Nov272025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri sebelum saya mulakan pada hari ini, saya ingin pesankan Peraturan 35, 36, 37, 41, 37. Kuasa untuk Tuan Yang di-Pertua atau Pengerusi yang menghalang atau mengehendaki Yang Berhormat duduk, terletak di kuasa Peraturan 37(2) dan 41(1).

Baik, memulakan sesi, saya mempersilakan Tuan Lim Lip Eng, Yang Berhormat Kepong.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan langkah segera TNB dan pihak berkuasa bagi mengekang pembukaan akaun tanpa pengetahuan pemilik oleh orang dalam untuk tujuan kecurian elektrik serta jaminan pemilik tidak dipertanggungjawabkan atas bil atau hutang yang terhasil. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kepong.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air atau lebih dikenali sebagai PETRA dan Suruhanjaya Tenaga (ST) bersama-sama dengan TNB ataupun Tenaga Nasional Berhad memandang serius isu pemalsuan akaun TNB melibatkan

draft • 10:00 AM

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

kemudahan identiti palsu, perjanjian sewa palsu serta akaun keldai yang kemudiannya disalahgunakan bagi tujuan mencuri elektrik.

Perkara ini boleh menjejaskan keselamatan sistem integriti perkhidmatan serta keyakinan pengguna. Selain itu, pemilik identiti akaun yang sah juga berpotensi rendah kepada risiko untuk menanggung hutang yang bukan kepunyaan mereka.

Oleh demikian, bagi menangani masalah ini, beberapa langkah segera telah dan sedang dilaksanakan oleh TNB seperti berikut.

Pertamanya, melaksanakan tindakan pengesahan biometrik di Kedai Tenaga mulai Julai 2023. TNB telah memperkenalkan kaedah pengesan identiti menggunakan cap jari dan juga MyKad. Data disemak terus melalui peranti biometrik TNB. Kaedah ini adalah selamat, menepati standard industri dan telah diguna pakai secara meluas dalam sektor kerajaan, perbankan dan juga telekomunikasi.

Yang kedua, ini masih dalam peringkat awal. Baru dilaksanakan di Kuala Lumpur barat iaitu menggunakan kaedah electronic Know Your Customer atau singkatannya eKYC untuk permohonan dalam talian TNB. Melalui eKYC, pengguna perlu mengimbas dokumen pengenalan, sama ada MyKad ataupun pasport dan memadankannya dengan visual diri ataupun melalui swafoto bagi pengesahan wajah.

Penggunaan eKYC akan diperluaskan secara berperingkat mulai tahun ini bagi semua permohonan individu melalui portal myTNB. Kaedah ini bukan sahaja mengurangkan risiko penipuan identiti, malah meningkatkan keyakinan pengguna serta memastikan pematuhan pada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Dengan pelaksanaan pengesahan biometrik eKYC ini, kementerian memberi jaminan bahawa pemilik akaun yang sah tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap bil ataupun hutang hasil penipuan. Selain itu, pihak TNB akan terus memperkukuh mekanisme keselamatan identiti demi melindungi pengguna, mencegah kecurian elektrik dan mengekalkan integriti sistem bekalan elektrik negara. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kepong, soalan tambahan silakan.

draft • 10:00 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih. Apakah langkah kerajaan menangani kecurian elektrik daripada aktiviti pelombongan mata wang kripto seperti Bitcoin dan sebagainya? Berapa kerugian TNB dari tahun 2020 sehingga kini? Dan berapa kali serbuan dan juga berapa kali tindakan pendakwaan telah dilaksanakan?

Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:00 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Dari segi tindakan, kita membuat— TNB lah membuat pemantauan secara kerap ke atas aktiviti kripto. Iaitu pertama sekali dengan membuat siasatan ke atas meter-meter, sama ada, ada usikan ke atas meter ataupun tidak. Kemudian juga membuat pemantauan.

Bila ada search dalam permintaan ataupun penggunaan, itu akan juga akan menyebabkan kita membuat siasatan secara dekat kepada premis-premis terbabit dan penguatkuasaan ini dijalankan bersama dengan PDRM, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional; Suruhanjaya Komunikasi; CyberSecurity Malaysia dan juga LHDN; serta SPRM. Ini di mana kalau penguatkuasaan dan didapati memang ada, maka peralatan itu akan dirampas dan sebagainya.

Manakala, kita juga membuat kempen kesedaran melalui media sama ada sosial media mahupun TV dan untuk memberi kesedaran supaya rakyat juga memberi maklum balas ataupun informasi kepada TNB, kira dapat disyaki ada yang menggunakan kecurian elektrik dan sebagainya.

draft • 10:00 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

Kita juga meletakkan Projek Perintis Distribution Transformer Meter di pencawang. Ini juga untuk mengenal pasti dan kalau kita melihat setakat ini premis yang telah berjaya dibongkar oleh TNB daripada 2020 sehingga 2025, 14,489 buah rumah dan 91 operasi telah dilakukan dengan 77 kertas siasatan telah diadakan.

Dari segi kerugian, sejumlah kerugian yang ditanggung oleh TNB ialah RM5.14 bilion. Jadi, itu yang kita— telah dilaksanakan oleh TNB lah.

Dan dari segi, kalau ada pihak yang betul-betul dapat disiasat dan kemudian didapati bahawa mereka ini adalah mangsa disebabkan kecurian data dan sebagainya, disalahgunakan, maka setakat ini apa yang telah disiasat oleh TNB, ada 85 kes di mana mereka betul-betul menjadi mangsa. Maka, mereka tidak didakwa dan mereka tidak perlu membayar kepada TNB, kecuali kalau mereka dapat dibuktikan memang mereka ini adalah orang yang betul-betul teraniaya kalau premisnya digunakan secara tidak betul dan sebagainya.

Jadi, sebab itu langkah yang kita nak ambil ialah memberi kesedaran supaya terutamanya kalau pemilik premis sama ada premis kediaman mahupun premis perniagaan, kalau mereka sewakan tempat mereka kepada orang pastikan jangan menggunakan nama mereka untuk memohon, pastikan penyewa yang mesti

draft • 10:10 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof

memohon untuk apa, supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada penggunaan elektrik yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Merbok.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Soalan saya kepada Menteri, adakah kementerian bercadang mewajibkan TNB menghubungkan sistem pengesahan pelanggan baharu dengan pangkalan data kerajaan, contohnya pihak JPN ataupun PBT bagi menyemak pemilikan atau kebenaran bertulis sebelum proses sambungan elektrik diluluskan?

Dan apakah rancangan kerajaan untuk menaik sistem taraf digital TNB agar lebih telus dan mempunyai jejak audit ini audit trail, dengan izin yang tidak boleh diubah bagi setiap pembukaan akaun sekali gus mengurangkan risiko manipulasi oleh orang dalam? Sekian.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusuf

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sepertimana saya katakan tadi, sekarang ini dia dah menggunakan biometrik. Maknanya kalau kita pergi ke kedai TNB, kita kena kemukakan IC dan biometrik, cap jari akan diambil supaya ia dapat diselaraskan, mengesahkan identiti pemohon itu adalah yang sebenarnya. Kalau yang memohon secara online, maka apa yang diperkenalkan ialah mereka kena menggunakan IC ataupun pasport, kemudian dia akan ambil muka untuk mengesahkan orang yang memohon dengan IC itu adalah sama.

Itulah proses baharu yang kita buat dan dengan itu sebenarnya kalau kita melihat proses yang sudah diperkenalkan ini proses baharu. Kalau kita melihat sejarah rekod daripada 2021 pemalsuan dokumen, identitilah, maknanya bila mohon tahun 2021 ada 92 kes yang kita terima aduan.

Pada 2022, 49 kes dah mula menurun. 2023, bila diperkenalkan sistem menggunakan IC dan biometrik kes sudah pun mula turun 26. Tahun 2024 hanya tiga tetapi yang tiga itu pun disebabkan permohonan secara online tapi kalau online secara menyeluruh dah diperkenalkan, sekarang baru diperkenalkan secara rintis, baru dijalankan di Kuala Lumpur yang bila dah di-extend ke seluruh Semenanjung nanti, insya-Allah kita dapat mengurangkan kes pada identity theft inilah menggunakan membuka akaun palsu lah. Jadi, ini yang hendak dicegahkan oleh TNB. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua, dengan ini dipersilakan Puan Wong Shu Qi, Yang Berhormat Kluang.

draft • 10:10 AM

2. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan usaha segera yang diambil kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Selatan Thailand susulan banjir yang berlaku serta langkah-langkah pencegahan bagi memastikan rakyat Malaysia lain tidak menghadapi situasi yang sama memandangkan rantau ini kini memasuki musim banjir.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri Luar Negeri.

draft • 10:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker. Sepertimana yang kita tahu Dato’, banjir yang melanda kawasan selatan Thai khususnya di kawasan Hat Yai dan kawasan sekitar amat teruk, amat buruk sekali. Dia telah pun menenggelamkan banyak kawasan di sana termasuklah kawasan-kawasan di bandar Hat Yai, hotel- hotel dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong di Hat Yai.

Setakat pagi tadi Dato' Yang di-Pertua, saya ingin membacakan laporan kerana kita mendapat laporan setiap tiga, empat jam sekali daripada pihak konsulat kita dan juga pihak kedutaan. Boleh saya baca dalam bahasa Inggeris?

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Benarkan saya ya.

“*Assalamualaikum Dato’ Seri.” It’s to me. “Report for 26th November 2025, on evacuation of Malaysian from Hat Yai flood area. Situation on 26th November that is yesterday, flood water receded significantly as heavy rain subsided in the afternoon.

Over 700 peoples were successfully evacuated from Hat Yai to Bukit Kayu Hitam, including those already in temporarily flood victim centre. At the end of 25th November, Jabatan Imigresen Malaysia recorded 2,204 Malaysian had cross border at Bukit Kayu Hitam, Sungai Burung and Wang Kelian.

Numerous rescue operation coordinated by Embassy and Consulate General Office evacuated 517 Malaysian from 22 hotels, homestays and other places. Rescue operations also involved RTA, team tow truck, PBS (Persatuan Bulan Sabit), six united and several volunteers mobilizing at least 18 bus trips from Hat Yai to Bukit Kayu Hitam. Another 27 USM students and two lecturers cross border at Betong, Pengkalan Hulu checkpoint. It is now estimated less than 500 Malaysian known to*

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

*remain stranded at the operation and the operation will resume on 27th November this morning”.

This morning report from Consul General* Dato’ Yang di-Pertua, 177 Malaysian telah pun diselamatkan pagi ini dan ada sekumpulan pensyarah dan juga penuntut-penuntut UUM yang stranded di Wangburapa Hotel. Ini di kawasan Hat Yai lama, old Hat Yai City yang teruk kerana kawasan tersebut berhampiran dengan sungai dan arus amat deras. Tidak ada mana-mana, tidak ada kenderaan yang boleh masuk waima bot ringan pun tidak boleh masuk ke situ tetapi hujan telah pun berhenti semalam, alhamdulillah dan pagi ini.

Dan pagi ini saya diberitahu tadi, sebentar tadi saya— dalam telefon pasukan untuk daripada petugas tentera Thailand dan juga pasukan petugas sukarelawan daripada Hat Yai, Perbandaran Hat Yai akan pergi ke hotel tersebut untuk menyelamatkan penginap-penginap di situ kerana arus dah mula kurang tetapi masih banjir lagi tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

Dato' Yang di-Pertua, berpuluh ribu telah pun keluar dari Thailand daripada 22 sampai 25 hari bulan direkodkan hampir 27,199 orang rakyat Malaysia telah pulang. Maknanya ramai rakyat Malaysia yang berada di Thailand termasuklah dari Sik baru balik dari Thailand.

[Ketawa] Dato' Yang di-Pertua.

Jadi kepada Kluang, usaha menyelamatkan rakyat Malaysia memang dibuat.

Kami telah minta, saya telah menelefon rakan sejawat saya, bertanyakan sama ada memerlukan ke tidak pasukan untuk penyelamat dari Malaysia tetapi beliau menyatakan bahawa keadaan dapat diuruskan oleh mereka sendiri tetapi volunteers kita banyak pergi. Persatuan Bulan Sabit Merah kita banyak pergi daripada kawasan Utara Malaysia, dari Perlis, Kedah dan Utara Perak dan juga NGO-NGO yang lain.

Kita ucap banyak terima kasih kepada Perdana Menteri Thailand.

draft • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Yang Berhormat Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar sentiasa sahaja berhubung dengan Perdana Menteri Thailand bertanyakan khabar rakyat kita yang terperangkap di sana dan kita mendapat banyak bantuan dan pertolongan yang amat baik daripada pihak berkuasa Thailand.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:20 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Menteri Luar Negeri atas jawapan sangat detail berkenaan situasi terkini di selatan Thailand, khususnya Hat Yai. Jadi, saya ingin tahu, adakah kerajaan merancang untuk menyelamatkan kesemua rakyat

draft • 10:20 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Malaysia yang terkandas di sekitar bandar Hat Yai pada hari ini ataupun ada perancangan lain dan paling penting sekali tadi soalan saya ada bertanya tentang langkah-langkah pencegahan kerana rantau ini kini memasuki musim banjir.

Jadi, adakah Kementerian Luar Negeri merancang untuk memberi makluman kepada semua rakyat Malaysia yang ada hasrat melancong di rantau ini pada hujung tahun ini supaya mereka telah simpan nombor konsulat atau kedutaan kita apabila mereka melancong di luar sana. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker, terima kasih Kluang. Kita memang untuk menyelamatkan semua, usaha sedang dilakukan. Hari ini, alhamdullilah, pagi ini dan semalam hujan telah mula reda dan seperti yang saya sebut tadi, kita akan menghantar beberapa bot bantuan daripada pihak berkuasa Thailand untuk pergi menyelamatkan tiga hotel, penginap tiga hotel dan ramai rakyat Malaysia di situ termasuk pelajar-pelajar UUM dan juga pensyarah mereka yang terperangkap dah beberapa hari.

Tak boleh pergi ke sana walaupun menaiki bot kerana arus terlalu deras, kerana hotel ini dia berhampiran dengan sungai. Jadi, tak boleh lalu. Tapi, hari ini dah mula lalu dan saya dapat bagi tahu tadi baru sebentar tadi, ada beberapa bot akan pergi ke sana. Semalam kita telah menghantar balik ramai rakyat Malaysia Dato’ Timbalan Speaker. Tapi, jangan kalau ada komplen nanti, minta maaf, saya nak bagi tahu kita gunakan kontena kerana kita tak boleh lalu, lori-lori kecil pun tak boleh lalu, bas pun belum boleh lalu. Kita gunakan kontena, kita duduk ramai-ramai macam pemerdagangan manusialah gamaknya, Dato’ Yang di-Pertua ya.

Duduk di dalam kontena dan kita bawa lalu dan dah sampai ke Bukit Kayu Hitam. Kerana daripada Sadao nak pergi ke sana masih lagi boleh dilalui oleh kenderaan-kenderaan ringan. Jadi, kita gunakan kontena, beberapa banyak kontena telah pun kita gunakan. Hari ini, kita gunakan bas, banyak bas yang boleh lalu dan kita harap yang rakyat Malaysia dan juga rakyat Thailand, rakyat tempatan dan juga rakyat asing. Kita juga selamatkan rakyat asing, rakyat dari Brunei, rakyat dari Singapura, dari Indonesia. Kita selamatkan semua di atas semangat ASEAN kerana ada konsulat di situ, Dato’ Yang di-Pertua.

Jadi, nasihat telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Luar. Nasihat pun saya sendiri telah keluarkan kenyataan supaya di dalam musim tengkujuh ini dinasihatkan

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

supaya rakyat Malaysia yang telah pun merancang untuk ke— melancong ke kawasan-kawasan yang selalunya banjir setiap hujung tahun, Dato’ Yang di-Pertua untuk kita menangguhkan hasrat kita dulu supaya kita tidak terperangkap dalam keadaan begini.

Dan dari Jabatan Metrologi menyatakan bahawa hujan akan berterusan.

Monsun Timur Laut akan berterusan sehingga hujung bulan Disember, Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jadi, nasihat kerajaan supaya rakyat Malaysia yang telah pun merancang, walaupun dah booked hotel, elok batalkan dululah hasrat untuk kita pergi ke mana-mana untuk kita tidak terperangkap dalam situasi yang tidak baik ini. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jelebu, Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 10:20 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ini soalan tambahan saya kepada Menteri Luar. Selain daripada isu membabitkan rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Selatan Thai, terdapat juga laporan mengenai protes oleh rakyat Thailand terhadap Malaysia di Bangkok.

Sehubungan itu, saya mohon Menteri Luar menjelaskan apakah pendirian rasmi kerajaan Malaysia susulan protes di Bangkok berhubung dengan dakwaan campur tangan Perdana Menteri Malaysia dalam konflik Thailand–Kemboja.

Selanjutnya, apakah penilaian Kementerian Luar Negeri mengenai implikasi-implikasi jangka panjang protes tersebut terhadap dan persepsi terhadap Malaysia khususnya di rantau ASEAN. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih kepada Kubang Pasu. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Walaupun soalan ini keluar daripada soalan utama, tapi bolehlah saya jawab sikit. Jawabnya, implikasinya tak ada ya kerana ini dianjurkan oleh parti pembangkang di sana yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya yang bakal diadakan.

Untuk mengatakan bahawa Malaysia khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri campur tangan, itu satu perkara yang amat salah kerana Malaysia tidak pernah campur tangan. Sejak daripada dulu lagi kita menjunjung semangat

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

ASEAN iaitu tidak ada campur tangan di dalam hal ehwal negara-negara ahli dalam ASEAN.

Kita menjadi pemudah cara, Dato’ Yang di-Pertua. Kita permudah cara, memudah cara kerana dua negara bersahabat ini telah pun terlibat dalam isu pertempuran di sempadan. Isu ini dah berpuluh-puluh tahun, dah berabad ya. Jadi, kita memang tak pernah campur tangan kerana isu sempadan ini merupakan isu bilateral di antara Cambodia dan juga Thailand, tak ada kena mengena dengan kita pun.

Tetapi, kita minta kedua-dua negara semasa mesyuarat AMM ataupun Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN pada bulan Julai yang lalu, saya telah menemukan kedua-dua Menteri Luar ini di dalam pejabat sementara saya di KLCC, menyatakan bahawa ada baiknya supaya kedua-dua buah negara ini duduk semeja dan berunding kerana amat tidak baik. Kita selalu melaungkan bahawa rantau ASEAN ini rantau aman sejahtera dan bebas dan berkecuali, tetapi apa rupanya jika kedua- dua buah negara ini bertelagah berkenaan sempadan yang mana itu isu kedua-dua negara?

Jadi, mereka minta supaya Malaysia menjadi tuan rumah. Malaysia minta kita supaya menjadi fasilitator. We are not coordinator, we are facilitator. Kita memudah cara. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menelefon rakan sejawatnya daripada Cambodia, rakan sejawatnya daripada Thailand, pada ketika itu masih lagi Perdana Menteri Phumtham bukannya Anutin sekarang ya dan kedua-duanya menyatakan mereka berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat berkecuali untuk mereka berunding.

Saya menjadi saksi hidup, Tuan Yang di-Pertua yang mana kedua pihak berunding terma-terma untuk mereka menjalankan ataupun untuk mengadakan gencatan senjata, sampai pukul 3.00 pagi. Kita tak masuk campur langsung. Kita cuma mendengar dan mereka minta pandangan, kita katakan, “Yes, this is international language, this is United Nations language”, kita mengatakan supaya mereka bertolak ansur.

Jadi, tidak ada isu, Dato’ Yang di-Pertua mengatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita khususnya campur tangan di dalam hal ehwal dalaman negara Thailand. Ini dijadikan sebagai modal oleh parti pembangkang yang kecil jumlahnya ya Dato’ Yang di-Pertua, untuk menjadikan modal mereka mengadakan pilihan raya yang bakal di adakan tak lama lagi. Jadi, jangan pula kita di Malaysia terikut-ikut pula. Kurang orang, kita pula yang lebih mengatakan Perdana

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Menteri kita campur tangan, memadan muka kan Perdana Menteri. Saya rasa itu tak betul. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Dato’ Yang di-Pertua, boleh satu lagi Yang di-Pertua?

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Boleh soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua, kerana ini adalah merupakan isu yang berlaku sekarang.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya belum bercakap lagi. Yang Berhormat— dua-dua Yang Berhormat duduk.

Yang Berhormat, Menteri Luar ‘negara’ berbaik hati. Kalau ikut peraturan, soalan tambahan tidak ada kaitan, beliau boleh menolak langsung untuk menjawab.

Ini baca Peraturan Mesyuarat 24(3) lim yang ke bawah itu, yang ke terakhir itu.

Sebagai ini juga, sebagai panduan untuk soalan jawapan lisan yang akan datang.

Kalau saya sebagai Pengerusi dan yang mempengerusikanlah.

Baik, atas kedua permohonan Yang Berhormat Hulu Terengganu dan Yang Berhormat Jelebu, saya tidak benarkan. Duduk.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Ketawa]

draft • 10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Terima kasih. Ingatkan benar tadi Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Majlis ke soalan yang seterusnya...

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sabar Yang di-Pertua.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya mempersilakan Tuan Nurul Amin bin Hamid, Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Nurul Amin bin Hamid [Padang Terap]: Terima kasih Dato’ Dr. Yang di- Pertua. Padang Terap minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini situasi banjir di setiap negeri dan apakah langkah kesiapsiagaan kerajaan bagi menghadapi musim tengkujuh kali ini serta usaha segera kerajaan membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang masih terkandas di Hat Yai, Thailand akibat banjir besar. Yang telah dijawab di soalan nombor 2, sama lebih kurang soalan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, silakan. Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri akan wakil menjawab kan?

draft • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu ingin dimaklumkan bahawa saya akan memberi maklum balas kepada soalan Waktu Pertanyaan Menteri nombor 3 pada hari ini, yang telah diajukan kepada Perdana Menteri menyentuh bidang tugas Agensi Pengurusan Bencana Negara iaitu NADMA.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Meteorologi Malaysia atau METMalaysia telah mengisytiharkan bahawa musim Monsun Timur Laut telah bermula pada 13 November 2025 dan diramalkan berterusan sehingga penghujung bulan Mac 2026.

Tiga stesen meteorologi yang mencatatkan jumlah hujan harian tertinggi di seluruh negara pada 26 November 2025 iaitu semalam adalah Kuala Terengganu, 161.1 milimeter dan Besut di Terengganu, 160.4 milimeter serta Machang, Kelantan, 130.0 milimeter.

Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut mengeluarkan empat amaran banjir dan satu ramalan awal banjir yang melibatkan negeri Kelantan dan Terengganu pada 26 November 2025. Sejak 13 November 2025, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) telah mengeluarkan sebanyak enam notis kesiapsiagaan operasi bencana.

Semua pihak terlibat di negeri dan daerah telah memastikan semua peringkat pengurusan bencana diselaraskan dan sentiasa bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir. Sehingga 27 November hari ini jam 8.00 pagi, terdapat 35 daerah di tujuh negeri yang dilanda bencana dengan jumlah mangsa direkodkan seramai 29,400 orang melibatkan 10,193 keluarga yang telah ditempatkan di 216 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga pagi ini juga, tiga daerah di Kelantan mencatatkan bilangan kemasukan ke PPS tertinggi di seluruh negara iaitu Tumpat, Kota Bharu dan Bachok.

Dalam pada itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) merupakan platform yang digunakan untuk menyelaras langkah-langkah persediaan di peringkat Persekutuan dan negeri serta memastikan semua agensi kerajaan berada pada tahap kesiapsiagaan yang optimum dikoordinasikan dengan baik serta efisien.

Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi musim Monsun Timur Laut ini 2025/2026, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengemas kini 3,682 lokasi

draft • 10:30 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

hotspot banjir. Manakala Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) telah mengenal pasti 254 cerun kritikal di seluruh negara.

Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) oleh JPS juga telah diaktifkan dengan 33 modul ramalan banjir yang beroperasi selama 24 jam. METMalaysia pula akan mengeluarkan ramalan cuaca signifikan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal sekiranya terdapat tanda-tanda cuaca signifikan berpotensi mendatangkan bencana. METMalaysia juga akan mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada, buruk dan bahaya serta amaran angin kencang dan laut bergelora dalam tempoh tiga hari lebih awal sebagai langkah kesiapsiagaan.

Selain itu, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) peringkat pusat telah diaktifkan untuk menjalankan pemantauan situasi bencana secara berterusan 24 jam sehari melalui NDCC di bawah penyelarasan NADMA. Pemantauan situasi bencana ini dilaksanakan melalui pelbagai platform pemantauan dan data bagi penyelarasan secara real-time antara agensi yang terlibat. Seramai 103,500 anggota daripada pelbagai agensi kerajaan di semua peringkat telah bersiap siaga. Disokong oleh hampir 40,000 aset darat, air dan udara termasuk jentera.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah mengaktifkan 9,058 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan kapasiti untuk menempatkan 2.2 juta mangsa di seluruh negara bagi memastikan keselesaan dan kebajikan mangsa banjir dijaga.

Ada lagi yang lain yang detil mengenai–– kita sediakan untuk melalui JKM tetapi bolehlah nanti saya tambahkan secara bertulis. Sebanyak tiga buah pusat pemindahan kekal bencana juga telah bersedia untuk digunakan sekiranya perlu.

Jadi, Pelan Komunikasi juga turut diperkemas melalui kerjasama erat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat penyedia telah–– telekomunikasi bagi memastikan penyebaran amaran bencana dan mesej strategik kepada orang awam dapat dilaksanakan secara pantas.

Jadi, kerajaan pusat dengan kerjasama rapat kerajaan negeri sentiasa komited membantu seluruh rakyat Malaysia yang terjejas, terutamanya dalam membina semula kehidupan selepas bencana banjir.

Namun begitu, kesedaran awam terhadap kepentingan dan tanggungjawab pengurusan bencana yang bermula dari peringkat masyarakat selaku initial responder perlu terus ditekankan, diterap dan dipupuk. Sementara itu, soalan mengenai di Hat Yai tadi tak perlu saya jawab lagi kerana sudah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 10:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Dato’ Yang di-Pertua, minta mohon saya nak menjelaskan fakta satu sahaja.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tadi saya sebut PBS. Dia bukannya Persatuan Bulan Sabit. Dia bermaksud Persatuan Bomba Sukarela daripada negara-negara utara Kedah, Perlis dan utara Perak. Saya nak betulkan Hansard. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Padang Terap.

draft • 10:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita lihat sejak kebelakangan ini kita melihat banyak kawasan-kawasan yang dulunya tidak dilanda banjir tetapi dilanda banjir. Sebagai contoh, kawasan di Jempol di Negeri Sembilan yang dulu tak pernah banjir, sekarang banjir.

Jadi, soalan saya adakah kerajaan bersedia membentangkan analisis yang membezakan antara faktor perubahan iklim, kegagalan sistem saliran, perubahan guna tanah atau pembangunan huluan sungai supaya respons dasar tidak bersandarkan andaian semata-mata?

Yang kedua Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya adakah kerajaan bersedia memberikan insentif bantuan kewangan kepada mana-mana NGO yang secara sukarela seperti dana NGO Dana Kita, NGO Khidmat Malaysia yang membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat.

Mengenai soalan yang pertama tadi, itu memang dibincang melalui mesyuarat yang tertinggi ya dibawa bersama melalui NADMA dan juga agensi-agensi kementerian yang lain.

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Seterusnya, mengenai yang soalan mengenai bantuan. Saya bercakap mengenai–– saya jawab mengenai bantuan kepada mangsa dahulu. Kerajaan melalui NADMA turut menyediakan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana kepada semua negeri dan agensi tindak balas dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM7 juta.

Jadi, peruntukan ini adalah bagi tujuan menampung perbelanjaan segera dalam memastikan kelancaran koordinasi dan operasi tindak balas bencana semasa musim Monsun Timur Laut 2025/2026. Selain itu bermula musim Monsun Timur Laut 2025/2026, NADMA akan melaksanakan pembayaran Bantuan Wang Ihsan. Ini yang lebih penting kepada mereka yang menjadi mangsa bencana ini.

Melalui sistem perbankan kita, pembayaran BWI akan dibuat berdasarkan pendaftaran ketua isi rumah mangsa bencana melalui sistem MyInfoBencanaJKM.

Bayaran akan dibuat secara terus kepada KIR oleh Bank Simpanan Nasional selaku bank pembayar yang dilantik antara satu hingga tiga hari selepas PPS ditutup.

Selain itu, NADMA juga melaksanakan langkah penambahbaikan mekanisme penyelarasan pasca bencana meliputi bantuan awal pembersihan dan bantuan- bantuan pasca bencana yang lain kepada mangsa termasuk bantuan kepada–– bantuan kewangan pembaikan segera kerosakan infrastruktur.

Kerjasama antara JPBN dan JPBD bersama NGO melalui platform Rakan NADMA turut diperkukuh bagi memastikan penyampaian bantuan lebih efisien.

Mereka perlu kerjasama dengan NADMA ya. NADMA juga perlu merencanakan penganjuran mesyuarat pengurusan bencana. Ini yang ditanya tadi. Ini yang akan di— akan berterusan. Sebelum ini pun mereka sudah bincang dan selepas itu juga mereka bincang. Masa ini pun mereka sentiasa berbincang kerana melihat kepada keadaan.

Mereka juga melihat kepada apa yang telah dirasakan, diramalkan mungkin berlaku pada sebelum— selepas hari ini sehingga 29 hari bulan. Lepas itu mungkin sebab kita merancang sehingga tahun depan bulan Mac. Jadi, untuk NGO itu tiada masalah dari segi bantuan tetapi kerjasama dengan NADMA ya. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Jelebu.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sri Gading.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Mas Gading tak ada Yang di- Pertua, Jelebu ada.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sri Gading.

[Ketawa]

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ha, maaf, silap Sri Gading.

draft • 10:40 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Ketawa]

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Kita sedia maklum bahawa banjir ini bukan perkara suka-suka, ya. Rakyat yang terkesan tentu akan merasakan terutamanya kalau pengalaman pertama kali.

Kalau di Hat Yai tadi tu, ramai yang datang nak membantu, Persatuan Bomba Sukarelawan pun datang membantu. Maknanya rakyat Malaysia ini dari segi sudut pemurah dan baik hati ini, memang terkenal.

Soalan saya, di mana kalau kita lihat ada dakwaan juga yang menyatakan bahawa mereka nak membantu dari segi menyediakan makanan ataupun bantuan.

Dakwaan daripada pihak tertentu ada menyatakan bahawa yang mengawal tempat PPS ini tak bagi dia masuk atas alasan-alasan tertentulah. Ataupun kalau nak masuk pun dia tinggalkan saja barang, dia tak dapat nak bersama dengan mangsa, ya.

Sebab kadang-kadang perlu juga kita kenal pasti sebab sebagai contohnya, kita wakil rakyat tentu kita nak tahu juga saudara-mara kita yang terdapat di sana.

Jadi, adakah perkara ini benar ya, berlaku di mana halangan-halangan yang dihalang kepada mereka yang baik hati ini. Kalau boleh, apakah langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan supaya bantuan-bantuan daripada orang yang baik hati ini, yang pemurah ini dapat sampai kepada mangsa tanpa halangan dan beri kemudahanlah kepada mangsa-mangsa tadi. Terima kasih Dato’ Speaker.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Sri Gading. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ya. Soalan Sri Gading itu melibatkan ada yang telah berlaku sebelum ini, jadi maka itu perlu kita terangkan di sini.

Kita memang sedia maklum kemurahan hati dan keprihatinan rakyat Malaysia secara umumnya. Kita amat menghargai sebarang bantuan atau sumbangan yang dihulurkan. Sama ada dalam bentuk wang tunai, barangan keperluan, makanan mahupun tenaga di kala ada rakyat kita yang terkesan diuji dengan bencana banjir.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Macam Sri Gading, memang setiap kali kalau banjir, mereka bertanya macam-macam untuk membantu mereka yang terlibat.

Jadi, berhubung dengan dakwaan kononnya hasrat pihak-pihak tertentu untuk menghulurkan bantuan sengaja telah disekat, dihalang atau sengaja disusahkan oleh pihak JKM. Saya ingin menyatakan bahawa dakwaan itu ialah adalah tidak benar. Tanggapan ini bagi saya timbulkan— ditimbulkan sebab salah faham, Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman, semua bentuk sumbangan yang diterima perlu diselaraskan terlebih dahulu di peringkat Sekretariat sebelum diedarkan ke kawasan- kawasan terjejas banjir. Prosedur ini adalah untuk memastikan semua sumbangan yang diterima bersesuaian dengan keperluan di lapangan dan jumlah kuantiti yang mencukupi. Misalnya, yang saya rasa yang disentuh ini ialah kerana ada orang memang nak menghantar. Dia bawa dalam 200 lebihlah misalnya. Yang menjadi mangsa di dalam— di PPS itu adalah 300 lebih. Kita dapat hanya memberi kepada 200 lebih, bagaimana yang lain itu?

Jadi, sebab itu perlu ada SOP itu perlu dipatuhi. Ini bagi mengelakkan berlaku lambakan serta pembaziran sumber yang akhirnya akan merugikan tenaga kerja serta berlaku kerosakan atau pertindihan barang bantuan. Penyelarasan ini juga bagi menjaga keharmonian di kalangan mangsa bencana yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Pada masa yang sama, perlu diingatkan bahawa terdapat juga banyak ataupun ramai pihak lain yang ingin turut membantu.

Justeru, orang ramai saya nak cakap di sini serta mana-mana pihak yang ingin menyumbang atau menghulurkan bantuan, boleh mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak NADMA, iaitu dan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri atau daerah yang berkaitan. Ini bagi membolehkan semua pihak terlibat memperoleh maklumat keperluan mangsa bencana dan lokasi yang sebenar sebelum pergerakan penyampaian sumbangan dapat dikoordinasikan sewajarnya.

