Nov202025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.

draft10:00 AM

1. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong]: Soalan nombor 1. Batang Sadong minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah usaha- usaha pihak berkepentingan terutamanya kerajaan dalam menyediakan insentif- insentif tertentu bagi merancakkan ekonomi hidrogen sebagaimana yang kita ketahui, penghasilan hidrogen memerlukan tenaga elektrik yang sangat tinggi.

draft10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.

draft10:00 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih, Puan Yang di-Pertua, terima kasih Batang Sadong. Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara (DSNN) 2021–2030 menegaskan pembangunan produk dan perkhidmatan nanoteknologi dalam negara perlu bercirikan lestari dan hijau agar mampu bersaing di peringkat global.

Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR) yang menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) mensasar Malaysia sebagai hak penghasilan hidrogen hijau atau hidrogen bersih yang melibatkan pembebasan karbon yang rendah di peringkat serantau. Integrasi kelestarian diperjelaskan di lapangan melalui projek demonstrasi Program Kampung Angkat MADANI.

Untuk makluman Yang Berhormat, penghasilan hidrogen tidak semestinya memerlukan tenaga elektrik yang tinggi bergantung kepada teknologi penghasilan hidrogen yang digunakan. Sebagai contoh, projek elektrifikasi di kawasan luar bandar melalui penghasilan hidrogen daripada pepejal ataupun solid-state daripada sistem luar grid ataupun HyPEReactor ialah teknologi yang julung kali diperkenalkan di Malaysia tanpa penggunaan elektrik yang tinggi. Bagi tahun 2026, inisiatif elektrifikasi kawasan pedalaman mengguna pakai sistem HyPEReactor ini telah diperuntukkan sebanyak RM2 juta untuk perlaksanaan di lapangan. Lokasi sedang dalam penentuan.

Berkaitan dengan insentif yang disediakan. Untuk makluman Yang Berhormat, MDV – Malaysia Debt Ventures adalah salah sebuah agensi di bawah MOSTI yang dimandatkan untuk menawarkan pembiayaan kepada sektor teknologi tinggi termasuk sektor teknologi hijau (green tech). Pada tahun 2022, MDV telah melancarkan program SUKUK bernilai RM2 bilion bagi membiayai projek atau kontrak berteknologi di bawah mandat MDV.

Melalui dana SUKUK tersendiri, MDV menawarkan pembiayaan kepada teknologi hijau dengan sokongan insentif dari tiga program yang disokong oleh kerajaan termasuk Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) dan setakat ini MDV telah meluluskan pembiayaan kepada lebih 148 buah syarikat pagi projek Green Tech dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.26 bilion.

Kerajaan turut memperluas green investment tax allowance (GITA) dan green income tax exemption (GITE) kepada teknologi hidrogen, di samping pengecualian duti dan cukai import pagi peralatan tenaga boleh baharu termasuk hidrogen. Ini termasuk pemberian investment tax allowance (ITA) sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan model projek hidrogen selama 10 tahun yang boleh ditolak sehingga 100 peratus daripada pendapatan berkanun.

Selain itu, pelbagai langkah dasar turut dicadangkan untuk menurunkan kos pengeluaran hidrogen termasuk pakej tarif tenaga boleh baharu ke hidrogen, kelonggaran SS Grid, penggunaan renewable energy certificate (REC) serta pewartaan tanah khusus dalam kluster hidrogen untuk mempercepat pembinaan infrastruktur. Sekian terima kasih.

draft10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batang Sadong.

draft10:00 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya teruskan dengan soalan susulan, masih mengenai ekonomi hidrogen.

Sejauh mana kerajaan melalui MOSTI sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan hydrogen investment zone iaitu zon pelaburan khusus yang menawarkan insentif tersasar ataupun premium, infrastruktur tenaga boleh diperbaharui dan fasilitasi peraturan yang lebih pantas untuk menarik pelabur dalam rantaian nilai hidrogen?

Dan adakah Sarawak sebagai antara peneraju utama hidrogen hijau negara akan diberi keutamaan sebagai tapak awal zon ini, memandangkan kelebihan sumber tenaga hidro serta ekosistem penyelidikan yang sedang berkembang. Dan saya percaya langkah ini dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi hidrogen dan menjadikan Malaysia hab pelaburan hidrogen di rantau ini. Terima kasih.

draft10:00 AM

Tuan Chang Lih Kang

Puan Yang di-Pertua, Batang Sadong. MOSTI berpendapat bahawa cadangan untuk hydrogen investment zone ini adalah satu cadangan yang bagus dan mampu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi hidrogen negara dan meletakkan Malaysia sebagai hab hidrogen serantau dan juga hab pelaburan hidrogen yang kompetitif di Asia Pasifik ini.

Demi meneliti cadangan ini, MOSTI telah pun menubuhkan satu kumpulan kerja insentif HETR. Kumpulan kerja insentif HETR ini merupakan satu platform yang menyelaraskan agenda nasional tentang hidrogen ini, hidrogen ekonomi ini termasuk dengan agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang lain seperti MOF, MITI dan lain-lain.

draft10:00 AM

Tuan Chang Lih Kang

Bagi merangka satu pakej insentif yang menyeluruh merangkumi tarif tenaga khusus, power through hydrogen, insentif fiskal seperti GITA dan status perintis

(pioneer status), pengecualian cukai import peralatan serta sokongan infrastruktur seperti pewartaan tanah dalam kluster hidrogen.

Berhubung dengan cadangan agar Sarawak dipilih sebagai hydrogen investment zone, kerajaan mengiktiraf bahawa Sarawak memang ada kelebihan dari segi peneraju hidrogen hijau negara. Namun, kerajaan kini sedang dalam proses untuk mewujudkan rangka insentif pelaburan hijau seperti yang saya maklumkan tadi sebelum bercadang untuk menentukan lokasi zon untuk hydrogen investment zone. Terima kasih.

draft10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerantut.

draft10:10 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Menteri. Kita dimaklumkan kerajaan baru melancarkan stesen pengisian hidrogen mudah alih pertama di Putrajaya bernilai RM15 juta. Soalannya, apakah kekangan-kekangan yang telah pun dikenal pasti dan apakah preemptive action yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk menanganinya?

Kedua, kita memahami tentang pengendalian hidrogen ini merupakan satu perkara yang melibatkan SOP pengawalan yang amat ketat. Oleh yang demikian, apakah kerajaan telah pun membangunkan piawaian nasional ataupun Malaysia standard yang wajib dipatuhi bagi penyimpanan, pengisian, penghantaran dan operasi hidrogen. Apakah status kerjasama di antara MOSTI dengan DOSH, bomba dan SIRIM untuk standard keselamatan khusus bagi teknologi hidrogen ini? Sekian.

draft10:10 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Jerantut atas soalan tersebut. Mobile Hydrogen Refuelling Station (MHRS) di Putrajaya adalah satu inisiatif baru pada tahun ini iaitu pada Mei tahun ini, 9 Mei sebagai satu demonstrasi kesiapsiagaan untuk infrastruktur hidrogen negara kita.

Memang ini adalah satu inisiatif baru.

I think masalah utama adalah penggunaan dia mungkin akan kecil sebab kita belum ada banyak kenderaan FCEV dan tetapi kita sedang membuat beberapa inisiatif untuk mengatasi isu ini seperti NanoMalaysia Berhad bersama dengan Prasarana, Dream Age dan juga APM sedang membangunkan dua bas penukaran enjin ICE kepada FCEV di bawah Program Emerge yang dibiayai oleh Strategic Research Fund (SRF) MOSTI.

Projek ini turut melibatkan institusi akademik dan pelbagai pemain industri sekali gus memperkukuhkan kerjasama penyelidikan dan mempercepatkan pembangunan teknologi hidrogen di Malaysia.

Selain daripada penggunaan, kita belum ada ekosistem kita, belum capai economy of scale. Maksudnya kos sekarang memang tinggi, tak kira dari segi teknologinya, dari segi infrastrukturnya, dari segi penggunaan aplikasi dia. Memang amat tinggi sekarang. Maka kita perlu pada masa yang sama, kita perlu memastikan bahawa ekonomi hidrogen ini boleh mencapai economy of scale sebelum kita dapat kos yang rendah.

Soalan kedua tentang national standard. Kami sedang bekerjasama bukan sahaja dalam bomba, dengan NIOSH tetapi juga dengan JPJ. Sebagai contohnya tadi saya sebut tentang penukaran enjin ICE kepada FCEV itu. Memang kita bekerjasama rapat dengan JPJ untuk dapatkan satu standard di mana kita boleh digunakan untuk masa depan. Sekian, terima kasih.

draft10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.

draft10:10 AM

2. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang]: Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya nombor 2. Minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah persediaan kementerian untuk menghadapi Monsun Timur Laut dalam memastikan Jalan Persekutuan dan cerun sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat.

draft10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Menteri Kerja Raya untuk menjawab.

draft10:10 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya sentiasa komited dan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku tanah runtuh, terutamanya di kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui Cawangan Kejuruteraan Cerun telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025 ke 2026 ini yang merangkumi strategi prabencana, semasa bencana dan pasca bencana bagi memastikan Jalan Persekutuan dan cerun sentiasa dalam keadaan selamat.

Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya Malaysia telah melaksanakan pengumpulan data dan menghasilkan peta bahaya dan risiko cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh Malaysia untuk mengenal pasti cerun- cerun yang mempunyai risiko kebarangkalian yang tinggi untuk runtuh.

Sebanyak 34,633 bilangan cerun telah diinventori. Daripada jumlah tersebut, 1,572 bilangan cerun dikenal pasti mempunyai tahap risiko yang sangat tinggi. Selain itu, pengumpulan data, peta bahaya dan risiko cerun di sepanjang jalan negeri di Semenanjung Malaysia melibatkan 2,100 kilometer panjang jalan bercerun telah siap pada Ogos 2025.

Terdapat sebanyak 73 stesen tolok hujan di seluruh Malaysia di mana 41 stesen terletak di Semenanjung Malaysia, 19 stesen terletak di Sabah dan 11 stesen di Sarawak dan dua di Labuan. Tolok hujan ini akan merekod data hujan dan akan memberikan amaran awal apabila bacaan tolok hujan mencapai nilai ambang mengikut data bagi lokasi berkaitan.

Manakala tiga bilangan robotic total station (RTS) dan satu bilangan global navigation satellite system (GNSS) telah dipasang di lokasi seksyen 44 dan 46 laluan FT185 Jalan Simpang Pulai–Lojing–Gua Musang bagi memantau pergerakan permukaan cerun.

Had amaran semasa akan dipaparkan di laman web sistem amaran awalan tanah runtuh JKR dan hebahan awal akan disalurkan kepada JKR daerah, JKR negeri dan pihak-pihak berkepentingan berdasarkan data hujan yang diperoleh daripada sistem amaran awal dan data pergerakan cerun yang dipasang pada cerun- cerun yang berisiko.

Tuan Yang di-Pertua, cerun-cerun yang berkategori risiko tinggi dan sangat tinggi yang dikenal pasti di kawasan MTL akan diberi perhatian serta kekerapan rondaan dan pemeriksaan akan dipertingkatkan. Pihak JKR daerah dan JKR negeri akan melaksanakan kerja-kerja rondaan, pemeriksaan dan pemantauan bagi mengesan tanda-tanda awal kejadian cerun runtuh di kawasan yang berisiko tinggi.

Sistem saliran cerun akan dikenal pasti dalam keadaan baik di sepanjang jajaran Jalan Persekutuan dan negeri.

Jabatan Kerja Raya juga bersiap siaga menghadapi bencana tanah runtuh dengan menggariskan tindakan awal yang akan dilaksanakan apabila berlaku insiden seperti pembersihan laluan dan pengalihan debris sisa runtuhan tanah.

Apabila pelan pengurusan trafik, penyediaan jalan lencongan, alternatif sementara dan ataupun serta pemasangan perlindungan pembukaan cerun yang telah runtuh dengan tarpaulin shade bagi membendung runtuhan susulan sekiranya berlaku sebelum kerja pembaikan ataupun pemulihan cerun secara kekal dilaksanakan.

Juga, semua JKR negeri dan daerah telah diarahkan untuk melaksanakan langkah berjaga-jaga dan membuat persiapan yang rapi dari aspek tenaga kerja, jentera dan logistik. Semua jentera dan keperluan logistik akan diselenggara secara berkala untuk menghadapi musim tengkujuh.

draft10:10 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Kerja-kerja penyelenggaraan rutin seperti pembersihan longkang pembetung dan jambatan dilaksanakan secara berjadual bagi memastikan sistem saliran berfungsi dengan baik, Tuan Yang di-Pertua.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa panjang lagi?

draft10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Langkah ini...

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa panjang lagi jawapan?

draft10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tidak. Sikit lagi supaya saya lengkap maklumat. Langkah ini merupakan tindakan pencegahan awal bagi mengurangkan risiko banjir dan memastikan aliran air tidak tersumbat di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi banjir.

Selain itu, Jabatan Kerja Raya Malaysia juga mempunyai Bilik Gerakan Bencana yang kita panggil BiGBen. Jadi, ia menyediakan maklumat terkini dan boleh diakses oleh orang awam berkaitan lokasi bencana supaya cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap serta jambatan rosak atau runtuh, termasuklah lokasi banjir.

BiGBen memantau keadaan secara berterusan, menerima dan mengesahkan laporan kejadian daripada JKR negeri dan daerah serta menyalurkan status laluan kepada orang awam. Sikit lagi.

Pihak JKR daerah dan syarikat konsesi turut melaksanakan rondaan dan tinjauan ke lokasi banjir untuk pemasangan papan tanda amaran serta mengenal pasti aras ketinggian air sebelum melaporkan status laluan di dalam portal BiGBen sama ada boleh dilalui kenderaan ringan, berat atau tidak boleh dilalui langsung.

Sekiranya berlaku kejadian bencana, orang awam boleh menghubungi hotline BiGBen ini untuk mendapatkan maklumat atau membuat laporan. Manakala, kemas kini terkini turut disampaikan melalui platform media sosial rasmi JKR seperti Facebook dan Twitter bagi memastikan maklumat cepat sampai kepada pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Gua Musang.

draft10:20 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Okey, terima kasih Menteri di atas jawapan yang cukup jelas dan...

[Tidak jelas] Sebenarnya, dalam dua tahun kebelakangan ini, sudah beberapa kali berlaku fenomena penutupan jalan sepenuhnya kepada semua kenderaan, seperti Jalan Gua Musang ke Cameron Highlands yang sebagaimana Menteri sebut tadi, Jalan Gua Musang ke Tasik Kenyir dan terkini pada tiga hari lepas iaitu pada 17 November, laluan D29, kilometer 11.95 Jalan Gua Musang–Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan. Jika diteliti tanda-tanda awal kepada...

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Soalan.

draft10:20 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

...Kerosakan ini sebenarnya sudah jelas, cuma tindakan daripada JKR nya setelah berlaku kejadian penutupan jalan sepenuhnya. Jadi, soalan tambahan saya, walaupun ini adalah jalan negeri dan kerap berlaku kerosakan kritikal yang membawa kepada penutupan jalan, apakah mekanisme kementerian dalam aspek pemantauan serta tindakan kepada JKR negeri agar JKR negeri peka serta mengambil perhatian serius ke atas jalan-jalan yang sering berlaku lubang benam yang berpotensi membawa kepada penutupan jalan sepenuhnya? Terima kasih.

draft10:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft10:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

[Bangun]

draft10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Baiklah Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Gua Musang, jalan tersebut adalah jalan negeri.

Betul? Diselenggara oleh syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya negeri iaitu syarikat Euro Saga Sdn. Bhd. dan juga dipantau sepenuhnya oleh JKR Negeri Kelantan. Dan memandangkan ini adalah jalan negeri dan Yang Berhormat sedia maklumlah bahawa JKR Malaysia, peringkat kami hanya memantau dan menyelenggara Jalan Persekutuan.

Jadi, JKR Malaysia boleh memberi pandangan. Kami boleh membantu memberi pandangan, khidmat nasihat serta perkongsian kepakaran kepada JKR negeri Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan- jalan di peringkat negeri. Jadi, fungsi sepenuhnya adalah terletak di bawah bidang kuasa negeri.

Jadi Yang Berhormat, JKR Negeri Kelantan sentiasa memantau keadaan syarikat konsesi yang dilantik berdasarkan skop perjanjian yang telah dipersetujui.

Antaranya telah diwajibkan untuk melaksanakan pemeriksaan rutin secara berkala, termasuklah mengenal pasti jalan-jalan yang sering berlaku lubang benam ataupun sinkhole, yang mana laporan akan dikeluarkan setiap bulan dan juga kekerapan pemeriksaan adalah seminggu sekali. Kita difahamkan itu peringkat negeri.

Jadi, syarikat konsesi ini akan menyediakan anggaran kos pembaikan secara preventif jika diperlukan ya, jika diperlukan. JKR negeri akan memohon peruntukan daripada kerajaan negeri. Ini kena jelas. Dan akan membuat pembaikan sebaik sahaja peruntukan diluluskan oleh kerajaan negeri menggunakan peruntukan di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia iaitu MARRIS.

Malaysian Road Records Information System (MARRIS). Jadi— yang disalurkan secara terus oleh ke Kementerian Kewangan (MOF) kepada kerajaan negeri. Jadi, Yang Berhormat pun faham ini.

Jadi, sedikit lagi. Bagi insiden tanah jerlus pada 17 November 2025 di laluan D29 kilometer 11.95 Jalan Gua Musang ke Jelawang, dilaporkan berlaku disebabkan oleh kegagalan pembetung dan bukannya berpunca daripada masalah geologi tanah yang mana kerja pembaikan pembetung sedang dilaksanakan oleh JKR negeri yang dijangka siap pada bulan Disember 2025 ini, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Gua Musang. Terima kasih.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kepong.

draft10:20 AM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Okey, terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Lebuh raya terus kalau kita ada Touch ‘n Go, SmartTAG, myRFID, akan datang kita ada MLFF. Empat cara bayaran. Sangat mengelirukan pengguna jalan. Soalan saya, boleh kerajaan unify menjadikan cuma satu atau dua cara bayaran?

Soalan yang kedua. Kos RM3 bilion projek MLFF ini diberi kepada syarikat konsesi. Soalan saya, adakah tender terbuka dijalankan untuk memilih syarikat konsesi? Terima kasih.

draft10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, soalan sangat penting, sangat current, yang terkini. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan asalnya adalah berkaitan dengan di Gua Musang dan jalan yang berisiko tinggi cerun. Tapi tak apa Yang Berhormat, kami ambil maklum apa yang ditanya oleh Yang Berhormat. Nanti kami akan beri penjelasan kepada Yang Berhormat lah. Cuma saya tak nak mengambil masa. Mungkin tak dibenarkan pun kerana jauh simpang dari Gua Musang dan cerun. Minta maaf Yang Berhormat. Okay, thank you.

draft10:20 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Mohon satu lagi soalan, Yang Berhormat.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.

draft10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, saya rasa— Speaker.

Tuan Speaker...

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

...Saya rasa kena beri soalan sebab soalan yang dibuat oleh Gua Musang itu bukan daripada...

[Tidak jelas] kita.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft10:20 AM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Sebab bila mengundi pun dia tak undi kita pun.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya rasa Hulu Terengganu perlu duduk.

draft10:20 AM

3. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput]: Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sungai Siput minta Menteri Pendidikan menyatakan inisiatif terkini kementerian berhubung pelaksanaan sekolah terapung di Hulu Perak serta penjelasan mengenai hala tuju serta perancangan kementerian dalam memperluas pelaksanaan inisiatif tersebut pada masa hadapan.

draft10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Menteri Pendidikan untuk menjawab.

draft10:20 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih Puan Speaker. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Sungai Siput.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia komited memastikan akses pendidikan berkualiti disediakan untuk semua murid, termasuk komuniti orang asli di kawasan pedalaman. Selaras dengan aspirasi ini, Program Sekolah Terapung Tasik Banding telah diperkenalkan sebagai inisiatif inovatif di bawah program khas pendidikan manusiawi, PROKHAS bagi murid yang menghadapi cabaran jarak, demografi, rintangan pengangkutan dan ketiadaan kemudahan asas untuk ke sekolah. Semua ini adalah berpaksikan kepada Rukun MADANI iaitu prinsip Ehsan dan Daya Cipta.

Program yang bermula pada 13 Oktober 2025 ini beroperasi menggunakan rumah rakit atau house boat sebagai ruang pembelajaran mudah alih. Program ini memberi tumpuan kepada murid orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan penempatan di sekitar Tasik Banding dan Tasik Temenggor, Gerik, Perak melibatkan empat buah kampung iaitu Charok Bus, Tebang Baru, Tebang Lama dan Chiong.

Pada masa ini seramai 48 orang murid berumur enam hingga 16 tahun menerima manfaat pelaksanaan program ini.

PdP bagi program ini dilaksanakan oleh guru dari SMK RPS Kemar K11 pada setiap Isnin hingga Rabu menggunakan pendekatan pembelajaran terbeza yang sesuai dengan konteks pembelajaran komuniti dan juga berdasarkan pendekatan pembelajaran yang mendekati komuniti ini termasuk didik hibur.

draft10:20 AM

Menteri Pendidikan - Puan Fadhlina binti Sidek

Pelaksanaan program ini didukung oleh kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, PPD Hulu Perak dan agensi berkaitan yang meliputi penyediaan latihan khas kepada guru untuk memastikan kaedah pengajaran kontekstual yang relevan dengan kehidupan setempat.

Untuk makluman, Program Sekolah Terapung Tasik Banding merupakan salah satu daripada lima PROKHAS yang dilaksanakan di seluruh negara merangkumi penempatan orang asli dan komuniti terpencil di Perak, Kelantan, Sabah dengan jumlah keseluruhan 246 orang murid.

KPM melihat Program Sekolah Terapung sebagai model pendidikan kreatif dan inovatif atas prinsip mencari penyelesaian berdasarkan keperluan setempat ataupun tailor-made. Ia berpotensi dikembangkan di kawasan pedalaman lain sekiranya terdapat keperluan, kesediaan komuniti dan kesesuaian geografi yang mengizinkan.

KPM kekal beriltizam memastikan tiada murid tercicir dan setiap kanak-kanak menerima akses pendidikan yang relevan dan berkesan selaras dengan aspirasi pendidikan MADANI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sungai Siput.

draft10:30 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi yang memberikan satu harapan baharu kepada masyarakat khususnya pelajar orang asli di empat buah kampung tersebut.

Yang Berhormat Menteri, memandangkan Sabah mempunyai banyak kawasan pedalaman dan tambahan pula bilangan pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian Tingkatan 6.

Misalnya di negeri ini adalah antara yang tertinggi di Malaysia. Bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan, bagaimana kerajaan merancang untuk mengukuh akses pendidikan dan sokongan kepada pelajar-pelajar di kawasan pedalaman di Sabah khususnya supaya mereka mendapat peluang pembelajaran yang setara dan berkualiti? Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

draft10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan soalan yang diangkat oleh Sungai Siput sebentar tadi. Saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Pendidikan sentiasa komited untuk memastikan murid di Sabah terutamanya di kawasan pedalaman mendapat akses pendidikan yang setara dan berkualiti.

Dalam konteks pendidikan Tingkatan 6, Yang Berhormat, pada masa ini, Tingkatan 6 dioperasikan melalui 635 Pusat Tingkatan 6 di seluruh negara termasuk 106 Pusat Tingkatan 6 di Sabah. Daripada jumlah ini, 83 Pusat Tingkatan 6 berada di luar bandar dan enam di kawasan pedalaman seperti SMK Penangah dan SMK Bangi. Kapasiti Pusat Tingkatan 6 di Sabah ialah 18,575 murid berbanding enrolmen semasa 17,051 orang menunjukkan kemudahan sedia ada mencukupi hasil peluasan antara tahun 2021 hingga 2025 termasuk penambahan enam Pusat Tingkatan 6 yang baru.

Peluasan akan diteruskan mengikut keperluan setempat termasuk cadangan penubuhan Kolej Tingkatan 6 baru tertakluk kelulusan agensi Pusat. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, ketika ini kita sedang melaksanakan beberapa agenda pendidikan penting di Sabah. Sukacita untuk saya maklumkan bahawa hari ini seperti contohnya, berlangsung penyerahan sekolah baharu di SMK Trus Madi di Tulid, Sabah.

Seterusnya, kita sedang melihat hala tuju pendidikan Sabah dengan meneliti potensi Keningau sebagai hab pendidikan dan mempertimbangkan penubuhan Kolej Tingkatan 6 di Keningau. Ini adalah kerana Keningau ini berada dalam sebuah ataupun dalam konteks pendidikan, hab pendidikan yang sangat baik. Ada kolej vokasional, ada institut pendidikan guru.

Insya-Allah, kita sedang melihat bagaimana kita boleh angkat Kolej Tingkatan 6 untuk berada di bawah satu lagi inisiatif Kementerian Pendidikan khususnya menjadikan Keningau sebagai hab pendidikan yang berpotensi besar di Sabah.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Kerian.

draft10:30 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih.

Pertama sekali, saya ucap tahniah di atas inisiatif mengadakan sekolah terapung ini.

Cuma, soalan saya ialah kalau kita lihat di beberapa buah kawasan, khususnya kawasan pulau-pulau kecil di Sabah, mereka ini sebenarnya tidak ada dokumen. Bila tidak ada dokumen, tak ada surat beranak, tak ada IC, mereka tak boleh masuk ke sekolah kementerian. Walaupun mereka ini sebenarnya warganegara tetapi dokumen tak ada termasuk kawasan-kawasan orang asli.

Persoalan saya ialah bagaimana kementerian boleh mengatasi isu-isu asas dia? Contohnya, ilmu fardu ain yang mesti diselesaikan oleh mereka ini. Kalau kita lihat di Sabah, di sebahagiannya ialah kaum-kaum Bajau Laut yang tidak ada dokumen. Kita nak bantu mereka supaya mereka selesai masalah asas ini. Terima kasih.

draft10:30 AM

Puan Fadhlina binti Sidek

Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat. Saya melihat begini Yang Berhormat, bahawa komitmen kita untuk memastikan bahawa tiada anak yang terpinggir ini adalah komitmen yang berterusan. Atas alasan itu, kita melihat bahawa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, khususnya di Sabah ini sedang kita tangani melalui sebuah lagi program khas iaitu Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang sudah pun kita laksanakan di Kota Kinabalu.

Jadi, untuk pulau-pulau kecil dan yang lain-lain ini, sudah pun ada beberapa program yang sudah pun dirancang termasuk dengan NGO-NGO, Yang Berhormat.

Jadi, saya melihat bahawa komitmen itu berterusan dan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih ini sebagai program khas akan kita luaskan, membuat peluasan yang mana ada keperluan-keperluan tertentu.

Saya bagi contoh, seperti baru-baru ini kita sudah pun mengenal pasti di Belaga. Sebuah daerah, khusus untuk anak-anak orang Penan yang saya fikir PROKHAS ini boleh dilaksanakan di kawasan Belaga itu kerana isunya sama.

Berkaitan dengan dokumentasi dan juga keperluan pendidikan untuk anak-anak orang Penan.

Insya-Allah Yang Berhormat, selagi Yang Berhormat menyokong terus dasar pendidikan Kerajaan MADANI, kita akan pastikan bahawa isu-isu ini akan dapat kita tangani dan selaraskan dari semasa ke semasa. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

draft10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang.

draft10:30 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih, Puan Speaker.

Soalan saya nombor 1.

draft10:30 AM

1. Tuan Ganabatirau A/L Veraman [Klang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejak tahun 2022, berapakah jumlah individu baharu yang diserap ke dalam badan penguat kuasa negara kita:

(a) berapakah peratus daripada jumlah keseluruhannya adalah individu berstatus bukan bumiputera khususnya dalam pasukan PDRM; dan

(b) ketetapan kuota untuk individu bumiputera dan bukan bumiputera untuk PDRM pada masa kini.

draft10:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Yang Berhormat Klang, saya nak maklumkan sehingga 31 Ogos 2025, keseluruhan pengisian jawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sebanyak 136,503 orang.

Daripada jumlah tersebut, 7,581 yakni 5.55 peratus adalah anggota beruniform dan pegawai awam dari kalangan bukan bumiputera. Sesungguhnya PDRM tidak menetapkan sebarang kuota khusus bagi bumiputera atau bukan bumiputera sebaliknya pengambilan dibuat berdasarkan merit, kelayakan akademik, tahap kesihatan, kecergasan fizikal serta lulus proses tapisan keselamatan. Ini kriterianya.

PDRM telah juga melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memberi kelonggaran terhadap syarat-syarat lantikan dalam proses pengambilan bagi bukan bumiputera. Seperti kriteria fizikal dan akademik di samping mempergiatkan promosi serta libat urus di peringkat sekolah, institut pengajian tinggi dan komuniti setempat.

Langkah ini sebenarnya Yang Berhormat, bertujuan memberi maklumat dan membuka lebih banyak ruang penyertaan tanpa menjejaskan tahap profesionalisme dan integriti pasukan. Kerajaan khususnya PDRM sentiasa menggalakkan lebih ramai bukan bumiputera menyertai pasukan keselamatan agar komposisi keanggotaan mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia. Terima kasih.

draft10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Klang.

draft10:30 AM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Terima kasih di atas jawapan tadi.

Walau bagaimanapun, kita sedar penyertaan bukan bumiputera adalah satu amat terkecil peratusan mereka. Maka, soalan saya bagaimana kementerian menjamin bahawa proses lantikan dan kenaikan pangkat dalam semua institusi beruniform adalah bebas daripada sebarang unsur diskriminasi kaum dan agama?

Apakah sistem pemantauan audit atau penilaian bebas yang digunakan untuk memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan merit sepenuhnya? Selain itu, sila nyatakan jumlah sebenar lantikan serta promosi bukan bumiputera dalam semua institusi beruniform di bawah kementerian sejak tahun 2023 hingga kini? Apakah langkah khusus yang diambil bagi meningkatkan penyertaan serta mobiliti kerjaya bukan bumiputera dalam perkhidmatan tersebut?

draft10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tuan Yang di-Pertua, saya nak jelaskan bahawa proses pengambilan dan lantikan mesti melalui beberapa fasa yang ditetapkan. Untuk pengambilan dibuat setelah hebahan dibuat melalui media, calon-calon yang berminat akan menghantar permohonan mengikut kriteria serta syarat yang ditetapkan.

draft10:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Ini menunjukkan bahawa kita telus dan buka penyertaan kepada semua.

Mereka ini akan ditapis terlebih dahulu kelayakan berdasarkan kepada syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan oleh SPA. Calon yang tidak layak akan digugurkan untuk proses seterusnya. Selepas itu, untuk makluman Yang Berhormat, mereka akan melalui pemeriksaan fizikal, ujian kecergasan sepertimana termaktub dalam perintah tetap— Perintah Ketua Polis Negara. Pegawai pemeriksa fizikal dilantik secara rasmi berdasarkan kriteria yang telah mereka lalui.

Seterusnya Yang Berhormat, kita ada lagi fasa ujian atas talian dan beberapa bentuk ujian, misalnya psychometric test dan sebagainya. Bagi calon PSL iaitu peringkat Peningkatan Secara Lantikan, kita ada ujian wajib yang menilai kompetensi atas talian. Ujian ini berbentuk menilai calon yang telah berkhidmat dalam PDRM sebagai anggota pangkat rendah sebelum dinaikkan pangkat. Banyak lagi proses- proses yang lain, termasuklah proses temu duga yang mana ia melibatkan panel daripada Suruhanjaya Polis serta panel dalaman PDRM dilantik secara sah oleh Ketua Polis Negara.

Setelah melalui proses temu duga, kita ada tapisan ketat. Tapisan keselamatan, tapisan rekod jenayah, tatatertib, tapisan peribadi, tapisan keselamatan. Ia memang melalui proses-proses yang cukup teliti termasuklah salah laku subversif kerana ini pasukan keselamatan. Tapisan rekod jenayah juga dibuat, tatatertib, bankruptcy dan sebagainya. Dan saya nak sebut bahawa PDRM menjamin proses lantikan dan kenaikan pangkat bebas daripada sebarang unsur diskriminasi kaum bumiputera. Malah, saya nyatakan dalam jawapan pertama tadi bahawa hebahan memang kita buat.

Begitu juga proses-proses lain untuk kenaikan pangkat personel PDRM, uniform. Saya nak sebut ini terlalu panjang, Yang Berhormat. Saya boleh bagi bertulis.

draft10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Tapi saya nak nyatakan di sini, kita buat hebahan dan malah untuk bukan bumiputera, proses— syarat-syarat lantikan dan proses pengambilan bumiputera seperti kriteria fizikal, akademik dan sebagainya melalui promosi dan beberapa kelonggaran juga kita buat. Ini untuk menjamin ketelusan dan menjamin penglibatan yang banyak dari pelbagai pihak.

Ada rekod sedikit daripada saya Yang Berhormat.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

JIM, kita ada lebih kurang jawatan 10,914, bukan bumiputera, 553. APMM 4,913, bukan bumiputera 103.

Penjara 16.193, bukan bumiputera 440. Ini data yang saya adalah. Terima kasih.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Macam budak-budak. Dia kata kat orang tak apa, orang kata kat dia, dia pergi mengadu dekat mak, pak dia.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tanya soalan.

draft10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, baik. Kepada soalan ini, berkaitan dengan Klang punya soalan. Komposisi antara bumiputera dan bukan bumiputera dalam PDRM bukan hanya untuk statistik pengambilan, tetapi juga mencerminkan tahap integriti institusi keselamatan, kepercayaan masyarakat serta keharmonian kaum dalam perkhidmatan negara. Jika keterlibatan bukan bumiputera masih rendah, ia berpotensi menimbulkan jurang representasi dan mengurangkan rasa kepunyaan (sense of belonging), dengan izin terhadap institusi nasional serta PDRM.

Apakah mekanisme pemantauan kesan outcome serta indeks keberhasilan ataupun KPI yang digunakan oleh kementerian untuk menilai keberkesanan proses pengambilan pelbagai kaum termasuk usaha mengukuhkan integriti dan perpaduan dalam pasukan polis? Adakah kementerian bersedia mendedahkan data tersebut secara berkala bagi memastikan proses pengambilan kekal telus, berimbang serta mencerminkan demokrasi sebenar Malaysia?

Ditambahkan lagi, adakah kerajaan juga akan mengkaji untuk tambah baik kebajikan para anggota polis, struktur gaji, elaun perumahan, sokongan kesihatan mental, kita takut jadi macam ada yang mental itu...

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft10:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Dan prospek kenaikan pangkat. Sekian, terima kasih.

draft10:40 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sila Menteri untuk jawab.

draft10:40 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Suka saya jelaskan bahawa tidak ada diskriminasi dalam proses pengambilan. Sangat telus, terbuka dan memang kita sangat menggalakkan penyertaan bukan Bumiputera sebab itu kita longgarkan syarat, dan juga, kita galakkan kemasukan warga Malaysia bukan bumiputera dalam PDRM misalnya.

Pelbagai usaha kita laksanakan; promosi, hebahan secara interaktif dalam media, social media, kita adakan pameran kerjaya, kita buat juga pameran dilaksanakan jemput komuniti-komuniti lain. Selain itu, pelbagai perkara yang dibuat untuk menggalakkan penyertaan bukan bumiputera.

Selain daripada itu, dalam proses lantikan memang syarat ketat dan kita ada panel lantikan yang berintegriti, malah ada integriti rujukan kepada SPRM dan sebagainya. Yang pentingnya, saya dah nyatakan tadi, angka. Itu buktikan bahawa kita sangat telus dan terbuka untuk— dan tidak melindungi apa juga perkara kerana soal keselamatan negara memang kita harapkan penyertaan pelbagai kaum di negara ini. Terima kasih Yang Berhormat.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tuan Haji Kamal bin Ashaari, Kuala Krau.

draft10:40 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

draft10:40 AM

2. Tuan Haji Kamal bin Ashaari [Kuala Krau] minta Menteri Kerja Raya menyatakan garis masa bagi tindakan segera yang akan diambil oleh kementerian untuk membaiki lampu jalan di jambatan Kuala Krau yang sudah lama rosak demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan pengguna jalan raya yang terdedah kepada bahaya setiap hari.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri Kerja Raya untuk menjawab.

draft10:40 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau ya. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krau, Kementerian Kerja Raya memang seperti biasa sentiasa komited untuk memastikan kemudahan pencahayaan di Jalan-jalan Persekutuan berada dalam keadaan baik, selamat dan berfungsi demi menjaminkan keselamatan serta kesejahteraan pengguna jalan raya di seluruh negara.

Jadi, berhubung dengan isu lampu jalan di Jambatan Kuala Krau FT98 yang telah lama tidak berfungsi, sistem lampu jenis high mast yang bertiang tinggi di lokasi tersebut telah mengalami kerosakan akibat aktiviti-aktiviti vandalisme dan kecurian.

Insiden ini melibatkan kehilangan kabel serta komponen pada feeder pillar yang menyebabkan keseluruhan sistem pencahayaan gagal beroperasi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Krau, pada tahun 2025, kementerian ini telah meluluskan peruntukan berjumlah RM20,000 bagi melaksanakan kerja-kerja pemasangan sementara dua unit lampu jalan jenis solar LED di Jambatan Kuala Krau FT98. Kerja ini telah disiapkan sepenuhnya di tapak.

Sebagai langkah penyelesaian jangka sederhana, kementerian melalui Jabatan Kerja Raya telah mencadangkan tambahan pemasangan lampu jenis solar LED bagi menerangi semula laluan di Jambatan Kuala Krau sebagai alternatif yang lebih lestari dan kurang bergantung kepada sistem elektrik konvensional.

Oleh itu, anggaran peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan lampu jalan tersebut berjumlah RM100,000 akan disenaraikan melalui cadangan anggaran penyenggaraan jalan (APJ) bagi tahun 2026. Jadi, tempoh pelaksanaan kerja pemasangan dijangka mengambil masa sekitar dua bulan untuk disiapkan.

Di samping itu, pemantauan akan terus dilaksanakan pada setiap masa oleh pihak JKR terutamanya di kawasan berisiko kemalangan di seluruh Malaysia agar aspek keselamatan jalan raya sentiasa dapat dipertingkatkan dan kementerian ini sentiasalah komited dalam memastikan rangkaian Jalan Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa kepada semua pengguna jalan raya.

Sekian, terima kasih.

draft10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Krau.

draft10:40 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang sentiasa komitedlah terhadap aduan-aduan. Cuma sebagai tambahan, pertama terima kasihlah atas tindakan segera. Ada dua batang lampu itu ya.

Walaupun dia belum memadai, tapi syukurlah dan ada pula peruntukan yang telah disebutkan tadi, menggembirakan penduduk yang bergelap selama ini.

Cuma, tambahan saya, sejauh manakah pemantauan yang dibuat oleh kementerian dalam memastikan lampu-lampu yang diadu itu melalui aplikasi-aplikasi yang sedia ada? Sejauh mana antara laporan dan tindakan yang diambil oleh kementerian dalam menyelesaikan aduan melalui aplikasi yang telah disediakan oleh kementerian? Terima kasih.

draft10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Sebenarnya Yang Berhormat, perkara- perkara inilah satu di antaranya di mana kami ambil perhatian dan juga oleh kerana cadangan-cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini, selama ini, kami ambil maklum. Jadi, kita masukkan sebagai SOP yang lebih tetap dalam erti kata pemantauan lampu jalan.

draft10:40 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Kalau saya boleh kongsikan Yang Berhormat, dalam syarikat konsesi yang akan datang ya untuk Jalan-jalan Persekutuan ini yang sekarang masih dinilai. Bila dilantik nanti, kita masuk juga skop mungkin sekarang ini tak ada berkaitan dengan lampu, lampu itu projek lain.

draft10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Mungkin sekarang kita tengok supaya ia lebih rapi dan kerap kita boleh pantau dan kita boleh perbaiki dengan segera. Itu langkah going forward lah Yang Berhormat, supaya mana-mana keperluan jalan lampu ini akan mesti ada. Mungkin saya boleh kongsi sedikitlah Yang Berhormat sebab Yang Berhormat pun mungkin dah membantu dalam peruntukan bajet ini.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan.

draft10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jumlah untuk Bajet 2026, jumlah keseluruhan permohonan untuk lampu jalan dan lampu isyarat di Semenanjung, Kementerian Kerja Raya memohon daripada pihak agensi pusat kewangan, RM324 juta dalam bajet kalau semak. Dan, di negeri Pahang sahaja RM26.8 juta. Jadi, saya ada mengikut pecahan negerilah.

Untuk Selangor, RM32.5 juta; untuk Pahang telah saya sebut tadi RM26.8 juta; Terengganu RM26.26 juta; untuk Kelantan RM33.85 juta; untuk Perak RM75.5 juta; Kedah RM35.7 juta; Perlis RM6.8 juta; Negeri Sembilan RM24 juta; Melaka RM18.1 juta; dan Johor RM45 juta. Ini pecahan dia untuk kegunaan pemasangan lampu dan juga lampu isyarat ya. Sekian, terima kasih.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Gudang.

draft10:50 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Speaker. Yang Berhormat Menteri, soalan saya berkenaan Lebuhraya Pasir Gudang. Saya tahu bahawa Yang Berhormat Menteri cukup tahu dan amat maklum tentang Lebuhraya Pasir Gudang. Soalan saya, adakah kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas bercadang untuk buat laluan untuk motosikal di kedua-dua arah sepanjang Lebuhraya Pasir Gudang seperti yang ada di Lebuhraya Persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya? Kasihan Yang Berhormat Menteri, rakyat Pasir Gudang, ramai penunggang motosikal, pembonceng mati kemalangan. Terima kasih.

draft10:50 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada― tak tahulah seperti― sebab itu saya tak berani nak cakap ada ke tidak ada lorong motosikal. Tapi kena semak dan dimaklumkan kepada Yang Berhormat. Cadangan itu sangat baik. Sebab Yang Berhormat di Johor, ramai juga orang Sarawak dan ramai juga yang menggunakan motor. Mereka pun terdedah kepada risiko tinggi juga. So, terima kasih Yang Berhormat. Nanti apabila saya dapat maklumat, saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat ya. Sekian, terima kasih.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Sembrong.

draft10:50 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Sembrong soalan nombor tiga.

draft10:50 AM

3. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein [Sembrong] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah kementerian mengatasi kekurangan bekalan dan kenaikan harga ubat-ubatan asas termasuk untuk penyakit kronik serta strategi jangka panjang mengurangkan kebergantungan kepada import dengan memperkukuh pengeluaran farmaseutikal tempatan dan memastikan akses ubat mampu milik untuk rakyat.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan untuk menjawab.

draft10:50 AM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab soalan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Ketua Masyarakat Wanita, Tuai Rumah dan juga Penghulu bagi kawasan Parlimen Sibuti. Terdapat 26 orang wanita-wanita anggun daripada Sibuti.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan keterjaminan bekalan dan akses ubat mampu milik, KKM melaksanakan beberapa langkah segera dan strategi jangka panjang. Bagi langkah segera, pemantauan stok ubat secara bersepadu melalui Pharmacy Information System dengan notifikasi awal bagi mengelakkan kekurangan stok di fasiliti.

Sekiranya berlaku gangguan pembekalan di bawah konsesi logistik atau kontrak pusat, mekanisme perolehan alternatif digunakan supaya rawatan pesakit tidak terjejas. Melalui perolehan bersama (pooled procurement) antara KKM, Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Pendidikan Tinggi, hospital pengajar, penyatuan kuantiti membolehkan kerajaan mendapatkan harga yang lebih kompetitif dan bekalan lebih stabil.

KKM turut mengukuhkan pengeluaran tempatan melalui Skim Anak Angkat, Skim Panel Pembuat Bumiputera (SPPB) dan Skim Panel Pengilang Tempatan

(SPPT) serta bekerjasama dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam pelaksanaan Program Perjanjian Off-Take Plus (PPO Plus) bagi merangsangkan pelaburan dalam pengeluaran produk tempatan. Strategi diversifikasi pembekal turut dilaksanakan bagi mengelakkan kebergantungan kepada satu sumber bekalan, tindakan seperti amaran, penalti atau penamatan kontrak diambil terhadap pembekal yang gagal memenuhi obligasi pembekalan.

Bagi strategi jangka panjang, KKM memperkasakan industri farmaseutikal tempatan termasuk membangunkan, mengembangkan pengeluaran ubat generik, biosimilar dan active pharmaceutical ingredients melalui kerjasama Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi

(MOSTI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Syarikat tempatan turut digalakkan menyertai insentif penyelidikan dan pembangunan R&D. Malaysia juga mengetuai inisiatif keterjaminan dan kemandirian ubat-ubatan ASEAN dengan pelan pelaksanaan 2026 hingga 2030 yang merangkumi perolehan pukal ASEAN dan simpanan stok serantau.

Selain itu, akses kepada ubat-ubatan mampu milik diperkukuhkan melalui semakan berkala formulari ubat KKM, peluasan Medicines Access Schemes (MASc) serta pelaksanaan perintah kawalan harga dan anti-pencatutan, penandaan harga ubat 2025 yang berkuat kuasa pada 1 Mei 2025. KKM kekal komited memastikan akses ubat-ubatan penting terjamin pada masa yang sama memperkukuhkan keupayaan pengeluaran farmaseutikal tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada import dalam jangka masa yang panjang. Sekian, terima kasih Yang Berhormat.

draft10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sembrong.

draft10:50 AM

Dato' Seri Hishammuddin bin Datuk Hussein - Sembrong

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih atas penjelasan mengenai perkara dan juga tindakan yang telah diambil oleh kementerian dan juga kerajaan. Langkah-langkah yang disenaraikan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi penting untuk memastikan akses ubat yang selamat dan juga ubat-ubat yang berpatutan untuk rakyat. Walau bagaimanapun, saya bimbang ruang yang diberikan kepada bekalan ubat tidak berdaftar, produk-produk kosmetik tidak bernotifikasi, terutamanya melalui platform dalam talian dan premis-premis kecil.

Pada hemat saya, selain dasar yang jelas dan juga konsisten, kunci untuk mengatasi perkara ini ialah penguatkuasaan. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah penguatkuasaan terkini serta tindakan tegas yang diambil oleh kementerian dan juga kerajaan termasuk pemantauan platform e-dagang dan juga kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa terjamin? Terima kasih.

draft10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat Sembrong. Satu persoalan yang sangat baik. Untuk makluman Dewan, kini kita bukan hanya sekadar berdepan dengan penjualan ubat-ubat yang tidak sah. Kita juga berdepan dengan kebangkitan penggunaan sosial media untuk mempromosikan ubat-ubatan dan juga penjualan ubat-ubatan di platform Internet seperti di Lazada dan juga Shopee.

Walaupun demikian, kita telah pun melakukan satu sesi libat urus daripada bahagian farmasi bersama dengan e-dagang-e-dagang yang ada berkenaan tentang penurunan iklan-iklan ubat. Dan juga, dinasihatkan agar tiada penggunaan sosial media seperti Live TikTok untuk menjual ataupun mempromosikan ubat-ubat terutama sekali ubat-ubat yang boleh menarik perhatian dalam penurunan berat badan dan juga produk-produk kecantikan.

