Dec012025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mulakan dengan agenda majlis mesyuarat pada hari ini dengan jawapan lisan. Yang Berhormat, yang pertama, Yang Berhormat Tenggara tidak dapat hadir kerana atas urusan yang tidak dapat dielakkan.

draft • 10:00 AM

[Soalan No. 1 – Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib (Tenggara) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kita terus ke soalan yang kedua. Saya mempersilakan Dato' Azman bin Nasrudin, Yang Berhormat Padang Serai.

draft • 10:00 AM

Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dari Karambunai ke Dusun Tua; Soalan saya nombor 2.*

draft • 10:00 AM

2. Dato' Azman bin Nasrudin [Padang Serai] minta Perdana Menteri menyatakan kesan sosial daripada pembangunan pesat dan urbanisasi di Wilayah Persekutuan terhadap masyarakat setempat terutamanya dalam aspek persaingan sosial dan peningkatan kos sara hidup.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

dipersilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang di-Pertua. *Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited membangunkan ketiga-tiga

draft • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan secara seimbang dan inklusif. Walau bagaimanapun, dari sudut urbanisasi, tekanan pertambahan penduduk dan kepesatan pembangunan paling ketara berlaku di Kuala Lumpur berbanding Putrajaya dan juga Labuan. Jika Ahli Yang Berhormat merujuk kepada jawapan saya pada 25 Ogos 2025 di Dewan yang mulia ini, saya ada menyebut bahawa Kuala Lumpur akan mencapai tahap kemuncak penduduknya pada tahun 2031 iaitu 28 tahun lebih awal daripada purata nasional.

Dari segi kesan sosial, pembangunan pesat dan urbanisasi ini mewujudkan persaingan sosial yang lebih mencabar, khususnya persaingan menempatkan perumahan, peluang pekerjaan, akses kepada kemudahan awam serta ruang bandar yang berkualiti. Keadaan ini berpotensi meningkatkan jurang sosial, berlaku pemesatan kelompok pendapatan mengikut kawasan serta menekan kesejahteraan komuniti sedia ada apabila kos sewaan dan juga kos pengangkutan harian meningkat.

Dalam hal ini sebenarnya kesan-kesan sosial yang disebut tadi telah pun saya jelaskan pendekatan menanganinya juga di Dewan yang mulia ini. Sebagai contoh, dalam jawapan saya pada 25 Julai 2024 di Dewan Rakyat, saya menekankan keperluan meningkatkan kawasan hijau dan juga kawasan lapang di ibu negara dengan sasaran 20 meter persegi bagi setiap penduduk, termasuk melalui penubuhan tabung dana amanah kawasan hijau.

Dan lebih kurang setahun kemudian, iaitu pada Julai, 10 Julai 2025, cadangan tersebut telah direalisasikan apabila saya melancarkan juga Tabung Endowmen DBKL yang bertujuan menyokong pembangunan Kuala Lumpur selaras dengan prinsip ESG dan pendekatan ini diperkukuhkan lagi melalui pelaksanaan konsep CHASE City dan pembangunan Kota MADANI yang menekankan kepadatan yang efisien, guna tanah bersepadu, kemudahsampaian serta juga kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan masyarakat.

Kemudian dalam–– pada 28 Ogos 2025, saya memetik perancangan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 iaitu PSKL 2040, bahawa Kuala Lumpur diunjurkan menampung 2.35 juta penduduk menjelang 2040, dengan keperluan kira-kira 762,500 unit kediaman. Dan, 40 peratus daripadanya disasarkan sebagai perumahan mampu milik untuk golongan B40 serta sebahagian daripada M40 dan dalam masa yang sama, Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL 2040) menyokong komitmen ini apabila mengenal pasti lapan tapak baharu Perumahan Awam Sewa Bersubsidi ataupun PASS di atas tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk

draft • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

disewakan kepada golongan berpendapatan rendah yang bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur.

Di samping pelbagai skim mampu milik seperti Residensi Wilayah, Residensi MADANI yang selari juga dengan prinsip pembangunan berorientasikan transit ataupun TOD. Projek kediaman strategik berhampiran dengan stesen LRT, MRT ataupun KTM turut dirancang bagi mengurangkan juga kos pengangkutan penduduk bandar dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan menyokong agenda bandar mampan.

Bagi memperkukuhkan lagi strategi pemerkasaan ekonomi komuniti, tujuan kerajaan, tumpuan kerajaan ialah untuk meningkatkan pendapatan dan memperluaskan peluang ekonomi rakyat di Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, PSKL 2040 mengunjurkan 1.2 juta peluang pekerjaan di Kuala Lumpur termasuk 120,000 dalam sektor informal di samping langkah memperluaskan juga peluang perniagaan kecil dan mikro melalui penyediaan ruang niaga mampu biaya seperti pop-up food truck dan juga food court, food cart serta menggalakkan penggunaan semula pembangunan sebagai ruang perniagaan.

Kemudian pada 12 Oktober, tahun ini juga saya telah melancarkan dasar yang dipanggil RE_NEW iaitu garis panduan penggunaan semula bangunan Kuala Lumpur bagi merancakkan semula ekonomi ataupun fungsi ekonomi bandar melalui pengaktifan bangunan sedia ada termasuk bangunan warisan.

draft • 10:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Sekali gus, yang ini akan menggiatkan lagi nadi ekonomi bandar, membuka lebih banyak peluang penjanaan pendapatan dan mempertingkatkan mobiliti sosial rakyat. Jadi, akhirnya, kesimpulannya, imunisasi ialah trend global yang turut dihadapi oleh negara-negara lain untuk menguruskannya secara terancang supaya manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat dan kesan sosial akan diatasi sebaik mungkin.

Jadi, kerajaan membuat keputusan dalam— apa ni berpaksikan ya, data yang ditunjangi kerangka PSKL 2040 dan PTKL 2040 serta disokong visi CHASE City, Dasar RE_NEW dan juga konsep Kota MADANI. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, sila untuk soalan tambahan.

draft • 10:10 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih Menteri atas jawapan yang cukup komprehensif. Sedikit sahaja lagi, soalan tambahan saya. Persaingan sosial yang sengit sering dikaitkan

draft • 10:10 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

dengan peningkatan tekanan mental dan masalah psikososial dalam kalangan warga kota.

Sejauh manakah kerajaan memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan insan dalam pelan perbandaran sedia ada dan adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan lebih banyak pusat sokongan komuniti ataupun hab sosial percuma, bagi mengurangkan tekanan hidup warga Wilayah Persekutuan?

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya kira ini memang juga menjadi keutamaan kepada kerajaan dan kita di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kita tidak akan membenarkan ini berlaku dengan kita mengambil pendekatan untuk bekerjasama dengan agensi-agensi yang lain, khususnya dengan JKM ya, daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, juga Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi-agensi lain yang berkaitan untuk kita bersama-sama mengatasi masalah yang terkait dengan masalah sosial, khususnya yang terkait dengan tekanan mental.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Juga, kita mengambil kira, contohnya dalam pembangunan residensi, di mana kita telah memperbaiki. Contohnya, keluasan yang minimum untuk dimiliki oleh penduduk, di mana kita dalam Residensi MADANI, kita memberi apa ini unjuran, sekurang-kurangnya 800 kaki persegi untuk memastikan kehidupan keluarga itu lebih selesa. Berbanding sebelum ini, kita jumpa sehingga kurang daripada 600 kaki persegi, yang boleh menyebabkan ataupun memberi risiko kepada masalah-masalah sosial. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Jumaat lalu, PDRM bersama JAWI dan DBKL telah menyerbu dan menangkap seramai 208 individu di kawasan Chow Kit iaitu di sebuah premis yang dikatakan sebagai pusat spa atau sauna tetapi telah dijadikan lokasi aktiviti seksual songsang. Situasi ini menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat dan

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

mempersoalkan keberkesanan undang-undang sedia ada dalam menangani aktiviti songsang dalam negara.

Soalan saya, sejauh manakah peranan dan tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh agensi di bawah JPM bagi Wilayah Persekutuan seperti DBKL untuk memantau, melesenkan dan mengawal premis spa atau sauna supaya tidak disalahguna untuk aktiviti-aktiviti tidak bermoral.

Dan apakah perancangan kerajaan untuk memperkukuhkan penguatkuasaan lesen serta peraturan premis agar premis yang berkeupayaan menjadi pusat maksiat dapat dikesan lebih awal dan dicegah? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri Wilayah.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

Soalan yang menariklah bagi saya.

[Ketawa] Betul, maksudnya masalah-masalah sosial seperti ini, kita perlu ada perancangan yang teliti, ya. Jadi, bagi pihak DBKL khususnya, berkenaan dengan lesen, memang kita ada memberikan lesen-lesen tertentu ya.

Biasanya, apabila ada permohonan lesen, apa yang kita berikan ialah lesen mengikut apa yang mereka— apa ini tuliskanlah, dalam paper-lah ya, cadangan- cadangan. Contohnya, kalau dia kata untuk lesen untuk pembukaan spa contohnya, kita benarkan.

Tetapi, apa yang berlaku, masalahnya ialah Yang di-Pertua, kadang-kadang kita beri lesen tetapi aktiviti yang dilakukan sebelum itu, selepas daripada itu adalah di luar kawalan kita. Itu yang kadang-kadang kita jumpa aktiviti-aktiviti yang selain daripada apa yang telah mereka mohon dalam lesen tersebut.

Jadi, apa yang perlu kita laksanakan sekarang ini ialah biasanya apa yang dilakukan oleh DBKL, yang pertama kita akan adakan pemantauan secara berkala, ya. Kedua, jika ada aduan. Maka, jika ada aduan, maka kita akan buat penguatkuasaan dan di situlah biasanya kita jumpalah perkara-perkara yang apa kita sebut tadi, yang di luar norma contohnya, ya.

Jadi— dan juga kita sebenarnya dalam KL ini, kita ada satu apa ni jawatankuasa yang telah kita tubuhkan, yang dinamakan KL Strike Force. Ini juga kita bertindak mengikut aduan dan jika ada, dan secara juga berkala, dan jika ada aduan, maka KL Strike Force akan diaktifkan untuk segera mengambil tindakan- tindakan yang sewajarnya.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Dan, dalam KL Strike Force ini, kita bekerjasama bukan sahaja DBKL, bahkan juga apa ini agensi-agensi lain termasuklah JAWI dan juga, agensi-agensi macam JKM, PDRM dan sebagainya dan itu bergantung kepada apa ni tindakannya nanti bergantung kepada manakah agensi yang akan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang seterusnya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Dato’ Speaker, satu soalan tambahan yang penting, berkenaan dengan ini juga. Boleh, saya minta?

Special.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tidak benarkan. Duduk. Saya tak benarkan.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya? Terima kasih. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, lesen...

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tidak benarkan. Duduk.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Oh, tidak benarkan? Saya ingat benarkan. Saya silap dengar kut.

draft • 10:10 AM

[Dewan ketawa]

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tetapi, bolehlah, dah bercakap dah. Boleh, saya dibenarkan. Okey. Boleh ya?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tidak.

Yang Berhormat, saya dah buat keputusan. Tidak benarkan.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tukar balik boleh tak keputusan itu?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tak boleh.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pasal this one is very special request regarding to the public.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya ini bercakap bahasa Melayu.

draft • 10:10 AM

[Dewan ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Kalau saya bercakap orang asli, Yang Berhormat tak faham, itu lainlah cerita.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Itu yang saya kata, saya minta special request itu. Tak boleh juga?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tak boleh.

Duduk, Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak boleh juga? Okey, baik.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

[Ketawa]

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa

Dato’ Yang di-Pertua, sekiranya terdesak, saya boleh jumpa di luarlah untuk menjawab nanti.

draft • 10:10 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih. Baik. Majlis ke soalan yang ketiga. Dengan ini, dipersilakan Tuan Tan Kar Hing, Yang Berhormat Gopeng. Silakan.

draft • 10:10 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Timbalan Speaker.

Soalan Gopeng nombor 3. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

3. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan apakah jumlah serta kadar bayaran balik pinjaman PTPTN mengikut pendapatan bulanan peminjam secara terperinci, iaitu kurang RM2,000, kurang RM3,000, kurang RM4,000 dan lebih RM4,000, selain kategori umum B40, M40 dan T20.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih sahabat saya daripada Gopeng.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pangkalan data PTPTN tidak mempunyai butiran mengenai pendapatan bulanan peminjam kerana rekod data peminjam adalah berdasarkan status peminjam, semasa membuat permohonan yang rata-ratanya menggunakan pendapatan keluarga, ibu dan atau bapa, atau penjaga bagi tujuan penetapan jumlah layak pinjaman.

Merujuk kepada data kelulusan pinjaman, jumlah serta kadar bayaran balik pinjaman PTPTN mengikut pendapatan keluarga sehingga 31 Oktober 2025 adalah seperti berikut. Bagi peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman, seramai 911,788 peminjam daripada keluarga penerima bantuan Sumbangan Tunai RAHMAH, berjumlah 13.89 bilion.

Yang kedua, 58,921 peminjam daripada keluarga bukan penerima STR dan berpendapatan tidak melebihi 8,000 sebulan, berjumlah 703.45 juta dan 136,196 peminjam daripada keluarga berpendapatan melebihi 8,000 sebulan telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman berjumlah 1.54 bilion.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Bagi peminjam yang membuat bayaran balik secara konsisten, yang tadi itu yang telah menyelesaikan bayaran balik ya. Yang membayar balik secara konsisten mengikut jadual, 450,522 peminjam adalah daripada keluarga penerima Sumbangan Tunai RAHMAH berjumlah 4.17 bilion. 131,386 peminjam daripada keluarga bukan penerima STR dan berpendapatan tidak melebihi 8,000 berjumlah 697.79 juta dan 39,374 peminjam daripada keluarga berpendapatan melebihi 8,000 sebulan, berjumlah 362.36 juta.

Manakala, bagi peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman pula, 967,796 peminjam adalah daripada keluarga penerima Sumbangan Tunai RAHMAH dengan tunggakan bayaran balik sebanyak 10.23 bilion. 196,315 peminjam daripada keluarga bukan penerima STR dan berpendapatan tidak melebihi 8,000 sebulan dengan tunggakan bayaran balik sebanyak 539.35 juta dan 64,618 peminjam daripada keluarga berpendapatan melebihi 8,000 sebulan dengan tunggakan bayaran balik sebanyak 257.56 juta. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan. Yang Berhormat Gopeng.

draft • 10:20 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Timbalan Menteri.

Terima kasih kepada Timbalan Speaker.

Dalam bajet kali ini, dasar pengecualian menjadi topik hangat di kalangan pelajar-pelajar last semester yang belajar di IPTS. Saya ingin bertanyakan dua soalan. Satu, berkenaan dengan dasar jangka panjang dan satu, berkenaan dengan jangka pendek.

Pertama, adakah kerajaan akan mempertimbangkan bukan hanya melaksanakan dasar pengecualian bayar balik PTPTN bagi mereka yang mendapat ijazah kelas pertama, tetapi mereka yang sanggup berkhidmat di kawasan pedalaman ataupun dalam sektor-sektor yang kritikal, iaitu model service-based waiver? Itu pertama, jangka panjang.

Kedua, adakah kerajaan akan meneliti semula melalui KPT ataupun MOF, yang mana akan tengok semula pengumuman pembatalan pengecualian bayar balik pinjaman PTPTN bagi mereka yang memperoleh ijazah kelas pertama di IPTS? Ini kerana kita lihat wajar untuk kerajaan melihat semula berdasarkan kepada kajian oleh sebuah badan pemikir, CROSS. Kajian untuk jimatkan waiver ini hanya melibatkan lebih kurang RM90 juta sahaja, iaitu sekitar 0.6 peratus daripada

draft • 10:20 AM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

penjimatan RM15 bilion daripada subsidi rasionalisasi segala penjimatan atas ketirisan-ketirisan yang berlaku.

Saya harap kerajaan boleh serius untuk melihat semula dan KPT boleh menyokong dalam cadangan ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Gopeng. Tadi ada dua persoalan yang ditimbulkan.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Pertama, tentang mempertimbangkan pengecualian bayaran balik berdasarkan komitmen perkhidmatan dan bukan semata-mata berdasarkan akademi semata-mata. Saya fikir ini adalah cadangan yang amat baik untuk kita pertimbangkan ya, tetapi ini semuanya bergantung kepada keupayaan PTPTN oleh model pembiayaan.

Kedua, tentang pengecualian IPTS daripada― yang terbaharu, yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, ingin saya maklumkan juga, sebelum ini sebenarnya model yang digunakan merangkumi pelajar-pelajar IPTS. Cuma, untuk kali ini, model hanya melibatkan IPTA yang dihadkan kepada B40 dan M40 sahaja dan ini adalah dasar yang kita guna sekarang ini secara bersasar supaya kita dapat pastikan yang terlibat sahaja yang akan dibantu.

Tetapi, saya fikir ada kewajaran yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Gopeng tadi untuk kita menilai semula tentang IPTS ini. Tetapi, mungkin mekanismenya itu perlu diperincikan sebab mungkin sebelum ini dimasukkan tapi selepas itu dikecualikan. Saya fikir ini akan diberi pertimbangan oleh MOF dan juga KPT untuk masa akan datang, insya-Allah. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Krau, silakan.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Speaker. Bagi memastikan kadar bayaran balik PTPTN meningkat serta tidak membebankan graduan yang berpendapatan rendah, Skim Simpanan Pendidikan Nasional telah diperkenalkan sebagai satu instrumen awal perancangan pendidikan tinggi. Namun, data terkini menunjukkan kadar celik kewangan serta kesedaran menabung pendidikan melalui SSPN ini masih rendah, terutamanya di kalangan isi rumah B40 dan sebahagian besar M40.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Soalan saya, sejauh manakah keberkesanan SSPN ini dalam membantu mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman PTPTN dan meningkatkan kadar bayaran balik? Serta apakah langkah agresif kerajaan untuk memperluaskan penyertaan SSPN ini agar perancangan kewangan pendidikan bermula sebelum kemasukan anak-anak ke universiti? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau tentang soalan tambahan. Memang ini adalah satu pendekatan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan, KPT dan melalui PTPTN ya, untuk menggalakkan masyarakat kita menabung untuk masa depan anak-anak mereka apabila masuk universiti. Saya fikir banyak juga skim-skim lain yang ditawarkan oleh agensi-agensi lain.

Tapi, untuk SSPN ini, memang kita telah berusaha sebaik mungkin oleh PTPTN untuk menyebarluaskan maklumat tentang SSPN ini, dan tabungannya semakin meningkat setiap tahun. Cuma, saya tidak ada data terperinci. Tapi, saya fikir memang ini adalah penting. Dari segi keberkesanan, saya tidak ada― mungkin ada kajian yang dibuat, tetapi memang ini adalah satu dasar yang diperkenalkan untuk kita mewujudkan kesedaran kepada masyarakat supaya menabung untuk masa depan anak-anak mereka. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ke soalan yang keempat. Dengan ini, dipersilakan Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden, Yang Berhormat Alor Setar.

draft • 10:20 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Hati baik misai lebat, Soalan saya nombor empat.

draft • 10:20 AM

4. Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden [Alor Setar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah impak kepada komuniti belia daripada peruntukan RM40 juta untuk persatuan sukan komuniti dan bagaimana kementerian memantau keberkesanan program tersebut dalam meningkatkan gaya hidup sihat serta perpaduan anak muda.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Belia dan Sukan.

draft • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan dana sukan. Kementerian Belia dan Sukan menyediakan

draft • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

inisiatif bantuan dana bagi penganjuran program sukan melalui Dana Sukan Komuniti sebanyak RM25 juta dan geran padanan sukan sebanyak RM30 juta bagi tahun 2025.

Dana Sukan Komuniti merupakan bantuan kewangan bagi penganjuran program sukan komuniti kepada persatuan sukan dan kelab yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Manakala GPS sebagai bantuan kepada persatuan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menggalakkan penganjuran acara sukan di peringkat antarabangsa ataupun peringkat nasional.

Pada tahun 2025, sebanyak 2,207 persatuan dan kelab sukan di seluruh negara telah menerima manfaat melalui peruntukan RM25 juta di bawah DSK. Bagi GPS pula, sebanyak 349 permohonan telah diluluskan dengan nilai keseluruhan mencecah RM30 juta. Sementara itu, bagi tahun depan, KBS telah memperuntukkan RM30 juta bagi pelaksanaan geran padanan sukan dan RM20 juta bagi dana sukan komuniti.

Impak kepada komuniti belia seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat.

Matlamat dana sukan ini adalah untuk memperkukuhkan peranan sukan sebagai medium pembangunan belia di peringkat akar umbi. Impak yang disasarkan melalui pemberian dana ini adalah untuk menggalakkan amalan gaya hidup yang sihat; kedua, meningkatkan perpaduan dan integrasi sosial; dan ketiga, menyokong pembangunan bakat sukan tempatan.

Sebagai contoh, bagi tahun ini, DSK telah menyokong pelaksanaan program kelas karate yang memberi manfaat kepada seramai 30 orang penghuni wanita di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Sukarela (PUSPEN), Dengkil. Program ini berfungsi sebagai salah satu bentuk aktiviti fizikal yang terancang bagi membantu para penghuni mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan sepanjang tempoh pemulihan.

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan melalui JBSN juga dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah melaksanakan Program Jelajah Sukan Malaysia Aktif Komuniti Orang Asli yang telah memasuki tahun ketiga pelaksanaannya. Melalui pemberian dana bantuan sukan, program yang telah dilaksanakan di enam negeri iaitu Kelantan, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor telah memanfaatkan seramai lebih 3,000 orang belia orang asli.

Beberapa pencapaian dapat dilihat daripada inisiatif bantuan dana sukan ini.

Satu, karate. Persatuan Karate-Do Putrajaya menerima geran GPS sebanyak

draft • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

RM200,000 untuk menganjurkan Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa, di mana atlet karate negara telah memenangi sebanyak 60 pingat emas dalam kejohanan tersebut.

Tambahan pula, lima daripada atlet yang telah menyertai kejohanan ini turut berjaya memenangi pingat emas untuk negeri yang mereka wakili semasa SUKMA Sarawak. Pada tahun ini, sebanyak RM165,000 turut diberikan untuk menganjurkan Kejohanan Karate Terbuka Antarabangsa.

draft • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sepak takraw pula Yang Berhormat, penyediaan dana berjumlah satu juta di bawah GPS kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia telah menyumbang kepada kejayaan pasukan Malaysia merangkul gelaran juara berganda dalam Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw.

Untuk wusyu, Persekutuan Wushu Malaysia menerima suntikan dana sebanyak RM310,000 untuk penganjuran Kejohanan Wushu Remaja (WFM) kali ke- 13. 14 orang atlet wusyu yang telah menyertai kejohanan ini telah berjaya memenangi 10 pingat emas, 14 pingat perak dan lima pingat gangsa secara keseluruhan di tiga Kejohanan Wusyu Dunia dan antarabangsa.

Jadi, untuk soalan Yang Berhormat mengenai pemantauan pula, jawapannya agak panjang, tetapi kita boleh lihat melalui dana-dana yang telah diturunkan ini, memang skor penglibatan belia dalam aktiviti sukan telah melonjak dan skor ini telah dicatatkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Alor Setar untuk soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Disebut tadi dana ada RM25 juta sukan komuniti dan RM30 juta geran padanan sukan kalau tak salah saya dengar tadi. So, jumlahnya RM55 juta. Yang Berhormat Menteri, RM55 juta ini amaun dia besar. Saya ucap tahniah kepada KBS kerana serius dalam usaha ini. Namun, bagaimana dipantau dana ini supaya benar-benar dilaksanakan aktiviti yang sepatutnya oleh pihak persatuan-persatuan sukan yang menerima dana tersebut?

Adakah akan ada audit?

Yang kedua, mengukur mengenai gaya hidup sihat, perpaduan, saya fikirkan, saya cadangkan KBS mesti letak garis panduan untuk mengukur supaya selepas ini kalau dia minta lah dana, kita tengok track record sebelum, dia capai semua KPI,

draft • 10:30 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Azamudden - Alor Setar

then kita bagi. Dan akhir sekali, adakah sebahagian daripada dana ini sampai kepada belia di Alor Setar, kalau adalah. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tiga soalan tambahan di situ, saya cuba ingatkan semula ya.

draft • 10:30 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Yang satu adalah bagaimana kita memantau dana itu tidak ada salah laku. Yang pertamanya, untuk geran padanan sukan, sekretariat adalah di Putrajaya kerana geran padanan sukan adalah untuk kejohanan antarabangsa dan nasional dan geran padanan sukan ini kita bayar selepas program, untuk pastikan ada resit. Jadi, kita tak turunkan geran sekali gus untuk mereka. Kompelinnya Yang Berhormat adalah kebanyakan persatuan sukan tak ada duit untuk anjurkan. Jadi, mereka minta KBS untuk bagi upfront dulu, sedikit dana. Kemudian, bila mereka bagi resit, kita bagi baki kepada mereka.

Untuk geran padanan sukan, kita ada senarai (list) item-item yang kita boleh bayar dan kita ada kadar yang kita telah tetapkan. Saya bagi contoh, kalau jersi, contoh ya, kadar yang kita tetapkan adalah RM10 satu jersi. Penganjur tak boleh hantar claim jersi RM50 kerana kita ikut kadar yang telah ditetapkan untuk geran padanan sukan.

Untuk dana sukan komuniti, ini adalah berbentuk geran yang kecil; RM5,000 hingga RM30,000. Kita bagi upfront kepada mereka sekali gus kerana di peringkat komuniti, di peringkat luar bandar, kebanyakan kelab-kelab yang kita benarkan untuk memohon adalah yang berdaftar bawah Pesuruhjaya Sukan dan Register of Youth

(ROY). Jadi, untuk galakkan mereka menganjurkan program, kita tak ada bayar balik, one-off geran kepada mereka. Yang ini, kita salurkan melalui Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan agihan adalah agak rata untuk pastikan seimbang, pastikan kita berlaku sifat adil kepada negeri yang lebih kecil dan agihannya, saya ada di sini.

Saya bagi contoh, kebanyakan negeri semua menerima lebih daripada RM1 juta untuk dana sukan komuniti dan yang ini diproses oleh JBSM. Banyak permohonan sekarang yang datang daripada persatuan yang berdaftar dengan Registrar of Societies (ROS) kerana mereka kata mereka juga nak. Cuma kita tak

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

cukup duit untuk kita agihkan kepada persatuan yang di luar kawalan kita. Oleh sebab itu, kita utamakan yang berdaftar dengan ROY dan yang berdaftar dengan PJS, okey.

Apa soalan kedua ya, Yang Berhormat?

draft • 10:30 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Azamudden - Alor Setar

Bertulis, bertulis.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ha? Mekanisme saya rasa saya dah jawab, agak teliti.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri boleh buat pilihan. Yang Berhormat Menteri boleh jawab satu soalan, tetapi walau bagaimanapun, saya bagi kebebasan untuk Yang Berhormat Menteri menentukan. Kalau ikut Peraturan 24(3), only satu soalan.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya, okey. Saya nak bagi contoh usaha KBS untuk memperbanyakkan pewartaan sukan, di mana kita dua kali gandakan sukan. Dalam dana sukan komuniti ini, sukan yang kita boleh lihat dan kita boleh pantau, 2,207 permohonan seluruh Malaysia, tetapi sukan di peringkat komuniti yang paling popular adalah sukan badminton, lebih kurang 905 permohonan daripada 2,000 permohonan.

Yang keduanya adalah bola sepak, yang ketiganya adalah kecergasan.

Tetapi untuk sukan-sukan yang kurang popular, mereka masih ada peluang di bawah dana sukan komuniti untuk akses. Saya bagi contoh untuk mendaki. Mendaki, di peringkat komuniti, 27 permohonan. Yang itu disokong oleh dana sukan komuniti.

Jadi, inisiatif KBS bila kita memperluaskan jenis-jenis sukan, dia membantu untuk golongan masyarakat Malaysia yang mahu sukan-sukan yang kurang popular, tetapi itu adalah gaya hidup mereka. Di luar bandar mungkin tak ada fasiliti gelanggang badminton. Jadi, bila kita benarkan dana sukan komuniti diakses oleh mereka, masyarakat luar bandar, masyarakat pelbagai umur mempunyai akses kepada dana ini dan mereka boleh mengamalkan gaya hidup sihat melalui akses kepada dana sukan komuniti yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI. Terima kasih.

Soalan tambahan yang lain?

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dah lah.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat...

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

...Menteri, saya rasa cukuplah itu.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Oh, tak payah lagi? Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tak payah.

Dalam Peraturan 24(3), Yang Berhormat Menteri tak perlu jawab pun semua. Yang Berhormat Menteri boleh jawab satu, lepas itu boleh reject dan Yang Berhormat sebelah yang bertanya, baik di kanan atau kiri, tak boleh nak perquisite-kan sebab dalam kitab kita ini, hanya satu ya. Lain itu adalah atas budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan.

Saya teruskan kepada Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Dato’ Dr.

Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat salah satu tujuan dana sukan ini adalah untuk memupuk perpaduan. Kalau kita lihat sekarang ini, sukan e- sport sebagai contoh dan juga sukan digital merupakan pemangkin industri baharu.

Dan adakah kementerian bercadang untuk menambah satu kategori, pembiayaan khusus untuk program-program e-sport di peringkat komuniti?

Dan yang kedua Yang Berhormat Menteri, menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, obesiti remaja meningkat sehingga 23.7 peratus dan aktiviti fizikal belia menurun kepada hanya 40 peratus sahaja di kalangan belia. Jadi, bagaimanakah dana sukan ini kita dapat synchronise-kan dengan aktiviti sihat, bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan sebagai contoh, untuk meningkatkan lagi aktiviti belia di komuniti? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang pertamanya, bila kita lihat masalah sosial yang melibatkan golongan belia, kebanyakan masalah sosial adalah bertumpu kepada isu ketagihan. Ketagihan kepada dadah, ketagihan kepada gajet, ketagihan kepada perjudian online. Semua ini adalah bentuk-bentuk ketagihan kerana akses kepada gajet itu wujud dalam kalangan belia.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Oleh sebab itu, kita perlu memperkenalkan ketagihan yang positif, ketagihan yang baru iaitu aktiviti bersukan. Oleh sebab itu, kita benarkan dana sukan komuniti ini untuk sampai kepada dan diakses oleh pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar dengan ROY. Kalau kita nak hanya fokus untuk persatuan sukan, hanya yang berdaftar dengan PJS sahaja boleh akses tetapi kita benarkan dana sukan komuniti, pertubuhan-pertubuhan belia di bawah ROY dapat memohon.

Cuma, untuk e-sports, saya nak jawab pasal e-sports. e-sports adalah satu sukan, di mana industrinya banyak duit. Industri e-sports, game developer semua mempunyai duit dan pengikut e-sports ramai. Jadi, masalah sponsorship tak wujud untuk e-sports. Dalam data kita, GPS dan DSK, e-sports memang tinggi permohonan. Tetapi kita nak bagi tumpuan kepada sukan-sukan yang tak dapat dana sponsorship untuk bantu mereka. Kerana e-sports ini kalau kita tak berhati-hati, isu ketagihan gajet itu wujud bila belia tak tahu seimbangkan masa belajar dan bermain e-sports. Untuk komen Yang Berhormat mengenai perpaduan, saya nak nyatakan kita telah perkenalkan bawah dana sukan komuniti ini, dana untuk kelas di mana kita nak persatuan sukan, kalau— mereka kena cari duit, tapi mungkin tak cukup untuk laksanakan objektif kerajaan iaitu menggunakan sukan sebagai satu alat perpaduan.

Jadi, kita benarkan mereka mohon untuk kelas-kelas.

Saya bagi contoh untuk sepak takraw, kita telah perkenalkan kelas sepak takraw di mana persatuan bekerjasama dengan KBS, membawa masuk kelas-kelas sepak takraw ke dalam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan SJK(T) untuk menggalakkan pelajar Cina dan pelajar India belajar sukan sepak takraw kerana mengikut data kita, sukan sepak takraw dalam golongan masters ya, 40 tahun ke atas, memang 100 peratus masyarakat Melayu yang main sepak takraw dalam penglibatan sukan masters.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Oleh sebab itu, berkait sangat dengan akses kepada infrastruktur tersebut dan trend komuniti. Bila kita–– kalau kita tak perkenalkan, mereka tidak akan dapat belajar. Jadi, sekarang— mulai sekarang, persatuan sepak takraw, mereka bekerjasama dengan KBS. Dan pada 3 Disember, minggu ini akan dilancarkan program pertama di SJKC Kwong Hon, Kuala Lumpur untuk melibatkan 150 orang murid terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India belajar sukan sepak takraw.

Bila kita perluaskan ini, bakat kita juga luas dan tidak bergantung hanya kepada satu kaum untuk mewakili Malaysia. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 5.

draft • 10:40 AM

5. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah pihak kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat menyediakan peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan tali-tali air dan parit secara berkala termasuk di kawasan yang bukan di bawah seliaan JPS.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

draft • 10:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan bentuk umum, saya jawab pun dalam bentuk umum. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah diluluskan peruntukan RM162.1 juta pada 2025 bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih jalan pertanian, termasuk pelaksanaan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di kawasan jelapang dan luar jelapang di seluruh negara.

Peruntukan ini telah disalurkan kepada agensi-agensi di bawah PKPM seperti kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda dan Lembaga Pertanian Kemubu bagi menguruskan kawasan dalam jelapang sejumlah RM104.7 juta, manakala bagi kawasan luar jelapang, peruntukan disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia sebanyak RM57.4 juta.

Peruntukan tersebut adalah berdasarkan skop penyelenggaraan mengikut tanggungjawab agensi masing-masing di mana kerja-kerja penyelenggaraan parit dan tali air akan dilaksanakan oleh agensi yang bertanggungjawab terhadap kawasan berkenaan.

PKPM amat memahami keperluan untuk membaiki dan menyelenggara jalan- jalan pertanian serta infrastruktur-infrastruktur pengairan di kawasan lapang dan luar jelapang secara berkala. Usaha akan terus dipergiat bagi memastikan peruntukan yang diperlukan dapat disediakan bagi memastikan semua kawasan dapat diselenggara mengikut keperluan sebenar bagi meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan para petani. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Batang Lupar. Soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Umum telah mengetahui sekarang negara telah dilanda banjir berikutan musim tengkujuh yang melanda. Dan saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Selain daripada kerja-kerja pembersihan tali air dan perparitan ini, apakah jenis bantuan lain yang disediakan oleh kementerian untuk membantu petani dan pesawah yang terjejas ini? Dan berkenaan dengan IADA Batang Lupar, setakat manakah progress ataupun kerja-kerja pembinaan sistem pengairan dan saliran yang telah dilaksanakan ini, IADA Batang Lupar? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Bila berlaku banjir Tuan Yang di- Pertua, Kementerian Pertanian selalunya aktif selepas banjir. Bukan semasa kerana semasa ada jabatan-jabatan yang lain, sebab bancian dibuat. Segala bentuk kerosakan dan sebagainya akibat daripada banjir.

draft • 10:40 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Macam sekarang ini, banjir menenggelami banyak sekali di Perlis dan di utara Semenanjung.

Kementerian KPKM sentiasa peka dan prihatin untuk memberikan bantuan kepada golongan sasar yang terjejas akibat bencana melalui pelbagai inisiatif serta program jangka pendek dan jangka panjang. Tabung Bencana Pertanian diperuntukkan RM25 juta tahun 2025 khususnya untuk membantu mangsa bencana seperti banjir, kemarau atau memberikan pampasan sehingga 50 peratus dan kebanyakannya dalam bentuk in kind. Pertubuhan tabung ini adalah dengan menyasarkan bantuan kepada golongan sasar yang terkesan akibat bencana meliputi semua aspek kerugian yang dialami oleh golongan sasar. Saya dah jawab beberapa kali hal soalan seperti ini dan kita akan terus ke aktiviti untuk misalnya mendapatkan maklumat mutakhir kerosakan yang berlaku dalam hal pertanian ini. Dan melalui kementerian dan melalui Agrobank, kita akan cuba membantu semaksimum yang ada, peruntukan di bawah kementerian ini.

Dan untuk khusus untuk Batang Lupar, saya ada maklumat di sini iaitu projek- projek pembinaan sistem pengairan dan saliran IADA Batang Lupar, sebanyak dua

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

projek sambungan dan satu projek baru sedang dilaksanakan di IADA Batang Lupar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11.98 juta. Memang Batang Lupar ini menjadi di antara tumpuan daripada Kementerian KPKM kerana kita nampak di sini potensi besar untuk kita bangunkan pengusaha padi untuk mencukupkan beras, khasnya di Sarawak dan juga di Malaysia pada masa yang akan datang.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek sambungan iaitu pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran Jelapang Padi Lingga/Banting serta kerja-kerja berkaitan Sri Aman, Sarawak Fasa 1 Blok C, D, E dan pembinaan dan naik taraf infrastruktur ini sedang berlaku sekarang ini. Jawapan yang agak panjang ini, saya akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat Batang Lupar kerana soalan ini soalan spesifik untuk Batang Lupar. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Jerlun, soalan tambahan.

draft • 10:40 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Sebelum itu saya mengalu-alukan kehadiran Ameerah Wilayah Persekutuan seramai 15 orang yang mengikuti persidangan Parlimen pagi ini.

[Tepuk] Yang Berhormat Menteri menyebut tentang soal pembersihan banjir dan sebagainya. Selain soal keperluan pembersihan tali air dan parit secara berkala.

Realitinya kerja-kerja lapangan ini tak boleh dijalankan hanya dengan tenaga kerja semata-mata. Ia memerlukan peralatan khas seperti mesin, backhoe, amphibious excavator, water master, pam penapisan air berlumpur dan juga pakaian perlindungan keselamatan yang menepati piawaian kerja berisiko tinggi.

Soalan saya, adakah kementerian mempunyai pelan perolehan peralatan operasi khas tersebut untuk beli peralatan bagi membolehkan JPS atau mana-mana agensi yang terlibat untuk melaksanakan pembersihan tali air itu secara menyeluruh, bukan sekadar bersih di permukaan saja tetapi menepati yang sebenarnya.

Selain itu pertindihan bidang kuasa antara JPS dengan agensi pertanian yang lain seperti majlis perbandaran, majlis daerah yang kawasannya terlibat dengan sawah padi. Begitu juga dengan MADA, agensi lain. Jadi, petani peladang ini kadang-kadang dia menghadapi masalah. Dia keliru. Aduan mereka ini nak disalurkan ke mana? Ke JPS ke? Ke MADA ke? Dan kadang-kadang mereka ini seperti bola. Ditolak ke sana, ke sini.

draft • 10:40 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jadi, bagaimanakah kerajaan mengatasi isu pertindihan bidang kuasa dan tanggungjawab antara JPS dengan MADA supaya tidak ada lagi kekeliruan? Dan kerja-kerja pembersihan itu taklah tertangguh seperti yang menjadi rungutan masyarakat. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soalan yang baik daripada Jerlun.

Memang anak yang hidup di kawasan petani dan memang keluarga Ahli Parlimen Jerlun terlibat dalam bidang pertanian ini, terutama sekali sawah padi.

Memang rungutan itu kita akui ia nya perlu diperbaiki dan pihak kementerian dan juga pihak MADA memang sedang membuat satu terutamanya mendapatkan mekanisme yang moden untuk mencuci parit, sungai dan sebagainya, itu sedang diusahakan.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jadi, peruntukan tambahan itu memang kita perlu dan peruntukan yang ada kita akan guna sebaik mungkin. Rungutan secara umum, terima kasih. Tapi kalau ada yang spesifik boleh beri dan kita akan ambil tindakan segera. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keenam, dengan ini dipersilakan Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Sedikit pantun.

Manusia semakin hilang kewarasan; Berkelakuan songsang melampaui haiwan; Wahai Timbalan Menteri yang baik budiman; Soalan keenam dipohonkan jawapan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

6. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah kementerian akan menilai semula pemilikan kilang pemasangan helikopter AW149 oleh Leonardo di Melaka yang dibiayai oleh dana Kerajaan serta adakah Kementerian bercadang untuk mula bergerak ke arah menjadi pengeluar kenderaan persenjataan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri Pertahanan untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab, saya ingin mengalu- alukan kehadiran para pelajar dan guru serta pegawai daripada pusat khidmat dari Pulau Sebang, dari Parlimen Alor Gajah, saya alu-alukan.

[Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh atas persoalan yang dikemukakan. Secara dasarnya, Kementerian Pertahanan tidak terlibat dalam sebarang proses pembinaan kilang ini kerana ia nya adalah kerjasama antara syarikat-syarikat swasta yang berkaitan, business-to-business dengan Kerajaan Negeri Melaka.

Perkara ini adalah lanjutan daripada perbincangan tiga hala antara Kerajaan Negeri Melaka, syarikat pengeluar helikopter Leonardo dari Itali dan syarikat Weststar Aviation Sdn Bhd, selaras dengan perjanjian konsesi pajakan 28 unit helikopter untuk kegunaan agensi kerajaan di mana syarikat bertanggungjawab membangunkan kilang pemasangan helikopter di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Berhubung dengan pengeluaran kenderaan persenjataan, kerajaan telah memperkenalkan dasar kemandirian pertahanan atau self-reliance in defence dengan izin sejak tahun 1990-an lagi bagi memperkukuh keupayaan industri tempatan yang menekankan kepentingan membangunkan keupayaan pertahanan yang mampan dan berdikari dan elemen ini turut menjadi keutamaan, khususnya dalam Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) selaras dengan Kertas Putih Pertahanan (KPP).

Dalam hal ini, beberapa inisiatif utama telah dilaksanakan termasuklah penghasilan kenderaan untuk kegunaan ATM seperti AV4 Lipan Bara dan AV8 Gempita 8x8 oleh syarikat DEFTECH dan disusuli dengan pembangunan Tarantula HMAV 4x4 oleh syarikat Mildef International Technologies. Dan selain itu, syarikat Cendana Auto turut menghasilkan kenderaan taktikal ringan dan pelbagai jenis kenderaan perisai yang berpotensi menembusi pasaran eksport. Itu sahaja jawapan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Permatang Pauh.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Jadi, nampak gaya jawapan jelaslah tidak menggunakan dana kerajaan.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Jadi, soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkaitan dengan isu pajakan ini. Perbezaan kos pajakan 28 helikopter Malaysia yang berharga RM16.6 bilion, berbanding pembelian 32 helikopter lengkap daripada Poland yang berharga RM8.86 bilion ini menunjukkan perbezaan kos yang begitu ketara.

Jadi, persoalan saya, adakah pajakan ini value for money dan bolehkah kerajaan memberikan penjelasan yang terperinci tentang pertimbangan keputusan pajakan tersebut? Dan adakah kementerian bersetuju untuk merujuk keseluruhan projek pajakan ini kepada Jawatankuasa PAC bagi memastikan analisis kos manfaat, struktur harga dan justifikasi teknikal dikaji secara bebas dan telus? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh di atas soalan tambahan. Kita tahu bahawa projek ataupun pajakan ini diuruskan oleh UKAS, Unit Kerjasama Awam Swasta kita, di mana ia bukan sahaja melibatkan penggunaan kepada MINDEF itu sendiri, Kementerian Pertahanan itu sendiri tetapi melibatkan juga kementerian-kementerian yang lain.

Jadi, saya fikir kalau merujuk kepada kewangan, perbandingan harga dan seumpamanya saya fikir Yang Berhormat Permatang Pauh boleh merujuk kepada Kementerian Kewangan proses itu bagaimana perbandingannya, mengambil kira tempoh pajakan yang kita lakukan, di samping mengambil kira aspek-aspek lain dalam konteks memastikan bahawa pajakan itu dapat kita laksanakan.

Kita di Kementerian Pertahanan sebagai salah satu user. Hasrat kita hanya satu sahaja, di mana kita berharap dalam tempoh berbelas tahun, kita memajak helikopter itu, kita dapat menggunakannya, pertama. Yang kedua adalah teknologi itu juga dapat kita dapat pertingkatkan. Itu harapan kita. Itu sahaja jawapannya.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Adakah pihak kementerian melihat peluang untuk menggunakan pengalaman kilang pemasangan helikopter ini sebagai titik permulaan kepada Malaysia untuk membangunkan platform pertahanan lain secara tempatanlah seperti kenderaan taktikal, dron

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

ataupun sistem mobiliti darat agar negara mampu mengurangkan kebergantungan kepada pembekal asing?

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat atas persoalan yang dikemukakan. Kita tahu bahawa Dato’ Yang di-Pertua, kita tahu bahawa untuk ke hadapan kita memang perlu memastikan bahawa kita harus meningkatkan industri-industri berteknologi tinggi. Sebab itu, bagi kita apa yang dilakukan oleh Weststar dan Kerajaan Negeri Melaka itu adalah satu usaha yang benar kerana kalau kita melihat ke hadapan, hari ini kita boleh melihat bahawa Malaysia kita bangunkan TVET. Di mana sebenarnya kita hala tuju TVET kita?

Jadi, sudah barang pasti industri-industri berteknologi tinggi ini adalah sebahagiannya termasuk industri yang melibatkan pertahanan itu sendiri kerana kita tahu bahawa dalam industri pertahanan seperti mana yang disebut oleh Batu Pahat.

Dron seumpamanya, kita telah membangunkan kajian kita tentang teknologi dron tempatan kita bermula tahun lalu lagi.

Saya pun sudah menjawab di Dewan ini, ke hadapan memang kita harus membangunkan teknologi-teknologi ini kerana kita tahu bahawa dia bukan sahaja tentang pertahanan kita. Tapi sebenarnya dalam masa yang sama adalah tentang ekonomi kita dan guna tenaga kita dan terutamanya kepada menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi muda, terutamanya dalam bidang TVET itu sendiri. Itu sahaja, jawapannya.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dengan ini dipersilakan Tuan Syahredzan bin Johan, Yang Berhormat Bangi.

draft • 10:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

Alhamdulillah, ini kali keempat soalan saya naik soalan nombor 7, Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 10:50 AM

7. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan definisi belia berisiko dan belia rentan serta statistik bilangan belia yang dikenalpasti dalam golongan berisiko dan rentan ini dengan pecahan umur, jantina, kaum dan negeri serta inisiatif Kementerian dalam memberikan sokongan kepada mereka untuk pembangunan dan pengupayaan diri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Belia dan Sukan untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, agenda pembangunan belia dikendalikan oleh pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dan bukan sahaja terletak di bahu Kementerian Belia dan Sukan. Saya bagi contoh, Kementerian Pendidikan Tinggi untuk belia dalam IPT, Kementerian Kesihatan untuk kesihatan reproduktif belia, Kementerian Sumber Manusia untuk belia dalam sektor pekerjaan.

Definisi belia minoriti, terpinggir dan berisiko. Dalam kerangka Dasar Belia Malaysia 2015 hingga 2035, penetapan lapan golongan sasar belia telah diperincikan bagi memastikan pelaksanaan dasar ini bersifat inklusif serta menepati keperluan sebenar masyarakat belia yang pelbagai.

Golongan sasar tersebut adalah:

(i) belia bersekolah;

(ii) belia pengajian tinggi;

(iii) belia berkerjaya;

(iv) pengumpulan belia;

(v) belia massa;

(vi) belia Malaysia antarabangsa;

(vii) belia minoriti dan golongan terpinggir; dan

(viii) belia berisiko.

Dasar Belia Malaysia mentakrifkan belia berisiko sebagai belia yang tergolong antara lainnya sebagai pesakit muda, bakal pesakit muda, tercicir daripada sistem persekolahan, tidak berkerjaya, mangsa dera, bekas banduan, banduan, anak banduan, muflis, bakal muflis, bekas muflis, perokok, peminum arak, penagih dadah, bekas penagih dadah, pelumba haram, kecelaruan identiti, penyeludup dan belia di sempadan. Definisi ini telah ditetapkan Dasar Belia Malaysia.

Dalam pada itu, United Nations Electronic Government Survey 2024 mendefinisikan golongan rentan terdiri daripada golongan wanita, warga emas, orang kurang upaya, orang miskin, belia pinggiran― maaf, belia pelarian ataupun imigran. Berdasarkan semakan silang antara kedua-dua dokumen itu, definisi golongan rentan bersesuaian dengan definisi belia minoriti dan golongan terpinggir seperti yang terkandung di dalam Dasar Belia Malaysia. Antara lainnya orang asli, kaum minoriti, dan OKU, anak yatim, miskin ataupun berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan, gelandangan, ibu atau bapa tunggal dan ibu bapa bawah umur.

Statistik belia menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terdapat 9.4 juta belia yang berumur 15 hingga 30 tahun hampir kurang 27.9 peratus dan segmen

draft • 10:50 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

ini merupakan segmen paling produktif dan kritikal untuk pembangunan masa hadapan.

draft • 10:50 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Berdasarkan definisi belia berisiko, statistik dikeluarkan mengikut pecahan kategori berisiko. Belia yang tergolong dalam kategori bukan dalam pekerjaan, pendidikan ataupun latihan NEET juga merupakan salah satu kategori belia berisiko.

Dan pada tahun 2023, jumlah belia NEET dicatatkan seramai 1.11 juta orang dan jumlah ini menurun pada tahun lepas kepada 1.02 juta orang.

Negeri Sabah mencatatkan jumlah belia NEET paling tinggi berbanding negeri-negeri yang lain dengan jumlah 222.9 ribu bagi tahun 2023 dan 2024. Dari segi jantina pula, wanita mencatatkan jumlah yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Statistik NEET bagi lelaki menunjukkan trend penurunan daripada 412,000 kepada 395,000 orang.

Antara contoh lain bagi belia berisiko ialah data penagih dadah daripada AADK. Jumlah penyalahgunaan dan penagih dadah serta bahan dalam kalangan belia yang berumur 15 hingga 30 tahun telah mencacatkan peningkatan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan, saya ringkaskan:

(i) kita telah mulakan pengumpulan dan pembangunan pangkalan data belia bukan dalam pekerjaan, pendidikan ataupun latihan NEET;

(ii) Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 telah dilancarkan yang melibatkan pelbagai kementerian yang lain;

(iii) pembangunan Quick Guide Bantuan Krisis Kesihatan Mental Belia sedang dibangunkan dan pelbagai round table dialogue sedang diusahakan;

(iv) Projek Reben Kuning; dan

(v) Program Kem Belia, Rakan Prihatin di mana kita menyasarkan kumpulan-kumpulan belia yang berisiko, yang dicalonkan oleh ketua-ketua kampung, guru besar, cikgu- cikgu sekolah dan kita kumpulkan dan kita bagi pelbagai jenis intervensi dalam kem-kem belia ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bangi, soalan tambahan silakan.

draft • 11:00 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Kita tahu Yang Berhormat Menteri, pada 1 Januari 2026 akan dilaksanakan had umur belia 30 tahun. Maksudnya kita dah bukan belia lagi. Sungai Petani mungkin belia.

Saya tak tahu Alor Setar boleh dikategorikan sebagai belia atau tidak.

Tetapi saya nak tahu, apakah langkah-langkah peralihan yang diambil oleh pihak kementerian bagi memastikan golongan berisiko dan juga golongan rentan yang berumur 31 hingga 40 tahun ini akan terus menerima sokongan daripada program sedia ada dan dapat terus dibantu oleh kementerian-kementerian dan agensi-agensi lain bawah Kerajaan MADANI. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk jawapan.

draft • 11:00 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, Majlis Belia Malaysia telah memaklumkan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk mendapatkan bantuan kepada golongan belia 30 tahun ke atas yang masih memerlukan intervensi kerajaan. Dan Kementerian Belia dan Sukan telah pun membentangkan satu Memorandum Jemaah Menteri penyelarasan sokongan dan bantuan kerajaan kepada belia pasca penguatkuasaan penurunan had umur belia pada 28 November 2025 iaitu minggu lepas, Kabinet baru membincangkan dan meluluskan kertas ini.

Antara langkah yang kita akan pastikan kita ambil adalah untuk memastikan semua bantuan kerajaan kepada golongan muda yang berumur 30 tahun ke atas walaupun mereka tidak lagi dipanggil belia, kita panggil mereka anak muda, saya bagi contoh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mempunyai pelbagai geran yang dibenarkan untuk golongan muda ini 30 tahun ke atas masih boleh memohon dana kerajaan untuk membantu mereka.

Untuk dalam sektor pertanian juga, kerana kita tahu anak muda kurang suka outdoor, pekerjaan di luar. Jadi, untuk geran-geran khas untuk petani, yang itu juga akan dikekalkan untuk membantu petani-petani muda dan pelbagai lagi program yang melibatkan kementerian lain. Semua ini akan diteruskan untuk membantu golongan belia, golongan anak muda 30 tahun ke atas. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Alor Setar.

draft • 11:00 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Dato' Speaker peluang kedua ini macam Bangi juga lebih kurang. Yang Berhormat Menteri, isu belia rentan dan belia berisiko ini saya kira ini benda yang

draft • 11:00 AM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

besar yang memerlukan pelan jangka masa panjang dan penglibatan rentas kementerian.

Apa pandangan Yang Berhormat Menteri kalau daripada apa Yang Berhormat Menteri maklumkan tadi, kita buat satu data center yang boleh digunakan selepas ini dan selepas bila-bila pun, merentas kementerian. Yang Berhormat Menteri dah maklum usaha itu telah wujud tapi kita buat satu data yang merentasi kementerian dan daripada situ kita boleh kenal pasti individu.

Kita mula membimbing secara berterusan, orangnya dan yang penting ialah Yang Berhormat Menteri persekitaran belia itu. Kadang kalau kita hanya bimbing dia seorang, tetapi persekitarannya masih persekitaran yang berisiko tadi, dia tetap akan terjerumus akhirnya nanti. Jadi kita kena keluarkan dia dan kita bina persekitaran yang baik. Tapi ini jangka masa yang panjanglah. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri? Terima kasih Dato' Speaker.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:00 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan satu Dashboard Belia yang dipantau oleh Jawatankuasa Pembangunan Belia yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri I. Dan dashboard ini merangkumi semua program belia merentasi semua kementerian dan mereka update dalam sistem tersebut.

Jadi, bila kita nak jawab soalan seperti ini, senang kita dapatkan data AADK, data kementerian-kementerian yang lain. Usaha kita sekarang, Kerajaan MADANI, Perdana Menteri telah sarankan supaya kementerian tidak bergerak sendiri dan pastikan semua kementerian bekerjasama. Oleh sebab itu, Timbalan Perdana Menteri dua orang itu telah diberikan Portfolio Jawatankuasa Pemantauan yang merentasi semua kementerian dan banyak program intervensi kita bekerjasama.

Saya bagi contoh untuk AADK. KBS dengan Kementerian Dalam Negeri bekerja rapat untuk pastikan intervensi itu wujud dan semua content video kesedaran yang kita paparkan, yang kita mainkan semuanya di-check dulu oleh KDN untuk pastikan mesej itu sampai.

Untuk kesihatan mental, sekarang kita sedang usahakan video-video kesedaran bersama Kementerian Kesihatan, satu lagi Kementerian Pengangkutan kerana banyak kemalangan melibatkan golongan belia juga kita nak, kita telah sedang usahakan video-video kesedaran MOT, Kementerian Pengangkutan akan

draft • 11:00 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

diberikan kepada KBS untuk kita mainkan dalam acara bola sepak, big screen supaya kumpulan sasar belia itu wujud.

Jadi, kita sudah tidak melakukan kerja berasingan untuk pastikan kumpulan sasar itu dapat akses kepada program-program kerajaan, tak kira mereka hadir program kementerian yang mana satu pun. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kesembilan. Dengan ini dipersilakan– kelapan. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Bachok ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Jadi, Majlis terus ke soalan sembilan. Mempersilakan Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu, Yang Berhormat Batu Gajah.

[****Soalan No. 8 –** Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman (Bachok) tidak hadir]

draft • 11:00 AM

Tuan Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.

draft • 11:00 AM

9. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan strategi kementerian menyelaras kursus universiti dengan keperluan masa depan termasuk integrasi bidang ESG, ekonomi hijau dan kecerdasan buatan bagi memperkukuh daya saing graduan Malaysia di peringkat global.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Dato' Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh Batu Gajah, soalan nombor sembilan. Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa memberi fokus dalam menyelaraskan kursus-kursus universiti bagi memenuhi keperluan masa depan dan juga memberikan tumpuan dalam bidang-bidang yang menjadi keutamaan.

Ini selaras dengan perubahan-perubahan teknologi, geoeconomic fragmentation dengan izin dan ketidakstabilan ekonomi seperti mana yang telah pun laporan yang dikeluarkan sebagai contoh oleh World Economic Forum untuk trend transformatif yang berlaku sehingga tahun 2030 di mana bidang-bidang seperti robotik yang akan mempengaruhi lebih kurang 86 peratus keseluruhannya, termasuk juga robotik dan automation, termasuk juga dalam bidang energy generation storage dan distribution sebagai contoh, dengan izin.

draft • 11:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Pada masa ini, terdapat 11 universiti awam yang menawarkan kursus dan program yang berkaitan sebagai contoh dalam bidang kecerdasan buatan di pelbagai peringkat pendidikan tinggi dan adalah dijangkakan bahawa seramai 30,000 graduan yang akan dihasilkan dalam tempoh 2025 dan juga 2030 daripada 30 program ijazah sarjana muda, peringkat ijazah dan juga peringkat PhD.

Dalam usaha kita untuk mengintegrasikan bidang seperti mana yang ditanya oleh Yang Berhormat berkaitan juga dengan bidang seperti ESG, ekonomi hijau dan AI ini, KPT telah memperkenalkan beberapa inisiatif seperti program Service- Learning Malaysia iaitu University for Society, dengan izin, atau dinamakan sebagai SULAM dan penekanan kepada dengan izin education for sustainable development atau ESD sebagai pemboleh daya utama dalam mencapai Sustainable Development Goal atau SDG.

draft • 11:00 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Jadi dalam erti kata lain, universiti-universiti mula meneroka bidang-bidang baharu saya ambil contoh dalam the Universiti Teknologi Malaysia di mana Faculty of Artificial Intelligence diperkenalkan. Ini diadakan untuk peringkat pasca siswazah termasuk juga menawarkan perkara-perkara yang ada kaitan dengannya iaitu dalam bidang bioteknologi dan di bawah fakulti ini juga ada kursus-kursus seperti intelligence and informatic, nation learning, deep learning dan lain-lain lagi.

