Nov192025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Majlis pada pagi ini dimulakan dengan pertanyaan-pertanyaan lisan.

Dipersilakan, Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Yang Berhormat Tanjong Piai.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:00 AM

1. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng [Tanjong Piai] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, apakah langkah kementerian bagi memastikan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) diurus tadbir secara telus dan inklusif supaya ia tidak dimonopoli pihak tertentu dan terus dapat dimanfaatkan secara adil oleh nelayan kecil serta perusahaan tempatan.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, silakan.

draft • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui LKIM berperanan menyedia dan mengurus infrastruktur pendaratan ikan bagi menyokong industri perikanan negara. Sehingga kini, LKIM telah membina 48 buah kompleks atau labuhan perikanan di seluruh negara termasuk empat kompleks di negeri Johor bagi menyediakan kemudahan kepada nelayan untuk mendaratkan hasil tangkapan mereka.

Pengurusan dan pengoperasian kompleks serta labuhan ini adalah berdasarkan kepada Kaedah-kaedah LKIM (Kompleks Perikanan, Labuhan

draft • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Perikanan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010 yang turut menetapkan kadar caj yang dikenakan. Penyewaan lot-lot premis dan penggunaan kemudahan di kompleks atau labuhan ini juga terbuka kepada pelabur dan pemain industri perikanan tempatan.

Selain itu, terdapat 505 buah jeti pendaratan ikan LKIM yang beroperasi secara tradisional di seluruh negara. Pengurusan jeti-jeti ini dikawal selia oleh persatuan nelayan atau jawatankuasa di peringkat pangkalan masing-masing yang dianggotai oleh nelayan dan kawasan yang berkenaan. Di Tanjong Piai, sebanyak tiga buah jeti telah disediakan oleh LKIM yang memberi manfaat kepada 118 orang nelayan. Jeti-jeti ini diurus tadbir secara telus dan inklusif oleh persatuan nelayan kawasan.

Mekanisme pemantauan sedia ada melibatkan kerjasama antara LKIM negeri, persatuan nelayan kawasan dan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan serta mengambil tindakan segera terhadap sebarang aduan berhubung penguasaan atau amalan yang menekan perusahaan kecil. Buat masa ini, mekanisme pemantauan sedia ada dilihat sebagai langkah yang lebih praktikal dan cepat untuk dilaksanakan.

LKIM tidak membenarkan mana-mana pihak untuk monopoli sebarang kemudahan jeti pendaratan seperti memberi sewa kepada pihak swasta dan sebagainya. Ini bagi memastikan kepenggunaan jeti pendaratan LKIM dapat dinikmati oleh semua nelayan setempat secara saksama. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tanjong Piai, soalan tambahan.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Soalan tambahan saya ialah― apakah polisi dan penguatkuasaan yang memastikan jeti LKIM tidak digunakan atau dikuasai oleh kapal asing atau syarikat besar yang mengabaikan hak nelayan tempatan? Nyatakan bilangan lesen atau permit dikeluarkan kepada entiti bukan tempatan dalam tiga tahun terakhir serta tindakan yang diambil terhadap penggunaan tidak sah.

Selain daripada itu, Dato' Yang di-Pertua, di kawasan Parlimen Tanjong Piai juga terdapat banyak jeti nelayan yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri.

Cuma, saya minta Yang Berhormat Menteri dapat mengagihkan bantuan peruntukan bagi menaik taraf jeti-jeti nelayan yang usang dan rosak daripada semasa ke semasa.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Yang terakhir, mungkin dia tak ada kaitan sangat, tetapi Yang Berhormat Menteri, baru-baru ini berlaku satu kemusnahan semasa apabila kejadian ribut kencang di Kukup Laut di Kukup yang memerlukan bantuan, terutama saya harap Yang Berhormat Menteri dapat diberi keutamaan dan dipercepatkan kelulusan untuk bantuan kecemasan tersebut. Sekian, terima kasih.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Saya jawab yang terakhir dahulu tentang ribut yang melanda kawasan akuakultur itu. Pihak kementerian telah pun membuat siasatan dan pegawai-pegawai telah diarahkan untuk membuat tindakan segera. Dan kita harap dalam masa yang singkat dapat dibantu, terutama sekali dalam membantu pukat dan sebagainya dalam bentuk in kind yang disediakan oleh kementerian. Itu sudah pegawai-pegawai sedang menjalankan tugas.

Yang lain-lain, soal menyalahgunakan jeti itu oleh bot-bot swasta yang lain dan sebagainya, kita pantau dengan rapi. Aduan-aduan itu kita ambil perhatian secara bersungguh-sungguh. Bukan jawapan nak melepas diri― nak ambil perhatian, ambil tindakan, tetapi kita akan buat secara bersungguh-sungguh supaya LKIM itu berfungsi dengan baik dan dapat dimanfaatkan oleh nelayan-nelayan terutama nelayan kecil. Itulah yang kita cuba buat sekarang ini.

draft • 10:00 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, silakan.

draft • 10:00 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Terima kasih Pengerusi.

draft • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Tumpat.

draft • 10:00 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Soalan tambahan saya ialah― di Tumpat, ada satu LKIM. Namanya LKIM Pengkalan Kubor, di mana LKIM ini tidak dapat digunakan sepenuhnya sekarang selepas daripada COVID-19 akibat pemindahan pusat untuk penjualan ikan daripada Pengkalan Kubor melalui Rantau Panjang sekarang.

draft • 10:00 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Jadi soalan saya ialah, apakah tindakan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan kemudahan yang dicadang kerajaan ini tidak terbengkalai dan dapat membantu nelayan-nelayan di khususnya di Tumpat yang memberi bekalan lebih kurang hampir 4,000 keluarga.

draft • 10:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Dan yang kedua, antara permintaan yang diminta oleh nelayan ialah keperluan untuk kilang air batu bagi memastikan mereka juga dapat turun ke laut dalam kerana di sana aktiviti nelayan ini hanya terhad pada waktu tertentu sahaja dan ini merupakan satu potensi besar bagi sumber protein negeri dan juga negara.

Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soalan asal tadi berbentuk spesifik iaitu yang berlaku di Pontian, di Tanjong Piai, tapi oleh kerana soalan tambahan juga hal berkenaan nelayan, saya akan memberi maklumat-maklumat secara bertulis dan meminta supaya bagaimana hendak membantu nelayan-nelayan kecil di Tumpat, di Pengkalan Kubor.

Di Pengkalan Kubor, dulu tempat laluan saya juga untuk ke Narathiwat. Kita pun— saya 10 tahun jadi rakyat Kelate ini.

Jadi, semua itu adalah memang nelayan-nelayan kecil ada di situ, memang mereka hadapi masalah dan kita akan minta LKIM membuat satu laporan khas tentang bagaimana hendak membangunkan semula di kawasan nelayan kecil di Pengkalan Kubor, di Tumpat itu. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagai refresher course, Peraturan 24 itu jelas.

Kalau kata Yang Berhormat bertanya satu soalan yang tiada kaitan dengan soalan asal, Menteri boleh menolak untuk menjawab langsung dan jika ada tiga, empat soalan dalam satu pertanyaan, Menteri nak jawab satu yang lain dia tak jawab pun tak mengapa. Jadi...

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Menteri baik hati, Speaker.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya tengah bercakap. Peraturan 41(e) itu jelas, kalau rasa celupar sangat dalam Dewan ini masa saya ada— amaran pertama.

[Tepuk] Baik, berikut saya persilakan Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

2. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta

draft • 10:10 AM

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan

(a) apakah cabaran-cabaran yang dihadapi bagi membangun dan memajukan industri nadir bumi (REE) negara; dan

(b) apakah perancangan dan pendekatan kerajaan bagi mengatasi cabaran-cabaran berkenaan supaya negara dapat 'unlock' potensi nilai RM747 bilion (anggaran) nadir bumi yang tersimpan dalam bumi Malaysia.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

draft • 10:10 AM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih, Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, walaupun Malaysia mempunyai sumber REE yang signifikan, pembangunan industri ini tidak dapat dilaksanakan dengan pantas disebabkan beberapa cabaran utama.

Yang pertama, negara masih belum mempunyai kepakaran dan teknologi tempatan pada skala komersial bagi melaksanakan aktiviti perlombongan REE.

Situasi ini menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada teknologi luar untuk menjalankan aktiviti perlombongan. Sebagai contoh, dari segi perlombongan yang pertama kita buat REE ini di Perak, Kenering, kita bekerjasama dengan MCRE Sdn. Bhd. syarikat daripada China. Kemudian, dari segi pemprosesan REE tersebut, kita ada satu syarikat Lynas yang datang bawa dia punya REE daripada Australia dan memproses REE di syarikat di Lynas di Pahang.

Kedua, Malaysia juga masih belum mempunyai loji pemprosesan yang mampu memisahkan unsur REE bernilai tinggi secara komersial. Pada masa ini rantaian nilai global untuk pemprosesan dan pemisahan REE didominasi oleh China, termasuk kawalan terhadap eksport teknologinya. Kekangan ini menyukarkan Malaysia membangunkan keseluruhan rantaian nilai daripada perlombongan, pemprosesan, hingga penghasilan produk bernilai tambah.

Ketiga, negara berdepan kekurangan data yang komprehensif berhubung lokasi, kuantiti, gred dan juga status guna tanah sumber REE. Anggaran awal REE oleh JMG: Jabatan Mineral dan Geosains masih pada peringkat sumber teragak ataupun inferred resource dan memerlukan kajian terperinci lanjutan bagi menentukan jumlah sebenar yang boleh dilombong secara ekonomi dan lestari.

Dan akhir sekali, dasar kerajaan yang tidak membenarkan perlombongan dalam kawasan sensitif seperti Hutan Simpan Kekal (HSK), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), kawasan tadahan air dan rizab perlindungan turut mengehadkan

draft • 10:10 AM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

pilihan lokasi yang sesuai bagi pembangunan industri ini. Langkah ini penting bagi menjamin keselamatan alam sekitar namun pada masa yang sama memerlukan pendekatan berhati-hati untuk mengimbang pembangunan industri dan pemeliharaan sumber semula jadi.

Untuk soalan Yang Berhormat, apakah perancangan dan pendekatan kerajaan mengatasi cabaran-cabaran ini, salah satunya ialah kerajaan telah bersetuju supaya strategi pembangunan industri nadir bumi ini dilaksanakan secara berfasa meliputi jangka pendek 2025 hingga 2027, jangka sederhana 2027 hingga 2030 dan jangka panjang selepas daripada 2030. Pada masa jangka pendek, dasar moratorium pengeksportan mentah REE dikekalkan bagi menggalakkan pelaburan dan juga loji penulenan, pemisahan serta penghasilan produk bernilai tambah dalam negara. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan.

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Menteri, jawapan yang jelas. Dato' Yang di-Pertua, REE negara berkualiti tinggi ini kerana ia mempunyai unsur seperti praseodymium, neodymium, dysprosium dan sebagainya, ini kerana penting untuk pembuatan super magnet berkualiti, berkuasa tinggi. Seperti mana disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tentang cabaran- cabaran, sebenarnya kita ada empat cabaran.

Saya nak sebutkan di sini bahawa kita ada 96 peratus REE kita dalam hutan simpan kekal, hanya 4 peratus yang di luar— 4 peratus di luar ini bukan dia selonggok, dia merata-rata tempat, jadi dia menjadi masalah bagi kita untuk membangunkan industri REE ini. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan sudah mempunyai satu roadmap ataupun hala tuju yang jelas, yang mengambil kira cabaran-cabaran tadi. Cabaran dia terletak dalam hutan simpan kekal, bermakna kita perlu pinda akta supaya membolehkan REE itu dianggap sebagai hasil daripada hutan tersebut.

Seterusnya, dia berada di dalam negeri-negeri dan negeri-negeri ini dia ada hak, mempunyai hak untuk mendapatkan hasil. Adakah kerajaan sudah mengadakan perbincangan ataupun engagement dengan negeri-negeri ini?

Seterusnya sebab negeri-negeri ini pula negeri-negeri yang kurang maju dan REE ini dapat membantu mereka memajukan ekonomi mereka.

Seterusnya, berhubung dengan alam sekitar, Yang Berhormat Dato’ Speaker. Ini pun satu masalah yang besar untuk kita hadapi dalam menentukan dia

draft • 10:10 AM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

ada satu perimbangan di antara pembangunan REE ini dengan kualiti alam sekitar.

Seterusnya, dari segi teknologi, Yang Berhormat Menteri sebut tadi kita tak ada teknologi sendiri daripada upstream, midstream dan juga downstream membuat produk. Dengan negara manakah kita sudah mengenal pasti untuk kita bangunkan REE ini sama ada Amerika Syarikat, China, Australia dan sebagainya. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua.

draft • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, benar kita punya REE ini, rizab kita 94 peratus di dalam hutan simpan kekal. Selebihnya 6 peratus di luar hutan simpan kekal. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, dari segi konteks REE ini dia— kita telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri, kita telah explain kepada kerajaan negeri kenapa kita berdepan dengan masalah untuk membangunkan REE ini dan banyak maklumat yang telah kita beri, tetapi satu benda yang saya ‘nak tekankan bahawa REE ini dia bergantung kepada kerajaan negeri. Mana-mana perlombongan yang nak berlaku, kalau kerajaan negeri tak bagi kelulusan dia tidak boleh berlaku.

Di peringkat Persekutuan kita ada dua benda kita kontrol, satu ialah alam sekitar; nombor dua ialah kita nak pastikan bahawa kita tidak sewenang-wenangnya eksport kita punya REE ini kerana kita nak pastikan ada rantaian downstream, midstream— dan downstream ini berlaku dalam negara. Kalau tidak, kerajaan negeri hanya dapat tribute.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Contohnya, di Perak hari ini bila kita benarkan MCRE buat perlombongan— pasal Kerajaan Negeri Perak pada ketika itu, pada tahun 2019, dia nak tengok apa hasil daripada perlombongan ini. Jadi, China datang tunjuk dia punya teknologi macam mana nak buat perlombongan, tetapi dia ambil hari ini, bawa ke China untuk buat pemprosesan. Dia tak buat dekat sini sebab dia nak menilai kualiti REE kita, berapa banyak dia punya rizab, berapa— adakah boleh justify untuk buat pelaburan kawasan tersebut.

Jadi setakat hari ini, 20,000 REE dari segi dalam bentuk carbonate dia telah dieksport ke China, kemudian dia bayar tribute kepada kerajaan negeri, itu saja.

Sebab itu kita tak nak kawasan-kawasan orang datang ke negara kita ini, explore

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

perlombongan ini, selepas itu dia bawa keluar REE kita dan proses di negara kita dia tak nak. Itu satu.

Saya nak jawab soalan Yang Berhormat tadi, soal alam sekitar. Betul, 94 peratus daripada rizab REE kita ini ada dalam kawasan-kawasan Hutan Simpan Kekal di setiap negeri. Saya bagi contoh Yang Berhormat kalau untuk di negeri Kedah ini dalam Hutan Simpan Kekal ada 170,000 hektar. Di luar hutan simpanan kekal cuma ada 9,000 sahaja.

Jadi apa yang berlaku, MREST telah mengarahkan FRIM untuk buat research kalau sesuatu kawasan hutan simpan kekal ini kita nak buat perlombongan REE, kita nak study apa effect-nya terhadap alam sekitar dalam kawasan tersebut. Sebab kita kena faham bahawa dalam perlombongan ini dia ada dia punya impak dia kepada alam sekitar. Contohnya, macam kita pernah buat copper mining di Ranau Sabah.

Jadi bila waste kita tak boleh handle, jadi banyak isu berjangkit atau perkara- perkara yang memberi apa kesan kepada penduduk dalam kawasan tersebut. Jadi inilah mengambil a bit masa, tetapi rizab kita ini, kita nak pastikan apabila kita buat dia tidak menjejaskan alam sekitar kita; nombor dua, dia dapat manfaat kepada negara bukan sahaja hanya nak mining sahaja, tetapi di-invoke processing. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Harap Yang Berhormat— teknologi tadi, teknologi sekarang ini kita tahu 90 peratus dekat China. Di Australia juga ada teknologi, tetapi teknologi untuk memproses yang berada di Lynas. Amerika pun dia kata dia ada teknologi, tapi saya ‘tak nampak lagi dia punya teknologi. Saya tunggulah dia datang nak tengok apa dia punya teknologi. Belgium pun ada.

[Tepuk] France pun ada. Okey, terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, satu masa lalu, bijih timah banyak di Perak.

Penjajah Inggeris datang dan jajah Tanah Melayu bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874. Sekarang, bijih nadir bumi (REE) banyak di Malaysia. Saya bimbang kemerdekaan negara kita sebab Perjanjian Timbal Balik Tarif Malaysia–Amerika itu telah ditandatangani pada 26 Oktober 2025.

draft • 10:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Soalan saya, apakah jaminan kerajaan peristiwa penjajahan ini tidak berulang semula ke atas negara kita. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebelum kita merdeka, banyak orang boleh jajah kitalah, tapi kita dah merdeka ini, kita semua ada bijak pandai dekat negara ini. Siapa nak datang melabur boleh datang, tetapi dia kena melalui proses yang kita nak. Contohnya dalam konteks REE.

Dia kalau deal dengan Kerajaan Persekutuan saja tak cukup sebab rizabnya semua ada dalam kerajaan negeri.

Kerajaan negeri juga bertanggungjawab bersama-sama Kerajaan Persekutuan. Dia mesti ada kalau orang datang nak buat— pertama, tanya dekat mana nak buat. Dia bukan boleh buat sebarang tempat. Kat mana nak buat. Kalau dia buat satu kawasan di luar hutan simpan kekal, kemudian kita nak tengok berapa banyak rizab ada.

Lepas itu bila dah tahu rizab banyak, ada ‘tak boleh buka kilang, boleh justify apakah peluang pekerjaan yang kita dapat, apa, berapa banyak cukai yang kerajaan negeri dapat, berapa banyak tribute kerajaan negeri dapat, berapa banyak peluang pekerjaan, berapa banyak corporate tax yang dia ‘nak bayar. Itu semua dia kena lalu dulu. Itu kena buat.

Kemudian, saya nak beritahu bahawa bila nak buat pula dalam Hutan Simpan Kekal, kiat ada juga prasyarat. Bukan semua boleh ambil buat ini. Dia kena tengok kalau Hutan Simpan Kekal, apa dia punya kesan kepada alam sekitar yang Western country ini duk preach dengan kita, suh kita jaga punya environment. This is one example kita nak tengok kat mana you nak buat. Yang ini semua adalah satu engagement yang perlu kita buat between Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sebelum mereka datang.

Dia tak boleh datang ‘tak tentu pasal. So, jadi saya punya pandangan ialah, agreement yang mana dah sign ini, itu benda dah lepas, tetapi kita ada lagi proses seterusnya yang kita boleh mempertahankan kita punya hak sebagai negara yang berdaulat. Jadi saya ucap terima kasih ya.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

[Tepuk] Selanjutnya Majlis ke soalan yang ketiga.

Dipersilakan Tuan Cha Kee Chin, Rasah.

draft • 10:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya soalan ke-3.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, apakah ada perancangan untuk melaksanakan penternakan khinzir secara tertutup dan berteknologi tinggi memandangkan kadar sara diri (SSR) semakin berkurangan. Sila nyatakan, apakah langkah yang telah diambil oleh kementerian.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Tuan Yang di-Pertua, PKPM melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mempunyai perancangan untuk melaksanakan penternakan khinzir secara tertutup dan berteknologi tinggi.

Antara langkah yang telah dan akan diambil adalah dalam bentuk sokongan dan inisiatif bagi menyokong kelangsungan operasi penternakan khinzir tempatan terutamanya dalam meningkatkan SSR daging khinzir kepada 90 persen menjelang 2030.

Kementerian Kewangan Malaysia telah memperluaskan skop insentif galakan cukai automasi sektor pertanian meliputi manfaat Elaun Modal Dipercepat

(ACA) dan pengecualian cukai pendapatan kepada ternakan khinzir sebagai galakan kepada penternak khinzir untuk mentransformasi ladang terbuka kepada ladang tertutup mulai 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2027.

DVS secara berterusan menyediakan khidmat nasihat teknikal kepada penternak khinzir yang melibatkan aspek pengurusan ladang, pematuhan kepada piawaian kesihatan serta amalan bio-sekuriti yang berkesan. Usaha ini bertujuan untuk menyokong peralihan ke arah sistem penternakan yang lebih moden, mampan dan berisiko rendah terhadap penyakit.

Perkhidmatan ini juga memainkan peranan penting dalam memperkasa keupayaan penternak dan menghadapi cabaran industri. PKPM sentiasa menggalakkan serta menyokong pelaksanaan aktiviti penternakan khinzir secara ladang, ladang tertutup melalui konsep Modern Pig Farming dan Pig Farming Areas.

Sebagai contoh di Simunjan Sarawak, terdapat sebuah kawasan PFA yang menjadi model kepada penternakan moden bersepadu. Manakala di Tongod, Sabah pula sebuah PFA sedang dalam proses pelaksanaan.

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Usaha ini menunjukkan komitmen berterusan PKPM dalam memperkukuh industri ternakan khinzir ke arah yang lebih mampan, berdaya saing dan selamat alam sekitar. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Soalan tambahan Yang Berhormat Rasah. Silakan.

draft • 10:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas perincian terhadap jawapan tersebut. Saya memang menghargai khidmat nasihat dan juga khidmat teknikal daripada DVS dalam hal ini.

Cuma untuk industri ini terutama untuk ladang tertutup dan berteknologi tinggi, dia melibatkan— saya rasa dua tiga perkara yang amat mustahak. Satu, isu status tanah sebab ini kena buat pelaburan dengan dana yang tinggi dan apabila kita sebut pelaburan dengan dana yang tinggi, ia melibatkan suntikan.

Saya difahamkan, penternak ada niat untuk buat Modern Pig Farming ini.

Cuma dana itu macam mana? Kita faham Agrobank memang Shariah Compliance, tapi macam mana dengan bank-bank yang lain, yang boleh ‘tak KPKM sendiri membantu mereka yang berminat, yang bersedia, tapi hadapi masalah dana supaya bincang, kalau mungkin dengan Hong Leong Bank, Public Bank ‘ke, memberikan suntikan modal supaya perkara ini boleh kita jayakannya untuk mengangkat semula, seperti mana kata Yang Berhormat Menteri tadi, SSR 90 peratus.

draft • 10:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya difahamkan sekarang ini dalam 65 peratus ke? Mohon pengesahan daripada Menteri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Ya, kita memang akui akibat daripada penyakit flu dan berbagai jenis nama lagi yang melanda khinzir ini, yang dahulunya pernah hebat di Melaka, di Negeri Sembilan, sebab itulah kita lihat banyak khinzir ini yang terpaksa dimusnahkan akibat penyakit itu.

Nak membuat yang baharu ini, kita harap pergi secara moden, memang kementerian bersedia untuk facilitate mereka yang nak memohon bank-bank yang lain, kementerian akan memberi sokongan kepada penternak yang ingin membuat secara— membuat perusahaan secara moden dan kita akan usaha membantu mereka untuk mendapat pinjaman atau sokongan daripada bank-bank atau institusi kewangan yang lain. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 10:30 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah tindakan penguatkuasaan terhadap ladang-ladang yang gagal mematuhi SOP yang sedia— yang telah diadakan, termasuk lesen sistem pelupusan sisa dan juga piawai kebersihan.

Dan, berapakah tindakan yang telah diambil setakat ini sebab kita dengar banyak aduan penduduk mengenai pencemaran najis khinzir yang menyebabkan bau busuk, risiko penyakit, terutama di kawasan hotspot. Dan, adakah kerajaan mempertimbangkan pelan penempatan semula kawasan khinzir— ladang-ladang khinzir yang lama, yang terlalu dekat dengan kediaman penduduk, sekolah, masjid dan juga sungai yang boleh memberi kesan yang sangat tidak baik kepada penduduk sekitar? Minta penjelasan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Memang pihak DBS sentiasa memantau dan juga mengambil tindakan jikalau ada ladang-ladang yang tidak mendapat ataupun menurut peraturan. Kalau ada berlaku pencemaran misalnya, kita akan memerintahkan membuat suatu tindakan kepada ladang-ladang tersebut.

Dan juga kerjasama semua pihak termasuk daripada pihak kerajaan negeri, terutamanya soal-soal tanah, membenarkan membuka ladang-ladang secara yang tidak sah ini juga perlu dikawal, dan kita sentiasa pantau perkara ini. Kalau ada spesifik tempat yang berlaku pencemaran itu, kita akan hantar pegawai untuk mengambil tindakan segera. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-4. Dipersilakan Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib, Yang Berhormat Parit.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:30 AM

4. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Pertahanan menyatakan, pelan peralihan teknologi pertahanan Malaysia ke arah smart military termasuk penggunaan AI, sistem automasi senjata dan peperangan siber.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Pertahanan untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Terima kasih Yang Berhormat Parit atas persoalan yang dikemukakan.

Dato’ Yang di-Pertua, Pelan Peralihan Pertahanan Negara ke arah smart military sedang digerakkan melalui transformasi yang memberi penekanan kepada teknologi kecerdasan buatan, automasi sistem senjata serta pembangunan keupayaan peperangan siber. Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memuktamadkan penubuhan Pemerintahan Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) sebagai teras kepada pasukan siber, khususnya negara.

Dan BSEP ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Disember tahun ini dengan pengisian keupayaan dilaksanakan secara berfasa melalui Rancangan Malaysia yang Ketiga Belas. Dan Pemerintahan Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ini berperanan sebagai pusat graviti dalam operasi siber dan elektromagnetik manakala konsep angkatan masa hadapan membentuk doktrin struktur serta aset berteknologi tinggi yang mampu beroperasi dalam persekitaran peperangan digital.

Dato’ Yang di-Pertua, seiring dengan ini penubuhan pasukan siber khusus atau cyber force akan membolehkan ATM memperkukuhkan pertahanan aktif, melaksanakan operasi pencegahan serta bekerjasama dengan rakan strategik serantau dalam menangani ancaman siber yang semakin kompleks.

Sasaran akhir adalah untuk menjadikan BSEP ini sebagai sebuah formasi yang berkeupayaan sepenuhnya menjelang tahun 2030. Langkah ini adalah selaras dengan strategi angkatan masa hadapan ATM yang menekankan penguasaan dalam domain baharu iaitu siber dan elektromagnetik, seterusnya memperkukuhkan daya tahan dan juga keupayaan ATM dalam menghadapi sebarang ancaman peperangan moden. Itu sahaja jawapan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Parit.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Menteri atas jawapan yang diberikan, ya. Alhamdulillah, kita telah pun mengorak langkah dan bermula daripada Disember ini.

Soalan saya, apakah garis masa kementerian untuk memperluaskan penggunaan AI ini dalam pemantauan sempadan dan analitik medan perang?

Dan, soalan seterusnya, apakah pelan latihan— pelan latihan semula atau reskilling terhadap anggota-anggota ATM kita supaya mereka berupaya mengendali sistem automasi dan AI yang semakin kompleks ya. Barangkali diadakan kursus atau dihantar belajar ke luar negara dan sebagainya memandangkan AI dan smart military ini adalah satu perkara baharu. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Parit atas persoalan yang dikemukakan.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Bila kita sebut tentang kecerdasan buatan atau AI ini kepada aspek pertahanan kita, ada lapan perkara yang kita berikan tumpuan di samping persoalan itu, ada jawapannya di sini.

Pertama adalah tentang pengawasan, ya. Kita manfaatkan AI itu dalam konteks pengawasan kita sama ada darat, udara mahupun laut kita. Begitulah juga dalam kita penggunaan dron ketenteraan juga dan memang kita tahu bahawa sebahagian dan sesetengah negara itu memang mereka mewajibkan semua anggota pertahanan mereka mempunyai keupayaan dalam melaksanakan dron ketenteraan. Jadi, kita memang ke arah itu supaya kepakaran ini menjadi sebahagian daripada keperluan kita.

Ketiga adalah tentang pertahanan siber juga. Ini antara yang kita manfaatkan juga dalam konteks AI itu dan juga sistem senjata pintar kita. Dan, penggunaan kenderaan tanpa pemandu ini dan kalau kita lihat bukan sahaja ia melibatkan UAS dan UAV, tapi lain-lain kenderaan tanpa pemandu termasuk penggunaan teknologi hijau dalam penggunaan ketenteraan kita. Begitulah juga kalau kita lihat sistem komunikasi dan juga perisikan.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan, yang ketujuh iaitu tentang apa yang disebut oleh Parit tadi tentang simulator latihan juga. Jadi, kita boleh memanfaatkan AI ini dalam konteks latihan- latihan kita. Dan saya fikir dalam konteks ketenteraan ini, simulator antara perkara— aspek yang penting terutamanya dalam konteks pertahanan udara kita.

Terakhir adalah kita manfaatkan juga AI dalam konteks logistik kita. Jadi, kalau kita mempunyai data yang lengkap dan kita tahu tentang penggunaan aset- aset kita, jadi kita boleh mengoptimumkan penggunaan aset-aset kita. Itu sahaja jawapan.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan, Yang Berhormat Ledang.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, berkenaan dengan peralihan teknologi pertahanan ini, saya percaya ia terkait juga dengan Dasar Industri Pertahanan Negara. Justeru, kita faham bahawa ia nya akan dilancarkan pada tahun depan, Januari— awal tahun depan.

Cuma, saya rasa persoalannya adalah bagaimana kita menggunakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk kita mempertahankan ataupun memastikan bahawa peralihan teknologi ini dimanfaatkan sepenuhnya?

Dan, keduanya ialah bagaimana kita juga memastikan supaya kita ada kepakaran? Apakah ada perancangan untuk kita memberikan satu kekuatan tambahan kepada UPNM, Universiti Pertahanan Negara Malaysia supaya ada kepakaran dalam konteks untuk peralihan kepada teknologi baharu dalam pertahanan negara. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang atas persoalan yang dikemukakan tentang Dasar Industri Pertahanan Negara.

Kerana kita tahu kita di Kementerian Pertahanan memang sedang melengkapkan strategi kita untuk memastikan bahawa Dasar Industri Pertahanan Negara itu dapat kita bangunkan.

Kerana kita tahu bahawa dalam konteks pertahanan negara ini, buat masa ini antara yang sedang kita lakukan melalui Majlis Pertahanan Negara ini adalah kita gabungkan semua kemampuan-kemampuan industri kita. Dan, buat masa ini adalah kita kenal pasti ya, keseluruhan daripada industri sama ada terkait secara terus dengan industri pertahanan mahupun industri-industri yang boleh kita manfaatkan

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

dalam teknologi pertahanan kita, termasuk dalam aspek siber yang kita sebutkan tadi.

Sebab itu kalau tadi disebut tentang peranan R&D kita, bukan sahaja kita fokuskan kepada Universiti Pertahanan sahaja, tetapi dalam Majlis Industri Pertahanan Negara itu sebenarnya kita libatkan semua institusi-institusi pengajian tinggi termasuk kementerian-kementerian termasuk Kementerian Sains dan Teknologi dan kementerian-kementerian yang lain kerana kita tahu bahawa R&D ini dibuat oleh kepelbagaian agensi kita. Jadi, sudah barang pasti bahawa setiap universiti juga contohnya, mempunyai kepakaran-kepakaran yang tertentu.

Sebab itu kita memberikan fokus ini dan kita gabungkan dalam Majlis ini. Dan, kita memang di peringkat Kementerian Pertahanan, kita berharap bahawa bila kita mewujudkan Dasar Industri Pertahanan Negara, kita bukan sahaja membangunkan industri kita, tetapi dalam masa yang sama kita juga boleh mengupayakan kepakaran kita yang sedia ada, keseluruhannya.

draft • 10:30 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan dalam masa yang sama, kita tahu bahawa dalam Kertas Putih Pertahanan kita ya, kedaulatan, keupayaan negara kita banyak juga bergantung kepada kemampuan warga kita untuk faham tentang tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara. Itu saja jawapannya.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Selanjutnya, Majlis mempersilakan Tuan Mohd Sany bin ‘Hamzah’, Yang Berhormat Hulu Langat

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dato’ Speaker, “Hamzan.”

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Hamzan?

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab Dato’— ah, Dato’ Speaker sebut tadi “Hamzah”. “Hamzah” mungkin mantan bekas Ketua Pembangkang.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih Yang Berhormat.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...

Dato’ Speaker minat roti Gardenia, Roti Gardenia di Kota Lama; Betong, di Kota Lama...

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Di mana dia wahai Cik Nyonya, Soalan saya yang nombor lima....

draft • 10:40 AM

[Dewan ketawa]

5. Tuan Mohd Sany bin Hamzan [Hulu Langat] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah peruntukan Belanjawan 2025 untuk memperkasa pendidikan Islam di peringkat prasekolah, sekolah dan universiti termasuk penyediaan tenaga pengajar berkualiti dan memastikan kebajikan imam, guru KAFA dan guru tahfiz terjamin dengan elaun yang setimpal.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat atas soalan yang diajukan. Izinkan saya untuk memberikan pencerahan dan jawapan sebaiknya.

Kerajaan melalui Belanjawan 2025 telah membuat beberapa pengumuman dan peruntukan khusus untuk memperkukuh pendidikan Islam di peringkat rendah, di pondok dan tahfiz dalam memastikan kualiti pendidikan Islam berada pada tahap yang terbaik. Secara keseluruhannya, kerajaan telah memperuntukkan dua bilion untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dalam Belanjawan 2025.

Peruntukan ini merangkumi pelbagai aspek seperti pendidikan Islam, penyelenggaraan prasarana institusi pendidikan Islam yang berdaftar, elaun gurun KAFA, guru takmir dan imam serta program-program sokongan syiar Islam. RM150 juta telah diperuntukkan untuk penyelenggaraan dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam yang berdaftar di seluruh negara termasuk institusi tahfiz dan pondok serta sekolah agama rakyat. Ingin dikongsikan, keseluruhan 150 juta ini telah pun diagihkan 100 peratus kepada lebih 1,250 sekolah atau institusi pendidikan Islam.

Kerajaan juga telah menambah kuota sebanyak 1,500 orang guru KAFA mulai tahun 2025. Sebelum ini hanya seramai 35,000 orang, sekarang menjadi 36,500 untuk menampung keperluan yang semakin meningkat terutama dalam pendidikan fardu ain. Dikongsikan, sebelum ini pelajar yang KAFA hanya 1.3 juta, hari ini 1.4 juta. Ini merelevankan kenaikan kuota sebanyak 1,500 orang guru KAFA.

Kerajaan juga menyediakan elaun bulanan untuk imam, Guru KAFA dan guru takmir yang berjumlah keseluruhannya 730 juta setahun. Sumbangan khas berjumlah RM500 sekali bayar akan diberikan kepada lebih 70,000 orang yang terdiri

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

daripada imam, guru KAFA, guru takmir, bilal, siak, noja dan marbut. Peruntukan ini berjumlah RM35 juta Bagi pelajar di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dan Darul Quran JAKIM, kerajaan telah meningkatkan kadar wang saku mereka sebanyak RM100 sebagai penghargaan dan sokongan bagi kos hidup dan pengajian mereka. Oleh itu, Darul Quran telah pun meningkat daripada RM450 kepada RM550 bagi diploma; dan ijazah, RM550 kepada RM650. Dan di IKMAS, dari RM100 kepada RM200; dan di IPDAS, diploma RM100 ke RM200.

Oleh itu, pihak Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM bersama pihak berkuasa agama negeri sentiasa memantau pelaksanaan setiap inisiatif ini agar peruntukan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dato’ Speaker, saya minta izin Dato’ Speaker, untuk mengalu-alukan kehadiran para pelajar daripada SMK Seri Desa seramai 40 orang yang diketuai oleh Cikgu Muhammad Khairol Azrin bin Abdul Rahman.

[Tepuk] Sekolah ini terletak di dalam Parlimen Tanjong Karang. Selamat datang diucapkan kepada pihak sekolah dan juga anak-anak. Terima kasih Menteri.

Cuma Menteri, peruntukan untuk tahun depan ini RM2.6 bilion, tahun ini dua bilion. Maksudnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri naikkan sebanyak RM600 juta untuk sektor agama yang terdapat dalam negara kita ini. Cuma saya nak minta Yang Berhormat Menteri ini, boleh tak sekolah-sekolah, prasekolah ini yang ‘tak berdaftar dengan KPM ini, kita berikan bantuan.

Contohnya, macam PASTI itu. Sebab kita dengar kawan-kawan kita sebelah sana itu selalu bercakap soal bantuan, bantuan, bantuan yang diberikan sepatutnya oleh Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan ini kepada sekolah-sekolah, prasekolah terutamanya institusi PASTI.

Kemudian yang keduanya Menteri, saya nak tanya— ini contoh macam di masjid-masjid ataupun di surau-surau ini. Penceramah-penceramah yang kita bawa masuk ini, kadang-kadang selalu menaburkan amalan fitnah. Contohnya, Islam terancam, Melayu terancam, Raja-Raja terancam contohnya. Di masjid mereka fitnah, di surau mereka fitnah, dan dalam Parlimen pun mereka fitnah. Sebab itu bila Kota Bharu dan juga Pendang ini, dia fitnah APMM, dia fitnah pegawai dan juga kakitangan kerajaan yang terdapat dalam negara kita...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, soalan.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Ini, kita tak boleh terima.

Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.

Ingin saya tekankan di sini, berdasarkan kepada undang-undang kawalan sekolah- sekolah agama di negeri-negeri termasuk kaedah kawalan sekolah-sekolah agama di negeri-negeri, telah menetapkan bahawa semua sekolah agama Islam sama ada di peringkat prasekolah, sekolah rendah agama, sekolah menengah agama, sekolah swasta, maahad tahfiz, institusi pondok, hendaklah mendaftarkan institusi tersebut.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 10:40 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Operasi mana-mana institusi pengajian Islam yang tidak berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri adalah menyalahi undang- undang yang sedang berkuat kuasa. Pendaftaran ini penting. Pendaftaran ini adalah penting bagi menjamin keselamatan, kebajikan, kualiti dan aspek pengiktirafan kurikulum. Kita tidak mahu ia nya berulang, bagaimana pelajar-pelajar tidak dapat mendaftar dan menduduki peperiksaan UPKK. Oleh itu, tanpa pendaftaran yang sah, ia nya akan menyukarkan untuk mendapat apa jua peruntukan yang dikhususkan untuk institusi pengajian Islam.

Bagi menjawab bahagian kedua, berkenaan dengan isu penceramah di masjid, di surau yang ada melanggar beberapa perkara yang ditekankan ataupun yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat. Pihak berkuasa agama negeri dan juga pihak JAKIM, kita juga sangat prihatin terhadap perkara ini. Oleh itu, kita lihat bagaimana ekosistem dan juga keperluan tauliah itu, dia memastikan supaya mereka-mereka yang benar-benar berilmu dan menyampaikan dengan penuh keikhlasan. Mana-mana mereka yang melanggar etika dan moral, mereka akan tidak diperbaharui tauliah mereka dan barangkali, mereka boleh diambil tindakan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua...

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Peraturan-peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Peraturan Mesyuarat 36(6)— seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa- siapa Ahli yang lain.

Tadi saya dengar Hulu Langat menyebut dalam soalannya, “Sebab itu kita dengar Kota Bharu dan Pendang memfitnah APMM.” Frasa itu, frasa yang boleh dibuktikan di dalam Dewan ini menurut prosedur Dewan. Saya minta petua Speaker, adakah ia boleh dibenarkan di dalam mengajukan soalan? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan 36(4), sangkaan jahat. Interpretasinya terletak kepada Pengerusi, yang mana satu yang sangka jahat itu, yang mana atau tidak, atau dalam pertimbangannya, ia boleh diterima dalam kerangka perbahasan ataupun soalan. Bagi saya, apa yang telah diucap oleh Yang Berhormat Hulu Langat tadi tidak melangkau batas tersebut. Jadi, di situlah. Faham? Itu saya punya petua. Teruskan Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Yang di-Pertua.

Disember 2024 lalu, ada Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan berusaha untuk memastikan kebajikan guru KAFA terjamin termasuk berhubung kenaikan elaun. Maka soalan saya, apakah langkah kerajaan bagi menyelesaikan isu status kontrak di kalangan guru-guru ini termasuk usaha meminda syarat jam bekerja atau mewujudkan skim perkhidmatan khusus yang membolehkan mereka diserap ke jawatan tetap? Itu satu.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Yang kedua...

[Ketawa] Terima kasih Dato’. Apakah kerajaan akan memperkenalkan satu standard latihan nasional khusus pensijilan bagi Guru-guru Tahfiz terutamanya guru-guru yang sekolahnya berdaftar di bawah JAKIM dan sebagainya? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:50 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Ingin dikongsikan di sini bahawa sememangnya sudah ada komitmen di mana kerajaan telah memberikan elaun sebanyak RM1,100 dan ditambah dengan KWSP RM143 dan PERKESO RM18.35. Selain daripada itu, jadi jumlahnya sebanyak RM1,261.35.

Namun begitu, kalau kita lihat, bahawa negeri-negeri ada yang menambah. Negeri- negeri Wilayah Persekutuan sebagai contoh, RM1,000 dan negeri-negeri yang lain.

Jadi, saya kongsikan bahawa enam negeri sudah lima hari, ya, satu negeri empat hari dan tujuh negeri tiga hari. Jadi, bantuan-bantuan yang diberikan kepada

draft • 10:50 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

guru-guru KAFA ini selain itu ada juga RM500 bagi semua guru KAFA yang setahun yang diberikan bantuan khas kerajaan yang berjumlah RM35 juta.

Jadi, berkenaan soalan berkenaan dengan contract of service ataupun skim ya, sekarang ini kita sedang mengkaji untuk naik taraf penyelia KAFA contract of service daripada gred S1 kepada gred S5, doakan. Dan alhamdulillah, ini kita telah mulakan iaitu Program Rintis KAFA Perdana, skim perjawatan guru KAFA S1 contract of service. Yang ini juga kita sedang jalankan. Jadi, doakan supaya projek ini akan ataupun program rintis ini akan berjaya dan kita boleh melihat perkara ini di masa depan.

Dan apa yang saya ingin tekankan di sini kepada Yang Berhormat bahawa ada negeri yang sudah menambah dan keadaan yang sangat baik dan ia nya telah pun melangkaui daripada minimum wages ataupun gaji minimum. Baik.

Berkenaan dengan soalan yang kedua berkenaan status latihan, berkenaan untuk guru-guru KAFA ini, sebenarnya kita sudah ada banyak latihan-latihan yang kita telah laksanakan. Malahan inisiatif-inisiatif juga telah kita gerakkan. Sebagai contoh, kita ada sistem Smart Murabbi iaitu satu sistem platform e-pembelajaran yang sangat-sangat sistematik dan terbaik. Selain daripada itu, JAKIM juga membangunkan e-Rancangan Pengajaran Harian ataupun e-RPH.

Yang menariknya untuk guru-guru maahad tahfiz dan pondok ini, kita juga menyediakan latihan kepada mereka. Di antara latihan yang sangat baik untuk saya kongsikan di sini, di mana JAKIM telah memperkenalkan latihan penggunaan teknologi artificial intelligence kepada guru-guru maahad tahfiz dan institusi pondok.

Ini kita telah mulakan di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Dan boleh saya rumuskan bahawa sememangnya kita telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan usaha. Doakan, moga-moga kita dapat memperkukuhkan lagi institusi pendidikan Islam kita sebaiknya. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Mas tahu kenapa saya tolak?

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Ya, saya.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau yang membangkitkan tadi, Pendang sendiri, jadi kemungkinan besar keputusan saya akan memberi amaran atau punish, dengan izin Yang Berhormat Hulu Langat, tetapi ini orang ketiga. Jadi, locus standi itu bagi saya, saya pertimbangkan. Faham?

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Boleh saya tanya satu soalan? Maksudnya, Yang di-Pertua meletakkan locus standi sebagai satu pertimbangan penting dalam menerima Peraturan 36(6).

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Itu boleh...

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Adakah ia akan menjadi precedent selepas daripada ini?

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Kalau saya nak buat keputusan tadi, kalau Pendang bangun, memang saya kenakan dah, tapi Pendang ‘tak ada. Yang disebut itu Pendang. Baik.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Okey, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Itu mungkin sebagai petua kepada yang lain-lainlah kalau nak mengambil peraturan terhadap seseorang itulah ya. Ini pandangan sayalah. Baik, saya...

draft • 10:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun. Peraturan Dewan.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Peraturan saya layan.

draft • 10:50 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Peraturan Dewan. 36(6) itu menyebut, “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa- siapa...” Apa yang disebut oleh Pasir Mas tadi, Ahli Parlimen yang menyatakan demikian iaitu Pendang dan Kota Bharu. “Siapa-siapa” itu boleh juga dirujuk kepada dua Ahli Parlimen tersebut.