Kita menerima aduan, di statistik menunjukkan terdapat banyak rampasan dan juga aduan telah diterima dan juga denda ubat tidak berdaftar di bawah Peraturan 7(1)(a) PKDK 1984. Kita telah pun― kita mengenakan kompaun, hampir RM120 juta telah pun kita kutip melalui kompaun-kompaun yang diadakan. Kita juga menggalakkan pematuhan di dalam pemantauan penjualan iklan ubat dan kosmetik di dalam talian di mana aktiviti-aktiviti kesedaran, ceramah-ceramah dan juga dialog kita uar-uarkan kepada masyarakat.

draft10:50 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Kita juga muncul di media-media massa, di RTM. Pegawai-pegawai kita menerangkan apakah bentuk ubat, label-label ubat yang selamat dan juga cara-cara pembuangan ubat dan juga ubat-ubat yang tidak sah yang membanjiri pasaran di Malaysia.

draft10:50 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya memperingatkan agar pengguna sentiasa berhati-hati. Dalam masa yang sama juga, kita melindungi pengguna dengan amaran-amaran dan juga penguatkuasaan-penguatkuasaan yang kita buat melalui akta yang sedia ada adalah merupakan penguatkuasaan yang bukan hanya untuk menghukum tetapi untuk menyelamat nyawa-nyawa rakyat Malaysia. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Langat.

draft11:00 AM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih, Tuan Speaker. Adakah Malaysia masih menjangkakan bahawa kita akan mengalami kekurangan ubat buat masa ini? Dan apakah stok keselamatan nasional daripada sudut pembekalan ubat ini? Dan tadi, kalau disebutkan bahawa syarikat farmaseutikal Malaysia yang bekalkan ubat ini juga diberikan insentif terlibat dalam R&D.

Adakah insentif-insentif seperti geran contohnya, diberikan? Dan dalam pengumuman Timbalan Menteri kalau tidak silap saya, menyebutkan bahawa 60 juta daripada cukai minuman bergula itu diperuntukkan untuk disalurkan untuk pembelian ubat SGLT2 untuk diabetics. Apakah penggunaan ini ubat-ubat yang original ataupun ubat generik kerana saya ingat ubat generik itu lebih murah dan lebih besar penggunaan untuk penyakit-penyakit kronik termasuklah NCD. Terima kasih.

draft11:00 AM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Salah satu insentif yang kita telah bangunkan adalah dengan pemberian semula 25 juta daripada kutipan hasil sin tax. Kita telah pun melabur ke atas pembelian ubat SGLT2. Ini akan membantu untuk pelaksanaan untuk mengurangkan kadar NCD terutama sekali penyakit-penyakit diabetik dengan menawarkan ubat yang lebih baik di pasaran yang boleh dikatakan dapat mengurangkan kesan ataupun kesan buruk kepada buah pinggang.

Dalam masa yang sama, untuk memperluaskan penguasaan industri ubat tempatan, kita telah pun memperkenalkan satu perjanjian ataupun Off-Take Plus, di mana kita menggalakkan industri-industri untuk terlibat dan juga menghasilkan ubat- ubatan di dalam negara ataupun tempatan.

Dan setakat ini terdapat 12 syarikat dan juga 40 ubat, jenis ubat telah pun tersenarai dan juga penggunaan ubat generik sangat diterima baik sekarang oleh pakar-pakar dan juga pegawai-pegawai perubatan di dalam fasiliti KKM. Ini akan mengurangkan lagi kos dan juga keberkesanan ubat generik ini diakui berkesan kerana setiap ubat-ubat ini melalui NPRA dan disahkan selamat digunakan dan juga mempunyai kesan yang efektif untuk merawat.

Selain daripada itu, kita mempunyai kerjasama dengan pihak MOSTI dalam pembangunan ubat dan juga vaksin. Memang perkara ini masih lagi di peringkat pembangunan tetapi kita juga mengharapkan proses-proses ini akan dapat dikomersialkan dan juga tawaran-tawaran seperti insentif-insentif ini akan difikirkan oleh pihak kerajaan melalui kementerian-kementerian seperti MITI dan juga MIDA yang terlibat dalam proses perolehan.

Selain daripada itu, sekuriti ubat kita telah pun saya jawab sebentar tadi. Kita mempunyai platform ASEAN dalam perolehan dan juga kita bekerjasama dengan MINDEF dan juga KPKT dalam perolehan ubat supaya kita mempunyai pool yang mencukupi bekalan ubat di dalam negara. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar.

draft11:00 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

Bismillahirrahmanirrahim. Nak jual pantun sikit.

PRN Sabah semakin panas dan hebat, Calon-calon PN insya-Allah akan menang; Soalan saya soalan nombor empat, Sila jawab dengan tenang.

draft11:00 AM

4. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan jumlah remaja hamil tanpa nikah mengikut kaum dari tahun 2020 hingga terkini dan apakah langkah- langkah bagi mencegah dan mengatasi isu ini.

draft11:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Buntar. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kanak-kanak kepada semua kanak-kanak Malaysia. Tidak ada kena-mengena dengan PRN Sabah, ya.

Jadi Puan Yang di-Pertua, berdasarkan data yang diterima daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2024, seramai 16,951 remaja hamil yang berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin telah direkodkan di fasiliti kerajaan dalam tempoh berkenaan.

Usaha membendung isu ini telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi inisiatif- inisiatif yang melibatkan pelbagai aspek termasuk pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif, inisiatif kaunseling serta sokongan komuniti.

Antara inisiatif tersebut termasuklah membangunkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEKERTI yang bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran semua pihak berkaitan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif dan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdaya tahan atau dengan izin, resilient. Di bawah pelan tindakan ini, pembangunan kemahiran berkaitan kesihatan reproduktif yang positif dan selamat ditekankan sama ada melalui pendidikan formal di sekolah dan tidak formal di luar sekolah.

Tindakan bersepadu antara kementerian berkaitan PEKERTI ini, digembleng menerusi platform Majlis Sosial Negara antaranya ialah Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ataupun PEKERTI dimasukkan sebagai program di peringkat institusi pengajian tinggi.

Kedua ialah meluaskan pelaksanaan program PEKERTI di peringkat komuniti dan ketiga memperluas aktiviti, promosi dan advokasi mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. Selain itu, KPWKM menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) menyediakan khidmat sokongan untuk remaja melalui Pusat Remaja KafeTEEN dan Program Sahabat KafeTEEN di sekolah.

KafeTEEN adalah inisiatif LPPKN bagi menyediakan ruang bimbingan dan pendidikan remaja bagi melahirkan remaja yang positif fizikal, mental dan pergaulan sosial. Aksesibiliti khidmat sokongan remaja diperluaskan menerusi 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN, sebuah trak KafeTEEN serta program-program di dalam komuniti dengan menyediakan perkhidmatan klinik kesihatan reproduktif serta khidmat kaunseling psikososial.

Perluasan program dan perkhidmatan Pusat Remaja KafeTEEN turut dilaksanakan melalui latihan peers educators yang berkemahiran dalam pendidikan kesihatan reproduktif di bawah Kelab KafeTEEN di 143 buah sekolah menengah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Di samping itu, kerajaan melalui KPWKM akan melancarkan Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Keluarga Negara yang baharu sebagai usaha memperkasakan keluarga untuk kestabilan sosial. Antara teras yang digariskan adalah untuk memperkasakan keupayaan perancangan keluarga menerusi usaha memperkukuhkan peranan ibu bapa dan remaja.

Usaha membendung isu kehamilan remaja luar nikah ini wajar digembleng bersama oleh semua pihak demi masa depan generasi muda kita yang lebih sejahtera. Sekian, terima kasih.

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Parit Buntar.

draft11:00 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Sebuah kajian tempatan termasuk UiTM menunjukkan faktor utama kehamilan remaja ialah kemiskinan, perpecahan keluarga dan ketiadaan pengawasan ibu bapa. Berapa peratus kah remaja hamik luar nikah yang datang daripada keluarga B40 dan keluarga bermasalah? Serta apakah model intervensi keluarga yang berisiko tinggi yang telah diguna pakai oleh JKM?

Contohnya, family case management berterusan. Dan memandangkan punca kehamilan luar nikah sering bermula daripada isu risiko seperti pornografi, sexual grooming dan kekurangan pendidikan seksual, apakah mekanisme penyelarasan dasar antara KPWKM, KPM, KKM dan MCMC bagi menangani punca berasaskan bukti ini?

Dan akhirnya, apakah kadar hamil berulang dalam kalangan remaja yang pernah dirujuk kepada JKM? Apakah ukuran outcome-based yang digunakan untuk menilai keberkesanan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dan intervensi JKM selain hanya jumlah program dan peserta?

Akhir sekali, berdasarkan ayat Al-Quran...

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang berhormat, soalan-soalan terlalu panjang...

draft11:00 AM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Janganlah kamu hampiri zina. Sesungguhnya, zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” Setuju kah Yang berhormat Menteri, supaya semua program yang dianjurkan oleh mana-mana pihak yang boleh menghampirkan diri kepada zina diharapkan terus daripada dianjurkan?

Sekian, terima kasih.

draft11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, jawab satu soalan sahaja.

draft11:00 AM

[Dewan ketawa]

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Ya, betul. Soalan dia banyak. Jadi, kalau yang panjang itu saya boleh bagi secara bertulis ya. Tapi yang penting tadi, soalan pertama tadi. Oleh kerana kami memperoleh— terima kasih, Puan Yang di- Pertua.

Oleh kerana data ini datangnya daripada Kementerian Kesihatan...

draft11:00 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft11:00 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft11:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Mereka tidak mempunyai perincian bilangan remaja hamil tanpa nikah mengikut kaum ataupun etnik. Namun, daripada data yang diperolehi bagi tempoh 2020 hingga 2024, sebanyak 41,842 remaja hamil yang berusia 19 tahun ke bawah telah direkodkan di fasiliti kerajaan.

draft11:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Bermakna, mereka pergi ke klinik kerajaan. Jadi, jumlah ini meliputi kedua- dua status remaja yang telah berkahwin dan yang belum berkahwin. Dan jumlah keseluruhan 41,842 remaja hamil tersebut, lebih kurang 50 peratusnya adalah Melayu, 11 peratus – Iban, sembilan peratus – orang asli Semenanjung, lima peratus – Cina, tiga peratus – India dan selebihnya pelbagai etnik yang lain.

Sebenarnya, ada lagi perincian etnik-etnik itu, Yang Berhormat. Yang soalan Yang Berhormat tadi, panjang lebar itu, tidak mencukupi masa untuk saya menjawab juga, Yang Berhormat. Kita akan beri jawapan bertulis ya, Yang Berhormat. Setuju ya? Terima kasih.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Aman.

draft11:10 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Em.

[Ketawa]

draft11:10 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang begitu jelas sekali.

Saya sebenarnya amat risau, Yang Berhormat Menteri. Setelah mendengar jawapan Menteri tadi iaitu berkenaan dengan jumlah remaja hamil tanpa nikah di seluruh negara dalam tempoh empat tahun ya. Ada seramai kurang lebih 16,000 orang. Jadi, saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri.

Apakah pendirian kementerian terhadap cadangan yang pernah dikemukakan oleh Ketua Polis Kelantan tempoh hari iaitu hukuman juga perlu diberi kepada kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun yang melakukan hubungan intim berbanding hanya lelaki sahaja yang menerima hukuman seperti perundangan yang sedia ada sekarang. Terima kasih.

draft11:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Ini suatu soalan yang baik, yang perlu kita kongsi bersama. Cuma Puan Yang di-Pertua, perundangan sedia ada di negara ini pada masa ini, mempunyai peruntukan berhubung rogol statutori ataupun statutory rape ya. Di mana seorang lelaki, tidak kira umur mereka, yang bersetubuh dengan seorang perempuan di bawah umur, dianggap rogol. Walaupun hubungan itu dibuat secara rela atau consensual, dengan izin.

Secara peribadi, saya berpendirian bahawa kanak-kanak bawah umur yang terlibat dalam hubungan seksual secara suka sama suka perlu dilindungi, dibimbing serta dipulihkan dan bukannya dihukum semata-mata. Ini tidak mengira sama ada dia seorang kanak-kanak lelaki ataupun kanak-kanak perempuan. Tidak seperti tahap pemikiran orang dewasa.

Tahap kematangan mereka perlu diambil kira, di mana seorang kanak-kanak kebiasaannya tidak dapat menilai kesan daripada kelakuan atau tindakan mereka, terutamanya implikasi jangka panjang. Jadi, kanak-kanak harus diberi peluang dan ruang untuk belajar daripada kesilapan, memulihkan diri dan membina semula kehidupan tanpa dibebani stigma atau trauma jangka panjang. Kita perlu bantu mereka menilai atau membuat refleksi kesan tindakan yang dilakukan oleh mereka.

Jadi dalam hal ini, KPWKM memberi tumpuan kepada kaunseling pendidikan dan sokongan yang tersusun bagi menjamin pembangunan serta kesejahteraan masa depan mereka. Perundangan dan program seperti sedia ada yang memberi penekanan kepada intervensi, perlindungan dan proses pemuliharaan bagi kanak- kanak yang berkonflik dengan undang-undang adalah selari dengan pendirian KPWKM ini.

Isu ini tidak boleh ditangani melalui peruntukan undang-undang semata-mata tetapi memerlukan kesedaran yang lebih tinggi, pembentukan institusi keluarga yang kukuh serta pembangunan sahsiah dan jati diri masyarakat menerusi pembabitan komuniti. Setiap individu dewasa perlu memikul tanggungjawab utama membimbing dan melindungi kanak-kanak.

Jangan sama sekali diambil kesempatan terhadap kanak-kanak. Jauh sekali daripada mengeksploitasi mereka walau dalam apa jua bentuk. Kita perlu kesepakatan dan kebersamaan antara semua pihak dalam menangani isu ini akan memastikan masa depan yang terbaik untuk kanak-kanak. Yang pentingnya Puan Yang di-Pertua, ibu bapa perlu memainkan peranan ini supaya jaga anak kita. Kita mesti pastikan mereka sentiasa dalam perlindungan kita. Terima kasih.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Chiew Choon Man, Miri.

draft11:10 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 5.

draft11:10 AM

5. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan pendirian kerajaan dalam:

(a) memperkasakan peranan pegawai perhubungan sekolah di sekolah untuk tujuan keselamatan; dan

(b) mewujudkan saluran komunikasi berkesan antara pegawai polis, warga sekolah, ibu bapa dan murid agar dapat membendung gejala buli di dalam sekolah.

draft11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Miri.

KDN melalui Polis Diraja Malaysia telah menempatkan pegawai perhubungan sekolah di semua sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara.

Sehingga kini, PDRM mempunyai seramai 10,435 PPS, yakni 10,245 buah di sekolah rendah, 7,796 buah di sekolah rendah, 2,469 di sekolah menengah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan berpendirian bahawa usaha memperkasa peranan PPS perlu di laksana secara berterusan dan diletak sebagai suatu agenda penting bagi memastikan keselamatan murid, guru, ekosistem pendidikan secara menyeluruh, selaras dengan perkembangan sosiologi semasa.

Peranan PPS penting sebagai jambatan antara polis dan sekolah. Memupuk kesedaran jenayah, memberi khidmat nasihat keselamatan dan membantu menangani isu buli disiplin di kalangan pelajar. Bagi memperkasa PPS, PDRM melaksanakan latihan dalam perkhidmatan kepada PPS yang dilantik mengikut kontinjen negeri masing-masing. Antara tugas dan tanggungjawab utama PPS adalah seperti berikut:

(i) bertemu dengan pengetua, guru besar atau pentadbir sekolah setiap lawatan;

(ii) memberi khidmat nasihat kepada pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin murid serta isu berkenaan dengan perlanggaran undang-undang seperti kesalahan jenayah, dadah, trafik dan lain-lain;

(iii) memberi input semasa berkenaan pencegahan jenayah kepada pihak sekolah untuk pengisian papan kenyataan PPS;

(iv) memantau keperluan keselamatan di sekolah mengenai mengenal pasti masalah, membantu pengurusan keselamatan sebelum dan selepas krisis; dan

(v) memastikan suasana sekolah sentiasa selamat, baik dan kondusif untuk pembelajaran dan pembangunan murid.

Bagi soalan kedua Yang Berhormat, dalam aspek saluran komunikasi.

Penempatan PPS adalah merupakan mekanisme komunikasi langsung antara pihak polis dan pentadbir sekolah, ibu bapa dan murid. Kementerian ini percaya bahawa kerjasama bersepadu antara polis, warga sekolah, ibu bapa dan murid adalah kunci utama dalam membendung gejala buli dan memastikan persekitaran sekolah kekal selamat.

Bagi mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan, PPS melaksanakan pendekatan proaktif. Antaranya:

(i) mengadakan lawatan ke sekolah sekurang-kurangnya dua minggu sekali, hadir ke mesyuarat PIBG atau mesyuarat lain atas jemputan;

(ii) menyelaras, menyampaikan ceramah, syarahan dan dialog di sekolah berdasarkan keperluan dan juga jemputan, hadir program-program, aktiviti dianjurkan pihak sekolah dan bagi pihak lain;

(iii) membuat semakan aduan yang diterima melalui peti aduan murid dan pelajar, ibu bapa dan orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP); dan

(iv) mengambil tindakan susulan bersama-sama pihak sekolah jika terdapat keperluan.

Dan berhubung dengan - berhubung dalam kumpulan WhatsApp bersama dengan guru, sekolah untuk membendung, mewujudkan komunikasi segera melalui saluran ini. Sebarang maklumat berkaitan dengan disiplin, ponteng, buli, ancaman keselamatan boleh dikongsi dengan pantas. Seterusnya, membolehkan PPS bertindak segera.

Yang Berhormat, di samping itu, kementerian melalui PDRM telah melaksanakan beberapa edisi baharu. Satu, kita meningkatkan rondaan dan kehadiran polis melalui rondaan MPV dan URB di kawasan sekolah setiap hari sebagai langkah segera. Dan kerajaan sedang meneliti cadangan untuk menempatkan polis secara tetap atau separa tetap di sekolah yang berisiko tinggi.

Terima kasih.

draft11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Miri.

draft11:10 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh YB Timbalan Menteri. Soalan seterusnya adalah, boleh minta YB Timbalan Menteri untuk jelaskan selain inisiatif yang dikatakan tadi, apa bentuk usaha lagi sama ada secara dasar ataupun tindakan di lapangan untuk terus kita menjamin keselamatan warga sekolah? Terima kasih.

draft11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, KDN dalam memastikan keselamatan murid di sekolah terus diperkukuh, khususnya di sudut peranan pegawai perhubungan sekolah. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, KDN melalui PDRM, kita memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan institusi pendidikan. Dan sehubungan itu, beberapa langkah penambahbaikan telah dan sedang di laksana bagi kita perkukuhkan fungsi PPS ini.

draft11:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

[Bangun]

draft11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Pertama, kita perkukuhkan kehadiran dan libat urus pegawai perkhidmatan awam sekolah dengan kekerapan lawatan ke sekolah, termasuk sesi libat urus dengan pentadbir, guru disiplin, kaunselor dan lain-lain. Selain itu Yang Berhormat, kita juga adakan program pendidikan pencegahan jenayah secara sistematik, modul pendidikan pencegah seperti anti buli, keselamatan siber, perlindungan diri, penyalahgunaan dadah, pencegahan gengsterisme, penguat kuasa melalui ceramah, bengkel dan sebagainya.

draft11:10 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Kita juga adakan Program Perkasa Mekanisme Amaran Awal. Selain daripada itu penggunaan teknologi untuk pemantauan dan keselamatan. PPS turut digerakkan untuk membantu pihak sekolah dalam menilai keperluan pemasangan CCTV, kawalan akses masuk dan penggunaan aplikasi aduan keselamatan bagi mempercepatkan respons pada sebarang insiden.

Selain itu kita adakan latihan dan juga simulasi kecemasan. Dan banyak lagi langkah-langkah lain. Selain daripada itu, kita eratkan kerjasama dengan PIBG dan agensi berkaitan. Dan kita sentiasa mengkaji dan melakukan penambahbaikan setiap apa yang kita lakukan. Terima kasih.

draft11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menyentuh tentang PPS ini, MARA telah mengambil langkah awal ya dengan menempatkan pesara tentera ataupun polis sebagai warden asrama ya. Begitu juga dengan Majlis Agama Islam Selangor

(MAIS), juga sedang mengkaji untuk menempatkan PPS ini di sekolah di bawah seliaan mereka.

Soalan saya yang menyentuh tentang soalan asal iaitu memperkasakan PPS di sekolah ini. Adakah kerajaan bercadang untuk memperkukuhkan penggunaan sistem teknologi digital? Kita sekarang ini terkenal dengan digital teknologi AI. Seperti aplikasi aduan keselamatan sekolah yang membolehkan murid dan ibu bapa melaporkan insiden buli itu secara direct kepada PPS ya, tanpa mengganggu lagi pentadbir sekolah seperti guru disiplin, guru besar ataupun pengetua.

Yang kedua, apakah perancangan kerajaan untuk menempatkan PPS ini di sekolah-sekolah luar bandar? Berbanding dengan sekolah-sekolah di bandar yang jumlahnya agak berbeza ya berdasarkan kepada kes insiden buli. Memandangkan ratio PPS antara bandar dengan luar bandar ini mungkin berbeza. Sekian, terima kasih.

draft11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, tadi saya sebut pegawai perhubungan sekolah, kita letakkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara, seluruh negara. Sehingga kini, PDRM mempunyai seramai 10,435 PPS di 110,245 buah sekolah rendah. Sekolah lah.

Dan ini menunjukkan bahawa memang kita tidak kiralah sekolah mana.

Sekolah di bawah...

draft11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Maksud saya tadi ratio, ratio.

draft11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft11:20 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah bandar, sekolah luar bandar.

draft11:20 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Baik, saya nak sebut sini, kalau kita tengok 7,776 buah sekolah rendah manakala sekolah menengah ialah 2,469 buah ini. Jadi, bandar atau tidak bandar, memang kita tempatkan pegawai- pegawai. Malah, saya sebut kan tadi bahawa kita sedang mengkaji untuk menempatkan dan memberi tumpuan kepada sekolah-sekolah yang berisiko tinggi.

Ini saya ‘nak sebut.

Dalam perkara itu juga saya sebutkan tadi bahawa kita memudahkan pelbagai pihak untuk membuat aduan sebab itu kita buat semakan aduan. Kita buat melalui peti aduan murid dan pelajar, ibu bapa dan orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat kepada PDRM melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol tadi. Ini pendekatan modenlah.

Dan memang kita bersetuju untuk mengkaji dari masa ke semasa. Yang pentingnya ialah saya nak sebut bahawa PDRM melalui PPS ini, kita membuka ruang untuk mana-mana pihak untuk membuat aduan dan kita juga bersedia untuk tidak hanya mendapat maklumat daripada pihak pentadbir. Jadi, warga sekolah dan juga boleh memberi aduan terus kepada pihak polis. Terima kasih.

draft11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man, Kubang Kerian.

draft11:20 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih, soalan saya nombor 6.

draft11:20 AM

6. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan:

(a) sejauh mana dasar kementerian memastikan pelantikan bekas tentera dan polis sebagai Warden MRSM disertai latihan psikologi serta pedagogi, agar peranan mereka menyokong pembangunan modal insan negara; dan

(b) mekanisme saringan dan latihan MARA untuk mereka sebelum dilantik sebagai Warden MRSM.

draft11:20 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih YB Kubang Kerian.

Dato’ Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ini saya ingin mohon izin untuk mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan selamat datang kepada pemimpin-pemimpin akar umbi. Terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum daripada Parlimen Kota Samarahan.

[Tepuk] Dato’ Yang di-Pertua, pelantikan bekas tentera dan polis sebagai Warden MRSM dilaksanakan melalui projek rintis di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang dan MRSM Besut, Terengganu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera

(PERHEBAT).

Tujuannya adalah untuk memastikan calon-calon yang dipilih berwibawa dan berdisiplin tinggi. Bagi memastikan peranan warden menyokong pembangunan modal insan negara, MARA menetapkan garis panduan dan mekanisme seperti berikut:

(i) calon yang dikenal pasti melalui kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran dan PERHEBAT disaring melalui proses temu duga dengan mengambil kira aspek rekod disiplin, integriti serta bebas daripada penyalahgunaan dadah dan alkohol.

(ii) warden diberi latihan berkala dalam psikologi pendidikan, komunikasi berkesan, pendekatan pedagogi, pengurusan krisis SOP asrama dan juga keselamatan pelajar;

(iii) latihan berterusan dilaksanakan supaya warden kekal relevan dengan keperluan semasa.

Warden bukan hanya menjaga keselamatan fizikal, tetapi juga membentuk sahsiah, disiplin dan juga moral pelajar.

Kesimpulannya, pelantikan warden MRSM daripada kalangan bekas tentera dan polis dilaksanakan secara menyeluruh melalui saringan latar belakang, temu duga, latihan psikologi dan juga pedagogi serta pemantauan berterusan bagi memastikan mereka berdisiplin dan mampu membimbing pelajar secara holistik.

Pelaksanaan projek rintis ini akan terus dipantau serta ditambah baik dari semasa ke semasa. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kubang Kerian.

draft11:20 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Terima kasih atas jawapan. Kalau kita lihat bahawa Jawatankuasa Penilaian Prestasi kepada dua-dua MRSM Balik Pulau dan Besut ini dalam masa dalam tempoh enam bulan. Saya dapat penjelasan dua perkara.

Yang pertama, setakat ini apakah report atau Laporan Jawatankuasa Penelitian kepada projek rintis ini?

Yang keduanya, isu besar yang berlaku di peringkat sekolah, sama ada di MRSM atau sekolah-sekolah ialah isu spiritual. Kehilangan kasih sayang dan masalah keluarga. Dia bukan bermula di sekolah. Ia mula di luar sekolah.

Persoalan saya apakah mekanisme penggunaan warden tentera dan polis ini juga memberikan faktor-faktor tersebut? Sebab dia ada rangkaian. Ia bukan hasil daripada sekolah. Termasuk juga pendidikan, masalah keluarga, masalah media sosial yang terbuka dan sebagainya. Terima kasih.

draft11:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft11:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft11:20 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain sila tutup mike.

draft11:20 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian ya. Untuk makluman YB ya, program warden di kalangan polis dan juga tentera ini kita adakan selaras dengan game changer yang kita nak laksanakan di MRSM khasnya dari sudut penyelia warden asrama.

Yang mana bukan sahaja kita nak mewujudkan satu sistem yang lebih kukuh tetapi dalam masa yang sama kita cuba mengurangkan beban, tekanan guru-guru yang dilantik sebagai warden ya. Memandangkan tugas warden ini bukannya sedikit.

Tugas warden ini amat orang kata amat ketat dan juga dan banyak.

Dan penubuhan ataupun pelaksanaan projek rintis ini juga selaras dengan kes buli ya yang berlaku di sekolah dan juga dilaporkan di MRSM. Tetapi di MRSM ini kes yang terpencil. Hanya berlaku tahun lepas tetapi baru di viral pada tahun ini.

Yang berlaku di MRSM Balik Pulau dan juga pernah berlaku di MRSM Besut ya.

Jadi, sebab itu MARA terus mengambil tindakan segera dengan melantik warden dari luar, khasnya di kalangan bekas tentera dan juga bekas polis ya. Dan setakat ini ya projek rintis ini kita akan laksanakan enam bulan dari Ogos sehingga Februari ini. Ogos dan Februari dan setakat ini dalam proses pelaksanaan projek rintis ini tidak ada rekod. Maksudnya tidak ada rekod kes-kes macam ini berlaku di MRSM...

draft11:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft11:30 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

[Bangun]

draft11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Keadaan makin bertambah baik dan juga perjalanan ataupun pengoperasian aspek-aspek keselamatan dan juga tugas- tugas di asrama ataupun warden berkenaan lebih baik, lebih efektif. Sebab warden ini bertugas bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 7 pagi yang mana menjadi tekanan kepada guru sebenarnya sebab dah bekerja siang hari, malam pun kena bertugas.

Jadi, dengan adanya projek rintis ini satu pembaharuan yang kita dapat lihat dan banyak kesan positif yang kita perolehi. Dan apa yang penting juga bukan saja dari sudut mengawal dari sudut keselamatan, kebajikan, kesejahteraan pelajar- pelajar asrama, warden ini juga bertindak sebagai ibu dan bapa kedua kepada para pelajar, kepada pelajar. Bukan saja— dan turut serta dalam semua program asrama dalam usaha kita memberi sahsiah ataupun memberi didikan sahsiah yang lebih agresif lagi di peringkat pengurusan asrama.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dan untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya program rintis warden ini salah satu yang dilaksanakan oleh MRSM dalam usaha kita mengekalkan kebajikan, keselesaan dan juga sahsiah pembentukan etika tetapi sebenarnya dalam MRSM itu sendiri sudah wujud budaya nilai yang positif yang mana kita menekankan nilai-nilai murni ataupun nilai-nilai etika yang berprinsipkan yang berlatar belakangkan keagamaan...

draft11:30 AM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

[Bangun]

draft11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Sebab itu sekarang atas arahan Menteri, semua MRSM kita di Ulul Albab kan. 57 MRSM telah di Ulul Albab kan yang mana fungsi-fungsi ataupun nilai-nilai insaniah, nilai-nilai lain itu diserapkan di kalangan pelajar. So, kita tak ada rekod setakat ini.

Dan satu lagi perubahan yang telah dilaksanakan oleh MRSM khasnya MARA, kita juga telah pun mengundang pihak-pihak ketiga, khasnya pihak seperti Bar Council pergi ke MRSM-MRSM khususnya di Semenanjung Malaysia untuk mendedahkan lebih banyak lagi aspek-aspek perundangan kepada anak-anak pelajar kita supaya mereka lebih mengetahui, lebih terdidik dan dalam masa yang sama kita dapat mengelakkan gejala-gejala ataupun kehidupan yang kurang sesuai ataupun kurang sihat berlaku dalam MRSM.

Dan untuk makluman Yang Berhormat, projek rintis ini sebenarnya akan dinilai oleh pihak ketiga, after February. Kita akan lantik pihak ketiga, pihak konsultan untuk menilai sejauh mana keberkesanan program warden ini dan jika nilai dia lebih positif, lebih bagus, impak dia lebih menyerlah kita akan selaraskan pelaksanaannya ke 57 MRSM di seluruh Malaysia. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat.

Soalan tambahan. Silakan Yang Berhormat Batang Lupar.

draft11:30 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Dato’ Speaker kerana memberikan ruang saya untuk bertanya soalan tambahan.

Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri dengan teliti berkenaan dengan warden yang kita nak ambil daripada anggota keselamatan ini, tetapi adakah pihak kementerian mengkaji sebelum pelaksanaannya ataupun sebelum kita meluaskan pelaksanaannya berkenaan dengan aduan daripada ibu bapa kerana kita tahu anggota keselamatan ini mungkin layanannya agak keras. Ada tak kementerian menyediakan portal ataupun saluran aduan untuk ibu bapa?

Dan yang keduanya, adakah pihak kementerian mengkaji implikasi kewangan andainya kita mengambil anggota keselamatan menjadi warden dan adakah kosnya lebih efisien berbanding kita menambah bilangan guru atau kaunselor di MRSM ini?

Terima kasih, Dato’ Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan untuk menjawab.

draft11:30 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih YB Batang Lupar atas soalan berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya program ini satu program game changer seperti yang saya maklumkan tadi sebab kita ‘nak lihat satu perubahan yang lebih drastik dari sudut pengurusan, pentadbiran dari sudut keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar di asrama-asrama MRSM.

Dan untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya pemilihan bekas tentera dan bekas polis ini sebenarnya atas persefahaman bersama. Sebab kementerian, kita telah bersetuju untuk tidak bekerja secara silo. Kita kena bekerja integrated dengan agensi dan kementerian lain dalam hal ini bersama dengan PERHEBAT dan juga Jabatan Hal Ehwal Veteran. Dan kita memilih polis dan tentera ini berdasarkan dua:

(i) individu yang kita pilih itu berdisiplin; dan

(ii) juga mempunyai ketegasan.

Itu dua elemen. Bukannya kekerasan, bukannya kekerasan. Jadi, aspek kekerasan ini bukan pilihan kita, tetapi lebih kepada ketegasan dalam usaha kita melatih ataupun membentuk disiplin-disiplin yang lebih baik, lebih sempurna, lebih positif di kalangan pelajar-pelajar MRSM.

Dari sudut apa nama— memang kita telah pun buat penilaian awal ataupun buat kajian awal berkaitan dengan penglibatan ataupun untuk mengadakan warden dari luar ini bukan di kalangan guru. Sebab kita dah meninjau, kita dah mengkaji tentang bebanan dan tekanan guru yang hanya mendapat elaun RM300, tetapi kerja dia 24 jam. Sebab tugas warden ini dari pukul 8 pagi hingga pukul 7 pagi. Guru itu habis kerja sampai pukul 40, pukul 5 petang— bila masa rehat dia? Bila dia nak bersedia lagi untuk yang itu?

Ini inisiatif yang dilakukan oleh pihak MARA sebab dalam usaha kita memastikan pengurusan yang lebih sistematik. Sebab itu, kita cuba menjemput— that’s why kita buat projek rintis, bukan saja disebabkan kes. Sebab kes buli di MRSM itu terpencil, tak sampai pun 0.01 peratus. Cuma, ada dilaporkan untuk daripada dua MRSM itu saja, yang itu saja— terpencil.

Jadi, kita mengambil kira pendekatan yang lebih positif untuk membantu pengurusan yang lebih baik dan lebih sistematik. Penilaian, memang kita dah buat dan sebab itu langkah pelantikan ini telah kita laksanakan dan ia juga sebenarnya dari sudut kos memang kita dah admit, kita dah buat penilaian. Kita dah buat— memang dia melibatkan penambahan kos, tetapi apa yang penting dari sudut efektif kos itu sendiri, kita ambil kira dengan apabila hasil pengurusan yang lebih sistematik, keluaran ataupun sahsiah, disiplin pelajar dapat kita penuhi. Ini fokus utama yang MARA laksanakan.

Jadi, dengan harapan itulah, dengan harapan itu kita mengharapkan projek rintis ini, so far saya dah menghubungi dua-dua MRSM ini. So far, dua-dua MRSM ini telah melaporkan. Walaupun baru tiga bulan, memang telah menunjukkan unsur- unsur yang lebih positif. Walaupun banyak inisiatif lain yang telah kita buat, tapi ini juga contribute, menyumbang ke arah keadaan yang lebih positif di MRSM berkenaan. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

Majlis ke soalan yang ke-7. Dipersilakan, Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Yang Berhormat Sungai Petani.

draft11:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Dato’ Dr. Yang di- Pertua, soalan Sungai Petani nombor 7.

draft11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan, Menteri Pengangkutan untuk menjawab.

draft11:30 AM

7. Dr. Mohammed Taufiq bin Johari [Sungai Petani] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, jumlah pesawat MAS yang tidak beroperasi akibat kerosakan serta kos yang ditanggung kementerian dan adakah kita mempunyai jurutera pesawat tempatan yang cukup bagi menjamin proses pembaikan dan penyelenggaraan dilaksanakan dengan cekap untuk kelangsungan operasi penerbangan negara.

draft11:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat pada masa ini tiada pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAS) yang digantung operasi akibat masalah teknikal. Pesawat yang tidak beroperasi hanyalah dalam proses penyelenggaraan berkala yang dilaksanakan mengikut keperluan keselamatan serta piawaian industri penerbangan.

Malaysia Aviation Group (MAG) juga merupakan sebuah entiti perniagaan yang beroperasi secara komersial di mana segala keputusan berkaitan operasi termasuk aspek penyelenggaraan dan pembaikan pesawat adalah keputusan korporat yang dibuat berdasarkan keperluan operasi syarikat.

Oleh yang demikian, kos pembaikan dan penyelenggaraan adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak MAG sebagai sebahagian daripada kos operasi dan pihak Kementerian Pengangkutan tidak menanggung sebarang kos berkaitan.

Merujuk kepada soalan berhubungan kecukupan jurutera pesawat tempatan, dinyatakan bahawa bilangan jurutera pesawat yang berkelayakan dan diiktiraf oleh pihak berkuasa penerbangan awam (CAAM), pada masa ini ialah seramai 4,113 orang. Di mana, 2,318 orang pemegang lesen kategori B1 ataupun mekanikal; 879 orang memegang lesen kategori B2 iaitu avionic; 51 orang memegang kedua-dua lesen B1 dan B2; dan 865 orang pemegang lesen kategori A ataupun technician. Ini, 4,000 ini adalah― 4,113 ini untuk ketiga-tiga airline yang ada ya. Batik Air, AirAsia dan MAS ya.

draft11:30 AM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Kerajaan senantiasa komited untuk memastikan sektor penerbangan dan MRO negara dibekalkan dengan tenaga jurutera yang bukan sahaja mencukupi dari segi bilangan, tetapi juga dari aspek kemahiran, kepakaran dan kesiapsiagaan.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan industri, memperkukuh kerjasama dengan institusi latihan dan sektor swasta serta melaksanakan inisiatif strategi yang diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kecekapan operasi penerbangan negara senantiasa terjamin. Terima kasih.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat.

draft11:40 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin bertanya. Isu ini adalah amat-amat crucial ataupun penting sekali ya.

Saya ingin bertanya, adakah kementerian mempunyai satu garis masa pemulihan atau recovery timeline yang jelas bagi mengurangkan bilangan pesawat yang tidak boleh beroperasi? Dan mengambil kira bahawa isu ini, aircraft on ground, boleh menjejaskan jadual penerbangan. Adakah mekanisme untuk audit kejuruteraan yang bebas bagi memastikan MAS dan syarikat-syarikat yang lain― bagi memastikan syarikat penyelenggaraan ini mematuhi standard keselamatan ICAD secara berterusan?

Dan kalau kita lihat, tahun depan kita akan ada Tahun Melawat Malaysia 2026 dan bagaimana isu delay sekarang ini yang istilahnya diganti kepada re-time ya.

Contohnya, sekarang ini kita PRN Sabah. Banyak yang menggunakan pesawat AirAsia, sebagai contoh, tapi re-time itu kadang sehingga berjam-jam dan menyebabkan mengganggu semua aktiviti yang telah pun dijadualkan dan aktiviti- aktiviti yang penting. Terima kasih, Yang Berhormat.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Menteri.

draft11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih, Yang Berhormat. Jadi, apa nama, berkaitan dengan yang soalan yang awal tadi itulah, garis masa ini ya...

draft11:40 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

[Bangun]

draft11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Kementerian Pengangkutan tidak menetapkan garis masa pemulihan ataupun recovery timeline yang jelas bagi mengurangkan bilangan pesawat yang grounded. Dalam hal ini, merupakan suatu keperluan teknikal yang ditetapkan oleh original equipment manufacturer ataupun OEM pesawat dan enjin pesawat seperti Boeing dan Airbus. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelan penyelenggaraan berkala pesawat merangkumi dua kategori. Pertama, line maintenance check yang dilaksanakan setiap hari dan melibatkan pemeriksaan kecil. Kedua adalah, base maintenance check yang dilaksanakan di dalam hanger serta merangkumi beberapa jenis pemeriksaan seperti weekly check setiap tujuh hari, dan dia panggil lagi satu ialah aircheck setiap 120 hari ya, dan heavy maintenance check setiap dua tahun.

Tempoh penyelenggaraan bagi setiap pemeriksaan adalah tergantung kepada skop kerja. Ada di antaranya 24 hingga 48 jam bagi weekly check, dua hingga tujuh hari bagi air check dan tiga ke empat minggu bagi heavy maintenance ya.

Jadi, juga menyentuh tadi tentang ICAO ini ya. I-C-A-O sebenarnya. Saya ingin nak jelaskan bahawa semua operator termasuk MAS, syarikat penerbangan penyelenggaraan tempatan tertakluk kepada kawal selia yang ketat oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Bagi memastikan pematuhan berterusan terhadap standard keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), CAAM melaksanakan audit kejuruteraan dan keselamatan secara berkala yang merangkumi aspek kejuruteraan, penyelenggaraan, rekod teknikal serta sistem pengurusan.

Di samping itu juga, CAAM juga mempunyai mekanisme pengawasan bebas iaitu independent oversight yang melibatkan pemeriksaan mengejut, spot check, proses verifikasi dokumentasi teknikal dan penilaian kompetensi jurutera berlesen.

Dan semua langkah-langkah ini adalah untuk memastikan sebarang isu yang boleh membawa kepada status aircraft on the ground dapat dikenal pasti dan ditangani dengan segera.

Berkaitan dengan audit ini juga, di samping itu juga, Unit MRO MAS khususnya turut tertakluk kepada 16 audit bebas setiap tahun termasuk audit oleh Federal Aviation Administration (FAA), European Union Aviation Safety Agency

(EASA) serta pelbagai pihak berkuasa penerbangan awam luar negara seperti Singapura dan Australia. Audit pelbagai pihak ini memastikan operasi MRO negara kekal dan memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang paling ketat.

Jadi, secara keseluruhannya, kementerian yakin bahawa dengan mekanisme audit yang bebas dan komprehensif, tahap keselamatan penerbangan negara senantiasa terjamin, insya-Allah.

Jadi, berkaitan dengan re-time ini, ia nya lebih kepada cuaca ataupun keadaan― apa nama? Cuaca inilah yang antaranya kadang-kadang yang boleh menyebabkan perubahan schedule-lah yang jadi pada re-time, tapi dari segi aspek keselamatan ini, rasanya kita― all the airlines-lah, dengan apa saya sebutkan tadi, they are all in the good hands-lah. Memang, alhamdulillah, selama ini.

Jadi, masalah re-time ini is lebih kepada cuaca dan faktor-faktor yang berkaitanlah. Manalah tahu kadang-kadang tayar pun bila dah landing pun dah rosak, dah kena handling lagi, tayar pecah dan sebagainya ya. So, jadi, kena— apa nama, re-time lah. Apa boleh buat ya. Terima kasih.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Setiu.

draft11:40 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey. Dato’ Yang di-Pertua, soalan tambahan saya.

Semasa penularan COVID-19, terdapat jurutera pesawat daripada MAS ini yang diberhentikan kerja kerana operasi penerbangan telah dihentikan. Soalan saya, berapa ramaikah jurutera ini yang telah dipanggil balik untuk bekerja selepas berhentinya COVID ini?

Yang kedua, kita dikejutkan dengan peristiwa yang di mana pesawat MH1742 ke Bintulu dan pesawat MH386 ke Shanghai, China, yang terpaksa berpatah balik ke KLIA kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh pesawat. Jadi, soalan saya, sejauh manakah penyiasatan yang dilakukan oleh kementerian terhadap kes ini?

Dan sejauh manakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk memastikan syarikat penerbangan ini mematuhi prosedur pemeriksaan pra-penerbangan?

Sekian, terima kasih.

draft11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Terima kasih, Yang Berhormat.

Tentang perkara pertama tentang yang kena lay-off masa COVID-lah ya. Memang ada. Bila sudah, apa nama, kita dah pulih, memang ada jurutera-jurutera terbang, pilot-pilot kita telah pun diambil balik. Hostess pun ada diambil balik semua, tetapi the exact figure itu saya tak boleh nak bagi dengan Yang Berhormatlah ya, sebab― insya-Allah, itu saya akan bagi secara bertulislah jumlah yang diambil balik selepas COVID. Not only pilot, technician and others. Dan kita tahu juga, banyak yang telah pun berhijrah jugalah ya. Itu green pastures for― it’s their choice. Keduanya tentang yang tadi kerosakan ini, sebagaimana yang saya sebutkan tadilah ya, semua yang di-checking yang dibuat ini― line check, base check dan sebagainya ini― apabila terjadi sesuatu― kapal terbang kita ini, alhamdulillah, yang sudah yang seperti disebut Yang Berhormat tadi, memang alhamdulillah dia orang sempat balik dan sebagainya di mana dah definitely yang sudah menghadapi perjalanan, apa ini, sudah pastinya akan masuk, apa kata orang, our MRO lah untuk dilihat dan sebagainya.

Sejak inilah, setakat ini, alhamdulillah, belumlah ada rekod menyebabkan kapal terbang kita yang― ya lah, kata orang, dalam penerbangan, pecah, terhempas dan sebagainya, kecuali yang MH17 lah dan juga 370 itu. Dan kita yakinlah dengan our checking tadi...

draft11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

[Bangun]

draft11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Yang sebenarnya YB, kalau saya nak bacakan jawapan di sini, panjang ini. Kalau nak itu,16 audit ini. Kita ini tertakluk.

draft11:40 AM

Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Malaysia ini, kita tertakluk kepada selain daripada yang saya sebutkan tadi.

Semua checking aircraft kita ini ada berapa belas— selain daripada audit yang saya sebutkan tadi, cross country punya check. Penerbangan awam daripada negara- negara lain yang turut juga cross-check dengan kita punya dan kita pun checked the other airline juga.

Seperti daripada Civil Aviation Malaysia, Civil Aviation Singapore, FAA, IASA...

[Tidak jelas] DCA, MOLIT Korea, ini semua yang independent checkers yang cross-checked antara negara. Ini kerjasama untuk memastikan airlines, airlines kita ini adalah pada tahap mengikut prosedur at the tip top. Cross-checked antara CAA:

Civil Aviation Authority of others countries-lah untuk memastikan semua ini.

Jadi, alhamdulillah saya ulangi lagi yang mana, yang seperti disebut Yang Berhormat, insiden-insiden tertentu itu, kita mengucapkan tahniah dan syabas jugalah kepada teknik— juruterbang-juruterbang kita bila terlihat sesuatu, they make a decision hinggakan tidak ada bencana terjadi kepada kapal terbanglah ya dengan— alhamdulillah, passenger, passenger kita selamat. Terima kasih YB.

draft11:50 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, mohon satu lagi soalan tambahan, boleh ya? Sik mohon satu lagi soalan tambahan.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, masa kekang, jadi soalan yang ke nombor 8 inilah yang terakhir. Atas budi bicara, saya akan membenarkan tiga soalan tambahan. Bermaksud termasuk dengan soalan asal, empat soalan. Dua soalan sebelah kanan, dua soalan sebelah kiri.

Jadi, saya persilakan untuk soalan terakhir ini Tuan Wan Razali bin Wan Nor, Yang Berhormat Kuantan.

draft11:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Dato’ Speaker.

Soalan Kuantan soalan nombor 8.

draft11:50 AM

8. Tuan Wan Razali bin Wan Nor [Kuantan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapakah kes yang melibatkan pemasangan bendera Malaysia secara salah atau terbalik dan berapa kes yang dikenakan hukuman dan tindakan bagi tempoh 2022-2025; dan

(b) adakah kementerian berhasrat untuk meningkatkan kadar hukuman bagi kesalahan berkaitan dengan lambang negara termasuk bendera.

draft11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirrahmanirrahim, Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuantan, berdasarkan rekod PDRM, jumlah kes yang melibatkan pemasangan bendera secara salah atau terbalik yang disiasat di seluruh negara sejak 2022 hingga 2025 adalah sebanyak 22 kes. Statistik Kertas Siasatan dan pertuduhan adalah seperti berikut:

(i) pada tahun 2022 tiada Kertas Siasatan dibuka;

(ii) 2023 sebanyak dua Kertas Siasatan telah dibuka;

(iii) 2024 sebanyak tiga Kertas Siasatan telah dibuka; dan

(iv) pada tahun 2025 sebanyak 17 Kertas Siasatan telah dibuka.

