Nov252025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat pagi. Ahli Yang Berhormat, saya suka nak memberitahu Majlis ini iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia baginda telah memperkenankan akta-akta seperti berikut:

(i) Akta Fi (Feri Pengkalan Kubor) (Pengesahan) 2025;

(ii) Akta Kehadiran Wajib Pesalah-pesalah (Pindaan) 2025;

(iii) Akta Pendidikan (Pindaan) 2025;

(iv) Akta Pendaftaran Negara (Pindaan) 2025;

(v) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

(Pindaan) 2025;

(vi) Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025;

(vii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 2025;

(viii) Akta Racun (Pindaan) 2025;

(ix) Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025;

(x) Akta Suruhanjaya Tenaga (Pindaan) 2025;

(xi) Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025;

(xii) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025; dan

(xiii) Akta Pelesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Pernyataan. Peraturan mesyuarat. Saya rujuk 24A iaitu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Yang Berhormat Tan Sri, saya telah beberapa kali sebagai Ketua Whip di pembangkang membangkitkan mengenai pengagihan soalan-soalan Pertanyaan Menteri ini. Saya nak— I want to put on record. For the last two MQT, pembangkang satu soalan pun tak ada ini. 20 November, kita dah hantar empat soalan. Kalau dulu Tan Sri kata satu tak padan, empat soalan, satu pun tak naik. Untuk hari ini, kita hantar tiga soalan.

Soalan-soalan pula soalan semasa Tan Sri.

Sebagai contohnya daripada Sik, berkaitan dengan apa yang berlaku di Bangkok, protes terhadap Malaysia. Kita nak tahu apa sebenarnya keadaan berlaku di sana. Daripada Padang Terap dan Setiu mengenai ancaman banjir. Jadi, apa cerita? Kita nak kena itu lagi ke? Jadi, I want to put on record-lah that none of the question ini from pembangkang.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Kota Bharu. Dalam rekod saya jelas.

Ada senarai pembangkang, ada senarai backbenchers yang mewakili kerajaan.

That’s why I am concern Tanjong Karang is still a pembangkang. Jadi, untuk itu, Kota Bharu pernah jadi Menteri. Jadi, as long as much as possible, saya akan accommodate semua orang. Tetapi pada dasarnya, ia nya mestilah berlaku adil.

Jadi, untuk itu Tanjong Karang masih lagi pembangkang. Terima kasih Kota Bharu.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih. Tan Sri, cuma satulah. Minggu lepas Gua Musang. Dia orang ada enam orang je, kami 68 orang. Kali ini Tanjong Karang pula. Tak apalah nak bagi tapi janganlah sampai menafikan terus. Soalan Tanjong Karang...

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kalau selain...

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Kami tak ada–– tak boleh tanya soalan tambahan. Apa ini backbenchers je tanya.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah, saya akan berikan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Insya-Allah, saya berikan hari ini. Untuk rekod, kalau Kota Bharu tengok, sebelum-sebelum ini mereka juga jarang dapat soalan.

Selalunya saya berikan kepada yang majoriti sebelah sini. Jadi, to be fair, sekarang

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

ini saya berikanlah juga kepada mereka kerana mereka masih lagi pembangkang.

Baik, saya mulakan dengan...

draft • 10:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Cuma, Speaker. Tambahan tadi, cuma minta ihsan.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ihsan diberikan insya-Allah.

draft • 10:00 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Ihsan daripada Speaker untuk pihak kami. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Terengganu, ihsan granted. Don’t worry. Thank you very much. Tuan Tan Hong Pin, Bakri. Silakan.

draft • 10:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tan Sri Yang di-Pertua, hari ini adalah Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita dan semalam Tan Sri telah memberi ingatan untuk memakai oren tetapi saya tidak menyediakan pakaian oren atau tie oren. Sebagai tanda sokongan, saya bawa jus oren.

[Sambil menunjukkan secawan jus oren] [Ketawa]

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tapi jangan minum dalam ya. Tunjuk sahaja.

draft • 10:00 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya letak sebagai tanda sokongan.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

Awan mendung berarak di langit pagi, Risiko banjir menambah beban; Pelbagai cukai rakyat rasa dibebani, Sesi MQT harap dapat jawapan.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Kewangan menyatakan mekanisme pengutipan SST atau cukai lain daripada transaksi atas talian yang melibatkan penjual/portal luar negara:

(a) berapakah jumlah yang dikutip daripada transaksi atas talian bagi 2021, 2022, 2023, 2024, 2025; dan

(b) apakah barangan import melalui portal luar yang dikecualikan SST dan apakah justifikasinya.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:00 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tan Sri Yang di- Pertua, pelaksanaan Cukai Jualan Ke atas Barangan Bernilai Rendah (LVG) dan Cukai Perkhidmatan Ke atas Perkhidmatan Digital Luar Negara (STODS) merupakan

draft • 10:10 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

sebahagian daripada strategi kerajaan untuk memperkukuhkan pematuhan cukai dalam ekonomi digital yang semakin berkembang dan kompleks.

Kedua-dua mekanisme ini dilaksanakan bagi menangani isu ketirisan hasil yang berlaku sebelum ini, di mana banyak transaksi digital dan rentas sempadan tidak berada dalam rangkuman cukai negara. Pengenaan cukai jualan ke atas LVG yang dibeli secara dalam talian daripada penjual luar negara dilaksanakan bagi memastikan sistem percukaian negara kekal adil dan relevan dengan perkembangan ekonomi digital.

Sebelum pelaksanaan LVG, barangan import bernilai RM500 ke bawah boleh memasuki pasaran tempatan tanpa dikenakan cukai jualan, sedangkan peniaga tempatan terpaksa menanggung cukai serta pelbagai kos operasi. Keadaan ini bukan sahaja menunjukkan ketidakseimbangan dalam pasaran, malah berpotensi menjejas daya saing peniagaan tempatan serta mengurangkan hasil daya negara.

Oleh itu, di bawah LVG, jurang tersebut telah berjaya diseimbangkan di mana penjual dalam dan luar negara kini tertakluk dalam kenaan cukai jualan. Ini bermakna pengguna Malaysia tidak lagi melihat barangan import yang dahulunya tidak tertakluk kepada cukai jualan lebih murah semata-mata disebabkan oleh faktor kenaan cukai jualan.

Layanan level playing field ini dengan izin, juga memberi jaminan kepada peniaga tempatan bersaing secara adil berdasarkan kualiti, nilai dan perkhidmatan yang ditawarkan dan bukan disandar kepada aspek harga semata-mata. Cukai perkhidmatan ke atas STODS pula diperkenalkan dengan tujuan untuk mewujudkan level playing field antara penyedia perkhidmatan digital tempatan yang tertakluk kepada cukai perkhidmatan berbanding penyedia perkhidmatan luar negara yang sebelum STODS diperkenalkan, tidak tertakluk kepada cukai kenaan perkhidmatan.

Oleh itu, STODS ini dikenakan ke atas semua penyedia perkhidmatan asing tanpa mengira negara penyedia perkhidmatan yang memenuhi kriteria dengan penyedia perkhidmatan digital kepada pengguna di Malaysia. Melalui mekanisme ini, penyedia perkhidmatan digital luar negara seperti Netflix, Apple, Microsoft, Google dan lain-lain diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Serta memungut dan menyerah cukai perkhidmatan apabila perkhidmatan mereka digunakan oleh pelanggan di Malaysia.

Usaha ini memastikan penyedia perkhidmatan luar negara memikul tanggungjawab cukai yang setara dengan penyedia tempatan serta mewujudkan persekitaran pasaran yang adil dalam ekosistem digital. Jumlah hasil yang berkaitan

draft • 10:10 AM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

dengan transaksi digital STODS dan LVG bagi tahun 2021 hingga 2024 adalah seperti berikut.

Untuk LVG tahun 2024, 476 juta. Bagi STODS tahun 2021, 802 juta. Tahun 2022, 999 juta. 2023, 1.15 bilion. Tahun 2024, 1.62 bilion. Untuk maklumat Yang Berhormat, tiada pengecualian cukai jualan diberikan ke atas barangan yang diimport melalui portal luar negara. Pengecualian cukai jualan terpakai ke atas barangan yang disenaraikan di bawah Perintah Cukai Jualan 2025 tanpa mengira sama ada barangan tersebut diimport atau dibeli daripada pengeluaran tempatan.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bakri.

draft • 10:10 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan tersebut.

Tan Sri Yang di-Pertua, Bakri membawa soalan ini sebab ada aduan daripada peniaga-peniaga tempatan di mana mereka mengatakan bahawa apabila mereka mencuba membeli barangan daripada Taobao, ya daripada Taobao, mendapati bahawa ada sesetengah produk apabila checkout iaitu apabila ingin membayar itu, tiada tertera di mana SST dikenakan.

Secara tidak langsung, ini telah memberikan satu tawaran harga yang lebih murah berbanding dengan industri-industri tempatan, di mana industri-industri tempatan terpaksa ataupun dikehendaki membayar cukai-cukai selain daripada SST termasuk cukai-cukai lain di dalam negara ini.

Jadi, secara tidak langsung seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, keadaan ini telah mengurangkan daya saing industri tempatan. Jadi, tadi Menteri kata perkara ini tidak berlaku di mana semua dikenakan cukai jualan.

Tetapi bagaimanakah fenomena ini masih berlaku di dalam portal dan apakah usaha kerajaan yang diberi— yang dibekalkan kepada peniaga-peniaga tempatan, industri- industri tempatan untuk supaya mereka lebih berdaya saing, terutamanya dalam dunia yang semakin sengit ini dan terutamanya dalam portal e-dagang rentas tempatan ini?

Jadi, adakah apa-apa insentif cukai ataupun geran padanan ataupun geran pendigitalan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk— kita kata, memperkasakan industri-industri tempatan ini? Sekian, terima kasih. Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Bakri atas soalan tadi. Tan Sri Yang di-Pertua. Kerajaan amat memahami kebimbangan

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

peniaga tempatan berhubungan dengan persaingan yang timbul daripada kemasukan barangan import melalui platform atas talian.

Bagi memastikan persaingan lebih seimbang antara peniaga tempatan dan luar negara, di platform dalam talian, kerajaan telah melaksanakan Cukai Barangan Bernilai Rendah (LVG) mulai 1 Januari 2024 pada kadar 10 peratus. Pelaksanaan ini menutup jurang cukai sedia ada, di mana barangan di bawah talian— bawah nilai tersebut yang diimport sebelum ini tidak dikenakan cukai jualan. Sedangkan barangan tempatan tertakluk pada cukai tersebut.

LVG juga memastikan semua barangan sama ada tempatan atau diimport dikenakan layanan cukai yang setara sekali gus mewujudkan level playing field kepada peniaga tempatan. Ini bermakna pengguna di Malaysia tidak lagi melihat barangan import yang dulunya tidak tertakluk pada cukai jalan lebih murah semata- mata disebabkan oleh faktor cukai jualan.

Layanan level playing field ini, memberi jaminan kepada peniaga tempatan bersaing secara adil berdasarkan kualiti, nilai dan perkhidmatan yang ditawarkan dan bukan sekadar aspek harga semata-mata.

draft • 10:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Melalui pendekatan ini, kerajaan memastikan bahawa penjual tempatan tidak dibebani secara tidak adil, malah diberikan sokongan daripada sudut kos pengeluaran sambil memastikan barangan import tertakluk kepada mekanisme cukai yang setara dan adil.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Sejajar dengan usaha memastikan persaingan yang adil ini, kerajaan juga menambah baik pakej insentif dan sokongan kepada PKS serta PMKS. Kadar cukai pendapatan korporat yang lebih rendah untuk perusahaan kecil dan sederhana PKS iaitu 15 peratus bagi 150,000 pertama pendapatan bercukai dan 17 peratus bagi 450,000 berikutnya berdasar— berbandingkan kadar biasa 24 peratus bagi syarikat bukan PKS.

Selain itu, kerajaan juga menyediakan insentif cukai bagi pelaburan dalam automasi pendigitalan, potongan cukai bagi perbelanjaan latihan pekerja serta geran pendigitalan kepada PMKS. Skim pembiayaan mudah dan sokongan teknikal melalui agensi seperti SME Corp, MDEC, MATRADE bagi membantu peniaga tempatan menyesuaikan diri dalam persekitaran e-dagang.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Masa yang sama, barangan import dipastikan tertakluk kepada mekanisme percukaian yang setara bagi mewujudkan medan persaingan yang lebih adil. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Mas.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Muar.

draft • 10:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Yang Berhormat Menteri, apabila kita bincangkan soal pengecualian cukai, pemberian insentif, kutipan cukai, soal keadilan itu adalah soal yang teramat penting.

We need to address ‘the elephant in the room’. Pada masa ini, Kementerian Kewangan, khususnya melalui Menteri Kewangan, ada kuasa yang sangat besar melalui seksyen 127, subseksyen (3A) yang memberikan autonomi ataupun kuasa sepenuhnya kepada sesiapa yang menduduki kerusi Menteri Kewangan untuk memberikan pengecualian cukai kepada sesiapa pun, mana-mana syarikat pun, walaupun jumlah penghutang cukai itu boleh cecah ratusan juta ringgit, tetapi dengan satu tandatangan, pengecualian itu boleh diberikan.

Walhal, kalau anak muda tidak bayar PTPN, boleh disenaraihitam. Seorang makcik Kiah, tidak bayar cukai yang kecil pun, kena senarai hitam, tak boleh pergi ke luar negara. Pelbagai jenis punitive action will be taken. Tetapi kalau ada syarikat gergasi billionaire yang hutang kepada rakyat melebihi ratusan juta, dengan satu surat, one waiver, boleh diberikan. Dan saya tak nak salahkan hanya kerajaan pada hari ini.

draft • 10:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Ini tradisi daripada satu kerajaan ke kerajaan yang lepas. It has been done by many different Prime Ministers.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya?

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Soalannya, saya ada tiga cadangan yang sangat penting kerana isu ini kalau tak diselesaikan akan berterusan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan ke cadangan?

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Pertama, adakah— Cadangan dan soalan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan ke cadangan?

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Cadangan dan soalan, Tan Sri Speaker...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

...Sebab kita bicarakan soal cukai. Yang pertama, adakah kerajaan akan mengisytiharkan sesiapa ataupun mana-mana syarikat yang telah pun mendapat exemption sebegini? Dan to be fair to government, bukan setakat bagi kerajaan pada hari ini, termasuk kerajaan- kerajaan terdahulu. Berapa jumlah pungutan cukai yang telah kita terlepas kerana surat kuasa Menteri Kewangan ini?

Yang kedua, adakah kerajaan bersedia untuk memastikan kalau Menteri Kewangan ingin memberikan pengecualian besar sebegini, ia perlu dibuat dengan telus. Sebagai contohnya, setiap tahun perlu diisytiharkan syarikat ataupun individu mana yang akan dapat atau membawa ke dalam mana-mana Select Committee untuk dibincangkan dan diperhalusi.

Yang terakhir, untuk memastikan bahawa tidak ada pertindihan kepentingan kerana ada analisa menunjukkan bahawa individu yang mendapat pengecualian cukai yang besar ini membuat deal terus memberikan sumbangan politik yang sangat besar kepada mana-mana parti politik. Again, ia bukan setakat bagi kerajaan pada hari ini, daripada kerajaan-kerajaan terdahulu. Adakah kerajaan bersedia untuk melakukan tiga cadangan ini? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Muar atas soalan tersebut. Kalau kita tengok soalannya memang banyak area yang nak dicadangkan dengan ini semua tapi saya ambil pendekatan untuk menerangkan dari segi prinsipnya. Dari segi prinsipnya, kalau kita memberi pengecualian cukai dia kerana kalau kita ada faedah yang diterima daripada negara. Ini termasuk kalau kita bagi pengecualian cukai dari segi insentif-insentif seperti pioneer status yang kita ada. Bila pelaburan yang masuk ke dalam negara untuk menarik pelaburan ke dalam negara, jadi kita ada period yang kita membenarkan pengecualian cukai.

Kadang-kadang kita tak bagi ke sepenuhnya, kita bagi sebahagian sahaja.

Tapi ini penting kerana kita bersaing dengan negara-negara luar untuk menarik perdagangan yang masuk. Jadi, dari segi Menteri Kewangan dia tidak memberi sewenang-wenangnya dengan surat yang diberikan. Jadi, kena melalui proses.

Jadi, bila ada pelaburan yang nak masuk, dia kena masuk dengan national investment punya committee, dilihat sama ada dia penting ke tak dan kita lihat dasar cukai yang kita ada, yang boleh tak kita bagi untuk menarik dia masuk.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Jadi, saya memberi jawapan dari segi prinsipnya macam inilah kita buat dalam kerajaan dan saya rasa kerajaan juga telah buat dengan beberapa cara ini dari tahun ke setahun. Untuk penambahbaikan, kita akan sentiasa melihatlah kalau ada cara-cara lain, penambahbaikan yang kita boleh buat dan saya terima untuk cadangan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Mas boleh?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Pasir Mas.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya pakai pun ala oren ya, tunggu Kota Raja bagi percuma. Menteri, laporan DOSM menunjukkan bahawa isi rumah pendapatan B40 dan M40 ini mereka terdedah kepada risiko yang besar sekiranya berlaku perubahan harga barang keperluan dan 47 peratus rakyat Malaysia membeli barangan e-Dagang pada harga RM100 bawah. Semuanya kena cukai yang disebut sebagai LVG tadi, casing telephone, stoking, peralatan dapur dan sebagainya.

Kerajaan pula telah batalkan pelaksanaan cukai barangan mewah ganti dengan HVGT iaitu High Value Goods Tax yang mana ia terkena pada kategori tertentu sahaja. Barangan seperti beg premium, kasut designer dan fesyen berjenama T20 yang guna ini tidak ada kenaikan cukai tambahan. Jadi, bagaimana kerajaan pertahankan rasional mengenakan SST 10 peratus ke atas barangan yang digunakan oleh B40 dan M40 tapi barangan yang mewah pula mereka dikecualikan daripada SST.

Kemudian, Menteri pun tahu bahawa bagaimana syarikat-syarikat luar ini mereka yang melepasi ambang RM500,000 setahun, mereka bergantung kepada self-declaration sahaja, berdasarkan borang yang ditandatangani tapi syarikat tempatan perlu kepada proses-proses yang begitu ketat dalam negara.

Jadi, bolehkah kerajaan berikan, dedahkan berapa ramai penjual luar negara yang benar-benar berdaftar sebagai registered seller di bawah LVG dan SST?

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas kerana soalan tadi kan. Kalau kita tengok dari segi apa yang kita buat daripada kerajaan ya, kita mengenakan LVG kerana kita nak level playing field untuk peniaga- peniaga tempatan dan kerana tu kalau orang import barang-barang low value goods dia dikenakan. Dan dikenakan pada tahap 10 peratus yang lebih tinggi pada dan

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

kalau kita berbandingkan daripada setengah daripada SST yang kita kenakan. Jadi, kita memberi sedikit penekanan kepada peniaga tempatan.

Memang ada dulu cadangan untuk membuat HVG, High Value Goods Tax. Tapi bila kita dah memperluaskan SST dan kita memperluaskan pada barangan- barangan yang tertentu, kita target benda-benda yang kita klasifikasikan sebagai benda yang barangan pilihan, bukan barangan asas.

Jadi, rakyat terbanyak dijaga kerana tidak dikenakan kenaikan untuk barangan asas, tapi barangan pilihan dikenakan bila kita lebarkan SST. Jadi, itulah pendekatan yang kita buat daripada kerajaan. So, tak payah kita kenakan HVG ini kerana telah dimasukkan bila kita melebarkan daripada segi tax yang kita buat hari itu.

Kalau kita tengok daripada bilangan orang berdaftar, saya bagi beberapa nombor lah tapi nanti saya dengan bertulis saya tunjuk kesemuanya. Untuk bilangan orang berdaftar dalam segi e-Dagang. Untuk Amerika Syarikat, 147 orang ataupun syarikat dan untuk Singapura, 123. Untuk United Kingdom, 65, untuk negara seperti Germany, 14 dan semua sekali yang kita nampak yang dah berdaftar buat masa sekarang, 493 orang.

Kalau kita tengok daripada segi kutipannya pun, dia mengikut jualan yang ada di dalam negara. Kalau tengok daripada SToDS tadi, Singapura yang paling banyak, 1.113 bilion, Ireland, 481, Amerika Syarikat hanya 185. Semua sekali kalau kita tengok untuk tahun 2024, 2.096 bilion. Jadi, usaha kita untuk mengenakan untuk SToDS ini memang dah berjaya menaik ke fasal dulu, masa 2021 hanya RM800.1 juta. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Kapten Dato' Dr.

Zulkafperi bin Hanapi, Tanjong Karang.

draft • 10:20 AM

2. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) [Tanjong Karang]: Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tanjong Karang minta Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan apakah langkah kementerian bagi menangani hasil sawah yang rendah, kebanjiran warga asing serta isu tanaman kontan di sawah padi susulan kebanyakan petani semakin menua dan anak muda yang berkerjaya di luar serta hasil pengeluaran padi yang rendah yang mendorong kepada kebanjiran warga asing yang menyewa dan mengusahakan sendiri sawah atau tanaman kontan di beberapa lokasi terutama di Tanjong Karang. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman purata hasil padi bagi negeri

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Selangor adalah 4.185 tan metrik per hektar pada 2024, merosot sebanyak 8.56 peratus berbanding 4.577 tan metrik per hektar pada tahun 2023.

Tanjong Karang merupakan antara kawasan yang turut terlibat dalam penyusutan hasil ini. Antara punca kemerosotan adalah seperti berikut.

Pertama, pada luar musim 2024, sawah padi telah mengalami serangan perosak seperti ulat pengorek batang dan bena perang. Berdasarkan bancian, keluasan serangan di sawah sempadan melibatkan bena perang seluas 17.71 hektar, manakala di Sungai Burong serangan bena perang meliputi 55.05 hektar dan serangan ulat pengorek batang seluas 13.21 hektar.

Sementara itu, pada musim utama 2023-2024, serangan penyakit karah dan hawaq daun dikesan pada peringkat berbunga di kawasan sawah sempadan Pasir Panjang yang telah menyebabkan kehilangan hasil padi sehingga 80 peratus.

Fenomena kemarau ribut dan banjir yang semakin ekstrem yang menjejaskan kestabilan pengeluaran. Banjir menyebabkan kerosakan fizikal pada tanaman padi, penurunan hasil tuaian dan kerugian ekonomi yang besar dan banjir sedang melanda di Selangor sekarang ini.

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Angin kencang ribut menyebabkan padi rebah dan kadangkalanya penuaiannya itu tidak dapat diambil kesemuanya. Kerosakan sektor tanaman menyebabkan daun dan tangkai padi boleh koyak atau patah, mengurangkan keupayaan fotosintesis dan pembentukan bijirin. Ketiga, keadaan infrastruktur pengairan yang usang serta pergantungan sepenuhnya kepada Sungai Bernam sebagai sumber bekalan air utama menimbulkan cabaran besar dalam usaha memastikan kelestarian pengeluaran padi.

Bagi mengatasi isu penyusutan hasil padi, antara langkah yang diambil, memperkasa aktiviti pengembangan di lapangan bagi memastikan teknologi, amalan terbaik dan maklumat terkini dapat disampaikan secara berkesan kepada pesawah- pesawah serta komuniti pertanian. Memberi pendedahan kepada pengurusan risiko penyakit, iklim serta menggalakkan amalan pertanian lestari pengurusan sawah yang cekap.

Menaik taraf Kolam Takungan Parit 4 di Sungai Haji Dorani bagi meningkatkan kapasiti simpanan air dan menjamin kelestarian bekalan pengairan sawah padi. Yang keempat, menaik taraf sistem pengairan dan saliran pertanian di Peket 20 kawasan Skim Pengairan Panchang Bedena, Sungai Haji Dorani serta Sungai Nipah bagi

draft • 10:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

memastikan kecekapan agihan air dan mengurangkan risiko gangguan bekalan kepada pesawah.

Yang ketiga, berhubung dengan kebanjiran warga asing. Kementerian tidak menafikan bahawa terdapat warga asing yang diupah oleh pemilik tanah bagi melaksanakan kerja-kerja seperti menabur benih, membaja, meracun, melakukan semaian padi serta mengusahakan tanaman kontan di kawasan sawah.

Walau bagaimanapun, secara umumnya isu tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Secara khusus, berkaitan tanah sawah padi yang disewakan kepada warga asing. Terdapat kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap pemilik tanah disebabkan oleh penyewaan kepada warga asing tidak didokumentasikan secara rasmi oleh pihak pemilik tanah tersebut.

Kebanjiran warga asing dalam isu ini, memerlukan penyelesaian tadbir urus yang teliti dan melibatkan kerjasama rentas kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Tanjong Karang, soalan tambahan.

draft • 10:30 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas penerangan yang panjang lebar. Memandangkan tanaman kontan terbukti lebih menguntungkan petani, Tanjong Karang mencadangkan agar sawah-sawah padi yang penghasilannya kurang daripada tiga tan sehektar, diberikan kebenaran sementara selama tiga tahun sekurang-kurangnya untuk beralih kepada tanaman kontan.

Tempoh ini penting bagi membolehkan proses pemulihan tanah sawah itu berlaku secara semula jadi sebelum kembali kepada penanam padi. Saya juga ingin menegaskan, Jabatan Pertanian tidak boleh lepas tangan. Bantuan asas seperti benih, baja dan racun mesti diteruskan kepada pengusaha tanaman kontan.

Jangan ulangi keadaan yang berlaku sekarang. Bila pesawah beralih kepada tanaman kontan, mereka seolah-olah lepas tangan, dibiarkan tanpa sebarang sokongan macam tidak layak lagi menerima bantuan. Sedangkan, merekalah kumpulan yang sedang berusaha keluar daripada perangkap kemiskinan hasil padi yang rendah.

Antara contoh di sini, Encik Suriati bin Supian [Sambil memegang sekeping gambar], tanaman kontan jagung manis tergenang oleh banjir. Encik Mohd Sani [Sambil memegang sekeping gambar] , tanaman kontan kasturi enam hektar tergenang dan musnah kerana banjir dan begitu juga Wak Mastor [Sambil memegang sekeping gambar], tanaman kontan jambu yang musnah akibat banjir dan di manakah mereka-

draft • 10:30 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

mereka ini boleh mengadu dan untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Satu-satu tanah yang diusahakan dan berdasarkan kepada undang-undang Kanun Tanah. Untuk Yang Berhormat, di bawah undang-undang tanah di Malaysia, khususnya di bawah Kanun Tanah Negara 1965, status geran tanah yang bertujuan pertanian dengan syarat nyata untuk tanaman tertentu seperti padi perlu dipatuhi. Jika syarat nyata adalah khusus untuk padi, maka penggunaan tanah tanaman kontan dianggap melanggar syarat tersebut.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang boleh ubah syarat tanah itu ialah kerajaan negeri kecuali setelah mendapat kebenaran khas daripada pihak berkuasa negeri untuk mengubah syarat. Kalau tak mengubah syarat, maka kementerian ini mengikut Kanun Tanah 1965. Kementerian mengambil maklum cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tanjong Karang berhubung dengan supaya tanah sawah dengan menghasilkan kurang daripada tiga tan metrik per hektar diberi kebenaran sementara untuk beralih kepada tanaman kontan, ditegaskan bahawa dasar KPKM adalah untuk mengekalkan tanaman padi.

Bahkan sekarang ini pun kita hadapi masalah, kita biasa mencapai SSR padi paling tinggi 71 percent, sekarang tinggal 56 percent. Oleh itu kawasan padi, cuba diperbanyakkan. Saya cuba pergi ke mana-mana tempat yang ada tanah terbiar, kita usahakan untuk memulihkan tanaman padi seperti kita pergi ke Setiu, di sana ada 1,500 ekar yang kita nampak perlu dibangunkan padi di situ. Begitu juga, kita pergi ke Sabah, di mana kita cuba memulihkan kawasan sawah di situ.

Oleh itu, kawasan sawah, kita cuba kekalkan dengan kita memberi berbagai- bagai insentif kepada penanaman padi. Kalau soal pengairan berkurangan dan sebagainya, itu memang tanggungjawab kerajaan untuk membuat pengairan di situ.

Sebab kita sentiasa memberi bantuan kepada penanaman padi ini Skim Baja Padi, Skim Insentif Pengeluaran, Skim Baja dan Racun, Insentif Benih Padi Sah, Skim Subsidi Harga Padi, Insentif Penuaian Padi, Skim Takaful Tanaman Padi.

Ertinya, kalau bolehlah kita tak mahu kawasan padi itu berubah kawasan lain bahkan kita nak tambahkan. Alhamdullilah, semua kerajaan negeri saya nampak memberi kerjasama untuk kita menambahkan kawasan padi kerana ini masalah sekuriti makanan negara amat penting. Sekarang harga beras import rendah,

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

alhamdullilah. Tapi kalau berlaku satu perkara di luar negara, kita akan hadapi masalah seperti yang berlaku dua tahun yang lalu.

Sebab itu, hal kawasan padi ini kita usaha semua, Ahli Parlimen, kerajaan negeri, kita usaha memberi galakan supaya mereka kekal tanaman padi dan buka kawasan baru yang terbiar itu untuk dijadikan kawasan padi. Ini usaha yang penting untuk sekuriti makanan negara. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Shah Alam.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih juga kerana menyebutkan beberapa kawasan di jelapang padi Tanjong Karang tadi seperti Panchang Bedena, Sungai Nipah dan sebagainya.

Saya, rumah kampung saya memang terletak di kawasan padi di Sungai Nipah.

Alhamdullilah, hasilnya agak baik dan kita cuba ikut model yang dilakukan di Sekinchan. Cuma Tan Sri Yang di-Pertua, kita tahu bahawa antara cabaran pesawah padi ini menyebabkan hasil yang tidak sekata ini adalah kerana mereka membuat keputusan bersendirian. Contohnya, nak tanam jenis padi, benih padi yang lain, tidak sekata, masa untuk masukkan air, masa untuk membaja, meracun dan sebagainya.

Jadi Kerajaan Negeri Selangor, sefaham saya ada membuat pilot projek di beberapa tempat yang kurang hasil ini, yang kurang daripada tiga tan dengan mengadakan blok ataupun kelompok lebih kurang 100 ekar satu kelompok itu supaya dilakukan secara sekata dan ada kesepakatan di antara blok kawasan padi itu dengan pengairan yang sama, benih yang sama, racun, masa membaja dan seumpamanya.

Cuma, pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah model yang seperti ini juga dilakukan di tempat-tempat lain di jelapang padi yang lebih besar di Utara ataupun di Pantai Timur Semenanjung. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih kepada Shah Alam.

Walaupun dia kawasan Shah Alam bukan kawasan padi, tapi dia anak kawasan padi.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Memang sekarang usaha kita untuk membuka berskala besar. Sebenarnya telah diusahakan begitu lama sejak zaman Perdana Menteri yang kedua, yang ketiga terus berusaha tapi sambutan daripada petani kebelakangan ini agak nampak positif.

Sekarang ini baru di sekitar hampir tiga persen daripada pengusaha padi telah mula berskala besar dan didapati berskala besar ini mendatangkan hasil kebanyakannya lima tan ke atas.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kawasan-kawasan yang tinggi hasil ini di antaranya termasuk di Sekinchan.

Sekinchan tak berubah. Tujuh tan hingga 12 tan mereka perolehi setiap masa. Begitu juga di IADA Penang. Begitu juga di KETARA Terengganu, mempunyai hasil yang lima tan ke atas. Lain-lain tempat masih lagi di bawah termasuk di Kedah beberapa tempat berkelompok. Cuma skala besar ini sambutan daripada masyarakat baru mula sedikit nampak peningkatan dan juga kesediaan anak-anak muda untuk mengusahakan berskala besar ertinya 50 ekar ke atas.

Senang kita buat kawalan soal benih, soal pembajaan dan sebagainya dan ia menguntungkan telah ditemui mereka yang mengusahakan skala besar sekarang ini memang mula mencapai keuntungan. Ini Kota Bharu bukan ada bendang.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Kota Bharu.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya nak tanya soalan spesifik mengenai isu benih padi. Saya nak tanya apakah dasar kerajaan sekarang ini khususnya kementerian Yang Berhormat mengenai cadangan meminda Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 dan adakah Malaysia masih lagi serius untuk menyertai konvensyen antarabangsa bagi melindungi varieti baru tumbuhan 1991 ataupun UPOV 1991?

Kerana kita melihat rata-rata pesawah kita, terutamanya NGO-NGO pesawah ini mereka menentang usaha ini kerana ia nya telah akan menjejaskan pendapatan dan juga warisan pesawah-pesawah itu sendiri.

Sebagai contohnya di negeri Kedah, tentu Yang Berhormat lebih tahu hampir 30 peratus pesawah masih melakukan amalan menyimpan, menggunakan semula dan berkongsi benih padi ini setiap tahun. Jadi, dengan menyertai UPOV 1991, ini akan menjejaskan pendapatan dan kos benih padi import akan meningkat dan sebagainya. Apa dasar Kerajaan Persekutuan dalam hal ini. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Sekarang di peringkat libat urus dibuat untuk kita melaksanakan ke arah Akta Benih Padi ini, tetapi libat urus ini cukup penting untuk kita dapat kesepakatan dan ianya kalau kita laksanakan ia mesti menguntungkan para petani. Memang isu benih ini isu yang telah ditimbulkan pelbagai pihak dan di antaranya kalau benih kita biarkan secara individu yang menyediakannya, ia nya kadangkala meningkatkan hasil, kadangnya tidak.

Kita ada benih-benih yang dikeluarkan oleh MARDI misalnya. MARDI misalnya ternyata ia nya membawa hasil yang agak tinggi sebab itu Akta Benih ini saya tidak kata wajib akan dibuat tapi sekarang kita di peringkat libat urus. Kita akan

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

menentukan setelah kita dapat sokongan semua pihak atau pembantahan mereka kenapa dan kita akan bawa bentang di Parlimen ini. Memang ia di peringkat perbincangan yang serius sekarang ini.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.

draft • 10:40 AM

Tuan Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Sebelum saya mulakan soalan ini saya ingin pantun walaupun mungkin tak sepandai Pontian.

Embun pagi dini hari, Mengiring rahmat di waktu Subuh; Selamat hari lahir Datuk Seri Menteri, Moga usia diberkati, makmur dan teguh.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri mana itu?

draft • 10:40 AM

Tuan Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Menteri Agama punya tarikh lahir hari ini.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh okey. Happy birthday.

draft • 10:40 AM

3. Tuan Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading]: Happy birthday. Sri Gading minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah kerajaan dalam menambah baik peruntukan undang-undang keluarga Islam sedia ada bagi mewajibkan nafkah ibu bapa sebagaimana dituntut oleh hukum syarak khususnya apabila ibu bapa berada dalam keadaan uzur, tidak berpendapatan atau tidak mampu menyara diri sendiri.

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato' Setia Dr. Haji Mohd Nai’m bin Mokhtar

[Membaca ta’awwuz] Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sri Gading atas pantun dan ucapan serta doa sebentar tadi.

Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa komited memastikan kewajipan anak menanggung nafkah ibu bapa yang uzur, tidak berpendapatan atau tidak berupaya menyara diri dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya ketika negara menuju status negara tua menjelang tahun 2030.

Berdasarkan penjelasan hukum sebagaimana dihuraikan dalam portal Mufti Wilayah Persekutuan, Irsyad Hukum Siri Ke-410, hukum telah menetapkan bahawa memberi nafkah kepada ibu bapa yang fakir, tidak berkemampuan atau tiada sumber pendapatan adalah suatu kewajipan ke atas anak-anak sama ada lelaki atau perempuan.

draft • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato' Setia Dr. Haji Mohd Nai’m bin Mokhtar

Hukum ini berasaskan prinsip bahawa tanggungan nafkah terhadap ibu bapa yang memerlukan merupakan kewajipan keluarga terdekat, [Bercakap dalam bahasa Arab] dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua menurut hukum syarak. Justeru itu semua anak dipertanggungjawabkan untuk saling bantu-membantu dalam memenuhi nafkah dan keperluan asas ibu bapa yang berada dalam keadaan tidak berupaya lebih-lebih bagi anak-anak yang mempunyai kemampuan dan kelebihan harta.

Kerajaan MADANI melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) mengambil langkah proaktif dengan mengusahakan penggubalan undang-undang baru iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah dengan memasukkan peruntukan punca kuasa yang lebih jelas dan khusus berkaitan nafkah serta jagaan ibu bapa dalam undang-undang tersebut. Usaha ini bertujuan memastikan mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa menangani tuntutan melibatkan kebajikan ibu bapa yang uzur atau tidak berupaya dengan lebih berkesan.

Selain itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga sedang melaksanakan semakan menyeluruh terhadap Akta Undang-undang Keluarga Islam 1984 termasuk menilai keperluan memperincikan peruntukan berkaitan nafkah ibu bapa agar lebih selari dengan prinsip hukum syarak dan responsif kepada keperluan masyarakat serta realiti semasa masyarakat Islam di Malaysia. Semakan ini turut membolehkan kerajaan menilai secara lebih menyeluruh sama ada peruntukan sedia ada sudah memadai atau terdapat keperluan untuk penelitian lanjut terhadap aspek- aspek berkaitan nafkah ibu bapa dalam undang-undang keluarga Islam.

Pada masa ini, penyediaan draf undang-undang tersebut sedang digerakkan secara aktif melalui proses penelitian perundangan, libat urus bersama pihak berkepentingan serta semakan teknikal bagi memastikan penggubalan tersebut benar-benar menepati keperluan masyarakat dan prinsip hukum syarak. Sekian, terima kasih Tan Sri.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sri Gading. Silakan.

draft • 10:40 AM

Tuan Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato' Menteri yang telah memberikan jawapan yang mana kita sedia maklum bahawa kewajipan menjaga ibu bapa waktu tuanya bukan sahaja kepada anak-anak lelaki tetapi anak- anak perempuan pun turut sama.

Persoalan daripada Sri Gading apakah mekanisme yang dilaksanakan oleh JAKIM dalam proses meneliti dan menyelaras prinsip nafkah ibu bapa dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri bagi memastikan pelaksanaan-pelaksanaan dan juga amalan mahkamah syariah dapat dilaksanakan

draft • 10:40 AM

Tuan Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

secara lebih seragam dan konsisten di seluruh negara kerana JAKIM sebagai badan Persekutuan yang boleh merangka peruntukan model undang-undang ataupun model provision yang boleh dijadikan rujukan negeri-negeri bagi tujuan penggubalan atau pindaan peruntukan nafkah kepada ibu bapa. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Nai’m bin Mokhtar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Benar Tan Sri kalau kita lihat bahawa Islam ini di bawah Perlembagaan Persekutuan terletak di bawah kuasa negeri. Dan JAKIM dalam konteks tersebut memainkan peranan untuk mewujudkan satu undang-undang model bagi urusan penyelarasan dan penyeragaman di seluruh negara.

Untuk tujuan tersebut, bila mana kita bercakap tentang nafkah ibu bapa ini, peruntukan yang sedia ada adalah secara umum. Tidak ada peruntukan yang terperinci berkaitan dengan nafkah ibu bapa ini.

draft • 10:40 AM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Nai’m bin Mokhtar

Maka, sepertimana yang telah saya sebutkan dalam jawapan kepada soalan yang utama tadi, JAKIM dan juga JKSM sedang dalam proses mengadakan satu peruntukan yang terperinci, pindaan kepada Akta Undang-undang Keluarga Islam

(Wilayah-wilayah Persekutuan). Persoalannya, bagaimana nak peruntukan yang terperinci ini yang akan terpakai di Wilayah Persekutuan, boleh terpakai di negeri- negeri yang lain.

Untuk tujuan tersebut Yang Berhormat, yang pertama ada satu jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam iaitu Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan dan Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan ini dianggotai oleh mereka-mereka yang pakar termasuklah kepakaran mereka dalam bidang undang-undang keluarga Islam.

Jadi, JPIK inilah yang akan meneliti peruntukan yang dicadangkan berkaitan dengan nafkah ibu bapa tersebut, sebelum dibawa ke MKI dan MKI ini sepertimana kita sedia maklum dianggotai oleh Menteri-menteri Besar, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri-negeri dan dipengerusikan oleh Sultan Perak. Jadi, dengan adanya MKI ini maka melalui Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan ini, undang- undang model di Wilayah Persekutuan itu akan dapat dilaksanakan di negeri-negeri yang lain.

Selain daripada itu, ada Majlis Dialog Perundangan Islam Kebangsaan. Majlis Dialog Perundangan Islam Kebangsaan ini dianggotai oleh penasihat undang-

draft • 10:50 AM

Dato' Setia Dr. Haji Mohd Nai’m bin Mokhtar

undang negeri, mufti-mufti negeri, ketua-ketua hakim syarie negeri dan mereka- mereka yang lain yang terlibat di peringkat negeri.

Di dalam majlis dialog yang diadakan tersebut yang dipengerusikan oleh KP JAKIM dan penasihat undang-undang JAKIM, segala input dan apa yang ada dalam model Akta Undang-undang Keluarga Islam berkaitan dengan nafkah ibu bapa itu akan dibincangkan dan insya-Allah bila mana dipersetujui, akan dilaksanakan di peringkat negeri-negeri.

Selain daripada kedua-dua platform ini Tan Sri Yang di-Pertua, kita ada sesi libat urus. Sesi libat urus ini, JAKIM adakan bersama dengan contoh dengan peguam-peguam syarie sama ada di peringkat Wilayah Persekutuan mahupun di peringkat negeri-negeri.

Jadi, dengan adanya dua platform yang saya sebutkan tadi, JPIK dan juga majlis dialog serta sesi libat urus yang diadakan dengan peguam-peguam syarie dan semua pihak yang berkepentingan, kita harapkan insya-Allah hasrat untuk mengadakan peruntukan terperinci berkaitan nafkah ibu bapa ini bukan sahaja dapat dilaksanakan di Wilayah Persekutuan tetapi juga akan dibawa ke negeri-negeri.

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tan Sri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Jerlun.

draft • 10:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menyentuh tentang isu nafkah anak kepada ibu bapa ini, kajian menunjukkan bahawa 32.7 peratus ibu bapa di Malaysia tidak pernah menerima bantuan kewangan daripada anak-anak mereka sendiri, yang mereka ini berkemampuan. Dan terdapat jumlah warga emas yang tinggal di pusat jagaan orang-orang tua atau warga emas yang meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun.

Walaupun hukum syarak mewajibkan anak yang mampu menanggung nafkah ibu bapa uzur tetapi tidak ada perintah ibu bapa dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984, Akta 303 yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, yang mana Bahagian VI hanya menyebut nafkah isteri dan anak sahaja, tidak ada nafkah kepada ibu bapa.

Yang Berhormat Menteri menyebut bahawa kajian literasi akan dilakukan oleh JAKIM dan JKSM. Persoalan saya di sini, sementara menunggu kajian itu siap dan sudah tentu mengambil masa yang lama, apakah langkah segera kerajaan untuk memastikan anak-anak yang bekerja ini memberi nafkah kepada ibu bapa mereka seperti mana kewajipan suami atau bapa wajib memberi nafkah kepada isteri atau

draft • 10:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

anak-anak dengan potongan gaji ataupun potongan pencen bulanan sebagaimana yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia di mana kakitangan ATM ini diarahkan buat potongan bulanan yang saya difahamkan kepada ibu pada setiap bulan. Adakah kaedah ini boleh diguna pakai?

Yang kedua, apakah usaha yang dilakukan oleh JAKIM untuk meningkatkan literasi masyarakat supaya masyarakat ini sedar, masyarakat ini faham tentang kewajipan anak-anak memberi nafkah kepada ibu bapa untuk mengelakkan pengabaian berlaku ke atas mereka? Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Isu berkaitan dengan penghantaran anak-anak terhadap ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua itu adalah merupakan satu perbuatan yang boleh dianggap sebagai anak yang derhakalah. Dan sebab itulah bila kita mengambil kira Yang Berhormat, berkaitan dengan isu ketiadaan peruntukan yang khusus, sepanjang pengetahuan sayalah, lama berada di mahkamah syariah, ada setengah-setengah hakim Tan Sri Yang di-Pertua, mereka ini menggunakan peruntukan yang umum.

Contohnya seksyen 61, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri, di situ ada disebut tentang mana-mana orang. Jadi, ada setengah-setengah hakim mahkamah syariah yang mentafsirkan perkataan mana-mana orang itu termasuklah ibu bapa walaupun tajuknya adalah berkaitan dengan isteri dan anak-anak, kita ada kes.

Contohnya ada kes di Negeri Sembilan dan juga di Melaka, di mana ada setengah hakim mahkamah syariah yang mentakrifkan sedemikian. Maknanya ada kes yang mana anak-anak diheret ke mahkamah syariah walaupun kita belum ada lagi peruntukan yang terperinci.

Saya setuju dengan apa Yang Berhormat Jerlun sebut tadi tentang pemotongan gaji anak untuk diberikan kepada bapa yang mungkin dilakukan oleh pihak ATM, tetapi dengan ketiadaan satu peruntukan yang jelas— kalau dalam konteks nafkah anak dan isteri contohnya, memang salary attachment itu ada sebahagian daripada kaedah yang dikeluarkan oleh hakim mahkamah syariah.

Jadi, sebab itu saya rasa keperluan untuk meminda peruntukan ini diperlukan supaya nanti tidak ada timbul masalah hakim-hakim untuk mengeluarkan satu perintah tahanan pendapatan, mengarahkan anak sama ada lelaki atau perempuan

draft • 10:50 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

ditahan pendapatan mereka dan diberikan kepada ibu dan juga bapa. Di situ keperluan kepada satu peruntukan yang terperinci.

Sementara menunggu kepada peruntukan ataupun pindaan ini dibuat Yang Berhormat Jerlun, pihak JAKIM seperti mana yang kita sedia maklum, kita ada kursus macam kursus pra perkahwinan. So, dalam kursus pra perkahwinan itu, ada tajuk khusus berkaitan tentang tanggungjawab anak terhadap ibu bapa dia. Kita juga, JAKIM juga ada kursus pasca perkahwinan bagi mereka-mereka yang telah berkahwin. Dalam kursus pasca perkahwinan ini, dimasukkan juga model memaklumkan kepada anak-anak tentang tanggungjawab mereka untuk menjaga ibu bapa yang telah uzur.

Selain daripada itu Yang Berhormat, kita ada seminar dan program pendidikan kekeluargaan dan ada— dalam masa yang sama juga, agensi-agensi seperti IKIM dan juga TV Alhijrah, di mana ceramah dan juga berkaitan tentang tanggungjawab anak-anak untuk memberikan nafkah kepada ibu bapa khususnya yang uzur, yang ini ditekankan dalam rancangan-rancangan yang ada sama ada melalui radio IKIM ataupun TV Alhijrah.

So, jadi advokasi ini akan berterusan sementara kita menunggu pindaan dibuat terhadap Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) ataupun pindaan yang akan dibuat dimasukkan peruntukan yang terperinci berkaitan dengan tanggungjawab anak-anak terhadap nafkah ibu bapa mereka yang kita rancang kan, insya-Allah Yang Berhormat, untuk kita bentangkan pada dalam sesi Parlimen tahun depan, insya-Allah sekitar bulan Mac. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Silakan Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:50 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sebelum kita mulakan dengan Pertanyaan- pertanyaan Bagi Jawab Lisan, ingin sekali lagi saya maklumkan bahawa hari ini 25 November, kita meraikan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak- kanak Perempuan. Marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran global terhadap keganasan yang dialami oleh mereka. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya difahamkan Bandar Kuching tidak berada di dalam Dewan. Maka, kita teruskan dengan soalan ke-2, Tuan Fathul Huzir bin Ayob, Gerik. Silakan.

draft • 11:00 AM

[Soalan No. 1 - YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) tidak hadir]

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 2.

draft • 11:00 AM

2. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan, status pampasan wajar yang akan diberikan kepada pemilik kebun dan penternak di kawasan Parlimen Gerik yang tanaman dan ternakan mereka dimusnahkan oleh hidupan liar seperti gajah dan harimau.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Tanam Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia mengambil perhatian serius terhadap isu pemilik kebun dan penternak yang mengalami kerugian kemusnahan dan kerosakan tanaman atau ternakan yang disifatkan oleh hidupan liar termasuk di Parlimen Gerik.

Justeru, kerajaan melalui NRES telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar ataupun BKHT bermula pada Mac 2024. Skop BKHT ini adalah bantuan berbentuk kewangan yang diberi secara one-off kepada kumpulan sasar.

Pampasan ini diberikan kepada pemilik kebun dan penternak yang mengalami kerosakan atau kemusnahan harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Setakat ini pada jangka masa 2,000— Januari hingga 2,000— September 2025. Pada tahun 2024 dan 2025, sejumlah RM1.7 juta telah dibayar kepada 394 pemohon yang terlibat dalam kes-kes hidupan liar ini.

Bagi kawasan Parlimen Gerik, sebanyak 36 permohonan lengkap telah diterima dan 34 permohonan telah diluluskan pada tahun 2024. Pada tahun 2025 setakat September, 37 permohonan lengkap telah diterima dan luluskan dengan jumlah bantuan sebanyak 186,500. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Gerik.

draft • 11:00 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Sebelum itu saya nak bagi pihak YB Mersing nak mengumumkan kehadiran Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin Sungai Ramal, Kajang.

[Tepuk] Okey, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin tanya bagaimana hingga [Ketawa] Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, bagaimana kementerian mahu mengatasi satu masalah di lapangan berkenaan dengan pemohon bagi bantuan ini yang menerima bantuan RISDA ataupun peserta RISDA? Kerana kita dapat aduan banyak peserta RISDA tidak dapat bantuan ini kerana alasannya bantuan awal penanaman seperti biji benih dan baja telah diberi, tapi sedangkan kemusnahan yang berlaku ini adalah akibat daripada serangan hidupan liar, ada yang melibatkan pokok yang dah besar, pagar, kebun dan banyak infrastruktur petani yang sebenarnya dibina dengan hasil modal petani sendiri.

Yang kedua, BKHT ini juga tidak membenarkan tuntutan kepada tanaman kontan dan hanya melihat kepada syarat nyata dalam geran. Okey, keadaan ini juga petani jadi confuse sebab kebanyakan kita yang menanam sawit ataupun getah terutamanya, sementara menunggu pokok berhasil pada tahun keempat dan boleh dapat pusingan modal pada tahun ketujuh dan kelapan, petani akan tanam macam- macam. Contohnya, pisang. Tanaman-tanaman kontan, macam-macamlah, betik dan sebagainya, tetapi ianya tidak dapat bantuan atas alasan tanah tersebut status gerannya tanaman getah. Jadi, macam mana Menteri boleh bantu ini?

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Saya rasa tidak ada masalah kalau dia melibatkan binatang-binatang liar ini.

draft • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Cuma, application yang biasa diterima oleh kementerian ialah isu-isu yang melibatkan pekebun-pekebun kecil, ladang- ladang. Kalau yang mana ladang-ladang besar-besar, kita tak payah. Kita cuma tengok kepada pekebun-pekebun kecil, tetapi kalau tanaman kontan ini dia tidak ada spesifik, tapi macam yang tanam ubi kayu, pisang dan sebagainya dia ada Kementerian Pertanian pun ada tengok juga isu ini. Yang itu melibatkan Kementerian Pertanian.

Selalunya mereka pun juga bantu kepada— cuma, tanah yang dia tanam ini tidak bolehlah tanah yang tidak ada status. Yang itu, kita tidak bagilah, tapi kalau yang lain itu saya ingat kita tolong dan kepada masyarakat orang asli juga kita akan

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

bantu. Kita tahu sebahagian daripada tempat mereka bercucuk tanam ini untuk dia punya sara hidup dan kita tolonglah.

Yang pentingnya ialah kita kena pastikan bahawa binatang-binatang wild animal ini kita terpaksa hidup bersama-sama mereka ini. Jadi, banyak yang kita buat.

Salah satu dia di Gerik ini kita ada buat santuari gajah. Contohnya, dalam RMK13 kerajaan peruntukan RM52 juta untuk buat dengan harapan dia tidak ganggu kawasan-kawasan yang mana ada ladang-ladang kelapa sawit, getah dan sebagainya. Kita juga tidak mahu macam isu macam badak Sumatera. Sekarang ini kita dah kosong, tidak ada sebab kita tidak mengambil proactive action. Sekarang ini langsung tidak ada.

So, jadi macam harimau pun sama juga. Banyak pagar-pagar elektrik yang kita pagar di kawasan-kawasan strategik supaya dia tidak masuk dalam kawasan tersebut. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tampin.

draft • 11:00 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

Tan Sri, saya duduk dekat kampung. Keluarga kami tidak dapat menikmati hasil di kebun angkara beruk, monyet, kera, babi hutan dan lain-lain. Jika berlaku— sejak sekian lamalah konflik antara penduduk luar bandar dan haiwan liar begitu sukar untuk kita noktahkan. Jika berlaku pencerobohan, kesan yang wujud amat buruk sekali buat para pengusaha ladang, pemilik tanaman dan pekebun-pekebun.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan apakah SOP biasa kementerian menerusi PERHILITAN sekiranya berlaku sebarang pencerobohan? Adakah wujudnya operasi pencegahan awal untuk mengurangkan kesan pencerobohan haiwan liar setelah menerima laporan? Serta, apakah usaha- usaha terkini yang sedang dirancang oleh kementerian supaya isu demikian dapat ditangani dengan lebih berkesan dan dinoktahkan pada masa akan datang?

Kesian orang kampung, Menteri. Tidak dapat hasil tanaman sebab angkara beruk, monyet dan kera dan sebagainya. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

Yang saya tahu monyet, beruk ini dia tidak makan kelapa sawitlah.

[Ketawa] Tapi, kalau tanam pisang, dia makanlah.

Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya dalam soal isu ini Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sentiasa berusaha untuk menyelesaikan dan

draft • 11:00 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

mengurangkan kes gangguan binatang-binatang liar ini dengan membangunkan satu konsep mana kita akan memantau. Laporan diberi, kita akan memantau.

Kalau kita perlu, macam contoh gajah, dia ada spesifik action kita buat iaitu kita buat membangunkan National Elephant Conservation Action Plan sebagai garis panduan dan rujukan oleh pihak berkepentingan dalam pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia. Itu contoh kalau Gajah. Dia macam-macamlah. Kita buat pemeliharaan dan pemulihan rangkaian koridor habitat gajah.

