Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Cha Kee Chin, Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan pertama.
1. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan apakah langkah-langkah kementerian untuk memastikan bantuan kebajikan seperti Bantuan Kanak-kanak (BKK), Elaun OKU dan Bantuan Warga Emas disalurkan tepat waktu kepada penerima serta apakah program khusus bagi membantu ibu tunggal dan keluarga miskin bandar khususnya di Parlimen Rasah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Minta Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, terdapat tiga isu yang disentuh oleh Yang Berhormat Rasah dalam soalan beliau pada hari ini. Oleh itu, saya akan memberi maklum balas dalam tiga bahagian bagi memudahkan penerangan dibuat.
Bahagian pertama berhubung penyaluran bantuan kebajikan bulanan.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyalurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban kumpulan sasar yang layak dan memerlukan. Bantuan ini bersifat sementara
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
sehingga mereka mampu hidup berdikari. KPWKM dan JKM akan terus berusaha untuk memastikan bantuan kewangan kebajikan dapat disalurkan dalam tempoh yang disasarkan kepada penerima bagi bantuan kewangan kebajikan bulanan seperti Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Warga Emas dan sebagainya.
JKM menyasarkan untuk penyalurannya selesai dibuat tidak lewat daripada 10 hari bulan setiap bulan. Namun, tidak dapat dinafikan masih terdapat peratusan kecil penerima yang menerima bantuan mereka melebihi tarikh yang disasarkan. Hal ini adalah kerana perihal semasa sistem yang sedang digunakan kini memerlukan penambahbaikan yang menyeluruh, selepas sekian lama beroperasi dan telah melalui pelbagai penambahbaikan dari semasa ke semasa sehingga kini berada di tahap maksimum. Dengan iltizam untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasarnya, JKM kini sedang membangunkan sistem yang baharu.
Sistem ini disasar untuk mula beroperasi menjelang awal tahun 2027.
Pada masa ini Puan Yang di-Pertua, proses pembayaran bantuan disalurkan secara langsung menerusi electronic funds transfer dengan izin, iaitu EFT ke akaun bank penerima. Penerima boleh memilih untuk menggunakan mana-mana bank pilihan mereka bagi memudahkan mereka mendapat akses kepada bank yang paling hampir dengan tempat tinggal mereka.
Seterusnya, bagi bahagian kedua pula berhubung program membantu golongan yang layak, termasuklah miskin bandar. Selain daripada bantuan kewangan kebajikan menerusi JKM, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai bantuan kewangan langsung untuk membantu mereka yang layak, termasuklah miskin bandar menerusi kementerian atau agensi yang lain. Contohnya adalah Sumbangan Asas RAHMAH iaitu SARA.
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) pada masa yang sama, bantuan kerajaan kepada golongan ini juga tidak sekadar tertumpu kepada bantuan kewangan semata-mata. Dalam hal ini, menerusi JKM sendiri, terdapat pelbagai program telah dilaksanakan. Antaranya adalah program 2 Years Exit Program atau 2YEP bertujuan memperkasakan kapasiti penerima bantuan agar mereka boleh berdikari dan seterusnya tidak lagi bergantung kepada bantuan kewangan kebajikan.
Selain itu, JKM turut menganjurkan program khusus untuk penerima bantuan JKM yang produktif iaitu program Pemerkasaan dan Transformasi Minda Penerima Bantuan JKM iaitu PT–MINDA. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan motivasi, menggalakkan kemandirian atau independence dengan izin, serta memupuk sikap positif di kalangan penerima bantuan JKM yang produktif agar lebih bermotivasi, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. JKM juga telah melaksanakan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Program Pembangunan Komuniti di Program Perumahan Rakyat bagi membantu JKM dalam usaha membangunkan komuniti di kawasan berkenaan.
Ketiga, program khusus untuk ibu tunggal. KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan Wanita telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha memastikan lebih ramai wanita, termasuk ibu tunggal terlibat dalam keusahawanan melalui pelbagai program, kursus dan latihan serta bimbingan mengenai pengurusan kewangan dalam bidang keusahawanan.
Antara contohnya program yang dilaksanakan ialah Program Kemahiran Penjanaan Pendapatan (KIRANA). Selain itu, JPW turut menyediakan pusat aktiviti yang dikenali sebagai Laman Wanita (LAWA). Saya akan teruskan yang lain itu dengan bertulis ya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, yang telah memberikan jawapan yang saya rasa agak menyeluruh dan jelas tadi.
Saya ada sedikit soalan tambahan berkenaan dengan kes-kes yang mana memperbaharui permohonan. Sebab sekarang ini setiap penerima JKM, setiap tahun, setiap 12 bulan dia kena renew, memperbaharui permohonan. Ada kes di mana katakan dia 12 bulan itu genap pada bulan ini, bulan November, dia terlepas pandang. Dia kadang-kadang ada terlepas.
Kes macam ini dia tidak mohon on time. Dia hanya mohon bulan depan sebab lepas duit dah masuk. Jadi, permohonan itu mungkin ambil masa sebulan, dua. Jadi, gap sebegini, boleh tak apabila diluluskan— sebab saya percaya ia akan diluluskan, cuma tempoh masa. Boleh tak dia claim balik untuk tempoh dua bulan sebab ini golongan memang yang layak.
Saya nak tanya pada Yang Berhormat Menteri juga, berkenaan dengan ada segelintir kes kecil mungkin tidak ramai, yang mana memang tidak ada akaun. Tadi Yang Berhormat Menteri memang janji ada akaun bank yang terdekat, pilihan masing-masing. Cuma kalau dia tidak ada akaun bank ataupun mungkin dia kes bankrupt, so macam mana kita nak bantu golongan yang layak. Cuma dari segi teknikal sebegini untuk tidak menafikan hak mereka. Jadi, mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Amat prihatin kepada orangnya. Ya, bagi kes yang disebutkan tadi, saya rumuskanlah. Ia merupakan kes yang tercicir dikatakan daripada pembaharuan. Dia
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
kata lupa tadi, kan. So, bila dia lupa, jadi ini kita cuba nak memperbaharui ataupun review, mengkajikan semula bantuan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Jadi, JKM akan membantu mempercepatkan permohonan semula mereka.
Proses ini akan kita buat kurang daripada tempoh satu bulan kerana dia sudah tinggal satu bulan tadi. Sementara itu, ia diproses. Jika ada keperluan mendesak, JKM boleh membantu dengan memberikan bantuan tunai daripada tabung bantuan segera.
Tadi juga, disebut dari segi bankruptcy itu, lebih kurang juga begitu. Ataupun, terlantar dia tidak dapat— dia tiada akaun lagi. Cuma, kita bagi dalam tempoh enam bulan itulah. Kita benarkan sambil dia menguruskan supaya dia dapat lagi akaun.
Tetapi, kita memang membantu untuk membenarkan mereka menerima wang tunai tersebut.
Jadi, inilah salah satu daripada cara kita untuk membantu mereka. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Soalan tambahan saya, pertama sekali saya ucap tahniah di atas segala program yang dibuat oleh pihak kementerian untuk membantu golongan yang memerlukan.
Saya ingin tahu, berapakah jumlah peratusan penerima di kalangan penerima bantuan ini golongan yang pasif, dan berapa peratus yang apa— yang aktif?
Maksudnya, yang boleh kita usaha untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan, apakah kadar ini semakin bertambah setiap tahun?
Dan, adakah kerajaan bercadang untuk membuat penilaian semula terhadap dasar kadar kelayakan pendapatan untuk penerima, memandangkan kos hidup yang semakin meningkat terutama di kawasan bandar dan sejauh mana program yang dilaksanakan ini berkesan untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan yang terus bergantung kepada kerajaan?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.
Ya, apa Yang Berhormat sebut tadi, kalau nak tanya mengenai apa nama— anggar berapa orang, berapa ramai ya. Kalau dikira dari dulu, kita ada cuma hanya dalam 200,000 lebih sahaja penerima. Tetapi, yang diterima itu banyak senarainya dan sekarang ini, kita ada 556,300 orang bilangan kes yang kita ada, dan jumlah
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
yang kita bayar setiap tahun adalah sekarang ini, 2,289,247,887 yang kita belanjakan untuk mereka semua.
Dan, saya suka dengan apa Yang Berhormat nyatakan tadi iaitu untuk apa nama— memang benar pada masa ini, JKM menggunakan PGK makanan RM1,169.
Namun, ia bukanlah kriteria tunggal semata-mata. Kita akan turut menilai keperluan dan keadaan pemohon.
Namun, cadangan Yang Berhormat itu amat kita hargai. Ini adalah salah satu perkara yang pernah kami usulkan dengan sokongan Yang Berhormat dan Ahli-ahli Parlimen, insya-Allah lah, kita akan usulkan. Saya rasa, kalau ramai yang memohon lagi, barangkali tertekan juga kerajaan, kan.
Ini bukan memberi tip lah tetapi alhamdulillah lah, saya nampak ada yang betul-betul ingin nak tahu. Cuma tadi, untuk data pecahan penerima bantuan produktif dengan tidak produktif, kita akan beri secara bertulis ya, Yang Berhormat.
Terima kasih di atas soalan Yang Berhormat itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tuan Kalam bin Salan, Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih, Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan usaha kerajaan dalam mempertingkatkan industri pelancongan berasaskan kenderaan rekreasi (RV) dari segi penyediaan taman kenderaan rekreasi kenderaan pelancongan untuk menampung pelancong domestik dan antarabangsa dan adakah kerajaan sudi mempertimbangkan cadangan menjadikan Sabak Bernam sebagai lokasi perintis pembangunan taman tersebut.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan MADANI kekal komited dan fokus dalam usaha membangunkan kemudahan rekreasi awam demi memastikan kemampanan dan kesejahteraan rakyat.
Kementerian ini sentiasa menyambut baik serta menyokong inisiatif yang dapat memperkukuhkan dan meningkatkan lagi industri pelancongan negara, termasuklah segmen pelancongan berasaskan kenderaan rekreasi ataupun recreational vehicles (RV) yang kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan pelancong domestik dan juga antarabangsa.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, kenderaan rekreasi ini semakin popular dalam kalangan pengguna dan pemilik kenderaan di Malaysia, dan perkembangan positif dalam industri ini turut membuka peluang ekonomi. Ini dapat dilihat melalui penglibatan pengusaha tempatan dalam sektor pembuatan kenderaan rekreasi serta kemasukan para pelabur asing yang membangunkan kilang pembuatan RV di Malaysia.
Untuk makluman Dewan yang mulia juga, sejajar dengan perkembangan dan permintaan yang semakin meningkat terhadap keperluan ruang dan kemudahan khusus bagi penggunaan kenderaan rekreasi ini menjalankan aktiviti mereka, maka kementerian telah pun melaksanakan beberapa inisiatif proaktif.
Antaranya, kita menyediakan Garis Panduan Perancangan Taman Kenderaan Rekreasi yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 8 Oktober tahun 2024 dan seterusnya, diangkat untuk diterima pakai oleh semua PBT dan juga PBN, pihak berkuasa negeri melalui Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan kali yang ke-84 pada 14 November 2024.
GP, garis panduan ini berfungsi sebagai panduan menyeluruh kepada semua pihak dalam memastikan pembangunan tapak dan juga taman kenderaan rekreasi.
Mengambil kira kepentingan semua pihak, termasuklah para pengguna kenderaan rekreasi, pengusaha dan juga pemaju tapak. Dan pada masa yang sama, pihak berkuasa tempatan dan juga agensi-agensi kawal selia bermula daripada peringkat perancangan, pertimbangan kelulusan sehinggalah ke peringkat pengoperasian.
Sebagai langkah proaktif juga, kita turut melaksanakan beberapa projek proof of concept berdasarkan garis panduan ini, Tuan Yang di-Pertua, di mana kita adakan, pertamanya, di Pantai Hiburan, Rompin, Pahang dengan kerjasama Majlis Daerah Rompin dan keduanya, di Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Sepang. Masing-masing dilancarkan, dirasmikan pada 29 Jun 2025 dan juga 21 September.
Selain daripada dua lokasi tersebut Tuan Yang di-Pertua, kita ada beberapa lagi. Satunya, di Pantai Cahaya, Port Dickson. Kedua, di Taman Tasik Seremban dan ketiganya adalah Pantai Teluk Marina, Kemaman, Terengganu. Dan insya-Allah, kita walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, dalam belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini tidak ada peruntukan khusus tetapi ia boleh dimohon. Sabak Bernam boleh memohon melalui Majlis Perbandaran Sabak Bernam untuk kita menggunakan BP.1, seandainya diperlukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang di-Pertua. Saya ingin mencadangkan sebelum RV park
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
ini dibina, eloklah kita mengadakan libat urus ataupun perbincangan dengan Persatuan Motorhome dan Campervan Malaysia supaya RV park ini tidak— lebih sesuai untuk mereka kerana apa yang dibina selama ini, ianya tidak menepati dari segi saiz, kemudahan tandas, alat pemadam api dan keselamatan, pagar, sistem pembuangan, grey water dan black water, tempat berkumpul sewaktu kecemasan pun tak ada ya. Sekiranya berlaku kebakaran, tak ada tempat nak berkumpul kan, ya.
Kemudian, pengurusan sampah dan landskap serta penyenggaraan.
Menyebut Rompin dan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada soalan?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Cadangan saya, itulah. Minta dibuat libat urus dengan persatuan pemilik-pemilik motorhome ini terlebih dahululah supaya sesuai, ya. Kerana, yang dibina sekarang ini, banyak yang tidak sesuai. Saiz pun kecil. Motorhome ini, dia bila dia parking, bukan untuk kenderaan tu sahaja. Dia akan tarik khemah ke tepi, dia santai-santai di tepi. Itu memerlukan ruang yang agak luas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, tak ada soalan? Cadangan sahaja, ya?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Ya.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, saya nak respons juga walaupun cadangan. Adapun, sebenarnya memang kita mengadakan libat urus, Tuan Yang di-Pertua dan garis panduan yang kita sebutkan tadi adalah mengambil kira aspek termasuklah saiz plot kenderaan, rekreasi dan keperluan kemudahan-kemudahan yang wajib, termasuk kebakaran, segala-galanya, Tuan Yang di-Pertua.
Cuma, sepertimana yang saya sebutkan tadi, kita ada garis panduan dan kita lakukan proof of concept, di mana yang saya sebut di Rompin dan juga Sepang, memang mungkin kita akan ada dapatan-dapatan baharu. Itu adalah proses Tuan Yang di-Pertua, untuk kita memperlengkapkan lagi.
Jadi, apa pun cadangan daripada Sabak Bernam, kita ambil maklum. Kalau ada yang lebih spesifik, boleh tetapi yang disebutkan tadi, persatuan itu juga kita mengadakan libat urusnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Shah Alam.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sangat menyokong langkah-langkah dan juga inisiatif yang dilakukan oleh KPKT dalam merancakkan pembangunan taman RV ini dan cadangan daripada Sabak Bernam tadi, kalau ada projek rintis di Sabak itu pun, saya sokong juga kerana saya memang kampung halaman saya di Sabak Bernam.
Cuma, berdasarkan kepada projek rintis yang dilakukan di Pantai Hiburan, Rompin dan Pantai Bagan Lalang itu, sebenarnya apakah kriteria utama yang digunakan oleh KPKT untuk memilih lokasi pembangunan taman RV ini, dan seterusnya, adakah terdapat— mungkin sasaran jumlah tapak RV kebangsaan yang ditetapkan untuk tempoh jangka masa, barangkali lima tahun, selaras dengan inisiatif pelancongan?
Dan sebagai tambahan Yang Berhormat Menteri, di Shah Alam ada beberapa lokasi yang sesuai. Contohnya, Taman Botani Negara di Bukit Cherakah dan juga Taman Tasik Seksyen 14, Shah Alam. Terima kasih.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat yang bertanya. Antara kriteria utama kita bahagikan, pertamanya adalah akses dan jalan masuk utama, accessibility.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Ini adalah penting khusus supaya memudahkan para pengguna. Yang keduanya, Tuan Yang di-Pertua, dia juga melihat kepada kawasan-kawasan yang berisiko. Walaupun mungkin ada yang berminat, tetapi kawasan itu agak berisiko.
Adalah, panjang kita ini kan— maka kawasan-kawasan yang berisiko itu mungkin tidak akan kita benarkan.
Tetapi, kalau kita nak berbincang tentang bagaimana kita nak memperluaskan prospek pelancongan RV ini, ia sebenarnya bukan sahaja terletak kepada kementerian. Kementerian kita menyediakan satu garis panduan dan menyediakan prasarana bersama dengan pihak PBT, tetapi di sana juga ada tanggungjawab di peringkat MOT dan juga MOTAC contohnya, meluluskan license kepada RV itu sendiri dan di mana di peringkat MITI pula adalah untuk melihat kepada potensi-potensi industri kenderaan rekreasi ini.
Jadi, kerjasama antara keseluruhan, whole-government-approach ini diperlukan, untuk kita sama-sama mengangkat lagi prospek ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj, Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Soalan Segamat nombor 3.
3. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj [Segamat] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah strategi kementerian untuk memastikan syarikat-syarikat dan industri yang berpangkalan di Malaysia boleh menggunakan cip kecerdasan buatan (AI) yang berasal dari Amerika Syarikat (seperti NVIDIA) dan Republik Rakyat China (seperti Huawei Ascend).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri untuk menjawab.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Malaysia mengambil pendekatan berkecuali, inklusif dan berpaksikan kepentingan strategik dalam memastikan industri domestik berupaya memanfaatkan kemajuan teknologi terkini khususnya cip AI ini, kecerdasan buatan, yang dibangunkan oleh blok ekonomi utama dunia seperti Amerika Syarikat, NVIDIA dan juga Republik Rakyat China, contohnya Huawei Ascend. Matlamat utama kerajaan adalah untuk memastikan syarikat-syarikat dan industri yang berpangkalan di Malaysia mempunyai akses yang terkawal berdaya saing serta selamat kepada cip dan platform AI global, sampai ataupun sambil mengekalkan standard keselamatan serta kedaulatan dan data negara. Jadi, bagi mencapai objektif ini, beberapa strategi utama sedang dan akan digerakkan selaras dengan aspirasi di bawah Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan dan juga Agenda Transformasi Digital Negara.
Jadi, bagi memastikan persekitaran perdagangan yang selamat dan telus, MITI melalui Akta Perdagangan Strategik 2010 ataupun Strategic Trade Act 2010 pada 14 Julai 2025, telah membuat penepatan bahawa semua aktiviti eksport, transit dan pemindahan bagi cip AI memerlukan permit. Langkah ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia untuk menjamin kesinambungan rantaian bekalan dalam semikonduktor global dan menyokong pertumbuhan industri AI domestik secara selamat.
Kerajaan juga giat memperkukuh keupayaan pusat data, rangkaian berprestasi tinggi serta pembangunan keupayaan penyelidikan dan pembangunan ataupun R&D dan reka bentuk litar bersepadu. Dan selaras dengan ini, Malaysia telah memperkenalkan VC Silicon yang memberi fokus kepada pembangunan cip AI buatan Malaysia. Dan kerjasama strategik dengan syarikat Arm Limited, membolehkan syarikat Malaysia untuk mengakses intellectual property Arm yang berupaya untuk
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
mempercepatkan pembangunan cip AI tempatan. Dan di samping itu, kerajaan terus menggalakkan pembangunan teknologi AI tempatan yang mampu menembusi pasaran global.
Syarikat automasi tempatan seperit Greatech, ViTrox, dan juga Pentamaster telah mula mengintegrasikan AI dalam produk mereka dan ini membuktikan keupayaan Malaysia untuk menyumbang kepada rantaian nilai global dalam bidang AI dan semikonduktor. Dan kerajaan secara berterusan menjalinkan hubungan dengan syarikat teknologi global dan rakan dagang utama bagi memperkukuh akses pasaran serta juga pemindahan teknologi.
Sebagai contoh, Malaysia sedang berunding membangunkan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas dengan Kerajaan Amerika Syarikat dalam usaha memastikan perdagangan antara Malaysia dengan Amerika Syarikat kekal makmur.
Dan Malaysia dan Amerika Syarikat telah menandatangani memorandum kerjasama mengenai rantaian bekalan semikonduktor yang berdaya tahan pada tahun 2022 yang masih berkuat kuasa sehinggalah 2026.
Kerajaan akan memanfaatkan kerjasama ini untuk memastikan rantaian bekalan semikonduktor tempatan kita ini terpelihara. Pada masa yang sama, kerajaan laksanakan pendekatan kawal selia yang berteknikal berlapis, ini untuk menilai keselamatan produk sebelum diguna pakai dalam sistem kritikal.
Ini termasuk mekanisme kelulusan serta penilaian risiko oleh agensi keselamatan siber negara. Jadi, pelaksanaan dasar kedaulatan AI menekankan pembangunan keupayaan tempatan di samping pengintegrasian kawalan teknikal yang ketat. Pendekatan ini membolehkan Malaysia memanfaatkan teknologi AI global dengan jaminan bahawa keselamatan tadbir urus dan kepentingan strategik negara tetap terpelihara.
Jadi, melalui strategik bersepadu ini Malaysia dapat menjamin bahawa syarikat-syarikat yang beroperasi di dalam negara mempunyai akses yang terbuka dan menyeluruh kepada cip AI di samping memperkukuh gaya tahan teknologi domestik dan juga meningkatkan keupayaan inovasi tempatan dan mempercepatkan transformasi digital negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Segamat.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin ucap terima kasihlah kerana peranan MITI dalam memperkukuhkan perdagangan Malaysia terus kekal konsisten because we are trading nation, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Selaraskan dengan soalan saya tadi, Yang Berhormat Menteri ada sebut tentang automasi dan juga AI. So, saya ingin bertanya berapakah jumlah syarikat tempatan yang telah melaksanakan transformasi digital termasuk penggunaan teknologi pintar AI, artificial intelligence dan automasi dalam sektor pembuatan bagi tempoh suku ketiga atau suku terakhir 2023 sehingga tarikh yang terkini. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan melalui MITI terus menggalakkanlah syarikat tempatan khususnya PMKS beralih kepada teknologi pintar dan automasi bagi meningkatkan kecekapan daya saing dan juga nilai tambah tinggi dan pada tahap pembangunan teknologi ini, diukur melalui penyertaan syarikat- syarikat kita dalam program ini.
Sejak kita melaksanakan dasar negara contohnya National Industrial Master Plan dan juga Industry4WRD ada sebanyak lebih kurang 1,200 syarikat yang telah terlibat dalam program ini, dia ada assessment of readiness. Dan melalui dana Industry4WRD juga, pelaburan bernilai lebih kurang 150 juta telah diluluskan, ini melalui MIDA. Dan, kita juga ada automasi geran ataupun dipanggil Smart Automation Grant dan di sini juga lebih kurang 120 syarikat yang terlibat dan menerima geran hampir RM100 juta.
Dan MITI juga ada lagi program-program lain kita salurkan melalui agensi- agensi lain contohnya agensi seperti SIRIM dan juga agensi seperti MATRADE dan sebagainya. Dan MIDF juga terlibat dan dia ada skim pembiayaan mudah bagi automasi dan pemodenan, this is a soft financing lah scheme for automation and modulization. Ini insya-Allah akan membantu juga syarikat-syarikat tempatan kita.
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
...Puan Yang di-Pertua. Sebelum itu selamat pulang ke tanah air dari Kenya kepada Menteri. Soalan saya, bagaimanakah kerajaan, MITI khususnya menyeimbangkan risiko-risiko geopolitik supaya negara dapat mengelak daripada terlalu bergantung ataupun overdependent kepada satu-satunya syarikat atau negara bagi hardware cip AI.
Seterusnya, apakah inisiatif-inisiatif yang dirancang untuk melatih jurutera- jurutera tempatan bagi mengurus persekitaran heterogenous AI yang melibatkan kedua-dua sistem iaitu NVIDIA dan Huawei? Dan last sekali, apakah kerajaan
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
mengadakan perundingan dua hala jangka panjang untuk memperoleh cip AI berprestasi tinggi daripada kedua-dua negara iaitu Amerika Syarikat dan China. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Mengenai isu akses kepada cip ini, memang isu sensitif kerana dua-dua negara Amerika Syarikat dan China pun mempunyai cip mereka sendiri. Cip Amerika daripada NVIDIA dan juga cip Huawei. Dan kita melalui syarikat- syarikat yang ada di sini, syarikat tempatan contohnya kita mengamalkan pendekatan yang neutral dan inklusif.
Dan di sini, syarikat yang menggunakan cip tersebut mempunyai pilihan. Dia boleh pilih sama ada nak menggunakan cip Amerika Syarikat atau mereka nak menggunakan cip daripada China, Huawei contohnya. Jadi, kita nak mengukuhkan akses kepada cip ini kerana kita seperti yang saya sebut tadi adalah ekonomi yang terbuka. Jadi, kita nak dua-dua syarikat daripada semua negara datang.
Jadi, contohnya kita nak ada dua dapurlah. Kalau siapa yang nak menggunakan dapur Amerika Syarikat, mereka boleh menggunakan akses kepada cip daripada Amerika Syarikat. Dan ada yang mungkin sensitif, tidak mahu menggunakan cip daripada Amerika Syarikat, mereka boleh menggunakan cip daripada China.
Dan pada masa yang sama, syarikat-syarikat tempatan kita diberi peluang untuk akses kepada kedua-duanya pada masa ini. Jadi, itulah yang disebut tadi dalam Pelan Semikonduktor Kebangsaan, National Semiconductor Strategy, penting untuk kita mempunyai syarikat-syarikat tempatan yang boleh buat IC design, dah boleh buat wafer fabrication.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Tetapi untuk IC cip itu sendiri, kita tidak mempunyai teknologi yang tinggi buat masa ini, memang dua negara sahaja yang ada. Yang paling dekat pun Korea Selatan dan juga Jepun dan yang membuat cip yang utama sebenarnya adalah dari Taiwan. Jadi, apa yang kita perlukan ialah menaikkan value chain kita ke atas daripada buat taxation assembly banyak di Kedah, sekarang dan kita nak mempromosikan IC design dan juga advance packaging. Di sini, kita melalui MITI dan juga Kementerian Kewangan telah membuat pertimbangan supaya kita memberi lebih banyak bantuan kepada R&D, jangan kita beri bantuan insentif hanya kepada pembelian alat, itu salah satu strukturnya.
Daripada segi latihan, ini adalah satu challenge ataupun cabaran kerana walaupun kita mempunyai banyak kilang-kilang dan juga R&D design tapi banyak yang memberi, memaklumkan kepada kita, juga memaklumkan kepada Yang Berhormat
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kubang Pasu yang top engineers ini kurang. Dan pada masa yang sama, kita ada ramai — banyak syarikat-syarikat yang telah memulakan collaboration, kolaborasi dengan universiti-universiti tempatan kita.
Dan kita juga telah mempunyai— memberikan insentif yang lebih kepada syarikat-syarikat yang memberikan latihan ataupun memberikan kursus yang kemahiran tinggi kepada jurutera-jurutera kita kerana jurutera itu ada, tapi nak mempunyai specialist tu kurang. Dan ini bukan sahaja cabaran yang dihadapi oleh Malaysia, tetapi juga cabaran yang dihadapi oleh seluruh dunia kerana peningkatan demand untuk teknologi AI ini.
Dan pada masa yang sama, kita juga tengah berunding dengan Kementerian Pengajian Tinggi contohnya, supaya mereka yang mempunyai, yang belajar di sini diberi terutama jurutera-jurutera daripada negara lain yang belajar di IPT ataupun IPTS mempunyai peluang untuk bekerja. Tapi ini masih lagi dalam perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Roslan bin Hashim, Kulim...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tapi Puan Speaker mengenai perundingan dua hala...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
...Untuk perjanjian dengan China dan Amerika. Perjanjian...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu jawab Yang Berhormat Menteri. Masa sudah tamat. Sila duduk.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
...Dua hala untuk dapatkan cip.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis. Bagi jawapan bertulis sahaja.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okeylah. Nanti kita jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Roslan bin Hashim, Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Speaker.
Dari Pontian ke Tumpat, Soalan saya nombor empat.
4. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilakah Kementerian bercadang untuk membina laluan memotong di FT136 antara Kulim ke Serdang serta lampu jalan kerana jalan terlalu berselekoh dan bahaya.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ikan lampan ikan sepat, Berbau wangi gorengannya; Kepada soalan nombor empat, Dengarkan ini jawapannya. Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, jalan dimaksudkan ialah Jalan Kuala Ketil–Merbau Pulas–Lunas–Pekan Bandar Baharu iaitu di FT136. Kementerian ini mengambil maklum cadangan membina laluan memotong dan lampu jalan di jalan yang berkaitan. Kita telah mengangkat permohonan bagi projek naik taraf Jalan Persekutuan Kulim-Bandar Baharu, laluan FT136 dari Kulim Hi-Tech ke persimpangan tol Bandar Baru Kedah.
Pakej satu seksyen 47.4, 37.7. Kerja awalan pada Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk pertimbangan agensi pusat. Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa permohonan tersebut tidak mendapat kelulusan Yang Berhormat, gagal permohonan itu. Sehubungan itu, kementerian ini akan meneliti semula apabila dimohon oleh kerajaan negeri melalui penyelarasan unit perancang ekonomi negeri dan JKR negeri pada rolling plan yang akan datang.
Mengenai lampu jalan, berdasarkan rekod sebanyak 32 lokasi berjumlah RM3.5 juta di bawah Jalan Persekutuan tahun 2022–2024. Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat lokasi di Jalan Persekutuan Yang Berhormat sebut, kos berjumlah RM470,000. Pada tahun 2025, sejumlah RM2.4 juta diluluskan, pemasangan lampu jalan di 24 lokasi negeri Kedah dan empat lokasi di jalan Yang Berhormat sebutkan.
RM400,000 jalannya, lokasinya Jalan Serdang–Bandar Baru, Jalan Serdang–Kampung Permatang Kerat Telunjuk dan Simpang Tiga, Taman Seksyen 19, 20. Yang ketiga, Jalan Kulim Serdang–Taman Mahkota ke Taman Bestari, Seksyen 44 hingga 46 dan yang keempat, Jalan Kulim–Lunas hadapan SMK Lunas, kawasan sekolah dan perumahan. Itu jawapan yang boleh saya berikan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya mendengar jawapan tadi. Mengikut jawapan yang
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
diberikan, jadi Yang Berhormat, itu adalah cadangan daripada kerajaan negeri dan juga daripada JKR Kulim-Bandar Baharu iaitu laluan empat lorong daripada Hi-Tech ke tol Bandar Baharu iaitu di Seksyen 47.40 hingga 37.70, yang mana Timbalan Menteri katakan tadi gagal dan dimohon semula oleh kerajaan negeri.
Tapi mengikut soalan asal saya, adakah untuk jangka pendek di mana soalan asal saya ialah membuat laluan memotong terlebih dahulu untuk laluan FT136 dari Kulim ke Bandar Baharu, itu untuk jangka pendek sebab laluan ini agak berselekoh dan juga sempit dan menjadi laluan utama daripada Hi-Tech ke tol Bandar Baharu.
Dan, soalan saya yang kedua mengikut jawapan diberikan oleh Menteri Kerja Raya juga pada sesi yang tahun lepas iaitu ada satu jajaran lebuh raya dari tol Bandar Baharu hingga ke Sungai Petani iaitu fasa pertama lebih kurang 102 kilometer telah pun diluluskan tapi masih belum dilaksanakan.
Dan, jajaran ini hingga ke Bukit Kayu Hitam. Jadi, saya nak tanya di sini.
Adakah jajaran yang pertama, fasa yang pertama dari tol Bandar Baharu hingga ke Sungai Petani yang telah diluluskan dan bilakah akan dilaksanakan? Adakah termasuk dalam RMK yang ke-13? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Yang pertama yang disebut oleh Yang Berhormat, saya ingin menyatakan di sini bahawa dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, permohonan jalan memotong itu, RP2, 3, 4, 5, tidak menerima permohonan dari negeri Kedah. Kemudian dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, RP1, projek naik taraf Jalan Persekutuan, Jalan Kulim-Bandar Baharu, laluan Kulim Hi-Tech, persimpangan tol Bandar Baharu ialah permohonan ada dari negeri Kedah tetapi tidak diluluskan. Itu, kenapa tak luluskan dia selalunya mengikut keutamaan.
Dan mengenai lebuh raya Yang Berhormat sebut itu, itu adalah cadangan Northern Corridor Highway (NCH), mula-mula Taiping ke Bukit Kayu Hitam asalnya, tetapi didapati bahawa Taiping ke Bukit Kayu Hitam ini tidak berdaya maju. Oleh itu, UKAS mencadangkan— Unit Kerja Awam Swasta mencadangkan supaya Taiping ke Sungai Petani.
Dan sekarang ini dalam peringkat request for proposal (RFP), belum lagi dibuka, belum lagi ditutup tentunya, kita menunggu. Sebelum ini RFP ke Bukit Kayu Hitam itu tidak ada siapa yang memohon, jadi kita pendekkan ke kawasan yang lebih berdaya maju, Taiping ke Sungai Petani. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Wangsa Maju.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Kita sekarang ini membayar tol dah menjadi sebahagian daripada hidup kita.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Tiap-tiap hari, khususnya bagi mereka yang tinggal di Kuala Lumpur ini. Dan kita sekarang ni ada 33 pemegang konsesi di Malaysia. Dan saya ingin tanya kepada Timbalan Menteri, bagaimanakah prestasi pemegang konsesi-konsesi ini?
Maknanya, mana yang untung, mana yang rugi daripada 33 pemegang konsesi itu.
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Mujur saya ada senarai sebab kita pernah menjawab tetapi jawapan itu tidak pernah di-highlight kerana jawapan bukan soalan lisan. Jadi, terima kasih Wangsa Maju kerana menimbulkan perkara ini. Saya ingin menyatakan bahawa ramai yang minat nak buat lebuh raya sana, lebuh raya sini tetapi saya ingin menyatakan di sini ada 12 konsesi tol. Berdasarkan kepada laporan kewangan tahun berakhir 2024, 12 konsesi tol yang rugi, Tuan Yang di-Pertua. Saya bacakan.
(i) Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX);
(ii) Lebuhraya KL ke LPT1 (ANIH Berhad);
(iii) Lebuhraya Kemuning–Shah Alam;
(iv) Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH);
(v) Lebuhraya Senai–Desaru (SDE);
(vi) Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE);
(vii) Lebuhraya Setiawangsa–Pantai (SPE);
(viii) Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS);
(ix) Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE);
(x) Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART);
(xi) Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE); dan
(xii) Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
Konsesi yang untung:
(i) Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS);
(ii) Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE);
(iii) Lebuhraya Butterworth–Kulim (BKE);
(iv) Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH);
(v) Lebuhraya Laluan Kedua Singapura (LINKEDUA);
(vi) Jambatan Pulau Pinang (JPP);
(vii) Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2;
(viii) Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA);
(ix) Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE);
(x) Lebuhraya Cheras–Kajang (GRANDSAGA);
Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan
(xi) Lebuhraya Jalan Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB);
(xii) Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH);
(xiii) Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR);
(xiv) Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat
(SPRINT);
(xv) Lebuhraya Baru Pantai (NPE);
(xvi) Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP);
(xvii) Lebuhraya Shah Alam (KESAS);
(xviii) Lebuhraya Duta–Ulu Kelang (DUKE);
(xix) Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK); dan
(xx) Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Itu 15 campur lima dan yang untung. Yang rugi tadi, 12 yang rugi. Jadi, pada sesiapa yang ingin mencadang lebuh raya sana, lebuh raya sini, buat kiraan betul- betul ya sebab kalau tak cukup trafiknya, belum tahu boleh untung.
Ini contoh macam LPT3. Ramai yang minta supaya LPT3 ini dilaksana.
Untungkah lebuh raya itu Kuala Terengganu–Kota Bharu dengan anggaran tol RM70 dengan kos RM10 bilion? Untung? Kalau tak untung, jadi payah nanti kerana kerajaan akan menanggung kembali kerugian mengambil alih dan sebagainya.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dr.
Mohammed Taufiq bin Johari, Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Embun pagi di hujung jemala, Titis halus di daun cemara; Mohon Timbalan Menteri yang bijaksana, Soalan Sungai Petani nombor lima.
5. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan penambahbaikan dalam kawalan pemeriksaan kastam terhadap bagasi di semua lapangan terbang, sama ada antarabangsa atau domestik dan pemantauan berkala untuk memastikan kecekapan pegawai pemeriksa bagi memastikan isu penyeludupan dapat ditangkis dengan rapi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Sahabat saya Sungai Petani.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Isu kawalan pemeriksaan bagasi penumpang di lapangan terbang merupakan perkara yang diberi perhatian serius oleh kerajaan kerana ia berkait rapat dengan keselamatan negara, kepentingan ekonomi serta imej Malaysia sebagai destinasi perdagangan dan pelancongan antarabangsa. Pada masa ini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia memiliki dan bertanggungjawab terhadap lebih 160 unit mesin pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara.
Mesin ini termasuklah pengimbas kargo kontena, pengimbas barangan penumpang serta mesin pengimbas badan. Aset-aset ini amat kritikal kerana ia membolehkan pemeriksaan dilakukan dengan pantas dan berkesan tanpa menjejaskan kelancaran pergerakan keluar masuk barangan dan manusia.
Yang Berhormat, seiring dengan penggubalan dan penguatkuasaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 [Akta 860], fungsi kawalan dan pemeriksaan di pintu masuk negara kini diambil alih secara berperingkat oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).
Selaras dengan itu, aset-aset mesin pengimbas berkenaan akan dipindah kepada AKPS secara berfasa, seiring dengan pindah butir perjawatan JKDM ke AKPS yang bermula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2025. Langkah ini Yang Berhormat penting untuk memastikan kawalan sempadan dilaksanakan secara bersepadu di bawah satu agensi tunggal, mengurangkan pertindihan tugas dan meningkatkan keberkesanan operasi kawalan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga menyedari bahawa sebahagian mesin pengimbas yang digunakan ini sudah mencapai tahap usia tertentu dan memerlukan penggantian dengan model baharu yang lebih canggih. Justeru, satu proses penilaian komprehensif sedang dilaksanakan bukan sahaja dari segi teknikal, tapi juga melibatkan faktor kos penyelenggaraan jangka panjang, keberkesanan operasi, kebolehupayaan teknikal serta sokongan selepas jualan.
Dalam proses ini, teknologi terkini di pasaran antarabangsa turut diambil kira.
Sebagai contoh, syarikat dari Amerika Syarikat telah membangunkan pengimbas tenaga tinggi untuk kontena besar. Pengeluar dari Jerman pula misalnya terkenal dengan sistem CT scan berevolusi tinggi bagi bagasi penumpang manakala dari China pula menghasilkan mesin pengimbas mudah alih yang diguna di pintu masuk darat.
Selain itu, pengeluar dari United Kingdom dan Jepun juga mempunyai kepakaran dalam teknologi pengesanan radiasi. Kajian menyeluruh terhadap teknologi dari negara ini akan membantu kerajaan memastikan perolehan mesin benar-benar memberi nilai terbaik kepada negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, selain aspek-aspek aset dan peralatan, KDN melalui AKPS menumpukan perhatian kepada tiga bidang penambahbaikan. Pertama, kita ialah penggunaan teknologi pintar dan automasi. Ini antara langkah yang diambil termasuk penilaian terhadap penggunaan mesin pengimbas berasaskan kecerdasan buatan
(AI) yang boleh menganalisis imej secara automatik dan pantas. Teknologi ini membantu pegawai mengesan objek, corak penyimpan barang larangan seperti dadah, wang tunai, senjata yang lebih efisien sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pemeriksaan manual.
Kerajaan juga menilai pelaksanaan pengisytiharan elektronik melalui aplikasi mudah alih atau kios layan diri yang membolehkan penumpang membuat pengisytiharan lebih awal serta integrasi data secara nyata melalui sistem — menyatukan sistem pengimbas imigresen pangkalan data kastam bagi meningkatkan keupayaan risikan.
Kedua Yang Berhormat, meningkatkan pengurusan risiko melalui penggunaan data analitik, sistem pemprofilan penumpang lanjutan dapat mengenal pasti faktor risiko seperti destinasi perjalanan, rekod keluar masuk dan sebagainya.
Ketiga Yang Berhormat, aspek penyelarasan prosedur dan amalan terbaik.
Kerajaan memberi tumpuan kepada kerjasama erat antara pelbagai agensi. Sebagai contoh, data imbasan bagasi daftar masuk yang dijalankan oleh polis bantuan untuk tujuan keselamatan penerbangan turut dikongsi dengan pihak kastam, begitu juga penguatkuasaan. Sekali gus mengelakkan pemeriksaan berulang dan sebagainya.
Banyak lagi Yang Berhormat langkah-langkah yang dilaksanakan secara bersepadu. Ia melibatkan Kementerian Dalam Negeri, AKPS, JKDM dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya akan bagi secara bertulis dengan lebih detail.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kastam pada Oktober yang lalu, sindiket penyeludupan hidupan liar mengubah strategi daripada penghantaran berskala besar kepada packaging kecil dan berulang dan menggunakan bagasi penumpang. Ini baru hidupan liar. Belum lagi barang-barang terlarang yang lain.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Jadi soalan saya, berapakah jumlah kes penumpang awam yang menjadi mangsa sindiket penyeludupan tanpa sedar? Dan selain daripada penggunaan AI dan mesin pengimbas, apakah mekanisme saringan psikologi atau behavioural detection yang digunakan untuk mengenal pasti mereka di peringkat awal? Dan sejauh manakah perkongsian data penumpang antara negara, contohnya advanced passenger information system mengintegrasikan antara negara-negara jiran seperti Thailand, Singapore dan sebagainya? Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa soalan yang dibagikan tadi. Saya ambil satu sahaja. Yang lain saya bagi secara bertulis Yang Berhormat.
Ini adalah berkaitan dengan kes inviting courier ini. Ini merupakan satu trend penyeludupan moden di mana penumpang awam diperdaya membawa barangan terlarang tanpa pengetahuan mereka, misalnya. Berdasarkan rekod, sejak AKPS mengambil alih operasi serta fungsi pemeriksaan barangan dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada Oktober 2025 di 22 pintu masuk negara.
Untuk fasa pertama, terdapat satu kes yang melibatkan tangkapan ke atas empat orang dan suspek yang disyaki terlibat sebagai inviting courier tadi dengan cubaan untuk menyeludup dadah misalnya seberat 86 kilogram dengan nilai anggaran RM8.3 juta di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Kalau kita lihat taktik ini disyaki berlaku menggunakan penumpang sebagai keldai dadah tanpa sedar melalui teknik penipuan seperti pertukaran bagasi, memanipulasi bantuan di lapangan terbang atau penyerahan barang di saat akhir.
Sehubungan itu, AKPS memberi tumpuan utama kepada pengukuhan mekanisme saringan tingkah laku dan psikologi.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Berkaitan dengan behaviour detection tadi, dilaksanakan melalui latihan kaedah— itu dilaksanakan melalui latihan kepada pegawai dalam mengenal pasti tanda-tanda kegusaran, perubahan dan suara, konteks mata, tingkah laku tidak konsisten, pergerakan mencurigakan serta jawapan yang mungkin bercanggah semasa sesi soal jawab ringkas. Ini antara perkara-perkara yang diberikan penekanan di samping profil risiko digital, rekod perjalanan dan maklumat, tiket diguna untuk mengesan anomaly dan sebagainya Yang Berhormat. Saya bagi jawapan yang bertulis yang lain Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya nak
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
menyentuh soalan yang dikeluarkan oleh Sungai Petani tadi, sedikit kaitan dia.
Walaupun kawalan kastam kita tengok sedia ada dikatakan bertambah baik, namun insiden penyeludupan masih berlaku termasuk kes dadah, bahan terlarang, bahan barangan komersial berisiko tinggi dan penyeludupan keluar hasil negara seperti emas serta hidupan liar.
Soalnya, adakah kementerian telah mengenal pasti kelemahan struktur dalam sistem pemeriksaan lapangan terbang termasuk faktor keletihan pegawai, kekurangan teknologi, pengimbasan automatik dan kemungkinan wujud kompromi integriti dalam kalangan pegawai pemeriksa? Adakah pihak kastam juga— pihak KDN juga telah bekerjasama dengan DOSH yang menentukan alat-alat peralatan ini masih baik atau tidak?
Bolehkah Menteri jelaskan secara jelas dan telus, apakah mekanisme audit integriti dan sistem profiling intelligent yang digunakan bagi mengesan pegawai berisiko tinggi serta laluan bagasi yang sering menjadi hotspot penyeludupan? Dan adakah kerajaan bersedia menubuhkan unit siasatan khas, unit siasatan khas bebas untuk memantau keseluruhan rantaian pemeriksaan kastam di pintu masuk negara?
Dan jika benar integriti adalah faktor utama, adakah kementerian bersedia menubuhkan independent internal audit unit atau pasukan pemantau rentas agensi yang diberi kuasa khas untuk menyiasat pegawai pemeriksa berisiko tinggi termasuk menyemak gaya hidup dan aliran kewangan mereka ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Banyak soalan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pilih satu, cukup.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Apa pun, kerajaan memandang serius.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Yang di-Pertua, minta jawab bertulis pun tak apa.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Nak bagi semua bertulis?
Apa pun Yang Berhormat, kita memandang serius aspek competency dan integriti pegawai yang melaksanakan tugas di pintu masuk utama negara. Dan kerana itu, kita memang meningkatkan tahap integriti dan keupayaan, kecekapan pegawai dalam pelbagai bidang termasuk meningkatkan penggunaan pelbagai teknologi terkini. Dan soal-soal berkaitan dengan ketelusan, memang sentiasa diberikan perhatian khusus.
Sebab itu, kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri akan pastikan AKPS melaksanakan apa jua program termasuklah program-program latihan komprehensif berterusan meliputi menggunakan modul teknikal, aspek-aspek
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
teknologi menggunakan AI dan sebagainya. Ini perkara-perkara yang diberikan perhatian bagi pastikan pintu masuk kita benar-benar terjaga dan terpelihara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Soalan Igan nombor 6.
6. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan berapakah jumlah Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) yang telah dan sedang dilaksanakan di Sarawak sejak tahun 2020 hingga kini termasuk di kawasan Parlimen Igan. Apakah kementerian mempunyai perancangan dalam RMK13 untuk menambah jumlah projek JPD ini memandangkan masih ada kampung yang belum menikmati akses yang baik.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua, terima kasih YB Igan atas soalan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, sejak tahun 2020 hingga kini, sebanyak 1,161 projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) telah diluluskan perlaksanaannya di negeri Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM497.28 juta. Daripada jumlah tersebut, 46 projek adalah di kawasan Parlimen Igan dengan jumlah peruntukan RM11.45 juta.
Perlaksanaan projek JPD ini mengambil kira keutamaan kampung-kampung yang masih belum menikmati akses jalan yang baik.
Kementerian sentiasa komited untuk melaksanakan dan memberi keutamaan perlaksanaan Projek Touch Point ini. Perlaksanaan ini adalah tertakluk kepada ketersediaan peruntukan pembangunan dan keutamaan dasar kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, projek JPD ini akan diteruskan lagi pada RMK13.
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan agensi pelaksana akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak bagi memastikan perlaksanaan projek JPD dapat memberi manfaat secara langsung kepada penduduk luar bandar khususnya dalam aspek kesejahteraan hidup dan pembangunan sosial ekonomi.
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan dan terima kasih juga atas 46 projek JPD di kawasan Parlimen Igan yang berjumlah RM11.45 juta.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah apakah kriteria utama yang digunakan oleh kementerian dalam menentukan keutamaan pemberian projek jalan perhubungan desa ini atau JPD ini. Dan kenapa kawasan- kawasan pedalaman di Igan yang masih belum mempunyai akses jalan belum tersenarai sebagai projek berkeutamaan tinggi sedangkan JPD ini amat diperlukan oleh orang-orang kampung? Dan bolehkah jalan-jalan ini dinaik tarafkan dengan jalan premix? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Igan atas soalan tambahan tadi. Soalan dia banyak, tapi insya-Allah saya cuba jawabkan. Antara kriteria pemilihan projek JPD:
(i) jalan yang dicadangkan mesti di luar kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan;
(ii) jalan di dalam kawasan yang diwartakan tetapi belum dikuatkuasakan melalui Akta PBT;
(iii) memberi manfaat kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut, sekurang-kurangnya dua buah rumah ataupun 10 orang pengguna;
(iv) memberi kemudahan perhubungan kepada pusat sosial riadah dan juga pusat kemudahan yang lain;
(v) meliputi jalan yang menyambung di antara sebuah kampung dengan kampung lain ataupun menghubung kampung dengan jalan besar ataupun jalan utama;
(vi) kriteria dia meliputi kampung terpinggir serta penempatan kampung tersusun yang disediakan oleh kerajaan negeri; dan
(vii) kampung-kampung di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah, Lembaga Kemajuan Tanah, pentadbiran Jabatan Kemajuan Orang Asli, agensi-agensi rangkaian di bawah KKDW sama ada masih berkuat kuasa ataupun yang telah dibubarkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, itu kriteria pemilihan projek-projek JPD di seluruh negara dan pemilihan projek ini berdasarkan permohonan yang telah dikemukakan kepada pihak KKDW negeri melalui pejabat daerah ataupun individu, jawatankuasa kemajuan kampung yang telah pun disiasat dan mengikut skop atau spesifikasi yang telah dibuat.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi aspek penyelenggaraan jalan, KKDW tidak— maksudnya termasuk dalam spesifikasi JPD, tidak termasuk ya, memandangkan penyelenggaraan jalan ini di bawah kerja agensi-agensi. Maksudnya
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
JPD yang telah dibuat, di-register di bawah— diserahkan kepada kerajaan negeri, di- register di bawah MARRIS dan penyelenggaraannya di bawah kerajaan negeri dan juga peruntukan MARRIS.