Berhubung dengan kadar hukuman Yang Berhormat, pada masa ini, kesalahan berkaitan penggunaan lambang negara termasuk Jalur Gemilang diperuntukkan di bawah Akta Lambang dan Negara (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta undang-undang lain yang berkaitan. Hukuman yang ditetapkan dianggap memadai untuk memberi kesedaran dan pengajaran.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kementerian akan terus memantau perkembangan semasa dan tidak menolak kemungkinan untuk meneliti keperluan menambah baik atau perketatkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya terdapat keperluan mendesak bagi memastikan kedaulatan dan maruah lambang negara sentiasa terpelihara. Terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Kuantan, soalan tambahan.

draft11:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Dato’ Dr. Speaker.

Yang Berhormat Menteri, sepertimana yang kita tahu Bendera Malaysia ini mempunyai maksud yang tersendiri, saya ada bawa bendera pada hari ini. [Sambil menunjukkan bendera] Dari segi jumlah jalur dia, logo, bintangnya, logo bulan sabit dia, warna dia dan bagaimana kaedah pemasangan dengan betul. Dan bendera ini melambangkan kedaulatan negara kita.

Jadi, sirah juga menceritakan bahawa sahabat Rasulullah iaitu Mus`ab bin Umair apabila kedua tangannya dipotong, dia masih memangku dengan lengan yang tinggal dan akhirnya beliau syahid dalam Perang Uhud dan itulah kepentingan menjaga panji ataupun bendera.

Jadi, soalan saya kenapakah hukuman bagi kesalahan yang berlaku ini berbeza-beza? Ada situasi dimaafkan dengan alasan tidak perasan, ada situasi premis ditutup 30 hari dan ada yang ditahan untuk disiasat. Dan saya juga ingin tahu, adakah kewajaran untuk pihak kerajaan menggubal akta khusus bagi mengekang ia nya berleluasa dan menjaga nama baik negara kita. Terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft11:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Dato’ Yang di-Pertua, sebagaimana Dato Speaker saya juga menghormati lambang kedaulatan negara.

Sebagaimana juga Yang Berhormat. Saya nyatakan tadi bahawa kerajaan dan kementerian akan terus memantau perkembangan dan tidak menolak kemungkinan untuk meneliti keperluan menambah baik atau memperketatkan peruntukan undang- undang yang ada...

draft11:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft11:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Dan berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan, kita mengambil tindakan berasaskan kesalahan dan mengikut peruntukan-peruntukan yang ada. Misalnya, kalau berhubung dengan kesalahan penyebaran di sosial media misalnya. Tindakan diambil di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian...

draft11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft11:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

...Ini boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Juga, kita lihat pada bentuk kesalahan ia juga ada peruntukan di bawah Akta Kesalahan Kecil, kesalahan di bawah seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 berkaitan dengan kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM100,000 jika disabit kesalahan. Maknanya, tindakan-tindakan yang diambil berasaskan kepada kesalahan-kesalahan yang dibuat.

Dan, pada pihak kementerian, kita berpandangan bahawa pemasangan bendera secara terbalik ini tidak boleh hanya ditangani melalui penguat kuasa undang-undang semata-mata. Sehubungan dengan itu, KDN bersama dengan PDRM dan pihak berkuasa tempatan sedang memperkukuhkan kempen pendidikan awam secara lebih sistematik.

Dan ini langkah dilaksana dengan menyebarkan maklumat melalui media sosial, pelaksanaan program-program outreach bersama dengan sekolah, komuniti, tetangga dan sebagainya. Sebab itu, kita harap bahawa lambang ini menjadi kebanggaan kita, menjadi tanggungjawab kita, jangan menjadi isu politik dan harus bersama-sama kita mendaulatkannya. Terima kasih.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi mungkin Yang Berhormat-Yang Berhormat tertanya, kenapa saya bercadang untuk memberi dua tambahan soalan, selepas ini di sebelah kanan. Dua telah saya beri di sini, dua saya akan bagi di sini.

Memandangkan soalan yang terakhir dan kuasa peruntukan adalah di bawah Peraturan 24(3), tiga soalan tambahan campur asas, empat. Jadi, dua ini saya akan bagi ke sebelah kanan.

Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tampin.

draft11:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, terdapat persepsi...

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Selepas ini Yang Berhormat Jelutong.

draft11:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terdapat persepsi dalam kalangan rakyat bahawa tindakan terhadap pemasangan bendera secara terbalik hanya dikenakan kepada pihak tertentu, manakala kes lain tidak diambil tindakan yang serius oleh kementerian.

Soalan saya, sejauh manakah kebenaran tentang dakwaan tersebut dan bolehkah kementerian memberi jaminan bahawa tiada amalan pendakwaan terpilih

(selective prosecution) serta apakah mekanisme audit bebas untuk memastikan setiap laporan dilayan secara adil tanpa campur tangan politik.

Dato’ Yang di-Pertua, Tampin mengalu-alukan kedatangan Pengerusi dan Setiausaha JPKK Daerah Tampin ke Dewan Rakyat.

[Tepuk] Yang diketuai oleh Yang Berhormat Tuan Suhaimizan Bizar, ADUN kawasan Gemencheh. Semoga tok- tok ketua dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan baik untuk menjaga nama baik Tampin. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft11:50 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sambung sepenggal lagi.

draft11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Selepas ini minta Yang Berhormat Tampin belanja makan.

draft11:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Sudah semestinya.

draft11:50 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sambung sepenggal lagi Tampin.

draft11:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Sebab Tampin orang yang bagus. Jadi, dia boleh belanja makan itu. Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

Berhubung dengan wujud persepsi di kalangan rakyat bahawa tindakan terhadap pemasangan bendera secara terbalik hanya dikenakan kepada pihak tertentu sahaja, ingin saya tegaskan bahawa polis sentiasa menjalankan siasatan secara profesional, telus, adil. Tanpa kita kira kedudukan, pangkat atau latar belakang mana-mana individu atau politik.

Sehubungan dengan itu, setiap laporan yang kita terima akan disiasat berdasarkan fakta, berasaskan keterangan, saksi dan bukti-bukti yang diperolehi dan bukannya berasaskan kepada pertimbangan politik atau tekanan daripada mana-mana pihak. Dan setelah siasatan lengkap, semua Kertas Siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut, selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa budi bicara Peguam Negara dalam hal ehwal pendakwaan.

draft11:50 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Jadi Yang Berhormat, proses ini merupakan salah satu bentuk semak dan imbang (check and balance) yang memastikan tiada ruang untuk amalan pendakwaan terpilih. Jadi, mekanisme pemantauan kita turut laksanakan. Melalui apa? Semakan dalaman PDRM termasuk keperluan pematuhan SOP siasatan dan juga kerjasama serta penelitian oleh Jabatan Peguam Negara yang menjadi pihak bebas yang menentukan tindakan pendakwaan. Jadi, mekanisme ini memastikan setiap laporan diterima diberi layanan yang sama rata berlandaskan undang-undang dan bebas daripada campur tangan politik.

Jadi, saya percaya kementerian juga mengambil maklum juga semua perkara-perkara lain dan sentiasa respons terhadap apa juga pandangan dan perhatian rakyat. Namun, kita kekal mengambil tindakan berasaskan undang- undang dan peraturan yang sedia ada tanpa mengecualikan sesiapa pun. Terima kasih.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Yang Berhormat Tampin. Ah maaf. Yang Berhormat Jelutong untuk soalan terakhir.

draft12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Dato’ Dr.

Speaker. Saya mulakan soalan saya dengan satu pantun.

Jalur Gemilang bendera bertuah, Rakyat Malaysia berasa megah; Hidup bahagia tiada resah, Kerana negara merdeka sudah. Tan Sri Dr. Speaker, Jalur Gemilang adalah kebanggaan setiap Warganegara Malaysia. Itu satu. Dan kita perlu memastikan bahawa setiap Warganegara Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang bukan sahaja semasa Merdeka dan sambutan Hari Kemerdekaan, tetapi kalau boleh setahun, tiap-tiap hari dalam setahun. Persoalan saya adalah, selain daripada tindakan penguatkuasaan, apakah kempen-kempen yang akan diadakan oleh pihak KDN merentas kementerian?

Umpamanya Dato’ Speaker, ketika saya di bangku sekolah dulu, sebelum Berita Perdana disiarkan pada pukul 8 malam, lagu Demi Negara yang dinyanyikan oleh Francissa Peter akan disiarkan, umpamanya. Lagu itu kita masih ingat, merdu suara beliau dan lagu itu memberi satu inspirasi kepada kita untuk mengibarkan Jalur Gemilang dan juga rakyat Malaysia sebagai Warganegara Malaysia. Jadi, apakah kementerian akan berbincang dengan Kementerian Perpaduan dan menyiarkan dalam RTM Malaysia, klip yang pendek bagaimana SOP untuk mengibarkan Jalur Gemilang? Kerana ramai yang mahu mengibarkan Jalur Gemilang.

Apabila berlakunya polemik baru-baru ini, ada juga yang risau untuk mengibarkan Jalur Gemilang walaupun mereka ingin mengibarkan Jalur Gemilang.

Jadi soalan saya adalah, adakah kementerian sama ada melalui rencana atau melalui satu siaran dalam RTM sebelum Berita Perdana, memastikan bahawa cara kita mengibarkan Jalur Gemilang ini mengikut SOP adalah Jalur Gemilang yang betul dan jalur-jalur dan sifat-sifat semua perkara-perkara adalah bendera yang betul yang kita kibarkan? Terima kasih Dato’ Speaker di atas peluang diberikan.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri.

draft12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih Yang Berhormat. Memang kita sangat mengalu-alukan jika perkara ini dihebahkan melalui media. Namun, ia di luar bidang tanggungjawab KDN. Cuma saya nak sebut bahawa KDN sebenarnya mengambil maklum bahawa sebahagian besar kes pemasangan bendera terbalik adalah akibat kecuaian dan bukan niat untuk menghina. Ini fakta yang kita ada lah. Maka dalam situasi ini, PDRM mengamalkan prinsip dengan memberi keutamaan kepada nasihat, teguran dan tindakan pembetulan di lokasi.

Dari segi penilaian dalaman menunjukkan pendekatan yang kita buat ini lebih diterima masyarakat dan KDN akan terus memperkukuhkan mekanisme sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, engagement kita, bagi memastikan pembetulan dapat dilakukan secara lebih cepat tanpa membebankan dengan hukuman kepada rakyat. Sebab itu saya nyatakan tadi bahawa pada pandangan kita, isu ini tidak hanya boleh ditangani dengan undang-undang. Ia lebih baik kepada kesedaran rakyat, masyarakat tentang pentingnya kita menghormati Jalur Gemilang ini.

Dan tentunya langkah-langkah kita sentiasa buat untuk memaklumkan melalui pelbagai media. Social media, program-program outreach bersama dengan sekolah, komuniti dan tentunya tanggungjawab ini tidak boleh hanya dilakukan oleh PDRM atau KDN. Ia mesti menjadi tanggungjawab secara bersama masyarakat, semua pihak. Jadi, saya nak maklumkan juga sedikit maklumat tambahan.

Untuk makluman Yang di-Pertua, seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, hukuman denda maksimum sehingga RM100 jika disabit kesalahan dan saya nak betulkan tadi, bukannya RM100,000 seperti yang saya sebutkan tadi. Apa yang saya nak nyatakan sini ialah undang-undang memang ada, peraturan ada dan kita sentiasa menambah baik, melihat tapi ia lebih baik jika kita tingkatkan kesedaran di kalangan masyarakat. Saya betulkan sedikit kesalahan fakta yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik Yang Berhormat Menteri.

draft12:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dato’...

draft12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Mungkin saya ulas sedikitlah, ya. Tadi Yang Berhormat Kuantan ada bertanya, ada sebahagian didenda dan sebagainya. Itu adalah— untuk makluman itu adalah bidang kuasa mahkamah.

Bila pertuduhan di bawah Perlembagaan hak pendakwa raya, tapi di mahkamah, hakim walaupun satu pertuduhan itu dia boleh bagi caution and discharge bermaksud amaran dan dibebaskan walaupun pertuduhan itu mungkin hukumannya setahun penjara, dua tahun penjara atau denda dan sebagainya. Ini adalah hak mutlak mahkamah untuk memutuskan, ya. Ini— itu sebab mungkin ada variant dalam menjatuh hukum. Itu hak ke mahkamah punya kuasa. Baik.

Kita terus kepada agenda Mesyuarat yang selanjutnya. Yang Berhormat, sekarang tamatlah Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato’ Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Belia dan Sukan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 24 November 2025.” Terima kasih.

draft12:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ada yang menyokong?

draft12:07 PM

Timbalan Menteri Pengangkutan - Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah

Saya menyokong.

draft12:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis sebagaimana diusulkan oleh Menteri untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetuju oleh Dewan.

draft12:07 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas, “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Anggaran Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesepuluh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft12:07 PM

Kepala B.43 - Jadual

draft12:07 PM

Kepala P.43 - Anggaran Pembangunan 2026

draft12:07 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita masuk perbahasan bagi Peringkat Jawatankuasa.

Kepala Bekalan B.43 dan Kepala Pembangunan P.43 di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sekarang terbuka untuk dibahaskan.

Di dalam kerangka pembahasan, saya menerima sejumlah 27 nama Yang Berhormat akan berbahas.

draft12:07 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Senarainya adalah seperti berikut. Pembuka tirai Yang Berhormat Kota Melaka, diikuti Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Bagan Serai, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Temerloh.

Yang Berhormat Kuala Pilah, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Langkawi dan pembahas yang terakhir dalam senarai Yang Berhormat Bakri.

Sebelum saya memanggil nama-nama Yang Berhormat untuk berbahas, ingin saya ingatkan majlis kepada Peraturan 35, 36, 37(1), 37(2) dan akhir sekali peraturan adab di dalam Dewan di bawah Peraturan 41 terutama sekali 41(e) berkaitan gangguan-gangguan dalam semasa Yang Berhormat berbahas oleh Yang Berhormat yang lain. Dengan ini saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Melaka untuk membuka tirai perbahasan.

draft12:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 01604 – Pemulihan Projek Perumahan dan juga Butiran 020400 iaitu Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Dato’ Pengerusi, kalau kita lihat prestasi daripada Kementerian KPKT ini kita memang perlu puji mereka di mana sejak pada tahun 2023, sebanyak 1,289 projek melibatkan 155,000 unit rumah telah dipulihkan daripada kategori projek terbengkalai dan juga sakit. Hari ini saya hendak sentuh tentang projek terbengkalai termasuk projek perumahan dan juga projek komersial di mana saya harap supaya kementerian boleh mengkaji semula akta yang sedia ada.

Barangkali ialah Akta 118 supaya kita buat pindaan untuk kita meningkatkan kebajikan pembeli dan kita meningkatkan perlindungan kepada pembeli rumah supaya kita dapat menambahkan kawal selia kepada tadbir urus pemaju yang sedia ada.

Dan saya ingin tanya kepada pihak kementerian, dengan bajet RM25,440,000 tersebut, berapakah anggaran ataupun sasaran tahun ini. Berapakah projek yang kita hendak selamatkan? Jadi, di sini saya lihat kalau berdasarkan kepada angka Jun 2025 di mana projek lewat ada 233 dan projek sakit ada 360, manakala projek terbengkalai ada 109 projek terbengkalai. Jadi, bagaimana kita hendak mencapai sasaran supaya pada tahun 2030, semua projek sakit dapat dipulihkan. Itu adalah satu cabaran yang besar kepada kementerian.

Maka, saya melihat kepada bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat di mana ada menyentuh sejajar dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas di mana kerajaan menggalakkan supaya institusi kewangan untuk sokong pelaksanaan skim sewa beli dan juga skim bina kemudian jual. Jadi, saya rasa ini adalah satu skim yang baik. Kedua-dua skim ini yang harus kita pertekankan supaya kita dapat melindungi hak pembeli rumah ataupun pembeli commercial unit. Ini adalah kerana saya hendak merujuk kepada kawasan di Parlimen Kota Melaka Dato’ Pengerusi, di mana saya lihat ada banyak projek komersial. Yang saya hendak tekankan ini ialah projek komersial. Sebab kalau projek perumahan memang kita sekarang sudah ada HDA. Yang itu dapat protect pembeli rumah.

Tetapi yang saya hendak tekankan ialah tentang mereka yang labur membeli unit komersial itu di mana apabila berlakunya projek terbengkalai komersial ini, maka mereka tidak dilindungi. Jadi, sudah tiba masanya saya rasa kita perlu lihat bagaimana kita pinda undang-undang yang sedia ada untuk kita juga melindungi mereka yang membeli commercial unit ini.

Kenapa saya kata begitu, Dato’ Pengerusi? Sebab di Melaka ini saya lihat ada beberapa projek terbengkalai, contohnya Harbour City di mana mereka siap lebih kurang 50-60 peratus dah berhenti. Dah berhenti beberapa tahun. Maka, ini memberi beban tekanan kepada pembeli yang melabur sebab yang pertama mereka terpaksa bayar interest, faedah kepada bank dan pada masa yang sama kalau mereka beli unit rumah, mereka terpaksa bayar sewa. Jadi, ini satu tekanan kepada mereka.

Saya lihat ada pula projek yang telah siap tetapi tidak mengikut spec ataupun tidak mengikut apa yang mereka janji semasa mereka jual unit tersebut. Contohnya Vedro by the River di mana projek ini siap tetapi apa yang mereka serahkan kepada pembeli, jauh berlainan daripada apa yang mereka janji dalam katalog mereka, semasa marketing mereka di mana harga yang mereka jual adalah lebih mahal daripada harga di Jalan Bukit Bintang. Harga yang mereka jual pada waktu itu dan mereka janji— banyak janji yang mereka taburkan. Akhirnya apabila mereka siap serah, hanya sekadar kedai perniagaan yang biasa sahaja. Itu adalah Vedro by the River di Melaka.

Ada satu projek Satori, dia buat piling sahaja dia sudah claim daripada bank, lepas itu dia sudah berhenti. Pembeli pun dakwa dia pergi ke mahkamah, akhirnya mahkamah buat keputusan developer tersebut, pemaju tersebut perlu bayar balik kepada pembeli, tetapi syarikat tersebut mengambil langkah bankrupt, tutup syarikat dia dan tak hendak bayar balik kepada pembeli.

Jadi, ada pula yang sudah siap contohnya Elements Mall dan juga Imperio Mall yang sudah siap, tetapi siap sudah lama beberapa tahun, hari ini tak ada pun aktiviti perniagaan di kedua-dua mall ini.

Jadi, saya— sebab itu dalam butiran saya, saya tanya tentang PLANMalaysia. Apabila semua projek komersial ini mereka submit, mereka hantar untuk approval, untuk kelulusan, adakah PLANMalaysia mengkaji dengan teliti supaya tidak ada berlakunya supply yang terlalu banyak berbanding dengan demand, dengan izin? Sebab di sini saya lihat banyak yang melabur, lepas itu mereka tak ada pulangan sehingga Dato’ Pengerusi, ada yang melabur dengan mengeluarkan simpanan mereka dari KWSP. Labur dan projek-projek terbengkalai ini akan menimbulkan banyak masalah kepada mereka.

Ia ada sepasang warga emas datang ke pejabat saya, mereka kata sudah keluarkan EPF, wang daripada KWSP melabur dalam projek tersebut. Sekarang terbengkalai dan mereka menghadapi sakit, sakit buah pinggang perlu belanja tetapi sudah tak ada— menghadapi masalah kewangan. Jadi, saya rasa itu, saya harap supaya kementerian dapat mengambil langkah yang lebih tegas dan saya nak tanya kepada kementerian.

Contoh-contoh yang saya beri tadi itu Dato’ Pengerusi adalah daripada satu syarikat sahaja iaitu Hatten Group yang di-listed di Singapore punya *share market.

Listed company* di Singapore, Hatten Land Limited. Hari ini tadi saya semak harga dia hanya sekadar 0.011 sen. Kalau convert to Ringgit ialah 3 sen. Jadi, syarikat sedemikian listed company daripada Singapore datang ke Melaka menarik ramai orang pergi labur, apakah tindakan yang boleh kita ambil terhadap mereka? Sebab dia pandai.

draft12:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft12:11 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, setengah minit. Mereka pandai.

Setiap projek yang dia buat dia akan tubuh subsidiary company. Jadi, untuk dia mengelak diambil tindakan terhadap mother company dia.

draft12:11 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi saya nak tanya kepada kementerian, bolehkah ya, undang-undang yang sedia ada, kita juga boleh ambil tindakan terhadap direktor ataupun shareholder di subsidiari yang menjalankan projek-projek yang akhirnya menjadi projek terbengkalai. Itu saja daripada saya, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.

draft12:20 PM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi memberi ruang kepada saya untuk sama- sama berbahas tentang Rang Undang-undang Perbekalan 2026 bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dato’ Pengerusi, saya terus kepada kod P.43, Butiran 00100 berkenaan Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Butiran 02104 berkaitan Penyelidikan dan Pemuliharaan Landskap. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian sama ada kerja-kerja penyelenggaraan pokok di kawasan pihak berkuasa tempatan termasuk dalam peruntukan projek kecil atau pemuliharaan landskap kerana tidak dinyatakan secara khusus berkaitan peruntukan penyelenggaraan pokok dalam butiran belanjawan yang dibentangkan.

Isu penyelenggaraan pokok di sepanjang Jalan Persekutuan dan negeri ini melibatkan keselamatan rakyat. Terdapat banyak kejadian pokok tumbang di seluruh negara yang telah mengakibatkan kemalangan, kerosakan harta benda bahkan meragut nyawa. Ini juga berlaku di kawasan saya di Parlimen Hulu Selangor.

Terdapat dua lokasi kritikal seperti Jalan B23, Jalan Sungai Tua Hulu Yam; dan Jalan B66, Batang Kali–Genting Highlands yang sering berdepan dengan kejadian pokok tumbang hingga menyebabkan kemalangan maut.

Saya telah bangkitkan perkara ini dalam perbahasan yang lepas dan jawapan daripada Kementerian Kerja Raya menyatakan bahawa penyelenggaraan pokok di mana-mana jalan termasuk sepanjang Jalan Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Jadi, saya mohon agar kementerian dapat memperincikan peruntukan khusus bagi kerja-kerja penyelenggaraan pokok ini. Sekiranya tidak diperincikan dengan jelas, kita akan terus berdepan dengan status tolak sana, tolak sini antara kementerian dan agensi yang akhirnya tiada penyelesaian yang dibuat. Sudah tiba masanya, isu penyelenggaraan pokok ini diberikan tugas bidang kuasa yang jelas supaya tindakan boleh diambil dengan segera.

Saya mohon agar kerja-kerja penyelenggaraan pokok di kedua-dua lokasi yang saya nyatakan tersebut segera dilaksanakan demi keselamatan semua pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut.

Dato’ Pengerusi, seterusnya kod yang sama iaitu kod P.43, Butiran 04001 berkenaan Penyelenggaraan Perumahan. Saya ingin menekankan berkaitan isu penyelenggaraan pangsapuri khususnya perumahan bertingkat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia. Isu pokoknya adalah banyak pangsapuri yang menghadapi masalah kerosakan dan keretakan yang serius, namun pihak pengurusan dan penghuni tidak mampu untuk menanggung kos pembaikan yang tinggi.

Saya ambil contoh di kawasan saya sendiri yang melibatkan beberapa pangsapuri yang terjejas seperti Pangsapuri Seri Anggerik, Seri Bakawali, Seri Kembangan, Pangsapuri Kenanga, Seri Ros 2, Cempaka dan juga Pangsapuri Seri Trompet. Yang paling terkesan adalah pemilik unit Blok K, Pangsapuri Seri Trompet yang diarahkan untuk mengosongkan blok tersebut sejak tahun 2015 lagi. Namun sehingga hari ini, hampir 10 tahun lamanya namun tiada sebarang kerja pembaikan dijalankan.

Saya mohon agar kementerian campur tangan dan melihat kes ini secara khusus. Ini bukan hanya sekadar isu penyelenggaraan biasa tapi isu keadilan kepada rakyat yang telah selesai membayar rumah mereka tetapi tidak pernah ataupun tidak dapat menduduki rumah mereka. Saya juga melihat perlunya penilaian semula keadaan struktur bangunan di semua pangsapuri lama di seluruh negara bagi mengenal pasti awal sebarang kerosakan dan diberikan peruntukan khas bagi kerja- kerja pembaikan sebelum keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan kepada semua penghuni.

Dato’ Pengerusi, masih juga kod yang sama P.43, Butiran 01513 berkenaan Program Perumahan Rakyat Dimiliki. Saya ingin membawa perhatian kepada pelaksanaan sistem binaan berindustri ataupun IBS dalam projek-projek perumahan.

Industri IBS ini telah diperkenalkan sejak sekian lama dan mampu meningkatkan kualiti binaan, mempercepatkan tempoh pembinaan serta mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Sebelum ini, Majlis Mesyuarat Negara telah mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan minimum skor IBS 70 bagi projek swasta. Namun, bagaimana pula dengan projek kerajaan dan bagaimanakah kementerian memainkan peranan dalam memastikan projek di bawah perumahan rakyat dan rumah mesra rakyat ini benar- benar mengguna pakai teknologi IBS secara menyeluruh.

Dato’ Pengerusi, saya ingin menyentuh peranan kementerian dalam membantu pemain-pemain industri IBS termasuk pengeluar komponen seperti batu blok, roof dan juga slab. Apakah bentuk sokongan yang diberikan kepada industri tempatan ini sama ada dari segi inisiatif, pensijilan dan sokongan logistik?

Kebimbangan utama saya adalah kesan kenaikan harga bahan mentah seperti pasir, simen, habuk kuari dan agregat terhadap harga rumah. Walaupun teruja IBS digunakan, jika kos bahan mentah ini tidak dikawal, maka rakyat tetap tidak mampu untuk membeli rumah yang mahal.

Adakah kementerian bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya dalam memantau harga bahan mentah serta mencari jalan bagi mengurangkan impak kepada kos pembinaan, sekali gus dapat menurunkan harga rumah supaya lebih ramai rakyat mampu memiliki kediaman sendiri. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Miri.

draft12:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang diberikan. Saya merujuk kepada Kepala B.43, Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat yang telah bertungkus-lumus memadamkan api yang berlaku di kawasan Parlimen Miri pada Sabtu yang lalu. Kebakaran telah berlaku pada Sabtu yang lalu, di mana empat rumah telah musnah terbakar, tiga mengalami kerosakan dan satu kedai juga musnah sepenuhnya. Atas usaha gigih daripada semua agensi penyelamat, kita berjaya memadamkan api tersebut.

Dan dalam operasi tersebut, terdapat juga pihak swasta dari Centus Marine yang menggunakan kapal di persisiran pantainya untuk mempercepatkan sumber air ke lokasi kejadian dengan menggunakan water canon dengan izin, untuk memadamkan api tersebut. Soalan saya kepada pihak kementerian adalah, adakah kita mempunyai program ataupun insentif sebagai tanda penghargaan kepada syarikat swasta ataupun komuniti yang turut memberi sumbangan untuk kita membantu dalam memadamkan api apabila berlakunya kejadian seperti ini.

Dan seterusnya, saya juga ingin bertanya kepada kementerian sama ada terdapat elaun khas ataupun bantuan makanan dan sebagainya disediakan kepada pasukan bomba penyelamat semasa mereka bertugas di tempat kejadian kerana kadangkala mereka akan berada di situ sekian lama dari pagi sampai malam atau dari petang sampai siang pagi. So, saya berharap agar kebajikan pasukan kita semasa mereka di barisan hadapan menjalankan tugas mereka sentiasa terjamin.

Seterusnya, saya merujuk kepada Kepala P.43, Butiran 04000 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dan Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki. Saya pernah mendapat penjelasan daripada KPKT di Dewan yang mulia ini bahawa kita masih ada hampir 11,000 orang penduduk yang tinggal di kawasan setinggan di Parlimen Miri, di bandar raya Miri.

Ini menunjukkan bahawa kami juga perlukan program pembasmian kemiskinan bandar yang telah diperuntukkan sebanyak RM72 juta untuk tahun 2026.

Saya memohon supaya KPKT bolehlah menganjurkan program ini di Miri pada tahun akan datang dan juga kami berharap sangat supaya dapat mewujudkan program perumahan rakyat dimiliki yang baharu di kawasan Parlimen Miri memandangkan penduduk kita memang semakin bertambah akibat perkembangan bandar raya Miri dan diharap kita perlukan lebih banyak rumah mampu milik di Miri.

Seterusnya saya juga merujuk kepada Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

draft12:26 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Kami juga difahamkan bahawa pada awal tahun ini berlakunya banjir kilat dan banjir yang begitu serius sekali di kawasan Miri dan difahamkan juga sesetengah kawasan banjir tersebut adalah disebabkan oleh sistem perparitan yang sudah lama dan tidak mencukupi untuk kita menampung keperluan semasa. Dan oleh sebab itu, saya mohon supaya pihak KPKT dapat membantu Majlis Bandaraya Miri untuk mendapatkan peruntukan secukupnya untuk bagi menaik taraf perparitan di kawasan perumahan yang terdapat di kawasan Parlimen Miri supaya kami dapat mengelakkan kejadian banjir kilat di kawasan perumahan.

Dan akhir sekali saya rujuk kepada Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak KPKT kerana telah membantu untuk memberi peruntukan kepada Taman Awam Miri dan saya ingin mendapatkan penjelasan yang selanjutnya tentang bagaimana usaha untuk dari KPKT untuk membantu dari segi penyelenggaraan di taman awam di seluruh negara ini. Terima kasih.

draft12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Dipersilakan Yang Berhormat Kuantan.

draft12:30 PM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Dato' Pengerusi.

Saya pergi kepada Butiran B.030000 – Komuniti Bandar Mampan. Jadi, jumlah penerima manfaat penyelenggaraan rumah kos rendah disasarkan seramai 100,000 orang jika dibandingkan pada tahun 2024. Jadi, jumlah penerima manfaat seramai 314,021. Jadi, apakah justifikasi sasaran penerima manfaat diturunkan dengan jumlah yang sangat besar, dikurangkan seramai 200,000 berbanding 2024?

Jadi, seterusnya Jadual Outcome 3 mensasarkan response time bagi panggilan kecemasan di bawah sembilan minit 30 saat pada kadar 65 peratus.

Kedudukan balai bomba di setiap kawasan ini berbeza dan akses ke lokasi kebakaran atau kecemasan juga berbeza. Contohnya kes berlaku kebakaran di kawasan saya di Kampung Ceruk Paluh, tiga kali terjadi pada tahun ini iaitu pada 3 Ogos, 13 Ogos dan 11 September.

Jadi, jarak Balai Bomba Bukit Ubi ke Kampung Ceruk Paluh itu ambil masa kira-kira jaraknya 30 kilometer dan ambil masa kira-kira dalam 30 minit. Dan jarak dari Balai Bomba Peramu, Pekan sekitar 19 kilometer dan ambil masa dalam 20 minit. Jadi, soalan saya apakah langkah konkrit bagi memastikan response time bagi kawasan luar bandar pada kadar yang munasabah?

Jadi, baru-baru ini berlaku juga kejadian ribut di Kuantan yang menyebabkan banyak pokok tumbang di sekitar Tanah Putih Baru, Taman Cenderawasih dan menyebabkan laluan terhalang. Jadi, saya ingin tahu berkaitan prosedur pihak berkuasa tempatan dalam membuat pemeriksaan keadaan pokok-pokok khusus di laluan utama. Jadi, adakah pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan secara berkala?

Jadi, kita bimbang sekira berlaku kecelakaan disebabkan pokok tumbang yang menyebabkan kerosakan harta. Kerosakan harta satu benda dah Dato' Pengerusi, yang kedua jika ada orang dalam kenderaan, pokok tumbang, berlaku kematian apakah mangsa, adakah mangsa ini boleh menuntut ganti rugi dan berapakah jumlah liabiliti yang ditanggung yang boleh diberi kepada mangsa.

Jadi, saya ingin tahu berapakah bilangan arborist yang berkhidmat dengan Majlis Bandaraya Kuantan dan adakah pihak PBT mempunyai rekod status setiap pokok khususnya pada laluan utama. Isu pokok ini bukan isu biasa. Kadang-kadang berlaku pokok tumbang kena kepada kenderaan tetapi rupa-rupanya pokok itu tidak dilindungi di bawah PBT. Ada ketikanya pokok dilindungi di bawah PBT, jadi kita kena clear dalam bab ini.

Butiran B, 020100 – Kerajaan Tempatan. Merujuk kepada laporan media, Program MyKiosk 2 telah mencapai 95 peratus perlaksanaan dan penggunaan oleh peniaga kecil di seluruh negara. Namun, pemerhatian saya di beberapa tempat di kawasan saya di Kuantan masih banyak kiosk yang tidak digunakan diletakkan dalam di satu tempat. Kiosk itu duduk selonggok di satu tempat.

Jadi, saya nak cadangkan kepada kerajaan letak di tempat yang bersesuaian.

Letak di taman perumahan ataupun di kampung-kampung agar peniaga-peniaga kecil ini tadi dia boleh berniaga sebab di taman perumahan tak ada, diletak di satu tempat maka semua kena bertumpu di situ padahal boleh diagihkan di dalam taman- taman perumahan. Kita boleh bantu belia-belia berniaga dengan adanya kiosk-kiosk tersebut.

Seterusnya kita pergi kepada Butiran P.40000. Kerajaan memperuntukkan RM500 juta di mana lebih kurang sama seperti peruntukan pada tahun 2025 iaitu RM504 juta. Jadi media juga melaporkan KPKT mensasarkan pembinaan 5,450 unit Rumah Mesra Rakyat tahun ini. Jadi, saya memohon juga perincian secara bertulis jumlah yang telah siap dan dalam proses pembinaan mengikut pecahan negeri.

Seterusnya Dato' Pengerusi, P.30000 peruntukan sebanyak RM74.49 juta bagi pembinaan bangunan JBPM di Semenanjung. Saya ingin tahu, berapakah bilangan balai bomba baharu yang akan dibina 2026. Dan pada Ogos 2024, Tuanku Sultan Pahang pernah bertitah supaya membina balai bomba baharu di sebelah Tanjong Lumpur susulan pembangunan pesat dan pertambahan penduduk di kawasan ini. Jadi, saya ingin tahu adakah peruntukan ini telah dimasukkan ke dalam peruntukan tersebut.

Seterusnya P.31000 – Perolehan Kenderaan/Helikopter. Buat masa ini terdapat tiga pangkalan udara JBPM iaitu Wilayah Utara, Tengah dan di Miri, Sarawak. Pada November 2023, Ketua Pengarah JBPM menyatakan rancangan pembinaan pangkalan udara baharu di Wilayah Selatan, Pantai Timur dan satu lagi pangkalan baharu di Sabah atau Sarawak. Soalan saya, apakah status semasa perancangan pembinaan pangkalan udara JBPM tersebut?

Jadi pada Mesyuarat Kedua Julai tahun lepas, saya ada membangkitkan berkenaan kebakaran hutan berskala besar yang berlaku di Kuantan dan mengambil masa yang lama untuk dipadamkan dan jentera udara tidak digunakan. Jadi, saya ingin tahu sejauh mana penglibatan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam operasi memadam kebakaran berskala besar?

Seterusnya Butiran 020400, saya ingin menyentuh sedikit berkaitan dengan RUU URA. Jadi, kita mendengar lagi kebimbangan rakyat terkait beberapa fasal dalam RUU ini khususnya fasal 21 yang memberikan kuasa terlalu luas kepada Menteri dan pihak berkuasa negeri untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan pembaharuan bandar. Jadi, kuasa ini boleh dilakukan tanpa kriteria yang jelas, terperinci dan terikat sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk bandar bahawa hak milik mereka boleh terancam pada bila-bila masa.

Jadi, dan satu lagi kerisauan berkaitan dengan yang mempersoalkan keperluan kediaman yang berusia 30 tahun untuk diisytiharkan kawasan pembangunan semula. Jadi, kebiasaannya 30 tahun ini pembeli yang baru membeli ini dia baru habis sahaja bayar pinjaman. Jadi, kita minta kajian-kajian seperti ini dilakukan semula dan kita juga mengharapkan kerajaan menangguhkan dahulu cadangan untuk RUU URA ini.

Dan terakhirnya Butiran 00200, peruntukan di sini sangat besar, RM1.6 bilion.

Jadi, saya mohon perincian projek yang akan dilaksanakan bagi butiran ini untuk tahun hadapan serta senarai projek yang telah diluluskan bagi butiran ini sejak 2020 serta lokasi projek secara bertulis. Terima kasih Dato' Pengerusi.

draft12:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Batang Lupar.

draft12:31 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Segulai Sejalai.

draft12:38 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Batang Lupar, boleh minta laluan sekejap.

draft12:38 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Okey, sila.

draft12:38 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih, Batang Lupar. Dato' Pengerusi, saya ingin ambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran guru dan juga pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu daripada kawasan Telok Mas, Parlimen Kota Melaka.

[Tepuk]

draft12:38 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan.

draft12:38 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Selamat datang ke Parlimen ya.

Dato' Pengerusi, mereka datang daripada Kota Melaka. Terima kasih.

[Tepuk]

draft12:38 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Kota Melaka. Terima kasih Dato' Pengerusi. Batang Lupar terus ke perbahasan iaitu Kepala B. dan P.43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Butiran 30001 – Pembinaan Bangunan JBPM di Sarawak. Terima kasih kepada pihak kementerian yang telah meningkatkan peruntukan untuk tujuan membina bangunan JBPM di Sarawak daripada RM2.85 juta tahun ini kepada RM6.35 juta di bawah Belanjawan 2026.

Baru-baru ini Sarawak digemparkan dengan insiden kebakaran rumah panjang sepanjang 23 pintu di Long Loyang, Tinjar. Sebelum itu terdapat dua buah rumah panjang yang terbakar di Nanga Sipan, Song dan Ulu Ibau, Kapit.

draft12:38 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Malah, di kawasan saya Dato’ Speaker, pada 16 Oktober lalu, sebuah rumah di Jalan Somel, Sebuyau hangus terbakar dan pada 6 Syawal yang lepas, sebuah rumah di Kampung Kalok, Pusa juga musnah sepenuhnya dijilat api.

Oleh itu, saya ingin mendapatkan pencerahan kerana sebelum ini telah dimaklumkan melalui Jawapan Lisan pada 31 Julai 2025, bahawa cadangan pemajuan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pusa akan diangkat kepada Kementerian Ekonomi untuk kelulusan di bawah RP1 2026, RMK13 ini. Jadi, pertanyaan saya ialah apakah status terkini cadangan pembinaan BBP Pusa ini dan adakah ia nya turut dirangkumkan di bawah Belanjawan 2026?

draft12:40 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Batang Lupar, sekali lagi.

draft12:40 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Oh, okey. Sila.

draft12:40 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Setuju ya dengan saya, Batang Lupar. Memandangkan kerap berlakunya kebakaran di rumah-rumah panjang sepertimana yang dinyatakan oleh Batang Lupar tadi, ia nya turut berlaku di kawasan saya, Lubok Antu. Setuju dengan saya, pihak kementerian ataupun pihak bomba seharusnya membekalkan pemadam api untuk early prevention, langkah awal untuk membanteras kebakaran? Apa pandangan Batang Lupar?

draft12:40 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Mohon masukkan ucapan Yang Berhormat Lubok Antu dalam ucapan saya. Butiran 31000 – Perolehan Kenderaan/Helikopter dan Kelengkapan JBPM, yang diperuntukkan sebanyak RM107.45 juta. Saya ingin bertanya, sama ada kementerian juga akan melengkapkan pasukan-pasukan bomba sukarela di kawasan luar bandar dengan kenderaan dan kelengkapan yang mencukupi bagi membolehkan mereka bertindak melakukan kerja-kerja awal pemadaman api sementara menunggu ketibaan pasukan bomba?

Saya juga ingin menggesa supaya pihak JBPM dapat mengambil langkah proaktif dalam memastikan peralatan-peralatan penting kebombaan seperti pili, alat pam air, delivery hose dan sebagainya, sentiasa up to date, dengan izin, khususnya untuk balai-balai bomba di kawasan luar bandar.

Saya difahamkan Dato’ Speaker, dalam satu insiden kebakaran rumah panjang di Song, factor yang menyebabkan kebakaran sukar untuk dikawal adalah kerana keadaan delivery hose yang sudah terlalu uzur dan tidak diganti baharu selama 14 tahun. Maka, saya berharap agar pihak JBPM dapat membuat pemeriksaan berkala dan memastikan peralatan kritikal seperti ini tidak melebihi tempoh hayatnya.

Seterusnya, 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, yang melibatkan peningkatan peruntukan yang drastik iaitu RM600.2 juta di bawah Belanjawan 2026, berbanding RM92.9 juta pada tahun ini. Oleh itu, saya ingin mendapat penjelasan daripada kementerian. Daripada jumlah peruntukan tersebut, berapakah peruntukan yang akan diagihkan kepada PBT-PBT di Sarawak, termasuk untuk PBT yang berada di bawah Parlimen Batang Lupar? Saya ingin memohon agar sebahagian daripada peruntukan ini dapat dikhususkan untuk tujuan menambah baik keadaan gerai di pasar-pasar awam yang berada di seliaan majlis-majlis daerah seperti gerai makanan dan minuman, market basah dan sebagainya.

Untuk makluman Dato’ Pengerusi, pasar-pasar awam di sekitar Parlimen Batang Lupar ini sering menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar kawasan yang ingin mencari produk-produk lokal yang dikeluarkan oleh masyarakat tempatan.

Oleh itu, pasar-pasar awam ini perlu ditambah baik dari segi kelengkapan, kebersihan dan keceriaan demi untuk menjaga imej dan keselesaan pengunjung.

02101 – Pembangunan Taman Awam. Saya juga ingin bertanya, adakah peruntukan ini akan turut merangkumi kerja-kerja membaiki dan menyelenggara taman-taman awam, terutamanya di kawasan luar bandar dan pekan kecil, termasuk di Parlimen Batang Lupar? Taman-taman awam ini Dato’ Pengerusi, menjadi lokasi tumpuan untuk penduduk melakukan aktiviti sukan dan riadah. Ada di antara taman- taman ini yang perlu dinaik taraf dan ditambah baik dari segi kelengkapan dan kemudahannya, dengan menyediakan tapak permainan, laluan pejalan kaki, tandas, gazebo, tong sampah, tempat meletak kenderaan dan sebagainya.

Akhir sekali Dato’ Pengerusi, saya ingin membangkitkan Butiran 40000 – Rumah Mesra Rakyat SPNB, yang diperuntukkan sebanyak RM500 juta di bawah Belanjawan 2026. Saya ingin bertanya, berapa banyakkah unit rumah ini yang telah dibina di Sarawak? Saya meneliti bahawa antara dokumen atau syarat yang ditetapkan adalah salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian daripada pejabat tanah.

Pertanyaan saya ialah adakah syarat ini turut terpakai di Sarawak. Ini kerana terdapat penduduk yang memiliki tanah tetapi masih belum mempunyai geran walaupun mereka memenuhi syarat lain dari segi tahap kemampuan dan sebagainya. Oleh itu, saya ingin memohon supaya pihak kementerian dapat mempertimbangkan mekanisme lain bagi membolehkan pemohon yang tidak mempunyai geran ini untuk memohon RMR SPNB ini.

Akhir kata Dato’ Pengerusi, saya berharap agar cadangan dan saranan yang saya kemukakan ini mendapat perhatian dan tindakan daripada pihak kementerian.

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya mohon menyokong.

draft12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Maran.

draft12:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft12:46 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft12:46 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Salam sejahtera dan terima kasih mengizinkan saya untuk turut membahaskan Bajet 2026, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di peringkat Jawatankuasa.

Dato’ Pengerusi, Butiran 17400 – Program Pembangunan Kampong Bharu.

Apakah maksud Kampong Bharu di sini, dalam bajet ini? Sah di sini bukan Kampong Bharu, Kuala Lumpur, di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Sebenarnya Dato’ Pengerusi, banyak senarai nama kampung baru yang boleh kita senaraikan di bawah tajuk Kampong Bharu ini. Antaranya, kampung baru di kampung-kampung luar bandar, tradisional. Memang disebut kampung baru.

Yang kedua, kampung penempatan semula ataupun RPS, Rancangan Penempatan Semula di kampung-kampung orang asli seperti di Betau, Bukit Serok, Kedaik dan lain-lain lagi. Yang ketiga, Kampung Baru Melayu yang pernah terlibat dengan pengaruh komunis satu ketika dahulu. Umpamanya, di Peruang, Lipis, di Jerkoh, Lipis dan sebagainya.

Dato’ Pengerusi, kenapa dalam bajet di bawah KPKT ini, ditentukan kepada Kampung Baru Cina, sedangkan dalam tajuk ini tidak ada Kampung Baru Cina.

Sebenarnya, Kampung Baru Cina wujud sebagai komuniti sejarah yang dibentuk dengan matlamat perpaduan, integrasi sosial dan pembangunan masyarakat.

Sebab itulah kerajaan telah bersetuju memindahkan kampung baru ini suatu ketika dahulu kepada Kementerian Perpaduan. Namun, bila— apabila— namun demikian, apabila tukar Menteri, fungsinya dipindahkan kepada KPKT semula.

Tumpuan kini terlebih berat kepada pembangunan fizikal, sedangkan elemen perpaduan, penyertaan komuniti dan reform sosial tidak lagi menjadi fokus utama.

Tidak salah memperuntukkan belanja fizikal, asalkan ia diaudit seperti projek lain. Persoalannya ialah hala tuju dasar dalam RMK13, kerajaan menyatakan akan membangunkan pelan pembangunan kampung baru nasional. Maka, Dewan berhak tahu apakah reform sebenar yang ingin dikendalikan.

Saya cadangkan supaya kedudukan kampung baru dalam KPKT ini dikaji semula dan melibatkan semua kampung-kampung baru yang berada di dalam negara kita ini, termasuklah di kawasan luar bandar dan juga di kampung-kampung orang asli.

Persoalan saya, apakah hala tuju dasar dan reform utama dalam pelan pembangunan kampung baru di bawah RMK13? Yang kedua, mengapa fungsi pembangunan Kampung Baru Cina dipindahkan dari Kementerian Perpaduan ke KPKT semula? Dan apakah jaminan bahawa aspek perpaduan tidak tenggelam di bawah fokus pembangunan fizikal semata-mata?

Apakah pecahan peruntukan di bawah Butiran 17400 ini mengikut negeri dan jenis projek, infrastruktur, sosial, ekonomi dan komoditi? Dan bagaimana kerajaan memastikan ia melalui audit serta pemantauan ketat untuk mengelakkan kecuaian dan ketirisan? Dan soalan terakhir, apakah indikator keberhasilan KPI Pelan Kampung Baru RMK13? Dan bila KPKT akan membentangkan garis masa dan blueprint lengkap kepada Parlimen?

Dato’ Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 01600 – Program Perumahan Rakyat Disewa. Ini tentang keadilan perumahan, khususnya untuk rakyat Sabah.

Saya pergi melawat baru-baru ini ke Sabah. Ramai penduduk PPR di Sabah telah tinggal 20 hingga 30 tahun di unit yang sama.

