Nov242025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera Puan Yang di-Pertua. Soalan Paya Besar nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapakah jumlah kes melibatkan agensi pengambilan pembantu rumah tidak berlesen atau 'maid-scammer' termasuk dalam talian yang direkodkan dalam tiga tahun kebelakangan ini serta tindakan tegas kementerian dan agensi penguatkuasaan bagi membanteras penipuan, melindungi mangsa dan memastikan hanya agensi berlesen beroperasi.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Timbalan Menteri Sumber Manusia untuk menjawab.

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar, terima kasih. Berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh tahun Januari 2023 hingga Oktober 2025, sebanyak 30 kes dilaporkan melibatkan penipuan pengambilan pembantu rumah tidak berlesen dengan kerugian berjumlah RM260,972.

Sebanyak 11 kes dicatat pada tahun 2023, manakala pada tahun 2024 sebanyak empat kes direkodkan dan sehingga Oktober 2025 meningkat kepada 15 kes. Berlaku peningkatan kes pada tahun 2025, menandakan kewujudan semula

draft • 10:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

sindiket yang agresif mengeksploitasi penggunaan melalui platform digital, iklan palsu dan tawaran pengambilan pembantu rumah palsu dalam talian.

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sentiasa komited untuk membanteras penipuan berkaitan dengan pengambilan pembantu rumah, melindungi mangsa, memastikan majikan tidak dieksploitasi dan menjamin bahawa hanya agensi berlesen, telus dan sah sahaja beroperasi di Malaysia. Berdasarkan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKSM), hanya agensi pekerjaan swasta berlesen yang dibenarkan menjalankan aktiviti merekrut, termasuk pengambilan dan penempatan kerja termasuk pembantu rumah asing.

Sehubungan itu, mana-mana ejen individu yang melakukan aktiviti ini merekrut tanpa lesen merupakan kesalahan-kesalan di bawah seksyen 7(2) Akta 246 dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan pada rekod JTKSM melalui pada tahun 2023 sehingga 2025 sebanyak 13 kes pendakwaan telah dikenakan ke atas APS atas pelbagai kesalahan, antaranya kesalahan di bawah seksyen 7 iaitu menjalankan aktiviti merekrut tanpa lesen seksyen 9 iaitu gagal mematuhi syarat lesen dan seksyen 13D tidak mempunyai dokumen pengenalan diri semasa menjalankan aktiviti merekrut jumlah yang keseluruhan denda yang telah diputuskan oleh mahkamah bagi kesalahan- kesalahan tersebut sebanyak RM205,000.

Bagi menangani isu ini, kerajaan melalui KESUMA dan Kementerian Dalam Negeri melaksanakan pendekatan yang lebih tersusun merangkumi penguatkuasaan, pemantauan agensi, pelindungan pengguna serta kempen kesedaran. Pendekatan pelbagai dimensi ini penting bagi memastikan pencegahan dapat dilakukan dari peringkat awal, manakala sindiket yang aktif dapat dikesan dan ditumpaskan dengan lebih berkesan. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Paya Besar.

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bimbang data yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi hanya 30 kes yang dilaporkan Puan Yang di-Pertua, sebab saya jumaat lepas poskan di sosial media berkaitan isu maid-scammer. Yang Berhormat Timbalan Menteri, attraction yang sangat besar dan sangat tinggi yang saya boleh bekalkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri,

draft • 10:00 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

bagaimana concern-nya mereka. Dia ada empat perkara yang melibatkan sebab apa mereka terjebak dengan maid-scammer ini:

(i) ada keperluan tinggi;

(ii) murah;

(iii) proses cepat; dan

(iv) ready stock.

Jadi, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Puan Yang di-Pertua. Pertamanya, adakah KESUMA sedar terdapat majikan yang mengajikan maid-scammer ini menggunakan permit cleaner. Itu yang pertama. Yang keduanya ejen ini dah lah tidak berlesen, mereka juga merupakan warga asing yang menawarkan pelbagai bentuk janji akhirnya sampai ke sudah tak dapat permit dan bagaimana saluran, sebab saya bimbang Puan Yang di-Pertua, 30 kes yang di sosial media ini terlampau banyak.

Jadi, bagaimana saluran yang KESUMA sediakan untuk mereka ini buat laporan secara berjemaah agar kementerian sedar, bahawasanya isu ini isu yang amat kritikal kerana kita kena bantu pasangan-pasangan yang bekerja. Kedua-dua mereka bekerja, mereka perlukan maid. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Paya Besar tadi, kami amat sedar sebenarnya dalam hal ini, tetapi dalam usaha ini sudah pastilah salah satunya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini menjadi satu kepentingan kepada kita semua sebenarnya, bukan sekadar scammer dari segi maid tapi juga scammer, scammer yang melibatkan perkara-perkara lain terlalu banyak di dalam talian sekarang ini dan kerjasama ini menjadikan ia amat penting sekali.

Dan dalam soal ini, soal pelaksanaan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Paya Besar sebentar tadi, yang saya katakan kami amat sedar tentang perkara tersebut. Salah satu pelaksanaan ePPAx membolehkan hanya majikan sebenar berdaftar log masuk dan menghantar permohonan. Dan ini yang kita galakkan supaya Yang Berhormat Paya Besar menyatakan tadi secara jemaah itu dapat dilaporkan kepada kami dan sudah pasti kami akan turun padang, termasuk yang selalu kita bincangkan soal umpamanya di luar sikit, di luar kotak sedikit umpamanya gaji minimum dan sebagainya.

Tetapi dalam soal maid ini dan sistem ini juga, kita menggunakan sistem menghalang pihak ketiga untuk menyampaikan maklumat palsu dan sudah pastilah

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

dari agensi lagi juga, kementerian lain perlu membantu kami dari— untuk memastikan setiap perkara-perkara seperti transaksi direkodkan dalam JTKSM yang membolehkan cubaan manipulasi yang dilakukan oleh mereka ini agar dapat kita atasi bersama sebenarnya Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Negara jiran kita Singapura baru-baru ini mencatatkan kes serius apabila seorang pembantu rumah dihukum penjara kerana tidak sedar menjadi keldai kewangan (money mule) dalam transaksi scam termasuk melibatkan mangsa wanita tempatan yang menjadi mangsa cinta siber. Jadi, kes ini menunjukkan sindiket penipuan semakin licik apabila sebahagian pembantu rumah dijadikan perantara tanpa sedar, sama ada bagi urusan kewangan, urusan perbankan atau transaksi digital merentas negara.

Jadi, apakah mekanisme pemantauan rentas agensi yang sedang dirangka oleh kerajaan bagi mengelakkan pembantu rumah di Malaysia, sama ada melalui ejen tidak berlesen atau ejen dalam talian daripada dieksploitasi sebagai orang tengah dalam sindiket penipuan antarabangsa. Dan adakah kerajaan mempertimbangkan satu sistem penilaian risiko atau latihan wajib bagi pekerja domestik asing? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa dalam usaha kami sebenarnya telah ada. Sebab itu kita katakan bahawa undang-undang tersebut telah termaktub dengan jelas dan dipenjara tidak melebihi dua tahun. Amat berat sekali sebenarnya. Tetapi dalam soal sindiket yang saya katakan bukan sekadar maid, pengedaran dadah pun orang berani lakukan, lagi-lagi berat hukuman.

Dalam soal perkara ini, kebetulan Menteri Pendigitalan dan masuk dalam usaha kita kerjasama dengan dalam Kementerian Digital juga amat menjadi satu keutamaan dalam pemalsuan dalam talian sebenarnya. Dan salah satu kita melakukan perkara adalah operasi bersepadu bersama pihak polis dan juga Jabatan Imigresen. Ini yang boleh kami lakukan, termasuklah semua kita bersepadu antara polis dan imigresen untuk pastikan sama ada ia palsu ataupun tidak perkara tersebut.

Pematuhan dan pelaksanaan aktiviti pelesenan dan pendaftaran di bawah Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 [Akta 246] dan memang kita dah adapun akta

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

ini. Tetapi kesalahan ini masih orang lakukan. Yang kita dapat bantuan daripada rakan-rakan dia sendiri, sebenarnya boleh membantu dalam usaha untuk kita membanteras usaha-usaha yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Jadi, dalam soal ini kita menyediakan EPS untuk lesan yang dibatalkan, sekiranya berlaku perkara tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan, Permatang Pauh.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 10:10 AM

2. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Ekonomi menyatakan bagaimana perkembangan kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar yang dilihat masih belum mencapai sasaran serta nyatakan halangan-halangan yang menjadikan rancangan ini belum berjaya.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Ekonomi untuk menjawab.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, usaha menoktahkan kemiskinan tegar telah menunjukkan kemajuan yang sangat baik. Berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Perbelanjaan dan Kemudahan Asas Isi Rumah atau (HIES) 2024, insiden kemiskinan tegar telah menurun daripada 0.2 peratus daripada tahun 2022 kepada 0.09 peratus pada tahun 2024.

Pencapaian ini adalah hasil daripada pelbagai usaha semua pihak untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan yang telah dilaksanakan selaras dengan tumpuan untuk meningkatkan mobiliti sosial di bawah RMK13. Antaranya adalah pemberian Sumbangan Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas RAHMAH yang dimulakan sejak tahun 2023. Peruntukan sebanyak RM15 bilion bagi tahun 2026 adalah yang tertinggi dalam sejarah. Pelaksanaan inisiatif Payung RAHMAH yang dimulakan sejak tahun 2023 dengan peruntukan tahun 2026 sebanyak RM600 juta.

Penyediaan pelbagai bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada lebih 560,000 isi rumah merangkumi keluarga miskin tegar, OKU dan warga emas dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion. Dan pelaksanaan program Sejahtera MADANI yang turut melibatkan sumbangan sektor swasta dalam

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

menoktahkan kemiskinan tegar dengan kejayaan dana terkumpul sebanyak RM120 juta setakat ini.

Pendekatan mengatasi kemiskinan juga dilaksanakan melalui reformasi pasaran buruh seperti yang digariskan di bawah RMK13. Ini termasuk pelaksanaan semakan gaji minima sebanyak dua kali dari RM1,200 kepada RM1,500 dan seterusnya sekarang pada kadar RM1,700 serta pengenalan dasar gaji bersih pada tahun 2024. Antara cabaran bagi mengatasi kemiskinan tegar adalah insiden kemiskinan yang bersifat dinamik, di mana isi rumah miskin bertukar ganti sepanjang masa.

Ketika ada isi rumah yang berjaya keluar dari cengkaman kemiskinan, ada pula isi rumah lain yang jatuh miskin atas pelbagai faktor seperti kematian pencari nafkah, dibuang kerja ataupun bencana alam. Terdapat juga segelintir isi rumah miskin yang kurang kemahiran untuk dipadankan dengan pasaran kerja semasa menyebabkan mereka cenderung untuk terjerumus ke dalam kancah kemiskinan.

Justeru, kerajaan menekankan aspek pembangunan kemahiran dan modal insan termasuk melalui saluran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional sebagai pelengkap kepada ekosistem program bantuan sosioekonomi yang diberikan kepada golongan sasar.

Selaras dengan pendekatan keseluruhan negara, saya memohon semua pihak termasuk Ahli Yang Berhormat dan ketua-ketua komuniti untuk bersama membantu kerajaan dalam mengusaha menoktahkan kemiskinan, sekali gus meningkatkan darjat dan martabat rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Permatang Pauh.

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat baik. Cuma di sini saya ada sedikit sahaja persoalan. Isu utama berkaitan dengan isu miskin tegas ini adalah berkaitan dengan soal pembangunan data raya yang menyeluruh. Sebelum ini kita dimaklumkan ada sistem PADU tetapi dia belum lagi diaplikasikan secara sepenuhnya. Kita juga ada data eKasih.

Jadi, persoalan saya adakah data-data ini melalui proses pemutihan secara berkala buat masa ini? Dan yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan penilaian garis kemiskinan tegar ini dengan kekerapan tertentu supaya intervensi kerajaan lebih realistik untuk menangani kemiskinan tegar ini.

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Yang di-Pertua, Yang Berhormat, data eKasih sentiasa melalui proses pemutihan berskala— skala berkala, okey.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Kita jangan lupa bahawa dari segi untuk menoktahkan miskin tegar kita perlu memahami bahawa ia adalah sesuatu perkara yang kita melalui statistik dinamik dan sentiasa perlu dipertingkatkan dari segi maklumat.

Kita menggunakan dari segi maklumat daripada PADU dan statistik yang ada daripada kementerian-kementerian lain termasuk daripada ICU dan dari segi Kementerian Kewangan dan yang lain-lain.

Jadi, kita nak memastikan bahawa sebanyak yang boleh kita membantu mereka dalam miskin tegar. Ada yang mereka mungkin agak sukar untuk berjumpa dan ingin memaklumkan penukaran. Jadi, yang ini sentiasa harus dipercapaikan dan adalah kalau tidak silap saya, antara dari segi pertemuan daripada pihak pegawai kerajaan akan berjumpa juga dengan mereka. Terima kasih Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 10:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Kemiskinan ini adalah perkara yang subjektif dan sentiasa berubah mengikut zaman. Sebahagian besar isi rumah miskin tegar berada di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman seperti yang kita sedia maklum mereka berhadapan dengan pelbagai kekangan seperti akses pengangkutan, peluang kerja yang terhad dan kekurangan kemahiran.

Soalan saya, adakah terdapat strategi baru yang difikirkan oleh kementerian yang lebih bersifat lokasi atau place-based strategy bagi menangani kekangan dan halangan-halangan tersebut terutamanya di Sabah, Sarawak dan pendalaman Semenanjung. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Dari segi masalah miskin tegar, bukannya adalah sesuatu perkara yang boleh diatasi dengan mudah. Tetapi kami amat menggalakkan jikalau mempunyai cadangan yang baik. Tetapi apakah yang telah dilaksanakan melalui kerajaan dengan dari segi inisiatif yang ada? Alhamdulillah, kita telah mendapatkan pembaikan dari segi yang telah dimaksudkan tadi.

draft • 10:20 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Jadi insya-Allah, jikalau ada cadangan lain, insya-Allah kita alu-alukan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Untuk soalan nombor 3, YB Jempol tiada dalam Dewan.

[****Soalan No.3** – YB. Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli (Jempol) tidak hadir] Jadi, saya jemput Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Dungun.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Yang di- Pertua. Soalan nombor 4.

draft • 10:20 AM

4. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan bercadang memperkenal mekanisme baharu yang lebih menyeluruh bagi memastikan cukai terhadap golongan kaya dan pemilik barangan mewah dapat dipungut secara berkesan selepas HVGT dibatalkan.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa komited untuk menggalas tanggungjawab memperkukuh kedudukan fiskal negara. Namun pada masa yang sama, masih tetap memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan hasil yang dirancang, secara prinsipnya akan dilaksana secara berhati-hati, melibatkan libat urus dengan pihak berkepentingan dengan mengambil kira keperluan fiskal negara.

Namun pada masa yang sama, tidak membebankan rakyat dan generasi akan datang.

Sehubungan itu, walaupun pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi atau high value goods tax, dengan izin, (HVGT) tidak diteruskan, prinsip asas cukai tersebut telah disemak semula dan diselaraskan dengan penambahbaikan dasar percukaian sedia ada melalui semakan semula kadar cukai jualan dan perluasan skop cukai perkhidmatan (SST) yang telah berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Melalui pendekatan ini, barangan mewah dan barangan pilihan kini dikenakan cukai jualan pada kadar lima peratus atau 10 peratus, selaras dengan matlamat asal HVGT untuk memastikan golongan berkemampuan menyumbang secara saksama kepada hasil negara. Barangan tersebut termasuklah barangan yang dahulunya dikategorikan sebagai HVGT seperti pakaian, termasuk pakaian premium, jam tangan

draft • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

serta barangan pilihan lain yang lazimnya dikaitkan dengan segmen golongan berpendapatan tinggi.

Kadar kenaan cukai jualan tersebut adalah dianggap memadai buat masa kini untuk dikenakan kepada golongan berkemampuan yang membeli atau menggunakan barangan bukan asas tersebut. Pendekatan barangan yang bukan merupakan barangan asas adalah bagi memastikan proses penentuan barangan bercukai yang telus, konsisten serta tidak tertumpu kepada penentuan asas, penentuan atau definisi ke atas barangan yang dikategorikan sebagai mewah.

Pendekatan ini juga lebih menyeluruh kerana mengambil kira kesan kepada industri dan pengguna serta memastikan pelaksanaannya dapat dijalankan secara lebih lancar dan berkesan di bawah sistem percukaian sedia ada. Kerajaan akan terus menilai keberkesanan langkah ini dari semasa ke semasa, bagi memastikan struktur pencukaian kekal progresif, mampan dan seiring dengan keperluan fiskal negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Dungun.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih. Undang- undang mesti bersifat adil. Tetapi apa yang berlaku sekarang, undang-undang lebih tajam ke bawah. Ada orang atasan yang mendapat DNAA, NFA dan kabur dari segi maklumat dan tidak diteruskan kerana tidak jelas.

Begitu juga dalam konsep dasar pencukaian negara. Sepatutnya ia mesti berlaku adil. Mengapa LVGT iaitu melibatkan nilai barangan rendah, dikutip daripada rakyat? Tetapi HVGT dinilai cukai kepada cukai barangan mewah atau barangan nilai harga tidak dikutip dan tidak diteruskan? Mengapa— Boleh dijelaskan atau tidak dalam soal kerajaan mempertahankan prinsip keadilan, termasuk dalam dasar percukaian negara? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Dungun.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Berkenaan dengan LVGT iaitu low value goods tax. LVGT ini telah dikenakan kepada barangan yang berharga RM500 ke bawah. Ini terutamanya kita mengadakan LVGT ini untuk e-commerce atau dalam online business. Sebab banyak itu lebih kurang daripada RM500.

Jadi, kita kenakan ini untuk memastikan semua adalah dijalankan dengan adil, semua barangan, terutamanya yang dibeli melalui online juga dikenakan cukai, yang

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

berjumlah RM500. Ini kita akan semak dari masa ke semasa untuk memastikan semua percukaian adalah dilaksanakan secara adil. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batu Pahat.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Puan Timbalan Speaker. Soalan tambahan kepada Timbalan Menteri. Apakah kerajaan bercadang untuk menilai semula peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah berkuat kuasa kepada 1 Julai 2025? Memandangkan implikasi kos tambahan ini akan mendorong kenaikan harga barang dan harga barangan dalam perkhidmatan. Sekali gus, dia akan membebankan pengguna, khususnya berpendapatan rendah.

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat. Sekali lagi saya ingin tegaskan, kerajaan sentiasa komited untuk menggalaskan tanggungjawab memperkukuhkan kedudukan fiskal negara. Namun pada masa yang sama, masih tetap memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan hasil yang dirancang secara prinsipnya akan dilaksanakan secara berhati-hati, melibatkan libat urus dan sebagainya. Pada masa ini, kerajaan mengekalkan pelaksanaan sedia ada iaitu peluasan skop cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa pada 1 Julai tahun ini.

Memandangkan pelaksanaannya telah dirangka dengan mengambil kira langkah mitigasi yang bersifat bersasar dan progresif. Untuk memastikan perusahaan kecil dan sederhana terus berdaya saing serta tidak terbeban dengan pelaksanaan ini, kerajaan telah menyediakan beberapa kemudahan setelah menjalankan libat urus dengan pihak yang berkepentingan.

Seperti penetapan nilai ambang pendaftaran yang tinggi dikenakan bagi perkhidmatan baharu yang mula dikenakan cukai perkhidmatan ialah RM1 juta setahun. Dan juga ini adalah untuk perkhidmatan sewa atau pajakan dan perkhidmatan kewangan berasaskan fi serta RM1.5 juta setahun bagi perkhidmatan, pembinaan dan penjagaan kesihatan swasta. Dan juga pengecualian cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan sewaan dan pajakan kepada peniaga kecil yang pendapatan tahunan kurang daripada RM1 juta.

Pada masa yang sama, selepas menerima maklum balas dan juga meneliti industri, kerajaan turut telah mengecualikan perkhidmatan kecantikan yang pada asalnya kita nak masukkan ke skop peluasan cukai perkhidmatan. Langkah-langkah

draft • 10:20 AM

Puan Lim Hui Ying

ini memastikan peluasan skop SST dilaksanakan secara berhemah dan tidak membebankan pengguna serta PKS.

Sebaliknya, kita nak menyokong usaha memperkukuhkan hasil negara secara berperingkat bagi memastikan kemampanan fiskal jangka panjang tanpa menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.

draft • 10:20 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Puan Pengerusi.

Soalan saya nombor 5.

draft • 10:20 AM

5. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Digital menyatakan apakah usaha kementerian untuk mengawal selia polisi dan soal etika berkenaan penggunaan kecerdasan buatan (AI), khususnya aplikasi ChatBot dan penjanaan video bagi memastikan ia nya tidak disalah guna dan mendatangkan risiko kepada pengguna.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Menteri Digital untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Puan Speaker. Puan Yang di-Pertua, di dalam aspek pengukuhan kerangka perundangan, Kementerian Digital sedang melaksanakan beberapa langkah yang penting iaitu pertamanya, kita lihat kepada aspek menggubal undang-undang tadbir urus AI.

Rang Undang-undang Tadbir Urus AI sedang dibangunkan. Ia nya bertujuan untuk menangani risiko secara menyeluruh serta juga mewujudkan sistem amalan tadbir urus yang bertanggungjawab untuk penggunaan AI yang merentas semua sektor. Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan ataupun IO juga sedang membangunkan kertas cadangan kerangka kawal selia AI yang merangkumi risiko AI, kemudaratan AI, pelaporan insiden dan prinsip-prinsip etika yang akan dijadikan asas cadangan bagi skop rang undang-undang tersebut.

Rang undang-undang ini Puan Yang di-Pertua, berasaskan penilaian risiko untuk memastikan ekosistem AI yang selamat dan bertanggungjawab. Keduanya, aspek pengukuhan undang-undang yang sedia ada, perlu diberi pertimbangan.

Pertamanya, penguatkuasaan tanggungjawab pemproses data melalui Akta Perlindungan Data Peribadi Tahun 2010 serta pembangunan garis-garis panduan khusus yang berkaitan dengan pembuatan keputusan automatik ataupun ADM dalam pemprofilan.

draft • 10:20 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Keduanya, kita melihat kepada aspek melindungi infrastruktur digital dan menangani penyebaran kandungan berbahaya melalui Akta Keselamatan Siber 2024 dan juga Akta Keselamatan Dalam Talian 2024.

Ketiga, kita mengkaji semula akta-akta yang berkaitan seperti Akta Keterangan tahun 1950 dan juga Akta Kontrak tahun 1950 supaya kita dapat membuat pindaan yang sesuai dengan perkembangan landskap teknologi AI termasuk implikasinya terhadap pembentukan dan pelaksanaan kontrak serta integriti keterangan.

Kemudian, kita juga melihat kepada agensi-agensi penguat kuasa seperti NACSA yang sedang merangkakan undang-undang iaitu Rang Undang-undang Jenayah Siber untuk menggantikan Akta Jenayah Komputer tahun 1997 yang turut merangkumi isu berkaitan deepfake.

Yang di-Pertua, dari aspek teknikal dan operasi, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi menangani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan di antaranya termasuk pertama, pembangunan teknologi pengesanan― this is important. Cyber Security Malaysia (CSM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia sedang membangunkan aplikasi berasaskan AI yang boleh mengesahkan ketulenan gambar dan video yang boleh membantu dalam proses siasatan jenayah siber.

Yang kedua, kerjasama pemantauan Tuan Yang di-Pertua, dengan MCMC atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia di mana kita ada kerjasama dengan platform media sosial utama untuk kesan serta sekat penyebaran kandungan deepfake yang menyeluruh ataupun menyentuh sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pendekatan yang menyeluruh, Kementerian Digital berhasrat untuk membina ekosistem AI ataupun kecerdasan buatan yang inovatif namun selamat di mana potensi teknologi dapat dimanfaatkan sepenuhnya, sementara risiko penyalahgunaan dikawal dengan rapi sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lubok Antu.

draft • 10:30 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang padat ya. Soalan saya seterusnya, apakah usaha atau langkah yang diambil oleh kementerian bagi memastikan masyarakat umum di Malaysia penjadi pengguna platform kecerdasan AI yang bijak dan rasional

draft • 10:30 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

agar masyarakat tidak sewenang-wenangnya terpengaruh dengan nasihat atau cadangan yang dijana oleh platform ChatBot?

draft • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di- Pertua, ini soalan yang cukup baik. Dengan teknologi yang moden, memang semua orang akan tertarik dengan— sebenarnya apakah kekuatan yang dibekalkan melalui teknologi tersebut, tetapi dalam masa yang sama, kita kena prihatin, kena pastikan bahawa aspek risiko juga dapat kita utarakan supaya semua yang menggunakan teknologi itu faham sebenarnya, apakah risiko yang berkait apabila menggunakan teknologi-teknologi tertentu. Ini termasuk juga dengan ChatBot sepertimana dibangkitkan dalam soalan Yang Berhormat pagi ini.

Beberapa perkara dilaksanakan. Pertama, kita ada program-program ceramah kesedaran keselamatan siber and ini sangat penting kerana kesedaran itu adalah point pertama. Kalau kita tahu berkaitan dengan teknologi dan kita sedar apakah risiko yang terlibat, maka di situlah bermulanya usaha untuk kita pastikan bahawa kita dapat mengelak daripada risiko-risiko tersebut apabila kita menggunakan teknologi tersebut.

Kita ada program Cyber Safe Awareness Talk (CSAT) daripada Program CyberSAFE untuk rakyat yang merupakan khusus komprehensif yang direka untuk sediakan rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran untuk melindungi aset digital mereka.

Kemudian Tuan Yang di-Pertua, kita ada juga Modul Etika Siber Nasional ataupun ESN dengan kerjasama erat daripada Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan. Modul ini dibangkitkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid-murid sekolah berkenaan keselamatan serta etika dalam talian.

Keempatnya, kita ada beberapa inisiatif nasional seperti Sambutan Hari Keselamatan Internet edisi Malaysia yang diadakan pada bulan Februari setiap tahun. Ini untuk promosikan keselamatan Internet serta tingkatkan kesedaran orang ramai berkenaan kepentingan keselamatan siber.

Kelima, kita ada membangunkan info grafik keselamatan siber yang dapat sampaikan maklumat secara ringkas dan mudah difahami kepada masyarakat berkenaan dengan risiko dan kemudiannya kita ada video-video ringkas keselamatan siber dan juga sesi temu bual media untuk memastikan bahawa kita sentiasa membawa perkembangan terbaru khususnya berkaitan risiko kepada

draft • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

masyarakat di luar sana apabila mereka menggunakan teknologi, mereka sedar berkenaan dengan risiko ini.

Kemudian yang penting sekali, kita ada agensi-agensi penguat kuasa seperti Cyber Security Malaysia yang sering kali melihat kepada aspek keselamatan dan kita akan apabila ada wujudnya risiko baru, memastikan bahawa maklumat berkaitan risiko tersebut diberikan kepada masyarakat ramai supaya mereka dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelak daripada terjerat dalam risiko ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Mas. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memahami daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi bahawa kerajaan sedang— seolah sedang mengkaji untuk mewujudkan pengenalan undang-undang khusus berkenaan AI ini dan ia menunjukkan bahawa kita sama-sama setuju bahawa tidak cukup dengan hanya sekadar apa yang kita ada sekarang ini iaitu National Guideline of AI Government and Ethics semata-mata, kita perlu kepada undang-undang khusus.

Cuma, persoalan saya ialah, adakah kerajaan sudah menetapkan scope of a regulation-nya ataupun undang-undang ini, adakah akan menentukan kepada watermarking mandatory, audit algoritma ataupun take down yang wajib untuk deepfake dalam jangka masa tertentu?

Dan, boleh kah Menteri nyatakan tempoh masa yang konkrit, bilakah kita akan kemukakan kajian dan juga pengenalan undang-undang ini? Adakah pada tahun ini ataupun tahun hadapan atau bilakah masanya? Sebab negara-negara lain sudah pun satu demi satu meninggalkan kita dalam isu ini. Terima kasih Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Pasir Mas. Terima kasih Yang di- Pertua. Ini saya rasa soalan yang berkaitan kepada dua perkara. Satu, apa tindakan yang akan dilaksanakan. Kemudiannya, tempoh masa yang kita tetapkan untuk perkara ini.

Pertamanya Yang Berhormat, bila kita lihat kepada kerangka perundangan AI dan saya telah sebut juga dalam Dewan ini sebelum daripada ini, kita lihat kepada beberapa pendekatan. Pendekatan pertama adalah untuk melihat kepada satu rangka undang-undang, kerangka undang-undang yang dapat secara keseluruhannya mengawal masalah yang kita hadapi dengan teknologi baru khususnya dalam AI.

Keduanya, kita lihat kepada bagaimana kita dapat membahagikannya kepada bahagian-bahagian yang berbeza. Ada beberapa bahagian yang tidak

draft • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo

memerlukan undang-undang dapat diselesaikan dengan adanya peraturan- peraturan ataupun apa yang disebut sebagai kaedah-kaedah standards. Jadi, di situ kita lihat ia nya dapat dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat bahagian perkara-perkara yang tidak perlu perundangan, perkara-perkara yang mencukupi kalau ada kaedah-kaedah.

Ketiganya, perkara-perkara yang dapat ditangani oleh peraturan; dan keempatnya Tuan Yang di-Pertua, aspek-aspek yang memerlukan perundangan dari sudut undang-undang, ia nya perlu dilihat dari sudut itu kerana kalau kita ada undang-undang, kalau kita ada peraturan, kita ada kaedah-kaedah dan sebagainya, kita perlu ada institusi yang dapat membuat kawal selia dan juga mengambil tindakan sekiranya berlaku sebarang perkara yang bertentangan dengan peruntukan- peruntukan yang kita wujudkan itu.

Jadi, ini ialah satu proses yang bukan sekadar lihat kepada apakah perundangan, tetapi juga institusi-institusi yang digunakan, diperlukan untuk tujuan tersebut.

Jadi, kita dalam proses membincang, apakah sebenarnya yang diperlukan.

Setakat ini Yang Berhormat, kita telah pun mengenal pasti sebenarnya apakah cadangan kita untuk bergerak ke depan. Saya lihat dalam enam bulan yang akan datang dalam sesi tahun depan, kalau sempat dalam bulan Jun, kita boleh mengemukakan kerangka, tetapi kerangka itu akan berkisar kepada pendekatan kedua yang saya sebutkan tadi.

Kita akan bahagikan kepada aspek-aspek tertentu kerana industri pun perlu kita mendapat pendapat daripada mereka, apakah sebenarnya cadangan. Kita tidak mahu undang-undang yang mempunyai kesan mengehadkan inovasi dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, kita juga nak pastikan bahawa teknologi dapat membangun dalam negara kita, tetapi itulah satu perkara dalam kajian kementerian sekarang, dalam enam bulan saya harap bulan Jun kita dapat bentangkan cadangan tersebut dan cadangan itu akan berkaitan dengan apakah struktur atau kerangka perundangan dan juga agensi-agensi yang diperlukan untuk enforcement dan juga kawal selia peraturan-peraturan tersebut. Terima kasih Pasir Mas.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.

draft • 10:30 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Puan Speaker.

Soalan saya nombor 6, tetapi sebelum Timbalan Menteri menjawab, saya ingin

draft • 10:30 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

mengalu-alukan kehadiran di dalam Dewan ini, rombongan seramai 24 orang Ketua Masyarakat dari kawasan Lubok Nibong, Marudi P.220 Baram. Rombongan diketuai oleh Pemanca Randie dan Pegawai Daerah Marudi, Puan Rose Edward Tarang.

Selamat datang.

draft • 10:30 AM

6. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah kementerian mempercepat pendigitalan koperasi khususnya dalam aspek pemasaran, pengurusan kewangan dan penggunaan teknologi baharu bagi memastikan koperasi kekal berdaya saing.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Batang Sadong.

Pertama sekali, saya pohon izin untuk menjawab bagi pihak KUSKOP.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP melalui agensi-agensi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sentiasa komited dalam memperkasakan rakan koperasi di Malaysia melalui adaptasi pendigitalan seiring dengan matlamat Dasar Koperasi Malaysia 2030.

Dalam hal ini, KUSKOP juga telah membangunkan Pelan Tindakan Digital Koperasi (DigiKOP) 2030 bagi memperkasakan penggunaan digitalisasi dalam pentadbiran dan pengurusan serta perniagaan koperasi. Pelan tindakan ini merangkumi:

(i) pembangunan ekosistem digital koperasi yang bersepadu;

(ii) pemerkasaan bakat digital;

(iii) pengukuhan tadbir urus berasaskan teknologi; dan

(iv) pemacuan inovasi perniagaan koperasi dalam ekonomi digital.

Di samping itu, Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah menyediakan pelbagai insentif dan juga latihan bagi menggalak dan mempercepatkan pendigitalan koperasi dalam menjalankan aktiviti perniagaan dan pengurusan koperasi.

Antaranya, geran pembangunan sebanyak RM500,000 di bawah Program Pemerkasaan Ekosistem Digital dan Teknologi Koperasi (EEDiK) dan juga program dagang produk/perkhidmatan koperasi e-DAPAT yang memperuntukkan bantuan geran berjumlah RM175,000. Selain itu, geran berjumlah RM50,000 juga disediakan di bawah Program Pembangunan Premis Digital Koperasi dengan kerjasama MYNIC, agensi di bawah Kementerian Digital.

Dari aspek latihan dan juga bimbingan, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) juga berperanan membantu koperasi dalam menghadapi cabaran era pendigitalan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

melalui latihan dan juga bimbingan kepada koperasi dan juga usahawan dari segi pemasaran, pengurusan kewangan dan penggunaan teknologi baharu. Antara program yang dilaksanakan adalah program bimbingan koperasi bersasar iaitu Pemerkasaan Digital Koperasi ataupun Cooperative Digital Empowerment, dengan izin, CODE. Program ini bertujuan untuk memupuk koperasi yang berpotensi bagi mewujudkan koperasi yang mampan di platform digital.

Selain itu, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) turut melaksanakan inisiatif dalam membantu memperkasa gerakan koperasi melalui program pendigitalan. Antaranya, beberapa siri bengkel digitalisasi berkaitan pembangunan laman web, AI dan juga penggunaan media sosial dalam aktiviti perniagaan dan juga pengurusan koperasi telah pun diatur dan juga dilaksanakan.

Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batang Sadong.

draft • 10:40 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Timbalan Menteri Pendidikan menjawab bagi pihak Timbalan Menteri KUSKOP.

Soalan tambahan saya. Kita tahu kerajaan kini melalui KUSKOP melaksanakan Pelan Transformasi Koperasi 2030 dan Dasar Koperasi Malaysia iaitu DaKoM. Bagaimana elemen pendigitalan di bawah pelan strategik ini digunakan secara khusus untuk membantu koperasi bermasalah, terutama sekali yang tidak aktif, mengembalikan operasi dan meningkatkan kecekapan pengurusan mereka?

Saya juga ingin mendapatkan komitmen daripada pihak KUSKOP, kementerian. Sejauh mana langkah pendigitalan ini benar-benar menjadi pemacu utama untuk menghidupkan semula koperasi bermasalah dan memastikan gerakan koperasi negara kekal relevan dalam ekonomi digital? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat dari Batang Sadong.

Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Batang Sadong, di bawah KUSKOP, ada Dasar Koperasi Malaysia dan juga Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi (DigiKOP) 2030 yang telah pun saya sebut tadi. Dan di bawah Pelan Tindakan Digitalisasi Koperasi ini, empat teras strategik telah pun saya sebut berkenaan dengan pembangunan ekosistem, pemerkasaan modal insan, pemerkasaan penggunaan digitalisasi dan juga peningkatan penggunaan teknologi.

Dan pihak KUSKOP ada menetapkan berkenaan tahap digitalisasi koperasi yang akan dipantau terhadap koperasi yang terbabit termasuklah tahap satu— tahap

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

digital asas, tahap dua— tahap digital pertengahan, tahap 3 – tahap digital maju, dan tahap 4 – tahap digital pintar.

draft • 10:40 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dan untuk membantu koperasi-koperasi untuk mempunyai daya maju, daya saing yang boleh maju ke hadapan, seperti juga saya sebut tadi, bantuan-bantuan telah pun disediakan.

Dan pada tahun hadapan di bawah RP1 RMK13, sejumlah RM13.8 juta telah pun diperuntukkan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi melaksanakan pelbagai program untuk memperkasakan sektor koperasi merangkumi pembangunan koperasi di bawah RMK13, yang mana RM4.8 juta diberikan secara langsung untuk dua program iaitu Program Penggalakan Koperasi sebagai Perusahaan Sosial dan― itu RM1 juta― dan RM3.8 juta adalah untuk Program Transformasi Ekonomi Koperasi Pertanian dan Perladangan (TEKAD).

Dan kita KUSKOP ada RM9 juta lagi untuk disalurkan secara pinjaman melalui Program SCOPE 2.0 dan PPMK 3.0. Dan kesemua ini sudah tentu boleh membantu koperasi-koperasi untuk maju ke hadapan.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Rompin.

draft • 10:40 AM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dalam menilai keberkesanan program sedia ada, contoh National Cooperative Policy 2021–2025, apakah kelemahan utama yang dikenal pasti kementerian dalam program latihan dan dana pendigitalan khususnya untuk usahawan kecil dan sederhana (PKS)?

Dan apakah strategi spesifik kementerian untuk mengatasi jurang digital di kawasan luar bandar khususnya dalam kalangan koperasi yang ahlinya terdiri daripada kalangan B40, di mana isu akses kepada Internet dan tahap literasi digital masih menjadi penghalang utama dalam penggunaan teknologi baru seperti e- dompet dan pengurusan rantaian bekalan digital? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Rompin. Berkenaan dengan isu pemantauan dan juga pengurangan dari segi jurang antara kesemua koperasi yang terlibat, saya pohon untuk menjawab secara bertulis.

Namun demikian, KUSKOP sememangnya, melalui IKMa, telah pun memberikan latihan kepada koperasi-koperasi supaya mereka adalah terlatih, anggota mereka adalah terlatih untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

draft • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2024, sebanyak 2,804 koperasi telah pun dilatih, tahun 2025 sebanyak 3,704 koperasi telah pun dilatih.

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Saya nak mulakan dengan pantun.

Setiap tahun bencana melanda, Sekarang musim tengkujuh; Ramai wakil rakyat rasa gundah gulana; Walaupun dalam bencana, Pendang datang juga kerana soalan nombor 7.

draft • 10:40 AM

7. Datuk Haji Awang bin Hashim [Pendang] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) tahap pelaksanaan sistem e-Invois setakat ini serta sejauh mana ia berkesan meningkatkan pematuhan cukai; dan

(b) langkah kerajaan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menghadapi cabaran adaptasi termasuk dari segi pengetahuan, kos latihan dan penambahbaikan sistem supaya pelaksanaannya tidak membebankan mereka.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk menjawab.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah melaksanakan inisiatif e-Invois secara berfasa bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran pencukaian negara dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi digital.

Pelaksanaan inisiatif ini adalah selaras dengan strategi Rancangan Malaysia Kedua Belas di mana fokus diberikan kepada pengukuhan infrastruktur perkhidmatan digital dan pendigitalan pentadbiran cukai.

Pelaksanaan e-Invois memberi pelbagai manfaat kepada perniagaan iaitu dari segi meningkatkan kecekapan dan melancarkan operasi perniagaan, mengurangkan proses manual dan kesilapan, memudahkan pengemukaan borang nyata cukai, mendigitalkan pelaporan pencukaian dan secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pematuhan cukai.