Kita tengok selalu dia lalu, dia akan repeat balik. Jadi, macam mana kita nak mengelak dan kita bagi dia macam food bank untuk dia pergi ke suatu tempat yang lain, mengurangkan impact konflik manusia–gajah dan peningkatan penerimaan kunjungan kerjasama. We have to agree, we have to live together dengan dia orang ini.

Pengukuhan perundangan dan penguatkuasaan. Macam harimau, kalau you orang pergi tangkap harimau atau pergi memburu harimau, kalau kita dapat tangkap, macam baru-baru ini yang bawa harimau itu duduk dalam kereta kena tangkap. Tiga orang kena masuk penjara tujuh tahun dan fined RM250,000. Dia orang tidak boleh bayar fined RM250,000 tambah lagi tujuh tahun.

That is how serious kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap soal-soal yang melibatkan kita punya binatang-binatang liar dalam negara kita. Jadi, pasal monyet ini semua orang berdepan dengan monyet. Jadi, sendirilah handle, ya.

Kalau dia kelapa sawit dia tidak makan, getah tidak makan. Okey, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Izin...

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua.

Meriah sungguh pilihan raya di Sabah, Apa hasilnya belum terduga; Gunung dan lurah sanggup diredah, Soalan Ledang nombor tiga.

draft • 11:00 AM

3. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk menggalakkan pembangunan profesional pelajar melalui program TVET bagi memenuhi keperluan 700,000 pekerjaan dalam sektor pembuatan seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya YB Ledang.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Kementerian Pendidikan Tinggi amat menyedari keperluan negara untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi permintaan 700,000 pekerjaan dalam sektor pembuatan seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Sehubungan dengan itu, KPT menyambut baik hasrat tersebut dan komited untuk menjayakannya. Pelbagai langkah dan strategi telah dan sedia dirangka oleh KPT bagi memperkukuh penjajaran antara program TVET dan keperluan industri khususnya dalam sektor pembuatan, logistik dan perkhidmatan.

Misalnya, yang pertama melalui Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023– 2035 dan MTUN TVET Termaju 2030, sinergi IPT dan industri diperkukuh melalui penawaran program TVET dalam bidang-bidang keutamaan negara yang bersifat high-growth high-value termasuk dalam sektor pembuatan, logistik dan perkhidmatan. Antara langkah utama di bawah Hala Tuju Transformasi Politeknik adalah termasuk penubuhan reskilling dan upskilling centre yang berfungsi sebagai pusat latihan semula dan peningkatan kemahiran khusus bagi pekerja industri.

Di samping itu, platform Government-Industry TVET Coordination Body

(GITC) dan TVET Collaboration Hub dimanfaatkan sebagai medium strategik untuk merancakkan sinergi antara politeknik dengan industri. Melalui platform ini, kursus- kursus profesional akan dirangka secara bersama, menggabungkan kepakaran akademik dengan keperluan industri sebenar sekali gus memperkukuh kebolehpasaran graduan dan pekerja industri yang kompeten, berdaya saing dan sejajar dengan aspirasi negara.

Tan Sri Speaker, yang kedua, melalui perancangan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2026–2035 yang akan diluncurkan dalam masa yang terdekat, KPT memperkenalkan konsep pembelajaran fleksibel dan modular melalui stackable credentials serta laluan pembelajaran yang lebih anjal serta memberi penekanan kepada pembangunan bakat TVET yang responsif terhadap kehendak industri.

KPT menekankan pembangunan bakat TVET yang responsif terhadap kehendak industri. Dalam konteks ini, KPT memperkenalkan lebih banyak kursus modular, micro-credentials serta kursus profesional yang dirangka bersama industri sebagai nilai tambah graduan. Inisiatif ini bertujuan memberikan kemahiran kursus dalam tempoh yang singkat sekali gus membolehkan pelajar dan graduan

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

menguasai kemahiran baharu mengikut keperluan industri pembuatan logistik dalam perkhidmatan.

Dan yang terakhir, inisiatif TVET digital melalui pelan pendigitalan KPT juga diperkenalkan. Usaha ini memperkasa graduan dengan teknologi baharu termasuk automasi, data raya, kecerdasan buatan dan sistem pintar serta memastikan bakat TVET KPT memenuhi keperluan industri dan mampu menjadi future-proof talent. Inisiatif ini juga menyokong aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas serta agenda Ekonomi MADANI yang menekankan ketangkasan penyampaian dan pemerkasaan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ledang.

draft • 11:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan tadi yang saya lihat dan saya sambut baik langkah-langkah yang diambil oleh KPT untuk memastikan adanya penggalakan ke arah pembangunan profesional pelajar melalui program TVET.

Cumanya menurut data terkini, sektor pembuatan berteknologi tinggi, contohnya seperti elektrik, elektronik dan juga optik mencatatkan 5.2 peratus kadar kekosongan jawatan walaupun ada tambahan pekerjaan. Dan ada juga kajian menunjukkan bahawa wujudnya mismatch ataupun ketidaksepadanan kemahiran antara tenaga kerja teknikal dan juga permintaan industri.

Justeru, soalan tambahan saya, apakah rancangan kementerian untuk menutup jurang kemahiran melalui TVET ini dan khususnya mengambil kira semangat di Pilihan Raya DUN Sabah ini, apakah perancangan yang diambil untuk pastikan anak muda dan graduan Sabah tidak ketinggalan dalam kerajaan melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Yang Berhormat Ledang atas soalan yang amat relevan dengan perkembangan terkini di Sabah. Ada dua persoalan yang ditimbulkan. Yang pertama tentang bagaimana kita mengurangkan mismatch...

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Yang ini memang sudah sejak Kerajaan MADANI mengurus negara ini, banyak yang telah dilaksanakan. Dan kita telah bekerjasama dengan pihak industri.

draft • 11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Pertama dengan merangka kurikulum di peringkat universiti dan juga institusi TVET kita untuk memastikan bahawa tidak timbul lagi mismatch tentang yang diperlukan industri dan yang kita keluarkan melalui institusi-institusi kita.

Dan soalan yang kedua tentang Pilihan Raya Sabah. Untuk makluman, memang Kerajaan Negeri Sabah amat komited dalam memastikan institusi TVET dan juga kita mengeluarkan talent, talent yang terbaik di Sabah ini dengan pelbagai kaedah.

Yang pertama, kita telah melancarkan Majlis TVET Negeri Sabah pada 19 Mei yang lepas— tahun ini, 19 Mei 2025 dan ini juga selaras dengan penubuhan Majlis TVET Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I. Dan kita juga dalam Majlis TVET ini, seperti yang kita lancarkan baru-baru ini juga dalam manifesto kita, kita akan mengkhususkan tentang sektor minyak dan gas, balak, kelapa sawit, pasir silika, agromaritim dan juga pemprosesan makanan laut kita. Dan ini adalah peluang yang baik untuk anak-anak Sabah kita Selain daripada itu, sukacita juga dimaklumkan seperti yang telah dibentangkan, KPT juga akan bakal membuka Politeknik Kota Belud, Politeknik Kota Belud dan pelancaran batu asas telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi baru-baru ini. Jadi, ini juga telah meningkatkan institusi kita di peringkat negeri Sabah.

Yang lain kita akan pastikan bahawa— saya mahu supaya generasi muda dapat berfikir secara bijaksana, memilih kerajaan yang baik, yang juga akan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk kita meningkatkan tentang satunya melahirkan lebih ramai bakat-bakat di Sabah dan juga di negara ini. Dan yang keduanya, kita boleh menyelesaikan masalah-masalah yang banyak berlaku di negeri Sabah sendiri. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Krau.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang di-Pertua.

Penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dijangka menjadi pemacu utama penyelarasan standard kualiti dan hala tuju TVET. Jadi, persoalan saya: pertama, bagaimanakah KPT akan memastikan bahawa keanggotaan suruhanjaya ini akan melibatkan kepakaran akademik, penyelidik, TVET serta wakil industri yang terlibat secara langsung dengan TVET ini? Itu yang pertama.

Yang kedua, laporan menyatakan bahawa keboleh pasaran graduan TVET industri cecah 99.91 peratus. Namun, manakala kadar guna tenaga berkaitan kemahiran berlaku penurunan sehingga kepada 35.7 berbanding 37.3 pada 2022.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Persoalan saya, apakah yang menjadi faktor kepada penurunan ini dalam keadaan kita sentiasa digembar-gemburkan dengan kecemerlangan TVET serta apakah kementerian dalam menilai kejayaan TVET ini— apakah keboleh pasaran semata- mata mencukupi sedangkan data guna tenaga kemahiran menunjukkan kepada penurunan? Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih sahabat saya Kuala Krau.

Terima kasih atas soalan yang begitu relevan tentang institusi TVET kita. Memang Suruhanjaya TVET ini akan memastikan bahawa ahli-ahlinya memang pakar dalam bidang-bidang masing-masing dan juga merupakan captain of the industry supaya mereka boleh membawa nilai tambah kepada jawatankuasa suruhanjaya tersebut dan memastikan kita dapat menyelesaikan isu-isu berbangkit yang melibatkan institusi TVET ini. Dan juga memastikan bahawa graduan atau mahasiswa yang kita lahirkan dalam institusi TVET ini dapat memenuhi keperluan pasaran.

Yang ketiga tentang guna tenaga tersebut. Seperti yang kita sedia maklum, sekarang kita sedang menjalani proses transisi Tan Sri Yang di-Pertua dan kalau mengikut kajian daripada TalentCorp akan lebih kurang dalam 240,000 jawatan yang bakal dijumudkan di negara ini. Ini proses transisi. Jadi, itu yang mungkin menyumbang kepada pengurangan guna tenaga yang berlaku sekarang ini, tapi kita sedang cuba mentransformasikan, ya.

draft • 11:10 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Itu yang kita juga keluar dengan Pelan Pendidikan Tinggi Negara yang baharu, daripada 2025 hingga 2035 ini untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.

Jadi, kita harap dengan pendekatan-pendekatan ini kita akan dapat meningkatkan daya guna negara kita selepas ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Dato’ Dr. Alias bin Razak, Kuala Nerus.

draft • 11:20 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Padang hiliran cabang tiga, Tempat orang menganyam ketupat; Giliran saya nombor tiga, Tapi soalan nombor empat.* Terima kasih.

draft • 11:20 AM

4. Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak [Kuala Nerus] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, keberkesanan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi mengawal serta membendung pembiakan dan penyebaran spesies ikan perosak yang mengganggu ekosistem ikan air tawar tempatan termasuk di sungai, tasik dan kolam penternakan.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan. Dipersilakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

[Ketawa] Kuala Nerus, Tasik Kenyir di Kuala Berang. Pada tahun 2024 Tan Sri Yang di-Pertua, sektor perikanan darat mencatatkan pendaratan sebanyak 9,653 tan metrik bernilai 191 juta berbanding 9,434 metrik pada 2023, kenaikan 2.3 peratus.

Bagi mengawal kesan kemasukan ikan asing invasif antaranya ikan bandaraya. Ini yang paling teruk sekali ini. Kalau di Selangor, di daerah Lembah Klang ini, ikan bandaraya bermaharajalela. Keli Afrika dan baung ekor merah, walaupun dia sedap dimakan, tapi dia menjadi ancaman kepada ikan lain di perairan sungai seperti Sungai Pahang, Sungai Kinta serta Sungai Langat.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Perikanan (DOF) telah melaksanakan 31 siri program pemburuan sejak 2022 hingga berjaya mengeluarkan 8.8 tan metrik ikan asing dengan kerjasama agensi bukan kerajaan (NGO). Saya menyatakan penghargaan kepada NGO yang amat mengambil berat hal ikan asing ini dan kami sentiasa memberi kerjasama dengan NGO yang ingin bekerjasama untuk memerangi ikan asing.

Sebanyak 101 siri inventori perikanan darat telah diadakan sepanjang Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi memantau biodiversiti dan mengesan spesies asing. Kita ada pendatang asing, kita juga ikan asing. Usaha ini diperkukuh dengan program kesedaran kepada orang ramai. Kolaborasi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemburu ikan asing serta kemudahan saluran aduan termasuk MyFiRSt yang dilancarkan oleh Jabatan Perikanan.

Bagi mengimbangkan ekosistem, sebanyak 53 juta ekor ikan asli pelbagai spesies telah dilepaskan ke perairan umum dalam rancangan RMK12. Manakala dari aspek perundangan, jabatan bersama kerajaan negeri sedang mengemas kini kaedah-kaedah perikanan khasnya sungai untuk memasukkan larangan melepaskan ikan asing yang diperuntukkan dalam undang-undang, didenda sampai ke RM20,000 siapa yang melepaskan ikan asing di perairan kita. Itu jawapannya. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Nerus.

draft • 11:20 AM

Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Isu spesies ikan perosak ini selalunya melibatkan kolam penternakan, sungai dan tasik yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan juga pihak berkuasa tempatan serta ada juga yang di bawah agensi kerajaan. Contohnya, Tasik Kenyir, dia di bawah KETENGAH. Di Tasik Kenyir yang dahulunya dikenali sebagai kawasan tumpuan utama perikanan darat di Terengganu khususnya, kini berdepan isu kemerosotan populasi ikan asli yang ketara.

Kajian saintifik dan pemantauan di lapangan mengesahkan kehadiran dan serta dominasi beberapa spesies ikan perosak atau invasive alien species seperti peacock bass dan ikan bandaraya yang bersaing serta memakan fauna ikan asli seterusnya menyumbang kepada penurunan populasi ikan tempatan.

Soalan saya, apakah pelan tindakan khusus termasuk kajian potensi kaedah kawalan biologi yang bersesuaian dengan ekosistem tasik yang akan dilaksanakan bagi menguruskan ancaman ini secara lebih berkesan, sekali gus memulihkan kembali kepelbagaian spesies ikan di Tasik Kenyir yang boleh memulihkan juga kedatangan pelancong-pelancong?

Kedua, apakah mekanisme koordinasi strategik yang benar-benar berfungsi antara kementerian, kerajaan negeri, JPS, Jabatan Alam Sekitar dan agensi lain untuk menangani masalah spesies ikan perosak ini secara menyeluruh dan bukan lagi secara bersendirian?

Ketiga, sejauh mana kementerian telah mengenal pasti lokasi tumpuan yang paling serius terjejas? Dan bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan data konkrit berkaitan tahap penyebaran spesies invasif ini tergaris masa tindakan kawalan yang berisiko tinggi? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dipersilakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soalan terlalu umum, tak apa, saya cuba menjawab.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Yang spesifik itu saya akan jawab secara bertulis, tentang kajian yang dibuat dan jenis-jenis ikan-ikan asing yang mengancam terutamanya yang menjejaskan ini ikan bandaraya. Setahu kami di Tasik Kenyir, ikan bandaraya ini agak kurang dan tidak ada laporan spesifik tentang

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

ikan bandarraya, tetapi ada dilaporkan iaitu ikan— di sana ada ternakan tilapia dan dibuat secara bersangkar. Mungkin ada yang terlepas dan keluar, dia boleh mengancam juga anak-anak ikan yang lain. Tilapia ini memang dikawal supaya ia dalam sangkar, tapi kalau dia nak terlepas itu kita akan pantau.

Walau bagaimanapun, kita mulai tahun depan, i-FiRSt itu akan di— MyFiRSt itu akan— pihak penternak misalnya, pihak yang melaporkan kepada MyFiRSt, pihak Jabatan Perikanan akan membuat kajian secara mendalam. Memang kita memandang serius tentang ancaman ikan asing ini terutama sekali kita kata, ikan bandaraya. Dia memang kalau dia ada saja, memang susah untuk kita nak hapuskan. Jadi, soalan-soalan yang spesifik, kajian-kajian itu, kita akan bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat, insya-Allah.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Pilah.

draft • 11:20 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Dr. Yang Berhormat, memandangkan spesies ikan perosak ini membiak dengan cepat, sejauh manakah perancangan kementerian untuk memperluas penggunaan teknologi pemantauan pintar seperti dron, sensor hidrologi dan pemetaan digital untuk mengesan taburan spesies ini secara lebih tepat? Dan bagaimana penggunaan teknologi ini akan membantu dalam memastikan kolam dijalankan dengan kos yang lebih cekap dan berkesan?

Dan seterusnya, spesies ikan perosak ini telah menjejaskan ekosistem air tawar serta mengakibatkan kerugian ketara kepada penternak dan institusi perikanan. Soalannya, apakah intervensi khusus yang sedang digerakkan seperti sokongan mitigasi, langkah biosekuriti dan mekanisme bantuan kos lebih jelas bagi memastikan penternak tidak terus menanggung kerugian tanpa perlindungan yang setimpal? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Pelbagai langkah diambil, saya kata tadi, termasuk kerjasama dengan NGO. Misalnya di Sungai Klang yang merentasi Kuala Lumpur hingga ke muaranya, begitu banyak ikan bandaraya. Pihak NGO telah berusaha bersama dengan bantuan daripada kementerian dan menangkap ikan-ikan asing ini. Di antaranya, ada yang cuba membuat baja dan sebagainya. Walaupun kita tidak mengeluarkan lagi certificate khas, tapi usaha-usaha mereka secara private itu kalau ia nya boleh digunakan untuk makanan ikan yang lain atau buat baja, amat dialu-alukan.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tentang pemantauan secara dron dan sebagainya, akan dipantau, akan diusahakan. Sebab saya biasa menjala ikan di sungai yang dekat dengan KLIA. Saya campak beberapa kali, memanglah ikan bandaraya saja yang masuk, ikan lain hampir sudah pupus, tapi kita lihat sebelum daripada— naik Gombak ke atas, ke arah negeri Pahang, masih banyak lagi ikan-ikan putih, ikan-ikan sungai yang lain.

Ertinya, ikan bandaraya ini betul-betul macam dia bermula di bandar raya sehingga ke hilir. Jadi, usaha-usaha itu kerajaan dan pihak kami memandang serius sebab ia boleh mengurangkan aktiviti mereka yang mencari pendapatan secara tambahan di sungai-sungai, memang sekarang ini terancam terutama di negeri- negeri di kawasan yang sungainya melintasi bandar. Ini yang sedang kita usahakan secara serius.

Jawapan tentang penggunaan dron dan sebagainya oleh Kuala Pilah juga, saya akan buat tambahan dalam bentuk jawapan bertulis kepada soalan itu.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Bandar Tun Razak.

draft • 11:20 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.

draft • 11:30 AM

5. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah rancangan jabatan menangani isu-isu berkaitan faktor keciciran pelajar Muslim untuk mengikuti kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Wilayah Persekutuan.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nombor 5. Ya, silakan Menteri.

draft • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sentiasa komited dalam memastikan pelajar Muslim di Wilayah Persekutuan mendapat pendidikan Al-Quran dan fardu ain yang sempurna.

Sehubungan itu, JAWI telah menubuhkan sebanyak 204 buah institusi pendidikan Islam (IPI) yang merangkumi sekolah integrasi rendah agama JAWI

(SIRAJ) sebanyak enam buah, sekolah rendah agama (SRA) sebanyak 71 buah dan

draft • 11:30 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

kelas Al-Quran Fardu Ain (KAFA) sebanyak 127 bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam di Wilayah Persekutuan.

Bagi menangani isu keciciran murid dalam pendidikan Al-Quran dan fardu ain, kerajaan melalui JAWI telah menjalin kerjasama rapat dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan untuk menambah bilangan KAFA di sekolah kebangsaan (SK). Sejak tahun 2003 hingga 2025, sebanyak 444 buah KAFA di SK telah berjaya ditubuhkan iaitu 16 buah di Putrajaya, 28 di Kuala Lumpur.

Selain itu, JAWI Cawangan Labuan juga sedang melaksanakan kajian keperluan KAFA SK di Wilayah Persekutuan Labuan bagi memastikan keperluan sebenar masyarakat di sana. Penambahan bilangan KAFA di SK ini diyakini dapat mengurangkan keciciran kerana pelajar dapat mengikuti KAFA di sekolah yang sama tanpa perlu berpindah ke lokasi lain.

Selain KAFA di SK, di Wilayah Persekutuan juga telah ditubuhkan sebanyak 83 buah KAFA yang beroperasi di pelbagai premis seperti masjid, surau, balai raya dan lain-lain. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) pada dasarnya tiada halangan untuk menubuhkan KAFA di sekolah kebangsaan. Namun, beberapa faktor perlu diambil kira iaitu mendapat persetujuan guru besar dan melihat kepada kesediaan sekolah untuk membuka KAFA di SK.

Justeru itu, pembukaan KAFA di sekolah kebangsaan sebelum ini adalah berdasarkan kepada permohonan daripada pihak sekolah kebangsaan sendiri.

Pembukaan KAFA di SK boleh dibuat setelah mengambil kira jumlah guru yang dibekalkan oleh JAWI. Setiap tahun, JAWI sentiasa memohon pertambahan jawatan guru KAFA daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ia mencukupi.

Bermula tahun 2026, JAWI juga merancang untuk memperbanyakkan lagi KAFA di SK melalui kerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Sehubungan itu, kerajaan akan terus meneliti keperluan pendidikan Al- Quran dan fardu ain di kawasan berpenduduk padat dan memperluas penawaran KAFA secara berfasa, selain melaksanakan pemantauan kualiti pengajaran secara berterusan.

Usaha ini selaras dengan matlamat Kerajaan MADANI yang menitikberatkan pembangunan modal insan Muslim yang seimbang dari aspek akademik dan rohani.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bandar Tun Razak.

draft • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri yang menjawab.

Saya nak tanya kerana apakah faktor utama— walaupun diperbanyakkan lagi KAFA dan sekolah-sekolah yang mengadakan pelajaran KAFA, faktor utama mesti dikenal pasti kerana sesetengah bahagian— sebahagian daripada pelajar Muslim tercicir kerana ibu bapanya pun tidak dapat memikirkan KAFA itu penting dan persekitaran keluarga, komitmen ibu bapa, cabaran sosioekonomi dan di samping langkah intervensi.

Kita nak tengok, apakah yang realistik, yang boleh dirangkakan supaya pendidikan KAFA ini menjadi tumpuan? Kerana banyak gajet-gajet ini, dia orang tak berapa nak tertarik dengan pelajaran KAFA. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

Kerajaan melalui JAKIM dan JAWI telah mengenal pasti beberapa faktor utama yang menyumbang kepada keciciran pelajar Muslim daripada mengikuti kelas KAFA. Antaranya, termasuklah kekangan lokasi dan capaian, khususnya di kawasan yang tiada sekolah agama berhampiran, pertindihan jadual dengan kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum di sekolah kebangsaan.

Sokongan ibu bapa yang masih kurang mantap kerana lebih menekankan aspek akademik semata-mata, serta faktor sosioekonomi, keluarga yang kurang berkemampuan, yang merasakan kelangsungan hidup lebih penting daripada pendidikan.

Dari sudut sosial, murid kini berdepan jadual persekolahan yang padat, aktiviti kokurikulum serta pengaruh gajet dan hiburan digital yang mengalih tumpuan mereka daripada pembelajaran KAFA. Bagi keluarga berpendapatan rendah, isu seperti kemudahan pengangkutan, kediaman jauh daripada premis KAFA dan kekangan masa juga menjadi penyumbang.

Oleh itu, usaha mengatasi keciciran ini perlu dilakukan secara menyeluruh dengan meningkatkan kemudahan fizikal dan infrastruktur KAFA, menambah peruntukan untuk tenaga pengajar dan bahan pembelajaran, memperkukuh kolaborasi antara JAKIM, pihak berkuasa agama negeri dan komuniti, serta pada masa yang sama, memperhebat kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pembentukan asas akidah, ibadah dan akhlak anak-anak.

draft • 11:30 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Pendekatan holistik seperti ini akan membantu memastikan pendidikan KAFA kekal relevan, mudah diakses dan mampu menarik minat murid pada jangka masa panjang. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pokok Sena.

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Apa yang suka untuk saya bangkitkan ialah berkaitan dengan jadual di antara kelas KAFA dengan sekolah kebangsaan. Jadi, kita merasakan bahawa amat perlu satu jadual yang seimbang agar kelancaran kelas pengajian KAFA ini berjalan dengan baik.

Jadi soalan saya, adakah dibuat kajian tentang sesi persekolahan- persekolahan sebelah pagi dan kelas KAFA di sebelah petang, yang mungkin menjadi punca keciciran dan ketidakhadiran pelajar?

Di samping itu, saya juga ingin mendapat pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Adakah kerajaan berhasrat untuk menambah jumlah hari pengajian KAFA dan menambah elaun guru-guru yang diterima selama ini agar sampai ke satu tahap iaitu mencapai gaji minima? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

Terima kasih Puan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Betullah, kalau sepertimana yang telah saya jelaskan sebentar tadi itu.

Pertindihan masa itu adalah menjadi sebab antara faktor yang menyebabkan keciciran ini berlaku dan pihak JAKIM dan sudah tentu kerjasama juga dengan Jabatan Pendidikan Negeri.

Contohnya, di peringkat Wilayah Persekutuan. JAWI memang ada perbincangan dengan pihak— antara JAWI dan juga pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan serta sekolah kebangsaan seperti mana yang saya sebut, Puan Yang di-Pertua. Untuk pastikan supaya pelajar-pelajar yang hadir di sebelah pagi untuk sekolah kebangsaan, di sebelah petang, mereka ini boleh mengikuti pengajian KAFA. Sebab faktor— antara faktor yang menyebabkan keciciran itu adalah disebabkan oleh— apa itu: lokasi yang mungkin menyukarkan untuk pelajar menghadiri kelas-kelas KAFA.

Jadi, kajian dan juga perbincangan antara pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan juga Jabatan Pendidikan serta pihak sekolah kebangsaan

draft • 11:30 AM

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar

ini akan diteruskan untuk memastikan jumlah keciciran pelajar mengikuti kelas KAFA ini akan dapat dielakkan.

Daripada sudut bagi soalan yang kedua. Saya ingat ada beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh pihak JAKIM sebelum mengemukakan pertimbangan kepada persoalan untuk menaikkan elaun dan juga memberikan jawatan yang tetap untuk guru-guru KAFA. Dan saya rasa perbincangan ini, JAKIM akan adakan dengan pihak JPA. Dan sudah tentu peruntukan kewangan dari kerajaan dan kedudukan status kewangan kerajaan itu juga akan diambil kira. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 11:30 AM

6. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, langkah segera dan jangka panjang kementerian dalam memelihara spesies laut terancam seperti dugong di perairan Mersing, termasuk kawalan laluan bot pelancong, penguatkuasaan zon perlindungan marin dan kerjasama pengusaha pelancongan agar habitat semula jadi dugong tidak terancam akibat aktiviti manusia.

draft • 11:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Puan Yang di-Pertua, dugong merupakan spesies marin yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 [Akta 317] serta Peraturan-peraturan Perikanan iaitu Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam 1999, yang telah dipinda pada tahun 2008.

draft • 11:30 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Mengambil kira kepentingan spesies ini serta nilai biodiversiti di perairan kepulauan Mersing, kerajaan melalui Jabatan Perikanan Malaysia sedang menggubal pewartaan sebahagian perairan Johor sebagai taman laut. Di bawah seksyen 41 akta yang sama, melalui pindaan Perintah Penubuhan Taman Laut 1994 bagi menetapkan koordinat kawasan perlindungan termasuk untuk melindungi dugong.

Sebagai langkah segera, kementerian dalam memelihara spesies laut terancam seperti dugong di kepulauan Mersing, Jabatan Perikanan Malaysia telah melaksanakan pemantauan berkala dan rondaan penguatkuasaan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Laut Malaysia.

Mengawal aktiviti pelancongan serta pergerakan bot di kawasan habitat dugong, memasang pelampung penanda kawasan habitat bagi memaklumkan zon

draft • 11:40 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

sensitif kepada pengusaha pelancongan dan komuniti setempat, menjalankan program kesedaran awam dan latihan komuniti nelayan bersama pengusaha pelancongan tempatan bagi memupuk kefahaman mengenai kepentingan melindungi dugong. Ini soal sivik. Soal civic minded ini di Malaysia perlu dipertingkatkan.

Bagi langkah jangka masa panjang, kerajaan sedang menggubal peraturan- peraturan perikanan di bawah seksyen 45 [Akta 317] untuk memperincikan tatacara pengurusan kawalan aktiviti pelancongan dan zon larangan tertentu bagi mengelakkan konflik guna kawasan. Pewartaan ini dijangka menambah keluasan kawasan-kawasan perairan terlindung sebanyak 1,508 kilometer persegi iaitu kira- kira 0.28 peratus daripada perairan negara.

Sehingga kini, sebanyak tiga sesi libat urus telah diadakan pada tahun 2023 hingga 2024 bersama komuniti nelayan, agensi kerajaan dan pengusaha pelancongan bagi tujuan pelaksanaan pewartaan Santuari Dugong di perairan Johor.

Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mersing.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apabila kita bercakap berkaitan dengan spesies laut yang terancam ini, kita pastinya perlu untuk memelihara sumber makanan. Jadi soalan saya, bagaimanakah perancangan pihak kementerian untuk menambah tukun-tukun di perairan Mersing khasnya dalam RMK13 ini dan keduanya kita sekarang sudah masuk musim tengkujuh. Dan pada kebiasaannya, pada musim tengkujuh akan keluar lesen pukat tunda musim tengkujuh.

Isunya di Mersing adalah lesen ini kebiasaannya akan keluar sehingga 31 Mac setiap tahun. Dan dua tiga tahun kebelakangan ini akan keluar arahan baru, akan tamat awal sedangkan nelayan-nelayan ini masih tidak mampu menggunakan pukat hanyut pada musim tengkujuh. Jadi, adakah pihak kementerian akan meneruskan tempoh itu sehingga 31 Mac sahaja atau ada perancangan untuk memendekkan juga pada tahun hadapan 2026? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya, kerajaan mempertimbangkan kehendak semua pihak dan dalam hal itu juga kita mahu pihak nelayan, pihak yang mengusahakan perusahaan laut ini mematuhi peraturan dan undang-undang. Oleh itu, tempoh operasi pusat yang besar, pukat tunda ini kita masih kekalkan sehingga

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

28 Februari iaitu pada bulan 11 hingga bulan Februari ini, itu ikan agak banyak di kawasan itu.

Maka kita kekalkan setakat itu. Terdapat keluhan dalaman golongan nelayan di Mersing memandangkan pada waktu ini, angin masih kuat dan kurang sesuai untuk digunakan pukat hanyut. Pukat hanyut selepas itu, sebab kalau kita panjangkan tempoh pukat tunda untuk beroperasi, maka pengusaha pukat hanyut dapat membuat bantahan. Oleh itu, pertimbangan antara dua itu, maka kita kekalkan sehingga bulan Februari. Selepas itu pukat hanyut pula akan memainkan peranan mereka kerana ikan akan banyak menghampiri pantai pada waktu itu. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Tukun Yang Berhormat Menteri. Soalan berkaitan tukun tadi.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawab bertulis Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tukun.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri...

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Untuk RMK13.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawab bertulis.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Hah?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi jawapan bertulis.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Jawab bertulis?

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya boleh jawab secara verbal. Yang di-Pertua minta bertulis, lagi senanglah untuk saya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Untuk soalan nombor 7, Yang Berhormat Putatan tidak hadir, saya jemput Dato' Khlir bin Mohd Nor, Ketereh.

draft • 11:40 AM

[Soalan No. 7 – YB. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Putatan) tidak hadir]

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Soalan nombor 8.

draft • 11:40 AM

8. Dato' Khlir bin Mohd Nor [Ketereh] minta Menteri Pertahanan menyatakan, apakah langkah-langkah strategik yang telah diambil oleh kementerian bagi menentukan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dapat membayar dividen sepertimana zaman gemilang LTAT seperti tahun 2017 dan sebelumnya.

draft • 11:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Puan Yang di-Pertua, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sentiasa berusaha untuk memastikan pulangan yang kompetitif dan mampan kepada pencarum selaras dengan mandat terasnya untuk melindungi dan memastikan kesejahteraan sosioekonomi para pencarum selepas persaraan.

Dalam hal ini, pelbagai usaha dan langkah strategik termasuk penstrukturan semula dan pengukuhan tadbir urus sedang giat dilaksanakan untuk memperkukuh dan meningkatkan kelestarian portfolio pelaburan LTAT bagi jangka panjang.

Terdapat beberapa pendekatan yang sedang dibuat oleh LTAT iaitu mengurangkan aset strategik, menyusun semula anak-anak syarikat LTAT terutamanya yang berhutang serta memperkasakan anak-anak syarikat LTAT dengan pemulihan operasi. Atas sebab itu diperkenalkan Project EARTH, satu pelan yang melibatkan penstrukturan semula Boustead Holding.

Pelan yang telah ditambah baik ini telah diluluskan oleh LTAT pada 9 Ogos 2024 dan kemudiannya dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 13 Disember 2024 sebagai sebahagian daripada usaha menyusun semula aset kumpulan demi meningkatkan kecekapan dan pulangan jangka panjang. Di bawah Project EARTH, pelan ini akan mengurangkan pendedahan kepada aset strategik dalam aset under management LTAT.

Melalui pelan ini, LTAT menyasarkan pengurangan pendedahan dalam aset strategik daripada 57.8 peratus pada bulan Julai 2025 kepada 35 peratus.

Pendedahan kepada Boustead dijangka turun kepada 12 peratus, AFFIN kepada 9 peratus, Boustead Plantation kepada 7 peratus dan Kumpulan Erat kepada 3 peratus dalam aset under management LTAT.

Hasil kerjasama dengan rakan strategik serta penjualan saham dan aset strategik membolehkan LTAT mendapat dana untuk meningkatkan pelaburan dalam fix income yang lebih rendah risikonya. Jadi kita dapat memberi lebih jaminan untuk memberikan pulangan yang lebih mampan dan stabil kepada pencarum.

Melalui Project EARTH ini juga, LTAT sedang mengambil tindakan mengurangkan jumlah pinjaman anak-anak syarikat seperti Boustead Plantation supaya LTAT akan mendapat lebihan dana untuk meningkatkan prestasi pelaburan.

Kini terdapat tiga anak syarikat LTAT iaitu Boustead Holding Berhad, Pharmaniaga

draft • 11:40 AM

Menteri Pertahanan - Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Berhad dan Boustead Plantation Berhad yang sedang melalui proses pemulihan melalui pemerkasaan operasi di bawah pelan ini.

Kedua, LTAT juga melaksanakan semakan semula Rangka Kerja Perumpukan Aset Strategik LTAT. Rangka kerja ini kini sedang diteliti oleh Kementerian Kewangan untuk kelulusan akhir Menteri Kewangan sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ketereh.

draft • 11:40 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Sejak tahun sebelum ini, sebelum 2017, dividen yang diberikan kepada LTAT melebihi 12 percent. Ada ketikanya 20 percent diberi kepada pencarum, tetapi selepas 2018, ianya menjunam kepada 2 percent sahaja. Jadi, soalnya sekarang ini, tiap-tiap tahun dikutip daripada hampir 120,000 anggota tentera mencarum dalam LTAT. Saya nak tahu, berapa banyak sebenarnya setahun yang dikutip dan wang ini telah dilaburkan di mana? Kemudian, Laporan Audit Negara tahun ini— 2024, menyatakan kerugian RM720 juta kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

draft • 11:40 AM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Jadi, soalan saya, kenapa sehingga sekarang tidak ditangkap manusia yang sakau duit ini? Kenapa MINDEF diam, membisu? Ke mana perginya duit anggota angkatan tentera ini? Jadi, minta Menteri selesaikan masalah ini dan pensakau- pensakau ini mesti ditangkap, mesti dihukum, sebab duit ini duit anggota angkatan tentera, termasuk duit saya juga. Jadi, itu soalan saya.

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat. Dunia perniagaan ini ada untung, ada rugi. Kadang-kadangkala bukanlah semata-mata soal penyelewengan dan sebaginya. Kadang-kadangkala mungkin pelaburan-pelaburan yang dibuat berasaskan kepada senario-senario yang telah berubah, jangkaan-jangkaan yang tidak dapat ditepati dan sebagainya. Jadi, atas sebab itulah LTAT sekarang ini mengambil tindakan-tindakan yang hendak mengurangkan risiko-risiko tersebut.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Mungkin satu ketika dahulu dividen-dividen yang tinggi mungkin didapati melalui penjualan-penjualan aset yang besar, tetapi itu mungkin tidak lagi menjadi pegangan LTAT sekarang.

Walau apa pun, saya percaya jika sesuatu kerugian itu adalah hasil daripada tindakan-tindakan yang berbentuk jenayah dan sebagainya, pasti mereka akan dikesan dan dibawa ke muka pengadilan, tetapi jika tiada, kita tidak bolehlah nak

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

menuduh sembarangan. Banyak syarikat di luar sana pun rugi, tapi tak ada pun semua kena tangkap pergi mahkamah. Sebab, kita tahu, kadang-kadang kerugian itu banyak faktor lain. Kadang-kadang tak semena-mena mata wang berubah, jatuh.

Kadang-kadangkala bencana. Jadi, apa yang dijual tidak dapat hendak dituntut dan sebagainya. Jadi, macam-macam Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Kutipan itu berapa banyak itu tadi itu?

Setahun.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 11:50 AM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Kutipan itu. Tidak jawab soalan.

Kutipan tadi berapa banyak?

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Itu, saya bagi bertulis nanti.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kampar.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Menteri. Soalan tambahan saya. Adakah kementerian bersedia membentangkan pelan pemulihan prestasi LTAT yang khusus, termasuk penstrukturan semula portfolio pelaburan, sasaran pulangan tahunan yang baharu, penambahbaikan tadbir urus serta garis masa yang jelas bagi memastikan dividen LTAT dapat kembali ke tahap yang mampan dan kompetitif demi kebajikan anggota angkatan tentera, termasuk Ketereh?

draft • 11:50 AM

Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti kita sedia maklum, semua agensi-agensi kerajaan kita tertakluk kepada laporan audit dan laporan audit itulah semuanya kita bentang ke Parlimen, dan di situlah Yang Berhormat Ahli-ahli Parlimen boleh meneliti. Dan kalau kita lihat dua tahun lepas, hasil daripada laporan itu, salah satu perkara yang dibawa untuk pertimbangan PAC ialah laporan LTAT. Jadi, kita sudah mempunyai mekanisme yang cukup untuk Yang Berhormat meneliti setiap laporan perjalanan setiap institusi, termasuklah LTAT.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Chong Zhemin, Kampar.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya, soalan nombor 9.

draft • 11:50 AM

9. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan sama ada sistem UPU sedia ada akan dikaji semula bagi memastikan ketelusan termasuk pendedahan kriteria pemilihan pelajar serta langkah mengurangkan rungutan pelajar cemerlang yang gagal mendapat kursus pilihan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kampar.

Dasar pengambilan pelajar yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi melalui sistem UPU Online adalah berasakan kepada prinsip meritokrasi, iaitu 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal diberi peluang untuk mengikuti pengajian di institusi pendidikan tinggi awam dan MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi.

Prinsip meritokrasi ini telah dilaksanakan secara adil, telus dan sistematik dalam keseluruhan pengambilan pelajar melibatkan permohonan, pemprosesan, pemilihan, hebahan dan rayuan. Dalam melaksanakan meritokrasi, peluang terhadap penawaran UPU Online adalah sama rata tanpa ada keutamaan kepada lepasan STPM, matrikulasi mahupun asasi. Dasar dan juga kriteria pemilihan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

(i) pencapaian akademik dalam peperiksaan;

(ii) pencapaian dalam aktiviti kokurikulum;

(iii) kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian yang dimohon;

(iv) gred mata pelajaran untuk tujuan pengiraan markah akademik;

(v) memenuhi syarat am dan syarat khas seperti yang ditetapkan oleh IPTA dan MARA BPT;

(vi) lulus temu duga dan/atau ujian bagi menetapkan syarat berkenaan;

(vii) program pengajian pilihan calon mengikut keutamaan; dan

(viii) bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA dan MARA BPT.

Selain itu, antara langkah untuk mengurangkan rungutan pelajar cemerlang yang gagal mendapat kursus pilihan mereka adalah dengan menasihatkan calon agar membaca syarat am dan syarat khas program pengajian yang ditetapkan oleh universiti awam dalam e-Panduan sebelum mengemukakan permohonan di UPU Online.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Bagi tujuan pemilihan program, pemohon dibantu untuk memilih kesesuaian program dengan berpandukan kepada maklumat yang dipaparkan di UPU Online seperti berikut― ini penting ya. Saya harap supaya kita dapat memberi, mendidik semua pemohon pemohon UPU Online ini untuk mengurangkan rungutan-rungutan ini.

Yang pertama, tapisan syarat program pengajian. Senarai program pengajian yang dipaparkan dalam UPU Online adalah berdasarkan kelayakan akademik calon bagi memastikan calon hanya memilih program pengajian yang memenuhi syarat am dan syarat khas sahaja.

Yang kedua, kalkulator merit. Kalkulator merit disediakan bagi membantu lepasan SPM dan STPM atau setaraf untuk membuat pengiraan merit berdasarkan kaedah yang ditetapkan. Yang kedua, kaedah pengiraan merit berbeza mengikut kategori serta aliran. Melalui inisiatif ini, calon dapat mengira merit dengan mudah, tepat dan pantas, selain mengenal pasti program pengajian yang bersesuaian dengan markah merit yang diperolehi. Jumlah merit juga dipaparkan di setiap pilihan senarai program untuk makluman jumlah peratus merit sesuatu program bagi tempoh dua tahun kemasukan sebelum ini.

Yang ketiga, trend permohonan dan tawaran. Sistem aplikasi UPU Online telah dinaik taraf bermula sesi Akademik 2021/2022 dengan penambahan paparan eksklusif kepada calon pendaftaran UPU Online, iaitu statistik permohonan dan penawaran UPU Online dalam tempoh dua tahun bagi kategori lepasan SPM dan STPM, matrikulasi, asasi.

Yang keempat, ujian personaliti dan kecenderungan kerjaya. UPU Online telah dipautkan ke ujian e-Profilling dalam portal GREaT KPT bagi membolehkan calon melaksanakan ujian personaliti dan kecenderungan minat.

Yang akhirnya, keboleh pasaran graduan. Maklumat keboleh pasaran graduan baharu di IPTA dan MARA BPT mengikut program dan pengajian dan tahun turut dipaparkan. Maklumat ini secara tidak langsung memberi gambaran kepada calon berkenaan permintaan dan penawaran sesuatu program pengajian.

Kesemua inisiatif ini adalah sebahagian usaha KPT untuk memastikan peluang akses ke pendidikan tinggi melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan taraf hidup dapat dilaksanakan sebaiknya agar tiada golongan yang tercicir. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kampar.

draft • 11:50 AM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih, Timbalan Speaker. Sebelum ini, saya ‘nak alu-alukan kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas SK Karak, Bentong bersama dengan guru-guru pengiring...

[Tepuk] Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, adakah kementerian bersedia untuk memperkenalkan satu mekanisme semakan semula dan rayuan yang telus bagi pemohon yang gagal, tetapi mereka mencapai keputusan yang amat cemerlang serta memastikan rasional keputusan ini dimaklumkan kepada pemohon secara bertulis bersama satu garis masa penyelesaian yang jelas?

draft • 11:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat Kampar. Puan Yang di-Pertua, walaupun kita sedia maklum UPU Onlline ini tawarannya adalah muktamad, tetapi kita ada proses rayuan untuk calon-calon dan kita juga membuka kaunter konsultasi, talian hotline, sistem maklum balas di dalam media sosial kita untuk berinteraksi dengan calon-calon kita, tetapi seperti yang saya sebut tadi, ramai sebenarnya di antara pelajar-pelajar kita, mahupun ibu bapa dia tidak membaca panduan tersebut.

draft • 11:50 AM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Kalau kita bermula dengan kaedah yang betul, saya fikir kita akan dapat mengurangkan masalah-masalah yang berlaku. Yang pertama, seperti yang saya sebut tadi, UPUOnline sekarang ini dia menyediakan pre-selection. Maknanya bila kita mendapat keputusan awal, kita boleh masukkan keputusan kita dalam UPUOnline, kita boleh tahu mana-mana kursus yang sesuai dengan syarat atau keputusan yang kita dapat.

Yang kedua, tentang merit. Yang merit tadi kita boleh tahu berapa merit kita sebenarnya. Jadi bila kita padankan dengan universiti-universiti yang menawarkan bidang tersebut, kita boleh tahu di mana yang sesuai untuk kita dan satu juga masalah semuanya ingin memohon di universiti yang terkenal sahaja, contoh UM.

Jadi, maknanya semuanya memohon kepada UM tanpa mengira merit mereka padahal ada universiti-universiti lain yang juga menawarkan kursus yang sama. Jadi, kita minta supaya mereka boleh padankan bersesuaian dengan merit dan juga keputusan mereka. Jadi, ini yang kita tawarkan.

Jadi, harap supaya lepasan SPM kita nanti dapat meneliti. Jangan hanya terus masuk UPUOnline dan mengisi hanya pilihan 12 pilihan tersebut. Banyak lagi panduan-panduan yang mereka boleh baca untuk memudahkan mereka untuk masuk ke universiti dan kita bagi komitmen, semua pelajar-pelajar yang mendapat

draft • 12:00 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

kelulusan cemerlang akan mendapat tempat, tetapi mungkin bukan di tempat yang mereka pilih, tetapi banyak universiti lain yang boleh mereka masuk. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krai.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri pelajar cemerlang kerap gagal mendapat kursus pilihan kerana bilangan tempat di universiti awam terlalu terhad terutamanya bagi kursus kritikal seperti perubahan, kejuruteraan, sains komputer dan perakaunan.

Soalan saya, apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang KPT untuk menambah kapasiti tempat bagi kursus-kursus popular dan kritikal bagi memastikan pelajar berkelayakan dapat menjejakkan kaki ke kursus pilihan mereka dan apakah KPT bersedia untuk menilai semula pengambilan dan pengagihan pelajar mengikut negeri pelajar berkenaan bagi meringankan bebanan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka memasuki universiti?

Contohlah saya bagi, jika pelajar Kelantan mendapat tawaran di UiTM. Boleh tempatkan mereka di UiTM Machang dan begitulah bagi pelajar dari negeri lain kerana di setiap negeri sudah ada universiti awam seperti UMK di Kelantan dan lain- lain lagilah. Kecuali bagi kursus yang dipohon tiada di negeri pelajar berkenaan.

Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Seperti yang kita sedia maklum, antara intervensi short-term kita, jangka masa pendek kita seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada pembentangan bajet baru-baru ini untuk tahun hadapan, kita telah menambah bilangan kemasukan ini kepada 1,500 kursus kepada universiti-universiti penyelidikan kita. Ada lima universiti penyelidikan dan ini merangkumi 10 bidang.

Antaranya undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan Islam, artificial intelligence, bahasa dan juga yang lain-lain. Jadi, ini sebenarnya intervensi kita.

Inilah keprihatinan Kerajaan MADANI ini untuk memastikan rungutan-rungutan terutamanya pelajar-pelajar yang cemerlang kita yang tidak dapat masuk universiti pilihan mereka. Jadi, kita tambah untuk universiti-universiti yang lima teratas di negara ini.

Cadangan yang baik juga daripada Yang Berhormat Kuala Krai supaya kita boleh padankan untuk mengurangkan kos logistik pelajar-pelajar kita supaya kita boleh tempatkan mereka di kawasan-kawasan yang berdekatan, kecuali jika kursus itu tidak ditawarkan dalam universiti yang berdekatan, tetapi saya fikir yang ini, kita

draft • 12:00 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

juga galakan, ini kadang-kadang kita juga terlalu mengongkong anak-anak kita di sesuatu tempat.

Saya fikir kita juga perlu menggalakkan supaya mereka dapat berinteraksi dengan kawan-kawan mereka yang lain dari negeri-negeri yang lain supaya mereka dapat kita dapat mengangkat satu generasi yang memang boleh harmoni untuk kebaikan negara ini. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Kuantan.

draft • 12:00 PM

10. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, langkah-langkah strategik yang sedang diambil oleh kementerian untuk memperkasa Rukun Negara sebagai falsafah kebangsaan khususnya di kalangan generasi muda bukan hanya dalam bentuk hafalan di institusi pendidikan, tetapi diterjemahkan dalam kehidupan seharian masyarakat majmuk Malaysia.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 12:00 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Tuan Speaker. Yang Berhormat, sejak diisytiharkan pada tahun 1970, Rukun Negara berperanan sebagai falsafah kebangsaan yang menjadi panduan kepada rakyat dalam usaha mengekalkan keharmonian, mengekalkan kestabilan dan perpaduan negara. Justeru itu memahami dan menghayati bukan sahaja prinsip Rukun Negara, tetapi cita-citanya dan dalam mukadimah Rukun Negara itu adalah tanggungjawab bersama seluruh rakyat.

Dalam menyokong hasrat tersebut pada tahun 2023, Yang Berhormat Menteri telah bersetuju supaya sesi lafaz ikrar Rukun Negara dibaca penuh bermula dengan mukadimah ataupun cita-cita Rukun Negara dan diikuti dengan lima prinsip Rukun Negara dalam program-program rasmi kerajaan termasuk semasa majlis perhimpunan di semua sekolah.

Ini adalah pendekatan baharu diambil oleh Kerajaan MADANI dalam memperkasa penghayatan dan pengamalan Rukun Negara dalam kalangan generasi muda. Hal ini kerana dahulu kita hanya lafaz lima prinsip Rukun Negara tanpa mendekatkan mukadimahnya atau cita-cita Rukun Negara itu, sedangkan dalam mukadimah itu tersirat objektif atau nilai-nilai asas yang paling penting seperti bersatu padu, adil saksama, demokratik, liberal dan progresif.

Kementerian juga telah merangka program di bawah flagship Kembara Perpaduan iaitu eksplorasi Rukun Negara yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan komuniti termasuk pelajar sekolah, mahasiswa dan masyarakat awam.

draft • 12:00 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Antara program yang telah diambil oleh kementerian dalam berlandaskan Rukun Negara ialah seperti berikut:

(i) pelaksanaan modul Rukun Negara di semua taska dan tabika perpaduan. Ini hanya satu-satunya pusat pendidikan awal yang menyerapkan Rukun Negara;

(ii) kita memperkasakan semangat kebangsaan di sekolah dengan penubuhan lebih 6,000 Kelab Rukun Negara di seluruh negara; dan

(iii) kita juga memperkasakan patriotisme mahasiswa di institusi pengajian tinggi dengan penubuhan sebanyak 193 Sekretariat Rukun Negara di institusi pengajian tinggi awam dan swasta; Kita juga mengadakan perpaduan belia di peringkat kebangsaan yang turut dilaksanakan seperti berikut. Gerak Integrasi Perpaduan nasional ialah program belia utama untuk memupuk semangat kenegaraan, penerapan silang budaya dan nilai-nilai murni di antara pelajar sekolah berbilang kaum dengan aktiviti sukan, aktiviti seni, dialog, kepimpinan dan sebaginya. Tujuannya adalah untuk memupuk empati, toleransi dan hubungan antara anak muda.

Kita juga menggunakan debat perpaduan dan pidato Rukun Negara di peringkat sekolah dan universiti peringkat kebangsaan juga.

Kita juga menggunakan Citra— Program Citra Negara-ku bertujuan untuk memperkukuhkan nilai kenegaraan serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa melalui penghayatan terhadap pembudayaan Rukun Negara.

Kita juga ada Program Konvensyen Sekretariat Rukun Negara. Ini adalah konvensyen yang menghimpunkan kepimpinan Sekretariat Rukun Negara untuk berkongsi amalan terbaik, membentangkan idea, dasar dan membina jaringan dengan pelbagai pihak kepimpinan.

Di program Arkib@Sekolah kita mendekatkan pelajar sekolah dengan bahan arkib sejarah negara yang asli untuk menggalakkan minat dan pendedahan terhadap rekod sejarah yang jarang dipamerkan.

draft • 12:00 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Maka, oleh yang demikian, Rukun Negara perlu dijadikan amalan dan kehidupan seharian bukan sekadar pegangan dasar, malah sebagai panduan nilai yang membentuk masyarakat yang bersatu padu, berintegriti serta menjunjung tinggi prinsip-prinsip kenegaraan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuantan.

draft • 12:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat

draft • 12:10 PM

Menteri. Jadi, kita semua tahu bahawa terdapat lima prinsip Rukun Negara iaitu

(i) Kepercayaan Kepada Tuhan;

(ii) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara;

(iii) Keluhuran Perlembagaan;

(iv) Kedaulatan Undang-undang; dan

(v) Kesopanan dan Kesusilaan.

Jadi, saya melihat ada kementerian bersungguh-sungguh dalam perkara— prinsip empat Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-undang. Jadi, tahniah diucapkan. Jadi, yang takziahnya, ialah apabila undang-undang diperjuangkan dilihat terpilih oleh rakyat. Jadi, contoh, contohnya jika ada...

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus kepada soalan.

draft • 12:10 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Netizen di luar sana berkarya dalam medsos, menegur kerajaan dengan pantas— tindakan dan siasatan diambil.

Manakala jika membuat content menghina institusi agama ataupun content yang menuntut perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan negara. Rakyat mengatakan bahawa tindakan tidak sepantas tindakan yang dikenakan kepada mereka yang menegur kerajaan.

Jadi soalan saya apakah kaedah yang boleh dilakukan oleh Kementerian Perpaduan untuk menasihati kerajaan sendiri dalam perkara yang saya utarakan sebentar tadi. Agar perpaduan yang dirancang oleh Kementerian Perpaduan dapat memurnikan hubungan semua pihak dalam negara ini. Selaras dengan misi dan visi Kementerian Perpaduan itu sendiri.

Dan bagaimana kementerian melihat sikap golongan yang hanya berpegang kepada prinsip tertentu serta tidak memahami prinsip Rukun Negara secara menyeluruh ini?

Dan apakah usaha kementerian bagi memastikan penghayatan Rukun Negara dihayati oleh semua peringkat usia di negara kita. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Ini soalan yang mungkin sukar untuk jawab, tapi ia— soalan ini adalah bergantung pada sikap dan perangai seseorang individu termasuklah kita dalam Dewan ini yang menjadi elemen kepada perpaduan dan harmoni di negara kita ini.

draft • 12:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

[Bangun]

draft • 12:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Maka, soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat itu adalah menjurus kepada kita semua yang mana kementerian memang dengan sedaya upayanya untuk menegakkan prinsip dan dasar kesemua, bukan sahaja Rukun Negara, dasar-dasar kerajaan atau kementerian yang lain yang dapat memberi keseimbangan dan perpaduan kepada semua, tapi di bawah kementerian kita, kita juga dengan sedaya upayanya mencuba untuk— [Tidak jelas] Pelbagai program dan langkah-langkah untuk kita mengatasi program ini— masalah ini. Kita cuma dapat mengadakan macam laporan. Kita sekarang sudah melancarkan satu program yang dinamakan RAKAN ataupun Sistem Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional.