Selepas tiga dekad, mereka masih lagi dianggap penyewa. Bagi saya, ini tidak lagi munasabah. Maka, sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan mekanisme seperti skim sewa beli yang memberi peluang adil kepada keluarga ini untuk memiliki rumah mereka sendiri. Persoalan saya, apakah syarat serta mekanisme pemilikan yang boleh dirangka oleh KPKT?

draft12:46 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Berapakah jumlah unit PPR di Sabah yang masih berstatus sewaan dan berapa ramai penyewa yang telah tinggal melebihi 10 hingga 30 tahun? Adakah KPKT bersedia membentuk pelan pemilikan PPR Sabah yang baharu?

Dato’ Pengerusi, projek pemulihan, projek perumahan— ramai rakyat yang tinggal di perumahan lama yang semakin uzur. Pada masa yang sama, banyak tanah kerajaan di bandar dan pinggir bandar dibiarkan kosong hingga akhirnya di ceroboh oleh pendatang haram. Sebelum kerajaan bercakap tentang Urban Renewal Act

(URA) dengan izin, lebih baik kerajaan fokus kepada perkara asas, pulihkan perumahan sedia ada dan bina rumah baru untuk rakyat sebelum tanah ini jatuh ke tangan penceroboh.

Saya ingin bertanya, apakah jumlah sebenar projek perumahan usang yang dikenal pasti untuk pemulihan di bawah Butiran 01604? Dan berapa banyak yang telah diberi peruntukan khusus dan sebelum kerajaan memperkenalkan Urban Renewal Act dengan izin, yang boleh memberi kuasa luas kepada pemaju, adakah— apakah jaminan bahawa semua hak pemilik rumah, penduduk sedia ada dan komuniti tempatan akan dilindungi sepenuhnya di bawah perundangan semasa?

Dan, apakah mekanisme semakan terhadap kuasa pemaju?

Dato’ Pengerusi, memandangkan isu pencerobohan tanah dan kelewatan pembangunan banyak berkait dengan bidang kuasa kerajaan negeri, saya ingin mencadangkan supaya satu kerjasama baharu yang akan digerakkan oleh KPKT bersama pejabat tanah dan PBT bagi memastikan tanah strategik tidak di ceroboh, dilindungi untuk membangunkan perumahan baru.

Terakhir Dato’ Pengerusi, saya ingin bertanya di bawah 030100, pembinaan balai bomba Chenor dan Kampung Awah. Bilakah projek balai bomba Chenor di Pekan Awah akan dilaksanakan? Dan, apakah statusnya sekarang? Dan, kerana saya telah dimaklumkan bahawa peruntukan telah pun disediakan pada awalnya untuk kerja-kerja tanah, saya mohon supaya projek ini dapat disegerakan kerana sekarang ini hanya Balai Bomba Maran sahaja yang dapat membantu andai kata berlaku kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

Dan, saya juga minta supaya kerajaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi perhatian kepada pembaikan Balai Bomba Maran yang saya kira telah lama dan agak usang dan perlu dinaikkan taraf bagi membolehkan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat di kawasan Maran khususnya.

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Dalam senarai ini Yang Berhormat Jempol, jika tidak ada di dalam Dewan, saya melangkau ke Yang Berhormat selanjutnya, Yang Berhormat Pokok Sena.

draft12:50 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dato’ Seri Pengerusi, merujuk Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan. Saya mempunyai beberapa isu untuk dibangkitkan mengenai penjaja kecil di bawah tajuk pelaksanaan dasar kerajaan tempatan dalam butiran ini.

Yang pertama adalah isu pelesenan dan penguatkuasaan. Keluhan dalam kalangan penjaja adalah mengenai proses permohonan lesen penjaja yang agak birokrasi dan memerlukan prosedur yang berlapis. Bahkan tempoh kelulusan juga mengambil masa yang lama. Malah, ia juga kadang-kadang melibatkan dokumentasi yang kompleks. Kadang-kadang sesuatu garis panduan yang ditetapkan di peringkat PBT juga tidak selaras dan menyebabkan kekeliruan kepada penjaja. Saya mohon agar perkara ini diteliti dan aspek pelesenan ini memberikan kemudahan kepada penjaja dan bukan sebaliknya.

Dalam konteks penguatkuasaan, juga didapati tidak seragam terhadap penjaja yang mempunyai lesen dengan yang tidak mempunyai lesen. Malah, tindakan menyita dan operasi juga berlaku secara mendadak. Ini sebahagian daripada keluhan yang diterima di kalangan penjaja. Dan, saya mahu mendapat reaksi daripada pihak kementerian dalam isu yang seumpama ini.

Yang kedua adalah kekangan lokasi dan penempatan penjaja. Kita menghadapi masalah kekurangan tapak niaga yang strategik, memandangkan jumlah penjaja semakin meningkat dari masa ke semasa. Ini perkembangan yang baik sebenarnya. Perkara ini mustahak kerana ia juga melibatkan keselamatan dan keselesaan pengguna di jalan raya. Saya berpandangan wajar bagi pihak kerajaan meneliti perkara ini dari masa ke semasa supaya lokasi perniagaan lebih selamat dan strategik. Lain-lain isu seperti kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih dan sebagainya perlu diambil perhatian oleh kerajaan bagi memastikan kemudahan kepada para penjaja dan juga pengunjung.

Dato’ Seri Pengerusi, saya juga ingin panjangkan isu yang berkaitan dengan banjir kilat. Ini isu yang berulang-ulang kali khususnya di Taman Puteri, Mukim Gajah Mati, Pokok Sena yang sudah berlarutan sejak sekian lama. Dan, saya juga telah bangkitkan beberapa kali di sini. Sebenarnya pelbagai usaha telah dibuat bagi menangani isu ini, namun masih tidak ada perkembangan yang meyakinkan. Jadi rakyat, penduduk masih lagi terbelenggu dengan isu yang sama.

Antara punca yang mendorong kepada masalah banjir di sini adalah disebabkan pembangunan yang tidak terancang oleh pihak pemaju yang menggunakan saliran dan parit yang sedia ada sehingga tidak mampu lagi untuk menampung kapasiti jumlah aliran air semasa musim hujan. Malah, ada cadangan supaya pembinaan parit baru dilaksanakan di kawasan projek taman perumahan baru tersebut bagi menggantikan parit yang sedia ada.

Oleh itu, saya mohon kepada pihak kementerian untuk dapat, turut serta membantu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan ini yang sudah sangat berulang kali melanda penduduk. Mungkin ia melibatkan kos yang agak besar dan pada penelitian kita bukan sekadar parit yang baru bahkan mungkin perlu kepada sungai yang baru.

Dato’ Seri Pengerusi, Butiran 040400. Malaysia perlu merangka suatu model pembangunan bandar yang berdaya tahan dan responsif terhadap perubahan iklim yang berlaku. Bencana alam, kemarau dan sebagainya adalah sebahagian daripada impak daripada perubahan iklim yang berlaku. Saya ingin mengetahui strategi terkini di bawah agensi dalam konteks pembangunan bandar yang lebih responsif terhadap perubahan iklim yang berlaku.

Pertama, apakah di sana terdapat strategi serta langkah mitigasi dan adaptasi perubahan iklim serta strategi dari sudut pengukuhan kewangan? Supaya mengambil kira kedua-dua langkah mitigasi dan adaptasi tadi.

Yang kedua, apakah dasar-dasar terkini yang memainkan peranan dalam memandu kerajaan berhubung perkara ini? Dan, yang ketiga, kita juga melihat peruntukan di bawah butiran ini mengalami peningkatan berganda daripada RM200,000 kepada RM900,000. Maka, saya mohon untuk diberikan perincian perancangan kementerian di bawah butiran ini. Terima kasih Dato’ Seri Pengerusi.

draft12:52 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft12:52 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Bentara. Yang Berhormat, Majlis berehat untuk solat zohor dan juga makan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti.

draft12:52 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 12.59 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft2:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Bentara.

Saya jemput Yang Berhormat Kluang.

draft2:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Pengerusi atas peluang untuk saya bahas sebagai pembahas pertama petang ini.

Jadi, saya ingin merujuk kepada Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal berjumlah RM330,241,400. Jika dibandingkan dengan anggaran tahun 2025 iaitu tahun ini, peruntukan bagi butiran ini meningkat hampir empat kali ganda. Satu lonjakan yang sangat ketara.

Justeru, saya mohon pihak kementerian memberikan penjelasan terperinci mengenai faktor di sebalik peningkatan mendadak ini. Adakah ia melibatkan peluasan kawasan operasi, pelaksanaan infrastruktur baharu, kos pengurusan yang meningkat atau pembaharuan kontrak yang besar?

Selain itu, saya ingin mengetahui pecahan-pecahan DE asas dan DE bukan asas dalam butiran ini. Perincian tersebut penting supaya kita dapat menilai sama ada perbelanjaan ini benar-benar menyumbang kepada peningkatan kapasiti asas negara ataupun sekadar perbelanjaan tambahan yang tidak berkekalan.

Puan Pengerusi, pengurusan sisa pepejal adalah satu perkhidmatan yang kotor, tetapi mahal. Kita semua maklum bahawa banyak pihak berkuasa tempatan tidak mampu melunaskan tunggakan pembayaran kepada SWCorp. Ini menyebabkan tekanan kewangan dan gangguan operasi.

Maka, saya ingin tahu jumlah tunggakan dan amaun tahunan yang perlu dibayar oleh setiap PBT di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis, Kuala Lumpur dan juga Putrajaya. Jika terlalu panjang jawapannya untuk dibacakan di Dewan, saya mohon kementerian mengemukakan jawapan bertulis kepada saya juga boleh.

Statistik ini penting. Bukan untuk sekadar rekod, tetapi supaya penduduk tahu berapa banyak daripada cukai taksiran mereka sebenarnya digunakan untuk menguruskan sisa pepejal. Dengan mekanisme pembayaran sedia ada, pengguna tidak merasa apa-apa insentif untuk mengurangkan sisa kerana semua kos telah diserap ke dalam cukai taksiran. Sama ada membuang satu beg atau lima beg sehari. Dia ada perbezaannya. Sama ada satu kilogram atau lima kilogram pun ada perbezaannya.

Dalam erti kata lain, kepada pengguna, rakyat biasa di luar sana. Kos membuang sampah adalah sifar. It’s zero cost to everyone out there. Namun, saya berharap dengan adanya insentif pengecualian cukai bagi pembelian machine compose sisa makanan yang bermula dilaksanakan tahun ini dan juga tahun depan.

Jumlah sisa pepejal domestik dapat dikurangkan, terutamanya komponen sisa makanan yang merupakan sebahagian besar daripada sisa keseluruhan.

Puan Pengerusi, sehubungan itu, saya ingin bertanya adakah kementerian bersedia memberikan insentif kepada PBT yang ingin memasang machine compose di pasar awam ataupun medan selera dan lokasi-lokasi yang menghasilkan sisa organik dalam jumlah besar setiap hari.

Puan Pengerusi, Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan melibatkan RM600 juta. Peruntukan ini amat penting kepada PBT untuk kerja naik taraf, penyelenggaraan atau pengubahsuaian kemudahan bandar. Saya ingin tahu jenis projek kecil yang biasanya mendapat kelulusan kementerian. Di bawah butiran ini berapa banyak pasar dan tandas awam yang telah dinaik taraf pada tahun ini.

Saya juga memohon agar senarai projek bagi tahun ini dapat dikemukakan mengikut setiap PBT berserta jumlah kelulusannya. Sebagai wakil rakyat bagi sebuah kawasan yang telah diumumkan oleh DOSM sebagai daerah menua, saya ingin mencadangkan supaya kementerian mengutamakan projek kecil yang meningkatkan kebolehcapaian kepada warga emas.

Selain membina taman rekreasi untuk kanak-kanak, kita juga perlu menilai semula kemudahan sedia ada terutamanya di taman perumahan lama supaya lebih mesra dan selamat untuk golongan warga emas.

Tuan Pengerusi, bagi Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam berjumlah agak-agaknya RM55.2 juta. Peruntukan bagi butiran ini meningkat hampir tiga kali ganda berbanding tahun ini. Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada peruntukan besar ini akan digunakan untuk menambah baik taman awam sedia ada atau adakah ia bertujuan untuk membina tanam awam baharu.

Poin terakhir Puan Pengerusi, saya ingin sentuh Butiran 02102 – Pembangunan Landskap sejumlah RM19.35 juta. Saya mohon penjelasan tentang sebab peningkatan peruntukan ini. Adakah ia bagi menambah baik landskap bandar, peruntukan ini? Adakah ini untuk memperluaskan kawasan hijau atau membina kemudahan rekreasi baharu? Butiran penggunaan dana ini penting supaya kita dapat memastikan setiap sen yang dibelanjakan dengan berkesan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Selain itu, saya juga ingin mencadangkan supaya PBT di seluruh negara mengutamakan penanaman spesies pokok yang benar-benar sesuai untuk kawasan tepi jalan khususnya dengan mengambil kira perubahan iklim. Pokok yang ditanam tidak sepatutnya menimbulkan risiko kepada pengguna jalan raya seperti dahan mudah patah atau akar yang merosakkan infrastruktur.

Pada masa yang sama, kita juga perlu mengelakkan pokok yang gugur daun setiap hari bagi mengurangkan kos penyelenggaraan dan pembersihan oleh PBT.

Dengan ini, saya sokong penuh bajet untuk KPKT. Sekian, terima kasih.

draft2:33 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

draft2:33 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi.

Saya ingin membicarakan berkenaan dengan Butiran 030200 – Perumahan Negara. Saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan khususnya KPKT dan juga agensi-agensi teknikal dan pihak berkuasa tempatan berkaitan isu mendesak yang berlaku di Taman Bandar Lembah Beriah. Sebuah kawasan perumahan, ada lebih kurang hampir dekat dengan 800 unit yang telah pun mengalami masalah yang begitu besar kerana kawasan ini kawasan terdiri daripada paya gambut dan mendapan yang berlaku telah mengakibatkan banyak kediaman-kediaman yang mengalami kerosakan struktur.

draft2:39 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Antaranya adalah dinding yang retak, bumbung yang runtuh, laman rumah yang turun lebih daripada satu kaki. Penduduk di kawasan ini juga berhadapan dengan kegagalan sistem kumbahan yang sangat serius kerana ada saluran najis daripada kediaman tersebut tidak sampai kepada sistem pembetungan utama kerana akibat daripada mendapan tanah gambut.

Akibat daripada inilah kita dapat melihat apabila sistem rawatan ini tidak mengalir, maka ia terkumpul di struktur rumah, memasuki rongga-rongga di bawah tanah dan mengalir ke longkang, parit serta seterusnya ke saliran awam. Ini yang paling kita tidak mahu.

Keadaan ini juga menimbulkan pencemaran air dan juga risiko kesihatan kepada penduduk. Sisa kumbahan yang mengalir daripada kawasan ini mengalir ke Sungai Kurau. Air daripada tersebut pula disedut masuk ke Terusan Bagan Serai di Padang Lalang untuk kegunaan domestik dan juga pertanian.

Isu mendapan ini turut memberi kesan besar kepada nilai harga tanah di taman tersebut. Harga rumah di kawasan tersebut telah jatuh daripada harga asal.

Untuk orang nak beli pun, orang tak minat nak beli apabila pergi melihat keadaan struktur tanah di kawasan perumahan. Masalah ini memerlukan perhatian yang menyeluruh daripada pelbagai pihak termasuk:

(i) pihak pemaju;

(ii) daripada Majlis Daerah Kerian;

(iii) daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN);

(iv) daripada Jabatan Alam Sekitar;

(v) daripada Kementerian Kesihatan; dan

(vi) Jabatan Perumahan Negara.

Satu lawatan segera oleh agensi teknikal ini mesti dibuat ke lokasi tersebut untuk menilai tahap kerosakan dan risiko kesihatan. Kajian mendalam mengenai mendapan tanah gambut, kesannya kepada struktur rumah mesti dilakukan. Pelan pemulihan menyeluruh antara pemaju, PBT dan agensi Persekutuan dapat dirangka dengan segera. Penduduk mesti dimaklumkan secara telus mengenai risiko jangka pendek dan jangka panjang terhadap keselamatan perumahan mereka.

Butiran 030100 – Bomba dan Penyelamat. Di ruangan ini, ingin saya sampaikan hasrat Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Merah. Sepertimana yang kita sedia maklum, PBS ini adalah pasukan yang berkhidmat dengan secara sukarela tanpa apa-apa bayaran untuk membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Antara masalah yang diutamakan oleh PBS Bukit Merah ini, peralatan kebombaannya itu amat uzur. Beberapa alat yang telah rosak, antaranya ialah PPE yang sudah lusuh, rosak seperti helmet, baju kalis api, sarung tangan dan kasut. Pam angkut juga telah rosak selepas daripada operasi api hutan yang berlaku baru-baru ini di Semanggol.

Untuk makluman pihak kementerian juga, PBS Bukit Merah sekarang amat memerlukan pam angkut kerana kawasan jagaan PBS ini melibatkan kampung- kampung yang terpaksa melalui jalan-jalan bendang atau sawah yang kecil yang ‘tak boleh dimasuki oleh jentera bomba yang besar kalau berlakunya kebakaran.

Selain daripada itu juga, kawasan ini juga dikategorikan berisiko tinggi seandainya berlaku suatu kebakaran kerana jarak antara Balai Bomba Bagan Serai dengan tempat sekitar ini memakan masa antara 30 hingga 40 minit perjalanan untuk tiba di sini. Sekian, terima kasih kepada Puan Pengerusi.

draft2:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

draft2:40 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Terima kasih kepada Puan Pengerusi yang memberikan peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan yang melibatkan peringkat jawatankuasa KPKT. Terlebih dahulu saya ingin membangkitkan satu isu yang semakin meresahkan rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar terutamanya di Lembah Klang iaitu kegagalan pasaran perumahan untuk menyediakan rumah yang benar-benar mampu milik bagi majoriti rakyat Malaysia.

Berdasarkan Belanjawan 2026, Bekalan 43, Butiran 03020 yang memperuntukkan RM44 juta bagi Program Perumahan Negara serta Pembangunan 43, Butiran 01513 – Program Perumahan Rakyat Dimiliki, Butiran 01600 – Program Perumahan Rakyat Disewa, Butiran 01604 dan Butiran 04001 – Penyelenggaraan Perumahan. Realitinya kita harus sedar bahawa isu perumahan mampu milik dan perumahan sosial kini semakin mendesak dan mampu mewujudkan jurang ekonomi yang mampu menimbulkan ketegangan dalam masyarakat.

Pada Julai 2025, artikel StarProperty menyatakan purata anggaran kos sewa unit dalam segmen mampu milik di Kuala Lumpur adalah berjumlah RM1,808 sebulan di mana lapan peratus sudah melebihi purata nasional. Manakala, kelas pertengahan dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000 pula purata kadar sewa berjumlah RM3,400. Di Petaling Jaya, harga rumah baharu hampir mustahil dicapai bagi anak muda, pekerja profesional muda, malah keluarga M40 sekalipun.

Kerajaan perlu mengakui bahawa pasaran tidak akan menyelesaikan masalah ini kerana pemaju akan terus membangun rumah di segmen berharga tinggi untuk memaksimumkan keuntungan. Jika kerajaan tidak campur tangan secara sistematik, krisis perumahan akan terus menjadi beban generasi muda.

Maka, persoalan saya kepada kementerian ialah apakah langkah kerajaan untuk memastikan sasaran 500,000 unit rumah mampu milik itu tercapai? Ini adalah kerana sebelum ini dikatakan sasaran 500,000 unit, tetapi dalam Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua Belas, hanya 179,000 unit sahaja yang berjaya disiapkan ataupun kurang daripada 50 peratus. Jadi, moga dapat memberikan pencerahan kepada Dewan yang mulia ini tentang bagaimana kita boleh mencapai sasaran 500,000 unit rumah mampu milik.

Kedua, Puan Pengerusi, adalah tentang model penyelesaian baharu ataupun core management (komuniti urus) dengan izin. Sejajar dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Agenda Reformasi Perumahan, kita perlu melangkah daripada model pengurusan satu hala kepada pengurusan yang lebih dwi hala ataupun core management, sistem komuniti urus yang menyepadukan kedua-dua belah pihak, pengurusan PPR dan pengurusan sosial dalam satu tatakelola.

Contohnya, di bawah Program K2K Think City, ForCom ataupun Forum Community, platform himpunan penggerak-penggerak komuniti merupakan platform pengurusan sosial yang unik dan berpotensi memacu perubahan struktural bersama pengurusan PPR ataupun KPKT. Siapa sangka, pada tahun lepas, projek lif lobi di PPR Lembah Subang 1 telah mencetuskan fenomena di social media apabila setiap tingkat PPR dihiasi dengan sangat cantik dan bersih umpama hotel Lima Bintang dan sehingga ada yang menyamakan ia nya seperti lobi di PJ Hilton. Ini adalah hasil kreativiti penduduk di bawah pertandingan kebersihan dan keceriaan anjuran Think City dan ForCom.

Namun Puan Pengerusi, ini adalah tidak cukup kerana ini merupakan inisiatif GLC ataupun inisiatif dari rakyat. Lebih penting adalah tentang keperluan untuk mengubah ataupun meminda Akta Pengurusan Strata yang sekarang dilihat agak terbatas dari segi ingin melibatkan penduduk ataupun ingin melaksanakan kuasa mereka untuk membuat kutipan bulanan. Jadi, persoalan saya adalah adakah Akta Pengurusan Strata ini akan dipinda?

Ketiga, tentang perkara yang sama adalah tentang Trap-Neuter-Release dan Manage di bawah kerajaan tempatan. Kaedah TNRM telah terbukti secara saintifik sebagai kaedah paling berkesan, berperikemanusiaan dan kos efektif untuk mengawal populasi haiwan jalanan dalam jangka panjang berbanding kaedah tangkapan dan pelupusan ataupun kita membunuh mereka yang diamalkan sejak puluhan tahun, tetapi masih gagal. Kita semua maklum, masih gagal. Makin banyak kita kata haiwan jalanan yang ada di pangkal jalan kita. Malah, ini juga tidak mematuhi prinsip Animal Welfare Act 2015, dengan izin.

Jadi, persoalan saya adalah sekarang masih tidak ada satu kata putus dari KPKT sama ada untuk menyokong dan menyediakan peruntukan khusus nasional bagi projek TRNM agar program ini sekurangnya dapat dijalankan terlebih dahulu di bandar-bandar utama.

draft2:44 PM

Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya

Maka, persoalan saya—nak landing dah. Adakah kementerian menyokong dasar TNRM dan menyahut juga semua seruan ribuan pencinta haiwan yang ada di negara kita?

Dan kedua, menyelaraskan garis panduan nasional TNRM untuk semua sebab kalau MBPJ nak buat sahaja tak boleh. MPSJ nak buat sahaja, tak boleh. Di Perak nak buat, tak boleh. Dia kena tunggu satu tatacara ataupun satu framework daripada KPKT.

Jadi, ketiga adalah, adakah TNRM ini akan diguna pakai secara dasarnya dan bila ia nya boleh dilaksanakan. Sekian, terima kasih.

draft2:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Saya jemput Yang Berhormat Arau.

draft2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh rakyat Malaysia, orang muda, pengundi-pengundi Balung.

Puan Pengerusi, pertama sekali ialah Bekalan Pembangunan 43 iaitu kementerian ini telah diperuntukkan lebih daripada RM6 bilion dan visinya ialah perumahan dan pembandaran yang progresif ke arah masyarakat Malaysia MADANI.

Saya ingin bertanya, apa makna madani? Sekarang ini kita tahu madani ini ialah slogan kerajaan sekarang, tapi apakah kalau sehingga kerajaan ke depan ini dia ‘nak wujudkan perumahan dan pembandaran, ‘nak bubuh nama baharu pula?

Sewajarnya dia bubuh nama yang lebih tepat seperti progresif, aman, makmur, maju, sejahtera. Kalau madani, Puan Pengerusi pun ada masalah pemahaman. Saya ada masalah. Sebab apa? Kerajaan baharu yang datang nanti dia bubuh nama lain pula, tapi nama yang lebih tepat untuk kementerian ini ialah biar khusus, biar orang faham.

Kalau pergi ke luar negara, kalau diterjemahkan ke bahasa Inggeris, dia timbul masalah. Madani ini ialah prinsip kerajaan sekarang, slogan kerajaan sekarang, tetapi bukan bermaksud sesuatu maksud yang ditujukan khas ke arah progresif, aman, damai, makmur, perpaduan sebab kita tahu...

draft2:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, ini Peringkat Jawatankuasa.

draft2:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ini jawatankuasa Yang Berhormat.

draft2:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya. Tak perlu ...

draft2:51 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat baca yang ini, bawah jawatankuasa, bawah visi. Saya nak beritahu bawah visi ya. Saya rujuk tadi bawah perkara 43. Yang lain jangan menyibuk ya.

Okey, yang itu kita nak supaya perkataan madani itu ditukar kepada perkataan yang lebih khusus, aman, damai, makmur. Sebab perpaduan dah tak boleh sebab kita ada masalah dari segi perpaduan terutamanya bila peruntukan Ahli Parlimen tidak dibagi. Makmur macam mana ya?

Okey, yang keduanya ialah berhubung dengan perumahan ya, perumahan.

Jadi, perumahan— perumahan negara. Seperti yang sahabat saya sebutkan tadi, perumahan negara, kita minta iaitu Rumah Mampu Milik Yang Berhormat supaya dikhususkan 50 peratus kepada orang muda, generasi muda sebab kita tahu bahawa kerajaan tidak mempunyai angka yang khusus. Saya ingin bertanya kepada kerajaan apakah kerajaan mempunyai angka yang khusus tentang pemilikan rumah? Satu orang itu berapa pemilikan rumah dan apa syarat untuk membolehkan di masuk ke Rumah Mampu Milik? Kita ‘nak mampu milik ini disyaratkan 50 peratus sekurang- kurangnya diberi kepada orang-orang muda.

Kemudian, yang berikutnya ialah Yang Berhormat berhubung dengan— saya ‘nak ucap tahniah kepada bandar-bandar yang telah diisytihar sebagai bandar yang sejahtera, aman, damai. Kuala Krai, Kuala Krai. Kemudian Telipod ya. Telipod.

Kemudian, Jasin. Ini antara bandar-bandar sejahtera dan saya berharap bandar di negeri saya juga akan jadi bandar sejahtera seperti yang telah disebutkan.

Kemudian yang berikutnya adalah tentang 020400 – Perancangan Bandar dan Desa PLANMalaysia. Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa di bawah Kementerian Pembangunan KPKT iaitu sebanyak RM63 juta. Butiran ini asas kepada pelaksanaan Rang Undang-undang URA: Urban Renewal Act. Jadi, kita minta sebab kita tahu bahawa ini telah diperbincangkan, telah dibuat bacaan kali yang kedua, tetapi hanya separuh, selepas itu ditangguhkan sampai hari ini.

Oleh kerana ia nya kita ‘tak dapat gambaran di manakah kedudukan URA sekarang, kita minta kerajaan supaya membatalkan URA. Sebab apa? URA ini ditentang oleh sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen sama ada daripada kerajaan dan juga pihak pembangkang sebab ia nya kita tahu melanggar Perlembagaan. Sebab kita dalam Perlembagaan menyebut bahawa, “Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi.” Apa yang berlaku sekarang ini ialah kita tahu bahawa tuan punya tidak mendapat hak sama seperti pemaju yang mendapat keuntungan yang besar seperti yang berlaku di Sungai Baru baru-baru ini. Kita tahu bahawa pemaju nak mendapat keuntungan yang luar biasa, tetapi pengguna tak dapat apa yang telah saya sebutkan. Saya dah tanya berkali-kali.

Akhir sekali Yang Berhormat Pengerusi, satu poin sahaja. Bila orang datang ke Malaysia ini― saya ulang berkali-kali. Bila orang datang ke Malaysia, orang nak tengok bandar Malaysia. Orang dah tak nak tengok bandar negara lain. Mereka dah pergi ke negara lain. Orang-orang China telah pergi ke negara lain. Mereka nak tengok bandar Malaysia apa dia. Orang India sudah pergi ke negara lain. Orang Indonesia pergi ke negara lain, tapi mereka datang Malaysia, mereka nak tengok bandar Malaysia. Mestilah didasarkan kepada demografi kependudukan. Kalau kiranya kita ‘nak dasarkan kepada demografi kependudukan, kita kena pastikan supaya hak bumiputera itu yang telah dinyatakan dalam pemilikan rumah itu mesti dipastikan, ditetapkan.

Sebab kita tengok macam di Wilayah, ada yang rumah yang diberi kepada bumiputera yang tak dapat dibeli oleh mereka, dijual kepada orang lain. Sepatutnya, bandar raya ataupun Kuala Lumpur sendiri membeli rumah ini, pegangan sementara untuk membolehkan mereka ini dapat membeli rumah. Mereka tak dapat beli rumah bukan kerana tidak mampu, tetapi proses bank yang mengambil masa begitu lama.

Terima kasih, Pengerusi. Assalamualaikum. Jumpa di Balung ya.

draft2:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Saya jemput Yang Berhormat Baram.

draft2:51 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus ke kod 030100 – Bomba dan Penyelamat. Tuan Pengerusi, di kawasan Baram yang kawasan luar bandar terdapat 38 insiden kebakaran sejak tahun 2020. Dan daripada 38 insiden ini, 30 insiden adalah melibatkan rumah-rumah panjang ataupun rumah- rumah persendirian yang terletak di kawasan luar bandar. Jadi, dan balai bomba yang terdekat di Baram adalah di Pekan Marudi dan apabila mereka sampai ke tempat ataupun lokasi kejadian, yang mereka buat ialah hanya untuk membuat laporan sahaja.

Jadi, oleh yang demikian, saya cadangkan dan saya mohon supaya bomba sukarelawan ini dipergiatkan ataupun diberikan tanggungjawab yang lebih mantap lagi supaya masalah kebakaran yang jauh dari kawasan-kawasan luar bandar, di pedalaman ini dapat ditangani. Kejadian yang terbaru di kawasan Baram ialah dua minggu yang lepas yang mengorbankan 22 pintu dan juga satu kehilangan nyawa.

Justeru, saya percaya dengan insiden-insiden yang macam ini sudah pasti kerajaan perlu, kementerian perlu mewujudkan ataupun memberi nafas baru kepada pasukan bomba sukarelawan dengan melengkapkan mereka dengan insentif. Sebab kalau dia sukarelawan semata-mata, maka saya rasa mungkin motivasi mereka ini kurang nanti. Jadi, perlu diberi insentif yang tertentu. Mungkin dari segi kewangan pun perlu dipertimbangkan di— untuk kawasan-kawasan luar bandar.

Dan, mereka perlulah diberikan peralatan yang lengkap. Saya difahamkan dalam satu kejadian di kawasan luar bandar, enjin pam sungai yang digunakan ini pun rosak. Jadi, inilah masalah yang kita hadapi di luar bandar.

draft2:57 PM

Dato Anyi Ngau - Baram

Semoga ini dapat ditangani dengan segera dan diberi nafas baharu dan diperbanyakkan lagi pasukan bomba sukarelawan ini.

Yang kedua yang saya nak sentuh Puan Pengerusi ialah berkenaan dengan rumah rakyat ini. Kita tahu pada masa ini, oleh kerana desakan hidup dan oleh kerana perhubungan ataupun connectivity yang begitu mencabar, ramai daripada penduduk-penduduk di kawasan luar bandar pada hari ini sudah pun— bukan nak berhijrah tetap, tetapi mereka berpindah sementara ke bandar-bandar seperti di kawasan saya sendiri.

Mereka— kebanyakan mereka ini adalah di bandar-bandar. Saya percaya di kawasan-kawasan lain seperti yang disebutkan oleh rakan kita dari Hulu Rajang, dia mengatakan bahawa desakan untuk rumah mesra rakyat ataupun rumah rakyat ini makin menjadi-jadi di bandar dan di pekan-pekan tertentu.

Justeru, saya mohon supaya pihak kementerian dapat mempertingkatkan, memperbanyakkan lagi usaha ini untuk membina rumah mesra rakyat, rumah rakyat di kawasan luar bandar supaya kehidupan rakyat kita yang datang dekat bandar ini, mereka sekurang-kurangnya dapat juga memiliki harta di bandar ini.

Saya cadangkan supaya untuk kawasan Baram memohon supaya pihak kementerian dapat mempertimbangkan untuk mewujudkan bandar— rumah rakyat ini di Pekan Long Lama sebab ini akan menghidupkan lagi Pekan Long Lama supaya menjadi satu pusat yang akan— satu pusat pentadbiran yang lebih mantap pada masa-masa yang akan datang.

Begitu juga saya rasa di Hulu Rajang perlu juga diperhebatkan ataupun ditambahkan rumah-rumah mesra rakyat ini. Jadi dengan itu, saya mohon untuk menyokong. Sekian, terima kasih.

draft3:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.

draft3:00 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi.

Temerloh ingin merujuk 020000 – Persekitaran Bandar Mampan. Peruntukan meningkat hampir lima peratus. Puan Pengerusi, kita semua tahu bahawa persekitaran bandar mampan bukan sekadar soal landskap dan kecantikan, tetapi adalah asas kepada kesihatan, keselamatan dan kelangsungan ekonomi bandar- bandar kita.

Temerloh ingin maklumat, apakah program baharu yang dirancang untuk meningkatkan kelestarian bandar, termasuk di Temerloh? Adakah kementerian mempunyai indikator kejayaan yang jelas (KPI) bagi menilai keberkesanan perbelanjaan? Berapa peratus pengurangan banjir kilat di kawasan risiko tinggi di bandar? Berapa banyak tapak pembuangan sampah haram yang berjaya dihapuskan di seluruh bandar, termasuk di Temerloh? Tanpa KPI yang jelas, peruntukan ini berisiko menjadi sekadar angka tanpa hasil.

Butiran 0201000 – Kerajaan Tempatan. Peruntukan bertambah 6.87 peratus.

Mengapa kenaikan hampir tujuh peratus diberi, sedangkan banyak PBT masih gagal menyelesaikan isu asas seperti jalan berlubang, pungutan sampah tidak konsisten dan aduan rakyat yang tidak diambil tindakan? Selain itu, sering dibangkitkan tentang sistem parking dan saman yang berbeza antara bandar. Mengapa KPKT tidak menyeragamkan? Adakah syarikat yang melaksanakan parking dibuat secara tender terbuka atau dipilih mengikut kroni?

Temerloh ingin menyuarakan aduan tentang masalah cukai pintu yang semakin tinggi, tetapi kemudahan dan perkhidmatan tidak memuaskan seperti tong sampah yang dikongsi beramai-ramai, sehingga sampah bertimbun-timbun dan perkhidmatan menebang pokok di tepi jalan besar, tetapi berhampiran perumahan- perumahan dikenakan bayaran. Begitu juga tiada lampu di jalan utama. Adakah kementerian membuat pemantauan terhadap isu pengurusan PBT supaya ia lebih efisien?

Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.

Peruntukan melonjak menjadi 63 kali ganda. Mengapa berlaku lonjakan yang begitu tinggi? Mohon jelaskan, adakah projek kecil yang terlibat, yang menggunakan hampir RM0.5 bilion? Temerloh ingin penjelasan, adakah ia melibatkan Projek MyKiosk?

Program MyKiosk ini baik dari segi niat, tetapi lemah dari segi pelaksanaannya, pengurusannya dan pemantauannya. Temerloh mohon kementerian menjelaskan langkah pembaikan agar program ini benar-benar memberi manfaat kepada golongan B40 dan penjaja kecil.

Apakah kajian kebolehlaksanaan dibuat sebelum projek ini dilaksanakan dari semua perkara, termasuk memilih lokasi perniagaan, pemilihan penyewa, bentuk kios yang sesuai dengan jenis perniagaan? Semua perkara ini menjadi penghalang kepada potensi pendapatan perniagaan.

Temerloh ingin jawapan, berapa banyak kios yang masih kosong di Daerah Temerloh dan seluruh negara? Apakah pelan kementerian untuk mengoptimumkan kios yang tidak beroperasi? Apakah mekanisme pemilihan penyewa MyKiosk benar- benar memastikan golongan B40 dan penjaja kecil mendapat manfaat? Mengapa KPKT tidak menyediakan garis panduan yang selaras dari segi pengurusan di semua PBT berkaitan dengan penguasaan sewa dan juga supaya konsisten antara PBT?

Temerloh ingin tahu, apakah KPI MyKiosk? Berapa ramai peniaga berjaya meningkatkan pendapatan daripada projek ini? KPKT tentu setuju bahawa kios terbiar adalah pembaziran pembangunan fizikal dari peruntukan kerajaan. Ini satu penyelewengan dari bajet kerajaan.

Butiran 04000 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. Peruntukan meningkat sebanyak RM72 juta. Apakah program yang dijalankan oleh KPKT untuk membasmi kemiskinan bandar, termasuk di Temerloh? Apakah indikator kejayaan program ini? Berapa peratus isi rumah bandar telah berjaya keluar dari kategori miskin tegar melalui program ini? Apakah bentuk bantuan jangka panjang yang diberi kepada golongan ini atau hanya bantuan tunai sementara yang tidak menyelesaikan akar masalah?

Saya harap kementerian dapat memberikan penjelasan supaya dana besar ini benar-benar mengikut kaum dan juga bandar yang terlibat supaya dapat mengubah kehidupan rakyat miskin bandar.

Akhirnya, Program Pembangunan Kampong Bharu. Peruntukan meningkat bersamaan 16.900 peratus. Begitu tinggi. Berapa banyak Kampong Bharu yang dikenal pasti sebagai kawasan kritikal dan bagaimana ia dipilih untuk layak mendapat bajet ini? Sebahagian besar Kampong Bharu sudah memiliki kemudahan asas seperti jalan raya, longkang, dewan dan lain-lain.

Jadi, adakah terdapat projek mega baru untuk Kampung Baru? Mengapa terdapat percanggahan besar antara butiran ini dan Butiran 020700 - Pembangunan Kampung Baru, yang hanya naik 0.66 peratus? Apakah peruntukan ini disusun dengan objektif politik tertentu? Mengapa KPKT menyalurkan peruntukan terus RM1 juta kepada Pegawai Pembangunan Kampong Bharu dan tidak melalui PBT? Aduan yang diterima, Lorong Cahaya di Mentakab yang menjadi tempat perniagaan, yuran perniagaan dikutip oleh NGO. Diberi kuasa daripada parti politik, bukan dikutip oleh PBT.

Adakah selaras di seluruh negara? Adakah KPKT memantau pelaksanaan ini dengan peningkatan bajet pembangunan Kampong Bharu sehingga puluhan juta?

Apakah projek yang benar-benar akan dilaksanakan untuk menaik taraf kemudahan yang diperlukan dan sosioekonomi penduduk? Akhirnya, bagaimana kementerian memastikan kemudahan seperti dewan komuniti, taman rekreasi, gerai niaga tidak dibiarkan rosak, terbiar atau tidak digunakan? Apakah SOP penyelenggaraan dan siapa bertanggungjawab mengawasi?

Tuan Pengerusi, program ini amat penting bagi memodenkan Kampung Baru.

Namun, tanpa perancangan jelas, pemantauan yang ketat, penglibatan komuniti, peruntukan besar ini berisiko tidak memberi impak sebenar kepada penduduk. Saya mohon penjelasan terperinci daripada kementerian. Sekian, terima kasih.

draft3:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.

draft3:02 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi.

Kuala Pilah terus merujuk kepada Butiran 020500 – Kemampanan Bandar, 030000 – Komuniti Bandar Mampan, 030500 - Kesejahteraan Komuniti. Kuala Pilah amat dikenali melalui penganjuran tahunan Pesta Bola Ngoca iaitu aktiviti bermain bola dalam sawah yang menjadi satu-satunya acara seumpamanya di Malaysia.

Pesta ini bukan sahaja mengangkat sukan tradisi dan kebudayaan Negeri Sembilan tapi turut menjadi trademark, dengan izin, Daerah Kuala Pilah.

Popularitinya semakin meningkat dengan penyertaan pasukan dari luar negeri, menjadikan Kuala Pilah destinasi tumpuan sukan komuniti yang mempunyai identiti tersendiri.

draft5:09 PM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Oleh itu, Kuala Pilah mohon agar KPKT dapat mempertimbangkan peruntukan tambahan bagi menyokong penganjuran Pesta Bola Ngoca ini. Acara ini bukan sekadar sukan warisan, tetapi telah berkembang sebagai aset pelancongan komuniti selari dengan agenda KPKT di bawah kemampanan bandar dan komuniti bandar mampan, yang menekankan pembangunan komuniti melalui aktiviti sosial, ekonomi dan kebudayaan setempat.

Untuk memastikan pesta ini dapat dianjurkan dengan skala lebih besar, teratur, selamat, Kuala Pilah berharap agar kementerian dapat menyalurkan peruntukan bagi menaik taraf kemudahan awam di kawasan penganjuran, pemasangan pencahayaan tambahan bagi keselamatan, kerja-kerja pembersihan, penyediaan kawasan sawah serta pengurusan sisa dan memperindah landskap kampung-kampung terlibat untuk memberi imej yang bersih dan menarik kepada pengunjung.

Dengan sokongan KPKT, melalui peruntukan kesejahteraan komuniti ini, Kuala Pilah yakin Pesta Bola Ngoca berpotensi ditingkatkan sebagai acara komuniti berimpak tinggi di peringkat negeri dan kebangsaan. Ia mampu menjadi model program pembangunan komuniti luar bandar yang berjaya sekali gus menyumbang kepada ekosistem masyarakat MADANI yang berdaya huni, inklusif dan bersemangat kekitaan.

Yang Berhormat Puan Pengerusi, Butiran 020100, Butiran 020500. Kuala Pilah ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana landskap pembangunan fizikal di Kuala Pilah hari ini banyak terbina hasil jasa, sokongan dan sumbangan KPKT. Parlimen Kuala Pilah merupakan penerima— di antara penerima peruntukan terbesar KPKT sebelum ini di Negeri Sembilan. Mencerminkan komitmen kementerian dalam memperkasa bandar-bandar kecil dan pekan-pekan utama di Parlimen kami.

Namun begitu, isu pencahayaan di kawasan bandar dan Pekan Kuala Pilah masih menjadi antara aduan tertinggi. Banyak aduan utama, lorong perumahan, kawasan komersial serta beberapa kawasan tumpuan awam masih kekurangan lampu jalan atau mempunyai sistem pencahayaan yang sudah usang. Keadaan ini Yang Berhormat Pengerusi, bukan sahaja menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya, tetapi turut memberi kesan terhadap rasa selamat bagi komuniti setempat.

Sehubungan itu, Kuala Pilah memohon agar KPKT menyediakan peruntukan tambahan kepada PBT terutamanya Majlis Daerah Kuala Pilah khusus untuk pemasangan lampu jalan baharu di kawasan gelap, penggantian lampu lama dan rosak kepada teknologi LED yang lebih terang, mesra tenaga dan rendah kos penyelenggaraan. Penambahan pencahayaan di kawasan tumpuan komuniti seperti dataran bandar, kawasan komersial dan padang permainan.

Selain itu, terdapat juga projek yang taraf pencahayaan yang memerlukan peruntukan khusus daripada KPKT di bawah Butiran 020500 ini, iaitu kemampanan bandar. Secara spesifik dan khususnya, saya nyatakan di sini, permohonan itu ialah untuk: menaik taraf pencahayaan lampu LED Jalan Seremban–Kuala Pilah, Jalan Melang Fasa 2 Majlis Daerah Kuala Pilah.

Anggaran kos projek sebanyak RM500,000; menaik taraf sistem pencahayaan lampu hiasan serta kerja-kerja pengindahan di persimpangan masuk istana, Kampung Budaya Terachi dan lain-lain kerja berkaitan; nombor tiga, menaik taraf sistem pencahayaan lampu hiasan serta lain-lain kerja berkaitan di jalan besar hadapan sekolah sehingga pintu gerbang Masjid Kuala Pilah; dan nombor empat, menaik taraf sistem pencahayaan lampu hiasan serta lain-lain kerja berkaitan di sepanjang Jalan Datuk Undang Johol, Kuala Pilah.

Kuala Pilah yakin bahawa pelaburan kecil dalam sistem pencahayaan bandar membawa impak yang besar bukan sahaja meningkatkan keselamatan, tetapi turut memperindahkan imej bandar dan merancakkan aktiviti ekonomi malam.

Penambahan pencahayaan ini juga amat penting dari sudut keselamatan dan pencegahan jenayah. Selaras dengan fokus KPKT untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti bandar melalui infrastruktur asas yang selamat dan berdaya huni.

Seterusnya, Kuala Pilah merujuk kepada Butiran 030000, 030100 — Bomba dan Penyelamat. Kuala Pilah memohon perhatian daripada kerajaan khususnya KPKT untuk mempertimbangkan pemindahan-pemindahan Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah ke lokasi yang baharu.

Untuk makluman, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah telah berusia lebih 50 tahun. Keadaan bangunan yang terlalu lama, ruang yang terhad serta struktur yang tidak lagi menepati standard balai moden menjadikan ia kurang sesuai untuk menampung keperluan operasi hari ini.

Lebih membimbangkan, lokasi sedia ada juga tidak lagi strategik terutama dari sudut liputan kawasan, kesesakan trafik dan akses ke kawasan-kawasan panas, dengan izin, hotspot kecemasan. Sehubungan dengan itu, Kuala Pilah mohon agar KPKT dapat mempertimbangkan pembinaan balai bomba baharu di lokasi yang lebih strategik dan baharu yang dapat menampung keperluan semasa dan masa hadapan.

Pembinaan baharu ini bukan sahaja memastikan keselesaan dan keselamatan anggota bomba, tapi juga meningkatkan keupayaan respons kecemasan termasuk mencapai sasaran respons JBPM di bawah sembilan minit 30 saat.

Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah juga merujuk Butiran 020100, 030500.

Kuala Pilah ingin menarik perhatian kementerian terhadap keperluan mendesak bagi pembinaan sebuah dewan berbumbung di Taman Senimas Beting, Juaseh.

Kawasan perumahan ini merupakan antara kawasan tumpuan penduduk yang aktif dengan pelbagai kegiatan komuniti. Namun, sehingga kini, masih belum mempunyai kemudahan dewan yang sesuai dan selesa untuk kegunaan masyarakat setempat.

Sehubungan dengan itu, Kuala Pilah memohon agar pertimbangan dibuat oleh KPKT dalam pembinaan dewan ini. Kuala Pilah percaya, dewan ini sedikit sebanyak akan dapat memberikan manfaat langsung kepada ribuan penduduk di kawasan taman berkaitan, terutama Taman Senimas dan taman-taman yang berhampiran dengan meningkatkan kualiti hidup, memperkukuh perpaduan komuniti serta menggalakkan aktiviti sosial yang berterusan.

Terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft3:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Kepala Batas.

draft3:10 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi di atas ruang dan peluang yang diberikan Kepala Batas untuk membahaskan belanjawan KPKT.

Yang pertama Butiran 030100 — Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kepala Batas fokuskan berkaitan isu sumber manusia Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Persoalannya apakah nisbah anggota bomba berbanding populasi penduduk semasa termasuk keluasan kawasan pembangunan baharu? Banyak balai-balai khususnya di kawasan berkembang pesat masih beroperasi dengan kekuatan minimum, menjejaskan masa tindak balas kecemasan.