Jadi, saya mencadangkan autoriti yang dibangkitkan ini, Speaker ada hak untuk buat ruling tentang apa yang dibangkitkan oleh Hulu Langat sebab perkataan “siapa-siapa” itu dia sudah menyebut secara umum dan merujuk kepada Ahli Parlimen dalam Dewan ini. Jadi, saya pohon petua terkini daripada Tuan Speaker.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, saya mengambil maklum apa Yang Berhormat bercakap itu, malah saya dah menelaah pun perkara itu. Apa yang saya pertimbangkan adalah jika sedemikian, siapa-siapa dekat luar bercakap pun kita boleh bangkitkan di sini.

Maknanya “siapa-siapa” itu very, very vague dan very wide. Jadi, pertimbangan saya dalam menginterpretasikan perkara 36(6) itu, saya lebih suka the locus standi orang berkenaan ada di dalam Dewan. Itu saya punya petua.

Baik, kita terus kepada perjalanan Dewan ya. Tadi, Yang Berhormat Gerik ada? Ha, sampai dah. Baik, nanti sebentar. Saya ikut peraturan, saya kena baca

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

nama Yang Berhormat ya. Baik, dia punya peraturan, soalan yang keenam, dipersilakan Tuan Fathul Huzir bin Ayob, Yang Berhormat Gerik.

draft • 10:50 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 6.

draft • 10:50 AM

6. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, sama ada kementerian boleh pertimbangkan untuk membina sebuah Muzium Perang Force 136 dan Muzium Darurat Menentang Komunis (PKM) di kawasan bersejarah dalam Parlimen Gerik bagi memperingati sejarah dan perjuangan juga sebagai tarikan pelancongan serta sumber pendidikan sejarah kepada masyarakat.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara, silakan untuk menjawab.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap pemeliharaan sejarah bangsa dan tanah air menerusi penubuhan muzium.

Kementerian Perpaduan Negara melalui agensi di bawahnya, Jabatan Muzium Malaysia menyokong usaha mana-mana pihak untuk mengangkat serta memperjuangkan sejarah negara termasuk melalui penubuhan muzium.

Justeru, kementerian menyambut baik hasrat Yang Berhormat ke atas cadangan penubuhan muzium berorientasikan sejarah perang di negara ini, khususnya di Gerik yang merupakan satu daripada tapak penting dalam sejarah ketenteraan negara dalam memerangi tentera Jepun dan anasir komunis.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebarang cadangan penubuhan muzium baharu perlu terlebih dahulu dikaji secara komprehensif. Ini kerana penubuhan muzium baharu akan melibatkan kos yang tinggi termasuk pembangunan fasiliti, pemerolehan koleksi dan pertambahan jawatan baharu serta kos operasi yang perlu dipertimbangkan. Atas faktor-faktor tersebut, kementerian tidak bercadang untuk membina Muzium Perang Force 136 atau Muzium Darurat Menentang Komunis

(PKM).

Tambahan pula, Muzium Perang Force 136 dan Muzium Darurat Menentang Komunis (PKM) adalah bersifat muzium khusus (specialised museum) yang lebih sesuai dilaksanakan oleh kementerian atau jabatan yang berkenaan seperti Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri yang telah pun menubuhkan beberapa muzium sejarah peperangan atau ketenteraan negara termasuk penentangan ke atas tentera Jepun dan darurat seperti muzium kepolisan di Kuala Lumpur, Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar, Johor, Muzium Tentera Darat

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

di Port Dickson, Negeri Sembilan serta Galeri Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Kementerian ini melalui Jabatan Muzium Malaysia bersedia memberikan khidmat nasihat dan latihan kepakaran untuk merealisasikan penubuhan muzium ini dan percaya penubuhannya boleh membawa impak yang baik dari aspek persejarahan serta pelancongan di Gerik sepertimana Muzium Perang di Batu Maung, Pulau Pinang. Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Gerik, soalan tambahan.

draft • 10:50 AM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Insya-Allah, saya akan cuba berhubunglah dengan pihak yang dikatakan tadi.

Bagi soalan tambahan, saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang memperluaskan penggunaan AI dalam pembangunan muzium-muzium di Malaysia kerana ia mampu menarik minat lebih ramai orang dan kemungkinan kosnya pun akan jadi lebih mudah dan murah?

draft • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 10:50 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih atas soalan tambahan Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Pihak agensi muzium, Jabatan Muzium Negara sentiasa mengambil pendekatan untuk memodenisasikan muzium supaya ia adalah lebih menarik kepada para remaja dan juga pelajar-pelajar.

draft • 10:50 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Pelbagai langkah telah diambil untuk memodenisasikan muzium berkenaan dengan permintaan khusus sama ada Muzium Negara bercadang untuk menggunakan AI dalam operasinya ataupun dalam pendekatan berkenaan dengan pameran-pameran ataupun koleksi yang ada.

Setakat ini muzium telah pun menggunakan peralatan yang lebih menjurus kepada pendigitalan koleksi-koleksi di mana koleksi yang berada di muzium dapat diakseskan menerusi LED-LED yang disediakan dan juga koleksi yang berada di muzium juga dapat divisualisasikan secara maya.

draft • 11:00 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Dan di bawah inisiatif pendigitalan, KPN telah menyediakan peruntukan untuk memodenisasikan kandungan khususnya melalui teknologi pendigitalan. Itu sahaja.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Menteri. Sila Yang Berhormat Sungai Petani.

draft • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Speaker. Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat sekarang ini jumlah kemasukan atau jumlah pengunjung ke muzium itu memang ada sedikit penurunan dan bagaimanakah Yang Berhormat Menteri pelan kementerian untuk memastikan bahawa adanya peningkatan jumlah pengunjung kepada muzium- muzium ini? Dan apakah kerjasama kementerian bersama dengan Kementerian Pendidikan sebagai contoh untuk memastikan pelajar-pelajar ini dapat kita bawa dan kita ada satu program khusus untuk pelajar-pelajar sekolah ke muzium?

Dan juga Yang Berhormat Menteri, pendigitalan itu saya puji Muzium Negara dan sebagainya, tapi bagaimana kerjasama antara kementerian dan juga kerajaan- kerajaan negeri sebagai contoh Muzium Negeri Kedah di Alor Setar ya, bagaimana supaya ada synchronize system. Jadi, maknanya pendigitalan itu meluas secara keseluruhan di seluruh negara dengan kerjasama daripada kerajaan negeri? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Timbalan Menteri.

draft • 11:00 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih atas soalan tersebut. Untuk memperkasakan fungsi dan peranan muzium di bawah JMM kepada negara dan masyarakat, KPN telah melaksanakan pelbagai inisiatif melalui pengembangan program dan aktiviti, perancangan projek serta pengukuhan perundangan.

Bagi merancakkan program yang bermatlamatkan meremajakan muzium, Program Citra Nusa@Muzium dilaksanakan di bawah flagship kembara perpaduan.

Usaha meningkatkan kualiti peragaan pameran untuk mencetuskan minda generasi muda khususnya serta menambah baik penyampaian perkhidmatan awam pula dilaksanakan melalui Program Inisiatif Pendigitalan Khazanah Negara. Ini adalah usaha-usaha yang diambil oleh JMM untuk menarik lebih ramai pelawat ataupun pengunjung ke Muzium Negara ataupun muzium di peringkat negeri.

KPN akan meneruskan dan mempelbagaikan lagi inisiatif untuk memperkasakan lagi aktiviti permuziuman di bawah JMM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dalam menjadikan koleksi-koleksi yang berada di muzium dapat difahami dan dihayati oleh pelajar-pelajar untuk

draft • 11:00 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

memupuk semangat patriotisme semasa mempelajari secara fizikal hanya daripada buku teks.

JMM telah mengadakan Program Inspirasi Pelajar Inovasi ataupun IPIM melalui penglibatan Kementerian Pendidikan dengan menyediakan modul pendidikan untuk pelajar melawat muzium. Itu adalah inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh pihak JMM untuk memantapkan lagi muzium dan ia lebih user-friendly kepada khususnya pelajar-pelajar.

JMM juga mempunyai program seperti bermalam di muzium khusus untuk pelajar-pelajar, pameran Hari Muzium Antarabangsa ataupun program melibatkan muzium negeri, muzium institusi seperti Muzium Polis, Muzium Tentera dan sebagainya yang berkonsepkan reach out kepada komuniti dan program– semua muzium negeri bernaung di bawah Persatuan Muzium Malaysia dan menerima sumbangan kewangan Persekutuan setiap tahun untuk memperkasa lagi program di peringkat negeri.

Selain daripada itu, terdapat juga muzium di institut-institut pengajian tinggi di mana JMM memberi nasihat berkenaan dengan pengurusan dan koleksi yang ini adalah satu kerjasama selain daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Kami juga ada kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi institut-institut pendidikan tinggi di mana muzium yang diuruskan oleh mereka memberi manfaat kepada para pelajar. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya Majlis ke soalan yang ke-7.

Mempersilakan Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem, Yang Berhormat Serian.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian

Soalan saya soalan nombor 7.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Perladangan dan Komoditi.

draft • 11:00 AM

7. Dato' Sri Dr. Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, langkah-langkah kementerian bagi menyantuni dan membantu pekebun-pekebun kecil lada di Sarawak bagi mengembalikan kegemilangan industri penanaman lada di Sarawak yang sekarang ini semakin malap akibat kenaikan kos penyelenggaraan.

draft • 11:00 AM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kementerian Perladangan dan Komoditi sentiasa prihatin terhadap cabaran yang

draft • 11:00 AM

Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

dihadapi oleh pekebun kecil lada di Sarawak khususnya melibatkan kenaikan kos penyelenggaraan yang mampu menjejaskan daya saing serta pendapatan mereka.

Kementerian melalui Lembaga Lada Malaysia dalam mengembalikan kegemilangan industri lada negara telah dan sedang melaksanakan beberapa langkah inisiatif dan strategik seperti berikut; Pertama, inisiatif yang dilaksanakan merupakan penyaluran bantuan input pertanian seperti baja, racun, pertanian dan dolomite melalui Skim Tanaman Lada Baharu dan Skim Tanaman Lada Matang di bawah Program Pembangunan Huluan Industri Lada.

Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM59.6 juta bagi program ini. Kerajaan juga turut memperuntukkan sebanyak RM3 juta di bawah Program Pembangunan Pengeluaran Lada Premium bagi tempoh tiga tahun mulai 2022 hingga tahun 2025.

Program ini bertujuan menggalakkan penghasilan lada premium yang berkualiti tinggi seterusnya memastikan pekebun mampu menikmati pulangan yang lebih baik melalui harga premium. Projek ini memfokuskan kepada penjaminan bekalan lada premium yang konsisten bagi memenuhi permintaan pasaran.

Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas, seramai 896 orang pekebun kecil di Serian telah menerima manfaat daripada STLB iaitu Skim Tanaman Lada Baharu, dengan anggaran nilai bantuan sebanyak RM4.4 juta yang melibatkan keluasan tanaman 113.9 hektar.

Manakala bagi Program STLM, seramai 1,622 pekebun telah mendapat manfaat dengan anggaran nilai bantuan sebanyak RM5.3 juta yang melibatkan kawasan seluas 259.4 hektar. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Serian, soalan tambahan.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian

Terima kasih Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Penanaman lada penting, amat penting khasnya bagi penduduk-penduduk di kawasan luar bandar termasuk di kawasan Parlimen Serian.

Malangnya Dato’ Yang di-Pertua, beberapa tahun yang sudah industri lada saya boleh anggapkan sebagai ‘Hidup segan, mati tak mahu’. Terima kasih di atas jawapan Menteri yang cukup padat dan terima kasih di atas usaha yang telah diberikan oleh kerajaan, tetapi seperti mana yang saya sebutkan sebentar tadi, “Hidup segan, mati tak mahu.” Soalan saya agak spesifik, dalam mengatasi masalah

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian

ini Dato’ Yang di-Pertua, saya cadangkan mengapa tidak buka industri lada ini secara mini estet.

Seperti mana yang kita sedia maklum, setakat ini semua adalah mengusaha secara sendiri, on a very small scale.

draft • 11:00 AM

Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian

Tetapi saya berpendapat bahawa kalau ia nya dibuka secara mini estet, saya percaya ia boleh menambahkan lagi industri lada ini. Dan dalam perkara ini Dato’ Yang di-Pertua, saya cadangkan di kawasan Parlimen saya yang satu ketika dahulu adalah dianggap sebagai pengeluar terbesar di negeri Sarawak. Tetapi sekarang, saya telah sebut sebentar tadi, hidup segan, mati tak mahu.

Mengapa tidak buka mini estet di kawasan-kawasan termasuk di kawasan Parlimen Serian. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Yang Berhormat, saya bersetuju bahawa dalam konteks perladangan memang kita perlukan penglibatan swasta dalam skala besar. Kita dapat lihat apa yang berlaku dalam komoditi-komoditi lain.

Saya bagi contoh ini untuk perbandingan.

Kalau kita tengok komoditi kelapa sawit contoh. Kenapa kita menjadi sebuah negara pengeluar kedua terbesar dunia? Kerana kelapa sawit ini pada mula-mula dulu, cuma pekebun kecil sahaja. Tetapi hari ini, 73 peratus pemain-pemain industri kelapa sawit ini adalah datang dari estet-estet yang besar-besar. Sebab itu dia berjaya mengeluarkan eksport negara RM120 bilion. Peluang pekerjaan hampir satu juta dan balik kepada second komoditi kita iaitu getah. Kita 95 peratus adalah pekebun-pekebun kecil.

Jadi, apabila pekebun-pekebun kecil ini sudah lanjut usia, maka dia tidak lagi mengusahakan ladang-ladang ini sehingga hari ini daripada pengeksport terbesar natural rubber. Sekarang ini jadi kita merupakan salah satu daripada pengimport natural rubber yang terbesar kerana tidak ada berskala besar.

Begitu juga dari segi konteks lada. Kalau kita tengok dalam negara kita, keluasan tanah cuma ada 8,272 hektar. Jadi, dari segi nilai lada ini, saya cukup yakin bahawa dia merupakan salah satu komoditi yang sangat penting untuk dunia. Malah hari ini, satu tan of lada ini mencecah hampir 25 ke 30,000.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Kalau saya tengok yield per hectare, ia boleh mengeluarkan satu hektar 4.6 metrik tan. Kalau satu hektar. Lagi banyak kita dapat tanah untuk tanam, lagi senang kita buat a big scale plantation.

Jadi, saya hendak cadangkan Yang Berhormat, di Sarawak— banyak. Masih ada banyak tanah. Kalau kita ada tanah-tanah Yang Berhormat boleh bagi 5,000, 10,000 hektar, kita boleh invite private sector bekerjasama dengan small holders untuk kita besarkan kita punya pertanian lada ini. Ini adalah satu potensi yang sangat besar. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tangga Batu.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, terima kasih...

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

...Yang Berhormat Speaker dan Yang Berhormat Menteri. Baik, tadi saya lihat bahawa Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa projek yang telah dilakukan di Serian ada lebih kurang 113 hektar kemudian ada 259 hektar yang telah dibaik pulih.

Tetapi kalau melihat rekod yang ada pada saya ini dan tadi Yang Berhormat Menteri sebut bahawa ada sekitar 8,700 hektar sebenarnya lada di Sarawak. Dan jumlah yang dipulihkan agak sikit. Tetapi, saya lihat kalau ada satu faktor penting bahawa bagaimana pekebun kecil ini menghadapi masalah amalan ekonomi yang bagus, kemudian kawalan penyakit seperti phytophthora, blackberries diseases, teknologi pengeringan dan pemprosesan post harvesting punya proses. Dan apakah sebenarnya Lembaga Lada Malaysia ini cukup dia punya manpower untuk membantu petani dari segi dia panggil extension officer, pegawai pengembangan.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Terima kasih Yang Berhormat. Mana- mana sektor perladangan kita ini, yang paling penting ialah setiap pekebun-pekebun kecil ataupun estet yang besar-besar, ia mesti ada good agriculture practices. Bila kita ada itu dan sudah tentu dia akan menjadi satu SOP ataupun disiplin yang perlu diguna pakai.

draft • 11:10 AM

Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani

Sebab itu di Sarawak, Kerajaan Persekutuan decide buat keputusan membina kompleks LADA di Sarawak. Menjadi satu pusat dekat situ, tetapi malangnya, projek ini dibuat dah lama dah, tapi tak siap-siap sehinggakan terbengkalai.

Baru-baru ini saya bercakap dengan Chairman LADA also datang daripada Yang Berhormat Sarawak. Saya cakap dengan dia, we have to complete this complex kerana di situlah pusat dia menjadi R&D centre di Sarawak. Dia dah halfway through dah, almost 80 percent siap tetapi 20 percent lagi kontraktor tinggalkan. Jadi, kita dah minta bajet kepada MOF dan telah diluluskan untuk siapkan kompleks ini dan kompleks ini menjadi satu dari pusat R&D dan pengurusan dan sebarang— apa sahaja isu dari segi pertanian lada ini akan dapat diselesaikan di situ. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Selanjutnya kita ke soalan nombor 8, Yang Berhormat Bukit Gantang tiada. Kita ke soalan yang— soalan yang kesembilan.

Sebelum itu, Yang Berhormat Bachok ada? Sekiranya tidak ada, saya bantu dialah.

Yang Berhormat— Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan dan mengalu-alukan kehadiran rombongan lawatan dari Sekolah Menengah Badak, Bachok, Kelantan seramai 85 orang pelajar dan guru-guru yang diketuai oleh Yang Mulia Tuan Haji Tengku Azmi bin Raja Ismail. Selamat datang ke Parlimen Malaysia.

Semoga lawatan pada hari ini memberi manfaat serta fahaman yang lebih mendalam tentang perjalanan Dewan Rakyat.

[Tepuk] Baik, berikutnya saya ke soalan yang kesembilan, mempersilakan Tuan Tan Hong Pin, Yang Berhormat Bakri.

[****Soalan No.8** – YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) tidak hadir]

draft • 11:10 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua.

Burung Merpati berterbang bebas, Embun menitis membasahi halaman; Tenaga nuklear wajar berwas-was, Soalan saya soalan sembilan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.

draft • 11:10 AM

9. Tuan Tan Hong Pin [Bakri] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan kebersediaan negara kita dalam membangunkan tenaga nuklear:

(a) tahap penerimaan dan pemahaman rakyat terhadap sains dan teknologi nuklear serta apakah perancangan supaya lebih banyak program advokasi diadakan untuk masyarakat awam; dan

(b) rancangan peningkatan keupayaan mengenai krisis pelbagai agensi dan masyarakat.

draft • 11:10 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih.

[Ketawa]

draft • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Boleh jawab Yang Berhormat pantun?

draft • 11:10 AM

Tuan Chang Lih Kang

Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, orang MOSTI tak pandai jawab pantun.

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Bakri.

Untuk meningkatkan tahap penerimaan dan kefahaman rakyat terhadap sains dan teknologi nuklear, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan merangka pelaksanaan program advokasi nuklear yang lebih komprehensif dengan kerjasama kementerian, jabatan, agensi dan pihak-pihak berkepentingan yang lain seperti termasuklah industri. Dan ada terdapat lapan inisiatif yang meliputi:

(i) program jangkau luar pendidikan nuklear ke sekolah, institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat;

(ii) pelaksanaan pelan komunikasi dasar teknologi nuklear negara;

(iii) program kejurulatihan komunikator nuklear serta sesi libat urus dengan pemegang taruh dan masyarakat setempat di fasiliti nuklear;

(iv) program latihan kemahiran dan pembangunan kepakaran tenaga kerja tempatan, K-workers dengan izin;

(v) program latihan industri serta kolaborasi penyelidikan dan pembangunan R&D bersama mahasiswa tempatan;

(vi) program promosi bersasar teknologi preview and showcase dengan izin serta penerbitan dan penyebaran maklumat bercetak dan digital;

draft • 11:10 AM

Tuan Chang Lih Kang

(vii) kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan, akademia dan industri bagi memperkukuh keyakinan awam; dan terakhirnya

(viii) hari terbuka dan pameran interaktif di fasiliti seliaan Jabatan Tenaga Atom.

Melalui pendekatan-pendekatan ini, kefahaman dan keyakinan masyarakat terhadap penggunaan teknologi nuklear secara aman, selamat dan bertanggungjawab diyakini dapat terus diperkukuh.

Seterusnya, dalam aspek peningkatan keupayaan menangani krisis. MOSTI melalui Jabatan Tenaga Atom telah memberi tumpuan kepada aspek kesiapsiagaan krisis yang melibatkan sinaran dan teknologi nuklear melalui penyediaan sistem komunikasi masa nyata, kerjasama strategik antara agensi bagi memastikan tindakan lebih terselaras, perwujudan prosedur operasi seragam, libat urus bersama industri mengenai risiko dan kawalannya serta pelaksanaan program kesedaran masyarakat secara berterusan bagi meningkatkan keyakinan terhadap kawal selia dan keselamatan yang dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah- langkah kesiapsiagaan seperti berikut, tiga langkah. Yang pertama, menambah peralatan pemantauan aras sinaran di beberapa lokasi strategik di dalam negara.

Yang kedua, melaksanakan latihan ataupun drill yang melibatkan pelbagai senario seperti pencemaran radioaktif di persekitaran atau perairan negara dengan penglibatan pelbagai pihak seperti NADMA, Majlis Keselamatan Negara, PDRM, Kementerian Kesihatan Malaysia dan lain-lain agensi dan kementerian untuk menguji dan menambah baik semua SOP berkaitan seperti komunikasi dan koordinasi antara agensi, pelan kontigensi sekiranya berlaku kemalangan radiologi atau nuklear, keupayaan untuk bertindak balas segera dan sebagainya.

draft • 11:10 AM

Tuan Chang Lih Kang

Dan terakhirnya adalah mengadakan kerjasama dengan agensi ataupun institusi R&D seperti Agensi Nuklear Malaysia, UKM, UTM, UMS dan lain-lain untuk pemantauan kandungan keradioaktifan di dalam pelbagai sampel. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Bakri, soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri. Menteri kata tidak pandai jawab

draft • 11:20 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

pantun, sebenarnya MOSTI sepatutnya tahu apakah teknologi terbaru, pakailah AI.

draft • 11:20 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Chang Lih Kang

Ye lah, ye lah.

draft • 11:20 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, ini— tenaga nuklear ini sekarang ada banyak kebimbangan di kalangan rakyat. Dan jawapan tadi— Menteri tadi belum meyakinkan bagi saya. Sebab apa, dua tahun lalu insiden pelepasan air radioaktif Loji Nuklear Fukushima ke laut oleh pihak Jepun. Ia telah menimbulkan kebimbangan, bukan sahaja di kalangan rakyat dia sendiri tetapi di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Dan pada masa itu, Menteri memaklumkan bahawa negara kita akan menjalankan pemantauan keradioaktifan secara real time dan dari semasa ke semasa.

Jadi, saya nak— apa tu, Yang Berhormat Menteri memaklumkan pada Dewan yang mulia ini, apakah status terkini berkenaan dengan pelaksanaan pemantauan ini? Dan sejauh manakah negara kita bersedia untuk berhadapan dengan segala krisis atau kemungkinan apa-apa kesilapan yang berlaku itu?

Bagaimanakah mekanisme itu boleh memastikan bahawa tahap ancaman kepada rakyat, terutamanya kesihatan rakyat, boleh dikurangkan kepada kadar yang paling minimum?

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Dato’ Speaker, terima kasih Bakri.

Sebenarnya kita – Kerajaan Malaysia dalam proses untuk menerokai kemungkinan untuk kita menggunakan nuklear. Kita belum lagi sampai ke tahap itu. Tetapi untuk menjawab soalan Bakri, sejak Jun 2023, MOSTI telah pun memasang satu alat— satu unit pertama GSWMS ataupun Gamma Spectrum Water Monitoring Station yang beroperasi di Jeti UMS, Sabah, Kota Kinabalu. Dan memainkan peranan penting dalam memberikan bacaan awal semasa insiden pelepasan air terawat, advance liquid processing systems oleh Kerajaan Jepun pada tahun 2023.

Dan sehingga 31 Oktober tahun ini, empat lagi stesen GSWMS telah dipasang dan mula beroperasi di lokasi-lokasi seperti berikut:

(i) Jeti Taman Laut Pulau Perhentian,

(ii) Jeti Taman Laut Pulau Tioman,

(iii) Jeti Jabatan Kastam Bukit Malut, Langkawi; dan

(iv) Stesen Telemetri Bintulu Port, Bintulu.

draft • 11:20 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Untuk melengkapkan keseluruhan lima unit atau pun lima stesen pemantauan air spectrum gamma yang kini beroperasi dalam rangkaian pemantauan kebangsaan. Stesen-stesen ini memantau radiasi gamma secara berterusan dan memberikan bacaan secara nyata dan semua data dianalisis oleh Pusat Pengurusan Tindak Balas Nuklear Kebangsaan.

Sekiranya berlaku insiden pencemaran ataupun tumpahan sisa radioaktif, kerajaan telah menyediakan langkah kontigensi yang meliputi peningkatan pemantauan dan pensampelan air laut, sekatan sementara aktiviti penangkapan ikan dan penggunaan hasil laut di kawasan terjejas serta menyampaikan amaran keselamatan kepada orang awam. Dan kesemua langkah ini akan dilaksanakan melalui kolaborasi rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MPMM) serta diselaraskan dengan Arahan NADMA Nombor 1 – Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara.

Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita belum ada mengesan apa-apa tahap yang melebihi had kawalan. Dan kerajaan komited memastikan pemantauan berterusan dan kesiapsiagaan tanpa kompromi demi keselamatan rakyat serta kelestarian alam sekitar. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jerantut.

draft • 11:20 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Menteri. Bila Menteri memberitahu tentang pelbagai program-program yang dilaksanakan tadi untuk meningkatkan pemahaman rakyat. Soalan daripada Jerantut ialah bagaimana kita nak mengkaji penerimaan rakyat? Kita dah buat program.

Jadi, macam mana kita nak judge mereka menerima atau pun menolak pembangunan teknologi nuklear yang akan dibangunkan seawal 2031? Dan bila soalan ini menyatakan tentang kebersediaan negara kita dan kita pun hendak pergi kepada negara bebas karbon 2050. Malaysia telah pun mengadakan satu perjanjian NDA dengan Rosatom— MyPOWER dengan Rosatom ini. [Menunjukkan helaian dokumen] Dan ia nak membangunkan satu unit terapung ataupun dinamakan sebagai FPU. Jadi, soalan saya tentang perkara ini. Apakah akan dilaksanakan FPU ini dalam keadaan kita masih lagi tidak melihat penerimaan rakyat, khususnya pemahaman

draft • 11:20 AM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

rakyat tentang pembangunan teknologi ini? Walaupun hakikatnya FPU ini adalah a small scale of nuclear development. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 11:20 AM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih saudara Jerantut. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini, sebenarnya MOSTI memalui Agensi Nuklear Malaysia sedang menjalankan satu kajian tahap kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap sains dan teknologi nuklear.

Although not— tidak spesifik atas tenaga nuklear tetapi ini atas teknologi nuklear, sedang dijalankan.

Jumlah responden setakat ini— sebab ia sedang dijalankan, so belum lagi mencapai target. Setakat ini baru 174 sahaja. Tetapi kita akan siapkan kajian ini. Dan untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, FPU ini adalah satu unit yang berskala kecil. Dia salah sejenis daripada SMR dan sebenarnya kita— walaupun sudah— walaupun ada NDA tetapi kita masih dalam kajian lagi.

MOSTI — walaupun dalam jawatan tersebut — jawatankuasa tersebut tetapi yang bertanggungjawab adalah PETRA. Tetapi kami akan pastikan projek ataupun inisiatif yang akan dilakukan ini akan mendapat persetujuan daripada rakyat. Dan ini dia tidak akan berlaku dalam masa 2-3 tahun ataupun lima tahun yang akan datanglah. So, kita akan pastikan akan dapat penerimaan dari masyarakat awam.

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan jawapan Menteri itu, maka Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

draft • 11:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang di-Pertua, Yang di- Pertua, Besut. Yang di-Pertua, Besut.

draft • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ha, sila.

Peraturan?

draft • 11:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Peraturan. Peraturan 43.

Saya tidak baca yang kedua. Yang pertama, saya baca, 43.

“Tuan Yang di-Pertua dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah tertanggung...”. Perkataan yang digunakan adalah “...tertanggung ke atasnya menjaga supaya peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa diendahkan,...”. Besar kuasa itu. Okey. Maknanya, tidak ada peruntukan dalam ini yang menyatakan bahawa perlu dibangkitkan point of order. Ini

draft • 11:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

kuasa, kuasa ini, okey. Tetapi kalau kita lihat kepada English version, 43. Perkataan yang digunakan adalah “shall be responsible for the observance”. Maknanya, yang wajib menjalankan tugas adalah Yang di-Pertua. Maknanya, Yang di-Pertua nampak saja adanya bahasa yang— pelanggaran kepada 36(1) hingga (12).

draft • 11:20 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Makna, itu adalah kuasa Yang di-Pertua. Tak perlu menunggu dibangkitkan oleh sesiapa. Jadi, perkara locus standi tak berbangkit. Keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertua sebentar tadi adalah 99. Maknanya, petua ya. Kalau kita lihat 99 adalah mengenai dengan petua.

Makna, “Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat...”. Maknanya, ini petua yang dibuat. Tapi, dari segi 43 itu, makna Yang di-Pertua belum menjalankan tugas pada hari ini, saya lihat. Apa yang saya nak rujuk adalah kepada apa yang disebut oleh Hulu Langat.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Ya, baik Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Saya mempertimbangkan keputusan berkaitan Hulu Langat itu kerana saya mengambil iktibar. A dengan B. A fitnah B, C tak boleh masuk campur. Ini asas bagi sayalah.

Jadi, kena ada locus standi. Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Hulu Langat sebut fasal Pendang. Pendang tidak ada di sini. Ah, jadi saya punya keputusan sedemikian.

Bila Yang Berhormat— er, mana tadi? Ah, Jerlun membangkitkan, siapa- siapa. Jadi, terlampau wide dalam interpretasi undang-undang. Bagi saya, saya pegang pada undang-undang, pada peraturan. Pihak yang berkenaan pun tidak boleh sedemikian. Kena spesifik. Kalau kita tuduh orang pun, kita kena tuduh kamu mencuri. A mencuri, bukan eh, saya rasa kamu mencuri. Tak kena. Jadi, there must— a charge must be specific. Dalam perkara ini juga itulah keputusan saya.

Baik, dalam isu Yang Berhormat sebutkan tadi ya. Memang tanggungjawab Pengerusi mengendalikan dan jika dalam kesedaran, kita kena ambil maklum bahawa kelemahan manusia ya. 100 seksyen [Sambil memegang buku Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat] tidak siapa melainkan AI boleh ingat semua. Begitu juga saya, masa berkhidmat dulu. Bukan— Kanun Keseksaan itu 511

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

seksyen. Tak masuk lagi undang-undang am yang berada dalam negara untuk dilaksanakan.

Jadi, jika keterlepasan adalah menjadi tanggungjawab Yang Berhormat-Yang Berhormat lain menegur. Itu yang sebab Peraturan 37 itu wujud. 37(1), bahagian (1), bahagian (2) itu. Ha, mencelah dan sebagainya jika ada untuk menegur berkaitan satu-satu pelanggaran peraturan. Itulah sedemikian.

Jadi, saya rasa tidak perlulah kita panjang-panjang. Yang Berhormat pun dulu, saya biasa ah, menjadi pegawai pendakwa. Jadi, saya faham keadaan senario dan sebagainya. Baik. Kita teruskan kepada urusan mah — urusan mahkamah pulak dah. Urusan Dewan. Ah, silakan Yang Berhormat Menteri.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 20 November 2025.”

draft • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada yang menyokong?

draft • 11:33 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya mohon menyokong.

draft • 11:33 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis sebagaimana usul yang telah Menteri nyatakan tadi. Jadi, dengan sedemikian, Ahli-ahli yang bersetuju katakan bersetuju.

draft • 11:33 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. [Hari Kesembilan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 11:33 AM
Kepala B.33 [Jadual] – Kepala P.33 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Kepala Bekalan B.33 dan Kepala Pembangunan P.33 di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air terbuka untuk dibahas.

Jadi, dalam senarai ini terdapat 25 orang Yang Berhormat akan berbahas.

Senarainya adalah seperti berikut. Pembuka kata perbahasan adalah Yang Berhormat Kota Melaka diikuti oleh Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Merbok.

Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Balik Pulau, Yang Berhormat Sik dan terakhir Yang Berhormat Batu Pahat.

Masa yang telah ditetapkan setiap pembahas adalah lima minit. Walau bagaimana, tertakluk kepada budi bicara Pengerusi yang mengendalikan Majlis.

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dengan sedemikian juga saya ingin mengingatkan sekali lagi, Peraturan 35, Peraturan 36, Peraturan 37, Peraturan 41 terutama sekali 41(e) berkaitan adab di dalam Dewan. Dengan ini saya mempersilakan.

draft • 11:33 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Speaker, Tuan Speaker, boleh saya minta penjelasan sikit. Saya rasa Tuan Speaker silap sebut.

Pasir Mas ke Pasir Puteh? Boleh tengok balik pada list. Pasir Mas ke Pasir Puteh?

Senarai pembahas.

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Nombor berapa tadi? Pasir Puteh. Ha, Pasir Puteh bukan Pasir Mas, silap.

draft • 11:33 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tak apa, dua-dua pun tak apa.

draft • 11:33 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat tak nak berbahas ke?

[Ketawa] Baik. Kita betulkan, Yang Berhormat Pasir Puteh.

Jadi, saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Melaka.

draft • 11:33 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya merujuk kepada Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Pertama sekali, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Kementerian PETRA yang telah memberikan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk satu projek untuk mengatasi masalah hakisan pantai di Taman Permatang Pasir Perdana Fasa 3 di kawasan Alai, di kawasan Parlimen Kota Melaka di mana projek ini ia merangkumi akan membuat pemulihan ya, hakisan pantai dengan menjalankan kerja-kerja perlindungan pantai untuk 100 meter panjangnya.

Akan tetapi, apabila kontraktor yang telah dilantik turun ke tapak, kami dimaklumkan bahawa sebenarnya kawasan yang menghadapi hakisan pantai itu adalah sepanjang 130 meter. Tetapi projek yang ditawarkan kepada mereka adalah untuk projek 100 meter. Jadi, ada lagi 30 meter, mereka tidak akan buat ban-ban ataupun kerja perlindungan pantai untuk 30 meter tersebut.

draft • 11:37 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, saya harap supaya Kementerian PETRA boleh lagi mempertimbangkan supaya memberikan peruntukan kecemasan untuk menyiapkan baki 30 meter tersebut. Dan juga saya harap dalam bajet tahun depan iaitu sebanyak RM172 juta tersebut juga akan merangkumi projek kerja jangka panjang iaitu membina tembok penahan ombak di kawasan Taman Permatang Pasir Perdana Fasa 3 ini supaya dapat menyelesaikan masalah tersebut secara jangka masa panjang.

Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 020100 – Pengurusan Tenaga.

Timbalan Speaker, kalau kita lihat isu yang saya nak bangkit ialah berkaitan dengan aktiviti pengusikan meter dan penggunaan bekalan elektrik secara haram terutamanya dalam perlombongan Bitcoin ataupun mata wang kripto.

draft • 11:37 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Kalau saya merujuk pada jawapan kepada soalan lisan yang saya kemukakan semalam, 18 November yang saya terima. Dalam jawapan yang dibekalkan oleh kementerian mengatakan bahawa sejak tahun 2020 sehingga Ogos 2025, sebanyak 13,827 buah premis telah berjaya dibongkar oleh TNB kerana aktiviti menggunakan bekalan elektrik secara haram untuk menjalankan aktiviti melombong mata wang kripto khasnya Bitcoin.

Jadi, kerugian keseluruhan untuk tempoh tersebut ialah RM4.57 bilion. Satu angka yang amat besar. Kalau kita lihat kepada bajet kita, Kementerian Belia dan Sukan, satu tahun untuk tahun depan bajet mereka hanya sekadar RM1.182 bilion sahaja. Ertinya, dalam tempoh tersebut kerugian itu adalah empat kali ganda untuk peruntukan kepada satu kementerian iaitu Kementerian Belia dan Sukan. Jadi, ini adalah satu angka yang amat besar yang saya lihat ini adalah satu ancaman. Satu ancaman kepada negara kita. Ia merupakan satu musuh kepada negara kita dari segi pembangunan ekonomi negara kita, ya kalau kita lihat kepada angka yang terlibat.

Jadi soalan saya, adakah aktiviti melombong mata wang kripto khasnya Bitcoin ini, adakah ia satu yang sah di negara kita? Hari ini apabila jika meraka ada usik meter, maka kita kata itu adalah satu aktiviti kegiatan yang haram. Tapi sekiranya mereka gunakan bekalan elektrik secara biasa, adakah kita akan anggap itu adalah sesuatu yang halal? Padahal kita tahu kalau aktiviti melombong ini, kalau mereka gunakan bekalan elektrik secara normal, mereka tidak akan dapat apa-apa keuntungan. Aktiviti perlombongan ini hanya akan dapat keuntungan sekiranya mereka curi elektrik daripada TNB, baru mereka boleh untung.

draft • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi, adakah kita nak adakan satu akta supaya kita haramkan aktiviti melombong mata wang kripto ini? Sebab di negara yang lain, contohnya di negeri China, mereka telah haramkan aktiviti melombong mata wang kripto ini. Jadi, seperti yang disebut, ini adalah satu ancaman serius kepada sistem bekalan tenaga negara.

Jadi, saya nak tanya kepada pihak kementerian, ya di mana apabila berlakunya kecurian elektrik sedemikian, biasa yang menjadi mangsa ialah tuan punya bangunan sama ada rumah ataupun kedai, ya yang di mana sindiket mereka akan sewa kedai atau rumah dan lepas itu apabila dibongkarkan, penyewa itu akan melarikan diri.

Yang akan jadi mangsa yang terpaksa menanggung semua kerugian yang dituntut oleh TNB adalah pemilik kedai sebab TNB kata rumah milik anda, meter adalah bawah nama anda, maka anda perlu mengambil tanggungjawab tersebut untuk bayar kerugian tersebut.

Akan tetapi, kalau mengikut logik ini, saya nak tanya kepada TNB sebab apabila sindiket ini menggunakan, menjalankan aktiviti mereka dalam masa tersebut, mungkin dua tahun, tiga tahun. Kenapa TNB yang sering kata mereka akan adakan strategi untuk kesan, mereka tak dapat kesan? Mereka hanya kesan selepas dua, tiga tahun. Kalau mengikut logik tersebut, adakah TNB sepatutnya juga bertanggungjawab? Kenapa mereka tidak boleh kesan aktiviti sedemikian pada awalnya?

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Hanya sampai akhir, lepas dua, tiga tahun baru TNB dapat kesan. Kononnya kamu ada sistem yang canggih, ya, yang boleh mengesan. Kenapa tidak boleh dikesan pada awal?

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi akhir sekali, saya nak tanya kepada pihak kementerian. Sedikit masa.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih dua minit.

draft • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, saya nak tanya kepada kementerian. Adakah kementerian bersedia untuk pindaan undang-undang yang sedia ada untuk mendenda mereka yang mencuri elektrik ini? Sebab akta sekarang ada maksimum RM200,000 ataupun penjara lima tahun. Tetapi, apabila kita lihat kepada keputusan mahkamah yang saya lihat, banyak hanya dikenakan denda RM50,000, RM60,000 tetapi yang mereka curi kerugian itu adalah berjuta-juta.

draft • 11:40 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Maka, akta yang sedia ada itu mereka tidak akan takut dan mereka akan teruskan aktiviti kegiatan haram ini. Dan akhirnya, sebenarnya yang menanggung kerugian ialah rakyat sebab TNB dia tidak akan menyerap semua kerugian tersebut.

Dia akan kenakan kerugian itu ke atas kos mereka dan akhirnya rakyat pengguna elektrik yang terpaksa menanggung kerugian besar ini. Jadi, saya harap supaya tindakan yang tegas, yang berkesan termasuk pindaan akta harus dijalankan. Itu sahaja. Terima kasih Timbalan Speaker.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Saya jemput Yang Berhormat Rompin.

draft • 11:40 AM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi.

Saya merujuk kepada Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai anggaran RM172,423 bersekali dengan Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai anggaran RM200,201,600. Peruntukan besar ini menggariskan komitmen kerajaan dalam menangani isu kelestarian alam sekitar terutamanya yang melibatkan pengurusan sumber air dan zon persisiran pantai yang kini berada di bawah payung PETRA.

Puan Pengerusi, saya ingin bawa perhatian Jawatankuasa kepada situasi hakisan pantai yang semakin kronik dan mengancam di Parlimen Rompin. Hakisan di sini bukan lagi masalah semula jadi, tetapi ia telah menjadi krisis keselamatan sosial dan ekonomi yang memerlukan intervensi segera kerajaan. Lokasi kritikal di kawasan Rompin.

Pertama, Kampung Jawa, Kuala Rompin. Situasi hakisan disifatkan membimbangkan di kawasan berhampiran kediaman Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Keadaan ini telah menjejaskan penduduk dan memaksa pertimbangan untuk memindahkan mereka. Yang kedua, Kampung Tanjong Pahang. Kawasan ini turut dikenal pasti sebagai salah satu pantai di Pahang yang mengalami hakisan kritikal.

Mengapa tindakan segera PETRA wajib dilaksanakan? Pertama, risiko bencana dan kehilangan nyawa. Dengan Monsun Timur Laut yang kerap membawa ombak kuat, kelewatan tindakan bermakna risiko kehilangan harta benda akan terus meningkat di kawasan seperti Kampung Jawa.

draft • 11:45 AM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Yang kedua, jaminan kelangsungan ekonomi nelayan. Kuala Rompin adalah komuniti nelayan. Hakisan dan masalah pendangkalan di kuala sungai menjejaskan ekosistem marin dan akses nelayan ke laut sekali gus mengancam punca pendapatan mereka.

Ketiga, memelihara aset negara. Membiarkan hakisan berterusan hanya akan mengakibatkan kos pembaikan infrastruktur awam dan sosial yang jauh lebih tinggi di masa hadapan.

Bagi memastikan peruntukan di bawah Butiran 15100 dan 15300 ini dimanfaatkan segara strategik dan berkesan di Rompin, saya memohon jawapan dan cadangan tindakan daripada pihak kementerian. Soalan saya, apakah status dan garis masa muktamad projek pencegahan hakisan di kawasan tumpuan iaitu Kampung Jawa dan Tanjong Pahang? Adakah kerajaan bercadang membina struktur perlindungan pantai seperti benteng pemecah ombak?

Yang kedua, selain benteng fizikal, adakah PETRA akan menyertakan pelan pemulihan ekosistem pesisir dan pembangunan mampan seperti penanaman semula bakau sebagai penyelesaian jangka panjang di pesisiran pantai Rompin?

Yang keduanya, Mengorek Kuala-kuala Sungai – Butiran 15300. Soalan saya, adakah peruntukan Butiran 15300 ini meliputi operasi mengorek di Kuala Sungai Rompin yang menjadi pintu masuk bagi komuniti nelayan di Rompin?

Kedua, apakah hasil kajian impak hakisan dan hidraulik sekiranya ada yang memastikan kerja-kerja mengorek kuala sungai tidak akan mempercepatkan atau memburukkan lagi masalah hakisan pantai di kawasan persisiran Kuala Rompin.

Yang keduanya, saya pergi kepada Butiran 15400 – Rancangan Pengurusan Sungai Saliran Mesra Alam iaitu Projek Pemuliharaan Sungai Endau Kampung Sarang Tiong, Kampung Setajam dan Kampung Pianggu. Puan Pengerusi, di bawah Butiran 15400, saya ingin mengangkat isu mendesak yang melibatkan di mukim Endau. Kampung Sarang Tiong, Kampung Setajam dan Kampung Pianggu yang kini terdedah kepada hakisan tebing sungai yang serius.

Tebing Sungai Endau di jajaran ini berada di bawah lengkuk sungai menjadikan kawasan hakisan aktif secara semula jadi. Fenomena air pasang surut harian di tambah pula dengan arus deras ketika Monsun Timur Laut dan kejadian banjir tahunan telah mempercepatkan proses hakisan sehingga berlakunya runtuhan besar pada beberapa segmen tebing.

draft • 11:45 AM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Kerosakan yang berlaku bukan kecil Puan Pengerusi. Terdapat lokasi runtuhan yang panjangnya mencecah ratusan meter termasuk kawasan berhampiran jeti kampung, laluan utama penduduk dan institusi pendidikan. Secara keseluruhan, kawasan berisiko hakisan ini melibatkan jajaran sepanjang lima kilometer dan keadaannya semakin merosot dari tahun ke tahun. Hakisan yang tidak ditangani segera akan membawa implikasi besar:

(i) mengancam keselamatan rumah penduduk serta laluan kampung;

(ii) menjejaskan infrastruktur asas termasuk jeti dan utiliti;

(iii) merosakkan ekosistem Sungai Endau, satu kawasan yang penting kepada aktiviti perikanan darat dan ekonomi komuniti; dan

(iv) memberi kesan kepada pendapatan nelayan, penternak dan komuniti orang asli yang bergantung pada sungai ini.