Kalau dulu program ini dinamakan e-Sepakat dikendalikan di bawah kementerian sendiri, tapi sekarang kita sudah buka kepada orang awam. Di mana orang awam boleh menggunakan pelaporan ini. Ini adalah melalui e-laporan dan apabila kita mendapat laporan daripada masyarakat, kita akan membawa kepada kementerian-kementerian yang bertanggungjawab seperti KDN. Sebab di kementerian kita adalah kita tidak mempunyai— [Tidak jelas] Sebarang akta untuk kita mengendalikan ataupun menguruskan lebih daripada kita mengadakan mediators.

Jadi, juga kita telah menubuhkan jawatankuasa pengurusan isu-isu perpaduan. Ini kita melibatkan 12 kementerian dan agensi di seluruh negara. Yang mana setiap laporan ataupun setiap masalah yang kita dapati di lapangan itu, akan dibincangkan untuk melibatkan kesemua agensi di bawah jawatankuasa itu.

Kita juga di kementerian kita mempunyai...

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan Yang Berhormat Menteri, ringkaskan jawapan.

draft • 12:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ya, okey. Kita juga— last-last Tuan Speaker. Yang amat penting di bawah kita untuk kita cuba menguruskan masalah ini adalah kita mempunyai mediators komuniti di seluruh negara kita mempunyai 521 mediators komuniti. Ini adalah diharapkan dapat membantu kita menyelesaikan pertikaian dan konflik di kawasan pendalaman dan sebagainya untuk kita mengurangkan salah faham dan supaya nya tidak sampai ke polis dan mahkamah.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Gudang.

draft • 12:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Speaker. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya berkenaan usaha memperkasakan Rukun Negara itu, ada berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan kita.

[Sambil menunjukkan senaskhah buku] Kalau kita buka Perlembagaan Persekutuan kita, tidak ada sebarang mukadimah, terus kepada Artikel 1 dan seterusnya.

Jadi, adakah kerajaan bercadang, supaya mukadimah Rukun Negara dan prinsip-prinsipnya itu, kita masukkan ke dalam Rukun Negara kita ini. Supaya dua dokumen ini menjadi satu dan menjadi kompas kepada rakyat kita sebagai supreme law: undang-undang utama di negara kita. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itu, apabila kita kembalikan semangat Rukun Negara ini pada tahun 2023, kita melihat mukadimah ataupun cita-cita objektif Rukun Negara itu tidak kesampaian di peringkat anak muda dan juga kita. Dan apabila kita mendapat kelulusan untuk ia dilafazkan dengan membaca mukadimah itu, maka tepatlah.

Sebab prinsip itu adalah amat general, tapi kalau dikatakan untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia, itu akan mengakibatkan perbincangan di peringkat atasan sekalilah. Kita mengambil maklum. Terima kasih YB.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Wong Shu Qi, Kluang.

draft • 12:10 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Puan Ayang di-Pertua, soalan saya nombor 11.

draft • 12:10 PM

11. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, pencapaian program Siswa Sulung dengan pecahan penerima mengikut jantina, kaum, negeri dan IPTA serta jumlah perbelanjaan tahunan sejak program ini dimulakan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Macam kami kena denda pula kementerian ini sebab lama tidak hadir sampai tiga soalan pada hari ini.

[Ketawa] Okey, terima kasih Yang Berhormat Kluang. Usaha meningkatkan akses dan enrolmen pendidikan tinggi khususnya kepada kumpulan sasaran yang memerlukan merupakan salah satu tumpuan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Perkara ini adalah sejajar dengan sasaran mengunjurkan jaminan akses pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama yang

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

ditetapkan di bawah goal keempat, quality education di bawah Sustainable Development Goals (SDGs).

Dalam usaha mencapai aspirasi nasional dan global tersebut, Kementerian Pendidikan Tinggi telah memperkenalkan Program Pembangunan Siswa Sulung

(Program SULUNG). Ini Menterinya ada, mantan Menteri terima kasih, Parit Sulong.

Bagi menyediakan peluang dan pembiayaan pendidikan kepada generasi pertama daripada B40 yang belum ada ahli keluarganya yang melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi untuk menyambung pengajian mereka di universiti awam.

Program ini telah dilaksanakan secara rintis oleh KPT mulai sesi akademik 2022–2023 melibatkan 75 orang pelajar daripada lapan buah universiti awam perintis. Kohort pertama Program SULUNG ini terdiri daripada pelajar dalam bidang perubatan, pergigian, kejuruteraan, undang-undang, perakaunan dan perniagaan serta Teaching English as a Second Language (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan Universiti Malaysia Perlis.

Bermula sesi akademik 2023–2024, Program SULUNG telah diperluaskan kepada pelajar daripada semua bidang pengajian di 20 universiti awam. Melalui pelaksanaan Program SULUNG, pelajar tidak perlu lagi menanggung beban hutang pinjaman yang tinggi kerana sebahagian besarnya telah ditanggung oleh universiti awam melalui pemberian pengecualian yuran universiti. Dengan itu, akses kepada pendidikan tidak lagi menjadi suatu yang membebankan kepada pelajar daripada keluarga B40 yang terpilih di bawah program ini.

Secara keseluruhannya, jumlah terkini siswa SULUNG adalah seramai 7,003 orang dengan 2,050 daripadanya adalah lelaki dan 4,953 adalah wanita. Daripada segi pecahan mengikut kaum pula, 5,760 orang adalah bumiputera, manakala baki 1,243 orang adalah bukan bumiputera.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Manakala bagi pecahan mengikut negeri, jumlah Siswa Sulung yang tertinggi adalah daripada negeri Kelantan iaitu seramai 978 orang, diikuti dengan Johor 830 orang, Sabah 764 orang, Kedah 667 orang, Perak 632 orang, Selangor 574 orang, Sarawak 503 orang, Terengganu 430 orang, Pulau Pinang 394 orang, Pahang 384 orang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 303 orang, Negeri Sembilan 244 orang, Melaka 193 orang, Wilayah Persekutuan Putrajaya 20 orang dan yang dilahirkan di

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud

luar Malaysia seramai 14 orang dan daripada Wilayah Persekutuan Labuan seramai sembilan orang.

Seterusnya daripada segi pembiayaan kewangan, kos yang terlibat dalam pelaksanaan program Sulung adalah kira-kira RM27 juta semenjak tahun 2022 sehingga kini. Akhirnya, melalui pembiayaan pendidikan Program SULUNG dihasilkan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan potensi pelajar yang holistik bagi memenuhi aspirasi negara dalam merubah kehidupan keluarga B40 untuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kluang.

draft • 12:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang sangat lengkap dan detil.

Jadi saya ingin tanya, bagaimana mahasiswa mahasiswi itu terpilih untuk menerima manfaat Siswa Sulung ini? Adakah itu dipilih oleh universiti-universiti masing-masing ataupun KPT telah tetapkan satu kriteria standard yang tetap dan akan diguna oleh setiap universiti? Kerana saya risau bahawa ada mahasiswa mahasiswi yang memang pun layak untuk mohon, tetapi kerana kekangan kewangan yang terhad ini, hanya 2,000 dan tiga orang mahasiswa mahasiswi terpilih. Jadi, ada yang tidak terima, tetapi mereka pun layak.

Jadi, kita perlu ada satu guideline: garis panduan yang jelas dan juga ada saran lain supaya mereka yang tidak terima manfaat Siswa Sulung ini juga boleh mohon skim lain untuk kurangkan beban kewangan kepada keluarga mereka supaya mereka tidak mempunyai perasaan bahawa mereka abandoned ataupun tidak terima manfaat dari kerajaan atas alasan tertentu.

Saya berharap, Timbalan Menteri boleh jawab dan juga ambil cadangan ini supaya lebih ramai murid, mereka dapat manfaat dan pada masa yang sama, yang tidak terima manfaat melalui program ini, juga ada saran lain untuk terima bantuan.

Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Terima kasih ya Yang Berhormat Kluang ya, yang begitu prihatin dengan golongan B40 kita.

Puan Yang di-Pertua, untuk makluman ya, di universiti kita ini lebih kurang 60 peratus adalah golongan B40.

draft • 12:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Dan untuk Program SULUNG ini, ini salah satu daripada kaedah kita membantu golongan B40 ini. Program SULUNG ini antara

draft • 12:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

kriteria utama ialah pelajar tersebut merupakan anak pertama yang masuk ke universiti. Tidak semestinya anak sulong, tapi mungkin anak kedua, tapi yang pertama masuk universiti. Itu yang pertama.

Dan dia perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan kita telah meminta setiap institusi universiti akan membuat pemilihan mengikut kriteria-kriteria yang telah kita kementerian gariskan. Dan memang ada hadnya juga, tapi kita akan beri prioriti kepada mahasiswa yang benar-benar memerlukan.

Cuma yang saya ingin mengatakan tadi bahawa Program SULUNG ini salah satu daripada kaedah untuk kita membantu. Banyak lagi yang lain selain daripada biasiswa daripada kerajaan negeri, MARA dan juga yang lain-lain.

Dan juga alhamdulillah, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, PMX kita dan Kerajaan MADANI sebab telah memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada PTPTN. Juga mempunyai kaedah yang sama untuk membantu.

Maknanya PTPTN sekarang ini bukan lagi seperti PTPTN dulu yang memberi sekadar pinjaman, tetapi PTPTN telah mengorak langkah untuk memberi biasiswa untuk memastikan bahawa golongan B40 kita akan juga dapat diberi peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiu. Setiu.

draft • 12:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey. Puan Pengerusi, Puan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, tujuan program Siswa Sulung ini untuk menyelesaikan isu kemiskinan di kalangan B40 itu semasa dalam pengajian.

Adakah kementerian mengada kerjasama dengan ataupun kolaborasi dengan pemain industri untuk memastikan mereka yang menyertai program Siswa Sulung ini dapat pekerjaan selepas mereka tamat pengajian?

Dan adakah kerajaan ataupun kementerian bercadang untuk mengadakan satu yang dipanggil tracking system untuk kita menjejaki mereka yang menyertai Siswa Sulung ini adakah mereka masih belum bekerja ataupun sudah bekerja? Dan ketiga, adakah kementerian bercadang untuk memperluaskan program Siswa Sulung ini kepada institusi lain seperti politeknik, kolej komuniti dan juga IPTS?

Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Ya, terima kasih atas soalan tambahan ya.

Okey. Untuk ke program adalah yang contoh ya yang saya boleh berikan di sini seperti TNB ya. TNB juga sebenarnya menyediakan bantuan kepada mahasiswa kita yang mengambil bidang-bidang baharu ini, tenaga baharu ini. Ini memang ada

draft • 12:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

disediakan oleh TNB. Dan saya fikir banyak juga pemain-pemain industri yang lain menyediakan program yang sama.

Dan seperti yang kita sedia maklum, dari segi kebolehpasaran graduan ini, memang kita akan pastikan sama ada dia golongan B40 dan juga yang lain ini, kita pastikan bahawa mereka akan mendapat pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian. Dan itulah makanya di peringkat universiti sendiri dan juga institusi TVET kita, kita sedang berkolaborasi dengan pihak industri untuk pastikan bahawa graduan yang kita lahirkan ini akan diperlukan oleh pihak industri.

Dan yang last tadi, saya tidak berapa ini...

draft • 12:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Adakah kerajaan memperluaskan ke institusi lain seperti politeknik, kolej komuniti dan IPTS?

draft • 12:20 PM

Datuk Ts. Mustapha Sakmud

Oh ya, ya. Okey. Yang ini kita inilah Puan Yang di-Pertua, yang ini kita akan cuba. Terima kasih atas cadangan ini dan kita akan cuba buat kajian sama ada keperluannya, tapi sebenarnya untuk politeknik juga ada kaedah untuk kita membantu golongan B40 kita seperti Dermasiswa B40 untuk pelajar-pelajar TVET pun sudah ada sekarang ini dan mungkin kita boleh perluaskan.

Terima kasih atas cadangan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:20 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai di bahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Sumber Manusia bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 26 November 2025.”

draft • 12:28 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih.

draft • 12:28 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 12:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:28 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kedua Belas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 12:28 PM
Kepala B.48 [Jadual] – Kepala P.48 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepala Bekalan B.48 dan Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbuka untuk di bahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut, 26 pembahas. YB Bukit Bendera, YB Temerloh, YB Rasah, YB Kangar, YB Batang Sadong, YB Kapar, YB Ampang, YB Jerlun, YB Tampin, YB Kepala Batas, YB Sungai Petani, YB Maran, YB Betong, YB Mersing, YB Mas Gading, YB Jerantut, YB Batu Pahat, YB Hulu Selangor, YB Parit Buntar, YB Bakri, YB Pasir Salak, YB Langkawi, YB Segamat, YB Kuala Krai, YB Tumpat, dan YB Pulai.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiap pembahas dibagi masa lima minit sahaja. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 12:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Pengerusi. Izinkan yang bergabung ya semua butiran iaitu 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 030000 – Program Khusus dan juga 032400 iaitu Membanteras Pemerdagangan Orang (MAPO).

Puan Pengerusi, hari saya berbangkit bukan sekadar untuk berbahas bajet, saya bangkit kerana golongan OKU di Malaysia sudah terlalu lama menunggu negara ini menunaikan janji yang paling asas iaitu keadilan, maruah dan juga peluang hidup yang sama rata. Malaysia tidak mempunyai national OKU roadmap dengan izin yang jelas, menyeluruh dan boleh dikuatkuasakan.

Jadi bila tiada pelan integrasi universal design, tiada pelan pekerjaan OKU, tiada pelan sokongan kehidupan berdikari, sebuah negara tidak boleh mengakui inklusif jika OKU sendiri masih tidak dapat bergerak bebas, tidak dapat bekerja bebas ataupun hidup bebas dalam negara sendiri.

Jadi setiap tahun, kerajaan umumkan kuota satu peratus. Setiap tahun juga kuota ini tidak dipenuhi, lebih memalukan apabila kementerian-kementerian sendiri pun gagal mencapai satu peratus sedangkan mereka yang gubal dasar ini. Jadi, jika kerajaan tidak mematuhi undang-undang sendiri, bagaimanakah kita boleh harapkan sektor swasta untuk hormatinya juga?

Jadi ini bukan isu kapasiti OKU, ini boleh dikatakan diskriminasi yang tidak dapat diselesaikan. Jadi setiap tahun kerajaan memperuntukkan puluhan juta untuk menaik taraf institusi OKU. Namun keadaan di lapangan masih dukacitakan.

Bangunan lama, kemudahan tidak mesra OKU, kekurangan staf terlatih dan sebagainya.

Jadi soalannya mudah, di mana auditnya? Di mana KPI-nya? Jika wang dibelanjakan, tetapi kehidupan OKU masih tidak berubah, maka itu bukan sekadar kemajuan, tapi saya sambut baik RM15 juta subsidi pembelajaran autisme itu bagus tapi mengapa hanya autisme? Bagaimana dengan cerebral palsy, OKU intelektual, OKU mental, OKU pendengaran dan penglihatan?

Adakah mereka ini tidak penting? Adakah ibu bapa mereka ini tidak menanggung beban yang sama beratnya? Kita tidak boleh memilih kategori OKU mana yang layak dibantu dan mana yang dibiarkan bergelut. Jadi ribuan ibu bapa

draft • 12:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

terutamanya ibu tunggal yang menjaga anak OKU 24 jam sehari tanpa rehat. Mereka letih, mereka tertekan, mereka ada juga ada setengah yang hilang pendapatan.

Jadi negara-negara lain menyediakan respite care dengan izin, sebagai keperluan asas, tetapi di Malaysia ia hampir tidak wujud. Jadi Puan Pengerusi, respite care ini bukan kemewahan ia adalah garis hayat untuk keluarga OKU. Kita tengok di Thailand, Singapura jauh lebih ke hadapan dalam akses kerusi roda, transit inklusif, infrastruktur dan juga laluan pejalan kaki.

Malaysia pula masih dibina dengan mentaliti lama iaitu bangunan tanpa wrap, tandas yang tidak sesuai, jejantas yang mustahil digunakan oleh OKU. Jadi bagaimana sesebuah negara boleh mengakui maju jika rakyat OKU tidak dapat bergerak hari-hari ke titik A hinggalah ke titik B.

Puan Pengerusi, di bawah Belanjawan 2026 kerajaan memperuntukkan RM15 juta bagi subsidi yuran pembelajaran autisme. Ini adalah satu langkah yang cukup baik dan inisiatif baharu ini amat-amat dialu-alukan, tetapi keluarga yang menjaga anak autisme membelanjakan ribuan Ringgit setiap bulan bagi terapi, intervensi awal dan juga pakar pertuturan dan pendidikan khas.

Jadi secara jujurnya RM15 juta untuk seluruh negara adalah jauh daripada mencukupi. Yang lebih kritikal adalah ketulusan pelaksanaan tanpa garis panduan yang jelas, bantuan yang berisiko ini terhenti di meja birokrasi. Jadi, di sini Malaysia memerlukan ekosistem yang menyeluruh, kualiti pusat intervensi yang dikawal selia dan juga penyelaras antara KPWKM, KPM dan juga KPT.

Jadi soalan saya, bagaimanakah kementerian memastikan penyelarasan dengan KPM dan KPT supaya anak-anak autisme dapat belajar dalam persekitaran yang inklusif dan tidak di pinggir dari sistem pendidikan.

Jadi Puan Pengerusi, pemerdagangan manusia bukan isu kecil, ia adalah jenayah kejam dan juga menjerat wanita, kanak-kanak dan juga pekerja migran.

Namun dalam Belanjawan 2026, MAPO hanya menerima RM2 juta. Jumlah yang terus terang tak masuk akal jika dibandingkan dengan skala masalah TIP di Malaysia.

Jadi RM2 juta ini tidak mampu menampung operasi menyelamat, perlindungan mangsa, rawatan trauma, tempat tinggal sementara, pendakwaan sindiket dan semuanya. Jadi jika Malaysia mahu keluar daripada pemantauan antarabangsa jika kita perlu lebih daripada sekadar menunjukkan angka-angka simbolik.

draft • 12:30 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi persoalan saya, saya ada dua soalan. Soalan pertama, adakah kerajaan akan menambah peruntukan MAPO memandangkan RM2 juta jauh daripada mencukupi untuk operasi dan perlindungan mangsa?

Dan soalan yang kedua, apakah pelan konkrit kementerian untuk memperkukuh pemulihan serta integrasi mangsa khususnya wanita dan kanak- kanak yang memerlukan rawatan trauma jangka panjang?

Puan Pengerusi, pembahas ini bukan tentang angka, ia tentang maruah dan juga kemanusiaan. KPWKM juga memikulkan tanggungjawab yang cukup berat, kita tahu iaitu menjaga golongan yang sering diabaikan dan juga memastikan mereka tidak hilang dalam celah sistem, tapi saya percaya, kementerian ini mempunyai hati, tenaga dan kemampuan untuk menjadi harapan yang benar-benar menyentuh hidup rakyat. Dengan ini Bukit Bendera menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

draft • 12:30 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Sebelum memulakan perbahasan, Temerloh ingin mengucapkan salam takziah dan simpati kepada semua mangsa banjir di negeri yang terlibat Perlis, Kedah, Kelantan, Selangor dan beberapa negeri yang mula menempuh banjir. Semoga kalian diberikan kekuatan, kesabaran dan perlindungan sepanjang menghadapi ujian ini.

Semoga keadaan segera pulih dan semua urusan dipermudahkan. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu mangsa banjir terutama dari JKM, pasukan penyelamat, Unit Amal sukarelawan Khidmat Malaysia dan YB-YB dan jiran tetangga. Semoga usaha dan pengorbanan kalian menjadi sumber kekuatan kepada mereka yang terjejas dan diberi balasan terbaik di sisi Allah.

Fokus Temerloh 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kenaikannya sebanyak RM8 juta iaitu lebih kurang 1.26 peratus. Tuan Pengerusi, kenaikan ini amat kecil walhal masalah sosial semakin meruncing dengan kes keganasan rumah tangga yang meningkat. Adakah kenaikan ini cukup untuk memperluaskan rumah perlindungan wanita yang kini terlalu sedikit dan sesak serta banyak pergantungan kepada NGO.

Namun bajet tidak menunjukkan komitmen membuka pusat yang baharu.

Adakah kementerian sedar bahawa mangsa keganasan terpaksa menunggu kerana tempat sudah penuh lalu kembali hidup dalam bahaya?

draft • 12:37 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Adakah kekurangan kaunselor dan pekerja sosial profesional akan ditambah? Mengapa standard keselamatan nasional belum dikuatkuasakan dari segi keperluan CCTV? Bagaimana kementerian menangani peningkatan kes penderaan jika peningkatan bajet tidak seiring dengan peningkatan kes.

020100 – Kebajikan Masyarakat. Kenaikan sebanyak lebih kurang 1.01 peratus sahaja. Tuan Pengerusi, sekali lagi kenaikan terlalu kecil, sektor yang menjaga rakyat paling rentan. Mengapa peruntukan kebajikan masyarakat hanya meningkat sekitar satu peratus sedangkan tekanan sosial dalam negara meningkat lebih tinggi daripada itu.

Adakah kenaikan ini realistik untuk menampung jumlah permohonan bantuan yang semakin meningkat akibat kos sara hidup yang tinggi? Bagaimana kementerian mengurus lonjakan permohonan jika bajet naik begitu kecil?

Isu kematian kanak-kanak di taska lapan kes kematian dalam lima tahun.

Temerloh ingin tahu, berapakah jumlah taska di bawah seliaan JKM? Berapa orang pegawai penguat kuasa yang terlibat secara khusus dan berapakah nisbah pegawai penguat kuasa untuk menyelia semua taska di seluruh negara?

draft • 12:37 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh juga ingin tahu, adakah Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Kampung Baru Mentakab, Rumah Jagaan Orang Tua Kampung Baru Cina Temerloh serta Rumah Orang Tua Kampung Bangau Temerloh mendapat geran tahunan?

Dan bagaimana pemantauan dari segi keperluan dan pengurusannya?

020200 – Pembangunan Wanita. Kenaikan lebih kurang 10 peratus sahaja.

Tuan Pengerusi, kenaikan ini namun ia tetap kecil berbanding dengan cabaran sebenar wanita Malaysia. Bagaimana dana ini dapat digunakan untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita yang masih rendah sekitar 55 peratus?

Apakah peruntukan ini mencukupi untuk menangani gangguan seksual di tempat kerja, melatih majikan mengenai dasar keselamatan gender? Adakah bajet ini ada komponen khusus untuk kesihatan mental wanita? Adakah mana-mana program terpaksa dikurangkan atau dihentikan?

Dengan kadar penceraian meningkat dan tekanan keluarga semakin berat, mengapa kerajaan memilih untuk mengurangkan bajet bagi institusi yang sepatutnya menjadi tunjang pembangunan keluarga negara. Memandangkan lebih 41,000 remaja bawah 19 tahun direkodkan hamil tahun 2020 hingga 2024 dan purata sembilan orang anak luar nikah lahir setiap hari di hospital kerajaan, apakah sasaran

draft • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

penurunan kelahiran anak luar nikah yang ditetapkan oleh KPWKM menjelang 2030? Mohon nyatakan strategi perancangan.

020500 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN). Tuan Pengerusi, ini sangat membimbangkan iaitu institut untuk kesihatan keluarga dan populasi negara. Dengan pemotongan ini, bagaimana LPPKN mahu memperluas klinik kesuburan mampu milik untuk pasangan muda yang bergelut untuk mendapat zuriat kerana kos operasi semakin meningkat?

030400 – Kurang Upaya iaitu PDK. Kenaikan kurang satu peratus. Amat kecil. Adakah kenaikan kecil ini cukup menaikkan elaun pekerja PDK yang sudah bertahun-tahun tidak selaras dengan kos sara hidup? Temerloh menerima aduan daripada petugas PDK, gaji dan elaun pekerja yang rendah di bawah gaji minimum iaitu RM1,200 dan RM1,000 sedangkan mereka bekerja sepenuh masa, tetapi masih diletakkan sebagai status sukarelawan. Mengapakah petugas ini tidak dijadikan pekerja tetap dan tidak layak menerima gaji minimum? Mengapakah isu ini tidak selesai walaupun sudah dibangkitkan berkali-kali? Alasan yang diberikan hanya di bawah urusan NGO.

Seterusnya, 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya. Adakah kerajaan berhasrat menaik taraf Jabatan Pembangunan OKU yang pada hari ni sebagai sebuah jabatan luar daripada JKM. Setahu saya, kementerian telah bersetuju untuk menubuhkan Jabatan Kanak-kanak luar JKM dan seharusnya ia dilaksanakan untuk Jabatan OKU— Jabatan Pembangunan OKU.

Pusat Aktiviti Warga Emas yang terakhir. Kenaikannya adalah kurang lima peratus. Tuan Pengerusi, PAWE merupakan institusi penting untuk memastikan warga emas tidak terpinggir dan terus aktif dalam komuniti. Malaysia kini telah pun menjadi negara menua. Bagaimana untuk menangani peningkatan bilangan warga emas dengan PAWE sedia ada sudah padat, malah ada kawasan tidak mempunyai PAWE langsung. Adakah bajet ini mampu membuka PAWE baharu? Di mana agak letaknya? Bagaimana bajet ini akan meningkatkan kualiti program kesihatan mental dan warga emas?

Adakah PAWE akan diberikan modul untuk intervensi kesihatan mental terutama yang berteraskan pemahaman agama Islam bagi yang Muslim? Adakah terdapat peruntukan untuk kerja sosial dan kaunseling profesional di setiap PAWE?

Dan kementerian akan memperkenalkan insentif atau elaun minimum kepada sukarelawan tetap? Seterusnya, semakin ramai warga emas hidup sendirian akibat

draft • 12:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

urbanisasi. Apakah strategi PAWE untuk memperluas program Homes Visit?

Memantau keselamatan dan sokongan komuniti.

Akhirnya, apakah status PAWE di Temerloh yang sebelum ini ada isu berkaitan lokasi dan premis dan keperluan kemudahan yang belum selesai?

Temerloh memohon supaya PAWE ini diberi perhatian dengan melengkapkan kemudahan yang diperlukan. Semoga semua ini memudahkan kelancaran aktiviti PAWE di Temerloh. Sekian, terima kasih.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 12:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin ambil kesempatan pada tengah hari ini mengalu-alukan kehadiran guru besar, guru-guru dan murid-murid Tahun 6 SJK(C) Sin Wah dari Parlimen Rasah yang ada di galeri pada tengah hari ini.

Puan Pengerusi, hari ini kebetulan juga Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita, 25 November yang patut kita angkat ke satu tahap yang lebih tinggi supaya kita melayan wanita sebagai segmen yang sangat mustahak dalam masyarakat Malaysia MADANI kita. Jadi, saya tak tahu kebetulan atau tidak, hari ini kebetulan untuk kementerian yang jaga wanita. Syabas kepada Kerajaan Malaysia MADANI.

Perkara pertama yang saya nak bangkitkan, Butiran 031400 – Pusat Aktiviti Warga Emas PAW. Saya nampak ada RM11.3 juta diperuntukkan untuk tahun ini.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan. Kalau kerajaan sebelum- sebelum ini, satu Parlimen, satu PAWE. Itu pendekatan yang sudah lama. Kali ini, tak ada had lagi. Satu—tak ada limit lagi. Satu Parlimen, satu PAWE, saya anggap dia suatu pendekatan yang sangat holistik, patut dipuji. Tadi Temerloh tak puji, kita puji.

[Ketawa] Saya anggap— ini saya bantu untuk Temerloh untuk puji juga.

[Ketawa] Kita memang dalam keadaan menghadapi...

draft • 12:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Rasah.

draft • 12:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, ya. Siapa ni?

draft • 12:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Rasah. Berkenaan dengan PAWE ini...

draft • 12:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ha, sekejap, sekejap. Biar saya— belum...

draft • 12:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

PAWE, PAWE.

draft • 12:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tak, saya dulu, bang. Sabar, sabar. Saya nampak warna oren tu. Ha, saya— you tak pakai baju oren, saya pakai baju oren ‘tu.

So, saya kena cakap lebih lama.

draft • 12:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya ada jus oren.

draft • 12:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ha, tak apa itu. Nanti minum dekat luar, ya.

[Ketawa]

draft • 12:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Okey.

draft • 12:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey. Kita dalam keadaan situasi di mana negara kita, masyarakat kita penuaan. Proses penuaan, tapi ini adalah proses yang biasa, yang kita kena hadapi dengan penuh holistik dan penuh perancangan sebab keadaan perubatan kita, masyarakat kita bertambah maju. Jadi memanglah, umur, usia warganegara Malaysia meningkat. Jadi, PAWE ini memang perlu diperkasakan.

Cuma saya nak sebutkan secara spesifik di sini.

Saya difahamkan pendekatan ketika ini adalah NGO mulakan inisiatif, apabila dah mula PAWE itu, mohon kepada kerajaan untuk dana ataupun geran.

Boleh tak saya cadangkan sebegini. Saya setuju dengan cara macam ni sebab kita tak mahu yang apa kata orang, tak serius ataupun ambil kesempatan.

Boleh tak pihak kementerian mewujudkan satu unit khas memberikan khidmat nasihat kepada NGO yang benar-benar serius? Sebab benda ni saya rasa lebih banyak PAWE patut dibuka di semua tempat tak kira di bandar atau di luar bandar sebab keperluan itu tinggi. Masyarakat kita bertambah usia. Mungkin mereka yang berumur 65, 70, 75 masih sihat. Masih boleh menjalankan aktiviti seperti biasa, tapi kena ada pusat untuk mereka beriadah, berinteraksi dengan masyarakat. Jadi, boleh tak unit khas diwujudkan ke— untuk memberikan khidmat nasihat kepada NGO supaya mereka mempunyai–– mengikut landasan yang betul?

Isu kedua, Butiran 030400...

draft • 12:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Rasah. PAWE, tentang PAWE itu.

draft • 12:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Sekejap, sekejap, sekejap. Nanti, nanti, nanti.

draft • 12:44 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Saya nak...

draft • 12:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kejap Bakri. Kejap.

draft • 12:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Bakri.

draft • 12:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, berkenaan dengan PDK. Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti. Saya nampak RM146 juta diperuntukkan. Saya nak

draft • 12:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

sebutlah. PDK ini amat mustahak khas untuk mereka yang dikategorikan sebagai OKU. Elaun penyelia RM1,500, elaun pekerja RM1,200. Kita tak sebut gaji, kita sebut elaun, tapi tolonglah, sangat jauh daripada memadai. Saya mohon supaya minimum dia untuk pekerja— bukan penyelia, ya. Penyelia kena lebih tinggi, dinaikkan setara dengan gaji minimum kita. Sebab nak jaga anak-anak ini, dia memerlukan kesabaran, ketekunan ataupun perasaan yang sangat-sangat berbeza kalau berbanding dengan kita jaga orang lain. Jadi, saya mohon pertimbangan dari kerajaan.

Seterusnya, saya nak sebut ini, bantuan bulanan. 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin naik 10 peratus kepada RM400 juta. 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya naik kepada lebih kurang 10 percent juga kepada RM1.22 bilion.

031000 – Sosioekonomi Warga Emas. Daripada RM910 juta kepada RM1.22 bilion.

Naik 30 percent. Kenapa yang dua tadi, butiran yang saya sebut, hanya naik 10 percent, yang ni naik 30 percent?

draft • 12:44 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya menyokong pertambahan ini sebab bagi saya ada keperluan. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menggulung nanti memberikan sedikit huraian kenapa yang itu 10, yang itu 30. Sebab saya nampak adakah ada pertambahan khusus untuk penerima bantuan bulanan warga emas sebab bilangan bertambah kita boleh jangkakan, 10 percent itu tetapi kenapa yang ini naik 30 percent? Dan berkenaan dengan permohonan ini Puan Pengerusi, praktis sekarang adalah setiap tahun kena buat renew, memperbaharui permohonan. Ini yang menyebabkan ada pemohon yang mungkin mereka ini pun kurang ya, tidak memiliki kata orang kemahiran untuk isi borang dan sebagainya terlepas sebab lepas 12 bulan dia akan terhenti. Jadi, ada tak apa-apa cara yang lebih kata orang lebih holistik.

Sekarang ini saya tahu pegawai ataupun kakitangan JKM ada maklumkan, ada ingatkan, kadang terlepas juga. So, macam mana cara untuk kita teruskan kecuali mereka yang dah keluar daripada kategori, dah tak layak, dah kaya, itu soal lain tapi yang layak, yang kekal perlukan bantuan supaya tidak terhenti bantuan yang diberikan secara bulanan kepada mereka sebab bantuan ini bantuan asas. Kita tahu kita ada SARA dan sebagainya tetapi bantuan ini tetap bantuan asas yang amat bermakna, amat diperlukan untuk kehidupan harian mereka. Itu sahaja tiga perkara yang saya bangkitkan. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 12:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih, Puan Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Lagi sekali Kangar bangun untuk membahas isu-isu berkaitan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Butiran 00300 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Memandangkan kementerian ini fokus kepada wanita terlebih dahulu maka isu-isu berkaitan wanita saya utarakan. Sebab daripada wanita yang akan membangunkan keluarga melalui institusi perkahwinan wanita dengan lelaki, bukan lelaki dengan lelaki ya.

Seterusnya dengan bilangan keluarga yang ramai maka akan membentuk masyarakat. Jadi, berdasarkan statistik 2024, nisbah lelaki kepada wanita bagi warganegara adalah 102 nisbah 100 manakala bagi bukan warganegara ia mencecah 228 nisbah 100. Bermakna 228 lelaki, 100 wanita. Jadi, soalan saya, apakah analisis kementerian mengenai impak jantina yang tinggi di kalangan lelaki bukan warganegara terhadap struktur keluarga dan komuniti?

Soalan kedua, adakah wanita-wanita di Malaysia ini mempunyai banyak pilihan, nak kahwin ini banyak pilihan termasuk dengan warga asing dalam memilih pasangan hidup dalam membentuk keluarga yang bahagia.

Jadi, kalau tengok dari segi kedudukan ataupun data ini seolah kembali kepada zaman tahun 1930-an. Zaman tahun 1930-an bila mana kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu kebanyakan adalah imigran lelaki-lelaki dan ia menimbulkan banyak isu sosial ketika itu. Dan soalan saya, adakah kementerian mempunyai strategi sokongan sosial untuk komuniti yang mengalami ketidakseimbangan jantina akibat migrasi lelaki pekerja asing?

Sekarang ini banyak, kalau kita tengok warga Nepal pun banyak, kita tengok ramai warga-warga asing yang bekerja di Malaysia banyak yang lelaki, perempuan kurang. Kita takut bila perempuan warga asing kurang maka mereka akan cari warga tempatan. Jadi, bagaimanakah nisbah jantina memberi kesan kepada akses wanita kepada pekerjaan, perkhidmatan, kesihatan dan juga peluang-peluang pendidikan?

Puan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Jadi, keluarga miskin sebenarnya mereka tidak tahu mencari jalan untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan. Mereka, orang miskin kalau dulu jual petai sekarang pun jual petai juga. Dia tak tahu nak cari, nak buat

draft • 12:51 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

jalan yang lebih kecuali orang kaya. Orang kaya ini dia dah kaya dia tahu mencari jalan bagaimana untuk menambahkan kekayaan. Jadi apa, orang yang miskin ini dia ada sedikit masalah, mereka sentiasa mengharapkan kerajaan membantu mereka setiap masa.

Jadi walaupun begitu, sebaik-baik orang adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain, ini hadis riwayat Al-Thabrani. Jadi soalan, saya apakah langkah- langkah kementerian untuk memastikan bantuan kewangan kepada keluarga B40 benar-benar menepati sasaran? Apakah strategi kementerian untuk membantu keluarga miskin keluar dari kemiskinan secara berterusan melalui latihan kemahiran, pendidikan dan bagaimanakah peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan di kalangan keluarga B40?

Saya pergi yang terakhir Puan Pengerusi, untuk negeri Perlis, berapakah anggaran bajet untuk JKM Perlis pada Bajet 2026? Saya ingin memberi kredit kepada JKM Perlis kerana berjaya mengenal pasti golongan miskin yang memerlukan bantuan walaupun kadang-kadang ada viral tentang individu-individu miskin tetapi bila kita minta IC, bila kita check IC semua maklumat ada dengan JKM Perlis. Ini yang hebat JKM Perlis, mungkin sebab negeri dia, negeri kita ini kecil maka senang diuruskan. Apa pun terbaik untuk JKM.

Dan lagi sekali, pada zaman sekarang banjir sedang melanda Perlis dan juga negeri-negeri lain dan Perlis memerlukan bantuan daripada kementerian dan juga bantuan daripada NADMA. Jadi itu sahaja untuk hari ini. Terima kasih.

draft • 12:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 12:51 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya terus kepada perbahasan yang pertama. Di bawah Kod Objek Am Butiran 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Peruntukan meningkat daripada RM2.79 bilion kepada RM3.29 bilion iaitu kenaikan hampir RM496 juta. Ini menunjukkan komitmen kerajaan memperkukuh jaringan sosial. Namun, saya mohon penjelasan adakah kenaikan peruntukan ini bertujuan meningkatkan kadar bantuan atau hanya menampung pertambahan penerima memandangkan pecahan terperinci tidak dinyatakan.

Dan kedua, komponen bantuan mana yang menyumbang kenaikan terbesar sama ada OKU, warga emas, kanak-kanak ataupun keluarga miskin? Dan yang ketiga, minta penjelasan, apakah pecahan penerima mengikut negeri khususnya

draft • 12:56 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Sabah dan Sarawak yang berdepan kos penyampaian perkhidmatan jauh lebih tinggi.

Yang kedua, Butiran 03100 – Sosioekonomi Warga Emas turut meningkat daripada RM910 juta kepada RM1.223 bilion. Seiring peningkatan kos sara hidup dan populasi warga emas yang menunjukkan trend peningkatan yang berterusan.

Saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar bantuan bulanan warga emas dan bagaimana peruntukan tambahan ini dapat memperkukuh penjagaan dan kesejahteraan warga emas terutamanya yang tinggal bersendirian tanpa sokongan keluarga.

Selain itu, bilakah RUU Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen memandangkan negara semakin menghampiri status masyarakat menua dan memerlukan kerangka undang-undang khusus bagi perlindungan serta kesejahteraan warga emas. Dan seterusnya, Butiran 030900 – Sosioekonomi OKU.

Peruntukan meningkat kepada RM1.229 bilion. Saya mohon penjelasan mengenai pecahan perbelanjaan ini khususnya yang disalurkan kepada PDK, penyediaan alat bantuan OKU serta latihan dan peningkatan kemahiran.

Semua ini memberi impak langsung kepada kebolehupayaan dan penyertaan OKU dalam ekonomi. Saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan caruman SOCSO automatik bagi OKU yang bekerja dalam sektor tidak formal seperti GIG, kerja sendiri dan keusahawanan mikro untuk memastikan mereka mempunyai jaringan keselamatan sosial yang kukuh.

Seterusnya di bawah Program Khusus, Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Peruntukan meningkat kepada RM402.5 juta. Saya ingin mendapatkan penjelasan apakah sasaran output program ini khususnya bilangan keluarga yang berjaya keluar daripada kategori miskin tegar dan apakah pencapaian Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) setakat ini? Adakah ia nya berjaya mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kebajikan atau masih belum menunjukkan sebarang perubahan yang ketara.

Seterusnya di bawah Butiran 020500, peruntukan LPPKN menurun daripada RM96.74 juta kepada RM93.5 juta sedangkan LPPKN memainkan peranan penting dalam pembangunan keluarga dan menangani isu penuaan negara. Saya ingin bertanya, apakah strategi terkini LPPKN untuk memperlahankan kadar penuaan dan meningkatkan kadar kelahiran? Adakah kos sara hidup punca utama kadar kesuburan rendah atau wujud faktor lain seperti trend di Jepun di mana sebahagian

draft • 12:56 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

besar keluarga memilih mempunyai anak yang sedikit bagi memberi pendidikan yang terbaik?

Saya mencadangkan agar kerajaan menilai semula insentif keluarga termasuk sokongan kepada keluarga muda, bantuan penjagaan anak serta pendekatan baharu yang lebih selari dengan realiti ekonomi semasa. Seterusnya, saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada KPWKM atas usaha berterusan memperkukuh pemerkasaan wanita melalui latihan keusahawanan, program pembangunan kerjaya dan inisiatif literasi kewangan. Usaha ini penting untuk mengurangkan risiko feminisasi kemiskinan serta meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja yang seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Akhir sekali sebagai penutup, isu-isu yang dibangkitkan kita pada hari ini menunjukkan KPWKM bukan sekadar kementerian kebajikan tetapi sebagai tulang belakang kesejahteraan rakyat merangkumi pemerkasaan wanita, sokongan kepada keluarga miskin, penjagaan warga emas, OKU dan intervensi awal kanak-kanak.

Saya berharap kerajaan dapat mempertimbangkan peningkatan peruntukan kepada KPWKM pada tahun mendatang kerana setiap ringgit di sini adalah pelaburan kepada keluarga, masyarakat dan masa depan negara. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:56 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 12:56 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

draft • 12:56 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Majlis dalam Jawatankuasa. Bentara.

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang Yang Berhormat- Yang Berhormat. Kita teruskan sesi perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 2:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Bismillahirrahmanirrahim. Hadis Riwayat Tirmidzi [Membaca sepotong hadis] iaitu sebahagian daripada hadis Soheh, riwayat Aisyah Ar. Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling baik kepada ahli keluarganya dan Aku adalah paling baik di antara kamu terhadap ahli keluargaku.” Maka, Dato’ Pengerusi, terima kasih Pengerusi atas peluang untuk membahas Belanjawan 2026 bagi Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat peringkat Jawatankuasa yang menerima peruntukan RM4,187,963,600. Dan, kementerian inilah yang saya sebut dalam hadis tadi di mana dan ahli keluarga itu sangat penting. Dan, siapa yang baik kepada wanita, ahli keluarganya termasuk wanita, anak-anak dan sebagainya, maka mereka adalah terbaik, dan Rasulullah SAW adalah terbaik.

Merujuk kepada Kepala B.48 dan P.48, Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Kapar mahu tahu berapakah orang yang termasuk dalam senarai di Kapar yang menerima faedah ini dan sila perincikan di mana dan PIC nya boleh beri bertulislah perincian.

Dan Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat, RM498 juta. Dalam semangat RMK13 yang menekankan inclusive development and social resilience, KPWKM perlu memastikan perlindungan sosial berkesan dan responsif kepada golongan rentan.

Angka-angka rasmi menunjukkan keperluan segera untuk reformasi kebajikan negara, dan penyelarasan bantuan sosial yang menutupkan jurang pangkalan data.

RMK13 mengunjurkan sekurang-sekurang RM2.5 juta isi rumah, bergantung kepada bentuk bantuan sosial kerajaan secara berkala.

Namun, data JKM 2024-2025 menunjukkan hampir 33 peratus permohonan ditolak kerana masalah dokumen atau data yang tidak selari antara agensi. Dan, kita lihat bajet 2026 telah memperuntukkan RM2.7 bilion ini keseluruhan bagi program bantuan tunai JKM dan sokongan komuniti. Jadi, saya mendesak supaya peruntukan ini disokong dengan pembinaan Dashboard Kebajikan Nasional Bersepadu menjelang

draft • 2:33 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

2027, integrasi maklumat B40, pendapatan harian, kadar pengangguran mikro dan maklumat kesihatan kronik secara bantuan bersasar benar-benar supaya bantuan benar-benar automatik.

Tanpa integrasi, kita terus melihat kebocoran hampir RM200 hingga RM300 juta setahun akibat overlapped program antara negeri dan Persekutuan. Warga emas, negara tua menjelang 2030. Unit Penyayang Warga Emas terlalu sedikit. PAWE juga hanya RM11,000,350. Jadi, kita— saya mencadangkan geran padanan RM50 juta khusus untuk NGO menambah pusat jagaan warga emas harian, pusat perluasan aging at home selaras sasaran RMK13 untuk mengekalkan 70 peratus warga emas dalam komuniti, bukan institusi.

Dan juga, kita melihatkan lebih 15 peratus warga emas tinggal bersendirian, majoriti B40. Mereka inilah yang berisiko untuk meninggal dunia seorang-seorang.

Kadang-kadang tiga, empat hari dah reput, baru dijumpai. PAWE kini lebih 140, tapi sasaran RMK13 ialah minimum 200 PAWE menjelang 2030.

Kapar ada 20,000 warga emas, 60 tahun ke atas, lebih kurang ya. Jadi, kita perlu ada lebih PAWE, sekarang ini hanya ada satu di Klang Selatan. Tapi di Klang Utara ini, yang ada jauh mobilitinya, jammed dan sebagainya, warga emas ini mobiliti masalah. Jadi, saya mengharapkan ada lagi PAWE, beberapa PAWE di Kapar ini. Itu hanya DUN Selat Klang. DUN Sementa patut ada satu, DUN Meru sepatut ada satu dan kita melihatkan juga geran.

Okey. Latihan penjaga warga emas melalui TVET selaras dengan gig ekonomi perlu dibuat oleh kerajaan. Insentif cukai untuk anak-anak yang menjaga ibu, bapa, warga emas patut di-apakan oleh kerajaan. Sedikit Pengerusi, sikit benarlah lima minit ini. Sebab kita Malaysia ini sebagai AFPPD Sekretariat yang bertapak di Malaysia, Asian Forum of Parliamentarians on Population and Development, mohon sedikit masa sedikit Pengerusi.

Butiran 020500 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN).

Saya ingin menegaskan bahawa isu kependudukan negara kini berada pada tahap kritikal dan LPPKN mesti diberi kemampuan lebih besar untuk menangani arah aliran demografi yang mencabar. Kadar kesuburan terendah dalam sejarah negara. Kini, total fertility rate hanya 1.6, jauh daripada paras penggantian 2.1. Ini bermakna kita sedang menuju struktur penduduk terlalu tua, terlalu cepat dan ini akan memberi tekanan besar kepada ekonomi dan sistem kebajikan.

Jadi, persoalannya, adakah peruntukan RM140 juta untuk LPPKN ini cukup untuk menangani isu besar seperti kesuburan rendah, kos penjagaan anak yang

draft • 2:33 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

meningkat dan perubahan struktur keluarga. Sikit lagi Pengerusi eh, saya — kita perlukan pendidikan kesihatan reproduktif berfakta di sekolah dan komuniti, program intervensi awal, latihan pegawai kesihatan keluarga untuk pendekatan lebih mesra remaja, keluarga rapuh dan tekanan ekonomi lebih 78,000 pasangan memfailkan penceraian setiap tahun.

Tiada program nasional benar-benar menangani family resilience, keupayaan keluarga menghadapi tekanan ekonomi, kerja dan sosial. Jadi, saya mencadangkan memperluaskan program kaunseling LPPKN termasuk ke semua daerah, termasuk Kapar dan modul pra perkahwinan diwajibkan bagi pasangan yang berisiko.

draft • 2:33 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Pengerusi, boleh sikit lagi tak tentang OKU ini? OKU kita semakin ramai. Kita lihat— kalau bolehlah, Pengerusi. Last, ya? Banyak program di bawah kementerian ini. Seperti yang saya katakan tadi, 50 peratus penduduk Malaysia adalah wanita.

Dengan wanita ini, dia dengan keluarga dan sehingga ketuanya, peranan wanita itu banyak. Jadi, boleh tak daripada kita ditanya ini— lima minit tidak cukup, Dato’ Pengerusi.

Jadi, boleh tak kementerian buat macam dashboard, okey. Institut Sosial Negara kata— apa dalam itu supaya kami ini, wakil rakyat ini, yang diberi lima minit sahaja. Kita boleh pinpoint terus apa yang sebenarnya berkaitan dengan rakyat kita dan juga katakan apa ini tadi tentang OKU, tentang PAWE, UPWE, Unit Penyayang Warga Emas. Apa bezanya? Supaya rakyat Malaysia ini tahu apa yang ada di dalam kementerian. This is a very big kementerian, Dato’ Seri. Jadi, kita daripada lahir sampai meninggal dunia, this is — kementerian ini yang jaga. Jadi, saya harapkan dia lebih elaborate, boleh senang sikit kita nak apakan supaya dia masuk di dalam— updated information in your website. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Kapar, saya ini amat bertimbang rasa. Selagi Yang Berhormat berbahas tidak ada melalut benda-benda mengarut, saya benarkan.

Tapi two-way communication-lah, alright. Silakan berikutnya. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Silakan Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 2:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi. Hari ini kita lihat Yang Berhormat Timbalan Menteri menggunakan pakaian berwarna oren, segak bergaya. Saya juga nak mengucapkan selamat menyambut Kempen Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita pada hari ini.

draft • 2:42 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Tuan Pengerusi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menerima sekitar RM4.19 bilion iaitu peningkatan hampir 15 peratus ketimbang tahun 2025. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, atas komitmen yang konsisten untuk membina sebuah masyarakat penyayang dan inklusif. Belanjawan kali ini memperlihatkan langkah-langkah yang bukan sahaja memperkukuhkan struktur kebajikan negara tetapi menelusuri realiti harian wanita, ibu tunggal, kanak-kanak, OKU dan warga emas.

Tuan Pengerusi, salah satu cabaran besar negara kita hari ini ialah kesenjangan dalam sektor penjagaan iaitu sektor yang menjadi asas kepada kesejahteraan keluarga. Namun, sejarahnya undervalued, underpaid dan tidak distrukturkan secara profesional. Belanjawan 2026 buat pertama kalinya meletakkan ekonomi penjagaan atau care economy sebagai bidang strategik, selaras dengan projek masa depan Malaysia sebagai negara menua.

Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat dan Butiran 020500 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), memperuntukkan lebih RM490 juta untuk kebajikan masyarakat dan RM93.5 juta bagi LPPKN, termasuk program kesejahteraan keluarga, kesihatan reproduktif dan sokongan komuniti.

Sementara itu, Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Program PDK menerima RM146 juta, menjadikannya salah satu blok pelaburan terpenting untuk komuniti OKU dan keluarga.

Tuan Pengerusi, data menunjukkan bahawa lebih 15 peratus rakyat Malaysia kini berusia 60 tahun ke atas pada tahun 2030, meletakkan kita sebagai sebuah negara menua. Dalam konteks ini, kita memerlukan ekosistem care work yang stabil dan mampan. Penjaga profesional bukan sekadar pekerja, dia adalah tulang belakang kepada kesejahteraan warga emas, OKU dan keluarga berpendapatan rendah yang bergantung kepada mereka.

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan memperluaskan latihan berasaskan komuniti untuk penjaga warga emas dengan modul kejururawatan asas, kesihatan mental dan pengurusan demensia. Latihan ini boleh dilaksanakan melalui kerjasama antara LPPKN, PDK dan politeknik TVET sedia ada. Dengan penyelarasan di bawah Butiran 020500 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), apabila penjaga dilatih dengan baik, kita bukan sahaja

draft • 2:42 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

meningkatkan kualiti penjagaan tetapi juga membuka laluan kerjaya bernilai tinggi untuk wanita.

Tuan Pengerusi, KPWKM melalui Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Program PDK menyediakan RM146 juta, antara peruntukan tertinggi dalam keseluruhan kementerian. PDK merupakan nadi pembangunan komuniti OKU. Saya ingin menyarankan supaya PDK ini diperkukuhkan sebagai hab komuniti OKU dan dengan integrasi perkhidmatan sokongan pekerjaan, latihan vokasional ringan dan kaunseling supaya keluarga — PDK bukan hanya tempat terapi tetapi pintu masuk kepada peluang hidup yang lebih bermakna. Pegawai PDK perlu diperkukuh, kebajikan mereka perlu dijaga supaya bayaran mereka juga tidaklah terlalu rendah.

Tuan Pengerusi, Belanjawan 2026 memperkukuh agenda pemerkasaan ekonomi wanita melalui pelbagai instrumen strategik. Butiran 020200 – Pembangunan Wanita, menerima RM33.2 juta untuk latihan, pembangunan, kapasiti dan program kepimpinan wanita. Kita lihat Amanah Ikhtiar Malaysia diperuntukkan RM230 juta, menghasilkan dana terkumpul RM2.9 bilion untuk lebih 300,000 sahabat usahawan wanita dengan rekod bayaran balik 99.97 peratus, antara kadar terbaik di dunia. Ini bukan sahaja bukti ketekunan golongan wanita B40 tetapi juga asas kepada kemampanan model pembiayaan mikro Malaysia.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 032300 – Pusat Sokongan Sosial Setempat. Ingin saya menyentuh mengenai kesihatan mental. Pada minggu lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Parlimen yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pulai telah pun membahas dengan begitu panjang lebar mengenai kesihatan mental yang berlaku di negara kita.

Kalau kita lihat, satu daripada enam rakyat di Malaysia mengalami kesihatan mental. Beban kesihatan mental dalam kanak-kanak, kita melihat meningkat sehingga dua kali ganda. Dan daripada masalah tersebut, masalah dengan rakan sebaya sebanyak 46 peratus, masalah emosi 17 peratus, masalah tingkah laku 25 peratus dan masalah hiperaktif lapan peratus.

Kita dapat menyimpulkan bahawa masalah kesihatan mental ini, khususnya pada kanak-kanak, ia bukan sahaja satu, dua aspek tertentu tetapi ia melibatkan seluruh komuniti, seluruh kehidupan yang berlaku ketika anak-anak tersebut membesar. Pada rekod NHMS 2022, kita lihat ini adalah pada kanak-kanak ya. Idea untuk membunuh diri sebanyak 13 peratus. Pelan untuk membunuh diri 10 peratus

draft • 2:42 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

dan cubaan bunuh diri adalah sebanyak 9.5 peratus. Ini semua terjadi peningkatan ketimbang tahun 2017.

Tuan Pengerusi, kes kesihatan mental dalam rumah tangga juga ingin kita tekankan. Baru-baru ini ada satu kes viral. Ada seorang lelaki terjun daripada Jambatan Pulau Pinang dan diduga kemungkinan ia ada masalah kesihatan mental ataupun stres yang berlaku dalam rumah tangga atau mungkin dalam kehidupan dia, kita tidak tahu. Tetapi dia tidak mampu dan tidak boleh untuk mencari penyelesaian, tidak mampu untuk mencari tempat sandaran atau siapakah orang yang boleh mendengar masalah dia ini.