UPM sebagai contoh satu lagi universiti yang mengambil pendekatan yang paling ke hadapan iaitu dengan menubuhkan Pusat Teknologi Kriptologi dengan kerjasama Agensi Keselamatan Siber Negara untuk komputer atau AI pengkomputeran kuantum. Ini satu lagi bidang baharu yang berada di hadapan dan UPM juga disebut sebagai salah satu universiti utama di Malaysia untuk sains hayat dan bioteknologi.

Dan dalam konteks ESG sebagai contoh, kita ada juga universiti seperti USM.

USM yang terkenal dengan program-program ESG nya dan salah satu daripada bidang ESG itu ialah SDG iaitu dan dalam Times Higher Education Report yang terbaru dengan izin, iaitu USM telah mencapai kedudukan yang kedua di peringkat Asia dengan memperkenalkan program-program yang mempunyai impak ranking yang baik dalam bidang ESG nya.

ESG ini termasuk dalam bidang pengajian alam sekitar ataupun environmental studies. Dan ini telah memberi impak yang baik kepada teknologi baharu yang diperlukan dalam masa yang akan datang iaitu dalam bidang green technology.

draft • 11:10 AM

Menteri Pendidikan Tinggi - Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Selain daripada itu juga program seperti semikonduktor yang diperkenalkan melalui program besar ini iaitu satu program yang kita integrate-kan dengan industri kerana ini adalah bidang baharu, di mana industri akan menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran itu. Sepertimana yang kita lihat yang dilaksanakan melalui program semikonduktor E&E di Universiti Sains Malaysia.

Selain daripada itu juga, ada program-program baharu masa hadapan yang dipanggil sebagai integrated engineering. Ini satu lagi bidang masa hadapan yang mendapat sambutan dan juga permintaan yang tinggi dan diperkenalkan oleh universiti seperti UTP sebagai contoh.

Dan dalam satu lagi bidang keutamaan yang akan diberikan ialah dalam bidang planetary health dan ini merupakan satu lagi bidang yang akan memberi impak besar dalam mewujudkan peluang-peluang pekerjaan sehingga tahun 2030 dan seterusnya. Dalam bidang planetary health ini, Malaysia juga menjadi antara negara utama kerana kita mempunyai tokoh yang penting dalam mengendalikan dari segi kurikulum kursus-kursus yang ditawarkan ini di peringkat dunia iaitu Tan Sri Jamilah.

Dan demikian juga dalam bidang-bidang yang lain seperti mana kita sedia maklum seperti bidang blue economy. Blue economy yang ada kaitan dengan kehadiran sumber-sumber ekonomi daripada sumber laut yang seperti mana diperkenalkan Universiti UMT dan juga UMS. Selain daripada itu juga kita ada bidang-bidang yang ada kaitan iaitu bidang yang recycling technology yang ini juga ada kaitan dengan apa yang disebutkan sebagai secular economy. Jadi, itu secara keseluruhannya malah kita sedang juga membangunkan sekiranya ada kursus-kursus yang ada kaitan dengan permintaan masa kini dan masa depan, kerana perubahan-perubahan yang saya sebutkan tadi, teknologi itu teknologi yang sentiasa berubah dengan begitu pantas, maka universiti bersiap sedia untuk membuat semakan-semakan terhadap kursus-kursus yang ditawarkan.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Batu Gajah untuk soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Satu jawapan yang cukup komprehensif. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah adakah KPT merancang mewujudkan satu rangka kerja akreditasi nasional khusus untuk program kecerdasan buatan bagi memastikan kualiti penyelidikan,

draft • 11:10 AM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

pengajaran dan tenaga kerja dalam bidang kecerdasan buatan ini berada pada tahap yang setanding dengan universiti bertaraf dunia. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Terima kasih. Soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat iaitu sama ada kita ada satu rangka kerja akreditasi ini kerana ini sangat penting apa pun yang kursus yang kita tawarkan. Dan dari segi pendekatan yang kita lakukan kerana agensi yang bertanggungjawab untuk memastikan supaya standard itu dipelihara, dijaga dengan sebaik-baiknya ialah MQA kita iaitu Malaysian Qualification Agency.

Di bawahnya ada beberapa langkah yang dilakukan ini, termasuklah apa yang disebut sebagai kita akan menghantar dari masa ke semasa apa yang dipanggil sebagai advisory note kepada semua universiti ataupun institusi-institusi berkenaan untuk memastikan supaya pelbagai aspek sama ada konsepnya, sama ada potensi dan risiko yang akan dihadapi oleh universiti ketika mana mereka memperkenalkan kursus-kursus yang tersebut.

Makanya, penilaian yang berterusan itu dilakukan melalui advisory note yang dilakukan. Malah langkah yang terbaharu bagi memastikan supaya kita ada pendekatan yang lebih mantap untuk memastikan supaya ada standard penilaian yang dibuat seperti mana yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi kita panggil program standard yang kita bangunkan, MQA bangunkan bersama dengan UTM iaitu kita panggil program standard ini dalam konteks artificial intelligence.

Begitu juga dengan program-program yang lain yang akan kita bangunkan supaya ia menjadi rujukan penting supaya mereka tidak lari daripada asas dan juga kualiti yang mereka anjurkan itu, program-program yang mereka anjurkan itu. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tumpat.

draft • 11:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

Soalan tambahan ialah kita difahamkan bahawa kerajaan telah pun melancarkan satu Pusat Verifikasi Kualiti ataupun QVC di Universiti MAHSA baru-baru ini bagi melahirkan dan memastikan pengiktirafan dapat dibuat. Soalan saya ialah bagaimanakah kerajaan boleh memastikan agar

draft • 11:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi

kursus-kursus yang dibuat di IPTS seperti ini dapat diikuti oleh anak-anak ataupun pelajar-pelajar B40 yang berada di luar bandar, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Dan juga dari segi kita lihat kita ada dua cabang lepas SPM satu ke KPT, satu ke KESUMA. Jadi, untuk kecerdasan buatan dan juga ekonomi hijau ini bagaimanakah kerjasama dan sasaran bersama yang dibuat di antara KPT dan KESUMA dalam hal ini. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir

Sentiasa memberi penekanan sebagai contoh Yang Berhormat sedia maklum bahawa kursus-kursus yang ada kaitan dengan TVET, high TVET akan diberikan kerjasama yang kita bangunkan bukan hanya dengan KESUMA ia juga melibatkan sepertimana disebutkan oleh Menteri Belia tadi yang ada kaitan dengan kursus-kursus kemahiran itu akan kita teruskan bersama.

Malah kita membangunkan kurikulum bersama dengan pihak-pihak kementerian-kementerian yang ada kaitan dengannya. Yang inilah yang kita lakukan secara bersama di bawah Majlis TVET Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri 1.

Dalam masa yang sama, bagi memastikan supaya semua golongan termasuk akses pendidikan tinggi bagi kalangan B40 itu sangat penting. Kita bukan hanya kita meletakkan fokus kita kepada institusi-institusi pendidikan tinggi awam tetapi juga melibatkan kepada pendidikan tinggi swasta. Sepertimana yang disebutkan, salah satu ialah di MAHSA dan juga pelbagai lagi IPTS-IPTS yang ada.

Ini berdasarkan kepada program-program yang nak kita kenal pasti supaya program- program yang tidak ada di tempat lain itu juga dapat diperkenalkan di tempat yang saya sebut.

Saya telah melawat beberapa IPTS tersebut dan mereka mengemukakan beberapa program-program termasuk juga kepada golongan B40 melalui pendekatan biasiswa yang mereka sediakan. Sebab itu kita dapat bekerjasama dengan mereka dalam erti kata yang lain selain daripada mereka mendapatkan keuntungan dalam bidang-bidang tertentu itu juga tetapi mereka menyediakan berapa peratus daripada sumber mereka untuk diberikan kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sana. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Yang Berhormat Tanah Merah untuk soalan yang ke-10.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasih Yang di-Pertua. *Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hajiji jadi Ketua Menteri lagi, Menang kerusi tak sampai 30; DAP Sabah kena bungkus hingga mengigit jari, Soalan saya nombor sepuluh.

[Tepuk]*

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pertahanan.

draft • 11:10 AM

10. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan mengenai perancangan Tentera Darat Malaysia (TDM) untuk melupuskan 20 buah kenderaan Lipan Bara atau High Mobility Armoured Vehicle (HMAV) buatan Chaiseri dari Thailand mengambil kira perolehan terkini kenderaan 4x4 Tarantula buatan syarikat Mildef dari Malaysia.

draft • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bersatu sama juga, Bersatu.

draft • 11:10 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, Speaker.

draft • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bersatu 33 tanding.

draft • 11:10 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tak perlulah dia mengeluarkan kenyataan begitu. Kalau nak berpantun, boleh pantun.

draft • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

33 kerusi tanding, semua kalah.

draft • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

30 kerusi hilang deposit lagi.

draft • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Pantun je.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat-Yang Berhormat. Yang Berhormat perasan tak saya akan biar Yang Berhormat bercakap kerana saya nak jatuhkan pertuduhan, ada keterangan. Bila dalam kekecohan, saya pada peringkat awal saya akan biar Yang Berhormat bercakap.

draft • 11:10 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau kita lihat Yang Berhormat, saya tengah bercakap, Peraturan 42.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau kita lihat, Yang Berhormat-Yang Berhormat suka langgar. Saya bacakan ya, 35(1). Ini satu pertuduhan, saya boleh jatuhkan dah. Ini sebagai amaran ya kepada yang lain. Kalau dengar Peraturan 35 ini, saya baca dalam bahasa Melayu yang semua faham supaya sebab ini amaran terakhir. Saya akan jatuhkan pertuduhan selepas ini. I’ll be very straight. Saya tidak mahu Dewan ini jadi satu tempat yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Dengar ya.

“Seorang Ahli yang hendak bercakap hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil oleh Pengerusi, maka hendaklah ia berdiri mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi. Seorang Ahli tidak boleh bercakap melainkan telah dipanggil oleh Pengerusi”. Saya akan biarkan, saya akan jatuh satu pertuduhan dan saya akan ambil pengakuan dan saya akan jalankan sebagai badan coerce judiciary. Hukuman dalam tangan saya, 10 hari dan jika saya tidak berpuas, saya akan bawa kepada Jawatankuasa, enam bulan. Saya akan biar, that is the collection of evidence. Mana peguam-peguam, dia tahu macam mana dalam mahkamah berjalan. I will read the charge, saya akan baca pertuduhan.

Saya akan bagi ruang nak mengaku salah atau tidak. Mengaku salah, saya akan minta rayuan apa yang hendak meringankan hukuman. Kalau seterusnya, saya akan jatuh hukum. Jika berdiam diri, saya anggapkan benda itu sebagai pengakuan salah.

Jika tuan-tuan memilih untuk merayu, saya akan benarkan natural justice bercakap.

Maksimum dalam tangan saya, 10 hari. Tidak— tidak puas hati, enam bulan. Saya hendak benda ini berjalan ketika saya mempengerusikan. Pelaksanaan adalah baik untuk rakyat. Ya? I’m very serious about this. Kalau tuan-tuan, bila saya mempengerusikan, saya biar, itu bermaksud I’m collecting evidence against you. Baik ya? Ini amaran. Baik, teruskan. Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Dato' Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas persoalan yang dikemukakan.

Pada masa ini, pihak Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) tidak berhasrat untuk melupuskan 20 buah kenderaan Lipan Bara buatan Chaiseri, Thailand. Kenderaan ini masih diguna pakai oleh pasukan 5 KAD di Kota Belud, Sabah – 14 buah dan di Pusat Latihan Armor (PULAMOR) di Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu sebanyak enam buah.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Berhubung dengan kenderaan high-mobility armoured vehicle (HMAV) Tarantula buatan syarikat MILDEF, Kementerian Pertahanan merancang untuk membuat perolehan sebanyak 136 buah kenderaan berdasarkan keperluan pihak tentera darat selaku end user yang akan digunakan untuk Kor Armor Diraja (KAD). Perolehan ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan tentera darat pada masa hadapan. Itu sahaja jawapan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Tanah Merah untuk soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan MENHAN. Saya mohon penjelasan rasional penggunaan pelbagai platform kenderaan high-mobility technical vehicle (HMTV) atau 4x4 ini bagi kegunaan Angkatan Tentera Malaysia.

Pada masa ini, kita ada kenderaan Isuzu D-Max, Cendana Auto, Tarantula Mildef, Mercedes G Wagon, Weststar GK MK1 dan 2, Lipan Bara, Nurol Makina, Euro M-Tech, IAG Guardian dan legasi Land Rover Defender. Bukankah situasi ini mengakibatkan kesukaran dan tak praktikal untuk Angkatan Tentera Malaysia menyelenggara dan memastikan semua kenderaan ini siaga untuk digunakan terutama berkaitan isu commandality dan part sharing. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah atas persoalan yang dikemukakan. Kita tahu bahawa kenderaan-kenderaan yang disebut, tak perlu saya ulang. Kenderaan ini ada sebahagiannya kita beli semenjak tahun 1998. Dan kalau kita lihat tahun demi tahun itu, kita membeli kenderaan- kenderaan mobiliti yang baru dan sudah barang pasti kita tahu bahawa sebahagian daripada kaedah pembelian kita adalah berdasarkan kepada teknologi dan keperluan pertahanan semasa bagi tahun demi tahun. Ini antara cabaran kita.

Saya tak nafikan apa yang disebut oleh Tanah Merah tadi, kita ada kepelbagaian kenderaan dengan kepelbagaian spare part tetapi yang paling penting bagi kita adalah kenderaan kita ini boleh diselenggara. Itu perkara paling asas yang kita nilai. Selalunya bila kita beli kenderaan-kenderaan baru itu, kita ambil kira pertamanya, ianya mesti boleh kita selenggara untuk tempoh jangka masa yang panjang.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang kedua adalah kemampuan syarikat-syarikat pengeluar itu. Itu pun kita ambil kira juga. Kita tidak mudah untuk mengambil kenderaan-kenderaan baharu tetapi syarikat pengeluar itu tak ada keupayaan untuk jangka masa panjang kerana ia bukan sahaja tentang penyelenggaraan tetapi kita harus ingat ia adalah tentang keselamatan dan kedaulatan negara kita untuk jangka masa panjang. Dan langkah kita seterusnya adalah produk tempatan, Dato' Yang di-Pertua.

So, kita tahu bahawa keupayaan teknologi tempatan, pengeluaran tempatan adalah sebahagian masa depan kita kerana kita tahu walaupun kita ada pelbagai kenderaan tetapi kalau kita ada keupayaan tempatan dan kita ada pekerja-pekerja mahir yang boleh menghasilkan alat-alat ganti pada masa depan, ia nya akan lebih memberikan jaminan kepada kenderaan-kenderaan ini untuk diselenggara dengan kos yang lebih rendah. Dan yang paling penting adalah dia boleh beroperasi untuk pastikan keamanan dan kedaulatan negara kita sentiasa terjaga. Itu sahaja jawapan.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat. Jika tidak ada soalan, saya akan ke soalan yang selanjutnya.

Selanjutnya, saya mempersilakan Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji, Yang Berhormat Jelutong.

draft • 11:20 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang di- Pertua. Soalan saya adalah soalan ke-11.

draft • 11:20 AM

11. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sama ada kementerian bercadang memberi peruntukan tahunan kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (Hindu Endowments Board Penang) seperti yang dilakukan oleh YB. Lim Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan) pada tahun 2018.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perpaduan Negara mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong atas pertanyaan mengenai peruntukan tahunan kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang telah ditubuhkan di bawah Hindu Endowments Ordinance 1906 untuk mengurus harta dan dana yang diderma untuk kepentingan masyarakat Hindu. Walaupun Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang ditubuhkan di bawah ordinan Persekutuan, tetapi lembaga

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

berfungsi di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Untuk segala maksud, Lembaga Wakaf Hindu adalah badan berkanun Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bermula Disember tahun 2023, Kementerian Perpaduan Negara bertanggungjawab memantau Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang seperti mana yang dinyatakan di bawah Akta Tugas-Tugas Menteri 1969 serta membentangkan laporan tahunan dan penyata kewangan kepada Jemaah Menteri dan Parlimen.

Untuk peruntukan dana daripada Kerajaan Persekutuan, Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang boleh mengemukakan permohonan peruntukan kewangan kepada Kementerian Kewangan Malaysia dan Kementerian Perpaduan boleh membantu menyelaraskan permohonan kepada Kementerian Kewangan tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan.

Bagi tahun kewangan 2024 dan 2025, tiada sebarang permohonan peruntukan diterima dari Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang kepada Kementerian Kewangan melalui Kementerian Perpaduan Negara dan saya tetap menyatakan bahawa sekiranya terdapat sebarang permohonan untuk peruntukan, Kementerian Perpaduan Negara akan membantu menyelaraskan permohonan tersebut tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jelutong untuk soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang di-Pertua, terima kasih. Yang di-Pertua, untuk makluman Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini juga, Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang merupakan satu-satunya lembaga wakaf bagi orang-orang, bagi rakyat Malaysia yang beragama Hindu di mana salah satu daripada tanggungjawab lembaga ini adalah untuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia yang berbangsa Hindu. Di samping melakukan tugas hakiki iaitu menyelenggara kuil-kuil di bawah Lembaga Wakaf Hindu.

Untuk makluman Yang di-Pertua juga, kali pertama Lembaga Wakaf Hindu menerima peruntukan adalah pada tahun 2018 ketika Yang Berhormat Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan menjadi Menteri Kewangan. Ketika itu, kita menerima RM700,000.

draft • 11:20 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, kalau begitulah jawapan daripada Timbalan Menteri, saya mengalu-alukan jawapan itu. Saya berterima kasih. Dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua juga, kami akan mengemukakan― sebenarnya telah

draft • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

pun dikemukakan. Mungkin sebelum ini dihantar terus kepada Kementerian Kewangan, tapi kali ini kita akan menghantarkan surat kepada Kementerian Perpaduan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih di kesempatan ini di atas keprihatinan Kerajaan MADANI kerana telah memberi peruntukan RM20,000 kepada 1,000 kuil di Malaysia. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kuil-kuil hindu juga menghadapi masalah kewangan kerana kebanyakan daripada kerja-kerja penyelenggaraan dibelanjakan daripada kutipan daripada penganut-penganut hindu.

Jadi, saya tahu bahawa kerajaan ini prihatin kepada isu-isu yang melibatkan kuil-kuil Hindu. Di samping peruntukan untuk SPUMI, peruntukan MITRA.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila pendekkan soalan.

draft • 11:30 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap bahawa kalau boleh kerajaan menyalurkan peruntukan tiap-tiap tahun untuk kita memastikan bahawa kebajikan dan juga penyelenggaraan kuil-kuil Hindu tetap dipelihara di bawah Kerajaan Malaysia MADANI seperti yang telah diuar-uarkan dan dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah dilaksanakan juga setakat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tiada soalan yang dikemukakan. Saya mengalu-alukan cadangan Yang Berhormat Jelutong. Sebagai anak jati daripada Pulau Pinang, sebarang pemberian kepada Lembaga Wakaf Hindu di Pulau Pinang, saya akan amat mengalu-alukan. Dan cadangan Yang Berhormat Jelutong akan diambil kira. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih, Timbalan Speaker. Malaysia hari ini bukan sekadar terdiri daripada lima kategori besar kaum tetapi lebih 100 etnik dan sub etnik termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak, orang asli, orang hulu dan sebagainya. Jadi, dalam konteks kepelbagaian yang begitu luas, kerajaan perlu memastikan setiap komuniti, sama ada besar atau kecil, mempunyai instrumen tersusun untuk menguruskan kebajikan dan aset sosial mereka.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, untuk memastikan kesaksamaan antara komuniti, adakah kementerian akan menggubal kerangka atau standard pembiayaan nasional bagi semua lembaga endowment bukan Islam supaya tidaklah berlaku ketidaksamarataan antara negeri dan sebagainya? Dan juga, sekiranya peruntukan tahunan telah diberikan, apakah KPI petunjuk prestasi yang akan digunakan bagi mengukurkan keberhasilan bantuan kepada komuniti? Contoh, bagi komuniti Hindu tadi ya. Contohnya, bilangan kuil diselenggara, program sosial yang dilaksanakan dan manfaat kepada golongan rentan.

Terima kasih, Speaker.

draft • 11:30 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan adalah di luar daripada soalan asal Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.

Tetapi, saya akan cuba untuk menjawab soalan yang dibangkitkan.

Sekiranya persoalan adalah berkenaan dengan penyelenggaraan rumah ibadat Hindu selain Islam, ia diselenggarakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan di bawah peruntukan RIBI. Dan berkenaan dengan pembangunan sosioekonomi Hindu, kaum India di Malaysia, terdapat Unit Transformasi Kaum India iaitu MITRA. Jadi, ada unit ataupun badan-badan ataupun agensi lain yang menyelenggara― saya habiskan dulu.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tapi Menteri mungkin tak tangkap apa yang saya sebutkan tadi. Ada tak nak buat satu kerangka standard lembaga― ini Lembaga Hindu Pulau Pinang, kan? Ada tak for the standard seluruh negara? Lembaga endowment untuk kaum itu, kaum inilah. Itu maksud saya.

draft • 11:30 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Soalan Yang Berhormat bukan spesifik.

Kalau ia nya berhubung dengan penubuhan lembaga wakaf Hindu untuk seluruh Malaysia, saya boleh nyatakan bahawa isu agama adalah di bawah State List. Jadi, sebarang wakaf Hindu, beragama Hindu, ia harus diangkat oleh kerajaan negeri masing- masing.

Jadi, sekiranya ia adalah untuk penyelenggaraan di bawah peruntukan Persekutuan, ia adalah di bawah― pada masa sekarang, ia adalah di bawah kerajaan tempatan. Sebab itu kalau soalan itu adalah spesifik, saya boleh memberi jawapan yang spesifik. Oleh kerana soalan adalah secara umum, saya telah menyatakan bahawa penyelenggaraan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan.

Untuk transformasi masyarakat, ia adalah di bawah MITRA. Dan sekiranya ia adalah untuk pembangunan ekonomi, ada juga unit di bawah TEKUN iaitu SPUMI. Jadi,

draft • 11:30 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

ada juga agensi-agensi ataupun unit yang memantau ataupun memperkasa komuniti selain daripada Melayu ataupun bumiputera.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l Murugeson

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputuskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026, Rang Undang-undang Kewangan 2025, Rang Undang-undang Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 dan Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) (No.2) 2025 seperti di nombor 1 hingga 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 2 Disember 2025.” Terima kasih.

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Siapa menyokong?

draft • 11:36 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Saya mohon menyokong.

draft • 11:36 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:36 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DI BAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG ANTIBULI 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan mengenai mekanisme khusus untuk menangani aduan buli, untuk mencegah dan menguruskan kes buli di institusi pendidikan dan institusi lain, untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan tribunal bagi antibuli, untuk meningkatkan kesedaran tentang buli dan pencegahan buli dan untuk mengadakan peruntukan yang berkaitan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang

draft • 11:36 AM

dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said

dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:36 AM
RANG UNDANG-UNDANG IMEGRESEN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Imigresen 1959/63; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail]: dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:36 AM
RANG UNDANG-UNDANG PASPORT (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pasport 1966; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Dalam Negeri [Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 11:36 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelima Belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 11:36 AM
Kepala B.24 [Jadual] – Kepala P.24 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Bentara.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Kepala Bekalan B.24 dan Kepala Pembangunan P.24 di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri terbuka untuk dibahas.

draft • 11:36 AM

Tuan Pengerusi[Puan Alice Lau Kiong Yieng]

Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Paya Besar, YB Pendang, YB Kampar, YB Tangga Batu, YB Balik Pulau, YB Kubang Pasu, YB Batu Gajah, YB Hulu Terengganu, YB Pasir Gudang, YB Kuala Krai, YB Padang Rengas, YB Bukit Gelugor, YB Kapar, YB Maran, YB Shah Alam, YB Langkawi, YB Bachok dan YB Petaling Jaya. Setiap pembahas lima minit sahaja.

Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa pelibatkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

draft • 11:41 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya ingin menyentuh beberapa Butiran. 020200 Pembangunan Industri. 020800 – MPC, 040100 – Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan dan 040300 – MIDA.

Puan Pengerusi, setakat separuh pertama 2025, Malaysia mencatatkan pencapaian pelaburan diluluskan sebanyak RM154.9 bilion, meningkat 17 peratus berbanding tahun lalu. Namun Puan Pengerusi, di sebalik angka ini wujud fenomena smokescreen iaitu pelaburan meningkat, tetapi pembangunan kapasiti teknikal anak tempatan masih jauh ketinggalan.

Kita melahirkan lebih 70,000 graduan kejuruteraan setahun, fasa pembinaan mega memerlukan 10,000 hingga 20,000 pekerja, masih dikuasai oleh tenaga asing.

MEF menganggarkan 70 peratus sektor pembinaan dimonopoli oleh pekerja luar, menyebabkan hanya 30 peratus diberikan kepada rakyat Malaysia. Sedangkan Puan Pengerusi, fasa ini adalah ruang pembelajaran yang paling kritikal, apabila anak tempatan tidak terlibat di sini, fasa operasi yang jauh lebih kecil tidak mampu menggantikan pengalaman yang hilang.

Kebergantungan terhadap peralatan import bersama klausa certified service engineer only turut mengekang jurutera tempatan. Perbelanjaan R&D negara hanya satu peratus kepada KDNK, jauh di belakang Korea, Jepun, Singapura seperti mana dilaporkan olah MOSTI. Itu selepas pelbagai projek GV termasuk LRT, MRT, kita masih belum melahirkan pemain teknologi berat bertaraf global.

Saya ingin cadangkan kepada MITI, menyemak semula syarat local content, melaksanakan sunset clause kepada klausa certified personnel only, kerjasama MITI, KPT, MQA dan Board Engineer of Malaysia dan menawarkan insentif tambahan.

Isu kedua Puan Pengerusi adalah berkaitan dengan non-tariff measure.

Perdagangan antarabangsa hari ini, cabaran utama bukan lagi kepada tarif semata- mata. Tetapi yang lebih mencabar adalah non-tariff measure (NTM), piawaian teknikal, keselamatan makanan, peraturan karbon, pematuhan alam sekitar yang semakin ketat.

ASEAN E-Commerce Conference 2025 minggu lalu, menekankan bahawa peraturan dan standard yang berbeza antara negara ASEAN terus menjadi punca kos tambahan serta kelewatan dalam perdagangan rentas sempadan. Malaysia perlu mengambil langkah proaktif.

Persoalan saya kepada pihak MITI. Apakah national NTM, repository?

Bagaimana penyediaan khidmat NTM pre-compliance kepada SME yang ingin mengeksport, mengharmonikan standard halal, keselamatan produk dan peraturan

draft • 11:41 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

digital bersama rakan ASEAN di bawah DEFA? Puan Pengerusi, langkah ini amat penting supaya pengeksport kita tidak ketinggalan dalam persaingan serantau. Malaysia kekal sebagai pemain utama dalam rantaian perdagangan ASEAN.

Yang ketiga, berkaitan sektor logistik. Pelaburan tinggi tidak akan memberi makna pulangan maksimum, Puan Pengerusi jika logistik negara masih bergerak pada tahap yang sederhana. Sistem logistik berpecah-pecah, proses cross-border clearance yang rumit, standard yang tidak seragam, integrasi digital yang lemah antara pengangkutan darat, laut dan udara. Gangguan kepada laluan perdagangan global meningkatkan kos logistik, mencetuskan shipping delay, menjejaskan supply chain resilience negara, seperti mana yang dilaporkan oleh MIMA.

Saya nak bertanyakan kepada pihak kementerian. Bagaimana GLC bertindak sebagai anchor investor untuk membina rantaian logistik nasional yang moden dan bersepadu? Dan saya minta supaya empat keutamaan logistik ini diberi— mesti dipacu oleh GLC sebagai backbone, tulang belakang kepada logistik negara. Digitalisasi logistik, integrasi DEFA untuk memudahkan perdagangan digital, national logistic single window dan pemodenan infrastruktur.

Puan Pengerusi, di Paya Besar kita ada Gambang Halal Park, Pahang Teknologi Park, kerana industri halal diunjurkan bernilai USD2.3 trilion. Tetapi Gambang Halal Park, Pahang Teknologi Park agak sunyi dan sepi, Puan Pengerusi. Walaupun sudah ada Perodua, walaupun ada satu pusat AI, saya mengharapkan sangat supaya pihak MITI beri tumpuan kepada Gambang Halal Park dan Pahang Teknologi Park. Satu, promosi agresif daripada syarikat halal. Kedua, penaiktarafan utiliti dan infrastruktur sedia ada.

Pengintegrasian kawasan ini kepada pelan logistic national. Kerana apa?

Pahang Teknologi Park dan Gambang Halal Park berada di sebelah ECRL Stesen Paya Besar. Puan Pengerusi, jika kita beralih daripada bergantung daripada kepakaran luar kepada melahirkan jurutera, technologist dan syarikat tempatan, Malaysia mampu berdiri sebagai pemain global di peringkat dunia.

Puan pengerusi, akhirnya saya mewakili pihak BBC ingin mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas khidmat Yang Berhormat MITI, Menteri MITI atas usaha keras beliau sepanjang menjawat jawatan Menteri MITI. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 11:41 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 11:41 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya nak merujuk kepada Maksud Bekalan dan Pembangunan 24, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau MITI. Saya ingin menyentuh dua perkara khusus, pertama berkaitan pelaburan di Kedah dan juga ROI yang sebenar kepada kerajaan. Dan kedua menyentuh tentang peranan MPC di bawah MITI serta kegagalan program latihan seperti SLDN yang tidak menyumbang kepada tenaga mahir negara.

Bagi tahun 2026 Puan Pengerusi, MITI telah memperuntukkan sejumlah RM1.897 bilion keseluruhannya, termasuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Daripada jumlah itu, peruntukan khusus di bawah Kod 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti sahaja mencecah RM190.68 juta. Manakala MIDA melalui kod 040300, menerima RM186.79 juta, iaitu hampir keseluruhan peruntukan program pelaburan MITI.

Persoalannya kini Puan Pengerusi, Kedah menjadi antara lokasi tumpuan utama negara melalui KHTP, NAICO, Pelabuhan Yan, NCER dan juga automatif serta aeroangkasa di bawah MITI. Tetapi adakah MITI mempunyai laporan ROI secara mengikut negeri-negeri? Yang ini yang kita minta supaya MITI menyediakan ROI mengikut negeri-negeri yang menerima pelaburan dan beri pulangan cukai kepada negara.

Berapakah pulangan cukai Persekutuan yang masuk melalui pelaburan di Kedah? Berapa jumlah pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji tinggi yang telah dilahirkan? Dan berapa pula kadar kebergantungan terhadap pekerja asing dalam pelaburan tersebut? Ini mesti dijelaskan oleh MITI.

Kerajaan tidak boleh hanya melihat jumlah pelaburan yang diluluskan sebagai kejayaan statistik atas kertas sahaja, angka sahaja, tetapi the actual reality tidak menunjukkan bahawa manipulasi ataupun eksploitasi daripada penduduk-penduduk tempatan, hasil daripada pemindahan teknologi yang berlaku dalam— yang dibawa oleh MITI ke kawasan-kawasan pelaburan ini.

Dokumen MITI sendiri menyebut bahawa sasaran nilai pelaburan diluluskan untuk tahun 2026 hanyalah RM107 bilion, turun daripada RM156 bilion pada tahun 2024.

Yang lebih membimbangkan, sasaran realisasi pelaburan hanyalah 70 peratus. Jauh lebih rendah daripada rekod sebenar tahun 2024 yang mencapai 92 peratus.

draft • 11:46 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Seni berbelanjawan bukan sekadar menarik pelaburan, tetapi mengoptimumkan pulangan pelaburan tersebut kepada negara. Kedah tidak mahu menjadi industrial enclave yang hanya menjadi lokasi kilang kos rendah. Tetapi perlu diposisikan sebagai gateway industrial strategic, dengan izin, wilayah Utara dan Asia tenggara, seperti mana yang berlaku daripada green earth industry di Kulim Hi-Tech Park.

Oleh itu saya mencadangkan agar MITI mengeluarkan Laporan ROI negeri, khususnya untuk Kedah, supaya rakyat dapat melihat jelas kesan fiskal pelaburan, penciptaan peluang pekerjaan, SGHV dan kedudukan Kedah sebagai penyumbang ekonomi negara, bukan sekadar penerima projek fizikal.

draft • 11:46 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, oleh sebab itu Puan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian kepada kod 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing yang menerima RM96.92 juta pada tahun 2026, termasuk 020800 – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan jumlah RM46.56 juta. MPC sepatutnya menjadi pemangkin kepada lonjakan produktiviti negara, tetapi prestasi tenaga mahir nasional masih tidak bergerak jauh. Data rasmi negara menunjukkan kadar tenaga mahir kita hanya 29— enam peratus sedangkan sasaran RMK12 ialah 35 peratus.

Apakah alasan yang menyebabkan kita tak achieve our target? Ini perlu dijawab dengan izin. Menjelang 2030, kita meletakkan sasaran 40 peratus menjelang 2030 ini.

Dengan strategi dan perikatan latihan yang sama selama lebih sepuluh tahun, apa jaminan akan mencapai sasaran ini? Strategi juga perlu di-review and revise kerana setakat sekarang tak capai apa yang disasarkan oleh MITI untuk mencapai tenaga mahir ini. Tak apa, jawab nanti lepas ini. Punca kelemahan ini tidak boleh disembunyikan.

Program seperti SLDN, yang sepatutnya melahirkan temaga mahir telah menjadi terlalu rendah nilai dan cenderung menghasilkan tenaga kerja murah. Kajian dan maklum balas industri menunjukkan bahawa program SLDN banyak digunakan oleh sektor-sektor rendah nilai seperti manicure, jahitan, salon kecantikan dan pengawal keselamatan, bukan dalam sektor bernilai seperti tinggi semikonduktor, aeroangkasa, maritime engineering atau AI manufacturing.

Ini sektor yang ditumpukan oleh mereka untuk pembangunan skil ini, masa ketika COVID je. COVID bolehlah kita buat salon kecantikan, pengawal keselamatan, manicure, jahitan sebab kita tak boleh bergerak jauh untuk nak hantar pelajar-pelajar kita meningkatkan skil yang berteknologi tinggi ini. Takkanlah skil masa COVID itu

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

hendak dibawa ketika sampai hari ini. Sepatutnya kena ubah balik, kena bincang balik dia punya polisinya itu.

Yang terakhir ini Puan Pengerusi, masalahnya apabila bertambah SLDN ini menggunakan dana kerajaan melalui insentif latihan. Setiap tahun bertambah, tapi skil semakin berkurang, di tahap yang sama, malah lebih teruk lagi dipanggil berinsentif, sedangkan syarikat hanya perlu sediakan tempat latihan tanpa jaminan pengambilan pekerja selepas tamat program.

Ramai peserta kembali menganggur ke kampung dan sebahagian syarikat pula menggunakan peserta sebagai cheap labor jangka pendek. Maka saya ingin menegaskan bahawa SLDN ini berinsentif mesti diaudit oleh pihak yang ketiga yang bebas, bukan sekadar dikaji oleh KESUMA ataupun JPK yang mempunyai kepentingan dalam pelaksanaannya sendiri.

Kajian tidak cukup, audit lapangan diperlukan dan lebih jauh lagi, MITI perlu memulakan satu langkah strategik negara penyelarasan dan pemetaan semula ataupun mapping, remapping semua program latihan berinsentif pelbagai kementerian dan juga GLC. Sekarang ini, kita lihat pelbagai kementerian berlumba-lumba menjalankan program latihan tetapi output tidak diukur dengan jelas, dengan tenaga mahir negara masih tidak meningkat, belanjawan habis, tenaga mahir masih tidak terbukti. Last sekali, saya gulung.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengersi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tamat dah?

draft • 11:50 AM

Tuan Pengersi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sikit, sikit je. Dalam 30 seconds.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengersi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, cukup. Sudah tujuh minit.

draft • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, saya mohon penjelasan daripada kerajaan apa yang saya bangkitkan, walaupun saya hendak tempuh, nak sentuh ini NPC yang sangat penting dalam MITI ini. Tapi tak apa, sebab masa sudah cukup, saya menghormati arahan Puan Pengerusi. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengersi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Kampar.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Puan Pengerusi, saya mohon laluan sebentar untuk mengalu-alukan lawatan dari Kampung Sungai Sampo yang seramai 40

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

orang daripada DUN Sungai Lui Parlimen Jelebu yang diketuai oleh Cikgu Ermiziana binti Rahim. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Puan di-Pertua. Saya terus masuk ke Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Saya hendak masuk ke dalam Perjanjian Perdagangan Timbang Balas (ART). Sebelum ini Menteri telah menggunakan alasan ART ini telah disediakan oleh pegawai dan apa kritikan terhadap ART adalah satu kritikan terhadap penjawat awam.

Saya rasa sebagai Kerajaan MADANI kita tak patut guna alasan ini. ART ini boleh dipertahankan, tetapi kita tak patut gunakan alasan bahawa dokumen ini disediakan oleh penjawat awam, maka ia tak boleh dikritik. Kalau sebegitu, semua bajet yang telah dibentangkan dalam Parlimen tak boleh dikritik. Apa-apa polisi yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan juga telah dijalankan oleh penjawat awam. Jadi, saya rasa ini satu alasan yang tidak kukuh. Jadi, saya harap kerajaan tidak menggunakan alasan ini untuk mempertahankan ART.

Yang kedua, saya nak mohon supaya Menteri MITI jelaskan, adakah Menteri MITI masih mempertahankan pendirian bahawa kewangan dalam GLC bukan kewangan kerajaan. Kerana sebelum ini, Menteri Kewangan telah menegaskan bahawa apa-apa perbelanjaan di GLC dimasukkan ke dalam bajet dan dia pertahankan prinsip ini.

Namun, dalam Perjanjian ART, ada perbelanjaan yang dipakai oleh GLC.

Tetapi Menteri MITI menggunakan alasan yang lain bahawa duit Lim, Din dan Lat tak sama. Satu duit bapa, satu duit anak. Jadi, macam mana kita boleh ada dua Menteri dan dua prinsip yang berlainan? Dalam bajet kita masukkan perbelanjaan GLC, tetapi dalam ART kita katakan GLC ini duit GLC sendiri, bukan duit kerajaan. Kita tak boleh kaitkan duit GLC dengan duit kerajaan. Jadi, siapa betul, siapa salah? Saya mohon supaya Menteri MITI jelaskan pendirian ini, adakah Menteri MITI setuju bahawa perbelanjaan GLC dimasukkan ke dalam Bajet 2026.

Puan Yang di-Pertua, rakan-rakan saya di sebelah pembangkang telah habiskan masa yang berharga dalam Dewan ini dengan retorik yang tidak produktif...

draft • 11:54 AM

Tuan Pengersi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, butiran mana?

draft • 11:54 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Sama, sama. 030000 saya tak masuk butiran lain, sama. Okey. Menghabiskan masa berharga Dewan dengan retorik yang tidak produktif, mendakwa, menggadaikan...

draft • 11:54 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kampar, minta laluan. Minta laluan.

draft • 11:54 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Bagi saya habis dulu, saya habiskan satu perenggan, saya bagi you.

draft • 11:54 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, okey, terima kasih.

draft • 11:54 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mendakwa ART menggadai kedaulatan negara secara total. Walaupun saya menolak naratif yang melampau dan tidak berasas itu, saya perlu tegaskan bahawa rasa terdesak dan tergesa-gesa dalam urusan diplomatik dan perdagangan sebenarnya boleh merosakkan kedaulatan kita. Ya, Pendang.

draft • 11:54 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Rakan saya dari Kampar, cuma saya nak minta, adakah Kampar setuju dengan saya, baru-baru ini saya baca satu berita daripada Malay Mail yang mengatakan, warning by the negara — daripada Beijing. Tajuk dia, China warns Malaysia, Cambodia on US trip agreement citting iaitu grave concerns.

Jadi, China has issued a direct rebuke to the Malaysia and Cambodia lodging formal complaints over the new trade deals the two countries sign with the United State last month. Jadi, adakah ini ada kaitan dengan apa yang kita sebab MITI ini merupakan kita punya semboyan ataupun striker kita dalam perundingan ART ini. Sila, minta anda setuju ataupun tidak?

draft • 11:54 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, pandangan China itu membuktikan bahawa kita ada kedaulatan kita sendiri. Kita boleh sign perjanjian kita. Jadi, ini telah menolak dakwaan pembangkang bahawa kita telah menggadaikan kedaulatan negara.

draft • 11:54 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

China warning, Beijing warning Malaysia.

draft • 11:54 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Betul dia warning, tetapi dia tak boleh buat apa-apa.

draft • 11:54 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Maknanya kita terikat.

draft • 11:54 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini keputusan kita, ini keputusan kita.

draft • 11:54 AM

Tuan Pengersi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 11:54 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tak apa, nanti bagi Menteri jawab. Saya tak cukup masa, okey. Saya hendak tanya kepada Menteri. Kritikan saya adalah terhadap proses dan masa pemeteraian perjanjian ini. Menurut rekod, ART telah dimeterai pada

draft • 11:54 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

26 Oktober sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Namun, mengapa perlu kita menandatangani perjanjian ini secara tergesa-gesa, seolah-olah itu satu agenda yang perlu kita selesai sebelum perhimpunan serantau itu.

Saya nak tanya, apakah dateline yang diberikan oleh White House? Adakah ia sebelum ASEAN ataupun selepas ASEAN? Kalau dateline yang dibagikan selepas ASEAN, mengapa kita tak ambil masa untuk runding lebih lama dan jika kita tandatangani selepas ASEAN supaya kita ada lebih masa.

Yang kedua, mengapakah kita tandatangani perjanjian dan bukan frame work ataupun MoU. Menteri sudah kata, kalau kita tak tandatangani perjanjian ini, tarif akan naik, tetapi Thailand telah tandatangani framework, tarif itu dia tak naik. Jadi, saya harap Menteri boleh jelaskan sebab sebelum ini Menteri telah katakan kita akan sign framework dan kita semua anticipate, kita ada framework, tetapi tiba-tiba kita sign satu perjanjian. Dan saya juga nak juga Menteri jelaskan, adakah kesemua ART itu, seluruh dokumen telah dibentangkan dalam Kabinet dan telah dibincangkan...

draft • 11:54 AM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Kampar.

draft • 11:54 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya habis dulu, saya tak cukup masa, telah dibentangkan dalam Kabinet seluruh dokumen. Bukan absurd ke apa sema dokumen telah dibentangkan 100 peratus dan telah dibahas, dibincang dan telah diluluskan dalam Kabinet. Saya berharap Menteri MITI boleh jelaskan dengan sepenuhnya. Terima kasih.

draft • 11:54 AM

Tuan Pengersi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 11:54 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 03022 – Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Dua Hala.

draft • 11:59 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada perkembangan yang amat membimbangkan iaitu trend penurunan eksport minyak sawit ke China, salah satu rakan dagang dan pasaran terbesar negara. Tahun 2024, sebanyak 1.0 juta tan minyak sawit

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

dieksport ke China mencatat penurunan sebanyak 5.5 peratus dan 10 bulan pertama tahun ini merosot sebanyak 29 peratus.

Seperti yang sedia maklum, China selama ini merupakan antara tiga pengeksport utama sawit Malaysia, dunia. Namun, sejak 2023 hingga 2025, permintaan negara itu terhadap sawit Malaysia menunjukkan penyusutan disebabkan beberapa faktor global dan domestik di China termasuk pertumbuhan ekonomi China yang perlahan khususnya sektor hartanah dan pembuatan yang menyebabkan permintaan minyak sawit untuk makanan, kosmetik dan oleochemical merosot, polisi keselamatan makanan China yang berubah di mana mereka meningkatkan penggunaan minyak domestik seperti kacang soya dan rapeseed serta diversifikasi pembekal dari negara lain.

Ketidaktentuan harga dan kebergantungan kepada pasaran komuniti global menjadikan import sawit lebih berhati-hati. Persaingan harga dengan Indonesia yang menawarkan struktur cukai yang lebih fleksibel dan kos logistik yang lebih rendah. Oleh itu, Tangga Batu ingin bertanya kepada kerajaan. Apakah pelan strategik MITI dan Kementerian Perladangan untuk memulihkan serta memperkukuhkan eksport sawit ke negeri China? Adakah kerajaan sedang merundingkan semula sebarang perdagangan preferential termasuk pengurangan tarif, standard kualiti atau kerjasama industri oleochemical bersama China?

Tuan Pengerusi, laporan The Edge Malaysia bertarikh 28 November 2025 yang bertajuk “China demands Malaysia, Cambodia clarify trade deals with US”. Laporan itu menyebut bahawa China telah membuat aduan kepada Malaysia dan Kemboja mengenai perjanjian perdagangan yang dimeterai kedua-dua negara dengan Amerika Syarikat bulan lalu. Menurut laporan itu, Beijing menyatakan bahawa ia mempunyai kebimbangan serius terhadap beberapa bahagian dalam perjanjian perdagangan Amerika dan Malaysia. Tangga Batu ingin bertanya sejauh manakah seriusnya kesan yang akan berlaku terhadap hubungan dagangan antara Malaysia dan China akibat daripada Perjanjian ART ini.

Pengerusi, merujuk kepada Butiran 00202 – Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Pemodenan yang berjumlah RM31 juta. Saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada satu isu mendesak yang memberi kesan langsung kepada daya saing ekonomi negara iaitu kelewatan transformasi industri Malaysia ke arah automasi dan kecerdasan buatan (AI).

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Walaupun negara telah melancarkan pelbagai dasar industri seperti 4WRD, penubuhan National AI Office dan insentif melalui Bajet 2025, realitinya di lapangan menunjukkan bahawa kadar penerima gunaan automasi AI masih perlahan dan tidak sekata khususnya dalam kalangan PKS iaitu tulang belakang kepada ekonomi kita.

Kajian-kajian industri menunjukkan antara punca utama ialah kekurangan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, kos permulaan yang tinggi untuk robotik dan automasi, ketidakpastian pulangan pelaburan, isu infrastruktur digital serta kebimbangan berkaitan garis panduan keselamatan data dan AI.

Kelewatan ini menyebabkan negara berisiko hilang daya saing serantau.

Ekonomi seperti Vietnam, Thailand dan Singapura bergerak lebih pantas dalam automasi pengeluaran, integrasi data, masa nyata dan penggunaan AI dalam rantaian bekalan. Jika Malaysia tidak mempercepatkan perubahan ini, kita bukan sahaja ketinggalan dari segi produktiviti tetapi juga, bakal menghadapi tekanan kepada pasaran kerja kerana jutaan pekerja kita terdedah kepada automasi tanpa program latihan semula berkala besar.

Oleh itu soalan Tangga Batu kepada MITI, apakah status sebenar pasaran industri 4WRD dan inisiatif automasi sedia ada khususnya dalam industri PKS? Apakah strategi menyeluruh kerajaan untuk mempercepatkan penggunaan automasi dan AI termasuk akses pembiayaan, latihan teknikal dan penyediaan pusat demonstrasi industri? Dan akhirnya, bilakah kerangka peraturan AI yang komprehensif akan dimuktamadkan supaya pelabur dan industri mempunyai keyakinan untuk melabur dengan lebih agresif? Transformasi industri bukan pilihan. Ia keperluan untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing dari segi ekonomi global. Saya mohon penjelasan.

Dan akhiri soalan Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 050400 – Halal Development Corporation (HDC) dengan peruntukan bagi tahun 2026 sebanyak RM18.6 juta. Saya ingin membangkitkan isu yang semakin mendapat perhatian industri dan masyarakat iaitu kemungkinan Malaysia hilang posisi sebagai peneraju halal dunia.

Kedudukan yang selama ini menjadi kekuatan strategi negara dalam sektor makanan farmaseutikal, kosmetik dan logistik.

Malaysia sejak dua dekad lalu, diiktiraf sebagai penanda aras halal global melalui MF1500, Sistem Pensijilan JAKIM dan pengiktirafan oleh berpuluh negara. Namun kini, berdepan dengan tekanan daripada negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu,

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Turkiye, Indonesia dan Brunei yang mengembangkan ekosistem halal mereka dengan lebih pantas termasuk pelaburan digitalisasi rantaian halal, standard piawaian baru dan hab logistik bertaraf dunia.

Di lapangan, industri menyuarakan kebimbangan tentang kelewatan proses pensijilan halal, kekurangan pegawai halal terlatih, isu pensijilan pihak asing yang berkembang dengan cepat serta kurangnya integrasi teknologi seperti traceability blockchain, AI dan IOT dalam memastikan kecekapan ekosistem halal negara.

Oleh itu, Tangga Batu ingin MITI menjelaskan apakah status pelaksanaan Pelan Reformasi dan Ekosistem Halal Negara termasuk digitalisasi penuh proses pensijilan dan pengurangan masa kelulusan? Kedua, bagaimanakah kerajaan merancang memperkukuhkan JAKIM dan agensi halal lain melalui pendekatan kapasiti, standardisasi latihan serta teknologi pengolahan rantaian? Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 12:00 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 00520 – Dana Pelaburan Strategik. Bercakap mengenai semikonduktor, Malaysia kini berada dalam kedudukan yang sangat strategik.

Kita antara lima hab semikonduktor terbesar di dunia, menguasai lebih 13 peratus pasaran global dalam assembly, testing and packaging. Melalui National Semiconductor Strategy (NSS), kerajaan menyasarkan membangunkan 110 syarikat bernilai tinggi termasuk dalam IC design and advanced packaging.

Namun juga, terdapat tiga cabaran kritikal yang perlu diselesaikan segera.

Pertama, kita kekurangan bakat mahir (expert engineers) design, mass design, packaging, process engineering. Hanya 40 peratus graduan E&E memenuhi keperluan industri. Segmen berimpak tinggi seperti IC design dan advanced packaging memerlukan pelaksanaan peningkatan kemahiran yang lebih pantas dan menyeluruh.

Kedua, penggantungan kepada [Tidak jelas] bermargin rendah. Majoriti syarikat tempatan belum melonjak ke peringkat bernilai tinggi seperti chip design, photonics dan equipment manufacturing. Untuk mencapai wawasan NSS, kita perlu mesti mempercepatkan pembangunan teknologi bernilai tinggi ini.

draft • 12:06 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Ketiga, keperluan ekosistem dan infrastruktur yang mantap. Industri bernilai tinggi memerlukan bekalan elektrik ultra-stable, air ultra-pure, zon bebas banjir dan penyelarasan dasar whole-of-government yang benar-benar berfungsi.

Jurang kita masih besar. TSMC menguasai 60 peratus pasaran foundering, welfare-fact foundering dan memimpin teknologi 3NM menuju ke 2NM. Silicon Valley pula menguasai segmen paling bernilai iaitu chip design dan IP melalui NVidia, QualComm, Apple dan sebagainya. Malaysia berada di tengah-tengah, lebih kuat berbanding ASEAN yang lain tetapi masih jauh di belakang Taiwan dalam pembuatan cip termaju dan jauh ke belakang Silicon Valley dalam inovasi dan reka bentuk cip.

Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 03000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Saya ingin menyentuh isu yang sering, sedang diperkatakan sekarang iaitu Perjanjian Perdagangan ART dengan Amerika Syarikat. Pakar ekonomi menyuarakan kebimbangan bahawa cost-benefit analysis (CBA) belum― yang penuh belum dibentangkan.

Perjanjian jangka panjang mesti disandarkan kepada data, unjuran ekonomi, impak pekerjaan dan kesan sosial. Jadi maka itu, saya mohon penjelasan adakah CBA lengkap telah disediakan dan bilakah ia akan dapat dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Parlimen?

Kebimbangan mengenai hak bumiputera. Terdapat dakwaan bahawa ART boleh menjejaskan keutamaan bumiputera dalam perolehan kerajaan. Maka, saya ingin bertanya adakah ART menyentuh dasar bumiputera dalam perolehan dan vendor development? Jika ya, apakah carve-out yang dirundingkan? Bagaimanakah kerajaan memastikan dasar affirmative dalam Perlembagaan tidak dicabar melalui ART?

Ketiga, isu minit Jemaah Menteri. Terdapat laporan bahawa minit dan ulasan teknikal kementerian tidak didedahkan kepada Parlimen. Dalam semangat pentadbiran MADANI ini, mengapa Parlimen tidak dimaklumkan lebih awal mengenai perjanjian besar seperti ART?

Seterusnya ialah klausa automatif iaitu risiko kepada industri tempatan.

Kebimbangan besar ialah NX3, Article 2.11, saya baca dalam Bahasa Inggeris, “Malaysia shall accept vehicles and vehicle parts that are manufactured and sold in United States and comply with FMVSS and US National Standard. (b), accept US compliance procedure for automotive product without requirement for US vehicle.” Ia mewajibkan Malaysia menerima kenderaan Amerika Syarikat mematuhi FMVSS iaitu

draft • 12:06 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Federal Motor Vehicle Safety Standard sedangkan Malaysia berasaskan standard UNECE, United Nations Economy Commission for Europe.

draft • 12:06 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Isu ini menimbulkan dua risiko. Satu, ketidakseragaman standard menyebabkan persaingan tidak seimbang antara pengeluar Jepun, Korea, Eropah dan Malaysia. Yang kedua, impak pada vendor [Tidak jelas] seperti Proton, Perodua dan keseluruhan ekosistem automatif.

Justeru, soalan saya kepada MITI, adakah kuasa ini sejajar dengan National Automative Policy 2020? Dan apakah kesan kepada vendor dan kilang pemasangan tempatan? Dan adakah Malaysia mendapat reciprocity iaitu kenderaan Malaysia boleh masuk Amerika Syarikat tanpa standard tambahan? Kalau tidak, ini tidak adil.

Jadi, saya ingin mencadangkan, MITI membentangkan laporan komprehensif impak ART kepada Parlimen dengan menubuhkan mungkin taskforce Parlimen MITI untuk memantau pelaksanaan ART. Saya percaya semua perjanjian perdagangan masa depan melalui konsultasi luas melibatkan industri, pakar ekonomi dan akademia.

Juga disentuh oleh rakan-rakan saya yang lain mengenai laporan Bloomberg pada November 28, “China complaint to Malaysia and Cambodia about trade deal they signed with the US last month underscoring the delicate balance country must strike in the rivalry between Beijing and Washington”. Dan Beijing memberi peringatan kepada Malaysia, “We hope Malaysia will fully consider and properly handle this matter in light of its long-term national interests”. Jadi Pengerusi, kita menyokong usaha kerajaan meningkatkan perdagangan dan pelaburan. Namun, perjanjian sebesar ART tidak boleh dimuktamadkan tanpa semak imbang yang kukuh. Ia mesti dipandu oleh ketelusan, transparent, data, cost benefit analysis dan perlindungan terhadap kepentingan nasional. Saya yakin MITI akan memberikan penjelasan yang menyeluruh agar setiap keputusan memastikan kedaulatan ekonomi, kesejahteraan rakyat dan masa depan industri negara terus dipelihara. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 12:10 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan belanjawan MITI 2026 di peringkat Jawatankuasa.

MITI telah diberikan peruntukan sejumlah RM1.9 bilion bagi tahun 2026 berbanding 2025 sebanyak RM2.18 bilion iaitu penurunan sebanyak RM284 juta.

Namun, bagi belanja pembangunan ia kekal seperti tahun 2025. Ini satu perkara yang baik.

Sesungguhnya belanjawan MITI meningkat begitu tinggi berbanding dengan tahun-tahun 2022, RM1.2 bilion. 2023, meningkat RM1.6 bilion. 2024, RM1.6 bilion.

2025, RM2.18 bilion. Jika dibandingkan belanjawan tahun 2022 dengan 2025, ia didapati meningkat sebanyak RM1 bilion iaitu kenaikan lebih daripada 80 peratus.

Peningkatan perbelanjaan sejak 2022 hingga 2025 dilihat selaras atau sejajar dengan peningkatan jumlah pelaburan yang diluluskan oleh MIDA iaitu 2022, RM264 bilion, 2023 naik kepada RM329 bilion, 2024 naik kepada RM378 bilion dan 2025 takat sembilan bulan, Januari–September, RM285 bilion. Ertinya ia adalah satu return of investment, dengan izin.

Kubang Pasu ingin menarik perhatian tentang visi MITI iaitu Malaysia destinasi pelaburan terpilih, negara pendirian mampan dan negara dagangan berdaya maju, berdaya saing. Manakala, misinya pula antaranya untuk menarik pelabur berkualiti dan bernilai tinggi serta memperkukuh mengekalkan pelaburan sedia ada dan seterusnya boleh baca dalam buku.

Pada pandangan Kubang Pasu, visi-visi dan misi memang baik tetapi ia perlu ada kayu pengukur untuk menilai pencapaian visi dan ketiga-tiga misi berkenaan.

Kubang Pasu berharap agar Menteri dapat memberikan penjelasan tentang perkara ini.

Seterusnya, Kubang Pasu ingin menyentuh kepada Butiran 00525 di bawah tajuk dana berimpak tinggi sejumlah RM50 juta yang telah diperuntukkan kepada MADA tidak diberi dalam tahun 2025. Kubang Pasu ingin bertanya kepada Menteri tentang umpamanya, contoh projek-projek yang akan dilaksanakan. Butiran 00530 di bawah tajuk menaik taraf dan memperbaiki infrastruktur asas kawasan perindustrian sedia ada dengan anggaran perbelanjaan RM20 juta.

Pada tahun 2025, perbelanjaan ini hanya RM15 juta. Kubang Pasu berpandangan agar iaitu anggaran perbelanjaan untuk perkara ini perlu dinaikkan jika

draft • 12:11 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

tidak pada tahun 2026 tetapi pada tahun-tahun yang akan datang. Terdapat banyak kawasan-kawasan persendirian umpamanya di Kedah seperti di Bukit Selambau, Bakar Arang, Sungai Petani, [Tidak jelas] Industri Kulim, bukan technology park. Semuanya ada masalah. Dan saya percaya negeri-negeri lain pun ada masalah berkenaan perkara- perkara ini.