Tetapi bagi jalan-jalan yang belum didaftar di bawah MARRIS, tetapi perlu ditambah baik. Maksudnya dari jalan tanah ke jalan batu, dari jalan batu kepada premix, selagi tak berdaftar dalam MARRIS, boleh dicadangkan sebagai projek baharu di bawah JPD. Untuk makluman YB Igan, permohonan-permohonan ini perlu dikemukakan dan kelulusan berdasarkan skop atau spesifikasi yang telah ditetapkan, garis panduan yang telah dikeluarkan oleh KKDW. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang di-Pertua. Apakah indikator penilaian ataupun KPI yang digunakan oleh kementerian untuk menentukan projek JPD ini benar-benar mendesak? Adakah terdapat penyelarasan dengan projek IKR? Adakah terdapat satu model pembiayaan lebih fleksibel di bawah RMK13 nanti bagi memastikan projek JPD dapat disegerakan tanpa menunggu kelulusan siling yang panjang khususnya di kawasan luar bandar termasuk di Kelantan?
Dan bolehkah Yang Berhormat nyatakan berapa jumlah JPD di Parlimen Kuala Krai yang telah dilaksanakan pada tahun ini? Dan berapa permohonan ditangguhkan atau KIV pada tahun ini, 2025? Dan apakah penyelesaian kepada projek-projek yang ditangguhkan itu? Jawapan bertulis pun tak apa Yang Berhormat.
Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Kuala Krai terhadap soalan tadi. Banyak. Insya-Allah mana yang tak dijawab saya akan jawab secara bertulis. Untuk makluman Yang Berhormat, kita— pelaksanaan projek JPD ini berdasarkan garis panduan dan skop yang telah ditentukan standard seluruh negara.
Permohonan dia pun juga standard iaitu melalui PKN negeri yang mana permohonan-permohonan yang kita terima, kita siasat. Kalau memenuhi keperluan, memenuhi skop keutamaan akan diberi memandangkan setiap negeri ini kita ada peruntukan-peruntukan siling ataupun untuk kuota di setiap negeri ya. Maksudnya, peruntukan-peruntukan.
Sebab itu, permohonan daripada setiap daerah ataupun setiap Parlimen akan diselaraskan oleh PKN negeri berdasarkan keutamaan-keutamaan yang diberikan.
Untuk makluman Yang Berhormat, so far setakat ini kita tak ada modul khas untuk orang kata penajaan ataupun pembinaan jalan JPD ini.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Kita menggunakan garis panduan yang telah kita tetapkan dan dari sudut KPI ataupun cara kita menangani masyarakat luar bandar ini berdasarkan keperluan.
Kriteria yang seperti yang saya jelaskan dalam soalan utama tadi. Kriteria-kriteria ini menjadi fokus utama kita.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, sebenarnya indikator— untuk makluman Yang Berhormat, tak ada indikator yang spesifik setakat ini berdasarkan kriteria dan juga spesifikasi yang telah saya maklumkan tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, untuk 2025, untuk Kelantan kita ada peruntukan sebanyak RM10 juta.
Kuala Krai kita telah peruntukan RM1.1 juta. Yang ini apabila permohonan- permohonan yang telah pun disiasat dan diberi keutamaan oleh PKN negeri ataupun agensi yang berkaitan bagi mempastikan perkara— bagi memastikan kawasan luar bandar itu, insya-Allah kita cuba cakupi dengan projek-projek JPD ini secara keseluruhan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan, Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih, Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan kebajikan anggota polis pangkat rendah sentiasa terjaga.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat, terdapat beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi menambah baik kebajikan anggota berpangkat rendah polis. Antaranya seperti berikut.
Kita selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Gaji pokok pegawai rendah polis telah ditambah baik melebihi paras minimum RM1,500.
Sebagai contoh, gaji permulaan anggota pangkat konstabel gred Y1 adalah RM1,560 sebulan dan gaji maksimum adalah RM4,780 sebulan.
Selain itu, setiap anggota akan menerima kenaikan gaji tahunan berjumlah RM105 setahun. Tambahan kepada gaji pokok tersebut, anggota polis turut dibayar bayaran insentif perkhidmatan PDRM sejumlah RM200 sebulan, bayaran Sara Hidup COLA berjumlah RM150 hingga RM350 sebulan mengikut kualiti dan imbuhan tetap perumahan berjumlah RM230 hingga RM300 sebulan mengikut gred.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Take home pay paling minimum bagi anggota Y1, konstabel adalah RM2,170 sebulan. Selain itu Yang Berhormat, anggota polis turut menikmati pelbagai elaun, imbuhan mengikut penugasan, kepakaran, risiko tugas. Sehingga 30 September 2025, terdapat 32 jenis bayaran insentif dan elaun dalam perkhidmatan polis di mana mereka menerima 16 daripadanya termasuk Bayaran Insentif Detektif, RM300 sebulan; Bayaran Insentif Tugas Am, RM200 sebulan; Bayaran Insentif Kemahiran, RM45 hingga RM360 sebulan.
Bagi kemudahan kediaman terdapat 62,760 unit kuarters PDRM di seluruh negara. Bagi tempoh 2023 hingga 2025, sebanyak RM276.66 juta diperuntukkan untuk pembaikan dan penyelenggaraan 13,474 unit. Selain itu, kita juga melalui PDRM, memohon peruntukan tambahan daripada JPM.
Pegawai rendah polis turut yang terlibat dalam kemalangan atau bencana semasa bertugas layak menerima pampasan melalui Skim Bencana Kerja. Selain itu, anggota PDRM yang terlibat dengan kemalangan semasa bertugas layak menerima bantuan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Awam. Di bawah tabung ini, bantuan yang layak diterima adalah antaranya meninggal dunia, RM25,000; kehilangan upaya, antara RM11,000 hingga RM30,000; cedera parah, RM8,000; cedera ringan, RM1,000.
Selain setiap anggota PDRM, kita turut menerima sumbangan daripada Tabung Kebajikan PDRM untuk kebajikan anggota dan keluarga. Bagi pertukaran tempat kerja, permohonan melalui HRMIS dipertimbang selepas lima tahun berkhidmat tertakluk kepada kekosongan jawatan dan faktor-faktor lain.
Selain itu, pegawai rendah polis juga menerima penerima awal insentif BUDI95 yang membolehkan mereka membeli petrol pada harga subsidi sebagaimana yang dinikmati oleh pegawai-pegawai lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Yang di-Pertua, saya tanya soalan ini sebab isu ini isu yang dekat dengan saya. Saya sendiri, almarhum bapa saya dulu pencen pangkat Koperal di Balai Polis Beseri, Perlis jadi pegawai pangkat rendah.
Saya pun lahir di Berek Polis Jalan Kolam Air, Alor Setar.
Jadi, bila saya berbual-bual dengan kawan-kawan yang merupakan anggota berpangkat rendah di kawasan saya di Tasek Gelugor, mereka menyatakan bahawa gajinya, permulaan gaji basic itu masih di kadar yang agak rendah. Elaun ada banyak kategori sepertimana yang Timbalan Menteri sebut tadi tetapi jumlahnya masih rendah lagi. Dan kita kena appreciate, Yang di-Pertua, bahawa pegawai-pegawai
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
polis ini yang berpangkat rendah adalah frontliners. Mereka yang ambil the first step apabila melakukan sesuatu siasatan atau bencana atau macam-macam lagilah.
Jadi soalan saya, Yang di-Pertua, adakah pihak kerajaan bercadang untuk menyemak semula first sekali kadar kenaikan gaji tahunan bagi anggota berpangkat rendah? Yang kedua, adakah akan diselaraskan dengan gaji minimum RM1,700?
Seperti yang Timbalan Menteri sebut tadi sekarang RM1,500 untuk yang the first category yang disebut oleh Timbalan Menteri. Itu melanggar dasar kerajaan sendiri.
Jadi, adakah pihak kementerian akan mencadangkan supaya dinaikkan ikut gaji minimum RM1,700? Di waktu yang sama, adakah elaun-elaun tadi jumlahnya, selain daripada kategori adakah jumlahnya juga akan dipertimbangkan untuk dinaikkan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain, tutup mic.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, dari masa ke masa kita sentiasa membuat kajianlah tentang segala perkara yang berkaitan dengan kebajikan anggota polis berpangkat rendah dan juga anggota- anggota lain di pelbagai peringkat. Namun, apa yang kita berikan tangga gaji adalah selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang dilaksanakan ketika ini.
Ini bagi kita selaras dengan semua jabatan agensi lain. Namun demikian, kita faham tentang apa yang dibangkitkan tadi. Tentulah KDN dan PDRM sentiasa mengambil berat perkara itu dan kita dari masa ke semasa akan mengambil perhatian, buat kajian tentang perkara itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Isu kebajikan anggota polis berpangkat rendah terus menjadi perhatian kerana lebih 60 peratus daripada keseluruhan anggota PDRM berada dalam kategori ini. Terdapat laporan menunjukkan bahawa lebih 30 peratus kuarters polis memerlukan penyelenggaraan segera, manakala sebahagian anggota masih bergantung kepada sewaan swasta.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah langkah kementerian dalam menyediakan kemudahan perumahan yang kondusif kepada anggota polis berpangkat rendah. Serta apakah inisiatif kementerian dalam meningkatkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan kerja anggota polis berpangkat rendah? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang di-Pertua, kita, KDN melalui PDRM melaksanakan usaha secara berterusan melalui pembinaan kuarters baharu yang memenuhi standard perumahan semasa, selain melaksanakan kerja- kerja menaik taraf kuarters lama bagi pastikan keselesaan kepada mereka, yakni anggota PDRM.
Di samping itu Yang Berhormat, penyediaan elaun perumahan kepada anggota yang belum menerima penempatan kuarters turut membantu mengurangkan beban kos sara hidup yang kita tahu semakin tinggi. Sebab itu, saya sebut tadi bahawa bagi kemudahan kediaman, terdapat 62,760 unit kuarters PDRM di seluruh negara. Ini bagi tempoh 2023 hingga 2030.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dan PDRM telah pun mengemukakan permohonan tambahan kepada ICU, Jabatan Perdana Menteri pada 8 September 2025 lalu untuk menambah baik pulih 16,000 lagi, 16,630 unit kuarters dengan anggaran kos RM3.158 juta. Ini usul-usul yang kita buat untuk meningkatkan soal-soal kebajikan anggota. Dan sebab itu kita juga memperkenalkan pelbagai program latihan kompetensi serta menyediakan kelengkapan tugas yang lebih selamat, sesuai dengan risiko kerja semasa.
Selain itu Yang Berhormat, akhirnya anggota polis turut menerima manfaat melalui kemudahan rawatan kesihatan di hospital serta klinik panel yang diiktiraf.
Perlindungan insurans khas dan skim kebajikan turut diperkukuh bagi memastikan anggota serta keluarga mereka mendapat perlindungan sewajar sekiranya berlaku insiden semasa laksanakan tugas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Ir.
Ts. Zahir bin Hassan, Wangsa Maju.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih Puan Yang di- Pertua.
Burung pipit terbang ke desa, Hinggap sebentar di dahan Ara; Jaga kesihatan sepanjang masa, Agar penyakit tidak melanda. Soalan Wangsa Maju nombor 8.
8. Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) perancangan hasil dapatan kajian Universiti Stanford bahawa Malaysia berada di tempat ketiga tertinggi dari 111 negara dalam kategori negara paling malas berjalan kaki; dan
(b) strategi menghadapi negara menua dengan 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara berusia lebih 60 tahun menjelang 2030.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kajian Global Activity Inequality yang diterbitkan oleh Universiti Stanford 2022 memberikan gambaran Malaysia dalam kelompok negara rakyat yang mengamalkan tahap aktiviti fizikal harian yang rendah. Dapatan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023 menunjukkan 29.9 peratus dewasa Malaysia tidak aktif secara fizikal dan 49.9 peratus menunjukkan tingkah laku sedentary.
Sehubungan itu, KKM melalui agenda Nasional Malaysia Sihat melaksanakan inisiatif pembudayaan hidup sihat dan aktif termasuk kempen berjalan 10,000 langkah sehari seperti kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, menyediakan garis panduan gaya hidup aktif penjawat awam melalui inisiatif X-Break dan pembudayaan sukan di tempat kerja melalui surat Jabatan Perkhidmatan Awam 2024.
Merangka National Strategic Plan for Active Living 2026–2030, kempen media dan advokasi dengan Kementerian Komunikasi, pihak swasta dan NGO, penetapan promosi aktiviti fizikal di kalangan penjawat awam melalui inisiatif Putrajaya Sihat Sejahtera 2024–2030, termasuk perluasan ke seluruh negara pada tahun hadapan.
Inisiatif Healthy Living Mall dan Mall Walking berkonsepkan berjalan 10,000 langkah bersama keluarga di pusat membeli-belah sempena bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2025, perkhidmatan kesejahteraan kesihatan melalui 33 facilities wellness hub dan 16 kenderaan Wellness on Wheel di seluruh negara.
Pelaksanaan Program HePiLI, Health Promotion in Learning Institutions bagi memupuk budaya hidup aktif di institusi pendidikan. Dan yang akhir, kerjasama rentas agensi dan agensi bukan kerajaan, whole-of-nation konsep dengan pihak berkuasa tempatan untuk memperluaskan kemudahan mesra pejalan kaki dan kawasan rekreasi komuniti.
Untuk jawapan yang kedua adalah Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada 2030 dengan lebih 15 peratus populasi warga emas, strategi yang
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
dilaksanakan. Untuk maklumat Puan Yang di-Pertua, kedua-dua soalan ini, dua soalan yang terpisah. Bagi isu berkenaan tentang warga emas. Perkhidmatan kesihatan warga emas sebagai expanded scope bagi membantu warga emas mencapai tahap kesihatan optimum melalui perkhidmatan menyeluruh dan bersepadu, galakkan penuaan sihat serta pemerkasaan komuniti agar hidup berdikari.
Yang kedua adalah membangunkan Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas KKM 2023–2030, memperkasakan pemerkasaan warga emas dalam komuniti melalui program pencegahan dan penjagaan diri, pengukuhan penjagaan kesihatan berterusan berasaskan patient-centered care dan perluasan akses perkhidmatan kesihatan.
Seterusnya adalah perkhidmatan kesihatan warga emas di 1,103 buah klinik kesihatan meliputi promosi kesihatan, saringan, rawatan, rujukan dan kaunseling, lawatan dan perawatan ke rumah, rehabilitasi dan aktiviti kelab warga emas.
Penempatan 42 pakar geriatrik di 21 hospital kerajaan seluruh negara kecuali di Perlis, Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi menyediakan rawatan secara menyeluruh dengan lancar, bersepadu dan berpusat kepada individu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Wangsa Maju.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri yang menjawab soalan berkenaan. Kita juga sedar bahawa banyak dana yang dibelanjakan untuk merawat penyakit-penyakit yang tidak berjangkit. Seperti contoh 2023, RM8.5 bilion yang bersamaan dengan 16.8 daripada health expenditure telah dibelanjakan.
Dan dalam masa yang sama, petanda-petanda menggambarkan bahawa keadaan di negara kita masih terus meruncing. Contohnya obesiti. Pada tahun 1996, 4.4 peratus; 2019, 19.7 peratus. Penyakit diabetes pada 1996, 11.6 peratus; 2019, 18.3 peratus. Yang ini petanda-petanda yang menunjukkan bahawa keadaan itu terus meningkat. Dan kita tidak kekurangan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Kita tidak kekurangan kempen-kempen yang dijalankan. Banyak kempen telah dijalankan. Dan kita juga memikirkan, bukan sahaja kempen, kita isytihar perang terhadap gula, contohnya.
Dan saya ingin tanya, apakah kaedah untuk kementerian memastikan bahawa kempen-kempen ini atau pengisytiharan perang ini dilaksanakan dan
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
pemantauan ke arah pelaksanaan kempen-kempen dan pengisytiharan itu? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat.
Sememangnya kita telah pun melancar pelbagai kempen-kempen ataupun peperangan seperti contoh War on Sugar, perang terhadap gula dengan kita menasihatkan kepada masyarakat untuk menurunkan kadar pengambilan gula. Satu sudu lebih baik, lebih jangan. Dan juga selain daripada itu, kita juga menyebut berkenaan tentang war on salt di mana garam ini adalah merupakan penyumbang tertinggi dan juga pelaburan kita kepada kempen-kempen ini akan memberikan pulangan yang sangat besar kepada kerajaan.
Bagaimana untuk kita mengawal dan juga melaksanakan consistency kempen-kempen ini haruslah dijalankan bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Kesihatan saja. Kita menggunakan konsep whole-of-nation di mana kita menggerakkan public sector, private sector dengan izin, supaya berikan kerjasama. Di Parlimen juga kita menggalakkan agar pemakanan dan peminuman kita mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.
Adakah kempen-kempen ini berkesan? Ya, ada sebahagian kempen-kempen ini mendapatkan pulangan dari sudut pemberian dana-dana melalui cukai-cukai yang kita tetapkan. Sebagai contoh, cukai yang dikenakan kepada minuman manis ataupun bergula. Sebahagian daripada cukai eksais yang dikembalikan kepada KKM, kita gunakan untuk pembelian ubat untuk rawatan diabetic seperti SGL itu di mana 25 juta yang kita guna pakai untuk memberikan satu ubat yang lebih innovators medicine bagi mengelakkan kerosakan buah pinggang yang lebih teruk.
Dan juga selain daripada itu, aktiviti-aktiviti ini akan kita pantau secara konsisten dan juga kita mengharapkan agar mendapat sokongan daripada semua pihak terutama sekali daripada wakil-wakil rakyat dan juga agensi-agensi kementerian supaya kementerian tidak bergerak secara silo ataupun syok sendiri dalam melakukan kempen-kempen terhadap peperangan ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Kajian- kajian tempatan mengesahkan dapatan Stanford University, rakyat Malaysia memang berada dalam kalangan paling rendah aktiviti fizikal. NHMS 2023 menunjukkan 84 peratus rakyat tidak berjalan kaki atau berbasikal dalam kehidupan harian, manakala data akademik menunjukkan lebih 40 peratus warga emas, 60 peratus dewasa dan hampir separuh pekerja kesihatan sendiri tidak aktif.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, soalan saya, apakah penilaian kementerian mengenai tahap dengan izin, walkability atau kemudahan berjalan kaki di kawasan perumahan, komersial dan sekitar pusat perkhidmatan kesihatan dan premis awam sedia ada khususnya untuk memenuhi keperluan warga emas yang semakin meningkat?
Dan adakah wujud sebarang piawaian atau garis panduan kebangsaan khususnya untuk membangun infrastruktur penjalan kaki yang mesra semua peringkat umur terutamanya warga emas dan orang kurang upaya? Dan sekiranya ada, apakah mekanisme penguatkuasaan?
Akhir sekali Timbalan Menteri ...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu soalan sahaja.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
...Ada tak blueprint yang dikatakan whole-of- government, whole-of-society tadi di mana ia memastikan aspek kesihatan dalam semua dasar health in all policies diterapkan dalam perancangan bandar dan infrastruktur? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang cukup baik yang sedang kita fikirkan. Seperti yang saya sebutkan, kita sedang merangka National Strategic Plan for Active Living 2026–2030 dan sebelum ini kita telah pun merangka pelan strategik yang kita wujudkan Agenda Nasional Malaysia Sihat.
Dan di dalam Kertas Putih Kesihatan juga, di mana kita beralih daripada kuratif kepada wellness, di mana kita memberikan penumpuan kepada preventions dengan perwujudan lebih banyak lagi wellness, wellness hub di merata tempat terutama khususnya di setiap Parlimen.
Dan selain daripada itu, saya sangat bersetuju, kita juga mempunyai perancangan, bukan hanya sekadar menyediakan tempat kawasan yang mudah untuk kita melakukan riadah dan juga berjalan, fasiliti-fasiliti kesihatan kita juga dirancang dan dirangka untuk geriatric ready ataupun berkesesuaian dengan keperluan warga emas.
Kita tidak dapat melakukan polisi dan dasar ini berseorangan. Disebabkan itulah kita mempunyai kaedah iaitu melakukan satu perancangan bersama kementerian, perancangan perbandaran agar dapat memastikan setiap pembangunan dan perancangan menyediakan ruang untuk kita melakukan riadah yang bersesuaian.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Begitu juga di tempat-tempat seperti shopping mall, di mana galakan agar shopping mall terlibat sama menggunakan ruang yang sedia ada sebagai satu tempat shopping and healthy. Inilah yang kita cuba. Dan apa yang disoalkan oleh Yang Berhormat, akan kita telitikan dalam satu perbincangan yang lebih ataupun jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Zahari bin Kechik, Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Soalan saya nombor 9.
9. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan secara terperinci bagi pelaksanaan TABIKA Khas Kanak-kanak Autisme dan berapakah peruntukan yang akan disalurkan bagi setiap TABIKA ini bila dilaksanakan kelak.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah melaksanakan projek rintis Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Tunas Istimewa@KEMAS yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak berkeperluan khas khususnya dalam spektrum autisme bermula pada 15 Julai 2025 di negeri Melaka. Majlis pelancarannya telah diadakan pada 16 Ogos 2025. Projek rintis ini melibatkan tiga buah tabika di Daerah Jasin, Melaka Tengah dan juga Masjid Tanah.
Sebagai langkah pengembangan, kementerian melalui KEMAS merancang pembukaannya sebanyak 14 buah TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS pada tahun 2026, iaitu sebuah di setiap negeri. Seterusnya, pada tahun 2027, inisiatif ini akan diperluaskan dengan konsep “Satu Daerah, Satu TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS”. Usaha ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperluaskan akses pendidikan awal yang inklusif, berkualiti dan holistik kepada semua lapisan masyarakat khususnya kanak-kanak berkeperluan khas.
Bagi tahun 2025, jumlah kos keseluruhan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM457,696 meliputi kerja baik pulih bangunan, pembelian peralatan, pembangunan modul, latihan guru dan bantuan makanan tambahan. Manakala pada tahun 2026, kos yang diperlukan dianggarkan sebanyak RM5 juta merangkumi baik pulih bangunan, pembelian peralatan, latihan guru, bantuan makanan tambahan, elaun kepada pendidik masyarakat, pembantu pendidik masyarakat dan pembantu pendidik masyarakat sukarela bagi 14 TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS.
Oleh itu, peruntukan yang disalurkan bagi setiap TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS adalah meliputi bantuan makanan tambahan, geran per kapita
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
serta elaun kanak-kanak dengan anggaran sebanyak RM150,000 bagi setiap TABIKA Tunas berkenaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jeli.
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
Tuan Yang di-Pertua, Jeli amat menyambut baik dan menyokong atas usaha Kerajaan MADANI yang tidak meminggirkan masa depan generasi ini selaras dan selari dengan dasar no one will be left behind dalam setiap agenda membangunkan rakyat dan negara.
Namun, soalan sayanya ialah setelah mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi, saya melihat adakah kerajaan kita ini, kementerian kita ini sudah sepenuhnya bersedialah untuk melaksanakan program ini. Kerana, pada tahun hadapan, kita akan laksanakan setiap negeri dan tahun berikutnya untuk setiap daerah. Iaitu, dari segi premis misalnya. Sebab, premis KEMAS yang biasa yang ada sekarang ini pun, kita menumpang. Sama ada premis menumpang ataupun tanah menumpang. Menumpang kerajaan negeri ataupun menumpang tanah individu. Itu satu.
Yang keduanya, dari segi tenaga pengajar. Iaitu soal pelantikan guru-guru dan juga pembantu-pembantu guru. Apakah mereka sudah cukup terlatih untuk melayan anak-anak autisme ini? Kerana mereka ini mempunyai pelbagai karakter dan juga kelakuan.
Dan dengan rancangan kementerian yang akan membuka tadika setiap negeri pada tahun hadapan dan saya yakin akan dibuka kepada setiap daerah, adakah kerajaan merasakan sudah cukup ataupun sudah kita mempunyai kecukupan guru-guru untuk ditempatkan di setiap tadika yang akan kita bukakan nanti? Sekian.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Yang Berhormat...
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
[Bangun]
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
[Bangun]
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
...Seperti yang saya maklumkan tadi, KEMAS komited memastikan kelestarian kualiti pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas melalui pelaksanaan TABIKA Tunas Istimewa@KEMAS.
Keperluan dari sudut bangunan, untuk makluman Yang Berhormat, kita menggunakan bangunan yang sedia ada memandangkan― tanpa memerlukan peruntukan tambahan sebenarnya sebab kita nak sediakan fasiliti ini dulu. Sebab itu kita bermula daripada projek rintis, kita menggunakan bangunan yang sedia ada
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
tetapi kita baik pulih supaya dia bersesuaian untuk kelas tabika untuk kanak-kanak ini ya, di samping pembelian peralatan untuk keperluan tabika berkenaan.
Di samping itu juga, untuk makluman Yang Berhormat juga, kita menggunakan guru yang sedia ada. Pemilihan guru ini ada juga kriteria dia dari sudut personaliti penyayang, berminat terhadap kanak-kanak, ada juga bidang berkeperluan khas di peringkat rintis ini. Kita pilih guru-guru di kalangan guru-guru KEMAS yang mempunyai, orang kata, karakter seperti itu.
Dan kita beri latihan. Latihan berdasar— model yang kita gunakan berdasarkan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebab, Kementerian Pendidikan Malaysia ada dua kategori. Satu, sekolah integrasi. Ada sekolah-sekolah yang dipilih. Dan satu lagi, sekolah pra-khas. Model ini yang kita gunakan. Dan latihan untuk guru ini, kita laksanakan semasa cuti yang lepas dan mereka diberi latihan sambil bekerja. Kita sangkutkan guru-guru yang telah diberi latihan ke kelas-kelas di sekolah khas Kementerian Pendidikan. Ini yang kita lakukan untuk projek rintis.
Untuk tahun 2026, kita juga telah menggunakan sumber yang sama, guru- guru KEMAS yang ada. Guru-guru KEMAS yang ada, kita beri latihan, kita sangkutkan, kita sangkutkan ke kelas-kelas khas, maksudnya sekolah khas Kementerian Pendidikan untuk mereka melihat dan juga merasai dan juga memberi mereka kreativiti untuk melaksanakan kelas-kelas berkenaan.
Jadi― dan untuk jangka masa panjang ya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan.
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Untuk jangka masa panjang, pelantikan guru-guru KEMAS ini untuk tabika khas ini untuk jangka masa panjang, khasnya 2027― sebab, kita sebenarnya ada lagi pengambilan guru-guru baru. Dan pengambilan guru-guru ataupun pendidik masyarakat baru ini, kita akan fokuskan kepada guru-guru yang mempunyai kemahiran Diploma Pendidikan Awal Kanak- kanak, Diploma Pendidikan Khas yang mempunyai pengalaman untuk mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas dan juga calon-calon yang mempunyai minat terutama kepada bidang yang berkeperluan khas ini. Ini, orang kata, langkah panjang kita. Khasnya lantikan untuk lantikan 2027.
Dan peruntukan pun kita menggunakan bangunan KEMAS yang sedia ada.
Sebab itu, pemilihan yang kita laksanakan di dalam negara ini berdasarkan data-data yang kita dapat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kita dapat data daripada
Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
Tabika-tabika KEMAS seluruh negara untuk kita memastikan lokasi Tabika-tabika Tunas ini nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong. Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar daripada SK Convent, Batu Pahat.
Selamat datang ke Parlimen.
[Tepuk] Puan Speaker, autisme ini adalah satu isu yang amat mencabar dan ia nya bukan macam OKU yang biasa. Kalau orang buta dia buta sahaja, kalau pekak dia pekak. Ini, autisme ini dia wide spectrum. Daripada yang ringan sampai kepada yang betul-betul kes-kes yang teruk sampai dia tidak boleh bertutur, tidak boleh menjaga diri. Jadi, yang keduanya di luar bandar, akses kepada pakar perubatan yang dapat diagnose mereka di peringkat awal itu adalah satu juga cabaran terutamanya kepada kumpulan B40.
Jadi, saya ingin bertanya bagaimanakah KKDW memastikan tiada kanak- kanak autistik di luar bandar itu yang tercicir memandangkan akses diagnosis itu yang masih paling rendah sebab ia nya perlu dibuat diagnosis seawal-awal umur satu dan dua tahun? Keduanya, apakah KPI sekiranya ada untuk kita menilai keberkesanan tadika khas ini dari segi kemajuan komunikasi kanak-kanak tadi, dari segi sensory, motor halus dan juga tingkah laku mereka dan kesediaan mereka itu ke sekolah rendah? Sekian, terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Betong atas soalan tambahan. Untuk makluman YB Betong, kita memang menyedari bukan mudah untuk kita membuka ataupun melaksanakan program Tabika Tunas Istimewa KEMAS ini, bukannya mudah. Namun, ini satu keperluan yang mendesak apatah lagi untuk golongan B40 khasnya di kawasan luar bandar.
Jadi, keperluan untuk kita menyediakan perkhidmatan ini amat-amat diperlukan.
Yang kedua, kita menyedari— KEMAS menyedari perkara ini sebab itu kita bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dengan Kementerian Pendidikan dan juga pihak kesihatan di peringkat daerah dan juga di peringkat negeri dalam apa-apa sahaja modul yang melibatkan kanak-kanak terutamanya autisme.
mempengerusikan Mesyuarat] Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Sebab di kelas TUNAS ini bukan sahaja dari sudut maksudnya pembiasaan diri itu tetapi dari sudut pemeriksaan kesihatan, semua dilaksanakan. Sebab itu kita ada kolaborasi dengan KPM dan juga kolaborasi dengan Kementerian Kesihatan.
Untuk memastikan tidak ada yang tercicir itu, kita memastikan data-data ini kita update-kan dari semasa ke semasa. Sebab kita dapat laporan daripada Jabatan Kebajikan kebanyakan autisme ini dia hantar kepada PDK dan sebagainya yang tak sesuai sebenarnya dan juga data daripada tabika-tabika kita yang sedia ada. Sebab di kelas tabika normal pun kita menghadapi. Ada kanak-kanak khas seperti ini. Jadi, jika kita ada pendidikan khas macam ini, in terms of pendidikan mereka lebih baik lagi, lebih bagus lagi dan tersusun.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, dari sudut KPI, daripada tiga kelas rintis yang kita telah laksanakan di Melaka telah menunjukkan orang kata satu potensi, satu impak yang amat besar, yang mana pada awalnya memang susah kita nak kawal, susah kita nak buat dengan pelajar-pelajar ataupun anak-anak yang autisme ini. Tetapi hasil didikan, hasil sosialisasi dalam kelas berkenaan dengan pelbagai pihak ada orang kata penunjuk positif kepada perkembangan minda-minda kanak-kanak berkenaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini kita tengah setting dari sudut bagaimana KPI ini dibuat dengan kerjasama dengan KPM dan juga UPSI lah. Kita tengah merangka modul yang sesuai bagaimana kita nak mengukur KPI kita dan seperti Kementerian Pendidikan, tidak semuanya kanak-kanak ini bila dah umur lepas tujuh tahun dapat masuk Darjah 1.
Tak— dia based dengan kemahiran, based dengan orang proses sosialisasi.
Makna, yang walaupun umur dia naik, dah meningkat tetapi dia belum sampai level untuk dilepaskan ke Darjah 1 itu kita memang tak lepaskan. Kita menggunakan format yang telah disediakan oleh setakat ini Kementerian Pendidikan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Assalamualaikum Yang Berhormat dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Yang Berhormat, maka sesi Jawapan Lisan tamat.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dato’ Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, pada hari Khamis, 27 November 2025.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ada Yang Berhormat menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis sebagaimana Usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Bentara. Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.62 dan Kepala Pembangunan P.62 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahaskan. Senarai pembahas, sebanyak 25 Yang Berhormat akan berbahas. Senarainya adalah seperti berikut.
Dimulakan oleh Yang Berhormat Jelutong, diikuti oleh Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Langkawi dan akhirnya Yang Berhormat Rasah.
Masa ditetapkan lima minit tapi terpulang kepada budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis. Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Jelutong untuk membuka tirai.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Sebelum saya mulakan perbahasan saya, saya telah diminta oleh Yang Berhormat Igan untuk mengalu-alukan kehadiran para guru dan pelajar dari SK Sekaan Kechil, Matu, Sarawak dari kawasan Parlimen Igan. Selamat datang ke Parlimen.
[Tepuk] Tan Sri Dato’ Pengerusi, saya ingin menyentuh isu 010200 – Dasar dan Operasi, 020100 – Kepolisan, 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Yang Berhormat Pengerusi, untuk makluman Dewan yang mulia ini, saya mengalu-alukan kenaikan peruntukan daripada RM150 juta ke RM606 juta untuk dasar dan operasi. Ingin saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia yang selalu memastikan bahawa keselamatan rakyat di Malaysia ini diberi perhatian terpelihara dan dilindungi.
Pada masa yang sama, izinkan saya untuk membangkitkan beberapa perkara yang amat mengganggu kita dewasa ini. Kita lihat bahawa baru-baru ini kerajaan telah diperintahkan untuk membayar keluarga Pastor Koh, jumlah RM37 juta di atas satu saman yang telah difailkan terhadap Kerajaan Malaysia. Kedua, kerajaan juga telah diperintahkan bayar keluarga Ustaz Amri Che Mat, jumlah RM14 juta. Dan kita juga tidak tahu, apa yang berlaku kepada Ruth Sitepu dan suaminya Joshua Hilmy.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, saya ingin tahu sebagai seorang Ahli Parlimen, apakah penyudahnya ke atas kes-kes yang melibatkan mereka ini? Adakah pihak Polis Diraja Malaysia akan menyiasat? Dan kita telah mendapat akuan bahawa Menteri telah memberi syor bahawa kerajaan akan menyiasat untuk kita mendapat penyudahnya apa yang berlaku kepada mereka-mereka ini yang telah hilang begitu sahaja.
Tan Sri Pengerusi, saya juga ingin menyentuh isu yang melibatkan Pamela Ling, saya telah bangkitkan. Ini berlaku seketika kerajaan ini mentadbir, di mana Datin Seri Pamela Ling telah hilang pada 9 April 2025 di perkarangan Pejabat SPRM di Putrajaya. Apa yang berlaku kepada beliau, kita belum tahu.
Saya juga ingin bertanyakan kepada kerajaan, apakah langkah yang akan diambil untuk mengesan suami Indira Gandhi, Muhammad Riduan Abdullah? Baru- baru ini kita lihat satu demonstrasi telah dibuat, di mana beliau telah meminta untuk berjumpa dengan Ketua Polis Negara untuk kita mengetahui apa yang berlaku
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
kepada suami beliau yang telah menghilangkan diri bersama-sama dengan anak beliau yang sekarang berusia 16 tahun.
Saya cuma ingin menyentuh bahawa peningkatan dalam— daripada dana yang diberikan untuk dasar dan kepolisian harus memastikan bahawa perkara- perkara ini diselesaikan, di mana kita mentadbir sekarang Tuan Pengerusi. Dan saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan kita telah dibina atas satu prinsip reformasi.
Jangan lupa apa yang berlaku kepada Yang Amat Berhormat Tambun ketika beliau dihumban dalam penjara dan dipukul sehingga matanya lebam dan bengkak.
Ini merupakan satu perkara yang telah berlaku. Dan ingin saya nyatakan bahawa jangan— jangan anggapkan bahawa saya sebagai Ahli Parlimen Backbencher, ingin membuat tuduhan. Niat saya membangkitkan perkara ini adalah untuk mempertahankan Polis Diraja Malaysia yang sering kali menghadapi pelbagai tuduhan dan tohmahan berkenaan perkara-perkara ini.
Tuan Pengerusi tahu, baru-baru ini banyak sangat kes yang melibatkan tembakan. Hari Isnin malam ada kes tembakan di Seremban. Kelmarin, ada kes tembakan di Kajang. Baru-baru ini di Klang. Beberapa kes-kes, berlaku kes-kes tembakan, macam cowboy town. Apa yang akan berlaku kepada kita? Tan Sri Pengerusi, Ahli Parlimen Bukit Bendera telah mengadu, telah menerima ugutan jenayah. Anak kepada Ahli Parlimen Pandan telah pun diserang. Saya sendiri telah menerima ugutan membunuh melalui satu SMS yang dihantar.
Jadi saya, persoalan saya, peningkatan dalam dana daripada 150 juta ke 606 juta adalah bagus. Kita— kita mengalu-alukan peningkatan dana, tapi ia harus memastikan bahawa kita juga menyelesaikan semua-semua kes-kes yang telah berlaku. Dan saya ingin bangkitkan isu-isu yang melibatkan seorang...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jelutong, minta laluan. Boleh?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Biar saya habiskan dulu. Biar saya habiskan dulu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Habis, habis masa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Biar saya habiskan dulu. Kes yang melibatkan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ini isu polis, isu polis ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya habiskan dulu Yang Berhormat. Tan Sri...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan 37 itu jelas. Kalau Yang Berhormat Jelutong tidak benarkan, jangan ganggu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Teruskan Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Biar saya sentuh dua tiga perkara, sebelum saya memuktamadkan perbahasan saya. Kes yang melibatkan serangan asid ke atas seorang pemain bola sepak nasional, Muhammad Faisal bin Abdul Halim sehingga menyebabkan beliau tidak lagi berkecimpung bermain bola sepak. Tidak ada penyelesaian.
Baru-baru ini kita lihat, kelmarin seorang wartawan sukan Haresh Deol yang telah diserang di Bangsar kelmarin, tidak ada penyudahnya. Dan seperti yang telah saya katakan sebelum ini, serangan yang dibuat terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan, 12 tahun disuntik dengan satu— diberi suntikan. Kita tidak tahu apa yang berada dalam suntikan itu tapi mujurlah beliau selamat.
Dan kita lihat juga serangan-serangan yang dibuat terhadap— ugutan yang dibuat terhadap Ahli-ahli Parlimen termasuk saya sendiri. Baru-baru ini, Yang Berhormat Ahli Parlimen Bukit Bendera telah mengadu telah menerima ugutan jenayah daripada seorang yang menggunakan TikTok, Facebook account. Tan Sri Pengerusi, saya merayulah sebagai seorang Ahli Parlimen Backbencher, tolonglah ambil tindakan terhadap semua perkara-perkara ini, kerana di luar sana kita lihat bahawa pelbagai perkara telah dinyatakan.
Saya sekali lagi ingin mempertahankan Polis Diraja Malaysia, memang merupakan satu pasukan yang mantap, di mana mereka dapat menjejak seorang penjenayah, menangkapnya dalam masa yang begitu cepat. Tetapi, perkara-perkara ini harus diberi perhatian. Sekiranya tidak, kita akan mengalami serangan demi serangan dan tohmahan demi tohmahan.
Kerajaan ini perlu mempertahankan dan memastikan bahawa semua perkara-perkara yang dibangkitkan oleh saya ini diberi perhatian. Tuan Pengerusi, terima kasih di atas peluang yang telah diberikan.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Pohon izin untuk mengalu-alukan guru-guru dan para pelajar daripada sekolah...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan. Silakan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Boleh?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, saya mengalu- alukan guru-guru dan para pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Lubok Buntar, Serdang, Kedah ke Dewan Rakyat dari Parlimen Kulim-Bandar Baharu ya.
[Tepuk] Yang mana satu tahu ya?
Dato’ Pengerusi, saya menyentuh kepada 030000 iaitu Pengurusan Pendaftaran dan juga imigresen, khususnya berkenaan dengan kewarganegaraan pemain warisan FAM. Jadi, penegasan Menteri bahawa kesemuanya telah melalui due process masih tidak memadai sebenarnya untuk menjawab kritikan-kritikan di luar. Malah, dalam dokumen FIFA pun disebut proses naturalisasi ini, pemain-pemain ini menimbulkan banyak persoalan.
Antara yang dipersoalkan adalah syarat pemahaman bahasa Malaysia, bahasa Melayu yang memadai. Betul kah mereka faham? Jadi, adakah terdapat kemungkinan ujian tersebut dimudahkan ya? Dan kuasa budi bicara Menteri ini pula dalam, dalam Perkara 20(1)(e) ini untuk memberikan pengecualian syarat bermastautin, paling kurang 10 tahun sebenarnya.
Kita faham jika Menteri memutuskan budi bicara diperlukan kerana tempoh ini terlalu panjang, mungkin mereka menetap lebih lima tahun. Jadi, sekurang- kurangnya telah layak di bawah syarat FIFA. Masalahnya, syarat lima tahun FIFA ini pun sendiri pun tak, belum dicapai. Jadi akhirnya, apa akan jadi sebenarnya? Dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri tidak digunakan dengan bijaksana sebenarnya ya untuk melindungi integriti sistem kerakyatan negara kita.
Dan saya kepada 020100 – Kepolisan. Susulan daripada insiden FAM tadi, persoalan saya adalah minta kerajaan jelaskan langkah-langkah selanjutnya yang akan diambil oleh PDRM berkenaan dengan isu pemalsuan yang mengheret nama baik institusi pendaftaran negara ke dalam polemik ini.
Dan seterusnya, saya merujuk kepada dakwaan penyelewengan daripada Victor Chin Boon Long yang memanipulasikan syarikat NextG. Bawa lari 240 juta ke luar negara, tak tahu apa jadi sekarang. Dia pun sudah lari ke luar negara tetapi apakah perkembangan siasatan atau pendakwaan yang telah dibuat?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Begitu juga ada kes ugutan secara terbuka dibuat oleh individu dikenali dengan Salim Ayam. Ayam apa saya tak tahu, kepada seseorang ya. Dan ugutan telah dengan kata-kata keras seperti “nak kerat lidah” dan sebagainya dibuat semata kerana perbezaan dalam politik. Adakah sudah ada persoalannya, tindakan daripada pihak berkuasa bagi menjaga ketenteraman awam ini dan juga mencegah budaya ugut-mengugut ini? Jadi, adakah ada kekaburan sebenarnya— yang selalu disebut, kabur, kabur ya, walaupun difahamkan dah ada report dibuat?
Dan saya nak rujuk kepada baru-baru ini, Perdana Menteri ada memberi teguran keras,lah kepada setpol dia, kerana didakwa terbabit dalam isu ketirisan perolehan kerajaan. Tak berapa lama, setpol pun telah letak jawatan lah, semalam dah tahu dah. Tetapi, adakah teguran keras dan peletakan jawatan terus dikira selesai? Siasatan ada ke tidak ni? Setakat ini sudah ada dua setpol PM terkait dengan skandal ini. Sebelum ini bekas setpol, Farhash. Itu pun masih kabur. Kabur lagi, tentang perkembangan siasatan terhadap kekayaan luar biasa selepas menjadi setpol .
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini menunjukkan satu trend tidak sihat, terutamanya apabila PM sendiri selalu mencanangkan istilah sakau, sakau, sakau dan slogan hapus rasuah. Tetapi, setpol sendiri terpalit dengan macam-macam masalah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Besut, minta sikit pandangan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Aih, tak sempat ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak sempat, tak apa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Boleh. Nanti cuba. Kalau ada lagi, boleh, bolehlah.
[Dewan ketawa]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Setujukah dengan saya Besut, Yang Berhormat terima kasih. Yang Berhormat Pengerusi, Dato' Pengerusi.
Setujukah dengan saya Besut, sekiranya sekarang ini Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nak memerangi sakau, nak memerangi rasuah dengan sakau sana, sakau sini.
Tapi, sekarang ini kita dapati makin menjadi-jadi di sekeliling Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini sedang menyakau, sedang melakukan rasuah yang sedang nak diperangi oleh Yang Amat Berhormat Menteri. Apakah ini satu hipokrasi ataupun satu kata-kata sahaja?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya setuju dan masukkan dalam perbahasan saya.
[Dewan ketawa]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Besut sikit. Sambungan itu, ringkas, dia banyak ringkas.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Banyak lagi ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ringkas je tu. Setuju tak pasal Besut bahawa PKR ini sebenarnya ada juga rasuah di dalam parti tersebut. Setuju ke tidak?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Memang ada. Jelas pihak-pihak yang bising-bising selama ini diam, ya. Jadi, Dato' Pengerusi, saya terus yang akhirlah ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dengan butiran 040100 – Pembanterasan Dadah. Jadi...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang Berhormat, Yang Berhormat Speaker...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya dua ini PM, ada mendakwa wujudnya sebuah kartel besar.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Peraturan Dewan Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya tak bagi ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Besut. Yang Berhormat-Yang Berhormat...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Peraturan-peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya tak bagi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Besut, peraturan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Peraturan mesyuarat Besut, perlu bagi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, okey, okey.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan. Silakan Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang Berhormat Speaker, saya bangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat”. Tadi Yang Berhormat Hulu Terengganu menyatakan bahawa PKR ini adalah, dalamnya adalah parti rasuah dan disokong pula oleh Besut.
Kita tak boleh menjadikan seluruh parti itu adalah sebagai parti rasuah, walaupun, kalaupun ada rasuah yang berlaku biarlah ia berbicara. Bicarakan dalam
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
mahkamah dan kenyataan berani yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun, pertama menerima peletakan jawatan setiausaha politik beliau.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Dan yang kedua, meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk menyiasat tanpa ada sebarang ganggu gugat daripada kuasa luar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, baik.
Sebentar, sebentar.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Itu sebelum ini tak pernah berlaku...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mana-mana pun.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Sungai Petani. Saya nak tahu rucks dia bahagian mana Yang Berhormat nyatakan. Tolong ulangkan?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ada rasuah dalam PKR dan Besut juga menyatakan, betul PKR ini adalah parti rasuah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, ini keputusan saya. Ini bawah Peraturan 36(6) ya sangkaan jahat. Betul? Tuduhan daripada Yang Berhormat Sungai Petani. Betul bawah Peraturan 36(6), sangkaan jahat. Betul?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Betul.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Kerangka perkataan itu. Baik, Yang Berhormat Besut dan Yang Berhormat Hulu Terengganu, saya setelah menimbangkan apa yang telah dinyatakan saya perintahkan tarik balik bahagian itu.
[Tepuk]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi bukan kepada Ahli.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sekejap, sekejap, sekejap.
Peraturan Dewan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau ikut Peraturan 36(6)...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Satu, satu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Peraturan Dewan Speaker.
36(6)...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar. Bagi saya cakap dahulu. Okey, sekarang Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih Pengerusi.
36(6) ialah seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat kepada sesiapa Ahli lain. PKR itu bukan ahli, PKR itu bukan orang, PKR itu adalah persatuan. Jadi, kalau di sini saya faham, siapa-siapa ahli lain itu misal kata ke Jelutong ke, kata ke Sungai Petani ke. Itu maksud saya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dan, saya bertanya kepada Besut, bukan saya tuduh.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, sama juga tidak dikatakan kepada Ahli. Bila tidak kepada Ahli, jadi tak terpakai 36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, ini rulling saya.
Dengar ya, satu saya dah arahkan Yang Berhormat Hulu Terengganu dan Yang Berhormat Besut tarik tapi dalam ungkapan untuk membela diri. Kenyataan sebagaimana yang kedua-dua Yang Berhormat nyatakan. Bila Yang Berhormat sebut Ahli, di sebelah ini berapa ramai...
Beberapa Ahli
Betul.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli PKR?
Bermaksud, samalah pada penilaian saya.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya ini keputusan saya. Bila sebut Ahli di sebelah kerajaan boleh bilang, salah seorang adalah Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Jelutong duduk. Yang Berhormat Jelutong DAP.
[Ketawa] Yang Berhormat juga duduk. Saya tengah dealing dengan Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya nak tolong 36(12), mengelirukan fakta yang tidak tepat. Terima kasih.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Beruas, saya tak benarkan mencelah ya. Saya tengah berurusan dengan Sungai
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Petani dan dua Yang Berhormat ini. Satu-satu. Kalau saya punya caralah. Kalau Yang Berhormat langgar saya buat pertuduhan terus.
Saya ingatkan ya. My minimum punishment is lima hari. Lima hari kali RM400, bayangkanlah fine dia berapa banyak. Ya. Biar saya berurusan dengan Yang Berhormat Sungai Petani dan dua Yang Berhormat ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, itu Yang Berhormat Sungai Petani, itu keputusan saya.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dan saya arahkan...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang di-Pertua yang bijaksana.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat berdua untuk menarik. Ini perintah saya. Yang Berhormat Hulu Terengganu tarik balik untuk direkodkan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker. Saya tidak tuduh.
Saya bertanya. Bersetuju atau tidak? Itu sahaja. Adakah saya tuduh? Pertanyaan pertuduhan?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tidak. Dari perspektif mengenakan. Jadi, sentence itu telah diungkapkan oleh Yang Berhormat.
Jadi ini keputusan saya. Saya punya perintah tarik balik Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, kalau macam itu saya tarik balik.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey duduk.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, duduk. Yang Berhormat Besut.
Seorang Ahli
Tarik balik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya nak tarik balik tetapi saya nak katakan bahawa berlakunya rasuah di kalangan sebahagian daripada Ahli- ahli PKR di luar.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Adakah sudah dibuktikan?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak ada di dalam.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Adakah sudah dibuktikan? Ini tuduhan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya dah sebut nama tadi, setpol.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Sudah dibuktikan belum? Sudah dibuktikan belum?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Berlaku rasuah samalah.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Mana sama.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Sungai Petani.
Duduk Yang Berhormat Sungai Petani.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ha, bangun tak pasal- pasal.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya nak aman benda ini dalam Dewan ini. Satu persatu.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Pengerusi, Peraturan Dewan, Peraturan Dewan. Sebelum Yang Berhormat buat...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat tak selesai lagi?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yalah sebelum buat, sebab saya nak penerangan sikit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat ini perintah saya, duduk. Bagi saya selesai satu-satu. Saya tak kisah, saya boleh buang setengah Dewan ini kalau ikut perintah saya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, Speaker jangan bekeng sangat Speaker. Jangan bekeng. Ini 36(6)...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk, duduk! Bagi saya selesaikan dengan Yang Berhormat Besut dulu. Ya, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya. Jadi kita nak katakan bahawa sebenarnya ada juga ahli-ahli dalam PKR ini sebab selama ini dia sebut sakau, sakau ini...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak ada lagi pun.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, dia punya cheese adalah Ahli. Itu sahaja jamin keputusan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Di luar sana. Saya tak kata di dalam Dewan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tak puas hati dengan keputusan saya 43 tu ada.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, tak apalah okey saya tarik balik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat 36(6), 36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan saya layan. Kalau bukan peraturan jangan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Apa dia? Bahagian mana?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bahagian yang menyebabkan— saya nak bagi rujukan presiden, menyebabkan ahli tadi ini yang interpret Ahli PKR, Ahli PAS. Dulu, kita tengok sebelah sana kata Pagoh, dia sebut direct tuduh lepas itu Ahli PAS, parti ajaran sesat, dia orang tuduh tapi kami tak buat apa-apa sebab dia melibat, tak melibatkan Ahli.