Oleh itu, Kepala Batas mohon penjelasan, adakah kementerian merancang menambah pengambilan anggota baharu atau sekurang-kurangnya meningkatkan kekuatan minimum setiap balai mengikut standard operasi antarabangsa?

Selain itu, Kepala Batas ingin menarik perhatian kepada pengurangan bajet aset operasi. Laporan menunjukkan sebahagian jentera bomba usang dan kerap rosak. Mengapakah berlakunya pengurangan bajet untuk aset dan apakah rancangan pemulihan atau penggantian flat yang lebih holistik?

Yang kedua, Butiran 020200 — Pengurusan Sisa Pepejal. Puan Pengerusi, Kepala Batas ingin mendapatkan penjelasan KPKT berhubung pengurangan bajet aset yang mencakupi jentera dan kos penyelenggaraan. Sepertimana kita sedia maklum, Malaysia berdepan dengan penjanaan sampah yang saban hari semakin meningkat kerana peningkatan populasi, pertumbuhan bandar dan perubahan gaya hidup.

KPKT turut memaklumkan akan menutup beberapa tapak pelupusan sampah bagi mengurangkan kesan pencemaran toksikologi kepada penduduk berdekatan.

Misalnya, yang dimaklumkan tapak tercemar, 23 tapak telah ditutup. Tapak terbuka, 155 tapak yang masih lagi dalam proses untuk ditutup secara berperingkat. Dan dimaklumkan, tapak haram, 2,634 telah ditutup.

Oleh itu, apakah mekanisme dan langkah yang akan digunakan selain daripada menambah baik aset yang sedia ada? Mohon justifikasi pengurangan peruntukan tersebut dan adakah ia akan menjejaskan keberkesanan kutipan sampah, penyelenggaraan lori compactor dan juga proses pengurusan sampah di tapak pelupusan?

Yang ketiga, Butiran 020100 — Kerajaan Tempatan. Puan Pengerusi, kita tahu bahawa kemampuan kewangan dan kekuatan operasi PBT berbeza mengikut negeri-negeri. Persoalannya, sejauh manakah KPKT membantu PBT seluruh negara? Apakah bentuk bantuan disalurkan kepada PBT? Adakah wujud bantuan berbentuk geran khas, dana penyelenggaraan ataupun program pembangunan khusus bagi pengurusan PBT yang mampan? Apakah kriteria ataupun SOP pengagihan untuk memastikan PBT luar bandar atau PBT kategori kecil tidak tercicir dengan segala bantuan daripada KPKT?

Yang keempat, Butiran 030200 — Perumahan Negara. Puan Pengerusi, setiap kali peningkatan projek terbengkalai, rakyat yang menjadi mangsa. Wang terkubur, masa terbuang, tekanan psikologi tak terhitung. Kepala Batas tegaskan bahawa reformasi perlu berlaku di peringkat kawal selia pemaju. Justeru, Kepala Batas mohonkan penjelasan, adakah KPKT bersedia meningkatkan syarat lesen pemaju dengan penarafan risiko dan rekod prestasi? Berapakah peruntukan untuk dana pemulihan projek terbengkalai dan bagaimanakah ia dipantau agar tidak menjadi suntikan bersifat sementara?

Kepala Batas mohon senaraikan projek-projek perumahan yang berstatus sakit, lewat dan terbengkalai mengikut negeri. Rakyat berhak tahu di mana projek- projek ini berada, berapa jumlah pembeli yang terjejas dan apa rancangan pemulihan setiap projek? Kita tidak mahu, isu rumah terbengkalai menjadi penyakit berulang setiap tahun tanpa penyelesaian tuntas.

draft3:16 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Yang kelima, Butiran 040400 – Urbanice Malaysia. Kepala Batas melihat terdapat kenaikan bajet yang agak ketara pada agensi ini. Apakah justifikasi kenaikan ini? Apakah projek khusus, output dan impak yang ingin dicapai melalui pertambahan peruntukan ini, sama ada melalui pembangunan bandar mampan, ekonomi hijau, komuniti rendah karbon ataupun pembangunan carbon city PBT? Dan bagaimana bajet ini memastikan Urbanice dapat menjalankan penjajaran SDG secara komprehensif dengan semua PBT? Kepala Batas mengharapkan kenaikan bajet ini wajar disertai dengan indikator prestasi KPI yang jelas dan boleh diukur.

Yang keenam, Butiran 02103 – Promosi dan Pembangunan Industri. Kepala Batas mohon penjelasan, apakah justifikasi dengan butiran ini di bawah landskap negara dan bagaimana ia selari dengan fokus RMK13 yang lebih tekankan bandar pintar, kemampanan, pengukuhan perkhidmatan PBT? Apakah industri tertentu yang ingin dipromosikan?

Puan Pengerusi, akhirnya, Kepala Batas mengharapkan KPKT dapat memberikan penjelasan yang tuntas kepada semua persoalan-persoalan ini kerana ia melibatkan aspek-aspek keperluan keselamatan rakyat, penyelenggaraan bandar, nasib pembeli rumah dan keberkesanan perbelanjaan kerajaan. Sekian, terima kasih.

draft3:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kepala Batas. Saya jemput Yang Berhormat Klang.

draft3:20 PM

Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang

Puan Pengerusi, kita sering melaungkan gagasan Malaysia MADANI sebuah negara yang menjunjung nilai ketelusan, keadilan dan kesejahteraan untuk semua. Namun, apakah makna gagasan ini jika rakyat Malaysia berdepan dengan ketidakpastian dan rasa terpinggir?

Hari ini saya bangkit bukan sekadar membawa suara Klang, tetapi suara mereka yang menunggu jawapan rumah ibadat yang menanti bantuan, pembeli rumah yang terperangkap dalam mimpi ngeri projek terbengkalai dan komuniti yang berjuang untuk menyiapkan kuil mereka di Putrajaya.

Puan Pengerusi, saya tak jumpa― walaupun peruntukan untuk rumah ibadat bukan Islam di bawah KPKT tapi saya tak berjumpa butirannya dalam buku ini.

Maka― saya meneruskan. Belanjawan 2026 memperuntukkan RM50 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi inisiatif penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam. Peruntukan ini adalah bukti komitmen kerajaan terhadap kepelbagaian agama di negara kita. Namun, persoalan besar masih berlegar, berapa jumlah sebenarnya yang telah dibelanjakan? Dan adakah keseluruhan dana ini digunakan sepenuhnya untuk tujuan asal?

Sebagai Ahli Parlimen Klang, saya telah menulis berkali-kali kepada kementerian untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai senarai penerima di kawasan saya, jumlah rumah ibadat bukan Islam yang telah menerima peruntukan serta status permohonan yang telah dikemukakan. Malangnya, sehingga kini, tiada jawapan konkrit diberikan. Ketelusan bukan pilihan, ia adalah kewajipan.

Saya mendesak agar KPKT mewujudkan laporan tahunan, yang boleh diakses oleh semua Ahli Parlimen, menyenaraikan jumlah permohonan, kelulusan dan penerima mengikut kawasan. Selain itu, saya mencadangkan agar diwujudkan portal RIBI yang memaparkan status permohonan secara masa nyata. Rakyat berhak tahu bagaimana RM50 juta ini dimanfaatkan demi kepentingan komuniti pelbagai agama.

Puan Pengerusi, saya ingin membawa isu yang sangat penting kepada penganut agama Hindu di kawasan sekitar Putrajaya iaitu projek pembinaan Kuil Sri Lalithaambigai Aalayam di Presint 5, Putrajaya. Kuil ini telah diperuntukkan tanah sejak 2006, pecah tanah pada 2013 dan pembinaannya bermula pada 2016 dan kos anggaran RM8 juta.

Namun, projek ini terbengkalai sejak 2017 kerana kekurangan dana. Ini bukan sekadar bangunan, tetapi satu-satunya kuil Hindu di Putrajaya. Penting untuk ribuan penjawat awam beragama Hindu. Jawatankuasa kuil telah bertahun-tahun berkorban mengumpul dana dan menunggu bantuan. Persoalan saya, adakah kuil ini akan menerima bantuan daripada RM50 juta RIBI ini? Jika tidak, apakah mekanisme yang memastikan projek kritikal seperti ini tidak terus terpinggir?

Saya mendedak agar KPKT bukan sahaja menyalurkan dana, tetapi juga menjadi pemudah cara dan membantu menyelesaikan isu teknikal, kelulusan dan pemantauan projek. Jangan biarkan jawatankuasa kuil yang telah bertahun-tahun berkorban terus menunggu dalam ketidakpastian.

Puan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Maksud Pembangunan 43 – KPKT, aktiviti 01604. Sebanyak RM25.84 juta telah diperuntukkan untuk pemulihan projek perumahan terbengkalai, tetapi bagaimana dana ini akan membantu mangsa di Klang? Projek seperti Taman Meru Makmur Lot 223 dan 224, Taman Meru Makmur Lot 225 dan bangunan terbengkalai di Jalan Batu 3 Lot 95 telah lama terbengkalai. Ratusan pembeli masih menunggu, menanggung hutang bank dan kos sewa kerana rumah yang dijanjikan, tidak siap. Mereka bukan sahaja kehilangan tempat tinggal, tetapi juga keyakinan terhadap kerajaan.

Saya ingin bertanya secara berbuka, adakah projek-projek ini termasuk dalam senarai pemulihan tahun 2026? Bagaimana RM25.84 juta ini akan diagihkan dan apakah mekanisme pemantauan? Apakah pelan jangka panjang untuk melindungi pembeli daripada terus menjadi mangsa kepada projek terbengkalai?

Kita tidak boleh terus membiarkan rakyat menanggung beban hutang kerana kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan. Saya mencadangkan agar KPKT mewujudkan portal pemantauan projek perumahan yang memaparkan status terkini setiap projek termasuk tarikh siap dan kontraktor yang bertanggungjawab. Ini bukan sahaja meningkatkan ketelusan, tetapi juga memberi keyakinan kepada pembeli bahawa kerajaan serius menyelesaikan masalah ini. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft3:21 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya jemput Yang Berhormat Setiu.

draft3:21 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey. Terima kasih Puan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020100 iaitu keperluan mengutamakan peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf bangunan perniagaan milik PBT.

Di banyak kawasan khususnya di wilayah luar bandar seperti Setiu, kita mempunyai premis-premis perniagaan yang disewakan kepada peniaga-peniaga tempatan, tetapi berada dalam keadaan uzur dan tidak lagi memenuhi standard keselamatan serta keperluan perniagaan masa kini seperti keadaan fizikal bangunan yang sedia daif, bumbung yang bocor, pendawaian yang usang, paip rosak, struktur lama yang tidak diselenggara serta kemudahan asas yang tidak berfungsi.

Dalam keadaan ini, KPKT mesti memberi keutamaan kepada peruntukan bagi pemuliharaan menyeluruh dan pemodenan bangunan-bangunan kepunyaan PBT kerana peniaga kecil juga berhak beroperasi dalam premis yang selamat, terurus dan kondusif.

Seterusnya, di bawah butiran yang sama, berkaitan perubahan mekanisme penyaluran peruntukan bagi empat negeri SG4 yang kini disalurkan kepada ICU ataupun pejabat pembangunan negeri dan tidak disalurkan terus kepada PBT sebagaimana biasa. Perubahan ini telah menambah satu lagi lapisan proses yang berpotensi melambatkan kelulusan, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek di bawah peringkat PBT. Sedangkan PBT merupakan pelaksana utama di lapangan yang paling memahami keperluan setempat. Maka, penyaluran terus kepada PBT adalah lebih efisien, lebih cepat dan lebih telus.

Seterusnya, di bawah butiran yang sama juga, isu yang berkait dengan kadar elaun ahli PBT yang pada masa kini ada yang terlalu rendah di sesetengah kawasan dan bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kewangan PBT masing-masing.

Justeru, apakah KPKT bersetuju dengan cadangan saya untuk menyediakan peruntukan khas bagi elaun PBT agar kadar elaun tersebut tidak lagi sepenuhnya bergantung kepada keupayaan fiskal PBT itu sendiri. Cadangan ini memerlukan peruntukan dana asas daripada kementerian, di samping tambahan daripada PBT.

Seterusnya, berkenaan keperluan untuk menambah kemudahan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di bandar lestari terutamanya di kawasan hotspot jenayah dan kawasan tumpuan awam untuk meningkatkan keselamatan dan pencegahan jenayah secara proaktif.

Butiran 030200 – Perumahan negara.

draft3:26 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Seterusnya butiran ini isu projek perumahan mampu milik. Sehingga kini daerah Setiu masih belum menerima sebarang pembangunan perumahan mampu milik baru di bawah inisiatif seperti Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat (RMR) atau projek berskala PR1MA yang berada dalam bidang seliaan KPKT. Ini menjadikan Setiu daerah yang paling ketinggalan dari segi penyediaan rumah mampu milik di Terengganu.

Maka, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, bilakah kementerian merancang untuk memulakan projek perumahan mampu milik lain di daerah Setiu bagi memastikan rakyat tidak terus tercicir. Seterusnya, di bawah butiran sama mengenai pelaksanaan Program Baik Pulih Rumah di Bandar dan Program Bina Baru Rumah di Bandar bagi tahun 2026. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian.

(i) Berapakah peruntukan membaiki atau bila rumah di bawah Program PBPR dan PBBR bagi setiap Parlimen?

(ii) Apakah kriteria pemilihan peserta untuk program ini?

(iii) Adakah mereka tidak berjaya dalam pemilihan peserta tahun ini, layak secara automatik untuk tahun berikutnya?

Seterusnya Butiran 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Dalam butiran ini iaitu isu pengurusan pepejal dan sampah, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan dasar larangan secara total di seluruh negeri penggunaan pinggan dan cawan polystyrene bagi tujuan pembungkusan makanan dan minuman dengan mengambil kira dua justifikasi utama.

Pertama, dari perspektif kesihatan, bahan kimia seperti styrene yang terdapat dalam bahan polystyrene berpotensi meresap ke dalam makanan dan minuman terutamanya apabila terdedah kepada haba yang boleh membahayakan kesihatan awam dalam jangka masa yang panjang.

Kedua, dari segi kelestarian alam. Polystyrene adalah bahan yang tidak terurai dan mengambil masa ratusan tahun untuk hancur. Justeru, kementerian mesti memimpin usaha pengalihan kepada alternatif yang lebih selamat iaitu pinggan plastik. Selain itu, dicadangkan agar KPKT mengukuhkan sistem pengurusan sisa pepejal negara, beralih kepada model ekonomi kitaran, menggalakkan teknologi waste to resource bagi menukar sisa kepada produk bernilai seperti biodiesel dan palet plastik dikitar semula.

draft3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft3:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang terakhir sekali Pengerusi, merujuk kepada 030100, isu kekurangan jentera dan ketiadaan utiliti.

Banyak jentera kelas dua serta kenderaan seperti van dan bas di balai-balai bomba di seluruh negara sudah terlalu lama dan memerlukan penggantian segera.

Selain itu, di bawah butiran sama, daerah Setiu merupakan sebuah daerah yang mempunyai balai bomba— Daerah Setiu sangat memerlukan sebuah balai bomba tambahan kerana kawasan operasinya terlalu luas dan jaraknya yang jauh antara satu lokasi dengan satu lokasi yang lain. Jika berlaku dua kejadian serentak, balai sedia ada tidak mampu memberi respons dengan pantas.

Tanah di Sungai Tong dan Lembah Bidor milik PTP telah pun dikenal pasti dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sebelum ini telah turut mencadangkan penambahan balai ini. Namun sehingga kini cadangan ini masih belum dimuktamadkan. Sekian, terima kasih.

draft3:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

draft3:30 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Pengerusi. Saya terus ke Butiran 04001 – Penyenggaraan Perumahan. Apabila kita berbicara tentang PPR, kita tidak sedang membincangkan bangunan semata-mata.

Kita sedang berbicara tentang maruah keluarga, tentang peluang hidup yang bermula dari rumah yang selamat dan terurus.

Namun realitinya, penyelenggaraan PPR masih berdepan cabaran yang kronik, lif yang sering rosak, paip bocor, sistem kumbahan yang usang, bumbung bocor dan terkeluar akibat ribut dan retakan struktur yang membimbangkan.

Rungutan ini bukan daripada sehari dua tetapi bertahun-tahun. Negara seperti Singapura melalui HDB telah menunjukkan bahawa penyelenggaraan bukan kerja ad hoc tetapi mesti berjadual.

Berpaksikan data dan mempunyai response time guarantee dengan izin. Lif rosak mesti perbaiki dalam tempoh jam bukan minggu. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya KPKT satu, menambah peruntukan untuk major repair.

Bukan hanya minor maintenance. Kedua, mewujudkan pelan penyelenggaraan PPR berasaskan data. Setiap lif, pam air, dan paip direkodkan prestasinya seperti model Tokyo metropolitan housing. Ketiga, sistem aduan bersepadu dengan SLA jelas. Rakyat tahu bila aduan mereka akan diselesaikan. Ini bukan soal mewah tetapi soal kualiti hidup rakyat B40 yang berhak mendiami perumahan yang selamat, bermaruah dan terurus.

Kedua, Butiran 02101 – Pembangunan Taman Awam. Pengerusi, kita sering menyebut tentang kesihatan mental dan pembinaan komuniti. Tetapi asasnya kembali kepada ruang hijau yang hidup, taman awam yang menjadi tempat anak bermain, ibu bapa bersenam, warga emas berjalan dengan tenang.

Kajian di Seoul, Melbourne dan Copenhagen membuktikan bahawa setiap satu ringgit pelaburan dalam taman awam menjana antara RM4 hingga RM7 nilai sosial melalui pengurangan kos kesihatan, peningkatan interaksi sosial dan penurunan indeks suhu bandar. Namun di negara kita banyak taman awam, lampunya malap, peralatan permainan yang rosak, landskap yang terabai dan tiada susun atur untuk komuniti.

Dengan itu, saya menyarankan KPKT untuk menambah peruntukan pembangunan taman awam terutama taman kejiranan kecil dalam kawasan yang padat.

Kedua, mengadaptasi model neighborhood parks seperti di Jepun. Kecil tetapi lengkap, selamat dan di selenggara berjadual dan mengambil warga emas untuk kerja-kerja sukarela.

Ketiga, memastikan pencahayaan dan CCTV dipasang di taman kritikal bagi keselamatan wanita dan kanak-kanak. Rakyat berhak menikmati ruang hijau yang berkualiti bukan sisa ruang belantara konkrit.

Ketiga, Butiran 32000 – Penyelenggaraan Pembangunan dan Jentera Bomba. Pengerusi, apabila berlaku kebakaran, banjir, tanah runtuh, yang pertama tiba bukan Menteri, bukan YB tetapi anggota bomba. Mereka berlari ke api ketika orang lain melarikan diri. Tetapi malangnya masih ada balai bomba yang tidak di selenggara dengan baik. Termasuk balai bomba Seri Balik Pulau yang saya baru lihat baru-baru ini, bumbungnya terkeluar, bocor dah lama, dah berbulan-bulan. Ini membahayakan anggota serta peralatan. Negara seperti Australia, New Zealand mempunyai emergency facilities renewal fund, satu tabung penyelenggaraan segera untuk balai-balai yang berusia dan berisiko.

Jadi, kita perlu melaksanakan perkara yang sama. Jadi, saya mohon kepada KPKT untuk peruntukan penyelenggaraan segera untuk Balai Bomba Seri Balik Pulau.

Kedua, satu tabung penyelenggaraan kecemasan bagi semua balai bomba berusia 20 tahun ke atas dan audit struktur berkala untuk memastikan balai tidak menjadi beban keselamatan kepada anggota sendiri.

Keempat, Butiran 020400 – PLANMalaysia, 02102 – Pembangunan Landskap dan laluan pejalan kaki. Sebuah bandar yang maju bukan diukur oleh pencakar langitnya tetapi oleh keselamatan pejalan kakinya. Pedestrians extinct, banyak di kawasan negara kita khususnya berhampiran sekolah, pusat komuniti dan perumahan, tiada laluan pejalan kaki yang bersambung, tidak berbumbung, tidak teduh dan tidak mesra OKU.

Kita boleh meneladani Seoul dan Taipei yang membina continues walkway network dengan izin, dengan teduhan pokok. Amsterdam, yang memisahkan laluan basikal dan laluan orang ramai. Jadi, saya cadangkan laluan pejalan kaki yang berterusan tidak terputus-putus, pokok teduh, berselang enam hingga lapan meter untuk menurunkan suhu sehingga tiga Celsius. Ketiga, reka bentuk universal design. Rem mesra OKU, curb tinggi dan pencahayaan selamat.

Keempat, integrasi landskap yang meningkatkan estetika dan ekologi bandar.

Apabila rakyat berjalan dengan selamat, bandar itu hidup. Apabila bandar itu hidup, ekonominya pun berkembang.

Kelima, pengurusan sisa pepejal negara. Di bawah Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal negara yang— saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai keberkesanan usaha KPKT untuk mengurangkan sisa pepejal domestik.

Kita telah melaksanakan pelbagai program melalui PBT dengan sokongan KPKT tetapi sejauh mana, sejauh mana program-program ini benar membuahkan hasil dari segi pengurangan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan.

Saya gulung sebelum Pengerusi sebut saya suruh gulung ya. Selain itu, saya ingin bertanya sama ada KPKT sedang menilai secara serius pelaksanaan sistem Waste-to-Energy (WTE) yang benar-benar mampan dan bersih. Banyak negara maju sudah membuktikan bahawa WTE moden mampu mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan landfill, mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dan menjana tenaga pada masa yang sama.

Adakah KPKT melihat potensi memperluas model WTE ini dengan memastikan ia mengikut standard alam sekitar yang ketat serta mengambil kira dengan masyarakat setempat. Sekian, itu sahaja.

draft3:34 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.

draft3:40 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong doa]* Puan Pengerusi, di bawah Maksud Bekalan 43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pasir Salak ingin menyentuh beberapa isu utama di Parlimen Pasir Salak yang memerlukan tindakan segera dengan peruntukan keseluruhan KPKT mencecah RM6.08 bilion pada tahun 2026. Adalah wajar sebahagiannya disalur kepada kawasan luar bandar yang masih berdepan dengan kekurangan asas pembangunan.

Di Parlimen Pasir Salak, terdapat Majlis Daerah Perak Tengah dan juga Majlis Perbandaran Teluk Intan. Dua-dua Majlis. Baik, untuk 020400 butiran di Perancangan Bandar dan Desa, pertama, Infrastruktur Perbandaran dan Keselamatan Jalan.

Di laluan FT109 dari Kuala Sungai Manik ke Kampung Permatang Pelanduk, masih tiada lampu jalan yang mencukupi. Keadaan gelap ini meningkatkan risiko kemalangan dan jenayah. Pasir Salak memohon kelulusan program 100 lampu jalan LED disalurkan secara prioriti kepada Parlimen Pasir Salak, khususnya di kawasan sekolah, rumah ibadah seperti masjid dan surau dan lorong gelap.

Yang keduanya Butiran 020100 – Kerajaan Tempatan. Elaun Ahli Majlis dan juga elaun Ahli Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Pasir Salak memohon kerajaan melaksanakan tanggungjawab membayar elaun mereka dengan kadar yang sama. Setakat ini kadar elaun mereka adalah berbeza.

Jadi, dengan peruntukan RM127 juta bagi pengurusan RM64.5 juta bagi urusan kerajaan tempatan pada 2026, Pasir Salak mohon pertimbangan kerajaan untuk menyelaraskan elaun Ahli Majlis seluruh negara agar setara dengan skop kerja sebenar kerana kerja dan tanggungjawab mereka adalah sama.

Yang ketiga Butiran 010000 di bawah Pengurusan, sistem lantikan pilihan raya PBT. Pasir Salak berpandangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan tidak perlu dilaksanakan. Lantikan daripada pelbagai kemahiran masyarakat, ahli masyarakat seperti ahli profesional, aktivis komuniti dan teknokrat yang sudah memadai dan lebih menjimatkan kos. Fokus Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan seharusnya kepada penyampaian perkhidmatan, bukan menambah lapisan politik baharu.

Yang keempat Butiran 020400 – Perancangan Bandar dan Desa, bertumpu kepada rumah mampu milik. Petunjuk prestasi KPKT menetapkan 90 peratus penyediaan rumah mampu milik pada 2026. Namun realiti harga rumah hari ini langsung tidak sepadan dengan pendapatan rakyat luar bandar.

Pasir Salak mendesak agar sekurang-kurangnya 500 unit rumah mampu milik dibina di Parlimen Pasir Salak dengan harga antara RM150,000 hingga RM220,000.

Yang kedua, skim sewa beli khas untuk belia, orang kurang upaya dan veteran diperkenalkan dan ketiga deposit pembelian dikurangkan atau ditanggung oleh kerajaan.

Yang kelima, rumah daif dan keperluan khusus. Isu rumah daif di Pasir Salak masih kritikal. Pasir Salak mohon kuota minimum 50 rumah daif setiap tahun dengan proses kelulusan dipendekkan kepada 45 hari khusus bagi warga emas dan ibu tunggal yang tinggal dalam keadaan tidak selamat.

Seterusnya banjir kilat dan parit tersumbat. Di Pekan Langkap dan Chenderong Balai dan juga Kampung Gajah dan beberapa kampung lain berdepan dengan banjir kilat serta parit tersumbat. Di bawah program Pembangunan Kampung Baru di bawah Butiran 020700 yang mempunyai peruntukan RM15.07 juta. Pada 2026, Pasir Salak mohon RM3 juta disalurkan untuk mendalamkan parit utama, membina parit konkrit baharu dan menubuhkan taskforce anti banjir di Perak Tengah dan Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft3:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft3:40 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Pengerusi. Sebelum saya mulakan saya ingin mengalu-alukan kehadiran daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Poly-Tech MARA, Kampus Bangi. Selamat datang ke Parlimen.

[Tepuk] Puan Pengerusi, terima kasih di atas peluang untuk Betong turut serta dalam membahaskan ini di bawah Maksud B dan P.43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Betong memberi tumpuan kepada keperluan untuk memperkukuhkan PBT kecil di luar bandar dan memastikan agihan peruntukan lebih seimbang serta melindungi kesejahteraan komuniti bandar dan luar bandar.

Saya mulakan dengan Butiran B.020200 dan juga P.00500 iaitu Pengurusan Sisa Pepejal. Puan Pengerusi, peruntukan pembangunan sebanyak RM330 juta bagi pengurusan sisa pepejal mencerminkan komitmen kerajaan terhadap kelestarian alam sekitar. Namun bagi PBT yang kecil di luar bandar terutamanya, masih juga berdepan dengan kekangan yang agak ketara iaitu dari segi peralatan, teknologi dan juga kos operasi.

Oleh itu Puan Pengerusi, Betong ingin mendapatkan beberapa penjelasan daripada kementerian. Apakah inisiatif khusus bagi kerajaan untuk dapat membantu pihak berkuasa tempatan kecil bagi melaksanakan teknologi pemprosesan sisa pepejal yang lebih moden tetapi ia nya berskala yang sesuai. Adakah terdapat model waste to energy yang berskala kecil ataupun untuk komuniti yang telah dikenal pasti ataupun diuji untuk kegunaan di luar bandar.

Bolehkah kementerian berkongsi, sekiranya ada penilaian kos operasi supaya PBT ini boleh membuat penentuan berdasarkan data yang kukuh. Dan Betong yakin sokongan teknikal dan garis panduan yang standard akan membantu PBT kecil melaksanakan pendekatan pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan.

Seterusnya, saya pergi Butiran P.00100 iaitu Projek Kecil Di Kawasan PBT.

Puan Pengerusi, peruntukan yang amat besar tahun ini ya, RM600 juta bagi projek- projek kecil di PBT dan saya amat mengalu-alukannya. Namun dengan jumlah yang besar ini mekanisme agihan juga perlu jelas dan adil supaya semua PBT ini akan mendapat manfaat yang setara.

Jadi, justeru Betong ingin bertanya, apakah formula ataupun indikator yang digunakan bagi kita menentukan agihan antara PBT besar dan PBT yang kecil?

Adakah faktor geografi juga serta kos logistik di kawasan luar bandar turut diambil kira? Dan apakah mekanisme pemantauan kementerian untuk memastikan projek- projek kecil di luar bandar ini yang dibiayai benar-benar akan memberi impak kepada komuniti setempat.

Puan Pengerusi, seterusnya Betong menyentuh Butiran P.32000 iaitu Penyelenggaraan Bangunan dan juga Jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Betong juga ingin menyentuh keperluan khususnya di JBPM di Betong sendiri, terutamanya kuarters untuk kakitangan. Adakah terdapat agihan dalam belanjawan ini untuk naik taraf sebab ada permintaan daripada JBPM Betong untuk kuarters yang ada rosak supaya disediakan peruntukan untuk membuat baik pulih dan penyelenggaraan.

Seterusnya, Butiran B.030100 iaitu Bomba dan Penyelamat. Berkaitan dengan ini, saya ingin menyentuh mengenai bomba sukarela. Saya amat setuju dengan rakan saya daripada Baram tadi, memandangkan kekurangan balai-balai bomba di Sarawak. Jadi, bomba sukarela ini amat penting dan juga perlu diperkasakan.

draft3:45 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi, pasukan ini yang sering menjadi respons awal dalam apa-apa situasi kecemasan, terutamanya kebakaran di rumah-rumah panjang di Sarawak dan ia nya amat kita hargai. Jadi oleh itu, Betong ingin mengetahui, apakah bentuk bantuan yang disediakan, sama ada PPE yang lengkap, latihan dan juga bantuan kewangan operasi? Dan saya juga menyeru sekiranya dapat dinaikkan lagi sumbangan untuk elaun bagi bomba sukarela ini supaya mereka dapat meneruskan bantuan bagi membantu balai-balai bomba kita di— terutamanya di kawasan pedalaman.

Tuan Pengerusi, saya bergerak kepada Butiran P.04000 iaitu Program Pembasmian Kemiskinan Bandar sebanyak 72 juta. Di bawah kesejahteraan komuniti, Betong menghargai peruntukan ini bagi kita membasmikan kemiskinan di bandar. Namun, trend kemiskinan bandar kini semakin kompleks dan memerlukan pendekatan yang lebih holistik. Jadi saya ingin bertanya, apakah kaedah agihan peruntukan ini sama ada menggunakan eKasih, PADU ataupun data PBT?

Bagaimanakah kementerian memastikan ia nya bahawa bandar kecil dan pekan turut mengalami kemiskinan tersembunyi, tidak terpinggir daripada agihan ini?

Apakah jenis program utama yang dilaksanakan dalam program ini? Dan saya juga ingin mengetahui, apakah indikator keberhasilan yang diguna pakai untuk memastikan program ini benar-benar mengurangkan beban hidup dan meningkatkan pendapatan kumpulan?

Akhirnya sekali Puan Pengerusi, sekiranya diizinkan iaitu Program Taman MADANI. Program ini merupakan langkah baik untuk kita memperluaskan ruang- ruang hijau dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Namun, penyelenggaraan, keselamatan dan juga akses perlu diberi keutamaan. Jadi, saya mohon pencerahan, apakah kementerian adakah menyediakan panduan reka bentuk standard untuk membantu PBT-PBT kecil? Dan bagaimanakah kementerian memastikan taman yang dibangunkan mempunyai pencahayaan yang baik, mesra OKU dan diselenggara secara berkala? Dan apakah kaedah agihan dana ini kepada PBT?

Penutup Puan Pengerusi, keseluruhan perkara yang dibangkitkan ini bertujuan untuk memastikan peruntukan yang besar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, terutamanya di kawasan yang berkapasiti kecil. Jadi, saya percaya dengan kerjasama yang baik antara kementerian, PBT, kita boleh memastikan pembangunan yang lebih seimbang dan kesejahteraan komuniti yang lebih inklusif.

Sekian, terima kasih. Betong mohon menyokong.

draft3:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

draft3:50 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Tuan Pengerusi. Jeli ingin menumpukan perbahasan ini di Butiran 3000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia. Jeli yakin Kerajaan MADANI sentiasa peka terhadap keperluan menyediakan perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan, terutamanya melibatkan kawasan-kawasan yang jauh dari Balai Bomba dan Penyelamat dan di luar capaian iaitu response time seperti di kawasan Kuala Balah, Jeli.

Komitmen ini adalah selaras dan selari dengan kerangka Strategik Malaysia MADANI di bawah strategi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, teras satu dan meningkatkan keselamatan negara, teras strategi tiga.

Terkait dengan matlamat dan strategi ini, berdasarkan jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri terhadap pertanyaan saya bertarikh 2 November 2023, yang berkait dengan status projek pembinaan BBP Kuala Balah. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan iaitu pada masa itu, Kuala Balah telah mendapat khidmat kebombaan daripada BBP Dabong dengan jarak 21 kilometer yang mengambil masa lebih kurang 21 minit untuk sampai ke kawasan tersebut.

JBPM telah diluluskan projek pembinaan BBP Kuala Balah, Jeli dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling Plan 1 tahun 2021. Walau bagaimanapun, berdasarkan penilaian risiko kebakaran fire cover yang terkini, keperluan semasa di kawasan Kuala Balah, Jeli adalah pembinaan sebuah pos bomba iaitu fire post. Sehubungan dengan itu, Kementerian Ekonomi telah meluluskan untuk meminda skop projek daripada pembinaan sebuah BBP kategori E kepada pembinaan sebuah pos bomba iaitu fire post. Status terkini projek adalah dalam proses penyediaan reka bentuk serta sebut harga di peringkat JBPM dan dijangka selesai dalam masa terdekat. Itu jawapan Yang Berhormat Menteri pada 2 November 2023.

Selanjutnya Tuan Pengerusi, sekali lagi pada 11 Julai 2024 dalam jawapan bertulis terhadap pertanyaan lisan saya terhadap isu yang sama. Yang Berhormat Menteri telah menyatakan iaitu JBPM telah meluluskan pembinaan BBP Kuala Balah dalam RMK12, RP1 tahun 2021. Disebabkan faktor bentuk muka bumi, tapak sedia ada adalah berbukit dan memerlukan kerja-kerja tanah yang melibatkan tempoh masa yang lama dan kos yang tinggi, maka KPKT melalui JBPM telah diluluskan pindaan skop projek oleh agensi pusat daripada pembinaan sebuah balai bomba kategori E kepada pembinaan bomba fire post dengan jumlah peruntukan 1.7 juta.

Status terkini iaitu pada masa itu, perolehan tapak bagi pos bomba telah diselesai melibatkan peruntukan sebanyak RM931,241.36. Soalan saya dan mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, jika itulah keadaannya dan status terkini sepertimana jawapan bertulis Yang Berhormat Menteri pada 11 Julai 2024, kenapakah sehingga ke saat ini sudah lebih setahun tidak nampak ada sebarang petunjuk ataupun tanda-tanda projek ini akan dimulai? Dengan peruntukan yang telah tersedia dan perolehan tapak juga telah selesai, kenapakah ia nya tidak dapat dimulakan atau adakah projek ini telah dibatalkan?

Kalau padi katakan padi, Tidak kami tertampi-tampi; Kalau tak jadi kami mohon biar sampai jadi, Tidak kami rakyat Jeli ternanti-nanti. Pada 17 hari bulan Jun 2025, Free Malaysia Today melaporkan, Timbalan Ketua Pengarah JBPM (Operasi). Dato' Ts. Ahmad Izram bin Osman berkata, “JBPM sedang mengkaji keperluan menubuhkan Balai Bomba dan Penyelamat di sepanjang laluan Jalan Raya Timur Barat bagi mempercepatkan respons dalam situasi kecemasan khususnya kemalangan jalan raya”.

Mengambil iktibar dari insiden kemalangan bas yang melibatkan penuntut UPSI pada 9 Jun 2025 yang lepas, Jeli amat menyambut baik kenyataan itu. Namun berharap, setelah lima bulan berlalu, cukuplah dengan kajian kerana Jeli melihat ia nya amat perlu dan sememangnya adalah merupakan satu keperluan untuk membina sebuah balai bomba di situ. Dan untuk membina sebuah balai bomba di situ adalah kecil dengan peruntukan yang ada berbanding dengan nyawa dan keselamatan pengguna yang lebih besar yang sering kali melalui laluan tersebut.

Tuan Pengerusi, sekian, terima kasih.

draft3:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Ampang.

draft3:52 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum saya mulakan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya yang telah pun dianugerahkan sebagai salah satu Bandar Rendah Karbon 2024 dan pada tahun ini, pengiktirafan di atas 10 bandar paling bahagia pada tahun 2025. Jadi, sila datang ke Ampang.

Kini sebenarnya— terus kepada butiran seterusnya iaitu Butiran 020500 iaitu Komuniti Bandar Mampan. Yang Berhormat Puan Pengerusi, kita lihat di sini di dalam outcome yang dikongsikan, ada tiga perkara penting yang ingin dicapai bawah butiran ini. Yang saya lihat di sini di antaranya adalah untuk memastikan jumlah penghuni yang menerima manfaat projek penyelenggaraan ataupun kos rendah, sebanyak— kalau kita tengokkan telah menurun daripada 2024, 314,000 kepada sekarang 2026, hanya 100,000.

Jadi, soalan saya, sejauh mana peluasan pelaksanaan ini dibuat dan apakah sebenarnya perincian program di bawah butiran yang ada? Ini yang ingin saya bangkitkan di bawah butiran ini.

Dan bagaimana pula kalau kita bercakap tentang penyelenggaraan, bagaimana pula pihak kerajaan menangani bangunan-bangunan strata yang tiada Joint Management Body atau MC, dengan izin? Sebab saya lihat perkara-perkara ini masih lagi belum ditangani dengan baik dan dengan cekap oleh— dan lagi-lagi belum tuntas oleh apa, Pesuruhjaya Perumahan.

Jadi, saya rasakan perkara ini perlu diperbetulkan ataupun diambil cara atau pendekatan yang baik kerana akibatnya saya lihat, banyak pangsa-pangsapuri yang tidak mahu mewujudkan jawatankuasa pengurusan ini, mereka diabaikan begitu sahaja. Dan pihak COB pula tidak mahu ataupun tidak ada kemampuan untuk melantik ejen-ejen pengurusan kerana ejen-ejen pengurusan ini merasakan tidak berbaloi mengambil alih pengurusan di situ. Maka, terabailah bangunan-bangunan strata ini bertahun-tahun lamanya.

Jadi soalan saya, apakah usaha pihak kerajaan bagi memastikan isu kecekapan ini diuruskan sementara menunggu Akta Pengurusan Strata 757 ditambah baik? Ini saya rasa perlu diambil pengetahuan yang lebih, sama ada mungkin akan diwujudkan satu agensi kerajaan itu sendiri yang menjadi ejen pada pengurusan ini. Itu amat-amat dialu-alukan kalau ia dalam perancangan yang sedia ada.

Seterusnya, Butiran 03010 – Bomba dan Penyelamat. Saya lihat kat sini ada penambahan peruntukan.

draft3:57 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Dan kalau kita lihat sebenarnya di Ampang ini Puan Pengerusi, lebih 50 peratus merupakan bangunan perumahan lama, lebih 30 tahun. Malah, kebanyakannya 50 tahun. Jadi, lebih membimbangkan akhir-akhir ini, kalau di Ampang boleh dikatakan setiap bulan ada kebakaran-kebakaran yang berlaku. Dan akibatnya, kebakaran ini total lost yang kita lihatkan amat membimbangkan disebabkan oleh pendawaian, litar pintas dan sebagainya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya tahu bahawa bangunan-bangunan bukan komersial atau kediaman ini adalah dalam tanggungjawab tuan pemilik rumah. Tetapi bagi saya persoalannya, kalau di bawah butiran ini kita tengok ada peningkatan. Apakah ada usaha di bawah program ini nanti mengambil langkah pencegahan awal dan juga advokasi kepada— ataupun assessment tahap keselamatan bangunan-bangunan yang ada?

Saya rasa ini penting. Kalau ini dapat dilakukan di bawah Bomba dan Penyelamat, kita dapati ada satu extension program, dengan izin, kerana kita akan menilai sesuatu kawasan perumahan itu, mana kawasan yang selamat atau mungkin kawasan-kawasan yang perlu diberi tumpuan. Supaya akhirnya, tuan-tuan tanah ataupun tuan-tuan rumah ini akan boleh mengambil langkah-langkah pencegahan yang lebih awal. Tetapi mungkin assessment itu, pada awalnya itu kita boleh peruntukkan daripada bajet kerajaan. Itu persoalannya.

Dan seterusnya, merujuk butiran yang sama 30000 – Pembinaan Bangunan JBPM di Semenanjung Malaysia. Ampang ingin bertanya, bilakah tarikh definite Balai Bomba dan Penyelamat Ampang akan berpindah ke Ukay Perdana daripada Pekan Ampang? Kita dapati balai bomba itu amat kecil dan tidak dapat menampung keperluan yang ada. Jadi, sementara berpindah ke— kalau kata belum ada definite action daripada pihak kementerian, saya harap sangat supaya Jabatan Bomba dan Penyelamat di Pekan Ampang terus diberi perhatian yang serius untuk kebaikan seterusnya.

Akhirnya Dato’ Dr. Pengerusi, saya ingin mengatakan di sini, di bawah Butiran 030400 – Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata. Saya ingin dapati, dapatkan daripada pihak kerajaan, sebenarnya berapa aduan sebenarnya kita dapati dan berapa kes yang telah selesai? Dan saya tengok SOP penyelesaiannya kadang- kadang mendapat ataupun mengambil masa yang begitu lama.

Jadi, siapakah sebenarnya bertanggungjawab ataupun ada tanggungjawab yang diberikan? Kerana kita lihat ada perintah-perintah di bawah tribunal ini yang tidak dilaksanakan. Maknanya, rakyat dah bawa ke tribunal, tribunal dah buat siasatan, dah ada perintah yang perlu dikenakan tetapi akhirnya ia tidak ambil, ditangani dengan tuntas oleh pihak-pihak yang berwajib.

Jadi soalan saya, apakah COB ataupun Pesuruhjaya Bangunan menjadi semak dan imbang dalam perkara ini? Kalau ada, apakah KPKT meletakkan satu tanggungjawab pasti bagi mereka ataupun hanya dalam keadaan orang kata, belum dipolisikan atau menjadi dasar kerajaan.

Dan akhirnya, sikit sahaja lagi iaitu apakah usaha KPKT untuk meletakkan mediator ataupun perunding cara di setiap PBT, terutama dalam menyelesaikan masalah rakyat yang ada? Pertembungan pandangan di antara perkara-perkara di bawah pengurusan strata. Itu sahaja Yang Berhormat Dr. Pengerusi, terima kasih.

draft4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ampang, selanjut dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.

draft4:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang kepada Padang Rengas untuk membahaskan peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Belanjawan 2026.

KPKT ialah kementerian yang secara langsung menyentuh kehidupan rakyat, keselamatan perumahan, kebersihan bandar, pengurusan sampah, peraturan PBT, pembangunan komuniti dan kelestarian bandar. Namun, setelah meneliti Belanjawan Tahun 2026, terdapat beberapa perkara yang menuntut perhatian serius.

Pertama, isu perumahan mampu milik di bawah Butiran B.43, 020200. Dato’ Pengerusi, perumahan mampu milik kekal isu utama rakyat. Walaupun belanjawan memberi komitmen terhadap pembangunan rumah kos rendah dan PR1MA, namun realitinya harga rumah masih tidak selaras dengan gaji rakyat. Pemilikan kali pertama semakin sukar. Projek terbengkalai terus meningkat. Rumah mampu milik tidak mampu dimiliki.

Saya ingin bertanya, apakah reformasi terbaharu KPKT bagi memastikan rumah mampu milik bukan sekadar slogan tetapi benar-benar dapat dibeli oleh rakyat B40 dan M40? Saya juga mencadangkan KPKT mewujudkan local housing dashboard, di mana ia nya merupakan sistem digital yang memaparkan status projek, harga, kuota bumiputera dan kemajuan setiap projek perumahan.

Dato’ Pengerusi, yang kedua, isu penguatkuasaan PBT di bawah Butiran B.43, 020100 – Kerajaan Tempatan. Ini melibatkan isu paling dekat dengan rakyat iaitu gerai kecil dikenakan tindakan keras tetapi kilang besar terlepas. Papan tanda haram berleluasa, masalah sampah dan longkang tidak diselenggara dan pembangunan tanpa kawalan menyebabkan banjir kilat.

Saya ingin bertanya, berapa banyak peruntukan di bawah Butiran 020000 – Persekitaran Bandar Mampan, diperuntukkan untuk meningkatkan kapasiti penguatkuasaan PBT, termasuk peralatan, drone pengawasan dan sistem e- kompaun?

Ketiga, keselamatan kebakaran dan bomba di bawah Butiran B.43, 030100 – Bomba dan Penyelamat. Dato’ Pengerusi, bomba adalah barisan hadapan yang menyelamatkan nyawa tetapi ramai anggota bomba bekerja dengan fasiliti lama dan kekurangan peralatan kritikal. Antara isu penting yang berkaitan dengan bomba;

(i) balai bomba kategori D dan E kurang kenderaan;

(ii) kenderaan water tanker berusia lebih 20 tahun;

(iii) PPE bomba tidak mencukupi; dan

(iv) balai di kawasan luar bandar memerlukan naik taraf segera.

Isu keempat, isu sampah, alam sekitar dan kesihatan awam di bawah Butiran B.43, 020200 – Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan 020300 – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp). Pengurusan sisa pepejal di banyak kawasan masih tidak memuaskan. Antara isu utama kontraktor tidak mematuhi jadual, tong sampah pintar tiada penyelenggaraan, longgokan sampah haram semakin banyak dan estet perumahan baharu tidak diserahkan kepada PBT dalam masa ditetapkan.

KPKT perlu menjelaskan, berapa banyak peruntukan daripada butiran ini diperuntukkan penyelarasan semua kontrak konsesi? Kedua, adakah KPKT bercadang memperkenalkan sistem pemantauan digital real time bagi lori kutipan sampah? Di Padang Rengas sendiri, aduan mengenai sampah di kawasan komersial dan taman perumahan sangat tinggi.

Kelima, infrastruktur bandar dan luar bandar di bawah butiran B.43, 020500 – Kemampanan Bandar dan 030500 – Kesejahteraan Komuniti. Banyak kawasan luar masih ketinggalan dalam akses lampu jalan LED, CCTV keselamatan, laluan pejalan kaki, landskap bandar dan ruang legar mikro. Saya mencadangkan skim infrastruktur tempatan Parlimen (local infrastructure allocation), dengan izin, dengan peruntukan minimum untuk setiap Parlimen luar bandar.

Dato’ Pengerusi, KPKT adalah kementerian yang rakyat sentuh hari-hari.

Belanjawan 2026 di bawah B.43 dan P.43 sepatutnya menekankan;

(i) kecekapan PBT;

(ii) layanan adil kepada peniaga;

(iii) keselamatan bandar;

(iv) kebersihan persekitaran;

(v) infrastruktur bandar lestari;

(vi) pengurusan sampah yang profesional; dan

(vii) perumahan mampu milik yang benar-benar mampu.