Pelaksanaan e-Invois pada masa ini masih di peringkat awal memandang kerajaan memberi tempoh peralihan kepada perniagaan selama enam bulan bagi

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

setiap fasa untuk membuat persediaan sepenuhnya bagi mengeluarkan e-Invois.

Oleh itu, keberkesanan e-Invois dalam meningkatkan pematuhan cukai hanya dapat ditentukan setelah pelaksanaan mandatori sepenuhnya.

Tahap penerimaan dan pematuhan pembayar cukai terhadap pelaksanaan e- Invois adalah amat baik. Ini dapat dilihat di mana sehingga 21 November 2025, seramai 108,000 pembayar cukai telah melaksanakan e-Invois. Daripada jumlah tersebut, 64,317 pembayar cukai melaksanakan e-Invois secara mandatori yang terdiri daripada 5,528 pembayar cukai bagi fasa pertama, 13,964 bagi fasa kedua dan 44,825 bagi fasa ketiga.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Selain itu, sebanyak 44,000 pembayar cukai dari fasa keempat dan kelima telah melaksanakan e-Invois secara sukarela. Sehingga kini sebanyak 735 juta e- Invois telah berjaya dikeluarkan.

Bagi membantu perniagaan terutamanya perusahaan modal kecil dan sederhana (PMKS) yang memerlukan tempoh persediaan secukupnya, kerajaan memperkenalkan fasa pelaksanaan e-Invois kepada perniagaan yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM5 juta seperti berikut.

Fasa keempat mulai 1 Januari 2026 yang melibatkan perniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM1 juta sehingga RM5 juta dan fasa kelima, mulai 1 Julai 2026 yang melibatkan perniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta.

Selain itu, perniagaan kecil yang mempunyai jualan tahunan di bawah RM500,000 adalah dikecualikan daripada pelaksanaan e-Invois. Pengecualian ini memberi manfaat kepada peniaga kecil yang tidak perlu menanggung kos tambahan untuk mendapatkan kemahiran teknikal bagi melaksanakan e-Invois.

Sungguhpun diberi pengecualian ini namun kerajaan amat menggalakkan penglibatan peniaga kecil dalam inisiatif e-Invois selaras dengan aspirasi ke arah pendigitalan perniagaan.

Bagi terus membantu PMKS, portal MyInvois telah disediakan oleh LHDN untuk diakses dan digunakan secara percuma bagi proses penghantaran e-Invois.

Aplikasi MyInvois juga telah dibangunkan sebagai platform mudah alih bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois menggunakan telefon pintar.

Manakala sistem MyInvois e-POS turut disediakan sebagai platform digital Point of Sale atau POS yang membolehkan penjual mengeluarkan e-Invois secara

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

langsung secara transaksi bersama pembeli atau pembeli boleh meminta e-Invois daripada penjualan selepas transaksi selesai.

Di samping itu, LHDN juga sentiasa menjalan program dan sesi libat urus yang berterusan terutamanya kepada peniaga kecil dan PMKS bagi tujuan kesedaran dan pendidikan di seluruh negara serta menyediakan tutorial bimbingan dan panduan pengguna bagi membantu dan menggunakan portal MyInvois. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih, Puan Yang di- Pertua. Kita masih lagi melihat black economy ini disebabkan keberkesanan mengutip cukai. Jadi, mereka yang nak melarikan diri daripada membayar cukai mereka— berlakulah black economy yang masih lagi berleluasa dalam negara kita ini.

draft • 10:50 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, saya harap, saya nak mohon kepada Kementerian Kewangan supaya e-Invois ini perlu diperkemaskan lagi supaya kita boleh membanteras, dalam masa yang sama boleh membanteras gejala black economy yang berlaku dalam negara kita yang mengurangkan hasil negara, memberi impak kepada ekonomi.

Jadi, oleh sebab itu, kita menerima prinsip bahawa e-Invois adalah reformasi penting bagi memperkukuhkan sistem percukaian negara. Namun, realitinya majoriti PMKS masih tidak bersedia, mereka menghadapi kekangan kos integrasi sistem, kekurangan tenaga kerja yang celik digital serta caj langganan perisian e-Invois yang semakin meningkat akibat monopoli penyedia perkhidmatan. Service provider ini mengambil kesempatan ini juga, kita tengok menekan PMKS ini.

Lebih membimbangkan sebahagian pemain kecil mula merungut bahawa e- Invois ini boleh menjadi bentuk cukai baharu secara tidak langsung kerana mereka perlu menanggung kos operasi tambahan sebelum melihat apa-apa manfaat sebenar kepada perniagaan.

Persoalannya, apakah kesan mitigasi menyeluruh kerajaan untuk memastikan e-Invois tidak membebankan PMKS termasuk pertimbangan terhadap subsidi digital, latihan teknikal berfokus sektor serta atau tempoh pengecualian bersyarat (grace period) bagi syarikat mikro keusahawanan yang masih berada di peringkat asas digitalisasi.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Maknanya ada link antara Kementerian Digital dengan Kementerian Kewangan yang nak buat e-Invois ini. Oleh sebab itu kita tengok, adakah kerajaan bersedia...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, jangan bahas.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Mewujudkan satu mekanisme maklumat balas dua hala antara LHDN dan PMKS agar pelaksanaannya bersifat reality-based policy, bukan hanya ideal di atas kertas. Apakah jaminan kerajaan bahawa pelaksanaan e-Invois ini tidak sekadar menambah tekanan kepada PMKS...

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Soalan ini penting, soalan ini penting kerana PMKS ini terlibat banyak— okey, last.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk, sudah dua soalan.

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, apakah jaminan kerajaan bahawa pelaksanaan e-Invois ini tidak sekadar menambah tekanan kepada PMKS yang sedang berjuang untuk hidup dan bilakah akan diwujudkan mekanisme mitigasi spesifikasi? Inilah perkara yang selalu dok berlaku huru-hara sebab hampa dok ganggu.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab satu soalan sahaja.

draft • 10:50 AM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sat lagi aku balas balik, hampa tak tahan lagi, hampa buat usul mengadu dekat Speaker.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jangan kacau, biar saya habis dulu. Apa ini tak reti ini. Okey, terima kasih, sila.

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang. Dalam usaha untuk membantu PMKS melaksanakan e- Invois tanpa melibatkan sebarang kos tambahan, LHDN telah menyediakan, saya sudah sebutkan tadi tapi tak apa saya akan ulang.

Portal MyInvois yang boleh di akses dan digunakan secara percuma bagi proses penghantaran e-Invois kepada LHDN dan juga aplikasi MyInvois iaitu platform

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

mudah alih bagi memudahkan pelaksanaan e-Invois di telefon pintar, sistem MyInvois e-POS iaitu platform digital Point of Sale (POS) yang disediakan secara percuma oleh LHDN bagi membolehkan penjual yang layak dengan pendapatan atau jualan tahunan di bawah RM750,000 untuk mengeluarkan e-Invois secara langsung semasa transaksi dengan pembeli ataupun pembeli boleh meminta e-Invois daripada penjual selepas selesai.

Bagi PMKS yang berkeupayaan dari segi kewangan, mereka mempunyai pilihan untuk membangunkan sistem sendiri atau menggunakan perkhidmatan pembekal teknologi seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pendang. Namun, anggaran kos yang perlu ditanggung oleh peniaga adalah bergantung kepada proses perniagaan dan kompleksiti sistem perniagaan masing-masing serta berdasarkan keperluan perniagaan.

Bagi terus membantu perniagaan, kerajaan menyediakan insentif cukai kepada mereka yang melakukan perbelanjaan bagi pelaksanaan e-Invois seperti berikut, yang kita juga telah banyak kali menyebut iaitu tempoh tuntutan elaun model dikurangkan kepada empat tahun kepada tiga tahun. Potongan cukai sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran bagi perbelanjaan yuran perundingan yang ditanggung oleh PMKS mulai tahun taksiran 2024 ke 2027.

Kerajaan akan terus komited untuk membantu semua syarikat termasuk PMKS semasa tempoh peralihan dalam melaksanakan e-Invois sepenuhnya.

Sesi libat urus, aktiviti pendidikan dan Hand Holding Program dengan izin akan terus dipergiatkan lagi di seluruh negara bagi menjelaskan proses dan mekanisme dan pelaksanaan e-Invois di samping memberi bimbingan berhubungan penggunaan portal MyInvois. Semua libat urus, semua rundingan ini adalah diberikan oleh LHDN secara percuma. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ledang.

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Kita dengar tadi bahawa antara perkara yang merunsingkan di kalangan PMKS ialah kekeliruan teknikal ataupun yang membebankan mereka sehingga boleh menjejaskan dari segi kos operasi.

Jadi, bagi kerajaan sudah tentunya kita nak pastikan supaya pelaksanaan e- Invois ini benar-benar memudahkan, bukan menyulitkan supaya rakyat dapat berniaga, mereka ini dapat berniaga dan menanggung kos hidup keluarga mereka.

Jadi, soalan tambahan saya, adakah semua transaksi penjualan barang dan penyediaan perkhidmatan dibenarkan untuk digabungkan dan disatukan bagi kita

draft • 10:50 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

menghantar data kepada LHDN ataupun adakah kerajaan tetapkan garis panduan khusus mengenai bentuk penyatuan transaksi yang dibenarkan di bawah sistem e- Invois untuk pastikan ketelusan pematuhan serta kemudahan kepada para peniaga khususnya PMKS?

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Secara asasnya, e-Invois hendaklah dikeluarkan oleh penjual bagi setiap transaksi penjualan barang dan penyediaan perkhidmatan melalui sistem ataupun portal MyInvois.

Walau bagaimanapun, perniagaan dibenarkan untuk menyatukan transaksi- transaksi jualan barang dan perkhidmatan bagi transaksi tertentu berdasarkan butiran resit yang dikeluarkan kepada pembeli dan hendaklah mengemukakan kepada pihak LHDN dalam tempoh tujuh hari pertama bulan berikutnya.

Namun, begitu MOF atau Kementerian Kewangan telah menetapkan beberapa aktiviti dan industri yang tidak dibenarkan untuk mengeluarkan e-Invois disatukan atau consolidated e-Invoice dengan izin seperi berikut. Ada tujuh golongan.

(i) automatif iaitu jualan kenderaan bermotor;

(ii) jualan tiket penerbangan dan penerbangan peribadi;

(iii) barang emas dan barang mewah;

(iv) pembinaan iaitu membina sebuah rumah atau kompleks;

(v) pemborong dan peruncitan barangan pembinaan;

(vi) perjudian dan permainan berlesen; serta

(vii) bayaran kepada ejen atau pengedar.

draft • 10:50 AM

Puan Lim Hui Ying

Tetapi walau bagaimanapun, mulai 1 Januari tahun depan iaitu 2026, kita akan tambahkan tiga lagi aktiviti yang tidak dibenarkan pengeluaran e-Invois yang disatukan iaitu pertama, transaksi jualan barang dan penyediaan perkhidmatan yang melebihi nilai threshold RM10,000. Yang kedua, industri elektrik yang melibatkan pembekal perkhidmatan elektrik utama di Malaysia yang terlibat dalam operasi pengagihan, pembekalan atau penjualan elektrik kepada pengguna akhir.

Dan yang ketiga, industri telekomunikasi yang merangkumi pembekal perkhidmatan telekomunikasi yang menawarkan pelan pasca bayar, langganan Internet serta pakej jualan peranti elektronik kepada pelanggan. Data bagi aktiviti di atas diperlukan bagi setiap transaksi adalah bertujuan behavioural insight atau analitik pengesanan dan pematuhan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Azli bin Yusof, Shah Alam.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Puan Yang di-Pertua, dengar baik- baik ya.

Seluruh negara dilanda hujan, Moga kita berjaga-jaga; Soalan saya nombor lapan, Mohon jawapan Menteri KESUMA.

draft • 11:00 AM

8. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan perbandingan jumlah pekerjaan baharu yang diwujudkan sepanjang 2024 dan 2025 yang melebihi gaji pertengahan RM2,600 sebulan pada 2023 serta sektor utama menyumbang kepada kenaikan tersebut.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Manusia.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial

(PERKESO) dari tempoh Januari hingga 14 November 2025, sebanyak seribu— seratus ribu, lapan ratus lapan puluh dua— dua puluh enam kekosongan jawatan aktif telah diiklankan dalam portal MYFutureJobs, berbanding pencari kerja aktif seramai 464,534. Berdasarkan platform yang sama bagi tempoh Januari hingga 30 September 2025, data kosong dan jawatan secara kumulatif sebanyak 1.1 juta telah diiklankan dalam portal MYFutureJobs. Manakala, pada tahun 2024 adalah sebanyak 1.5 juta kekosongan jawatan.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 247,889 kekosongan jawatan bagi tahun 2025 menawarkan pekerjaan yang bergaji RM3,000 ke atas dan manakala pada tahun 2024, sebanyak 339,916 kekosongan jawatan bergaji RM3,000 dan ke atas.

Lima sektor yang menawarkan peluang pekerjaan tertinggi pada tahun 2025 terdiri daripada maklumat dan komunikasi sebanyak 55,269; aktiviti perkhidmatan dan pentadbiran dan sokongan sebanyak 34,391; pembuatan sebanyak 33,866; aktiviti profesional, saintifik dan teknikal sebanyak 24,849; serta aktiviti kewangan dan insurans sebanyak 21,459 peluang pekerjaan.

Manakala berdasarkan perincian mengikut tawaran pekerjaan, peluang pekerjaan yang wujud pada tahun 2025 dan bergaji RM3,000 dan ke atas, antaranya adalah application consultant, SQL database developer, merchant wholesaler,

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

supply chain procurement, specialist dan software consultant. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Shah Alam.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Puan Yang di-Pertua di atas jawapan yang diberikan tadi.

Sudah tentunya peluang-peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi ini sebenarnya dia menaikkan daya saing dan juga competitiveness di kalangan rakyat negara kita dan akan menyumbang kepada kebolehmampuan untuk berbelanja.

Tapi dalam masa yang sama, dia juga akan mewujudkan situasi job hopping ataupun perpindahan pekerja yang akan mencari peluang untuk menambah pendapatan mereka. Jadi, bagaimanakah ataupun adakah langkah-langkah mitigasi, insentif daripada pihak kementerian untuk menangani kekosongan yang mungkin berlaku di pihak industri yang terkesan dan menghalang daripada kebergantungan kita kepada pekerja asing untuk memenuhi kekosongan tersebut? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Shah Alam.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Sebab itu saya katakan bahawa sebentar tadi dalam soal untuk menaikkan taraf dari segi pendapatan, kita telah banyak menyediakan platform-platform khususnya di kementerian kita, termasuklah di TalentCorp dan juga HRD Corp serta lain-lain.

draft • 11:00 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Dan dari segi strukturnya, kurikulum TVET itu yang menjadikan pemain yang penting untuk tetapkan bersama dengan syarikat-syarikat yang teknologi tinggi dan perubatan. Inilah yang biasa kita katakan bahawa kita nak upskilling dan reskilling kepada mereka yang sedia ada ini supaya pendapatan bertambah tinggi dan peluang pekerjaan itu menjadi lebih daripada kebiasaan.

Dan KESUMA juga menyediakan pelbagai kursus kemahiran yang selaras dengan permintaan pemain-pemain industri sekarang ini. Dan sememangnya portal- portal kita ini telah menjadi satu kesempatan kepada kita untuk penawaran kursus berdasarkan data sebenar yang membolehkan graduan TVET mampu mengatasi kekosongan-kekosongan yang ada seperti dinyatakan oleh Shah Alam sebentar tadi.

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Terap.

draft • 11:00 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Yang di-Pertua.

Timbalan Menteri, Malaysia telah mensasarkan 1.3 juta peluang pekerjaan baru di

draft • 11:00 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

bawah sasaran RMK13. Manakala, Dasar Gaji Progresif yang telah diperkenalkan telah mencatatkan 2,489 majikan yang telah menyertai insentif DGP.

Soalan saya, sejauh manakah KESUMA telah meletakkan Dasar Gaji Progresif ini sebagai pemangkin untuk melonjakkan peningkatan jumlah pekerjaan baru dan meningkatkan gaji median negara? Adakah KESUMA berpandangan Dasar Gaji Progresif ini sangat penting di dalam faktor peningkatan dan penambahan peluang pekerjaan baru dalam negara kita? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih. Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sudah pasti kita meletakkan satu sasaran yang tinggi untuk menyasarkan dan antaranya kita telah berbagai-bagai bentuk inisiatif yang kita adakan bagi memastikan bahawa mereka ini dapat mengikut serta dalam program- program yang kita adakan. Secara besar-besarannya, kita melalui MYFutureJobs umpamanya melalui TalentCorp dan juga HRD Corp, kita sentiasa melatih dan untuk mensasarkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, seperti kekosongan-kekosongan yang agak tinggi di beberapa sektor.

Tetapi sebenarnya Yang Berhormat, melalui pengalaman saya sendiri mengikuti beberapa program MYFutureJobs ini, terdapat begitu banyak kekosongan tetapi kehadirannya agak masih rendah jika dibandingkan yang sebagaimana Yang Berhormat katakan, telah mencecah 1.1 juta yang telah diiklankan dalam portal MYFutureJobs.

Tetapi, kita masih lagi sebagaimana sering dalam ucapan saya mengatakan, kalau dahulu kita mencari pekerjaan dalam surat khabar, tetapi sekarang agak dah mudah. Sepatutnya zaman digital ini tidak, tidak— untuk mempermudahkan mereka dan dari segi DGP juga dibina untuk menggalakkan pelaburan, merangsang produktiviti dan juga memastikan mengurangkan pengambilan pekerja asing. Dan kita dalam proses sebenarnya mengurangkan pengambilan pekerja asing.

Dari segi pelaburan pula, kita telah mencipta banyak jawatan-jawatan untuk kepentingan rakyat negara kita ini sendiri. Terima kasih Yang Berhormat Yang di- Pertua.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Sik.

draft • 11:00 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan dari Sik nombor sembilan.

draft • 11:00 AM

9. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah sekolah daif di negeri Kedah yang masih belum dibaik pulih serta jadual kerja yang telah ditetapkan kementerian untuk memastikan semua sekolah mencapai tahap infrastruktur lengkap menjelang 2030.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan untuk menjawab.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Sik atas soalan yang diajukan. Bermula pada tahun 2016 sehingga November 2025, kerajaan telah meluluskan 87 projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah di negeri Kedah dengan kos sebanyak RM671.81 juta.

Daripada jumlah tersebut, 50 projek telah siap sepenuhnya, 16 projek di peringkat pembinaan dan 21 projek dalam peringkat pra bina. Untuk memastikan kesinambungan tindakan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas tahun 2026, Rolling Plan 1 (RP1), kerajaan telah meluluskan 12 projek baharu dengan kos projek berjumlah RM175.5 juta.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Dalam konteks statistik dan juga data berkaitan dengan sekolah yang mempunyai bangunan daif, izinkan pihak KPM untuk menjelaskan bahawa data ini adalah bersifat dinamik dan berubah mengikut keadaan semasa. So, kadang-kadang dia ada tambah sekolah dan kadang-kadang apabila projek telah siap, ia akan— angka itu akan menurun.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 September 2025, sebanyak 60 buah sekolah di Kedah dikenal pasti masih berada dalam kategori skala 7. Skala 7 maksudnya bangunan sekolah yang mempunyai bangunan daif. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 37 buah sekolah telah diluluskan projek pembinaan semula bangunan daif dan sedang dalam pelaksanaan. Manakala, satu buah sekolah lagi dalam proses pengambilan tanah.

Sebanyak 12 buah sekolah seperti yang saya sebut tadi telah pun diluluskan di bawah RP1, RMK13. Baki 10 buah sekolah yang lain akan dikemukakan dalam Rolling Plan yang seterusnya. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sik.

draft • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan. Saya yakin kementerian melihat secara serius sekolah-sekolah daif di seluruh Malaysia bukan hanya di Kedah, bahkan di Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain.

draft • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Soalan saya juga berkaitan ketika mana Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2023 merekodkan bahawa hanya 386 buah daripada 1,505 sekolah daif di seluruh negara yang berjaya dinaik taraf antara 2019 hingga 2020 dan antara penemuan audit ini iaitu dalam— ada kelemahan dalam proses penilaian fizikal, ketidaktepatan maklumat teknikal serta ketidakselarasan data antara JPN, PPD dengan kementerian. Jadi, laporan ini mengatakan bahawa kesilapan dalam mengklasifikasikan status bangunan yang boleh menyebabkan peruntukan itu, yang disalurkan di sekolah itu, yang kurang kritikal sementara sekolah yang benar-benar daif terlepas perhatian.

Jadi, soalan saya adakah pihak kementerian melihat bagaimana penyeragaman metodologi penilaian fizikal bangunan sekolah itu untuk dikemas kini termasuk penggunaan jurutera bertauliah yang bebas dan juga audit silang antara KPM, JPN dan PPD? Dan bagaimana teknologi yang seperti yang telah digunakan di beberapa negara lain dengan izin, structural health monitoring bagi memastikan projek sekolah daif termasuk di Kedah tadi yang masih berbaki dan negeri lain dapat dilaksanakan dengan baik? Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sik. Terima kasih juga kerana mempunyai keyakinan terhadap...

draft • 11:10 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Keazaman pihak KPM untuk menangani isu sekolah daif di seluruh negara. Dan seperti Yang Berhormat sedia maklum, pada tahun 2025 sememangnya sekiranya kita memerhatikan peruntukan bagi pembinaan semula sekolah-sekolah daif di seluruh negara, pada tahun 2025 adalah yang paling tinggi dalam masa 10 tahun yang lepas. Itu nombor satu. Ini menunjukkan keinginan dan juga keazaman pihak KPM untuk menangani dan menyelesaikan isu sekolah daif.

Isu berkenaan dengan Laporan Ketua Audit Negara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tadi. Suka juga pihak KPM menyatakan bahawa angka yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara itu seperti yang saya sebut tadi, berapa sekolah dalam keadaan daif itu adalah satu angka ataupun data yang dinamik. Ia akan meningkat dan menurun dan ia berpaksikan kepada pada tempoh— pada tempoh semasa dalam jawapan kita kepada Ketua Audit Negara. Dan apabila kita jawab dalam Parlimen, pada ketika kini, kita menjawab data pada ketika kini dalam Parlimen.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Dan berkenaan dengan bagaimana kita memastikan projek-projek sekolah daif ini berjalan dengan lancar? Apabila kita melaksanakan projek pembangunan semula bangunan daif selalu kita berdepanan dengan isu seperti isu hak milik tanah, status tanah dan juga keadaan tanah serta berkenaan dengan prestasi dari segi kontraktor. Dan dalam perkara-perkara ini, Puan Yang di-Pertua, pihak KPM sememangnya memastikan nombor satu, program penyelenggaraan dan pembaikan sekolah diteruskan dan dijalankan secara berkala.

Dan juga peranan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri diperkasakan bagi meluluskan pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf dan bangunan tambahan di bawah pembiayaan negeri dan juga agensi luar. Dan di peringkat kementerian, kita mempunyai dua badan yang memantau projek-projek pelaksanaan iaitu Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian yang dipengerusikan oleh Dato’ KSU dan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan sendiri yang akan bersidang, bermesyuarat dua kali setahun bagi tujuan pemantauan prestasi pelaksanaan projek, khasnya untuk bangunan-bangunan ataupun projek-projek sekolah daif ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bentong.

draft • 11:10 AM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih Tuan— Puan Yang di-Pertua. Baik, okey Timbalan Menteri, sebelum ini saya difahamkan Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) yang menggunakan mekanisme Plan, Do, Check, Act (PDCA) dalam menyelesaikan projek sekolah daif.

Jadi, STAR ini mendapati punca kelewatan pembinaan sekolah daif antaranya disebabkan faktor kapasiti kontraktor dan juga tenaga buruh. Jadi, cadangan penambahbaikan dari STAR ini dikatakan dapat mengurangkan tempoh masa untuk sempurnakan sesebuah projek kepada minimum 133 hari berbanding sebelum ini yang mengambil masa tempoh sehingga 270 hari Jadi, adakah— persoalan saya, adakah mekanisme ini telah diperluaskan kepada semua projek-projek sekolah daif ke seluruh negara? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Bentong atas soalan berkenaan dengan konsep STAR, Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam yang telah pun kita laksanakan pada tahun lepas dan juga tahun ini. Dan sememangnya bagi projek-projek yang kita boleh laksanakan dengan penggunaan konsep Pasukan Petugas Khas Reformasi dan juga pelaksanaan transformasi prosedur pelaksanaan projek, kita akan cuba untuk

draft • 11:10 AM

Tuan Wong Kah Woh

laksanakan kerana ia juga bergantung kepada situasi semasa setiap satu projek dan juga kehendak di lokasi masing-masing.

Dan seperti Yang Berhormat Bentong tadi maklumkan di bawah inisiatif Bitara MADANI yang dipacu di bawah STAR ini, kita sememangnya telah pun berjaya memperkasakan pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah. Contohnya, tempoh pelaksanaan projek daif dikurangkan dengan pengurangan dari segi tempoh masa fasa pra pembinaan melalui penambahbaikan dari segi proses pelaksanaan seperti perolehan tender, urusan rundingan 20A dipermudahkan dan sebagainya.

Berkenaan— dan juga inisiatif transformasi prosedur pelaksanaan projek pula, Puan Yang di-Pertua, kita telah pun mengemaskinikan kaedah syor roboh dengan memendekkan tempoh proses daripada 147 hari kepada 47 hari dan kita menurunkan kuasa NOC agihan siling kepada KSU dan juga urusan tanah dipermudahkan dengan urusan rundingan 20A di bawah Akta Perancangan Bandar dan juga Desa.

Dan usaha-usaha penambahbaikan sedang dilaksanakan. Dan seperti saya sebut tadi, apa yang penting juga dari segi pelaksanaan, kita memantau dari masa ke semasa jawatankuasa serta Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian dan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian bermesyuarat secara berkala untuk memastikan semua projek ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa,Tampin.

draft • 11:10 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

Orang Sabah besar jiwanya, Bijak memilih, berprinsip bermaruah; Dacing atau timbangan tiada kurangnya, Ayuh ramai-ramai kasih bikin balik Sabah. Soalan Tampin nombor 10.

draft • 11:10 AM

10. Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin] minta Menteri Digital menyatakan, sejauh mana pemantauan dan persiapan bagi mengekang penyalahgunaan atau ancaman teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin berkembang pesat dalam usaha untuk memelihara keharmonian dalam kalangan masyarakat khususnya menjelang musim Pilihan Raya Umum akan datang.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Menteri Digital untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Yang di-Pertua, kerajaan memandang serius potensi penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan yang boleh mengancam keharmonian masyarakat serta mengelirukan rakyat.

Bagi tangani isu ini, kerajaan telah laksanakan pendekatan berlapis yang merangkumi aspek perundangan, pemantauan kandungan dan juga peningkatan kesedaran awam. Dari sudut perundangan, Kementerian Digital sedang dalam peringkat perancangan untuk merangka undang-undang AI yang khusus.

Kementerian Digital telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Akta AI bagi merangka dan memantau pelaksanaan draf undang-undang ini secara inklusif melibatkan semua pihak yang ada kepentingan.

Selain daripada itu, beberapa garis panduan telah diperkenalkan seperti Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika AI ataupun AIGE serta Garis Panduan Pengadaptasian AI di sektor awam. Ini untuk memastikan penggunaan AI kekal terkawal dan beretika.

draft • 11:10 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Puan Yang di-Pertua, undang-undang sedia ada turut diperkukuh melalui pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024, Akta Perlindungan Data Peribadi

(Pindaan) 2024 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024. Agensi Keselamatan Siber Negara ataupun NACSA juga sedang rangka Undang-undang Jenayah Siber yang akan menggantikan Akta Jenayah Komputer tahun 1997.

Dari aspek pemantauan kandungan dalam talian, MCMC ataupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menggunakan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia tahun 1998 untuk kesan serta ambil tindakan terhadap penyebaran maklumat palsu, kandungan berbahaya dan penyalahgunaan teknologi seperti deepfake, terutamanya menjelang musim pilihan raya umum, di mana risiko memanipulasi maklumat dan pengaruh terhadap persepsi awam semakin meningkat.

Dalam aspek kesedaran dan literasi digital, kerajaan mengiktiraf bahawa rakyat yang celik digital adalah benteng pertahanan utama terhadap penyalahgunaan teknologi. Pelbagai program kesedaran dan literasi digital telah justeru itu dilaksanakan termasuk inisiatif melalui portal Rakyat Digital dan tujuan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai risiko dalam talian dan penggunaan AI secara bertanggungjawab khususnya bagi memastikan masyarakat lebih berdaya tahan menghadapi ancaman manipulasi digital ketika pilihan raya.

draft • 11:20 AM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, JPDP atau Jabatan Perlindungan Data Peribadi sedang membangunkan tiga garis panduan utama iaitu Garis Panduan Penilaian Impak Perlindungan Data, Garis Panduan Data Protection by Design dan juga Garis Panduan Pembuatan Keputusan Automatik dan Pemprofilan. Garis panduan ini dibangunkan berdasarkan maklum balas konsultasi awam dan libat urus industri bertujuan menetapkan keperluan minimum serta langkah praktikal dalam mengurus data peribadi dengan lebih berkesan.

Puan Yang di-Pertua, dengan membangunkan langkah-langkah bersepadu ini, kerajaan komited membina satu ekosistem AI yang selamat, bertanggungjawab dan berdaya tahan sekali gus memastikan keharmonian serta kestabilan masyarakat dapat dipelihara terutamanya menjelang musim pilihan raya umum yang bakal diadakan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tampin.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Meskipun negara sudah mempunyai pelbagai undang-undang mengenai teknologi maklumat, namun ia nya masih tidak menyentuh secara khusus berkaitan penyalahgunaan AI. Sebelum ini kita menjangkakan undang-undang berkaitan AI akan dibentangkan pada tahun ini. Namun, ditangguhkan pada pertengahan tahun depan.

Soalan tambahan saya, apakah cabaran atau kekangan yang dihadapi oleh kementerian untuk menggubal undang-undang berkaitan AI ini dan apakah faktor utama yang menjadi pendorong kepada kelewatan pembentangan undang-undang AI tersebut? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat, saya minta maaf, tetapi mungkin rujukan itu dibuat kepada pengumuman dalam bulan Jun di mana dinyatakan bahawa sebenarnya draf akan dikemukakan kepada kementerian berkaitan dengan cadangan yang dibawa berkenaan dengan kerangka perundangan yang akan kita kemukakan berkaitan dengan kecerdasan buatan.

Yang Berhormat, apabila kita lihat kepada aspek itu sepertimana saya jawab tadi, laporan itu telah pun dikemukakan dalam bulan Jun dan melalui laporan tersebut Yang Berhormat, apa yang kita mendapati adalah perlu untuk kita melihat kepada kerangka perundangan yang melihat kepada beberapa aspek yang berbeza. Saya jelaskan kepada Pasir Mas pagi tadi, kita kena melihat aspek-aspek yang

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

memerlukan perundangan yang mungkin mempunyai— sewaktu kita menggubal undang-undang spesifik.

Kemudian, ada bahagian yang tidak memerlukan perundangan, tetapi memerlukan hanya peraturan. Kemudian, aspek ketiga adalah kepada bahagian- bahagian yang tidak memerlukan undang-undang ataupun peraturan, tetapi sudah— kalau kita ada— sudah memadai kalau kita ada apa yang kita sebut sebagai piawaian dan juga kaedah. Kita juga ada bahagian keempat yang tidak memerlukan sebarang kerangka kawal selia atau perundangan sama sekali.

Jadi, dalam perkara ini, perhatian kita adalah bahawa dalam masa kita melihat kepada aspek-aspek berbeza ini, kita juga kena lihat kepada institusi-institusi atau agensi-agensi yang akan menguatkuasakan peruntukan-peruntukan yang bakal kita cadangkan tersebut. Jadi, saya telah pun menyebut beberapa kali bahawa kita harap bahawa kita dapat membentangkan undang-undang yang membolehkan semua ini dalam pertengahan tahun yang akan datang, tetapi ia nya akan bergantung juga kepada ketersediaan kita dari sudut agensi-agensi yang berkeupayaan untuk aspek pelaksanaan kerana sangat penting untuk kita memastikan bahawa apabila ada undang-undang tersebut, kita ada agensi-agensi yang berkeupayaan untuk aspek pelaksanaan tersebut.

Jadi, di situ kita lihat bagaimana kita dapat melihat kepada contoh-contoh di seluruh dunia berkaitan dengan undang-undang baru, kepakaran yang diperlukan dari sudut penguatkuasaan agensi-agensi yang perlu didirikan, bagaimana agensi- agensi yang sedia ada boleh kita upscale untuk tujuan tersebut. Kalau tidak ada keupayaan yang tertentu di mana keupayaannya, bagaimana kita dapat memastikan bahawa apabila undang-undang ini di— undang-undang ini ataupun peraturan- peraturan ini ataupun piawaian dan sebagainya itu dikemukakan. Kemudian, kita ada satu ekosistem di mana ia nya dapat digunakan secara berkesan.

Saya rasa itu sangat penting kerana kita mahu pastikan bahawa sebarang tindakan yang kita ambil adalah tindakan yang berkesan Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Setiu.

draft • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Setiu. Puan Yang di- Pertua, Menteri, soalan tambahan saya berkaitan dengan isu penyalahgunaan AI ini, akibat daripada generasi generatif AI ini boleh menyerupai muka dan suara dan juga deepfake. Jadi, soalan saya, adakah garis panduan yang ada dalam National

draft • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Guidelines on AI Governance and Ethics ini mampu menangani isu penyalahgunaan AI ini?

Dan yang kedua, adakah Akta Keselamatan Siber 2024 yang telah digubal— adakah Menteri bersetuju, saya berpandangan bahawa akta ini perlu diperhalusi balik dan dikaji semula, diperkemaskan balik untuk kita dapat menangani isu penyalahgunaan AI ini? Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, itu soalan yang sangat penting. Kita semua menghadapi masa depan di mana teknologi baharu akan mengubah cara kita hidup dan sebagainya dan sudah tentu di dalam proses ini kita akan lihat risiko-risiko yang baharu daripada teknologi yang moden ini. Satu dari perkara yang kita lihat adalah sepertimana Yang Berhormat sebut tadi iaitu kita ada keadaan di mana kita lihat kepada teknologi generatif AI misal kata di mana kita ada deepfake dan sebagainya.

Kita memang ada piawaian yang sedang kita tetapkan sekarang dan kita juga ada kerjasama dengan universiti-universiti sepertimana soalan saya pagi tadi, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk memastikan bahawa kita dapat membangunkan aplikasi-aplikasi yang dapat mengesahkan ketulenan gambar, audio dan sebagainya. Itu adalah satu perkara yang di dalam perhatian kita.

Saya rasa apabila kita sedia dengan laporan tersebut, maka di situlah aspek- aspek piawaian yang dipakai akan kita kemukakan, khususnya dari sudut keperluan sekiranya ia diperlukan dari sudut undang-undang, diperlukan dari sudut peraturan dan sebagainya sepertimana saya jawab tadi.

Ini adalah satu perkara yang baru. Kita perlu memastikan juga bahawa sekiranya ada teknologi yang membolehkan kita mengesan di mana adanya deepfake dan sebagainya, kita ada kepakaran-kepakaran di dalam agensi-agensi tertentu yang boleh menguatkuasakan undang-undang ini dan juga menguatkuasakannya secara efektif untuk membendung masalah ini.

Itu sebab Yang Berhormat kita melihat kepada memastikan bahawa kekuatan kita dari sudut agensi-agensi yang membolehkan kita menguatkuasakan undang- undang ini diberikan prioriti. Kerana apabila kita membentangkan kerangka perundangan ini sepertimana saya sebut kepada Pasir Mas tadi, kita ‘nak pastikan ekosistem yang kita ada itu bersedia untuk aspek-aspek penguatkuasaan, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B), Tanjong Karang.

draft • 11:20 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ramai orang pergi Sabah, Terlibat PRN bulan sebelas; Banyak berita palsu sedang dihebah, Soalan Tanjong Karang nombor sebelas. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

11. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) [Tanjong Karang] minta Menteri Komunikasi menyatakan, statistik aduan rakyat berkaitan liputan Internet/5G dan penyebaran berita palsu di platform media sosial termasuk jumlah aduan, tindakan diambil dan trend sejak awal 2025 hingga kini di seluruh negara dan khususnya di Tanjong Karang.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi untuk menjawab.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih. Terima kasih Ahli— terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat.

Puan Speaker, MCMC telah menerima sebanyak 2,937 aduan di seluruh negara berkaitan kualiti rangkaian dalam tempoh 1 Januari 2025 sehinggalah 20 November tahun ini yang direkodkan melalui Consumer Redress Portal dengan izin CRP.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Secara keseluruhan, kategori utama yang menyumbang kepada jumlah aduan ialah gangguan perkhidmatan ataupun gangguan tergendala denganlah 2,047 aduan iaitu 70 peratus, diikuti kelemahan liputan 4G ataupun LTE sebanyak 274 aduan iaitu 12 peratus, masalah sambungan ataupun kelajuan Internet sebanyak 306 aduan iaitu 10 peratus, ketiadaan liputan 4G LTE sebanyak 136 aduan iaitu lima peratus serta kelemahan liputan 5G denganlah 109 aduan iaitu empat peratus.

Daripada keseluruhan jumlah aduan tersebut, terdapat tiga aduan diterima daripada— diterima bagi kawasan Parlimen Tanjong Karang. Satu aduan berkenaan masalah gangguan perkhidmatan ataupun tergendala telah diselesaikan, manakala dua lagi aduan melibatkan kelemahan liputan 4G LTE dalam tindakan pejabat MCMC negeri Selangor dan pemberi perkhidmatan dengan melaksanakan pengukuran prestasi rangkaian 4G di 13 lokasi di kawasan Parlimen Tanjong Karang.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Hasil pengukuran mendapati terdapat beberapa ketidakpatuhan yang dikenal pasti sebanyak tujuh notis 51(2) telah dikeluarkan secara rasmi kepada pemberi perkhidmatan rangkaian bagi tujuan pelaksanaan pelan penambahbaikan sebelum arahan suruhanjaya dikeluarkan.

Untuk makluman, MCMC sentiasa memantau kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh pemberi perkhidmatan. Sekira didapati gagal mematuhi Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang ditetapkan, MCMC akan mengeluarkan arahan suruhanjaya serta mengenakan penalti sivil berdasarkan peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu Akta 588.

Selain itu, MCMC juga telah menerima sebanyak 812 aduan berkaitan penyebaran kandungan ataupun berita palsu di seluruh negara dalam tempoh 1 hari bulan Januari 2025 sehinggalah 20 November tahun ini yang direkodkan melalui CRP. Antara aduan yang diterima melibatkan penyebaran kandungan palsu berkaitan inisiatif kerajaan kepada rakyat sepertilah Sumbangan Tunai RAHMAH

(STR) dan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA).

Selain itu, terdapat juga aduan berhubung penyebaran maklumat palsu yang bertujuan menimbulkan keresahan dan panik dalam kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun, daripada keseluruhan aduan yang diterima dalam tempoh tersebut, tiada aduan berkaitan penyebaran berita ataupun kandungan palsu yang dilaporkan dari kawasan Tanjong Karang. Namun demikian, MCMC telah mengambil tindakan proaktif dalam memerangi penyebaran berita palsu kepada komuniti di Tanjong Karang denganlah pelaksanaan Kempen Internet Selamat (KIS) terhadap 36 buah sekolah dan program yang dianjurkan bersama NADI dan Jabatan Penerangan

(JAPEN) Negeri.