Senarai nombor telefon PKOB negeri dan daerah di seluruh negara boleh didapati menerusi laman web, https://portalbencananadma.gov.my. Jadi, sementara itu, senarai talian bilik gerakan JKM boleh didapati di aplikasi MyIBJKM yang boleh diakses secara percuma. NADMA dan JKM semasa— sentiasa mengalu-alukan sumbangan daripada NGO, pihak korporat dan individu prihatin bagi membantu

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

mangsa bencana yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara atau PPS. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang ingin menderma. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Dato’ di-Pertua, minta laluan satu, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Atas keprihatinan dan ketabahan dan kegigihan, saya anugerahkan soalan yang terakhir ini kepada Yang Berhormat Jelebu. Silakan Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Tepuk]

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Usaha tanda kejayaan, Dato’ Yang di-Pertua. Saya fikir Dato’ Yang di-Pertua juga mempunyai jiwa yang sangat murni untuk memenuhi harapan rakyat.

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tanya soalan berkaitan banjir juga di Hat Yai tapi Yang Berhormat Menteri Luar dah tak ada. Saya fikir Yang Berhormat bagi pihak kerajaan boleh jawab. Dato’ Yang di-Pertua, sekarang ini banjir selain dari dalam negara kita, di Hat Yai teruk lagi dan pagi ini di Indonesia, Dato’ Yang di-Pertua.

Saya nak tanya tiga soalan. Pada 25 hari bulan ya, dikhabarkan di dalam media sosial, 32 rakyat Malaysia diarah keluar daripada hotel penginapan mereka di Hat Yai atas asas kerana beberapa sebab. Saya nak minta penjelasan kerajaan.

Apakah tindakan? Fasal apa rakyat Malaysia ini banyak menyumbang kepada negara Thailand ini. Setiap minggu banyak dia orang pergi melancong dan sebagainya. Tapi, bila sampai keadaan yang sedemikian rupa, saya tidak fikir bahawa tindakan menghalau keluar daripada hotel penginapan mereka ketika banjir itu, wajar dilakukan oleh pihak Thailand. Pertama.

Keduanya Dato’ Yang di-Pertua, apabila berlakunya banjir dan sebagainya, kebanyakan daripada pelancong Malaysia ini mempunyai tendency dengan izin, kehilangan dokumen perjalanan seperti pasport dan sebagainya. Apakah kerajaan mempunyai sesuatu pendekatan untuk memberikan special— sama ada keistimewaan dan sebagainya untuk mereka keluar daripada negara berkenaan apabila dilanda bencana.

Dan, yang akhir sekali Dato’ Yang di-Pertua, alang-alang mendapat laluan khas daripada Dato’ Yang di-Pertua, saya nak tanya bagi pihak rakyat. Mereka tanya semua insurans tentang kerosakan kenderaan mereka. Motosikal besar, kenderaan yang dibawa ke Thailand yang ditenggelami air dan dibawa semula ke Malaysia

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

tetapi pihak insurans tidak membayar kerugian itu, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua untuk di atas laluan ini. Moga Dato’ Yang di-Pertua panjang umur, sihat dan dimurahkan rezeki. Alhamdulillah.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ya.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Amin. Ya Rabbul A’lamin.

draft • 10:40 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi laluan kepada Yang Berhormat tadi. Cuma, semua isu itu bukan di bawah kementerian saya. Jadi, tak apa, dia akan direkodkan dan insya-Allah, kementerian-kementerian yang berwajib itu insya-Allah akan membawa— memberi jawapan. Saya akan meminta supaya mereka diberi soalan-soalan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:40 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sekarang kita beralih ke agenda Pertanyaan Jawapan Lisan. Di sini juga saya mengingatkan kuasa-kuasa Pengerusi ataupun Yang di-Pertua yang mempengerusikan untuk memberi arahan berhenti ataupun menamatkan perbahasan tergolong di bawah Peraturan 37(2) dan 44(1).

Jadi, dengan ini saya mulakan dengan memanggil Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Yang Berhormat Ampang.

draft • 10:40 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih.

*Bismillahirrahmanirrahim.

Yang di-Pertua Dato’ amat tegas selalu, Soalan Ampang nombor satu.*

draft • 10:40 AM

1. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan strategi dan mekanisme Malaysia untuk

draft • 10:40 AM

mentransformasi nuklear sebagai sumber tenaga bersih, memanfaatkan pelbagai teknologi baharu demi mencapai matlamat Net Zero 2050 serta peranan kementerian membangunkan kepakaran teknologi nuklear domestik dan status ratifikasi instrumen antarabangsa mengenai penggunaan tenaga nuklear dalam penjanaan elektrik.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dato’ Yang di-Pertua, kerajaan sedang menilai potensi tenaga nuklear secara terperinci, berhemah dan berperingkat sebagai salah satu pilihan dalam campuran tenaga negara selaras dengan sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Dalam hubungan ini, tenaga nuklear telah dikenal pasti sebagai salah satu teknologi berpotensi sebagai sumber tenaga bahan asas ataupun dengan izin, based load yang bersih dan stabil dalam menyokong peningkatan permintaan elektrik serta usaha peralihan tenaga daripada penggunaan bahan api fosil. Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada penilaian menyeluruh terhadap kesiapsiagaan negara dari aspek dasar, teknikal, institusi, undang-undang, keselamatan, pembangunan sumber manusia, ekonomi serta tahap kesedaran rakyat.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Bagi tujuan ini, kementerian telah melantik Programme Office for Power Electricity Reform (MyPower) Corporation bagi memainkan peranan sebagai Nuclear Energy Programme Implementing Organisation, dengan izin, iaitu NEPIO. NEPIO berperanan menyelaras dasar, merancang pembangunan kapasiti, menilai kebolehlaksanaan teknikal dan ekonomi, serta memacu penyediaan kerangka awal selia— kerangka kawal selia dan industri sokongan tenaga nuklear negara selaras dengan saranan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) bagi negara yang mahu memperkenalkan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik.

Seterusnya, dari segi pembangunan kepakaran teknologi nuklear domestik, kementerian ini akan bekerjasama dengan semua agensi-agensi yang terlibat bagi membangunkan keupayaan institusi teknikal dan asas modal insan pada peringkat awal pelaksanaan program tenaga nuklear negara.

Secara umumnya, sesebuah NEPIO memerlukan sekitar 20 hingga 50 orang pegawai, manakala badan kawal selia sekitar 100 hingga 150 orang pegawai untuk merangka kerangka undang-undang serta persediaan penilaian tapak dan

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

pembinaan. Walaupun unjuran jangkaan panjang menunjukkan semasa fasa pembinaan, tenaga kerja boleh mencecah 5,000 sehingga 8,000 orang. Dan bagi operasi setiap unit 1,000 megawatt, memerlukan 500 hingga 800 kakitangan tetap.

Angka-angka ini masih indikatif dan akan dikemas kini melalui penilaian terperinci sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. Berhubung dengan instrumen perundangan nuklear antarabangsa. Hasil kajian awal menunjukkan bahawa Malaysia perlu menjadi state party, dengan izin, kepada 13 instrumen yang mengikat, yakni binding dan tidak mengikat, yakni non-binding, di bawah IAEA II di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan I di bawah ASEAN.

Daripada keseluruhan 13 instrumen tersebut, Malaysia telah menandatangani dan mematuhi sembilan instrumen. Malaysia juga telah menandatangani dua instrumen tetap belum meratifikasi instrumen tersebut iaitu, dengan izin, International Convention for the Suppression of Acts of Nuclear Terrorism dan juga Model Additional Protocol. Dan ada lagi lima instrumen yang kita belum jadi state party. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Ampang, soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sebelum itu Dato’ Yang di- Pertua, mohon izin untuk buat sedikit pemakluman.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 10:50 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Dewan mengalu-alukan rombongan terdiri daripada penggerak-penggerak komuniti aktif dari kawasan Pulai dan Mersing.

draft • 10:50 AM

[Dewan tepuk]

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Selamat datang.

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Saya melihat begitu ada kesungguhan oleh pihak kerajaan bagi mempersiapkan kita punya— ke arah menggunakan tenaga baru iaitu tenaga nuklear. Tapi kita lihat juga, setiap kali kita bincangkan masalah nuklear ini Dato’ Yang di-Pertua, kita dapati bahawa nuklear ini seolah-olah satu stigma yang ada di kalangan masyarakat.

Jadi dengan ini, soalan tambahan saya kepada PETRA. Apakah strategi PETRA untuk menangani kebimbangan rakyat mengenai aspek keselamatan reaktor, termasuk standard pematuhan terhadap garis panduan IAEA yang disebut tadi? Sebab penyelesaian yang jangka panjang ini, saya rasa pengurusan radioaktif ini amat penting. Kerana bukan saja bercakap tentang isu nuklear saja, bagaimana nak menguruskannya? Soal baseload dan deep geological storage juga perlu diperhatikan. Sebab kita tidak mahu perkara-perkara negatif akan berlaku.

draft • 10:50 AM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Sebab itu, aspek ataupun strategi penting ini saya rasa perlu diperturunkan kepada masyarakat untuk memahami tentang adanya aspek keselamatan yang diambil. Dan soalan tambahan seterusnya. Bilakah jangkaan rang undang-undang khusus mengenai penjanaan tenaga nuklear akan digubal dan dibentangkan di Parlimen untuk menggantikan kerangka kerja awal ataupun kawalan selia sedia ada di bawah kerangka Atomic Energy Licensing Board atau AELB Malaysia? Itu saja.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Ampang. Sudah pasti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat menjadi antara perkara yang kita ambil maklum.

Pada masa yang sama, seperti yang saya nyatakan di awal tadi, MyPower telah pun dilantik sebagai NEPIO, yang mana apabila kita sebut apakah peranan MyPower ini, kalau saya boleh perincikan lagi. Antara inisiatif yang sedang ataupun tengah diambil adalah:

(i) pembangunan dasar dan pengukuhan rangka kerja perundangan untuk menyokong potensi pelaksanaan projek tenaga nuklear;

(ii) pelaksanaan kajian teknikal dan kebolehlaksanaan terhadap teknologi reaktor nuklear yang bersesuaian;

(iii) pembangunan kapasiti sumber manusia dan institusi berkaitan, terutamanya aspek keselamatan nuklear, keselamatan fizikal dan kawalan penggunaan nuklear atau, dengan izin, safety, security and safeguards; dan

(iv) pemerkasaan kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan negara serta institusi antarabangsa dalam bidang teknologi, latihan dan pematuhan kepada piawaian antarabangsa.

draft • 10:50 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Jadi, melalui peranan MyPower ini sebagai contoh, apa yang sedang dilaksanakan ketika ini selain perancangan, sudah pasti usaha eksplorasi untuk memahami segala jenis teknologi yang sedia ada dan dalam— ada yang potensi juga, yang mana perkara ini membolehkan pertimbangan itu dibuat secara lebih menyuruh.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Perkara yang kedua, bila ditanya soal rang undang-undang, sudah pasti kita ada Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984, yakni di bawah MOSTI. Kalau kita ambil maklum pun, MOSTI baru membuat pindaan baru-baru ini. Itu mengambil kira keseluruhan akta tersebut. Tetapi di peringkat kita, memang kita telah pun menyampaikan hasrat supaya akta itu dipinda untuk— pertama, untuk ratifikasi instrumen-instrumen antarabangsa yang kita persetujui untuk tandatangani. Dan yang kedua juga, untuk membolehkan nuklear ini dijadikan sebagai sumber tenaga elektrik buat negara. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Rompin. Silakan.

draft • 10:50 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu- alukan kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir, Bandar Baharu, Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Kedah. [Dewan tepuk] Hari-hari Kulim-Bandar Baharu datang, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

[Dewan ketawa]

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Timbalan Menteri ya. Tenaga nuklear adalah pilihan kritikal untuk mencapai matlamat Net Zero 2050 kerana ia menawarkan sumber tenaga beban asas yang rendah karbon dan stabil untuk memenuhi permintaan tenaga yang melonjak. Saya berpandangan, keutamaan pula diberikan kepada pembangunan small modular reactors (SMR) dengan prinsip keselamatan, ketelusan dan kelestarian yang kukuh, mengambil kira kelebihan SMR yang lebih selamat dan modular.

Soalan saya, apakah pelan tindakan khusus, termasuk tapak yang disyorkan, garis masa dan penilaian risiko untuk mengintegrasikan SMR ke dalam grid tenaga negara? Dan bagaimana kementerian akan memastikan pengurusan sisa radioaktif yang mampan dan diterima oleh masyarakat seperti yang diamalkan oleh negara- negara luar seperti Jepun dan Perancis yang berjaya menguruskan sisa radioaktif dengan berkesan, selamat dan tidak tercemar? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Rompin.

Sudah pasti bila kita bercakap soal teknologi nuklear ini, kita ada beberapa opsyen. Antaranya, reaktor yang tradisional. Yang kedua, disebut SMR dan juga ada contoh macam floating dan sebagainya. Sudah pasti ketika ini kita di peringkat eksplorasi dan juga kajian untuk membolehkan perbandingan secara terperinci

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

dibuat. Sudah pasti seperti Yang Berhormat sebut, SMR ada kelebihannya tetapi juga ada perkara yang mungkin menjadi cabaran kepada kita dari segi jumlah tenaga yang boleh dijanakan berbanding dengan reaktor biasa dan sebagainya.

Cuma untuk tempohnya, sudah pasti antara mengapa kita memilih penggunaan tenaga nuklear ini adalah untuk menggantikan yang disebut tadi, baseload. Yang mana baseload ini kita masih bergantung kepada fossil fuel. Dan kalau disebut fossil fuel ini, antara yang menjadi cabaran kepada kita adalah loji arang batu. Yang mana kalau ikut perancangan, loji arang batu terakhir yang kita akan ada di negara ini adalah sehingga 2044. That would be the maximum, dengan izin, untuk kita bergantung kepada arang batu ini.

Maka sebab itu, segala proses untuk penilaian tapak, penilaian risiko, bagaimana untuk kita menentu guna, yang mana teknologi akan dipilih pakai. Jadi, perkara ini memang prosesnya sedang berlaku untuk kajian dan akhirnya, sebelum itu— selepas itu, akan diangkat untuk pertimbangan oleh pihak kerajaan dalam menentukan hala tuju dari segi penggunaan teknologi yang mana.

Dari segi ketersediaan tapak itu, sudah pasti akan ada proses libat urus dan juga opsyen-opsyen yang kita perlu teliti bila sampai moment ataupun keputusan yang patut dibuat ketika itu nanti. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Rompin.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang kedua. Dipersilakan Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor. Silakan.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:50 AM

2. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan perancangan bagi menyediakan Pusat Latihan TVET atau program khas melalui HRD Corp bagi memastikan anak muda tempatan, khususnya di Hulu Selangor dan Tanjung Malim, mendapat peluang latihan kemahiran automotif dan sebagainya, seiring dengan pembangunan hab automotif.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Hulu Selangor. Kementerian Sumber Manusia atau KESUMA melalui Jabatan Tenaga Manusia mempunyai 16 institut yang menawarkan kursus automatif di

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

seluruh negara termasuk kampus di Shah Alam dan Kuala Lumpur. Sehingga 31 Oktober 2025, seramai 1,906 orang pelajar sedang mengikuti program sepenuh masa dan 3,097 orang tenaga kerja sedia ada yang mengikuti program peningkatan kemahiran, upskilling dan latihan semula, reskilling. Untuk makluman Dewan yang mulia, JTM telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Proton Holdings Berhad, Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA) dan Persatuan Pembekal Proton Malaysia pada 3 Oktober 2024 bagi merealisasikan institut TVET yang diterajui industri.

Melalui kerjasama ini, ADTEC Melaka telah dinamakan semula sebagai PROTON Institute dengan penekanan kepada pembangunan bakat dalam teknologi automotif termaju negara.

Justeru itu, PROTON Institute akan diperkasa dengan kemudahan lengkap termasuk pusat latihan, pusat servis dan pusat jualan seperti Pusat 3S Proton. Selain mewujudkan DOJO iaitu ruang latihan kuasa yang dilengkapi dengan keperluan latihan, pelajar bukan sahaja mendapat latihan yang relevan dan teknologi terkini malah dijamin peluang pekerjaan di Proton Tanjong Malim, Proton Edar dan syarikat vendor Proton di seluruh negara. Melalui perikatan ini, JTM memastikan tenaga mahir yang dilahirkan selari dengan keperluan industri automotif sekali gus merupakan jurang kemahiran dan menyasarkan 10,000 – 10 – 100 peratus kadar keboleh pasaran graduan melalui jaminan pekerjaan di syarikat.

Dalam tempoh yang sama, HRD Corp juga telah meluluskan RM2.410 juta buah tempat latihan yang melibatkan penyertaan pekerja dari pelbagai latar belakang termasuk mereka yang berpendidikan rendah dalam kursus latihan, kemahiran merangkumi sektor pembuatan, perkilangan, pertanian, perladangan dan sektor lain.

Bagi negeri Perak sahaja, sebanyak 9,032 buah tempat latihan dalam sektor automotif telah diluluskan oleh HRD Corp dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM6.46 juta. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Hulu Selangor, soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Sememangnya Hulu Selangor ini memang hab automotif. Kita ada Perodua, kita ada Chery yang bakal dibuka dan kita ada juga Nissan. Jadi, soalan saya yang berkait dengan perkara ini. Pihak HRD Corp

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

menawarkan pelbagai skim seperti Industrial Training Scheme dan penempatan pekerjaan.

Apakah indikator utama ataupun KPI yang digunakan oleh kementerian untuk menilai keberkesanan latihan dalam bidang automotif, contohnya, kadar penetapan, peningkatan gaji atau kemahiran baru yang dilaporkan dikesan melalui skim yang ditawarkan setakat ini? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Hulu Selangor. Dalam soal yang diutarakan oleh Hulu Selangor sebentar tadi bahawa HRD Corp telah memainkan peranan yang begitu penting sekali dalam memperkukuhkan ekosistem yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi dari segi pendidikan dan latihan, teknikal dan vokasional.

Lantaran itu, HRD Corp turut menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak industri, institut latihan awam dan swasta serta agensi-agensi yang berkaitan bagi kita fokuskan dalam soal menyediakan tenaga kerja mahir tempatan dan bagaimana industri latihan bahawa JTM menyokong keperluan industri yang bernilai tinggi di Malaysia ini.

Dalam konteks tersebut, Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, kerajaan memberi tumpuan kepada penyediaan tenaga kerja mahir tempatan. Di antara 33 jaringan institut JTM iaitu ADTEC dan dua kampus bertaraf satelit yang menawarkan keperluan latihan seperti elektrik, automotif, pembuatan digital teknologi dan tenaga- tenaga baru. Inilah sebenarnya yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebagaimana KPI yang telah membolehkan keboleh pasaran dalam bidang tersebut khususnya dalam bidang automotif.

draft • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Di Hulu Selangor, saya tahu memang hebat automotif dan juga di Tanjong Malim. 2025 sahaja ADTEC JTM telah mengeluarkan 95.8 peratus pengeluaran kita yang dapat meliputi keboleh pasaran tersebut. Kebiasaannya, dari segi yang mempunyai kemahiran ini akan mendapat lebih tangga gaji daripada pendidikan yang berhasil Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Ipoh Timor.

draft • 11:00 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Dato’ Speaker. Syabas dan tahniah kepada KESUMA khususnya dalam pelbagai usaha untuk memperkasakan ekosistem TVET negara dan inisiatif-inisiatif seperti Akademi Dalam Industri (ADI) yang sangat rancak dibangunkan oleh pihak KESUMA juga perlu diberi pengiktirafan. Namun, kita tahu kebelakangan ini, kebanyakan industri-industri atau syarikat-syarikat yang terlibat dalam ADI ini merupakan syarikat-syarikat gergasi yang memang tiada salahnya dan memang perlu dialu-alukan.

Tetapi saya nak mohon pandangan kementerian, sama ada Akademi Dalam Industri (ADI) meski dia melalui MPC atau melalui JPK sendiri, punya sebarang perancangan untuk melibatkan syarikat-syarikat atau pengusaha kecil dan sederhana yang memang mempunyai sistem latihan yang teratur mereka sendiri.

Tetapi kita tarik dan heret dan juga melibatkan mereka dalam sumbangan pembangunan ekosistem TVET dan juga perwujudan kursus-kursus melalui APEL ke, melalui mana-mana saluran dan cara melibatkan pengusaha kecil dan sederhana dalam membekalkan latihan dan juga pensijilan dan akreditasi dalam bidang-bidang tertentu. Sekian.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Ipoh Timor. Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timor sebentar tadi bahawa dalam keperluan yang dinyatakan oleh beliau tentang ADI, bahawa kita menyatakan bahawa yang kita mempunyai tempat- tempat latihan seperti di ADTEC sendiri, kemudian di— kalau itu yang pelajar baharu.

Tetapi dalam soal yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, bagaimanakah nak meningkatkan dalam soal reskilling dan upskilling dan sudah pasti penyediaan kita melalui HRD Corp, TalentCorp. ADI ini kita mempunyai 55 institut awam dan 234 swasta dan 166 di bawah penyeliaan syarikat.

Insya-Allah, kita akan ditambahkan melalui pejabat wilayah JPK dalam pelan strategik bagi tahun 2026 yang kita rangka sehingga pada tahun 2030 sebagaimana saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkehendakkan menjelang 2030 mestilah kita mencapai satu sasaran bahawa rakyat negara kita ini mempunyai yang berkemahiran tinggi.

ADI ini merupakan kita perluaskan dalam sektor HGHV yang memang melibatkan syarikat-syarikat di bawah MNC. So, daripada perkara inilah maka keboleh pasaran — daripada inilah sebenarnya ternyata yang dikatakan oleh Yang

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Berhormat tadi kita mendapat perhatian yang sangat baik di bawah Kementerian Sumber Manusia ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjut, Majlis ke soalan yang ketiga. Ini selalu saya silap ini. Mas Gading, Sri Gading, lepas itu Betong dengan Bentong ini. Dengan ini, soalan yang ketiga saya mempersilakan Tuan Mordi Bimol, Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 11:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan Mas Gading nombor tiga.

draft • 11:00 AM

3. Tuan Mordi Bimol [Mas Gading] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan bercadang menambah atau memperbaharui dana skim mySalam selepas sumbangan RM2 bilion yang diterima pada 2019 semakin menyusut serta pelan jangka panjang menjamin kesinambungan perlindungan kesihatan B40 termasuk integrasi dengan Skim Perubatan MADANI.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Mas Gading. Dana Perlindungan Nasional B40 atau lebih dikenali sebagai mySalam merupakan sebuah skim perlindungan kesihatan percuma yang telah ditubuhkan di bawah Akaun Amanah Persendirian dengan jumlah dana permulaan sebanyak RM2 bilion yang disumbangkan oleh Great Eastern Holdings Limited. Penerima mySalam yang layak adalah terdiri daripada individu B40 dan pasangan yang juga penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR dengan had umur kelayakan maksimum adalah 65 tahun.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Manfaat yang disediakan di bawah mySalam adalah manfaat hospitalisasi yang ditetapkan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari atau RM700 setahun kepada penerima yang mendapat rawatan sama ada di hospital kerajaan, hospital tentera atau hospital universiti.

Selain itu, pembayaran sebanyak RM8,000 secara one-off diberikan kepada penerima yang disahkan mengalami 50 penyakit kritikal yang disenaraikan.

Antaranya kanser, penyakit buah pinggang dan serangan jantung. Selain itu, penerima mySalam turut layak membuat tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung dengan had kelayakan maksimum sebanyak RM30,000 seorang.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Tempoh pelaksanaan mySalam pada asalnya telah ditetapkan bagi tempoh lima tahun bermula dari tahun 2019 hingga tahun 2023. Namun, selaras dengan komitmen kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang mengalami masalah kesihatan yang tidak dapat diduga, tempoh pelaksanaan mySalam telah diteruskan sehingga 2026 melalui ucapan Belanjawan 2024 dan ucapan Belanjawan 2026. Selain mySalam, program PEKA B40 dan Skim Perubatan MADANI turut diteruskan pelaksanaannya bagi menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dalam mengurangkan beban kos rawatan kesihatan dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Bagi tahun 2026, sebanyak RM130 juta telah disediakan bagi kedua-dua program ini. Dalam pada itu, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia telah berkongsi maklumat dan data berkaitan pelaksanaan mySalam dengan pengendali takaful insurans dan penanggung insurans berlesen bagi menarik minat mereka untuk mempelbagaikan penawaran produk perlindungan takaful dan insurans kepada kumpulan B40. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Mas Gading, soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk soalan tambahan, boleh kah Yang Berhormat Menteri menyatakan jumlah tuntutan bayaran yang telah dibuat di bawah Skim mySalam serta bilangan penerima manfaat setakat ini sejak skim tersebut diperkenalkan dan memandangkan kos rawatan kesihatan semakin meningkat dan semakin ramai rakyat khususnya golongan berpendapatan sederhana iaitu M40 turut menanggung tekanan kewangan apabila berdepan penyakit serius.

Jadi, Mas Gading ingin bertanya adakah kerajaan berhasrat untuk meluaskan perlindungan skim mySalam kepada golongan M40 bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat perlindungan kesihatan asas yang adil dan berpatutan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga September 2025, dianggarkan seramai 1.8 juta individu telah menerima manfaat di bawah mySalam

draft • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

melibatkan tuntutan manfaat hospitalisasi, penyakit kritikal, pesakit di bawah siasatan (PUI) COVID19 yang telah tamat tempoh dan tuntutan peranti perubatan.

Penyakit kritikal mencatat perbelanjaan tuntutan yang paling tinggi iaitu sebanyak RM658 juta yang memanfaatkan 82,000 orang. Manakala penerima manfaat hospitalisasi pula adalah 1.22 juta orang dengan tuntutan perbelanjaan sebanyak RM378 juta. Baki dana sehingga September 2025 adalah sebanyak RM490.8 juta.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, mySalam dilancarkan pada tahun 2019 bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40 yang juga penerima program bantuan tunai kerajaan iaitu STR yang berumur antara 18 sehingga 65 tahun serta pasangan mereka.

Buat masa ini, Surat Ikatan Amanah Skim mySalam menetapkan bahawa manfaat skim mySalam hanya diperuntukkan untuk golongan berpendapatan rendah sahaja di mana pelaksanaan mySalam akan diteruskan pada tahun 2026 selaras dengan pengumuman belanjawan baru-baru ini.

Agenda memperkasa perkhidmatan kesihatan kepada rakyat terus menjadi keutamaan kerajaan di bawah Belanjawan 2026 bagi memastikan akses kesihatan negara yang lebih bermutu dan mampu bayar. Kerajaan akan terus berusaha menangani isu kenaikan inflasi perubatan melalui kerjasama dengan industri dalam memperkenalkan produk insurans asas mampu milik di samping meneruskan usaha seperti mengurangkan kesesakan hospital awam melalui kerjasama dengan pihak swasta bagi membantu golongan berpendapatan sederhana.

Cadangan memperluaskan mySalam kepada golongan berpendapatan sederhana ini akan diteliti dan diperhalusi terlebih dahulu sebelum dilaksanakan bagi memastikan golongan berpendapatan sederhana dapat menikmati perlindungan kesihatan yang bersesuaian. Dato' Yang di-Pertua, satu minit lagi ya? Boleh?

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

Untuk maklumat tambahan Yang Berhormat, selain daripada mySalam, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama industri insurans dan takaful juga menawarkan produk Perlindungan Tenang yang merupakan satu inisiatif produk insurans dan takaful untuk memenuhi keperluan segmen yang kurang mendapat akses atau underserved dengan izin, dan terdedah kepada risiko khususnya golongan berpendapatan rendah atau sederhana. Produk Perlindungan Tenang merangkumi produk insurans dan takaful yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia yang memenuhi lima kriteria utama.

draft • 11:10 AM

Puan Lim Hui Ying

(i) mampu milik;

(ii) mudah didapati;

(iii) bernilai baik;

(iv) mudah difahami dan dibeli; dan

(v) proses tuntutan yang mudah.

Produk Perlindungan Tenang menawarkan pelan perlindungan asas insurans atau takaful untuk melindungi rakyat daripada kematian, kemalangan diri, penyakit kritikal atau kejadian malang yang lain. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya ke soalan tambahan yang kedua, saya dengan ini membenarkan Yang Berhormat Pasir Puteh untuk mengalukan kehadiran dan juga saya benarkan jika Yang Berhormat Pasir Puteh mahu dalam dwibahasa, bahasa kebangsaan kita dan bahasa Arab. Silakan.

draft • 11:10 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Saya ingin merakamkan ucapan selamat datang kepada Yang di-Pertua, Majlis Ahlul Sunnah Waljamaah daripada Republik Islam Iran iaitulah Profesor Dr. Mustafa Zulfiqar yang ada bersama-sama kita di dalam Dewan ini. [Berucap dalam Bahasa Arab] Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Pilah untuk memperkenalkan atau mengalukan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker. Belum masuk lagi, Datuk Speaker.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Belum lagi?

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Pelajar sekolah itu belum masuk.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Oh, baik.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Datuk Speaker.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bila dah sampai itu, bagi tahu saya.

draft • 11:10 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik.

Berikutnya, kita ke soalan yang kedua. Sebelah kiri, silakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Nasib baik tak cakap ‘come’ tadi. Okey. Timbalan Menteri, ada dua skim perubatan untuk B40, Skim Perubatan MADANI dan skim mySalam. Dan, dia di bawah dua kementerian, mySalam di bawah MOF, skim Perubatan MADANI di bawah KKM. Okey. Jadi, mengapa kadar kelulusan tuntutan mySalam hanya 54 peratus berbanding 90 peratus purata industri insurans dan takaful swasta untuk tuntutan perubatan sedangkan mySalam sepatutnya merupakan program kerajaan yang direka khusus untuk melindungi B40.

Jadi, apakah langkah konkrit yang akan diambil untuk meningkatkan kadar kelulusan daripada 54 peratus kepada sekurang-kurangnya paras standard industri memandangkan 921,000 tuntutan telah ditolak daripada 2019 sampai sekarang?

Maknanya dalam enam tahun ini. Dan juga, kalau boleh saya lihat tadi perbezaan.

Mungkinlah, saya nak kepastian daripada Timbalan Menteri. Cara guna Skim Perubatan MADANI, pakai MyKad, pergi klinik, dia automatik boleh dapat rawatan percuma tapi mySalam ini bila tuntutan online dengan dokumen sokongan perlu kelulusan.

Kalau kita lihat tuntutan untuk mySalam ini untuk penyakit kritikal, orang dah susah dah, dah la B40, dia pula sakit kritikal.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, nak cari sokongan, nak suruh tok penghulu, nak apa tandatangan itu dan ini itu, mungkinlah itu yang menjadi penyebabnya. Jadi, boleh tak kerajaan permudahkan bagi mereka yang dah lah susah, yang dah kritikal? Terima kasih, Timbalan Speaker.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Kapar atas soalan tambahan. Yang pertama, bila mySalam ini diperkenalkan pada tahun 2019, memang rakyat golongan B40 yang menikmati atau menggunakannya amat kurang.

Tetapi, kita telah buat banyak program penyedaran atau awareness campaign, dengan izin. Sekarang, the rate, kadar untuk menggunakan mySalam telah meningkat dan kerajaan komited untuk teruskan lagi program untuk menyedarkan more awareness campaign kepada semua. Tetapi, untuk makluman

draft • 11:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Yang Berhormat, yang ini sebab ini adalah dikendalikan oleh Great Eastern, jadi mereka ada satu lembaga yang menguruskan.

Jadi, kita akan— selama ini, semua mengikut proses yang telah ditentukan secara online dan sebagainya, tetapi walau bagaimanapun, jika Yang Berhormat Kapar ada apa-apa kes yang spesifik boleh berikan kepada kita. Kita akan semak dan kita rujuk kepada pengendali. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang keempat. Dengan ini, mempersilakan Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Yang Berhormat Muar.

draft • 11:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih.

Janji 5G konon hebat, Realiti loading pun penat; Soalan saya nombor empat.

draft • 11:20 AM

4. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Komunikasi menyatakan sejauh mana perkembangan jaringan 5G di Muar walaupun dalam data JENDELA menyatakan bahawa hampir 100% tempat sudah mencapainya.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri Komunikasi untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Dato’ Yang di-Pertua, sasaran Pelan Digital Negara (JENDELA) yang ditetapkan adalah 100 peratus liputani Internet di kawasan berpenduduk. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited dalam memperluas liputan internet 5G bagi kawasan berpenduduk di seluruh negara, termasuk di Parlimen Muar.

Sehingga 31 Oktober 2025, sebanyak 924 tapak pemancar 5G telah dibina oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di negeri Johor memberikan 84.1 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk. Bagi Parlimen Muar, 20 tapak pemancar 5G telah dibina dan menyediakan 88.7 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk. Perincian tapak pemancar 5G dan juga liputan 5G mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri

(DUN) di bawah Parlimen Muar adalah seperti butiran berikut.

Maharani, ada 13 tapak pemancar 5G dan liputan 5G di kawasan berpenduduk di bawah DUN Maharani adalah 94.5 peratus. Di bawah DUN Sungai Balang, ada tujuh tapak pemancar 5G dan liputan 5G di kawasan berpenduduk di bawah DUN Sungai Balang adalah 75.2 peratus.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Sementara itu, bagi rangkaian 5G kedua yang dibangunkan oleh U Mobile Sdn. Bhd., sebanyak 316 tapak pemancar telah dinaik taraf ke liputan 5G di negeri Johor. Sejak ia mula beroperasi pada 14 Julai 2025, pembangunan ini telah memberikan 50.6 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk di negeri Johor.