Butiran 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).

Peruntukan dinaikkan daripada RM200 juta pada 2025 kepada sehingga RM380 juta bagi 2026. Mohon Menteri memperincikan projek program yang akan dilaksanakan dengan peruntukan yang lebih tinggi ini.

Seterusnya mengenai Akta Timbal Balas, Akta Lambakan 1993 yang telah kita pinda pada Ogos lalu iaitu bagi melindungi industri tempatan daripada amalan pedagang asing yang tidak adil seperti lambakan barang pada harga rendah daripada pengeluaran.

Ia penting untuk memastikan persaingan pedagang antarabangsa yang lebih adil dan menyokong pertumbuhan ekonomi industri domestik.

Negara China sekarang mengalami masalah over supply yang amat serius di mana pengeluaran produk-produk jauh lebih banyak dari keperluan domestik umpamanya pembuat-pembuat kereta EV dijangka akan mengeluarkan lebih daripada 40 juta EV setahun untuk lima tahun yang akan datang di mana 10 juta kereta EV akan dipasarkan di luar negara termasuk Malaysia sudah tentunya.

Situasi ini sudah tentu akan memberikan kesan yang buruk kepada syarikat- syarikat tempatan seperti Proton dan Perodua. Di samping itu, terdapat banyak lagi produk-produk negeri China seperti tayar yang dilambakkan di pasaran antarabangsa sejak beberapa tahun lalu sehingga syarikat-syarikat pembuatan di Malaysia Good Year dan Continental terpaksa gulung tikar.

Sekarang ini, peniaga-peniaga F&B negara terpaksa bersaing dengan brand, brand dari China seperti Mixue, Lucky Cup, Chagee, Luckin Coffee, Haidilao dan lain- lain lagi. Persoalannya ialah apakah langkah dan tindakan yang akan diambil oleh MITI bagi mengurus dan mengawal isu lambakan ini supaya dia tidak membunuh syarikat- syarikat tempatan?

Terakhirnya Puan Pengerusi, masalah sektor pembuatan elektronik iaitu Electronic Manufacturing Services (EMS) yang terjejas akibat 19 peratus tarif Amerika Syarikat. Ini risiko tarif. Dan shifting supply chain, sebuah syarikat tempatan P.I.E.

Industrial Berhad telah menghadapi penangguhan shipment kerana menunggu

draft • 12:11 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

pelepasan US Custom and Border Protection selama sebulan dan terpaksa mengubah sebahagian dari pengeluaran yang di ASEAN, Malaysia, Thailand dan Indonesia ke Mexico dan Amerika Syarikat untuk mendapatkan perlepasan yang lebih mudah. Mohon Menteri memberikan pencerahan tentang perkara ini.

Puan Pengerusi, MITI adalah kementerian yang paling penting bagi pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi amat bergantung pada MITI dalam pelaburan, pembuatan dan perkhidmatan industri dan perdagangan eksport negara. Maka, sudah tentulah rakyat dan negara amat berharap kepada MITI untuk menjayakan agenda ekonomi negara ini. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:11 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 12:11 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang kepada Batu Gajah untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026 di bawah Kepala 24 iaitu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Saya meneliti ucapan belanjawan dan dokumen sokongan MITI. Saya melihat satu perkara besar yang wajar diberi perhatian serius iaitu kualiti pelaburan yang masuk ke negara bukan sekadar jumlah keseluruhan pelaburan. Kita hidup dalam suasana geopolitik yang tidak menentu. Namun, meskipun keadaan global mencabar, Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang diyakini hasil kepimpinan kerajaan dan pelaksanaan yang stabil.

MITI melalui Butiran 040100 – Dasar Pelaburan dan Fasilitasi Perdagangan dan juga Butiran 040300 – (MIDA) Malaysian Investment Development Authority telah mengukuhkan kerangka pelaburan negara dengan memperkenalkan rangka insentif baru yang lebih terarah kepada pelaburan berimpak tinggi. Rangka baru ini memastikan pelaburan asing bukan sekadar membuka kilang tetapi membuka ruang pemindahan teknologi, automasi, inovasi dan penyertaan vendor tempatan.

Dalam sembilan bulan pertama 2025, Malaysia mencatat RM285.2 bilion pelaburan diluluskan. Peningkatan 13.2 peratus daripada tempoh sama tahun sebelumnya. Ini membuktikan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap kestabilan dan

draft • 12:18 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

hala tuju ekonomi negara. Namun, kerajaan tidak mengejar angka. Di bawah Butiran 020200 iaitu pembangunan industri fokus, MITI adalah memastikan pelaburan memacu industri masa depan seperti;

(i) semikonduktor berteknologi tinggi,

(ii) kecerdasan buatan dan robotik,

(iii) mobiliti baharu dan EV,

(iv) bioteknologi; dan

(v) tenaga boleh baharu.

Pelaburan sebegini membawa nilai tambah yang jauh lebih besar kepada ekonomi.

draft • 12:18 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Pengerusi, Kerajaan MADANI amat memahami harapan rakyat untuk mendapatkan pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji yang lebih kompetitif. Oleh itu, MITI menekankan pematuhan ESG melalui Butiran 020500 – iESG yang memastikan industri mematuhi standard kelestarian dan automasi. Di samping itu, usaha peningkatan produktiviti nasional diperkukuhkan di bawah Butiran 020800 – MPC iaitu bagi memastikan industri tidak ketinggalan dalam persaingan global. Pendekatan ini memastikan setiap pelaburan baharu bukan sahaja mencipta peluang pekerjaan tetapi meningkatkan taraf kemahiran tenaga kerja negara.

Tuan Pengerusi, Kerajaan MADANI amat menitikberatkan bahawa pelaburan berkualiti tinggi mesti membawa manfaat langsung kepada syarikat Malaysia. Justeru, MITI melalui MIDA, 040300, memperkukuh agenda pembangunan vendor tempatan sebagai komponen wajib dalam pelaburan berimpak tinggi. Kerajaan tidak mahu MNC beroperasi sebagai pulau ekonomi yang hanya mengimport input dari luar. Kita mahu syarikat tempatan menaiki tangga rantaian nilai global.

Pendekatan ini melibatkan beberapa elemen utama. Pertama, pemindahan teknologi berskala tinggi. MITI mewajibkan pelabur untuk memakai pelan jelas melibatkan latihan teknikal, penempatan jurutera Malaysia di luar negara, pemindahan teknologi automasi dan pembangunan R&D bersama.

Kedua, pembangunan vendor tempatan berstatus global. Melalui Butiran 030200 – Hubungan Perdagangan Dua Hala, MITI memperluas supplier matching, pensijilan industri dan program vendor readiness untuk membolehkan PKS Malaysia memenangi kontrak tier 1 dan tier 2 dalam industri semikonduktor, E&E dan EV.

draft • 12:20 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ketiga, industrial deepening. Kerajaan menekankan agenda peningkatan kandungan tempatan, penggunaan teknologi hijau dan pendalaman rantai nilai supaya industri tempatan tidak kekal di tahap asas tetapi naik ke tahap ODM dan advanced manufacturing.

Dan yang keempat, ekosistem kerjasama MNC dan PKS yang tersusun.

Kerajaan mewujudkan platform penyatupaduan industri yang menghubungkan MNC dengan vendor tempatan, institusi penyelidikan dan universiti teknikal. Ini memastikan pelaburan asing bukan hanya membuka kilang tetapi membuka peluang jangka panjang kepada syarikat kita.

Tuan Pengerusi, negara serantau seperti Vietnam dan Indonesia semakin agresif menarik pelaburan. Namun, Malaysia mempunyai kelebihan yang ketara iaitu kestabilan politik, dasar kerajaan yang konsisten dan kapasiti industri yang kukuh. MITI melalui Butiran 030300 iaitu Integrasi Ekonomi ASEAN dan 040200 – Ekonomi Digital turut memastikan Malaysia berada di hadapan dalam sektor frontier seperti semikonduktor, AI dan teknologi.

Tuan Pengerusi, akhirnya, izinkan saya menegaskan bahawa pelaburan berkualiti tinggi bukan sekadar strategi ekonomi, ia adalah asas kepada masa depan negara. MITI sedang melakukan transformasi yang bukan sahaja menarik pelaburan tetapi membina industri, menaik taraf tenaga kerja, memperkasa vendor tempatan dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global. Kerajaan MADANI telah meletakkan negara pada laluan yang betul iaitu haluan yang berterusan, inovasi dan berdaya saing.

Justeru, dengan penuh keyakinan, saya menyokong peruntukan di bawah Kepala 24 – MITI kerana inilah pelaburan yang akan menentukan kekuatan ekonomi Malaysia untuk satu dekad yang akan datang. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Terengganu.

draft • 12:20 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalam pembuka kalam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Mengalu-alukan — dia orang dah nak keluar dah, baru nak alu ― Pengerusi, rombongan pelajar dari Sekolah

draft • 12:24 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Menengah Integrasi Teras Islam seluruh Malaysia seramai 80 orang. Terima kasih kepada anak-anak dan adik-adik.

Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk membahas peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri tahun 2026 pada hari ini. Saya terus kepada Butiran 030000.

Sebelum itu, Tuan Yang di-Pertua, hari ini hari yang paling malang bagi kita kerana kita kekurangan empat orang Menteri bermula pada hari ini. Jadi, saya harap pihak kerajaan supaya mempercepatkanlah pelantikan. Ada ramai yang saya rasa layak untuk jadi Menteri untuk nak memantapkan lagi pengurusan negara.

Pengerusi, 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa. Sebagaimana rakan-rakan yang lain, mereka menyebut pasal Perjanjian Perdagangan Timbal Balas

(ART) yang saya kecewa kerana Perdana Menteri dan Menteri MITI seolah-olah bersetuju dan menuruti segala syarat yang dikenakan oleh Amerika.

Walaupun banyak denial atau penafian yang dibuat, tetapi masyarakat di luar sana masih belum berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Ini termasuk yang terbaru, Tommy Thomas yang mengatakan bahawa inilah perjanjian yang paling teruk yang pernah beliau lihat sepanjang merdeka. Ini satu benda yang tak boleh dipandang ringan, Pengerusi.

Ini menunjukkan bahawa apa yang saya faham daripada jawapan daripada Menteri Digital beberapa hari lalu mengatakan bahawa, “Malaysia should consult”. Dia kata, “Lebih bagus daripada Malaysia should accept”. Ataupun shall consult atau shall accept.

Pada saya, persoalannya, kenapa kita sebagai sebuah negara yang berdaulat, sebuah negara yang merdeka, sebuah negara yang boleh berdiri atas kaki sendiri terpaksa berunding dan berbincang dengan Amerika untuk melakukan perbuatan ataupun kerja buat kita? Ini suatu benda yang saya rasa tak dapat diterima oleh akal yang sihat. Kita sebuah negara yang merdeka terpaksa berunding dan meminta persetujuan sebuah negara lain untuk menentukan hala tuju negara kita.

Jadi, kita harap walaupun dikatakan ada exit clause tetapi ia nya bukan mudah kerana kita berunding dengan satu kuasa yang menghalalkan sebarang cara untuk nak menekan dan menindas kita. Sebab itu, kita berharap agar walaupun saya yakin, saya percaya rakyat Malaysia bersetuju. Daripada kita menggadai kedaulatan kita dengan

draft • 12:24 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

sebatang pen, adalah lebih baik kita dikenakan tarif 100 peratus oleh Amerika. Saya rasa rakyat kita lebih bersedia dan lebih mampu untuk menerima hakikat tersebut.

Lantaran itu, Yang di-Pertua, Malaysia atas kebaikan tersebut bersetuju menurunkan kadar tarif kepada sifar untuk 6,911 produk. Dan dalam masa yang sama, kita juga dipaksa― walaupun dikatakan bukan dipaksa, tetapi pada kami, pada rakyat merasakan mereka dipaksa untuk membeli sebanyak 30 lagi pesawat Boeing. Jadi, inilah ikatan-ikatan yang terpaksa kita bayar untuk nak mendapat sedikit pengurangan tarif daripada big brother.

Jadi, bagi saya, ia bukan perjanjian timbal balas. Ini perjanjian berat sebelah yang dialami oleh negara untuk nak mengemis sekadar 19 peratus tarif tersebut. Dan kita juga difahamkan bahawa China dah mula warning kepada Malaysia berkaitan dengan hal tersebut. Lantaran itu, kita berharap supaya kerajaan benar-benar teliti, benar-benar periksa satu persatu isi perjanjian ART ini kerana kita tak mahu— dulu kita dijajah melalui peperangan, hari ini kita dijajah dengan sebatang pen sahaja, Yang di- Pertua.

Yang di-Pertua, selain daripada itu, berkaitan dengan hal tersebut juga, saya ingin bertanya, dikatakan bahawa quarter ketiga 2025, potensi pelaburan RM24.5 bilion, manakala peluang eksport RM33.6 bilion. Sehingga hari ini, saat ini, berapakah potensi tersebut dapat direalisasikan? Berapa bilionkah yang dapat masuk ke negara kita?

Kemudian, seterusnya, berkaitan dengan antilambakan. Kita tahu riuh di luar sana mengatakan bahawa satu syarikat besar daripada China telah buka satu pusat pembaikian dan pembekalan spare parts kereta yang bernama TUHU. Ia produk daripada China. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk pastikan bahawa perkara ini tidak menjejaskan peluang perniagaan dan peluang perdagangan rakyat tempatan di negara kita? Kerana kita tahu lambakan yang berlaku di China ini akan sedikit sebanyak akan merosakkan ataupun akan mengganggu perniagaan kita.

Seterusnya, Yang di-Pertua, P.24 00201 – Program Pembangunan Industri Automotif yang berjumlah RM39 juta. Baru-baru ini, Perdana Menteri melancarkan Perodua QV-E, iaitu kenderaan elektrik, yang mana persoalan saya ialah berapakah peluang pekerjaan yang dapat disediakan dengan pelancaran model baharu ini dan apakah ia nya memberi keuntungan kepada rakyat Malaysia?

Dan akhir sekali Yang di-Pertua, berkaitan dengan halal. Kita berharap halal yang menjadi suatu benchmark kepada negara, yang dipuji oleh seluruh negara kerana halal

draft • 12:24 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

kita― apakah yang dibuat untuk memastikan bahawa halal industry ini tidak sekadar Muslim friendly, no alcohol, no pork dan no lard? Kerana kita berharap dengan ada HDC ini, apakah bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada HDC untuk memantap dan menggemilangkan Halal Development Corporation? Terima kasih Pengerusi.

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Terengganu. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Speaker. Saya akan membahaskan Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa bagi Maksud Bekalan 24, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Puan Speaker, saya dalam perbahasan ini akan menyentuh tentang Perjanjian Timbal Balas Perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang biasa disebut ART yang ditandatangani oleh Perdana Menteri kita pada 26 Oktober 2025 yang lalu.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang telah ditandatangani itu adalah satu kesilapan Kerajaan Malaysia. Saya berdiri di sini bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen, tetapi sebagai seorang peguam yang dilatih, di mana soal perjanjian ini merupakan asam garam kehidupan kami dalam praktis guaman.

Jadi, saya berdiri di sini Timbalan Speaker, untuk selamatkan negara kita ini daripada kehilangan kedaulatan dan kemerdekaannya. Saya ingin bertanya pada Timbalan Menteri. Di tangan saya ini adalah senaskhah perjanjian yang ditandatangani oleh Perdana Menteri kita.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Saya nak merujuk kepada Artikel 7.2 – Entry into Force berkuatkuasanya perjanjian ini. Saya bertanya— Yang Berhormat Menteri beritahu Parlimen ini.

Sudahkah exchange written notification telah dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Amerika? Kalau belum, pertukaran exchange notification dalam Artikel 7.2 ini, saya rasa Malaysia boleh diselamatkan lagi. Sebab kalau notis telah bertukar tangan dalam masa 60 hari, perjanjian ini akan berkuat kuasa. Jadi, kalau

draft • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

belum ada pertukaran written notification ini, saya minta kerajaan jangan lakukan ini.

Jangan adakan pertukaran ini. Jangan buat perkara di bawah Artikel 7.2 ini.

Kedua, Timbalan Menteri jawab di Parlimen ini. Kalau belum, katakan belum.

Kalau sudah, katakan sudah. Kalau sudah, bagi tahu bila exchange itu bertukar tangan atau dihantar? Sekiranya written notification ini telah bertukar tangan, dalam masa 60 hari perjanjian ini berkuat kuasa, masih boleh kita selamatkan negara kita ini di bawah Artikel 7.5 – Termination. Pembatalan perjanjian ini.

Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau written notification ini telah diserahkan kepada pihak Amerika, dalam masa 60 hari perjanjian ini berkuat kuasa, saya minta kerajaan — komitmen. Mesti batalkan perjanjian ini. Mesti batalkan perjanjian ini.

[Tepuk] Perjanjian ini telah disebut banyak pihak. Di dalam Parlimen, di luar Parlimen. Lopsided, berat sebelah. Kita bukan boneka Amerika. Kita negara yang merdeka yang berdaulat.

[Tepuk] Puan Speaker, akhir sekali, saya minta Yang Berhormat Menteri, kita berdirilah dalam Parlimen ini bersaksikanlah kepada rakyat yang menyaksikan perbahasan kita ini.

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pasir Gudang.

draft • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Kita berdiri sebagai seorang patriot...

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pasir Gudang.

draft • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

...Yang akan menjaga kedaulatan dan kemerdekaan negara kita. Kita tidak akan benarkan negara kita ini digadai kepada sesiapa juga. Sekali merdeka, kita akan tetap merdeka.

[Tepuk]

draft • 12:30 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Pasir Gudang. Boleh? Boleh tak?

draft • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Sekian, terima kasih Puan Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Terengganu, saya tak bagi. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 12:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Yang Berhormat

draft • 12:35 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri ataupun MITI.

Yang Berhormat Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran B.030100 – Hubungan Serantau dan Antarabangsa. Persoalan saya di bawah butiran ini, adakah kerajaan telah menilai implikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balik dengan Amerika Syarikat ataupun ART terhadap daya saing industri tempatan, terutamanya sektor-sektor strategik yang mungkin terdedah kepada persaingan luar.

Selain itu, apakah kesan kepada kemasukan pelaburan asing di Malaysia akibat perjanjian timbal balik tersebut, khususnya apabila terdapat klausa dalam perjanjian bahawa Malaysia perlu merujuk kepada Amerika Syarikat terlebih dahulu dalam keadaan tertentu.

Yang Berhormat Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti. Laporan MIDA pada tahun 2023 merekodkan sebanyak RM329.5 bilion pelaburan diluluskan dengan 57.2 peratus datang daripada FDI. Manakala, kenyataan MITI terkini menunjukkan pelaburan diluluskan pada tahun 2024 meningkat kepada RM378.5 bilion dengan komposisi beralih kepada 55 peratus pelaburan domestik.

Selaras dengan sasaran Belanjawan 2026 untuk mengukuhkan pelaburan domestik dan daya tahan ekonomi, apakah faktor sebenar di sebalik perubahan komposisi ini? Adakah MITI melihatnya sebagai petanda kelembapan minat FDI atau sebagai bukti kejayaan dasar menggalakkan pelaburan domestik berimpak tinggi?

Dalam butiran yang sama Yang Berhormat Pengerusi, selaras dengan tumpuan Belanjawan 2026 terhadap pengagihan pembangunan wilayah dan pengurangan jurang bandar dan luar bandar, bolehkah MITI bentangkan pecahan pelaburan diluluskan pada tahun 2023 dan 2024 mengikut pertama, negeri; yang kedua, bandar dan luar bandar; dan ketiga ialah sektor bernilai tinggi— sektor bernilai tambah tinggi seperti E&E, EV dan digital, berbanding sektor insentif buruh serta menjelaskan sejauh mana tinggi pelaburan MITI melalui MIDA benar-benar menyokong aspirasi ekonomi negara untuk pengagihan wilayah yang lebih seimbang.

Yang Berhormat Pengerusi, melalui Butiran B040300 – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Saya ingin bertanyakan berkaitan pertama, apakah status terkini pelaburan yang telah diluluskan oleh MIDA untuk Kelantan dan berapa banyak

draft • 12:35 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

daripada projek-projek ini yang benar-benar telah mula beroperasi berbanding secara sekadar diumumkan.

Kedua, berapakah jumlah keseluruhan nilai pelaburan yang diterima oleh Kelantan pada tahun lalu dan berapa peratus daripada pelaburan tersebut datang daripada pelaburan langsung asing (FDI) berbanding pelaburan domestik (DDI)?

Ketiga, adakah projek berimpak tinggi dirancang oleh MIDA untuk Kelantan pada tahun 2026, khususnya dalam sektor pembuatan tenaga boleh baharu, ekonomi digital atau industri halal?

Keempat, berapa banyak pelaburan tahun 2025 di Kelantan yang benar-benar menghasilkan peluang pekerjaan baharu dan apakah langkah kawal selia bagi memastikan pekerjaan tersebut berkualiti serta tidak sekadar pekerjaan bernilai rendah?

Kelima, sejauh mana MIDA terlibat dalam merangka pelan pelaburan negeri untuk tahun 2026 dan apakah sasaran nilai pelaburan khusus untuk Kelantan bagi tahun tersebut?

Keenam, adakah MIDA bersedia mendedahkan senarai syarikat yang melabur di Kelantan tahun lalu, status kemajuan mereka serta alasan jika terdapat projek yang terbengkalai ataupun ditangguh?

Pengerusi, butiran seterusnya ialah B.050400 – Halal Development Corporation

(HDC). Terdapat tiga pertanyaan di bawah butiran ini. Pertama, apakah strategi konkrit HDC untuk meningkatkan jumlah usahawan tempatan khususnya PKS agar lebih ramai memohon sijil halal dan sejauh mana keberkesanan insentif atau sokongan yang lebih diperkenalkan— yang telah diperkenalkan setakat ini?

Kedua, adakah HDC bersedia membimbing usahawan PKS dalam proses memohon sijil halal kerana masih dianggap rumit dan membebankan usahawan kecil serta apakah langkah-langkah pembaharuan yang sedang dirangka bagi menurunkan kos pematuhan agar lebih ramai PKS berani memasuki ekosistem halal?

Soalan ketiga ialah sejauh mana wujudnya penyelarasan sistem data dan dasar antara HDC dan JAKIM bagi memastikan proses pensijilan halal lebih pantas, telus dan tidak bertindih serta bilakah pelan penyelarasan menyeluruh ini dijangka dapat disiapkan?

draft • 12:35 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Butiran terakhir Yang Berhormat Pengerusi ialah P.00201 – Projek Pembangunan Industri Automatif. PM akan melancarkan EV Perodua tempatan

draft • 12:40 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

pertama. Jika kereta ini dibangunkan oleh syarikat tempatan. Berapa banyak syarikat tempatan yang terlibat dalam projek ini? Atau EV Perodua ini dibangunkan semuanya di China?

Bagaimana pula kerajaan memastikan Dasar Automatif Negara kekal adil dan seimbang antara menggalakkan peralihan kepada EV dan pada masa yang sama tidak menghukum pengguna yang masih memerlukan kenderaan tempatan biasanya tanpa mencipta ketidaksamaan pasaran atau menekan pengeluar tempatan?

Melalui butiran ini yang terakhir Yang Berhormat Pengerusi ialah ingin menanyakan berkaitan dengan Program MARiiCas. Soalan pertama dengan peruntukan sebanyak RM29.17 juta dan hanya 10,600 peserta setakat Oktober 2025 iaitu 87.2 peratus daripada sasaran. Apakah justifikasi kerajaan untuk tidak melanjutkan MARiiCas lebih awal sedangkan permintaan yang tinggi jelas menunjukkan manfaatnya kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Yang kedua, dengan semakin banyak model motosikal elektrik CKD iaitu sekitar 28 model pada tahun 2025 menyertai pasaran, adakah kerajaan sedar bahawa pemberhentian MARiiCas secara tiba-tiba boleh melemahkan industri EV tempatan yang baru berkembang dan apakah mitigasi yang sedang dirancang.

Dan poin terakhir, bilakah kerajaan akan memuktamadkan keputusan untuk menyambung kembali Program MARiiCas bagi tahun 2026? Memandangkan ketidaktentuan dasar ini boleh menjejaskan perancangan pengguna, pengeluar CKD tempatan dan pelabur sektor mobiliti elektrik. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 12:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, terima kasih atas peluang ke atas Padang Rengas untuk membahaskan peruntukan MITI, kementerian yang menjadi tulang belakang perindustrian dan pelaburan negara.

Satu promosi pelaburan di bawah Butiran B.24, 030000. Walaupun kita mendengar angka pelaburan besar diumumkan saban tahun. Realitinya, Malaysia masih ketinggalan di belakang Vietnam dan Indonesia dalam FDI, proses kelulusan lambat, dasar tidak konsisten, pelabur semakin hilang keyakinan.

draft • 12:41 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Saya ingin bertanya apakah KPI bagi setiap ringgit di bawah Butiran 030000 ini.

Rakyat mahu lihat angka pekerjaan sebenar bukan angka pelaburan atas kertas.

Tuan Pengerusi, kedua, Pembangunan Perindustrian Butiran B.24, 020200. MITI perlu jelaskan bagaimana peruntukan ini membantu syarikat tempatan bukan hanya syarikat multinasional. Kita tidak mahu Malaysia kekal sebagai negara pemasangan

(assembly nation). Saya mencadangkan dasar local vendor obligation supaya syarikat asing wajib melibatkan vendor tempatan dalam rantaian bekalan.

Di Padang Rengas sendiri, peluang pekerjaan industri hampir tiada. Saya ingin tahu adakah MITI bercadang mewujudkan mini industri hab untuk Parlimen luar bandar yang mempunyai potensi logistik.

Tuan Pengerusi, yang ketiga, Pembangunan PKS Butiran 020100. SME adalah nadi ekonomi. Namun, ramai mengadu kos operasi tinggi, automasi mahal, birokrasi geran terlalu rumit, latihan banyak tapi tiada hasil. Saya meminta MITI memperkenalkan skim automasi SME 2026, geran mesin pinjaman kosong peratus dan digitalisasi wajib untuk IKS luar bandar. Soalan saya, berapa peratus daripada Butiran 020000 ini benar- benar sampai kepada usahawan kecil?

Tuan Pengerusi, keempat pelaburan asing khususnya daripada China, 030200.

Pelaburan dialu-alukan tetapi mesti ada syarat jelas. Isu sekarang tenaga kerja tempatan tidak mendapat tempat, teknologi tidak dipindahkan, rantaian bekalan tidak melibatkan vendor tempatan. Saya mahu penjelasan, apakah syarat teknologi transfer requirement MITI kepada pelabur China dan negara-negara lain? Tanpa syarat ini Malaysia hanya jadi kilang kos rendah.

Kelima, Industri Hijau dan ESG Butiran 020500. Negara jiran bergerak pantas ke arah industri hijau. Tetapi, perincian di bawah Butiran 020500 ini masih kabur. Malaysia perlukan insentif kilang rendah karbon, sokongan automasi hijau dan standard ECG wajib untuk sektor industri. Saya ingin tahu bilakah MITI akan melancarkan industri Green Roadmap 2030. Tanpa roadmap, kita akan hilang pelaburan berkualiti dari Eropah dan Jepun?

Tuan Pengerusi, keenam, ketidakstabilan dasar kerajaan menjejaskan pelaburan. Sebagai pembangkang saya perlu menyatakan fakta, pelabur memerlukan dasar yang stabil tetapi dasar pelaburan berubah-ubah, pengumuman tidak seragam antara kementerian, isu integriti dan ketidaktentuan politik menggugat pelabur. MITI perlu memperbetulkan koordinasi dasar antara kementerian.

draft • 12:41 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Tuan Pengerusi, sebagai penutup, MITI mesti menjadi kementerian pemacu transformasi industri nasional tetapi Belanjawan 2026 menunjukkan tiada fokus yang jelas kepada pemerkasaan industri tempatan, SME tidak diberi perhatian sewajarnya, pelabur asing dominan tanpa pulangan teknologi kepada rakyat, industri luar bandar seperti Padang Rengas terus terpinggir.

Saya mendesak MITI agar reformasi industri mesti dilakukan dengan tegas.

Majukan industri tempatan, insentif hijau, automasi SME dan buat pelaburan bekerja untuk rakyat bukan angka propaganda. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:41 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Yang Berhormat Bukit Gelugor tak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:41 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Pengerusi.

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih kepada Pengerusi atas peluang untuk Kapar membahaskan Bajet Kementerian Pelaburan dan Perdagangan Industri peringkat Jawatankuasa yang diperuntukkan RM1.9 bilion.

Merujuk visi dan misi MITI khususnya menarik pelaburan berkualiti tinggi dan bernilai tinggi serta memperkukuh atau mengekalkan pelaburan sedia ada. Bawah Kepala B.24, P.24 Butiran 010000 – Pengurusan, Butiran 020000 – Pembangunan Industri dan Daya Saing, Butiran 020600 – Unit Penyampaian, Butiran 040000 – Pengukuhan Pelaburan Berkualiti RM190 juta dan P.24 Butiran 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) berjumlah RM380 juta, P.24 – MIDA, 00530 – Menaiktaraf dan Memperbaiki Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Sedia Ada RM27 juta.

Pengerusi, zon industri Kapar di Selangor merupakan salah satu nadi industri pembuatan dan perkilangan yang penting di Lembah Kelang. Kawasan ini menempatkan beratus-ratus, kalau di DUN Sementa ada tiga DUN di Kapar ini, DUN Sementa sahaja dah hampir 700 kilang iaitu menempatkan beratus-ratus kilang daripada pelbagai sektor terutama pembuatan logam, plastik, makanan dan minuman serta perkhidmatan sokongan industri.

draft • 12:47 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Namun, zon industri ini menghadapi pelbagai cabaran yang boleh menjejaskan daya saing negara jika tidak ditangani segera. Bajet 2026 MITI diharapkan dapat memberi perhatian khusus untuk memodenkan dan memacu transformasi zon perindustrian tradisional seperti Kapar.

Di antara isunya, permasalahan di Kapar ini. Infrastruktur usang dan kesesakan logistik, jaringan jalan raya yang sempit sering berlaku kesesakan teruk terutamanya pada waktu puncak, kemudahan saliran dan bekalan elektrik, ada yang sudah lama dan tidak memenuhi keperluan industri moden. Ini meningkatkan kos operasi dan mengurangkan kecekapan rantaian bekalan.

draft • 12:47 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, cadangannya peruntukan khas, peningkatan khas infrastruktur zon industri ini, MITI perlu bekerjasama lah dengan KKR, Kerajaan Negeri Selangor dan sebagainya dan menaikkan taraf jalan, connectivity di antaranya dan sistem pengurusan lalu lintas pintar, infrastruktur teknologi tenaga hijau, membiayai kajian kebolehlaksanaan dan projek perintis untuk panel solar di bumbung kilang dan pemasangan stesen pengecasan kenderaan elektrik EV untuk kegunaan foklif dan logistik dalaman.

Banyak nak sebut ni. Tapi okey. Tekanan kepada peralihan kepada Industri 4.0 yang lambat. Ini di antaranya, kos permulaan yang tinggi untuk automasi IoT dan analisis data menjadi halangan utama peralihan ini. Tekanan kepada kelestarian dan alam sekitar. Kita ini nak hampir dekat apa, dekat pesisiran pantai, dekat Pelabuhan Klang ini ada kena diberikan apa perhatian.

Krisis tenaga kerja mahir dan rizab bakat. Cadangan untuk bajet 2022 MITI, Program Akademi Industri MITI, Kapar bekerjasama dengan institusi latihan kemahiran dan industri untuk menubuhkan program latihan khusus yang dirangka berdasarkan keperluan sebenar kilang di sekitar Kapar, Top Glove is in Kapar, Menteri.

Insentif penambatan semula bakat, memberi geran satu kali kepada zon di zon industri seperti Kapar yang berjaya menarik dan menempatkan semula bakat mahir.

Contohnya dari luar Lembah Klang atau dari luar negara untuk bekerja dan tinggal berhampiran kawasan tersebut. Dan ramai pengilang di Kapar adalah sebahagian daripada rantaian bekalan global. Gangguan seperti pandemik dan ketegangan geopolitik mendedahkan kerapuhan mereka.

Jadi, cadangan untuk MITI, sikit lagi apa Pengerusi. Dana diversifikasi rantaian bekalan, menyediakan geran untuk membantu syarikat menjalankan kajian dan melabur

draft • 12:50 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

dalam teknologi, membolehkan mereka mempelbagaikan sumber bahan mentah dan mencari pasaran baharu, mengurangkan pergantungan kepada satu sumber dan meningkatkan hubungan perdagangan.

Akhir sekali Pengerusi, saya mintalah MITI. Ini sikit, satu DUN aja ni daripada Sementa. Ini jawapan kepada soalan ADUN Sementa. Ada 694 kilang, hanya 70 atau 10 peratus sahaja dikatakan mempunyai kebenaran merancang rasmi daripada pihak berkuasa tempatan. Bayangkan risikonya. Tolonglah ambil apa tindakan supaya ia nya, semuanya secara teratur.

Landing akhir sekali, rumusannya 030400 – Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala. Dalam rundingan ART, apakah garis merah atau red lines yang MITI tetapkan bagi melindungi kepentingan negara dalam sektor strategik seperti Telekom, data, grid tenaga, pelabuhan dan sistem kewangan dan adakah sebarang klausa yang memberi keutamaan kepada syarikat Amerika Syarikat dalam tender atau projek strategik. Akhir sekali, saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh rakan saya daripada Pasir Gudang, yang duduk sebelah sana. Please help Malaysia. Selamatkan kedaulatan kita.

Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Maran.

draft • 12:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi.

Izinkan saya untuk membahaskan Bajet Jawatankuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Yang Berhormat Pengerusi, memulakan dengan merujuk kepada laporan Malaysiakini pada 28 November 2025, ‘Properly handle it’: China wants Malaysia over trade deal with Trump dengan izin.

Buat pertama kali, Beijing dilaporkan mengeluarkan teguran terbuka kepada Malaysia berhubung Perjanjian Perdagangan Reciprocal yang ditandatangani Perdana Menteri dengan Amerika Syarikat dengan menyatakan kebimbangan serius dan mengingatkan supaya perkara ini diuruskan mengikut kepentingan jangka panjang negara.

Beberapa analisis serantau menyebut kuasa perjanjian tersebut, termasuk komitmen berkaitan kawalan eksport sekatan dan standard keselamatan berpotensi

draft • 12:53 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

mengheret Malaysia lebih hampir kepada orbit dasar Washington dan dilihat memihak kepada Amerika Syarikat.

Persoalan saya Pengerusi, kerana kerajaan atas pimpinan atau pemimpin negara pada hari ini terlalu susah untuk menerima pandangan dan juga teguran daripada rakyat atau pemikir-pemikir berpengalaman tentang baik buruk dan implikasi di atas tindakan kerajaan. Pandangan pembangkang sudah tentulah akan ditolak bulat- bulat atas kepentingan politik.

Yang Berhormat Pengerusi, saya melihat supaya kerajaan mesti terbuka dalam menerima apa juga pandangan jujur daripada rakyat ataupun pemikir-pemikir tempatan.

Saya pergi merujuk kepada 030400 – Dasar dan Perundingan Pelbagai Hala Negara iaitu RM28 juta diperuntukkan. Bagaimanakah kerajaan menilai impak ART terhadap hubungan dagangan dan pelaburan dengan China, memandangkan Beijing sendiri telah menyatakan dan memberi amaran supaya Malaysia properly handle perjanjian ini?

Yang kedua, berapakah jumlah komitmen pelaburan dijangka ditanggung oleh setiap GLIC utama, termasuk KWSP, PNB, Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan lain-lain di bawah Perjanjian ART ini?

Yang ketiga, Jemaah Menteri ada menetapkan had panduan sekitar 30 peratus bagi pendedahan pelaburan luar negara GLIC dengan pelaksanaan ART, adakah pendedahan pelaburan khususnya ke Amerika Syarikat akan melepasi had 30 peratus ini? Apakah mandat dasar dan garis merah rasmi yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai panduan MITI dalam semua perundingan perdagangan dan pelaburan antarabangsa?

Berapa banyak kah rundingan pelbagai hala utama yang sedang dijalankan di bawah butiran ini? Dan apakah mekanisme libat urus domestik dengan industri, kerajaan negeri, akademia dan kesatuan pekerja sebelum Malaysia memuktamadkan pendirian rundingan? Apakah indikator prestasi utama yang digunakan untuk menilai keberhasilan perundingan-perundingan ini?

Butiran 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu diperuntukkan RM380 juta.

Apakah justifikasi jumlah peruntukan RM380 juta untuk tahun ini? Apakah indikator pencapaian diletakkan di bawah peruntukan ini? Persoalan saya Pengerusi, empat taman bertema khusus, ECERDC di Pahang, MCKI P3, Taman Automatik Pekan (PAP), Taman Teknologi Pahang (PTP) dan Taman Halal Gambang sering diuar-uarkan sebagai pemacu pelaburan berkualiti tinggi di Pantai Timur. Apakah kriteria perancangan

draft • 12:53 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

strategik dan penapisan pelabur yang diguna pakai supaya hanya pelaburan yang benar-benar membawa teknologi tinggi, pekerjaan bergaji baik dan pembinaan teknologi diluluskan bagi kawasan ini?

Di Malaysia, China–Kuantan Industry Park dan Pekan Automatic Park sebahagian besar pelabur ialah syarikat asing berskala besar. Berapa peratus rakan PKS tempatan di Pahang di dalam rantaian bekalan ini? Taman Halal di Gambang dan Pasir Mas disasarkan membangunkan industri makanan dan minuman halal serta produk penggunaan halal. Apakah strategi menyeluruh MITI untuk memastikan produk dari tiga negeri Pantai Timur ini naik ke rantaian nilai lebih tinggi dan tidak kekal pada tahap OAM atau upah proses semata-mata?

Pengerusi, di bawah 070300 – Rasionalisasi Pejabat Perwakilan Luar Negeri.

Kita dimaklumkan bahawa kerajaan sedang menyusun semula pejabat MITI, MIDA dan MATRADE di luar negara. Saya ingin menyebut secara rendah diri bahawa rasionalisasi ini bukan perkara baru, telah pun dicadangkan pada tahun 2022 sewaktu Perikatan Nasional memerintah. Kita juga memulakan proses penilaian semula pejabat perwakilan bagi tujuan kecekapan dan penjimatan fizikal.

Namun, apa yang penting pada hari ini ialah ketentuan dan kejelasan pelaksanaan. Pengerusi, persoalan akhir yang saya nak bawa, apakah kriteria terkini yang digunakan oleh MITI untuk menentukan pejabat perwakilan mana yang dikekalkan, digabung, dipindahkan atau ditutup? Adakah berdasarkan nilai pelaburan yang berjaya di fasilitasi, kos operasi, potensi eksport atau sekadar pemotongan perbelanjaan?

Berapa banyak pejabat luar negara yang terlibat dalam fasa pertama rasionalisasi ini? Dan berapa jumlah penjimatan kos tahunan yang dijangka akan dapat dijimatkan? Yang ketiga, apakah mekanisme KPI baru yang akan digunakan untuk menilai keberkesanan pejabat MITI, MIDA dan juga MATRADE selepas rasionalisasi ini?

Dan akhir Yang Berhormat Pengerusi, apakah langkah MITI untuk mengelakkan jurang perkhidmatan kepada PKS dan syarikat tempatan sekiranya pengurangan food print ini menjejaskan sokongan eksport dan match making perniagaan? Dan apakah pulangan yang lebih baik kepada negara kita di atas tindakan-tindakan yang dilakukan oleh MITI ini? Terima kasih Pengerusi.

draft • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

draft • 12:53 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 12:53 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Dewan, saya ingin memaklumkan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM), Matlamat Pembangunan Lestari

(LPPGMSTG) menganjurkan Program Tamu STG, Karnival Kelestarian Komuniti 2025 pada hari ini dan esok di Dewan Serbaguna, Bangunan Parlimen. Ahli-ahli Yang Berhormat dijemput untuk hadir ke program ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

draft • 12:53 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita teruskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Sebelum itu, Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, kita masih ada lagi tiga orang Ahli Yang Berhormat yang akan berucap. Untuk itu, saya jemput Shah Alam. Silakan. Lima minit.

draft • 2:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI. Tan Sri Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2026 di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri

(MITI).

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya ingin menyinggung Belanja Mengurus, Butiran 030000 – Pengukuhan Perdagangan Antarabangsa, khusus terkait Agreement of Reciprocal Trade antara Malaysia dan Amerika Syarikat ataupun dikenali dengan ART. Walaupun kerajaan telah menjelaskan beberapa kali di pelbagai platform termasuk dalam Dewan yang mulia ini, umum telah mengetahui pelbagai tafsiran dan kebimbangan berkaitan dengan isu perjanjian ini.

Soalan saya ialah― adakah kerajaan bercadang untuk mengaktifkan atau memanfaatkan Perkara 7.2, Article 7.2, iaitu klausa yang membenarkan semakan semula ataupun pindaan bersama dalam tempoh 60 hari yang dibenarkan untuk menambah baik mana-mana peruntukan perjanjian ini, agar ia benar-benar memelihara kepentingan nasional? Jika ada, apakah perkara-perkara yang telah ataupun ditambah baik itu?

Kita memang menyokong perdagangan terbuka, namun ia mestilah adil, benar- benar ada timbal balik, melindungi data, termasuk teknologi sensitif serta kedaulatan negara. Saya percaya memperbaiki mana-mana terma dalam perjanjian dua hala ini tidak akan sekali-kali mengurangkan ruang kerjasama Malaysia dan Amerika Syarikat dalam membangunkan industri strategik kedua-dua belah pihak.

Tan Sri Pengerusi, saya beralih kepada Belanja Pembangunan, Butiran 06000 – Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang secara tidak langsung turut menyentuh isu-isu berkaitan dengan pelaburan. Data rasmi MIDA menunjukkan bahawa prestasi pelaburan negara dalam era Kerajaan MADANI ini adalah kukuh dan konsisten.

Pada tahun 2024, rekod tertinggi telah menyebutkan bahawa RM378.5 bilion pelaburan telah diluluskan. Peningkatan hampir 15 peratus tahun ke tahun.

Daripada jumlah ini, pelaburan domestik menyumbang RM208 bilion, manakala pelaburan asing menyumbang RM170 bilion. Sektor perkhidmatan mendominasi dengan RM252 bilion, manakala perkilangan mencatat RM120 bilion. Separuh pertama tahun 2025 merekodkan RM190.3 bilion pelaburan diluluskan, pertumbuhan hampir 19 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya.

Angka-angka ini sangat-sangat positif dan wajar kita akui, usaha yang dilakukan oleh MITI serta agensi seperti MIDA dan InvestMalaysia. Namun, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai kadar realisasi pelaburan ini. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapakah jumlah pelaburan yang telah diluluskan sejak 2022 hingga 2025? Dan daripada jumlah itu, berapakah yang telah

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

dilaksanakan secara sebenar-benarnya, termasuk pembinaan fasiliti, first production, aliran modal dan juga pengambilan pekerja?

Di peringkat rakyat, yang penting sudah tentulah bukan hanya sekadar angka yang diluluskan tetapi pelaburan yang benar-benar dapat direalisasikan. Justeru, saya mencadangkan MITI memperkenalkan laporan realisasi pelaburan nasional yang diterbitkan secara berkala agar Dewan dan rakyat dapat memantau impaknya secara telus.

Tan Sri Pengerusi, dengan peralihan global ke arah ekonomi berteknologi tinggi, Malaysia tidak boleh hanya bergantung kepada insentif pelaburan semata-mata. Kita mesti memastikan pelaburan ini mengangkat kemampuan syarikat tempatan, terutamanya PKS yang berada dalam rantaian bekalan kemajuan ekonomi negara kita.

Oleh itu, saya ingin bertanya, apakah strategi MITI untuk memastikan bahawa industri PKS mendapat akses teknologi, latihan, peluang pekerjaan dan integrasi yang lebih kukuh dalam rantaian bekalan semikonduktor, EV, AI dan juga ekonomi hijau? Kita tidak mahu institusi di mana pelaburan benar hanya mewujudkan industri enclave tetapi tidak menyebar limpahan nilai kepada pemain tempatan.

Tan Sri Pengerusi, Shah Alam satu ketika dahulu adalah sangat terkenal sebagai kawasan industri pembuatan. Seiring dengan perkembangan dan permintaan semasa, syarikat-syarikat besar mula mengalihkan operasi mereka ke kawasan perindustrian yang baru seperti Nilai, Senawang, Tanjong Malim dan seumpamanya, termasuk ke negeri-negeri lain di selatan dan juga di utara Semenanjung.

Sekarang ini, Shah Alam melalui transformasi perindustrian pembuatan kepada penyediaan hab logistik kerana jaringan pengangkutan yang baik dan tersedia dan hampir dengan Pelabuhan Klang. Soalan saya, apakah hala tuju, kerangka dan insentif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berlokasi strategik dan berpotensi tinggi menarik pelabur-pelabur untuk menjadi peneraju bersama dalam industri logistik di Asia Pasifik?

Tan Sri Pengerusi, di kalangan pelabur dan pemain industri, masih lagi terdapat isu ketidakseragaman peraturan dan birokrasi, termasuk kelulusan import, piawaian kastam dan prosedur pelbagai agensi termasuk PBT. Dengan kata lain, the ease of doing business masih lagi diperkatakan. Malaysia tidak boleh ketinggalan berbanding dengan Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam aspek kecekapan pelaburan ini.

draft • 2:33 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Maka, saya ingin bertanya, apakah usaha kerajaan untuk memperkasa National Investment Council termasuk mengambil kira model penyelarasan the whole-of- government approach yang benar-benar memendekkan masa pemprosesan pelaksanaan pelaburan dan mengurangkan pertindihan antara agensi. Dengan pendekatan ini Tan Sri Pengerusi, saya yakin MITI boleh terus menjadi pemacu daya saing negara dan memastikan manfaat dapat dirasai rakyat secara menyeluruh. Sekian, Shah Alam menyokong.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih saya jemput pembahas terakhir Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi. Yang pertama, saya ingin menyentuh 020000 Pembangunan Industri dan Daya Saing dan juga 020200 Pembangunan Industri. Kedua-dua butiran ini berkaitan dengan zon industri bebas Sungai Way Tan Sri Pengerusi iaitu satu badan ataupun kawasan industri bebas yang pertama di Selangor dan telah pun lama berkembang dan matang sehingga sekarang.

Namun kita nampak ada keperluan mendesak supaya ada unsur pembaharuan diadakan untuk zon industri Sungai Way ini kerana kita perlu terus menarik dan menggantikan industri sedia ada yang telah berpindah keluar contohnya Panasonic, Motorola dan lain-lain dan digantikan dengan industri yang lebih bernilai tinggi ataupun high growth high value dengan izin.

Maka saya ingin tahu, apakah rancangan MITI untuk membangunkan semula ataupun rejuvenate untuk menghidupkan semula zon industri bebas Sungai Way yang terletak di dalam kawasan Petaling Jaya yang telah pun mengujudkan ribuan peluang pekerjaan tetapi sehingga kini nampak ada ruang dan ada juga peluang untuk kita melonjakkan semula status tersebut.

Keduanya tentang sebuah syarikat iaitu Koerber Technologies Sdn Bhd namanya German Tan Sri Pengerusi. Ianya merupakan sebuah syarikat German yang menghasilkan mesin berketepatan tinggi, high precision dengan izin untuk menggulung tembakau. Pengoperasian bermula tahun 2000 dan telah menggaji lebih 300 orang pekerja di Shah Alam. 100 peratus mesin tersebut adalah untuk tujuan eksport.

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Namun sekarang, terdapat permohonan syarikat tersebut untuk pengecualian duti import, duti eksais dan cukai jualan ke atas pengimportan tembakau sebab mereka perlukan tembakau itu untuk test, untuk uji mesin tersebut. Bukan untuk merokok, tetapi untuk menguji.

Namun, pengecualian— permohonan pengecualian tersebut telah pun ditolak dan di sini saya nampak proses perolehan dan pelupusan syarikat tembakau yang telah pun diguna pakai dalam ujian, saya sendiri melawat kilang tersebut, saya mendapati bahawa ia nya mengikut tatacara ketat dan saya tidak faham mengapa pengecualian cukai tidak boleh diberikan kerana kesemua tembakau yang digunakan adalah bertujuan untuk ujian mesin sahaja.

Saya juga ingin merujuk kepada artikel 5, peraturan Menteri Kewangan 176.

Indonesia, concerning the exemption of import duty on imported machines as well as goods and materials for the building of development of industries in the framework of investment di mana artikel ini menetapkan bahawa penggunaan sekurang-kurangnya 30 peratus mesin buatan tempatan menjadi syarat utama untuk mendapatkan pengecualian duti import bagi bahan dan barang pengeluaran dalam projek pelaburan baru atau pembangunan kapasiti.

Maka, soalan saya adalah kenapa pengecualian tidak boleh diberikan? Adakah MITI boleh membantu memudahcarakan bersama dengan MOF untuk terus memberikan pengecualian tersebut seperti apa yang diamalkan dulu.

Tan Sri Pengerusi, tentang Butiran 030200 Hubungan Perdagangan dan Ekonomi dua hala berkaitan dengan perjanjian perdagangan timbal balas ART dengan US. Pelbagai spekulasi telah timbul seperti yang dibahaskan tadi dan pada 28 November dipetik satu laporan Bloomberg bahawa China telah membuat aduan dengan mengatakan bahawa dengan izin, “we hope Malaysia will fully consider and properly handle this matter in like of its long term national interest”.

Ini merupakan aduan secara langsung yang pertama kali dilakukan oleh China, maka persoalan saya adalah adakah benar China telah membuat aduan rasmi kepada Kerajaan Malaysia, jika ya apakah respons kerajaan terhadap isu ini?

Soalan kedua, apakah penilaian kerajaan terhadap implikasi geopolitik dan rangkaian bekalan jika Malaysia dilihat terlalu memihak dalam persaingan Amerika Syarikat dan China ini. Kemudian, dilaporkan juga Indonesia masih bertahan untuk tidak menandatangani perjanjian tersebut kerana bimbang akan kedaulatan ekonomi atau

draft • 2:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

economy sovereignty dengan izin dan two one sided dengan izin seperti dalam laporan Bloomberg itu dan mengikut laporan tersebut, Thailand pula dilaporkan turut mendapat pengurangan tarif kepada 19 peratus seperti Malaysia dan pengecualian tertentu tanpa menandatangani ART.

Jadi, persoalan saya adalah, adakah kebimbangan Indonesia itu benar dan sekiranya betul mengapa MITI tidak berasa ini adalah satu isu yang sangat kritikal.

Kedua, jika Thailand boleh memperoleh manfaat tarif tanpa menandatangani ART, adakah Malaysia sebenarnya memberikan konsesi yang berlebihan seperti yang tanggapan masyarakat umum kepada Amerika Syarikat dan akhirnya apakah jaminan kerajaan bahawa perjanjian ART ini tidak menjejaskan ruang dasar ataupun polisi space Malaysia dalam jangka masa panjang. Justeru, pohon penjelasan MITI terhadap isu-isu yang saya bangkitkan Dewan. Sekian, terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

15 orang ahli Parlimen telah pun mengambil bahagian di Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Oleh itu, saya menjemput Menteri sekarang memberikan penggulungan, 30 minit dari sekarang, silakan Menteri.

draft • 2:40 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah membahas untuk Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian MITI. Saya akan jawab dulu soalan-soalan yang berkenaan dengan Belanjawan ataupun RUU Perbekalan ini dan lepas itu saya akan jawab, kumpulkan jawapan untuk isu ART dan lepas itu saya akan menjawab kalau ada yang mencelah.

Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Shah Alam dam Yang Berhormat Petaling Jaya tadi pun sempat membangkitkan isu berhubung pelaburan kualiti negara. Prestasi pelaburan berkualiti negara kita komited dalam meningkatkan nilai dan kualiti pelaburan selaras dengan Dasar Pelaburan Baharu ataupun NIP 2030.

Dalam tempoh Januari hingga September 2025, RM285.2 bilion telah diluluskan.

Ini peningkatan sebanyak 13.2 peratus berbanding 2024. Ini membuktikan keyakinan pelabur kepada negara. Daripada pelaksanaan strategi teras, Invest Malaysia Facilitation Centre kita percepatkan dan kita mempermudahkan proses pelaburan. Dari

draft • 2:46 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

segi pelaburan high growth high value, kita fokus kepada E&E, pusat data AI, perkhidmatan berteknologi tinggi. Dari segi kelestarian ataupun dengan izin sustainability pelaburan sejajar ESG melalui strategi pelaburan hijau.

Ramai juga yang membangkitkan isu bakat dan pekerja asing, kita ada kerjasama dengan MITI, CREST dan Talent Corp, reskilling dan upskilling contohnya pekerja Malaysia dalam industri AI, robotik dan juga data dan National Semiconductor Strategy pun kita bangunkan, sasaran kita hendak bangunkan 110 syarikat tempatan buat IC design dan advance packaging supaya pekerja kita dapat gaji yang lebih tinggi.

Dari segi insentif automasi pun ada banyak membangkitkan isu sama ada syarikat kita bersedia untuk melabur lebih dalam automasi, ada pelaburan tambahan sebanyak RM1.8 bilion dari segi insentif, tetapi setakat Mei ini kita sudah berjaya kurangkan pekerjaan 6,295 pekerja asing yang tidak mahir kita kurangkan.

Investor Residence Pass kita hendak tarik bakat global dalam sektor-sektor khusus tetapi bukan semua sektor, sektor-sektor yang kita fokus yang memberi limpahan yang positif kepada ekonomi kita. Akademi dalam industri yang dijalankan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) kita ada padanan kerja, ada tawaran kekosongan dan juga kepada rakyat tempatan dan juga latihan yang demand driven.

Mengenai fokus kepada R&D YB-YB juga telah menyebut mengenai fokus yang perlu diberi kepada R&D Research & Development dari sektor pembuatan contohnya kita kena pastikan teknologi tempatan itu juga dibangunkan. Sokongan fiskal dan juga bukan fiskal kita ada dalam kerangka insentif pelaburan yang baharu dan ekosistem inovasi. Kita hendak melabur lebih dalam R&D untuk pusat reka bentuk IC.

Dari segi insentif seperti yang disebut oleh Menteri Kewangan sebelum ini kita hendak insentif sekarang lebih bersasar bukan kepada semua sektor, kerangka insentif baru ini kena berasalkan dengan izin, outcome ataupun keberhasilan dan akan dimulakan pada tahun 2024.

draft • 2:46 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Insentif sektoral, kita fokus kepada semikonduktor, digitalisasi dan juga automasi dan kita ada score card di mana semua syarikat yang inginkan insentif daripada kerajaan perlu ada score card yang memenuhi score yang mencukupi lah. Dan kena berdasarkan enam outcome, enam matlamat, iaitu complexity economy, pekerjaan yang bernilai tinggi, rantaian domestik itu mesti ada, bukan sahaja import, tetapi kita nak bangunkan industri tempatan.

draft • 2:50 PM

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

ESG dan juga kluster dan keterangkuman wilayah, di mana kita nak mengurangkan jurang, tidak lah semua pergi satu tempat sahaja, kalau boleh kita nak sasarkan supaya lebih banyak syarikat pergi, bukan sahaja di negeri Kedah atau pun Pulau Pinang, tetapi ke negeri-negeri lain juga lah, supaya teknologi tinggi.

Kesimpulannya, kita kena holistik dan bersasar, kita kena pacu pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif yang berimpak tinggi untuk rakyat Malaysia.

Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Tangga Batu juga telah bertanya mengenai peranan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), kita nak meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan dan memacu produktiviti negara menjelang tahun 2030.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Yang Berhormat Menteri, boleh tambah sedikit? Tangga Batu.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ha. Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Saya minta pandangan Yang Berhormat, sebab ada yang mengatakan bahawa, we have many graduate but we short of talented people, satu.

Yang kedua, dalam Rancangan Malaysia Ke-13, dikatakan bahawa peruntukan untuk R&D sebanyak 2.5 peratus daripada GDP, tetapi dalam bajet cuma 0.31, apa komen daripada Menteri.

[Ketawa] Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

[Ketawa] Ini lah, saya sebagai Menteri MITI memang kalau boleh kita nak banyak, lebih la kan kerana R&D seperti yang saya sebut tadi, amat penting untuk long-term, tetapi daripada segi jangka masa pendek mungkin keberhasilannya belum lagi akan nampak.

Tetapi betul, Yang Berhormat Tangga Batu, kita kena usahakan, tetapi di sinilah, seperti yang saya sebutkan tadi, kena ada score card supaya kalau mereka mahukan insentif ini ataupun kerajaan hendak membantu lebih, kena menunjukkan keberhasilan yang dari segi pekerjaan yang bergaji tinggi, kita kena pastikan juga sektor-sektor tertentu, kerana setengah sektor itu seperti besi dan keluli contohnya, mungkin kita tidak perlu pergi fokus pada masa ini. Tetapi dalam sektor yang disebut tadi ia penting.

Itu lah sebabnya, I think Yang Berhormat pun dah sebut mengenai, bagaimana kita hendak melatih mereka kerana pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi ini kadang-kadang adakah mereka dilatih relevant kepada industri atau tidak. Kerana ramai

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

industri mengatakan kita ada banyak graduate, graduan, tetapi sesetengah itu, dari segi ini tidak begitu ke tahap yang diperlukan,

draft • 2:50 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Bangun]

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Tetapi sebenarnya, itu kerana latihan yang diperlukan. Jadi, oleh itu MPC atau pun Malaysia Productivity Corporation bergerak dengan industri bersama-sama dengan TVET juga, kadang- kadang bukan sahaja yang berkemahiran tinggi, untuk kita lengkapi. Jadi, contohnya akademi dalam industri, kita ada TVET, di mana SLDN, sebab itu kita dah–– akademi di dalam itu untuk perintis.