Di antara program yang dianjurkan adalah Program JIWA@Komuniti MADANI di NADI Permatang dan Program Mini Asas Penerangan di Pusat Penyelaras DUN Permatang pada suku kedua dan ketiga tahun 2025. Sekian jawapan saya. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong doa]* Yang Berhormat Tanjong Karang, soalan tambahan.

draft • 11:30 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang begitu panjang lebar.

draft • 11:30 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Isu penyebaran berita palsu kini semakin berleluasa di platform media sosial sehingga melibatkan semua lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, pelajar- pelajar sekolah, orang dewasa, warga emas, OKU dan pengguna yang kurang celik digital. Ramai daripada mereka hanya menekan butang forward tanpa sebarang niat jahat. Hakikatnya, majoriti kes tergolong dalam kategori law harm missed information dengan izin, dan tidak semestinya memerlukan siasatan polis secara penuh.

Sehubungan itu, adakah kementerian bersedia untuk mempertimbangkan cadangan Tanjong Karang untuk memperkenalkan satu mekanisme kompaun mandatori sebagai langkah penguatkuasaan awal sebelum kertas siasatan polis dibuka atau sebelum pendakwaan mahkamah dibuat? Cadangan ini selaras dengan pendekatan graduated enforcement dengan izin, yang diguna pakai oleh Australia Online Safety Act, EU's Digital Services Act dan Singapore serta rangka kerja keselamatan digital Korea Selatan. Tanjong Karang yakin kompaun ini akan mampu mendidik masyarakat dan menjadi pencegahan atau deterrence kepada penyebaran berita-berita palsu. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Timbalan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang ataslah cadangan yang bagus tersebut. Setakat ini, kalau di bawahlah MCMC...

draft • 11:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

...Di bawahlah atas CMA, memang MCMC boleh kasi apa itu, isu kompaun terhadap pesalah denganlah persetujuan daripada AGC, tetapi saya ambil maklum cadangan daripada Yang Berhormat dan saya akan minta MCMC supaya boleh buat kajian sama ada mekanisme sekarang di bawahlah CMA adalah sama seperti apa yang dicadangkan olehlah Yang Berhormat Tanjong Karang.

Saya percaya bahawa apabila kiralah MCMC ataupun pihak polis, mereka ‘nak ambil sesuatu tindakan, persetujuan daripada AGC itu adalah sangat penting.

AGC yang ambil keputusan, yang buat keputusan sama ada untuk sesuatu kes, MCMC yang dipertanggungjawabkan untuk isukan kompaun ataupun seseorang itu dibawa ke mahkamah untuklah dihukum di mahkamah, tetapi pada masa yang sama, sangat-sangat penting adalah bagaimana kita juga mendidik masyarakat...

draft • 11:30 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

...Supaya mereka tahu bahawa walaupun bagi mereka mungkin itu adalah no harm, untuk mereka hanyalah teruslah forward mesej tersebut, tetapi tindakan sebegini sebenarnya sangat-sangat tidak bertanggungjawab dan rakyat jelata perlulah menjadi celik digital supaya kita tak simply forward apa maklumat yang kita terima itu kerana itu akanlah menimbulkan public panic yang tidak necessary.

Dan oleh sebab itu, usaha yang telah diambil oleh MCMC sepertilah kita telah lancarkan Kempen Internet Selamat. Kita masuk ke sekolah tahun ini, kami telahlah melibatkan lebih daripada 8,000 buah sekolah di seluruh Malaysia untuk lah buat lah pendidikan ataupun pendedahan tentang lah digitalisasi ini kepada generasi muda kita. Dan saya harap bahawa usaha-usaha sedemikian akanlah terus lah disokong oleh semua lapisan masyarakat. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 11:30 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Soalan saya kepada Timbalan Menteri ialah usaha kerajaan antaranya ialah di mana Jemaah Menteri baru sahaja mengumumkan bahawa bagi kanak- kanak bawah umur 16 tahun akan dilarang untuk memiliki akaun media sosial. Jadi, bagaimana kerajaan akan melaksanakannya ya, terutamanya cabaran daripada platform antarabangsa seperti TikTok? Bagaimana mereka akan mematuhi? Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih Kota Melaka atas soalan yang sangat bagus ini. Saya rasa Malaysia bukan negara yang pertama yang buat sedemikian, di mana kita mengharamkan ataupun mengehadkan had umur untuk lah membuka social media account pada umur 16 tahun.

Sebenarnya, Australia telah lah mula usaha ataupun inisiatif sedemikian. Dan pada bulan Disember yang akan datang ini, sepatutlah semua social media platform dekat Australia mereka tutup akaun pemegang akaun sekiranya pemegang akaun itu adalah berumur 16 ke bawah.

Saya rasa mekanisme untuk melaksanakan ini, melaksana inisiatif ini, MCMC dan juga kerajaan termasuklah Kementerian Komunikasi akan teruslah berbincang denganlah platform, platform provider. Setakat ini, cara yang diguna pakai oleh lah Australia yang juga lah diguna pakai olehlah platform provider adalah assessment.

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Mereka akan lah buat assessment untuklah mengenal pasti ataupun sama ada pengguna ataupun pemegang akaun itu umur mereka adalah lebih daripada 16 tahun. Tetapi, cadangan daripada kerajaan sekarang adalah kita nak gunalah MyDigital ID sebagailah salah satu tools ataupun salah satu mekanisme untuklah mengesahkan umur seseorang pengguna sosial media ini.

draft • 11:30 AM

Puan Teo Nie Ching

Jadi ini akanlah kita bincang secara lebih lanjut dengan platform provider supaya kita juga bolehlah memastikan bahawa mereka yang berumur 16 ke bawah ini tidak memiliki akaun social media. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]

draft • 11:40 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying

Dato’ Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 25 November 2025.” Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong?

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri dan Usul ini perlu dipersetujui.

draft • 11:40 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesebelas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 11:40 AM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih.

Sementara itu Ahli-ahli Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat Tanah Merah dan Ketereh hendak share dia punya perbincangan? Yang Berhormat, Peraturan 41(e) saya ‘dah cakap mungkin seminit, dua minit itu saya tak kisah. Yang Berhormat duduk di situ saya boleh dengar. 41(e) itu jelas bila Majlis berjalan ada peraturannya.

Kalau Yang Berhormat rasa hendak bersambung lagi, saya arahkan keluar dulu. Ataupun hendak saya perintahkan?

draft • 11:40 AM

Seorang Ahli

Okey, okey saya akui. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. It’s not a joke kalau kita tak hormat sesama kita dalam ini senang berurusan. Bagaimana pula ya?

Saya berharap bila saya duduk Peraturan-peraturan 41 itu tolong— I can tolerate it, tapi hormatilah Yang Berhormat yang lain.

Baik, Majlis dalam Jawatankuasa.

draft • 11:40 AM
Kepala B.50 [Jadual] – Kepala P.50 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Terdapat sejumlah berikut Kepala Bekalan B.50 dan Kepala Pembangunan P.50 di bawah Kementerian Digital terbuka untuk perbahasan. Kalau daripada senarai yang saya terima ini, seramai 7 orang Yang Berhormat akan berbahas dan mereka adalah seperti berikut: Yang Berhormat Paya Besar; Yang Berhormat Pasir Mas; Yang Berhormat Kuala Krai; Yang Berhormat Tebrau; Yang Berhormat Kuala Kedah; Yang Berhormat Kapar; dan Yang Berhormat Betong. Maaf selalu tersasul bab ini.

Perbahasan ditetapkan lima minit, walau bagaimanapun atas budi bicara Pengerusi untuk menentukan. Dan pohon sebagaimana selalu saya nyatakan, Peraturan-peratuan 35, 36, 37 dan 41 itu patuhilah ya. Dan dengan ini saya persilakan Yang Berhormat Paya Besar untuk memulakan perbahasan.

draft • 11:40 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Digital.

Saya ingin menyentuh tiga butiran 030700 – National AI Office (NAIO), 33000 – Malaysia Digital Economy Corporation dan 030300 – Cybersecurity Malaysia. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya meneliti bagaimana dasar kerajaan dibuat sehinggalah kerajaan menubuhkan National AI Office. Cumanya saya ingin mendapat pandangan daripada pihak kementerian adakah National AI Office juga turut berperanan dalam kita mengurus dan menyediakan suatu sistem bagi kita mengawal bencana alam yang kita panggil sebagai National Disasters Risk Reduction. Kerana saya teliti jawapan Yang Berhormat Menteri sebenar tadi, banyak menyentuh berkaitan kepentingan AI dan saya kira office ini juga perlu berperanan untuk memperkasakan bagaimana yang kita sebutkan sebagai data fusion.

Sekiranya kita ingin menguruskan natural disaster risk reduction kita mesti memastikan data fusion, kerana apa Dato’ Timbalan Yang di-Pertua masalah kita di Malaysia ini adalah data fusion. Kita menghadapi data scarcity dan machine datasets dalam apabila kita menguruskan natural disasters.

draft • 11:44 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Jadi saya hendak bertanya di pihak kementerian, adakah pihak kementerian melalui agensi ini melakukan kajian ataupun penelitian untuk kita menggunakan teknologi AI yang pada ketika ini bagus. Untuk kita membuat migrasi pengalaman pegawai-pegawai yang berada di agensi-agensi seperti (MYSA) Malaysia Satellite Agency, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir, Meteorologi, MCMC dan NADMA di bawah Arahan No.1.

Sekiranya kita boleh menggunakan teknologi AI Tuan Yang di-Pertua melalui Natural Language Processing ataupun kita menggunakan konvensional new network kita boleh transfer-kan apakah pengalaman pegawai-pegawai sebelum mereka bertukar atau naik pangkat ke bahagian-bahagian lain. Supaya pengalaman mereka dalam menguruskan bencana alam ini dapat dipindahkan ke dalam bentuk coding dan akhirnya dalam bentuk sistem.

Kerana apa kita tidak boleh membiarkan pegawai-pegawai kita yang berpengalaman ini dalam bidang natural disasters dipindahkan akhirnya kita tidak dapat mengetahui apakah sejarah bencana yang berlaku. Kerana apa sesuatu bencana berlaku kerana ia melakukan satu evolusi yang jauh seperti revent network di bawah JUPEB. Itu yang pertama saya hendak bertanyakan kepada National AI Office.

Yang keduanya, Malaysia Digital Economy Corporation Dato’ Yang di-Pertua saya hendak menyentuh berkaitan (DEFA) Digital Economy Framework Agreement.

Saya hendak bertanya kepada pihak kementerian melalui MDEC, apakah hala tuju selepas kita pos ASEAN Chairmanship bagaimana peranan Malaysia dalam memastikan DEFA ini dapat keuntungan kepada kita.

Saya dengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi menyentuhkan berkaitan literasi ekonomi dan saya dengar juga jawapan daripada Timbalan Menteri Komunikasi berkaitan bagaimana hendak memastikan anak-anak kita tak terjerumus kepada digital yang akhirnya menimbulkan masalah sosial.

Baik Dato’ Yang di-Pertua, saya hendak minta pandangan daripada pihak kementerian apa pandangan berkaitan youth 16, youth 14 ini adakah Kementerian Digital mempunyai pandangan yang sama dengan Kementerian Komunikasi dari segi kalau kita ada overly strict parents kita akan mewujudkan rebellious children.

Kalau kita ada overly strict government, adakah kita juga nanti satu hari akan ada rebellious a nations? Itu saya hendak minta pandangan daripada pihak kementerian.

Saya hendak menyentuh yang terakhirnya ialah berkaitan Cybersecurity Malaysia. Dato’ Yang di-Pertua, kita bercakap pasal AI setelah IR4.0. Hari ini AI

draft • 11:44 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

bukan sahaja Artificial Intelligent, ada negara-negara sudah menukar artificial kepada Accelerated Intelligent. Ada juga istilah-istilah baru (AGI) artificial generated intelligence, (AHI) artificial human intelligence. Cumanya, ini waktu sekarang ini Dato’ Yang di-Pertua, tetapi masa akan datang bagaimana kerajaan melihat bagaimana teknologi kuantum kerana bagi saya Dato’ Yang di-Pertua kita kena bergerak pantas.

Kerana dunia di luar sana sudah kurang bercakap tentang AI, kerana AI sudah berada di teknologi yang saya rasa bukan yang terbaharu kerana selihat saya apabila kita bercakap tentang AI kita sudah berada di tahap— bukan di tahap yang awal kita sudah berada di pertengahan.

draft • 11:44 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya nak tanya di pihak kementerian. Bagaimana pihak kementerian melihat post-quantum cryptography (PQC) ini? Kerana kita hadapi cryptography pasca kuantum dan saya nak lihat bagaimana implikasi keselamatan digital ekonomi dan dasar negara.

Kita akui selepas AI, kita perlu ada quantum computing, tetapi bagaimana post quantum ini djadikan sebagai sistem pertahanan? Bimbang saya, ancaman kita adalah quantum computing yang akan mengatasi perlindungan sedia ada, algoritma yang sedia ada. Dan bagi saya, PQC belum lagi dapat mengatasi kunci keselamatan komersial, Yang Berhormat Menteri, tetapi ia juga boleh diatasi kerana bagi kita, kita mesti bersiap sedia. Bukan sahaja serangan siber moden, tapi kita mesti ingat, satu perkara yang amat penting iaitu bagaimana kita ‘nak bersiap sedia untuk kita mengatasi atau mengawal serangan siber tradisional yang bagi saya makin hari makin berkembang. Kita tertumpu kepada moden. Kita terlupa kepada siber tradisional.

Sebagai contoh Dato' Yang di-Pertua, ancaman fenomena harvest now, decrypt later. Di mana pihak musuh mengumpul dan menyimpan data yang encrypt pada hari ini dengan harapan suatu hari nanti kuantum akan boleh mereka decrypt. Dan ancaman yang kedua adalah berkaitan trust now, forge later iatu tandatangan digital hari ini boleh dipalsukan semula pada masa yang akan datang.

Ya, betul. Cyber Security Center ada membuat ramalan pada 2035 atau bagi saya, lagi awal daripada itu sudah ada tanda-tandanya. Kerana kebanyakan agensi keselamatan antarabangsa telah mengeluarkan amaran inisiatif. Kerana sudah ada migrasi algoritma-algoritma yang tertentu yang bagi kita, sepertimana yang kita sebutkan tadi, kita ‘nak pastikan rakyat berdaya tahan dari segi ancaman, tetapi

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

sekiranya kerajaan tidak bersiap sedia dengan perkara-perkara ini, ia akan memberikan kesan.

Sebab Dato' Yang di-Pertua, dia ada dua sebab post-quantum cryptography ini. Satu, dari segi isu keselamatan. Yang kedua, isu peluang. Saya sebut tadi, isu keselamatan. Peluang, kalau kita lihat dari segi kaggle. Untuk dekad yang mendatang, dia akan naik kepada dua digit. Ini memberi satu peluang kepada negara kita.

Cumanya, saya bimbang kerana negara jiran seperti Singapura membelanjakan atau memperuntukkan USD2.2 bilion untuk teknologi kuantum. Kita 2025/2026, saya kira lebih kurang RM170 juta. Jadi, bagaimana kita ‘nak menjadi hab kepada kuantum? Walaupun hari ini kita bercakap pasal AI, tapi jangan lupa, AI ini hanya bersifat sementara sepertimana IR4.0 yang lalu.

Akhirnya, saya nak tanya. Apakah persiapan kita, Tuan Yang di-Pertua?

Bagaimana— ya betul, Malaysia telah melangkau banyak inisiatif, badan keselamatan, rangka kerja. Saya dengar tadi, NACSA sedang menggubal rang undang-undang untuk melihat perkara-perkara ini, tetapi bagaimana kita punya persediaan dari segi praktikal, dari segi infrastruktur, latihan sumber manusia?

Kita nak juga tanya kepada pihak kementerian, adakah AI ini hanya diajar berkaitan AI berada tahap rendah? Hanya sekadar nak edit gambar, nak edit video.

Bagi saya, kita kena membawa Malaysia ini ke suatu tahap yang lebih tinggi. AI yang mempunyai advance dari segi teknologi. Bukan hanya AI, tetapi kita patut pergi kepada AGI.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya harap kita juga mempunyai keupayaan untuk sediakan roadmap dan pembiayaan yang jelas, supaya negara kita betul- betul...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 11:50 AM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Betul-betul mempunyai keupayaan dari segi AI ini, post-quantum. Dan kita pastikan literasi yang ingin kita capai ini betul-betul mencapai tahap yang terbaik, yang akan memberi rakyat berdaya tahan dari segi ancaman keselamatan siber pada masa kini dan masa akan datang. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih pihak kementerian.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Berikut, saya persilakan Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Pengerusi, di atas peluang diberikan kepada saya.

Saya merujuk terlebih dahulu Butiran mengurus Kementerian Digital, B.50 yang menunjukkan peningkatan ketara dalam mengurus dalam peruntukan bagi tahun 2026. Jumlah peruntukan mengurus naik RM201.39 juta pada tahun 2025, kepada RM248.51 juta tahun 2026. Jadi dalam keadaan biasa, peningkatan hampir RM47 juta ini sepatutnya diterjemahkan kepada peningkatan prestasi. Namun, apa yang ditunjukkan oleh dokumen belanjawan adalah sebaliknya.

Sasaran KPI perkhidmatan kerajaan secara end-to-end atau E2E, dengan izin, bagi tahun 2026 ditetapkan pada 80 peratus, lebih rendah daripada sasaran tahun 2025 iaitu 81.43 peratus. Belanja bertambah tapi sasaran menurun. Ia bukan ciri Kementerian Digital yang pada saya, yang progresif. Mungkin Yang Berhormat Menteri ada penjelasan yang teknikal di sebalik peningkatan ini.

Butiran One-Off – 050000 sebanyak RM14.16 juta. Tiada satu pun huraian yang jelas diberikan dalam dokumen ini mengenai tujuan sebenar perbelanjaan tersebut. Adakah ia melibatkan pembangunan sistem kritikal? Adakah ia perolehan aset ICT bernilai tinggi? Atau ia hanya memenuhi pembiayaan kos pentadbiran dalaman? Tanpa perincian, kita tidak boleh menerima angka ini sebagai perbelanjaan yang wajar, tetapi lebih-lebih lagi dalam kementerian yang sepatutnya berfungsi dengan ketelusan data.

020000 - Program Pembangunan Digital. Saya ingin menarik perhatian Dewan terhadap sasaran integrasi data kerajaan melalui platform MyGDX bagi tahun 2026 yang hanya ditetapkan pada kadar tujuh peratus. Dato’ Pengerusi, angka ini amatlah rendah, bertentangan dengan naratif kerajaan tentang whole-of-government digital architecture, dengan izin, atau penyampaian digital yang cekap.

Dengan integrasi data hanya tujuh peratus, bagaimana kerajaan boleh mendakwa dapat menjimatkan RM400 juta melalui pendigitalan sektor awam. Pada tahap ini, kita bukan bercakap tentang kerajaan digital, kita bercakap tentang kerajaan yang masih beroperasi dalam silo.

Saya merujuk pula kepada Butiran 01600 – Cybersecurity Malaysia, yang hanya diperuntukkan RM11.35 juta bagi tahun 2026. Dalam situasi global hari ini, kebocoran maklumat digital, serangan, pencerobohan data, peruntukan sebesar ini amat jauh daripada memadai. Jika keselamatan siber benar-benar menjadi

draft • 11:54 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

keutamaan negara, maka angka ini sepatutnya mencerminkan kesungguhan tersebut. Namun, apa yang kita lihat ialah kelemahan yang ketara dalam persediaan pertahanan siber nasional.

Berhubung dengan 32000 – Malaysia Digital Accelerated Grant (MDAG).

Peruntukan RM53 juta yang diberi pada tahun 2026 juga memerlukan penelitian.

Sehingga kini, kementerian masih tidak mengemukakan indikator yang menunjukkan keberhasilan sebenar program ini. Berapa jumlah PMKS yang berjaya meningkatkan pendapatan? Berapa permohonan yang gagal? Berapa projek yang mencapai scale up dengan izin. Tanpa data keberhasilan yang jelas, MDAG ini lebih menggambarkan mekanisme pemberian geran berbanding program pemecut inovasi.

Dato’ Pengerusi, saya juga ingin menyentuh dalam Butiran 020100 – Pengupayaan Digital, yang sekali lagi membimbangkan kita di pihak Perikatan Nasional ialah isu terbesar dalam Agreement Between The United States of America and Malaysia on Reciprocal Trade (ERT) yang merujuk bagaimana beberapa klausa secara langsung memberikan kesan kepada kedaulatan digital negara.

Perkara 3.1, 3.2 yang dibincangkan secara meluas di luar mengikat Malaysia daripada mengenakan digital service tax yang mewajibkan Malaysia refrain from measures that discriminate, dengan izin, terhadap penyedia perkhidmatan digital Amerika Syarikat. Ini bermakna, dasar percukaian digital, satu instrumen penting untuk memastikan keadilan ekonomi dan pemulihan hasil negara tidak lagi berada sepenuhnya dalam tangan Parlimen Malaysia.

Dua minggu lepas, Menteri dalam jawapan kepada saya meminta supaya saya membaca baik-baik dokumen perjanjian ini, di mana Menteri menyatakan consult itu tidak semestinya concern. Consult dan setuju itu perkara yang berlainan.

Saya setuju, tapi dalam konteks kedaulatan digital, hujah itu saya rasa mungkin kurang tepat.

Consultation menjadi tidak bermakna apabila ia diwajibkan sebelum Malaysia menandatangani mana-mana perjanjian digital dengan negara lain jika perjanjian itu dianggap menjejaskan kepentingan Amerika Syarikat, seperti dalam artikel 3.3. Dan ini jelas sekali diwajibkan oleh perjanjian antarabangsa kerana Amerika Syarikat berhak menentukan sama ada suatu perjanjian dengan Malaysia itu, dengan izin, jeopardized essential US interests ataupun mengganggu kepentingan Amerika Syarikat.

Dalam ekosistem digital yang bergerak pantas, keperluan mendapatkan konsultasi ini bukan sahaja melambatkan dasar Malaysia, malah memberikan

draft • 11:54 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Amerika Syarikat ruang untuk mengeditasi hak dan sempadan dasar digital Malaysia, terutama dalam isu data governance, digital platform regulations, cybercruising partnership dan emerging technologies, dengan izin.

Jadi Tuan Pengerusi, perjanjian ini kalau boleh sekiranya Menteri dapat menyatakan, bagaimanakah Menteri melihat kesan perjanjian ini terhadap kedaulatan digital yang dimiliki oleh Malaysia?

draft • 11:54 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Di mana di luar sana semakin ramai yang berpandangan bahawa perjanjian ini mengganggu gugat kedaulatan Malaysia itu sendiri. Dan terbaharu saya membaca tulisan daripada bekas Peguam Negara yang menyebut bahawa Tan Sri Tommy Thomas menyebut perjanjian ini merupakan perjanjian yang terburuk, pernah ditandatangani semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan.

Ini satu perkara yang membimbangkan kita dan saya tertarik dengan kenyataan Menteri MITI menyatakan bahawa Malaysia bersedia untuk mengkaji beberapa peruntukan di dalam perjanjian ini. Dan kajian ini menunjukkan— kenyataan ini menunjukkan bahawa, kita telah tandatangan perjanjian ini sebelum daripada kita berfikir dengan sebaik-baiknya demi kedaulatan negara. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai. Silakan Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Digital.

Kuala Krai memohon keizinan Dato’ Pengerusi untuk mengalu-alukan delegasi Ahli-Ahli Majlis Daerah Dabong, Kuala Krai [Tepuk] Dan kakitangan Majlis Daerah Dabong ke Persidangan Dewan Rakyat pada hari ini yang diketuai oleh Encik Zamri bin Jusoh, Ketua Whip Ahli Majlis dan Encik Mohd Norhisham Bin Abdulah, Setiausaha Majlis.

*Berdiri megah Si Gunung Setong, Uniknya si bunga Rafflesia; Selamat datang Majlis Daerah Dabong, Bertandang ke Parlimen Malaysia.

[Tepuk]*

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada butiran B.030400 – MyDIGITAL Corporation. Ada kenaikan, daripada RM16,267,000 kepada RM29 juta lebih. Saya ingin bertanya kepada YB Menteri, apakah bentuk based line study atau kajian komprehensif yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Digital untuk menentukan kedudukan sebenar jurang digital antara bandar dan luar bandar? Apakah indikator yang digunakan? Adakah kementerian melihat aspek liputan, kualiti perkhidmatan, kestabilan kelajuan, kesiapsiagaan peranti, celik digital serta kemampuan isi rumah.?

Adakah kajian tersebut dibuat mengikut daerah atau hanya peringkat negeri kerana di Kuala Krai sendiri, kawasan seperti Dabong, Manek Urai dan beberapa mukim pendalaman masih mengalami masalah rangkaian yang terlalu asas, jauh daripada standard minimum untuk pembelajaran digital ataupun pembangunan bakat dalam AI literasi.

Kalau negara hendak mencapai sasaran Malaysia Negara AI 2030, kita tidak boleh terperangkap dengan data purata nasional semata-mata. Ini kerana cabaran sebenar berlaku di lapangan dan Kuala Krai ialah contoh kes terbaik. Dalam kajian jurang digital yang perlu ditangani melalui data yang lebih konsisten. Saya minta Kementerian Digital memberi jawapan yang jelas:

(i) apakah status sebenar jurang digital luar bandar berdasarkan kajian empirikal kementerian;

(ii) apakah pelan bakat digital luar bandar yang selari dengan Aspirasi Negara AI 2030; dan

(iii) adakah— apakah langkah konkrit untuk memastikan Kuala Krai dan daerah luar bandar lain tidak menjadi blind spot dalam agenda Transformasi Digital Negara.

Dato’ Pengerusi, saya merujuk kepada B.030300 National AI Office (NAIO).

Sebelum ini tidak ada peruntukan, tapi diberikan pada tahun 2026 sebanyak RM9 juta. Pejabat AI Kebangsaan atau National AI Office (NAIO) di bawah Kementerian Digital dinyatakan telah menyusun rangka dan garis panduan tadbir urus serta etika AI. Mohon penjelasan YB Menteri, sejauh mana kod etika yang disediakan mengambil kira nilai-nilai Islam, normal budaya tempatan dan juga prinsip-prinsip hak asasi manusia serantau.

Apakah mekanisme untuk memastikan kod etika ini bukan sekadar dokumen voluntary ataupun pematuhan secara sukarela, tetapi sebaliknya mempunyai

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

piawaian penguatkuasaan sekiranya AI memberi kesan terhadap keselamatan akidah umat Islam atau menjejaskan hukum syariah?

Saya mohon penjelasan terperinci tentang skop kod etika tersebut, contohnya ialah aspek keselamatan data, ketulusan model, verifikasi sumber rujukan berkaitan agama sekiranya ada. Satu isu kritikal, Dato’ Pengerusi yang ingin saya bawa ialah potensi salah guna AI dalam hal-hal keagamaan contohnya, AI yang memberi fatwa yang tidak sahih, mentafsir dalil secara salah atau menjana kandungan yang mengelirukan berkaitan akidah. Apakah NAIO turut menjalinkan kerjasama rasmi dengan JAKIM atau mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri untuk memantau, menilai dan memberi garis panduan etika bagi sistem AI yang berkaitan agama.

Jika ada inisiatif seperti platform AI patuh syariah atau pensijilan etika syariah, siapa yang memegang tanggungjawab akhir untuk menentukan kesahihan rujukan agama yang digunakan oleh model AI? Saya juga ingin tahu mekanisme rujukan silang antara NAIO, JAKIM dan institusi agama. Apakah wujud rangka pensijilan atau audit syariah untuk model-model yang berinteraksi dengan isu agama?

Jadi, Dato’ Pengerusi, oleh itu saya ingin mencadangkan beberapa langkah konkrit untuk kerajaan pertimbangkan. Pertama, kod etika berlapis, kod kebangsaan yang berpadu yang mengandungi asas umum bersama modul nilai agama, ini input JAKIM dan juga modul pendidikan, input KPM ataupun KPT.

Yang kedua, kerjasama strategik di antara NAIO, KPM dan juga JAKIM untuk urus selari kurikulum pensijilan dan semakan kandungan AI yang berkaitan agama dan pendidikan.

Yang ketiga, skim pensijilan dan audit. Gelombang pensijilan AI sama ada patuh syariah dan juga selamat pendidikan dengan audit bebas setiap 12 bulan.

Yang keempat, rangka tindakan pendidikan AI, latihan guru, panduan penggunaan AI di sekolah dan juga barisan sokongan untuk menilai respond AI yang berkaitan kandungan agama.

Yang kelima, ialah mekanisme aduan awam. Laman aduan khusus untuk isu salah guna AI berkaitan akidah ataupun didikan dengan jangka masa tindak balas yang jelas.

Saya juga ingin mengajukan beberapa persoalan, pertama ialah adakah etika AI NAIO akan merangkumi modul khusus untuk nilai agama dan norma tempatan?

Jika ya, bilakah ia akan didedahkan kepada umum? Adakah terdapat MoU atau pun

draft • 12:00 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

perancangan MoU antara NAIO dan Kementerian Pendidikan bagi selaraskan penggunaan AI dalam kurikulum sekolah atau latihan guru, nyatakan tarikh dan skop?

Yang ketiga, adakah NAIO mempunyai mekanisme rasmi kerjasama dengan JAKIM atau untuk memantau dan menilai AI yang menyentuh isu fatwa, akidah dan hukum hakam? Siapakah yang akan jadi pihak bertanggungjawab mengeluarkan pensijilan AI? Apakah garis masa untuk pembangunan pelan tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 dan bagaimana rakyat atau ahli akademik boleh memberi input? Apakah mekanisme aduan dan audit untuk sistem AI yang dibangunkan yang boleh menyebabkan potensi kemudaratan ke atas pendidikan agama atau akidah?

Sebelum berakhir, saya ingin memetik sepotong ayat untuk ingatan kita bersama. Walaupun sehebat mana teknologi AI pada hari ini, ia tetap terbatas berbanding ilmu Allah SWT. Allah berfirman.

[Membaca sepotong Ayat Al-Quran] “Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhan-ku, sudah tentu akan habis kering lautan itu, sebelum habisnya kalimah-kalimah Tuhan-ku. Walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan.” Surahtul Kahfi 18, ayat 109.

Akhir sekali Dato’ Pengerusi, marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah mempermudahkan urusan semua yang terkesan dengan banjir di seluruh negara mengurniakan ketabahan, keselamatan dan bantuan yang mencukupi dalam saat sukar ini.

[Membaca doa] “Ya Allah, berikanlah ganjaran kepada mereka ke atas musibah dan menimpa mereka dan gantikanlah untuk mereka sesuatu yang lebih baik.” Terima kasih Dato’ Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullah.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Amin ya Rabbal Alamin. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tebrau.

120.08 tgh.

draft • 12:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana membenarkan Tebrau turut terlibat dalam perbahasan jawatankuasa untuk Kementerian Digital.

Saya ingin mula dengan Butiran 202000 di bawah tajuk Perniagaan Digital.

Saya nampak dalam bajet tahun ini, ada kenaikan bajet daripada RM521,000 kepada RM1.4 juta. Saya sebenarnya tertarik dengan tajuk Perniagaan Digital ini, saya hanya hendak mendapat lebih banyak maklumat daripada pihak kementerian.

Adakah ini adalah usaha kerajaan untuk kita membantu peniaga-peniaga khususnya PKS kita untuk meningkatkan tahap digital mereka supaya mereka boleh lebih

draft • 12:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

berdaya saing di zaman digital ini. Kalau betul, saya rasa itu satu langkah yang cukup baik dan saya harap ini teruskan pada masa yang depan.

Kedua, saya masuk isu kepada isu pusat data, 02000 – Digital Negara. Ini adalah satu isu yang sangat dekat hati saya Dato’ Pengerusi. Saya faham, dalam era AI, dalam era digital ini, kita perlukan banyak pusat data untuk mendukung usaha, bukan sahaja negara Malaysia, malah dunia global dalam penggunaan digital-digital, tapi saya hanya hendak ingatkan kepada semua di dalam Dewan yang mulia ini, Malaysia bukan negara yang paling besar di ASEAN. Malaysia juga bukan negara yang mempunyai populasi paling ramai di ASEAN, hanya setakat 34 juta sahaja, tetapi Malaysia adalah negara yang mempunyai paling— pusat data di seluruh ASEAN.

Di Malaysia sahaja, setakat yang saya tahu, sebab banyak maklumat tersebar di Internet, ada hampir 120 pusat data. Lebih banyak daripada Indonesia, lebih banyak daripada Thailand, lebih banyak daripada Singapura.

draft • 12:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

120 data center ini ada setengah yang sudah mula beroperasi, ada separuh lagi masih dalam permohonan yang telah diluluskan, tetapi masih belum beroperasi, dalam proses pembinaan. Dari 120 sahaja, ada 50, hampir separuh adalah di kawasan Johor selatan di Johor Bharu dan sekitarnya. Kini, 30 sudah mula beroperasi dan 20 masih dalam proses. Mengapa?

Dato’ Pengerusi, kita kena akui data center ini walaupun dia penting dari segi digital, dia menggunakan― dia consume sumber tenaga dan air yang sangat-sangat tinggi. Kalau kita mula dengan tenaga elektrik, satu data center anggaran satu tahun penggunaan elektrik dia adalah 80 juta kilowatt. Itu satu. Sekarang kita ada hampir 50, 60 di Malaysia.

Bersamaan itu juga, dari segi air, itu lagi kita membimbangkan. Penggunaan pusat data centre untuk satu adalah di antara dua hingga empat juta liter sehari. Itu adalah cukup untuk kita memberi air kepada 25,000 hingga 50,000 rakyat Malaysia setiap hari. Sekarang kita sudah ada 120 yang akan dibina. Bolehkah kita terus sustain dengan pembinaan baharu pusat data di Malaysia?

Akses air adalah akses yang sangat penting, bukan sahaja di Malaysia, di satu dunia. Adakah kita mempunyai tenaga dan air yang mencukupi untuk kita menghadapi ini? Di Johor Bahru, semalam sahaja, sekali lagi kawasan saya ada isu air terputus. Bila tiap-tiap kali― sekarang di Johor Bahru bila air tak ada, elektrik tak

draft • 12:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

ada, semua orang akan tanya, “Adakah sebab Johor Bahru terlalu banyak pusat data?”...

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Tebrau.

draft • 12:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya.

draft • 12:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Sikit daripada Pulai. Baru ini ada dapat maklumat bahawa akan ada penangguhan 18 bulan data center di Johor ini.

Apakah― minta tanya pada Menterilah― benda ini benar ataupun tidak sebenarnya?

draft • 12:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya, boleh. Saya tanya soalan yang sama seperti Pulai. Dengan penangguhan semua-semua ini, adakah ini bermakna kerajaan sekarang sudah faham bahawa kita sudah overstretch resources kita untuk kita menarik lebih banyak pusat data?

Maka, saya hanya hendak tanya dua benda sahaja. Satu, saya harap kerajaan boleh memberi satu penjelasan yang terus terang kepada rakyat Malaysia, sebenarnya berapa pusat data kita ada, berapa yang kita sudah lulus, berapa elektrik yang kita guna, berapa air yang kita guna supaya rakyat sana di luar tidak tertanya- tanya sebenarnya apa yang berlaku di Malaysia.

Kedua, saya amat berharaplah Kerajaan MADANI ini bolehlah kita keluarkan satu moratorium untuk kita menghentikan kemasukan ataupun approved investment untuk pusat data sehinggalah ditangani 120 ini kita selesai dulu sebelum kita buka atau kita meluluskan mana-mana yang baru.

Last sekali sahaja, yang akhir sekali. Sedikit sahaja, Dato’ Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang MyGovernment Net. MyGovernment Net adalah satu usaha yang sangat baik oleh kerajaan untuk kita membuat satu super app, tetapi saya faham super app ini adalah beza daripada super app untuk komersial. Kalau komersial, dia ada app lain yang lebih sesuai.

Super app Government Net ini dia lebih kepada untuk maklumat dan juga perkhidmatan kerajaan― JPJ, PTPTN dan sebagainya. Bila saya tengok My Government Net ini, untuk UI dan UX, saya rasa ada keperluan kita letak Jata Malaysia. Sebab, sekarang kalau kita buka app ini, dia ‘tak nampak ada Jata Malaysia, ramai ingat mungkin app ini fake, dia tak percaya ini adalah super app Kerajaan Malaysia. So, saya harap kerajaan boleh pertimbangkan. Satu, untuk letakkan itu.

Kedua, bila saya tengok maklumat yang banyak belum masuk lagi, saya nampak satu benda yang kurang ada. Dia tidak ada maklumat tentang BUDI95. Saya

draft • 12:10 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

rasa itu penting. Sebab, BUDI95 adalah satu program yang sangat penting untuk kerajaan. Dan saya harap bila kita masuk MyGovernment Net ini, sekurang- kurangnya rakyat boleh check BUDI95 kuota dia ada berapa lagi dan bukannya bergantung kepada app lain.

Last sekali, saya hanya hendak katakan, dalam MyGovernment Net ini, saya harap― sebab ini app kerajaan― dia boleh ada satu segmen di mana kita menyebarkan atau menunjuk program-program kerajaan. Contoh, saya bagi. Bila kita hendak lancarkan BUDI95, banyak orang tertanya-tanya macam mana kalau kita pergi petrol station macam mana hendak guna, apakah cara yang betul. Kalaulah bayangkan kita MyGovernment Net ini ada tutorial, dia ajar orang cara yang betul macam mana kita guna, pergi petrol station boleh guna IC untuk dapatkan BUDI95, saya rasa itu adalah elok.

Begitu juga dengan program-program yang bakal akan dilancarkan oleh kerajaan― i-Sara ke, yang banyak ke― mereka pun terkeliru di luar. Adakah kita hendak pergi sini, adakah ini betul, adakah RM100 terus masuk dalam IC ke, ada cash ke. Benda-benda itu kena dalam itu supaya orang tahu itu maklumat yang sahih supaya isu-isu ini tidak dipolitikkan atau difitnahkan oleh pihak-pihak yang lain.

Itu sahaja. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Tebrau menyokong.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Selanjut, saya silakan Yang Berhormat Kuala Kedah.

draft • 12:10 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 020300 – Akulturasi Digital.

Dato’ Pengerusi, pada hari ini negara sedang berdepan dengan jurang kemahiran digital yang semakin membesar. Industri sangat memerlukan tenaga mahir dalam AI, sains data, keselamatan siber dan cloud, tetapi sistem pendidikan kita tidak menghasilkan bakat pada kadar dan kualiti yang mencukupi. Banyak syarikat terpaksa mengambil bakat luar negara atau menanggung kos latihan semula graduan.

Pada masa yang sama, institusi pendidikan dan latihan masih kekurangan tenaga pengajar digital yang kompeten menyebabkan kandungan pembelajaran tidak selari dengan teknologi semasa. Program upskilling pula berselerak antara

draft • 12:16 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

pelbagai agensi dan tidak disepadukan dan, lebih penting, tidak diukur berdasarkan penempatan pekerjaan sebenar.

Lebih membimbangkan, negara kini berhadapan ketirisan bakat digital.

Golongan muda yang berbakat terutamanya dalam bidang siber dan AI berhijrah kerana peluang dan gaji lebih kompetitif di luar negara. Ini menjejaskan daya saing digital negara.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, apakah pelan nasional yang jelas untuk menutup jurang kemahiran digital dan memastikan pembangunan bakat selaras dengan keperluan industri masa hadapan? Bagaimana kerajaan meningkatkan kapasiti tenaga pengajar digital supaya latihan tidak lagi ketinggalan daripada teknologi semasa?

