar waktu kerja?

Contohnya apa data kemalangan dan jumlah bantuan yang kerajaan teliti sehingga kerajaan berasa angka caruman sekarang ini cukup selamat untuk dana tapi masih adil untuk gaji pekerja biasa.

Saya juga ingin bertanya, walaupun caruman-caruman PERKESO ini merupakan persetujuan bersama di antara semua pekerja dan cadangan semangat saling membantu antara mereka walaupun ada yang tidak mendapat faedah jika ada pekerja yang tidak terlibat dengan apa-apa kemalangan.

draft1:47 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Adakah kerajaan memikirkan satu bentuk perkongsian faedah pada pekerja yang mencarum tapi tidak terlibat dengan kemalangan. Walaupun pada asalnya mereka dah setuju mencarum untuk memberikan semua faedah kepada sebahagian pekerja-pekerja yang terlibat dalam kemalangan tetapi bagi mereka yang tak terlibat, apakah pendekatan lain yang boleh membantu? Sebab, dia memang kadang- kadang ada sektor-sektor lain yang pekerja mencarum tapi faedah caruman yang dibuat oleh mereka mendapat faedah kepada orang lain.

Yang berikutnya, apakah limitasi ke atas faedah bukan bencana kerja ini daripada segi had amaun, tempoh bayaran, syarat kelayakan, pengecualian contoh kemalangan luar negara, penyakit tertentu, kesalahan jenayah serta larangan menerima lebih daripada satu faedah bagi tempoh dan hilang upaya sama supaya Dewan dan orang ramai faham sejauh mana perlindungan sebenar yang diterima berbanding dengan perlindungan penuh, 24/7.

Tadi Menteri ada menjelaskan bahawa ada juga mungkin mendapat faedah berlapis, bertindih. Umpamanya bagi OKU, mereka mungkin mendapat faedah daripada kebajikan di bawah Kementerian Kebajikan sedangkan mereka sebelum itu terlibat dengan kemalangan. Apakah mereka boleh mendapat kedua-dua faedah ini?

Berikan pecahan perbandingan risiko keilatan dan bukan bencana kerja yang diinsuranskan serta unjuran jumlah payout bagi setiap kategori agar kadar caruman yang digariskan benar-benar reflektif kepada keperluan perlindungan dan tahap keupayaan semasa. Untuk caruman pekerja, adakah mandatori atau pilihan?

Saya juga ingin bertanya beberapa persoalan. Yang pertama, sehingga kini berapa ramai pekerja yang terlibat dalam pembayaran kemalangan bencana kerja ini dan berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, oleh PERKESO dalam membiayai pelbagai perbelanjaan akibat daripada kemalangan kerja ini? Buat masa ini, berapa ramaikah pekerja-pekerja yang terlibat dengan kemalangan yang mendapat rawatan di pusat pemulihan ataupun rehabilitasi center di bawah PERKESO di seluruh negara?

Yang Berhormat Pengerusi, seterusnya saya ingin bertanya jika pekerja layak mendapat faedah dari lebih daripada satu? Contoh PERKESO dan Akta Fi untuk rawatan perubatan, akta untuk pekerja gig. Bagaimana proses semakan faedah mana yang terbaik boleh dibuat? Adakah terdapat mekanisme yang jelas dan mudah difahami untuk membantu pekerja dan ahli keluarga membuat keputusan secara bijak?

Adakah terdapat platform atau sistem integrasi yang membolehkan pekerja menyemak secara serentak faedah yang layak diterima daripada pelbagai akta seperti Akta 4 PERKESO dan Akta Fi supaya keputusan dapat dibuat dengan lebih cepat dan tepat? Jika pekerja menerima faedah bertindih, siapa yang bertanggungjawab untuk menyemak dan menentukan faedah yang sepatutnya diberikan? Bagaimanakah proses ini dilaksanakan secara telus, adil dan dapat dipertanggungjawabkan?

Untuk berikutnya Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

draft1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft1:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Akhir. Untuk mempercepatkan akses membuat keputusan dalam keadaan memerlukan, soalan yang boleh dikemukakan adalah adakah terdapat platform digital seperti e-keputusan ataupun aplikasi PERKESO yang membolehkan pekerja mendapatkan keputusan faedah secara segera dan real time. Bagaimana proses semakan status tuntutan dan keputusan faedah boleh dilakukan secara online dan adakah sistem ini menyediakan notifikasi atau paparan status terkini untuk memudahkan pemantauan.

Saya juga ingin bertanya, adakah pekerja warga asing turut dilindungi di bawah skim ini? Memandangkan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan sebahagian majikan gagal mencarum, berapa ramai pekerja hilang perlindungan PERKESO akibat tunggakan majikan dan apakah bentuk perlindungan yang boleh disediakan bagi memastikan mereka tidak terabai sekiranya berlaku kemalangan atau kehilangan pendapatan?

Merujuk kepada subseksyen 37(1), bagi kes-kes yang memerlukan kelulusan daripada PERKESO setelah permohonan dihantar, berapa lama tempoh pekerja menunggu untuk mendapatkan maklum balas PERKESO? Siapakah yang bertanggungjawab memberikan keputusan akhir sama ada pekerja yang layak atau tidak untuk mendapat faedah skim perlindungan kemalangan bukan bencana kerja?

Adakah hanya doktor PERKESO sahaja atau ada pihak-pihak lain?

Adakah terdapat mekanisme rayuan atau proses untuk mendapatkan second opinion daripada doktor luar atau pakar perubatan jika pekerja tidak bersetuju dengan keputusan doktor PERKESO? Apakah hak pekerja jika keputusan doktor PERKESO tidak menyokong tuntutan dan adakah terdapat saluran rasmi untuk mendapatkan semakan semula atau pendapat pakar bebas yang di luar daripada itu.

draft1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft1:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Dan akhir, adakah terdapat mekanisme semakan semula atau banding terhadap keputusan tuntutan dan apakah kerajaan juga bercadang untuk memperbelakangkan ataupun backdated keputusan daripada faedah yang dapat daripada cadangan pindaan kepada rang undang-undang ini. Terima kasih.

draft1:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft1:50 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Pekerja adalah tulang belakang ekonomi negara. Merekalah yang setiap hari berkorban masa, tenaga dan keselesaan demi menggerakkan ekonomi, menyara keluarga dan memastikan negara terus maju. Tanpa mereka, tiada sektor yang mampu berfungsi daripada industri pembuatan sehinggalah perkhidmatan, daripada pertanian sehinggalah ekosistem digital.

Namun, di sebalik sumbangan mereka, masih ramai pekerja di Malaysia yang tidak menikmati perlindungan keselamatan sosial yang komprehensif. Sudah tiba dan sampai masanya kita melangkaui sistem yang lama yang hanya melindungi apabila kemalangan berlaku dalam masa dan akibat pekerjaan. Realitinya, risiko yang paling besar kepada pekerja bukan sahaja ketika mereka bekerja tetapi juga ketika mereka menjalani kehidupan seharian. Atas asas inilah, saya menyokong penuh pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau Lindungan 24/7, 24 jam seminggu. Sebuah reformasi penting yang akhirnya menutup jurang besar dalam perlindungan sosial negara selepas puluhan tahun.

Puan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen Bentong, saya melihat sendiri bagaimana keperluan terhadap skim ini amat mendesak. Bentong bukan sekadar daerah pinggir bandar, ia mencerminkan wajah sebenar struktur tenaga kerja negara iaitu kawasan Bentong ini adalah kawasan bandar dan luar bandar, kawasan tradisi, FELDA dan generasi peneroka baru, perniagaan mikro dan keluarga, pekerja sendiri dan pekerja sambilan malah golongan B40 dengan pendapatan tidak tetap.

Majoriti mereka juga bekerja dalam sektor tidak formal termasuklah peniaga kecil, pasar malam, pasar pagi, pekebun kecil, pemandu persendirian, pekerja kontrak harian, pembantu perniagaan keluarga, rider sambilan serta mereka yang melakukan lebih daripada satu kerja untuk menampung kos sara hidup.

Golongan ini menyumbang kepada ekonomi setempat tetapi berada dalam keadaan yang amat rapuh kerana tiada perlindungan insurans peribadi dan pendapatan yang tidak tetap. Oleh itu, hari ini, tanpa lindungan 24/7 ini, seorang pekerja di Bentong yang terlibat dalam kemalangan ketika menghantar anak ke sekolah, berjalan pulang dari surau, berniaga di pasar pagi, menoreh atau untuk ke dusun dan sebagainya, melakukan kerja sampingan hari minggu tidak layak menerima sebarang perlindungan sosial walaupun mereka mencarum KWSP ataupun PERKESO.

Dan saya difahamkan sejak 2018, lebih daripada 26,000 orang, 26,000 tuntutan kemalangan yang telah ditolak dan 87 peratus daripadanya ditolak kerana dianggap berlaku di luar waktu bekerja dan ini angka yang sangat besar dan di sebaliknya adalah keluarga-keluarga yang jatuh miskin kerana kehilangan pekerjaan secara mengejut akibat kemalangan. Jadi, lindungan 24/7 ini akhirnya menutup jurang ini dan memberi perlindungan 24 jam tujuh hari seminggu di mana sahaja kemalangan berlaku sama ada berkaitan kerja atau tidak.

Puan Yang di-Pertua, di Bentong, ramai pekerja khususnya golongan B40 berpendapatan bawah RM2,500 sebulan. Dengan caruman yang hanya belasan Ringgit ini di fasa permulaan, mereka memperoleh perlindungan perubatan, perlindungan pendapatan, sokongan untuk keluarga sekiranya berlaku musibah, jaminan sosial asas yang selama ini mereka tidak mampu akses dan ini bukan sahaja angka yang munasabah malah melambangkan sebuah dasar sosial yang bertanggungjawab, progresif dan berperikemanusiaan.

Selepas pandemik, cara rakyat bekerja sudah berubah. Ramai yang bekerja secara hibrid dari rumah, kafe dan sebagai tenaga kerja bergerak. Garis antara masa bekerja dan masa peribadi semakin kabur. Undang-undang lama yang berpaksikan sembilan pagi ke lima petang tidak lagi relevan dengan ekonomi mereka. Dilindungi 24 jam per tujuh hari ini adalah undang-undang yang menggambarkan realiti Malaysia 2025 bukan realiti tahun 1971. Oleh itu Puan Yang di-Pertua, dengan mengambil kira struktur ekonomi Bentong dan kawasan serupa di seluruh negara yang bergantung pada sektor tidak formal, saya ingin menyatakan beberapa persoalan penting kepada kementerian.

Bagaimanakah KESUMA merancang untuk memastikan pekerja sektor tidak formal termasuklah pekebun kecil, peniaga mikro, penjaja, pemandu persendirian dan tenaga kerja sendiri benar-benar diserap masuk dalam skim ini?

draft1:55 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Adakah bentuk program outreach yang akan diperkenalkan untuk kita memastikan golongan di luar bandar, FELDA, kampung tradisi dan komiti, pedalaman tidak ketinggalan. Adakah kerjasama di antara MPPKK, MPKK, JKK, KRT, FELDA, koperasi dan NGO setempat? Adakah konsep pendaftaran bergerak ini akan diwujudkan?

Bagi kawasan seperti Bentong yang majoritinya ekonominya informal, apakah mekanisme pemantauan bagi memastikan pendaftaran ini berjalan dengan [Tidak jelas] dan tidak terhenti di peringkat awal. Yang terakhir, bagaimanakah KESUMA memastikan sistem lindungan 24 jam tujuh hari seminggu ini lebih mesra pengguna, cepat dan tidak membebankan memandangkan ramai pekerja luar bandar kurang literasi negara.

Puan Speaker, yang terakhir dari saya dengan pindaan ini, Malaysia bukan sahaja menambah satu skim baru, kita sedang membina benteng sosial nasional yang melindungi ribuan keluarga daripada kejatuhan ekonomi akibat kemalangan yang tidak diduga. Lindung 24 jam pertujuh hari ini adalah bukti bahawa negara ini sedang melangkah ke arah model perlindungan sosial moden, inklusif, responsif dan berterusan berteraskan Malaysia MADANI bahawa kesejahteraan rakyat bukan slogan tetapi komitmen yang diterjemahkan melalui dasar yang nyata. Dengan itu, Bentong menyokong pindaan ini. Sekian terima kasih.

draft2:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft2:00 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, dari Bentong ke Betong. Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri di atas pembentangan RUU ini. Jadi, Betong menyokong. Prinsip utama RUU ini yang dinamakan Akta Keselamatan Pekerja (Pindaan) 2025 kerana ia menutup jurang perlindungan yang wujud sejak sekian lama.

Jurang yang menyebabkan 27,172 kes kemalangan dan 112 kematian bukan bencana sejak 2018 tidak dilindungi sedangkan hanya 42 peratus anggaran tenaga kerja kita yang memiliki insurans peribadi. Jadi, Skim Lindung 24 jam sehari, tujuh hari seminggu ini melalui Skim Keselamatan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) ini merupakan reformasi penting yang menawarkan perlindungan bernilai tinggi pada kos yang minimum. Namun, keberkesanannya bergantung kepada ketelitian, reka bentuk undang-undang, pembiayaan tadbir urus dan juga keterangkuman.

Pertamanya Puan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada fasal 2 iaitu definisi bukan bencana kerja dan perlu kepastian undang-undang, maka RUU ini memperkenalkan definisi baru tetapi terlalu umum dan boleh menimbulkan kekeliruan tuntutan. Kekaburan ini akan membawa legitasi, kelewatan dan pertikaian. Oleh itu Betong mencadangkan, apakah senarai contoh-contoh jelas situasi yang layak ataupun yang tidak layak.

Kedua, pengecualian yang spesifik. Dan ketiga, kuasa Menteri yang mengeluarkan garis panduan serta manual kes seperti amalan di German.

Penjelasan ini penting bagi kita, ketentuan hak pekerja dan kelancaran pentadbiran.

Puan Yang di-Pertua, yang kedua ialah mengenai struktur caruman iaitu beban yang tidak boleh ditanggung pekerja semata-mata. Jadual caruman yang menunjukkan kecekapan aktuari yang baik, namun, beban skim kemalangan bukan bencana kerja ini dia letakkan 100 peratus kepada pekerja. 0.75 peratus naik kepada 1.25 peratus. Ini bercanggah dengan prinsip perkongsian risiko sosial antarabangsa.

Jadi soalan saya, bagaimanakah kita memastikan pekerja berpendapatan rendah ini tidak akan terbeban dengan struktur baru ini. Oleh itu, saya ingin mencadangkan untuk memasukkan syer majikan sekurangnya 0.25 hingga 0.5 peratus pada fasal awal dan subsidi atau kredit caruman kepada B40 dalam tempoh peralihan dua tahun. Juga ketiga, mengambil kira kemampuan fiskal kerajaan iaitu PERKESO.

Puan Yang di-Pertua, perkara ketiga ialah pekerja berbilang majikan macam mana kita elak kehilangan perlindungan. Seksyen 9 mengehendaki pekerja memilih satu majikan untuk caruman bukan bencana kerja. Ini membebankan pekerja sambilan dan gig yang mempunyai lebih daripada satu majikan. Jadi, Betong ingin mencadangkan mekanisme automatik jika pekerja tidak memilih melalui nisbah gaji ataupun masa bekerja. Yang kedua, sistem caruman berpusat daripada sumber majikan dan ketiga perlindungan interim sehingga isu pendaftaran diselesaikan.

Puan Yang di-Pertua, perkara keempat ialah penyelarasan istilah dan peruntukan pelaksanaan. Perubahan istilah di banyak seksyen perlu disertai garis panduan bagaimana faedah sedia ada ini diselaraskan termasuk kaedah pengiraan pencen ilat dan penyelarasan antara akta lain. Jadi, Betong mencadangkan peruntukan perolehan, perbadanan, rekod serta mekanisme untuk mengelak pembayaran yang berganda.

Perkara kelima ialah seksyen 44A iaitu kemalangan di luar negara.

Pengecualian automatik terhadap kemalangan di luar negara tidak lagi selari dengan realiti pekerjaan global terutamanya dalam sektor minyak dan gas (O&G), maritim, pembinaan dan juga teknologi. Oleh itu, Betong mencadangkan pengecualian terhad bagi pekerja yang berada di luar negara atas tugasan rasmi dan mekanisme rayuan untuk kes peribadi munasabah seperti mengikut pasangan, rawatan perubatan ataupun lawatan keluarga. Ini akan mencerminkan mobiliti tenaga kerja Malaysia pada hari ini.

Perkara keenam ialah seksyen 44B iaitu kesalahan undang-undang dan bukti sabitan. Betong menyokong prinsip integriti skim ini tetapi pengecualian faedah tidak boleh dibuat hanya berdasarkan dakwaan. RUU ini perlu diperincikan, standard pembuktian mestilah sabitan dan bukan tuduhan. Keduanya, prosedur rayuan yang jelas dan dalam tempoh masa munasabah.

Perkara ketujuh ialah seksyen 96, 96B dan 96C. Klasifikasi kemalangan dan elak pertindihan faedah. Betong mencadangkan pertamanya prosedur pengesahan bencana kerja domestik yang jelas termasuk dokumentasi, tempoh keputusan dan saluran rayuan. Kedua, definisi penyakit yang layak ditakrifkan dan dilampirkan mengikut kategori. Ketiga, sistem pemadanan data automatik antara agensi untuk mengelakkan pembayaran berganda. Keempat, pemakluman kepada pemohon dan tempoh pilihan faedah.

Perkara kelapan ialah jadual ketiga iaitu impak kepada pendapatan rendah.

Caruman mungkin kecil secara nominal tetapi kesannya relatif kepada B40 lebih besar. Maka Betong mencadangkan kredit caruman ataupun pengecualian sementara untuk gaji di bawah ambang tertentu dan kajian microsimulation, dengan izin, sebelum setiap fasa kenaikan dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kesembilan ialah pekerja kendiri ataupun GIG iaitu jurang perlindungan perlu ditutup. RUU ini hanya meliputi tempat dan mengecualikan pekerja kendiri di bawah Akta 789. Ini bercanggah dengan falsafah lindungan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan mewujudkan jurang diskriminasi sosial. Jadi Betong mencadangkan selaraskan Akta 4 dan Akta 789 dan penyertaan mandatori atau sukarela mengikut kategori dan ketiga skim pendaftaran mudah subsidi awal dan caruman fleksibel.

Perkara kesepuluh ialah penilaian perubatan dan mekanisme rayuan. Jadi, Betong menggesa penubuhan panel penilai perubatan bebas dengan pakar perubatan, wakil pekerja dan PERKESO. Kedua, tempoh masa keputusan yang ditetapkan. Ketiga, pembayaran faedah sementara semasa rayuan. Dan keempat, audit berkala dengan penyertaan wakil pekerja seperti amalan di negara lain.

Yang terakhir ialah digitalisasi dan integriti sistem. RUU ini perlu mewajibkan sistem digital bersepadu bagi pendaftaran tuntutan dan pemadanan data. Dan kedua, standard keselamatan data yang jelas. Dan ketiga, laporan prestasi tahunan yang boleh diakses umum. Dan keempat, audit bebas setiap tiga hingga lima tahun.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, lindung 24 jam sehari, tujuh hari seminggu ini adalah pencapaian besar dalam perlindungan sosial Malaysia tetapi kekuatannya bergantung kepada penjelasan undang-undang, perkongsian risiko, tripartite, inclusivity pekerja gig, tadbir urus yang telus dan jaminan bahawa tiada pekerja tercicir daripada perlindungan kritikal ini. Maka dengan penambahbaikan yang dicadangkan, Betong mohon menyokong. Terima kasih.

draft2:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

draft2:01 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima* kasih Yang Berhormat Speaker. Saya terus kepada perbahasan saya pada tengah hari ini. Walaupun hasrat untuk memperluas perlindungan sosial melalui Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) ini kelihatan sangat mulia dan sangat baik, namun setelah meneliti secara mendalam terlalu banyak persoalan yang masih kabur, perkara yang membimbangkan dan beban yang ditanggungkan kepada rakyat pekerja pada pendapatan minimum RM1,700.

Pertama, mari kita lihat pada data rasmi yang dibentangkan. Menurut PERKESO sendiri sejak 2018 terdapat 27,172 kes kemalangan bukan bencana kerja dengan 112 kematian. Angka ini bukanlah statistik kosong, ia mewakili ribuan keluarga yang terpaksa berdepan dengan krisis kewangan dan trauma emosi tanpa jaringan keselamatan yang mencukupi. Namun, persoalan besarnya, mengapa kita mengambil masa hampir tujuh tahun dari 2018 hingga 2025 untuk membawa rang undang-undang seperti ini ke Parlimen.

draft2:09 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Apakah langkah interim yang telah diambil oleh kementerian dalam tempoh menunggu yang panjang ini untuk melindungi mangsa?

Kedua, konsep perlindungan di luar waktu kerja dalam SKBBK ini adalah suatu pengiktirafan bahawa risiko pekerja tidak terhenti di pintu pejabat. Namun, ini mendedahkan satu kelompongan besar dalam sistem sedia ada. Jika pekerja hanya dilindungi di luar waktu kerja di bawah SKBBK, bagaimana dengan pekerja dalam ekonomi gig, pekerja kontrak ataupun mereka yang waktu kerjanya fleksibel dan tidak tetap? Apakah definisi di luar waktu kerja dalam RUU ini sudah cukup komprehensif dan inklusif untuk era pekerjaan moden? Saya minta penjelasan terperinci daripada pihak kementerian.

Ketiga, dari segi pembiayaan. Kami mengambil maklum bahawa perlindungan sosial yang menyeluruh memerlukan sumber kewangan yang mampan. Namun, struktur caruman SKBBK yang dirancang haruslah sensitif terhadap keupayaan sebenar pekerja terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

Adalah penting untuk memastikan bahawa kenaikan caruman secara berperingkat ini disertai dengan kajian impak sosioekonomi yang teliti dan berterusan agar kadar caruman dapat diselaraskan berdasarkan kemampuan pekerja dan keadaan ekonomi semasa. Kami mencadangkan agar kerajaan turut menyediakan insentif atau subsidi awal kepada majikan terutamanya PKS untuk mengurangkan tekanan kos sementara skim ini mencapai kematangannya.

Yang keempat, kami menyambut baik contoh manfaat yang besar seperti yang ditunjukkan melalui kes Muhammad Firdaus dan Muhammad Amir. Namun, jaminan bawah manfaat ini dapat dicapai sepenuhnya terletak kepada kecekapan, ketelusan dan ketangkasan institusi penyampaian.

Kami menyokong pelaksanaan SKBBK dengan syarat bahawa reformasi pentadbiran dan digitalisasi sistem PERKESO dilaksanakan seiring dengannya.

Langkah tegas seperti penanda aras semasa pemprosesan tuntutan, aduan yang mudah diakses dan audit berkala ke atas keberkesanan penyaluran faedah adalah prasyarat yang tidak boleh dikecualikan.

Kelima, data Bank Negara mendedahkan hanya 42 peratus populasi pekerja mempunyai insurans perlindungan peribadi yang mengukuhkan lagi kepentingan SKBBK sebagai jaringan keselamatan asas yang wajib. Skim ini merupakan asas yang kukuh.

Untuk membina sistem perlindungan yang lebih kukuh, kita menggesa kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak industri kewangan dalam menjalankan kempen literasi kewangan yang agresif dan merangka insurans atau takaful tambahan yang sukarela, mampu milik dan bersifat saling melengkapi dengan SKBBK.

Yang Berhormat Speaker, atas semangat untuk membina sistem keselamatan sosial pekerja yang benar-benar melindungi dan memakmurkan, kami menyokong hasrat dan prinsip di sebalik RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 ini. Sokongan ini adalah sokongan yang berhati-hati dan konstruktif. Ia dikondisikan dengan beberapa langkah penting yang perlu diambil perhatian oleh pihak kementerian.

Yang pertama, pelan pelaksanaan berfasa dan kajian impak berterusan.

Pelaksanaan SKBBK terutamanya dari segi kadar caruman perlu dilakukan secara berperingkat dan disertai dengan kajian impak sosioekonomi suku tahunan atau tahunan untuk membuat pelarasan sekiranya perlu.

Yang kedua, jaminan kecekapan dan ketelusan institusi. Kementerian perlu membentangkan pelan induk transformasi digital dan tadbir urus PERKESO yang jelas dengan penanda aras prestasi (KPI) yang boleh diukur berkaitan kelulusan dan pembayaran tuntutan.

Yang ketiga, pendekatan menyeluruh dan pendidikan kerajaan hendaklah mencari, melancarkan inisiatif literasi keselamatan sosial dan kewangan pekerja secara bersepadu. Bekerjasama dengan NGO, kesatuan sekerja dan institusi kewangan untuk membangunkan budaya perlindungan kendiri yang menyeluruh.

Kita yakin dengan pendekatan bipartisan dan sikap terbuka untuk menambah baik, RUU ini dapat melalui proses penggubalan yang teliti dan akhirnya melahirkan satu rang undang-undang yang bukan sekadar bertulis cantik, tetapi benar-benar berfungsi dengan adil, cekap dan tidak membebankan rakyat yang ingin dilindunginya. Sekian, terima kasih.

draft2:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft2:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di- Pertua. Sebagai seorang anak yang dibesarkan sebahagian daripada pencen ilat daripada SOCSO, daripada PERKESO, sudah tentu saya akan mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini. Sebab bagi saya, ini adalah satu pindaan yang begitu bermakna dan ia bukan sesuatu pindaan yang kecil, bukan sesuatu pindaan yang teknikal. Dia adalah satu reformasi bagi saya, satu reformasi yang paling besar sejak PERKESO ditubuhkan pada tahun 1971.