Dan, apa maksudnya, let me, 80 peratus latihan dalam industri, jadi at least dia ada, dia expose lah kepada teknologi terbaru, commissary yang terbaru. Hanya 20 peratus teori, dan pekerja ini dilatih menjadi job ready dan industri pun sekarang di minta untuk tolong rangka kurikulum itu juga dan guna teknologi yang sebenar. Kalau dia 80 peratus industri, dia akan guna teknologi sebenar.

Kadang- kadang teknologi di universiti mungkin teknologi yang lama lah, kita kena kurangkan skill miss-match. Pelatih dapat SKM, diploma profesional dan juga pensijilan antarabangsa, ini terpulang kepada tahap yang diperlukan lah. Tetapi kita kena tingkatkan juga kapasiti negara nak hasilkan tenaga kerja yang lebih cepat. Yang berhormat Kubang Pasu.

draft • 2:50 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri minta laluan? Hari ini je pun ada peluang nak minta laluan. Sedih juga lah.

[Ketawa] Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Berhubung dengan R&D dan Thailand ini Yang Berhormat Menteri. Kita perlukan satu organisasi, something similar dengan Taiwan, saya selalu suka sebut Taiwan sebab saya was there for three years.

There was two ITRI, industries research technology institute. Kita kena ada that kind of organization yang boleh train talent. Sebagai contoh, Dato’ Phua yang belajar di Chiao Tung University di Taiwan, lepas dia belajar di universiti di Taiwan dia dapat degree E&E, dia masuk ITRI ini. Dan di situ dia melalui proses incubation, melatih dia untuk menjadi usahawan daripada teknologi yang dia ada. Sekarang dia, kalau tak multi millionaire, billionaire pun dia banyak ratus juta lah, dia punya worth. So, we need that kind of organization yang fokus.

Di situ, I’m sure Menteri very aware, dia ada 6,500 engineers and those yang da fundamental science, like physic, physicists dan sebagainya. Sebab itu Taiwan berjaya

draft • 2:50 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

dalam bidang semikonduktor dan menjadi sebuah negara yang terbaik dalam semikonduktor, sebagai contoh TSMC, siapa pun tak boleh lawan dengan TSMC.

Boleh bagi sedikit itu tak YB Menteri. Saya memang focus on this, kita perlu ada.

MIMOS is there but MIMOS is not playing this, role. Okey. SIRIM dia buat banyak on standard, bawah MITI dan sebagainya.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Kubang Pasu.

draft • 2:50 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kita tidak ada that kind of things, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang berhormat Kubang Pasu. Dia memang Yang Berhormat ini dia pergi Taiwan, dia daripada dulu...

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Dia ambassador di Taiwan dahulu.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Dia ambassador di Taiwan dahulu dan to be fair Yang Berhormat, Tan Sri Speaker, memang betul lah apa yang disebut tadi. Kalau kita lihat sekarang Taiwan jauh ke depan. Ia dari segi semikonduktor, kena dia buat wafer fabrication itu sendiri.

Dan oleh itu, baru- baru ini pun kita ada delegasi yang pergi ke Taiwan, private sector lah dengan juga, dengan ini kerana, tetapi pada masa yang sama kita memang ada banyak syarikat-syarikat yang bekerjasama dengan juga syarikat terutama–– memang apa yang disebut oleh Kubang Pasu itu betul. Kalau kita lihat daripada value chain semiconductor, kita perlu naikkan, kita kena test then assembly kepada IC design kepada complex isu, isu-isu yang lebih kompleks seperti advance packaging. Tetapi nak ke tahap wafer fabrication itu memang memerlukan modal yang begitu tinggi dan kemahiran tinggi.

Kita kena step by step, dia tidak boleh loncat terus lah. Tetapi pada masa yang sama, kita kena realistik juga, dan saya akan jawab, selepas ini ada dua, tiga soalan pun menanya mengenai R&D kita, kerana ini kena labur dalam R&D.

Saya rasa YB Pendang pun ada sebut mengenai apa isu, peranan, produktiviti MPC tersebut tadi itu. Itu tadi itu peranan MOSTi melalui apa ni dan juga SIRIM dan MPC juga kena ada, kerana kemahiran kerja tempatan ini penting untuk memacu pertubuhan ekonomi, seperti YB Pendang cakap tadi, akademi dalam industri ini, kita bertujuan menggantikan SLDN, tetapi melengkapkan kekuatan sistem TVET yang sedia ada juga.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Dan saya sebut tadi, semasa YB Pendang dekat luar tadi, dia ada jawapan dengan Tangga Batu pun sama lah, kita nak tambahkan lagi latihan dalam industri. Place and train itu penting kerana kita ada target sebenarnya, sasaran. Sasaran kita inilah, bukan terus ke 100 peratus, kita nak capai 35 peratus tenaga kerja mahir dan 3.6 peratus pertumbuhan produktiviti menjelang 2030.

Jadi, untuk mencapai sasaran 35 peratus tenaga kerja mahir dan produktiviti 3.6 peratus setahun ini, kerajaan kena laksanakan lima strategi. Kita kena memperkasakan latihan berasaskan industri supaya pengalaman itu relevant dan industri pun kena lah melabur juga dalam tempatan kita, pelatih tempatan.

Kita kena pengiktirafan pembelajaran terdahulu, jadi kita kena iktiraf pengalaman pekerja tempatan sebagai kelayakan kemahiran secara rasmi. Kita kena buat job redesign, kita kena gantikan pekerja asing dengan tenaga tempatan melalui clearing house. Ini lebih sensitif lah kerana banyak syarikat kata dia perlukan sangat pekerja asing ini, tetapi sebenarnya kita kena firm lah, kena menyatakan kita perlu train pekerja tempatan kita dahulu.

Kita juga kena percepatkan digitalisasi dan juga automasi industri. Dan ini tidak akan dapat berlaku kalau kita tidak lebih, ada peraturan yang lebih ketat mengenai pengambilan pekerja asing dalam tenaga-tenaga yang kita mungkin boleh upgrade tenaga mahir. Pendang, okey?

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Yang berhormat Menteri, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Cuma saya nak–– terima kasih lah jawapan tadi itu memang saya nak minta begitu, sebab saya nak lihat perancangan yang ada di bawah MITI, bagaimana kita nak tingkatkan SLDN ini dan saya nak tanya satu lagi, yang saya tidak sempat nak sebut tadi, berkenaan dengan MPC ini.

Apakah MPC ini di jadikan sebagai satu ‘right arm’ kepada MITI untuk nak crossing technical skills workers ini, sama ada kita nak cross ke Taiwan ke Korea ataupun ke Jerman dan sebagainya, sebagai satu kita punya tangga atau pun satu sebagai kita punya right arm kepada MITI bagi to increase the skills workers for TVET, especially in industrial estate. Sekian, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, saya setuju Yang Berhormat Pendang. Kalau MPC sekarang kita minta untuk beri lebih penekanan kepada sektor pembuatan terutamanya dengan even graduan kita, banyak, nanti saya jawab Tangga Batu tadi, ramai graduan-graduan kita yang merasa yang mereka susah nak

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

dapat kerja kerana latihan tidak mencukupi dan juga industri kadang-kadang minta benda lain kan.

draft • 2:50 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, kita kena mulakan dengan awal. Dan MPC perlu bekerjasama dengan TalentCorp juga untuk bawa balik ramai juga pekerja-pekerja kita. Saya pergi hari itu di adalah dua negara, ramai pekerja Malaysia di luar negara. Satu isu dia ialah kerana gaji.

Saya pun tanya balik pada syarikat di sini kenapa tak boleh bayar gaji yang sama kan?

I mean ini isu-isu yang kita perlu beri penekanan. Itulah saya sebut pasal pekerja asing itu. Kadang-kadang dia cari jalan yang mudahlah kerana pekerja asing lagi murah dia bayar pekerja asing.

Ini industri tak suka dengar tapi kita perlu naikkan produktiviti kita. Kerana dari kita baru dapat maklumat pada tahun ini sahaja, tahun lepaslah tahun 2024, produktiviti SME contohnya yang memberi bantuan kepada rantaian bekalan ke syarikat-syarikat yang lebih besar. Produktiviti kita telah jatuh. Walaupun naik tetapi jurang dia dah lebih dengan Vietnam dan juga Thailand. Ini kerana kita tidak melabur secukupnya lah untuk ini. Ini penting kerana rantaian bekalan ini kalau kita dah tak kompetitif, mungkin syarikat itu akan pergi tempat lain kerana lagi murah dia punya rantaian bekalan.

Dan isu utama is like you said lah yang disebut oleh Pendang lah, Thailand.

Tenaga kerja mahir. So, itu isu-isu yang dibangkitkan dalam produktiviti negara.

Bagaimana kita nak meningkatkan produktiviti negara, kita kena pastikan pekerja mahir ini menghasilkan lebih banyak output per sejam, pengurangan kerja manual dan ralat melalui itu― maksud saya nilai tambah industri yang lebih tinggi serta koperasi syarikat yang meningkatlah.

Jadi, inilah asas kita punya sasaran tadi. Menaikkan produktiviti negara sebanyak 3.6 peratus yang disasarkan dalam RMK13. Sebenarnya 3.6 peratus itu bukan mudah. Dan dari segi pekerja saya sebut tadi 35 peratus kita nak pekerja― tenaga kerja mahir mestilah adalah 35 peratus daripada total workforce kita.

Yang soalan-soalan yang lain― sebentar ya. Kuala Krai pun turut bertanya tentang pengukuhan pelaburan domestik. Kuala Krai ada? Dia bertanya pasal pelaburan domestik. Memang kita ada bukti yang pelaburan domestik meningkat. 47.1 peratus adalah pelaburan domestik. Ini bukti keyakinan pelabur tempatan kita.

Dan juga, kita ada beberapa insentif seperti CoSIF untuk menarik pelaburan strategik dan juga local champion nak sokong PKS dan MTC jadi MNC tempatan. Dan

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

keterangkuman wilayah juga kita pastikan sekali lagi pastikan kluster di Pantai Timur, di Sabah, Sarawak di Utara terutamanya Pulau Pinang dan juga Kedah ini jurang dia kita kurangkan. Tapi ya lah ada sebab-sebab tertentu.

Peranan MIDA kita, kita promosi, kita nak agensi pelaksanaan nasional dan wilayah kerjasama dengan semua kerajaan-kerajaan negerilah MIDA tadi. Seperti ramai di sini pun tahu yang kita memang kerja rapat dengan kerajaan negeri, dari segi MIDA dan juga dari segi MATRADE.

Ada yang tanya Program MARiiCas. Ini sekali lagi YB Kuala Krai tanya pasa Program MARiiCas. Jadi, program MARiiCas ini dilaksanakan oleh MARii untuk menyuntik pasaran EV ini, nak memberi peluang kepada golongan yang tidak mampu membeli motosikal EV untuk diberi insentif. Kita dah dapat capai 90 peratus sasaran motosikal dan Yang Berhormat Menteri Kewangan kata dah cukup dah. So, tahun depan tak payah buat lagi. Itulah sebabnya. Tapi, kerja yang utama kita nak start dia punya proses dulu. Ada, Kuala Krai.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Okey Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat kalau boleh Yang Berhormat usahakan supaya dapat disambung sebagai legasi Yang Berhormat. Yang Berhormat tinggalkan satu benda yang cukup baik untuk rakyat. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, saya akan maklumkan Yang Berhormat Menteri Kewangan (II) lah, dia ada. Kerana memang ada limpahannya sebenarnya. Cuma, pada masa itu objektifnya ialah nak mencetuskan minat kepada industri ini supaya bukan sahaja yang membeli dapat manfaat tetapi pihak industri pun dapat manfaat dan juga pihak-pihak yang berkenaan. So, MARiiCas ini menjadi pemangkin awal tapi Yang Berhormat Kuala Krai, saya akan pastikan kita sampai.

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya?

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kapar, Kapar.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kapar, yes.

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ya, yang pasal NIMP 2030 kan. Di Kapar ini dia ada tiga DUN. DUN Sementa sahaja 694 kilang. Jadi, kalau ikut yang disebutkan tentang isu NIMP menetapkan sasaran 3,000 kilang pintar lebih kurang macam itu kan dan peningkatan eksport bernilai tambah tinggi dan sokongan apa dan sebagainya. Dalam

draft • 3:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Belanjawan 2026 itu, ada tak Kementerian MITI fokuskan kepada zon industri yang begitu dekat dengan pelabuhan daripada segi logistiknya mudah dan sebagainya.

Dan saya lihat iklan-iklan ada lagi nak jual dia punya tanah untuk buat kilang dan sebagainya. So, kalau dibuat smart kilang dengan inovasi, dengan IoT, dengan new ways of doing things lah kan. Mungkin inilah di antara yang paling, paling senang, paling mudah nak dibuat. Ada tak you investing dekat zon industri di Kapar ini? Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kapar, saya akan lihat nanti. Saya tidak ada jawapan itu sekarang ini mengenai apa yang ditanya tadi.

Sebentar ya Yang Berhormat Kapar. Ah, okey. Ini projek menaik taraf asas kawasan perindustrian berintegrasi kan? Yang ditanya tadi mengikut pihak PBT. Jadi, kita melalui MITI dan MIDA ada nak menarik pelaburan ke dalam negara. Jadi, kita ada kriteria untuk memilih kawasan perindustrian untuk diberi pertimbangan dan kelulusan peruntukan di bawah program menaik taraf. So, dia ada peruntukan yang diberi oleh Kementerian Kewangan. Kita satunya ialah sama ada pihak swasta atau awam beroperasi sekurang-kurangnya lapan tahun.

Kedua ialah sama ada aktif tidak mempunyai sekurang-kurangnya occupancy rate sebanyak 50 peratus. That means dia dah mula lah ya, sekurang-kurangnya 50 peratus sama ada berpotensi untuk menarik pelaburan baru dan juga sedia ada dan juga mesti diuruskan oleh park manager dalam― yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dan kerajaan menyediakan peruntukan kepada MITI dan MIDA di bawah projek menaik taraf infrastruktur asas kawasan perindustrian ini berjumlah RM213 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas. Nanti kita akan tengok, lihat sama ada Yang Berhormat Kapar boleh berjumpa pegawai saya.

Sama ada dia meet tak some of the― dia dapat memenuhi syarat-syarat yang tersebut. Kerana di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, projek infra untuk kawasan-kawasan perindustrian diluluskan keseluruhan kosnya sebanyak RM75 juta bagi tahun 2026 dan kita pun dah salur RM20 juta. Nanti kita lihatlah sama ada daripada Kapar, kawasan perindustrian di Kapar itu ya.

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Menteri, minta lagi sekali.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ha, sekali lagi.

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Banyak kali boleh kot. Pas ini dah last dah ini.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Ya, sudah cukup masa.

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya lihat dari segi peruntukan untuk MITI Yang Berhormat Menteri. Ambil 2022 semenjak Yang Berhormat Menteri jadi Menteri MITI. Peruntukan hanya RM1.18 bilion. Tahun 2025 RM2.18 bilion. In increase of that RM1 billion more than 80 percent increase. Dan saya lihat ada correlation antara peruntukan yang diberikan kepada kementerian dengan pelaburan yang diterima ataupun diluluskan oleh pihak MIDA. Dia meningkat setiap tahun sehingga tahun sudah RM378 bilion.

Dia ada correlation kah Yang Berhormat Menteri? You kena increase-kan peruntukan pembangunan untuk kita tentukan kawasan industri kita world class dan sebagainya. Itu saya nak hubung kait dengan peruntukan untuk infrastruktur baik pulih yang tahun sudah RM15 juta, tahun 2026 dah jadi― 2025 RM15 juta, 2026 jadi RM20 juta. Saya ada sebutkan pada Yang Berhormat Menteri. Kita kena increase-lah sale RM50 juta supaya setiap negeri dapat peruntukan yang cukup untuk membaik pulih longkang dan sebagainyalah Datuk Seri. Bila mai bah ini lagi lah banjir. Betul tak ada correlation antara itu?

Saya ucap tahniahlah pasal Datuk Seri dapat, Menteri dapat meyakinkan Menteri Kewangan untuk meningkatkan sehingga RM1 bilion dalam masa empat tahun.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

[Ketawa]

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ini satu pencapaian legasilah to you before you leave. Thank you, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Memanglah betul ada correlation kerana kalau kita melabur dalam menaiktarafkan infrastruktur, terutamanya di kawasan-kawasan yang memerlukan dan mereka seperti saya sebut tadi ada industri-industri yang mempunyai limpahan yang positif dan dalam sektor-sektor yang penting memang ada.

Cuma, kita pun fahamlah kadang-kadang memang ada Kementerian Kewangan pun ada kekangan juga. Cuma, kita kena bagi justifikasi. Dan pada masa yang sama kita difahamkan melalui PBT juga, PBT pun mestilah bersama-sama melabur untuk menaiktarafkan itu.

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

PBT tak ada duit Menteri.

[Ketawa] . Kalau Kedah ini PBT yang untung Sungai Petani. Alor Setar pun...

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ada, Kulim ada duit.

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kulim itu dia special kan.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Special.

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Special entity. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ya, sebenarnya Kedah banyak sangat perindustrian. Kena bagi negeri lain juga.

[Ketawa] YB Padang Rengas pun ada di sini? Kan tadi tanya― you nak bilakah kerajaan akan mengumumkan Green Roadmap? Salah satu soalan.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, kita ada umumkan Green Investment Strategy tetapi hanya untuk pelaburan. Saya percaya, NRES ada memberikan lebih— gambaran yang lebih holistik mengenai Green Roadmap ini. Kita dari segi pelaburan, dalam bentuk Green Investment Strategy ini, kita luncurkan pada bulan Julai 2024. Strategi utama nak tarik pelaburan hijau ke dalam negara kita.

Dia pelengkap kepada National Industrial Master Plan dan sasaran kita ialah RM305 bilion pelaburan hijau menjelang 2030. Ada tujuh fokus utama. Pertama, kecekapan tenaga. Kedua, tenaga boleh baharu. Ketiga, hidrogen. Keempat, bioenergy. Kelima, mobiliti hijau. Keenam, CCUS. Dan ketujuh, kita nak ekonomi pekeliling ataupun kitar semula.

Dan, kita telah melancarkan satu framework nak membantu PKS kita kerana mereka perlu bersedia juga ya, dan kita panggil framework ini IESG di mana, kita membuat panduan tetapi memberi fokus sektor pembuatan dan PKS supaya bersedia untuk beralih kepada ESG. Ada empat tiang di situ, iaitu piawaian, pembiayaan, kapasiti dan juga mekanisme pasaran.

Yang kelima ialah sokongan dan platform. Ini yang disebut oleh YB Padang Rengas tadi. Kita kena memberi sokongan juga kepada mereka supaya bersedia untuk menghadapi cabaran ini di mana, banyak syarikat-syarikat yang besar ataupun pembekal-pembekal akan meminta supaya mereka juga melabur dalam green strategy ini.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Tetapi, kesimpulannya, syarikat mesti dibantu PKS ya, yang kecil dan juga PMKS untuk berdaya saing di peringkat bukan sahaja global, tetapi juga di peringkat domestik kerana kita pun nak dalam sasaran kita, kita nak capai net zero seawal-awal tahun 2050.

So, Kuala Krai. Kuala Krai tadi, you ada tanya pasal domestic investment juga?

Pelaburan domestik, Yang Berhormat. Sorry, you pula. Yang Berhormat Kuala Krai.

Memang, kita nak kukuhkan pelaburan domestik. Januari hingga September, 47.1 peratus adalah pelaburan domestik. Dan alhamdulillah, nampaknya baru-baru ini pun pengumuman lebih kurang sama, 45 peratus. Jadi, hampir 50-50 peratuslah.

Tadi, kita sebenarnya memberikan insentif yang sama kepada pelaburan domestik dan juga pelaburan asing. Tetapi, dari segi promosi, baru-baru ini, kita diminta untuk memberi lebih banyak promosi untuk di peringkat nasional dan wilayah. Wilayah yang dirasa perlu diberi lebih bantuanlah. Dan di sini, MIDA dan ini pejabat negeri, kita nak memastikan kita kurangkan kerenah birokrasi dan juga pada masa yang sama buat one stop centre. Dan kita nak bekerjasama dengan kerajaan negeri apa dia punya keunikan daya saing negeri.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kita tahu Kedah dengan Pulau Pinang contohnya, semikonduktor. Johor ini, dan ya lah. Semua ada, dia kena ada daya unik tarikan untuk pelaburan, dan kita nak buat insentif ini lebih bersasar supaya kita sokong projek yang bernilai tinggi.

Matlamat kita, kita kena ada sinergi kerajaan dan juga, kerajaan pusat dan negeri kerana kita nak— memang dalam NIMP, fokusnya untuk agihkan kekayaan dan peluang yang lebih meluas. Jadi— okey, silakan.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih. Terima kasih Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya seronok berbahas dengan— Yang Berhormat Menteri jawab dengan penuh kualiti.

Jadi, kita tengok dalam bajet untuk MITI pada 2026 ini, berjumlah RM1.897 bilion.

Dalam kod 040000 ini, kita tengok bagaimana strategi pengukuhan pelaburan berkualiti ini yang hanya diletakkan RM186.79 juta. Jadi, macam manakah nak beri insentif kepada multinational company supaya mereka tertarik untuk nak invest dekat negara kita yang melibatkan kos gaji, melibatkan apa ini— power supply, utilities and also apa ini dipanggil oil and gas piping, yang mana mereka dah ada semua benda ini, termasuk utiliti.

draft • 3:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, bagaimana dengan peruntukan yang kita bagi untuk tarik pelabur dengan insentif yang ada sekarang ini, sangat sikit saya tengok sebab multinational company ini, dia akan invest at least RM1 billion ataupun USD. Jadi, kalau kita tak beri tawaran insentif ini, macam mana mereka nak melabur? Sebab insentif ini kita belanja, kita akan dapat pulangan daripada dia, keuntungan mengisi peluang pekerjaan, cukai pulangan apa ini— eksport, cukai apa ini— import dia punya raw material untuk proses semua ini.

Jadi, saya kena tengok. Kerana apa? Ini Yang Berhormat Menteri kena tengok dari segi insentif ini untuk nak attract the multinational company invest to our Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih.

Sebelum saya jawab YB Pendang, saya nak— tak habis tadi jawab Kubang Pasu.

Kubang Pasu, you tadi saya tak dengar. Saya lupa, dia tanya pasal perbelanjaan pembangunan,kan? Kenapa dia tahun ini MITI diberi sedikit sahaja berbanding dengan tahun lepas? Kerana, perbelanjaan pembangunan tahun lepas, tahun 2025— eh, bukan tahun lepaslah.

Tahun ini, berbanding dengan tahun lepas, dia dua yang kita tidak ada lagi kos yang dalam perbelanjaan pembangunan. Satu ialah ASEAN, perbelanjaan ASEAN dan satu lagi ialah World Osaka Expo itu. Dan, kalau tidak— kalau kita lihat, lebih kurang sama. Saya pun mula-mula, tak berapa gembiralah melihat kejatuhan yang begitu mendadak dalam peruntukan perbelanjaan pembangunan tetapi telah diberi pencerahan.

Balik kepada Yang Berhormat Pendang, insentif kepada MNC, betul. Kita nak tarik pelaburan kena ada limpahan, kepada semua pekerja dan rantaian bekalan.

Terutamanya, rantaian bekalan yang melibatkan syarikat-syarikat PKS kita sendiri, ya.

Jadi, kita— itulah sebabnya pada tahun 2026 tahun depan, kita tukar insentif itu. Insentif itu akan berdasarkan outcome-based, kerangka insentif baharu, kita panggil.

So, kita perkenalkan kerangka insentif baharu berasaskan keberhasilan. Kita bukan lagi nak bagi insentif kepada semua, macam race— dengan izin, race to the bottom-lah. Fokus kita, apa yang disebut oleh YB Pendang itu betul. Satu ialah pekerja bergaji tinggi. Kedua, R&D, itu penting. Pemindahan teknologi. Kita nak buat R&D tetapi dia kena pindahkan juga teknologi. Kalau nak dapat insentif, you tak boleh buat R&D tetapi tak pindahkan teknologi kepada kita.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ketiga ialah linkages dengan PKS tempatan. Kita tak nak satu syarikat daripada sesebuah negara, tak tahu negara manalah. Contohnya, kata negara A. Dia bawa tetapi dia bawa semua rantaian bekalan dia datang sini. Ya, kita nak pastikan rantaian bekalan yang digunakan, kalau tidak tak dapat insentif.

Dan, pada masa yang sama, kita kena— yang disebut oleh tadilah, YB mengenai hijau. Itu penting juga. Kita kena pastikan dia mestilah ada komitmen ESG. Jadi, insentif cukai dan geran itu kena bersasar. Kita ada lagi elaun cukai yang mungkin tak ada dalam— apa dalam bajet ini, untuk MITI tetapi ada di butiran Kementerian Kewangan.

Satu ialah elaun cukai pelaburan (investment tax allowance). Kedua ialah insentif khas untuk EV. Bateri kita pun baru lancarkan. Contohnya, [Tidak jelas] baru keluar tadi.

Semua ada di sana dan juga, geran padanan. Ini kita ada CoSIF yang kita lancarkan tetapi itu untuk hanyalah— okeylah. Itu hanyalah untuk PKS ataupun syarikat tempatan lah.

Kerana, kita percaya MNC pun mempunyai keupayaan juga pada— Selepas itu, satu lagi ialah cabaran. Mungkin, YB Pendang pun setuju ialah masalah birokrasi.

Kadang-kadang, dia kata banyak sangat proses. Tak jumpa, berapa banyak agensi- agensi, Persekutuan, negeri. Ini akan melewatkan.

Jadi, kita cuba buat Invest Malaysia Facilitation Center. Kita telah buat tahun lepas. Di Kuala Lumpur, berjaya. Sekarang kita nak buat dekat Johor. Penang pun minta.

Saya rasa, Kedah pun akan minta lagi— juga. Jadi, kita— ini menunjukkan fast track ini pun penting. Kadang-kadang masa itu mungkin akan terlalu lama untuk pihak industri.

Jadi, ini satu penting.

Dan, satu lagi isu yang sekali lagi memang saya setujulah. Tenaga kerja dan bakat. Dia kena pastikan kalau insentif itu dapat, berapa ramai pekerja kita yang bukan diambil bekerja, tetapi dari segi kemahiran. Adakah mereka akan memberi latihan?

Kalau dia tak bagi latihan dulu, dia tengok CapEx. Pelaburan berapa banyak, dapat insentif.

Sekarang kita nak pastikan dalam score card itu berapa pekerja mahir you akan ambil dan berapa pekerja yang akan dilatih. So, lebih tailor-made, dengan izin, tetapi pada masa yang sama lebih senang kita nak justify, bagi insentif. Kalau tidak, mungkin kita akan dipersoalkanlah. Dan ini jawatankuasa bersama di antara MITI dan juga, Kementerian Kewanganlah. Inilah contoh, tetapi betul.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Dan, untuk ringkasnya Yang Berhormat Pendang, insentif ini bukannya kita lagi mentaliti nak bagi duit dan potong cukai, tak boleh. Dia kena insentif pakej penuh dan disokong oleh geran dan insentif cukai yang bersyarat dan berasaskan prestasi dan supaya setiap ringgit yang kita lepaskan dibayar balik dengan apa— untuk teknologi, pekerjaan dan juga peluang kepada rakyat Malaysia.

Kalau dah tak ada soalan, saya nak pergi ke isu ART. Ada lagi Yang Berhormat di sebelah sini? Sebelah sana? Kalau tidak saya bergerak ke isu ART di mana banyak yang juga...

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Menteri, sebelum Menteri bergerak ke ART, berapa minit lagi Menteri perlukan?

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Tiga jam.

[Ketawa] Eh, tak ada. 10 minitlah.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Tiga jam, kita kena buat khemah ini, Menteri.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Panjang tadi, isu ART. Jadi, 10 minit boleh? Saya— 10?

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

10? Okeylah, saya bagi 10 minit. Silakan.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

10 minit, okeylah.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Maaf, saya berseloroh tadi.

Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab secara teratur semua isu yang dibangkitkan mengenai ART ataupun perjanjian tindakan reciprocal Malaysia–Amerika Syarikat. Ramai Ahli Yang Berhormat termasuk Hulu Terengganu, Pasir Gudang dan lain-lainlah, yang menyentuh soal ini. Tadi pun Petaling Jaya pun ada, mengenai kedaulatan, mengenai ekonomi, dasar laut, China, REE, digital, bumiputera, GLC, proses rundingan. Malah, ada yang menyamakan ART ini dengan penjajahan baharu.

Jadi, saya akan jawab satu persatu.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, konteks sebenarnya dari segi tarif pekerjaan dan kenapa Malaysia bertindak awal― ini ada tanya. Semasa dalam Dewan tadi, saya sempat dengar Yang Berhormat Petaling Jaya juga. Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, kita mesti bermula dengan realiti, bukan retorik. Malaysia tidak berunding ART dalam suasana yang selesa. Kita berunding di bawah bayangan tarif baharu sebanyak 25 peratus ke atas hampir keseluruhan eksport kita ke Amerika Syarikat.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Ini termasuklah produk E&E dan semikonduktor yang bernilai tinggi yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara. Dan pada tahun 2024, Malaysia dari segi eksport ke Amerika Syarikat hampir RM200 bilion dan 60 peratus daripada eksport ini ialah produk E&E dan juga produk semikonduktor berteknologi tinggi.

Dan analisis bersama Bank Negara, MITI, MIDA, MATRADE dan juga pakar luar menunjukkan bahawa tanpa ART, pertumbuhan KDNK Malaysia boleh susut sekitar hampir 1.2 mata peratus setahun. Ini lebih kurang hampir RM30 bilion setahun. Dan kesan ke atas output kumulatif dalam beberapa tahun boleh mencecah ratusan bilion ringgit. Jadi, lebih kurang 1.1 pekerjaan termasuklah di zon perindustrian di Kulim, Bayan Lepas, Batu Kawan, Pasir Gudang, Senai, Shah Alam, lebih 7,000 PKS dalam rantaian bekalan syarikat Amerika Syarikat di Malaysia akan terdedah.

Jadi, melalui ART, kita telah capped kadar tarif pada 19 peratus, bukan 25 peratus atau lebih. Kita mengunci tarif kosong peratus bagi 1,711 perbarisan tarif. Dan kita juga telah berjaya mendapatkan produk-produk utama setakat ini. Semikonduktor pun masih lagi dikecualikan.

Jadi, sebab itulah bila ada yang bertanya mengapa Malaysia antara yang terawal memeterai ART, jawapannya mudah kerana kita antara yang paling terdedah. Struktur eksport kita, kebergantungan kepada E&E dan pendedahan kepada tarif Amerika Syarikat jauh lebih tinggi daripada beberapa negara ASEAN lain yang sering disebut.

Ada yang cadang tadi, tunggu ASEAN. Tunggu ASEAN dulu. Tapi, Tan Sri Yang di-Pertua, solidariti ASEAN penting tapi solidariti tidak boleh dijadikan alasan untuk melewatkan perlindungan kepada pekerja dan pengeluar Malaysia sendiri. Kita tidak boleh gadaikan nasib pekerja di Kulim, di Bayan Lepas, di Pasir Gudang hanya kerana mahu menunggu foto kelihatan tegas di pentas serantau.

Kita mudah untuk menuduh kerajaan gelojoh selepas risiko terbesar telah berjaya dikurangkan. Yang sukar ialah membuat keputusan ketika pistol tarif 25 peratus sudah diacukan kepada ekonomi kita. Dan pelabur sedang membandingkan sama ada mahu kekal di Malaysia atau pindah ke Vietnam, Thailand dan Mexico. Jadi, sebagai kementerian diberi tanggungjawab, saya lebih rela dikritik kerana bertindak cepat untuk menyelamatkan kilang dan pekerjaan rakyat daripada dipuji kerana berani melawan tetapi membiarkan tarif 25 peratus jatuh tanpa sebarang payung.

Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, supaya Dewan ini tidak terperangkap dalam bunyi bising politik semata-mata, elok kita dengar juga suara mereka yang setiap hari

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

berdepan pelanggan, kos dan pesaing global. Bukannya hanya mereka yang berdepan like dan juga retweet...

draft • 3:20 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Yang Berhormat Menteri, boleh celah sikit? Yang di-Pertua, berdasarkan penjelasan Menteri tadi, saya nak dapat kepastian, adakah dengan kenyataan tadi yang mengatakan bahawa kita ada tekanan, itu menunjukkan bahawa proses untuk kita menandatangani perjanjian ini adalah dilakukan di bawah tekanan dan paksaan yang seterusnya mungkin menyebabkan tak semua terms yang dipersetujui adalah yang terbaik untuk negara kita?

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okey, saya akan jawab kejap lagi. Saya habiskan yang ini, saya akan jawab. Terima kasih, Yang Berhormat.

Saya nak cakap supaya― you know, kita lihat, kita dengar juga suara mereka yang menghadapi dengan pelanggan dan sebagainya. Contohnya, Persatuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) dan juga persatuan PKS seperti SAMENTA. Saya juga dengar dewan perniagaan mereka seperti AMCHAM. Mereka semua mengatakan, our Association of Chamber of Commerce Industry Malaysia (ACCIM) pun, Yang Berhormat Tasek Gelugor memang rapat dengan mereka, mereka pun mengatakan ini mengalu-alukan.

Ini kerana memberi kepastian baru yang diberikan kepada pengilang dan pengeksport terutamanya dalam sektor yang bernilai tinggi. Bagi komuniti perniagaan China yang banyak terlibat dalam perdagangan, logistik dan pembuatan eksport, kestabilan struktur ini penting untuk pengeksport-pengeksport kita.

Ringkasnya, Tan Sri Yang di-Pertua, mereka yang benar-benar menanggung kos gaji, bil utiliti, sewaan kilang dan pinjaman bank― ini FML, SAMENTA, AMCHAM, ACCIM dan lain-lain, melihat ART ini bukan sebagai beban tetapi sebagai alat untuk mengurangkan mudarat dan memaksimumkan peluang dalam landskap tarif baru dunia.

So, Yang Berhormat Tasek Gelugor, tekanan kita ialah untuk memastikan pasaran kita masih lagi ada. Kena sedar bahawa kita bukan dalam posisi yang kuat buat masa ini. Itulah sebabnya kita nak percepatkan dan pada masa yang sama, yang penting ialah kita juga diberi peluang untuk memastikan sektor yang besar yang saya sebut tadi, sektor E&E terutamanya yang sektor semikonduktor yang part of E&E ini, 60 peratus daripada RM200 bilion ini masih lagi kosong. Itulah perbincangan kita. Tapi, kalau ada

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

isu, Yang Berhormat, kita akan pastikan― dalam kokus nanti Yang Berhormat Tasek Gelugor pun ada.

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kita akan pastikan kita akan memberikan taklimat yang terbarulah mengenai isu seksyen 232 ini. Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 3:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih. Terima kasih, Tan Sri.

Kita meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri. Sangat baik dan begitu meyakinkan.

Tetapi, bila kita melihat kepada laporan daripada― dan hari itu juga Yang Berhormat Menteri juga buat satu kenyataan bahawa dalam Agreement on Reciprocal Trade ini, kita nak buat review and revise balik some of the column ataupun artikel dalam agreement itu. Jadi, maknanya ada benda-benda itu. Itu yang kita skeptikal.

Yang keduanya, kita dapat ini. Pada Friday, November 28, 2025, issued by the Beijing statement, iaitu, “China warns Malaysia and Cambodia on US trade agreement citing ‘grave concern’”. Dan di situ juga, “China has issued a direct rebuke to Malaysia and Cambodia, lodging formal complaints over the new trade deals the two countries signed with the United States last month”, dengan izin.

Jadi, ini bila kita baca-baca benda macam ini, macam kita ada satu tied up. Jadi, skeptikal itu akan timbul. That’s why kami tanya, kami tanya supaya kita dapat satu perkara yang meyakinkan satu ketika untuk kebaikan negara. Bukan ada perasaan tak sukakah, dengkikah. No, no, no, no. I pernah terlibat dalam benda ini dan Kubang Pasu juga terlibat, mungkin ada seorang dua lagi yang pernah terlibat dalam deal, dalam agreement foreign direct investment ini. Jadi, itu pasal yang kita bangkit itu. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih kerana soalan itu.

Dalam isu mengenai perbincangan kita dengan China contohnya, apa yang berlaku ialah apabila kita menandatangani ART ini dan hari selepas itu kita telah berjumpa dengan Premier Li Qiang dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lah hadir di perjumpaan itu. Perjumpaan itu berlaku di Shangri-La, the next day, hari lepas kita menandatangani ART. Saya pun hadir juga dengan counterpart saya, Minister of Commerce, Wang Jie. Dan kita berbincang. Dia memang risaulah kerana mereka menyatakan kita pun rakan strategik Malaysia dari segi perdagangan terutamanya kita

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

adalah rakan dagang yang terbesar, walaupun dari segi defisit di sebelah sanalah. Kita yang ada defisit.

So, apa yang berlaku ialah kita berbincang dan kita bersetuju untuk menghantar pasukan kita ke negara China. Pada minggu lepas, kita hantar, lepas itu bagi penerangan, bagi pencerahan kepada pasukan daripada China. Dan mereka kata mereka perlu rekodkan kerana isu geopolitik pun mereka kena rekodkan yang mereka nak pastikan yang apa-apa yang dipersetujui tidak akan membebankan hubungan perdagangan di antara kita dua.

Dan apa yang kita telah bersetuju ialah, “Okey, silakan buat statement itu”, tetapi pada masa yang sama, pasukan kita sedang berunding dengan China untuk memastikan dari segi perdagangan, dia nak buat lagi― MoU itu, dia nak rapatkan. Jadi, dalam― in a way, dengan izin, perverse way, kita pada masa yang sama, isu ini telah merapatkan kita dengan China kerana dia pula nak sign MoU― tapi bukan agreement- lah kerana kita dah ada. Kita dah ada RCEP, kita ada ASEAN-China FTA yang sudah ada bersama China. ASEAN RCEP bersama-sama dengan lima negara lain, dengan ASEAN-China FTA dengan ASEAN.

Yang Berhormat.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Kampar dulu, Yang Berhormat. Kita bagi Kampar. Lepas itu...

draft • 3:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya nak minta penjelasan dari Menteri. Tadi Menteri bagi sebab kita nak menandatangani ART ini sebelum ASEAN kerana nak melindungi sektor industri semikonduktor. Tapi, setahu saya, semikonduktor ini dia di bawah seksyen 232. Bermakna, ia tidak termasuk dalam ART ini.

Jadi, saya nak dapat kepastian dari Menteri. Adakah semikonduktor termasuk dalam ART ini dan kita akan dapat 19 peratus ataupun kita tak tahu lagi?

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Yang Berhormat Kampar, kita apabila berunding mengenai ART, seksyen 232 berasing. Itu Secretary of Commerce, Department of Commerce. Pada masa ini, dikecualikan, kosong peratus. Tak kena pun 19 peratus.

Dan kita berharap dengan― bila perbincangan pagi tadi pun saya dah berbincang dengan [Tidak jelas] , mereka mengatakan kita akan mendapat layanan yang lebih istimewa terutamanya dalam sektor E&E dan semikonduktor kerana kita bukan rakan strategik untuk sektor ini. Pada masa ini, itulah sebabnya diteruskan kosong

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

peratus. Tak kena pun 19 peratus. Dan pada masa yang sama, apa yang penting ialah itu hanya untuk semikonduktor. Untuk E&E, ada yang kena 19 peratuslah, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Kita tengok balik kepada China tadi...

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Kota Bharu.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih Tan Sri. Yang Berhormat Menteri, soalan saya agak direct ya. Bila kita menandatangani ART pada 26 Oktober baru-baru ini, ia nya mungkin satu amalan yang baharu kepada kerajaan kita.

Kalau kita melihat tahun 2016, kita telah menandatangani TPPA. Saya ingat pada masa itu Parlimen telah menubuhkan kaukus yang dipengerusikan pada masa itu Yang Berhormat Jasin, saya rasa, daripada Barisan Nasional, dan kita ada wakil daripada pembangkang dan juga daripada kerajaan. Saya salah seorang ahli itu.

Kita mesyuarat 15 kali. Kaukus ni mesyuarat sebelum the signing of TPPA. Kita bawa dalam Parlimen, tak silap saya tiga hari kita bincang. Walaupun tidak ada satu pengundian dibuat, tapi dibincang di sini. Berbeza dengan ART ini, saya nak beritahu saya sebagai Ketua Whip belah sini diminta oleh MITI menghantar lima orang wakil untuk duduk dalam kaukus pada bulan Mei tahun 2025. Kita telah hantar tapi sehingga bulan Oktober, tidak dipanggil. Padahal pada masa itu, nak bincang mengenai tarif. Itu satu.

Keduanya, saya nak minta apa penjelasan Menteri apabila bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengatakan bahawa this ART agreement is the worst agreement since merdeka. Adakah beliau saja-saja berkata begitu ataupun he’s— yeah, bekas Peguam Negara di sebelah sana juga dulu.

Jadi, adakah menunjukkan bahawa ART ini sebagaimana Timbalan Yang Berhormat sebut dalam program dalam MIER, “We were forced to enter into this agreement.” Apakah sehingga saya tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Perdana Menteri kata, “Okay, okay. I will ask Minister to find tune.” I don’t know how to find tune the word force. Force, paksa.

Jadi, saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri lah. Baik, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Silakan.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri saya kerana cakap begitu.

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Tak apa, Menteri. YB, bagi Menteri jawab dulu. Lepas itu, saya akan bagi YB tanya. Silakan Menteri nak jawab apa.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

So, Tan Sri Yang di- Pertua. Saya nak jawab juga dulu mengenai mengenai fasal Tommy Thomas tu lah dulu kerana itu lebih senang nak jawab kerana pada masa saya— masa saya ingat dulu, kita sekarang tiba-tiba nak menjunjung tulisan bekas Peguam Negara yang dahulunya, kita sendiri ataupun mereka sendiri serang habis-habisan, ya.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Bukunya mengenai pentadbiran— kita dulu dituduh tidak faham sensitif politik.

Pada hari ini, tiba-tiba dijadikan rujukan utama pula, ya dalam soal dasar perdagangan.

Jadi, kalau setiap hari menuduh beliau tersilap mengurus kes-kes yang besar dekat negara kita ni, tidak adil pula hari ini kita mengangkat tulisan Tommy Thomas yang sama sebagai kitab muktamad bila ia selari dengan naratif politik.

draft • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, sorry ya Yang Berhormat. Tapi betul, memang tak betul lah. Saya tak setuju langsung dengan apa yang Tommy Thomas cakap. Pertamanya, dari sudut TAC perjanjian sendiri. Preamble ART ini bermula dengan penegasan shared commitment to sovereignty, economic prosperity and resilient supply chain. Dalam Artikel 7.1 juga, secara ringkas mengiktiraf hak dan obligasi sedia ada Malaysia di WTO termasuk hak untuk melindungi keselamatan negara dan mengambil langkah perdagangan yang perlu.

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

[Bangun]

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Jadi, jika ART ini tidak meminda perlembagaan Yang Berhormat, itu Yang Berhormat lebih arif mengenai isu-isu ini, dan tidak meminda mana-mana undang-undang kita secara automatik. Setiap pelaksanaan ini tetap tertakluk kepada proses perundangan domestik Malaysia.

Jadi, keduanya, seperti Yang Berhormat sebut tadi, Malaysia ini tidak – Malaysia tidak terikat selama-lamanya. Di bawah Artikel 7.3, mana-mana pihak boleh memohon pindaan. I think itulah yang dimaksudkan tadi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tapi, kedua-dua pihak mesti mempertimbangkan secara good faith ya, di bawah

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Artikel 7.5 — Malaysia boleh menamatkan ART dengan notis bertulis selepas 180 hari, dan perjanjian ini akan tamat.

Malah, Artikel 7.2 sendiri menetapkan bahawa perjanjian hanya berkuat kuasa selepas kedua-dua pihak melengkapkan prosedur masing-masing. Jadi, kita tidak ada lagi ruang kalau nak lepas ni dalam kaukus hari tu Yang Berhormat Putrajaya dan Yang Berhormat Kubang Pasu dan juga beberapa lagi Yang Berhormat memang ada membangkitkan dan kita berbincang mengenai...

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

...Isu ini.

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Segamat, ya. Segamat.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Saya tak boleh jawab lagi?

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Nanti kejap. Dah habis, kalau boleh. Ataupun nak jawab...

draft • 3:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Sikit saja, sikit. Nak tanya fasal ART ini juga. Sebab Segamat tak bahas. Cuma, nak tanya. Ada bekas Perdana Menteri mendakwa bahawa ART ini memberi hak Bumiputera kepada syarikat Amerika Syarikat jika beroperasi di Malaysia. Adakah ia satu perjanjian di dalam ART ini seperti yang— pendakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Malaysia. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Menteri, saya ingat Menteri jawab, lepas itu boleh landing lah ya.

draft • 3:30 PM

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz

Okeylah, okey. Tapi saya akan jumpalah dengan Yang Berhormat Kota Bharu nanti. Dah habis dah. Tapi yang nak jawab simple saja nak jawab YB Segamat. Tak betul. Saya dah bagi pencerahan juga di media— di luar sana yang hak bumiputera memang tidak dikompromi lah.

So, itu sahaja daripada soalan-soalan yang telah dibangkitkan tadi. Kalau boleh, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kerana ini adalah penggulungan terakhir saya di Parlimen.

[Tepuk] Saya nak ucapkan terima kasih kepada belah sini dan juga belah sana dengan Tan Sri Yang di-Pertua juga kerana memberi sokongan dan nasihat dalam enam tahun saya di sini dan saya nak ucapkan terima kasih. Terima kasih. *Assalamualaikum.

[Tepuk]*

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM658,686,700 untuk Kepala B.24 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.24 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.24 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.24 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [****Fasal-fasal 1 dan 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]

draft • 3:30 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan

Tan Sri Pengerusi, saya memohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik Yang Berhormat. Masanya— masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Masalah ialah bahawa usul di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

draft • 3:30 PM

[Usul Anggaran Pembangunan 2026 dimaklumkan kepada Majlis sekarang]

Tuan Pengerusi

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 3:30 PM

Bacaan Kali Yang Ketiga Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan

Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang bernama suatu akta bagi mengeluarkan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2026 dan bagi peruntukan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan dipersetujui tanpa pindaan.

draft • 3:30 PM

Bacaan Kali Yang Ketiga Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan

Saya mohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

draft • 3:30 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Saya mohon menyokong.

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]

draft • 3:30 PM
USUL

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Saya mencadangkan:

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit

(RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”

draft • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 3:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Saya mohon menyokong, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Masalahnya ialah Usul di nombor 1 dalam Aturan Urusan Mesyuarat hendaklah disetujukan.

draft • 3:40 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KEWANGAN 2025 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan rang undang-undang itu.

draft • 3:40 PM

Menteri Kewangan II - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibaca kali kedua sekarang.

draft • 3:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 3:41 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum — baik saya baca...

draft • 3:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Huraian, kan? Silakan huraian.

draft • 3:41 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Rang Undang-undang Kewangan 2025 yang dicadangkan adalah untuk melaksanakan pindaan ke atas lima akta percukaian iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.

Pindaan yang terlibat adalah bagi melaksanakan langkah-langkah cukai yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 pada 10 Oktober 2025. Antara pindaan utama adalah berhubungan peluasan skop dan kenaikan had pelepasan cukai pendapatan individu, penambahbaikan ke atas Dasar Cukai Keuntungan Modal, pengenaan cukai ke atas agihan keuntungan yang diterima oleh pekongsi individu daripada perkongsian liabiliti terhad, penetapan kaedah baru ansuran bayaran cukai, penambahbaikan mekanisme pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Cukai Keuntungan Harta Tanah serta semakan semula layanan duti setem sedia ada.

Pindaan ke atas Akta Cukai 1967 adalah seperti berikut.

Pertama, kerajaan sentiasa komited untuk menambah baik pelepasan cukai pendapatan individu dengan mengambil pendekatan secara bersasar dan memastikan

draft • 3:41 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

pelepasan yang disediakan dapat menyokong pelbagai inisiatif kerajaan selain dapat terus memberi manfaat kepada pembayar cukai. Oleh itu, pindaan itu dibuat di mana:

(i) pelepasan sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan pemvaksinan untuk diri sendiri, pasangan, anak, ibu, bapa atau datuk, nenek diperluas bagi meliputi semua vaksin yang berdaftar dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara;

(ii) pelepasan sehingga RM3,000 bagi yuran penghantar anak ke taska dan tadika diperluas untuk meliputi bayaran kepada premis penjagaan anak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi kanak-kanak sehingga 12 tahun;

(iii) had pelepasan ke atas perbelanjaan diagnosis program intervensi awal atau rawatan pemulihan bagi anak kurang upaya pembelajaran seperti autisme yang berumur 18 tahun ke bawah dinaikkan dari RM6,000 kepada RM10,000;

(iv) pelepasan sehingga RM3,000 ke atas bayaran premium insurans nyawa atau sumbangan takaful hayat untuk diri sendiri dan pasangan diperluas bagi meliputi anak;

(v) pelepasan sehingga RM2,500 diberi kepada perbelanjaan pemasangan atau pembelian mesin rincih sisa makanan dan televisyen litar tertutup untuk kegunaan isi rumah; dan

(vi) sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, pelepasan cukai baharu sehingga RM1,000 diberi kepada perbelanjaan fi kemasukan ke pusat pelancongan atau bagi program kebudayaan dan kesenian yang dibuat dalam tahun taksiran 2026.

Kedua, Cukai Keuntungan Modal (CKM) telah dilaksanakan ke atas pelupusan saham yang tidak disenarai. Berdasarkan maklum balas pemegang taruh, terdapat keperluan meminda perundangan CKM bertujuan menambah baik pelaksanaan CKM terutamanya bagi pemberijelasan ke atas transaksi tertentu seperti berikut:

(i) agihan modal yang diterima daripada transaksi pembubaran syarikat ataupun dengan izin dissolution, penebusan syer

(redemption) dan penukaran syer (conversion) merupakan pelupusan yang tertakluk kepada kenaan CKM;

draft • 3:41 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

(ii) penentuan tarikh pelupusan bagi transaksi yang melibatkan pembubaran syarikat, penebusan syer dan penukaran syer adalah pada tarikh kehilangan hak pemegangan saham, syer; manakala penentuan tarikh pelupusan bagi transaksi yang melibatkan pengurangan modal syer adalah pada tarikh pembayaran yang dibuat oleh syarikat kepada pemegang syer;

(iii) laba atau keuntungan daripada transaksi pelupusan aset modal asing yang diterima di Malaysia dengan izin, foreign source income (FSI) adalah tidak tertakluk kepada CKM. Skop kenaan CKM hanya meliputi pelupusan aset modal yang terletak di Malaysia atau pelupusan syer yang disebut dalam seksyen 15C, Akta Cukai Pendapatan 1967; dan

(iv) pelupusan kepada pihak ketiga oleh nominee yang memegang saham yang tidak tersenarai bagi pihak pemilik saham, syer adalah tidak tertakluk kepada kenaan CKM. CKM hanya dikenakan kepada pemilik syer sebenar yang menerima manfaat.

Ketiga, pengenaan cukai pendapatan pada kadar dua peratus kepada pekongsi individu yang menerima keuntungan daripada perkongsian liabiliti terhad tertakluk kepada nilai ambang RM100,000 dan mengambil kira tolakan selepas pelepasan yang dibenarkan. Cukai ini yang berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026 bertujuan menyamaratakan layanan cukai pendapatan antara pekongsi individu dan pemegang saham individu selaras dengan pengenaan cukai dividen dua peratus yang dilaksanakan melalui tahun taksiran 2025.

Keempat, bagi memastikan pembayar cukai lebih teratur dan menyokong pengurusan aliran tunai, mekanisme baharu ditetapkan supaya bayaran ansuran pertama ke atas anggaran cukai dibuat pada bulan pertama tahun taksiran berbanding layanan semasa yang dibuat pada bulan kedua. Ketetapan ini berkuat kuasa bermula tahun taksiran 2028 dengan tempoh peralihan dalam tahun taksiran 2027. Antara pindaan ke atas Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 adalah seperti berikut:

(i) menetapkan bahawa baki kerugian boleh dibawa ke hadapan bagi tempoh 10 tahun taksiran berbanding layanan semasa yang tidak ada had masa. Bagi kerugian yang tidak boleh diserap yang telah

draft • 3:41 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

terkumpul sebelum tahun taksiran 2026, boleh dibawa ke hadapan bagi tempoh 10 tahun sehingga tahun taksiran 2035;

(ii) membenarkan pembayar cukai ke atas taksiran disifatkan, dengan izin (deemed assessment) dibuat secara ansuran berdasarkan amaun dan tempoh ansuran yang ditetapkan; dan

(iii) memberi pilihan kepada pemeroleh harta tanah untuk memegang dan me-remit amaun bersamaan amaun taksiran selain pilihan sedia ada iaitu me-remit keseluruh wang balasan atau tiga peratus, lima peratus atau tujuh peratus mengikut kategori pelupusan.

Kelima, antara pindaan Akta Setem 1949 adalah seperti berikut:

(i) memasukkan takrif baharu residential property dengan izin, bagi memberi kefahaman berkenaan rumah kediaman;

draft • 3:41 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

(ii) memperuntukkan bahawa tuntutan bayaran balik duti setem perlu dibuat kepada pemungut dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh surat cara bagi apa-apa kontrak atau perjanjian atas jualan yang dibatalkan;

(iii) memperuntukkan pindaan kenaikan nilai ambang pengecualian duti setem bagi perjanjian pengajian daripada RM300 kepada RM3,000 sebulan. Manakala, kadar duti setem bagi surat cara pemindah milik rumah kediaman kepada warga asing bukan pemastautin tetap dan syarikat asing dinaikkan dari empat peratus kepada lapan peratus; dan

(iv) peruntukan bahawa orang yang bertanggungan untuk membayar duit setem bagi surat cara pertukaran adalah penerima pemberian atau penerima pemindahan dalam satu pertukaran pemilikan.

Pindaan atas Akta Cukai Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 adalah berkaitan berkenaan kebenaran untuk set off dengan izin.

Pindaan kebenaran set off membolehkan lebihan cukai atau duti di bawah satu akta digunakan untuk menampung tunggakan di bawah akta lain sekali gus mengurangkan tunggakan dan menyokong pengurusan aliran tunai pembayar cukai. Pindaan ini

draft • 3:50 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

melengkapkan perubahan dalam Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Perolehan (Cukai Pendapatan) 1967.

Secara keseluruhannya, rang undang-undang yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk melaksanakan langkah cukai Belanjawan 2026 yang dapat memberi manfaat kepada rakyat khususnya melalui pelepasan cukai yang ditambah baik. Pada masa yang sama, kerajaan dapat memperkemas layanan dan perundangan cukai di samping meningkatkan ruang fiskal seiring dengan keperluan dan persekitaran ekonomi negara.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih ada sesiapa menyokong?

draft • 3:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Saya mohon menyokong.

draft • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya menerima lapan nama Ahli Yang Berhormat yang akan berbahas. Saya bacakan nama-nama tersebut. YB Kampar, Pendang, Gerik, Bachok, Beruas, Tanjong Karang, Rantau Panjang dan Padang Rengas. Ahli Yang Berhormat akan diberikan lima minit dan saya mulakan dengan menjemput YB Kampar. Silakan.

draft • 3:50 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas peluang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan RUU Kewangan 2025. Rang undang-undang ini membawa pelbagai pindaan besar dan kesan amat besar kepada sistem cukai negara. Saya menyokong hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan pentadbiran percukaian dan mengurangkan ketirisan. Namun, ada beberapa perkara dalam RUU ini perlu kita perhalus demi memastikan keberkesanan dan keadilan fiskal dapat dicapai.

Yang pertama, di bawah fasal 17, pindaan berhubung cukai terhadap Pekongsi Individu dan Pekongsi Liabiliti Terhad (LLP) Bahagian 23, Jadual 1 memperkenalkan kadar cukai dua peratus bagi keuntungan diagih melebih RM100,000. Tujuannya ialah untuk menutup ruang arbitrasi cukai antara struktur syarikat biasa dengan LLP.

draft • 3:53 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Walau begitu, saya ingin menarik perhatian bahawa banyak perusahaan kecil dan profesional mudah memilih LLP kerana fleksibilitinya serta perlindungan liabiliti. Ia satu Limited Liability Partnership. Jika dasar baharu menaikkan beban cukai secara mendadak, kita bimbang ini akan menekankan firma teknikal dan profesional tempatan.

Saya cadangkan bahawa kementerian boleh sediakan satu laporan impak yang menyeluruh dan menilai semula kadar dua peratus ini agar tidak menghalang pertumbuhan industri perkhidmatan bernilai tinggi.

Kedua, pindaan kepada seksyen 46 yang melibatkan pelbagai potongan untuk rakyat. Ada pindaan yang sangat dialu-alukan seperti kenaikan had potongan rawatan perubatan kepada RM10,000 serta peluasan potongan yuran penjagaan kanak-kanak sehingga umur 12. Ini benar-benar membantu keluarga muda yang sedang bergelut dengan kos sara hidup.

Namun, saya ingin cadangkan supaya kementerian turut mempertimbangkan penyediaan laporan tahunan yang menilai keberkesanan kepotongan cukai terhadap kesejahteraan isi rumah. Ini penting agar setiap insentif bukan sahaja menambah beban pentadbiran tetapi ia benar-benar mencapai tujuan sebenar iaitu meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Yang ketiga tentang pindaan tentang Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah. RUU ini hadkan tempoh membawa kerugian kepada sembilan tahun sahaja. Bermakna selepas sembilan tahun, tahun ke-10 ia tak boleh carry forward. Pada pandangan saya had ini perlu dinilai semula. Pasaran hartanah tidak bergerak secara konsisten.

