Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas. Silakan.
1. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri. Masih lagi hadir menjawab soalan untuk sebelum ke luar negara hari ini. Baik, saya minta Perdana Menteri menyatakan status terkini pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024–2028 melalui pengukuhan lima strategi teras seiring usaha kerajaan meningkatkan tata kelola dan memerangi rasuah secara tegas dan adil tanpa pilih kasih. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Pasir Mas dan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) itu telah pun diedarkan tahun lalu kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi, saya tidak bercadang untuk membaca semuanya. Tetapi sub strategi kelima diselesaikan tahun 2024 dan 18 itu sehingga November telah diselesaikan.
Apa yang penting ini ialah kerana next, gunakan dashboard untuk membuat penilaian. Kemudian dia patuh kepada Sistem Pengurusan Antirasuah ataupun Anti- Bribery Management System. Ini lebih telus dari sudut nak memastikan pelaksanaan yang dipantau oleh Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional.
Jadi, sekarang ini pemantauan itu lebih berkala dan sekali gus kita ambil beberapa langkah yang dicadangkan, termasuk beberapa rang undang-undang yang akan dibentangkan. Ya, ini yang disebut umpamanya whistleblower act, FOI dan
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Ombudsman yang sedang dirangka oleh Menteri yang dipertanggungjawabkan. Jadi, cadangan-cadangan tambahan itu termasuklah umpamanya badan-badan yang menyertai program antirasuah secara berkesan dan agresif akan dipertimbangkan, diberikan pemotongan cukai, lebih selamat daripada kehilangan dan ketirisan.
Kemudian, whistleblower kalau ikut dalam rencana rang undang-undang yang akan dibentangkan, akan diberi bukan sahaja perlindungan tetapi insentif supaya mereka dapat jaminan pendapatan yang lebih baik. Kemudian, kadar elaun saksi yang sedia memberi kerjasama kerana setakat ini nampak ada kejayaan- kejayaan bermakna.
Contohnya ialah sepertimana yang saya sebut di Parlimen minggu lalu.
Kerana kejayaan bukan sahaja SPRM tetapi semua badan-badan penguatkuasaan dari sudut kerangka besar antirasuah dengan ketirisan, penyeludupan, kartel, itu telah berjaya mengumpulkan RM15.5 bilion untuk kantung negara.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas jawapan tadi. Satu strategi yang cukup baik.
Cuma, soalan saya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya cuba susuli balik ketika mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berada dalam kerajaan bermula tahun 80-an sehingga tahun 1998, berbelas-belas tahun Perdana Menteri berada dalam kerajaan. Dari satu jawatan ke satu jawatan, kemudian berada di luar kerajaan bermula tahun 1998. Ternyata kes-kes yang melibatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di mahkamah tidak satu pun membabitkan isu penyalahgunaan yang membabitkan harta dan wang rakyat.
Jadi, rakyat melihat Perdana Menteri merupakan orang yang layak untuk bercakap soal rahsia ketika itu dan saya sendiri melihat begitu. Kerana apa? Kerana rekod Yang Amat Berhormat tidak melibatkan isu rasuah, melibatkan wang rakyat.
Tetapi bila Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri tahun 2022, seolah-olah orang lain yang menjadi Perdana Menteri, bukannya orang yang bercakap tentang reformasi selama belasan tahun.
Kerana itulah Indeks Persepsi Rasuah tidak berubah banyak. Dua tahun pertama kerajaan Yang Amat Berhormat, hanya kita berada skor 50 tahun 2023.
2024, skor kita hanya 50 Indeks Persepsi Rasuah. Tidak jauh berbeza dengan ketika mana kerajaan berada dalam skandal 1MDB, skor 49. Bahkan dibanding dengan Kerajaan Perikatan Nasional tahun 2020, skor pada masa itu 51, bahkan
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
dibandingkan dengan Kerajaan PH 1.0, skor 53. Kerana apa? Kerana Perdana Menteri tidak melihat serius untuk membanteras rasuah.
Sebagai contoh dan ini soalan. Kenapa dalam isu video rasuah di Sabah, kita melihat bahawa walaupun lebih 300— lebih 300 muka surat dokumentasi termasuk dakwaan pindaan bank, aliran wang, invois, surat-menyurat diserahkan kepada SPRM tapi hanya tiga orang sahaja didakwa. Selebihnya tidak didakwa, bahkan ada menjadi calon di bawah parti yang ada kerjasama dengan parti Yang Amat Berhormat. Kenapa ketika Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat sendiri mengeluarkan surat sokongan terhadap projek hospital tahun 2024, mengeluarkan surat, menyenaraikan kontraktor untuk Kementerian Kesihatan, enam kontraktor disenaraikan oleh Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat sendiri, di mana...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, pendekkan soalan itu Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Baik, enam ini hanya dua sahaja yang layak, yang lain tidak ada rekod CIDB, dikenakan tindakan tatatertib dan rakyat tidak melihat tindakan daripada Yang Amat Berhormat. Dan Yang Amat Berhormat sendiri menyatakan Menteri tidak boleh guna kemudahan kerajaan turun pilihan raya tapi Yang Amat Berhormat turun ke Sabah, keluar dari pesawat kerajaan, ada logo Pakatan Harapan.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Soalannya Tan Sri Speaker, apakah sebenarnya yang membelenggu tangan dan kaki Yang Amat Berhormat untuk bertindak lebih serius di dalam memerangi rasuah pada era pentadbiran Yang Amat Berhormat? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pasir Mas. Saya tak ada masalah soalan macam itu.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Itu lebih baik kerana minta penjelasan.
Pertamanya, video rasuah. Saya ada jelaskan di Parlimen, saya sendiri menonton dan saya sendiri anggap video itu, hujahnya kuat untuk disiasat. Yang siasatnya itu, SPRM dan menurut keterangan SPRM, setelah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, setakat ini, ya ini kes jenayah, dia tak ada time limitation. Pasir Mas kena sabar sebab setakat ini tiga didakwa. Tidak dilepaskan semua yang lain.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Mengapa didakwa tiga? Kerana bagi dia, compelling case, alasan dan bukti yang kukuh. Yang lain dia masih— sekarang ini masih ada keluar di video, di keterangan media. Satu, dua, itu tidak pernah ditutup. Jadi pada hemat saya, saya tidak mahu mengarahkan, mesti dakwa berdasarkan video. Saya tak boleh. Ini yang kadang-kadang diputar belit kenyataan saya di Sabah. Dia kata, Anwar menggunakan alasan ini kerana bagi dia alasan kukuh.
Saya hendak terangkan Tan Sri Yang di-Pertua, bagi saya, nampak alasan itu munasabah. Tetapi harus disiasat, itu sahaja. Jadi, proses itu kita kena ikuti masa.
Baik. Apakah kerana orang-orang ini kononnya orang— kerana parti yang bersama.
Yang dua didakwa itu dari parti yang bersama dalam kerajaan. Dua yang didakwa itu orang Parti Kerajaan Perpaduan. Jadi, bukan kita melindungi.
Tapi apa yang harus Perdana Menteri lakukan? Beri arahan yang kukuh, jangan kecualikan sesiapa tapi bukti yang kuat, itu yang pertama. Apakah yang lain akan didakwa kemudian? Itu saya tidak tahu. Yang pokoknya, belum dipadam, belum ditutup kes mereka. Daripada maklumat yang saya— sampai pada saya, belum ya.
Baik. Yang soalan yang kedua ialah tentang sokongan Setiausaha Politik saya ya.
Dia membuat dan saya telah memberi teguran yang keras kerana peraturan kita tidak membolehkan.
Kalau ada surat pada saya, maksima, ‘Sila teliti’. Itu standard mana-mana surat saya, pergi mana-mana Sabah. Berpuluh-puluh surat, ada yang kontrak, kita kata, “Sila teliti”. Tapi tidak boleh membuat sesuatu sokongan. Itu saya setuju dengan Yang Berhormat. Yang ketiga, dia bangkitkan soal— maaf, tadi ya.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Aset, aset kerajaan untuk...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Oh, aset kerajaan digunakan. Saya tidak ada program di Sabah, itu progam kerajaan. Kempen saya semuanya kempen atas nama parti. Di Parlimen dah dijawab. Kalau begitu, saya pakai mobil mana? Mobil kerajaan, itu diberikan kelonggaran. Perdana Menteri mesti guna pasukan keselamatan dan kenderaan rasmi dalam apa program sebab pertimbangan sekuriti.
Ya, saya itu— saya gunakan begitu tapi program kempen, tidak ada program kerajaan. Saya melarang. Ada program masa mahasiswa, Temu Anwar dibuat di universiti, saya batalkan dan tukar tempat kerana tidak mahu universiti secara rasmi terlibat menganjurkan Program Demi Anwar dengan anak muda. Jadi, saya harap Yang Berhormat faham sebab dalam peraturan kerajaan, memang seorang Perdana
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Menteri, Timbalan Menteri, selayaknya menggunakan kerana ini soal sekuriti yang di luar daripada pertimbangan saya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sri Aman.
Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodie - Sri Aman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tambun atas penjelasan ataupun penerangan yang begitu jelas. Saya amat tertarik dengan isu ataupun topik iaitu mengenai pembanterasan rasuah yang dibangkitkan oleh Pasir Mas tadi.
Jadi, saya terpanggil Tuan Yang di-Pertua, untuk bertanya ataupun mohon penjelasan dari Yang Amat Berhormat, iaitu apakah perkembangan terkini reformasi insitusi dan perundangan yang dirangka oleh kerajaan iaitu RUU Ombudsman, RUU Kebebasan Maklumat, kalau tak silap saya dan RUU Pendanaan Politik ya?
Adakah langkah-langkah ini akan membantu meningkatkan indeks CPI kita?
Mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Tambun. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Yang Berhormat. Sepertimana yang telah saya jelaskan, Menteri yang berkenaan telah membentangkan keputusan dasar untuk Jemaah Menteri luluskan. Ombudsman, FOI dari segi information dan juga pendanaan politik dan pengagihan kuasa Peguam Negara dan peguam cara.
Keempat-empat itu sekarang di dalam libat urus. Dia ada proses di Parliament Select Committee, dia ada proses libat urus dengan Majlis Peguam, pelbagai kalangan yang harus diberikan perhatian sebelum dimuktamadkan RUU.
Jadi, saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa hal ini diutamakan dan ada menurut Menteri berkenaan, RUU itu boleh dibentangkan tahun depan, sebahagiannya awal, sebahagiannya pertengahan.
Tetapi yang penting sekali, pelaksanaan. Tidak boleh dimungkiri kenyataan bahawa atas kesungguhan dan tekad [Tepuk] yang ada di SPRM, LHDN, polis dan kastam dan lain-lain, kita berjaya mengumpulkan RM15.5 bilion.
[Tepuk] Itu kalau tidak ada tekad politik, sebutlah undang-undang, peraturan ya, kelengkapan tapi tidak ada tekad politik, tidak akan berlaku. Sepatutnya hal ini patut juga diberikan perhatian kerana sudah berhasil dengan tindakan-tindakan yang berkesan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat. Apakah apabila kita tubuhkan Ombudsman, kita akan juga akan— mereka akan semak imbang terhadap
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
SPRM? Itu soalan yang pertama. Yang kedua, berkaitan dengan salah satu strategi dalam strategi pembanterasan rasuah nasional ini ialah tentang insentif.
Di mana insentif akan diberikan kepada mereka yang memberikan maklumat, ya. Insentif akan diberikan kepada pemberi maklumat. Jadi, saya hendak tanyalah kepada Yang Amat Berhormat, sekiranya pemberi maklumat itu adalah daripada luar negara, adakah kita juga akan sediakan insentif tersebut?
Dan juga, ia ada yang terlibat dalam rasuah, SPRM hendak dakwa mereka, mereka melarikan ke luar negara. Contohnya, pergi ke negara Arab. Tetapi sesetengah negara Arab, mereka tiada hubungan ekstradisi dengan negara kita.
Jadi, bagaimana kita hendak bawa mereka balik ke negara kita? Sebagai contoh, anak menantu Pagoh [Tepuk] , dia yang terlibat dalam kes rasuah, SPRM hendak dakwa dia tetapi dia telah melarikan diri ke luar negara ya.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebaik sahaja ayah mertuanya iaitu Pagoh, didakwa oleh SPRM di mahkamah. Beberapa hari selepas itu, dia melarikan diri ke negara lain. Jadi, adakah kita boleh memberi insentif kepada pemberi maklumat di luar negara itu? Dan juga saya hendak tanya sedikit, Yang Amat Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terus soalan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Adakah kita ada tanya ya, memandangkan anak menantu melarikan diri, adakah kita ada tanya kepada bapa mertua, mana perginya anak? Terima kasih.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Tan Sri Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
36(10)(c), Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Menimbulkan perasaan bersakit-sakit hati.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Saya ingat berapa kali dah Melaka— soalan yang sama. Anak menantu, anak menantu, anak menantu. Saya ingat dia ini macam psychiatrist, memang sakit hati kami.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kita tak sakit hati pun di sini.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. Saya dah suruh Kota Melaka duduk dah.