Bagi Parlimen Muar, sebanyak 20 tapak akan dinaik taraf ke liputan 5G selewat-lewatnya pada 17 Julai 2026. Langkah ini merupakan sebahagian daripada sasaran pencapaian 80 peratus liputan 5G di Malaysia, di kawasan berpenduduk bagi rangkaian kedua dan untuklah 20 tapak pemancar 5G oleh U Mobile ini, 18 tapak adalah di bawah DUN Maharani dan dua tapak adalah di bawah DUN Sungai Balang.

Peluasan liputan 5G ke kawasan luar bandar, termasuk kawasan Muar akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan keperluan dan ketersediaan infrastruktur. Sekian sahaja jawapan saya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Muar untuk soalan tambahan yang kedua.

draft • 11:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Apa yang dilaporkan di atas kertas sangat berbeza dengan apa yang saya lihat sendiri bila turun padang. Perbezaannya bagi langit dan bumi. Saya bila turun, saya bawa buku nota saya, saya catatkan tempat-tempat yang dilaporkan ada 5G tetapi realitinya tiada atau samar-samar sahaja.

Sri Menanti, Sungai Balang Kecil, Sungai Kelat, Parit Nawi, Parit Punggor Darat dan Parit Amal Darat. Tetapi, yang paling teruk Tuan Yang di-Pertua, dua kawasan yang tak payah bicarakan soal 5G lah, 4G pun tak ada. Kalau guna lingo anak muda, dia kata GG. GG ini maksudnya memang tak ada apa-apalah ya. Koyak, game over. Iaitu Sungai Pulai dan Tanjong Tohor.

Saya turun sendiri dengan pegawai MCMC Johor dan mereka memberikan penjelasan mengapa ada perbezaan daripada audit, apa yang dilaporkan di atas kertas dengan apa yang sebenarnya berlaku. Adalah kerana dia tengok kepadatan, dia tengok juga kalau tempat itu tempat kelapa sawit yang besar, ada bangunan tinggi ke tidak. Semua elemen ini diambil kira dan mereka kekurangan staf.

Kadangkala, bila saya kata tak ada, dia orang kena turun, kena buat audit baru tetapi di seluruh Johor, mereka hanya ada dalam dua, tiga kenderaan sahaja untuk check, buat audit ini. Sebab itu, kadangkala laporan apa yang berlaku di atas kertas dan apa yang berlaku di lapangan, sangat berbeza. Saya gembira mendengar,

draft • 11:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Timbalan Menteri kata ada cadangan untuk membina lebih 20 cawangan baharu. Terima kasih.

Cuma, saya mohon ia dapat dipercepatkan, sama seperti sebagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri sekarang dah lari, begitu cepat dan laju. Moga Internet di Muar cepat dan laju. Saya banyak tengok dia, very fit. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Muar. Pertama, saya memang akui bahawa kalau kita nak hanya bergantung kepada kakitangan MCMC, memang tak cukup.

draft • 11:20 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

Dan oleh sebab itu, MCMC telah develop ataupun membangunkan satu aplikasi yang kita panggil MCMC NEXUS, di mana memang saya nak promote dan saya nak menggalakkan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang duduk dekat Dewan ini dan jugalah untuk orang awam dekat luar, bolehlah download dan guna pakai apps ini. MCMC NEXUS. N-E-X-U-S, boleh guna pakai di iPhone dan jugalah di Android phone.

Ini adalah satu alat yang telah dibangunkan oleh MCMC supaya kami bolehlah terus buat ujian kelajuan dan maklumat ini akan diterima oleh MCMC.

Lokasi, jadi kami akan tahu dan jugalah, mana satu syarikat telco yang ada masalah liputan Internet dekat kawasan tersebut. Ini akan bantu kami untuk mengutip data yang lebih komprehensif.

Jadi, oleh sebab itu, saya memang nak minta, nak mintalah kerjasama daripada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang selalu menghadapi isu liputan Internet 4G ke 5G ke. Guna pakai apps ini supaya MCMC boleh dapat data yang lebih komprehensif, dan untuk kawasan yang disebut oleh Yang Berhormat Muar tadi, memang saya akui bahawa sebenarnya MCMC telah teman Yang Berhormat untuklah buat lawatan tapak di mana, kita pergi ke lapan lokasi. Empat lokasi kita dapati bahawa memang ada infra dekat sana. Jadi, kita minta syarikat telco untuk optimakan liputan mereka.

Tetapi juga, ada empat lokasi sepertilah Dewan Terbuka SK Tanjong Tohor, Dewan Serbaguna Sungai [Tidak jelas] , Pasar Nelayan Sungai Balang Laut dan jugalah, TL46 Kampung Parit Karjani, di mana kita memang mendapati bahawa di

draft • 11:20 AM

Puan Teo Nie Ching

sana kita memang perlulah menara telekomunikasi baharu untuk lah buat provide coverage yang lebih better, yang lebih baik dekat kawasan tersebut. Dan ini akan lah dipertimbangkan di bawah JENDELA Fasa 2 di mana MCMC sedanglah di peringkat terakhir untuk memuktamadkan lokasi-lokasi yang terlibat di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah Sarawak. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri.

draft • 11:20 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di- Pertua. Bakri juga dalam Muar, daerah Muar. Saya setuju dengan Yang Berhormat Muar tadi bahawa kita jangan lihat sahaja on paper dan Yang Berhormat Yang di- Pertua, saya nak bincangkan. Bukan sahaja kita tak sepatutnya lihat pada on paper sahaja dan kita juga tidak boleh fokus kepada coverage sahaja.

draft • 11:20 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Kadangkala nampak ada coverage tapi kualiti dia macam mana? Satu bar.

Ataupun dia loading, loading, 10 minit pun tak sampai laman yang kita nak pergi. Jadi saya nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Bagaimanakah selain daripada kita memastikan bahawa ada coverage tapi pada masa yang sama kualiti perkhidmatan internet itu adalah yang berkualiti tinggi tetapi bukan sekadar ada coverage tapi ada kualiti tinggi dan coverage kelajuan yang tinggi? Mohon mungkin ada kepastian daripada pihak kementerian.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri. Sila.

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bakri. Terima kasih Dato' Speaker. Memang sebab itu saya rasa guna pakai MCMC NEXUS ini memang akan bantu MCMC untuk kutip data yang lebih granule kerana ini bukan sahaja dia akan tunjuk the average download speed and also the average upload speed seperti saya tadi buat. Saya buat dekat Parlimen di tempat duduk saya. Saya baru tekan tetapi yang lagi penting adalah apa itu average ping. Average ping itu akan tunjuk berapa lama akan diguna pakai untuk buat download ataupun upload. That is also a very, very important indicator.

[Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] **mempengerusikan Mesyuarat****] Kadang-kadang kita complain cakap walaupun ada line tetapi loading, loading akan masa yang sangat panjang. Jadi, ini ping sebenarnya adalah satu

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

indikator untuk kita akses dan buat ujian ataupun menilai sama ada Internet servis dekat sesuatu tempat itu adalah cukup baik atau tidak.

Selain daripada itu, mungkin saya boleh bagi sedikit nasihat juga. Walaupun kita rujuk kepada kawasan Muar ataupun seluruh Malaysia tetapi sebenarnya coverage oleh setiap syarikat telco adalah berbeza. Adalah berbeza. Kalau kita rujuk kepada kawasan Parlimen Muar yang paling baik memang adalah setakat ini adalah Maxis. 99.3 peratus untuk 4G. Ini bukan untuk 5G. Ini adalah untuk 4G tetapi untuk yang paling teruk iaitu YTL. Coverage mereka hanya 74.9 peratus.

Jadi, kadangkala mana satu syarikat telco yang diguna pakai juga ada memainkan faktor yang tertentu dan penting juga dan oleh sebab itu, MCMC juga berusaha supaya kita ada perjanjian mungkin antara syarikat-syarikat telco di mana mungkin YTL dekat sesuatu tempat mereka tak ada akses, mereka tak ada menara telekomunikasi, tetapi mereka boleh kongsi aset yang dimiliki oleh syarikat-syarikat yang lain supaya coverage itu menjadi lebih adil dan juga saksama. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Timbalan Speaker, saya mohon izin.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:30 AM

Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran pelajar Tingkatan 6 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad Kuala Pilah yang diketuai oleh Cikgu Hamdan Aziz. Sekolah ini sekolah TMS telah menghasilkan produk selama ini seramai lima MP daripada TMS ini.

Mantan Speaker dulu pun Tan Sri Abu Zahar Ujang daripada sekolah ini, Tan Sri Napsiah Omar dan terakhirnya ialah Datuk Seri Hasan Malek. Jadi, saya mengalukan kehadiran pelajar dan juga guru-guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad. Terima kasih Speaker.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Seterusnya saya jemput Tuan Hassan bin Abdul Karim, Pasir Gudang.

draft • 11:30 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Speaker. Soalan Pasir Gudang nombor 5.

draft • 11:30 AM

5. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan berkesannya usaha kementerian melahirkan usahawan di seluruh negara melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam tempoh hampir tiga tahun Kerajaan MADANI ini mentadbir memandangkan jumlah RM1.48 bilion telah dibelanjakan dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2025 ini sahaja.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Speaker. Saya pohon izin untuk menjawab bagi pihak kementerian KUSKOP.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan.

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menilai indikator keberkesanan program bantuan pembiayaan melalui beberapa outcome iaitu peningkatan pendapatan, Sahabat Usahawan sebanyak 10 peratus, kadar bayaran balik pembiayaan serta peluang pekerjaan baharu yang berjaya diwujudkan secara langsung dan juga tidak langsung hasil daripada pembiayaan di bawah AIM.

Pada separuh pertama tahun 2025 seramai 62,803 orang Sahabat Usahawan AIM telah mencatat peningkatan pendapatan sekurang-kurangnya 10 peratus dengan purata peningkatan pendapatan sebanyak RM2,161 setiap Sahabat Usahawan. Manakala kadar bayaran balik pembiayaan AIM juga telah meningkat dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 99.74 peratus pada tahun 2022. Angka ini meningkat kepada 99.91 peratus pada tahun 2023 dan seterusnya tahun 2024 meningkat kepada 99.98 peratus.

Melalui bantuan pembiayaan AIM juga pada separuh pertama tahun 2025 telah merekodkan seramai 38,918 orang Sahabat Usahawan yang telah diberi model untuk menjalankan projek mereka. Ini membuktikan bahawa peluang pekerjaan baharu yang berjaya diwujudkan secara langsung dan tidak langsung ini melalui program bantuan pembiayaan AIM. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Gudang.

draft • 11:30 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Speaker dan Timbalan Menteri atas jawapan tersebut. Soalan tambahan saya, apakah jenis-jenis perniagaan atau perusahaan yang telah diceburi atau dibina oleh mereka yang menerima bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Pasir Gudang. Sememangnya di bawah skim Amanah Ikhtiar Malaysia ini, ia ada pelbagai termasuk dari segi perniagaan, dari segi sosial dan juga dari segi perayaan.

Perniagaan-perniagaan yang terbabit adalah pelbagai. Ia adalah bergantung kepada keperluan daripada setiap satu kumpulan Sahabat Usahawan yang ada.

Mungkin selepas ini saya akan minta kementerian untuk memberikan satu senarai yang lengkap kepada Yang Berhormat Pasir Gudang tetapi suka juga saya nyatakan

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

bahawa secara amnya syarat dan juga kelayakan untuk menjadi Sahabat Usahawan AIM sama ada mereka mempunyai perniagaan yang berterusan yang sedia ada ataupun mereka nak hendak memulakan satu perniagaan baharu.

Apabila kesemua syarat dan kelayakan ini dipatuhi, maka mereka diberikan satu peluang iaitu termasuk:

(i) warganegara Malaysia;

(ii) terbuka kepada golongan wanita sahaja;

(iii) berusia 18 ke 75 tahun;

(iv) taraf pemastautin sekurang-kurangnya satu tahun;

(v) pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,880; dan

(vi) per kapita tidak melebihi RM1,470.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:30 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik terima kasih kepada Speaker untuk soalan tambahan, soalan 5. Soalan saya, saya tengok jumlah yang diperolehi untuk AIM pada tahun ini sahaja RM1.46 bilion. Saya rasa cukup tinggi. Cuma saya nak bertanya kepada Timbalan Menteri, adakah agihan yang peruntukan yang diberikan untuk AIM ini diberi keutamaan kepada negeri-negeri yang miskin? Contohnya Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Perlis dan diberi keutamaan, dilebihkan untuk sebab kadar kemiskinan di negeri ini lebih tinggi daripada negeri-negeri yang lain.

Saya nak bertanya juga dari segi kadar gagal bayar ataupun NPL ini di mana kita lihat antara satu dan dua peratus sahaja. Cuma saya nak tanya bagi golongan yang gagal membayar ini jika sekiranya dia nak meminjam semula tapi masih ada lagi bayaran tertunggak yang lama tapi nak memulakan perniagaan yang baru balik, adakah diberi jangka hayat untuk mereka pinjam semula dan kadar pinjaman awal untuk AIM ini saya rasa terlalu rendah. Kadang-kadang permulaannya RM2,000 tetapi kadar ataupun harga barang ini terlalu tinggi. Adakah disemak semula supaya dinaikkan kadar ini supaya mereka lebih kompetitif untuk memulakan perniagaan?

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, rakan saya.

Berkenaan dengan isu-isu yang berbangkit, nombor satu, apabila kita memberikan

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

ataupun kementerian menyalurkan, meluluskan pembiayaan di bawah AIM ini, ia adalah bergantung kepada keperluan dan juga permohonan.

draft • 11:30 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dan kriteria-kriteria permohonan telah pun saya jawab sebentar tadi. Dan apa yang KUSKOP amalkan sepanjang masa ini, peruntukan ataupun pembiayaan ini tidak diagihkan mengikut negeri. Dia mengagihkan mengikut keperluan dan juga, pada masa yang sama, mengikut kriteria dan kelayakan seperti dalam permohonan.

Dan apabila kita menyemak kriteria-kriteria ini, sememangnya ia menetapkan satu pendapatan isi rumah yang rendah dan juga per kapita yang rendah.

Nombor dua berkenaan dengan kita― di bawah AIM ini, pembiayaan AIM, sememangnya kadar NPL ia sangat rendah, 0.02 peratus. Namun, juga ingin kita nyatakan di sini bahawa sekiranya ada gagal pembayaran dalam pinjaman, maka ia― [Tidak jelas] tertentu tidak dapat dipertimbangkan untuk pinjaman baharu pada masa hadapan selagi pinjaman yang sedia ada belum lagi selesai dengan tunggakan mereka. Dan apa pun, apabila kita nampak dengan usaha daripada KUSKOP yang telah pun melaksanakan program-program dan juga kursus-kursus latihan kepada Sahabat Usahawan, maka kadar pembayaran balik itu adalah amat-amat tinggi― 99.98 peratus.

Tadi ada disebut berkenaan dengan kadar pembiayaan ataupun permulaan.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kadar siling yang boleh diberikan kepada Sahabat Usahawan ini adalah sebanyak RM30,000 tetapi ia diberikan, dibayar secara berperingkat untuk memastikan dana yang diberikan atau pembiayaan yang diberikan itu adalah boleh digunakan sebaik yang mungkin.

Dan kesemua kadar ini boleh dibincangkan dalam kumpulan-kumpulan di komuniti masing-masing yang mana lima orang Sahabat Usahawan ada dalam satu kumpulan, dan berkenaan dengan pembiayaan itu bolehlah dibincang di peringkat itu supaya kadar permulaan itu juga boleh ditentukan oleh kumpulan tersebut.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi soalan nombor 6, Yang Berhormat Tawau tidak ada dalam Dewan.

draft • 11:40 AM

[Soalan No. 6 – YB. Datuk Lo Su Fui (Tawau) tidak hadir]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan nombor 7, Yang Berhormat Labuan pun tidak hadir.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[****Soalan No. 7** – YB. Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan) tidak hadir]

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jadi, saya jemput Tuan William Leong Jee Keen, Selayang.

draft • 11:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Soalan saya nombor 8.

draft • 11:40 AM

8. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah yang akan dijalankan oleh kementerian bagi memastikan bakat tempatan bagi industri AI dan teknologi hijau tidak berhijrah ke negara maju lain selaras dengan usaha Malaysia untuk menganjak kedudukan ekonomi ke kelompok 20 ekonomi AI teratas menjelang 2030.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Selayang.

Malaysia sedang memacu langkah untuk memuncul sebagai negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030 selaras dengan misi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk meletakkan Malaysia antara 20 negara teratas dalam teknologi AI. Dalam hal tersebut, Kementerian Digital telah dipertanggungjawabkan untuk merangka Pelan Tindakan AI Kebangsaan yang menekankan pembangunan teknologi, bakat, tadbir urus, infrastruktur dan pelaburan mampan.

Bagi menyokong pelan tindakan ini, Kementerian Sumber Manusia

(KESUMA) telah melaksanakan pelbagai strategi untuk memastikan peralihan ke arah penggunaan AI dan teknologi hijau tidak menggugat pekerjaan berjuta rakyat Malaysia dan memastikan bakat tempatan tidak berhijrah ke negara akibat perubahan ini. Bagi KESUMA, AI dan teknologi hijau adalah pemangkin kepada peningkatan kualiti pekerjaan sedia ada dan pekerjaan baharu yang berkemahiran tinggi.

Bagi meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan pengekalan bakat tempatan terutamanya dalam teknologi AI, Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 yang sedang dirangka oleh Kementerian Digital dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai AI nation dan hab AI serantau menjelang tahun 2030.

Inisiatif ini seiring dengan teras utama Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang memberi tumpuan kepada lima sektor keutamaan yang mana salah satunya adalah memperkukuhkan pembangunan bakat dengan sasaran mewujudkan

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

300,000 hingga 500,000 peluang pekerjaan baharu. Selain itu, strategi berikut turut dijalankan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan pengekalan bakat tempatan, terutamanya dalam teknologi AI.

Satu, penubuhan Majlis AI Kebangsaan MyMahir untuk industri melalui kerjasama strategik antara TalentCorp, Pejabat AI Kebangsaan dan MyDIGITAL yang bertujuan mempercepatkan transformasi tenaga kerja dengan penyelarasan pembangunan bakat seiring dengan matlamat AI negara. MyMahir-NAICI disokong oleh dana RM3 bilion untuk pelaksanaan program latihan semula yang bertujuan untuk memastikan kesiapsediaan bakat tempatan.

Kedua, platform mymahir.my menyediakan maklumat menyeluruh berkaitan peranan pekerjaan, kemahiran yang diperlukan serta latihan bersesuaian sejajar dengan keperluan sebenar pasaran kerja masa hadapan termasuk AI dan teknologi hijau. Mymahir.my boleh diakses oleh pelbagai pihak termasuk pelajar sekolah seawal usia 15 tahun, belia mencari kerja, institut latihan dan majikan.

Ketiga, Indeks Kesiapsiagaan AI yang diintegrasikan dalam platform mymahir.my untuk membolehkan syarikat menilai sejauh mana kesiapsiagaan AI mereka, mengenal pasti jurang kemampuan dan mengambil langkah ke arah transformasi digital.

Keempat, program AI for MY Future secara kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan dengan Microsoft telah dilaksanakan dengan sasaran 800,000 rakyat Malaysia melalui pembangunan model latihan bimbingan dalam kemahiran AI.

Melalui pendekatan bersepadu ini, tenaga kerja negara berupaya beralih secara terancang ke pekerjaan masa hadapan memastikan bakat tempatan kekal relevan dan menyumbang kepada aspirasi Malaysia muncul sebagai 20 ekonomi AI teratas dunia menjelang 2030. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Selayang.

draft • 11:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri tentang jawapan. Pada saya, Malaysia berdepan kekurangan kemahiran AI yang serius. Laporan Amazon Web Services pada tahun 2024 mendapati 90 peratus syarikat Malaysia mengutamakan untuk mengambil pekerja berkemahiran AI, namun 81 peratus menghadapi kesukaran untuk mengambil pekerja berkemahiran AI. Bank Dunia menganggarkan Malaysia hanya mempunyai 3,000 profesional AI sedangkan permintaan dijangka meningkat kepada 30,000 menjelang 2030.

Pada masa ini, terdapat persaingan global yang hebat untuk menarik profesional AI dengan syarikat antarabangsa menawarkan pakej gaji yang tinggi dan

draft • 11:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

lumayan. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil pada masa ini, bukan sahaja untuk membangun profesional tetapi untuk menarik profesional AI di negara kita?

draft • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua. Soalan Yang Berhormat bangkitkan tersebut ada kemungkinan benar perkara itu berlaku kerana kita sering ditawarkan dengan pakej-pakej yang agak mahal di negara luar. Lantaran itu, kita lakukan perkara ini yang saya katakan tadi di bawah Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 sedang dirangka bersama dengan Kementerian Digital bagi kita mewujudkan perkara ini bagi menyekat daripada penghijrahan yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Bukan sahaja dalam bidang AI, kita tahu dalam bidang nursing, doktor pun berhijrah dengan begitu hebat sekali.

Sebab itu kita katakan di bawah TalentCorp telah menubuhkan 18 MyMahir yang bertujuan untuk MyFuture Skills Talent Council yang kita lakukan adalah berasaskan sektor yang boleh menepati melalui bidang AI dan teknologi hijau. Dan MyMahir ini pihak industri telah maklumkan bahawa seramai 45,511 tenaga kerja diperlukan mengatasi setakat 2025.

Sebab itu menjelang 2030, kita nak pastikan bahawa langkah kerajaan di bawah sasaran oleh JTN, 600,000 menjelang 2030. Bukan masa yang singkatlah.

Lebih kurang kita nak mengambil masa lima tahun bagi kita nak menyelaras dalam bidang AI supaya kita dapat mengatasi perkara Yang Berhormat Selayang katakan sebentar tadi supaya negara kita juga menuju kepada negara AI dan teknologi hijau.

Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Serai.

draft • 11:40 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Menteri, soalan tambahan kedua saya. Bagaimanakah kementerian boleh meyakinkan bakat AI tempatan untuk kekal jika pelaburan teknologi yang masuk ke Malaysia sebahagian besarnya hanyalah pembinaan pusat data ataupun data centres yang bersifat padat modal tetapi rendah peluang pekerjaan bernilai tinggi?

draft • 11:40 AM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Adakah kita sedang melatih rakyat kita hanya untuk menjadi kuli teknologi penyelenggara server asing. Manakala kerja-kerja R&D dan inovasi AI sebenar kekal dipegang oleh ibu pejabat di syarikat negara-negara maju.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Padang Besar...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Serai.

draft • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Padang Serai. Terima kasih Padang Serai. Padang Besar sebelah sana. Terima kasih Yang Berhormat sebentar tadi.

Dan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ada sedikit yang telah saya jawab kan bahawa pelan perancangan kita menjelang 2030 kita nak supaya 300,00 hingga 500,00 peluang tersebut. Dan perkara ini sebenarnya kita telah mengadakan kolaborasi dan juga bersama dengan diaspora yang berada di luar negara sekarang.

Sebagai contoh, ada sebuah syarikat yang kita katakan diaspora dari Taiwan telah sanggup datang melabur dalam bidang AI di negara kita ini. Maknanya ada juga keuntungan diaspora yang berhijrah tetapi nak kembali semula ke negara kita. Dan bakat AI tempatan ini melalui JTN kita menggalakkan supaya penggunaan teknologi merentasi sempadan sama ada dalam bidang apa jua sebenarnya kita nak.

Sebab kita nak pastikan sebagaimana saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya KESUMA melalui platform MyHeart di bawah TalentCorp dapat manfaatkan kepakaran rakyat kita. Dan itu yang saya katakan kita sedang melatih kan tadi. Dan bagi luar negara tanpa kita nak melepasi sempadan dan diaspora operational ini juga menjadi pemangkin ilmu inovasi kepada kita.

Dan mereka sebenarnya ada dua pilihan Yang Berhormat Yang di-Pertua, mereka boleh buka di negara kita dan mereka boleh buka di Thailand. Tetapi mereka sebagai rakyat Malaysia yang cintakan Malaysia masih hendak buka di negara kita dan telah kita memberi ruang pun kepada mereka. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Rantau Panjang.

draft • 11:50 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mahu mendidik anak watan, Suara rakyat jangan dipinggirkan; Peranan tadika sedia ada dan taska swasta jangan dialpakan, Mohon jawapan soalan saya nombor sembilan.

draft • 11:50 AM

9. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah peranan kementerian untuk menyediakan capaian pendidikan prasekolah berkualiti termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Rantau Panjang.

Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan sentiasa komited memastikan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti termasuklah di kawasan luar bandar ataupun bandar. Usaha ini adalah sebahagian daripada Agenda Reformasi Pendidikan KPM bagi memperluas peluang pendidikan awal kepada semua anak- anak.

Peluasan kelas prasekolah dilaksanakan bukan sahaja di sekolah rendah tetapi turut diperluas ke sekolah menengah dan premis institusi pendidikan KPM yang mempunyai kemudahan sesuai seperti kolej vokasional, Kampus Institut Pendidikan Guru. Dan bagi peluasan yang memerlukan pembinaan baharu, ia dilaksanakan berdasarkan faktor keperluan, ketersediaan tapak, kesesuaian lokasi jarak dengan sekolah berdekatan dan juga kepadatan sekolah sedia ada.

Selaras dengan pelaksanaan reformasi pendidikan, pendidikan prasekolah diselaraskan semula dengan tumpuan diberikan kepada penyediaan asas pendidikan awal yang kukuh dan seragam sebagai langkah pertama ke arah pembelajaran sepanjang hayat. Sehingga kini, terdapat 10,197 buah kelas prasekolah di seluruh negara merangkumi 6,368 institusi KPM.

Dan daripada jumlah ini, 3,222 institusi bersamaan dengan 50.6 peratus terletak di bandar manakala baki 3,146 institusi ataupun 49.4 peratus terletak di kawasan luar bandar dan juga pedalaman.

Ini juga termasuk peluasan 150 kelas pada tahun 2025, yang mana dilakukan melalui baik pulih dan juga pengubahsuaian kelas sedia ada serta dilengkapi peralatan bersesuaian. KPM menyasarkan peluasan sebanyak 350 buah kelas, 530 kelas prasekolah di seluruh negara, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman pada tahun 2026 sebagai persediaan menjadikan prasekolah sebagai pendidikan wajib pada masa hadapan.

Bagi memastikan akses pendidikan prasekolah yang berkualiti, KPM menggunakan Instrumen Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan untuk pendidikan prasekolah bagi memantau aspek pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan, pengurusan sekolah dan juga kemudahan fizikal di sekolah seluruh negara termasuklah sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun pedalaman.

Proses ini meliputi pemantauan terhadap pengoperasian sekolah, PdP dan juga bimbingan kepada guru dan juga pemimpin dan pentadbir sekolah. Ini bagi memastikan pemantauan yang dilaksanakan adalah sistematik, terukur dan juga

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

konsisten seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran dan persekitaran pembelajaran murid prasekolah. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rantau Panjang.

draft • 11:50 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberi.

Hasrat kerajaan mewajibkan pembelajaran prasekolah umur lima tahun. Jadi, saya nak tahu bilakah hasrat akan bermula? Adakah tahun depan ataupun tahun seterusnya? Dan sejauh mana persiapan dari sudut perguruan? Sebab kita dapat maklum sebelum ini guru-guru di taska memang tidak mencukupi dan apakah kesiapsiagaan dari sudut sekolah-sekolah yang lain juga.

Dan begitu juga penyelarasan. Apakah penyelarasan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan dengan kementerian-kementerian yang telah sedia ada yang telah ada sekolah tadika termasuk KEMAS, termasuk Kementerian Perpaduan dan sebagainya?

Dan begitu juga kesan kepada tadika swasta yang sebelum ini dasar kerajaan menggalakkan banyak diwujudkan tadika-tadika swasta untuk membantu penyertaan wanita di sektor tenaga kerja negara. Jadi, apa kesannya kepada tadika- tadika swasta apabila mewajibkan semua pelajar-pelajar umur lima tahun ini mengikuti prasekolah di bawah KPKM?

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan tambahan dari Rantau Ranjang. Beberapa soalan tambahan saya cuba jawab setiap satu.

Nombor satu adalah berkenaan dengan bilakah kita akan mula dengan pelaksanaan pendidikan wajib. Seperti Yang Berhormat Rantau Panjang sedia maklum, dalam sesi yang lepas kita telah pun meluluskan pindaan rang undang- undang bagi mewajibkan pendidikan sehingga ke Tingkatan 5.

Langkah yang seterusnya adalah berkaitan dengan pendidikan wajib bagi prasekolah. Dan ini terkandung dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas lima tahun dan juga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026–2035. Apabila kita hendak menentukan bila kita hendak mula melaksanakan pendidikan wajib bagi prasekolah ini, pihak KPM perlu terlebih dahulu untuk memastikan fasilti-fasiliti dan

draft • 11:50 AM

Tuan Wong Kah Woh

juga akses kepada pendidikan prasekolah ini adalah sedia terlebih dahulu. Ia termaktub dalam PPPM 2026-2035. Namun, prioriti ataupun keutamaan KPM sekarang adalah untuk memastikan kita membuat peluasan yang sebaik yang mungkin untuk memastikan kita memberikan pendidikan prasekolah di peringkat KPM bagi anak-anak kita secara percuma.

Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Rantau Panjang, berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini, 150 buah prasekolah di kelas prasekolah diperluaskan setiap tahun. Tahun hadapan kita menyasarkan 350 kelas prasekolah dengan jumlah peruntukan RM125 juta.

Dari segi kesiapsiagaan guru, sama latihan dan kursus akan diberikan.

Penyelarasan dengan kementerian yang sedia ada memang ada. So, tadika-tadika sekarang dikendalikan— ada yang dikendalikan oleh jabatan, oleh Kementerian Perpaduan, ada yang dikendalikan oleh JPNIN dan juga KEMAS.

Dan kesemua ini sememangnya tadika-tadika ini berdaftar di bawah KPM di bawah Akta Pendidikan. Dan selalunya pihak KPM ada melaksanakan penyelarasan dengan sekolah-sekolah ini. Dan dengan sekolah-sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, kita selalu berkolaborasi dengan badan-badan seperti NAPEI dan juga pengusaha-pengusaha tadika-tadika swasta.

Dan apa yang kita inginkan adalah kita juga yang tidak belum lagi sempat untuk berkolaborasi secara penuh adalah dengan Tadika PASTI. Yang mana sebelum ini sudah banyak kali kita adakan sesi libat urus dan saya sekali lagi menegaskan bahawa seksyen 20 Akta Pendidikan menetapkan bahawa kesemua tadika haruslah didaftarkan di bawah Akta Pendidikan dan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Harus kesemua rakan-rakan dalam Dewan ini mengambil maklum berkenaan dengan pendirian dan kedudukan ini. Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiawangsa.

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju bahawa langkah menyediakan pendidikan prasekolah universal ini dia akan mengatasi masalah yang seperti mana kita terima aduan daripada guru-guru PASTI tentang soal pembayaran gaji minimum, tentang kemudahan fasiliti yang tidak memenuhi piawai dan sebagainya.

draft • 11:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Dan kedua, adakah Yang Berhormat Menteri juga setuju bahawa perlu pendidikan prasekolah di bawah Kerajaan Persekutuan ini dipusatkan di bawah KPM. Bukan lagi di bawah beberapa kementerian yang ada?

draft • 12:00 PM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih, soalan tambahan daripada Yang Berhormat Setiawangsa. Sememangnya apabila kita berbincang dengan— berkenaan dengan badan-badan ataupun tadika-tadika yang tidak berdaftar dengan KPM di bawah Akta Pendidikan, kita menghadapi banyak isu. Bukan sahaja isu dari segi pembayaran gaji minimum dan kita juga menghadapi isu apa yang lebih penting, yang lebih penting bagi anak-anak kita adalah keselamatan dari segi fasiliti yang ada.

So, sama ada kita mempunyai proper planning, planning approval ataupun kebenaran merancang, sama ada kesemua peraturan berkenaan dengan keselamatan bomba dan sebagainya itu dipatuhi, ini merupakan keutamaan dan juga pertimbangan paramount bagi KPM. Dan itu sebab kenapa selalunya apabila KPM berbicara berkenaan dengan pendidikan awal kanak-kanak ini, kita selalu— pintu kita selalu terbuka kepada sesiapa pun yang mengusahakan pendidikan-pendidikan awal kanak-kanak ini haruslah datang, bincang dengan KPM.

Kita berunding dan kita memberikan nasihat, bagaimana kita buat pendaftaran dan pada masa hadapan, seperti berkenaan dengan pengawalan standard dan juga pemakaian kurikulum bersepadu, kurikulum kebangsaan bagi prasekolah ini, kita dapat diselaraskan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak tetapi adalah untuk kepentingan anak-anak kita.

Apabila kita— satu lagi isu adalah berkenaan dengan isu penyatuan kesemua ini di bawah KPM pada ketika ini, kementerian-kementerian terbabit termasuklah Tadika KEMAS dan juga JPNIN dan juga swasta. Cuma dengan Tadika KEMAS dan JPNIN pada masa kini, sememangnya kita mempunyai satu kolaborasi yang amat baik di antara agensi-agensi kerajaan, termasuklah kolaborasi daripada kemudahan yang diberikan dan juga kita memberi nasihat kepada kedua-dua jabatan ini berkenaan dengan kelayakan guru-guru prasekolah yang ada.

Sepanjang masa ini, kita tak ada masalah untuk berkolaborasi dan kita akan tengok apa perkembangan selepas ini juga. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin.

draft • 12:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Sebelum soalan dikemukakan, izinkan saya merakamkan rasa simpati yang

draft • 12:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

mendalam kepada semua mangsa yang sedang terkesan dengan musibah banjir pada masa ini. Semoga mereka semua diberikan kekuatan dan perlindungan dalam menghadapi ujian ini. Marilah kita bersama-sama berdoa agar keadaan kembali pulih segera dan segala bantuan dapat disalurkan dengan lancar. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan Tampin nombor 10.

draft • 12:00 PM

10. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Komunikasi menyatakan nilai tambah Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) berbanding aset komunikasi sedia ada yang dimiliki oleh pelbagai agensi keselamatan bencana dan sejauh manakah PRIME telah diuji dalam simulasi kecemasan berskala besar serta apakah dapatan penilaian prestasinya.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat Tampin. Puan Speaker, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Tampin, bersekali dengan pertanyaan dari Yang Berhormat Libaran yang bertarikh 3 Disember 2025, kerana perkara yang dibangkitkan menyentuh isu yang sama. Terima kasih Puan Speaker.

Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak atau Prime Radio Communications and Internet on the Move, MCMC PRIME dengan izin, merupakan inisiatif strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang dibangunkan untuk memperkukuh kesiapsiagaan komunikasi negara semasa menghadapi bencana dan kecemasan, khususnya di kawasan yang terputus capaian komunikasi.

MCMC PRIME direka bentuk sebagai sistem komunikasi bergerak yang menggabungkan pelbagai teknologi seperti satelit, selular, radio dua hala, WiFi dan dron.

Bagi memastikan komunikasi kekal berfungsi dalam situasi kritikal berbanding aset komunikasi sedia ada yang dimiliki oleh pelbagai agensi keselamatan dan pengurusan bencana. MCMC PRIME menawarkan nilai tambahan dari segi mobiliti, keupayaan pelbagai teknologi dan liputan Internet yang boleh diperluas menggunakan dron sebagai mesh WiFi semasa di lapangan.

Sistem ini juga dilengkapi dengan teknologi bandwidth bonding yang membolehkan penggabungan pelbagai sumber capaian termasuk sambungan internet berasaskan teknologi satelit dan selular daripada pelbagai penyedia perkhidmatan. Bagi menghasilkan sambungan internet yang lebih stabil dan berkelajuan tinggi serta boleh diakses secara kolektif dalam radius 150 meter sekitar MCMC PRIME semasa di lapangan.

Dalam situasi di mana komunikasi melalui rangkaian selular tidak berfungsi atau tidak tersedia, MCMC PRIME juga dilengkapi dengan platform radio amateur, radio persendirian dan trunked radio yang membolehkan perhubungan melalui komunikasi radio dapat dilakukan khususnya dalam situasi bencana berskala besar.

Untuk makluman, MCMC merupakan ahli di dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan sentiasa berhubung rapat

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

bersama agensi berkaitan sepertilah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perairan dan Saliran dan jugalah Jabatan Metrologi Malaysia dan Jabatan Kebajikan Malaysia.

Melalui koordinasi ini, pelaksanaan MCMC PRIME tidak bertindih dengan aset komunikasi yang sedia ada. Sebaliknya, melengkapkan keperluan komunikasi dalam menghadapi situasi bencana dan kecemasan.

Dari segi keberkesanan dan penilaian prestasi, sistem MCMC PRIME telah diuji dalam pelbagai situasi termasuk insiden sebenar sepertilah bencana banjir dan tanah runtuh di Penampang, Sabah pada 15 hari bulan sehinggalah 19 September 2025.

MCMC PRIME telah berjaya menyediakan capaian WiFi kepada mangsa pemindahan dan pasukan penyelamat di beberapa lokasi kritikal yang mengalami gangguan capaian komunikasi seperti PPS Kampung Sarapung, di PPS Marahang dan juga Kampung Kaiduan di PPS Kampung Sarapung. Sistem MCMC PRIME mencatatkan sambungan serendah sehingga 67 pengguna dan ketika capaian berada pada tahap tertinggi, kelajuan muat turun mencapai 158 Mbps manakala kelajuan muat naik mencecah 33 Mbps.

Prestasi ini membuktikan keupayaan sistem tersebut dalam menyokong komunikasi kritikal di lapangan. MCMC PRIME juga akan dihantar ke negeri yang terjejas akibat banjir yang memerlukan sokongan bagi penyediaan perkhidmatan telekomunikasi segera khususnya negeri Kelantan pada masa ini yang paling teruk terjejas.

Merujuk kepada pertanyaan YB Libaran...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft • 12:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Satu perenggan lagi untuk soalan pertanyaan daripada YB Libaran. Sama ada MCMC PRIME akan diperluas ke kawasan pedalaman seperti Libaran.

Dimaklumkan bahawa satu unit MCMC PRIME yang telah ditempatkan di Sabah bersedia untuk digerakkan ke mana-mana lokasi dalam negeri tersebut sekiranya berlaku kecemasan.

Walau bagaimanapun, memandangkan Pulau Libaran sukar diakses oleh kenderaan beroda, MCMC akan menggunakan kaedah alternatif bagi memastikan kawasan tersebut tetap menerima sambungan komunikasi dan Internet semasa kecemasan. Ini termasuk penggunaan teknologi komunikasi satelit bergantung pada keadaan dan keperluan operasi di lapangan. Sekian sahaja, terima kasih Puan Speaker.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Cameron Highlands.

draft • 12:00 PM

Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.

draft • 12:00 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ahli-ahli Yang Berhormat, di kesempatan ini saya dengan sukacita ingin mengalukan kehadiran rombongan lawatan dari Persatuan Pesara-pesara Kerajaan Malaysia Cawangan Cameron Highlands yang berada di galeri.

draft • 12:00 PM

Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Semoga lawatan pada hari ini memberi manfaat serta kefahaman yang lebih mendalam tentang perjalanan persidangan Dewan Rakyat.

Saya ingin juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan atas segala jasa, bakti, sumbangan serta khidmat bakti sepanjang perkhidmatan dalam perkhidmatan awam. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan terus menjadi inspirasi kepada generasi yang sedang dan akan datang. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 12:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

Memandangkan sejak beberapa hari lalu, banyak kawasan telah dilanda banjir dan sudah dinaiki air iaitu di 26 buah daerah di Kelantan, Perlis, Perak, Kedah, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.

draft • 12:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya ingin mengetahui, adakah di kawasan-kawasan yang terlibat ini sedang menghadapi sebarang masalah gangguan Internet dan talian telekomunikasi? Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan, berapakah bilangan unit PRIME yang tersedia pada masa ini untuk kegunaan di seluruh negara, termasuklah di Sabah dan Sarawak?

Dan berapakah bilangan unit PRIME yang sedang digunakan pada masa ini terutama di kawasan terjejas teruk dengan musibah banjir serta bagaimanakah kementerian memastikan PRIME ini ditempatkan di kawasan yang paling berisiko untuk mengalami bencana supaya capaian komunikasi benar-benar tersedia ketika diperlukan? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Setakat ini tiga unit PRIME telah disediakan; satu di Sabah, ditempatkan di Sabah, satu di tempatkan di Sarawak dan satu unit ditempatkan di Semenanjung dan memang ditempatkan di Kelantan.

Dan tentang lah pertanyaan ketikalah musim banjir ini, mengikutlah laporan yang telah diterima oleh MCMC, setakat semalam ada 15 lokasi yang di mana infrastruktur komunikasi terjejas akibatlah bencana banjir. Tetapi untuklah 15 lokasi ini, sebenarnya enam telah pulih dan kembali beroperasi dan ada lima lokasi akan lah kembali pulih dan juga kembali beroperasi pada hari ini.

Untuklah yang lain, oleh sebab sekarang memang tak boleh akses kepada lokasi itu kerana atas faktor keselamatan , jadi mungkin akan makan masa yang lebih panjang sikit.

Sekian jawapan saya. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krai.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah pihak kementerian menjelaskan kos keseluruhan pembangunan dan penyelenggaraan PRIME serta bagaimana ia dibandingkan dengan kos operasi sistem komunikasi kecemasan sedia ada? Apakah risiko keselamatan siber yang dikenal pasti terhadap PRIME dan apakah pelan mitigasi yang sedang dilaksanakan untuk mengelakkan kebocoran data atau gangguan komunikasi semasa krisis?

Dan saya ucap terima kasih kerana sebagai permulaan telah ditempatkan di Kelantan untuk khususnya dalam suasana banjir seperti ini. Apakah tahap integrasi PRIME dengan PDRM, ATM, NADMA dan lain-lain agensi supaya bantuan dapat disegerakan? Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat, kos pembangunan satu unit PRIME adalah RM1.6 juta termasuk penambahbaikan selepaslah peluncuran unit PRIME pertama. Kos ini meliputi servis peralatan, sokongan teknikal dan juga penyelenggaraan sistem komunikasi untuk satu tempoh satu tahun serta penyelenggaraan kenderaan untuk tempoh masa lima tahun.

Dan selain daripada itu, setakat ini kita tak ada— kita tidak mengemuka ataupun mendapati ada apa-apa risiko keselamatan internet kerana ini adalah satu — kita tak kutip data daripada pengguna, jadi kita tak ada isu bahawa ada kebocoran dan sebagainya.

Dan Untuk makluman Yang Berhormat, di PPS yang telah di— setakat ini, 157 PPS telah dibuka, tetapi kita mendapati bahawa memang ada lapan PPS dekat Kelantan yang ada masalah liputan Internet dan oleh sebab itu, MCMC telah minta syarikat telco untuk pergi ke PPS. Kita deploy equipment sementara untuk memastikan bahawa di lapan PPS di mana liputan Internet itu tak cukup bagus itu juga dapatlah ada akses kepada Internet semasa pada masa yang kritikal ini. Sekian jawapan saya. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah Sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:10 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim

Tuan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 1 Disember 2025”.

draft • 12:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Siapa menyokong?

draft • 12:14 PM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Saya mohon menyokong, Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:14 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:14 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Komunikasi [Puan Teo Nie Ching]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 12:14 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Anggaran Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat Belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 12:14 PM
Kepala B.64 [Jadual] – Kepala P.64 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kepala Bekalan B.64 dan Kepala Pembangunan P.64 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut, seramai 23 orang pembahas; YB Rasah, YB Pengkalan Chepa, YB Miri.

draft • 12:14 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

YB Kepala Batas, YB Betong, YB Machang, YB Klang, YB Rompin, YB Puncak Borneo, YB Alor Setar, YB Seputeh, YB Kubang Pasu, YB Sri Gading, YB Pokok Sena, YB Jelutong, YB Kapar, YB Bakri, YB Balik Pulau, YB Kuala Langat, YB Selayang, YB Shah Alam, YB Sik dan YB Paya Besar. Setiap pembahas, lima minit Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 12:14 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya sebagai pembahas pertama Belanjawan 2026 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada hari ini. Saya ada beberapa perkara yang saya nak sebutkan.

Yang perkara pertama di bawah Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia

(MQA). Saya nampak ada peruntukan sebanyak RM31 juta seperti tahun sebelumnya kepada agensi ini. Saya difahamkan agensi ini merupakan agensi yang akan memberikan pengesahan ataupun pengiktirafan terhadap apa-apa kursus, tak kira daripada IPT tempatan ataupun IPT dari luar dan agensi ini juga dibenarkan untuk mendapatkan pendanaan dari di luar.

Jadi, isunya sekarang— saya bukan nak pertikaikan. Isunya sekarang adalah kalau agensi— sebab agensi ini dia berkaitan dengan pengiktirafan dan pengesahan kelulusan, pengiktirafan terhadap kursus yang ditawarkan oleh mana-mana IPT, sama ada pendanaan yang sedikit kepada agensi ini, bagi saya RM31 juta itu tak banyak, akan menyebabkan agensi ini terpaksa cari dana sendiri dan akhirnya agensi ini mungkin terpaksa membuat pengiktirafan terhadap kursus yang mungkin belum tentu sesuai dengan keadaan di Malaysia.

Jadi, mohon penjelasan daripada kementerian ketika menggulung nanti berkenaan isu ini, sebab isu ini akan membawa kepada kualiti pendidikan di peringkat tertiary untuk negara kita dan ia secara langsung berkaitan dengan masa depan pendidikan di negara kita.

Butiran kedua, Puan Pengerusi yang saya nak sebutkan 010400 – Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Saya nampak peruntukan dia pun sangat sedikit. Peruntukan untuk bekalan RM12 juta, peruntukan untuk pembangunan RM2.6 juta.

Kenapa tidak diperkasakan AKEPT ini? AKEPT ini untuk makluman, berada di Bandar Enstek di bawah Parlimen Rasah.

Saya nampak kalau setakat macam inilah untuk institut ataupun agensi yang berkaitan dengan kepimpinan pendidikan tinggi di negara kita, macam mana kita nak pendidikan tinggi di negara kita bergerak jauh, berjalan jauh ke hadapan untuk majukan pendidikan? Sebab pendidikan tinggi inilah yang akan membolehkan kita lebih mudah menjadi negara maju, khasnya melalui R&D di bidang-bidang yang boleh memastikan pembangunan berterusan di negara kita. Jangan sebut pasal AI dan sebagainya saja, tapi semua segmen, semua sektor yang boleh menjurus kepada pembangunan negara kita.

draft • 12:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Dan perkara ketiga yang saya nak sebutkan adalah di bawah maksud pembangunan iaitu untuk lima universiti penyelidikan, lima universiti utama di Malaysia; UPM, UM, UKM, USM dan UTM. Ada butiran dia.

draft • 12:16 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nak sebut secara terbuka, saya nampak pertambahan peruntukan pembangunan kepada lima universiti penyelidikan utama ini. Saya ucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada kerajaan. Empat daripada lima universiti itu, empat itu peruntukan dia tambah, satu itu ada kurang sedikit. Mungkin ada sebab tertentu. Cuma isu pokok yang sangat mustahak yang saya rasa saya bertanggungjawab untuk bangkitkannya pada hari ini adalah berkenaan dengan pengambilan.

Kita sedia maklum, selama ini ada UPU, Unit Pengambilan yang sudah lama diamalkan di negara kita berdasarkan meritokrasi. Lepas itu ada saluran khas satu, pengambilan khas. Dua sistem ini sebenarnya mendatangkan masalah. Saya nak sebut setiap kali ada pengambilan, saya tak mahulah waktu pengambilan itu saya bangkitkan.

Saya nak bangkitkan melalui peringkat jawatankuasa KPT, ada tak sebab ataupun disebabkan oleh tak cukup peruntukan kepada lima universiti utama ini, yang menyebabkan universiti terpaksa menggunakan cara pengambilan terus okey, saluran terbuka ataupun satu supaya universiti boleh mendapat income lebih untuk menampung keperluan pembangunan.

Saya berikan contoh. Untuk Universiti Malaya, tahun sebelumnya hanya RM109 juta, kali ini meningkat kepada RM178 juta. Mungkin ia masih tidak mencukupi Puan Pengerusi, yang menyebabkan Universiti Malaya— saya minta sedikit masa tambahan. Mungkin menyebabkan Universiti Malaya terpaksa membuka banyak slot pengambilan melalui saluran ataupun Skim 1 yang mana saya difahamkan tiada subsidi dari kerajaan, yang mana mahasiswa, pelajar tersebut, pemohon tersebut kena bayar fi penuh. Adakah ini sebabnya?

Kalau ini sebabnya, saya harap kerajaan boleh mempertimbangkan satu langkah yang lebih drastik supaya bukan meningkat sedikit, sebab cara sebegini ia mungkin datangkan isu tidak adil. Kita tidak mahu sesiapa yang layak yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang yang bertungkus-lumus tapi akhirnya mereka kecewa kerana tidak mendapat memasuki ataupun mengambil kursus.

Sebab saya sendiri untuk makluman Puan Pengerusi, saya IPTA local mix. Saya bekas mahasiswa UKM dan saya juga bekas mahasiswa UM. Jadi, saya mempunyai sentimen yang cukup kuat bahawa kita perlu memperkasakan sistem yang sedia ada, kita perlu pastikan keadilan untuk semua pemohon ke IPTA melalui sistem meritokrasi walaupun kerajaan terpaksa tanggung subsidi yang tinggi. Sebab saya tahu yuran melalui UPU itu...

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Sedikit sahaja. Yuran itu sikit, banyak yang ditanggung.

Hampir 80, 90 persen ditanggung oleh kerajaan, okey. Jadi, saya minta kerajaan supaya pertimbangkan semula ini.

draft • 12:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Satu juga berkenaan dengan mahasiswa daripada luar. Janganlah kita berikan sangat ruang kepada orang asing ketika rakyat Malaysia terpaksa berhimpit, berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat mengikuti pengajian di IPTA utama kita. Jadi, saya mohon ada pertimbangan daripada kerajaan berkenaan dengan perkara ini. Terima kasih kepada Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.

draft • 12:20 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana saya diberi peluang untuk membahaskan sama peringkat jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi dan bagi Belanjawan 2026.

Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Saya nak fokuskan kepada R&D dan pengkomersialan rendah dan krisis kesejahteraan mental pelajar. Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 010200, kerajaan menekankan peranan universiti sebagai hab penyelidikan dan inovasi. Malaysia telah memperuntukkan berbilion ringgit untuk R&D di IPT. Hampir separuh perbelanjaan R&D negara datang daripada institusi pengajian tinggi.

Namun, maklumat yang kita peroleh daripada pensyarah-pensyarah universiti, kelulusan geram penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan, Fundamental Research Grant Scheme untuk projek-projek mereka semakin sukar dan jatuh merudum. Ini memberi tekanan kepada pensyarah-pensyarah kerana KPI penyelidikan tahunan mereka masih kekal sama. Penyelidikan fundamental pula amat penting kerana penemuan-penemuan fundamental lah yang akan diangkat untuk penyelidikan gunaan serta pengkomersialan.

Jika rantaian dana ini tidak seimbang antara proses penyelidikan dan fundamental gunaan, prototaip dan juga pengkomersialan, manfaat kepada negara dan rakyat tidak akan dicapai. Ini terbukti apabila beberapa laporan rasmi menunjukkan bahawa kadar pengkomersialan harta intelek universiti masih sekitar tiga hingga empat peratus sahaja. Satu angka yang sangat rendah.

Ini bermakna, daripada 100 penyelidikan yang dilindungi IPR, hanya sekitar tiga atau empat yang benar-benar sampai kepada pasaran dalam bentuk produk, perkhidmatan ataupun polisi yang memberi manfaat terus kepada rakyat, selebihnya kekal dalam bentuk jurnal, prosiding dan juga laporan di rak perpustakaan.

Adakah penemuan yang dilaporkan dalam penerbitan ini cukup berkualiti untuk dikembangkan di peringkat gunaan, prototaip dan penyelesaian komersial yang bermanfaat kepada rakyat? Kegagalan menghubungkan makmal dengan kehidupan rakyat, akibatnya rakyat melihat universiti seperti menara gading yang sibuk mengejar indeksitasi dan juga ranking tetapi tidak menyelesaikan masalah sebenar mereka. Kenaikan kos akibat

draft • 12:24 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

kekurangan inovasi tempatan, teknologi tani untuk pesawah, sistem irigasi yang mampu milik untuk nelayan atau solusi digital untuk peniaga-peniaga kecil.

Dalam masa yang sama, kajian menunjukkan universiti awam masih berada di tengah rantaian inovasi menjadi perantara kepada industri tetapi belum menjadi pemacu utama perubahan teknologi serta sektor perkilangan dan perkhidmatan. Jika ini berterusan, belanjawan R&D di bawah KPT akan dilihat sebagai kos, bukan sebagai sebuah pelaburan.

Jadi, belanjawan R&D KPT ini perlu diatur yang pertama ditingkatkan dana secara keseluruhan. Yang kedua, peruntukan jumlah yang besar kepada penyelidikan fundamental tetapi ketatkan kualiti dan fokus kepada potensi. Yang ketiga, perbanyakkan libat urus dan kerjasama dengan industri, termasuk GLC supaya penemuan dan solusi penyelidikan dapat segera dikomersialkan serta dibawa kepada masyarakat dan pengguna.

Kemudian, saya nak sentuhkan tentang krisis mental pelajar sisi yang tidak disentuh dalam rangka R&D ini. Tuan Pengerusi, di sebalik bicara tentang inovasi dan paten, kita juga berhadapan dengan krisis kesihatan mental di kampus. Kajian terkini di Malaysia menunjukkan sekitar 31 peratus pelajar universiti mengalami gejala kemurungan, 60 peratus mengalami kegelisahan, 26 peratus mengalami stres. Angka yang amat tinggi berbanding dengan populasi-populasi secara umum.

Satu lagi kajian nasional mendapati sekitar 29.2 peratus rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang sebahagian besarnya dalam kelompok umur pelajar IPT mengalami masalah kesihatan mental tertentu.

Selain itu, beberapa kajian di universiti umum menunjukkan kadar stres dan keresahan yang ketara dalam kalangan pelajar perubatan khususnya dan pelajar pendidikan dengan faktor penyumbang seperti tekanan akademik, masalah kewangan keluarga B40 dan ketidakpastian masa depan.

Apabila pelajar bergelut dengan yuran, sewa rumah dan kos makanan, dalam masa yang sama melihat senior-senior mereka yang telah bergraduasi masih lagi berada di bawah underemployee sebagai menganggur dan juga sebahagiannya menganggur dan juga tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Maka tidak hairanlah kalau kita lihat kes burn out sehingga bawa kes kepada bunuh diri dan masalah emosi di kampus meningkat secara senyap. KPT ada mengumumkan inisiatif kaunseling tetapi masih lagi belum mencukupi. Jadi, saya bertanya khusus kepada kementerian bagi komponen R&D, berapakah jumlah keseluruhan peruntukan R&D yang disalurkan kepada IPTA di bawah Butiran 01200 ini?

Daripada jumlah itu, berapa banyak projek yang telah menghasilkan syarikat spin-off produk atau teknologi yang diguna pakai industri, input polisi dan dimanfaatkan oleh kementerian lain? Adakah KPT bersedia menetapkan sasaran minimum misalnya 20 hingga 30 peratus projek R&D IPTA perlu mempunyai pengguna industri atau komuniti dalam tempoh lima tahun?

draft • 12:24 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bagi kesejahteraan mental pelajar, berapakah nisbah kaunselor kepada pelajar di setiap universiti? Dan adakah kerajaan menyediakan peruntukan khusus untuk standard antarabangsa, menepati standard antarabangsa? Adakah KPT mewajibkan universiti mengintegrasikan data akademik kehadiran dan laporan pensyarah untuk membentuk sistem amaran awal bagi pelajar-pelajar berisiko tinggi?

draft • 12:24 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Dan adakah yang terakhir, sejauh inisiatif mental health ini diselaraskan dengan KKM, KWKM dan juga agensi lain supaya pelajar yang benar-benar kritikal dapat dirujuk dan dirawat secara menyeluruh bukan sekadar diberi ceramah motivasi.

Saya memohon kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melihat isu-isu ini bukan sekadar untuk menjawab soalan dalam Dewan ini, tetapi sebagai agenda informasi struktur, menyusun semula hubungan antara universiti, industri, agensi, ekonomi dan juga masyarakat. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Saya jemput Yang Berhormat Miri.

draft • 12:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya rujuk kepada bekalan Kepala B.64, Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Saya ingin merujuk kepada perkara PTPTN. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah berjaya memberikan pendidikan percuma kepada 7,003 pelajar mahasiswa melalui program Siswa SULUNG untuk mengecualikan golongan B40 ini daripada membayar yuran tuisyen di IPTA. Dan juga melalui program pendidikan percuma kepada 5,800 pelajar daripada golongan kurang berpendapatan dengan pendapatan keluarga yang kurang daripada RM2,705.

Dan saya juga memohon supaya KPT dapat jelaskan kesemua inisiatif di bawah Kerajaan Persekutuan yang juga dapat membantu dalam usaha ke arah pendidikan percuma untuk tahap pasca sekolah menengah. Termasuk juga, pasca siswazah seperti ijazah sarjana dan PhD seperti program MyBrain yang pernah diperkenalkan sebelum ini.

Dan saya juga memohon supaya KPT boleh wujudkan satu one stop channel dengan izin, untuk masukkan semua maklumat tentang biasiswa, pinjaman dan juga bursary kerana setiap kali pelajar yang SPM, STPM mereka perlu mencari-mencari khususnya daripada family B40 dan M40, mereka perlu mencari-cari saluran untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan peluang biasiswa dan juga pinjaman dan sebagainya.

Dan kita lihat banyak laman web yang telah dihasilkan di luar sana yang mengandungi pelbagai maklumat yang kita pun tidak tahu sama ada sahih atau tidak. Saya khuatir ada pihak anasir jahat yang mungkin akan ambil kesempatan untuk melakukan scam melalui pautan laman web tersebut.

draft • 12:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Seterusnya saya merujuk kepada program PTPTN juga. Walaupun YB Menteri dan Timbalan Menteri sudah banyak kali menjelaskan, masih ingin menaruh harapan kepada bagi pihak pelajar-pelajar di IPTS supaya dasar pengecualian bayaran balik PTPTN kepada Graduan Kelas Pertama di IPTS bagi mereka dari kalangan B40 dan M40 dapat dikemukakan semula.

Dan saya difahamkan, YB Menteri ada nyatakan perlukan satu mekanisme penilaian di IPTS bagi memastikan mereka ini betul-betul layak mendapat pengecualian tersebut. Saya memohon YB Menteri KPT dapat menyegerakan proses ini supaya pelajar IPTS kita masih ada harapan untuk mendapatkan pendidikan percuma melalui usaha mereka yang berterusan.

Seterusnya saya merujuk kepada program SATU, Saluran Terbuka Universiti.

Difahamkan melalui program SATU ini memang, sememangnya pendapatan di universiti akan meningkat. Tetapi sama ada melalui peningkatan bilangan pelajar di satu kampus ini ia akan membimbangkan lagi kemudahan fasiliti yang sedia ada. Sama ada tambahan pendapatan tersebut telah dilaburkan semula untuk menampung peningkatan pelajar itu telah dilakukan.

Dan saya mohon supaya mungkin Kesatuan Mahasiswa ataupun Majlis POKA Pelajar juga diberi peluang untuk bersama-sama dengan pihak pengurusan universiti dalam membincangkan bagaimana pendapatan tambahan ini dapat digunakan untuk menaik taraf fasiliti di universiti.

Akhir sekali saya rujuk kepada Kepala P.64, 00400 – Pendidikan Politeknik dan juga butiran-butiran mengenai universiti awam. Saya memohon supaya kerajaan dapat mempertimbangkan sekali lagi bahawa walaupun Kuching dan Mukah sudah ada politeknik, tetapi itu di Zon Selatan, Zon Tengah, maka kami dari Zon Utara juga memohon supaya kita boleh adakan satu politeknik.

Begitu juga dengan universiti awam di mana kita sudah ada UNIMAS di Kuching dan UNIMAS cawangan di Sibu. Saya memohon juga kita boleh adakah UNIMAS cawangan di Miri untuk kita memenuhi keperluan secara keseluruhan untuk rakyat di Sarawak. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Miri.

Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 12:30 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi di atas ruang dan peluang yang diberikan.

Bertepatan dengan perbahasan KPT kali ini, Kepala Batas mengambil ruang dan kesempatan mengucapkan sekalung tahniah kepada Dr. Hanis Hidayu Kassim pada bulan Julai yang lepas di atas kejayaan luar biasa beliau meraih Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Cambridge tanpa sebarang pembetulan tesis. Thesis without correction.

draft • 12:36 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Pencapaian yang sangat jarang berlaku dalam dunia akademik. Kita mengharapkan akan lebih ramai pelajar Malaysia dapat inspirasi dan melakar kecemerlangan dalam pengajian dan terus mengharumkan nama Malaysia.

Kepala Batas mulakan dengan Butiran 010000 – Pengurusan. Fokuskan kepada isu akses terhad kepada jurnal berbayar dan masa depan, open access national. Kepala Batas ingin menyentuh isu yang menjadi nadi kepada pembangunan ilmu dan pendidikan negara iaitu akses kepada jurnal akademik. Hari ini banyak hasil pendidikan bertaraf dunia hanya dapat dicapai melalui jurnal berimpak tinggi seperti Scopus dan juga Web of Science. Namun kita harus melihat realitinya dengan jujur bahawa akses kepada jurnal berbayar sangat mahal dan keadaan ini membawa implikasi besar kepada pembangunan ilmu.

Universiti-universiti besar mungkin mampu melanggan jurnal antarabangsa, namun bagaimana pula dengan nasib IPTS yang bersaiz kecil, universiti luar bandar, politeknik dan juga kolej komuniti. Kita tidak boleh membiarkan jurang akses ilmu ini terjadi dalam ekosistem pendidikan tinggi negara. Oleh itu, Kepala Batas mohon penjelasan dan perincian adakah KPT bersedia mewujudkan national journal subscription consortium dengan izin yang membolehkan semua IPT menikmati akses jurnal yang sama rata dengan kos yang lebih rendah melalui langganan pukal nasional.

Yang kedua, apakah terdapat pelan transformasi Open Access National (OAN) yang mampu mengurangkan kebergantungan kepada penerbit luar serta mampu memastikan pendidikan dibiayai kerajaan dapat dibaca tanpa bayaran oleh rakyat dan komuniti dan penyelidik tempatan.

Ketiga, jika negara lain seperti US, UK, Finland, Belanda, China telah berjaya menuju kepada model pendidikan terbuka, mengapa tidak kita menjadi peneraju di rantau ASEAN.

Berapakah peratusan peruntukan pendidikan IPT yang diperuntukkan khusus untuk akses pangkalan data, jurnal dan juga artikel ilmiah. Ilmu tidak boleh hanya dinikmati oleh mereka yang mampu, ilmu mesti dibuka kepada semua agar penyelidik muda tidak terhalang, agar inovasi tidak terbantut serta negara kita bergerak ke hadapan sebagai kuasa ilmu dirantau ini.

Justeru, Kepala Batas mohon agar kementerian mempertimbangkan untuk merakyatkan ilmu bagi mewujudkan akses jurnal nasional dan sentiasa membuka sistem Open Access Malaysia agar tiada sesiapa tertinggal dalam pembangunan akademik negara.

Yang kedua Butiran 0103 – maaf. Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia

(MQA). Kepala Batas mohon perincian berkaitan jumlah kes yang dikenal pasti dalam tahun kebelakangan ini berkaitan penjualan atau pun penggunaan sijil akademik palsu. Aktiviti ini jelas melanggar Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 [Akta 555].

Bagaimana pula jika pihak-pihak tertentu yang menggunakan sijil tersebut secara salah untuk mendapatkan jawatan tertinggi tertentu. Adakah KPT bercadang untuk memperkenalkan hukuman lebih berat termasuk penalti, kewangan ataupun sekatan operasi

draft • 12:36 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

terhadap individu ataupun pusat pengajian swasta yang terbabit? Bagaimana MQA menangani pengiktirafan kelayakan akademik yang masih tidak seragam antara negara?

Integriti akademik bukan sahaja soal reputasi institusi, tetapi masa depan graduan, kepercayaan majikan terhadap sistem pendidikan kita. Jika kawalan terlalu longgar, maka akan menyebabkan sistem akreditasi kita lemah dan tidak berintegriti.

Butiran 05018 berkaitan naik taraf fasiliti di institusi pendidikan tinggi. Kepala Batas fokuskan berkaitan akses dan kemudahan untuk pelajar OKU.

draft • 12:36 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Sebagaimana kita sedia maklum, ada tujuh kategori OKU - pendengaran, penglihatan, fizikal, pembelajaran, pertuturan, mental dan juga OKU pelbagai. Justeru, Kepala Batas mohon penjelasan. Sejauh mana pelaksanaan dasar inklusif OKU di institusi pendidikan tinggi telah dilaksanakan berdasarkan tujuh kategori OKU tadi?

Kemudahan pembelajaran bagi golongan ini bukanlah hanya sekadar dari sudut kemudahan infrastruktur tetapi mesti mencakupi kemudahan alatan belajar, mencakupi contohnya, Braille bagi OKU penglihatan agar capaian ilmu di kalangan pelajar istimewa ini lebih luas.

Kepala Batas ingin tahu, selain daripada IPTA, adakah terdapat kerjasama dan hubung kait atau hubung jalin antara KPT dengan organisasi atau pun individu bukan kerajaan yang lain dalam proses capaian kampus mesra OKU? Dan bilakah sasaran kampus mesra OKU ini dijangka tercapai?

Butiran 050400 – Penyelenggaraan dan Pembaikan. Bagaimana kementerian memastikan agihan peruntukan ini dilakukan secara adil kepada semua IPT? Termasuk kampus di luar bandar dan pedalaman, bukan hanya kampus utama di bandar, ekoran penurunan bajet bagi tahun 2026.

Puan Pengerusi, mohon 1 minit. Apakah langkah transparency yang disediakan, seperti pelaporan terbuka supaya masyarakat umum boleh menyemak setiap projek dan keberkesanan perbelanjaan tersebut? Penyelenggaraan infrastruktur adalah asas. Tanpa pelaksanaan yang sistematik dan telus, pelajar dan staf akan terjejas dan kemudahan yang sedia ada sukar dikekalkan. Bajet penyelenggaraan bukan sekadar nombor tetapi amanah untuk memastikan kemudahan berfungsi dengan selamat.

Justeru, akhirnya Puan Pengerusi, bajet yang diluluskan hari ini bukan sahaja membabitkan angka dan juga kod tetapi menentukan masa depan pendidikan, kualiti pendidikan, keadilan akses kepada pelajar dan integriti sistem. Maka, Kepala Batas menyeru kepada KPT agar mengambil serius dalam membangunkan sistem pendidikan tinggi negara kerana ia bukan sahaja melahirkan graduan tetapi masa depan dan hala tuju generasi yang terus memacu kemajuan negara.

Maka, saya akhiri dengan Riwayat Abu Daud, “sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham akan tetapi

draft • 12:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

mereka mewariskan ilmu, maka barang siapa yang mengambil warisan tersebut, maka dia telah mengambil sebahagian yang banyak”. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft • 12:40 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera, terima kasih Puan Pengerusi di atas peluang untuk Betong turut berbahas di peringkat Jawatankuasa bagi maksud B dan P.64, iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi.

Saya ingin mula dengan menyentuh perkara yang amat kritikal di bawah Butiran B.040100 – Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Butiran P.040000 Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), P.04800 – Kolej Komuniti. Jadi, saya ingin mengemukakan beberapa isu yang memerlukan jawapan konkrit, garis masa dan komitmen yang jelas daripada pihak kementerian.