Ada tempoh ketidaktentuan yang panjang. Mengehadkan tempoh sebegini mungkin menghukum pelabur kecil yang mengalami kerugian sebenar akibat keadaan pasaran dan jika mereka tak nak carry forward, mereka terpaksa jual dan masa itu kalau pasaran tak bagus mereka terpaksa jual pada harga yang rendah. Jadi, kerajaan wajar mengkaji semula sama ada pendekatan ini benar-benar meningkatkan keberkesanan pungutan atau hanya menambah tekanan ke atas pasaran yang sedang lembab.

Yang keempat, pindaan kepada Akta Setem yang memperkenalkan kadar duti lebih tinggi iaitu lapan peratus bagi pemindahan harta kediaman kepada warga asing dan syarikat asing. Saya faham bahawa tujuan dasar ini ialah untuk melindungi kemampuan pemilikan rumah oleh rakyat tempatan.

Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati agar kadar baharu ini tidak menghalang aliran pelaburan yang sebenar. Jika kerajaan mahu mengawal pembelian spekulatif,

draft • 3:53 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

dasar yang lebih bersasar mungkin lebih berkesan berbanding kenaikan kadar secara umum. Saya cadangkan supaya kementerian mengemukakan satu set garis panduan penilaian risiko pasaran perumahan bagi memastikan tindakan ini seimbang antara kepentingan rakyat dan daya tarikan pelaburan.

Dan kelima, di bawah fasal 28, bawah Akta Setem, 80C seksyen. Pindaan ini membagi satu kuasa yang amat luas kepada Ketua Pengarah dalam mengurus amaun lebihan cukai ataupun duti di bawah pelbagai akta. Saya nak baca di sini. Di sini dikatakan, saya minta izin, “Any amount of access in respect of duty payable which is to be refunded to a person.” Bermaknanya duti ini perlu bayar balik kepada cukai. Tetapi, under this act “may be utilized by the collector.” Bermakna pengarah boleh gunakan wang ini “for the payment of any other amount including under Income Tax Act, Petroleum Act, Real Property Gains Tax Act or the Labuan Business Activity Act. Ini unprecedented Tan Sri Speaker, tak pernah berlaku. Kalau ini dibenarkan, adakah bermakna pembayar cukai― kalau saya ada lebihan cukai kepada LHDN juga boleh diguna pakai untuk duti setem ataupun akta lain-lain. Ini harus― kita harus adil kepada pembayar cukai dan bukan sahaja bagi pungutan cukai LHDN kita boleh off set kepada cukai lain. Tujuan ini untuk mempercepatkan penyelesaian tunggakan dan meningkatkan kecekapan.

Tetapi, apabila kuasa silang ini digunakan antara cukai pendapatan, cukai Labuan, Akta Petroleum, Akta Setem isu ketelusan dan hak pembayar cukai mesti diberi perhatian serius. Saya cadangkan agar kerajaan menetapkan garis panduan jelas tentang bagaimana lebihan cukai digunakan serta menyediakan mekanisme rayuan yang lebih mudah supaya pembayar cukai tidak dibebani keputusan pentadbiran yang tidak mereka jangka.

Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang aspek komunikasi dasar. Ini penting sebab setiap kali kita buat dasar baharu saya rasa dasar itu tidak sampai ke akar umbi.

RUU ini mengandungi banyak pindaan teknikal yang memberi kesan langsung kepada industri pelabur serta jutaan pembayar cukai individu.

Saya cadangkan supaya kerajaan menerbitkan memorandum penjelasan lengkap dalam bahasa yang mudah difahami rakyat, dwibahasa, tribahasa sebelum kuat kuasa pada Januari 2026. Langkah ini penting bagi memastikan pematuhan cukai berjalan lancar dan mengelakkan kekeliruan yang akan mengganggu operasi ekonomi.

draft • 3:53 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tan Sri Yang di-Pertua, kita semua kongsi matlamat yang sama iaitu kita hendak membangunkan satu sistem fiskal yang telus, adil dan mampan. RUU Kewangan 2025 mempunyai elemen positif tetapi perlu penelitian lanjut agar tidak wujud satu kesan sampingan yang tidak diingini.

draft • 3:53 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dengan semangat membina saya menggesa kerajaan menerima cadangan penambahbaikan yang dikemukakan demi melindungi ekonomi, pelabur tempatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pendang.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua kerana memberi peluang saya untuk membahas rang undang-undang beberapa perkara kritikal dalam RUU ini khususnya berkaitan dengan fasal 4 dan fasal 6 yang pada hemat saya bukan saja tidak menangani masalah sebenar rakyat dan PMKS, malah berpotensi menambah beban kewangan kepada mereka yang sedang bergelut pasca pandemik ini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 4:00 PM

Mesyuarat] Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Pengerusi, dalam konteks fasal 4, pengumuman cukai 2 peratus ke atas keuntungan limited liability partnership ataupun LLP melebihi RM100,000. Puan Pengerusi, bila masuk?

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bukan Pengerusi lagi.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bukan lagi, Puan Yang di-Pertua okey. Kalih-kalih tengok orang lain. Okey, dilihat bercanggah sama sekali dengan dasar kerajaan kononnya ingin memperkasa PMKS dengan menggalakkan keusahawanan.

LLP selama ini LLP ini limited liability partnership selama ini menjadi struktur pilihan para usahawan kecil kerana fleksibilitinya dan kadar cukai yang ringan. Ia digunakan oleh firma kecil, guaman, akaun, arkitek, perusahaan keluarga, start-up dan digital business.

Begitu juga dengan PKMS yang sedang membangun.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sekarang kerajaan mahu kenakan cukai tambahan dua peratus ke atas agihan, melebihi RM100,000. Ini menimbulkan risiko double taxation. Keuntungan LLP telah pun dikenakan cukai di peringkat entiti LLP. Mengapa perlu dikenakan lagi di peringkat individu? Apakah rasional menambah cukai ketika PMKS baru hendak pulih pasca pandemik ini?

Begitu juga dengan fasal 9, seksyen 54C, cukai ke atas agihan LLP sebagai statutory income yang mana kita ingin tahu apakah mekanisme yang akan diguna pakai bagi mengelak double taxation ini serta apakah mekanisme audit digunakan untuk menilai dalam pasaran LLP ini? Mohon penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Menteri.

Adakah kerajaan telah mengetahui berapa jumlah LLP kecil yang akan terkesan?

Adakah kajian impak telah dibuat ke atas kos operasi PMKS ini? Jika kerajaan benar- benar mahu progresif, mengapa tidak menyasar kelompok yang lebih besar dengan keutuhan dana? Bukankah PMKS yang masih bertatih ini bagaimana untuk bertahan?

Sedang merangkak nak berjalan, rebah. Terbalik, rebah, bangkit semua ini. Jadi, kerajaan perlu memikirkan keadaan ini supaya mereka menjadi lebih tegas, lebih teguh dalam mereka menjalankan business PMKS ini.

Kerajaan sepatutnya menyediakan insentif untuk PMKS membesar, bukan menghukum mereka apabila mula mencapai keuntungan. Apakah ini polisi pro usahawan atau sebenarnya pro kutipan hasil semata-mata untuk mendapat masuk ke dalam kantung negara? Tak boleh macam itu. Sebagai kerajaan, kena mendidik rakyat dulu supaya mereka hidup selesa, baru kerajaan fikir bagaimana untuk mendapatkan hasil pada negara untuk dibelanjakan balik kepada rakyat, yang ini.

Puan Yang di-Pertua, RUU pada fasal 6, pindaan seksyen 46 turut mencadangkan perluasan potongan cukai kepada pelbagai kategori seperti vaksin, taska, EV charging, CCTV, food waste machine, pelancongan budaya dan sebagainya, seolah-olah kerajaan mahu memberi pelbagai bantuan fizikal.

Tetapi hakikatnya potongan cukai hanya memberi manfaat kepada mereka yang membayar cukai iaitu golongan M40 dan T20. B40 tidak dapat manfaat langsung.

Contohnya, potongan RM6,000 hingga RM10,000, ia kelihatan besar tetapi golongan yang paling memerlukan adalah B40 yang tidak dapat tuntut kerana mereka tidak berada dalam kategori pembayar cukai.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Oleh sebab itu, potongan kos penjagaan anak RM3,000 hakikatnya hanya RM250 sebulan sedangkan laporan rasmi Belanjawanku, KWSP dan SWRC, UM 2022/2023 menunjukkan anggaran kos penjagaan kanak-kanak bandar adalah di antara RM540 hingga RM650 sebulan. Mereka tak, anak-anak ada hantar balik kat mak, kat bapak di kampung bolehlah. Ini orang yang kerja di bandar ini, terpaksa menanggung RM540 hingga RM650 sebulan.

Laporan media arus perdana The Star 2025 telah melaporkan ramai ibu bapa membayar RM700 hingga RM750 sebulan untuk day care dan kindergarten. Jadi persoalannya, adakah RM250 sebulan ini realistik untuk menampung kos penjagaan kanak-kanak di Malaysia?

Sebenarnya potongan cukai ini hanya menampung 30 peratus hingga 40 peratus kos sebenar dan itu pun hanya untuk mereka yang bayar cukai. Ini bukan polisi inklusif, ini dasar yang mengasingkan rakyat mengikut siapa yang mampu tuntut resit dan siapa yang bayar cukai lebih, maka dia yang mendapat manfaat. Yang tidak boleh cukai walaupun ini golongan majoriti B40 ini dan mereka tak ada manfaat dalam apa yang saya sebutkan tadi ini.

Lebih membimbangkan potongan cukai untuk EV charging, CCTV dan juga food waste machine. Apakah ini keperluan rakyat terbanyak B40 dan sebahagian M40 masih bergelut isi minyak RON95, bukan charge kereta elektrik. Potongan pelancongan RM1,000.

Apakah itu keutamaan ketika rakyat sedang bergelut membayar sewa rumah dan barang dapur? Mengapa kerajaan tidak menambah baik subsidi taska yang jauh lebih efektif? Mengapa tidak diwujudkan insentif cukai kepada majikan yang menyediakan child care di tempat kerja seperti yang dilaksanakan di negara maju? Mohon penjelasan.

Puan Yang di-Pertua, akhir sekali, dua fasal ini menggambarkan kegagalan kerajaan membaca realiti rakyat. Kita tidak perlu potong potongan kosmetik, kita perlukan pembaharuan fiskal yang berpaksikan realiti hidup rakyat, bukan sekadar angka di atas kertas belanjawan. Kerajaan perlu jawab persoalan mengenai adakah kajian impak dilakukan sebelum cukai dua peratus LLP ini dilaksanakan? Mengapa tidak diwujudkan dasar cukai bersasaran? Bukannya bebankan PMKS. Mengapa potongan taska tidak diselaraskan dengan kos sebenar di pasaran?

Seterusnya, berapa ramai yang akan benar-benar manfaat daripada potongan EV dan CCTV ini? Mohon maklumat secara terperinci. Akhir kata, RUU ini tidak boleh

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

hanya nampak cantik atas kertas, ia mesti adil kepada PMKS dan inklusif kepada semua lapisan rakyat. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi saya sedikit ruang. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.

draft • 4:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan. Berkenaan dengan RUU Kewangan 2025 ataupun Money Bill, peruntukan untuk meminda Akta Percukaian selaras dengan Perkara 67(1)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi mengenakan atau menaikkan apa-apa cukai atau menghapuskan atau menurunkan dan me-remit-kan cukai yang ada. Ia bertujuan untuk melaksanakan langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2026 baru-baru ini.

Jadi Puan Yang di-Pertua, terdapat lima Akta Cukai yang hendak dipinda dengan jumlah 27 fasal semuanya. Jadi saya ingin menyentuh terutamanya tentang Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) yang mengandungi 15 fasal. Antara yang menarik adalah penambahbaikan pelepasan cukai pendapatan individu. Antaranya, pelepasan sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan pemvaksinan diluaskan meliputi semua jenis vaksin yang berdaftar dengan KKM.

Jadi, persoalannya adakah penggunaan vaksin yang dikatakan didaftarkan ini meliputi penyakit-penyakit yang baharu contohnya? Adakah ia akan dikemas kini secara bulanan atau tahunan kerana kalau kita tengok sekarang ini macam-macam vaksin yang ada. Keduanya adalah pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi yuran penghantaran anak diluaskan kepada pusat jagaan harian dan transit bagi anak berumur 12 tahun juga menimbulkan satu persoalan.

Bagaimanakah status pusat jagaan yang nak diberi pelepasan cukai ya? Adakah pusat penjagaan tersebut haruslah berdaftar kesemuanya ataupun kadang-kadang kebanyakannya ia, orang hanya meletakkan anak ini untuk transit kepada kadang- kadang jiran yang tak bekerja contohnya. Macam mana mekanisme itu dikira untuk ia betul-betul sampai kepada rakyat yang berada di bawah sana? Kalau semuanya adalah berdaftar, jadi saya fikir kerajaan perlu fikirkan pula satu kaedah macam mana untuk daftarkan secara sah semua pusat-pusat jagaan tersebut.

draft • 4:07 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Begitu juga had pelepasan cukai bagi program intervensi awal atau rawatan pemulihan anak kurang upaya pembelajaran yang dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 terutamanya bagi kalau ikutkan Menteri tadi bagi kanak-kanak yang autisme.

draft • 4:07 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Jadi, bagaimanakah kaedah pengenalan autisme tersebut? Kerana, autisme ini ada macam-macam jenis. Ada yang mild autism dan sebagainya. Adakah perlu ada kad OKU baru nak iktiraf sebagai dapat pelepasan cukai tersebut? Atau bagaimana?

Dan begitu juga saya bersetuju dengan komen dari Pendang tadi, pelepasan cukai bagi pembelian mesin rincih ini saya rasa macam satu benda yang bukan keperluan ketika rakyat sedang bergelut dengan keadaan ekonomi sekarang.

Kemudian, pelepasan cukai RM1,000 bagi fi kemasukan pusat pelancongan.

Juga perlu ada satu mekanisme di mana pusat-pusat pelancongan dalam negara ini kadang-kadang― untuk pusat pelancongan yang dah famous is okay, tapi untuk pusat pelancongan baharu contohnya, ataupun meliputi homestay dan sebagainya, kadang- kadang dia bukan ada satu resit yang betul-betul proper. Jadi, dekat situ juga kerajaan perlu ada satu penilaian macam mana kita nak mengumpul fi kemasukan pusat pelancongan tersebut. Adakah ia terhad pada betul-betul pusat pelancongan yang mega sahaja?

Kemudian, pelepasan cukai RM3,000 bagi bayaran premium insurans nyawa dan sumbangan takaful hayat. Ini juga adalah satu perkara yang perlu kerajaan, terutama Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan, ambil cakna juga kerana kita ada banyak rungutan daripada rakyat berkenaan dengan polisi insurans sekarang yang dah kadang-kadang dah macam-macam. Dengan kadar yang terlampau tinggi, namun dia punya untuk kesihatan dan sebagainya tidak setimpal dengan bayaran bulanan yang kita kena bayar.

Kemudiannya, berkenaan dengan bayaran balik lebihan cukai, Tuan Yang di- Pertua. Membenarkan set off lebihan cukai di bawah ACP 1967 untuk menyelesaikan tunggakan cukai, ini adalah suatu perkara yang baik kerana ia memudahkan sebenarnya urusan untuk kedua-dua belah pihak andai kata adanya satu cukai yang bersilang antara aktiviti perniagaan Labuan, contohnya, dengan Akta Setem 1949.

Dan satu lagi, Puan Yang di-Pertua, kenaan cukai pendapatan ke atas agihan keuntungan perkongsian liabiliti terhad. Jadi, saya ingin bertanya juga kepada Menteri, adakah cukai pendapatan pada kadar dua peratus ini dikenakan untuk RM100,000 tadi

draft • 4:10 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

adalah RM100,000 ― melebihi RM100,000 itu adalah RM101,000 kah ataupun melebihi RM100,000 pertama dan RM100,000 kedua baru dikenakan cukai? Jadi, perlu ada juga penjelasan yang ini kerana kalau ikut pada ayat ini, dua peratus adalah melebihi RM100,000. Maknanya RM101,000, RM1,000 yang pertama itu dah kena cukai. Ini juga satu― nak tahu juga penjelasan Menteri.

Dan lagi satu, adakah ia melibatkan PLT, perkongsian liabiliti terhad sahaja?

Macam mana dengan syarikat sendirian berhad dan lain-lain yang ada pembahagian dividen, keuntungan? Adakah dia dah dipakai dalam cukai dividen atau bagaimana?

Dan akhir sekali, perubahan nilai ambang dan kadar duti. Menaikkan nilai ambang threshold dari RM300 kepada RM3,000 bagi kontrak penggajian yang dikecualikan dari kenaan duti setem. Ini juga satu perkara yang perlu dikaji, dinilai semula kerana sebelum ini pada ketika threshold itu di ambang RM300, bagaimana penguatkuasaannya?

Adakah kerajaan― berapa banyak yang telah berjaya dikutip dan berapa banyak yang tidak dikutip? Dan kemudian apabila kita naikkan kepada RM3,000, adakah― selepas ini yang RM300 tadi itu memang dah tidak terpakai, tapi RM3,000 itu macam mana? Apa perbezaannya apabila nilai ambang itu dinaikkan? Apa justifikasinya daripada RM300 kepada RM3,000 tadi bagi kontrak penggajian yang dikecualikan berkenaan duti setem tadi?

Sekian sahaja, Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Gerik. Saya jemput Yang Berhormat Bachok.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberikan laluan kepada Bachok untuk membahaskan RUU Kewangan 2025 ini berkaitan cukai-cukai yang akan dikenakan kepada rakyat dan peniaga bagi menampung perbelanjaan kerajaan yang meningkat seperti yang diunjurkan dalam Belanjawan 2026.

Dalam kita membicarakan perihal cukai iaitu mengambil sebahagian peratusan daripada keuntungan peniaga dan pendapatan rakyat bagi menampung urusan perbelanjaan negara, sukalah saya mengingatkan diri saya dan Dewan yang mulia ini akan sepotong ayat Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud, “Dan

draft • 4:14 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa padahal kamu mengetahui salahnya”. Semoga menjadi pedoman kepada kita semua.

Puan Yang di-Pertua, pertamanya, Bachok ingin menyentuh tentang cukai pendapatan merujuk kepada Bahagian II, fasal 4, cukai ke atas keuntungan limited liability partnership (LLP), dengan izin, bagi keuntungan melebihi RM100,000. Ramai rakan-rakan Ahli Parlimen telah menyentuh perkara ini. Satu perkara yang saya nak tarik perhatian ialah pengenaan cukai ini terhadap individu berpotensi membebankan usahawan kecil dan perkongsian sebagai entiti yang fleksibel.

Model perkongsian LLP ini selama ini menjadi pilihan PMKS kerana fleksibiliti dan struktur cukai yang lebih ringan. Dikhuatiri pengenaan cukai dua peratus ini boleh melemahkan insentif untuk mengguna pakai model LLP dan berisiko meningkatkan kos operasi PMKS kerana kita sedia maklum model perkongsian LLP ini banyak digunakan oleh firma kecil, firma guaman, firma perakaunan, firma arkitek, perusahaan keluarga dan juga start-up. Jadi, cukai tambahan ini berpotensi menyekat pertumbuhan perniagaan kecil berbeza dengan dasar kerajaan yang kononnya mahu menggalakkan keusahawanan.

Justeru, soalan saya, apakah rasional menambah beban cukai kepada model perkongsian LLP ini ketika PMKS sedang bergelut dengan kenaikan kos dan persaingan perniagaan yang semakin mencabar?

Seterusnya, fasal 7 dan 8, insurans anak-anak. Rakyat di luar sana berpandangan manfaat ini hanya dapat dinikmati golongan yang mampu membeli insurans. Tidak membantu keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk memiliki polisi insurans ataupun takaful. Realitinya, beban kewangan dan kos sara hidup yang tinggi apabila kos sara hidup, bil keperluan harian meningkat, insurans akan dianggap sebagai satu kemewahan atau luxury, dengan izin, atau pilihan tambahan, bukannya keutamaan, bukannya satu perkara yang di dalam kadar kemampuan. Ramai yang memilih fokus kepada keperluan asas terlebih dahulu.

Polisi insurans ataupun takaful yang dilihat kurang masa golongan berpendapatan rendah ini, kadar liputannya masih rendah dalam kalangan B40 dan juga M40. Jika hampir separuh rakyat tidak mampu mengambil insurans, bagaimana

draft • 4:14 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

potongan cukai yang hanya membantu pembayar cukai boleh dianggap sebagai satu dasar yang inklusif? Apakah pelan kerajaan untuk mengintegrasikan sistem insurans dengan Skim MySalam, Perlindungan Tenang, subsidi kesihatan untuk membentuk jaringan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh?

Akhir, Puan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan), fasal 33 dan 34. Fasal ini memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk menggunakan lebihan cukai pendapatan petroleum yang sepatutnya dikembalikan kepada pembayar cukai untuk membayar apa-apa cukai atau duti yang lain yang telah sampai tempoh dan perlu dibayar oleh pembayar cukai tersebut di bawah pelbagai akta cukai yang lain termasuk cukai pendapatan.

Persoalannya, apakah penilaian impak yang telah dilaksanakan ke atas sektor huluan (upstream) sektor minyak dan gas ini? Bagaimana kerajaan menjamin bahawa projek di lapangan-lapangan yang dikira sebagai marginal field kekal berdaya maju selepas perubahan cukai ini? Dan apakah jaminan kerajaan bahawa perubahan ini tidak akan menjejaskan pengeluaran minyak dan hasil PETRONAS dan sekali gus tidak menjejaskan bayaran tunai petroleum kepada Terengganu dan Kelantan yang difahamkan masih lagi dibayar secara sedikit-sedikit dan ada masanya sedikit lewat?

Mohon penjelasan di pihak Yang Berhormat Menteri.

Jadi, akhir di kesempatan ini, saya merakamkan ucapan tahniah kepada pengundi-pengundi di Sabah yang telah membuat keputusan dalam pilihan raya negeri baru-baru ini dan amat wajarlah Sabah menjadi guru kepada negeri-negeri lain di Malaysia. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

draft • 4:14 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya membahas Rang Undang-undang Kewangan 2025, DR.38/2025.

draft • 4:19 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya ingin bangkitkan empat perkara. Perkara pertama, kerja kerajaan mestilah dilaksanakan oleh pegawai kerajaan. Rakyat membayar gaji pegawai kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Malangnya semakin hari kita nampak trend memindahkan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan kepada orang awam. Secara

draft • 4:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

prinsipnya, ini tidak betul. Tambahan pula, orang awam akan dihukum dengan beratnya jika membuat kesilapan melaksanakan tanggungjawab ini.

Rakyat sekarang diperlukan memfailkan taksiran anggaran cukai pendapatan yang perlu dibayar dan jika silap, didenda. Lewat bayar, didenda. Kemudian, mereka diminta untuk membuat Taksiran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan diminta untuk mengekalkan jumlah yang perlu dibayar kepada kerajaan.

Kalau silap, didenda pula dan sekarang kerajaan ingin membuat pindaan supaya pentaksiran cukai setem dibuat oleh orang awam juga. Saya tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana ini membebankan rakyat dan rakyat bukannya orang yang pakar dalam hal ini. Pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai cukai setem merupakan pakar dalam hal ini.

Saya telah mengamalkan undang-undang hampir 40 tahun tetapi sehingga hari ini, masih lagi terdapat pandangan yang berlainan tentang jumlah cukai setem yang hendak dibayar. Ini adalah kerana tajuk dokumen-dokumen kadang-kadang tidak ...

draft • 4:20 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Beruas, Beruas.

draft • 4:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya tak ada masa, mohon maaf ya melainkan Puan Yang di-Pertua beri masa tambahan? Ha, tak? Jadi, mohon maaf. Saya ingin menyatakan kerana senarai sekarang ini tidak lengkap dan banyak tajuk dokumen tidak dinyatakan dan kalau kita nyatakan dia di bawah tajuk lain-lain dokumen, hanya bayar RM10 sahaja, nanti kena denda berat juga. Jadi, saya mengesyorkan amalan sekarang diteruskan.

Perkara kedua ialah peningkatan cukai setem untuk pemindahan harta daripada empat peratus kepada lapan peratus untuk syarikat-syarikat atau warga asing yang hendak membeli hartanah di Malaysia. Adakah ini akan menghindarkan pelaburan asing ke Malaysia? Ini adalah kerana kerajaan-kerajaan negeri juga akan mengenakan lagi pelbagai levi dan bayaran. Seperti di negeri Perak, kalau membeli tanah perniagaan atau industri, kerajaan negeri pun juga akan mengenakan levi antara 1.5 peratus hingga lima peratus ke atas hartanah tersebut.

Selain daripada permohonan untuk kelulusan di negeri Perak, dikenakan lagi RM1,500 dan ini tidak termasuk lagi bayaran guaman, bayaran profesional arkitek dan jurutera. Jadi, kalau ini berlaku, akanlah menambahkan kos untuk mereka yang hendak melabur di Malaysia. Dan saya nak dapat satu penjelasan, kalau sesebuah syarikat itu

draft • 4:20 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

ditubuhkan di Malaysia tetapi sahamnya dipegang oleh syarikat asing atau orang asing, adakah syarikat itu dianggap syarikat Malaysia atau syarikat asing?

Perkara ketiga, tempoh masa 24 bulan untuk tuntut balik duty stamp yang tersilap bayar ataupun transaksi yang terbatal adalah terlalu singkat. Saya memohon ia dilanjutkan kepada enam tahun, seperti had masa untuk seseorang itu mendapat balik hutang yang terakru kepada beliau. Ini sangat penting kerana dalam transaksi besar, biasanya ia mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk dilaksanakan, untuk disempurnakan dan seperti yang telah dinyatakan tadi, kalau sesebuah transaksi pelaburan asing datang ke Malaysia, mereka sudah membayar lebih 10 peratus daripada belanja untuk cukai kerajaan, duty stamp tetapi kalau transaksi tersebut terbatal, mereka tidak dapat balik jumlah duty stamp yang telah dibayar.

Katakan kalau pelaburan itu, harta itu RM100 juta, RM8 juta telah dibayar untuk duty stamp. Takkan lah kerana sebab-sebab bukan kesalahan mereka, mereka tidak boleh dapat balik duty stamp yang telah dibayar.

Akhir sekali, saya minta supaya dipinda masa untuk kerugian atau baki kerugian dibawa ke hadapan untuk industri tanam pokok balak tidak ditetapkan masa seperti sebelum ini. Kerajaan menggalakkan penanaman pokok balak kerana selepas tahun 2030, pokok-pokok hutan tidak boleh ditebang lagi.

Jika ditetapkan had 10,000, mohon maaf. Had 10 tahun untuk kerugian dibawa ke hadapan, ini pula bermaksud kerajaan tidak adil kepada industri ini. Ini adalah bermaksud kerajaan ingin menyatakan kepada industri ini, anda tidak boleh membawa ke hadapan kerugian yang telah dialami semasa menanam pokok-pokok itu kerana pokok-pokok ini hanya boleh ditebang selepas sekurang-kurangnya 15 tahun.

Oleh yang demikian, saya mohon agar kerajaan dapat membenarkan untuk industri ini sahaja, untuk membawa ke hadapan semua kerugian yang ditanggung untuk menentukan jumlah keuntungan kemudian kerana kita tahu untuk menanam pokok 15- 20 tahun, semua perbelanjaan kerugian akan terkumpul untuk masa 15-20 tahun itu.

Dengan itu, saya memohon cadangan saya ini dapat diterima oleh pihak kerajaan.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 4:20 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tanjong Karang memilih untuk menumpukan perbahasan ini kepada lima seksyen yang paling signifikan yang benar-benar memberi kesan kepada rakyat, pelabur dan ekonomi negara.

Yang pertama, seksyen enam iaitu kadar cukai individu. Tanjong Karang menegaskan agar kerajaan menyemak semula mekanisme sedia ada supaya keuntungan yang telah dicukai di peringkat syarikat tidak mengenakan pula cukai individu melalui dividen yang diterima. Ini satu bentuk implicit double taxation dengan izin, yang menjejaskan golongan B40 dan M40 dan pemilik syarikat-syarikat kecil yang bergantung pada dividen sebagai top-up pendapatan mereka.

Yang kedua, di bawah seksyen 46, potongan individu. Pindaan seksyen 46 menyusun semula beberapa individual relief. Tanjong Karang berpandangan potongan bagi vaksinasi, pendidikan anak, perubatan ibu bapa dan perbelanjaan kerja digital tidak lagi mencerminkan realiti kos semasa. Kadar inflasi pendidikan dan kos teknologi meningkat sekitar lapan ke 12 peratus setahun.

Begitu juga dengan kadar inflasi perubatan yang meningkat begitu tinggi sehingga 15 ke 16 peratus setahun tetapi relief yang diberikan ini tidak bergerak seiring dengan peningkatan kadar inflasi tersebut. Kerajaan tidak boleh sekadar menyelaraskan angka secara kosmetik sahaja. Kita perlukan potongan yang benar-benar membantu isi rumah.

Yang ketiga, Block Digital Gain Taxes. Seksyen 65C, 65D dan 65F. Pindaan tiga seksyen ini ialah antara yang paling kritikal dalam RUU ini kerana ia akan menentukan keberkesanan capital gains tax (CGT) negara. Tanjong Karang menyokong CGT sebagai langkah menambah keadilan fiskal namun ingin menegaskan, takrif capital asset dalam seksyen 65C mesti memasukkan transaksi pelupusan tidak langsung termasuk syarikat luar negara yang memiliki aset tempatan. Jika tidak, loopholes akan membenarkan pemindahan saham melalui SPV luar, special purpose vehicle luar.

Seksyen 65D perlu memasukkan mekanisme market value substitution rule untuk mengelakkan manipulasi harga pelupusan antara syarikat-syarikat berkaitan.

Seksyen 65F mesti menetapkan tempoh pelaporan yang munasabah untuk PKS dan pelabur kecil. Jangan jadikan CGT sebagai satu lagi beban compliance yang

draft • 4:27 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

membunuh start-up dan usahawan-usahawan tempatan. Jika kerajaan mahu CGT ini berjaya seperti UK dan di Australia, garis panduan mesti jelas dan ketat tapi tidak membunuh pelaburan.

draft • 4:27 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Seterusnya seksyen 107C Cukai Pegangan ke atas servis luar negara dan digital

(withholding tax). Seksyen 107C yang dipinda memperluas kewajipan cukai pegangan termasuk perkhidmatan digital, langgan cloud, perundingan digital dan platform luar negara. Tanjong Karang menyokong peluasan withholding tax ini tetapi mengingatkan PKS yang menggunakan perkhidmatan digital murah dari luar negara boleh terjejas, ambang thresh— ambang atau threshold minimum perlu diperkenalkan untuk melindungi proses mikro, proses fill in withholding tax mesti dipermudah secara automatik. Tanpa pembelaan kepada PKS, pindaan ini akan menaikkan kos operasi perniagaan kecil.

Seterusnya seksyen 111 pembayaran balik cukai ataupun refund. Ini paling dekat di hati rakyat kerana pindaan seksyen 111 memberi kuasa tambahan dalam proses refund. Tanjong Karang menegaskan SLA Refund, Service Level Agreement Refund perlu ditetapkan contohnya 60 hari selepas pemfailan lengkap LHDN mesti menyediakan saluran rayuan jika refund lewat tanpa sebab munasabah serta ketelusan dan automasi dalam proses refund akan memulihkan kepercayaan rakyat. Rakyat tidak boleh terus menunggu berbulan-bulan untuk wang mereka— wang mereka sendiri tanpa dikembalikan.

Tuan Yang di-Pertua, Tanjong Karang menyokong prinsip keadilan fiskal melalui pindaan RUU Kewangan 2025. Namun, kerajaan mesti memastikan pelaksanaannya tidak membebankan rakyat, tidak membunuh pelaburan, meningkatkan ketelusan dan benar-benar menambah hasil negara secara berkesan. Dengan memenuhi syarat- syarat penambahbaikan ini, barulah pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 dapat mencapai tujuan sebenar. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 4:30 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

draft • 4:32 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

sejahtera. Terima kasih Puan di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya sama- sama membahaskan RUU Kewangan 2025. Rantau Panjang mengharapkan supaya apa jua pindaan yang dibuat terutama melibatkan cukai supaya tidak terus meningkatkan beban rakyat.

Kerajaan seharusnya melindungi kos hidup rakyat yang semakin tertekan terutama yang melibatkan kos hidup yang melibatkan keperluan barangan asas. Jadi, saya mengharapkan apa jua pindaan supaya mengambil kira keperluan rakyat dan mestilah selari dengan kadar inflasi. Peningkatan cukai pendapatan seharusnya selari dengan kadar inflasi. Kerajaan perlu menyemak balik keberkesanan subsidi bersasar supaya dia benar-benar dapat menyelesaikan masalah rakyat yang semakin menekan.

Menyentuh tentang berkaitan dengan pindaan rang undang-undang ini, saya ingin menyentuh berkaitan dengan fasal 14 dan 15 iaitu berkaitan dengan bayaran insurans cukai dipercepatkan pada bulan pertama di mana insurans cukai diwajibkan bermula pada bulan pertama tahun asas. Jadi, dasar ini akan memberi tekanan kepada aliran tunai.

Pada awal tahun kewangan, biasanya syarikat akan mengalami pembelian stok, pembayaran berkaitan dengan pembekalan, penyelenggaraan tahunan dan pelbagai isu lagi. Jadi, saya ingin tahu apakah analisis impak yang telah dibuat dan berapa banyak PMKS yang akan bakal terjejas dan mengapa kerajaan tidak memilih langkah untuk lebih mesra kepada PMKS seperti memberi fleksibiliti untuk memudahkan pengurusan, terutamanya berkaitan dengan CP204.

Begitu juga berkaitan dengan fasal 16, kuasa kerajaan guna lebihan cukai untuk bayar cukai yang lain. Peruntukan penggunaan lebihan cukai yang dibayar oleh seseorang atau syarikat merentas pelbagai cukai termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan 1967), Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949. Ini bermakna akan terdapat lebihan cukai yang perlu dikembalikan kepada pembayar cukai dari satu akta, lebihan tersebut boleh digunakan untuk membayar cukai atau duti yang tertunggak di bawah akta lain.

Jadi, penggunaan akta ini merupakan satu perkongsian penggunaan data kewangan pembayar cukai antara agensi di bawah pelbagai akta cukai yang berbeza.

Jadi, mungkin ini menyebabkan risiko pendedahan maklumat kewangan kepada pihak

draft • 4:32 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

berkuasa yang lain tanpa persetujuan jelas yang boleh menimbulkan kebimbangan dari sudut kerahsiaan data bagi pembayar cukai.

Jadi, sejauh mana [Tidak jelas] mekanisme akan dilaksanakan supaya potensi penyalahgunaan data kewangan ini tidak berlaku dan begitu juga ketelusan hak pembayar cukai supaya perlu diperjelaskan supaya tidak menjejaskan keyakinan awam terhadap sistem pencukaian dalam negara.

Saya ingin juga menyentuh tentang fasal 20 dan 21 tentang had kerugian. Yang mana RUU ini menyatakan bahawa kerugian boleh dibenarkan berkaitan dengan pelupusan ini hanya dibenarkan ditolak untuk tempoh sembilan tahun taksiran berturut- turut dan baki yang tidak ditolak selepas tempoh itu tidak diambil kira.

Saya ingin tahu, mengapakah kerajaan memilih had sembilan tahun dan bukan tempoh yang lebih panjang atau tiada had langsung. Jadi, adakah kajian telah dibuat untuk mengukur memastikan supaya perkara ini tidak menjejaskan sektor perniagaan.

Begitu juga saya ingin menyentuh tentang fasal 32 iaitu lebihan cukai iaitu penggunaan lebihan cukai merentas akta iaitu berkaitan dengan kesan kepada zon ekonomi Labuan, kritikan tentang daya saing antarabangsa. Adakah kerajaan telah berunding terutama melibatkan industri-industri di Labuan seperti bank, insurans dan sebagainya dan apakah hasil dapatan daripada kajian yang dibuat? Jadi, saya harap supaya apa jua pindaan yang dibuat tidak menjejaskan syarikat-syarikat yang terlibat supaya memberi dorongan dan semangat untuk mereka terus berkembang.

Begitu juga tentang fasal 33 dan 34 berkaitan dengan lebihan cukai yang melibatkan pindaan terhadap Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Saya ingin tahu apakah jaminan kerajaan perubahan ini tidak akan menjejaskan pengeluaran minyak dan hasil PETRONAS. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 4:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 4:32 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada Padang Rengas untuk membahaskan Rang undang-undang Kewangan 2025. RUU ini mempunyai implikasi

draft • 4:37 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

langsung kepada rakyat, PMKS dan pelabur. Sebab itu kita perlu menelitinya dengan serius.

Satu, cukai dua peratus atas keuntungan Limited Liability Partnership (LLP), fasal 4. LLP selama ini menjadi platform pilihan firma kecil, usahawan mikro, guaman, akauntan, syarikat keluarga dan start up kerana fleksibiliti. Tetapi pengenalan cukai dua peratus untuk keuntungan melebihi RM100,000 melemahkan insentif keusahawanan.

Ini boleh menyebabkan risiko double taxation, kos operasi meningkat, PMKS hilang daya saing. Kerajaan kata menyokong PMKS, tetapi cukai ini bergerak ke arah sebaliknya.

Potongan cukai individu hanya membantu M40 dan T20, fasal 6. Walaupun ada penambahan potongan untuk vaksin penjagaan anak, EV charging, CCTV dan pelancongan, persoalannya ialah siapa yang sebenarnya mampu memanfaatkannya.

Golongan B40 tidak membayar cukai, tidak mampu membeli EV, CCTV atau melancong.

Untuk isu jagaan anak, realiti kos di bandar RM450 hingga RM750 sebulan sedangkan potongan yang sedia ada jauh lebih rendah dan tidak mencukupi. Potongan cukai tidak menyelesaikan masalah kos hidup untuk majoriti rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, ketiga, insurans untuk anak, fasal 7 dan 8. Potongan insurans hanya membantu keluarga yang mampu membeli polisi. Golongan B40 dan M40 rendah masih tidak akan mampu melanggan insurans ketika kos hospital, ubat dan premium semakin meningkat. Sepatutnya kerajaan menambah subsidi kesihatan, bukan potongan cukai kepada golongan berkemampuan sahaja.

draft • 4:37 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Yang keempat, pelupusan aset dan nomini, risiko tinggi kepada pelaburan, fasal 10 hingga 13. Peraturan baharu CGT ke atas pelupusan aset dan pegangan melalui nomini meningkatkan risiko ketidakjelasan penilaian market value, kos pematuhan naik mendadak, ketidakpastian kepada pelabur tempatan dan asing, potensi pertikaian dengan LHDN. Pakar industri sudah beri amaran bahawa peraturan ini boleh menggugat keyakinan pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, lima ansuran cukai dipercepatkan. Fasal 14 dan 15 mewajibkan PMKS membayar ansuran cukai lebih awal, memberi tekanan aliran tunai.

PMKS bergantung kepada bulan pertama untuk pembelian stok dan kos operasi. Risiko lewat bayar dan penalti meningkat menyukarkan syarikat kecik yang sedang pulih pasca pandemik. Mengapa kerajaan tidak memilih pendekatan lebih mesra PMKS seperti deferment option?

draft • 4:40 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Tuan yang di-Pertua. Yang ke enam, isu lebihan cukai dan privasi, fasal 16,32, 33 dan 34. Penggunaan lebih cukai untuk membayar cukai lain nampak mudah, tetapi ia membuka risiko:

(i) Pendedahan data kewangan tanpa kawalan;

(ii) Kekeliruan penyata cukai;

(iii) Penyalahgunaan oleh pihak ketiga; dan

(iv) Implikasi kepada industri minyak dan gas terutamanya projek marginal field. Ini perubahan besar yang memerlukan penilaian impak mendalam.

Kesimpulannya, RUU ini mengandungi unsur baik tetapi terlalu banyak Fasal menambahkan beban kepada rakyat dan PMKS. Reformasi fiskal mesti adil, progresif dan membantu golongan terbeban, bukan hanya mengutip hasil daripada sektor yang sudah sedia lemah. Saya mencadangkan agar beberapa fasal dikaji semua bersama PMKS, pakar cukai dan industri sebelum diluluskan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 4:40 PM

Tuan pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, masa 15 minit.

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Belanjawan MADANI Keempat Tahun 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada 10 Oktober lalu dirangka dengan tumpuan untuk membugar ekonomi, menjana perubahan dan mensejahtera rakyat iaitu selari dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Belanjawan ini adalah untuk meneruskan agenda pembaharuan kerajaan ke arah memacu pembangunan negara, mengukuhkan kedudukan fiskal dan menambah baik kualiti hidup rakyat secara terangkum dan mampan. Pembentangan RUU Kewangan 2025 ini merupakan langkah pengukuhan kedudukan fiskal kerajaan dengan menambahbaikan polisi dan pentadbiran percukaian negara bagi menyahut langkah pembaharuan Ekonomi MADANI serta dasar-dasar yang telah diluncurkan oleh kerajaan.

draft • 4:42 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Saya zahirkan ucapan penghargaan kepada Ahli- Ahli Yang Berhormat yang berbahas bagi Rang Undang-undang Kewangan 2025. Seramai lapan Ahli Yang Berhormat menyentuh pelbagai perkara melibatkan isu-isu percukaian. Saya hargai pancangan semua dan izinkan saya menjelaskan perkara dibangkitkan sepanjang perbahasan sebentar tadi.

Berhubung dengan isu kenaikan cukai ke atas pendapatan agihan keuntungan yang diterima oleh pekongsi daripada perkongsian liabiliti terhad atau PLT yang banyak dibangkitkan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Tanjung Karang, Yang Berhormat Bachok dan juga Yang Berhormat Padang Rengas.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cukai ke atas pendapatan agihan keuntungan PLT yang diterima oleh pekongsi yang berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026 ini bertujuan menyamaratakan layanan cukai pendapatan antara pekongsi individu dan pemegang saham individu selaras dengan pengenaan cukai dividen dua peratus yang telah dilaksanakan mulai tahun taksiran 2025.

Sehubungan ini, pengenaan cukai ke atas agihan keuntungan yang diterima oleh pekongsi (PLT) ini adalah lebih kepada usaha untuk terus menambah baik struktur cukai pendapatan individu supaya ia menjadi lebih progresif. Selain itu, kadar dua peratus merupakan kadar minimum dan kerajaan berpandangan bahawa kadar dua peratus berserta nilai ambang RM100,000 dijangka tidak memberi beban tambahan kepada pekongsi.

Kerajaan turut mengambil maklum cadangan Yang berhormat untuk menyediakan laburan impak menyeluruh dan menilai semula kadar dua peratus LLP ini agar tidak menghalang pertumbuhan industri perkhidmatan bernilai tinggi. Ingin ditekankan bahawa kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang berhati- hati supaya dasar percukaian negara sentiasa adil serta bersesuaian dari semasa ke semasa seiring dengan keperluan dan persekitaran ekonomi.

Sebarang dasar percukaian baharu akan dibuat dengan teliti melalui sesi libat urus bersama pemegang taruh serta analisis impak fiskal bagi memastikan keimbangan, keseimbangan antara kebajikan rakyat dan kelestarian hasil negara.

Berhubung isu double taxation dengan izin, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pendang dan juga Yang berhormat Padang Rengas, sebenarnya isu double taxation tidak berbangkit. Ini kerana PLT yang merupakan entiti perniagaan hanya

draft • 4:42 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

membayar satu cukai, iaitu membayar cukai berdasarkan kadar syarikat. Manakala cukai dua peratus tersebut dibayar oleh individu yang merupakan pekongsi. Pada masa ini terdapat 118 PLT dengan 724 orang pekongsi di mana statistik ini adalah berdasarkan hasil analisa melalui Borang Nyata Cukai Pendapatan atau BNCP yang diterima oleh LHDN.

Berhubung dengan Yang Berhormat Kampar supaya kerajaan mempertimbangkan penyediaan laporan tahunan yang menilai keberkesanan potongan cukai terhadap kesejahteraan isi rumah, kerajaan sentiasa menjalankan kajian ke atas semua jenis pelepasan cukai pendapatan individu dalam memastikan pelepasan yang disediakan dapat membantu pembayar cukai dan menyokong pelbagai inisiatif kerajaan.

Berhubung dengan isu duty stamp dan pelaksanaannya sistem taksir diri duti yang telah dibangkitkan oleh beberapa Yang Berhormat seperti Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Kampar, pelaksanaan sistem taksir sendiri duty stamp, untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan ini, pelaksanaan taksir diri di Malaysia bukan merupakan pendekatan baharu dalam mentadbir sesuatu sistem percukaian dan selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa. Sistem taksir sendiri ini juga...

draft • 4:42 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

[Bangun]

draft • 4:42 PM

Puan Lim Hui Ying

Melibatkan penggunaan elektronik dalam aspek pengiraan cukai dan penghantaran dokumen yang mana ia nya akan memudahkan proses menjalankan perniagaan dan seterusnya memberi kedudukan atau ranking baik kepada negara di dalam inisiatif B iaitu ready di bawah World Bank. Ia juga bukan merupakan beban tambahan kepada pembayar cukai. Sistem taksir sendiri telah diperkenalkan sejak tahun 2001 untuk pembayar cukai korporat dan kemudiannya diikuti dengan pembayar cukai individu pada tahun 2003. Ia merupakan reformasi...

draft • 4:42 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Yang berhormat Menteri. Sedikit, sebelum pergi jauh. Sikit Sahaja. Gerik, Gerik.

draft • 4:42 PM

Puan Lim Hui Ying

Sebentar ya, biar saya habiskan ini, baru dipersilakan Yang Berhormat. Ini merupakan reformasi pentadbiran cukai yang berjaya yang mana kesannya dapat dilihat melalui peningkatan pematuhan cukai dan seterusnya dapat memberi kutipan positif kepada kutipan hasil. Dipersilakan.

draft • 4:42 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Okey. Tadi saya ada tanya soalan kepada Yang Berhormat. Berkenaan dengan kadar, berkenaan cukai pendapatan ke atas agihan PLT tadi ya, RM100,000, dua percent, RM100,000, adakah dua percent itu kalau ikutkan

draft • 4:42 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

ayat sini dikenakan melebihi RM100,000. Maknanya RM100,000 itu adakah bermula RM100,001, RM100,000 ke atas itu kena cukai atau pun dia nak RM100,000?

RM100,000 kedua? Yang itu satu.

Yang kedua, macam mana kerajaan nak mengelakkan andai kata selepas ini dia tahu berkenaan dua percent itu pun boleh tahan juga ya. Katakan RM200,000 sudah― RM100,000, RM2,000 eh. Jadi, kalau melebihi dekat million dia akan jadi lagi banyak lah. Jadi, kemungkinan profesional ini kadang dia pandai juga, dia buat creative accounting dan sebagainya. Macam mana kerajaan nak menafikan benda itu? Nak mengelakkan benda itu daripada berlakunya penipuan ke apa semua kan.

draft • 4:42 PM

Puan Lim Hui Ying

Okey. Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Yang itu ambangnya ialah RM 100,000. Bermaksud jika, jika pekongsi itu menerima dividen sebanyak RM150,000.

draft • 4:42 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 4:42 PM

Puan Lim Hui Ying

RM100,000 yang pertama tidak diambil kira. Hanya mengambil kira RM50,000 yang kelebihan itu dan dua peratus itu kita tidak kira ke atas sebulat-bulat RM50,000 itu.

draft • 4:42 PM

Puan Lim Hui Ying

RM50,000 itu dianggap sebahagian daripada pendapatan individu. Jadi, dia akan juga boleh dikira selepas boleh tolak semua tax reliefs iaitu pelepasan cukai. Then, lepas itu baru kira.

draft • 4:50 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Maksudnya dia akan gabungkan dengan pendapatan.

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Ya, ya betul.

draft • 4:50 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Cukai pendapatan yang pertama tadi.

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Selepas semua, dia akan— baru dia akan mengambil kira dua peratus yang daripada cukai dividen daripada perkongsian.

[Tidak jelas]

draft • 4:50 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Maknanya akan dapat juga tax relief yang lain juga lah?

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Ya.

draft • 4:50 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Okey, baik.

draft • 4:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri, boleh saya tanya sedikit? Bagi saya, pentaksiran duti setem tidak bersama dengan pentaksiran atau anggaran cukai yang lain. Kerana di bawah Akta Setem, ada tanggungjawab untuk memastikan dokumen

draft • 4:50 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

dibawa kepada kerajaan untuk di taksir dalam 30 hari. Jadi, tak timbul isu cukai, lari cukai.

Dan bagi saya rakyat mengeluh kerana masa rakyat hendaklah ditumpukan kepada kerjaya perniagaan dan hidup mereka. Tapi sekarang ini semua jenis taksiran kerja kerajaan, pegawai kerajaan diminta rakyat jelata membuatnya. Tambahan lagi dengan pelaksanaan e-Invoicing dan lain-lain dokumen hinggakan rakyat tertekan.

Terlalu banyak masa untuk berurusan dengan kerajaan. Bukan masa mereka sepatutnya ditumpukan kepada kerjaya, perniagaan dan hidup mereka. Jadi, harap kerajaan dapat mempertimbangkan keluhan rakyat.

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Untuk makluman Yang Berhormat Beruas, pelaksanaan sistem tafsir sendiri duti setem ini telah mengambil kira perkembangan aktiviti dan landskap ekonomi negara pada masa ini yang melibatkan pelbagai instrumen atau surat cara yang perlu disetemkan dan didapati bilangan instrumen atau surat cara semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Sebagai contoh dalam tahun 2024, LHDN telah merekodkan 18.4 juta bilangan dokumen yang telah disetemkan iaitu 63 peratus lebih tinggi berbanding dengan 11.2 juta pada tahun 2020. Berdasarkan peningkatan bilangan dokumen ini, sekiranya konsep taksiran formal dikekalkan iaitu seperti yang selama ini dijalankan di mana taksiran duti setem masih dibuat oleh pegawai LHDN dengan bilangan pegawai sebanyak 559 orang sahaja, LHDN tidak mungkin dapat membuat taksiran dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, LHDN juga terpaksa menambah bilangan pegawai yang mana ia tidak selaras dengan dasar kerajaan dalam memastikan right sizing dengan izin iaitu bilangan penjawat awam. Pelaksanaan sistem taksir sendiri duti setem akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan kepada jenis surat cara atau perjanjian.

Pelaksanaan secara berperingkat ini bagi memberi ruang masa kepada pembayar cukai, ejen atau firma profesional untuk membuat persediaan bagi mengadaptasikan kepada sistem taksir sendiri yang akan dimulakan dengan surat cara atau perjanjian yang mudah dilaksanakan seperti surat cara berkaitan sewa atau pajakan yang akan juga termasuk penyertaan am dan sekuriti yang akan mula pada 1 Januari 2026.

Fasa kedua akan bermula pada 1 Januari 2027 melibatkan surat cara pindah milik harta tanah dan seterusnya lain-lain surat cara atau perjanjian akan dimulakan

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

pada 1 Januari 2028. Kita tidak nafikan terdapat kegusaran di kalangan pembayar cukai jika ada berlakunya kesilapan dalam membuat tafsiran duti setem. Namun, pembayaran duti tidak payah risau. Jika ada berlaku kesilapan dalam membuat pengiraan duti dan sebagainya kerana LHDN akan meneliti dahulu apa-apa kesilapan yang berlaku dan tidak akan mengenakan penalti sewenang-wenangnya.

Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju menyediakan layanan khas remisi penalti bagi kesalahan berkaitan pengemukaan penyata yang tidak betul atau maklumat yang tidak lengkap bagi tempoh peralihan ke sistem tafsir sendiri duti setem selama satu tahun mulai 1 Januari 2026 sehingga hujung tahun 31 Disember. Layanan khas ini diperkenalkan selaras dengan pendekatan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan pematuhan di kalangan pembayar duti dan bukan mengenakan tindakan punitif ai awal pelaksanaan sistem taksir sendiri duti setem.

Kerajaan melalui LHDN juga akan meningkatkan komunikasi melalui pelbagai medium seperti panduan pengguna, video pendidikan untuk memberikan panduan langkah demi langkah kepada pembayar cukai bagi memastikan pelaksanaan sistem taksir sendiri ini berjalan dengan lancar. Selain itu juga, LHDN akan menjelaskan proses penyeteman di bawah sistem tafsir sendiri duti setem melalui garis panduan yang dikeluarkan.

Yang Berhormat Gerik, telah membangkitkan isu berkenaan nilai ambang gaji bagi kontrak penggajian yang dikecualikan duti setem. Untuk makluman Yang Berhormat, kali terakhir nilai ambang gaji disemak adalah pada tahun 1982 di mana ia ditetapkan pada kadar RM300.00 sebulan. Walau bagaimanapun, kerajaan berpandangan kadar ini dilihat tidak lagi relevan berdasarkan perkembangan ekonomi negara pada masa kini.

Oleh yang demikian, kerajaan bersetuju meningkatkan nilai ambang gaji yang dikecualikan daripada kenaan duti setem pada RM3,000 sebulan. Bagi meringankan beban kewangan majikan dalam kos pentadbiran dokumen, kerajaan telah mengumumkan layanan khas kepada kontrak pengajian di mana kontrak pengajian yang disempurnakan sebelum 1 Januari 2025 dikecualikan daripada duti setem. Bagi kontrak yang disempurnakan pada tahun 2025, duti setem masih dikenakan tetapi penalti lewat tidak akan dikenakan jika disetemkan sebelum atau pada hari terakhir iaitu 31 Disember 2025.

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Juga, ada bangkitkan berkenaan dengan kenaikan kadar duti setem daripada empat peratus kepada lapan peratus bagi pemilikan rumah kediaman oleh bukan warganegara. Kenaikan kadar duti setem adalah bertujuan untuk memantapkan struktur kadar duti di samping sebagai mekanisme kawalan harga rumah kediaman.

Walau bagaimanapun, kadar baharu lapan peratus hanya terpakai pada surat cara pindah milik yang disempurnakan mulai 1 Januari 2026 yang berkaitan dengan perjanjian jual beli atau SNP yang dikenali yang disempurnakan mulai 1 Januari 2026.

Sekiranya surat cara pindah milik tersebut berkaitan perjanjian jual beli yang disempurnakan sebelum 1 Januari 2026, maka duti setem kadar pada empat peratus masih lagi terpakai.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kadar baharu lapan peratus ini hanya terpakai bagi rumah kediaman iaitu seunit rumah, kondominium, pangsapuri, rumah pangsa, servis apartmen atau small office home office atau SOHO dengan izin yang digunakan sebagai kediaman.

Pemilikan harta tanah lain seperti bangunan, tanah, ladang, kebun dan lain-lain juga adalah kekal tertakluk kepada kadar empat peratus untuk warganegara asing. Ini bertujuan untuk memberi keutamaan kepada warganegara untuk memiliki rumah kediaman tanpa perlu bersaing dengan warganegara asing. Kedua, untuk menggalakkan warga asing untuk membeli hartanah komersial bagi mengurangkan hartanah komersial yang tidak terjual atau property overhang. Berhubung pertanyaan tentang mengenai penentuan taraf syarikat sama ada ianya syarikat asing atau tidak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas. Ianya adalah bergantung kepada tempat ia diperbadankan dan bukannya kepada status warganegara pemilik sah.

draft • 4:50 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Timbalan Menteri, soalan sikit. Sikit, satu lagi.

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Oh, ya.

draft • 4:50 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Berkenaan dengan kontrak penggajian tadi. Kontrak perjanjian kerja kan di antara majikan dengan pekerja. Okey, duti setem itu dikenakan dengan nilai ambang RM3,000. Sekarang ini RM3,000 ke atas.

Okey, memang baik sangat baik dengan suasana keadaan semasa. Cuma, saya khuatir tentang penguatkuasaan dia itu. Sebab saya rasa kebanyakan majikan dia ramai yang tak buat pun. Mungkin letak duti setem dalam perjanjian pekerja. Kalau boleh,

draft • 4:50 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

benda ini perlu diselaraskan bukan dengan LHDN sahaja. Dengan EPF, SOCSO dan sebagainya ya. Apabila mereka membuat semakan cek dan apa bila dia nak surat pekerja, mestilah perjanjian yang ada duti setem. Jadi, bila dia tetapkan benda yang macam itu barulah majikan akan mengikut, penguatkuasaan itu akan berlaku. Jadi, itu cadangan sayalah.

draft • 4:50 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih kepada Yang Berhormat Gerik. Memang satu cadangan yang baik. Kita sepatutnya semua kontrak perjanjian penggajian mesti di-duti setem-kan. Mungkin saya setuju kebanyakan mungkin majikan tidak melakukan ini. Jadi, ini merupakan satu tanggungjawab LHDN untuk menguar-uarkan atau untuk memberi awareness iaitu kesedaran kepada semua majikan, okey, sama ada melalui EPF atau melalui lain-lain channel untuk memberikan peringatan kepada semua majikan. Selagi ada kontrak antara majikan dengan pekerja, mesti membayar duti setem.

draft • 5:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Dan pekerja juga— pekerja di Malaysia juga perlu sedar yang dia punya kontrak penggajian— pastikan dia punya kontrak penggajian itu ada duti setem. Maksudnya, baru sah ha, untuk penggajian. Okey.

draft • 5:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Boleh, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 5:00 PM

Puan Lim Hui Ying

[Ketawa] Jadi Yang di-Pertua, saya minta maaf sebab ada beberapa lagi isu lain yang belum dibangkitkan di sini, kita akan jawab kepada semua Yang Berhormat yang telah membentangkan atau membahaskan dalam secara bertulis.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Puan Speaker.

draft • 5:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Sekian, terima kasih. Ya?

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Menteri, Akta Petroleum.

Jika boleh, sikit.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi jawapan bertulislah. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan Jawatankuasa] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 34** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad) dan diluluskan]

draft • 5:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG LANGKAH-LANGKAH BAGI PEMUNGUTAN, PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN CUKAI 2025

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk kemukakan rang undang-undang ini.

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Puan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah yang berhubungan dengan pelaksanaan pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai dengan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibacakan kali kedua sekarang.