Dato' Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Kes terowong macam mana?
Ha, kalau saya hendak tanya pula.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kita tak sakit hati pun.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, kita jawab yang ini dulu. Lepas itu, kita masuk bab terowong kemudian.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri, Tan Sri. 36(5) dia punya peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak, tak, saya minta Menteri jawab ini dulu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey, okey.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik. Yang pertama, soal ombudsman. Kalau kita lihat dalam sejarah empayar Islam, ombudsman itu dikaitkan dengan institusi hisbah. Hisbah itu public accountability.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dia satu institusi yang mengatasi semua badan-badan penguatkuasaan.
Jadi, ada ruang untuk rakyat atau kalangan yang terlibat terkait mengemukakan dengan hujah dan dia berikan pertimbangan yang sebut public accountability atau institusi hisbah. Bukan sahaja audit atau accountant— account, tetapi dianggap seluruh isu tatakelola. Ini saya telah minta menteri berkenaan juga study ya, kerana institusi hisbah dalam sejarah Islam itu sangat kukuh dan mengawasi tatakelola secara menyeluruh.
Jadi, apakah dia boleh pantau institusi? Semua institusi hisbah itu dia mengatasi eksekutifnya, legislatifnya, judiciary. Kalau kelihatan ada pelanggaran peraturan, hukum, atau rasuah, termasuklah SPRM. Jadi, ini kita sedang teliti.
Soal insentif luar negara ini saya kena rujuk jenis peraturan, tetapi tentunya apa sahaja yang mungkin kita beri wewenang kepada badan-badan penguatkuasaan termasuk SPRM untuk mencari kaedah jalan terbaik menetapkan orang-orang yang terlibat, tertuduh atau boleh membantu. Itu memberikan kerjasama sepenuhnya.
Dalam kes yang disebut oleh Kota Melaka, tentulah itu sukar bila yang dituduh ataupun yang terkait itu lari keluar. Tapi proses itu terus dijalankan dari masa ke semasa, baik daripada PDRM dan juga SPRM.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya, saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
36(5), Tan Sri Speaker. Tan Sri Speaker, 36(5). Peraturan. “Seseorang Ahli tidak dibenarkan menyebut Ahli yang lain.” Tadi dia sebut Pagoh. Saya pun heran Kota Melaka ni. Sebab apa, kita dah ada polis. Kita ada engagement dengan Interpol. Sepatutnya ini nak Kota Melaka, nak menunjukkan kelemahan polis dengan orang yang lari ke luar negara tak boleh dibawa balik. Di mana peranan Interpol engagement tu?
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jadi, tak— sepatutnya dia kena siasat. 97 juta yang dilakukan oleh pegawai-pegawai daripada kementerian yang diwakili oleh Menteri DAP pun tak disebut. Sepatutnya ini yang dia tumpu.
Tuan Yang di-Pertua
Cuma— baik, Pendang, Pendang. Pendang quote tu pun tak betul sebab dia tak sebut nama.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pagoh?
Tuan Yang di-Pertua
Sebab kawasan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pagoh?
Tuan Yang di-Pertua
Pagoh bukan nama.
[Tepuk]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya lah.
Tuan Yang di-Pertua
Pagoh bukan nama.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pagoh dia...
Tuan Yang di-Pertua
Dia jangan sebut Tan Sri Mahyuddin. Tak boleh.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Oh, tak boleh ya?
Tuan Yang di-Pertua
Dia Pagoh tak apa.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak apalah.
Tuan Yang di-Pertua
Memang untuk itu...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Memang Pagoh ni sekarang ni...
Tuan Yang di-Pertua
...Dan saya dah sebut lain kali sebab...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Bangun]
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dia khusus Tan Sri. Bila dia sebut Pagoh, anak menantu tu khusus Tan Sri Muhyiddin. Cuma tak sebut dia menyamun satu dunia tau.
Tuan Yang di-Pertua
Dak. Dalam peraturan, dalam peraturan mesyuarat dia tak sebut— kawasan tak apa. Cuma lain kali saya katakan tadi, sebab isu ini telah bangkit banyak kali ya. Jadi, PM pun dah jawab. Jadi, saya ingat tak payah dibangkitkan lagi lah, next time. Kecuali benda-benda yang baharu. Okey?
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.
2. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau]: Terima kasih Tan Sri Speaker. Tebrau minta Perdana Menteri menyatakan nilai Ringgit Malaysia kini berada pada paras paling tinggi dan mengukuh berbanding dolar AS dalam hampir empat tahun.
[Tepuk] Apakah punca utama yang mendorong pengukuhan nilai Ringgit Malaysia dan bagaimana kenaikan Ringgit ini dapat membantu pembangunan ekonomi secara keseluruhan khususnya kepada manfaat rakyat. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tebrau. Saya nak jawab agak tawaduk sikitlah. Ringgit dan kekuatan ekonomi ini ada kekuatan dalaman, domestik dan juga ada juga pertimbangan global atau antarabangsa. Dalam hal ini, keputusan Amerika Syarikat, Fed untuk naikkan faedah itu turun, itu juga ada kesan, iaitu saya tidak nafikan.
Tetapi kalau kita lihat angka di Malaysia ini, kenaikan itu sangat meyakinkan ya, kerana sepertimana yang kita tahu, bukan sahaja kekuatan Ringgit per se kerana Ringgit ini ada kaitan dengan confidence, keyakinan, ya. Umpamanya kalau prestasi mata wang asing ketimbang USD, Ringgit Malaysia itu 8.21 peratus. Itu agak tinggi, ya, sehingga 14 November. Kalau dengan Australia, 5.66, ya. Taiwan 5.26, ya, termasuk Yuan China dan Dolar Singapura.
Jadi, apa alasan dia kalau dari segi domestik, tentunya kerana dasar-dasar yang kita lakukan. Jadi, sebab itu dia awal, umpamanya penyasaran subsidi.
Maknanya, penggunaan dana untuk memberi subsidi yang kadang-kadang tidak memberikan faedah langsung kepada rakyat bawahan. Itu kita dah hentikan. Sebab itu penyasaran subsidi termasuk minyak RON95, itu memberi kesan yang sangat positif. Walaupun ada beberapa orang kurang puas hati, tetapi nampak rakyat sambut baik termasuk baru-baru ini bila saya tengok ke Sabah, rakyat senang sekali dengan penurunan harga minyak.
[Tepuk] Tapi yang penting Yang Berhormat Tebrau, ialah kalau kita lihat umpamanya keseluruhan figure kerana langkah-langkah diambil termasuk fiskal disiplin, defisit diturunkan. Dia bukan mudah ya, maknanya kita nak mengembang tetapi dalam masa belanja yang lebih untuk pembangunan, sekolah, pendidikan dan kesihatan dan infrastruktur, defisit diturunkan. Dan, ada yang tegur termasuk Ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan bila kita kira pertimbangan pembangunan, kita masukkan umpamanya peranan GLICs dan GLC, ya. Ini seolah-olah tidak wajar, tidak benar.
Sekarang ini apa yang kita lakukan Tan Sri Yang di-Pertua, menarik sebab kita mulakan masukkan kerana kalau program Khazanah, dia ikut program rencana
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
kita, termasuk katalah belanja untuk Taman Warisan. Walaupun dana Khazanah, tapi termasuk kerangka kita. Jadi, sekarang ini Korea pun ikut sama. Beberapa negara Eropah termasuk UK dah ikut sama. Maknanya, keputusan kita itu keputusan yang wajar ya, tidak bertentangan walaupun adalah ahli-ahli ekonomi kita yang pertikai.
Satu angka yang sangat menarik yang saya nak sebut di sini Tebrau ya, iaitu defisit kita dulu ini memang jadi masalah, ya. Tetapi, pada tahun 2025, angka suku ketiga kita pertama kali dapat lebihan dan tidak lagi defisit setelah 14 tahun ya, setelah 14 tahun defisit perkhidmatan sekarang defisit dapat dilepaskan dan ada lebihan untuk perkhidmatan sahaja [Tepuk] RM0.7 bilion suku ketiga, setelah 14 tahun.
[Tepuk] Ini kerana perancangan ekonomi kita. Begitu juga kerana current account balance kita juga positif, ya, dalam third quarter 12.2 peratus.
Jadi, saya tidak bermaksud untuk mengulangi semua program-program kita kena terangkan, tapi inilah maknanya. Disiplin fiskal (fiscal discipline), dan juga pengurusan negara yang lebih teratur, dasar-dasar itu membantu memberi keyakinan sehingga Ringgit sepertimana yang saya sebut punyai prestasi terbaik seluruh Asia.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya ingin mula dengan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri [Tepuk] kita kerana telah berjaya menguruskan kewangan negara dengan begitu berhemah dan baik. Saya ada dua soalan Yang Amat Berhormat.
Satu, pengukuhan Ringgit lazimnya telah menunjukkan keyakinan pelabur terhadap dasar kerajaan. Maka, apakah sektor strategik yang kerajaan lihat akan menerima inflow pelaburan paling cepat hasil trend ini, dan apakah langkah tambahan kerajaan untuk memastikan sektor-sektor ini memberi kesan langsung kepada peluang pekerjaan dan gaji rakyat.
Soalan kedua, Kerajaan MADANI sekarang sedang melaksanakan subsidi bersasar dan pembaharuan struktur fiskal dan ekonomi negara. Dengan Ringgit mengukuh, bolehkah Yang Amat Berhormat memberikan sedikit perincian bagaimana penyelarasan antara pengukuhan mata wang, reformasi subsidi dan Dasar Gaji Progresif dapat meringankan beban rakyat secara langsung dan memastikan harga barangan terus kekal stabil. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Perdana Menteri.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tebrau. Pertama, saya sebutkan tadi fokus dia tentu ikut strategi Ekonomi MADANI, industrial master plan, digital transformation, energy transition, National Semiconductor Strategy. Itu di antara yang lain fokus, tetapi hasilnya yang paling besar ialah sektor perkhidmatan dan pelancongan. Sebab itu saya bagi angka-angka lebihan pertama kali dalam tempoh 14 tahun. Baik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Data centre umpamanya bila kita umumkan dulu, sekarang bila dah berkembang, data centre itu ada sedikit faedahnya ataupun keistimewaannya kerana sementara dia ada import, sebaik sahaja siap, dia eksport itu agak tinggi. Jadi kita dapat lihat menjadi angka. Sebab itu kita lihat tengok lebihan dari segi sektor perkhidmatan, kemudahan dan hasil yang dieksport daripada import awal itu telah menunjukkan prestasi yang sangat baik.
Soal yang keduanya iaitu perincian. Saya dah sebut tadi sektor-sektornya.
Tetapi concern kita adalah, apakah dengan penguatan Ringgit ini sepatutnya mengurangkan kos? Umpamanya di sektor ternakan. Paling tinggi harga ialah import makanan untuk barang ternakan, animal feed tetapi kita tak nampak sangat penurunan walaupun inflasi itu menurun, inflasi kita sangat rendah.
Apa masalah kalau kita banding, ketimbang Amerika Syarikat. Pengangguran tinggi, inflasi tinggi. Jadi, dia masalah. Kita pengangguran rendah, inflasi rendah. Jadi pengurusan kita lebih mudah dalam konteks itu. Cuma sekarang ini menangani permasalahan rakyat dari segi kos sara hidup itu ada dua cara.
Pertamanya penguatkuasaan harus lebih berkesan dan ini dijalankan oleh KPDN iaitu memastikan syarikat-syarikat yang mengimport termasuk bahan perubatan, hospital-hospital swasta walaupun hospital swasta mengatakan kos perubatan yang tinggi itu, harga ubat itu kerana import dia lebih awal. Tetapi kita harus pantau. Kalau import dia sekarang, kos itu jauh harus lebih rendah supaya tidak membebankan rakyat.
Jadi satu, penguatkuasaan. Yang kedua ialah mengambil langkah-langkah seperti Jualan RAHMAH dan sebagainya dan memberikan gambaran tentang kedai- kedai atau tokoh-tokoh yang memberikan harga yang relatif lebih murah. Itu boleh mengurangkan beban rakyat kerana tidak adil bila import itu dah turun. Turun itu besar, bukan turun kecil. Tetapi harga barang belum turun dengan setimpal.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Arau.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang. Kita dah putuskan.
Tuan Yang di-Pertua
Arau dan Pendang, nak bagi dekat siapa?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pendang. Saya.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Salah seorang ya. Sebab ada seorang belakang. Okey Pendang, bagi dekat Pendang. Okey Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Terima kasih kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hari ini dapat bertemu lagi. Saya nak kaitkan soalan Tebrau ini berkenaan dengan–– Saya nak merujuk kepada Joint Statement on The United States – Malaysia Agreement on Reciprocal Trade. Dia kaitan dengan wang ringgit kita bertarikh 26 Oktober 2025 sebab Menteri— bekas Menteri–– Menteri lagi, masih. Menteri MITI dah bagitahu kita still— we got still ample time to review and revise ART between Malaysia and US. So, patutlah kami bagikan pandangan kami supaya sekurangnya ada loophole untuk kita tambah baikkan. Ini yang kita minta,kita nak sentuh ART ini.