Puan Pengerusi, selaras dengan hala tuju PETRA melalui Integrated River Basin Management (IRBM), water sector transformation dan pendekatan Nature- based Solutions (NbS). Kerja-kerja pemuliharaan sungai ini, perlu mengabungkan penyelesaian kejuruteraan mesra alam, pengukuhan struktur tebing serta pemulihan zon riparian untuk memastikan keberkesanan jangka panjang. Sehubungan itu, saya memohon agar PETRA:

(i) menyegerakan pelaksanaan projek pemulihan Sungai Endau di bawah Butiran 15400;

(ii) menjalankan kajian hidraulik dan geoteknikal terperinci bagi menentukan reka bentuk perlindungan tebing yang paling sesuai;

(iii) mengutamakan penggunaan teknologi bioengineering dan NBS bagi mengurangkan kos penyelenggaraan dan meningkatkan ketahanan tebing; dan

(iv) menjadikan jajaran Sungai Endau ini sebagai kawasan tumpuan pemuliharaan di bawah pelaksana IRBM untuk Rompin.

Projek ini bukan sekadar menjaga tebing sungai, ia melibatkan keselamatan rakyat, kelangsungan ekonomi komuniti dan ketahanan adaptasi terhadap

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

perubahan iklim. Saya berharap, PETRA dapat memberi keutamaan tinggi kepada projek pemuliharaan ini demi kesejahteraan penduduk Rompin. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.

draft • 11:50 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih Puan Pengerusi.

Beras dibawa di dalam guni, Air dibawa di dalam baldi; Kalau berterusan pembaziran sebegini, Sampai bila rakyat perlu menanggung rugi? Terus kepada Butiran 95000 – Program Non-Revenue Water (NRW) Nasional dan Program Non-Revenue Water (NRW) Nasional Pendekatan 1 Fasa 2.

RM3 bilion yang diperuntukkan untuk memberi tumpuan kepada pengurangan NRW antaranya, melalui penggantian paip usang sepanjang lebih 820 kilometer di enam negeri:

(i) Johor;

(ii) Melaka;

(iii) Negeri Sembilan;

(iv) Kelantan;

(v) Pahang; dan

(vi) Selangor.

Apa faedahnya? Antaranya:

(i) ia akan dapat meningkatkan bekalan serta kualiti air;

(ii) penjimatan jangka masa panjang; dan

(iii) peningkatan kebolehpercayaan (reliability), dengan izin.

Kejayaan bergantung pada keutamaan berdasarkan data, pelaksanaan berfasa, pemantauan kualiti serta langkah teknologi dan institusi untuk memastikan penjimatan air dan keberlanjutan sistem bekalan jangka masa panjang.

Data 2024, menunjukkan masalah NRW masih serius di beberapa negeri.

Empat negeri khususnya Perlis, Kedah, Kelantan, Sabah mencatatkan kadar NRW melebihi 50 peratus menandakan kehilangan air yang sangat tinggi dan implikasi kewangan serta perkhidmatan.

Pada tahun 2024 juga, enam negeri, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu dan Labuan telah menunjukkan peningkatan peratusan NRW

draft • 11:52 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

berbanding 2023. Data ini menandakan masalah serius yang memerlukan tindakan segera dan strategi bersasar untuk setiap negeri. Kita telah dimaklumkan geran langsung RM535.5 juta telah diperuntukkan untuk negeri-negeri yang mencatatkan kadar NRW melebihi 40 peratus:

(i) Kelantan;

(ii) Kedah;

(iii) Pahang;

(iv) Perlis;

(v) Sarawak;

(vi) Sabah; dan

(vii) Labuan.

Geran secara imbuhan pula ya, geran secara imbuhan balik kepada operator- operator negeri yang kadar NRW kurang 40 peratus: Melaka, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Selangor. Operator air akan diberi imbuhan balik daripada jumlah perbelanjaan pengurangan NRW iaitu sebanyak 50 peratus sekiranya sasaran pengurangan NRW tahunan dicapai.

Mari kita lihat kos rawatannya secara dekat. Apabila kita sebut tentang kos rawatan air, ia membawa erti kos untuk menyedut, menyalurkan air mentah ke loji rawatan air dan merawat air mentah sehingga keluar dari loji berkenaan iaitu dengan kualiti air yang telah ditetapkan mengikut piawaian antarabangsa.

Sebagai contoh, air yang keruh semacam teh tarik, dijernihkan. Bakteria yang terkandung dalam air mentah, dinyahkan. Kandungan logam yang tinggi pada air mentah, dikeluarkan. Kesemua ini adalah proses rawatan yang diperlukan dan sudah pastinya setiap rawatan tersebut melibatkan kos. Kos ini berbeza bergantung kepada sistem rawatan yang digunakan serta operator yang mengendalikan loji rawatan tersebut.

Di Malaysia, kos rawatan air mentah bagi satu meter padu adalah di antara 50 sen sehingga RM1.33 satu meter padu. Sebagai petunjuk, jika kita ambil purata kos rawatan adalah 70 sen satu meter padu apabila kita sebut kadar NRW di Malaysia adalah 37.6 peratus, ini membawa erti jumlah daripada jumlah 20.17 juta meter padu yang dikeluarkan setiap hari, sejumlah 7.54 juta meter padu air terawat telah hilang. Dari segi nilainya pula, ini bersamaan dengan RM1.65 bilion setahun yang kita bazirkan yang telah kita belanjakan untuk merawat air mentah, membazir begitu sahaja.

draft • 11:52 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Perlis mencatatkan NRW yang tertinggi, 61.5 peratus. Perlis membazirkan bersamaan dengan RM41.6 juta setiap tahun dan Selangor sungguhpun NRW ini adalah 27 peratus, Selangor membazirkan sejumlah lebih kurang RM360 juta setiap tahun. Ini jelas menggambarkan NRW adalah satu pembaziran yang nyata. RM3 bilion adalah wang rakyat. Ini adalah keringat dan cukai yang dibayar oleh setiap warganegara. Kita tidak boleh biarkan wang ini mengalir lesap seperti air bocor dari paip yang usang. Kita tidak boleh benarkan ia menjadi lubang hitam yakni blackhole dengan izin, di mana akauntabiliti hilang dan pembaziran berleluasa. Hentikan pembaziran ini. Rakyat berhak mendapat perkhidmatan air yang cekap dan wang mereka dibelanjakan dengan baik.

Dengan itu, Wangsa Maju mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 11:52 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Kerian.

draft • 11:52 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran guru- guru dan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan Dato' Haji Zainuddin, Serdang, Kedah ya [Tepuk] ke dalam Dewan. Mereka ini ialah daripada Parlimen Kulim-Bandar Baharu ke Dewan Rakyat ya. Mudah-mudahan mereka dapat pengalaman yang berguna, insya-Allah.

Pertama sekali, saya ingin mengambil, membincangkan beberapa perkara termasuk apa yang dibangkitkan oleh Wangsa Maju sebagai sambungan kepada Butiran 95000 – NRW Nasional. Isu NRW ini merupakan isu yang sangat membimbangkan. Kalau kita lihat apa yang telah di bentang oleh Wangsa Maju, saya nak mengambil satu segmen bahagian yang agak berbeza sedikit tapi penyambungan kepada apa yang dibangkitkan.

Kalau kita lihat tahun 2023, NRW kita berada pada paras 37.1 peratus.

Sasaran rasmi kerajaan menurun kepada 28.8 peratus menjelang 2030. Malah kepada 31 peratus tahun ini. Maknanya sasaran kita makin hari, makin teruk dan data yang ada menunjukkan pada kita, makin hari, pencapaian NRW negara makin hari, makin kritikal. Mungkin kerana beberapa faktor besar ialah kerana tempoh jangka hayat paip kita yang semakin lama, kadar kebocoran semakin meningkat.

draft • 11:58 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Namun, apa yang saya ingin bangkitkan ialah trend semasa tidak menunjukkan kita berada pada landasan tersebut.

draft • 11:58 AM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Sebaliknya, selepas hampir satu dekad penurunan antara tahun 2008 hingga 2016, NRW mula meningkat kembali kebanyakan negeri. Sebagai contoh, Melaka melonjak daripada 21.2 peratus kepada 35.1 peratus, Negeri Sembilan daripada 31.9 peratus kepada 38.9 peratus. Demikian juga Terengganu daripada 34.6 kepada 40.1 dan sebahagian yang disebut tadi oleh Wangsa Maju, beberapa buah negeri melebihi 50 peratus.

Saya memahami bebanan yang ditanggung oleh PAAB, Perbadanan Aset Air Negara, bila mereka menjelaskan bahawa penggantian semua paip-paip lama memerlukan kos yang sangat besar. PAAB hanya memiliki 25.6 peratus rangkaian paip negara. Daripada 138,587 kilometer rangkaian paip air dan pembetungan di Semenanjung dan Labuan, hampir 40,000 kilometer paip ini menggunakan asbestos simen yang berusia lebih pada 60 tahun. Padahal, jangka hayat paip ini ialah 40 tahun. Maknanya dia dah melebihi 20 tahun untuk penggantian.

Untuk mengganti keseluruhan paip-paip yang lama ini, memang kerajaan negeri atau operator air negeri tidak akan mampu. Keseluruhannya seluruh negara dianggarkan sebanyak RM35.8 bilion diperlukan sedangkan peruntukan operator negeri hari ini hanya RM1.87 bilion dengan sebahagian besar bergantung kepada dana Perbadanan Aset Air Negara dan geran daripada Kerajaan Persekutuan.

Saya melihat dua perkara. Pertama sekali, negeri memang tak mampu.

Pinjaman sesetengah negeri itu dah sampai maksimum. Sampai masanya mekanisme untuk pengurusan air NRW ini diurus oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Kalau kita serah kepada kerajaan negeri, negeri memang tak mampu. Operator air negeri sampai tahap mereka dah tak boleh buat pinjaman kerana jumlah pinjaman melebihi tempoh dan kegagalan membayar.

Saya melihat tentang beberapa isu dalam kes ini ialah sebagai contoh, NRW kita ada tiga pendekatan. Pendekatan pertama, geran Persekutuan. Tapi, sebahagian besar tertumpu pada soal menukar paip sebahagian dan sebahagian lagi ialah mengganti tangki-tangki lama. Isu kita ialah bila tekanan air rendah, sebahagian air tak boleh masuk ke tangki-tangki besar. Sebab itu kita lihat banyak tangki yang dibina ini tidak berfungsi. Tak boleh guna sebab tekanan air yang rendah.

Akhirnya, paip air terus disalur kepada rumah. Dan ini saya rasa perlukan satu pendekatan dalam konteks pendekatan NRW ini.

draft • 12:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Kedua, sebahagian yang disebutkan oleh Wangsa Maju tadi, memang negeri tak capai. Saya ingat satu, dua negeri sahaja yang berjaya mencapai mekanisme untuk pendekatan dua. Apatah lagi pendekatan tiga. Pendekatan tiga oleh kerana ROI projek air ini dia ambil masa yang panjang, tak banyak syarikat-syarikat yang ingin melabur dalam pendekatan tiga.

Saya melihat perlunya satu semakan semula secara menyeluruh terhadap pendekatan NRW kebangsaan termasuk juga proses membina loji-loji air di tanah besar yang disalurkan kepada pulau-pulau. Ini pun satu benda yang perlu disemak balik.

draft • 12:00 PM

Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Kubang Kerian, minta laluan.

Dikatakan tadi target untuk nak mencapai pada 2030. Dengan trend yang berlaku sekarang, apakah Kubang Kerian merasakan bahawa target tersebut mustahil untuk dicapai? Apa pandangan Kubang Kerian?

draft • 12:00 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Ya, saya setuju bahawa target ini tidak akan dapat dicapai.

Masa tak ada. Pengerusi, saya nak sambung sikit lagi. Sebagai contoh ya.

Bila projek rawatan dibuat di tanah besar, kita salur air ke pulau, air yang dah dirawat.

Apa yang berlaku sekarang ini ialah ke Langkawi. Paip air bocor. Saya ingat dah hampir lima tahun. Kos baik pulih itu sangat besar. Kerajaan negeri memang tak mampu. Pinjaman Persekutuan memang sampai tahap yang tak boleh ditampung.

Perlu satu penukaran paip baru. Mekanisme yang sepatutnya dibuat ialah hantar air mentah ke pulau, rawatan di pulau. Kalau berlaku kebocoran, ketirisan, kita tidak akan meningkatkan kadar NRW. Ini sebagai contohlah.

Saya juga ingin melihat tentang mekanisme kerajaan melalui SPAN ini supaya meletakkan satu standard response time ke seluruh negara di mana SOP negeri-negeri ini berbeza-beza menyebabkan bila berlaku kebocoran, proses untuk mengganti ataupun mengatasi masalah kebocoran itu lambat diambil. Kita perlu ada satu intervensi bagi mengurangkan NRW ini.

Program penggantian paip lama wajar distrukturkan semula dan saya cadangkan supaya satu mekanisme― kalau boleh supaya Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri untuk berunding satu mekanisme sebagaimana TNB.

Kerajaan Persekutuan mengambil alih proses rawatan. Membeli sumber air daripada negeri sebab sumber air ini hak negeri. Air dibeli daripada kerajaan negeri, rawatan diurus oleh pihak satu skim dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan supaya ― isu

draft • 12:00 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

ini perlu segera sebab kalau kita lambat, kita akan kehilangan pelabur-pelabur kerana masalah bekalan air yang tidak mencukupi dan sebagainya.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:00 PM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man - Kubang Kerian

Tuan Pengerusi, oleh kerana masa saya tidak mengizinkan, saya fikir itu satu isu sahaja sempat saya bangkitkan. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 12:00 PM

Tuan Mohamd Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya mohon untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026 peringkat Jawatankuasa bagi Maksud B dan P.33 bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Puan Pengerusi, saya terus ke Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri yang diperuntukkan dengan RM81.7 juta. Puan Pengerusi, pembersihan bekalan sistem perparitan dan juga saliran amat penting bagi mengurangkan insiden banjir kilat. Keadaan parit yang tersumbat dan jarang diselenggara membuatkan air lambat mengalir keluar ke sungai-sungai dan apabila turut berlaku hujan lebat atau air pasang besar, ia berpotensi menjadi banjir termenung yang mengambil masa lama untuk surut.

Senario ini menjadi lumrah harian untuk sebahagian penduduk di Parlimen Batang Lupar yang merupakan kawasan muara sungai dan berpaya. Sistem perparitan yang lebih sempurna perlu dirancang bagi memastikan aliran air di kawasan ini lancar dan dapat menampung peningkatan jumlah air ketika hujan ataupun musim tengkujuh.

Oleh itu, saya ingin memohon kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk menyediakan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan naik taraf bagi parit-parit tepi jalan di jajaran daripada Bandar Sri Aman ke Kampung Lingga di sepanjang kawasan daripada Kampung Seruyuk ke Kampung Sebuyau di kedua-dua arah serta di sepanjang jalan daripada Jambatan Sungai Saribas hingga ke Kampung Teriso.

draft • 12:05 PM

Tuan Mohamd Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Seterusnya, Puan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai yang diperuntukkan sebanyak RM200.2 juta. Saya ingin mencadangkan supaya kerja-kerja mendalamkan kawasan muara Sungai Maludam dapat dilaksanakan di bawah peruntukan ini bagi mengurangkan risiko banjir yang berulang. Saya juga menggesa pihak JPS untuk meneliti dan menyediakan satu exit plan, dengan izin, yang konkrit bagi merungkaikan masalah yang sekian lama membelenggu penduduk di kawasan Kampung Maludam.

Saya juga memohon untuk pihak JPS melihat kawasan-kawasan rumah panjang. Antaranya, Rumah Panjang Sungai Daun, Rumah Panjang Sungai Mulon, Rumah Panjang Sungai Pedada, Rumah Panjang Sungai Meranti, Sungai Suak dan Tanjung Baru yang juga mengalami masalah yang sama di mana ia nya menjejaskan ekonomi penduduk kerana tanaman yang ditanam seperti padi dan kelapa sawit turut terjejas.

Ini kerana saban tahun, Puan Pengerusi, dasar Sungai Maludam ini menjadi semakin cetek akibat mendapan tanah dan semakin teruk apabila berlaku hujan lebat. Sistem perparitan tidak mampu menampung limpahan air lantas mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan ini.

Butiran yang seterusnya ialah 15100 – Mencegah Hakisan Pantai yang diperuntukkan sebanyak RM172.4 juta. Puan Pengerusi, selain masalah banjir, beberapa kawasan di Parlimen Batang Lupar termasuk di Kampung Maludam juga berdepan risiko hakisan pantai yang mengancam keselamatan nyawa dan harta benda penduduk. Saya difahamkan bahawa kementerian melalui JPS sedang melaksanakan projek mengatasi banjir pantai di negeri Sarawak yang akan melibatkan pembinaan struktur perlindungan banjir pantai kawalan hakisan serta kerja-kerja berkaitan.

draft • 12:05 PM

Tuan Mohamd Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Saya difahamkan projek ini akan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk siap. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah projek ini akan bermula pada Disember 2025 ini seperti yang dijangka? Untuk makluman Puan Pengerusi, terdapat keperluan yang sangat mendesak bagi menyelamatkan beberapa buah rumah di Kampung Maludam ini. Oleh itu, saya mohon supaya kementerian dapat menyalurkan sedikit peruntukan kepada pihak JPS Betong supaya mereka dapat mengambil langkah mitigasi sementara untuk menyelamatkan kawasan Kampung Maludam ini daripada ancaman hakisan.

draft • 12:10 PM

Tuan Mohamd Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Akhir sekali, Butiran 40000 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui yang diperuntukkan sebanyak RM10.8 juta. Saya ingin memohon sedikit penjelasan berkenaan program ini dan sejauh manakah ianya selari dengan Sarawak Energy Transition Policy (SET-P) dengan izin, yang merupakan polisi yang merencana hala tuju peralihan tenaga di Wilayah Sarawak.

Saya ingin bertanya, apakah usaha dan rancangan kementerian dalam menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui secara meluas di Sarawak, khususnya tenaga solar? Bagaimana kita dapat memastikan penggunaan tenaga solar sebagai sumber elektrik dapat diperluas penggunaannya di kawasan pedalaman dengan mengambil kira aspek penyelenggaraan panel-panel solar tersebut? Apakah terdapat strategi khusus untuk melahirkan lebih banyak tenaga dan pakar dari kalangan anak tempatan dalam bidang tenaga solar dan sumber tenaga alternatif lain?

Akhir kata Puan Pengerusi, diharap belanjawan pada kali ini kementerian dapat terus menggerakkan Malaysia ke arah peralihan tenaga dengan penumpuan kepada usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Sekian, Puan Pengerusi. Terima kasih.

Saya mohon menyokong.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.

draft • 12:10 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk Butiran B.020000 – Pengurusan Tenaga, B.020100 – Bekalan Elektrik. Saya menyambut baik peruntukan sebanyak RM7.5 juta bagi penambahbaikan bekalan elektrik kerana ia nya penting untuk menjamin bekalan yang stabil dan selamat kepada rakyat.

Namun, isu kecurian bekalan dan kabel elektrik masih membimbangkan, mengganggu kestabilan sistem serta membebankan kewangan syarikat utiliti. TNB telah menanggung kerugian sebanyak RM441 juta sejak 2020 hingga September 2024 akibat kegiatan ini yang akhirnya boleh memberi tekanan kepada kos operasi dan tarif elektrik. Walaupun penguatkuasaan dilaksanakan, kecurian masih berleluasa terutama di kawasan pedalaman dan kurang pengawasan.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan. Pertama, apakah langkah strategik dan intervensi baharu kerajaan bagi menangani kecurian bekalan

draft • 12:12 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

dan kabel elektrik, khususnya bagi mengurangkan kerugian besar TNB dan implikasinya kepada rakyat.

Kedua, bagaimanakah peruntukan RM7.5 juta ini akan diagihkan dan apakah projek spesifik yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan dan kestabilan bekalan elektrik di seluruh negara. Selain itu, saya ingin menyentuh isu kecurian tenaga oleh premis perlombongan mata wang kripto haram termasuk Bitcoin. Kegiatan ini menggunakan tenaga dalam jumlah besar dan lazimnya dilakukan dengan menyambung bekalan secara haram.

Sehubungan itu, saya ingin bertanyakan. Pertama, berapa jumlah kerugian tenaga elektrik yang ditanggung TNB akibat perlombongan kripto haram sejak 2020 hingga kini dan apakah kaedah pemantauan yang sedang digunakan untuk mengesan penggunaan tenaga luar biasa di premis industri dan komersial? Kedua, berapakah jumlah serbuan terhadap premis perlombongan kripto haram oleh TNB dan Suruhanjaya Tenaga dalam tempoh tiga tahun terakhir, termasuk jumlah tangkapan dan status pendakwaan di bawah seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Seterusnya, Butiran P.15100 – Mencegah Hakisan Pantai, P.15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Saya ingin menarik perhatian kepada isu hakisan pantai dan pemendapan muara di Mersing yang kini berada pada tahap kritikal. Lebih 15 kilometer pesisir termasuk Kuala Sungai Mersing, Ayer Papan dan Sekakap telah diklasifikasikan sebagai zon risiko kategori 2 yang boleh menjejaskan harta awam dan infrastruktur dalam lima hingga 10 tahun jika tiada tindakan segera.

Saya menggesa PETRA dan JPS Johor mempercepatkan pelan perlindungan, termasuk benteng pemecah ombak di Kuala Sungai Mersing.

Pendekatan bukan struktur seperti National Sediment Management juga wajar diperkukuh kerana kerja pengerukan yang menelan kos sehingga RM400 hingga RM450 juta hanya memberi kesan sementara. Manakala, pemendapan terus berulang akibat perubahan hidrodinamik semula jadi.

Sehubungan itu, saya ingin memohon penjelasan mengenai pertama, status kajian sedimen muara Sungai Mersing, bila ia akan dimuktamadkan dan sejauh mana dapatan kajian ini menawarkan penyelesaian jangka panjang? Kedua, penilaian semula kos kerja pengerukan memandangkan keberkesanan kaedah ini semakin menurun walaupun kos meningkat?

Ketiga, tahap kemajuan fizikal projek pengawalan hakisan Pantai Sekakap bernilai RM30 juta yang dijadual siap pada suku ketiga 2026 dan keempat senarai penuh permohonan baharu yang telah diluluskan di bawah RP1 dan RP2 RMK13

draft • 12:12 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

bagi kawasan Mersing, meliputi projek mitigasi hakisan pantai daratan dan pulau- pulau, pengurusan muara sungai serta naik taraf infrastruktur pesisir, selari dengan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu Johor.

Butiran P.15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dan Infrastruktur (MASMA). Peruntukan RM280 juta di bawah program MASMA bagi 2026 amat penting untuk meningkatkan kapasiti saliran, mengukuhkan tebing sungai, mengurangkan risiko banjir kilat dan memulihkan ekosistem sungai. Sehubungan itu, saya ingin memohon penjelasan terperinci daripada kementerian mengenai tiga perkara berikut.

Pertama, jumlah peruntukan MASMA yang disalurkan kepada JPS Johor, termasuk pecahan khusus yang diperuntukkan kepada Daerah Mersing memandangkan daerah ini mempunyai lebih 40 batang sungai dan tali air yang memerlukan penyenggaraan berterusan bagi mengelakkan banjir berbentuk flash flood serta masalah limpahan ketika fenomena air pasang besar.

Kedua, senarai lengkap projek kecil di Mersing yang telah diluluskan di bawah MASMA 2026 meliputi kerja-kerja seperti pengaluran dan pedalaman sungai, penstabilan tebing, revetment dan gabions, menaik taraf pantai, parit utama dan sekunder dan penyenggaraan struktur kawalan air sedia ada. Mohon disertakan bersama lokasi projek, kos anggaran, skop kerja dan jadual pelaksanaan kerana ini kritikal untuk memastikan keberkesanan tindakan mitigasi di peringkat daerah.

Ketiga, kriteria pemilihan projek di bawah MASMA termasuk penentuan prioriti berdasarkan risiko banjir, tahap kerosakan tebing, keperluan penyenggaraan kritikal dan kepadatan penduduk. Saya juga ingin mengetahui, di mana kedudukan Mersing dalam ranking keutamaan negeri Johor memandangkan kawasan ini berkali- kali dilanda banjir besar akibat kombinasi hujan lebat, aliran sungai yang perlahan dan fenomena tidal break flow di Laut China Selatan. Sekian, terima kasih Pengerusi.

draft • 12:12 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Piai.

draft • 12:12 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir berserta Butiran 14500 – Menaik taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir. Saya ingin menarik perhatian kementerian terhadap dua isu banjir akibat air laut pasang yang semakin mendesak di Parlimen Tanjong Piai.

draft • 12:18 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Pertama, banjir berulang di jalan besar di Terminal Kukup. Masalah ini bukan lagi kejadian sekali sekala, ia berlaku hampir setiap kali air laut pasang besar. Setiap kali berlaku jalan utama itu pasti dinaiki air, kenderaan tidak dapat lalu, penduduk terpaksa menunggu surut dan pelancong yang keluar masuk melalui Terminal Feri Kukup juga terjejas.

Kawasan ini adalah pintu masuk pelancongan antarabangsa, tempat pelancong dari Singapura dan negara jiran datang menikmati keindahan Kukup dan Tanjong Piai. Apabila jalan utama banjir dan air melimpah, ia bukan sekadar menyusahkan rakyat tempatan tetapi menjejaskan imej pelancongan negara.

Saya juga menerima banyak aduan daripada penduduk bahawa kenderaan mereka berkarat akibat ditelenggami air laut yang menyebabkan kerugian yang besar.

Puan Pengerusi, punca utama kenaikan air laut semasa air pasang besar, masalah ini telah berlarutan bertahun-tahun. Rakyat sudah lama kecewa menunggu penyelesaian. Mereka berhak mendapat tindakan tuntas yang benar-benar berkesan. Saya memohon agar kementerian segera turun padang bersama agensi teknikal seperti JPS dan PBT untuk meneliti dan menyediakan pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang.

Puan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi.

draft • 12:18 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Isu banjir di Pusat Perdagangan Daerah Pontian di bandar baru Pontian juga semakin membimbangkan. Kawasan ini adalah nadi ekonomi tempatan. Tempat peniaga kecil berniaga dan mencari rezeki. Namun, setiap kali air pasang, air melimpah masuk ke kawasan perniagaan, jalan ditenggelami air pelanggan sukar masuk dan perniagaan tempatan terjejas secara langsung.

Oleh itu, saya kerap— saya harap kementerian dapat melaksanakan kajian teknikal menyeluruh untuk mengenal pasti kawasan tadahan utama menyebabkan limpahan air. Saya juga mencadangkan kerajaan membina benteng untuk menghalang limpahan air laut ke kawasan ini. Langkah ini perlu dilaksanakan segera supaya kerugian dan kerosakan tidak bertambah serius di masa hadapan.

Dengan kepakaran yang ada pada kementerian, saya percaya kita perlu beralih daripada langkah reaktif kepada pendekatan pencegahan berdasarkan data kajian dan pelan jangka panjang.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Saya ingin menegaskan, rakyat di Tanjong Piai sudah terlalu lama menunggu yang mereka mahu ialah tindakan segera dan penyelesaian nyata. Saya harap kementerian dapat memberi keutamaan dan peruntukan khas bagi melaksanakan projek tebatan banjir akibat air laut pasang di Kukup dan juga di Pontian dalam masa yang terdekat.

Puan Pengerusi, seterusnya saya rujuk kepada Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Isu seterusnya isu banjir di kawasan Parlimen Tanjong Piai. Terus terang saya katakan, saya amat kecewa kerana walaupun kementerian menyatakan bahawa pelbagai tindakan telah dan sedang dilaksanakan, termasuk 18 projek kecil sejak tahun 2022 dan beberapa lagi dilancarkan pada tahun 2025 tetapi banjir masih berlaku, malah semakin kerap.

Tahun ini sahaja, belum lagi musim tengkujuh, kawasan ini sudah dibanjiri, dilanda banjir tiga kali. ini bukti jelas bahawa sistem peralihan air sedia ada sudah gagal berfungsi dengan baik. Kalau— I syak dibiarkan macam ini, untuk hujung tahun ini, hujung akan dapat tanggung derita lagi. Masalah banjir yang berulang di kawasan Sri Gambut, di Melayu Raya, Kampung Maju Jaya, Kampung Sri Menanti, Kampung Paya Embun dan Peneruk masih belum selesai setakat ini. Semuanya kampung berisiko tinggi yang saban tahun terjejas.

Adakah tafsiran kementerian bahawa banjir tiga atau empat kali setahun ini masih dianggap tidak mendesak. Adakah perlu tunggu air naik sampai ke paras dada, bahu, mahu dianggap sebagai kritikal?

JPS Pontian sudah kemukakan cadangan jelas. Satu, projek RTB Pontian bernilai 183 juta. Kedua, pemindahan penduduk Sri Gambut bernilai 5.7 juta dan projek khas Kampung Maju Jaya bernilai 8.9 juta. Semuanya sudah siap di atas kertas, tetapi sampai hari ini tiada bajet, tiada pelaksanaan. Jadi, saya ingin tahu, dengan jujur, apakah sebenarnya status projek-projek ini sekarang?

Masalah ini tak boleh lagi ditanggung, setiap kali banjir, rumah tenggelam, harta habis, rakyat menderita. Kita bukan menuntut sesuatu yang berlebihan, yang rakyat minta hanyalah tindakan segera. Saya memohon agar kementerian mempertimbangkan peruntukan kecemasan bagi langkah jangka pendek, tanpa perlu menunggu Rolling Plan 13 atau bajet besar akan datang. Biar buatlah secara berperingkat-peringkat, asalkan kerja dimulakan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Puan Pengerusi.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Merbok ingin memulakan perbahasan dengan merujuk Kepala B.33 Butiran 040400 – Malaysian Program Office for Power Electricity (MyPower Corporation).

Merbok ingin mengetahui kenapakah hanya diperuntukkan pada tahun hadapan untuk butiran ini? Merbok ingin membangkitkan berkenaan keberkesanan MyPower Corporation ini iaitu agensi yang ditubuhkan pada tahun 2010 untuk menyelaras reformasi sektor elektrik negara. Walaupun mandat MyPower adalah untuk menambah ketelusan dan meningkatkan kecekapan industri tenaga, pelaksanaan reformasi ini masih kabur dan tidak menunjukkan hasil yang jelas.

Seterusnya, Kepala P.33 Butiran 13500 – Pemulihan Empangan. Peningkatan sebanyak 20 juta. Di Kedah, terdapat empat buah empangan iaitu Empangan Ahning, Empangan Pedu, Empangan Muda dan Empangan Beris.

Merbok ingin mengetahui, apakah status empangan-empangan tersebut dan adakah ia ada dalam keadaan yang baik atau perlukan penyelenggaraan kerana empangan-empangan ini adalah merupakan sumber kepada sungai-sungai utama di negeri Kedah, yang membekalkan air kepada loji-loji penapis air yang turut digunakan oleh negeri Pulau Pinang dan Perlis.

Di negeri Kedah, sumber air mentah negeri diuruskan oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) supaya sentiasa berada di dalam keadaan terpelihara. Oleh itu Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengenakan caj pengekstrakan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) bagi setiap meter padu untuk kegunaan pembekalan air terawat kepada rakyat di negeri Kedah.

Pulau Pinang turut mengekstrak air tersebut yang sama, meskipun di sebelah Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu, adalah wajar sekiranya Kerajaan Pulau Pinang membuat pembayaran berbentuk payment for ecosystem kepada Kerajaan Negeri Kedah. Atas tujuan bagi mengekalkan kawasan tadahan air sebagai kawasan tadahan, termasuk penyelenggaraan dan pemuliharaan sepanjang Sungai Muda yang akan berkeupayaan untuk menjamin bekalan mentah air berterusan dan mencukupi bagi keperluan rakyat di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Merbok, mencelah ya?

draft • 12:24 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Ya.

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya nak menyentuh sedikit berkenaan dengan

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

review balik kepada leasing ini, adakah Merbok setuju dia tidak menjejaskan sesuatu perkara yang mana kita minta berdasarkan kepada pajakan iaitu untuk review balik setelah perjanjian itu tamat.

Jadi, boleh atau tidak kedaulatan Kerajaan Negeri Kedah, sebab daulat-daulat ini yang saya tahu dari segi sejarah, daulat ini adalah merupakan satu kesusasteraan Melayu, yang mana dalam, dalam sejarah kesusasteraan Melayu ini, kedaulatan ini adalah hanya kepada Raja. Jadi, mereka yang belum ada lagi pada ketika itu, menyebut daulat ini satu perkara yang rasa tidak betul lah. Sebab daulat-daulat ini hanya kepada Raja, mengikut kesusasteraan Melayu dalam sejarah wujudnya daulat.

draft • 12:24 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, bagaimana, kalaulah kedaulatan Kerajaan Negeri Kedah untuk membuat satu permohonan untuk review, berbincang balik berkenaan dengan leasing.

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Belum sampai ke peringkat, sampai gempak untuk nak ambil Pulau Pinang jadikan hak Kedah itu, tak betul itu sebenarnya untuk bincang leasing.

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Ya. Silakan.

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, peraturan Dewan Puan Pengerusi, peraturan Dewan Puan Pengerusi.

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang mana satu?

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya rujuk kepada Peraturan 36(9)(c). Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit- sakit hati atau bermusuh-musuhan

draft • 12:24 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan.

Syarat dalam Perlembagaan. Perlembagaan Malaysia mengenali Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang berdaulat. Saya minta supaya...

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dalam perkara...

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pendang, duduk. Saya berurusan dengan Puan Pengerusi, jangan main-main.

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

You tak ada hak nak suruh saya duduk.

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya berurusan dengan Puan Pengerusi.

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

You— saya tak akan duduk.

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan kurang ajar.

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

You kurang ajar. [Pembesar suara dimatikan] You kurang ajar!

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Tidak Jelas] [Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk dulu.

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa hak kamu?

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Perkara 167, boleh memohon untuk review balik misi yang telah...

[Tidak jelas] [Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Baca perlembagaan [Tidak Jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

[Tidak Jelas] Tak ada masalah. Tidak ada againt the perlembagaan [Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:24 PM

Seorang Ahli

[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau tak mahu duduk lagi, saya rehatkan.

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Tidak jelas] Kamu telah melanggar Perlembagaan.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 12:24 PM

Datuk Awang bin Hashim - Pendang

Dia tengok saya bercakap, dia kata saya macam itu.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu bangkitkan isu ini setiap kali dalam perbahasan jawatankuasa.

draft • 12:24 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya cuma ingin menyatakan bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang berdaulat, kita ada perlembagaan sendiri. Jadi, jangan bangkitkan isu ini berulang kali.

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya. Saya sudah pesan.

draft • 12:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini jelas sekali menyentuh— terima kasih Puan Pengerusi, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:24 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Puan Pengerusi, boleh tambah sedikit masa?

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi satu minit.

draft • 12:24 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

[Ketawa]

draft • 12:24 PM

Seorang Ahli

Kesiannya.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:24 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:24 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya bagi satu minit.

draft • 12:24 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Ya. Okey, terima kasih Pengerusi ya, tang mana itu tadi?

draft • 12:24 PM

Seorang Ahli

[Ketawa] Tiba-tiba...

[Tidak jelas] hilang. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:24 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Okey, seterusnya Butiran 10001500 – Kerja-kerja Kecil JPS iaitu peringkat negeri yang telah kembali diberikan peruntukan setelah tiada sebarang peruntukan untuk tahun lepas dan tahun ini.

Peruntukan ini adalah sangat penting untuk memastikan sungai-sungai kecil, parit-parit dan longkang-longkang yang berada di bawah seliaan JPS diselenggara dengan baik.

Dan dapat mengurangkan risiko banjir kilat yang sering berlaku di kawasan-kawasan perumahan, di kampung-kampung jika berlaku taburan hujan yang tinggi.

draft • 12:24 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Seterusnya, mengenai hakisan pantai, 15100. Merbok ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana memberikan tender projek pengawalan hakisan pantai daripada Tanjung Dawai ke Sungai Pial yang telah ditutup pada 1 Oktober yang lepas dan saya harap, kontraktor dipilih yang baik dan berwibawa supaya projek ini dapat disiapkan mengikut jadual dan hakisan ombak, hakisan pantai tidak akan mengancam penduduk di situ lagi.

Seterusnya, saya nak bincang pasal NRW seperti yang telah dibincangkan, dibahaskan banyak oleh Wangsa Maju dan juga tadi Kubang Kerian. Jadi, saya minta masukkan juga ucapan mereka dalam ucapan saya tadi. Dan saya rasa untuk 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai MASMA.

Saya ingin menarik perhatian tentang aktiviti pengorekan pasir sungai yang telah merosakkan ekosistem sungai-sungai lah. Kalau kita memperuntukkan banyak pun duit untuk mengindahkan sungai, aktiviti mengorek pasir ini akan merosakkan ekosistem. Dulu, Sungai Muda tempat saya bermain dan bermandi-manda dan bermain dengan bersama kawan-kawan, telah rosak. Sekarang pun, saya dah tak

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

sanggup nak mandi sebab airnya macam air teh tarik. Jadi, saya rasa sampai takat itu ja, Puan Pengerusi. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

draft • 12:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026, peringkat Jawatankuasa Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin ambil kesempatan pada tengah hari ini mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti saya dan pengundi Rasah yang menghantar saya ke sini sebab hari ini genap tiga tahun PRU yang ke-15. Ini ramai semua tak ingat. Dia cerita benda yang bukan-bukan macam Pendang. Tetapi, kita ingat kepimpinan parti dan juga pengundi yang hantar, yang memberikan amanah dan mandat kepada kita di sini...

draft • 12:31 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul.

draft • 12:31 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

...Itulah penghargaan kepada pengundi. Jadi, Puan Pengerusi saya mulakan perbahasan saya— tak mahu retorik ya. Okey.

Perkara pertama, 95000 – Non-Revenue Water (NRW). Ini memang topik utama di bawah kementerian ini dan sesuatu yang perlu kita usahakan, pergiatkan usaha untuk mengurangkan kerugian bukan berjuta tetapi berbilion Ringgit setiap tahun.

Saya nampak, 340 juta diperuntukkan untuk belanjawan kali ini, jauh lebih tinggi daripada 233 juta berbanding tahun sebelumnya. Cuma, saya nak tanya, 340 juta ini adakah ia sebahagian daripada 2.5 bilion yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II, yang merupakan Menteri PETRA yang mengatakan bahawa dalam RMK13 sebanyak 2.5 bilion akan diperuntukkan untuk menurunkan NRW peringkat kebangsaan daripada ketika ini, 34.6 peratus kepada 28.8 peratus.

Kalau betul 2.5 bilion itu untuk lima tahun, kenapa kali ini hanya 300 lebih juta? Patut, kalau pukul rata pun, 500 juta. Saya ingin mohon penjelasan sebab perkara ini sangat mustahak. Perkara ini kalau kita boleh buat seberapa segera yang boleh, ia akan mengurangkan kerugian disebabkan NRW.

Dan, saya nak tanya, daripada 340 juta ini, berapa banyak diperuntukkan untuk Negeri Sembilan? Negeri Sembilan bukan di peringkat yang paling kritikal

draft • 12:31 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

macam Perlis, Kedah dan Kelantan tetapi, dia sederhana kritikal juga bagi saya sebab 35 peratus NRW ketika ini.

Di bawah Butiran 21000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Sembilan. Tahun lepas, 46.8 juta, tahun ini 16.2 juta. Saya nak tanya, projek apa ini? Saya difahamkan, ada satu peruntukan yang tinggi untuk rancangan keseluruhan projek, 673 juta untuk bekalan air Negeri Sembilan. Jadi, kenapa tahun depan itu sikit sahaja? Mohon penjelasan kerajaan sebentar nanti.

Butiran seterusnya, 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi dan juga Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Kedua- dua butiran ini mempunyai peruntukan lebih dua bilion iaitu hampir separuh daripada keseluruhan 4.8 bilion peruntukan pembangunan untuk PETRA pada tahun ini.

Saya nak sebut dua sungai di kawasan saya secara spesifik. Yang Berhormat Timbalan Menteri pernah menjawab di Kamar Khas pada bulan Ogos dulu, saya nak dapatkan update terkini. Rancangan Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, Sungai Linggi Fasa 5.

Yang Berhormat pernah sebut ketika itu, setakat 29 Julai, progress dia adalah 12.41 peratus lebih tinggi daripada jadual 11.86 peratus, apakah status terkini? Okey, untuk projek tersebut, dan yang kedua, Sungai Jijan di bawah Parlimen Rasah juga.

Dikatakan ketika itu, permohonan belum diluluskan di bawah RMK12.

Jadi, permohonan daripada JPS untuk kerajaan mengangkat pembangunan ataupun naik taraf, tambah baik Sungai Jijan sebanyak 100 juta diangkat ke RMK13.

Apakah status terkini? Mohon diluluskan segera.

Seterusnya, di bawah Butiran 80000 – Projek Pembetungan Negara, sebanyak 249 juta diperuntukkan, kalau pembetungan, IWK. Saya nak tanya kerajaan, kenapa nak bagi peruntukan yang tinggi kepada IWK? Bukankah IWK ada buat kutipan daripada pengguna yang terlibat? Mohon penjelasan.

Dan, perkara terakhir Puan Pengerusi, saya mungkin ambil masa dua minit, iaitu Butiran 040300 – Subsidi Bil Elektrik, 55 juta. Kita tahu, ada keperluan untuk memberikan subsidi kepada pengguna yang terlibat. Cuma, saya nak sebut ni, saya mohon Suruhanjaya Tenaga dan juga Kementerian PETRA mengambil maklum satu perkara berkenaan dengan tindakan daripada Tenaga Nasional (TNB) untuk kes-kes pengusikan meter.

Saya nak sebutkan di sini, saya tak galakkan ya. Sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab, sebagai pengamal undang-undang, saya tak galakkan orang

draft • 12:31 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

usik meter. Itu tak betul, sebab bila usik meter, dia rekod kurang. Kita tak— apa, kita tak galakkan dan tak patut digalakkan.

Cuma, isunya apabila wakil TNB ataupun mungkin kadang ada wakil daripada Suruhanjaya Tenaga hadir, dia cabut meter yang ada, dia tukar meter tanpa dipantau, dilihat oleh pelanggan tersebut, pemilik rumah. Saya rasa ini tidak adil.

Apabila dikeluarkan meter itu, TNB bawa balik lepas itu kata, ada pengusikan meter yang menyebabkan ada— kata orang apa— lepas itu, buat tuntutan lebih.

draft • 12:31 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Rasah.

draft • 12:31 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya rasa benda ini macam sehala. Patutnya, pemilik rumah ada di sana. Saya tak kata semua kes, tapi ada kes tertentu bila pemilik rumah tak ada di rumah. Dia mungkin kerja, dia keluar rumah, kerja dan sebagainya tapi, janganlah buat macam itu, tunggu.

Kalau betul, sebab nanti apa yang terjadi saya nampak, kalau few years back, TNB agak lenient untuk perbincangan tuntutan. Sekarang ini, TNB menjadi sangat keras dan dianggap apa nama— pelanggan, pengguna itu salah sepenuhnya. Dan saya anggap kalau macam inilah caranya dan sengaja untuk mengheret pelanggan tersebut ke mahkamah, tahulah TNB korporat besar, banyak panel lawyer tapi...

draft • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 12:31 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

...Pengguna— ya. Domestik, dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengambil peguam. Jadi, saya mohon perhatian daripada Suruhanjaya Tenaga...

draft • 12:31 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Rasah.

draft • 12:31 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

...Perhatian daripada Kementerian PETRA berkenaan dengan perkara asas pengguna. Ini pengguna domestik yang saya nak sebutkan. Ya, unit domestik ya, yang tak terlibat dengan apa-apa perniagaan bitcoin tadi, yang tak ada kaitan dengan perniagaan yang domestik. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:31 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Rasah, boleh saya tanya just untuk rekod.

draft • 12:31 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Saya jemput Yang Berhormat Maran.

draft • 12:31 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat

draft • 12:39 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Pengerusi. Izinkan saya membahaskan bajet peringkat Jawatankuasa PETRA ini.

Saya nak menyentuh beberapa perkara, yang pertama ialah 03000 – Pengurusan Air dan Pembetungan, yang mendapat peruntukan 241.8 juta dan 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah, 209.670 juta. Sekarang, kita berhadapan dengan pilihan raya di Sabah, saya perlu membela kerana ada juga saudara saya di Sabah.