Puan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 yang dicadangkan adalah untuk melaksanakan pindaan ke atas lima akta percukaian iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Pindaan akta yang dicadangkan adalah bersifat pentadbiran bagi tujuan mengawal selia kutipan dan penguatkuasaan cukai dengan lebih efisien dan berkesan.

draft • 5:04 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Antara pindaan utama yang terlibat adalah mengenai keperluan untuk menggunakan kemudahan atas talian bagi proses dan prosedur berkaitan cukai, pengeluaran garis panduan, semakan semula kadar penalti, dan penggunaan borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. Secara keseluruhannya, RUU ini mengandungi 43 fasal yang dibahagikan kepada enam bahagian bagi meminda lima akta percukaian yang terlibat. Saya mohon untuk menghuraikan setiap bab di dalam RUU ini.

Pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah seperti berikut.

Perkongsian perlu mengemukakan maklumat dan dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri secara atas talian. Perkongsian dibenarkan melantik pekerja sebagai wakil untuk mengemukakan maklumat dan dokumen melalui medium elektronik kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan pemberian kuasa kepada ejen cukai dan pekerja untuk menghantar borang nyata melalui medium elektronik perlu dibuat secara atas talian.

Pindaan kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 adalah pelupus harta tanah mempunyai pilihan untuk membuat pemberitahuan kepada pemeroleh harta tanah mengenai amaun cukai yang kena dibayar oleh pelupus dan pemberitahuan tersebut hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada pemeroleh pada hari borang nyata cukai keuntungan harta tanah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Penggunaan medium elektronik bagi tujuan pengemukaan penyata terpinda dan kebenaran kepada nomini, ejen cukai atau peguam untuk menghantar borang nyata secara elektronik.

Permohonan relief perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dengan menggunakan borang yang ditetapkan dan peruntukan kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri untuk mengeluarkan, menarik balik, menyemak semula atau meminda garis panduan dan menetapkan garis panduan tersebut sebagai mempunyai binding effect dengan izin, kepada pembayar cukai dan membatalkan pelantikan ejen dalam keadaan ejen tersebut tidak lagi memegang wang pembayar cukai, tiada tunggakan cukai atau ejen tersebut telah mengemukakan maklumat yang salah.

Pindaan kepada Akta Setem 1949 adalah berkaitan semakan semula kadar denda dan penalti bagi kegagalan dan kesalahan di bawah Akta Setem 1949 untuk

draft • 5:04 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

memastikan kadar penalti yang ditetapkan adalah berkadaran dengan kesalahan yang berlaku dan meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan pembayar cukai.

Antaranya adalah bagi kesalahan tidak membayar amaun duti setem yang genap masa dan dikutip olehnya, kadar denda yang dikenakan adalah RM500 atau 20 peratus daripada amaun yang genap masa mengikut mana-mana yang lebih besar.

Dan bagi kegagalan mendaftarkan surat cara yang disempurnakan di luar Malaysia, tidak menyetemkan surat cara dengan sewajarnya atau gagal menyempurnakan dan menghantar nota kontrak, kadar denda yang dikenakan adalah tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi RM10,000. Pindaan juga memperuntukkan pembayaran duti setem perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat cara disifatkan dan pemberian kuasa kepada pemungut untuk mengeluarkan garis panduan.

Pindaan kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Pindaan yang dicadangkan adalah bagi memudah cara proses pentadbiran di mana penggunaan borang yang ditetapkan ditukar kepada borang sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

Kuasa juga diperuntukkan kepada pegawai LHDN untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri untuk mengeluarkan kad kuasa serta peruntukan bagi mewajibkan pegawai yang menjalankan audit untuk mengemukakan kad kuasa tersebut.

draft • 5:04 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Antara pindaan adalah memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri untuk mengeluarkan garis panduan dan pemberian kuasa kepada ejen cukai dan pekerja untuk menghantar borang nyata secara elektronik perlu dibuat secara atas talian.

Secara keseluruhannya, pindaan yang dicadangkan ke atas semua Akta Percukaian ini adalah semata-mata untuk menambah baik pentadbiran cukai dan melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih cekap. Kerajaan juga komited untuk terus melaksanakan pelbagai strategi menambah baik kutipan dan pentadbiran cukai serta memantapkan pematuhan cukai termasuk melalui pengauditan berkesan. Puan Yang di- Pertua, saya mohon cadangkan.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ada sesiapa yang menyokong?

draft • 5:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah yang berhubungan dengan pelaksanaan pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai dengan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Kota Melaka, YB Pendang, YB Gerik, YB Kampar, YB Dungun dan YB Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 5:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker.

Timbalan Speaker, sebelum saya bahas lanjut, saya nak kongsi satu ceritalah. Saya pergi ke restoran makan. Bil dia ialah RM500. Saya bayar dengan kredit kad. Operator tersalah tekan menjadi RM1,500. Saya terlebih bayar RM1,000.

Jadi, saya minta supaya dia pulangkan wang itu kepada saya. Restoran kata tak boleh, you datang lain kali, kita tengok macam mana. Saya pergi kali kedua, saya makan lagi RM500. Saya ingat boleh kontra, dia kata tak boleh kontra. 1,000 yang you lebih bayar itu, hari ini saya pulangkan RM100 saja. You perlu datang 10 kali untuk dapat balik RM1,000 tersebut.

Restoran sedemikian saya tak akan pergi lagilah. Saya percaya customer, pelanggan macam saya, semua rata-rata akan berpendapat dengan saya akan boikot itu restoran, tak mahu pergi. Sebab itu wang saya RM1,000, terlebih bayar nak angkat balik tak boleh, kontra pun tak boleh. Nak pergi makan deduct 10 percent macam itu.

Kenapa saya nak kongsi cerita ini? Inilah yang berlaku kepada LHDN pada hari ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri. Bila pembayar cukai, saya nak— saya merujuk kepada kategori peniaga ya, kategori syarikat. Syarikat mereka bayar lebih. Saya ada kes di sini. Dia bayar lebih RM100,000, dia nak minta angkat balik. LHDN kata tahun ini you boleh angkat balik RM5,000 saja tahun depan RM7,000, tahun ketiga angkat balik

draft • 5:11 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

RM10,000. Tahun keempat angkat balik RM10,000, pulangkan RM10,000. Tahun kelima baru nak kasi balik yang bakinya RM63,000.

Timbalan Speaker, ini wang syarikat mereka lebih bayar kepada LHDN. Itu ialah wang syarikat mereka terbayar lebih sebab semua tahu kalau terkurang bayar, kena denda. Jadi, untuk selamat mereka akan bayar lebih. Tapi apabila mereka bayar lebih, mereka mendapat layanan sedemikian. Perlu tunggu lima tahun baru boleh angkat balik semua apa yang mereka lebih bayar. Bayangkan tahun depan dia terlebih bayar 100,000, tahun ini mungkin dia terlebih bayar. Kalau accumulate, dia akan satu angka yang besar.

Jadi, bagi syarikat SME, bagaimana mereka boleh menghadapi cabaran sedemikian? Ini adalah satu beban kepada mereka. Sebab berniaga itu kadang-kadang mereka sukar untuk anggar berapa sales mereka, berapa keuntungan mereka. Jadi, kadang-kadang sales bagus, dia bayar lebih, tahun depan dia perlu bayar lebih. Tetapi apabila tahun depan perniagaan tak bagus, sepatutnya tak perlu bayar lebih, dia dah bayar lebih dia nak angkat balik tak boleh.

Jadi, ini yang berlaku di luar sana kategori perniagaan, syarikat SME. Mereka mengeluarkan keluhan mereka. Dan terbuktilah kenapa Pilihan Raya Negeri Sabah, kita Pakatan Harapan prestasi kita kurang memuaskan. Salah satu sebabnya peniaga di sana mengatakan ini adalah salah satu sebabnya menyebabkan mereka tidak sokong.

Saya bagi ya, cerita saya tadi. Kalau restoran layan kita macam ini, kita akan tolak pergi ke restoran tersebut. Sama juga kalau LHDN hari ini dia buat dengan cara begini, mereka lebih bayar itu wang mereka sendiri. Tetapi perlu tunggu lima tahun baru boleh angkat balik. Bagaimana perasaan peniaga, para peniaga? Bagaimana perasaan pengusaha?

Jadi, saya harap supaya LHDN dalam perkara ini saya harap mereka perlu kaji semula, ada tunggakan bayar balik kepada mereka sebab itu ialah wang mereka. Dan saya nak tanya kepada pihak kementerian, berapakah outstanding, ya outstanding income tax refund yang kita masih tertunggak belum bayar kepada mereka? Dan saya juga ingin tahu, setiap tahun berapakah peruntukan yang kita peruntukkan untuk kita bayar balik untuk kategori income tax refund ini? Itu saja daripada saya. Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 5:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.

draft • 5:11 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang yang saya dapat membahaskan RUU Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 ini.

RUU ini menyentuh isu yang fundamental. Soal ketelusan, kecekapan, kecekapan pentadbiran cukai dan juga keseimbangan kuasa antara kerajaan serta pembayar cukai. Saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga fasal utama berisiko menjejaskan keyakinan pelabur serta membebankan entiti perniagaan secara tidak munasabah iaitu fasal 4, fasal 8 dan fasal 42.

Puan Yang di-Pertua, fasal 4 kelihatan teknikal tetapi bagaimanapun implikasinya sangat besar. Subseksyen (82), subseksyen baharu iaitu 82B(1A) mewajibkan setiap rakan kongsi yang telah menghantar pulangan cukai untuk menyediakan apa saja dokumen yang as may be determined oleh Ketua Pengarah dengan izin dengan Ketua Pengarah dalam masa 30 hari sahaja dan mesti diserahkan melalui medium elektronik.

Saya ingin bertanya dengan serius berkenaan apakah senarai dokumen yang akan dianggap as may be determined termasuk kontrak luar negara, penyata akaun bank asing, dokumen audit dalaman. Seterusnya saya ingin mendapat penjelasan lanjut berkenaan garis panduan atau peraturan. Adakah garis panduan rasmi akan diterbitkan atau arahan hanya dihantar melalui surat pentadbiran?

Adakah platform elektronik ini telah dibangunkan dengan standard keselamatan data yang diperakui? Sebab sekarang ini, data line ini senang saja dicerobohi oleh scammer. Adakah mekanisme lanjutan tempoh wujud untuk kes force majeure ataupun kelewatan luar bidang kuasa?

Puan Yang di-Pertua, 30 hari adalah tempoh yang amat singkat terutama bagi partnership berskala besar atau firma profesional yang mempunyai lapisan audit dan dokumentasi berbilang negara, bahkan firma antarabangsa memerlukan 90 hingga 120 hari untuk proses lengkap due diligence audit.

draft • 5:17 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Lebih membimbangkan, kuasa Ketua Pengarah terlalu luas. Perkataan “as may be determined” memberi kuasa terbuka tanpa had kategori, skop kerelevanan atau

draft • 5:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

jumlah dokumen. Ini membawa implikasi fishing expedition, yakni membuka pembukaan data tanpa had yang boleh dianggap melampau, prinsip necessary and proportionate dalam pentadbiran cukai moden ini.

Soalan saya kepada kerajaan. Adakah senarai dokumen utama akan diumumkan terlebih dahulu? Adakah audit data dikawal selia secara dalaman dan luaran? Dan apakah hak pembayar cukai jika berlaku penyalahgunaan kuasa? Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Puan Yang di-Pertua, pindaan fasal 8 ini melibatkan seksyen 13A iaitu penyata terpinda. Memperkenalkan kewajipan penyerahan penyata terpinda secara elektronik mengikut borang yang ditetapkan. Sekali lagi, persoalan kritikal timbul. Sebab itu saya sebut fakta-fakta fasal-fasal ini, kerana di luar sana memang tidak akan tahu fasal yang dipinda, yang diubah, yang diluluskan hari ini. Saya sebut satu-satu.

Dalam persoalan yang kita timbulkan, adakah terdapat had masa untuk menghantar penyata terpinda jika sistem elektronik gagal atau mengalami ralat? Adakah pembayar-pembayar cukai akan dikira lewat atau bersalah sepertimana yang disebut oleh Kota Melaka tadi? Hal ini yang dibangkitkan.

Saya agak pergi kepada teknikal, tetapi Kota Melaka terus kepada teknikal mikro yang dia sendiri merasai apa yang sedang dihadapi oleh rakyat bawahan ini. Oleh sebab itu, adakah pembayar cukai akan dikira lewat atau bersalah? Adakah standard sistem reliability diterangkan dalam IRB service level agreement atau SLA? Bagaimana pula jika sistem sedia ada keupayaan teknikalnya masih rendah di kawasan luar bandar?

RUU ini nampak ringkas, tetapi saya tidak nampak procedural safeguard yang melindungi pembayar cukai jika sistem elektronik kerajaan gagal berfungsi. Sebab itu sekuriti [Tidak jelas] ini patut kita bangunkan lebih dulu untuk kita nak mengawal digital system yang sedang dibangunkan terutamanya untuk cukai.

Bayar cukai lebih lima tahun baru boleh dapat balik duit kita. Ini macam satu penindasan yang sangat kejam. Duit kita, dapat dekat dia, dia simpan. Katalah duit dia bagi dekat kita, dia suruh bayar segera. Ini cukai. Segera. Tak bayar, dia tax, dia caj, caj kita. Tapi, duit kita bagi dekat dia lebih, lambat nak bayar balik. Ini tak adil. Kena tengok balik undang-undang ini.

Pada fasal 42, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan)1967 — last. Seksyen 67A adalah fasal yang paling strategik kerana ia menyentuh sektor petroleum negara yang merupakan sumber fizikal utama. Seksyen baharu 67A memberikan kuasa kepada

draft • 5:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ketua Pengarah untuk mengeluarkan, membatalkan atau meminda apa-apa sahaja garis panduan pada bila-bila masa tanpa kewajipan memaklumkan kepada Parlimen, tanpa konsultasi awam, tanpa penerbitan draf terlebih dahulu. Ini satu— Ketua Pengarah ini sangat berkuasa untuk nak dapat duit. Kalau nak dapat duit ini, memang dia orang bagi kuasa penuh.

Okey, yang terakhirnya. Jika garis panduan ini― sektor petroleum bukan operasi runcit kerana ia melibatkan kontrak jangka panjang, production sharing contract (PSC), formula cukai yang sangat teknikal, sensitiviti pelaburan yang tinggi dan kestabilan fiskal negara. Jika garis panduan boleh ditukar tanpa mekanisme semakan, ia menimbulkan risiko pelaburan dan ketidakpastian undang-undang iaitu disebut regulatory unpredictability. Syarikat petroleum antarabangsa yang akan melihat Malaysia sebagai negara berisiko tinggi dari sudut ketetapan cukai. Last dah.

Oleh sebab itu, risiko pertindihan undang-undang dengan PSC atau klausa fiskal sedia ada lebih mencetuskan tindakan timbang tara antarabangsa. Soalan saya secara langsung kepada kerajaan, adakah garis panduan ini akan digazet atau sekadar surat pentadbiran? Adakah konsultasi awam akan diwajibkan khususnya jika berlaku impak kewangan besar? Adakah ruang untuk semakan kehakiman (judicial review) jika garis panduan dianggap membebankan?

Pada kali ini, saya agak selari dengan pandangan Kota Melaka walaupun biasanya kami selalu bergaduh. Bagaimana kerajaan memastikan kuasa ini tidak bercanggah dengan PSC atau klausa fiskal sedia ada? Saya tidak menolak keperluan pengukuhan pentadbiran cukai, tetapi pengukuhan tidak boleh menimbulkan ketakutan terhadap arbitrariness kuasa pentadbiran yang tidak seimbang dengan mekanisme semakan.

Prinsipnya jelas, transparency in process, predictability in regulation, proportionality in enforcement. Saya berharap kerajaan dapat menjelaskan persoalan- persoalan teknikal ini secara khusus, bukan dengan jawapan umum bahawa ia nya di bawah pertimbangan LHDN.

Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua kerana memberi ruang saya membangkitkan perkara penting demi rakyat. Wallahualam.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya jemput Yang Berhormat Gerik.

draft • 5:20 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada Gerik bagi membahaskan RUU Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025.

Puan Yang di-Pertua, pertamanya berkenaan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967. Ada dua fasal yang ingin diubah ya. Pengemukaan borang nyata cukai oleh perkongsian. Perkongsian ataupun partnership diwajibkan mengemukakan dokumen secara atas talian sepertimana selaras dengan layanan semasa yang diberikan kepada semua termasuk cukai individu dan juga pembayar cukai sole proprietorship di mana telah diwajibkan mengemukakan dokumen atas talian semuanya.

Jadi, mekanisme pelantikan ini memberi kuasa secara atas talian kepada ejen cukai dan pekerja untuk menghantar borang nyata dan juga membenarkan perkongsian untuk melantik pekerja atau wakil dalam mengemukakan dokumen bagi pihak mereka secara elektronik kepada Lembaga Hasil.

Jadi, persoalannya, wakil itu wakil yang bagaimana? Adakah pekerja am syarikat tersebut ataupun mesti seseorang yang terlatih seperti akauntan dan sebagainya? Dan adakah wakil tersebut terlatih? Jika tidak, pelantikan kepada ejen cukai berdaftar ataupun akauntan atau firma percukaian, firma perakaunan dan audit yang berdaftar yang sepatutnya yang membuat kerja-kerja ini ataupun mungkin LHDN perlu mengeluarkan satu lesen khas bagi pelantikan ejen cukai yang membenarkan dia membuat kerja bagi mengemukakan dokumen dan sebagainya.

Yang keduanya, bagi penetapan hukum kegagalan mengemukakan penyata dalam tempoh ini berkenaan dengan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Kegagalan mengemukakan penyata dalam tempoh yang ditetapkan merupakan satu kesalahan dan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali. Jadi, adakah ia akan dikuatkuasakan pada tahun depan? Sebab, perkara ini adalah perkara yang baru dibuat. Jadi, perlukan satu tempoh masa sebenarnya untuk rakyat nak adopt dengan sistem ini.

Pengeluaran garis panduan pun sama juga, memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri untuk mengeluar, menarik balik, menyemak semula dan meminda garis panduan dan mengeluarkan di bawah akta ACKHT 1976. Dan penjelasan

draft • 5:25 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

garis panduan yang dikeluarkan mempunyai kesan mengikat ataupun binding effect. Ini juga adalah satu perkara yang kita khuatir ya.

Bagaimana satu kuasa yang begitu besar untuk perubahan-perubahan akta dalaman ini diberikan kepada Ketua Pengarah sahaja? Kenapa tak perlu kita semak dan imbang melalui Parlimen? Ataupun sekurang-kurangnya Jawatankuasa Parlimen atau PAC ke?

Begitu juga dengan pembatalan pelantikan ejen, juga di bawah kuasa Ketua Pengarah untuk membatalkan pelantikan ejen yang tidak memegang wang pembayar cukai, tiada tunggakan cukai dan ejen mengemukakan maklumat yang salah. Jika perkara tersebut adalah berkaitan dengan undang-undang seperti maklumat yang salah dan sebagainya, ia adalah satu kaedah yang baiklah untuk beri kuasa kepada Ketua Pengarah bagi perkara ini ya.

Dan akhir sekali adalah berkenaan dengan mekanisme kenaan duti setem. Ini pun satu, Puan Yang di-Pertua ya. Kenaan duti setem adalah berdasarkan pada tarikh surat cara yang dikemukakan untuk penyeteman dan bukan berdasarkan pada tahun taksiran. Jadi, perkara ini juga saya khuatir dalam keadaan sekarang jika dikuatkuasakan seawal Januari tahun depan ya.

draft • 5:25 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Saya rasa ada banyak lagi perkara-perkara yang masih tertangguh untuk perkara-perkara berkaitan dengan duti setem ini. Jadi, kita sepatutnya memberi lebih masa lah, ya. Seperti penetapan tarikh bayaran duti setem perlu dibuat dalam tempoh 30 hari. Sedangkan, kalau ikut standard, firma-firma antarabangsa seperti mana Pendang maklumkan tadi ya, mesti bagi masa sekurang-kurangnya 90 hari bagi semakan.Jadi, kalau kita letakkan 30 hari, bermakna kita terlampau cepat. Jadi, kita khuatir nanti akan berlaku kegagalan ya, dalam aturan perniagaan-perniagaan di Malaysia.

Begitu juga dengan kuasa kepada— sama juga. Yang ini pun, kuasa kepada Ketua Pengarah yang terlalu luas. Boleh mengeluar, menarik balik, menyemak semula garis panduan di bawah Akta Setem 1949 dan garis panduan yang dikeluarkan mempunyai kesan mengikat (binding) dan pembayar cukai perlu mematuhi garis panduan sebagaimana diperuntukkan.

Jadi, cadangan saya sepatutnya kuasa tidak diberikan sebeginilah. Sepatutnya, mesti melalui Parlimen supaya kita masih ada satu ruang untuk kita kaji ya, dan juga kita

draft • 5:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

kena libatkan juga dengan industri, ya, bagi— supaya apa juga keputusan ataupun undang-undang yang kita cipta, yang kita buat, bagi keselesaan kepada kesemua pihaklah. Jadi, itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

draft • 5:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Membaca doa] Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Kampar.

draft • 5:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Timbalan Speaker atas peluang yang diberikan untuk menyertai perbahasan Rang Undang-undang Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 ataupun ringkasnya RUU Cukai 2025.

Setelah meneliti fasal demi fasal, pendirian saya jelas. Saya sokong hasrat utama RUU ini untuk memperkukuh tadbir urus fiskal negara, tetapi saya perlu suarakan kritikan konstruktif terhadap beberapa fasal yang dilihat terlalu keras dan meluas, terutamanya melibatkan aspek hukuman dan budi bicara pentadbiran.

Timbalan Speaker, secara konstruktif, saya memuji usaha kerajaan untuk mendigitalkan sistem cukai secara menyeluruh. Pengenalan peruntukan yang mewajibkan penyerahan maklumat melalui medium elektronik seperti termaktub dalam fasal 5, fasal 8, fasal 13 yang meminda Akta Cukai Pendapatan dan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah adalah satu langkah progresif yang amat dialu-alukan.

Peralihan kepada borang yang ditetapkan dan penghantaran elektronik bukan sahaja boleh menjimatkan masa dan kos, malah mengurangkan kesilapan manusia dan meningkatkan ketelusan. Ia adalah manifestasi bahawa kerajaan serius dalam memodenkan perkhidmatan awam dan memudahkan urusan pembayar cukai selari dengan aspirasi negara untuk menjadi ekonomi digital yang kompetitif.

Saya juga melihat peruntukan baharu seperti fasal 11, fasal 29 dan fasal 42 yang beri kuasa kepada Ketua Pengarah dan pemungut untuk mengeluarkan garis panduan

draft • 5:31 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

sebagai satu langkah yang boleh membuat kebaikan. Dengan syarat, kuasa ini dilaksanakan secara telus dan konsisten.

Garis panduan yang jelas akan memberikan kepastian undang-undang kepada pembayar cukai yang sering keliru dengan perincian tafsiran akta. Namun demikian, Timbalan Speaker, RUU ini tidak sunyi daripada fasal-fasal yang menimbulkan kebimbangan serius terutamanya berkaitan dengan peningkatan hukuman denda yang disifatkan tidak seimbang.

Bahagian IV yang meminda Akta Setem 1949 menunjukkan lonjakan denda yang amat drastik. Sebagai contoh, fasal 25 menyaksikan peningkatan denda maksimum bagi kesalahan tidak menyatakan kesemua fakta dalam satu surat cara. Melonjak daripada hanya RM2,500 kepada antara RM2,500 sehingga RM50,000. Paling maksimum, tingkat sebanyak 20 kali ganda. Begitu juga, denda bagi kegagalan mendaftarkan surat cara yang disempurnakan di luar Malaysia, di bawah fasal 15. Meningkat mendadak, daripada tidak melebihi RM250 kepada antara RM1,000 dan RM10,000. Ini satu peningkatan sebanyak 40 kali ganda.

Soalannya, adakah peningkatan berlipat kali ganda ini wajar dan seimbang dengan keseriusan kesalahan tersebut, terutamanya jika kesalahan itu berpunca daripada kesilapan teknikal ataupun kurang berpengetahuan, dan bukannya untuk mengelak cukai?

Peningkatan hukuman yang ekstrem seperti ini boleh menyebabkan trauma kepada kepatuhan di mana rakyat dan perniagaan kecil menjadi takut untuk berurusan dengan LHDN dan Jabatan Kastam atas kebimbangan dikenakan denda yang melumpuhkan ekonomi mereka akibat kesilapan remeh. Saya menggesa Kementerian Kewangan untuk meneliti semula julat denda ini agar ia lebih progresif, membezakan antara kesalahan kecil yang tidak disengajakan dan pengelakan cukai yang berniat jahat.

Timbalan Speaker, satu lagi aspek kritikal yang perlu kita perhatikan dalam Dewan ini adalah berkaitan peluasan kuasa pentadbiran dan beban kepatuhan. Fasal 4 yang memasukkan subseksyen baharu 82B(1A) ke dalam Akta Cukai Pendapatan mengenakan kewajipan baharu ke atas perkongsian untuk beri maklumat dan mengemukakan dokumen, bagi maksud menentukan pendapatan yang boleh bagi secara elektronik dalam tempoh 30 hari selepas tarikh akhir pemfailan penyata.

draft • 5:31 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Walaupun niatnya baik untuk memantau pendapatan perkongsian, tempoh 30 hari ini dilihat terlalu singkat dan membebankan, khususnya kepada PKS yang mungkin tidak mempunyai infrastruktur perakaunan dan sumber manusia yang tetap. Kerajaan perlu menyediakan tempoh peralihan yang lebih panjang dan program sokongan yang komprehensif untuk membantu PKS menyesuaikan diri dengan keperluan kepatuhan yang ketat ini, berbanding terus mengenakan denda dan beban kerja yang berat.

Selain itu, berkenaan tadi, fasal 11 yang saya bawa tadi, dengan kuasa mengeluarkan garis panduan, meskipun ia satu langkah yang baik, kita harus berhati- hati kerana kita tidak mahu kuasa ini diguna untuk memintas proses perundangan di Parlimen. Garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa cukai perlu melalui proses perundingan awam yang ketat dan telus sebelum dikuatkuasakan.

Ini penting untuk pastikan tafsiran cukai— tafsiran undang-undang cukai kekal adil, konsisten dan tidak bersifat sewenang-wenangnya. Tanpa semak dan imbang yang jelas, garis panduan ini berisiko menjadi undang-undang kecil yang mempunyai kuasa besar tanpa pengawasan yang mencukupi daripada badan legislatif.

Sebagai kesimpulan Timbalan Speaker, RUU Cukai 2025 adalah satu RUU yang perlu untuk memperkemas pentadbiran cukai negara, terutamanya melalui inisiatif pendigitalan. Namun, saya pohon supaya pihak kerajaan mengambil kira kritikan konstruktif terutamanya mengenai sifat hukuman yang berlebihan dalam Akta Setem serta beban kepatuhan yang mungkin menekan PKS.

Keadilan dan kesaksamaan dalam pungutan cukai adalah asas kepada sebuah negara berkebajikan. Kutipan cukai yang efisien mesti diimbangi dengan sistem denda yang adil dan pentadbiran yang sentiasa bertanggungjawab kepada rakyat. Jadi, saya menggesa supaya kita boleh lihat semula pindaan-pindaan yang bersifat menghukum dan kita perhalusi ini supaya kita boleh bawa manfaat yang lebih menyeluruh kepada semua pihak. Sekian, terima kasih.

draft • 5:31 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Dungun.

draft • 5:31 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih kepada Yang di-Pertua. Rang Undang-undang Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 bertujuan untuk memperkemas sistem pentadbiran dan

draft • 5:38 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

penguatkuasaan percukaian negara serta menyatupadukan peruntukan dan memperkukuh kecekapan pentadbiran.

Namun, pelaksanaannya mestilah berlandaskan kepada prinsip keadilan fiskal, ketelusan pentadbiran dan perlindungan hak pembayar cukai secara menyeluruh. Apa pun cukai, sama ada dalam bentuk asal ataupun pindaan, ia nya tidak sekali-kali memberi keselesaan kepada pembayar cukai.

Namun, pihak kerajaan menganggap bahawa pelaksanaan kepada keseluruhan kutipan yang dibuat oleh agensi yang mengutip cukai bagi pihak kerajaan LHDN, maka ia dikira sebagai bagi penguatkuasaan peruntukannya adalah wajar. Namun, saya ingin untuk merujuk fasal 11, seksyen baharu 43A, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah dan fasal 29, seksyen baharu 76B, Akta Setem.

draft • 5:38 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Rang undang-undang ini memperkenalkan peruntukan baharu yang memberi kuasa besar kepada Ketua Pengarah untuk mengeluarkan garis panduan pentadbiran berkaitan pelaksanaan undang-undang cukai seperti yang termaktub dalam seksyen 43A Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah dan seksyen 76B Akta Setem.

Persoalannya, apakah status perundangan sebenar garis panduan ini? Kerana jika sekiranya Ketua Pengarah meletakkan satu garis panduan yang jelas mudah bagi pengarah-pengarah selepas daripada itu yang diwakilkan untuk menjalankan tanggungjawab berdasarkan seksyen ini, ia mudah kerana sudah ada garis panduan yang jelas.

Oleh itu, fleksibiliti pentadbiran mestilah diambil kira dari segi soal garis panduan seperti mesti diterbitkan secara telus, dinilai secara berkala dan disemak secara bebas khususnya apabila ia digunakan sebagai asas penilaian atau audit terhadap pembayar cukai.

Kita ingin mengelakkan kes tafsiran garis panduan cukai keuntungan harta tanah atau real property gains tax (RPGT) dengan izin yang berubah-ubah antara cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang akhirnya boleh menimbulkan ketidakpastian serta beban pentadbiran yang tidak sepatutnya berlaku terutamanya melibatkan pelaburan hartanah dan juga pemain-pemain industri seperti SME.

Seterusnya, pemberian yang berkait dengan kenaikan dengan kadar penalti.

Merujuk fasal 15, seksyen 4A Akta Setem, fasal 16 seksyen 9 dan fasal 25 seksyen 61.

Rang undang-undang ini juga membawa pindaan terhadap kadar penalti minimum dan

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

maksimum bagi pelbagai kesalahan cukai. Misalnya, kegagalan mendaftarkan surat cara luar negara kini boleh dikenakan denda minimum RM1,000 dan maksimum RM10,000. Begitu juga, penalti ke atas kelewatan membayar duti yang boleh mencecah 20 peratus daripada jumlah duti.

Pelbagai kesalahan lain berkaitan penyataan fakta tidak lengkap, surat cara tidak disetemkan sewajarnya, kegagalan hantar nota kontrak dan sijil setem menyaksikan had denda minimum dan maksimum yang jauh lebih tinggi hingga RM50,000. Mengapa dibebankan bukan sahaja pembayaran yang asal tetapi juga dikenakan denda dan penalti? Ini membebankan pembayar cukai. Oleh itu, saya pohon penjelasan daripada pihak Menteri.

Dan akhirnya dalam rang undang-undang tidak melibatkan kerajaan pada apa- apa amaun wang tambahan. Tetapi, apabila rang undang-undang mungkin akan ada juga yang melanggar undang-undang, terpaksa dibawa ke mahkamah. Dan bila ke mahkamah, tentulah ada tuntutan-tuntutan yang akan dibuat oleh pegawai-pegawai yang menguruskan kes. Mengapa dimaklumkan dalam rang undang-undang tidak melibatkan kerajaan dalam apa-apa wang tambahan? Jadi, pohon penjelasan. Terima kasih Pengerusi.

draft • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Temerloh.

draft • 5:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Temerloh ingin merujuk kepada pindaan Yang di-Pertua iaitu pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967, fasal 4 dan fasal 5.

Fasal 4, mendapat pindaan seksyen 82B kewajipan mengemukakan maklumat secara elektronik. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini mewajibkan penyampaian maklumat melalui medium elektronik untuk tujuan menentukan pendapatan atau kerugian boleh bahagi bagi perkongsian.

Persoalannya, adakah kerajaan telah menilai kesan kos pematuhan kepada firma-firma kecil khususnya SME, pekebun kecil yang masih tidak mempunyai kemampuan teknologi tinggi? Adakah mekanisme pengecualian diberikan kepada

draft • 5:44 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

kawasan luar bandar yang akses Internet nya masih lemah dan tidak stabil? Bagaimana kerajaan mampu memastikan tiada risiko kebocoran data memandangkan kes insiden keselamatan siber kerajaan semakin meningkat?

Impak negatif yang dikhuatiri perkongsian kecil akan menanggung kos tambahan untuk menyewa ejen cukai, membeli setem perakaunan digital dan melatih pekerja.

Dibimbangi juga risiko maklumat perdagangan sensitif bocor jika sistem tidak cukup kukuh. Kelewatan pemprosesan boleh berlaku jika sistem elektronik tidak stabil dan sudah tentu akan membebankan pembayar cukai.

Fasal 5, pindaan seksyen 152A, kebenaran mengemukakan borang oleh ejen cukai atau pekerja. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini membolehkan sesiapa memberi kuasa kepada ejen untuk mengemukakan borang cukai melalui borang khas. Beberapa persoalan penting. Apakah tahap tanggungjawab liabiliti jika ejen cukai melakukan kecuaian atau kesilapan? Adakah mekanisme audit terhadap ejen cukai diperkukuh?

Adakah pindaan ini membuka ruang kepada penipuan identiti atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab?

Impak yang negatif boleh timbul. Pembayar cukai berisiko dikenakan penalti akibat kesilapan ejen. Terdapat potensi wujud broker tidak bertauliah yang menyalahgunakan kuasa. Kes sistemik boleh menggugat keyakinan rakyat terhadap pentadbiran LHDN.

Kedua, pindaan Akta Cukai Keuntungan Hartanah 1976, fasal 10. Fasal 10 memperuntukkan kesalahan dan hukuman atas kegagalan memenuhi notis di bawah seksyen 28A dan 28B. Beberapa kebimbangan sebelum ini jika disabitkan kesalahan hukuman boleh berupa, pertamanya, penjara tidak lebih satu tahun dan denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Adakah hukuman baharu ini seimbang dengan tahap kesalahan atau sekadar langkah menghukum tanpa memberi ruang rundingan? Bagaimana kerajaan memastikan notis benar-benar diterima oleh pembayar cukai sebelum penalti dikenakan? Adakah pindaan ini sekadar menambah kutipan melalui penalti dan bukannya meningkatkan kecekapan pentadbiran cukai?

Impak negatif yang mungkin timbul. Pemilik rumah atau individu biasa yang tidak memahami notis rasmi boleh dihukum secara tidak adil. Risiko oleh Jabatan Pentadbiran Cukai, peningkatan penalti mungkin mengurangkan aktiviti pasaran hartanah sekali gus menjejaskan pendapatan negara.

draft • 5:44 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, adakah RUU ini benar-benar memudahkan rakyat atau hanya memudahkan kerajaan? Adakah pindaan ini meningkatkan kutipan cukai secara sihat atau sekadar menghukum pembayar cukai? Adakah kerajaan sudah melabur secukupnya dalam infrastruktur digital sebelum mewajibkan penggunaan sistem elektronik sepenuhnya? RUU ini nampaknya membeli lebih kuasa kepada pentadbir tetapi kurang perlindungan kepada pembayar cukai. Kita mahu sistem yang lebih adil, telus dan seimbang. Bukan sistem yang menghukum tanpa belas dan tanpa mengira realiti ekonomi rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, dalam fasal 16 rang undang-undang yang meminda subseksyen 9(3) Akta Setem 1949. Pindaan ini menaikkan amaun tambahan atau penalti terhadap mana-mana orang yang diberi kuasa untuk mengutip duti setem tetapi gagal menyerahkan kutipan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun matlamatnya untuk memperkukuhkan pematuhan, Temerloh ingin menegaskan beberapa impak negatif akan berlaku.

Pertama, kenaikan penalti sama ada daripada amaun tetap RM200 atau kadar 10 peratus kepada RM500 atau 20 peratus akan memberi tekanan besar kepada ejen pemungut seperti firma guaman kecil, pemaju kecil dan ejen hartanah ber-volume rendah.

draft • 5:44 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Kenaikan ini agak keterlaluan. Mereka mungkin berdepan risiko kewangan akibat kelewatan teknikal atau kegagalan sistem elektronik bukannya kecuaian.

Kedua, apabila penalti dinaikkan tanpa mengambil kira faktor munasabah seperti gangguan sistem setem, isu rangkaian internet atau kelewatan bank, maka kerajaan bukan sahaja menghukum secara keras tetapi turut mengancam pertumbuhan industri pentadbiran tanah dan transaksi hartanah. Ini boleh menjejaskan aliran setem seterusnya mengurangkan hasil kerajaan sendiri.

Ketiga, pindaan ini tidak menjelaskan garis panduan apa yang dikira kegagalan munasabah dan apakah mekanisme rayuan yang mudah dan telus. Tanpa kejelasan, risiko penyalahgunaan kuasa atau ketidaksamaan tindakan penguatkuasaan boleh berlaku.

Temerloh ingin bertanya, apakah justifikasi empirikal untuk menaikkan penalti?

Adakah kerajaan telah mengkaji impak terhadap firma kecil yang menjadi tulang

draft • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

belakang pemungutan duti setem? Adakah kerajaan sedia mewujudkan tempoh tenggang untuk kelewatan yang tidak disengajakan?

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 5:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Seterusnya saya yang terakhir, jika kerajaan mahu menaikkan penalti, wujudkan mekanisme mitigasi pengecualian bagi kelewatan teknikal, struktur penalti berperingkat berdasarkan rekod pematuhan dan proses rayuan ringkas sebelum penalti dikenakan. Kita mahu pematuhan bukan penalti keterlaluan yang boleh melemahkan ejen pemungut dan akhirnya menjejaskan hasil negara. Sekian, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Dipersilakan giliran Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 10 minit.

draft • 5:50 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Pembentangan RUU Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 ini merupakan pindaan bersifat pentadbiran bagi tujuan mengawal selia kutipan dan penguatkuasaan cukai yang lebih berkesan.

Saya zahirkan ucapan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas bagi Rang Undang-undang Langkah-langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025. Seramai enam Ahli Yang Berhormat menyentuh pelbagai perkara melibatkan isu-isu percukaian. Saya hargai pandangan semua dan izinkan saya jelaskan perkara dibangkitkan sepanjang perbahasan sebentar tadi.

Yang pertama ialah berkenaan dengan Yang Berhormat Kota Melaka berkenaan dengan bayaran balik cukai. Yang Berhormat Kota Melaka telah membangkitkan isu berhubung dengan bayaran balik cukai. Mengikut perundangan semasa, apa-apa lebihan bayaran cukai dan duti yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di bawah Akta Pendapatan 1967, Akta Petroleum 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dan Akta Setem 1949 perlu dibayar balik kepada pembayar cukai berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan.

Secara umumnya, perundangan semasa tidak menetapkan tempoh yang spesifik untuk bayaran balik lebihan cukai dan duti dibuat kepada pembayar cukai. Sebaliknya,

draft • 5:52 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

pemprosesan bayaran balik dalam tempoh 30 hari dan 90 hari bekerja selepas penghantaran Borang Nyata Cukai secara e-Filing, manakala 120 hari selepas penghantaran Borang Nyata Cukai secara pos atau serahan tangan telah dilaksanakan secara pentadbiran berdasarkan Piagam Pelanggan LHDN.

Tempoh bayaran balik cukai dan duti adalah juga tertakluk kepada maklumat yang dilaporkan dalam Borang Nyata Cukai adalah lengkap dan betul serta semakan dokumen sokongan selesai dilaksanakan. Bagi syarikat, tempoh bayaran balik cukai yang kebiasaannya melibatkan jumlah bayaran balik yang besar akan ditentukan mengikut keutamaan berdasarkan kepada kes yang lebih lama. Ini bagi memastikan semua pembayar cukai yang layak akan menerima sekurang-kurangnya sebahagian daripada jumlah bayaran balik.

Contohnya dalam tahun semasa manakala baki lebihan cukai akan disalurkan sama ada dalam tahun yang sama atau pada tahun yang berikutnya. Pembayar cukai yang belum menerima bayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan layak menerima pampasan sebanyak dua peratus ke atas jumlah lebihan cukai yang masih belum dibayar oleh LHDN.

Manakala pembayar cukai individu yang tidak mempunyai pendapatan perniagaan, lazimnya diluluskan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 30 hari bekerja dan tarikh pengemukaan borang BE. Hanya sebahagian kecil sahaja tidak dapat diluluskan bayaran balik dalam tempoh tersebut disebabkan terdapat keperluan LHDN untuk menyemak dan membuat pengesahan lanjut ke atas maklumat yang dikemukakan oleh pembayar cukai.

Dalam usaha untuk memperkukuh urusan bayaran balik lebihan cukai ini, LHDN telah merangka strategi yang lebih adil dan saksama bagi memastikan peruntukan bayaran balik yang disediakan oleh kerajaan dapat diagih secara teratur dan berkesan dengan keutamaan diberikan kepada kes berdasarkan usia tunggakan. Antara strategi yang diambil oleh LHDN adalah pembayar cukai dibenarkan untuk membuat semakan pada bulan kesebelas berbanding semakan pada bulan keenam atau kesembilan atau kedua-duanya sahaja.

Pendekatan refund first, audit later dengan izin, di mana LHDN akan membayar dahulu lebihan cukai dan menjalankan audit kemudian. Pembayar cukai perlu membayar cukai tambahan selepas audit selesai dijalankan sekiranya terdapat kekurangan bayaran. Menggunakan pakai konsep “first in, first out” dengan izin, iaitu tunggakan

draft • 5:52 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

bayaran balik yang lebih lama akan didahulukan. Mengagihkan bayaran balik secara seimbang berdasarkan usia tunggakan, membuat bayaran penuh bagi tunggakan bayaran balik dalam kategori individu dan membuat bayaran balik kepada semua pembayar cukai mengikut amaun yang telah ditetapkan.

Berkenaan dengan outstanding, LHDN telah berjaya menyelesaikan bayaran balik sepenuhnya bagi kategori syarikat yang berusia melebihi empat tahun. Pada masa ini, LHDN sedang dalam usaha menyelesaikan bayaran balik bagi kes-kes berusia empat tahun ke bawah. Sehingga 30 September 2025, LHDN telah berjaya menyelesaikan bayaran balik cukai berjumlah RM12.72 bilion yang melibatkan 3.4 juta pembayar cukai.

Berkenaan dengan Yang Berhormat Pendang...

draft • 5:52 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri.

draft • 5:52 PM

Puan Lim Hui Ying

Ya.

draft • 5:52 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya ada minta ialah tunggakan yang belum bayar ialah berapa dan setiap tahun memang kementerian, dia akan allocate, dia akan peruntukkan sejumlah untuk buat pembayaran. Jadi, berapakah amaun tersebut?

Mungkin amaun tersebut kita perlu pertimbangkan untuk meningkat dan sepatutnya kita bayar balik kepada mereka dalam masa satu tahun sebab kalau nak mereka tunggu seperti sekarang yang diamalkan lima tahun. Itu satu masa yang terlalu panjang.

Saya faham kerajaan kita perlukan dana peruntukan untuk pembangunan.

Negara kita perlu pembangunan, kita perlu dana, itu kita faham. Kementerian Kewangan perlu cari banyak sumber kewangan tetapi kita sepatutnya cari sumber kewangan melalui cara yang lain, opportunity yang baru dan bukannya denda. Bagi saya, ini satu denda kepada pembayar cukai yang jujur. Sebab itu mereka bayar lebih.

Apabila mereka bayar lebih, sepatutnya kita perlu puji mereka dan harus bayar, kembalikan apa yang mereka lebih bayar kepada mereka dan bukannya denda mereka dengan cara begini. Jadi, saya harap kalau boleh kita commit yang kurang empat tahun itu, kita sepatutnya selesai dalam masa yang terdekat ini. Terima kasih.

draft • 5:52 PM

Puan Lim Hui Ying

Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Melaka, di sini bagi pihak Kementerian Kewangan dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri, kami memang komited untuk menyelesaikan situasi ini dan menambah baikkan bayaran balik kepada syarikat. Kami akan terus berusaha dan kami akan cari atau juga dengan cadangan Yang Berhormat untuk mencari penyelesaian yang lebih cepat untuk

draft • 5:52 PM

Puan Lim Hui Ying

menyelesaikan. Sebab beberapa tahun ini, kami sudah cari penyelesaian dan kami telah berjaya mengurangkan nombor atau bilangan syarikat yang kami telah berhutang tunggakannya.

Jadi sekarang, tinggal syarikat yang empat tahun dan kami akan terus berusaha untuk mengurangkan lagi untuk menutup jurang ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Berhubung dengan Yang Berhormat Pendang. Dato' Yang di- Pertua, Yang Berhormat Pendang tak ada. Boleh saya jawab secara bertulis? Boleh ya.

draft • 5:52 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri punya pertimbangan.

draft • 5:52 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih. Yang Berhormat Gerik ada ha? Ya, saya jawab kepada Yang Berhormat yang berada di sini. Untuk makluman Yang Berhormat Gerik, pengemukaan borang nyata cukai pendapatan oleh perkongsian secara atas talian adalah bertujuan untuk mengurangkan kos pematuhan kepada perkongsian, menjimatkan masa penghantaran melalui platform digital serta memudahkan dan mempercepatkan proses penerimaan dokumen.

Ia juga menyediakan medium berpusat dan selamat bagi tujuan penyampaian data. Langkah ini juga selaras dengan Dasar Pendigitalan Negara. Dengan adanya pindaan ini perkongsian boleh melantik wakil bagi tujuan penghantaran borang atau dokumen secara elektronik di samping menyeragamkan layanan dengan kategori pembayar cukai yang lain. Wakil yang boleh dilantik oleh pekongsi utama bagi tujuan mengemukakan BNCP borang itu adalah termasuk pekerja dan juga ejen cukai.

Yang Berhormat Gerik juga membangkitkan dengan isu tempoh 30 hari bagi penyeteman surat cara. Untuk makluman Yang Berhormat, surat cara perlu disetemkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ianya disempurnakan. Tempoh 30 hari dilihat mencukupi untuk memperuntukkan supaya surat cara tersebut dikemukakan kepada LHDN untuk disetemkan. Selepas itu, pembayar duti seterusnya diberi tempoh 30 hari lagi untuk membuat bayaran kepada LHDN. Ini bermaksud secara asasnya pembayar duti mempunyai tempoh maksimum 60 hari dari masa sesuatu surat cara disempurnakan sehingga bayaran dibuat.

Untuk Yang Berhormat Kampar, berkenaan dengan...

draft • 6:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Sekejap, sekejap. Yang Berhormat Menteri, sekejap. Bagi mekanisme pelantikan tadi itu, adakah wakil itu maksudnya wakil

draft • 6:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

itu pekerja biasa pun boleh ya? Tak perlu ada ambil lesen apa-apa untuk hendak berurusan dengan LHDN contohnya? Macam ejen cukai tadi kena dia ada lesen.

Adakah ia sama ejen cukai dengan orang biasa hak dia sama sahaja?

draft • 6:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Sama sahaja.

draft • 6:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Sebab saya fikir begini, Yang Berhormat Menteri. Andai kata bila kementerian cuba nak buatkan benda ini sebagai pergi ke mekanisme elektronik adalah baik sekiranya dia membuka peluang kepada firma-firma perakaunan, percukaian ini untuk bergerak lebih luas lagi tetapi dengan syarat kementerian menetapkan ada sedikit tadilah supaya pada akhirnya individu-individu ini yang syarikat-syarikat ini dia akan lantik profesional untuk menguruskan. Mungkin itu lebih baik daripada persendirian yang tak ada kelulusan.

draft • 6:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat. Jadi teruskan, berapa minit?

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, perlu berapa minit?

draft • 6:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Tiga minit lagi boleh?

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya bagi lima minit.

draft • 6:00 PM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Yang Berhormat Dato' Yang di-Pertua. Untuk Yang Berhormat Kampar, untuk makluman Yang Berhormat Kampar pindaan berkaitan semakan semula kadar denda dan penalti bagi kegagalan dan kesalahan di bawah Akta Setem 1949 bagi memastikan kadar penalti ditetapkan adalah berkadaran dengan kesalahan yang dilakukan dan meningkatkan kadar pematuhan di kalangan pembayar duti.

Di samping itu, sebahagian kadar denda tersebut tidak pernah disemak semula sejak Akta Setem 1949 mula berkuat kuasa. Kadar denda yang dicadangkan juga adalah selaras dengan kadar denda di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kampar, perundangan semasa menetapkan semua orang termasuk individu dan sole proprietorship, dengan izin wajib mengemukakan dokumen secara elektronik.

Ini adalah bagi memastikan layanan adalah sama rata bagi semua jenis perniagaan. Kerajaan bercadang supaya perkongsian di bawah seksyen 82B juga di wajib melakukan penghantaran dokumen yang ditentukan. Contohnya maklumat CP30 secara elektronik sepertimana yang dikuatkuasakan ke atas pembayar cukai yang

draft • 6:00 PM

Puan Lim Hui Ying

mengemukakan borang nyata di bawah seksyen 77 iaitu dengan izin, return of income by a person other than a company, limited liability partnership, trust body or co-operative society dan seksyen 77A dengan izin, return of income by every company, limited liability partnership, trust body or co-operative society. Pindaan ini bertujuan untuk mengurangkan kos pematuhan kepada perkongsian, menjimatkan masa penghantaran melalui platform digital serta memudahkan dan mempercepatkan proses penerimaan dokumen. Ia juga menyediakan medium berpusat dan selamat bagi tujuan penyimpanan data.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tempoh 30 hari yang ditetapkan juga adalah selari dengan layanan semasa semua orang termasuk individu dan sole proprietorship seperti yang disebutkan. Juga kita ucapkan terima kasih atas cadangan Yang Berhormat untuk kerajaan mengambil, dan kita mengambil maklum atas isu dan cadangan yang dibangkitkan.

Jadi untuk seterusnya untuk Yang Berhormat Temerloh. Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk melalui melengkapkan satu sistem pendigitalan di dalam pentadbiran percukaian sama ada dalam proses pengemukaan borang cukai atau bayaran cukai ataupun dalam pelantikan ejen cukai.

Walaupun ditetapkan, penggunaan sistem atas talian kita sedar kerajaan sedar atas kekangan yang dihadapi oleh golongan tertentu di kawasan tertentu terutamanya berkaitan isu liputan internet yang lembab. Sehubungan ini, pembayar cukai yang menghadapi masalah dalam menggunakan sistem atas talian dan berurusan dengan LHDN boleh hadir sendiri ke pejabat LHDN terdekat untuk berurusan mendapatkan bantuan atau pembayar cukai boleh menghubungi hotline LHDN untuk bantuan dan panduan yang sewajarnya dan seterusnya.

Berkenaan dengan isu penalti pindaan berkaitan semakan semula kadar denda dan penalti bagi kegagalan dan kesalahan di bawah Akta Setem 1949 bagi memastikan kadar penalti yang ditetapkan adalah berkadaran dengan kesalahan yang dilakukan dan meningkatkan kadar pematuhan di kalangan pembayar duti. Di samping itu, sebahagian kadar denda tersebut tidak pernah disemak semula seperti yang saya pun jawab bagi Yang Berhormat Kampar tadi.

Sejak ia berkuat kuasa kita tak pernah membuat apa-apa perubahan. Kadar denda yang dicadangkan adalah selaras dengan kadar denda yang di bawah Akta Pendapatan. Pembayar duti tidak perlu risau jika berlaku kesilapan. Jadi, dalam sama

draft • 6:00 PM

Puan Lim Hui Ying

ada pengiraan duti atau sebagainya kerana LHDN akan meneliti dahulu apa-apa kesilapan yang berlaku dan tidak akan mengenakan penalti secara sewenang-wenang.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju menyediakan layanan khas remisi penalti bagi kesalahan berkaitan pengemukaan penyata yang tidak betul atau maklumat yang tidak lengkap bagi tempoh peralihan ke sistem taksir sendiri duti setem selama satu tahun iaitu mulai tahun depan 1 Januari.

Layanan khas ini diperkenalkan selaras dengan pendekatan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan pematuhan di kalangan pembayar duti. Dan pada masa yang sama, kita juga akan mengadakan banyak sesi libat urus, ada sesi latihan kepada golongan pemegang taruh yang berkenaan.

Jadi, di sini saya sekali lagi mengucapkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas pandangan dan input yang telah dikemukakan. Cadangan-cadangan konstruktif yang menyokong agenda pembaharuan kerajaan akan dipertimbangkan secara teliti dan untuk memperkukuhkan pelaksanaan dasar yang sedia ada. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 sehingga 43** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

draft • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad) dan diluluskan]

draft • 6:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) (NO. 2) 2025

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk membentangkan.

draft • 6:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Nelayan pulang bawa bubu, Hasil dibawa ke pasar pagi; LPQB diperkemas bertambah mutu, Melahirkan peguam berwibawa tinggi.

draft • 6:12 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bagus Yang Berhormat Menteri.

[Tepuk] Silakan.

draft • 6:12 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Boleh ya? Dato' Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Profesion Undang-undang

(Pindaan) (No. 2) 2025 dibacakan untuk kali yang kedua sekarang.

Dato' Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dicadangkan ini adalah bertujuan untuk meminda Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166] bagi memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan dan akauntabiliti Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang atau dengan izin, Legal Profession Qualifying Board (LPQB) kepada Parlimen serta memperkasakan dalam usaha untuk menambah baik profesion undang-undang di Malaysia.

Dato' Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, LPQB ditubuhkan di bawah seksyen 4 Akta 166 seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 5 Akta 166 pula fungsi LPQB adalah antara lain memutuskan kelayakan yang boleh membenarkan

draft • 6:12 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

seseorang menjadi orang berkelayakan untuk diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara.

Selain itu, LPQB juga mengadakan peperiksaan bagi orang yang berkelayakan.

Tidak cukup untuk menjadikan mereka itu orang berkelayakan di mana peperiksaan Sijil Amalan Guaman dengan izin, Certificate in Legal Practice yang cukup kontroversi diadakan setiap tahun bagi tujuan ini.

Saya ingin mengambil peluang ini untuk menegaskan dengan jelas bahawa Legal Profession Qualifying Board merupakan satu entiti yang berbeza sama sekali daripada Badan Peguam ataupun dikenali sebagai Bar Malaysia. Legal Profession Qualifying Board secara amnya bertujuan mengawal selia kemasukan ke profesion undang-undang dan sedang dipengerusikan oleh Peguam Negara pada masa ini.

Bar Malaysia pula ditubuhkan di bawah seksyen 41 Akta 166 dengan keahliannya terdiri daripada peguam bela dan peguam cara sahaja tanpa sebarang perwakilan daripada kerajaan atau mana-mana pihak lain selaras dengan prinsip kebebasan Badan Peguam, independent of the Bar yang sentiasa dihormati dan ditegaskan oleh kerajaan.

Adalah perlu ditegaskan bahawa rang undang-undang ini hanya mencadangkan pindaan-pindaan untuk menambah baik Legal Profession Qualifying Board sahaja dan langsung tidak menyentuh keahlian dalam atau memberikan apa-apa kesan kepada kebebasan institusi Bar Malaysia. Fakta ini perlu berada dengan izin, at the forefront of our minds apabila membahaskan rang undang-undang ini sebentar lagi.

Seterusnya, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sejak tahun lepas sehingga kini, sebanyak 44 pertanyaan telah dikemukakan di Parlimen oleh Ahli-ahli Parlimen mengenai Legal Profession Qualifying Board meliputi pelbagai isu dan mendesak tindakan diambil oleh kerajaan termasuk mengenai kadar kegagalan peperiksaan CLP yang sangat tinggi, struktur peperiksaan CLP yang lapuk, yuran peperiksaan yang tinggi, ketidakadaan audit selama 17 tahun yang lepas, fungsi statutori berkaitan kerani berartikel yang tidak dilaksanakan, keanggotaan Legal Profession Qualifying Board yang tidak inklusif, pelaburan wang tanpa kuasa pelaburan yang jelas dan pelbagai isu yang lain.

Susulan itu, Kerajaan MADANI telah mengadakan berbagai sesi-sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan dengan profesion undang-undang iaitu Jabatan Peguam Negara, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Lembaga

draft • 6:12 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Kelayakan, Majlis Peguam Malaysia, Sabah Law Society, Advocate Association of Sarawak, ahli-ahli akademik daripada universiti awam dan swasta, calon-calon peperiksaan CLP serta ahli keluarga mereka berkenaan isu-isu yang dihadapi berkaitan Legal Profession Qualifying Board dan cadangan-cadangan penambahbaikannya.

Pada 17 November 2025, kerajaan telah membentangkan rang undang-undang ini untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat sebagai satu langkah reformasi institusi yang menambah baik dan memastikan Legal Profession Qualifying Board dapat melaksanakan fungsinya dengan lebih cekap dan berkesan.

Walaupun pindaan ini telah dibuat terhadap Akta 166 pada tahun lepas untuk memberi kuasa kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit akaun Legal Profession Qualifying Board, kerajaan berpandangan bahawa pindaan tersebut belum mencukupi untuk memastikan Legal Profession Board berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

Justeru, Kerajaan MADANI yang amat serius dengan isu tatakelola dan tadbir urus yang baik dengan izin, good governance serta prihatin dengan isu-isu yang menjadi keutamaan rakyat yang sering kali dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, mencadangkan pindaan lanjutan terhadap Akta 166 tersebut berkaitan Legal Profession Qualifying Board. Rang undang-undang ini telah turut dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Parlimen Kelima Belas, Bilangan 14 Tahun 2025 yang telah diadakan pada 27 November 2025. Kerajaan merayakan semua pandangan dan cadangan yang diterima dan menegaskan bahawa matlamat akhir rang undang-undang ini adalah untuk menyelesaikan masalah dan menemui kepentingan rakyat.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekali, bagi tujuan rekod, saya juga perlu menyatakan bahawa saya sebelum ini telah mencadangkan satu undang-undang khusus dengan izin, standalone legislation untuk mengawal selia Legal Profession Qualifying Board. Ini adalah supaya Legal Profession Qualifying Board tidak ditubuhkan di bawah Akta 166 dan tidak berbangkit mengenai kebebasan Badan Peguam kerana Legal Profession Qualifying Board dan Badan Peguam adalah dua entiti yang sangat berbeza.

draft • 6:12 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Langkah ini turut dibincangkan bersama semua pihak berkepentingan, namun mungkin akan mengambil masa yang lebih lama. Oleh itu, sebagai satu dengan izin,

draft • 6:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

stopgap measure masa yang lebih lama, stopgap measure pindaan dibuat kepada Akta 166, khususnya bagi perkara-perkara berkaitan Legal Profession Qualifying Board supaya tindakan segera dapat diambil untuk menyelesaikan perkara-perkara yang kerap dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, rang undang- undang ini mengandungi lapan fasal yang saya akan jelaskan secara terperinci. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas yang dicadangkan dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 166 dengan memperbadankan Legal Profession Qualifying Board sebagai satu pertubuhan perbadanan yang mempunyai keupayaan undang-undang, termasuk untuk membawa guaman dan dibawa guaman membuat kontrak dan sebagainya.