Kita lihat penting untuk semua kaunselor-kaunselor di seluruh Malaysia ini berada di bawah satu naungan atau di bawah satu jabatan, mungkin di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya kaunselor ini lebih terstruktur. Kalau kita lihat, jumlah kaunselor yang diiktiraf ataupun atau jumlah kaunselor yang ada certificate itu amat-amat rendah di Malaysia ini berbanding dengan apa yang disarankan oleh WHO. Ini perlu diambil kira dan diambil berat oleh kementerian.

Kerjasama antara kementerian-kementerian amat-amat penting. Kalau kita lihat, orang yang mengalami masalah kesihatan mental ini tidak hanya ingin mencari doktor atau psikatri untuk mencerita tentang masalah mereka. Dia juga ingin mencari orang yang lebih rapat dengan dia atau orang yang lebih dia percayai. Kalau kita lihat, kalau boleh— kementerian boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, kerjasama dengan Kementerian Kesihatan, kerjasama dengan Kementerian Agama sebagai contoh, untuk bersama-sama dengan NGO, agensi- agensi kerajaan, bersama dengan rumah ibadat, masjid dan sebagainya.

draft • 2:42 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Ini boleh menjadi tempat untuk pesakit-pesakit atau mereka yang mengalami masalah kesihatan mental yang tertekan bukan sahaja di sekolah, bukan sahaja di tempat kerja tetapi di dalam rumah sendiri. Jadi mereka ada tempat untuk bernaung, tempat untuk menceritakan segala masalah mereka ini dan saya harap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjadi champion untuk menangani isu kesihatan mental yang amat-amat tenat di negara kita pada kali ini.

Tuan Pengerusi, Belanjawan 2026 bagi kementerian ini menunjukkan bahawa kerajaan komited untuk membina Malaysia yang lebih penyayang, Malaysia yang lebih inklusif dan berperikemanusiaan. Dengan penekanan kepada ekonomi penjagaan, pemerkasaan ekonomi wanita, kesejahteraan kanak-kanak dan yang

draft • 2:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

paling penting adalah kesihatan mental kita bersama. Sekian, Tuan Pengerusi.

Sungai Petani mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Cuba Yang Berhormat berbahas macam Sungai Petani, tidak ada melanggar Peraturan 36(10) dan (c) lane pertama tu, sakit menyakit hati di antara Yang Berhormat. Yang Berhormat, ini yang menimbulkan masalah. Kalau macam Sungai Petani bercakap, saya tak kisah, saya bagi 10 minit saya bagi. Tahu?

Inilah pendapat saya kan. Silakan. Berikutnya, saya mempersilakan Jerlun.

draft • 2:50 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jerlun.

draft • 2:50 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Dalam Belanjawan 2026, KPWKM menerima peruntukan sebanyak RM3.962 bilion berbanding RM3.423 bilion dalam Belanjawan 2025. Ada peningkatan sebanyak RM539 juta. Ini menggambarkan peruntukan yang agak tinggi bagi tahun ini.

Saya merujuk Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Menyentuh tentang kaunseling kepada individu, keluarga dan masyarakat, Akta Kaunselor 1998 telah diluluskan di Parlimen ini pada 22 Disember 1997. Melalui akta ini, memberikan punca kuasa kepada KPWKM untuk melantik dan menempatkan kaunselor di JKM seluruh Malaysia. Bahagian Psikologi dan Kaunseling (PK) di bawah KPWKM berperanan menentu dan memastikan kumpulan sasar yang menghadapi isu psikologi dan tingkah laku dibantu ke arah penyelesaian yang lebih positif dan produktif dalam mewujudkan kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental yang baik.

Saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat Menteri, pertama berapakah jumlah kaunselor yang dilantik dan ditempatkan di JKM setakat ini?

Kedua, berapakah kes-kes psikologi serta kesihatan mental berjaya diatasi dengan baik? Dan, ketiga adakah fungsi kaunselor JKM ini hanya melibatkan klien JKM sahaja?

Saya bangkitkan isu kesihatan mental ini sebab di kawasan saya, di Pida 3, Jerlun berlaku kejadian bunuh pada 31 Oktober 2025 lalu iaitu adik ipar bunuh abang

draft • 2:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

ipar dengan penggal kepala. Hasil siasatan polis, suspek mengalami gangguan halusinasi akibat tidak makan ubat dan kesan kemurungan sejak mengalami COVID- 19. Kedua-duanya bukan klien JKM.

Isunya sekarang, pertama, bagaimanakah kaunselor ini boleh berperanan secara meluas tanpa mengira klien JKM ataupun tidak? Kedua, selain menerima aduan sahaja, adakah kaunselor ini dibenarkan untuk turun ke lapangan menjejaki pesakit mental yang memerlukan kaunseling?

Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Ia berfungsi untuk memastikan program dan aktiviti pembangunan wanita dilaksanakan dengan efektif dan bersasar dengan menumpukan kepada aspek kemahiran, kewangan, keseimbangan dengan meningkatkan kesaksamaan dan kepimpinan kendiri ke arah kesejahteraan hidup.

Menyentuh institusi keluarga sejahtera, advokasi kesihatan reproduktif dan sosial kepada pasangan remaja perlu dititikberatkan. Ia boleh memberikan pendedahan tentang kepentingan Pendidikan Reproduktif dan Sosial (SRSE) tentang kelahiran anak di usia muda. Mutakhir ini, gejala anak-anak remaja, wanita hamil luar nikah semakin meningkat.

Harian Metro Online bertarikh 20 November 2025 melaporkan, kenyataan Yang Berhormat Menteri di Dewan ini bahawa seramai 16,961 remaja berusia 19 tahun ke bawah tidak berkahwin, hamil sepanjang tempoh 2020–2024. Jumlah keseluruhan ialah 41,842 kehamilan remaja yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam tempoh yang sama, termasuk mereka yang sudah berkahwin, 50 peratus daripada jumlah tersebut adalah berbangsa Melayu beragama Islam.

Dengan peruntukan sebanyak RM33.2 juta, apakah langkah segera kerajaan untuk memperhebatkan reproduktif dan sosial SRSE kepada remaja yang hamil bagi membendung hamil luar nikah terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah dan mahasiswa di universiti. Berapakah peruntukan untuk menganjurkan program- program berbentuk advokasi perundangan untuk mencegah kejadian rogol di kalangan mereka?

Butiran 020300 – Tribunal bagi Antigangguan Seksual. Tribunal ini berfungsi dengan menyediakan saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk pengadu mengambil tindakan terhadap responden bagi mendapatkan hak tebus rugi akibat daripada gangguan seksual yang dialaminya dengan cepat, mudah dan kos yang minimum. Jerlun bersetuju dengan kewujudan tribunal ini kerana ia boleh menyelesaikan kes dengan cepat tanpa perlu dibawa ke mahkamah lagi.

draft • 2:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Persoalan saya di sini ialah pertama, adakah kuasa tribunal di bawah KPWKM ini menyamai kuasa mahkamah. Maksudnya, perintah tribunal boleh dikuatkuasakan oleh agensi penguatkuasaan seperti polis, penguat kuasa jabatan agama Islam negeri-negeri dan sebagainya.

Yang kedua, adakah pengadu atau mangsa dikenakan fi bayaran kepada tribunal tersebut? Jika difailkan di mahkamah, sudah tentu ada bayaran-bayaran yang perlu dikenakan.

Butiran 020500 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN). Menyentuh LPPKN juga, terdapat satu dasar iaitu dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) 2022-2025. Antara lain bertujuan untuk meningkatkan kesedaran individu, keluarga dan masyarakat mengenai kepentingan pendidikan kesihatan, reproduktif dan sosial.

Saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Pertama, melalui perkhidmatan fertiliti di bawah dasar PEKERTI tersebut, berapakah bilangan golongan lelaki yang mendapatkan bantuan kesuburan lelaki di LPPKN? Ini adalah kerana negara menuju populasi menua, ageing populations dengan izin dan berlaku penurunan kadar kesuburan di kalangan kaum lelaki yang antara lain berpunca daripada penyakit kencing manis.

Yang kedua, menurut laporan LPPKN juga hampir 26.7 peratus wanita tidak mahu hamil. Sekitar 33 peratus, kadar kehamilan yang tidak dirancang agak tinggi.

Bagaimanakah LPPKN menangani isu stigma masyarakat terhadap perancangan keluarga dan apakah program jangka pendek bagi menyedarkan golongan lelaki dan wanita yang berkahwin tentang peri pentingnya hamil ketika usia masih muda?

Saya merujuk portal rasmi LPPKN. Saya cuba buka bahagian dasar. Di bawah tajuk keluarga, ada satu saja dasar iaitu Dasar Keluarga Negara. Hanya satu dasar sahaja. Bila buka tertera not found, tiada isi kandungan. Begitu juga bahagian media di bawah tajuk penerbitan, ada lima tajuk. Empat tajuk not found.

draft • 2:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, satu minit gulung.

draft • 2:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Satu tajuk saja boleh dibaca iaitu Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2022. Setakat 2022 saja. 2023, 2024, 2025 tidak adapun sebarang penerbitan yang dilaporkan. Kalau beginilah maklumat yang tertera dalam portal LPPKN, bagaimanakah perancangan dan aktiviti LPPKN dapat diketahui oleh orang awam atau sesiapa saja yang ingin berurusan dengan LPPKN.

draft • 2:51 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Apakah peranan yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Digital (CDO) dalam menyediakan maklumat terkini kepada pelawat portal LPPKN sedangkan peruntukan dibagi begitu banyak kepada LPPKN. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 2:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin.

draft • 3:00 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato' Pengerusi kerana mengizinkan saya dan peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Hari ini 25 November, kita bersama masyarakat dunia memperingati Hari Menangani Keganasan terhadap Wanita. Hari ini juga mengingatkan kita bahawa keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan masih lagi berlaku.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tie ini akan saya jaga sebaiknya. Selaku Ahli Dewan yang bertanggungjawab, marilah kita bersama-sama menyatakan komitmen untuk memperkukuh perlindungan, memastikan akses kepada keadilan dan membina masyarakat yang selamat untuk semua wanita.

Tampin pencinta wanita.

Burung tempua terbang melayang, Singgah sebentar di hujung dahan; Wanita dilindung maruah dijulang, Marilah bersama memainkan peranan. Dato' Pengerusi, saya ingin memulakan perbahasan dengan Butiran 01700 – Kompleks Perlindungan Sementara dengan nilai peruntukan berjumlah RM500,000.

Kes keganasan rumah tangga di Malaysia telah meningkat kepada 7,116 kes pada tahun 2024 berbanding 5,507 kes pada tahun 2023 iaitu peningkatan bersamaan 29 peratus. Tahniah diucapkan kepada kementerian atas pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan keberanian masyarakat untuk tampil membuat laporan.

Meskipun peningkatan kesedaran menjadi penyumbang kepada peningkatan bilangan laporan, hakikatnya kapasiti sokongan masih lagi belum mencukupi di seluruh negara. Mangsa hari ini bukan sahaja berdepan penderaan tetapi juga menghadapi masalah jarak yang jauh untuk ke rumah perlindungan dan kekurangan pegawai kebajikan. Kementerian seharusnya mempunyai sejumlah peruntukan

draft • 3:00 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

khusus untuk membuka rumah perlindungan yang baru, termasuklah di daerah kecil seperti di Tampin.

Selain itu, kementerian juga dituntut untuk berlaku adil dan memainkan peranan sewajarnya terhadap lelaki yang turut menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Setakat Julai tahun ini, bilangan lelaki atau suami yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga mungkin melebihi 1,183 kes yang direkodkan oleh PDRM.

Lelaki yang mencari bantuan sering berhadapan dengan kekangan seperti tiada tempat perlindungan khas ataupun pegawai yang tidak terlatih untuk membantu mereka. Justeru itu, saya mohon agar kementerian menerusi LPPKN mengambil pendekatan yang lebih serius dan membantu kesemua mangsa keganasan ini tanpa mengambil kira status gender.

Seterusnya, Dato' Pengerusi, Butiran 020100. Malaysia sedang bergerak pantas menuju status negara menua. Pada ketika ini, kita sedang menghampiri keadaan di mana satu daripada tujuh rakyat berusia lebih 60 tahun. Namun, realiti yang paling ketara bukanlah di Kuala Lumpur, bukanlah di Putrajaya tetapi di daerah luar bandar seperti Tampin yang mana demografi berubah lebih cepat daripada dasar sosial semasa.

Di Tampin, misalnya, fenomena migrasi berlaku. Anak-anak muda berhijrah ke bandar mencari rezeki dan yang kekal di kampung ialah ibu bapa yang semakin berusia. Mereka ini tinggal bersendirian. Ada yang tidak mempunyai transport, tiada akses aktiviti penuaan aktif dan terdapat dalam kalangan mereka yang terpaksa bergantung kepada jiran ataupun ketua kampung.

Saya difahamkan seramai 9,280 orang warga emas sedang berada di bawah jagaan 454 pusat jagaan warga emas membabitkan pertubuhan sukarelawan kebajikan dan swasta di seluruh negara. Seramai 1,670 warga emas turut mendapatkan perlindungan di rumah jagaan warga emas di bawah JKM iaitu 10 buah Rumah Seri Kenangan dan dua buah Rumah Ihsan.

Persoalan saya, adakah jumlah pusat jagaan ini mencukupi menyeluruh di serata negara dan mampu menampung bilangan warga emas untuk tempoh lima tahun akan datang? Apakah perancangan kementerian untuk memastikan warga emas di luar bandar tidak terabai kebajikan mereka?

Saya mencadangkan agar pusat jagaan warga emas komuniti diwujudkan di setiap daerah kecil di luar bandar sebagai langkah persiapan negara menuju negara menua. Saya juga mencadangkan supaya elaun khas diberikan kepada anak-anak

draft • 3:00 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

yang menjaga ibu bapa warga emas bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pusat jagaan.

Seterusnya, Dato' Pengerusi, Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Saya ingin menarik perhatian Dewan mengenai satu lagi isu mustahak yang kurang mendapat perhatian iaitu mengenai pengasuh kanak- kanak yang beroperasi di rumah. Isu ini bukanlah isu kecil. Isu ini menyentuh soal keselamatan anak, kesejahteraan ibu bapa yang bekerja dan maruah sistem penjagaan awal di dalam negara.

Di seluruh negara, ramai ibu bapa bergantung sepenuhnya kepada pengasuh yang beroperasi di rumah kerana terdesak dan tiada pilihan. Namun, apabila kemudahan ini tidak berdaftar, tidak dipantau dan tidak mempunyai standard keselamatan minimum, risikonya amat besar kepada anak-anak.

Mengenai isu ini, saya ingin mengetahui, berapakah jumlah sebenar pengasuh kanak-kanak yang beroperasi di rumah tanpa berdaftar dengan kementerian. Apakah usaha kementerian untuk meningkatkan jumlah pendaftaran?

Kerana saya yakin ramai di antara mereka tidak berbuat demikian.

Saya mencadangkan agar kementerian memperkenalkan insentif yang menarik supaya mereka ini tampil ke hadapan untuk membuat pendaftaran. Pada masa yang sama, kementerian juga tidak boleh terus mengamalkan dasar yang menekan para pengasuh yang beroperasi di rumah tanpa menyediakan jalan keluar.

Dato' Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini.

Mentari pagi menyingkap tirai, Embun gugur membasah bumi; Wanita dan kanak-kanak dijaga rapi, Kerana di situlah wujudnya harmoni. Tampin mohon menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 3:00 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Pengerusi, terima kasih di atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Kepala Batas untuk membahaskan belanjawan bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

draft • 3:05 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Pertama, Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat, difokuskan kepada Talian Kasih 15999. Peruntukan di bawah butiran ini dilihat bersifat agregat tanpa pecahan khusus bagi Talian Kasih. Ini dilihat menyukarkan semakan awam tentang penggunaan dana— [Tidak jelas] dan juga nilai perbelanjaan.

Justeru, Kepala Batas mohon perincian berkaitan bilangan kes dan aduan yang diterima melalui Talian Kasih 15999 bagi tahun 2024 dan 2025 termasuk jumlah keseluruhan aduan mengikut kategori penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, warga emas, OKU, pemerdagangan orang dan lain-lain, julat umur mangsa ataupun pengadu supaya Dewan dapat menilai kelompok paling terdedah, peratusan kes mengikut kategori serta kadar peningkatan ataupun penurunan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Mohon data terkumpul secara terperinci mengikut negeri.

Selain itu, Kepala Batas mohon pencerahan berkaitan berapakah peratusan kejayaan penyelesaian kes dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima. Adakah response time ini berbeza antara negeri, bandar dan luar bandar? Dan apakah usaha penambahbaikan yang dilakukan? Dan, seterusnya, adakah Talian Kasih ini berfungsi sepenuhnya 24 jam termasuk cuti umum? Apakah statistik downtime bagi 2023 hingga 2025?

Butiran yang sama 020100, difokuskan kepada stateless, kanak-kanak tanpa kewarganegaraan. Isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan tidak dapat diselesaikan sekiranya berlaku percanggahan tafsiran undang-undang dan SOP antara agensi seperti KPWKM, JPN, KPM serta pihak keselamatan.

Jadi, Kepala Batas mohon pencerahan, apakah punca sebenar percanggahan dalam penyelesaian isu ini? Adakah berpunca daripada perkahwinan tidak berdaftar, kekurangan dokumen hospital ataupun isu birokrasi antara agensi?

Sejauh manakah kerjasama KPWKM dengan KDN, JPN, Wisma Putra dan agensi lain dalam mewujudkan prosedur yang lebih jelas, cepat dan juga efektif? Adakah kerajaan telah mewujudkan one stop centre stateless children untuk mengurangkan kes tertangguh sehingga bertahun-tahun?

Kepala Batas mohon perhatian kepada kerajaan berkenaan dengan isu ini kerana pernah menerima beberapa kes berkaitan anak tanpa kewarganegaraan ini sebagaimana, misalnya, seorang ibu warganegara tempatan berkahwin warganegara Turki ketika menyambung pengajian di Amerika Syarikat dan kemudiannya menimang cahaya mata dan lahir di sana. Maka, anak mereka kemudiannya tidak dapat didaftarkan sebagai warganegara sama ada warganegara Turki ataupun Malaysia atas sebab-sebab dokumentasi.

draft • 3:05 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kes yang kedua, seorang gadis berumur 13 tahun yang sehingga ke hari ini tidak mempunyai kad pengenalan kerana perkahwinan ibu bapanya yang diakad di selatan Thailand tetapi tidak didaftarkan di Malaysia dan lebih menyedihkan lagi apabila sijil kelahirannya tidak berbintikan siapa-siapa. Tiada maklumat ayah. Hanya maklumat ibu sahaja.

Berdasarkan dua isu ini, apakah terdapat sebarang kaedah oleh pihak KPWKM khususnya untuk membantu mangsa-mangsa yang merupakan anak gadis ini? Mohon perhatian dan kerjasama daripada pihak kementerian dalam menangani isu ini. Ibu mana yang sanggup melihat masa depan anak-anak mereka kelam sedangkan kasih sayang para ibu adalah cahaya kepada anak-anak.

Butiran 020300 – Tribunal bagi Antigangguan Seksual, Skuad WAJA. Tuan Pengerusi, Kepala Batas mohon penjelasan tahap kemajuan terkini Skuad WAJA di setiap negeri termasuk jumlah ahli yang berdaftar, sukarelawan aktif dan program advokasi yang telah dijalankan. Penglibatan pelbagai kaum kerana isu keselamatan wanita bukan hanya melibatkan satu etnik sahaja. Apakah indikator kejayaan Skuad WAJA? Adakah melalui jumlah kes yang dicegah, bilangan komuniti yang dilatih ataupun peningkatan literasi keselamatan wanita?

draft • 3:05 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Sejauh manakah kerjasama dan keterlibatan bersama Ahli Parlimen dari pihak pembangkang terutamanya ketika musim banjir masa ini? Kepala Batas ingin tahu, adakah terdapat peruntukan khusus dalam Belanjawan 2026 ini bagi Skuad WAJA pada peringkat komuniti, universiti dan juga sekolah?

032500 – Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme. Tuan Pengerusi, terima kasih di atas keprihatinan kerajaan terhadap anak-anak autisme. Namun, terdapat beberapa persoalan yang ingin Kepala Batas utarakan. Adakah subsidi ini merangkumi kelas tambahan khusus secara atas talian, online learning support yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak autisme yang tidak selesa hadir ke kelas fizikal?

Kaedah pembelajaran anak-anak autisme ini memerlukan perhatian intensif dan berbeza dengan anak-anak yang lain, maka ramai ibu bapa mula mencari kelas tambahan secara one-to-one bagi meningkatkan keupayaan dan daya saing anak- anak autisme. Bukan semua mampu mengajar dan membantu mereka, sebab itulah ada yang memilih kelas atas talian contohnya seperti MG-Class.

Maka, bagaimanakah subsidi ini akan diberikan? Adakah ia nya akan diberikan mengikut tahap pendidikan ataupun mengikut umur dan juga keperluan?

Siapakah yang layak menerimanya? Apakah perancangan kerajaan bagi

draft • 3:10 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

memastikan agar pemberian subsidi ini tidak mempengaruhi kenaikan yuran dan membebankan para ibu bapa?

031700 – Taska OKU. Kepala Batas menarik perhatian kepada kebajikan guru-guru taska OKU yang memikul beban kerja berat, namun sering mengadu gaji dan elaun yang rendah tidak sepadan dengan tugas mengurus anak-anak yang berkeperluan tinggi. Apakah faedah-faedah semasa yang diterima oleh mereka, misalnya elaun khas, latihan profesional, insurans ataupun cuti tambahan? Adakah kerajaan merancang menambah baik skim perkhidmatan dan menyediakan latihan berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan intervensi awal?

Akhirnya Tuan Pengerusi, KPWKM ialah jantung kebajikan rakyat. Apa sahaja kelemahan dalam pelaksanaan memberi kesan langsung kepada wanita, kanak-kanak, warga emas, OKU dan juga golongan rentan. Kepala Batas berharap agar kementerian dapat menguatkan kerjasama antara agensi membudayakan respons yang cepat, menambah ketelusan laporan prestasi dan meningkatkan perlindungan kepada semua kumpulan rentan tanpa mengira kaum dan juga latar belakang. Malah, kami di peringkat Ahli Parlimen Perikatan Nasional sentiasa bersedia turut bersama dalam menjayakan misi dan visi pihak KPWKM. Sekian, terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Ampang.

draft • 3:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Pengerusi. Saya ingin mulakan dengan terus memohon maklumat daripada kementerian, berdasarkan peruntukan keseluruhan sebanyak 4.19 bilion tahun 2026, mohon Menteri kongsikan pecahan buat kumpulan sasar yang utama iaitu keluarga, komuniti, wanita, kanak-kanak, warga emas, OKU dan B60. Sebab saya tidak lihat di dalam buku bajet ini sebenarnya berapakah pecahan-pecahan khusus yang diperuntukkan untuk golongan-golongan rentan ini.

Seterusnya, Ampang pergi ke Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat dan juga Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Di sini saya lihat di bawah Butiran 020200, tatkala seantero dunia menyambut Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita seperti hari ini, Ampang musykil mengapa tahap kesedaran wanita Malaysia terhadap isu gangguan seksual amat rendah, diunjurkan hanya 10 peratus pada tahun 2026. Apakah sebenarnya usaha yang telah pun diambil selama ini tidak mendatangkan hasil yang baik ataupun impak yang baik?

draft • 3:12 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah kempen dan usaha- usaha lain yang akan dibuat di peringkat akar umbi agar perkara ini dapat dilaksanakan ataupun dia nampak impaknya meningkat bukan sahaja 10 peratus, sepatutnya lebih daripada itu. Dan dengan perkara yang sama, apakah kekangan- kekangan yang dihadapi oleh KPKWM dalam usaha ini?

Seterusnya, dengan peruntukan yang diunjurkan meningkat 7.3 peratus kepada 4.71 juta, apakah mekanisme pemantauan yang dan penilaian untuk menentusahkan kecekapan dan keberkesanan Butiran 02300 iaitu Tribunal Bagi Gangguan Seksual atau ringkasannya TAGS dan senarai KPI tahunannya? Ini Dato’ Pengerusi, saya rasa ini penting untuk dibahaskan kerana isu ini ada perkaitan dengan perkara yang saya sebut lebih awal.

Seterusnya, Ampang khuatir peruntukan lapan juta tidak mencukupi bagi Butiran 032300 iaitu PSSS iaitu pusat rujukan one-stop center dalam komuniti yang menyediakan perkhidmatan sokongan sosial, psikososial dan intervensi awal buat individu atau keluarga menghadapi pelbagai isu sosial.

Saya nampak begitu signifikan PSSS ini perlu diwujudkan, tetapi lapan juta itu terlalu sedikit dan PSSS sebenarnya amat penting untuk intervensi awal. Jadi dengan itu, Ampang ingin tahu, berapakah bilangan PSSS yang kini beroperasi mengikut lokaliti ataupun daerah ataupun negeri, khususnya berapakah PSSS di Parlimen Ampang? Dan disebabkan PSSS ini baik, apakah KPI yang ingin dicapai?

Ini ingin juga Ampang mengetahuinya. Dan apakah bilangan kes yang telah diselesaikan pada yang lepas tentang hasil intervensi dan seterusnya?

Seterusnya Dato’ Pengerusi, Butiran 020500 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga. Di sini Ampang hanya ingin melihat ataupun menyentuh iaitu melihat peruntukan 23.4 juta bagi Butiran 031600 – Home Help dengan izin, sebagai komitmen terhadap intervensi sosial berasaskan komuniti dan keluarga demi memastikan kebajikan, kesejahteraan dan sebagainya.

Saya lihat di sini ada beberapa soalanlah yang ingin Ampang kemukakan.

Bagaimanakah sebenarnya kriteria pemilihan penerima Home Help ini yang ditetapkan dan berapa bilangan penerima yang disasarkan dalam tahun 2026?

Apakah bentuk kerjasama dengan PBT wujud atau agensi kebajikan negeri dalam pelaksanaan peringkat akar umbi?

Dan saya lihat sebenarnya perkara ini juga ada dibuat di bawah MRANTI di bawah Kementerian Kesihatan. Apakah kerjasama yang diberikan antara kesemua

draft • 3:12 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

agensi bagi memastikan Home Help ini betul-betul berkesan dan mengambil alih banyak tugasan, bebanan di peringkat berpusat?

Butiran seterusnya adalah Butiran 032100 iaitu minta maaf Pengerusi, saya ingin bercakap tentang sedikit trend antarabangsa iaitu kita lihat ada banyak perkara yang tidak dilaksanakan, tapi saya ingin bercakap tentang Butiran 020200 sebab masa tidak mengizinkan iaitu berkaitan dengan wanita, pembangunan wanita. Saya lihat di sini peruntukan 33.27 juta pada tahun 2026 bagi butiran ini terlalu amat kecil kerana pembangunan wanita sebenarnya merupakan pelaburan dalam ekonomi, bukan kos kebajikan yang kita hanya mahu ia nya dilihat.

Dianggarkan setiap satu peratus peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja mampu menyumbang sehingga enam bilion hingga 12 bilion kepada KDNK. Jadi, bayangkan berapa nilai tambah kalau kita berikan peruntukan ini kepada pembangunan wanita. Oleh itu, saya ingin bertanya balik kepada soalan yang kerap saya bertanya di sini, berapakah peruntukan dan program spesifik dalam Belanjawan 2026 khusus untuk mengurangkan bebanan ini? Dan apakah cadangan kita untuk melaksanakan unpaid care, domestic work dalam kerja-kerja penjagaan rumah dan rumah tangga yang tidak berbayar ini?

Sedikit Tuan Pengerusi, Dato’ Pengerusi, untuk landing. Jadi, satu lagi perkara berkaitan dengan 30 peratus penglibatan wanita dalam pembentukan keputusan, saya lihat di sini kita tidak ada banyak program yang dirancangkan. Saya begitu bimbang ia nya tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, saya harap pihak kementerian lebih wajar untuk melaksanakan rang undang-undang parity gender supaya persoalan berkaitan dengan isu wanita ini bukan sahaja dibincangkan hanya 30 peratus, tetapi merentas semua kementerian supaya isu memberikan hak saksama kepada wanita dapat kita laksanakan. Itu sahaja Dato’ Tuan Pengerusi.

Terima kasih.

draft • 3:12 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Maran.

draft • 3:12 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Selamat datang kepada para pelajar di dalam Parlimen ini.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana izinkan saya untuk turut membahaskan Bajet 2026 peringkat Jawatankuasa Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang memperuntukkan 4.187 bilion.

draft • 3:18 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya ingin menyentuh beberapa perkara, yang pertama ialah Butiran 00300 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Masyarakat yang dahulunya dikenali dengan Lembaga Perancang Keluarga Negara (LPKN). Sehingga tahun 2025, bilangan penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 34.3 juta orang dan komposisi penduduk kalau direkodkan oleh DOSM ialah 30.9 juta warganegara dan 3.4 juta bukan warganegara.

Saya melihat peranan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Masyarakat kini tertumpu kepada tiga perkara berikut iaitu menyelia penyelidikan dalam bidang kependudukan dan pembangunan keluarga, menyebar pengetahuan, memberi pendidikan, latihan dalam bidang pembangunan keluarga, menjalankan kerja dalam bidang kekeluargaan dan kependudukan.

Saya ingin bertanya, dahulu kerajaan pernah mensasarkan penduduk Malaysia kepada 70 juta, apakah sasaran ini masih kekal? Jika ya, hingga tahun berapa sasaran ini ingin dicapai?

draft • 3:18 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Yang kedua, jika tidak, adakah pihak kerajaan mempunyai sasaran baru dalam menentukan bilangan penduduk negara ini agar negara kita tidak dipenuhi oleh pendatang warga asing?

Menyentuh dalam butiran yang sama, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga, masalah kehamilan remaja tanpa nikah makin serius di Malaysia. Menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sebanyak 6,144 kes kehamilan remaja dilaporkan antara 2023 hingga Mac 2025.

Walaupun LPPKN mempunyai program seperti PEKERTI, KafeTEEN dan MyKafeTEEN bagi pendidikan kesihatan reproduktif, data terkini menunjukkan hasil masih mengecewakan. Soalan saya Dato’ Pengerusi, adakah kerajaan boleh menyatakan sama ada program pendidikan reproduktif sedia ada di LPPKN ini termasuk PEKERTI, KafeTEEN dan MyKafeTEEN ini telah terbukti berkesan dalam mencegah kadar zina atau kehamilan luar nikah bagi remaja?

Mengikut seksyen 41(2)(d) Akta Kanak-kanak 2001, berapakah jumlah remaja perempuan hamil luar nikah yang telah diklasifikasikan sebagai memerlukan perlindungan segera dan ditempatkan di sisi perlindungan rumah perlindungan NGO yang diiktiraf? Berapa banyak kes kehamilan remaja luar nikah telah dirujuk kepada polis atau mahkamah di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi tempoh 2020 hingga 2025? Dan berapakah peratus yang berakhir dengan pendakwaan atau

draft • 3:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

sabitan memandangkan hubungan seks dengan perempuan bawah 16 tahun merupakan rogol statutori?

Dato’ Pengerusi, bawah Butiran 01100 – Penyelidikan Sains Sosial, kerajaan memperuntukkan RM2.2 juta sebagai peruntukan baharu pada tahun ini. Persoalan saya, apakah fokus sebenar dana ini? Dan bagaimana kerajaan memastikan kajian tersebut tidak sekadar menjadi laporan akademik, tetapi betul-betul diterjemahkan kepada pindaan undang-undang dasar yang lebih kukuh dan pelaksanaan program yang memberi kesan kepada rakyat?

Persoalan saya, apakah objektif khusus peruntukan RM2.2 juta ini dan apakah bidang penyelidikan keutamaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Wanita? Bagaimanakah kerajaan memastikan dapatan kajian ini tidak hanya berakhir sebagai laporan semata-mata, tetapi di terjemah secara konkrit kepada pindaan undang-undang? Apakah mekanisme pemilihan penyelidik atau institusi penyelidikan bagi dana ini?

Yang berikutnya ialah taksiran wanita. Walau negara sudah mempunyai sistem eKasih sebagai pangkalan data kemiskinan nasional, Malaysia masih belum mempunyai satu national social protection registry yang benar-benar boleh menyatukan semua penerima bantuan merentasi kementerian, kerajaan negeri, institusi zakat, baitulmal dan NGO. Akibatnya, data sosial negara kekal berpecah- pecah, program perlindungan sosial kerap bertindih dan masih wujud golongan yang cicir walaupun layak menerima bantuan.

Dalam keadaan kos sara hidup meningkat, kelemahan integrasi data ini menjejaskan keupayaan kerajaan memastikan bantuan di salur dengan tepat kepada keluarga yang benar-benar memerlukan. Syarikat penyedia data atau sistem maklumat mendapat duit, tetapi rakyat terus miskin dan masalah mereka tidak diatasi.

Memandangkan Malaysia masih belum mempunyai satu pangkalan data perlindungan sosial nasional yang bersepadu, bilakah kerajaan akan mewujudkan national social protection registry ini yang menyatukan semua data penerima bantuan merentas kementerian, kerajaan negeri serta institusi zakat, baitulmal, NGO dan lain-lain? Berapa banyakkah program kebajikan dan perlindungan sosial yang bertindih antara Kementerian Wanita, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, JAKIM, kerajaan negeri dan lain-lain?

draft • 3:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Dato’ Pengerusi, saya ingin – Akhir sekali saya ingin bertanya, apakah mekanisme dan sikap— apakah maksud dalam sikap perbelanjaan wang sagu hati institusi kanak-kanak? Dan antaranya 030600 – Wang Saku Institusi Warga Emas RM792,000. 030100 – Wang Saku Institusi Kurang Upaya dan apakah kesan daripada wang saku yang disediakan ini?

Dan akhir sekali ialah kebajikan masyarakat, Dato’ Pengerusi. Saya ingin tahu, berapakah bilangan terakhir terkini masyarakat yang mendapat bantuan di bawah skim kebajikan masyarakat negara mengikut jenis bantuan, mengikut negeri dan mengikut kaum?

Apakah senarai kementerian yang terkini dapat diberikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri tanpa mengira parti politik? Kerana mereka juga bertanggungjawab bagi membantu kementerian, malah memastikan supaya kadar kemiskinan dapat kita atasi dan mereka yang tidak bernasib baik ini dapat diberikan bantuan selanjutnya dengan mendapat peruntukan daripada Kementerian Wanita, Kebajikan dan Masyarakat ini. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Selanjut saya mempersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 3:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 3:25 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Mintak maaf ya Yang Berhormat Bentong. Saya selalu tersebut silap. Jadi, yang ini Yang Berhormat Betong.

draft • 3:25 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Ya, betul. Lepas ini nanti baru Bentong. Sebelum saya mula Dato’ Pengerusi, saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan daripada TEKUN Nasional Negeri Pahang yang [Tepuk] diketuai oleh pengurus negeri Saudara Hassan bin Anuar. Selamat datang ke Parlimen.

Dato’ Pengerusi, terima kasihlah di atas peluang untuk Betong juga turut sama membahaskan Belanjawan 2026 di bawah Maksud B dan P.48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dato’ Pengerusi, Betong ingin memfokuskan kepada tiga komponen utama KPWKM di bawah tajuk khusus iaitu pertamanya, sosioekonomi keluarga miskin.

Kedua, OKU dan ketiga, warga emas yang merangkumi 67.2 peratus keseluruhan

draft • 3:25 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

peruntukan. Dengan peruntukan sebesar ini Dato’ Pengerusi, Parlimen bukan sahaja perlu meneliti perbelanjaan, tetapi juga keberhasilan sebenarnya di lapangan nanti.

Saya mula dengan Butiran B.030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Dato’ Pengerusi, peruntukan ini meningkat daripada RM360 juta kepada RM425 juta untuk tahun 2026 selaras dengan PGK yang baru.

Dan saya ingin bertanya, adakah peningkatan peruntukan ini akan diterjemahkan kepada peningkatan hasil nanti? Dan Betong juga ingin mendapatkan penjelasan, apakah indikator keberhasilan JKM? Dan berapakah ramai keluarga yang benar-benar keluar daripada kategori miskin tegar dalam tiga tahun terakhir?

Dan keduanya, di manakah kedudukan exit strategy kementerian dengan izin, dengan pelbagai skim terutamanya latihan kemahiran, modal mikro, geran keusahawanan? Dan berapa ramaikah penerima yang berjaya mencapai pendapatan mampan, bukan sekadar bergantung kepada bantuan?

Dan yang ketiganya, bagaimanakah keluarga yang tercicir, dikenal pasti?

Adakah pengesanan aktif melibatkan pejabat daerah, ketua kampung atau NGO dilakukan untuk kita memastikan tiada isi rumah yang terlepas daripada radar?

Dan keempat untuk kawasan Parlimen Betong, saya ingin tahu berapakah unjuran isi rumah yang layak pada 2026 dan berapakah jumlah peruntukan sebenar yang akan turun ke lapangan? Sebab keciciran ini Dato’ Pengerusi, bukan isu kecil.

Ia nya akan menyentuh keadilan sosial.

Dan yang keduanya saya pergi ke Butiran B.030900 iaitu Sosioekonomi OKU.

Dato’ Pengerusi, walaupun RM1.23 bilion diperuntukkan untuk OKU, maka di Betong hanya dalam sekitar 794 OKU yang berdaftar. Jauh lebih rendah daripada jumlah sebenar. Jadi, ini yang merunsingkan, menunjukkan akses kepada pendaftaran dan faedah masih lagi tidak seimbang terutamanya di luar bandar.

Jadi Betong ingin bertanya, adakah kementerian ada menetapkan sasaran pendaftaran 100 peratus OKU yang layak melalui mobile outreach secara agresif?

Dan bolehkah JKM ini dijadikan kita sebagai pusat operasi pendaftaran yang bergerak untuk kita mencapai pada capaian di luar bandar?

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu autisme ini. Di Sarawak, terdapat lebih 4,500 kanak-kanak autisme, tetapi pusat intervensi masih lagi tertumpu di sekitar bandar. Jadi soalan saya, bilakah pusat intervensi autisme di luar bandar termasuk Betong juga akan diwujudkan? Sebab keluarga yang memerlukan akses sebenarnya dan bukan dasar yang hanya cantik di atas kertas.

draft • 3:25 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi, Betong turut mohon agar syarat permohonan bantuan OKU dipermudahkan sesuai dengan realiti di pedalaman, dipermudahkan sesuai dengan realiti supaya tiada keluarga yang ditolak hanya kerana kekangan dokumentasi.

draft • 3:25 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dan yang ketiga ialah Butiran B.031000 – Sosioekonomi Warga Emas. Dato’ Pengerusi, Malaysia bakal menjadi negara menua pada 2030 nanti. Justeru, Betong ingin bertanya, berapakah jumlah warga emas terutamanya di kawasan saya di Betong yang menerima bantuan warga emas? Dan berapa yang masih menunggu kelulusan?

Apakah langkah juga untuk kita mempercepatkan proses pengesahan dan kelulusan terutamanya bagi warga emas di luar bandar yang amat bergantung sepenuhnya kepada bantuan tunai ini? Dan di bawah Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEM) 2026-2030, apakah pelan yang khusus untuk Sarawak dan juga kawasan Betong?

Dan selain bantuan tunai, Betong mencadangkan agar PAWE diperkasakan sebagai pusat pembangunan warga emas produktif, bukan sekadar pusat aktiviti sosial. Dan adakah kementerian akan memperkenalkan modul literasi digital asas di semua PAWE supaya warga emas kita juga tidak ketinggalan dalam ekonomi digital?

Dato’ Pengerusi, saya mohon tambahan sedikit masa untuk saya menghabiskan...

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, silakan.

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dan keempat ialah Butiran B.030400 – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Ramai juga rakan-rakan telah menyentuh ini. Dato’ Pengerusi, Betong juga mempunyai satu PDK bagi kawasan yang pedalaman yang amat luas.

Kekurangan petugas serta keperluan modul yang khusus seperti autisme, syndrome down dan lain-lain juga perlu segera kita atasi. Jadi, persoalan daripada Betong, apakah bentuk sokongan teknikal, pemantauan berkala dan latihan daripada JKM Negeri dan di Putrajaya?

Adakah terdapat rancangan untuk menambah petugas dan menyediakan latihan lanjutan bagi kita memastikan kualiti perkhidmatan yang tidak merosot? Dan sampai bilakah penyelia dan petugas PDK perlu bekerja atas semangat semata- mata tanpa struktur gaji yang adil? Dan adakah kementerian mempertimbangkan menjadi petugas— menjadikan petugas di PDK ini serta penyelia sebagai kakitangan kontrak JKM bagi kita menjamin piawaian gaji dan faedah yang minimum?

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Isu pesakit terlantar. Betong juga ingin menghargai inovasi Sistem Care4U.

Namun, kelewatan kelulusan bantuan dan peralatan terus juga menjadi cabaran utama. Jadi, soalan saya, adakah kementerian bersedia mewujudkan skim pinjaman peralatan kecemasan di JKM seperti kerusi roda, katil hospital yang mudah alih dan peralatan sokongan supaya keluarga yang boleh mendapat bantuan segera selepas mereka discharge daripada hospital?

Dan, sebagai penutup, Dato’ Pengerusi, Betong percaya bahawa Belanjawan 2026 ini mampu memberi impak yang besar, tetapi hanya jika penyampaian di lapangan itu benar-benar kita perkukuhkan.

Jadi, keluarga miskin memerlukan jalan keluar, bukan bantuan bulanan semata-mata. OKU memerlukan pendaftaran dan perkhidmatan yang sampai ke kampung dan juga warga emas memerlukan ekosistem sokongan yang menyeluruh.

PDK juga memerlukan sumber latihan dan pengiktirafan kerja yang adil.

Jadi, Betong berharap kementerian akan memberi komitmen jelas bahawa tiada komuniti di luar bandar, termasuk kami di Betong akan tercicir daripada Belanjawan 2026. Sekian, Dato’ Pengerusi. Betong mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Mersing.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 3:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Saya rujuk Butiran B.031400 – Pusat Aktiviti Warga Emas. Malaysia sedang menuju ke arah menjadi negara menua pada 2030 dengan anggaran 4.5 juta warga emas menjelang tahun tersebut.

Berdasarkan laporan kementerian yang dikemas kini suku pertama 2025, terdapat 147 PAWE yang beroperasi, hampir mencapai sasaran 150. Namun, hanya 62 peratus dilaporkan memenuhi standard kemudahan minimum JKM. Antara isu-isu yang tidak boleh dielakkan adalah masih banyak PAWE menumpang di dewan sementara dan bangunan tidak berkondusif.

Peruntukan RM50,000 setahun bagi setiap PAWE sudah jauh ketinggalan, berbanding purata inflasi kos utiliti dan barangan asas yang meningkat lebih 14

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

peratus, kumulatif sejak 2020 serta latihan penyelia dan petugas tidak seragam menyebabkan kualiti PAWE berbeza mengikut daerah.

Daripada RM50,000 itu, RM23,700 digunakan untuk elaun penyelia iaitu RM1,100 sebulan yang bertugas enam jam sehari dan elaun petugas iaitu RM600 sebulan yang bertugas empat jam sehari. Manakala, baki RM26,300 digunakan untuk utiliti, makanan dan program harian. Dengan kos operasi yang meningkat, PAWE terpaksa berjimat untuk bertahan.

Di Mersing, warga emas kini mencecah 12.4 peratus daripada populasi, lebih tinggi daripada purata Johor sekitar 10.3 peratus. Mersing sudah mempunyai tiga PAWE yang beroperasi iaitu di FELDA Tenggaroh 1, Taman Nakhoda 1 dan Kampung Tanjung Resang. Dengan kadar penuaan yang lebih cepat di luar bandar, yuran perkhidmatan semakin ketara.

Justeru, saya ingin bertanyakan beberapa soalan. Pertama, berapakah jumlah sebenar PAWE yang benar-benar memenuhi standard minimum, termasuk akses OKU, keselamatan kebakaran dan ruang aktiviti? Kedua, adakah kementerian bersedia menilai semula peruntukan operasi PAWE sekurang-kurangnya selari dengan pendekatan kos semasa?

Ketiga, adakah kementerian bersedia mewujudkan Piawaian Nasional PAWE 2026 yang merangkumi keperluan ruang minimum, aspek keselamatan serta peralatan mobiliti sebagai standard wajib bagi semua PAWE di seluruh negara?

Seterusnya, Butiran B.031600 – Home Help. Program Home Help merupakan talian hayat bagi warga emas dan OKU yang tinggal bersendirian. Sehingga kini, terdapat lebih 4,100 sukarelawan aktif di seluruh negara tetapi nisbah sukarelawan klien adalah tidak seimbang.

Standard yang dikeluarkan JKM adalah satu nisbah empat. Namun, terdapat laporan menyatakan terdapat sukarelawan yang menjaga lima hingga enam klien.

Antara isu-isu kritikal berkaitan Home Help ini adalah sudah tidak ada insurans perlindungan aktif untuk sukarelawan.

Elaun untuk sukarelawan agak rendah iaitu RM25 bagi setiap klien dengan tugas selama dua jam seminggu dan RM25 lagi untuk pembelian barangan kepada klien bagi setiap sesi. Latihan kepada sukarelawan juga tidak seragam dan bergantung kepada kemampuan pejabat JKM daerah. Selain itu, tiada insentif perjalanan disediakan untuk sukarelawan.

Di Mersing, terdapat 103 sukarelawan JKM berdaftar. Saya juga merupakan salah seorang sukarelawan. Daripada 103 orang sukarelawan ini, hanya 10 orang

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

sukarelawan terlibat Program Home Help untuk menjaga 40 klien, di mana nisbah tepat seorang sukarelawan dan empat klien, tetapi beban perjalanan luar bandar sangat tinggi.

Kawasan kampung jauh dari pusat bandar menyebabkan petrol menjadi kos besar. Ketika musim banjir, sukarelawan juga menjadi barisan hadapan tetapi elaun khas masih tiada, sedangkan sukarelawan berhadapan dengan risiko.

Justeru, saya ingin bertanyakan beberapa soalan. Pertama, apakah pelan kementerian meningkatkan bilangan sukarelawan luar bandar seperti Mersing, khasnya bagi kawasan kampung dan FELDA?

Kedua, adakah kementerian akan memperkenalkan semula skim insurans sukarelawan secara nasional, termasuk sukarelawan aktif yang tidak bertugas dalam Program Home Help? Ketiga, adakah peruntukan tambahan boleh disediakan untuk menampung kos perjalanan luar bandar dan tugasan bencana?

Seterusnya, Butiran B.030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti

(PDK). Berdasarkan data dikemas kini suku kedua 2025, PDK kini berjumlah 551 pusat dan menyantuni lebih 21,000 OKU. Namun, isu-isu sama terus berulang. 28 peratus PDK masih beroperasi di bangunan sementara. Gaji pekerja PDK tidak setara dengan beban kerja, ketiadaan peralatan terapi moden seperti fisioterapi dan terapi pertuturan, serta penyaluran geran yang masih tidak mencukupi untuk menampung operasi dalam program PDK.

Di Mersing, terdapat enam PDK yang beroperasi. PDK-PDK ini di Mersing kekurangan peralatan seperti terapi pertuturan, kelengkapan fisioterapi asas serta isu waktu operasi yang tidak fleksibel bagi ibu bapa bekerja.

Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa di luar— di kawasan luar bandar seperti Mersing yang tiada akses kepada pusat pemulihan OKU profesional, PDK adalah satu-satunya tempat bergantung untuk ibu bapa. Justeru, saya ingin bertanyakan kepada kementerian.

Pertama, bilakah kementerian akan menaik taraf PDK yang tidak mematuhi piawaian kemudahan negara?

Kedua, adakah tenaga pengajar bertauliah akan ditambah di PDK? Ketiga, untuk Mersing, adakah kemungkinan menambah satu lagi PDK atau menaik taraf yang sedia ada?

Sekali lagi, saya ingin merayu agar pihak kementerian mengkaji semula struktur skim gaji pekerja PDK supaya setara atau menghampiri gaji minimum. Saya

draft • 3:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

juga ingin mencadangkan agar diwujudkan PDK digital sebagai rekod perkembangan OKU, modul latihan ibu bapa dan penjadualan terapi.

Selain itu, standard nasional peralatan terapi asas perlu disediakan di setiap PDK dan dana tahunan khusus menaik taraf kemudahan untuk PDK di kawasan luar bandar. Sekian, terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 3:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan selanjutnya, Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 3:33 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang kepada Mas Gading untuk menyentuh beberapa perkara penting di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi tahun 2026.

Dato’ Pengerusi, di bawah Butiran 020200 – Pembangunan Wanita, peruntukan meningkat kepada RM33.3 juta untuk tahun 2026. Peningkatan ini amat ketara dan Mas Gading ingin mendapatkan penjelasan mengenai komponen baharu yang menyumbang kepada kenaikan isu— kenaikan itu sama ada peluasan program advokasi, Program Kasih Ibu Tunggal, modul latihan digital, sokongan keluarga atau insentif kerja fleksibel.

Apakah formula atau kriteria yang digunakan untuk menentukan peserta yang menerima program-program di bawah butiran ini?

draft • 3:39 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Adakah kementerian menyalurkan peruntukan mengikut bilangan peserta wanita aktif, bilangan ketua isi rumah wanita, tahap pendapatan atau permohonan rasmi daripada kerajaan negeri atau pejabat daerah? Mas Gading juga ingin bertanya, apakah jenis program pemberdayaan wanita yang telah disenaraikan bagi butiran ini?

Dato' Pengerusi, Mas Gading ingin mendapatkan penjelasan lanjut berhubung aspek perjawatan dan emolumen yang berkait rapat dengan pelaksanaan Dasar Kanak-kanak Negara 2024 di bawah Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Peruntukan meningkat daripada sekitar RM20 juta pada tahun 2023 kepada hampir RM51 juta bagi tahun 2026.

Ini menunjukkan pergantungan yang semakin besar terhadap tenaga kerja kontrak yang menjalankan program-program lapangan termasuk perlindungan kanak-kanak. Dalam anggaran Belanjawan 2026, Mas Gading tidak nampak butiran khusus yang diperuntukkan bagi Jabatan Pembangunan Kanak-kanak (JPKK)

draft • 3:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

walaupun kementerian menyatakan hasrat untuk mengangkat JPKK sebagai sebuah jabatan yang berdiri sendiri menjelang 2026.

Oleh itu, Mas Gading ingin bertanya, berapakah jumlah perjawatan baharu yang dirancang bagi mengukuhkan Jabatan Pembangunan Kanak-kanak di seluruh negara selaras dengan pelaksanaan Dasar Kanak-kanak Negara 2024.

Seterusnya, Mas Gading merujuk kepada Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Peruntukan bagi butiran ini dilihat kekal hampir sama berbanding tahun-tahun sebelumnya. Adakah peruntukan sedia ada mencukupi untuk pelaksanaan Pelan Tindakan Kanak-kanak yang lebih menyeluruh, termasuk perlindungan di dunia siber, kesejahteraan mental dan pendidikan awal kanak-kanak.

Dato' Pengerusi, Mas Gading ingin beralih kepada Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Berapakah peruntukan yang akan diterima oleh PDK dalam kawasan Mas Gading seperti PDK Bau, PDK Singgai, PDK Sinar Harapan Duyoh dan PDK Cahaya Kasih Serasot?

Saban tahun kita mengulangi perkara yang sama. Petugas PDK adalah tulang belakang intervensi komuniti untuk kanak-kanak OKU. Namun, kedudukan mereka masih berada di luar skim perkhidmatan rasmi kerajaan. Elaun mereka tidak sepadan dengan tanggungjawab harian mereka yang semakin berat seperti mengajar, menjaga keselamatan, mengurus terapi asas dan menyokong keluarga OKU di lapangan.

Menteri dalam sesi yang lalu mengesahkan bahawa semakan elaun sedang dilakukan supaya selaras dengan gaji minimum dan kehendak Akta Kerja 1995, tetapi Mas Gading perlu bertanya secara terus terang. Jika semakan sudah berlangsung beberapa tahun, mengapakah peruntukan bagi Butiran 030400 dalam anggaran 2026 tidak menunjukkan apa-apa peningkatan ketara yang mencerminkan hasil semakan ini?

Jadi Mas Gading juga bimbang tentang keberlanjutan perkhidmatan PDK tanpa struktur elaun yang wajar, kita berdepan dengan masalah petugas, masalah besar petugas berpengalaman keluar, diganti petugas baru yang memerlukan latihan semula dan akhirnya kanak-kanak OKU menjadi mangsa ketidakkonsistenan program intervensi ini. Ini bukan soal kebajikan semata-mata, sebaliknya soal kualiti perkembangan kanak-kanak OKU yang memerlukan kesinambungan.

Jadi Dato' Pengerusi, Mas Gading juga ingin menarik perhatian kepada keadaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bau yang kini tidak lagi memadai

draft • 3:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

untuk menampung fungsi penyampaian perkhidmatan kebajikan serta peningkatan jumlah klien.

Sehubungan itu, Mas Gading ingin bertanya sama ada kementerian akan mempertimbangkan naik taraf atau pembinaan baharu bagi Pejabat JKM Bau di bawah Butiran 00800 – Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri atau Daerah dan apakah langkah seterusnya untuk memastikan keperluan ini dimasukkan dalam perancangan pembangunan kementerian?

Dato' Pengerusi, Mas Gading ingin menutup dengan menegaskan bahawa Belanjawan 2026 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merupakan kesempatan penting ya untuk mengukuhkan dasar inklusiviti, perlindungan sosial dan kesejahteraan keluarga di seluruh negara.

Mas Gading berharap agar setiap peruntukan yang diluluskan dapat dimanfaatkan dengan cekap, berimpak dan benar-benar memenuhi keperluan kumpulan sasar yang paling memerlukan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Saya mempersilakan berikutnya Yang Berhormat Jerantut.

draft • 3:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya memulakan dengan mengucapkan selamat Hari Antarabangsa Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita kepada semua Ahli Parlimen Wanita dan semua wanita di luar sana.

Islam telah mengangkat wanita lebih tinggi kerana wanita ini perlu dikasihi dan dicintai. Saya ambil contoh, dalam Perjanjian Aqabah yang kedua, ada Nusaibah binti Ka’ab dan Asma’ binti Amru di mana mereka ini adalah di antara terbabit dalam Perjanjian Aqabah yang kedua yang melahirkan negara Islam yang pertama iaitu Madinah.