Bilakah kerajaan akan menyepadukan semua program latihan digital pelbagai agensi dan mengukur kejayaan melalui penempatan pekerjaan, bukan sekadar bilangan peserta? Dan apakah strategi kerajaan untuk mengekang brain drain dan memastikan bakat digital tempatan kekal membina masa depan ekonomi negara?

Dato’ Pengerusi, berikutnya pula, Butiran 32000 – Malaysia Digital Accelerated Grant (MDAG) dengan anggaran harga projek RM217,249,700.

Berkaitan butiran ini, saya ingin menumpukan perhatian kepada tiga isu kritikal berkaitan pelaksanaan Malaysia Digital Accelerated Grant (MDAG) di bawah Kementerian Digital yang memerlukan penjelasan dan tindakan segera.

Pertamanya, isu ketelusan dan pelaporan awam. Sehingga kini, tiada lagi laporan komprehensif mengenai jumlah permohonan MDAG, kadar kelulusan, pecahan negeri, sektor penerima serta impak sebenar kepada digitalisasi PKS.

MDAG adalah dana nasional. Rakyat perlu mengetahui ke mana ia disalurkan. Maka, saya mendesak supaya Kementerian Digital menerbitkan laporan rasmi MDAG secara berkala bukan sahaja kepada Parlimen, tetapi dalam laporan tahunan MDAG, Laporan Tahunan Malaysia Digital serta melalui dashboard awam yang boleh diakses industri dan rakyat.

Kedua, isu jurang wilayah yang perlu diberikan perhatian. Data menunjukkan penerima MDAG banyak tertumpu di Lembah Klang sedangkan di negeri-negeri seperti Kedah, Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak sedang bergelut untuk akses digilitisasi yang setara. Sedangkan, Kedah mempunyai potensi besar dalam ekopelancongan digital, agro-digital dan sektor maritim termasuk komuniti nelayan di Kuala Kedah yang memerlukan sokongan digital asas. Saya mendesak agar

draft • 12:16 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Kementerian Digital mewujudkan unit sokongan permohonan MDAG di peringkat negeri, termasuk Kedah, untuk membantu PKS yang tidak mempunyai keupayaan teknikal.

draft • 12:16 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Ketiga, syarat matching grand dan proses permohonan yang rumit. Ramai PKS mikro, usahawan B40 dan peniaga kecil di Kedah tidak mampu menyediakan modal padanan antara 30 ke 50 peratus atau proposal teknikal tingkat tinggi. Mereka akhirnya tercicir daripada manfaat digitalisasi. Saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan micro digital grant dengan kadar padanan kerajaan 80 ke 90 peratus bagi membantu usahawan kecil, komuniti pelancongan dan nelayan yang memerlukan digitalisasi asas.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan tiga soalan kepada pihak kementerian. Bilakah kementerian akan menerbitkan laporan rasmi MDEC di platform seperti laporan tahunan MDEC dan dashboard awam? Apakah langkah konkrit untuk memastikan akses MDEC lebih seimbang antara negeri khususnya seperti negeri Kedah? Dan adakah kementerian bersedia memperkenalkan micro digital grant bagi memastikan PKS mikro dan B40 tidak terus terpinggir daripada transformasi digital.

Dato’ Pengerusi, yang terakhir. Butiran 010500 – Inkubator Digital. Dalam hal ini saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia terhadap satu persoalan besar dalam hala tuju digital negara iaitu sejauh manakah kajian mengenai teknologi muncul: emerging technologies telah benar-benar dijalankan secara menyeluruh oleh kementerian. Kita berada dalam era di mana teknologi seperti agentic AI, spatial computing, blockchain generasi baharu, post-quantum cryptography, automasi autonomi dan edge AI sedang merombak landskap ekonomi negara.

Namun persoalannya, berapa jauh kementerian telah meneliti dan menyediakan dasar, pelan pelaksanaan serta kesiapsiagaan negara terhadap teknologi baru ini. Setakat yang saya ketahui, memang terdapat beberapa usaha awal seperti kajian mengenai dasar blockchain, portal pengetahuan teknologi baru serta laporan dasar umum yang dikeluarkan kementerian. Namun, kajian yang benar-benar mendalam merentas semua teknologi muncul ini masih belum dapat dinilai secara telus. Lebih membimbangkan, maklumat terbuka mengenai hasil kajian belum diterbitkan secara konsisten.

Justeru, persoalan saya, apakah teknologi muncul yang telah dikaji secara mendalam oleh kementerian dan bilakah laporan terperinci kajian ini akan

draft • 12:20 PM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

dibentangkan kepada rakyat dan Parlimen? Adakah kementerian mempunyai rangka kerja nasional untuk mengkaji teknologi baharu secara berterusan termasuk AI autonomi, post-quantum security, spatial computing dan robotik pintar?

Bagaimana hasil kajian ini diterjemahkan menjadi pelan tindakan KPI kementerian dan keutamaan Belanjawan 2026 agar negara tidak sekadar menjadi pengguna, tetapi pencipta teknologi masa depan? Dan adakah kementerian mengukur kadar kesiapsiagaan negara dari sudut bakat, infrastruktur digital, keselamatan data dan daya saing industri terhadap teknologi muncul? Sekian perbahasan saya. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Speaker, Speaker, Speaker, Pulai, Speaker.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Oh. Ya.

draft • 12:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Minta sikit masa Speaker untuk Pulai mengalu-alukan pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Aminuddin Baki...

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft • 12:20 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Parlimen Pulai— seramai 70 orang di bawah guru pengiring Cikgu Zainuddin Wahab dan Pengerusi PIBG, Dato’ Samsuddin Baharom. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selamat datang ke Dewan Rakyat. Silakan Yang Berhormat Kapar.

draft • 12:20 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Pengerusi kerana memberi peluang untuk Kapar membahas belanjawan Kementerian Digital peringkat Jawatankuasa 2026 yang diperuntukkan RM1.3 bilion.

Saya merujuk kepada misi kementerian iaitu memperkukuh ekosistem digital negara yang dipercayai dan bertaraf dunia. Maka, saya lihat kebolehpercayaan kepada keselamatan— efficiency dan effectiveness dengan izin, yang bertaraf antarabangsa ini menjadi keutamaan kementerian. Maka, Kapar merujuk Bekalan 50, Butiran 010000. Kod 10000 – Emolumen, RM18.9 juta. Butiran 020000 – Pembangunan Digital, 020300 – Akulturasi Digital, 020600 pembangunan data peribadi. Butiran 050500 – Perluasan Platform Digital Sandbox, RM2 juta.

Pembangunan P.50, Butiran 01600 – Cybersecurity Malaysia, RM11.3 juta. Butiran 33000 – Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), RM20 juta.

draft • 12:23 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tuan Pengerusi, ekonomi digital kita menyumbang lebih 23 peratus KDNK negara dan angkanya dijangka meningkat dengan pesat apabila kita mengarusperdanakan penggunaan kecerdasan buatan atau AI automasi dan data raya. Namun, potensi ini tidak akan tercapai jika jurang digital di kawasan seperti Kapar terus melebar. Jadi, saya ingin menarik perhatian Kementerian Digital. Belia Kapar mempunyai tenaga, kreativiti dan keinginan untuk terlibat dalam ekonomi digital, tapi mereka kekurangan laluan jelas untuk menyertai sektor bernilai tinggi.

Di Kapar, ramai anak muda bekerja dalam sektor perkilangan dan gig economy, tetapi tidak mendapat akses latihan AI, siber keselamatan, coding atau permasalahan digital yang menjadi pemangkin gaji lebih tinggi.

Jadi, saya mendesak supaya kementerian mewujudkan pusat ekonomi digital belia Kapar melalui kolaborasi dengan MDEC, lengkap dengan makmal AI, kemudahan co-working dan Program Inkubasi Startup untuk anak muda tempatan.

Memperluas program e-dagang desa dan latihan micro-credential terus ke sekolah menengah, teknikal dan kolej komuniti sekitar Kapar. Melaksanakan geran pemula RM5 ribu ke, hingga RM10 ribu untuk belia Kapar memulakan perniagaan digital sama ada kandungan kreatif, servis, digital, atau penyelesaian teknologi untuk industri tempatan.

Kapar ada banyak zon industri yang agak luas, DUN Meru, DUN Sementa, semua ada. Dekat port pula ‘tu, North Port. Memastikan Internet berkelajuan tinggi tidak hanya tertumpu di pekan, di bandar tapi di luaskan di kawasan padat seperti di Kapar.

Pengerusi, apakah indikator prestasi utama khusus untuk akulturasi digital?

Contohnya bilangan peserta terlatih, kadar peningkatan penggunaan perkhidmatan digital kerajaan, ekonomi digital oleh golongan B40 dan luar bandar serta tahap literasi keselamatan siber dan bagaimana pencapaian ini dikaitkan dengan justifikasi tahunan peruntukan di bawah program pembangunan digital?

Apakah justifikasi bawah peruntukan ini mencukupi untuk melatih rakyat di seluruh negara termasuk komuniti luar bandar, B40, warga emas dan OKU, sedangkan ancaman scam, eksploitasi digital dan penggunaan perkhidmatan dalam talian semakin meningkat setiap tahun?

Jadi, Pengerusi, saya nak tanya 33000, MDEC. Mengapa MDEC di— Nak ni kan masa sikit. Okey, dalam konteks sasaran besar Malaysia Digital dan pelaburan digital bernilai berbilion Ringgit, apakah tujuan terperinci peruntukan pembangun RM20 juta kepada MDEC 2026. Program atau sektor mana yang dibiayai? Berapa

draft • 12:23 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

banyak untuk pentadbiran projek berbanding geran langsung kepada syarikat? Dan bagaimana pulangan ekonomi serta pekerjaan tempatan akan diukur?

Kita maklum semakin banyak produk dan inisiatif digital dibangunkan di bawah pelbagai agensi, namun sejauh mana proses komersialisasi benar-benar berlaku dalam konteks ini? Apakah garis sempadan, fungsi MDEC yang membezakan peranan uniknya pada tahun 2026 khususnya daripada segi pembangunan ekosistem, fasilitasi pelaburan, pemacuan komersialisasi dan sokongan industri?

Sikit lagi Pengerusi. Kita bangga dengan liputan 5G yang mencapai 80 peratus di kawasan berpenduduk padat. Namun, menurut Laporan Ekonomi Digital Malaysia 2023, hanya 55 peratus penduduk dewasa memiliki kemahiran digital asas seperti menggunakan hamparan elektronik atau perisian persembahan. Lebih membimbangkan, angka ini jatuh kepada bawah 35 peratus dalam kalangan mereka yang berumur 45 tahun ke atas.

Jadi, kalau scam dan sebagainya ni, inilah di antara yang mungkin rentan.

Dan kita membelanjakan berpuluh bilion Ringgit untuk infrastruktur, tapi hanya point dua peratus daripada bajet digital diperuntukkan secara khusus untuk program literasi digital komuniti yang menyeluruh.

Ini adalah ketidakseimbangan yang berbahaya. Infrastruktur tanpa kemahiran adalah seperti membina lebuh raya tapi rakyat tidak diajar memandu. Saya gesa agar sekurang-kurangnya lima peratus daripada peruntukan infrastruktur dialihkan untuk melatih 10 ribu duta digital komuniti yang membimbing rakyat di peringkat akar umbi.

draft • 12:23 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Keselamatan siber adalah kecemasan kebangsaan yang memerlukan tindakan segera. Menurut CyberSecurity Malaysia, pada tahun 2023 sahaja, mereka menerima lebih 7,000 kes insiden siber dengan insiden penipuan fesyen, phishing, penipuan dagangan dalam talian meningkat sebanyak 45 peratus dan kerugian kewangan dilaporkan mencecah ratusan juta Ringgit meragut simpanan seumur hidup rakyat biasa.

Namun, kapasiti pasukan tindak balas siber kita masih terhadap— sebagai perbandingan, Singapura memperuntukkan hampir SGD1 bilion dalam bajet keselamatan mereka untuk 2024. Kita ini tak boleh ketinggalan. Jadi, saya mencadangkan ditubuhkan pasukan tindak balas pantas siber rakyat. Mungkin

draft • 12:30 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

dengan peruntukan khas 50 juta ini bukannya perbelanjaan, tapi pelaburan yang akan menjimatkan wang dan trauma rakyat.

Akhir sekali Pengerusi, kita perlukan rangka kerja etika AI, bukan hanya inovasi AI. Pasaran AI di Malaysia dijangka mencecah USD1.5 bilion atau RM7 bilion pada 2030. Ini adalah potensi yang besar. Namun tanpa kawal selia, potensi ini disertai dengan risiko. Kajian global oleh MIT mendapati 78 peratus pengguna tidak mempercayai AI untuk membuat keputusan yang adil. Jadi, kita tak mempunyai satu rangka kerja etika AI yang komprehensif.

Jadi, saya menyeru agar kementerian memperuntukkan dana, seed capital lebih kuranglah RM20 juta untuk mewujudkan pusat etika AI Malaysia dan kita mengharapkan dana ini membiayai penyelidikan, membangunkan garis panduan tempatan dan melatih semula sekurang-kurangnya 5,000 pekerja dalam bidang pengurusan dan pentadbiran AI yang beretika. Tujuannya untuk memastikan pertumbuhan ekonomi AI kita tidak merugikan nilai, tidak merosakkan nilai dan kestabilan sosial kita.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, pembudayaan digital, keselamatan siber proaktif dan kepimpinan etika AI adalah pelaburan kritikal yang menentukan sama ada transformasi digital kita berjaya atau gagal. Dengan fakta dan angka ini adalah jelas bahawa kita perlu mengalihkan fokus kita daripada sekadar membina paip digital, “paip” kepada memastikan apa yang mengalir di dalamnya adalah selamat dan rakyat kita mampu menggunakannya untuk memacu kehidupan yang lebih baik.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 12:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dato' Pengerusi, terima kasih kerana diberi peluang sebagai pembahas terakhir dalam Peringkat Jawatankuasa di bawah maksud B. dan P.50 – Kementerian Digital.

Dato' Pengerusi, kementerian ini memikul tanggungjawab yang amat besar iaitu memastikan segala transformasi digital negara kita berjalan secara menyeluruh, selamat, inklusif dan juga memberi nilai sebenar kepada rakyat. Jadi, Betong ingin menyentuh beberapa butiran yang penting serta implikasinya kepada negeri seperti Sarawak yang memerlukan segala pendekatan yang lebih seimbang dan bersifat nasional dan bukan hanya berpusat.

draft • 12:33 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi Dato' Pengerusi, saya mula dengan butiran yang pertama iaitu B.030300 – CyberSecurity Malaysia dan P.01600 dengan CyberSecurity Malaysia dengan anggaran perbelanjaan sejumlah 11.35 juta. Dato' Pengerusi, peruntukan kepada CyberSecurity Malaysia amat penting iaitu kerana ancaman siber seperti yang kita tahu, amat meningkat dalam skala dan kerumitan.

Namun, Betong ingin meminta beberapa penjelasan. Yang pertamanya, bagaimanakah kementerian memastikan keupayaan keselamatan siber diperluas di kawasan wilayah seperti di Sabah dan Sarawak, bukan hanya tertumpu di Semenanjung ini?

Dan adakah terdapat segala rancangan bagi kita menubuhkan Pusat Tindak Balas Insiden Siber di Sarawak bagi kita memastikan masa tindak balas yang lebih pantas? Dan saya juga ingin bertanya, berapakah jumlah bakat keselamatan siber yang di sasar untuk dapat dilatih di bawah butiran ini? Jika kita mengutamakan keselamatan digital negara, maka ia perlu dirasai secara seimbang di seluruh wilayah.

Keduanya Dato' Pengerusi, saya menyentuh butiran B.030400 iaitu MyDIGITAL Corporation. MyDIGITAL Corp ini memainkan peranan yang kritikal sebagai penyelaras utama agenda digital nasional. Namun, pelaksanaannya juga mesti selari dengan aspirasi setiap negeri dan wilayah. Jadi Betong ingin bertanya, pertamanya, apakah indikator prestasi ataupun KPI yang telah ditetapkan bagi tahun 2026 dan bagaimana ia nya dipantau secara berkala?

Keduanya, adakah projek strategik seperti AI, cloud berdaulat, sandbox inovasi dan integrasi digital kerajaan mempunyai sasaran khusus khususnya bagi kita di Sarawak? Dan seterusnya, bagaimanakah MyDIGITAL ini memastikan wujud penyelarasan efektif antara inisiatif nasional dan juga agenda digital Sarawak di bawah Post COVID-19 Development Strategy 2030? Kita tidak mahu dasar digital negara ini menjadi terlalu berpusat kepada Putrajaya sehingga mengabaikan potensi yang besar seperti di Sarawak sebagai peneraju teknologi hijau dan juga pusat data serantau.

Dato' Pengerusi, ketiganya, saya menyentuh butiran B.020500 iaitu Digital Negara. Jabatan Digital Negara memegang mandat yang besar dalam pendigitalan perkhidmatan kerajaan dan tadbir urus dana. Dato' Pengerusi, maka beberapa persoalan yang saya ingin mengajukan. Pertamanya, berapa banyakkah perkhidmatan kerajaan benar-benar mencapai tahap digital sepenuhnya end to end pada tahun 2026?

draft • 12:33 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Keduanya, bilakah digital ID ini akan diintegrasikan sepenuhnya merentas semua kementerian dan bukan hanya beberapa agensi tertentu? Dan apakah langkah bagi memastikan perkhidmatan digital di Sarawak termasuk kawasan pedalaman seperti kami di Betong, Sri Aman, Kapit, Limbang setara juga dengan kawasan di Semenanjung ini? Dan Dato' Pengerusi, aspirasi kerajaan digital ini hanya bermakna apabila rakyat kita di luar bandar itu turut juga menikmati kemudahan yang sama.

Jadi butiran yang terakhir ialah B.020600 – Perlindungan Data Peribadi. Dato' Pengerusi, isu kebocoran data kini juga menjadi kebimbangan nasional. Oleh itu, Betong ingin meminta beberapa penjelasan. Pertamanya, adakah peruntukan ini akan memberi ruang kepada penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap syarikat- syarikat ataupun agensi yang gagal melindungi data?

Adakah kita di Malaysia menuju ke arah rangka kerja perlindungan data setara standard antarabangsa seperti General Data Protection Regulation? Dan ketiganya, apakah langkah-langkah memastikan hak rakyat untuk mengetahui bagaimana data mereka disimpan dan digunakan? Sebab kepercayaan rakyat terhadap pendigitalan hanya boleh dipulihkan apabila data mereka benar-benar dilindungi.

Dan di bawah butiran P.300 – Malaysia Digital Acceleration Grant (MDAG) yang merupakan pemacu penting untuk digitalisasi syarikat tempatan, namun beberapa isu akses di Sarawak. Maka Betong ingin bertanya, adakah kementerian akan menetapkan kuota minimum untuk syarikat di Sabah dan Sarawak, memandangkan mereka sering berdepan segala kekangan teknikal dan logistik?

Keduanya, bagaimanakah proses permohonan yang akan dipermudahkan untuk PMKS luar bandar yang masih terbatas dari segi kapasiti digital? Dan apakah pencapaian MDAG setakat ini dan khususnya di Sarawak dari segi jumlah penerima dan juga impaknya? Jadi, jika kita mahu mengangkat ekonomi digital nasional, maka semua wilayah juga perlu diberi peluang yang setara.

Jadi harapan saya Dato' Pengerusi, agar Sarawak mempunyai— Sarawak memang mempunyai apa ini, kelebihan tersendiri dari segi tenaga hijau yang stabil, tapak sesuai untuk pusat data berskala besar, jadi serta negeri yang sedang pesat mengembangkan bakat digital melalui sekolah, universiti dan agensi negeri.

Jadi oleh itu, harapan saya adalah apakah penyelarasan agar ada satu penyelarasan projek nasional dan Sarawak yang lebih inklusif dan ada akses peruntukan yang seimbang dan peningkatan latihan bakat digital di luar pusat dan

draft • 12:33 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

juga pembangunan infrastruktur digital yang meliputi kawasan pedalaman. Sebab Malaysia tidak boleh bergerak sebagai negara digital jika sebahagian besar wilayahnya masih berjuang untuk mendapatkan liputan asas atau akses kepada teknologi moden.

Dato' Pengerusi, dengan itu Betong mohon penjelasan lanjut daripada kementerian terhadap persoalan-persoalan yang saya bangkitkan. Dan harapan kami ialah agar Belanjawan 2026 ini benar-benar membawa faedah kepada rakyat termasuk juga di Sarawak. Terima kasih Dato' Pengerusi. Betong mohon menyokong.

draft • 12:33 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Walaupun saya telah membaca senarai tujuh orang, ada tambahan satu lagi. Saya silakan Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 12:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Pengerusi kerana memberi saya laluan. Saya ingin mengambil bahagian di bawah Butiran 030300 – CyberSecurity Malaysia di bawah Kementerian Digital. Kita semua sedar bahawa Malaysia sedang berada pada tahap penggunaan internet yang sangat tinggi. Mengikut laporan terkini kadar penembusan internet negara kita telah mencapai 97.7 peratus bersamaan 34.9 juta pengguna.

Lebih membimbangkan, purata masa harian penggunaan harian internet Malaysia ialah lapan jam 13 minit jauh melebihi purata global enam jam 40 minit.

Bagi penggunaan internet bagi telefon bimbit pula rakyat Malaysia menghabiskan purata empat jam 42 minit sehari berbanding purata global sekitar tiga jam 46 minit.

Pengerusi, angka-angka ini jelas menunjukkan bahawa kehidupan digital rakyat kita semakin mendalam dan melekat dalam kehidupan harian. Namun, penggunaan yang tinggi ini datang bersama risiko yang besar dan memerlukan intervensi dasar yang serius.

Satu, ancaman siber dan jenayah digital. Dengan kadar penggunaan internet yang begitu tinggi, Malaysia semakin menjadi sasaran serangan siber, scam, phishing, ransomware, penipuan pelaburan dan manipulasi data peribadi. Saya ingin bertanya, apakah pelan komprehensif kerajaan melalui Kementerian Digital untuk meningkatkan cyber resilience negara termasuk:

(i) peningkatan kapasiti MyCERT dan CyberSecurity Malaysia;

draft • 12:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

(ii) program literasi keselamatan digital di peringkat sekolah dan komuniti; dan

(iii) perlindungan infrastruktur kritikal termasuk sistem kerajaan melalui zero trust architecture. Kedua, perlindungan kanak-kanak dalam talian. Tuan Pengerusi, penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak juga semakin meningkat. Risiko besar termasuk eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian, grooming, pendedahan kepada kandungan ekstrem, ganas dan tidak sesuai. Saya ingin tahu.

Adakah Kementerian Digital bercadang memperkenalkan age appropriate design code seperti di UK yang mewajibkan platform digital mengutamakan keselamatan kanak-kanak dari segi reka bentuk sistem bukan sekadar garis panduan?

Penyalahgunaan media sosial, ketagihan skrin dan kesihatan mental.

Dengan lebih lapan jam sehari berada di internet, kita sedang menghadapi ketagihan skrin, gangguan tidur, masalah fokus dalam kalangan pelajar, kebergantungan dopamine daripada media sosial, risiko penyebaran maklumat salah dan kebencian.

Negara-negara lain yang sudah mengambil tindakan— kita dengar tadi Timbalan Menteri Komunikasi mengatakan Australia telah mengambil tindakan mengehadkan penggunaan media sosial di bawah 16 tahun.

China menetapkan had penggunaan TikTok untuk remaja bawah 18 tahun.

Korea Selatan memperkenalkan digital wellbeing act bagi menangani ketagihan skrin. Ireland melaksanakan larangan nasional telefon pintar untuk murid sekolah rendah. Saya ingin bertanya. Adakah Kementerian Digital mempertimbangkan kerangka digital wellbeing national yang lebih tegas termasuk penyelidikan penggunaan bertanggungjawab dan intervensi awal?

Kes cyber bully yang semakin meningkat. Kes cyber bully, terutamanya dalam kalangan remaja semakin membimbangkan kita. Kita perlukan platform aduan yang cepat dan mesra pengguna, proses penyiasatan yang lebih efisien, modul anti cyber bully disepadukan dalam kurikulum sekolah. Bersediakah Kementerian Digital mengumumkan pelan anti cyber bully kebangsaan yang merangkumi kerjasama semua kementerian KPM, KKM, KKD dan sebagainya?

Layaran pornografi, Malaysia tertinggi di Asia Tenggara. Tuan Pengerusi, isu ini sangat sensitif tapi mesti dibahas secara terbuka. Laporan firma analitik global menunjukkan bahawa Malaysia mencatat kadar akses pornografi tertinggi di Asia Tenggara. Pendedahan awal kepada pornografi boleh membawa kepada ketagihan seksual digital, keruntuhan hubungan keluarga, gangguan perkembangan sosio

draft • 12:40 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

remaja, normalisasi kandungan ekstrem dan kita juga dengar sekarang ini kes statutory rogol semakin meningkat di kalangan pelajar sekolah bawah umur.

Bagaimana Kementerian Digital bercadang menangani isu ini?

Banyak negara telah mengambil langkah. UK memperkenalkan age verification for pornography law di bawah Online Safety Act 2023 yang mewajibkan semakan umur sebelum mengakses kandungan dewasa. Australia sedang menguji sistem Age Assurance Technology tanpa menggunakan data biometrik sensitif.

Apakah pendekatan Malaysia? Adakah kementerian bersedia mempertimbangkan rangka kerja age verification versi Malaysia yang tidak mengumpul data sensitif tetapi efektif?

Cadangan-cadangan untuk Kementerian Digital. Saya mencadangkan beberapa langkah:

(i) national digital safety blueprint. Menggabungkan keselamatan siber, keselamatan kanak-kanak, kesejahteraan digital dan perlindungan data peribadi dalam satu pelan yang menyeluruh, komprehensif;

(ii) kelas literasi digital wajib di sekolah. Mengajar etika digital, pemikiran kritis, pengurusan masa skrin dan cara mengelakkan scam dan buli siber;

(iii) kerjasama platform global seperti Indonesia yang memaksa platform menurunkan kandungan ekstrem dalam masa 24 jam; dan

(iv) mekanisme pelaporan pantas mencontohi New Zealand, Harmful Digital Communications Act. Menyediakan tindak balas 48 jam kepada aduan digital harassment. Pengerusi, digital negara bukan hanya soal sambungan Internet atau capaian 5G. Ia adalah soal perlindungan rakyat, kesejahteraan mental generasi muda, keselamatan data serta membentuk ekosistem digital yang selamat, bertanggungjawab dan beretika. Saya berharap Kementerian Digital akan mengambil berat semua perkara ini demi masa depan negara. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Sekarang tibalah Menteri untuk menjawab. Saya memberi 20 minit, silakan.

draft • 12:40 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat ini.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa Yang Berhormat yang telah pun mengemukakan cadangan-cadangan. Saya akan sentuh cadangan-cadangan tersebut secara am dan di mana cadangan tersebut adalah cadangan yang boleh kita pertimbangkan— kita akan pertimbangkan di dalam Kementerian Digital. Tapi juga ada beberapa aspek yang telah pun dibangkitkan yang memerlukan jawapan secara spesifik yang saya akan jawab secara terperinci. Tetapi sudah tentu Tuan Yang di-Pertua dalam masa 20 minit ini mungkin tak mencukupi untuk semua. Untuk jawapan-jawapan yang tidak dapat saya balas secara lisan, saya akan berikan secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada lapan Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Memang kita dapat lihat perbahasan yang cukup mendalam yang menunjukkan bahawa semua faham sebenarnya apakah pentingnya Kementerian Digital, khususnya dalam bagaimana kita dapat membentuk satu ekosistem yang membolehkan negara kita menerima pakai teknologi yang baharu, menerima manfaat teknologi-teknologi tersebut tapi dalam masa yang sama memastikan bahawa risiko ataupun aspek-aspek keselamatan juga kita pertimbangkan secara mendalam supaya membolehkan kita membina generasi digital negara kita yang kukuh buat masa depan.

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Paya Besar dan beliau telah pun mengemukakan beberapa perkara yang penting untuk dibalas. Sepertimana semua Ahli Yang Berhormat sedar, terdapat tiga perkara penting yang telah pun dibangkitkan berkaitan dengan kementerian khususnya AI, kecerdasan buatan khususnya peranan AI dalam pengurusan krisis, hala tuju ekonomi digital serta kesiapsiagaan siber negara terhadap ancaman kuantum dan juga AI lanjutan. Kerajaan Tuan Yang di-Pertua, memberi jaminan bahawa setiap inisiatif ini diuruskan secara holistik, berstruktur dan juga dengan memberikan keutamaan tertinggi terhadap keselamatan dan manfaat rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, peranan NAIO atau National AI Office di dalam pengurusan bencana dan pemindahan pengetahuan pegawai. Itu dibangkitkan tadi.

Berhubungan soalan sama ada Pejabat Kecerdasan Buatan ataupun NAIO terlibat dalam sistem AI untuk pengurusan bencana alam atau natural disaster management.

draft • 12:46 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Dan juga penggunaan teknik pemindahan pengetahuan ataupun knowledge transfer seperti NLP, CNN. Kerajaan ingin menjelaskan tentang peranan strategik NAIO dalam pelaksanaan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030.

Pertama sekali Tuan Yang di-Pertua, fokus diberikan kepada projek yang berimpak tinggi. Di bawah Bajet 2026, tumpuan utama National AI Office adalah untuk mengaktifkan pelaksanaan projek-projek AI berimpak tinggi iaitu— ataupun impact engine di sektor-sektor strategik.

draft • 12:46 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Sektor-sektor ini termasuk sektor kesihatan, sektor pengangkutan, sektor pertanian iaitu agrofood dan sektor perkhidmatan awam, sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta juga sektor bandar pintar (AI Cities). This is now becoming new sector yang memerlukan tumpuan yang spesifik. Dulu disebut sebagai Smart City, Tuan Yang di-Pertua. Sekarang kita lihat kepada AI Cities. Ia nya selari dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam pembentangan RMK13, di mana beliau menyatakan kita nak menghadapi AI nation dalam tahun 2030.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada elemen di bawah inisiatif AI Cities ini merangkumi aspek keselamatan dan juga pengurusan bencana. Dan NAIO telah pun bekerjasama rapat dengan beberapa agensi pengurusan bencana sebagai contoh, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Nasional (PRABN) untuk meneroka penggunaan AI dalam memperkukuh keupayaan pengurusan bencana negara.

Beberapa siri libat urus dan bengkel bersama dengan PRABN telah diadakan yang menghasilkan cadangan awal berkaitan dengan penggunaan AI.

Mekanisme pelaksanaan whole of government. Setiap projek AI mempunyai pemilik inisiatif ataupun initiative leads yang jelas. Jadi, kita lihat kepada bagaimana kita boleh memastikan bahawa perbincangan ini merangkumi setiap agensi dalam kerajaan kerana ia nya melibatkan kerjasama semua ataupun whole of government untuk berjaya. Kita lihat setiap projek dia ada pemilik inisiatif yang jelas yang diwakili oleh kementerian-kementerian, sektor-sektor yang tertentu. Pemilik inisiatif ini bertanggungjawab untuk pertamanya, menentukan skop. Kemudian hasil yang diizinkan, yang diinginkan.

Yang ketiganya, menyediakan sumber-sumber kepakaran sektor serta menyelaraskan penglibatan industri dan akademia untuk tujuan tersebut. So, ia nya merangkumi beberapa perkara. Pertamanya, kita lihat kepada skop. Apakah sebenarnya masalah ataupun kenyataan permasalahan (problem statement).

draft • 12:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Kemudian kita lihat kepada hasil. The outcomes that we intend to achieve. Kemudian, bagaimana kita dapat menyediakan sumber kepakaran sektor.

Jadi, kita lihat kepada sumber kepakaran yang dapat menyelesaikan pernyataan permasalahan tersebut. Dan kemudian, kita kena lihat bagaimana kita dapat juga membawa bersama seluruh industri dan juga akademia kerana ia nya melibatkan teknologi baharu untuk kita bersama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah ini.

Peranan juga dimainkan oleh penyelaras pusat. NAIO bertindak sebagai penyelaras pusat ataupun apa yang kita sebut sebagai orchestrator yang menyelaras semua kementerian, agensi dan pihak industri, menyelesaikan halangan berkaitan data, peraturan ataupun sumber serta menyediakan status berkala kepada Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian ataupun MED4IRN. Pendekatan ini Tuan Yang di-Pertua, memastikan pelaksanaan projek AI digerakkan secara berskala nasional dan mampan dengan impak ekonomi serta sosial yang jelas.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat sebenarnya apa yang berlaku adalah National AI Office ini adalah mainkan peranan untuk melihat kepada satu masalah yang tertentu tapi untuk menyelesaikannya, National AI Office ini mendapat maklumat daripada semua sektor yang terlibat khususnya kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan, industri dan juga akademi.

Kemudian, kita melihat kepada bagaimana kita dapat merancangkan penyelesaian untuk masa tersebut. Dan sekiranya perlu untuk polisi-polisi tertentu digubal, undang-undang dan sebagainya, kita akan mulakan proses tersebut. Jadi, ia nya melibatkan seluruh jentera kerajaan.

Selain daripada itu, kita juga kena lihat kepada ketersediaan infrastruktur.

Tuan Yang di-Pertua, infrastruktur ini bukan sekadar kita lihat kepada kesalinghubungan. Banyak Yang Berhormat di sini telah pun membangkitkan isu berkaitan dengan 4G dan 5G. Itu penting. Itu sangat penting dan kita tahu pencapaian kita di Malaysia ini adalah cukup baik. 5G, more or less 84 peratus CoPA dan juga untuk 4G lebih kurang 97 peratus.

Tapi selain daripada kita ada kesalinghubungan, kita perlu memastikan bahawa kita ada sistem yang menyediakan atau melihat kepada keupayaan kita menyediakan dan membekalkan data yang diperlukan supaya kita dapat menggunakan teknologi untuk menyelesaikan pernyataan-pernyataan permasalahan yang tertentu.

draft • 12:50 PM

Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo

Jadi, di situ, kita perlu lihat kepada data di dalam setiap kementerian. Adakah data-data tersebut dalam bentuk digital? Ataupun adakah data tersebut dalam bentuk-bentuk yang tidak digital seperti masih bertulis, masih dalam bentuk audio ataupun visual? Dan kita perlu melihat kepada bagaimana kita dapat pastikan bahawa setiap data ini dapat kita digitalkan. Kerana kalau data itu tidak dalam bentuk digital, ia nya tidak akan membawa sebarang manfaat dalam teknologi AI yang kita sebut-sebutkan ini.

Jadi dalam perkara itu, kita telah pun menggariskan satu pelan yang baru. Ia nya dikenali sebagai national digitalisation plan yang akan kita lancarkan. Tapi ia nya dengan spesifik melihat kepada bagaimana kita boleh pastikan, Tuan Yang di-Pertua bahawa data yang kita ada itu dapat didigitalkan, kemudian aspek-aspek bagaimana tahap keselamatan pendigitalan dan sebagainya digunakan. Dan kemudian aspek berkenaan dengan bagaimana ia nya dapat disimpan dan juga dapat dikongsikan dengan cepat.

So, jadi kita juga perlu lihat kepada sokongan infrastruktur data. Bagi sokong semua inisiatif ini, ia nya melibatkan sektor-sektor awam dan juga sektor-sektor lain seperti industri. Ia nya melibatkan data kritikal. Di situ— di sini, Tuan Yang di-Pertua, kita dapat lihat kepada data-data yang dapat secara spesifiknya membantu kita dalam aspek-aspek pengurusan bencana.

Bajet 2026 turut menumpukan kepada penyediaan infrastruktur data dan juga compute power. Ini termasuk merancang pembangunan Top 100 National Data Sets. Ini yang disebutkan oleh sahabat saya, Yang Berhormat daripada Paya Besar tadi.

This is where I’m coming from. Untuk kita membina data sets tersebut. Kita kena lihat kepada ketersediaan kita kerana ini adalah satu perkara yang sering kali dibangkitkan dalam perbincangan tapi soal sama ada kita ada satu hasrat spesifik untuk pastikan bahawa kita boleh mendigitalkan setiap data kita. Itu masih belum kita bincangkan dengan mendalam.

Jadi, Kementerian Digital lihat kepada itu sebagai aspek yang sangat penting dan inilah yang akan membawa kepada data set, data set yang telah pun dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi. Dan saya rasa itu adalah satu perkara yang sangat penting dan ia nya juga akan menyediakan akses supercomputer mampu milik. Panduan praktikal yang diperlukan...

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Boleh, sikit?

draft • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

...Buat tujuan tersebut, Yang Berhormat, seperti buku panduan kesiapsiagaan set data AI dan sebagainya juga disediakan untuk

draft • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

dapat kita percepatkan proses kesiapsiagaan ekosistem data yang Yang Berhormat telah pun cadangkan tadi. Sila, Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi berkaitan halangan kepada digital. Dan saya setuju kementerian harus melihat kepada halangan kepada digitalisasi ini. Cumanya, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, perkara pokoknya adalah kenapa kita tak meletakkan natural disasters sebagai projek yang berimpak tinggi? Kerana dengan climate change, dengan pelbagai-pelbagai early warning systems yang selalu kita sangat terkebelakang, kita ada semua, Yang Berhormat.

Saya dah pergi ke semua agensi, Yang Berhormat, dalam kajian PhD saya yang melibatkan AI. Saya lihat perkara ini, agensi-agensi kita ini berada di tahap yang boleh saya katakan sebagai early stage of AI adoption. Bagaimana Yang Berhormat melihat kementerian Yang Berhormat dapat meleraikan permasalahan yang utama iaitu data integrations? Adakah pihak agensi nak berkongsi data? Kerana bukan sahaja ketersediaan data tersebut tetapi adakah ketersediaan agensi untuk berkongsi data yang mereka ada? Kerana without data fusion, Yang Berhormat Menteri, kita tak akan dapat integrate menggunakan AI kerana AI perlukan data yang cukup besar. Hanya dengan kesediaan agensi-agensi ini, barulah kita dapat wujudkan satu framework yang baik.

Kita sandbox-kan je lah natural disasters ini supaya dapat lihat bagaimana keberkesanannya. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Paya Besar. Soalan yang tepat pada tempatnya. Yang Berhormat Paya Besar, bila saya mula tadi dalam jawapan saya, saya telah pun menyentuh kepada aspek AI Cities dan itu saya sebut sebagai selaras dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan AI nation. Ini adalah kerana di dalam beberapa bulan yang lalu, the last eight months or so. Saya telah pun melihat kepada aspek bagaimana kita boleh melihat kepada setiap agensi menggunakan data yang sedia ada. Setiap kementerian, setiap agensi kerajaan, setiap kerajaan negeri, agensi kerajaan negeri dan juga setiap PBT untuk membawa data bersama supaya di situ kita dapat melihat sebenarnya apakah corak ataupun apakah bentuk AI nation yang kita sebut-sebut ini.

draft • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Dengan itu, kita dapat menilai sebenarnya berapa banyak data yang ada dan kalau kita dapat mendigitalkan semua data itu dan mewujudkan satu platform di mana kita dapat mengkongsikan data itu dan gunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang bukan masalah yang hanya terpalit dengan satu kementerian tapi dengan beberapa kementerian. Maka di situlah kita akan melihat nilai sebenarnya teknologi.