Jadi pertamanya, kita tengok pada 26 Oktober 2025 ini, Department of Treasury and Bank Negara Malaysia pada 28 Oktober 2025. Saya ingin mendapat penjelasan, penjelasan jelas daripada kerajaan. Pertamanya adakah benar bahawa melalui ART ini, Malaysia kini tertakluk kepada komitmen untuk tidak lagi menggunakan kadar pertukaran Ringgit sebagai alat daya saing ataupun competitive for purpose? Jika ya, ini bermakna Malaysia telah menerima satu bentuk polisi restrain yang secara langsung menghadkan ruang untuk melindungi sektor ekonomi, untuk melindungi sektor eksport dan industri domestik ketika berdepan tekanan ekonomi global. Itu yang pertama.
Yang keduanya adakah benar bahawa institusi pelaburan milik kerajaan termasuk dana pencen, dana amanah dan agensi pelaburan strategik tidak lagi boleh membuat keputusan pelaburan luar negara yang berpotensi memberi kesan kepada pertukaran Ringgit? Sekiranya betul, ini adalah satu bentuk kawalan luar terhadap keputusan pelaburan berdaulat, sovereignty investment decision dengan izin yang mana ini dalam negara kita sendiri.
Tan Sri Yang di-Pertua, yang ketiganya adakah kerajaan mengesahkan bahawa ART ini, Bank Negara Malaysia komited untuk mendedahkan maklumat sensitif berkaitan jumlah bersih pembelian dan penjualan mata wang asing. Maklumat strategik yang biasanya dirahsiakan demi kestabilan pasaran kepada Jabatan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Perbendaharaan Amerika Syarikat sahaja? Jika benar, tidakkah ini membuka ruang kepada ketidakseimbangan maklumat, information asymmetry yang merugikan Malaysia dalam rundingan ekonomi akan datang.
Saya ingin bertanya secara terus terang, adakah ART ini menyebabkan Malaysia kehilangan sebahagian kuasa untuk mengurus dan mempertahankan dasar nilai ringgit mengikut kepentingan nasional sendiri atau bahasa mudahnya, adakah kita sedang menyerahkan sebahagian monetary policy space kepada pihak luar atas nama kerjasama timbal balik? Kita nak melihat ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey faham dah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey baik. Kerajaan perlu menjawab secara telus kerana implikasinya berkait terus dengan kedaulatan ekonomi, kebebasan monetary dan keupayaan Malaysia untuk mengurus kestabilan ringgit pada masa hadapan. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya dengar dengan teliti pandangan Pendang. You see, Dr. Watson the devil is of course in the details. Betul. Jadi kalau kita lihat umpamanya secara terperinci, ada yang mengatakan shall consult maknanya wajib consult. Saya bagi contoh rare earth share consult. Kita consult-lah.
Oh wajib tak boleh buat. Itu tafsiran kamu. Bukan Pendang tafsiran orang lain yang pandai. Tapi sebenarnya, yang berlaku dia kata mesti consult dan mesti dapat kelulusan Amerika. Kita bawa Korea ke Kuantan, kita maklum saja, tapi kita ambil. Itu super magnet, yang mana satu aspek yang lebih tinggi daripada Lynas itu.
Kemudian kita berunding. Syarikat PETRONAS, Khazanah sedang berunding dengan negara China untuk proses rare earth. Jadi kalau saudara tengok umpamanya shall consult Amerika soal rare earth, panik semua. Saya kata tengok apa yang berlaku. Yang berlaku kita teruskan. Undang-undang itu saya consult dan suruh inform. Tak boleh inform. Saya inform dekat negara China. Kita dah buat ini dengan Amerika, kita buat ini dengan Korea, ini dengan Lynas, masa saya bincang dengan Premier Li Qiang. Pendang, tidak ada percanggahan dari segi itu. Sebab itu membaca undang-undang ini, kena baca yang lain-lain.
Saya setuju bahawa tekanan daripada Amerika itu relatif lebih besar. Bukan kepada kita, kepada semua orang, satu dunia. Kerana kita tidak mahu dikenakan tarif
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
terlalu tinggi. Oh soal kemerdekaan, maruah, soal gadai, tak betul. Sebab saya bagi contoh rare earth itu di antara paling sensitif.
Baik kemudian, semikonduktor (E&E). Itu yang kedua, yang dianggap sangat menekan Amerika Syarikat. Jadi kita setuju. Apa yang kita setuju? Kalau syarikat itu syarikat Amerika, kita kata tak boleh langsung eksport cip ke negara China. Tak apalah, pelaburan dia. Datang Malaysia, syaratnya tak boleh eksport ke negara China dan kita bagi kerjasama. Saya tidak ada masalah. Baik tetapi ada pelaburan dari Jerman, ataupun dari China untuk hasilkan cip dan eksport ke China, boleh? Kita kata boleh. Itu yang kedua.
Yang ketiga ini yang disebut tentang ringgit. Tak boleh local currency iaitu denomination. Dalam perbincangan itu, yang dikatakan akan sebagai satu rencana untuk sabotaj ekonomi Amerika. Saya setuju. Bukan maksud kita nak sabotaj ekonomi Amerika. Tapi jalan tidak. Local currency denomination dalam trade dengan China, jalan. Dengan Thailand, jalan. Dengan Indonesia, jalan. Diteruskan ke atau tidak, diteruskan. Jadi, pasal apa nak marah kita pasal ART gadai apa. Masih berjalan. Dan cuma Amerika kata boleh tak dalam itu shall consult mengambil maklum. Kita maklum.
Tetapi kalau difikirkan nak teliti satu dua perkataan, saya tak ada masalah.
Saya tak ada masalah. Cuma saya tidak setuju mengatakan kita gadai dan tidak teliti.
Tiga contoh ini, Tan Sri Yang di-Pertua paling penting. Rare earth, semikonduktor, currency, kerana ini yang diberi penekanan besar. Yang lain itu soal import daging, sayur semua itu, perkara kecil. Yang ini besar. Tapi tiga-tiga ini saya bagi contoh.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Semalam saya ada mesyuarat dengan Khazanah, maklum kepada PETRONAS, mengenai progress dia menubuhkan syarikat kerjasama, usaha sama dengan negara China soal rare earth. Itu masalah dia kadang-kadang kawan-kawan kita di sebelah sana dia tak dengar. Kalau betul kita terikat dengan ART, Kubang Pasu, kita tak boleh teruskan dengan negara China rare earth. Tapi, kita buat. Jadi, ini berlaku. Kalau nak tengok, okey, kita boleh bagi, kita update. Kalau katanya Pendang kata bagi maklumat kepada pembangkang, saya boleh bagi. Saya tak ada masalah. Sebaik sahaja esok dimeterai, kita teruskan.
Dagang dengan Amerika. Ini sekarang rencana besar untuk pelebaran Sungai Perak untuk memenuhi keperluan air Sungai Perak dan ke Bukit Merah, ke Kerian dan ke Pulau Pinang. Itu sepenuhnya dengan negara China. Apakah Amerika mahu dimaklum? Kita boleh maklum. Apakah ia menghalang kita bekerjasama
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
dengan negara China? Tidak ada. Jadi, sebab itu sementara boleh kritik― saya terima. Kawan-kawan kita pun ada yang kritik. Arau lagi kuat kritik. Tetapi, kenyataannya ialah dia tidak menghalang. Jadi, bila buat tuduhan menggadai, tak betul.
Saya bagi tiga contoh ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Ini saya sebut di sini dan boleh dipantau apakah ada rare earth company yang baru dengan negara lain yang tidak disenangi oleh negara China. Jawabnya ada. Semikonduktor? Ada. Currency? Ada.
Jadi, soal consultation dengan Bank Negara, saya nak beritahu, Article 4 IMF itu adalah ruang untuk IMF mengadakan rundingan dengan Bank Negara setiap tahun. Ini diputuskan sejak merdeka. Sejak kita jadi anggota IMF dulu. Sebelum saya jadi Menteri Kewangan, saya Menteri Kewangan sampai sekarang termasuk semasa PN nak jadi pemerintah, dia ada Article 4 IMF itu. Runding. Dan IMF itu maknanya siapa yang tentukan? Amerika Syarikat. Runding. Bagi pandangan, bagi teguran, bagi kritikan. Tapi, kita Bank Negara masih bebas menentukan dasar dia. Jadi, janganlah kita ambil umpamanya dan membuat suatu tafsiran yang qat’i. Tak boleh longgar dah. Itu saya rasa perlu diberi penjelasan.
Yang terkait juga ialah tentang pendirian kita. Amerika tidak setuju. Malah dalam rundingan itu, walaupun tidak dalam peruntukan rundingan, Presiden Donald Trump telah memberi amaran negara-negara tidak boleh bekerjasama dalam BRICS. Kita hadir semua program BRICS. Kita telah menjadi anggota jemputan BRICS. Rusia, negara China, Brazil dan South Africa menyokong penyertaan kita dalam BRICS. Hari ini saya ke Afrika dan daripada Ethopia ke South Africa. Fasal sidang Parlimen itulah saya boleh jemput Pendang dalam delegation, insya-Allah, untuk masa depan. Baik.
South Africa itu G20, Pendang. G20, Amerika bagi arahan boikot. Amerika tidak akan hantar mana-mana pegawai. Dia tidak setuju. Tapi, kita pergi. Atas undangan Presiden Cyril Ramaphosa, saya pergi. Jadi, tolong beri pertimbangan.
Sementara boleh berbeda pendapat dari segi tak perlu kita terlalu baik dengan Amerika atau berdagang dengan Amerika― itu pandangan tetapi tidak wajar untuk menyatakan kita menyerah kepada Amerika Syarikat.
Saya bagi kerana Amerika sangat keras soal tiga perkara yang saya sebut dan sangat tegas menentang penyertaan dalam BRICS dan kita belum meninggalkan mana-mana sidang BRICS utama, sama ada saya atau Menteri Luar atau Menteri Perdagangan hadir.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tanjong Karang.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi - Tanjong Karang
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Tanjong Karang sekali lagi merakamkan ucapan syabas dan tahniah di atas kejayaan Tambun mengukuhkan nilai ringgit dan menjadikan antara yang prestasi yang terbaik di Asia.
Tanjong Karang juga ingin mendapatkan penjelasan. Terdapatnya pihak- pihak tertentu yang mendakwa bahawa pengukuhan ringgit ini hanyalah bersifat sementara dan sebahagiannya didorong oleh good alignment, dengan izin, Malaysia dengan Amerika Syarikat sejak kebelakangan ini. Mungkin terkait dengan perjanjian ART.
Jadi, persoalannya, adakah Ringgit benar-benar kukuh atas kekuatan fundamental ekonomi Malaysia atau hanya dipacu oleh langkah-langkah sementara seperti syarikat-syarikat besar tempatan yang terpaksa meningkatkan pegangan ringgit masing-masing? Sejauh manakah kerajaan boleh menjamin kestabilannya dalam jangka sederhana dan jangka panjang? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tanjong Karang. Dia dalam kerangka ekonomi ini, kita lakukan yang sebaiknya. Apakah dia jamin selama- lamanya? Itu terserah kepada dasar kita. Apakah negara itu aman, kerajaan itu stabil, dasar-dasarnya itu dasar fiskal belanjawan yang dianggap munasabah? Itu, kalau untuk jawapan, saya jawab, insya-Allah, kita akan teruskan. Kalau kita teruskan, dia akan menambah keyakinan.
Walaupun tadi saya kata saya lebih tawaduk menyatakan bahawa ada juga faktor global. Umpamanya, orang suka atau tidak suka Fed, keputusan Perbendaharaan Amerika untuk menetapkan kadar. Itu penetapan di Amerika, di Washington DC itu akan melibatkan kekuatan kewangan seluruh dunia. Memang benar, naik turun ada kesan. Sebab itu buffer-nya ialah kekuatan domestik.
Sebab itu saya tegaskan, Tan Sri Yang di-Pertua, domestic resilience, daya tahan domestik itu penting. Apa pun pertimbangan yang di luar, walaupun kita ambil sedikit perkiraan, tetapi kita uruskan. Negara harus ditadbir dengan bersih. Dasar mesti wajar dan hala tuju yang jelas. Pelaksanaan harus efisien. Maknanya, seluruh kekuatan kerajaan itu ke arah itu.
Dan ada beberapa langkah yang dianggap kurang popular seperti penyasaran subsidi pada peringkat. Kita harus berani melakukannya. Tetapi, dalam masa yang sama, kita pada mulanya bila diberikan macam STR, iSARA, itu tidak
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
senangi, dianggap populis. Tetapi Tan Sri Yang di-Pertua, menariknya beberapa negara Eropah dan sekarang Amerika baru umumkan akan berikan bantuan ala iSARA kepada rakyat dia. Jadi, dulu kita diserang sebagai tindakan yang populis, tapi saya jawab tindakan ini harus mengurangkan beban rakyat.