Puan Pengerusi, Politeknik Metro Betong. Di mana kita perlu keselarasan model dengan realiti di luar bandar. Model politeknik metro pada asalnya memang dibangunkan khusus untuk kawasan bandar, non-residential atau pun niche dan dengan capaian pelajar yang lebih besar, berhampiran dengan pusat yang ada ramai penduduk.

Namun di Betong, realitinya sangat berbeza. Tanpa asrama, pelajar dari penempatan luar bandar menghadapi segala kesukaran hadir ke kelas. Seterusnya, mengehadkan perkembangan program dan juga pengambilan pelajar. Maka dalam konteks ini, izinkan saya untuk mengemukakan cadangan dan persoalan.

Pertamanya Puan Pengerusi, boleh kah KPT menilai semula kesesuaian model Politeknik Metro ini di luar bandar, khususnya bagi Betong dan dipertimbangkan agar dinaik taraf kepada politeknik konvensional dengan asrama serta kemudahan latihan yang lengkap.

Kedua Puan Pengerusi, memandangkan tapak tanah juga untuk pembangunan telah tersedia. Apakah garis masa untuk KPT menyelesaikan penilaian dan mengemukakan kertas cadangan rasmi kepada Kementerian Ekonomi? Dan cadangan ini bukan kita mahu mengubah dasar secara drastik tetapi menyesuaikan segala perlaksanaannya agar ia benar- benar efektif di lapangan.

Keduanya, Kolej Komuniti Betong yang mana ia asas TVET tetapi masih juga beroperasi secara sementara. Puan Pengerusi, kolej komuniti ini merupakan pintu masuk pertama TVET bagi ramai anak-anak muda di luar bandar. Namun, bagi kes Kolej Komuniti Betong, ia masih beroperasi di bangunan sementara tanpa bengkel yang sesuai, tanpa makmal dan juga hanya menawarkan satu program sahaja iaitu Sijil Pengembaraan dan Pelancongan.

Maka, dalam keadaan peruntukan ini, P.04800 – Kolej Komuniti, menunjukkan penurunan pada 2026. Isu ini juga menjadi lebih mendesak. Maka, Betong ingin mohon

draft • 12:42 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

pertimbangan kementerian. Adakah KPT ini bersetuju untuk memulakan projek pembinaan Kampus Kekal Kolej Komuniti Betong?

Memandangkan peranannya sebagai akses TVET yang paling awal iaitu first mile access. Maka, dengan jumlah pembangunan sebanyak RM341.6 juta untuk politeknik dan RM40.97 juta untuk kolej komuniti. Apakah komponen khusus yang boleh disalurkan kepada Politeknik Betong dan KKB Betong ini, termasuk bengkel peralatan serta pertambahan pensyarah teknikal?

Dan Puan Pengerusi, izinkan saya menambahkan satu penekanan bahawa kos pembangunan kita di Sarawak juga tidak setara dengan di Lembah Klang ini. Logistik, jarak - dan jarak juga meningkatkan kos asas. Jadi, saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan secara dalam pengagihan bajet itu nanti.

Yang terakhir Puan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada UPM Bintulu iaitu status penubuhan Fakulti Veterinar dan teaching hospital. Puan Pengerusi, Sarawak mempunyai potensi besar dalam bidang ternakan, keselamatan makanan dan juga industri ruminan. Maka dalam masa yang sama, kita berdepan dengan cabaran penyakit seperti rabies dan African swine fever. Maka oleh itu, penubuhan Fakulti Veterinar di UPM Bintulu Betong bukan lagi sekadar pilihan tetapi satu keperluan strategik.

Maka, saya ingin mendapatkan gambaran jelas daripada kementerian. Apakah status semasa penubuhan Fakulti Veterinar di Bintulu? Adakah ia masih lagi di peringkat kajian atau sudah memasuki fasa perancangan pembangunan? Dan adakah fakulti ini akan disertakan dengan teaching hospital? Memandangkan ia merupakan komponen wajib dalam program doktor veterinar. Dan berapakah anggaran kos dan kaedah pembiayaan yang sedang dipertimbangkan? Dan sama ada peruntukan itu daripada pembangunan KPT atau pun kerjasama dengan Kerajaan Sarawak ataupun modal core funding bersama industri? Sebab UPM Bintulu ini mempunyai tanah yang luas untuk dapat digunakan untuk program-program industri kepada penternakan.

Sebagai penutup, Puan Pengerusi. Akses saksama untuk TVET di luar bandar yang saya ingin tegaskan bahawa semua cadangan ini berpaksikan satu matlamat iaitu akses yang saksama, anak muda kita di luar bandar, termasuk Sarawak juga berhak menikmati kemudahan TVET yang setara dengan rakan mereka di bandar-bandar.

Maka, justeru saya ingin mohon penilaian semua model politeknik metro bagi kawasan luar bandar, mempercepatkan pembinaan kampus yang kekal untuk Kolej Komuniti Betong dan juga berikan kita garis masa yang jelas bagi Fakulti Veterinar di UPM Bintulu.

Dan dengan peruntukan TVET yang meningkat dalam Belanjawan 2026, Betong yakin kementerian mampu memastikan pembangunan luar bandar bukan lagi sekadar nota kaki tetapi salah satu fokus utama dalam perancangan nasional. Sekian, terima kasih. Betong mohon menyokong.

draft • 12:42 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

draft • 12:42 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Pengerusi. Butiran 020900 – Universiti Malaysia Sabah (UMS). Baru-baru ini kita lihat masalah air di UMS masih lagi tidak selesai-selesai dan pihak UMS menyalahkan Jabatan Air Negeri Sabah atas masalah yang ditimbulkan. Dan kita pernah dikejutkan dahulu bagaimana sebenarnya di Sabah ini, masalah-masalah yang disebutkan oleh Beluran, oleh Semporna. Tiga serangkai - jalan rosak, elektrik tidak ada, air tidak ada, sebenarnya berpunca daripada masalah rasuah dan salah tadbir urus.

Saya baru pulang dari Sabah, Puan Pengerusi.

draft • 12:49 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Dan saya lihat, walaupun Kerajaan MADANI sudah beri berbilion-bilion Ringgit peruntukan kepada Sabah tetapi masalah tiga serangkai ini masih tidak diselesaikan juga.

Jadi, saya turun ke sebuah kawasan pedalaman di Sugut, di tempat di mana Beluran sedang bertanding. Saya lihat pelaburan cukup banyak daripada pelbagai syarikat-syarikat gergasi, estet tapi sayangnya masyarakat di sana masih kekal miskin, masih kekal daif, malah...

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Machang, sekejap. Ahli-ahli Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan bahawa hadir bersama-sama kita di Dewan Yang Mulia pada hari ini ialah delegasi dari Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) yang diketuai oleh Yang Berhormat Dr Christopher Kalila, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif CPA, bersama Tuan Stephen Twigg, Setiausaha Agung CPA.

Kepada Yang Berhormat Dr.Christopher Kalila dan Tuan Stephen Twigg, kami mengalu-alukan kehadiran dalam Dewan ini. Kami yakin lawatan ini akan mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang telah sekian lama terjalin antara Parlimen Malaysia dengan CPA. Welcome to Parliament of Malaysia.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Welcome to Parlimen Malaysia. Ya sambung balik. Di Sugut, saya lihat pelaburan banyak, syarikat- syarikat buka ladang, estet kelapa sawit tapi masyarakatnya kekal miskin, kekal daif. Malah ada ADUN di sana memiliki puluhan ribu ekar tanah tapi rakyatnya kekal miskin.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, ini Jawatankuasa KPT.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya betul. Saya...

draft • 12:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Kenapa kelapa sawit semua masuk?

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Ketawa] Saya belum masuk lagi. Tadi itu problem definition Seputeh ya. Ya jadinya masalah di Sabah ini

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

berpunca daripada rasuah, sebab itu tak selesai-selesai masalah yang ada di UMS dan sebagainya. Ini kaitannya tadi dengan KPT.

Jadi cadangan saya kepada kementerian ya, saya masuk Butiran 010400 – Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT). Sudah tiba masanya KPT melatih kepimpinan- kepimpinan yang ada di universiti kita ini dengan silibus-silibus anti rasuah yang berkesan, silibus yang mengangkat contoh karya Sociology of Corruption Almarhum Profesor Syed Husein Alatas yang menjelaskan bagaimana korupsi yang wujud dalam masyarakat kita pada hari ini kerana runtuhnya institusi moral, bilamana pendidikan akhlak tidak diadakan di universiti, maka sudah tentu isu dan rasuah berleluasa.

Jadi, saya lihat di Sabah pada hari ini. kenapa masyarakat dan orang Sabah berdepan dengan masalah yang tidak selesai-selesai, kerana kepimpinan yang lahir daripada universiti-universiti kita ini tidak menjamin akhlak dan moral yang baik. Sebab itulah, untuk kita menyelesaikan masalah ini buat masa ini, seperti kata Profesor Syed Husein Alatas, kita perlu pecahkan kitaran ganas, the vicious circle. Apa itu vicious circle?

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Machang, Machang.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya Jelutong, sikit saja.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya. Saya setuju, saya setuju syarahan-syarahan ini, tapi adakah Yang Berhormat telah pun memberi syarahan tersebut kepada Yang Berhormat Pagoh dan Tasek Gelugor yang telah dituduh di mahkamah kerana melakukan rasuah? Sepatutnya diberi kepada mereka dahulu, terutamanya Yang Berhormat Pagoh dan syarahan berkenaan dengan mencuri kerajaan ikut pintu belakang.

draft • 12:50 PM

Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor

Ni apasal sebut Tasek Gelugor tiba-tiba ni?

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tiada kaitanlah Jelutong.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada kaitan, sudah tentu ada kaitan. Kita cakap tentang ceramah dan tentang integriti, tentang rasuah. Sepatutnya saya setuju, saya sokong Machang. 100 peratus Jelutong sokong Machang, lebih sokong daripada Pagoh, beri syarahan kepada Pagoh.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jelutong kena sokong isu terowong juga. Jangan lupa itu.

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak ada masalah.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey, tak ada masalah.

[Ketawa]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak ada masalah.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Jelutong, Kota Melaka.

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kita tak pernah lari tau.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 12:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kalau you asyik sebut terowong, kita tak pernah lari. Kita masih di sini tetapi mana perginya anak menantu Pagoh.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, cukuplah. Sekarang dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey, terima kasih Tuan Pengerusi. Ya, jadi saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, sediakan modul pelan anti rasuah di peringkat KPT dengan baik supaya tidak lahir lagi pemimpin-pemimpin yang bermasalah di Sabah. Saya minta mahasiswa-mahasiswi di Sabah, peluang kalian lima tahun sekali saja.

Gunakan Sabtu ini, pecahkan kitaran ganas, undi orang yang baik dan jujur. Bukan pemimpin dinosaur yang terbukti bermasalah kerana ramai rakyat Sabah miskin. Mahasiswa- mahasiswi Sabah perlu bangkit, gunakan hak kamu dan pastikan Sabah diperintah oleh parti yang bersih dan jujur, yang mampu mengembalikan maruah dan keadilan.

Saya tak mahu lihat lagi orang Sabah susah, kerana apa? Kerana kita dipecah perintahkan oleh sentimen Sabah for Sabahan. Sebenarnya yang menodai orang Sabah adalah pemimpin yang corrupt dan tidak adil dan puncanya kerana tiada pendidikan akhlak di universiti yang baik .

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin, P.M.W. - Puncak Borneo

Yang Berhormat Machang.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada masa.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin, P.M.W. - Puncak Borneo

Yang Berhormat Machang, Puncak Borneo mencelah.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gulung sahaja.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup. Masa sudah tamat. Yang Berhormat Machang sila gulung.

draft • 12:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya kalau Kerajaan Sarawak boleh buat Pan Borneo dengan baik, kenapa Sabah tak boleh buat? Itu beza dia.

Bezanya pemimpin yang bebal, pemimpin yang lemah, yang biadab berbanding dengan yang ada di Sarawak.

Jadi sebab itulah saya minta KPT reform syllabus anti rasuah. Jadikan Sabah medan pertama perubahan ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Sepanggar.

[Tepuk]

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Machang walaupun sudah keluar tajuk. Saya jemput Yang Berhormat Klang.

draft • 12:50 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya menyambut baik langkah kerajaan memperkukuh bantuan pendidikan melalui PTPTN. Dalam Belanjawan 2026, sebanyak RM120 juta diperuntukkan untuk pendidikan percuma kepada 5,800 pelajar miskin dan RM97 juta lagi untuk pengecualian bayaran balik kepada 6,000 graduan kelas pertama daripada keluarga B40 dan M40. Ini adalah langkah positif yang mencerminkan komitmen kerajaan terhadap akses pendidikan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan anggaran perbelanjaan Persekutuan 2026, Kementerian Pendidikan Tinggi menerima RM18.6 bilion, jauh lebih kecil berbanding RM66.2 bilion untuk Kementerian Pendidikan. Ini menunjukkan tumpuan besar kepada pendidikan awal tetapi kita juga memberi pengkhususan yang kurang penting kepada cabaran di peringkat universiti.

Namun, izinkan saya tegaskan bahawa isu pendidikan tinggi bukan sekadar soal kewangan. Peruntukan ini mesti digunakan bukan sahaja untuk operasi universiti tetapi juga untuk reformasi sistem kemasukan dan kebajikan pelajar. Cabaran di KPT ini bukan semata- mata lebih kecil mahupun senang berbanding dengan KPM.

Puan Pengerusi, masalah sebenar ialah akses kepada kursus pilihan IPTA yang masih terhad. Ramai pelajar cemerlang terpaksa ke IPTS kerana kursus yang diminati tidak ditawarkan atau kuota terlalu kecil. Akibatnya, ibu bapa menanggung kos tinggi, malah ada yang terpaksa menjual harta demi masa depan anak-anak. Ini bukan kerana mereka tidak layak tetapi kerana sistem penempatan yang tidak fleksibel.

Saya cadangkan sebahagian daripada peruntukan pembangunan bawah Butiran 64 – Kementerian Pendidikan Tinggi digunakan untuk membangunkan aplikasi digital yang memaparkan syarat kemasukan setiap kursus di IPTA secara masa nyata bersama kedudukan pelajar yang layak. Peruntukan pembangunan ini berjumlah RM3.91 bilion dan sebahagiannya boleh diselaraskan kepada projek digitalisasi untuk meningkatkan ketelusan dan mengurangkan rungutan rakyat.

Kos sara hidup semakin meningkat dan ramai pelajar IPTA terpaksa menyewa di luar kampus kerana kapasiti asrama tidak mencukupi. Ini membebankan keluarga malah kos sewa boleh mencecah RM300 hingga RM800 sebulan.

Saya menyeru agar sebahagian daripada RM3.9 bilion peruntukan pembangunan di bawah Butiran 64 digunakan untuk meningkatkan kapasiti asrama supaya dalam jangka panjang tiada pelajar IPTA perlu tinggal di luar kampus. Langkah ini bukan saja menjimatkan kos pelajar tetapi juga setara dengan memberi biasiswa kerana ia mengurangkan bebanan kewangan keluarga.

draft • 12:56 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Puan Pengerusi, isu ketiga ialah bayaran latihan industri. Hari ini terdapat pelajar yang bekerja sepenuh masa semasa internship tetapi hanya menerima RM500 sebulan.

Malah, ada yang tidak dibayar langsung sedangkan kos hidup di bandar jauh lebih tinggi.

draft • 1:00 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Berdasarkan data semasa, purata elaun intern di Malaysia ialah RM800 hingga RM1,200 dengan sesetengah syarikat hanya memberi RM500. Lebih membimbangkan, walaupun gaji minimum negara akan dinaikkan kepada RM1,700 mulai Ogos 2025, ia tidak terpakai kepada intern buat masa ini.

Saya mendesak Kementerian Pendidikan Tinggi bersama Kementerian Sumber Manusia menetapkan dasar gaji minimum untuk intern sekurang-kurangnya RM1,000 hingga RM1,200 atau selaras dengan gaji minimum RM1,700 apabila pindaan Akta Gaji Minimum berkuat kuasa untuk kontrak dalam latihan.

Kita juga menggalakkan syarikat melalui insentif cukai di bawah program seperti MySIP (National Structured Internship Programme) yang sudah menawarkan potongan cukai berganda untuk kos internship. Peruntukan ini boleh disokong melalui Butiran 64 kerana ia berkait dengan kebolehpasaran graduan.

Puan Pengerusi, selain itu saya cadangkan kerjasama IPTA, IPTS dengan subsidi kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan keluarga. Pelajar ke IPTS bukan kerana tidak layak tetapi kerana kerajaan tidak berkapasiti menyediakan peluang yang seadilnya.

Saya juga mencadangkan pengecualian cukai penuh kepada ibu bapa yang menghantar anak ke IPTS kerana gagal mendapat tempat di IPTA. Ini bukan pilihan mewah tetapi keperluan akibat kekangan sistem. Cadangan ini boleh dirangka melalui Butiran 64 Kementerian Pendidikan Tinggi dengan sokongan insentif cukai di bawah Butiran B./P.10 – Perbendaharaan yang memperuntukkan RM4,604,000,000 untuk pengurusan fiskal dan dasar cukai.

Ahli-ahli Yang Berhormat, jika kita benar-benar mahu melahirkan generasi Malaysia yang berdaya saing, kita mesti pastikan sistem kemasukan IPTA yang telus dan berasaskan merit melalui digitalisasi, kemudahan asrama mencukupi untuk mengurangkan kos sara hidup pelajar, intern dibayar dengan adil supaya mereka tidak dieksploitasi, disokong oleh insentif cukai dan kerjasama IPTA, IPTS dan pengecualian cukai untuk keluarga yang terpaksa memilih IPTS. Peruntukan RM18.6 bilion untuk Pendidikan Tinggi mesti digunakan bukan sahaja untuk operasi universiti tetapi juga untuk reformasi dasar kemasukan, kebajikan pelajar dan perlindungan hak mereka. Sekian, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Klang.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 1:00 PM

Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Kita teruskan perbahasan di peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pendidikan Tinggi. Dengan ini saya menjemput YB Rompin, silakan.

draft • 2:30 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh jumlah peruntukan khususnya empat butiran utama yang menjadi nadi kepada pembangunan modal insan negara. Peruntukan ini yang secara keseluruhannya mencecah RM18.60 bilion, satu jumlah besar dan seharusnya mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan dan memperkasa TVET, jika setiap Ringgit dan sen digunakan dengan sebaiknya.

Tan Sri Pengerusi, saya terus pergi kepada Butiran 00400 – Pendidikan Politeknik dengan anggaran 2026 secara langsung RM341,460,800. Politeknik adalah institusi kritikal dalam menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri. Saya melihat peranan politeknik semakin penting dalam konteks isu pendigitalan industri dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) di mana permintaan terhadap kemahiran teknikal dan vokasional yang spesifik makin memuncak.

Peruntukan ini harus disalurkan bukan hanya untuk pengurusan tetapi untuk menaik taraf peralatan usang dan memastikan kurikulum politeknik sentiasa up to date selaras dengan keperluan teknologi terkini.

Soalan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan perincian, bagaimana peruntukan di bawah Butiran 00400 ini akan digunakan untuk meningkatkan kemahiran tenaga pengajar politeknik dalam bidang AI, data sains dan green technology dan apakah sasaran peratusan pensyarah dan tenaga pengajar yang akan menjalani latihan semula upskilling pada tahun 2026?

Saya terus pergi kepada butiran yang kedua. 00500 – Universiti Putra Malaysia

(UPM) anggaran 2026 secara langsung RM89,045,000. Universiti Putra Malaysia merupakan salah satu universiti penyelidikan terkemuka kita khususnya dalam bidang pertanian lestari, keterjaminan makanan dan teknologi agro.

Isu keterjaminan makanan, food security kini menjadi agenda nasional yang sangat mendesak. Peruntukan kepada UPM perlu dikaitkan secara langsung dengan matlamat nasional untuk memodenkan sektor pertanian dan mengurangkan kebergantungan import.

draft • 2:33 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

UPM harus menjadi think-tank utama dalam menjana penyelesaian inovatif bukannya sekadar institusi pengajaran.

Soalan saya, apakah key performance indicator (KPI) yang spesifik dan terukur telah ditetapkan kepada UPM di bawah peruntukan ini untuk meningkatkan kadar pengkomersialan hasil penyelidikan yang berkait dengan teknologi pertanian dan keterjaminan makanan dan berapakah sasaran nilai komersial yang dijangka dijana pada tahun 2026.

Saya pergi kepada butiran ketiga. Butiran 04800 – Kolej Komuniti. Anggaran 2026 secara langsung RM40,973,400. Kolej komuniti berperanan sebagai jambatan untuk pembangunan sosioekonomi tempatan terutamanya dalam usaha kerajaan untuk merapatkan jurang kemahiran antarabangsa dan luar bandar.

Pada masa ini, isu kos sara hidup dan keperluan untuk pendidikan sepanjang hayat, lifelong learning yang berpatutan amat penting. Peruntukan ini harus memastikan kolej komuniti mampu menawarkan kursus jangka pendek yang responsif kepada permintaan pekerjaan microeconomy setempat seperti kursus kemahiran digital untuk usahawan kecil.

Soalan saya, memandangkan peranan kolej komuniti dalam menangani kos sara hidup, apakah inisiatif baharu yang akan diperkenalkan pada tahun 2026 untuk menawarkan latihan kemahiran jangka pendek yang bersubsidi dan percuma kepada golongan B40 dan M40 dengan fokus kepada kemahiran yang dapat menjana pendapatan sampingan gig ekonomi atau keusahawanan mikro.

Akhir sekali Tan Sri Pengerusi, Butiran 04903 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), anggaran 2026 secara langsung RM64,055,000. Sebagai universiti teknikal utama, UMPSA mempunyai peranan besar dalam menyokong koridor ekonomi pantai timur dan pembangunan industri berteknologi tinggi di rantau ini. Dalam konteks isu kelestarian alam dan transisi tenaga, energy transition, kepakaran UMPSA dalam kejuruteraan dan teknologi adalah kritikal. Peruntukan ini harus digunakan untuk mengukuhkan kepakaran teras UMPSA, terutama yang berkaitan dengan kejuruteraan marin, teknologi hijau atau bidang yang berkait dengan pembangunan wilayah.

Soalan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri mengesahkan bagaimana peruntukan pembangunan UMPSA ini di bawah butiran ini akan diselaraskan dengan agenda nasional kelestarian alam dan transisi tenaga. Dan, apakah butiran projek penyelidikan telah diluluskan untuk UMPSA bagi membangunkan penyelesaian atau teknologi baharu dalam bidang tenaga boleh baharu, renewable energy pada tahun 2026?

Sebagai penutupnya Tan Sri Pengerusi, perbelanjaan ini adalah pelaburan untuk masa hadapan anak-anak kita. Ia harus dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan mampu menghasilkan graduan yang berdaya saing, berkemahiran relevan dan beretika. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

draft • 2:33 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Puncak Borneo.

draft • 2:33 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tan Sri Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk menyentuh isu penting berkaitan masa depan pendidikan tinggi negara kita. Saya juga ingin menyentuh Butiran 00100 – Simpanan Luar Jangka sebanyak RM2 bilion. Saya ingin tahu, kenapa jumlah simpanan luar jangka ini terlalu besar dan untuk luar jangka jenis apakah ini?

Maka, saya juga ingin mengetahui Butiran 05018 – Naik Taraf Fasiliti di Institusi Pendidikan Tinggi. Maka, itu besarlah harapan saya dan saya berharap agar IPT yang sudah dapat diperbaiki dengan segera kerana ada yang sudah usang dan supaya ia dibaik pulih dengan segera dan selesa untuk warga IPT.

draft • 2:39 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya juga memohon mencadangkan supaya UPU memperbaiki cara pengambilan pelajar yang berdasarkan merit, minat, niat dan kepakaran spesifik. Kalau pelajar minat jurusan pendidikan, kita bagilah jurusan pendidikan. Kalau dia minat jurusan jurutera awam, kita bagilah jurusan jurutera awam. Saya faham, kadang-kadang tak cukup tempat dalam universiti. Tetapi kita perlu usahakan dan selesaikan bak kata pepatah, “nak seribu daya, tak nak seribu dalih”.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, di mana beliau memberi jurusan yang diminati oleh anak Sarawak. Kalau anak Sarawak nak jadi doktor, jadilah doktor. Kalau nak jadi jurutera aeroangkasa, dia bagi aeroangkasa. So, kita amat berterima kasih kepada wawasan beliau yang begitu jelas dan begitu berwawasan jauh.

Saya juga ingin bertanya, adakah KPT membenarkan Kerajaan Negeri Sarawak membayar yuran pelajar Sarawak di UNIMAS dan UiTM Sarawak, dan memudah cara pembayaran kepada universiti awam ini untuk kursus tertentu seperti kursus perubatan dan jurusan bernilai tinggi ataupun high-value courses dengan izin.

Tan Sri Yang di-Pertua— Tan Sri Pengerusi, ingin juga saya rungkaikan beberapa cabaran KPT. Pertamanya, kita berdepan dengan kebolehpasaran graduan yang masih rendah.

Jurang kemahiran antara graduan dan keperluan industri masih ketara termasuk lemah dan kemahiran insaniah. Saya mencadangkan kerjasama industri universiti diperkukuhkan latihan industri dipanjangkan serta program upskilling, reskilling diwajibkan. Graduan juga perlu melalui career readiness boot camp sebelum menamatkan pengajian.

Saya menyentuh Butiran 05111 – Penyelidikan Fundamental di mana saya ingin tahu perincian pendidikan ini dan apakah yang telah dicapai sebelum ini. Ini kerana kewujudan ketidakseimbangan antara kualiti pengajaran dan penyelidikan. Sesetengah industri menghasilkan penyelidikan bertaraf dunia tetapi mutu pengajarannya tidak sekata. Saya menyarankan latihan pedagogi pensyarah ditingkatkan, dana penyelidikan berasaskan impak diperluaskan dan penilaian pensyarah diseimbangkan antara pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat.

draft • 2:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Universiti awam masih bergantung kuat kepada kerajaan. Berdepan dengan kekangan pembiayaan. Untuk itu, pendapatan universiti perlu diversifikasikan melalui endowment, kerjasama industri, pengkomersialan penyelidikan serta konsultasi autonomi kewangan harus diperluaskan dengan sistem pembiayaan berasaskan prestasi. Kita tidak boleh nafikan isu infrastruktur dan kemudahan yang tidak seragam antara IPT bandar dan luar bandar.

Saya menggesa supaya audit infrastruktur nasional dibuat, pembaikan dilaksanakan secara berfasa serta perkongsian kemudahan penyelidikan dipergiatkan, kerjasama pembiayaan dengan industri dan kerajaan negeri perlu dipertingkatkan. Selain itu, birokrasi masih melambatkan kelulusan program baru dan kerjasama industri. Saya mencadangkan proses-proses ini didigitalisasi sepenuhnya, SOP lapuk dikaji semula dan autonomi akademik diberikan kepada universiti berprestasi tinggi.

Selain itu, berlaku ketidakkeseimbangan bidang pengajian. Terlalu ramai dalam bidang tertentu seperti kekurangan dalam STEM dan TVET. Kita perlu menyesuaikan kuota dengan data pasaran buruh, memberi insentif untuk bidang kritikal serta memperkukuhkan TVET industri seperti di Jerman dan juga Korea.

Tan Sri Pengerusi, saya ingin landing. Kualiti IPTS tidak konsisten juga. Penarafan IPTS perlu lebih ketat dan telus, audit akreditasi dipertingkatkan dan pensyarah IPTS diwajibkan mencapai standard minimum. Pensyarah hari ini terbeban dengan tugas pentadbiran berlebihan, digitalisasi pengurusan, pengurangan audit bertindih, penempatan pegawai pentadbir perlu dipercepatkan agar pensyarah boleh kembali fokus kepada pengajaran dan penyelidikan.

Dan, akhir sekali, wujud kekurangan penyelarasan KPT, industri dan sekolah. Saya menyarankan pembentukan Majlis Nasihat Industri Nasional, penjajaran kokurikulum sekolah universiti khususnya dalam STEM dan digital serta perkongsian data pasaran, kerja secara nyata. Kita perlu bergerak ke arah model apprenticeship jangka panjang dan bukan sekadar latihan tiga bulan.

Tan Sri Pengerusi, semua cadangan ini penting untuk memastikan pendidikan tinggi negara lebih relevan, berdaya saing dan mampu menyediakan modal insan yang berkualiti tinggi dan menghadapi masa depan yang semakin mencabar. Modal insan terbilang sudah pasti membawa negara yang gemilang.

Sekian, terima kasih, saya menyokong belanjawan ini dan semoga tuhan memberkati.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Alor Setar.

draft • 2:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullah. Selamat petang. Saya menyentuh tiga perkara dalam perbahasan ini Tan Sri.

Yang pertama, Butiran 02000 – Pengajian Tinggi. Kita menyedari kampus kita baru- baru ini selesai pilihan raya kampus. Namun Tan Sri Pengerusi, saya diberitahu ada dua pilihan

draft • 2:55 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

raya kampus ini terdapat campur tangan daripada pihak pentadbir universiti. Salah satu daripada kampus yang saya maksudkan ini ialah pelajar-pelajar ini mendapat arahan tidak rasmi daripada pentadbir kolej kediaman supaya mengundi calon tertentu di universiti berkenaan.

Dan ini menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan pelajar kenapa mereka masih lagi dianggap seperti budak-budak untuk diarah mengundi orang ini dan tidak mengundi orang ini. Sepatutnya pilihan raya kampus ini berlangsung dalam keadaan kita memberi pendedahan demokrasi kepada para pelajar kita untuk memimpin dan memilih siapa pemimpin yang mereka mahu dalam kalangan mahasiswa.

Ada juga berlaku calon yang tertentu itu tertolak pencalonan di peringkat awal. Tapi disebabkan campur tangan pihak pentadbir universiti, calon itu diterima untuk bertanding, kemudian berlaku perbincangan selepas itu, calon itu tak bertanding pula. Jadi, sekejap bertanding, sekejap tak bertanding. Menyebabkan mahasiswa hari ini hilang keyakinan kepada pihak pentadbir universiti yang mengendalikan pilihan raya kampus di universiti berkenaan.

Dan juga berkaitan dengan isu yang sama, politik dalaman kampus. Saya dapati dalam video, tular baru-baru ini di salah sebuah minggu orientasi universiti. Ada ditayangkan ucapan seorang pemimpin pembangkang dalam satu dewan yang melibatkan semua pelajar, pemimpin dimaksudkan itu ialah Menteri Besar Kedah dan ditunjukkan contoh seolah-olah, inilah ucapan yang tak patut dibuat, inilah orang yang buruk akhlaknya oleh orang yang membentangkan slaid itu di hadapan.

Saya fikir ini satu contoh yang tidak betul untuk kita didik kepada mahasiswa. Kalau nak tunjuk contoh-contoh yang tak baik, tunjuklah semua contoh-contoh. Bukan— saya bukanlah sebut pembangkang ini semua betul. Ada juga yang tak betul di pihak kerajaan. Tapi adakah itu yang kita nak sampaikan kepada pelajar kita di universiti? Sudah tentu tidak.

Jadi, kita kena bagi mesej yang betul, yang tidak memihak kepada siapa-siapa, supaya mahasiswa yang ada hari ini dapat membuat keputusan yang bijak. Mereka sudah cerdik, bukan budak-budak yang boleh diarah untuk diikut ke sana ke mari. Daripada pihak pembentang itu menumpukan kepada doktrinisasi politik yang tak betul, lebih baik pihak pembentang di universiti ketika minggu orientasi tumpu kepada krisis moral, krisis akhlak, krisis sosial yang berlaku dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi.

Ada gejala sugar daddy, sugar baby, anak luar nikah, ada gangguan seksual di tempat latihan industri, di kolej-kolej kediaman. Sepatutnya ditumpu kepada aspek-aspek ini.

Memperbetulkan akhlak akidah pelajar lebih patut diberi keutamaan berbanding menjadikan mahasiswa sebagai alat sokongan politik lapuk dan kuno.

Tan Sri Pengerusi, saya beralih kepada isu yang akhir. Mengenai isu tender yang menjadi kontroversi di UKM, yang bernilai RM58.45 juta mempamerkan kelemahan tatakelola ketidakaturan pengurusan. Perkara ini didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun ini, tahun 2025. Bahkan dititahkan sendiri oleh Tuanku Canselor, dalam Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

draft • 2:55 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Dan ini satu perkara yang sangat memalukan universiti, memalukan IPTA, didedahkan berlakunya syarikat-syarikat yang tidak disyorkan oleh Jawatankuasa Penilai Teknikal Penilaian Kewangan Pra-Tender ini, jawatankuasa ini tak endorse company ini. Tapi Jawatankuasa Tender luluskan syarikat ini. Dan, hasil daripada itu dikatakan VC UKM telah pun meletakkan jawatan, ditarik balik anugerah pingat, itu saya kurang pastilah isunya. Tapi ini memalitkan universiti awam kita ini dengan isu kelemahan tatakelola, tidak cekap, tak diurus. Ini isu integriti, Tan Sri Pengerusi.

draft • 2:55 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Jika universiti kita ini, tempat kita membina masa depan negara, mula diresapi budaya salah laku, pendoktrinan politik, perolehan yang diragui integritinya, maka kita sebenarnya sedang menggadaikan masa depan negara kepada tangan yang tidak amanah.

Universiti sepatutnya menjadi kilang untuk membina mahasiswa yang berilmu. Universiti bukan kilang propaganda ataupun lubuk kontrak-kontrak yang bermasalah.

Tan Sri Pengerusi, saya minta pihak kementerian tegas dalam hal integriti ini. Mesti ambil tindakan tegas. Siapa yang seleweng, siapa yang salah guna kuasa, siapa yang rosakkan institusi pendidikan, bahkan merosakkan aspirasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membanteras rasuah, mereka ini tidak layak berada di kerusi pentadbiran universiti, walaupun tinggi mana kelulusannya, walau apa pun pangkat ataupun kedudukan politiknya, Tan Sri Pengerusi.