Dan buat kali pertama dalam sejarah negara kita, sistem perlindungan sosial kita melangkah keluar daripada konsep insurans bencana kerja dan bergerak kepada jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh iaitu Lindung 24/7 ya, 24 jam, tujuh hari seminggu. Ia bermakna bahawa pekerja di negara kita sekarang dilindungi bukan sahaja ketika mereka bekerja, tetapi sepanjang masa dalam kehidupan seharian mereka.

Puan Yang di-Pertua, di kawasan seperti Bakri, sebuah bandar satelit dalam Daerah Muar dan banyak ekonomi tertumpu oleh PKS, perniagaan keluarga, pekerja-pekerja kilang, penghantar barang, pekerja runcit, penjaja dan ramai pekerja yang berpendapatan rendah. Mereka ini merupakan tulang belakang ekonomi tempatan, tapi merekalah yang paling terdedah kepada kemalangan di luar waktu kerja terutamanya ketika berulang-alik menaiki motosikal.

Jadi Puan Yang di-Pertua, izinkan saya berkongsi beberapa kisah benar yang saya saksikan sendiri. Yang pertama adalah kisah di mana saudara saya, sepupu saya, beliau dijangkiti, ada jangkitan kuman di otak. Apabila beliau tidak berupaya untuk bekerja, beliau rasa kehilangan semua rezeki.

Dan pada masa itu pada tahun 2022, semasa berlakunya perkara macam ini, beliau pergi berjumpa dengan salah seorang ahli majlis. Ada wakil partinya di dalam Dewan ini, saya tak nak sebut siapa dia. Disebabkan kekurangan kesedaran terhadap perlindungan PERKESO ini, ahli majlis itu bagi tahu kepada sepupu saya, “Oh, ini berlaku di luar waktu kerja, so tidak layak untuk tuntutan PERKESO, jangan buang masa.” So, selepas dalam lebih kurang dua tahun bersusah, beliau datang berjumpa dengan saya. Walaupun dia sepupu saya, saya pun tak tahu dia— keadaan dia susah sebegini. Saya tanya, adakah awak pencarum PERKESO? Dia bagi tahu ceritanya dengan ahli majlis itu. Saya kata tak apa, kau ambil borang, kau isi, kau cuba. Kau jangan tanya orang yang bukan-bukan. Kau pergi tanya PERKESO. Kau pergi cuba, tanya, mendapatkan nasihat, pandangan profesional daripada PERKESO.

Jadi, selepas saya bantu dia untuk mengisi borang dan sebagainya, alhamdulillah, dengan bantuan daripada PERKESO Muar, sekarang, mulai Januari tahun ini, setiap bulan dia dapat pencen 1,900 setiap bulan.

[Tepuk] Tapi dia dah rugi dua tahun, tiga tahun sejak 2022. Jadi, inilah pentingnya sebab ada silap faham di mana semua di luar waktu kerja, tak ada dilindungi. Itulah saya lihat pada hari ini, pindaan ini penting.

Satu lagi kisah benar. Pada 29 Jun tahun 1993, seorang anak muda, Teo Chin Hwe. Masa tu 19 tahun, terlibat dalam satu kemalangan motosikal. Kerana kejadiannya berlaku di luar waktu bekerja, maka diklasifikasi sebagai bukan bencana kerja. Beliau mengalami kecederaan tulang belakang C4 hingga C6, quadriparesis okey, C5 dan kecederaan kepala.

draft2:14 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Selepas rawatan ICU, beliau masih memerlukan rehabilitasi intensif, pengubahsuaian rumah dan rawatan berulang untuk bertahun-tahun. Hari ini setelah lebih 30 tahun, beliau masih hidup sebagai OKU dan bergantung kepada bantuan kebajikan. Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, jika lindung 24/7 wujud pada tahun 1993, maka beliau sudah lama mendapat faedah hilang keupayaan dan faedah perubatan rehabilitasi PERKESO, elaun layanan sentiasa dan yang paling penting jaminan pendapatan berterusan.

draft2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft2:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tetapi oleh kerana kekurangan undang-undang kita, maka sampai hari ini keluarganya terpaksa menanggung segalanya untuk lebih daripada tiga dekad. Dan ini jurang ini kita tutup pada hari ini.

Jadi Puan Yang di-Pertua, ramai majikan PKS sebenarnya mereka berniat untuk menjaga pekerja mereka tetapi bajet mereka sangat terhad. Mereka bergelut memilih antara insurans kemalangan peribadi, insurans komersial yang mahal ataupun tiada perlindungan langsung. Jadi dengan adanya Lindung 24/7 ini, PKS boleh menyelaras semula bajet mereka dan pekerja tetap akan mendapat perlindungan komprehensif melalui PERKESO.

Ini bukan sahaja menaikkan martabat pekerja tetapi juga membantu golongan PKS untuk mengurus kos secara lebih efisien. Namun Puan Yang di- Pertua, ada satu perkara yang ingin...

draft2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft2:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya bangkitkan iaitu seksyen 44A. Pindaan ini mengecualikan semua kemalangan bukan bencana kerja yang berlaku di luar negara daripada perlindungan. Dalam era ekonomi moden, peruntukan ini bagi saya ada kekurangan kerana hari ini ribuan pekerja di Johor terutamanya berulang-alik ke Singapura. Pemandu logistik merentas sempadan setiap hari.

Pekerja profesional dihantar berkursus ke luar negara. Pekerja yang dihantar ke luar negara untuk latihan teknikal. Semua ini sekiranya mereka mengalami kemalangan ketika berulang-alik ke Singapura atau ketika menjalani kursus di luar negara, adakah perlindungan sosial ini terhenti di sempadan Malaysia?

Jadi di banyak negara maju, perlindungan sosial...

draft2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat ,masa sudah tamat.

draft2:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...Yang mengikut pekerja bukan mengikut peta geografi.

draft2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bakri.

draft2:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya berharap kerajaan akan mengkaji semula seksyen 44A pada masa hadapan.

draft2:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 15 minit.

draft2:20 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua dan juga semua rakan-rakan Ahli Parlimen yang telah memberikan pelbagai hujah yang bernas dan bernilai bagi penambahbaikan RUU ini.

Terima kasih kepada semua, saya rasa tidak ada satu yang telah membantahnya tetapi mereka telah memberikan beberapa cadangan penambahbaikan dan juga membangkitkan beberapa mungkin isu yang memerlukan penjelasan.

Saya suka untuk mula dengan saudara Yang Berhormat dari Padang Serai.

Beliau menyatakan bahawa undang-undang ini telah mengambil masa tujuh tahun untuk dibentangkan di Parlimen membuktikan bahawa pendirian beliau adalah undang-undang ini adalah amat diperlukan. Ini juga dicerminkan dalam perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang lain.

Saya nak jawab ini pun macam mana nak jawab. Kenapa mengambil masa tujuh tahun dari tahun 2007 lagi? Kertas telah diedarkan dan sebagainya. Apa yang boleh saya katakan di sini adalah setiap kita pun dah pernah berada di pihak ini sebagai wakil kerajaan. Mungkin saudara YB Padang Serai perlu tanya kepada rakan-rakan beliau kenapa ketika dalam tujuh tahun ini— beliau juga berada di belah kerajaan. Kenapa mereka pula tidak membentangkan RUU ini? Saya rasa soalan ini lebih tepat mungkin beliau ajukan kepada rakan-rakan beliau.

Tetapi untuk saya apabila kita diberi amanah untuk berada di Kementerian Sumber Manusia antara perkara awal yang telah saya lakukan adalah untuk memastikan bahawa RUU ini, pindaan ini untuk melaksanakan skim lindung 24 jam dilaksanakan dengan kadar segera. Bulan ini dah masuk dah hampir dua tahun saya berada di KESUMA.

Jadi, dalam masa dua tahun sahaja, kita berjaya telah mendapatkan bukan sahaja melalui sesi libat urus yang melibatkan lebih 1,600 orang dari pelbagai pihak masuk ke dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan sebagainya. Akhirnya, kita berjaya sampai ke tahap ini.

Jadi, saya nak ucapkan terima kasih dan tahniah khususnya kepada rakan- rakan KESUMA, penjawat awamnya, khasnya kepada staf-staf PERKESO yang dipimpin oleh Ketua Eksekutif kita Dato' Sri Dr. Azman, orang lama PERKESO yang telah berusaha bersungguh-sungguh. Menteri silih berganti tetapi mereka tetap cekal untuk memastikan perkara ini dilaksanakan. Akhirnya kita nampak orang kata nampak langit yang cerah dengan izin.

[Berucap menggunakan bahasa Cina] Dalam bahasa Cina, langit yang cerah.

Jadi, pentingnya RUU ini sudah berada atas meja kita untuk kita sama-sama mempertimbangkan kelulusannya. Banyak soalan khususnya bermula dengan Ledang. Banyak soalan telah ditanya tentang kapasiti operasi, unjuran, sistemnya sama ada dah bersedia stafnya dan sebagainya. Saya jawab satu-satu.

Satunya adalah tentang operasi ataupun kapasiti PERKESO dalam menangani tambahan satu skim baru. Pertama sekali saya nak sebut adalah kita telah menyediakan dari segi sistem elektronik, sistem komputer, pemprosesan, itu tidak ada masalah. Itu dah dibuat persediaan. Seperti yang saya katakan tadi benda ini kita dah— pihak PERKESO dah cadang sejak 2007. Kemudian, kertas dah mula buat 2017. Itu satu.

Keduanya dari segi staf, dari segi pekerja. Kita unjurkan bahawa memerlukan anggaran lebih kurang tambahan dari 300 hingga 500 orang pekerja tetapi walaupun redeployment telah pun mula dilaksanakan dalam institusi PERKESO, namun pengambilan pekerja baru adalah tertakluk kepada status dan keadaan ketika benda ini dilaksanakan. Saya nak bagi satu keyakinan kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat. Tadi, saudara Ledang dan juga rakan-rakan lain juga menyebut tentang tempoh masa pemprosesan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, purata tempoh masa pemprosesan untuk tahun lalu di bawah PERKESO setiap kes adalah lebih kurang 24 jam, within one day ataupun dengan lebih tepat lagi 1.29 hari. Sehari tambah sikit lagi.

Maksudnya apa?

Maksudnya, kecekapannya memang ada untuk memastikan kes-kes diproses dengan segera. Sebab kita tahu yang mari dengan kita untuk membuat tuntutan bukan orang-orang yang biasa. Mereka adalah sama ada pekerja ataupun waris pekerja yang telah bertemu musibah. Jadi, kita sedar bahawa harus cepat kita menyiapkan pemprosesan itu supaya mereka dapat diberikan satu jawapan dan akhirnya pampasan yang berhak ke atas mereka.

Apa yang menjadi kelewatan ataupun mungkin ada rungutan di luar sana adalah isu-isu seperti dia gagal mendapatkan keputusan yang dia nak. Contoh, dia tidak layak mendapat tuntutan sebab seperti yang saya katakan dalam ucapan saya tadi, isu-isu teknikal bukan di bawah waktu bekerja. Itu satu. Itu kita nak selesaikan dengan RUU ini.

Lepas ini tak ada lagi bincang ataupun tak ada lagi pertikaian tentang isu-isu teknikal. Adakah jalan ini jalan yang sepatutnya dia lalu? Adakah dia lencong sikit itu kira masih lagi dalam syarat yang membolehkan dia buat tuntutan? Isu-isu teknikal kita selesaikan dengan pindaan ini. Jadi tak ada masalah lagi lepas ini.

Kedua, mungkin dari segi kuantum berapa banyak keilatan itu, berapa banyak kehilangan upaya, berapa peratusnya. Itu akan menjadi pertikaian. Jadi, itu juga mungkin akan melambatkan orang kata kelulusan dan menimbulkan rungutan khususnya dari orang-orang bawah insurans.

draft2:23 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Tetapi dari segi pemprosesannya, PERKESO, kita memang dari segi ini tidak ada kompromi untuk memastikan kecekapan dan saya ulangi purata pemprosesan 1.29 hari iaitu lebih kurang 24 jam, kita memberikan satu keputusan.

Manakala, saya lompat sikit sebab saya baca daripada nota yang saya tulis ini.

Jadi untuk melancarkan menyambung tadi saya sebut, bagaimana pula dengan proses rayuan dan sebagainya? Ada YB saya ingat YB mana satu yang telah sebut, baik dianjurkan, diadakan mahkamah ataupun jemaah rayuan bebas ini daripada Pendang iaitu mantan Timbalan Menteri KESUMA sendiri.

Saya nak tegaskan di sini, jemaah doktor yang kita— yang mendengar kes-kes di bawah Akta 4 ini, mereka terdiri daripada doktor-doktor kementerian perubatan, doktor-doktor perubatan profesional. Satu.

Keduanya, jemaah doktor rayuan kalau ada tidak puas dengan keputusan jemaah doktor dia bawa ke jemaah doktor rayuan. Itu pun, dianggotai oleh doktor- doktor di hospital kerajaan kita iaitu pakar-pakar perubatan profesional yang diketuai— jemaah doktor rayuan itu diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri.

Jadi, saya tidak timbul isu jemaah rayuan dan juga proses rayuan yang tidak berkecuali ataupun tidak independent dengan izin, jadi memang jemaah rayuan kita profesional dan berkecuali dan bebas dan pakar. Keduanya, jawatankuasa ataupun Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial iaitu satu tribunal yang ditubuhkan di bawah Akta 4 juga— peralihan Speaker dan Speaker tengah membaca doa, jadi saya...

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Sim Chee Keong

Boleh Speaker? Okey. Keduanya, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah Akta 4 ini untuk mendengar segala semua pertikaian tentang tuntutan, tentang peratusan keilatan, peratusan ketidakupayaan dan sebagainya itu terdiri daripada.

[Tidak jelas] Satu, terdiri daripada Pengerusi Mahkamah Perusahaan iaitu seorang pakar profesional dari segi undang- undang perburuhan, perusahaan. Satu.

Keduanya, anggota-anggota jemaah rayuan ini terdiri daripada siapa? Wakil Kesatuan Sekerja, wakil pihak yang mewakili majikan. Jadi, sekali lagi tidak timbul, saya mungkin Pendang dia mungkin lupa sikitlah sebab dia dah dua tiga tahun. Jadi, saya nak peringatkan semula kepada rakan saya saudara Pendang, bahawa tidak timbul isu sama ada jemaah doktor, jemaah doktor rayuan ataupun jemaah rayuan PERKESO tidak bebas, tidak berkecuali, tidak independent. Memang institusi yang ada sekarang adalah bebas, profesional, pakar dan berkecuali.

Dari segi, unjuran tuntutan YB Ledang dan juga beberapa orang YB lain, saya nak— dan juga sama ada kemampuan dari segi dananya. Saya nak menunjukkan di sini, bahawa kita punya bayaran kepada pencarum kita setiap tahun mencecah lebih kurang 77 peratus daripada pungutan caruman. Okey.

Industry-based practice, amalan terbaik industri 86 peratus. Jadi, kita masih lagi di bawah pay out kita. Setiap tahun, berapa kadar kita membayar kepada pencarum kita berbanding dengan ratio-nya kepada apa yang kita terima daripada pencarum itu adalah 77 peratus. Iaitu jauh lebih rendah daripada amalan terbaik industri iaitu 86 peratus. Satu.

Keduanya, OpEx kita 12 peratus, amalan terbaik industri, 14 peratus. Dan ketiga, dari segi pengekalan modal ataupun capital preservation PERKESO 15 peratus. Kajian kemampanan dana PERKESO menunjukkan bahawa dana PERKESO adalah mampan dari segi tuntutan dan sebagainya sehingga mungkin mencecah lebih 10 tahun. Satu.

Keduanya, saya juga ingin menggunakan peluang ini bukan sahaja untuk memberikan keyakinan kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat tentang kemampanan dana PERKESO, tetapi juga untuk memberikan kesedaran tentang satu aduan yang sering kita dengar, PERKESO susah nak bagi orang kata, tuntutan.

PERKESO susah nak bagi pembayaran, PERKESO susah, bila nak carum senang.

Tapi nak bayar susah. Tidak wujud benda ini.

Contoh, pada tahun lepas, bayaran yang kita buat kepada pencarum kita adalah menjangkaui ataupun lebih daripada RM6.2 bilion, dengan izin, there is no reason PERKESO want to keep your money. Tidak ada sebarang alasan PERKESO menidakkan permohonan-permohonan yang sah sehingga tahun lepas sahaja dalam masa setahun, kita telah membuat bayaran RM6.2 bilion. Tidak ada masalah.

Masalah, seperti yang saya katakan, kelompangan itu, jurang itu di mana isu- isu teknikal, dia terkeluar daripada takrifan bencana kerja. Dan sinilah kita nak menyelesaikan kelompangan.

Isu keadilan oleh YB Ledang dan juga beberapa orang Ahli Parlimen yang lain, tentang— saya cukup bangga bahawa Dewan yang mulia ini memahami konsep sistem keselamatan sosial, khususnya insurans keselamatan sosial PERKESO iaitu kita berdasarkan konsep perkongsian risiko.

Memang, dia ada juga pengadu yang mencari saya sebagai wakil rakyat ataupun sebagai Menteri KESUMA, dia kata, kita bayar PERKESO bulan-bulan, dah puluh-puluh tapi tak pernah buat claim. Lepas bersara, bolehkah saya dapat balik wang yang telah saya bayar?

PERKESO bukan KWSP, di mana kita boleh buat tuntutan claim because this is— ini adalah dari segi takaful ataupun insurans di mana risikonya dikongsikan bersama-sama dengan warga pekerja termasuk sudah tentu, caruman bahagian majikan.

Tetapi walau bagaimanapun dan melihat kepada cadangan yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang ahli Ahli Parlimen, diketuai oleh Ledang tadi, sebab dia orang pertama, jadi saya banyak baca nama beliau, tetapi sebenarnya disebut oleh beberapa orang Ahli Parlimen ialah benda ini kita tengah memang pun dalam kajian PERKESO untuk melihat kepada mungkin insentif, kepada pekerja yang telah membuat caruman sekian tempoh tetapi mereka tidak membuat sebarang tuntutan dan kenapa tak buat tuntutan?

Sebab berhati-hati di tempat kerja, tidak mengambil makanan dari segi pemakanan tidak ada isu-isu penyakit kencing manis contohnya, tidak perlu dialisis dalam perjalanan dan sebagainya. Jadi, mungkin PERKESO dalam keadaan ini, kita tengah dalam perancangan melihat kepada pengiraan actuary, banyak yang cakap tentang pengiraan actuary.

Pengiraan actuary adalah satu penilaian yang wajib dilakukan oleh PERKESO, laporannya dibentangkan kepada Lembaga Pengarah PERKESO setiap tahun yang dianggotai oleh siapa? Oleh wakil-wakil kesatuan kerja, wakil-wakil majikan iaitu satu keanggotaan tripartite sudah tentu termasuk wakil kementerian-kementerian dalam kerajaan.

Jadi, kalau tiada aral yang melintang, maka dengan laporan pengiraan actuary itu kita akan mengumumkan dalam masa terdekat. Bagaimana kita boleh memberikan insentif kepada pekerja ataupun pencarum kita yang telah mencarum sekian tempoh tetapi oleh kerana mereka menjaga keselamatan, kesihatan, pekerjaan, maka tidak membuat sebarang tuntutan. This will— pengumuman akan dibuat selepas perancangan rapi dibuat.

draft2:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft2:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Sebab kita tidak terburu-buru dalam isu ini.

draft2:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri. Ledang.

draft2:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Pekerja gig— masa sebenarnya dah ini, tapi saya cuba sebab ada banyak— saya baru jawab YB Ledang saja, 10 orang. Tapi sebenarnya Speaker, saya walaupun saya sebut nama Ledang, sebenarnya banyak isu yang banyak bertindih yang perlu saya jawab dalam masa yang sama.

draft2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri— teruskan...

draft2:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ya. Saya teruskan ya. Pekerja gig...

draft2:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Menteri, saya cuma nak sokong tadi komitmen yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan insentif tersebut sebab saya rasa benar, kita ada lindungan tapi, pada masa yang sama kita kena bagi galakan kepada mereka yang benar-benar menjaga kesihatan dan keselamatan pekerjaan mereka. Jadi, saya sokong sangat dan saya harap ia nya boleh dijadikan sebagai satu yang berjaya lah. Terima kasih.

draft2:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih. Ya, bersambung dengan itu, YB Pendang juga sebut tentang pencegahan.

draft2:30 PM

Tuan Sim Chee Keong

Kita bukan hanya nak memberikan pampasan selepas berlakunya kemalangan, bencana. Sudah tentu walaupun PERKESO ini adalah sistem insurans untuk memastikan ada jaringan keselamatan tetapi menjadi kepentingan pihak PERKESO sebagai institusi sistem keselamatan sosial negara untuk memastikan benda ini tidak terjadi, kemalangan tidak terjadi ya, kesihatan pekerja dijaga.

Jadi, memang setiap tahun kita membelanjakan lebih kurang 20 juta untuk kempen-kempen pencegahan, kempen-kempen kesedaran. Contoh, saringan kesihatan percuma. Contoh, kempen keselamatan jalan raya dengan MOT, dengan pihak PDRM, polis trafik. Contoh, kempen pencegahan ataupun pengurangan gula pemakanan sihat dengan Kementerian Kesihatan.

Dan saya ajak rakan-rakan Ahli Yang Berhormat untuk mungkin bersama- sama dengan PERKESO di kawasan masing-masing untuk menganjurkan kempen ini. Sebab bukan sahaja memberikan kesedaran tentang isu-isu kesihatan dan keselamatan tempat pekerjaan. Malah, seperti yang dibangkitkan oleh Bentong dan beberapa orang tadi, dia juga memberikan kesedaran kepada pekerja dan rakyat di tempat kita khususnya orang kampung tentang skim-skim dalam PERKESO.

Itu saya— beberapa orang YB kata orang-orang di tempat pedalaman, di kampung, mereka mungkin tidak sedar ada semua skim ini. Jadi, saya ajak ya.

PERKESO bersedia, tidak sedar ada semua skim ini. Jadi, saya ajak ya. PERKESO bersedia untuk bekerjasama dengan semua Ahli Parlimen tak kira parti mana supaya kita memberikan kesedaran. Sebab sistem keselamatan sosial ini negara punya.

Rakyat ini dia cedera mana pun, tak kira kawasan pembangkang ke kawasan kerajaan tetap rakyat Malaysia.

Jadi, kita bersedia untuk bekerjasama dengan Ahli-ahli Parlimen untuk memberikan kesedaran berikut. Pekerja gig. Beberapa orang YB sebut tentang pekerja. Ledang sebut, Betong sebut, Kota Melaka sebut. Pekerja gig ini dia ada Akta 789 iaitu Skim LINDUNG KENDIRI. Jadi, pekerja gig, pekerja tidak formal sebenarnya dia tidak terkait dengan RUU yang kita bincang sekarang yang sebenarnya, yang asasnya.

Secara teknikalnya, dia tidak terkait. Sebab yang ini adalah untuk pekerja- pekerja sektor formal yang sudah pun terikat di bawah Akta 4. Pekerja yang secara formallah. Jadi,lebih kurang 10 juta orang. Pekerja gig adalah di luar Akta 4. Jadi, ada akta sendiri Akta 789. Jadi, untuk pekerja gig sepenuh masa iaitu mereka hanya buat pekerjaan gig. Dia tidak ada kerja formal.

Contohnya dia bukan pergi ke pejabat waktu pagi. Kemudian, malam dia pergi jadi rider, tidak. Ini pekerja gig sepenuh masa memang akta ini dia tidak terkaitlah buat masa ini. Tapi saya dah minta kepada PERKESO untuk mengkaji bagaimana kita boleh memperluaskan perlindungan LINDUNG 24 jam pada pekerja gig sepenuh masa.

Tetapi untuk pekerja gig yang memang mereka ada juga pekerjaan formal.

Mungkin di waktu siang dia kerja kat kilang. Lepas itu lepas kerja, dia pi jadi rider. Itu memang dia akan mencarum di bawah Akta 4. Dan itulah yang disebutkan supaya tidak ada pertindihan. Kalau berlaku bencana selepas waktu kerja formal itu, mungkin ketika dia tengah buat gig. Jadi, dua sistem perlindungan akan bergerak.

Satu, sistem perlindungan LINDUNG KENDIRI iaitu 786. Satu lagi sistem perlindungan Lindung 24 jam. Itulah yang disebut dalam akta ini untuk bagi penjelasan supaya jelas. Dia boleh hanya pilih satu. Dan kita bagi dia pilih nilai yang lebih tinggi. Ini kalau tidak faham memang PERKESO akan memberikan pencerahan. Supaya kita bantu pencarum itu pilih mana-mana satu yang akan mendapat faedah yang lebih tinggi buat dirinya. Itu adalah pemadanan dari segi beberapa skim di bawah PERKESO.

Dia tidak timbul isu bahawa kalau dia dah dapat skim faedah Lindung 24 jam ini, dia tak boleh apply dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, tidak. Saya tidak bermaksud begitu apabila saya menyatakan contoh. Apa maksud saya ialah ini.

Dengan adanya skim ini, bayangkan Tuan Speaker. Seseorang pekerja ini sebab dia hilang upaya bekerja ataupun dia tak dapat bekerja ataupun mungkin meninggal dunia bukan semasa bekerja atau di luar waktu kerja. Maka, dia tak boleh claim PERKESO. Warisnya tak dapat pampasan pencen.