Jadi, mudah-mudahan kalau ikut persoalan yang dibangkitkan oleh Tanjong Karang, kita mesti jelas jangan tinggalkan landasan dasar kita iaitu menentukan dasar-dasar yang beri faedah kepada negara dan rakyat diteruskan dengan tegas.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Setiausaha.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Kita mulakan dengan saya menjemput Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kebetulan sahaja ya. Tan Sri Speaker, soalan saya nombor 1, Tan Sri.
1. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Digital menyatakan adakah kementerian ada cadangan untuk mewujudkan satu super aplikasi yang merangkumi semua aplikasi agensi kerajaan seperti MyBorderPass, MyJPJ yang hanya boleh diakses melalui MyDigital ID.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Digital sedang membangunkan MyGOV Malaysia sebagai aplikasi kerajaan yang akan meliputi semua perkhidmatan digital kerajaan yang melibatkan rakyat merangkumi perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT). Platform ini menggunakan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti digital yang selamat.
Pelaksanaannya dibuat secara berfasa dan ia, Tuan Yang di-Pertua, tertakluk kepada ketersediaan agensi dan tahap integrasi setiap perkhidmatan memandangkan setiap sistem mempunyai keperluan teknikal yang berbeza termasuk perkhidmatan yang melibatkan transaksi pembayaran yang memerlukan integrasi lebih teliti bagi memastikan keselamatan dan keserasian sistem.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, MyGOV Malaysia versi Beta telah dilancarkan bermula daripada 16 Ogos 2025 dan sehingga 17 November 2025, aplikasi ini telah pun mencatat sejumlah 113,000 muat turun.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Pada fasa awal, MyGOV Malaysia menyediakan 36 perkhidmatan secara integrasi melibatkan 13 agensi kerajaan. Ini termasuk lapan perkhidmatan MyJPJ seperti semakan lesen kenderaan, saman, nombor pendaftaran terkini, status senarai hitam, keputusan ujian memandu, maklumat lesen memandu, semakan mata demerit dan paparan kad digital lesen memandu serta lesen kenderaan bermotor.
Turut diintegrasikan adalah perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia yang merangkumi maklumat pasport dan status sekatan perjalanan.
Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melibatkan maklumat kad pengenalan, maklumat kad OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat serta perkhidmatan MySejahtera yang membolehkan rakyat membuat temu janji dengan premis kesihatan kerajaan melalui aplikasi ini.
Selaras dengan pelaksanaan berfasa Tuan Yang di-Pertua, kementerian kini sedang menambah 16 lagi perkhidmatan yang sedang melalui proses integrasi teknikal. Perkhidmatan ini merangkumi pembaharuan lesen memandu, pembaharuan cukai jalan, pembaharuan saman JPJ dan PDRM, pembayaran bil utiliti seperti elektrik, air dan juga pembetungan, pembayaran zakat serta perkhidmatan pembayaran saman dan cukai PBT.
Selain itu perkhidmatan MyBayar PDRM, permohonan MyKad gantian daripada JPN, permohonan wang tidak dituntut melalui sistem eGUMIS dan Portal Manfaat di bawah Kementerian Kewangan turut berada dalam fasa pelaksanaan.
Dengan intergrasi dengan portal Manfaat ia akan membantu rakyat menyemak kelayakan bantuan atau inisiatif kerajaan yang mereka layak mohon dengan lebih mudah.
Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan pembangunan MyGOV Malaysia benar-benar berpaksikan keperluan rakyat, kementerian turut melaksanakan inisiatif Citizen Lab iaitu sesi libat urus langsung bersama rakyat untuk mengenal pasti pinpoints yang sebenar dalam penggunaan perkhidmatan kerajaan secara digital.
Melalui Citizen Lab, maklumat balas yang kita dapat daripada rakyat digunakan untuk menentukan perkhidmatan yang perlu diutamakan. Menambahkan baik reka bentuk antara muka dan pengalaman pengguna UI, UX dan juga memastikan aplikasi ini dibina mengikut keperluan sebenar rakyat.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Secara keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital komited untuk memastikan MyGOV Malaysia menjadi platform utama rakyat dalam perkara mengakses perkhidmatan digital kerajaan. Pelaksanaan secara berfasa ini penting bagi memastikan setiap integrasi adalah stabil, selamat dan bersedia sepenuhnya sebelum diperkenalkan kepada rakyat. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Saya ingin mulakan dengan ucap tahniah kepada Kementerian Digital atas pelancaran satu super app yang memang telah dinanti-nantikan oleh rakyat. Bagi saya Tan Sri Speaker, untuk kita menjayakan super aplikasi ini ada tiga ingredients yang penting.
Satu, content-nya kena— isi itu kena cukup dengan penglibatan pelbagai agensi. Kedua, kena ada kesedaran bahawa rakyat kena tahu ada wujudnya app ini.
Kalaulah app ini bagus tapi rakyat tak tahu, maknanya ia tidak berjayalah. Dan ketiga, yang saya rasa lagi penting ialah isu keselamatan data peribadi.
So, maka soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha kerajaan untuk kita promote MyGovernment apps ini sebab sehingga hari ini baru ada 130,000 downloading. Bagaimana kita nak promosikan kepada rakyat, ada wujudnya app ini?
Kedua, yang lagi penting, bagaimana kita boleh memastikan keselamatan data peribadi sebab kalau isu ini tak tangani saya khuatir rakyat dia mungkin bimbang untuk nak login dan bagi begitu banyak data. So, bagaimana kita kena memastikan data peribadi itu ada keselamatan itu dan tidak jatuh ke tangan pihak ketiga? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih, Yang Berhormat daripada Tebrau.
Saya setuju aspek kesedaran sangat penting untuk memastikan bahawa aplikasi ini digunakan oleh masyarakat di luar sana.
Oleh itu, kita ada program-program penghebahan yang dilaksanakan oleh kementerian dan saya pun telah memberikan penekanan, Yang Berhormat Tebrau, untuk memastikan bahawa ia menjadi keutamaan. Khususnya kalau kita lihat kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan. Kita tahu sebenarnya target audience, siapa yang memerlukan akses kepada maklumat berkaitan dengan perkhidmatan tersebut dan sebagainya dan itulah menjadi paksi kepada atur cara yang kita gunakan untuk membawa lebih kesedaran kepada masyarakat berkaitan dengan
Tuan Gobind Singh Deo
kewujudan aplikasi ini dan kebolehan untuk mereka menggunakannya untuk mengakses perkhidmatan-perkhidmatan yang saya sebutkan sebentar tadi.
Aspek kedua yang dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan keselamatan data rakyat dan saya cukup setuju, Yang Berhormat Terbrau, inilah satu perkara yang diberikan keutamaan di dalam kementerian saya.
Keselamatan adalah satu perkara yang kita lihat dengan tertentu. Aplikasi ini menggunakan MyDigital ID sebagai identiti pengesahan digital yang selamat dan ia Tuan Yang di-Pertua, mengikut piawaian keselamatan yang bertaraf antarabangsa.
Yang Berhormat, setiap perkhidmatan yang diintegrasikan perlu menjalani ujian keselamatan, pematuhan standard perlindungan data. Kita juga melaksanakan penilaian risiko dan audit sistem sebelum diaktifkan untuk kegunaan rakyat.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, aplikasi MyGOV Malaysia tidak menyimpan data peribadi rakyat kerana integrasi dilaksanakan melalui API ataupun Application Programming Interface di mana Tuan Yang di-Pertua, data kekal berada dan disimpan selamat di sistem agensi masing-masing.
Pendekatan ini Tuan Yang di-Pertua, memastikan MyGOV kekal sebagai platform penyampaian perkhidmatan tanpa menjalin ataupun menyimpan data sensitif rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Rantau Panjang.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Ya, terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, saya mengucapkan tahniah atas usaha kerajaan untuk memudahkan urusan rakyat terutama dalam perkhidmatan digital kerajaan.
Jadi saya ingin tahu, apakah kerajaan bercadang untuk menyahkan aplikasi kerajaan yang lama secara berperingkat supaya memenuhi— supaya dipindahkan kepada MyGOV ini dan untuk mengelakkan kekeliruan pengguna dan pertindihan fungsi? Dan apa jaminan keselamatan siber apabila semua data rakyat dihimpunkan dalam satu platform? Bagaimana sekiranya dia digodam dan sebagainya? Jadi, apakah langkah mitigasi yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan supaya aplikasi ini tidak mudah digodam? Minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, ini soalan yang penting. Kita ada perkhidmatan-perkhidmatan apps yang sedang digunakan, app, app ini telah dibangunkan sekian lama dan sedang digunakan oleh masyarakat di luar sana. Ini menjadi satu perkara yang dilihat oleh semua kerajaan, bila kita membina satu
Tuan Gobind Singh Deo
aplikasi yang digelar sebagai super app, maka kita kena lihat bagaimana kita boleh membawa kepada satu app itu, perkhidmatan, supaya semua dapat gunakan satu app itu sahaja.
Jadi, bergerak ke depan ia memerlukan masa integrasi dan sebagainya dan soal berkaitan dengan app, app yang dulu itu akan kita timbangkan selepas kita berjaya integrasi semua aplikasi-aplikasi kepada super app ini. Jadi, bergerak ke depan kita akan menimbangkan persoalan itu tapi buat masa sekarang ia akan diteruskan sepertimana sedia ada.
Tetapi, fokus diberikan untuk kita membawa semua untuk menggunakan Super App yang baharu ini. Ini bergantung kepada jenis perkhidmatan. Kalau perkhidmatan itu lebih baik, lebih selamat dan sebagainya, mungkin itu menjadi tarikan untuk masyarakat untuk menggunakan Super App ini. So, ia nya memakan masa dan akan dipertimbangkan apabila kita sampai ke tahap itu.
Keduanya berkaitan dengan aspek keselamatan. Saya setuju, sepertimana saya sebut dalam jawapan saya sebentar tadi kita menggunakan API dan juga melalui MyDigital ID, ini adalah aspek-aspek yang kita lihat sebagai aspek keselamatan untuk memastikan bahawa data yang kita gunakan itu sentiasa selamat, ia tidak disimpan, ia adalah digunakan melalui API yang saya sebutkan tadi.
Selain daripada itu, Rantau Panjang, kita tahu bahawa dalam negara kita ada undang-undang yang melihat kepada aspek-aspek data peribadi, aspek-aspek keselamatan siber dan sebagainya. Ini di bawah naungan NACSA dan JPDP dan kita memang sentiasa pantau berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang ada.
Sekiranya ada masalah, ada apa-apa aduan yang dibawa kepada kita, kita akan uruskan dan siasat mengikut aduan yang dibawa kepada kita.
Tapi, saya nak bagi pengesyoran saya, aspek keselamatan itu diberi penekanan oleh kementerian dan kita akan memastikan bahawa kita sentiasa teliti setiap perkhidmatan atau aplikasi yang kita ada dan ia nya selamat. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik saya jemput Tuan Zakri bin Hassan, Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kangar, soalan 2, terima kasih.
2. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Pendidikan menyatakan langkah kementerian dalam memperkukuh program TVET di sekolah menengah dan kolej vokasional supaya selari dengan keperluan industri semasa khususnya dalam bidang teknologi hijau dan digital.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Kangar.
Kementerian Pendidikan komited memperkukuhkan, memperkukuh program TVET di kolej vokasional, sekolah menengah teknik dan juga sekolah menengah kebangsaan bagi melahirkan tenaga kerja berpengetahuan dan juga kemahiran yang memenuhi keperluan industri semasa termasuklah bidang teknologi hijau dan digital yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Pelbagai langkah telah pun dilaksanakan untuk menyokong usaha ini.
Antaranya termasuk pertama, selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa, KPM telah mengintegrasikan elemen AI dalam pendidikan TVET. Terkini, KPM telah memperkenalkan AI-Powered Classroom di tiga Sekolah Menengah Teknik iaitu SMT Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang; SMT Cheras, Kuala Lumpur; dan juga SMT Pulau Piatu, Melaka.
KPM turut menjalin kerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation dengan kerjasama Google Malaysia. Kerjasama ini telah memperkenalkan program Pensijilan AI Google Gemini di bawah skop penajaan pensijilan industri. Program ini menyasarkan 5,000 orang murid terpilih daripada 86 KV dan juga sembilan sekolah menengah teknik dengan objektif memperkasakan kemahiran kecerdasan buatan dalam kalangan pelajar TVET agar seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.
Kedua, bagi memperkukuhkan program TVET selain di kolej vokasional, KPM juga menawarkan Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) seperti pertanian di SMT Melaka, SMT Alor Setar, SMT Johor Bahru. Selain itu, di 1,162 sekolah menengah kebangsaan, MPEI Asas Kelestarian Sains Rumah Tangga, Pertanian, Grafik, Komunikasi, Teknikal, Sains Komputer, Perniagaan, Prinsip Akaun, Reka Cipta dan juga Sains Sukan turut ditawarkan.