Saya berikan contoh Yang Berhormat, kalau kita lihat kepada hospital, di situ ada aduan bahawa kalau kita bergerak ke hospital kita lihat sesak sangat. Kalau kita pergi ke situ kita lihat ramai yang hadir tunggu untuk jumpa doktor. Kemudian lepas jumpa doktor, mereka kena tunggu untuk ubat dan sebagainya dan setiap minit ramai lagi yang datang ke hospital, maka ia cukup padat, kawasan parking pun memang tak memadai dan sebagainya.

Jadi, Kementerian Kesihatan ada data berkaitan dengan semua perkara ini dan mereka dapat menggunakan data itu untuk menyelesaikan masalah itu. Itu kalau kita lihat dari sudut data untuk menyelesaikan masalah satu sektor.

Kemudian kita ada Kementerian Pengangkutan, mereka tahu berkaitan dengan sebenarnya trafik. Mereka boleh bagi tahu kepada kamu bas yang bergerak daripada stesen-stesen tertentu melalui perjalanan mana dan sebagainya, they have the data. Tapi itu adalah untuk Kementerian Pengangkutan sahaja.

Kalau kita boleh cantumkan kongsi data ini, maka kita boleh wujudkan satu sistem di mana seseorang itu tahu dia ini buat temu janji untuk jumpa doktor pada satu masa yang ditetapkan. Kemudian beliau tahu pengangkutan itu beliau kena naik bas daripada mana untuk sampai untuk masa temu janji tersebut. Ini adalah hanya hasil daripada perkongsian data itu. Kalau tidak, kita tidak dapat melihat solution kepada masalah itu, tapi perlu untuk perkongsian data ini.

Kalau kita perluaskan, kalau kita minta supaya okey ada agensi-agensi e- hailing yang ingin juga mengambil bahagian, mereka setuju untuk kalau sekiranya satu temu janji dibuat, mereka yang akan bawa pesakit-pesakit ke hospital untuk temu janji pada masa tersebut, hospital itu memang menerima pesakit itu, doktor jumpa kemudian ambil ubat tersebut dan kemudian beliau dapat balik.

Kalau sistem ini dibina, maka di situ kita lihat sebenarnya kekuatan teknologi.

Ia nya menyelesaikan masalah kepadatan di hospital. Kena tunggu berjam-jam untuk jumpa doktor, kena tunggu berjam-jam untuk ubat. Ia juga dapat memastikan bahawa pengangkutan yang diperlukan untuk hadir di hospital itu untuk masa yang tepat itu

draft • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

memang kita ada dan kita dapat mewujudkan ekosistem yang membolehkan semua itu.

Tapi ini adalah satu perkara, ini hanya dua kementerian, ada banyak contoh bencana misalnya. Bencana ini merentas beberapa negeri, ia merentas seluruh negara. Jadi untuk kita bersedia untuk menggunakan AI untuk menyelesaikan masalah ini. We have to go back to the basics.

Kita kena lihat kepada bagaimana data yang kita ada pada semua agensi ini dapat kita digitalkan. Kita juga dapat menyatakan pernyataan masalah yang dapat selesaikan masalah kalau kita lihat di mana berlakunya secara lazim banjir dan sebagainya, kenapa berlaku banjir tersebut.

Kita ada data berkaitan dengan keadaan perparitan di sekitar. Kita ada data berkaitan dengan cuaca, ramalan dia. Kita ada data berkaitan dengan ketersediaan hospital, klinik dan sebagainya. Tempat-tempat yang kita perlu pindahkan sekiranya berlaku ada banjir. Ini semua dapat hanya kita laksanakan kalau kita sediakan data, wujudkan data set yang menuju kepada apakah sebenarnya masalah yang kita nak selesaikan.

Kemudian gunakan teknologi untuk kita ini membina solution yang disebutkan tadi. Tapi Yang Berhormat, itu bukan satu perkara yang dapat kita wujudkan di dalam sehari ataupun dua. Di dalam 24 bulan yang lalu, kita telah pun membentangkan Tuan Yang di-Pertua, kita membentangkan undang-undang, ia nya Data Sharing Act tahun yang lalu dikuatkuasakan 28 April kalau tak silap Yang Berhormat, minta maaf, I think it’s 28th of April. Tujuan kita membawa undang-undang tersebut adalah nombor satu, supaya kita dapat memberi takrifan kepada data, apakah data itu, data itu perlu didigitalkan.

Kemudian selepas didigitalkan ada prosedur sekarang untuk memastikan bahawa data itu dapat kita kongsikan dengan mudah. Maksudnya sekiranya diperlukan data itu tetapi tidak diizinkan oleh sesuatu kementerian, maka ada proses dia. Proses dia melalui Kementerian Digital di mana setiap wakil kementerian hadir untuk buat keputusan.

Kita juga mewujudkan platform, kita ada MyGDX di mana kita sekarang ingin menggunakan platform digital buat tujuan berkongsi data tersebut. So, ini adalah tindakan yang kita ambil dan di dalam masa itu kita mendapat bahawa perlu untuk kita juga pastikan kita ada tempat untuk kita menyimpan data tersebut. If you digitalize the data, kita perlu ada mekanisme untuk simpanan selamat data tersebut.

draft • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Kemudian aspek berkaitan dengan perkongsian. Selepas perkongsian even monetizing data dan sebagainya.

Yang Berhormat, yang saya nak bawa kepada perhatian Dewan ini adalah ini tidak boleh dilaksanakan oleh kementerian. Ini perlu dilaksanakan oleh satu institusi yang diwujudkan untuk tujuan tersebut. Itu sebab saya sebut kita perlukan Data Commission. Data Commission ini perlu didirikan untuk kita pastikan kita ada sufficient resources. Ya, kita ada keupayaan, kita perlu pakar yang boleh memberitahu kita berkenaan dengan data.

Sepertimana Yang Berhormat sebut tadi berkaitan dengan teknologi, ia berubah, saya setuju. Kalau berubah, maka pakar-pakar hari ini perlu memberitahu kepada kita apakah sebenarnya mereka lihat sebagai teknologi dalam 10 tahun yang akan datang, 20 tahun yang akan datang kerana data yang kita digitalize hari ini dan proses itu kita perlu pastikan bahawa ia selari dengan keperluan dalam masa datang.

Jadi di situ we have to have an institution or commission to deal with that. Ini adalah dalam proses pembangunan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun dalam bill Akta Perkongsian Data, saya telah pun di situ mewujudkan Data Committee dan Data Committee itu sekarang bertugas sebagai de facto Data Commission lah. Minta maaf for want of a better word. Tapi hasrat dia adalah untuk kita mulakan perbincangan ini kemudian bawa kepada Kabinet, besar mana masalah ini, keperluan kita dari sudut kewangan, dari sudut kepakaran, dari sudut kerjasama di antara setiap kementerian, setiap kerajaan negeri, setiap PBT dan sebagainya. These are things that need to be done. Jadi di situlah masalah yang saya lihat dapat kita selesaikan dengan Data Commission itu.

Jadi saya setuju Yang Berhormat, kita perlu melihat kepada bagaimana untuk bencana-bencana dan kita setiap tahun kita lihat. Bencana ini membawa masalah yang cukup besar. Tapi soal untuk kita bagaimana kita dapat selesaikan. Kita kena lihat kepada mewujudkan Digital Twin, Yang Berhormat. Kalau kita ada Digital Twin, bukan sekadar di bandar-bandar sahaja, kita kena lihat bagaimana keupayaan di setiap negeri itu dapat dikongsikan, so that we can create a National Digital Twin. Kalau kita ada National Digital Twin, maka di situ bermulanya langkah untuk kita memulakan perancangan bagaimana kita dapat melihat masalah-masalah yang telah pun wujud sekian lama ini yang tak dapat diselesaikan kita dapat selesaikan dengan ada polisi yang merentas seluruh negara. This is why keperluan untuk— saya setuju Pasir Mas tadi ada tanya berkenaan dengan soalan adakah mencukupi

draft • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

dana yang saya dapat. Saya itu, saya juga sokong. Kalau boleh lebih dana itu baik lagilah.

Tapi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun, beliau faham, tapi beliau menyatakan bahawa kalau kita lihat kepada keperluan, baik kita sampai kepada tahap itu apabila ada cadangan macam Data Commission dan sebagainya, baru di situ kita akan lihat kepada bagaimana kita dapat meletakkan ataupun put aside funds for that purpose. Yang Berhormat Paya Besar tanya berkenaan dengan DEFA, ini satu perkara yang cukup penting juga. Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan kenyataan ASEAN Economic Community atau AEC Council yang mengumumkan— ini yang digunakan perkataan dia, Yang Berhormat. I think this is where you’re coming from. Dia kata substantial conclusion, DEFA ya. Rundingan DEFA di Mesyuarat AECC ke-26 di Kuala Lumpur dan sasaran untuk menandatangani DEFA pada 2026, tahun depan.

Malaysia akan meneruskan usaha dalam pendekatan keseluruhan ASEAN ke arah memuktamadkan Perjanjian Ekonomi Digital...

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila gulung.

draft • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

...Dengan memberi— ya?

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sila gulung.

draft • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Gulung.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya. We have already gone overboard.

draft • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Aiyo. Saya— sorry, sorry.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

By the time management.

draft • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Banyak lagi especially Pasir Mas. Tak apa. Untuk DEFA, saya boleh nyatakan bahawa kita membuat, kita berhasrat untuk menyelesaikan ataupun memuktamadkan rundingan untuk agreement ini dalam tahun yang depan tetapi kepada — ini adalah dalam bidang kuasa MITI. Mereka adalah kementerian yang melihat kepada aspek itu. Ia sangat penting.

Kalau kita lihat kepada DEFA ini sebenarnya fokusnya adalah bagaimana ia dapat membantu kita memperkembangkan ekonomi serantau kita. Ia akan membolehkan transaksi di antara setiap negeri ASEAN itu, rentas sempadan yang lebih mudah dan kita harap bahawa dengan kaedah itu, kita dapat melihat kepada pasaran yang lebih besar.

draft • 1:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, pasaran di Malaysia 34 juta orang lebih kurang. Kalau kita melihat kepada pasaran populasi di ASEAN, ia mencecah 700 juta lebih rakyat.

Jadi, pasaran itu sangat penting. Soalnya, bagaimana kita boleh memastikan bahawa wujudnya satu perjanjian yang membolehkan kita membuat rundingan merentas sempadan dengan lebih cepat supaya kita dapat memastikan bahawa potensi ekonomi yang boleh kita capai melalui pasaran yang lebih luas itu dapat kita capai secara cepat.

Kemudian, berkaitan dengan ancaman kuantum, Paya Besar. Ini saya — I just go very quickly. Yes, kesiapsiagaan kriptografi pasca kuantum. Paya Besar, kerajaan melalui Siber Sekuriti Malaysia bekerjasama rapat dengan NACSA dan juga Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia untuk menguruskan kesiapsiagaan negara bagi melaksanakan peralihan daripada sistem kriptografi sedia ada kepada PQC.

Dan kita ada satu pembangunan pelan dan infrastruktur yang disediakan oleh CSM. Dan kita harap bahawa ia dapat dilancarkan dalam masa yang dekat. Ia berkaitan dengan pembangunan perkhidmatan sistem keselamatan kriptografi era kuantum ataupun crypto safe di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Ini termasuk kajian dan pembangunan algoritma pasca kuantum pembangunan makmal ujian dan pengesahan kriptografi kebangsaan untuk memastikan piawaian sejajar dengan standard antarabangsa seperti NIST PQC dan juga penyediaan panduan migrasi keselamatan digital.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan aspek yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas, beberapa perkara yang telah pun dibangkitkan. Saya terus menjurus kepada aspek berkenaan dengan ART.

Tuan Yang di-Pertua, aspek ini dibangkitkan oleh sahabat saya pada sesi yang lalu. Tapi soalan yang dibangkitkan itu soalan yang luas. Hari ini saya lihat soalan itu dengan fokus kepada 3.1, 3.2, 3.3. Dan kalau kita lihat kepada peruntukan- peruntukan tersebut, beliau telah pun sebutkan tadi, soalan yang ditanya itu dijawab...

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, last, last. Jawapan yang terakhir. Saya terpaksa closed down.

draft • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Ya. Soalan yang dibangkitkan itu adalah terjawab di dalam artikel-artikel ini, fasal-fasal lah. Saya gunakan perkataan fasal.

draft • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Masalah yang berbangkit Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan apa yang disebut sebagai 3.3. 3.3 menyatakan Malaysia shall consult. Dan saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat tadi telah pun menerima bahawa kalau kita lihat kepada perkataan itu. Masalah dia Yang Berhormat adalah apabila disebut ‘shall’, sering kali seseorang itu menyatakan shall itu mandatori. Tapi di sini ia menggunakan perkataan shall tetapi soal dia shall consult. Maksudnya, bukan dia bererti kita terima.

Ia bererti bahawa kita akan consult. Ini adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian.

“Shall consult with the United States before entering into a new digital trade agreement with another country that jeopardizes essential U.S. interests”. So, jadi di situ dapat dilihat bahawa kita tidak terikat dengan sebarang keputusan. Sekiranya diperlukan, hanya setakat kita consult. Ia membawa perbezaan yang besar. Kalau perjanjian menyatakan ‘we shall accept’, itu lain. Tapi shall consult itu lain.

Maksudnya, kita consult. Tapi kalau kita tak setuju, kita tidak perlu untuk menerima.

Faham? Ini yang — you see, that is what you need to look at. Jadi, di situlah saya sebut, kalau kita baca balik, it shall consult. Sila.

draft • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tak benarkan.

draft • 1:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Bangun]

draft • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Satu soalan.

draft • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Lagi satu minit, Yang Berhormat Menteri. Saya akan call it a day for the break.

draft • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Tanya satu soalan. To be fair to him, Sir. No?

draft • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

I made a decision, Yang Berhormat. Saya dah buat keputusan.

draft • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Baik. Tak apa saya akan berjumpa — minta maaf, Pasir Mas.

draft • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat boleh jawab — memberi keterangan Yang Berhormat yang lain melalui secara bertulis.

draft • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Tiada masalah. Tiada masalah. Kemudian, I’ll just go through it briefly. Berkaitan dengan aspek 3.1. Yang Berhormat Pasir Mas ada tanya berkaitan dengan digital services tax. Let’s look at this. Ini apa yang disebutkan di situ.

“Malaysia shall not impose digital services taxes or similar taxes, that discriminate

draft • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

against US companies in law or in fact”. So, ia berkaitan dengan tidak mengenakan cukai yang ada kesan diskriminasi terhadap US. So, itu adalah perkara yang kita kena lihat. Kalau ia diskriminasi ataupun mendiskriminasikan, maksud dia, kita tidak akan mengenakan cukai-cukai tersebut.

Kemudian juga dalam Artikel 3.2, facilitation of digital trade. “Malaysia shall facilitate digital trade with the United States and it goes on including by refraining from measures that discriminate”. Itulah yang menjadi tumpuan dia. Dia melihat kepada perjanjian ini supaya perbincangan dibawa, keputusan dibuat tetapi tidak ada diskriminasi terhadap US berkaitan dengan isu aspek tax ini. Ini sebab kerana ada beberapa aduan yang berkaitan tax yang dikenakan di atas beberapa syarikat- syarikat US yang tertentu dan sebagainya.

Itu sebab hari itu saya memberitahu, kalau kita ada masalah dengan apa-apa peruntukan yang spesifik, kita dapat lihat kepada peruntukan tersebut dan saya sedia untuk jawab. Saya tidak ada masalah yang sepertimana dibawa hari ini. Yang paling penting adalah ia tidak menggugat kedaulatan kita kerana kita dapat terus membuat keputusan yang bebas. Kita tidak terikat.

Jadi, di situ saya sokong pendekatan atau pendirian Yang Amat Berhormat Tambun bahawa kita lihat kepada perjanjian ini, perjanjian ini tidak mengikat, kedaulatan kami masih ada. Ia adalah satu perjanjian dengan aspek-aspek trade yang tertentu. Dan apa yang disebut di situ adalah jelas dan nyata, khususnya dari sudut digital. Kerana Yang di-Pertua, yang ditanya tadi berkaitan dengan 3.1, 2 dan 3. So, setakat pada itu saja, Tuan Yang di-Pertua. Selain saya diberikan masa untuk masuk kepada aspek yang lain, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya hanya menyatakan ini. I know ada banyak Yang Berhormat — it’s a lot of things. Saya ada semua jawapan di sini. Saya minta izin supaya saya diberikan jawapan itu yang belum dijawablah secara bertulis dan sekiranya ada persoalan boleh diberi, boleh tanya saya teruslah.

draft • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yes, Yang Berhormat Menteri. Saya setuju.

draft • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Terima kasih.

draft • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sama-sama.

Sebagai peringatan. Pengerusi yang menjalankan sebagai Pengerusi dalam Jawatankuasa, dia bukan Yang di-Pertua, dia adalah Pengerusi. Baik, thank you.

draft • 1:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo

Saya minta maaf, Tuan Pengerusi.

draft • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tak apa. Alright.

Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

Baik. Sebelum saya tutup untuk rehat, masalah ini adalah wang sejumlah RM248,550,800 untuk Kepala B.50 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.50 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.50 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.50 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 1:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik, Bentara. Yang Berhormat, Majlis bersidang sebagai Majlis Mesyuarat semula. Bentara, cokmar.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 1:10 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguh sehingga jam 2.30 untuk rehat dan solat Zohor.

draft • 1:10 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.19 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (****Puan Alice Lau Kiong Yieng****) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua **(****Puan Alice Lau Kiong Yieng****) mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 2:30 PM
Kepala B.47 [Jadual] – Kepala P.47 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Bentara.

Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah Kementerian Komunikasi terbuka untuk dibahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut: YB Kota Melaka; YB Kepala Batas; YB Batu; YB Bagan Serai; YB Bukit Bendera; YB Pasir Mas; YB Batang Lupar; YB Dungun; YB Bayan Baru; YB Besut; YB Beruas; YB Kangar; YB Rasah; YB Jerantut; YB Tampin; YB Sik; YB Jempol, dan YB Seri Gading.

Saya jemput Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 2:30 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Puan Pengerusi. Puan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 47000 – FINAS.

Pertama sekali, saya ingin ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada pemenang di Anugerah Golden Horse yang ke-62 yang baru sahaja berlangsung di Taiwan di mana kita lihat begitu luar biasa sekali ya. Kali ini kita berjaya mendapat beberapa kemenangan yang agak signifikan dalam festival filem pada kali ini di mana telah terbukti bahawa hasil keluaran perfileman daripada Malaysia memang berada di tahap antarabangsa. Kita ingin memberi kepujian kepada penerbit filem seperti Chong Keat Aun dan juga pencipta lagu yang telah menang iaitu Tai Pei Ni (Penny Tai) yang berjaya menjadi pemenang dalam festival filem tersebut.

Jadi, dalam bab ini saya ingin tanya kepada FINAS bagaimana kita boleh bantu terutamanya mereka yang— menggalakkan supaya mereka lebih— buat lebih:

terbit lebih banyak filem di Malaysia supaya kita boleh melalui filem-filem tempatan ini, mempromosikan negara kita apatah lagi tahun depan ialah Tahun Melawat Malaysia 2026. Kita harap melalui filem-filem tempatan ini, kita boleh menonjolkan budaya kita.

Contohnya, saya datang daripada Melaka. Mungkin kita boleh tonjolkan budaya Nyonya Baba, pakaian mereka, jenis makanan, kita boleh tonjolkan Portuguese Settlement, kita boleh tumpukan kepada Kampung Morten, satu kampung tradisi Melayu. Jadi, saya harap supaya FINAS dalam bab ini mereka dapat tumpukan kepada bagaimana kita melalui filem ini dapat mempromosikan negara kita. Dan juga, saya nak tanya kepada FINAS dalam usaha melatih, memberi ruang

draft • 2:33 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

kepada bakat tempatan, bagaimana kita nak pastikan mereka dapat ruang yang secukupnya supaya lebih banyak bakat kita boleh tonjolkan?

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 020500 – Siaran RTM. Puan Pengerusi, kalau kita lihat kepada buku bajet ini, muka surat 456 di mana kita lihat jumlah capaian maklumat dasar, inisiatif kerajaan melalui sumber rasmi di platform media sosial. Kalau kita lihat, pencapaian dari segi bilangan dalam angka juta ialah 1,000 juta telah dicapai pada tahun 2024, tetapi sasaran untuk tahun ini hanya sekadar 10 juta dan sasaran untuk tahun depan ialah 20 juta.

Kita lihat lagi Petunjuk Prestasi Utama di mana jumlah tontonan berita TV dalam— kalau kita lihat, pada tahun 2024 ialah 282 juta sedangkan sasaran untuk tahun depan dan tahun ini ialah hanya sekadar 165 juta iaitu penurunan sebanyak 41 peratus. Kita lihat lagi jumlah tontonan siaran program TV bual bicara juga sebenar yang tercapai pada tahun 2024 ialah 111 juta dan sasaran untuk tahun 2025 dengan 2026 hanya sekadar 20 juta iaitu penurunan sebanyak 82 peratus.

Jadi, dalam bab ini kita lihat sepatutnya kita perlu tumpukan perhatian kepada RTM sebab ia satu platform di mana memberi ruang kepada mereka yang boleh kita siarkan semua produk hasil tempatan; filem ataupun dokumentasi tempatan. Itu adalah satu platform yang penting untuk kita beri ruang kepada rakyat Malaysia yang ingin berkecimpung dalam ekonomi jingga. Jadi, dalam bab ini saya harap supaya kita sepatutnya memperluaskan, pelbagaikan lebih banyak program dari semua aspek supaya mereka boleh melalui platform RTM ini untuk mencungkilkan bakat mereka.

Jadi, saya ingin ambil peluang di sini selaku Pengerusi Pembangunan Kampung Baru Cina, saya ingin juga menyeru kepada RTM supaya kita boleh buat lebih banyak dokumentasi berkaitan memperkenalkan Kampung Baru Cina di Malaysia ini sebab masing-masing— ya, ada 613 Kampung Baru Cina di Malaysia dan masing-masing mereka ada keunikan mereka dan saya rasa kita boleh melalui RTM, platform ini untuk perkenalkan kepada semua supaya kita boleh faham apa itu Kampung Baru Cina daripada selalu dimainkan isu oleh parti pembangkang.

Seterusnya, saya ingin merujuk....

draft • 2:33 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung ya.

draft • 2:33 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, this one will be last one. Lagi satu butiran. Menteri, memandangkan kita lihat hari ini barangkali kita nak beralih daripada RTM kepada media sosial untuk menyampaikan maklumat atau inisiatif

draft • 2:33 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

dasar kerajaan. Jadi, saya lihat di sini barangkali hari ini, kamu kementerian mungkin nak menumpukan kepada sosial media untuk kita sampaikan maklumat.

Jadi, sudah pasti J-KOM itu memainkan peranan yang penting. J-KOM itu memainkan peranan yang penting. Saya ada tanya satu soalan dalam sesi ini dan jawapan yang diberikan mengatakan J-KOM ini akan mengoptimumkan penggunaan media sosial melalui platform rasmi Ketua Pengarah J-KOM termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan juga podcast. Jadi, saya pun terkobar-kobar. Saya pun masuk ke— pergi cari podcast J-KOM, Ketua Pengarah J-KOM punya podcast sebab kita ‘nak melalui podcast Ketua Pengarah J-KOM untuk sebarkan naratif positif mengenai dasar dan inisiatif semasa kerajaan.

draft • 2:33 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, apa yang saya lihat, podcast Ketua Pengarah ini, saya lihat yang menonton podcast tersebut kurang daripada 50 orang sahaja. Jadi, kalau begitu caranya, kita tidak akan tercapai matlamat kita supaya dasar kita dapat disampaikan kepada akar umbi.

Jadi, dalam bab ini, saya harap supaya kementerian dapat membuat rombakan yang berkesan supaya maklumat, semua mesej daripada kerajaan dapat disampaikan ke akar umbi. Ini adalah penting. Sebab, kita lihat hari ini di mana akibat daripada ketidak berkesannya JKOM ini menyebabkan akar umbi, penduduk di luar sana, rakyat jelata mereka tidak dapat maklumat yang secukupnya, yang sebenarnya, berita yang benar daripada sumber yang betul. Akibatnya, banyak tersebar berita yang palsu, fakta yang tidak betul telah ditaburkan.

Jadi, dalam bab ini― contohnya, sekarang ialah pilihan raya...

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, satu minit. Sekarang ialah pilihan raya...

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih dua minit.

Sudah lebih dua minit.

draft • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Sekarang ialah pilihan raya di negeri Sabah, tetapi sepatutnya rakyat di Sabah tahu, sepatutnya mereka tahu di mana Kerajaan Perpaduan hari ini banyak membantu negeri Sabah. Contohnya, air ticket yang kita tawarkan kepada pelajar yang ‘nak balik Sabah, kita bagikan harga yang murah, tetapi semua maklumat sedemikian nampaknya tidak tersampai kepada rakyat di sana. Jadi, saya rasa JKOM ini mereka perlu memainkan peranan yang

draft • 2:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

lebih baik dan saya harap supaya satu rombakan dilakukan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih, Puan Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 2:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi.

Pertama, Butiran 010200 – Pengurusan Sumber Manusia. Kepala Batas ingin mendapat penjelasan kerajaan berhubung peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi.

Seperti yang kita maklum, ekosistem komunikasi di negara melibatkan pelbagai agensi utama seperti RTM, BERNAMA, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS), MyCreative dan Digital Nasional Berhad. Kesemua agensi ini memainkan peranan kritikal dalam pemakluman ekonomi digital, penyiaran, industri kreatif serta keselamatan maklumat negara.

Justeru, berapakah jumlah peluang pekerjaan baharu yang telah diwujudkan oleh semua agensi di bawah Kementerian Komunikasi bagi tahun 2024 sehingga 2025 termasuk jawatan tetap, kontrak dan juga projek khas?

Butiran 020500 – Penyiaran (RTM). Kepala Batas ingin menyentuh berkenaan dengan isu tapisan kandungan penyiaran di RTM. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan gesaan tapisan kandungan yang berunsur LGBT dalam siri animasi Santiago of the Seas yang disiarkan di TV2 yang khususnya, dimaklumkan episod 22. Di mana, perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana RTM adalah saluran rasmi kerajaan dan mempunyai garis panduan ketat berkaitan nilai, budaya, moral, sensitiviti masyarakat Malaysia.

Kepala Batas ingin menuntut jaminan daripada kerajaan agar perkara sebegini tidak berulang lagi, dan apakah pembetulan prosedur serta kawal selia kandungan telah diperketatkan dan dilaksanakan selepas insiden tersebut?

Selain itu, kerajaan perlu mengangkat dan memperbanyakkan animasi tempatan yang lebih selamat dari segi nilai budaya, moral dan pembentukan jati diri kanak-kanak Malaysia. Apakah strategi RTM dalam memperkasakan kandungan animasi tempatan untuk menggantikan kebergantungan kepada kandungan luar negara?

draft • 2:42 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Jika sekarang kita ada Upin Ipin, Ejen Ali, tapi dahulu kita membesar dengan telatah Usop Sontorian dan Kampung Boy yang merupakan antara kartun kegemaran kita di sekolah, termasuklah saya. Mungkin di peringkat Puan Pengerusi sendiri ingat dan mungkin pernah menonton kartun-kartun sedemikian.

Maka, Kepala Batas ingin menyentuh isu kemerosotan jumlah tontonan berita televisyen dan program bual bicara sebagaimana disebutkan oleh pembahas sebelum ini. Fenomena ini berlaku ekoran perubahan tabiat penonton yang beralih ke platform digital dan media sosial.

Kepala Batas maklum bahawa RTM telah mula memperkenalkan portal atas talian RTM Klik yang boleh dicapai oleh pengguna di mana sahaja. Namun, Kepala Batas ingin tahu, apakah strategi kerajaan melalui RTM dan agensi berkaitan untuk meningkatkan jumlah tontonan berita melalui siaran RTM termasuklah integrasi kandungan berita ke platform digital, pendekatan news on demand, pembaharuan format program TV dan strategi menarik generasi muda sebagai penonton? Adakah perhatian penonton ini turut terkesan kerana tiada lagi penyiaran perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia seperti suatu ketika dahulu? Mohon penjelasan.

Butiran 040500 – Hari Wartawan Nasional (HAWANA). Kepala Batas ingin meminta pihak kementerian memperincikan statistik pemberitaan mengikut kategori berita di Malaysia bagi tahun 2024-2025 termasuk kategori politik, ekonomi, jenayah, sukan, sosial, antarabangsa serta isu kemanusiaan dan bencana. Statistik ini penting untuk menilai ekosistem sedia ada, iaitu ekosistem media, serta pola kecenderungan pelaporan di negara ini.

Malaysia ketika ini berada di kedudukan 88 dalam indeks kebebasan media dunia menurut Reporters Without Borders (RSF). Maka, Kepala Batas mohon penjelasan, apakah dasar, pelan tindakan dan inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memperkukuhkan kebebasan media? Termasuk pindaan- pindaan undang-undang yang menyekat media, perlindungan kepada wartawan di lapangan, kebebasan akses kepada maklumat kerajaan, pengurangan tekanan politik dalam pengurusan bilik berita.

Selain itu, apakah mekanisme penguatkuasaan terhadap wartawan ataupun organisasi berita yang salah lapor menerbitkan berita palsu atau memutarbelitkan fakta? Apakah tindakan yang diambil, teguran, denda, gantung akreditasi atau siasatan undang-undang? Berapakah kes sedemikian direkodkan dalam dua tahun kebelakangan ini?

draft • 2:42 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Butiran 31001 – Sistem Panggilan Kecemasan Negara 999. Bagi peruntukan RM1.252 bilion bagi projek Sistem Panggilan Kecemasan Negara 999 ini, Kepala Batas ingin mengetahui komponen utama yang membentuk keseluruhan kos.

Bagaimana kos projek baharu ini dibandingkan dengan kos penyelenggaraan sistem 999 sedia ada sebelum ini? Adakah projek baharu ini lebih efisien dari segi kos dan juga teknologi? Apakah peningkatan kecekapan yang dijangka selepas sistem baharu ini dilaksanakan?

Berkenaan dengan isu panggilan palsu, Kepala Batas ingin meminta penjelasan, adakah terdapat pendakwaan dan sabitan yang dibuat terhadap individu yang membuat panggilan palsu 999 dalam tempoh 2024-2025?

Akhir sekali, Kepala Batas mohon kepada kementerian supaya menyatakan secara jelas pecahan peratusan panggilan 999 yang disalurkan kepada setiap agensi bagi tahun 2024 hingga 2025 iaitu PDRM, JBPM, KKM, APM dan Maritim Malaysia.

Data ini penting bagi memastikan nilai keberkesanan aliran kerja kecemasan negara.

Mohon satu minit lagi, Puan Pengerusi. Butiran terakhir, 53000 – Dasar Industri Kreatif Negara. Kepala Batas tertarik dengan Outcome 3: Industri kandungan kreatif yang berdaya saing dan bertaraf global. Jadual petunjuk prestasi utama, baris satu, menyatakan bagi tahun 2026, kementerian menyasarkan 12 filem tempatan yang dieksport dan diedar di peringkat antarabangsa bagi menjana ekonomi industri.

Syabas kerana ia adalah satu usaha yang positif bagi membantu pembuat filem tempatan lebih berusaha menghasilkan karya-karya yang berkualiti tinggi.

Justeru, filem-filem Malaysia sekarang ini semakin mencipta nama bukan sahaja di dalam dan luar negara. Lihatlah sahaja seperti filem-filem antaranya Mat Kilau, Paskal, Gayong, Blood Brothers: Bara berjaya mencetus fenomena minat kepada masyarakat menonton dan menyokong industri tempatan.

Persoalannya, apakah kriteria yang akan diletakkan di dalam menyenaraikan 12 filem seperti yang disasarkan? Kepala Batas mencadangkan agar filem berbahasa Melayu diutamakan kerana ia merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Lihat sahaja filem-filem dari negara Korea dan Hindi. Oleh kerana mereka bangga dengan bahasa ibunda mereka, akhirnya ramai dalam kalangan masyarakat kita hari ini tertarik dan boleh sedikit sebanyak bertutur dalam kalangan bahasa Korea ataupun Hindi. Gunakanlah keindahan bahasa kebangsaan kita untuk menawan dunia.

Akhirnya, Puan Pengerusi...

draft • 2:42 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

*Burung tempua terbangnya rendah, Hinggap sebentar di dahan sena; Bahasa Melayu bahasa yang indah, Terungkap kata seribu makna.

Ikat jerami muat ke bandar, Selepas makan mandi di telaga; Ucap difahami wasangka terhindar, Bahasa kebangsaan penyatu negara.* Akhirnya, Kepala Batas berharap kementerian ini dapat memberikan jawapan yang lengkap bagi memastikan semua persoalan yang melibatkan soal keyakinan rakyat terhadap penyiaran nasional, kebebasan media dan keselamatan sistem kecemasan negara dapat diutamakan. Sekian, terima kasih.

draft • 2:42 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 2:42 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya ingin membicarakan berkenaan dengan Butiran 010400 – Pembangunan.

Jadi, saya nak bertanya berkenaan dengan perjanjian komunikasi antara Amerika dengan Malaysia. Sejauh manakah, apabila perjanjian ini dibuat, Dasar Komunikasi Negara kita ini bebas ataupun masih tersekat, terutama di dalam kita menjaga kepentingan nasional?

draft • 2:49 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Dan bagaimana Malaysia pula untuk memilih syarikat-syarikat vendor dan teknologi komunikasi selepas daripada perjanjian ini? Dan apakah keselamatan data nasional selamat kerana kita bergantung dengan pembekal daripada Amerika? Dan apakah jaminan bahawa kos infrastruktur ini tidak meningkat dengan ikatan perjanjian ini?

Yang kedua ialah Butiran 020700 — Komunikasi Komuniti (J-KOM). J-KOM tugasnya ialah untuk menyampaikan maklumat berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan sepertimana juga RTM kerana memang selayaknya untuk menjelaskan berkenaan dengan dasar-dasar kerajaan. Kerana ia menggunakan dana daripada dana awam, daripada taxpayer, semua orang, termasuk kami daripada pembangkang, tapi cuma janganlah pula apabila J-KOM ini yang menggunakan

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

peruntukkan daripada dana awam, maka digunakan juga untuk kempen-kempen propaganda kepada parti.

Ini sudah tentulah menyalahi daripada konsep kewujudan J-KOM itu sebenarnya. Dan persoalan saya, apakah garis merah penglibatan J-KOM dalam setiap kali kempen pilihan raya? Yang kedua, apakah garis panduan SOP untuk J- KOM ketika kempen pilihan raya berlangsung?

Yang ketiga, Butiran 030100 — Infrastruktur. Capaian Internet rumah di bandar 98.8 peratus, di luar bandar 90.3 peratus, yakni kesenjangan sebanyak lapan peratus antara pencapaian Internet rumah di bandar dengan luar bandar. Sudah tentulah walaupun nampak angkanya lapan peratus, tetapi ia nya mempunyai implikasi yang besar terutama kepada ribuan pelajar-pelajar yang berada di luar bandar untuk mereka akses berkenaan dengan pembelajaran mereka melalui internet dan guru-guru mereka untuk menyampaikan P&P kepada pelajar-pelajar di luar bandar.

Termasuklah juga apabila hal ini berlaku, terencatnya juga usahawan desa yang nak memasarkan pasaran mereka melalui digital kerana akibat daripada pencapaian Internet yang agak kurang. Kelajuan median juga di kawasan bandar kita dapat lihat sebanyak 70 Mbps, megabit per second. Manakala luar bandar 30-20 hingga 30 Mbps. Sudah tentulah ini satu benda yang tak adil.

Kita di bandar bayar tetap sama macam pengguna-pengguna di luar bandar.

Sedangkan manakala mereka yang berada di bandar pula, bayar sama, tapi mereka mempunyai kelajuan yang lebih tinggi daripada kita semua. Contohnya di kampung, di kawasan saya, masih terdapat di kawasan yang kita tengok amat lemah pencapaian Internet dia. Kampung Dew, Pekan Selinsing, Teluk Medan, Jalan Kubu Gajah, Semanggol, Sungai Bogak, Sungai Semambu, Parit Air Hitam, Parit Mat Aris, Simpang Lima dan banyak lagilah kalau saya ‘nak senarai. Ini antara yang boleh saya sebutkan tadi.

Puan Pengerusi, 030200 yakni kawalan pematuhan. Alhamdulillah, bajet pada tahun ini meningkat 38 peratus daripada 1.8 juta pada 2025 kepada 1.5 juta pada tahun 2026. Peningkatan bajet ini bagus tapi sikit rasa kebimbangan kerana dengan peningkatan kawalan pematuhan ini, kita tak nak nampak ia nya bias.

Hanyalah kena kepada pihak pembangkang terutamanya atau pihak yang ‘tak sealiran dengan parti kerajaan.

Contohnya, kita dapat tengok apabila kes hina Nabi SAW oleh seorang influencer dan juga artis, hanyalah denda sebanyak 10,000 sahaja. Sedangkan kes

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

yang sama pernah berlaku sebelumnya iaitu melibatkan orang awam, denda penjaranya sebanyak— selama 30 bulan. Jadi sebab itu, dalam hal soal kawalan pematuhan ini, kritikan ini biasa sebagai parti politik.

Orang boleh kritik PAS, boleh kritik Perikatan Nasional, itu benda biasa, tapi janganlah kita mengambil port sehinggakan kita nak gam ataupun nak ban TikTok dan sebagainya. Kalau fitnah, ya, boleh. Saya agak kecewa apabila salah seorang daripada pemimpin daripada parti Pakatan Harapan yang memuat satu gambar Mursyidul Am yang sedang memeluk Gardenia. Saya rasa tak eloklah.

Semua agama tak izinkan lagu itu. Semua bangsa tak izinkan buat begitu.

Kita berpolitik tak ada masalah. Kata kepada saya, saya ada kelemahan, itu biasa, tapi janganlah bentuk-bentuk penghinaan yang sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi orang sakit, orang tua yang tak seeloknya kita buat begitu. Sepatutnya ini, kawalan macam ini patut diambil tindakan. Terima kasih kepada Puan Pengerusi.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 2:50 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Pengerusi. Jadi, izinkan saya gabungkan kod-kod yang saya ingin bahas di bawah Kementerian Komunikasi iaitu 02000 – Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif, Butiran (Projek) 1007 – MyCreative Ventures, 47000 iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan juga 5300 – Dasar Industri Kreatif Negara.

Walaupun berbilion ringgit telah diperuntukkan kepada infrastruktur tapi nadi budaya dan juga kreativiti negara masih menerima belanjawan yang agak kecil. Jadi, kita sering melaungkan kepelbagaian, warisan, identiti dan juga perpaduan, tetapi sebuah negara yang meminggirkan kreativiti sedang meminggirkan masa depan sendirinya.

Di seluruh dunia, industri kreatif adalah sektor bernilai berbilion ringgit. Kita tengok di Amerika, kita nampak Hollywood yang adalah satu mesin kuasa yang lunak yang cukup berpengaruh di dunia. United Kingdom menjadikan muzik, teater, sastera sebagai antara eksport terbesar mereka. India menakluk dunia dengan Bollywood yang tidak pernah berhenti berkembang dan juga kini Singapura yang memposisikan dirinya sebagai pusat ekonomi kreatif dengan dana yang besar dan juga insentif yang jelas.

Sementara itu di Malaysia, kita masih lagi berdiri di sini membahas dan bertanya sama ada seni itu adalah satu keperluan ataupun sekadar pilihan. Kita

draft • 2:56 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

masih lagi menganggap seni sebagai satu makanan sampingan dan bukan sebagai enjin ekonomi masa depan dan sebab itulah saya berdiri sini untuk bangkit.