Kerajaan tidak boleh lagi membiarkan rakyat menanggung kegagalan PBT sambil syarikat besar mendapat layanan lebih baik daripada rakyat biasa. Keadilan perbandaran mesti dikembalikan kepada rakyat. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft4:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Shah Alam.

draft4:03 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Dato’ Pengerusi, terima kasih di atas peluang untuk turut sama membahaskan peruntukan bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Pertama, Butiran 00100 – Projek Kecil di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Peruntukan sebanyak RM600.2 juta untuk projek kecil di bawah pihak berkuasa tempatan ini bagi saya sangat signifikan.

draft4:09 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Kerana meningkat hampir tujuh kali ganda berbanding dengan tahun sebelumnya. Lalu saya ingin bertanya, apakah keutamaan dan kriteria pemilihan projek di bawah butiran ini? Adakah ia melibatkan peruntukan terus kepada semua PBT secara saksama termasuk PBT kecil dan juga PBT di luar bandar? Adakah mekanisme pemantauan dan penilaian keberkesanan projek ini telah diperkukuh agar tidak hanya ia menjadi projek tampalan jangka pendek yang tidak memberi impak jangka masa yang panjang.

Saya juga ingin mencadangkan supaya sebahagian daripada dana ini diperuntukkan untuk projek komuniti hijau dan lestari seperti taman komuniti, seperti tadahan air hujan dan pencahayaan tenaga solar agar selari dengan agenda pembangunan yang mampan. Dan yang lebih penting Dato’ Pengerusi, berapakah dan berapa banyak-kah projek-projek yang akan dibawa masuk diperuntukkan untuk bandar raya Shah Alam.

Dato’ Pengerusi, Butiran 00400 – Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.

Kemiskinan bandar kini menjadi fenomena yang sangat serius terutamanya di kawasan perumahan pangsapuri kos rendah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Dengan peruntukan baharu RM72 juta, tidak diperuntukkan untuk tahun-tahun sebelumnya. Maknanya ini satu peruntukan yang baru.

Berapa peratus-kah peruntukan ini akan disalurkan secara langsung kepada isi rumah B40 berbanding dengan kos pentadbiran program? Adakah KPKT juga bekerjasama dengan kementerian ekonomi atau agensi seperti YAPEIM, TEKUN, PUNB, untuk membantu golongan miskin bandar menjana pendapatan mereka? Dan adakah program ini disemak semula pasca-pandemik kerana bentuk kemiskinan kini lebih kompleks. Bukan sekadar tiada kerja tetapi juga kos sara hidup yang semakin meningkat, akses kepada pendidikan dan isu kesihatan mental yang semakin meningkat.

Dato’ Pengerusi, Butiran 00500 – Pengurusan Sisa Pepejal. Perbelanjaan bagi pengurusan sisa pepejal berjumlah RM330.2 juta meningkat hampir empat kali ganda berbanding dengan tahun sebelumnya. Satu lonjakan besar yang menimbulkan persoalan. Apakah faktor utama peningkatan ini? Adakah disebabkan oleh kos kontraktor, pembelian aset atau peningkatan kadar pelupusan di tapak land field?

Adakah kementerian sedang beralih daripada sistem kutipan tradisional kepada model waste to energy atau pengasingan di punca iaitu separation at source?

Berapa banyak PBT yang kini melaksanakan pengasingan sisa wajib dan apakah kadar pematuhan oleh isi rumah?

Saya mohon supaya sebahagian dana ini juga digunakan untuk kempen pendidikan komuniti serta insentif kepada penduduk yang mengitar semula bukan semata-mata kepada syarikat konsesi. Dan yang terakhirnya Dato’ Pengerusi, Butiran 04001 – Penyenggaraan Perumahan. Isu penyenggaraan perumahan strata terutamanya PPR dan flat kos rendah, mungkin termasuk juga dengan kos sederhana rendah kekal menjadi masalah yang besar bagi negara kita.

Dengan peruntukan RM143.2 juta, persoalannya berapa banyak daripada jumlah ini digunakan untuk penyenggaraan sebenar seperti lif, paip usang, bumbung, saliran dan beberapa— dan berapakah untuk pengurusan pentadbiran?

Adakah kementerian telah memperkenalkan sistem penarafan penyenggaraan, maintenance rating bagi semua PPR? Supaya rakyat tahu tahap pengurusan bangunan mereka. Dan, yang penting, ini bagi saya Dato’ Pengerusi ialah, adakah kementerian mempertimbangkan penyatuan yuran penyenggaraan dengan bil utilities seperti air dan elektrik yang dikendalikan oleh pihak berkuasa tempatan? Seperti yang diamalkan oleh beberapa negara maju seperti Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun bagi mengatasi masalah yang kita hadapi sekarang ini iaitu-lah masalah tunggakan bayaran.

Cadangan saya mungkin sebahagian peruntukan ini kalau boleh difikirkan, boleh disalurkan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ataupun SARA untuk pemilik kediaman yang memang benar-benar rentan dan menghadapi masalah untuk membayar yuran tersebut. Yang penting pihak JMB ataupun MC tidak terbeban dengan masalah kutipan yuran sehingga menjejaskan kedudukan kewangan dan tanggungjawab mereka untuk menyenggara dan memastikan kediaman yang selesa.

Dato’ Pengerusi, cukuplah Bomba yang padamkan api. Agensi perumahan tak perlulah, tak perlu nak fighting fire tiap-tiap kali berikan peruntukan untuk baiki bumbung, baiki lif dan sebagainya hanya disebabkan oleh penyenggaraan yang tidak dilakukan dengan sempurna oleh pihak JMB kerana masalah kutipan yang mereka sering hadapi.

Dato’ Pengerusi, sebagai akhiran KPKT adalah kementerian yang sangat dekat dengan denyut nadi rakyat. Kerana isu rumah, kebersihan, kemiskinan bandar dan kelestarian kawasan kediaman menyentuh kehidupan seharian setiap warga negara kita. Saya menyeru agar segala peruntukan ini bukan sahaja dibelanjakan, tetapi dihasilkan impak yang nyata, bandar yang bersih, komuniti yang berdaya tahan dan rakyat yang mampu memiliki tempat kediaman yang bermaruah. Sekian, Dato’ Pengerusi. Shah Alam mohon menyokong.

draft4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Langkawi. Silakan.

draft4:10 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato’ Dr. Pengerusi. Terus kepada Butiran 010200, 020500 dan 020100 – Kerajaan Tempatan dan peruntukan sebanyak RM64 juta kepada Kerajaan Tempatan.

Suka saya maklumkan Dato’ Dr. Pengerusi. Langkawi telah pun mendapat awards daripada Top Island Among The Asean Country, Readers Choice Award 2025. Mendapat 92.99 mata, destinasi pelancongan tempat kedua di Asia.

Mengatasi Bali yang mendapat di tempat keenam dengan 89 mata.

Dan Phuket di tempat kesembilan, 84.62 mata. Tapi yang sedihnya, masih ada rakan-rakan dalam Dewan ini yang masih mempertikaikan berhubung dengan kemajuan pelancongan di Pulau Langkawi. Dan kalau kita tengok angka pelancongan yang meningkat dan saya minta kepada Yang Berhormat yang menegur bahawa pelancongan Langkawi ini sudah down, supaya melihat angka- angka ini.

Tapi yang sedihnya, Dato’ Dr. Yang di-Pertua, Langkawi ini agak terpinggir.

Saya kadang-kadang bila saya balik Kedah saya melalui Pulau Pinang dan melihat perkembangan pembangunan di Pulau Pinang itu rasa sakit hati juga. Sebab bila kita balik ke Langkawi, seolah-olah tidak ada apa. Dan berita yang menyedihkan, yang saya cakap selalu, malah semasa saya dilantik menjadi, angkat, lepas angkat sumpah itu, terus bercakap soal anjing liar di Langkawi ini. Saya minta rupa-rupanya perit juga jadi pembangkang ini. Kerana tak ada apa. Tak ada langsung malah, Dato’ Dr. Yang di-Pertua, 8 November lepas, dua minggu lepas, Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 23 tahun.

Bila saya mendapat makluman ini dan semasa saya prepare ucapan ini, air mata saya keluar kerana wanita semuda ini 23 tahun pergi ke Langkawi nak tolong kakaknya jual tudung, dalam perjalanan pulang, melanggar lembu dan jatuh. Pecah kepala, meninggal immediately di tempat yang sama. Selepas itu, kita ingat habislah.

Keluar dalam paper dan sebagainya. Tiba-tiba, seorang polis yang baru sebulan keluar daripada pusat latihan dan dihantar ke Pulau Langkawi. Konstabel Nurul Nabila Huda binti Hairul Azman.

draft4:16 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Semasa pulang daripada balai ke rumah beliau, mengelak daripada anjing liar, terperosok ke dalam longkang. Mati, Dato' Dr. Pengerusi. Mati. Umur berapa, Dato' Dr. Pengerusi? 21 tahun. Yang jual tudung 23 tahun, yang ini 21 tahun.

Saya bawa isu anjing ini berkali-kali sampai orang gelakkan saya bila saya mencadangkan ambil daripada satu pulau di Pulau Langkawi itu supaya dijadikan tempat untuk membela anjing-anjing liar ini. Mereka ketawa kepada saya. Saya tahu masalah di Langkawi itu kerana orang-orang kampung tak mahu diletakkan pusat untuk anjing liar ini di Pulau Langkawi.

Sebab itu saya cadangkan ambillah pulau lain, adakan tempat yang lebih lengkap sepertimana cat island di Jepun. Adakan tempat makmal, adakan tempat research center dan ada NGO-NGO yang sanggup pergi ke sana. Tapi, apakan daya, kami pembangkang, langsung tak dilihat. Tempat yang sama yang saya pergi melawat yang diuruskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Langkawi, yang itulah sampai sekarang satu tempat yang kecil disumbat dengan 800 ekor anjing.

Dato' Dr. Yang di-Pertua, kalau rakan-rakan Parlimen membaca pada hari ini, anak yang berumur dua tahun...

[Sambil menunjukkan sekeping kertas] Anak kepada pasangan daripada Rusia.

draft4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Dato' Yang di-Pertua. Langkawi, boleh celah?

draft4:20 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Anak kepada...

draft4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Langkawi...

draft4:20 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Bapa yang bernama Nikita, 32 tahun. Anaknya Vladimir, ibunya Olga, 32 tahun, disengat obor- obor kotak.

draft4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Langkawi, pencelahan.

draft4:20 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Box jellyfish.

draft4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Pencelahan.

draft4:20 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Box jellyfish ini, kalau Dato’ Dr. Yang di-Pertua baca, dia punya sengat itu― ini di tepi pantai, bukan di tengah laut. Ini di tepi pantai. Anak dua tahun nak boleh pergi ke mana?

draft4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Langkawi, pencelahan.

draft4:20 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Meninggal dunia.

draft4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Langkawi.

draft4:20 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Dia meninggal dunia, Dato’ Dr. Yang di-Pertua, dan berita ini tentu sekali akan keluar daripada Langkawi, sedang masuk dalam blog-blog. Sebab itu kita katakan dari dulu, bagilah duit sedikit untuk Pulau Langkawi mengadakan sekurang-kurangnya security net ataupun perbanyakkan kakitangan di PBT.

draft4:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Langkawi, pencelahan.

draft4:20 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Kakitangan- kakitangan ini diperlukan. Majlis Perbandaran Pulau Langkawi, saya tahu mereka tak cukup staf. Sepanjang Pantai Chenang itu nak kena dikawal, Dato' Yang di-Pertua.

Langkawi, Port Dickson, Sabah di Kota Kinabalu, perairan pantai Kedah dan Perlis, ini tempat jellybox...

draft4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Langkawi, gulung dalam satu minit.

draft4:20 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Saya nak masuk sedikit soal sampah. Terima kasih kepada Pejabat Daerah Langkawi khususnya Tuan Pegawai Daerah, Tuan Subhi dan juga Majlis Perbandaran Langkawi, Tuan Hamri yang sentiasa buat gotong-royong. Dan kita tahu fiil orang-orang kita ini, Dato’ Dr., bila buat gotong-royong, hanya pegawai sahaja yang turun gotong-royong.

Orang-orang kampung sanggup duduk dalam rumah bagi arahan cuci longkang itu, cuci pokok ini. Mereka tak participate sekali. Dan saya minta kalau boleh KPKT, Timbalan Menterinya ada di sini, berikanlah penerangan-penerangan kepada orang kampung apabila agensi-agensi kerajaan mengadakan gotong- royong, participate-lah, please. Jangan biar pegawai-pegawai ini sahaja yang mencuci. Khususnya bila ada aedes dan sebagainya. DO kutip tong kosong. Yang di-Pertua Majlis Perbandaran mengutip plastik-plastik kosong.

draft4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 saat, saya tutup.

draft4:20 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Educate them, please, dengan izin. Terima kasih, Dato’ Dr. Yang di-Pertua.

draft4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bakri.

draft4:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Dato' Dr. Pengerusi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan pelajar-pelajar dan pensyarah daripada Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Shah Alam...

[Tepuk] Semoga lawatan ini memberikan manfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Dato' Dr. Pengerusi, Butiran 01402 – Kajian dan Penyelidikan Perumahan.

Saya ingin membawa satu isu berkaitan dengan perkembangan RUU Kediaman Sewa (RTA). Saya menghargai usaha kementerian melalui sembilan sesi libat urus yang telah dijalankan bersama-sama dengan kerajaan negeri, NGO, pemaju hartanah dan pelbagai pihak berkepentingan. Bagaimanapun, setelah lebih lima tahun perbincangan dan rundingan, kita lihat hanya sembilan sesi libat urus sahaja dan masih belum melihat apa-apa garis masa yang jelas berkenaan bilakah RTA akan dibentangkan.

Dalam tempoh yang sama, realiti yang berlaku di lapangan semakin membimbangkan iaitu pertama, kadar sewa semakin meningkat secara mendadak.

Kedua, penyewa tidak mempunyai perlindungan undang-undang yang efektif.

Ketiga, tuan rumah terpaksa berdepan dengan risiko kerugian akibat tunggakan atau kerosakan dan keempat, mekanisme penyelesaian pertikaian yang biasanya mengambil masa yang sangat panjang dan membebankan.

Dato' Pengerusi, kelewatan menggubal undang-undang ini telah memberikan kesan yang teruk kepada jutaan penyewa dan tuan rumah di negara kita. Trend beberapa tahun kebelakangan ini telah menunjukkan bahawa kadar sewa kediaman meningkat dengan ketara.

Laporan Malaysia Home Rental Index oleh Juwai IQI melaporkan bahawa purata sewa kediaman di Malaysia meningkat sekitar 5.5 peratus pada tahun 2023 dan terus naik hampir tiga peratus lagi secara tahun ke tahun pada tahun 2024 dengan purata sewa sekitar RM1,900 hingga RM2,000 sebulan, manakala di Kuala Lumpur mencecah lebih kurang RM2,800 hingga RM3,000 sebulan, jauh lebih tinggi daripada purata kebangsaan.

Ini bermakna nisbah pendapatan rakyat yang terpaksa digunakan untuk membayar sewa semakin besar, lalu memberikan tekanan yang amat berat kepada belia, graduan baru bekerja, pasangan muda serta keluarga B40 dan M40 khususnya yang menetap di bandar-bandar utama.

Dato' Dr. Pengerusi, saya ingin membawa cadangan supaya RTA ini juga merujuk kepada Indeks Rujukan Sewa (IRL) atas sebab-sebab yang berikut― Pertama, melindungi penyewa daripada kenaikan melampau, iaitu di negara kita, tidak jarang kita dengar di mana ada kes kenaikan sewa antara 20 hingga 40 peratus dalam apabila menjalankan sesuatu pembaharuan kontrak atau perjanjian sewa tanpa diberikan apa-apa justifikasi. Maka, IRL ini dapat menyediakan satu mekanisme kenaikan sewa mengikut inflasi sebenar tetapi bukan ikut suka hati mana-mana pihak perjanjian.

Kedua, menstabilkan perancangan kewangan isi rumah. Dalam jawapan yang diberikan oleh kementerian― kebetulan berlaku pada hari ini, pagi tadi― iaitu notis kenaikan sewa akan dimasukkan ya, dikehendaki menjadi satu syarat dalam draf RTA dan ia merupakan salah satu prosedur.

draft4:25 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bagi saya perkara ini atau prosedur ini tidak menghalang ya kenaikan secara mendadak yang mengejutkan penyewa dan secara tidak langsung atau telah merupakan sesuatu pendekatan untuk memaksa penyewa untuk berpindah. Maka apabila diimplementasikan IRL ini, perkara ini dapat dikurangkan atau diatasi.

Ketiga, ia dapat menangani pasaran sewa yang tidak seragam di mana kadar sewa Malaysia sangat tidak konsisten di antara bandar, malah antara kawasan yang berbeza dalam bandar yang sama. Maka IRL dapat menyediakan satu rujukan objektif untuk menyelaraskan pasaran.

Keempat, dapat mengelakkan spekulasi sewaan. Negara seperti Perancis dan Jerman telah memperkenalkan IRL untuk menangani housing displacement dengan izin dan kenaikan sewa agresif yang menolak golongan belia keluar daripada pusat bandar. Tanpa IRL atau mekanisme yang setara, penyewa tidak akan menikmati perlindungan sebenar walaupun RTA akan diluluskan.

Dato' Dr. Pengerusi, sekali lagi saya ingin menggesa supaya kerajaan memberikan satu garis masa yang jelas berkenaan dengan pembentangan RTA, bukan lagi sekadar sedang dikaji ataupun akan dimuktamadkan. Rakyat sudah muak dengan jawapan-jawapan seperti ini. Jadi, saya harap kerajaan memberikan jawapan yang jelas, bilakah RTA akan dibentangkan.

Dato' Dr. Pengerusi, rakyat sudah terlalu lama menunggu. RTA bukan sekadar undang-undang teknikal tetapi ia merupakan sesuatu undang-undang untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

Dato' Dr. Pengerusi, isu yang kedua berkenaan dengan dasar adalah satu isu yang beberapa kali saya telah timbulkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu berkenaan dengan sama ada kerajaan atau pihak kementerian bersedia untuk menyekat sepenuhnya, menyekat sama sekali aktiviti sub jualan iaitu sub sale kepada perumahan-perumahan awam.

Di mana sekarang kita lihat— saya memang akui dan berterima kasih kepada usaha pihak kerajaan untuk membantu golongan belia dalam memiliki sesebuah rumah. Malah kita perlu faham satu hakikat bahawa permintaan terhadap rumah mampu milik ataupun rumah awam ini sentiasa jauh lebih daripada tawaran.

Bagaimanakah kerajaan ingin menyelesaikan isu ini? Saya jangka kerajaan akan bagi tahu bahawa sekarang ini jual beli rumah awam atau jual beli rumah mampu milik ini akan disekat untuk lima tahun yang pertama.

Dato' Dr. Pengerusi, penyekatan untuk lima tahun pertama ini sebenarnya tidak mencukupi untuk mengawal aktiviti spekulasi rumah awam. Maka, saya telah beberapa kali mencadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya kerajaan menyekat sama sekali apa-apa aktiviti sub jualan rumah mampu milik ini, supaya kita dapat menyekat sepenuhnya aktiviti spekulasi rumah mampu milik. Dan apa-apa jualan atau apa-apa sub jualan transaksi berkenaan dengan rumah mampu milik yang ingin dijual, hanya boleh dijalankan melalui agensi kerajaan.

draft4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft4:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Dato' Pengerusi, isu perumahan ini merupakan satu isu yang begitu penting dan begitu dekat dalam hati rakyat. Maka saya berharap pihak kerajaan berani dan perlu membuat reformasi dalam terutamanya agihan rumah mampu milik ini supaya rumah akan diberikan kepada golongan yang betul-betul memerlukannya. Sekian, terima kasih.

draft4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Pembahas yang terakhir, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.

draft4:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk membahas bagi Kementerian KPKT. Satu perkara saja yang ingin, dua perkara berkenaan Butiran 020100 berkenaan Kerajaan Tempatan, juga 00900 berkenaan Kajian-kajian KPKT.

Di sini Tuan Pengerusi, apa yang ingin saya timbulkan adalah sama ada— isu ini pernah ditimbulkan sebelum ini oleh beberapa rakan saya di Dewan yang mulia ini iaitu berkenaan dengan soal pilihan raya kerajaan tempatan ataupun dengan izin Tuan Pengerusi the third vote, sama ada ia nya wajar dikembalikan semula bagi pihak berkuasa tempatan yang merangkumi jawatan datuk bandar serta ahli majlis negeri.

Dato' Pengerusi, perkara ini telah timbul berikutan apa yang telah pun berlaku baru-baru ini yang melibatkan penamatan tugas Datuk Bandar Kuala Lumpur atau bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu Dato' Seri Maimunah Mohd Sharif sebagai Datuk Bandar DBKL dan pelantikan semula beliau ke PETRONAS.

Saya mengambil maklum bahawa Dato' Seri Maimunah tersebut merupakan seorang individu yang sesuai untuk memegang jawatan Datuk Bandar DBKL berdasarkan latar belakang pendidikan dan pengalaman beliau dan pengalaman profesional beliau. Dari segi kelayakan akademik, beliau memperoleh ijazah dalam Perancangan Bandar dari Cardiff University dan masters dalam bidang tersebut. Dari segi pengalaman kerja pula, beliau memulakan kerjaya sebagai Perancang Bandar di Majlis Perbandaran Pulau Pinang pada tahun 1985 sebelum menaiki hierarki perkhidmatan sehingga dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Perancangan pada 2003.

Secara ringkas, meneliti rekod pencapaian beliau dari sudut kewangan, DBKL telah mencatatkan surplus sebanyak RM27.6 juta selepas merekodkan defisit RM75.3 juta pada tahun 2023 dan RM283 juta pada tahun 2022. Peningkatan ini jelas mencerminkan kepimpinan yang berkesan khususnya melalui amalan tadbir urus kewangan yang lebih mantap serta pengurusan perbelanjaan yang teratur dan berhemat.

Maka persoalan yang wajar ditimbulkan di sini adalah mengapakah secara tiba-tiba Datuk Bandar tersebut tanpa sebarang dakwaan salah laku ataupun kontroversi ditamatkan perkhidmatannya? Adakah ini berpunca daripada usaha tegas beliau menyiasat salah laku rasuah dalam projek-projek yang melibatkan DBKL seperti yang telah pun dilaporkan pada 28 Januari tahun ini di dalam talian New Straits Times, di mana DBKL telah pun memulakan siasatan dalaman terhadap salah laku seorang ahli lembaga penasihat berhubung pemberian projek bernilai RM4 juta.

Walaupun siasatan SPRM tidak menemui unsur jenayah, SPRM mengesahkan wujud beberapa kelemahan dari segi garis panduan perolehan.

Justeru itu, seorang seperti Datuk Bandar seperti Dato' Seri Maimunah merupakan seorang yang sesuai untuk memegang jawatan ini.

Dalam isu-isu yang timbul akibat perkembangan tersebut adakah kerajaan ataupun KPKT, kementerian, bersedia untuk mengkaji semula keperluan pilihan raya kerajaan tempatan memandangkan kejadian-kejadian ini boleh berlaku, supaya kita mempunyai satu sistem atau proses yang lebih telus dalam pemilihan Datuk Bandar dan juga penamatan tugas Datuk Bandar tersebut.

draft4:35 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jika pilihan raya kerajaan tempatan tidak dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat, adalah satu yang kita harus mengusahakan dalam tempoh masa panjang. Maka, saya mencadangkan Tuan Pengerusi, dalam tempoh masa terdekat kita melaksanakan jaminan tempoh perkhidmatan atau, dengan izin, security of tenure bagi Datuk Bandar sama ada yang dipilih mahupun yang dilantik.

Langkah ini penting bagi memastikan seseorang yang memegang jawatan tidak boleh diberhentikan tanpa melalui proses sewajarnya, dengan izin, without first going through due process. Adalah juga penting Tuan Pengerusi, untuk satu mekanisme yang spesifik dan tertentu diperkenalkan seperti tribunal bagi pemecatan ataupun penamatan tugas Datuk Bandar.

Tribunal ini juga sepatutnya diperkenalkan untuk mengelakkan menamatkan kerja secara arbitrary. Jadi, itu sahaja persoalan saya, Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya kepada kementerian, sama ada kajian-kajian sewajarnya akan diambil dalam masa yang terdekat berkenaan isu ini? Thank you very much. Sekian, terima kasih.

draft4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Baik, sekarang tiba giliran Menteri menjawab selepas 27 orang Ahli berbahas. Dengan ini, saya mempersilakan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjawab, 30 minit.

draft4:40 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

*Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong ayat al-Quran]* Dato’ Dr.

Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga selaku Menteri Kewangan dan Kerajaan MADANI yang telah pun memperuntukkan sejumlah RM6.088 bilion kepada KPKT di bawah Belanjawan MADANI ke-empat tahun 2026, merangkumi RM2.071 bilion perbelanjaan mengurus dan RM4.016 bilion perbelanjaan pembangunan.

Kita boleh menyaksikan di situ bahawa terdapat peningkatan sejumlah 2.6 peratus ataupun bersamaan dengan RM154.4 juta tambahan berbanding peruntukan tahun 2025 sebanyak RM5.934 bilion.

Dato’ Dr. Pengerusi, kerangka besar Ekonomi MADANI adalah untuk rakyat memastikan kita mempunyai kemampuan menyediakan kemudahan untuk rakyat mencipta pekerjaan, menjana pendapatan dan meringankan kos sara hidup.

Semestinya penting untuk kita memaknai tema Belanjawan MADANI Keempat iaitu Belanjawan Rakyat khususnya, seusai keberanian kita melaksanakan reformasi.

Maka, kini tiba masanya untuk kita memulangkan hasil kembali kepada rakyat.

Selaku belanjawan sulung yang membuka kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13, Belanjawan 2026 ini telah menetapkan sembilan tekad utama berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI iaitu pertama, menaikkan siling pertumbuhan negara. Kedua, menaikkan lantai taraf hidup rakyat serta tata kelola yang baik dan ketiga adalah reformasi sektor awam.

Dato’ Dr. Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kepada 27 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian membahas perkara-perkara di bawah KPKT di peringkat jawatankuasa. Izinkan saya untuk menjawabnya satu persatu. Saya mohon izin Dato’ Dr. Pengerusi untuk tiada celahan bagi menumpukan saya memberi respons kepada soalan-soalan yang dibangkitkan. Andai pun ada soalan-soalan baru daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian, bolehlah mengemukakan kepada kami secara bertulis ataupun bawa ke Kamar Khas.

draft4:42 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, silakan.

draft4:42 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Merujuk kepada soalan Ahli Yang Berhormat Kota Melaka berkaitan dengan beberapa isu, termasuk projek terbengkalai. Untuk makluman Dato’ Dr. Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perumahan Negara telah diberikan peruntukan pembangunan di bawah Butiran Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai ataupun P.43, 01604001001 setiap tahun yang digunakan untuk memulihkan projek perumahan swasta terbengkalai sehingga memperoleh sijil perakuan siap dan pematuhan CCC.

Bagi tujuan pemulihan projek ini, kriteria pemilihan projek terbengkalai yang dibenarkan menggunakan dana kerajaan adalah sepertimana berikut;

(i) ia adalah rumah mampu milik yang berharga RM300 ke bawah;

(ii) pembeli telah pun melebihi 50 peratus unit yang telah pun dilesenkan; dan

(iii) kemajuan fizikal projek melebihi 70 peratus.

Sehingga 20 November 2025, kementerian telah pun membelanjakan sebanyak RM267,508,779.48 sebagai suntikan untuk membantu memulihkan projek perumahan terbengkalai berdasarkan kriteria yang telah pun disebutkan tadi. Untuk tahun 2025, kementerian ini telah menerima sejumlah RM28.05 juta peruntukan pembangunan untuk tujuan pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai.

Dan setakat ini, sebanyak RM27,665,305.05 telah pun dibelanjakan. Untuk tahun 2026, kementerian ini telah pun menerima sebanyak RM25,840,000 peruntukan pembangunan bagi memulihkan. Tadi Yang Berhormat bertanya berapa banyak yang boleh dipulihkan. Bagi memulihkan sembilan projek perumahan swasta yang terbengkalai yang telah pun dikenal pasti, yang berpotensi untuk dipulihkan.

Pemulihan projek-projek terbengkalai ini rata-ratanya mengambil masa di antara satu hingga lima tahun berdasarkan kepada complexity dan keunikan isu masing-masing. Pelaksanaan pemulihan projek ini akan melibatkan pelantikan agensi pelaksana daripada lembaga-lembaga perumahan negeri serta pelantikan perunding yang akan menyiapkan projek sehingga memperoleh sijil penyiapan dan juga pematuhan.

Berkaitan dengan skim beli Rent To Own Dato’ Dr. Pengerusi, kementerian melaksanakan Skim Sewa Untuk Beli (Rent To Own – RTO) khasnya bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di bawah seliaan KPKT. Untuk makluman Dato’ Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat, skim RTO bagi PPR di bawah seliaan KPKT terdapat di tujuh negeri iaitu Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Namun, sebagai usaha penambahbaikan, kementerian sedang meneliti inisiatif dengan pihak-pihak berkepentingan, termasuklah kerajaan negeri serta sektor perbankan dan kewangan untuk menambahbaikkan skim RTO sedia ada.

Kementerian juga sedang giat meneroka ruang kerjasama dengan institusi kewangan bagi mencari alternatif dan inisiatif pembiayaan yang bersesuaian, termasuklah cadangan perluasan pelaksanaan skim RTO ini bagi memastikan rakyat mendapat akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki.

Berhubung dengan bina kemudian jual. Kerajaan melalui Dasar Perumahan Negara menggalakkan konsep pembinaan secara bina kemudian jual, 10:90 bagi pemajuan perumahan swasta. Melalui kaedah pembinaan bina kemudian jual ini, pemaju akan mengenakan 10 peratus wang pendahuluan daripada harga jualan kepada pembeli manakala, baki 90 peratus pula akan dikenakan setelah rumah tersebut siap dengan sijil perakuan siap dan pematuhan CCC serta penyerahan milikan kosong (BP).

Bagi pelaksanaan kaedah ini, Akta Kemajuan Perumahan Kawalan Pelesenan 1966 ataupun Akta 118 dan peraturan-peraturan telah pun memperuntukkan Jadual I dan J iaitu perjanjian jual beli bagi pembinaan pemajuan perumahan secara bina kemudian jual 10:90. Oleh kerana konsep BKJ ini memerlukan pemajuan mempunyai pemaju mempunyai sumber kewangan, keupayaan kewangan yang kukuh bagi melaksanakan projek, maka pada masa ini kerajaan hanya menggalakkan pemaju-pemaju yang bersedia untuk melaksanakan konsep ini secara sukarela.

Ini kerana sekiranya pelaksanaan bina kemudian jual ini dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa tempoh peralihan sewajarnya Dato’ Dr. Pengerusi, adalah dikhuatiri ia akan menjejaskan industri perumahan dan anggaran lebih kurang 200 rakan strategik industri yang berkaitan juga seterusnya akan terjejas dan merencatkan lagi usaha kita untuk mencapai sasaran penyediaan 1 juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun.

Dalam merealisasikan hasrat ini, kementerian sedang melaksanakan kajian dan pindaan terhadap Akta 118 yang akan turut meneliti pelaksanaan bina dan kemudian jual. Ini kerana pelaksanaan BKJ secara perkongsian risiko wajar diperincikan dengan penglibatan pihak bank, pemaju dan sokongan kerajaan, khususnya dalam penyediaan rumah mampu milik.

Dengan pendekatan ini, risiko projek sakit dan terbengkalai dapat kita minimumkan dan keyakinan pembeli dapat kita tingkatkan. Manakala, agenda perumahan mampu milik dalam Rancangan Malaysia Ke-13 akan dapat dicapai secara lebih mampan dan secara lebih inklusif.

Berkaitan dengan perlindungan pembeli rumah di bawah Akta 118, untuk makluman Dewan dan Ahli Yang Berhormat, mengambil kira pelbagai cabaran dan isu dalam industri perumahan, kementerian sedang memperhalusi dan mengkaji Akta 118 ini. Kajian ini bertujuan untuk memperkasakan lagi tadbir urus dan pengurusan pemajuan perumahan yang efisyen, memastikan hak dan kepentingan pembeli rumah terpelihara, selain memudah cara pemajuan perumahan swasta ke arah kelestarian sektor dan juga industri perumahan.

draft4:42 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Kementerian pada masa yang sama memberi kebebasan kepada pemaju sekiranya hendak menyediakan insentif yang boleh menarik pembeli untuk memiliki hartanah yang ditawarkan oleh pemaju. Namun pada masa yang sama mestilah mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Walaubagaimanapun, sekiranya pemaju membuat apa-apa pernyataan yang mengelirukan representasi atau perihal palsu, ia adalah satu kesalahan dan pemaju boleh dikenakan kompaun sekiranya melanggar peruntukan-peruntukan ini.

Untuk makluman Dato’ Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat juga, pada masa ini perkara-perkara yang termaktub dalam spesifikasi perlu dimasukkan ataupun diperincikan di dalam perjanjian jual beli untuk pengetahuan pembeli.

Melalui PJB ini pembeli boleh menyemak spesifikasi perumahan dan sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan. Maka pembeli bolehlah membawa perkara itu kepada mahkamah ataupun juga pihak tribunal.

Satu tempoh tanggungan kecacatan atau defect liability period turut ditetapkan di mana ia merupakan tempoh yang diperuntukkan selepas penyerahan projek kepada pembeli dan pemaju wajib bertanggungjawab memperbaiki kecacatan ataupun membetulkan kerja-kerja mungkin tidak memenuhi spesifikasi yang telah pun dinyatakan di dalam kontrak PJB.

Tempoh DLP ini yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli Dato’ Dr.

Pengerusi adalah selama 24 bulan. Namun sekiranya terdapat juga sebarang pertikaian di antara pembeli dan juga pemaju termasuk kegagalan pemaju memenuhi sebahagian daripada terma dalam PJB, kes bolehlah difailkan di tribunal tuntutan pembeli perumahan.

Berkaitan dengan penguatkuasaan ke atas perumahan swasta terbengkalai Dato’ Dr. Pengerusi, melalui peruntukan di bawah seksyen 11(1)(CA) Akta 118, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh mengesahkan bahawa sesuatu projek adalah projek terbengkalai apabila sesuatu projek tidak disiapkan dalam atau luar tempoh perjanjian jual beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama lebih kurang enam secara berterusan.

Apabila sesuatu projek telah pun disahkan sebagai terbengkalai, kementerian mengambil tindakan proaktif dengan menyenaraihitamkan pemaju perumahan dan ahli lembaga pengarah syarikat yang terlibat dengan projek terbengkalai. Dan setelah mereka disenaraihitamkan pihak tersebut akan disekat daripada memohon sebarang lesen pemajuan baharu dan akaun pemajuan HDA mereka juga akan dibekukan. Di samping melaksanakan tindakan sedia ada, kementerian juga sedang memperhalusi yang sepertimana yang saya sebut tadi Akta 118.

Seterusnya, Dato’ Dr. Pengerusi, Hulu Selangor tak ada. Saya berikan jawapan kepada yang ada dulu di dalam.

draft4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri boleh minta sedikit penjelasan.

draft4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Saya telah buat petua tidak ada pencelahan. Duduk Yang Berhormat.

draft4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tak ada pencelahan.

draft4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Tidak ada.

draft4:50 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Hulu Selangor.

draft4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dan Yang Berhormat, jika ada apa-apa soalan boleh acukan secara bertulis dan Menteri telah memberi jaminan akan menjawab soalan tersebut. Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dato’ Dr.

Pengerusi, Hulu Selangor tiada di dalam Dewan. Saya boleh skip?

draft4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ya?

draft4:50 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Hulu Selangor yang mengambil bahagian tidak ada di dalam Dewan.

draft4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Jika tidak ada di dalam, terpulang kepada Yang Berhormat Menteri nak menjawab atau tidak.

draft4:50 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Okey, saya skip dulu Dato’ Pengerusi. Saya berikan, Miri ada? Kita berikan kepada Miri dulu Dato’ Pengerusi.

Berkaitan dengan Yang Berhormat Miri ada bertanya tentang adakah mempunyai insentif kepada syarikat swasta yang membantu pemadaman kebakaran.

Untuk makluman Dato’ Dr. Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa menghargai penglibatan agensi swasta dan orang awam yang membantu dalam melancarkan urusan-urusan penyelamatan dan juga pemadaman kebakaran.

Sijil penghargaan dan pingat kebesaran jabatan merupakan penghargaan yang diberikan sebagai menghargai usaha dan pengorbanan yang telah pun dihulurkan. Manakala majlis penghargaan ini dilaksanakan secara tahunan untuk memberikan penghargaan kepada orang-orang awam dan agensi-agensi yang mengambil bahagian.

Berkaitan dengan elaun khas ataupun bantuan kepada pasukan bomba semasa mereka bertugas di tempat kejadian. Dato’ Dr. Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat pada masa kini anggota bomba diberikan elaun Bantuan Insentif Bomba

(BIB) sebanyak RM110 sehingga RM220 sebulan kepada anggota yang bertugas mengikut syif.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga mempunyai peruntukan untuk menyediakan bekalan makanan bagi pegawai bomba untuk operasi yang melebihi empat jam. Kementerian menghargai sumbangan makanan yang selalunya dihulurkan oleh rakan-rakan komuniti dan juga pihak korporat dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat apabila berlaku nya insiden-insiden kecemasan di dalam kawasan masing-masing. Maka teruslah memberikan kecaknaan itu dan membantu bersama- sama.

Dari hal isu program perumahan rakyat di Parlimen Miri. Dato’ Dr. Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, projek PPR dan PRR yang dibina untuk membantu golongan sasar berpendapatan rendah B40, terkini sebanyak 12 projek melibatkan 5,452 unit rumah telah pun diluluskan pelaksanaannya di negeri Sarawak.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 projek merangkumi 4,791 unit rumah telah pun siap dibina dan ada dua projek dengan 661 unit lagi dalam perancangan juga di seluruh Sarawak.

Untuk makluman, terdapat satu PPR dimiliki iaitu PPR Lambir melibatkan 505 unit yang telah pun siap pada tahun 2015 di bahagian Miri, namun terlibat di Parlimen Sibuti. Kementerian sentiasa terbuka untuk menerima cadangan permohonan pelaksanaan PRR baharu daripada pihak kerajaan negeri ataupun pemajuan swasta.

Dan merujuk kepada pelaksanaan PRR baharu di Miri, kementerian ini telah pun menetapkan bahawa keutamaan pelaksanaan projek adalah bagi tapak yang telah pun disediakan secara percuma ataupun dengan kadar premium nominal oleh pihak kerajaan negeri. Maka saya suka mencadangkan agar Ahli-ahli Yang Berhormat berbincang sama dengan pihak kerajaan negeri.

Permohonan bolehlah dikemukakan melalui kerajaan negeri dan kerajaan negeri hendaklah memastikan tapak yang dicadangkan bagi projek tersebut terletak di lokasi yang sesuai dan strategik. Selesai urusan semua tentang hak milik tanah diberikan secara percuma kepada KPKT mempunyai keadaan fizikal tanah baik serta bebas daripada sebarang bebanan tapak.

Tertakluk kepada hasil penilaian tapak cadangan tersebut KPKT akan mengemukakan permohonan pelaksanaan projek PRR baharu kepada Kementerian Ekonomi dan kelulusan pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada pertimbangan kerajaan dan juga kedudukan kewangan kerajaan.

Seterusnya, ditanyakan berkaitan dengan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar di Miri. Program Pembasmian Kemiskinan Bandar ataupun PPKB yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah merangkumi program baik pulih rumah di bandar, program bina baharu rumah di bandar dan juga program pemerkasaan ekonomi komuniti bandar.

PPKB adalah bertujuan untuk menyediakan kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni serta meningkatkan kemahiran kumpulan sasar bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui perniagaan bagi meningkatkan kualiti kehidupan komuniti bandar yang hidup dalam serba kekurangan. Kadar bantuan untuk program baik pulih rumah adalah sebanyak RM20,000 dan kadar bantuan untuk program bina baharu rumah di bandar adalah sebanyak RM90,000.

Bagi tahun 2025, Majlis Bandaraya Miri telah pun menerima kelulusan untuk program baik pulih rumah di bandar bagi lima ketua isi rumah dengan jumlah peruntukan bernilai RM100,000. Manakala, bagi tahun 2026, negeri Sarawak telah pun diperuntukkan sejumlah RM8.06 juta bagi program baik pulih rumah di bandar yang akan memberi manfaat kepada 403 ketua isi rumah dan peruntukan sebanyak RM2.7 juta bagi program bina baharu rumah di bandar yang akan memberi manfaat kepada 30 ketua isi rumah. PBT-PBT di negeri Sarawak dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan bagi kedua-dua program tersebut di kementerian ini.

Bagi Program Pemerkasaan Komuniti Bandar (PPKB) seramai 35 orang peserta dari Miri telah dilatih di bawah bidang makanan dan minuman pada tahun 2025 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM365,750. Manakala pada tahun 2026 yang akan datang PPKB telah pun diperuntukkan sebanyak RM12 juta iaitu peningkatan sebanyak RM1 juta ataupun sembilan peratus dan dijangka akan memberi manfaat kepada 1,080 ketua isi rumah di seluruh negara kita.

Seterusnya berkaitan dengan pengawalan risiko banjir di kawasan operasi.

Pentadbiran pihak berkuasa tempatan kekal menjadi salah satu agenda utama kementerian dalam menentukan langkah-langkah penyelesaian bagi isu-isu penyelenggaraan sistem saliran dan perparitan efektif dan berkualiti.

PBT juga bertanggungjawab menyelenggara sistem perparitan iaitu memastikan kerja-kerja pembersihan sentiasa dilaksanakan dan membaikkan sistem perparitan yang telah rosak dan tidak berfungsi sebagai mana di dalam perundangan yang sedia ada khususnya juga di negeri Sarawak.

Pada masa yang sama, Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) bagi kawasan Miri juga telah disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah PETRA sebagai panduan utama bagi menangani masalah banjir di kawasan berkenaan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

PISMA ini antara lain mengandungi reka bentuk sistem perparitan yang mengambil kira kepada keadaan perparitan sedia ada dan langkah-langkah kawalan sepertimana penggunaan perangkap sampah bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan Miri.

Kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan menyediakan peruntukan BP1 kepada pihak berkuasa tempatan bagi projek-projek kecil meliputi skop infrastruktur, kemudahan awam, sosioekonomi, keselamatan, termasuklah menaiktarafkan longkang dan perparitan yang di bawah kawal selia operasi pihak berkuasa tempatan.

draft4:50 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Melalui inisiatif Belanjawan 2026, kementerian telah pun diperuntukkan sebanyak RM55 juta untuk menaik taraf perparitan oleh semua PBT seluruh negara.

Sehubungan dengan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, PBT bolehlah mengemukakan permohonan kepada kementerian untuk pertimbangan sewajarnya.

Saya juga ingin menyeru kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat, seandainya ada masalah di tempat masing-masing dalam kawasan operasi PBT, maka berundinglah dengan pihak majlis, pihak berkuasa tempatan untuk memberikan keutamaan-keutamaan kepada yang menjadi sasaran Ahli-ahli Yang Berhormat.

Seterusnya, berkaitan dengan penyenggaraan taman awam. Dato’ Dr.

Pengerusi, kementerian melalui Jabatan Landskap Negara telah mengadakan lawatan penilaian tapak di mana lawatan ini bertujuan untuk menilai keadaan taman yang uzur dan tidak selamat untuk pengguna. Dalam penilaian tersebut, pihak kementerian mencadangkan naik taraf taman awam di bawah program revitalisasi taman awam.

Cadangan naik taraf Taman Awam Miri adalah untuk membaiki dan menambah kemudahan taman, meningkatkan keselamatan pengguna dan mempelbagaikan ekologi bandar melalui penanaman semula pokok bagi menyediakan kawasan rekreasi yang lebih menarik bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat. Dan kementerian mencadangkannya untuk dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Seterusnya, Dato’ Dr. Pengerusi, Batang Lupar. Batang Lupar ada menanyakan kurang lebih lima bangkitan, Dato’ Dr. Pengerusi, berkaitan pemajuan pembinaan Balai Bomba Pusa dalam rolling plan yang pertama, bertanyakan tentang status.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, status pembinaan Balai Bomba Pusa melibatkan kerja-kerja awalan tapak Balai Bomba dan Penyelamat Pusa, Sarawak telah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13, rolling plan pertama, tahun 2026 dengan berjumlah RM3 juta. Skop kerja yang akan terlibat adalah perolehan tanah, kajian kesesuaian tapak, kerja ukur tapak dan siasatan dan rawatan tanah.

Yang kedua, juga ditanyakan berkaitan dengan perolehan heli pasukan bomba dan kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia lengkap dengan peralatan keperluan. Ditanyakan begitu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sentiasa memandang serius berkaitan dengan kesiapsiagaan anggota kita di balai-balai bomba di seluruh negara untuk menghadiri operasi-operasi. Pada tahun 2025, perolehan 1,500 unit hos bomba baru telah pun dilaksanakan melibatkan kos RM1.3 juta.

Manakala pada tahun 2026, peruntukan sebanyak RM650,000 telah pun diluluskan untuk perolehan 750 unit hos baru untuk diagihkan ke balai bomba seluruh negara. Selain daripada itu, tambahan peruntukan sebanyak RM7.5 juta diperuntukkan untuk tahun 2026 bagi perolehan 6,000 pasang fire resistance suit untuk diagihkan kepada anggota-anggota bomba kita di balai-balai.

Seterusnya, berkaitan dengan agihan peruntukan kepada PBT. Ditanyakan adakah peruntukan untuk Gerai Awam Batang Lupar seterusnya. Kementerian ini melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) menyediakan peruntukan BP1 kepada pihak berkuasa tempatan bagi projek-projek kecil, sepertimana yang saya sebutkan tadi, khususnya juga bagi menangani permasalahan dan kesejahteraan rakyat, ekonomi rakyat di peringkat kerajaan tempatan selaras nilai teras Malaysia MADANI iaitu kesejahteraan. Peruntukan bagi semua PBT di Sarawak adalah sebanyak RM121 juta bagi tahun 2026.

Bagi permohonan naik taraf pasar dan gerai-gerai di bawah Parlimen Batang Lupar yang merupakan di dalam kawasan operasi Dewan Bandaraya Kuching Utara

(DBKU), bolehlah memohon kepada kementerian tertakluk kepada skop dan kriteria BP1 yang telah pun ditetapkan dan saya sebutkan tadi.

Dan, untuk makluman Dato’ Dr. Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2026, penyaluran peruntukan BP1 adalah berdasarkan prestasi PBT yang dinilai mengikut sistem traffic light. Mana-mana yang berjaya melaksanakan perbelanjaan mereka sepertimana yang diperuntukkan dengan baik, maka mereka akan mendapat tambahan, Dato’ Dr. Pengerusi. Mana-mana yang gagal untuk melaksanakan, deliver their job, maka ada yang juga akan dikenakan traffic light merah, Dato’ Dr. Pengerusi.