Jadi, kita ambil presiden dua kes yang lepas, jadi hari ini bila disebut PKR itu bukan disebut pada seseorang. Jadi, boleh diguna pakai. Presiden dah ada yang lepas. Ini yang saya kata kadang-kadang kita nak kena buat keputusan jelas, clear supaya dia tak akan menjadi presiden ini, kali ini kita buat macam ini, yang lepas tak apa pula.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya? Itu yang saya bangkitkan saya sebagai dua presiden...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat. Terima kasih, saya faham.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya menujukan kepada Ahli— kepada parti yang bukan Ahli yang dibolehkan. Okey, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya faham. Saya faham apa yang Yang Berhormat Pendang nak nyatakan itu. Jadi, daripada interpretasi saya, jika Yang Berhormat Pendang rasa keputusan saya ini tidak adil, Yang Berhormat ada satu level kepada Speaker melalui usul. Yang Berhormat ada 48 jam untuk membuat semakan, ini keputusan saya. Baik Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Baik. Peraturan Dewan juga menyebut. Saya nak sambung apa yang Pendang sebut.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Peraturan berapa itu?
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Peraturan 36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Maksud Ahli di sini adalah Ahli Parlimen bukan ahli parti politik. Dan kita lihat dalam Perkara 5(1), sumpah yang diangkat oleh Ahli Parlimen. Jadi, disebut di sini, “Tiap-tiap orang Ahli yang mengasubah adalah perlu menurunkan tandatangan.” Jadi, Ahli di sini adalah Ahli Parlimen bukan ahli parti politik.
Jadi, Ahli dalam Perkara 5 iaitu angkat sumpah tadi ini di-relate-kan dengan 36(6), Ahli juga adalah Ahli Parlimen. Jadi kalau Pertua Yang Berhormat Dato' Pengerusi tadi boleh dikaitkan dengan ahli parti politik ataupun sesiapa sahaja yang berada di luar Dewan, maka tafsiran itu tidak memenuhi Perkara 5(1) dalam standing order ini.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jadi, itu pandangan balas saya terhadap petua Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Saya faham. Bila— ini interpretasi saya. Bila sebut “PKR”, dalam Dewan ini mengandungi ahli-ahli PKR juga. Ya, mereka adalah Ahli Parlimen juga. Jadi, ini interpretasi saya.
Sebagaimana saya nyatakan tadi juga, kalau Yang Berhormat Jerlun fikir keputusan saya ini tidak memihak atau tidak adil, Yang Berhormat ada 48 jam. Buat usul tentang keputusan saya, edarkan pada Speaker Dewan, baik. Kita beralihlah.
Ya, Yang Berhormat Jelutong. Last. Selepas ini, saya nak balik kepada urusan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengerusi, Pengerusi, saya rujuk...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya rujuk...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sebentar, sebentar.
Selepas ini, saya nak teruskan urusan Majlis, last punya. Silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Pengerusi, saya rujuk kepada 36(6) kerana Pengerusi selalu minta kita rujuk. Saya pertamanya, ingin menyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Pengerusi adalah betul, nombor satu. Kalau saya lah, kalau saya membuat rujukan umpamanya, Yang Berhormat Tasek...
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang lain, Peraturan 41 itu, ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita— umum mengetahui bahawa Yang Berhormat Tasek Gelugor dan Yang Berhormat Pagoh sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah tetapi mereka belum didapati bersalah lagi. Jadi, kalau saya membuat tuduhan begitu di Dewan ini pun tidak teratur kerana mereka Tuan Pengerusi, merupakan seorang yang— pendakwa yang pernah membawa kes di mahkamah, saya difahamkan. Alluded prosecutor, pendakwa yang berwibawa.
Seseorang itu masih tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah. Maka, keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Pengerusi adalah keputusan yang menurut lunas undang-undang, betul dan saya sangat menyokong keputusan itu. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, itu satu prinsipal yang telah dinyatakan bahawa apa-apa yang sedang berjalan di mahkamah, peringkat-peringkat mahkamah, itulah mahkamah rendah, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan, Mahkamah Persekutuan. Selagi tak selesai, kita tidak boleh dibenarkan dia punya gist, apa berlaku, dibahaskan dalam Parlimen ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi, saya faham dan saya bersetuju apa yang Jelutong cakap itu. Baik, kita teruskan dalam kita punya urusan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Dato' Pengerusi. Berkenaan dengan Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar. Yang Berhormat, satu minit, gulung, tutup.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, saya cuba.
Pembanterasan dadah. Baru-baru ini PM ada mendakwa wujudnya sebuah kartel besar dadah yang didengarinya sejak 20 tahun yang lepas dan tidak ada tindakan.
Jadi PM berkata, beliau mengamuk dan bagi amaran kepada agensi bertanggungjawab supaya jaga— [Tidak jelas] Tidak ada apa-apa tindakan. Jadi, tak lama kemudian, mantan Ketua Polis Negara pula berkata, operasi gempur kartel dadah sentiasa berjalan tetapi secara sulit.
Jadi, minta Menteri jelaskanlah langkah khusus kerajaan bagi membanteras dan menoktahkan kartel besar dadah ini sebagaimana dibangkitkan PMX. Jadi, akhirnya juga, butiran satu lagi, pohon izin. Butiran 020400 – Penguatkuasaan Maritim. Antara perkara yang saya bangkitkan dalam perbahasan Laporan Ketua
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Audit Negara baru ini adalah kegagalan melaksanakan ujian-ujian penting untuk memastikan simultaneous, dengan izin, iaitu kapal-kapal APMM sebelum menerima aset.
Saya ingin meminta penjelasan berkenaan dengan fasiliti Harbour Acceptance Test (HAT) dan juga Sea Acceptance Test semasa yang digunakan APMM. Adakah masalah yang dibangkitkan oleh LKAN ini sebelum ini berpunca daripada ketiadaan fasiliti sendiri, fasiliti yang ada surat, sudah usang atau bagaimana? Jadi, untuk tahun 2026 ini, peruntukan untuk aset penguatkuasaan maritim adalah lebih kurang RM10 juta...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 10 saat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...berbanding tahun ini iaitu tiada langsung. Dan daripada jumlah ini, sebanyak manakah akan digunakan untuk menangani masalah tadi? Masa tidak mengizinkan, terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Besut. Yang Berhormat Arau punya permohonan untuk diawalkan, saya luluskan. Jadi, Yang Berhormat akan berbahas nombor 4, menggantikan Jerlun nombor 8, ya. Sebentar. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Dato' Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam; dan Butiran 020100 – Kepolisan. Dato' Pengerusi, saya ingin membangkitkan dua kes yang amat menyayat hati dan masih belum mendapat penyelesaian sewajarnya sehingga hari ini iaitu kehilangan paksa sosial aktivis Amri Che Mat pada tahun 2016 dan Raymond Koh pada tahun 2017.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 November 2025 telah memutuskan bahawa kerajaan bertanggungjawab ke atas kehilangan paksa mereka.
Laporan SUHAKAM dan Laporan Special Task Force telah dipetik dalam penghakiman Hakim – Soo Tiang Joo, dalam kedua-dua kes tersebut. Berdasarkan Laporan SUHAKAM 2019, kedua-dua kes ini diklasifikasikan sebagai kehilangan paksa ataupun enforced disappearance. Kedua-dua laporan menyatakan bahawa terdapat bukti keterlibatan pihak polis, khususnya Cawangan Khas PDRM.
Laporan SUHAKAM menjelaskan bahawa operasi penculikan dilaksanakan secara terancang menggunakan taktik profesional yang serupa dengan latihan polis
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
dan melibatkan struktur logistik yang menempatkan mangsa di luar perlindungan undang-undang. Sebagai contoh, SUHAKAM mendapati bahawa sebuah Toyota Vios bernombor pendaftaran, PFC1623 terlibat dalam kedua-dua kes hilang paksa tersebut, merupakan milik Saiful Bahari yang bekerja dengan Cawangan Khas PDRM.
Penemuan ini hanya muncul semasa siasatan SUHAKAM dan bukan di peringkat siasatan polis. Di samping itu, mahkamah juga mengambil kira kelewatan siasatan serta kegagalan polis mendedahkan maklumat penting yang secara keseluruhannya menunjukkan bahawa penglibatan polis dalam kes tersebut tidak dapat dinafikan. Berdasarkan dapatan SUHAKAM dan Special Task Force, mahkamah berpendapat bahawa pihak polis berkemungkinan besar— quote, “On a balance of probabilities” terlibat dalam penculikan dan kehilangan paksa Amri dan Koh.
Kedua-dua keluarga mangsa sehingga hari ini masih tidak tahu lokasi, nasib dan keadaan sebenar insan yang mereka sayangi. Tragedi ini bukan hanya melibatkan isu keluarga, ia adalah persoalan hak asasi, integriti institusi, penguatkuasaan dan kewajipan negara di bawah undang-undang.
Dato' Pengerusi, saya nak tanya kepada Kementerian Dalam Negeri. Apakah wujudnya unit ataupun pasukan khas ataupun skuad atau ejen dalam agensi penguatkuasaan yang pernah menjalankan operasi yang membawa kepada kehilangan paksa seperti yang dirumuskan oleh SUHAKAM, khususnya yang melibatkan Cawangan Khas di bawah PDRM dan mana-mana unit yang menerima arahan pembunuhan? Jika tidak, apakah langkah kerajaan untuk mengenal pasti kumpulan atau individu yang terlibat, selaras dengan obligasi negara mencegah dan menyiasat kehilangan paksa?
Dan saya juga ingin tanya, memandangkan SUHAKAM telah pun mengeluarkan kenyataan menyeru kerajaan mengiktiraf ICCPR iaitu International Covenant on Civil and Political Rights dan juga ICCPED (International Convention for the Protection of All Persons from Enforced Dissapearance). Saya ingin tanya, sama kah kerajaan akan menyokong kedua-dua konvensyen tersebut dan apakah pelan tindakan kerajaan bagi memastikan tragedi seperti ini tidak akan berlaku?
Yang kedua ialah Dato' Pengerusi, memandangkan kes keganasan seksual telah pun meningkat, khususnya di kawasan Selangor. Dan saya dapat aduan di mana yang IO wanita, khususnya yang menangani, menyiasat kes rogol dan juga keganasan rogol seksual itu telah sampai ke tahap yang mereka tak dapat menangani kerana just terlalu banyak, sehingga terpaksa serah kepada IO lelaki.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, saya ingin minta pihak kementerian haruslah juga tahu apa yang berlaku kepada grass roots, pada akar umbi dan cuba melatih lebih IO, khususnya IO wanita, untuk menangani kes-kes aduan yang melibatkan rogol.
Yang akhirnya ialah Dato' Pengerusi, saya juga terima satu aduan yang mana saya tulis surat kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri. Seorang warga dari negara Sudan, Afrika. Namanya Bashir Ibrahim Kunya Kua, K-U-A. Kua, nombor pasportnya P12526056.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Beliau tidak dilarang masuk— dimasukkan di dalam kem imigresen, lepas itu di KLIA pada 22 November 2025. Dan kawan dia yang tunggu dia di luar itu, kedua- dua mereka tidak dapat bertemu dan pada malam itu beliau dihantar balik. Dan saya juga mendapati sebenarnya orang ini boleh menunjukkan ini passport dia. [Sambil menunjukkan dokumen] Ini ada tiket penerbangan datang ke Malaysia dan balik ke Qatar. Semua maklumat sudah ada, tapi beliau dilarang masuk.
Dan kita tahu Perdana Menteri kita pergi satu— pergi ke Benua Afrika dan mendapat kejayaan dalam bilateral trade. Tetapi kalau kita ini adalah cara kita, melarang masuk warga luar negara tanpa beri alasan dan kita tahu mereka ada cover yang tunggu di luar tapi tidak benarkan mereka masuk. Dan saya nak minta pihak Kementerian Dalam Negeri bagi satu jawapan kepada saya.
Dan saya difahamkan ini sekarang imigresen sudah tidak menangani pintu keluar masuk di KLIA dan sebagainya. Ia ada di bawah AKPS. Jadi, saya nak tahu apakah kriteria bagi mereka untuk hantar balik orang dan tidak membenarkan warga asing untuk masuk ke negara kita? Mestilah kita tahu ada satu kriteria. Saya cuba minta bantuan daripada setiausaha khas kepada yang Menteri Dalam Negeri pada waktu saya terima aduan. Tapi ini juga tidak membantu. Jadi, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi satu jawapan.
Dan akhirnya Tuan Pengerusi, saya nak juga minta kerajaan beri lebih elaun, lebih dana kepada PDRM untuk cari menantu kepada Yang Berhormat Pagoh.
Sekarang ia diuar-uarkan di seluruh dunia, kita tahu dia berada di Qatar tapi kita tahu dia ada sana, tapi kita tak tahu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat 30 saat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Mana dapatnya dia balik. Mungkin ini kerana kekurangan dana daripada pihak PDRM.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Point of order.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(6).
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, saya minta pihak kerajaan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Tidak jelas]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tolonglah PDRM.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Seputeh, sebentar.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Untuk mendapat balik cari balik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(6).
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Menantu daripada Yang Berhormat Pagoh. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
36(6). Dia buat sangkaan jahat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya juga boleh buat sangkaan kepada apa itu bekas Ketua Pembangkang dan juga isu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Di bawah Peraturan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Isu— [Tidak jelas] ya?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Di bawah peraturan? Bawah peraturan?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Peraturan 36(6). Sangkaan jahat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Di bawah Peraturan 36.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat buat petua tadi, tak boleh sebut sangkaan jahat kepada Ahli-ahli Parlimen yang lain. Ini bukan sahaja sebut sangkaan jahat, sebut menantu lagi. Tak berhenti menantu. Seorang yang tidak ada benda lain dalam dunia ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Seputeh, jangan ganggu saya tengah berurusan dengan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya, jadi sekarang.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Apa salahnya sebut menantu?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Seputeh, saya tengah dealing dengan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jangan menyibuk.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Arau mengadap saya. Baik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Dah dia menyibuk ya, thank you.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, jadi fakta Yang Berhormat sanggah adalah menyebut.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menantu.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berkaitan menantu Yang Berhormat Pagoh. Betul?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Betul.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Jadi, dari perspektif pandangan saya, fakta tersebut tidak menimbulkan sangkaan jahat. Ini adalah kenyataan. Okey, baik. Baik Yang Berhormat duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey terima kasih, terima kasih. Timbalan Speaker, lepas ini saya akan sebut perkataan menantu termasuk girlfriend, girlfriend sapa-sapa.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Tidak jelas]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Yang di-Pertua, Peraturan 36(5).
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Seseorang Ahli tidak dibenarkan menyebut nama Ahli yang lain. Tadi dia sebut Pagoh. Jadi, kalau macam itu boleh saya katakan DAP juga terlibat dengan rasuah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
PKR juga terlibat dengan rasuah. Sebab tengok pegawai daripada kementerian—
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pegawai Seputeh sendiri disiasat, pegawai daripada Kementerian Sumber Manusia RM97 juta disiasat dan hari ini kena PKR juga.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Hari ini PKR juga. Jadi, kalau macam ini punya tafsiran, kita boleh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat 30 balik kepada.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pergi atas nama parti. Letak atas nama Ahli.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, balik kepada fakta ya. 36(5).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia sebut nama parti. Dia sebut Pagoh.
[Tidak jelas] Kalau inilah dibolehkan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat sebentar saya tak habis lagi ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Kalau ini lah dibolehkan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat sebentar saya tak habis lagi ini. Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan sebutan nama ya. Jadi, Yang Berhormat Seputeh bahagian menyebut “Mahiyuddin” itu kena tarik balik ya tidak dibenarkan ya. Kalau Pagoh itu, okey.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tuan Pengerusi, saya tak sebut “Mahiyuddin”. Saya sebut Yang Berhormat Pagoh. Dan ini adalah isu yang bagaimana kita tahu? Menantu dia hilang.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dalam Parlimen tak ada nama.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat lain itu bagi saya bercakap 41 itu berurusan dengan Seputeh. Janganlah mencelah jadi masalah. Tak selesai habis-habis ini. Jadi, Yang Berhormat Seputeh saya dengar. Jadi tariklah bahagian sebutan “Mahiyuddin”. Very simple okey.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Saya tak sebut nama. Saya sebut Yang Berhormat Pagoh sahaja. Yang Berhormat Pagoh sahaja. Ini pun tak boleh?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat tarik balik sahajalah ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey saya tukar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Nama itu sahaja, Pagoh okey.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
“Mahiyuddin” itu tarik balik. Pagoh okey.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey saya ulang kanak-kanak sekali lagi Dato’ Yang di-Pertua. Saya nak minta kerajaan beri lebih dana kepada pihak PDRM untuk pergi cari balik menantu Yang Berhormat Pagoh.
[Tidak jelas] Thank you.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Okey, habis. Alright, kita teruskan pada Majlis kita ya.
Baik berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat. Sebelum Yang Berhormat Arau, permohonan daripada Yang Berhormat Miri untuk menjadi pembahas yang terakhir saya luluskan ya. Maklumkan pada dia. Ini permohonan daripada dia. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Arau untuk berbahas.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Yang pertama sekali ialah B.03000 – Pengurusan Pendaftaran dan imigresen. Kita sedia maklum bahawa kaunter setting ini telah disebut banyak kali. Jadi, hari ini kita nak tanya Yang Berhormat apa yang telah dibuat untuk menyelesaikannya?
Saya nak tanya warga manakah, yang kaunter setting ini untuk warganegara mana? Sebab ia telah disebut bahawa terdapat warganegara yang susah untuk masuk tapi yang kaunter setting ini mudah. Dan MACC, Tan Sri Azam Baki telah berkata 38 pertuduhan telah pun dia telah pun dikeluarkan, 38 Yang Berhormat.
Jadi, inilah satu benda yang kita minta dinyatakan sepenuhnya kepada rakyat. Kaunter setting ini untuk warganegara mana? Dan kalau mereka telah terlepas masuk dengan mudah, di mana mereka sekarang? Imigresen ini bagi saya ialah yang terbaik tetapi di antara yang terbaik itu sudah pasti ada yang kurang. Jadi, yang kurang ini yang kita ambil tindakan. Saya minta supaya didedahkan warganegara, manakah yang mereka laksanakan— so called kaunter setting Yang Berhormat?
Benda ini dalam masa yang sama kena tahu bahawa apa itu benda ini telah pun berlaku. Tetapi yang saya dengan izin observation di sana. Walaupun tidak ada kaunter setting ini kononnya, tetapi dilihat terdapat warganegara yang mudah untuk masuk. Jadi, berapa banyak kah untuk masuk? Jadi, berapa banyakkah di antara mereka yang telah di masuk dengan melalui kaunter setting? Apakah tindakan yang telah diambil.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang keduanya kita nak tanya, apakah tindakan yang diambil kepada warganegara asing yang telah pun lupus visanya dan berapa juta yang telah masuk, berapa juta yang tidak keluar?
Okey yang keduanya, Yang Berhormat pasal dadah. Yang Berhormat ini Pengerusi dadah ya. Kita tahu masalah dadah ini cukup berat dan kerajaan telah membuat tangkapan yang bernilai RM1.67 bilion. Jadi, ucap tahniah tapi kita nak tanya Yang Berhormat. Kita cakap pasal dadah tapi kita kena juga lihat bahawa pengaruh dadah ini sampai kepada rakyat.
Yang Berhormat tahu saya dah lama terlibat dengan perkara ini. Sekarang ini Yang Berhormat Presiden PEMADAM Malaysia. Dunialah. Saya pula Timbalan. Tapi malangnya tidak diberi apa-apa peruntukan kepada PEMADAM untuk melaksanakan tanggungjawab memulihkan dadah.
Yang Berhormat isytiharkan pada hari ini tak banyak. PEMADAM pun RM10 juta sahaja untuk sama-sama memulih dadah. Kalau Yang Berhormat tidak berbuat sesuatu, saya ingat ini tidak bagus sebab nama baik Yang Berhormat akan terjejas.
Nama saya tak terjejas, tak apalah terjejas lama dah. Tapi nama Yang Berhormat tak boleh terjejas sebagai Presiden PEMADAM.
Kita nak minta satu angka yang khusus. Yang Berhormat kena jawab ini. Yang Berhormat tak jawab, saya akan kejar Yang Berhormat sehingga Yang Berhormat jawab. Kalau tak boleh bagi banyak pun, separuh pun tak apa. Tapi kena bagi. Sebab tahun berakhir dan kita kena ada program khusus untuk memulihkan dadah.
Kita ada NGO dan lain-lain lagi. Ini juga PEMADAM sebuah NGO yang diiktiraf oleh kerajaan kerana Presidennya mestilah dilantik oleh kerajaan. Tapi kerajaan tak bagi peruntukan. Jadi, kita panggillah Presiden PEMADAM ini Presiden “mulut kering” dah tiada peruntukan. Saya timbalan mulut kering. Jadi, Yang Berhormat kena buat sesuatu untuk perkara tersebut.
Yang akhir sekali sebab saya tidak lama ambil masa. Saya tidak akan menyebut menantu ataupun— [Tidak jelas] siapa-siapa yang terlibat dengan dadah sebab ini bukan kerja saya. Sebab ini adalah tuduhan yang saya tidak mahu buat, saya bimbang nanti pahala saya boleh dekat dia, jahat dia boleh dekat saya, saya tak mahu. Saya nak pahala saya bertambah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang akhir sekali, sebab saya tidak mahu ambil masa. Saya tidak akan menyebut menantu atau pun girlfriend siapa-siapa yang terlibat dengan dadah, sebab itu bukan kerja saya. Sebab inilah tuduhan yang saya tidak mahu buat, saya
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
bimbang nanti pahala saya boleh dekat dia, jahat dia boleh kat saya, saya tak mau.
Saya nak pahala saya bertambah.
Yang akhir sekali yang Berhormat ialah fasal apa tu, yang kedua terakhir, pasal APMM. APMM yang telah disebutkan sebentar tadi. Saya baru-baru ini pergi ke, pergi ke Sabah dan saya cubalah mengambil gambar setakat yang saya mampu dan saya telah minta kerajaan telah sahkan, sama ada gambar yang saya ambil itu tepat ataupun tidak.
Kerana, dalam pengalaman saya sebagai menjaga kawasan ini dulu iaitu Beting Patinggi Ali kita tahu dia ada tiga kapal. Satu kapal pengawal pantai China, satu Navy dan satu APMM tapi dalam gambar tu tak nampak. Di manakah pergi Navy dan APMM? Apakah gambar saya salah? Kalau salah Yang Berhormat tolong betulkan. Saya bercakap di sini bukan nak dapat— benda yang sebenar sudah pasti kami tak dapat. Sebab kami pembangkang, siapa nak kawan dengan kami.
Yang Berhormat pun cuba sembunyi fakta kepada kami. Kita nak tengok apakah gambar yang saya ambil itu yang telah pun tersebar dengan luas. Sama ada gambar itu ialah Beting Patinggi Ali dan kapal itulah kapal Pengawal Pantai China, di mana APMM? APMM ialah tugas Yang Berhormat. Jadi, yang penting ialah kerajaan mesti berada di sana.
Akhir sekali ialah tentang polis Yang Berhormat, 110000 ya. Kita menyebut banyak nama tadi, banyak nama yang perlu disiasat. Setengahnya kata SPRM, setengahnya kata polis tetapi polis mempunyai bidang kuasa yang lebih luas. Yang Berhormat kena siasat sebab ini tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Albert Tei sebagai contoh.
Dan yang penghabis sekali ialah tentang seorang wanita. Video yang ditular seorang wanita Sofia Rini binti Buyong. Yang Berhormat kena siasat kami nak tahu apa jadi. Apa jadi dengan tuduhan yang dibuat? Kita jangan tuduh bahawa setiausaha politik ini telah pun berhenti, dengan itu kesnya habis. Tak habis. Sebab dia melibatkan nama baik PMX. PMX yang dicintai ini namanya telah buruk sebab apa? Rasuah berkelilingan.
Isu rasuah di Sabah yang belum selesai dan insya-Allah pilihan raya kali ini akan berlaku pertukaran yang hebat Yang Berhormat, PN akan berada di sana tidak lama lagi, insya-Allah ya. Jadi, kita minta polis siasat Yang Berhormat. Yang Berhormat sebagai seorang bekas Menteri dan Timbalan Menteri...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Arau, Arau.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...30 saat, 30 saat.
Saya tidak benarkan, Hulu Terengganu duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Teruskan, 30 saat.
Gulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Menteri tolong siasat nama- nama seperti Salim Abdul Rahman tadi, Farhash Salvador, tolong siasat, bagi tahu.
Jangan dikata kita sembunyi Yang Berhormat. Cerita benar bahawa ini yang berlaku sebab rakyat Malaysia nak tahu. Bila rakyat Malaysia tahu, rakyat Malaysia tidak menyebarkan fitnah dan tidak melibatkan dengan dosa. Fitnah dosanya lebih besar daripada membunuh Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tapi kalau Yang Berhormat diam, Yang Berhormat seolah-olahnya menggalakkan fitnah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, cukup masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sebagai Timbalan Menteri yang— KDN yang hebat, tolong jawab soalan ini. Terima kasih Speaker...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli Yang Berhormat, cukup masa.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Yang agak tegas tapi kena buat pertimbangan, saya akan buat usul tentang apa Yang Berhormat bawa keluar fatwa tadi. Terima kasih. Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik. Silakan. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk membahas berkenaan dengan Kementerian Dalam Negeri. Beberapa isu yang ingin saya menimbulkan.
Pertamanya seperti yang telah pun saya timbulkan di Dewan ini untuk kementerian yang lain berkenaan dengan isu FIFA dan FAM. Di mana, kami telah pun sedia maklum bahawa laporan oleh FIFA Appeal Committee bertarikh 3 November 2025.
Memangnya amat memalukan kepada reputasi dan integriti negara.
Mempunyai implikasi yang amat memudaratkan bukan sahaja kepada FAM, Tuan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Pengerusi tetapi kepada pihak-pihak berkuasa yang semestinya merupakan PDRM dan juga SPRM di bawah kawalan KDN. Apa yang jelas adalah bahawa tujuh pemain yang telah pun di-implicated dengan izin, Tuan Pengerusi, mereka telah pun mengambil pendirian bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan berkenaan forgery ini oleh kerana ia nya telah pun dilakukan oleh ejen-ejen mereka yang berurusan dengan pegawai-pegawai FAM.
Saya ingin memetik daripada dua perenggan daripada laporan tersebut.
Antaranya yang mengatakan seperti berikut. Perenggan 253— “The Committee wished to express both its surprise and disappointment with the FAM’s failure to identify the individuals responsible for the tampering, their rank or their specific roles within the association is deeply troubling…”. Dan seterusnya “*No referral to domestic authorities.
This omission suggests a lack of accountability and raises serious concerns about the governance culture within the organization. The continued shielding of confessed culpable staff members, coupled with vague assertions of administrative error, appears to be a tactical maneuver designed to deflect institutional responsibility while preserving internal cohesion*”.
Dan juga perenggan 304 di mana yang berikut telah pun dinyatakan. “Finally, given the nature and gravity of the offenses–particularly the forgery of official documents–the Committee directs the Secretariat to adopt the necessary steps to notify the competent criminal authorities, competent criminal authorities in Brazil, Argentina, the Netherlands and Malaysia. It is imperative that the relevant authorities are informed so that appropriate criminal investigations and proceedings may be pursued…”.
Jadi, persoalan-persoalan yang timbul akibat kedua-dua penemuan tersebut adalah saya ada beberapa persoalan. Pertamanya, memandangkan FAM tidak melaporkan pihak-pihak yang bertanggungjawab kepada pihak berkuasa menurut laporan tersebut, adakah kementerian akan sekarang menjalankan siasatan yang terperinci untuk mendedahkan siapa yang di belakang skandal ini?
PDRM— kedua, PDRM dan SPRM pernah berkata bahawa tiada unsur jenayah dalam kes ini tetapi adalah jelas bahawa memang ada menurut laporan tersebut. Jadi, persoalan saya adakah Yang Berhormat Menteri akan mengarahkan siasatan baru dijalankan oleh PDRM dan SPRM berdasarkan laporan tersebut?
Sekiranya tidak, kenapa?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ketiga, adakah identiti sebenar perancang-perancang ataupun mastermind, mastermind di belakang skandal ini akan didedahkan dan dihadapkan ke mahkamah, sekiranya siasatan mengesahkan ada unsur jenayah?
Keempat, adakah pasport-pasport Malaysia yang dikeluarkan kepada setiap tujuh pemain tersebut dikeluarkan kepada mereka, sementara mereka memiliki pasport-pasport antarabangsa negara-negara mereka masing-masing. Bukankah ini bertentangan dengan polisi Malaysia yang melarang pemilikan dengan izin, dual citizenship?
Terakhirnya, adakah pasport-pasport Malaysia mereka akan ditarik balik sekarang oleh KDN memandangkan penemuan-penemuan FIFA Appeal Committee tersebut, yang sudah tentunya dalam pandangan saya akan disahkan oleh Court of Arbitration for Sport ataupun CAS nanti.
Keduanya adalah isu berkenaan satu wartawan yang terkenal dan berpengalaman luas lebih kurang 25 tahun yang juga merupakan co-founder of Twentytwo13 dan Timbalan Presiden National Press Club Malaysia iaitu seorang bernama Haresh Deol. Kami terkejut membaca berita semalam bahawa beliau telah pun di— was assaulted dengan izin semalam in broad daylight Tuan Pengerusi di Bangsar.
Ini bukan sahaja merupakan satu threat to journalistic freedom atau dan satu ancaman kepada keselamatan beliau sendiri tetapi boleh mempunyai kesan yang buruk kepada pembangunan media dan wartawan yang kami bergantung pada— we depend on the press to report without fear and favor, Tuan Pengerusi.
Jadi persoalan-persoalan yang timbul yang ingin saya tanya, adakah, apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh PDRM untuk menyiasat perkara ini dalam kadar yang segera? Keduanya, adakah insiden terhadap Haresh tersebut ada apa- apa kena-mengena atau pun berkaitan dengan skandal FAM ini memandangkan beliau telah pun melaporkan secara extensively berkenaan isu tersebut secara tanpa fear or favor. Akhirnya, Tuan Pengerusi, adalah berkenaan lagi satu kes iaitu kes Indira Gandhi. Ini adalah di dalam pengetahuan umum negara. Kita tahu bahawa sejak 2010, mahkamah tinggi telah pun memberi custody kepada anak Indira Gandhi iaitu bernama Prasana. Hingga 2018, Tuan Pengerusi, I am sure Tuan Pengerusi is well aware of the facts, mempunyai latar belakang undang-undang dan sebagainya.
Dalam tahun 2018, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Prasana dikembalikan— dikesan dan juga dikembalikan kepada Indira Gandhi. Persoalan- persoalan yang timbul adalah obvious tetapi saya nak tanya beberapa persoalan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Pertamanya, dan juga kita mengambil maklum bahawa baru-baru ini hari Sabtu yang lalu, Indira Gandhi bersama sekumpulan telah pun menyertai satu march kepada— ke Bukit Aman untuk bertemu dengan Ketua Polis Negara.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tetapi malangnya Ketua Polis Negara tidak bertemu dengan Indira Gandhi.
Jadi persoalan-persoalannya, bukankah PDRM mempunyai resources untuk mengesan prasarana? Sudah lebih kurang 16 tahun. How long are we going to keep this up? We need a definitive answer and why? Kenapakah IGP ini tidak bertemu dengan Indira Gandhi? Bukankah ini satu tugasnya?
Memandangkan keadaan-keadaan ini, memandangkan penemuan- penemuan mahkamah-mahkamah sehingga Mahkamah Persekutuan yang jelas, adakah kementerian ataupun Yang Berhormat Menteri akan mengarahkan IGP ataupun Ketua Polis Negara untuk bertemu dengan Indira Gandhi tersebut bagi tujuan berbincang berkenaan pembangunan kes ini bagi tujuan penyelesaiannya?
Akhir sekali Tuan Pengerusi, just beberapa saat. Baru-baru ini berkenaan dengan pengesanan beberapa orang yang di luar negara seperti yang telah pun dibangkitkan oleh rakan saya, Seputeh tadi berkenaan— saya ingin mengetahui perkembangan berkenaan pengesanan Adlan Berhan, itu nama dia saya percaya, dan juga yang keduanya, pengesanan Jho Low.
Kita baru-baru ini, semalam mendengar mahkamah telah pun memberi satu award, judgement in default ataupun penghakiman ingkar kepada dua orang yang berkaitan dengan Jho Low iaitu seorang bernama Eric Tan Kim Loong dan juga adiknya ataupun kakaknya saya tak pasti, yang bernama Low May Lin untuk membayar hampir RM2.86 bilion kepada 1MDB tersebut.
Ini merupakan satu jumlah yang sangat besar. Jadi, sudah berapa tahun sekarang Jho Low tidak dapat dikesan? What is the development? Apakah perkembangan di belakang pengesanan Jho Low? Can we have a definitive answer?
Is he— adakah beliau dapat dikesan? Adakah pembantuan daripada INTERPOL dan sebagainya telah pun diambil dan sebagainya? We hope to get an answer in the near, dengan secepat mungkin. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Terima kasih Pengerusi.
Bismilllahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumsalam.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
[Membaca sepotong hadis] , “Orang Muslim tak akan dipatuk oleh ular dalam satu lubang, dua kali”. Terima kasih Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 030100 – Pendaftaran Negara, yang mana peruntukan 2025, RM449 juta. Peruntukan 2026 menjadi RM469 juta. Apa yang ingin saya kemukakan, apa yang dikaitkan oleh Bukit Gelugor sebentar tadi iaitu berkaitan dengan FIFA dan juga FAM dan kaitan saya ini lebih menjurus kepada jawapan Menteri ketika menjawab soalan berkaitan dengan naturalisasi pemain bola sepak.
Yang mana, Menteri menjawab pada 9 Oktober menyebut bahawa permohonan warganegara tersebut menerusi jalur naturalisasi sendiri dan tidak melalui ejen walhal apabila didedahkan oleh FIFA bahawa mereka ini menggunakan ejen yang bernama Nicolas Puppo dan Frederico Moraes.
Persoalannya, adakah Menteri berbohong dalam Dewan ini? Ha, bercakap ini [Tidak jelas] sebab Menteri takdok, Timbalan Menteri sahaja. Jadi, itu persoalan saya. Maknanya Menteri mengatakan bahawa melalui jalur yang tertentu, [Tidak jelas] tetapi bila didedahkan dalam FIFA bahawa semua itu satu pembohongan.
Masyarakat luar mengatakan bahawa kerajaan hari ini bukan sahaja nak menipu rakyat, malah FIFA pun hendak ditipu. Ini yang dicakap di luar. Jadi, ini memalukan. Untuk nak mendapat kemenangan, kita sanggup menipu. Jadi, ini memalukan bukan sahaja kepada kami, pembangkang, saya rasa semua rakyat Malaysia.
Malu dengan apa yang berlaku dan saya rasa bahawa FIFA akan memberikan tindakan yang tegas kepada FAM, mungkin mengharamkan bola sepak. Persoalan saya, jika itu berlaku, apakah Menteri yang bertanggungjawab ini rela untuk meletak jawatan kerana ini memalukan negara. Bukan sahaja di peringkat negeri, negara, malah di peringkat dunia.
Yang di-Pertua, kita ada dua isu besar yang berlaku sehari dua ini iaitu peletakan jawatan setpol kanan yang dikatakan, dikatakan dan pihak polis ada menyiasat, menerima duit sebanyak RM629,000 untuk beli, renovate rumah, beli mesin basuh, kerusi urut dan juga mesin pengering.
Jadi, saya rasa koman lah kalau setpol kanan buat kerja-kerja sebegitu. Jadi, ini memalukan dan yang keduanya, tak tahu sama ada kebetulan atau tidak, dengan kehadiran Perdana Menteri ke Ethiopia, gunung berapi namanya Hayli Gubbi yang 12,000 tahun tak pernah meletup, meletup. Jadi, satu perkara yang sama ada kebetulan pun ataupun mungkin perkara itu dah nak terjadi begitu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Seterusnya Yang di-Pertua, persoalan berkenaan dengan FIFA. Kita kembali kepada FIFA tadi. Bagaimana proses yang panjang yang hari ini ditunggu oleh ribuan orang untuk dapat warganegara tetapi dengan mereka yang naturalisasi ini, cuma satu hari sahaja proses itu selesai. Ini satu pelik tapi benar yang berlaku. Jadi, ini satu perkara yang perlu dijawab kenapa hal tersebut berlaku dan sehingga kini, kita dimaklumkan bahawa seorang sahaja yang dikenakan tindakan iaitu SU FAM, yang lain senyap seribu bahasa.
Jadi, ini perkara-perkara yang saya rasa tak boleh dipandang enteng, tak boleh dipandang remeh dan saya setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Jelutong bahawa hari ini, masalah ugutan, masalah tembakan, pembunuhan berada di mana- mana, sebagaimana yang dikatakan oleh Bukit Gelugor tadi.
Persoalan saya, kenapa perkara ini berlaku ketika zaman MADANI? Sebelum ini, Yang Berhormat Pengerusi pun pernah jadi pasukan keselamatan. Saya rasa ketika itu, pasukan keselamatan negara berada di tahap yang paling dihormati. Hari ini, banyak isu yang tak dapat diselesaikan, dengan apa yang diterangkan oleh beberapa Yang Berhormat tadi termasuk satu lagi isu Rizal Calid yang dikatakan diarah, diminta oleh Indonesia untuk dibuat senarai merah tetapi sekarang saya difahamkan mereka, dia juga berada di sini. Jadi, saya minta pihak polis bekerja untuk hal tersebut.
Kemudian seterusnya Yang di-Pertua, berkaitan dengan RELA – 04000. Ini saya rasa kali yang kelima saya suarakan, Pengerusi, RELA. Saya tak nak minta banyak Timbalan Menteri, nak minta supaya dikembalikan sekurang-kurangnya selaras senapang RELA untuk satu JKK. Kenapa Pengerusi? Kerana hari ini, masalah musuh tanaman, terutamanya kera dan beruk bermaharajalela menjadikan petani-petani dan peladang-peladang merasa give up dan kecewa untuk nak bertanam dan untuk nak mengusahakan tanah-tanah mereka.
Jadi, saya yakin dengan adanya senapang ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ataupun mengurangkan musuh tanaman ini dan saya yakin kalau benda ini tak dapat diselesaikan, jadi, makanan yang kita makan terpaksa diimport. Persoalannya, sampai bila kena import makanan tersebut?
Jadi, saya merayu sungguh-sungguh walaupun dijawab oleh Menteri dahulu bahawa dia kata, RELA tidak ada punca kuasa untuk memegang senjata tetapi perkara ini telah diamalkan berpuluh tahun dahulu. Kenapa sekarang baru itu? Jadi, kalau tak ada punca kuasa, kita minta Menteri buat punca kuasa dan saya percaya Pengerusi pun setuju dengan saya, dengan hal tersebut.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Seterusnya Pengerusi, berkaitan dengan hal ehwal imigresen juga berkaitan dengan rasuah dan sebagainya. Jadi, pada tahun 2026, dikatakan bahawa peruntukan yang diberikan adalah menurun. Jadi, kita minta supaya tatakelola, masalah sakau dan sebagainya tersebut yang selalu dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri untuk tidak berlaku tetapi hari ini, seolah-olah apa yang diludah itu terjatuh atas muka dia sendiri.
Ini perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dan juga pertimbangan untuk pastikan negara kita terus dihormati, disegani dan juga disanjung sama ada di dalam negara ataupun di luar negara. Saya sudahi Tuan Pengerusi, terima kasih banyak.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Bismilllahirrahmanirrahim.
Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 051600 iaitu Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), di mana peruntukan sebanyak RM37,136,900 bagi tahun 2026.
Tuan Pengerusi, Batu Pahat ingin menyentuh mengenai keberkesanan tentang kesiapsiagaan AKPS dalam mengawal pintu-pintu masuk negara khususnya di kawasan sempadan darat yang semakin mencabar. Setakat hari ini, Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan dari pihak kementerian, berapa jumlah pintu masuk rasmi negara yang telah diambil alih sepenuhnya oleh AKPS dan berapa pula yang belum diambil alih, termasuk di sempadan-sempadan utama seperti Bukit Kayu Hitam, Durian Burung, Padang Besar, Rantau Panjang dan juga di Sabah serta Sarawak.
Tuan Pengerusi, selain itu, mohon penjelasan berapa jumlah mesin pengimbas dan aset kawalan sempadan yang telah diambil alih atau kini menjadi milik AKPS sepenuhnya?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Ini penting bagi memastikan aset-aset strategik negara berada di bawah kawalan satu agensi tunggal bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan tanggungjawab.
Difahamkan juga bahawa AKPS bakal mengambil tenaga kerja dalam kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mulai tahun hadapan sebagai
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
usaha memperkukuh barisan kawalan sempadan. Mohon penjelasan, berapa ramai anggota veteran ATM yang bakal diambil akan datang dan apakah bentuk latihan serta skop penugasan yang akan diberikan kepada mereka bagi memastikan pengalaman ketenteraan mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya?
Tuan Pengerusi, kita sedia maklum bahawa sempadan darat Malaysia– Thailand sepanjang kira-kira lebih 646 kilometer dengan 551 kilometer darat dan 90 kilometer mengikut aliran Sungai Golok. Merupakan kawasan yang sangat aktif dari segi pergerakan manusia, barangan dan risiko penyeludupan. Selain itu, sempadan darat di Borneo iaitu sepanjang 2,000 kilometer yang memisahkan Sabah dan Sarawak dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia serta sempadan Malaysia–Brunei sepanjang 266 kilometer juga memerlukan tahap kawalan yang sangat tinggi.
Oleh itu Batu Pahat ingin tahu, berapa jumlah anggota AKPS yang kini bersiap siaga di sepanjang keseluruhan sempadan ini? Dan adakah kekuatan tersebut benar-benar mencukupi untuk menghadapi pelbagai bentuk ancaman termasuk penyeludupan, pemerdagangan manusia, kemasukan PATI dan juga ancaman keselamatan merentas sempadan yang sangat kompleks?
Akhir sekali di bawah butiran ini, mohon penjelasan, berapa ramai anggota AKPS yang telah diserapkan daripada agensi-agensi yang sedia ada seperti PDRM, APMM, kastam dan imigresen? Dan sejauh mana penyelarasan bersepadu antara agensi-agensi ini berjaya diwujudkan di bawah struktur AKPS?
Butiran 045000 iaitu Pejabat-pejabat dan Rumah Kediaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu peruntukan sebanyak RM20,852,000 bagi tahun 2026. Tuan Pengerusi, Batu Pahat ingin memohon penjelasan khusus berhubung dengan pembinaan bangunan baharu JPN Batu Pahat.
Ketika ini pejabat sementara JPN Batu Pahat yang beroperasi di lokasi yang sedia ada, tidak lagi menampung jumlah kehadiran warga yang begitu ramai setiap hari untuk berurusan. Keadaan ini menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai serta memberi tekanan kepada kakitangan yang terpaksa bekerja dalam ruang yang amat terhad.
Difahamkan, JPN memiliki tanah sendiri di Batu Pahat yang masih kosong dan sesuai untuk dibangunkan. Maka, Batu Pahat mohon penjelasan, bilakah bangunan baharu JPN Batu Pahat yang akan— bakal dibina dan apakah status hari ini? Ini kerana keperluan warga Batu Pahat di Daerah Batu Pahat ini dapat dipenuhi dengan lebih baik dan kakitangan JPN dapat berkhidmat dalam suasana kerja yang lebih kondusif serta profesional.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Tuan Pengerusi, Butiran 04000 – RELA, peruntukan sebanyak RM22,900,000 bagi tahun 2026. Batu Pahat ingin menyentuh tentang pasukan RELA yang telah memainkan peranan penting dalam membantu operasi keselamatan dan kemasyarakatan di seluruh negara. Batu Pahat mohon penjelasan daripada pihak kementerian, berapa jumlah anggota RELA yang aktif sehingga hari ini, termasuk pecahan di peringkat negeri dan sejauh mana penglibatan mereka dalam operasi bersama agensi keselamatan yang lain?
Tuan Pengerusi, selain itu Batu Pahat ingin tahu, apakah inisiatif baru yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh pihak kementerian bagi meningkatkan kebajikan serta motivasi anggota RELA sama ada dari segi latihan, elaun, peralatan atau peluang penugasan?
Dalam pada masa yang sama, Batu Pahat ingin bertanya, sejauh mana pelaksanaan pelan strategik pendigitalan sektor awam khususnya RELA? Apakah pelan tersebut sudah mencapai sasarannya, khususnya dari aspek pendaftaran digital, keanggotaan, komunikasi, operasi dan sistem kaedah atas talian?
Akhir sekali Tuan Pengerusi, keselamatan sempadan dan pengurusan identiti rakyat adalah tunjang utama kedaulatan negara. Maka, peruntukan yang besar yang diberikan kepada KDN perlu diterjemahkan dengan keberkesanan yang tinggi, berasaskan teknologi, koordinasi antara agensi dan kesejahteraan petugas masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Dipersilakan Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi, dalam Belanjawan 2026, peruntukan KDN sebanyak RM17.35 bilion berbanding RM15.52 bilion dalam Belanjawan 2025. Ada peningkatan sebanyak RM1.83 bilion, suatu jumlah yang sangat tinggi berbanding kementerian-kementerian yang lain.
Saya merujuk Butiran 020100 – Kepolisan. Kita sedia maklum bahawa tugas polis sangat mencabar mutakhir ini, lebih-lebih lagi tugasan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara yang sering diganggu gugat oleh penjenayah seperti jenayah siber, jenayah rentas sempadan, keganasan dan ekstremis dan sebagainya. Dalam masa yang sama, terdapat segelintir anggota polis yang
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
mencemarkan integriti dan kepercayaan awam, di mana mereka terlibat dalam salah guna kuasa, menerima suapan rasuah, membocorkan maklumat pasukan kepada pihak-pihak yang berkepentingan.
Dengan peruntukan sebanyak ini, saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri. Pertama, selain mewajibkan setiap anggota polis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), apakah program atau tindakan lain yang diambil oleh KDN untuk memastikan sifar rasuah dan salah guna kuasa pasukan polis? Kedua, berapakah jumlah anggota polis yang dipecat akibat rasuah? Ketiga, sejauh manakah keberkesanan kempen menolak amalan hulur duit kopi kepada orang awam sebagai langkah pencegahan amalan rasuah?
Butiran 020400 – Penguatkuasaan Maritim. Isu nelayan asing menceroboh perairan negara kita untuk menangkap ikan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia, penyeludupan rokok, dadah dan bahan api, pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran menjadi tugas berat kepada pasukan maritim seperti APMM, TLDM, polis marin, Jabatan Laut dan Jabatan Kastam.
Setakat ini, negara kita masih menggunakan rondaan fizikal yang tidak mencukupi untuk kawasan laut yang sangat luas. Agensi penguatkuasaan tidak mempunyai sistem kawalan berpusat yang menyelaras semua data pengawasan.
Ketiadaan sistem amaran awal menyebabkan agensi penguat kuasa hanya bertindak selepas pencerobohan berlaku. Hal ini menyebabkan masa respons lambat dan pencegahan gagal dilakukan dengan segera. Operasi pula masih dilakukan secara berasingan antara agensi penguatkuasaan.
Dalam membanteras jenayah tersebut, Jerlun mencadangkan agar KDN menambahkan aset rondaan seperti kapal peronda, radar, dron, termasuk helikopter, bot laju dan teknologi baru seperti UAV, satelit dan UAS integrasi. Cadangan saya ini bertitik tolak daripada kekurangan peralatan tersebut, menyebabkan agensi penguatkuasaan maritim tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan pembanterasan jenayah gagal dipatahkan.
Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Merujuk Harian Metro online bertarikh 20 November 2024 lalu, setahun yang lepas, melaporkan bahawa kerajaan bercadang untuk menggantikan kad pengenalan generasi baharu yang dipertingkatkan dengan ciri keselamatan lebih canggih bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada, yang telah pun wujud sejak 2012 yang lalu. Ia bertujuan untuk membendung pemalsuan dan penyalahgunaan kad pengenalan dan kebocoran data maklumat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Persoalan saya di sini ialah pertama, bilakah kad pengenalan generasi baharu tersebut akan dilancarkan dan digunakan? Kedua, adakah kad pengenalan generasi baharu boleh menggantikan MyKad terdahulu yang terdapat kesilapan maklumat seperti salah ejaan, tarikh lahir tidak tepat, bangsa atau agama dan alamat tidak dikemaskinikan?
Adakah dikenakan kompaun dengan kad pengenalan baharu ini ataupun tidak? Yang ketiga, adakah kad pengenalan generasi baharu mempunyai akses maklumat secara digital, di mana-mana jabatan ataupun agensi kerajaan tanpa perlu dilakukan sistem pengecaman biometrik cap jari?
Terdapat kes di mana MyKad yang dilaporkan hilang, tetapi masih digunakan untuk menebus bantuan seperti SARA. Puncanya ialah tiada penyelarasan sistem antara JPN dan Kementerian Kewangan (MOF).
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Walaupun JPN nyah aktifkan kad, sistem MOF masih membenarkan penggunaannya. Berlaku juga kes majikan seperti Flash Express mengarahkan pekerja guna subsidi BUDI95 untuk kenderaan syarikat. Kerajaan tegaskan tindakan ini menyalahi peraturan. Laporan boleh dibuat kepada KPDN atau pihak berkuasa.