Ketiga, kurikulum TVET diperkayakan dengan teknologi terkini selaras dengan Industri 4.0 termasuklah teknologi automotif, hibrid, kenderaan elektrik (EV), teknologi hidrogen, robotik bagi memastikan pelajar bersedia menghadapi cabaran masa hadapan. Sebagai contoh, standard kolej vokasional― Kurikulum Standard
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Kolej Vokasional disemak tiga hingga lima tahun sekali bagi memastikan kurikulum ini adalah relevan dengan keperluan semasa dan mematuhi standard program yang ditetapkan oleh MQA, MBOT dan juga JPK.
Pada masa yang sama, elemen AI diterapkan merentas kurikulum standard kolej vokasional dan bermula tahun 2025 dua kursus teras berasaskan AI ditawarkan dalam program Diploma Teknologi Pengkomputeran dan juga Diploma Teknologi Maklumat iaitu Computer Vision in Computing Technology dan Vision dan Computer Vision in Information Technology. Selain itu, kursus elektif generatif artificial intelligence turut ditawarkan kepada semua program diploma di kolej vokasional.
Pada masa yang sama, KPM menjalin kerjasama strategik dengan industri melalui Jawatankuasa Hubungan Industri TVET bagi memastikan program TVET diiktiraf di peringkat industri dan juga antarabangsa serta menyediakan laluan kerjaya kepada murid. Pada akhir diploma kolej vokasional juga, murid juga menjalani on-the-job training, memberikan peluang kepada murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam situasi kerja sebenar di industri berkaitan bidang pengajian mereka.
Dan, program ini mengambil masa empat hingga enam bulan dan OJT bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran graduan tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara industri dengan pendidikan.
Dan pada masa yang sama, KPM melalui TVET juga melaksanakan latihan perindustrian juru kimpalan, project link di KV Likas, Sabah; KV Miri, Sarawak; dan KV Bintulu Sarawak dengan kerjasama dengan Shell Sabah dan juga Shell Sarawak dalam industri petroleum dan juga gas bagi bidang teknologi kimpalan meliputi latihan re-skilling guru, OJT, on-the-job training dan juga penempatan pekerjaan.
Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih YB Timbalan Menteri atas jawapan yang cukup meyakinkan berkaitan dengan kolej vokasional. Jadi, umum mengetahui bahawa pelbagai kementerian telah menekankan corak pendidikan TVET. Semua sudah nampak kepentingan TVET bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Jadi untuk KPM, perkara-perkara berkaitan EV, automasi hijau, pertanian pintar ataupun smart farming, bandar pintar ataupun smart city penting dalam pendidikan pada hari ini. Dan untuk smart farming ini dia lebih sesuai untuk murid- murid ataupun pelajar-pelajar yang berada di luar bandar misal kata untuk
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
memperbaiki dron ataupun untuk menggunakan data-data automasi dan sebagainya.
Jadi soalan saya, adakah KPM bercadang untuk mewujudkan aliran TVET hijau di sekolah menengah bagi menarik minat murid-murid, khususnya di negeri kecil seperti Perlis. Dan soalan kedua, apakah sasaran enrolmen TVET KPM dalam masa lima tahun dan adakah ia selaras dengan Pelan TVET Negara? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kangar.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Berkenaan dengan perkara pertama berkenaan dengan pelbagai kementerian telah pun melibatkan diri dalam pembangunan pendidikan TVET ataupun sektor TVET di negara kita. Dan sememangnya pihak KPM menjalinkan hubungan yang erat dengan kesemua kementerian dan juga agensi yang lain dan khasnya KPM juga merupakan salah sebuah kementerian yang terlibat dalam Majlis TVET Negara dan dari situlah kita boleh mengintegrasikan dan berkolaborasi antara kesemua kementerian.
Berkenaan dengan isu smart farming yang telah pun diketengahkan oleh Yang Berhormat Kangar, sememangnya di dalam kurikulum kolej vokasional yang sedia ada telah pun diberikan nilai tambah dengan teknologi terkini seperti smart farming dan juga Internet of Things dalam bidang pertanian di enam kolej vokasional pertanian iaitu yang mana elemen Internet of Things dan juga AI telah pun diintegrasikan juga dalam program teknologi maklumat melalui pelaksanaan sistem rumah pintar ataupun smart home di 23 kolej vokasional.
Berkenaan dengan smart farming, kita ada program ini dalam bidang pertanian di enam kolej vokasional pertanian setakat ini. Dan katakan smart farming dari segi bagaimana kita menyiram air dan juga bagaimana kita menabur baja, kesemua ini kita mengintegrasikan perkembangan teknologi di dalam pembelajaran kita.
Dan pada masa yang sama, apabila kita sebut berkenaan dengan kurikulum di peringkat sekolah menengah, kesemua program ini sememangnya adalah sebahagian daripada pembelajaran merentasi kurikulum yang merentasi mata pelajaran yang sedia ada di sekolah harian kita juga. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Yang Berhormat Menteri, antara perkara yang sering disebut tentang TVET ini ialah berkenaan dengan kesinambungannya. Dan saya setuju tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri juga telah sebut ada Majlis TVET Negara yang menyelaras di peringkat kementerian-kementerian.
Saya juga faham bahawa antara penyertaan pelajar dalam TVET ini sekarang tahapnya adalah 53.9 peratus dan nak capai 70 peratus pada RMK13. Kita juga tahu graduan TVET ini dia ada persaingan upah yang lebih baik. Maksudnya, jika mereka keluar daripada sekolah ataupun daripada universiti, maka mereka ada kebolehpasaran yang lebih tinggi.
Jadi soalan saya, apakah langkah kementerian untuk menggalakkan penyertaan golongan sasar daripada mereka pelajar-pelajar, murid-murid B40 ataupun di sekolah tahfiz ataupun daripada kalangan pelajar-pelajar perempuan dalam TVET ini. Kerana saya rasa ini adalah golongan sasar yang penting supaya mereka ada kemampuan untuk teruskan untuk mendapat pekerjaan yang baik, upah yang lebih baik apabila mereka keluar kelak daripada sekolah dan juga daripada universiti. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Ledang. Bagi pihak KPM, KPM ingin sekali lagi menegaskan bahawa pendidikan TVET ini bukan suatu pendidikan alternatif ataupun pendidikan pilihan kedua bagi anak-anak kita. Tetapi bagi KPM, ia merupakan salah satu landasan dan juga pendidikan arus perdana di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dan, sekiranya kita meninjau berkenaan dengan kebolehpasaran graduan kita sememangnya amat tinggi. Tahun 2021 ― graduan tahun 2021 mencecah kebolehpasaran 99.16 peratus, 2022; 99.38 peratus dan graduan tahun 2023 mencecah ― oh maaf. Graduan tahun 2022 mencecah 99.16 peratus; tahun 2023 adalah 99.38 peratus; dan graduan tahun graduasi 2024; 99.91 peratus. Satu peningkatan yang amat tinggi.
Tuan Wong Kah Woh
Dan apabila kita kata hasil daripada pendidikan TVET kita, sememangnya kita telah pun melepasi sasaran kita dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Tahun 2013–2025 yang menetapkan sasaran sebanyak 90,000 orang graduan. Kita telah pun melepasi sasaran tersebut.
Tuan Wong Kah Woh
Dan berkenaan dengan bagaimana kita dapat memastikan golongan yang kita hendak sasarkan itu mempunyai peluang— ruang dan peluang untuk mengikuti pendidikan TVET yang disediakan. Dan sememangnya pihak KPM, kita— peluang kita adalah luas. Kita mempunyai 86 buah KV. Kita mempunyai lagi sembilan buah Sekolah Menengah Teknik.
Dan juga pada masa yang sama, SMK yang menawarkan PVMA, SMK yang menawarkan PIMA adalah lebih kurang 347 yang menawarkan PVMA; SMK yang menawarkan PIMA, 13 buah SMK. Dan kita juga ada SMPKV, empat buah ditambah dengan satu projek baharu di SMPKV di Sabah, Tuaran iaitu merupakan SMPKV yang kelima.
Kita nak pastikan kita memberikan ruang dan peluang kepada semua pihak.
Dan pada masa yang sama, berkenaan dengan anak-anak di sekolah yang mungkin lebih cenderung untuk melibatkan diri ataupun melanjutkan pembelajaran dalam mengikut landasan ataupun laluan TVET, sememangnya bimbingan dan kaunseling dan juga tunjuk ajar yang sewajarnya akan diberikan oleh pihak guru-guru kita di peringkat sekolah dari sekolah rendah dan sampailah ke sekolah menengah. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih Menteri. Untuk soalan 3, saya difahamkan Tuaran tidak berada dalam Dewan. Untuk soalan 4, Kuala Terengganu juga tidak berada dalam Dewan [****Soalan No. 3** – YB. Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau (Tuaran) tidak hadir] [****Soalan No. 4** *– YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
(Kuala Terengganu) tidak hadir]*
Tuan Yang di-Pertua
Untuk itu, saya maju ke soalan nombor 5. Saya jemput Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Tan Sri Speaker.
Soalan seterusnya, yang ke-5.
5. Dato' Seri Amirudin bin Shari [Gombak] minta Menteri Pendidikan menyatakan, tindakan kerajaan untuk menambah minat pelajar sekolah untuk menceburi bidang kejuruteraan. Apakah kesediaan kementerian untuk memanfaatkan tempoh cuti sekolah untuk memberikan peluang kepada pelajar- pelajar sekolah mengadakan latihan amali di kilang-kilang pembuatan berteknologi tinggi.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan kelima, KPM terus bekerja. Kementerian Pendidikan komited menyediakan akses pendidikan TVET berkualiti kepada semua murid warganegara tanpa mengira latar belakang sosioekonomi dan juga kaum dalam melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan mampu bersaing dalam teknologi— dalam masa era teknologi global.
Pendedahan awal pendidikan yang melibatkan elemen kejuruteraan dan juga TVET di sekolah rendah telah bermula sejak tahun 2014 melalui mata pelajaran RBT, Reka Bentuk dan Teknologi pada— di Tahun 4 merangkumi bidang teknologi, sains rumah tangga, kejuruteraan, pengaturcaraan dan juga pertanian serta diteruskan ke peringkat menengah rendah mulai tahun 2017.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM sedang dalam usaha merangka Kurikulum Persekolahan 2027 yang mana dalam KP2027, KPM bertekad untuk memperkukuh asas TVET yang juga merangkumi elemen kejuruteraan seawal Tahun 1 sehingga Tahun 6 melalui mata pembelajaran baharu iaitu— mata pelajaran baharu iaitu mata pembelajaran bersepadu. Dan mata pelajaran ini adalah berasaskan projek dan menggabungkan elemen pendidikan seperti sains, teknologi, digital, seni, muzik dan juga kesihatan.
Pendekatan ini memberikan peluang kepada murid meneroka aplikasi teknologi dan digital secara praktikal termasuklah elemen sains, seterusnya diperkembangkan di Tingkatan 1 hingga 3 bagi membantu mereka mengenal pasti potensi diri serta menanam minat dalam bidang yang berkaitan. Pendidikan awal kepada elemen asas kejuruteraan melalui aktiviti hands-on seperti reka cipta, robotik, eksperimen, kejuruteraan mudah dan juga pertandingan inovasi juga mampu menarik minat murid untuk menceburi diri dalam bidang kejuruteraan, sekali gus melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran teknologi masa hadapan.
KPM menyambut baik cadangan Ahli Yang Berhormat Gombak untuk memberikan peluang kepada murid sekolah mengadakan latihan amali di kilang-
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
kilang pembuatan berteknologi tinggi bagi memanfaatkan tempoh cuti sekolah mereka.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM melaksanakan aktiviti bersama dengan industri. Sebagai contoh, program lawatan, perbengkelan, taklimat serta perkongsian teknologi dan amalan terbaik oleh industri khusus bagi murid di sekolah menengah kebangsaan dan juga KV. Antaranya adalah Program Lawatan Industri Madani TVET Lestari bersama ViTrox Academy di Pulau Pinang bagi murid Tingkatan 5 di SMK sekitar Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak bermula pada awal tahun ini.
Pada masa yang sama, KPM ingin merakamkan penghargaan terhadap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menyokong usaha pelaksanaan pendidikan TVET melalui Program Pensijilan Profesional oleh Selangor Technical Skills Development Center, Selangor yang melibatkan 214 penawaran penajaan antaranya seperti pensijilan Program STDC Siemens TIA Portal Basic dan juga Program STDC Siemens PLC Certified Professional dan juga program yang lain.
Manakala dengan agensi dan juga badan-badan yang lain, Yayasan Sime Darby juga membantu pihak KPM bagi murid-murid KV dengan memberikan inisiatif pengalaman pekerjaan sebenarnya yang— sebenar yang berguna kepada semua murid KV yang terlibat semasa cuti semester.