Sebagai penutup kepada ucapan saya ini...

Tegak tiang kerana tapaknya, Rumah kukuh tak mudah rebah, Universiti gah kerana ilmunya, Hilang amanah segalanya musnah. Apa guna ada universiti jika sijil dijual di Shopee? Apa guna belajar tinggi jika diri hilang integriti? Tan Sri Pengerusi, saya mohon penjelasan. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Seputeh.

draft • 2:50 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), 020000 – Pendidikan Tinggi, 030000 – Hospital Pengajar.

Tan Sri Pengerusi, saya pernah membangkitkan isu pelajar undang-undang yang mengambil kursus gabungan UK Transfer Degree (UKTD) dan University of London External Degree (UOL) yang ditawarkan oleh Brickfields Asia College (BAC) tidak dapat menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (PSAG) kerana kursus tersebut tidak diiktiraf oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB). Saya bentangkan ucapan ini di Kamar Khas pada 11 Ogos 2025.

Saya difahamkan pelajar-pelajar yang ambil kursus tersebut pernah dipanggil untuk memberi keterangan kepada pegawai di KPT. Tetapi, sehingga sekarang, nampaknya tak ada

draft • 2:51 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

apa-apa tindakan diambil oleh KPT terhadap Kolej BAC yang menawarkan kursus undang- undang yang tidak diiktiraf oleh LPQB tersebut kerana katanya KPT ingin menunggu keputusan semakan kehakiman. Tapi, sebenarnya Kementerian Pendidikan Tinggi memang ada haknya, ada kuasanya.

Kenapakah bila kolej itu mengambil saman terhadap LPQB tentang kursus mereka tidak dibenarkan, pelajar tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan CLP itu, lepas itu yang KPT sekarang nampaknya kena tunggu keputusan mahkamah? Saya berpendapat KPT mempunyai kuasa untuk bertindak segera untuk membantu pelajar-pelajar yang mengambil kursus itu yang mana bila mereka ambil kursus undang-undang tersebut, mereka telah diberitahu oleh pihak kolej yang mana mereka boleh menduduki peperiksaan PSAG ataupun CLP.

Jadi, saya ingin menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi mengadakan mesyuarat dengan LPQB untuk membincangkan penyelesaian alternatif bagi membantu pelajar-pelajar yang terjejas sama ada menawarkan kursus khas (special courses) kepada mereka supaya mereka memenuhi syarat untuk menduduki peperiksaan PSAG.

Dan juga, saya ingin menyeru pihak kementerian mengadakan semakan menyeluruh terhadap semua universiti dan kolej swasta di negara ini untuk memastikan semua program yang ditawarkan oleh mereka mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa industri profesional yang berkaitan.

Tan Sri Pengerusi, saya juga nak sebut sedikit tentang latihan guru di negara kita.

Saya ingin tanya, kenapakah kerajaan hanya mengehadkan kursus latihan guru kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sahaja? Sedangkan dulu beberapa universiti awam yang lain juga menawarkan kursus latihan guru ataupun kursus pendidikan.

Saya ingin cadangkan kerajaan pulihkan sistem yang lama ini untuk membenarkan universiti-universiti awam di negara kita untuk mengadakan kursus pendidikan supaya Kementerian Pendidikan mempunyai pilihan daripada pool yang lebih luas bila mereka ingin memilih calon untuk menjadi guru sekolah dan ia tidak haruslah dihadkan pada UPSI sahaja.

Tan Sri Pengerusi, saya juga terima aduan daripada doktor yang berkhidmat di hospital universiti. Setelah Kementerian Kesihatan mengumumkan penyelarasan kadar elaun on call bagi doktor di hospital-hospital di bawah KKM, hospital pengajar di bawah KPT tidak menyahut penyelarasan elaun on call tersebut.

Saya difahamkan kadar on call di hospital di bawah KKM telah meningkat 40 peratus iaitu daripada RM200 sehingga ke RM280. Tetapi, doktor di hospital pengajar di bawah KPT masih kekal pada kadar lama iaitu RM200 sehari sahaja. Jadi, pihak pengurusan— dan pihak pengurusan hospital pengajar dikatakan mereka tidak terima apa-apa arahan secara bertulis daripada kementerian.

Saya menyeru kementerian agar mengambil perhatian dalam isu ini supaya tidak wujudnya double standard, antara dua darjat di antara doktor di hospital di bawah KKM dan doktor di hospital di bawah KPT. Sekian, terima kasih.

draft • 2:51 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Kubang Pasu.

draft • 2:51 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kubang Pasu untuk turut serta dalam perbahasan belanjawan pengajian tinggi peringkat jawatankuasa bagi 2026 yang jumlah RM18.6 bilion.

Anggaran perbelanjaan mengurus meningkat kepada RM13.85 bilion, 2025— daripada RM13.85 bilion kepada RM14.68 bilion, 2026, iaitu peningkatan yang agak besar, RM830 juta. Manakala perbelanjaan pembangunan (DE) menurun daripada RM4.25 bilion pada 2025 kepada RM3.92 bilion bagi 2026. Tetapi, jika diambil kira anggaran dipinda untuk 2025 iaitu RM1.3 bilion, DE 2026 sebenarnya meningkat sebanyak RM2.62 bilion.

Perbezaan antara angka anggaran perbelanjaan pembangunan untuk 2025 iaitu RM4.25 bilion dengan anggaran yang dipinda 2025 iaitu RM1.3 bilion— kalau tengok Butiran 00400 hingga 05019 berjumlah RM2.95 bilion. Satu perbezaan yang besar dan menimbulkan persoalan yang perlu diberikan jawapan ataupun pencerahan oleh Yang Berhormat Menteri.

Setelah diteliti, kebanyakan IPTA dan tajuk-tajuk lain seperti penyelidikan fundamental, biasiswa dan latihan penyelidikan universiti, perancangan strategik ICT menggunakan peruntukan jauh lebih rendah daripada anggaran dan tidak menggunakan— ada pula yang tidak menggunakan langsung. Di kalangan IPTA, hanya UPM dan UMK sahaja yang menggunakan anggaran perbelanjaan sepenuhnya.

Kubang Pasu ingin menyenaraikan beberapa contoh IPTA ini. Politeknik― anggaran RM373 juta. Yang digunakan hanya RM155 juta. Universiti Malaya― RM121 juta. Yang digunakan hanya RM109 juta sahaja. PPUM— universiti― 136 kepada RM38 juta. UKM― sepatutnya digunakan untuk pembangunan RM262 juta tapi menggunakan hanya RM107 juta sahaja. Dan banyak lagi universiti lain yang sebegitu kecuali UMK yang saya sebutkan tadi.

Persoalannya ialah kenapakah anggaran asal dipinda? Mohon Menteri untuk memberikan penjelasan tentang perkara ini.

Seterusnya, KPT berperanan besar dalam pembangunan modal insan negara bagi menjayakan agenda negara dalam pelbagai aspek. Ia mencakupi menyediakan talent, bakat bagi menjayakan New Industrial Master Plan 2030, National Semiconductor Strategy, National Energy Transition Roadmap, sasaran zero emission menjelang 2020–2050 dan sebagainya.

draft • 2:57 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

KPT juga berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam mengemudi pendidikan tinggi negara. Antaranya kebolehpasaran graduan sungguhpun kadar kebolehanpasaran graduan agak tinggi melebihi 90 peratus. Tapi isu underemployment perlu diberi perhatian.

Underemployment bermakna pekerjaan yang diperolehi tidak setaraf dengan kelulusan

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

graduan iaitu pemegang ijazah sarjana muda dalam pentadbiran bekerja sebagai PA atau kerani. Ini kerana pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan kemahiran tidak mencukupi.

Seterusnya, graduan dalam bidang teknikal terutamanya kejuruteraan fundamental sains seperti kimia, fizik, biologi dan matematik tidak mencukupi bagi menampung keperluan industri seperti semikonduktor dan sebagainya. Isu graduan dalam bidang teknikal berkait rapat dengan pelajar-pelajar yang memilih STEM A iaitu Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik Tambahan dan STEM B, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan atau Perakaunan dan Sains Komputer di peringkat Tingkatan 4.

Cabarannya ialah yang memilih STEM A, STEM B hanyalah 20 peratus jauh daripada sasaran 60 peratus. Sebenarnya pelajar-pelajar inilah yang akan menjadi feeder kepada IPT.

Mismatch antara subjek program yang dipelajari dari IPT berbanding dengan keperluan pasaran, ini satu cabaran yang perlu ditangani. Di samping itu, terdapat graduan yang jumlahnya signifikan tidak mendapat pekerjaan selepas lebih enam bulan memperoleh ijazah atau diploma.

Cabaran seterusnya ia terdapat disconnect antara kemahiran praktikal yang diperlukan oleh industri dengan apa yang dipelajari oleh kolej atau universiti. Masalahnya mungkin berpunca daripada banyak program di IPT masih supply-driven, dengan izin, dengan input yang minimum daripada industri majikan ataupun majikan iaitu tidak berasaskan kepada dunia sebenar keperluan pekerjaan.

Cabaran yang seterusnya ialah melaksanakan kolaborasi R&D antara akademia dan industri. Kolaborasi ini terutamanya dalam bidang teknikal adalah perkongsian strategi yang berasaskan pertukaran ilmu pengetahuan, kemahiran dan sumber-sumber antara institusi akademik dan industri bagi menghasilkan inovasi dan memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Saya sendiri ada sedikit pengalaman sewaktu melaksanakan penyelidikan ijazah PhD United Kingdom pada tahun 80-an. Penyelia PhD saya dan saya sendiri melaksanakan kolaborasi dengan Dunlop untuk menggunakan rubber composite bagi produk hos air di bahagian enjin kereta. Kubang Pasu ingin bertanya kepada Menteri. Setakat ini berapa banyakkah kolaborasi yang direalisasikan dan apakah bidang R&D yang terbaik?

Sehubungan itu, Kubang Pasu minta Yang Berhormat Menteri memberikan penjelasan tentang cabaran-cabaran yang disebutkan sebentar tadi. Apakah strategi dan langkah tindakan yang telah diambil, sedang diambil dan akan diambil bagi mengatasi cabaran-cabaran ini?

Seterusnya, last sekali, terakhir sekali mengenai pencapaian pendidikan tinggi negara. Dalam laporan terkini QS dinyatakan bahawa Malaysia berada di tempat yang kedua di Asia dalam menambah baik sistem pendidikan negara ataupun Asia’s second-most improved higher education system. Ini satu berita yang baik kepada negara.

Kemajuan ini tercapai kerana peningkatan reputasi akademik di mana 73 peratus universiti-universiti di Malaysia menunjukkan kenaikan dalam ranking. 10 universiti di

draft • 3:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Malaysia menduduki tempat Top 100 ataupun Top 100, 10 percent di Asia. Universiti-universiti itu ialah Universiti Malaya ranking nombor 15, UPM, UKM nombor 24. Seterusnya last sekali ialah UUM menduduki tempat 65. Ini pencapaian yang mengagumkan kerana 550 institusi pendidikan tinggi di Asia terlibat dalam ranking 2026 ini.

Setinggi tahniah dan syabas kepada KPT dan universiti-universiti yang menunjukkan prestasi yang amat cemerlang ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Sri Gading.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran 105 pelajar Tingkatan 6 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Sulaiman, Batu Pahat, dalam Parlimen Sri Gading yang berada di dalam Dewan sekarang ini.

[Tepuk] Bersama dengan Guru Penolong Kanan dia, Puan Lee Soh Hun dan 14 guru pengiring Tingkatan 6.

Selamat datang kepada anak-anak dan guru-guru.

Sri Gading ingin membahaskan ada tiga perkara penting berkaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Yang pertama sekali tentang isu kesihatan seksual di kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi. Berdasarkan kepada laporan tidak rasmi, terdapat kebimbangan bahawa kadar jangkitan HIV dan penyakit kelamin (STI) di kalangan mahasiswa menunjukkan trend peningkatan. Ini memberikan satu perkara yang agak menggusarkan bagi pihak rakyat khususnya dan kepada ibu bapa.

Untuk tujuan dasar dan tindakan berkesan, apakah— bolehkah Sri Gading dapatkan data rasmi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kadar sebenar jangkitan ini di kampus-kampus yang terlibat? Dalam hal ini juga, Sri Gading ingin mengetahui sama ada peningkatan kes berlaku secara menyeluruh di semua universiti atau universiti-universiti tertentu sahaja. Maklumat ini amat penting kerana ia boleh memberikan kementerian kenal pasti kampus yang memerlukan intervensi segera supaya mengelakkan stigma yang tidak berasas terhadap seluruh mahasiswa.

Selain itu, KPT telah menyatakan terdapat usaha kesedaran mengenai gaya hidup sihat dan pencegahan penyakit berkaitan kesihatan seksual ini. Sri Gading ingin menyatakan ataupun meminta penjelasan daripada kementerian keberkesanan program-program tersebut setakat ini. Indikator yang relevan termasuk kadar penyertaan mahasiswa dalam program yang tersebut, perubahan tingkah laku mereka serta penurunan kes STI dan HIV di kampus. Penjelasan berasaskan data ini amat penting kerana isu ini bukan sahaja berkaitan kesihatan tetapi juga mudarat institusi— imej institusi pengajian tinggi di samping masa depan pelajar itu sendiri.

Butiran 010400 – Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi. Selain daripada isu kesihatan, Sri Gading ingin menekankan peranan alumni dalam pembangunan

draft • 3:04 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

bakat dan kesinambungan kerjaya graduan. Kerana apa? Kerana para alumni yang telah berkerjaya yang ada profesion yang baik, boleh menjadikan pelajar-pelajar di peringkat universiti sebagai jaringan profesional, sebagai mentor dan peluang kerjaya yang lebih baik kepada para graduan yang baru bergraduat.

Oleh itu, Sri Gading mohon penjelasan daripada KPT tentang bagaimana kementerian memastikan universiti membina mekanisme berkesan bagi mengintegrasikan alumni dalam pembangunan bakat, mobiliti graduan dan program global. Kerana apa?

Kerana kerjasama ini akan mewujudkan program formal mentoring, kerjasama industri dan juga jaringan alumni antarabangsa.

Di sinilah peranan yang penting untuk alumni memberikan bantuan kepada pelajar- pelajar baharu ataupun graduan yang baru nak bergraduat di mana kalau kita dapat lihat di sini, indikator bukan sahaja penting kepada penarafan universiti seperti mana yang disebut oleh Kubang Pasu tadi, tapi juga penarafan di peringkat global di mana graduan-graduan Malaysia relevan bukan sahaja dengan kehendak industri di dalam negara bahkan di peringkat global.

Perkara yang ketiga, Butiran 05000 – UTHM ataupun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang berada di dalam Parlimen Sri Gading. Sri Gading ingin menumpukan perhatian khusus kepada UTHM yang telah dilantik sebagai universiti peneraju bagi sektor pengangkutan rel negara melalui inisiatif, Malaysia railway industry integration initiative. Inisiatif ini merupakan langkah strategik negara untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang selaras dengan projek mega seperti ECRL, MRT3 dan modenisasi KTMB. Dalam hal ini, bolehkah KPT jelaskan hala tuju strategik kementerian bagi memastikan mandat ini diterjemahkan secara efektif?

draft • 3:04 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sri Gading juga ingin tahu bagaimana kementerian memastikan tenaga kerja yang dihasilkan benar-benar menepati standard industri dan bukan sekadar memenuhi kuota graduan tanpa kompetensi untuk mendapatkan pekerjaan?

Melihat kepada konsortium besar yang melibatkan IPTA, IPTS, kolej komuniti, Adtec, serta pemain industri seperti MRT Corporation, KTMB, M Rail Technics dan juga ECRL Maintenance. Apakah model tadbir urus yang akan digunakan untuk menyelaras kerjasama universiti-universiti dalam industri ini? Model ini amat penting bagi mengelakkan pertindihan program, pembaziran kos dan penghasilan graduan yang tidak relevan dengan kehendak industri.

Sri Gading juga ingin menekankan bahawa kejayaan inisiatif ini akan menjadi ikon kepada kemampuan negara membangunkan modal insan yang kompeten dalam sektor strategik. Seterusnya, memberi impak positif kepada ekonomi, inovasi negara dan juga peluang pekerjaan kepada graduan daripada UTHM. Sri Gading menyokong. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya menjemput Pokok Sena.

draft • 3:10 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tan Sri Pengerusi.

Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Pihak kementerian sebelum ini telah memaklumkan mengenai penempatan 280 kaunselor bertauliah di pusat kaunseling pelajar di universiti awam. Jadi, saya ingin tahu yang pertama, mengenai sejauh manakah engagement para pelajar di universiti awam dengan pusat kaunseling pelajar masing-masing, khususnya dalam kes-kes yang melibatkan isu kesihatan mental yang serius seperti kemurungan serta kebimbangan dan tekanan melampau?

Kedua, Tan Sri Pengerusi. Sejauh mana perkembangan penubuhan Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia? Dan apakah strategi-strategi berasingan yang dilaksanakan di peringkat kementerian bagi memastikan isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti awam dapat ditangani secara menyeluruh?

Selain itu Tan Sri Pengerusi, saya juga bimbang isu kos sara hidup pelajar yang sedang dihadapi pada masa kini. Ia bukan lagi perkara remeh tapi yang pastinya, ia adalah krisis senyap yang sedang menghakis masa depan modal insan negara. Di kampus-kampus, ramai mahasiswa terpaksa menggabungkan jadual kuliah dengan kerja sambilan, semata- mata untuk membayar kos sepanjang mereka berada di universiti seperti sewa bilik, pengangkutan dan makanan asas.

Dalam masa yang sama, yuran pengajian, caj kolej dan kos bahan pembelajaran tidak menunjukkan tanda-tanda menurun. Malah, tidak cukup dengan itu, mereka dibebani dengan beban hutang yang menunggu selepas tamat pengajian. Ramai graduan memulakan hidup dewasa mereka dengan tanggungan hutang pinjaman pendidikan.

Tambahan pula, mereka memasuki pasaran kerja yang bergaji rendah dan tidak stabil. Ini bukan sahaja menangguhkan keputusan penting seperti berkahwin, membeli rumah atau memulakan perniagaan. Bahkan, melemahkan keupayaan negara membina kelas menengah yang kukuh dan produktif. Jadi kebimbangan kita, isu tunggakan hutang dan sebagainya dalam kehidupan mahasiswa amat berat. Janganlah sampai sebagaimana yang disebut oleh sesetengah orang, “Lebih baik masuk pusat serenti berbanding masuk universiti kerana masuk pusat serenti, bila keluar tidak tertunggak dengan hutang.” Justeru, saya berpendapat Bajet 2026 mesti berani merombak pendekatan kebajikan pelajar dan struktur hutang pendidikan supaya graduan kita bukan sekadar pekerja berhutang tetapi pemacu pembangunan ekonomi yang yakin, bebas dan berdaya saing. Saya masih tertanya dengan janji kerajaan yang berjanji dalam manifesto untuk menghapuskan hutang PTPTN dan menawarkan pembelajaran secara percuma.

Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Tan Sri Pengerusi, baru ini timbul isu yang hangat dibahaskan di pelbagai peringkat berhubung dengan isu pembinaan kapal Rom oleh pelaut Melayu. Saya berpandangan isu sebegini harus diselesaikan secara akademik.

Maksudnya, satu pihak yang mengeluarkan dakwaan, harus membuktikan perkara tersebut

draft • 3:11 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

sama ada melalui kajian jurnal mahupun kajian saintifik di lapangan. Begitu juga pihak yang merasakan dakwaan tersebut tidak tepat, harus melakukannya melalui kajian saintifik yang jelas juga.

Universiti sememangnya tempat untuk para cendekiawan menguji dan membenarkan hipotesis mereka melalui penyelidikan. Apabila kita bercakap tentang penyelidikan dan inovasi di universiti, soalan pokok yang mesti, yang perlu dijawab ialah berapa banyak sebenarnya masalah rakyat dan industri yang benar-benar diselesaikan melalui penyelidikan? Budaya penyelidikan masih pada ketika ini dilihat terlalu tertumpu kepada memenuhi KPI seperti jumlah penerbitan jurnal. Sedangkan komuniti petani, nelayan, usahawan kecil, PBT, agensi lapangan sering tidak merasai manfaatnya.

Para pensyarah dikejar untuk menyiapkan penyelidikan. Geran habis, laporan siap, seminar dianjur. Namun, pemindahan teknologi tidak sampai ke kampung dan inovasi sosial tidak tiba kepada golongan rentan. Ini mewujudkan jurang kepercayaan antara universiti dengan masyarakat yang membiayai mereka melalui cukai.

Dalam konteks Bajet 2026, seharusnya KPT perlu menekan kepada budaya penyelidikan dan inovasi yang lebih realistik iaitu bermula dengan keperluan sebenar di lapangan dan berakhir dengan perubahan yang boleh diukur. Setiap ringgit geran penyelidikan perlu diikat dengan laluan impak yang jelas sama ada ia berbentuk teknologi yang diguna pakai, dasar yang diubahsuai, pekerjaan baharu yang diwujudkan atau kecekapan kos kepada industri.

Hanya dengan cara ini, universiti boleh menjadi pusat solusi, bukan sekadar kilang kertas akademik dan ekosistem penyelidikan negara benar-benar menjadi pemacu berdaya saing ekonomi serta kesejahteraan komuniti. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:11 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Jelutong.

draft • 3:11 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi dan Butiran 010300 – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Tan Sri Pengerusi, soalan saya kepada kementerian adalah, kita lihat bahawa banyak orang yang— individu yang menggelarkan diri sebagai Dr., yang ada kelayakan profesor. Ada universiti swasta dan universiti tempatan yang menawarkan ijazah. Selepas itu, Masters, dengan izin, dan selepas itu Doktor Falsafah, di mana seseorang itu layak untuk dipanggil sebagai seorang Dr. Bagaimana kementerian dan kerajaan ingin memastikan bahawa kita mengawal, menyelia kelayakan-kelayakan yang diberikan kepada seseorang itu sebagai seorang Dr.

Saya lihat bahawa baru-baru ini terdapat banyak kontroversi. Bahkan, dalam Parlimen pun kita tahu ada seorang Ahli Parlimen yang bergelar seorang Dr. telah mengeluarkan kenyataan, kononnya parti DAP ini ada kaitan dengan parti komunis. Ada

draft • 3:17 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

seorang Ahli Parlimen. Saya tidak mahu menyentuhlah tapi kita tahu seorang yang telah layak daripada Universiti Sains Malaysia, Ahli Parlimen yang terpelajar, memanggil, mengata, menuduh bahawa DAP ini adalah parti komunis dan mempunyai kaitan dengan komunis.

Saya menyentuh tentang seorang profesor yang telah menyatakan bahawa— saya ini bangga bila di bangku sekolah dulu bangga dengan hulubalang Melayu. Kita belajar Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang Kasturi, tentang Kesultanan Melayu, Parameswara yang kemudiannya dikenali sebagai Sultan Iskandar Shah yang memeluk agama Islam.

Tapi ada seorang profesor yang mengatakan bahawa kesemua cerita-cerita ini mungkin tak wujud. Apakah kita ingin mencetuskan satu polemik semata-mata untuk tujuan kita menjadi popular? Ini adalah sejarah. Kita bangga dengan sejarah kita. Kita lihat gambar- gambar P. Ramlee yang menterjemahkan hulubalang Melayu di Melaka – Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Tuah yang setia kepada Kesultanan Melayu pada masa itu. Perkara-perkara - sifat-sifat ini adalah sifat-sifat yang kita bangga.

draft • 3:17 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tiba-tiba ada pula seorang profesor kangkung yang mengatakan oh semua ini adalah cerita dongeng. Parameswara tak wujud. Tak berlaku kejadian di pohon Melaka di antara pelanduk dan anjing dan sebagainya. Bagaimana kita ingin memastikan bahawa perkara- perkara ini tidak berlaku. Macam mana kita ingin mengawal kelayakan-kelayakan untuk memastikan bahawa tak ada profesor-profesor yang akan mencetuskan polemik-polemik yang sungguh berbahaya.

Baru-baru ini Tan Sri Pengerusi profesor yang sama ini juga mengatakan Pulau Pinang adalah milik Kedah. Dan beliau akan menyokong tindakan oleh Kerajaan Kedah untuk menuntut Pulau Pinang. Ini perkara asas. Dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 1 telah menyatakan bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang berdaulat. Kenapa pula polemik ini dimainkan? Sik, biar saya habis Sik.

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong, bagi lah.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Biar saya habiskan dulu Sik.

Saya tiada masa.

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bagi. Saya nak mencelah.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sik. Saya tak ada masa. Minta maaf. Sik boleh bahas nanti. Ini isu adalah kelayakan...

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bagi lah Jelutong.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita bahas tentang saya ingin menyentuh bagaimana kerajaan ingin memastikan bahawa kita mengawal kelayakan...

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sik minta maaf Sik. Saya tak bagi. Saya tak ada masa Sik. Ini isu Pulau Pinang, serius. Bukan untuk dimain-mainkan. Ini kita bincang tentang seorang profesor, Tan Sri Pengerusi. Masuk sekolah pun kita tahu.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dalam Pengajian Am Tingkatan 6, kita dah belajar Perlembagaan Malaysia, mengesahkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong bagi sikit, Jelutong. Kalau berani bagi Jelutong.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Silakan.

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jelutong, kalau Jelutong tak bersetuju dengan pandangan profesor itu boleh saya nak atur debat di luar antara Jelutong dengan profesor itu? Beliau bercakap berkaitan dengan sejarah. Sejarah tak boleh dinafikan. Jelas.

Tidak boleh diubah-ubah. Pulau Pinang adalah dalam sejarahnya hak Kerajaan Kesultanan Kedah termaktub semua buku-buku sejarah. Kenapa nak nafikan benda itu? Jelutong setuju tak saya nak anjurkan debat antara Jelutong dengan profesor tersebut?

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sik saya— boleh saya respons? Sik dah tanya soalan. Saya respons. Duduk dulu Sik. Tan Sri Pengerusi saya ingin menyatakan bahawa perkara ini tak perlu kita debat. Perkara ini telah terletak dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Buang masa sahaja debat dengan profesor kangkung ini.

Buang masa.

Bagi saya, saya berdiri di sini sebagai seorang warganegara Malaysia yang menghormati Perlembagaan Persekutuan, yang menghormati bahasa saya, bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda, bahasa rasmi, menghormati Raja-raja Melayu, menghormati agama Islam sebagai agama rasmi dan pada masa yang sama saya minta sebagai semua warganegara Malaysia menghormati Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang berdaulat.

Tan Sri Pengerusi, akhirnya saya ingin menyatakan saya menuntut tindakan- tindakan...

draft • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jelutong, Puncak Borneo. Minta penjelasan sikit.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Puncak Borneo nak minta juga? Belah sini nak minta juga?

draft • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Minta sikit sahaja.

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Silakan.

draft • 3:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya amat bersetuju bahawa kita hendaklah menghormati Perlembagaan tetapi kenapa Sabah dan Sarawak dalam Perlembagaan pun Kerajaan Persekutuan main kona sini, kona sana. Jadi saya setuju kita diajar untuk menghormati Rukun Negara. Kita diajar untuk menghormati Perlembagaan tetapi apabila sampai hak Sabah dan Sarawak dia pula main hide and seek. Apa pendapat Jelutong?

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Pengerusi, saya akan landing. Itu saya minta supaya barisan Kabinet jawab. Mungkin saya tak layak untuk jawab tapi saya menuntut akhirnya supaya tindakan diambil terhadap profesor ini oleh kementerian ataupun pihak-pihak yang berkuasa supaya beliau berhenti mencetuskan huru-hara,

draft • 3:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

kontroversi dan menyebabkan pelbagai polemik di kalangan rakyat Malaysia. Sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Kapar.

draft • 3:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Pengerusi atas peluang untuk membahas Belanjawan 2026 untuk Kementerian Pendidikan Tinggi, peringkat Jawatankuasa yang diperuntukkan RM18.5 bilion.

Kapar merujuk B.64 Butiran 010000 – Pengurusan khususnya 010200 – Pendidikan Tinggi. Peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi meningkat setiap tahun, namun semakin— setiap tahun kita naik kita lihat ia naik, KPT dilihat tidak memberi penekanan kepada penyelidikan dan inovasi walaupun KPT menekankan kepada penyelidikan dan inovasi. Duitnya tak dibagi Menteri.

Soalan Kapar, berapa jumlah keseluruhan peruntukan R&D di bawah KPT untuk IPTA dalam lima tahun kebelakangan ini dan daripada jumlah itu berapa banyak yang telah menghasilkan output nyata yang boleh diaudit seperti paten didaftarkan, syarikat speed-off, produknya dikomersialkan atau polisi awam yang diadaptasi oleh kementerian lain?

Bagaimana KPT memastikan belanjawan R&D benar-benar memberi peluang pulangan kepada rakyat tanpa angka di atas? Jadi kita nak tahu. Adakah KPT mempunyai sasaran minimum misalnya sekurang-kurangnya 20, 30 peratus projek R&D mesti menunjukkan penggunaan di industri atau komuniti dalam masa tiga tahun. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), RM31 juta. Setiap program memerlukan pensyarah makmal, pejabat dan pentadbiran sendiri.

Apakah penilaian value for money dengan izin yang dilakukan oleh KPT ke atas program-program yang bertindan di pelbagai IPTA? Adakah KPT bersetuju bahawa mengekalkan terlalu banyak program serupa dengan enrolment yang rendah sebenarnya membebankan belanjawan tanpa impak yang setimpal kepada industri dan ekonomi.

Apakah strategi KPT untuk memastikan universiti awam mempunyai kepakaran dan fokus berbeza? Contoh universiti tertentu dijadikan pusat rujukan. Saya lihat di sini katakan Sabah sebagai pusat contoh— sebagai pusat ilmu laut Nusantara. Sebab dia dikelilingi oleh lautan dan sebagainya. Mungkin untuk agromakanan, untuk teknologi. Satu lagi universiti untuk teknologi digital, satu lagi untuk perubatan dan kesihatan bermakna semuanya bukan semuanya universiti membuka program generik yang sama.

IPT sepatutnya membantu menyelesaikan masalah negara, mengupayakan negara untuk memenuhi keperluan, menjamin kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan negara atau bottom line kita mengilmukan rakyat hingga ke menara gading ialah to fulfil the country needs, membangunkan modal insan yang mempunyai kapasiti dan kemampuan untuk membangunkan tamadun yang mampan sejajar dengan prinsip, misi KPKT.

draft • 3:24 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

P.64 040000 – TVET khususnya pendidikan politeknik dan kolej komuniti. Dalam Bajet 2026 kerajaan memperuntukkan kurang daripada 10 peratus mengalir terus kepada ekosistem TVET, politeknik dan kolej komuniti. Hakikatnya negara masih kekurangan tenaga mahir. Kita perlukan 35 peratus tenaga mahir tetapi kekal sekitar 28 hingga 29 peratus. Lebih 60 percent politeknik dan kolej komuniti beroperasi dengan fasiliti berusia 15 hingga 20 tahun.

Bengkel mekanikal, automasi, mekatronik, kimpalan, teknologi makanan kebanyakan ketinggalan satu hingga dua generasi. Bagaimana pelajar mahu bersedia untuk industri EV, automasi, robotik dan dron jika peralatan asas pun lapuk. Jadi soalan saya berapa jumlah khusus untuk pemodenan peralatan politeknik dan kolej komuniti? Dan apakah sasaran penempatan kerja graduan dalam bidang khusus? Boleh kah kerajaan komited pada KPI 80 peratus dalam enam bulan selepas tamat? Bilakah model apprenticeship berbayar akan dilaksanakan secara menyeluruh? Bukan pilot kecil-kecilan sahaja.

Pengerusi, UiTM menerima sebahagian besar peruntukan pembangunan universiti awam kerana ia menampung lebih 160,000 pelajar seluruh negara. Persoalan utama adakah program UiTM benar-benar sejajar dengan permintaan industri hari ini dan masa depan?

Khususnya di kawasan Parlimen seperti Kapar yang merupakan zon industri strategik bagi sektor E&E, automasi, tenaga, logistik dan pembuatan berteknologi tinggi.

Kapar kini menghadapi keperluan mendadak terhadap juruteknik automasi, tenaga boleh baharu, penyelenggaraan industri, keselamatan proses, AI industri dan pekerja berkemahiran tinggi. Tapi hanya 35 peratus graduan TVET, universiti mempunyai kompetensi industri yang terus boleh diserap tanpa latihan tambahan sebab dia kena tambah lagi.

draft • 3:24 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, saya mencadangkan UiTM perlu menubuhkan industry skill satellite campus di kawasan industri seperti Kapar. Walaupun dia dekat dengan UiTM ya, fokus model praktikal 60 hingga 70 peratus dengan mesin sebenar, bukan teori semata-mata. Hands-on training. Dual training module dengan syarikat industri Kapar, enam bulan di kuliah, enam bulan di kilang logistik, tenaga dan sebagainya.

Dan, audit kebolehpasaran graduan UiTM setiap tahun secara telus mengikut keperluan industri daerah, bukan sekadar purata nasional sahaja, on average, on average ya.

Jadi, sikit lagi, Pengerusi. Saya nak ini kan, pasal niche IPT ini. IPT yang khusus kepakaran mengenai satu-satu yang khusus, subjek yang khusus. Contoh, oceanography. Tadi, saya sebut kepada Universiti Sabah. Kita lihat, kenapa UMS ini sepatutnya menjadi fokus sebab strateginya, lokasinya strategik. Dia berhadapan dengan Laut China Selatan. Dengan Borneo, antara biodiversiti tertinggi di dunia.