Risiko jatuh ke bawah paras kemiskinan cukup tinggi. Ketika itu, keluarga itu, pekerja itu atau waris itu memerlukan contohnya bantuan JKM, bantuan ataupun kos perubatan di hospital-hospital kerajaan. Tapi dengan adanya skim ini, apa yang saya maksudkannya ialah contoh, apa itu orang yang saya sebut tadi, Muhammad Firdaus. Gaji 1,700. Sebab dia tak boleh bekerja, mungkin ketika ini sebab dia tak ada LINDUNG KENDIRI, beliau terpaksa minta dengan YB, entah YB mana ke tempat beliau, apply mohon JKM. KJM bagi RM300, itu je.

Tapi kerana adanya Skim Lindung 24 jam, maka saya sebut tadi beliau layak mendapat sehingga RM1,212.80 sebulan untuk seumur hidup. Gaji dulu 1,700.

Sebab dapat faedah PERKESO Lindung 24 jam, RM1,200. Yes, memang sah bukan cukup sampai gaji yang dulu itulah. Tapi sekurang-kurangnya sekarang dia tak perlu bergantung kepada JKM, RM300. Dia bulan-bulan PERKESO bagi RM1,200. Itu yang saya sebut, dia boleh mengurangkan bebanan dalam tahun pertama, mengurangkan bebanan JKM dan juga Kementerian Kesihatan, bil hospital, bil rawatan sehingga RM600 juta.

draft2:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

[Bangun]

draft2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Dan wang itu boleh disalurkan kepada perkara lain yang juga sama mustahaknya. Tetapi, bagi menjawab soalan tadi. Adakah dia masih boleh lagi? Saya ingat YB yang tanya kan?

draft2:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Ya.

draft2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Masih lagi boleh membuat permohonan JKM.

Jawapannya ialah ya.

[Tidak jelas]

draft2:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Maknanya, maknanya— Tuan Pengerusi, Dato’— Yang Berhormat. Yang di-Pertua...

draft2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft2:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Maknanya Menteri dia boleh dapatlah. Dua.

draft2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Boleh Maran.

draft2:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Maknanya kalau dia dapat— fasal dia pekerja, sebagai pekerja.

draft2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ya.

draft2:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Dan dia menjadi orang OKU, bermakna dalam masa sama, dia boleh mendapat juga faedah orang OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

draft2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Ya. Dia boleh buat permohonan dengan JKM.

Tertakluk sudah tentu kepada syarat-syarat JKM lah. Dia tidak ada percanggahan, no problem. Apa yang ada pertindihan adalah skim-skim di bawah PERKESO, senarai saya sebut tadi kan. Skim 789 dengan skim empat— Sorry. Akta 789, Akta 4 ini. Ini dua-dua skim di bawah PERKESO hanya boleh pilih satu jika berlaku musibah dan buat tuntutan yang melibatkan kebetulan pertindihan. Dia hanya boleh pilih satu dan kita bagi dia pilih yang paling tinggi dan kita akan bagi.

Kita akan bantu dia untuk supaya dapat automatik pilihan yang paling tinggi faedahnya. Tapi untuk skim-skim bantuan lain termasuk JKM, tidak ada masalah.

Orang itu masih lagi boleh buat permohonan. Sudah tentu tertakluk kepada syarat- syarat yang dikenakan.

Okey, mungkin satu, dua yang terakhir ialah dari segi luar negara.

Pengecualiannya adalah kalau pergi ke luar negara, bercuti— dalam hal ini bercuti di luar negara. Ada saya tahu ada yang sebut bekerja di luar negara. Sebab kita tengah cakap tentang bencana di luar pekerjaan, di luar waktu kerja. Ini adalah Lindung 24 jam. Kalau bencana kerja, memang la ini sekarang ini pun dia dapat claim kalau bertugas secara rasmi di luar negara. Itu tidak ada masalah. Itu sekarang sudah ada, tak perlu pinda apa-apa undang-undang. Memang dah berjalan sekarang.

Kalau tugasan rasmi di bawah pekerjaannya di luar negara, memang dapat claim. Tetapi kalau ini adalah untuk bercuti di luar negara. Masalahnya ialah kita tertakluk kepada undang-undang. Contohnya, kalau kemalangan jalan raya.

Tertakluk kepada undang-undang di sesebuah negara itu. Dari segi institusinya, kalau dia melibatkan kemalangan di luar negara, memang melibatkan perundangan di luar bidang kuasa PERKESO.

Jadi, apa yang saya sebut pengecualian yang kita sebut dalam akta ini ataupun dalam RUU ini untuk bencana bukan pekerjaan di luar negara. Contoh, dia pi cuti kat Thailand. Itu tak dapat claim lah. Tapi kalau bekerja, dia dapat claim. Jadi, kena berhati-hati. Cuti atau bercuti atau...

draft2:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri...

draft2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Bekerja di Thailand.

draft2:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.

draft2:40 PM

Tuan Sim Chee Keong

Silakan.

draft2:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Ya, bagi saya PERKESO ini adalah satu pelindungan sosial pada golongan bawahan terutamanya golongan pekerja. Jadi, apa salahnya kalau kita memberi perlindungan juga untuk kes ataupun kategori yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.

Sebab bagi golongan bawahan, kadangkala pergi bercuti sesuatu yang luxury, betul. Tapi pun kita tak boleh nafikan hak untuk bercuti dan beriadah. Tapi kemalangan itu kadang berlaku juga. Itu tak bermaksud dia boleh bercuti di luar, dia adalah golongan yang sangat mampu atau dia mampu untuk menanggung segala risiko yang berlaku kepada dia.

draft2:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, semangat pada hari ini adalah PERKESO memberikan satu perlindungan yang menyeluruh pada satu kadar yang begitu minimum. Pada satu kadar yang bagi saya kadang nak minum teh tarik pun tak cukup. Tetapi itulah prinsip dia. Itulah semangatnya. Jadi, mengapakah kita tak buat secara habislah seperti apa kita kata? Dah lupa pepatah itu. Tetapi itu kita dah buat separuh jalan dah. Biarlah kita habis ya menyeluk apa itu pekasam. Biarlah sampai di pangkal lengan. Ingat itu pepatah itu. Jadi, biarlah kita habiskan kerja itu.

Jadi, saya berharap— mungkin hari ini tak sempat tetapi saya harap ini menjadi hala tuju atau usaha dari Yang Berhormat Menteri. Sekiranya bawa sekali lagi untuk pindaan untuk bab itu, saya akan sokong lagi insya-Allah.

draft2:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih. Saya suka dengar ucapan bahas saudara Bakri khususnya tentang PERKESO. Sebab saya sebut tadi kan dia pernah menyatakan dalam Dewan ini bahawa beliau anak PERKESO. Anak PERKESO.

Sebab beliau telah dibesarkan dalam keluarga yang susah dan pencen ataupun faedah PERKESO lah yang telah membolehkan beliau sehingga menjadi Ahli Parlimen dan pemimpin tersohor kawasan beliau hari ini.

[Tepuk] Jadi ucapan dia memang rasional dan logik dan penuh apa itu orang kata pengetahuan maklumat yang jitu tentang PERKESO. Sebab dia tahu bagaimana nak buat claim dan sebagainya, isu-isu cabarannya. Memang sekarang buat masa ini untuk tujuan RUU ini bercuti di luar negara tidak ada. Tetapi kalau bercuti di dalam negara boleh. Kalau orang Bakri mai bercuti dekat Pulau Pinang memang boleh buat claim kalau berlaku apa-apa bencana atau kemalangan. Jadi, kita galakkan jugalah cuti-cuti Malaysia.

draft2:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Dato’ Yang di-Pertua.

draft2:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Okey, Maran.

draft2:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya ada bertanya sedikit tadi. Kita konsep PERKESO ini maknanya tabungan ataupun simpanan contribution daripada pekerja-pekerja dan akhirnya faedah daripada kontribusi itu dipulangkan kepada pekerja-pekerja yang mendapat kemalangan. Maknanya saya rela walaupun saya menyimpan ataupun mencarum dalam PERKESO, saya tidak mungkin saya hendakkan kemalangan kerana saya nak ambil PERKESO. Tak mungkin. Setiap orang tidak mungkin begitu.

Tetapi apa ini kita tahu bahawa sebahagian daripada pencarum-pencarum ini, dia tidak terlibat dengan kemalangan. Mereka tidak dapat apa-apa mungkin faedah daripada wang PERKESO yang telah dikumpul begitu banyak. Cuma kerisauan saya adalah sepertimana yang berlaku pada KWSP umpamanya. Kita mencarum, pekerja mencarum KWSP. Kemudian, kumpulan wang amanah pencen umpamanya.

Kemudian, duit daripada kumpulan ini termasuk PERKESO ini akan digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk melabur di mana-mana. Akhirnya, pelaburan rugi dan sumbangan yang dilakukan oleh pekerja tadi sebenarnya seolah tak ada apa-apa.

Sepatut— apakah saya bertanya tadi, apakah kerajaan bercadang supaya memikirkan mungkin satu mekanisme ataupun pendekatan yang boleh memulangkan balik caruman, sebahagian daripada caruman yang dibuat oleh pekerja yang tak terlibat dengan kemalangan sebagai tanda penghargaan, contribution mereka kepada PERKESO?

draft2:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih Maran. Mungkin ini soalan terakhirlah sebab masa saya pun dah habis lama dah tetapi kalau yang belum sempat jawab kita akan berikan secara bertulis.

Maran, terima kasih atas cadangan itu. Saya dah sebut tadi masa saya jawab YB Ledang itu saya dah sebut. Tetapi saya juga nak menegaskanlah. Tadi dia kata pelaburan rugi itu KWSP saya rasa tidaklah. Kita tidak adil sebab KWSP mana ada rugi sebenarnya, satu.

Keduanya, cadangan untuk— saya dah tadi saya katakan PERKESO sedang menelitikan kemampuan institusi PERKESO untuk memberikan mungkin sedikit insentif kepada pekerja yang telah mencarum sekian tempoh dan mereka tidak membuat sebarang tuntutan. Kenapa tidak buat tuntutan? Sebab dia telah jaga kesihatan, keselamatan tempat pekerjaan dengan begitu baik.

Jadi, kita tengah kaji. Memang usaha ini kena kaji dan saya tengok ramai rakan-rakan Ahli Yang Berhormat tak kira daripada kedua-dua belah memang telah pun juga memberikan cadangan yang sama seperti yang tengah dikaji oleh PERKESO. Jadi, saya kira kalau tiada aral yang melintang dan kita lihat kemampuan PERKESO. Kalau mampu kita buat, saya yakin dia akan mendapat sokongan daripada semua pihak di sinilah. Sebab memang dah ramai yang membuat cadangan tersebut.

Jadi, dengan itu saya rasa itu sahaja jawapan saya kepada semua rakan- rakan yang telah membahaskan RUU ini. Saya ucapkan terima kasih kepada semua atas pelbagai hujah dan cadangan yang begitu bernas dan bermanfaat. Marilah kita sama-sama meluluskan satu RUU yang game— yang saya sebut sebagai game changer ini.

Tadi Padang Serai tanya juga dengan Pendang. Pendang baru masuk. Tadi, Padang Serai tanya kenapa tujuh tahun baru masuk sekarang? Saya minta Padang Serai tanya dengan Pendanglah. Tetapi saya dah kata, saya pewaris legasi, Menteri- menteri yang lama dulu tak kira parti mana dan sampai hari ini kita berjaya masukkan RUU ini untuk mendapat kelulusan. Sekian, terima kasih.

draft2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan kesempatan ini juga Yang Berhormat Menteri, saya sangat-sangat berterima kasih kepada pihak PERKESO secara personal capacity.

Pada dua minggu lepas, setiausaha sulit saya pengsan dalam bilik air. Beliau di dalam itu selama sampai besok pagi baru orang sedar. Nasib kekuatan dirinya, dia tak meninggal. Setiausaha sulit saya, Encik Henry Savarimuthu.

Dengan keprihatinan Menteri dan juga Timbalan Menteri dan tidak lupa kepada Yang Berbahagia Dato' Sri Mohammed Azman bin Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial di bawah pelaksanaan CSR, beliau sekarang sedang dirawat di pusat di Melaka. Terima kasih banyak-banyak.

[Tepuk]

draft2:50 PM

Tuan Sim Chee Keong

Moga dipermudahkan segala urusan.

draft2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang- undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

draft2:50 PM

Fasal-fasal 1 hingga 18 – Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Memandangkan tidak ada Yang Berhormat hendak berbahas di dalam peringkat Jawatankuasa, fasal- fasal 1 hingga 18 jadi sebahagian...

draft2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Seri. Dato’ Yang di- Pertua, sedikit. Saya nak tambah sedikit sahaja.

draft2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Pendang. Lima minit.

draft2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Saya nak sambung sedikit berkenaan dengan sebelum kita luluskan ini. Memang kita akan lulus pun. Saya ucap terima kasih kepada Dato’ Speaker yang telah memberi satu contoh yang sangat baik peranan PERKESO.

Saya nak beritahu dekat Menteri dalam Islam dia ada fastabiqul khairat iaitu kita masuk mencarum tetapi kita tak ada, kita sihat. Sampai habis kita tak ada tuntutan balik. Jadi, kita, niat kita berkorban untuk mereka yang ditimpa musibah yang tidak ada kemampuan bila kita mencarum. Inilah konsep yang kita bina. Dalam Islam dipanggil fastabiqul khairat. Jadi, betullah apa yang apa ini dibangkitkan tadi supaya kita tengok balik orang yang mencarum supaya apa-apa mereka dapat.

Tetapi saya nak mencadangkan bila kita mencarum sebab sedikit sahaja.

Very small. Sangat-sangat sedikit contribution kita kepada to insure ourself, to safeguard ourselves from the any accident lah, dengan izin. Kita boleh menolong mereka yang tidak ada kemampuan. Bila mereka timpa musibah kerana disebabkan kita mencarum, pakat mencarum banyak. Jadi, PERKESO ada simpanan yang besar.

Jadi, bila mereka ini mendapat musibah, jadi kita tak ada tuntutan contribution kita itu kita pindahkan supaya mereka dapat hidup sihat kerana kita sumbang dalam insurans ini. Itu yang kita harapkan daripada PERKESO selain daripada apa ini kita sebagai business-oriented, kita juga sebagai contribution kepada kebajikan mereka yang sangat susah, yang susah, yang tidak ada kemampuan ini.

Saya ingat itu pandangan saya, Tuan Speaker yang mana tadi saya sangat tersentuh bila disebut pekerja apa ini setiausaha Dato’ Speaker terlibat sampai pagi esok baru orang sedar.

draft2:58 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kita tak tahu bila kita akan diuji macam itu. Jadi, saya sarankan supaya kita niatlah ini untuk kebaikan orang lain yang ditimpa musibah kerana kita sihat alhamdulillah. Sekian, terima kasih.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya sokong. Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft3:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong

Terima kasih. Saya kira itu dia macam ucapan Menteri pula. Masukkan dalam ucapan saya.

[Ketawa] Masukkan dalam ucapan saya khususnya konsep fastabiqul khairat iaitu berlumba- lumba membuat kebaikan. Terima kasih.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

[Fasal-fasal 1 sehingga 18 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad dan diluluskan]

draft3:00 PM
SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk mengemukakan rang undang-undang ini.

draft3:00 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu Rang Undang-undang Rukun Tetangga (Pindaan) 2025 dibacakan kali yang kedua sekarang.

draft3:03 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Saya mohon menyokong.

draft3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sabar dulu Yang Berhormat. KESUMA, ya lah saya panggil Menteri KESUMA. Silakan. Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Laluan KESUMA lagi.

draft3:03 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Dr. Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

draft3:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada sesiapa menyokong?

draft3:03 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Saya mohon menyokong.

draft3:03 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat Yang di- Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Manusia atau KESUMA melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menguatkuasakan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 selepas ini disebut sebagai Akta 800. Bermula 1 Januari 2018, Akta 800 telah dipinda sebanyak dua kali dengan pindaan terakhir dibuat pada tahun 2024.

Dua pindaan sebelum ini adalah meningkatkan had siling gaji daripada RM4,000 kepada RM5,000 dan seterusnya daripada RM5,000 kepada RM6,000.

Pada masa Akta 800 digubal, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mempunyai dua matlamat utama iaitu yang pertama membantu orang berinsurans (OB) yang kehilangan pekerjaan dengan bantuan kewangan segera bagi menampung kehidupan semasa mencari pekerjaan baru. Dan kedua, memberi sokongan program penempatan pekerjaan semula termasuk program latihan kepada OB bagi meningkatkan kebolehan gaji gajian mereka.

Sejak pengenalan, SIP telah membantu lebih 430,000 pekerja yang kehilangan pekerjaan menerusi pelbagai faedah kewangan yang berjumlah lebih RM1.93 bilion. Setakat 30 November 2025, seramai 66,923 orang pekerja telah kehilangan pekerjaan, meningkat 15.8 peratus berbanding keseluruhan tahun 2024.

Jumlah kehilangan pekerjaan yang lebih tinggi ini berpunca daripada beberapa faktor seperti ketidaktentuan ekonomi global, gangguan rantaian bekalan dan perkembangan drastik kecerdasan buatan. Kesannya, pihak majikan khususnya syarikat besar dan antarabangsa telah melaksanakan pengecilan dan penstrukturan semula tenaga kerja mereka.

Dari semasa ke semasa, kerajaan telah memberi mandat yang lebih besar kepada SIP seiring dengan langkah meningkatkan sinergi penyampaian perkhidmatan pekerjaan, mengoptimumkan penggunaan sumber dan usaha menangani perubahan drastik dalam pasaran buruh. Sebagai contoh, fungsi perkhidmatan pekerjaan awam yang dahulunya dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja telah disenaraikan kepada SIP PERKESO.

Semasa berdepan cabaran genting pandemik COVID-19, kerajaan telah menyalurkan bantuan kewangan melebihi RM20 bilion melalui PERKESO kepada pihak majikan di bawah program subsidi upah bagi mengekang peningkatan kehilangan pekerjaan dan memperkukuhkan daya tahan industri. Program subsidi upah ini telah memberi manfaat kepada hampir 2.96 juta orang pekerja dan lebih 358,000 majikan.

Selain Program Subsidi Upah, SIP PERKESO juga melaksanakan beberapa program pasaran buruh yang aktif yang lain seperti PenjanaKerjaya, JaminKerja, kerjaya gig, Daya Kerjaya, Kerjaya MADANI dan Dasar Gaji Progresif (DGP).

Program LMP ini telah membantu lebih 481,000 pekerjaan dan hampir 73,000 majikan dengan jumlah peruntukan yang disalurkan sebanyak RM2.2 bilion.

Sehubungan itu, KESUMA berpandangan bahawa sudah tiba masanya Akta 800 dipinda selaras dengan tanggungjawab dan peranan SIP yang semakin kompleks, dinamik dan komprehensif. Dalam menggubal rang undang-undang ini, KESUMA telah mengadakan sebanyak 12 sesi libat urus dan 24 sesi perbincangan dengan pemegang-pemegang taruh melibatkan persatuan majikan, persatuan sekerja dan kementerian, agensi kerajaan yang berkaitan.

Rang undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 ini bertujuan untuk memperuntukkan empat aspek utama seperti berikut:

(i) menaikkan amaun bagi faedah-faedah tertentu yang diterima oleh OB yang kehilangan pekerjaan;

(ii) menggalakkan mobiliti dan meningkatkan peluang OB mendapat pekerjaan sesuai;

(iii) menambah baik tatakelola pengurusan dan kecekapan operasi SIP PERKESO; dan

(iv) memperuntukkan secara jelas dan nyata mengenai kuasa PERKESO melaksanakan perkhidmatan pekerjaan kepada mana-mana orang dan program pasaran buruh aktif yang diarahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Yang di-Pertua, secara keseluruhannya rang undang-undang ini mengandungi 17 fasal. Sebanyak 11 fasal adalah peruntukan baru manakala enam fasal lagi meminda peruntukan sedia ada.

Fasal 3 akan meminda tajuk ringkas daripada Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 kepada tajuk baru iaitu Akta Sistem Insurans Pekerjaan dan Perkhidmatan Pekerjaan 2017. Ini akan membolehkan PERKESO untuk menyediakan perkhidmatan pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia termasuk pencari-pencari kerja bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh pihak majikan yang sejajar dengan Dasar Pasaran Buruh yang Aktif.

Fasal 8 akan mewujudkan seksyen baru 37A bagi elaun bantuan mobiliti yang merupakan salah satu daripada faedah untuk orang berinsurans yang dibayar secara sekali gus kepada orang berinsurans bagi membantu penempatan pekerjaan semula orang berinsurans yang telah menerima satu tawaran pekerjaan dengan majikan.

draft3:03 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Seksyen ini akan memperuntukkan kelayakan orang berinsurans menerima elaun bantuan mobiliti seperti berikut:

(i) seorang OB menerima satu tawaran pekerjaan baharu; dan

(ii) OB itu telah melapor diri untuk bekerja dalam tempoh tidak lebih daripada 12 bulan selepas menerima elaun mencari pekerjaan terakhir atau dalam tempoh tidak lebih daripada 12 bulan selepas menerima elaun bekerja semula awal.

Menurut fasal 8 ini juga, PERKESO telah menetapkan syarat untuk meluluskan permohonan OB bagi elaun bantuan mobiliti. Sebagai contoh, jarak tempat pekerjaan baharu hendaklah melebihi 100 kilometer untuk layak menerima elaun bantuan mobiliti. Elaun bantuan mobiliti ini juga tidak akan diberi kepada orang berinsurans yang menerima elaun berpendapatan berkurangan iaitu orang berinsurans yang mempunyai lebih daripada satu majikan semasa kehilangan pekerjaan berlaku.

Fasal 11 untuk mewujudkan bahagian baharu iaitu Bahagian VIA yang mengandungi enam seksyen iaitu 45A sehingga 45F yang memperuntukkan skop pemakaian kepada majikan yang berdaftar dengan PERKESO dan pencari pekerjaan secara keseluruhan supaya komponen perkhidmatan pekerjaan dapat dilaksanakan dan diseragamkan kepada mana-mana orang.

Fasal 11 ini turut mewujudkan Bahagian VIB iaitu pasaran buruh yang aktif yang mengandungi 45G dan 45H.

Fasal 12 dan fasal 14 adalah untuk meminda seksyen 47 dan seksyen 67 dari aspek tatakelola pengurusan dan kecekapan operasi SIP yang memperuntukkan penggunaan dana Kumpulan Wang Insurans Pekerjaan oleh PERKESO untuk program penempatan pekerjaan semula kepada OB, dan seksyen 67 untuk memberi kuasa kepada pegawai perkhidmatan pekerjaan untuk menjalankan perkhidmatan pekerjaan, menyediakan dan menyebarkan maklumat pasaran buruh.

Pindaan-pindaan lain tidak saya nyatakan secara khusus di sini kerana ia merupakan pindaan kecil bersifat editorial ataupun berbangkit ataupun consequential in nature, dengan izin.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, selepas setelah hampir sembilan tahun Akta 800 ini dikuatkuasakan, buat julung-julung kalinya tiga faedah sedia ada akan ditambah baik dan satu faedah baharu iaitu elaun bantuan mobiliti diperkenalkan.

Langkah ini seiring dengan strategi meningkatkan kesejahteraan pekerja di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang menekankan komitmen kerajaan memperkukuh perlindungan sosial untuk golongan bekerja bagi memastikan perlindungan yang menyeluruh termasuk ke atas risiko kehilangan pekerjaan.

Pendekatan ini akan meningkatkan kecekapan padanan kerja dan mobiliti buruh serta menyelaras keperluan latihan kemahiran yang sejajar dengan keperluan pasaran buruh. Rang undang-undang ini akan menggalakkan pembangunan guna tenaga yang berterusan dan memastikan keseimbangan antara penawaran dan permintaan buruh. Akhirnya, penambahbaikan ini akan menyumbang kepada kestabilan sosioekonomi dan pembangunan negara dalam jangkaan panjang.

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Saya mohon mencadangkan.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat yang menyokong?

draft3:10 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Saya mohon menyokong.

draft3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 dibaca kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Dalam senarai yang saya ada ini, terdapat enam orang Yang Berhormat yang akan berbahas. Dimulai dengan Yang Berhormat Batu Pahat, diikuti dengan Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kuala Krau dan Yang Berhormat Padang Terap.

Sebelum saya memanggil, ingin saya mengingatkan Peraturan 36(1) iaitu perbahasan adalah dalam lingkungan pindaan itu sahaja dari perspektif dasarnya sekali. Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Pahat untuk membuka tirai perbahasan.

draft3:10 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua memberi ruang saya untuk berbahas untuk Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2017.

RUU ini amat penting kerana ia bertujuan memperkukuhkan ekosistem perlindungan sosial negara di bawah PERKESO khususnya kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan. Pindaan ini juga bukan sahaja memperkasakan bantuan kewangan tetapi turut memperluaskan sokongan psikososial sepanjang tempoh pengangguran. Selain itu, ia juga meningkatkan keberkesanan proses penempatan semula pekerja melalui faedah mencari pekerjaan, latihan peningkatan kemahiran dan penyelarasan semula pekerja yang lebih cekap, terancang dan berimpak.

Dato’ Dr. Yang di-Pertua, dimaklumkan bahawa lebih 51,453 rakyat kita telah kehilangan pekerjaan sejak Oktober 2025. Angka ini cukup membimbangkan dalam keadaan ekonomi negara yang sedang menuju fasa pemulihan dan pertumbuhan.