Seterusnya, berkaitan dengan tambah baik taman awam...

draft5:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Dato’ Speaker, Menteri, boleh saya sikit saja?

draft5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, peraturan. Saya menguatkuasakan Peraturan 37(2). Tak tahu, baca. Saya...

draft5:00 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya bukan nak bertanya soalan, Dato’ Speaker.

draft5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Duduk, Yang Berhormat. Silakan, Menteri.

draft5:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Berkaitan dengan tambah baik taman awam, Dato’ Dr. Pengerusi, kementerian melalui Jabatan Landskap Negara adalah agensi yang akan membangunkan semula taman-taman awam di kawasan PBT melalui Program Taman Rekreasi MADANI. Taman-taman awam seluruh negara yang perlu dinaik taraf telah pun dikenal pasti direka bentuk semula bagi menambah baik kemudahan taman dan meningkatkan keselamatan pengguna bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

Kementerian menyasarkan pembinaan sebanyak 1,000 buah taman rekreasi MADANI dalam tempoh 10 tahun bermula daripada tahun 2024 bagi memastikan rakyat di seluruh negara termasuk di kawasan luar bandar dapat menikmati kemudahan rekreasi yang selesa, inklusif dan juga berkualiti. Sehingga kini, sebanyak 217 buah taman rekreasi MADANI telah pun dibina. Manakala dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, KPKT menyasarkan 500 buah taman rekreasi MADANI termasuklah taman awam di bawah pentadbiran PBT di dalam kawasan Parlimen Batang Lupar.

Berkaitan dengan SPNB. Mengikut rekod SPNB, sejak tahun 2002 sehingga 31 Oktober 2025, sejumlah 3,375 unit rumah mesra rakyat telah pun dilaksanakan di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, 3,331 unit telah pun berjaya disiapkan dan diserahkan kepada peserta rumah mesra rakyat. Manakala 39 unit lagi dalam peringkat pembinaan dan lima unit lagi telah pun diluluskan untuk pembinaan.

Seterusnya, di Parlimen Batang Lupar juga, sejumlah 34 unit rumah mesra rakyat telah pun dilaksanakan di dalam kawasan Parlimen tersebut dengan kesemua unit telah pun siap dan diserahkan.

Geran dan hak milik yang bebas daripada sebarang sekatan adalah merupakan syarat― ini dibangkitkan tentang geran dan hak milik tanah. Ini adalah merupakan penting, Dato’ Dr. Pengerusi, kerana geran dan hak milik yang bebas daripada sebarang sekatan adalah merupakan syarat permohonan rumah mesra rakyat.

SPNB memerlukan pegangan ke atas geran tanah milik pemohon sebagai jaminan pembayaran balik pembiayaan kelak sekiranya pemohon gagal membuat pembayaran balik pinjaman. Namun demikian, SPNB dan kementerian ini sentiasa bersiap sedia untuk kita berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat dan membuat rayuan kelonggaran bagi isu-isu tertentu. Tetapi, datanglah berbincang dan supaya benda itu lebih terurus dan terarah.

Seterusnya, Dato’ Dr. Pengerusi. Kuantan tak ada, Maran tak ada, Pokok Sena tak ada...

[Dicelah] Bakri? Kejap ya. Kejap na, Bakri. Jawapan Bakri tak ada sini lagi, Bakri. Jawapan Bakri tak ada lagi. Untuk Bagan Serai.

Dato’ Pengerusi, saya mulakan dengan Bagan Serai sebab dah Bagan Serai masih ada di sini. Untuk makluman Dato’ Dr. Pengerusi dan Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2025, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat telah pun berusaha menambah baik keperluan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) melalui beberapa langkah. Antaranya, kenaikan peruntukan geran bantuan kewangan daripada RM3,000 kepada RM5,000 pada setiap PBS yang aktif berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan yang tertakluk kepada peruntukan sedia ada jabatan.

Dan, yang kedua, inisiatif terkini, pembaikan dan penyelenggaraan balai PBS juga di seluruh negara adalah sebanyak RM3 juta. Dan, ketiga, pembekalan kelengkapan personal protective equipment (PPE) berjumlah RM627,000. Yang keempat, program pengagihan kenderaan Volunteer Fire Response Vehicle (VFRV) sebanyak 50 unit secara berperingkat-peringkat bermula tahun 2024 hingga 2026, sedang diagihkan.

Manakala bagi tahun 2026, tambahan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.1 juta telah pun diluluskan bagi memperkasakan pengoperasian Persatuan Bomba Sukarela melibatkan pembelian peralatan dan kelengkapan serta penyediaan latihan, kursus dan geran pasukan yang diagihkan ke seluruh pasukan termasuklah PBS Bukit Merah.

Seterusnya, Dato’ Dr. Pengerusi. Petaling Jaya ada? Tak ada? Baram?

Memandangkan ada yang jawapan tak sampai, Dato’ Pengerusi, saya bacalah apa yang ada. Boleh, Dato’ Dr.? Okey.

Petaling Jaya ada bertanyakan tiga soalan. Pertama, saya ingin memaklumkan bahawa ada beberapa tindakan untuk kita― tak ada ya? Tak ada.

Memang― Arau tak ada. Kluang tak ada. Baram tak ada. Yang lain-lain, saya belum terima.

draft5:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Kluang ada.

draft5:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Ha? Kluang?

draft5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kluang ada.

draft5:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

draft5:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Kita jawab Kluang lah.

draft5:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Menteri, Setiu.

draft5:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Dato’ Dr. Pengerusi, berkaitan dengan pertanyaan jumlah tunggakan yang perlu dibayar oleh PBT kepada SWCorp mengikut negeri. Sebanyak 53 PBT di tujuh negeri telah pun menerima pakai Akta

draft5:00 PM

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 - Akta 672

yang dikuatkuasakan sejak 1 September 2011. Dan kedudukan tunggakan sumbangan Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mengikut negeri sehingga 14 November 2025 adalah sebanyak RM444.76 juta.

draft5:00 PM

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 - Akta 672

Pecahan negeri, mengikut negeri, saya boleh berikan secara bertulislah ya.

Yang kedua, ditanyakan adakah kementerian bersedia memberikan insentif kepada PBT yang memasang mesin kompos di pasar awam yang menghasilkan sisa organik yang banyak?

Saya ingin memaklumkan bahawa kementerian sentiasa terbuka untuk meneliti keperluan pemberian insentif yang bersesuaian kepada pihak PBT yang memasang mesin kompos di pasar awam dan juga pusat-pusat komersial dalam kawasan PBT yang menghasilkan sisa organik yang banyak dalam fasa belanjawan yang seterusnya.

Ini adalah bagi memastikan sisa organik daripada kawasan-kawasan tersebut dapat kita rawat sewajarnya dan seterusnya mengurangkan pelupusan sisa tersebut di tapak pelupusan.

Pada masa ini Ahli Yang Berhormat, pemberian insentif berbentuk pelepasan cukai sebanyak RM2,500 diberikan kepada pembelian mesin kompos sisa makanan untuk kegunaan isi rumah sehingga tahun taksiran 2027 dan insentif ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penggunaan mesin kompos sisa makanan dalam kalangan isi rumah.

Seterusnya membudayakan gaya hidup mampan untuk membantu mengurangkan jumlah penjanaan sisa makanan dan juga pelupusannya di tapak pelupusan sampah dan menyokong ekonomi kitaran.

Berkaitan pertanyaan yang ketiga, dari hal banyak pasar awam yang dah dinaik taraf, kemukakan senarai projek dan jumlah kelulusan, saya ingin memaklumkan Ahli Yang Berhormat bahawa pada tahun 2026, kementerian melalui Jabatan Kerajaan Tempatan telah pun memperuntukkan sebanyak RM60 juta bagi kerja-kerja menaik taraf, baik pulih gerai dan pasar.

Dan adalah dianggarkan sebanyak 120 pasar gerai dapat dinaik taraf dan dibaik pulih di seluruh negara menggunakan peruntukan tersebut. Manakala, bagi tujuan menaik taraf tandas, peruntukan yang disediakan adalah sebanyak RM30 juta. Justeru, dianggarkan sebanyak 30 — 150 buah tandas akan dapat dinaik taraf dengan peruntukan tersebut dan ini terpakai kepada seluruh kawasan pentadbiran PBT.

Yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, dicadangkan— ada dicadangkan oleh Ahli Yang Berhormat untuk utamakan projek-projek kecil dan keperluan warga emas sepertimana taman perumahan di Larut. Kementerian melalui JKT komited membantu pihak berkuasa tempatan menaik taraf projek-projek kecil sepertimana taman awam, terutamanya untuk mematuhi Standard Malaysia MS1184:2014 bagi reka bentuk sejagat, yang turut memanfaatkan golongan rentan sepertimana warga emas.

Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan pada Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan. Jadi, Jabatan Kerajaan Tempatan mengambil langkah proaktif menjadikan audit accessibility, kemudahan OKU setiap tahun sejak tahun 2014 dengan jumlah 56 PBT telah diaudit sehingga kini dan mungkin, itu boleh dilebarluaskan lagi.

Selain itu, reka bentuk infrastruktur utama juga dipastikan mengambil kira elemen accessibility seperti taktikal, paving handrail and rim. Usaha ini bertujuan memastikan rakyat menikmati persekitaran hidup selamat dan juga berdaya maju.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira saya telah pun habis masa, Dato’ Sri Dr. Yang di-Pertua, Dato’ Dr. Pengerusi dan tak mahu mengambil masa rakan saya di peringkat KBS. Saya ingin membuat penutupan. Yang lain-lain, kita akan bagi secara bertulis. Boleh?

draft5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Boleh.

draft5:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Terima kasih, Tuan— Dato’ Dr.

Pengerusi dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah pun memberikan perhatian dan menzahirkan minat terhadap isu-isu yang terkait dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Memang benar. Memandangkan kementerian ini tackle hampir 75 peratus daripada penduduk negara kita, Dato’ Dr. Pengerusi, memanglah kementerian ini menjadi satu kementerian yang penting dan sangat signifikan.

Kementerian komited memastikan setiap sen peruntukan disalurkan secara berkesan, telus dan berintegriti selaras dengan prinsip ekonomi MADANI dan rangka pemulihan yang lebih mampan dan fokus tentunya diberikan kepada menyokong kediaman mampu milik, memperkukuhkan kapasiti PBT, memperkasakan kesejahteraan komuniti dan mempertingkatkan keberkesanan perkhidmatan kebombaan serta memperkukuhkan urusan selia pengurusan sisa — sistem pepejal yang mampan.

Segala pelaksanaan ini akan digerakkan dengan penuh teliti, penuh akauntabiliti agar manfaat bajet negara yang disalurkan benar-benar dapat menyantuni setiap daripada lapisan masyarakat negara kita. Dato’ Dr. Pengerusi, sekian terima kasih.

draft5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Bagi Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri telah membagi komitmen untuk menjawab secara bertulis. Manakala, yang hendak penjelasan, boleh juga membuat secara bertulis dan saya percaya komitmen kementerian untuk menjawab ada. Saya berharap dilaksanakan sebaik mungkin.

Baik, Majlis ke agenda seterusnya.

Masalahnya ialah wang sejumlah RM2,071,920,400 untuk Kepala B.43, Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.43 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Mohd Nor

Masalahnya, perbelanjaan di bawah Kepala P.43 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.43 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft5:10 PM

Kepala B.45 - Jadual

draft5:10 PM

Kepala P.45 - Anggaran Pembangunan 2026

draft5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Mohd Nor

Dengan berikut itu, kita kepada perbahasan Jawatankuasa kementerian yang selanjutnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan. Kepala Bekalan B.45 dan Kepala Pembangunan P.45 di bawah Kementerian Belia dan Sukan terbuka untuk perbahasan.

Dalam kerangka perbahasan, terdapat seramai 10 orang pembahas. Masa ditetapkan lima minit. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis dan sebelum itu, memulakan ini, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat, peruntukan-peruntukan di bawah Perkara Peraturan 35, 36, 37, 41(e), 42, 43 dan 44(1) serta 44(2).

Yang Berhormat, untuk meneruskan agenda, saya persilakan Yang Berhormat Bukit Gelugor untuk membuka tirai.

draft5:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi saya peluang untuk membahas berkenaan dengan Kementerian Belia dan Sukan dan saya memetik Butiran 020100 – Belia dan Sukan.

Isu-isu yang berbangkit berkenaan dengan isu ini adalah isu yang semakin bertular sekarang, Tuan Pengerusi iaitu isu FIFA dan juga FAM – Football Association of Malaysia, di mana Tuan Pengerusi sedia maklum, bahawa isu ini memang satu isu bukan sahaja yang telah pun mendapat perhatian tempatan di negara kita, tetapi mendapat perhatian di seluruh dunia.

Isu ini telah pun menjejaskan reputasi dan nama baik negara, di mana baru- baru ini, kita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Rayuan, The Appeals Committee FIFA yang terdiri daripada tiga ahli, telah pun menolak rayuan FAM dan membuat penemuan-penemuan yang amat serius dan dengan izin, demining, berkenaan dengan isu heritage players yang menjadi headlines baru-baru ini.

Sebelum itu, Tuan Pengerusi, pada bulan lepas, di Disciplinary Committee dengan izin, FIFA telah pun juga membuat penemuan yang serupa dan sekarang, penemuan-penemuan yang telah pun dibuat dengan dari Appeals Committee tersebut termasuk antara lain, Tuan Pengerusi, bahawa pemain-pemain heritage tersebut tidak boleh bercakap bahasa Malaysia, dan tidak faham kandungan dokumen-dokumen yang dikemukakan bagi tujuan menyokong permohonan- permohonan naturalization mereka.

Juga, keduanya, penemuan-penemuan tersebut termasuk bahawa mereka tidak pernah menetap di Malaysia untuk tempoh yang diperlukan sebelum permohonan-permohonan tersebut boleh dipertimbangkan.

Saya faham, Tuan Pengerusi, bahawa ada isu-isu di sini yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri, memandangkan ini adalah isu-isu yang kena-mengena dengan isu kewarganegaraan dan sebagainya.

draft5:17 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tetapi beberapa soalan juga saya ingin menujukan kepada KBS berkenaan dengan isu ini. Saya difahamkan bahawa FAM ini akan ataupun berniat untuk memfailkan tindakan ataupun rayuan kepada Court of Arbitration for Sport (CAS).

Beberapa persoalan yang timbul Tuan Pengerusi.

Pertamanya, apakah material ataupun bukti-bukti yang berlainan daripada yang telah pun dikemukakan di peringkat-peringkat dulu yang akan dikemukakan atau mungkin boleh dikemukakan ke CAS tersebut? Sekiranya tiada perbezaan, if we are just going to submit the same material, maka the outcome is likely to be the same, dengan izin. Seperti yang telah pun dikatakan repeating the same thing and expecting the different result amount to insanity dengan izin.

Soalan kedua, apa akan berlakunya— berlaku sekiranya FAM gagal dalam tindakannya ke CAS tersebut?

Ketiga, adakah terdapat kemungkinan bahawa hukuman yang telah pun dikenakan oleh FIFA Disciplinary Committee tersebut yang telah pun disahkan oleh Appeal Committee tersebut? Adakah terdapat kemungkinan Tuan Pengerusi bahawa hukuman-hukuman tersebut mungkin akan ditambah ataupun di-enhance dengan izin Tuan Pengerusi? Dan bolehkan KBS mengambil tindakan terhadap FAM?

Saya sedia maklum bahawa kemungkinan terdapat had atau limitation bahawa berkenaan dengan apa yang boleh– tindakan yang boleh diambil oleh KBS.

Memandangkan bahawa terdapat peraturan-peraturan FIFA yang melarang campur tangan politik ataupun dengan izin which prohibits political interference in the management of football association. Jadi, ini mungkin akan menyebabkan kesusahan sedikit untuk KBS bercampur tangan dalam isu ini. Tetapi saya ingin bertanya, ataupun sebelum saya bertanya soalan seterusnya, adakah pihak Menteri boleh memberi contoh negara- negara lain yang telah pun mengambil ataupun bercampur tangan dalam urusan- urusan Football Association mereka dan apakah tindakan-tindakan yang telah pun diambil oleh FIFA terhadap negara-negara tersebut?

Dan soalan yang saya ingin timbulkan di sini, adakah– memandangkan terdapat kekangan dan kesusahan untuk KBS bercampur tangan dalam isu ini, apakah boleh dilakukan untuk mengelakkan isu seperti ini berulang di masa depan?

Bolehkah kementerian mengambil satu tindakan yang lebih proaktif untuk memastikan bahawa kejadian ini tidak berlaku. Ini satu kejadian amat memalukan, Tuan Pengerusi.

With a greatest of respect, I think ini kita dari sana dan sini kita semua setuju, football sport is a political dengan izin, Tuan Pengerusi. Tiada isu berkenaan politik, siapa memihak kepada siapa berkenaan when it comes to sports. I love sports. Dan kalau kita lihat bahawa perkembangan bola sepak di negara ini telah pun turun kepada level ini, saya berasa amat berduka cita, saya berasa amat sedih. We cannot allow this to continue with the greatest of respect, Tuan Pengerusi.

That is why I am taking this initiative, this opportunity. Saya mengambil peluang ini untuk bertanya kepada kementerian, apakah langkah-langkah yang konkrit, we want to hear concrete proposals, cadangan yang boleh diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa maruah kita, we is — we are akan dijamin di masa depan dan ini tidak akan berlaku sekali lagi. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Something very interesting. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Alor Setar.

draft5:20 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Mungkin Dato’ Pengerusi terlupa baca senarai pembahas tadi saya rasa. Tak apa Dato’ Pengerusi boleh baca selepas ini. Terima kasih.

Saya mengambil dua poin saja, dua isu saja Dato’ Pengerusi di atas perbahasan menyentuh mengenai KBS ini. Yang pertama saya nak menyambung apa yang disebut oleh YB Bukit Gelugor tadi mengenai skandal pemalsuan dokumen pemain yang kita semua tahu di bawah FAM yang disiasat secara rasmi oleh FIFA.

Dan memetik dokumen Decision of the FIFA Appeal Committee, dengan, izin disebutkan pada para 253, 255, Jawatankuasa Rayuan FIFA terkejut kecewa dengan kegagalan FAM untuk mengenal pasti individu, jawatan atau peranan dalam FAM yang bertanggungjawab dalam skandal pemain warisan ini. Dan diulas oleh pihak FIFA juga FAM didapati langsung tidak mengambil tindakan disiplin yang konkrit seperti penggantungan, pemecatan ataupun merujuk orang yang bersalah ini ke pihak yang berkuasa.

Semua ini sekali lagi apa yang disebut YB Bukit Gelugor tadi saya bersetuju, memalukan negara dalam keadaan kita sedang membina nama kita di persada antarabangsa, di persada tempatan dengan bola sepak. Dan bola sepak ini sepatut menyatukan rakyat tanpa mengira kaum, tanpa mengira fahaman politik ataupun kenegerian. Tapi hari ini kita berasa malu apabila FIFA sendiri menyatakan kes ini adalah penipuan terang-terangan yang dilakukan oleh pihak FAM. Tindakan FAM menggunakan dokumen pemain dipalsukan ini bukan sahaja mencemarkan sukan, tapi mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Soalannya mudah. Bagaimana dokumen palsu ini boleh terlepas? Siapa yang luluskan dokumen yang palsu ini? Mengapa tidak ada pegawai yang dihukum?

Penggantungan Setiausaha Agung FAM dilihat seolah-olah seperti wayang sebab dia masih lagi boleh menyertai program-program ataupun majlis-majlis rasmi terutama juga yang melibatkan kepimpinan FIFA baru-baru ini. Ini bukan kesilapan teknikal, Dato’ Pengerusi. Ini adalah kegagalan amanah dan integriti kepada pihak yang menguruskan hal yang berkaitan.

Kesannya, Malaysia boleh berdepan dengan penggantungan dalam kejohanan antarabangsa, ranking negara boleh merosot, keputusan perlawanan boleh dibatalkan, penaja tarik diri dan yang paling membimbangkan kita keyakinan peminat sukan bola sepak, keyakinan rakyat kepada institusi sepertimana FAM akan terus merudum, merosot. Nampaknya hari ini Harimau Malaya bukan terbunuh di atas padang, tapi terbunuh kerana tangan-tangan manusia yang tidak amanah dan hilang integriti.

Dato’ Pengerusi, sukan adalah medan disiplin, medan mempamerkan nilai.

Jika institusi sebesar FAM pun gagal untuk menjaga integriti, bagaimana kita mahu mendidik generasi muda untuk mengamalkan sifat yang jujur, telus, berprinsip? Saya yakin pihak KBS mempunyai limitasi untuk bertindak ke atas FAM seperti disebut sebentar tadi. Namun, kita harus mempamerkan kesungguhan kita untuk membanteras budaya tidak ada integriti, budaya tidak amanah ini yang memalsukan dokumen secara terang-terangan yang tidak boleh diterima oleh akal. Memalukan negara di mata dunia.

Saya mencadangkan lima tindakan.

(i) kita bentuk segera taskforce integriti sukan negara yang merentasi kementerian melibatkan KBS, JPN, KDN, PDRM, peguam negara, wakil FIFA dan wakil pihak-pihak lain yang berkepakaran;

(ii) audit forensik menyeluruh terhadap FAM;

(iii) reformasi struktur FAM; dan

(iv) kita kena kaji semula apa hala tuju kaedah naturalisasi ini.

Saya difahamkan sejak 2010 naturalisasi ini dilaksanakan. Maknanya sudah 15 tahun Dato’ Pengerusi. Kalaulah kita latih pemain baru 15 tahun itu kita sudah ada pemain yang boleh jadi pemain profesional bertaraf dunia mungkin. Maka, sudah tentulah sepatutnya naturalisasi ini memberi kesan kepada pengembangan bakat tempatan.

Skandal ini Dato’ Pengerusi wake-up call, adalah wake-up call untuk negara.

Kalau integriti bola sepak tidak dibersihkan sekarang, kita akan kehilangan masa depan sukan ini. Harimau Malaya hanya boleh digeruni apabila pentadbirannya bersih, Malaysia juga akan dihormati apabila integritinya dijaga.

Dato’ Pengerusi, izinkan sedikit poin yang kedua saya habiskan.

draft5:24 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sebelum ini saya ada bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, mengenai air trip yang mengalami masalah kewangan berdasarkan laporan AKPK. Yang Berhormat Menteri memberi jawapan kepada saya sebelum ini, laporan ataupun kajian AKPK itu hanya melibatkan pemain bola sepak di negeri.

Namun, saya rasa mungkin Yang Berhormat Menteri terkhilaf atau pun tidak mendapat maklumat yang penuh. Tangan saya ini ada laporan AKPK kajian kepada 483 responden melibatkan 30 sukan. Bukan hanya sukan bola sepak.

Daripada laporan AKPK ini, menunjukkan atlet kita yang muda ini tidak ada tabiat kewangan yang baik. Bukan mereka tak mahu diajar secara urus duit, tapi mereka tak reti cara nak menyimpan duit. Bahkan kalau boleh simpan pun kebanyakannya hanya satu sehingga 10 peratus. Kalau dia dapat RM1,000 dia boleh simpan RM10 ke RM100 sahaja.

55 peratus atlet muda tidak ada insurans ataupun takaful. Mereka paling mudah cedera. Sekali cedera, pendapatan terus hilang. Dan, menunjukkan laporan kajian itu juga menunjukkan lebih separuh daripada atlet tak bersedia untuk menjalani kehidupan selepas bersara setelah mereka hilang sumber pendapatan ketika mereka menjadi atlet.

Ini menunjukkan atlet muda kita ini sebenarnya hidup dalam keadaan rapuh.

Sebab itulah kita kena ambil berat, Dato’ Pengerusi. Mereka ini berlatih daripada kecil, letak seluruh hidup untuk sukan. Daripada masa muda, mereka harumkan nama negara. Umur 30-35 kerjaya sukan dah sampai hujung, tapi simpanan tidak ada. Insurans tidak ada. Kemahiran kerja pun tak sempat belajar kerana fokus kepada latihan.

Kalau kita tak bantu mereka sekarang, kita mungkin akan ada ramai bekas atlet yang mengalami kesempitan hidup. Saya cadangkan kepada KBS untuk buat beberapa langkah. Kalau sesuai dilaksanakan.

Pertama, pihak KBS perlu buat kelas untuk urus kewangan kepada atlet.

Mereka ini kita ada cara buat bajet, cara simpan duit, cara mengelakkan hutang, cara melabur.

Yang kedua, semua atlet perlu ada insurans asas. Ini bukan pilihan ini kewajipan. Atlet paling mudah cedera. Jadi, mesti ada perlindungan.

Dan yang ketiga kita latih atlet untuk membina pendapatan sampingan, tidak hanya boleh bergantung kepada pendapatan daripada sukan semata-mata.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Dato’ Pengerusi, atlet adalah wira negara. Mereka berkorban masa, tenaga, dan kadang-kadang kesihatan demi negara kita. Kita sebagai masyarakat dan kerajaan mesti memastikan mereka bukan sahaja berjaya di gelanggang, tapi berjaya dalam kehidupan. Kalau kita betulkan sistem pada hari ini, kita akan dapat selamatkan masa depan ribuan atlet muda Malaysia.

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon untuk memohon penjelasan. Terima kasih.

draft5:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Kangar.

draft5:30 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Jadi, alhamdulillah lagi sekali Kangar diberi peluang untuk membahas peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan.

YB Menteri, isu-isu kemelut FIFA dan FAM telah pun di bincang dengan panjang lebar oleh YB Bukit Gelugor dan YB Alor Setar. Jadi, saya rasa saya tak perlu panjang lebar sebab saya hanya perlu jawapan daripada penjelasan Menterilah untuk berkaitannya dengan kemelut FIFA dan FAM.

Dan saya pergi kepada isu yang lain. Pertama, kalau saya tengok balik visi KBS adalah untuk membantu Malaysia lebih sejahtera, makmur dan bersatu melalui pembangunan belia dan pembudayaan sukan. Satu visi yang menarik.

Saya pergi kepada Butiran 00908 – Program Pembangunan Ahli Sukan, Program Latihan Bakat RM68 juta untuk 2026. Jadi, saya masuk terus kepada Program NFDP. Jadi, pada peringkat dasar dulu kita ada saya dah ada bersoal jawab dengan YB Menteri. Kali ini saya nak panjang lagi sedikit.

Soalan saya, adakah benar Program NFDP ini yang akan ditutup dan tidak lagi dikendalikan oleh KBS dan akan diserahkan kepada FAM?

Yang kedua, adakah ini merupakan tindakan yang tepat oleh KBS memandangkan FAM terlibat dengan pelbagai isu sekarang terutamanya isu berkaitan dengan pemansuhan dokumen untuk pemain warisan.

Yang ketiga, adakah FAM bersedia melatih beribu-ribu pemain di Malaysia seperti yang KBS jalankan melalui Program NFDP? Lagi sekali saya sebutkan jika NFDP diserahkan kepada para FAM, bagi saya FAM tidak sesuai untuk mengendalikan program berkenaan kerana mereka lebih sesuai untuk mengendalikan pasukan dengan bilangan pemain yang rendah atau sedikit. Dan mereka tidak akan mampu mengendalikan bilangan pemain yang ramai. Kaedah NFDP dan FAM amat berbeza sama sekali.

Tan Sri Pengerusi, untuk pengetahuan jumlah atau bilangan pelatih NFDP pada setiap tahun di seluruh Malaysia daripada umur tujuh hingga 17 tahun lebih kurang 16,000 orang pemain. Ini data 2024 dan meliputi pelatih-pelatih akademi tunas lelaki dan wanita, PLD, SSN dan SSM sekolah sukan Malaysia.

Jadi, dengan adanya NFDP, kita dapati bahawa wujud ataupun telah dibina satu dipanggil sebagai DNA Bola Sepak Malaysia. Jadi, bermakna jika pemain itu dilatih di Perlis, dia bertukar ke Kuala Lumpur, ke Johor dan sebagainya corak permainan dia hampir sama. Itu yang kita tengok pada game Malaysia pada hari ini dia hampir sama. Dia tidak ada main long passing dan semua pattern dia sama.

Sebab tok guru yang asal itu dia bagi ilmu yang sama ataupun DNA Malaysia.

Jadi, jika FAM mengambil alih, ke manakah pemain-pemain ini akan pergi?

Daripada 16,000 orang pemain, hanya lebih kurang 20 peratus sahaja yang akan meneruskan kerjaya dalam sukan bola sepak. Manakala 80 peratus lagi akan menyerap dalam bidang-bidang pekerjaan yang lain. Jadi, ini sebenarnya adalah tanggungjawab KBS untuk menjayakan visi KBS sendiri iaitu pembangunan belia dan pembudayaan sukan.

Tan Sri Pengerusi, jadi jika dahulu kita mempunyai konsep sukan untuk kecemerlangan dan sukan untuk semua tetapi jika NFDP diserahkan kepada FAM, kita akan kehilangan separuh atau lebih pemain penglibatan belia yang minat dalam sukan dan yang suka untuk bermain. Jadi, ke mana kah arah tuju belia pada hari- hari mendatang? Adakah belia-belia ini akan menjadi pasif dan asyik berkepit dengan gajet? Jadi, KBS perlu berfikir tentang isu ini.

Saya pergi kepada Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Jadi, kajian 2018 di Malaysia mendapati 92 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 17 tahun, 15 tahun ke atas adalah belia melayari Internet. 91.8 peratus kanak-kanak mengakses Internet melalui telefon pintar. Dikatakan mereka melayari Internet lebih kurang tujuh jam sehari. Jadi jika ini tidak diambil iktibar, maka kita dapati bahawa belia-belia Malaysia akan terikat dengan gajet. Maka, pembudayaan sukan akan gagal.

Tan Sri Pengerusi, baru-baru ini viral berkaitan sebuah sekolah agama di Thailand iaitu Sekolah Monthong Wittaya di Chachoengsao [Tidak Jelas] pada Bangkok layak ke final kejohanan bola sepak anjuran 7HD ataupun TV Thailand.

Jadi, kejayaan mereka menjadi tular. Penonton memenuhi stadium hampir 40,000 orang. Jurulatih dan orang-orang kuat football Thai, Madam Pang turut menyaksikan perlawanan tersebut.

Jadi, apa yang kita boleh pelajari? Jawapannya adalah pembudayaan sukan.

Jadi, KBS dengan kekuatan yang ada perlu menggerakkan aktiviti-aktiviti sukan untuk semua dan Program Rakan Muda agar belia-belia Malaysia sentiasa cergas.

Kita tidak mahu belia-belia Malaysia hanya makan, makan dan makan. Dan mereka tidak aktif dalam sukan.

Menurut NHMS 2022, kira-kira satu daripada tiga remaja di Malaysia mempunyai lebihan berat badan. Laporan 2023, lebihan berat badan dan obesiti adalah sebanyak 27.1 peratus di kalangan remaja. Jadi, ini akan mengagalkan pembudayaan sukan.

Dan yang terakhir Tan Sri Pengerusi, berkaitan dengan atlet olahraga negara.

Saya difahamkan atlet-atlet acara balingan ketiadaan gelanggang latihan memandangkan Stadium Mini Bukit Jalil sudah digantikan dengan rumput sintetik.

Jadi, soalan saya apakah pelan sokongan untuk membantu atlet-atlet ini mengadakan latihan sebagai persiapan untuk Sukan SEA akan datang?

draft5:33 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Dan lagi satu, yang terakhir, kenapakah KBS tidak mempunyai sasaran pingat di Sukan SEA akan datang? Terima kasih daripada Kangar.

draft5:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Pulai.

draft5:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tan Sri Pengerusi memberikan ruang Pulai untuk membahaskan peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Belia dan Sukan.

Sepertimana yang diketahui, saya pun pernah mendengar pada tahun 1989 dahulu, apabila sistem liga semi-pro dilaksanakan pada waktu itu ― masa itu, Tan Sri Pengerusi, saya masih di bangku sekolah.

Saya dengar dengan teliti pada waktu itu, kita laksanakan program sistem liga semi-pro ini untuk melahirkan lebih ramai lagi pemain-pemain tempatan yang kita angkat untuk jadi pemain-pemain profesional mewakili negara kita pada masa akan datang. Peristiwa itu telah berlaku 36 tahun yang lalu. Tetapi, dalam kes yang berlaku dalam kes pemain warisan, isu FIFA dan juga FAM ini, membuktikan bahawa kita masih lagi bergantung dengan pemain-pemain luar, dan di mananya pemain- pemain tempatan yang kita lahirkan selama ini?

Jadi, apakah rancangan― apakah masalah yang sebenar yang berlaku ini?

Dan apakah rancangan kerajaan untuk memastikan bahawa perkara ini tidak berulang lagi pada masa akan datang? Maknanya, kita boleh lahirkan pemain- pemain profesional kita mewakili negara kita daripada negeri-negeri yang kita lahirkan dan tidak bergantung kepada pemain-pemain luar. Itu yang pertama, Tan Sri Pengerusi.

Yang kedua, Pulai ingin membangkitkan Butiran 06000 – Pembangunan Sukan Komuniti yang dianggarkan perbelanjaannya adalah RM100 juta. Jadi, komuniti ini sebenarnya adalah dekat dengan Ahli-ahli Parlimen ini ya. Maknanya, kita berada di Parlimen ini, kita akan beraksi, berinteraksi dengan komuniti-komuniti ini.

Jadi, dengan RM100 juta ini, apakah boleh ia mengambil kira komuniti di peringkat Parlimen ini? Maknanya, kita dirujuk juga untuk melaksanakan program- program komuniti ini. Yang saya khuatir, kita laksanakan program komuniti ini tetapi di peringkat Parlimen pun kita tak tahu apa yang berlaku di peringkat sukan komuniti ini.

Seterusnya, yang ketiganya, Pulai ingin membangkitkan isu ataupun Butiran 00100 – Institut Kemahiran Belia Negara, di mana anggaran perbelanjaan ini dikurangkan sebanyak 26.87 peratus. Apakah faktor yang menyumbang kepada pengurangan peruntukan dana ini?

Satu kajian bertajuk Returns of Education for Malaysian ILKBS Graduate mendapati bahawa kadar pulangan pendidikan peribadi purata bagi graduan lelaki dan wanita masing-masing adalah sekitar 15.1 peratus bagi lelaki dan 18.8 peratus bagi wanita. Ini menunjukkan bahawa latihan vokasional di bawah ILKBS, termasuk IKBN, menawarkan manfaat ekonomi yang kukuh kepada para peserta latihan.

Penemuan ini menunjukkan bahawa pelaburan lanjut dalam pembangunan modal insan graduan ILKBS akan memberikan pulangan lebih tinggi pada masa hadapan.

Sehubungan dengan pengurangan peruntukan bajet ini, apakah pelan pembangunan jangka panjang kementerian untuk mempromosikan, memperdayakan belia dan transformasi tenaga kerja yang selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas?

Yang terakhir adalah merujuk kepada Butiran 031200 – Program Rakan Muda, yang mana terdapat pertambahan peruntukan 26.67 peratus. Apakah usaha- usaha perancangan kementerian bagi memastikan belia luar bandar dan kumpulan yang kurang diwakili dapat diberi perhatian dan dimasukkan dalam KPI yang disasarkan bagi program Rakan Muda ini? Dengan peningkatan peruntukan bajet ini, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk melaksanakan KPI yang lebih terperinci dan mekanisme pelaporan yang mengukur impak hasil daripada peningkatan bajet tersebut?

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft5:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Kepala Batas.

draft5:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi di atas ruang dan peluang yang diberikan untuk membahaskan Belanjawan KBS.

Yang pertama, Butiran 030400 – Program Belia dan Sukan. Kita dapat melihat isu ketagihan gajet semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Ia bukan sahaja melibatkan kanak-kanak, malahan di kalangan belia, dewasa yang gagal mengawal ketagihan sehingga mengganggu kehidupan seharian seperti pekerjaan dan juga hubungan sosial.

Terbaru, sebagaimana Oktober yang lalu, seorang abang berumur sembilan tahun mencederakan adiknya berumur enam tahun yang dikatakan kebarangkalian terpengaruh dengan permainan atas talian Roblox dan situasi ini menjejaskan dan menunjukkan kesan ketagihan ini membuatkan kanak-kanak tidak mampu membezakan di antara realiti dan fantasi.

Selain itu, beberapa artikel terkini menyatakan bahawa ketagihan gajet masa ini dianggap sebagai dadah moden. Selain merosakkan kemahiran hubungan sosial, ketagihan turut memberi kesan negatif kepada kesihatan mental, emosi dan juga fizikal postur tubuh. Kesan tersebut bersikap kumulatif dan hanya akan menampakkan impaknya dalam jangka masa yang panjang. Misalnya, daripada artikel Public Health Malaysia menyatakan tiada rawatan khusus yang terbukti mampu merawat ketagihan Internet. Rawatan seperti CBT mungkin membantu bersama terapi keluarga. Pendedahan cahaya skrin yang berlebihan juga memberi kesan kepada penglihatan kerana ia boleh merosakkan saraf mata dan menyumbang kepada peningkatan kes rabun jauh.

Justeru, isu kesihatan mental berkaitan ketagihan gajet ini wajar dipandang serius oleh semua pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah. Persoalannya, bagaimana kementerian menggalakkan bakat e-sport dalam masa yang sama menjaga keseimbangan kesihatan mental dan sosial yang terjejas akibat ketagihan gajet?

Butiran 031200 – Program Rakan Muda. Program Rakan Muda boleh menjadi salah satu kaedah untuk mengurangkan ketagihan gajet dan memupuk jaringan hubungan sosial yang lebih baik dalam kalangan anak muda. Kita sedar bahawa sukan e-sport ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tidak mengira usia. Namun, apakah terdapat kaedah lain yang turut diguna pakai selain daripada tayangan ataupun paparan di televisyen?

Kepala Batas juga ingin bertanya tentang Program Satu Sekolah Satu Silat yang pernah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan sebelum ini ― mungkin boleh diambil inisiatif oleh KBS ― yang dahulunya pada tahun 2016 diperkenalkan.

Kempen ini pernah dilaksanakan sebagai salah satu program kokurikulum luar waktu sekolah yang bukan sahaja untuk kesihatan mental tetapi juga membentuk sahsiah diri seorang pelajar agar lebih berdisiplin, sebagaimana mantan Perdana Menteri sebelum ini mengiktiraf silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi negara.

Sehingga kini, adakah masih diteruskan pelaksanaan Program Rakan Waja Diri yang memupuk pelajar untuk aktif dalam program membela diri yang merangkumi silat, tae kwan do ataupun lain-lain seni bela diri?

Butiran 030600 – Program Kemahiran Belia. Sejauh manakah kerjasama di antara KBS dan juga KKDW dalam program kemahiran TVET? Isu pengangguran dalam kalangan anak muda di kawasan pedalaman seperti Sabah dan juga Sarawak perlu diberi perhatian. Ini berikutan ada kawasan-kawasan pedalaman tersebut mempunyai kemampuan akses yang minima ke dunia luar.

Kepala Batas ingin tahu, sejauh manakah pihak kementerian membantu golongan belia di kawasan separa bandar dan pedalaman melalui program kemahiran belia dalam jaminan pekerjaan? Selain itu, mohon perincian tentang penyertaan dan berapakah peratusan yang dapat pekerjaan hasil daripada penyertaan kemahiran tersebut, iaitu pasaran kerja, dan berapakah peratusan yang gagal mendapat tempat kerja?

Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Bagi mana-mana kelab yang menyertai liga bola sepak profesional dan amatur yang mendapat pengiktirafan FAM dibenarkan memohon geran untuk menambah baik kemudahan pusat latihan dan gelanggang kelab sukan tersebut. Namun, sejak akhir-akhir ini, isu kewangan pasukan yang menyertai liga bola sepak Malaysia dilihat semakin meruncing. Ada dalam kalangan kelab tersebut yang berstatus Liga Super tapi kini terpaksa menjalankan latihan dengan menyewa padang ataupun stadium. Ini menyebabkan kos operasi pasukan ada kalanya tinggi dan menjejaskan aliran kewangan pasukan dalam persaingan liga.

Kepala Batas ingin tahu, adakah terdapat bantuan geran seperti membantu pasukan-pasukan yang layak menyertai Liga Super dan Liga A1 Semi-Pro mempunyai gelanggang ataupun pusat latihan sendiri? Jika ada, bolehkah satu geran diperkenalkan khas? Jika tiada― maaf― bolehkah satu geran diperkenalkan khas untuk pasukan yang menyertai liga tersebut? Melalui geran ini, setiap pasukan boleh membangunkan tanah ataupun padang yang dimiliki untuk menaik taraf kemudahan. Mudah-mudahan dengan adanya insentif tersebut, geran ini dapat membantu proses membangunkan bola sepak dalam kalangan belia tempatan dan membantu mereka membina kelab penyokong ataupun fanbase.

draft5:45 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bahkan, jika ini dapat dipertimbangkan maka Liga Wanita Nasional turut dapat dinaik taraf dan dapat melahirkan lebih ramai pemain wanita sepertimana Intan Serah.

Selain itu, Kepala Batas ingin tahu berapakah jumlah kelab bola sepak yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Sukan Negara dan apakah insentif yang telah ditawarkan kepada mereka sehingga kini? Mohon perincian mengikut negeri dan daerah khususnya di daerah Seberang Prai Utara.

05000 – Dana Pembangunan Produk Sukan. Netball Super League, Liga Bola Jaring Profesional merupakan kejohanan yang diperkenalkan oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia dan Astro Arena untuk membangunkan dan mengembangkan sukan bola jaring di Malaysia. Sukan bola jaring sinonim dengan kaum wanita dan merupakan antara sukan yang sering dimainkan oleh pelajar perempuan ketika di sekolah.

Berdasarkan portal eCentral, terdapat sebanyak lapan pasukan telah menyertai liga tersebut yang datang dari beberapa buah negeri. Liga ini sebenarnya berpotensi untuk melahirkan lebih ramai pemain bola jaring profesional tempatan seiring dengan sukan-sukan lain seperti hoki dan juga badminton. Kepala Batas ingin tahu bagaimanakah penglibatan KBS dalam membangunkan sukan bola jaring ini dan apakah strategi dan hala tuju bagi sukan ini di masa hadapan? Sejujurnya ia pasti menarik jika lebih ramai dan lebih banyak program dan kerjasama dapat dilakukan bersama Persatuan Bola Jaring Malaysia dalam membina wanita yang cergas dan sihat.

Tuan Pengerusi, belanjawan bukan hanya angka tetapi ia adalah masa depan belia negara. Jika belia tidak dibangunkan secara strategik, negara akan hadapi krisis kepimpinan, krisis kemahiran dan krisis keyakinan diri. Dengan itu, Kepala Batas bersama secara prinsip belanjawan ini tetapi menuntut kepada penambahbaikan yang mendalam bagi pelaksanaan KBS. Sekian, terima kasih.

draft5:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Gua Musang.

draft5:50 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Tan Sri Pengerusi, perbahasan saya kali ini memfokuskan kepada kualiti hidup belia luar bandar iaitu satu segmen yang sering menjadi tunjang kepada masa depan negara tetapi masih lagi bergelut dengan pelbagai cabaran sosioekonomi.

Merujuk kepada prestasi utama sasaran skor Indeks Belia Malaysia pada tahun 2026 ialah 74.00 berbanding 70.80 pada tahun 2025. Melihat kepada angka ini amat jelas bahawa hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup belia. Justeru yang demikian, pada perbahasan ini saya menarik perhatian KBS agar memfokuskan serta memperuntukkan sebahagian besar kepada penyelesaian kemelut belia luar bandar.

Selaras dengan fokus saya kepada belia luar bandar, indeks kualiti hidup belia luar bandar dipengaruhi oleh cabaran seperti peluang pekerjaan terhad, infrastruktur kurang memuaskan dan tekanan sosioekonomi keluarga. Belia luar bandar menghadapi realiti hidup yang berbeza berbanding dengan rakan mereka di bandar. Akses terhadap program kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan dan peluang meningkatkan soft skill yang terhad.

Tan Sri Pengerusi, saya terus ke Butiran 020000, Aktiviti 020200 – Pembangunan Kemahiran Belia. Saya menyambut baik secara dasarnya peningkatan peruntukan pembangunan belia daripada RM186 juta pada tahun 2025 kepada RM204 juta pada tahun 2026. Saya percaya dana ini boleh digunakan untuk memacu peningkatan kemahiran teknikal, digital dan keusahawanan belia luar bandar.

Ini adalah kerana cabaran sosioekonomi saban hari semakin menekan belia luar bandar. Ramai belia berada dalam dilema sama ada mahu meneruskan legasi keluarga di kampung atau berhijrah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan baru. Konflik ini sering menyebabkan mereka bekerja di luar bidang, berpendapatan rendah dan akhirnya mereka kembali ke kampung tanpa kemahiran baru.

Saya juga ke Butiran 030000 dan Aktiviti 030600 – Program Kemahiran Belia.

Walaupun didapati peningkatan hanya sejumlah RM0.5 juta dan angka ini tidaklah besar tetapi diharapkan sebahagian daripada jumlah ini diperuntukkan bagi mempelbagaikan program kemahiran belia luar bandar. Saya menyambut baik usaha kerajaan memperluaskan program ini kerana program-program sebegini terbukti meningkatkan keyakinan diri, mobiliti sosial dan memberi hala tuju yang baik kepada belia.

Ini adalah kerana sebelum ini data menunjukkan bahawa kadar pengangguran belia lebih tinggi di kawasan luar bandar dan fenomena ini turut menyumbang kepada peningkatan jenayah kecil, penagihan dadah dan gejala sosial.

Oleh yang demikian, dengan peningkatan peruntukan program kemahiran belia tersebut, saya percaya pihak kementerian memberi penekanan serius supaya belia luar bandar tidak lagi terpinggir.

Tan Sri Pengerusi, saya juga ke Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Dengan peningkatan peruntukan, walaupun tidak besar sejumlah RM40 juta pada tahun 2026, adakah KBS akan mendahulukan projek-projek yang telah diluluskan secara dasar tetapi belum dilaksanakan dalam RMK12 yang akan berakhir tahun ini? Sebagai contoh, KBS telah pun meluluskan peruntukan untuk pembinaan Kompleks Sukan Gua Musang sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri pada akhir tahun 2024 yang lepas tetapi belum dapat dilaksanakan pembinaan kerana hak milik tapak belum diputuskan.

Dan sebagai kesimpulan, walaupun perbelanjaan pembangunan KBS menurun daripada RM498 juta pada 2025 kepada RM482 juta 2026, saya harap pengurangan ini tidak menjejaskan pembangunan fasiliti belia luar bandar terutama cadangan pembinaan Kompleks Sukan Gua Musang yang amat dinanti-nantikan oleh komuniti setempat. Saya juga mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan institusi kemahiran belia khusus di luar bandar.

Antaranya di Gua Musang sebagai penyelesaian kepada masalah belia luar bandar yang tidak berpeluang berhijrah ke bandar kerana faktor kewangan, keluarga dan kekangan jarak ke institusi kemahiran belia. Dengan adanya institusi kemahiran tersendiri, maka mereka boleh membina masa depan tanpa perlu meninggalkan kampung halaman. Terima kasih.

draft5:51 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Bakri.

draft5:51 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Butiran 02001 – Kompleks Rakan Muda Daerah. Tan Sri Pengerusi, Kompleks Rakan Muda Daerah diwujudkan sebagai pusat pembangunan belia di peringkat daerah. Ruang selamat, aktiviti sukan, latihan kemahiran dan pembinaan komuniti. Namun, jika kita ingin menjadikan kompleks rakan muda ini benar-benar sesuatu pusat pembangunan holistik maka saya merayu kepada pihak kementerian bahawa kolam renang perlu diberikan keutamaan. Sama seperti gelanggang futsal, gimnasium dan dewan serba guna.