Soalan saya di sini:
(i) adakah mekanisme semakan subsidi petrol BUDI95 hanya bersandarkan kepada MyKad fizikal sahaja tanpa pengesahan biometrik atau sistem pengecaman wajah;
(ii) apakah langkah penguatkuasaan oleh KDN dan KPDN terhadap majikan yang memaksa pekerja menggunakan akaun subsidi peribadi BUDI95 untuk tujuan kenderaan syarikat; dan
(iii) adakah terdapat audit pematuhan ke atas syarikat-syarikat logistik berlesen.
Selain itu, kerajaan mengakui kewujudan kemungkinan warga asing
(dipinjamkan) atau (diberi) MyKad untuk isi petrol subsidi. Mekanisme pengesahan hanya melalui MyKad, tetapi tanpa biometrik atau pengecaman sahih, manipulasi tetap boleh berlaku. Kini kerajaan telah menyelaras sistem JPN dan MOF supaya kad pengenalan yang di nyahaktif turut disekat di sistem BUDI95. Persoalan saya di sini ialah:
(i) bagaimanakah kerajaan menghalang warga asing atau individu tidak layak daripada menebus subsidi menggunakan kad pengenalan orang lain;
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
(ii) memandangkan lebih 18 juta penerima layak, tetapi ketirisan tetap berlaku, berapakah jumlah nilai subsidi petrol yang dikenal pasti telah disalah guna sejak dilaksanakan; dan
(iii) adakah KDN akan menyenaraikan mekanisme penjejak penggunaan kad di stesen minyak.
Dan yang terakhir, Butiran 030300 – Pendaftaran Pertubuhan. Saya merujuk Portal Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) setakat hari ini 26 November 2025, jumlah pertubuhan yang aktif ialah 90,217 buah meliputi 11 kategori seperti parti politik, kebajikan, sosial, rekreasi, hak asasi, keagamaan dan sebagainya.
Kerajaan telah mewujudkan sistem pendaftaran eROSES, di mana permohonan pendaftaran pertubuhan boleh dibuat atas talian sahaja. Tidak seperti sebelum ini, pendaftaran dibuat di kaunter JPPM. Isunya sekarang, sistem eROSES sering kali terganggu dan operasinya selalu tergendala. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Pertama, mengapakah permohonan pendaftaran selalu lambat didaftarkan dengan kaedah eROSES ini? Dan yang kedua, adakah sistem digital itu sendiri bermasalah atau kesilapan pemohon memuat naik dokumen berpunca daripada kekeliruan modul yang perlu digunakan? Setakat itu, terima kasih Tan Sri, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Puncak Borneo tarik diri, saya terus kepada pembahas berikutnya Yang Berhormat Pendang, silakan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dato’ Pengerusi, terima kasih.
Saya hendak mulakan dengan satu hadis daripada Abdullah bin 'Amr Ar. Rasullah SAW bersabda, [Membaca sepotong hadis] “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah”. Ini saya bagi peringatan kepada semualah. Amalan memberi dan menerima rasuah adalah perbuatan keji, bukan hanya haram, tetapi termasuk dalam dosa besar dan pelakunya dilaknat oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW.
Ini beratnya rasuah ni, pemberi dan penerima ini, tetapi sekarang ini hanya kita tumpu kepada penerima sahaja. Pemberi tak ada kena apa-apa lagi, tak ada lagi
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
setakat la ini tuduhan kepada pemberi, dia kena ada both party. Okey, itu dalam amalan kita sekarang ini yang dijalankan oleh kerajaan sampai hari ini, yang mana hendak membanteras rasuah, pemberi tak ada langsung kaitan setakat sekarang ini.
Okey, oleh sebab itu, saya hendak merujuk kepada Bekalan Pembangunan 62 iaitu Butiran 020000 – Keselamatan Dalam negeri dan Ketenteraman Awam serta 20100 berkaitan kepolisan. Saya ingin membangkitkan satu perkara mendesak yang menilai— yang mesti dinilai semula oleh kerajaan iaitu keperluan untuk mewujudkan kembali unit-unit special task force dalam Polis Diraja Malaysia. Kerajaan tidak boleh lagi hanya bergantung kepada mekanisme operasi polis secara biasa kerana landskap keselamatan hari ini jauh lebih kompleks daripada dahulu.
Kita sekarang berdepan bentuk jenayah baharu yang melibatkan sindiket jenayah terancang iaitu penggubahan wang haram, penculikan, pemerdagangan manusia, pelacuran terselindung serta pengedaran dadah berskala besar.
Lebih membimbangkan ialah kemunculan jenayah digital dan rangkaian sindiket yang dibuat melalui teknologi canggih “insider network”, sekali gus menjadikan pertahanan tradisional kita tidak lagi mencukupi.
Dato’ Pengerusi, sebelum tahun 2019, negara kita pernah memiliki tiga komponen utama yang menjadi tulang belakang kepada operasi khas PDRM.
Pertamanya ialah STAFOC ataupun Special Task Force On Organized Crime yang berperanan menangani sindiket rompakan, culik, gengsterisme, pelacuran dan pengedaran dadah. Saya ingat, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi masih ingat, mungkin masa itu menjadi in charge bertugas untuk memerangi dadah dan sebagainya dalam STAFOC itu, pangkat pun tinggi, ACP.
Kedua, kita tengok ialah STING yang memberi fokus khusus kepada narkotik dan pengedaran dadah. Manakala STAGG, S-T-A-G-G pula ditugaskan untuk membanteras gengsterisme dan pemerasan. Tadi kita bangkit tengok banyak pembunuhan berlaku sebab sekarang ini dah tak ada lagi pasukan STAGG ini yang memerangi gengsterisme, mengawal mereka bagaimana tindakan-tindakan ganas tidak akan berlaku. Jadi oleh sebab itu, saya cadangkan supaya dibangkitkan semula pasukan-pasukan ini.
Jadi, pembubaran ketiga-tiga unit ini telah mencipta jurang besar dalam keupayaan offensive PDRM. Saya rasa Dato’ Pengerusi faham apa yang saya bangkitkan ini. Saya rasa sangat. Orang kata apa? Rasa tersentuh sangat bila pasukan ini yang memerangi keganasan dalam negara kita ini dibubarkan atas cadangan pihak-pihak tertentu yang tak mahu melindungi pihak-pihak keganasan ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tahu siapa yang mencadangkan supaya dibubarkan pasukan ini, saya tahu daripada mana.
Okey, oleh sebab itu, kita dapat melihat bahawa sejak ketiadaan unit-unit ini, aktiviti jenayah terancang kembali meningkat. Bukan hanya di jalanan, tetapi wujud pula dalam bentuk sindiket digital. Yang ini lagi bahaya Dato’ Pengerusi, duit kita sapu habis, Kita tak tahu, benda ini benda baharu. Jadi, siber sekuriti juga perlu dipertingkatkan oleh pasukan PDRM.
Dipasukan digital ini, sindiket digital, perjudian atas talian dan juga penyalahgunaan identiti warganegara untuk tujuan kegiatan haram dan juga melibatkan internasional network, rangkaian antarabangsa perjudian ini yang berpusat di negara kita di Malaysia. Ini yang saya minta ditubuhkan balik pasukan yang saya sebut tadi.
Oleh itu, kita lihat negara kita sekarang ini sedang berubah menuju ke sama ada negara semakin maju kah ataupun semakin ke belakang lah. Kebanyakan dari segi rasuah, kita semakin jatuh indeks rate dia. Teruk kita, walaupun dilaung- laungkan oleh Perdana Menteri “kita memerangi rasuah” “sakau sana, sakau sini” tetapi indeks rasuah kita semakin jatuh ke bawah. Cakap lain, benda yang berlaku lain. Oleh sebab itu, sebab itulah setpol Perdana Menteri sendiri pun terlibat dalam rasuah yang sekarang ini. Saya tak sebut nama siapa-siapa itu. Jadi, sat gi, silap pula tafsiran. Okey baik. Konsep pertahanan siber risikan digital ini...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Fasal sakau-sakau ini yang dilaungkan oleh PMX...
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Hulu Terengganu masa dah tak ada, saya tak benar pencelahan, teruskan Yang Berhormat Pendang.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Boleh, boleh tak?
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya tak benarkan, kalau...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya fasal...
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Kalau Yang Berhormat teruskan, saya suruh duduk terus.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebab Dato’ pengerusi ini tak bagi, saya kena hormat Dato’ Pengerusi. Lagi satu, dia sedang mengadilkan dalam amalan kita bersidang sebagai Ahli-ahli— tak dak kita, tak dak lah dia. Tak dak dia,
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
tak dak lah kita. Jadi, kita saling memerlukan di antara dalam sidang dalam Parlimen untuk nak buat dasar negara ini.
Oleh sebab itu, dalam kod, saya hendak sentuh Kod 0320 iaitu — sikit sahaja Yang Berhormat Dato’ Pengerusi ya. Dalam hal pengurusan identiti warganegara, saya ingin menekan satu isu kritikal yang semakin hangat diperkatakan iaitu counter setting. Kebocoran sistem di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dan Imigresen.
Laporan menunjukkan bahawa terdapat individu asing yang boleh memperoleh dokumen pengenalan diri yang sah hanya dengan bayaran tertentu tanpa melalui tapisan keselamatan sebenar. Ini bukan lagi isu pentadbiran yang kecil, tetapi sebuah ancaman kepada keselamatan negara, ini bahaya.
Maka saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, berapakah jumlah pegawai, saya ulang, berapakah jumlah pegawai JPN atau Imigresen ini yang telah dikenal pasti terlibat dalam sindiket counter setting sepanjang lima tahun kebelakangan ini? Apakah mekanisme pemantauan integriti yang sedang dilaksanakan khususnya life style audit dan juga digital footprint detection terhadap pegawai yang memegang posisi sensitif ini.
Selain itu, jika kita mampu mengesan warga asing yang masuk melalui pintu sempadan, mengapa kita tidak mampu mengesan apabila pintu negara dibuka dari dalam sistem kita sendiri. Keselamatan negara bukan hanya terletak pada kawalan fizikal sempadan, tetapi kepada kekuatan data dan integriti identiti warganegara. Jika pintu identiti ini terbuka, segala pintu lain akan runtuh dengan sendirinya.
Oleh itu, saya berharap kementerian dapat memberikan jawapan yang telus, sejauh manakah kita benar-benar bersedia dan sejauh mana kita berani membetulkan kelemahan sistematik ini, sistemik ini kerana sejarah menunjukkan negara tidak tumbang dari luar, tetapi negara akan tumbang dari dalam apabila pintunya dibuka dari dalam. Itu sejarah— [Tidak jelas] Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ucapkan terima kasih di atas kerjasama saya kepada Dato’ Pengerusi dan Dato’ Pengerusi kepada saya.
Wallahualam, wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum wabarakatuh warahmatullahi wabarakatuh. Saya doakan semua kita sihat.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Amin.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dua-dua, termasuklah yang lain juga sihat. Diberi Allah SWT. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Pandai Pendang jek.
[Ketawa] Baik, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat, Bentara.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguh sehingga jam 2.30 untuk berehat, makan dan solat Zohor.
[Mengetuk tukul]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita sambung balik dengan saya minta Bentara. Majlis dalam— ya.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Pengerusi **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Baik, menyambung balik di peringkat Jawatankuasa, Kementerian Dalam Negeri. Dengan ini saya menjemput Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 020100 – Kepolisan. Saya bangun pada hari ini dengan perasaan yang agak bercampur baur. Di satu sudut saya amat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap anggota penguat kuasa undang- undang di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) terutamanya pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah berkorban masa, tenaga malah nyawa untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.
Pengorbanan mereka tidak ternilai harganya. Namun di sudut yang lain saya tidak boleh memejamkan mata terhadap beberapa isu kritikal yang semakin membimbangkan. Jika tidak ditangani dengan segera saya bimbang ia boleh mengikis kepercayaan awam dan mengundang risiko besar kepada keselamatan negara.
Tan Sri Pengerusi, saya merujuk secara khusus kepada laporan-laporan dan aduan awam yang disokong oleh beberapa perbincangan dalaman yang menunjukkan adanya segelintir anggota polis yang dipercayai mengalami masalah daripada segi disiplin tugas, kelesuan mental dan fizikal, sikap cuai serta ketidaksediaan untuk menerima tugasan yang mencabar khususnya dalam peranan
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
sebagai pegawai penyiasat bagi kes-kes yang kompleks. Saya mohon kementerian untuk memberikan data atas isu-isu yang saya sebutkan tadi.
Persoalan besar yang perlu kita jawab bersama ialah apakah langkah proaktif jelas dan boleh diukur yang sedang dan akan dilaksanakan oleh KDN untuk menangani isu kerosakan tulang belakang institusi ini iaitu masalah disiplin dan kesejahteraan mental serta fizikal anggota? Mari kita lihat kepada angka-angka yang dibentangkan dalam dokumen anggaran ini.
Pertama, dari aspek sumber manusia dan peruntukan kewangan Butiran 020100 – Kepolisan. Peruntukan untuk emolumen kod 10,000 dianggarkan meningkat daripada RM8.32 bilion pada 2025 kepada RM8.81 bilion pada 2026. Ini adalah peningkatan yang ketara. Namun persoalannya, adakah peningkatan ini seiring dengan peningkatan dalam program pembangunan modal insan yang menyeluruh? Adakah ia dialirkan untuk program kesihatan mental, kaunseling dan latihan pengukuhan disiplin yang berkesan?
Kita lihat di bawah Program 4, Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan.
Fokusnya adalah terhadap penagih dadah dan banduan. Di manakah program khusus untuk rawatan dan pemulihan anggota sendiri yang mungkin mengalami tekanan kerja, stress, kecederaan trauma ataupun burnout. Adakah KDN mempunyai unit ataupun program khusus untuk menangani krisis mental dalam kalangan anggota polis?
Kedua, dari aspek petunjuk prestasi (KPI). Dalam kerangka keberhasilan kementerian, kita lihat KPI seperti indeks keselamatan dan ketenteraman awam dan masa tindak balas polis semuanya penting. Tetapi di manakah KPI untuk mengukur tahap disiplin dalaman? Contohnya KPI untuk peratusan kes disiplin yang diselesaikan, indeks kesejahteraan mental anggota atau kadar penyertaan dalam program bimbingan dan kaunseling. Ketiadaan KPI seumpama ini, seolah-olah menunjukkan isu ini tidak menjadi keutamaan.
Ketiga, dari aspek pembangunan infrastruktur dan aset. Dalam bahagian pembangunan, kita lihat peruntukan yang besar untuk projek-projek fizikal PDRM seperti balai polis, pusat latihan kenderaan dan peralatan. Sebagai contoh Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis mendapat peruntukan RM372.4 juta untuk 2026. Ini semua adalah sangat baik. Namun saya ingin bertanya, adakah sebahagian daripada peruntukan pembangunan yang besar ini diperuntukkan untuk menaik taraf fasiliti kesihatan mental, pusat rekreasi anggota atau membangunkan sistem saringan kesihatan mental yang berkesan di setiap jabatan.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tan Sri Pengerusi, anggota polis adalah aset negara yang paling berharga.
Mereka berhadapan dengan tekanan dan trauma yang tidak diterbayangkan kita.
Namun sokongan mental dan fizikal yang baik tanpa disiplin yang kukuh, bagaimana kita boleh mengharapkan mereka berfungsi dengan efektif, apatah lagi untuk menyiasat kes-kes kompleks dengan penuh integriti dan ketekunan.
Isu ini bukan tentang mengaibkan mana-mana pihak tetapi tentang mengangkat martabat dan profesionalisme anggota polis kita. Sebuah pasukan polis yang sihat minda dan tubuh, teguh disiplinnya adalah prasyarat kepada sebuah negara yang benar-benar selamat dan sejahtera.
Oleh itu Tan Sri Pengerusi, saya dengan penuh hormatnya meminta penjelasan terperinci dan ikhlas daripada Menteri. Yang pertama, apakah mekanisme sedia ada di PDRM ataupun KDN untuk mengenal pasti, menyaring dan memberikan intervensi awal kepada anggota yang mengalami masalah kesihatan mental, tekanan kerja atau menunjukkan tanda-tanda keruntuhan disiplin?
Yang kedua, adakah KDN mempunyai sebarang program latihan khas atau refreshment course yang berfokuskan kepada pembangunan ketahanan mental, etika kerja dan kesediaan untuk tugas penyiasatan yang mencabar?
Dan ketiga, bolehkah KDN mempertimbangkan untuk memperkenalkan KPI khusus berkenaan disiplin dan kesejahteraan anggota dalam laporan tahunan kementerian pada masa hadapan sebagai bukti komitmen terhadap isu ini?
Tan Sri Pengerusi, kita sanggup melabur berbilion-bilion ringgit untuk aset fizikal dan perkakasan. Sudah tiba masanya kita melabur dengan lebih serius dan mendalam untuk aset manusia kita yang paling bernilai. Para anggota yang mempertaruhkan nyawa untuk negara setiap hari. Saya percaya dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan prihatin kita mampu membina sebuah pasukan polis yang bukan saja cekap dan berwibawa tetapi juga sihat, disegani dan berdisiplin tinggi.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mohon membahaskan Butiran 030100 di bawah maksud Bekalan 62, Pendaftaran Negara.
Saya menyokong peruntukan belanjawan 2026 untuk Kementerian Dalam Negeri.
Saya amat menghormati dan memandang tinggi integriti penjawat awam yang
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
berkhidmat di pelbagai jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tan Sri Pengerusi, tetapi baru-baru ini, apabila berlaku pendedahan skandal berkenaan kewarganegaraan yang melibatkan tujuh orang pemain bola warisan, dengan izin, heritage, yang melibatkan organisasi FAM dan FIFA, maka kejadian itu saya lihat telah merosakkan nama baik dan kerja cemerlang para penjawat awam yang bertugas penuh integriti, beramanah selama ini di pelbagai jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Nama baik Kementerian Dalam Negeri telah tercemar sekarang. Nama negara juga telah tercemar di peringkat antarabangsa. Satu negara mendapat malu. Satu lagi national embarrassment, dengan izin, Tan Sri Pengerusi.
Jadi, saya percaya Parlimen Malaysia tidak boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri. Begitu juga kerajaan tidak boleh cuci tangan dan ambil sikap yang pasif sedangkan imej negara sedang tercalar.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan di Dewan Rakyat ini supaya kerajaan ambil inisiatif yang dinamik untuk menangani isu skandal kewarganegaraan tujuh pemain warisan itu untuk menebus kembali maruah negara di arena antarabangsa. Siasatan tentang skandal tujuh pemain bola warisan tersebut yang melibatkan pemalsuan dokumen dan kegagalan pentadbiran tidak mampu disiasat oleh Polis Diraja Malaysia sahaja kerana PDRM adalah sebuah agensi yang terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri. Untuk mengelakkan persepsi conflict of interest, dengan izin, maka saya mencadangkan ditubuhkan segera satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Royal Commission of Inquiry terhadap skandal ini.
Tan Sri Pengerusi, dengan rendah hati, saya mencadangkan terma rujukan RCI tersebut antara lainnya seperti berikut.
Yang pertama, adakah kesalahan pemalsuan dokumen telah dilakukan dalam urusan permohonan dan kelulusan kewarganegaraan tujuh orang pemain warisan itu?
Kedua, mengapa Kementerian Dalam Negeri gagal mengesan pemalsuan dokumen tersebut?
Ketiga, bagaimana permohonan kewarganegaraan begitu cepat diluluskan?
Pada hari permohonan dikemukakan, maka pada hari yang sama kelulusan permohonan itu diterima sebagai seorang warganegara. Jika melibatkan rakyat biasa, tempoh kelulusan permohonan tersebut kadang-kadang bertahun-tahun.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tan Sri Pengerusi, sedikit lagi. Yang keempat, mengapa syarat wajib kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu dilanggar, tidak dilaksanakan?
Kelima, adakah benar dakwaan Menteri Kementerian Dalam Negeri di Parlimen bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Menteri Kementerian Dalam Negeri dalam isu berkaitan kelulusan permohonan kewarganegaraan itu?
Yang akhirnya, adakah pemberian taraf kewarganegaraan ini yang menyalahi peraturan dan undang-undang bermakna prinsip dan protokol mengawal keselamatan negara telah dikompromi?
Tan Sri Pengerusi, nampaknya begitulah sahaja perbahasan saya dalam belanjawan ini. Walaupun saya ada menzahirkan teguran ini, namun saya tetap menyokong supaya belanjawan Kementerian Dalam Negeri ini diluluskan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya, saya jemput Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Perkara dalam Butiran 030100 iaitu berkait dengan Pendaftaran Negara.
KDN meluluskan permohonan tujuh pemain FAM untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui naturalisasi mengikut Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, tetapi mesti mematuhi syarat-syarat tempoh mastautin, kelakuan baik dan penguasaan bahasa Melayu dipenuhi. Tiga rukun digunakan untuk membuat keputusan kelulusan seperti yang telah disebutkan dan tidak boleh melalui ejen.
Pemohon sendiri yang mesti memohon. Soalnya ialah apabila disuakan dengan dokumen untuk ditandatangani bagi kelulusan, pemain-pemain memohon melalui ejen.
Yang kedua, pemain tandatangan borang yang mengandungi maklumat palsu tapi tetap diluluskan. Semua pemain menandatangani borang menyatakan mereka telah tinggal di Malaysia 10 tahun walaupun sebenarnya mereka baru masuk ke Malaysia. Borang naturalisasi menyatakan, dengan izin, “Residence in Malaysia for no less than 10 years”. Itu adalah termasuk di dalam syarat penting.
Soalnya, mengapa KDN tidak tampil menjelaskan kekusutan isu ini? Jadi, perlu supaya KDN memainkan peranan kerana isu utama adalah berkait dengan mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Hasil daripada itu juga ialah apabila melibatkan dua kerakyatan. Kalau diluluskan untuk menjadi kerakyatan Malaysia dengan warganegara, maka Malaysia
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
tidak mengiktiraf sama sekali dwikerakyatan. Maka, timbul persoalan apabila tujuh pemain ini diberikan taraf kerakyatan Malaysia, adakah kerakyatan asal mereka iaitu Argentina, Brazil, Sepanyol atau Belanda telah dibatalkan secara rasmi? Jika tidak, apakah status keadaan mereka memegang dua kerakyatan kini?
Seterusnya, bolehkah dinyatakan juga oleh kerana modus operandi berkait dengan pemberian kerakyatan, bagaimana dalam program Malaysia My Second Home (MM2H) yang berada di bawah kelolaan Imigresen? Juga perlu dilihat kerana ada janjian bahawa kerakyatan akan diberi. Jadi, bagaimana soal dwikerakyatan?
Yang juga saya ingin untuk menarik perhatian ialah berkait dengan serangan terhadap wartawan sukan, saudara Haresh Deol yang dipukul dua individu tidak dikenali selepas mengemukakan soalan kritikal dalam sidang media FAM.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Laporan polis telah dibuat, bagaimanakah kedudukan dari segi laporan yang telah dibuat itu dan tindakan yang telah diambil? Lagi pula, ia nya mesti melibatkan isu yang berkait dengan kewartawanan mestilah memberikan laporan sepenuhnya kepada apa yang mereka dapat daripada hasil mereka menyelidik dan menyiasat.
Ini adalah etika kewartawanan.
Saya harap insiden serangan ini tidak sekali-kali menjadikan Malaysia seolah-olah dalam bidang berkait dengan sukan ini sudah mula diresapi dengan unsur-unsur keganasan seperti mafia. Saya harap ia nya diberikan perhatian kepada sukan yang melibatkan keselamatan negara. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih Tan Sri Pengerusi di atas peluang untuk saya turut berbahas peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2026 di bawah maksud B.62 dan P.62 Kementerian Dalam Negeri. Saya ingin menyentuh beberapa perkara khususnya yang melibatkan kesejahteraan dalam negeri, kepolisan, pendaftaran negara serta usaha kita membanteras dadah.
Jadi, saya mula dengan Butiran 020100 – Kepolisan dengan peruntukan sebanyak RM10.284 juta untuk tahun 2026. Tan Sri Pengerusi, di Parlimen Betong ada dua balai polis yang baharu dibina iaitu di daerah kecil Spaoh dan daerah kecil Debak. Saya amat berterima kasih kepada kerajaan di atas siapnya pembinaan kedua-dua balai tersebut.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Tapi, Tan Sri Pengerusi, kedua-dua kawasan daerah kecil tersebut mengalami pertumbuhan penduduk serta aktiviti ekonomi yang semakin rancak.
Maka, kehadiran anggota polis perlu juga dipertambahkan dari jumlah yang ada sekarang. Jadi, Betong ingin mendapat penjelasan daripada kementerian apakah pelan sekiranya ada penambahan anggota bagi Balai Polis Spaoh dan Debak pada tahun 2026 dan adakah kementerian mempunyai unjuran nisbah polis kepada penduduk bagi daerah kecil seperti Spaoh dan Debak? Dan berapa ramaikah anggota yang dijangka ditempatkan di bawah peruntukan ini dan apakah kriteria penempatan semula?
Seterusnya, saya juga ingin menyentuh isu perjudian atas talian dan juga penjualan nombor ekor haram yang semakin berleluasa, bukan sahaja di bandar tapi juga sekarang telah menular di pekan-pekan kecil dan rumah panjang. Jadi, soalan saya berapakah jumlah serbuan tangkapan dan sitaan berkaitan dengan perjudian atas talian sejak Januari 2025 ini sehingga kini khusus bagi Sarawak dan juga kalau ada untuk Daerah Betong?
Dan adakah tindakan bersepadu bersama SKMM, CyberSecurity Malaysia dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri dilaksanakan secara berkala? Saya ingin bertanya mengapakah sindiket perjudian ini masih mudah beroperasi khususnya yang menggunakan ejen tempatan dan apakah strategi baharu bagi memutuskan segala rantaian kewangan mereka ini?
Tan Sri Pengerusi, contohnya di kawasan saya ada kes-kes yang beroperasi, mereka ini berselindung di belakang kedai-kedai runcit. Malah, beroperasi 24 jam.
Sebuah kedai runcit di luar bandar pun yang menjual barang yang tak tentu pasal macam makanan ringan. Jadi, kita pun tak faham sama ada dapat menguntungkan.
Jadi, dengan adanya aktiviti yang berselindung ini mungkin itulah pendapatan dia.
Jadi, saya mohon kalau boleh polis dengan agensi-agensi lain dapat menjalankan operasi yang berkala untuk pastikan gejala ini ditamatkan.
Seterusnya, Butiran B, 030100 – Pendaftaran Negara. Tan Sri Pengerusi, isu pemohon tanpa dokumen pengenalan sah akibat perkahwinan salah seorang ibu bapa dengan warga asing juga terus menjadi dilema di banyak kawasan di luar bandar termasuk di Betong dan ramai anak lahir di Malaysia ini membesar sebagai rakyat Malaysia, tetapi masih tidak dapat dokumen kerana masalah teknikal, prosedur rumit atau ketiadaan rekod perkahwinan ibu bapa.
Jadi, saya ingin mohon kementerian menjelaskan berapakah jumlah permohonan tertunggak di bawah kategori ini mengikut— bagi Sarawak dan juga
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
kalau ada maklumat untuk Betong? Dan apakah garis masa baharu untuk kita menyelesaikan kes-kes yang lama yang sudah bertahun-tahun tidak bergerak?
Dan adakah kementerian mempertimbangkan kaedah verifikasi alternatif, contohnya pengesahan ketua masyarakat, rekod sekolah atau rekod klinik desa untuk kita mempercepatkan proses? Dan adakah wujud rancangan mewujudkan mobile NRD unit khusus di kawasan bagi kita menyelesaikan kes tanpa dokumen ini secara berkala?
Dan seterusnya, Butiran B.040100 dan P.020000 – Pembanterasan Dadah di bawah AADK. Tan Sri Pengerusi, gejala dadah ini memang termasuk substance yang semakin membimbangkan dan kini turut melibatkan remaja dan juga belia-belia di luar bandar. Jadi, Betong ingin dapatkan maklumat berikut berapakah jumlah tangkapan yang melibatkan dadah dan penyalahgunaan bahan dari Januari 2025 sehingga hari ini mengikut kategori pemilik, penagih dan pengedar khusus bagi Sarawak dan sekiranya ada untuk kawasan Daerah Betong? Dan apakah statistik jenis dadah yang paling dominan dan juga jenis substance yang digunakan?
Seterusnya mengenai mekanisme kerajaan membanteras dadah ini. Betong ingin mendapat penjelasan, adakah kementerian melaksanakan model pemulihan komuniti baharu yang lebih efektif memandangkan banyak pusat pemulihan ini telah melebihi kapasiti dan berapa banyak kah kerjasama bersepadu antara AADK, PDRM, sekolah dan PBT bagi kita memutuskan rangkaian pengedaran dadah di kawasan luar bandar? Dan apakah KPI baharu AADK untuk 2026 khususnya berkaitan dengan kadar relaps dan kejayaan program rawatan?
Tan Sri Pengerusi, sebagai penutup, kesemua isu ini, keselamatan, perjudian, dokumentasi identiti dan juga penyalahgunaan dadah merupakan faktor langsung kepada kesejahteraan rakyat. Jadi, Betong berharap kementerian memberikan jawapan yang tuntas dengan erti kata yang jelas supaya peruntukan besar di bawah KDN ini benar-benar memberi impak di lapangan, terutamanya di kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya menjemput Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya menyentuh Butiran B.0501300 – Pengurusan Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan JB Sentral.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Tan Sri Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai peruntukan RM24 juta bagi pengurusan CIQ BSI. Kompleks ini kekal sebagai antara pintu masuk darat paling sibu di dunia dengan purata 290,000 hingga 320,000 pengguna sehari dan angka ini meningkat sehingga 350,000 pada cuti umum tertentu pada 2025 mengikut trafik PLUS dan Kerajaan Johor. Namun, walaupun jumlah peruntukan meningkat masalah struktur masih sama kekurangan tenaga kerja, penyelarasan agensi-agensi lemah, dan kegagalan systemic dalam infrastruktur teknologi.
Kompleks CIQ BSI mempunyai 162 kaunter Imigresen. Namun, berdasarkan laporan operasi 2023 hingga 2025, dianggarkan hanya 60 hingga 70 peratus kaunter dibuka pada waktu puncak. Lebih membimbangkan, terdapat 23 agensi yang beroperasi serentak dalam kompleks yang sama, tetapi tanpa penyelarasan berpusat menyebabkan pertindihan fungsi, SOP bercanggah dan bottleneck yang semakin kritikal.
Maka, saya ingin mendapat penjelasan terperinci daripada pihak KDN.
Pertama, apakah status pengambilan 150 pegawai tambahan untuk CIQ BSI yang diumumkan pada Januari 2025? Adakah mereka sudah ditempatkan dalam latihan atau masih pada fasa tapisan SPA? Maklumat ini penting kerana Kerajaan Johor menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 250 pegawai tambahan diperlukan bagi memenuhi keperluan sebenar operasi.
Kedua, adakah penyusunan semula syif telah dilaksanakan secara menyeluruh? Saya mendapat maklumat bahawa terdapat situasi peak hour mismatch di mana jumlah pegawai tidak berpadanan dengan aliran trafik sebenar terutama pada waktu 6.30 pagi hingga 10.00 pagi dan 4.00 petang hingga 8.00 malam. Apakah KDN menggunakan AI-based traffic prediction model seperti yang digunakan ICA Singapura bagi menyelaras kehadiran pegawai?
Ketiga, apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan untuk menyelaras semua agensi di CIQ? Tanpa penyelarasan menyeluruh, 23 agensi ini akan terus beroperasi secara silo.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Negara lain seperti Singapura dan Korea Selatan sudah lama menggunakan model integrated border command tetapi Malaysia masih beroperasi secara fragmented. Tan Sri Pengerusi, saya juga perlu menyentuh isu besar yang berlaku pada Julai 2025 apabila sistem autogate di lebih 30 CIQ seluruh negara gagal berfungsi selama hampir enam jam. Menurut laporan media dan kenyataan rasmi KDN, punca
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
termasuk server overload selepas kemas kini perisian, kekurangan failover redundancy dan tiada disaster recovery protocol yang berkesan.
Gangguan ini menyebabkan ratusan ribu pengguna terkandas termasuk pelancong asing, pekerja Malaysia di Singapura dan mereka yang pulang daripada cuti Aidiladha. Ini menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa.
Dengan Tahun Melawat Malaysia dan Johor 2026 yang semakin hampir, sebarang gangguan sistem besar seperti ini akan memberi impak ekonomi secara langsung terhadap pelancongan, perdagangan rentas sempadan dan imej keselamatan negara. Maka saya ingin bertanyakan, apakah transformasi digital besar-besaran yang sedang dirancang kerajaan untuk CIQ BSI dan JB Sentral?
Adakah terdapat usaha memperkenalkan National Border Management Platform yang menyatukan data imigresen, kastam dan keselamatan, sistem autogate generasi baharu dengan teknologi e-passport 2.0 dan biometrik pelbagai faktor dan pusat data CIQ back up di Johor bagi mengelakkan single point failure? Selain itu, kerajaan juga menyatakan hasrat untuk mewujudkan agensi peneraju tunggal bagi mengurus CIQ Malaysia. Ini selaras dengan saranan Jawatankuasa Khas Pengurusan Sempadan pada 2024. Tetapi sehingga kini, tidak ada garis masa jelas. Saya difahamkan model seperti ini memerlukan pindaan kepada beberapa akta termasuk Akta Imigresen, Akta Kastam, Akta Agensi Kawalan Sempadan dan undang-undang operasi berkaitan keselamatan sempadan.
Justeru, saya ingin bertanyakan, adakah KDN sudah memulakan rundingan formal dengan Jabatan Peguam Negara mengenainya? Jika belum, cadangan single lead agency ini sekadar slogan tanpa asas perundangan. Kita perlu berani belajar daripada kejiranan terdekat Singapura yang berjaya mengurus sempadan dengan integrated checkpoint command model, real-time congestion analysis— [Tidak jelas] Kaunter dibuka sewaktu puncak dan pelan 100 peratus operational readiness untuk autogate. Walaupun fizikalnya lebih kecil, sistemnya jauh lebih cekap daripada CIQ BSI yang besar tetapi tidak berselaras. CIQ BSI bukan sekadar isu Johor, ia adalah ujian kecekapan kerajaan dalam mengurus sempadan, keselamatan negara serta daya saing ekonomi. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik saya jemput Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
[Membaca ta'awwudz] Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya mulakan teruslah dengan Butiran 020200 – Kesukarelawanan. Nampaknya turun dari RM167 juta
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
kepada RM163 juta. Tenggara sebenarnya nak cadang satu kajian dibuat oleh kementerian untuk menaikkan elaun sukarelawan ini tapi bajetnya turun pula. Macam polis, RELA dan sebagainya termasuklah Skuad Ihsan MADANI sebagai insentif untuk tarik minat anak-anak muda.
Dan mohon juga untuk semak semula standard elaun sekarang. Sekarang ini sukarelawan polis RM6.00 sejam bagi lain-lain pangkat dan RM7.80 sejam bagi pegawai, dilihat masih sangat rendahlah dan tak mampu tampung kos sara hidup yang semakin meningkat dan risiko pada tanggungjawab.
Tenggara juga mengajak KDN pertimbang model penugasan hujung minggu bagi kadet-kadet polis terutamanya SUKSIS IPT yang boleh di-deploy untuk membantu komuniti secara rasmi dengan elaun yang tertentu. Dan adakah pihak KDN merancang untuk memberi sijil kompetensi ataupun rekod latihan digital kepada sukarelawan ini supaya boleh digunakan untuk rekod bagi mereka pada masa yang mendatang.
Seterusnya Butiran 050200 Tan Sri Pengerusi, Emolumen Kakitangan Kontrak. Naik RM2 juta. Jadi, Tenggara ingin bangkitkan beberapa soalan berkaitan dengan butiran ini. Sebenarnya berapa jumlah kakitangan kontrak yang sedang berkhidmat di bawah KDN? Dan apakah peranan sebenar mereka?
Dan berapa ramai di antara mereka memiliki peranan kritikal seperti operasi keselamatan, pentadbiran, sokongan teknikal, pusat tahanan imigresen dan sebagainya? Dan adakah KDN melihat penggunaan kakitangan kontrak ini sebagai selamat dan mampan terutamanya dalam tugasan sensitif melibatkan keselamatan negara?
Kita tidak boleh terus bergantung kepada tenaga kerja kontrak untuk kerja jangka panjang. Kita juga tak boleh biarkan kakitangan ini hidup dalam ketidakpastian bertahun-tahun. Jadi, adakah KDN serap mereka ke jawatan tetap? Berapa peratus jangkaan kementerian untuk diserap tetap pada Belanjawan 2026?
Dan melalui butiran ini juga, Tenggara gesa kerajaan gubal satu pelan lima tahunlah sempena dengan RMK ini juga, pelan lima tahun serapan kontrak dengan sasaran jelas laksana latihan dan peningkatan kompetensi, bantu mereka yang layak diserap melalui merit.
Seterusnya Butiran 051500 – Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).
Naik daripada RM6.15 juta kepada RM9.77 juta. Tenggara ingin meminta penjelasan terhadap keberkesanan ataupun tanggungjawab IPCC bantu memperkukuh integriti atau akauntabiliti anggota PDRM dan soalan Tenggara, apakah program yang telah dilaksanakan oleh IPCC setakat ini? Contohnya latihan integriti audit, tata kelakuan,
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
engagement dengan masyarakat dan berapa banyak program yang telah dilaksana dan apakah hasilnya.
Seterusnya adalah berkaitan dengan Butiran 040100 – Pembanterasan Dadah dan juga Butiran 02000 – Agensi Antidadah Kebangsaan ini. Malaysia telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh tahun 1983 lagi. Tapi selepas lebih 40 tahun, masalah dadah macam tak selesai-selesai. Jadi, Tenggara taklah cakap musuh nombor satu ini gagal ditangani tetapi mungkin kalau tak dibuat apa-apa, dia akan berlanjutanlah dan menjejaskan generasi. Jadi, sebenarnya apakah...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tenggara, boleh sikit tak Tenggara?
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Saya— silakan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi Tenggara sebut, kita dengar dadah ini musuh nombor satu. Tapi jadi masalah sekarang ini, dekat penjara, dekat pusat-pusat serenti pun, dadah boleh dibawa masuk sekarang ini. Jadi, maksudnya sekarang ini kita nak banteras ini rasuah ini, selain daripada soal berkaitan dengan dadah ini, saya rasa musuh nombor satu kita ini adalah soal berkaitan rasuah. Apa pandangan daripada Tenggara?
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Saya minta dimasukkanlah pandangan Langat ini dalam ucapan saya dan itu pun salah satu hal juga eh. Mungkin dia bersifat pendapat yang Langat tahulah. Tetapi, memang ada juga yang memberitahu dekat dalam itu pun boleh dapat juga. Mungkin ada melibatkan rasuah.
Jadi, kita kena banteraslah, banteras.
Jadi, sebenarnya apakah pendekatan yang betul-betul bersungguh daripada kementerian ini, dah 40 tahun ini yang betul-betul kita boleh kongsikan kepada masyarakat yang kita betul-betul nak entertain, nak menyelesaikan masalah dadah ini. Sebab selain daripada dadah yang tradisional itu, dadah sintetik pun dah masuk juga ke dalam sekolah dan sebagainya. Jadi, Tenggara gesalah supaya kerajaan kerjasama dengan KBS ini hidupkan balik melibatkan NGO, persatuan belia sekolah, IPT dan sebagainya. Dulu ada satu tagline “Belia Benci Dadah”. Mungkin boleh diperkembangkan semula.
Dan berkaitan dengan AADK ini juga, dari tempat sayalah Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, isu kekangan berkaitan dengan penugasan ini eh. Wujud pusat tahanan reman dan juga Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC). Tan Sri, saya satu minit lagi Tan Sri. Tapi yang di-deploy untuk buat kerja-kerja ini semuanya adalah menanggung tugasan sahaja. Jadi,
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
kurang efisien. Ada risiko moral pula kepada petugas-petugas ini dan apakah sebenarnya KDN rancang untuk menambah perjawatan?
Tapi bajet keseluruhan ini merendah ini. Jadi, kalau boleh Tenggara nak tahu dekat sini apakah permohonan yang telah dibuat oleh JPA sebenarnya oleh pihak KDN untuk meletakkan kakitangan yang tetap kepada pusat-pusat tahanan reman dan juga pusat saringan dan penilaian dadah ini.
Dan satu perkara lagi adalah isu kenderaan. Pegawai-pegawai AADK ini ada yang lebih 15 tahun. Saya rasa bahaya dan juga mengganggu tugas-tugas rondaan dan sebagainya. Ada Wira, ada X-Trail, KIA Pregio ini dah lama sangat. Jadi, apakah KDN merancang untuk mengganti kenderaan-kenderaan ini?
Dan terakhir sekali Tan Sri, sedikit, 08500 – Perumahan PDRM. Naik RM1 juta. Tetapi bila saya tengok-tengok ini dalam bajet, jumlah keseluruhan projek RM240 juta tapi perbelanjaan tahun 2025 baru belanja RM691,000, tahun 2026 naik RM1 juta sahaja. Jadi, Tenggara nak tanya kenapa kadar perlaksanaan pembinaan perumahan polis nampak amat perlahan sedangkan anggota polis terus bertugas siang dan malam tanpa kebajikan perumahan yang memadai. Tambahan pula lokasi projek perumahan tidak didedahkan secara awam, kekurangan maklumat sukarkan kita laksana pemantauan, timbulkan kebimbangan terhadap kesejahteraan anggota polis.
Dan sebagai tambahan itu sedikit, berkaitan juga dengan...
Tan Sri Pengerusi
Banyak tambah nampak itu.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Ini yang terakhir dah Tan Sri, sebab baru balik dari Sabah.
Tan Sri Pengerusi
Berapa kali terakhir dah ini.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Baik, baik. Saya yang terakhir Tan Sri. Minta ampun, minta maaf. Untuk Tenggara juga tentang pembinaan bangunan-bangunan lama ini Timbalan Menteri ada dekat sini, contohnya Balai Polis Miri, lama tak digantikan. Kemudian petempatan batalion tanpa kelengkapan lengkap ini seperti di PGA Keningau dan PGA Kunak. Ini penting untuk keselamatan Sabah dan sebenarnya apakah dasar untuk–– adakah kementerian merancang untuk mempercepatkan penambahbaikan dan membaik pulih dan masukkan dalam next rolling plan RMK yang ketiga belas?
Itu saja saya daripada Tenggara Tan Sri. Minta maaf ambil masa. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Okey, saya jemput Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Izinkan saya membahaskan bajet bagi Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri dengan peruntukan RM21.18 bilion dan kenaikan bajet.
Minta penjelasan secara terperinci, bagaimana pelaburan besar ini menunjukkan impak penurunan kadar jenayah dan ketenteraman awam memandangkan kadar jenayah negara meningkat 11.1 peratus kepada 58,255 kes pada tahun 2024 khususnya jenayah harta dan serangan fizikal. Apakah penambahbaikan yang akan dilaksanakan di bawah bajet ini?
Di bawah Butiran 020000 – Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam. Kerajaan meletakkan outcome bahawa keselamatan dan ketenteraman awam terjamin diukur melalui Indeks Keselamatan dan Kadar Jenayah.
Namun beberapa jam yang lalu, negara dikejutkan dengan satu insiden kemalangan maut bila melibatkan seorang anggota polis dan seorang remaja.
Soalan yang perlu dijawab apa sebenarnya yang berlaku. Adakah pegawai berkenaan berhadapan keletihan melampau, burnout kerana tugasan berterusan termasuk operasi musim banjir?
Ini bukan sekadar kes terpencil. Ia menyentuh isu lebih besar tentang kesejahteraan anggota barisan hadapan. Penjadualan tugas masa rehat dan keselamatan orang awam apabila anggota yang keletihan masih memegang tanggungjawab operasi di jalan raya. Soalan saya, adakah kerajaan telah memulakan siasatan rasmi terhadap kemalangan maut yang melibatkan pegawai polis dan remaja ini?
Kedua, adakah kementerian bersedia menjalankan semakan menyeluruh ke atas sistem penugasan dan masa rehat anggota polis khususnya ketika operasi bencana seperti banjir besar serta membentangkan kepada Parlimen dapatan audit sama ada amalan kerja berlebihan ataupun overwork menjadi risiko kepada operasi dan keselamatan awam.
Jika didapati kekurangan tenaga dan sumber manusia PDRM menjadi faktor, kerajaan perlu merancang:
(i) menambahkan tenaga bantuan ketika musim bencana;
(ii) memperkukuhkan sokongan mental dan fizikal kepada anggota-anggota; dan
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
(iii) melaksanakan langkah mitigasi supaya tragedi maut akibat keletihan tidak berulang. Minta kerajaan pertimbangkan supaya tambah anggota polis di Kementerian Dalam Negeri termasuklah di negeri dan juga daerah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini Pengerusi, meminta tambahan anggota kepada IPD Maran dan juga balai-balai polis di dalam kawasan Maran, Pahang. Tan Sri Pengerusi, 020100 ia berkaitan dengan Kepolisan. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengulang— mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai anggota polis yang telah memainkan peranan yang cemerlang dalam menjaga keselamatan negara kita. Namun, tidak kurang sebahagian kecil anggota daripada anggota polis mencalarkan imej perkhidmatan polis di negara kita.
Saya juga ingin bertanya, berapa ramaikah bilangan anggota pegawai dan anggota polis yang telah melakukan berbagai kesalahan disiplin termasuk kes rasuah, jenayah bunuh, lain-lain kes jenayah dan juga lain-lain kes? Berapa ramai daripada pesalah-pesalah anggota tersebut dipecat ataupun ditamatkan perkhidmatan, di penjara dan dijatuhkan hukuman yang lain-lain? Kesalahan- kesalahan disiplin di atas adalah disebabkan tekanan hidup serta cabaran-cabaran besar yang dihadapi anggota polis terutamanya dalam menghadapi masalah jenayah yang semakin meningkat di akhir-akhir ini.
Dalam konteks yang lain, perkara yang lain Tan Sri Pengerusi ialah Butiran 040000 – Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan. Peruntukan RM135 juta. Dato’ Pengerusi, keadaan penagihan, penyalahgunaan dan pengedaran dadah semakin dahsyat di negara kita. Ini pun gerakan membanteras tidak dilakukan secara menyeluruh. Andai kata gerakan-gerakan membanteras dadah ini dibuat secara bersungguh-sungguh dan melibatkan semua pihak, saya percaya bahawa kadar penagihan dan penangkapan penagih-penagih dadah ini akan semakin meningkat.
Saya ingin bertanya di sini Tan Sri Pengerusi, berapa ramaikah penagih- penagih yang berada dalam pemulihan dan pengawasan sekarang? Adakah kerajaan ingin mencadangkan supaya penagih-penagih ini ditempatkan di satu pusat yang khas berjauhan dengan penempatan awam apatah lagi patutnya berjauh dengan di mana kegiatan pengedar-pengedar, pusher-pusher ini berada?
Kerana pernah dulu dicadangkan supaya penagih-penagih ini ditempatkan di satu pulau supaya mereka tidak boleh dikunjungi oleh pengedar-pengedar bagi mengelakkan, bukan sahaja mereka dapat dibekalkan dadah sepertimana yang disebutkan oleh Kuala Langat tadi tetapi juga mereka dapat mungkin diselamatkan
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
pada masa tempoh yang dekat. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya perkara ini diberikan perhatian yang serius oleh kerajaan.
Yang akhir Dato’ Tan Sri Pengerusi ialah kepenjaraan dan koreksional.
Jumlah banduan kini melebihi 84,000 orang. Di bawah 040200, Butiran 040200 sedangkan kapasiti per maksimum penjara negara hanya sekitar 76,000. Menjadikan kadar— [Tidak jelas] tinggi 115 peratus. Namun pada masa yang sama, kerajaan melaporkan kadar pemulihan banduan mencapai 80 peratus. Satu angka yang kelihatan bercanggah dengan realiti operasi penjara yang semakin padat dan kadar kemasukan baharu yang telah menurun.
Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana banyak usaha- usaha dalam pemulihan banduan-banduan ini termasuklah memahirkan mereka dalam berbagai kegiatan termasuklah dalam kegiatan apa ini batik dan sebagainya.
Ini diceburi sendiri oleh Kebawah Duli Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang yang mana cukup memberikan sokongan kepada usaha-usaha pemulihan apa ini, banduan-banduan penjara.
Saya harap usaha-usaha mestilah kita berikan kepada meningkatkan lagi peruntukan kepada Kementerian Dalam Negeri bagi mempastikan supaya keselamatan negara ini menjadi perkara utama kerana segala-galanya. Kalau tidak ada keselamatan Tan Sri, bukan sahaja kesihatan, makanan dan lain-lain tetapi segala-galanya kita tidak boleh lakukan. Lihatlah apa yang berlaku pada negara- negara lain yang menghadapi masalah keselamatan yang cukup mencemaskan kita.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana membenarkan saya membahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri. Saya merujuk kepada Butiran 030000 – Pengurusan Pendaftaran dan Imigresen. Saya ingin memuji Menteri Dalam Negeri dan pasukannya kerana telah menyelesaikan lebih daripada 100,000 kes-kes permohonan kewarganegaraan dan permastautin tetap yang tertunggak.
Ramai daripada mereka yang layak sudah mendapat kelulusan. Mereka sangat bersyukur dan minta saya sampaikan ribuan terima kasih mereka, berkat mereka dan doa mereka agar Tuhan memberkati Menteri dan pasukan kerana telah menyelesaikan masalah mereka dan mereka sekarang boleh hidup bebas dan lega.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Dalam hal ini saya juga ingin mendapat pencerahan dari Jabatan Imigresen, kenapa sekarang ditetapkan satu sistem kelayakan untuk mendapat borang permohonan untuk memohon kerakyatan dan bermastautin tetap? Adakah syarat- syarat ini di— bilakah ia ditetapkan? Rakyat jelata tidak mengetahuinya untuk dapat borang pun ada kriteria. Biasanya dulu kita dapat borang kita mohon sama ada kita layak atau tidak. Harap dapat penjelasan kerana pemohon tidak diberikan borang dikatakan tidak layak. Saya hendak dapat pencerahan.