Yang Berhormat Pengerusi, di Sandakan rakyat berhadapan dengan kekurangan air yang sangat kritikal. Menteri Kerja Raya Sabah memaklumkan bahawa keperluan air Sandakan adalah sekitar 190 juta liter sehari tetapi pengeluaran sebenar hanya 165 juta sehari menyebabkan defisit ataupun kekurangan 25 juta liter sehari.

draft • 12:39 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Daripada 10 telaga tiub yang sepatutnya menyalurkan air mentah, hanya dua sahaja yang berfungsi menghasilkan sekadar tiga hingga 3.5 juta liter sehari.

Kerajaan negeri terpaksa mengaktifkan semula telaga-telaga tiub lama yang sudah sekian lama terbiar sebagai langkah kecemasan bagi menampung kekurangan bekalan air yang kritikal.

Lima buah tangki simpanan air hanya dijangka siap menjelang Julai 2026, sedangkan rakyat Sandakan dan kawasan lain terjejas menghadapi krisis bekalan air sekarang. Bagaimanakah 209.67 juta rancangan bekalan air Sabah akan dipastikan benar-benar digunakan untuk menaik taraf loji rawatan, memulihkan telaga tiub dan membina simpanan air bagi mengatasi krisis air yang semakin kritikal?

Krisis air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menjejaskan hampir 20,000 pelajar dan kakitangan, Kerajaan Persekutuan menjalankan pelan intervensi jangka pendek berjumlah satu juta yang akan dilaksanakan melalui kerjasama Jabatan Air Negeri Sabah, PETRA dan pihak universiti seperti mana yang dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri II. Langkah tersebut dilihat sementara.

Apa yang lebih membimbangkan, terdapat kira-kira 12,000 rumah setinggan yang membuat sambungan air haram menyebabkan kehilangan 18 juta liter sehari air dan memberikan kesan kepada UMS.

Cadangan, kita ingin mencadangkan kerajaan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada 209.67 juta terus kepada pemulihan aset kritikal seperti telaga tiub, loji rawatan air berkapasiti tinggi, tangki simpanan utama.

Yang kedua, melaksanakan projek segera untuk menutup defisit di Sandakan termasuk membaiki lapan telaga tiub yang rosak. Menambah modul rawatan air

draft • 12:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

portable seperti yang digunakan di Kelantan sementara projek besar disiapkan. Yang ketiga, menaik taraf intake Sungai Kinabatangan bagi menambah pengeluaran minimum lebih kurang 20 juta liter air sehari dalam masa 12 bulan.

Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin menyebut beberapa perkara lagi iaitu 22000 – Rancangan Bekalan Air Pahang. Penambahbaikan bekalan air Pekan Tajau, Kampung New Zealand dan ke Sri Jaya. Terima kasih kerana sedang dijalankan. Dan saya ingin tahu, bilakah bekalan air yang sempurna dapat dibekalkan kepada kampung-kampung terlibat, termasuklah di Kampung Awah, Pekan Tajau dan sebagainya?

Saya juga mohon kerajaan memberi perhatian kepada penggantian paip-paip lama yang masih terdapat di kawasan Maran, di kawasan Pahang, di negeri Pahang dan juga khususnya di kawasan Maran ini. Saya juga ingin mencadangkan supaya kerja menaik taraf loji air Bukit Kertau yang pernah dicadangkan dulu bernilai 36.5 juta dapat dilaksanakan segera.

Saya juga ingin mencadangkan supaya pembinaan bekalan air Kampung Orang Asli Paya Taman bernilai 1.76 juta dapat dilaksanakan segera kerana kampung ini amat ketinggalan. Dan yang berikutnya ialah bekalan air ke Kampung Kuala Wau, Kampung Orang Asli Embus dan menaik taraf loji air, rumah pam yang saya sebutkan tadi yang bernilai kurang lebih 15.6 juta.

Dato’ Pengerusi, 030500 – Jabatan Pengairan dan Saliran yang diperuntukkan 133.126 juta. Saya ingin bertanya kepada JPS, tebatan banjir yang pernah kita mohon dahulu lebih kurang RM25 juta yang sepatutnya dilaksanakan di kawasan bandar Maran yang melibatkan kawasan banjir, saya difahamkan, saya dimaklumkan hanya 12 juta sahaja dibelanjakan, sedangkan sungai yang berada di depan bandar Maran itu masih belum dinaik taraf.

Saya mohon supaya Jabatan Parit dan Saliran dalam menyegerakan pelaksanaan ini bagi memastikan supaya bandar Maran tidak akan tenggelam andai kata berlaku banjir pada masa-masa akan datang. Terima kasih Pengerusi.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

draft • 12:40 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya mula dengan Butiran 64000, 30100 yang berkaitan dengan rancangan bekalan air negeri Johor. Baru-baru ini selama lima hari di Johor Selatan, sekali lagi kita

draft • 12:44 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

berdepan dengan gangguan bekalan air yang mengejut, di mana kali ini ia melibatkan empat daerah termasuklah Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi dan Pontian.

Lebih 455,000 pemegang akaun termasuklah satu juta lebih orang terjejas akibat pencemaran air mentah yang berpunca daripada kegiatan lombongan pasir di Sungai Sayong iaitu satu anak sungai kepada Sungai Johor.

Banyak kawasan yang terlibat, termasuklah kawasan Timbalan Menteri juga sendiri dan juga di Tebrau, di mana kesannya sangat teruk Puan Pengerusi.

Contohnya di Taman Nora di kawasan Tebrau, penduduk terpaksa guna air hujan untuk mandi. Dan di kawasan Sungai Tiram pendalaman, penduduk terpaksa mandi di tepi sungai disebabkan gangguan air ini. Kejadian ini mendedahkan satu kelemahan ketara kebergantungan mutlak sistem bekalan air Johor Selatan yang hanya bergantung kepada satu sumber utama iaitu Sungai Johor.

Apabila berlaku pencemaran— ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali benda ini berlaku. Keseluruhan sistem bekalan air di selatan Johor akan tiba-tiba terputus, malah Timbalan Menteri pernah menjawab dalam Parlimen bahawa Johor menggunakan hampir 16 juta galon air setiap hari. Sehingga kini, kita masih belum mampu berdikari.

Di Johor Selatan sahaja, kegunaan air kita sehari adalah lebih daripada 1,000 juta liter sehari dan reserved buffer kita adalah negatif. Bermakna tiap-tiap hari kita bukan sahaja tidak cukup, kita terpaksa beli air daripada Singapura. Walaupun dalam Perjanjian Air 62, kita dibenarkan beli lima million galon sehari, sebenarnya kita kini setiap hari beli hampir 16 million gallon a day ataupun bersamaan 60 juta liter sehari.

Maka, soalan saya kepada kementerian ialah...

draft • 12:44 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

YB Tebrau.

draft • 12:44 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya, ya, ya.

draft • 12:44 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Boleh?

draft • 12:44 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Boleh, boleh. Silakan Pasir Gudang.

draft • 12:44 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih. Terima kasih Puan Speaker. Berkenaan bekalan air di Johor Selatan, saya dimaklumkan dan melihat sendiri terlalu banyak data center, pusat data pelaburan daripada luar negara tertumpu ke Johor Selatan. Pusat data ini memerlukan kuantiti air yang sangat banyak. Adakah ini satu cabaran kepada bekalan air di Johor? Terima kasih.

draft • 12:44 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ya. Terima kasih Pasir Gudang. Saya cukup setuju dengan pandangan Pasir Gudang dan saya akan masuk bab ini sekejap lagi Pasir Gudang. Maka, soalan saya kepada kementerian, apakah rancangan

draft • 12:44 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

jangka masa panjang untuk kita menyelesaikan isu air di selatan Johor? Yang sekarang saya faham dan saya tahu, kita kini ada Projek LRA Layang Fasa 1 dan Fasa 2 yang sehingga kini masih belum siap. Saya difahamkan bila dia selesai, dia mampu menyumbang 276 juta liter sehari. Tapi, boleh tak Menteri memberi sedikit update, apakah status terbaru?

Apa yang dikata Pasir Gudang itu benar. Kita melihat data center di Johor ini begitu banyak. Sekarang ada hampir 30 pusat data yang tengah beroperasi dan penggunaan air harian mereka adalah 50 hingga 70 juta liter sehari. Saya nak tanya kepada Menteri, pada krisis air yang baru-baru ini— saya nak tanya ini, rakyat susah, tidak ada air. Saya nak tahu, pusat data center itu ada dapat air tak? Adakah mereka terus dapat bekalan air walaupun lima hari ini rakyat tidak ada air? Itu bagi saya sangat penting. Harap Menteri boleh memberi sedikit jawapan.

Isu kedua yang saya ingin bawa— sedikit lagi Puan Pengerusi. Melalui laporan Free Malaysia Today 28 Oktober 2025, dilaporkan satu kes di mana seorang pekerja kilang telah dua kali disaman oleh TNB atas tuduhan mencuri elektrik dan mengubahsuai meter. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bukan sahaja menolak tuntutan TNB, malah dia mengarahkan pampasan 30,000 dibayar kepada defendan atas penderitaan emosi yang dialaminya.

Lebih mengejutkan, siasatan menunjukkan pekerja kilang ini bukan pemilik atau penyewa premis tersebut dan tidak pernah membuka akaun TNB atas namanya. Kad pengenalannya telah dilaporkan hilang sejak 2017 dan dia telah buat laporan polis.

draft • 12:44 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Saya nak kata apa ni saja, senang je. Puan Pengerusi, ramai orang biasa, mereka datang jumpa saya dan dalam kapasiti saya sebagai peguam, saya banyak kes di mana rakyat biasa jumpa kata mereka tiba-tiba disaman oleh TNB. Bukan sikit.

TNB menggunakan sistem di mana mereka akan tuntut lima kali ganda jumlah yang mereka syaki ada curian. Masalahnya tiap-tiap kali, hampir tiap-tiap kali dia pergi mahkamah, TNB kalah.

Maka, saya rasa kita kena ada satu sistem mekanisme yang lebih adil kepada pengguna. Sebab, TNB dia kaya. Dia boleh pergi mahkamah untuk buat tuntutan, tapi rakyat kena cari lawyer semua tu. Itulah saya kata kenapa sebagai penyelia, Suruhanjaya Tenaga (ST) kena memainkan peranan. ST kena tapis dulu. Kita tidak boleh benarkan TNB terus bawa kes ke mahkamah saja. Sebenarnya apa yang ST boleh buat ialah sebelum TNB pergi mahkamah, dua-dua pihak kena pergi ST dulu,

draft • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

tubuhkan satu unit di mana ST akan tapis dulu adakah kes ini ada merit, adakah kes ini kukuh, barulah kes boleh pergi ke mahkamah. Kalau tidak, ini amat tidak adil kepada rakyat.

Last sekali saya nak bawa satu isu saja ialah...

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, singkatkan.

draft • 12:50 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

30 saat. Rancangan tebatan banjir di kawasan saya, Butiran 16700. Menteri, kerajaan dua tahun lepas sudah memperuntukkan RM41.8 juta untuk RTB di kawasan Tebrau khususnya di Kangkar, Tebrau. Tapi sehingga hari ini, tembok yang kata nak dibina tiga meter tu masih tidak dilihat lagi. So, saya nak tanya, apakah status terbaru? Sekian, terima kasih.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Masjid Tanah tak ada dalam Dewan. Saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu.

draft • 12:50 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Puan Pengerusi. Lubok Antu mohon untuk turut serta dalam perbahasan ke atas Kepala B dan P.33 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi (PETRA).

Saya terus kepada butiran yang pertama iaitu 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir berjumlah RM22.7 juta. Puan Pengerusi, Malaysia turut merasakan tempias perubahan iklim dunia. Saban tahun bencana alam seperti banjir besar, tanah runtuh dan keadaan cuaca yang ekstrem semakin kerap berlaku. Di kawasan Lubok Antu sebagai contoh, keadaan banjir dan tanah runtuh meningkat daripada 13 kepada 16 insiden pada tahun 2025 dengan majoriti insiden berlaku pada musim monsun timur laut antara bulan Januari dan Mac.

Justeru itu, saya ingin bertanya, sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan rancangan kawalan dan isyarat bahaya banjir di Sarawak, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman? Serta, adakah kementerian akan menilai mekanisme pelaksanaan rancangan kawalan dan isyarat banjir di kawasan-kawasan berisiko tinggi dilanda banjir dan tanah runtuh di Lubok Antu dengan mengambil kira kekangan dari segi telekomunikasi di beberapa kawasan di hulu sungai?

draft • 12:52 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Penduduk kampung dan rumah panjang di kawasan hulu sungai khasnya amat terkesan dengan bahaya peningkatan paras air yang sukar diduga dan risiko tanah runtuh, terutama di kawasan yang berbukit bukau.

Seterusnya Puan Pengerusi, di bawah Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA berjumlah RM281.8 juta dan Butiran 15400 – Rancangan Pengurusan Sungai Saliran Mesra Alam berjumlah RM90 juta. Saya ingin memohon penjelasan, bagaimana peruntukan ini dapat dimanfaatkan di kawasan luar bandar seperti Lubok Antu? Saya ingin memohon supaya pihak kementerian dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan di beberapa muara sungai di kawasan Lubok Antu. Sungai-sungai yang terjejas adalah Sungai Ulu Engkari, Sungai Ulu Delok dan Sungai Ulu Batang Ai.

Untuk makluman Puan Pengerusi, terdapat banyak longgokan kayu yang tersadai di muara-muara sungai tersebut dan ia nya amat membahayakan penduduk yang menggunakan perahu panjang menelusuri sungai tersebut. Oleh itu, saya berharap pihak kementerian dapat menyediakan peruntukan di bawah belanjawan ini untuk menggerakkan kerja-kerja pembersihan di sungai-sungai yang terkesan bagi menambah baik kebersihan dan aliran sungai di kawasan tersebut.

Pendekatan saliran mesra alam ini amat penting bagi sungai-sungai Ulu yang sensitif terutamanya Sungai Engkari, Sungai Delok dan Sungai Batang Ai. Saya berharap kementerian dapat mempertimbangkan usaha pemulihan tebing sungai, pengawalan hakisan serta penyelesaian berasaskan alam semula jadi (nature-based solutions) bagi kawasan rumah panjang yang terdedah dengan banjir dan hakisan.

Seterusnya Puan Pengerusi, saya ingin membangkitkan berkenaan Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri dengan jumlah RM81.7 juta. Puan Pengerusi, saya ingin mohon penjelasan mengenai apakah kerja-kerja kecil yang dimaksudkan di bawah butiran ini dan berapa banyak yang akan diperuntukkan untuk Sarawak?

Selain itu, saya juga ingin bertanya sama ada pihak JPS mempunyai rancangan khusus untuk menambah baik sistem saliran dan perparitan di Lubok Antu, khususnya di kawasan rumah-rumah panjang? Ini kerana Puan Pengerusi, kebanyakan daripada sistem perparitan yang ada di kawasan rumah panjang dibina sendiri oleh JKK secara gotong-royong. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan juga ada kalanya dilaksanakan sendiri oleh penduduk kampung.

Sehubungan itu, saya memohon agar pihak JPS dapat menaik taraf parit dan sistem saliran di sepanjang jajaran jalan yang kritikal sebagai contoh Jalan Tanjung

draft • 12:52 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Lipat hingga ke Lidong supaya air hujan dapat disalirkan dengan lebih berkesan.

Parit-parit yang sedia ada wajar dinaik taraf dengan profil lebih tinggi, lebih dalam dan lebih lebar kerana kapasiti semasa tidak lagi mencukupi.

Puan Pengerusi, beberapa kawasan berisiko tinggi memerlukan perhatian segera bagi memastikan keselamatan penduduk terutamanya yang melibatkan saliran dan risiko tanah tinggi. Masalah saliran yang tidak mencukupi misalnya dikesan di lokasi seperti Jalan Tanjung Lipat–Lidong dan ini turut menjejaskan kawasan penempatan dan sekolah di Lipat Ulu, Sungai Lipat, Kejemut, Tabut dan Tabut Ulu. Manakala sepanjang Sungai Kesit yang berhampiran dengan rumah panjang, kawasan tersebut sering mengalami kenaikan paras air mendadak ketika hujan berterusan.

Selain isu saliran Puan Pengerusi, kejadian tanah runtuh juga kerap berlaku akibat daripada saliran-saliran yang tidak efisien seperti mana yang telah berlaku baru-baru ini di Jalan Ulu Skrang, di Sedarat Simpang dan Stuga. Untuk makluman, kawasan seperti Jalan Sayat–Bukong dan Jalan Ulu Skrang adalah merupakan laluan akses utama penduduk ke pekan di mana laluan ini mempunyai rekod kejadian tanah runtuh sehingga memutuskan hubungan antara rumah panjang dan sekolah.

Adalah dengan ini saya ingin bertanya, apakah langkah-langkah atau perancangan yang diambil oleh JPS untuk menangani masalah saliran, tanah runtuh dan banjir secara bersepadu bagi menjamin keselamatan penduduk di kawasan Parlimen Lubok Antu? Sekian sahaja perbahasan saya, Puan Pengerusi. Semoga pihak kementerian dapat mempertimbangkan segala cadangan yang telah saya kemukakan. Sekian, Lubok Antu mohon menyokong.

draft • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu.

draft • 12:52 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Puan Yang di- Pertua, dengan ini saya mohon sedikit laluan. Saya ingin mengalu-alukan kehadiran daripada Persatuan Kebajikan Merpati Manjung, Perak diketuai oleh Jason Lim.

Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, mereka semua adalah dari kampung saya dari Sitiawan. Saya terima kasih kepada...

[Sambil membuat isyarat tangan] semua, geng-geng saya ni dulu. Terima kasih.

draft • 12:52 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pasir Puteh.

draft • 12:52 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan selamat datang kepada rombongan rasmi kerajaan daripada Republik Islam Iran yang berada bersama-sama dengan kita.

[Tepuk] Semoga hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Islam Iran ini sentiasa terjalin dengan baik, insya-Allah. Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Welcome to Malaysia.

Dato’ Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin menyinggung butiran yang ke 13400 berkenaan dengan pembangunan sumber air negara. Salah satu daripada tanggungjawab dan kewajipan yang dipikul oleh Kementerian Transformasi Air di dalam negara kita ini, mewujudkan sumber air negara.

Saya mengharapkan kepada kementerian supaya sumber air sama ada melalui sungai ataupun melalui bawah tanah, air yang tersedia ada yang begitu banyak dalam negara kita di bawah tanah ini digiatkan di dalam negara kita supaya negeri-negeri yang tidak mempunyai bekalan air bersih ini selesai dalam negara kita.

Saya ingin menyentuh di Kelantan, Sabah, Sarawak, banyak lagi hatta di Pahang – Di Pahang, merata-rata. Sumber air kita banyak dan saya mengharapkan satu fokus yang baik diberikan oleh kementerian.

draft • 12:58 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Yang keduanya di Butiran 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir. Banyak bandar-bandar dalam negara kita ini bila datang musim banjir, tenggelam. Di antara bandar tenggelam Pasir Puteh tenggelam. Isunya kerugian yang ditanggung oleh rakyat ini saya tak tahu nak sebut berapa ratus juta sekali datang musim banjir.

Jadi, banyak bandar-bandar ini tidak ada saliran utama yang menjadi tanggungjawab kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Dia bukan tanggungjawab kerajaan tempatan, saliran yang besar yang sampai ke sungai-sungai. Jadi, saya minta kepada kementerian supaya mengambil cakna.

Dan benda ini saya dah sebut daripada penggal dahulu lagi apa yang berlaku di Pasir Puteh. Sekali tenggelam Dato' Yang di-Pertua, puluhan juta harta rakyat, rumah ada yang tenggelam, barang-barang elektrik semua sekali tenggelam. Jadi, saya sangat mengharapkan kepada pihak kementerian supaya menyelesaikan isu ini.

draft • 1:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Di Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Bila sebut hakisan pantai dalam negara kita ini, dia adalah negeri-negeri di Pantai Timur. Negeri di Pantai Timur ini kalau di Terengganu, di Kelantan— di Kelantan persisiran pantai ini terhakis hampir saya rasa 30 meter, 40 meter sudah berada dalam laut. Ada geran-geran milik rakyat ini tanah dia. Sekarang ini sudah tidak ada. Yang ada geran sahaja.

Geran duduk di dalam laut. Jadi, semua ini menjadi tanggungjawab untuk kita selesaikan secara bersama.

Di Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA. Dalam butiran ini, isu membersih dan merawat air ini juga satu benda yang sangat besar, sangat mustahak. Peruntukan yang melibatkan RM2,759,000 yang diperuntukkan oleh kerajaan ini, saya harap ianya dapat merawat dengan baik.

Dan saya nak tanya rawatan air yang dibuat, adakah melibatkan pusat rawatan air yang sedia ada? Ataupun kerajaan akan mewujudkan pusat-pusat rawatan air di tempat-tempat lain. Kalau saya nak fokuskan di Kelantan, berapakah tempat yang baru yang akan dirawat oleh kementerian supaya rakyat dalam negara kita dapat menikmati bekalan air dengan baik.

15400 – Rancangan Pengurusan Sungai Saliran Mesra Alam. Dari segi bahasanya sangat baik. Mesra alam, saliran yang mesra alam. Yang saya berjalan di merata-rata tempat sangat tidak mesra alam. Saliran-saliran yang ada tidak terurus. Banyak kadang-kadang saliran ini tertutup terus, tertutup. Jadi, saya minta kepada pihak kementerian supaya mengambil peranan ini.

Dan yang terakhir, 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi.

Tebatan banjir yang berkeutamaan tinggi. Dalam Dewan ini dah berapa kali kita sebut di Parlimen Rantau Panjang, di Pasir Mas termasuk di kawasan saya Pasir Puteh yang sentiasa berhadapan dengan musim tengkujuh. Tambahan sekarang ini kita sangat hampir dengan musim tengkujuh. Jadi, tidak ada, seolah-olah tidak ada apa-apa projek yang konkrit yang besar yang kita boleh lakukan demi untuk kita menyelamatkan harta benda rakyat. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua yang memberi ruang kepada saya. Sekian, wabillahi taufiq wassalamualaikum warahmatullah.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula]

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 1:00 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Kita sambung perbahasan di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di peringkat Jawatankuasa dan kita mulakan dengan Masjid Tanah. Lima minit, Masjid Tanah.

draft • 2:30 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin terus menyentuh kepada Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan kebetulan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada dan saya masih ingat lagi dalam jawapan dalam Kamar, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri dah pejamkan mata. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa TAPS Jernih ini akan disiapkan pada suku tahun kedua tahun 2025 tapi sehingga hari ini saya difahamkan hasil daripada tinjauan, masih lagi belum disiapkan.

Jadi, saya amat berharap, saya ingin mengetahui apakah status terkini, terperinci dan berapakah banyak EOT lewat yang perlu dibayar oleh pihak syarikat kepada kementerian disebabkan oleh kelewatan yang berlaku? Dan apakah implikasi kelewatan tersebut?

Dan seterusnya, saya ingin terus menyentuh kepada Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Jadi Tuan Yang di-Pertua, isu hakisan pantai ini bukan lagi ancaman biasa. Hari ini, ia telah pun berlaku akibat daripada pembangunan dan juga projek-projek tambakan yang tidak dinilai secara menyeluruh dan saya ingin menarik perhatian kepada satu isu khusus di Melaka iaitu berkenaan dengan isu projek tambakan pantai dari Teluk Gong hingga ke Pantai Pangkalan Balak yang

draft • 2:33 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

telah pun menyebabkan hakisan serius sampailah ke Kampung Tengah, Kampung Kuala Sungai Baru dan hasil daripada tinjauan kami turun ke bawah dan juga jumpa dengan komuniti kaum nelayan dan sebagainya.

Jadi, kita melihat bahawa tambakan di kawasan hilir ini telah pun mengubah aliran arus laut dan ia juga telah menyebabkan hakisan yang sangat teruk di Kampung Tengah dan Kuala Sungai Baru.

Ia juga telah pun melibatkan kehilangan tanah, kemerosotan kawasan penempatan dan juga ancaman kepada keselamatan rumah penduduk dan termasuklah ia telah menyebabkan berlaku kerosakan terhadap ekosistem pesisir dan apabila tambakan ini dilakukan tanpa mitigasi yang komprehensif, ombak yang dialihkan akhirnya memukul kawasan lain sampai di Kampung Tengah dan kawasan yang sekitarnya menjadi mangsa. Jadi, saya juga dapati bahawa kurangnya benteng pemecah ombak di antara Kampung Tanjung Dahan dan juga Kampung Hilir. Jadi, saya harap pihak kementerian dapat mempertimbang dan juga memperlihatkan tentang perkara ini.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh di bawah tajuk yang sama yang mana pantai ditambak di sepanjang Pangkalan Balak. Ia telah pun diletakkan atas faktor keselamatan, pagar di sekeliling daripada Sungai Tuang sampailah pada Padang Kemunting. Jadi, kita lihat bahawa pelanggan hari ini, orang ramai dah tak boleh lagi dapat menikmati dan turun menikmati pantai dan juga laut di Tanjung Bidara, Pangkalan Balak dan sebagainya. Jadi, kita lihat bahawa telah pun ada pengusaha yang selama sembilan bulan kawasannya ditambak, masih lagi tak dapat menggunakan pantai.

Jadi, kalau kita tengok isu tambak laut di sepanjang Pangkalan Balak ini telah pun menjejaskan kehidupan. Kebanyakan mereka yang tinggal di sekitar termasuklah pengusaha-pengusaha, termasuklah tuan punya chalet, hotel yang berkaitan yang mana kita tahu bahawa projek ini perlu untuk mengelakkan hakisan tetapi apabila tidak berlaku sesi libat urus, saya bertemu dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, juga saya telah menitikberatkan tentang soal sesi libat urus. Betul ada dipanggil pada 22 Oktober tetapi dia pick, pick je. Dia pilih-pilih sahaja untuk dipanggil sesi libat urus. Asal buat, asal buat, okeylah. Sekali jumpa, ah cukuplah.

Tak boleh macam itu. Patut dipanggil semua mereka, pengusaha ataupun mereka komuniti yang terlibat supaya mereka boleh memberikan pandangan kepada pihak kementerian, pihak agensi yang terbabit. Ini tidak, apabila hanya mereka- mereka yang terpilih sahaja, jadi tak dapatlah maklumat ataupun input yang

draft • 2:33 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

sepatutnya. Dan hasil lawatan juga, saya melihat bahawa 70 peratus kerugian telah pun dialami oleh pengusaha restoran, gerai makan dan juga chalet dan mereka ini 100 peratus adalah Bumiputera yang bergantung harap kepada hujung minggu dan cuti sekolah untuk mendapatkan keuntungan.

Bayangkan ada satu gerai itu tak sampai hujung minggu Tan Sri Yang di- Pertua, tak sampai RM100 jualan dia. Macam mana mereka nak menyekolah, menyara keluarga dan sebagainya? Saya amat kasihan apabila mendengar rintihan mereka malah bukan itu sahaja Tuan Pengerusi Yang di-Pertua, mereka juga telah diugut, “Kalau engkau angkat benda ini kepada perkara di atas, siap”. Sebab kebanyakan di kawasan situ, 70-an, 80-an, kita pun tahu Pantai Pangkalan Balak, Tanjung Bidara ini memang dahulu, memang jadi–– kalau dekat Melaka itu, yang boleh berenangnya dekat Masjid Tanah sahaja. Kawasan tempat lain tak boleh berenang. Jadi, apabila berlaku perkara yang demikian, mereka rasa sangat dukacita.

Jadi, saya ingin tahu kenapa. Mereka bertanya kenapa dibuat pada hujung tahun? Waktu yang mereka boleh mengaut keuntungan berlipat kali ganda, yang boleh cover bulan-bulan yang tak ada pelancong-pelancong dari luar untuk datang.

Jadi, mereka amat kecewa tentang perkara ini.

Dan seterusnya, saya ingin tahu bilakah projek ini akan siap? Bilakah projek ini akan siap kerana kita ingin tahu apakah perancangan dan saya benar-benar berharap hasil daripada pertemuan saya dengan komuniti dan juga para pengusaha chalet, gerai, restoran, mereka amat berharap supaya dapat dibuat satu sesi dialog yang sebenar, dapat dipanggil kepada semua pihak. Saya amat berharap pihak kementerian dapat mengaturkan itu dan saya juga ingin bersama dalam sesi dialog tersebut.

Dan seterusnya, dah nak habis dah. Selesai. Jadi, saya last point Tan Sri Yang di-Pertua sebab lepas ini saya nak pergi PAC. Jadi, last point. Untuk Melaka, NRW Melaka. Melaka ini negeri paling kritikal daripada segi bekalan air sebab sumbernya terhad. Jadi kalau kita tengok, ada beberapa cabaran dan juga isu penyelesaian yang harus dilakukan. Sumber air mentah terhad. Sesetengah negeri, contoh Melaka terpaksa beli air mentah daripada Johor. Jadi, air dalaman tidak cukup. Jadi, perlu disegerakan projek Empangan Jernih ini, jamin kecukupan air mentah.

Jadi, sebab itu penting sangat TAPS Jernih ini. Jadi, saya ingin mencadangkan supaya air mentah dalam satu pengurusan yang sama melalui badan

draft • 2:33 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

kawal selia air setiap negeri bagi memastikan semua operator air mempunyai sumber air mentah yang cukup untuk diproses. Pengurusan NRW ini haruslah diperkemaskan, dimantapkan lagi dengan kemahiran pengurusan tekanan air yang baik dengan percepatkan projek penggantian paip-paip lama.

Dan seterusnya memandangkan operator air di bawah kuasa kerajaan negeri, penting bagi organisasi operator air diketuai oleh seorang yang kompeten dalam pengurusan air supaya matlamat pengurusan tekanan air dan lain-lain yang menyumbang kepada NRW ini dapat dilaksanakan secara efisien dan bukannya hanya bergantung kepada lantikan politik semata-mata.

draft • 2:33 PM

Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Jadi bila orang yang tak kompeten letak di situ, yang itu yang tak dapat tengok troubleshoot masalah yang berlaku dan ini haruslah dilihat di dalam Syarikat Air Melaka Berhad. Saya harap ini dapat perhatian daripada pihak kementerian dan Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri. Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri datang ke Masjid Tanah banyak kali nak tengok TAPS itu walaupun tak beritahu saya, kalau beritahu saya nak kena belanja dia minum tetapi terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Turunlah lagi tengok, kejaukan dia orang ini bagi siap dengan cepat. Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Beruas.

draft • 2:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya membahas di peringkat Jawatankuasa, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air. Saya ingin bangkitkan dua perkara di bawah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) di bawah Butiran 030500 dan juga satu perkara di bawah Pengurusan Tenaga di bawah Butiran 020000.

Mengenai dengan Jabatan Pengaliran dan Saliran, saya difahamkan muara — sungai muara Beruas di Pantai Remis di kawasan saya adalah di bawah penyeliaan JPS. Dan selama ini pelantar-pelantar nelayan di muara Sungai Beruas ini dilindungi daripada ombak melalui benteng semula jadi iaitu pokok-pokok bakau tetapi berapa tahun ini ombak telah memusnahkan sebahagian daripada pokok- pokok bakau ini dan sekarang adalah menjadi merbahaya untuk pelantar-pelantar nelayan ini kerana ombak-ombak besar akan melanda terus ke dalam pelantar- pelantar nelayan di kawasan Pantai Remis. Saya memohon kepada JPS untuk

draft • 2:40 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

membuat benteng-benteng melindungi pelantar-pelantar nelayan ini dan juga melindungi pokok-pokok bakau yang masih tinggal.

Perkara kedua ialah saya terima kasih kepada pihak kerajaan melalui JPS telah memperuntukkan RM36 juta untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Beruas. Malangnya saya diberitahu bahawa projek-projek yang dilaksanakan tidak tepat kepada tempatnya dan tidak mengatasi masalah banjir.

Daripada pandangan yang saya terima, sebenarnya muara Sungai Beruas hendaklah dibersihkan dari muara ke hilir tetapi apa yang sedang berlaku ialah projek-projek sekarang dikendalikan di bahagian hulu Sungai Beruas dan memang Sungai Beruas hilir dibersihkan dan wang telah digunakan untuk mengambil alih tanah untuk buat kolam-kolam tadahan air.

Jadi, apabila hujan lebat berlaku air Sungai Beruas tidak dapat mengalir dengan cepat menyebabkan banjir masih berlaku. Saya mohon kalau boleh dipertimbangkan semula kalau projek ini tempatnya tak sesuai, bolehkah wang baki wang digunakan untuk membersihkan muara Sungai Beruas dan juga Sungai Beruas itu sendiri.

Dan perkara akhir yang saya hendak bangkitkan ialah tentang pengurusan tenaga oleh TNB. Saya telah diberitahu oleh Majlis Perbandaran Manjung bahawa apabila kerajaan tempatan meminta TNB untuk mengalihkan tiang-tiang TNB untuk membolehkan kerajaan tempatan melebarkan jalan-jalan yang perlu dilebarkan, TNB meminta pihak kerajaan tempatan untuk membayar kos tersebut. Ini menyebabkan dengan kekangan kewangan yang terhad, pihak kerajaan tempatan tidak dapat melakukannya.

Saya rasa TNB haruslah kalau projek tersebut untuk kepentingan awam tidak harus meminta kerajaan tempatan untuk membayar. Kalaulah kerajaan tempatan pula minta TNB membayar cukai tanah atau sewa atas semua tiang-tiang TNB ini, saya rasa lagi merugikan pihak TNB.

Saya mohon ada dua tempat tiang-tiang yang perlu dialih. Harap TNB dapat alihkan dia tanpa meminta kos daripada kerajaan tempatan. Satu tempat ialah ada tiga tiang di kawasan Ayer Tawar iaitu tiang TSIFPA 33, 34 dan 35 dan lagi satu tempat di mana perlu dialihkan enam tiang di SJK(C) Uk Ing, Kampung Cina iaitu tiang TK19 hingga TK24 supaya pelebaran jalan dapat dilaksanakan. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Temerloh.

draft • 2:40 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Temerloh terus merujuk kepada Butiran 030500 – Jabatan Pengaliran dan Saliran Air (JPS). Tuan Pengerusi, untuk tahun 2026 peruntukan kepada JPS meningkat sebanyak 11.1 peratus. Adakah peningkatan ini benar-benar diterjemah kepada projek yang berimpak tinggi atau sekadar mengembangkan kos operasi?

Temerloh ingin menyuarakan keperluan untuk pembersihan longkang di Taman Zabidin, Mentakab kerana pembersihan sudah lama tidak dilakukan atas alasan tiada bajet. Longkang ini dari pasar Mentakab yang kotor bukan sahaja mengakibatkan banjir bila hujan lebat yang berterusan tetapi menyebabkan binatang seperti ular dan biawak naik dan masuk ke rumah penduduk sekitar. Temerloh mengharapkan bajet dapat diberikan untuk penyelesaian isu ini yang sudah bertahun tidak diselenggara.

Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri. Pada tahun 2025 tiada peruntukan tetapi untuk tahun 2026 ia melonjak kepada lebih 81 juta.

Lonjakannya adalah 100 peratus iaitu peruntukan besar secara tiba-tiba. Mengapa wujud satu lonjakan besar secara mendadak tanpa asas perbandingan tahun sebelum itu? Apakah projek yang memerlukan peruntukan tambahan RM81 juta ini?

Adakah ini projek baharu atau sebenarnya projek tahun-tahun sebelum ini yang dipindahkan akaun ke bawah tajuk ini? Berapa bajet yang diterima oleh Pahang terutama di Temerloh kerana banyak kawasan perumahan yang memerlukan kerja-kerja kecil JPS? Pertama, pembaikan dan pembersihan sistem saliran melibatkan pembersihan longkang tersumbat, pengaliran mendapan bertujuan mengurangkan banjir kilat dan meningkatkan aliran air.

Tuan Pengerusi, Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi. Peningkatan kira-kira 51.3 peratus. Apakah kerajaan telah mengenal pasti projek-projek tebatan banjir yang tertangguh sehingga memerlukan kenaikan lebih setengah bilion ringgit dan adakah — apakah jaminan bahawa projek kali ini tidak akan mengalami kelewatan seperti projek-projek tebatan banjir sebelum ini? Apakah perkembangan dan status tebatan banjir Sungai Semantan, Temerloh dan bilakah projek ini dijangka siap sepenuhnya?

Butiran 22000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang. Tuan Pengerusi, peruntukan untuk 2025 adalah lebih RM24 juta tetapi bagi 2026 turun drastik kepada hanya RM1 juta lebih iaitu penurunan hampir 94.8 peratus. Mengapa berlaku

draft • 2:46 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

pengurangan begitu besar untuk negeri Pahang? Adakah projek sudah hampir siap dan tiada masalah bekalan air di Pahang?

Bagaimana pengurangan sebegini memberi kesan kepada keperluan rakyat Pahang yang masih menghadapi masalah bekalan air? Temerloh mendengar banyak aduan berkaitan masalah air yang belum selesai termasuk di Kampung Sanggang Seberang; Kampung Bolok, Lanchang; Kampung Lebak Seberang; Kampung Simpang Sanggang; dan kampung perkampungan orang-orang asli dan banyak kawasan penempatan juga yang terlibat dengan masalah air.

Dalam masa yang sama, negeri Pahang membuat pinjaman berjumlah lebih daripada 50 juta dan ada negeri-negeri yang tidak membuat pinjaman seperti Negeri Sembilan dan negeri Perak. Adakah pinjaman tersebut berkaitan dengan projek tenaga boleh baharu, naik taraf infrastruktur untuk bekalan air?

draft • 2:46 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Temerloh ingin penjelasan, apakah mekanisme pemantauan yang akan memastikan bajet ini digunakan dengan efisien dan bertanggungjawab? Di Temerloh, masalah bekalan air bersih masih belum selesai disebabkan oleh paip yang kerap pecah, saluran paip kecil dan sudah 40 tahun usianya. Loji rawatan air yang tidak cukup kapasiti atau sudah uzur serta gangguan akibat faktor alam seperti banjir dan kemarau.

Adakah usaha penyelesaian sedang dijalankan, termasuk peruntukan besar untuk menaik taraf infrastruktur, pembinaan loji baru dan pelaksanaan pelan kecemasan? Apakah status Loji Rawatan Air Mempateh yang disebutkan siap pada tahun 2025 dengan kos RM100 juta? Apakah solusi untuk penyelesaian masalah bekalan air bersih untuk jangka masa pendek dan panjang di tempat dan kawasan yang terlibat, termasuk tekanan air rendah, terutama di Temerloh? Secara keseluruhan, masalah air masih membelenggu rakyat di Temerloh, termasuk juga Parlimen lain di Pahang kerana sebelum ini masalah ini seolah-olah hanya dikaitkan negeri Kelantan.

Tuan Pengerusi, saya nak menyebut berkaitan dengan perkara — sebab masa pun dah suntuk. Saya masuk satu lagi berkait 40000 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui. Peruntukan yang telah menurun drastik daripada RM24 juta kepada hanya RM10.88 juta untuk tahun 2026.

Pertama sekali, apakah justifikasi kerajaan memotong lebih 50 peratus daripada program yang menjadi tonggak utama negara mencapai sasaran neutral

draft • 2:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

karbon dan meningkatkan keselamatan tenaga? Adakah kerajaan melihat agenda tenaga hijau ini tidak lagi menjadi keutamaan?

Kedua, adakah pemotongan ini akan menjejaskan pembangunan tenaga solar, program retrofit bangunan kerajaan atau inisiatif penjimatan tenaga untuk rakyat? Apakah projek atau komponen program yang akan dihentikan atau dikurangkan?

Ketiga, dalam keadaan bil elektrik rakyat yang meningkat dan subsidi semakin disasarkan, bukankah lebih wajar kerajaan meningkatkan pelaburan dalam kecekapan tenaga, bukan memotongnya, demi membantu rakyat mengurangkan penggunaan dan kos elektrik. Adakah pemotongan ini mencerminkan kelemahan dalam perancangan kerajaan sendiri atau adakah kerajaan sebenarnya tidak komited kepada agenda tenaga bersih yang sering dilaungkan? Saya mendesak kerajaan memberi penjelasan terperinci agar rakyat tahu di mana arah sebenar dasar tenaga.

Akhirnya Tuan Pengerusi, rakyat memerlukan ketelusan. Apabila ada peruntukan yang naik mendadak, ada yang turun drastik dan ada pinjaman yang tidak digunakan oleh negeri, ia memberi gambaran bahawa perancangan tidak sekata. Keutamaan tidak jelas dan pengagihan bajet mungkin tidak selaras dengan keperluan sebenar rakyat. Okey, terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Puncak Borneo.

draft • 2:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tan Sri Pengerusi, saya terus ke Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir; Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri; Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA; Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai; Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi; dan Butiran 29000 – Rancangan Bekalan Air Sarawak.

Saya memohon jasa baik kerajaan dan Kementerian PETRA untuk memperuntukkan dana-dana untuk kerja-kerja tebatan banjir, perparitan, pendalaman kuala sungai dan pemasangan flood early warning system, dengan izin, ataupun dikenali sebagai EWS di kawasan Parlimen Puncak Borneo seperti di Kampung Lintang Baru, Kampung Sebemban, Kampung Maang, Kampung Sungai Rich’ard, Kampung Simpoh, Kampung Tarat Melawi, Kampung Tarat Sibala, Kampung Siniawan Seberang, Kampung Keranji, Kampung Sogoh, Kampung

draft • 4:53 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tringgus, Kampung Belimbing, Kampung Bijure, Kampung Bratan, Kampung Merabak Asah, Kampung Sikong, Kampung Simboh, Kampung Giam Baru, Kampung Jambuk dan juga Kampung Benat.

Semua kawasan ini memerlukan perhatian kerana sering dilanda banjir dan juga memerlukan tebatan banjir. Selain itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian PETRA kerana telah memberi dana pelaksanaan Projek Denai Sungai Kebangsaan ataupun DSK di Kampung Stabut dengan kos siling bernilai RM500,000 yang telah siap.

Atas kejayaan ini, saya sekali lagi ingin memohon Projek Denai Sungai Kebangsaan supaya dilaksanakan di denai sungai Kampung Sipok dan Kampung Bratan. Jika projek ini diluluskan, ia dapat membersihkan, menjaga dan mengindahkan sungai di Kampung Simpoh dan juga Kampung Bratan yang selalu mengadakan pesta sungai dan juga aktiviti kayak komuniti dan secara tidak langsung, mencipta peluang ekonomi tempatan.

Saya juga menggesa Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Landeh yang telah diluluskan dapat ditender dan dibina dengan segera demi kelangsungan bekalan air bersih terawat di bahagian Kuching, termasuk kawasan Parlimen Puncak Borneo yang akan mendapat limpahan positif.

Tan Sri Pengerusi, balik kepada masalah banjir, adalah amat penting bagi kerja-kerja pendalaman dan pengorekan kawasan sungai dan kuala sungai. Tebatan banjir keutamaan tinggi kerana kerugian ekonomi langsung amat tinggi. Menurut Laporan DOSM dan juga NADMA, kerugian akibat banjir pada tahun 2024 telah dianggarkan sebanyak RM933.4 juta. Itu bersamaan dengan kira-kira 0.05 peratus daripada KDNK nominal Malaysia.

Komponen kerugian termasuk kediaman RM372.2 juta, infrastruktur awam RM303.4 juta, pertanian RM185.2 juta, premis perniagaan RM54.1 juta, kenderaan RM17.3 juta dan pembuatan sektor RM1.2 juta. Maka dengan itu, kita perlu melakukan sesuatu dan langkah adaptasi seperti infrastruktur tahan banjir, sistem amaran banjir, peruntukan peraturan zon bangunan perlu ada. Impak ekonomi boleh dikurangkan lebih daripada 40 peratus.

Menurut laporan yang sama, kos adaptasi penyesuaian dianggarkan 0.2 peratus daripada KDNK tahunan. Maka, ini menunjukkan bahawa pelaburan pencegahan banjir adalah sangat kos efektif. Kerugian akibat banjir pernah dianggarkan bernilai RM5.3 bilion hingga RM6.5 bilion menurut Laporan Malaysia Insurance Highlight. Laporan DOSM juga menunjukkan banjir pada 2021

draft • 4:53 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

menyebabkan kerugian ekonomi kira-kira RM6.1 bilion iaitu kira-kira 0.4 peratus daripada KDNK.

Tan Sri Pengerusi, saya ingin landing. Oleh itu, apabila kita melihat data-data ini Tan Sri Pengerusi, ia amat merunsingkan. Negara kita harus melakukan sesuatu, bergerak pantas dan belajar daripada negara Jepun dan negara Belanda, di mana mereka telah amat berjaya mengurus bencana banjir dengan efektif dan berkesan.

Jepun dianggap memiliki sistem peringatan banjir paling efektif di dunia dan mempunyai sistem prediksi banjir yang sangat tepat. Pemantauan real time, teknologi canggih, jaringan komunikasi peringatan yang menyentuh semua lapisan masyarakat dan budaya supaya siap siaga public yang amat tinggi.