Tan Sri Pengerusi, pada tahun sekitar 70-an hingga 90-an, Muar mempunyai sebuah kolam renang awam bertaraf Olimpik di Tanjung Ketapang di atas lot tanah 5208. Ia bukan sahaja tempat berekreasi tetapi tapak untuk melahirkan jaguh renang negara dan menjadi nadi kepada sukan air di daerah Muar. Namun, atas sebab kelemahan penyelenggaraan menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dibaiki dan kemudahan ini akhirnya terpaksa menjadi terbiar dan menjadi tempat pembiakan nyamuk, biawak dan sarang penagih dadah.

Pada tahun 2013, kolam renang ini dirobohkan dan tapaknya sekarang dijadikan tempat letak kereta. Sejak daripada itu, penduduk di sekitar daerah Muar tidak mempunyai satu kolam renang awam. Hanya boleh pergi ke kolam renang swasta, yang mana yuran masuknya mencecah RM25 sejam. Ini menyebabkan satu bebanan yang begitu tinggi kepada keluarga-keluarga belia dan atlet muda. Ada yang terpaksa pergi jauh sehingga ke Melaka atau daerah bersebelahan, Batu Pahat, hanya untuk menjalankan latihan. Jelas, telah menambahkan kos perjalanan yang saya kira amat membebankan.

Isu ini telah banyak kali dibangkit dalam Dewan yang mulia ini. Bukan sahaja oleh mantan Ahli Parlimen Bakri tetapi saya sendiri telah dua, tiga kali membawa isu ini untuk perhatian pihak kementerian.

draft5:56 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Tapi sampai hari ini, tiada respons yang positif. Maknanya, warga Muar terpaksalah terus meminta dan merayu supaya pembinaan sebuah kolam renang.

Tan Sri Pengerusi, isu kolam renang ini bukan sekadar isu rekreasi. Dia adalah isu akses belia, struktur sokongan sukan dan keselamatan awam. Menurut pakar kesihatan awam dan pencegahan kecederaan UPM, Profesor Dr. Kulanthayan a/l K.C. Mani telah— bahawa Malaysia mencatatkan sekitar 700 kes lemas setiap tahun dan sekitar 500 kes melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun.

Angka ini amat membimbangkan.

Dan Malaysia merupakan antara negara berisiko tinggi kerana tiga faktor.

Yang pertama, Malaysia mempunyai hampir 4,700 kilometer kawasan pesisiran pantai dengan ratusan lembangan sungai dan banyak tasik semula jadi serta tasik buatan yang menjadi sumber air dan kawasan rekreasi rakyat. Kedua, musim tengkujuh dan banjir setiap tahun dan ketiga, majoriti kanak-kanak tidak mempunyai akses kepada kolam renang dan tidak mempunyai latihan keselamatan air. Majoriti sekolah pun tidak mempunyai kolam renang.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana beliau juga peka kepada isu ini. Dan beliau telah memperkenalkan kelas renang yang memberikan peluang kepada kanak- kanak golongan— terutamanya golongan B40 dan warga emas untuk mempelajari kemahiran asas renang.

Dan Yang Berhormat Menteri juga menyatakan bahawa rakyat mahu lebih agenda dalam acara berenang seperti Nurul Huda Abdullah dan Jeffrey Ong.

Persoalan saya ialah apakah ekosistem dan kemudahan asas yang kita sediakan untuk melahirkan bakat-bakat renang ini. Dan selepas mereka belajar kemahiran asas berenang, di manakah mereka ini boleh menjalankan latihan sekiranya di sekitar rumah mereka, sekolah mereka mahupun daerah mereka, langsung tidak mempunyai kolam renang awam.

Tan Sri Pengerusi, berenang bukan sahaja Sukan Olimpik tetapi juga asas kepada aktiviti seperti terjun, triathlon, water polo, rowing dan keselamatan air. Jika kita mahu memperkukuhkan prestasi sukan berprestasi tinggi, talent pipeline mestilah bermula sekurang-kurangnya pada peringkat daerah. Dan tanpa kolam renang, ekosistem sukan air kita tidak akan lengkap dan tidak dapat berkembang.

Hari ini Tan Sri Pengerusi, hanya sesiapa yang tinggal di kondominium ada akses kepada kolam renang. Jika bukan kondominium, mereka terpaksa menjadi ahli di kelab rekreasi. Sekiranya tidak, mereka terpaksa membayar yuran untuk mendapatkan akses kepada kolam renang. Maka, sesiapa yang tidak mampu, secara langsung telah tersisih daripada peluang untuk berlatih berenang.

Dan apabila kolam awam ditutup kerana kos penyelenggaraan yang tinggi, jurang ini menjadi semakin besar. Sesiapa yang tidak ada akses, maknanya dia tidak ada peluang untuk berenang. Dan jurang ini juga, merupakan satu jurang yang besar di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Murid-murid di kalangan B40, tidak berpeluang untuk berenang, berlatih dan tidak ada water safety culture pada peringkat awal.

Kolam renang awam merupakan satu ruang terkawal dan selamat untuk kanak-kanak kita dan belia untuk mempelajari kemahiran asas air. Jika ada kemudahan ini, mereka tidak lagi akan mandi di sungai atau parit atau tasik dan tragedi boleh dielakkan. Dari sudut kesihatan pula, berenang adalah sukan yang paling holistik dan selamat. Ia mengurangkan risiko obesiti, meningkatkan kecerdasan, sesuai untuk kanak-kanak, dewasa, warga emas dan OKU.

Jadi Tan Sri Pengerusi, pembinaan kolam renang awam ini memberikan kesan serampang dua mata. Padahal, lebih daripada dua manfaat, di antaranya:

(i) mengurangkan kemungkinan lemas iaitu menyelamatkan nyawa;

(ii) meningkatkan tahap kecerdasan dan kesihatan awam; dan

(iii) melatih dan mencungkil bakat sukan.

Justeru, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan dasar jangka panjang. Satu daerah, satu Kompleks Rakan Muda Daerah. Satu daerah, satu kolam renang. Ia meliputi iaitu setiap Kompleks Rakan Muda baharu perlu menyediakan kolam renang komuniti.

Kedua, kompleks yang sedia ada dinaik taraf secara berfasa. Ketiga, kemudahan ini dibuka untuk sekolah, atlet, kelab belia dan masyarakat umum. Dan keempat, penyelenggaraan dia dilakukan secara mampan melalui kerjasama daripada KBS, PBT dan komuniti. Tan Sri Pengerusi, pelaburan ini jauh lebih kecil daripada pembinaan stadium besar tetapi impak dia kepada kesihatan, keselamatan dan sukan negara adalah jauh lebih besar berbanding dengan stadium.

Akhir sekali, saya merayu kepada Menteri supaya membina semula kolam renang awam di bandar Muar. Sama ada di Tanjung Ketapang ataupun mana-mana lokasi yang sesuai di dalam daerah Muar dengan kadar masuk yang berpatutan. Ia bukan sahaja menyediakan pilihan rekreasi yang sihat tetapi juga menghidupkan semula tradisi sukan air di Muar dan menyediakan tempat latihan untuk atlet muda.

Saya harap permintaan ini dapat direalisasikan. Kalau boleh dalam rolling plan yang pertama RMK13 iaitu tahun hadapan. Sekian, terima kasih.

draft6:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Setiu.

draft6:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Pengerusi, saya pergi kepada butiran— sebelum saya pergi kepada butiran, pertama sekali, saya mengucapkan pujian dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas inisiatif menganjurkan sukan SUTERA. Sukan patuh syariah yang dinamakan SUTERA dan berjaya melahirkan atlet berwibawa serta mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah atas komitmen penganjuran SUKDA, Sukan Kedah Darul Aman 2025. Inisiatif peringkat negeri ini sangat penting sebagai platform kritikal untuk mencari dan menggilap bakat baharu di peringkat akar umbi.

Saya pergi Butiran 02400 – Gelanggang Sukan. Isu penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur sukan asas, terutamanya gelanggang futsal terbuka yang kini rosak dan usang di bawah KBS. Secara spesifik, saya menggesa KBS agar peruntukan segera disalurkan untuk membaik pulih atau menaik taraf gelanggang futsal terbuka kepada gelanggang berbumbung.

Begitu juga gelanggang futsal tertutup yang terdapat di kawasan Parlimen Setiu, terutama di lokasi seperti di Kampung Apal, Kampung Jabi, Kampung Tasek Mengkuang, Kampung Beris Tokku dan Kampung Gong Sekolah dalam DUN Batu Rakit kerana— baik pulih perlu ini kerana sudah banyak kerosakan yang berlaku.

Butiran kedua, 020300 – Majlis Sukan Negara (MSN). Merujuk kepada butiran ini, mengenai hala tuju strategik sukan hoki negara. Saya mencadangkan kementerian agar peruntukan yang lebih signifikan dan terperinci diberikan kepada pembangunan sukan ini.

draft5:07 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

KBS mestilah menyediakan dana khusus untuk menaik taraf semua stadium hoki, untuk menaik taraf semua stadium hoki di setiap negeri bagi memastikan kemudahan latihan yang bertaraf antarabangsa. Hari ini kita lihat hanya segelintir negeri sahaja yang menghantar pasukan untuk menyertai piala TNB.

Selain itu, adalah penting untuk mewujudkan liga hoki kebangsaan yang tersusun dan komprehensif melibatkan pertandingan timbal balik seperti bola sepak.

Isu kebajikan atlet hoki juga tidak boleh diabaikan. Saya dimaklumkan kadar elaun yang sangat rendah diberikan kepada pemain hoki remaja Terengganu yang menyertai dan mewakili negara ke piala dunia baru-baru ini. Saya juga ingin menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab KBS untuk memastikan pembangunan sukan hoki bermula secara sistematik di peringkat sekolah dengan peruntukan dan infrastruktur yang mencukupi untuk menjamin kesinambungan atlet dan bakat negara.

Dan seterusnya, Butiran 010200 – Perbadanan Stadium Malaysia. Saya ingin mendapatkan penjelasan KBS berkaitan status terkini mengenai cadangan naik taraf Mini Stadium Sungai Tarom. Isu ini telah saya bangkitkan dalam perbahasan sebelum ini. Justeru itu, saya ingin mendapatkan pengesahan rasmi. Adakah projek naik taraf ini telah dicadangkan atau dimasukkan dalam RMK13? Sekiranya cadangan tersebut telah dimasukkan, kami menuntut KBS menjelaskan secara spesifik dalam rolling plan ke berapakah projek ini dijangka akan mula dilaksanakan?

Bagi memastikan akauntabiliti dan memberikan maklum balas yang jelas kepada komuniti setempat yang amat menantikan kemudahan ini.

Yang akhir sekali, IKBN. Butiran 00100 – IKBN. Saya memohon supaya sebuah IKBN ditubuhkan ataupun dibuat di Daerah Setiu. Sekian, terima kasih.

draft6:10 PM

Tuan Pengerusi

Dah habis dah, YB? Oh, dia brek mengejut tadi.

[Ketawa] Okey, Dungun.

draft6:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 02400 iaitu – Gelanggang Sukan. Saya rasa kita perlu melihat dengan serius tentang hala tuju sukan negara dan kebertanggungjawaban kementerian terhadap pelaburan awam dalam pembangunan atlet. Kerana sekarang ini tumpuan perbelanjaan lebih kepada kemudahan gelanggang sukan tetapi atlet- atlet tidak membangun mengikut pembangunan kemudahan sukan.

Oleh itu, perlu kepada kementerian melihat kepada pembangunan atlet lebih daripada pembangunan kemudahan-kemudahan sukan. Kemudahan-kemudahan sukan kita sudah bertaraf dunia, bertaraf antarabangsa. Soalnya, cuma atlet-atlet kita tidak meningkat pada taraf dunia dan taraf antarabangsa kerana sukan berprestasi tinggi tidak wujud tanpa tekanan.

Atlet antarabangsa dibina untuk mengurus tekanan. Itu merupakan asas profesion mereka. Tanpa hala tuju maka tiada KPI institusi, tiada akauntabiliti terhadap dana awam dan tiada ukuran keberkesanan persatuan sukan. Ini menimbulkan persepsi bahawa Dasar Sukan Negara semakin terperangkap dalam budaya pembangunan kemudahan sukan, lebih dari pembangunan atlet.

Kemudahan sukan bertaraf dunia tapi kemerosotan dalam pencapaian pembangunan atlet. Pohon kementerian lebih memberikan tumpuan kepada pembangunan atlet dengan menambahkan lebih peruntukan untuk bajet bagi tahun- tahun yang mendatang.

Yang kedua, yang ingin saya rujuk ialah Butiran 020100 dan Butiran 020200 – Belia dan Sukan dan Pembangunan Kemahiran Belia. Dalam masa negara berdepan isu integriti pemain warisan, muncul dua atlet muda negara. Kedua-duanya anak Terengganu yang membawa nama Malaysia ke pentas dunia melalui kerja keras dan bakat tulen iaitu Qabil Irfan Azlan, 13 tahun. Juara keseluruhan kejuaraan siri dunia mini GP 2023, Valencia. Keempat terbaik dunia kategori motor mini 190CC.

Yang kedua, Hakim Danish Ramli, 18 tahun. Tempat ketiga keseluruhan Red Bull MotorGP Rookies Cup. Pelumba motor tiga di GP Valencia. Pencapaian ini juga merupakan bukti bahawa negeri Terengganu merupakan tanah kelahiran wira sukan negara. Keupayaan atlet muda ini membuktikan bahawa Malaysia tidak perlu bergantung pada bakat-bakat luar. Bahkan dengan hanya bakat tempatan dan anak tempatan sendiri mampu menjadi pencetus kebangkitan sukan negara.

Persoalan saya, bagaimana KBS merancang untuk memperkukuh laluan pembangunan bakat tempatan, talent path way khususnya bagi atlet muda yang telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa?

Sejauh mana kerjasama serta strategi antara KBS dan Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperkukuh ekosistem pembangunan bakat di negeri itu termasuk pusat latihan, jurulatih berprestasi tinggi dan kolaborasi luar negara?

Memandangkan negeri ini terbukti konsisten melahirkan jaguh dunia. Dan yang akhir ialah merujuk kepada 020100 juga, isu pematuhan syarat pemain warisan.

Laporan penuh jawatankuasa rayuan FIFA menunjukkan tujuh pemain warisan bukan sekadar mendedahkan pemalsuan dokumen oleh pihak tertentu. Ia membuktikan bahawa syarat asas kelayakan FIFA yang wajib dipatuhi tidak dipenuhi sejak awal proses. Kalau kita lihat pada commentary on the rules governing eligibility to play for representative team, dengan izin Tan Sri Pengerusi. Bahawa, seorang pemain hanya layak mewakili sesebuah negara apabila wujud hubungan sah dan tulen, genuine link. Berdasarkan artikel 6 dan artikel 7. Syarat artikel 6 – heritage player, pemain warisan.

Syarat artikel 7 – naturalisasi. Iaitu syarat penuh. Oleh itu saya mengharapkan supaya FAM mengambil tanggungjawab penuh berkaitan dengan urusan berkait dengan apa yang berlaku antara FAM dengan FIFA. Kerana, apabila kita sampai ke sesebuah negara, law of the land mesti diambil kira. Kalau kita masuk hutan, law of the jungle. Gajah paling besar. Tapi, singa menjadi raja di hutan. Kalau kita sampai kepada peringkat football, maka law of FIFA itu yang mesti diambil kira.

Rules of FIFA.

Maka, FAM mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap isu ini supaya ia memberikan keyakinan semula. Kerana kita melihat dalam perlawanan antara Nepal dengan Malaysia. Bagaimana kemerosotan kehadiran penonton dan lebih lagi naik banner yang sangat tidak selesa untuk saya sebutkan. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft6:13 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput pembahas terakhir, Batu Gajah.

draft6:13 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tan Sri, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di bawah Kepala 45, Kementerian Belia dan Sukan. Dalam kesempatan ini, saya ingin menyentuh mengenai satu isu penting dalam pembangunan sukan negara khususnya sukan warisan yang memainkan peranan besar dalam menyatukan masyarakat majmuk. Iaitu kedudukan Silambam dalam temasya SUKMA di bawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN).

draft6:19 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tan Sri Pengerusi, Butiran 020300. Silambam merupakan seni mempertahankan diri berusia lebih 3,000 tahun dengan akar sejarah yang kukuh dalam masyarakat India selatan dan silambam telah bertapak sebelum zaman pemerintahan British dan kesan nyata dapat dicari pada tahun 1920an di Tanah Melayu. Sehubungan itu, silambam berkembang sejak abad ke-19 dan menjadi sebahagian daripada warisan budaya negara kita yang kaya dan pelbagai.

Selepas penjajahan Jepun pula, perkembangan sukan silambam menjadi lebih popular di kawasan estet. Antara tokoh yang tidak didendang dalam sukan silambam adalah Master Karupanan dari Selangor dan Naina Mohamad di Pulau Pinang yang terus memperkasakan sukan ini untuk berkembang. Hal ini turut menyumbangkan kepada perkembangan yang tertubuhnya Persatuan Silambam Malaysia yang ada pada hari ini. Tidak juga lupa kepada Datuk V.L. Kandan ialah pengasasnya bersama dengan Mahaguru Arumugam yang telah mendaftarkannya secara rasmi pada tahun 1976.

Selain nilai sejarahnya, silambam hari ini telah berkembang sebagai sukan moden yang teratur dengan persatuan kebangsaan dan negeri yang aktif, jurulatih yang bertauliah, pertandingan peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa serta penyertaan belia pelbagai kaum. Silambam juga diajar di sekolah-sekolah tertentu, pusat komuniti dan universiti. Ini membuktikan bahawa ia bukan satu seni warisan komuniti semata-mata tetapi telah diterima sebagai sukan pembangunan belia.

Tan Sri Pengerusi, dalam SUKMA 2024 yang berlangsung di Sarawak, silambam telah dipertandingkan secara rasmi. Ini merupakan pengiktirafan besar kepada usaha bertahun-tahun oleh persatuan silambam, jurulatih dan atlet serta saya sendiri yang telah membangkitkan isu ini beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini dan juga di Kamar Khas, dan ia akhirnya telah diterima sebagai sukan peringkat pingat di SUKMA 2024.

Penyertaan silambam pada SUKMA 2024 membuktikan sukan ini mempunyai standard teknikal yang kukuh, bilangan atlet dan penyertaan negeri yang mencukupi. Ia selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengangkat sukan warisan dan silambam berpotensi menjadi sebahagian daripada sukan teras pembangunan belia.

Dengan penyertaan rasmi ini, silambam secara prinsipnya telah memasuki arus perdana sukan negara.

Tan Sri Pengerusi, ketika senarai awal sukan bagi SUKMA 2026 di Selangor diumumkan, silambam tidak disenaraikan. Perkara ini telah mencetuskan kegusaran kerana ia bertentangan dengan perkembangan positif sebelumnya. Susulan itu, beberapa persatuan negeri menghantar bantahan rasmi dan ramai atlet menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan sukan dan beberapa orang wakil rakyat juga turut membawa isu ini kepada perhatian KBS. Saya juga telah menyuarakan kekesalan dan keprihatinan. Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Dan setelah isu ini diselesaikan pada tahun 2023 atas inisiatif pelbagai pihak yang berkepentingan.

Saya turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kepada KBS, MSN dan Kerajaan Negeri Selangor dan semua pihak yang menunjukkan keprihatinan dan komitmen serta bertindak secara proaktif dalam mengadakan sesi libat urus, mendengar penjelasan teknikal dan akhirnya mengembalikan silambam ke dalam struktur pembangunan sukan negara.

Keputusan ini mencerminkan kerajaan yang peka, responsif dan menghargai sukan warisan yang mempunyai penyertaan merentas kaum.

draft6:20 PM

Tan Sri Pengerusi, saya ingin mencadangkan beberapa perkara di sini iaitu

pertama, silambam dijadikan acara tetap atau wajib SUKMA, bukan bergantung kepada tuan rumah; kedua, Majlis Sukan Negara (MSN) memperluas program pembangunan bakat silambam di bawah Butiran 030800 – Program Latihan dan Pembangunan Sukan; ketiga, memperkenalkan silambam sebagai aktiviti kokurikulum pilihan di sekolah dan universiti; dan keempat, menubuhkan pusat latihan silambam kebangsaan bagi melatih jurulatih serta menyediakan platform latihan intensif dan menganjurkan lebih banyak pertandingan peringkat kebangsaan untuk meluaskan penyertaan dalam kalangan belia di Malaysia.

Tan Sri Pengerusi, secara kesimpulannya, silambam bukan sekadar sukan warisan, ia adalah simbol perpaduan dan identiti Malaysia. Silambam bukanlah sukan kepunyaan sebuah kaum, malah merupakan seni mempertahankan diri yang menunjukkan penyertaan besar semua kaum di Malaysia termasuk kaum Melayu, Cina, warga etnik Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Jika kita benar-benar mahu memupuk semangat kekitaan melalui sukan, maka silambam wajar diberikan tempat tetap dalam SUKMA supaya generasi muda kita dapat melihat bahawa warisan semua kaum diberi penghormatan dan peluang yang adil.

Dengan ini, saya menyokong peruntukan di bawah Kepala 45 – Kementerian Belia dan Sukan. Sekian, terima kasih.

draft6:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Sepuluh orang pembahas telah pun mengambil bahagian. Sekarang saya jemput Menteri menjawab. 20 minit.

draft6:20 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Pengerusi. Tan Sri Pengerusi, dengan izin.

Terlebih dahulu, saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan MADANI atas peruntukan kepada kementerian ini sebanyak RM1,406,224,500 bagi tahun depan. Peruntukan kali ini meningkat 5.5 peratus berbanding sebanyak RM1,332,000,000 pada tahun 2025.

Bagi belanja mengurus, sebanyak RM700,170,300 diperuntukkan bagi tahun 2026 dengan peningkatan 11.47 peratus berbanding tahun 2025, manakala sebanyak RM482,754,200 telah diperuntukkan bagi pembangunan pada tahun 2026 berbanding RM498 juta pada tahun 2025 dengan penurunan sebanyak 3.11 peratus.

Penambahan RM72 juta bagi belanja mengurus didorong oleh peningkatan bayaran gaji dan upah sebanyak RM18.02 juta. Ia nya bagi menampung bayaran pergerakan gaji tahunan dan kenaikan tujuh peratus gaji yang dijanjikan Kerajaan MADANI. Ini termasuklah kelulusan butiran baharu di bawah dasar baharu untuk pembayaran emolumen Sekretariat Malaysia Sea Games Organising Committee

(MASOC) berjumlah RM19.7 juta.

Beberapa butiran di bawah program khusus KBS turut menunjukkan peningkatan yang signifikan seperti penambahan RM8 juta untuk Program Rakan Muda menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM30 juta, dan ini tidak termasuk RM10 juta yang diluluskan bagi skop tambahan lawan buli dan pendidikan pengundi belia.

Yang keduanya, Program Belia dan Sukan mencatatkan penambahan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi menampung keperluan sebahagian program women’s sport yang dipindahkan daripada butiran program khusus MSN, program intervensi belia tidak berpersatuan, program-program belia dan program sukan komuniti masing-masing dengan nilai RM1 juta. Peruntukan di bawah program latihan dan pembangunan sukan MSN juga meningkat sebanyak RM3 juta sebagai tambahan kepada persediaan SUKMA Selangor dan Para SUKMA. Tambahan RM5 juta bagi perkhidmatan bekalan makanan bermasak di ILKBS mengambil kira trend perbelanjaan ekoran peningkatan harga kontrak penyediaan makanan dan minuman di ILKBS susulan penguatkuasaan Perintah Gaji Minimum 2024.

Yang Berhormat Tuan Pengerusi, sepuluh orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah mengemukakan pertanyaan dan pandangan mereka dan saya mulakan sesi penggulungan ini untuk menjawab pertanyaan daripada Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor, Alor Setar, Kangar, Dungun dan Pulai juga ada menyebut mengenai bola sepak.

Reputasi bola sepak Malaysia di peringkat antarabangsa sedang diuji dan tindakan tergesa-gesa boleh menjejaskan kedudukan negara. Untuk makluman semua, FIFA melalui Jawatankuasa Rayuan mereka telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan asal iaitu mengenakan denda lebih kurang RM1.8 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia serta mengekalkan hukuman terhadap tujuh pemain termasuk penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak dan denda lebih kurang RM10,500 bagi setiap pemain.

FAM dalam kenyataan rasmi pada tarikh 18 November telah mengesahkan mereka akan memulakan proses untuk membawa kes ini yang membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya ke Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS).

Jadi, sekarang ini ada dua perkara, dua proses yang sedang berlangsung.

Satu, skop siasatan. Laporan siasatan bebas oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif. Skop siasatan Tun Raus adalah untuk meneliti prosedur dalaman dan prosedur operasi standard Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam pengurusan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung selama 12 bulan.

draft6:25 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tujuannya ialah memastikan kegagalan seperti ini tidak berulang lagi.

Kepentingan laporan ini juga selari dengan perenggan 246 Laporan FIFA Appeal Committee, para 246, izinkan saya menyatakan, “At this junction, the committee wished to underscore that it has been unable to identify a reasonable explanation for the events that transpired between the players submission of the documents and their appearance for Malaysia. This is simply because neither player nor FAM, has taken any of the steps to provide this explanation. Months later, the identity of the forger remains unknown.” Jadi, muka 65 muka surat ini tidak mendapati siapa yang bersalah dalam isu forgery. Oleh sebab itu, skop siasatan Tun Raus, laporan dan hasil siasatan ini sangat penting untuk disiapkan dengan secepat mungkin dan laporan media telah mengesahkan bahawa Tun Raus tidak akan mengambil masa yang lama, hanya beberapa minggu untuk menyiapkan siasatan ini. Itu yang pertama. Dan saya telah mengarahkan, saya telah meminta...

draft6:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Menteri...

draft6:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya.

draft6:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Boleh tanya? Adakah hasil laporan siasatan kalau ada forgery, akan ada juga cadangan-cadangan tindakan?

draft6:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Saya yakin Mantan Ketua Hakim Negara sangat arif dalam perkara ini dan hasil siasatan ini saya telah meminta supaya Pesuruhjaya Sukan ya, Encik Arifin, untuk meneliti nanti laporan ini dan berikan kerjasama untuk pastikan kita ambil tindakan. Sebarang penemuan dalam Jawatankuasa Siasatan itu akan diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan supaya kita pastikan perkara ini tidak berulang lagi. Yang itu pertama.

Yang keduanya, untuk makluman semua, mengenai appeal to CAS. Bukit Gelugor ada tanya apa yang akan berlaku apabila mereka ke CAS. Sebenarnya CAS boleh sarankan kepada FIFA untuk meningkatkan denda dan penggantungan jika FAM tidak berjaya di peringkat CAS. Selepas itu, jika FAM kalah di CAS, FIFA Tribunal akan bermesyuarat untuk mengambil keputusan berhubung status tujuh pemain ini, sama ada boleh bermain untuk Malaysia atau tidak.

Keputusan FIFA Tribunal itu pun boleh dirayu oleh FAM ke CAS sekali lagi.

Selepas CAS, fail kes akan dipanjangkan ke AFC untuk tindakan selanjutnya dalam konteks perlawanan kelayakan Piala Asia di mana jika keputusan berhubung pemain ini tidak berubah, Jawatankuasa Disiplin AFC pula akan membuat keputusan.

Berapa lama masa yang diambil oleh FIFA Tribunal untuk bersidang mengenai kes ini? AFC sudah maklumkan kepada FIFA untuk membuat keputusan sebelum 31 hari bulan Mac iaitu tarikh akhir perlawanan kelayakan Piala Asia. Dan jika FAM masih bawa ke CAS selepas keputusan FIFA Tribunal tidak memihak kepada mereka dan masih kalah di peringkat CAS juga, apakah yang akan berlaku seterusnya? Ini soalan yang ditanya. Jika semua kalah, mengikut peraturan sedia ada di AFC, keputusan perlawanan akan dikira terbatal dan pasukan lawan akan diberikan tiga mata dan tiga gol dan Jawatankuasa Disiplin AFC juga berhak jatuhkan apa-apa hukuman lain selain daripada potongan mata.

Oleh sebab dua proses ini sedang berjalan, siasatan oleh Tun Raus dan rayuan oleh FAM ke CAS nanti, maka saya tidak boleh mendahului ataupun Pesuruhjaya Sukan tidak boleh mendahului keputusan tersebut. Saya minta semua untuk bersabar. Kita ada sebelum 31 hari bulan Mac untuk tunggu keputusan seperti ini.

draft6:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Sorry Yang Berhormat.

draft6:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya, silakan.

draft6:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kalau saya tak silap Yang Berhormat ada berkata ada kemungkinan hukuman itu dapat atau boleh...

draft6:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Bertambah.

draft6:30 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Bertambah atau pun di-enhance. Pada peringkat ini bila rayuan dibuat kepada CAS. Jadi, memandangkan keadaan tersebut, memandangkan tiada apa-apa bahan bukti yang baru yang akan dikemukakan kepada CAS, in addition to bahan bukti yang telah pun dikemukakan sebelum ini, di dua peringkat sebelum ini, jadi kemungkinan kegagalan itu berlaku tinggi, kan? Jadi, sekiranya terdapatnya risiko hukuman ini di-enhance ataupun ditambah, adakah ia nya wajar untuk memfailkan rayuan ini ke CAS in the first place? Terima kasih.

draft6:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sama ada wajar ke CAS atau tidak, itu adalah hak FAM sebagai perayu dan memandangkan mereka mempunyai hak untuk ke CAS, maka mereka mempunyai peguam mereka sendiri untuk menasihati mereka sama ada peluang untuk berjaya itu tinggi atau tidak. Dan saya tidak boleh menafikan hak mereka untuk ke CAS tetapi FAM kena bersedia jika CAS tidak memihak kepada mereka, kemungkinan besar hukuman itu boleh dipertingkatkan. Yang itu FAM kena buat pengiraan sendiri.

Satu lagi yang saya nak nyatakan, Kerajaan MADANI sebenarnya melalui Perdana Menteri memberikan sokongan kuat kepada pasukan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia dan kita telah membelanjakan RM5 juta geran kali pertama semasa Kim Pan-gon menjadi jurulatih. Yang keduanya RM15 juta sekarang untuk mereka layak ke Piala Asia dan Perdana Menteri juga telah mengusahakan sumbangan daripada pihak swasta, RM15 juta tambahan untuk FAM.

Jadi, tak ada isu kerajaan tidak memberikan sokongan, malah kerajaan I think went out of the way to support our national team. Jadi, RM15 juta ini, saya ada baca banyak berita mengenai kenapa kita nak sokong bagi duit ini kepada mereka dan apa tindakan KBS untuk memastikan duit ini digunakan dengan baik?

Dana ini semasa diumumkan oleh Perdana Menteri pada belanjawan yang lepas, Perdana Menteri mengatakan dana RM15 juta ini akan digunakan untuk menyokong persiapan skuad utama Harimau Malaya dan pasukan bawah 23 tahun.

Bermaksud duit ini untuk membantu dua pasukan dan penyediaan ganjaran yang lebih baik, elaun latihan dan pertandingan, pasukan pengurusan dan kejurulatihan yang berkualiti, pendedahan latihan dan pertandingan yang berkesan dan sokongan pasukan yang menyeluruh.

Untuk makluman semua, RM15 juta ini juga digunakan bagi tujuan gaji jurulatih pasukan bawah 23 tahun, turut dibayar melalui peruntukan RM15 juta ini.

RM15 juta ini dipantau oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Kewangan. Dan jawatankuasa ini bersidang setiap bulan, membincangkan laporan perbelanjaan peruntukan yang disalurkan kepada pihak FAM.

Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Gelugor, dana ini tak dibenarkan untuk FAM gunakan untuk proses-proses rayuan ini. Jadi, kalau FAM nak pergi ke CAS, FAM kena bersedia untuk menanggung belanja ke CAS.

Yang ketiganya, saya nak nyatakan cadangan Yang Berhormat Bukit Gelugor dan Alor Setar mengenai penambahbaikan untuk pastikan integriti bola sepak dijaga.

Buat masa ini, saya tak boleh mendahului siasatan dan saya pasti Tun Raus akan mempunyai cadangan untuk tambah baik integriti.

Tetapi buat masa ini saya nak nyatakan, bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan, kita akan pastikan buat masa ini kita tak akan tambah geran untuk mereka sehingga FAM menguruskan isu ini dengan baik untuk meyakinkan rakyat semula bahawa setiap dana yang diberikan dan digunakan oleh duit rakyat ada accountability. Silakan Yang Berhormat Alor Setar.

draft6:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu isunya ialah Yang Berhormat sebut tadi kita merayu ke CAS dan sebagainya. Satu lagi isu ialah Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju asal kepada masalah ini ialah kerana pemalsuan dokumen. So, kenapa kita, adakah Yang Berhormat boleh bersetuju kita cari siapa yang palsukan dokumen, siapa yang buat penyelewengan ini, tangkap dia, dakwa dia dan kita tutup buku ini. Barulah pihak FIFA mungkin boleh pertimbang rayuan tersebut. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?

draft6:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Saya setuju. Seperti yang dinyatakan oleh Appeal Committee yang saya telah bacakan tadi para 246, FIFA juga telah meminta sekretariat mereka memaklumkan kepada negara-negara yang terlibat termasuk Malaysia untuk membuat siasatan terperinci. Malah saya nak minta semua kalau boleh baca keputusan ini kerana dalam ini ada menyatakan bahawa dalam para 141, “In other words, the case file shows that the original birth certificates presented by the players to their agents or friends were never forwarded to the Malaysian Government.” Semua ini ada ditulis, seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri. Konsisten, apa yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri konsisten dengan penemuan Jawatankuasa Rayuan.

draft6:30 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Jadi, Tun Raus mempunyai tanggungjawab yang berat kerana skop Jawatankuasa Siasatan itu akan memastikan mereka mengenal pasti apa yang berlaku dalam FAM dan kita hendak sarankan penambahbaikan dibuat. Buat masa ini saya hanya boleh cadangkan satu, tak ada lagi dana tambahan, kita hold dulu untuk bantu national team pastikan ada penambahbaikan dulu.

Yang keduanya, adalah untuk memastikan pada masa hadapan sebarang permohonan naturalisasi atlet ataupun pemain yang dicadangkan oleh persatuan sukan kepada Kementerian Dalam Negeri dirujuk dahulu kepada Majlis Sukan Negara kerana Majlis Sukan Negara melalui Program NFDP, melalui banyak program akar umbi telah membelanjakan duit untuk pastikan ada atlet-atlet pembangunan dilahirkan.

Jadi, Majlis Sukan Negara lebih menahu, tahu mengenai keperluan sama ada pasukan ini memerlukan pemain warisan atau tidak. Dan semua ini kalau boleh saya hendak cadangkan pada KDN untuk pastikan untuk dapatkan ulasan dari Majlis Sukan Negara.

Untuk makluman semua juga, pihak MSN pernah mengadakan sesi Town Hall bersama kelab-kelan bola sepak profesional pada bulan November tahun lepas.

Semasa sesi Town Hall tersebut, kelab-kelab yang terlibat telah memaklumkan perancangan mereka untuk mendapatkan khidmat pemain naturalisasi bagi membantu persiapan pasukan masing-masing. Pihak KBS ataupun Majlis Sukan Negara tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang usaha mereka jika mereka mahu kerana dibenarkan oleh FIFA, governing body rules of football membenarkan pemain warisan. Jadi kalau mereka hendak pemain warisan, mereka kena mengikuti proses yang elok untuk pastikan tidak lagi isu kontroversi seperti ini.

Ini adalah dua cadangan awal yang saya boleh nyatakan KBS akan mengambil langkah tersebut buat masa ini sebelum siasatan diperincikan oleh Tun Raus.

draft6:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

[Bangun]

draft6:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya, Kangar silakan.

draft6:40 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ya, YB Menteri. Saya terbaca dalam media-media sosial. Sebenarnya bukan tujuh orang sahaja yang terlibat, saya rasa ada lagi tetapi disembunyikan oleh FAM, pemain warisan. Dia nak masuk main, tetapi masih tak dibawa masuk dalam team, tetapi untuk kewarganegaraan dah ada. Itu sahaja. Kenapa, apa pandangan Menteri?

draft6:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Yang Berhormat Kangar, sebenarnya untuk kita bahas dalam Parlimen, saya tak boleh ikut apa yang Yang Berhormat baca dalam media sosial. Media sosial ini ada banyak maklumat yang tidak tepat, *hearsay.

A lot of hearsay*. Jadi, saya kena berlandaskan laporan setakat ini oleh FIFA tujuh orang seperti yang dinyatakan oleh FIFA.

Untuk makluman Yang Berhormat juga mengenai langkah yang KBS juga boleh ambil, kuasa pesuruhjaya sukan. Pesuruhjaya jaya sukan mempunyai kuasa seperti yang diberikan dalam Akta Pembangunan Sukan. PJS boleh menjalankan langkah-langkah remedi ke atas FAM, saya bagi contoh.

Menteri boleh mengarahkan pesuruhjaya sukan untuk memulakan siasatan atau audit tadbir urus ke atas FAM yang terdiri daripada pakar undang-undang ataupun kumpulan pakar bagi menyelia semua urusan yang melibatkan peraturan di peringkat antarabangsa. Jadi buat masa ini, saya hold dulu tindakan ini. Saya tunggu keputusan dan siasatan yang dilakukan oleh Tun Raus supaya tak ada duplicate effort, dengan izin.

Satu lagi, Menteri tidak boleh mengeluarkan arahan yang menyentuh struktur AJK FAM walaupun mungkin tidak berpuas hati dengan prestasi mereka. Saya bagi contoh, ada ramai yang menulis yang mengatakan Menteri Sukan seharusnya memecat semua AJK FAM. Tak boleh, saya tak boleh memecat AJK FAM kerana ini akan melibatkan Statute FIFA 15(c) yang boleh membawa tindakan penggantungan oleh FIFA. Izinkan saya untuk membaca beberapa contoh yang hampir sama jika kita masuk campur, jika kerajaan masuk campur untuk menggantung FAM.

Satu, Persatuan Bola Sepak Indonesia pada tahun 2015. Pada masa itu FIFA menggantung keahlian Indonesia selama setahun dan melarang pasukan kebangsaan serta kelabnya daripada menyertai sebarang pertandingan antarabangsa. Tindakan ini diambil selepas Kementerian Belia dan Sukan Indonesia membekukan Persekutuan Bola Sepak Negara tersebut berikutan pertikaian berkaitan itu pemilikan dan pengurusan dua pasukan Indonesia.

Yang kedua, Zimbabwe, Februari 2022. Persekutuan Bola Sepak Zimbabwe dibubarkan oleh kerajaan. Jadi, ada yang suruh saya bubarkan FAM. Zimbabwe pernah, keputusan itu diumumkan oleh Suruhanjaya Sukan dan Rekreasi Negara tersebut iaitu sebuah badan yang dilantik oleh kerajaan. Pegawai-pegawai Persekutuan dituduh menyalahgunakan wang yang diberikan oleh kerajaan kepada persatuan bagi penyertaan Zimbabwe dalam pusingan akhir Piala Negara Afrika 2019.

Empat pegawai persekutuan termasuk presidennya sedang disiasat atas dakwaan salah urus dan kegagalan akauntabiliti dalam penggunaan dana awam serta tuduhan gangguan seksual terhadap pengadil wanita. Zimbabwe digantung selepas Suruhanjaya Sukan dan Rekreasi negara itu enggan untuk melepaskan Persekutuan Bola Sepak.

Satu Lagi Persatuan Bola Sepak Czech disingkirkan daripada temasya Piala Negara Afrika setelah terdapat konflik antara Kementerian Sukan dan badan bola sepak negara itu yang menyaksikan kerajaan campur tangan dan menubuhkan pasukan khas untuk menguruskan badan bola sepak dengan kelulusan daripada presiden negara.

Benin, Mei 2015. Persekutuan Bola Sepak Benin digantung selepas ada campur tangan dari badan kehakiman negara tersebut yang menyekat pilihan raya badan bola sepak tersebut yang bakal dilakukan.

Satu lagi Brunei. FIFA menggantung Brunei ekoran campur tangan kerajaan dalam urusan badan tersebut dengan keputusan pihak berkuasa Brunei untuk membubarkan persatuan bola sepaknya dan menggantikannya dengan sebuah persekutuan baharu pada Disember 2008.

Jadi, ini adalah contoh-contoh negara di mana ada kerajaan mencampur tangan dalam persatuan bola sepak mereka dan hasilnya mereka digantung.

Kerisauan saya, saya kena seimbangkan. Walaupun kontroversi sekarang melibatkan hanya pasukan kebangsaan senior team, tetapi seperti yang kita nyatakan kita ada enam lagi pasukan nasional bawah 23 tahun, bawah 19 tahun, bawah 17 tahun, Malaysian Tigress Senior Wanita, pasukan bawah 20 tahun dan pasukan bawah 17 tahun untuk pasukan wanita. Pasukan-pasukan ini tidak bersalah.

Masih sedang berlatih untuk semua kejohanan yang terlibat.

Oleh sebab itu, saya dan Kementerian Belia dan Sukan kena berhati-hati apabila kita melihat dan meneliti apa opsyen yang kita ada. Saya tahu semua rasa sedih kerana ini melibatkan imej dan reputasi negara. Saya beri jaminan, saya akan pastikan saya melihat dan meneliti siasatan Tun Raus nanti. Dan kalau boleh nanti saya hendak melihat sama ada sesuai atau tidak untuk kita bentangkan laporan tersebut dalam Parlimen memandangkan ramai Ahli Parlimen berminat untuk tahu mengenai tersebut.

NFDP Yang Berhormat Kangar, menyatakan bahawa lebih baik kita hold dulu NFDP kerana kita ada buat assessment daripada AFC untuk kita serahkan NFDP kepada FAM. 14 November, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara telah menulis kepada pemangku Presiden FAM untuk menyatakan buat masa ini kita telah menempatkan unit NFDP secara pentadbiran di FAM bagi membantu menguruskan pelaksanaan program NFDP dan AMD bersama-sama pasukan teknikal FAM. Yang ini sebelum kontroversi ini berlaku.

Dan pada masa yang sama pihak majlis juga telah memohon agar FAM terus membantu melaksanakan kedua-dua program tersebut dalam aspek teknikal. Hanya dalam aspek teknikal, pengurusan pemain, penilaian dan pelantikan jurulatih serta pengurusan prestasi. Yang lain pihak majlis bersetuju untuk meneruskan kerjasama sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang akan dipengerusikan oleh saya bersama Presiden FAM yang baru bagi membincangkan hala tuju yang baru.

Jadi, oleh kerana kerajaan masih memberikan dana kepada NFDP untuk soft landing, maka kita hold sebelum kita serahkan kepada FAM. Saya tak sempat yang...

draft6:40 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Menteri perlukan berapa minit lagi?

draft6:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tan Sri, boleh bagi saya just tiga isu, cepat. Saya nyatakan dengan cepat. Untuk Yang Berhormat Bakri mengenai kelas renang. Yang itu memang adalah hala tuju ataupun fokus KBS untuk pastikan kanak- kanak B40 mempunyai peluang mendapatkan kemahiran keyakinan dalam air dan kita akan teruskan untuk program kelas renang.

draft6:40 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Untuk permintaan Yang Berhormat untuk bina satu kolam renang awam di Muar. Saya meminta supaya berbincang dengan Exco Johor untuk pastikan kolam renang itu ada dalam wish list Kerajaan Negeri Johor dan KBS juga akan memastikan kita akan usahakan satu pembinaan kolam renang kalau ada dalam wish list kerajaan negeri. Okey. Yang penting, seperti yang anda tahu, penyelenggaraan fasiliti sukan selepas dibina oleh Kerajaan Persekutuan, kita perlukan kerjasama kerajaan negeri dan PBT untuk menyelenggarakan fasiliti tersebut. Okey.

Untuk Yang Berhormat Gua Musang tak ada. Tetapi, yang tadi Yang Berhormat Dungun ada menyatakan mengenai pembangunan bakat dan prestasi sukan. Sebenarnya ramai yang kutuk kata, kita tak ada prestasi atlet tak bagus. Tapi untuk 2025, kita lahirkan banyak world champion. Izinkan saya Yang Berhormat untuk habiskan dengan membaca nama-nama mereka.

Satu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, badminton mixed doubles, world champion tahun ini. Wushu Men, Si Shin Peng, bakat baru, world champion. Wushu wanita, Tan Cheong Min, world champion. Wushu Lee Jia Rong, world champion dan Pang Pui Yee. Kemudian, kita ada tenping bowling, men single danmen’s all event..

Sentiasa ya para bowling juga world champion, Abang Yahya bin Abang Azhar.

Kita ada Marcus Chang Hao Hong, Datuk Abdul Latif bin Romli, Bonnie Bunyau Gustin, Muhammad Akmal Danish, Mohamad Yusof Hafizi, semua naik podium. Untuk lawn bowls, Emma Firyana Saroji, pegawai polis ini, world champion dalam World Cup baru-baru ini. Natasha Roslan dan Rafiq Ismail, Tun Ameerul Hakim, Ahmad Muaz Fishol, Timmy Tan, Abdul Razak Abdul Rahman dan Bonnie Bunyau Gustin.

Kita, kalau teruskan memberikan sokongan kepada atlet kita dan latihan mereka, dapat latihan yang mencukupi, pendedahan yang mencukupi, saya yakin prestasi mereka akan diteruskan.

draft6:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Minta laluan sikit, Menteri.

draft6:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Silakan, Yang Berhormat Dungun.

draft6:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Apa yang berlaku dari segi FIFA dan sebagainya, saya nak ingatkan bahawa tiada jalan pintas pada kejayaan sukan.

draft6:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Saya setuju.

draft6:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Tak ada jalan pintas.

Oleh itu, saya pohon supaya selepas daripada ini pastikan bagi ada satu keputusan kementerian untuk pastikan bahawa bakat-bakat tempatan diketengahkan. Apa yang telah berjaya, saya ucap terima kasih. Tapi yang lebih baik ialah kita groom bakat- bakat tempatan ini supaya mereka bawa nama negara. Terima kasih.

draft6:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sebenarnya bakat tempatan dalam tujuh pasukan bola sepak negara yang seperti yang saya nyatakan itu, hanya pasukan National Team 40 peratus tempatan; pasukan bawah 23 tahun, 96 peratus tempatan; bawah 19 tahun, 100 peratus bakat tempatan; pasukan bawah 17 tahun, 100 peratus tempatan dan untuk wanita juga, 96 peratus tempatan untuk senior team, bawah 20 tahun, 100 peratus tempatan dan pasukan bawah 17 tahun, 96 peratus tempatan.

Jadi, memang kita akan utamakan bakat tempatan kita dan saya meminta semua Ahli Parlimen terus menyokong. Yang ada dana peruntukan, pastikan anda menyokong usaha mereka di peringkat akar umbi. Yang tak ada peruntukan Ahli Parlimen, kita ada geran padanan sukan dan dana sukan komuniti dan anda juga seperti kelab-kelab persatuan belia yang lain, galakkan mereka untuk memohon kerana kerajaan melalui Bajet 2026 meneruskan usaha memberikan dana geran padanan sukan, dana sukan komuniti dan juga tabung kawasan. Itu sahaja. Yang lain, saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih kerana menyokong Belanjawan KBS. Terima kasih.

draft6:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM700,170,300 untuk Kepala B.45 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.45 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft6:50 PM

Tuan Pengerusi

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.45 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.45 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 24 November 2025. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft6:50 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.55 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026