Perkara kedua, Kepolisan, Butiran 020100. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain telah mengutarakan kes-kes Pastor Raymond Koh, Amri Che Mat, Joshua Hilmy dan Ruth Sitepu yang telah hilang tanpa mengetahui apa sudah atau sedang berlaku kepada mereka. Isu yang saya hendak ketengahkan ialah sudah kah pihak polis atau KDN mengenal pasti kumpulan yang menculik atau menghilangkan kumpulan— menghilangkan mereka? Apakah tindakan yang telah dan akan diambil terhadap kumpulan ini?
Susanna Liew, isteri kepada Raymond Koh sudah kehilangan keyakinan secara umumnya terhadap pihak polis untuk menyiasat kes-kes ini. Walau bagaimanapun, beliau ada keyakinan kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay. Seorang yang dikatakan mempunyai pengalaman luas, berintegriti dan berdisiplin untuk menerajui siasatan selanjutnya seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi. Saya berharap permintaan beliau dapat direstui.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Dalam hal ini, saya juga mula menanya dalam kes saya sendiri di mana 10 Januari 2024, di mana kena api, arson telah berlaku kepada rumah saya. Daripada laporan siasatan yang dibekalkan kepada saya oleh Pegawai Kanan Penyiasat ASP G17977, Mohamad Azlan bin Abu Karim. Dinyatakan kes saya telah siap disiasat selepas enam hari dan kemudian, dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan kes tutup begitu sahaja. Adakah ini amalan biasa?
Daripada laporan yang saya terima ini iaitu laporan daripada Pegawai Penyiasat Kanan tadi yang merujuk kepada laporan pihak polis, Juliana binti Hussin – Manjong JSKJ/KS/0002024. Dinyatakan di sini, “Penyiasatan polis terhadap pengaduan puan telah selesai dijalankan dan kertas siasatan berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 16 Januari 2024 iaitu enam hari selepas kejadian. Setelah mengkaji kertas siasatan, Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan tiada saksi yang menyokong keterangan atau dakwaan. Permohonan menarik balik police report diluluskan”.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kenapa laporan polis oleh polis ditarik balik? “Tiada sebarang kesalahan jenayah telah berlaku”. Saya pun kagum. Jelas jenayah kena api telah berlaku.
“Tiada keterangan yang kukuh untuk membuktikan kes terhadap tertuduh dan akhirnya, kes tidak diteruskan”. Maksudnya, no further action. Saya rasa ini tak berapa betul. Saya harap mendapat penjelasan daripada pihak kementerian. Adakah ini SOP biasa selepas berapa hari? Dan laporan ini bertarikh 16 April 2024.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin minta satu minit lagi untuk saya dengan cepat kemukakan dua perkara lagi. Memang dalam kes yang bagi saya kes arson ini merupakan kes jenayah besar, mesti kita tumpukan perhatian. Tetapi malangnya, saya dapat aduan ada kes-kes yang bagi saya tidak patut didakwa di mahkamah.
Saya terima aduan dari Gua Musang. Pihak polis mengambil tindakan dan pihak pendakwa raya telah pun membuat keputusan untuk mendakwa mereka yang dikatakan mempunyai senapang angin dan memiliki mercun untuk menghalau gajah yang sudah bunuh berapa orang di Gua Musang dan memusnahkan dengan meluas tanaman-tanaman orang kampung dan juga estet-estet. Ini untuk melindungi diri sendiri. Kenapa pihak polis nak dakwa mereka pun? Kalau pun teknikal, mercun ke, senapang angin ini, kalau pihak polis tak dapat menolong mereka daripada ancaman binatang liar ini, janganlah menyusahkan rakyat di sana.
Akhir sekali, bagi saya Butiran 22000 – Kenderaan (PDRM). Saya mohon satu kenderaan four-wheel drive untuk Balai Polis Ayer Tawar. Tanpa kenderaan ini, susah untuk pihak polis masuk ke kebun-kebun kelapa sawit untuk membanteras kecurian sawit. Sekian, saya menyokong peruntukan yang diminta untuk diluluskan.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Dr. Pengerusi. Kuala Pilah terus merujuk kepada Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM). Kuala Pilah sekali lagi membangkitkan keperluan mendesak sebuah balai polis baharu di Juasseh bagi memenuhi keperluan keselamatan penduduk setempat.
Pada masa ini, masyarakat Juasseh perlu mendapatkan perkhidmatan kepolisan di Balai Polis Batu Kikir yang terletak kira-kira enam kilometer jauhnya.
Keadaan ini menyukarkan urusan penduduk dari sudut akses dan jarak perjalanan serta mewujudkan ketidakselarasan pentadbiran, memandangkan Balai Polis Batu
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Kikir berada di bawah Parlimen Jempol. Rakan sebelah saya ini, bukannya Kuala Pilah. Justeru, Kuala Pilah memohon agar kementerian memberi pertimbangan serius terhadap pembinaan Balai Polis Juasseh bagi memastikan liputan keselamatan yang lebih adil, efisien dan menyeluruh di seluruh kawasan Kuala Pilah.
Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM), Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai (PDRM), Butiran 08500 – Perumahan (PDRM). Kuala Pilah juga ingin menarik perhatian kepada keperluan untuk baik pulih menyeluruh di IPD Kuala Pilah.
Beberapa blok bangunan, kemudahan operasi dan struktur asas di IPD telah uzur dan tidak lagi menepati keperluan operasi PDRM yang semakin meningkat.
Kuala Pilah memohon agar IPD Kuala Pilah diberikan keutamaan bagi kerja- kerja naik taraf dan pembaikan fasiliti, memandangkan keadaan fizikalnya kini memerlukan perhatian segera demi memastikan keberkesanan operasi kepolisan di peringkat daerah. Kuarters anggota polis di IPD Kuala Pilah yang sudah uzur juga perlu diselenggara. Beberapa unit kediaman menunjukkan kerosakan struktur, masalah saliran dan fasiliti asas yang tidak sesuai untuk didiami oleh anggota serta keluarga polis.
Kuala Pilah merujuk kepada Butiran 020100 – Kepolisan dan Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM). Kuala Pilah ingin mencadangkan supaya setiap Ketua Polis Daerah (OCPD) di seluruh negara diberi peruntukan khas penyelenggaraan kecil. Sebagai contoh, IPD di bawah gred A diberikan peruntukan sebanyak RM150,000 dan RM100,000 kepada Ketua Polis Daerah, di mana IPD nya berada dalam gred B. Khusus untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan fizikal yang mendesak dapat diselesaikan dengan cepat.
Pada masa ini, kerosakan kecil seperti tandas rosak, paip pecah, tingkap tercabut, pendawaian kecil dan pembaikan asas sering tertangguh kerana perlu menunggu peruntukan diluluskan di peringkat lebih tinggi. Walaupun kecil, kerosakan sebegini memberi kesan besar kepada keselesaan anggota, kecekapan operasi dan imej perkhidmatan PDRM.
Peruntukan kecil yang fleksibel ini bukan sekadar dapat mempercepatkan respons terhadap pembaikan kecil tetapi mendesak tetapi juga mengurangkan kebergantungan kepada proses kelulusan yang panjang, sekali gus memastikan fasiliti asas di setiap IPD sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Kuala Pilah mengesyorkan agar peruntukan ini disertakan dengan syarat- syarat penggunaan yang jelas, sama ada melalui arahan pentadbiran, SOP dalaman atau garis panduan perolehan supaya penggunaannya kekal telus, berakauntabiliti dan selaras dengan peraturan kewangan kerajaan.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, Kuala Pilah merujuk kepada Butiran 020100 – Kepolisan dan Butiran 050400 – Head to Toe. Kuala Pilah ingin membangkitkan satu lagi isu yang kelihatan remeh tetapi sebenarnya memberi kesan kepada imej PDRM iaitu berkenaan pakaian seragam anggota polis lain-lain pangkat. Pakaian seragam kebanyakan anggota lain-lain pangkat ini kelihatan amat lusuh. Ada kalanya apabila kekerapan mencuci, khususnya bagi anggota lapangan yang terdedah kepada hujan panas dan perlu membasuh uniform setiap hari.
Berdasarkan Butiran 050400 – Head to Toe, sejumlah RM207.9 juta telah diperuntukkan bagi tahun 2026 untuk pakaian seragam dan kelengkapan asas anggota PDRM. Namun, maklum balas dan lapangan menunjukkan jumlah set uniform yang diterima masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian, terutama bagi anggota barisan hadapan. Berbeza dengan polis berpangkat pegawai yang mempunyai elaun dobi, anggota-anggota lain pangkat terpaksa mencuci uniform mereka sendiri menyebabkan uniform cepat rosak dan menjejaskan imej serta keterampilan profesional PDRM.
Kuala Pilah dengan ini mengesyorkan kepada kementerian supaya penambahan peruntukan pakaian seragam secara berkala, selari dengan beban kerja mereka yang tinggi di lapangan dapat diberikan kepada anggota-anggota polis lain-lain pangkat ini. Isu ini bukan sekadar soal pakaian tetapi melibatkan kebajikan anggota, penampilan profesional PDRM, keyakinan masyarakat terhadap institusi kepolisan dan memberi kesan kepada motivasi anggota dalam menjalankan tugas mereka.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Yang Berhormat Tan Sri Dr. Pengerusi, Kuala Pilah merujuk kepada Butiran 020100 – Kepolisan. Kuala Pilah ingin turut menarik perhatian mengenai isu nasional kegiatan-kegiatan pinjaman tanpa lesen atau along yang semakin membimbangkan.
Jenayah ini kini beroperasi melalui rangkaian yang lebih sophisticated termasuk penggunaan media sosial, aplikasi pesanan segera, akaun keldai dan penyamaran digital.
Kegiatan ah long ini bukan saja menyebabkan mangsa terjebak dalam hutang yang berlipat ganda tetapi juga melibatkan insiden ugutan, vandalism, pencemaran nama baik dan serangan terhadap keselamatan peribadi. Ini menjadikannya antara ancaman jenayah komersial paling serius yang perlu diberikan keutamaan oleh PDRM. Kuala Pilah menyokong usaha berterusan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di bawah butiran ini.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Namun, ingin mendapatkan penjelasan Menteri mengenai langkah-langkah yang akan dilaksana pada tahun 2026 untuk meningkatkan keupayaan forensik digital JSJK bagi menjejak sindiket ah long ini. Kuala Pilah ingin tahu mekanisme untuk menambah baik terutama dengan bank dan syarikat telekomunikasi bagi mematahkan operasi akaun keldai bank yang digunakan sindiket dan tindakan untuk mengawal penyebaran pengiklanan pinjaman tidak berlesen yang kini berleluasa di platform digital. Kuala Pilah percaya bahawa memperkukuh keupayaan PDRM dalam butiran ini bukan sahaja dapat mengekang rangkaian ah long tapi juga melindungi rakyat daripada terus menjadi mangsa kewangan, eksploitasi kewangan.
Akhirnya, Yang Berbahagia Tan Sri, Kuala Pilah juga ingin mengangkat Butiran 05600, mengangkat isu nasional yang semakin kritikal iaitu keselamatan identiti dan perlindungan data rakyat dengan peningkatan kes kebocoran data dan aktiviti penipuan. Penipuan menggunakan maklumat peribadi, keselamatan sistem pendaftaran negara perlu diutamakan, diberikan keutamaan tertinggi.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah pemegang pangkalan data identiti yang paling sensitif meliputi kelahiran, kematian, alamat, kad pengenalan, biometrik dan maklumat warganegara. Sebarang pencerobohan bukan sekadar menjejaskan privasi rakyat tapi juga membuka ruang kepada kegiatan spoofing dengan izin, identiti, penipuan digital, pemalsuan dokumen dan ancaman keselamatan nasional.
Oleh itu, Kuala Pilah ingin mendapatkan penjelasan menteri mengenai
(i) sejauh mana peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf keselamatan siber, firewall, inskripsi dan pemantauan ancaman siber?;
(ii) integrasi sistem antara JPN dan agensi keselamatan bagi mengelakkan identiti duplikasi dan percubaan pembukaan akaun bank menggunakan identiti palsu; dan
(iii) usaha memastikan data rakyat dilindungi daripada akses dalaman yang tidak sepatutnya atau eksploitasi pihak ketiga.
Akhirnya, Yang Berhormat Tan Sri Dr., Kuala Pilah percaya bahawa pelaburan dalam keselamatan digital JPN adalah pelaburan strategik untuk negara kerana ia melibatkan asas kepada semua bentuk identiti seperti kad pengenalan, pasport, pendaftaran perkahwinan, pendaftaran anak dan hak warganegara.
Perlindungan data bukan lagi isu teknikal tetapi komponen keselamatan nasional yang perlu diutamakan. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk bertukar gilir untuk turut serta dalam perbahasan Kementerian Dalam Negeri, peringkat Jawatankuasa belanjawan ini.
Pertama kali, saya ingin menyentuh Butiran 040100 mengenai ancaman najis dadah yang semakin membimbangkan di Sarawak terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan bandar kecil. Walaupun Sarawak mempunyai keluasan geografi yang besar, saya difahamkan bahawa jumlah anggota penguat kuasa AADK dan PDRM yang diberi ke negeri ini tidak seimbang dengan keperluan lapangan.
Oleh itu, saya mendesak supaya KDN meningkatkan penempatan anggota AADK dan juga polis, menambah peruntukan operasi serta memodenkan aset-aset penguatkuasaan di Sarawak. Tindakan lebih agresif terhadap rangkaian pengedaran perlu segera diperkasakan kerana ramai anak-anak muda kita yang akan menjadi mangsa sindiket nanti.
Saya juga ingin mengangkat isu berkaitan Butiran 18000 dan Butiran 12000 mengenai keadaan balai polis, ibu pejabat daerah polis dan serta kuarters anggota PDRM di Sarawak. Banyak kemudahan ini sudah uzur dan tidak selamat diduduki antara kuarters yang— ada kuarters yang bocor, usang dan tidak sesuai untuk penempatan keluarga anggota.
Saya mencadangkan supaya KDN menyenaraikan dan memprioritikan kemudahan di Sarawak untuk program naik taraf dengan segera. Saya— Sarawak menyumbang kepada keselamatan negara dan anggota kita berhak menikmati kemudahan yang sempurna demi moral dan juga keberkesanan bertugas.
Tan Sri Pengerusi, saya juga difahamkan kadang-kadang di ibu pejabat polis dan juga balai polis, kadang-kadang alat tulis ataupun stationery juga tidak ada.
Kadang-kadang anggota sendiri terpaksa membeli dengan duit mereka. Jadi, saya amat kasihan melihat mereka ini kerana sudahlah gaji kecil, kena beli alat tulis ini lagi untuk membantu pekerjaan mereka. Jadi, saya amat berharap agar KDN melihat mengenai kebajikan anggota-anggota ini.
Dan seterusnya, Butiran 47000. Saya ingin membawa satu cadangan berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara ataupun JPN. Saya mencadangkan supaya status Bumiputera dicetak pada kad pengenalan bagi memudahkan urusan rasmi demi permohonan biasiswa, perbankan, pendidikan, tanah dan urusan yang lain-lain.
Isu ini timbul kerana baru-baru ini etnik Bumiputera Sarawak diperlekeh dan diaibkan
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
oleh kakitangan Maybank yang buta sejarah dan tak arif mengenai beberapa etnik Bumiputera yang ada di negara Malaysia ini.
Kita di Sarawak, definisi Bumiputera melibatkan pelbagai etnik iaitu Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu Sarawak, Melanau dan kaum peribumi yang lain yang tak semestinya beragama Islam. Pencetakan status ini bukan soal keistimewaan tambahan tetapi memudah cara dalam pentadbiran agar rakyat tidak perlu membawa dokumen sokongan tambahan setiap kali berurusan.
Saya memohon KDN meneliti perkara ini supaya ia tidak boleh mencetuskan isu perpaduan. Saya juga ingin menyentuh mengenai penularan judi haram terutamanya judi siber yang dilaporkan semakin aktif di pekan-pekan kecil di Sarawak terutamanya juga di kawasan Parlimen Puncak Borneo. Tindakan penguat kuasa perlu lebih konsisten. Rakyat sering mengadu operasi hanya dilakukan sesekali dan sindiket kembali aktif tidak lama selepas serbuan.
Saya berharap KDN memperkukuhkan kerjasama antara polis, pihak berkuasa tempatan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kerana kebanyakan judi haram ini beroperasi melalui platform digital. Tan Sri Pengerusi...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Puncak Borneo. Puncak Borneo, boleh Sik sikit?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya ingin landing — saya tak bagi ruang sebab saya banyak perkara yang nak diketengahkan.
Selain bandar, penyalahgunaan dadah juga mula menular ke kampung dan rumah panjang di pedalaman. Isu ini perlu ditangani dengan pendekatan menyeluruh, pendidikan pencegahan, program komuniti, pusat pemulihan mesra rakyat dan bukan semata-mata tindakan tangkapan.
Akhir sekali, saya ingin menarik perhatian terhadap rungutan pengusaha tempatan mengenai kesukaran mendapat kelulusan lesen syarikat keselamatan bagi pemohon dari Sarawak. Banyak syarikat bumiputera Sarawak mengatakan prosesnya terlalu panjang, syaratnya tidak seragam dan kadang-kadang memerlukan perjalanan ulang-alik ke Semenanjung.
Saya menggesa KDN supaya memudahkan proses permohonan di Sarawak, menambah baik sistem permohonan secara digital dan juga membuka lebih banyak kuasa kelulusan di peringkat negeri. Pengusaha Sarawak tidak mahu layanan istimewa, mereka hanya mahu proses yang adil dan mudah seiring dengan semangat Malaysia MADANI.
Tan Sri Pengerusi, saya berharap semua cadangan yang diberi dan diangkat oleh saya ini diberi perhatian dan pertimbangan supaya demi kesejahteraan semua
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
dan juga keselamatan negara. Dengan itu, saya menyokong belanjawan KDN ini dan semoga kita memberi kelulusan. Sekian, terima kasih. Tuhan berkati.
Tuan Pengerusi
Baik terima kasih. Saya jemput Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan berkaitan dengan butiran di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Saya ingin menyentuh Butiran 030200 berkaitan dengan hal ehwal imigresen yang mendapat peruntukan RM1.2 bilion, 051600 berkaitan dengan Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan yang mendapat peruntukan RM37.2 juta. Begitu juga berkaitan dengan 12000 – Balai Polis dan Pondok Polis dan 051800 berkaitan dengan sistem telekomunikasi PDRM.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian sejauh mana usaha penyelarasan dibuat apabila kerajaan mewujudkan AKSP di mana meminjam pegawai-pegawai daripada imigresen, daripada kastam dan agensi yang lain untuk sama-sama membantu dalam mewujudkan fungsi AKSP. Jadi setakat ini, sejauh mana perjawatan mereka, penyelarasan dibuat untuk memastikan kebajikan mereka terjaga?
Saya ingin tahu juga, berapa ramai di kalangan mereka telah dinaikkan pangkat dan telah diluluskan, dimasukkan di bawah AKSP? Dan adakah benar ada peraturan yang mengetatkan supaya apabila di kalangan mereka enggan ataupun tidak menerima tawaran opsyen untuk memilih ke skim AKSP, mod mereka boleh menyebabkan pegawai ini diberhentikan?
Jadi kalaulah perkara ini berlaku, ini adalah satu perkara yang sangat malanglah sebab kita simpati dengan nasib 4,144 orang pegawai imigresen kita dan lebih daripada 1,053 orang pegawai kastam kita dan termasuk agensi yang lain yang turut membantu. Jadi saya ingin tahu, apakah tambah baik yang telah dibuat untuk memastikan Agensi Kawalan Sempadan ini benar-benar berkesan?
Saya ingin tahu juga apakah status terkini projek pembesaran ICQS di Rantau Panjang? Saya ingin tahu, berapakah peruntukan yang telah diluluskan?
Begitu juga tempoh timeline pelaksanaan dan bilakah akan bermula? Dan apakah halangan teknikal yang menyebabkan kelewatan projek ini?
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Dan apakah persiapan kementerian untuk memastikan supaya pintu masuk terutama di Rantau Panjang–Thailand ini benar-benar berkesan terutama di sudut keperluan mesin pengimbas, kontena, CCTV termasuk juga dron untuk memastikan supaya penyeludupan tidak terus berlaku di sempadan? Dan setakat ini saya ingin tahu, berapakah jumlah kes penyeludupan yang dicatatkan? Dan bagaimanakah usaha yang telah dibuat untuk memastikan supaya keberkesanan dari sudut kawalan ini dapat dikawal terutama di kawasan jalan-jalan tikus dan sebagainya?
Saya ingin tahu juga setakat ini, apakah yang telah dibuat terutama yang melibatkan kes-kes rasuah yang melibatkan pegawai yang menjaga sempadan?
Jadi, berapa kes yang telah diambil tindakan? Dan apakah mekanisme dan penambahbaikan yang sedang dibuat untuk memastikan supaya rasuah di kalangan anggota tidak berlaku?
Saya ingin menyentuh juga berkaitan dengan keperluan sistem telekomunikasi iaitu PDRM yang mana diperuntukkan RM100 juta. Jadi saya ingin tahu, untuk keperluan terutama musim tengkujuh berdepan dengan banjir, di mana perhubungan banyak terputus. Jadi, apakah penambahbaikan yang telah diberi terutama kepada pejabat-pejabat, balai-balai polis yang sempadan ataupun yang terdedah dengan banjir ini supaya mereka mempunyai sistem perhubungan yang lengkap supaya memudahkan urusan penyelamatan dan pemantauan?
Begitu juga balai-balai polis yang tenggelam. Saya ingin tahu, bilakah balai polis di Rantau Panjang yang baru akan dibina? Dan berapa banyak balai polis yang terdedah dengan risiko banjir, yang daif, yang akan dibina dalam bajet kali ini?
Dan saya ingin tahu juga berkaitan dengan keperluan kenderaan sebab di antara keperluan utama dalam memantau dan menguruskan keselamatan adalah kenderaan. Kenderaan pacuan empat roda, kenderaan yang sesuai yang terutama di kawasan risiko banjir, terutama kalau di Rantau Panjang, memang kenderaan biasa tidak boleh digunakan musim banjir dan terpaksa pihak kami menggunakan lori-lori kontraktor, ‘lori hantu’, lori kontraktor ya. Ini istilah orang kampung, “lori hantu”, yang terpaksa digunakan untuk menyelamat terutama mengangkut petugas- petugas keselamatan kerana kenderaan lori biasa mungkin tidak selamat di dalam arus yang deras dan dalam.
Jadi saya ingin tahu, berapakah persiapan— Apakah persiapan yang telah diberi kepada anggota kita dalam membantu supaya memastikan kenderaan yang mencukupi, logistik yang mencukupi untuk keperluan penduduk?
Dan akhir sekali Tan Sri Pengerusi iaitu berkaitan dengan Butiran 02800 iaitu berkaitan dengan keperluan iaitu keselamatan dalam negeri dan ketenteraman
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
awam. Berkaitan dengan keperluan bilangan polis di mana kita dapati nisbah polis dan penduduk 1:356. Dan mungkin ini tidak mencukupi. Jadi, apakah usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk menambahkan lagi bilangan anggota polis supaya mereka boleh memberi— kita mempunyai standard yang sesuai dengan standard antarabangsa.
Dan begitu juga untuk kepentingan keperluan sebab kita dimaklumkan 32 peratus bot marin PDRM berusia lebih 15 tahun dan 41 peratus kenderaan peronda melebihi daripada usia. Jadi, maknanya kita melihat usia yang— bukan usia emas ini. Usia yang memang tak praktikal dah untuk kenderaan penyelamat. Jadi, saya ingin tahu, apakah usaha pihak kementerian untuk memastikan supaya peralatan logistik ini benar-benar dapat memberi kelengkapan kepada anggota keselamatan kita untuk mengawal keselamatan negara kita? Terima kasih Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam rahmah. Tan Sri, saya kecil-kecil dulu berangan memang nak jadi polis sebab biasa tengok cerita “Remang-remang Kota Raya”. Sekarang ini “Gerak, Gerak, Gerak Khas”, karya Datuk Yusof Haslam.
Saya pergi kepada kod 020000 dan juga 020100. Tan Sri, saya biasa menyebutkan di Hulu Langat ini, di daerah Hulu Langat ini, rakyat dia sekarang ini berjumlah hampir 1.5 juta orang. Kita ada dua IPD. Satu IPD Kajang, satu IPD Ampang Jaya. Rakyat ada 1.5 juta. Keanggotaan pasukan polis di IPD Kajang ini, dia ada 1,200 orang anggota. Tak cukup.
Sebab baru-baru ini OCPD datang jumpa dengan saya— Menteri, ah, Menteri buat tak tahu pula. Menteri, dengar ni Menteri! Sebab, OCPD beritahu dengan saya, ACP Naazron. Dia beritahu, sepatutnya anggota yang sepatutnya ada di IPD Kajang ini jumlahnya sepatutnya 1,500 orang— Selangau. Tapi yang ada cuma 1,200. Tak cukup lagi 300 orang. Jadi, kita perlukan tambahan anggota ini sebab daerah Hulu Langat ini merupakan satu daerah yang sedang pesat membangun sebab dia berhampiran dengan Putrajaya, dengan Kuala Lumpur, dengan KLIA, dengan Cyberjaya. Tanjong Karang, itu dia Daerah Hulu Langat.
Sebab nisbah dia sekarang ini satu anggota polis, Tan Sri, dia kena jaga hampir 650 orang warga masyarakat dan juga rakyat yang terdapat dalam daerah Hulu Langat. Sepatutnya Tan Sri, seorang anggota polis ini, dia jaga 250 orang saja.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tapi ini dah terpaksa jaga hampir 650 orang. Jadi, besarlah hasrat dan juga cita-cita saya khususnya untuk Kementerian Dalam Negeri ini tambah anggota polis khususnya di daerah Hulu Langat.
Kemudian yang keduanya Tan Sri, anggota asko. Kalau orang Muar dia sebut ‘asko’. Tenteralah, tentera, Bangi. Tentera. Tentera ini jumlah dia dalam negara kita ini, Pasir Gudang, ‘Pak Hassan’, anggota tentera dalam negara kita ini berjumlah hampir 114,000 orang. Di jaga oleh satu kementerian dan dia ada satu agensi itu saja. Tapi KDN ini, polis ini, anggotanya berjumlah 134,000 dan di bawah kementerian KDN ini, dia ada sembilan agensi. Sembilan jabatan yang duduk bawah KDN ini.
Tadi askar tadi, satu kementerian jaga 114,000. Tapi KDN ini, polis saja dia ada 134 orang anggota dan juga di bawah KDN ini dia ada sembilan agensi ataupun jawatan. Saya nak mintak Tan Sri kalau boleh, KDN ini kita pecah dualah. Dia jadi dua, dua kementerian. Sebab ada sembilan jabatan yang besar. Sebab saya nak minta kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau boleh pecah dualah kementerian KDN ini. Kalau tak ada Menteri, ana ada.
[Dewan ketawa]
Beberapa Ahli
Setuju.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Saya ada. Kalau tak boleh pecah, saya nak minta supaya Timbalan Menteri ini ada dua orang. Kalau Timbalan Menteri yang kedua ini pun tak ada orang, ana ada.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sebab saya tengok kementerian ini dah terlalu besar. RELA bawah dia, imigresen bawah dia, JPN bawah dia, ROS bawah dia dan anak bongsu sekarang ini, AKPS pun duduk di bawah Kementerian KDN. Ini hasrat dan juga cita-cita kita sebab terlalu besar sangat dah kementerian ini. Kena pecah dua juga itu sebab Tan Sri pun saya tengok senyum tadi itu, seolah-olah membenarkan apa yang saya ucapkan itu tadi.
[Ketawa] Kemudian yang ketiganya Tan Sri, APMM ini pun dia duduk bawah Kementerian Dalam Negeri yang baru-baru ini difitnah oleh Ahli Parlimen Kota Bharu dan juga Pendang. Tak apa, sebelah sana boleh fitnah, tapi kita Ahli-ahli Parlimen daripada perpaduan Kerajaan MADANI akan terus menjadi benteng pertahanan menyokong pegawai dan juga kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk negara kita, Malaysia yang kita cintai ini.
Kemudian yang terakhirnya Pengerusi, Kod 030000, banyak betul dia punya kosong ini. Soal berkaitan dengan imigresen ini sebab kita dimaklumkan suami
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
kepada anak Pagoh ini, saya tak sebut menantu ya, Kota Melaka. Saya sebut suami kepada anak Pagoh ini, yang dimaklumkan kepada kita ini, dia punya pasport memang dah dibekukan. Pasport dia memang dah dibekukan, tapi dimaklumkan masih berada di Dubai. Bila polis nak bawa balik ini, anak, menantu kepada Pagoh ini ataupun suami kepada anak Pagoh ini?
Seorang Ahli
[Ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, dia kena beza sikit itu Kota Melaka ataupun Rasah kan, sebab tak boleh sebut menantu dah, yang itu.
Kemudian yang terakhirnya Tan Sri, tadi saya dengar Hulu Terengganu ini, dia sebut ini, dia kata gunung meletup di Ethiopia bila Perdana Menteri pergi ke Ethiopia. Dia ini saya ingat peninglah Pengerusi, dia ini. Orang Negeri Sembilan sebut dia ini poning ini, meroyan agaknya ini. Dia kena percayalah Rukun Iman itu.
Perkara yang keenam itu, qada dan juga qadar ini.
Apa juga yang berlaku ini, ini adalah merupakan ketentuan daripada Allah SWT. Tak boleh kita nak mengaitkan dengan, dengan seseorang. Begitu juga dengan Pasir Mas ini. Pasir Mas ada? Sik tadi bangun, kan? Tadi Sik bangun kan, masa Beruas nak bercakap kan?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, tanya sekarang apa nak tanya.
Beberapa Ahli
[Ketawa]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ketika pemerintahan Kerajaan Perpaduan kononnya ini, jenayah siber melonjak begitu tinggi, lebih daripada 20,000 kes setiap tahun. Jadi, bagaimana kementerian nak atasi masalah ini ketika mana pihak polis sendiri dia tidak ada alat teknologi yang canggih, real-time data yang dia nak akses dengan bank dan sebagainya? Jadi, macam mana yang dikatakan bakal Menteri ini? Nak jawab macam mana? Nak settle masalah setiap hari bertambah ini, Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Nampaknya sebelah sana pun memang berhajat untuk saya jadi Menteri ini maksudnya.
Beberapa Ahli
[Ketawa] [Tepuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tunggu lepas saya angkat sumpah nanti jadi Menteri, baru saya jawab soalan Sik tadi itu. Cuma Tan Sri...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Speaker, ini sudah jadi — ini sudah jadi macam MQT lah Speaker.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, nampaknya riak-riak itu dah ada lah maksudnya. Mungkin saya tak lama berada di sini, untuk pindah kerusi di sebelah sana pula. Cuma Pasir Mas tadi itu, dia ada menyebutkan soal berkaitan dengan isu setiausaha politik kanan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini. Biarlah siasat dulu. Biarlah dia disiasat dulu oleh polis. Biar dia disiasat dulu SPRM. Sebab itu saya nak tabik hormat kepada Perdana Menteri sebab bagi laluan kepada polis dan juga SPRM untuk siasat bekas setiausaha politik kanan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dituduh ada ambil duit. Yang dituduh untuk ambil duit. Baru dituduh saja.
Tetapi kalau nak suruh letak jawatan, minta Pagoh letak jawatan sebab Pagoh ada empat tuduhan yang sedang dibicarakan sekarang ini di mahkamah. Minta Pagoh supaya letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Pagoh, letak jawatan sebagai Pengerusi PN dan juga letak jawatan sebagai Presiden BERSATU. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Baik, saya jemput Batu Gajah. Batu Gajah, terpegun dia. Silakan.
[Ketawa]
Seorang Ahli
Dia terpegun Tan Sri.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tan Sri Pengerusi, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Saya alu-alukan kehadiran rombongan guru-guru dan pelajar SMK Bukit Gambir daripada Parlimen Ledang.
Terima kasih.
[Tepuk] Tan Sri Pengerusi, terima kasih kerana memberikan ruang kepada Batu Gajah untuk turut serta dalam perbahasan belanjawan bagi Kementerian Dalam Negeri. Dalam membicarakan soal keselamatan negara, tatakelola, ketelusan dan keberkesanan dasar awam, kita sering memberi tumpuan kepada isu-isu besar seperti penguatkuasaan, imigresen atau keselamatan sempadan. Namun, terdapat satu elemen yang sangat penting tetapi sering dipandang ringan iaitu kesihatan ekosistem pertubuhan dan organisasi rakyat.
Pertubuhan inilah yang mengerakkan masyarakat melaksanakan kerja kebajikan, membina kepimpinan komuniti, menyalurkan bantuan, mendidik komuniti dan membina jaringan sosial yang menjadi tulang belakang kepada perpaduan negara. Maka sekiranya sistem yang menguruskan dan mengawal selia pertubuhan ini iaitu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berada dalam keadaan
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
lemah, ketinggalan dan ketidakcekapan maka seluruh ekosistem masyarakat sivil akan terkesan.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Kepala B.62, Butiran 030300 – Pendaftaran Pertubuhan. Dalam kita menumpukan perbahasan belanjawan pada satu isu yang amat penting di bawah Kementerian Dalam Negeri iaitu penambahbaikan sistem pendaftaran dan pemantauan pertubuhan melalui ROS, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Isu ini bukan sekadar urusan pentadbiran, ia menyentuh kepentingan masyarakat sivil, ketelusan persatuan dan tadbir urus organisasi rakyat.
Tan Sri Pengerusi, menurut data awam dan kenyataan KDN, sebanyak 1,118 pertubuhan telah diperiksa oleh ROS dalam semakan rawak pada tahun 2023 melibatkan kategori keagamaan, sosial, kebajikan dan rekreasi. Daripada jumlah itu, 26 peratus dikesan melanggar undang-undang tubuh persatuan. Saya tidak mempunyai statistik terkini Tan Sri Pengerusi. Ini menunjukkan bahawa masalah ketidakpatuhan adalah signifikan dan sistem pemantauan ROS kini menghadapi cabaran yang cukup serius.
Selain daripada itu, melalui pemutihan sejak tahun 2021, ROS telah membatalkan pendaftaran lebih 3,000 pertubuhan atau persatuan yang tidak aktif atau melanggar perlembagaan pertubuhan. Ini bukan hanya jumlah yang kecil, ia menunjukkan bahawa wujud banyak pertubuhan berdaftar yang tidak memenuhi tujuan asal penubuhannya atau tidak diurus dengan baik.
Seperti yang dilaporkan juga, sebahagian pertubuhan ini tidak aktif, tiada aktiviti mengikut perlembagaan, ada pertikaian dalaman, melanggar Akta Pertubuhan 1966. Ini memberikan gambaran bahawa sistem ROS perlu diperkukuh bukan hanya dari sudut pendaftaran, tetapi juga pemantauan yang berterusan.
Di sini saya ingin mengambil peluang untuk bertanya mengenai pertama, berapakah jumlah persatuan ataupun pertubuhan yang wujud di negara kita mengikut kategori dan negeri? Yang kedua, berapakah jumlah audit fizikal atau pemeriksaan lapangan yang dibuat oleh ROS setiap tahun?
Adakah bilangan pegawai mencukupi untuk melaksanakan tugasan ini?
Apakah tindakan pemulihan yang KDN kenakan kepada pertubuhan yang melanggar undang-undang sebelum membatalkan pendaftaran? Dan apakah bentuk salah laku yang paling kerap berlaku kepada pertubuhan yang direkodkan melanggar peraturan?
Tan Sri Pengerusi, selain itu, pemutihan, ada kebimbangan serius bahawa sesetengah pertubuhan yang berdaftar mungkin digunakan untuk aktiviti kewangan
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
yang tidak sah atau menyokong aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang.
Oleh yang demikian, sejauh manakah kementerian mempertingkatkan pemantauan pertubuhan menjadi platform untuk cuci wang atau aktiviti haram? Dan apakah mekanisme untuk memantau ketidakpatuhan pertubuhan yang berdaftar?
Oleh itu Tuan Pengerusi, saya ingin mencadangkan beberapa langkah dalam butiran ini. Pertama, peruntukan khusus untuk memodenkan sistem ROS, eROSES, bukan sekadar portal pendaftaran, tetapi sistem bersepadu yang membolehkan audit automatik, laporan tahunan digital dan pemantauan risiko.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang kedua, latihan modul khas untuk pegawai ROS supaya mereka dapat mempercepatkan proses kelulusan pendaftaran dan memberi bimbingan yang lebih jelas kepada persatuan berkaitan pematuhan kepada perlembagaan dan kewangan.
Dan yang ketiga, integrasi data ROS dengan agensi lain seperti KDN, PDRM dan agensi kawal selia kewangan supaya pertubuhan berdaftar boleh diperiksa dengan lebih baik lagi dari segi risiko kewangan, pergerakan dalaman dan potensi penyalahgunaan.
Dan yang akhir sekali, sokongan geran kecil untuk NGO komuniti belia, pendidikan dan kebajikan supaya pertubuhan kecil yang aktif dan produktif boleh terus beroperasi dengan baik tanpa terbeban oleh birokrasi pendaftaran dan pelaporan.
Tan Sri Pengerusi, secara tuntasnya, sistem ROS bukanlah sekadar soal pendaftaran ia adalah pelaburan dalam masyarakat sivil yang lebih berdaya, telus dan bermaruah. Dengan sistem yang lebih cekap dan pengurusan yang lebih rapi, kerajaan akan mendapatkan rakan strategik dari kalangan persatuan rakyat yang mampu menyumbang ke arah pembangunan sosial dan kebajikan negara. Saya menyeru supaya kerajaan mengambil serius cadangan ini dalam belanjawan kali ini.
Sekian, terima kasih Dato' Pengerusi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca sepotong doa] Baik, Yang Berhormat. Kita persilakan selepas Batu Gajah, Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih, Dato' Dr. Pengerusi. Berikan saya satu minit untuk mengacum kepada Dato' Dr. Kami ini, orang-orang di sebelah penghabisan berbahas ini selalunya Dato' Dr. Pengerusi tidak mendapat jawapan secara bertulis. Daripada perbahasan bajet minggu pertama itu sampai sekarang tak dapat lagi jawapan.
Saya rasa kawan-kawan saya di sebelah sini pun sama juga tidak dapat jawapan. Saya nak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri mungkin jawab daripada last dululah naik ke atas. Sebab selalunya sampai nombor tiga, pembahas nombor tiga tak ada dah habis dalam masa 30 minit tersebut.
Dato' Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020400 – Penguatkuasaan Maritim. Khususnya di Langkawi, salah satu aspek yang sangat membimbangkan di Langkawi adalah kegagalan pengawasan perairan Langkawi yang terletak di Selat Melaka. Pagi ini, Yang Berhormat Menteri di mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah, Ketua Polis Langkawi, Assistant Commissioner Khairul Azhar Nuruddin telah pun memberi taklimat berhubung dengan kapal yang membawa 70 orang rakan- rakan daripada Rohingya yang karam di sempadan Malaysia, Langkawi — Malaysia– Thailand dan mereka ini dalam soal jawab bagi mereka yang masih hidup memang tujuannya hendak ke Langkawi.
Dan apabila bot mereka karam, maka 30 orang yang meninggal itu telah pun dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dan masih berada di situ dan akan dikebumikan katanya di Alor Setar, insya-Allah. Dan, lebihan daripada itu yang ditangkap dimaklumkan bahawa terdapat dua daripada tahanan yang ditangkap itu adalah daripada Bangladesh.
Dan saya quote laporan NST yang menyatakan bahawa Ketua Polis Negeri Kedah, Datuk Adzli Abu menyatakan bahawa the two Bangladeshis ini become very suspicious, dengan izin. Dan soal siasat sedang dijalankan dan sedang dijalankan.
Jadi, saya ingin mengetahui apakah anggapan ataupun suspicious Ketua Polis Negeri Kedah itu ada laporan daripada KDN yang boleh dimaklumkan kepada rakyat.
Dan juga daripada soal siasat itu, beliau dapat mengetahui bahwa setiap mereka itu membayar RM13,500. Bayangkan mothership yang awalnya 300 orang, lebih RM4 juta di atas bot tersebut. Dan kemudian, bila sampai di sempadan, dipecahkan kepada bot-bot kecil dan bot kecil ini membawa 70 orang manusia dan tenggelam kerana botnya lama. Maka, mayat-mayat yang terapung yang pada asalnya tenggelam di Teluk Cincin telah hanyut dibawa ke Teluk Ewa dan mereka dikumpul di situ. Mayat-mayat tersebut.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Kita sedih dengan perkara ini, Yang Berhormat Menteri kerana semua mereka ini boleh dikatakan orang-orang Islam, yang sahabat kita tetapi apakan daya semenjak 2017, genosid yang berlaku di Myanmar itu, inilah puncanya mereka lari ke semua tempat dan tempat utama mereka adalah di Langkawi. Bila genosid berlaku walaupun sekarang kes mereka ini dia masih di ICJ tetapi saya memohon kepada Yang Berhormat Menteri, beritahulah kepada Perdana Menteri kita yang masih lagi Pengerusi ASEAN selesaikan punca-punca ini.
Berilah keamanan kepada mereka di Rohingya ini. Yang Berhormat Dato' Pengerusi, soal kedua, saya telah menyatakan beberapa kali bahawa kawalan keselamatan di Langkawi itu masih tidak lengkap, tidak cukup. Kalau tadi Hulu Langat minta yang sudah ada 1,000 orang di situ. Masya-Allah, kalau ada 1,000 di Langkawi, anggota tentera, anggota polis, insya-Allah kita dapat atasi. Dan keselamatan ini kita tahu mereka ini selalu masuk di kawasan tersebut. Kenapa tidak dikemaskan, dinaikkan pusat-pusat kawalan di kawasan tersebut?
Saya dah kata banyak kali kita ada polis, PDRM, maritim semua pun ada Kuah, nak pergi ke kawasan Teluk Ewa, Teluk Datai dan sebagainya itu memakan masa lebih kira dua jam dengan bot kita yang lama. Tidak ada dron yang diberikan kepada Langkawi. Saya minta Yang Berhormat Menteri fikirkanlah anggota-anggota ini diperkemaskanlah dengan the latest gadget yang boleh dipakai.
Soalan kedua, berhubung dengan dadah. Dato' Pengerusi, dadah ini saya selalu bangkitkan tapi pagi tadi juga dimaklumkan bahawa bila ditangkap dadah- dadah ini, tokan dan juga penagih, mereka ini bawa nak tahan reman, majistret tak bagi sebab tidak ada tempat tahanan yang mencukupi. Tak cukup. Nak kena dibawa ke Alor Setar, kemudian bila mahkamah panggil nak datang balik, nak bawa ke Alor Setar tu makan tiga hari. Nak balik itu pula dengan kosnya. Jadi, dilepaskan begitu sahaja. Jadi, saya mintalah kepada Yang Berhormat Menteri beef up lah pusat-pusat tahanan ini ataupun spend some money there-lah, insya-Allah. Dato' Pengerusi, isu yang ketiga ialah isu di mana perkara yang berlaku sekarang ini di Langkawi, pusat pelancongan dan banyak sekali. Terdapat peningkatan jenayah, penipuan pelancong dan laporan mengenai penipuan yang melibatkan pelancong seperti penipuan pakej percutian, tiket palsu dan aktiviti haram yang semakin meningkat.
Kehilangan barang dan kecurian dalam kalangan pelancong sebagai destinasi pelancongan utama, Langkawi tidak terkecuali daripada kecurian barang- barang pelancong. Ini mencemarkan reputasi Langkawi sebagai destinasi yang selamat. Maksud saya, tidak cukup anggota polis di sana, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Kegiatan penyeludupan seperti yang saya katakan tadi semakin sukar dikesan baik melalui daratan ataupun perairan. Ini adalah satu ancaman yang semakin berbahaya bagi keselamatan negara kerana Langkawi terletak berhampiran dengan sempadan negara.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Butiran seterusnya Dato' Pengerusi sekiranya saya diberikan masa, peningkatan kegiatan penyeludupan barang dan manusia yang makin memberi kesan langsung kepada ekonomi dan keselamatan penduduk tempatan dan reputasi Langkawi sebagai destinasi pelancongan akan tercemar sekiranya pelancong mendengar tentang isu keselamatan dan jenayah yang tidak dapat ditangani ini.
Keselamatan pelancong terancam khususnya dengan laporan mengenai bot haram yang membawa pelancong tanpa izin yang sah.
Terima kasih Dato' Pengerusi. Akhir sekali, saya nak mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Seputeh kerana datang berbisik dengan saya tadi untuk membantu pelancongan di Langkawi, terima kasih. Terima kasih Dato’ Dr.
Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Seterusnya dipersilakan Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato' Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2026 peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri. Saya ada beberapa perkara yang nak saya bangkitkan. Perkara pertama Butiran 030100 – Pendaftaran Negara. Saya nampak ada pertambahan sedikit peruntukan sebanyak RM469 juta. Ya, inilah agensi JPN berkaitan dengan kewarganegaraan. Saya dengar ramai sahabat telah membangkitkan isu ini.
Cuma saya nak bangkitkan satu isu yang saya rasa tak dibangkitkan.
Semalam, pihak kerajaan telah menarik balik rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap satu kes Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang di mana ketika penghakiman pada 14 November 2024, Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang telah mengarahkan kerajaan supaya memberikan taraf kewarganegaraan kepada seorang yang bernama, seorang individu yang bernama saudara Mohd Razwil Abdullah.
Beliau ditemui di tepi tong sampah pada tahun 1984 di Kuala Lumpur. 40 tahun beliau berjuang untuk mendapatkan kewarganegaraan. Akhirnya, semalam apabila kerajaan menarik balik rayuan dan beliau akan saya jangka beliau akan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
mendapat kewarganegaraan. Sesuatu yang sangat baik. Saya nak tanya kepada kementerian, ada tak kes-kes macam ini yang dah tertangguh, tunggu bukan bertahun, 40 tahun, bayangkan macam mana kehidupan beliau. Dinafikan taraf sebagai warganegara Malaysia untuk tempoh yang cukup lama.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun] Rasah...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi saya nak minta pencerahan daripada kerajaan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Rasah, boleh saya tanya?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya ada banyak isu Bukit Gelugor, saya minta maaf. Saya banyak isu yang lain. Isu kedua yang saya nak sebutkan Butiran 25000 – Sistem Teknologi Maklumat (PDRM). Ada lonjakan peruntukan daripada RM19 juta sebelumnya kepada RM178 juta. Saya menyokong sebab saya rasa ada keperluan untuk naik taraf teknologi ataupun apa sahaja kemudahan yang ada pada PDRM.
Saya menyambut baik apabila dimaklumkan bahawa National Scam Response Center (NSRC) yang sebelum ini diletakkan di beberapa agensi secara cross-agency kini diletakkan di bawah PDRM. Saya harap PDRM boleh melakukan sesuatu yang lebih strategik untuk kita sama-sama menangani masalah sebegini.
Sebab hari ini sindiket penipuan, scammer cukup hebat.
Untuk makluman YB Sungai Besar tak ada dalam Dewan, tiga minggu lepas saya terima WhatsApp daripada beliau tapi sebenarnya bukan daripada beliaulah.
Scammer yang hantar kad jemputan. Saya rasa ada rakan-rakan yang terima kad jemputan daripada YB Sungai Besar yang asalnya bukan dari beliau dan siapa kalau buka attachment itu dia akan kena. So, ini yang memerlukan kita menangani, memeranginya secara tuntas.
Perkara ketiga yang saya nak sebutkan adalah Butiran 020400 – Penguatkuasaan Maritim. Saya nampak ada lonjakan ataupun banyak peruntukan yang besar RM1.2 bilion diberikan. Saya nak tanya di bahagian mana diberikan keutamaan sama ada Pantai Timur, Pantai Barat atau di sebelah selatan. Saya pernah melawat pejabat APMM di Johor empat bulan dulu ketika lawatan kerja jawatankuasa pilihan khas dan saya nampak ada kekurangan yang perlu kita tambah baik sebab ia bukan setakat keselamatan tetapi lebih kepada martabat dan juga kedaulatan negara kita. Jadi, ini suatu yang sangat baik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Dan seterusnya Butiran 12000 – Balai Polis dan Pondok Polis. Ada RM57 juta diperuntukkan untuk tajuk ini. Saya nak mohon kepada kementerian supaya memberikan pertimbangan terhadap dua tempat di bawah Parlimen Rasah. Satu, Bandar Enstek. Bandar Enstek ini sempadan dengan daerah Sepang, Selangor merupakan kawasan kepadatan tinggi, kawasan yang pesat membangun dengan kawasan perumahan baharu, tak ada balai.
Okey dan satu lagi adalah di Taman Seremban Jaya. Mempunyai kepadatan yang tinggi, hampir satu kawasan DUN dengan rumah hampir dalam lapan hingga 9,000 unit tapi tak ada balai. Balai paling dekat pun lebih daripada lima kilometer.
Saya mohon supaya kalau tak ada tapak yang sesuai, mungkin boleh sewa kedai untuk dijadikan sebagai pondok polis untuk kemudahan penduduk setempat.
Dan seterusnya saya nak sebutkan satu perkara yang saya rasa sangat mustahak ketika ini iaitu bawah Butiran 051600 – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia. Ini suatu agensi yang baharu, tetapi saya kenapa saya sebut secara spesifik? Saya nampak RM37 juta diperuntukkan. Pada ketika ini, pada ketika kita berbahas di Dewan yang mulia ini, beribu rakyat Malaysia tersangkut di Hatyai.
Saya rasa semua tahu. Saya sendiri menerima beberapa maklumat daripada rakyat Malaysia, keluarga mereka yang maklumkan sudah beberapa hari mereka ada di hotel hadapi masalah. Kita tahu apa yang berlaku banjir yang sangat teruk, sangat serius di sana dan rakyat Malaysia beribu, saya tak tahu berapa ribu.