Namun demikian, berdasarkan data semasa, lebih 32 peratus atau seramai 16,663 telah kembali bekerja, manakala dalam tempoh enam bulan, kadar penempatan semula telah mencecah hampir 90 peratus. Ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, adakah tempoh enam bulan tersebut boleh dipendekkan kepada empat bulan? Jika pemendekan tempoh penempatan semula ini berjaya, ia akan meningkatkan ketangkasan guna buruh, memperkukuhkan produktiviti industri dan mempercepatkan pemulihan ekonomi secara keseluruhan.

Dato’ Dr. Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat ingin juga menyentuh isu pekerja berumur 40 tahun ke atas yang sering dilaporkan mengalami kesukaran untuk mendapat pekerjaan baharu setelah diberhentikan. Persoalan saya kepada pihak kementerian, adakah kekangan berlaku di pihak industri yang terlalu memilih calon, atau pekerja dalam kategori umur ini mempunyai kekangan tertentu seperti faktor kesihatan, kemahiran, gaji atau ketidakpadanan dengan keperluan industri semasa? Jika kementerian memiliki data terperinci tentang pola pengambilan semula pekerja mengikut umur, sektor atau tahap kemahiran, Batu Pahat mohon penjelasan agar...

[Tidak jelas] ini lebih inklusif.

Dato’ Dr. Timbalan Yang di-Pertua, Batu Pahat juga merakam ucapan tahniah kepada pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kerana pindaan terhadap insentif pekerja yang terjejas di mana sebelum ini pada kadar 25 peratus dan kini bakal dinaikkan kepada 50 peratus selepas RUU SIP ini diluluskan. Ini jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan para pekerja dan keperluan memberi bantuan yang bermaruah pada waktu mereka saat yang memerlukan.

Dan pada masa yang sama, Batu Pahat turut memuji langkah menaikkan kadar elaun latihan kepada RM30 sehari berbanding kadar sedia ada RM10 hingga RM20 sehari. Ini merupakan pengiktirafan kepada semangat dan usaha pekerja kita untuk kembali berdaya saing melalui latihan peningkatan kemahiran.

Namun begitu, Batu Pahat ingin mendapat kepastian daripada pihak kementerian, adakah tempoh latihan 30 hari itu bersifat wajib atau tetap tanpa boleh dikurangkan atau dipanjangkan? Jika terdapat keperluan berdasarkan industri, tahap kemahiran atau modul latihan, adakah ruang fleksibiliti diberikan untuk menambah hari latihan agar hasil pembelajaran lebih optimum? Batu Pahat berpandangan bahawa latihan yang berkualiti adalah kunci memulihkan keyakinan diri pekerja, mempercepat kebolehpasaran mereka dan mengurangkan jurang kemahiran dengan keperluan industri semasa.

Dato’ Dr. Timbalan Yang di-Pertua, akhir kata, pindaan RUU ini tepat pada masanya dan selari dengan tuntutan ekonomi yang semakin pesat yang memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial, mempercepatkan pemulihan pekerja serta mengangkat martabat tenaga kerja negara yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan Malaysia.

Batu Pahat ingin menyokong. Terima kasih.

draft3:15 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Pendang.

draft3:15 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya Pendang untuk turut sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025.

Sistem ini, pindaan ini ada kaitan dengan Akta 4 yang menjadi punca kuasa untuk pindaan Akta 800 yang disebut tadi. Jadi, sebab itu, namun― secara prinsipnya, saya menyokong usaha kerajaan untuk memperkukuhkan perlindungan sosial dan memastikan pekerja yang terjejas mendapat bantuan yang lebih efektif.

draft3:19 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Namun dalam masa yang sama, saya ingin menarik perhatian bahawa beberapa perkara perlu diperincikan, diperbaiki dan ditambah agar tujuan asal rang undang-undang ini benar-benar tercapai.

Dato' Yang di-Pertua, pertamanya, Pendang ingin melihat pindaan ini dibentangkan dalam konteks cabaran pasaran buruh yang semakin kompleks.

Menurut data PERKESO sendiri sehingga Oktober 2025, terdapat 51,453 kes kehilangan pekerjaan yang diluluskan. Namun, yang berjaya kembali bekerja dalam tempoh enam bulan hanyalah 16,663 orang atau 32 peratus. Baki 68 peratus lagi atau 34,790 orang masih belum mendapat pekerjaan baru.

Ini angka yang besar dan menggambarkan struktur pasaran buruh yang masih belum stabil terutamanya bagi golongan berumur 40 tahun ke atas yang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 18,065 orang yang masih belum bekerja. Dengan latar belakang sebegini, rang undang-undang ini memang relevan dan wajar disokong. Namun, perlu juga kita ketahui bagi memastikan pindaan yang dibuat ini bukan sahaja memberi bantuan sementara tetapi benar-benar menyelesaikan akar masalah pengangguran yang berpanjangan ini.

Dato' Yang di-Pertua, keduanya, saya mencadangkan untuk kerajaan kenaikan insentif kembali bekerja awal daripada 25 peratus kepada 50 peratus daripada baki elaun mencari pekerjaan. Ini langkah baik kerana ia mempercepatkan kadar penempatan. Sebagai contoh, pekerja berpendapatan RM2,500 yang mendapat pekerjaan lebih awal akan menerima RM3,307.50 berbanding sekarang ini hanya RM1,653.75 sebelum ini. Ini sebelum ini, yang sebelum kita bangkit dengan angka baharu ini.

Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa peningkatan insentif sahaja tidak mencukupi jika ekosistem pekerjaan tidak seiring. Kerajaan perlu membuktikan melalui data kajian impak bahawa kenaikan insentif ini benar-benar meningkatkan peluang pekerjaan sebenar dan bukan sekadar meningkatkan perbelanjaan tanpa hasil. Saya cadangkan Dato' Yang di-Pertua, satu sistem penilaian ataupun outcome monitoring dengan izin, dilaksanakan supaya kita dapat mengukur keberkesanan insentif ini secara objektif, secara berfokus.

Dato' Yang di-Pertua, ketiganya, pindaan menaikkan elaun latihan kepada kadar rata RM30 sehari berbanding sekarang ataupun sebelum ini, RM10 hingga RM20 sebelum ini. Saya menyambut baik peningkatan ini. namun hakikatnya kos pengangkutan, makan dan keperluan asas peserta latihan pada hari ini jauh lebih tinggi. RM30 sehari belum mencerminkan realiti kos yang berlaku dalam cost of living ataupun standard of living yang ada dalam pasaran sekarang yang mana sedang dihadapi oleh semua rakyat especially dengan izin, B40.

Saya cadangkan kerajaan mengkaji kadar ini mengikut lokasi. Sekiranya latihan di bandar besar, nilai sewajarnya mestilah lebih tinggi untuk mengelakkan peserta menanggung beban kewangan.

Keempatnya, had pembiayaan latihan dinaikkan daripada RM4,000 ke RM7,000. Ini langkah positif terutamanya kerana fokus baharu merangkumi kemahiran teknologi seperti AI, robotik, keamanan siber, IoT dan juga teknologi hijau tetapi saya juga ingin menekankan bahawa kursus profesional kategori pertengahan atau advance sering kali melebihi RM10,000 hingga RM15,000. Maka RM7,000 masih belum mencukupi untuk mengikuti kursus-kursus standard industri.

Oleh itu Dato' Yang di-Pertua, saya cadangkan satu mekanisme co-funding yang lebih fleksibel khususnya bagi pekerja teknikal yang ingin meningkatkan kelayakan mereka dalam bidang-bidang kritikal seperti keselamatan siber atau cloud computing. Keselamatan siber ini sangat pentinglah sekarang ini. Semua sektor kena tumpu kepada ini sebab berlaku banyak scammer, penipuan yang ada di dalam semua peringkat kementerian terutamanya dalam bank-bank dan sebagainya.

Oleh sebab itu Dato' Yang di-Pertua, saya melihat pengenalan bantuan mobiliti RM1,000 bagi pekerja yang menerima tawaran pekerjaan di luar kawasan tempat tinggal mereka sebagai satu inovasi baharu yang baik. Tak perlu diingat kos perpindahan sebenar merangkumi deposit rumah, kos sewa, pengangkutan dan keperluan asas yang jauh melebihi mengatasi RM1,000 yang telah ditetapkan ini.

Jika kerajaan benar-benar ingin menggalakkan mobiliti tenaga kerja, bantuan ini perlu disemak semula agar lebih realistik.

Akhirnya, kesimpulannya, saya menyokong rang undang-undang ini kerana ia membawa penambahbaikan kepada perlindungan sosial dan meluaskan sokongan kepada pekerja terjejas. Dato' Yang di-Pertua, namun begitu, sokongan saya adalah dengan pendirian tegas bahawa beberapa perkara perlu ditambah baik terutamanya berkaitan kadar elaun, kecekapan penyedia latihan, service provider, keberkesanan penempatan pekerjaan dan struktur penalti terhadap majikan.

Saya percaya dengan penambahbaikan ini, RUU SIP (Pindaan) 2025 ini akan menjadi lebih mantap, berkesan dan benar-benar membantu pekerja Malaysia menghadapi cabaran ekonomi masa depan. Sekian, terima kasih Dato' Yang di- Pertua.

draft3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Berikut saya persilakan Yang Berhormat Rompin.

draft3:20 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua yang memberi ruang kepada Rompin untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025. RUU ini adalah langkah yang progresif yang secara dasarnya wajar disokong. Tujuannya jelas. Satu, memperluaskan skop akta sedia ada untuk merangkumi perkhidmatan pekerjaan kepada mana-mana pekerja dan yang keduanya, melaksanakan program pasaran buruh yang aktif.

Sudah pasti ia menjadi kewajipan kami di sebelah sini untuk memastikan akta ini bukan sekadar diluluskan tetapi ia berupaya memberikan impak maksimum kepada rakyat. Saya secara asasnya bersetuju tetapi saya melihat rang undang- undang ini memerlukan penambahbaikan segera di beberapa fasal kritikal, fasal- fasal terpilih.

Dato' Yang di-Pertua, empat fasal dan isu utama. Satu, peluasan skop kepada mana-mana orang, fasal 11. Saya menyambut baik pengenalan Bahagian VIA yang membolehkan PERKESO bertindak sebagai one stop career center yang komprehensif membantu bukan sahaja yang dipecat tetapi juga graduan baru, pekerja gig dan mereka yang ingin menukar kerjaya.

Peluasan ini akan meningkatkan beban kerja pertubuhan secara mendadak.

Apakah peruntukan spesifik dari segi bajet dan tenaga kerja yang akan disediakan segera oleh kerajaan untuk mengukuhkan Bahagian VIA ini, terutamanya di cawangan luar bandar bagi memastikan kualiti kaunseling dan padanan kerja, pembrokeran pekerjaan tidak terjejas.

Keduanya, Elaun Bantuan Mobiliti, fasal 8 dan 16. Pengenalan Elaun Bantuan Mobiliti RM1,000 adalah insentif proaktif yang baik untuk mengurangkan halangan mobiliti pekerja. Dengan kos sara hidup dan kos deposit sewa di bandar utama yang tinggi, jumlah RM1,000 ini mungkin tidak mencukupi terutamanya bagi keluarga atau mereka yang berpindah antara negeri.

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula amaun ini dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan dan mempertimbangkan agar diselaraskan mengikut zon atau kos sara hidup tempatan (regional cost of living).

Ketiganya, peningkatan manfaat latihan, fasal 16. Peningkatan had maksimum fi latihan daripada RM4,000 kepada RM7,000 adalah sangat penting untuk membiayai kursus...

draft3:26 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat tiga orang itu, saya boleh dengar dari sini. Teruskan balik semula.

draft3:26 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Peningkatan had maksimum fi latihan daripada RM4,000 kepada RM7,000 adalah sangat penting untuk membiayai kursus berkualiti tinggi dalam bidang kemahiran semula dan kemahiran digital, upskilling dan reskilling. Walaupun peningkatannya baik, saya menyarankan agar skop kursus yang ditawarkan perlu diperluas ke arah ekonomi hijau (green economy) dan latihan keusahawanan yang lebih formal bukan hanya kemahiran teknikal semata-mata tetapi untuk mewujudkan daya tahan kerjaya jangka panjang.

draft3:26 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Empat, penambahbaikan kritikal isu 45H(2). Dato’ Yang di-Pertua, isu terbesar yang menimbulkan kebimbangan saya adalah peruntukan 45H(2) di bawah bahagian 6b Pasaran Buruh yang aktif. Peruntukan ini secara jelas melarang pertubuhan menggunakan Kumpulan Wang insurans pekerjaan dana caruman rakyat untuk membiayai program pasaran buruh yang aktif yang diarahkan oleh kerajaan.

Jika program yang diarahkan itu adalah untuk kepentingan pasaran buruh yang aktif yang merupakan tujuan RUU ini, mengapa kumpulan wang tersebut dihalang daripada digunakan. Kekangan ini akan menjadikan program pasaran buruh yang aktif bahagian 6b bergantung sepenuhnya kepada belanjawan tahunan kerajaan. Ini akan mengurangkan keberkesanan dan kelestarian jangka panjang program. Justeru itu, saya menggesa agar fasal 17 kecualian dan peralihan dipinda untuk memberi kelonggaran kepada pertubuhan.

Saya juga ingin mencadangkan peruntukan 45H(2a) dikaji semula membenarkan perbelanjaan minimum mungkin dalam peratusan kecil dari Kumpulan Wang untuk memastikan program dapat dijalankan tanpa terjejas oleh perubahan politik atau kekangan fizikal tahunan. Sebagai penutup Dato’ Yang di-Pertua, saya menyokong RUU ini.

RUU ini adalah visi yang baik, tetapi perlu dikaji semula agar ia benar-benar sebuah tangga untuk masa hadapan kerjaya yang lebih terjamin. Bukan sekadar jendela pameran tanpa peruntukan dana yang kukuh. Saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penambahbaikan yang telah dicadangkan. Sekian, terima kasih.

draft3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Selanjutnya silakan Yang Berhormat Betong.

draft3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Rang undang-undang ini merupakan satu pembaharuan penting dalam usaha kita memperkukuh keselamatan sosial dan meningkatkan kecekapan pasaran buruh Malaysia. Namun keberkesanan reformasi ini bergantung sepenuhnya kepada ketepatan data, kejelasan pelaksanaan integrasi sistem dan kemampanan fiskal jangka panjang. Maka dalam konteks tersebut, terdapat beberapa perkara teknikal yang perlu diperincikan sebelum RUU ini dapat berfungsi sebagaimana yang dihasratkan.

Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya keperluan asas, data asas SIP ini untuk penilaian dasar yang tepat. Pertama, Betong memohon penyediaan set data lengkap dan berskala nasional yang merangkumi pembayaran SIP mengikut tahun jenis elaun dan negeri, itu yang pertama. Yang kedua, bilangan permohonan yang diluluskan dan ditolak berserta justifikasi dan ketiga serta kajian mengenai tahap kesedaran rakyat terhadap SIP ini. Data ini Dato’ Yang di-Pertua diperlukan bagi kita menjalankan penilaian impak dan menyediakan asas empirikal untuk sebarang pelarasan dasar tanpa data yang granular, proses penggubalan dasar dan unjuran kos manfaat akan menjadi tidak lengkap. Jadi, Betong juga ingin mengetahui sama ada terdapat pertimbangan menjadikan SIP ini mandatori untuk masa hadapan khususnya bagi pekerja-pekerja yang kasual.

Jadi, saya terus kepada fasal 2, 3 dan 11 iaitu pengangguran struktural dan ketidakpadanan kemahiran. Walaupun kadar pengangguran nasional 3.0 peratus kelihatan agak rendah, angka 14,900 penganggur aktif menunjukkan isu sebenar ialah pengangguran structural dan bukan kitaran. Maka dalam konteks ini, pindaan fasal 2, 3 dan 11 yang memperluas perkhidmatan PERKESO kepada mana-mana orang adalah sejajar dengan amalan antarabangsa berasaskan model Active Labour Market Policies (ALMP). Namun, keberkesanan perlu disandarkan kepada mekanisme capaian untuk pekerja gig yang kurang terhubung kepada institusi formal, itu yang pertama.

Yang kedua, instrumen perubahan tingkah laku bagi memastikan faedah tidak mewujudkan kebergantungan dan ketiga penjajaran latihan dengan keperluan industri termasuk sektor teknologi tinggi hijau dan pengilangan yang canggih. Jadi Betong mohon penjelasan bagaimana kementerian menangani isu ini, isu ketidakpadanan ini kemahiran ini yang kini merupakan faktor kritikal pengangguran jangka panjang.

Seterusnya fasal 8, iaitu Elaun Bantuan Mobiliti keperluan modal yang berdasarkan kos sebenar. Pengenalan RM1,000 EBM ini di bawah seksyen 32A adalah langkah penting untuk kita meningkatkan mobiliti buruh. Namun keberkesanannya juga bergantung kepada kesesuaian nilai tersebut. Jadi, Betong mencadangkan penilaian semula berdasarkan kos pemindahan sebenar antara wilayah, itu yang pertama.

Yang kedua perbezaan kadar elaun mengikut jarak atau kos sara hidup.

Ketiga, integrasi bantuan sokongan seperti perumahan sementara dan maklumat pasaran kerja setempat dan keempat indikator pemantauan untuk menilai keberkesanan mobiliti buruh dari semasa ke semasa. Jadi, adakah kementerian mempunyai skala data asas atau kajian terdahulu berhubung kesan mobiliti buruh di Malaysia. Fasal ke 11 seksyen 45F pelaporan kekosongan jawatan. Pindaan yang mewajibkan majikan melaporkan segala kekosongan jawatan berpotensi mewujudkan pangkalan data pasaran buruh yang lebih komprehensif. Namun terdapat keperluan juga untuk kita memperjelas beberapa aspek.

Pertamanya definisi teknikal, sektor dan pekerjaan berlipat tinggi yang akan menentukan keutamaan pemadanan kerja. Yang kedua, rasionalisasi denda RM10,000 supaya tidak membebankan PKS, tetapi tetap berfungsi sebagai insentif pematuhan. Ketiga, integrasi sistem pelaporan PERKESO dengan peningkatan data lain seperti HRD Corp, DOSM dan JPK bagi mewujudkan level market intelligence ecosystem dengan izin yang menyeluruh. Betong ingin mengetahui mekanisme penyepaduan data bagi memastikan ia bukan hanya laporan pentadbiran tetapi satu alat strategik untuk perancangan tenaga kerja negara.

Fasal ke-16 iaitu elaun bekerja semula awal (ERA) 50 percent dan hab latihan RM7,000 serta elaun latihan harian. Peningkatan insentif kepada 50 peratus dalam hab latihan RM7,000 merupakan pendekatan yang sejajar dengan strategi reskilling negara. Jadi, namun keberkesanannya juga bergantung kepada beberapa perkara pemantauan berkualiti penempatan pekerjaan, bukan hanya bilangan cepat kembali bekerja, itu yang pertama.

Yang kedua penyaluran latihan cepat kembali bekerja— penyaluran latihan berkualiti tinggi kepada kawasan luar bandar dan juga di Sarawak dan ketiga kerjasama dengan industri untuk kita memastikan latihan berasaskan permintaan sebenar dan yang keempat sistem penilaian yang mengukur outcome pekerjaan seperti kadar penempatan tempoh kekal bekerja dan juga peningkatan pendapatan.

Betong ingin juga mencadangkan insentif cukai kepada majikan yang mengambil pekerja dengan pensijilan yang diiktiraf MQA bagi kita mengoptimumkan hasil pelaburan latihan kerajaan. Jadi Fasal ke-15 iaitu seksyen baru 81A dan 81B peruntukan perlindungan pegawai daripada tindakan undang-undang kecuali berunsur niat jahat memerlukan definisi yang jelas bagi kita menjaga integrasi operasi.

Selain itu, pengecualian Akta Keterangan 1950 dalam prosiding jemaah rayuan perlu diimbangi dengan garis panduan prosedur bagi memastikan prinsip keadilan tidak terjejas. Jadi Betong mohon penjelasan mengenai kriteria niat jahat dan mekanisme pengawasan proses tribunal.

Seksyen baru 45H dengan kadar caruman hanya 0.4 peratus, dana SIP berisiko tinggi terhadap peningkatan liabiliti faedah Oleh itu seksyen 45H yang mengecualikan program active labour market programme daripada dibiayai dana SIP adalah tepat tetapi memerlukan jaminan pembiayaan kerajaan yang stabil dan berasingan.

Jadi, Betong ingin mengetahui pelan kontigensi jika peruntukan kerajaan tidak mencukupi. Itu yang pertama. Yang kedua, apakah mekanisme penyelarasan antara PERKESO dan agensi program pasaran buruh aktif lain serta sama ada kerajaan akan membentangkan laporan aktuari menyeluruh bagi menilai impak jangka panjang pindaan ini.

Dato’ Yang di-Pertua, sebagai penutup RUU SIP 2025 ini mempunyai potensi besar untuk kita mewujudkan sistem pekerjaan yang lebih responsif, inklusif dan berasaskan data. Namun kejayaannya sebenarnya bergantung kepada kejelasan pelaksanaan integrasi sistem rangka pemantauan yang kukuh dan jaminan pembiayaan yang mampan. Maka dengan penjelasan yang lanjut daripada pihak kementerian, Betong menyokong RUU ini demi memperkukuhkan ekosistem pasaran buruh negara dan memastikan tenaga kerja Malaysia bersedia menghadapi ekonomi masa hadapan. Sekian, terima kasih.

draft3:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Selanjut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krau.

draft3:32 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft3:39 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft3:39 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Tuan Yang di-Pertua, dengan peningkatan 15.8 peratus kehilangan pekerja, saya mengira secara prinsipnya usaha mengemas kini sistem perlindungan sosial ini amat sesuai pada waktunya. Cuma, apa yang paling penting ialah memastikan keberkesanan sebenar di lapangan.

draft3:39 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Saya terus kepada perkara pertama yang ingin saya sentuh iaitulah peningkatan faedah pekerja dan elaun bantuan mobiliti. Seperti mana dinyatakan dalam pindaan Jadual Ketiga RUU pindaan ini, akan membantu pekerja mendapat pekerjaan baru dengan lebih cepat dan mengurangkan tekanan kewangan mereka.

Namun, beberapa persoalan yang ingin saya timbulkan. Adakah ada satu kajian terhadap program latihan sedia ada telah berjaya menempatkan pekerja ke dalam pekerjaan yang berkualiti? Berapa ramai peserta program sebelum ini benar- benar mendapat pekerjaan yang stabil serta sekiranya rekod penempatan kerja masih rendah, menaikkan elaun tidak mengubah apa-apa. Justeru, Kuala Krau berharap kementerian akan memastikan semua latihan melibatkan industri sebenar, bukan vendor yang hanya sekadar melengkapkan modul tanpa peluang pekerjaan yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, peluasan perkhidmatan pekerjaan PERKESO – Bahagian VIA. PERKESO berkuasa luas dalam pembrokeran kerja, pemadanan kaunseling kerjaya dan pelantikan ejen pekerja swasta. Ini satu usaha yang kelihatan bercita-cita tinggi. Namun realistiknya, Malaysia sudah ada MYFutureJobs, JobsMalaysia, JTK, HRD Corporation, malah platform swasta yang bertaraf global.

Soalannya, apakah PERKESO akan memperlengkapkan sistem ini atau mencipta satu lagi sistem yang akhirnya membebankan majikan dan pekerja?

Kerajaan perlu jelaskan siapakah penyelaras utama pasaran kerja negara dan bagaimana semua sistem ini akan diselaraskan supaya tidak wujud lima portal mencari kerja, tetapi peluangnya sama?

Tuan Yang di-Pertua, kewajipan melaporkan kekosongan jawatan. Seksyen 45F mewajibkan majikan memaklumkan kekosongan jawatan dan jawatan baru kepada PERKESO dengan penalti sehingga RM10,000. Tujuan dasar ini memang baik iaitu mewujudkan pasaran kerja yang lebih telus, tetapi untuk majikan kecil terutamanya PKS luar bandar, piawaian baru ini mungkin sesuatu yang akan membebankan mereka.

Justeru, Kuala Krau mencadangkan tempoh peralihan yang jelas supaya majikan sempat menyesuaikan proses dalaman antara muka digital yang mudah digunakan, bukan sistem berat yang menyusahkan dan takrif kekosongan yang diperjelaskan supaya tidak berlaku salah tafsir. Penalti harus menjadi jalan terakhir, bukan tujuan utama dasar ini.

Tadbir urus kerjasama luar dan perlindungan undang-undang. Pindaan RUU ini memberikan PERKESO bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk program penempatan kerja dan latihan. Dari sudut fleksibiliti, ia baik tetapi tidak boleh menutup mata terhadap risiko penyalahgunaan ini. Kita pernah melihat program latihan kerajaan dan GLC terdahulu yang diserahkan kepada vendor yang tidak mempunyai rekod yang terbaik ataupun mempunyai hubungan politik tertentu.

Untuk mengelakkan perkara ini berulang, Kuala Krau mencadangkan garis panduan perolehan yang telus dan dilaporkan secara berkala, senarai vendor atau rakan kerjasama diumumkan secara terbuka dan audit bebas dilakukan untuk menilai keberkesanan program yang dibiayai. Perlindungan undang-undang kepada pegawai PERKESO juga wajar, tetapi ia mesti disertakan dengan mekanisme aduan yang bebas supaya pekerja dan majikan ada ruang untuk mendapat keadilan bila berlakunya kecuaian.

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya dan dasarnya, untuk — saya mencadangkan agar meningkatkan kadar tunjangan sesuai dengan keperluan semasa, memperluaskan cakupan skim insurans pekerja ke lebih banyak termasuk kepada pekerja kontrak, pekerja harian dan pekerja sektor informal, meningkatkan aksesibilitas supaya proses claim dipermudahkan, meningkatkan kesedaran tentang SIP di kalangan pekerja dan majikan, meningkatkan pengawasan untuk mencegah berlakunya penipuan serta meningkatkan kerjasama dengan lebih banyak pihak supaya menjadi lebih efektif.