Program ini melibatkan penajaan Pensijilan Profesional Jentera Berat bertujuan memastikan program TVET dan kejuruteraan KPM selari dengan keperluan industri dan menyokong permintaan industri dalam bidang jentera berat.
Seramai 276 pelajar dari 61 kolej vokasional terlibat dalam program ini dan melibatkan penjanaan sebanyak RM600,000 daripada Yayasan Sime Darby. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Soalan tambahan. Terima kasih Tan Seri Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang telah dikemukakan. Dan daripada penjelasan Timbalan Menteri sebentar tadi, kita dapati bahawa kita harus meningkatkan pembelajaran, minat serta kedekatan generasi muda, pelajar-pelajar kita terhadap sains, matematik dan kejuruteraan luar di dalam kelas ataupun luar dalam pendidikan formal.
Beberapa cadangan ataupun beberapa contoh yang telah diberikan itu sewajarnya menjadi pakej yang boleh dikemukakan oleh kementerian supaya pakej
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
itu boleh dikemukakan kepada industri kerana industri boleh menyediakan sumber tenaga kerja mereka pada masa hadapan. Adakah pihak kementerian ingin menyediakan pakej ini ataupun rangka itu dengan lebih baik istilahnya, rangka ataupun frame itu dengan gabungan di antara industri dan juga kementerian bagi memastikan kelestarian sumber manusia dan juga dalam pada masa yang sama, meningkatkan prestasi sains, matematik, kejuruteraan di kalangan pelajar-pelajar kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Sememangnya apabila kita berbincang berkenaan dengan usaha untuk mempertingkatkan enrolmen STEM di peringkat KPM khasnya untuk anak-anak kita di Tingkatan 4, izinkan saya untuk memberikan sedikit statistik di sini berkenaan dengan STEM A dan juga— enrolmen STEM A dan juga STEM B yang mana ia melibatkan majoriti mata pelajaran Sains dan juga Sains Tulen.
STEM A pada tahun 2024, enrolmen dicatatkan pada kadar 16.69 peratus.
Dan pada tahun 2025, mencatatkan enrolmen 15.8 peratus. Bagi STEM B, pada tahun 2024 dan 2025, kedua-dua tahunnya mencatatkan satu enrolmen 5.22 peratus. So, kita ada Pakej STEM A dan B dan juga kita ada Pakej STEM C(1), C(2), E, F dan juga E dan F.
Dan berkenaan dengan bagaimana kita memastikan enrolmen...
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
...Adalah tinggi di kalangan anak-anak kita di Tingkatan 4, pada bulan Mac 2025, sememangnya KPM telah pun mengeluarkan satu SPI yang mana kita telah pun menitikberatkan, menegaskan berkenaan dengan kepentingan Pakej STEM A dan juga STEM B.
Dan salah satu tindakan yang telah pun diambil adalah, supaya semua pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling haruslah memberikan bimbingan dan nasihat kepada murid Tingkatan 4 supaya memilih Pakej A ataupun Pakej B mengikut kecenderungan dan pihak sekolah haruslah memastikan bahawa sekolah menawarkan sekurang-kurangnya satu kelas Pakej STEM A bermula tahun 2025.
Di peringkat kerjasama dengan industri pula Yang Berhormat Gombak dan juga Tan Sri Speaker, pihak KPM khasnya di peringkat TVET, kita ada satu jawatankuasa yang kita namakan sebagai Jawatankuasa Hubungan Industri TVET, KPM yang dipengerusikan oleh Dr. KPPM sendiri melibatkan Pengarah JPN, tiga Pengarah JPN, lima Pengarah Bahagian KPM dan sebagainya.
Tuan Wong Kah Woh
Dalam Jawatankuasa Hubungan Industri TVET, KPM ini peranannya adalah untuk membantu kita— nombor satu, menyediakan kurikulum yang mematuhi kehendak semasa dan pada masa yang sama juga menyediakan laluan ataupun landasan on job training dan juga laluan kerjaya kepada anak-anak TVET kita dan ini merupakan usaha kita untuk memastikan silibus ataupun kurikulum yang kita ada ini adalah selaras dengan kehendak industri dan pada masa yang sama, kita pastikan laluan kerjaya itu adalah terjamin kepada graduan TVET kita. Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Jerantut.
Tuan Yang di-Pertua
Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih kepada Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Timbalan Menteri, sepertimana yang kita tahu, kemasukan ataupun enrolmen kepada STEM ini semakin lama semakin menurun. Hatta PMX pun— kita punya Perdana Menteri pun telah pun membuat satu kenyataan untuk mewajibkan 70 peratus pelajar baru SBP, MRSM untuk pilih STEM mulai pada tahun depan. Ini menunjukkan yang ada masalah besar tentang minat anak-anak kita kepada STEM dan saya sendiri pun engineer.
Memang di antara penyebab asas kenapa anak-anak kami yang engineers ini ‘tak ‘nak pergi ke STEM ini kerana pengalaman kami sebagai ibu dan ayah yang engineers juga, yang daripada sudut gajinya tidak kompetitif di pasaran Malaysia.
Hatta semalam pun Menteri MITI mengatakan, banyak graduate kita yang lari ke negara luar kerana gaji mereka lebih baik berbanding dengan gaji mereka di sini.
Sebab itu, kita perlu lihat kembali kepada Dasar Gaji Progresif— Kertas Putih yang dibentangkan dalam Parlimen yang telah dilaksanakan oleh Menteri Ekonomi yang sebelum ini.
Soalan saya ialah, bila kita ‘nak meningkatkan STEM ini, kita kena melihat prasarana semua. Jadi, bagaimana tindakan Kementerian Pendidikan untuk melihat kesediaan sekolah-sekolah di luar bandar khususnya yang kelengkapan makmal pun tidak mencukupi, apatah lagi kelengkapan yang bersifat robotik dan sebagainya?
Jadi, bagaimana ‘nak menarik minat mereka? Apakah laluan mereka hanya TVET sahaja ataupun mereka boleh pergi kepada circle STEM melalui SBP dan juga MRSM ini?
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Yang kedua, program sedia ada iaitu STEM 4 ALL dan juga inisiatif DDD, daya tarikan dunia digital. Apakah keberkesanannya dan apakah KPI yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan untuk memastikan program-program ini berjaya untuk meningkatkan peluang tenaga kerja mahir dalam negara kita? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Jerantut berkenaan dengan ada beberapa perkara. Ketersediaan anak- anak kita semasa masuk ke industri, perkara ini tadi saya telah pun jawab dan sudah sebut berkenaan dengan bagaimana KPM bekerjasama dengan industri dan ada satu isu berkenaan dengan kelengkapan peralatan kita, makmal sains dan sebagainya.
Cuma KPM hendak menegaskan di sini bahawa apabila kita sedang dalam usaha untuk mempromosikan dan juga untuk memastikan anak-anak kita mempunyai minat yang lebih untuk mengikuti mata pelajaran ataupun pakej STEM yang kita ada, sudah tentu kelengkapan itu adalah perlu.
Apabila kita berbicara berkenaan dengan kelengkapan ataupun penyaluran sumber kepada sekolah-sekolah sama ada di bandar dan juga di luar bandar, pihak KPM sememangnya mengambil satu pendekatan yang mana kita berlaku adil kepada semua, yang mana tidak kiralah di sekolah bandar ataupun di luar bandar, apabila ia memerlukan keperluan, maka pihak KPM akan memberikan peruntukan yang secukupnya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya boleh kongsi sedikit berkenaan dengan inisiatif KPM pada tahun 2024 dan 2025 untuk pembekalan bahan dan juga peralatan sains baharu bagi semua sekolah di seluruh negara. Jumlah peruntukan yang telah pun kita sediakan bagi tujuan ini, bagi kesemua 16 JPN dan sekolah- sekolah di bawahnya adalah sebanyak RM82.11 juta dan kesemua projeknya telah pun selesai pada tahun 2024 dan kebanyakannya selesai pada tahun 2025.
Dan peruntukan ini adalah untuk memastikan kita melengkapkan makmal sains sekolah-sekolah tidak kiralah di bandar dan luar bandar dengan bahan dan juga peralatan sains baharu. Pada masa yang sama, apabila kita melonjak ke arah untuk penyelenggaraan makmal sains di sekolah-sekolah, setiap tahun juga pihak KPM bukan sahaja makmal sains tetapi untuk fasiliti KPM yang lain.
KPM ada menyediakan peruntukan penyelenggaraan bagi tujuan yang sama dan KPM akan cuba sedaya upaya, bukan sahaja untuk memastikan kelestarian
Tuan Wong Kah Woh
ataupun kesinambungan pendidikan STEM di sekolah-sekolah di bandar, tetapi juga sekolah-sekolah di luar bandar turut memberikan perhatian. Seperti yang saya sebut tadi, kesemua sekolah, RM82.11 juta telah pun disediakan bagi sekolah-sekolah tak kiralah lokasi bagi pembekalan kelengkapan dan juga bahan baharu bagi makmal sains di sekolah-sekolah. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput seterusnya Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, status pelaksanaan inisiatif kementerian untuk usahawan India seperti SPUMI, PENN, BRIEF-I dan VANIGHAM.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya telah mengambil langkah khusus untuk memperkasa pembangunan usahawan masyarakat India.
Antaranya, melalui penyediaan skim-skim pembiayaan seperti Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) oleh TEKUN Nasional, Dana Khas Pemerkasaan Wanita India, program PENN yang dilaksanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), program Bank Rakyat Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) oleh Bank Rakyat dan Vanigham Financing for Indian entrepreneurs oleh SME Bank.
Berdasarkan pencapaian semasa, status pelaksanaan skim-skim pembiayaan tersebut adalah seperti yang berikut.
Program SPUMI oleh TEKUN Nasional sejak tahun 2008 telah memberi manfaat kepada 27,978 usahawan dengan nilai pembiayaan berjumlah hampir RM547.2 juta. Daripada jumlah tersebut, seramai 3,689 usahawan telah menerima pembiayaan berjumlah RM87.37 juta bagi tempoh Januari 2024 hingga Oktober 2025.
Selain itu, terdapat juga program SPUMI Goes Big yang dilancarkan pada tahun 2024 yang merupakan bantuan tambahan kepada usahawan-usahawan India untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi selain daripada program SPUMI yang sedia ada. Sehingga kini, seramai 589 usahawan
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
kaum India telah mendapat pembiayaan SPUMI Goes Big yang melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM28.34 juta.
Program PENN di bawah Amanah Ikhtiar telah memberi manfaat kepada seramai 7,750 usahawan dengan pembiayaan sebanyak RM67.87 juta sejak ia dilancarkan pada tahun 2024 hingga Oktober 2025.
Program Vanigham Financing for Indian entrepreneurs di bawah SME Bank sejak dilancarkan pada tahun 2025, 25 Mei itu sehingga Oktober 2025, SME Bank telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM10.22 juta.
Secara keseluruhan, program-program ini telah memberi manfaat kepada seramai 12,645 usahawan kaum India dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM249.8 juta. KUSKOP akan terus komited untuk memperkasakan usahawan- usahawan di seluruh negara termasuk usahawan kaum India selaras dengan Dasar Keusahawanan Negara 2030, dengan izin, dan visi Malaysia MADANI yang memberi penumpuan kepada pembangunan sosioekonomi yang inklusif, seimbang dan mampan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merujuk kepada jawapan dan jumlah pemohon dengan jumlah pinjaman dalam bentuk pembiayaan.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Saya terima maklum balas yang saya terimalah. Memang banyak program yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI bagi usahawan kaum India, tetapi terdapat jugalah pembiayaan di bawah bank-bank komersial. Jadi, apakah usaha kementerian untuk memudahkan proses permohonan dan kelulusan yang membezakan agensi-agensi kerajaan dengan permohonan di bank-bank komersial yang lain? Sekian, terima kasih.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih di atas soalan tambahan dari sahabat saya, Sungai Siput. Memang, kalau kita lihat banyak program yang sedang dilaksanakan oleh banyak agensi kerajaan, tetapi di bawah KUSKOP, saya boleh beri contoh, di bawah TEKUN.
mempengerusikan Mesyuarat] Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Permohonan di bawah TEKUN itu hanya memerlukan salinan kad pengenalan, salinan pendaftaran syarikat, tiga keping gambar premis dan juga salinan tiga bulan penyata bank rasmi...
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
[Bangun]
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Proses kelulusan pun kita dah tambah baik dengan tempoh kelulusan hanya masa tujuh hari sahaja. Itu adalah berbanding dengan banyak lagi bank yang mengambil masa sampai masa 21 hari. Ada yang sampai 60 hari pun ada, tetapi kami telah mempercepatkan proses tersebut di bawah TEKUN.
Manakala, di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia, proses yang kami ada adalah hanya untuk mengemukakan salinan kad pengenalan sahaja, tanpa memerlukan apa-apa sijil pendaftaran oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia pun dan pemohon yang lengkap akan diluluskan pembiayaan mereka dalam 16 hari tempoh bekerja.