Mungkin boleh tak saya mohon agensi ini di bawah KDN lakukan sesuatu? Kita bukan nak mencampuri masalah di tempat orang, kita pun negara kita ada kawasan tertentu ada banjir, tetapi ini untuk menyelamatkan, untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang pergi ke Hatyai yang tersangkut kat situ disebabkan banjir. Tak boleh keluar dari kawasan hotel.
Saya difahamkan hanya minum air sahaja sebab makanan pun payah sebab situ keadaan pun sangat teruk, sangat serius yang menyebabkan kerajaan di Hatyai itu pun memanglah bukan dia tak mahu buat apa tetapi keadaan sangat serius. Saya mohon supaya kerajaan walaupun saya antara pembahas yang terakhir, kalau boleh kerajaan tolong berikan maklum balas dengan perkara ini sebab ini sesuatu yang bagi saya sesuatu yang perlu disegerakan dan perlu diberikan perhatian serius supaya tak ada rakyat Malaysia yang cedera ataupun ya lah hadapi bahaya, keselamatan nyawa mereka. Jadi, itu sahaja beberapa perkara yang sempat saya kemukakan, Dato' Pengerusi. Saya menyokong belanjawan untuk KDN. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Pembahas yang terakhir ialah Yang Berhormat Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Dato' Pengerusi atas peluang diberikan untuk saya menyertai dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Dalam Negeri. Terlebih dahulu saya ingin rujuk kepada Kepala P.62 Butiran 38000 – Pembaikan dan Ubah suai Imigresen.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Dalam Negeri kerana telah berjaya luluskan peruntukan sebanyak RM31 juta untuk menaik taraf ICQS Sungai Tujoh, Miri. Sesungguhnya ini dapat mengurangkan kesesakan untuk pelawat datang dari Brunei ke Miri dan ini dapat merangsang ekonomi setempat di kawasan Miri.
Seterusnya saya juga merujuk kepada Kepala B.62 Butiran 030200 – Hal Ehwal Imigresen. Sesungguhnya kita dah sudah adakan rancangan untuk kita naik taraf ICQS tetapi dalam masa yang sama kita juga perlukan lebih banyak anggota Pegawai Imigresen untuk terus bertugas di situ bagi betul-betul mengatasi masalah kesesakan. Kerana buat masa sekarang saya difahamkan pegawai yang bertugas di Imigresen Sungai Tujoh adalah tidak mencukupi terutamanya apabila pada waktu- waktu kemuncak seperti hujung minggu ataupun cuti sekolah ataupun cuti perayaan.
Difahamkan terdapat usaha-usaha seperti Quick Response Team yang menghantar pegawai dari kawasan Miri untuk bertugas di kaunter Imigresen Sungai Tujoh ataupun pegawai interim yang dibawa masuk tetapi untuk penyelesaian kekurangan pegawai pada jangka masa panjang, saya mohon supaya dapat tingkatkan perjawatan ataupun mengisi segala kekosongan jawatan Pegawai Imigresen di ICQS Sungai Tujoh.
Seterusnya saya merujuk kepada Butiran 11000 – Ibu Pejabat Polis (PDRM) dan Butiran 12000 – Balai-balai dan Pondok Polis (PDRM).
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Sesungguhnya isu ini saya telah banyak kali bangkitkan di Dewan yang mulia ini bahawa IPD Miri dan juga Balai Polis Pusat Miri amat memerlukan penyelenggaraan ataupun penaiktarafan dan penambahbaikan yang sangat mendesak sebab kedua-dua bangunan ini telah lama wujud berdekad-dekad sejak dahulu lagi dan kedua-dua bangunan ini juga terletak di tengah-tengah pusat bandar Miri yang sesungguhnya akan mencerminkan imej Miri terutamanya kepada pelawat- pelawat dari luar negara.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 18000 – Pembaikan dan Ubahsuai.
Saya secara khususnya merujuk kepada kuarters di IPD Miri. Sesungguhnya kuarters ini telah hampir 50 tahun dibina dan pada tahun 2024 juga pernah berlakunya kebakaran di kuarters IPD Miri. Ini sangat membimbangkan.
Dan dalam keadaan sekarang, hanya 70 peratus, difahamkan 70 peratus Kuarters IPD Miri yang dipenuhi kerana yang bakinya tidak lagi sesuai untuk diduduki akibat keadaan yang agak teruk seperti piping yang pecah, siling yang pecah, bahkan ada tumbuhan yang duduk dalam bangunan tersebut akibat keadaan yang agak teruk di kuarters tersebut.
Saya memohon supaya kerajaan dan KDN dapat memandang serius kepada kuarters di IPD Miri supaya satu projek menaik taraf ataupun penambahbaikan yang besar boleh dilakukan. Kerana, saya difahamkan para anggota polis, elaun untuk sewa rumah anggota biasa hanya sekadar RM330 sahaja. So, kalau untuk mereka keluar dari kuarters untuk sewa rumah di kawasan bandar Miri, memang amat membebankan untuk mereka. Oleh itu, saya harap kerajaan dapat menambah baik kuarters di IPD Miri.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 17000 – Pasukan Gerakan Am.
Pada September yang lalu, saya telah melawat FOB, Forward Operation Base Sarawak PGA di Sungai Tujuh, Miri. Difahamkan keadaan di situ agaklah mencabar kerana walaupun berdekatan dengan pusat bandar tetapi kawasan FOB tersebut tidak mempunyai bekalan air ataupun elektrik seolah-olah pasukan PGA tersebut terpaksa beroperasi dalam kawasan hutan yang tidak banyak beza sebab tiada bekalan asas yang sedia ada. Oleh itu, saya memohon supaya pihak KDN dapat memandang kepada perkara ini.
Dan juga, akhir sekali, untuk memastikan segala peralatan, bekalan ataupun kenderaan sentiasa mencukupi bagi Batalion 12 PGA Miri kerana mereka sentiasa bertugas untuk― tempat tugasan mereka meliputi kawasan yang sangat luas dan termasuk juga kawasan pedalaman dan juga sempadan kita. Oleh itu, saya berharap agar segala kelengkapan mereka serta kenderaan akan sentiasa mencukupi ataupun dalam keadaan yang baik supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Miri. Tibalah masanya untuk Menteri menjawab. Dipersilakan, Menteri Dalam Negeri, 30 minit.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Dato’ Dr. Yang di-Pertua, terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Belanjawan 2026 dengan tema Belanjawan MADANI keempat yakni “Belanjawan Rakyat”.
Secara keseluruhan, KDN telah diperuntukkan sebanyak RM21.18 bilion untuk tahun 2026 iaitu kenaikan sebanyak RM1.73 bilion atau 8.89 peratus berbanding dengan Belanjawan 2025 sebanyak RM19.45 bilion. Daripada jumlah peruntukan diberikan, peruntukan mengurus (OE) adalah sebanyak RM17.35 bilion bersamaan 81.9 peratus dan peruntukan pembangunan (DE) adalah sebanyak RM3.83 bilion atau 19.8 peratus. PDRM sendiri telah memperoleh peruntukan terbesar iaitu RM12.11 bilion atau 57.17 peratus daripada keseluruhan peruntukan KDN bagi tahun 2026.
Belanjawan 2026 ini sejajar dengan peranan KDN sendiri, Yang Berhormat, untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara termasuk mengukuhkan keselamatan sempadan dan pintu masuk antarabangsa negara, menangani jenayah siber, seksual serta memelihara kebajikan anggota penguatkuasaan KDN selaras dengan visi Malaysia MADANI yang matlamatnya agar semua rakyat Malaysia hidup bermaruah meliputi hak asasi dan kualiti hidup terjamin. Peningkatan keseluruhan peruntukan KDN sebanyak RM1.73 bilion ini menggambarkan peranan KDN sebagai pemangkin kerangka Ekonomi MADANI dalam konteks memperkukuhkan perpaduan dan keselamatan negara.
Suka saya maklumkan secara keseluruhan bahawa fokus KDN dalam ucapan Belanjawan 2026 merupakan sebahagian daripada Tekad 5, iaitu memperkukuhkan pertahanan negara. Peruntukan yang diberikan kepada KDN merangkumi beberapa inisiatif seperti berikut:
(i) peningkatan keupayaan aset dan penguatkuasaan PDRM dan badan beruniform KDN;
(ii) pembinaan dan naik taraf fasiliti baharu;
(iii) pengukuhan kawalan sempadan dan pintu masuk;
(iv) menangani jenayah siber dan seksual;
(v) memperkasa program rawatan pemulihan;
(vi) memelihara kebajikan anggota penguatkuasaan; dan
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
(vii) menjamin hak asasi manusia Yang Berhormat, saya nak merujuk kepada ketetapan Timbalan Yang di- Pertua berhubung dengan Peraturan 66(12) yang menyatakan bahawa perbahasan hendaklah dihadkan pada dasar khidmat yang diperuntukkan wang itu dan tidak boleh mengenai isu-isu perbelanjaan tapi boleh menyebut butiran hasil atau kumpulan-kumpulan wang yang dalam tanggungjawab perkhidmatan itu. Maka, saya akan membataskan seboleh-bolehnya jawapan saya hanya kepada isu-isu yang relevan berkaitan langsung dengan kepala bekalan kementerian ini. Namun, untuk berlaku adil, mana yang tidak dijawab, saya akan bagi secara bertulis.
Tentulah saya rakamkan, bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat seramai 24 orang yang terlibat dalam perbahasan ini. Kita sangat menyambut baik, menghargai pandangan dan cadangan dan juga mengambil apa juga pandangan dan teguran yang diberikan dan saya akan beri jawapan yang sebaik mungkin dalam sesi ini. Saya lihat bahawa apa yang dibincangkan ini merangkumi aspek-aspek soal keselamatan, ketenteraman awam, soal keselamatan sempadan, pintu masuk, warganegara dan pendaftaran, isu berkaitan dengan dadah, pembangunan fasiliti dan kebajikan anggota.
Yang Berhormat, tadi banyak dibangkitkan oleh Jerlun, Pendang dan rakan- rakan lain soal integriti anggota polis, Ikrar Bebas Rasuah, soal berkaitan dengan pencerobohan, penyeludupan migran, isu kad pengenalan, penggantian kad pengenalan generasi baru, juga salah guna kad pengenalan untuk penggunaan subsidi kerajaan dan juga isu-isu menyekat penggunaan MyKad orang lain dan isu eROSES juga dibangkitkan dalam ini oleh ramai Ahli Yang Berhormat tadi.
Dato’ Dr. Yang di-Pertua, KDN melalui Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
(IPCC) ― Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua tahu, dia bekas pegawai kanan polis― yang ditubuhkan untuk memperkukuhkan integriti anggota pasukan polis dengan melaksanakan fungsinya iaitu menangani salah laku termasuk amalan rasuah, penyediaan mekanisme pengurusan aduan dan pengendalian siasatan serta penambahbaikan terhadap isu-isu berkaitan kebajikan dan kesejahteraan anggota pasukan polis.
IPCC memberi keyakinan kepada orang awam bahawa satu badan bebas bagi menangani dan membendung salah laku anggota pasukan polis dapat dilaksanakan secara adil dan saksama di samping memberi impak perubahan kepada standard kepolisan secara menyeluruh.
Bagi menangani isu rasuah dalam PDRM, beberapa tindakan, Yang Berhormat, telah dan sedang dilaksanakan seperti berikut. Antaranya, Ikrar Bebas
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Rasuah yang dibangkitkan oleh ramai Yang Berhormat tadi. Pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat PDRM dilaksanakan secara berterusan iaitu pada bulan Januari setiap tahun dan dikemas kini dalam Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah. Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah adalah satu kaedah pemantauan oleh penyelia ke atas pegawai yang diselia, di mana perjumpaan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya sebulan sekali secara bersemuka antara penyelia dan PYD.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dan semua warga PDRM diwajibkan menandatangani serta memperbaharui komitmen terhadap dasar zero tolerance terhadap rasuah. Berkaitan juga sifar rasuah. Kita — pembangunan sistem pencegahan rasuah PDRM sedang dibangunkan sebagai mekanisme bersepadu untuk mengesan, mencegah dan memantau risiko rasuah dalam semua jabatan dan peringkat. Melalui beberapa bengkel, sebanyak 43 risiko rasuah telah dikenal pasti melalui CRM dan CRA. 170 kawalan tambahan yang dikenal pasti akan menjadi pelan tindakan di bawah SPRM dan PDRM. Di bawah — sorry, di bawah SPR PDRM.
Kemudian, pemantauan. Tadi dibangkitkan juga pemantauan tentang gaya hidup mewah oleh JIPS. Melalui pemantauan terhadap gaya hidup mewah warga PDRM...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, mencelah sikit.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah]
Saya bagi — sekejap.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sikit, sikit je sebelum tajuk lain.
Tentang berapa ramaikah anggota polis yang disabitkan rasuah yang dipecat daripada jawatan. Yang itu belum dijawab lagi itu.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah]
Baru mula Yang Berhormat. Sekejap, baru mula.
[Ketawa] Saya sebut tadi, pembangunan strategi pencegahan rasuah PDRM — SPRM. Sorry, SPRP PDRM sedang dibangunkan. Ini sebahagian mekanisme bersepadu untuk mengesan, mencegah, memantau risiko rasuah di semua jabatan, peringkat. Juga, sangat ditekankan soal pemantauan gaya hidup mewah oleh JIPS melalui pemantauan terhadap gaya hidup warga PDRM bagi memastikan perbelanjaan tidak melebihi sumber pendapatan sah. Pemeriksaan turun padang oleh JIPS di balai; IPD dan IPK serta cross checking pemilikan kenderaan pegawai melalui JPJ, mySIKAP. Ini memang dilakukan.
Kita juga melakukan penambahbaikan permohonan ke luar negara, telah meningkatkan mekanisme tapisan untuk memastikan warga PDRM mempunyai
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah]
keupayaan untuk membuat lawatan persendirian dan bukan ditaja oleh mana-mana pihak. Borang pengesahan kos perbelanjaan telah diwujudkan untuk disemak oleh pegawai penyokong dan pelulus. Sangat teliti dan banyak peraturan dibuat.
Berkaitan dengan contoh penganjuran majlis, perlu diedarkan kepada JIPS untuk penilaian sebelum pelaksanaan di mana Arahan Pentadbiran bertajuk Laporan Perancangan Penganjuran Program dan Aktiviti Kebajikan, Sukan, Sosio Polis Diraja telah dikeluarkan pada 7 Mac 2025 lalu. Tujuan arahan ini dikeluarkan untuk memastikan program yang dirancang mematuhi MyPPSM Ceraian UP.7.2.5.
Selain itu, penilaian ini juga boleh mencegah conflict of interest dan mengelak akan berlaku elemen rasuah dalam sumbangan pembiayaan program berkenaan.
Banyak lagi kita buat melalui hotline risikan, operasi JIPS. Kita ada sekretariat membanteras kegiatan haram, ditubuhkan melalui arahan Ketua Polis Negara nombor 186 bertarikh 2 Jun 2023. Sekretariat ini diwujudkan untuk menjana sinergi dan memastikan pembanterasan kegiatan haram yang beroperasi di seluruh negara dapat digerakkan dengan lebih efektif dalam mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap imej PDRM yang sering dikaitkan dengan amalan rasuah. Jadi, banyak program-program yang dibuat yang membolehkan orang awam untuk buat aduan terus melalui agensi kita tubuhkan dan beberapa langkah di peringkat dalaman juga kita lakukan.
Yang Berhormat, ini jawapan tadi. Bagi tempoh tiga tahun — baru sampai Yang Berhormat, tadi awal sangat. Celah tak sempat nak jawab. Bagi tempoh tiga tahun dari Januari 2023 hingga Oktober 2025, seramai 24 orang warga PDRM telah diambil tindakan buang kerja atas kesalahan rasuah. Tahun 2025, hingga Oktober, 12 orang; tahun 2024, empat; 2023, lapan; jumlah ialah 24 orang.
Yang Berhormat, kita nak sebut bahawa pengiktirafan tolak rasuah PDRM ini merupakan suatu program tahunan yang telah pun diperkenalkan sejak Oktober 2014 dan dilaksanakan hingga kini. Anugerah ini diberikan kepada pegawai dan anggota yang menolak tawaran rasuah. Maknanya, pegawai-pegawai yang menunjukkan tahap integriti yang tinggi, yang boleh menjadi contoh, kita juga bagi anugerah serta membuat laporan yang baik dengan syarat mempunyai rekod perkhidmatan bersih dan menunjukkan integriti yang konsisten.
Yang Berhormat, saya nak sebut. Bagi tahun 2025, seramai 41 pegawai polis telah menerima pengiktirafan tolak rasuah secara — sempena Hari Integriti PDRM tahun 2025 yang telah diadakan pada 12 November 2025. Maknanya, dalam pada persepsi rakyat menyebut bahawa amalan rasuah kepada anggota PDRM, sebenarnya ramai di kalangan anggota PDRM yang mempunyai tahap integriti yang
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah]
baik, yang berdisiplin, yang memang layak untuk diberi pengiktirafan yang terbaik.
Ini kita buktikan data yang kita ada. Maknanya, setiap penerima pengiktirafan tolak rasuah telah menerima sijil penghargaan, disampaikan oleh Ketua Polis Negara dan boleh membuat tuntutan RM500 melalui kontinjen dalam pasukan masing-masing.
Dibangkitkan juga tadi berkaitan dengan sistem eROSES. Ini ramai juga bangkitkan tadi. Sistem eROSES sedang melalui proses penyelenggaraan data.
Data mapping daripada sistem lama ke sistem baru bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan KDN. Penambahbaikan ketara yang dilaksanakan dalam sistem eROSES v2.10 menjadikan sebahagian data lama tidak selaras serta memerlukan proses data cleaning secara menyeluruh bagi memastikan ketetapan integriti maklumat.
Pihak JPPM dan pembekal terlibat sedang dalam peringkat akhir kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan data. Sekiranya pemohon menghadapi sebarang isu berkaitan dengan data atau menemui ketidakpadanan maklumat, aduan boleh dikemukakan melalui e-mel atau mana-mana pejabat jabatan berkenaan yang berhampiran untuk diambil tindakan lanjut Yang Berhormat.
Ramai juga tadi membangkitkan soal berkaitan dengan isu APMM. Saya nak sebut satu. Bagi meningkatkan kemampuan pengoperasian APMM bagi membolehkan agensi tersebut melaksanakan peranannya dalam memastikan keselamatan kawasan maritim negara, kerajaan telah memperlengkapkan APMM dengan aset-aset terkini dan berteknologi tinggi di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Melalui Rolling Plan Pertama RMK13, aset tersebut termasuklah dua buah OPV, empat buah helikopter AW189, empat buah helikopter AW, dua buah MPMS dan banyak lagi aset-aset yang terkini. Dan APMM juga dalam proses perolehan dua buah dron untuk meningkatkan keupayaan pemantauan dan pengawasan perairan negara. Selain itu, kapal MPMS turut dilengkap dengan teknologi UAV.
Yang Berhormat, ramai tadi Yang Berhormat juga bangkitkan soal kad pengenalan generasi baru. Kerajaan, saya nak sebut, meluluskan kontrak baharu membekal kad pengenalan MyKad, MyTentera, MyPoCA. Itu terbaru yang akan mula berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026. JPN sentiasa pastikan setiap pindaan pada kad pengenalan dibuat dengan teliti dan kesahihan rekod.
Dalam hal ini Yang Berhormat, permohonan pindaan butiran pada kad pengenalan boleh dilaksanakan pada masa kini tertakluk kepada jenis butiran yang hendak dipinda. Saya nak sebut bahawa kelebihan MyKad generasi baru antara lain adalah untuk membendung isu pemalsuan dan penyalahguna kad di samping
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah]
memastikan pengeluaran kad pengenalan baru ini adalah selari dengan perkembangan teknologi terkini.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah]
Dalam hal ini Yang Berhormat, ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan ...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya minta penjelasan sikit?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya habis satu perkara kejap.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, baik.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dalam hal ini, ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan dalam pengenalan tersebut antara lain adalah meliputi kod QR MyKad yang berfungsi sebagai pengesahan secara digital bahawa kad pengenalan tersebut adalah tulen.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, terima kasih Timbalan Menteri. Semasa perbahasan tadi, saya ada utarakan untuk mencadang supaya status bumiputera itu dicetak pada kad pengenalan baru supaya ia memberi memudahkan urusan. Sebab baru-baru ini, ada kakitangan Maybank yang mengaibkan seorang bumiputera Sarawak yang seorang bumiputera tetapi beliau tidak diterima sebagai bumiputera kerana dikatakan tidak beragama Islam.
Jadi, saya memohon pertimbangan ini untuk kebaikan bersama. Dan kalau boleh letak agama juga. Sebab ada macam orang Sarawak dan Sabah ini kebanyakannya macam orang Melayu juga. Jadi, kadang-kadang bila kita makan semasa bulan puasa, kita ini ada yang ditangkap. Jadi, kalau boleh kita mempermudahkan perkara ini dalam kita punya kad pengenalan. Jadi, saya mohon pertimbangan YB Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, saya ambil maklum perkara tersebut dan nanti pegawai-pegawai akan buat kajian terperinci mengenai saranan berkenaan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, ambil maklum juga orang asli.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Ya, kaitan bersama.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, pasal Perlembagaan ada sebut itu.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Ramai pegawai-pegawai saya di belakang ini. Mereka akan ambil maklum tentang perkara-perkara berkenaan tentang cadangan yang dikemukakan.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dato’ Yang di-Pertua, saya nak beralih kawalan sempadan. Hulu Terengganu ada bangkit dan ramai juga menyentuh perkara-perkara berkenaan. Antara langkah yang diambil oleh PDRM bagi memperkukuh kawalan sempadan serta menangani jenayah terancang, jenayah siber serta penyeludupan. Jadi, antara langkah termasuk kerjasama― menjalin kerjasama strategik antara agensi-agensi keselamatan lain seperti AADK, Imigresen dan lain-lain agensi melalui operasi bersepadu secara berterusan di kawasan berisiko tinggi yang sentiasa dilaksanakan sama ada antara jabatan dalam KDN sendiri atau dengan agensi jabatan di luar Kementerian Dalam Negeri.
Kita juga memperkukuhkan kerjasama strategik bersama polis bantuan dan pegawai keselamatan dalam aspek pemantauan dan penyampaian maklumat berkaitan aktiviti jenayah dan dadah terutama di premis-premis awam, kilang, kawasan perumahan berpagar, serta penempatan kawasan FELDA, FELCRA dan lain-lain. Meningkatkan rondaan dan kehadiran polis di lapangan termasuk pemantauan di kawasan sempadan dan kawasan berisiko jenayah menerusi rondaan pencegahan jenayah oleh Mobile Patrol MPV ini dan Unit Rondaan Motosikal (URB).
Melaksanakan kempen kesedaran awam bagi memberi nasihat dan maklumat kepada komuniti serta menjalin kerjasama dengan lapisan masyarakat termasuk pelajar, mahasiswa, pekerja, warga emas. Dan kita memperkasa komuniti setempat dengan mendidik Yang Berhormat, melibatkan mereka sebagai rakan strategik dalam usaha mencegah jenayah melalui pendekatan komuniti policing sekali gus menyamai budaya keselamatan dan menyemai membudaya keselamatan dan sentiasa prihatin berkaitan keselamatan komuniti setempat.
Saya nak sentuh berkaitan RELA. Ini dibangkitkan ramai juga tadi. Yang Berhormat, RELA mengikut Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 [Akta 752], anggota RELA boleh membantu mana-mana pasukan atau pihak berkuasa keselamatan yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis apabila diminta oleh pasukan keselamatan atau pihak berkuasa berkenaan. Walau bagaimanapun, akta yang sama tidak memperuntukkan kepada anggota RELA berkaitan dengan penggunaan senjata api. Ini ramai membangkitkan berkaitan senjata api oleh RELA tadi. Oleh itu, anggota RELA tidak dibenarkan menggunakan senjata api untuk sebarang tujuan termasuklah aktiviti membasmi musuh tanaman.
Namun, sekiranya terdapat keperluan penugasan anggota RELA untuk membantu membasmi musuh tanaman, permohonan tersebut boleh dikemukakan
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Polis Diraja Malaysia serta tertakluk kepada Akta PERHILITAN 2010 dan Akta Senjata 1960.
Jadi, memandangkan RELA tidak bercadang untuk mengguna senjata semasa penugasan, maka tiada keperluan untuk meminda akta berkenaan pada masa ini. Penguatkuasaan penggunaan peruntukan undang-undang sedia ada Akta Senjata 1960 adalah memadai dan masih relevan untuk memenuhi keperluan operasi dan tanggungjawab RELA.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Menteri, Timbalan. Hulu Terengganu. Okey, terima kasih. Terima kasih Pengerusi.
Akta tersebut telah lama ada tetapi kenapa sebelum-sebelum ini sejak lama dahulu anggota RELA dibenarkan memiliki senjata yang dibekalkan oleh RELA. Jadi, kenapa akhir-akhir ini baru keluar akta tidak dibenarkan. Saya bukan kerana nak senjata sangat Tuan Yang di-Pertua. Kerana masalah musuh tanaman yang terlalu teruk sekarang menjadikan petani-petani, peladang kita sehingga give up untuk nak tanam jagung, nak tanam kacang dan tanam buah-buahan. Jadi ini saya rasa perlu untuk dipinda agar mereka ini diberi itu.
Kemudian yang kedua, untuk nak buat permohonan musuh tanaman, dia makan masa. Kena berjumpa dengan PERHILITAN, kena jumpa pertanian, kena beli peluru dan sebagainya. Jadi, musuh makin bertambah. Nak merancang membuat pemusnahan musuh tanaman ini mengambil masa. Jadi, menyebabkan kesan kepada petani dan penternak ini tidak akan berakhir. Jadi, minta pandangan dan minta tolong juga kepada Menteri untuk meminda akta ini. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, pertama Yang Berhormat dia tak ada beza dulu ataupun sekarang kerana semua perkara yang dibuat itu adalah berasas kepada peraturan dan undang-undang kalau mengikut Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012. Dan saya sebut tadi bahawa bukan tidak boleh guna, boleh tapi mestilah penggunaan tersebut dikemukakan oleh kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) dan PDRM. Ini dibuat berasaskan Akta 716 dan Akta Senjata 1960. Akta ini terpakai dulu sampai sekarang pun. Tidak ada beza Yang Berhormat.
Saya nak beralih. Seputeh, semalam panjang saya sudah jawab dalam Kamar Khas, hari ini ditanya lagi. Ada sebut berkaitan dengan kes rogol, keganasan rogol untuk ― kenapa selalu serah kepada IO lelaki? Juga berkaitan dengan warganegara Sudan. Saya nak cuba jawab seringkas mungkin Yang Berhormat.
Yang Berhormat, PDRM melalui Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak D11, sentiasa berusaha menambah bilangan pegawai penyiasat
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
wanita bagi mengendali kes-kes jenayah seksual terutama kes rogol yang berlaku.
Tapi ia nya bukan satu syarat bahawa penyiasat lelaki tidak boleh menyiasat kes rogol.
Dalam kes rogol yang berlaku di Kelana Jaya pada 9 Jun 2025 melibatkan mangsa seorang perempuan Cina, pegawai penyiasat lelaki yang mengambil siasatan tersebut merupakan Pegawai Penyiasat Kanan. Memandangkan pada hari kejadian Yang Berhormat, pegawai penyiasat wanita yang bertugas telah menerima beberapa laporan melibatkan siasatan kes lain. Walau bagaimanapun, proses siasatan yang melibatkan sensitiviti, melibatkan mangsa wanita ini dikendalikan oleh pegawai wanita. Jelas Yang Berhormat ya.
Bagi isu penyiasatan kes yang dikatakan tidak menjalankan siasatan dengan tidak mengikut SOP yang ditetapkan, mangsa Yang Berhormat, dinasihatkan untuk buat aduan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia atau Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis bagi membolehkan satu siasatan dapat dilakukan. Jadi, boleh buat aduan kepada agensi ini dan agensi ini akan buat siasatan serta telus.
Nanti Yang Berhormat, saya nak jawab Sudan dulu. Jangan bangun lagi. Ini berkaitan dengan pertanyaan Yang Berhormat. KDN melalui Jabatan Imigresen sentiasa mendukung dasar untuk membantu dan mempermudahkan kemasukan keberadaan warga asing dalam negara bagi tujuan lawatan sosial kerana ia dapat menjana ekonomi seterusnya menyejahterakan negara.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dalam memberi kemudahan kemasukan tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia atau AKPS bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan negara tidak dikompromi. Siapa pun boleh masuk dalam negara tapi mesti mengikut peraturan dan soal-soal keselamatan sesekali kita tak kompromi Yang Berhormat.
Dalam hal ini, setiap pelancong warga asing yang ingin masuk ke Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum satu pas lawatan sosial dikeluarkan seperti berikut. Satu, mempunyai dan memastikan pasport dalam keadaan baik serta sah laku serta keperluan visa yang sah bagi pelawat dari negara-negara tertentu.
Dua, dia menjawab semua soalan pegawai imigresen berdasar berkenaan latar belakang, kewarganegaraan atau pekerjaan serta memberikan kerjasama termasuk menyerahkan semua dokumen berkaitan sepanjang proses tapisan imigresen.
Menunjukkan keupayaan untuk meninggalkan Malaysia seperti menunjukkan tiket pulang, menunjukkan bukti penginapan atau jadual percutian sepanjang
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
keberadaan di Malaysia, mempunyai kemampuan menyara diri semasa berada di Malaysia, mempunyai wang yang cukup Yang Berhormat.
Kemudian ini penting juga, bebas dari tersenarai dalam senarai syak jabatan dan sistem SLTD serta bukan dari golongan migran yang tidak diingini sebagaimana peruntukan seksyen 8, Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
[Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Nanti Yang Berhormat.
Berdasarkan rekod — ini jawapan dia. Berdasarkan rekod, Basir Ibrahim yang dirujuk oleh Yang Berhormat telah mematuhi peraturan-peraturan imigresen seperti dokumen perjalanan sah dan melepasi senarai syak jabatan. Walau bagaimanapun, beliau telah gagal membuktikan keupayaan kewangan yang baik bagi menampung perbelanjaan beliau sepanjang berada di Malaysia. Atas faktor tersebut, beliau telah dikenakan notis NTL pada 2 November 2025.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta penjelasan boleh? Saya, ini adalah kes kedua yang mana warga asing dilarang yang mana diadu kepada saya.
Saya pernah dengar daripada mantan Menteri Dalam Negeri yang kata, yang keperluan ada wang yang cukup itu dulu ialah USD3,000 sudah tidak dipakai lagi kerana sekarang kita semua ini gunakan handphone, mobile transfer dan juga *credit card.
So,* macam mana yang pegawai kita ini, yang jaga pintu keluar, masuk ini gunakan alasan ini? Takkan kita pergi satu negara kena bawa berapa ribu US Dollar baru boleh masuk? So, saya rasa yang pegawai ini, yang membuat keputusan halau orang ini adalah sudah membuat satu keputusan yang amat tidak munasabah.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, apa pun kita berkeyakinan pegawai kita melaksanakan tanggungjawab mengikut peraturan.
Cuma isu-isu lebih detail ini saya akan bagi kepada Yang Berhormat untuk lebih jelas.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Pengerusi.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, banyak isu lagi Yang Berhormat. Saya dah ini. Satu saja saya nak ulas berkaitan dengan...
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Pengerusi, boleh saya itu sikit?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Tuan Pengerusi, kalau boleh tambah sikit masa sebab banyak isu-isu penting yang kami
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
tanya tak sempat dijawab oleh Yang Berhormat Menteri terutama isu sempadan yang saya tanya tadi juga dan kebajikan kakitangan Imigresen dan Kastam dan agensi yang terlibat dengan AKSP. Jadi harap supaya dapat respons daripada pihak Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya bersetuju.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Pengerusi, ada banyak isu yang belum dijawab. Isu FAM, isu Indira Gandhi dan sebagainya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat. Sebentar, sebentar Yang Berhormat. Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Bukit Bendera, saya tak komen apa-apa, saya biarkan sehingga Yang Berhormat Menteri menyatakan waktu dan saya fikir adalah sesuai memandangkan kita ada lagi satu kementerian.
Jadi, for the time being, buat ketika ini saya benarkan dan terpulang kepada Menteri bila nak berhenti pasal waktunya adalah ditentukan 30 minit. Time lebih itu, pertimbangan Menteri dan pertimbangan Pengerusi. Teruskan Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, saya ambil 10 minit Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berapa minit? 10 minit?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya ambil 10 minit untuk berlaku adil pada Alor Gajah. Banyak juga isu berkaitan dengan Kementerian Pertahanan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berapa minit Yang Berhormat Menteri?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Setiausaha time-kan 10.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Kalau ikut waktu memang panjang Yang Berhormat tapi saya rasa 10 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Tahu, faham.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang lain saya akan bagi bertulis Yang Berhormat. AKPS Yang Berhormat banyak bangkitkan isu ini, kawalan sempadan termasuklah Rantau Panjang juga bangkit.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Pada masa kini, sebanyak 22 pintu masuk telah diambil alih oleh AKPS.
Jumlah perjawatan AKPS di 22 pintu masuk tersebut ialah sebanyak 6,218 perjawatan. Perjawatan-perjawatan tersebut dipindah butir daripada Jabatan Imigresen, MAQIS, JPJ, PERHILITAN, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Kalau saya nak sebut pecahan perjawatan yang telah dipindah butir adalah seperti berikut. JIM, Jabatan Imigresen Malaysia 4,414, MAQIS 113, JPJ 78, PERHILITAN 19, Kementerian Kesihatan Malaysia 424, Jabatan Kastam Diraja Malaysia 1,053.
Secara keseluruhan, terdapat 125 pintu masuk aktif yang diwartakan oleh di bawah Akta Imigresen 1963. Sehingga 25 November 2025, 121 pintu masuk telah diputuskan untuk disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Akta AKPS 2024. Fasa pertama melibatkan 22 pintu masuk dengan bilangan perjawatan 6,101.
Jabatan Imigresen saya dah sebut secara detil jumlah tadi. Kalau kita lihat bilangan aset, contohnya aset pengimbas. Ini aset-aset yang penting untuk kawalan pintu masuk. Bilangan aset pengimbas di seluruh negara berdasarkan penggunaan mesin adalah sebanyak 197 unit dengan perinciannya, kargo kita perlukan 65 unit, bagasi 120 unit, bungkusan 29 unit, badan 13 unit.
AKPS akan berbincang dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memperhalusi kaedah perpindahan mesin pengimbas yang kontraknya masih berkuat kuasa.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Yang Berhormat Menteri, dalam soalan saya ya boleh ya? Diizinkan, adalah berkaitan dengan keperluan di sempadan Rantau Panjang sebab kita tidak ada mesin pengimbas khas untuk kontena yang menyebabkan penyeludup mengambil kesempatan.
Begitu juga CCTV, dron dan sebagainya tidak ada. Jadi kemudahan itu yang saya tekankan supaya diambil perhatian, supaya tidak memberikan kerugian kepada negara akibat kekurangan ini. Dan saya ingin tahu, bagaimana pelarasan dibuat dengan agensi-agensi daripada pegawai-pegawai yang terlibat antara KDN dengan JPA bagaimana skim perjawatan itu. Sebab ada yang mengadu, mereka yang tidak menerima tawaran opsyen untuk AKSP mereka ini mungkin boleh diberhentikan.
Apakah dibenar dan kenapa itu berlaku?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, berkaitan dengan aset di pintu masuk Rantau Panjang tadi, saya akan ambil maklum
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
dan akan diberi perhatian kerana itu antara pintu masuk penting sebelah Pantai Timur.
Selain daripada itu Yang Berhormat, saya nak sebut AKPS ini telah yang ditubuhkan sebagai agensi tunggal menyelaras operasi di pintu masuk negara dan sebagaimana juga yang kita telah sedia maklum, ia bertujuan untuk menyatukan fungsi enam agensi teras di pintu masuk iaitu Jabatan Imigresen sendiri, Kastam Diraja Malaysia, MAQIS, Kementerian Kesihatan, JPJ dan PERHILITAN di bawah satu pentadbiran untuk memudahkan urusan di pintu sempadan, bukan di sempadan negara ya, di pintu sempadan.
Dengan adanya AKPS kawalan dan operasi di pintu masuk dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan. Dan tidak benarlah kalau disebut tadi mana-mana pegawai yang nak dibawa masuk itu di...
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya saya dapat maklum bagaimana pegawai-pegawai kita dari segi skim perjawatan apabila mereka berada AKPS, macam mana pelarasan dibuat antara KDN dengan JPA dan begitu juga pegawai yang enggan untuk terus bersama dengan AKPS, ada yang ditawarkan untuk berhenti daripada perjawatan. Adakah perkara itu benar?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, perkara ini memang dalam perhatian dan tindakan KDN melalui AKPS dan dalam proses untuk memperkukuh dan melengkapkan organisasi dan perjawatan di bawah AKPS.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Oleh sebab ini, agensi dan jabatan baharu yang merangkumkan banyak jabatan-jabatan penting dalam negara. Pandangan Yang Berhormat, kita akan ambil perhatian secara serius, Yang Berhormat.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit cadangan sahaja. Sekiranya AKPS atau imigresen, mereka mahu pastikan pelancong yang masuk ke negara kita mesti mempunyai wang tunai tertentu. Saya rasa kita haruslah paparkan dalam, ke laman web untuk masuk ke negara kita ataupun beritahu mereka, bila mereka di embassy Malaysia ini, di negara-negara tertentu supaya isu penghalauan pelancong dari negara kita dari pintu masuk itu tidak akan berlaku.
Kerana kalau kita tak bagi mereka tahu, mereka mesti bawa misalnya, RM10,000 cash. Bila mereka masuk ke Malaysia, kita haruslah paparkan maklumat ini dan diuar-uarkan melalui penerbangan kita.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat. Sebahagian besar...
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, tiga minit lagi, gulung.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, sebahagian besar perkara-perkara yang dilakukan oleh kita di pintu masuk adalah juga mematuhi dan standard yang diamalkan oleh banyak negara, Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Timbalan Menteri, berkenaan dengan FAM, banyak yang tanya. At least, jawab itu. Ada yang juga yang lain. Ada isu banyak yang belum dijawab berkenaan dengan FAM, FIFA berkenaan pasport. Adakah ianya akan ditarik balik? Memandangkan penemuan- penemuan yang telah pun dibuat oleh FIFA Appeal Committee. Saya rasa banyak yang telah pun tanya soalan itu terhadap tujuh pemain heritage itu.
Adakah pasport mereka akan ditarik balik? Memandangkan sudah terdapat penemuan yang tidak dapat– I think more or less, tidak dapat dipertikaikan bahawa terdapatnya forgery yang telah pun berlaku. Di mana penemuan itu adalah dibuat di lapangan antarabangsa sekarang. Apakah status perkara ini? Terima kasih.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Bagi Langkawi, soalan saya tadi mustahak juga untuk jawapan.
Kalau bertulis pun, tak apa. Sekurang-kurangnya ada yang bertulis. Apa dia pelan kementerian untuk beef-up kawasan keselamatan Malaysia–Thai? Kerana kita tahu, semua kita tahu bahawa pintu masuk utama pendatang haram adalah dari situ, di Langkawi. Jadi, saya mintalah kalau boleh jawab secara bertulislah. Sekurang- kurangnya, dalam masa lima hari pun tak apa, enam hari pun tak apa. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, last Langkawi punya. Lepas itu, tutup. Masa...
[Tidak jelas]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Baik, Yang Berhormat Langkawi...
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Boleh jawab secara bertulis.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya akan bagi secara bertulis yang itu. Memang kawalan sempadan sangat diberi perhatian oleh negara melalui KDN. Saya akan bagi jawapan bertulis.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Saya hendak sentuh juga secara umum tentang isu yang dibangkitkan tadi.
Jawapan saya begini, Yang Berhormat. Kementerian Dalam Negeri melalui Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah pun memberi penjelasan yang jelas dan terperinci bahawa semua proses permohonan kewarganegaraan bagi individu- individu terbabit telah dibuat berdasarkan kepada peruntukan di bawah Perkara 19, Perlembagaan Persekutuan, Kaedah-kaedah Kewarganegaraan 1964 serta prosedur operasi standard Jabatan Pendaftaran Negara. Ini statement saya, Yang Berhormat.
Selanjutnya, isu yang dibangkitkan kini berada di ruang lingkup urusan antara Persatuan Bola Sepak Malaysia dan FIFA. Sebarang tindakan susulan adalah tertakluk kepada peraturan dan tindakan yang ditetapkan oleh badan bola sepak antarabangsa tersebut. Saya tidak berhajat untuk menjawab lain, tidak mahu bertentangan jawapan dikemukakan oleh Menteri. Ini jawapan saya, Yang Berhormat. Terima kasih berkaitan dengan perkara ini.
Yang Berhormat...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, penemuan-penemuan yang dibuat oleh FIFA itu. Apakah itu adalah satu perkembangan baharu selepas apa yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri dulu? So, memandangkan terdapat perkembangan baharu, apakah status atau pendirian KDN sekarang? Sudah tentunya berbeza kan?
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, ini jawapan saya tadi. Kalau ada perkembangan baharu, kita akan maklumkan kemudian. Tetapi inilah jawapan yang saya sebutkan tadi.
Yang Berhormat, untuk berlaku adil, saya akan pastikan soalan-soalan yang dibangkitkan tadi banyak, tentu yang penting-penting belaka, tak dapat saya jawab satu-satu. Tebal, Yang Berhormat. Apa pun, bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya mengucapkan banyak terima kasih kerana ramai yang telah mengambil bahagian untuk memberi apa juga pandangan, syor, teguran. Kita mengambil berat perkara ini kerana saya percaya semua kita mahu supaya keselamatan dan kesejahteraan rakyat terjamin.
Bagi pihak Kementerian Dalam Negeri, saya ucapkan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat, saya berharap mana-mana soalan yang tidak dijawab, dijawab secara bertulis. Dan Yang Berhormat-Yang Berhormat, saya terpaksa menggunakan 37(2) itu kerana kekangan masa kita. Kalau tidak nanti, kementerian lagi satu itu, pukul berapa hendak habis pun tak tahu nanti.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Okey, baik. Bismillahirrahmanirrahim. Masalahnya ialah wang sejumlah RM17,350,811,800 untuk Kepala B.62 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.62 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.62 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.62 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan Yang Berhormat-Yang Berhormat, Majlis Jawatankuasa ke kementerian yang berikutnya iaitu Kementerian Pertahanan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dalam senarai saya sini, terdapat 13 Yang Berhormat. Mereka adalah pembuka. Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Tanah Merah, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Setiu dan akhirnya, Yang Berhormat Kota Melaka. Masa lima minit. Walau bagaimanapun, atas budi bicara Pengerusi Jawatankuasa.
Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera. Silakan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Izinkan saya untuk bergabung kod-kod Butiran 010000 – Pengurusan, Butiran 020000 – Pertahanan Negara, Butiran 030000 – Program Khusus dan juga Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera Malaysia, digabungkan untuk saya membahas secara serentak.
Jadi Dato’ Pengerusi, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman pernah mengingatkan kita iaitu, dengan izin, “Freedom is meaningless if it is not accompanied by security." Kata-kata ini ringkas tetapi mendalam. Ia mengingatkan kita bahawa kebebasan yang kita nikmati hari ini dibayar dengan pengorbanan dan disiplin pasukan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
pertahanan kita. Namun, persoalannya di era baharu ini. Adakah keselamatan negara kita benar-benar setara dengan cabaran yang mendatang?
Pertama, saya ingin menyentuh secara tegas soal pemodenan dan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia. Kita berada di sebuah rantau yang semakin kompetitif dengan negara-negara jiran melakukan pemodenan aset ketenteraan secara agresif. Dari pertahanan maritim, aset udara, sehinggalah ke teknologi pengawasan jarak jauh.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Readiness adalah kemampuan sebenar untuk bertindak balas dengan pantas, tepat dan berkesan apabila ancaman muncul sama ada ancaman konvensional, bencana alam atau perkembangan geopolitik yang memerlukan deployment dengan izin, segera. Radar kita mesti berfungsi tanpa kompromi.
Kapal kita mesti siap berlayar jauh lebih lama dan lebih jauh. Helikopter dan pesawat kita mesti dijaga, di selenggara dan mempunyai kadar ketersediaan yang membanggakan. Jadi soalan saya kepada kementerian, adakah peruntukan ini benar-benar cukup untuk memastikan bahawa setiap aset yang kita memiliki bukan sekadar simbolik tetapi benar-benar boleh beroperasi bila negara kita memerlukan?
Dato' Pengerusi, kedua, saya ingin memberi fokus mengenai kebajikan, pengiktirafan dan juga sokongan kepada anggota tentera serta veteran. Tentera kita ini bukan mesin. Mereka ayah, ibu, suami, isteri dan anak-anak. Mereka menggadai masa dengan keluarga, mengorbankan keselesaan, malah kadangkala kesihatan mental mereka demi keselamatan negara.
Jadi, Bukit Bendera mendesak kementerian supaya menaik taraf kuarters tentera secara menyeluruh, memperkukuh perkhidmatan kesihatan mental dalam perkhidmatan, menyediakan program peralihan kerja, kerjaya yang benar-benar berfungsi dan juga memastikan keluarga mereka tidak terbeban ketika anggota bertugas di luar kawasan.
Jadi, saya ingin membangkitkan dua persoalan. Yang pertama, apakah perancangan khusus untuk memperluas perkhidmatan kesihatan mental termasuklah kaunseling, trauma dan juga rawatan PTSD untuk anggota aktif dan veteran?
Dan yang kedua, bagi anggota yang bersara setiap tahun, apakah kadar penempatan semula ataupun job placement dengan izin, dan adakah kementerian mempertimbangkan kerjasama lebih agresif dengan industri untuk meningkatkan peluang kerjaya?
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi Dato' Pengerusi, sebagai Ahli Parlimen dan sebagai seorang wanita, saya berdiri untuk menyatakan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas keprihatinan dan juga komitmen dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan negara melalui peruntukan RM43 bilion untuk keselamatan dan pertahanan, termasuklah RM21.7 bilion khusus bagi Kementerian Pertahanan.
Di sini, saya juga ingin menyentuh satu isu yang dekat dengan hati saya, iaitu penyertaan wanita dalam pertahanan negara. Laporan menunjukkan bahawa setakat Disember 2024, wanita hanya membentuk lapan peratus daripada keseluruhan anggota tentera, dua peratus kurang daripada sasaran 10 peratus. Jadi, untuk menunjukkan yang struktur sedia ada ini masih belum menyediakan laluan yang cukup jelas untuk kepimpinan wanita di peringkat tinggi.
Jadi, pegawai wanita mesti diberi peluang, bukan disisih kerana stereotaip gender. Jadi wanita, kita tahu boleh membawa kepakaran dalam bidang-bidang yang kritikal seperti kejuruteraan pertahanan, teknologi dan komunikasi, logistik, perubatan, perisikan, navigasi, penerbangan dan juga penyelidikan keselamatan.
Di sini, Bukit Bendera juga ingin mencadangkan agar kementerian memperkenalkan Program Pimpinan Wanita Tentera Nasional, satu inisiatif yang membina kemahiran kepimpinan teknikal dan juga taktikal bagi pegawai wanita yang berpotensi. Malaysia tidak boleh membina angkatan tentera abad ke-21 dengan minda abad ke-19. Kita tengok negara-negara seperti Kanada, New Zealand, Britain dan Amerika telah membuktikan bahawa apabila wanita diberi ruang dan kepercayaan, keupayaan tentera meningkat secara ketara. Di sini Malaysia boleh dan harus menuju ke arah yang sama.
Jadi Dato' Pengerusi, izinkan saya menutup dengan beberapa baris untuk menghormati perwira kita.
Di batas subuh, para perwira berdiri, Menjaga tanah air tanpa meminta puji, Dalam deru ombak, dalam pekat malam, Mereka berkhidmat diam, namun gagah di dalam. Selagi bendera ini berkibar, megah di langit biru, selagi itu keberanian tentera kita menjadi nadi negaraku. Dengan itu, sekian terima kasih. Bukit Bendera menyokong.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Dato' Pengerusi.
Saya terus menyentuh mengenai Butiran 00200 – Kelengkapan Tentera Darat. Daripada jumlah RM1.16 bilion yang diperuntukkan secara keseluruhan untuk kelengkapan Tentera Darat Malaysia untuk tahun 2026, pertama, saya mahu tahu berapakah jumlah yang telah diperuntukkan kepada Tentera Darat bagi tujuan pelaksanaan uji nilai untuk mengenal pasti kesesuaian penggunaan sistem artileri dari jenis 155mm Self-Propelled Howitzer ataupun ringkas SPH yang sudah terlalu lama ditangguhkan pihak MINDEF.
Rakyat Malaysia seperti Bukit Bendera tadi, mahu MINDEF membeli kelengkapan seperti SPH yang betul-betul ikut spek dan memenuhi keperluan user tentera darat. Antara speknya ialah SPH ini mesti beroda, bukan wheel. Ia mesti semi auto, bukan full auto. Dan paling penting, berat SPH ini, yang SPH yang bakal dibeli ini, mestilah boleh diangkut oleh Airbus A400 dan pesawat C-130 yang dimiliki oleh ATM pada hari ini.
Dari uji nilai yang dibuat sebelum ini, saya dimaklumkan SPH jenis scissor telah mendapat ranking nombor satu. Perlaksanaan uji nilai sistem SPH— jadi jenis scissor buatan syarikat Nexter dari Perancis oleh Tentera Darat telah dilaksanakan secara komprehensif dan selesai dengan jayanya sejak tahun 2019.
Saya juga difahamkan bahawa keupayaan SPH jenis ini merupakan pilihan utama pihak Tentera Darat yang merupakan end user mengambil kira beberapa kriteria utama iaitu lulus dengan cemerlang, antaranya dapat diangkut oleh pesawat Hercules-C 130 dan Airbus A400 untuk diatur gerak ke dua teater atau pun zon iaitu di Semenanjung Malaysia dan juga ke Sabah, Sarawak.