Begitu juga dengan Ummu Salamah, wanita yang bertanggungjawab memberikan nasihat kepada Rasulullah SAW sehinggalah terjadinya Perjanjian Hudaibiyah yang melahirkan negara Islam yang kedua iaitu Mekah. Menunjukkan Islam mengangkat wanita ke tempat yang maha tinggi, yang lebih tinggi berbanding dengan, dengan, dengan apa yang berlaku kepada wanita sebelum ini.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Realitinya Tuan Pengerusi, pusat jagaan berdaftar masih lagi tidak mencukupi dan kos pengasuhan semakin meningkat, khususnya

draft • 3:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

kepada keluarga yang berada di dalam lingkungan B40, menyebabkan escape route yang diambil oleh keluarga ini adalah dengan pergi kepada pengasuh yang tidak bertauliah.

Jadi soalan saya kepada kementerian, bilakah kementerian boleh melaksanakan satu kewajipan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai majoriti pekerja-pekerja wanita untuk diadakan taska ini?

Yang kedua, apakah kerajaan boleh melihat kembali syarat kelayakan kepada taska ini, subsidi kepada taska? Sebab kalau dilihat, nilai per kapita hanyalah pada RM800 untuk bandar dan RM500 untuk luar bandar. Kalau kita ambil simple math ya Timbalan Menteri, kalau gaji minimum RM1,700, ibu muda dengan suami yang muda, RM1,700 kali dua RM3,400, bahagi dengan tiga, lebih kurang RM1,000.

Dia dah terlepas daripada subsidi RM800 ini.

Jadi, kenapa tidak kalau kita nak membantu golongan-golongan sebegini kita naikkan pendapatan per kapita itu supaya membolehkan ramai lagi di antara mereka yang, rakyat yang susah ini untuk mendapat bantuan subsidi ini. Keduanya, Tuan Pengerusi Butiran 031900 dan 032000, subsidi mamogram dan saringan serviks.

Untuk pengetahuan semua, kanser payudara ini merupakan kanser nombor satu untuk orang perempuan. Jadi soalan saya kepada pihak kementerian, apakah telah dibuat kajian awareness ataupun kesedaran terhadap pemeriksaan ini, pemeriksaan mamogram dan juga saringan serviks ini kepada semua rakyat khususnya anak-anak wanita kita?

Dan kedua, adakah keperluan untuk kementerian mewajibkan pemeriksaan ini kepada mereka yang ada sejarah, maknanya ahli keluarga mereka ada sejarah kena kanser payudara, kanser serviks, diwajibkan anak-anak perempuan mereka untuk mengambil pemeriksaan ini dan diberikan subsidi. Maknanya kita memberikan subsidi secara bersasar.

Ketiganya Tuan Pengerusi, Butiran 020200 iaitu Pembangunan Wanita khususnya kepada risiko sosial dan keselamatan siber. Saya melihat keselamatan siber ini Tuan Pengerusi amat runcing khususnya kepada golongan wanita dan juga remaja. Maka, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk memperkenalkan program keselamatan siber khusus gender sensitif kepada wanita sebab wanita dengan lelaki ini berbeza, kan? Lelaki ini lebih matang dalam— berbanding dengan wanita.

Jadi, bagaimana pihak kementerian boleh mengambil secara serius tentang perkara ini supaya perkara ini tidak terkena kepada golongan wanita dan

draft • 3:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

bagaimanakah kerjasama dengan pihak sekolah, universiti, NGO untuk memastikan program-program ini menjadi satu inisiatif yang berkala dan dapat mengurangkan statistik keganasan ataupun kerosakan yang dibuat kepada golongan wanita kerana isu ini dan yang terakhir Tuan Pengerusi...

draft • 3:44 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Pengerusi, saya tidak mahu mencelah cuma mohon penjelasan. Mungkin Yang Berhormat Jerantut kata tadi, lelaki lebih matang. Mungkin perbetulkan kenyataan itu. Cuma itu permintaan. Mungkin tersasullah. Kita sama-sama mengangkat wanita, apa yang dimaksudkan mungkin Jerantut— saya tak faham, tapi Jerantut kata lelaki lebih matang. Mungkin nak perbetulkan perkara itu. Terima kasih.

draft • 3:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih.

Maksud Jerantut ialah dalam kes sebegini, memang dijadikan...

draft • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Nanti, sebelum itu.

draft • 3:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Apa dia?

draft • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan 37 itu, Yang Berhormat Jelutong nak mencelah. Nombor satu, saya kena tanya dulu Yang Berhormat Jerantut benarkan ke tak?

draft • 3:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Ketawa] Dia dah mencelah dah pun Tuan Pengerusi. Jadi, saya benarkanlah.

draft • 3:44 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Tahu. Jadi saya ‘nak tahu juga, pasal apa peraturan ini saya pentingkan. Kalau Yang Berhormat Jerantut benarkan, saya benarkan.

draft • 3:44 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Boleh, insya-Allah, saya benarkan.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Okey, teruskan.

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Baik. Maksud saya...

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Jelutong, Jerantut benarkan. Peraturan 30.

draft • 3:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita sama-sama angkat martabat wanita.

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih.

draft • 3:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Pengerusi, Jelutong bangkit tadi ‘tak minta kebenaran pun.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

draft • 3:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sepatutnya dia minta kebenaran Tuan Pengerusi dulu. “Yang Berhormat Pengerusi, saya hendak mencelah.” Ini tak minta, terus bercakap sahaja. Baru hendak minta, jadi itu kita dah tak apalah. Ini untuk kali ini, untuk lain kali bagi dia dapatkan kebenaran daripada Pengerusi dulu baru boleh mencelah.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Itu sebab saya interrupt tadi. Itu sebab saya mencelah. Kalau kata tadi Yang Berhormat Jerantut ‘tak benarkan, dua pertuduhan saya boleh kenakan Jelutong, tetapi bila saya dengar Yang Berhormat Jerantut benarkan, jadi isunya become neutral. Faham ya. Sila Yang Berhormat Jerantut.

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Tuan Pengerusi, maafkanlah Jelutong walaupun sudah banyak kali dia buat, tetapi insya- Allah lepas ini menjadi pengajaran kepada Jelutong.

[Ketawa]

draft • 3:50 PM

Seorang Ahli

Insaf, insaf, insaf.

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Oleh kerana keinsafan itu, saya jawablah. Maksud kematangan itu. Maksud kematangan itu Jelutong ialah dalam Islam memang kematangan itu lebih kepada pihak lelaki kerana itulah kuasa ceraian di dalam keluarga Islam diberikan kepada lelaki, tetapi dalam konteks ini ialah dari sudut struktur dan sistem itu dilihat banyak gangguan ini atau kerosakan ini terkena pada wanita. Itu je maksudnya. Tidak ada feminism ataupun hendak beritahu lelaki lebih baik daripada wanita. Sebab baik ‘tak baik ini pada Allah SWT. Baik.

Akhirnya Tuan Pengerusi, berkenaan dengan cadangan working from home untuk wanita. Kita tidak menafikan dan kita memerlukan wanita untuk berada 30 peratus dalam semua bidang, yang dibolehkan untuk wanita bersama. Hatta, saya memulakan ucapan saya Tuan Pengerusi dengan menunjukkan wanita di dalam Islam termasuk di dalam mereka yang mengadakan polisi kenegaraan di dalam perjanjian Hudaibiyah dan juga Aqabah yang kedua.

Namun begitu, kalau kita hendak tarik minat wanita-wanita ini untuk bersama di dalam sektor-sektor ini seharusnya diberikan kemudahan kepada wanita-wanita ini khususnya di dalam mendidik anak. Jadi, sebab itu Jerantut mencadangkan supaya kementerian fokus cuba bawa perkara ini ke peringkat mesyuarat Kabinet supaya mana-mana wanita yang berada di dalam sektor-sektor 30 peratus ini yang

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

mereka ini kita masukkan dalam sektor ini, supaya diberikan kemudahan kepada mereka supaya mereka tidak tertinggal kepada kerja asasi iaitu mendidik anak-anak di rumah.

Jadi kalau boleh kita cadangkan dalam lima hari bekerja itu, tiga hari mereka ada di ofis dan dua hari mereka boleh berada di rumah untuk monitoring progress anak-anak kita dari sudut pendidikan, dari sudut akhlak dan sebagainya...

draft • 3:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pengerusi, minta celah.

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Boleh.

draft • 3:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya hendak minta pandangan daripada Jerantut sebab dalam Islam...

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan yang terakhir.

draft • 3:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Ibu diangkat ke sangat tinggi sehingga bila dipanggil, ibu panggil sekali sahaja, kalau bapa panggil mungkin tiga kali. Adakah Jerantut setuju bahawa kemuliaan seorang wanita diangkat oleh Islam sehingga begitu tinggi sekali? Bagaimana pendapat Jerantut?

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan penjelasan yang terakhir ya.

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Ya, kita bersetuju dan kita berharap Kementerian Wanita untuk menjadi champion, juara untuk memastikan kita meningkatkan wanita ini pada tahap yang sepatutnya. Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Silakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sebelum saya berbahas, saya ingin memohon izin Tuan Pengerusi untuk mengalu- alukan kehadiran pemimpin-pemimpin kehadiran pemimpin-pemimpin pelajar dari Malaysia Law Students’ Network.

[Tepuk] Tuan Pengerusi, Butiran 020500, Butiran 031000 dan Butiran 032500. Tuan Pengerusi Butiran 020500 iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Batu Pahat ingin menyentuh mengenai peruntukan di bawah butiran ini, kenapa dia menurun sebanyak RM3.244 juta berbanding tahun 2025?

Mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah program atau aktiviti yang bakal dikurangkan akibat pengurangan peruntukan ini? Adakah ia melibatkan

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

pengurangan kursus, aktiviti promosi kesihatan, reproduktif atau penyesuaian semula operasi Klinik Nur Sejahtera.

Mengenai Program Pendidikan Keibubapaan (PEKA), sepanjang tahun 2024, sejauh mana keberkesanan Program Pendidikan Keibubapaan di bawah LPPKN?

Berapa jumlah kursus PEKA yang telah berjaya dilaksanakan oleh pihak kementerian ataupun LPPKN? Berapa ramai peserta yang terlibat dan yang telah mendapat manfaat daripada program ini?

Untuk rekod, LPPKN sebelum ini telah melaporkan bahawa sebanyak 401 kursus PEKA telah berjaya dianjurkan dengan penyertaan lebih 11,900 peserta di samping pelaksanaan Program Kasih Keibubapaan Digital yang menjangkau komuniti di luar bandar dan sekolah-sekolah. Batu Pahat ingin tahu sejauh mana angka ini meningkat pada tahun penuh 2024 serta sejauh mana impaknya terhadap pembentukan keluarga harmoni dan pencegahan keganasan rumah tangga?

Mengenai rawatan kesuburan LPPKN, Batu Pahat ingin mendapat maklumat berapa jumlah pasangan yang telah menerima rawatan kesuburan di bawah LPPKN sepanjang tahun 2024 dan berapa peratus kadar kejayaan kehamilan yang telah dicapai hasil program ini? Berapa peratus yang telah berjaya di Johor khususnya di Batu Pahat. Mohon pencerahan berapa jumlah pasangan bawah B40 juga yang telah menerima subsidi rawatan kesuburan?

Mengenai Butiran 031000 iaitu Sosioekonomi Warga Emas, Batu Pahat menyambut baik peningkatan peruntukan daripada RM910 juta pada tahun 2025 kepada RM1.223 bilion pada tahun 2026 menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan warga emas. Namun Batu Pahat ingin mendapat penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan program ini.

Apakah pembangunan ekosistem perkhidmatan penjagaan yang mampan yang sedang dirangka oleh golongan warga emas ini? Adakah ia melibatkan pewujudan pusat perniagaan harian, program khidmat bantu di rumah, latihan penjaga atau ada skim intensif kepada anak-anak yang menjaga ibu bapa di rumah?

Dengan Malaysia bakal menjadi negara tua menjelang 2030, Batu Pahat berharap KPWKM memperincikan Program Kebajikan Warga Emas yang akan diperluas termasuk peningkatan kapasiti Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), program komuniti sihat dan produktif serta pelaksanaan pelan tindakan penjagaan jangka panjang yang sedang dirangka. Cadangan juga agar program bantuan kewangan seperti bantuan warga emas disemak semula kadarnya dan kelayakannya agar benar-benar mencukupi dengan kos sara hidup semasa.

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Mengenai Butiran 032500 – Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme. Batu Pahat ingin menyentuh mengenai butiran ini iaitu Subsidi Pembelajaran Autisme sebanyak berjumlah RM15 juta pada tahun 2026 yang mana butiran ini tidak wujud pada tahun 2025. Inisiatif amat dialu-alukan kerana memberikan kelegaan kepada ibu bapa yang mempunyai anak dalam spektrum autisme. Namun Batu Pahat ingin mendapat penjelasan bagaimana subsidi ini akan disalurkan.

Adakah melalui sistem pendaftaran sedia ada di JKM atau hanya untuk mereka yang berdaftar di sekolah-sekolah pendidikan khas di bawah KPM? Apakah bentuk bantuan sama ada bayaran terus kepada institusi pendidikan, baucar yuran kepada ibu bapa atau penebusan melalui pusat terapi berdaftar? Bagaimana mekanisme semakan serta pemantauan akan dilaksanakan bagi memastikan bantuan ini benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan? Batu Pahat mencadangkan agar KPWKM mewujudkan pangkalan data bersepadu kanak-kanak autisme. Dengan penjelasan bersama KPM dan KKM supaya tidak berlaku pertindihan atau keciciran dalam pemberian bantuan.

Tuan Pengerusi, kesimpulannya Batu Pahat menyokong usaha KPWKM dalam memperkukuhkan kesejahteraan keluarga, kesuburan serta kebajikan warga emas dan kanak-kanak istimewa. Namun, kejelasan mengenai pelaksanaan di lapangan amat penting agar setiap Ringgit peruntukan benar-benar memberikan impak kepada rakyat. Batu Pahat ingin menyokong. Terima kasih.

draft • 3:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi memberikan ruang kepada saya untuk sama-sama berbahas Rang undang-undang Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Dato’ Pengerusi, saya terus kepada kod B.48 Butiran 030400 berkenaan Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang boleh dikatakan ramai berbahas isu yang sama. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan nadi utama sokongan awal khususnya kepada kanak-kanak OKU di seluruh negara.

Malaysia mempunyai lebih 560 PDK yang berdaftar dengan 3,428 orang petugas yang direkodkan setakat September 2025.

draft • 3:59 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Namun, kita masih berdepan dengan isu kekurangan latihan dan kursus asas untuk petugas PDK. Walaupun latihan dan kursus asas ini ada dilaksanakan oleh pihak kementerian sebelum ini, namun kuota yang terhad menyebabkan hanya sebahagian kecil guru PDK yang dapat mengikuti kursus tersebut. Sebagai contoh, di Hulu Selangor sahaja...

draft • 4:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

...Terdapat sembilan buah PDK dan sudah pasti bukan semua petugas mendapat latihan yang mencukupi, dengan keadaan yang masih terlalu terhad.

draft • 4:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Hulu Selangor, minta laluan sikit.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Kebanyakan petugas ini datang daripada pelbagai latar pendidikan dan, sudah pasti latihan ini amat diperlukan kerana mereka akan berhadapan dengan pelbagai kategori khas seperti autisme, down syndrome dan sebagainya.

Soalan saya, berapakah jumlah kuota petugas yang ditetapkan bagi setiap negeri untuk menghadiri kursus yang dijalankan oleh kementerian? Dan adakah dalam belanjawan kali ini terdapat peruntukan khas untuk menambah latihan seperti kursus intervensi awal, terapi asas dan juga pengurusan tingkah laku bagi semua petugas yang terlibat?...

draft • 4:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, minta laluan.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Seperti yang— minta maaf Setiu. Bolehkah saya habiskan dahulu? Kalau ada masa, insya-Allah kita bagi.

draft • 4:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Ketawa]

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Seperti yang kita maklum, petugas PDK merupakan sukarelawan, bukan penjawat awam dan mereka diberikan elaun minimum. Jadi, meletakkan tanggungjawab kepada Jawatankuasa PDK untuk menyediakan latihan susulan atau menghadiri kursus tambahan adalah tidak sewajarnya mereka mengikut tugas kerajaan di peringkat komuniti, dan sewajarnya mereka mendapat akses penuh kepada latihan dan kursus yang dibayar oleh kerajaan. Mohon perkara ini diberikan perhatian yang serius oleh kementerian.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Puan Pengerusi, seterusnya kod B.48, Butiran 00704 berkenaan pembaikan, pembesaran institut kebajikan sedia ada. Saya menyambut baik peruntukan pembaikan institusi kebajikan ini. Namun, skop peruntukan ini perlu diperluaskan juga pusat jagaan swasta dan NGO yang berdaftar. Kenyataan Badan Peguam Malaysia sebelum ini menyatakan terdapat beberapa pusat jagaan beroperasi dengan keadaan tidak selamat atau tidak sesuai untuk penjagaan jangka panjang.

Contohnya, dari segi reka bentuk yang tidak mesra kepada warga tua ataupun OKU dan juga prasarana yang usang.

Bagi pusat jagaan swasta ataupun NGO, cabaran infrastruktur lebih meruncing kerana kekangan kewangan. Banyak pusat jagaan yang hanya bergantung pada sumbangan awam, tidak dapat menyediakan fasiliti terbaik dan kemudahan yang mencukupi bagi menjamin kesejahteraan penghuni. Dalam kenyataan kementerian sebelum ini, ada menyatakan galakan supaya penubuhan lebih banyak pusat jagaan warga emas bagi menampung keperluan negara yang bakal menjadi negara menua menjelang 2030.

Namun dalam kita menggalakkan, harus juga diingat bahawa kerajaan perlu menyokong dengan inisiatif kewangan, kemudahan latihan serta bantuan baik pulih bagi memastikan pusat-pusat jagaan ini dapat berfungsi secara selamat dan baik.

Sebagai contoh, menyediakan geran bantuan tambahan kepada pusat jagaan swasta, NGO yang memenuhi syarat. Mohon kementerian mempertimbangkan perkara ini dengan memastikan tempat perlindungan yang selamat dan mereka yang memerlukan.

Puan Pengerusi, masih juga kod yang sama, P.48, Butiran 01800 berkenaan pusat khidmat setempat OKU. Puan Pengerusi, ini yang terakhir ya. Pusat khidmat setempat OKU adalah projek perintis yang dilaksanakan di bawah RMK9 dan juga RMK10 yang berperanan sebagai pusat sehenti: one-stop centre, dengan izin, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada golongan OKU secara bersepadu.

Berdasarkan maklumat semasa, hanya terdapat dua buah sahaja pusat khidmat setempat OKU yang beroperasi, iaitu di Bedong, Kedah dan juga Marang, Terengganu. Apa yang menarik adalah pusat khidmat setempat ini juga berperanan sebagi pusat pengumpulan produk PPDK di seluruh negeri. Ini adalah satu langkah yang baik dalam membangunkan ekonomi komuniti OKU. Saya mohon agar kementerian dapat meluaskan pelan perancangan bagi pembinaan pusat khidmat setempat OKU di setiap negeri di seluruh Malaysia.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Pusat yang menyeluruh seperti PKS inilah yang akan merapatkan jurang akses antara kawasan bandar dan luar bandar serta menjadikan koordinasi program OKU lebih cekap dan menyeluruh. Mohon agar perkara ini dipertimbangkan sebagi salah satu langkah mempertingkatkan akses perkhidmatan bagi golongan OKU.

Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua. Eh, Puan Pengerusi.

[Ketawa]

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Saya ingin merujuk Butiran 020500 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dengan anggaran bajet RM93,500,000 berbanding RM96,744,000 pada tahun 2025— Bajet 2025. Persoalannya, mengapa berlaku pengurangan sehingga RM3 juta sedangkan program-program pembangunan keluarga adalah sangat penting dalam membina dan membentuk keluarga bahagia, berakhlak mulia.

Kerana sebuah negara akan hancur dan runtuh nilai-nilai murninya tanpa pembentukan keluarga yang baik, bahagia dan harmoni.

Saya ingin merujuk isu perceraian pasangan muda kerana perceraian dalam usia muda menjadi salah satu punca kehancuran pembinaan keluarga bahagia, dan data dalam satu kajian menunjukkan kes penceraian meningkat mendadak 43.1 peratus dalam setahun. Contohnya pada tahun 2021, 43,936 dan pada tahun 2022, 62,890 kes. Majoriti yang bercerai ialah pasangan muda. Umur antara 30-34 tahun, 9,196; umur 35-39 tahun, 8,894; dan umur 25-29 tahun, 6,797. Puratanya 33.9 peratus pasangan yang bercerai dalam tempoh satu hingga lima tahun.

Persoalannya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan mempunyai pelan nasional khusus untuk menangani peningkatan penceraian pasangan muda?

Mengapa modul pra perkahwinan tidak dikemas kini dengan realiti moden seperti tekanan kewangan, kos sara hidup yang tinggi dan juga kesihatan mental? Dan mengapa kerajaan masih tiada data lengkap punca penceraian mengikut umur, lokasi, status ekonomi dan tempoh perkahwinan? Dan adakah kerajaan mempunyai intervensi sebelum berkahwin untuk pasangan muda supaya tidak berlaku penceraian di kala usia masih muda?

Saya juga ingin merujuk kepada keganasan rumah tangga. Dalam satu kajian jumlah kes keganasan rumah tangga dari tahun 2020-2024 berjumlah 3,228 kes.

draft • 4:05 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Purata keganasan rumah tangga setiap tahun adalah lebih 5,000 kes tahun 2023 adalah kes yang paling tinggi, iaitu 7,400 kes. Mangsa yang terlibat 25 peratus adalah lelaki, 75 peratus adalah wanita dan juga kanak- kanak.

Persoalan kepada kerajaan, mengapa selepas beribu-ribu program dianjurkan, angka keganasan rumah tangga tidak menunjukkan penurunan yang ketara? Dan adakah kerajaan menilai keberkesanan program-program yang dianjurkan seperti Skuad Waja, Iris Matahari, atau ia hanya program simbolik semata-mata?

Mengapa perintah perlindungan masih lambat diberi dan mangsa berisiko terus terancam, dan mengapa pusat krisis 24 jam untuk mangsa keganasan rumah tangga tidak diwujudkan setiap negeri? Dan bagaimana kerajaan menangani mangsa lelaki yang kini menjangkau satu per empat daripada keseluruhan kes yang berlaku?

Saya juga ingin merujuk Butiran 020300 – Tribunal Bagi Anti Gangguan Seksual dengan bajet RM4,713,100. Satu kajian juga menunjukkan data gangguan seksual dan jenayah seksual dari tahun 2022 hingga 2023 meningkat dari 3,303 ke 3,644. Serangan seksual bukan fizikal meningkat 97.8 peratus; gangguan seks ke atas kanak- kanak meningkat dari 1,299 kes ke 1,591 kes, meningkat 26.5 peratus.

Kes rogol dan cubaan rogol juga meningkat.

Persoalannya kepada kerajaan, mengapa edukasi perlindungan diri untuk wanita dan kanak- kanak belum menjadi kurikulum wajib? Mengapa persekitaran kerja masih tidak selamat? Banyak kes gangguan seksual tidak dilaporkan kerana takut stigma. Mengapa unit sokongan psikologi dan trauma untuk mangsa tidak diwujudkan secara rasional? Mengapa garis panduan SOP gangguan seksual di tempat kerja tidak dikuatkuasakan secara mandatori? Mengapa mangsa masih perlu menanggung beban bukti? Bukannya sistem yang melindungi mereka.

Yang seterusnya, peminta sedekah dan gelandangan. Seterusnya, saya ingin merujuk Butiran 020100 berkaitan kebajikan masyarakat dengan bajet meningkat dari tahun 2025 iaitu RM498,191,100 berbanding RM490,925,300. Antara golongan yang perlu diberi perhatian kebajikan ialah golongan peminta sedekah dan gelandangan. Data penting dari tahun 2021 hingga 2025 menunjukkan 7,890 gelandangan dibawa masuk ke JKM. Dengan pecahan umur: bawah 18 tahun, 519 orang; 18-59 tahun, 5,068; dan umur 60 tahun ke atas berjumlah 2,018. Negeri tertinggi Kuala Lumpur dengan 1,742; Pulau Pinang, 1,288; dan Johor, 1,199.

draft • 4:05 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Persoalannya, mengapa tiada data khusus untuk kanak-kanak peminta sedekah dan mangsa sindiket? Mengapa kerajaan tidak membezakan peminta sedekah sebenar dengan peminta sedekah sindiket? Berapa ramai daripada 7,862 gelandangan berjaya keluar daripada kemiskinan? Mengapa kerajaan masih tiada sistem pemulihan pekerjaan, sedangkan itu punca utama gelandangan? Mengapa punca gelandangan, yakni masalah mental, kos hidup, pekerjaan gig yang tidak stabil, dadah, konflik keluarga tidak dipetakan secara rasmi?

Akhir sekali, saya ingin menyokong pandangan daripada Jelutong dan juga Jerantut. Dua, dua betul, tetapi Jerantut lagi betul. Sebenarnya, dalam Islam kita muliakan dua, dua, Jelutong. Lelaki memang disebut Allah SWT dalam Al-Quran.

[Membaca sepotong Ayat Al-Quran] Lelaki memimpin kaum wanita. Lelaki punya kuasa menjadi wali untuk menikahkan anak-anak dan sebagainya. Kuasa talak juga kepada orang lelaki itu— [Tidak jelas] Orang lelaki.

Orang perempuan juga dimuliakan oleh Islam, sebagaimana satu sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Maka, Rasulullah menjawab [Bercakap dalam bahasa Arab]. “Pertama, ibu kamu.” “Kemudian, siapa lagi?” “Ibu kamu.” “Kemudian, siapa lagi?” “Ibu kamu. Kemudian, barulah bapa kamu.” Menunjukkan kaum wanita juga dimuliakan, wahai Jelutong. Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca doa]* Puan Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada Pasir Salak.

Di mana Pasir Salak ingin membawa suara wanita Pasir Salak di bawah Maksud Kepala P.48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu kelompok yang menjadi tiang masyarakat, tetapi menghadapi cabaran yang amat mendesak.

Pertama, ramai ibu tunggal di Parlimen Pasir Salak terputus mata pencarian selepas perpisahan hidup atau kematian suami. Bahkan, terdapat kes mereka ditinggalkan bekas suami yang terlibat dengan penagihan dadah. Mereka muda, ada anak kecil, tiada pekerjaan, tiada kemahiran asas untuk menyara kehidupan.

draft • 4:01 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Kedua, ramai wanita muda yang berkelulusan, tetapi menganggur kerana tiada peluang pekerjaan bersasar di peringkat komuniti.

Ketiga, Parlimen Pasir Salak adalah merupakan kawasan kerap dilanda banjir dan sekarang pun sedang banjir. Dan ketika pemindahan banjir di pusat pemindahan sementara atau PPS, isu keselamatan, aurat dan batas pergaulan wanita, khususnya ibu muda dan remaja, amat kritikal kerana tiada pengasingan ruang yang sesuai.

Keempat, kos sara hidup yang tinggi memaksa para isteri bekerja keras menampung perbelanjaan keluarga, hingga ada yang tidak sempat menjaga anak- anak. Akhirnya, gejala sosial mula membarah tanpa disedari.

Puan Pengerusi, inilah realiti sebenar di lapangan. Visi kementerian KPWKM memang jelas untuk membangunkan masyarakat secara inklusif dan saksama, tetapi apabila kita turun ke kampung seperti di Parlimen Pasir Salak, kita dapati jurang dasar dengan realiti semakin melebar.

Dalam Belanjawan 2026, perbelanjaan mengurus KPWKM meningkat kepada RM3.98 bilion. Manakala, pembangunan berjumlah RM225.8 juta, menjadikan keseluruhan RM4.18 bilion untuk kementerian ini. Ini angka yang besar dan anggaran bagi Butiran 020200 – Pembangunan Wanita, turut meningkat kepada RM33.26 juta. Selain program sosioekonomi keluarga miskin dan warga emas yang diperuntukkan lebih RM402 juta dan RM1.2 bilion di bawah Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin dan kod Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas.

Namun Puan Pengerusi, Pasir Salak ingin bertanya. Apakah mekanisme kementerian, memastikan dana besar ini sampai terus kepada komuniti sebenar seperti ibu tunggal di kampung dan wanita muda terpinggir di Pasir Salak? Bukan hanya melalui seminar dan program jangka pendek di bandar.

Pasir Salak mencadangkan tiga perkara. Yang pertamanya, model skill and income hub di kawasan kampung berisiko tinggi. Menurut penduduk Kampung Kepala Pulau, Puan Jamaliah binti Sudin, seorang ibu tunggal. Dana di bawah sosioekonomi keluarga miskin bawah Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin dan 020200 – Pembangunan Wanita, boleh digabung untuk menubuhkan pusat kemahiran kecil di daerah tertentu. Khususnya kawasan banjir, bagi melatih ibu tunggal dan wanita menganggur dengan kemahiran berasaskan pendapatan segera seperti jahitan, pengendalian makanan, pembungkusan digital dan kemahiran e-dagang asas.

draft • 4:01 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Yang kedua, pengasingan ruang selamat untuk wanita di pusat pemindahan sementara atau PPS boleh dimanfaatkan di bawah Butiran 01900 – Depoh Simpanan Keperluan Mangsa Bencana dan Butiran 01700 – Kompleks Perlindungan Sementara. PPS perlu ada modul perlindungan. Maruah wanita bukan sekadar tilam dan khemah. Jika tidak, keselamatan dan aurat wanita akan terus terdedah dan ini menimbulkan trauma jangka panjang.

Dan yang ketiga, akhir sekali. Inisiatif pekerjaan komuniti untuk wanita muda berkelulusan. Kenapa tidak diwujudkan skim galakan majikan tempatan mengambil graduan wanita di komuniti dengan subsidi upah menggunakan dana emolumen kontrak dalam Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak dan Butiran 020200 – Pembangunan Wanita? Ini boleh menjadi model perintis bagi mengurangkan pengangguran graduan wanita luar bandar. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 4:01 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

draft • 4:01 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Butiran 020200 – Pembangunan Wanita, RM33 juta. Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak, RM9 juta. Butiran 031400 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), RM11.3 juta.

Sebelum saya masuk ke perbahasan saya. Saya hendak cerita satu peristiwa, berlaku kepada mak dan bapa yang ketagihan dadah. Anaknya berumur dua tahun, dirogol oleh jiran. Berapa lama? Kita tak tahu, tapi anak ini akhirnya menjadi ketagihan. Dia masuk berus gigi dan pencil dalam kemaluan. Cuba bayangkan? Bapa dan emak ketagihan dadah.

Kementerian tak tahu ke mana sebab mungkin tidak ada laporan. Anak-anak itu sudah besar sekarang ini. Mungkin tidak ada laporan. Jadi, apakah tindakan yang perlu diambil bagi mereka-mereka yang begini? Sama ada hendak salahkan komuniti, komuniti kemungkinan tak tahu, tapi ibu bapanya tahu. Ibu bapanya ketagihan dadah. Saya berhenti di situ cerita ini, biarlah Menteri memikirkannya.

Tadi saya telefon pegawai saya di Langkawi, bertanya kalau-kalau saya ada angka, berapa kanak-kanak di Langkawi dan berapa wanita mengikut turutannya, tetapi tidak ada angka. Tidak ada angka yang dapat diberikan kerana kata mereka.

KPWKM ini banyak menggunakan MaNIS dan MaNIS ini memberi angka-angka statistik yang national numbers. Tidak ada pecahan di kawasan-kawasan. Kalau

draft • 4:07 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

tuan-tuan bertanya di Parlimen tuan-tuan kemungkinan tidak ada angka kerana tidak ada pecahan.

Statistik ini amat berguna, Yang Berhormat Menteri. Macam di pulau saya, saya pun nak tahu juga berapa banyak.

draft • 4:07 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Jadi, ini satu perkara yang saya rasa amat diperlukan supaya perkara- perkara ini tidak berbangkit. Berilah satu statistik di kawasan Parlimen, sekurang- kurangnya kita dapat angka. Yang ada dari persatuan ibu tunggal ya. Berapa banyak ibu tunggal yang ada di kawasan kita? Kanak-kanak, penderaan dan sebagainya, tidak ada.

Saya nak sentuh pembangunan wanita yang berjumlah 33 juta kerana tidak ada pekerjaan tetap bagi mereka. Lebih-lebih lagi saya bercakap khusus kepada Langkawi, bukan tempat lain. Kekurangan peluang keusahawanan, masalah sosial dan kekurangan sokongan. Kadang-kadang ada juga pegawai-pegawai yang masuk kawasan, masuk kampung bersyarah. Ibu-ibu mesti buat kuih ini, buat kuih bahulu, buat kuih karas dan buat kuih-kuih ini. Hantar kepada pasar-pasar besar.

Saya tahu tuan-tuan pasar besar-besar ini. Saya pernah berniaga dan masih berniaga. Shurah itu hak saya. Itu syampu itu. Syampu Shurah itu hak saya. Masuk supermarket besar, diletaknya di belakang sekali. Bila mai time payment Hankyu Jaya, sampai tutup Hankyu Jaya tak bayar. Ini masalah yang dihadapi oleh peniaga- peniaga, usahawan-usahawan kita di kampung ini. Kalau syarikat saya yang agak besar sikit itu, kalau tuan-tuan pergi di kedai mana pun cari syampu Shurah, ada.

Tapi bila masuk sahaja di kawasan ini, maka terpaksalah saya jual saham saya kepada syarikat besar untuk menampung, untuk menanggung enam bulan, tujuh bulan, lapan bulan, kadang-kadang setahun tidak dibuat bayaran. Kita bersyarah di kampung. Hantarlah bahulu tuan-tuan, kuih karas tuan-tuan ke pasar- pasar besar.

Saya nak minta Yang Berhormat Menteri, kalau boleh usahakan dengan kementerian-kementerian lain supaya pasar-pasar besar ini allocate-kan, letakkan satu kawasan kepada peniaga-peniaga ini dan make sure dia bayar tiap-tiap sahaja barang-barangan dijual. Saya rasa baru boleh makcik-makcik ini nak bergerak. Dia orang boleh hantar anytime. Hantar ke pasar-pasar besar. Ini Seputeh bangun ini, saya takut ini.

[Ketawa]

draft • 4:20 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Teruskan, teruskan.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Ha. Saya ingat dia nak kata.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Ketawa] Nak suruh jadi wilayah, wilayah apa pula ini?

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Langkawi, sila gulung.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang kedua, kes kanak-kanak. Saya nak minta Yang Berhormat Menteri kerana this one is important.

Tempat jagaan kanak-kanak di Langkawi tak ada. Ada tapi tak cukup. Dihantarnya anak-anak itu ke Cheras. Dihantarnya ke Negeri Sembilan. Tengku Najihah kah kalau tak salah saya. Dan apabila court case, hakim minta anak-anak itu, baby itu balik ke Langkawi.

Masya-Allah, bayangkan kes-kes yang begitu kenapa balik. Kos dan bayangkan anak-anak yang nak— tahu apa dia di mahkamah? Anak-anak yang dibuang, bayi yang dibuang, bayi yang terlibat dengan bapa mereka, anak-anak mereka, bapa mereka terlibat dengan dadah. Dihantar. Nak hantar di kawasan sendiri, tidak ada. Hantar ke jauh. Bila mahkamah hakim nak jatuh hukum, hakim nak supaya anak-anak ini balik.

Yang Berhormat Menteri, sila fikirlah perkara ini boleh guna— hari itu kita ada pameran di hadapan. Kes-kes seksual, yang mana hakim boleh berbicara dengan anak-anak itu di dalam macam food truck itu. Dia buat mahkamah dalam food truck itu. Bukan dalam food truck lah, maksud dia begitulah. Dia jadikan macam mahkamah dan di situlah diselesainya masalahnya.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat, saya rasa tak cukup ini. Saya nak minta apalah.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak apa. Lain kali. Okey.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Parlimen bagilah 15 minit sekurang-kurangnya. Lima minit nak cakap apa Yang Berhormat?

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi.

draft • 4:20 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Ada orang kampung di belakang itu. Depa pun boleh tengok. Lima minit nak cakap? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Segamat.

draft • 4:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada Segamat.

Saya ada tiga butiran yang saya ingin menyentuh dan saya juga ingin menyentuh tentang Butiran 1000 – Pengurusan dan Operasi JKM. 020100 – Kebajikan Masyarakat telah diperuntukkan sebanyak RM643.5 juta yang diuruskan oleh JKM. Dan isu yang saya ingin bangkitkan adalah berkaitan dengan ketidakselarasan garis panduan dan kegagalan akses bantuan.

Ada beberapa laporan, data ataupun aduan yang kita terima di Segamat ataupun kawasan-kawasan di luar bandar termasuklah Perlis, negeri-negeri di Pantai Timur ataupun di Sabah dan Sarawak di mana ada penolakan ini tiada konsisten dalam dia punya garis panduan.

Contoh saya nak bagi ini, bila sesebuah permulaan itu ditolak, dia ada enam kategori ditolak, antaranya yang saya ingin tekankan adalah satu, masih sihat dan berupaya untuk bekerja serta berdikari untuk menyara kehidupan sendiri.

Saya ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita ini, adakah ada pakar yang dilantik dalam JKM ini? Ia sebab berdasarkan ini, sepatutnya ditolak adalah pakar perubatan ya medical report. Adakah JKM mempunyai pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan yang menilai setiap permohonan?

Dan adakah JKM akan menerima laporan daripada traditional medicine supaya mereka ini mungkin tidak layak ya untuk mungkin mereka tidak mampu untuk bergerak dan ada masalah fizikal ini. Dan saya rasa ini adalah perkara penting yang perlu memberi perhatian.

Di sesetengah daerah, permohonannya hanya tinggal bersama ahli keluarga walaupun keluarga tersebut tidak mampu menanggung pun kena tolak. Contohnya, keluarga besar ada seorang tua, apabila Pejabat Kebajikan pergi melawat, permohonan itu ditolak kerana beliau ada rumah, ada kereta dan sebagainya.

Padahal orang itu sendiri tiada sebarang bantuan. Dan kes-kes sebegini banyak berlaku dan khususnya di Segamat. Saya nak bawa perhatian kementerian. Ada juga laporan yang menyatakan ya ini bukan saya. Ada masyarakat umum-umum kata, ada pegawai tidak memberi maklumat yang betul ataupun menyimpan surat-surat permohonan ini adalah satu-satu kata tuduhan yang berat.

draft • 4:24 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Saya mohon untuk kementerian, untuk siasat dan perbetulkan isu-isu di JKM ini. Saya ingin juga menyatakan bahawa ramai permohonan B40 menerima rawatan mental warga emas, ibu tunggal ditolak tanpa alasan bertulis. Bukan sahaja di pihak sini ataupun saya rasa pihak sebelah sana pun rakan-rakan akan menghadapi isu ini. Dan saya rasa ini adalah isu struktur dan integriti sistem.

Segamat ingin mencadangkan agar untuk memperkasakan kod kelayakan nasional JKM, sistem standard berasaskan indikator yang— indikator ekonomi ya, pendapatan isi rumah, status pekerjaan, penyakit lokasi yang tidak boleh diubah oleh pegawai daerah ataupun pegawai yang bertugas di JKM itu. Keputusan JKM wajib disertakan surat rasional bertulis kepada pemohon, bukan hanya tidak layak saluran rayuan digital tanpa campur tangan pegawai tempatan terus ke ibu pejabat negeri atau kementerian. Audit berkala oleh MPN, Majlis Penasihat Nasional bebas untuk pantau ketidakseragaman, bukan audit dalam JKM sahaja ya, latihan integriti dan KPI, pegawai lapangan, bukan KPI tolak atau kekurangan beban bantuan tetapi KPI ketetapan kelayakan.

Dan seterusnya adalah Butiran 2000 – Program Pembangunan Sosial.

Butiran 02000 –Pembangunan Wanita dan 020300 – Tribunal bagi Anti Gangguan Seksual. Saya ingin menyentuh isu berkenaan dengan krisis ibu muda tidak berkahwin. Angka meningkat dan solusi kreatif perlu diadakan. Data rasmi yang dilaporkan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri, kira-kira 16,951 wanita muda bawah 19 tahun menjadi ibu tanpa berkahwin dalam tempoh empat tahun yang lepas. Angka ini bukan kecil. Ini sebuah krisis sosial yang bukan statistik moral.

Saya rasa kita terlalu lama menggunakan pendekatan kias, pendidikan poster dan kempen dan ceramah. Saya rasa the young women not need sermons but they need permanent solution and structural reform. Masalah sebenarnya adalah stigma keluarga, anak dibuang, social rejection, tiada pendapatan anak diberi ke rumah kebajikan, tiada sokongan ibu terpinggir, cycle of poverty has been increasing.

So, pertama program inkubator ibu muda, young mothers incubator model seperti bisnes nurseri. Ibu muda diberi mikro geran latihan kemahiran mentor bisnes bukan sekadar kaunseling sahaja. Dan seterusnya adalah perumahan sementara transit bagi ibu muda seperti di mana Jepun memperkenalkan mother and child housing, perumahan sementara dengan menjaga anak, latihan vokasional perlindungan undang-undang.

Seterusnya adalah taska komuniti subsidi 100 peratus untuk ibu bawah 21 tahun. Ini bukan kemewahan tapi ini pelaburan untuk putuskan kitaran kemiskinan

draft • 4:24 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

generasi, generation poverty. Pindaan polisi ibu bawah 21 tahun tidak boleh ditolak bantuan JKM atas alasan berkahwin. Saya rasa itu tidak benar kerana mereka tidak kahwin tetapi banyak bantuan mereka ditolak. Harap permulaan Menteri untuk melihat.

Dan akhir sekali adalah Butiran 3000 – Infrastruktur dan Akses Wanita. Air bersih kesihatan dan kebersihan wanita di Malaysia tidak boleh dipukul rata berdasarkan pengalaman bandar atau elit. Ia sentiasa kita membuat keputusan berdasarkan daripada wanita yang duduk di bandar.

draft • 4:24 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Puan Pengerusi, di banyak daerah terutamanya Sabah, Sarawak, pedalaman Johor, Segamat sendiri, akses air bersih pun tidak konsisten. Bagaimana seorang wanita bandar dan di luar bandar mempunyai playing field yang sama apabila wanita di luar bandar masih tiada jaminan air bersih, tuala wanita, baju dalam pun tidak stabil.

Saya ingin mencadangkan supaya wanita pedalaman perlu memberi isu-isu seperti bebanan haid, tiada air, tiada sanitasi, tahap kesihatan risiko tinggi. Ini bukan debat ideologi tetapi ini undang-undang biologi dan martabat manusia. Cadangan Segamat kepada KPWKM. Peruntukan disediakan subsidi kebersihan wanita, national women hygiene subsidy, bukan sekadar pad percuma sahaja di sekolah, saranan komuniti pedalaman, ibu tunggal, OKU, penempatan FELDA dan luar kawasan.

Dan akhir sekali, program air bersih fokus wanita, women water priority line, infrastruktur air konsisten disampaikan kepada seluruh negara. Dan cuti haid berbayar. Segamat ingin mencadangkan satu hingga dua hari sebulan, tujuh hari tambahan untuk tahun semua wanita bekerja termasuk pekerja kontrak. Model rujuk kepada Jepun, started in 1947, Indonesia termaktub dalam undang-undang buruh, Taiwan tiga hari setahun tambahan cuti wanita. Oleh itu, Segamat ingin menyokong― dan akhir sekali, standardkan kelayakan JKM, bangunan ekosistem sokongan ibu muda dan pulihkan akses asas wanita pedalaman.

Dan hari ini adalah Hari Menangani Keganasan terhadap Wanita. Oleh itu, wanita tidak boleh dilihat sebagai angka atau statistik golongan. Memenuhi kuota wanita harus dilihat sebagai tunjang pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Segamat menyokong. Namun, saya mohon Menteri meneliti cadangan- cadangan ini supaya serius dan menambah baik pelaksanaan agar wanita...

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Segamat.

draft • 4:30 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

...Paling terpinggir tidak terus tertinggal. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sudah ramai kawan-kawan Ahli Parlimen yang menjadi pencinta wanita pada hari ini, Yang Berhormat Pengerusi. Oleh itu, Kuala Krai pula ingin mengambil bahagian membela warga emas, kanak-kanak dan OKU.

Saya ingin merujuk kepada B 031400 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).

Daripada Abi Bakrah RA berkata, “Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?” Rasulullah SAW menjawab...” [Berucap dalam bahasa Arab] Maksudnya, “Sesiapa yang usianya panjang dan baik amalannya.” Hadis riwayat al-Tirmizi Saya ingin menyentuh isu penting berkaitan dengan pembangunan pusat aktiviti warga emas (PAWE), suatu keperluan mendesak dalam negara yang sedang menuju status masyarakat menua. PAWE perlu pendekatan baharu, bukan sekadar pusat aktiviti biasa. Hari ini, saya ingin tegaskan bahawa PAWE tidak boleh lagi menggunakan model lama yang hanya menyediakan aktiviti santai atau rekreasi semata-mata. Kita memerlukan PAWE yang benar-benar berfungsi sebagai pusat sokongan menyeluruh kepada warga emas.

Saya mencadangkan agar PAWE di seluruh negara termasuk di Kuala Krai, Yang Berhormat Pengerusi, diubah menjadi pusat yang berintegrasikan dengan penjagaan harian bagi warga emas yang memerlukan pusat kesihatan komuniti dengan pemeriksaan asas dan rawatan awal, kaunseling dan sokongan psikososial, kerana semakin ramai warga emas berhadapan kesunyian. Dalam masa yang sama, sokongan psikososial ini juga perlu kepada anak dan keluarga rapat mereka.

Isu latihan digital asas juga amat perlu...

draft • 4:32 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

...Terutama selepas insiden scam kewangan yang melibatkan ramai warga emas.

draft • 4:32 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat.

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Maaf. Saya tak ada masa, Yang Berhormat.

draft • 4:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak bagi.

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Mereka juga perlu mengikuti program sukarelawan komuniti yang menghubungkan warga emas aktif dengan masyarakat setempat.

Dan paling penting ialah pengisian agama dan kelas Al-Quran khususnya kepada warga emas Muslim agar aktiviti mereka dipenuhi dengan unsur-unsur kerohanian. Konsep kehidupan warga emas di pondok-pondok seperti di Pondok Sungai Durian, Pondok Pasir Tumboh dan lain-lain pondok di Kelantan adalah amat sesuai untuk dijadikan panduan dalam pemerkasaan PAWE, kerana di pondok, mereka merasakan keseronokan hidup dalam kelompok seusia mereka, menghabiskan usia tua dengan aktiviti keagamaan dengan bimbingan guru-guru yang berpengalaman.

Soalan saya. Bagaimana kerajaan menjamin PAWE menepati keperluan khusus warga emas? Apakah penilaian keperluan yang digunakan untuk menentukan keutamaan PAWE? Apakah kerajaan bersedia mengadakan kerjasama strategik dengan universiti, NGO dan sektor swasta untuk membina modul proses penuaan standard?

Dalam isu penjagaan, bagaimanakah kementerian dapat mengatasi kekurangan penjaga PAWE yang terlatih? Apakah insentif gaji atau elaun skim latihan yang disediakan bagi menarik tenaga kerja baharu? Kita tidak boleh menambah bilangan PAWE tanpa menambah bilangan penjaga yang benar-benar berkualiti.

Kerajaan juga perlu mengambil maklum isu lonjakan kes scam yang menyasarkan warga emas. PAWE perlu menyediakan program kursus asas berdepan dengan scammer agar mereka terselamat.

Isu yang kedua, Tuan Pengerusi, ialah B.030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Kita sering menyebut bahawa kanak-kanak adalah aset negara. Namun, realitinya, asas dasar kita masih berpecah, bertindan dan tidak mempunyai arah strategi yang benar-benar menyeluruh. Walaupun banyak dasar, pelan tindakan dan garis panduan berasingan telah diwujudkan― Dasar Kanak-

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

kanak Negara, Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak, Polisi Pendidikan Awal, dasar pembasmian buli serta garis panduan keselamatan digital― semuanya bergerak secara bersendirian.

Adakah pihak kerajaan melalui KPWKM akan merangka dasar dan pelan induk kanak-kanak Malaysia yang menyatukan semua dasar sedia ada dengan pelan dan peranan jelas serta mempunyai indikator keberhasilan nasional yang dapat menyelaraskan data dan pelaporan antara agensi dalam setiap kementerian yang melibatkan kanak-kanak?

Adakah kerajaan bersedia mewujudkan Malaysian child wellbeing index

(MCWI) dengan pelaporan tahunan langsung kepada Parlimen? Ini penting untuk memastikan kerajaan tidak sekadar mengumumkan dasar...

draft • 4:32 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

...Tetapi benar- benar mengukur kesan dasar tersebut terhadap kesejahteraan kanak-kanak.

Yang Berhormat Pengerusi, saya juga ingin menekankan beberapa isu semasa yang membuktikan bahawa negara memerlukan kerangka dan indeks ini dengan segera.

Pertama, kes penderaan kanak-kanak yang meningkat. Setiap minggu kita melihat laporan baharu bayi didera pengasuh, kanak-kanak dipukul ibu bapa, mangsa rogol bawah usia. Ini bukan isu kecil. Ini wabak senyap.

Yang kedua, penularan kandungan tidak sesuai untuk kanak-kanak. Isu Santiago of the Seas baru-baru ini menunjukkan kelemahan kawal selia dan penyeliaan kandungan. Jika satu siaran di TV pun kita boleh terlepas kawalan, bagaimana pula berjuta-juta kandungan di platform digital?

Isu yang ketiga, ketidaksamaan digital dan pendidikan. Kanak-kanak luar bandar, termasuk di Kuala Krai, masih terpaksa belajar menggunakan internet yang perlahan atau tiada langsung. Digital gap ini akan membentuk jurang kemiskinan baharu.

Yang keempat, krisis kesihatan mental. Laporan KKM menunjukkan peningkatan kes kemurungan dan bunuh diri melibatkan remaja. Sekolah tidak cukup kaunselor, keluarga tidak tahu bagaimana mendapatkan bantuan.

Dan keempat ialah impak bencana terhadap kanak-kanak. Setiap kali banjir besar berlaku sebagaimana yang berlaku sekarang ini, termasuk di Kelantan, kanak- kanak adalah kumpulan paling mudah tercedera, trauma dan tercicir sekolah. Pelan induk perlu memasukkan modul perlindungan semasa bencana.

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dalam kesempatan ini, saya ingin cadangkan dalam usaha memperkukuh masa depan kanak-kanak Malaysia― pertama, menubuhkan majlis kebangsaan kesejahteraan kanak-kanak yang menyelaras kesemua kementerian dan NGO.

Kedua, mewajibkan pemeriksaan latar belakang untuk semua pengasuh dan penjaga pusat jagaan kanak-kanak. Ketiga, menambah kaunselor bertauliah di sekolah rendah dan menengah termasuk di pedalaman.

Isu yang terakhir, Yang Berhormat Pengerusi, ialah pusat khidmat setempat OKU.

draft • 4:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

30 saat.

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Beberapa kali ucapan saya di Dewan yang mulia ini, saya telah bangkitkan isu OKU. Isu OKU adalah isu rentas sektor. Bukan sekadar berkaitan kebajikan atau bantuan, ia melibatkan pelbagai kementerian dan agensi. Bagi menangani keperluan OKU yang pelbagai, Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) perlu diperkasa dan tidak sekadar wujud sebagai formaliti.

MKBOKU mesti benar-benar berfungsi sebagai penyelaras dasar dan penghubung utama antara kerajaan dan komuniti OKU. Jabatan Pembangunan OKU wajar dinaik taraf menjadi jabatan khusus di bawah KPWKM, bukan hanya sebuah bahagian dalam JKM, agar lebih berkesan mengurus isu OKU yang kompleks.

Yang terakhir, Yang Berhormat. Sikit saja. Sikit saja.

draft • 4:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sikit saja.

draft • 4:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

draft • 4:32 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih.

draft • 4:32 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Pengerusi. Saya merujuk kepada 020100 iaitu JKM di bawah perkara berkenaan bencana iaitu MyIBJKM, pendaftaran awal mangsa bencana.

Untuk makluman Dewan yang mulia, sekarang ini di Tumpat ada 5,036 mangsa banjir daripada 9,546 yang terlibat dalam banjir di Kelantan sekarang, di mana kita mempunyai 11 PPS daripada 40 PPS yang ada di Kelantan. Isunya ialah bila mana kita perkenalkan satu sistem, kita dapati terdapat loophole dalam sistem ini.

draft • 4:38 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Saya mohon kepada pihak kementerian untuk melihat kepada bagaimana isu pendaftaran mangsa banjir di PPS iaitu menggunakan QR code telah pun menyebabkan ada pihak yang boleh membuat QR ini bukan daripada tempat lokasi banjir. Daripada luar negeri. Jadi, ini memerlukan suatu mekanisme saringan, pengesahan dan perlu dibuat satu pengesahan untuk approval secara manual di pusat-pusat PPS.

draft • 4:38 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Ini perlukan tindakan segera kerana hari ini jumlah mangsa banjir di Malaysia baru 9,000 berbanding dengan kalau dalam keadaan biasa mungkin mencapai 350,000. Jadi, pengesanan awal seperti ini harus kita buat tindakan segera untuk pencegahan. Itu yang pertama.

Yang kedua, saya turun ke tujuh daripada PPS ini, kita dapati bahawa terdapat juga rungutan daripada pihak yang memasak, menolong memasak makanan mentah dibekalkan oleh pihak JKM. Walau bagaimanapun, kita dapati telur dan garam kadang-kadang tak dibekalkan dan pembekal besar gagal untuk menghantar bahan-bahan ini ke pusat-pusat pemindahan. Kadang-kadang dihantar tak cukup. Jadi, bila kalau mereka beli sendiri, mereka tak boleh claim daripada JKM.

Jadi, saya perlukan suatu jawapan daripada pihak kementerian untuk alternatif kepada pihak yang menyediakan makanan sekiranya pembekal gagal untuk bertindak dalam masa tersebut, apa yang mereka boleh buat? Sebab kita tidak mahu mangsa banjir ini tak dapat makanan yang mencukupi. Itu yang kedua.