Untuk Bank Rakyat, memang proses dia agak stringent sikit dengan izin Dato’ Yang di-Pertua, tetapi dia memerlukan hanya 14 hari bekerja untuk mendapatkan kelulusan, sekiranya semua dokumentasi yang diperlukan telah diteliti dan diproses oleh Bank Rakyat di bawah program BRIEF-i. Ini bukan untuk semua pembiayaan bawah SME— bawah Bank Rakyat, tetapi hanya untuk program BRIEF-i.
Untuk program Vanigham pula bawah SME Bank, memang program ini dia ambil masa yang lebih panjang sedikit sebab pembiayaan dia besar. Dia hampir mencecah— permohonan yang kita terima hampir mencecah RM1 juta, RM500,000.
Ada yang RM100 juga. So, kita mengambil satu attitude di mana kita ‘nak cepat dan efisien, tetapi kena mengikut proses-proses yang ada di dalam peraturan yang diberikan dan diselaraskan di bawah program Vanigham ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Pengukuhan inisiatif khusus seperti SPUMI dan BRIEF-i amat kritikal bagi memastikan komuniti ini dapat bersaing secara saksama dan merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
Memandangkan cabaran-cabaran jurang ekonomi antara kaum begitu ketara hari ini, apakah metrik khusus yang digunakan oleh kementerian untuk mengukur sumbangan inisiatif seperti SPUMI dan BRIEF-i terhadap pemilikan ekuiti dan pengekalan kekayaan dalam kalangan usahawan India, dan apakah perbandingan
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
metrik ini dengan keberkesanan program yang sama bagi kaum-kaum lain yang dijalankan oleh kementerian dalam tempoh yang sama? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih, soalan daripada Yang Berhormat Rompin. Program BRIEF-i ini dan juga program SPUMI ini, kalau kita lihat secara keseluruhan, program TEKUN, bukan di bawah SPUMI. Hanya SPUMI sahaja, bukan SPUMI Goes Big. Kementerian telah meluluskan 56.78 juta dan permohonan ini telah memberi usahawan lebih 1,870 usahawan, satu peluang untuk menambah baik pekerjaan mereka.
Secara keseluruhan dua tahun yang kami telah memulakan program SPUMI Goes Big ini, bekerjasama dengan SPUMI, keseluruhan yang telah diberi pembiayaan 105,312,000. Ini sehingga September 2025, yang telah bermanfaat dengan program ini, 4,005 usahawan. Untuk program di bawah Bank Rakyat pula, permohonan yang kami terima adalah, agak banyak, tetapi yang kami telah proses dan luluskan untuk kedua-dua tahun, 2024 dengan 2025 adalah 2.423 bilion kita telah berikan kepada usahawan-usahawan di dalam komuniti India dan juga tempat- tempat yang lain.
Usahawan yang telah mendapat manfaat daripada program tersebut hampir 2,162. Untuk merapatkan jurang yang agak susah bagi kita nak spesifikkan, memang program-program ini kita khaskan bagi komuniti India, tetapi program-program yang lain juga disediakan, bukan sahaja di bawah kementerian yang lain, tetapi malah di bawah kementerian KUSKOP.
Bantuan contohnya, Tamu Desa untuk usahawan-usahawan di Sabah dan Sarawak. Juga, kami sediakan di bawah KUSKOP and dana yang kita telah peruntukkan bertahun-tahun kita meningkatkan. Sebelum ini, yang disediakan melalui belanjawan hanya sejuta— RM1 juta, tetapi dengan kerjasama yang bagus dengan Kementerian Kewangan, tahun lepas kita dapat 20 juta and tahun ini pun kita dapat 20 juta. So, memang kita ada program-program spesifik yang direka. Jadi, sesiapa pun, kaum mana pun tidak akan terpinggir. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ketujuh. Dipersilakan, Dr.
Hajah Halimah Ali, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Timbalan Speaker.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sudah terang lagi bersuluh, Karambunai pilih nombor tujuh, Urus kewangan mestilah menyeluruh, Soalan Kapar nombor tujuh.
7. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Kewangan menyatakan, langkah konkrit kerajaan dalam memastikan proses rasionalisasi subsidi petrol, elektrik dan barangan asas tidak membebankan isi rumah B40 dan M40 termasuk data unjuran kesan harga sebelum dan selepas pelaksanaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Menteri Kewangan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan MADANI telah menyediakan lebih RM208 bilion untuk keseluruhan subsidi bantuan dan insentif pada tahun 2023 sehingga 2025 bagi menstabilkan harga barangan atau perkhidmatan tertentu dalam usaha untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan yang dialami oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Walau bagaimanapun, Kerajaan MADANI mendapati bahawa subsidi secara pukal terutama di bawah sektor kepenggunaan, banyak dinikmati oleh golongan yang tidak layak seperti warga asing, selain berlaku aktiviti penyeludupan barangan bersubsidi.
Oleh yang demikian, Kerajaan MADANI telah mengambil langkah berani sejak tahun 2023 dengan melaksanakan penyasaran subsidi yang memastikan subsidi dimanfaatkan oleh kumpulan yang benar-benar layak dan juga bertujuan mengurangkan ketirisan akibat penyeludupan. Sekali gus, membolehkan peruntukan yang dijimatkan disalurkan kepada program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Ini termasuklah penyasaran subsidi elektrik. 85 peratus rakyat masih kekal menikmati subsidi elektrik. Pengapungan harga ayam dan telur tidak menjejaskan bekalan serta kestabilan harga ayam dan telur di pasaran.
Penyasaran subsidi diesel. Kemudahan fleet card kepada 122,762 syarikat melibatkan 359,004 buah kenderaan bagi membolehkan mereka terus mendapatkan bekalan diesel pada harga bersubsidi iaitu pada harga RM2.15 seliter. Bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan kepada seramai 320,000 pemilik kenderaan persendirian diesel, petani, penternak dan pekebun kecil.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Penyasaran subsidi RON95. Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas layak menikmati petrol RON95 pada harga bersubsidi iaitu RM1.99 seliter.
Kelayakan BUDI95 telah diperluaskan kepada lebih 17,000 nelayan berdaftar, lebih 6,000 pemilik bot persendirian di Sabah dan Sarawak, pemandu e-hailing dan teksi lapangan terbang.
Kesan pelaksanaan penyasaran subsidi. Kadar inflasi tetap terkawal pada 1.8 peratus pada tahun 2024. Inflasi diunjurkan di antara satu peratus sehingga dua peratus pada tahun 2025 dan di antara 1.3 peratus sehingga dua peratus pada tahun 2026. Penjimatan penyasaran subsidi akan disalurkan kepada program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah
(STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Peningkatan daripada 13,000 sehingga— bukan ribu, maaf.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Peningkatan peruntukan kepada RM15 bilion termasuk tambahan RM2 bilion penghargaan SARA secara one-off, juga bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) peningkatan peruntukan kepada RM2.9 bilion, program menangani kos sara hidup RM1 bilion disediakan termasuk program Jualan RAHMAH MADANI, program Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih kurang RM791 juta, insentif pas bulanan My50 di Lembah Klang, lebih kurang RM216 juta, kad 30 hari dan kad konsesi di bawah BAS.MY sebanyak RM200 juta turut diperluaskan di negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak.
Kesimpulannya, penjimatan dana negara melalui penyasaran subsidi membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana bagi agenda kebajikan bantuan menangani kos sara hidup serta pelaburan bagi menyediakan prasarana rakyat yang berkualiti. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Timbalan Speaker. Apakah jaminan bahawa data padanan penerima subsidi bersasar benar-benar tepat?
Memandangkan rekod menunjukkan masih wujud lebih 30 peratus exclusion error dalam pelbagai bantuan kerajaan sebelum ini. Dan, apakah mekanisme rayuan cepat yang memastikan tiada isi rumah layak tercicir.
Bolehkah kementerian komited untuk membentangkan kepada Dewan, laporan kesan harga pra-pelaksanaan ex-ante impact assessments sebelum mana- mana pengurangan subsidi diumumkan supaya proses ini benar-benar telus dan tidak
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
menekan atau menjadi faktor stres kepada pengguna. Ini subsidi ‘dah ‘tak ada ini, apa ini, ‘tak ada ini, jadi stres.
Dan, apakah langkah mitigasi segera seperti pemindahan tunai sementara, taraf elektrik life line yang diperkukuh atau kawalan harga barangan asas yang akan diaktifkan secara automatik sekiranya berlaku kenaikan harga mendadak selepas rasionalisasi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Dato’ Adnan bin Abu Hassan - Kuala Pilah
[Bangun]
Puan Lim Hui Ying
Kaedah agihan bantuan subsidi kerajaan kini telah beralih kepada sistem digital yang komprehensif seperti penggunaan MyKad untuk SARA dan Budi95 dan juga bagi penyasaran subsidi bahan api, sistem eBantuan JKM, sistem MySTR serta sistem eKasih yang menggunakan kriteria-kriteria kelayakan kepada— untuk memastikan pengagihan bantuan kerajaan ini betul-betul mencapai kepada sasaran yang betul-betul memerlukan.
Sebagai contoh, kerajaan mendapat kerjasama penuh daripada 34 agensi, antaranya JPN, Jabatan Akauntan Negara, bendahari negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sebagainya untuk memastikan semua data-data atau maklumat yang kita dapat ini tepat dan kita dapat disasarkan kepada semua yang betul-betul diperlukan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bentong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Saya minta Ahli Parlimen Yang Berhormat Bentong— Betong, eh?
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Betong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Oh betul.
Oh silap. Antara dua ini, selalu saya— Bentong, Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dekat sangat. Rindu.
Rindu. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, Betong ingin bertanya sedikitlah
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
kepada Timbalan Menteri mengenai kesan rasionalisasi petrol ini tadi kepada sektor pengangkutan dan logistik.
Adakah kerajaan telah membuat satu unjuran mengenai kesan kos petrol ini kepada sektor logistik dan bagaimana kerajaan dapat menghalang kenaikan caj penghantaran daripada memindahkan kos ini secara langsung kepada pengguna.
Dan, sekiranya ada mekanisme subsidi bersyaratlah untuk pengangkutan awam seperti kenderaan komersial itu dan contohnya lori kecil untuk pekebun kecil dan pengusaha mikro dan bagi memastikan rantaian bekalan makanan ini tidak terjejas.
Mohon penjelasan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Betong.
Betul. Dagi segi dari segi pengangkutan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat, kita memang telah membuat— ada banyak-banyak langkah yang kita telah adakan terutamanya untuk bantuan kepada pengangkutan awam yang mereka masih boleh menikmati petrol atau RON95 pada kadar yang disubsidi, pada harga subsidi, tetapi untuk seperti e-hailing yang juga memerlukan— baru-baru ini kita telah naikkan itu liter untuk setiap individu, kita ada 300 liter sebulan, tetapi untuk e-hailing, kita sudah naikkan kepada 600 liter bergantung kepada kilometer mereka gunakan, yang maksimum mereka boleh pergi kepada 800 liter. Kita akan pantau.
Dan, pada masa yang sama untuk memastikan tidak ada harga yang dipindahkan kepada pengguna, memang kita memantau bersama dengan KPDN, kita memang banyak pemantauan operasi yang dilakukan melalui KPDN dan kita pastikan yang harga semua harga ini tidak akan dipindah kepada pengguna. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat nombor 8, Tapah tidak ada. Saya terus ke soalan yang ke-9.
Dipersilakan Datuk Muslimin bin Yahaya, Yang Berhormat Sungai Besar.
[Soalan No. 8 – YB. Datuk Seri Saravanan a/l Murugan (Tapah) tidak hadir]
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 9.
9. Datuk Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, berapa banyak peruntukan dan subsidi yang disediakan oleh kementerian dan agensinya untuk menampung program Jualan RAHMAH atau Jualan MADANI sepanjang tahun 2024 dan 2025 dan adakah jualan RAHMAH ini akan dilaksanakan secara berterusan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Besar di atas soalan ini.
Yang Berhormat, buat makluman Yang Berhormat, jenama yang kita gunakan ialah program Jualan RAHMAH MADANI ye. Dia bukan Jualan RAHMAH ataupun jualan MADANI, tapi program Jualan RAHMAH MADANI. Ini merupakan satu inisiatif kerajaan dalam meningkatkan akses rakyat kepada barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan. Ia nya juga boleh dilihat sebagai tindakan intervensi pihak kerajaan dan untuk menangani isu kos sara hidup.
Program ini dilaksanakan bermula pada Januari tahun 2023 dan melibatkan jualan barangan keperluan harian, makanan dan bukan makanan pada harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa pada satu kawasan dan sekitarnya.
Pada tahun 2023, jenamanya ialah program Jualan RAHMAH Kasih Sayang.
Kemudian, dia dijenamakan semula kepada program Jualan RAHMAH MADANI.
Untuk tahun 2024, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi pelaksanaan PJRM di seluruh negara dan melibatkan 12,419 siri penganjuran dengan penerima manfaat seramai lebih kurang 13 juta orang ya.