Buat akhirnya, RUU ini membawa beberapa pembaharuan penting yang amat baik. Namun, nilai sebenar undang-undang bukan hanya pada jumlah seksyen yang dipinda, tetapi dari sudut kualiti pelaksanaan, ketelusan dan keberkesanan sistem yang akhirnya dirasai oleh pekerja. Mudah-mudahan, pindaan ini memberi kebaikan untuk kita bersama. Kuala Krau, mohon menyokong. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Padang Terap.

draft3:40 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025.

Saya terus kepada fasal 2 dan subseksyen 1(1) fasal 3.

RUU ini meminda tajuk dan seksyen 1 Akta 800 untuk meluaskan ruang lingkup daripada sekadar sistem insurans pekerjaan kepada sistem insurans pekerjaan dan perkhidmatan pekerjaan. Saya setuju dengan prinsip peluasan ini kerana realiti hari ini bukan hanya soal pampasan selepas hilang pekerjaan, tetapi keupayaan kerajaan untuk membantu rakyat dalam mendapat kerja baru dengan lebih cepat.

Namun, saya ingin membangkitkan dua perkara. Adakah peluasan fungsi ini akan menyebabkan dana caruman pekerja digunakan untuk menampung kos operasi perkhidmatan pekerjaan yang terlalu luas? Soalan yang kedua, adakah kerajaan mempunyai garis dasar yang jelas untuk membezakan bahagian yang dibiayai oleh caruman dan bahagian yang sepatutnya ditanggung oleh belanjawan kerajaan? Cadangan saya, agar kerajaan memasukkan sekurang-kurangnya satu peruntukan atau dasar yang menjamin caruman pekerja tidak dibebankan untuk program yang di luar tujuan asal insurans pekerjaan.

Perkara yang kedua ialah tentang fasal 4, takrif baru “elaun bantuan mobiliti”, pindaan tempoh menunggu. Fasal ini memasukkan takrif baharu “elaun bantuan mobiliti”, meminda takrif “faedah”. Elaun bantuan mobiliti ini penting untuk bantu orang berinsurans yang kerja— yang dapat kerja baru tetapi perlu berpindah atau bergerak jauh. Contohnya daripada kawasan luar bandar seperti Padang Terap ke kawasan perindustrian.

Namun, dalam Jadual Ketiga ini, amaun elaun bantuan mobiliti hanya RM1,000. Isu yang saya ingin bangkitkan ialah RM1,000 ini mungkin memadai kalau kerja baru itu dalam daerah ataupun tempat yang berdekatan. Tapi jika pekerja dari Kedah, contohnya daripada Kedah utara perlu berpindah ke kawasan yang jauh, kawasan industri yang jauh, kos sewa rumah, deposit pengangkutan dan pemindahan keluarga jauh melebihi RM1,000.

Cadangan saya, kerajaan mempertimbangkan kadar bertingkat berdasarkan zon jarak. Contohnya 50 kilometer ke bawah, kadar asas bantuan ialah RM1,000, 50 ke 150 kilometer diberikan kadar yang lebih tinggi, manakala 150 kilometer ke atas ditetapkan dengan kadar maksimum yang bersesuaian.

Seterusnya ialah fasal 6, caruman pekerja-majikan seksyen 20. Pindaan ini memperjelaskan bahawa majikan hanya boleh mendapatkan balik caruman pekerja melalui potongan gaji dan majikan dilarang sama sekali memotong caruman bahagian majikan daripada gaji pekerja. Ini pindaan yang baik dan melindungi pekerja kerana di lapangan, masih berlaku kes majikan memindahkan beban caruman kepada pekerja terutama dalam sektor kontrak pembersihan dan keselamatan.

Cadangan saya ialah PERKESO perlu melaksanakan audit pematuhan berkala ke atas sektor-sektor yang berisiko tinggi khususnya pekerja berpendapatan rendah. Hukuman bukan hanya berbentuk denda, tetapi boleh diwajibkan pemulangan balik caruman kepada pekerja berserta dengan penalti.

Yang terakhir ialah fasal 8, fasal 16, elaun bantuan mobiliti, semakan kadar faedah seksyen 37A, jadual yang ketiga. Seksyen 37A baharu memperuntukkan elaun bantuan mobiliti kepada orang berinsurans yang tuntutan faedah diluluskan dan menerima tawaran kerja baru serta melapor diri dalam tempoh 12 bulan selepas elaun mencari kerja terakhir pada elaun bekerja semula awal.

Pada masa yang sama, fasal 16 meminda Jadual Ketiga antaranya elaun bekerja semula awal naik daripada 25 peratus kepada 50 peratus, elaun latihan ditetapkan RM30 sehari, had fi latihan naik kepada— daripada RM4,000 kepada RM7,000 dan elaun bantuan mobiliti ditetapkan kepada RM1,000. Saya mengalu- alukan peningkatan kadar faedah ini terutamanya kenaikan elaun kerja semula awal dan had fi latihan yang boleh menyokong kursus TVET yang berkualiti.

Namun, beberapa perkara perlu disemak. Tempoh 12 bulan untuk layak elaun mobiliti terlalu panjang, seolah-olah tiada galakan kuat untuk kembali bekerja segera. Saya cadangkan tempoh ini dikurangkan kepada enam bulan, tetapi dengan ruang budi bicara bagi kes tertentu seperti latihan yang panjang dan keadaan ekonomi yang sangat lembab. Yang kedua, elaun latihan RM30 terlalu rendah untuk menampung realiti kos hidup semasa. Yang ketiga, untuk pekerja yang perlu hadir latihan di pusat industri seperti di Kedah Rubber City, kos minyak, makan dan komitmen keluarga melebihi RM30.

draft3:45 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Saya cadangkan kerajaan tetapkan sekali semakan berkala. Contohnya setiap tiga bulan dan menyasarkan kadar antara RM50 ke RM60 sehari selari dengan kos hidup sara hidup.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, RUU ini datang pada masa rakyat sedang bergelut dengan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan pekerjaan. Di kawasan saya, Padang Terap pembangunan seperti Kedah Rubber City membuka potensi pekerjaan baru tetapi memerlukan pekerja yang hilang kerja untuk dilatih semula.

Sistem mobiliti yang membantu mereka berpindah ke kawasan industri dan perkhidmatan pekerjaan yang cekap dan mesra rakyat.

Jika pindaan ini dilaksanakan dengan baik, kadar elaun yang realistik, pelaksanaan yang tidak membebankan majikan kecil serta ketelusan dalam penggunaan dana, ia boleh menjadi alat penting untuk memadankan rakyat yang hilang pekerjaan dengan peluang pekerjaan yang berkualiti termasuk di kawasan industri strategik seperti Kedah Rubber City di Padang Terap. Sekian, saya memohon menyokong dan mencadangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Sekarang saya mempersilakan Menteri untuk menjawab, 15 minit.

draft3:50 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan bagi tahun 2025. Dan apa yang dikemukakan, pandangan-pandangan boleh diambil kira semuanya pandangan yang begitu baik sekali dan perkara ini saya melihat tanpa mengira ideologi, parti dan sebagainya. Tetapi semuanya demi kepentingan rakyat dan kilangan sumber rezeki manusia itu sendiri.

Dan, setiap perkongsian ini merupakan adalah di dalam peruntukan akta-akta kita yang ada kisah-kisah yang membawa kepada jurang-jurang yang membezakan antara sesuatu orang dan sesuatu sesama kita. Dan, ada kita mendengar berita bahawa ada ibu yang pulang daripada pekerjaan, daripada bekerja dan tetapi antara sedemikian rupa mereka sedar bahawa tidak berapa lama lagi syarikat itu akan ditutup dan sudah pasti menjadi satu kesedihan kepada keluarga itu.

Ataupun kita memikirkan bagaimanakah mereka apabila hilang pekerjaan ini akan nak menanggung bayaran sewa rumah dan sebagainya, menampung anak- anak, persekolahan dan ini akan menghilangkan keyakinan diri mereka.

Lantaran itu Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan ini tidak lari daripada untuk memastikan bahawa mereka ini akan dapat satu jaminan supaya sebuah perjuangan kita semua kepada mereka dan akan mengukur satu sistem yang baik dan kita hulurkan pada hari ini tangan kepada mereka ini.

Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Yang di-Pertua, sebab itu saya katakan atas dasar kesedaran ini kita rasa penuh tanggungjawab dan membawa persoalan- persoalan yang dibangkitkan oleh enam Ahli Yang Berhormat. Saya melihat beberapa perkara yang amat penting yang boleh kita menjadikan sebagai panduan untuk kepentingan Kementerian Sumber Manusia itu sendiri.

Yang Berhormat Batu Pahat membangkitkan persoalan mengenai padanan pekerjaan, tempoh menerima elaun mencari pekerjaan dan elaun latihan dan KESUMA mengambil maklum bahawa sebahagian kekangan padanan pekerjaan berpunca daripada keperluan industri yang semakin khusus termasuk aspek umur, kemahiran dan kesesuaian kerja.

Untuk memastikan padanan lebih inklusif, pendekatan berasaskan data dan libat urus industri terus diperkukuhkan termasuk pelaporan kekosongan jawatan secara berfasa mengikut sektor di bawah kuasa Menteri melalui MYFutureJobs yang dibangkitkan oleh rakan-rakan kita di dalam Dewan yang mulia ini dan disokong oleh― dan sokongan pegawai PERKESO di seluruh pelosok negara kita ini dan ini adalah salah satu sepadanan supaya kos tambahan langkah ini dapat menyelaraskan lebih secara sistematik dan menyeluruh.

Lantaran itu, PERKESO buat masa ini memberikan faedah EMP kepada OB untuk kelayakan selama enam bulan. Dan ini juga dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat dan di mana ada yang minta pengurangan supaya diturunkan kepada empat bulan tetapi ini adalah jangkaan kita.

Dan sekiranya mereka telah mendapat tempoh yang tidak melebihi enam bulan, maka tempoh tersebut kita gunakan sebagai tempoh mereka yang telah mendapat pekerjaan. Dan sekiranya masih belum mendapat, kita masih usaha dan tempoh itu kita akan sambung.

Dan dari segi penambahbaikan kajian penilaian aktuaris ataupun aktuari sedang jalan dalam tempoh lima tahun untuk memastikan pemampanan kesan daripada apa yang diucapkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Batu Pahat sebentar tadi. Berhubung elaun latihan, tempoh latihan yang dibayar secara bulanan berdasarkan selama 30 hari. OB yang menghadiri latihan melebihi 30 hari atau sebulan, OB layak menerima elaun latihan berdasarkan tempoh latihan yang beliau hadiri.

Dan YB Pendang antara lain membangkitkan persoalan mengenai fi latihan.

Pendang tak ada pula dalam Dewan Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft3:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terpulang kepada Yang Berhormat sama ada nak menjawab ataupun tidak. Tapi Ahli Parlimen yang tidak ada.

draft3:51 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Tapi yang dibawa oleh beliau banyak yang agak mustahak dan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain.

Tak apalah saya teruskan sebab bersamaan sebenarnya fasal-fasal yang mereka sebutkan. Antara lain mengenai fi latihan, elaun latihan dan kajian impak yang dibawa oleh beliau.

YB Pendang, kerajaan mengambil maklum pandangan kadar elaun latihan RM30 sehari seperti juga yang disampaikan oleh Yang Berhormat Batu Pahat sebentar tadi. Dan peningkatan kadar ini adalah langkah awal untuk mengurangkan bebanan kewangan peserta dan sudah pasti apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan saya sebenar tadi ramai.

Antaranya mengatakan tidak cukup dan sudah pasti Yang Berhormat tidak cukup RM30. Tapi kalau beliau berjimat cermat mungkin cukup. Tetapi ya lah dengan kadar yang dinyatakan tersebut, kita sudah pasti melihat nanti apa yang dikatakan oleh rakan saya daripada Kuala Krau sebentar tadi lokasi-lokasi yang tertentu yang boleh kita fikirkan dalam soal apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebentar tadi.

Dan berhubung fi latihan, kerajaan menyedari bahawa kursus profesional peringkat pertengahan atau lanjutan selalunya melebihi RM10,000 hingga RM15,000. Kerajaan ingin menegaskan bahawa selepas pelaksanaan kadar fi baru yang dicadangkan mekanisme baharu berasaskan co-funding dan had pembiayaan akan dikaji dari segi kebolehlaksanaan langkah dan tujuan memastikan peserta dapat mengikut kursus standard industri tanpa menanggung kos yang tinggi sekali gus meningkat kebolehpasaran dan kemahiran pekerjaan secara berkesan. Ini kesan yang amat baik sebagaimana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Krau. Kita sudah pasti nak melihat perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya ada sikit menjangkau, menjangkau kerana poin yang diberikan sama. Saya masih ingat apa Kuala Krau cakap dan saya mencatat sebenarnya. Sebab itu Rompin agak lambat sikit kerana poin tersebut tidak dimasukkan lagi.

Jadi Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga sebenarnya memikirkan soal itu. Dan sebagaimana ramai dikatakan kadar latihan RM30 sehari itu dan mengikut kajian daripada aktuaris kita sebenarnya sememangnya berpatutan.

Tetapi walau bagaimanapun dengan cost of living sekarang ini mungkin disebabkan beberapa perkara yang menyebabkan kemungkinan tidak mencukupi, jadi perkara- perkara ini juga mengambil asas kepada kita untuk melihat dan di mana elaun berdasarkan zon yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi.

Dan zon-zon ini adalah merupakan dalam bandar, sama ada luar bandar dan sebagainya dan kita sudah pasti sekali gus untuk meningkatkan keberhasilan apakah program pembangunan kemahiran dan penempatan pekerjaan yang dinyatakan sebentar tadi.

KESUMA mengambil maklum cadangan-cadangan berlandaskan kajian impak yang sebenar tentang kenaikan-kenaikan tersebut. Berhubung bantuan mobiliti itu saya melihat ramai yang menyokong walaupun saya langkau sikit, Padang Terap menyatakan tadi kemungkinan tidak mencukupi. Tetapi sebenarnya RM1,000 ini kita memikirkan kepadanan waktu semasa ini.

draft3:51 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Dan sudah pasti― kalau sebelum ini tiada, tetapi oleh kerana kita memikirkan dalam soal ini mereka nak memulakan hidup baru, maka tambahan kepada RM1,000 tersebut.

Dan saya melihat bahawa segala yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat sebentar tadi adalah kesemuanya hampir sama dan cuma penambahbaikan- penambahbaikan dan ini yang kita lihat supaya, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin sebentar tadi, iaitu pelaksanaan SIP PERKESO dan elaun bantuan mobiliti. Dan ini perkara yang sama juga sebenarnya menyebut soal mobiliti dan juga menyebut soal-soal dalam pelaksanaan.

Dalam portal MyFutureJobs telah dibangunkan untuk― yang dibangkitkan adalah untuk mentransformasikan perkhidmatan pekerjaan jana dengan teknologi- teknologi hari ini seperti AI dan juga padanan pekerja secara dua hala.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan perkara ini sebenarnya kami telah melihat dalam soal ini. Sebab itu, bagi saya, MyFutureJobs ini menjadikan satu kebaikan dan kepentingan kepada masyarakat. Lantaran itu, kita turun padang ke beberapa negeri dan kita nak supaya setiap negeri ini tidak ketinggalan dari segi peluang pekerjaan dan portal ini juga sangat manfaat kepada orang berinsurans dan bukan kita nak membebankan sesiapa.

Saya teringat tadi ada salah seorang Ahli Yang Berhormat menyatakan bahawa akan membebankan majikan. Tetapi, sebenarnya kita meminta ia mempamerkan kekosongan. Bukan beban. Kalau dia ada kekosongan, apa salah dia masuk dalam MyFutureJobs kita? Dan ruang ini boleh diberi peluang kepada seluruh rakyat negara kita supaya peluang itu dapat diisi kekosongan tersebut.

Bagi saya, tidak membebankan langsung dan ia mempunyai satu kesan yang amat berimpak tinggi selaras dengan objektif meningkatkan pasaran buruh di dalam MyFutureJobs yang didaftarkan itu, tidak kira sama ada ia mempunyai high rank ataupun di peringkat bawahan. Dan kebolehan inilah sebenarnya kita hendakkan supaya mereka mengisi ruang-ruang tersebut, Yang Berhormat Rompin.

Jadi, Yang Berhormat Rompin, pandangan Yang Berhormat Rompin amat baik sekali dan ini merupakan satu cadangan supaya fiskal ruang pekerjaan itu menjadi satu kepentingan kepada negara kita supaya― dan ini juga tidak akan menanggung kos yang tinggi sebenarnya kepada yang dipamerkan tersebut. Dan inilah sebenarnya salah satu bagaimana kita nak membantu ruang-ruang ini kepada mereka semua. Dan cadangan Yang Berhormat Rompin, saya menerima dengan penuh baik sekali.

Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, berhubung dengan kursus berkaitan ekonomi hijau dibangkitkan oleh saudara Yang Berhormat Rompin sebentar tadi, ia merupakan satu yang menjadi satu kursus― contoh, sebagai kursus Facebook Market and Sales Page Development bagi membantu pencarum yang dibuang kerja dan lulus LOE dan menggunakan digitalisasi bagi permulaan perniagaan. Berhubung pelaksanaan ini, kita terus mengambil kajian-kajian untuk kita bangkitkan supaya ruang dan peluang ini menjadi satu keutamaan.

Yang Berhormat Betong― tiada dalam Dewan. Beliau cuma membangkitkan sehingga 30 November 2025, sebanyak 69,923 kes kehilangan pekerjaan telah direkodkan oleh PERKESO dalam tempoh lima tahun. Daripada jumlah tersebut, Yang Berhormat Yang di-Pertua, seramai 557,094 orang iaitu 85.3 peratus telah menerima manfaat di bawah pelbagai faedah dalam Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Jumlah keseluruhan bayaran faedah SIP telah diluluskan adalah sebanyak RM437.19 juta, telah kita keluarkan, dan kerajaan kekal komited memastikan bantuan ini terus disalurkan secara cepat, telus dan berkesan agar pekerja yang terkesan meneruskan kelangsungan hidup sementara mereka kembali untuk memasuki pasaran.

Yang Berhormat Pendang sebentar tadi juga ada membangkitkan, antara lain, adalah berhubung perluasan fungsi dan jaminan pengurusan kos sentiasa berhemat agar tidak menjejaskan dana pekerja. Ini semua kita dah melihat, Yang Berhormat Pendang ― Yang Berhormat Padang Terap. Sorry. Saya sebut Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Padang Terap. Dan setakat 30 November 2025, perbelanjaan perkhidmatan pekerjaan berjumlah RM6.4. Namun, jumlah ini telah berjaya menyokong 3,600 program karnival kerjaya dan temu duga yang memberi manfaat kepada 135,000 pencari kerja.

Prestasi ini juga menunjukkan bahawa perluasan fungsi dapat dilaksanakan secara cekap dan berimpak tinggi agar ia memberi kedudukan komitmen yang begitu tinggi pada PERKESO untuk melindungi kedudukan kewangan. Dan, persoalan ini bukan hanya Padang Terap sahaja yang menanya, tapi saya sendiri duduk dalaman pun saya bertanya dengan kedudukan ini, mungkin kerisauan Padang Terap itu. Dan, kita tahu bagaimanakah kedudukan kita dan dapat kita lakukan perkara ini untuk kebaikan rakyat, yang saya katakan tadi.

Bagi membantu orang berinsurans tempat kerja baru yang jauh, yang dibangkitkan juga adalah sama seperti rakan-rakan saya yang bangkitkan tadi dan saya telah menyatakan beberapa perkara berkenaan tersebut. Berdasarkan program Insentif Penggajian, Hiring Incentive di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi ataupun PENJANA yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kerajaan telah menyediakan elaun mobiliti yang saya katakan tadi.

Dan pekerja yang diambil bekerja di kawasan berhampiran, juga kita dah sebut, penetapan kadar elaun ini adalah menjadi satu ketetapan. Dan terima kasih kepada enam orang Ahli Yang Berhormat, dan saya kira point-nya hampir sama dan saya menjawab hampir secara keseluruhan, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Saya percaya apa yang kita bentangkan ini, pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat itu adalah bakal menerima manfaat mungkin orang yang terdekat kita, mungkin mereka saudara kita sendiri, jiran kita, anak muda kita yang mencari arah hidup atau ibu tunggal yang kais pagi makan pagi yang sentiasa mencari peluang untuk mengikat dan terus berkhidmat untuk ahli keluarga mereka.

Pada hari ini, Dewan yang mulia mempunyai peluang untuk menunjukkan kepada mereka bahawa ini bukan sahaja mendengar rintihan, tetapi dibangkitkan Ahli- ahli Yang Berhormat untuk kepentingan rakyat yang menjadi keutamaan dan pindaan ini adalah satu kemenangan Dewan ini terutama juga kepada Yang Berhormat Pengerusi yang sedang mempengerusikannya dan kemenangan keluarga yang sedang berjuang menghadapi ketentuan di masa hadapan. Dan kitalah hari ini diberi kesempatan untuk membawa perkara ini.

Dengan izin, saya menegaskan bahawa Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO komited memastikan setiap pindaan yang diluluskan ini dilaksanakan dengan integriti, ketelusan dan keberkesanan. Setiap Ringgit dibelanjakan sudah mesti kami memberi benar-benar sampai kepada rakyat yang memerlukan dan setiap inisiatif diterjemahkan menjadi perubahan sebenar dalam hidup mereka.

Dengan penuh rendah diri, penuh tekad, saya mohon agar rang undang- undang ini dapat diluluskan dan diterima di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 17 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Dr. Noraini bin Ahmad) dan diluluskan]

draft4:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG RUKUN TETANGGA (PINDAAN) 2025

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan rang undang-undang ini.

draft4:10 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan iaitu suatu Rang Undang- undang Rukun Tetangga (Pindaan) 2025 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat sekalian, pada tahun 1975 kerajaan menggubal peraturan-peraturan perlu Rukun Tetangga 1975 berasaskan punca kuasa seksyen 2 Ordinan Kuasa-kuasa Perlu Darurat No.1/1969 bagi tujuan pembentukan masyarakat yang lebih selamat dan harmoni.

Berikutan pemansuhan Ordinan Darurat itu pada tahun 2011, maka peraturan-peraturan digubal atas kuasa Ordinan Darurat 1969 tidak lagi berkuat kuasa dan digantikan dengan akta baharu iaitu Akta Rukun Tetangga 2012 [Akta 751]. Kini, setelah 13 tahun Akta 751 menjadi rujukan dalam pelaksanaan Rukun Tetangga, Kementerian Perpaduan Negara melihat sudah tiba masanya akta ini dipinda dan disesuaikan dengan keperluan semasa bagi memerlukan peranan dan fungsi Rukun Tetangga ke arah membangun komuniti progresif bagi mendepani cabaran semasa.

Tujuan rang undang-undang ini dibentangkan adalah untuk meminda Akta

draft4:11 PM

Rukun Tetangga 2012 - Akta 751

. Cadangan pindaan Akta 751 ini tertumpu kepada dua aspek utama iaitu pemanjangan tempoh pelantikan anggota Jawatankuasa Kuasa Rukun Tetangga dan kedua adalah cadangan untuk memperkemaskan peruntukan Akta Rukun Tetangga yang sedia ada.

Pindaan berkaitan pemanjangan tempoh pelantikan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga merujuk kepada pemanjangan tempoh pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa KRT kepada tiga tahun bagi setiap penggal manakala pelantikan secara berturut-turut dihadkan selama dua penggal atau maksimum enam tahun.

Keseluruhannya di dalam kawasan yang sama. Pelantikan semula juga boleh dibuat bagi tempoh yang tidak melebihi satu penggal lagi ditambahkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Rukun Tetangga.

Aspek kedua adalah memperkemaskan peruntukan Akta Rukun Tetangga sedia ada yang melibatkan pindaan seperti berikut:

Memperkenalkan takrifan baharu orang yang mempunyai kepentingan.

Kedua, menegaskan pelantikan Ketua Pengarah Rukun Tetangga sebagai pegawai awam dan perkhidmatan awam yang melaksanakan kewajipan sebagai Ketua Jabatan.

Ketiga, adalah melengkapkan bahawa hanya warganegara sahaja yang boleh dilantik sebagai anggota ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga.

Keempat, adalah mengadakan peruntukan bagi pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan seseorang ahli jawatankuasa Rukun Tetangga yang telah dilantik.

Kelima, adalah memperhalusi syarat keanggotaan dan pelaksanaan Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) dengan memperuntukkan bahawa hanya pemastautin serta orang yang mempunyai kepentingan dalam KRT tersebut merupakan warganegara boleh membuat permohonan untuk menjadi anggota SRS.

Secara keseluruhannya, pindaan terhadap Akta Rukun Tetangga 2012 adalah satu langkah strategik yang selaras dengan keperluan semasa. Ia berupaya mengukuhkan fungsi Rukun Tetangga dan SRS, meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar kerajaan di peringkat akar umbi serta menyumbang kepada penjimatan kos pentadbiran tanpa melibatkan implikasi kewangan tambahan.