Saya juga merujuk kepada 020200 – Pembangunan Wanita. Kita nak tengok perkembangan supaya kita boleh mencapai 30 peratus wanita dalam kepimpinan negara. Walau bagaimanapun, hari ini kita tengok daripada sistem ataupun support system yangMalaysiaMalaysia, yang ditekankan kepada wanita dalam media sosial, dalam TV ialah iklan-iklan berkait dengan kecantikan. Tidak ada filem-filem yang menggambarkan ataupun perkara yang dibuat menunjukkan fungsi kepimpinan dan tanggungjawab wanita. Tidak ada filem dan cerita yang dibuat untuk support system kepimpinan wanita.

Jadi, bagaimana mereka terasa teruja nak buat kerana yang dipaparkan adalah kosmetik. Jadi, kita perlu membuat suatu dasar dan juga pelan tindakan supaya kepemimpinan wanita ini dapat dibentuk satu sistem. Bukan hanya dipamerkan dari segi biologi ataupun superfisial saling berkait dengan wanita.

Kerana ini penting kerana tanpa wanita yang menjadi pemimpin, negara kita akan pincang kerana 50 peratus daripada penduduk negara ini adalah wanita.

draft • 4:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Yang ketiga berkait dengan kos untuk tuntutan kanak-kanak — nafkah anak- anak. Hari ini saya dapat makluman daripada kawan-kawan, ada wanita yang mengadu sebagai ibu tunggal, mereka nak dapatkan statement berkenaan dengan pendapatan suami. Satu muka surat statement bank charged RM10. Kalau dia nak ambil untuk beberapa bulan, dia kena habiskan kadang sampai RM200. Ini dah ibu tunggal, nak dapatkan statement kena bayar, tak dapatkan statement macam mana nak buktikan di mahkamah.

Jadi, saya minta pihak kementerian untuk kaji bagaimana kita dapat membantu pengecualian, terutama dalam kes membabitkan tuntutan nafkah kepada kanak-kanak yang dimulakan oleh ibu tunggal ataupun pihak-pihak yang memerlukan peranan kita untuk kita kecualikan daripada sistem pembiayaan ini.

Mereka bukan nak berniaga, ini untuk tuntutan nafkah anak-anak. Jadi, nak bayar peguam pun mereka tak mampu, tiba-tiba kena bayar pula untuk dapatkan statement daripada pihak bank.

Yang ketiga, 020400. Saya ucap tahniah kepada pihak ISM baru ini kerana kerjasama dengan pihak Commonwealth memberikan latihan untuk golongan wanita, ya. Kita tahniah kepada pihak kerajaan dan yang telah pun ujian baru ini.

Tetapi saya mohon untuk di ISM, latihan dan bimbingan untuk golongan wanita ini dibuat secara berkala. Berikan sedikit bajet supaya berkala kita boleh pastikan semua universiti, semua IPTA, semua IPTS, mereka wajib ataupun perlu mendapatkan kursus daripada ISM supaya persediaan untuk pelapis pada masa hadapan.

Di bawah 020500 – LPPKN. Saya tengok tempat lain semua naik tapi LPPKN bajet turun. Kenapa turun? Kerana hari ini kita lihat peranan ibu bapa penting dan tanpa ilmu, tanpa skil, tanpa latihan, tidak ada ibu bapa yang boleh berfungsi secara baik. Jadi, saya mohon agar pihak kementerian memastikan suatu tindakan pelan yang mesti dibuat untuk mendapatkan kerjasama majikan untuk pendidikan keibubapaan. Kerana nak kahwin mereka ada kursus pra-perkahwinan, nak jadi ibu bapa tak ada kursus pun untuk jadi ibu bapa. Tapi kita mengharapkan mereka menjadi the best parents. Ini perkara yang saya rasa kita kena buat penambahbaikan.

Di bawah 030300 – Pembangunan Kanak-kanak. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang perjawatan untuk Jabatan Kanak-kanak adalah telah lengkap hari ini kerana kita tahu banyak isu melibatkan kanak-kanak dan ia adalah masa depan negara. Sebarang kesilapan yang kita buat akan membabitkan negara

draft • 4:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

pada masa akan datang. Dan juga ingin saya tunjukkan pada hari ini, bila berlaku banjir, arahan daripada pihak kementerian, PdPR.

Isunya kami di JKPK bincang tak tahu berapa kali tentang kesan digital telefon bimbit ini kepada kanak-kanak. Bila negara kita terpaksa belajar melalui online selepas daripada COVID, sampai hari ini masalah masyarakat lagi banyak tetapi negara lain bagaimana mereka buat? Jadi dalam hal ini, kita nak imbangkan di antara PdPR dengan kesan telefon bimbit ini kepada kanak-kanak kerana kita tidak mahu kita mendapat kesan-kesan yang lebih teruk berbanding dengan yang sebelum ini.

Dan yang terakhir di bawah 030900 – OKU. OKU ini kita dah buat sebanyak macam-macam dasar, cuma isu advokasi belum lengkap. Banyak hak OKU dan advokasi dapat dijalankan dan saya cadangkan kepada pihak kementerian untuk menyahut satu persen daripada penjawat awam ada pada kalangan OKU membuat pelantikan pegawai OKU di setiap Parlimen, khas untuk menjaga kebajikan OKU bagi mendapatkan hak dan advokasi untuk OKU. Kerana kita lihat sebagai contoh, dalam perjalanan untuk kita nak gunakan kemudahan awam, untuk KLIA Transit, KLIA Ekspres. KLIA Transit ada disebut bawah 30 persen untuk OKU tapi untuk KLIA Ekspres tak ada.

Jadi, saya nak tanya kalau ini dah jadi satu dasar, berapa ramai sebenarnya OKU yang menggunakan KLIA Ekspres dan berapa ramai yang menggunakan KLIA Transit kerana antara ramai-ramai orang yang memerlukan perkhidmatan bagus ini ialah OKU. Jadi kalau boleh OKU, warga emas, kita nak tengok yang dah diberikan pengecualian, berapa yang telah pun jawab atau telah pun buat.

Dan kita cadangkan agar pihak kementerian juga buat akses audit kepada semua lapangan-lapangan terbang, stesen kereta api dan juga stesen bas untuk kedudukan pintu bagi menurunkan dan menaikkan OKU ini dipastikan selamat dan mudah. Mereka dah lah OKU, buat tanda hak sendat-sendat dengan kerusi roda.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi, Puan Pengerusi, jadi, kalau dalam ini saya mohon bahawa untuk pengguna OKU yang berkerusi roda, mereka dibantu oleh orang lain, jadi kena masuk dua orang. Jadi, harap perkara ini dapat dikira, diaudit dengan sebaiknya supaya kita boleh membantu semua. Terima kasih Pengerusi.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.

draft • 4:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera, salam MADANI.

Terima kasih, Puan Pengerusi kerana memberi ruang kepada Pulai untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

Pertama sekali, Pulai ingin membangkitkan pada Butiran 020000 dan juga 030000 iaitu berkaitan dengan satu Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Dalam Kalangan Kanak-kanak Malaysia 2023-2030.

Dan juga tadi disentuh oleh Tumpat perkara yang sama, ya iaitu dalam planning, dalam rancangan ini menyatakan bahawa antara tugas KPWKM adalah meluaskan pelaksanaan kursus keibubapaan dan pemakanan kanak-kanak kepada ibu bapa yang mempunyai anak di bawah lima tahun, di mana indikatornya adalah maklumat pemakanan diintegrasikan dalam modul keibubapaan dan juga pelaksanaan modul keibubapaan dan juga modul makanan kanak-kanak kepada ibu bapa yang mempunyai anak bawah lima tahun. Dan tempoh pelaksanaan ini adalah 2023 hingga 2030, bermakna sudah dua tahun ia nya dilaksanakan.

Jadi, sebenarnya perkara ini sangat penting sangat penting dari segi parenting ini, kursus parenting ini kerana pada umur lima tahun ke bawah ini, kita ada, apa nama, pemeriksaan dalam tempoh dua tahun. Tapi antara dua atau tiga, empat, lima tahun ini sebenarnya tidak ada kementerian yang begitu khusus melihat perkara ini, dalam masalah-masalah malpemakanan ini.

Ini membimbangkan kerana kalau tidak ada pihak yang benar-benar memberikan tumpuan tentang perkara ini, maka anak kita ini akan berdepan dengan masalah sama ada dia menjadi bantut ataupun dia menjadi obes. Ini akan menyebabkan kesan kepada kesihatan negara kita apabila mereka ini membesar nanti.

Maka itu, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan dari segi setakat mana pelaksanaan ini telah dilaksanakan dan setakat mana keberkesanan dan apa penambahbaikan yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang? Itu yang pertama.

Yang keduanya adalah juga telah disentuh oleh beberapa Ahli Parlimen tadi berkenaan dengan Butiran 020500 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara di mana bawah KPWKM ini mempunyai tugas ataupun

draft • 4:46 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

perkhidmatan kaunseling. Dan salah satu masalah yang banyak dikemukakan tadi adalah isu warga emas dan juga kesihatan mental. Jadi, kesihatan mental ini sebenarnya dia berada di bawah Kementerian Pendidikan— eh, Kementerian Kesihatan, KKM ya. Tapi...

draft • 4:46 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pulai.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ya, saya.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pulai nak tanya Pulai sikit, boleh tak Pulai? Pasal kaunselor di cakap kaunseling ini. Pulai setuju tak maksudnya Ahli-ahli Parlimen yang kerap tabur fitnah ini, jaja amalan fitnah ini maksudnya cakap macam baru-baru ini. Contohnya macam Kota Bharu dan juga Pendang, Pendang pun masuk. Katakan.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nak cetuskan Peristiwa Memali, nak bunuh Presiden PAS...

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

36(6).

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Boleh tak Ahli Parlimen ini pun diberikan kaunseling.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan 36(6).

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hulu Langat pun sama. Hulu Langat fitnah ini.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dan juga motivasi oleh kaunselor ini. Terima kasih Ahli Parlimen Pulai.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan 36(6).

draft • 4:50 PM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Karaoke, karaoke.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Hulu Langat lagi teruk.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Peraturan 36(6). Dia sebut nama saya tadi. Sebab ini fitnah. Fitnah ini sebenarnya dia yang fitnah tapi dia lemparkan fitnah kepada kita. Dia selalu...

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan fitnah-memfitnah di sinilah. Sila duduk.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Memfitnah kita macam-macam tapi dia tak bagi satu spesifik fitnah apa dan siapa yang fitnah dia? Inilah. Nanti itulah

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

saya kata, bila dia mula menyerang kita serang balik. Dia tak tahan dia mengadu dekat Speaker.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Seranglah balik.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Untuk buat usul.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pendang, lepas... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah Yang Berhormat.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hang yang cakap fitnah...

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Apa dia kata? [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara].

draft • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Pendang. Saya arahkan Yang Berhormat Pendang dan Hulu Langat keluar sekejap.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hang fitnah...

draft • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat!

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Hei! Ttu bukan fitnah.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hang fitnah... [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bentara, sila arahkan mereka keluar setengah jam.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hei! Kamu fitnah sampai ke tahap membunuh itu bukan pembunuh! [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila bagi kedua-dua...

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kamu yang sebut dalam Dewan yang mulia ini!

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Fitnah pegawai, kakitangan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Belajarlah! [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hoi! Fitnah! [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang dan Hulu Langat sila keluar sekejap. Setengah jam.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Keluar, keluar. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang pun keluar.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Keluar sekali. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang, Pendang pun keluar.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Keluar sekali. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Keluar buat apa? Bertumbuk dengan hang? Bukan...

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, jangan ajak bertumbuk lagi dalam Dewan.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hang jaja...

[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berjalan keluar meninggalkan Dewan]

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang pun keluar. Pun keluar setengah jam. Keluar, keluar.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kejap lagi saya nak bahas.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Boleh saya diberi masa lagi Tuan Pengerusi?

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi tiga minit.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Alhamdulillah.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Puan Pengerusi, saya tarik baliklah tadi. Mohon maaf.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila keluar setengah jam.

draft • 4:50 PM

Seorang Ahli

Tak boleh.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya nak bercakap ini saya nak bahas [Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Keluar.

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Keluarlah. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Berjalan keluar meninggalkan Dewan]

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Okey boleh saya teruskan?

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, teruskan tiga minit.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Dunia belum kiamat lagi. Seterusnya saya ingin menyentuhkan, menyentuh berkenaan dengan perkhidmatan kaunseling ini ya.

Saya sebut balik bahawa...

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tiga minit.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Khidmat kaunseling ini sangat diperlukan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental dan juga kepada warga emas ini ya.

Tetapi soalnya adalah kesihatan mental ini duduk bawah KKM. Jadi, bagaimana penyelarasan ini dilaksanakan oleh KPWKM supaya benda ini benar- benar dapat dilaksanakan dengan jayanya? Kerana isu kesihatan mental ini kalau

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

kita tidak urus dia boleh membawa kepada membunuh diri dan sebagainya tentulah ia memberi kesan tidak baik kepada kita.

Dan saya difahamkan juga kaunselor kita ini memerlukan sedikit penghargaan juga daripada kita. Kerana saya difahamkan bahawa gred mereka ini setakat 48 sahaja ataupun bersamaan dengan S12. Jadi, mereka merasakan perlu lebih dihargai kerana tugas mereka semakin mencabar pada saat ini ya. Itu yang keduanya.

Yang ketiganya saya ingin juga membangkitkan berkenaan dengan PAWE ini juga ya. Oleh kerana kita akan berdepan dengan Malaysia Menua 2030. Di mana 15 peratus daripada negara-negara kita ini ataupun rakyat negara kita ini berumur 60 tahun ke atas ya. Jadi, di sana saya kira saya bersama pandangan dengan rakan- rakan yang lain, Ahli Parlimen yang lain menyatakan bahawa kita perlu menstrukturkan semula PAWE ini ya.

Saya bagi contoh umpamanya ya. Tugas penyelia PAWE ini semakin mencabar. Mereka banyak tugas-tugas yang dilaksanakan tapi allowance yang dibagi umpamanya RM1,100 sebulan. Penolong Pembantu Penyelia pula hanya RM600. Walaupun kita maklum bahawa mereka ini diberi tugas hanya separuh hari sahaja, tetapi dengan tugas-tugas yang banyak dan mencabar selepas ini gaji ini saya rasa kena ditingkatkan lagi.

Kalau di Johor Bahru, dengan gaji RM1,100, dengan gaji RM600, bagaimana mereka boleh hidup? So, kita tak mahu pula penyelia dan juga pembantu penyelia ini termasuk ke dalam masalah kesihatan mental pula ya.

Yang keempatnya juga saya ingin menyentuh sikit 031900 – Subsidi Ujian Mamogram ini. Pulai hadir dalam Kempen Kesedaran Payu Dara. Dua kali Pulai hadir ya. Dalam program ini, saya bertanya dengan pihak yang melaksanakan ujian mamogram ini. Saya dapati bahawa sambutan itu agak kurang sebenarnya.

Maknanya subsidi itu sebenarnya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya ya.

Dan difahami bahawa kalau pesakit-pesakit payu dara ini dapat mengesan awal di peringkat stage one, kita boleh menyelamatkan nyawa mereka 95 hingga 99 peratus.

Kalau stage two boleh 80 hingga 90 peratus. Bermakna bahawa kalau kita dapat memberi kesedaran awal kepada mereka, kita dapat menyelamatkan nyawa wanita- wanita kita seluruh negara ini ya.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 4:50 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jadi, dengan itu saya kita kempen kesedaran ini perlu lebih banyak lagi supaya mereka sedar dan dapat bertindak awal.

Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.

draft • 4:50 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Puan Pengerusi dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Kalau pagi tadi hanya ada orange juice sekarang ada tai oren. Hadiah daripada Timbalan Menteri. Sekali lagi terima kasih kerana murah hati.

draft • 4:56 PM

Seorang Ahli

Tak dapat pun? [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:56 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tak minta pun? Butiran 030400 – Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Puan Pengerusi, PDK merupakan tulang belakang dalam pemulihan komuniti setempat. Yang merangkumi latihan, pendidikan, sokongan keluarga dan integrasi sosial untuk kanak-kanak dan dewasa khas. Tanpa PDK, ramai OKU ataupun orang- orang khas ini terutamanya di luar bandar dan komuniti B40 akan terus tercicir daripada latihan asas perkembangan diri.

Namun begitu ada beberapa isu yang saya ingin bawa dalam Dewan yang mulia ini supaya mendapat perhatian yang serius daripada pihak kementerian.

Yang pertama yang mana telah banyak kali dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini adalah berkenaan dengan sagu hati ya kepada petugas dan penyelia. Yang mana hanya RM1,200 dan RM1,500 sebulan. Ini adalah sangat-sangat tidak mencukupi. Saya faham kementerian bagi jawapan bahawa ini adalah sagu hati.

Tidak wajar kita ambil paras kayu uji di mana gaji minima sebagai penentu.

Tetapi kita boleh ambil gaji minima itu sebagai satu rujukan. Di mana kerja- kerja sebagai petugas dan penyelia ini walaupun bersifat sukarelawan, tetapi ia adalah satu kerja sepenuh masa. Adakah elaun RM1,200 dan RM1,500 ini mencukupi untuk menampung sara hidup untuk petugas-petugas ini?

Apatah lagi kebanyakan PDK ini ada mencarum KWSP dan PERKESO untuk petugas-petugas dan penyelia-penyelia ini. Seperti kata pepatah Melayu, “Alang- alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan”. Kita dah bagi KWSP, dah bagi PERKESO mengapa tidak kita bagi sagu hati pada paras gaji minimum?

Apa salahnya?

draft • 4:56 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, saya ingin pencerahan dan meminta pencerahan daripada pihak kementerian. Adakah kerajaan bersedia untuk memberikan sagu hati sebanyak RM1,700 ini? Dan sekiranya apakah implikasi kewangan? Sekiranya ia tidak sangat membebankan mengapa tidak dilaksanakan pada tahun hadapan iaitu pada 2026?

draft • 4:56 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Puan Pengerusi, isu kedua juga isu lama, tapi masih belum diselesaikan iaitu isu nisbah petugas kepada pelatih OKU. Satu petugas kepada lima pelatih OKU.

Sebelum tahun 2023, peruntukan PDK adalah berdasarkan satu petugas untuk lima pelatih. Kemudiannya, ditambahkan peruntukan khusus untuk seorang penyelia, yang mana penyelia tidak akan di masuk kira di dalam nisbah satu kepada lima itu kerana penyelia ini mereka ada kerja-kerja hakiki yang lain: pentadbiran; laporan kewangan; penyelarasan program; dan hal-hal ehwal operasi yang lain.

Tetapi bermula tahun 2023, nisbah ini telah mengambil kira sama sekali penyelia di mana penyelia juga dianggap sebagai salah seorang petugas. Ini secara tidak langsung telah menambahkan beban kerja kepada penyelia-penyelia ini dan secara tidak langsung juga menurunkan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh petugas-petugas kepada pelatih-pelatih OKU ini. Maknanya nisbah satu kepada lima ini, sekarang tidak diikuti dengan ketat.

Maka, saya menyeru kepada pihak kementerian supaya memulihkan dan memberikan pengiktirafan yang sah, yang sepatutnya kepada tugas penyelia ini supaya kualiti yang diperlukan, kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelatih adalah sentiasa pada kadar optimum.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, sila gulung.

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Isu – Saya nampak, saya nampak keseluruhan ya hala tuju kerajaan seolah-olah kerajaan nak meng-NGO-kan PDK ini termasuklah mengehendaki PDK untuk berdaftar sebagai di bawah ROS. Maka, saya lihat ini adalah sebenarnya bertentangan dengan trend masyarakat sekarang di mana keperluan ataupun kewujudan budak-budak khas, kanak-kanak khas ini semakin bertambah dan keperluan permintaan terhadap PDK semakin bertambah.

Sekiranya kita mengharapkan NGO untuk menjalankan tugas ini, menjalankan tanggungjawab sosial ini, adalah sesuatu yang bagi saya agak bahaya dan tidak mencukupi. Ia hanya boleh dijalankan oleh kerajaan. Ia hanya boleh dijalankan oleh satu mekanisme jentera kerajaan yang kuat.

Maka saya harap, hala tuju kementerian terhadap PDK ini perlu diubah semula iaitu bukan di-NGO-kan, tetapi diinstitusikan di mana PDK dianggap sebagai

draft • 5:00 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

satu institusi atau agensi atau jabatan yang perlu diberikan peruntukan yang tetap, yang mana bukan sahaja mengharapkan mereka-mereka, petugas-petugas ini untuk mencari dana sendiri. Ini adalah sangat penting sebab keperluan atau permintaan terhadap PDK ini semakin bertambah dan memerlukan perhatian sepenuhnya daripada pihak kerajaan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab. Masa, 30 minit.

draft • 5:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kesemua 26 Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) di peringkat Jawatankuasa sebentar tadi.

Sebelum saya menjawab pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat, izinkan saya mengucapkan penghargaan dan juga terima kasih atas sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat kepada sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita dengan memakai baju, tie warna oren.

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat terutamanya Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jerantut dan semua Ahli-ahli Yang Berhormatlah yang sentiasa memartabatkan wanita yang memastikan wanita dihormati, diiktiraf dan diberikan kedudukan yang adil dalam semua aspek kehidupan.

Dan Puan Pengerusi, selain itu saya juga menyampaikan bagi pihak kementerian salam takziah kepada semua mangsa bencana banjir. Kami di KPWKM sentiasa bersiap siaga untuk membantu semua mangsa banjir yang terlibat dan kami juga mendoakan supaya semua mangsa banjir tabah menghadapi ujian ini dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Seterusnya, izinkan saya untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan dan sudah semestinya kami akan mengambil kira dalam perancangan KPWKM di masa hadapan termasuklah syor penambahbaikan yang dinyatakan ataupun— Mahupun yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian.

draft • 5:04 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Yang Berhormat Rasah ingin mengetahui mengapa terdapat perbezaan kenaikan bagi bantuan-bantuan yang diberikan. KPWKM melalui JKM telah menerima kenaikan peruntukan bantuan kewangan sebanyak 12.83 peratus pada tahun 2025 berbanding tahun 2024. Pada tahun 2024, sebanyak RM2.4 bilion diluluskan dan tahun ini tahun 2025 telah diluluskan pula sebanyak RM2.7 bilion.

Kenaikan ini telah diumumkan oleh kerajaan semasa Belanjawan Tahun 2025. Kerajaan telah menaikkan kadar serta melonggarkan syarat kelayakan pendapatan yang melibatkan skim berkaitan orang kurang upaya, warga emas dan keluarga miskin dan saya nak berkongsi maklumat tersebut.

Yang pertama, Bantuan Kanak-kanak ataupun BKK daripada RM150 hingga RM200 kepada RM200 hingga RM250. Bermaksud, RM150 dinaikkan ke RM200 dan RM200 pula dinaikkan ke RM250 bagi seorang kanak-kanak dan kadar maksimanya adalah RM1,000 sebulan bagi satu keluarga.

Yang kedua, Bantuan Warga Emas daripada RM500 kepada RM600 sebulan.

Yang ketiga, Bantuan Am Persekutuan daripada minima RM100 hingga maksima RM350 dan dinaikkan kepada RM150 hingga RM500 sebulan.

Yang keempat pula Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar dilonggarkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM3,000 kepada RM5,000 bagi membolehkan lebih ramai memohon dengan bantuan dikekalkan iaitu RM500 sebulan.

Yang kelima pula Elaun Pekerja OKU turut dilonggarkan syarat kelayakan pendapatan daripada RM1,500 kepada RM1,700 dengan kadar bantuan dikekalkan kepada RM450 sebulan.

Yang Berhormat Bukit Bendera ingin mengetahui mengapa peruntukan sebanyak RM2 juta sahaja diberikan kepada mangsa pemerdagangan orang dan adakah KPWKM mempunyai pelan tindakan yang komprehensif dari aspek pemulihan. Di bawah akta pindaan seksyen 42 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, KPWKM bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan mengawal ke atas rumah perlindungan.

Pada masa ini, lima tempat telah diisytiharkan sebagai rumah perlindungan wanita di bawah Jabatan Pembangunan Wanita bagi penjagaan dan perlindungan mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan wanita. RPW ini adalah untuk melindungi mangsa yang telah diberi perintah perlindungan sementara dan

draft • 5:04 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

seterusnya mangsa yang diberikan perlindungan perintah perlindungan sehingga proses keterangan mangsa selesai.

Dan peruntukan yang diluluskan untuk tahun depan akan digunakan secara optimum bagi tujuan perlindungan dan pemulihan mangsa dan ini termasuk menyediakan tempat perlindungan sementara, keperluan asas dan sokongan sosial bagi menjamin kualiti perkhidmatan penjagaan dan perlindungan. Pegawai pelindung di RPW dilatih untuk menyampaikan perkhidmatan melalui pendekatan pemusatan mangsa, pendekatan sensitif gender dan pendekatan termaklum trauma.

draft • 5:04 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Antara perkhidmatan yang diberikan sepanjang tempoh perlindungan adalah seperti berikut iaitu keperluan asas, rawatan, khidmat jurubahasa sekiranya perlu, aktiviti harian dan pengiringan ke sesi mahkamah. Sesi kaunseling turut akan diberikan oleh kaunselor kepada penghuni yang mengalami tekanan atau trauma yang telah menjejaskan kesejahteraan mental mangsa. Melalui sesi kaunseling tersebut mangsa akan menerima rawatan pemulihan bagi memastikan mangsa pulih dari kesan trauma.

Yang Berhormat juga ingin mengetahui, status pencapaian satu peratus pengambilan pekerja OKU dalam sektor perkhidmatan awam. Saya nak maklumkan di sini sehingga 30 Jun 2025 JPA ataupun Jabatan Perkhidmatan Awam telah melaporkan sejumlah 9,331 orang atau 0.64 peratus pencapaian penyertaan OKU dalam sektor awam dan untuk makluman semua juga KPWKM telah berjaya membuat pengisian seramai 170 orang ataupun 2.24 peratus penyertaan OKU di kementerian serta agensi di bawahnya. KPWKM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan agensi lain sangat komited untuk mencapai satu peratus penglibatan OKU dalam sektor perkhidmatan awam.

Seterusnya saya ingin menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Temerloh berkaitan dengan inisiatif dan usaha yang sedang dilaksanakan oleh KPWKM dalam menangani kes keganasan rumah tangga. Pengendalian isu keganasan rumah tangga adalah melalui punca kuasa di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 di bawah seliaan KPWKM dan selain daripada perundangan sedia ada KPWKM melalui mekanisme Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga memainkan peranan utama untuk menyelaras serta memantau isu dan inisiatif berkaitan keganasan rumah tangga secara berkesan dan menyeluruh pelbagai inisiatif merangkumi aspek advokasi, bantuan perlindungan, khidmat sokongan dan pengupayaan diri dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama

draft • 5:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

strategik. Strategic collaboration ini dengan izin adalah antara agensi kerajaan dan juga NGO.

Kementerian memang sentiasa bekerjasama dengan agensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, PDRM dalam menangani isu keganasan rumah tangga menerusi pelaksanaan pelbagai mekanisme yang bersesuaian mengikut keperluan demi kesejahteraan institusi keluarga dan pembangunan masyarakat.

Puan Pengerusi, seterusnya saya ingin menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Batang Sadong berkaitan dasar baru atau intervensi spesifik yang akan diperkenalkan oleh kerajaan untuk menangani isu berkaitan penuaan populasi, kekurangan tenaga kerja dan kesan sosioekonomi akibat TFR yang rendah.

Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia kini sedang berdepan dengan realiti demografi baru yang semakin mencabar. Apabila jumlah kadar kesuburan

(total fertility rate) dengan izin ataupun ringkasannya TFR negara telah menurun ke paras terendah dalam sejarah iaitu sekitar 1.6 anak bagi setiap wanita pada tahun 2024 berbanding 4.9 anak tahun 1970 dan 2.1 anak tahun 2010.

Penurunan berterusan ini adalah dilihat sebagai cerminan perubahan mendalam dalam nilai sosial, ekonomi dan institusi keluarga yang memberi kesan besar terhadap keseimbangan struktur penduduk negara. Berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) yang dilaksanakan oleh LPPKN, didapati ada tiga punca utama penduduk bujang melewatkan perkahwinan adalah disebabkan oleh masalah kewangan, kesukaran mencari pasangan yang sesuai dan juga kemajuan kerjaya dan penurunan kadar kelahiran juga dipengaruhi oleh masalah ketidaksuburan.

Berdasarkan kajian KPKM-5 pada tahun 2014 ketidaksuburan di negara ini turut meningkat. Hampir dua peratus dalam tempoh 10 tahun iaitu daripada 6.8 peratus pada tahun 2004 kepada 8.6 peratus pada tahun 2014.

Puan Pengerusi, sebagai intervensi segera dalam aspek kesihatan reproduktif KPWKM melalui LPPKN telah mengambil beberapa inisiatif seperti berikut. Menyediakan perkhidmatan rawatan subfertilitiy dengan harga yang berpatutan sejak tahun 1979. Tujuh klinik kesejahteraan lelaki telah diwujudkan bagi menangani isu faktor lelaki merangkumi saringan kesihatan, masalah seksual, kaunseling dan gaya hidup sihat.

Kemudian LPPKN juga memperkenalkan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti ataupun ringkasannya BuAi dengan menyediakan

draft • 5:10 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

rawatan IUI percuma kepada 1,300 pasangan serta program advokasi yang menyasarkan 30,000 penerima manfaat.

Ketiganya pula LPPKN juga menggerakkan program advokasi berskala nasional termasuk Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 yang banyak memfokuskan kepada pemerkasaan golongan muda untuk merancang keluarga dalam persekitaran yang adil dan menyokong.

Keempat, melaksanakan program SmartStart 2.0 pra perkahwinan yang menekankan kepada peningkatan pengetahuan dan kemahiran perkahwinan, kesediaan mental serta pembentukan sikap positif terhadap kehidupan berumah tangga dan pengukuhan komunikasi antara pasangan.

Kelima pula, apa yang dilaksanakan oleh LPPKN ini adalah inisiatif meneliti dengan mendalam mengenai punca penangguhan perkahwinan, kecenderungan bilangan anak yang rendah dan cabaran kesejahteraan keluarga moden melalui kajian yang dibuat secara berskala tapi peringkat nasional, termasuk Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia.

Sebagai langkah jangka panjang dalam menangani isu penurunan kadar kesuburan nasional ini KPWKM melalui LPPKN sedang merangka Pelan Hala Tuju Kesuburan Negara 2026–2030 dan dalam perancangan untuk menubuhkan pusat subfertility negara yang pertama di Malaysia.

draft • 5:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Timbalan Menteri. Sini, Kapar. Fasal LPPKN untuk mempertingkatkan fertility rate itu. Adakah kementerian khususnya LPPKN boleh bersinergi dengan komuniti setempat. Contohnya kalau dengan masjid dan mungkin pihak masjid pula menggalakkan pasangan-pasangan itu untuk dapat anak lebih. Bagaimana nak ada ketahanan, ada kesejahteraan. Ini tips-tips nya oleh masjid. LPPKN ada dia punya function. Boleh tak dibuat sebegitu untuk membantu kita ke arah penuaan Malaysia ini? Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat daripada Kapar. Sudah semestinya kolaborasi ini sentiasa kita jalankan termasuk seperti apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kapar. Kami di pihak kementerian memang sentiasa mengalu-alukan apa juga collaboration sama ada dengan NGO, dengan private sector dengan pelbagai agensi dan juga seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat daripada Kapar tadi.

Seterusnya Puan Pengerusi, dalam usaha untuk membantu pasangan di Malaysia menangani masalah ketidaksuburan, ini bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Temerloh, khususnya mereka yang berada dalam golongan B40

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

dan M40. LPPKN sebenarnya telah menawarkan perkhidmatan subfertility ini sejak tahun 1979 dan masih lagi melaksanakan ataupun menawarkan subfertility tu sehingga sekarang. Kerajaan, dia sediakan dana khas sebanyak RM7 juta bagi Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti.

draft • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Kita juga ingin memaklumkan bahawa empat klinik LPPKN ini adalah mengikut zon iaitu Klinik Subfertiliti Pulau Pinang, ini mewakili Zon Utara. Klinik Subfertiliti Kuala Lumpur, Zon Tengah. Klinik Subfertiliti Johor Bahru, Zon Selatan dan Klinik Subfertiliti Kuching Sarawak.

Perkhidmatan Subfertiliti ini saya nak kongsikan juga di Dewan ini termasuklah ujian saringan, konsultasi, rawatan kesuburan yang ditawarkan dengan kos yang sangat berpatutan kalau kita bandingkan dengan facility pihak swasta.

Sebagai inisiatif khas jangka panjang, tadi saya ada maklumkan mengenai Pusat Subfertiliti Negara yang pertama dan saya juga nak maklumkan peruntukan yang telah diluluskan untuk Pusat Subfertiliti Negara ini adalah sebanyak RM171 juta.

Sebagai usaha tambahan kerajaan, terutamanya dalam membantu golongan muda mendapatkan rawatan kesuburan, ini kita ada inisiatif kepada semua pencarum KWSP dibenarkan untuk keluarkan simpanan akaun kedua bertujuan untuk rawatan kesuburan dan pasangan yang mendapatkan rawatan ini juga layak menikmati pengecualian cukai sehingga RM10,000. Manakala pegawai kerajaan diberi kemudahan tuntutan perubatan.

Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah ini menunjukkan komitmen daripada pihak kerajaan dalam meningkatkan akses kepada rawatan kesuburan dan menjaga kesejahteraan institusi keluarga di Malaysia.

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Sik nak tanya sikit. Sik depan ini, sini.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Oh Sik, Sik berbahas ke?

[Ketawa]

draft • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh saya tanya sikit, pasal IVF boleh ya. Ya, Timbalan Menteri ketika kita bincang soal rawatan IVF ini yang sangat tinggi di hospital-hospital swasta, di pihak insurans perubatan ini dia tidak ada coverage ataupun tanggungan bagi rawatan ini. Adakah juga dilihat keperluan untuk kementerian membuat libat urus dengan pihak-pihak insurans ini bahawa mereka juga boleh memberi perlindungan jika ada pasangan ini yang nak membuat rawatan IVF di hospital swasta dan sebagainya? Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Itu satu cadangan yang kemungkinan pihak kementerian juga boleh fikirkan. Terima kasih Yang Berhormat daripada Sik walaupun tadi YB Sik tak bahas pun. Saya seterusnya saya nak menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat....

draft • 5:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri. Segamat, dekat belakang ini. Baik, saya ingin nak tanya sikit dengan Yang Berhormat Menteri tadi...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tapi belum lagi dalam— [Tidak jelas]

draft • 5:20 PM

Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat

Belum lagi ya. Baik, saya tunggu. Baik, terima kasih. Saya ingat Menteri belum tanya. Baik, berkenaan dengan pegawai JKM yang saya menyebut tadi, kerana kebanyakan contohnya di pusat khidmat kita terimalah ada 10 penolakan itu, sembilan itu adalah ditolak atas faktor— dijawabnya faktor kesihatan mereka. Maknanya mereka ditolak sebab berkata mereka ini sihat, masih boleh bekerja dan sebagainya.

Pegawai yang menilai ini adakah ada latar belakang perubatan? Kerana Segamat ini adalah satu daerah yang menua— bukan Segamat sahaja, termasuk kawasan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun di utara Johor, di pertengahan Johor, kawasan banyaknya adalah kawasan luar bandar. Kebanyakan orang yang sakit mungkin dia mendapat rawatan tradisional. Tidak kiralah sama ada TCM or myopathy dan sebagainya, adakah pegawai JKM ini ada kepakaran untuk menilai sesebuah permohonan itu sebelum menilai? Ini saya rasa Menteri perlu melihat atau memberi pandangan berkenaan perkara ini. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat daripada Segamat. Ini sesuatu yang serius yang saya harap dapat dilihat semula oleh JKM dalam membuat penilaian apabila permohonan, setiap permohonan yang dikemukakan itu perlu diteliti dan tidak ada birokrasi. Sekiranya layak haruslah diberikan kelulusan sesuai dengan permohonan yang telah dilaksanakan. We will take note on that Yang Berhormat dengan izin.

Saya nak menjawab persoalan yang ditanyakan oleh Yang Berhormat Rasah mengenai kenaikan bantuan OKU dan bantuan orang susah yang dikatakan hanya naik 10 peratus. KPWKM melalui JKM telah menerima kenaikan peruntukan bantuan kewangan sebanyak 12.83 peratus pada tahun 2025 kalau kita bandingkan dengan tahun 2024. Pada tahun 2024 tadi saya dah maklumkan juga kelulusan yang telah diluluskan.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Sebagai nota tambahan pula, kenaikan ini diharapkan dapat memberi bantuan dan melegakan mereka yang memerlukan dan juga mendapat bantuan berkenaan. Yang Berhormat Bentong menyatakan bahawa di tempatnya hanya mempunyai satu PDK bagi kawasan pendalaman yang luas dan cabaran kekurangan petugas dan keperluan modul khusus seperti autisme dan syndrome down perlu diatasi dengan segera dan persoalan-persoalan lain juga.

Untuk maklumat Yang Berhormat Puan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Bentong, JKM membuat pemantauan bagi memastikan kesejahteraan pelatih OKU di pusat PDK dititikberatkan oleh pengurusan PDK. JKM juga melakukan pemantauan berkala bagi memastikan bantuan kewangan yang disalurkan, yang telah dibelanjakan adalah mengikut kelulusan dan pengurusan PDK diuruskan dan bergerak sebagai satu NGO.

Hari ini saya mendengar ramai yang berbahas mengenai PDK ini. Pertubuhan PDK telah membayar sagu hati petugas dan penyelia PDK dengan kadar— sebenarnya kadar itu lebih baik daripada kadar sebelum ini tetapi setiap PDK tidak semestinya terikat dengan kadar bantuan kewangan kerajaan semata-mata. Dia juga boleh source ataupun mencari dana-dana lain.

Tapi bagi memastikan petugas dan penyelia PDK mendapatkan latihan khusus dan pengalaman dalam melatih OKU di PDK, JKM telah mewujudkan modul asuhan dan jagaan kanak-kanak OKU untuk digunakan oleh petugas dan penyelia PDK supaya mereka terlatih dan modul ini seragam. Tidak kira sama ada PDK tersebut di Betong ataupun di Wilayah Persekutuan, semuanya seragam di seluruh PDK.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, Menteri.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Pengurusan PDK juga boleh bertindak...

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Timbalan Menteri. Nak tanya sikit berkaitan dengan PDK tadi iaitu berkaitan dengan...

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya habiskan sikit boleh tak Yang Berhormat? Sikit, nanti saya bagi pada Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, okey, okey.

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Pengurusan PDK juga boleh bertindak proaktif dengan mengambil inisiatif sendiri dengan membantu mewujudkan sistem yang lebih efisien, melaksanakan pengisian program lebih komprehensif, holistik, berorientasikan hasil di pusat PDK dengan penyediaan peralatan yang optimum

draft • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

mengikut kesesuaian pelatih PDK masing-masing. Pertubuhan PDK yang ini kita galakkan supaya lebih kreatif, fleksibel dan menjaga kebajikan petugas dan penyelia mereka tanpa perlu mengorbankan standard perkhidmatan yang diberikan kepada pelatih mereka. Kita harapkan juga mereka bukan hanya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata tetapi juga dapat mencari dana-dana lain. Ya, Yang Berhormat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 5:20 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih kepada penjelasan Timbalan Menteri. Cuma kita lihat sudah bertahun-tahun dibangkitkan berkaitan dengan isu elaunlah kepada yang kita sebut sebagai sukarelawan di peringkat PDK yang kita panggil juga sebagai tenaga penggerak.

Daripada kita lihat awal lagi mereka ini sebenarnya saya lihat kerja mereka ini susah dan payah sebab dia bersama dengan golongan OKU dengan berbagai-bagai ragam.

draft • 5:20 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Jadi, saya fikir bahawa ganjaran yang diberikan begitu kecil dan mereka sebenarnya tak ada masa nak dapatkan sumbangan dana daripada luar. Jadi, saya sendiri di Temerloh, mereka meluahkan bahawa baru-baru ini bila belanjawan dibentangkan, mereka ingat ada untuk mereka. Sebab itu saya sebutkan mungkin di bawah Kementerian Pembangunan, Wanita dan Keluarga.

Jadi, sudah lama isunya dibangkitkan. Saya harap perkara ini juga dipertimbangkan walaupun kata sebagai NGO, yang boleh cari dana, kita kena faham bahawa tugas mereka sangat berat dan juga suasana yang ada dalam PDK itu pun memerlukan kemudahan-kemudahan lain yang perlu dilengkapkan. Jadi, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat mengenai perkara tersebut. Dan, sebenarnya kalau kita nak tengok – saya faham, saya faham keadaan yang dihadapi oleh kebanyakan PDK yang membawa isu ini. Tapi saya nak kongsikan juga kepada Dewan ini bahawa kerajaan melalui KPWKM sebenarnya memperuntukkan sejumlah kewangan RM144 juta.

Yang ini kita untuk biaya 560 penyelia dan petugas pula 2,852 dan elaun pelatih OKU pula adalah seramai 20,821 orang.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Sebenarnya, kita juga faham bahawa isu beban kerja yang ditanggung penyelia seperti Yang Berhormat nyatakan tadi. Walau bagaimanapun, pelbagai cara dan bantuan selain daripada dalam bentuk kewangan juga diberikan kepada mereka yang berada di PDK. Sebenarnya, Perintah Gaji Minima 2024 yang berkuat kuasa sepenuhnya, yang ini dia RM8.72 sejam untuk pekerja yang layak. Yang ini dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di dalam penggulungan peringkat dasar ke ataupun soalan yang dikemukakan dalam sesi lisan.

Jadinya, bantuan kewangan kerajaan disalurkan pada masa ini, tujuan dia adalah subsidi elaun petugas sebenarnya cukup untuk menampung 120 jam kadar gaji minima. Walau bagaimanapun, kita ambil maklum...

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Pengerusi.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

...Apa yang dikemukakan, yang dibawa...

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

...Dan saya menghargai keprihatinan semua wakil rakyat yang membawa isu berkaitan dengan PDK ini. Ya, Yang Berhormat Bakri.

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri, pandangan kerajaan bahawa kita ikut kadar sejam itu sebenarnya bukan apa yang kami maksudkan. Kami maksudkan sebulan kalau boleh lebih daripada RM1700. Sebab apa?

Tanggungjawab ataupun kerja-kerja petugas-petugas ini dia bukan sahaja sampai pukul 6— pukul 1 sahaja.

Kadang di luar daripada waktu kerja, mereka perlu membuat lawatan ke rumah, perlu berkomunikasi dengan ibu bapa, pelatih-pelatih dan menganjurkan pelbagai program. Yang semua ini tidak pun mereka menuntut OT daripada kerajaan.

Maka, kalau sekiranya mereka tidak mengira dengan kerajaan dari segi itu, tetapi kerajaan mengira dengan mereka mengikut kadar gaji sejam, makna berlaku tidak adil.

draft • 5:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Jadi, saya harap kita jangan menjawab daripada situlah. Saya boleh terima sekiranya kerajaan kata kalau kita nak bagi semuanya RM1700, dia ada implikasi kewangan sekian, sekian, sekian. Yang itu saya boleh terima. Kalau kita nak zoom in butiran detail kepada sejam berapa, sejam berapa, saya boleh yakin bahawa ia adalah tidak adil dan sejam mungkin kurang

draft • 5:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

daripada apa Yang Berhormat cakap tadi. Sebab di luar dari waktu kerja, yang itu semua tak kira.

Jadi, saya harap kita lihat sebagai lumpsum bulanan setiap bulan berapa kita boleh bagi dan apakah implikasi kewangan sekiranya kita belum mampu dan bagaimana kita boleh membantu untuk mengisi gap itu. Jadi, yang itu yang perlu kita secara kolektif lah, selesaikan secara kolektif.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya nyatakan, saya menghargai keprihatinan semua yang membawa isu yang ini dan saya harap pegawai yang berada di belakang dapat memberi perhatian terhadap isu-isu yang dibawa oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...

draft • 5:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

YB.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

...Terutamanya berkaitan dengan perkara ini.

draft • 5:30 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

YB Timbalan Menteri, Dato’ Pengerusi. Saya cuma mohon untuk soalan saya berkenaan dengan banjir, pengurusan banjir itu diberikan jawapan segera kerana hari ini keadaan makin memburuk. Jadi, kalau boleh apa yang kita adukan dapat tindakan kementerian dan dijawab terus. Kalau tak dapat sekarang ini, bertulis pun tak apa tapi dalam minggu ni juga. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey Yang Berhormat. Kita akan beri jawapan secara bertulislah ya, tapi segeralah. Tapi JKM memang dah turun, dah membantu. Walau bagaimanapun, isu Yang Berhormat bawakan tadi kita akan selesaikan dan kita akan respons segera mana yang boleh.

Yang Berhormat Mersing pula, ada bertanya mengenai jumlah sebenar PAWE yang benar-benar memenuhi standard minimum dan macam-macam lagilah.

Yang Berhormat Mersing ini, mengemukakan pertanyaan. Jadinya, saya nak maklumkan penubuhan sesebuah PAWE perlu mematuhi standard dan keperluan minimum yang termaktub di dalam garis panduan PAWE.

Garis panduan ini secara jelas menyentuh perkara-perkara berikut; keselamatan dan pencegahan kebakaran, operasi dan program serta aktiviti yang secara tidak langsung memerlukan ruang aktiviti yang mencukupi, akses OKU iaitu memastikan laluan bebas halangan dan pemantauan. Dan, pemantauan memang dilaksanakan secara berkala. Pegawai, skop pemantauan...

draft • 5:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Menteri, Setiu.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

...Meliputi...

draft • 5:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Boleh, Menteri?

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

...Pengurusan pentadbiran, pengurusan kewangan dan aset, pengurusan program, pematuhan standard. Dan, JKM sentiasa komited dalam pelaksanaan pusat aktiviti warga emas ini bagi memastikan warga emas dapat melaksanakan program dan aktiviti dalam komuniti.

Tahun 2022, bantuan kewangan pengoperasian PAWE dah dinaikkan daripada RM33,330 ke RM50,000 setahun, manakala elaun penyelia dan pembantu juga telah dinaikkan. Perbincangan dan kesedaran mengenai keperluan untuk menaikkan lagi peruntukan tersebut selari dengan peningkatan kos sedia ada.

draft • 5:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Boleh Setiu? Sikit.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ha, ya.

draft • 5:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Nak tanya tentang di Setiu ada pusat warga tua tapi bukan PAWE tapi POMT – pusat penempatan orang miskin dan orang tua. Ada empat di Setiu, tapi empat ini semuanya dah kebanyakan rosak dan terbiar dan tak boleh didiami lagi. Apa beza antara PAWE dengan POMT ini?

Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

PAWE ini dia pusat aktiviti warga emas.

Dia macam satu tempat di kawasan yang telah dipilih, dan kemudian dia membuat aktiviti-aktiviti dia macam ada Yasin tapi digerakkan oleh NGO, Yang Berhormat.

Dan, yang lagi satu tu, saya akan bagi jawapan bertulis jugalah kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pengerusi, saya kira yang lain-lain, saya jawab secara bertulislah memandangkan masa pun dah lepas daripada yang telah ditetapkan.

Saya akan jawab secara bertulis kepada semua Yang Berhormat yang menanya soalan-soalan yang tak sempat diberikan jawapan. Tapi saya sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyuarakan pandangan, cadangan, penambahbaikan...

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Yang Berhormat Pengerusi...

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

...Teguran.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Boleh celah sikit? Saya begini – saya terima kasih...

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Dah habis dah, dah penutup dah.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

...Menteri, Timbalan Menteri Wanita.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

[Beberapa Ahli ketawa]

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Dah penutup dah.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya begini Yang Berhormat Pengerusi, kalau boleh kita minta jawapan dan bertulis. Setakat ni tak ada sampai lagi jawapan bertulis daripada mana-mana kementerian.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Jawapan bertulis nantilah kita bagi dalam masa seminggu ni. Jangan risau, Maran.

draft • 5:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Saya percaya Timbalan Menteri Wanita memang bagus sebab dia ibu-ibu kita. Terima kasih.

draft • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey. Kerjasama dan sokongan semua yang ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat terhadap inisiatif kementerian yang mengendalikan isu yang paling dekat di hati ini, kita harap dapat memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Terima kasih banyak.

[Tepuk]

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Maran, Peraturan 30(7) tu jelas, ya. Floor Menteri kalau dia tak nak jawab pun, tak ada siapa boleh halang. Tidak ada dalam ini yang boleh memaksa Menteri untuk menjawab.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, selesai sudah Menteri yang menjawab. Sekarang, masalahnya ialah wang sejumlah RM3,962,162,500 untuk Kepala B.48 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.48 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.48 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.48 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sebelum Majlis Jawatankuasa ke Kementerian Sumber Manusia, SUDR— Hulu Langat dengan Pendang boleh masuk dah atau belum?

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dato' Speaker, saya dah masuk dah, Dato' Speaker. Tepat tadi 30 minit, saya masuk.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tak suruh pun Yang Berhormat bangun.

draft • 5:40 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, saya nak beritahu sebab saya ni cakna. Terima kasih Dato' Speaker.

draft • 5:40 PM
Kepala B.46 [Jadual] – Kepala P.46 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, kita terus ke Kementerian Sumber Manusia. Kepala Bekalan B.46 dan Kepala Pembangunan P.46 di bawah Kementerian Sumber Manusia terbuka untuk dibahaskan. Senarai yang ada pada saya, pembahas adalah Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Batu Gajah Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Langkawi. Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Petani untuk membuka tirai perbahasan.

draft • 5:40 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dr. Pengerusi kerana memberikan Sungai Petani ruang untuk turut membahas dalam Jawatankuasa pada kali ini. Yang Berhormat Dato' Dr. Pengerusi, kita sedang menyaksikan suatu kemunculan kelas baharu iaitu golongan precariat. Golongan yang bukan sahaja muncul di bandar- bandar besar seperti di Kuala Lumpur tetapi juga golongan ini berada di bandar- bandar seperti di Sungai Petani, Pulau Pinang dan sebagainya. Mereka ini muda, rajin dan berusaha sedaya upaya tetapi mereka hidup dalam dunia pekerjaan yang tidak menjanjikan kestabilan, perlindungan atau menaik taraf kehidupan.

Dato' Pengerusi, kalau kita lihat dulu, anak muda selepas sahaja lulus dan keluar daripada universiti, mereka inginkan sebuah kehidupan yang stabil, inginkan pekerjaan yang menjamin masa depan tetapi sekarang tidak lagi terjadi begitu.

Bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia sebenarnya. Dan inilah dia kelas precariat iaitu pekerja yang hidup dalam ketidaktentuan struktur.

Di bawah Butiran 030100 – Tenaga Kerja dan 030400 – Perhubungan Perusahaan. Saya ingin menggesa kementerian untuk memasukkan suatu indikator

draft • 5:43 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

baharu dalam penguatkuasaan, termasuk jumlah kes pemberhentian tanpa notis di kalangan pekerja kontrak, perubahan pendapatan harian, pekerja platform, nisbah pekerja sambilan berbanding pekerja tetap mengikut daerah dan migrasi pekerja daripada sektor formal ke sektor tidak formal.

Keempat-empat indikator ini akan memberikan gambaran sebenar tentang tekanan dan risiko sosial yang ditanggung oleh pekerja muda. Mengapa? Kerana tanpa data tentang precariat, kita hanya mengurus sektor pekerjaan berdasarkan model lama, sedangkan realiti hari ini jauh berubah.

Di Sungai Petani sahaja, fenomena pekerja gig sangat tinggi. Anak muda yang bekerja siang malam, menghantar makanan di Sentral Square, di Amanjaya, Bandar Puteri Jaya, bukanlah gambaran keselesaan. Namun, ia gambaran realiti baru ekonomi pasaran kerja Malaysia.

Saya ingin mencadangkan agar KESUMA menubuhkan Unit Pemantauan Pekerja Tidak Formal di bawah Butiran 030100 – Tenaga Kerja, untuk mengumpul data granula daerah, negeri dan merangka polisi masa depan yang lebih realistik.

Pekerja muda tidak meminta simpati, mereka mahukan sistem yang adil, telus dan memberi ruang untuk maju. Satu rangka kerja pekerjaan masa depan perlu dibina untuk mereka.

Dato' Dr. Pengerusi, penyelesaian jangka panjang kepada precariat ialah mobiliti kemahiran. Sebab itu saya menyokong peruntukan besar untuk 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Saya juga melihat peruntukan di bawah 040600 – HRD Corp. Lebih RM110 juta sebagai suatu enjin transformasi kemahiran negara.

Namun, saya ingin cadangkan dua penambahbaikan yang penting. Pertama, latihan bersubsidi khusus untuk pekerja B40 dan pekerja platform. Kedua, laluan pembelajaran modular yang membolehkan pekerja menambah kemahiran secara berperingkat tanpa meninggalkan kerja sepenuhnya.

Selain itu, peruntukan di bawah 040700 – Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak di Institut Latihan KSM. Menunjukkan komitmen kerajaan terhadap pelatih TVET. Walau bagaimanapun, saya menyarankan agar elaun pelajar dikaji semula mengikut kos sara hidup negeri kerana kos belia TVET di bandar dan di luar bandar tidak sama.

Dato' Dr. Pengerusi, PERKESO di bawah 040400 – Elaun Pelajar Pra- Perkhidmatan, menerima lebih RM500 juta untuk pelaksanaan keseluruhan program perlindungan sosial pekerja. Ini penting kerana ekonomi hari ini semakin bergerak ke

draft • 5:43 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

arah bentuk pekerjaan tidak standard dan kita tidak boleh lagi mengukur risiko pekerjaan berdasarkan model pekerjaan tahun 1980.

Saya menyambut baik perluasan perlindungan yang ada. Namun, saya ingin mencadangkan tiga reformasi penting. Caruman wajib oleh syarikat platform besar untuk pekerja gig kerana mereka beroperasi atas tenaga pekerja tetapi tidak menyumbang kepada jaringan keselamatan pekerja. Kedua, skim kehilangan pekerjaan diperluaskan kepada pekerja kontrak kerana risiko pemberhentian mendadak sangat tinggi dalam pasaran kerja moden. Dan yang ketiga, potongan caruman permulaan kerajaan untuk pekerja muda berumur 18 hingga 30 tahun bagi memupuk tabiat perlindungan sosial dari usia awal.

Dan terakhir Dato' Dr. Pengerusi, 020000 – Pembangunan Modal Insan. Dan kalau kita lihat, PERKESO mempunyai pusat rehabilitasi antara yang terbaik di dunia iaitu di Ipoh. PERKESO Tun Abdul Razak ini bertaraf dunia dan kecanggihan sistem, kita lihat reka bentuk bangunannya dan dia juga menggunakan keutamaan teknologi hijau. Tapi kemodenan dan bertaraf dunia itu tidak ada maknanya, jika kita tidak melangkah seiring dengan peredaran zaman.