Macam-macam ya.

draft • 3:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, alang-alang Sabah popular ya, tentang perikanan, marin, pelancongan dan sebagainya, maka betul-betul bangunkan UMS yang berada di DUN Karambunai, di Kota Kinabalu ini supaya ia betul-betul menjadi mercu. Cakap pasal oceanography, marine science, di UMS. Alhamdulillah, kita ada pensyarah yang menjadi apa— landing ini, Tan Sri. Menjadi apa— calon di sana ya. Ya, sebab dia boleh membantu kepentingan ekonomi juga ya. Industri perikanan dan sebagainya, sumber laut.

Untuk Selangor, kita balik Selangor. Industri berteknologi tinggi. Jadi, IPT di Selangor sepatutnya fokus dekat sini, bersama dengan Penanglah sebab semiconductor engineering and chip design, AI governance, policy and safety, automation and robotics manufacturing, digital health, telemedicine, data governance, green energy, industrial transformation. Maka, saya rasa, banyak yang IPT, Kementerian Pendidikan Tinggi perlu tumpukan.

Banyak lagi saya nak apa, Tan Sri tetapi untuk menghormatkan masa orang lain itu, jadi dia kena dilihat secara menyeluruh dan lihat apakah keperluan sebenarnya. Dia bukan masuk universiti, habis tiga tahun, dapat sijil. Selepas itu, dah dapat kerja, tak dapat kerja. Selepas itu, bagi pula Sumbangan RAHMAH ke apa benda ke, kan. Kita tak nak macam itulah. Kita nak biar berbaloi, setiap tiga tahun, empat tahun ke, lima tahun dia duduk di IPT. Yang keluar, dia boleh menyumbang.

Terima kasih Pengerusi.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Macam mana Sumbangan RAHMAH masuk universiti ini?

[Ketawa] Baik. Silakan, Bakri.

draft • 3:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi. Tan Sri Pengerusi, saya ingin membangkitkan berkenaan isu pengecualian bayaran balik PTPTN kepada graduan Ijazah Kelas Pertama.

Tan Sri Pengerusi, saya menganggap bahawa dasar ini adalah diwujudkan sebagai satu tanda penghormatan, satu tanda pengiktirafan kepada mereka yang belajar rajin dan mencapai kecemerlangan dalam ijazah mereka.

Maka, apabila kerajaan mengumumkan bahawa pengecualian untuk bayar balik ini hanya diberikan kepada golongan B40 dan M40 sahaja, saya rasa pengumuman ini telah secara tidak langsung melemahkan semangat pelajar-pelajar yang cemerlang ini. Sebab, saya lihat pengecualian ini dia bukan bersifat kebajikan tetapi bersifat satu penggalakan. Maka, dia tidak sepatutnya dihad kepada ataupun

draft • 3:33 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

dia tidak sepatutnya mengecualikan golongan-golongan T20 yang mencapai kecemerlangan dalam ijazah mereka.

Jadi, Yang Berhormat, saya harap nanti apabila dilaksanakan nanti pada tahun hadapan, kita pulih balik. Pulih balik supaya pengecualian ini diberikan bukan sahaja kepada B40, M40 tetapi kepada semua pelajar yang telah mencapai kelas pertama dalam ijazah mereka.

Dia tidak sewajarnya ya, tidak sewajarnya mengehadkan hanya kepada mereka yang susah. Sebab, bagi saya kerajaan telah membantu golongan B40 dan M40 ini melalui Program Siswa Sulung 2026 yang telah memberikan pendidikan percuma kepada anak-anak B40. Maka, ini merupakan satu dasar yang bersifat kebajikan iaitu membantu mereka yang kurang berkemampuan.

Maka, apabila sampai di bab pengecualian atau satu pengiktirafan ke atas usaha gigih pelajar-pelajar ini, dia sewajarnya diberikan kepada semua. Jadi, sekali lagi saya harap, perkara-perkara ini mendapat perhatian daripada kerajaan dan kementerian ya, supaya kita mengukuhkan lagi ya, budaya merit dan mengurangkan brain drain yang mungkin ya berlaku sekiranya kita sentiasa mengeluarkan atau mencadangkan dasar yang akan melemahkan semangat di kalangan orang-orang yang cemerlang ini.

Isu yang kedua adalah berkenaan dengan amaun yang dipinjamkan oleh PTPTN kepada pelajar-pelajar. Bayangkan Tan Sri Pengerusi, saya juga bekas peminjam PTPTN semasa saya menuntut ijazah saya. Waktu itu, saya mendapat setiap tahun, RM7,000. Selepas 25 tahun, hari ini berapakah yang pelajar-pelajar baru dapat? Sama. Sama dari segi amaun dia Tan Sri Pengerusi iaitu RM7,000 setahun.

Tetapi, inflasi berlaku. Selepas 20 tahun, sebab― selepas 25 tahun, inflasi berlaku. Kalau dulu, wantan mi, semangkuk wantan mi, harga RM2.50. Hari ini, RM7.00 pun tak dapat. Lebih daripada tiga kali ganda naik. Tetapi, PTPTN tak naik- naik lagi. Jadi, saya minta supaya PTPTN mempertimbangkan ya, mengeluarkan kalkulator mereka untuk menaikkan pinjaman yang diberikan kepada peminjam- peminjam yang bakal memasuki universiti nanti. Sebab, ini penting. Bagi mereka yang meminjam PTPTN, ini adalah di mana sumbernya untuk menampung sara hidup dan kos pengajian mereka. Jadi, sekali lagi saya memohon supaya PTPTN memberikan pertimbangan untuk menambahkan lagi pinjaman.

Dan, isu yang ketiga Tan Sri Pengerusi iaitu berkenaan dengan satu pengumuman ataupun jawapan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi pada Ogos

draft • 3:33 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

yang lalu berkenaan dengan komposisi pelajar-pelajar di universiti awam di mana dalam jawapan tersebut telah menunjukkan bahawa 85.9 peratus daripada pelajar- pelajar di universiti awam adalah daripada kalangan pelajar-pelajar bumiputera. Bagi saya, ini satu angka yang bagi saya membimbangkan.

Saya tidak mempertikaikan akses kepada pendidikan tinggi oleh mana-mana kelompok. Tetapi, saya nak tanya kepada pihak kementerian di mana angka hanya 14 peratus di kalangan pelajar-pelajar bukan bumiputera ini, adakah disebabkan bahawa pelajar-pelajar bukan bumiputera ini memang tidak layak ataupun ada berlakunya kekurangan di dalam sistem kita ataupun ada halangan secara structural ya? Ada structural resistance di dalam sistem pengambilan pelajar di universiti awam ini.

draft • 3:33 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Sebab apa saya menimbulkan isu ini? Sebab, universiti awam ini, bagi saya adalah satu enjin mobiliti sosial. Saya satu contoh yang terbaik. Kalau saya tidak berpeluang untuk memasuki Universiti Teknologi Malaysia, pada hari ini, saya tidak akan berada di dalam Dewan yang mulia ini. Saya adalah daripada satu keluarga yang miskin.

Sebenarnya, keluarga ibu tunggal di mana arwah ayah saya telah meninggal dunia sewaktu saya 14 tahun lagi. Kalau bukan masuk ke Universiti Teknologi Malaysia, saya memang tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi swasta sebab yuran dia sangat-sangat mahal.

Maka, sekiranya kita menutup atau mengecilkan pintu kemasukan di kalangan terutamanya pelajar-pelajar bukan bumiputera ini, ini seolah-olah telah memutuskan harapan mereka untuk menjadi ataupun mengubah keadaan mereka pada sekarang iaitu kalau mereka nak keluar daripada B40, tiada jalan lain.

Hanyalah, hanyalah melalui rajin belajar dan masuk ke universiti awam tetapi apabila kita lihat hanya lebih kurang 16, 15 peratus sahaja yang dibenarkan masuk ke universiti awam, maka di manakah harapan bagi pelajar-pelajar bukan bumiputera ini terutamanya di kalangan keluarga-keluarga B40?

Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri, mungkin hari ini Timbalan Menteri yang menjawab. Apabila menjawab nanti, memberikan satu jaminan di dalam Dewan yang mulia ini dan kepada rakyat keseluruhan supaya ada satu kepastian di mana kita ada akses yang seimbang untuk semua kelompok, semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang supaya mereka dapat akses yang adil ke universiti awam.

Maka, di antara pertikaian adalah channel atau saluran kemasukan yang berbeza

draft • 3:40 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

yang secara tidak langsung telah menutup ataupun mengecilkan pintu kemasukan ke universiti awam bagi kalangan pelajar-pelajar bukan bumiputera ini.

Jadi, saya harap perkara-perkara ini dapat kita betulkan supaya kita mencapai satu masyarakat yang betul-betul menegakkan keadilan sosial di kalangan semua rakyat dan di akhirnya; Dari desa ke kota mengejar impian, Ilmu pengetahuan mengubah kehidupan; Mobiliti sosial melalui pendidikan, Universiti awam harapan rakyat bawahan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Balik Pulau.

draft • 3:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi kerana memberikan ruang kepada Balik Pulau untuk turut membahas Belanjawan Kementerian Pendidikan Tinggi di peringkat Jawatankuasa 2026. Tan Sri Pengerusi, saya ingin mulakan dengan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat maju jaya buat calon-calon SPM 2025 khususnya calon SPM di Parlimen Balik Pulau.

Kebolehpasaran graduan dan keperluan reformasi kurikulum. Menurut Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi, hari ini kita melihat sebahagian graduan masih belum benar-benar bersedia untuk dunia pekerjaan. Majikan selalu menyebut tentang kekurangan kemahiran komunikasi, pemikiran kritikal (critical thinking) dan pengalaman industri. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya latihan industri

(internship) diwajibkan minimum enam bulan bagi program tertentu khususnya iaitu bidang teknikal dan profesional.

Kedua ialah industry-embedded learning, dengan izin, iaitu pensyarah dan pelajar digandingkan dengan industri sejak semester awal lagi dan ketiga, setiap IPT mempunyai essential skills module sebagai syarat graduan. Komunikasi, kepimpinan, problem solving (penyelesaian masalah) dan digital skills. Ini bukan perkara baharu, Tan Sri Pengerusi. Negara-negara maju sudah bergerak ke arah universiti berasaskan industri. Malaysia tidak boleh lagi ketinggalan.

Penjajaran TVET dan universiti. Seterusnya mengikut Butiran 040000 – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Saya juga ingin bangkitkan isu laluan TVET ke universiti masih lagi belum sempurna. Ramai pelajar politeknik dan kolej vokasional tidak dapat pemindahan kredit (credit transfer) secara seragam.

draft • 3:43 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Kita perlukan TVET ladder system yang membolehkan diploma TVET melanjutkan pelajaran ke ijazah tanpa birokrasi berlebihan. Penyelarasan standard NOSS (National Occupational Skills Standard), TVET dengan kurikulum IPTA. Jika kita benar-benar mahu Malaysia menjadi hab TVET, sistemnya mesti integrated bukan silo.

Tan Sri Pengerusi, dana penyelidikan dan industri bernilai tinggi negara.

Merujuk kepada Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental. Kita bercita-cita menjadi pemain utama dalam AI, semikonduktor, biotech dan tenaga baru (renewable energy). Namun hakikatnya, dana R&D kita masih rendah, terlalu rendah. Banyak universiti hanya bergantung kepada FRGS iaitu Fundamental Research Grant Scheme dalam skala yang kecil.

Jadi, saya mohon supaya mekanisme matching grant diperluas juga kepada universiti bersama syarikat teknologi. Pusat R&D diberi fokus pada bidang strategik, AI, climate change (perubahan iklim), EV, tenaga nuklear dan semikonduktor. Jadi, pengiktirafan dan gaji juga lebih fleksibel kepada pensyarah pakar dalam bidang kritikal. Jika kita tidak melabur dalam penyelidikan, kita akan terus bergantung kepada inovasi luar.

Kebajikan pelajar, perumahan, pengangkutan dan kos sara hidup. Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi. Saya juga ingin mengangkat suara seperti rakan-rakan yang lain tentang suara pelajar kita yang berdepan dengan tekanan dan kos sara hidup. Ramai Ahli Parlimen yang bercakap, membahaskan tentang isu ini. Isu besar hari ini ialah sewa rumah sekitar kampus yang meningkat. Pengangkutan awam tidak efisien untuk kuliah awal pagi dan lewat malam. Sebahagian pelajar B40 bergantung juga kepada food bank. Saya cadangkan— Pertama, student housing blueprint bersama PBT, standard keselamatan minimum, kawalan harga sewa dan pemetaan kawasan perumahan pelajar diwujudkan.

Kedua, bas pengangkutan pelajar seragam nasional seperti student mobility bus. Ketiga, polisi zero hunger campus. Wajibkan setiap IPT mempunyai dana kecemasan makanan khususnya untuk pelajar-pelajar B40. Negara tidak boleh membiarkan pelajar universiti kelaparan sementara kita bercakap tentang revolusi digital dan sebagainya.

Autonomi universiti dan tadbir urus. Mengikut Butiran 010400 – Pembangunan Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi. Saya ingin menyentuh soal autonomi universiti. Pelantikan naib canselor dan pentadbir universiti mesti

draft • 3:43 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

berpaksikan merit dalam rekod akademik, bukan pertimbangan politik. Saya menyokong usaha kerajaan mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti

(AUKU) untuk memberi ruang kebebasan akademik dan memperkukuh keterbukaan intelektual dan meningkatkan akauntabiliti tadbir urus.

Tan Sri Pengerusi, kita berada di satu titik penting dalam sejarah perubahan pendidikan tinggi negara. Jika kita berani melakukan reformasi, kita akan melahirkan generasi yang bukan sahaja mencari pekerjaan tetapi mencipta pekerjaan. Membawa inovasi, mengangkat martabat negara. Dengan itu, saya mohon perkara ini diambil perhatian serius oleh pihak kementerian. Sekian, terima kasih.

draft • 3:43 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Kuala Langat.

draft • 3:43 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya ingin menyentuh berkaitan dengan Program 3 – Hospital Pengajar. Prestasi outcome profesional kesihatan dan perubatan yang kompeten.

draft • 3:49 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Peratus lulus tamat pengajian pelajar prasiswazah sebenar 2024, 90.26 peratus. Sasaran 2025, 2026, 80 peratus. Peratus graduan pakar perubatan klinikal sebenar 2024, 76.15 peratus. Sasaran 2025, 2026, 60 peratus. Saya ingin bertanya, kenapakah sasaran ini diletakkan lebih rendah? Kalau kerajaan begitu serius untuk melahirkan lebih ramai profesional kesihatan dan perubatan yang kompeten, saya kira peratusan ini harus diletakkan pada tahap yang lebih tinggi daripada itu.

Terus saya kepada Butiran 030000 – Hospital Pengajar. Hospital ini adalah penting bagi melahirkan doktor-doktor yang kompeten dan mampu melakukan prosedur-prosedur. Hospital pengajar ini memberikan peluang menjalani latihan semasa prasiswazah, latihan siswazah dan juga kepakaran.

Saya ingin bertanya, sejauh manakah kebenaran kompetensi doktor-doktor pada hari ini dikatakan menurun dalam melakukan prosedur-prosedur dan peluang- peluang yang sepatutnya mereka lakukan? Adakah ini disebabkan oleh jumlah pelajar-pelajar yang semakin meningkat ataupun kurang peluang menjalani latihan ataupun prosedur-prosedur semasa mereka berada di peringkat prasiswazah ataupun latihan siswazah apabila mereka keluar daripada universiti?

Laporan Jun 2023, kuota pelajar perubatan IPT tempatan kekal. Kementerian meletakkan jumlah 4,820 setahun. Dan yang sebenarnya kurang daripada 4,000

draft • 3:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

yang dapat dikeluarkan. Dan daripada jumlah itu, tahun 2022, 3,934 ― 2,281 daripada IPTA dan 1,653 daripada IPTS.

KKM meletakkan slot latihan pengajian kepakaran program sarjana 1,500 daripada 23 bidang kepakaran, lapan universiti awam yang terlibat dan program pengajian kepakaran parallel pathway tajaan KKM, 600 slot daripada 14 bidang kepakaran. Jumlah ini masih rendah. Apakah usaha KPT untuk mempertingkatkan?

Mungkin bersama-sama dengan KKM untuk memastikan bahawa jumlah doktor- doktor dan juga pakar-pakar kita ini mencukupi untuk keperluan di dalam negara.

Hari ini kita mempunyai sembilan hospital pengajar yang telah beroperasi dan memberikan peluang untuk anak-anak ataupun pelajar-pelajar ini mendapat kepakaran mereka dan dua di dalam pembinaan dan satu di dalam perancangan.

Kita dimaklumkan Hospital Pengajar UNIMAS dengan kekuatan 300 katil yang dijangka siap sepenuhnya pada 12 November 2026 dan kemajuan lebih daripada 66 peratus.

Hospital pengajar Hospital Universiti Malaysia Sabah dijangka beroperasi sepenuhnya suku kedua 2026 dengan 400 buah katil dan dikatakan hospital pengajar yang lewat siap. Dikatakan dua blok kediaman pelajar menghadapi masalah untuk didiami dan berhadapan dengan masalah perundangan dan teknikal.

Saya ingat saya ingin minta penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah permasalahan perundangan? Adakah berkaitan dengan rasuah ataupun apa? Kita selalu dengar di Sabah ini banyak sangat isu-isu kes rasuah. Kalau ini berlaku, saya ingat akhirnya secara tidak langsung rakyat yang akan terjejas.

Berkaitan dengan Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia. Apakah status lokasinya pada hari ini? Adakah sudah selesai? Tempoh hari, ada pertimbangan-pertimbangan berkaitan sama ada nak dibangunkan di Nilai ataupun di Kota Tinggi. Sudah tentulah hospital pengajar ini harus mempertimbangkan beberapa perkara yang sangat penting termasuklah kes yang mungkin perlu mencukupi, kepadatan penduduk, demografi, nisbah empat katil kepada satu orang doktor, variasi penyakit supaya akhirnya hospital ini dapat memberikan ruangan untuk anak-anak kita dididik dengan sebaik mungkin.

Kemudian, Butiran 050000 – Program Khusus, Aktiviti 050500 – Ubat-ubatan Hospital Pengajar. Tahun 2017, lima hospital pengajar di universiti memeterai MOU mewujudkan Konsortium Hospital Universiti Awam Malaysia (KHUAM). Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan UKM, Hospital USM, Pusat Perubatan

draft • 3:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

UIAM, Pusat Perubatan UiTM antara― MoU-nya adalah untuk mengurangkan kos ubat-ubatan dan peralatan hospital sehingga 30 peratus melalui pembelian pukal.

Apakah status sehingga kini? Adakah apa-apa polisi penggunaan ubat-ubat generik di hospital-hospital pengajar ini yang mungkin akan memberikan impak kepada pesakit-pesakit apabila mereka pesakit-pesakit ini juga terpaksa membayar ubat-ubatan original yang mahal?

Kemudian, Butiran 00602 – Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Peruntukan 2025, RM38 juta; 2026, RM54.1 juta. PPUM telah membangunkan satu sistem integrasi data Total Hospital Information System menggunakan aplikasi elektronik telefon pintar. Melalui sistem integrasi ini, dua inovasi utama iaitu aplikasi mudah alih Patient Journey dan Virtual Ward yang membolehkan pesakit mengurus perjalanan rawatan serta menerima penjagaan kesihatan daripada rumah.

Sejauh mana sistem digitalisasi ini dapat dikongsikan bersama-sama dengan hospital-hospital pengajar yang lain yang ada di Malaysia ini? Dan bagaimana sistem ini dapat diintegrasikan dengan program digitalisasi kesihatan kebangsaan agar maklumat pesakit dapat dikongsi bersama dengan sistem perkhidmatan kesihatan kebangsaan?

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Selayang.

draft • 3:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tan Sri Speaker memberikan peluang kepada saya untuk membahas Bajet Kementerian Pendidikan Tinggi. Saya merujuk kepada Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi, 020100 – Universiti Malaya. 020200 – Universiti Kebangsaan Malaysia, 020300 – Universiti Sains Malaysia, 020400 – Universiti Putra Malaysia dan 020500 – Universiti Teknologi Malaysia.

Perkara pertama ialah kelima-lima universiti tersebut merupakan universiti penyelidikan atau research university. Jumlah pelajar dalam lima universiti ini adalah 180,024 orang pelajar, di mana 20.3 peratus adalah pelajar asing, pelajar antarabangsa. Soalan saya ialah― adakah benar bahawa universiti penyelidikan ini perlu menampung kos dan perbelanjaan mereka dengan pendapatan fi daripada mengambil pelajar antarabangsa kerana mereka membayar fi yang penuh?

Perkara kedua ialah, saya dimaklumkan bahawa, daripada penyataan Pengarah Pendidikan Tinggi, kelima-lima universiti ini tidak ada kuota atau garis panduan untuk menetapkan had jumlah pelajar antarabangsa yang mereka boleh

draft • 4:56 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

mengambil. Pada pandangan saya, satu garis panduan perlu diadakan. Kalau tidak ada garis panduan, bagaimana kerajaan dan universiti akan dapat untuk memastikan bahawa pengambilan pelajar asing tidak akan menafikan atau menjejaskan peluang pelajar tempatan untuk mendapat tempat di universiti-universiti tersebut?

Perkara ketiga ialah tentang kerjasama antara universiti-universiti penyelidikan dengan pihak industri. Salah satu aspek kritikal untuk menilai sama ada status universiti penyelidikan di Malaysia ialah sama ada benar-benar berkesan membawa inovasi, kolaborasi dan komersialisasi penyelidikan.

Apakah pencapaian atau kejayaan universiti-universiti penyelidikan dalam kerjasama universiti dengan industri? Khususnya, apakah kadar komersialisasi yang telah dicapai? Serta, apakah batasan dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam usaha untuk bekerjasama dengan industri?

Kajian mengenai komersialisasi di universiti awam di Malaysia mendapati bahawa kejayaan komersialisasi secara keseluruhan masih kurang memberangsangkan.

draft • 4:56 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Faktor-faktor yang menyukarkan komersialisasi termasuk kerumitan dalam perlindungan harta intelek (IP), dasar komersialisasi dan pemindahan teknologi, jurang antara penyelidik dan industri serta kekurangan pasukan keusahawanan dalam kalangan penyelidik. Apakah langkah-langkah yang dicadangkan untuk menangani cabaran-cabaran ini? Ini adalah penting supaya research university dapat mencapai matlamat mereka untuk menjadi satu enjin untuk pembangunan kita.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan jawapan dalam sesi menggulung selepas ini. Saya menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Malaysia MADANI.

Puan Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2026 bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

draft • 4:01 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Shah Alam adalah bandar pendidikan. Di Shah Alam ada Universiti Teknologi Mara

(UiTM), ada Universiti Selangor (UNISEL), ada MSU, Malaysia Science University, ada Politeknik Shah Alam, ada Kolej Vokasional Shah Alam. Memang sebagian besar daripada penduduk Shah Alam adalah dihuni oleh pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.

Bagi tahun 2026, keseluruhan peruntukan berjumlah RM18.6 bilion bagi maksud belanjawan mengurus RM14.68 bilion dan belanja pembangunan RM3.91 bilion. Shah Alam menyambut baik komitmen kerajaan untuk terus memperkukuh sektor pendidikan tinggi sebagai pemacu kemahiran, penyelidikan dan inovasi negara.

Namun, terdapat juga beberapa perkara yang memerlukan penjelasan dan saya ingin memberi tumpuan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kampus induknya terletak di bawah Parlimen Shah Alam. Pertama, bagi belanja mengurus Butiran 021100, peruntukan meningkat daripada RM2.009 bilion pada tahun 2025 kepada RM2.161 bilion pada tahun 2026 iaitu kenaikan sebanyak RM150 juta.

Memanglah belanjanya besar sehingga mencecah RM2 bilion kerana UiTM adalah institusi awam negara dengan enrolmen terbesar berjumlah hampir 200,000 pelajar di seluruh negara.

Malah di Shah Alam kampus sahaja, ada hampir 40,000 pelajar peringkat sarjana sehinggalah kepada PhD dan yang mengadakan research. Justeru, saya ingin bertanya, apakah elemen utama peningkatan ini? Adakah ia melibatkan penambahan kualiti pengajaran ataupun untuk keselamatan kampus, digitalisasi universiti ataupun course operasi yang lain?

Yang kedua, di bawah belanja pembangunan, beberapa butiran perlu diberi perhatian, contohnya bagi Butiran 021100 – UiTM menerima RM921.6 juta. Saya ingin bertanya, berapa peratuskah yang diperuntukkan untuk pembangunan kampus? Berapa peratus untuk kebajikan pelajar termasuk asrama, keselamatan dan penyelenggaraan? Kerana saya, Pusat Khidmat Ahli Parlimen saya juga turut menerima permohonan daripada UiTM ini, pun saya rasa pelik juga kerana kenapa ingin memohon dari pusat khidmat yang bajetnya tidak seberapa.

Namun Puan Pengerusi, di UiTM ini dahulu ada sebuah Intekma Resort dan Convention Center yang diurus oleh UiTM Holdings Sdn. Bhd., ditamatkan pada tahun 2019 setelah 30 tahun beroperasi. Sebab dia, tidak mampu bersaing dengan industri perhotelan dan hospitaliti yang semakin kompetitif. Saya ingin bertanya, adakah kementerian mempunyai perancangan strategik di tapak Intekma Resort

draft • 4:01 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

sekarang ini? Sudah lima tahun ia nya terbiar begitu saja dan sudah pastilah merugikan kerajaan jika ia nya tidak dibangunkan.

Bagi saya, tapak Intekma ini boleh dijadikan sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan dengan memanfaatkan peruntukan R&D untuk IPTA yang diberikan saban tahun kepada institusi pengajian tinggi dalam negara kita ini.

Malah UiTM juga mungkin boleh dinaiktarafkan menjadi sebuah universiti penyelidikan sama seperti lima buah universiti yang mendapat penarafan sebagai universiti penyelidikan dalam negara kita ini.

Oleh kerana itu, pada pandangan saya, UiTM juga harus memanfaatkan ya peruntukan seperti dalam Butiran 05011 – Penyelidikan Fundamental berjumlah RM11.76 juta dan Butiran 05012 – Biasiswa dan Latihan Penyelidikan Universiti berjumlah RM202 juta bagi tahun 2026. Saya menyokong usaha mengembalikan tumpuan kepada fundamental research tetapi saya ingin cadangkan agar diwujudkan juga dana khas untuk saintis muda bagi menggalakkan generasi baharu dalam bidang penyelidikan.

Dan saya mencadangkan agar biasiswa dan latihan penyelidikan universiti tidak hanya tertumpu kepada kluster tradisional tetapi dipanjangkan kepada bidang baharu seperti AI, bioinformatik, quantum computing dan green technology.

Akhirnya Puan Pengerusi, belanjawan yang besar bukan jaminan tetapi ia adalah pemangkin kepada kejayaan. Tetapi hakikatnya belanjawan yang tepat, telus, terarah akan pasti mengubah masa depan pendidikan negara kita. Saya berharap KPT memperkukuh aspek keberhasilan, ketelusan data dan penyelarasan antara universiti supaya setiap ringgit yang kita belanjakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara kita. Terima kasih Puan Pengerusi. Shah Alam mohon menyokong.

draft • 4:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

draft • 4:01 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah.

Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum itu, saya mengalu-alukan kedatangan adik-adik pelajar dan guru dari SMK Chukai Kemaman ya ke Dewan kita ini.

[Tepuk] Tinggi ilmu tiang negara, Akal tajam benteng bangsa; KPT wajib lahirkan rakyat jujur dan setia, Bukan generasi yang rasuah hingga runtuh negara.

draft • 4:07 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Pengerusi, saya terus merujuk kepada Butiran 010200 – Pendidikan Tinggi yang memperuntukkan RM117.4 juta pada tahun 2026. Dalam konteks ini, saya ingin menekankan berkaitan dengan isu kemasukan pelajar IPTA melalui sistem UPU Online ataupun saluran merit yang semakin mendapat perhatian mutakhir ini, banyak isu berbangkit dan dasar UPU Online ini pada asasnya adalah sangat baik iaitu memberi peluang kepada pelajar berdasarkan merit tanpa mengira latar belakang sosioekonomi.

Namun, baru-baru ini timbul kes yang melibatkan pelajar cemerlang. Namun, sistem ini kini dipersoal secara serius. Ada pelajar yang memperoleh PNGK 4.0 dan markah kokurikulum 99.9 peratus tetapi gagal mendapat tempat ke kursus perakaunan di sebuah universiti melalui UPU Online in, walaupun dari segi merit ini, dia adalah layak.

Persoalan utama ialah apakah dasar rasmi KPT bagi tahun 2026 ini berhubung pengagihan kuota kemasukan ke IPTA melalui saluran merit dan saluran terbuka. Berapakah perutusan kuota yang diperuntukkan untuk setiap saluran?

Apakah kriteria pemilihan yang digunakan dan adakah kuota ini diagihkan secara adil merentasi semua IPTA? Jika pelajar cemerlang boleh tersisih, apakah jaminan KPT bahawa sistem ini benar-benar adil dan berdasarkan merit?

Selain itu, bagaimanakah KPT memastikan pelajar yang diterima melalui saluran merit mendapat sokongan akademik setanding dengan pelajar yang secara terbuka ataupun komersial? Jadi, adakah terdapat intervensi lain untuk membantu pelajar yang berisiko terpinggir agar dapat bersaing secara saksama?

draft • 4:07 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kekurangan ketelusan dalam hal ini boleh menjejaskan kepercayaan terhadap meritokrasi yang kita laksanakan ketika ini.

Situasi ini bukan sekadar isu seorang pelajar atau satu universiti, tetapi ia menyentuh kredibiliti dan peranan universiti awam dalam menyediakan akses pendidikan tinggi secara adil, termasuk kepada pelajar-pelajar miskin, pelajar- pelajar keluarga di bawah B40, pelajar-pelajar luar bandar termasuk pelajar di daerah saya di daerah Sik, di Sabah dan Sarawak, di pedalaman dan sebagainya.

Oleh itu saya mencadangkan agar KPT mengemukakan data komprehensif nisbah kuota bilangan pelajar mengikut saluran kemasukan, statistik kelulusan dan aliran bantuan serta meninjau semula dasar jika perlu supaya akses ke IPTA kekal berdasarkan merit dan peluang bukan kemampuan membayar dengan wang Ringgit.

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Seterusnya Yang Berhormat Pengerusi, kepada Butiran 05018 iaitu yang memperuntukkan sebanyak RM41.6 juta untuk tahun 2026 bagi tujuan menaik taraf fasiliti di IPTA, politeknik serta kolej komuniti. Namun ada beberapa perkara perlu dijelaskan supaya peruntukan ini benar-benar memberi impak kepada akses dan kualiti pendidikan tinggi negara.

Pertama, saya ingin mengetahui institusi mana yang akan menerima manfaat secara khusus di bawah butiran ini. Mohon Yang berhormat Menteri menyatakan senarai penuh mengikut kategori termasuk institusi di kawasan yang sering terpinggir— yang jauh. Maknanya yang mungkin tidak ada lagi fasiliti yang sempurna, termasuklah di Kedah contohnya Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Kolej Komuniti Baling. Di Kelantan UMK Kampus Jeli, di Sabah Politeknik Kota Kinabalu, UiTM Sabah dan Sarawak, UNIMAS, Politeknik Kuching serta Kolej Komuniti di Kapit ataupun di Bintulu.

Dan kita juga melihat dalam Laporan Audit Negara sebelum ini, Laporan LKAN 2022 dan 2023 turut menegaskan bahawa jurang pembangunan fasiliti antara negeri, bandar dan luar bandar masih ketara terutama di Sabah dan Sarawak maka ketelusan agihan peruntukan adalah sangat kritikal.

Yang kedua, apakah skop naik taraf yang dirancangkan dan berdasarkan amalan KPT sebelum ini, naik taraf yang melibatkan pelbagai kategori seperti pembaikan struktur asas, bumbung, sistem elektrik dan mekanikal termasuk pembinaan makmal TVET baharu, penyediaan asrama pelajar serta penyelenggaraan kemudahan kritikal yang sering disebut di dalam Laporan Audit, termasuk isu keselamatan bangunan, sistem bekalan dan akses OKU.

Yang terakhir, dalam butiran ini, saya mohon untuk KPI melihat mekanisme pemantauan yang akan digunakan dan kita merujuk Laporan LKAN sebelum ini, teguran Ketua Audit Negara, beberapa projek pendidikan tinggi yang telah mengalami kelewatan, skop tidak mengikuti spesifikasi dan penyelenggaraan tidak memadai.

Maka, untuk peruntukan sebesar ini, metodologi pemantauan seperti RACI matrix, dengan izin, milestone reporting, audit teknikal berkala dan keperluan, contractor performance, scorecard perlu dijelaskan. Kita tidak mahu projek terbengkalai atau projek sakit seperti yang pernah berlaku dalam beberapa pembinaan kampus koleh komuniti termasuk di Sabah dan Sarawak.

Yang Berhormat Pengerusi, sekian terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar.

draft • 4:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi kerana beri ruang untuk saya turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Tinggi. Saya ingin menyentuh Butiran 010000 – Pengurusan, di bawah Program 010200 – Pendidikan Tinggi dan Butiran 020000 – Pendidikan Tinggi.

Puan Pengerusi, ada empat isu yang ingin saya bangkitkan. Yang pertama, berkaitan decentralization pelajar antarabangsa, kerana bagi saya ia mampu menjadi pemangkin pembangunan wilayah, khususnya di Pantai Timur. Setakat 2 Oktober 2025 kita ada 170,000 pelajar antarabangsa yang menuntut di universiti dalam negara kita. Dan secara purata dapatan KPT pada tahun 2019, seorang pelajar antarabangsa perbelanjaan purata mencecah 46,000 setahun dan angka ini boleh meningkat ke 88,000 setahun jika dia datang bersama dengan keluarga.