Fasal ini merupakan satu peruntukan lazim bagi akta-akta yang mengawal selia profesion, kelayakan dan peperiksaan seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Pindaan ini adalah juga selaras dengan pandangan mahkamah dalam kes Suresh Kumar against Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia yang dilaporkan pada tahun [2024] 11 MLJ 815, bahawa LPQB adalah sebuah badan berkanun.

Selain itu berdasarkan sesi libat urus yang diadakan dengan pihak berkepentingan, khususnya Kementerian Kewangan (MOF) dan Jabatan Perkhidmatan Awam, LPQB, Legal Profession Qualifying Board boleh diiktiraf sebagai Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan dan Dibebaskan (BBDSB). Ini kerana sejak ditubuhkan, Legal Profession Qualifying Board tidak pernah menerima peruntukan daripada kerajaan dan tidak menggunakan waran perjawatan JPA.

Legal Profession Qualifying Board mempunyai keupayaan untuk terus beroperasi tanpa sokongan peruntukan daripada pihak kerajaan menerusi hasil daripada yuran peperiksaan CLP dan yuran Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia

(PKBM). Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, Legal Profession Qualifying Board akan tertakluk kepada akta-akta berkaitan badan berkanun, antaranya Akta Badan-badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] dan Akta Badan- badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].

draft • 6:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pemakaian akta-akta ini akan memastikan pengurusan kewangan dan tatatertib pegawai Legal Profession Qualifying Board ini dijalankan secara teratur, selaras dengan piawaian tadbir urus badan berkanun Persekutuan. Dalam hal ini, antara isu penting yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini adalah bawah Legal Profession Qualifying Board perlu lebih bertanggungjawab kepada atau dengan izin, accountable to Parliament.

Sukacita dimaklumkan bahawa dengan pemerbadanan Legal Profession Qualifying Board seksyen 8 Akta 240 akan mewajibkan pembentangan laporan aktiviti tahunan Legal Profession Qualifying Board di Parlimen pada setiap tahun, sekali gus memastikan terhadap semak imbang secara langsung oleh Parlimen terhadap Legal Profession Qualifying Board yang tidak wujud sebelum ini.

Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, fasal 3 bertujuan untuk menggantikan seksyen 7 Akta 166 dengan mengubah keanggotaan lembaga.

Memperuntukkan syarat-syarat pelantikan anggota lembaga yang dilantik oleh Menteri dan menghendakkan setiap anggota lembaga menumpukan masa kepada urusan lembaga bagi menunaikan kewajipan sebagai anggota lembaga dengan berkesan.

Pindaan ini amat penting bagi memastikan usaha reformasi ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Keanggotaan lembaga sedia ada adalah seperti berikut:

(a) Peguam Negara sebagai pengerusi;

(b) dua orang hakim yang dinamakan oleh Ketua Hakim Negara;

(c) Pengerusi Majlis Peguam; dan

(d) seorang kakitangan akademik sepenuh masa Fakulti Undang- undang universiti awam yang dinamakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi.

Kerajaan berpandangan bahawa keanggotaan sedia ada tersebut adalah terhadap dan tidak menyeluruh mengambil kira isu-isu berkaitan profesion undang- undang yang semakin kompleks. Justeru rang undang-undang ini mencadangkan supaya keanggotaan Lembaga ditambah kepada 13 orang. Secara ringkasnya seperti berikut:

(a) Peguam Negara sebagai Pengerusi;

(b) Pengerusi Majlis Peguam sebagai Timbalan Pengerusi;

(c) seorang hakim yang dinamakan oleh Ketua Hakim Negara;

draft • 6:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

(d) Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEU) JPM;

(e) Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan;

(f) seorang anggota Badan Peguam Malaysia yang dinamakan oleh Majlis Peguam dan dilantik oleh Menteri;

(g) seorang kakitangan akademik sepenuh masa, Fakulti Undang- undang universiti awam yang dinamakan oleh Menteri Pendidikan dan dilantik oleh Menteri;

(h) seorang kakitangan akademik sepenuh masa, Fakulti undang- undang di institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang dinamakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi dan dilantik oleh Menteri;

(i) seorang peguam bela dan peguam cara yang mengamal undang-undang di Sabah yang dinamakan oleh Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) dan dilantik oleh Menteri;

(j) Seorang peguam bela dan peguam cara yang mengamal undang-undang di Sarawak yang dinamakan oleh Persatuan Peguambela Sarawak dan dilantik oleh Menteri; dan

(k) tiga anggota lain yang dilantik oleh Menteri.

Saya ingin menjelaskan rasional bagi setiap keanggotaan lembaga yang telah disebut tadi. Peguam Negara adalah kekal sebagai Pengerusi lembaga mengambil kira jawatan Peguam Negara adalah setara dengan Hakim Mahkamah Persekutuan, penasihat undang-undang utama bagi kerajaan dan juga mempunyai fungsi sebagai pendakwa raya.

Seterusnya, mengambil kira peranan Pengerusi Majlis Peguam yang mengetuai satu badan yang mengawal selia lebih 24,000 peguam di Malaysia, Kerajaan MADANI berpandangan bahawa adalah perlu untuk peranan Pengerusi Majlis Peguam yang pada masa ini merupakan anggota biasa LPQB diperkasakan dan dinaik taraf sebagai Timbalan Pengerusi kepada Legal Profession Qualifying Board.

Beliau juga boleh mempengerusikan mesyuarat lembaga sekiranya Pengerusi tidak hadir. Pindaan ini merupakan satu pengiktirafan yang besar kepada Badan Peguam Malaysia yang sebelum ini dilantik sebagai anggota lembaga sahaja. Selain itu, kerajaan turut meningkatkan bilangan perwakilan daripada profesion undang-undang

draft • 6:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

kepada tiga orang lagi iaitu seorang anggota daripada Badan Peguam Malaysia, seorang peguam bela dan peguam cara yang mengamal undang-undang di Sabah dan seorang peguam bela dan peguam cara yang mengamal undang-undang di Sarawak.

Ini merupakan perwakilan daripada profesion undang-undang adalah seramai empat orang berbanding seorang sahaja di bawah peruntukan semasa. Kesemua anggota ini akan dilantik oleh Menteri dengan pencalonan daripada badan masing- masing. Perwakilan dari Sabah dan Sarawak turut diberikan pertimbangan kerana kedua-dua negeri tersebut juga menerima pakai peperiksaan Sijil Amalan Guaman.

Oleh itu dengan pindaan-pindaan ini, perwakilan daripada profesion undang- undang dalam Legal Profession Qualifying Board adalah diperkasakan dan bukan dikurangkan. Kerajaan telah membuat semakan semula bilangan perwakilan dari hakim yang menganggotai Legal Profession Qualifying Board. Pencalonan adalah daripada Ketua Hakim Negara dan lazimnya di kalangan hakim mahkamah atasan.

Pada masa yang sama, kerajaan turut menaiktarafkan peranan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan daripada setiausaha kepada ahli LPQB. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan merupakan ketua pendaftar bagi kehakiman di Malaysia.

Memastikan bahawa semua jentera mahkamah dari peringkat tertinggi sehingga ke peringkat rendah berfungsi cekap dan berkesan.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 6:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Justeru, secara tidak langsung, bilangan wakil hakim masih kekal dua orang, iaitu seorang hakim mahkamah atasan dan seorang lagi mewakili mahkamah rendah. Ini kerana Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan mempunyai tugas hakiki yang lebih besar dalam pentadbiran kehakiman. Maka, adalah wajar sekiranya jawatan setiausaha lembaga diisi secara tetap.

Kerajaan juga berpandangan bahawa Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang- undang, Jabatan Perdana Menteri wajar dilantik sebagai anggota lembaga memandangkan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri adalah satu agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam penggubalan dasar perundangan negara serta reformasi undang-undang dan institusi secara keseluruhan.

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri juga merupakan pihak

draft • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

yang bertanggungjawab menggerakkan pelbagai usaha pindaan dan reformasi undang- undang, termasuk pindaan kepada Akta 166 ini.

Selain itu, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri lazimnya ialah pegawai kanan kerajaan yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas mengenai tata kelola pentadbiran dan kewangan kerajaan yang dapat memberikan nilai tambah kepada Legal Profession Qualifying Board. Kerajaan juga ingin menegaskan bahawa pelantikan Menteri terhadap perwakilan daripada Badan Peguam Malaysia, peguam bela Sabah dan Sarawak serta fakulti undang- undang universiti awam dan IPTS adalah berdasarkan kepada pencalonan yang dibuat oleh agensi dan badan yang diwakili dan tidak melibatkan penamaan individu-individu tersebut oleh Menteri. Menteri akan membuat pelantikan berdasarkan pencalonan daripada Badan Peguam Malaysia, SLS, AAS dan Kementerian Pendidikan. Justeru, tidak berbangkit bahawa Menteri mempunyai kausa mutlak dalam proses pelantikan keanggotaan.

Penglibatan Menteri sebagai Menteri yang bertanggungjawab bagi undang- undang adalah memastikan proses dan formaliti pelantikan adalah teratur dan selaras dengan peranan sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi Akta 166.

Manakala pelantikan oleh Menteri di bawah perenggan 7(1)(k) adalah terhad kepada tiga orang sahaja dan calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat- syarat yang terkandung di bawah subseksyen 7(2) baharu, iaitu mempunyai pengalaman luas dalam bidang perundangan, pendidikan atau tata kelola; setakat praktikal, terdiri daripada lelaki dan wanita pelbagai latar belakang agama dan ras, dan orang kurang upaya; dan dapat menyumbang kepada kemajuan profesion undang- undang.

Secara keseluruhan, perwakilan kerajaan dalam lembaga adalah seramai empat orang sahaja daripada 13 anggota baharu LPQB, iaitu Peguam Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, JPM dan kakitangan akademik universiti awam. Adalah tidak tepat sekiranya didakwa bahawa dengan pindaan ini, Legal Profession Qualifying Board akan didominasi oleh cabang eksekutif disebabkan pelantikan lapan anggota LPQB oleh Menteri.

Ini adalah kerana lima anggota yang dilantik oleh Menteri adalah dinamakan oleh badan agensi masing-masing dan bukan oleh menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang. Dengan izin, this is because the five peoples are not been appointed

draft • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

by virtue of a position, like the AG, but rather in the individual capacity. Hence, there need to be an instrument of appointment for them to assign by someone which will be, in the case, the Minister in charge.

Selain itu, hujahan dominasi eksekutif ke atas LPQB disebabkan pindaan ini juga tidak berbangkit kerana pada masa ini, LPQB dipengerusikan oleh Peguam Negara.

Sebaliknya, adalah pindaan-pindaan ini yang meningkatkan perwakilan bukan kerajaan dalam LPQB.

Dalam hal ini, perlu dimaklumkan bahawa proses dan pelantikan ditetapkan ini adalah jelas dan turut menanda aras dengan tatacara pelantikan keanggotaan Lembaga di bawah badan profesion undang-undang yang lain. Sebagai contoh, seksyen 3 Akta Pendaftaran Jurutera 1967, seksyen 3 Akta Arkitek 1967 [Akta 117], seksyen 10 Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689] dan seksyen 8 Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 [Akta 768] memperuntukkan pelantikan semula semua anggota lembaga berkenaan dibuat oleh Menteri. Namun, kerajaan mengambil maklum mengenai keperluan dan kepentingan untuk adanya perwakilan yang seimbang dan inklusif dalam Legal Profession Qualifying Board dan pindaan-pindaan ini mencerminkan hasrat tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin bertanya, apakah keperluan untuk keanggotaan yang lebih inklusif. Ini adalah kerana terdapat ramai pihak berkepentingan dalam profesion undang-undang. Secara contoh, berkenaan peperiksaan CLP yang merupakan salah satu fungsi dilaksanakan oleh LPQB, adalah satu cara bagi seseorang yang mempunyai kelulusan jurusan undang-undang untuk menjadi seorang, dengan izin, qualified person di bawah Akta 166 untuk diterima masuk sebagai seorang peguam bela dan peguam cara.

Maka, urusan seperti CLP ini adalah permulaan bagi seseorang yang menjadi seorang peguam atau pegawai undang-undang kerajaan, mahupun, dengan izin, in house legal practitioner dan sebagainya. Oleh itu, urusan mengenai LPQB bukan hanya berkaitan dengan Bar Malaysia semata-mata.

Selain itu, sekiranya masih terdapat kebimbangan antara kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai pengaruh politik dalam LPQB kelak pula disebabkan oleh pelantikan Menteri, izinkan saya menarik perhatian kepada subseksyen 7(3) baharu yang menetapkan larangan dengan jelas bahawa mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik berdaftar tidak boleh dinamakan atau dilantik sebagai anggota LPQB. Oleh itu, dengan wujudnya perlindungan ini, tidak

draft • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

seharusnya berbangkit dakwaan mengenai campur tangan atau lantikan politik dalam LPQB.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen-seksyen baharu 7A, 7B dan 7C ke dalam Akta 166. Seksyen baharu 7A yang dicadangkan membenarkan Menteri membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga ini di perenggan 7(1)(g), (h), (i),

(j) dan (k) tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu, dan membenarkan seorang anggota lembaga yang dinamakan dilantik oleh Menteri meletakkan jawatan sebagai anggota lembaga pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis yang bertujuan kepada Menteri.

Berhubung pembatalan tanpa apa-apa sebab, saya percaya segelintir Ahli-ahli Yang Berhormat mungkin mempunyai kebimbangan mengenai peruntukan ini. Doubts.

Saya ingin menjelaskan bahawa tujuan peruntukan ini diwujudkan adalah bagi membolehkan Menteri bertindak secara sekiranya sesuatu pelantikan tidak lagi sesuai.

Jadi, pembatalan perlu dibuat. Menteri juga hendaklah melantik pengganti berdasarkan pencalonan daripada agensi atau badan berkaitan.

Saya percaya bahawa Menteri pasti akan melaksanakan kuasa budi bicara tersebut berdasarkan pertimbangan yang rasional dan munasabah. Lazimnya, Menteri akan turut menimbangkan risiko kritikan awam dan kecaman Ahli-ahli Yang Berhormat sekiranya kuasa tersebut tidak digunakan secara wajar.

Selain itu, mana-mana anggota yang dibatalkan pelantikan tidak berpuas hati dengan keputusan Menteri, beliau masih mempunyai ruang untuk memohon semakan kehakiman. Judicial review.

Saya juga ingin menarik perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa peruntukan pembatalan tanpa sebab dan peletakan jawatan melalui notis bertulis kepada Menteri tersebut adalah bukan satu peruntukan yang baharu atau yang digubal buat pertama kalinya. Peruntukan yang sama turut terkandung dalam banyak undang-undang sedia ada yang lain. Antaranya, seksyen 10 Akta Ahli Geologi 2008 [Akta 689], perenggan 3 Jadual Pertama Akta Biokeselamatan 2007 [Akta 678] dan seksyen 8 Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614].

draft • 6:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Seksyen baru 7B yang dicadangkan memperuntukkan bahawa jawatan seseorang anggota lembaga hendaklah menjadi kosong jika berlaku kematian, dibuktikan atau disabitkan atau disalah, di kesalahan fraud, kecurangan atau keburukan

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

akhlak, kesalahan rasuah, kesalahan lain yang dikenalkan hukuman penjara selama tempoh melebihi dua tahun, menjadi bankrap atau tidak sempurna akal atau tidak berupaya menunaikan kewajipan memegang jawatan dalam parti politik, tidak menghadiri mesyuarat lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran, peletakan jawatan diterima oleh Menteri atau pelantikan dibatalkan oleh Menteri.

Peruntukan sebegini turut terkandung dalam undang-undang sedia ada iaitu seksyen 11 Akta Geologi 2008, Akta Suruhanjaya Syarikat 2001, Akta Biokeselamatan 2007 dan seksyen 10 Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

Seksyen baru 7C mengadakan peruntukan bagi membenarkan anggota lembaga dibayar apa-apa elaun atau faedah lain sebagaimana yang ditentukan oleh LPQB dan diluluskan oleh Menteri. Pada masa ini anggota LPQB tidak pernah dibayar elaun tetap bulanan. Justeru, pindaan ini memberi ruang kepada LPQB menampung kos pengangkutan dan penginapan anggota terutamanya mengambil kira penambahan anggota LPQB daripada lokasi jauh seperti Sabah dan Sarawak.

Namun, LPQB hendaklah membuat pertimbangan yang teliti dan kajian mendalam supaya elaun dan faedah-faedah yang diberikan kepada anggota LPQB adalah teratur dan selaras dengan keupayaan kewangan semasa. Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa keperluan kelulusan Menteri dalam pembayaran elaun dan faedah yang ditetapkan oleh LPQB adalah supaya terdapat semak dan imbang terhadap kadar tersebut dan memastikan jumlahnya munasabah dan tidak tertinggi.

Fasal 5, bertujuan memotong seksyen 8 memandangkan perkara-perkara dalam peruntukan tersebut telah diselaraskan semula dalam peruntukan di bawah seksyen 9 dan 9B yang dicadangkan.

Fasal 6, bertujuan untuk menggantikan seksyen 9, Akta 166 dengan seksyen 9 yang baru untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubung dengan mesyuarat lembaga. Ini memperuntukkan bahawa lembaga hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu tetapi tidak kurang dari enam kali setahun. Keperluan statutori ini memastikan lembaga bermesyuarat dengan lebih kerap dan boleh membincangkan isu-isu melibatkan profesion undang-undang khususnya yang mempunyai kepentingan awam seperti berkaitan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman

(PSAG), kerani berartikel dan sebagainya.

Mesyuarat pula boleh diadakan dengan pelbagai kaedah, sama ada secara fizikal atau talian. Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat lembaga dan

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

semasa ketidakadaannya, Timbalan Pengerusi iaitu Presiden Majlis Peguam hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu. Kuorum lembaga ialah lapan orang dan setiap anggota lembaga yang hadir dan bermesyuarat berhak memberikan satu undi.

Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen-seksyen baru 6B, 6C, 9B, 9C dan 9D di Akta 166. Seksyen baru 9B yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan berhubungan dengan pelantikan pengarah dan pekerja lembaga.

Seksyen baru 9C memperuntukkan bahawa semua wang daripada fi dan caj yang kena dibayar kepada lembaga di bawah Akta 166 hendaklah dibayar daripada lembaga. Lembaga juga adalah dibenarkan selepas berunding dengan Menteri Kewangan untuk melaburkan wang yang tidak diperlukan dengan segera oleh lembaga dalam sekuriti pemegang amanah atau simpanan tetap dalam bank. Ini bagi memastikan pelaburan yang dibuat tersebut tidak mendatangkan kerugian kepada LPQB.

Seksyen baru 9D yang dicadangkan membenarkan lembaga menubuhkan jawatankuasa dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkenaan.

Fasal 8 dan terakhir. Memperkatakan dengan tentang peruntukan keahlian.

Pemerbadanan LPQB di bawah akta ini tidak menjejaskan apa-apa kuasa hak keistimewaan, liabiliti tugas dan kewajipan LPQB sebelum pemerbadanannya atau mencacatkan apa-apa prosiding dalam undang-undang oleh atau terhadapnya.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebagai Ahli Parlimen, kita telah semua lama mendengar mengenai pelbagai isu berkaitan dengan LPQB dan Peperiksaan CLP selama bertahun-tahun. Saya pasti ramai daripada Ahli Yang Berhormat yang berada di sini telah pun menerima pelbagai aduan daripada penduduk di kawasan yang merupakan graduan undang-undang dan ahli keluarga mereka.

Tidak lagi dapat dinafikan bahawa terdapat keperluan yang mendesak untuk meningkatkan tahap standard untuk kemasukan ke dalam profesion undang-undang dan peranan LPQB dalam membuat graduan undang-undang untuk mencapai tahap- tahap yang diperlukan untuk memasuki profesion undang-undang perlu diperlaksanakan.

Masa untuk melakukan perubahan telah pun tiba dan kuasa untuk melakukan perubahan tersebut pula berada dalam tangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Demi masa hadapan profesion undang-undang dan untuk kebaikan graduan undang-undang negara, saya berharap rang-undang-undang ini akan mendapat sokongan semua Ahli- ahli Yang Berhormat 100 percent.

draft • 6:40 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

draft • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Menteri. Ada siapa yang menyokong?

draft • 6:40 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tan Sri, saya mohon menyokong.

draft • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Profesion Undang- undang 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya menerima 12 nama. Ada yang lawyer dan bukan lawyer. Satu kombinasi yang amat cantik dan saya bacakan nama-nama mereka. Bermula dengan Bukit Gelugor, diikuti dengan Besut, Jelutong, Jerlun, Jempol, Tumpat, Selayang, Padang Rengas, Rasah, Pasir Gudang, Sik dan Batu Gajah. Setiap Ahli Yang Berhormat akan diberikan lima minit dan saya mulakan dengan Bukit Gelugor. Silakan.

draft • 6:40 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk membahas rang undang-undang yang penting ini.

Untuk pada outset-nya Tuan Speaker, saya berpendapat bahawa rang undang- undang ini memang mengandungi pemindaan pindaan yang baik. Tetapi dua isu yang ingin saya timbulkan di sini kepada kementerian terutamanya berkenaan dengan the rule of law ataupun berkenaan dengan apa yang telah pun dinyatakan di banyak forum when we talk about the legal profession. Seperti dalam the International Bar Association, dengan izin atau IBA Standard for the Independence of the Legal Profession di mana telah pun dinyatakan dalam satu laporan ekoran IBA tersebut. Saya quote dalam bahasa asal. “An equitable system of administration of justice which guarantees the independence of lawyers in the discharge of the professional duties without any improper restrictions, pressures or interference, direct or indirect is imperative for the establishment and maintenance of the rule of law.” Dari segi ini saya nak tanya kementerian, Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan berita baru-baru ini yang kita dengar berkenaan dengan seorang peguam, Albert Tei yang telah pun diminta memberi statement kepada SPRM ataupun MACC di bawah Akta SPRM 2009. Now, mengikut apa yang telah pun dilaporkan, saya

draft • 6:48 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

memahami bahawa tujuan peguam tersebut diminta hadir bagi memberi statement adalah untuk memberi maklumat yang berada di dalam possession beliau.

draft • 6:48 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Untuk memberi maklumat ataupun evidence or information, dengan izin, Tuan Speaker. Bukankah ini satu perkara yang amat ganjil, amat aneh, Tuan Speaker?

Bukankah ini merupakan satu perkara yang amat bertentangan dengan prinsip client privilege— lawyer-client privilege? Yang Berhormat Timbalan Menteri juga merupakan seorang peguam dulu. I’m sure, Yang Berhormat Timbalan Menteri faham tentang betapa pentingnya prinsip ini, untuk kesemua pengamal-pengamal undang-undang, for legal profession practitioners seperti saya juga.

Sekiranya kita diminta atau diperlukan oleh pihak berkuasa untuk datang ke balai atau datang ke MACC, SPRM untuk memberi keterangan ataupun maklumat dalam pengetahuan kita, maklumat berkenaan apa yang kita tahu, bila kita mendapat instructions, arahan daripada anak guam dan sebagainya, sudah tentunya ini akan menjejaskan profesion undang-undang. Ini adalah jelas. Jadi, kenapakah SPRM ini melalui MACC Act 2009 boleh diberi peluang ataupun mempunyai peluang untuk mengambil statement daripada pengamal undang-undang? Peguam in the exercise of his duties. Saya nak tanya pihak kementerian. Adakah kementerian bersetuju kepada amalan ini? Bukankah ini satu perkara yang amat serius, sekiranya dibenarkan untuk berterusan? Bukankah ini akan mempunyai satu effect yang akan memberi effect negatif terhadap profesion undang-undang?

Saya faham, bahawa kementerian membuat kerja yang baik. Rang undang- undang ini baik. Memang mempunyai— tetapi, ada beberapa kekurangan yang ingin saya highlight selepas ini. Tetapi, isu berkenaan dengan lawyer-client privilege yang telah pun berbangkit daripada kes peguam Albert Tei tersebut, ini perlu ditangani dengan amat serius.

Saya nak tanya, adakah pihak kementerian bersetuju bahawa pihak SPRM Act ataupun Akta SPRM 2009 sepatutnya dipinda, untuk mencerminkan lawyer-client privilege ini, yang amat penting? It is a cornerstone of any illegal profession. Itu adalah pertama.

draft • 6:50 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang kedua, Tuan Speaker adalah berkenaan dengan beberapa isu, berkenaan dengan rang undang-undang tersebut. Yang membimbangkan saya adalah bahawa mungkin terdapat dominasi eksekutif ataupun executive dominance, di bawah rang undang-undang ini, di mana lapan out of 13 ahli LPQB dilantik oleh Menteri. Itu adalah satu. Itu eksekutif. Eksekutif dalam keadaan ini mungkin boleh membuat keputusan berkenaan dengan kelayakan ataupun standard kelayakan pengamal-pengamal undang-undang. Itu adalah satu perkara yang perlu kita mungkin menyelidiki sedikit lebih.

Kedua, adalah berkenaan dengan penyingkiran tanpa alasan, Tuan Speaker.

Mengikut seksyen 7A(1), subseksyen (1), Menteri boleh menyingkir Ahli LPQB tanpa sebab. Sudah tentu, ini mungkin akan menjejaskan kebebasan institusi. Sudah tentunya, saya perlu menyatakan di sini bahawa ini adalah bertentangan dengan reformasi institusi ataupun institutional reform, yang merupakan satu keutamaan Kerajaan MADANI.

Jadi, saya ingin bertanya. Adakah kebebasan profesion undang-undang penting untuk kedaulatan undang-undang? Sepatutnya, perkara-perkara ini perlu diambil kira.

Selain daripada itu, saya mengucapkan tahniah kepada pihak kementerian. Ini merupakan satu pembangunan yang baik. Satu perkembangan yang baik yang mungkin boleh ditambah baik dengan cadangan-cadangan yang telah pun dikemukakan. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

draft • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya jemput Besut.

draft • 6:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Mengenai dengan Rang Undang-undang Profesion Undang-undang ini, biasanya pindaan ini dibuat bertujuan untuk meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan juga integriti dalam pentadbiran profesion.

Kritikan yang dilemparkan di luar sekarang ini, yang kerap disebut oleh ramai pihak ialah pindaan boleh memberi kuasa lebih kepada kerajaan dalam urusan Majlis Peguam ini sendiri, yang sudah tentu menjejaskan kebebasan badan profesion undang- undang itu sendiri daripada campur tangan pihak politik. Jadi, pindaan tertentu boleh mencetuskan persepsi campur tangan eksekutif ke dalam badan profesional yang sepatutnya bebas.

draft • 6:54 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya menyentuh seksyen 7 dan 7A ya, yang memberi kuasa Menteri untuk melantik. Jadi, kuasa Menteri ini menunjukkan bahawa konsentrasi Menteri yang tinggi dalam urusan pelantikan. Terdapat tujuh anggota yang disebut langsung sebagai dilantik oleh Menteri. Manakala Majlis Peguam hanya diwakili oleh Pengerusi Majlis dan seorang anggota badan peguam, yang dinamakan Majlis. Ini menunjukkan pengaruh eksekutif yang dominan ke atas LPQB sendiri dan dirisaukan akan menghakis peranannya dalam reformasi profesion yang dihasratkan.

Jadi, kuasa Menteri pula untuk membatalkan, pula bercanggah dengan tadbir urus yang baik, ya. Ketelusan, kebebasan profesional undang-undang dan dia dengan sendirinya melanggar hak asasi manusia. Makna, tidak ada sebab diberi ya, untuk membatalkan pelantikan itu sendiri, ya.

Jadi, sudah tentulah kerajaan sekarang sedang terpalit dengan kontroversi lantikan anggota suruhanjaya. Cuba kita tengok, Suruhanjaya Kehakiman (JAC). Malah, ditegur oleh Tuanku Yang di-Pertuan Negeri Sembilan. Jadi, kini kerajaan meluaskan pula kuasa Menteri untuk melantik anggota LPQB. Jadi, semakin lama semakin terhakis imejnya, ya. Dan, kredibiliti kerajaan dalam melaksanakan reformasi institusi yang selama ini diuar-uarkan.

Dan, seterusnya saya menyentuh juga perkara yang sama lebih kurang. Pindaan kepada LPA ini ia memberi kesan kepada prinsip pengasingan kuasa sebenarnya antara eksekutif dan kehakiman, kerana profesion undang-undang adalah penyokong dan juga pelaksana keadilan yang terletak rapat dengan sistem kehakiman. Jadi, kuasa yang sangat besar diberi kepada Menteri iaitu eksekutif, menentukan struktur atau keputusan badan profesional guaman boleh menjejaskan kebebasan kehakiman secara tidak langsung.

Kebebasan kehakiman ini bukan hanya tentang kebebasan peguam yang juga berperanan sebagai officer of the court. Dia, jika profesion peguam guaman ini menjadi terikat kepada eksekutif, maka secara tidak langsung mahkamah juga terkesan.

Mungkin, peguam tak berapa bebas untuk berhujah di mahkamah, ya, terutama kalau ada kena-mengena dengan kerajaan ke, melibatkan kerajaan dan sebagainya. Jadi, persepsi bahawa eksekutif berpengaruh dalam keseluruhan ekosistem kehakiman, ya.

Dan, seterusnya isu mesyuarat lembaga berkaitan kuorum dan juga pengundian dalam lapan orang yang dilantik oleh Menteri, ya. Dia membolehkan keputusan majoriti.

Lapan orang itu boleh jadi keputusan majoriti dengan majoriti pelantikan oleh pihak

draft • 6:54 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Menteri juga, ya. Pelantikan Menteri berkenaan dasar LPQB itu sendiri yang boleh didominasi oleh pihak eksekutif.

Jadi, dominan eksekutif ini lapan daripada 13 yang dilantik. Jadi, ahli LPQB ini dilantik oleh Menteri. Jadi, menguasai majoriti mutlak. Jadi, dengan sendirinya pendidikan undang-undang mungkin ataupun standard kelayakan peguam boleh dijadikan keputusan politik. Jadi, badan yang menentukan kelayakan peguam mestilah, hendaklah bebas, bukan dipolitikkan.

Dan seterusnya, yang saya ingin sentuh juga adalah berkenaan dengan mesyuarat lembaga ini. Mesyuarat lembaga ini disebut dalam seksyen 9, Pengerusi hendaklah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga. Kalau tak ada Pengerusi, Timbalan Pengerusi. Mati setakat itu sahaja dan tidak ada dinyatakan kalau kedua-dua ini tak ada, siapa yang akan pengerusi?

draft • 6:54 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sepatutnya ahli boleh. Ahli lembaga boleh sebab semua ada pengetahuan undang-undang semua. Jadi, saya kata, maknanya kenapa tidak ada orang lain yang boleh mengambil alih? Setakat pengerusi saja dan timbalan pengerusi saja. Jadi, yang lain-lain seolah macam tak layaklah ya. Boleh sebenarnya kalau— dalam kebanyakan apa-apa mesyuarat, memang boleh diwakili oleh ahli lembaga itu sendiri. Boleh sikit lagi Tan Sri? Saya...

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, tapi jangan lama sangatlah.

draft • 7:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya. Saya nak sebut fasal, fasal 6 ini, saya pujilah sikitlah ya. Dia ada menyentuh tentang tadbir urus yang baik melalui kewajipan penzahiran ya, sesuatu kepentingan yang bercanggah dengan tanggungjawab pengerusi, anggota lembaga. Jadi, keberkesanannya adalah bergantung pada komposisi lembaga itu sendiri iaitu lembaga yang bebas. Jadi, peruntukan konflik kepentingan semata-mata tidak cukup untuk memastikan integriti LPQB jika majoriti ahli masih di bawah pengaruh Menteri yang berkuasa melantik dan memecat mereka tanpa alasan.

Jadi, dalam urusan yang tidak berkait dengan apa-apa kepentingan untuk dizahirkan, maka dikhuatiri loyalty bias dengan izin, pula yang akan mempengaruhi kecenderungan anggota dalam sesuatu keputusan. Akhirnya, apa yang kita risaukan adalah berlakunya self-censorship dengan izin, dalam kalangan anggota lembaga sehingga mempengaruhi keberkesanannya mencapai keputusan terbaik untuk

draft • 7:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

pemegang taruh. Jadi, sekiranya kerajaan ingin mengekalkan kuasa Menteri juga, jadi membatalkan pelantikan semua, kuasa tersebut hendaklah datang bersama proses dan mekanisme semakan bagi memastikan keputusan tersebut dibuat dengan sebab yang munasabah dan berakauntabiliti.

Akhirnya sebagai penutup, jadi kerajaan saya sarankan memberikan fokus kepada penambahbaikan pendidikan undang-undang dalam negara dan tadbir urus institusi yang baik berasaskan meritokrasi, ketelusan dan bebas campur tangan politik.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Jelutong.

draft • 7:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Speaker di atas peluang yang diberikan. Saya turut serta dalam perbahasan rang undang-undang ini. Saya mengalu-alukan pindaan-pindaan yang dibuat kerana ia adalah selaras dengan konsep Kerajaan MADANI. Saya mendengar tadi dengan tekun pembentangan oleh Timbalan Menteri yang panjang lebar dan memang terperincilah.

Dan memang saya akui bahawa ramai Ahli-ahli Parlimen termasuk saya sendiri telah mempersoalkan tentang Lembaga Profesion Kelayakan Undang-undang ataupun dalam bahasa Inggeris dengan izin, the Legal Profession Qualifying Board, tentang ketelusan mereka, tentang bagaimana mereka membelanjakan wang iaitu kutipan yuran daripada pelajar-pelajar graduan yang ingin menduduki dan lulus dalam peperiksaan CLP.

Kita dengar bahawa sekarang ada kutipan lebih kurang 37 juta dalam akaun lembaga dalam LPQB, Legal Profession Qualifying Board. Dan saya ingin tahu, bagaimanakah wang ini ingin dibelanjakan? Dan saya menyokong pindaan-pindaan yang dibuat kerana dengan pindaan yang dibuat, kita akan menambahkan lagi keanggotaan dalam LPQB untuk memastikan bahawa wang ini dibelanjakan dengan terbuka, telus dan dengan di mana kita boleh melihat kepada akaun-akaun yang akan dibentangkan. Penambahan ahli-ahli kepada LPQB ini adalah sesuatu yang perlu kita sokong.

Pada masa yang sama Tan Sri Speaker, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa baru-baru ini ada lagi satu kontroversi, di mana mereka telah membelanjakan jumlah sebanyak RM515,000 untuk membuat lawatan sambil belajar enam hari di

draft • 7:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

London. Saya ingin tahu, adakah pihak Jawatankuasa Kira-kira Wang akan memanggil mereka untuk membentangkan satu laporan bagaimana wang ini dibelanjakan ataupun Jawatankuasa Kira-kira Wang akan meminta mereka untuk menyatakan bagaimana kutipan 30 juta ini yang ada dalam tabung mereka itu akan dibelanjakan? So, ini adalah persoalan-persoalan yang ingin saya lontarkan.

Tan Sri Speaker, memandangkan kita membahaskan tentang satu yang melibat rang profesion undang-undang pada peringkat dasar, saya juga ingin menyentuh tentang isu yang melibatkan seorang peguam, Mahajoth Singh— tadi dibahaskan oleh Bukit Gelugor. Mahajoth Singh ini adalah seorang peguam yang membela Albert Tei.

Albert Tei ini adalah orang yang sekarang terpalit dengan skandal video.

Mahajoth Singh membela beliau sebagai seorang peguam dan MACC telah mengeluarkan satu notis untuk Mahajoth Singh hadir di pejabat SPRM di bawah seksyen 30 Akta SPRM. Kononnya menurut Akta SPRM, SPRM mengatakan Mahajoth Singh ada dalam milikan beliau, maklumat-maklumat yang boleh membantu siasatan. Itu hak SPRM.

Pada masa yang sama, saya juga ingin menyatakan bahawa sekiranya, sekiranya SPRM mendakwa bahawa ada maklumat-maklumat yang boleh membantu siasatan, pihak SPRM sepatutnya membuat satu permohonan di bawah seksyen 46 Akta SPRM. Dalam bahasa Inggeris, ini adalah peruntukannya, “No advocate and solicitor shall be required to disclose or produce any privileged information unless ordered by a Judge of the High Court”. Timbalan Menteri, kita membincangkan tentang hak seorang peguam. Timbalan Menteri seorang peguam yang terkenal memperjuangkan kes Indira Gandhi pada satu masa dahulu. Saya seorang peguam. Bukit Gelugor seorang peguam. Ramai peguam.

Saya sebagai peguam ada hak untuk membela anak guam saya. Bagaimana pihak polis atau SPRM meminta saya pergi ke pejabat mereka untuk mendedahkan maklumat dalam milikan saya? Walhal, dalam peruntukan undang-undang, ada peruntukan- peruntukan yang telah dengan jelas menyatakan prosedur yang perlu dipatuhi, sekiranya SPRM atau polis ingin memperolehi maklumat tersebut. Buat permohonan ke mahkamah.

Saya berdiri di sini Tan Sri Speaker, terima kasih di atas peluang yang diberikan.

Saya mendapat panggilan daripada ramai peguam-peguam saya, “What’s happening to this country? Apa yang berlaku?”. Tan Sri Speaker, kita tak boleh lupakan ketika Yang

draft • 7:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Berhormat Tambun menghadapi semua cabaran. Barisan peguam-peguam bermula dengan mendiang Bukit Gelugor, Karpal Singh membela Yang Berhormat Bukit Tambun— Yang Berhormat Tambun. Menjadi benteng pertahanan beliau, membela beliau sehingga beliau dibebaskan. Walaupun disabitkan, naik ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Persekutuan untuk lawan bagi pihak beliau. Peguam-peguam ini tak boleh kita lupakan jasa mereka.

Hari ini Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan mengkritik SPRM.

Memang SPRM mempunyai hak untuk menyiasat, saya setuju. Tetapi, hak peguam untuk membela anak guam mereka juga perlu dihormati Tan Sri Speaker. Dan saya membangkitkan, saya tak mahu mana-mana pihak menyalah anggap niat saya sebagai Backbencher.

Saya rujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Kota Melaka tadi. Kekalahan kita di Sabah tak boleh kita lupakan, teruk. Tetapi kita perlu— we are speaking up on these issues. Kita sebagai Backbencher, kita adalah penyokong kerajaan. Tetapi sekiranya berlaku sesuatu kesalahan, sesuatu yang kita lihat tidak mengikut prosedur, menjadi tanggungjawab dan tugas kita untuk menunjukkan bahawa ini adalah tidak betul dah kita perlu mematuhi prosedur.

Tan Sri Speaker, terima kasih di atas peluang yang diberikan. Saya menyokong rang undang-undang. Syabas kepada Menteri, Timbalan Menteri dan kementerian. Kita mengalu-alukan dan kita berharap dengan pindaan ini supaya ada akan ada nafas baru untuk semua graduan-graduan yang memperolehi ijazah untuk menduduki peperiksaan CLP dan lulus dan supaya mereka akan menjadi peguam pada suatu hari nanti. Terima kasih Tan Sri Speaker di atas peluang yang diberikan kepada saya.

draft • 7:02 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Jerlun.

draft • 7:02 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, Jerlun juga mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Profesion Undang-undang 1976, pindaan 2025 ini.

Saya merujuk fasal 3, seksyen 7, keanggotaan lembaga seramai 13 orang.

Daripada 13 orang anggota lembaga, saya dapati lapan anggota lembaga dilantik oleh Menteri. Nampaknya Menteri mempunyai kuasa mutlak, prerogative dengan izin, untuk

draft • 7:09 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

menentukan siapakah individu yang dirasakan layak untuk menganggotai LPQB ini.

Saya khuatir apa-apa keputusan LPQB lebih terarah kepada keputusan politik berbanding penilaian terhadap pendidikan undang-undang yang dimiliki dan standard kelayakannya.

draft • 7:09 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sebagai contoh, seksyen 7(1)(f) yang menyebut, “Seorang anggota Badan Peguam Malaysia yang dinamakan oleh Majlis Peguam dan dilantik oleh Menteri”.

Seksyen ini memberikan kuasa kepada Majlis Peguam untuk mencadangkan wakilnya dalam LPQB. Isu yang berbangkit ialah jika wakil Majlis Peguam ditolak oleh Menteri, Menteri cadang orang lain, Majlis Peguam pula tak sokong, jadi apakah kesudahannya yang akan berlaku tentang keanggotaan LPQB ini.

Oleh itu, saya mencadangkan dibuangkan kuasa Menteri di para 7(1)(f) di atas termasuk juga di para (g), (h), (i) dan (j), sebaliknya dikekalkan di para 7(k) kerana 7(k) tidak melibatkan cadangan daripada mana-mana organisasi yang lain.

Seksyen 7(5) menyebut, “Tiap-tiap anggota Lembaga hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan”. Apabila dirujuk seksyen 7(1)(g) dan (h) iaitu “Anggota Lembaga sepenuh masa di kalangan ahli-ahli akademik daripada Fakulti Undang- undang sama ada daripada IPTA ataupun IPTS”.

Saya lihat bagaimana anggota Lembaga boleh memenuhi kehendak seksyen 7(5) iaitu hendaklah menumpukan sepenuh masa sedangkan anggota Lembaga tersebut juga adalah seorang pensyarah sepenuh masa di universiti.

Jadi, saya cadangkan perkataan “Hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga” atau tafsiran dalam bahasa Inggerisnya disebut “Shall devote such time to the business of the Board” seksyen 7(5) digantikan dengan perkataan “Bolehlah yang menumpukan masa kepada urusan Lembaga” atau “May devote such time to the business of the Board”.

Seksyen baharu, 7A(1) menyebut, “*Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga di bawah perenggan 7(1)(g),

(h),(i),(j) dan(k) tanpa memberikan apa-apa alasan bagi pembatalan itu*”. Bagaimana Menteri boleh diberi kuasa menyingkir mana-mana anggota Lembaga tanpa sebab, sepatutnya mesti bersebab. Jika ada salah laku, diberikan tunjuk sebab, mengapa anggota tersebut perlu dibatalkan pelantikannya.

draft • 7:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jika peruntukan ini dikekalkan juga, ini bermakna LPQB terdedah kepada kepentingan politik Menteri dan ia berbentuk tekanan politik kepada anggota Lembaga tersebut yang sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan kebebasan institusi.

Saya ambil contoh, seorang bekas Peguam Negara dan kini hakim Mahkamah Persekutuan dilantik oleh kerajaan ataupun Menteri yang bertanggungjawab menjadi anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) berkuat kuasa 15 November 2025 hingga 14 November 2027, dua tahun. Kredibiliti beliau tercabar dan tercalar ekoran kontroversi titah adendum dan permohonan bekas Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Abdul Razak memfailkan notis penghinaan mahkamah dengan dakwaan beliau menyembunyikan titah adendum.

Inilah contoh yang paling hampir dengan kita, bagaimana kuasa Menteri diberikan seluas-luasnya tanpa mengambil kira pandangan organisasi profesional undang-undang dan hak asasi manusia. Jadi, saya harap pelantikan anggota Lembaga LPQB ini janganlah diberikan kuasa kepada Menteri dengan seluas-luasnya dan berlebih-lebihan sehingga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa perlu memberikan sebarang alasan pun.

Sepatutnya Menteri perlu memikirkan isu yang lebih besar tentang kelompongan atau lakuna dalam seksyen 377 – hubungan luar tabii dan seksyen 372 – eksplorasi pelacuran dalam kes — dalam Kanun Keseksaan. Ia terkait dengan isu yang terbaru, tangkapan 202 orang individu yang terdiri dari kalangan penjawat awam dan warga asing yang terlibat dalam aktiviti seks songsang atau gay di pusat spa di Chow Kit, Kuala Lumpur pada 28 November 2025 baru-baru ini.

Terbaru, 30 November 2025, selang dua hari, 13 lelaki termasuk warga emas berusia 66 tahun dan pelajar IPTA ditahan polis disyaki terlibat dalam aktiviti hubungan songsang di Bandar Perai Jaya, Perai, Pulau Pinang. Polis dan penguat kuasa DBKL dan JAWI hanya boleh buat serbuan, tetapi mahkamah telah membebaskan mereka kerana tidak cukup bukti dan lebih-lebih lagi mereka tidak mengaku terlibat dalam aktiviti tersebut.

Persoalannya ialah adakah ia memerlukan persetujuan atau consent dengan izin, daripada pihak yang terlibat sedangkan wujud elemen-elemen siasatan yang diperoleh berasaskan kepada dokumen, tuala yang dipakai, premis spa itu sendiri yang boleh menjadi asas kepada pendakwaan? Tetapi ada kelompongan undang-undang yang sepatutnya Menteri kena bagi perhatian. Kes ini mencerminkan cabaran kepada

draft • 7:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Menteri itu sendiri yang memperlihatkan cabaran dalam menguatkuasakan undang- undang terhadap kegiatan seksual songsang atau moral di negara kita lebih-lebih lagi mereka yang terlibat adalah orang Islam.

Saya ingin mengingatkan Dewan ini bahawa rakyat negara kita ini yang rata- ratanya orang Melayu Islam jangan mengulangi amalan kaum Nabi Luth kerana perbuatan terkutuk itu bukan sekadar dikeji oleh Allah, bahkan dilaknat oleh Rasulullah SAW sebagaimana dalam hadisnya yang berbunyi...

[Membaca sepotong hadis] , “Antara perkara yang paling aku takuti di kalangan umat ku ini ialah perlakuan kaum Nabi Luth”. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 7:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Jempol.

draft • 7:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua memberikan peluang kepada Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Profesion Undang-undang

(Pindaan) (No.2) 2025. Jempol percaya bahawa pindaan ini mengubah LPQB ataupun Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang daripada sebuah entiti pentadbiran kepada sebuah pertubuhan perbadanan yang mempunyai kuasa lebih luas dari segi pentadbiran, urusan kewangan dan operasi.

Tan Sri Yang di-Pertua, Jempol ada empat perkara ataupun empat isu yang nak saya bahaskan pada petang ini. Yang pertama, isu pertama kuasa pelantikan dan pemecatan anggota LPQB oleh Menteri. Pindaan seksyen 7 yang baharu memberikan kuasa kepada Menteri melantik majoriti anggota LPQB serta kuasa yang membatalkan pelantikan sehingga tujuh anggota tanpa kewajipan memberi alasan. Ini merupakan suatu peruntukan yang memberikan kuasa budi bicara yang amat luas kepada Menteri.

Dengan kuasa eksekutif Menteri yang luas tersebut, risiko persepsi campur tangan politik adalah tidak dapat dielakkan walaupun niat dan tujuan reformasi adalah baik. Maka Jempol mohon penjelasan, apakah mekanisme semak dan imbang yang akan diperkenalkan bagi memastikan kuasa pelantikan dan pemecatan ini tidak menggugat integriti LPQB dan tidak membuka peluang kepada persepsi politisasi.

Isu kedua, implikasi kewangan dan beban potensi kepada pelajar undang- undang. Sebagai badan perbadanan, LPQB kini diberikan kuasa menubuhkan

draft • 7:17 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

jawatankuasa tanpa had, melantik pegawai tambahan serta membayar elaun dan perbelanjaan tertentu. Walaupun ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme pentadbiran, ia juga berpotensi meningkatkan kos operasi Lembaga secara ketara.

Majlis Peguam telah memberi amaran bahawa kenaikan kos ini akhirnya mungkin dipindahkan kepada pelajar melalui fi peperiksaan, fi pendaftaran atau caj berkaitan kelayakan pelajar undang-undang terutamanya dari kumpulan B40, kawasan luar bandar dan sebahagiannya sudah pun terbeban dengan kos pengajian yang meningkat.

Persoalan Jempol, bolehkah kerajaan memberikan komitmen tegas bahawa tiada kenaikan fi pelajar akan berlaku serta memastikan ketelusan kewangan melalui audit bebas dan had perbelanjaan bagi menjaga kepentingan pelajar?

Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya isu yang ketiga, masa depan program articled clerkship sebagai laluan alternatif.

draft • 7:17 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jempol ingin merujuk satu perkembangan terkini yang penting iaitu keputusan Mahkamah Persekutuan pada Oktober 2025 yang memutuskan bahawa LPQB telah bertindak ultra vires dengan melanggar Akta 166 apabila menamatkan program articled clerkship tanpa sah sejak 1985. Keputusan ini bermakna laluan articled clerkship, dengan izin, yang telah lama dianggap dimansuhkan bukan sahaja kekal sah di bawah undang-undang, malah individu yang layak boleh membuat permohonan semula kepada LPQB.

Persoalan Jempol. Dengan keputusan terkini mahkamah, adakah pihak kerajaan dan LPQB bersedia mengiktiraf semula laluan articled clerkship serta memastikan ia dihidupkan semula secara rasmi sebagai alternatif sah dan berdaya saing kepada sistem sedia ada? Apakah langkah-langkah konkrit yang akan diambil bagi tujuan itu?

Tan Sri yang di-Pertua, seterusnya, isu yang keempat, ketelusan kewangan dan akauntabiliti Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB). Satu fakta yang tidak boleh diabaikan ialah bahawa akaun LPQB tidak diaudit selama 17 tahun yang mana diakui oleh pihak kerajaan sendiri melalui kenyataan Timbalan Menteri JPM. Ini bermakna untuk tempoh dua dekad, kewangan Lembaga termasuk kutipan fi peperiksaan, pendaftaran dan juga yuran daripada bakal peguam adalah beroperasi tanpa semakan bebas oleh pemegang taruh.

draft • 7:20 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Lebih membimbangkan, semasa ketiadaan audit ini, LPQB telah membuat perbelanjaan besar termasuk perbelanjaan luar biasa seperti kos lawatan rasmi ke luar negara melebihi setengah juta Ringgit untuk lawatan ke United Kingdom. Integriti kewangan bukan sahaja menjamin kelangsungan operasi LPQB, tetapi turut menentukan tahap keyakinan masyarakat terhadap profesion undang-undang secara keseluruhannya.

Persoalan Jempol, adakah kerajaan komited untuk memastikan audit bebas dilaksanakan setiap tahun dan laporan kewangan LPQB dipaparkan secara terbuka kepada umum? Jempol mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri.

Jempol mohon menyokong. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya, saya jemput Tumpat.

draft • 7:20 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Kita melihat bahawa Akta Profesion Undang-undang merupakan harapan dan hasrat tertinggi keadilan dan pencegahan undang-undang dalam negeri yang telah digubal sejak tahun 1976, iaitu hampir 50 tahun dalam negara kita. Kita mengharapkan dalam pindaan hari ini ada penambahbaikan teras kepada badan yang menentukan siapa gaji peguam, apa set terkini peguam, pendidikan undang-undang serta asas kelayakan program profesional dalam keperluan semasa.

Dalam hal ini, kita ingin melihat bagaimanakah pindaan-pindaan yang dikemukakan akan boleh membantu kualiti peguam dan undang-undang dalam negara kita. Saya setuju dengan perbahasan yang dilakukan oleh rakan-rakan sebelum ini berkenaan dengan pelantikan lapan daripada 13 ahli LPQB merupakan lantikan Menteri.

Cadangan daripada Tumpat ialah agar kurangkan pelantikan daripada Menteri kepada maksimum tiga dan pelantikan ahli akademik ini dibuat melalui Majlis IPT ataupun badan masing-masing, bukan Menteri.

Ini kerana kita tidak mahu melihat bahawa negara kita bercanggah dengan prinsip asas independent of legal profession yang diiktiraf. Kita juga boleh melihat bagaimana kerajaan sudah bersedia ke arah pemisahan antara Peguam Negara dan juga AG. Dalam hal ini, kenapakah di saat itu berlaku, tiba-tiba LPQB seolah-olah didominasi oleh pihak eksekutif? Itu yang pertama.

draft • 7:22 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Kedua, dimaklumkan dalam 7(2)(1)(k)(a) bahawa anggota lelaki dan wanita yang dilantik merupakan daripada pelbagai latar belakang agama, ras dan OKU. Saya ucapkan tahniah kerana ada perkataan OKU di sini. Soalnya saya, berapakah jumlah OKU yang telah berjaya menjadi dan mendaftar sebagai peguam dalam negara kita agar perkataan ini dapat benar-benar direalisasi? Berapakah IPTA dan IPTS serta mahkamah dan pejabat-pejabat peguam yang mesra OKU sehingga memberikan OKU menjadi peguam? Apakah insentif dan inisiatif yang disediakan oleh pihak kerajaan?

Seterusnya, berkenaan memohon perincian dan SOP garis panduan pelantikan ini. Kenapa dalam pelantikan kita ada tatacara, tiba-tiba untuk pemecatan tiada tatacara? Ini adalah badan tertinggi untuk menjaga undang-undang. Badan tertinggi tidak patuh kepada rule of law. Apakah model kerajaan ambil? Daripada negara mana?

Kita lihat dalam 7B, ada perincian untuk pengosongan tetapi dalam masa yang sama, tiada perincian untuk pemecatan. Bagaimana kita melihat orang yang mungkin akan dipecat ini tiada peluang untuk representasi. Ini akan melemahkan integriti LPQB sendiri kerana sentiasa dalam keadaan ketakutan tersirat (implicit pressure).

Begitu juga dengan pertambahan ahli di mana pelantikan dan pemecatan berpusat pada kuasa Menteri. Elaun akan dibayar, juga dengan kelulusan Menteri. Saya ingin tanya, apakah impak kewangan, pulangan ekonomi dan kesan kepada undang- undang? Pindaan kali ini mewajibkan mereka harus bermesyuarat sekurang-kurangnya enam kali setahun. Satu kekerapan yang tinggi bila melibatkan Peguam Negara secara individu, dan saya kira sangat memerlukan keutamaan dan komitmen yang tinggi.

Dari segi kewangan, ini meningkatkan ketelusan dan responsif. Apakah elaun dan faedah yang sebelum ini dibayar kepada mereka dalam 7C yang tidak dinamakan sebelum ini dan apakah anggaran pertambahan kewangan dan siapakah yang akan menanggung kos ini? Kita perlu ingat bahawa bila kita kawal manusia melalui kawal kewangan, kita boleh kawal keputusan.

Apatah lagi yang tinggal untuk kita menghalang campur tangan politik dalam undang-undang, Kita tahu dalam pindaan hari ini, kuasa Menteri mutlak untuk melantik, pecat tanpa sebab, kuasa kawal dan luluskan elaun, kuasa untuk menguasai kuorum dan undian.

Kita mahu RUU pada hari ini lulus independent test. Adakah LPQB benar-benar bebas ataupun ia dikawal? Kita harus melihat perkara ini dan kita mohon agar kerajaan

draft • 7:22 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

mempertimbangkan 19 struktur ini supaya integriti profesion guaman dan...

[Tidak jelas] dijamin.

Seksyen 9C menyebut fi dan caj yang terkumpul sebelum ini menjadi isu dan kita lihat disebut dengan terperinci. Hal ini perlu diperbincangkan dan Menteri Kewangan perlu dirundingi untuk pelaburan ataupun [Tidak jelas] tetap. Satu indikasi yang tidak sihat. Sebagai fi, merupakan sumber kewangan modal untuk menjana kewangan. Satu tindakan yang bagi saya kurang profesional, Walaupun kita percaya setiap sen perlu diperundangkan dan memerlukan tatacara, tetapi bila ia badan, sepatutnya ia bukan menjadi satu bentuk income untuk mereka buat FD. Kalau kita boleh bincang soal kemasukan, kita juga perlu bincang tatacara untuk pengagihan keuntungan kepada kebaikan ahli.

Kita juga ingin melihat apakah dalam RUU pada kali ini ada sistem audit kualiti dan ketelusan keputusan LPQB. Kita tidak melihat bahawa ada penyentuhan tentang keperluan untuk menerbitkan laporan tahunan, penilaian prestasi LPQB serta seat lulus dan gagal CLP secara analitik. Ketelusan proses peperiksaan tanpa laporan orang awam tidak dapat menilai integriti sistem. Juga, kita boleh melihat tidak ada standard dan exercise yang jelas untuk IPTA supaya seimbang dengan IPTA dan IPTS. Adakah hari ini kita tidak mahu kerajaan menambah atau memperbesarkan lagi IPTS atas faktor komersial, bukan akademik.

Kita sepatutnya adakan RUU ini sebagai standard untuk menjaga nisbah kelulusan graduan daripada IPTA dan IPTS. Dan kita juga ingin bertanya kepada kerajaan, apakah syarat untuk undang-undang kontemporari yang mesti dikuasai oleh pelajar undang-undang untuk mereka layak menjadi peguam terutamanya untuk menghadapi cabaran semasa? Tiada pengiktirafan ataupun jalan jelas terhadap bidang baharu seperti teknologi undang-undang, AI, data law. Pindaan ini sepatutnya juga menyentuh dengan perkara-perkara yang berkenaan dengan persediaan peguam untuk menghadapi era digital.