Kita lihat sepanjang tahun— 10 tahun ke belakang sehingga 2024, hampir 400,000 kes keseluruhan telah dilaporkan sebagai NCD, non communicable diseases atau penyakit tidak berjangkit. Saya percaya sebahagian besar daripada penyakit itu adalah dikenakan disebabkan oleh penyakit kanser. Apakah bentuk sokongan atau rawatan pemulihan yang disediakan oleh pusat rehabilitasi PERKESO untuk pekerja-pekerja yang menghidap penyakit seperti ini? Adakah ada pendekatan baharu yang ditawarkan oleh PERKESO atau teknologi baru yang telah pun dibincangkan di peringkat kementerian supaya kita dapat mengkaji bagi membantu proses rawatan dan pemulihan golongan ini.

Seperti contoh, proton beam therapy (PBT) mempunyai satu potensi yang tinggi berbanding rawatan yang dulu seperti kemoterapi atau radioterapi. Negara- negara lain, negara jiran kita sebagai contoh. Thailand dan juga Singapore telah pun menggunakan teknologi ini. Dan keperluan teknologi nuklear juga dalam bidang perubatan, seperti contoh untuk pengesanan kanser.

Penggunaan radio iodin dalam perawatan kanser tiroid merupakan kanser yang kelapan tertinggi dan kebanyakan menyerang golongan-golongan wanita. Dan kos rawatan kanser ini amat-amat tinggi dan membabitkan pembelian radio isotop perubatan sementara, kemudahan mobiliti pengesanan yang terhad.

draft • 5:43 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Jadi, saya ingin bertanya adakah pihak KESUMA bersama dengan PERKESO telah pun mengadakan perbincangan dan adanya suatu kajian yang menyeluruh supaya kita dapat bergerak selangkah atau sepuluh langkah lebih maju daripada sekarang. Apakah KESUMA akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian MOSTI sebagai contoh bagi mengembangkan teknologi ini?

Dan jika kita mahu, tenaga kerja Malaysia yang kompetitif secara global, perlindungan sosial mesti menjadi batu asasnya. Ini juga penting sebagai contoh di Kedah daerah seperti Sungai Petani, Kulim, Kota Setar mempunyai kadar tinggi pekerja tidak formal dan PERKESO perlu mengambil langkah yang lebih maju daripada sekarang.

Dato’ Dr. Pengerusi, sekian daripada saya. Sungai Petani mohon menyokong, terima kasih.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Berikut silakan Yang Berhormat Pendang.

draft • 5:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Saya hendak merujuk kepada maksud Bekalan dan Pembangunan di bawah B.46 Kementerian Sumber Manusia khususnya 020000 iaitu Pembangunan Modal Insan, 020100 iaitu Pembangunan Tenaga Manusia, 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan dan 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Dalam konteks membangunkan profesion penyelam profesional dan penyelam komersial dalam negara, terdapat keperluan yang tinggi terhadap penyelam komersial. Profesion penyelam komersial bukan pekerjaan biasa. Dia berisiko tinggi dan terlibat secara langsung dalam operasi minyak dan gas lepas pantai. Pembinaan construction lautan, construction dalam lautan, kabel dasar laut, pelabuhan dan logistik maritim serta semakin penting dalam sektor tenaga baharu offshore wind farm dan pemantauan alam sekitar laut.

Namun realitinya, Malaysia masih kekurangan pusat latihan yang memenuhi piawaian profesional antarabangsa seperti International Marine Contractors Association (IMCA) dan Australian Diver Accreditation Scheme (ADAS).

Berkaitan dengan isu kekurangan data dan tenaga mahir, sehingga kini negara belum mempunyai data rasmi mengenai berapa ramai penyelam komersial telah dilatih dalam negara. Berapa yang mempunyai lesen sah untuk bekerja secara

draft • 5:51 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

offshore? Berapa jumlah yang benar-benar bekerja dalam industri, bukan sekadar lulus kursus? Dan berapa ramai yang telah berhijrah bekerja ke luar negara? Dato’ Pengerusi, soalannya tanpa data kebangsaan yang tepat, bagaimana kerajaan mahu merangka strategi pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor maritim dan lautan ini?

Dato’ Pengerusi, Pendang ingin terus menjurus kepada isu akreditasi dan keselamatan, 030200 iaitu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ataupun DOSH.

Dalam industri berisiko tinggi, sijil dan latihan bukanlah soal akademik semata-mata kerana ia melibatkan nyawa manusia, tetapi dalam Parlimen ini kena ada akademik jugalah, kalau tidak teruk kita. Masuk mai hat yang tak tahu macam mana.

Persoalannya adakah semua latihan penyelam komersial dalam negara mempunyai pengiktirafan antarabangsa setaraf dengan IMCA atau ADAS? Adakah sijil — wujud sijil kosong atau latihan yang tidak mengikut standard keselamatan sebenar industri global? Apakah garis panduan yang digunakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)? Adakah JKKP mempunyai piawaian tersendiri atau sekadar bergantung kepada standard yang ditetapkan di luar negara?

Mohon penjelasan oleh pihak kerajaan.

Dato’ Pengerusi, seterusnya saya ingin membangkitkan hal berkaitan penempatan pekerjaan dan kebolehpasaran di bawah Butiran 020100, 020200 yang mana persoalan penting yang ingin saya bangkitkan apakah kadar penempatan kerja ataupun placement rate bagi menyelam komersial yang telah dilatih? Apakah mekanisme yang menjamin mereka tidak hanya lulus atas kertas tetapi benar-benar kompeten dan diserap ke sektor minyak dan gas, pembinaan maritim ataupun juga tenaga laut?

Satu lagi, sebelum saya beralih ke topik lain. Adakah kerajaan menyediakan sokongan TVET pasca latihan bagi memadankan penyelam ini dengan keperluan industri? Malaysia sebagai hab serantau potensi belum digarap. Soalan besarnya harus dijawab oleh kerajaan. Hari ini negara seperti Australia, Singapura dan United Kingdom pantas dengan pelan maritim dengan juga tenaga laut dalam.

Malaysia pula mempunyai kelebihan geografi dan pelabuhan strategik, tetapi belum ada pelan induk melahirkan diver terlatih bertaraf antarabangsa. Soalnya, adakah Malaysia mempunyai strategi untuk menjadi regional hub of commercial diving in Asia? Mohon penjelasan daripada Kementerian KSM.

Saya ingin beralih kepada persoalan mengenai Malaysia Perundingan Gaji Negara di bawah Butiran 040500. MPGN ditubuhkan untuk menilai struktur gaji

draft • 5:51 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

semasa melalui libat urus kerajaan, majikan dan pekerja tempatan. Namun, sehingga kini rakyat masih tidak jelas keberkesanan sebenar majlis tersebut. Persoalan saya apakah mandat sebenar MPGN ini? Ya kah sekadar platform perbincangan atau mempunyai kuasa undang-undang untuk mencadang semakan gaji minimum dan pelarasan di sektor khusus secara berkala?

Seterusnya, bagaimana MPGN menilai data kos sara hidup dan indeks upah?

Apakah analisis yang dibuat mengambil inflasi 2022/2024 jurang pendapatan negeri dan kemunculan gig economy.

draft • 5:51 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Pendang, minta laluan sikit.

draft • 5:51 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sila.

draft • 5:51 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Berkaitan dengan gaji dan upah tadi. Baru-baru ini terdapat isu NUBE menuntut keadilan gaji, pengiktirafan hak kesatuan kebajikan pekerja dan tanggungjawab korporat dari bank-bank di Malaysia.

Apa pandangan Yang Berhormat Pendang tentang laporan tersebut dan mengapakah aduan dan kes intimidasi pekerja bank masih tidak diselesaikan walaupun menyebabkan ribuan pekerja B40 M40? Mengapakah kementerian khususnya KESUMA dan juga MOF termasuk Bank Negara tidak memberikan respons terhadap aduan NUBE dan apakah ini menandakan kegagalan mekanisme perlindungan pekerja-pekerja bank di Malaysia? Terima kasih Yang Berhormat Pendang.

draft • 5:51 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Kuala Krai. Inilah sejak merger bank ini, MCBA — collective agreement between MCBA dan NUBE ini tidak diambil secara total menyebabkan timbul masalah sekarang ini seperti yang dibangkitkan oleh Kuala Krai. Masukkan ucapan saya tadi, ucapan yang dibangkitkan oleh Kuala Krai tadi. Sepatutnya pihak kerajaan, pihak kementerian menyelesaikan masalah antara collective agreement between MCBA dan NUBE supaya pekerja-pekerja tidak teraniaya dan tidak dizalimi seperti mana yang sedang berlaku, bonus yang dijanjikan dua bulan, bayar sebulan.

Saya dapati mana yang berlaku di Indonesia pekerja-pekerja Maybank dibayar sebulan dan juga di Malaysia ini satu penindasan. CA ini adalah satu persetujuan bersama dengan disaksikan oleh kerajaan iaitu Kementerian Sumber Manusia. What are you doing there? Okey, baik.

draft • 5:51 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Seterusnya yang terakhir Dato’ Pengerusi. Adakah MPGN telah membentangkan wage trajectory plan agar pekerja tidak terperangkap dengan gaji statik bertahun-tahun? Hasil dapatan daripada kajian ini haruslah dikongsi kepada umum untuk pengetahuan semua. Adakah MPGN diterjemahkan kepada dasar kerajaan atau hanya menjadi kertas perbincangan.

MPGN ini Majlis Perundingan Gaji Negara yang mana semua gaji-gaji yang ada termasuk kita ini adalah kena dapat dibuat kajian oleh Majlis MPGN ini yang ada di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Jadi oleh sebab itu yang terakhir. Majlis Perunding Negara ini tidak boleh hanya menjadi forum sembang-sembang sahaja. Jika ia wujud untuk melindungi kesejahteraan pekerja, rakyat berhak tahu hasilnya, cadangannya dan tempoh pelaksanaannya.

Dato’ Pengerusi, Malaysia tidak boleh hanya melahirkan penyelam yang ada sijil, tetapi perlu melahirkan tenaga kerja yang diiktiraf dunia dan gaji mereka pula mesti mencerminkan dan kemahiran sebenar yang mereka miliki. Persoalannya, adakah kerajaan bersedia membentang pelan kebangsaan pembangunan penyelam komersial dan penyelarasan gaji berasaskan risiko dan kemahiran mereka yang sangat— diver ini memang bahayalah, under current yang laju dan sebagainya.

Jadi, kita minta— saya Pendang mohon penjelasan daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk menjelaskan perkara-perkara yang saya bangkitkan. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 5:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kan bagus macam itu Pendang.

[Ketawa] Bahagia hidup kalau berucap macam itu, saya no issue bagi masa. Tetapi yang jadi masalah ini bila sakit menyakit hati masing-masing, ini jadi isu. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 5:51 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut membahaskan perbahasan peringkat Jawatankuasa B.46 Kementerian Sumber Manusia. Terlebih dahulu, saya mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia yang ditimpa musibah banjir agar diberi perlindungan oleh Allah SAW dan selamat semuanya, khususnya Padang Besar dan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak

draft • 5:59 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

dan agensi-agensi yang terlibat yang sentiasa memberi bantuan dan memaklumkan kondisi semasa tentang keadaan banjir di kawasan saya, insya-Allah.

draft • 5:59 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Dato’ Pengerusi, izinkan saya menyentuh 010000 – Pengurusan. Menyentuh isu pekerja gig termasuk komuniti penghantar makanan dan juga pemandu e-hailing yang juga ramai di kawasan luar bandar seperti Padang Besar, kerajaan wujudkan Akta 789, kerajaan beri padanan caruman, tetapi liputan PERKESO untuk pekerja gig masih sekitar tujuh percent sahaja.

Maka, saya ingin bertanya secara tegas, mengapakah liputan masih rendah walaupun caruman dipermudahkan? Apakah komunikasi masih lemah? Adakah caruman masih dianggap membebankan atau platform-platform besar sebenarnya tidak mahu menanggung tanggungjawab sosial?

Cadangan memperluaskan EIS kepada pekerja gig. Apa halangan sebenarnya? Pekerja gig tiada cuti, tiada kontrak, tiada pampasan hilang pendapatan. Jika EIS tidak dilaksanakan, kita sedang membiarkan generasi pekerja tanpa perlindungan asas. Bila kerajaan mahu mewajibkan platform untuk mencarum secara tetap bagi pihak pekerja gig? Jangan sampai kita terus berselindung di sebalik ayat fleksibiliti, sedangkan sebenarnya...

draft • 6:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Padang Besar, laluan.

draft • 6:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

...Ia tidak keselamatan ekonomi.

draft • 6:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Padang Besar. Isu yang saya nak bangkit di sini ialah ada caruman yang dibuat oleh pencarum, tiba- tiba dia meninggal, tetapi warisnya tidak tahu bahawa si mati ini ada caruman dalam PERKESO. Jadi, saya cadangkan supaya PERKESO hantar surat makluman kepada waris sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan tunggu aduan daripada waris.

Sekian, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih, Setiu. Masukkan dalam ucapan saya.

Merujuk kepada 020000 – Pembangunan Modal Insan. Dato’ Pengerusi, kerajaan bangga bahawa penyertaan SPM ke TVET kini mencapai 65 peratus dan keboleh pasaran 95.1 peratus. Angka itu cantik. Tetapi, kita semua tahu TVET negara ini masih berterabur di bawah terlalu banyak kementerian.

Maka, saya ingin bertanya terus kepada kementerian, sampai bilakah TVET mahu dibiarkan tanpa satu pengawal selia tunggal? Penubuhan suruhanjaya TVET

draft • 6:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

kebangsaan bukan lagi pilihan, bahkan ia keperluan. Adakah peruntukan TVET Belanjawan 2026 cukup untuk AI, EV, automasi dan IOT? Kerana, ekonomi sepadan masa depan bukan lagi pandai pada forklift, pandai bawa forklift dan kerja di gudang semata-mata, tetapi robotik, sensor dan digital twin.

Bagaimana TVET akan kekalkan 95 peratus keboleh pasaran ketika teknologi berubah setiap tahun? Jika kurikulum tidak dikemas kini sepantas industri, angka itu hanyalah kosmetik. Adakah TVET mampu kurangkan kebergantungan buruh asing?

Atau kita masih akan melihat Malaysia sebagai import-dependent labor market walau berbilion dibelanjakan untuk TVET?

Merujuk kepada 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia dan kaitannya dengan negeri-negeri sempadan. Dato’ Pengerusi, saya ingin menegaskan, Perlis mungkin negeri terkecil, tetapi hakikatnya ia frontline. Negeri ini dalam ekonomi, keselamatan dan tenaga kerja lintas sempadan. Zon ekonomi khas, ia bukan hanya soal zon industri, tidak hanya soal logistik dan pelaburan, tetapi soal manusia, soal pekerja, soal perlindungan dan soal masa depan tenaga kerja negara.

Saya ingin menegaskan bahawa tenaga kerja sempadan memerlukan pendekatan berbeza, khususnya tiga komponen, iaitu― yang pertama, latihan dan kemahiran lintas sempadan, TVET untuk logistik, industri halal, keselamatan sempadan dan hospitaliti. Latihan bersama Thailand supaya standard kemahiran serantau selaras, bukan sekadar slogan ‘Integrasi ASEAN’ atas kertas.

Kedua, penempatan pekerjaan sah dan mobiliti tenaga kerja. Pastikan rakyat tempatan mendapat keutamaan dalam zon industri seperti CVIA, insentif khas juga kepada majikan yang mengambil pekerja tempatan, bukan bergantung pada buruh asing semata-mata.

Ketiga, iaitu integrasi usahawan mikro. Sokong mikro usahawan sempadan, iaitu seperti makanan, pengangkutan, e-dagang rentas sempadan. Juga bimbingan pemasaran digital supaya ekonomi kecil tidak terus menjadi mangsa middleman economy. Ini bukan tuntutan mewah, ia tuntutan kelangsungan ekonomi negeri sempadan seperti Perlis.

Merujuk kepada 020200 – Pembangunan Kemahiran dan Pengiktirafan.

Kajian menunjukkan separuh pekerja akan perlukan kepada reskilling. Tetapi, saya ingin bertanya kepada kementerian, program reskilling mana yang terbukti memberi pulangan yang terbaik? Setiap tahun kita dengar statistik latihan, tetapi berapa ramai yang mendapat kerja selepas latihan?

draft • 6:00 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Kedua, adakah bajet reskilling cukup berskala besar atau hanya cukup untuk seminar, bukan— [Tidak jelas] sebenar?

Ketiga, bagaimanakah kerajaan menggalakkan sektor swasta menjadi pemain utama reskilling? Kerana, setakat ini, yang ke depan hanyalah syarikat besar, sedangkan SME masih jauh ketinggalan.

Keempat, apakah KPI kejayaan reskilling? Iaitu, bilangan peserta bukanlah KPI. KPI sebenar ialah kenaikan pendapatan, pekerjaan baharu dan mobiliti sosial.

Dato’ Pengerusi, dasar ekonomi sempadan bukan sekadar dasar ekonomi, ia adalah dasar pembangunan manusia. Dan pembangunan manusia tidak akan berlaku tanpa TVET yang terselaras dan moden, perlindungan sosial pekerja gig, reskilling yang benar-benar memberi pulangan, keselamatan kesihatan pekerjaan yang tegas, kesihatan mental yang diarusperdanakan, penyertaan tenaga kerja sempadan yang dirancang rapi.

Insya-Allah, itu sahaja setakat hari ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 6:00 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Dato’ Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di bawah Kepala 46 – Kementerian Sumber Manusia.

Dalam konteks pembangunan tenaga kerja negara, satu institusi yang memainkan peranan penting ialah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

(PTPK) di bawah Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan.

PTPK menjadi pemacu utama menyediakan pembiayaan latihan kemahiran kepada anak muda. Mandat PTPK bukan sekadar memberi pinjaman. Ia adalah instrumen strategik dalam memastikan negara mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran, relevan dan bersedia menghadapi keperluan industri masa kini dan untuk masa hadapan.

Dato’ Pengerusi, kita perlu berterus terang bahawa pasaran kerja hari ini sedang bergelut dengan isu skill mismatch dan underemployment. Ramai belia tamat latihan dengan pembiayaan PTPK tetapi masih gagal memperoleh pekerjaan setimpal dengan kelayakan mereka. Ini memberi beberapa implikasi besar.

draft • 6:05 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Satu, latihan tidak sejajar dengan keperluan industri. Kedua, peluang kerjaya tidak mampu menampung peningkatan kos sara hidup. Dan yang ketiga, kadar bayaran balik rendah menjejaskan kelangsungan tabung pusingan PTPK. Jika tidak ditangani dengan cepat, kita berdepan risiko melahirkan generasi graduan TVET yang berhutang tetapi tidak mendapat faedah ekonomi yang dijanjikan.

Dato’ Pengerusi, izinkan saya menarik perhatian pihak kementerian kepada beberapa perkara yang memerlukan penelitian lanjut, khususnya berkaitan pelaksanaan dan keberhasilan program di bawah PTPK. Ramai anak muda yang meminjam dana PTPK tamat latihan dengan segulung sijil, namun tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan latihan mereka dan kos yang telah mereka tanggung. Keadaan ini seolah-olah menggambarkan peribahasa “yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran” apabila pelaburan masa dan wang tidak membuahkan hasil yang sepatutnya.

Namun, saya ingin mendapatkan kepastian sama ada laporan pengangguran dalam kalangan pekerja berkemahiran tinggi berada pada paras 35.7 peratus. Saya tidak tahu sama ada peratusan ini betul ataupun tidak. Saya minta kepastian daripada kementerian. Adakah benar juga bahawa laporan yang turut mengunjurkan bahawa 4.5 juta rakyat Malaysia berisiko kehilangan pekerjaan menjelang 2030 sekiranya intervensi upskilling dan reskilling tidak dilakukan secara agresif? Saya hanya nak dapatkan kepastian daripada kementerian sama ada maklumat-maklumat ini adalah benar atau pun tidak.

Dato’ Pengerusi, kita ingin memastikan dana PTPK benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan khususnya kumpulan B40, lepasan sekolah tercicir serta golongan rentan yang memerlukan latihan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Penilaian tidak boleh sekadar mengukur jumlah pinjaman yang dikeluarkan. Ia mesti mengukur kejayaan graduan memasuki pasaran kerja.

Kejayaan sistem tabung pusingan, revolving fund, bergantung kepada keupayaan peminjam membayar balik. Jika gaji rendah, bayaran balik terbantut dan akhirnya menjejaskan kelangsungan dana untuk generasi akan datang.

Latihan mesti diselaraskan dengan permintaan industri masa hadapan seperti automasi, AI, pendigitalan dan teknologi hijau. Kita tidak mahu melatih tenaga kerja untuk industri semalam, sedangkan dunia bergerak ke arah esok. Anak muda luar bandar tidak boleh berkecuali akibat kekurangan maklumat dan halangan birokrasi.

draft • 6:05 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Peluang latihan mesti saksama untuk semua tanpa mengira geografi dan latar belakang ekonomi. Dato’ Pengerusi, terdapat lima cadangan untuk memperkasakan PTPK.

Pertama, PTPK perlu membangunkan sistem pemantauan graduan yang menjejak kadar kebolehpasaran, gaji permulaan, tempoh mendapat pekerjaan serta prestasi pusat latihan. Pendekatan berasaskan data ini akan memberi gambaran sebenar mengenai keberhasilan latihan dan membolehkan intervensi dasar dibuat secara lebih tepat.

Cadangan kedua, setiap program yang dibiayai oleh PTPK perlu mempunyai kerjasama langsung dengan industri melalui latihan industri wajib dan kuota penempatan pekerjaan. Malah ini memastikan latihan lebih relevan, mengurangkan jurang kemahiran dan memberi peluang pekerjaan yang setimpal kepada graduan.

Cadangan ketiga, audit PTPK perlu menilai outcome graduan, employability, bukan hanya terhadap output kewangan dan ia perlu pemantauan berterusan dan menjalankan kajian impak agar memastikan langkah-langkah intervensi yang efektif akan diambil.

Cadangan keempat, pembiayaan perlu difokuskan kepada bidang masa depan seperti AI, pendigitalan, automasi dan tenaga hijau. Pada masa sama pemilihan peminjam mesti telus dan inklusif agar kumpulan B40 dan belia luar bandar tidak tercicir daripada peluang peningkatan kemahiran.

Dan cadangan kelima yang terakhir, mempertimbangkan model pinjaman yang dikait terus dengan penempatan pekerjaan. Ini akan memaksa penyedia latihan untuk lebih bertanggungjawab dalam menyediakan latihan yang relevan bagi memastikan graduan mereka yang benar-benar diperlukan di pasaran.

Dato’ Pengerusi, PTPK bukan sekadar sebuah tabung pinjaman, ia adalah nadi penting dalam membina tenaga kerja masa depan negara serta tenaga kerja yang berkemahiran, berdaya saing dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi serta keperluan industri.

Jika kita benar-benar mahu memastikan mobiliti sosial anak muda kita terus kukuh, maka PTPK perlu diperkasa melalui pemantauan berasaskan data, penyelarasan industri yang jelas dan penggunaan data yang lebih strategik.

Pendekatan ini memastikan setiap peruntukan yang disalurkan memberi impak sebenar kepada rakyat dan negara.

draft • 6:10 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Sehubungan itu, saya berharap pihak kementerian dapat meneliti cadangan pemerkasaan ini dengan sewajarnya demi memastikan PTPK terus kekal relevan dan berimpak tinggi. Dengan ini, saya menyokong peruntukan di bawah Kepala 46, Kementerian Sumber Manusia. Sekian, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Berikut saya mempersila Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 6:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Dato’ Dr.

Pengerusi. Saya terus merujuk kepada Butiran 040500 – Majlis Perundingan Negara.

Belanjawan 2026, kerajaan telah memperuntukkan RM1.8 juta kepada Majlis Perundingan Gaji Negara berbanding RM1.2 juta pada 2025.

Peningkatan bajet tahun 2026 ini sangat signifikan kepada peranan MPGN yang semakin besar dalam menentukan dasar kerajaan terhadap sektor pekerjaan.

Saya merujuk kepada Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Pindaan) 2025, Akta A1748 yang diwartakan pada 20 Februari 2025. Pindaan yang dibuat hanyalah pada seksyen 2 iaitu memperkemaskan takrif kontrak perkhidmatan agar selaras dengan Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak.

Walaupun penyelarasan definisi ini penting untuk memastikan pelaksanaan Dasar Gaji Minimum lebih konsisten di seluruh negara. Pindaan tersebut langsung tidak menyentuh isu paling kritikal iaitu kuasa sebenar MPGN yang masih bersifat nasihat semata-mata. Akta ini tidak mengubah hakikat bahawa keputusan MPGN tidak mengikat. Menteri masih mempunyai kuasa penuh untuk menolak ataupun mengabaikan syor MPGN dan MPGN kekal sebagai forum yang boleh diketepikan walaupun ia nya mewakili kerajaan, majikan dan pekerja.

MPGN masih dilihat kurang kemampuan sebagai institusi penentu dasar gaji, walaupun negara sudah menuju ekonomi berpendapatan tinggi, MPGN masih dilihat sebagai badan nasihat yang tidak mempunyai kuasa pelaksanaan, tidak mempunyai mandat penguatkuasaan dan tidak mempunyai KPI rasmi untuk mengukur keberkesanan dasar upah minimum. Sedangkan negara sedang melalui fasa seperti kenaikan kos sara hidup luar bandar, tekanan gaji di sektor gig dan mikro SME, kenaikan gaji minimum RM1,700 dan keperluan penyelarasan gaji di sektor perantisan— MPGN.

Soalan saya, sejauh manakah perluasan skop MPGN termasuk perantis benar-benar mencerminkan kepentingan pekerja paling rentan? Adakah kuasa

draft • 6:13 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

nasihat MPGN cukup kuat untuk mempengaruhi dasar kerajaan memandangkan ia nya tidak mengikat.

Seterusnya ialah Butiran 040800 – Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

Kesatuan sekerja ialah tulang belakang perlindungan pekerja melalui rundingan kolektif, pembelaan isu di komunikasi dan menjamin keselamatan di tempat kerja.

Namun realitinya di Malaysia kadar penyertaan kesatuan masih terlalu rendah walaupun kerajaan telah menyasarkan sehingga dua juta ahli. Laporan Oktober 2025 menunjukkan hanya 788 kesatuan dengan 1.047 juta ahli, angka yang jauh daripada sasaran.

Keadaan ini lebih membimbangkan apabila ada aduan union busting terus meningkat dan proses siasatan mengambil masa lama sehingga melumpuhkan keyakinan pekerja untuk menyertai kesatuan. Tambahan pula kemunculan gig ekonomi dan teknologi baharu menjadikan fungsi tradisional kesatuan semakin mencabar terutamanya dalam usaha mewakili pekerja gig yang tidak terikat kontrak pekerjaan yang konvensional.

Oleh itu saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, mengapakah kadar keahlian kesatuan kekal rendah walaupun pelbagai inisiatif kerajaan dilancarkan?

Adakah wujud kehilangan dasar atau kekurangan kesedaran di peringkat majikan?

Yang kedua, apakah strategi KESUMA untuk menangani amalan union busting termasuklah objektif, masa penyelesaian aduan, supaya kesatuan tidak terus dilemahkan.

Yang ketiga, dalam konteks RUU Pekerja Gig 2025, bagaimanakah kesatuan dapat benar-benar mewakili pekerja gig dan apakah pelan kerajaan untuk memastikan mereka tidak terpinggir? Kesatuan yang kuat melahirkan kerja yang kuat. Justeru, kerajaan perlu memastikan dasar kesatuan sekerja menjadi instrumen sebenar, bukan sekadar formaliti di atas kertas. Sekian, terima kasih.

draft • 6:13 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Silakan Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 6:13 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 6:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 6:17 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi. Saya ingin membahas berkenaan dengan Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. Peruntukan untuk 2025, RM334.3 juta meningkat RM345.5 juta yakni peningkatan sebanyak 0.3 peratus.

Peruntukan ini tidak mencerminkan keperluan sebenar di dalam keadaan negara menghadapi gelombang AI dan juga automasi dan transformasi digital.

Kerana laporan daripada Bank Dunia pada tahun 2023 dan Future of Jobs Report oleh WEF, World Economic Forum lebih daripada 40 peratus pekerjaan secara globalnya akan terkesan dengan kewujudan AI.

Persoalannya, apakah pelan terperinci yang dilakukan oleh pihak kementerian untuk melahirkan tenaga kerja dalam konteks AI di Malaysia? Kerana industri pada hari ini perlukan kepada pekerja yang boleh kendalikan robot, pekerja yang boleh memahami analitik data dan pekerja memahami tentang untuk mengoperasi mesin pintar dan pekerja memantau mesin automasi.

Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pada tahun 2025 RM145.8 juta, 2026 sebanyak RM147.7 juta. Isu kebajikan pekerja asing ialah merupakan satu fenomena global pada hari ini, ia berkaitan dengan soal pekerja asing yang berada di negara kita dan juga negara lain, yakni ada di kalangan mereka yang ditindas, yang didiskriminasikan.

draft • 6:17 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Ada daripada kalangan mereka pasport dirampas, penginapan mereka tidak standard dan juga gaji yang tertunggak. Sehingga kini persoalan saya ialah berapakah jumlah kes yang melibatkan majikan didakwa kerana mereka menganiaya pekerja asing di bawah Akta Kerja?

Yang kedua, sejauh manakah mekanisme aduan bebas dan berfungsi untuk melindungi hak mereka sebagai pekerja. Walaupun mereka ini pekerja asing, namun mereka juga manusia. Mereka dijemput datang ke negara kita. Maka dengan sebab itu, apakah mekanisme yang boleh digunakan untuk menerima aduan mereka.

Yang ketiga ialah saya memohon kementerian dapat memberikan statistik secara terperinci berkaitan dengan pekerja asing. Pertama ialah mengikut pekerjaan dari segi aspek kemahiran. Yang kedua ialah daripada mana negara asal pekerja asing ini dari tahun 2023 hingga 2025.

Butiran 20200 – Pembangunan Kemahiran Pengiktirafan. Kerajaan sering menyebut TVET ini merupakan teras kepada pembangunan negara. Namun, data keberhasilan TVET ini masih lagi tidak dilaporkan secara konsisten. Apakah respons

draft • 6:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

kementerian terhadap pengesyoran agar TVET ini diadakan dan dilaksanakan di locality ataupun di daerah mengikut keperluan daerah ataupun permintaan daerah masing-masing? Contohnya di negeri Perak, daerah Manjung, TVET yang boleh diperkenalkan ialah industri marin, oil and gas dan juga logistik.

Di Hilir Perak, Kerian ialah perlu diperkenalkan ialah mekanisasi pertanian.

Manakala daerah Ipoh, kesihatan dan juga kimia industri. Manakala Tanjung Malim pula ialah di bidang alternatif dan juga EV. Terima kasih kepada Tuan Dato' Pengerusi.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Dipersilakan Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 6:20 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Pengerusi kerana memberikan ruang kepada Balik Pulau untuk turut membahas peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Terdapat satu isu yang saya ingin bangkitkan iaitu mengikut Butiran 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara ataupun lebih dikenali sebagai MPGN. Khususnya berkaitan isu kenaikan gaji purata yang masih ketinggalan berbanding dengan kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan dasar gaji progresif yang telah pun dibawa oleh bekas Menteri Ekonomi, Pandan sebelum ini.

Menurut data Bank Negara Malaysia, antara suku pertama 2020 hingga suku pertama 2025, indeks harga pengguna iaitu CPI meningkat 9.8 peratus secara kumulatif. Dalam tempoh sama, harga makanan dan minuman meningkat lebih tinggi, 17.5 peratus dan inflasi tahunan pula 2021, 2.48 peratus; 2022, 3.38 peratus; 2023. 2.49 peratus dan 2024, 1.83 peratus.

Perkara ini menunjukkan kos hidup terus naik secara konsisten walaupun inflasi nampak sederhana pada tahun tertentu. Menurut survey gaji dan upah DOSM 2024, purata gaji naik 6.1 peratus kepada RM3,652. Median upah formal quarter two ataupun suku kedua 2025 ialah RM2,864. Namun, dari perspektif jangka panjang 2020 hingga 2025, Bank Negara Malaysia mengesahkan bahawa gaji nominal pekerja swasta naik hanya 7.9 peratus sedangkan CPI naik 9.8 peratus dan ia akan mengakibatkan real wages menurun negatif 1.9 peratus. Ini bermakna gaji naik atas kertas, kuasa beli, jatuh dalam realiti.

Perkara ini bukan teori tapi hakikat yang dirasai pekerja setiap hari. Jurang 1.9 peratus penurunan real wages ini membawa implikasi yang besar jika gaji naik

draft • 6:22 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

RM80 hingga RM100 setahun tapi harga makanan naik jauh lebih cepat. Pekerja semakin kehilangan kuasa membeli walaupun mereka bekerja sepenuh masa.

Saya ingin bertanya kepada Menteri, ...

draft • 6:22 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Balik Pulau.

draft • 6:22 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

...Apakah strategi...

draft • 6:22 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Balik Pulau. Minta.

draft • 6:22 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

...Kementerian untuk menangani mismatch ini selain daripada kenaikan gaji minimum berkala? Ha Pendang. Silakan.

draft • 6:22 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Balik Pulau. Apa yang kita— saya nak dapat persetujuan daripada Balik Pulau, MPGN ini ada kajian setiap dua tahun sekali. Kajian kenaikan gaji dengan kos sara hidup. Jadi, boleh tak kalau kita minta Majlis Penggajian Negara ini membentangkan kajian ini supaya boleh ada perseimbangan cadangan kita di peringkat Parlimen ini buat cadangan dengan kos sara hidup yang sangat tinggi sekarang ini, menyesakkan mereka yang dengan keadaan gaji sekarang ini? Sekian, terima kasih.

draft • 6:22 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Boleh tanya Timbalan Menteri nanti kalau dibenarkan untuk MPGN memberi pembentangan tentang perbincangan mengenai kenaikan gaji.

Saya teruskan Pengerusi. Dasar Gaji Progresif yang diperkenalkan merupakan langkah ke hadapan tetapi tanpa mengintegrasikan elemen kos sara hidup, dasar tersebut mungkin tidak cukup untuk memulihkan kesejahteraan pekerja.

Dalam hal ini, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan.

Pertama, MPGN perlu mengkaji mekanisme indeksasi, indexation gaji minimum atau julat upah kepada CPI terpilih khususnya kos makanan dan perumahan bagi mengelak berlakunya lompong kuasa beli selepas kenaikan minimum yang bersifat sekali-skala Kedua, perlaksanaan DGP perlu diperkukuhkan dengan tumpuan kepada pekerjaan berintensiti kemahiran skill-based serta KPI yang jelas seperti peratus pekerja yang menerima latihan, pensijilan dan bukti peningkatan berproduktiviti.

Selain itu, Dasar Gaji Progresif perlu mempunyai mekanisme audit yang kukuh termasuk pembuktian kenaikan gaji melalui dokumen, latihan ataupun output yang meningkat serta projek perintis yang lebih besar dalam sektor MSME yang memerlukan sokongan khusus.

draft • 6:22 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Ketiga, kerajaan perlu menyediakan insentif tambahan kepada MSME seperti subsidi latihan, akses automasi asas dan kredit mikro supaya majikan kecil juga dapat menyerap kos transformasi tanpa risiko menutup operasi.

Dan keempat, kementerian perlu menjelaskan anggaran kos tahunan program DGP dan sumber pembiayaannya agar jawatankuasa dapat menilai implikasi fiskal dasar tersebut.

Akhir sekali, MGPN perlu memainkan peranan sebagai pemangkin bukti melalui laporan tahunan yang menilai median upah, coverage DGP, pematuhan majikan dan impak dasar terhadap kos input serta produktiviti nasional. Perkara ini menjadikan MPGN bukan hanya penasihat tetapi pemantau pelaksanaan dasar upah negara.

Tuan Pengerusi, mismatch antara gaji dan kos sara hidup bukan isu mikro tetapi isu makroekonomi yang mampu menjejaskan kestabilan isi rumah dan daya saing negara. Saya amat berharap agar pihak kementerian akan bertindak ke arah memperbaiki jurang gaji kos hidup demi kesejahteraan pekerja dan kemampanan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

draft • 6:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Sabak Bernam.

draft • 6:22 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Pengerusi.

Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk membangkitkan suara rakyat khususnya pengusaha-pengusaha ataupun pemegang taruh IKS. Suara yang mungkin tidak didengar apabila dasar digubal agak terburu-buru tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat kecil khususnya pengusaha industri kecil sederhana.

Hari ini kita membahas kewajipan caruman SOCSO ataupun PERKESO untuk pekerja asing. Dasar ini kedengarannya indah di atas kertas kerana memberikan beberapa kesan positif kepada pekerja-pekerja asing di negara kita tetapi di lapangan, ia menjadi duri yang menikam kaki pengusaha kecil khasnya IKS.

Apa tidaknya, dengan terlaksananya caruman ini, maka majikan juga menambah caruman pekerja asing sebanyak 1.7 peratus daripada gaji pekerja asing tersebut. Pepatah Melayu mengingatkan kita “indah khabar dari rupa”. Ini merupakan satu beban baharu kepada IKS.

draft • 6:28 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

IKS Dato’ Pengerusi, bukanlah syarikat gergasi yang tersenarai di papan bursa saham, bahkan ia adalah syarikat yang bermodal kecil, margin ataupun keuntungan pun nipis dan persaingan sengit. Namun, kerajaan mengenakan caruman tambahan seolah-olah IKS ini mempunyai poket yang tanpa dasar.

Maknanya poketnya itu dalam, banyak duit.

Peribahasa menyebut, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.” Begitu juga kerajaan, walaupun cuba melompat dengan dasar mesra pekerja asing, akhirnya rakyat sendiri yang menanggung akibat.

Kenaikan kos operasi IKS akibat caruman ini nanti, akan menambahkan beban kepada majikan, mengecilkan keuntungan mereka, memaksa harga barang naik, akhirnya membebankan rakyat B40 dan M40. Dan juga lambakan pekerja asing di pasaran buruh tempatan menjadi saingan kepada rakyat tempatan. Keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja asing memang perlulah kita bagi perlindungan kerana kita faham musibah dan kemalangan tidak mengenal warganegara, Dato’ Pengerusi.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Namun, soal pokoknya ia dilaksanakan— bagaimanakah cara ia dilaksanakan. Bukan niat yang baik itu yang kita hendak pertikaikan. Adakah kerajaan menyediakan garis panduan teknikal yang jelas, mekanisme pendaftaran yang mudah, pegawai penguat kuasa yang mencukupi, garis masa peralihan IKS yang mencukupi. Dalam keadaan seperti ini, dasar yang baik boleh merubah menjadi jerat yang menyeksa rakyat khasnya pemain dan pemegang taruh IKS itu sendiri.

Dato’ Pengerusi...

draft • 6:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sabak Bernam, minta laluan sikit. Boleh?

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Macam tak cukup masa lah.

draft • 6:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sikit sahaja.

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya teruskanlah Besut, terima kasihlah.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Dia tak bagi itu, dia tak bagi.

draft • 6:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tak bagi.

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Saya membawa suara pengusaha- pengusaha IKS di tempat saya dan juga di seluruh negara. Kemudian, sebagaimana

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

kata Pendeta Za'ba, kerosakan yang besar itu bermula dari kelalaian yang kecil dan kelalaian kerajaan adalah menganggap IKS mampu menanggung kesemuanya.

Saya mencadangkan supaya tempoh peralihan 24 bulan untuk IKS sebelum caruman SOCSO dan KWSP diwajibkan semula. Pengecualian KWSP untuk pekerja asing dan kontrak sekurang-kurangnya dua tahun dan insentif subsidi cukai kepada pengusaha-pengusaha IKS yang menggaji pekerja asing— [Tidak jelas] Maknanya, dia bagi insentif pengurangan cukai kerana mereka sudah membayar kepada pekerja-pekerja asing tadi melalui caruman SOCSO dan KWSP.

Saya faham, di bawah KESUMA ini tidak termasuk KWSP. KWSP masuk MOF tetapi dia serangkai macam penyakit dua serangkai. Yang lebih parah sekali ialah KWSP lah. Kerana apa? Dia mencarum, pekerja asing ini mencarum, majikan tambah lagi, kemudian bila tamat kerja, mereka balik ke negara mereka, dia bawa simpanan tu ke negara mereka dan kita tak dapat apa-apa. Ini umpama pepatah orang Melayu, orang tua-tua lah sebut, “jangan dipagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke laman orang”.

Kita jaga pekerja asing, tapi hasilnya dibawa balik ke negara mereka, Dato’ Yang di-Pertua. Mohon dipertimbangkan.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Lagu dah okey, suara tu kurang okey.

[Ketawa]

draft • 6:30 PM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya. Insya-Allah, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

[Ketawa] Baik. Saya jemput Maran.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, terima kasih Tan Sri yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk membahaskan bajet jawatankuasa KESUMA, Kementerian Sumber Manusia.

Tan Sri Pengerusi, saya ingin membahaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia–Amerika (ART) di bawah Butiran 030000 – Pengurusan Perburuhan Negara. Saya ingin bertanya, apakah kerajaan akan meminda Akta Kesatuan Sekerja 1959 [Akta 262] untuk membenarkan pekerja migran menjawat jawatan dipilih dalam kesatuan tanpa kebenaran khas sebagaimana dijanjikan dalam tempoh dua tahun.

Apakah pandangan kementerian terhadap permintaan khas US untuk meminda peraturan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] khususnya berkaitan dengan seksyen 12A agar hak sole bargaining, dengan izin, pekerja diperkukuh selaras dengan perjanjian bersama Amerika Syarikat.

draft • 6:34 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Yang ketiga, apakah implikasi positif dan negatif, minta Menteri nyatakan.

Empat, bagaimana kerajaan akan meningkatkan ketelusan dalam sistem kuota dan pengambilan pekerja migran termasuk melalui MoU dengan negara pengeksport pekerja bagi memenuhi syarat perjanjian dan elak daripada tuduhan mengambil buruh paksa atau forced labour, dengan izin.

Adakah kerajaan akan melaksanakan penilaian impak peraturan (regulatory impact assessment) dengan izin, bagi pindaan perundangan yang diperlukan untuk mematuhi standard buruh di bawah ART termasuk unjuran kesan terhadap tahap kebergantungan sektor industri kepada pekerja migran. Anggaran kos pematuhan mengikut saiz dan kategori perusahaan dan ketiga, implikasi terhadap daya saing eksport serta keperluan audit rantaian bekalan. Jika penilaian tersebut telah dijalankan, bilakah laporan penuh akan diterbitkan kepada umum?

Tan Sri Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 030100 – Tenaga Kerja.

Berapakah jumlah pekerja asing tanpa dokumen pekerja ataupun pekerja haram PATI yang telah ditahan oleh pihak berkuasa sepanjang oleh pihak berkuasa sepanjang tahun ini mengikut negeri, sektor dan kategori umur? Apakah tindakan susulan diambil ke atas mereka, sama ada pemulangan atau pendakwaan?

Di bawah butiran yang sama, memandangkan kerajaan telah mengumumkan sasaran kebergantungan kepada pekerja asing dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, iaitu 10 peratus menjelang tahun 2030 dan lima peratus menjelang tahun 2035.

Saya ingin bertanya, apakah pelan pelaksanaan terperinci yang telah dirangka oleh kementerian bagi mencapai sasaran pengurangan kebergantungan kepada pekerja asing seperti yang telah ditetapkan di dalam RMK13 termasuk sasaran numerik mengikut sektor dan subsektor berdasarkan data semasa? Jadual pasar pengurangan tahunan hingga tahun 2030 dan 2035 serta unjuran impak terhadap guna tenaga, gaji dan penyertaan tenaga kerja tempatan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Berapakah jumlah negara sumber kini yang telah membekalkan tenaga kerja kepada negara kita mengikut keutamaan dan sektor pekerjaan yang terdapat?

Berkaitan pelaksanaan dasar multi-tier levy mechanism (MTLM) untuk pengurangan pekerja asing, apakah peranan kementerian dan jika ada, di bawah peruntukan mana dasar ini ditempatkan?

Bagi Butiran 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara. Saya ingin bertanya, apakah status pelaksanaan dasar gaji minimum? Apakah cabaran yang dihadapi

draft • 6:34 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

oleh kementerian? Yang kedua, apakah tiga strategi jangka pendek dan jangka sederhana kerajaan untuk menangani isu ketidakpadanan kemahiran (skill mismatch) sedangkan data terkini menunjukkan bahawa sebahagian besar graduan dan pekerja berkemahiran tinggi masih terpaksa bekerja dalam pekerjaan separuh mahir atau rendah yang tidak sepadan dengan kelayakan mereka.

Apakah langkah kerajaan yang— apa langkah khusus yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan mobiliti gaji pekerja tempatan, memandangkan gaji medium pekerja yang meningkat pada kadar yang perlahan berbanding kenaikan kos sara hidup dan tekanan inflasi yang ditanggung isi rumah.

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Negara maju seperti Korea Selatan dan Singapura telah menubuhkan termasuk Turkiye telah menubuhkan hospital atau pusat kesihatan pekerjaan bagi pekerja-pekerja mereka. Maka, apakah kementerian melihat ada kepentingan untuk mewujudkan pusat kesihatan pekerjaan khusus di Malaysia seperti hospital dan sebagainya.

Dan pada tahun 2023, Malaysia merekodkan sebanyak 38,950 kes kecederaan pekerjaan dengan kadar 2.46 per 1,000 pekerja. Saya ingin bertanya, situasi ini amat membimbangkan kita. Sehubungan itu, bolehkah kerajaan nyatakan secara terperinci, jumlah kes yang telah dilaporkan bagi keselamatan pekerjaan, kemalangan dan kecederaan industri. Yang kedua, kesihatan pekerjaan penyakit akibat kerja. Yang ketiga, kesihatan mental pekerja serta kes gangguan seksual di tempat kerja untuk tempoh tahun 2024 hingga 2025 mengikut sektor utama dan kategori kes.

draft • 6:34 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Apakah analisis trend utama ini termasuk peningkatan stress kerja, burnout dan isu psikososial di tempat kerja?

Tan Sri Pengerusi, apakah langkah berterusan kementerian untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan komitmen majikan serta pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan? Dan bagaimana keberkesanan Program Advokasi KKP dinilai serta diperbaiki setiap tahun, agar impaknya dapat diukur dengan jelas di semua industri?

Berapakah jumlah kes tuntutan kemalangan kerja yang dibuat oleh pekerja dan berapa nilai pampasan yang telah pun dibayar oleh kerajaan kepada pekerja?

Akhir sekali yang Pengerusi— Dato’ Pengerusi, Tan Sri Pengerusi. Saya ingin bertanya, dahulunya Program TVET diletakkan di bawah KESUMA dengan lapan kementerian lain— dengan sembilan— lapan kementerian lain. Kini, TVET diletakkan

draft • 6:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

di bawah Majlis TVET Negara yang melibatkan 12 kementerian dan diawasi di bawah Timbalan Perdana Menteri I.

Persoalannya, bagaimana sebenarnya kementerian memantau prestasi TVET supaya ia benar-benar selari dengan keperluan industri dan negara? Apa yang terjadi dengan beberapa Institut Latihan Perindustrian (ILP) di bawah KESUMA?

Berapakah jumlah ILP sekarang? Kenapa hanya beberapa ILP seperti Labuan sahaja yang diberikan peruntukan di bawah Bajet 2026 ini?

Akhirnya, Tan Sri Pengerusi. Dahulu terdapat tiga pertandingan utama yang melibatkan pelajar TVET untuk menghasilkan tenaga kerja berpotensi tinggi bagi negara. Pelajar TVET ini biasanya Tan Sri ialah mereka yang berada di tahap pendidikan medium, pertengahan. Tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah.

Jadi, mereka ini kita latih di bawah TVET bagi melahirkan pekerja yang berkemahiran.

Saya ingin bertanya, dulu kita ada skim— ada pertandingan di peringkat nasional, skills competition. Pertandingan di peringkat kemahiran— di peringkat negara. Kita ada ASEAN Skills Competition, pertandingan kemahiran di peringkat Asia dan kita ada World Skills Competition. Pertandingan kemahiran di peringkat negara. Apakah yang terjadi dengan program-program yang telah terbukti melahirkan tenaga kerja mahir bertaraf dunia ini? Dan memberikan kebanggaan bukan sahaja kepada KESUMA tetapi kepada negara keseluruhannya. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Puncak Borneo.

draft • 6:40 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tan Sri Pengerusi, saya terus ke Butiran 00600 – Pembangunan Kemahiran, iaitu berjumlah RM644.7 juta. Butiran 08300 – Pengurusan Perburuhan dan Pekerjaan, berjumlah RM70.8 juta. Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan, berjumlah RM428.7 juta dan beberapa isu di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang akan saya bangkitkan.

Seperti yang pertama, pelaksanaan gaji minimum iaitu bernilai RM1,700. Di mana pelaksanaan gaji minimum (PGM) ini berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 Ogos 2025. Walaupun kadar pematuhan majikan dilaporkan tinggi iaitu 9.95 peratus.

Kebimbangan juga wujud, terutamanya dalam kalangan PKS ataupun industri kecil dan sederhana mengenai peningkatan kos buruh.

Penalti tegas turut menanti majikan yang gagal mematuhi peraturan.

Tumpuan turut diberi kepada KESUMA. Di mana mereka merancang dan merangka

draft • 6:42 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

insentif pelengkap kepada gaji minimum melalui Dasar Gaji Progresif untuk membantu majikan menyesuaikan diri. Jadi, persoalan yang saya ingin utarakan adalah, apakah status dan inti pati insentif pelengkap ini?

Dan yang kedua, ketidakpadanan kemahiran ataupun skill mismatch, dengan izin. KESUMA dan JPK telah menyemak semula NOSH bagi memastikan kesesuaian dengan keperluan industri semasa. Walaupun kadar under employment berkurangan sedikit iaitu 37.3 peratus pada tahun 2022 kepada 35.7 peratus pada suku 2025.

Isu ketidakpadanan kemahiran masih signifikan. Oleh itu, program latihan semula melibatkan bidang AI, keselamatan siber dan juga analitik data harus dipergiatkan di seluruh negara. Kerana bidang ini amat penting.

Dan yang ketiga, penguasaan dan aduan pekerja. Walaupun pematuhan undang-undang buruh dilaporkan baik, risiko ketidakpatuhan masih wujud, khususnya dalam struktur gaji dan bayaran. Keperluan diperkukuhkan bagi memastikan pemantauan berterusan serta sistem aduan pekerja yang mudah diakses.

Yang keempat, produktiviti sebagai teras utama. Kenaikan gaji minimum perlu diseimbangkan dengan peningkatan produktiviti. Di mana majikan digesa melabur dalam automasi teknologi dan juga latihan pekerja bagi memastikan daya saing yang kekal tinggi, selari dengan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

Tan Sri Pengerusi. Oleh itu, dari sudut pembangunan kemahiran, isu utama seperti skill mismatch, kekurangan tenaga mahir dan kesedaran rendah terhadap laluan kerjaya TVET perlu diselesaikan.

Saya mohon mencadang supaya penyelarasan kokurikulum perlu dipacu oleh industri. Kena ada insentif latihan kepada majikan, menaik taraf pusat TVET, khususnya luar bandar serta kempen nasional memartabatkan TVET dan latihan TVET perlu dirombak dan disesuaikan mengikut keperluan semasa.

Manakala, daripada aspek pengurusan dan perburuhan dan pekerjaan, isu utama adalah ketidakpatuhan undang-undang buruh, pengangguran belia, kebergantungan kepada pekerja asing dan ketiadaan perlindungan pekerja gig.

Oleh itu, saya menyeru penguatkuasaan lebih tegas, program pemadanan pekerjaan belia, kawalan selia pekerjaan asing secara ketat perlu ada. Saya amat bersyukur, di mana RUU Pekerja GIG 2025 telah diluluskan di Parlimen pada tahun ini supaya pekerja gig kita lebih terbela. Dari aspek pembangunan modal insan pula, masalah utama adalah produktiviti rendah, kekurangan program latihan masa depan, mobiliti kerjaya terhad dan masalah brain drain.

draft • 6:42 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Oleh itu, saya memohon mencadang supaya program latihan berkala nasional seperti AI, robotik, tenaga hijau, aeroangkasa, electrical dan pertukangan paip dengan kerjasama universiti dan industri tempatan dan luar negeri. Kerana ini amat penting kerana apabila negara kita melangkah ke arah sebagai pusat data ataupun data centre, kita memerlukan banyak pakar dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi.

Saya ingin landing, Tan Sri Pengerusi. Akhir sekali, saya juga ingin - amat terkilan kerana setelah meneliti butiran rang undang-undang belanjawan Kementerian KESUMA, tiada tanda-tanda peruntukan diperuntukkan untuk menubuh ataupun membina pusat rehab PERKESO di Sarawak.

Saya memohon supaya rehab PERKESO juga dapat dibina di Sarawak.

Kerana setakat ini, semua rehab PERKESO bertapak di Semenanjung Malaysia iaitu di Melaka, Perak dan Terengganu. Walaupun setakat ini ada kerjasama persefahaman di antara PERKESO dan Universiti Malaysia Sarawak ataupun dikenali sebagai UNIMAS, menyediakan program pemulihan di hospital pengajar UNIMAS sejak tahun 2022. Namun, usaha ini belum mencukupi untuk permintaan khidmat pemulihan di Sarawak.

Oleh itu, pusat rehab PERKESO ini amat diperlukan. Dengan itu, saya menyokong belanjawan ini supaya pembangunan kemahiran, pengurusan, perburuhan dan pekerjaan dan pembangunan modal insan dapat dilaksanakan dengan baik dan juga bermakna.

Akhir sekali, saya memohon dan menyeru supaya pertimbangan untuk rehab PERKESO di Sarawak diwujudkan kerana kita di Sabah dan Sarawak, terlalu jauh untuk kita pergi ke Melaka, ke Ipoh ataupun di Terengganu.

draft • 6:42 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Jadi, saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan sebaik mungkin.