Sekiranya sesebuah universiti menarik 1,000 pelajar antarabangsa sahaja, ini bersamaan sekitar 46 juta suntikan ekonomi terus kepada masyarakat. Dengan adanya projek mega di Pantai Timur seperti ECRL dan rancangan Lapangan Terbang Antarabangsa di Kuantan, di Kota Bharu, ini akan menjadi akses kepada universiti- universiti di Pahang, Terengganu dan Kelantan agar lebih kompetitif sebagai destinasi pendidikan antarabangsa.

Statistik pendidikan tinggi 2024, jumlah enrolmen pelajar antarabangsa di lima universiti pendidikan utama berada lingkungan 4,000 ke 10,000 orang,tapi semua ini universiti yang berada di bandar-bandar utama. Persoalan saya, kenapa di universiti-universiti Pantai Timur masih mencatat angka yang jauh lebih rendah?

UMK ada 321 pelajar antarabangsa, UMT ada 497, UMPSA yang satu kampusnya di bawah kawasan saya ada 497 orang sahaja.

Itu sebabnya saya minta kerajaan melalui Kementerian KPT untuk memperjelaskan di Dewan yang mulia ini, apakah proses promosi dan kempen tarikan pelajar antarabangsa untuk berada di universiti di luar Lembah Klang, seterus mereka mengangkat kawasan saya, Paya Besar sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa Wilayah Pantai Timur.

Yang kedua Puan Pengerusi, berkaitan hubungan universiti dengan komuniti.

Falsafah pendidikan pembinaan sesebuah universiti di kawasan luar bandar adalah

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

untuk kita memajukan wilayah tersebut, kita pernah melihat kejayaannya. Namun hari ini saya lihat kesannya semakin kurang jelas. Adakah institusi pendidikan tinggi berjaya memastikan masyarakat di sekitar universiti tersebut celik IT, celik kewangan, peka kepada masalah-masalah sosial yang berlaku di sekelilingnya?

Universiti saya lihat tidak boleh menjadi pulau ilmu yang terasing, ia mesti menjadi tunjang untuk memakmurkan kampung, bandar kecil dan masyarakat setempat. Saya akui SULAM sebagai langkah awal, Service Learning Malaysia- University for Society dengan izin, tetapi kita perlukan model, hubungan baharu seperti campus without walls, kampung angkat fakulti, projek inovasi berasaskan komuniti agar universiti mampu menjadi pemangkin pembangunan bukan hanya sebuah institusi.

Yang ketiganya Puan Pengerusi, saya ingin sentuh berkaitan hubungan universiti dengan pembuat dasar. Saya lihat Puan Pengerusi, jurang antara universiti dengan pembuat dasar semakin lebar. Banyak polisi kita hari ini bersifat reaktif, bukan proaktif. Polisi nasional kita mesti bersifat resilient.

Kita mempunyai ribuan penyelidik yang aktif Puan Pengerusi, yang menerbitkan artikel-artikel di Scopus, Web of Science dan PATMAT. Kebanyakan penyataan masalah kepada kajian mereka berasaskan isu-isu negara kita. Mereka menghasilkan pengetahuan bertaraf dunia tetapi tidak dimanfaatkan dalam bentuk pembentukan dasar negara.

Dalam Dewan ini kita sering berbahas tentang perselisihan war trade di antara Amerika Syarikat dengan China. Tetapi kita lupa bahawasanya di luar sana sudah berbincang bagaimana fasa baharu iaitu persaingan China dengan Jepun dalam isu Taiwan. Profesor kita tahu, tetapi kita di sini agak janggal dan jarang bercakap tentang ini.

Kesan dan keselamatan kepada rantau dan geopolitik di Laut China Selatan amatlah besar. Dunia hari ini sentiasa berubah, semasa pandemik Puan Pengerusi kita sebut tentang the new normal, selepas itu kita masuk fasal post normal times.

Dan persoalannya pada hari ini, apakah bentuk next normal kita selepas ini? Kita hari ini menghadapi megatrend baharu sepertimana saya sebutkan pada tempoh hari, post quantum cryptography, digital provenance, geo-partitions, smart shoaling tetapi kita di sini belum lagi berbincangkan perkara ini, apatah lagi menyusun dasar ke hadapan.

Universiti perlu berada lebih dekat dengan ekosistem penggubalan dasar negara agar reformasi pendidikan tinggi benar-benar bermakna.

draft • 4:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bangun]

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Hubungan universiti, KPT, pembuat dasar dan industri mesti bersifat langsung. Bukan lagi hanya bergantung kepada model top down semata-mata.

draft • 4:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat, mohon mencelah, sekiranya diizinkan.

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh Puan Pengerusi?

draft • 4:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada masa tambahan.

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

[Ketawa] Tak ada masa tambahan.

draft • 4:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat, sikit je.

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya okey, tapi Puan Pengerusi bagi ke tak bagi?

draft • 4:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat, okey.

draft • 4:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tapi saya tak bagi masa tambahan.

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dia tak bagi la tu Langkawi.

draft • 4:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat kata okey, saya okey la tu.

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Langkawi, kita bincang dekat luar boleh? Biar saya habiskan.

draft • 4:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Tak, tak perkara ni...

draft • 4:13 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Biar Yang Berhormat Paya Besar habiskan.

draft • 4:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Perkara ini amat mustahak Yang Berhormat Pengerusi.

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Puan Pengerusi, akhirnya, satu yang terakhir sekali ialah berkaitan isu yang keempat.

draft • 4:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Khususnya mahasiswa tadi Yang berhormat...

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dia nak juga Puan Pengerusi, saya nak kata apa.

draft • 4:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Memaklumkan bahawa universiti perlu memberi perkara-perkara baharu.

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya, saya setuju, saya setuju. Nanti kita masukkan dalam ucapan saya. Terima kasih. Puan Pengerusi...

draft • 4:13 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Masuk pun tak dak, tak dak apa benda lagi yang nak dimasukkan.

[Ketawa]

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya lah, okeylah.

Langkawi, saya — saya nak habiskan yang keempat ini Langkawi, boleh? Saya ingat ini lagi penting Langkawi.

Saya minta sangat Puan Pengerusi, isu yang terakhir sekali ialah pembelajaran rentas universiti. Saya minta supaya kerajaan sekarang ini memperkasakan pembelajaran rentas universiti. Kita bukan semata-mata mengejar ilmu atau mengejar— kita mengejar ilmu bukan mengejar kredit jam semata-mata.

Saya ingin tahu kementerian, adakah kementerian sudah ada kajian di mana pelajar boleh mengambil subjek di universiti lain dalam satu semester, sama ada secara fizikal atau talian. Contoh UTM belajar kursus sains data di USM dan akhirnya mereka balik ke UTM balik dan mereka boleh pergi ke universiti-universiti lain.

Kerana apa? Bagi saya, kita harus mengejar profesor, bukan mengejar credit hours.

draft • 4:13 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Akhirnya Puan Pengerusi, saya berharapkan sangat, dalam kita memperkukuhkan hubungan universiti dengan komuniti, manfaatkan infrastruktur mega, mendekatkan universiti dengan pembuat dasar dan memudahkan pembelajaran rentas institusi, saya yakin kita dapat membina sebuah ekosistem pendidikan tinggi yang lebih releven dan inklusif. Terima kasih Puan Pengerusi. Minta maaf Langkawi. Puan Pengerusi yang tak bagi, saya bagi.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab. Masa 20 minit.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Puan Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.

Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 23 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 di peringkat Jawatankuasa pada kali ini. Dalam masa yang agak terhad pada hari ini, saya akan cuba untuk menjawab dan mengulas kesemua perkara yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan. Bagi perkara-perkara yang tidak sempat dijawab, insya-Allah pihak kementerian akan memberi jawapan yang bertulis.

Puan Pengerusi, untuk tahun 2026 secara keseluruhannya, Kementerian Pendidikan Tinggi menerima peruntukan berjumlah RM18,598,006,200, meningkat sebanyak 2.77 peratus berbanding tahun 2025 iaitu RM18,097,086,800. Itu pada tahun lepas. Daripada jumlah tersebut, 78.9 peratus adalah peruntukan mengurus dengan izin, operating expenditure (OE) tahun 2026 iaitu RM14,683,417,300 yang meningkat sebanyak 6.05 peratus berbanding tahun 2025.

Manakala, baki 21.1 peratus daripada peruntukan keseluruhan kepada KPT tersebut adalah untuk peruntukan pembangunan (development expenditure) tahun 2026 iaitu RM3,914,588,900, menurun sebanyak 7.9 peratus berbanding tahun 2025. Tapi walau bagaimanapun Puan Pengerusi, kalau dibandingkan dengan bajet pembangunan sebelum ini, pada tahun 2021 hanya RM2.8 bilion, 2022 – RM29 bilion.

Dan apabila Kerajaan MADANI mengambil alih, kita telah meningkatkan sebanyak 22.9 peratus, RM35.99 bilion dan yang tertinggi pada tahun lepas, RM4.25 bilion dan tahun ini mengurang sedikit. Jadi, walaupun mengurang sedikit pada tahun hadapan tapi peningkatan sebenarnya amat ketara sejak Kerajaan MADANI mengambil alih kerajaan ini.

Puan Pengerusi, Yang Berhormat Rasah menyentuh mengenai MQA, AKEPT, pemerkasaan MTUN, universiti penyelidikan dan pengambilan pelajar tempatan dan antarabangsa dalam perbahasan beliau. Dalam konteks Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), kementerian berterima kasih kepada kerajaan yang masih menyalurkan peruntukan bagi menampung emolumen pegawai dan kakitangan MQA. Sebagai salah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

agensi— Akta Agensi Kelayakan Malaysia, MQA mengenakan fi dan caj ke atas perkhidmatan jaminan kualiti yang dijalankan.

Fi dan caj ini digunakan untuk menampung kos operasi MQA. Buat masa ini, proses jaminan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA adalah melibatkan penilaian akreditasi sementara, akreditasi penuh dan audit pematuhan berpandukan kepada kod-kod amalan akreditasi program dan pematuhan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia, dengan izin, Malaysian Qualifications Framework (MQF).

Berkenaan dengan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi pula, kementerian ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah menyalurkan peruntukan bagi menampung emolumen kakitangan AKEPT dan penganjuran program berasaskan pembangunan kompetensi kepimpinan.

AKEPT bertanggungjawab menjayakan agenda pengurusan dan pembangunan bakat IPT melalui pemerkasaan pengurusan bakat berasaskan kompetensi di semua universiti awam, terutamanya pembinaan dan peningkatan kompetensi kepimpinan.

AKEPT kini menjadi pembekal bagi pembangunan bakat dan pemprofilan bakat melibatkan 50 program dan lebih 3,500 bakat secara bersemuka bagi tahun 2025 untuk warga IPT. Di samping menjalankan penyelidikan berkaitan kepimpinan pendidikan tinggi dan mewujudkan jaringan antarabangsa, AKEPT turut menjalankan kerjasama strategik berkaitan kepimpinan pendidikan tinggi.

Seterusnya, mengenai cadangan untuk pengambilan pelajar di rangkaian universiti-universiti teknikal Malaysia ataupun yang kita kenali sebagai MTUN, melalui kaedah berbeza. Suka saya maklumkan bahawa pada masa ini, kaedah kemasukan pelajar yang dibuat adalah melalui UPU Online iaitu saluran perdana.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Tinggi memberikan keistimewaan khas kepada pelajar lepasan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dan Diploma Politeknik untuk menyambung pengajian ke MTUN tanpa memerlukan sijil MUET terlebih dahulu.

Selain itu, inisiatif artikulasi secara pengecualian kredit juga telah diperluaskan agar lebih ramai lulusan kolej vokasional dan politeknik berpeluang menyambung pengajian ke MTUN. Ini ekosistem yang kita buat supaya mempermudahkan graduan daripada TVET, daripada politeknik terutamanya, supaya dapat masuk dengan mudah ke MTUN.

Puan Pengerusi, bagi perkara melibatkan ambilan pelajar ke Universiti Awam sebagaimana yang sering dijawab di dalam Dewan ini, dasar pengambilan pelajar

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

yang dilaksanakan oleh KPT adalah melalui sistem permohonan UPUOnline bagi calon lepasan STPM setaraf ke Universiti Awam dan ia dilaksanakan berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan menggunakan— mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Mengenai peruntukan yang disalurkan kepada universiti penyelidikan pula, sebagaimana yang disentuh oleh Yang Berhormat Rasah dan juga disentuh oleh Yang Berhormat Miri, secara purata 70 peratus daripada peruntukan yang disalurkan adalah untuk menampung kos operasi. Baki keperluan operasi selebihnya dibiayai melalui sumber dalaman seperti yuran pengajian dan dividen anak syarikat milikan Universiti Awam.

Penjanaan daripada pengambilan terus melalui saluran terbuka juga membantu Universiti Awam termasuk RU, universiti penyelidikan untuk meningkatkan fasiliti sedia ada bagi kemudahan pelajar. Kementerian Pendidikan Tinggi menyambut baik cadangan supaya pertambahan peruntukan diberikan kepada universiti awam, termasuk RU. Pertambahan ini akan membolehkan keperluan operasi ditampung. Impak kepada pertambahan ini, seterusnya memberi ruang kepada akses pendidikan tinggi untuk diperluaskan.

Dalam perkara melibatkan pelajar antarabangsa pula— Untuk rekod.

Sehingga 31 Disember 2024, ramai yang membangkitkan isu ini dan sering kita jawab dalam Dewan yang mulia ini. Bilangan pelajar tempatan dan antarabangsa di lima universiti penyelidikan (RU) kita, UM, UKM, UPM, USM dan UTM adalah seramai 180,024 orang dengan perincian seramai 141,636 orang. 78.7 peratus merupakan pelajar tempatan dan 38,388 atau 21.3 peratus merupakan pelajar antarabangsa di kedua-dua peringkat pra siswazah dan pasca siswazah.

Dalam hal ini, kedua-dua peringkat pengajian ini mempunyai dasar yang berbeza. Bagi peringkat pra siswazah yang merangkumi sijil, diploma, ijazah sarjana muda, jumlah kemasukan pelajar antarabangsa adalah terhad dengan keutamaan diberikan kepada pelajar tempatan. Untuk rekod, di lima universiti penyelidikan, jumlah pelajar tempatan adalah 91.6 peratus. Manakala, pelajar antarabangsa hanya 8.4 peratus sahaja.

Untuk pelajar di peringkat pra siswazah ini juga, fokus utama adalah program ijazah sarjana muda dan subsidi disediakan oleh kerajaan kepada anak-anak tempatan sahaja. Bagi peringkat pasca siswazah merangkumi ijazah sarjana dan kedoktoran yang bersifat terbuka, tiada had kemasukan pelajar antarabangsa kerana setiap Universiti Awam menerusi dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi giat

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

mempromosikan kualiti dan kesohoran universiti masing-masing selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 2015-2025.

Jadi masalahnya, sebenarnya yang selalu dipetik statistik itu adalah yang merangkumi pra dan pasca siswazah. Itu yang nampak dari segi statistik agak besar, 20 peratus. Tetapi sebenarnya, kalau kita perincikan antara pra siswazah dan pasca ini, kita boleh lihat. Untuk pra siswazah memang di bawah 10 peratus.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Perlu dimaklumkan juga yuran yang dikenakan kepada pelajar antarabangsa juga adalah tanpa subsidi, dibayar 100 peratus oleh mereka. Dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi ini tidak sekali-kali mengabaikan peluang dan akses pendidikan kepada anak tempatan. Ini saya mahu tekankan ini, sebab ada kadang-kadang mantan VC kita juga mengangkat perkara ini. Beliau adalah mantan VC. Sepatutnya beliau tahu ekosistem kita di peringkat KPT ini.

Kesimpulannya, KPT sentiasa cakna dan komited dalam menyediakan tempat kepada calon pelajar tempatan di Universiti Awam. KPT sentiasa memantau pengambilan pelajar antarabangsa di semua universiti tempatan bagi memastikan pelajar tempatan terus diberi keutamaan dalam sektor pendidikan tinggi negara.

Dalam masa yang sama, aspek pengantarabangsaan pendidikan tinggi turut dilaksanakan dan menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi global. Dari—

draft • 4:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Timbalan Menteri, Timbalan Menteri. Rasah, Rasah.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ya, Rasah.

draft • 4:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Timbalan Menteri kerana telah memberikan maklum balas secara terbuka tadi. Saya bersetuju bila kerajaan bezakan antara prasiswazah dengan pasca siswazah. Okey, memang betul untuk yang prasiswazah bawah 10 percent. Okey, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada kata bahawa kita tidak akan bagi subsidi kepada pelajar antarabangsa. Itu betul.

Saya nak tanya. Berkenaan dengan kemasukan melalui saluran khas. Satu, berapa percent subsidi itu kalau dibandingkan dengan yang UPU? UPU memang tinggilah subsidi dari kerajaan. Satu lagi, kalau pelajar antarabangsa, boleh tak kita tingkatkan lagi yuran supaya biar universiti yang terlibat dapat keuntungan? Kalau dia boleh datang ke Malaysia untuk belajar, maknanya they are somebody. So, biar kita untung lebihlah dari dia. Mohon pandangan. Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya tidak ada perincian tentang perbezaan antara satu dan juga yang antarabangsa.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Nanti kita akan bekalkan secara bertulis. Cuma cadangan untuk kita menaikkan yuran untuk pelajar antarabangsa itu Puan Pengerusi, yang itu mungkin kita boleh bincanglah selepas ini. Terima kasih atas cadangan YB Rasah.

Okey, daripada YB Pengkalan Chepa yang membangkitkan mengenai dua perkara utama iaitu penyelidikan dan kesihatan mental.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pengkalan Chepa tidak ada dalam Dewan.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Tidak ada?

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Oh, tidak ada. Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Boleh bagi jawapan bertulis.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey. Miri.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak ada.

draft • 4:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kapar ada. Timbalan Menteri, Kapar ada.

Tengah menunggu ini, industrial placement.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Kapar ada. Okey. Cuma ada beberapa perkara yang I think, saya fikir penting juga untuk kita walaupun [Tidak jelas] penting sebab saya lihat perkara itu juga dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang lain ya.

Tentang isu penyelidikan dan kesihatan mental ya sebab ada dua tadi. Saya pun tidak ingat. Di mana— dan juga R&D. Ini juga perkara yang saya fikir ada yang persamaan antara juga Menteri-menteri yang lain— Yang Berhormat yang lain.

Kementerian sentiasa memberi keutamaan kepada penyelidikan fundamental dan berusaha untuk meningkatkan kualiti penyelidikan sehingga ke peringkat pengkomersialan. Di bawah RMK13, fokus utama adalah...

draft • 4:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri boleh beri laluan? Kubang Pasu.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Kubang Pasu.

draft • 4:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya ada sebut tentang kolaborasi R&D antara akademia dan industri. Berapakah— banyak mana yang telah dibuat setakat ini dan dalam bidang apa? Ini amat penting. Kalau universiti itu dibuat dekat universiti sahaja, jadi dia masalah nak commercialize sebab dia tak buat kolaborasi dengan industri. Negara-negara yang maju dia memang kuat dari segi kolaborasi di antara akademia dan industri. Sebab itu dia orang tidak ada masalah mengenai commercialization.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Kubang Pasu. Baru saya nak sebut tentang isu itu. Macam boleh baca saya punya teks ini.

[Ketawa] Okey, berdasarkan data kementerian dalam tempoh 2022 sehingga 2024, lebih 200 produk hasil daripada penyelidikan dan pembangunan telah dikomersialkan dan 286 teknologi pengetahuan telah dilesenkan oleh 20 Universiti Awam. Hasil penjanaan pendapatan bagi aktiviti penyelidikan, pengkomersialan produk dan idea serta pelesenan teknologi pengetahuan, telah mencatatkan jumlah pendapatan sebanyak 43 juta bagi tempoh tahun tersebut.

Kementerian masih giat meningkatkan aktiviti pengkomersialan hasil penyelidikan oleh semua universiti melalui langkah-langkah supaya berikut ya. Ini yang disebut tadi iaitu pertamanya menyediakan dana permulaan kepada syarikat terbitan universiti iaitu Dana Nasional Syarikat Terbitan bagi menggalakkan pengkomersialan, hasil penyelidikan dan pembangunan R&D di universiti tempatan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2026.

Kita juga menyokong secara berterusan melalui penyediaan geran penyelidikan dengan keutamaan kepada penyelidikan yang mempunyai teknologi readiness level yang tinggi. Ini yang penglibatan kita dengan industri ini. Kita mempunyai prospek pasaran yang jelas. Pendekatan ini mempercepatkan peralihan penyelidikan universiti kepada produk dan perkhidmatan yang boleh dipasarkan.

Ini yang saya mahu jawab tadi kepada Kubang Pasu. Kita mengukuhkan kerjasama strategik universiti industri bagi memastikan penyelidikan universiti selari dengan keperluan sebenar sektor industri dan juga yang boleh dikomersialkan dengan lebih cepat.

Okey, mengenai isu kesihatan mental juga ada disebut oleh beberapa pembahas kita. Kita sebenarnya melaksanakan pelbagai intervensi dalam menangani isu ini. Pertamanya, pengesanan awal melalui pemantauan, melalui saringan psikometrik, kaunselor akademik, pensyarah mentor dan laporan rakan sebaya. Kita juga membuat sokongan akademik fleksibel seperti penangguhan pengajian tanpa penalti, pengajian modular, kelas fleksibel dan pemulihan sebelum kembali belajar. Dan banyak lagi yang mungkin kita akan jawab secara bertulislah kepada...

draft • 4:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, minta sikit sahaja sebelum Yang Berhormat Menteri habis penggulungan. Tadi saya ada sebutkan tentang satu masalah besar, peruntukan anggaran perbelanjaan 2025 untuk pembangunan dipinda daripada RM4.2 bilion

draft • 4:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

kepada RM1.3 bilion sahaja. Kenapa ia berlaku? Sebab sesetengah universiti dia tidak pakai langsung duit pembangunan. Hanya UMK dengan satu lagi universiti.

Ini satu perkara yang perlu diberikan perhatian yang serius sebab kita bagi duit peruntukan dia tidak gunakan untuk pembangunan termasuk R&D dan sebagainya. Saya minta kalau tidak boleh jawab ini, dalam jawapan bertulislah YB.

Amat penting sebab RM3 bilion lebih dia tidak pakai. Sesetengah universiti, kosong.

Dia buat apa universiti, dia tidak pakai duit.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Kubang Pasu. Memang kita ada jawatankuasa khas di peringkat kementerian yang kita meneliti setiap projek pembangunan yang dilaksanakan. Dan kita memang monitor. Dan yang ini, sebab dia secara detail-lah. Jadi, saya akan — kita akan buat jawapan secara bertulis.

draft • 4:30 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Tak, jawapan bertulislah. Saya takut nanti 2026, 2027 pun sama juga. Tidak guna kita berikan peruntukan tapi dia tidak guna sepenuhnya. Sayanglah.

draft • 4:30 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey, satu— masa ini terlalu cepat. Cuma saya nak jump-lah. Sebab isu ini isu yang saya fikir di....

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Puncak Borneo ingin penjelasan sedikit mengenai isu yang agak penting.

Semasa perbahasan tadi, saya ada mengutarakan rizab luar jangka yang bernilai RM2 bilion di dalam butiran — salah satu daripada butiran yang saya sebut dalam perbahasan saya ingin mengetahui untuk perbelanjaan luar jangka, apakah ini.

Sebab ia jumlah yang besar. Takkan kita nak suruh duit itu tidur di dalam situ. Jadi, kita nak tahu.

Yang kedua, saya ada mengutarakan mengenai penyelidikan fundamental.

Jadi, saya ingin mengetahui apakah peruntukan ini digunakan untuk penyelidikan apa. Adakah penyelidikan untuk ekonomi, sosial ataupun inovasi produk-produk yang boleh dikomersialkan? Jadi, saya ingin penjelasan itu dan saya juga ada mencadangkan supaya Majlis Penasihat Industri Nasional diwujudkan.

draft • 4:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Sebab dia masalah dia begini. Kita mempunyai banyak rakyat Malaysia yang mempunyai keputusan yang baik. Saya bagi contoh. Saya bagi contoh, Encik Ahmad, dia menduduki SPM, dia mendapat A dalam Add Maths, dia mendapat A di dalam Sains tetapi dia gagal subjek Sejarah dan subjek-subjek yang lain.

Daripada segi pengamatan kita, untuk mengangkat nilai modal insan, dia ini pakar matematik dan juga pakar sains tetapi dia tidak boleh meneruskan pendidikan.

draft • 4:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi, sebenarnya dia dalam istilah dia bukan kurang cerdik. Dia cerdik tetapi dia cerdik dalam bidang yang spesifik. Jadi, untuk golongan-golongan yang sedemikian, apakah peluang yang kita ada untuk menggunakan kepakaran mereka daripada kita just let them by the side like that? Jadi, sebenarnya sistem pendidikan kita tidak melihat kepada faktor untuk membantu golongan-golongan sedemikian.

Dan, saya juga pernah ada di kawasan saya. Dia lulus semua subjek gred A tapi dia tidak lulus Sejarah dan Bahasa Malaysia. Dia tidak ada peluang langsung tetapi dia pintar. Dalam subjek-subjek tertentu dia skor gred A. Jadi, apakah yang harus dilaksanakan oleh KPKT untuk membantu golongan ini supaya dia boleh menjadi modal insan yang berguna untuk negara kita? Minta penjelasan.

draft • 4:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Timbalan Menteri, sebelum gulung sekalilah.

Sebab ini melibatkan Sepanggar...

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya jawab dulu, saya jawab dulu itu.

draft • 4:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sekali je, sikit je.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya akan jawab UMS secara spesifik. Saya ingat, saya ingat yang tadi itu.

draft • 4:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

UMS.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

UMS.

draft • 4:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sebab dia ada di Sepanggar. Dia ada oceanography.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya Ahli Parlimen Sepanggar. So, yang itu close to my heart. Okey Puncak Borneo, yang luar jangka itu Puncak Borneo, kita akan jawab secara bertulis. Cuma, isu yang melibatkan― itu isu dasar dan itu di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, kita ni penerima pelajar-pelajar daripada Kementerian Pendidikan. Dan dasarnya dia kena lulus Bahasa Malaysia dan juga Sejarah. Jadi, kalau kita ada way forward untuk pelajar-pelajar ini, itu mungkin kita kena ubah dasar dia.

Cuma, saya mahu ingatkan juga bahawa Bahasa Malaysia dan Sejarah ini penting. Kita tidak mahu melahirkan kadang-kadang ada lawyer tapi dia tidak tahu sejarah sehingga dia mempertikaikan MA63. Jadi, saya fikir― yang itulah, so kita pun terkejut. Terima kasihlah rakan-rakan daripada Borneo yang terutama Sarawak yang mempertahankan isu MA63 ini. Jadi, ini yang kadang-kadang tidak faham sejarah pun bermasalah, apa lagi tidak dapat menguasai bahasa Melayu.

Okey, tentang UMS...

draft • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya nak jawab, minta maaf...

draft • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey lepas ni bagi Sik ya. Boleh minta Pengerusi tambah...

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Saya nak jawab UMS dulu. UMS, UMS.

draft • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

UMS. Sebab saya dapati ada beberapa fakta yang cuba ditimbulkan tentang UMS ini. Satu baik, yang kurang tepat tapi saya fikir cadangan-cadangan dari Kapar itu amat penting sebab kita, Kerajaan Negeri Sabah, anulah Kerajaan GRS, PH sebelum ini, kita telah mengangkat Sabah sebagai yang kita panggil the blue economy. So, maknanya, UMS pun peranan yang penting. Jadi, cadangan-cadangan dari Kapar yang tentang menjadikan niche area UMS ini dari segi bio marine dan yang lain-lain itu, itu kita akan kaji, kita akan masukkan sebagai perancangan selepas ini.

Cuma isu air yang dibangkitkan oleh Machang. Saya fikir ini sudah selesai...

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Machang tak adalah.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Sekejap, sekejap. Saya mahu selesaikan dahulu. Ini sudah selesai dan kita sudah buat― mengadakan libat urus dengan Jabatan Air Negeri Sabah dan sekarang ini semakin baik. Dari segi aduan daripada pelajar semakin kurang. Dan, jabatan air juga telah dapat meningkatkan kapasiti tangki utama kita ini. K alau dulu sebelum ini, hanya di bawah paras dua juta liter sehari tapi sekarang ini sudah sampai empat juta liter sehari. Jadi, ini telah mengurangkan aduan daripada pelajar-pelajar dan kami sendiri di peringkat Parlimen sudah jarang menghantar tangki-tangki air ke UMS dan juga sekitar itu. Jadi, maknanya semakin baik. Okey dan saya setuju dengan program anti rasuah yang telah dicadangkan. Ya.

draft • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Macam ini, Timbalan Menteri.

Seputeh, bagilah Sik.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Okey, Sik.

draft • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, terima kasih Timbalan Menteri. Tadi disebut secara sepintas lalu pendaftaran UPUOnline ini. Cuma yang saya bangkitkan tadi soal autonomi yang diberi kepada IPTA dalam kemasukan ini sama ada UPUOnline dengan kemasukan terbuka. Ada UPU— sorry ada IPTA yang sangat agresif melaksanakan pendaftaran terbuka. Ada IPTA, dia hanya melalui

draft • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

UPUOnline. Jadi, ini tidak ada penyelarasan di pihak kementerian sendiri termasuklah syarat-syarat tambahan itu juga berbeza di antara IPTA. Jadi, perkara ini penting ya untuk dilihat oleh kementerian secara serius sistem mana yang sepatutnya digunakan secara sepenuhnya untuk pelajar-pelajar kita ini. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sudah lebih lima minit. Perlu masa lagi?

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Landing, landing. Mahu landing. Sebab saya nak kejar kapal nak balik Sabah ni. Cuma UPUOnline. UPUOnline ini saya mahu supaya kita tidak boleh― kita kurangkan polemik tentang UPUOnline ini sebab saya dapati masalah yang berlaku ini apabila pelajar kita, ibu bapa, guru-guru dan juga pihak sekolah ni tidak mendidik pemohon ini, pelajar-pelajar kita untuk mengisi dengan betul. Bila masuk dalam UPUOnline ini hanya masukkan senarai saja, senarai sampai 12 tapi tidak membaca e-panduan yang ada.

Sebenarnya kalau dibaca e-panduan itu, kita akan banyak mengurangkan masalah yang banyak ditimbulkan oleh Yang Berhormat kita dalam Dewan yang mulia ini. Sebab semuanya satu, semua mahu masuk ke UM. Dan, itu yang terpaksa kita lihat meritnya bagaimana. Semuanya mahu supaya anak mereka masuk di Universiti Malaya ataupun researcher university yang lain. Padahal, ada ― kalau kita lihat Universiti Awam yang lain juga menawarkan program yang sama. Jadi, kita stuck dengan Universiti Malaya.

Yang itu isu yang— jadi, kalau kita dapat baca e-panduan dengan baik, maknanya kita akan mengisi UPUOnline itu dan kita akan mengurangkan rungutan- rungutan yang berlaku. Tapi walau bagaimanapun, kita ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah dalam bajet untuk tahun hadapan, dia menambah sebanyak 1,500 tempat untuk researcher university kita. Ini akan mengurangkan masalah-masalah kemasukan ke universiti research ini.

Dan, saya bersetuju dengan Sik yang kawalan untuk yang luar sistem ini, bukan saluran perdana, itu okey, kita kawal. Tapi kepada pihak universiti, yang itu saya setuju dengan Sik supaya ada satu dasar yang jelas, polisi yang jelas untuk mengawal ataupun memastikan bahawa universiti ini punya pendekatan yang sama dalam mengurus kemasukan dan permohonan kepada mereka.

Jadi, saya fikir, saya...

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Last, Timbalan Menteri...

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Mohon maaf, saya akan...

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya tak mahu tanya pun.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ini saya rasa isu..

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya tak mahu tanya panjang.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Isu...

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Saya hanya nak minta...

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Kalau isu yang tu, yang isu pelajar undang- undang, saya fikir saya sudah jawab dalam...

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bertulis.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Bertulis satu tapi pernah dijawab dalam Kamar Khas saya rasa. Isu pelajar undang-undang.

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ah, Brickfields.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Yang masuk...

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Sudah, saya fikir sudah yang itu ataupun tak apa kita boleh jawab.

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya lah lepas tu tak ada apa-apa, maksud saya bangkitkan.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Boleh, boleh.

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bukan, bukan, saya hanya nak minta...

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Sebab dia dalam isu mahkamah, itu yang kita terpaksa tunggu keputusan mahkamah. Saya fikir saya sudah jawab yang itu.

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Bolehkah semua isu kita itu dijawab dengan secara bertulis?

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Boleh, boleh, insya-Allah.

draft • 4:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ini memang mesti. Jadi, saya fikir setakat itu saja. Akhirnya, saya harap kepada semua mahasiswa kita dan semua pelajar-pelajar institusi TVET kita terutama di Sabah, kita ada masa sehari lagi sebelum kita mengundi, saya harap supaya dapat dengan bijaksana memilih parti...

draft • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Perikatan Nasional.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

[Ketawa] Dan juga calon yang terbaik. Yang punya...

draft • 4:40 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Dari Kerajaan Perpaduan, dari Kerajaan Perpaduan.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Hubungan baik dengan...

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Dari Kerajaan Perpaduan.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Kerajaan Federal, Kerajaan MADANI. Jadi, jangan terpengaruh dengan sentimen semata-mata.

draft • 4:40 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Cuba kaji kejayaan Kerajaan MADANI selama tiga tahun yang amat baik.

Jangan terpengaruh dengan sentimen. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kita bina balik Sabah.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya iaitu wang sejumlah RM14,683,417,300 untuk Kepala B.64 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.64 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.64 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.64 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng] mempengerusikan

draft • 4:50 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih bentara. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 1 Disember 2025.

[Mengetuk tukul]

draft • 4:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 4.51 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026