Puan Pengerusi, FINAS menerima peruntukan sebanyak RM124.28 juta dalam Belanjawan 2026 tetapi wang tanpa reformasi tidak akan membawa perubahan. Dan jika kita serius mahu menguasai rantau ini, FINAS perlu segera membuka mata terhadap peluang terbesar iaitu ASEAN.

Jadi, menurut laporan Weekly-Echo hasil Datuk Kamil Othman, mantan Pengerusi FINAS, dia telah menegaskan seruan penggiat filem ASEAN untuk mewujudkan pasaran filem bersama iaitu termasuk pengedaran rentas negara, penyasaran peraturan dan juga pembiayaan bersama dan juga wujudkan satu ekosistem sinema Asia Tenggara yang bersatu.

Ini bukan angan-angan, ini adalah strategi ekonomi serantau. Jadi, jika FINAS terus kekal sebagai agensi birokratik yang hanya memindahkan fail, Malaysia akan kehilangan:

(i) akses kepada 650 juta penonton;

(ii) peluang dana bersama antarabangsa;

(iii) perkongsian IP serantau;

(iv) penerbitan bersama; dan

(v) distribusi bersama iaitu kedudukan sebagai hab perfileman Asia Tenggara.

Malaysia ada bakat, tetapi mungkin kita kurang keberanian untuk membangunkan FINAS sebagai pemimpin budaya serantau.

Puan Pengerusi, MyCreative Ventures menerima RM12.5 juta pada tahun 2026, tetapi realitinya jelas, majoriti artis tidak mampu dan tidak sepatutnya dipaksa menanggung hutang yang membunuh masa depan mereka. Kreativiti bukan mesin kilang, ia datang dengan risiko, keberanian dan juga percubaan.

draft • 2:56 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi, Malaysia memerlukan perubahan yang berani bukan sekadar kosmetik dan di sini. Kita perlukan program padanan geran yang cepat dan telus. Bukan kertas kerja yang setebal manuskrip yang akhirnya berhabuk dan juga hab latihan dan inkubasi sebenar. Bukan orang kata bengkel seharian yang kadang-kadang tidak membawa apa-apa kemajuan. Dan juga akses pasaran global yang strategik. Bukan promosi tempatan yang kita ulang tahun demi tahun yang dilakukan tanpa hasil, tetapi dunia yang memberi ganjaran kepada mereka yang berani mencipta. Kita tahu.

Dan di sini bagaimana kita mahu pembikin filem, pemuzik, pereka, animator dan juga

draft • 3:00 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

pembangun permainan video dan juga seluruh ekosistem kreatif menghasilkan karya yang bertaraf dunia— jika separuh hidup mereka dihabiskan merayu geran kecil dan juga mengisi borang yang tidak ada siapa pun yang peduli.

Jadi Puan Pengerusi, kemudian Dasar Industri Kreatif Negara menerima RM17.03 juta, tapi persoalan yang paling penting di mana pelaksanaan, di mana impaknya, di mana pelan tindakan yang jelas? Dasar tanpa tindakan bukan dasar. Ia sekadar dokumen sahaja. Dan di sini Malaysia perlukan rangka pembangunan bakat dari sekolah sehingga industri, strategi eksport filem dan muzik, pangkalan data kreatif negara, penyelarasan dengan kementerian lain, pelancongan, ekonomi, pendidikan sebagai contoh dan juga perlindungan pekerja kreatif daripada eksploitasi kontrak dan seterusnya ketelusan dalam agihan geran.

Malaysia mempunyai ribuan bakat bertaraf dunia, tapi sampai bilakah kita hanya ‘nak julang seorang seperti Michelle Yeoh? Kenapa kita tidak lahirkan lebih ramai artis tempatan seperti beliau?

Jadi Puan Pengerusi, sebuah negara yang gagal melabur dalam kreativiti adalah negara yang sedang kehilangan suaranya sendiri. Seni, warisan budaya.

Seni bukan sekadar sektor yang kecil. Ia adalah kuasa pembinaan negara. Jadi, Malaysia tidak hanya boleh membina negara. Malaysia mesti membina jiwa dan jiwa itu adalah seni. Sekian, terima kasih. Bukit Bendera menyokong.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Puan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Terima kasih atas peluang diberikan kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Saya mulakan dengan Butiran 020900 – FINAS. Anggaran 2025 RM38.8 juta.

Tahun ini tidak berubah, masih lagi RM38.8 juta. Persoalan asas yang saya mahu kemukakan ialah setakat manakah FINAS menjadi peneraju pembangunan industri filem negara, benar-benar menunjukkan keberhasilan selari dengan peruntukan yang diterima. Kalau kita tengok pada sudut prestasi industri filem, kita tidak nampak peningkatan signifikan dalam jumlah produksi berkualiti, strategi eksport kandungan mahupun pembangunan bakat baharu yang setanding negara jiran seperti Indonesia dan Korea Selatan.

Saya bimbang jika FINAS terus menerima peruntukan tanpa penanda aras yang jelas, kita berisiko mengulang masalah lama. Agensi besar, tapi impaknya kecil.

draft • 3:02 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sebagaimana disebut oleh rakan saya Kepala Batas tadi berkenaan dengan penghasilan filem-filem yang kita mahu terbitkan pada hari ini.

Kalau kita tengok kepada filem-filem yang ada Puan Pengerusi, saya— antara 10 filem yang diterbitkan di Malaysia yang mendapat top 10: Mat Kilau, Blood Brother, Sheriff: Narko Integriti, Ejen Ali, Polis Evo, Munafik sehinggalah kepada BoBoiBoy Movie 2.

Saya nampak bahawa antara filem-filem yang mendapat sambutan tinggi ini adalah filem-filem yang berbentuk industri kreatif yang disukai oleh kanak-kanak. Kita ibu bapa sendiri pun kita rasa tak bimbang. Kita bawa anak-anak masuk untuk tengok Ejen Ali ataupun Mechamato The Movie, BoBoiBoy. Jadi, saya cadangkan supaya kerajaan lebih banyak melabur kepada membangunkan industri kreatif seperti ini. Cari bakat-bakat muda untuk ‘nak bina filem-filem yang membawa imej Malaysia. Kalau dulu kita tak pernah sampai ke India— sebahagian kita, tapi kita tahu wajah India melalui cerita-cerita Hindustan.

Tak pernah sampai ke Korea, tapi kita boleh bercakap sepatah dualah, sikit-sikit bahasa ‘oppa’ ini kerana kita tengok filem-filem itu. Dan kenapa kita ‘tak boleh perkenalkan Malaysia kepada negara luar dengan hanya kita memperkenalkan melalui filem-filem yang ada.

Jadi, saya ambil contoh Mat Kilau. Modalnya RM8 juta, tapi kutipannya RM97.42 juta. Kalau kerajaan mempunyai minat, membuat pelaburan yang betul, saya yakin insya-Allah dia akan berjaya.

Butiran 060000 – One-off. Peruntukan berjumlah RM69.44 juta. Walaupun dinamakan one-off, tapi jumlah daripada peruntukan itu terlalu besar untuk dibelanjakan. One-off ini ialah RM66.94 juta diperuntukkan di bawah program penyiaran TV untuk aset. Saya ‘nak tanya tentang bagaimanakah program penyiaran TV ini termasuklah RTM dikendalikan oleh kerajaan.

Saya bagi contohlah, dalam isu yang disebut oleh Kepala Batas tadi iaitu penyiaran siri animasi, Santiago of the Seas. RTM telah pun hentikan program ini— Santiago of the Seas ini, tetapi dalam masa yang sama, RTM kata tidak apa-apa yang melanggar norma-norma masyarakat dan unsur-unsur LGBT, tetapi kalau kita tengok pada gambarlah, gambar yang disiarkan ini yang mana ada bukti orang tengok adegan ini tersiar di televisyen.

[Sambil menunjukkan sekeping gambar] Saya tak tergamak nak sebutlah bagaimana adegan seorang lelaki dan lelaki seperti ini jelas menampakkan unsur-unsur LGBT dan ini memang tidak boleh diterima dalam masyarakat kita.

draft • 3:02 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kenapa RTM masih boleh kata bahawa tidak ada apa-apa unsur LGBT di dalam siaran ini? Ini macam nak melepaskan tengkuk sendiri dalam masa yang sama menghentikan siaran. Baguslah, RTM hentikan siaran itu bagus, tapi akuilah bahawa siaran ini silap untuk disiarkan dan bila silap, cari siapa yang bertanggungjawab. Dan kita tidak mahu RTM ataupun kalau kerajaan mula bertindak, bertoleransi dengan perkara-perkara seperti ini dan ini sangat-sangat merisaukan kita.

Puan Pengerusi, dalam isu Komunikasi Komuniti atau J-KOM, peningkatan pada objek asas 3000, Pemberian Tetap 4000. Saya nak tarik perhatian supaya J- KOM ini jangan sesekali menjadi alat kepada kerajaan untuk menyebarkan perkara- perkara palsu. Saya sebut ini kerana hari ini saya baca kenyataan dari Semporna, “RM8 juta dana awam diguna bagi serang Warisan di media sosial.” Warisan ini bukan parti saya, Warisan parti kerajaan, tapi kita tak ‘nak mana- mana dana awam digunakan untuk tujuan politik. Ya, boleh jadi betul, boleh jadi tidak.

Itu soal nombor dua, tetapi apabila kenyataan ini, persepsi ini dilontarkan di khalayak awam, ini perkara yang bahaya.

Kerana sebagaimana telah saya sebut soalan pada Timbalan Menteri dulu, “Rangkaian 263 tentera siber naikkan sokongan di FB Anwar.” Ataupun Yang Amat Berhormat Tambun, di mana ini dikatakan akaun-akaun palsu, tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri kata dalam jawapan kepada saya, “Kita ‘tak ambil tindakan kepada Malaysiakini kerana itulah kebebasan bersuara.” Bukan isu kebebasan bersuara, bukan kita minta ambil tindakan pada Malaysiakini, tidak, tapi memanggil untuk memberikan penjelasan, apakah benar perkara ini berlaku dan kalau perkara ini berlaku, ini sangat memalukan di pihak kerajaanlah. Kalau tidak berlaku, maka kena ada suatu tindakan balas terhadap perkara-perkara yang tidak betul. Sebab Puan Pengerusi, satu lagi. Sebab apa?

Sebab akaun-akaun palsu ini pernah kami adukan kepada MCMC, tapi tidak ada tindakan.

Saya ambil contoh, apabila Yang Amat Berhormat Tambun memetik satu ucapan Yang Berhormat Pagoh yang ternyata ucapan itu tidak benar iaitu pertahankan subsidi kepada warga asing. Sebenarnya kita tahu di mana diambil kenyataan itu, diambil daripada satu akaun TikTok namanya Oh My Media. Untuk pengetahuan Puan Pengerusi dan seluruh Ahli Dewan, akaun Oh My Media TikTok ini telah kami buat laporan polis. Bila?

Pada Mac 2025 dalam satu video yang memfitnah parti pembangkang pada masa itu. Kami buat laporan, tapi tidak ada tindakan pada masa itu. Akaun ini masih

draft • 3:02 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

lagi beroperasi dan akhirnya memfitnah Yang Berhormat Pagoh sehingga Yang Amat Berhormat Tambun tersilap petik kepada akaun tersebut. Ini satu perkara yang sangat menyedihkan. Jadi, kita kena ambil tindakan.

Jadi, saya nak tanya akhir sekali. Apa status siasatan MCMC terhadap kenyataan Yang Berhormat Pagoh yang telah makan masa tiga bulan lamanya?

Apakah tidak ada line 4G untuk MCMC gunakan? Kalau tak ada, pinjam hotspot saya, tapi sekejap sahaja, peruntukan saya terbatas. Terima kasih Puan Pengerusi.

[Tepuk]

draft • 3:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 3:02 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Puan Pengerusi, saya terus ke Butiran 020300 – Pembangunan Kandungan yang diperuntukkan sebanyak RM14.3 juta dan 020500 – Penyiaran (RTM), RM472.8 juta. Puan Pengerusi, kita perlu menerima realiti bahawa media arus perdana kini terpaksa bersaing dengan media-media baharu seperti Youtube, TikTok dan sebagainya dalam meraih viewship dengan izin, generasi muda di Malaysia.

Oleh itu, pihak kementerian perlu lebih proaktif dan kreatif dalam mencari cara untuk memastikan media arus perdana kerajaan khasnya RTM dapat kekal relevan sebagai sumber maklumat dan rujukan masyarakat umum.

draft • 3:09 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Justeru itu, saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian melalui RTM dapat bekerjasama dengan para pempengaruh media sosial dalam membangunkan kandungan yang menepati minat dan cita rasa Gen Z dan Gen Alpha terutamanya dalam usaha untuk menerapkan semangat perpaduan dan menyebar luas dasar serta polisi kerajaan.

Saya yakin dan percaya dengan cara ini kita akan dapat menarik minat generasi baharu untuk kembali menonton dan mendengar saluran TV dan radio media arus perdana. Puan Pengerusi, Butiran 020400 – Penerangan (JaPen) yang diperuntukkan RM169.9 juta. Saya ingin bertanya, sejauh manakah Jabatan Penerangan Malaysia memainkan peranan sebagai instrumen penyampai maklumat kerajaan khususnya dalam memupuk kefahaman masyarakat umum terhadap sejarah pembentukan Malaysia khususnya mengenai Perjanjian Malaysia 63?

draft • 3:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya sebenarnya Puan Pengerusi agak kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang secara terang-terangan memperlekehkan kepentingan Perjanjian Malaysia 63. Perjanjian ini adalah merupakan sebuah perjanjian antarabangsa yang terhasil daripada persefahaman dan persetujuan antara rakan sekutu Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Bagaimana mungkin seseorang bekas Menteri undang-undang dan juga peguam terkemuka yang seharusnya menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan dengan sewenang-wenangnya menyatakan Perjanjian Malaysia ini tidak guna dan patut dibatal kerana kononnya akan membawa kebankrapan Malaysia.

Tidak cukup dengan itu Puan Pengerusi, Sabah dan Sarawak juga turut dikatakan sebagai beban. Malah hari ini beliau telah menggesa supaya Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia, sekiranya kami tidak gembira, unhappy dengan Perjanjian Malaysia 63 ini. Puan Pengerusi, Sarawak tidak pernah menyatakan bahawa kami tidak gembira dengan Perjanjian 63 ini sebaliknya kami menegakkan semangat asal perjanjian ini sepertimana yang dihasratkan oleh bapa-bapa pembentukan Malaysia ketika dulu.

Apa yang kami perjuangkan selama ini adalah untuk mengembalikan hak-hak kami di bawah Perjanjian Malaysia 63. Kami tidak pernah meminta lebih daripada apa yang telah dipersetujui, tetapi kami hanya menuntut apa yang patut kami miliki.

Puan Pengerusi, sekiranya kita menuruti apa yang dicadangkan oleh individu ini, maka kita berlaku khianat kepada negara Malaysia. Yang perlembagaannya terbentuk berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 dan beberapa dokumen yang berkaitan. Puan Pengerusi pun tahu...

draft • 3:10 PM

Tuan Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Batang Lupar.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Jelas di dalam lagu Sarawak, ‘Ibu Pertiwiku’ bahawa Sarawak dalam Malaysia bagaimana mungkin individu tersebut boleh sewenang-wenangnya mencadangkan Sarawak keluar daripada Malaysia sekiranya tidak berpuas hati dengan MA63.

draft • 3:10 PM

Tuan Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Batang Lupar, mohon mencelah sekejap?

draft • 3:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Sila, Tanjong Manis.

draft • 3:10 PM

Tuan Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Batang Lupar. Adakah Batang Lupar bersetuju bahawa kenyataan Datuk Zaid

draft • 3:10 PM

Tuan Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Ibrahim ini adalah satu penghinaan kepada Perjanjian Malaysia MA63? Terima kasih.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Puan Speaker, rumah kita ini dibina dengan asas dan salah satu asasnya adalah 63 ini. Kalau 63 ini pull out, collapse lah rumah yang kita bina. Puan Pengerusi, mohon berikan saya sedikit masa. Secara peribadi, saya merasakan ia nya satu kenyataan dangkal yang melampau dan wajar disiasat. Beliau seolah-olah tidak berpuas hati dengan tindakan Sabah dan Sarawak mempertahankan hak kami yang termaktub di bawah Perjanjian 63.

Sabah dan Sarawak telah lama menyumbang kepada pembangunan negara di mana hasil-hasil gas petroleum diberikan kepada Persekutuan untuk sama-sama membangunkan Malaysia selama ini. Apa hasil yang ada kita kongsi bersama demi memajukan negara ini. Janganlah jadi seperti peribahasa, “Habis madu, sepah dibuang.” Kini, sudah tiba masanya untuk Sabah dan Sarawak menuntut hak seperti yang termaktub di bawah perjanjian ini.

Oleh itu, saya amat menghargai usaha Yang Amat Berhormat Tambun di mana beliau begitu terbuka dan komited dalam menyokong usaha untuk mengembalikan hak Sabah dan Sarawak di bawah MA63. Kesimpulannya Puan Pengerusi, saya ingin menggesa Jabatan Penerangan untuk menerangkan konsep Perjanjian Malaysia secara jelas kepada masyarakat umum bagi merungkaikan persoalan dan kekeliruan yang timbul. Saya khuatir sekiranya tidak dijelaskan, retorik dan naratif jahat seperti ini hanya akan memupuk rasa kebencian, salah faham dan perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam hal ini, saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian. Sejauh manakah kuasa kementerian dalam memantau dan mengawal penyebaran kandungan yang berbau hasutan seperti ini dan di dalam platform media sosial dan apakah tindakan kementerian terhadap individu tersebut? Adakah pihak kementerian mempunyai kuasa mengarahkan platform media sosial untuk menurunkan kandungan yang berbau hasutan agar ia nya tidak menimbulkan pertelingkahan di kalangan masyarakat?

Akhir kata Puan Pengerusi, saya berharap agar dengan belanjawan kali ini pihak kementerian akan dapat mengerakkan usaha ke arah meningkatkan kesaling- hubungan dan mengurangkan jurang komunikasi antara generasi dan wilayah.

Sungai Sarawak jangan dituba, Kalau dituba ikan tak mati; Orang Sarawak jangan dicuba,

draft • 3:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Kalau dicuba berani mati. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 3:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tuan Pengerusi...

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

draft • 3:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Tuan Pengerusi— hendak mengalukan kedatangan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Mengalu-alukan kedatangan pelawat daripada mahasiswa Diploma Pascasiswazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie, Universiti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kuala Ketil, Kedah: UniSHAMS. Selamat datang.

[Tepuk]

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Dungun.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih, Puan Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 030300 – Teknologi Komunikasi. NG MERS 999 diperkenalkan sebagai sistem kecemasan generasi baharu negara dengan peruntukan konsesi mencecah RM1.25 bilion dan janji peningkatan kecekapan respons kecemasan melalui integrasi digital, geolokasi dan teknologi pintar.

Namun, apa yang berlaku di lapangan menunjukkan sebaliknya. Ada laporan beberapa isu yang sering berlaku seperti kegagalan panggilan kecemasan disambungkan, talian yang tidak berjawab serta ambulans dihantar ke lokasi yang tersasar daripada sektor operasi. Kelemahan ini akhirnya memaksa KKM kembali mengaktifkan sistem lama secara manual di kesemua 21 MECC seluruh negara.

Dalam konteks sebuah sistem yang menjadi talian hayat negara, kegagalan asas seperti ini bukan sahaja tidak boleh diterima malah membayangkan wujudnya kekurangan serius dalam aspek reka bentuk teknikal, ujian tekanan, pengurusan risiko serta penyelarasan antara TM, agensi kecemasan dan Kementerian Komunikasi. Seorang pakar yang pernah mengetuai pelaksanaan MERS 999 menegaskan bahawa sistem kecemasan mesti melalui fasa perintis atau sandbox, dengan izin, dan ujian simulasi menyeluruh sebelum diguna pakai secara nasional.

Namun, NG MERS 999 sebaliknya dilaksanakan secara serentak di seluruh negara tanpa pendekatan berfasa mengakibatkan risiko kegagalan meningkat

draft • 3:17 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

secara drastik dan mendadak. Sedangkan kos diperuntukkan adalah besar RM1.25 bilion. Mohon penjelasan terhadap isu yang dibangkitkan. Seterusnya berkait dengan 020300 – Pembangunan Kandungan dan Butiran 020800 – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

draft • 3:17 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Skandal pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan sebagaimana didedahkan dalam laporan rasmi FIFA merupakan isu integriti nasional yang serius dan hakikatnya menjejaskan reputasi Malaysia di arena sukan antarabangsa. Namun anehnya, liputan media arus perdana mengenai isu ini kelihatan tidak sampai ke peringkat menandingi isu ini di media sosial (medsos). Dan hari ini sebahagian laporannya sudah tidak lagi keluar dalam akhbar media arus perdana.

Salah satu dari tanggungjawab media ialah kebebasan pemberitaan terhadap isu kepentingan awam dan negara. Wartawan memainkan peranan bukan sahaja untuk menyampaikan maklumat, tapi kadang-kadang juga menyiasat sehingga akhirnya pemberitaan itu benar-benar sampai kepada rakyat dalam bentuk yang benar dan betul.

Oleh itu apabila media sosial yang memainkan peranan, kadang-kadang berita yang disampaikan itu tidak boleh dinilai secara serius oleh mereka yang mengambil pautan daripada medsos itu. Oleh itu, saya ingin bertanya, adakah kementerian boleh memberi jaminan bahawa liputan isu FIFA-FAM ini di media arus perdana akan sentiasa diberi liputan sehingga selesai kes?

Dan yang akhir Puan Pengerusi, saya pohon daripada 030100 – Infrastruktur kerana sebahagian dari tanggungjawab di bawah infrastruktur ialah menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti berkaitan rangkaian 5G dan sistem kabel telekomunikasi dasar laut Malaysia. Sejauh manakah telah dilaksanakan ketiga-tiga penyelarasan perlaksanaan dan pemantauan berkait dengan rangkaian 5G di seluruh Malaysia dan juga sistem kabel dasar laut Malaysia dalam sistem komunikasi? Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.

draft • 3:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Puan Pengerusi. Bayan Baru ingin membahaskan Kementerian Komunikasi, 020000 – Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif di bawah Butiran 020300 – Pembangunan Kandungan. Kita nampak satu kenaikan yang melonjak, naik 543 peratus. Jadi, saya ingin tahu kenapa ada

draft • 3:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

lonjakan yang begitu besar? Dan kita harap bahawa sebenarnya pembangunan kandungan ini sangat penting. Ada banyak dasar-dasar kerajaan yang bagus, yang harus sebenarnya disebarkan kepada rakyat dan kita tahu sekarang sebaran itu adalah multi-modal, multi-channel, dengan cara yang pelbagai, kreatif, TikTok dan sebagainya. Tetapi nampaknya kerajaan masih lambat dari segi menyebarkan maklumat yang baik kepada rakyat dan pelbagai sebaran yang toksik yang memperlekehkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan ini tidak di-counter dengan baik.

Maka, haraplah ada usaha yang lebih baik daripada kerajaan untuk counter naratif- naratif yang lebih negatif itu kerana ini tidak membantu kerajaan kita.

Dan saya juga nak masuk kepada 020500 – Penyiaran (RTM). Kita nampak bahawa — saya difahamkan berita yang terbaru adalah dari segi Berita Mandarin RTM dan juga telah disatukan. BERNAMA TV, Berita Mandarin–– BERNAMA TV dan juga Berita Mandarin RTM telah disatukan dan saya harap bahawa kementerian–– saya faham bahawa ada keperluan untuk menyatukan resources, penjimatan kos dan sebagainya tetapi saya ingin bangkitkan satu isu di mana dulu ada banyak program- program setempat, kawasan-kawasan contohnya di Bayan Baru ke, di Rasah ke, di kawasan YB Pengerusi juga. Program-program setempat itu tidak dapat disebarkan.

Sekarang kalau kita satukan terlalu banyak program, dia hanya national news sahaja.

Dia laporkan Menteri punya program tetapi kawasan setempat itu tidak dapat perhatian.

Sebenarnya kita kena decentralization dan kita nak laporkan benda-benda yang baik di kawasan setempat. Jadi saya haraplah–– dulu saya tahu bahawa ada satu team di kawasan–– di Penang sahaja, satu team sahaja yang buat content masyarakat Cina. Sebab di Pulau Pinang itu, kebanyakan masyarakat Cina tetapi team itu sekarang, kontraknya tidak disambungkan kerana cost saving dan sekarang mereka tidak dapat bawa isu-isu setempat. Dan ini akan vicious cycle sebab kalau tak ada content local, mereka tak berminat pun nak tengok RTM, tak berminat pun nak tengok TV, BERNAMA TV. Jadi saya rasa perlu kembalikan team, team local untuk sebarkan isu-isu setempat.

Dan saya masuk ke isu ketiga. Ini isu terakhir. 020100 – Dasar dan Antarabangsa. Semalam Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan melarang adik-adik umur kurang daripada 16 tahun, dilarang untuk adakan social media account. Ini satu langkah yang berani dan saya mengalu-alukan larangan tersebut.

draft • 3:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya sebagai seorang bapa, saya sebenarnya takut. Takut kenapa? Anak saya dia main Roblox. Berjam-jam. Hari Sabtu, Ahad memang Roblox sahaja, okey.

TikTok, malam-malam, hari-hari. Tasek Gelugor pun setuju. Kita ada anak-anak.

Rasah pun ada anak. Kita tengok TikTok, YouTube. Ini membimbangkan. Dia sekarang kurang pergi main bola sepak ke, bola keranjang ke, tak ada. Stay at home sahaja. Jadi sebagai bapa, saya pun takut juga sebab kita tak tahu apa yang dia tengok, apa content yang berlaku di dalam itu. Kita tak tahu.

Jadi, saya mengalu-alukan keberanian kerajaan untuk menyekat. Dan Malaysia ini adalah negara yang kedua di dunia selepas Australia. Kita nombor dua mengumumkan larangan kepada sosial media di bawah umur 16. Walau bagaimanapun, saya tahu bahawa segala blanket ban ini, dia sememangnya ada–– semestinya ada masalah, banyak masalah. You kata nak eKYC dan sebagainya. Ada sosial media yang besar, META ke apa-apa. Mungkin mereka akan ikut. Tapi yang kecil-kecil itu, dia tidak kisah pun.

Jadi, ada isu yang perlu dan saya minta supaya kementerian, Menteri, beri penjelasan bagaimana dengan perlaksanaan itu. Sebab kita nampak bahawa dalam berita kata next year, 2026. Bulan Januari ke, 1st of January ke, atau 31 Ogos ke, atau 31 Disember 2026. Bila itu? Tak ada butiran.

Jadi, kita mahu bahawa kalau nak buat tergesa-gesa pun, nanti dia akan mengadakan pelbagai masalah lagi. Saya nak minta sebuah penjelasan.

draft • 3:22 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Bayan Baru.

draft • 3:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, penjelasan.

draft • 3:22 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Satu je.

draft • 3:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Okey Jerai, sekejap ya.

draft • 3:22 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Okey Datuk Pengerusi. Adakah larangan umur 16 tahun untuk anak-anak ini, impaknya kepada ibu bapa ataupun sepertimana yang berlaku, accident, accident sebelum ini yang melibatkan anak-anak, ibu bapa juga terlibat untuk dikenakan tindakan undang-undang?

draft • 3:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, betul. Ini soalan, persoalan ibu bapa.

Sebagai ibu bapa, kita tahu takut juga. Saya setuju dengan Jerai. Masukkan persoalan Jerai dalam perbahasan saya.

draft • 3:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 3:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Jadi, implikasi itu banyak besar, meluas.

Kita tidak boleh–– kementerian kena perjelaskan dengan lebih detil supaya kita boleh

draft • 3:22 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

persiapkan. Secara dasarnya setuju. Saya rasa di sini kebanyakan Ahli-ahli Yang Berhormat setuju kerana kita semua ibu bapa atau datuk, nenek.

Jadi ini isu yang sangat besar. I want to say it’s very big. Kita negara kedua dalam dunia yang mengumumkan ini. Jadi, mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.

draft • 3:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya jemput Yang Berhormat Besut.

draft • 3:22 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Puan Pengerusi. Pertamanya adalah Butiran 030100 – Infrastruktur iaitu capaian Internet di kawasan saya di Besut yang masih berlarutan sehingga kini. Isu capaian ini, di Besut ini bukan sekadar kelemahan teknikal, tetapi merupakan isu kesediaan infrastruktur dalam pelaksanaan dasar komunikasi negara. Walaupun di atas kertas Kementerian Komunikasi ini ada menyasarkan liputan 5G kedua sehingga 80 peratus pada tahun 2026 sebagaimana yang dinyatakan dalam dokumen anggaran 2026, realiti di lapangan menimbulkan persoalan tentang kemampuan kerajaan mencapai sasaran berkenaan.

Pada awal tahun 2024 lagi, saya telah melaporkan pada SKMM tentang jaringan Internet yang lemah di sekitar Daerah Besut. Lebih 10 kawasan yang dikenal pasti mempunyai capaian Internet yang sangat lemah. Antaranya Kampung Padang Luas Dalam di Jerteh, Kampung Lak Lok juga di Jerteh, Medan Selera Bandar Jerteh, di bandar pun tak ada liputan. Kampung Alor Lintah, Jerteh juga, Kampung Bukit Puteri, Kampung Kubang Ikan, Kampung Raja, Kampung Berliku Hulu Besut, Kampung Seberang La Hulu Besut, Kampung FELDA Tenang Hulu Besut, tenang tapi tak tenang dan Kampung Gerai, Jerteh. Di gerai pun ada dia.

Sebenarnya dalam perkara ini, pegawai-pegawai SKMM telah turun padang.

Itu hari SKMM ada buat booth di luar ya? Timbalan Menteri ya? Timbalan Menteri, ada buat booth di luar? Ingat, ada. Mereka telah turun ke Besut dan telah bermesyuarat dan telah mengambil maklum tetapi tindakan susulan tak ada. Jadi, ini memberi kesan langsung kepada pelajar-pelajar yang bergantung kepada platform pembelajaran secara digital, terutamanya jika dibuat PdPR ketika bencana banjir seperti yang sering berlaku di daerah kami.

Peniaga kecil yang hilang peluang pendapatan kerana tidak dapat mengurus jualan dalam talian dan penduduk miskin yang tidak mampu melanggan fibre seperti UniFi, lalu terus menjadi mangsa penyisihan digital atau digital exclusion, dengan

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

izin. Oleh yang demikian, mohon perhatian kerajaan untuk menaiktarafkan kesambungan rakyat di kawasan Besut dan menyelesaikan keluhan rakyat di kawasan ini.

Puan Pengerusi, seterusnya berkenaan dengan Butiran 020800 – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), yang berfungsi mendapatkan maklumat atau berita yang lengkap, benar dan saksama atas apa-apa perkara mengenai dengan kepentingan awam dan juga bangsa di dalam dan luar negara.

Sekiranya BERNAMA benar-benar memegang fungsi ini secara telus, maka sebarang berita yang diterbitkan BERNAMA dianggap mempunyai kredibiliti dan telah disahkan kesahihannya sebelum disebarkan kepada masyarakat.

Persoalannya, yang ingin saya bangkitkan adalah bagaimana pula dengan berita yang tidak dilaporkan BERNAMA tetapi berkaitan kepentingan awam? Sebagai contoh, pendedahan oleh mana-mana individu tentang isu tatakelola perolehan kerajaan. Jika maklumat sedemikian tidak dilaporkan BERNAMA, apakah jaminan yang akan diambil tindakan serius oleh pihak kerajaan? Sebagai contoh, jika ada satu pihak mendedahkan salah laku ataupun ketirisan dalam perolehan kerajaan seperti kes surat sokongan kontraktor hospital tempoh hari. Adakah ia akan hanya diselesaikan dengan teguran keras oleh PM dan akhir-akhir ini, dilihat kabur pula?

Lebih membimbangkan adalah kemungkinan penyebar maklumat ketirisan tersebut pula akan disiasat di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi iaitu peruntukan undang-undang yang kini sangat kontroversi. Ini adalah persoalan penting untuk dijawab oleh pihak kerajaan. Tambahan pula, apabila kerajaan baru-baru ini memfailkan rayuan keputusan mahkamah berkenaan dengan istilah jelik dan juga menyakitkan hati dalam seksyen 233 yang diputuskan tidak berperlembagaan.

Jika kerajaan mengambil pendirian mempersoalkan istilah yang terlalu umum dan luas tafsirannya seperti menyakitkan hati, apakah jaminan tidak akan berlaku over enforcement, dengan izin, atau salah guna seksyen tersebut untuk menyiasat pihak yang mungkin mengkritik kerajaan dalam isu berkaitan dengan kepentingan awam.

Akhirnya, Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA). Kerajaan ada menunjukkan pencapaian JENDELA Fasa 1 seperti liputan 98.82 peratus, 9.48 juta premis bergentian dan kelajuan median 15 d/mbps sebagai asas untuk meneruskan JENDELA Fasa 2. Persoalan saya berdasarkan Belanjawan 2026, apakah sebenarnya fasa seterusnya itu JENDELA, termasuk sasaran baru, ukuran kejayaan, kawasan keutamaan dan juga perubahan strategi?

draft • 3:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Keduanya, apakah KPI kualiti perkhidmatan yang konkrit untuk JENDELA ini?

Misalnya, kelajuan minimum waktu puncak, kadar gangguan, aduan pengguna yang diselesaikan. Akhirnya, apakah pecahan peruntukan khusus dalam Belanjawan 2026 untuk pemantauan bebas audit prestasi di luar bandar dan juga latihan komuniti?

Termasuk keselamatan siber supaya kejayaan JENDELA diukur pada keberkesanan sosial yang sebenar dan bukan sekadar angka liputan serta kelajuan median sosial nasional. Itu sahaja, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengersi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

draft • 3:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Puan Pengerusi kerana membenarkan saya membahas di peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi. Saya merujuk kepada Butiran 030000 – Infrastruktur dan Telekomunikasi. Puan Pengerusi, dengan adanya teknologi telefon satelit, liputan signal adalah lebih luas daripada menara telekomunikasi di atas tanah. Laporan menyatakan bahawa pada pertengahan tahun 2025 ini, 82 peratus daripada kawasan yang berpenduduk sudah diliputi oleh liputan 5G coverage.

Soalan yang hendak saya kemukakan hari ini ialah bagaimanakah dengan kawasan-kawasan di sepanjang jalan yang dilalui oleh rakyat? Kerana kita tahu rakyat, terutamanya penumpang-penumpang kereta, masih menggunakan telefon bimbit mereka semasa dalam perjalanan. Saya mendapati banyak tempat di Malaysia masih tidak ada signal telekomunikasi di sepanjang jalan. Di kawasan saya daripada Ayer Tawar ke Pekan Beruas, dari Beruas ke Kuala Kangsar dan juga banyak kawasan.

Di sepanjang West Coast Expressway dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands, dari Cameron Highlands ke Gua Musang dan banyak kawasan di Sabah yang baru saya lawati beberapa hari yang lepas. Tidak ada signal telekomunikasi di sepanjang jalan. Saya ingin menanya Menteri, sejauh manakah kita boleh menggunakan teknologi satelit ini untuk telefon bimbit di Malaysia? Sejauh manakah dan bolehkah teknologi ini mengatasi masalah di mana tidak ada liputan di sepanjang jalan? Dan juga, lagi 18 peratus tempat yang ada penduduk, tidak ada liputan telefon ini.

Akhirnya, saya mahu minta pihak Menteri, adakah teknologi satelit ini dapat mengatasi masalah ini? Dan kos yang terlibat jika kita membolehkan semua tempat yang ada penduduk di Malaysia dan juga kawasan di sepanjang semua lalu lintas

draft • 3:36 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

diliputi. Terima kasih Puan Pengerusi. Dan saya harap masalah ini dapat diatasi supaya kita di mana-mana sahaja, kita ada liputan telekomunikasi telefon bimbit.

Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:36 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 3:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi kerana beri saya ruang.

Saya ingin membangkitkan isu yang agak serius berkaitan takbir urus dana awam di bawah Kementerian Komunikasi khususnya melibatkan dana MCMC yang disalurkan kepada FINAS. Dan isu ini bukan soal persepsi, tetapi melibatkan rekod rasmi, Laporan Audit Negara, siasatan SPRM dan kesan langsung terhadap prinsip integriti perbelanjaan awam.

Butiran 47000 – badan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

(FINAS). Jadi, Puan Pengerusi, tadi kita berbicara tentang dana rakyat. Dan dana rakyat ini bukan merupakan milik individu atau parti politik, tetapi ia merupakan milik awam. Jadi, dana sejumlah RM25 juta telah disalurkan kepada FINAS menerusi projek-projek di bawah program Payung 1 Malaysia Negaraku. Namun dari jumlah ini, terdapat projek bernilai RM10 juta yang dipercayai tidak wujud sama sekali dan lebih mengejutkan, bayaran pertama dan kedua berjumlah RM6 juta dibuat pada hari yang sama secara tergesa-gesa dan tanpa mematuhi tatacara kewangan kerajaan.

Jadi, persoalan saya ialah mengapakah proses pembayaran tergesa-gesa dibuat pada hari yang sama. Mengapa tatacara kewangan kerajaan yang sepatutnya menjadi asas kepada integriti perbelanjaan tidak dipatuhi?

Projek jam tangan sebagai alat komunikasi RM4.488 juta Puan Pengerusi.

FINAS dikatakan meluluskan perbekalan 6,700 utas jam tangan berjumlah RM4.488 juta dengan alasan ia merupakan alat komunikasi pintar. Walaupun diskaun diberi hampir RM2 juta, projek ini tetap diberikan kepada sebuah syarikat swasta tanpa tender terbuka dan tanpa kelulusan yang jelas.

Adakah kementerian telah menyemak kembali rasional projek ini?

Mengapakah konsep jam tangan sebagai alat komunikasi diguna pakai ketika teknologi komunikasi hari ini jauh lebih maju dan lebih murah? Apakah asas pemilihan syarikat tersebut, sedangkan tiada prosedur tender terbuka? Kerajaan tidak boleh melaungkan digitalisasi dan keterangkuman dalam industri kreatif, tetapi

draft • 3:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

dalam masa yang sama, membenarkan projek sedemikian diputuskan secara tertutup.

Nasib pemberi maklumat whistle-blower perlu diberi perhatian. Soalan saya, apakah mekanisme perlindungan, berapa maklumat yang telah kementerian aktifkan? Apakah jaminan bahawa kerajaan— apakah jaminan kerajaan bahawa pelapor tidak menjadi mangsa pembunuhan karakter ataupun pembekuan jawatan.

Dan lebih penting, adakah pihak yang disiasat masih memegang jawatan strategik hari ini. Jika pelapor maklumat dihukum, maka mesej yang disampaikan kepada rakyat lebih baik kita diam, jangan berkata-kata.

Puan Pengerusi, saya pergi kepada Laporan Ketua Audit Negara 2018 menyentuh perkara ini, malah SPRM mengesahkan terdapat tuntutan palsu dan projek tidak sah. Namun sehingga kini, persoalan mengenai pemulihan dana awam, reformasi tatakelola serta pemulihan maruah pemberi maklumat masih belum jelas.

Justifikasi sudah diambil tindakan, tidak mencukupi. Rakyat mahu melihat mekanisme yang lebih telus. Seterusnya, apakah langkah konkrit dan terperinci yang diambil oleh kementerian bagi memastikan ketulusan, integriti dan akauntabiliti dalam semua projek yang membabitkan dana awam, khususnya disalurkan kepada FINAS.