Meriam SPH jenis scissor ini juga boleh melalui jalan tanah merah yang banyak terdapat di Malaysia. Beratnya sekadar 17 tan, membolehkan ianya melalui jambatan-jambatan utama yang banyak terdapat di seluruh Malaysia. Selain daripada itu, kriteria ini banyak lagi kriteria yang dapat dipenuhi oleh sistem artileri scissor ini. Saya kira tak perlu saya perincikan, saya percaya pihak MINDEF mempunyai data-data yang lebih terperinci.
Cuma saya nak bertanya kepada MINDEF, ya yang masih belum buat keputusan mendapatkan sistem scissor ini, kalaulah ini yang terbaik ya, saya juga nak minta MINDEF untuk membentangkan semua hasil kajian uji nilai oleh Tentera Darat terhadap keupayaan SPH 155mm selain daripada SPH jenis scissor buatan syarikat Nexter ini.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Soalannya tambahan saya, selain daripada sistem SPH jenis scissor, apakah tentera darat juga telah membuat uji nilai secara komprehensif terhadap keupayaan SPH dari negara-negara lain seperti China, Turki, Slovakia, Serbia. Saya nak minta MINDEF jelaskan satu persatu, jenis SPH 155mm yang telah selesai diuji oleh pihak Tentera Darat.
Atau apakah ada lagi tindakan uji nilai keupayaan SPH 155mm yang dijadual akan dilaksanakan pada tahun ini oleh pihak Tentera Darat? Jangan pula kejadian pelik dan luar tebing yang akan berlaku pada masa hadapan. Lain yang diuji nilai, lain pula yang dibeli. Ataupun lagi pelik, tiada uji nilai tapi terus beli hanya sekadar melihat katalog, ya.
Jadi tolonglah, jangan. Saya harap, jangan korbankan pertahanan negara.
Jangan korbankan anggota tentera kita yang sanggup berkorban jiwa dan raga untuk negara. Mereka mesti dibekalkan dengan equipment ataupun aset-aset yang berkualiti. Betul-betul memenuhi keperluan user, ya. Don’t short change. Maaf dengan izin, don’t short change our nation security dengan membekalkan inferior asset equipment ya. Kita nak anggota tentera kita ya, bertugas dengan penuh dedikasi. Mereka ini stand by 24 hours. Tetapi malangnya mereka dibekalkan dengan equipment yang cap ayam.
Yang kedua, saya juga ingin memohon, ingin tahu, Butiran 00200, saya mohon penjelasan dari pihak MINDEF, mengenai pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun sewaktu sesi pembentangan Bajet 2026 pada 10 Oktober yang lalu, di mana beliau ada mengumumkan sejumlah peruntukan tambahan bagi perolehan 10 buah aset kenderaan 4x4 bagi kegunaan pasukan pengaman MALBATT di Lebanon.
Untuk makluman ahli-ahli Dewan yang mulia ini, atur gerak MALBATT di Lebanon telah pun berakhir pada tahun ini dengan kontinjen MALBATT terakhir telah selamat pulang pada minggu lepas, 18 November yang lalu. Maka tiada lagi keperluan untuk menghantar 4x4 ini ke Lebanon.
Justeru, saya mohon penjelasan daripada MINDEF. Apakah berlaku khilaf pada pengumuman Yang Amat Berhormat Tambun berkaitan perolehan 10 buah aset 4x4 yang baharu untuk kegunaan pasukan pengaman MALBATT di Lebanon atau apakah MINDEF akan tetap meneruskan perolehan 10 buah aset kenderaan 4x4 ini sebagaimana yang diumumkan Yang Amat Berhormat Tambun, tetapi penggunanya mungkin ditukar bagi kegunaan di tempat lain, contohnya di Sabah ataupun di tempat lain. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, kerajaan, kita nampak terus komited untuk meningkatkan keupayaan pertahanan negara di bawah Belanjawan 2026 demi memastikan keselamatan dan keamanan rakyat serta negara kita terus terpelihara.
Niat Yang Berhormat Menteri Pertahanan untuk menjalankan kajian semula separuh penggal Kertas Putih Pertahanan amat saya alu-alukan. Saya bersetuju bahawa keutamaan pertahanan kita telah berubah dengan ketara sejak Kertas Putih itu dibentangkan atau diperkenalkan pada tahun 2020. Dan adalah penting agar keupayaan kita dalam mengikuti perkembangan ancaman yang muncul dan juga yang berpotensi muncul.
Di bawah peruntukan Kementerian Pertahanan dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan jumlah keseluruhan RM21.7 bilion termasuk RM7.6 bilion perbelanjaan pembangunan. Di bawah Butiran 30000 – Aset pembangunan, kementerian memperuntukkan RM5.6 bilion bagi menaik taraf aset pertahanan.
Seperti diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, peruntukan ini meliputi pembelian Medium, Short dan Very Short Range Air Defence, dua buah Multi Role Support Ship (MRSS) dan 10 kenderaan bagi MALBATT sepertimana tadi yang disebutkan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah.
Saya menyambut baik pelaburan-pelaburan ini dalam konteks bahawa ia nya ada menunjukkan kesungguhan untuk kita memodenkan angkatan pertahanan.
Walaupun mungkin dalam konteks MALBATT itu dilihat tidak ada keperluan segera ataupun terdesak, tetapi saya juga difahamkan MALBATT ini hanya akan berakhir pada tahun 2027. Jadi, mungkin masih lagi ada keperluan untuk dimanfaatkan dari segi kenderaan-kenderaan MALBATT, tapi itu boleh dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti.
Saya lihat juga berdasarkan kepada Kajian Separuh Penggal Kertas Putih, perbelanjaan pertahanan dijangka meningkat kepada RM36.2 bilion menjelang Belanjawan 2030. Kalau ini memang berlaku, bermakna MINDEF ataupun Kementerian Pertahanan antara perbelanjaan kementerian yang tertinggi pada masa depan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Tuan Pengerusi, walaupun saya menyokong agenda pemodenan dan perolehan aset baru untuk angkatan tentera kita, saya mesti juga menekankan kepentingan kebertanggungjawaban fiskal, ketelusan dan pelaporan kewangan yang teratur.
Justeru, merujuk kepada Butiran 00200 – Kelengkapan (Tentera Darat) dan Butiran 00400 – Kelengkapan (Tentera Laut), kedua-dua butiran ini mencatat kenaikan perbelanjaan tertinggi berbanding tahun 2025 iaitu masing-masing peningkatan 295 peratus dan 171 peratus.
Sehubungan itu, saya ingin memohon pecahan kos terperinci bagi peralatan yang diperolehi untuk memastikan ketelusan kepada rakyat mengenai nilai sebenar setiap aset dan kenderaan yang dibeli. Selagi mana saya faham, ia nya tidak menjejaskan kepentingan strategik.
Kerajaan sentiasa menekankan bahawa kementerian akan mengamalkan tanggungjawab fiskal. Namun, mekanisme yang jelas dan berkala diperlukan agar Dewan ini, Dewan yang mulia ini dimaklumkan mengenai proses dan transaksi kewangan yang melibatkan perolehan aset, kelengkapan dan pembinaan pertahanan kerana selalunya kosnya amat tinggi. Maka saya ingin bertanya kepada kementerian, bagaimanakah wakil-wakil rakyat dapat dimaklumkan mengenai kos akhir, tarikh penghantaran dan status aset yang dibeli seperti sistem pertahanan udara dan MRSS bagi meningkatkan ketelusan?
Kedua, memandangkan kos aset laut dan sistem pertahanan udara adalah sangat tinggi, saya juga ingin mencadangkan agar kementerian melibatkan JKPK Keselamatan, bekerjasama dengan JKPK Kewangan untuk membentangkan satu laporan rasmi kepada Parlimen yang merangkumi status perolehan, pecahan kos dan pencapaian (deliverables), dengan izin terhadap kontrak. Selepas beberapa skandal pertahanan seperti LCS, MDIO serta kes kebocoran maklumat yang melibatkan pegawai tertentu, maka rakyat menuntut supaya sistem perolehan mestilah lebih telus, cekap dan berakauntabiliti.
Tuan Pengerusi, satu lagi perkara yang saya ingin sentuh ialah membangkitkan isu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di bawah Butiran 030900. Saya dan beberapa ahli jawatankuasa sendiri telah melawat kem-kem latihan di seluruh negara dari Perlis ke Johor, di Kelantan, Terengganu, di Sabah dan Sarawak dan untuk kita menilai keadaan kem, kemudahan, modul latihan untuk pelatih-pelatih.
JKPK Keselamatan dijangka akan membentangkan laporan penuh kepada Parlimen pada akhir sidang ini.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Namun, saya ingin mengemukakan beberapa perkara utama kepada kementerian berkaitan dengan pelaksanaan PLKN 3.0. Peruntukan PLKN meningkat daripada RM38 juta pada 2025, anggaran 2025 kepada RM63 juta pada anggaran 2026. Walaupun kenaikan ini kita akui selaras dengan peluasan PLKN 3.0, ketelusan mengenai penggunaan peruntukan itu adalah penting. Parlimen perlu dimaklumkan pecahan kos peserta termasuk latihan, infrastruktur, elaun, perolehan peralatan, pembangunan modul dan pengoperasian kem untuk kita mengelakkan ketirisan dan pembaziran seperti yang berlaku dalam PLKN 1.0 dan 2.0.
Saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan semula kem- kem PLKN lama. Kami tengok, kami teliti sendiri laporan audit menunjukkan banyak kem itu rosak ataupun tidak ekonomik untuk dibaiki. Kementerian perlu menjelaskan sama ada mengoperasikan kem lama itu lebih berbaloi berbanding untuk membina kem baru bagi mengelakkan pembaziran dan memastikan penggunaan aset secara optimum.
Tuan Pengerusi, saya juga ingin menggesa agar satu laporan tahunan PLKN 3.0 dibentangkan kepada Parlimen yang merangkumi KPI latihan, keberhasilan peserta serta penyata kewangan yang terperinci. Minta maaf kalau ini menyusahkan, tetapi sekiranya melibatkan kos yang tinggi dan melibatkan generasi masa depan, saya anggap ia nya adalah satu perkara yang penting dan dapat perhatian juga daripada wakil-wakil rakyat dan rakyat seluruhnya.
Saya berharap kementerian dapat membangunkan kerjasama strategik antara industri pertahanan dan institusi TVET bagi melahirkan tenaga teknikal supaya PLKN 3.0 bukan sekadar membentuk disiplin, tetapi juga untuk membekalkan kemahiran praktikal kepada para belia negara kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Ketereh.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 012200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) melibatkan peruntukan sebanyak RM302,664,500, meningkat sebanyak RM8,651,500 berbanding Belanjawan 2025.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Di bawah butiran ini, saya nak utarakan empat perkara saja berkenaan dengan kebajikan veteran ATM. Sebab orang lain duk bercerita pasal beli barang apa semua, saya kebajikan sahaja sekarang ini.
Okey. Jabatan Hal Ehwal Veteran sekarang ini, setiap tahun berlaku anggota yang berpencen, yang meninggalkan servis sebanyak 6,000 anggota. Bermaknanya, setiap tahun 6,000. Kalau 10 tahun, 60,000 tetapi keanggotaan Jabatan Hal Ehwal Veterannya sama sahaja. Jadi, saya nak cadangkan di sini supaya keanggotaan Jabatan Hal Ehwal Veteran itu dinaikkan. Cuba bayangkan kalau di Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Veteran duduk di Kota Bharu, macam mana dia nak mengenal pasti yang anggota-anggota veteran yang berada di Gua Musang misalnya kata, begitu jauh sekali. Jadi, keanggotaannya tak cukup.
Okey yang kedua, bantuan mengurus jenazah kepada keluarga veteran yang meninggal dunia. Buat masa ini, bantuan mengurus jenazah kepada veteran mengambil masa sekurang-kurangnya tiga bulan. Jadi kalau tiga bulan itu maknanya, bantuan itu dah macam tak berguna lagi.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jadi, saya minta Jabatan Hal Ehwal Veteran ni cari satu kaedah yang baik supaya dipercepatkan pembayaran, apa ni, bantuan mengurus jenazah tersebut.
Perkara yang kedua iaitu rawatan di hospital kerajaan. Sejak tahun 2017, Jabatan Hal Ehwal Veteran telah tidak terlibat menguruskan veteran yang berpencen untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Hanya kepada veteran tidak berpencen sahaja. Ini mendatangkan masalah. Jadi, saya cadangkan Jabatan Hal Ehwal Veteran ni buat sama sahaja. Yang berpencen, tak berpencen, kena facilitate mereka ni.
Okey, yang ketiga. Yang ni saya dah sebut dah dulu berkenaan pusat dialisis.
Jadi, pusat dialisis ni, sekarang ni memandangkan ramai yang veteran — ha, tukar pula dah.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Okey.
[Ketawa] Sahabat saya dah pergi dah. Yang harapnya, yang datang ni bagi masa sedikit, ya. Okey.
[Ketawa] Okey. Pusat dialisis ni sekarang ni ramai yang veteran menghadapi dialisis tetapi yang pusat dialisis ni yang hanya ada di hospital-hospital kerajaan dan juga
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
setengah-setengah hospital angkatan tentera sahaja. Jadi, saya cadangkan dialisis ini diadakan di semua rumah sakit angkatan tentera di seluruh kem di Malaysia ini.
Okey, perkara yang terakhir. Perkara akhir ni saya tak boleh tinggal. Inilah bapa segala isu veteran iaitu pelarasan pencen.
Seorang Ahli
[Ketawa]
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Jadi, pelarasan pencen ni sebenarnya, pelarasan ini adalah— kalau selagi tak selesai pelarasan pencen ni Yang Berhormat, memang saya kena sebut setiap sampailah saya mati ataupun sampai habis penggal ni. Sebab apa? Ini hak mereka. Hak kepada veteran yang berpencen sebelum 1 Januari 2013. Jadi, saya harap sangatlah MINDEF, tolonglah bawa benda tu pada, kepada apa ni, bawa isu ni kepada Majlis Angkatan Tentera.
Okey, saya nak sebut dua perkara lagi je. Saya tahu masa sudah habis, sekejap lagi. Satu lagi. Okey, saya nak bagi tahu dekat MINDEF, keanggotaan Majlis Angkatan Tentera tu tolonglah ikut seperti dalam Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 137, janganlah ikut dan je letak. Wakil daripada JPA pun masuk juga sekali.
Jadi, tolonglah ikut. Kalau, kalau— ikut seperti yang telah digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Lepas tu yang keduanya, Menteri hari tu jawab rugi Lembaga Tabung kerana ada untung, ada rugi. Kalau gitu tak usah, tak payah berniagalah. Sebab duit yang dikutip tu, setiap tahun tu banyak. Duit yang dicarumkan oleh veteran— oleh anggota-anggota tentera tu. Paling-paling tidak masuk Bank Rakyat, fix deposit ataupun masuk ASB. Sekurang-kurangnya ada untung. Ini, kenapa cakap macam gini? Ada untung, ada rugi.
Saya tengok setakat ni LTAT ini, dia duk tanggung biawak hidup je. Dia bayar CEO, staf Strategic Defence Management guna duit LTAT. Duit tu duit anggota tentera. Jadi, maknanya membazir sahaja. Dah berapa tahun dah benda ni berlaku ni. Jadi, kena semak baliklah. Minta tolonglah MINDEF semak balik.
Oleh kerana masa dah habis, saya pun nak tambah lagi pun, saya takut Speaker marah saya. Jadi, saya akhiri dengan ucapan ini. Terima kasih, terima kasih.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ketereh.
Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Saya, bila dia tengok je, saya tak boleh.
[Dewan ketawa]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih.
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat petang, Puan Pengerusi. Pertama sekali saya ingin merujuk Butiran 020300 – Pertahanan Maritim. Izinkan saya terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF) atas kejayaan penganjuran mesyuarat ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM) dan ADMM Plus baru-baru ini.
Kejayaan ini bukan sahaja menunjukkan keupayaan kita sebagai tuan rumah, tetapi menonjolkan kepimpinan Malaysia khususnya Menteri Pertahanan dalam arena diplomasi pertahanan serantau Asia dan Indo-Pasifik pada saat geopolitik semakin mencabar.
Sebulan yang lalu, MINDEF juga membentangkan cadangan pembentukan National Maritime Council (NMC) sebagai mekanisme nasional untuk memperkukuhkan kapasiti dan kemampuan negara di domain maritim. Cadangan ini sangat signifikan dan amat tepat pada masanya. Ini kerana kita berdepan dengan risiko dan ancaman terhadap kepentingan maritim nasional yang semakin kompleks dan meningkat.
Kerana itu ingin saya tekankan bahawa kepentingan maritim Malaysia mesti dipertahankan secara holistik, jauh melangkaui kerangka pertahanan semata-mata.
Ia mestilah memperkasa peranan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi-agensi maritim lain, selaras dengan Kertas Putih Pertahanan 2019 yang menyatakan bahawa Malaysia ialah negara maritim yang berakarkan benua.
Dalam melaksanakannya, semangat whole of government dan whole of society mesti diperkasakan. Kita perlukan sinergi kerajaan, masyarakat awam, akademia, industri dan Angkatan Tentera Malaysia, semua bergerak seiring untuk mempertahankan tanah air, bukan bergerak dalam silo seperti dahulu. Dalam NMC, dengan diplomasi pertahanan melalui ADMM dan ADMM Plus dan dengan bajet yang telah— yang tulus serta strategik, Malaysia mampu berdiri sebagai kuasa maritim berwibawa yang bukan sahaja mempertahankan kedaulatan tetapi melindungi masa depan ekonominya.
Saya ingin merujuk kepada Butiran 01200 – Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan. Dalam industri pertahanan negara, sememangnya merupakan langkah strategik yang sangat diperlukan bagi membangun dan memperkukuh ekosistem
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
pertahanan negara. Ini bagi mengurangkan kebergantungan pertahanan negara kepada sumber luar dan memperkukuhkan potensi syarikat tempatan untuk membangunkan aset ketenteraan negara termasuk keupayaan penyelenggaraan.
Akan tetapi, saya lihat dasar ini sudah banyak kali tertangguh dan sehingga hari ini, ia masih belum dilancarkan.
Kita perlu membangunkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan seperti NADI Defence Industries, Mildef International Technologies serta lebih dari 80 syarikat pertahanan tempatan untuk meningkatkan penyelidikan, reka bentuk, pembangunan modal insan dan pengupayaan teknologi baru. Bukan sahaja untuk keselamatan negara, bahkan untuk bersaing dan menembusi pasaran global. Kita tidak boleh ketinggalan dari aspek pertahanan khususnya di rantau Asia Tenggara.
Seterusnya Puan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 01022 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Dalam membangunkan aset ketenteraan, kita juga mestilah menjaga kebajikan perajurit yang telah berkhidmat dan berkorban demi keselamatan negara.
Kalau tengok setakat ini, dianggarkan oleh JHEV, seramai 300,000 orang dan dari jumlah itu 60 peratus veteran tentera berpencen hidup di bawah garis kemiskinan iaitu kira-kira dua daripada tiga anggota yang rata-ratanya berpangkat rendah. Ini belum lagi mengambil kira veteran tidak berpencen yang berkhidmat kurang daripada 20 atau 21 tahun.
Dan saya difahamkan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran ini, ada disediakan pelbagai skim dan bantuan kebajikan meliputi bantuan sara hidup, bantuan prasekolah, bencana alam dan sebagainya. Akan tetapi, sejauh manakah semua bantuan-bantuan ini dapat diakses oleh veteran-veteran kita dan apakah peruntukan sedia ada mencukupi untuk menampung keperluan kebajikan veteran?
Dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji program Veteran MyWIRA yang menawarkan peluang kerjaya kedua kepada veteran melalui latihan semula dan peningkatan kepakaran dalam bidang baru untuk meningkatkan pendapatan mereka selepas tamat perkhidmatan. Dan saya telah difahamkan seramai 49 orang veteran telah berkhidmat dalam industri berteknologi tinggi melalui program ini. Dan saya berharap agar program ini dapat dipertingkatkan lagi dan disasarkan lagi lebih ramai veteran yang berkebolehan dan mampu menyambung kepada ekonomi negara.
Yang terakhir Puan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 04000 – Program Latihan Khidmat Negara. Di bawah pelan HANRUH – Pertahanan Menyeluruh, ia menyatakan bahawa pertahanan negara menuntut penyertaan
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang. Ia menekankan bahawa tanggungjawab mempertahankan negara bukan terletak di bahu pasukan keselamatan semata-mata dan juga saya menyokong pelaksanaan semula PLKN ini tetapi dengan syarat ia dilaksanakan dengan lebih bersasar dan berfokus dan tidak ada pembaziran.
Kita tidak semestinya perlu mewajibkan kepada semua lepasan SPM atau graduan universiti untuk menyertai PLKN. Kita juga boleh mengambil pendekatan lain, misalnya menggunakan data dan penilaian daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengenal pasti kumpulan sasaran yang paling sesuai.
Ia juga platform penting untuk kita memperkukuhkan jati diri kita, menyemai semangat nasionalisme serta membentuk rakyat Malaysia yang lebih berdisiplin, bermotivasi dan berdaya tahan. Itu sahaja, sekian. Bentong mohon menyokong.
Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih, Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya terus ke Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Puan Pengerusi, peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Veteran meningkat daripada RM294 juta daripada 2025 kepada RM302.6 juta pada 2026. Peningkatan lebih RM86 juta. Soalan asas saya, apakah peningkatan ini benar-benar diterjemahkan kepada peningkatan perkhidmatan kepada veteran ATM?
Seperti yang dinyatakan di dalam Buku Anggaran Belanjawan 2026 di bawah fungsi JHEV para (a) iaitu dia bertanggungjawab memastikan kemudahan perubatan dan faedah persaraan disalurkan cepat, cekap dan berkesan. Namun, terdapat aduan tentang kelewatan bayaran balik perubatan masih berlarutan terutama dalam kalangan veteran di luar bandar.
Jika dengan peruntukan hampir RM300 juta, isu asas seperti pemprosesan tuntutan perubatan pun masih belum dapat diselesaikan, bagaimana kerajaan boleh meyakinkan Dewan bahawa tambahan RM8.6 juta ini akan membawa perubahan sebenar?
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Puan Pengerusi, saya ingin menegaskan satu perkara yang amat kritikal.
JHEV tidak boleh hanya menjadi jabatan kebajikan semata-mata tetapi mestilah menjadi pemangkin ekonomi veteran sesuai dengan fungsi JHEV para (b) iaitu membantu veteran melalui padanan pekerjaan, peningkatan kemahiran dan sokongan keusahawanan.
Namun, bagaimana fungsi penting ini hendak dijayakan jika Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi atau nama pendeknya BKS JHEV sendiri berada dalam keadaan kekangan tenaga kerja yang begitu serius?
Saya difahamkan bahawa BKS hanya mempunyai sekitar tujuh orang anggota sahaja untuk melaksanakan keseluruhan fungsi kerjaya dan sosial ekonomi veteran tentera seluruh Malaysia. Lebih membimbangkan, tiada wakil khusus BKS di peringkat negeri atau cawangan.
Puan Pengerusi, bagaimana mungkin jumlah yang kecil ini dapat melaksanakan tugas dengan efisien, terutama dalam menguruskan keperluan sosial ekonomi untuk ratusan ribu veteran, membina rangkaian dengan ratusan syarikat korporat, merancang latihan dan padanan pekerjaan, membantu veteran tidak berpencen yang berisiko tinggi serta memantau keberkesanan program keusahawanan.
Keadaan ini seolah-olah kita meminta sebuah kapal kecil menarik— meminta sebuah bot kecil menarik sebuah kapal besar. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah perancangan untuk memperkasakan BKS JHEV ini?
Adakah perlu penambahan anggota secara signifikan atau mewujudkan wakil khusus BKS di peringkat negeri dan cawangan bagi memastikan isu sosioekonomi veteran dapat ditangani dengan lebih cepat, tersusun dan berkesan.
Kita tidak boleh bercakap tentang menaikkan taraf hidup veteran jika bahagian yang sepatutnya menggerakkan usaha itu sendiri kekurangan tenaga dan tidak mempunyai keupayaan operasi di lapangan. Jika kerajaan serius mahu menjadikan veteran sebagai sebahagian daripada tenaga kerja strategik negara, maka pengukuhan bahagian BKS ini perlu. Bukan pilihan, ia satu keperluan mendesak.
Puan Pengerusi, para veteran adalah benteng negara yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk keselamatan kita. Mereka tidak sepatutnya dibayar balik dengan birokrasi kelewatan dan jawapan sedang semak.
Oleh itu, saya ingin mendapatkan jawapan bertulis dari kementerian dengan tiga laporan utama berikut. Laporan kecekapan tahunan JHEV, berapa purata masa memproses tuntutan perubatan dan persaraan mengikut negeri, data penempatan
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
kerja veteran iaitu jumlah sebenar veteran yang berjaya mendapat pekerjaan melalui JHEV dan sektor mana yang paling banyak menyerap mereka.
Indeks kepuasan veteran ATM. Buat pertama kali kita perlukan ukuran yang jelas, apakah veteran benar-benar berpuas hati dengan perkhidmatan JHEV. Puan Pengerusi, fungsi JHEV para (d) adalah mengawal selia Persatuan Veteran di bawah Akta Veteran ATM 2012 iaitu Akta 740.
Namun realitinya, landskap Persatuan Veteran pada hari ini berselerak.
Terlalu banyak entiti dan tidak mencerminkan struktur seperti di peringkat Angkatan Tentera Malaysia. Kita menerima laporan mengenai persatuan yang tidak telus dalam pengurusan dana, tidak aktif menjaga kebajikan ahli atau tidak mematuhi piawaian asas tadbir urus. Malah, ini berlaku kerana struktur persatuan terlalu berpecah dan sukar dikawal selia.
Puan Pengerusi, izinkan saya menegaskan cadangan penting ini. Jumlah Persatuan Veteran sepatutnya dihadkan kepada yang utama sahaja iaitu Persatuan Veteran ATM iaitu payung utama veteran keseluruhan ATM, Persatuan Veteran Tentera Darat Malaysia, Persatuan Veteran TLDM, Persatuan Veteran TUDM.
Ini akan mencerminkan struktur rasmi ATM di mana tiga perkhidmatan utama kepada berada di bawah satu angkatan dan ia juga memudahkan koordinasi antara JHEV, Kementerian Pertahanan dan perkhidmatan masing-masing. Persatuan- persatuan ini, persatuan-persatuan lain sebaliknya diletakkan pada tahap kelab atau subkluster di bawah persatuan utama masing-masing.
Contoh, persatuan berdasarkan bangsa atau tiga perkhidmatan berada di bawah PV ATM. Persatuan khusus mengikut perkhidmatan pula berada di bawah Persatuan Tentera Darat Malaysia, TLDM atau TUDM. Dengan struktur ini, kawal selia menjadi lebih mudah, proses audit dalam dan pemantauan lebih terurus.
Bantuan kewangan dapat diagih dengan telus dan paling penting perkhidmatan ATM dapat memberi sokongan yang kukuh kepada persatuan induk mereka.
Puan Yang di-Pertua, keperluan pencerminan atau mirroring ini bukan soal kosmetik, ia soal keberkesanan. Jika Angkatan Tentera Malaysia sendiri tersusun secara sistematik, mengapa Persatuan Veteran dibiarkan berpecah-pecah tanpa arah?
Oleh itu, peningkatan peruntukan JHEV mesti disalurkan kepada pemantauan lebih ketat, audit berkala lebih menyeluruh serta tindakan tegas terhadap mana-mana persatuan yang menyimpang daripada amanah. Jika tidak, Akta 740 akan kekal sebagai hiasan undang-undang dan bukannya pelindung hak veteran yang telah berkhidmat mempertahankan negara.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Puan Pengerusi, peruntukan RM302 juta bagi tahun 2026 bukan angka kecil.
Ini adalah amanah rakyat untuk menjaga para veteran yang telah menjaga kita. Kita bukan menolak peruntukan. Kita menuntut akauntabiliti, ketelusan dan keberhasilan sebenar. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Puan Pengerusi.
Saya terus ke Butiran 30500 – Projek Hidrografi. Di bawah Butiran 30500, sejumlah RM15 juta diperuntukkan bagi projek hidrografi. Persoalan saya, adakah peruntukan ini bertujuan untuk menaik taraf kelengkapan peralatan dan sistem di Pusat Hidrografi Negara (PHN) seperti sistem pemetaan dasar laut, sonar, radar pasang surut serta kemudahan makmal hidrografi atau merupakan kesinambungan projek- projek terdahulu yang perlu diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas?
Pada masa yang sama, Batu Pahat ingin bertanya sejauh mana peranan PHN ini dalam membantu NADMA, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan berkaitan ramalan fenomena air pasang besar yang kini semakin kerap berlaku?
Baru-baru ini, fenomena ini telah menjejaskan banyak pesisir Pantai Barat iaitu di Kuala Kedah, Kuala Selangor, Sekinchan, Batu Pahat, Pontian dan Kukup yang menyaksikan paras air meningkat di antara 2.9 meter hingga kepada 5.6 meter dan menyebabkan limpahan air serta risiko banjir besar.
Puan Pengerusi, oleh itu, adakah Pusat Hidrografi Negara mempunyai sistem ramalan atau amaran awal yang boleh dikongsikan bersama-sama agensi seperti JPS dan Jabatan Meteorologi Malaysia? Adakah ada nasihat serta panduan disampaikan kepada penduduk-penduduk di kawasan persisiran pantai agar mereka dapat mengambil langkah kesempatan awal mengenai pemantauan pihak PBT dan agensi-agensi yang berkaitan.
Akhir sekali, Batu Pahat ingin tahu jumlah aset dan kapal hidrografi yang kini dimiliki oleh PHN untuk melaksanakan pemetaan dan pemantauan hidrografi di seluruh perairan negara termasuklah aset yang telah ditempatkan di bawah TLDM bagi menyokong operasi ini?
Puan Pengerusi, saya terus ke Butiran 030100 yang diperuntukkan sejumlah RM29.63 juta iaitu peningkatan kepada RM9 juta berbanding tahun sebelumnya iaitu bertugas di luar negara. Batu Pahat ingin mendapatkan penjelasan sama ada
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
peningkatan ini melibatkan perbelanjaan pasukan MALBATT di Lubnan iaitu di bawah misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu?
Atau adakah peruntukan tambahan ini bagi pegawai pertahanan attaché yang ditempatkan di kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara atau adakah juga ianya adalah kursus-kursus dan latihan luar negara bagi anggota ATM yang turut dibiayai di bawah butiran ini?
Batu Pahat ingin mengetahui bilangan anggota ATM yang kini bertugas di luar negara termasuk misi-misi pengaman, latihan bersama dan penempatan diplomatik serta senarai negara yang terlibat dalam penugasan tersebut.
Perlu ditegaskan keberadaan anggota ATM di luar negara bukan sekadar melibatkan tanggungjawab ketenteraan tetapi juga memainkan peranan diplomasi pertahanan, membina jaringan strategik dan memperkukuh reputasi Malaysia di mata dunia.
Saya terus kepada Butiran 030600 – Menangani Keusangan Sistem iaitu berjumlah RM25 juta diperuntukkan untuk menangani keusangan sistem di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Persoalan Batu Pahat, adakah peruntukan tertumpu kepada tentera darat, laut atau udara? Sistem manakah yang bakal diganti atau dinaikkan taraf?
Sebagai contoh, adakah ianya melibatkan sistem komunikasi dan radar lapor yang memerlukan integrasi digital baharu atau naik taraf avionik pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia atau peningkatan keupayaan sistem navigasi dan senjata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau penggantian kenderaan tempur berperisai seperti artileri Tentera Darat Malaysia?
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Batu Pahat ingin menegaskan bahawa penambahbaikan sistem ketenteraan bukan sekadar soal keusangan teknikal, tapi turut menyentuh aspek kesiapsiagaan pertahanan negara, kecekapan logistik serta keupayaan pergerakan antara cabang- cabang ATM dalam konteks peperangan moden yang semakin canggih iaitu berasaskan teknologi dan siber.
Puan Pengerusi, akhir sekali Butiran 010000 – Pengurusan. Menurut laporan Berita Harian pada 4 Oktober 2025 ada melaporkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ini ada menawarkan pakej EXORA. Maksudnya Exit Offering Resettlement Assistance iaitu pakej EXORA ini merupakan pemberian tunai bagi option persaraan awal. Mohon penjelasan berapa ramai pekerja LTAT yang bakal diberhentikan? Dan berapa jumlah pampasan LTAT yang bakal dibayar? Adakah pampasan yang bakal dibayar melibatkan jutaan ringgit ini sebaiknya dibayar
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
kepada–– sebaiknya dibayarlah kepada pencarum atau menumpukan untuk bayaran pinjaman kredit atau membaik pulih bangunan LTAT yang lama, yang boleh diduduki semula.
Waktu ini difahamkan LTAT menyewa di Chulan Tower yang melibatkan sewaan yang sangat tinggi. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada Padang Serai pada petang ini. Petang ini saya ingin menyentuh berkenaan dua isu yang saya rasa layak diberi perhatian oleh Kementerian Pertahanan iaitu berkenaan isu PLKN dan nasib veteran ATM.
Isu pertama Program Latihan Khidmat Negara, Butiran 030900. Tuan Pengerusi, rakyat masih tidak dapat melupakan episod hitam PLKN suatu ketika dahulu. Ingatan segar tentang kematian, kecederaan serius dan kes buli yang memalukan masih membekas di minda ibu bapa. Kini apabila kerajaan memperuntukkan sejumlah RM63.45 juta untuk tahun 2026, peningkatan hampir 64 peratus berbanding tahun 2025. Rakyat berhak untuk bertanya, apa jaminan bahawa tragedi silam tidak akan berulang, tragedi silam tidak akan berulang?
Dokumen yang dibentangkan hanya menyatakan sasaran 100 peratus bagi tahap keupayaan projek penyelidikan yang berpotensi diguna pakai oleh ATM.
Namun di manakah petunjuk prestasi utama (KPI) yang mengukur aspek keselamatan fizikal dan mental peserta? Di manakah KPI untuk memastikan tiada lagi insiden buli penderaan atau kematian yang boleh dicegah? Peruntukan yang besar ini mesti diiringi dengan akauntabiliti yang tinggi. Jangan sampai wang rakyat dibelanjakan untuk program yang gagal melindungi nyawa dan minda anak-anak.
Tuan Pengerusi, isu kedua ialah Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran
(JHEV), Butiran 010200. Tuan Pengerusi, izinkan saya beralih kepada isu ini yakni berkenaan veteran-veteran di Malaysia. Kita sering menyebut jasa dikenang. Tetapi adakah kita benar-benar mendapati janji itu?
Saya ingin menyentuh secara khusus tentang para pemegang Pingat Jasa Malaysia. Pingat ini dianugerahkan kepada mereka yang berjuang semasa darurat dan mempertaruhkan nyawa mereka di medan perang untuk kedaulatan tanah air.
Namun hari ini, ramai di antara mereka yang sudah berusia, hidup dalam kesusahan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Saya bertemu ramai dengan anggota, bekas anggota yang menerima PJM mengadu, merayu supaya penerima-penerima pingat PJM dalam ATM ini dihargai dan diberikan sesuatu oleh pihak kerajaan.
Belanjawan kali ini menunjukkan peruntukan yang besar di bawah JHEV iaitu sebanyak RM302.664 juta untuk tahun 2026 dengan sebahagian besarnya RM247.127 juta adalah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap. Persoalan yang timbul, adakah sebahagian daripada peruntukan yang besar ini sampai kepada para penerima Pingat Jasa Malaysia dalam bentuk pampasan kewangan yang bermakna?
Hujah yang kukuh untuk memberikan pampasan kewangan ataupun dihargai kepada pemegang pingat PJM adalah pengorbanan mereka tidak ternilai. Realiti hidup yang susah, ramai veteran ini adalah warga emas dengan perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat sedangkan sumber pendapatan mereka terhad.
Bantuan kewangan walaupun kecil boleh meringankan beban kehidupan mereka.
Precedent case, isu di peringkat antarabangsa. Negara seperti Australia dan United Kingdom memberikan pelbagai bentuk ganjaran dan bantuan kewangan berterusan kepada veteran perang mereka. Tidakkah Malaysia sebagai sebuah negara yang membanggakan, jasa pahlawannya, mampu untuk berbuat demikian?
Tuan Pengerusi, soalan saya kepada pihak kerajaan adalah jelas bahawa adakah kerajaan mempunyai sebarang rancangan khusus di bawah peruntukan JHEV yang sedia ada untuk memperkenalkan skim pampasan kewangan khas yang tetap dan bermakna kepada para pemegang Pingat Jasa Malaysia? Atau adakah pengiktirafan kita terhadap mereka hanya kekal pada tahap retorik dan simbolik tanpa sebarang perubahan substantif kepada kehidupan mereka?
Tuan Pengerusi, dalam kedua-dua isu ini, pertama PLKN untuk belia kita dan JHEV untuk veteran kita. Prinsip asasnya adalah sama. Tanggungjawab akauntabiliti dan penghargaan yang telus. Kita tidak boleh membiarkan PLKN yang baru mengulangi kesilapan yang lama dengan mengorbankan keselamatan dan kebajikan peserta.
Kita juga tidak boleh membiarkan pengorbanan para veteran hanya menjadi lipatan sejarah sementara mereka sendiri menghadapi kesukaran di usia senja mereka. Saya memohon kepada kerajaan untuk memberikan penjelasan terperinci, telus dan meyakinkan mengenai kedua-dua perkara ini. Rakyat Malaysia berhak mendapat yang terbaik sama ada mereka yang membina masa depan negara mahupun mereka yang telah mempertahankannya pada suatu masa lalu. Sekian, terima kasih [Tepuk] .
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tangga Batu merujuk kepada Butiran 08400 – Perumahan Angkatan Tentera yang telah memperuntukkan sejumlah RM844.472 juta. Dua isu yang penting yang berlaku dalam Parlimen Tangga Batu adalah isu bekalan air kepada Desa Tun Razak, Desa Taming Sari dan juga Desa Ria dan termasuk di dalam Kem Terendak yang telah mengalami masalah bekalan air selama 30 tahun.
Tangga Batu pernah diberitahu bahawa RM33 juta telah diperuntukkan untuk menyelesaikan isu air di Terendak Camp. Tapi Tangga Batu ingin tahu, apakah progress kerja ini dan kalau boleh dengan allocation yang tinggi ini dapat diselesaikan masalah air dengan tuntas.
Yang kedua walaupun ada pembaikan di Desa Tun Razak dan sebagainya, tetapi rasanya tidak mencukupi kerana masih banyak lagi rumah-rumah, blok-blok yang masih lagi berada dalam keadaan yang kita panggil run-down dengan izin.
Yang kedua Pingat Jasa PJM, Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Seperti juga apa yang dikatakan oleh Padang Serai tadi, Tangga Batu menerima permintaan, aduan daripada veteran-veteran tentera yang ditemui agar pihak kerajaan dapat memberikan sedikit imbuhan tetap bulanan kepada mereka yang menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM).
Kerana jika dibandingkan dengan para atlet negara yang mengharumkan nama negara dan mendapat pingat-pingat tertentu dalam kejohanan-kejohanan berprestij yang turut menerima elaun bulanan secara tetap, apakah kerajaan bercadang untuk memberikan sagu hati bulanan tetap kepada penerima pingat PJM ini?
Yang terakhir penyelarasan pencen, Butiran 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Tangga Batu ingin menarik perhatian Dewan ini kerana terdapat satu luahan seorang pesara pegawai tentera yang berpangkat kolonel mengajukan tulisan beliau, minta tulisan ini disebarkan.
Saya bacakan catatan beliau yang bertajuk, Sebuah Hutang Kehormatan Pencen Sama untuk Perkhidmatan yang Sama. “Saya menulis sebagai seorang pegawai bersara yang pernah berkhidmat bersama lelaki dan wanita yang kebanyakan rakyat Malaysia tidak kenali namanya. Mereka meronda dalam hutan monsun menjaga sempadan terpencil dan sentiasa bersiap-sedia agar orang lain
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
*dapat tidur dengan aman. Ramai yang bersara sebelum tahun 2013. Pencen mereka lebih rendah. Bukan kerana mereka berkhidmat kurang, tetapi kerana satu garis dasar polisi telah ditetapkan pada kalendar. Garisan itu kini memisahkan veteran dengan pangkat dalam tempoh perkhidmatan yang sama atau lebih lama kepada dua kumpulan yang tidak setara. Ia juga memisahkan janji negara daripada pelaksanaannya.
Seorang pegawai waran yang bersara pada tahun 2012 dan seorang lagi yang bersara pada tahun 2014 memakai lambang pangkat yang sama di lengan mereka.
Namun seorang kini menerima jumlah pencen bulanan yang melebihi, yang seorang lagi rendah sepanjang hayat. Ini bukan kesamarataan. Itu adalah penalti tidak sengaja kerana masa bersara.
Ada satu hakikat lagi yang diketahui, ramai anggota berseragam generasi sebelum 2013 menanggung beban operasi yang lebih berat untuk tempoh yang panjang.*
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Kini perkhidmatan pada penghujung era insurgency komunis, kami berjaga di sepanjang Pantai Timur. Kami menghadapi ancaman sebenar di Sabah yang memuncak dengan insiden Lahad Datu pada tahun 2013 selepas ESSZONE dan ESSCOM diwujudkan untuk memperkukuhkan keselamatan Malaysia Timur”. Ini sama sekali tidak mengurang jasa mereka yang datang kemudian. Ia sekadar mengakui hakikat bahawa jurang pencen sering menimpa mereka yang mengalami lebih banyak operasi dan penugasan yang lebih panjang.
Selagi pesara sebelum 2013 tidak diselaraskan dengan langkah gaji terakhir yang setara digunakan bagi pesara selepas 2013, dua veteran berpangkat yang sama tidak akan menerima pencen yang sama. Ini bukan permintaan untuk belas kasihan. Ini adalah seruan untuk pencen sama bagi perkhidmatan yang sama.
Ia juga satu kenyataan tentang integriti negara apabila seorang rekrut menandatangani kontrak perkhidmatan, mereka mempercayai bahawa negara akan menunaikan bahagiannya. Apabila negara menaik taraf imbuhan, ia tidak sepatutnya meninggal penjaga yang lama. Seperti Ketereh, Tangga Batu juga akan terus memperjuangkan nasib veteran tentera yang bersara sebelum 2013.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tangga Batu. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Peruntukan RM12 bilion berbanding dengan RM11.8 bilion, maknanya perbezaan yang kurang RM152 million, Butiran 020000. Saya ingin menyentuh butiran ini, iaitu Pertahanan Negara, yang memperlihatkan pengurangan peruntukan sebanyak RM152.5 juta bagi tahun 2026. Walaupun terdapat usaha rasionalisasi perbelanjaan, realiti mutakhir menunjukkan bahawa ancaman keselamatan negara khususnya di ruang siber semakin meningkat, semakin kompleks dan menuntut pendekatan yang jauh lebih strategik serta proaktif.
Laporan National Cyber Coordination and Command Centre merekodkan sebanyak 4,626 insiden keselamatan siber pada tahun 2024, peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding tahun 2020. Malaysia Computer Emergency Response Team turut melaporkan kenaikan hampir 29 peratus dalam insiden kebocoran data pada suku tahun pertama tahun ini.
Angka-angka ini membuktikan bahawa medan pertahanan negara tidak lagi terbatas pada ruang udara, laut dan darat, tetapi telah berkembang ke ruang digital yang semakin agresif dan tidak dijangkakan.
Sehubungan itu, Sri Gading menyambut baik kenyataan Menteri Pertahanan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan penubuhan angkatan siber khusus dalam Angkatan Tentera Malaysia. Langkah ini bukan satu penambahbaikan kecil tetapi satu peralihan strategik yang akan menentukan keupayaan pertahanan negara dalam dekad-dekad akan datang.
Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura telah lama menubuhkan cyber command masing-masing. Sementara negara dalam ASEAN seperti Vietnam, Thailand dan Filipina turut memperkukuhkan unit peperangan siber mereka. Perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa penubuhan angkatan siber bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan strategik wajib direalisasikan oleh Malaysia demi keselamatan negara dan rakyatnya.
Dalam konteks peperangan moden, sesebuah negara boleh dilumpuhkan tanpa sebutir peluru pun yang dilepaskan. Melumpuhkan grid elektrik, menceroboh sistem kawalan trafik udara, menembusi sistem senjata dan mempengaruhi rakyat melalui propaganda digital sudah cukup untuk menggugat kestabilan sesebuah negara yang berdaulat.
Konflik antara Ukraine dengan Rusia membuktikan bahawa perang siber berlaku lebih awal daripada serangan kinetik. Sebelum roket pertama meletup,
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
sistem komunikasi, infrastruktur tenaga dan keseluruhan rangkaian maklumat telah pun diserang. Inilah gambaran sebenar medan peperangan masa hadapan dan ia bergerak ke arah kita lebih pantas daripada jangkaan yang sepatutnya.
Justeru, persoalan besar yang ingin Sri Gading bangkitkan kepada pihak kementerian ialah sama ada Malaysia benar-benar berada pada tahap kesiapsiagaan yang diperlukan untuk menghadapi serangan siber berskala besar yang boleh menyasarkan bukan sahaja rangkaian pertahanan dan komunikasi ATM tetapi turut mengancam aset kritikal negara seperti tenaga, air, pengangkutan, perbankan dan sistem kesihatan.
Menghadapi ancaman seumpama ini memerlukan pelaburan yang serius dalam pembangunan simulator peperangan siber bagi latihan teknikal masa nyata, pembinaan makmal ujian perisian ketenteraan untuk mengenal pasti kerentanan sistem, penerapan sistem kecerdasan buatan bagi pengesanan awal serta tindak balas automatik dan kerjasama operasi yang lebih rapat antara ATM dan MCMC untuk memastikan tindak balas negara adalah pantas, bersepadu dan menyeluruh.
Butiran 030900 – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Peruntukan daripada RM38 juta kepada RM63 juta, penambahan RM24 juta. Pengerusi, PLKN memperlihatkan peningkatan peruntukan sebanyak RM24.8 juta pada tahun 2026.
Peningkatan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan pelaksanaan PLKN 3.0. Namun, ia juga menuntut penilaian kritikal terhadap keberkesanan sebenar program tersebut dalam membina jati diri dan karakter anak- anak muda kita.
Pertama sekali, Sri Gading ingin mendapatkan penjelasan sama ada objektif utama PLKN seperti pembentukan jati diri, pengukuhan disiplin dan penyemaian semangat patriotisme telah benar-benar dicapai setakat ini. Kita tidak mahu program besar dan melibatkan belanjawan yang signifikan ini hanya dinilai dari sudut pelaksanaan formal semata-mata tetapi perlu dinilai dari segi impak ke atas pembentukan sahsiah dan identiti nasional dalam kalangan belia. Soalan pertama yang perlu dijawab ialah sama ada PLKN 3.0 benar-benar berjaya menyentuh hati, pemikiran dan tingkah laku pelatih.
Seiringan dengan itu, Sri Gading ingin bertanya, apakah penambahbaikan yang telah diperkenalkan atau sedang dirancang oleh kerajaan berdasarkan maklum balas daripada para pelatih, ibu bapa dan pihak berkepentingan?
Dalam konteks ini, PLKN tidak boleh menjadi program statik, ia perlu terus berevolusi mengikut perubahan dinamik generasi muda terutama dalam aspek
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
pembelajaran, motivasi serta bentuk latihan yang paling efektif bagi kumpulan umur ini.
Pengerusi Yang di-Pertua, kita juga tidak boleh mengabai isu ketidakhadiran atau keengganan sebahagian pelatih untuk menyertai PLKN. Justeru, Sri Gading ingin mendapatkan penjelasan sama ada kerajaan telah mengenal pasti sebab- sebab utama di sebalik ketidakhadiran ini termasuk faktor kebimbangan persepsi negatif, cabaran logistik atau kelemahan komunikasi. Pemahaman terhadap perkara ini amat penting supaya kerajaan dapat merangka langkah penambahbaikan yang lebih besar dan bersasar termasuk pendekatan yang lebih mesra belia dan menarik minat mereka. Sekian, terima kasih. Sri Gading menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tanjong Karang terus kepada Butiran 020300, RM1.847 bilion iaitu kelengkapan TUDM. Ada sedikit penambahan ketimbang tahun 2025.
Tuan Pengerusi, Tanjong Karang ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada kelemahan kritikal dalam keupayaan peperangan anti kapal selam, anti- submarine warfare (ASW) negara ekoran ketiadaan helikopter tempur maritim yang moden dan berkeupayaan tinggi.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Realitinya, helikopter Super Lynx TLDM yang menjadi aset utama kita sejak lebih dua dekad kini sudah jauh ketinggalan zaman dan uzur. Isu penyelenggaraan yang berlarutan, alat ganti sukar diperolehi dan keupayaan operasi tidak lagi sepadan dengan ancaman maritim hari ini.
Sedangkan pada masa yang sama, Laut China Selatan semakin sarat dengan kapal selam, kapal pengawal pantai asing, aset kuasa besar yang beroperasi semakin hampir dengan sempadan maritim negara. Jika kapal selam asing memasuki zon maritim kita tanpa dapat dikesan, maka kita telah hilang pertahanan sebelum tembakan pertama pun dapat dilepaskan.
Isu ini sangat kritikal. Kerajaan masih kekal tanpa pelan pengganti. Kerajaan sering mendakwa bahawa AW139 dan helikopter sewaan akan membantu ketenteraman operasi TLDM. Izinkan saya jelaskan sekali lagi di Dewan ini, AW139 bukan— saya ulang, bukan platform ASW. Ia hanyalah helikopter utiliti, tiada sonar
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
dipping, tiada radar carian maritim ASW, tiada torpedo, tiada integrated mission SUT untuk ASW, penyewaan helikopter pula hanyalah tampalan kosmetik bukan penyenggaraan pertahanan.