Dengan itu Tan Sri Pengerusi, saya menyokong penuh segala butiran belanjawan Kementerian PETRA supaya masalah rakyat dapat terus terbela.

Dengan itu, sekian terima kasih. Semoga Tuhan memberkati.

[Tepuk]

draft • 4:53 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Tanjong Karang.

draft • 4:53 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Tanjong Karang ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada dua butiran kritikal di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang mempunyai implikasi langsung terhadap keselamatan rakyat, khususnya kawasan pesisir pantai dan bandar yang terkesan dengan banjir.

draft • 2:59 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Saya terus ke Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai. Belanjawan 2026 bernilai RM1.724 juta, manakala tahun 2025, RM2.251 juta. Di sini kita lihat berlaku penurunan yang amat drastik iaitu sekitar RM52.67 juta atau 23 peratus. Tan Sri Pengerusi, penurunan mendadak ini hampir suku daripada peruntukan tahun lalu. Ini amat membimbangkan. Hakikatnya, Malaysia kini berhadapan kadar hakisan pantai antara 0.5 meter sehingga satu meter setahun di beberapa negeri seperti di Perak, Terengganu, Sabah serta termasuk Selangor khususnya di Tanjong Karang sendiri.

Banyak komuniti pesisir pantai bergantung kepada perlindungan pantai bagi keselamatan rumah, sekolah, jalan-jalan kampung dan kawasan pertanian.

Antaranya kampung lembah pantai di Sungai Kajang, Tanjong Karang. 250 penduduk sentiasa cemas dengan banjir, laut setiap kali berlaku air pasang besar akibat daripada pecah benteng pantai yang dibina tanpa adanya benteng pemecah

draft • 3:00 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

ombak. Persoalannya, apakah asas pengurangan 23 peratus ini ketika lebih 30 peratus kawasan pesisir negara dikategorikan sebagai kritikal oleh JPS sendiri?

Keduanya, projek-projek pemecah ombak, benteng pantai dan pemulihan ekosistem seperti penanam bakau masih banyak yang belum selesai. Ini termasuk benteng pantai di Sungai Kajang yang sedang dibina tanpa pemecah ombak ini.

Adakah ia nya akan juga dipotong peruntukannya? Bagaimanakah dengan kos bahan binaan ini yang semakin meningkat secara konsisten sejak tahun 2023?

Tan Sri Pengerusi, seterusnya di bawah Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Peruntukannya meningkat kepada RM1.1361 bilion berbanding RM804 juta pada tahun 2025. Kalau kita lihat di sini, terdapat satu peningkatan yang besar. Ini menyebabkan tumpuan kerajaan terhadap isu banjir bandar, namun beberapa persoalan perlu diperjelaskan.

Yang pertamanya, adakah peruntukan ini benar-benar disalurkan kepada kawasan yang paling kritikal. Laporan JPS menyatakan lebih seratus hotspot banjir bandar di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Ipoh kebanyakan akibat sistem saliran yang berusia lebih daripada 30 tahun.

Sehubungan dengan itu, Tanjong Karang memohon projek tebatan banjir Sungai Tengi, Tanjong Karang yang bernilai RM45 juta dapat dimasukkan dalam rolling plan terdekat RMK13 dengan kadar segera bagi mampu melindungi pekan Tanjong Karang daripada banjir kilat yang berulang-ulang. Tanjong Karang juga ingin tahu sama ada majoriti peruntukan ini benar-benar digunakan untuk modenisasi saliran dan bukan hanya projek tebatan konvensional yang tidak menyelesaikan punca.

Kedua, sejauh mana projek 16700 ini diselaraskan dengan unjuran perubahan iklim? Taburan hujan ekstrem meningkat hampir 40 peratus berbanding dekad lalu. Maka reka bentuk sistem tebatan mesti menggunakan standard RCV align, reka bentuk mengambil kira data perubahan iklim masa depan. Bukan ikut standard lama yang tidak lagi relevan masa kini.

Ketiga, isu penyampaian projek. Banyak projek tebatan sebelum ini lewat akibat perubahan reka bentuk, tapisan tender, koordinasi PBT. Saya ingin tanya berapa projek 2025 di bawah 16700 ini yang masih belum siap dan disambung ke tahun 2026.

Akhirnya Tan Sri, walaupun peruntukan meningkat, Butiran 15100 Mencegah Hakisan Pantai dipotong 23 peratus. Ini menimbulkan persoalan sama ada kerajaan sedang mengimbangi bajet dengan mengorbankan perlindungan pesisir pantai yang

draft • 3:00 PM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

juga berkait rapat dengan risiko banjir seperti kami di pekan Tanjong Karang yang terkesan dengan banjir laut apabila air pasang besar dan banjir air Sungai Tengi apabila hujan lebat.

Saya berharap kementerian dapat memberikan penjelasan terperinci dan memastikan peruntukan besar ini benar-benar memberikan impak kepada kawasan yang berisiko tinggi. Sekian, terima kasih Tan Sri.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Tenggara.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Pengerusi, saya menunggu Tan Sri Pengerusi mengambil tempat sebelum saya bangkitkan perkara di atas isu Peraturan 36 sebelum pembahas yang berikutnya. 36(9)(c).

“Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan”.

Tan Sri Pengerusi, umum kita menerima Pulau Pinang. Saya terpaksa bangun sebab perkara ini telah diulangi beberapa kali terutamanya oleh Yang Berhormat Pendang. Walaupun beliau telah digantung, beliau telah diberi amaran dan saya percaya satu usul masih sedang dipertimbangkan berkenaan dengan kenyataan yang beliau keluarkan terhadap Kota Melaka dan Hulu Langat. Sekarang polemik lain dimainkan oleh beliau. Kedah mempunyai hak ke atas Pulau Pinang.

Saya tahu bahawa Perlembagaan kita mengiktiraf Pulau Pinang sebagai salah satu negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu, Persekutuan Malaysia. Jadi, saya mohon petua daripada Tan Sri Pengerusi, supaya kita membahaskan tentang PETRA dalam bab jawatankuasa. Tadi pun saya percaya yang Ahli Parlimen yang membahas sebelah sana pun terkejut tiba-tiba Pendang masuk, mencelah, tak ada kena mengena isu Pulau Pinang dan Kedah dibangkitkan.

So, saya memohon petua dari Tan Sri Pengerusi supaya Pendang ini diberitahu sekali lagi walaupun kita sudah muak dengan gelagatnya di Parlimen yang berulang kali mengeluarkan kenyataan terhadap saya, terhadap Hulu Langat, terhadap Kota Melaka dan sekarang membazirkan masa dengan mencetuskan polemik tentang Kedah dan Pulau Pinang.

Tan Sri Pengerusi, saya dari Pulau Pinang, Tan Sri Pengerusi dari Kedah.

Tetapi kita menerima rakyat Malaysia, kita menerima hakikat bawah Pulau Pinang ini merupakan sebuah negeri yang berdaulat di Pulau Pinang, akur kepada Perlembagaan Persekutuan. Itu sahaja yang saya minta supaya diberi petua kepada Yang Berhormat Pendang dan amaran. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Ini petua saya.

draft • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Peraturan, peraturan Dewan.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Sekejap. Semasa perbahasan Jelutong ada dalam Dewan?

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada.

[Tidak jelas]

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, kalau begitu kerana saya pun tiada dalam Dewan, saya mencadangkan— terpulang kepada Jelutong, melihat balik Hansard dan kalau betul Jelutong merasakan ada isu dibangkitkan itu boleh membawa beliau ke jawatankuasa pilihan khas, maka tulis kepada saya sebagai satu usul supaya saya dapat teliti kerana saya tidak berada pada waktu itu. Maka saya akan buat keputusan ataupun usul yang meminta beliau memohon maaf. Terpulang kepada Jelutong, apa juga usul yang ingin Jelutong masukkan. Terpulang kepada Jelutong ya. Oleh kerana saya tidak berada dalam Dewan.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang terbaik ialah usul.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya akur dengan petua yang diberikan oleh Tan Sri Pengerusi. Ini bukan isu menghormati saya sebagai Ahli Parlimen.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Saya faham.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini isu menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai rakyat Malaysia.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Saya amat faham tetapi kerana saya tidak berada, bukan saya yang preside.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Jadi, opsyen yang kita ada ialah Jelutong masukkan usul.

draft • 3:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Pokok Sena.

draft • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun, Jerlun.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi

Oh, sorry.

draft • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Pertama sekali Tan Sri Yang di- Pertua, saya ingin perbetulkan fakta yang dibawa oleh Jelutong. Sebenarnya bukan 36(9), 36(10)(c). Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit- sakit hari. Pembetulan. Baik, itu yang pertama.

draft • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Yang kedua, saya ingin mengulangi dalam fasal 44(1). Saya menghormati Jelutong ada hak untuk bercakap. Tetapi fasal 44(1) ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa selalu sangat Jelutong membangkitkan perkara yang sama di floor yang berbeza.

[Tepuk]

draft • 3:00 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Kita bercakap soal jawatankuasa reformasi air. Transformasi air dan isu ini tidak berkaitan dengan isu air ini. Jadi, saya harap perkara yang berkait dengan perkara yang berkenaan sahaja yang perlu diberi pertimbangan kalau nak mencelah ataupun sebagainya.

Yang ketiga, Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi, ada kuasa pemutus iaitu 99. Jadi, saya tidak mahu lagi perkara berkaitan Kedah, Pulau Pinang ini dibangkitkan dalam situasi yang tak sepatutnya berbangkit. Dia ada floor dia. Dia ada perkara yang berkaitan. Jadi, saya mohon supaya Tan Sri Pengerusi menggunakan kuasa iaitu di bawah fasal 99 ini untuk menamatkan segala polemik yang berkaitan dengan isu-isu negeri Kedah, Pulau Pinang dan sebagainya. Dan tumpukan kepada aspek jawatankuasa yang dibincangkan ini. Sekian.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Nanti, nanti, nanti kejap. Kejap, kejap, kejap. Duduk, duduk kejap. Pokok Sena mungkin tersalah anggap.

draft • 3:10 PM

Seorang Ahli

Jerlun, jerlun.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Jerlun, sorry.

draft • 3:10 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Jerlun.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Saya membenarkan standing orders itu kerana beliau bangun sebagai standing orders. Jadi, nasihat saya oleh kerana saya tidak ada, jadi, masukkan usul. Itu saja. Saya tidak melayan apa yang berlaku. Sebagai Speaker, saya kena buat keputusan dan itulah keputusan saya. Soalnya, dia bangkit waktu sekarang ini ke, pagi esok ke, it doesn’t matter. Jadi, yang pentingnya dia telah bangkitkan dan sesiapa juga Ahli Parlimen yang bangun dan pegang buku, waktu mana pun, dia boleh. Cuma Speaker ada kuasa melihat sama ada bersesuaian atau tidak isu yang dibangkitkan itu relevan atau tidak pada itu.

Sebab itu saya jawab pada Jelutong, saya tidak ada. Saya pun saya tak tahu.

Oleh demikian, Jelutong masukkan usul. Biar saya tengok sendiri. Lepas itu, saya akan buat keputusan. Itu saja. Jadi, untuk Jerlun bangkitkan soal itu saya ingat tak sesuai pun, ya. Baik, terima kasih. Jadi, saya nak teruskan sekarang.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker. Speaker. Boleh saya, Speaker? Hulu Langat. Peraturan tetap juga. [Sambil menunjukkan buku Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat]

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Isu berapa itu?

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

18(1).

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

18(1) apa masalah dia?

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Berkaitan dengan usul yang saya hantar kepada Tan Sri Speaker. Soal berkaitan dengan Pendang untuk menyeret Yang Berhormat Pendang ke Jawatankuasa Hak dan juga Kebebasan.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, baik.

draft • 3:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab dia panggil Hulu Langat. Hulu Langat ini, maksudnya nama yang sedap. Nama yang bagus maksudnya. Orangnya pun hebat. Orangnya pun bagus. Dia ada Hulu Langat, Tan Sri Speaker. Dalam masa yang sama dia ada juga Kuala Langat. Kuala Langat pun ada juga. Dia panggil Hulu Langat ni dengan nama hulu laknat. Dan juga sahabat saya daripada Kota Melaka. Kota Melaka ni ya lah, negeri bersejarah kan negeri Melaka ni. Dia panggil Kota Melaka tu dengan nama kota— kota celaka.

Sebab itu saya harap sangat-sangat kepada Tan Sri Speaker agar Yang Berhormat Pendang ini dapat kita seret, dapat kita bawa ke Jawatankuasa Hak dan juga Kebebasan. Sebab, mulutnya terlalu cabul. Terlalu biadab dan juga tiada adab.

Terima kasih, Tan Sri Speaker.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Celupar. Mulut celupar.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, baik, baik, baik.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya. Tan Sri Speaker, Kota Melaka.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Apa lagi? Standing orders berapa itu?

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

36(4), 36(6) dengan 36(10)(c).

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Sama. Benda yang sama ke?

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, sebab Pendang sebut Kota Melaka, sebagai kota celaka.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 3:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Bila saya balik ke kawasan, rakyat jelata di kawasan saya memang marah dengan sikap Pendang tersebut. Jadi, saya harap supaya boleh merujuk Pendang ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk diambil tindakan.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Baik, terima kasih. Apa juga tindakan saya mesti mengikut peraturan. Saya tidak boleh mengambil tindakan. Walaupun saya menerima peratusan SMS untuk mendesak saya mengambil tindakan. Saya tidak boleh bertindak begitu ya. Kita ada peraturan.

Jadi, sekarang ni usul dua-dua. Kota Melaka dan Hulu Langat telah pun saya terima dan saya telah pun menulis kepada mereka yang terlibat untuk menjawab.

Proses dia ada dan insya-Allah, dalam masa terdekat ini, saya akan buat keputusan dan akhirnya saya akan maklumkan kepada dua-dua Yang Berhormat, sama ada Pendang akan dihadapkan atau tidak tapi itu tunggu sat sebab saya sedang study. Saya juga terpaksa consult beberapa expert tentang bahasa, tentang budaya untuk saya buat keputusan.

Baik. Saya nak hentikan polemik itu di sini. Jadi, sekarang saya nak teruskan dengan menjemput Tenggara. Silakan.

draft • 3:10 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi. Tadi macam dah ready Tan Sri, terganggu dengan ini bagi dua, tiga minit sikit.

draft • 3:15 PM

Tuan Pengerusi

Ya, silakan. Teruskan.

draft • 3:15 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih. Tapi sana nak respons jugalah. Apa nama itu, kota celaka dengan hulu laknat ini memang tak patutlah eh.

Jadi, saya terus saja kepada Butiran 020200. Tapi, sebelum itu saya ambil kesempatanlah untuk Butiran ini. Timbalan Menteri pun ada tadi. Risau juga Timbalan Menteri keluar lepas itu masuk balik. Mujur Alhamdulillah. Untuk RTB Johor ini RM2.6 bilion. 15 projek. 11 dah lulus, 10 telah laksana. Dan bagi Tenggara ini ada sikit melibatkan Kampung Panti. 307 kubur lama yang kena dialihkan. Saya harap boleh dilakukan sebaiknya sebab dia ada nilai dan sentimen. Tapi, secara keseluruhannya, saya pun boleh bagi laporan sikitlah. Timbalan Menteri pun rajin turun kat Tenggara. Memang projek tengah berjalan dengan baiklah. Mudah- mudahan boleh cegah banjir di tempat saya.

Ya. Jadi untuk Butiran 020200 – Tenaga Lestari daripada RM15.07 juta turun teruk kepada RM4.07 juta ini. Jadi, Tenggara ingin mengetahuilah kenapa berlaku pengurangan sangat drastik ini dan berapa jumlah peruntukan yang diberi untuk laksana kajian R&D untuk bantu sumbang kepada agenda Tenaga Boleh Baharu

draft • 3:15 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

(TBB) negara serta adakah terdapat sebarang kerjasama antara agensi ataupun kementerian? Dan adakah terdapat sebarang geran risikan bagi sokong agenda TBB ini?

Saya ada terbaca dekat surat khabar ni berkaitan dengan RISDA lah. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KDW ada umum tentang rubber fuel. Jadi, mungkin pihak Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) boleh tengok. Bagaimana boleh bantu tentang rubber fuel based ini? Dan yang terkini, apabila dilakukan lawatan ke Taiwan baru-baru ini dan kerjasama dengan UMPSA, chief researcher dia adalah Profesor Dr. Abdul Adam Abdullah ini dengan geran RM1 juta. Kita menemui dua kemungkinan.

Satu, getah ini boleh jadi petrol, diesel dan gas. Keduanya, apabila kita ke Taiwan, sebenarnya dah 15 tahun dah sebenarnya kerajaan Taiwan menggunakan tayar terpakai untuk menghasilkan tenaga daripada minyak. Tetapi, minyak itu tak digunakan kepada kenderaan. Dia digunakan untuk menjana generator dan generator itu menghasilkan elektrik.

Saya rasa ini perkara yang mungkin boleh diberi perhatian dan geran ataupun peruntukan di bawah Butiran 020200 ini yang merosot daripada RM15.07 juta ke RM4.07 juta ini patutnya diberi penilaian semulalah. Sebab ada beberapa perkara yang boleh mungkin disinergikan antara Kementerian PETRA dan juga MOSTI dan sebagainya dengan kementerian lain untuk melihat potensi tenaga baharu.

Seterusnya Butiran 13500 – Pemulihan Empangan. Daripada RM55.66 juta naik kepada RM74.59 juta dan dia meningkat juga berbanding tahun lalu dan ini adalah berkaitan dengan Tenggaralah. Di Tenggara ini kawasannya ada terletak satu empangan namanya empangan Linggiu, berhampiran dengan Linggiu dan FELDA Linggiu yang dibina pada tahun 1993. Dan empangan ini mengikut data yang saya ada ini, dia sangat — dah 30 tahunlah dah lama 1993, 30, 40 tahun.

Jadi, Tenggara ingin bertanya, apakah tahap keselamatan empangan ini?

Sebab saya dikhabarkan kalau berlaku apa-apa nauzubillah min zalik kepada empangan ini, dia boleh menjadi tsunami darat yang agak besar juga.

Dan, penduduk-penduduk saya rasa pihak kementerian melalui mungkin pengurusan empangan dan sebagainya boleh mengedarkan laporan tahunan tahap keselamatan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan empangan ini kepada sekitar mungkin Bandar Tenggara, FELDA Sungai Sibol, Taman Sungai Pinang, Taman Seri Indah, FELDA Penggeli Timur tentang tahap keselamatan ini.

draft • 3:15 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Dan adakah — Tenggara ingin bertanya, adakah pengurusan empangan ini menggunakan teknologi-teknologi terbaharu yang boleh menjamin keselamatan seperti artificial intelligence, Internet of Things, remote sensing dan juga datafikasi yang jitu. Sebab pengalaman saya pada tahun 2024, saya pergi ke China untuk TVET tapi saya pergi singgah ke Changsha Environmental Protection College pada 16 Ogos ini, 2024 dan di sana mereka mengadaptasi advanced oxidation process

(AOP).

Dia ada supervisory control and data acquisition (SCADA), dia ada Geographic Information System (GIS), digital twins water health dan juga machine learning–driven hydro factory untuk memastikan apa nama itu, konkrit yang buat empangan itu pun mereka boleh tahu pada masa itu juga. Dan dia diuruskan oleh kolej yang berkenaan.

Jadi, saya nak tahu jugalah bagaimana kementerian memastikan tahap keselamatan Empangan Linggiu ini yang bukan saja memberi bekalan air kepada Singapura tetapi dia juga memberi satu keadaan pada jiwa orang di Tenggara itu kalau berlaku apa-apa.

draft • 3:15 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Jadi, laporan tahap keselamatan empangan itu boleh memberi sedikit gambaran yang baik kepada masyarakat dan tidak keterlaluan kalau— Tan Sri saya minta sedikit, Tan Sri, masa? Dan tidak keterlaluan juga kalau laporan itu dapat diedarkan dan juga kalau boleh, syarikat yang menguruskan empangan itu buatlah CSR sikit di kawasan-kawasan berkenaan supaya ia boleh memberi faedah yang jelas lagi.

Dan untuk Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia, sepatutnya empangan ini boleh dimanfaatkan, dengan keluasan 122.7 kilometer ini ada 4 gunung, 55 bukit yang tenggelam ini, kawasan tadahan seluas 21,600 hektar dengan kemampuan 763 juta cubic meter ini, selain daripada jadi empangan, sepatutnya dia juga boleh dibuka untuk kawasan pelancongan. Jadi, ini PETRA kena tengok jugalah bagaimana masyarakat sekeliling boleh mendapat manfaat.

Dan, bagi pengurusan sungai pula, ini baru-baru ini saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada respons tentang ban pecah di Sungai Sayong ini. Dan saya lihat ada 125 nelayan darat terjejas, 26 daripadanya daripada Kampung Orang Asli Sayong Pinang dan kita pun semua tahu tahap pencemaran itu mencecah 37,600 NTU. Yang normalnya 400 NTU.

draft • 3:20 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Jadi, apakah sebenarnya perancangan kementerian untuk di bawah Butiran 15400 – Rancangan Penggunaan Sungai Saliran Mesra Alam ini boleh digunakan untuk menghadapi situasi-situasi yang berkenaan? Dan Tenggara saran, pelaksanaan pengurusan sungai berasaskan ekologi, ecofriendly drainage dan river management ini boleh dilaksanakan dan apakah rancangan jangka panjang pihak kementerian dalam memastikan masalah yang sama tidak berulang.

Sebelum ini Tenggara ada cadangkan untuk dilaksanakan pewarisan pada sungai- sungai ini supaya kita boleh menjaga sungai sebagai bukan sahaja sumber air, tetapi juga sumber pendapatan kepada rakyatlah. Dan untuk pengetahuan Dewan ini juga, Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu, pencemaran Sungai Sayong itu telah menjejaskan fungsi LRA Linggiu, LRA Semangar, LRA Sungai Johor dan LRA PUB, Singapura ini, menjejaskan bekalan air untuk hampir seluruh bandar Johor Bahru dan juga sebahagiannya daripada Singapura.

Dan sebab itu lah, dengan adanya keadaan-keadaan sebegini Tan Sri Pengerusi, sebenarnya Tenggara ini layak untuk dimasukkan di bawah special economic zone. Saya rasa kalau air dekat Tenggara ini tercemar terus, bukan sahaja Singapura, Johor Bahru terjejas, maka bekalan air untuk SEZ itu pun terjejas. Jadi, kalau boleh, dimasukkanlah sikit Tenggara ini di dalam SEZ ini. Walaupun tak berkenaan, tapi ini sebab sebagai satu inilah, satu apa— keadaan yang boleh kita manfaatkan.

Jadi, saya rasa itu sahaja daripada Tenggara, Yang Berhormat Pengerusi.

Cumanya sedikit lagi adalah berkaitan dengan empangan ini juga. Selain memberi bekalan yang air yang mencukupi kepada Singapura dan juga Malaysia, untuk Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia 2026 ini, perlulah diberikan sedikit perhatian untuk ekopelancongan, sebab tasik ini 122.7 kilometer di Empangan Linggiu ini sepatutnya boleh menjadi daya tarikan pelancongan dan boleh dimanfaatkan. Tinggal lagi perlukan kepada kelulusanlah dan timbang tara daripada kementerian supaya boleh memberi limpahan rahmat, kenikmatan dan juga faedah kepada masyarakat secara langsung dan tidak langsung. Itu sahaja daripada Tenggara, Tan Sri Pengerusi. Sekian, terima kasih.

draft • 3:20 PM

Tan Sri Pengerusi

Baik, saya jemput Kangar.

draft • 3:20 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya pergi kepada

draft • 3:23 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Butiran 020200 – Tenaga Lestari, RM4 juta, 2026. Jadi, peralihan tenaga sedang bergerak ke arah tenaga boleh baharu (TBB), namun kadar penebusan masih rendah berbanding dengan kadar negara jiran seperti Thailand yang menjalankan projek solar-plus [Tidak jelas] berskala besar.

Di sebalik pengumuman dasar-dasar seperti NETR Fasa 1 dan 2, kita masih berdepan dengan isu penyambungan grid yang perlahan, kos penyelenggaraan tinggi serta kadar pelaksanaan projek TBB yang tidak seiring dengan sasaran, 70 peratus kapasiti elektrik daripada TBB menjelang 2050.

Jadi, soalan. Apakah halangan sebenar yang menyebabkan sambungan grid bagi solar farm, biogas dan mini hidro masih perlahan? Bolehkah kementerian membentangkan timeline pelaksanaan sebenar sasaran 40 peratus TBB pada tahun 2035 dan 70 peratus pada 2050? Dan bagaimanakah kementerian atau PETRA memastikan peruntukan tenaga boleh baharu ini diagihkan secara saksama ke negeri-negeri kecil seperti Perlis?

Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir. RM22 juta untuk tahun 2026 berbanding RM66 juta untuk 2025. Berkaitan dengan kawasan di Kangar, terdapat beberapa kawasan yang sering berlaku banjir apabila berlakunya hujan lebat. Jadi soalan saya, berapakah bilangan sensor paras air (IoT), yang dipasang oleh JPS di sekitar Sungai Perlis dan apakah tahap keberkesanannya?

Saya pergi kepada Butiran 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir. Jadi, fenomena hujan yang berterusan yang semakin kerap, semasa Monsun Timur Laut boleh menyebabkan banjir di kawasan Kangar kerana aliran air datang dari arah hulu. Iaitu daripada sebelah utara ataupun sebelah Thailand. Beberapa kampung telah ditenggelami dengan cepat ketika hujan lebat.

Antaranya beberapa kawasan seperti di Kampung Sempering, Repoh, Kampung Belangak Kudak dan Kampung Bakau.

Jadi soalan saya, apakah pelan tindakan jangka panjang oleh kementerian melalui agensi-agensi seperti JPS, bagi menyelesaikan masalah ini yang berlaku saban tahun? Apakah usaha-usaha kementerian untuk menaik taraf saliran bandar, khususnya di kawasan-awasan yang berkenaan?

Saya pergi kepada butiran yang terakhir, Butiran 15000 – Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri. Memandangkan Perlis merupakan negeri sawah padi, walaupun tidak banyak. Peruntukan untuk projek-projek kecil JPS memberi impak yang besar kepada kegiatan pertanian. Jadi, Kangar ataupun Parlimen Kangar

draft • 3:23 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

memohon agar pembinaan rumah pam di kawasan Sungai Batu Pahat iaitu di Sungai Lencongan Barat untuk mengairi kawasan pertanian. Saya juga mencadangkan agar Sungai Perlis di dalamkan bagi mengelakkan risiko banjir yang berlaku dengan begitu cepat.

Dan yang terakhir, saya juga mencadangkan agar jalan-jalan ladang dan ban- ban sungai di kawasan Parlimen Kangar dibaik pulih bagi kemudahan sektor pertanian dan agropelancongan. Sebab kawasan-kawasan di ban sungai ini, selalunya dijadikan sebagai kawasan rekreasi oleh pelancong-pelancong domestik.

Sekian, terima kasih daripada Kangar.

draft • 3:23 PM

Tan Sri Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Hulu Langat.

draft • 3:23 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam rahmah. Terima kasih saya ucapkan kepada Tan Sri Speaker kerana membenarkan saya, Hulu Langat untuk sama-sama membahaskan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian PETRA.

Kodnya 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir. Untuk pengetahuan Tan Sri Pengerusi, Hulu Langat ini, peristiwa hitam kita pada tahun 2021 yang lalu yang mana boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan di dalam Parlimen Hulu Langat ini berlaku banjir besar setelah 40 tahun.

Kalau cerita daripada orang tua-tua ini, maksudnya banjir besar sebelum itu 40 tahun yang dulu itu. Dia mari sekali lagi ini pada tahun 2021. Dan alhamdulillah, di bawah pemerintahan di bawah Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI ini, di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini telah meluluskan peruntukan hampir RM512 bilion untuk Projek Tebatan Banjir Sungai Langat.

Cuma Tan Sri Pengerusi, saya nak tahu bilakah projek ini akan digerakkan atau projek ini akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah berkaitan dengan masalah banjir yang sering berlaku di dalam Parlimen Hulu Langat. Kira-kira sebulan ataupun dua bulan yang lalu, Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Pengerusi, silap tadi tu, Tan Sri Yang di-Pertua. Sebab sekarang ini di peringkat Jawatankuasa. Jadi, Tan Sri Pengerusi. Jadi, ini nak ajar, khususnya mungkin kepada adik-adik kita yang hadir yang melihat perbahasan kita pada petang ini.

draft • 3:28 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab saya nak maklumkan, kira-kira sebulan ataupun dua bulan yang lalu, di Kampung Sungai Serai— Tan Sri Pengerusi kalau biasa masuk ke Hulu Langat ini, memang sering terjadi kejadian banjir kilat.

draft • 3:28 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Di Sungai Lui nya, di Batu 18 nya, di Kampung Jawanya, di Dusun Tua nya, di Kampung Rantau Panjangnya, di Taman Sri Nanding nya, di Kampung Sungai Serai sebagaimana yang saya sebutkan tadi itu, di Batu 10 nya. Satu minggu, Tan Sri, tiga kali terjadi kejadian banjir kilat.

Jadi, pening juga kita yang jadi wakil rakyat ini, sebab warga dan juga masyarakat yang tinggal dalam Parlimen Hulu langat ini dia tahu bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini dah meluluskan peruntukan yang sangat besar, sangat besau, RM512 bilion untuk projek tebatan banjir di Sungai Langat ini. Cuma, masyarakat, warga dan juga rakyat di dalam Parlimen Hulu Langat ini sering tertanya-tanya bilakah projek ini akan dimulakan.

Sebab, Tan Sri Pengerusi, Hulu Langat ini, Simpang Renggam, dia terkenal sebagai destinasi pelancongan. Di Hulu Langat ini kita ada gunung, ada bukit, ada jeram, ada sungai, ada dusun, tempat orang kayuh basikal, ada tempat orang buat kerja kahwin― macam-macam. Ada air panasnya, ada kem motivasinya di Hulu Langat ini. Dia ada macam-macam tempat, lokasi yang menarik.

Sebab itu saya hendak minta juga kepada MOTAC ini, bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia pada tahun hadapan ini. Kalau boleh, destinasi pelancongan, lokasi-lokasi yang menarik yang terdapat dalam Parlimen Hulu Langat ini boleh dimasukkan dalam jadual bini sebagai tempat ataupun destinasi pelancongan untuk dilawati, baik pelancong dalam negara kita ataupun pelancong daripada luar negara. Itu yang pertama, Tan Sri Pengerusi.

Kemudian, yang keduanya, di antara masalah kita di dalam Parlimen Hulu Langat ini, sebab pembukaan tanah-tanah untuk projek perumahan― 500 ekar, 600 ekar, 700 ekar. Bukan kita menolak projek pembangunan ini, tetapi maksudnya― ya, saya biasa menyebutkan kita hendak projek-projek perumahan ini disiap. Kalau tak siap nanti, Simpang Renggam, Batu Pahat...

[Ketawa] Ha, Batu Pahat dia pun hendak bahas juga Tan Sri, tapi dia yang last sekalilah, kan?

Kita hendakkan projek-projek ini dia siap. Kalau dia tak siap, nanti dia akan cari juga kepada kita Wakil Rakyat. Kemudian dia akan cari juga kepada KPKT.

Timbalan Menteri pun ada. Ini Timbalan Menteri daripada Parti Amanah. Kena pujilah. Kalau bukan saya yang puji, siapa lagi yang hendak puji,kan?

draft • 3:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jadi, projek-projek perumahan ini pun, kita hendak dia siap Tan Sri, tapi infrastruktur keliling itu: jalan raya macam mana; paritnya macam mana; longkangnya macam mana; tanah perkuburannya macam mana? Ini di antara perkara-perkara yang kita hendak tengok juga.

Kemudian, yang ketiganya, Tan Sri Pengerusi, projek-projek tambak tanah ini. Banyak dilakukan dalam Parlimen Hulu Langat. Sebab, tanah mereka ini tanah berbukit, tanah bergaung. Di peringkat awalnya memanglah dia tambak dengan tanah, dia tambak dengan batu. Cuma, yang jadi masalahnya, di tengah-tengah itu kadang-kadang dia mula bawa masuk sampah-sampah domestik yang boleh menyebabkan pencemaran udara dan juga air.

Yang jadi masalahnya, Tan Sri Pengerusi, bila perkara ini kita adukan kepada Jabatan Alam Sekitar― ha, yang ini mungkin kita nak kena tengok sama-sama ini.

Mungkin apa yang diberikan jawapan ataupun maklumat yang diberikan oleh para pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar ini, mereka ini tak ada gigi, mereka ini tak ada kuku, mereka ini tak ada power, mereka ini tak ada kuasa.

Sebab itu, di sinilah saya rasa mungkin kita kena gubal balik satu akta ataupun peraturan untuk bagi kuku, untuk bagi kuasa, untuk bagi gigi kepada Jabatan Alam Sekitar ini untuk mereka bertindak bila kita adukan soal berkaitan dengan masalah pencemaran, baik pencemaran udara ataupun pencemaran air.

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Saya jemput Padang Serai.

draft • 3:30 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 95000 – NRW, isu air tidak terhasil. Outcome 2, Program 3 pada muka surat 4 menetapkan sasaran NRW 31 peratus untuk tahun 2025, namun prestasi sebenar 2024 adalah 34.3 peratus. Ini bermakna kita telah terlepas pandang sasaran awal.

Lebih membimbangkan, sasaran untuk 2026 dinaikkan semula pada 33 peratus. Seolah-olah mengakui kegagalan untuk mencapai sasaran yang lebih agresif. Sedangkan, menurut kajian, NRW sebanyak 33 peratus itu sebenarnya adalah satu angka yang baik berbanding standard global tertentu. Persoalannya, mengapakah kita tidak bercita-cita untuk yang lebih tinggi?

draft • 3:34 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Apakah rancangan kerajaan selain daripada peruntukan generik di bawah Butiran 95000 – NRW ini untuk mengurangkannya kepada tahap yang lebih kompetitif― contohnya di bawah 25 peratus? Peruntukan RM340 juta untuk NRW pada 2026 perlu dijelaskan dengan lebih terperinci. Apakah strategi, teknologi dan penguatkuasaan khusus yang akan digunakan oleh kerajaan untuk memastikan setiap ringgit itu menjana pulangan yang ketara?

Perbincangan tentang NRW tidak lengkap tanpa kita menyentuh satu kes ini iaitu krisis air di Langkawi. Sebuah laporan media mendedahkan bahawa 45 peratus bekalan air ke Langkawi dibazirkan akibat kebocoran paip dasar laut. Angka 45 peratus ini bukan sekadar statistik, ia adalah simbol pengurusan aset air yang perlu ditambah baik.

Lebih menyedihkan, Tan Sri Pengerusi, kita dimaklumkan bahawa projek air bawah tanah yang dicadangkan untuk menangani krisis ini masih lagi dalam peringkat kajian. Sedangkan, rakyat di Langkawi terus menderita. Kerajaan masih lagi mengkaji kajian demi kajian, seolah-olah itu adalah hasil utama yang boleh ditawarkan. Ini adalah satu pengakuan yang amat mengecewakan.

Daripada hanya bergantung pada sistem paip konvensional yang uzur, mengapa tidak kerajaan melaksanakan sistem perintis untuk penggunaan air bawah tanah yang dirawat untuk kegunaan domestik dengan belajar daripada kepakaran negara-negara seperti Belanda dalam pengurusan air bawah tanah melalui sistem akuifer? Tindakan sebegini boleh mengurangkan tekanan ke atas bekalan air terawat dan lebih kos efektif dalam masa jangka panjang.

Saya ingin menarik perhatian Ahli Yang Berhormat kepada kejayaan negara- negara maju dalam mengurus sumber air mereka. Sebagai contoh, Jepun dengan teknologi empangan di bawah tanahnya Metropolitan Area Outer Underground Discharge Channel yang canggih dan Belanda dengan falsafah Room for the River yang mengutamakan penyelesaian berasaskan alam semula jadi telah menunjukkan cara-cara pengurusan banjir dan sumber air yang lebih lestari dan kos efektif.

Malangnya, pendekatan yang dicerminkan dalam Belanjawan Pembangunan PETRA nampaknya masih terperangkap dalam paradigma lama. Membina lebih banyak infrastruktur keras yang besar dan sering kali mengganggu ekosistem. Lihat sahaja peruntukan besar untuk projek-projek seperti 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai dan 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi.

Di sinilah saya ingin mengajukan satu cadangan yang lebih inovatif dan menjimatkan yang telah terbukti berkesan di tempat lain dan juga telah dikaji untuk

draft • 3:34 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

diaplikasikan di Malaysia. Projek takungan air pinggiran sungai ataupun TAPS.

Konsep TAPS ini adalah dengan membina takungan di kawasan tanah rendah berhampiran sungai untuk menakung air lebihan ketika musim hujan yang kemudiannya boleh digunakan untuk kegunaan industri dan domestik ketika musim kemarau. Ia berfungsi sebagai sistem tebatan banjir sekali gus menambahbaikkan sumber air mentah.

Saya secara khusus mencadangkan agar kementerian memberi pertimbangan serius untuk membina TAPS di lokasi-lokasi strategik di utara Semenanjung seperti di Sungai Muda, di Sungai Petani dan di kawasan Kulim dan Padang Serai. Kawasan ini adalah nadi ekonomi dan pertanian, tetapi sering menghadapi masalah daripada air berlebihan kepada kekurangan air.

Seperti yang dinyatakan dalam sumber rujukan, kerajaan negeri sendiri mengakui kekangan kewangan untuk melaksanakan projek seumpama ini. Justeru, inilah masanya untuk Kerajaan Persekutuan melalui PETRA tampil mempelopori inisiatif ini di bawah peruntukan pembangunan sedia ada.

Contohnya, dengan mengalihkan sebahagian dana daripada projek mengorek yang kurang mesra alam kepada pembinaan TAPS yang lebih lestari.

Cadangan ini selari dengan fungsi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Butiran 030500 dan boleh disepadukan dalam projek-projek sedia ada di bawah Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai.

Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, saya ingin menutup ucapan saya pada petang ini dengan menegaskan bahawa Belanjawan PETRA untuk tahun 2026 dalam keadaan sekarangnya kelihatan seperti dokumen yang baik tetapi tidak cukup berani dan inovatif untuk menangani cabaran sebenar pada abad 21. Ia seolah-olah memelihara status quo dan kurang pendekatan dalam pengurusan air dan tenaga.

Saya menggesa PETRA menyemak semula sasaran-sasaran utama, terutamanya NRW, dengan lebih realistik dan agresif disertai dengan pelan tindakan yang telus dan boleh diukur.

Yang kedua, melihat kepada contoh terbaik antarabangsa dan melabur dalam penyelesaian yang lebih mampan dan bijak seperti projek TAPS khususnya di kawasan kritikal seperti Sungai Muda.

draft • 3:34 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

Yang ketiga, mengkaji semula pengagihan peruntukan untuk memastikan setiap ringgit benar-benar dilaburkan dalam program yang memberi impak langsung

draft • 3:40 PM

Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai

dan jangka panjang kepada keselamatan air dan tenaga negara serta kesejahteraan rakyat. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Balik Pulau.

draft • 3:40 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus ke Butiran 16800 – Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi. Projek RTB Sungai Rusa ke Sungai Pinang telah pun dibincangkan sejak tahun 2022. Namun, pada penghujung tahun tersebut kelulusan telah pun diberikan dan projek dijangka bermula. Namun, projek itu terpaksa dihentikan selepas ada bantahan daripada pejabat daerah kerana pihak konsultan tidak mengikuti permohonan dan pelan asal telah dipersetujui.

Bantahan rasmi telah dibuat bagi memastikan kepentingan penduduk terpelihara. Tambahan pula, JPS memaklumkan bahawa mereka sedang menjalankan kajian baru bagi tujuan permohonan peruntukan. Namun, sehingga hari ini tiada hala tuju yang jelas dan komitmen yang konkrit diberikan kepada rakyat Balik Pulau. Jadi, penduduk di situ dan kawasan sekitar telah penat menunggu.

Setiap kali hujan lebat, mereka terus berdepan limpahan air dan kerosakan harta benda.

Justeru, saya ingin bertanya kepada PETRA, apakah tindakan segera yang akan diambil oleh kementerian untuk menyemak semula status projek RTB Sungai Rusa-Sungai Pinang ini dan bilakah kementerian dapat berikan satu garis masa yang jelas untuk memastikan projek ini akhirnya dapat dimulakan. Dan bagaimanakah kementerian memastikan isu teknikal yang menyebabkan projek ini dihentikan dahulu termasuk ketidakpatuhan konsultan terhadap pelan asal dan tidak berulang supaya rakyat tidak terus menjadi mangsa banjir setiap kali musim hujan.

Pengerusi, seterusnya mengikut Butiran 14500 – Menaik Taraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir. Saya ingin mengajukan fokus kepada isu kolam takungan banjir di Daerah Barat Daya khususnya Balik Pulau. Mengikut laporan JPS, terdapat sekitar 40 kolam takungan banjir yang telah dikenal pasti sebagai keperluan mendesak untuk mengurangkan risiko limpahan air ke kawasan kampung.

Namun, sehingga kini kolam-kolam takungan itu tidak diberikan keutamaan sewajarnya. Peruntukan yang disediakan dalam Belanjawan 2026 sangat terhad sedangkan kolam takungan adalah antara langkah tebatan banjir yang paling

draft • 3:40 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

berkesan dan kos efisien terutamanya seperti Sungai Rusa, Sungai Pinang, Pondok Upih yang sering terkesan setiap kali hujan lebat.

Saya memohon kementerian mengambil maklum keadaan mendesak ini dan mengambil tindakan segera untuk menilai semula keutamaan pembinaan kolam- kolam takungan banjir di daerah Barat Daya. Mohon juga pihak kementerian agar peruntukan tambahan dipertimbangkan demi memastikan projek-projek tebatan banjir dapat dilaksanakan tanpa penangguhan memandangkan kawasan Balik Pulau sememangnya sangat terdedah kepada risiko banjir.

Saya juga ingin memohon supaya JPS dapat melihat keperluan kepada struktur perlindungan pantai atau coastal protection dengan izin, seperti break water ataupun sea wall bagi menghalang air laut pasang besar memasuki kawasan perumahan rendah di Taman Nelayan, Kuala Jalan Baru dan Kuala Pulau Betong kerana penduduk ini setahun tiga, empat kali menghadapi dilema air laut pasang besar, merosakkan harta benda kerana bersifat corrosive. Jadi, saya juga ingin menarik perhatian kementerian tentang isu peruntukan kerja-kerja perparitan dalam kawasan Parlimen Balik Pulau termasuk Sungai Mati, Sungai Pinang yang memerlukan kerja pendalaman segera sebab parit tertimbus di Sungai Burung dan kerja-kerja pembersihan dan pendalaman sungai di beberapa lokasi lain semakin cetek dan menjadi punca banjir.

Seterusnya Pengerusi, saya butiran— kepada Butiran 40000 – Program Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui. Saya menyambut baik komitmen Kerajaan Malaysia dalam Belanjawan 2026 terhadap peralihan tenaga hijau melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR). Saya terus ingin berbicara tentang Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP) iaitu program baru yang diperkenalkan sebagai kesinambungan kepada program net energy metering yang telah berakhir pada Jun 2025.

Seperti yang kita maklum, NEM sebelum ini memainkan peranan besar dalam menggalakkan rakyat menjana tenaga solar sendiri dan menjual lebihan tenaga kembali kepada...

[Tidak jelas] Namun, apabila tamatnya NEM, pelancaran Solar ATAP amat penting untuk memastikan momentum penggunaan solar tidak terhenti. Saya ingin bertanya tentang bila— mohon Menteri menjelaskan kerana— sorry. Kerana terdapat insentif tambahan untuk program Solar ATAP ini, tapi mekanisme sokongan kewangan bagi memastikan penyertaan rakyat terutamanya M40, B40 dan pengguna luar bandar dapat ditingkatkan. Jadi, saya tanya berkenaan terperinci rancangan Solat ATAP itu.

draft • 3:40 PM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

NRW, Butiran 95000 – NWR. Ramai rakan-rakan Ahli Berhormat yang telah pun menyentuh isu NRW. Namun, saya ingin mencadangkan agar strategi kita disusun semula. Fokus kita tidak seharusnya semata-mata kepada negeri yang mencatat peratusan NRW tertinggi, tetapi kepada negeri yang mempunyai jumlah volume penggunaan air yang besar kerana di situlah impaknya paling ketara. Ada negeri yang peratusannya tinggi, tapi jumlah penggunaan airnya kecil seperti Perlis.