Dengan itu saya menyokong belanjawan ini. Sekian, terima kasih. Tuhan berkati.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Saya jemput Kuantan.

draft • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

*Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan selamat petang. Terima kasih, Dato' Pengerusi. Yang pertama, saya ingin menyentuh Butiran B.020000 – Pembangunan Modal Insan. Penelitian saya pada buku belanjawan, jadual prestasi bagi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) peratusan lepasan sekolah

draft • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

memasuki institusi TVET disasarkan pada 18 peratus untuk tahun 2024, 2025 dan kekal sama pada tahun hadapan. Jadi, soalan saya mengapa sasaran ini tidak meningkat untuk tiga tahun berturut-turut?

Kerajaan mensasarkan 35 peratus tenaga kerja mahir berkemahiran tinggi menjelang 2030. Saya ingin tahu berapa peratus tenaga mahir keluaran TVET dalam pasaran kerja di negara kita sehingga kini? Apakah strategi dan tindakan kementerian dalam menjayakan agenda dan sasaran tersebut? Khazanah Research Institute melaporkan bahawa wujudnya ketidakpadanan antara permintaan industri dengan kemahiran yang dimiliki oleh graduan TVET kerana penglibatan dan kerjasama industri yang tidak menyeluruh.

Persoalannya sejauh mana kurikulum TVET masa kini benar-benar memenuhi keperluan sebenar industri? Apakah punca utama yang menyebabkan ketidakpadanan kemahiran ini terus berlaku? Apakah strategi dan usaha pihak kementerian bagi mengatasi cabaran ini dan merapatkan jurang ketidakpadanan yang diperlukan oleh pihak industri? Kesemua persoalan ini memerlukan sinergi antara institusi latihan, industri dan pihak pembuat dasar bagi memastikan TVET benar-benar dapat melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan memenuhi tuntutan pasaran kerja semasa.

Masih pada butiran yang sama, saya ingin menyentuh berkaitan Returning Expert Programme. Menurut laporan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) kadar migrasi global purata ialah 3.6 peratus manakala Malaysia mencatatkan kadar lebih tinggi iaitu 5.6 peratus bersamaan kira-kira 1.86 juta rakyat. Untuk rekod, seramai 4,730 diaspora telah kembali berkhidmat berbanding 11,402 permohonan dalam program REP sejak 2011. Soalan saya, mengapa sebahagian besar yang memohon tidak jadi balik ke Malaysia?

Tiga negara menjadi pilihan brain drain ialah Singapura, Australia dan UK, United Kingdom. Kebanyakan yang berhijrah kerana tarikan tawaran gaji yang kompetitif. Saya ingin tahu, apakah strategi dan usaha pihak kerajaan meningkatkan daya tarikan pasaran kerja domestik khususnya dalam bidang kritikal seperti di sektor kesihatan dan kejuruteraan. Berdasarkan rekod JPA, hampir 16,967 penuntut menerima biasiswa kerajaan namun seramai 2,848 penuntut memilih untuk berhijrah dan membayar balik pinjaman mereka.

Jadi, setiap tahun kerajaan memperuntukkan dana besar bagi melahirkan modal insan melalui pengajian luar negara namun hasilnya tidak setimpal dengan pelaburan. Saya melihat kerajaan perlu mengambil langkah penting dalam

draft • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

menguruskan biasiswa dan kontrak pelajar dengan lebih berkesan. Penguatkuasaan kontrak biasiswa perlu dipertingkatkan bagi memastikan penerima menunaikan tanggungjawab berkhidmat selepas tamat perkhidmatan.

Dato' Pengerusi, Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Pada tahun lepas, KESUMA melaporkan lonjakan signifikan hampir enam kali ganda pada awal tahun dan mensasarkan satu juta pencarum berdaftar untuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri.

Saya ingin tahu, jumlah semasa pencarum berdaftar dengan Skim SKSPS?

Saya juga ingin mendapatkan ke perincian jumlah pekerja dalam sektor pertanian, penternakan dan nelayan yang mencarum SKSPS? Apakah langkah pihak kementerian dalam meningkat kesedaran berkaitan caruman kepada pekerja dalam sektor ini?

Buat masa ini kesemua skim caruman PERKESO adalah skim konvensional.

Jadi saya ingin mencadangkan agar PERKESO meneroka pendekatan strategik dengan pengenalan produk dan perkhidmatan berasaskan takaful seiring dengan prinsip syariah yang dapat memberi peluang kepada pencarum Muslim seperti mana langkah yang telah dilaksanakan oleh KWSP.

Masih pada butiran yang sama berkaitan kesihatan mental pekerja. Saya merujuk tulisan Profesor Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, pensyarah Universiti Putra Malaysia berkaitan isu ini. Isu kesihatan mental di tempat kerja masih lagi dilihat sebagai topik yang sensitif malah sering dianggap sebagai isu yang tabu disalah erti dan diabaikan. Akta Kerja 1955 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 juga masih tidak menyebut secara khusus tentang kesihatan mental sebagai sebahagian daripada keselamatan tempat kerja walaupun cadangan pindaan sedang dibincangkan.

Jadi soalan saya, apakah penilaian risiko psikososial di tempat kerja sudah dijadikan satu keperluan mandatori di bawah Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan? Jika kemalangan fizikal boleh dinilai melalui hazard analysis mengapa tidak tekanan mental yang terbukti memberi impak besar kepada produktiviti dan ekonomi negara.

Dato' Pengerusi yang terakhir, Butiran 030300 – Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan Butiran 030500 – Mahkamah Perusahaan. Media melaporkan Mahkamah Perusahaan Malaysia bakal melaksanakan penaiktarafan sistem dan perkakasan perekodan digital dengan penggunaan teknologi kepintaran buatan AI bagi menjana

draft • 6:50 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

transkrip segera semasa prosiding kes. Saya melihat perubahan ini sangat baik dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan pertikaian kes.

Namun, persoalan pokok yang masih membelenggu Mahkamah Perusahaan ialah tempoh yang lama bagi penyelesaian pertikaian kes melibatkan pekerja dan majikan. Saya ingin tahu berapakah jumlah kes pertikaian pekerja yang masih dalam proses dan belum diselesaikan dan apakah faktor yang menyebabkan sesuatu kes pertikaian mengambil tempoh yang panjang untuk diselesaikan.

Saya kongsikan satu kes pemecatan pekerja di kilang Hicom di Pekan, Pahang yang merupakan kes ahli kesatuan. Pemecatan berlaku pada pertengahan tahun 2015 namun sehingga kini kes ini masih berlarutan. Pada Jun 2022, Pertubuhan Buruh Antarabangsa telah mengeluarkan maklum balas bahawa pemecatan mereka bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan namun sehingga kini pihak pengurusan Hicom dan kementerian belum mengambil tindakan konkrit bagi pertikaian kes ini. Sekian, terima kasih.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Kuala Langat.

draft • 6:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Dato' Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerja. Saya ingin sentuh dua perkara di bawah butiran ini. PERKESO adalah agensi di bawah KESUMA kini telah menubuhkan enam pusat dialisis di seluruh negara iaitu di Klang, Shah Alam, Kuala Lumpur, Kluang, Batu Pahat dan terbaru di Seberang Perai.

Penubuhan pusat-pusat ini merupakan langkah strategik untuk melengkapkan ekosistem perkhidmatan kesihatan bagi pencarum, memudahkan akses mereka kepada rawatan dialisis selain daripada 800 pusat dialisis panel swasta dan organisasi bukan kerajaan yang sedia ada. Lebih penting lagi inisiatif ini bertujuan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh pencarum memandangkan kos rawatan di pusat dialisis swasta kini mencecah RM200 untuk setiap sesi atau RM2,800 sebulan bagi 14 kali rawatan yang diperlukan.

Dengan subsidi PERKESO yang hanya menyediakan RM2,100, pencarum terpaksa menanggung baki sehingga RM700 setiap bulan daripada poket mereka sendiri. Saya berterima kasih kepada pihak KESUMA, PERKESO yang baru-baru ini meningkatkan rawatan RM170 setiap kali rawatan hemodialisis dan meneruskan sumbangan suntikan EPO sejumlah RM240.

draft • 6:57 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Dan saya melihat perlu ditingkatkan juga suntikan EPO ini terutamanya kalau yang beragama Islam mereka boleh mendapatkan yang asnaf boleh mendapatkan peruntukan dari Lembaga Zakat Negeri yang mana yang ada peruntukan itu dan memerlukan dan mendapat sumbangan sebanyak RM80 setiap kali suntikan untuk 12 kali suntikan. Tetapi bagi yang bukan beragama Islam, mereka mempunyai kepayahan untuk mendapatkan sumber kewangan ini yang mereka terpaksa keluarkan daripada poket mereka sendiri. Saya harap ini dapat diberikan pertimbangan.

Walau bagaimanapun, cabaran yang lebih besar sedang menghampiri PERKESO dalam bentuk implikasi fiskal jangka panjang. Kadar penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hypertension dan penyakit buah pinggang kronik yang semakin meningkat dalam kalangan populasi pekerja akan memberikan tekanan yang berat kepada peruntukan kewangan organisasi. Kalau kita lihat dalam laporan 2021, NCD sendiri menelan kos sejumlah RM64.2 bilion kesan kepada ekonomi, RM12.4 bilion kos untuk secara langsung penjagaan kesihatan awam dan RM51.8 bilion akibat kehilangan produktiviti.

draft • 6:57 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Statistik tahun 2024 menunjukkan PERKESO telah memperuntukkan sejumlah RM389.2 juta untuk menampung kos rawatan dialisis pencarum.

Manakalac dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini sahaja, perbelanjaan untuk tujuan ini telah pun mencapai RM272.99 juta. Trend peningkatan kos ini menunjukkan bahawa pendekatan semata-mata berorientasikan rawatan kuratif bukanlah strategi yang mampan daripada segi fiskal mahupun produktiviti tenaga kerja.

Justeru, peranan PERKESO perlu diperluaskan secara signifikan daripada sekadar menyediakan kemudahan rawatan kepada pelaksanaan program pencegahan ataupun advokasi yang fokus kepada kesihatan dan juga produktif pekerja. Peralihan paradigma daripada model rawat kepada model mencegah adalah kritikal dalam bentuk pengurusan sumber manusia kerana penyakit kronik memberikan impak langsung kepada kehilangan produktiviti dan meningkatkan ketidakhadiran pekerja dan pengurangan kapasiti tenaga kerja secara keseluruhan.

Program pemeriksaan kesihatan di tempat kerja, inisiatif kesedaran mengenai pengurusan tekanan dan gaya hidup sihat serta intervensi awal untuk mengenal pasti pekerja berisiko tinggi perlu diberikan keutamaan sebagai sebahagian daripada strategi kesejahteraan pekerja yang menyeluruh.

draft • 7:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Persoalan saya, apakah strategi komprehensif yang telah dirangka oleh kementerian untuk mengalihkan fokus PERKESO daripada model rawatan kuratif kepada model pencegahan yang produktif? Bolehkan Menteri memberikan butiran mengenai program pemeriksaan kesihatan berkala di tempat kerja yang dirancang dan sedang dilaksanakan, mekanisme mengenal pasti awal pekerja berisiko tinggi dan intervensi kesihatan yang disediakan untuk mencegah peningkatan penyakit kronik?

Yang kedua adalah berkaitan dengan kesihatan penyakit mental.

Berdasarkan laporan Well-being@Work 2025, krisis kesihatan mental pekerja di Malaysia telah mencapai tahap yang membimbangkan dan memerlukan perhatian segera. Sebanyak 40 peratus daripada tenaga kerja negara kini berhadapan dengan risiko psikososial yang serius termasuk tenaga kerja yang berlebihan, sindrom keletihan profesional ataupun burnout serta persekitaran kerja yang toksik yang tidak menyokong kesejahteraan pekerja.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan penurunan ketara dalam aspek keselamatan psikologi dan harga diri pekerja di tempat kerja. Dapatan ini disokong oleh laporan Wellness At Work 2024 yang diterbitkan oleh Employment Hero yang mendedahkan angka yang lebih mengejutkan iaitu 67 peratus pekerja Malaysia mengalami keletihan mental yang kronik.

Untuk memastikan intervensi yang berkesan, adalah penting bagi pihak berkuasa dan pembuat dasar mengenal pasti secara spesifik industri, zon, saiz organisasi dan segmen pekerja yang paling terjejas oleh krisis kesihatan mental.

Sebagai contoh, adakah kerja dalam sektor perkhidmatan, pembuatan ataupun teknologi maklumat lebih terdedah kepada risiko ini.

Sama ada pekerja di syarikat besar ataupun struktur korporat yang ketat menghadapi tekanan yang berbeza berbanding dengan pekerja perusahaan kecil dan sederhana dan sumber yang terhad. Begitu juga perlu dikaji sama ada pekerja muda, pekerja berpendapatan rendah atau mereka yang terlibat dalam kerja syif mengalami tahap burnout yang lebih tinggi.

Pengenalpastian yang lebih tepat terhadap kumpulan berisiko tinggi ini adalah kritikal bagi membolehkan Kementerian Sumber Manusia dan agensi berkaitan mereka boleh membentuk intervensi yang disasarkan termasuk sokongan kesihatan mental, pemantauan keadaan tempat kerja, latihan khusus pengurusan stres dan penguatkuasaan undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerja yang lebih ketat.

draft • 7:00 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Persoalan saya, adakah kementerian mengiktiraf krisis kesihatan mental di tempat kerja ini sebagai isu keselamatan dan kesihatan pekerja yang memerlukan tindakan segera setaraf dengan kemalangan fizikal ataupun penyakit pekerjaan?

Saya mencadangkan supaya diadakan satu kaunselor bergerak untuk merawat mereka-mereka ini yang boleh dikategorikan sebagai menghadapi kesihatan mental. Dan mereka ini sebenarnya untuk berjumpa pun kadang-kadang ada satu stigma. Dan mereka juga tidak mahu berjumpa dengan kaunselor- kaunselor ataupun perawat-perawat kerana kadang-kadang melibatkan kos perundingan sehingga RM100 setiap kali perundingan dan mungkin boleh diadakan peruntukan ini oleh KESUMA sendiri.

Dan apakah langkah penguatkuasaan yang akan diambil kepada majikan yang gagal menyediakan persekitaran kerja yang selamat dari segi mental termasuk mereka yang membebankan kerja dengan beban kerja yang tidak munasabah, mewujudkan budaya kerja toksik atau mengabaikan aduan mengenai buli dan gangguan di tempat kerja?

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Shah Alam.

draft • 7:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Tan Sri Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2026 peringkat Kementerian Sumber Manusia.

Pertama, saya ingin menyinggung belanja mengurus B.46, Butiran 030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berjumlah RM147.8 juta. Sebahagian besar cabaran keselamatan pekerjaan hari ini banyak berlaku dalam sektor-sektor intensif tenaga kerja pembinaan, logistik, perkilangan serta sektor PMKS dan kontraktor kecil. Kumpulan inilah yang kerap berhadapan risiko tetapi paling kurang kemampuan untuk melaksanakan pengurusan keselamatan. Mujurlah negara kita mempunyai skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai perlindungan kepada golongan pekerja. Bagi perlindungan hari tua, kerajaan mewajibkan caruman KWSP dan memperkenalkan akaun syariah sebagai pilihan.

Saya berpandangan dan menyarankan agar kerajaan juga mengambil langkah yang sama untuk PERKESO.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, adakah kerajaan bercadang ataupun berusaha untuk memastikan perlindungan PERKESO

draft • 7:05 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

boleh disertai dalam bentuk skim yang patuh syariah? Ataupun dengan bahasa mudahnya kita sebut sebagai takaful PERKESO.

Adakah kementerian sedang meneliti model seperti penyediaan dana risiko khas patuh syariah, penyusunan semula portfolio pelaburan dan pilihan opsyen patuh syariah bagi pencarum Muslim tanpa menjejaskan manfaat yang sedia ada?

Dan yang paling penting, apakah garis masa pelaksanaan itu jika kerajaan sudah mempunyai hala tuju ke arah itu?

Saya percaya, Tan Sri Yang di-Pertua, sebahagian daripada permintaan rakyat yang ingin perlindungan sosial ini berkembang seiring dengan prinsip syariah dan keperluan semasa seperti mana juga perlindungan-perlindungan takaful yang lain― medical, life insurance ataupun takaful hayat dan seumpamanya.

Tan Sri Pengerusi, majoriti kemalangan industri bukan berlaku di syarikat besar kerana kebanyakan mereka ini memang sedia safety compliance, tetapi di tapak projek kecil, bengkel kecil kontraktor G1 hingga G3 dan PMKS yang masih jauh daripada budaya KKP ataupun kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang matang. Saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang mungkin boleh diambil oleh kementerian.

Iaitu, yang pertamanya ialah program geran mikro keselamatan. Mungkin dalam bentuk RM5,000 ataupun RM10,000 untuk PMKS membeli PPE, harness, sensor amaran ataupun latihan asas keselamatan. Ataupun geran padanan yang seumpamanya untuk menggalakkan mereka ini terlibat secara proaktif dalam aspek kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

Yang kedua, mungkin pemeriksaan digital secara mandatori. Maksudnya, dengan aplikasi mudah alih untuk pemeriksaan kendiri di tapak kerja bagi setiap bulan. Mudah, kos yang rendah tetapi memberikan disiplin keselamatan kepada pekerja. Ataupun latihan micro-credential keselamatan dan kesihatan pekerja untuk kontraktor-kontraktor kerja yang boleh dilaksanakan secara pembelajaran secara digital melalui HRD Corp dengan kerjasama CIDB dan seumpamanya. Langkah- langkah ini walaupun kecil tetapi ia memberikan impak yang besar kepada kumpulan yang paling berisiko tetapi selama ini mungkin kurang diberikan tumpuan.

Saya kira perkara ini sahaja, Tan Sri Yang di-Pertua, yang saya rasa amat penting untuk diberikan perhatian. Mudah-mudahan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Kementerian Sumber Manusia. Shah Alam mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 7:05 PM

Tuan Pengerusi

Sekian, terima kasih. Saya jemput Temerloh.

draft • 7:05 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

030100 isu tenaga kerja. Peruntukan naik 1.5 peratus sahaja. Apakah strategi KSM menangani ketidaksepadanan kemahiran antara institusi pendidikan dan keperluan industri? Berapakah jumlah graduan yang terlibat dan apakah perancangan bersistematik KSM terutama dalam sektor berteknologi tinggi untuk menyelesaikan masalah ini dalam jangka masa pendek dan panjang?

Bagaimana memastikan program TVET menghasilkan peluang pekerjaan sebenar bukan sekadar latihan? Adakah data terkini pengangguran belia termasuk generasi kedua dan ketiga FELDA yang tinggi digunakan dalam perancangan dasar kementerian? Adakah KSM merancang dan berusaha memberikan latihan serta bimbingan kepada generasi FELDA, generasi kedua dan ketiga supaya lahir generasi FELDA yang boleh berdikari dan mampu menyumbang produktiviti kepada negara?

Kita tidak mahu generasi FELDA hanya dikaitkan dengan isu sosial. Adakah KSM mempunyai perancangan untuk mengembalikan kerja-kerja ladang daripada FELDA Plantations yang lemah pengurusannya kepada generasi FELDA kedua dan ketiga untuk memberi peluang pekerjaan kepada mereka?

Tuan Pengerusi, dengan peningkatan bajet 1.5 peratus sekecil ini adakah kerajaan benar-benar serius mahu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan meningkatkan upskilling rakyat. Adakah usaha KSM mempercepatkan latihan berkaitan automasi dan digitalisasi untuk pekerja tempatan supaya tidak bergantung kepada pekerja asing dalam sektor tertentu? Berapa peratus pekerja asing yang terlibat dalam pasaran buruh negara? Mohon senaraikan buruh asing dari mana mengikut peratusan dan jenis pekerjaan? Bagaimana KSM memastikan proses pengambilan pekerja asing lebih telus dan mengurangkan penglibatan sindiket?

030200 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerja meningkat hanya 1.4 peratus.

Tuan Pengerusi jika tapak pembinaan terus mencatat kemalangan maut, jika pekerja kilang masih terdedah kepada bahan toksik dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kekurangan pegawai penguat kuasa, bagaimana kerajaan menganggap kenaikan 1.4 peratus ini mencukupi untuk menjamin kesejahteraan pekerja terjamin. Temerloh ingin menyentuh isu yang semakin

draft • 7:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

mendesak di bawah Kementerian Sumber Manusia khususnya berkaitan perlindungan pekerja gig. Hari ini ratusan ribu penghantar makanan, pemandu e- hailing...

draft • 7:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Temerloh, minta laluan.

draft • 7:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Nanti saya habiskan sikit.

draft • 7:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey.

draft • 7:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Dan pekerja bebas lain bekerja tanpa jaminan keselamatan sosial yang mencukupi. Mereka berdepan risiko kemalangan setiap hari namun masih ramai lagi tidak dilindungi di bawah PERKESO kerana kurang kesedaran. Proses pendaftaran yang rumit dan tiada kerjasama efektif antara platform digital dan kerajaan. Adakah KSM sedia menetapkan kewajipan kepada penyedia platform untuk mencarum secara tetap supaya pekerja gig dapat memanfaatkan perlindungan tanpa merasa beban kewangan?

Tuan Pengerusi Temerloh juga ingin tahu apakah punca kejadian runtuhan struktur binaan sementara berhampiran Plaza Tol Gombak pada 18 November baru- baru ini yang melibatkan orang awam dan keselamatan pekerja. Apakah SOP yang sepatutnya dipatuhi oleh pekerja? Adakah JKKP membuat pemantauan terhadap situasi struktur pembinaan demi menjamin keselamatan pekerja? Mohon juga penjelasan punca runtuhan itu berlaku.

Tuan Pengerusi bagaimana KSM memastikan majikan mematuhi Akta Kerja mengenai waktu kerja dan cuti. Apakah langkah konkrit kerajaan untuk menangani budaya kerja berlebihan yang semakin berleluasa? Adakah KSM membantu majikan yang memaksa pekerja bekerja melebihi waktu sepatutnya tanpa bayaran lebih masa? Apa langkah mengurangkan budaya kerja berlebihan dalam industri tertentu dan apakah mekanisme untuk melindungi kesihatan mental pekerja yang kini terjejas akibat tekanan kerja yang tidak wajar? Adakah kementerian akan memperkenalkan garis panduan kesihatan mental di tempat kerja? Okey, silakan Setiu.

draft • 7:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Temerloh.

Saya nak bangkitkan tentang PERKESO. Ada satu skim baharu di bawah PERKESO iaitu yang dinamakan SKSSR. Skim untuk suri rumah. Saya dapat maklumat bahawa pendaftaran skim ini masih lagi rendah. Jadi, saya cadangkan supaya PERKESO menggiatkan lagi promosi skim ini supaya lebih ramai yang dapat menyertai dan saya dapat maklumat juga bahawa sebahagian besar daripada kita belum mengetahui skim yang dinamakan...

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Setiu.

draft • 7:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

...SKSSR ini ataupun nama barunya Lindung Kasih. Sekian, terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Setiu.

draft • 7:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey masukkan dalam ucapan saya.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Floor ini floor Temerloh. Kena tanya Temerloh. Jangan terus tanya Menteri. Bersetujukah Temerloh...

draft • 7:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Cadangan supaya promosi skim ini diperluaskan lagi?

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Ya. Begitu cara dia.

draft • 7:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey. Terima kasih Setiu. Boleh masukkan dalam ucapan saya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya nak sambung sedikit Pengerusi. 080300 – Pengurusan Perburuhan dan Pekerjaan. Potongan mendadak 68 peratus. Tuan Pengerusi, ini bukan sekadar penjimatan. Ini adalah pemotongan drastik yang melumpuhkan. Bagaimana kerajaan mahu menguatkuasakan Undang-undang Buruh menangani kes lewat bayar gaji, melindungi pekerja gig, mempercepatkan penyelesaian kes mahkamah perusahaan jika bajet dipotong hampir 68 peratus.

Adakah potongan ini akan menjejaskan penguatkuasaan undang-undang, undang-undang buruh termasuk pemeriksaan majikan yang culas membayar gaji.

Waktu kerja berlebihan dan kes-kes penindasan pekerja.

Adakah kementerian mengambil maklum dan perhatian terhadap isu gaji pekerja PDK yang menerima gaji bawah daripada gaji minimum antara RM1,000 dan RM1,200? Bagaimana kementerian dapat membantu penyelesaian masalah ini?

Adakah jumlah pegawai penguatkuasaan akan dikurangkan? Bagaimana kementerian mahu memastikan hak pekerja terus dilindungi? Apakah impak potongan ini kepada penyelesaian aduan pekerja yang selama ini sudah pun mengambil masa yang lama? Adakah kita akan melihat kes tertunggak semakin bertimbun?

Tuan Pengerusi potongan ini memberi gambaran bahawa kerajaan sedang mengabaikan isu pemburuhan pada saat rakyat paling memerlukan perlindungan.

Kita tidak boleh membiarkan dasar ini meminggirkan pekerja yang merupakan tulang belakang ekonomi. Sedikit sahaja lagi Tuan Pengerusi.

draft • 7:10 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Elaun pelajar Pra-Perkhidmatan kekal RM37 juta. Tiada peningkatan langsung sedangkan kos sara hidup meningkat, kos pengangkutan meningkat, kos sewa hostel meningkat. Namun, kerajaan membiarkan pelajar TVET dan latihan pra perkhidmatan terus hidup dengan elaun yang sama. Bagaimana kita mahu menarik belia menyertai TVET jika kerajaan sendiri tidak menaikkan elaun mereka walaupun sedikit?

Jika kerajaan tidak menyokong pelajar, bagaimana mahu melahirkan tenaga kerja mahir tempatan dan mengurangkan ketergantungan kepada pekerja asing?

KSM perlu memastikan pembangunan modal insan memberi impak langsung kepada rakyat, meningkatkan peluang pekerjaan, menaikkan taraf hidup dan memperkasa tenaga kerja masa depan.

Seterusnya akhirnya pembangunan modal insan bukan pilihan. Ia adalah pelaburan masa depan negara. Terima kasih Tuan Pengerusi. Itu sahaja.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Pembahas terakhir. Saya jemput Langkawi.

draft • 7:10 PM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Butiran 020000, 040900. Kadang-kadang bercerita ini lebih berkesan Tan Sri kerana saya tengok dalam Facebook saya bila saya bercerita itu ramai yang respons. Kemungkinan mereka tak tahu ini pun untold story tadi semasa berdebat soal Kementerian Wanita tadi pun saya bercerita. Sekarang saya nak bercerita juga.

Cerita ini telah pun direkodkan. Abang tomyam pekerja restoran 12 tahun.

Abang tomyam berumur 38 tahun bekerja di sebuah restoran di Pantai Cenang sejak 2012. Pada awal gajinya RM1,500 cukup untuk sewa, makan dan beli sebuah motor buruk. Masalah bermula bila majikan mula ambil pekerja asing yang masuk tanpa dokumen. Bukan salah mereka katanya sebab mereka hanya cari rezeki tapi majikan suka. Sebab gaji jauh lebih rendah, kerja 12 hingga 15 jam tanpa banyak syarat.

Tinggal di asrama sempit yang disediakan tanpa memikirkan hal keluarga. Akibatnya gaji abang tomyam tidak naik selama tujuh tahun. Setiap kali dia minta kenaikan jawapannya kalau tak mahu kerja, ramai lagi yang boleh kerja.

draft • 7:18 PM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Mira. Pekerja hotel yang dipotong syif. Mira, 26 tahun, operator sebuah hotel.

Waktu inilah komputer saya ni nak buat hal. Mira, sebelum pandemik, hotel ambil 15 pekerja tempatan. Selepas pandemik, ramai pekerja asing tanpa dokumen. Mira ni umurnya 26 tahun. Tanpa dokumen datang ke Langkawi melalui laut, majikan ambil

draft • 7:20 PM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

mereka kerana gaji lebih rendah, sama. Boleh bekerja syif panjang, tidak berhak kepada cuti, EPF atau SOCSO, hotel kurangkan pekerja pada ketika itu daripada 15 orang kepada lima orang. Mira kata, “Saya bukan marah pekerja asing kak, dia orang pun dibayar murah. Tapi bila kita orang tempatan bawa resume, hotel akan ambil gambar tapi tak pernah dipanggil untuk bekerja” Yang akhir sekali, peniaga kecil terjejas kerana buruh murah. Pak Mat, 50 tahun, tukang kayu kecil yang buat rak papan tanda dan perabot. Pendapatan Pak Mat antara RM4,000 hingga RM6,000 sebulan. Tapi bila pekerja asing masuk, income Pak Mat dah habis. Baru-baru ini dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Langkawi dilaporkan bahawa anak-anak muda yang gunting rambut Tan Sri, habis.

Sekarang orang tukang gunting rambut adalah daripada pendatang asing kerana daripada RM20 gunting rambut, tinggai RM8. Jadi, orang kampung pun pergilah hat RM8 tu kerana save cost kononnya.

Jadi, Yang Berhormat Tan Sri, banyaklah kalau kita nak kira daripada Butiran 020000 – Pembangunan Modal Insan. Kita ambil lah bahawa Langkawi ini destinasi pelancongan antarabangsa, namun ada sektor pelancongan yang terjejas, sama ada musim tengkujuh ataupun ketidaktentuan ekonomi. Maka, pekerja yang bersifat bermusim ini, hotel, homestay, agensi pelancongan, pendapatan tidak tetap bagi pekerja kontrak.

Saya mencadangkan KESUMA memperkenalkan skim pekerjaan alternatif pulau, khusus untuk pekerja-pekerja di Pulau Langkawi seperti mengurangkan masalah pengangguran bermusim, menyediakan insentif upskilling sekurang- kurangnya, melalui HRD Corp. Place and train di bawah PERKESO di Langkawi untuk memastikan pekerja.

Isu gaji rendah dan pematuhan undang-undang buruh ni Tuan Pengerusi, walaupun gaji minimum RM1,500, banyak laporan menunjukkan pekerja di sektor pelancongan masih menerima gaji di bawah kadar minimum. Jadi, KESUMA perlulah mempertingkatkan penguatkuasaan gaji dan lebih banyak pemeriksaan patuh oleh Jabatan Tenaga Kerja. Dan, saya dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja ini, dua tahun sekali melawat Langkawi.

Saya mencadangkan juga penubuhan, kalau boleh pusat TVET satelit HRD Corp di Langkawi dengan fokus kepada hospitaliti premium, penyelenggaraan bot dan marina, digital tourism dan pemasaran. Kulinari antarabangsa juga perlu diwujudkan.

draft • 7:20 PM

Dato' Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dan, saya melihat bahawa Butiran 040500 – Majlis Perundingan Gaji Negara.

Kalau dapatlah mereka ini, mengikut negara-negara yang telah pun— yang telah pun mengadakan ratio gaji dan maklumat-maklumat diberikan berhubung dengan gaji- gaji pekerja. Di Amerika Syarikat telah pun bermula pada 2017, di UK 2019 dan syarikat yang tersenarai, listed company dengan lebih 250 pekerja dikehendaki mendedahkan nisbah gaji CEO dengan pekerja.

Pekerja yang 25 tahun, 50 tahun dan ke 75 tahun, mereka juga perlu memberi penerangan atau naratif, mengapa nisbah itu wujud sama ada wajar atau tidak dan ini perkara yang amat saya rasa perlu dibuat di Malaysia dan Singapore telah pun menjalankan program ini. France, Finland, Denmark, India telah pun menjalankan program ini.

Jadi, sekurang-kurangnya kita tahu, perbezaan di antara gaji CEO dengan gaji pekerja-pekerja. Malah di— saya tak ingat di mana, di Denmark kalau tak salah saya, sekiranya different is five cent dengan izin, maka company itu akan menyemak semula skim gaji yang mereka adakan.

Akhir sekali Tan Sri di-Pertua, di Langkawi kategori sekiranya dibandingkan anggaran Langkawi, pendatang asing berdaftar kurang lebih 11,000 yang kita dapat angka. Tumpuan sektor hotel dan FB. Pekerja asing tidak berdaftar, 3600. Ini yang berlaku di hotspot di Chenang dan Pantai Tengah. Hotel guna lebih daripada 50 persen pekerja asing, 68 peratus hotel, termasuk juga hotel-hotel yang five star, kecuali yang front desk the local people dengan izin.

Aduan pekerja tempatan tentang gaji 30 hingga 40 peratus pekerja hotel. Gaji rendah dan tiada OT. Kes kemalangan sektor pelancongan, 70 hingga 90 peratus setahun. Ini berlaku banyak kepada jet ski operator, bot dan yang bekerja dengan hotel. Kes pasport disimpan majikan, 25 hingga 36 aduan setahun. Tidak banyak tindakan tegas yang diambil apabila majikan memegang pasport mereka.

Pemeriksaan JTK yang saya sebutkan tadi, satu hingga dua tahun sekali satu hotel dan ini sangat-sangat tidak efektif Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih di atas kebenaran melebihi masa. Terima kasih banyak.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Kita telah pun mendengar 15 orang pembahas, kemukakan pandangan dan juga cadangan di bawah Kementerian Sumber Manusia di peringkat Jawatankuasa. Sekarang, saya jemput Menteri untuk menjawab dan masanya adalah 25 minit dari sekarang. Silakan Menteri.

draft • 7:20 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya memulakan dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan belanjawan pada tahun 2025 pada 10 Oktober 2025 yang lalu. Satu pembentangan yang menyeluruh, berpandangan jauh dan jelas buktikan keutamaan negara demi kesejahteraan rakyat.

Belanjawan 2026 yang bertemakan, ‘Belanjawan Rakyat’ dengan peruntukan RM1.828 bilion kepada Kementerian Sumber Manusia menjadikan pemacu utama kepada usaha KESUMA dalam memperkukuhkan pasaran tenaga kerja, meningkatkan perlindungan sosial serta memartabatkan pekerja di negara kita.

Ini merupakan kepercayaan besar yang akan kami galas sebaik mungkin, demi masa depan tenaga kerja Malaysia. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada 15 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan mengemukakan pandangan yang bernas, kritikan membina berkaitan bidang tugas KESUMA. Segala input yang dikongsikan amat berharga dan menjadi nilai tambah kepada usaha penambahbaikan dasar kementerian.

Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, cadangan Yang Berhormat Sungai Petani supaya ditubuhkan unit pemantauan pekerja tidak formal. KESUMA sedang mengkaji penubuhan unit tersebut dalam masa terdekat, sebagai sokongan kepada penguatkuasaan akta gig pada tahun hadapan. Secara prinsipnya, KESUMA melalui PERKESO mahukan setiap pekerja gig di negara ini mendapat hak perlindungan sosial sama rata seperti formal. Berdasarkan statistik PERKESO, sehingga 21 November 2025, seramai 298,827 pekerja gig mencarum secara aktif di bawah LINDUNG KENDIRI.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Antara langkah konkrit yang diambil oleh KESUMA untuk memastikan caruman PERKESO ini diwajib dan dipotong secara automatik bagi pekerja gig oleh penyedia platform adalah melalui pengesanan Rang Undang-undang Pekerja Gig 2025, di mana rang undang-undang ini menetapkan tanggungjawab penyediaan

draft • 7:27 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

platform untuk mengemukakan maklumat pekerja gig kepada PERKESO dan membuat potongan caruman daripada pendapatan mereka melalui sistem pengantara digitalnya yang membolehkan integrasi potongan caruman PERKESO secara automatik.

draft • 7:27 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Dengan kadar kaedah ini, pekerja gig tidak perlu menguruskan sendiri, penyediaan platform pula tidak terbeban dengan kerja tambahan dan PERKESO boleh memastikan kutipan caruman lebih telus. Ia nya diwajibkan bagi sektor pengangkutan barangan dan makanan, pengangkutan penumpang dan penjaja.

Buat masa ini, Sistem Insurans Pekerja (SIP) masih belum diperluaskan kepada pekerja gig. Namun, PERKESO dari semasa ke semasa mengkaji kebolehlaksanaan skim ini atau skim seumpamanya untuk pekerja gig memandangkan skim ini di bawah Akta 800 untuk pekerja konvensional sahaja.

Berkaitan Butiran 020200, program micro-credentials ialah inisiatif kerajaan untuk menyediakan laluan upskilling dan reskilling secara fleksibel dan modular berasaskan unit kompetensi dalam NOSS. Ia ditawarkan di pusat bertauliah dalam pelbagai bidang seperti tekstil, fesyen, kecantikan, pastri, kulinari, penyaraan industri, peruncitan dan hospitaliti dengan tempoh latihan 20 hingga 60 jam. Kursus ini bersifat stackable untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia secara modular.

Sehingga kini, sebanyak 32,040 sijil modular telah dikeluarkan.

Dalam isu yang sama, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) melalui 33 buah ADTEC JTM di seluruh negara menyediakan laluan latihan modular yang membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran tenaga tanpa perlu meninggalkan pekerjaan dengan kursus upskilling dan reskilling ditawarkan kepada hari bekerja, hujung minggu serta luar waktu, kerja secara bersemuka, dalam talian dan hibrid.

Pendekatan fleksibel ini menyokong sasaran melatih 557,000 tenaga kerja menjelang tahun 2030 melalui sembilan model latihan yang sejajar dengan keperluan industri. Pada tahun 2024, seramai 84,231 peserta telah dilatih. Manakala sehingga 31 Oktober 2025, seramai 78,558 pekerja telah mengikuti latihan modular di bawah JTM.

Berhubung Butiran 020100 – Pembangunan Tenaga Manusia. KESUMA melalui Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) terus komited memangkin pembangunan model insan menerusi inisiatif-inisiatif peningkatan kemahiran dan kemahiran semula. HRD Corp akan memanfaatkan dana RM3 bilion melalui levi untuk menawarkan tiga juta peluang latihan yang bakal melatih tenaga

draft • 7:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

kerja tempatan termasuk keperluan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan penekanan terhadap industri teknologi tinggi, pertumbuhan ekonomi baharu dan peralihan tenaga yang akan memberi kesan kepada sektor perindustrian dan pembangunan ekonomi negara secara keseluruhan.

Bagi latihan bersubsidi kepada golongan B40 dan pekerja tidak formal, inisiatif Quick Win tersedia di bawah HRD Corp iaitu platform e-LATiH di mana terdapat lebih 2,000 kursus percuma boleh diikuti oleh mereka. Melalui e-LATiH, rakyat Malaysia termasuk golongan B40 dan pekerja tidak formal berpeluang untuk meningkatkan kemahiran bagi menambah baik prospek pekerjaan mereka dengan berpeluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi dan meningkatkan keupayaan penjanaan pendapatan mereka dengan memperoleh gaji yang lebih tinggi.

Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat Sungai Petani juga membangkitkan bentuk sokongan disediakan oleh pusat rehab untuk mereka mengalami NCD seperti kanser. Saban tahun PEKESO menerima pelbagai tuntutan berkaitan penyakit dan kecederaan. Berdasarkan data tuntutan PERKESO, sepanjang tempoh 13 tahun dari tahun 2011 hingga 2024, 384,371 kes keseluruhan telah dilaporkan sebagai penyakit-penyakit tidak berjangkit yang melibatkan pelbagai komplikasi yang melibatkan jantung, paru-paru dan lain-lain organ utama. Apa yang merisaukan adalah jumlah penyakit berkaitan pelbagai jenis kanser yang telah menyumbang sebanyak 10.92 peratus iaitu 42,054 daripada jumlah kes keseluruhan.

Perangkaian ini jelas menunjukkan bahawa kanser merupakan antara penyumbang utama kepada kehilangan upaya dan ketidakmampuan pekerja di negara kita. Sehubungan dengan itu, dalam usaha menyediakan alternatif intervensi, pemulihan dan sokongan kepada pekerja yang menghidap kanser PERKESO telah meneliti perkembangan teknologi rawatan terkini antaranya proton beam therapy.

Teknologi ini dilihat mempunyai kelebihan berbanding rawatan konvensional seperti kemoterapi dan radioterapi biasa. Antaranya, dapatan sasaran terhadap radiasi yang tinggi, potensi mengurangkan risiko kesan sampingan jangkitan panjang khususnya bagi kanser yang melibatkan kawasan kritikal seperti otak, mata, rongga kepala serta dalam rawatan kanak-kanak.

PERKESO secara berterusan meneroka potensi kerjasama strategik bersama kementerian-kementerian lain terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan penilaian keboleh perlaksanaan feasibility study dalam memperkenalkan teknologi proton beam therapy di Malaysia. Kita juga mengambil maklum bahawa teknologi ini telah pun dibangunkan dan digunakan di negara jiran

draft • 7:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

seperti Thailand dan Singapura menunjukkan bahawa ia bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.

Dengan sokongan KKM dari aspek protokol klinikal, kepakaran teknikal, pembangunan kapasiti, latihan tenaga pakar serta penyelarasan dasar yang berkaitan, KESUMA percaya bahawa Malaysia berpotensi besar menjadi antara negara yang mampu menawarkan rawatan PBT pada masa hadapan.

Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan berkaitan isu penyelam komersial. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kementerian Sumber Manusia ataupun KESUMA menerusi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah menawarkan program berkaitan penyelaman komersial yang dilaksanakan melalui ADTEC Kampus Kemaman.

Program berkemahiran tinggi ini merangkumi asas penyelamat industri, keselamatan bawah air dan teknik kimpalan dalam persekitaran akuatik. Sehingga kini seramai 17 orang pelatih telah berjaya dipersijilkan di bawah kursus underwater wielder sekali gus menyumbang kepada penyediaan tenaga kerja mahir bagi sektor minyak dan gas, penyaraan struktur luar pesisir serta kerja-kerja teknikal bawah air.

Dalam konteks akreditasi dan keabsahan sijil pula Jabatan Pembangunan Kemahiran telah membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ataupun NOSS berkaitan dengan aktiviti selaman, diving instruction tahap empat dan lima. Namun, sehingga kini tiada pelatih yang dipersijilkan di bawah kedua-dua standard tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi kompetensi selam skuba berasaskan pelancongan dan aktiviti rekreasi, scuba diving tahap tiga kekal menjadi standard yang paling aktif dari tahun 2020 hingga November 2025. Seramai 655 orang pelatih telah dipersijilkan secara pencapaian pengiktirafan dan terdahulu. Berhubung dengan pembiayaan bagi penyelam komersial bagi tahun 2020 sehingga November 2025, seramai 780 pelatih yang diluluskan pembiayaan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Dalam isu yang sama, setakat ini tiada persijilan yang dikeluarkan di bawah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Walau bagaimanapun, JKKP sedang membangunkan garis panduan operasi menyelam dengan kerjasama industri. Penyelam komersial perlu mematuhi standard dan piawaian yang ditetapkan dalam garis panduan ini. Berkaitan kadar penempatan kerja penyelam komersial yang dilatih, PERKESO telah melaksanakan pelbagai intervensi untuk membantu

draft • 7:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

individu memperoleh pekerjaan yang setara dengan kelayakan dan kemahiran yang dimiliki.

draft • 7:30 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Program perkhidmatan pekerjaan menerusi portal MyFutureJobs menawarkan perkhidmatan padanan pekerjaan, sesi kaunseling berkerjaya dan kebolehpasaran semakan resume serta sesi temu duga bersama majikan. Termasuk daripada sektor industri yang berkaitan dengan perikanan. Dari tahun 2020 sehingga November 2025, seramai 15,988 individu telah berjaya ditempatkan pekerjaan atau pada kadar 2.5 peratus dalam sektor industri berkaitan perikanan, termasuklah penyelam komersial.

Berhubung dengan mekanisme memastikan penyelam ini tidak hanya lulus atas kertas tetapi benar-benar diserap ke dalam industri minyak dan gas, pembinaan maritim atau tenaga laut. Kementerian melalui PERKESO secara berterusan melaksanakan pelbagai mekanisme bagi meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja. Selaras dengan keperluan padanan pekerjaan berdasarkan kelayakan serta kemahiran yang dimiliki, PERKESO juga aktif menganjurkan program dan karnival kerjaya, termasuk yang memfokuskan kepada industri minyak dan gas, pembinaan maritim serta tenaga laut.

Usaha ini turut diperkukuhkan melalui sesi libat urus bersama Akademi Laut Malaysia dan institusi lain-lain yang berkaitan bagi memastikan penawaran peluang pekerjaan yang lebih relevan dan berimpak. Statistik PERKESO menunjukkan kekosongan jawatan dalam industri berkaitan dengan perikanan termasuklah untuk jawatan penyelam komersial dari tahun 2020 sehingga November 2025 adalah sebanyak 643,923.

Yang Berhormat Pengerusi, YB Pendang dan YB Padang Terap turut membangkitkan perkara berhubung Majlis Perundingan Gaji Negara.

draft • 7:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Puan Pengerusi, sikit saja. Terima kasih atas soalan yang saya bangkitkan dijawab dengan baik oleh Yang Berhormat Menteri. Cuma satu saja, berkenaan dengan susunan struktur gaji untuk penyelam profesional yang kita keluarkan sijil tadi, adakah pihak kementerian telah membuat satu segmentasi gaji bagi mereka yang bekerja sebagai penyelam profesional ini kerana mereka terdedah dengan risiko yang sangat besar. Deepsea, under current pressure, semua ini, mereka perlu belajar dan mereka perlu belajar sikit berkenaan dengan fizik dan sebagainya.

draft • 7:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, adakah gaji ini telah dibuat, disusun untuk mereka khusus sebab tidak boleh campur dengan JPA atau dengan gaji-gaji yang lain sebab kerja mereka totally different compare to the public service. Okey, terima kasih.

draft • 7:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua. Sepanjang ini, kita masih lagi belum membuat satu garis panduan ditetapkan kepada— kecuali garis panduan yang telah ditetapkan garis melalui pensijilan mereka itu sendiri tetapi untuk sudah pasti untuk setiap berlainan syarikat ini akan menawarkan tentang kemahiran mereka ini.

Tetapi pandangan baik daripada Pendang ini mungkin kita boleh meletakkan satu garis panduan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi dan sebenarnya gaji penyelam ini setelah kami membuat kajian, tidak perlu lagi Yang Berhormat Pengerusi, kita meletakkan garis panduan. Mereka telah melebihi sasaran sehingga mencecah melebihi RM15,000. Gaji minimum kita hanya RM1,700 tetapi mereka telah melepasi banyak tangga. Ini kajian yang kita telah buat melalui beberapa agensi yang mempunyai perkhidmatan daripada penyelam ini dan pandangan Yang Berhormat itu tetap kita ambil maklum supaya mungkin boleh kita meletakkan tangga gaji penyelam ini kepada tahap yang mungkin ada minimum juga.

Jadi Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, izinkan saya meneruskan. Yang Berhormat Pendang dan Yang Berhormat Padang Terap turut membangkitkan perkara berhubung Majlis Perundingan Gaji Negara. Untuk makluman Dewan yang mulia, berhubung fungsi MPGN adalah sebuah badan bebas yang diberi mandat melalui Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, Akta 732 sebagai Majlis Tripartite yang dianggotai oleh wakil majikan, pekerja dan kerajaan yang bersidang sekurang- kurangnya empat kali setahun.

Majlis ini dibantu oleh tiga jawatankuasa kerja iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Teknikal serta Jawatankuasa Pemantauan dan Pelaksanaan yang meneliti secara terperinci isu-isu berkaitan gaji dan upah pekerja. MPGN berperanan mengkaji dan mencadangkan kadar gaji minimum secara berkala selain menjalankan analisis berhubung gaji, produktiviti dan kos sara hidup sebagai asas kepada penetapan dasar, syor yang diputuskan akan dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan, manakala keputusan akhir adalah kuasa kerajaan sepenuhnya selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Mandat MPGN ini diperkukuhkan untuk memperluas fungsi majlis dalam meneliti isu serta model gaji secara lebih menyeluruh dan strategik. Dalam aspek penilaian kos sara hidup sebenar dan jurang pendapatan, kerajaan komited

draft • 7:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

memastikan pertumbuhan pendapatan yang mampan untuk mengimbangi tekanan kos sara hidup, tujuan ekonomi 2026 mengesyorkan satu mekanisme kenaikan gaji tahunan yang lebih teratur dan berstruktur bagi pekerja swasta.

Selaras dengan kadar inflasi dan produktiviti, pada masa yang sama perhatian turut diberikan kepada jurang gaji antara negeri dan hubungannya dengan pekerjaan informal serta non standard employment, termasuk pekerjaan gig dan semua perkara ini akan diteliti secara komprehensif dalam kajian semula gaji minimum dan analisis reformasi gaji yang sedang dilaksanakan.

Berkenaan pelan pelarasan gaji jangka panjang, MPGN sedang melaksanakan analisis mendalam untuk mereformasi struktur gaji secara menyeluruh dengan kerjasama rapat pihak industri. Ini merangkumi penilaian implikasi cadangan tersebut. Perusahaan kecil dan sederhana serta keperluan mewujudkan kaedah pengukuran produktiviti yang seragam merentasi sektor untuk memastikan pelaksanaan dasar gaji lebih tepat, saksama dan mampan, berkaitan status kerja perjanjian kolektif, NUBE ataupun N-U-B-E dengan MCBA.

Isu ini melibatkan perjanjian kolektif yang ke-20 di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank dengan Persatuan Bank-bank Perdagangan Tanah Melayu telah dirujuk oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia ke Mahkamah Perusahaan di bawah seksyen 26(2), Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta 177 pada 29 hari bulan 4 pada tahun 2024.

Perbicaraan mengenai perjanjian bersama antara NUBE dan MCBA di Mahkamah Perusahaan masih dalam peringkat perbicaraan, tarikh sambung bicara kes CA ini ialah pada 7 hari bulan 1, 2026 dan 12 hari bulan 2, 2026.

Yang Berhormat Pengerusi, Yang Berhormat Padang Besar membangkitkan isu pengurusan dan tadbir urus TVET. Untuk maklumat Dewan yang mulia, tadbir urus TVET dikoordinasikan melalui Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan

(MPKK) dan Majlis TVET Negara (MTVET) di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Sebuah Suruhanjaya TVET akan ditubuhkan bagi memastikan tadbir urus TVET negara lebih teratur dan berertinya, sebarang pertukaran sama ada Menteri atau pun yang menjawat jawatan tersebut, kita tidak akan ubah lagi Yang Berhormat Pengerusi kerana kita meletakkan ia satu agenda yang besar di masa hadapan.

Setiap kali perubahan, maka berlakulah perubahan dan ini kita sasarkan supaya di masa mendatang, tidak akan berlaku lagi.

Yang Berhormat Padang Besar turut bertanya berkaitan kaedah mengekalkan kebolehkerjaan 95 peratus dengan perubahan teknologi yang sangat

draft • 7:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

pesat. Berkaitan perkara ini, agensi TVET, KESUMA mengekalkan kebolehkerjaan 90 peratus dengan memastikan kokurikulum sentiasa dikemas kini melalui kerjasama rapat bersama industri dan teknologi semasa, latihan berasaskan pekerjaan serta peningkatan kemahiran pengajar. Memastikan pelajar mendapat pengalaman industri yang relevan, pendekatan modular dan micro-credential membolehkan kemahiran baru dipelajari dengan cepat, menjadikan graduan sentiasa kompeten dan memenuhi permintaan pasaran kerja.

draft • 7:40 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Berkaitan isu pekerja gig di negara ini mendapat hak perlindungan sosial sama rata seperti pekerja formal telah dijawab sebagaimana jawapan Sungai Petani, Yang Berhormat Sungai Petani sebentar tadi. Yang Berhormat Padang Besar membangkitkan isu pengurangan pekerja asing melalui TVET.

TVET mampu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja tempatan yang kompeten dan bersedia memasuki sektor kritikal seperti pembinaan, pembuatan, automasi, maritim dan semikonduktor melalui agensi-agensi TVET di seluruh negara, latihan berasaskan industri, persijilan berstandard nasional serta program upskilling dan reskilling yang responsif kepada keperluan pasaran memastikan kekosongan pekerjaan berkemahiran tinggi dapat diisi oleh rakyat tempatan.

Berkaitan ini secara berperingkat mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing dan mengukuhkan kapasiti tenaga kerja domestik melalui pelaksanaan ADI syarikat melatih tenaga kerja tempatan terus di tempat kerja mengikut standard industri. Pendekatan ini mempercepatkan pembangunan kemahiran warga tempatan bagi mengisi jawatan teknikal kritikal sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Rancangan Malaysia Ketiga Belas secara jelas menyebut penubuhan ADI Clearing House sebagai mekanisme untuk padanan peserta ADI sebelum kelulusan permohonan pekerja asing dan ini memastikan rakyat tempatan diberi keutamaan terdahulu.

Yang Berhormat Padang Besar dan Yang Berhormat Batu Gajah sebenarnya kedua-duanya tak ada dalam Dewan tapi saya dah bercakap baru saya terperasan kedua-duanya tidak ada dalam Dewan tapi tak apalah.

draft • 7:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Timbalan Menteri, Puncak Borneo ada mengutarakan beberapa perkara.

draft • 7:50 PM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Ya, saya nampak Puncak Borneo ada menyampaikan ucapan tadi dan saya catit sebenarnya setiap yang menyampaikan ucapan tetapi Yang Berhormat Pengerusi, TV kita telah berwarna merah tanda minta diberhentikan kerana gelasnya telah dipusing pun ke bawah tanda pasirnya telah habis dipusingkan dan ramai yang mengangguk tanda bersetuju dengan saranan itu.

Maka Puncak Borneo, saya mohon maaf saya akan jawab secara bertulis dengan selengkap-lengkapnya. Yang Berhormat Pengerusi, sebagai akhirannya, sebagai penutup sekali lagi saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Manusia. Setiap pandangan, teguran dan cadangan yang dikemukakan bukan sahaja menunjukkan keprihatinan Ahli Yang Berhormat terhadap kebajikan rakyat malah membantu kementerian perhalusi dasar agar lebih responsif kepada keperluan semasa.

Kementerian Sumber Manusia amat menghargai segala idea dibangkitkan dan saya memberi jaminan bahawa setiap perkara dikemukakan akan diteliti, ditambah baik dan diterjemahkan kepada tindakan yang sewajarnya. Bagi soalan- soalan yang tak sempat saya katakan tadi, saya akan jawab secepat mungkin secara bertulis dengan masa yang terdekat. Terima kasih segala tanggungjawab yang diberikan dan kita berilah satu pujian kepada Yang Berhormat Pengerusi yang mengendalikan dengan baik pada petang ini dalam keadaan yang cukup segar dan bugar lagi pada petang ini.

draft • 7:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hebat sahabatku, terima kasih.

draft • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM1,045,931,000 untuk Kepala B.46 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.46 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalahnya bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.46 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

draft • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.46 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 7:50 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 26 November 2025.

[Mengetuk tukul]

draft • 7:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.55 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026