Rang Undang-undang Rukun Tetangga (Pindaan) 2025 telah disediakan dan diluluskan oleh Jabatan Pegawai Negara. Rang undang-undang ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam Mesyuarat pada 10 Oktober 2025. Rang undang-undang ini mempunyai sembilan fasal seperti dalam teks huraian RUU untuk

draft4:11 PM

meminda Akta Rukun Tetangga 2012 - Akta 751

.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft4:11 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini bin Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft4:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Rukun Tetangga 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas:

(i) YB Sri Aman;

(ii) YB Kapar;

(iii) YB Kulim-Bandar Baharu;

(iv) YB Segamat;

(v) YB Kepala Batas;

(vi) YB Pasir Salak;

(vii) YB Tampin;

(viii) YB Mersing;

(ix) YB Kuala Krai;

(x) YB Arau; dan

(xi) YB Rasah.

Saya jemput Yang Berhormat Sri Aman.

draft4:11 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberi Sri Aman peluang menyertai perbahasan pindaan Akta Rukun Tetangga 2012. Setelah membaca dan meneliti akta ini Sri Aman secara prinsipnya menyokong pindaan ke atas akta ini terutama berkaitan syarat bahawa ahli jawatankuasa mesti terdiri daripada penduduk atau individu berkepentingan yang juga warganegara Malaysia.

Pindaan ini dilihat dapat memperkukuh integriti dan peranan Rukun Tetangga sebagai platform perpaduan rakyat. Namun begitu, Sri Aman ingin menyentuh tentang definisi atau takrif orang yang mempunyai kepentingan bagi pelantikan KRT dan SRS kerana pada pendapat Sri Aman istilah ini terlalu very wide, terlalu luas. Sebagai contoh adakah seorang individu yang bukan penduduk tetap tetapi berkahwin dengan penduduk setempat turut layak dilantik?

Selain itu bagaimana kerajaan memastikan pelantikan itu bebas daripada pengaruh luar atau politik serta benar-benar mencerminkan komuniti yang diwakili.

Selain itu, Sri Aman juga ingin bertanya ataupun mengetahui apakah cara atau mekanisme yang diguna pakai bagi menilai komitmen dan penglibatan calon sebelum mereka dilantik.

Puan Yang di-Pertua, Sri Aman bangkitkan soalan atau pertanyaan tersebut kerana Sri Aman berpendapat penjelasan yang jelas itu penting. Penting kerana ia bukan sahaja menjamin keberkesanan dan kredibiliti Jawatankuasa KRT, tetapi juga membina kepercayaan masyarakat, memastikan keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti itu sendiri terpelihara.

Puan Yang di-Pertua, Sri Aman juga ingin berkongsi sedikit mengenai situasi kawasan Parlimen Sri Aman yang mempunyai 32 KRT setakat ini.

draft4:16 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Sri Aman.

draft4:16 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Penglibatan masyarakat dalam program komuniti masih banyak...

draft4:16 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Sri Aman.

draft4:16 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

YB, saya mohon maaf sebab saya banyak, okey. Nanti kalau ada masa, saya bagi. Terima kasih.

Penglibatan masyarakat dalam program komuniti masih banyak bergantung kepada kesediaan dan kesanggupan penduduk setempat. Terdapat kawasan yang aktif dan tersusun, namun tidak kurang juga yang menghadapi kekurangan tenaga sukarelawan serta kepimpinan yang konsisten.

Oleh sebab itu lah, Sri Aman melihat dan percaya pindaan ini mampu menyediakan struktur yang lebih jelas dan asas pentadbiran yang kukuh untuk memperkasakan semua penglibatan komuniti. Ia juga diharap dapat menyelesaikan isu ketidakseimbangan penyertaan dan pengurusan antara kampung serta penempatan di kawasan Sri Aman.

Selain itu, di kawasan Sri Aman terdapat beberapa KRT terletak berhampiran sempadan Malaysia-Kalimantan, Indonesia yang berdepan keadaan infrastruktur jalan yang tidak sempurna termasuk jalan tidak berturap, berbatu serta berlubang-lubang. Situasi ini sudah tentu memberi kesukaran dan risiko keselamatan kepada KRT ketika melaksanakan program mereka.

Justeru, Sri Aman mencadangkan agar peruntukan tahunan kepada KRT yang berdaftar dan sah dapat dipertingkatkan daripada RM6,000 kepada sekurang- kurangnya RM10,000 atau lebih setahun bagi membolehkan mereka melaksanakan aktiviti serta program komuniti dengan lebih berkesan dan selamat.

Sri Aman juga difahamkan hanya KRT yang aktif sahaja diberi peruntukan tahunan. Maka, Sri Aman ingin mendapatkan penjelasan apakah cara atau mekanisme kriteria dan kayu ukur yang digunakan untuk menentukan tahap keaktifan sesebuah KRT sehingga melayakkan mereka menerima peruntukan tersebut.

draft4:16 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Puan Yang di-Pertua, Sri Aman menyokong pindaan melanjutkan tempoh perkhidmatan ahli daripada dua kepada tiga tahun dengan had dua penggal berturut- turut. Ini dilihat boleh memberi kestabilan kepimpinan yang— dan masa mencukupi untuk melaksanakan perancangan jangka panjang sambil mengekalkan prinsip pembaharuan.

Sri Aman juga menyokong pindaan permohonan Skim Rondaan Sukarelawan

(SRS) yang memerlukan sekurang-kurangnya 20 sukarelawan warganegara berumur 18 tahun ke atas dan berkepentingan di kawasan masing-masing.

Keperluan ini amat relevan bagi Sri Aman khususnya dalam menangani isu keselamatan di kawasan perumahan baharu dan kampung pinggir bandar.

Puan Yang di-Pertua, dengan struktur baharu ini, rondaan dapat dijalankan oleh pasukan yang lebih stabil dan mencukupi sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap tahap keselamatan setempat. Satu minit lagi Puan Yang di-Pertua.

Namun, Sri Aman mencadangkan agar kerjaan mempertimbangkan pemberian elaun kepada sukarelawan SRS walaupun Yang Berhormat Menteri, mereka berkhidmat secara sukarela. Namun tugas rondaan termasuk pada waktu tidak menentu dan dalam keadaan berisiko memerlukan pengorbanan besar. Puan Yang di-Pertua, Sri Aman mencadangkan insentif kecil adalah wajar sebagai penghargaan selain daripada mengekalkan motivasi serta memastikan keberlanjutan pasukan SRS dalam memelihara keselamatan komuniti.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, Sri Aman juga beranggapan pindaan- pindaan ini secara keseluruhan akan meningkatkan profesionalisme, ketelusan dan keberkesanan sistem Rukun Tetangga. Sri Aman yakin ia akan memberi manfaat besar kepada masyarakat luar bandar dan semi bandar seperti di kawasan Parlimen Sri Aman sekali gus memastikan Rukun Tetangga kekal relevan, inklusif dan berkesan dalam memupuk perpaduan nasional. Sekian, Sri Aman menyokong.

Terima kasih.

draft4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sri Aman. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

draft4:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang di-Pertua atas peluang Kapar membahaskan rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Rukun Tetangga 2012. RUU ini difahamkan bertujuan untuk meminda Akta Rukun Tetangga 2012 atau akta ibu iaitu Akta 751.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 751 dengan memasukkan takrif baharu orang yang mempunyai kepentingan ke dalam Akta 751 untuk menetapkan kriteria bagi menentukan orang yang mempunyai kepentingan dalam kawasan KRT terutamanya bagi maksud melantik anggota jawatankuasa Skim Rondaan Sukarelawan.

Dalam konteks Kementerian Perpaduan Negara, istilah rukun ini dalam Rukun Tetangga merujuk kepada asas, prinsip dan tonggak yang menjadi panduan hidup bermasyarakat di kawasan kejiranan. Ia bukannya sekadar maksud peraturan atau syarat tetapi lebih kepada nilai bersama dalam bentuk perpaduan, kerjasama dan keharmonian antara jiran.

Jadi, asas perpaduan keyword tonggak komuniti. Ia menjadi tonggak perpaduan komuniti di mana setiap Kawasan Rukun Tetangga berfungsi sebagai pusat aktiviti sosial, keselamatan dan kebajikan, nilai bersama.

Jadi rukun ini, menekankan nilai seperti toleransi, gotong-royong, kepercayaan dan tanggungjawab bersama dalam menjaga kesejahteraan kawasan dan kerangka organisasi dalam dokumen rasmi kementerian ditakrifkan sebagai organisasi masyarakat yang berlandaskan prinsip kerjasama kejiranan.

Jadi, saya mengesyorkan— saya menyokonglah ya hasrat Kementerian Perpaduan untuk meminda akta ini bagi membolehkan orang berkepentingan termasuk peniaga setempat, NGO persatuan, pengusaha kecil dan pemegang taruh tempatan turut serta dalam Rukun Tetangga walaupun mereka tidak tinggal di kawasan tersebut. Bukan semua AJK yang tinggal dalam KRT mungkin boleh dibuat nisbah yang munasabah. Berapa peratus AJK yang tinggal dalam kawasan KRT?

Berapa yang luar?

Realitinya, Malaysia mempunyai 8,348 KRT di seluruh negara tetapi dinamik sosial kini berubah. Banyak kawasan mempunyai kepadatan penduduk rendah atau komuniti bekerja syif yang sukar memberi komitmen. Dengan membuka pintu kepada pemain luar yang berkepentingan dan produktif, kita mempunyai menambah— kita sebenar menambah sumber manusia, kemahiran, kepakaran, pengalaman, rangkaian untuk memperkukuh keselamatan dan kesejahteraan.

Jadi, contohnya pasar malam, kedai runcit, koperasi peniaga.

draft4:22 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

[Bangun]

draft4:22 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Mereka mungkin mempunyai akses CCTV, maklumat awal risiko keselamatan serta keupayaan. NGO pula boleh membawa kepakaran, latihan pengurusan bencana, kesukarelawanan belia wanita serta program sosial, whole of society.

draft4:22 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kapar...

draft4:22 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, pindaan ini...

draft4:22 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kapar...

draft4:22 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Pindaan ini membolehkan KRT berfungsi sebagai hab komuniti moden, bukan lagi hanya rondaan malam tetapi pusat latihan keselamatan komuniti, bantuan kecemasan dan kesiapsiagaan bencana seperti insiden banjir kilat dan sebagainya. Soalan saya kepada pihak kementerian. Apakah sudah apa pertama garis panduan pelantikan yang jelas? Contoh latar belakang bersih, bukan pemegang jawatan politik untuk menjaga keharmonian.

Adakan peruntukan ini— saya setuju dengan sahabat-sahabat saya tadi.

6,000 itu perlu dinaikkan sekurang-kurang 10,000, simbolik pengupayaan KRT.

Latihan wajib berkaitan perpaduan, pengurusan komuniti dan integriti, digitalisasi laporan komuniti, arahan pemberitahuan awam yang berkesan kepada seluruh kawasan KRT untuk mesyuarat penubuhan terutamanya Mesyuarat Pemilihan AJK serta tempoh masa yang mencukupi supaya calon-calon ahli dan penduduk dalam kawasan zon KRT ini tahu yang ada mesyuarat. Jadi, mereka boleh cari yang terpilih.

Jadi— dan saya nak tanya juga berapa jumlah KRT yang telah pun bersinergi dengan perpustakaan, PAWE, PIBG, PDRM, bomba sukarela dan lain-lain enablers. Saya merujuk perkara fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 7 Akta 751.

Maknanya potong pemastautin tetap. Dengan itu, hanya warganegara sahaja yang layak.

Jadi, saya sangat setuju tetapi saya mengesyorkan ada tempoh minimum status kewarganegaraan kepada sekurang-kurangnya 20 tahun sebagai syarat kelayakan sebelum diterima sebagai AJK KRT. Kerana apa? Tujuannya ialah kita dilanda masalah lambakan warganegara baharu diluluskan.

Sebagai orang asing baru tinggal di Malaysia, sudah tentu mereka mempunyai budaya dan latar belakang yang sangat berbeza dengan budaya tempatan negara. Minta maaf, IM. Boleh mencetuskan salah faham ketidakharmonian. Prevention is better than cure. Maka, Kapar mengusulkan 20 tahun minimum tempoh kewarganegaraan sebagai tempoh asimilasi dalam Malaysia.

Dan juga merujuk fasal— subfasal. Sedikit dengan Yang di-Pertua. 4(c) dan sub fasal 4(d). Tempoh pelantikan ini. Dua tahun dipanjangkan kepada tiga tahun dan kadang sampai boleh ditambahkan ke tiga penggal.

Yang di-Pertua, satu perkara yang perlu diberi perhatian serius dalam pelaksanaan Akta Rukun Tetangga ialah isu pimpinan KRT yang memegang jawatan terlalu lama. Kalau sebelum ini, kita macam ada seolah-olah kepimpinan statik yang dikuasai kelompok kecil yang menguasai jawatankuasa.

Jadi, ada kadang lebih 10 tahun dan sebagainya dan menyebabkan masalah kitaran idea yang beku, aktiviti KRT terhad kepada program lama. Copy paste, copy paste, copy paste. Tidak menarik minat belia. Tidak menggunakan digital tools atau method pengurusan moden dan akses peluang tidak seimbang apabila jawatankuasa diwarisi mungkin kepada ahli keluarga atau kroni.

Potensi baharu dalam komuniti terhalang. Keputusan sukarelawan muda belia merasakan tidak ada ruang untuk menyumbang. Jadi, buat apa lah nak pimpin, nak apa lagilah, tak boleh. Ketelusan terjejas, keputusan perolehan kecil, penggunaan dan komuniti dan penyertaan program kadang-kadang tidak dipantau dengan baik kerana struktur tertutup.

draft4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft4:22 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi— okey.

draft4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Masa sudah tamat.

draft4:22 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Ketawa] Last...

draft4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput...

draft4:22 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih.

draft4:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft4:22 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terlajak. Saya berdiri lama itu. Baik, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama berbahas dalam Rang Undang-undang Rukun Tetangga

(Pindaan) 2025 ini. Pindaan ini amat penting kerana ia melibatkan pengukuhan struktur perpaduan masyarakat di peringkat akar umbi melalui pengemaskinian undang-undang yang mengawal selia Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

draft4:29 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Sebagai sebuah negara majmuk yang pernah melalui detik gelap konflik kaum dan pelbagai cabaran sosial lain, kewujudan Jabatan Perpaduan Negara serta pembentukan Rukun Tetangga pada tahun 1975 adalah antara elemen terpenting dalam memulihkan keharmonian. Maka, sudah tentu setiap pindaan yang kita lakukan hari ini mestilah memacu KRT menjadi lebih efektif, berdaya tahan dan relevan dalam konteks dan realiti semasa.

Namun begitu, walaupun niat pindaan ini adalah baik, terdapat beberapa isu asas yang perlu diperhalusi supaya undang-undang yang digubal bukan sekadar mengembangkan kuasa pentadbiran tetapi memastikan kebajikan masyarakat benar-benar terjamin. Pertamanya, saya ingin mendapat sedikit penjelasan mengenai pindaan seksyen 2(a), fasal 2, takrif orang yang mempunyai kepentingan.

Definisi ini memasukkan bukan sahaja penduduk tetapi juga pemilik premis komersial, organisasi tempatan malah ahli keluarga bermastautin yang mungkin tinggal di tempat lain. Takrif yang begitu meluas berpotensi menyebabkan pihaknya mempunyai kepentingan komersial, perniagaan atau institusi menuntut hak campur tangan dalam keputusan KRT. Apakah jaminan bahawa tarif ini tidak akan membuka ruang kepada pihak berkepentingan luar untuk mempengaruhi keputusan KRT mengikut kepentingan mereka sendiri.

Kita tidak mahu komuniti seperti KRT menjadi gelanggang perebutan pengaruh harta, perniagaan atau kepentingan organisasi. Maka, garis panduan selanjutnya perlu diperincikan siapa yang layak bersuara, siapa yang layak mengundi dan sejauh mana pihak luar boleh terlibat dalam urusan KRT.

Selain itu, takrifan baru ini juga secara langsung akan meningkatkan jumlah pihak yang boleh membuat aduan, menghadiri mesyuarat atau yang terlibat di dalam konflik yang dirujuk kepada KRT. Ini boleh menggandakan beban administrative KRT khususnya dalam urusan penyiasatan, pertikaian dan dokumentasi aduan.

Persoalan saya, adakah kementerian telah menilai impak pentadbiran yang mungkin timbul? Dan apakah sokongan tambahan yang akan diberikan kepada KRT untuk mengurus pertambahan kepentingan daripada pelbagai pihak ini?

Kita tidak mahu pindaan yang bertujuan memperkemaskan takrifan akhirnya menambah beban sukarelawan sehingga menjejaskan tumpuan mereka terhadap objektif asal iaitu perpaduan komuniti. Seharusnya saya ingin juga menyentuh pindaan seksyen 7(1) yang memberi kuasa kepada pengarah untuk melantik jawatankuasa rukun tetangga dalam tempoh 30 hari. Dengan komposisi yang merangkumi permastautinan orang yang mempunyai kepentingan dan orang yang lain sebagaimana yang diluluskan oleh pengarah.

Peruntukan ini secara jelas memberikan kuasa yang luas kepada pengarah dalam menentukan siapakah yang layak menjadi anggota jawatankuasa. Namun, istilah orang lain sebagaimana yang diluluskan oleh pengarah adalah sangat umum dan terbuka kepada pelbagai interpretasi.

Oleh itu, bagaimanakah kerajaan dapat memastikan proses pelantikan ini benar-benar telus, bebas daripada unsur politik serta tidak membuka ruang kepada pelantikan berdasarkan hubungan ataupun kepentingan tertentu. Kementerian juga wajar memperincikan kriteria pelantikan yang jelas di sini, termasuklah syarat integriti, rekod khidmat komuniti, ketiadaan konflik kepentingan dan tempoh kediaman minimum agar keputusan pelantikan tidak bersifat subjektif semata-mata.

Persoalan saya seterusnya ialah menyentuh aspek pelaksanaan dan pentadbiran. Pindaan seksyen 7(1) menyatakan bahawa pengarah mestilah melantik jawatankuasa dalam tempoh 30 hari tetapi turut memberi kuasa kepada ketua pengarah untuk melanjutkan tempoh tersebut tanpa had masa maksimum yang ditetapkan. Perkara ini menimbulkan persoalan, sejauh manakah kementerian telah menilai implikasi yang mungkin timbul apabila tempoh pelantikan boleh dilanjutkan tanpa batas dan tanpa keperluan laporan khusus. Jika berlaku kelewatan pelantikan jawatankuasa, maka operasi KRT termasuk rondaan sukarela pengurusan konflik kerajaan, penyelarasan bencana komuniti dan aktiviti perpaduan berisiko tertangguh dan terhenti sama sekali.

Kelewatan seperti ini juga boleh membuka ruang kepada isu birokrasi atau campur tangan pihak tertentu dalam urusan KRT. Maka, saya ingin mencadangkan agar kementerian ...

draft4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft4:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Ya. Menetapkan had masa maksimum yang jelas dan keperluan justifikasi bertulis sekiranya berlaku perlanjutan serta mewujudkan mekanisme interim supaya KRT terus berfungsi walaupun pelantikan formal belum dimuktamadkan.

Tuan Yang di-Pertua, persoalan saya bangkitkan ini bukanlah bertujuan untuk menolak pindaan tetapi memastikan bahawa pelaksanaan pindaan ini tidak menjejaskan integriti, fungsi dan keberkesanan institusi Rukun Tetangga. Kita mahu KRT yang kuat, telus dan benar-benar mencerminkan suara komuniti. Maka, pindaan ini perlu diperkukuhkan dengan panduan pelantikan perlindungan terhadap dominasi pihak luar dan ketetapan masa pelaksanaan yang jelas.

draft4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

draft4:30 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Potong tak bagi signal.

draft4:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada Segamat untuk membahaskan Rang Undang-undang Rukun Tetangga. Skim Rukun Tetangga dilancarkan oleh Allahyarham Tuanku Tun Abdul Razak, Perdana Menteri pada waktu itu tahun 1975 dalam sektor Rukun Tetangga di Kampung Kasipillay, Kuala Lumpur.

Matlamat KRT adalah untuk menjalankan aktiviti yang meningkatkan dan mengukuhkan semangat kejiranan, perpaduan muhibah, keharmonian, keselesaan, keamanan, kerjasama, keselamatan, kebajikan dan ekonomi dan kualiti hidup di kalangan anggota masyarakat. Oleh itu, pemindaan ini selaras dengan semangat MADANI dan perpaduan bangsa Malaysia.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana konsisten dalam Kementerian Perpaduan ini membuat pelbagai aktiviti, inisiatif kerana perpaduan rakyat Malaysia inilah dan antara matlamat dan juga pencapaian harus kita capai untuk kita memajukan sesebuah negara.

Dan akta ini kini jelas memperjelaskan kuasa Menteri dan pengarah, menetapkan keperluan laporan audit dan akauntabiliti dan akhir sekali serta meletakkan tanggungjawab yang lebih jelas kepada Jawatankuasa KRT. Ini selari dengan prinsip ketelusan, penyeliaan dan integriti pentadbiran komuniti. Tujuan pemindaan RUU ini jelas kalau kita melihat bertujuan dalam fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2, Akta 751 dengan kemasukan takrif-takrif baru.

Oleh demikian, Segamat ingin mencadangkan garis panduan laporan tahunan KRT juga diserahkan ataupun berkongsi dengan Ahli Parlimen kawasan- kawasan tersebut kerana ini untuk memudahkan aktiviti-aktiviti ini dipantau dan selaraskan gerak kerja. Dan kalau dilihat, setiap KRT wajib mengemukakan laporan tahunan kepada Ahli Parlimen kawasan dan juga Pengarah Perpaduan di daerah ataupun negeri. Laporan tersebut harus merangkumi aktiviti, kewangan, jumlah ahli, impak sosial dan aduan rakyat.

Perkara ini sebenarnya Timbalan Yang di-Pertua, boleh membantu menyelaraskan dasar tempatan, menyelesaikan aduan masyarakat dan meningkatkan pemantauan terhadap keberkesanan KRT. Seperti yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat tadi di Kapar, kita mempunyai banyak KRT di Malaysia ini. Tapi sekarang isunya adakah keberkesanan itu is very important.

Ya, kalau kita ada banyak tapi tidak berkesan, sampai ke akar umbi ataupun di komuniti adalah satu perkara yang kita perlu teliti. Saya yakin Yang Berhormat Menteri prihatin dan very serious dalam perkara ini. Sebab itu beliau membuat pindaan ini.

Timbalan Yang di-Pertua, seterusnya untuk memperkasakan RUU ini, faktor sokongan kewangan juga memainkan peranan yang penting. Saya yakin dan sebelum ini peruntukan yang diberikan untuk aktiviti adalah sebanyak RM6,000.

Saya juga ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri untuk pertimbangkan ya, meningkatkan peruntukan program KRT ini supaya boleh memberi program yang lebih impak besar untuk komuniti majmuk, program sekolah, keselamatan kejiranan, kempen kesedaran kesihatan mental dan aktiviti sosial. Saya juga mencadangkan meningkatkan kepada RM12,000. Make it double up this untuk memudahkan aktiviti-aktiviti KRT.

Seterusnya, Segamat ingin juga mencadangkan saranan bahawa pembentukan jawatankuasa mesti pelbagai latar untuk menggambarkan Malaysia MADANI. Penggantian seksyen 9, pembatalan pelantikan dan peletakan jawatankuasa (1)(2)(3) dan pindaan seksyen 15, subseksyen 15(1), pindaan 17 subseksyen (1) mengenai anggota KRT.

Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri, penguasaan ahli-ahli politik ini dalam KRT ini juga akan mewujudkan jurang antara KRT dan juga masyarakat. Dan kita harus meneliti perkara ini. Kalau kita biarkan KRT ini dikuasai oleh sekelompok ahli politik, maka rakyat mungkin tidak dekat dengan orang-orang KRT ini sebab mereka melihat ini adalah satu entiti berpolitik.

So, oleh itu saya minta Yang Berhormat Menteri untuk meneliti keanggotaan mencerminkan kepelbagaian kaum, umur, gender dan latar sosial. Kehadiran golongan muda, warga emas, profesional, akademik dan wakil OKU. Saya setuju juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyebut tentang perlu ada daripada pelbagai latar belakang.

draft4:36 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Sesuatu komuniti itu perlu ada doktor, engineer dan pelbagainya supaya memudahkan, membangunkan komuniti tersebut.

Dan akhir sekali adalah selaras dengan pemindaan ini, KRT tidak aktif perlu di-reform atau digantikan setiap tahun. Ini masalah yang besar kita menghadapi. Ada jawatan, tetapi kadang-kadang mereka tak bergerak. Ini jadi satu problem yang kita harus menangani. Saya yakin dengan pemindaan akta ini, memberi kuasa kepada Menteri dan Pengarah Perpaduan di daerah dan negeri untuk menggantikan mana- mana KRT yang tidak aktif atau memberi sumbangan kepada masyarakat melalui Kementerian Perpaduan ini.

Dan akhir sekali, saya yakin KRT bukan hanya struktur kertas, tetapi field work to serve the community dengan izin, dan rakyat benar-benar menerima manfaat di peringkat komuniti. Sebagai penutup, RUU ini adalah peluang untuk memodenkan institusi perpaduan komuniti, memantapkan akauntabiliti dan memperkasakan suara rakyat dari akar umbi untuk mencapai matlamat Kerajaan MADANI. Namun, keberkesanan bergantung kepada sistem pelaporan, pembiayaan munasabah, kepimpinan inklusif dan tindakan terhadap KRT. Oleh itu, Segamat ingin menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.

draft4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

draft4:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan.

Pertama, peranan KRT dalam menangani isu dan konflik masyarakat. Peranan Rukun Tetangga sejak 50 tahun yang lalu akan ditambah baik setiap tahun bagi memperkukuh fungsi KRT dalam pembangunan sosial dan masyarakat setempat di bawah Jabatan Perpaduan Negara susulan insiden berdarah 13 Mei.