Jiran-jiran kita sudah jauh mendahului. Singapura dan Thailand dengan MH- 60R Seahawk, Indonesia AS565 Panther, Philippine dengan AW159 Wildcat. Setiap satunya mempunyai kemampuan sonar, radar maritim dan torpedo moden. Malaysia masih bergantung kepada platform yang sudah menjangkau usia lebih 20 tahun tanpa pelan pengganti yang muktamad.
Saya ada beberapa soalan kritikal kepada Yang Berhormat Menteri.
Pertamanya, apakah pelan terperinci kerajaan untuk menggantikan helikopter Super Lynx TLDM? Kemudian, apa yang sedang dinilai? Adakah MH-60R atau AW159 atau platform lain? Bilakah Lembaga Perolehan akan memuktamadkan keputusan?
Tahun ini atau tahun hadapan atau bila lagi?
Yang kedua, berapakah jumlah peruntukan khusus di bawah RMK13 bagi perolehan helikopter ASW yang baru dan adakah peruntukan itu turut merangkumi latihan kru, simulator, sistem senjata, sonar dipping dan infrastruktur pangkalan?
Yang ketiga, apakah langkah interim yang benar-benar diambil kerajaan untuk memastikan TLDM tidak kehilangan kredibiliti di rantau ini? Tanpa helikopter ASW, kapal perang kita pada hakikatnya beroperasi buta terhadap ancaman kapal selam. Apakah kerajaan sedar akan risiko ini?
Tuan Pengerusi, kita tidak sedang bercakap tentang aset mewah. Kita sedang bercakap tentang perisai negara di pintu hadapan. Hari ini, ketiadaan helikopter ASW moden bukan sekadar isu teknikal, ia kelemahan strategik yang boleh mengundang eksploitasi kuasa asing.
Justeru itu, Tanjong Karang mendesak kerajaan supaya berhenti menyamakan helikopter utiliti dengan platform tempur ASW dan mempercepatkan keputusan perolehan helikopter tempur maritim yang sebenar. Lengkap dengan sonar, radar, torpedo dan integrasi penuh bersama armada TLDM.
Pertahanan maritim bukan soal angka, bajet semata-mata. Ia soal kedaulatan, keselamatan dan maruah negara. Sekian, terima kasih. Tanjong Karang mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya merujuk Butiran 040100 iaitu mengenai skim persaraan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Hari ini majoriti anggota berpangkat bersara wajib selepas 21 tahun perkhidmatan yang menyebabkan ramai daripada mereka bersara pada usia sekitar 40-an.
Pada usia sebegini, mereka masih mempunyai komitmen keluarga yang tinggi, anak-anak yang masih belajar, ada yang baru masuk sekolah menengah atau IPT, pinjaman rumah dan kenderaan masih berjalan dan kos sara hidup semakin meningkat. Walaupun kita menghargai skim pencen sedia ada, realitinya pencen tersebut tidak lagi selari dengan keperluan kos sara hidup semasa lebih-lebih lagi bagi anggota yang terpaksa memulakan kerjaya kedua selepas bersara.
Ramai yang menghadapi cabaran mencari pekerjaan baru kerana faktor umur dan persaingan dalam pasaran kerja. Oleh itu, saya mendesak pihak kementerian mempertimbangkan kajian semula skim persaraan ATM dengan mengambil kira pelarasan kadar pencen bagi anggota yang bersara pada usia muda agar lebih munasabah dan mencukupi serta mekanisme sokongan berkerjaya pasca persaraan termasuk reskilling, upskilling dan penempatan pekerjaan yang lebih tersusun.
Butiran 010100. Saya ingin membangkitkan satu isu keselamatan nasional yang amat serius iaitu kebocoran maklumat taktikal ATM yang berlaku baru-baru ini.
Insiden ini melibatkan penahanan beberapa pegawai ATM yang disyaki menyalurkan maklumat sensitif kepada sindiket penyeludupan sebagai pertukaran rasuah.
Insiden ini sangat nyata telah menimbulkan persoalan tentang tahap integriti serta kawalan maklumat dalam ATM. Maklumat pertahanan bukan sekadar data operasi biasa, ia adalah aset strategik negara. Kebocoran sebegini boleh mendedahkan kelemahan pertahanan, menjejaskan operasi di lapangan dan lebih membimbangkan kita ialah mengancam keselamatan anggota yang sedang bertugas.
Justeru itu, saya menggesa pihak agar kementerian memberi tumpuan kepada dua langkah utama dalam belanjawan kali ini. Pertama, memperkukuhkan keselamatan maklumat dan audit dalaman termasuk menaik taraf sistem ICT ATM, kawalan akses berlapis serta pelaksanaan audit keselamatan secara berkala untuk mengesan risiko dari dalam dan luar.
Kedua, mempertingkatkan latihan keselamatan dan integriti, menjadikan latihan literasi keselamatan, maklumat dan etika integriti sebagai modul wajib untuk
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
semua anggota ATM agar setiap peringkat dalam ATM memahami tanggungjawab menjaga kerahsiaan strategik ini.
Saya ingin menegaskan bahawa di dalam era peperangan maklumat ini, kekuatan pertahanan negara tidak hanya bergantung pada adanya kapal jet atau aset fizikal, tetapi juga pada keutuhan sistem maklumat dan integriti anggota. Saya berharap kementerian meneliti isu ini secara mendalam dan menyediakan langkah pembetulan yang tegas dan menyeluruh.
Puan Pengerusi, seterusnya di bawah butiran yang sama, saya ingin menarik perhatian Dewan kepada isu penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia yang semakin uzur terutamanya kapal TLDM, pesawat TUDM dan kenderaan-kenderaan tentera darat yang sudah berusia puluhan tahun. Sebahagian daripadanya telah melepasi 30 hingga 40 tahun usia operasi. Namun, masih terpaksa digunakan kerana ketiadaan aset baharu.
Keadaan ini menyebabkan kos penyelenggaraan meningkat setiap tahun.
Banyak aset terpaksa grounded menunggu alat ganti dan tahap operasi berada pada paras yang membimbangkan. Malah, ada laporan bahawa penyelenggaraan terpaksa dilakukan dengan kaedah mengambil alat ganti daripada aset lain yang tidak beroperasi, satu amalan yang tidak ideal bagi keupayaan pertahanan negara.
Dalam konteks keselamatan serantau yang semakin kompleks khususnya di Laut China Selatan dan kawasan sempadan maritim, kita tidak boleh terus bergantung pada aset yang usang dan tidak reliable. Kesiapsiagaan ATM bergantung pada kemampuan aset beroperasi pada setiap masa, bukan sekadar wujud atas kertas.
Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah pelan penggantian aset lama yang disusun secara berfasa dan konsisten tanpa bergantung kepada keputusan ad hoc serta apakah timeline yang realistik untuk meningkatkan peratusan aset yang benar-benar mission-capable dan mengurangkan kebergantungan kepada penyelenggaraan kecemasan yang menelan kos dan belanja yang besar? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Puan Pengerusi. Ya Menteri, saya merupakan pembahas terakhir tapi nanti jawab soalan saya dululah.
Kita sama-sama daripada Melaka.
[Ketawa]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Butiran 020000 – Pertahanan Negara termasuk pertahanan darat dan juga pertahanan maritim. Begitu juga saya merujuk kepada Butiran 00200 – Kelengkapan Tentera Darat dan juga 00400 – Kelengkapan Tentera Laut di mana Puan Pengerusi, kalau kita masih ingat di awal bulan ini iaitu pada 9 November telah berlaku satu insiden di mana satu bot telah karam ya di perairan sempadan Malaysia dengan Thailand berdekatan dengan Pulau Langkawi. Dan dalam insiden tersebut seramai 29 mangsa telah meninggal dunia.
Jadi, saya percaya ini bukannya kes yang pertama yang berlaku. Dan saya percaya dia tidak akan merupakan kes yang terakhir yang akan berlaku. Sebab kalau mengikut statistik dalam masa lima tahun ini, seramai 2,300 PATI ya telah ditahan di sekitar perairan Pulau Langkawi. Jadi, sebenarnya insiden sindiket ― ya, ini merupakan satu sindiket pemerdagangan dan juga penyeludupan manusia. Ia telah berlaku bukan sahaja melalui perairan tetapi juga melalui jalan darat ya yang kita selalu sebut sebagai jalan tikus.
Jadi, angkatan tentera sebagai pasukan yang berdisiplin yang menjaga sempadan negara, apakah langkah yang akan diambil untuk kita mengatasi masalah ini? Sebab kalau kita lihat mengikut statistik yang tidak rasmi, ada lebih kurang 500,000 orang Rohingya berada di negara kita. Ia dari semasa ke semasa kita selalu dengar mereka masuk ke sini dengan cara yang tidak halal ya di mana mengikut jalan tikus.
Dan mengikut mereka yang telah diselamatkan dalam insiden pada 9 November tersebut, mereka kata mereka bayar RM13,000 untuk mereka sampai ke sini. Jadi, ini adalah satu perkara yang serius yang saya rasa ini ada juga merupakan musuh kepada negara kita ya di mana saya percaya Angkatan Tentera Malaysia merupakan satu pasukan yang memang berdisiplin. Mereka memang ya ada keupayaan untuk mengatasi masalah sedemikian.
Jadi, saya nak tanya ya dalam peruntukan kali ini, adakah diberikan peruntukan untuk kita beli alat yang lebih canggih. Contohnya kita ada radar ya untuk mengesan ya kapal-kapal yang masuk secara tidak sah ini. Bukankah radar yang ada pada hari ini boleh bantu kita ya sebab kita faham, kalau kita hanya bergantung kepada anggota askar saja, mungkin kita menghadapi masalah ketidakcukupan askar untuk menjaga sempadan kita. Tetapi bukankah ya zaman sekarang ini kita perlu gunakan teknologi yang canggih. Kita sebut tentang AI, IT semua ini, bukankah kita sepatutnya boleh ya mengesan ya jalan-jalan tikus ini, mengesan ya, mengesan
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
semua kapal yang masuk secara haram ini. Jadi, saya harap supaya kementerian ya boleh memberikan penjelasan. Itu saja daripada saya. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan untuk menjawab. Masa 20 minit.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Pengerusi, terima kasih saya ucapkan kepada 13 Ahli-ahli Yang Berhormat yang membahaskan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di peringkat Jawatankuasa dan kita tahu bahawa bagi pihak Kementerian Pertahanan kita mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana kita tahu bahawa daripada peruntukan tahun ini sebanyak RM21.746 bilion diperuntukkan bagi Belanjawan 2026 bagi pihak Kementerian Pertahanan.
Dan daripada jumlah itu kita tahu bahawa RM14.1 juta untuk belanja mengurus dan RM7.6 bilion, RM14.1 bilion kepada belanja mengurus dan RM7.6 bilion untuk pembangunan. Tadi ada dibangkitkan banyak perkara. Saya cuba sedaya upaya untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan.
Yang pertama adalah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya tidaklah mengikut turutan itu berdasarkan ini. Yang Berhormat Bukit Bendera ada membangkitkan tentang pemodenan aset dan persoalan yang ditanya adalah tentang peruntukan itu cukup atau tidak? Sudah barang pasti jawapannya tidak eh kerana kita tahu bahawa keperluan bagi kita mendapatkan aset-aset baru dan penyelenggaraan aset kita memang banyak bergantung pada kemampuan ekonomi kita.
Dan kalau kita lihat ini adalah cabaran terbesar kepada kita. Tadi ada dibangkitkan juga oleh Ledang kerana pada masa depan kita memang harus mengupayakan ekonomi kita kerana dia terkait juga dengan peruntukan di Kementerian Pertahanan dan peruntukan itu adalah untuk keselamatan dan kedaulatan negara kita. Itu harus kita ambil kira eh. Sebab itu kalau kita lihat bahawa kita sedaya upaya di Kementerian Pertahanan cuba untuk memastikan bahawa keperluan-keperluan aset kita ini bukan sahaja kita boleh mendapatkan aset baru tetapi dalam masa yang sama adalah kita harus melihat juga tentang penyelenggaraan aset-aset itu.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Macam tadi disebutkan juga Bukit Bendera ada menyebut tentang penyertaan wanita dalam anggota pertahanan kita. Kita tahu bahawa penyertaan kini sehingga 31 Oktober ini sebab seramai 9,745 orang iaitu sekitar 8.21 peratus berbanding dengan target kita ataupun apa yang kita harus kita capai itu 10 peratus yang digariskan oleh Kementerian Pertahanan. Jadi, kita ada sedikit gap itu.
Dan apa yang dibangkitkan oleh Bukit Bendera juga adalah peranan yang kita boleh mainkan kerana kita tahu bahawa anggota pertahanan ini kita tidak ada ― sebenarnya kita memang menggalakkan lebih ramai anggota wanita. Baru ini saya pergi ke Semporna jumpa satu keluarga veteran. So, ada seorang anak dia. Bapa dia baru setahun setengah meninggal. Jadi, anak ini anak perempuan ini, ibu dia kata, dia tak tahu apa sebenarnya anak dia tak nak sambung belajar. Keputusan SPM agak baik.
Jadi, ibu dia beritahu saya, dia kata dia tak tahu apa nak berlaku kepada anak dia. Apa yang dia nak buat. Sebab dia tak nak belajar, dia nak bekerja. Jadi, saya panggil anak ini, wanita. Jadi, anak gadis ini bila panggil apa yang dia nak jadi.
Rupanya dia nak jadi tentera. Dia nak ikut jejak langkah ayah dia. Jadi, sebenarnya kalau kita lihat memang ramai di kalangan anggota veteran kita, anak mereka adalah anggota pertahanan. Sebab itu kalau kita lihat, kita memang cuba mengupayakan anggota-anggota ini. Macam satu di PLKN, anggota terbaik di PLKN kita salah seorangnya adalah wanita.
Cuma, masalahnya kalau kita lihat memang kita sudah memperbaharui dalam Majlis Angkatan Tentera yang terbaru, kalau kita lihat. Kalau dulu CGPA adalah 2.7. Saya selalu membangkitkan ini kerana kita harus lihat bidang pendidikan mereka. Kejuruteraan, mungkin berbeza dengan bidang-bidang yang lain. Sebab itu kadang-kadang bila kita letak 2.7 ― sebab baru ini peserta terbaik PLKN dia 2.5 tapi dia TESL. Jadi, dia nak jadi anggota pertahanan dan dia anggota terbaik. Jadi, kadang-kadang ini sebenarnya halangan wanita begitu.
Jadi, kadang-kadang kita yang membina halangan itu. Sebenarnya dia memang layak. Dia anggota terbaik, layak dan seumpamanya. Cuma yang membezakannya adalah 2.7 dengan 2.5. Sedangkan bidang pendidikan dia agak bukanlah mudah bagi dia. Jadi, maknanya dia boleh layak kalau kita melihat kepelbagaian ini dan saya fikir 10 peratus itu boleh kita capai kalau mempermudahkan proses ini.
Dan begitulah juga kalau kita lihat job placement yang dibangkitkan. Ada banyak juga yang membangkitkan tentang kerjaya kedua anggota veteran. Saya fikir Ketereh juga ada bangkitkan, Lumut ada bangkitkan tentang kerjaya kedua. Kita tahu
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
bahawa kita di Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ya memang kita cuba mengupayakan kerjaya kedua veteran angkatan tentera. Kerana kita tahu bahawa tadi ada disebut tentang Jabatan Hal Ehwal Veteran. Hampir semua membicarakan tentang itu.
Saya selalu sebut bahawa di Jabatan Hal Ehwal Veteran dalam peruntukan yang kita berikan lebih daripada RM300 juta itu, saya menyebut lima perkara ini memang menjadi keutamaan kita. Pertama kebajikan, yang kedua kesihatan, yang ketiga adalah perumahan untuk anggota veteran kita, yang keempat adalah pendidikan anak-anak veteran dan yang kelima adalah kerjaya kedua supaya kita boleh mengupayakan ekonomi veteran angkatan tentera.
Ini antara perkara-perkara yang kita berikan peruntukan itu. Dan memang di kala saya menyertai Kementerian Pertahanan ini pada tahun awal 2023 itu, kita lihat peruntukan bagi tahun 2022 adalah sekitar RM87 juta. RM87 juta. Sekarang ini sudah pergi sehingga lebih daripada RM300 juta.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Jadi, sudah barang pasti kita tahu bahawa peningkatan peruntukan itu adalah menggambarkan komitmen Kerajaan Malaysia MADANI itu kepada veteran angkatan tentera secara keseluruhannya.
Yang keduanya, saya ingin menjawab sedikit dengan Tanah Merah. Tanah Merah ada di sini ya iaitu terkait dengan kita punya SPH.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Untuk makluman Tanah Merah, memang kita peruntukkan RM50 juta pada tahun 2026 bagi meneruskan perolehan 155 mm SPH kita. Itu yang pertama. Yang kedua adalah kita tahu bahawa pembelian SPH kita ini dalam memastikan Tentera Darat kita menerima sistem yang benar mematuhi keperluan berdasarkan operasi dan latihan Tentera Darat serta sistem yang terbukti atau kita panggil sebagai battle- proven system. Tentera Darat telah melaksanakan uji nilai terhadap enam sistem meriam SPH ini yang ada di pasaran. Keputusan uji nilainya ini telah dibentangkan dalam Lembaga Perolehan Siri 12/23 dan keputusan Lembaga Perolehan telah diangkat untuk perakuan Kementerian Kewangan.
Jadi, kita sudah buat uji nilai. Tadi yang secara detail Yang Berhormat Tanah Merah sebutkan, termasuk berat 17 tan, kita tahulah, itu memang dibincangkan.
Saya fikir dibincangkan masa Tanah Merah duduk di kerusi saya ini [Ketawa] , dia
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
bincang sehingga saya menyertai Kementerian Pertahanan pun memang dibincangkan.
Kerana kita tahu bahawa kalau kita salah memenuhi spesifikasi itu, kita mungkin boleh beli aset tapi aset itu tak boleh melepasi jambatan-jambatan kita.
Roboh dia. Jadi, kita kena mengambil kira semua aspek-aspek itu, termasuk infrastruktur yang kita sedia ada. Dan Tentera Darat telah menerima ketetapan kelulusan perolehan untuk meriam 155 mm self-propelled howitzer ini, SPH ini, daripada Bahagian Perolehan pada 17 November yang lalu. Baru lagi dapat kelulusan perolehan.
Dan status masa perolehan adalah di peringkat pelaksanaan Jawatankuasa Rundingan Harga oleh Bahagian Perolehan sebelum ketetapan diangkat semula kepada Kementerian Kewangan. Jadi, kita lepas kita dapat kelulusan perolehan itu, dia memang ada perundingan harga untuk itu di Kementerian Pertahanan sebelum kita angkat balik ke Kementerian Kewangan. Dan saya fikir menjelang tahun hadapan, saya fikir ianya boleh dimuktamadkan atau penghujung tahun ini. Ada persoalan?
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Okey ada soalan.
Terima kasih penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri. Cuma saya nak tahu kenapalah keputusan perolehan SPH ini begitu sukar untuk dimuktamadkan? Tapi cara Timbalan Menteri maklum tadi, seolah-olah telah pun dimuktamadkan. Cuma rundingan harga, bererti SPH itu telah pun dikenal pasti. Apakah ia telah dikenal pasti? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Dia puncanya adalah kerana ujian nilai dia, mengambil masa yang agak panjang. Kerana kita tahu bahawa untuk pastikan bahawa SPH kita itu dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin. Jadi, kita memang mengambil masa bagi ujian nilai itu. Dan saya fikir penilaian kedua bukan sahaja dari segi teknikal, tapi dari segi kewangannya. Kerana bila kita sampaikan ke Kementerian Kewangan, saya fikir memang tanggungjawab Kementerian Kewangan adalah untuk memastikan bahawa aset yang kita beli itu adalah memenuhi kehendak kewangan.
Dan kemudian, dikembalikan balik ke Kementerian Pertahanan untuk kita laksanakan rundingan harga sebelum dimuktamadkan proses itu di peringkat Kementerian Pertahanan itu.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Maaf Timbalan, ini yang terakhir soalan saya. Maksud saya, adakah jenis SPH ini, apa — adakah
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
CAESAR kah, brand lain apa jenis-jenis lain itu telah dimuktamadkan ataupun belum lagi? Ataupun masih lagi penilaian?
Tuan Haji Adly bin Zahari
Jenis itu sudah dimuktamadkan. Nanti kita akan maklumkan tentang jenisnya. Jadi, biasanya untuk maklumannya, jenisnya sudah kita muktamadkan berdasarkan kepada ujian yang telah kita buat. Jadi tidaklah apa yang disebut, janganlah bersangka buruk yang kita di luar, di luar tabii, istilah yang digunakan. Saya fikir istilah itu tak sesuailah kita membeli.
Kita beli aset-aset kita berdasarkan dua perkara. Pertama, penilaian daripada bahagian teknikal kita. Yang menentukan bahagian teknikal ini adalah anggota pertahanan kita sendiri. Dan yang kedua adalah tentang kewangan. Kewangan di dua pihak. Pertama di Kementerian Pertahanan sendiri, ada penilaian kewangannya.
Dan yang kedua adalah di Kementerian Kewangan itu sendiri. Itu saya fikir Yang Berhormat Tanah Merah boleh ambil maklum.
Yang seterusnya, Yang Berhormat Tanah Merah ada bangkitkan tentang perkara 020000 dan membangkitkan tentang pemilikan aset MALBATT kita. Memang saya tak nafikan bahawa rancangan pembelian dan ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ledang saya fikir perkara yang sama tentang pembelian aset itu.
Dan seperti mana yang kita tahu bahawa kita punya anggota MALBATT kita akan berakhir pada penghujung tahun hadapan 2026. Dan bermula 2027 itu, kita akan menguruskan balik aset-aset kita. Seperti mana jawapan saya sebelum daripada ini adalah tentang sebahagian aset itu kita bawa kepada ke negara kita kembali dan sebahagian aset kita tinggalkan di Lubnan itu berdasarkan keperluan- keperluan semasa. Dan sebab itu kalau kita lihat rancangan pembelian 10 kenderaan itu telah kita luluskan dalam belanjawan pada kali ini. Dan masa pembentangan tersebut memang tiada rancangan penamatan itu.
Itu sebab kita maklumkan sedemikian rupa. Tetapi kita sebenarnya ada dua opsyen ya. Yang pertama adalah memang kita, kita tahu bahawa kita dah nak kembalikan anggota kita dan juga aset-aset kita dalam negara. Jadi, kita ada dua opsyen. Yang pertama adalah kita membeli aset itu adalah untuk kegunaan tentera darat kita. Kerana untuk makluman Tan Sri Pengerusi, aset-aset ini dikala kita memulakan operasi kita di Lubnan itu kita membawa sebahagiannya adalah aset- aset dalam negara kita.
Jadi, kita boleh menggantikan bagi tujuan dalam negara kita ataupun kita membeli peruntukan itu kita gunakan. Mungkin kita perlu dapatkan kelulusan semula adalah untuk menggantikan atau mendapatkan aset-aset baru di Kementerian Pertahanan itu bagi tentera darat kita.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Itu antara perkara-perkara yang ingin saya sampaikan. Dan begitulah juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading ya.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Tuan Haji Adly bin Zahari
Yup.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Ledang.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ah, Ledang. Sila.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Sekejap. Sikit saja. Saya rasa tadi dari segi kenderaan untuk MALBATT itu.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Yup.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Maknanya, ianya kita nak pastikan supaya ia nya digunakan secara optimum. Memang sudah ada dalam peruntukan dalam Belanjawan 2026.
Cumanya kegunaan itu kita boleh manfaatkan untuk tujuan-tujuan yang lain.
Contohnya, apakah ada cadangan misalnya untuk kita mengadakan tentera pengaman ke Gaza, di Gaza? Jadi, adakah aset-aset ini boleh juga digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain? Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ya, Yang Berhormat Ledang. Sepertimana yang saya sebutkan tadi, peruntukan itu sudah ada. Cuma perancangan ke depan harus jelas. Walaupun kita tahu bahawa kita memang mempromosikan misi pengaman kita di peringkat antarabangsa tidak sahaja di Lubnan.
Tapi untuk pembelian aset-aset baharu, macam saya sebutkan tadi di mana sekalipun kita beroperasi di dunia ini sebagai misi pengaman, sebenarnya kita pun sebahagiannya membawa aset-aset tentera darat kita ke luar negara juga. Jadi sebab itu, saya sebut bahawa walaupun peruntukan itu ada, tapi peruntukan itu boleh kita manfaatkan dua perkaralah.
Kalau kita ada misi baru di peringkat antarabangsa, kita boleh manfaatkan itu. Dan dalam masa yang sama, kita juga boleh manfaatkan pembelian itu untuk tujuan aset-aset kita dalam negara. Ataupun dalam masa yang sama, macam saya sebutkan dua opsyen yang lain adalah kita mendapatkan aset-aset lain bagi tujuan tentera darat kita. Itu pun boleh kita manfaatkan.
Dan tadi ada disebut tentang Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Sri Gading ada membangkitkan tentang— Sri Gading, ah. Sri Gading ada membangkitkan tentang peruntukan. Secara keseluruhan, kita melihat walaupun dibangkitkan tentang aset 020000 iaitu tentang pertahanan negara, tapi secara
Tuan Haji Adly bin Zahari
keseluruhan kita boleh melihat bahawa kita ada peningkatan 2.92 peratus bagi keseluruhan bajet di Kementerian Pertahanan itu sebanyak RM21.74 bilion.
Sama ada dalam belanja mengurus kita, peningkatan 3.46 peratus dan juga belanja pembangunan kita sebanyak 1.95 peratus. Begitulah juga dengan persoalan berhubung dengan kesiapsiagaan kita menghadapi keselamatan siber. Ini ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading.
Dan saya tahu bahawa kalau kita lihat ATM merekodkan hampir 6.87 juta cubaan serangan terhadap serangan siber ini. Dan kalau kita lihat melalui data daripada National Critical Information Infrastructure (NCII) ini s, pada tahun 2024 itu datanya iaitu sebanyak daripada rekod ATM itu, sebanyak 6.87 juta.
Jadi, jumlahnya agak besar dan sudah barang pasti sektor pertahanan siber menunjukkan ancaman terhadap negara semakin agresif dan meningkat. Dan ATM memang telah memulakan pembangunan keupayaan siber ini dengan pelbagai strategi kita. Dan memang kita ada usaha untuk, untuk makluman Tan Sri Pengerusi, kita ada usaha untuk membangunkan kita punya markas pertahanan siber.
Kalau kita lihat sekarang ini Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan.
Tapi kita cuba untuk memastikan bahawa kita boleh membangunkan Markas Pertahanan Siber. Kerana kita tahu bahawa pada masa depan, aspek pertahanan siber ini cukup penting. Kerana kita lihat ada sebahagian daripada negara itu bukan sahaja mempunyai bahagian ataupun markas. Tapi sebahagian domain pertahanan siber ini sudah diaplikasikan di setengah-setengah negara.
Sila. Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Menteri.
Pengerusi — Tan Sri Pengerusi, kita sedia maklum bahawa siber yang mengganggu ketenteraman ataupun keselamatan negara ini. Persoalannya, berapa ramai tenaga- tenaga mahir di peringkat universiti yang dilibatkan dan universiti mana yang menjadi selain daripada universiti tentera itu sendiri? Selain daripada itu? Kerana kita sedia maklum bahawa keupayaan di kalangan pakar-pakar yang berkaitan dengan apa ini — komunikasi ataupun berkaitan dengan data komputer ini penting untuk diselaraskan supaya dapat apa — dapat mengutama — mengoptimumkan keupayaan tentera untuk masa depan kitalah. Terima kasih.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Saya ucap terima kasih kepada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Dan seperti mana yang saya maklumkan tadi ya, bahawa di Kementerian Pertahanan, kita memang cuba pertingkatkan sedikit domain ya, pertahanan siber kita ini. Sudah barang pasti
Tuan Haji Adly bin Zahari
latihan, pendedahan dan bilateral kita juga adalah sebahagian daripada proses kita.
Kerana kita tahu bahawa sebelum kita boleh memuktamadkan satu domain pertahanan siber tetapi kita harus melihat dari segi beberapa perkara. Bukan sahaja dari segi keperluan aset, bukan sahaja dari segi keperluan struktur kita tetapi guna tenaga itu. Latihan-latihan dan kepakaran itu harus juga kita manfaatkan.
Kita boleh membeli aset tapi kalau kita tak punya keupayaan tenaga atau latihan yang berterusan — kerana itu akan melibatkan keseluruhan daripada perbelanjaan kita juga. Walaupun kita tahu bahawa belanja pengurusan buat masa ini kita letakkan macam tadi, dalam pertahanan darat, udara dan laut kita tetapi mungkin pada masa akan datang, pertahanan siber adalah sebahagian daripada kawalan perbelanjaan kita untuk kita tingkatkan lagi keupayaan siber negara. Sebab itu apa yang dibangkitkan oleh Sri Gading itu memang saya — kita di peringkat Kementerian Pertahanan akan memberikan sentiasa penumpuan kepada persoalan- persoalan yang dikaitkan itu.
Yang Berhormat Ketereh — ha, kalau saya tak jawab nanti kang, Ketereh — dia...
[Ketawa] Dia tak boleh tidur. Ketereh mewakili semua dalam beberapa aspek, terutamanya dalam penyelarasan pencen. Saya tak nafikanlah. Yang Berhormat Ketereh ada bangkitkan tentang kebajikan. Perkara 010200 – Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), kebajikan iaitu yang terkait dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran. Yang kita tahu— memang saya sebutkan tadi ada peningkatan itu. Tetapi dalam masa yang sama, saya tak nafikan Yang Berhormat Lumut juga ada membangkitkan ya, tentang persoalan-persoalan itu.
Ingin saya sebutkan ya, isu penyelarasan pencen ini memang terkait semenjak tahun 2013 lagi. Sekarang ini sudah lebih daripada 12 tahun perkara ini tidak— tetapi saya fikir macam saya sebutkan tadi, persoalan mahkamah yang terkait dengan penyelarasan pencen ini mungkin akan dibaca pada penghujung tahun ini.
Jadi, saya harap ia akan dapat dimuktamadkan. Kita ada dua saja opsyen yang ada, sama ada— apa pun keputusannya, kita harus akur ya, dengan keputusan mahkamah itu kerana proses ini sudah dibawa ke mahkamah.
Yang Berhormat Tangga Batu pun ada maklumkan. Tapi saya tak nafikan ya, bahawa sebenarnya memang kita ada cabaran kepada anggota-anggota veteran kita yang mempunyai pencen yang agak rendah. Sebab itu dalam proses mahkamah ini, apa yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran dan Kerajaan Malaysia MADANI ini ialah kita perkenalkan Bantuan Sara Hidup. Sebab itu kalau kita lihat ya, daripada bajet 87 juta itu, kita meningkat sehingga 300 juta lebih. Hampir 180 juta ya Tan Sri Pengerusi, adalah untuk Bantuan Sara Hidup sebenarnya.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Jadi, saya mohon sedikit masa Tan Sri, untuk menjelaskan persoalan ini kerana ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap tentang bagaimana kita nak ke depan ya. Kita bukan membicarakan persoalan yang telah lalu tapi saya fikir bagaimana kita nak ke depan. Saya harap Disember ini, mahkamah boleh membuat keputusan dan kita tidak tertanya-tanya. Dan saya sendiri memang punya pandangan saya sendiri tapi saya tak boleh membicarakan dalam Dewan ini kerana dia adalah perkara yang terkait dengan mahkamah. Dan kita tahu, kita ada peraturan itu.
Saya fikir kalau orang tua-tua kata, dah berbuih mulut menjawab Ketereh...
[Ketawa] Ketereh punya persoalan. Tapi bukan masalah sama ada kita — apa sahaja persoalan itu, yang penting adalah ke depan. Macam mana kita nak menyelesaikan masalah veteran kita? So, yang pertama adalah Bantuan Sara Hidup. Apa yang kita beri? Kita beri kepada anggota yang tak berpencen kerana kita tahu dia tak ada pendapatan. So, sekarang ini ada 33,000 yang tak berpencen, 60 tahun ke atas yang pendapatan dia di bawah paras garis kemiskinan. Sekarang ini 1,198, tahun depan dia akan meningkat kepada 2,036. Tahun depan kalau 2,036, akan ada sekitar tambahan 1,400 lagi anggota veteran akan dapat Bantuan Sara Hidup RM500 sebulan, RM6,000 setahun.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Timbalan Menteri, minta tanya sikitlah. Tadi Timbalan Menteri kata yang tidak berpencen itu ramai di bawah paras kemiskinan. Saya nak tanya, ada tak anggota yang pencen sebelum 2013 ini juga termasuk dalam kategori di bawah paras kemiskinan?
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ada, ada. Itu sebab...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Jadi, apa tindakan kita?
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ya. Itu sebab kalau kita lihat Bantuan Sara Hidup bukan sahaja diberikan kepada anggota tak berpencen. Jadi, dia yang saya sebut — tak habis cerita lagi ini, sikit je lagi. So, yang tak berpencen, 60 tahun ke atas, di bawah paras garis kemiskinan, kita tambah — kita beri mereka RM500 sebulan.
Kerana apa? Kenapa RM500? Kerana mereka langsung tak ada pendapatan. Tetapi yang berpencen ya, yang berpencen di bawah paras garis kemiskinan, so kita akan top-up dia RM300 sebulan iaitu RM3,600 setahun, yang berpencen.
Itu sebab kalau kita lihat — sepatutnya sekarang ini kalau kita lihat ya, kalau kita tengok angka pada tahun ini, hanya 98 orang saja yang dia tak dapat di bawah paras garis kemiskinan itu. Keseluruhannya, sebenarnya mereka di atas. Tetapi bila kita tingkatkan garis kemiskinan kepada 2,036, saya anggarkan bukan sahaja yang tak berpencen tapi yang berpencen pun akan menghadapi peningkatan itu. Sebab
Tuan Haji Adly bin Zahari
itu ini penyelesaian jangka masa pendek kita. Apa penyelesaian jangka masa panjang kita? Selepas daripada keputusan mahkamah itu, kita lihatlah ke hadapan, bagaimana kita boleh menyelesaikan.
Tapi saya harus ingatkan juga Dewan ini, kita harus ingat ya, kalau seorang anggota veteran ya, anggota veteran ini dia pencen awal. Ramai orang tak — masyarakat pun tidak ada kesedaran bahawa — bila sebut anggota veteran, dia rasa tua, tidak begitu. Anggota veteran kita ada yang 30 tahun, ada yang 35 tahun. Dan kita harus ingat, bila seorang anggota veteran kalau dia berpencen pada usia 40 tahun dengan pencennya 2,500, kalau dia mencapai usia 80 tahun, kerajaan harus menyediakan untuk dia seorang itu hampir RM1 juta. Jadi, menunjukkan bahawa tanggungjawab kerajaan, sistem yang kita buat ini memang benar-benar menjaga kebajikan anggota veteran kita.
Cuma yang dibangkitkan oleh Ketereh itu adalah tentang— tentang sebelum daripada 2013. Jadi, saya tak nafikan. Saya di peringkat awal Kementerian Pertahanan, saya jumpa dengan mereka yang membawa ke mahkamah ini tapi kita ada ruang yang agak terhad. Walaupun kita boleh mengemukakan apa-apa cadangan tapi kita harus menghormati mahkamah dan harus menghormati keputusan mahkamah.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
[Bangun]
Tuan Haji Adly bin Zahari
Nanti kejap, Ketereh. Yang kedua ya — Ketereh duduk sekejap, nanti saya jawab. Lepas itu, Ketereh boleh bangkit. Yang kedua adalah tentang Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Saya ingin maklumkan ya. Kita tak nafikan, macam hari itu dah dibangkitkan. Baru saya rasa, semalam kut ataupun sebelum daripada itu. Dia ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketereh kepada Yang Berhormat Menteri sendiri tentang Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Kenapa dulu kalau kita tengok, dia punya keuntungan dia agak tinggi ya?
Dan kita harus ingat, kadang-kadang keuntungan dividen yang diberikan itu tinggi kerana penjualan aset. Kita tak nak begitu. Kita tak nak bila kita jual aset kita dan kita ada keuntungan yang besar dan kita dapat 10, 11 peratus. Kita tak nak begitu. Kita mahu bahawa keuntungan itu berdasarkan kepada pengurusan dan pelaburan kita yang agak konsisten untuk jangka masa panjang.
Sebab itu kalau kita lihat ya, dividen kepada pencarum daripada 2018 sehingga sekarang. 2018 kita bagi dividen 161 juta; 2019 – 220 juta; 2020 – 310 juta; 2021 – 379 juta; 2022 – 476; 2023 – 485; 2024 – 514 juta. Jadi, kita tak nafikan bahawa memang kita ada peningkatan kepada dividen-dividen kita itu walaupun percentage-nya masih kekal. Sebab itu kita mengharapkan supaya kita boleh kekal
Tuan Haji Adly bin Zahari
sekitar enam, lima peratus — percent daripada dividen itu untuk pastikan bahawa dia mempunyai kemampuan untuk jangka masa panjang di LTAT itu juga.
Sebab itu macam di— Yang Berhormat Menteri hari itu ada membangkitkan.
Kita lihat juga - kita tak nak letak kita punya dana pelaburan ini dalam satu bakul ya.
Kita tak nak dalam satu bakul terlalu banyak kerana risikonya cukup besar. Sebab itu kita ada cairkan sebahagian-sebahagian aset kita, terutamanya pemilikan- pemilikan saham kita dalam anak-anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera itu supaya kita boleh mempelbagaikan lagi pelaburan kita supaya memberikan pertama, adalah peluang keuntungan. Yang kedua adalah risiko kerugian itu.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Ini antara kaedah-kaedah yang dibuat seperti mana yang disebut sebagai Project Earth itu supaya kita membumi dalam pelaburan-pelaburan dan kita menyusun balik pelaburan kita untuk jangka masa sepanjang LTAT itu. Ini antara perkara-perkara. Ketereh ada nak bangkitkan. Silakan.
Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh
Terima kasih Tan Sri. Terima kasih apa ni Timbalan Menteri. Okey, bersabit dengan Bantuan Sara Hidup tadi tu, saya tak nafikan dan banyak kerajaan bantu tapi soalnya sekarang ini birokrasi. Saya tengok JHEV ni macam-macam dia, dia kerenah. Banyak saya terima aduan. Jadi, saya mohon sangat Timbalan Menteri check balik benda ini. Pasal apa, saya tengok ada susah tapi tak dibantu kerana masalah-masalah itu, masalah-masalah ini. Jadi, jangan terlampau banyak sangat. Kerajaan dah nak tolong tu, bagi betul-betul. Okey, yang pertama.
Yang kedua, pasal Lembaga Tabung tadi tu. Jadi, banyak rugi tu pasal apa?
Jadi, kenalah, kena cari jalanlah. Kena cari jalan sebab saya tengok masa saya dulu dah memang, kalau nak kata jual aset, tak ada juga. Maknanya mungkin dulu bagus.
Tetapi sekarang ini kenapa jadi macam gitu? Jadi, saya cakap dalam Dewan ini supaya disemak balik. Bukan nak argue benda ini. Jadi, tolonglah. Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Okey, Yang Berhormat Ketereh. Saya sebut ya Tan Sri Pengerusi, memang kadang-kadang orang bangkitkan tentang dua perkara.
Bukan sahaja tentang kebajikan tapi tadi ada Lumut bangkitkan tentang kesihatan juga kerana — bagaimana kita menguruskan. Saya macam baru-baru ini masa di Ayer Kuning, pilihan raya kecil. Saya pergi ada seorang anggota veteran, isteri dia, di mana kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran menanggung segala keperluan pembedahan dan sebagainya lebih daripada RM200,000.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Itu sebab saya sebut. Angka yang kita nak luluskan ini bukan kecil kadang- kadang, bukan kadang RM1,000, RM2,000 tapi ratusan ribu. Sebab itu proses dokumen itu saya tak nafikan kadang-kadang mengambil masa kerana kita harus dapatkan kepastian. So, dapatkan pengesahan. Saya dah pergi hampir lebih daripada 100 rumah veteran melalui Program Peduli Veteran dan kita tahu bahawa ada sesetengah itu memang membangkitkan soal, dia tunjuk dokumen ini saya dah itu.
Jadi, saya ada pegawai-pegawai saya lihat balik, tengok beberapa dokumen.
Saya tak nafikan memang banyak keperluan dokumen itu tetapi kita tahu bahawa kita ada 300,000 veteran. Dan memang tadi ada dibangkitkan juga oleh Lumut ya. Di Jabatan Hal Ehwal Veteran itu nak menguruskan 300,000 ini tidaklah mudah ya dari segi dokumen dan sebagainya. Sebab itu saya fikir — dan untuk makluman juga.
Mungkin dari segi kesihatan itu perlukan dokumen yang banyak. Tetapi dari segi kebajikan itu, saya tak fikir dia merupakan satu yang agak rumit. Cuma kita memang ada — untuk makluman semua melalui VIBES kita, kita memang ada beberapa proses untuk kita berkongsi maklumat.
Pertama dengan PERKESO. Saya tak nafikan kadang-kadang kita dalam VIBES kita, pendapatan kita — mungkin kita boleh isytihar pendapatan kita kosong.
Tetapi kalau dia ada di PERKESO, pendapatan dia ada maklumat dan seumpamanya, itu memang sukar bagi kita. Jadi, kita kadang-kadang ada cross — jadi itu sebab kadang-kadang ada yang tak dapat maklumat. Begitulah juga kita kalau kita lihat di Jabatan Kebajikan Masyarakat, bantuan-bantuan yang kita berikan itu, kita cross juga maklumat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tujuannya apa? Tujuan bagi saya, kalau data kita tepat dan kumpulan sasar kita tepat, tak ada sebab kalau mereka yang layak menerima Bantuan Sara Hidup itu mereka tak diberikan. Bagi saya. Tapi, apa yang disebutkan oleh Ketereh itu ada yang tertinggal. Ada. Ada kadang-kadang balu yang saya pergi di Sarawak di rumah panjang. Ada kadang balu dia tak ada maklumat pun. Dia tak tahu bahawa dia layak untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup.
Kalau balu dia akan dapat RM300 sebulan. Kalau anggota tak berpencen dia dapat RM500 tapi kalau kepada balu yang tak berpencen itu dia akan dapat RM300.
Tapi ada beberapa kes di mana mereka tidak punya maklumat dan persatuan veteran pun tidak dapat capaian kepada mereka. Mereka mungkin duduk di kawasan luar bandar dan tidak berinteraksi dengan persatuan, mereka bukan menjadi ahli persatuan. Sebab itu kita bukan sahaja — macam tadi disebut. Bukan sahaja memanfaatkan anggota di Jabatan Hal Ehwal Veteran tapi saya fikir di persatuan-
Tuan Haji Adly bin Zahari
persatuan veteran yang menjadi antara tulang belakang kita juga yang menyampaikan maklumat-maklumat ini juga sebahagian daripada tanggungjawab kita memastikan bahawa bantuan kebajikan itu dapat kita laksanakan. Tan Sri Yang di-Pertua itu...
Tuan Pengerusi
Menteri boleh landing pukul 7.00 tak?
Tuan Haji Adly bin Zahari
Pukul 7.00 ya? Boleh. Boleh.
Tuan Pengerusi
Boleh eh?
Tuan Haji Adly bin Zahari
Saya dah nak hampir landing dah ni.
Tuan Pengerusi
Okey.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Jadi untuk Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun kepada perkara-perkara tadi ada dibangkit ada banyak juga yang dibangkitkan tentang industri, tentang saya yang nak sebut sedikit tentang Bentong bangkitkan tentang MyWIRA itu. Saya tak nafikan. MyWIRA itu saya tak nafikan MyWIRA itu ialah satu contoh yang terbaik di mana kita membawa veteran kita ke industri berteknologi tinggi.
So, kita mulakan dengan KESUMA, melalui TalentCorp dan ini sebenarnya antara perkara-perkara yang kita berikan keutamaan. Sebab itu, kalau kita tengok dalam bajet ini memang ada kita bajet kan untuk bawa veteran angkatan tentera kepada AKPS.
Tadi ada dibangkitkan juga masa KDN berbicara tadi tentang sempadan pintu masuk kita ini dan kita tahu bahawa memang kita bajetkan dalam belanjawan kita ini iaitu kita daripada 200 kekosongan itu, kita akan membawa anggota antaranya adalah JJK kita, komando kita di kalangan veteran ini. Begitulah juga di kalangan PASKAL dan PASKAU kita dan juga PARA kita untuk mereka menjaga pintu sempadan kita seperti mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam belanjawan itu.
Batu Pahat ada membangkitkan tentang hidrografi, saya fikir — tujuan bajet melalui 030500 ini untuk makluman Batu Pahat adalah bagi tujuan pemetaan kerana kita harus teruskan pemetaan ini kerana kita tahu bahawa pemetaan ini ada terkait juga tentang kedaulatan dan garis sempadan negara kita. Dia penting bagi kita.
Kerana bukan sahaja bagi tujuan lokasi dan tujuan Zon Bebas Maritim kita, tapi dalam masa yang sama dia ada terkait juga dengan kedaulatan dan masa depan negara kita.
Dan Padang Serai tadi bangkitkan tentang PLKN. Saya mungkin ingin maklumkan bajet PLKN kita yang dimaksudkan dia dan saya fikir ada banyak juga yang bangkitkan tentang PLKN itu. Dia banyak terkait dengan pengurusan
Tuan Haji Adly bin Zahari
keseluruhan PLKN. Kita tahu bahawa tahun lalu dan tahun ini permulaan kepada PLKN, tetapi pada tahun hadapan dia ada dua bajet untuk PLKN. Satu pengurusan kepada PLKN, yang kedua memang kita masukkan dalam bajet pembangunan itu adalah bagi kita menaik taraf kem-kem PLKN kita. Sebab itu kalau kita lihat kebanyakan bajet ataupun belanjawan yang kita gunakan untuk PLKN ini adalah untuk pengurusan PLKN.
Adapun laporan yang terkait dengan PLKN saya fikir pandangan Ledang itu kita ambil maklum ya kerana kita tak ada apa yang mahu sembunyikan selain kalau kita lihat respons daripada peserta PLKN ini agak baik. Kerana sebab itu kalau kita lihat macam tadi Ledang pun— Ledang ada bangkitkan tentang bagaimana kita mahu melihat bahawa PLKN itu dilaksanakan secara telus perbelanjaan kita dan saya fikir tidak ada yang mahu kita sembunyikan daripada pelaksanaan PLKN itu.
Dan Tangga Batu— sedikit untuk Tangga Batu. Berdasarkan 08400 itu sama ada perumahan dan projek kita. Memang kita tahu bahawa kita dan lantik consultant di Kem Terendak itu dalam proses itu kita pastikan bahawa pembangunan, pembetungan ataupun saliran paip air di Kem Terendak itu dapat kita gantikan.
Semenjak kem itu ditubuhkan dia tidak ditukar, saya fikir bajet yang diperuntukkan sebanyak RM33 juta itu dapat kita manfaatkan supaya sistem air di kem itu dapat kita perbaiki pada masa akan datang. Dia dalam progress untuk makluman Tangga Batu.
Adapun Tanjung Karang dia bangkitkan perkara-perkara yang detail itu saya fikir mungkin kita bagi jawapan bertulis kepada Tanjong Karang. Biar lebih banyak juga persoalan-persoalan yang terkait dengan persoalan teknikal.
Itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Saya ucap terima kasih kepada semua yang telah memberikan makluman dan persoalan yang terkait dengan Kementerian Pertahanan ini di peringkat Jawatankuasa ini dan harapan saya agar kita dapat melaksanakan dan memastikan bahawa kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia dapat diperkasa serta kebajikan anggota dan warga veteran ATM kekal terjaga. Itu sahaja, Tan Sri pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Tan Sri, peraturan.
Tan Sri, saya sebenarnya nak minta penumpuan, Peraturan 36(4) iaitu kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa yang kurang sopan untuk membuat penyataan yang seksis. Begini, Timbalan MENHAN tadi ada bagi teguran kepada saya, sebab saya ada menggunakan perkataan “luar tabii”, tapi dalam konteks yang
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
positif. Jadi saya nak minta pedoman daripada Tan Sri apakah perkataan seperti ini tidak boleh diguna?
Tuan Pengerusi
Bila kejadian itu? Bila?
Tuan Haji Adly bin Zahari
Tadi. Tadi. Sekejap tadi.
Tuan Pengerusi
Okey.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Saya ada berbahas tadi. Saya kata dalam konteks macam ini. Jangan pula ada kejadian yang pelik dan luar tabii yang berlaku pada masa hadapan, lain yang diuji nilai lain yang dibeli ataupun tiada uji nilai, beli terus tanpa tengok katalog. Dalam konteks yang jadi konteks yang tidak bermaksud yang bermaksud negatif.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Jadi, apabila Timbalan MENHAN mengatakan janganlah guna perkataan “luar tabii” itu saya rasa — sebab itu saya minta pedoman. Adakah perkataan- perkataan seperti ini boleh atau tidak boleh? Seperti Tan Sri kata orang Kedah.
Kadang orang Kedah — terima kasih.
Tuan Pengerusi
Dia sebenarnya YB, orang yang mengucap itu tahu apa yang dalam hati dia. Kalau dia rasa benda itu dia nak luahkan perasaan negatif, jadi negatiflah. Kalau dia rasa nak jadi positif, positiflah. Tuhan lebih tahu apa yang ada dalam hati YB. Jadi, saya tak mahu debate pasal itu ialah isu Tuhan dengan YB.
Okey.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya dalam niat positif.
Tuan Pengerusi
Ha, kalau niat positif, saya terima. Okey.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Jadi, Timbalan MENHAN jawab menggulung A plus, tapi saya tak ada lah saya minta suruh tarik balik, tapi saya niat dalam keadaan yang positif. Terima kasih.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri itu daripada Amanah itu.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi
Baik. Ramai yang berpuasa hari ini, jangan lagi lewat. Kita nak buka puasa dah, okey. Masalah ialah sejumlah RM14,108,301,700 untuk Kepala B.60 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.60 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalahnya bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.60 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.60 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 27 November 2025. [Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.02 malam]