Walaupun peratus NRW itu sangat tinggi, kesan keseluruhannya ke atas negara adalah lebih kecil. Sebaliknya, negeri-negeri yang menggunakan air dalam jumlah besar, tetapi mencatatkan kadar NRW yang signifikan, patut diberikan keutamaan kerana setiap satu peratus penurunan di negeri itu membawa penjimatan air yang jauh lebih besar. Jadi, saya mencadangkan dasar pengurangan NRW kita memberi keutamaan berdasarkan jumlah kehilangan air ataupun volume dan bukan semata-mata peratusan.

Ini akan memastikan peruntukan, intervensi, teknikal dan sokongan kepakaran memberi pulangan maksimum kepada keselamatan air negara. Dengan pendekatan ini, usaha mengurangkan NRW boleh dibuat secara lebih strategik, lebih berimpak tinggi dan membawa penjimatan yang lebih signifikan kepada negara.

Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Sik.

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah dan selamat petang. Terima kasih, Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi.

Saya terus merujuk kepada Butiran 13400 – Pembangunan Sumber Air Negara yang memperlihatkan peningkatan peruntukan kepada RM10.925 juta bagi tahun 2026. Namun, saya masih lagi merasai kebimbangan dan membangkitkan persoalan berkaitan keperluan mendesak negara yang harus diberi perhatian supaya peruntukan ini benar-benar menghasilkan impak yang nyata kepada pembangunan sumber air negara.

Kita menghadapi NRW yang sangat tinggi di semua negeri termasuk di negeri Kedah sendiri, di daerah saya. Begitu juga soal sumber air yang kita tidak terokai dengan bersungguh-sungguh termasuk air bawah tanah. Kita menghadapi bagaimana konflik di antara sumber air di Pulau Pinang yang masih mengharapkan sumber air daripada Sungai Muda daripada Kedah.

draft • 3:46 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dan saya juga mengambil contoh bagaimana daerah ataupun Pulau Langkawi yang kini berhadapan dengan kehilangan air terawat yang sangat tinggi sehingga sekitar 45 peratus seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Padang Serai tadi. Dan kebocoran paip dasar laut juga antara punca bekalan air di pulau ini sentiasa terjejas.

Saya juga membangkitkan ketika mana pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini berkaitan dengan bajet besar RM400 juta untuk Projek Empangan Air Bawah Tanah di Padang Mat Sirat di Langkawi. Walaupun saya tidak melihat perincian, mungkin daripada RP1 mungkin ada dalam peruntukan untuk bajet ini.

Namun, saya membangkitkan isu ini ialah untuk memastikan bahawa Kementerian PETRA dengan bersungguh-sungguh melihat bagaimana teknologi empangan air bawah tanah ini seperti mana yang dilaksanakan di Jepun termasuk di Okinawa dan Miyakojima serta Kumamoto, wajar dipertimbangkan dengan sebaiknya. Dengan melihat keberkesanan empangan air bawah tanah ini yang sesuai dengan geologi dan kawalan guna tanah termasuklah ke kawasan resapan serta pemantauan kualiti air jika ingin dilaksanakan di Pulau Langkawi.

Kerajaan perlu menerangkan kajian tapak terperinci yang dirujuk bagi menilai sejauh mana ciri geologi Langkawi itu benar-benar serasi dengan model empangan air bawah tanah ini. Begitu juga soal ciri fizikal Langkawi yang sangat berbeza, mungkin di Jepun itu sendiri perlu dilihat dengan lebih teliti supaya projek ini tidak menjejaskan alam sekitar, tidak menjejaskan sumber air asal yang ada dan tidak menjejaskan kualiti air yang sepatutnya kualitinya tidak ada kompromi bagi kegunaan domestik itu.

Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, saya juga membangkitkan soal ini, bagaimana ada dilihat projek Bandar Kumamoto di Jepun itu yang telah mempraktiskan empangan air bawah tanah ini khusus untuk penggunaan domestik dan ia berbeza seperti mana yang mungkin pernah dilihat oleh kementerian, projek di Okinawa yang— projek empangan air bawah tanah digunakan untuk— hanya untuk keperluan pertanian.

draft • 3:46 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Dan sudah pastilah model-model ini perlu dilihat dengan teliti oleh pihak kementerian supaya ia dapat dilaksanakan dengan sebaiknya kerana kita membelanjakan satu peruntukan yang sangat besar iaitu RM400 juta yang telah diumumkan.

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 17000 iaitu NAHRIM yang menerima peruntukan sebanyak RM13 juta bagi tahun 2026. Saya yakin peningkatan empat kali ganda ini menunjukkan bahawa mandat NAHRIM semakin meluas dalam agenda pengurusan air negara dan saya menyokong penambahan sumber ini bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Namun, saya juga ingin meminta beberapa penjelasan berkaitan perbelanjaan ini iaitu termasuklah bagaimana keutamaan pendidikan NAHRIM untuk yang disebut soal NWIR 2040 iaitu Pelan Transformasi Air 2040. Dan juga bagaimana NAHRIM melihat projek-projek ataupun bidang-bidang teknikal termasuk air bawah tanah yang disebut tadi termasuk penggunaan air hujan dan reclaimed water dengan izin, kerana bidang ini merupakan tunjang inovasi kepada sumber air negara.

Dan saya juga ingin bertanya kepada NAHRIM, bagaimanakah rekod-rekod teknikal yang mungkin telah dilihat di beberapa negara termasuk di Jepun, di Belanda tadi sebagai satu contoh yang boleh kita laksanakan di negara kita.

Yang terakhir Tan Sri Pengerusi, saya merujuk pada Butiran 16700 iaitu Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Dan saya merujuk projek RTB Sungai Kedah Anak Bukit (SKAB) Pakej 2 yang telah memasuki tahun ke-14, tetapi masih belum siap. Bahkan terpaksa diberi lagi lanjutan masa EOT sebanyak lima kali.

Dan saya mohon sangat Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri kalau datang ke Kedah, tidak hanya pergi melawat untuk LRA di Bukit Selambau dan sebagainya, pergi juga lihat RTB Sungai Kedah ini yang telah pun berlanjutan sekian lama yang kita telah pun melihat kesan kepada kelewatan ini menyebabkan banjir besar berlaku di Alor Setar, di Jitra dan sebagainya.

Kita tidak mahu berulangnya banjir besar pada 2010 yang lalu, yang menenggelamkan sebahagian kawasan-kawasan ini yang menyebabkan ratusan rumah yang rosak. Jadi saya mohon sangat RTB Sungai Kedah ini, walaupun jauh daripada Sik, tapi ia di negeri Kedah, penting untuk dilaksanakan sepertimana jadual baharu iaitu dikatakan akan siap pada 14 Jun 2026 dan tidak mahu lagi ada EOT selepas ini. Tan Sri Pengerusi, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik dan pembahas terakhir ialah Batu Pahat.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Batu Pahat ingin menyentuh mengenai Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai yang melibatkan peruntukan sebanyak 172,423,000 bagi tahun 2026.

Peruntukan ini amat penting dalam usaha kerajaan untuk menangani kawasan pesisir-pesisir pantai negara daripada terus terjejas akibat fenomena hakisan dan peningkatan paras laut. Minggu lepas— dua minggu lepas, kita telah menyaksikan fenomena air pasang besar yang telah melanda sepanjang Pantai Barat Semenanjung termasuk Kuala Kedah, Kuala Selangor, Sekinchan, Pontian, Kukup dan kawasan saya sendiri di Batu Pahat.

Tuan Pengerusi, fenomena ini telah menyebabkan kenaikan paras air laut antara 2.9 meter hingga pada 3.4 meter di sepanjang pantai Batu Pahat dan di Selangor pula dilaporkan naik kepada 5.6 meter di Selangor. Ini mengakibatkan banyak kawasan dinaiki air dan sebahagian rakyat terpaksa dipindahkan demi keselamatan.

Tuan Pengerusi, saya Batu Pahat ingin bertanya, apakah rangka panjang pihak kementerian untuk menangani kesan fenomena ini? Apakah pihak kementerian akan mempertimbangkan atau menyediakan satu design atau reka bentuk yang baharu atau reka bentuk kecemasan mengenai struktur benteng dan ban yang ada sekarang ini. Kerana reka bentuk yang ada sekarang ini sudah tidak mampu menahan tekanan ombak yang sangat kuat.

Tuan Pengerusi, kemudian bagaimana pula dengan cadangan menanam pokok bakau di mana ianya boleh membantu mengurangkan hakisan pantai kerana sistem akarnya yang sangat padat, mampu menstabilkan pantai, sekali gus menjadi benteng semula jadi daripada hakisan tekanan ombak besar dan peningkatan paras air laut. Persoalan saya, apakah ada perancangan mana-mana agensi untuk kempen penanam pokok bakau ini diteruskan?

Tuan Pengerusi, kita telah banyak, ramai pakar-pakar hakisan pantai tempatan. Ada yang dari universiti tempatan seperti UTM, UTHM dan lain-lain universiti tempatan. Oleh itu, Batu Pahat berfikir, wajar sekali kepakaran mereka ini dipertimbangkan atau dijemput untuk memberi pandangan yang kedua.

Selain daripada itu, Batu Pahat ingin memohon penjelasan, adakah pihak kementerian ada mengambil pendekatan dan pengalaman dari negara-negara maju seperti Belanda dan Jepun di mana negara ini telah lama membangunkan sistem pengurusan pantai dan banjir bersepadu dengan ada reka bentuk yang berdaya tahan dan lestari.

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tuan Pengerusi, seterusnya Batu Pahat ingin menyentuh Butiran 15300 iaitu Mengorek Kuala-kuala Sungai. Oleh itu, Batu Pahat ingin memaklumkan mengenai muara sungai Batu Pahat. Ini kerana sungai Batu Pahat adalah satu, merupakan satu laluan yang sangat sibuk dengan kapal-kapal barter trade dengan izin, dan juga merupakan antara laluan utama kepada aliran keluar air hujan dan sistem saliran utama bagi kawasan bandar dan luar bandar di Batu Pahat.

Oleh itu, Batu Pahat ingin bertanya, bilakah kerja pengorekan muara sungai Batu Pahat ini akan dimulakan? Dan sejauh mana tindakan pengorekan ini dijangka dapat mengurangkan risiko banjir di kawasan rendah di Batu Pahat termasuk di kawasan Parit Raja, Senggarang dan Peserai? Langkah ini amat penting bagi memastikan kelancaran aliran air terus ke laut terutamanya menjelang musim tengkujuh dan fenomena Monsun Timur Laut.

Tan Sri Pengetua, saya nak sebut lagi tentang Butiran 13400 – Pembangunan Sumber Air. Batu Pahat ingin mengambil kesempatan mengingatkan bahawa selain daripada isu Monsun Timur Laut dan kebimbangan banjir yang banyak dibahaskan hari ini, negara juga bakal berdepan fasa musim kemarau sejurus selepas tempoh monsun berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Batu Pahat ingin bertanya, apakah tahap kesiapsiagaan kementerian dalam menghadapi musim kemarau khususnya sekiranya paras air sungai menurun secara kritikal atau paras empangan merosot sehingga menjejaskan bekalan air mentah?

Dan kedua, apakah strategi jangka pendek dan jangka panjang kementerian bagi memastikan kelestarian sumber air termasuk mekanisme pengurusan risiko, pelan kontingensi dan penyelarasan dengan kerajaan negeri serta operator air? Dan adakah kementerian sedang meneroka sumber air alternatif seperti air bawah tanah, ground water dengan izin dan kalau ada, apakah status terkini?

Dan dengan pertumbuhan pesat seperti pusat data di negara ini yang memerlukan jumlah air yang sangat besar untuk penyejukan, apakah langkah proaktif kerajaan untuk memastikan industri ini tidak menekan ekosistem air negara.

Akhir sekali, Batu Pahat ingin menyentuh Butiran 030400 – Jabatan Perkhidmatan Pembetungan di mana peruntukan ianya dilihat berkurangan sekitar satu juta berbanding tahun 2025. Batu Pahat menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan penjimatan. Namun, Batu Pahat berharap agar mutu perkhidmatan pembetungan dan penyelenggaraan loji-loji kumbahan tidak terjejas khususnya di kawasan perumahan yang amat padat di Batu Pahat.

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Keutamaan perlu juga diberikan kepada kawasan yang terjejas seperti kawasan di Batu Pahat di Pantai Berong Laut, Rengit dan sungai Batu Pahat. Oleh itu, Batu Pahat ingin memohon pihak PETRA ambil tahulah mengenai di kawasan Parlimen. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 3:53 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. 25 orang telah pun mengambil bahagian, sekarang saya jemput Menteri untuk menjawab dan Menteri diberikan 30 minit. Silakan.

draft • 3:53 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tan Sri Pengerusi, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah skop dan bidang tugas Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa ini.

PETRA menyambut baik Belanjawan 2026 yang menitikberatkan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi serta kelestarian sumber tenaga dan air demi kesejahteraan rakyat. Penekanan ini seiring dengan matlamat PETRA untuk kita pastikan rakyat Malaysia dapat menikmati akses kepada tenaga dan air yang bersih, selamat dan mampu milik di samping melindungi alam sekitar serta sumber semula jadi negara.

Untuk makluman Tan Sri Pengerusi serta Ahli-ahli Yang Berhormat, sejumlah RM51.9 bilion telah diperuntukkan bagi sektor tenaga dan air iaitu dengan RM392.7 juta untuk belanja mengurus dan RM4.8 bilion bagi belanja pembangunan ataupun DE melibatkan 544 projek merangkumi 417 projek sambungan serta 127 projek baharu.

draft • 3:59 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dalam usaha meningkatkan kecekapan pengurusan sumber air dan ketahanan infrastruktur negara, PETRA memberi tumpuan kepada pelaksanaan 95 projek baharu bernilai RM5.37 bilion dan 240 projek sambungan bernilai RM30.37 bilion. Manakala kerajaan komited untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 melalui pelbagai program strategik seperti Program Bijak

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Tenaga MADANI, program pembangunan tenaga nuklear, projek pengukuhan bekalan elektrik Sabah dan Labuan, pelaksanaan NETR yang meletakkan sasaran 70 peratus tenaga boleh baharu menjelang 2050 serta Projek Solar Berskala Besar

(LLS) 6.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Puan Pengerusi, kita telah dengar 25 orang pembahas. Saya kira isu yang dibangkitkan mencecah 100 isu kesemuanya. Jadi untuk kali ini, saya akan tumpukan kepada isu-isu yang mempunyai impak nasional terlebih dahulu sebelum kalau ada masa izinkan untuk kita jawab perkara-perkara spesifik yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari satu persatu.

Saya mulakan dengan sektor tenaga. Antara isu yang dibangkitkan adalah berkaitan dengan kegiatan kecurian elektrik akibat aktiviti perlombongan mata wang kripto Bitcoin. Kota Melaka, Mersing dan beberapa Ahli Yang Berhormat ada sebut secara mendalam sebentar tadi. Yang mana untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, ketika ini memang tiada undang-undang khusus yang mengawal selia aktiviti perlombongan Bitcoin.

Pihak PETRA, kita kawal selia aktiviti penggunaan elektrik iaitu secara curang untuk aktiviti perlombongan Bitcoin ini melalui seksyen 37(3), Akta Bekalan Elektrik iaitu Akta 447 di mana orang-orang yang mengikut apa-apa cara dengan curang mengambil elektrik dan apabila disabitkan kesalahan di bawah seksyen 37(3) Akta 447, penggunaan domestik boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Manakala untuk bukan domestik, denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM1 juta atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Jadi, memang saya sendiri pun ada turun melihat kesungguhan dan juga usaha kita membanteras melalui kaedah penguatkuasaan, tapi sebab itu untuk peringkat seterusnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak PETRA telah menubuhkan jawatankuasa menangani isu penggunaan elektrik secara curang untuk aktiviti perlombongan Bitcoin yang mana akan dianggotai oleh wakil-wakil dari kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Digital, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Dalam Negeri, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia,

draft • 4:00 PM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Siber Sekuriti Malaysia, Jabatan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Tenaga, TNB dan ahli-ahli yang bersesuaian.

Kerana kita merasakan bahawa jawatankuasa ini akan membolehkan untuk kita berbincang perkara-perkara yang meliputi aspek dasar, perundangan dan perkara-perkara lain yang melibatkan rentas kementerian dan agensi berkaitan kecurian bekalan elektrik seperti tindakan-tindakan dalam pemantapan atau penambahbaikan sistem pencegahan sedia ada, pembelaan yang sewajarnya kepada mangsa, memperkukuh dan menyelaras aktiviti-aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan dan mencadangkan penyelesaian jangka masa panjang.

Jawatankuasa ini turut berperanan memudah cara perkara-perkara yang memerlukan intervensi di peringkat dasar mahupun polisi bagi mengekang aktiviti kecurian bekalan elektrik. Jadi, daripada kita hanya tengok daripada sudut penguatkuasaan, PETRA memang telah pun merangka yang mana jawatankuasa ini kita akan tengok secara holistik. Insya-Allah, mesyuarat pertama hujung tahun ini yang saya akan pengerusikan.

Jadi, sehubungan dengan itu, hasil daripada perbincangan jawatankuasa ini sekiranya ada keperluan untuk mengadakan suatu dasar sama ada nak haram ataupun tidak aktiviti Bitcoin dan juga penambahbaikan kepada Akta 447 ini, ia nya akan diperhalusi dan kemudiannya untuk diangkat pertimbangan Jemaah Menteri.

Bagi kes berkaitan yang dibangkitkan oleh YB Rasah, berkenaan aktiviti penukaran meter tanpa pengetahuan pelanggan. Berdasarkan garis panduan, prosedur tuntutan kerugian hasil oleh pemegang lesen bagi kes-kes penggunaan elektrik dengan curang, kemasukan pegawai yang diberi kuasa oleh pemegang lesen ke premis pengguna hendaklah dengan menggunakan kad kuasa atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh pemegang lesen sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah sub aturan 10(2), Peraturan-peraturan Bekalan Pemegang Lesen (PPBPL) 1990.

Selain itu, pegawai yang diberi kuasa oleh pemegang lesen hendaklah memaklumkan kepada pengguna atau pemilik atau wakil premis tujuan pemeriksaan iaitu memaklumkan terus sekiranya pemilik premis hadir atau meninggalkan surat pemberitahuan pemeriksaan dan pengujian terhadap pemasangan dan atau meter pemegang lesen di premis pengguna. Jadi kalau ada kes spesifik Yang Berhormat Rasah nak minta kami teliti pun, nanti saya boleh panjangkan kepada pejabat kami.

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Maknanya ikutkan SOP dia, pelanggan ataupun penghuni kena ada di situ sebagai saksi kah apa untuk dia buka meter itu. Betul tak?

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Dia kalau proses untuk menukar meter, untuk penggantian meter, yang ini memang notisnya selalunya diberitahu lebih awal, tetapi dalam kes pengusikan meter kerana apabila aduan dan sebagainya, maka perkara itu memang bersifat spot check lah bila ada aduan dan sebagainya. Cuma, kalau ada pemilik ataupun wakil premis, memang perkara itu perlu dimaklumkan terus, tetapi sekiranya tidak ada, perlu tinggalkan surat pemberitahuan pemeriksaan. Jadi, itu memang SOP yang kita guna pakai.

draft • 4:00 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey. Minta maaf ya Timbalan Menteri. Saya kenapa saya bangkitkan macam ini tahu, saya satu saya tak setuju pengusikan meterlah. Itu sebab rekod kurang. Cuma bila saksi ataupun wakil penghuni itu tak ada, akan apa— penghuni itu boleh sebut, “Oh lepas dia tukar meter, baru dia letak sesuatu.” Jadi, macam-macam persepsi itu sebab saya kena adil kepada dua- dualah.

Jadi saya mohon kalau boleh, biar ada wakil penghuni itu baru kita tukar meter. Kalau dalam itu memang usik, memang sahihlah tuduhan pengusikan itu.

Jadi, minta kementerian dalam hal ini tolong bagi arahan yang terbaik untuk TNB dan untuk pelanggan. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Sebab itu kalau ada isu yang spesifik Yang Berhormat nak bangkitkan, minta panjangkan kepada pihak kami untuk saya minta Suruhanjaya Tenaga untuk melihat secara teliti sebab kita faham situasi Yang Berhormat ada ketika ini. Cuma dari segi kaedah itu, itulah mengikut peraturan seperti mana yang saya nyatakan.

Seterusnya kalau saya boleh...

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri, Kota Melaka.

Tentang kuasa yang diberikan kepada TNB. Sebab kita faham apabila TNB menjalankan operasi, mereka boleh masuk ke premis tersebut tanpa maklum kepada tuan punya. Sebab kalau maklum, maka mereka akan buat sesuatulah. Jadi, apabila mereka masuk tanpa maklum kepada tuan punya, ada insiden yang berlaku.

Apabila mereka masuk, mereka semak tiada apa-apa yang salah dan mereka tinggal sahaja premis tersebut. Tanpa maklum kepada tuan punya premis ataupun penyewa dan mereka balik macam itu sahaja. Jadi, pintu mereka terbuka macam itu sahaja. Dan jiran terpaksa pula pergi maklum kepada tuan punya premis bahawa

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

pintu mereka telah dipecah masuk oleh TNB. Jadi, perkara-perkara sedemikian saya harap supaya TNB boleh ambil maklum untuk ya, lebih dalam masa akan datang, buat dengan lebih tersusun daripada buat dengan sedemikian sebab dia akan menjejaskan imej TNB.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Cuma pemahaman saya, meter ini memang boleh dibaca. Sepatutnya tidak boleh diletakkan di tempat yang sukar untuk diakses dan sebagainyalah. Cuma, kalau ada kes spesifik itu nanti minta panjangkan untuk kita tengok secara perincian sekiranya kalau betul ada berlaku pelanggaran dan sebagainya, tetapi saya percaya dari segi SOP dan juga regulator itu adalah Suruhanjaya Tenaga, yang mana sekiranya ada aduan daripada pihak pengguna, memang Suruhanjaya Tenaga akan mengambil tindakan untuk siasat bagi berlaku adil kepada semua pihak. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri, tentang Bitcoin itu, bolehkah kita TNB dengan Suruhanjaya Tenaga, kita banyakkan publisiti kepada orang ramai tentang bagaimana sindiket ini beroperasi supaya memberi lebih banyak kesedaran kepada orang ramai terutamanya pemilik premis yang akhirnya akan menjadi mangsa?

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Cuma, respons pendek. Memang di peringkat kementerian, kita pun telah menggerakkan Malaysia Energy Literacy Program ataupun MELP yang mana memang untuk kita tingkatkan kesedaran kepada orang ramai.

Malah, dalam isu pemilik premis ataupun mereka yang mungkin tidak sedar dengan perkara ini berlaku di kediaman ataupun premis mereka, nasihat daripada pihak kita adalah supaya menukar meter itu TNB untuk kepada pihak penyewa.

Daripada pihak pemilik menanggung beban risiko itu, sebenarnya dia boleh buat notice of change untuk supaya perkara itu diletakkan di bawah tanggungjawab penyewa.

Kalau boleh saya teruskan lagi. Untuk soal penubuhan MyPower, ada dibangkitkan oleh YB Merbok sebentar tadi yang mana sebenarnya MyPower ini adalah sebuah agensi tujuan khas yang ditubuhkan bagi menyokong kerajaan untuk melaksanakan kajian strategik dalam membuat keputusan dasar serta merangka hala tuju reformasi sektor elektrik negara.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Seterusnya pada November 2024, MyPower telah diberi mandat baharu sebagai Nuclear Energy Programme Implementing Organisation (NEPIO), dengan izin, selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengkaji kebolehlaksanaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik.

Selaras dengan inisiatif peralihan tenaga dan perkembangan teknologi global, MyPower telah melaksanakan kajian future proofing Malaysia Electricity Supply Industry ataupun MESI. Melalui kajian ini, pelbagai inisiatif telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan seperti pengaktifan Majlis Tenaga Negara, penstrukturan semula tarif di Semenanjung yang telah mula diguna pakai pada 1 Julai 2025 serta pemantapan rangka kerja third party access ataupun TPA, pembekalan elektrik dan pengukuhan proses perolehan bekalan gas bagi sektor elektrik.

Selanjutnya, MyPower turut dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Kajian Pra Kebolehlaksanaan Berkaitan Tenaga Nuklear selama enam bulan yang telah siap pada Disember 2024, yang mana kajian ini meneroka opsyen tenaga nuklear termasuk reaktor modular kecil dan juga penilai jurang kritikal serta keperluan baharu berbanding penilaian terdahulu selaras dengan garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa. Jadi, sebab itu MyPower kini sedang memperincikan penilaian berasaskan 22 syor utama daripada kajian pra kebolehlaksanaan bagi memastikan setiap cadangan diteliti secara mendalam sebelum dibawa ke peringkat pertimbangan kerajaan.

Bagi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Lupar berkaitan projek kecekapan tenaga dan strategi kerajaan dalam menyediakan kemahiran khusus kepada anak tempatan dalam bidang TBB dan tenaga alternatif, yang ini memang sebenarnya kita ada beberapa program yang kita laksanakan melalui agensi seperti SEDA Malaysia yang mana antara kursus yang kita tawarkan adalah Kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid dan kedua, Kursus Sistem Solar Fotovolta Tersambung Grid untuk Pendawaian dan Penjaga Jentera Elektrik.

Kedua-dua kursus latihan teknikal dan pensijilan bagi pemasangan solar ini adalah bersifat kompetensi dan peserta yang lulus kedua-dua kursus ini layak mendapatkan sijil orang berkelayakan oleh SEDA Malaysia.

Selain melahirkan anak tempatan yang mempunyai sijil kemahiran khusus di dalam bidang TBB, terdapat beberapa institusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang TBB bagi melahirkan profesional di dalam sektor TBB seperti Universiti

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kebangsaan Malaysia yang mana menawarkan Program Sarjana Sains ataupun RE dan solar energy. Batang Lupar ada ya. Saya akan jawab lagi berkaitan dengan— Untuk Sarawak, yang mana pelaksanaan projek yang kita untuk di bawah NETR ini adalah, selari dengan pelan peralihan tenaga Sarawak kerana ia menyokong penggunaan tenaga yang cekap dan pengurusan permintaan tenaga yang lebih baik, sejajar dengan strategi negeri untuk membangunkan tenaga lestari dan pengurangan jejak karbon. PETRA dan kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dalam memperkukuh inisiatif ini dengan Sarawak boleh melengkapkan usaha EECA kita dengan mengambil kerangka perundangan EECA sebagai rujukan untuk pelaksanaan strategi tenaga di negara ini.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, sebarang perancangan bekalan elektrik adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Sarawak telah melancarkan Sarawak Energy Transition Policy pada Ogos 2025 yang dilihat menyokong kepada pelaksanaan dasar peralihan tenaga nasional. Sarawak juga dilihat sebagai antara negeri penyumbang terbesar kepada sasaran 70 peratus kapasiti TBB menjelang 2050.

Dalam masa yang sama, peluasan penggunaan TBB di kawasan pedalaman dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di bawah program Bekalan Elektrik Luar Bandar ataupun BELB.

Seterusnya, kalau saya boleh teruskan kepada sektor air untuk baki yang ada ini. Bagi soalan yang dibangkitkan...

draft • 4:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

YB Menteri, boleh bagi sikit?

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Boleh.

draft • 4:10 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Okey, terima kasih YB Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan tadi.

Saya cuma ‘nak bertanya berkenaan dengan institut lain yang menyediakan latihan-latihan untuk anak-anak muda kita menguasai solar ini. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah pun menyebutkan SEDA dan ada sebuah universiti, tetapi adakah kementerian bercadang untuk melebarluaskan pendidikan solar ini kepada institusi seperti CIDB yang kita tahu memang bertapak di setiap negeri di Malaysia?

Terima kasih Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Batang Lupar.

Puan Pengerusi, sememangnya memang banyak pusat-pusat latihan termasuk

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

TVET yang menawarkan kursus berkaitan dengan elektrik mahupun solar. Cuma, yang saya sebutkan SEDA tadi adalah perkara yang melibatkan kompetensi yang mana untuk mendapatkan lesen untuk mengendalikan perkara yang berkaitan.

Jadi, kalau saya boleh move kepada sektor air, kalau tidak...

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Sikit, sikit lagi Timbalan Menteri. Sikit ‘je.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Boleh.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Ha, fasal TBB ini juga:

tenaga boleh baharu ini, tadi yang saya sebut fasal penemuan RISDA tentang kajian rubber fuel itu untuk generate— menghasilkan tenaga elektrik itu. Kalau boleh diberi perhatian sikit kepada pihak kementerian. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tenggara.

Cadangan itu ya lah kita sentiasa terbuka kepada cadangan yang mana itu lebih kepada dasar ataupun perkara yang kita boleh teliti dari segi bahan alternatif yang boleh diguna pakai untuk menjanakan tenaga, tapi insya-Allah, segala perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, memang direkodkan oleh para pegawai PETRA.

Cuma, kalau saya boleh pergi ke tajuk sektor air kerana ini lebih banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama adalah perkara berkaitan dengan non-revenue water ataupun NRW. Wangsa Maju, Kubang Kerian, Merbok, Masjid Tanah, Padang Serai, Balik Pulau, Sik dan beberapa lagi Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan isu NRW ini yang mana kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) ini akan melaksanakan penambahbaikan kepada pelaksanaan program NRW kebangsaan sedia ada yang kita telah laksanakan sejak di bawah RMK11 dan 12. Program ini dilaksanakan bermula tahun 2025 hingga 2030 melalui pembiayaan secara geran berjumlah RM2.525 bilion.

Program-program yang akan dilaksanakan adalah Program NRW Pendekatan 1 Fasa 2 yang melibatkan penggantian paip kritikal di seluruh negara.

Yang ini seperti yang Balik Pulau sebut tadi. Untuk yang fasa baharu ini, kita tengok secara keseluruhan, bukan lagi hanya tertumpu kepada negeri yang lebih 40 peratus.

Manakala penyelesaian NRW holistik masih tertumpu pada enam negeri iaitu Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.

Penambahbaikan kepada Program NRW Pendekatan 2 pula melibatkan pengenalan kadar pro rata bagi mekanisme pemberian imbuhan balik ataupun matching grant bagi perbelanjaan program NRW yang telah dilaksanakan untuk

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

menggalakkan penyertaan operator air. Negeri-negeri yang terlibat adalah Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

draft • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Yang mana feedback-nya ataupun maklum balas yang kita terima kerana bila tidak ada skim pro-rata itu, mereka bimbang untuk risiko sekiranya melaksanakan projek, tetapi tidak siap seperti yang direncanakan ataupun pengurangan mengikut rancangan itu, mereka bimbang tidak dapat that matching grant. Maka, kerana itu kita perkenalkan secara pro-rata.

Pelaksanaan program ini dijangka akan menurunkan NRW di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan daripada 34.3 peratus pada tahun 2024 kepada 28.8 peratus menjelang tahun 2030.

Bagi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rasah berkaitan peruntukan RM249 juta Projek Pembetungan Negara, untuk makluman Yang Berhormat peruntukan itu bukanlah untuk tujuan operasi IWK. Tidak terkait. Ianya sebenarnya merupakan peruntukan pembangunan ataupun CapEx di bawah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) bagi tujuan pembinaan aset baharu, kerja-kerja naik taraf, penggantian infrastruktur serta projek pembangunan lain yang berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Tanggungjawab IWK pula adalah untuk mengoperasi dan menyelenggara sistem pembetungan negara. Ini meliputi lebih 7,500 loji rawatan kumbahan, 1,500 stesen pam serta lebih 22,000 kilometer jajaran paip pembetungan di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Seterusnya, bagi soalan yang dinyatakan oleh YB Tebrau dan juga YB Tenggara berkaitan bekalan air di Johor, memang kita ada projek-projek sumber air mentah di negeri Johor, di bawah inisiatif yang dipanggil Zero Dependency, telah dirancang bagi meningkatkan kapasiti bekalan air dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber air luar.

Senarai projek yang saya boleh kongsikan untuk penyaluran air mentah Layang 2 Fasa 1 telah siap sepenuhnya Disember 2024. LRA Layang 2 Fasa 1 sebenarnya pun telah siap Mac 2024, manakala Fasa 2 ini kita jangkakan pada tahun 2027.

Kemudian, ada juga Rancangan TAPS Johor. TAPS Sungai Johor sekarang ini di peringkat reka bentuk. Kemudian, LRA Semanggar 3 yang mana akan bergantung kepada Projek TAPS Sungai Johor. Kemudian, ada Projek TAPS dan juga Baraj Sungai Pontian Besar, kini di peringkat reka bentuk dan juga ada LRA

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Kayu Ara Pasong Fasa 1. Ini bergantung kepada kesediaan TAPS tersebut dan jug, ada juga Projek TAPS dan Baraj Sungai Sedili Besar.

Jadi, bagi soalan oleh Yang Berhormat Tebrau berkaitan pusat data, SPAN telah pun mengeluarkan garis panduan bekalan air bagi pusat pembangunan pusat data pada 1 September 2025. Bagi air terawat, keutamaan diberikan kepada pengguna domestik iaitu rakyat berbanding kepada pengguna komersial.

Selain itu, kerajaan turut meneroka kepada potensi penggunaan efluen terawat IWK bagi menghasilkan air pulih guna untuk kegunaan pusat data. IWK telah menjalin kerjasama dengan syarikat milik Kerajaan Negeri Johor iaitu Johor Special Water Sdn. Bhd. bagi menerajui projek pembekalan efluen terawat dan air pulih guna kepada pusat data.

Secara keseluruhan pada masa ini, IWK melalui JSW telah membekalkan 12 juta liter sehari efluen terawat daripada tiga loji rawatan kumbahan bagi penghasilan air pulih guna kepada pusat data.

Puan Yang di-Pertua, untuk memahami kaedah pemulihan...

draft • 4:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Menteri, maaf ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Oh, Tebrau. Sila.

draft • 4:20 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Menteri. Saya tertarik pasal air di pusat data ini. Tadi, ada kata 12 juta liter, tetapi saya rasa 12 juta liter itu tidak mungkin cukup untuk data center yang ada di Johor dan balik kepada soalan saya yang asal itu— untuk lima hari itu yang sebenarnya kita mengalami gangguan air, bekalan air itu, hampir 1 juta rakyat Johor Selatan tak ada air. Ada tak data center itu ada bekalan air ataupun dia ada rizab sendiri ke? Macam mana dia operate? Itu soalan saya.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Untuk jawapan saya boleh bagi secara verbal kerana saya turun ketika berlaku kejadian tersebut. Yang mana, dapatan daripada operator air memang saya tanya, adakah itu mengganggu fungsi dan juga pusat data? Yang diberitahu adalah bahawa satu kapasiti tersimpan di pusat data itu mencukupi untuk meneruskan fungsi mereka. Dan kedua, saya difahamkan mereka juga mengambil inisiatif untuk membeli air secara manual melalui lori-lori tangki mereka itu sendiri. Jadi, tidak ada melebihkan mana-mana pihak.

Kemudian, untuk isu-isu berkaitan dengan permohonan dan sebagainya ini, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, proses permohonan projek

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

pembangunan ataupun DE di PETRA, lazimnya bermula dengan pengenalpastian masalah dan keperluan projek di peringkat daerah dan negeri.

Platform-platform mesyuarat seperti Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri adalah antara platform yang dapat membincangkan keutamaan projek pembangunan melibatkan engagement atau dengan izin, libat urus pelbagai agensi Persekutuan mahupun negeri. Kerajaan negeri juga mempunyai ruang untuk mengemukakan wishlist projek DE masing-masing kepada semua kementerian.

Selain itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah mengadakan Siri Jelajah Mesyuarat Khas Pembangunan bersama semua kerajaan negeri bagi meneliti setiap wishlist projek pembangunan yang dimohon sebelum ia diluluskan dan dibentangkan dalam Belanjawan 2026.

Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengurusan sistem saliran di negara ini diuruskan oleh pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan; JPS:

Jabatan Pengaliran dan Saliran; Jabatan Kerja Raya; pemaju; agensi-agensi yang berkaitan. Bagi tujuan pelarasan di peringkat institusi, Jemaah Menteri telah pun membuat ketetapan lagi yang mana menggariskan pembahagian tanggungjawab dan....

draft • 4:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh Puncak Borneo minta penjelasan sikit?

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

[Duduk]

draft • 4:20 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tadi, saya mendengar prosedur permohonan projek itu ada dia punya jawatankuasa dan juga melalui agensi dan juga badan-badan kerajaan negeri di peringkat tempatan, tetapi saya mencadangkan supaya perkara ini boleh juga melibatkan Ahli-ahli Parlimen dan juga ADUN-ADUN kawasan sebab rakyat di bawah, dia mengadu kepada Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat, dan juga ADUN.

Jadi, sepatutnya peringkat— di peringkat agensi dan juga agensi-agensi kerajaan patut bekerjasama dengan Wakil-wakil Rakyat sebab kita lebih mengetahui kawasan kita, di mana masalahnya. Jadi, saya minta pertimbangan daripada kementerian untuk melibatkan sama ada mereka YB pembangkang kah kerajaan, melibatkan mereka [Tepuk] Supaya kita, tujuan kita dalam negara kita ini untuk menyelesaikan masalah rakyat. Jadi, saya mohon pertimbangan itu dengan sebaiknyalah.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih kepada Yang Berhormat Puncak Borneo. Saya pasti, perkara ini berlaku di peringkat jawatankuasa daerah mahupun dapatan-dapatan di bawah. Sebab itu yang saya sebut tadi, sememangnya perkara itu diangkat daripada suara di bawah lagi dan yang mana, keutamaan dari segi pemilihan projek itu adalah bergantung kepada senarai keutamaan di peringkat negeri.

Jadi, sebab itu untuk membolehkan sesuatu keputusan itu dibuat, sudah pasti sekiranya ada agensi ataupun kecemasan ataupun keutamaan yang lain, memang membolehkan pertimbangan itu berlaku.

Cuma, kerangka proses libat urus itu seperti yang Masjid Tanah cuba bangkitkan beberapa kali. Bila kita turun, kenapa tidak dijemput dan sebagainya, walaupun sebenarnya kita tahu, dia pun sibuk sebagai Pengerusi PAC. Jadi, sebenarnya dari segi penglibatan ataupun proses itu, memang sepatutnya dilakukan di peringkat negeri supaya keutamaan itu dapat dizahirkan dengan jelas untuk membolehkan agihan peruntukan itu dapat dibuat mengikut keutamaan masing- masing. Kalau saya boleh sentuh— macam tak sempat nak sentuh.

draft • 4:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Timbalan Menteri. Timbalan Menteri, Kota Melaka sini. Tentang jawapan daripada Timbalan Menteri, sebab selalunya mesyuarat di peringkat daerah dan juga negeri, dia tidak akan melibatkan Ahli Parlimen, dan kadang-kadang dia juga tidak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Jadi, saya harap supaya kementerian boleh mempertimbangkan wishlist yang di— yang kami Ahli Parlimen serahkan kepada kementerian, juga diambil pertimbangan. Contohnya, seperti dalam ucapan saya, tadi saya ada sebut tentang masalah yang saya hadapi di kawasan saya: Taman Permatang Pasir Perdana Fasa 3. Saya harap supaya masalah itu boleh dimasukkan dalam bajet tahun depan.

Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Kota Melaka.

Saya pun baru ‘nak pergi ke Kota Melaka, yang mana soalan beliau telah diajukan dalam Kamar Khas, dan alhamdulillah, memang ada peruntukan yang telah kita turunkan sebanyak RM500,000.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Cuma, Kota Melaka dia ‘nak minta lebih sedikit lagilah. Jadi, sebab itu proses sebenarnya ada engagement, sama ada di peringkat Ahli Yang Berhormat sendiri yang mana Yang Berhormat ada sebut kenyataan-kenyataan yang menyatakan ‘nak

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

tahu update yang telah saya kemas kini sama ada dalam Kamar Khas ataupun di dalam Dewan yang mulia ini.

Jadi, sebenarnya, proses libat urus itu berlaku daripada pelbagai peringkat.

Cuma yang saya nyatakan tadi, secara dasarnya, keutamaan wishlist daripada negeri itu memang ada pemberatnya tersendiri. Sebelum saya sempat masuk kepada senarai-senarai projek yang diminta ataupun yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

Cuma, saya tahu Puan Pengerusi sangat tegas dengan masanya. Baru dia senyum sikit, tadi dia— jadi yang ini, saya rasa memang apa-apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, daripada Hulu Langat dan sebagainya lah, memang saya ingat satu persatu yang disebut tadi, yang itu memang kita rakamkan dan kita ambil perhatian seperti mana Yang Berhormat harapkan.

Cuma, insya-Allah, kalau ada isu-isu berbangkit itu, kalau ada projek spesifik nanti saya cuba dapatkan jawapan secara bertulis, tapi...

draft • 4:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

...Segala pandangan, cadangan yang dinyatakan itu kita, ambil maklum, ambil perhatian dan insya-Allah dengan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat ini, diharapkan kita dapat berikan perkhidmatan yang terbaiklah. Jadi, Yang Berhormat...

draft • 4:30 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Menteri, yang ‘tak sempat dijawab bagi jawapan bertulis ya. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Insya-Allah, yang mana ada jawapan, saya akan bagi jawapan. Terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Masalah iaitu wang sejumlah RM392,742,500 untuk Kepala B.33 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.33 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.33 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.33 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 4:30 PM
Kepala B.30 [Jadual] – Kepala P.30 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terbuka untuk dibahas.

Senarai pembahas adalah seperti berikut. Seramai 13 pembahas. YB Batu Gajah, YB Jerantut, YB Sungai Siput, YB Machang, YB Betong, YB Padang Rengas, YB Shah Alam, YB Kubang Pasu, YB Miri, YB Kuala Krai, YB Rasah, YB Kapar dan YB Bakri.

Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 4:30 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk menyentuh bagi maksud 30 dalam satu agenda strategik yang bakal menentukan daya saing negara dalam dekad mendatang iaitu pembangunan kecerdasan buatan AI robotik serta penyelidikan dan pembangunan

(R&D).

Pada hari ini, persaingan global semakin dipacu oleh inovasi digital negara- negara serantau seperti Singapore, Indonesia dan Vietnam sedang mempercepat transformasi teknologi mereka. Malaysia tidak boleh hanya menjadi pengguna teknologi. Kita mesti menjadi peneraju yang membina, menyelesaikan perkara-perkara yang mempunyai nilai tinggi untuk ekonomi dan rakyat.

Butiran 030100 – Pelaksanaan Dasar dan Tadbir Urus AI Negara. Puan Pengerusi, Malaysia telah melangkah ke fasa baru dengan penubuhan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) pada Disember 2024 untuk menyelaras dasar, pembangunan bakat dan etika AI secara menyeluruh.

Kita juga sedang menyiapkan National AI Action Plan 2026-2030, kesinambungan kepada AI Roadmap 2021-2025 bagi memacu penggunaan AI dalam sektor ekonomi dan sektor awam secara lebih teratur. Melalui NAIO, kerajaan turut memperkukuhkan prinsip AI Governance and Ethics (AIGE) agar pembangunan AI negara sentiasa berlandaskan keselamatan data, privasi, ketelusan dan keadilan. Ini penting kerana masyarakat mesti yakin bahawa teknologi yang kita bangunkan mematuhi nilai integriti dan tidak menyalahgunakan maklumat rakyat.

Dalam ekosistem digital, bakat adalah faktor penentu. Atas sebab itu, kerjasama strategik NAIO bersama Google bagi melatih 445,000 penjawat awam

draft • 4:33 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

dalam kemahiran kecerdasan buatan melalui program AI at Work 2.0 merupakan satu lonjakkan besar dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan dan membina tenaga kerja masa depan yang mampu bersaing di peringkat global.

Selain sektor awam, kita perlu memperkukuh pembinaan bakat di universiti, politeknik dan TVET, termasuk program Micro-credential dalam AI, robotik dan sains data. Tanpa tenaga mahir yang mencukupi, agenda digital negara tidak akan berkembang pada skala yang diperlukan.

Tuan Pengerusi, AI bukan lagi teknologi masa hadapan. Ia kini menjadi pemacu utama produktiviti nasional. Dalam perkilangan, teknologi AI mampu mengurangkan ralat pengeluaran dan meningkatkan kecekapan mesin melalui penyelenggaraan ramalan. Dalam pertanian, penggunaan dron, sensor dan algoritma ramalan boleh membantu petani menentukan masa tuaian, pengguna baja optimum dan mengenal pasti penyakit tanaman lebih awal.

Dalam sektor kesihatan pula, AI berpotensi menyokong saringan awal penyakit kronik, mempercepatkan proses dan membantu doktor membuat keputusan klinikal dengan lebih tepat. Pada masa yang sama robotik termasuk automasi industri, robot logistik dan robot pembinaan perlu dibangunkan secara lebih strategik. Saya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan Pusat Ujian Robotik Nasional supaya inovasi robotik tempatan boleh diuji, di-pattern dan dikomersialkan secara lebih cepat.