Jabatan Perpaduan Negara dalam integrasi JPNIN telah memperkenalkan enam peranan asas, namun yang menarik perhatian Kepala Batas ialah peranan keenam iaitu memantau dan mengesan isu serta konflik dalam masyarakat dan menyediakan perkhidmatan perantaraan ataupun mediasi bagi tujuan perdamaian dan keharmonian yang melibatkan pelantikan 571 pegawai bertauliah.

Justeru persoalannya, bagaimanakah mereka ini dilatih, diselia dan dinilai?

Dan apakah status dan penanda aras kejayaan terhadap perkhidmatan ini?

Berapakah KRT yang terlibat dan jumlah kes yang dilaporkan serta berjaya ditangani sehingga masa ini, mohon perincian.

Yang kedua, sasaran perlu selari dengan pertumbuhan pendudukan dan juga urbanisasi. Kita menyambut baik komitmen kerajaan menambah bilangan KRT, namun pindaan ini wajar disertakan dengan indikator yang jelas. Pandangan dan cadangan Kepala Batas berkaitan penetapan nisbah KRT berasaskan populasi semasa kawasan.

Misalnya satu KRT setiap 2,000 hingga 3,500 penduduk atau kawasan perumahan minimum 500 rumah. Namun Kepala Batas mohon penjelasan, bagaimana pula bagi kawasan perumahan yang ada sebahagiannya tidak sampai daripada 100 buah rumah? Ini mungkin perumahan yang dibahagi mengikut fasa, tapi taman atau residensi perumahan yang mempunyai komuniti yang kecil.

Seterusnya berkaitan anggaran keperluan penubuhan baharu setiap tahun supaya berkembang seiring pembangunan bandar dan juga kawasan perumahan baharu. Di sini Kepala Batas melihat terdapat keperluan untuk pihak JPNIN mentafsir dan menetapkan jumlah ahli KRT dan SRS mengikut saiz kawasan perumahan.

Apakah terdapat pengenalan berkaitan nisbah jumlah ahli SRS berbanding jumlah penduduk? Jika perkara ini diambil kira, maka ia boleh meningkatkan lagi kualiti serta peranan KRT dan juga SRS dalam masa yang sama turut dilihat sebagai polis komuniti dalam menjaga keamanan dan juga keharmonian penduduk.

Seterusnya, kewajaran berkaitan keperluan adanya peruntukan minimum operasi tahunan per unit KRT agar penambahan bukan sekadar angka, tapi juga berfungsi.

draft4:41 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kepala Batas.

draft4:41 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Yang ketiga, fasal 2 seksyen 2(a) RUU menyebut berkenaan dengan orang yang mempunyai kepentingan dalam pengurusan rumah tangga. Kepala Batas mohon penjelasan, apakah maksud orang yang mempunyai kepentingan? Adakah ia termasuk pemaju, ahli politik, individu berkepentingan ekonomi atau pun hanya bermaksud penduduk berdaftar?

Adakah pelantikan mereka ini dibuat tanpa sokongan majoriti penduduk setempat ataupun seperti lantikan politik? Jika ya, maka ia dilihat boleh membuka ruang kepada pelantikan atas dasar pengaruh dengan pihak berkepentingan bagi bukan yang berkeyakinan komuniti. Konflik kepentingan serta penguasaan jawatankuasa boleh dilihat di luar komuniti.

Kepala Batas mohon pencerahan dan perincian apakah aset-aset dimiliki oleh KRT dan SRS dan bagaimana perolehan aset tersebut dibuat? Siapa sebenarnya berkuasa penuh terhadap aset KRT? Apakah melalui RUU ini, Ketua Pengarah ataupun Ketua Jabatan nanti boleh melaksanakan program-program dan perancangan bagi menambah baik KRT dari sudut SOP dan juga pembangunan insan untuk jawatankuasa KRT tanpa mengambil kira pandangan penduduk?

Persoalan ini Kepala Batas timbulkan kerana ia berkaitan dengan kepentingan penduduk seperti yang mesti didahulukan agar selari dengan peranan JPNIN. Selain itu, sejauh manakah Ahli Parlimen bukan kerajaan seperti kami, Perikatan Nasional dapat turut terlibat dalam proses pembangunan dan perpaduan masyarakat melalui KRT?

Adalah kami tidak memperolehi maklumat lengkap berkenaan dengan jumlah KRT dan ahli setiap KRT yang ada dalam Parlimen yang diwakili oleh kami, namun yang sampai di peringkat pusat khidmat adalah borang-borang ataupun permohonan bantuan daripada pusat khidmat. Justeru, mohon agar akses data KRT kepada semua Ahli Parlimen dikongsi secara saksama. Silakan YB.

draft4:41 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Terima kasih. Akhirnya, setujukah Yang Berhormat kalau dalam profiling...

draft4:41 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Dua kali dah.

draft4:41 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Kalau profiling Yang Berhormat tadi dimasukkan juga soal kaum, gender dan kumpulan umur selain daripada soal rumah dan sebagainya. Terima kasih.

draft4:41 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Okey, terima kasih kepada YB Indera Mahkota. Saya mohon masukkan soal-soal tersebut dan Menteri boleh menjawab secara terperinci dengan soalan tersebut.

Yang keempat, pemerkasaan SRS bukan sekadar aktiviti sukarela biasa. Hari ini komuniti berdepan risiko pecah rumah, kecurian, pengedaran dadah, jenayah rogol, gangguan seksual dan juga kerosakan harta benda awam dan juga persendirian. SRS bukan sekadar rondaan, tetapi barisan pertahanan pertama keselamatan komuniti. Berkait dengan apa yang Kepala Batas utarakan tadi iaitu keperluan untuk pihak JPNIN mentafsir dan menetapkan jumlah ahli KRT dan SRS mengikut saiz kawasan perumahan.

Kepala Batas mohon mencadangkan tiga perkara. Pertama, peruntukan insurans wajib ke atas ahli SRS sama seperti insurans pekerja risiko. Cabaran hari ini dilihat semakin hari semakin meningkat, malah ada yang mampu bertindak luar jangkaan sehingga boleh mengancam nyawa dan keselamatan ahli. Sementara menunggu ketibaan polis di tempat kejadian, merekalah pihak yang perlu mendepani isu yang berlaku terlebih dahulu.

Yang kedua, latihan pengurusan isu dan juga konflik berpiawaian dengan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan. Latihan ini termasuklah keselamatan, CPR, pertolongan cemas, kawasan panas dan SOP kecemasan. Setidaknya mereka dapat dibekalkan dengan latihan langkah awal ataupun pertama dalam mendepani isu seperti mana banjir yang berlaku kepada negara kita baru-baru ini.

Dan yang ketiga, meletakkan KPI rondaan minimum bagi kawasan berisiko, misalnya tiga rondaan seminggu untuk zon merah. Melalui penetapan ini, pihak berkuasa juga dapat menambah kekuatan secara tidak langsung dalam mengurangkan risiko jenayah setempat dan dicadangkan JPNIN agar menyediakan SOP respons kecemasan bukan bergantung kepada kreativiti setempat.

Akhirnya Puan Yang di-Pertua...

draft4:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan dan gulung.

draft4:41 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kita tidak boleh menafikan peranan JPNIN menerusi penubuhan KRT dan juga SRS dalam menjadikan sesuatu kawasan itu sejahtera untuk diduduki. Namun, RUU ini dilihat kurang berkesan jika ia tidak menjamin perlindungan dan juga keselamatan kepada mereka yang terlibat dalam menjaga dan melindungi kesejahteraan.

Justeru, Kepala Batas berharap agar pihak kementerian dapat mengambil ruang untuk mempertimbangkan cadangan dan pandangan daripada Kepala Batas ini agar kami sebagai rakyat, kita semua dapat memastikan komuniti yang didiami berada dalam keadaan damai dan sejahtera. Sekian, terima kasih.

draft4:41 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

draft4:41 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. [Membaca sepotong doa] Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas peluang untuk Pasir Salak berbahas berhubung Rang Undang-undang Rukun Tetangga (Pindaan) 2025. Secara asasnya, Pasir Salak menyambut baik usaha kerajaan untuk menambah baik Akta 751 demi mengukuhkan perpaduan dan keselamatan komuniti.

Namun, pindaan ini mesti dilihat bukan sekadar pindaan teknikal, tetapi sejauh mana ia mampu membina struktur komuniti yang benar-benar matang, berdaya tahan dan bebas daripada pengaruh politik sempit. Yang pertamanya soal tadbir urus struktur kepimpinan dan akauntabiliti. Pindaan seksyen 3(1) menetapkan Ketua Pengarah Rukun Tetangga mesti juga Ketua Pengarah Jabatan. Rasional yang diberi adalah untuk mengelakkan pertindihan kuasa dan memastikan kelancaran pentadbiran.

Ini tepat, namun persoalan timbul bagaimana mekanisme semakan dan semak imbang, check and balance dengan izin, akan dijamin apabila satu individu memegang dua peranan strategik. Adakah ini akan menyebabkan tumpuan kepada perpaduan komuniti menjadi agenda sampingan dalam pentadbiran jabatan? Kita tidak mahu Rukun Tetangga sekadar menjadi unit tambahan di dalam birokrasi kerajaan.

Selain itu, pindaan seksyen 9 tentang pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan amat penting, tetapi tidak cukup jelas tentang tatacara penggantungan sementara jika berlaku salah laku. Tiada klausa tempoh siasatan atau kuasa audit komuniti, ini isu serius. Jika komuniti hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang dilantik, adakah mekanisme aduan dan pelaporan boleh diakses rakyat secara telus? Kita perlu elakkan akta ini menjadi lesen kuasa, sebaliknya mesti menjamin akauntabiliti secara struktur.

draft4:47 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Yang kedua, soal keanggotaan dan kedaulatan, kepentingan warganegara sahaja. Tuan Yang di-Pertua, pindaan di bawah seksyen 7(3), seksyen 15(1) dan seksyen 17(1) amat penting kerana ia mengukuhkan prinsip bahawa hanya warganegara Malaysia yang layak memegang jawatan dalam Jawatankuasa Rukun Tetangga (JKRT) dan skim rondaan sukarela (SRS). Hal ini wajar diperkukuh kerana isu keselamatan dan perpaduan komuniti tidak boleh diserah kepada mereka yang tidak mempunyai status kewarganegaraan yang sah. Pindaan ini bukan sekadar soal teknikal, tetapi merupakan penegasan semula terhadap kedaulatan negara.

Justeru, Pasir Salak menyokong sepenuhnya prinsip bahawa semua pelantikan mesti diberikan keutamaan kepada rakyat Malaysia, pekerja tempatan, anak tempatan dan penduduk tempatan. Di kawasan industri, perladangan dan tapak pembinaan misalnya, kita tidak boleh menafikan bahawa ramai tenaga kerja asing hadir dalam jumlah besar dan menetap bertahun-tahun dalam komuniti, tetapi perpaduan dan keselamatan komuniti tidak sepatutnya diserahkan kepada mereka.

Keselamatan masyarakat setempat termasuk pengesahan identiti, latar belakang dan rekod jenayah hanya dapat dipastikan apabila barisan jawatankuasa dan sukarelawan datang daripada rakyat Malaysia sendiri.

Pindaan ini harus dilihat sebagai satu bentuk keutamaan pekerjaan sosial kepada warganegara, selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi semula ruang kepimpinan kepada anak tempatan, bukan bergantung kepada pekerja asing yang tidak memiliki tanggungjawab undang-undang yang sama terhadap negara ini.

Namun demikian, Pasir Salak ingin mengusulkan bahawa pindaan ini tidak cukup jika hanya menetapkan syarat kewarganegaraan tanpa menyediakan sistem pemprofilan komuniti dan pangkalan data keselamatan.

Jika kerajaan benar-benar ingin menjadikan Rukun Tetangga sebagai ejen perpaduan, maka perlu diwujudkan mekanisme latihan, sijil kompetensi komuniti dan pelarasan bersama PDRM serta pihak berkuasa tempatan. Dengan cara ini, menjadi warganegara tidak sekadar di atas kertas, tetapi satu tanggungjawab sosial yang datang bersama latihan, kepercayaan dan mandat undang-undang. Yang kita mahu ialah pekerja yang memimpin komuniti yang bukan sahaja warganegara, tetapi benar-benar berkelayakan sebagai pemikul amanah komuniti. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft4:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Rukun Tetangga (Pindaan) 2025.

Saya bangun untuk menyokong penuh pindaan RUU ini yang mencerminkan usaha kementerian bagi memperkukuh institusi akar umbi yang selama ini menjadi nadi perpaduan masyarakat kita. Menerusi pindaan kali ini, bukan sahaja mengemas kini kerangka undang-undang sedia ada, tetapi memastikan KRT kekal relevan dengan keperluan semasa terutamanya pasca pandemik dan senario sosial yang semakin kompleks.

Umum mengetahui sejak insiden hitam negara 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah memainkan peranan yang penting dalam memulihkan perpaduan negara sejak penubuhannya pada 1 Julai 1969.

Sementara itu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang telah diwujudkan pada tahun 1975 dan juga Skim Rondaan Sukarela sejak tahun 2024 telah terbukti menjadi tulang belakang kepada keselamatan kejiranan, pengukuhan muhibah serta penyelesaian konflik komuniti.

Kini, dengan wujudnya lebih 8,000 KRT di seluruh negara dan juga pelbagai cabaran sosial baru, pindaan Akta 751 ini amat penting untuk dilakukan bagi mengukuh peranan KRT sebagai antara platform yang berkesan untuk menyatupadukan perpaduan masyarakat. Namun demikian, pindaan ini juga tidak boleh hanya sekadar kosmetik. Pindaan kali ini mestilah membawa pembaharuan yang makna yang sebenar.

Puan Yang di-Pertua, merujuk kepada seksyen 8 Akta 751 yang mana memberi kuasa kepada KRT untuk menyiasat, memerhati dan melaporkan konflik komuniti kepada pengarah JPNIN. Namun di lapangan pada masa ini, banyak KRT yang masih kekurangan latihan dan garis panduan operasi standard untuk menilai sesuatu konflik secara profesional.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah perancangan kementerian untuk memastikan semua KRT dibekalkan kemahiran atau modul latihan standard untuk menangani konflik komuniti secara tepat, cepat dan selamat?

Jika tidak diuruskan dengan baik, saya bimbang perkara ini bakal menambahkan lagi konflik dan kecelaruan dalam kalangan masyarakat.

Pada kesempatan ini, saya ingin mencadangkan supaya kementerian memperkenalkan modul pengurusan konflik yang wajib untuk diikuti oleh semua jawatankuasa KRT dan SRS. Selain itu, Unit Respons Konflik Cepat (URKC) juga hendaklah ditubuhkan di peringkat negeri bagi membantu KRT-KRT di kawasan yang berisiko tinggi. Menerusi pelaksanaan dua langkah ini, saya yakin KRT dan SRS dapat menjalankan fungsinya dengan baik dan berkesan tanpa sebarang keraguan lagi sekali gus dapat merealisasikan hasrat kementerian.

Puan Yang di-Pertua, mengenai SRS yang telah wujud sejak tahun 2004.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa inisiatif ini sememangnya membantu untuk membendung jenayah setempat. Sedarkah kementerian bahawa realitinya di kebanyakan kawasan, terdapat ramai antara sukarelawan yang sudah berusia dan menggunakan peralatan rondaan yang lapuk serta kekurangan penyertaan golongan belia.

Persoalan saya, adakah kementerian berhasrat untuk mewujudkan skim latihan tetap dan memberikan insentif terhadap penyertaan golongan belia bagi mengelakkan kebergantungan kepada sukarelawan veteran? Saya menyeru supaya diwujudkan skim sijil kompetensi sukarelawan kepada KRT dan SRS yang diiktiraf oleh kerajaan dengan kadar segera untuk menangani isu ini. Kementerian juga disarankan untuk menyediakan insentif kecil berbentuk elaun latihan ataupun potongan cukai kepada syarikat-syarikat swasta yang membenarkan pekerja mereka terlibat secara aktif sebagai sukarelawan komuniti.

Selain itu dan perkara yang lebih penting dalam soal pembangunan KRT ini ialah penyertaan masyarakat Cina yang sangat minimum di kebanyakan kawasan campuran. Ketiadaan suara komuniti Cina dalam KRT amat merugikan kerana boleh menjejaskan keberkesanan dialog dan perancangan komuniti di sesuatu kawasan.

Sehubungan itu, saya ingin mengetahui, apakah perancangan kementerian berhubung perkara ini? Pada hemat saya, penglibatan yang menyeluruh daripada pelbagai pihak dan kaum amat dituntut bagi mewujudkan sebuah komuniti yang kuat dan erat.

Puan Yang di-Pertua, selain memastikan keamanan dan keselamatan kejiranan, saya berpendapat sudah tiba masanya KRT ini diberikan lonjakan baru dengan menerapkan elemen keusahawanan. Perkara ini cukup penting untuk difikirkan bersama supaya KRT dapat bergerak ke hadapan dan tidak terlihat sama sahaja fungsinya seperti mula-mula ia nya dilancarkan pada 29 Ogos 1975. Jika perkara ini dapat direalisasikan, saya yakin KRT berupaya untuk menjana pendapatan mereka sendiri dan tidak perlu bergantung kepada Geran Rukun Tetangga bagi tujuan pengurusan dan penganjuran aktiviti.

Justeru itu, saya mencadangkan supaya KRT diberikan sejumlah peruntukan seperti mana Inisiatif SejaTi MADANI yang disalurkan menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan dan sebagainya.

Selain itu, bagi memastikan setiap KRT berupaya menjalankan fungsinya dengan lebih mantap dan berkesan, saya mencadangkan supaya kementerian mewujudkan bantuan khas secara one-off kepada KRT untuk tujuan membaik pulih pejabat, membina baru pejabat ataupun aktiviti mereka.

Di Tampin misalnya, terdapat KRT yang terpaksa menjalankan aktiviti di ruang pinjaman atau struktur yang usang. Infrastruktur yang baik bukan soal keselesaan, tetapi soal keberkesanan kerja komuniti keselamatan mereka. Bantuan one-off ini bagi memastikan KRT mempunyai fasiliti minimum untuk menjalankan tugas sebagai rakan strategik kementerian dalam mengekalkan keharmonian kawasan setempat.

Puan Yang di-Pertua, pindaan Akta Rukun Tetangga ini bukan sekadar penyelarasan undang-undang, tetapi merupakan pelaburan kepada masa depan perpaduan negara. Menerusi langkah memperkukuhkan kapasiti sukarelawan, memodenkan pentadbiran KRT serta memastikan pembiayaan yang telus sahaja kita dapat memastikan Rukun Tetangga kekal sebagai platform komuniti yang relevan, berkesan dan berimpak tinggi.

Sebagai penutup, saya menyokong penuh segala usaha pengukuhan yang dilakukan menerusi pindaan kali ini dan berharap agar segala soalan serta pandangan yang dibangkitkan sebentar tadi dapat dipertimbangkan oleh kementerian demi memperkasa KRT sebagai nadi perpaduan negara. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft4:53 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.

draft4:53 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bangun membahaskan Rang Undang-undang Rukun Tetangga

(Pindaan) 2025 dengan mengiktiraf hasrat kerajaan untuk memperkukuh penglibatan komuniti dalam aspek keselamatan dan keharmonian kejiranan. Namun, sejumlah pindaan yang dibawa menimbulkan persoalan substantif yang wajar diteliti demi memastikan undang-undang ini benar-benar memperkasa komuniti, bukan membuka ruang kepada manipulasi dan ketidakjelasan pelaksanaan.

Pertama, merujuk pindaan seksyen 2. Takrif “orang yang mempunyai kepentingan” yang dicadangkan adalah terlalu luas dan kabur. Takrif yang merangkumi sesiapa sahaja yang mempunyai pertalian keluarga, pemilikan hartanah, bekerja atau memegang jawatan dalam apa-apa organisasi di kawasan tersebut, membuka ruang kepada pelantikan individu yang tidak mempunyai komitmen sosial atau moral terhadap komuniti.

draft4:59 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Pemilik hartanah yang tidak tinggal di kawasan, pelabur luar atau ahli keluarga yang hanya berkaitan secara nominal, tidak semestinya memahami realiti hidup penduduk setempat. Oleh itu, saya minta penjelasan jelas daripada pihak kementerian, apakah kriteria sebenar yang melayakkan seseorang diiktiraf sebagai orang yang mempunyai kepentingan.

Adakah rekod penyertaan dalam mesyuarat rukun tetangga, penglibatan dalam program komuniti serta rekod rondaan SRS diambil kira. Tanpa mekanisme verifikasi objektif dan telus, peruntukan ini mudah terdedah kepada salah guna termasuk unsur campur tangan politik dan pengaruh komuniti luar.

Kedua, merujuk penggantian seksyen 9 berkaitan kuasa pembatalan pelantikan oleh pengarah. Kuasa untuk membatalkan pelantikan pada bila-bila masa tanpa perlu memberikan alasan bertulis atau menyediakan saluran rayuan, jelas bertentangan dengan prinsip tadbir urus yang baik. Pelantikan rukun tetangga ialah tanggungjawab komuniti bukan kuasa mutlak pentadbiran. Maka alasan bertulis dan hak rayuan kepada mekanisme bebas perlu menjadi kewajipan minimum untuk menjamin integriti proses.

Ketiga, merujuk pindaan seksyen 7(4) iaitu pelanjutan tempoh pelantikan kepada tiga tahun dengan had maksimum dua penggal berturut-turut. Walaupun tujuan rasmi adalah untuk memberikan kesinambungan kepimpinan, kita juga harus berhati-hati agar struktur ini tidak menghalang pembaharuan kepimpinan dan tidak mewujudkan kelompok kecil yang memonopoli rukun tetangga. Jika kestabilan menjadi keutamaan, maka wajar diwujudkan mekanisme pemilihan yang lebih demokratik, pemilihan― peralihan jawatankuasa secara berperingkat serta laporan prestasi tahunan yang wajib dibentangkan kepada komuniti.

Keempat, merujuk pindaan seksyen 15(1) berhubung keselamatan dan kebajikan anggota skim rondaan sukarelawan (SRS). Walaupun saya bersetuju bahawa hanya warga negara wajar dilantik sebagai anggota SRS, RUU ini gagal memperuntukkan perlindungan insurans ataupun takaful wajib kepada mereka yang menjalankan rondaan. Sukarelawan berdepan risiko kecederaan, kemalangan malah ancaman keselamatan. Namun perlindungan mereka kini hanya bergantung kepada inisiatif pentadbiran yang tidak mempunyai kekuatan undang-undang.

Justeru Tuan Yang di-Pertua, berpandukan isu yang saya bangkitkan, saya ingin mencadangkan beberapa perkara. Pertama, definisi orang yang mempunyai kepentingan secara lebih terperinci dengan kriteria jelas seperti satu, menetap atau terlibat secara tetap dalam aktiviti kawasan.

Kedua, rekod penyertaan sekurang-kurangnya 12 bulan dan tiga, bukti sumbangan nyata seperti kerja sukarelawan atau penyertaan dalam program komuniti. Frasa pertalian keluarga yang terlalu longgar wajar digugurkan atau dikecilkan skopnya.

Kedua, mansuhkan kuasa mutlak pembatalan pelantikan oleh pengarah.

Setiap pembatalan mesti disertakan alasan bertulis dan disalurkan kepada Jawatankuasa Rayuan Bebas yang berfungsi sebagai semak dan imbang.

Ketiga, kekalkan tempoh pelantikan dua tahun atau jika mahu mengekalkan tiga tahun, wajibkan laporan prestasi tahunan, audit penyertaan dan had penggal yang benar-benar memastikan pembaharuan berlaku secara berkala.

Keempat, masukkan peruntukan perlindungan minimum SRS secara jelas dalam akta. Insurans atau takaful wajib perlu merangkumi kecederaan semasa rondaan, perjalanan pergi dan balik, rawatan perubatan serta pampasan kematian untuk waris. Punca kuasa pembiayaan juga perlu diperincikan sama ada melalui Kerajaan Persekutuan, peruntukan jabatan atau pelengkap daripada PBT.

Kelima, tetapkan badan verifikasi pelantikan yang jelas seperti pegawai perpaduan daerah dengan SOP ketelusan merangkumi dokumen sokongan, rekod penyertaan dan pengumuman awam calon sebelum pelantikan dimuktamadkan.

Tuan Yang di-Pertua, RUU ini mempunyai potensi besar. Namun, untuk memastikan potensi itu mencapai matlamatnya rang undang-undang ini mesti digubal dengan teliti, telus dan benar-benar berpihak kepada komuniti akar umbi yang menjadi tulang belakang perpaduan negara. Sekian, terima kasih.

draft5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua Puan Alice Lau Kiong Yieng]

Terima kasih Yang Berhormat Mersing, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft5:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Rukun Tetangga (Pindaan) 2005.

Puan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada seksyen 9 fasal 5 Pembatalan Pelantikan dan Peletakan Jawatan. Penggantian seksyen 9 akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut iaitu pembatalan pelantikan dan peletakan iaitu seksyen 9(1), (2) dan (3).

Persoalannya, adakah terdapat aduan masyarakat tentang AJK KRT yang tidak aktif ataupun yang menyalahgunakan kedudukan atau mengawal peruntukan.

Jika ada, berkemungkinan kerana ketiadaan garis panduan penggantungan menyebabkan konflik dalaman berpanjangan.