Kita lihat perlunya satu latihan dan modul negotiation dan mediation, teknologi dan AI in law, justice dan juga legal aid, kelayakan profesional dalam AI governance, data protection on law, cyber security law, cross border digital compliance, pakar compliance, legal technologist, pakar fintech dan block chain law, arbitrators dan mediators. Jadi, hal ini penting untuk kita menjadikan peguam-peguam yang akan kita

draft • 7:22 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

lahirkan daripada LPQB ini akan menjadi orang yang sesuai untuk menghadapi masa pada masa akan datang.

Jadi, dalam hal ini juga, saya mengharapkan bahawa pindaan pada kali ini― mungkin tak boleh buat pada hari ini, tapi pada masa depan. Kalau betul-betul, sebagaimana kata Timbalan Menteri, akan buat akta yang asing supaya ia juga menjadi punca kuasa dan boleh membantu Majlis Peguam untuk membentuk suatu perkara berhadapan dengan...

[Tidak jelas] kontemporari. Antaranya ialah tentang digital misconduct breach berkenaan dengan AI tools, online harassment cyber ethics yang melibatkan kalangan peguam dan juga undang-undang.

Sekian, terima kasih.

draft • 7:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Selayang.

draft • 7:22 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua untuk memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan RUU ini. Saya sebagai Ahli Parlimen Selayang dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi menyokong RUU ini.

Majlis Peguam Malaysia telah menyatakan bantahan terhadap rang undang- undang ini. Salah satu bantahan adalah terhadap pindaan kepada seksyen 7 berkaitan keanggotaan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang yang saya akan merujuk sebagai Lembaga.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 7:29 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Bantahan utama Majlis Peguam ialah bahawa pindaan ini membenarkan campur tangan eksekutif dan politik secara langsung dalam urusan pendidikan undang-undang dan kelayakan profesional. Ringkasnya ia merupakan campur tangan eksekutif dalam kawal selia kendiri profesional undang-undang (self-regulation on the legal profesion). Naib Presiden Majlis Peguam dalam kenyataan bertarikh 4 November 2025 berhujah bahawa kebebasan lembaga tidak boleh dipisahkan daripada kebebasan profesion undang-undang. Menurutnya kebebasan Majlis Peguam untuk memberi

draft • 7:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

nasihat dan representasi undang-undang kepada rakyat akan terancam sekiranya konsep kawal selia kendiri (self-regulation) itu terjejas.

Saya berbeza pandangan dengan Naib Presiden Majlis Peguam. Satu-satunya justifikasi kerajaan mendelegasikan fungsi mengawal selia sesuatu profesion adalah apabila kawal selia kendiri itu berkhidmat dan memberikan manfaat kepada kepentingan awam, public interest is benefitted by its self-regulation. Sebuah profesion diberikan autonomi hanya selagi kuasa itu digunakan untuk manfaat orang awam. There must be public benefit from the self-regulation. Dua konsep yang berbeza, konsep bahawa kebebasan Majlis Peguam dan kebolehan peguam untuk membela kliennya memang adalah satu hak keadilan. Tetapi, self-regulation adalah konsep yang berlainan dan tidak boleh diertikan sebagai satu konsep. Yang penting kita hendak melihat bahawa seksyen 7 ini adalah pindaan tentang pilihan kelayakan dan kompetensi tidak ada apa sentuhan tentang tatatertib profesional peguam di Bahagian VI prosiding tatatertib di Bahagian VII dan sebagainya tidak sentuh tentang cara peguam melakukan amalan undang-undangnya. Oleh itu, kedua-dua konsep tentang kebebasan bar dengan pelantikan dan kelayakan berkompetensi seorang untuk menjadi peguam adalah berlainan.

Kita harus membezakan antara kebebasan badan peguam dan kawal selia kendiri. Kebebasan adalah prinsip keadilan hak asasi. Saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Jelutong apa yang dilakukan oleh SPRM kepada peguam Albert Tei itu tidak mengikut undang-undang dan perlu tindakan diambil. Tetapi, konsep kawal selia kendiri tidak semestinya melanggar prinsip kebebasan peguam. Yang penting ialah kita hendak tanya adakah lembaga melakukan tanggungjawab social obligation untuk memastikan bahawa mereka yang diambil CLP ada keadilan kalau mereka layak dan berkompetensi tetapi tidak diberikan satu peluang untuk menjadi amalan.

Kita sudah lama melihat tentang CLP daripada 1984 sebagai satu penyelesaian sementara tetapi sudah 41 tahun tidak sampai hari ini mengadakan satu penyelesaian seperti yang dicadangkan dengan common bar exam. Juga Presiden Majlis Peguam sebelum ini telah melaporkan bahawa kursus CLP ada kelemahan dan kelemahan ini seperti legal drafting, advocacy dan sebagainya sehingga hari ini tidak dapat diselesaikan. Kita sudah tahu tentang tidak audit 17 tahun dan ada kelemahan yang lain.

Oleh yang itu, perlu kerajaan mengambil tindakan untuk membetulkan kelemahan ini

draft • 7:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

dan oleh itu saya sokong pindaan yang akan dibuat kerana ini adalah tanggungjawab untuk menjaga kepentingan awam. Sekian, terima kasih.

draft • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Di sebalik itu, Alhamdulillah, Yang Berhormat Selayang ada sini, Yang Berhormat Subang pun ada sini. Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Selayang, saya difahami bahawa termasuk juga Yang Berhormat Tanjong Manis akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan berkaitan pindaan Akta Orang Asli.

Dan dengan sedemikian, saya sebagai orang asli tunggal sebagai wakil rakyat memohon jika bersesuaian kepada pihak Jawatankuasa Pilihan Khas untuk memanggil, saya bersedia untuk dipanggil untuk memberi pendapat. Selain itu juga, saya cadangkan mantan Ketua Pengarah JAKOA yang telah pencen bersara dipanggil juga selain daripada Kementerian KKDW. Ini pendapat saya. Walau bagaimanapun, terpulang kepada budi bicara ketiga-tiga Pengerusi Jawatankuasa Khas ini ya.

Baik, kita balik kepada urusan Majlis. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 7:30 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk Padang Rengas menyertai perbahasan RUU ini.

Pertama saya akui terdapat beberapa pembaikan positif dalam RUU ini seperti kewajipan Legal Profession Qualifying Board (LPQB) bermesyuarat enam kali setahun, penyertaan ahli akademik PTS sepenuh masa dan keupayaan YDP badan peguam mempengerusikan mesyuarat. Ini meningkatkan ketelusan dan profesionalisme.

Namun Dato’ Yang di-Pertua, RUU ini membawa tiga risiko besar yang tidak boleh kita pandang ringan. Pertama, dominasi eksekutif terhadap LPQB di bawah fasal 3. RUU ini memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik lapan daripada 13 LPQB. Satu majoriti terlalu besar. LPQB bukan badan biasa. Ia menentukan kelayakan peguam, pendidikan undang-undang dan standard profesional negara. Jika majoritinya ahlinya dilantik eksekutif, maka keputusannya boleh dipengaruhi pertimbangan politik. Profesion

draft • 7:36 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

peguam mesti bebas dan dilihat bebas. Tanpa kebebasan, kedaulatan undang-undang akan terjejas.

Dato’ Yang di-Pertua, kedua, kuasa penyingkiran tanpa alasan di bawah fasal 4, peruntukan yang membenarkan Menteri menyingkirkan mana-mana ahli tanpa sebab adalah sangat membimbangkan. Keputusan LPQB akan sentiasa terdedah kepada tekanan politik. Bagaimana ahli mahu membuat keputusan profesional jika kedudukan mereka boleh ditarik pada bila-bila masa? Ini jelas bercanggah dengan prinsip tadbir urus baik dan melemahkan institusi.

Ketiga, kawalan kewangan oleh Menteri di bawah fasal 7. Elaun dan manfaat ahli LPQB juga tertakluk kepada kelulusan Menteri. Kawalan kewangan bermakna kawalan keputusan. Badan profesional tidak boleh beroperasi secara bebas jika perkara asas seperti elaun pun memerlukan kelulusan eksekutif. Dengan majoriti pelantikan dan kawalan kewangan, keseluruhan LPQB boleh didominasi oleh Menteri.

Dato’ Yang di-Pertua, kebebasan profesion undang-undang adalah tiang kepada rule of law. Negara mesti memastikan badan seperti LPQB bebas daripada pengaruh politik. Reformasi tidak boleh bertukar menjadi sentralisasi kuasa. Saya mencadangkan supaya satu, bacaan kedua ditangguhkan untuk konsultasi menyeluruh dengan badan peguam dan pihak berkepentingan.

draft • 7:36 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Kedua, peruntukan kuasa berlebihan Menteri dipinda atau digugurkan. Ketiga, struktur LPQB dikekalkan sebagai badan bebas dengan semak imbang yang jelas.

Kami tidak menolak reformasi tetapi kami menolak apa-apa yang mengancam kebebasan institusi. Kesimpulan, RUU ini ada elemen yang baik tetapi risikonya terlalu besar terhadap integriti profesion guaman. Profesion peguam mesti dilindungi daripada politik. Saya berharap kerajaan meneliti semula peruntukan yang bercanggah dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 7:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya persilakan Yang Berhormat Rasah.

draft • 7:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Bacaan Kedua Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) 2025 pada hari ini.

draft • 7:48 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Pertamanya saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana membawa pindaan RUU ini ke dalam Dewan yang mulia yang saya anggap ia sesuatu yang amat diperlukan untuk menambah baik sistem yang sedia ada ketika ini terutamanya dengan tambah baik terhadap tatakelola Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang ataupun Legal Profession Qualifying Board.

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah secara menyeluruh memberikan penerangan yang amat jelas. Saya nak memetik beberapa perkara. Yang pertama, berkenaan dengan isu keanggotaan daripada asalnya lima, sekarang ini jadi 13. Saya menyambut baik. Saya bersetuju. Cuma ada beberapa perkara yang saya rasa boleh diberikan penjelasan yang lebih lanjut termasuk ada rakan-rakan di sebelah pembangkang yang telah memberikan beberapa teguran yang saya rasa perlu dijawab dengan secara terbuka oleh pihak kerajaan berkenaan dengan anggota tersebut.

Sebenarnya apa yang saya faham adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengendalikan ataupun bertanggungjawab ke atas undang-undang hanya mempunyai kuasa untuk melantik tiga orang anggota saja, bukan lapan sebab yang lima lagi itu sebenarnya daripada Bar, daripada IPTA, IPTS dan juga dari Sabah dan Sarawak.

Cuma, saya nampak ada ketinggalan, omission satu perkataan. Saya mohon supaya kalau boleh saya berikan contoh F di bawah 3F itu, seorang anggota Badan Peguam Malaysia yang dinamakan oleh Majlis Peguam dan dilantik oleh Menteri dan hendaklah dilantik oleh Menteri. Maknanya Menteri shall, wajib lantik nama yang dicalonkan oleh Majlis Peguam untuk menepis segala kebimbangan yang dikemukakan.

Sebab kalau tak letak shall atau hendaklah, Menteri ada pilihan.

Saya anggap tadi tafsiran sebegitu. Saya mohon penjelasan daripada kekanda saya Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti ketika menggulung. Dan berkenaan dengan penyertaan ataupun pertambahan anggota kepada 13 orang, saya anggap ia sesuatu yang baik. Cuma saya nak tambah sedikit syarat. Saya nampak ada syarat orang politik tidak boleh dan sebagainya, seseorang yang layak. Ia tetap sesuatu yang sangat luas.

Tiga wakil ataupun tiga anggota yang dilantik oleh Menteri JPM wajib mempunyai mereka sekurang-kurangnya seorang yang mempunyai pengalaman CLP. Kita nak orang yang ada pengalaman CLP duduk dalam board sebab board ini antara tugas

draft • 7:48 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

utama dia adalah melaksanakan peperiksaan CLP. Kalau orang yang know nothing about that...

draft • 7:48 PM

Seorang Ahli

Betul, betul.

draft • 7:48 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Nanti dia buat keputusan yang minta maaflah...

draft • 7:48 PM

Seorang Ahli

Betul, betul.

draft • 7:48 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

... tak selaras dengan kepentingan, tak selaras dengan keadaan sebenar. Saya ambil peperiksaan CLP 20 tahun dulu, 2005. I know, that is why ini sebagai suara daripada calon-calon CLP sebelum ini dan bakal calon akan datang.

draft • 7:48 PM

Seorang Ahli

Okey Rasah.

draft • 7:48 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Harap kerajaan boleh ini tapi saya tidak layak.

Rasah tidak layak sebab orang politik.

draft • 7:48 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey Rasah.

draft • 7:48 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kita nak lantik yang tidak ada politik punya. Jadi saya mohon perkara ini dipertimbangkan oleh kerajaan. Perkara kedua yang saya nak sebutkan adalah berkenaan seksyen 9B baru yang dimasukkan iaitu ada seorang pengarah dan kakitangan lembaga yang dilantik.

Saya nak sebut secara jelas pengarah yang dilantik itu. Tanggungjawab dia saya nampak seolah-olah dia ini CEO, seolah-olah dia macam MD, managing director untuk sebuah korporat. Jadi, sudah tentunya dia wajib mempunyai latar belakang CLP untuk memudahkan tugas. Jadi, saya harap kerajaan boleh pertimbangkan, tambahkan syarat sebab saya tak nampak ada syarat yang jelas berkenaan dengan pelantikan siapa pengarah. Jadi mohon kerajaan pertimbangkan perkara ini.

Dan perkara ketiga dan terakhir yang saya nak sebutkan. Kita tahu, Legal Profession Qualifying Board ini, LPQB kerja dia, kerja utama dia adalah untuk melaksanakan peperiksaan Certificate of Legal Practice (CLP). Saya nak tanya, sudah kah CLP diaudit? Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika pembentangan sebut dengan jelas, saya memetik kata-kata daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang kata CLP yang cukup kontroversial, perkataan ini digunakan, frasa ini digunakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Maknanya kerajaan sendiri mengiktiraf CLP itu sangat kontroversial. Jadi amendment ini mesti membawa kebaikan. Amendment ini mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kegusaran, kebimbangan berkenaan dengan CLP mesti diatasi. Satu

draft • 7:48 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

audit, 17 tahun tak pernah audit. Tempoh hari kita pernah buat pindaan sebelum ini.

Saya harap tahun ini punya audit sudah buatlah. Saya tak tahu, mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberikan sedikit pandangan update berkenaan dengan audit tersebut.

Dan yang keduanya, saya nak tanya secara terbuka dalam Dewan yang mulia ini. Banyak kata-kata bahawa CLP ini bukan setakat dia susah. Susah itu saya tak pertikaikan sebab dia mungkin nak mengangkat tahap profesion undang-undang ini ke tahap yang tinggi. Tetapi dalam memastikan siapa yang lulus itu, ada satu peratusan kuota tapi kuota yang saya maksudkan ini bukan kuota berasaskan kaum tetapi berasaskan peratusan tertentu yang sering kali dikatakan di luar bahawa hanya sekitar 20 percent sahaja. Dia tak kira markah. Hanya 20 percent saja daripada keseluruhan calon untuk tahun tersebut yang akan mendapat kelulusan.

Saya harap kerajaan boleh memberikan sedikit ulasan dan pencerahan terhadap perkara ini. Sebab perkara ini sudah menghantui calon-calon yang ambil peperiksaan.

Saya nak tanya, berapa ramai yang ambil peperiksaan CLP sekali boleh go through.

Saya tahu Yang Berhormat Jelutong itu sekali go through, betul?

draft • 7:48 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 7:48 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Nasib baik saya sama dengan Jelutong. Okey, tapi tak ramai. Saya nak sebut secara terbuka. Dan CLP kalau inilah keadaan dia, saya rasa sesuatu perlu dilakukan dan kerajaan apabila kita luluskan amendment pindaan terhadap akta ini, kita kena pastikan ada tambah baik supaya jangan ada calon yang boleh jawab peperiksaan CLP dengan baik cuma disebabkan dia mungkin bukan top 20 percent dan dinafikan kelulusan dan terpaksa hadir pada tahun seterusnya untuk mengambil peperiksaan. Ini perkara pokok.

Jadi saya mohon sedikit pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya cukup yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri yang mendengar sekarang ini cukup prihatin terhadap masalah yang saya bangkitkan. Yang Berhormat adalah seorang peguam yang senior, tahu dan banyak mendengar daripada mereka yang mengambil peperiksaan CLP selama ini. Sekian saja beberapa pandangan daripada saya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker yang memberikan peluang kepada saya. Terima kasih.

draft • 7:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 7:48 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

*Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Dalam perbahasan saya mengenai Rang Undang-undang Profesion (Pindaan) 2025 ini untuk berlaku adil kepada pihak kerajaan, saya menyatakan beberapa perkara yang baik di dalam rang undang-undang ini.

Kita menyedari bahawa di bawah rang undang-undang ini disebut tentang peranan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang. Lembaga ini memang peranannya penting mengawal standard kelayakan guaman, pendidikan undang- undang dan tatacara kemasukan ke profesion undang-undang tersebut.

Saya telah membaca blue bill ini, rang undang-undang ini. Saya dapat melihat beberapa pembaharuan yang positif. Pertama, ada disebut ahli akademik sepenuh masa dari IPTS, institut pengajian tinggi swasta. Itu perkara yang baik.

draft • 7:48 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang kedua, Lembaga Kelayakan ini kerap bermesyuarat, sekurang-kurangnya enam kali setahun. Dan yang ketiga, saya lihat elemen yang baik jika Peguam Negara tidak ada dalam mesyuarat itu, mesyuarat akan dipengerusikan oleh Presiden Badan Peguam.

Bagaimanapun Dato’ Speaker, sekarang saya lihat beberapa perkara yang tidak begitu cantiklah. Saya nak kata negatif itu nampak buruk sangatlah, tapi tak berapa cantik. Saya nampak isu utama yang saya nak bangkit di sini ialah dominasi eksekutif.

Lapan daripada 13 ahli Lembaga Kelayakan itu dilantik oleh Menteri. Ini bermakna Menteri menguasai majoriti mutlak. Apa risikonya? Risikonya ialah penguasaan eksekutif terhadap pendidikan undang-undang dan standard kelayakan boleh menjadi keputusan politik.

Seterusnya, saya berpendapat dan ramai yang lain juga bersetuju bahawa lembaga ini suatu badan yang menentukan kelayakan peguam mestilah bebas bukan dipolitikkan. Menteri itu orang politik, Yang Berhormat Menteri.

[Ketawa] Jadi, itu saya ingin ingat. Yang kedua, isu penyingkiran tanpa alasan. Saya contoh ini seksyen baharu,

draft • 7:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

seksyen 7A(1), “Menteri diberi kuasa menyingkir ahli lembaga tanpa sebab”. Yang dalam lembaga itu orang undang-undang belaka, 13 orang itu.

Orang undang-undang ini dia memperjuangkan keadilan. Dia duduk dalam lembaga itu kalau dia diberhentikan, disingkirkan tanpa sebab, tidakkan ini bercanggah dengan prinsip keadilan asasi, natural justice, hak untuk didengari, hak untuk membela diri, right to be heard? Jadi, tolong semak balik Yang Berhormat Menteri kerana jika peruntukan ini ada, dia akan menjejaskan kebebasan institusi Lembaga Kelayakan ini.

Berkenaan dengan seksyen yang saya sebut tadi, saya melihat Lembaga Kelayakan itu terdedah kepada tekanan politik.

Kemudian, isu seterusnya yang saya lihat tidak berapa cantik, ada kelemahannya iaitu kawalan kewangan. Ini merujuk seksyen baharu 7C, elaun dan manfaat ahli tertakluk kelulusan Menteri. Apa risikonya? Risikonya ialah kawalan tambahan terhadap keputusan lembaga, Menteri ada kawalan terhadap kedudukan kewangan. Perlu diingati bahawa bila kawalan kewangan dikawal oleh Menteri, keputusan juga boleh dikawal oleh Menteri.

Dan akhirnya Dato’ Speaker, saya tak mahulah banyak sangat nyatakan yang saya kurang senang iaitu seksyen 9(3). Korum lapan ahli, itu keputusan majoriti. Jadi bila majoriti pelantikan Menteri begitu ramai, jadi kesimpulannya, dasar Lembaga Kelayakan ini boleh didominasi eksekutif.

Akhirnya apa yang saya harapkan Yang Berhormat Menteri, Tuan Speaker, saya harap RUU ini perlu konsultasi yang menyeluruh seterusnya. Saya harap jangan diteruskan dengan bacaan ketiga ini, ditangguhkan dahulu, pindalah dahulu. Gugurkan peruntukan di mana kuasa Menteri yang berlebihan itu digugurkan dan saya berharap kekalkanlah Lembaga Kelayakan ini sebagai badan yang bebas. Sekian, terima kasih Tuan Speaker.

draft • 7:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dipersilakan Yang Berhormat Sik.

draft • 7:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya bersama pada petang ini untuk perbahasan RUU Akta Profesion Undang-undang

(Pindaan) 2025 dan saya ingin menumpukan kepada tiga isu utama yang berkait rapat

draft • 7:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

dengan tafsiran serta pelaksanaan pindaan ini khususnya berkaitan pengukuhan kuasa eksekutif, kedudukan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) dan sebagai badan perbadanan dan potensi konflik kepentingan dalam struktur pentadbirannya.

Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang disebut oleh beberapa Ahli Dewan ini kebimbangan yang agak ketara kita ialah ketika mana kuasa yang sangat luas yang diberikan kepada Menteri untuk melantik anggota dalam LPQB ini. Dan apa yang lebih membimbangkan iaitu kuasa untuk membatalkan pelantikan mana-mana ahli yang dilantik oleh Menteri pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa alasan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 7A(1).

Peruntukan sebegini bukan sahaja bercanggah dengan prinsip tadbir urus yang baik, malah mengabaikan keperluan asas keadilan asasi seperti hak untuk didengar atau mekanisme semak dan imbang yang lazim dalam badan profesional. Dalam amalan kuasa tanpa keperluan memberi alasan, membuka ruang kepada tekanan politik ke atas ahli lembaga yang seharusnya bebas dan berkecuali dalam menjalankan fungsi profesional. Maka saya mohon penjelasan, apakah justifikasi kerajaan memilih pendekatan tanpa sebab ini? Apakah wujud apa-apa bentuk rayuan atau semakan bagi individu yang pelantikannya dibatalkan?

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua iaitu berkaitan pemerbadanan lembaga.

Pindaan ini memberi status perbadanan kepada lembaga termasuk kuasa menggunakan meterai perbadanan, keupayaan untuk menyaman atau disaman serta hak untuk memiliki, memindah atau melabur harta seperti yang termaktub dalam pindaan seksyen 4. Pemerbadanan memang mempunyai kelebihannya, antaranya kecekapan pengurusan, kejelasan pemilikan aset dan perlindungan liabiliti.

Namun tanpa kerangka ketelusan dan audit yang kukuh, status ini boleh menukar watak lembaga daripada badan pengawal selia profesional kepada entiti yang mengurus hasil fi tanpa pengawasan yang mencukupi. Persoalan asas yang perlu dijawab, adakah kutipan fi oleh lembaga dikategori sebagai wang awam yang tertakluk kepada audit oleh Ketua Audit Negara?

Rang undang-undang hanya menyatakan bahawa lembaga boleh melaburkan wang selepas berunding dengan Menteri Kewangan, namun tiada peruntukan jelas mengenai audit bebas atau kewajipan membentangkan laporan tahunan kepada Parlimen. Kekaburan ini menimbulkan risiko salah tadbir dan pengabaian akauntabiliti.

draft • 7:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Justeru, saya mohon Menteri menjelaskan, siapakah yang akan menjalankan audit lembaga dan piawaian pelaporan apa yang akan dipakai?

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu berhubung konflik kepentingan struktur dan autonomi profesion undang-undang. Rang undang-undang ini meletakkan Peguam Negara sebagai pengerusi lembaga, manakala Pengerusi Majlis Peguam sebagai timbalan pengerusi seperti yang dinyatakan dalam seksyen 7.

Peguam Negara merupakan pegawai eksekutif kerajaan yang mempunyai kuasa besar dalam membuat keputusan pendakwaan dan mewakili kerajaan dalam litigasi.

Meletakkan beliau sebagai pengerusi badan yang menentukan kelayakan kemasukan ke dalam profesion undang-undang menimbulkan persoalan serius tentang pertembungan peranan dan kesan terhadap kebebasan badan yang sepatutnya memelihara standard pendidikan dan integriti profesional.

Tambahan pula, komposisi lembaga yang dipenuhi ramai anggota lantikan Menteri termasuk wakil akademik yang dinamakan oleh Menteri mengurangkan keseimbangan secara profesional bebas khususnya wakil Majlis Peguam dan para pengamal undang-undang. Dalam amalan antarabangsa, badan pengawal selia profesion undang-undang lazimnya mengekalkan majoriti wakil profesional yang bebas dengan mekanisme pelantikan yang menjamin kebebasan institusi dan mengelakkan dominasi eksekutif.

draft • 7:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Justeru, saya meminta Menteri menjelaskan rasional struktur yang dipilih ini.

Adakah kerajaan menyedari bahawa susunan sedemikian boleh dilihat sebagai usaha mempolitikkan badan kawal selia undang-undang?

Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh beberapa precedent yang relevan. Dalam sejarah negara kita, institusi undang-undang pernah membawa tindakan undang- undang terhadap campur tangan eksekutif apabila timbul isu Perlembagaan. Sebagai contoh, penglibatan Malaysia Bar dalam semakan kehakiman berkaitan isu-isu melibatkan pegawai tinggi kerajaan dalam skandal 1MDB yang menunjukkan kesediaan profesion ini mempertahankan kebebasan institusi perundangan.

Selain itu, keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang juga pernah dicabar di mahkamah. Antaranya melalui permohonan semakan kehakiman oleh Brickfields Asia College berkaitan sekatan terhadap calon CLP.

draft • 8:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Semua ini menunjukkan sensitiviti tinggi terhadap ketelusan struktur tadbir urus dan keadilan dalam menentukan kelayakan profesional. Maka jelas bahawa sebarang tindakan yang mengurangkan kebebasan atau meningkatkan pengaruh politik berisiko mencetuskan litigasi dan menggugat kestabilan sistem pengiktirafan profesion undang- undang.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, justeru saya mencadangkan beberapa pindaan utama iaitu khususnya seksyen 7A(1) hendaklah dipinda supaya membatalkan pelantikan hanya dibuat atas alasan yang munasabah dan memberikan hak untuk didengar dan hak merayu.

Dan Tuan Yang di-Pertua, saya menegaskan bahawa penolakan, bukan penolakan terhadap perubahan tetapi pihak kami pembangkang sedia menyokong apa jua pindaan yang memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kebolehcapaian pendidikan undang-undang dan menambah baik integriti profesion.

Namun sebagaimana yang tertulis pada hari ini, rang undang-undang ini menimbulkan kebimbangan mendalam bahawa ia boleh melemahkan kebebasan Majlis Peguam dan membuka ruang politasi terhadap profesion undang-undang yang merupakan tunjang utama kepada kedaulatan undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon jawapan daripada pihak Menteri. Terima kasih.

draft • 8:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Tiba masanya pembahas yang terakhir, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 8:00 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Rang Undang-undang Akta Profesion Undang-undang (Pindaan) (No.2) 2025. Rang undang-undang ini menggambarkan tentang usaha berterusan kerajaan bagi memperkukuhkan kelayakan profesion undang-undang supaya lebih tersusun, telus dan bersesuaian dengan perkembangan semasa. Langkah ini penting bagi memastikan institusi perundangan negara terus berkembang seiring perubahan industri dan keperluan profesion masa kini.

Dato' Yang di-Pertua, Akta Profesion Undang-undang 1976 telah digubal dalam suasana dan konteks yang sangat berbeza daripada apa yang kita lihat hari ini. Selepas

draft • 8:02 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

hampir lima dekad, profesion guaman telah mengalami perubahan yang cukup mendalam merangkumi dari segi perkembangan teknologi perundangan, penyelesaian pertikaian secara digital dan undang-undang siber serta keperluan, compliances dan tadbir urus malah peningkatan permintaan terhadap kemahiran praktikal dan analitik.

Dengan perubahan ini, sistem kelayakan yang lama tidak lagi mencukupi untuk menyokong keperluan profesion undang-undang moden. Maka pindaan ini memainkan peranan yang penting dan tepat pada waktunya. Melalui pindaan seksyen 4 Legal Profession Qualifying Board (LPQB) diberikan status sebagai pertubuhan perbadanan.

Pindaan ini akan meningkatkan kecekapan daripada segi pentadbiran dan dapat memperkemaskan proses membuat keputusan dan juga dapat mempercepatkan pembangunan model peperiksaan.

Tambahan pula, melalui pindaan ini, ia akan membolehkan transformasi digital dilaksanakan secara menyeluruh. Ini adalah langkah besar yang menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk memastikan institusi kelayakan undang-undang setanding dengan badan profesional antarabangsa. Pindaan seksyen 7 memperluaskan penyertaan keanggotaan lembaga merangkumi pihak kehakiman, Bar Council, akademia daripada IPTA dan IPTS, wakil daripada Sabah dan Sarawak serta tokoh profesional. Ini memastikan keputusan LPQB perlu dibuat secara inklusif, telus dan seimbang.

Pada masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan mesti memastikan bahawa lembaga ini kekal bebas daripada sebarang campur tangan eksekutif dan segala keputusan yang dibuat adalah adil, objektif dan berlandaskan merit.

Integriti institusi ini adalah memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap profesion undang-undang negara.

Dato' Yang di-Pertua, kerajaan telah mengambil langkah reformasi melalui RUU ini tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh mengabaikan isu yang sering dibangkitkan mengenai peperiksaan Sijil Amalan Guaman iaitu CLP. Menurut satu laporan media bertarikh 20 Oktober 2025, hanya 189 calon memperoleh full pass kadar terendah dalam tempoh lima tahun.

Dato' Yang di-Pertua, angka ini menimbulkan persoalan tentang keseragaman dan pendekatan penilaian oleh lembaga. Namun, ribuan graduan undang-undang luar negara khususnya daripada United Kingdom terpaksa memilih laluan alternatif yang jauh lebih mahal dan rumit untuk melayakkan diri sebagai peguam di Malaysia. Namun,

draft • 8:02 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

berdasarkan maklum balas daripada pihak yang berkepentingan bahawa subjek seperti civil procedure dan evidence mencatatkan kadar gagal paling tinggi malah ramai calon terpaksa mengulang peperiksaan beberapa kali dan ketelusan masih menjadi kebimbangan termasuk ketiadaan skema jawapan dan prinsip pemarkahan.

Seterusnya, dalam semangat reform yang dibawa oleh kerajaan, saya ingin mengemukakan dua soalan kepada kementerian untuk memperkukuhkan keyakinan calon terhadap peperiksaan Sijil Aman Guaman (CLP) ini. Soalan pertama saya, apakah asas penilaian yang menyebabkan kadar kelulusan merosot secara berterusan dan adakah semakan dalaman telah dijalankan bagi memastikan konsistensi pemarkahan?

Soalan kedua saya ialah bilakah garis panduan pemarkahan dan mekanisme ketelusan seperti skema jawapan dan standard marking akan diperkenalkan untuk membantu calon memahami kelemahan mereka? Soalan ini bukan untuk melemahkan lembaga tetapi untuk memperkasa institusi tersebut selari dengan hasrat kerajaan.

Dato' Yang di-Pertua, umum menyedari bahawa struktur silibus dan format CLP pada hari ini tidak lagi mencerminkan amalan guaman moden. Maklum balas daripada calon, pensyarah dan pihak industri menunjukkan bahawa silibus terlalu bergantung kepada hafalan. Komponen penilaian praktikal sangat terhad, tiada integrasi teknologi undang-undang dan format peperiksaan tidak selari dengan piawaian antarabangsa seperti UK Bar yang menekankan aspek praktikal, analisis kes dan kemahiran penyelesaian masalah.

Hari ini, profesion guaman memerlukan graduan yang mampu berfikir secara kritikal, menguasai legal text dan menyediakan dokumen perundangan moden dan bukan sekadar menghafal nota dan teori. Jika kita mahu melahirkan peguam yang bersedia untuk mengamalkan undang-undang dengan kompeten, maka pembaharuan mesti bermula pada peringkat kelayakan itu sendiri.

Dato' Yang di-Pertua, di peringkat antarabangsa, banyak negara telah memperkenalkan sistem kelayakan guaman yang lebih moden dan komprehensif.

Negara seperti United Kingdom, Australia, Singapura, New Zealand telah bergerak ke arah penilaian berdasarkan kompetensi, latihan praktikal berstruktur melalui Bar Course, penggunaan penilaian digital dan pendekatan holistik yang menilai kemahiran sebenar calon. Trend global ini jelas menunjukkan bahawa profesion undang-undang antarabangsa kini lebih menekankan kemahiran praktikal serta keupayaan menyelesaikan masalah bukan sekadar kefahaman teori.

draft • 8:02 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Malaysia tidak boleh ketinggalan di belakang negara-negara ini. RUU ini memastikan negara bergerak seiring dengan transformasi global demi menjamin daya saingan profesion undang-undang kita.

Dato' Yang di-Pertua, sebagai penutup, jelas bahawa kerajaan mengambil langkah yang tepat dan berpanjangan jauh dalam memodenkan sistem kelayakan profesion undang-undang melalui RUU ini. Pindaan ini bukan sahaja mengukuhkan institusi dan meningkatkan ketelusan tetapi juga menjadi satu langkah ke hadapan dalam memastikan profesion guaman negara kekal relevan, kompetitif dan diyakini umum.

Sehubungan itu, saya hanya ingin mendapatkan satu penjelasan ringkas. Bilakah pelaksanaan penuh Common Bar Course (CBC) dijangka dapat dimuktamadkan memandangkan ia merupakan komponen teras dalam agenda reformasi jangka panjang kerajaan. Dengan penuh keyakinan terhadap hala tuju reformasi ini, saya menyokong sepenuhnya rang undang-undang. Sekian, terima kasih.

draft • 8:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Sekarang tibalah masanya untuk Menteri menjawab.

Dipersilakan Menteri menjawab, 20 minit.

draft • 8:02 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Bagi pihak Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan ke atas Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) (No.2) 2025.

draft • 8:09 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Nombor satu, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Nombor dua, Yang Berhormat Besut. Nombor tiga, Yang Berhormat Jelutong. Nombor empat, Yang Berhormat Jerlun.

Nombor lima, Yang Berhormat Jempol. Nombor enam, Yang Berhormat Tumpat. Nombor tujuh, Yang Berhormat Selayang. Nombor lapan, Yang Berhormat Padang Rengas.

Nombor sembilan, Yang Berhormat Rasah. Nombor 10, Yang Berhormat Pasir Gudang.

Nombor 11, Yang Berhormat Sik. Dan akhir sekali, Yang Berhormat Batu Gajah. Segala

draft • 8:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

cadangan dan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.

Beberapa Ahli Parlimen termasuk Yang Berhormat Bukit Gelugor, Besut, Jerlun, Jempol, Tumpat, Selayang, Padang Rengas, Pasir Gudang, Sik bertanyakan mengenai executive dominants atau campur tangan eksekutif dalam keanggotaan LPQB.

Pelantikan anggota Lembaga daripada Badan Peguam Malaysia, peguam bela Sabah dan Sarawak serta fakulti undang-undang universiti awam dan IPTS dibuat berdasarkan pencalonan daripada anggota dan badan masing-masing.

Menteri hanya melaksanakan pelantikan berdasarkan pencalonan daripada Badan Peguam Malaysia, SLS, AAS dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPT) melalui satu instrumen pelantikan. Oleh itu, Menteri tidak mempunyai kuasa mutlak.

Peranannya adalah untuk memastikan proses dan formaliti pelantikan berjalan dengan teratur dan selaras dengan tanggungjawab di bawah Akta 166.

Secara keseluruhannya, perwakilan kerajaan dalam lembaga adalah seramai empat orang sahaja daripada 13 anggota baharu LPQB, iaitu Peguam Negara, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ketua Pengarah BHEUU JPM dan kakitangan akademik universiti awam. Adalah tidak tepat sekiranya didakwa bahawa dengan pindaan ini LPQB akan didominasi oleh cabang eksekutif disebabkan pelantikan lapan anggota LPQB oleh Menteri. Ini adalah kerana lima anggota yang dilantik oleh Menteri adalah dinamakan oleh badan dan agensi masing-masing dan bukan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang.

Di sini saya ingin menegaskan kepada persoalan Jerlun berkaitan dengan pencalonan yang tidak dipersetujui oleh Menteri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Menteri melantik seorang anggota melalui satu instrumen pelantikan sahaja dan nama yang diberikan kepada beliau adalah oleh badan yang berkaitan. Lazimnya, Menteri tidak akan menolak nama yang dikemukakan kepada beliau melainkan calon itu tidak mematuhi seksyen 7B. Sekiranya Menteri menolak nama tersebut, beliau masih perlu mendapatkan pencalonan baharu daripada badan tersebut.

Berkaitan dengan isu campur tangan politik, mengikut seksyen 7(3), (4), (5) menetapkan bahawa anggota lembaga tidak boleh memegang jawatan dalam mana- mana parti politik. Ini bermakna jika seseorang aktif dalam sebarang parti politik, dia tidak layak menjadi anggota Lembaga. Oleh itu, tidak timbul isu terdapat campur tangan politik dalam lembaga tersebut.

draft • 8:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Pelantikan oleh Menteri melalui pindaan dibuat di bawah seksyen 7 tidak bermaksud kuasa eksekutif mencampuri profesion guaman. Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti profesion guaman di Malaysia dengan menambah baik komposisi ahli-ahli LPQB yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bagi merangka polisi yang lebih efisien berkenaan penetapan kemasukan mana-mana orang sebagai peguam bela, peguam cara di negara ini.

Penanda aras boleh dilihat melalui seksyen 3 Akta Pendaftaran Jurutera 1967, seksyen 3 Akta Arkitek, seksyen 10 Akta Ahli Geologi 2008 dan seksyen 8 Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 yang memperuntukkan pelantikan semua anggota lembaga berkenaan dibuat oleh Menteri.

Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Jelutong bertanyakan tindakan SPRM mengarahkan peguam kepada Albert Tei hadir memberi maklumat. Berhubung isu tersebut Albert Tei― perkara ini sebenarnya tidak terikat secara langsung dengan pindaan pada hari ini. Saya sependapat dengan Yang Berhormat bahawa SPRM perlu berwaswas. Jangan menggunakan undang-undang untuk menyekat penglibatan peguam. Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan oleh SPRM bahawa perkara ini telah dijawab secara komprehensif oleh SPRM melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Yang Berhormat Gelugor...

draft • 8:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Minta maaf Yang Berhormat. Terima kasih atas jawapan tersebut. Saya hendak tanya, sama ada ― saya faham bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun memberi pandangan peribadi yang tak setuju dengan apa yang dinyatakan oleh apa yang telah berlaku sekarang. Tetapi, isunya di sini adalah berkenaan dengan satu isu yang merupakan corner stone of the legal profession iaitu berkenaan dengan client-solicitor privilege.

Jadi, saya ada mendengar kenyataan media SPRM di mana telah pun dinyatakan oleh SPRM bahawa mereka telah pun mengikuti prosedur-prosedur yang sewajarnya di bawah Akta SPRM. Tetapi, ada juga prosedur, seperti yang telah dibangkitkan oleh rakan saya Jelutong tadi, di mana terdapat prosedur di bawah Akta SPRM, Akta 46...

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Seksyen 46.

draft • 8:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih.

Seksyen 46 SPRM Act tersebut yang memerlukan satu permohonan dibuat ke

draft • 8:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

mahkamah tinggi sekiranya seseorang peguam itu diperlukan mendedahkan maklumat ataupun dokumen-dokumen dan sebagainya. You have to go― there is a due process under the act. So, kenapakah MACC tidak mengikut due process tersebut? Itu soalan― itu yang penting. I think rakan saya Jelutong juga akan setuju.

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, Timbalan Speaker, saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat, ini isu penting, Yang Berhormat. Saya tahu bahawa ia tiada kaitan secara terus kepada akta yang dibincangkan. Tetapi, ia adalah sesuatu yang melibatkan profesion undang- undang. Dan saya berterima kasih di atas sikap keterbukaan Timbalan Menteri yang saya percaya merupakan seorang peguam yang handal yang juga memperjuangkan hak asasi manusia, seperti yang saya katakan, isu Indera Gandhi dan kita semua dahulunya daripada Majlis Peguam.

Yang menjadi isu sekarang, ada lebih kurang 24,000 peguam di Semenanjung Malaysia yang kini menjadi viral dalam perbualan WhatsApp. Jadi, saya juga ingin tanya, kenapa tidak pihak SPRM membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 46 Akta SPRM untuk memperoleh maklumat?

Speaker, dalam isu ini, Speaker juga merupakan seorang pendakwa raya di mahkamah. Apabila kita melakukan perkara ini, adakah ini merupakan satu proses intimidasi terhadap peguam? Ia akan mendorong peguam-peguam untuk risau untuk mengambil kes-kes SPRM. Ini yang berlaku sekarang. Dan kita lihat bahawa ― saya tidak pada bila-bila masa menafikan hak dan kuasa SPRM.

Tetapi, apabila Parlimen telah menggubal sesuatu undang-undang iaitu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di mana terdapat peruntukan khusus sekiranya pihak SPRM mendapati bahawa mungkin peguam itu dalam memiliki maklumat yang berkaitan dengan siasatan, yang membantu siasatan, kenapa tidak membuat permohonan kepada mahkamah, Timbalan Menteri?

So, saya mohon. Timbalan Menteri, ini bukan― Timbalan Menteri dari DAP, Bukit Gelugor dari DAP, saya daripada DAP. Ini isu melibatkan rakyat, melibatkan seorang peguam. Jadi, saya ingin menggunakan Dewan ini untuk meminta Menteri untuk memberi penjelasan.

Dan berkenaan isu Lembaga Profesion Kelayakan Undang-undang, sekali lagi saya berterima kasih kepada Menteri di atas sikap keterbukaan. Ini adalah cara untuk

draft • 8:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kita memantau bagaimana jumlah RM37 juta itu digunakan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB).

Saya minta supaya Menteri juga memastikan kita memantau dan melihat bagaimana wang itu digunakan, kerana kita bertanggungjawab. Ramai daripada pemegang-pemegang ijazah sarjana muda undang-undang ingin menduduki peperiksaan ingin tahu apakah yang boleh digunakan, dilakukan dengan wang ini oleh kerajaan dengan campur tangan kerajaan melalui undang-undang ini bagi kebaikan mereka. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 8:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dua perkara, Dato’ Yang di-Pertua, yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

draft • 8:10 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Saya faham Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak selesa apa yang telah terjadi.

Saya pun kalau sedemikian sebagai seorang peguam pun merasa sedemikian. Tetapi saya rasa ada lunas-lunas yang tertentu dari segi undang-undang. Satu di antaranya solicitor-client privilege. Saya rasa ia, mereka terikat dan pada masa ini saya hanya boleh memberi pandangan sedemikian. Selain dari itu, oleh kerana dalam penyiasatan, maka saya, I don’t wish to get involved the nitty-gritty of the matter, your opinions are respected. Saya harap SPRM akan mengambil tahu dan ambil tindakan sedalam- dalamnya.

Kedua, mengenai apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Jelutong, bukan RM37 juta Yang Berhormat, dekat RM60 juta, ha dekat. Nearly RM58, RM59 millions.

Saya percaya perkara yang dibangkitkan adalah ― kita semua hairan, tahun dahulu bila ia didedahkan di sini bahawa ada wang sebanyak tersebut dan ada kemungkinan meningkatkan fi untuk yang ingin menduduki peperiksaan dan ini tidak masuk akal kerana kenapa nak meningkat fi untuk menduduki peperiksaan walhal kita ada dekat 50 lebih juta dan ini adalah pandangan yang kita telah beritahu. Saya percaya...

draft • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 8:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Selepas perubahan LPQB ini, board yang baharu akan mengambil kira perkara-perkara ini dan tindakan terus akan diambil.

Ya, Yang Berhormat.

draft • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, saya juga ingin cadangkan dengan izin Speaker, wang itu boleh digunakan untuk membantu Lembaga

draft • 8:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Profesion Undang-undang (Bar Council), boleh menggunakan wang itu untuk membantu peguam-peguam yang muda yang ingin memulakan firma mereka sendiri.

Sebagai contoh, kita lihat bahawa badan peguam sekarang hanya memain peranan sebagai dengan izin, mengambil tindakan disiplin dan sebagainya terhadap peguam-peguam, mengutip yuran. Tetapi apakah sumbangan majlis peguam kembali kepada peguam-peguam? Saya umpamanya, kalau saya merupakan seorang yang baharu, graduan Universiti Malaya, selepas chambering saya ingin memulakan firma sendiri. Bolehkah satu dana ini digunakan untuk membantu mereka mendirikan firma sendiri? Saya mohon penjelasan.

draft • 8:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Yang berhormat Bukit Gelugor, kita perlu faham rasional dan prinsip-prinsip yang sedia ada. LPQB adalah untuk calon-calon yang menduduki peperiksaan. Dia ada lunas di sana, dia tidak boleh keluar dari sana untuk menolong peguam-peguam yang baru memula dalam profesion itu. Walaupun hakikat itu bagus, tatapi mereka tidak boleh keluar dari hakikat ini, itu nombor satu.

Nombor dua, lebih kurang dua minggu dulu Yang Berhormat, kita ada perbincangan beberapa peguam dan di mana telah dihadiri oleh board LPQB, pengerusinya Peguam Negara di mana cadangan telah dibuat oleh Ahli Parlimen bahawa kemungkinan kita boleh menggunakan wang yang sedia ada untuk menolong kerani-kerani yang sedang atau ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang- undang, article track sheet yang akan diwujud balik dan ini memberi sedikit pertolongan kepada mereka dan mungkin sebagai pinjaman. Ini satu yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah kewangan mereka.

Mengenai penyingkiran anggota LPQB tanpa alasan bertentangan dengan reformasi institusi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor, Besut, Jerlun, Jempol, Padang Rengas, Sik dan sebagainya, kuasa pembatalan tanpa perlu memberikan apa-apa sebab diberikan kepada Menteri bagi membolehkan tindakan segera diambil sekiranya sesuatu pelantikan didapati tidak lagi sesuai. Walau bagaimanapun, kuasa ini luas, ia tetap tertakluk kepada pertimbangan yang rasional dan munasabah. Lazimnya Menteri akan mengambil kira risiko kritikan awam serta pandangan Ahli-ahli Parlimen sekiranya kuasa tersebut digunakan secara tidak wajar.

Sekiranya pembatalan dibuat, Menteri perlu melantik pengganti berdasarkan pencalonan daripada agensi atau badan berkaitan bagi memastikan lembaga terus berfungsi dan memenuhi keperluan kuorum seramai lapan orang untuk bermesyuarat.

draft • 8:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Selain itu mana-mana anggota yang tidak berpuas hati dengan keputusan pembatalan masih mempunyai hak untuk memohon semakan kehakiman (judicial review).

Perlu ditekankan bahawa peruntukan pembatalan tanpa sebab dan peletakan jawatan melalui notis bertulis kepada Menteri sebenarnya bukanlah satu perkara yang baru, malah turut wujud dalam beberapa undang-undang sedia ada seperti di Akta Ahli Geologi 2008, Akta Biokeselamatan 2007, Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sebagainya.

Yang berhormat Besut dan Yang Berhormat Tumpat bertanyakan siapa yang akan mempengerusikan mesyuarat lembaga jika tidak ada pengerusi dan timbalan pengerusi. Adakah bilangan mesyuarat enam kali tidak membebankan anggota lembaga? Jika Pengerusi tidak hadir, ia boleh digantikan oleh Timbalan Pengerusi. Dan jika Timbalan Pengerusi pun tidak hadir, mesyuarat dianggapkan tidak cukup kuorum dan tidak akan dilaksanakan. Oleh itu, mesyuarat tidak boleh dilaksanakan. Because there are policy decision to be made, hanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi boleh ada kuasa sedemikian dan boleh debate dan sebaginya.

Berkenaan keperluan mesyuarat enam kali, LPQB boleh menentukan tatacara sendiri. Mesyuarat boleh diadakan secara fizikal atau talian dan edaran mesyuarat lembaga sekurang-kurangnya enam kali setahun adalah wajar dan boleh dilaksanakan.

Bilangan mesyuarat ini memberi ruang mencukupi untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan profesion undang-undang yang mempunyai kepentingan awam termasuk hal berkaitan pemeriksaan Sijil Amalan Guaman dan kerani berartikel.

Mesyuarat juga boleh diadakan melalui berbagai kaedah sama ada fizikal, atas talian atau melalui edaran dan ia boleh dilaksanakan walaupun anggota berada di lokasi berbeza.

Yang Berhormat Jelutong bertanyakan berkenaan penggunaan Dana LPQB, saya rasa sudah jawab mengenai perkara tersebut. Mengenai selanjutnya, Yang Berhormat ada tanya dan saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Jelutong supaya pihak Lembaga Legal Profession Qualifying Board membentangkan satu laporan kepada Jawatankuasa Kira-kira berkaitan lawatan ke United Kingdom kerana ia melibatkan semua ahlinya dan jumlah wang yang dibelanjakan adalah tinggi iaitu lebih dari RM500,000.

Yang Berhormat Tumpat bertanyakan mengenai bilangan peguam OKU di Malaysia, penandaarasan keanggotaan LPQB dan SOP bagi tatacara pelantikan. Dana,

draft • 8:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

data dan statistik ini perlu diperoleh daripada Badan Peguam Malaysia dan saya akan kemukakan statistik tersebut kepada Yang Berhormat Tumpat secara bertulis.

Keanggotaan LPQB ini telah ditanda aras dengan badan-badan profesional lain termasuklah Lembaga Jurutera Malaysia, Lembaga Teknologis Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia. Tatacara pelantikan akan disediakan oleh kerajaan setelah RUU ini diluluskan.

Yang Berhormat Selayang bertanyakan berkenaan pelaksanaan Common Bar Course. Antara lain Lembaga Kelayakan Profesional Undang-undang, Lembaga Kelayakan pada masa ini sememangnya berhasrat untuk menggantikan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) dengan Common Bar Course atau common bar examinations. Oleh itu Lembaga kelayakan sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengadakan CCBE yang lebih komprehensif supaya selaras dengan peperiksaan bar di peringkat antarabangsa seperti kursus latihan bar, bar training course di United Kingdom.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan juga sedang mempertimbangkan penambahbaikan CLP memandangkan kerajaan telah banyak menerima persoalan dan rungutan dari pihak berkenaan. Oleh itu, satu jawatankuasa akan ditubuhkan yang terdiri dari pihak berkepentingan seperti pengamal undang- undang, ahli akademik, pegawai kerajaan untuk meneliti masalah yang dialami sekarang dan mencadangkan penambahbaikan yang holistik.

Yang Berhormat, lagi satu perkara adalah Common Bar Course, saya ingin tambah sedikit. Yang Berhormat, sebenarnya lebih kurang 15 tahun dahulu, perkara itu telah diusaha dan ada beberapa persetujuan yang telah ada. Saya difahamkan oleh Director of CLP Examinations, maka saya percaya perkara itu dapat satu keputusan selepas kita mengatasi, meluluskan rang undang-undang ini, itu adalah satu di antara perkara yang kita akan turun untuk menyelesaikan perkara tersebut.

draft • 8:20 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Selain dari itu, seperti saya kata dalam pembukaan iaitu this is a stop gap measure. Ini this amendment. Kerana pada pandangan ramai di antara peguam-peguam kita perlukan satu akta yang stand-alone legislation. Jangan dia masuk dengan Legal Professional Act. Maka, ini adalah satu di antara cara yang kita akan buat. Kita akan juga usaha untuk mengadakan perjumpaan dengan jawatankuasa. Saya berterima kasih

draft • 8:30 PM

Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

kepada Selayang yang telah mendengar perkara-perkara ini minggu dulu, Dato’ Yang di-Pertua.

Dato’ Yang di-Pertua, perkara-perkara ini sahaja yang saya dapat jawab.

Perkara-perkara lain yang saya tidak jawab saya minta maaf. Ia akan dijawab secara tulis dan jika tidak mendapat jawapan, Yang Berhormat-Yang Berhormat boleh jumpa dengan saya dan saya akan uruskan jawapan bertulis itu diberi dengan seberapa segera yang boleh. Terima kasih.

draft • 8:30 PM

Seorang Ahli

Tunggu dulu.

draft • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah rang undang-undang ini dibaca kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan diluluskan] [Rang undang-undang dibaca kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

draft • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sekiranya tidak ada perbahasan, Yang Berhormat Besut nak buat?

draft • 8:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, saya bagi tiga minit.

draft • 8:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih. Saya ingin menyentuh pada fasal 7 ini. Sebenarnya dah disentuh oleh Rasah tadi tapi tak ada jawapan ini. Pengarah dan juga kakitangan lembaga 9B ini fasal 7.

Dia, pengarah ini dialah setiausaha, dialah Pengarah kepada peperiksaan.

Bermakna, CLP lah maksud saya mungkin CLP lah ini. Jadi, saya nak tahu siapa sebenarnya pengarah lembaga ini? Apa kelulusannya? Apa dia punya syarat-syarat dia?

draft • 8:32 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi, nampak macam siapa sahaja boleh dilantik sebagai pengarah lembaga ini.

Sedangkan dia punya kuasa besar ya. Dialah sebagai segala-galanya lembaga pengarah lagi, setiausaha lagi. Kenapa tidak dilantik setiausaha daripada yang daripada lembaga itu sendiri 13 orang?

Jadi, saya dalam perkara ini saya nak sentuhlah berkenaan dengan CLP ya peperiksaan. Sebab sebelum ini dah ada sebenarnya cadangan kalau tak silap saya bulan April baru-baru ini. Dia ada cadangan untuk penubuhan jawatankuasa kajian cadangan penambahbaikan terhadap peperiksaan CLP ya. Dah enam bulan lebih dah ya.

Jadi, laporan saya nak tahu sekarang ini laporan hasil kajian itu sudah dibentangkan kepada kerajaan atau tidak. Dah ada ke tidak? Dan bahagian kalau dalam pindaan kita ini sekarang ini bahagian mana dalam rang undang-undang kita ini ada berbentuk refleksi kepada hasil kajian penambahbaikan CLP tadi ya.

Dan bagaimana pula berkenaan dengan articled clerkship itu. Yang pemansuhannya sebelum ini diputuskan oleh mahkamah sebab ia tidak sah. Apakah hala tuju? Soalan saya, apakah hala tuju persiapan kerajaan bagi memastikan program tersebut diteruskan dengan berstruktur susulan keputusan mahkamah berkenaan?

Mohon juga penjelasan kandungan RUU ini nampaknya banyak tertumpu kepada perbadanan LPQP itu sendiri. Sedangkan masih banyak sebenarnya isu-isu yang berbangkit berkaitan dengan pendidikan, kelayakan peguam dan yang menantikan berbagai solusi.

Dan yang akhirnya, saya nak rujuk kepada sebab jawapan daripada fasal 6 tadi.

Fasal 6 itu yang pengerusi tak ada, timbalan pengerusi tak ada, tak cukup kuorum.

Menteri kata tak cukup kuorum. Sedangkan kalau ikut fasal 6, 9, 3 itu, kuorum lembaga ialah laporan. Kalau dua orang tak ada bermakna ada lagi 11. 11 cukup korum. Kenapa jawapan Menteri kata tak ada, tak cukup korum?

Jadi, pohon jawapan daripada pihak Menteri. Terima kasih.

draft • 8:32 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan. Yang Berhormat Tumpat.

draft • 8:32 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Pengerusi. saya juga ingin bertanyakan tentang 9C iaitu Wang Lembaga di mana 9C(3), wang yang

draft • 8:35 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

diperlukan dengan segera oleh lembaga selepas berunding dengan Menteri Kewangan boleh dilaburkan dalam ekuiti pemegang amanah yang ditentukan oleh lembaga atau disimpan sebagai simpanan tetap dalam bank yang ditentukan oleh lembaga.

Soalan saya ialah apakah ini menjadi satu precedent kepada negara kita untuk mana-mana badan yang diperundangkan di bawah akta untuk melakukan perkara yang sedemikian. Sebab kalau dalam undang-undang biasa kalau melibatkan pegawai dan sebagainya, kalau clients account kita tak boleh buka FD pun.

Terlambat dalam hal ini kenapakah peruntukan seistimewa ini diberikan kepada rang undang-undang ini untuk meletakkan wang yang dibayar dari segi fi dan caj ini kepada suatu simpanan tetap sebagai suatu sumber kewangan kepada badan ini?

Terima kasih.

draft • 8:35 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat Menteri, lima minit.

draft • 8:35 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato’ Pengerusi, pada masa ini pengarah CLP adalah seorang Pegawai Jabatan Peguam Negara dengan Gred JUSA B. Selepas pindaan ini, adalah terbuka kepada lembaga sama ada untuk mengekalkan pengarah sedia ada atau pun melantik orang lain yang berkelayakan.

Untuk makluman Yang Berhormat, ini adalah satu compose. Oleh itu, mana- mana orang yang berkelayakan dengan pengalaman secukupnya dan dianggap sesuai boleh dilantik oleh lembaga untuk mengisi jawatan pengarah lembaga nanti. Berhubung CPC, saya dimaklumkan oleh LPQB bahawa satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Majlis Peguam Malaysia telah ditubuhkan oleh LPQB untuk meneliti perkara ini dan jawatankuasa tersebut sedang membuat kajian sewajarnya.

Yang Berhormat Tumpat, untuk makluman, pada masa ini LPQB sememangnya sedang melabur duit dalam fixed deposits. Pindaan ini adalah bertujuan untuk memberikan LPQB punca kuasa yang jelas untuk membuat sedemikian. Peruntukan sedemikian juga wujud dalam akta-akta lain bagi lembaga-lembaga lain. Terima kasih.

draft • 8:36 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 8:36 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[****Fasal-fasal 1 hingga 8** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Tuan Adam Adli Abd Halim) dan diluluskan]

draft • 8:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga 10.00 pagi, hari Selasa, 2 Disember 2025.

[Mengetuk tukul]

draft • 8:36 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.40 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026