Butiran 030200 – Dana dan Pengkomersialan. Puan Pengerusi, kita perlu bercakap secara jujur mengenai satu realiti penting, Malaysia masih jauh daripada sasaran pelaburan R&D. Data MOSTI menunjukkan bahawa, perbelanjaan R&D negara hanya sekitar 1.01 peratus daripada KDNK. Sasaran melalui dasar sains teknologi dan inovasi adalah untuk mencapai 3.5 peratus KDNK menjelang tahun 2030, satu jurang yang besar dan memerlukan tindakan dasar yang berani.

Kerajaan telah memperuntukkan RM5.9 bilion untuk penyelidikan, pembangunan, komersialisasi dan inovasi, namun untuk mencapai sasaran 2030, kita memerlukan penyertaan lebih kuat daripada industri, syarikat teknologi global serta pelabur strategik. Kita mesti mempercepatkan proses pendaftaran paten, mempermudahkan geran inovasi dan mengurangkan birokrasi yang melambatkan kemunculan produk tempatan ke pasaran.

MRANTI: Malaysian Research Accelarator for Technology Inovation merupakan peneraju dalam menyelaras ekosistem pengkomersialan negara dengan peruntukan di bawah Butiran 040300, MRANTI perlu memastikan penyelidikan yang

draft • 4:33 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

dihasilkan penyelidikan yang dihasilkan oleh universiti, agensi dan pusat R&D dapat diterjemahkan kepada produk, perkhidmatan dan teknologi yang memberi manfaat kepada rakyat dan industri.

MRANTI Park perlu dimanfaatkan secara strategik sebagai hab pembangunan teknologi negara dalam bidang seperti kecerdasan buatan, bioteknologi dan inovasi kesihatan. Kolaborasi bersama industri dan pelabur harus diperkukuhkan bagi mempercepatkan penghasilan Intellectual Property (IP) serta memperluaskan peluang komersial.

Saya mencadangkan supaya MOSTI mewujudkan laporan pengkomersialan tahunan merangkumi:

(i) jumlah teknologi yang berjaya memasuki pasaran;

(ii) nilai IP tempatan yang dibangunkan;

(iii) bilangan start-up yang dibimbing; serta yang

(iv) pelaburan industri yang berjaya ditarik.

draft • 4:33 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu

Tuan Pengerusi, jika Malaysia ingin muncul sebagai negara maju berteraskan inovasi, kita mesti memperkukuhkan pembangunan AI, robotik dan R&D secara menyeluruh dan dasar, bakat, ekosistem industri hinggalah kolaborasi antarabangsa.

Keupayaan kita hari ini akan menentukan kedudukan Malaysia dalam peta ekonomi digital ASEAN pada tahun 2030. Dengan strategi yang jelas, pelaburan yang konsisten dan komitmen kepada inovasi, saya yakin Malaysia mampu menjadi hab teknologi yang inklusif, berdaya cipta dan berdaya saing tinggi. Sekian, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Saya jemput Yang Berhormat Jerantut.

draft • 4:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi.

Saya terus kepada Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia. Dengan peningkatan kes jenayah, kes dadah dan permintaan analisis forensik yang semakin kompleks, maka keperluan peningkatan kecekapan makmal jabatan kimia telah

draft • 4:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

menjadi kewajipan kepada negara. Peningkatan peruntukan sehingga RM86 juta ini merupakan langkah kanan yang wajar dimanfaatkan oleh pihak kementerian.

Namun persoalannya, adakah ianya benar-benar mencukupi untuk menambah baik fasiliti makmal, mempercepatkan turn around time serta memastikan standard analisis forensik negara kekal setaraf dengan makmal antarabangsa?

Butiran 00603 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Peruntukan RM21.15 juta kepada MYSA perlu dinilai semula dalam konteks kebergantungan Malaysia kepada data satelit asing. Tahniah juga kepada pihak MYSA dengan pelancaran satelit pertama berteknologi ACR, TerraX-1 ataupun AIRSAT-03 yang telah dilancarkan pada 19 Oktober 2025. Ini penting kerana negara kita berdepan dengan banjir besar hampir setiap tahun, Puan Pengerusi. Isu keselamatan makanan dan keperluan pemantauan hutan serta sempadan, kemampuan kita untuk memproses data satelit secara berdikari perlu dipertingkatkan.

Jadi pertanyaan saya, bagaimana peruntukan ini boleh memperkukuhkan keupayaan remote sensing, sistem amaran awal banjir serta aplikasi satelit untuk sektor pertanian, keselamatan negara dan pengurusan bencana?

Butiran 00900 – Agensi Nuklear Malaysia. Peranan Agensi Nuklear Malaysia semakin penting dalam memastikan teknologi nuklear dibangunkan secara selamat dan berimpak kepada ekonomi. Namun sehingga hari ini, penggunaan teknologi nuklear dalam industri perubatan, pertanian, keselamatan makanan, aplikasi perindustrian dan sebagainya masih lagi berada di tahap yang optimum. Kita telah pun mempunyai strategi yang jelas Puan Pengerusi, mengenai pengurusan sisa radioaktif, hala tuju pembangunan isotop melalui Dasar Teknologi Nuklear 2030.

Jadi, persoalan saya ialah dengan peruntukan RM44.48 juta ini, apakah fokus R&D yang benar-benar akan diterjemahkan kepada manfaat industri dengan juga rakyat? Dan keduanya, apakah indikator komersialisasi yang disasarkan oleh pihak kementerian?

Butiran 01000 – Jabatan Tenaga Atom. Saya melihat peruntukan sebanyak RM2.384 juta ini terlampau sedikit, sedangkan jabatan ini adalah tulang belakang pengawalseliaan keselamatan nuklear dan radiologi negara. Penggunaan bahan radioaktif dalam sektor perubatan terus meningkat dan risiko insiden radiologi memerlukan pemantauan yang rapi serta kepakaran yang mencukupi.

Persoalannya, adakah peruntukan ini memadai untuk memenuhi standard keselamatan IAEA? Memperkukuhkan penguatkuasaan dan memastikan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi sebarang insiden radiologi.

draft • 4:40 PM

Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut

Butiran 00800 – Program Penyediaan dan Pembangunan (R&D). Masalah kita Puan Pengerusi, bukan kekurangan projek penyelidikan, tetapi masalahnya ialah kurangnya kejayaan kementerian dalam mengkomersialisasikan segala produk- produk yang telah dicipta. Jurang antara penyelidikan universiti dan keperluan industri semakin melebar, dibuktikan dengan kejatuhan penyertaan industri dalam projek R&D MOSTI sehingga tinggal hanya 15 peratus sahaja, Puan Pengerusi.

Maka persoalan saya, apakah reform yang akan dilakukan supaya RM75 juta ini benar-benar menghasilkan teknologi yang boleh dipasarkan dan mendapat pendapatan balik kepada negara, bukan sekadar projek yang bersifat akademik di peringkat prototaip sahaja?

Dan terakhir Tuan Pengerusi, satu lagi isu yang penting timbul dalam konteks belanjawan MOSTI 2026 ialah agensi seperti Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV), NanoMalaysia Berhad (NMB) dan Kumpulan Modal Perdana (KMP) sering disebut dalam pelbagai laporan sebagai agensi cemerlang di bawah MOSTI. Namun, tiada peruntukan jelas kepada mereka dalam belanjawan MOSTI pada kali ini.

Jadi, persoalan saya kepada pihak kementerian, adakah MDV, NMB dan KMP benar-benar tidak menerima peruntukan daripada MOSTI dalam Belanjawan 2026 ini atau mereka dibiayai melalui luar projek ataupun luar bajet? Jika tiada peruntukan belanjawan, adakah model ini akan diteruskan dan apakah implikasi jangka masa panjang terhadap kawalan dasar dan kebertanggungjawaban agensi MOSTI?

Ketiganya, sekiranya kerajaan berminat menstruktur semula peranan pembiayaan teknologi melalui agensi korporat, adakah ia memastikan ketelusan perbelanjaan dan kesesuaian Dasar Sains dan Inovasi Negara? Saya berharap melalui penggulungan ini, kita dapat menegaskan kepentingan memastikan agensi- agensi strategik MOSTI yang memainkan peranan besar dalam inovasi negara tidak dipinggirkan dalam belanjawan dan juga dasar, tetapi disokong dengan jelas dan berkesan demi masa depan teknologi dan daya saing negara. Sekian.

Assalamualaikum.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.

draft • 4:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Puan Pengerusi, mengizinkan Sungai Siput turut serta perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains dan Teknologi.

Saya ingin merujuk kepada Kepala Pembangunan P.30, Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia, sebanyak RM86.7 juta dan Kepala Pengurusan B.30, Butiran 030300 – Kimia. Yang Berhormat Menteri ada menyatakan mengenai projek- projek selenggara yang akan dilaksanakan. Cuma, pertanyaan saya adalah mengenai makmal bergerak kimia.

Saya difahamkan ada beberapa buah kenderaan makmal bergerak telah diluluskan tahun sebelumnya untuk digunakan di kawasan lapangan. Mohon nyatakan bilangan kenderaan yang sedia ada dan di manakah lokasi kegunaan makmal kenderaan yang sedia ada?

Sebagai contohnya, pencemaran di Sungai Perak dekat jambatan Kampung Sungai Papan, Gerik, Perak. Sampel air sungai mengambil masa lama untuk dianalisis. Saya dimaklumkan puncanya adalah, punca masa lama adalah untuk dianalisis adalah, kawasan perlombongan di bahagian hulu sungai. Kalau lambat keputusan kimia, pesalah boleh melarikan diri daripada tanggungjawab kesalahan tersebut.

Satu mekanisme perlu diwujudkan agar pensampelan dapat dijalankan dengan segera dan analisis dapat dimulakan dengan secepat mungkin apabila sesuatu bencana pencemaran berlaku. Sekiranya makmal bergerak kimia ada di lokasi, boleh mengeluarkan keputusan analisa dengan serta-merta. Saya mohon supaya satu makmal bergerak sebegini dapat ditempatkan di sekitar kawasan sempadan Perak-Kedah-Pulau Pinang bagi membolehkan pemantauan berkala terhadap kualiti air di kawasan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Selain itu, bagi kepala perbelanjaan Jabatan Kimia Malaysia juga, saya dimaklumkan bahawa Makmal Narkotik Jabatan Kimia Malaysia mempunyai masalah dari aspek peralatan, perjawatan dan penaiktarafan ruang makmal. Ini menyebabkan kelewatan dalam penyediaan laporan yang memberikan implikasi serius kepada proses penguatkuasaan undang-undang. Memandangkan Jabatan Kimia Malaysia banyak membantu dalam mitigasi proses perundangan negara, saya berpandangan kerajaan perlu menyegerakan usaha untuk penambahbaikan perkhidmatan STI Jabatan Kimia Malaysia.

Saya juga memohon supaya satu pertambahan perjawatan yang mencukupi di negeri-negeri bagi membolehkan pengeluaran laporan dipercepatkan.

draft • 4:46 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Jika perlu, saya juga rasa makmal bergerak narkotik juga boleh dibuat bagi memudahkan staf kimia menguruskan kes di lapangan dan mempercepatkan proses pengeluaran laporan.

Seterusnya Puan Pengerusi, saya ingin beralih ke Kepala B.30 Butiran 020200 – Pembudayaan STI. Saya juga teliti dan mendapati peruntukan pembangunan untuk P.00602 – Planetarium dan P.00604 – Pusat Sains Negara adalah sangat kecil. Masing-masing RM2 juta. Bagaimana MOSTI bercadang untuk memperkasakan usaha STEM yang saya percaya kemasukan pelajar dalam bidang STEM mencatatkan peningkatan mendadak sehingga lebih 50 peratus sekarang sepertimana yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?

Program seperti STEM Camp ini yang telah melakar nama dalam Malaysia Book of Records perlulah diteruskan dan panjangkan juga kepada sekolah pelbagai aliran supaya dapat melahirkan saintis muda negara. Apakah usaha MOSTI dalam perkara ini? Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Yang Berhormat Machang.

draft • 4:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Pengerusi. Butiran Kepala B.30 Butiran 30000 dan Butiran 01000 berkenaan Jabatan Tenaga Atom. Malaysia kini berada di persimpangan penting antara peluang besar nadir bumi dan risiko penjajahan ekonomi baru, lebih-lebih lagi perjanjian perdagangan timbal balik ART dengan Amerika Syarikat turut melibatkan sektor nadir bumi.

Lynas mempunyai kontrak dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk pembinaan loji pemprosesan nadir bumi berat di Seadrift, Texas. Saya berpandangan, kita mesti menyusun semula Dasar Nadir Bumi Nasional untuk elak keuntungan dibawa keluar tetapi sisa ditinggalkan di tanah air. Menolak monopoli asing dan menuntut pemilikan berdaulat adalah bukan anti-pelaburan tetapi langkah mempertahankan kedaulatan ekonomi dan keselamatan negara. Reformasi ini bukan anti pelaburan, ia pro-Malaysia.

Sejak 2012, Lynas menghasilkan lebih 1.8 juta tan sisa radioaktif tanpa pelan pelupusan kekal yang siap. Permanent disposal facility (PDF) dengan izin, hanya siap 32 peratus semasa diumumkan pada 15 Februari 2023. Lesen Lynas

draft • 4:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

diperbaharui hingga Mac 2026 malah turut dinyatakan ada kelewatan. Lesen operasi Lynas sedang dipertimbangkan untuk diperbaharui walaupun PDF belum siap.

Pembinaan kini 72 peratus lengkap, tertinggal daripada sasaran 82 peratus, dengan jangkaan siap sekitar hujung 2026.

Sehingga 30 Jun 2025, Lynas Malaysia menggajikan 855 pekerja walaupun 12 tahun menikmati pengecualian cukai penuh. Ini bukan pembangunan mampan.

Ini pembangunan yang menggadai masa depan ekologi negara. Saya bukan antinuklear, teknologi ataupun atomic dan sebagainya, tapi kita nak kerajaan pada hari ini lebih bertanggungjawab dalam mengelola, regulate dengan izin, teknologi yang kita pakai untuk memajukan sektor nadir bumi kita.

Apabila AS mahu bebas daripada China, Amerika mahu bebas daripada China, Malaysia dijadikan pusat pemprosesan. Kita bantu mereka bebas, tetapi rakyat Malaysia terus terikat dengan sisa radioaktif. Perjanjian dagang Malaysia– Amerika (ART 2025) menandakan kita kini sebahagian daripada rantaian bekalan nadir bumi global.

Namun, rantaian ini tidak seimbang. Bahan mentah datang dari luar, teknologi dan keuntungan dikuasai luar, risiko kekal di Malaysia. Adakah syarikat-syarikat Amerika yang bakal masuk ke Malaysia akan diberi layanan yang sama seperti Lynas atau kita akan tetapkan piawaian yang lebih tinggi? Malaysia mesti menegaskan semula prinsip sovereign green economy, ekonomi hijau yang berdaulat.

Kita perlukan industri nadir bumi tetapi dengan piawaian-piawaian tinggi, pemilikan tempatan dan akauntabiliti mutlak. Pelan Induk Perindustrian Baru Malaysia (NIMP) 2030 menilai sumber nadir bumi negara pada RM747 bilion dengan potensi menarik pelaburan bernilai RM100 bilion yang dijangka mewujudkan 4,000 peluang pekerjaan. Sektor nadir bumi menyumbang RM9 bilion setahun kepada ekonomi Malaysia dan dijangka mewujudkan 24,800 peluang pekerjaan menjelang 2030.

Lynas Malaysia mengendalikan loji pemprosesan nadir bumi terbesar di dunia di luar China, 11 peratus daripada pengeluaran logam nadir bumi global. Pada 2023, Lynas menyatakan telah melabur lebih RM3 bilion di Malaysia. Sepanjang 12 tahun beroperasi menumbang lebih RM4 bilion kepada KDNK Malaysia selain membelanjakan sekitar RM230 juta setahun yang menyokong pembangunan ekonomi negara.

Lynas diberi pengecualian cukai di bawah status pioneer. Menurut laporan kewangan syarikat, terdapat kerugian cukai terkumpul berjumlah AUD75.5 juta di

draft • 4:51 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Malaysia. Jika tiada pengecualian, Malaysia berpotensi mengutip ratusan juta hasil cukai. Malaysia mesti mengelakkan bergantung kepada pelabur atau pasaran asing sepenuhnya. Pastikan perjanjian perdagangan dan eksport mengekalkan hak Malaysia terhadap teknologi, keuntungan dan keselamatan alam sekitar.

Jadi, saya minta MOSTI dan NRES tadi pun dah nyatakan tadi bagus, Menteri saya puji, Titiwangsa, untuk laksanakan reformasi utama iaitu— landing Pengerusi, moratorium sementara, operasi Lynas sehingga pelupusan kekal siap dan diaudit bebas.

Yang kedua, audit alam sekitar antarabangsa terhadap semua kemudahan di Gebeng. Ketiga, Akta Nadir Bumi Nasional (Rare Earth Act) untuk mengawal pemilikan teknologi dan sisa.

Keempat, konsortium R&D nadir bumi Malaysia melibatkan GLC, universiti dan sektor teknologi tempatan.

Kelima, dana pemulihan alam (environmental recovery fund) dibiayai oleh semua syarikat nadir bumi asing.

Jadi, saya minta dulu PH laungkan, “Save Malaysia, save Malaysia from Lynas”. Tapi hari ini serve Lynas. Bukan saya kata saya anti-Lynas tapi you must walk the talk. I demand accountability from MADANI government dengan izin. Jadi, saya harap yang saya cadangkan tadi itu kita nak menambah baik tatakelola, tadbir urus nadir bumi di Malaysia dan dengan itu kita harap pembangunan teknologi dan ekonomi nadir bumi seiring dengan keselamatan alam sekitar dan rakyat Malaysia.

Jadi Pengerusi, saya mohon mencadang. Terima kasih.

draft • 4:51 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft • 4:51 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Pengerusi di atas ruang untuk Betong turut menyentuh perbahasan di bawah Maksud B dan P.30 – MOSTI dan khususnya yang berkaitan dengan Sarawak lah dalam ekosistem penyelidikan dan inovasi negara. Kita semua sedar bahawa masa depan ekonomi Malaysia amat bergantung kepada penguasaan ekonomi baharu iaitu bioteknologi, teknologi hijau, kecerdasan buatan dan inovasi termaju. Kesemua ini memerlukan asas R&D yang kukuh dan inklusif dari segi wilayah.

Namun, dalam RMK12 ini daripada 17 buah permohonan R&D yang dihantar oleh Sarawak, hanya satu sahaja diluluskan. Ini menimbulkan persoalan tentang

draft • 4:58 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

kesaksamaan peluang dan tahap penyertaan wilayah dalam ekosistem R&D kebangsaan. Sarawak mempunyai kapasiti tetapi penyelarasan serta kriteria penilaian di peringkat pusat perlu ditambah baik supaya lebih mencerminkan realiti wilayah Sarawak.

draft • 4:58 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi, Betong akan menyentuh butiran-butiran di bawah tajuk Penyelidikan STI. Pertamanya, Butiran P.00605 iaitu (NIBM) Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia. Jadi, Sarawak memiliki biodiversiti bertaraf dunia dan berpotensi besar dalam biopharmaceutical, biofuel serta biotech pertanian.

Justeru, Betong ingin mendapatkan penjelasan, apakah perancangan MOSTI untuk kita memperkukuhkan kerjasama NIBM dengan universiti dan juga pusat-pusat penyelidikan di Sarawak? Dan adakah sasaran projek biotech, khususnya di Sarawak akan diwujudkan bagi memanfaatkan kekuatan biodiversiti di wilayah Sarawak?

Keduanya Puan Pengerusi, Butiran P.00800 iaitu Program Penyelidikan dan Pembangunan iaitu R&D nasional di mana kos penyelidikan di Sarawak sudah tentu lebih tinggi. Kalau kita banding kerana faktor geografi dan logistik. Jadi, Betong juga mohon agar MOSTI dapat menilai semula dari segi kriteria kelayakan R&D agar lebih inklusif untuk kita di Sabah dan Sarawak.

Dan Betong juga ingin mencadangkan iaitu penubuhan sama ada dana R&D wilayah untuk menyokong projek yang berasaskan biodiversiti, tenaga baharu dan juga agrotech yang amat selari dengan fokus pembangunan Sarawak.

Puan Pengerusi, seterusnya Butiran P.03700 iaitu Yayasan Inovasi Malaysia ataupun YIM. Betong amat menghargai program YIM seperti YIC, MyIS Komuniti dan MaGRIs yang sudah dilaksanakan di Sarawak. Namun, hasil terukur perlu juga diperjelaskan. Maka, Betong ingin bertanya, apakah outcome penyertaan pelajar dan juga inovator muda Sarawak dalam YIC? Berapakah projek yang diteruskan?

Berapakah yang berpotensi untuk dikomersialkan?

Apakah indicator penilaian impak bagi MyIS ini dan MaGRIs termasuk jumlah peruntukan dan juga projek yang benar-benar telah siap? Dan adakah YIM ini merancang untuk menubuhkan hab inovasi tetap di Sarawak serta menyediakan rangkaian mentor dan program bimbingan berterusan untuk komuniti kita di luar bandar?

Seterusnya Puan Pengerusi ialah Butiran P.18000 iaitu Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI). MRANTI ini juga banyak

draft • 5:00 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

menjalankan program di Sarawak melalui STI Sandbox bersama SDEC tegas dan juga StartUp Borneo. Tetapi, persoalannya, apakah hasilnya?

Dan Betong ingin jawapan yang jelas, berapakah produk inovasi Sarawak yang telah dikomersialkan? Berapakah StartUp mendapat dana sebenar dan bukan hanya pitch deck? Dan berapakah projek inovasi Sarawak yang berjaya memasuki pasaran melalui intervensi MRANTI ini? Adakah MRANTI ini mempunyai KPI khusus untuk Sarawak? Jadi, kita perlu mengelak program yang hanya dapat menghasilkan laporan dan bukan impak.

Jadi, Betong ingin tahu sejauh manakah program MRANTI ini selaras dengan Post COVID Development Strategy Sarawak tahun 2030. Dari segi tenaga hijau, dron, agrotech dan bandar pintar atau masih menggunakan modul generate national. Jadi, berkaitan dengan MakersLab Sarawak Science Centre, apakah komitmen sebenar MRANTI ini dari segi bajet, garis masa dan pelaksanaan?

Akhirnya, bilakah MRANTI ini akan mempunyai kehadiran fizikal tetap di Sarawak? Kehadiran episodic ini memang tidak mencukupi untuk kita membina satu ekosistem inovasi yang mampan. Jadi, sebagai penutup Puan Pengerusi, kita di Sarawak memang bersedia memainkan peranan yang lebih besar dalam ekonomi baharu negara. Dan apa yang diperlukan ialah kesaksamaan akses kepada dana, penyertaan lebih tersusun dalam ekosistem R&D kebangsaan dan kehadiran institusi MOSTI yang lebih kukuh di Sarawak.

Maka, Betong berharap agar MOSTI dapat memberi komitmen yang jelas untuk kita memperkukuhkan kerjasama strategik, membuka lebih banyak peluang penyelidikan dan memastikan usaha pembangunan teknologi yang benar-benar inklusif dari segi wilayah. Sekian Puan Pengerusi, terima kasih. Saya mohon menyokong.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 5:00 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Padang Rengas ingin mengambil bahagian untuk membahaskan peruntukan di bawah Butiran B.30 bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Kementerian strategik yang menentukan kedudukan daya saing Malaysia di era kecerdasan buatan automasi dan teknologi hijau.

draft • 5:05 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Satu, perancangan dan pembudayaan sains, peruntukan RM69.44 juta. Tuan Pengerusi, peruntukan bagi Butiran B.30 020000 – Perancangan dan Pembudayaan Sains berkurang daripada RM69.94 juta pada tahun 2025 kepada RM69.44 juta pada tahun ini. Ini satu pengurangan di saat negara sedang hilang minat para pelajar terhadap STEM dan ketika kita memerlukan lebih ramai saintis, jurutera dan penyelidik.

Bagi Butiran 020100 – Perancangan Strategik. Peruntukan juga menurun daripada RM10.09 juta kepada RM9.18 juta. Bagaimana MOSTI mahu merangka hala tuju STI negara jika peruntukan strategik sendiri dikurangkan?

Butiran 020200 – Pembudayaan STI. Peruntukan meningkat kepada RM18.25 juta daripada RM15.37 juta. Peningkatan ini dialu-alukan. Tetapi persoalannya, berapa banyak program turun padang melibatkan sekolah luar bandar dan FELDA yang benar-benar dijalankan? Di Padang Rengas, sekolah dan pelajar sering menyatakan bahawa tiada modul robotik AI atau sains moden sampai kepada mereka.

Tuan Pengerusi, kedua, Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara, Butiran 020300. Peruntukan menurun kepada RM8.88 juta daripada RM9.36 juta.

Bagaimana planetarium mahu kekal relevan sebagai pusat penyelidikan sains angkasa?

Butiran 020400 – Pusat Sains Negara. Peruntukan kekal sekitar RM15.1 juta.

Namun persoalan, kenapa Pusat Sains Negara masih terletak hanya di Kuala Lumpur? Kita perlukan mini Pusat Sains Negara di setiap zon negeri. Bukan hanya satu bangunan di ibu negara.

Ketiga, penguasa angkasa. Peruntukan RM918,700. Tuan Pengerusi, peruntukan penguasa angkasa menurun hampir dua pertiga daripada RM2.5 juta kepada RM918,000. Bagaimana Malaysia mahu bersaing dalam industri aeroangkasa yang bernilai USD600,000 bilion setahun jika agensi pemantau ruang angkasa sendiri mengalami pemotongan drastik?

Tuan Pengerusi, Akademi Sains Malaysia. Peruntukan RM17.1 juta. Akademi Sains Malaysia ialah badan penasihat saintifik negara. Namun, dengan peruntukan RM17.1 juta, saya ingin bertanya, berapa banyak polisi sains negara yang asalnya datang daripada cadangan Akademi Sains Malaysia ini? Adakah kerja mereka benar-benar mempengaruhi keputusan kerajaan?

Kelima, pembangunan teknologi. Ini komponen terbesar MOSTI dan wajar diberi perhatian serius. Jumlah peruntukan ini naik daripada RM374.1 juta kepada

draft • 5:05 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

RM390.7 juta. Peningkatan ini baik tetapi kita perlu melihat komponennya. Satu, Butiran 030100 – Teknologi Strategik, penurunan sebanyak RM550,000.

draft • 5:05 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Soalan saya, adakah ini akan digunakan untuk AI National 2.0? Pusat Data Hijau Keselamatan Siber atau hanya seminar dan bengkel?

Bagi Butiran 030200 – Dana dan Pengkomersialan. Peningkatan peruntukan yang baik sebanyak RM1.74 juta. Di sini, masalah utama MOSTI sejak bertahun- tahun ialah R&D nya tinggi tetapi komersialisasinya rendah. Saya minta MOSTI membentangkan statistik berapa peratus projek R&D yang berjaya dikomersialkan sepanjang 2024 hingga 2025. Jika kadar komersialisasi bawah 10 peratus, itu kegagalan dasar.

Butiran 030300 – Kimia Malaysia. Ini peningkatan terbesar daripada RM142.7 juta kepada RM155.41 juta. Diharapkan ia digunakan bagi memperkukuh forensik kimia, keselamatan makanan, penyiasatan bahan terlarang dan analisis alam sekitar.

Tetapi kita mahukan transpirasi dan apakah output sebenar peningkatan RM13 juta ini.

Butiran 030400 – Jabatan Tenaga Atom. Peruntukan sedikit berkurang di kala Malaysia sedang membangunkan teknologi nuklear untuk perubatan. Maka saya ingin tahu, bilakah Malaysia akan melancarkan Dasar Teknologi Nuklear Nasional versi baharu?

Butiran 030500 – Agensi Nuklear Malaysia, naik daripada RM104.57 juta tahun 2025 kepada RM107.13 juta pada 2026. Agensi Nuklear memerlukan reformasi menyeluruh kerana berpotensi membantu negara dalam radioterapi perubatan, teknologi makanan, penyediaan isotop dan keselamatan nuklear industri.

Saya ingin menggesa MOSTI mempercepatkan Pelan Induk Teknologi Nuklear Malaysia 2030.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Penutup, penutup.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah lebih dua minit.

Terima kasih.

draft • 5:10 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Sama-sama.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI, salam MOSTI. Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang membahaskan Belanjawan 2026 bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Saya ingin merujuk kepada Belanja Mengurus 030600, dan Pembangunan, Butiran 00603 iaitu menyentuh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Saya melihat MOSTI ini berpotensi menjadi pemain utama dalam teknologi angkasa di ASEAN. Rata-rata kebanyakan negeri telah pun menyatakan hasrat untuk membangunkan bandar angkasa dalam negara kita ini. Ini satu usaha yang sangat murni namun saya kurang pasti apakah peranan yang dimainkan oleh MYSA dalam usaha negeri untuk memastikan usaha-usaha yang dilakukan ini dapat berjalan dengan baik.

Salah satu peranan utama ialah membawa lebih banyak industri antarabangsa untuk melabur di negeri yang mempunyai strategic location. Pelaburan ini penting kerana kita semua tahu bahawa pembelajaran dalam bidang aeroangkasa bukannya murah. Ramai bakat angkasa telah dilahirkan namun platform untuk mereka mengasah bakat masih lagi kurang.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada MYSA, apakah usaha yang sedang dilaksanakan sekarang ini bagi memperkasakan kepakaran tempatan dalam bidang teknologi satelit seiring dengan keperluan pelaksanaan Projek Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara secara kerjasama awam dan swasta (PPP)? Apakah manfaat ekonomi serta bidang kepakaran yang boleh diperoleh negara melalui pelaksanaan program ini, khususnya dalam usaha mencapai kedaulatan teknologi serta mengurangkan kebergantungan kepada pihak luar dalam pembangunan reka bentuk dan pengoperasian satelit negara?

Apakah inisiatif utama yang dirancang oleh MOSTI bagi meningkatkan pembangunan inovasi teknologi angkasa di Malaysia serta apakah jangkaan pencapaian yang disasarkan oleh kementerian dalam tempoh yang terdekat untuk memajukan ekosistem teknologi angkasa negara kita?

Puan Pengerusi, seterusnya bagi Belanja Pembangunan, Butiran 00900 – Agensi Nuklear Malaysia. Dengan kedudukan Malaysia yang semakin aktif menjalin hubungan dan kerjasama antarabangsa dengan Amerika Syarikat, dengan China, dengan Rusia, adakah kementerian sedang mempertimbangkan penubuhan nuclear talent pipeline yang memfokuskan kepada pembinaan pakar nuklear tempatan dalam tempoh 10 tahun mendatang supaya kita tidak lagi bergantung pada kepakaran luar apabila negara benar-benar bersedia memasuki fasa pelaksanaannya.

draft • 5:12 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Apakah strategi MOSTI untuk memastikan peningkatan peruntukan Agensi Nuklear Malaysia daripada RM5.6 juta kepada RM44 juta benar-benar diterjemahkan kepada pembangunan teknologi, latihan kepakaran tempatan serta program R&D yang memberi impak segera kepada kesiapsiagaan negara kita?

Melihat kepada keupayaan teknologi moden seperti small modular reactors

(SMR) yang lebih kecil, selamat dan cost effective, adakah kementerian bercadang untuk mengkaji kemungkinan Malaysia melaksanakan projek rintis ataupun pilot project bersama dengan rakan antarabangsa, sejajar dengan hasrat memberi gambaran sebenar dan kesedaran kepada rakyat mengenai kelebihan dan tahap keselamatan teknologi generasi baharu ini?

Ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengemukakan pandangan ini sama ada dalam soalan bertulis, dalam perbahasan, menunjukkan bahawa kita memang benar-benar peka dengan keperluan ini di masa hadapan dan sudah pastinya pihak MOSTI perlu mengambil perhatian berat dalam hal ini.

Perkara yang terakhir Puan Pengerusi, saya ingin beralih kepada agensi pembangunan teknologi lain di bawah MOSTI iaitu Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia di bawah Belanja Pembangunan, Butiran P.00605 dan Malaysia Bioeconomy Development Corporation di bawah Butiran P.18000 yang berperanan dalam pembangunan bioteknologi negara. Dalam usaha negara untuk meningkatkan keterjaminan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan haiwan dari luar negara, apakah usaha yang dirancang bagi tahun 2026 bagi mengatasi masalah tersebut?

Kita juga dimaklumkan mengenai pembangunan program MyGenom. Bilakah pangkalan data jujukan genome ini dapat disiapkan dan bagaimana ia dapat membantu industri kesihatan negara? Mengapakah usaha ini tidak dilaksanakan dengan kerjasama makmal-makmal kesihatan swasta dalam negara untuk mempercepatkan prosesnya?

Seterusnya, saya melihat industri bioekonomi dalam negara yang diterajui oleh Bioeconomy Corporation hanya diperuntukkan RM1 juta sahaja. Adakah peruntukan ini memadai untuk membangunkan syarikat bioteknologi dalam negara atau apakah perancangan syarikat ini dapat memastikan syarikat-syarikat unicorn bioteknologi dapat dilahirkan dan dikekalkan dalam negara bagi menjamin peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia? Melangkah ke permulaan RMK13, saya percaya semua agensi yang disinggung sebentar tadi perlu peka dengan keadaan

draft • 5:12 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

ekonomi serantau dan mengorak langkah sewajarnya untuk membangunkan industri di bawah mandat masing-masing.

Terima kasih Puan Pengerusi. Shah Alam mohon menyokong.

draft • 5:12 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

draft • 5:12 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kubang Pasu untuk turut sama dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa mengenai anggaran perbelanjaan MOSTI. Sesungguhnya MOSTI adalah sebuah kementerian yang sangat penting bagi sebuah negara seperti Malaysia yang bercita-cita untuk berubah dari negara pendapatan pertengahan (middle-income) dengan teknologi tinggi yang diperolehi dari negara yang lain, negara maju yang lain kepada negara yang mencipta teknologi sendiri dengan rakyatnya mendapat pendapatan tinggi dan keluar dari kepompong middle income trap. Walaupun jumlah anggaran perbelanjaan OE dan DE MOSTI hanya RM1.27 bilion, bukan berbilion-bilion, tapi hakikatnya ialah ia sebuah kementerian yang begitu penting bagi mencorak Malaysia menjadi sebuah negara maju yang ekonominya berasas kepada sains dan teknologi, khususnya teknologi tinggi setaraf dengan negara-negara maju.

draft • 5:19 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Asas kepada aplikasi teknologi tinggi adalah teknologi yang dicipta sendiri melalui R&D home-based, bukan bergantung kepada negara luar. Tidak ada negara yang ekonominya maju di dunia yang teknologi dan hasil R&D nya diambil dari negara luar.

Satu petunjuk penting bagi mengukur kedudukan ini ialah paten yang diterima setiap tahun. Saya bagi contoh. Top six. China― patennya 799,000; Amerika Syarikat― paten 329,000; Jepun― 201,000; Korea Selatan― 135,000; India― 30,000; dan Jerman― 23,500. Ini satu angka yang besar. Negara yang tertinggi sekali diberi paten adalah China, diikuti dengan Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, India dan Jerman. Ini bermakna bahawa top six yang teratas berhasil dalam pelaksanaan invention yang berguna dalam mencipta teknologi baharu dan produk baharu. Senarai ranking untuk Taiwan tidak ada di sini sebab ia tidak diiktiraf sebagai sebuah negara tetapi ia adalah ranked top five dalam paten.

draft • 5:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Malaysia berada di tangga ke-17 dari segi bilangan paten yang diberikan ke kalangan negara ASEAN iaitu lebih daripada 5,000 paten, berada pada kedudukan kedua dalam ASEAN selepas Indonesia. Ruang masih lagi luas untuk Malaysia meningkat kedudukan kepada top ten. Saya yakin ia boleh dicapai dengan Menteri Sains, Teknologi hari ini.

Kedudukan Malaysia dalam R&D sains, teknologi dan inovasi masih rendah dan tidak mencapai ranking yang tertinggi dalam paten ini disebabkan oleh kerana kita masih belum ada apa yang kita panggil kepimpinan teknikal ataupun technical leadership di peringkat pusat. Apa yang Kubang Pasu maksudkan ialah technical leadership itu kewangan yang mencukupi, infrastruktur termasuk organisasi R&D.

Dari segi kewangan, kerajaan perlu peruntukan bajet yang mencukupi untuk R&D, bukan masa ini hanya tak sampai satu peratus dari KDNK. Berdasarkan kepada KDNK negara 2024, RM1.6 trilion, satu percent bermakna RM16 bilion tetapi bajet R&D kita jauh lebih rendah daripada RM16 bilion, kurang daripada satu peratus.

Bayangkan negara-negara yang KDNK nya lebih jauh besar dari Malaysia membelanjakan tiga hingga lima peratus daripada KDNK. Dalam Belanjawan Pembangunan MOSTI 2026, umpamanya, pembangunan menurun dengan daripada 2025, RM537 juta kepada RM516 juta. Sudahlah kurang tetapi diturunkan pula.

Jadi, Puan Pengerusi, kemudian dari segi organisasi R&D, terdapat banyak institut pendidikan seperti MIMOS, SIRIM dan sebagainya tapi dia ada merata-rata berkecamuk di seluruh negara. Bagi sektor komoditi, kita memang berjaya seperti RI, TRI dan porin. Taiwan berjaya dalam R&D khususnya sains dan teknologi semikonduktor kerana mempunyai technical leadership kerana mereka memperuntukkan bajet yang besar dalam R&D, lima peratus dalam KDNK, dan mempunyai sebuah institut bernama ITRI― Industrial Technology Research Institute. Namanya pun bersesuaian dengan R&D yang dilaksanakan dan kejayaan yang dicapai.

ITRI mempunyai 6,500 pakar teknikal dan saintis. Kebanyakan jurutera dan saintis ini dalam pelbagai disiplin dan industri. Ditubuhkan pada 1973 dengan misinya membangunkan industri dan mencipta nilai ekonomi melalui teknologi R&D. ITRI menerajui IC design di Taiwan dan hasil dipindahkan kepada industri. 90,000 syarikat mendapat manfaat daripadanya setiap tahun. ITRI melaksanakan incubator system dan TSMC adalah syarikat yang pernah melalui incubator system ini. Kejayaan besar mereka ialah TSMC. Saya memberikan contoh Taiwan kerana saya pernah berkhidmat di sana selama 33 tahun sebagai head mission.

draft • 5:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya melihat, Puan Pengerusi, MIMOS berpotensi untuk dibangunkan sebagai sebuah organisasi R&D negara seperti ITRI Taiwan dan menjadi sebahagian daripada anchor technical leadership, khususnya bagi sektor semikonduktor dan menjadi champion kepada teknologi dan industri semikonduktor negara. Salah satu peranan besar MIMOS semasa penubuhannya ialah menjadi pusat inovasi teknologi dan pusat R&D yang memberi tumpuan kepada semikonduktor mikroelektronik, E&E dan ICT serta pembangunan ekosistem.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 5:20 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kejap lagi ya. Kubang Pasu ingin mencadangkan― ingin mencadangkan, Puan Pengerusi.

Kubang Pasu ingin mencadangkan agar MIMOS diperkasakan untuk menjadi sebuah organisasi sains, teknologi, inovasi negara dengan penekanan diberikan kepada R&D dan incubation system khususnya bagi industri semikonduktor negara.

MIMOS harus diberikan nafas baru, peruntukan mencukupi dan pembangunan talent yang diperlukan dan MIMOS boleh berkolaborasi dengan institut pendidikan yang lain termasuk USM dalam menjayakan teknologi dan industri semikonduktor negara.

Terima kasih, Puan Pengerusi.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Miri.

draft • 5:20 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya rujuk kepada Kepala P.30 Butiran 03700 – Yayasan Inovasi Malaysia.

Saya bermula dengan memaklumkan Dewan bahawa Nobel Prize Award in Economic Science pada tahun ini iaitu tahun 2025 telah dianugerahkan atas penyelidikan mengenai pertumbuhan ekonomi yang dipacu inovasi atau, dengan izin, innovation-driven economic growth. Izinkan saya juga merujuk kepada sebuah buku, “The Prosperity Paradox: How Innovation Can Lift Nations Out of Poverty”.

Pesanan buku ini jelas. Bantuan semata-mata, walaupun berniat baik, sering gagal mencipta kemakmuran berkekalan.

Negara yang telah menerima berbilion dolar bantuan masih kekal miskin kerana model top-down tidak melahirkan pasaran. Jalan keluarnya ialah market creating, innovation, dengan izin, atau inovasi yang mampu mencipta pasaran baru

draft • 5:26 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

dengan menukar yang bukan pengguna menjadi pengguna. Pengalaman negara maju seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun telah membuktikan bahawa usahawan dan inovasi yang mencipta pasaran telah berjaya menarik pelaburan, melahirkan pekerjaan dan membangunkan ekonomi negara.

Puan Pengerusi, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah menunjukkan sumbangan nyata lapangan dengan pendekatan bottom-up, dengan izin. YIM telah mengangkat inovasi akar umbi menjadi solusi dengan kos efektif untuk ekonomi membuka peluang niaga baharu untuk belia, wanita, OKU, golongan B40 serta membawa projek yang lahir di pinggir kampung atau kelas dari politeknik terus ke pasaran.

YIM membuktikan bahawa kita tidak perlu menunggu pemain besar untuk turun padang, sebaliknya inovator tempatan boleh selesaikan masalah air, makanan, kesihatan, keselamatan dan pendapatan keluarga dengan pantas dan berimpak jika mereka diberi bimbingan dan sumber yang memerlukan.

Atas sebab yang saya nyatakan di atas, saya memohon agar kerajaan dapat meningkatkan peruntukan kepada YIM dalam Belanjawan 2026 daripada RM2.750 juta sekarang sekurang-kurangnya kembali ke paras RM6.725 juta seperti tahun 2025, Belanjawan 2025.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada perkara Butiran P 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan P.09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti.

Saya tidak nampak bajet untuk Cradle. Berapakah bajet Cradle untuk tahun hadapan? Juga, apakah perancangan Cradle untuk memperkasa start-up negara?

Saya juga ingin bertanya mengenai pelaksanaan KL20. Adakah ia nya masih di bawah MOSTI? Dan apakah status pelaksanaannya sekarang dan perancangan MOSTI selepas ASEAN Startup Summit yang dilaksanakan baru-baru ini?

Seterusnya, saya ingin tahu mengenai pelaburan ekuiti ini. Adakah Cradle menerima peruntukan pada tahun hadapan? Dan jika ya, berapa peruntukan dan apa perancangan mereka?

Seterusnya, berkaitan dengan Kepala B.30 Butiran B 030100 – Teknologi Strategik. Saya ingin bertanya mengenai pembangunan teknologi yang akan difokuskan oleh MOSTI pada tahun 2026. Adakah MOSTI juga sedang melihat kepada kerjasama pemindahan teknologi dengan agensi luar dan juga permintaan teknologi dari luar negara ke dalam negara kita?

draft • 5:26 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Seterusnya berkaitan dengan Butiran B.020600 – Akademi Sains Malaysia.

Saya ingin bertanya mengenai program i-Connect. Apakah program ini telah selesai dan apa impak yang dijangka? Seterusnya saya juga difahamkan seperti sasaran tahun ini untuk kita lahirkan 130 orang penyelidik per 10,000 tenaga kerja di negara kita. Berapakah bilangan penyelidik yang ada dalam negara sekarang?

Terakhir sekali, saya ingin bertanya mengenai Butiran B.030500 – Agensi Nuklear Malaysia berkaitan dengan advokasi nuklear. Saya berpendapat bahawa kerjasama untuk memberi penerangan ini perlukan kerjasama antara industri, pakar, badan akademik dan sebagainya.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Sesungguhnya, kerjasama pelbagai pihak ini termasuklah badan bukan kerajaan amat penting dalam memastikan masyarakat kita dapat diyakinkan bahawa kehadiran industri ini tidak memudaratkan kesihatan awam dan bermanfaat kepada masyarakat setempat. Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Kuala Krai.

draft • 5:30 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahirahmanirahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kuala Krai juga mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya merujuk Tan Sri Yang di-Pertua, kepada Butiran B. 020100 – Perancangan Strategik.

Peratusan sumbangan industri dalam projek penyelidikan dan pembangunan ditetapkan pada kadar 15 percent bagi tahun 2026, lebih jauh rendah daripada pencapaian sebenar pada tahun 2024 iaitu 54.17 peratus dan sasaran pada tahun 2025 iaitu 40 peratus. Manakala peratusan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021 hingga 2030 mengikut milestone tahunan ditetapkan pada 25 peratus, berbeza dengan sasaran bagi tahun 2024 dan 2025 iaitu antara 90 sehingga 100 peratus.

Soalan saya, mengapa sasaran sumbangan industri dalam R&D untuk tahun 2026 diturunkan secara drastik kepada 15 peratus daripada pencapaian 54.17 peratus pada tahun 2024. Adakah ini menandakan kementerian menjangkakan kejatuhan drastik dalam penglibatan sektor swasta atau ia mencerminkan perubahan

draft • 5:31 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

metodologi pengiraan? Apakah implikasi penurunan ini terhadap matlamat menjadikan Malaysia ekonomi berasaskan inovasi?