Saya pergi kepada butiran yang terakhir, Butiran 020500 ini berkaitan dengan RTM, Penyiaran (RTM). Sekarang ini musim banjir. Perlis, Kelantan dan banyak negeri Kedah dan sebagainya sedang mengalami fenomena hujan lebat, hujan berterusan dan mengalami banjir. Namun, komunikasi amaran awal masih bergantung pada beberapa saluran berasingan dan tidak seragam. Misal kata ada yang nak tenggelam dah di suatu kawasan di Titi Tinggi di Perlis hingga dia membuat menghantar WhatsApp untuk diselamatkan.

Jadi, kerajaan— pada pandangan sayalah, kerajaan perlu memastikan amaran disampaikan melalui telefon pintar, siaran RTM, mesej SMS automatik ke kawasan berisiko. Dan soalan saya, adakah kementerian bersedia mewujudkan sistem amaran awal yang lebih efektif? Dan apakah pandangan kementerian dalam isu ini? Terima kasih dari Kangar.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026 peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi pada hari ini.

Ada lima perkara. Perkara pertama yang saya hendak sebutkan adalah di bawah Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara atau JENDELA. Saya nampak ada RM770 juta diperuntukkan untuk tahun depan. Saya hendak tanya, ini— adakah ini untuk fasa dua JENDELA? Sebab peruntukan ini sangat besar, RM770 juta sebenarnya melebihi 50 percent daripada keseluruhan peruntukan pembangunan untuk Kementerian Komunikasi pada tahun ini. Saya difahamkan fasa 1 telah siap, iaitu untuk meluaskan liputan dan mengukuhkan kualiti penyebaran jalur lebar di semua tempat. Saya hendak tanya, ada tak fasa 1 telah mencapai sasaran ataupun target yang telah diletakkan?

Dan saya difahamkan, fasa 2 sebenarnya bermula pada September, dua bulan yang lepas. Jadi, apakah status terkini sebab saya difahamkan fasa dua meletakkan sasaran untuk memberikan tumpuan kepada kawasan desa di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak dengan menggunakan pendekatan hibrid.

Jadi, apakah status terkini?

Perkara kedua iaitu Butiran 47000 di bawah tajuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Kalau ikutkan RMK13, industri ekonomi jingga menjadi antara industri yang akan diberikan tumpuan. Saya sokong. Saya anggap ini sesuatu yang sangat baik. Sebab industri jingga ini— sebab itu saya sengaja pakai warna jingga hari ini untuk menyokong, bukan setakat cakap. Secara tindakan untuk menyokong industri ekonomi jingga di negara kita. Hari ini tak ramai yang pakai ini.

[Timbalan Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan bersalam dengan Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin (Rasah)]. Tengah bahas ini.

[Ketawa] Okey ya? Timbalan Menteri pun sokong industri jingga. Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Terkejut saya.

[Ketawa] Industri kreatif, seni budaya dan inovasi adalah sesuatu yang saya rasa kita patut galakkan. Saya berikan satu contoh, sebab saya nampak ada ni, tadi ada rakan-rakan sebut di Korea. K-pop, drama dan sebagainya. Kalau Korea pun boleh, kita pun boleh. Malahan saya rasa kita dengan budaya multiracial di Malaysia, kita boleh lebih berjaya dari Korea tapi cara dia, pendekatan dia kena betul. Dan saya harap ia boleh dijayakan dengan komitmen daripada kerajaan.

draft • 3:55 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, saya hendak tanya. Apakah— sebab ada lonjakan peruntukan daripada RM65 kepada RM124 juta. Jadi, apakah ada usaha kerajaan supaya ia lebih berjaya? Dan sambil itu, boleh tak membawa lebih banyak syarikat perfileman datang buat penggambaran di negara kita? Hendak kata bangunan tinggi, kita banyak ya, Merdeka 118, Twin Tower, kita ada pantai yang indah, kita ada keadaan alam sekitar yang cukup menarik dan sebagainya. Jadi, apakah usaha kerajaan dalam hal ini?

Perkara ketiga Butiran 10007 di bawah tajuk MyCreative Ventures (MCV).

Kalau belanjawan sebelumnya RM3 juta, kali ini RM12.5 juta. Saya menyambut baik sebab ini pun saya anggap sesuatu yang patut kita galakan. Dan kita jangan lihat apabila kita menyebut MCV ini, MyCreative Ventures ini, apabila kita menggalakkan penyanyi antarabangsa yang mempunyai nama besar untuk datang buat konsert di Malaysia, kita jangan tengok sebagai hiburan sahaja. Ia boleh merancakkan ekonomi kita.

Saya difahamkan antara bintang utama ataupun evergreen daripada Hong Kong, Alan Tam akan datang buat konsert pada 29 November, sesuatu yang patut digalakkan sebegini. Sebab kalau dia datang ke Malaysia, sebenarnya dia menggalakkan pelancongan. Peminat penyanyi itu di sekitar negara ASEAN akan datang ke negara kita. Jadi, dia merancakkan pelancongan dan juga ekonomi, terutamanya kita akan adakan Tahun Melawat Malaysia pada tahun depan.

draft • 3:55 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi, seterusnya perkara keempat di bawah Butiran 020400 – Penerangan, RM160 juta diperuntukkan. Tak sebut sama ada ia berkaitan dengan Komuniti MADANI ataupun tidak. Saya nak tanya pada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan gulung nanti. Berapakah jumlah geran yang akan diberikan kepada Komuniti MADANI di seluruh negara? Saya anggap Komuniti MADANI ini sangat mustahak di peringkat akar umbi, entiti di peringkat akar umbi yang sentiasa bersama dengan rakyat di seluruh negara sebab setiap DUN ada tiga, jadi, banyak. Lebih seribu di seluruh negara.

Jadi, ada tak tambahan geran untuk Komuniti MADANI dan saya nak sebutkan Komuniti MADANI ini, saya nampak sejak dua, tiga tahun ni, dia menjadi apa kata orang, dia menjadi ataupun Bulan Kebangsaan adalah bulan yang sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti selaras dengan Kementerian Komunikasi yang menjadi kementerian teras kepada Bulan Kebangsaan.

Boleh tak Komuniti MADANI ini turut terlibat dengan program lain di luar dari Bulan Kebangsaan? Dan perkara terakhir Puan Pengerusi, sedikit saja di bawah

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

tajuk, di bawah Butiran 060100 – Program Penyiaran TV, RM66.9 juta. Saya nak sebut satu saja. Tahun depan akan ada Piala Dunia (FIFA) ya daripada 11 Jun ke 19 Julai. Ada tak daripada peruntukan RM66.9 juta ini, sebahagiannya, saya tak kata semua, sebahagiannya, khas diperuntukkan untuk membawa siaran langsung piala dunia ni? Sebab, whatever is it, bola sepak tetap mempunyai ramai peminat di negara kita untuk membolehkan semua golongan rakyat Malaysia dapat menonton siaran langsung FIFA, World Cup FIFA, semua, semua golongan. Bukan saja yang berbayar.

Jadi, kalau boleh RTM lah yang menjadi pelopor kepada ini supaya semua rakyat daripada semua golongan mempunyai hak yang sama untuk menikmatinya.

Jadi, itu saja. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

draft • 3:50 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Terima kasih kepada Timbalan Menteri.

Saya terus kepada Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Peruntukan sebanyak RM770 juta ini amat baik dan saya ingin bertanya berkenaan dengan capaian internet di kawasan luar bandar seperti di Jerantut. Saya ingin respons daripada pihak menteri berkenaan dengan bagaimana status pelaksanaan JENDELA di Jerantut?

Kerana untuk pengetahuan Timbalan Menteri, masih banyak lagi tempat- tempat di Jerantut khususnya di kawasan FELDA, di kampung-kampung tradisional, di kampung-kampung orang asli dan juga bahagian pedalaman yang berhampiran dengan Taman Negara yang masih lagi tidak mempunyai liputan yang stabil.

Jadi, bagaimana peruntukan RM770 juta ini dapat difokuskan kepada kawasan-kawasan ini?

draft • 3:51 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Jerantut. Minta sikit laluan Jerantut? Tenggara.

draft • 3:51 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Sekejap.

draft • 3:51 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Nak nyokong ni. Nak nyokong, sikit je.

draft • 3:51 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Sekejap. Sekejap ya. Saya bagi. Kerana kawasan Jerantut ni adalah kawasan bandar Taman Negara.

draft • 3:51 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Sekejap ya, sekejap. Saya bagi kejap lagi. Kedua, khususnya kepada Kampung Sajang. Kerana dimaklumkan kerajaan menjanjikan peningkatan capaian internet dan kajian pembinaan cawangan baharu. Tapi, Timbalan Menteri, penduduk masih melaporkan bahawa talian tidak stabil dan kesukaran untuk mendapat pembelajaran digital serta urusan rasmi.

Jadi, persoalan saya ialah, bilakah projek pencawang baru untuk Kampung Sajang akan dimuktamadkan dan apa tindakan ataupun pelan interim bagi memastikan pelajar dan masyarakat tidak terpinggir? Kedua, bagi Daerah Jerantut secara keseluruhan, bilakah laporan kemajuan JENDELA peringkat daerah akan dibentangkan untuk kita dapatkan maklumat dan adakah pihak kementerian bersedia untuk bekerjasama dengan penyelaras kawasan Parlimen ataupun Ahli Parlimen sendiri bagi mengenal pasti blind spot, cabaran sebenar di kampung-kampung yang tertinggal? Tenggara.

draft • 3:51 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Tuan Pengerusi, saya sedikit saja. Saya setuju dengan masalah yang diutarakan oleh Jerantut ini. Dekat tempat saya pun berlaku juga. Kadang- kadang tu, bukan kadang-kadang, di FELDA Bukit Ramun pun misalannya tempat saya dah berdiri dah menara tu, tapi masih lagi tidak berfungsi dan kita pun nak sambut apa Tahun Melawat Malaysia ni. Jadi, sepatutnya kawasan-kawasan itu pun ada daya tarikan pelancongan, dia keusahawanan yang boleh diketengahkan. Jadi, Internet yang tak tersedia ni memang menjadi masalah. Terima kasih Jerantut.

draft • 3:51 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Tenggara. Begitulah Timbalan Menteri, keadaan sebenar, realiti di kawasan-kawasan pedalaman di tempat parlimen kami. Seterusnya Tuan Pengerusi, butiran 31001 – Sistem Panggilan Kecemasan Negara (999). Ada beberapa keratan-keratan media yang menunjukkan ketidakstabilan ataupun tidak performance. Tidak ada pencapai prestasi yang terbaik tentang NG MERS 999 ini.

Jadi, persoalan saya, apakah sistem NG MERS 999 ini telah menjadi stress, telah menjalani stress test kebangsaan merangkumi bandar, luar bandar dan pedalaman? Kerana keberkesanan penggunaan 999 ini amatlah bergantung kepada pencapaian telco di kawasan tersebut. Kedua, bagaimana kerajaan memastikan integrasi antara TM, KKM, KK, bomba dan PDRM benar-benar lancar bukan sekadar fungsi di atas kertas. Dan apakah pelan pembaikan supaya insiden-insiden yang dimaklumi sebelum ini, kejadian yang bila ambulans datang pesakit tu telah pun meninggal tidak berulang lagi?

draft • 3:51 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Dan terakhir, Puan Pengerusi di bawah Kepala 030000 – Infrastruktur dan Telekomunikasi. Ingin saya menarik perhatian Timbalan Menteri tentang larangan untuk membuka sosial media bagi mereka yang berada di bawah umur 16 tahun.

Saya amat bersetuju kerana ia dapat mengurangkan tindakan luar tabii dan tindakan yang tidak baik berkenaan dengan budaya dark side di Twitter dan Telegram yang semakin berleluasa.

Cuma, persoalan saya kepada Timbalan Menteri, apakah Timbalan Menteri boleh bersetuju supaya kita extend-kan lagi akauntabiliti dan responsibiliti ini kepada ibu ayah. Maknanya, walaupun dia umur 16 tahun, bila dia nak open that account, dia kena dapat verification daripada mak ayah, satu.

Keduanya, mak ayah juga kena ada akaun. Supaya mak ayah dia boleh scroll ke, ataupun check ke, spot check ke, akaun anak-anak dia. Sebab, isu masalah sosial ini, Puan Pengerusi, dia bukan isu kerajaan atau pun pembangkang. Ia adalah isu tamadun. Kalau anak-anak kita ni ada masalah zina, kelahiran anak tidak sah taraf ada 16,000 kes dan sebagainya. Apa yang akan berlaku kepada kepimpinan negara akan datang?

Kita tak boleh salahkan anak-anak yang lahir tu, tapi tindakan kelahiran itu kerana berlakunya salah guna kepada sosial media yang kita tidak salahkan pembangunan teknologi, tetapi kita perlu mengusahakan supaya anak kita ini dapat dikawal dengan baik. Jadi, saya bertanya pihak kementerian dan pihak Timbalan Menteri, apakah boleh bersetuju kita extend-kan akauntabiliti dan juga responsibiliti ini kepada ibu dan ayah supaya pembukaan akaun-akaun ini dapat dikawal selia dengan baik? Sekian. Terima kasih.

draft • 3:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

draft • 3:51 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi keizinan dan peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi.

Puan Pengerusi, izinkan saya mulakan perbahasan dengan menyentuh Butiran 030100. Meskipun terdapat kemajuan dalam peluasan rangkaian dan penambahbaikan sentiasa dibuat daripada masa ke semasa, saya masih lagi menerima banyak aduan daripada kawasan-kawasan tertentu di Tampin.

Terutamanya di kampung-kampung dan penempatan di kawasan pinggir mukim yang

draft • 3:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

kerap kali menghadapi masalah liputan yang tidak stabil, kelajuan Internet yang rendah dan kualiti talian yang tidak konsisten.

Dalam banyak kawasan luar bandar termasuk Gemencheh, Air Kuning, Geduk, Keru, Lepah ataupun kampung-kampung yang lebih berselerak, aduan yang saya terima kebiasaannya merangkumi gangguan liputan 4G ataupun 5G yang tidak konsisten. Ramai penduduk yang mendapat isyarat tetapi kelajuannya rendah dan tidak stabil. Hal ini berkemungkinan disebabkan kedudukan menara yang jauh, kapasiti yang tidak mencukupi ataupun spektrum yang sempit.

Sehubungan dengan itu saya mohon agar kementerian mewujudkan satu portal ketelusan infrastruktur digital yang membolehkan rakyat di Tampin menyemak secara langsung status projek naik taraf rangkaian di kawasan mereka. Dengan adanya sistem penjejakan aduan rangkaian seperti tracking parcel, syarikat telco tidak boleh melepaskan diri tanpa menyelesaikan masalah dan rakyat boleh melihat sendiri perkembangan kerja pembaikan di kawasan mereka.

Selain itu saya juga ingin menggesa agar kementerian mempercepatkan fiberisasi ke premis FTTP di bandar kecil seperti di pekan Tampin, Gemencheh dan Air Kuning kerana permintaan penggunaan data semakin meningkat di sana.

draft • 3:58 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Tanpa FTTP yang komprehensif, ramai peniaga kecil tidak dapat memproses pembayaran digital. Pelajar pula mendapat gangguan kelas dan pekerja gig terpaksa bergantung kepada hotspot yang tidak stabil.

Seterusnya Puan Pengerusi, saya ingin beralih kepada Butiran 020700 – Komunikasi Komuniti (J-KOM). Jumlah penipuan dalam talian semakin meningkat dan menurut statistik PDRM sebanyak 47,854 kes penipuan dalam talian telah direkodkan. Setakat September 2025, dengan jumlah kerugian mencecah RM1.9 bilion iaitu meningkat lebih 12,000 kes berbanding tahun lalu. Masyarakat di Tampin juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa penipuan.

Pada hemat saya, rakyat sering menjadi mangsa bukan kerana cuai, tetapi kerana kurang pendedahan dalam teknik penipuan terkini. Sehubungan dengan itu, saya mohon agar J-KOM memainkan peranan dengan mewujudkan Program Latihan Keselamatan Siber Komuniti di sekolah-sekolah, masjid, KLT, persatuan penduduk dan sebagainya.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 4:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bahan komunikasi kerajaan juga hendaklah dibuat dalam bahasa Melayu yang mudah dan ringkas serta dibuat dalam bentuk visual agar mesej, pencegahan, penipuan lebih mudah untuk difahami. Selain itu, kerjasama lebih erat dan berterusan antara kementerian, J-KOM, syarikat telco serta bank perlu dimantapkan supaya dapat memberi amaran awal terhadap pelbagai jenis scam baharu.

Pada kesempatan ini, saya juga ingin menggesa agar syarikat telco turut dipertanggungjawabkan dalam menangani isu penipuan kewangan dalam talian ini.

Dan berhubung tindakan syarikat telco yang mahu mengenakan caj RM10 sebulan untuk perkhidmatan perlindungan scam ataupun penipuan adalah tidak munasabah.

Tindakan mengambil kesempatan tersebut adalah tidak wajar dan saya sama sekali tidak bersetuju. Sepatutnya syarikat telco yang perlu diwajibkan untuk membayar pampasan atau jumlah kerugian sebenar kepada pengguna yang selama ini menjadi mangsa penipuan melalui platform telekomunikasi.

Seterusnya dan yang terakhir Puan, Tan Sri Pengerusi. Saya ingin beralih kepada Butiran 030300 – Teknologi Komunikasi. Saya difahamkan di bawah butiran ini, kementerian dipertanggungjawabkan untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan dasar-dasar komunikasi serta pemerkasaan ekonomi bumiputera secara menyeluruh.

Di Tampin, saya melihat sendiri bagaimana belia kita mempunyai bakat besar dalam videografi, reka grafik dan penciptaan kandungan, tetapi mereka tidak tahu bagaimana untuk bermula, di mana untuk mendapatkan latihan profesional, bagaimana membina portfolio ataupun cara untuk memohon dana kerajaan.

Meskipun Tampin merupakan kawasan luar bandar, namun di Tampin ini mempunyai ekosistem belia yang sangat aktif, khususnya dalam bidang fotografi, media sosial, peniagaan online kecil-kecilan, gaming dan e-sukan serta lain-lain.

Kesimpulannya, kita ada belia yang berkebolehan tetapi tiada ekosistem. Kita ada bakat tetapi tiada bimbingan dan kita juga ada cita-cita tetapi tiada hala tuju yang jelas. Justeru itu, saya mencadangkan agar Program Latihan Kreatif Digital seperti animasi, suntikan video, rekaan grafik dan pemasaran digital dijalankan dengan secara berkala di pusat-pusat Internet komuniti. Dana pembangunan kandungan kerajaan juga hendaklah dipromosikan dan lebih efektif di kawasan luar bandar kerana masih ramai pencipta kandungan tidak menyedari akan wujudnya peluang tersebut.

Dan yang terakhir sekali, PKS di Tampin hendaklah diberikan bimbingan digitalasi yang sewajarnya agar mereka dapat bersaing dan menembusi pasaran luar

draft • 4:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

daerah menerusi platform e-dagang. Tan Sri Pengerusi, sekian saja daripada saya setakat ini.

Sawah menghijau, luas terbentang, Petani bekerja sepenuh masa; Ilmu komunikasi semakin dipandang, Bagi membentuk masyarakat bijaksana. Saya mohon menyokong. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya saya jemput Sik.

draft • 4:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah.

Terima kasih Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 020500 bagi penyiaran RTM yang telah mendapat peruntukan sebanyak RM472.8 juta untuk tahun 2026. Yang Berhormat Timbalan Menteri, isu yang dibangkitkan sejak pada perbahasan peringkat dasar, ketika mana penyiaran RTM telah melakukan kesilapan menyebut nama Perdana Menteri Singapura, Thailand dan Presiden Indonesia ketika kita menjadi Tuan Rumah Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, 26 Oktober lalu telah pun berlalu.

Namun, kita masih menunggu dan melihat respons daripada pihak kementerian. Ketika ini, tiada lagi pengumuman jelas mengenai bentuk tindakan tatatertib ataupun hukuman kepada pihak yang bertanggungjawab kerana sudah pastilah semua kita bersetuju bahawa kesilapan ini sangat tidak boleh diterima ketika mana seluruh dunia melihat penyiaran itu dan adakah penyiaran ini sengaja dilakukan, kesilapan itu ataupun ada sabotaj yang mungkin nak memalukan pihak kita sebagai tuan rumah.

Jadi, pihak kementerian perlu dengan jelas ketika mana kita sebelum ini juga telah pun membuat tindakan ataupun tindakan keras mengambil tindakan keras melalui MCMC ketika rancangan Radio Era FM didenda RM250,000 kerana kesalahan menyebut dalam isu agama. Begitu juga ketika mana Sinar Karangkraf didenda RM100,000 kerana laporan yang tidak tepat. Jadi, rakyat juga ingin mengetahui apa tindakan yang dilakukan kepada penyiaran RTM ini dan sudah pastilah ia penting untuk kita melihat satu standard tata kelola yang setara penyiaran kerajaan dan penyiaran swasta ini.

Yang kedua, Yang Berhormat Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi. Butiran 31013 iaitu Jalinan Digital (JENDELA) yang telah diberi peruntukan sebanyak RM770 juta untuk tahun depan. Satu jumlah yang sangat besar dan telah diumumkan

draft • 4:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

oleh Yang Berhormat Menteri sendiri. Bagaimana kerajaan sangat memberi perhatian berkaitan dengan pembinaan fasa 1 JENDELA termasuk di Sabah yang sudah pastilah kita rasa ketika mana kita sebahagiannya pergi berkempen di Sabah.

Ada kawasan-kawasan yang masih lagi tidak ada liputan ataupun liputan yang sangat terhad dan isu ini penting bagi melihat dari segi pelaksanaan di lapangan itu. Jika menara yang tidak siap ataupun tidak aktif, maka sudah pastilah liputan jalur lebar ini tidak akan sampai ke kawasan-kawasan sasaran termasuk di kawasan-kawasan pedalaman, di kawasan-kawasan luar bandar ini.

Dan peruntukan besar ini sepatutnya kementerian lebih mengutamakan untuk membina jaringan fiber optik dan backhaul dengan izin, ke kawasan luar bandar, bukan hanya menara itu saja sama ada menara 4G atau 5G tetapi ia berfungsi dengan sepenuhnya sehingga liputan itu sampai kepada pengguna. Dan ini juga termasuklah di luar bandar tadi disebut oleh ramai Ahli Parlimen, daripada Jerantut, Tenggara dan sebagainya. Saya juga di Sik begitu juga ya.

Banyak lagi kawasan-kawasan kampung kita yang tidak ada liputan yang jelas, yang maknanya terputus termasuklah kita melihat banyak kawasan-kawasan ini yang tidak ada rentan ketika mana berlaku hujan ataupun ribut ketika musim monsun ini. Komunikasi itu sangat penting, bagaimana rakyat ingin mengetahui keadaan sebenar cuaca dan sebagainya. Dan sudah pastilah pembinaan JENDELA ini, menara-menara ini penting untuk fungsinya tidak hanya kita membina menara itu sendiri, bahkan jaringan itu sendiri dapat diperbaiki dan dibaik pulih untuk kegunaan seluruh rakyat.

Yang terakhir Tan Sri Pengerusi, berkaitan dengan Butiran 030000 – Infrastruktur dan Telekomunikasi. Peruntukan sebanyak RM9.34 juta untuk 2026. Ini juga ada kaitan tadi apa yang saya sebutkan tadi, bagaimana isu infrastruktur ini yang masih belum mencukupi termasuklah aduan-aduan yang saya bawa untuk kementerian, mendedahkan aduan yang diterima oleh pihak MCMC daripada pengguna, bagaimana syarikat telco ini menerima aduan.

Ada yang tidak peduli tentang aduan itu dan mereka hanya kebanyakannya menumpu di kawasan-kawasan liputan yang telah pun luas masuk di bandar dan sebagainya. Bagaimana laporan ataupun aduan pengguna-pengguna di luar bandar dan sebagainya. Dan kita melihat dalam butiran ini, soal sumber daya manusia yang nampak agak sangat kecil.

Saya dalam rekod, saya menjumpai hanya 37 jawatan untuk kendali seluruh telekomunikasi, sedangkan tanggungjawab dan skop bertambah setiap tahun dan

draft • 4:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

kawasan liputan kita yang sangat luas dan bilangan staf ini tidak selari dengan skala dan kerumitan projek digital, termasuklah JENDELA PoP itu sendiri, Point of Presence itu yang kita gunakan di luar bandar, di sekolah dan sebagainya, termasuklah 5G dan kawalan audit untuk kualiti perkhidmatan itu.

draft • 4:03 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Jadi, saya mohon untuk bajet peruntukan RM9.34 juta ini digunakan dengan sebaiknya untuk meningkatkan liputan komunikasi kepada seluruh rakyat. Tan Sri Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Jempol.

draft • 4:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih Tan Sri Pengerusi, mengizinkan Jempol mengambil bahagian dalam perbahasan ini.

Sukacita Jempol merujuk B.47 Butiran 030200 – Kawalan dan Pematuhan.

Jempol ingin menarik perhatian Dewan berkenaan industri kurier yang merupakan tulang belakang ekonomi digital Malaysia. Industri ini menyokong lebih 150,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung. Namun, data terkini menunjukkan wujud ketidakseimbangan ketara dari segi pegangan pasaran sehingga menekan syarikat tempatan khususnya pemain kecil dan sederhana.

Tan Sri Pengerusi, syarikat besar merebut pasaran dengan menggunakan kaedah perang harga melampau yang semakin ketara. Walaupun garis panduan harga rujukan 2022 telah diperkenalkan, ia hanyalah bersifat rujukan dan bukan mandatori. Kini kita melihat harga penghantaran serendah RM2 dan RM3 walaupun kos sebenar penghantaran sebuah bungkusan kecil mencecah RM2.50. Ertinya, ada syarikat sanggup menjual di bawah kos bagi memusnahkan pesaing dan juga menguasai pasaran. Pemain kecil terpaksa bakar duit untuk bertahan dan ini tidak mampan dalam jangka panjang.

Jempol ingin menyentuh isu masking yang semakin menjadi amalan sesetengah platform e-dagang iaitu pembeli tidak diberikan pilihan untuk memilih syarikat kurier yang mereka inginkan. Platform menyembunyikan identiti kurier dan menetapkan penghantaran kepada satu syarikat sahaja secara eksklusif. Masking ini secara tidak langsung mengunci pasaran, membunuh persaingan dan memberi kelebihan tidak adil kepada satu dua pemain sahaja.

draft • 4:10 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tan Sri Pengerusi, kebimbangan Jempol adalah bahawa apabila monopoli mula terbentuk, harga rendah yang dinikmati pengguna hari ini hanyalah bersifat sementara. Dalam jangka pendek ia kelihatan menguntungkan tetapi apabila pasaran dikuasai satu atau dua syarikat, harga akan melonjak, kualiti perkhidmatan merosot dan pilihan pengguna semakin terhad. Pekerja pula terpaksa menerima komisen rendah kerana kuasa tawar-menawar hilang. Industri kurier yang ialah tulang belakang ekonomi digital Malaysia. Tanpa persaingan sihat, pengguna tidak lagi mempunyai pilihan di masa hadapan.

Tan Sri Pengerusi, persoalan Jempol yang pertama, apakah langkah segera kerajaan untuk menangani isu perang harga melampau ini, predatory pricing dengan izin, dengan mempertimbangkan pelaksanaan harga lantai atau mekanisme kawalan selia mandatori bagi memastikan persaingan kekal sihat?

Persoalan yang kedua, adakah kerajaan akan melaksanakan pemeriksaan menyeluruh terhadap dakwaan perjanjian eksklusif antara platform e-dagang yang besar dengan satu syarikat kurier yang menyebabkan pemain lain kehilangan jumlah bungkusan secara besar-besaran? Apakah bentuk tindakan yang akan diambil oleh SKMM, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan KPDN sekiranya amalan eksklusif ini disahkan menjejaskan pasaran?

Dan persoalan Jempol yang ketiga, apakah langkah kerajaan untuk menyemak semula serta memperkukuh struktur pelesenan kurier termasuk kawal selia kemasukan pemain luar agar persaingan kekal adil dan tidak menjejaskan kelangsungan syarikat tempatan?

Mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri. Jempol mohon menyokong. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya saya jemput yang terakhir, sila Sri Gading.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Sri Gading ingin merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Kementerian Komunikasi atas usaha berterusan dalam memacu transformasi dan teknologi maklumat di negara kita.

Belanjawan 2026 yang dibentangkan menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan kesalinghubungan digital yang inklusif dan mampu milik, perlindungan generasi muda dalam talian serta keberkesanan sistem kecemasan negara. Dalam perbahasan ini, Sri Gading akan menumpukan perhatian kepada tiga aspek utama:

draft • 4:15 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

(i) Komunikasi Komuniti iaitu J-KOM dan usaha memperkukuh pemahaman rakyat terhadap gagasan Malaysia MADANI;

(ii) keselamatan digital dan Kempen Internet Selamat termasuk perlindungan kanak-kanak di bawah 16 tahun melalui mekanisme eKYC dan pendidikan digital; dan

(iii) Sistem Panggilan Kecemasan Negara 999 termasuk liputan penambahbaikan, implikasi dan keberkesanan respons kecemasan di seluruh negara.

Butiran 020700 – Komunikasi Komuniti dengan belanjawan RM16,231,000, bertanggungjawab menyampaikan gagasan Malaysia MADANI yang menekankan prinsip keadilan, kesejahteraan dan keterangkuman melalui komunikasi langsung dengan rakyat. Walau bagaimanapun, laporan J-KOM sendiri menunjukkan bahawa ramai rakyat masih belum memahami kerangka pemikiran di sebalik gagasan ini.

Walaupun inisiatif seperti Jualan RAHMAH dan Sumbangan Asas Rahmah dilaksanakan, nilai strategik dan visi sebaliknya belum difahami secara khusus dan secara meluas oleh rakyat.

Oleh itu, Sri Gading ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada

draft • 4:15 PM

Menteri Komunikasi

(i) apakah kemas kini terkini yang telah dilakukan J-KOM bagi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap gagasan Malaysia MADANI?

(ii) apakah strategi jangka panjang untuk memastikan mesej dasar kerajaan sampai kepada golongan muda, komuniti luar bandar dan rakyat yang kurang pendedahan?

(iii) bagaimanakah kementerian menilai keberkesanan program turun padang J-KOM dalam menyampaikan gagasan ini dan apakah mekanisme untuk mengukur impak sebenar terhadap kefahaman rakyat?

Saya juga ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan J-KOM sekiranya boleh.

(i) menyediakan bengkel, forum atau dialog komuniti bagi mendengar pandangan rakyat serta menerangkan nilai MADANI secara dua hala;

draft • 4:15 PM

Menteri Komunikasi

(ii) menggunakan sistem maklum balas digital untuk menilai kefahaman rakyat secara real time, pemetaan impak dan penilaian keberkesanan;

(iii) menubuhkan mekanisme survey atau indeks kefahaman rakyat terhadap gagasan MADANI bagi menilai sejauh mana mesej diserap khususnya di kawasan luar bandar; dan

(iv) hasil penilaian boleh digunakan untuk menambah baik strategi komunikasi J-KOM.

Seterusnya Butiran 030200 – Kawalan dan Pematuhan. Kempen Internet Selamat telah mencatitkan penyertaan 8,158 sekolah dan institusi pendidikan, termasuk 6,211 sekolah kebangsaan, 1,947 sekolah menengah, 31 IPTA, 26 kolej dan 429 komuniti. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penipuan dalam talian, buli siber, perlindungan data peribadi dan etika digital.

Walau bagaimanapun, pencapaian penyertaan adalah tinggi terhadap beberapa isu kritikal. Penyesuaian modul kepada kumpulan sasaran masih terbatas, khususnya untuk ibu bapa, guru dan komuniti luar bandar.

Kedua, pengukuran impak program terhadap penurunan kes buli siber, penipuan dalam talian dan kebocoran data belum jelas atau belum bersistematik yang baik.

draft • 4:15 PM

Menteri Komunikasi

Sri Gading ingin bertanya kepada kementerian, bagaimana modul disesuaikan mengikut kategori peserta bagi memastikan kesan yang lebih efektif?

Kedua, apakah langkah kementerian dalam menilai keberkesanan kempen ini termasuk pengukuran data sebelum dan selepas program?

Berkaitan pelaksanaan e-KYC dan had umur media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun, apakah mekanisme pengesahan dokumen dan penguatkuasaan yang akan digunakan? Bagaimanakah pengalaman antarabangsa yang mungkin sudah tidak membenarkan kanak-kanak bawah 16 tahun mempunyai social media di negara lain diambil kira dalam proses ini?

Cadangan Sri Gading, kementerian boleh memperkukuh program dengan menyediakan guidelines untuk ibu bapa dan komuniti, memperkenalkan pengukuran prestasi berasaskan data dan meningkatkan pendedahan digital selamat secara praktikal tanpa menjejaskan pembelajaran atau sosialisasi kanak-kanak.

Dan yang akhir, Butiran 31001 – Sistem Panggilan Kecemasan Negara 999

(NG MERS 999), dua tahun tidak ada peruntukan. Pada tahun ini, 2026 akan datang

draft • 4:20 PM

Menteri Komunikasi

diperuntukkan sebanyak 113 — 1.13 bilion di mana sistem 999 yang baru ini meliputi lebih 800 lokasi di seluruh negara. Dua kali ganda liputan berbanding sistem MERS 999 terdahulu. Sistem ini menyatukan aplikasi SaveMEBlind, SaceMEDeaf dan SaveMEPolice serta memberi fokus kepada golongan OKU. Sistem berfungsi dengan prinsip nearest available bagi memastikan aset kecemasan terhampir digerakkan dengan cepat.

Walau bagaimanapun, sistem dan aplikasi dikatakan berfungsi seperti biasa.

Terdapat beberapa cabaran dan isu praktikal yang perlu diperhalusi. Pertama, apakah aplikasi SaveME999, 999 ini senang digunakan oleh warga tua, mereka yang kurang celik digital dan individu yang tidak mempunyai capaian Internet?

Kedua, bagaimana kementerian memastikan semua lapisan masyarakat dapat menggunakan sistem ini secara efektif termasuk penyediaan latihan atau panduan mudah? Ketiga, berkaitan insiden dua ambulans kerajaan dihantar ke lokasi sama walaupun dikatakan terpencil, apakah langkah tambahan untuk mengelakkan kejadian berulang dan meningkatkan koordinasi antara KKM, KKTM serta badan sukarela seperti Bulan Sabit Merah, St John Ambulance dan NGO tempatan?

Cadangan Sri Gading bagi meningkatkan keberkesanan NG MERS 999 adalah pertama, memperkenalkan mod penggunaan mesra warga tua dan mereka yang tidak celik digital. Contohnya, melalui panduan video, sokongan panggilan suara atau sistem SMS sebagai alternatif.

Kedua, meningkatkan latihan berterusan untuk pemandu dan pengendali ambulans serta memastikan kelengkapan peranti dan sokongan operasi di lapangan mencukupi. Ketiga, memperkukuh pemantauan prestasi sistem termasuk pengesanan sebarang kelewatan atau complete dispatch bagi memastikan respons kecemasan lebih cepat dan tepat, menilai pengalaman pengguna secara berkala bagi menambah baik aplikasi SaveME999 agar komunikasi teks, video dan multimedia dapat digunakan dengan lebih lancar oleh semua pihak.

Akhir sekali, sedikit pantun Tan Sri Speaker. Eh, Tan Sri Pengerusi.

*[Ketawa] Dari Kuala Lumpur pergi ke Semporna, Di Pulau Bum Bum masak beriani; PRN Sabah dah tak lama, Rakyat Sabah tak sabar menanti.

Subuh tadi di Masjid Kundasang, Di Airport KK baru sarapan; PRN Sabah Sri Gading dah bertandang, Petang ini di Parlimen bahas belanjawan.*

draft • 4:20 PM

Seorang Ahli

Wow.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sri Gading menyokong belanjawan ini. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Sri Gading ialah pembahas yang terakhir. Seramai 18 orang— 17 orang telah mengambil bahagian. Sebelum saya menjemput Menteri, saya ada dua pengumuman yang saya nak maklumkan. Yang pertama, surat dan jadual giliran kementerian terkini mengenai perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat jawatankuasa yang dilanjutkan hingga Isnin, 1 Disember 2025 telah diletakkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita reschedule balik, ya.

Yang kedua, saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat bahawa Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita disambut pada 25 November setiap tahun di seluruh dunia yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran global terhadap keganasan yang dialami oleh wanita dan kanak-kanak perempuan serta menyeru tindakan kolektif bagi menghapuskannya.

Untuk menunjukkan sokongan terhadap usaha membanteras keganasan terhadap wanita, semua Ahli Dewan Rakyat digalakkan memakai pakaian atau accessories seperti tali leher berwarna oren semasa persidangan Dewan Rakyat esok, 25 November 2025. Ini juga sebagai tanda solidariti Parlimen Malaysia terhadap usaha untuk menangani keganasan terhadap wanita. Jadi, esok pakai oren ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tan Sri, kalau hari ini dah pakai, esok boleh lagi?

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Boleh, lagi elok. Esok tambah bagi oren lagi.

draft • 4:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Thank you Tan Sri. Thank you Tan Sri.

[Ketawa]

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Okey. Baik, untuk itu saya jemput Menteri menjawab semua persoalan-persoalan yang telah pun dikemukakan dan saya memperuntukkan 30 minit. Silakan Menteri.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada— ataslah penyertaan semua Ahli Yang Berhormat yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2026 peringkat jawatankuasa yang menyentuh Kementerian Komunikasi.

draft • 4:26 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Untuk makluman, secara umumnya peruntukan mengurus 2026 B.47 adalah sebanyak RM1.132 bilion yang meningkat sebanyak 5.08 peratus ataupun 54.7 juta berbanding pada tahun 2025 iaitu sebanyak RM1.077 bilion. Manakala peruntukan pembangunan P.47 adalah sebanyak RM1.422 bilion dengan sedikit penurunan iaitu sebanyak 3.66 peratus ataupun RM54 juta berbanding tahun 2025 sebanyak RM1.476 bilion.

Secara keseluruhannya, bagi tahun 2026, Kementerian Komunikasi telah diperuntukkan sebanyak RM2.554 bilion bagi memperkasa jaringan dan infrastruktur telekomunikasi serta komunikasi sosial, memperkukuh masyarakat dengan maklumat yang tepat dan sahih menerusi kandungan kreatif, penerangan dan penyiaran berintegriti. Kementerian Komunikasi akan memberi keutamaan kepada pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif sebagaimana yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2026 tercapai demi peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.

Pelbagai isu telah dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah maksud bekalan dan juga pembangunan 47. Antaranya menyentuh ekonomi jingga ataupun industri kreatif, penerangan dasar kerajaan, infrastruktur telekomunikasi, perkhidmatan kurier, Sistem Panggilan Kecemasan Negara 999. Saya akan cuba untuk menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit dalam tempoh masa yang telah diluluskan oleh Tan Sri Speaker.

Sebelum saya jawab soalan-soalan daripada Yang Berhormat Kota Melaka, bagi pihak Kementerian Komunikasi, saya juga inginlah ucap tahniah dan syabas kepada pemenang-pemenang yang dari Malaysia dalamlah 62nd Golden Horse Awards yang telah dianjurkan di Taipei, Taiwan semalam.