Apakah definisi jelas salah laku yang boleh menyebabkan AJK digantung dan siapakah yang mengaudit proses tersebut untuk mengelakkan campur tangan politik? Adakah penduduk diberikan saluran rasmi untuk membuat laporan terhadap AJK RT yang tidak telus dalam pengurusan kewangan ataupun projek?

Puan Yang di-Pertua, seksyen 15(1) fasal 6, permohonan untuk menjalankan skim rondaan sukarela. Pengerusi jawatankuasa kawasan Rukun Tetangga boleh memohon kepada ketua pengarah untuk menjalankan skim rondaan sukarela ataupun SRS di dalam keseluruhan atau sebahagian kawasan.

Jika permohonan dibuat kepadanya oleh sekumpulan tidak kurang dari 20 orang yang setiap seorang daripadanya merupakan seorang warganegara dan telah mencapai umur 18 tahun dan sama ada merupakan seorang pemastautin atau orang yang mempunyai kepentingan di kawasan itu.

Saya bersetuju hanya warganegara sahaja boleh memohon sebagai anggota SRS kerana ia nya berkaitan dengan isu perlindungan takaful insurans dan sebagainya dan kedaulatan negara khususnya berkaitan dengan keselamatan sempadan negara. Kini, dengan berlaku peningkatan kes pecah rumah, motosikal hilang, jenayah kecil, termasuk isu penagihan dadah dan kawasan banjir memerlukan rondaan yang lebih aktif. Bagaimana RUU ini boleh meningkatkan keberkesanan SRS dalam menangani isu keselamatan. Contoh di Kelantan yang mempunyai jumlah 477 SRS tetapi kes jenayah tetap berlaku.

Saya juga ingin bertanya pihak kementerian, daripada 477 SRS di Kelantan, berapakah sebenarnya SRS yang benar-benar aktif? Dan daripada 473 KRT di Kelantan, berapakah sebenarnya KRT yang benar-benar aktif? Dalam maklumat pihak kementerian, kenapakah terdapat KRT dan SRS yang tidak aktif?

Jika halangannya kerana peruntukan yang tidak cukup― tadi pun ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen sebut isu peruntukan yang kurang. Jika halangannya kerana peruntukan yang tidak cukup, maka saya ingin mencadangkan agar pihak kementerian menyediakan peruntukan yang mencukupi supaya gerak kerja KRT, SRS, tidak hanya melepas batuk di tangga dan kewujudan mereka tidak dipandang sebelah mata.

Kini KRT hanya menerima geran sebanyak RM6,000 setiap tahun dan dari peruntukan inilah juga mereka berbelanja untuk mengadakan mesyuarat, makan minum dan pelbagai aktiviti termasuk juga elaun bagi anggota SRS jika mereka berikan. Walaupun peruntukan ini sangat kecil dan tidak memadai, namun komitmen anggota KRT dan SRS ini menunjukkan komitmen tinggi walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Saya mencadangkan kerajaan menambah peruntukan kepada KRT sebagai perangsang kepada KRT memandangkan komitmen mereka yang tinggi dan menyediakan elaun khas kepada anggota SRS.

Saya bagi contoh di kawasan saya di Kuala Krai iaitu KRT Chenulang yang merupakan KRT progresif. Mereka berjaya mendapatkan peruntukan untuk aktiviti ekonomi dan di KRT Chenulang juga terdapat SRS yang menjalankan tugas setiap malam tanpa cuti, setiap hari, setiap malam. Mereka bertugas secara sukarela tanpa ada elaun khas mungkin ada makan mihun goreng gitu je walaupun terpaksa berjaga malam sehingga pagi secara bergilir bagi memastikan keselamatan kampung mereka terjamin.

Adakah juga kementerian dapat mempertimbangkan penambahan peruntukan logistik SRS seperti walkie talkie, dash cam, uniform dan lain-lain untuk kawasan pedalaman yang sering berdepan isu keselamatan dan kecemasan?

Di sini saya juga ingin kemukakan beberapa persoalan dan cadangan kepada kementerian. Pertama mengapa sehingga kini KRT masih tidak mempunyai pusat aktiviti sendiri? Bagaimana KRT mahu berfungsi sebagai nadi perpaduan dan keselamatan jika ruang asas pun tiada? Saya mengharapkan tahun 2026, kementerian dapat meluluskan pembinaan atau menyediakan sebuah pusat aktiviti tetap untuk KRT.

Yang kedua, mengapa kebanyakan anggota KRT masih jauh ketinggalan daripada standard. Misalnya, di KRT Mengkebang hanya 17 ahli aktif sedangkan keperluan sebenar ialah 25 hingga 30 ahli. Tanpa keanggotaan mencukupi, bagaimana mereka boleh menubuhkan SRS dalam masa yang sama majoriti ahli pula adalah di kalangan golongan wanita.

Yang ketiga, bagaimana kementerian mempunyai strategi khusus untuk menggalakkan penyertaan lelaki dalam SRS?

Yang keempat, adakah terdapat penyelarasan KRT dan SRS dengan penghulu ataupun ketua kampung juga imam-imam bagi memastikan gerak kerja berjalan lancar dalam kawasan komuniti mereka.

Dan yang kelima, adakah skim insurans ataupun takaful khas kepada anggota SRS yang terdedah kepada pelbagai risiko disediakan oleh kementerian?

Itu sahaja perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft5:04 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* rakyat Malaysia, orang muda.

Yang Berhormat, sebelum Yang Berhormat, ada seorang Menteri telah mencadangkan peruntukan untuk KRT tetapi masa itu telah pun ditolak. Tapi, saya rasa dia bagi separuh― RM6,000. Tapi ini sudah lama berlaku. Mungkin dalam enam tahun, tujuh tahun dulu, pernah dipohon. Saya mahu Yang Berhormat tengok balik minit itu. Tujuh tahun dipohon dulu, tak dipertimbangkan.

Hari ini ialah hari yang terbaik. Yang Berhormat mungkin boleh jawab kata, “Akan dipertimbangkan”. Iaitu RM6,000 ini dinaikkan kepada RM12,000. Sabah dan Sarawak, saya cadang RM15,000. Ini bukan saya yang cadang, semua rakyat Malaysia. Mungkin pihak kerajaan tak setuju, tapi kami cadangkan supaya dinaikkan kepada RM12,000 dan Sabah dan Sarawak RM15,000. Adakah pihak kerajaan sokong?

draft5:10 PM

Beberapa Ahli

Sokong.

draft5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pihak kerajaan, mereka diam.

Sebab apa, mereka malu untuk bercakap, ya. Tapi, macam mana pun, kami cadangkan, Yang Berhormat, supaya dinaikkan. Tak banyak pun tak apa. Banyak itu pun cukup― RM12,000. Kerana RM12,000 ini boleh menampung kekurangan yang berlaku. Ini sepuluh tahun yang lalu, angka ini kita bagi, sekarang kita tengok tak ada perubahan.

Ini penting sebab KRT ini dia boleh merangkumi semua aspek yang berlaku kekurangan di sesuatu kawasan itu, termasuk perpaduan dan sebagainya. Kita boleh selesaikan. Dan KRT ini ialah pertembungan manusia bersama-sama untuk menyelesaikan masalah keselamatan dan sebagainya.

Saya pun pernah terlibat untuk berjaga sama seperti mereka, sebab adalah tidak wajar― saya pun ada rumah di situ yang saya patut bagi sumbangan. Saya seronok sebab hasilnya ialah kita lihat ada wujud kebersamaan. Sifat we feeling, kekitaan di kalangan masyarakat. Yang itu yang kita nak. Yang Berhormat sebagai profesor sosiologi faham perkataan ‘we feeling’ ataupun kekitaan, ya.

Yang keduanya, Yang Berhormat— tak apa. Siapa yang pernah belajar sosiologi faham maksud kekitaan di sini.

Seksyen 7(1) iaitu penggantian seksyen 9, iaitu kalau nak batal, dia serah pada Pengarah. Besar sangat. Sebab, setengah Pengarah, kita tahu, menghadapi masalah. Banyak orang tak setuju dengan Pengarah. Jadi, Pengarah pula ada kuasa untuk batal dan sebagainya. Saya cadangkan perkataan ‘Pengarah’ diganti dengan ‘Ketua Pengarah’. Saya patutnya bercakap bawah jawatankuasa supaya ‘Pengarah’ itu diganti dengan ‘Ketua Pengarah’. Ini cadangan pembaikan. Dan saya dibagi tahu oleh pihak kerajaan tadi bahawa dia ada pindaan yang akan dibawa. Jadi, saya cadangkan supaya pindaan ini― perkataan ‘Pengarah’ diganti dengan ‘Ketua Pengarah’.

Jadi, orang yang bertugas, Yang Berhormat, bukan orang-orang ini.

Setengahnya Ahli Parlimen, setengahnya mungkin Menteri tumpang bertugas bersama yang duduk ada di dalam kawasan taman. Jadi, kalau pengarah nak pecat kita macam itu, tak bagus. Sekurang-kurangnya ketua pengarah. Seronoklah juga.

Orang pun berasa seronok. Sekurang-kurangnya ketua pengarah yang pecat mereka. Ini, saya ingat pengarah itu diganti dengan ketua pengarah, biar tinggi sikit.

Biar orang rasa seronok bahawa mereka ada di bawah peringkat ketua pengarah.

Kemudian, akhir sekali, Yang Berhormat, sebab saya tak mahu mengambil masa yang panjang sebab Speaker strict hari ini. Jadi, tentang pelantikan ketua pengarah, Yang Berhormat. Ketua pengarah― saya cadangkan jawatan terbuka sebab kalau kita bagi jawatan— maaf ya. PTD kawan saya. Saya pun bekas PTD.

Kita tak boleh jadikan jawatan ini jawatan naik pangkat. Contohnya, ada jawatan- jawatan yang melibatkan urusan mengenai bencana dan sebagainya. Kita kena ambil orang yang ada pengalaman pernah jadi pegawai daerah, sebagai contoh.

Kalau kiranya jawatan yang dibagi itu kerana naik pangkat, kita akan menghadapi masalah sebab mereka tidak ada pengalaman tentang perkara tersebut.

Jadi, Rukun Tetangga ini dia mesti melibatkan pihak orang ramai. Jadi, kalau kita buat jawatan terbuka, sudah pasti mungkin di antara pensyarah ke, atau naib canselor yang pencen kita boleh lantik jadi ketua pengarah supaya sifatnya berhubung dengan hubungan awam itu dapat dilaksanakan. Kalau kita bagi jawatan ini jawatan naik pangkat, kita ada masalah, Yang Berhormat. Masalah kerana mereka bukan pegang jawatan itu kerana tanggungjawab tapi kerana naik pangkat.

Kalau jawatan terbuka, senang. Jawatan terbuka ini membolehkan kita ambil orang yang paling layak.

Saya tak setuju kuasa Menteri. Tapi, dalam hal ini, kita rasa kuasa Menteri― cuma, Menteri ini layak, paling layaklah. Kalau menteri-menteri lain, saya kurang sikit sebab jawapan pun tak terang, berbelit-belit, tak faham. Menteri ini bagus. Jadi, Yang Berhormat, kuasa Menteri untuk Menteri ini saja, kita akan sokong. Tapi, lantiklah di kalangan mereka jawatan terbuka, bukan pegawai PTD.

Jadi, terima kasih rakyat Malaysia semua. Tap tap screen, guys. Tahniah pada apa yang berlaku di Sabah. Kami menang satu, it’s okay. Semua bermula dengan satu, lepas itu jadi banyak.

draft5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Terima kasih.

draft5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Sebut sikit pun tak boleh, Yang Berhormat ini, tentang Sabah.

draft5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft5:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Puan Speaker atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Akta Rukun Tetangga (Pindaan) 2025 pada hari ini. Saya ada beberapa perkara yang saya nak sebutkan sebab pindaan hari ini untuk meminda Akta 751.

Perkara pertama yang saya nak sebutkan berkenaan dengan rukun tetangga ini. Saya difahamkan seluruh negara ada 8,603 KRT yang dikategorikan dengan kategori berdasarkan aktif ataupun sebaliknya, dengan kategori yang berbeza dengan pemberian geran berdasarkan sama ada mereka aktif atau sebaliknya. Saya nak tanya berkenaan dengan KRT yang kurang aktif ataupun dikategorikan sebagai yang paling rendah.

Apakah boleh diambil tindakan oleh pihak jabatan yang berkaitan― perpaduan― selain daripada pemberian geran tersebut? Sama ada boleh tak dibuat rombakan terhadap ahli jawatankuasa supaya dia boleh dihidupkan? Ya, kalau ada kumpulan lain yang komited untuk jalankan tugas supaya KRT itu diaktifkan.

Perkara kedua berkenaan dengan pindaan ke atas seksyen 7 yang hanya memberikan kuasa kepada warganegara. Sebelum ini, pemastautin tetap ada. Saya menyokong. Saya rasa ini entiti di bawah kerajaan memang patut, memang wajar supaya diberikan peluang yang seluas-luasnya kepada warganegara Malaysia. Ini satu pindaan yang sangat baik dan saya rasa kita perlu sokong bersama.

Dan seterusnya berkenaan dengan seksyen 2, dimasukkan di bawah takrifan ‘orang yang mempunyai kepentingan’. Saya meneliti blue bill ini, saya nampak ada pecahan dia (a) sehingga (d). Kalau (a) itu, dia ada harta di sana. (B) itu dia mungkin menjalankan perniagaan, ada urusan, ada kedai dan sebagainya. (c) itu ada pegang apa-apa jawatan. Apa-apa jawatan, Yang Berhormat Menteri, ia sesuatu yang sangat luas skopnya. Saya tak tahu macam mana nak tafsirkan sebab skop dia luas yang membolehkan ramai yang mungkin tak duduk di sini, tak duduk di kawasan tertentu tapi dia boleh menjadi pengerusi ataupun jawatankuasa.

Dan yang saya sangat terkejut adalah pertalian keluarga. Apakah kalau A itu, adik dia duduk dekat taman itu, dia duduk dekat tempat lain, sebab ada tali persaudaraan, dia boleh jadi pengerusi dan jawatankuasa KRT di situ? Saya rasa ini tak relevan sebab dia sendiri, dia tak duduk di situ.

Dan saya nak bangkitkan beberapa isu yang berkaitan, Puan Pengetua, adalah berkenaan— Puan Yang di-Pertua. Ada orang— ini ada kes. Yang ini kisah benar di kawasan Parlimen Rasah. Kalau perlukan saya sebut mana KRT itu, pegawai jumpa saya, saya ada maklumat. Cuma, saya tak mahu sebut secara terbuka untuk mengaibkan siapa-siapa.

Ada pengerusi KRT yang dah lama pegang jawatan, dia dah pindah ke taman baru, dah bertahun-tahun, dia masih pegang jawatan itu di tempat asal. I’m sorry. Ini bukan personal. Saya tak setuju. Kalau dia nak aktif, dia mungkin pergi ke tempat yang dia duduk itu. Biar dia aktif dekat sana. Sebab, tempat yang dia dah pindah lama, dia mungkin ada harta dekat situ. So, saya harap benda ni adalah dibuat tambah baik oleh pihak kerajaan supaya keadaan menjadi tambah baik.

Saya dengar ada rakan-rakan kata kena ada semua kaum. Saya setuju. Isu dia sekarang ini apa? Dekat kawasan saya, saya nampak kalau KRT itu kalau yang Melayu, semua Melayu. Yang India, semua India. Ada yang Cina juga, semua Cina.

Tak melambangkan komposisi negara Malaysia masyarakat majmuk. Ini Kementerian Perpaduan. Saya mohon cadangkan, mungkin kementerian melalui agensi boleh menetapkan satu syarat dia.

Dia tak kira siapa pengerusi, siapa jawatankuasa, mesti ada kaum utama mesti paling kurang ada seorang wakil. Bukan semestinya kalau pengerusi itu kaum ini, setiausaha kaum lain. Tak. Paling kurang, ada seorang AJK. Saya sebut secara terbuka. Saya tahu masyarakat Cina mungkin dia tahap keaktifan dia kurang sikit.

Bagi dia AJK seorang. Paling kurang, ada seorang. Sebab, ini yang melambangkan masyarakat Malaysia kita.

Dan saya juga nak sebut berkenaan dengan tempoh.

draft5:15 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nampak— dikatakan tiga tahun campur tiga tahun secara berturut-turut.

Lepas itu, pengarah boleh lanjutkan setahun lagi. Satu penggal, tiga tahun lagi.

Apakah ia bermakna lepas itu dia gap satu penggal, dia boleh balik lagi menjadi Pengerusi KRT.

Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan perkara ini. Sebab kita tak mahu orang yang pegang lama sangat dan akhirnya dia ini macam mengongkong keadaan. Kita nak keharmonian supaya ada orang baharu, ada orang tempatan yang betul-betul diberikan peluang yang seluas-luasnya untuk memimpin KRT.

Puan Yang di-Pertua, saya hormati. Saya mengotakan patuhi janji saya kepada Puan Yang di-Pertua tepat lima minit. Sekian, terima kasih.

draft5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Masa 10 minit.

draft5:20 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

10 minit.

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu di bawah RUU Rukun Tetangga (Pindaan) RUU Rukun Tetangga.

Pertama kali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih ke atas kesedaran bahawa KRT ini, Kawasan Rukun Tetangga ini adalah jentera utama Kementerian Perpaduan yang amat penting di peringkat komuniti. Ia berperanan sebagai tapak yang integrasi untuk menyatupadukan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, kaum, bahasa dan kefahaman politik.

Dan oleh itu, KRT adalah bersifat neutral, nonpartisan, dan mana-mana pihak tidak boleh menggunakan KRT sebagai platform untuk berpolitik atau memecahbelahkan masyarakat. Jadi, itu adalah jawapan utama sebab banyak soalan berkenaan dengan political involvement dalam KRT ini.

Dan saya akan jawab in general sebab kebanyakan perbahasan dalam menjurus kepada definisi orang yang mempunyai kepentingan, elaun SRS, peruntukan dinaikkan dan kriteria untuk penubuhan KRT. Of course, kita akan buat memberi jawapan bertulis kepada isu-isu yang diberi spesifik kepada YB-YB yang telah membuat perbahasan atau minta keterangan.

Pertama kali, saya ingin pergi kepada kriteria untuk kita tubuhkan KRT. Sebab setiap tahun jumlah KRT di bawah kementerian pun meningkat. Tak banyak dalam perpuluhan. Memang sentiasa kita mengadakan KRT. Kalau di luar bandar, kita menerima permohonan daripada wakil-wakil yang ingin menubuhkan KRT dalam 20 orang. Dan mereka akan membuat profil kawasan yang dipohon dengan penglibatan pelbagai kaum.

Sebab tadi disebutkan KRT ini sepatutnya ditubuhkan di kawasan yang mempunyai penduduk pelbagai kaum iaitu dalam satu kriteria utama bagi kita, dan kalau kawasan luar bandar, tidak kurang daripada 500 orang penduduk ya, dengan tidak kurang daripada 200 rumah, ya. Kalau di bandar sama juga, kepelbagaian kaum dan jumlah orang atau penduduk dalam satu-satu kawasan KRT ini adalah tidak kurang 21,000 orang dengan minimum 200 rumah, ya. Jadi, itulah kriteria yang sebenarnya bagi untuk menubuhkan kawasan Rukun Tetangga.

Banyak soalan berkenaan dengan definisi orang yang mempunyai kepentingan. Ini kita mengubah peringkat ini oleh sebab, kalau dulu orang yang mempunyai kepentingan ini tidak ada definisi ataupun takrifan. Dan sebab itu kita melihat ramai anggota-anggota dari kawasan Rukun Tetangga ini mungkin mempunyai jawatan ataupun mempunyai business di kawasan-kawasan Rukun Tetangga itu.

Dan mereka kita melihat sepatutnya mungkin boleh memberi sesuatu kepentingan kepada kawasan Rukun Tetangga itu. Maka, kita bolehlah mereka ini dilantik sebagai anggota jawatankuasa ataupun sebagai anggota SRS. Jadi, yang dalam soalan tadi ya, mungkin ragu-ragu sedikit. Tapi kita sangat confident sebab semua keputusan kalau ada keraguan akan dibawa kepada pengarah dan juga keputusan dibuat oleh ketua pengarah taman.

Elaun– ramai yang menyebut bahawa elaun KRT ini patut dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 atau RM12,000. Kita amat bersetuju di kementerian dan kita pun telah memohon membawa isu ini kepada— [Tidak jelas] atasan dibawa kepada Kabinet mungkin nanti. Sebab kita melihat memang kalau dulu RM6,000.

Mungkin sekarang sudah tidak ada makna lagi dan kita sudah bercadang untuk dinaikkan kepada RM10,000 atau lebih.

Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, di bawah KRT ini kita juga mempunyai KRT Progresif yang kita ada majukan untuk mereka ini melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Aktiviti ekonomi terutama sekali pendidikan, keselamatan dan sebagainya. Dan pada dua tahun yang lalu, 2024–2025 kita telah mendapat peruntukan RM20 juta setiap tahun supaya kita dapat memberi peruntukan pada mereka yang dapat ceburkan diri dalam pelbagai aktiviti.

Sebab, kita melihat di KRT ini dari dulu— the evolution of KRT ini banyak daripada tugas mereka sebagai neighborhood watch, keselamatan, kita pergi kepada macam-macam kegiatan. Dan sekarang kita sudah sampai ke peringkat yang mana kita melihat mereka ini boleh terlibat dalam pelbagai aktiviti dan satu daripada adalah untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui lebih banyak kegiatan ekonomi.

Dan kita pun telah memberi peruntukan dalam RM100,000, RM150,000 pada sesuatu KRT ini supaya mereka dapat mengadakan kegiatan ekonomi dengan bergotong-royong. Dan juga SRS ya, banyak kita beri bantuan kepada SRS dengan peruntukan ini untuk membeli alat-alat dan uniform dan juga kabin-kabin untuk mereka mengadakan kegiatan aktiviti mereka masa rondaan dan sebagainya.

Dan kita amat berharaplah tahun ini peruntukan itu dapat dibanyakkan lagi.

Tapi setakat ini kita melihat belum ada keputusan daripada kerajaan untuk menjadi ditambahkan supaya bukan sahaja gaji progresif ini dapat ditingkatkan jumlah. Kalau 2024, kita dapat RM100 lebih KRT Progresif.

Tahun ini kita dapat RM300 lebih. Ya, kita dapat laksanakan untuk mereka terlibat dalam pelbagai aktiviti. Dan kita berharap tahun depan kita akan lebih banyakkan lagi. Of course, kita punya 8,000 lebih KRT seluruh negara dan mereka pun dengan sedaya upayanya menggunakan sedikit sebanyak peruntukan boleh menyalurkan aktiviti mengikut kehendak mereka menjuruskan perpaduan dan keamanan.

Dan kita faham juga banyak KRT ini mendapat peruntukan daripada YB-YB.

Terima kasihlah kerana YB-YB ini mempunyai MRP untuk sama-sama diberi kepada KRT untuk menjalankan tugas. Dari segi elaun, dibahaskan supaya elaun di peringkat KRT dan juga SRS ini dibagi kepada mereka.

Untuk makluman semua, KRT ini ditubuhkan dengan sukarela, ya, dan mereka adalah community-based organisasi dengan semangat kesukarelawan. Dan sebab itu daripada awal sampai sekarang ini, mereka ini menjalankan tugas pro bono lah, boleh katakan pro bono. Dan kita amat berterima kasih ke atas tanggungjawab mereka yang dapat bekerjasama mengadakan pelbagai aktiviti dengan semangat gotong-royong, ya.

Dan ini adalah kita melihat ini adalah satu approach ataupun kefahaman di peringkat KRT ini. Di mana mereka tidak melihat elaun itu sebagai inisiatif untuk bersama-sama mengadakan pelbagai aktiviti dari segi gotong-royong dan sebagainya.

draft5:20 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Dan ini, kita teruskan, unless mungkin dalam tahun akan datang, kalau difikirkan mereka ini perlu diberi elaun, kita memang berkhidmat dengan baiklah.

Tetapi, kita mesti ingat kita ada 8,600 lebih KRT dan kita mempunyai 570,000 SRS dan kalau diberi setiap mereka ini elaun, I think ia akan menggunakan peruntukan yang amat banyak.

Jadi, sudah habis. Terima kasih sebab...

draft5:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, Menteri...

draft5:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Yes?

draft5:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kena desaklah, kena rayu kepada Menteri Kewangan supaya bagi Kementerian Perpaduan lebih sikit. It’s a very basic tentang perpaduan...

draft5:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Memang, memang. Dari segi elaun?

draft5:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

6,000 tadi sampai 10,000 naik 12,000 dan sebagainya. It’s the whole thing.

draft5:30 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tidak. YB, YB, kita amat faham. Kita berterima kasih atas seruan dan kita harap perbahasan di Dewan Rakyat ini dapat sampai kepada orang atasanlah. Dan sampai saya memang— saya bersetuju dan saya memang sokong untuk ia jadi ditambahkan.

Cuma, kadang-kadang kerajaan MOF mungkin melihat— sebab kita mesti ingat banyak kementerian lain yang menjurus kepada pelbagai aktiviti di peringkat akar umbi, di peringkat komuniti. Kementerian Wanita, Pendidikan, Kementerian Luar Bandar dan sebagainya. Kesemua ini adalah menjurus kepada membangunkan komuniti dan termasuk kita.

Dan, bagi kita KRT itu adalah memang jentera utama kita. Dan sebab itu kita dengan sedaya upayanya untuk memohon peruntukan untuk melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti menjurus kepada perpaduan dan keharmonian rakyat kita.

Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

draft5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad) dan diluluskan]

draft5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 3 Disember 2025.

[Mengetuk tukul]

draft5:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.34 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026