Yang kedua, persoalan kedua, pelaksanaan DSTIN ditetapkan hanya 25 peratus untuk 2026, mengapa sasaran milestone tahunan dikurangkan secara mendadak daripada 90 sehingga 100 peratus. Bagaimana kementerian akan memastikan sasaran yang diturunkan ini menghantar signal negatif kepada industri dan pelabur bahawa Malaysia sedang berundur dalam komitmen terhadap inovasi.

Tan Sri Pengerusi, Butiran B.030400 – Jabatan Tenaga Atom atau JTA.

Rakyat Malaysia semakin celik tentang isu keselamatan radiasi, ketelusan pengurusan bahan radio aktif dan arah sebenar negara dalam teknologi nuklear.

Justeru, saya ingin menegaskan bahawa apa sahaja peruntukan kepada JTA mesti datang bersama accountability dan keberkesanan yang jelas.

Saya ingin bertanya melalui butiran ini, berapa peratus sebenarnya akan pergi kepada peningkatan kapasiti penguatkuasaan dan bukan sekadar kos pentadbiran? Malaysia sedang dalam isu sisa radioaktif. Malaysia sedang mengembangkan penggunaan bahan radioaktif dalam sektor perubatan, penyelidikan dan industri tetapi rakyat masih kabur tentang di manakah tapak penyimpanan jangka panjang yang benar-benar mematuhi piawaian antarabangsa?

Apakah status peningkatan fasiliti storan sisa radioaktif selepas beberapa laporan audit kerajaan menunjukkan kelemahan prosedur dan kekurangan tenaga pakar? Adakah peruntukan 2026 ini mencukupi untuk memperkukuh kapasiti pengurusan sisa radio aktif atau sekadar tampalan sementara. Kita tidak mahu Malaysia menjadi contoh negara yang maju menggunakan isotop tetapi mundur menguruskan sisa.

Tan Sri Pengerusi, isu butiran yang sama iaitulah berkaitan kekurangan pakar nuklear tempatan. JTA sering menyebut Malaysia kekurangan pakar keselamatan radiasi, jurutera nuklear dan pegawai dosimetri. Namun usaha membina tenaga pakar tempatan masih perlahan. Belanjawan 2026 patut menjelaskan:

(i) berapa banyak biasiswa atau skim latihan pakar radiasi akan dibiayai?

(ii) bagaimana MOSTI boleh memainkan peranan untuk meningkatkan lagi graduan dalam bidang sains dan teknologi bagi menampung kelemahan negara dalam kadar kemasukan ke pengajian tinggi?

draft • 5:31 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

(iii) apakah yang menghalang lebih banyak penciptaan harta intelek dan cap dagangan di Malaysia meskipun kita merupakan hab utama eksport barangan kreatif dan berteknologi tinggi?

(iv) bagaimana kementerian boleh menyerap lebih banyak graduan universiti sebagai bakat penyelidik dalam sektor komersial sebagai nadi utama inovasi di peringkat industri?

(v) adakah JTA akan bekerjasama dengan universiti dan agensi antarabangsa seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

(IAEA) secara lebih agresif?

(vi) bagaimana memastikan pakar tidak berhijrah ke luar negara akibat peluang kerjaya yang lebih terhad di sini.

Malaysia tidak boleh bergantung kepada pakar kontrak setiap kali wujud isu teknikal yang rumit. Butiran yang sama Tan Sri Pengerusi ialah masa depan teknologi nuklear Malaysia. Negara sedang bercakap tentang teknologi Reaktor Kecil Modular atau SMR. Tenaga nuklear rendah karbon dan potensi penggunaan Isotop lanjutan dalam bidang kesihatan.

Namun, JTA tidak boleh sekadar menjadi penonton dasar ini, perlu menjadi agensi yang memimpin standard keselamatan, mengelak daripada menjadi agensi yang hanya mengesahkan borang dan mengeluarkan lesen. Saya mahu pastikan adakah butiran Belanjawan 2026 menyediakan dana khusus untuk pembangunan garis panduan keselamatan SMR? Adakah terdapat pelan audit kemudahan nuklear perubatan secara menyeluruh? Dan adakah JTA bersedia mengeluarkan laporan tahunan yang lebih telus mengenai insiden radiasi seperti yang diamalkan oleh banyak negara?

Pihak MOSTI mestilah memberikan komitmen jelas terhadap pembaharuan struktur dan operasi. Rakyat mahu sebuah institusi yang benar-benar melindungi keselamatan negara dan masa depan teknologi nuklear Malaysia.

Yang terakhir Pengerusi ialah berkaitan dengan peruntukan pembangunan pengkomersialan sains, inovasi dan teknologi atau STI. Ada terdapat lima butiran dalam maksud pembangunan bagi pengkomersialan STI yang mencatatkan RM0 ataupun kosong ringgit perbelanjaan pada Belanjawan 2024 dan 2025 iaitu 01100 – MIMOS, 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti, 18000 – MRANTI, 40009 – Malaysian Bioeconomy Development Corporation dan 83000 – MIGHT.

draft • 5:31 PM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Soalan saya ialah mengapa lima agensi utama pengkomersialan STI mencatatkan kosong ringgit perbelanjaan dalam Belanjawan 2024 dan 2025?

Apakah jaminan belanjawan kali ini akan benar-benar memberikan peruntukan seperti yang dinyatakan kepada butiran di atas? Dan apakah program yang akan dilaksanakan melalui peruntukan besar berjumlah keseluruhannya RM184 juta pada tahun 2026 terhadap kelima-lima butiran tadi. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 5:31 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Rasah.

draft • 5:31 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut terlibat dalam membahaskan Belanjawan 2026 peringkat Jawatankuasa Kementerian MOSTI pada petang ini. Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan peruntukan pembangunan untuk kementerian ini. Kalau tahun sebelumnya, belanjawan sebelumnya RM537 juta, kali ini RM516 juta. Tak naik, tapi menurun.

Saya tak tahu kenapa. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh. Saya tahu mungkin bukan salah Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri mesti mohon banyak cuma agihan itu, kenapa kementerian ini sebab kita kalau kita nak sebut zaman pendigitalan, zaman AI, zaman teknologi baru, inilah kementerian yang patut menjadi teras kepada segala teknologi ini. Jadi saya sebenarnya, saya nak bantu Yang Berhormat Menteri lah untuk supaya boleh lobi kalau boleh dapat bajet tambahan lebih sebab saya rasa ada keperluan, bukan sebab suka-suka kita nak tambah.

Perkara yang kedua yang saya nak sebutkan di bawah Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia. Saya nampak peruntukan pembangunan ya meningkat banyak daripada RM4.7 juta sebelum ini kepada RM86 juta. Saya menyambut baik.

Sebab apa? Jabatan Kimia ini, saya minta maaf cakaplah, dia banyak menyebabkan atau menjadi punca kepada kes-kes jenayah narkotik tertangguh berkali-kali.

Saya bukan peguam yang menguruskan kes-kes jenayah tapi saya terima banyak aduan yang mengatakan bahawa kes jenayah yang melibatkan narkotik, OKT dibawa ke depan Majistret untuk sebutan, tangguh sebulan, selepas itu tangguh lagi, dapat tarikh baru cuma disebabkan apa nama, berat sebenar ya, bahan dadah itu yang perlukan Jabatan Kimia.

draft • 5:38 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Berbulan, kadang tiga bulan, empat bulan kadang sampai enam bulan, saya rasa ini sesuatu yang tidak adil. Ini minta maaflah, dia menjejaskan sistem kehakiman di negara kita dan menyebabkan kalau ada OKT yang tidak dijamin, dia terpaksa duduk kat dalam. Mungkin akhirnya OKT itu dibebaskan dan dilepaskan, jadi kita tak nak keadaan sebegini berterusan. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri, dengan adanya ini, peruntukan yang— lonjakan yang banyak ni bolehlah Jabatan Kimia melakukan satu lonjakan juga dari segi effectiveness, keberkesanan kerja dia.

Butiran seterusnya adalah 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D). Ya, tadi saya sebut. Inilah patutnya menjadi kementerian teras untuk R&D tapi hairan, tahun lepas dapat 116 juta, kali ini dapat 5 juta. Saya rasa ini tak selaras dengan hala tuju keseluruhan kita yang saya anggap macam mana kita hendak bersaing dengan orang lain, itu satu.

Yang kedua saya nak sebut, untuk bab ini sebenarnya ada hasil R&D kita yang bagus, cuma saya rasa kita mungkin kekurangan dari segi kerjasama antara agensi kerajaan dengan pihak korporat, swasta di luar untuk mengkomersialkan hasil-hasil produk. Saya memberikan contoh ada agensi di Australia yang dia panggil CSIRO dia terlibat dengan penyelidikan dan sebagainya.

Dia mempunyai hubungan yang sangat baik dengan korporat di luar yang mana boleh membantu mengkomersialkan hasil produk dan seterusnya membantu kerajaan menjana pendapatan. Sebab agensi itu sendiri dengan kerjasama swasta dapat menjana pendapatan dan mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan. Kita kalau ada peluang saya harap Yang Berhormat Menteri dan juga yang terlibat boleh kita tengok modul yang baik supaya diaplikasikan di negara kita untuk sama-sama kita membantu merancakkan sektor R&D kita.

Saya hendak tanya berkenaan dengan R&D ini, apakah status perkembangan AI, artificial intelligence ketika ini sebab sekarang ini semua orang sebut AI. Jadi apakah hala tuju kerajaan berkenaan dengan AI? Sebab AI ini dia bukan satu bidang, dia keseluruhan dalam kehidupan kita, semua sektor terlibat.

Jadi mohon Yang Berhormat Menteri nanti boleh memberikan sedikit penjelasan berkenaan dengan perkara ini.

Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan Butiran 00900 - Agensi Nuklear Malaysia. Ini dapat lonjakan, peruntukan yang banyak 44 juta daripada sebelum ini lima juta. Adakah lonjakan ini disebabkan ada Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030

draft • 5:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

yang dilancarkan pada dua tahun dahulu dan setakat mana status pelaksanaan perjalanan Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) ini.

Saya hendak sebut secara spesifik, nuklear ini asalnya kalau orang sebut orang takut, takut bahaya daripada mengiktiraf kebaikan dan kepentingannya. Tapi dunia berubah kita di alam yang mana sekiranya nuklear ini digunakan dengan sebaiknya dia boleh mendatangkan manfaat terutamanya untuk bidang perubatan.

Jadi saya hendak tanya bagaimana nuklear itu boleh diaplikasikan dan apakah hala tuju utama di bawah Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 dalam memastikan tenaga nuklear menjadi antara asas penting di negara kita dalam pembangunan negara. Satu tak menjejaskan alam sekitar, memastikan kelestarian alam berterusan dan pembangunan dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi.

Jadi ini sedikit sahaja perbahasan daripada saya untuk kementerian MOSTI, terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Kapar.

draft • 5:40 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang untuk saya membahas Bajet 2026 untuk Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi peringkat Jawatankuasa yang menerima peruntukkan RM1,275,900,600.

Saya merujuk kepada B/P.30 khususnya kod Butiran 040400 - Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). So, saya ingin menarik perhatian kepada peranan MIGHT di bawah MOSTI sebagai penghubung strategik antara kerajaan dan industri dalam teknologi tinggi. Kalau Malaysia mahu bergerak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, MIGHT mesti diberikan mandat yang lebih tajam dan hasil yang lebih terukur.

Jadi, pertama MIGHT perlu memastikan pelan teknologi negara benar-benar diterjemahkan kepada projek industri bukan sekadar laporan dan konsultasi, consultation. Kita mahu melihat output syarikat tempatan naik ke rantaian nilai peningkatan paten dan pembangunan teknologi yang kita miliki sendiri.

Kedua, kolaborasi MIGHT dengan sektor strategi seperti AI tenaga bersih, aeroangkasa, automotif baharu dan biotech perlu diperkukuh dengan sasaran jelas serta kemasukan pemain antarabangsa berkualiti untuk pemindahan teknologi.

Ketiga, integriti dan ketelusan sangat penting. Setiap inisiatif MIGHT mesti dinilaikan penilaian impak disertai dengan penilaian impak, garis semasa serta matrik

draft • 5:44 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

kejayaan yang boleh dipertanggungjawabkan kepada Parlimen. Kita tidak boleh projek hi-tech menjadi sekadar branding tetapi hasilnya kepada rakyat kita tak nampak tanpa apa hasil ini.

Saya merujuk kepada B.30 Butiran 020000 – Perancangan dan Pembudayaan Sains. Saya tertanya-tanya kenapa IPT dan sekolah masih lagi mengeluh bahawa tak cukup orang, pelajar untuk yang berminat dengan sains. I know irony. Saya membaca visi MOSTI, apa visi MOSTI? Negara berteknologi.

MOSTI nak negara berteknologi tinggi melalui sains teknologi inovasi dan ekonomi.

Maka memanglah sewajarnya kerajaan menitikberatkan perancangan rapi berserta blueprint atau pelan induk berserta roadmap yang jelas.

So ironinya, kita mahu negara yang berteknologi yang tinggi, but our problem that nobody can deny is decline of minat kepada sains di seluruh negara. Kalau kita tengok gajet merata-rata, ya. Hendak cepat, hendak laju, hendak mudah kerja, games, speeds, volume, audio visual, AI, robotik, semuanya keliling kita.

Why, kenapakah masyarakat kita tidak berminat dengan sains sedangkan itulah sebenarnya yang menghasilkan semua benda itu dan kita hanya nak jadi pengguna. Kalau apa dari segi statistiknya Malaysia di antara yang tertinggi menggunakan media sosial. Itu adalah sains hasil daripada sains.

Jadi soalan Kapar ialah kita mahu perincian perkara mustahak tersebut berapa saintis yang sedia ada dan apakah bidang mereka? Apakah bidang sains yang perlu dan mesti dikuasai oleh negara untuk mencapai visi tersebut? Apakah peranti perubatan termasuk yang menggunakan AI yang akan dihasilkan oleh Malaysia, yang telah dan akan dihasilkan.

Berapakah saintis yang diperlukan untuk memastikan negara kita yang sudah kaya dengan banyak resources, natural resources, biodiversiti yang di antara paling kaya di dunia untuk membangunkan negara kita supaya makmur, mampan, selamat dan sejahtera. Dengan peruntukan perancangan strategik B.30 Butiran 020100 yang telah menguncup ke RM9,000,000 lebih sahaja apakah mahu dicapai oleh 73 orang sahaja ini dalam butiran ini, ya. Saya hendak tolong jugalah Menteri kan?

Merujuk kepada B.30 program 020200 – Pembudayaan STI, 18 juta lebih ini.

Menurut antara fungsi program ini, ialah Bahagian C berbunyi, “Mengurus dan menyelaras inisiatif penajaan MOSTI untuk pelaksanaan program pembudayaan STI oleh pelbagai pihak seperti NGO, PIBG, persatuan pelajar, syarikat penganjur aktiviti dan sebagainya...”. Kapar berpendapat fungsi ini bagus.

draft • 5:44 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Soalan saya, bagaimana keadaan pihak yang sebut itu boleh bersinergi dengan pihak kementerian? Apa mekanisme untuk menghidupkan komuniti termasuk rakyat setempat, ibu bapa dan pelajar untuk memupuk minat dan kecenderungan komuniti untuk menerima sains sebagai perkara penting dan utama yang dengan itu boleh menyuburkan ekosistem yang lebih kondusif dan masyarakat yang akan menyokong pembudayaan sains.

So, secara natural apabila komuniti faham dan sedar betapa pentingnya sains dan teknologi sudah tentu anak-anak mereka yang mendapat limpahan cenderung sains tersebut tidak timbul pelajar tidak minat subjek sains.

draft • 5:44 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Sikit, landing Tan Sri. Bagi saya, ini adalah cara mikro, akar umbi untuk menjayakan good feeder system yang akan memastikan supply atau pool modal insan berkaitan sains dan teknologi khususnya pelajar aliran Sains akan mencukupi dan memberangsangkan.

Jadi dengan ini, akan membantu menyelesaikan masalah yang sentiasa diulang-ulang, termasuk dalam Dewan ini. Dah beberapa tahun ini kekurangan pelajar Sains. Jemputlah ke Kapar ya, kalau nak buat komuniti sains ini, yang minat sains. Ekosistemnya bagus, yang very apa ni. Er, nak jadi inovasi sebagai daya, daya hidup mereka. Jadi, jangan lupa jemput saya ya.

Banyak lagi Tan Sri ya, kerana perkara ini sangat-sangat penting sebab inilah satu-satunya kementerian yang mengatakan nak jadikan negara ini berteknologi tinggi. Jadi, banyak apa, benda yang kita kena, kena sebutkan, tetapi nampaknya tak ada masa. Kesian kawan saya apa tu nanti kan. Jadi, saya harapkan R&D itu juga bukannya one-off saja apa Menteri, kena staggered. Sebab mereka yang buat research ini, dia memerlukan masa, dia pun tak boleh one year only. So, you kena multi-layered. So, you really have to plan for it dan kena dengar masalah mereka supaya you want hasil at the end of the day, the bottom line is hasil. Terima kasih Speaker.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput yang terakhir, Batu Pahat.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang telah diberikan. Batu Pahat ingin menegaskan bahawa peranan MOSTI amat penting dalam memperkasa pembangunan penyelidikan, inovasi dan teknologi masa depan negara.

draft • 5:51 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Pertama, Batu Pahat ingin merujuk kepada peranan Agensi Nuklear Malaysia merujuk kepada Butiran B.030500 dan P.00900 berjumlah RM44.48 juta. Mohon penjelasan terperinci mengenai pecahan peruntukan ini.

Untuk makluman semua, teknologi nuklear dalam bidang perubatan kini sangat kritikal khususnya dalam aspek pengesanan dan rawatan kanser. Sebagai contoh, radioiodine diguna secara meluas untuk rawatan kanser tiroid iaitu kanser kelapan tertinggi di Malaysia dan antara yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Walaupun kadar kesembuhan kanser tiroid ini mencecah sekitar 90 peratus dalam tempoh lima tahun, kos rawatannya masih tinggi kerana bergantung kepada pembelian radioisotop perubatan serta keterbatasan kemudahan modaliti pengesanan dan siklotron dalam negara.

Batu Pahat berpandangan bahawa kos rawatan ini boleh dikurangkan melalui kerjasama perkhidmatan perubatan nuklear antara MOSTI dengan agensi perubatan seperti universiti tempatan dan Institut Kanser Negara. Justeru itu, apakah pandangan MOSTI terhadap cadangan perkongsian kepakaran dan fasiliti ini?

Tuan Pengerusi, kedua, Batu Pahat ingin menyentuh tentang pengurusan sisa radioaktif oleh Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Tenaga Atom. Batu Pahat melihat peranan Nuklear Malaysia sebagai pusat depositori sisa radioaktif kebangsaan sangat penting sebagai komitmen jangka panjang untuk memastikan pengurusan sisa industri negara khususnya industri nadir bumi atau REE dilaksanakan secara selamat, mampan dan mematuhi piawaian antarabangsa.

Oleh itu, Batu Pahat ingin bertanya, apakah usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Nuklear Malaysia dan Jabatan Tenaga Atom untuk memberikan keyakinan kepada pelabur mengenai aspek keselamatan dan pengurusan sisa radioaktif dalam negara? Adakah MOSTI akan melaksanakan advokasi nuklear secara konsisten bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan teknologi nuklear, industri tanpa menjejaskan kesihatan dan keselamatan awam?

Tuan Pengerusi, ketiga, Batu Pahat ingin menyentuh mengenai pembangunan inovator desa oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Butiran P.03700 hanya memperuntukkan hanya 2.75 juta pada tahun hadapan. Dengan peruntukan yang sangat terhad ini, apakah perancangan strategik Yayasan Inovasi Malaysia iaitu untuk membangunkan inovator tempatan? Adakah untuk memperkasa teknologi yang dibangunkan di peringkat komuniti dan mereplikasi inovasi tersebut ke lokasi- lokasi lain di seluruh Malaysia?

draft • 5:51 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Tuan Pengerusi, keempat, Batu Pahat ingin merujuk kepada Butiran P.00604 iaitu Pusat Sains Negara, P.00602 – Planetarium Negara, masing-masing menerima sebanyak RM2 juta. Saya perhatikan Planetarium Negara sebelum ini tidak menerima peruntukan sedemikian. Mohon penjelasan, apakah program atau penaiktarafan yang dirancang menerusi peruntukan baru ini?

Bagi Pusat Sains Negara, Batu Pahat melihat program seperti Kembara Rehlah Sains telah dilaksanakan di beberapa institusi agama di Kedah dan Perlis.

Namun, program berkenaan belum sampai ke Batu Pahat. Maka, saya ingin bertanya, adakah Pusat Sains Negara merancang untuk melaksanakan Rehlah Sains atau program outreach lain di Parlimen Batu Pahat pada tahun hadapan?

Dengan itu, saya pohon agar pihak MOSTI dapat mempertimbangkannya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 5:51 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Terdapat 13 pembahas telah pun mengambil bahagian. Demikian, saya menjemput Menteri untuk menjawab dan Menteri diberi 20 minit. Silakan.

draft • 5:51 PM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI diucapkan kepada semua yang apa itu, berbahas, mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini.

Pertama sekali saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua ketiga- tiga belas orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2026 peringkat jawatankuasa yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ada mungkin yang melibatkan peringkat dasar, tetapi saya cuba jawab apa yang dibangkitkan tadi.

Sebab ini menunjukkan sokongan dan penghargaan Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap usaha MOSTI bagi memartabatkan agenda sains, teknologi dan inovasi negara sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.

Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, bajet MOSTI bagi tahun 2026 telah menunjukkan penurunan sedikit berbanding tahun-tahun sebelum ini.

[Ketawa] Secara keseluruhannya bagi tahun 2026, MOSTI menerima peruntukan sebanyak RM1.28 bilion di mana bagi bajet mengurus berjumlah 759.68 juta dan bajet pembangunan berjumlah RM516.21 juta.

draft • 6:55 PM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Berbanding tahun 2025, peruntukan mengurus MOSTI bagi tahun 2026 telah meningkat sebanyak hampir RM21 juta atau 2.81 peratus. Manakala bajet pembangunan menunjukkan penurunan sebanyak hampir RM21 juta dengan, ataupun 3.6 peratus berbanding dengan tahun 2025. Secara keseluruhannya, bajet pembangunan MOSTI menampakkan pertumbuhan positif sebanyak 33.5 peratus dari tahun 2022 hingga ke tahun 2026, membuktikan bahawa peruntukan untuk MOSTI sentiasa diutamakan oleh Kerajaan MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan ataupun perbahasan secara terperinci, saya ingin mengatakan bahawa secara amnya, memang ramai Ahli-ahli Yang Berhormat membangkitkan bahawa peruntukan MOSTI, penurunan peruntukan MOSTI ini terutamanya peruntukan pembangunan yang tidak mencukupi ini, memang satu masalah yang perlu kita tangani dengan serius. Dan saya boleh bagi tahu, apa, maklumkan pada Dewan yang mulia ini bahawa peruntukan memang tidak cukup. Dia tak ada peruntukan yang cukuplah. Setiap tahunkita tak kira berapa banyak peruntukan pun memang tidak akan cukup.

Cuma, sebagai kementerian ataupun sebagai jabatan kerajaan, memang kita perlu juga ambil kira kedudukan semasa kewangan negara di mana terutamanya kita tahu, tahun ini kita ada penyelarasan gaji kakitangan kerajaan. Dan saya juga secara amnya saya ingin memberi sedikit gambaran kenapa peruntukan untuk sesetengah agensi ataupun sesetengah bahagian itu diturunkan.

Sebagai contoh, adanya yang dapat projek one-off ataupun dia projek untuk satu tahun saja. Selepas yang projek itu selesai, memang mereka tidak akan dapat untuk tahun yang akan datang. Itu adalah one-off. Saya bagi contoh PSN, Pusat Sains Negara. Kita baru buat apa itu, upgrading ataupun naik taraf dan sekarang sudah pun kita baru buka selepas ditutup untuk sembilan bulan untuk renovation dan upgrading. So, itu adalah PSN.

draft • 6:55 PM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

Dan juga apabila ada R&D projek yang sudah pun selesai, memang tidak akan dapat yang barulah. Dan juga ada keadaan di mana apabila berlakunya fokus kerajaan beralih, saya bagi contoh seperti penyelidikan STI untuk tahun ini memang turun dari segi peruntukan pembangunan. Tetapi untuk pembangunan perkhidmatan STI, naik mendadak sehingga 62 peratus dari tahun ini, RM141.49 juta, tahun depan akan jadi RM229.07 juta.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah beberapa sebab yang menyebabkan adanya agensi yang tidak dapat peruntukan atau pun menurun. Saya juga ingin ambil

draft • 6:00 PM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang

kesempatan untuk memberi sedikit berita baik kepada Kapar, sebab tadi Kapar ada sebut tentang peratusan pelajar yang minat pada STEM. Saya kaji balik, 2021 pelajar masuk aliran sains adalah 40.95 peratus. 2022, 40.94 peratus. Ada penurunan sedikit. 2023 pelajar masuk STEM adalah 45.73 peratus. Ada peningkatan dari segi itu.

Tahun lepas 2024, terdapat peningkatan lagi iaitu sebanyak 50.93 peratus pelajar yang telah memilih aliran sains iaitu aliran STEM.

draft • 6:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan sikit Menteri, boleh tak?

draft • 6:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Saya belum masuk untuk...

draft • 6:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

STEM itu dia ada banyak kategori ya.

draft • 6:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Betul, betul.

draft • 6:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Pakej A, pakej B, kalau C, D tu, depa bukan STEM lah dia bukan buat sains tulen ya, fizik, chemistry, biologi, additional math. So, dia tak boleh buat jadi, dia pun tidak boleh lagi engineer. Oleh A and B je boleh jadi engineer.

draft • 6:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Bukan pure sains.

draft • 6:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Ha, bukan pure sains.

draft • 6:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Terima kasih atas penjelasan.

draft • 6:00 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Percentage tinggi sebenarnya tidak menyelesaikan masalah kita.

draft • 6:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Saya faham. Saya ambil data daripada KPM [Ketawa] . Terima kasih Kubang Pasu dan juga terima kasih Kapar.

Saya ingin menjurus kepada jawapan untuk isu yang dibangkitkan.

Dimulakan dengan Yang Berhormat Shah Alam berkaitan dengan Agensi Angkasa Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat Shah Alam, MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia ataupun MYSA telah melaksanakan inisiatif awal bermula sejak 2022 sebagai persiapan ke arah pelaksanaan Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) secara kerjasama PPP ataupun kerjasama awam swasta.

Fasiliti teknologi angkasa di bawah MYSA telah pun diperkasakan bagi memastikan kesiapsiagaan negara dalam pembangunan dan pengoperasian satelit.

draft • 6:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Antara usaha yang dilaksanakan termasuk menaik taraf fasiliti Assembly, Integration and Test (AIT), di Kompleks Teknologi Angkasa, Banting. Stesen kawalan misi TTNC di Banting bagi meningkatkan keupayaan kawalan dan pemantauan satelit negara dan Stesen Bumi di Kompleks Operasi Angkasa (SOC), Temerloh, Pahang bagi memastikan keupayaan penerimaan data satelit penderiaan jauh negara atau pun remote sensing satellite secara lebih cekap dan berkapasiti tinggi.

Langkah-langkah ini penting dalam memastikan infrastruktur teknologi angkasa negara dapat menyokong pembangunan dan operasi satelit penderiaan jauh negara secara optimum. MOSTI juga memberi penekanan kepada pembangunan modal insan melalui pelaksanaan pelbagai latihan teknikal dan praktikal.

Termasuk latihan on job training, dalam pengujian satelit, kursus teknikal berkaitan reka bentuk sub sistem satelit dan pengoperasian sistem antena dan juga penyertaan jurutera MYSA dalam kumpulan kerja teknikal, seminar, persidangan dan bengkel antarabangsa berkaitan teknologi satelit dan penderiaan jauh.

Dari segi ekonomi, pembangunan dan pengoperasian satelit PSPJN, berpotensi untuk menggerakkan rantaian nilai ekonomi angkasa tempatan, memperkukuh industri berteknologi tinggi dan membuka ruang, peluang dan ruang untuk komersil dalam sektor remote sensing, pertanian pintar, pemantauan alam sekitar, pengurusan bencana serta perancangan bandar.

Ini sejajar dengan pengalaman negara dalam pembangunan Program MEASAT di mana negara berjaya mewujudkan pemain industri tempatan yang kompeten dalam bidang satelit komunikasi. Seterusnya, berkaitan dengan...

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Menteri, Yang Berhormat Menteri, terima kasih di atas jawapan tersebut. Kami harap, menteri jemput lah kami melawat ke pusat- pusat pengujian tersebut. Terima kasih*.

[Tepuk]*

draft • 6:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Boleh, boleh Yang Berhormat, memang kami boleh lakukan dan akan lakukan. Terima kasih. Untuk pertanyaan Yang Berhormat juga terhadap MYGenom, pangkalan data rujukan genom rakyat Malaysia yang lengkap dijangka siap menjelang akhir tahun 2028. Walau bagaimanapun jujukan genom bagi 2,400 individu sihat di bawah projek MyGenom akan mula tersedia bermula Mac 2026.

Akses kepada data ini adalah tertakluk kepada kawalan ketat melalui Jawatankuasa Akses Data, setiap permohonan penggunaan data akan melalui proses tapisan dan penilaian oleh DAC atau pun Data Access Committee, bagi

draft • 6:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

memastikan perkongsian data dilakukan secara beretika, bertanggungjawab serta mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Untuk seterusnya, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Jerantut berkaitan bajet R&D MOSTI untuk tahun 2026. Peruntukan sebanyak RM75 juta yang diluluskan pada tahun 2026 di bawah Butiran P.00800 - Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) adalah mencukupi untuk pelaksanaan R&D MOSTI.

Dalam hal ini, peruntukan yang diluluskan kepada MOSTI ini adalah tertakluk kepada kemajuan semasa projek yang sedang berlangsung serta perancangan R&D berteraskan misi atau pun mission-based R&D yang bakal dilaksanakan sejajar dengan hala tuju R&D bagi RMK13.

Berkaitan bajet untuk tiga agensi, MDV, NMB, MDV adalah Malaysia Debt Ventures, NMB adalah NanoMalaysia Berhad dan KMP, Kumpulan Model Perdana.

Ia bergantung kepada permohonan dan kelulusan MOF, namun MDV dan KMP sebagai agensi pembiaya, mempunyai kapasiti pembiayaan sendiri melalui terbitan suku dan NMB telah menerima peruntukan untuk Projek HyPEReactor RM2 juta.

Selain itu, MOSTI akan menawarkan pembiayaan susulan bagi projek-projek yang berpotensi untuk ke fasa seterusnya berdasarkan tahap kematangan teknologi.

Dan ini akan meningkatkan potensi pengkomersialan projek-projek yang dibiayai oleh MOSTI dan MOSTI akan mengoptimumkan peruntukan melalui penjajaran semula keutamaan serta memperkemas kolaborasi antara kerajaan, akademia dan industri.

Bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Padang Rengas, pengkomersialan adalah diakui rendah, namun MOSTI kini sedang mengatur strategi untuk meningkatkan pengkomersialan hasil R&D negara. Sebagai contohnya, MIMOS melaksanakan strategi komersialisasi berasaskan kerjasama rapat dengan industri, pelesenan IP dan pembangunan demonstrator teknologi.

Melalui pendekatan ini, industri terlibat sejak fasa awal pembangunan, IP MIMOS dapat dilesenkan kepada syarikat tempatan dan projek perintis dapat dijalankan terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko sebelum pelaksanaan skala penuh. Hasilnya, sebanyak 354 paten berjaya dikomersialkan sehingga kini dan menunjukkan keberkesanan model komersialisasi yang diguna pakai.

Berkaitan soalan Yang Berhormat Padang Rengas dan juga Yang Berhormat Kuala Krai berkaitan dengan Dasar Teknologi Nuklear (DTNN) 2030, di bawah

draft • 6:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Agensi Nuklear adalah lengkap dan komprehensif namun peruntukan mengenai tenaga nuklear masih dalam pertimbangan.

Sebagai badan penguat kuasa, adalah menjadi prinsip utama untuk Jabatan Tenaga Atom untuk menjadi entiti berkecuali iaitu untuk tidak mempromosi atau menetapkan dasar berkaitan penggunaan teknologi nuklear.

Untuk pecahan dana Suntikan Berbagai Ekuiti, P.09000. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Krai, Cradle Fund menerima peruntukan sebanyak RM26 juta, manakala MTDC menerima peruntukan sebanyak RM34 juta.

draft • 6:00 PM

Tuan Chang Lih Kang

Bagi pertanyaan mengenai peruntukan untuk aktiviti RDCI rentas kementerian, hampir RM5.9 bilion yang dinyatakan semasa ucapan Bajet 2026 ianya melibatkan bajet untuk pelbagai kementerian dan agensi. Saya percaya pecahan bajet ini masih diperhalusi dan akan dinyatakan kelak.

Berkaitan dengan pertanyaan tentang— sorry. Bajet MIGHT. Peruntukan berjumlah RM106 juta. Dengan memberi tumpuan kepada dua keutamaan strategik iaitu sebanyak RM105 juta akan disalurkan melalui anak syarikat MIGHT iaitu Venture Tech untuk melaksanakan program dana pelaburan strategik high growth high value Bumiputera yang bertujuan untuk memperkukuh penyertaan syarikat Bumiputera dalam sektor bernilai tinggi melalui pelaburan, pengembangan kapasiti dan pemacuan teknologi.

Sementara itu, RM1 juta lagi diperuntukkan untuk memajukan inisiatif pembangunan industri nadir bumi bukan radioaktif ataupun NRRE termasuk penyelidikan, pemetaan nilai rantaian serta kerjasama strategik bagi memastikan pembangunan REE negara dilaksanakan secara berintegriti, mampan dan berpandangan jauh.

Bagi pertanyaan Yang Berhormat Betong terhadap MRANTI B.30, 040300 – Program khusus sebanyak RM48 juta adalah peruntukan bagi emolumen kakitangan MRANTI bagi memastikan agensi ini terus berupaya memacu program inovasi nasional. Sementara itu, peruntukan P.18000, sebanyak RM10 juta akan disalurkan sebagai dana pengkomersialan. MRANTI akan melancarkan dana ini pada tahun hadapan di mana permohonan dijangka dibuka seawal suku pertama 2026.

Dana ini akan menjadi pemangkin utama yang disasarkan untuk membiayai sekurang-kurangnya 10 projek berimpak tinggi yang berada pada Tahap Kesediaan Teknologi ataupun TRL tujuh hingga sembilan. Buat masa ini, tumpuan utama akan

draft • 6:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

diberikan kepada projek yang selari dengan kerangka MySTI dan Pelan Hala Tuju RDICE.

Mengenai cadangan Yang Berhormat untuk meningkatkan dana untuk MRANTI akan dipertimbangkan bagi program-program strategik negara. Berkaitan dengan perancangan tahun hadapan untuk MySTI, MRANTI telah merangka pelan tindakan MySTI bagi tahun 2026 yang berpaksikan kepada tiga strategi utama, peningkatan pensijilan MySTI dan outreach R&D dengan meningkatkan bilangan produk yang disijilkan MySTI kepada 300 produk.

Jerayawara institusi pengajian tinggi iaitu mengikut zon wilayah, pantai timur, utara, selatan dan Sabah, Sarawak. Inisiatif ini bertujuan untuk menarik dan mendorong output R&D daripada penyelidik universiti tempatan agar memohon pensijilan MySTI.

Yang ketiga, perkongsian kisah kejayaan success story melalui perkongsian kisah kejayaan syarikat bertujuan untuk membina keyakinan industri terhadap nilai pensijilan MySTI dan menarik lebih ramai pemain industri untuk mengambil bahagian.

Seterusnya, saya ingin beralih kepada pertanyaan Yang Berhormat Sungai Siput berkaitan dengan Jabatan Kimia Malaysia. Jabatan Kimia Malaysia mempunyai satu unit makmal bergerak yang ditempatkan di ibu pejabat Petaling Jaya. Makmal bergerak ini dilengkapi dengan peralatan saintifik yang berupaya mengesan dan mengenal pasti bahan kimia di lapangan. Jabatan Kimia Negeri Johor dan Jabatan Kimia Sarawak masing-masing mempunyai satu unit bergerak yang berupaya mengesan bahan kimia di lapangan juga.

Bagi berkaitan Yang Berhormat Jerantut. Tahun depan MOSTI akan menerima peruntukan untuk menaik taraf makmal sedia ada dan perancangan sedang dilaksanakan sekarang.

Bagi berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Rasah, amat disambut baik. Jabatan Kimia akan memperkukuh kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar agar proses pensampelan, pelaksanaan analisis kimia dan pengeluaran laporan kimia dapat dilakukan dengan kadar segera apabila sesuatu bencana atau pencemaran berlaku.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kimia juga berkemampuan untuk menjalankan analisis pemantauan kualiti air dengan cepat dan tepat. Walau bagaimanapun, pihak kami memandang tinggi cadangan pihak YB dan akan membuat permohonan perolehan makmal bergerak khusus untuk pemantauan kualiti

draft • 6:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

air di zon utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Jabatan Kimia sentiasa berusaha memberi perkhidmatan saintifik yang terbaik kepada agensi kerajaan, swasta dan rakyat secara amnya.

Bagi analisis narkotik, beban kerja telah bertambah sebanyak 100 peratus semenjak penstrukturan dan pertambahan perjawatan pada tahun 2013.

Peningkatan beban kerja berserta kompleksiti analisis narkotik telah mengakibatkan kelewatan dalam pengeluaran laporan kimia.

Saya bagi contoh YB Rasah. Apabila kita buat analisis narkotik, dia ada perlu untuk kita cari certified reference material dan kebanyakan masa sebab ada banyak bahan narkotik ataupun drugs yang baharu yang kita perlu mencari CRM ataupun certified reference material itu yang sangat-sangat mahal, kos yang tinggi dan pada masa yang sama, selalu–– bukan senang untuk dijumpai ataupun dibeli di pasaran.

Dan itu salah sebab...

draft • 6:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

[Bangun]

draft • 6:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Sebelum, sebelum Menteri habis, nak minta laluan sikit boleh?

draft • 6:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

Kapar dulu, Kubang Pasu.

draft • 6:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey.

draft • 6:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Boleh ya?

draft • 6:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

Okey Kubang Pasu.

draft • 6:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, saya ada pengalaman di Kapar ini, di mana sungai menjadi kebiruan. Sebab ada efluen ke apa kan. So, the problem is how fast yang Jabatan Kimia, are you in collaboration dengan Alam Sekitar yet?

Ataupun can you empower, empower Alam Sekitar or other inilah. Makna, now is your is the buck is with you kan? Boleh tak Alam Sekitar. Sebab penduduk akan–– kita akan adu kepada Alam Sekitar, we don’t find the kimia first-kan? Boleh tak permudahkan dan percepatkan proses itu. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey boleh?

draft • 6:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

Berkaitan.

draft • 6:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Saya berkaitan dengan peruntukan untuk R&D. Ia isu besar yang perlu diberi tumpuan untuk masa depanlah. Mungkin Menteri boleh komen.

Lagi satu tentang kita nak memperkasakan MIMOS. Sebab sekarang R&D semikonduktor ini merata tempat. USM lah, sana sini. Jadi, kita tak fokus untuk kita

draft • 6:10 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

hendak membangunkan NSS – National Strategy Semiconductor dan saya mencadangkan supaya kita memperkasakan MIMOS. MIMOS ada banyak pakar- pakar dalam bidang elektrikal, elektronik dan sebagainya dan mungkin kita boleh jadikan dia sebagai teknikal leadership for the country. Seperti ETRI di Taiwan.

draft • 6:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya jawab dua soalan, lepas itu saya rumuskanlah. Yang tidak dapat dijawab itu, saya cuba jawab, memberi jawapan bertulis. Dan untuk menjawab soalan Kapar, memang kita bekerjasama rapat dengan JAS – Jabatan Alam Sekitar.

Saya bagi contoh, apabila berlakunya satu bencana ataupun pencemaran sungai, JAS akan ambil sampel air selepas itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk kita buat analisis. So, Kimia akan berperanan untuk membuat analisis tersebut. Selepas itu kita akan menghantar balik laporan kepada JAS.

Dan memang ini adalah modus operandi kitalah dan apabila berlakunya ada kes narkotik, polis akan hantar itu sampel ke Jabatan Kimia dan Jabatan Kimia akan buatlah. Sebab ada masa yang kita boleh pendekkan ataupun singkatkan. Tetapi, ada masa yang tidak dapat–– ada tempoh yang tidak dapat dipendekkan. Sebab memang itu adalah requirement untuk kita dapatkan keputusan yang jitu, analisis yang jitu. Kalau tidak, katakan kita perlu lima hari untuk yang sampel ini, kita kena tunggu lima hari, itu tak dapat dipendekkan.

Dan itu sebabnya apabila kita kata memang piagam perkhidmatan untuk kimia 30 hari, tetapi itu kalau kosong, kita start dari kosong. Tetapi, kita ada kes banyak dan apabila satu kes narkotik berlaku, dia banyak, dia akan berlambak masuk. Dan setiap kes itu dia ada banyak sampel. Mungkin ada 100 sampel, 200 sampel dan itu akan menyebabkan backlog.

draft • 6:10 PM

Tuan Chang Lih Kang

Tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, memang pihak pengurusan Jabatan Kimia bersama-sama dengan kepimpinan tertinggi MOSTI telah mengambil maklum keadaan ini dan di dalam proses untuk penyediaan kertas kerja holistik agar proses pengeluaran laporan analisis narkotik dapat dipercepatkan dan proses keadilan dapat disegerakan. Kerajaan Malaysia MADANI juga akan— telah bertindak pantas dengan meluluskan projek perolehan peralatan bagi pemantapan perkhidmatan dan pengintegrasian teknologi sains forensik di Jabatan Kimia Malaysia, ibu pejabat negeri dan cawangan berjumlah RM69 juta di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Dan itu sebabnya kita nampak ada satu

draft • 6:20 PM

Tuan Chang Lih Kang

pertambahan yang mendadak dalam pembangunan perkhidmatan STI untuk tahun depan.

Untuk menjawab soalan Kubang Pasu, memang kita harap kita boleh menjadikan MIMOS sebagai satu agensi R&D negara yang boleh— yang mempunyai peranan yang lebih besar dalam pembangunan sektor semikonduktor dan E&E ini. Namun, kita ada kekangan jugalah, terutamanya dari segi kekangan peruntukan. So, apa yang kita buat, orang bagi lemon kita buat lemonade-lah.

draft • 6:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Menteri, kita nak majukan semikonduktor, kita kena bagi — dia orang kena bagi duit.

draft • 6:20 PM

Tuan Chang Lih Kang

Ya.

draft • 6:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

You kena lobi sampai dapat.

draft • 6:20 PM

Tuan Chang Lih Kang

Ya.

draft • 6:20 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kalau tidak, kita dok macam tu sampai bila-bila.

[Ketawa]

draft • 6:20 PM

Tuan Chang Lih Kang

Tapi pada masa yang sama Kubang Pasu, kami menggunakan pendekatan yang lain. Selain daripada minta kerajaan memberikan dana secara 100 peratus dari kerajaan, kita juga menggunakan platform seperti Malaysia Science Endowment (MSE). Sekarang Malaysia Science Endowment dengan pemain-pemain industri telah pun mewujudkan ataupun menubuhkan satu konsortium, di mana kita akan memberikan dana padanan (matching grant). MSE akan keluarkan RM90 juta dan pemain industri akan keluarkan jumlah yang sama untuk kita bersama-sama membangunkan sektor semikonduktor ini, ya. Saya— Dan Tuan di-Pertua, ada banyak lagi yang tidak sempat dijawab. Saya harap boleh memberikan jawapan bertulis kepada semua Ahli Berhormat yang mengambil bahagian. Dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengambil maklum setiap cadangan dan isu yang diajukan oleh semua Ahli Yang Berhormat dan sentiasa berusaha serta komited dalam mengambil tindakan proaktif terhadap perkara yang dibangkitkan.

Dengan ini, sekian sahaja ucapan penggulungan saya yang menyentuh mengenai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Segala cadangan dan teguran akan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih Menteri. Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM759,683,800 untuk Kepala B.30 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.30 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.30 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.30 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, ini ada satu pengumuman. Pada hari Selasa minggu depan iaitu 25 November 2025, saya ingin memaklumkan bahawa bagi Sesi Pertanyaan Menteri, ia nya akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-menteri sahaja memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke Kenya pada tarikh tersebut.

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 20 November 2025. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

draft • 6:20 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 6:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.25 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026