Kita ada beberapa production ataupun filem yang melibatkan warga Malaysia sepertilah film Mother Bhumi di bawah arahan Chong Keat Aun, Zhang Ji An di mana telah dicalonkan untuk lapan kategori anugerah dan telah menang dalam tiga kategori iaitu Best Leading Actress, Datuk Fan Bingbing; Best Original Film Song yang dimenangi oleh Dai Peini, Penny Tai dan jugalah di kategori Best Cinematography.

draft • 4:26 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Selain daripada itu, filem animasi A Mighty Adventure jugalah adalah satu filem yang melibatkan kerjasama syarikat animasi tempatan iaitu flystudio denganlah syarikat animasi dari Finland, Taiwan dan juga Indonesia. Filem animasi ini dicalonkan untuk tiga kategori anugerah dan telah menang dalamlah kategori best sound effects.

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Yang ketiga iaitu filem The Waves Will Carry Us di bawahlah arahan Lau Kek- Huat dan produsernya adalah Jin Ong Wang Li-Lin (di mana telah dicalonkan untuk lima kategori anugerah dan telah menang dalamlah kategori best supporting actress. Saya rasa semualah award, award ataupun anugerah yang telah dimenangi ini menunjukkan bahawa filem, industri filem Malaysia menjadilah semakin kuat dan akanlah teruslah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat semua, filem Mother Bhumi terbitan Janji Pictures menerima DKK bagi kategori Dana Pasca Produksi 2025. Dana ini membantu penerbit meningkat proses penerbitan filem cereka berkualiti yang telah selesai penggambaran sehingga RM300,000 sahaja. Melalui Dana Produksi Khas Citra Nasional 2026, FINAS akan menawarkan dana khas bagi penerbitan bergenre kenegaraan, budaya dan perpaduan nasional.

Pembiayaan pusingan Dana Khas Produksi Citra Nasional merupakan inisiatif untuklah memartabatkan usaha berterusan bagi mengukuh perpaduan dalam kalangan rakyat melalui kandungan kreatif kenegaraan. Penerbitan kandungan kreatif [Tidak jelas] negara untuklah penontonan generasi baharu melaluilah medium perpaduan dan jugalah kenegaraan.

Untuk tahun 2026, FIMI telah— FINAS telah diperuntukkan ataupun kita telah dapatlah satu peruntukan sebanyak RM40 juta untuklah FIMI iaitu Film in Malaysia Incentive. FINAS menggalakkan lebih banyak penerbitan filem berunsur budaya Malaysia melaluilah insentif FIMI ini dan jugalah penilaian cultural test, dengan izin.

FIMI menyediakan rebat asas 30 peratus manakala projek yang menampilkan elemen budaya, bahasa, lokasi atau warisan Malaysia dan lulus penilaian cultural test layak menerima tambahan lima peratus menjadikan insentif keseluruhan sehingga 35 peratus. Melalui struktur ini, FINAS memastikan lebih banyak produksi tak kiralah tempatan ataupun antarabangsa berusaha menonjolkan identiti budaya Malaysia dalam kandungan mereka sambil merancakkan peluang pekerjaan dan juga mempromosi Malaysia sebagai hab produksi serantau.

Melalui projek pembangunan modal insan 2026, FINAS memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk pelaksanaan pelbagai program meliputi skop pembangunan kemahiran, perkongsian idea, inkubator dan pensijilan penarafan akademik bagi mempertingkatkan kualiti bakat dalam industri kreatif.

Kota Melaka juga tanya tentanglah prestasi terkini RTM di semua platform penyiaran termasuklah TV, radio dan juga media sosial. Saya faham bahawa Yang Berhormat Kota Melaka rujuk kepada muka surat 456, di mana kita nampak bahawa

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

outcome sebenarnya untuk tahun 2024 sangat tinggi tetapi nampaknya sasaran untuk tahun 2025 dan jugalah sasaran untuk tahun 2026 sangat rendah. [Sambil memegang Buku Anggaran Belanjawan Persekutuan] Ambil contohlah untuk lah jumlah capaian maklumat dasar, inisiatif kerajaan melalui sumber rasmi di platform media sosial, capaian ataupun output pada tahun 2024 adalah satu bilion tetapi untuklah sasaran tahun ini dan juga tahun depan adalah 10 juta dan 20 juta masing-masing.

Saya nak jelaskan di sini bahawa sasaran itu adalah satu target tetapi sebenarnya output kita adalah lebih-lebih tinggi. Untuk sebagai contohnya, setakatlah November 2025, RTM telah mencapai sasaran rating bagi terrestrial dan juga OTT sebanyak 758.9 juta secara kumulatif. Jadi, memanglah telah melepasi sasaran yang telah diletakkan ataupun dicatatkan dalamlah Buku Anggaran Belanjawan Persekutuan ini.

RTM juga telah melipat ganda usaha memperkasa platform media sosial atau digital secara ekstensif kebelakangan ini. Hasilnya, RTM turut ditonton di platform media sosial terutamanya menerusi TikTok yang mencecah 258.4 juta tontonan dalam tempoh yang sama. Separuh daripada tontonan ini ialah 121.7 juta adalah mengenai bahan berita sahaja.

Berdasarkan pemantauan pengikut RTM semakin menggemari tontonan kandungan yang dipakej semula atau repurposed content, dengan izin, serta bahan berita dan maklumat yang durasinya lebih pendek. Ini dapat dilihat menerusi tontonan ataupun views di TikTok. Sebagai contohnya, point of view, dengan izin, juruterbang pesawat pejuang TUDM semasa Hari Kebangsaan telahlah mencatat satu viewership yang setinggi 2.6 juta, 2.6 juta.

Selain daripada itu, penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN pada Oktober juga telah mencatat satu viewership yang setinggi 10.3 juta view. Jadi, secara kumulatif, prestasi tontonan RTM di media sosial merangkumi akaun media sosial TV dan radio RTM di seluruh negara adalah seperti berikut.

Untuklah Januari sampailah November tahun ini, view kat media sosial adalah 258.4 juta, view kat RTMKlik adalah 75.8 juta dan jumlah pengikut RTM di media sosial adalah 16.2 juta. Selain daripada itu, Yang Berhormat Kelapa Batas juga tanya tentanglah usaha kerajaan untuklah memperkukuh kebebasan media.

Untuk Tan Sri Pengerusi, kerajaan telah menubuhkan Majlis Media Malaysia

(MMM) melalui Akta Majlis Media 2025 pada 14 Jun tahun ini dan AGM pertama juga telah dianjurkan pada awal bulan November. MMM berperanan menetapkan dan

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

membangunkan standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab termasuk merangka tata kelakuan bagilah pengamal media arus perdana dan media bebas.

Menerusi standard kewartawanan yang akan dibangunkan ini, MMM akan memastikan ahli-ahli menyumbang dalamlah meningkatkan profesionalisme pengamal media, sekali gus mampu mengangkat martabat dan juga kebebasan media ke peringkat yang lebih tinggi. Sebarang tindakan terhadap ahli diambil adalah di bawah bidang kuasa Majlis Media Malaysia terhadap media yang melaporkan perkara yang salah— sekian tertakluk adalah selain tertakluk kepada perundangan sedia ada.

Dan sebagai tanda sokongan kerajaan kepada MMM. MMM juga telah diperuntukkan RM4 juta pada tahun depan untuk membantu mereka untuk setup operasi mereka. Selain daripada itu, Yang Berhormat Kepala Batas juga tanya sama ada RTM selalulah berilah prioriti untuklah kandungan tempatan. Memang sebenarnya RTM sentiasa memberilah prioriti untuklah kandungan tempatan.

Untuklah tahun 2024, sebanyak RM89 juta telah digunakan untuk membayar kepada 318 syarikat produksi tempatan yang menyediakan program-program dalam pelbagai genre dan bahasa untuklah siaran saluran-saluran TV RTM. Untuklah tahun ini, peruntukan ataupun bayaran yang telah dibuat adalah sebanyak RM114 juta yang dibayar kepada 234 syarikat produksi tempatan. Untuk tahun depan, sebanyak RM650 juta diunjurkan akan digunakan untuklah tujuan yang sama.

Selain daripada itu, salah satu isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepala Batas jugalah Yang Berhormat Dungun, Jerantut, Sri Gading adalah tentanglah NG MERS 999. Saya nak jelaskan di sini bahawa pada 13 November 2020, okey. 13 November 2020, Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia telah membentangkan memorandum cadangan pembangunan sistem Next Generation Emergency Services 999 bagi menggantikan sistem MERS 999.

draft • 4:30 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Dan Jemaah Menteri pada masa itu telah bersetuju bahawa supaya sistem Next Generation Emergency Services 999 ataupun kita panggil NG 999 dibangunkan bagi menggantikan sistem Malaysia Emergency Response Services 999. Dan pembangunan sistem NG 999 dibuat secara kerjasama awam swasta melalui rundingan terus dengan Telekom Malaysia Berhad berdasarkan model sewaan perkhidmatan supaya Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri iaitu UKAS JPM menerajui rundingan antara pihak kerajaan dengan TM

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

untuk memuktamadkan kos tempoh sewaan perkhidmatan skop projek, terma dan syarat-syarat perjanjian serta perkara-perkara yang pembangunan sistem NG 999 yang baharu ini. Juga supaya kontrak kerja-kerja penyelenggaraan dan pengurusan operasi sistem MERS 999 oleh TM dilanjutkan dengan terma dan syarat-syarat sedia ada sehingga sistem NG 999 dibangunkan dan beroperasi sepenuhnya.

Setakat— akhirnya kos untuk NG 999 ini setakat Mei 2024 adalah sebanyak RM1.25 bilion. Dan ini adalah untuk satu tempoh konsesi yang sepanjang 12 tahun iaitu satu tahun untuk pembangunan dan 11 tahun untuk operasi. Jadi dia bukan — ada yang salah faham menyatakan bahawa RM1.25 bilion ini adalah untuk pembangunan app sahaja. Itu adalah tidak betul.

Sebenarnya sehingga sekarang masih boleh guna handphone, gunalah phone untuk panggil 999 terus. Jadi, seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi sama ada ini adalah masihlah mesra warga emas. Sebenarnya tak ada masalah. Masih boleh call 999 tetapi pada masa yang sama ada satu app yang baharu yang telah dibangunkan supaya mereka yang mempunyai masalah seperti pendengaran, seperti mereka yang tak boleh buat call, mereka juga boleh menggunakan app tersebut. Dan kos RM1.25 bilion adalah untuk satu tempoh konsesi yang sepanjang 12 tahun.

Dan yang ditanya oleh Yang Berhormat Jerantut adalah sama ada Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) ini telah dijalankan. Memang UAT telah dijalankan bersama dengan PDRM pada 11 Julai tahun ini. APM pada 27 Julai tahun ini. APMM pada 3 September tahun ini. JBPM pada 23 September tahun ini dan untuk KKM lima kali buatlah ujian penerimaan pengguna dan akhirnya telah diterima pada 7 Oktober 2025.

Apa yang kita notice adalah NG 999 ini ia kuat kuasa ataupun beroperasi secara rasmi pada 15 November. Pada hari itu total incoming calls adalah sebanyak 50,000. 50,000. Tetapi di platform yang lama iaitu MERS 999, incoming calls secara purata setiap hari adalah 28,000 sahaja.

Tetapi, for whatever reason pada 15 hari bulan incoming calls adalah 50,000.

Pada 16 hari bulan incoming calls adalah 60,000. Pada 17 hari bulan, incoming calls adalah 61,000. 18 hari bulan, incoming calls adalah 55,000. 19 hari bulan, incoming calls and also pada 20th, incoming calls adalah 38,000 masing-masing. 21 hari bulan, incoming calls adalah 49,000. Pada 22 hari bulan, incoming calls adalah 53,000 dan semalam incoming calls adalah 50,000.

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching

Memang kami akui bahawa pada minggu yang lalu, memang ada banyak unanswered calls kerana ada secara tiba-tibanya incoming calls increase secara mendadak tetapi selepaslah TM tambah ejen dalam call center mereka, kita nampak bahawa sekarang situasi terkawal walaupun incoming calls masih sangat tinggi, berbanding dengan platform lamanya tetapi sekarang 95 peratus punya call dijawab dalam tempoh masa lapan saat iaitu according to the SLA yang telah ditandatangani antara kerajaan dengan TM.

draft • 4:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Soalan tambahan, boleh tadi isu yang sama?

draft • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching

Ya.

draft • 4:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Tentang isu user acceptance test ini. Tadi Menteri bagi tahu telah buat beberapa UAT pada kawasan- kawasan tertentu. Jadi, saya nak tanya apakah dia coverage UAT itu sama ada adakah melibatkan kawasan bandar sahaja ataupun luar bandar dan pedalaman?

Kedua, maknanya kalau kawasan pedalaman ada masalah, dia masih lagi boleh pakai sistem yang lama? Minta konfirmasi.

draft • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching

Memang boleh, memang boleh. Sebenarnya 999 ia tidak dihapuskan, ia adalah sama, nombor yang sama. Jadi boleh terus call 999 sahaja. Yang baharu ialah satu app yang telah dibangunkan.

Tetapi, setakat ini untuk mereka yang perlu bantuan, nasihat saya teruslah call 999. Kalau yang berminat untuk guna pakai app juga boleh buat download app tersebut. Setakat ini kita nampak bahawa SaveME 999 application telah di-download sebanyak 247,000 kali dan total registrations setakat 23 hari bulan adalah 61,000.

Jadi tak ada masalah di kawasan bandar, kawasan luar bandar terus call 999 sahaja. Kalau masih ada situasi di mana sudah call lama tetapi tidak dijawab sila maklumkan kami kerana kami juga, kementerian juga nak memantau isu ini. Kerana statistik yang ditunjukkan oleh TM kepada saya bahawa kita hampir mengadakan mesyuarat dan mintalah update daripada TM tiap-tiap hari. Memang tunjuk bahawa sekarang the waiting calls itu memang telah dikurangkan. 95 peratus punya panggilan dapat dijawab dalam tempoh masa lapan saat.

Dan kami juga bagi arahan kepada TM kalau ada call yang putus kerana tidak dijawab, mereka perlu call balik untuk pastikan bahawa mereka yang call itu memang merupakan genuine call dan kalau mereka memerlukan apa-apa jenis bantuan, TM call center ini akan buat yang terbaik.

draft • 4:40 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Timbalan Menteri.

draft • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching

Ya.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Sibu.

draft • 4:40 PM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Sibu sini. Mengenai itu aplikasi SaveME 999, saya memang ada download, login untuk aplikasi ini dan password-nya perlukan 12 digit number. Jadi saya rasa ini perlu dipendekkan. Jangan mesti wajibkan 12 digit.

draft • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Yang Berhormat Sibu kerana sudilah untuk download dan cuba app ini. Kami pun, sebenarnya kementerian, kami juga kurang berpuas hati dengan app tersebut kerana kami pun tanya kenapa tak boleh guna MyDigital ID untuk buat single login. Jadi perkara ini telah diambil perhatian oleh TM. Mereka telah hubungi MyDigital ID. Jadi saya percaya dalam masa yang terdekat tak perlulah buat pendaftaran yang begitu rumit tetapi boleh teruslah guna pakai MyDigital ID untuk buat single login. Alasan yang dibagi oleh TM adalah app ini ia dibangunkan sejak tahun 2024.

Mungkin pada masa itu MyDigital ID, it’s not fully ready yet. Jadi, oleh sebab itu, mereka tidak mengguna pakai MyDigital ID untuk buat single login system. Saya nak pergi ke isu yang lain. Yang Berhormat Bagan Serai ada tanya tentang kesan ART kepada Malaysia. Di sini saya nak tegaskan bahawa ART ini sebenarnya adalah rundingan— MITI yang mengetuai rundingan dengan Amerika Syarikat.

Tetapi saya nak tegaskan di sini bahawa Malaysia mengekalkan kedaulatan berkaitan keselamatan, perlindungan dan harta intelek infrastruktur ICT termasuk 5G, 6G, satelit komunikasi dan kabel dasar laut dengan menyelaraskan segala tindakan berdasarkan undang-undang dan peraturan domestik Malaysia, terutamanya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Memperakukan kelengkapan komunikasi seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 adalah berasaskan kod-kod teknik yang berdaftar serta berpandukan standard-standard antarabangsa yang dibangunkan oleh International Telecommunication Union (ITU), International Organization for Standardization (ISO), International Electrotechnical Commission (IEC), 3rd Generation Partnership Project dan badan-badan antarabangsa yang berkaitan.

draft • 4:40 PM

Puan Teo Nie Ching

Peruntukan ART berhubung perundingan dengan Amerika Syarikat mengenai pembekal yang berpotensi menjejaskan keselamatan, tidak memberi kuasa veto

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

terhadap keputusan Malaysia, okey. Tidak memberikan kuasa veto terhadap keputusan Malaysia dan tidak juga membenarkan mana-mana pihak mengeluarkan mandat berkaitan sekatan atau dasar negara lain.

Sebarang perbincangan berkaitan aspek keselamatan perlu juga mengambil kira keperluan keselamatan yang ditetapkan oleh standard-standard antarabangsa yang berkaitan. Ini bermakna, sebarang tindakan yang diambil untuk menilai atau menyekat pembekal teknologi komunikasi hendaklah selaras serta dilaksanakan melalui rangka kerja perundangan Malaysia yang sedia ada seperti Akta 588 serta berpandukan amalan terbaik di peringkat antarabangsa.

Jadi, klausa dalam ART itu menyatakan bahawa, “Malaysia commits to only using communication technology suppliers that do not compromise the security, safeguards and intellectual property of ICT infrastructure, including 5G, 6G, communication satellites and underseas cables. And then, US and Malaysia will consult on whether suppliers are able to meet these demands”. Again, obligasi Malaysia setakat ini adalah consult. Ini tidak bermakna bahawa US ataupun mana- mana bolehlah ada kuasa veto untuk buat keputusan bagi pihak Malaysia.

Jadi, saya nak tegaskan di sini kerana ada Yang Berhormat yang buat video...

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri.

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Ya.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri, berdasarkan kepada jawapan, jadi saya nak tanya kepada Timbalan Menteri. Sebab ada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ayer Hitam mengatakan reciprocal tersebut akan menjejaskan usaha negara kita untuk meningkatkan teknologi 5G itu. Antaranya ialah Huawei akan bekerjasama dengan U Mobile. Dia kata kerana perjanjian perniagaan tersebut, dia akan menjejaskan usaha ini. Adakah itu betul?

Sebab saya lihat Ayer Hitam tak ada di sini. Dia buat video di luar sana dia berani tapi tak berani datang Dewan sini untuk berulang. Itulah sebabnya saya— berkaitan dengan soalan ini, saya ada tanya tadi tentang J-KOM. Itulah sebabnya saya kata J-KOM perlu memainkan yang lebih pantas, lebih berkesan.

Contohnya, apabila Ayer Hitam buat kenyataan yang palsu tersebut, sepatutnya J-KOM perlu keluar, tampil dan berikan penerangan yang sebenarnya.

Tak perlulah tunggu sampai kita bila nak bahas di peringkat Jawatankuasa, baru kita nak terangkan kepada orang ramai. Itulah— saya juga harap supaya Timbalan Menteri boleh bagi komen tentang prestasi J-KOM.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Dan juga Timbalan Menteri, tadi berkaitan dengan RTM. Sebenarnya, selalu apabila saya bawa kereta, saya memandu, saya akan ikuti RTMKlik. Jadi, saya nak tanya untuk tahun depan, adakah penambahan peruntukan untuk RTMKlik untuk kita lebihkan lebih banyak rancangan ataupun isi kandungan untuk RTMKlik itu? Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Melaka. Terima kasih atas soalan tambahan tadi juga kerana saya pun tahu bahawa video Ayer Hitam itu memang viral. Dalam video itu memang dia tanya sama ada sekarang U Mobile sebagailah syarikat telekomunikasi yang telah dapat kelulusan daripada MCMC untuk membangunkan rangkaian 5G kedua, masih boleh mengguna pakai equipment daripada— peralatan daripada Huawei. Dan sama ada kita akan arahkan U Mobile untuk tukar, jangan guna peralatan Huawei tetapi guna peralatan yang lain.

Saya juga menghargai peluang ini supaya saya boleh rekodkan pendirian Kementerian Komunikasi dan MCMC di sini bahawa memang tak ada sebarang arahan daripada MCMC selepas ART ditandatangani untuk kepada U Mobile cakap bahawa tak boleh guna pakai peralatan Huawei.

draft • 4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Jadi, saya harap sekurang-kurangnya yang buat video dekat luar tetapi tak mahulah dengar jawapan kat— tak mahulah bangkitkan isu ini dalam Dewan. Saya rasa itu bukanlah tindakan yang bertanggungjawab. Jadi, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

YB Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Kita ada dua.

draft • 4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar, Kangar. Kangar.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Satu Batang Lupar, satu Kangar.

draft • 4:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Besut, lagi satu.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Nak bagi yang mana dulu, Menteri?

draft • 4:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Besut, Besut. Besut mahu juga, Tan Sri.

draft • 4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar. Kangar nak minta jawapan...

draft • 4:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Batang Lupar.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Batang Lupar dulu?

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Boleh, boleh, boleh.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Or Kangar dulu? Batang Lupar, silakan.

draft • 4:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Besut pun ada.

draft • 4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar...

[Tak jelas] Tan Sri Speaker.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Lepas itu Besut.

draft • 4:50 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, eh.

draft • 4:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

draft • 4:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih dengan Timbalan Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar nak minta jawapan bertulis.

draft • 4:50 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Timbalan Menteri, Batang Lupar ingin pencerahan berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Batang Lupar dalam perbahasan tadi berkenaan dengan isu viral video juga yang melibatkan seorang prominent lawyer. Jadi, saya mohon jawapan daripada pihak kementerian.

Bagaimana cara untuk kita mengekang supaya tidak berlaku selepas ini, penerangan yang tidak begitu jelas yang semacam ini? So, adakah pihak kementerian memantau dan mengawal penyebaran kandungan yang berbaur hasutan? Dan apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap individu yang tersebut? Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Ya, silakan.

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya memahami perasaan Yang Berhormat dan jugalah rakan-rakan kita dari Sabah dan Sarawak.

Tetapi untuk siasatan untuklah sama ada itu adalah satu tindakan hasutan, itu bukan di bawah Kementerian Komunikasi ataupun di bawah MCMC. Tetapi Akta Hasutan adalah di bawah bidang kuasa PDRM dan saya percaya bahawa PDRM akan ambil tindakan yang bersesuaian dalamlah kes ini.

draft • 4:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Timbalan Menteri, Puncak Borneo. Saya nak penjelasan sikit, boleh?

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Nanti sebentar, Puncak Borneo.

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Saya, saya...

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Bagi Menteri menjawab dulu.

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Kerana masa tak cukup tetapi saya masih ada satu— saya harap boleh sekurang-kurangnya cover satu isu lagi iaitu tentang social media, boleh tak? Mungkin...

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Menteri. Saya bagi masa. Menteri perlukan berapa banyak masa?

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

[Ketawa]

draft • 4:50 PM

Seorang Ahli

10 minitlah, 10 minit.

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Okey, okey. Boleh, boleh, boleh. Okey.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Lima minit boleh, Menteri? Okey.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri, jangan lupa yang saya tanya, RTMKlik itu.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Saya bagi lima minit. Kemudian— baik.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

RTMKlik dengan J-KOM.

draft • 4:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar minta jawapan bertulis sahaja.

draft • 4:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Timbalan Menteri, boleh saya — penjelasan sikit?

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Boleh tak saya selesai jawapan saya tentang pelaksanaan...

draft • 4:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

...had umur 16 tahun itu? Selepas itu, kalau masih ada masa, saya bagi peluang dan yang lain, saya akan bagi jawapan bertulis. Boleh tak?

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Tan Sri Pengerusi, terima kasih, terima kasih. Kerana sudah ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat menyentuh tentang pelaksanaan had umur 16 tahun untuklah membuka akaun media sosial sepertilah Bayan Baru, sepertilah Sri Gading. Jadi, saya rasa penting juga— dan juga Yang Berhormat Jerantut. Jadi, saya rasa penting juga untuk saya jelaskan isu ini dalam Dewan Rakyat ini.

Pertama, kita tahu bahawa Australia merupakan negara yang pertama yang menyatakan bahawa pengguna-pengguna yang berumur 16 ke bawah tidak dibenarkan untuk membuka akaun media sosial dan ini akan mula pelaksanaannya pada 4 Disember. Approach ataupun pendekatan yang dibuat di Australia adalah age assurance. Dia ada perbezaan antara age assurance dan juga age verification.

Age assurance sebenarnya maksudnya, dia tak perlu hantar apa-apa dokumen untuklah— sepertilah IC, pasport ataupun di Malaysia, kami juga ada MyDigital ID. Dia tak perlu melalui proses eKYC tetapi dia akan tengok kandungan yang dimuat naik olehlah seseorang pengguna ataupun akan minta mereka untuklah take some outlook their photo or some sorts of video untuk akses sama ada pengguna tersebut adalah— umur mereka adalah di bawah 16 tahun ke bawah ataupun ke atas.

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Apa yang kita cuba nak buat di sini adalah age verification. Tetapi untuk kita buat age verification, ini bermakna bahawa kita perlu melalui satu proses eKYC.

eKYC memang boleh dilaksanakan oleh platform. Kita tengok akaun media sosial yang ada bluetick itu, maksud apa? Maksudnya, untuk anda dapat bluetick itu, setiap orang, tak kiralah Ahli-ahli Yang Berhormat ke, Tan Sri Pengerusi ke ataupun KOL, KOL yang di luar ataupun artis-artis, mereka perlu kemukakan identiti— dokumen identiti untuk mengesahkan identiti mereka. So, that is verification.

Tetapi setakat ini, kita memang harap bahawa platform boleh melaksanakan eKYC untuk memastikan bahawa tiada yang berumur 16 tahun ke bawah boleh buka akaun media sosial. Tetapi ini memang kami akan maklumkan kepada platform dan kita akan tengok maklum balas daripada mereka.

Soalan yang sangat-sangat bagus yang dibangkitkan olehlah Yang Berhormat Bayan Baru dan juga Yang Berhormat Jerantut adalah adakah kita akan extend accountability dan juga responsibility kepada ibu bapa. Ini bagi pandangan saya, soalan yang sangat-sangat bagus. Kerana kalau kita tengok Australia, kalau masih ada mereka yang di bawah 16 tahun membuka akaun media sosial, adakah Kerajaan Australia akan ambil tindakan terhadap ibu bapa mereka?

draft • 4:50 PM

Puan Teo Nie Ching

Setakat pengetahuan saya, memang tidak. Mereka hanya sebenarnya akan mengambil tindakan terhadap platform. Jadi, isu di sini adalah “Are we ready?”, “Are we ready?” untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa sekiranya ada ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka buka akaun sosial media.

draft • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Kerana kalau kita pergi ke restoran, kita nampak bahawa banyak ibu bapa semasa mereka makan, mereka bagi handphone, bagi Ipad kepada anak-anak mereka. Jadi, ini adalah satu perkara yang kita perlukan kerjasama daripada ibu bapa juga.

draft • 5:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Kerana tanpa ibu bapa yang mengajar anak, mendidik budak-budak mereka bagaimana nak menjadi seorang pengguna Internet yang pandai, yang bijak, saya rasa isu yang kita hadapi sekarang tidak dapat diselesaikan.

Mungkin...

draft • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri.

draft • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Boleh. Saya rasa Bayan Baru dan Jerantut kerana mereka yang bangkitkan isu ini.

draft • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Menteri. Saya minta Tan Sri bagi lebih masa sikit untuk Menteri jawab sebab ini isu penting. Kerana Tan Sri pun ada cucu, kita semua di sini ada anak-anak yang sekarang kita struggle, kita pun tak tahu macam mana tapi generally kita sokong. Jadi, saya nak minta Menteri jawabkan kepada kita sebab Menteri, kita punya standard di Malaysia lagi tinggi daripada Australia. Sebab Australia itu dia tak payah prove eKYC. Dari segi teknikal ini, sangat hanya klik, “Adakah anda umur 16 ke bawah?”, klik sahaja, klik sahaja. Itu senang sahaja. Ada ramai yang boleh tipu. Tapi di Malaysia, kalau kita pakai eKYC, standard teknikal itu sangat tinggi dan roll out itu akan menjadi sangat-sangat susah.

Jadi, saya nak Menteri sebab what is your expected roll out untuk larangan ini? Ini soalan pertama. Kedua adalah ibu bapa sebab kita nampak sekarang anak- anak kita macam ketagihlah, sudah ketagih. Dia macam dadah tahu, dia tak boleh dah. Kita keluarkan handphone sahaja, dia merajuk, dia marah, dia nangis. Jadi, ini adalah serius dan ibu bapa kena mainkan peranan. Saya setuju dengan Menteri bahawa kita kena mainkan peranan. Tapi adakah kita akan go one step further-lah untuk penalise ibu bapa kalau benda tidak— kalau anak-anak kita dia yang akan cuba segalanya untuk join the social media. Ini soalan saya. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bayan Baru.

draft • 5:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Jerantut ya.

draft • 5:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Boleh?

draft • 5:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Jerantut dulu, Jerantut dulu. Sebab saya bahas.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Menteri nak bagi dekat siapa dulu? Jerantut dulu?

draft • 5:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jerantut pun tak dapat lagi daripada tadi lagi dah.

draft • 5:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Boleh?

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Lepas Jerantut – okey.

draft • 5:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Besut eh?

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Setiu lepas ini. Lepas Jerantut, Setiu.

draft • 5:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Besut, Besut, Besut.

draft • 5:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Balik Pulau boleh?

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Silakan.

draft • 5:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Baik.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Jerantut, Jerantut dulu.

draft • 5:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih.

Timbalan Menteri, saya rasa Timbalan Menteri kena jadi heroin pada hari ini. Kena berani. Kena berani untuk buat sesuatu yang baru kerana masalah ini masalah yang kritikal. Kita dikejutkan dengan statistik daripada Menteri Wanita berkenaan dengan 16,000 anak luar nikah. Itu belum lagi cerita yang tidak dilaporkan. Jadi, maksud yang Jerantut katakan tadi sekurang-kurangnya kena ada verification daripada ibu ayah. So, maknanya bila dia klik je nak daftar, dia akan sampai satu link kepada mak ayah nak agree ataupun disagree. Satu.

Keduanya, tak akan kita nak lagi mak ayah buat escape root. Maknanya, pergi ke restoran, nak borak dengan suami ataupun nak borak dengan kawan-kawan, bagi telefon dekat anak-anak. End up dengan anak-anak kita akan ketagih dengan telefon. Zaman Timbalan Menteri dan zaman saya dulu, kita lepak dekat restoran, kita borak dengan kawan-kawan. Sekarang ini depan kawan pun main dengan telefon lagi. Jadi, saya rasa telah tiba masanya kementerian buat tindakan yang ada political will untuk kita ambil tindakan bersama-sama dan kita kena buat tindakan punitif ini.

draft • 5:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Dan saya dimaklumkan di Australia pun tindakan punitif dikenakan kepada syarikat-syarikat tersebut. Soalan saya, berapa tindakan punitif yang kita kenakan kepada mereka?

draft • 5:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Boleh saya tambah?

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Besut dulu, Besut. Kejap, Besut dulu. Dah banyak kali dia bangun.

draft • 5:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih Tan Sri. Ini saya ada bangkitkan fasal status yang berlaku di Besut ini. Dah pegawai, pegawai yang ada dekat sini itu hari masa buka booth itu hari dan inisiatif datang daripada kementerian. Dan dia orang dah pergi pun ke Besut bermesyuarat dah berapa kali dah. Tapi sampai sekarang tak ada lagi. Apa sebenarnya status capaian Internet di Besut? Saya nyatakan banyak tadi. Dua, tiga, empat tempat. Ini spesifik. Penting.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Okey.

draft • 5:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Isu tak related.

draft • 5:00 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini mungkin kerana capaian kurang yang mungkin menjadi masalah kita.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, point taken, point taken.

draft • 5:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Balik Pulau boleh?

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Balik Pulau, Balik Pulau.

draft • 5:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Baik. Terima kasih.

Saya rasa Timbalan Menteri kita kena jangan buat knee-jerk reaction kerana Australia banned apa itu 16 tahun ke bawah, kita pun nak kena ikut Australia. I think saya try to play developed advocate sini sebab saya rasa kita kena tengok root cause kepada masalah ini. Adakah we have to also kita kena juga ajar etika pemakaian mobile phone kepada ibu bapa juga? Bukan kepada anak-anak. I think it lies bukan kepada anak-anak sahaja. Kepada ibu bapa yang tadi Timbalan Menteri sebut bagi Ipad sebagai babysitter dan sebagainya. I think they also have the right to receive the information and right for freedom or expression untuk anak-anak juga.

draft • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jadi, kalau kita larang anak-anak 16 tahun I think kita kena lihat kepada keseluruhannya. Jangan buat knee-jerk. I think we need to study more untuk before kita ambil apa-apa action tadi.

draft • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Menteri, last.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Okey, Bukit Gelugor. Bukit Gelugor.

draft • 5:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh? Kejap je.

Berkenaan dengan apa yang telah dibangkitkan oleh beberapa rakan saya Balik Pulau juga Bayan Baru. Isu berkenaan dengan saya nak tanya sama ada kementerian ada membuat libat urus bersama kementerian-kementerian yang lain yang berkait dengan isu ini seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian KDN?

Kesemua kementerian ini sudah pastinya mempunyai peranan yang tertentu dalam isu penanganan ataupun monitoring of a social media and so on untuk kanak-kanak ataupun anak-anak kita yang muda. Sekiranya itu telah pun dibuat dan sekiranya tidak kenapa?

Oleh kerana ini memangnya— saya setuju dengan Bayan Baru tadi. We shouldn’t have knee-jerk reaction because ini boleh— Sorry, sorry. Balik Pulau. Oleh kerana ini boleh we can get the result we don’t want, dengan izin. So, itu soalan saya.

Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Sila Menteri. Lepas itu gulung Menteri.

draft • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Ya, boleh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas masa tambahan tersebut. Saya nak ucap terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru, Jerantut, Balik Pulau, Bukit Gelugor. Untuk satu jawapan yang simple kepada YB

draft • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Bukit Gelugor, ya memang kami selalu communicate dengan KPM, dengan KDN dan juga kami selalu communicate dengan Menteri Undang-undang untuk mengenal pasti bagaimana kita boleh lebih baik menangani isu ketagihan social media, ketagihan Internet ataupun bagaimana kita nak mendidik generasi muda ini supaya mereka menjadi satu pengguna Internet yang lebih bijaksana.

Oleh sebab itu, Kempen Internet Selamat telah dilancarkan pada Januari tahun ini dan setakat ini MCMC telah menganjurkan Kempen Internet Selamat ini yang telah melibatkan lebih daripada 8,000 buah sekolah. Sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah rendah juga termasuk SJK(C) dan juga SJK(T). Jadi, semua termasuk dan juga seperti IPG dan juga dekat universiti untuk mendidik murid-murid, pelajar-pelajar, mahasiswa-mahasiswi kita bagaimana boleh meningkatkan lagi literasi digital mereka.

Saya juga sebenarnya sangat-sangat setuju bahawa our reaction cannot be knee-jerk reaction kerana tak mungkinlah pada zaman ini kita larang anak-anak kami, budak-budak kami untuk mengguna pakai Internet. Kerana Internet juga ada banyak informasi yang bagus. Saya sendiri ada tiga orang anak yang bersekolah. Mereka juga perlulah siapkan kerja sekolah mereka melalui Internet. Mereka rekodlah...

[Tidak jelas] dan put on the Google Classroom sebagai untuk ujian dalam kelas muzik mereka dan sebagainya. Tetapi yang paling penting ialah saya rasa ibu bapa, kita semua, orang dewasa, kita perlulah faham bahawa tanggungjawab sebagai dewasa, tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Apabila kita buat keputusan untuk membenarkan anak-anak kami ada akses kepada Internet. Ini adalah tanggungjawab kami untuk memastikan bahawa mereka tahu apa jenis kandungan yang mereka tidak patut akses. Apa jenis kandungan yang mereka adalah sesuai untuk mereka akses. Kalau kita hanya bagi telefon kepada mereka tetapi kami tak buat apa-apa pantauan, jadi masalah memang akan berlaku.

Jadi, apabila kita cakap di sini bahawa kita tidak benarkan mereka yang berumur 16 tahun ke bawah untuk buka akaun media sosial.

draft • 5:00 PM

Puan Teo Nie Ching

Ini tak bermakna bahawa mereka tak boleh guna internet at all...

draft • 5:10 PM

[Dewan riuh]

Puan Teo Nie Ching

Itu berbeza, saya nak tegaskan di sini. Jadi, ibu bapa masih ada tanggungjawab untuk mendidik budak-budak kami. YouTube Kids juga ada banyak kandungan yang bagus. Tetapi, kita nak bagi anak kami tengok YouTube untuk half an hour a day ataupun kita langsung tak kawal? Itu adalah tanggungjawab ibu bapa. We decide for our kids.

draft • 5:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Dan isu di sini adalah apabila ada ibu bapa yang hanya bagi phone tetapi tak kisahlah apa kandungan yang mereka tengok, what type of video they watched, what type of content they are having access to. Adakah kita siap sedia untuk juga letak hukuman ataupun ambil tindakan terhadap ibu bapa? Setakat ini, saya rasa, tak ada keputusan di peringkat kementerian ataupun peringkat Kabinet.

Tetapi, untuk isu-isu seperti ini, saya rasa perbincangan sangat penting dan jugalah konsensus adalah sangat-sangat penting. Kami sekarang memang perlulah political will untuklah mengatasi isu ini. Dan kami akan tegas apabila kita bincang denganlah platform provider. Dan saya juga harap bahawa kementerian dan juga kerajaan boleh dapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya kita bolehlah mengatasi isu ini bersama-sama.

draft • 5:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bangun]

draft • 5:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Beberapa orang Ahli Yang Berhormat tanya tentang...

draft • 5:10 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Menteri, with rule out time. Menteri.

Menteri, estimated rule out time.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Saya dah...

draft • 5:10 PM

Puan Teo Nie Ching

Okey, okey. Saya rasa Yang Berhormat Jempol tanya tentanglah courier services. Saya memang ada jawapan. Saya akan bagi jawapan bertulis. Dan ada Yang Berhormat, Yang Berhormat yang tanya tentanglah rangkaian internet, sepertilah Bagan Serai, Besut, Tampin dan Beruas.

Saya akan bagi jawapan bertulis kepada Besut. Saya janji, minggu ini Yang Berhormat Besut akan dapat. Kalau tak dapat, boleh cari saya lagi. Tetapi, kami akan buat yang terbaik untuk pastikan bahawa tak kiralah pengguna dekat bandar ataupun luar bandar mempunyai rangkaian internet yang munasabah kerana ini adalah satu kemudahan asas pada zaman ini.

Sekian sahaja, Tan Sri Pengerusi. Terima kasih ataslah masa tambahan yang bagilah kepada Kementerian Komunikasi. Tentanglah teguran-teguran terhadap J- KOM kah ataupun apa-apa yang kita boleh buat lebih baik, saya take note. Saya take note dan akan bawa perkara ini dan nasihat dan teguran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat balik ke kementerian untuk bincang dan laksanakan.

Sekian sahaja. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi...

[Tepuk]

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM1,132,199,700 untuk Kepala B.47 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

[Kepala B.47 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.47 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Kepala P.48 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10 pagi, hari Selasa, 25 November 2025. Dan besok pakai baju oren. Terima kasih.

[Mengetuk tukul] Tie oren. Tie oren. Sorry. Tie oren...

draft • 5:10 PM

[Dewan riuh]

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.13 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026