Manakala bagi tahun 2025 pula, Kerajaan MADANI telah memperuntukkan sebanyak RM552 juta bagi pelaksanaan PJRM, iaitu peningkatan peruntukan sebanyak 3.68 kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Dan, jumlah ini adalah termasuk peruntukan tambahan sebanyak RM300 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Julai 2025 lepas.
Jadi, susulan penambahan peruntukan tersebut, KPDN menyasarkan pelaksanaan lebih 20,000 siri PJRM di seluruh negara bagi tahun 2025, yang melibatkan 222 kawasan Parlimen, 600 kawasan Dewan Undangan Negeri, serta 40 zon di Wilayah Persekutuan. Sehingga 15 November 2025, sebanyak 21,357 siri PJRM telah dilaksanakan dengan manfaat secara langsung kepada hampir 23 juta
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
rakyat Malaysia dengan nilai jualan melebih RM900 juta berbanding 21 juta orang penerima manfaat dengan nilai jualan sebanyak RM800 juta pada bulan lepas.
Jadi, bagi kawasan Parlimen Sungai Besar pula Yang Berhormat, sebanyak 91 siri PJRM telah dianjurkan dengan penerima manfaat seramai 120000 orang. Seiring dengan itu, subsidi yang telah dibayar berjumlah RM255 juta sehingga 14 November.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Jadi, KPDN juga ingin maklumkan bahawa Program Jualan RAHMAH MADANI akan diteruskan pada tahun 2026— Yang Berhormat tanya ini. Di bawah Belanjawan 2026, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM600 juta melalui inisiatif Payung Rahmah yang turut merangkumi pelaksanaan PJRM di seluruh negara. Jadi, itu dia jawapan kepada Sungai Besar. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat, soalan tambahan.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dia berapa pun peruntukan, dana ataupun subsidi seperti yang disalurkan untuk program ini dia paling tidak memberi sedikit kelegaan kepada rakyat dan terima kasih kepada KPDN. Cumanya saya dengar tadi, pengurangan ataupun harga diskaun antara 10 peratus hingga 30 peratus bagi setiap barangan Jualan RAHMAH ini saya rasa kementerian ada kemampuan untuk memastikan barang-barang yang pada Jualan RAHMAH itu boleh juga turun antara 10 peratus hingga 30 peratus yang boleh dinikmati oleh ramai pengguna-pengguna.
Jadi soalan saya, adakah kementerian ataupun kerajaan ada perancangan yang serius untuk memastikan harga beberapa barangan di pasaran sama ada harga yang ada ini sama harga pada harga diskaun 10 peratus hingga 30 peratus sama dengan harga Jualan RAHMAH yang boleh memberi kelegaan kepada lebih ramai lagi pengguna di seluruh negara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Dato’ Yang di-Pertua, soalan Sungai Besar tadi saya tak ada— tak berapa tangkap. Adakah Sungai Besar maksud harga di pasaran biasa bukan di Jualan RAHMAH?
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Antara 10 peratus hingga 30 peratus. Jadi, ada ‘tak kementerian ada perancangan untuk memastikan harga barangan yang sama itu yang mendapat diskaun 10 peratus hingga 30 peratus itu diperluaskan lagi di semua kedai? Maksudnya rakyat boleh membeli di kedai pada harga itu. Itu yang saya maksudkanlah. Terima kasih.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Sungai Besar. Jadi, maksudnya apa yang Sungai Besar minta ialah diskaun 10 peratus hingga 30 peratus itu berterusan setiap masa di kedai-kedai yang lain.
Dato’ Yang di-Pertua, kita dalam pasaran ekonomi terbuka. Jadi, kalau untuk mendapatkan diskaun 10 peratus hingga 30 peratus itu, dia terbuka kepada persaingan di pasaran ya. Jadi, kalau kita ‘nak memaksa mereka menjual dengan harga yang sedemikian, maka dia tidak lagi pasaran terbuka, Yang Berhormat Sungai Besar. Jadi, dalam Program Jualan RAHMAH MADANI ini kita ada subsidi.
Sebab itu kita boleh memastikan harga 10 peratus hingga 30 peratus diskaun itu kerana diskaun itu diberikan subsidi oleh pihak kerajaan, tetapi kalau kita mahu menyuruh ya para-para peruncit untuk menjual dengan harga diskaun yang sama, maka dia memaksa harga jualan sedangkan kita tidak mengawal harga jualan dengan barang-barang melainkan beberapa barang-barang keperluan asas seperti gas masak, minyak masak dan sebagainya. Jadi, keadaan itu tidak mungkin boleh berlaku dalam pasaran ekonomi terbuka. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Sepertimana tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa Jualan RAHMAH ini akan dilaksanakan secara berterusan dan diperluaskan.
Jadi, soalan saya adakah kementerian bercadang untuk supaya ada pendigitalan maklumat berkenaan dengan program ini dengan memperkenalkan sistem pemberitahuan ataupun aplikasi mudah yang memaklumkan lokasi, tarikh dan harga promosi supaya rakyat boleh merancang pembelian dengan lebih bijak?
Adakah juga kementerian boleh mempertimbangkan pemberian kad loyalty ataupun membership loyalty card untuk mendapat diskaun bagi kumpulan yang sentiasa mencari-cari Jualan RAHMAH ini?
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Satu lagi Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah ada juga pertimbangan untuk ditawarkan barangan secara kombo dalam satu beg ataupun dalam satu kotak ataupun satu plastik? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Ada tiga bahagian soalan. Yang Berhormat Ledang, kita sentiasa melihat kepada bagaimana kita boleh memperluaskan market penetration ataupun tembusan pasaran kerana kita dapati bahawa saya katakan tadi 23 juta. 23 juta penerima manfaat, Dato’ Yang di-Pertua.
Kita ada dalam 8.2 juta isi rumah, Dato’ Yang di-Pertua. Jadi, kalau kita sasarkan kepada B80 maksudnya kita ada 6.6 juta isi rumah yang perlu kita sasarkan untuk mereka dapat capaian kepada Program Jualan RAHMAH MADANI ini. Jadi, setakat ini daripada kajian kita, penelitian kita, market survey kita, kita dapati bahawa jenama itu kuat.
Jenama itu kuat, tetapi kita juga mengkaji trend bagaimana mereka mendapat maklumat berkenaan dengan Program Jualan RAHMAH ini. Maklumat— maklum balas yang kita terima ialah mereka mendapat maklumat berkenaan dengan Program Jualan RAHMAH ini melalui grup-grup komuniti. Group, group WhatsApp komuniti, keluarga, kampung dan sebagainya.
Pendigitalan ini untuk sebagai satu tool atau alat promosi. Boleh kita bincang lagi Yang Berhormat Ledang. Berkenaan dengan kad loyalty dan juga barangan kombo itu belum dapat perancangan, tetapi boleh kita bincang, Yang Berhormat Ledang berkenaan dengan way forward untuk memperkasakan lagi Jualan RAHMAH MADANI. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan ke-10, Bukit Bintang tiada. Ada urusan.
Berikutnya saya mempersilakan Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Yang Berhormat Merbok.
[Soalan No. 10 – YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) tidak hadir]
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 11.
11. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan [Merbok] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, pendekatan khusus komprehensif yang diambil oleh kerajaan dalam menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam negara bagi mengelakkan migrasi pekerja tempatan keluar bekerja ke luar negara khususnya negara jiran seperti Singapura, Australia dan Korea Selatan
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Sumber Manusia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia melaksanakan satu rangka kerja komprehensif bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada peluang pekerjaan yang lebih baik dalam negara, sekali gus mengurangkan kebergantungan mereka terhadap pekerjaan di luar negara seperti Singapura, Australia dan Korea Selatan.
Bagi menangani tarikan Singapura terhadap tenaga kerja mahir Malaysia, TalentCorp telah melaksanakan program Knowledge Worker khusus di zon ekonomi khas Johor, Singapura. Melalui program ini, diaspora Malaysia yang kembali bekerja dalam sektor kemahiran tinggi di kawasan tersebut layak menikmati kadar cukai rata 15 peratus selama 10 tahun. Ini adalah langkah strategi untuk menjadikan ekosistem kerja domestik lebih kompetitif berbanding dengan negara jiran.
Kerajaan juga mengubah fenomena brain drain kepada brain circulation melalui inisiatif Malaysia@Heart (MyHeart). Melalui MyHeart, rakyat Malaysia di luar negara kekal berhubung dengan peluang ekonomi, sosial dan budaya di tanah air.
Mereka boleh menyumbang kepakaran jaringan serta pengalaman global mereka tanpa perlu berpindah pulang sepenuhnya. Ini memastikan pembangunan negara terus mendapat manfaat daripada modal insan bertaraf dunia.
Selain itu, dalam memastikan tenaga kerja tempatan dilengkapi kemahiran yang relevan, TalentCorp telah menubuhkan 18 Future Skills Talent Council atau MyMAHIR FSTC yang dipacu industri. Melalui survey permintaan bakat yang dijalankan, industri memaklumkan bahawa 46,511 tenaga kerja diperlukan merentasi pelbagai sektor sehingga September 2025.
Setakat September 2025, 102 program latihan sedang berjalan melibatkan hampir 4,000 pelatih tempatan. Dari sudut perwujudan peluang kerja baharu, MITI memaklumkan bahawa pelaburan yang diluluskan pada tahun 2024 berjumlah RM378.5 bilion merangkumi 6,700 projek dan dijangka menjana lebih 207,000
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
pekerjaan baharu. Ini membuktikan keyakinan pelabur antarabangsa terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan berkualiti tinggi.
Melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, kerajaan turut menyasarkan perwujudan 3.3 juta pekerjaan berkemahiran dan separa mahir menjelang 2030.
Inisiatif ini diperkukuhkan dengan pelaksanaan TVET Negara 2030 serta Program Akademi Dalam Industri yang menggunakan perkataan work-based learning dengan pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia.
Langkah ini memastikan pekerja tempatan benar-benar bersedia mengisi peluang pekerjaan bernilai tinggi yang diwujudkan oleh sektor industri. Yang Berhormat Yang di-Pertua, dengan pelaksanaan strategi menyeluruh ini merangkumi inisiatif berdaya saing, latihan dipacu industri, perwujudan pekerjaan bernilai tinggi serta pemerkasaan sistem TVET.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Kerajaan yakin, fenomena migrasi bakat dapat dikurangkan dengan ketara supaya modal insan Malaysia dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara dan memastikan Malaysia kekal berdaya saing di rantau ini. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Menteri, berkenaan dengan kehilangan brain drain ini— setiap tahun, peruntukan pembangunan modal insan kepada kementerian lebih kurang 400 juta lebih.
Jadi, soalan saya adalah, berkenaan dengan kelewatan iaitu peluang kerjaya dan gaji yang tidak kompetitif, adakah kerajaan sedar bahawa ketidakselarasan antara gaji awal graduan dengan kos sara hidup merupakan faktor utama brain drain? Dan apakah langkah khusus kerajaan untuk menangani isu ini? Dan bagaimanakah kerajaan merancang untuk menyelaraskan sektor awam dan sektor swasta agar lebih kompetitif dengan pasaran global, khususnya dalam bidang teknikal STEM dan penjagaan kesihatan? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Soalan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi bahawa Yang Berhormat Merbok bahawa dalam soal ini, apakah tindakan
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
kerajaan? Sudah pastilah kerajaan yang saya katakan melalui Talent Corp. sebentar tadi yang kita wujudkan 18 mahir Future Skills Talent Council itu, kita wujudkan pelbagai peluang. Sebab itu kita nak upskilling dan reskilling mana yang ada ini.
Dan melalui peluang-peluang inilah sebenarnya yang kita tempatkan. Dan saya katakan tadi, menempatkan lebih ramai pelatih-pelatih yang melibatkan dalam 230 syarikat penglibatan dalam usaha ini supaya ia menjadikan satu penglibatan sehingga kenaikan gaji itu lebih baik. Maknanya, antara sekurang-kurangnya permulaan 2,000 dan dalam future jobs yang saya buat. Baru-baru ini saya dapati bahawa tawaran ada yang melibatkan sampai sehingga 4,000.
Dan inilah juga sebenarnya soalan Yang Berhormat yang sangat baik itu, penglibatan supaya tidak berlaku penghijrahan ataupun diaspora-diaspora, lebih ramai lagi berlaku di luar negara. Dan berdasarkan statistik PERKESO, kekosongan jawatan melalui MyFutureJobs mencecah 1.23 juta. Maknanya, masih banyak Yang Berhormat Yang di-Pertua, peluang-peluang ini, tetapi kita turun padang untuk mencari peluang-peluang ini kepada masyarakat.
Dan kita juga menyediakan portal MyFutureJobs supaya mereka dapat mengisi kekosongan sekiranya ada yang berlaku perkara ini. Dan yang saya melihat ada yang mencecah sehingga antara 10,000 hingga 15,000. Dan inilah sebenarnya untuk kita mengelak daripada berlakunya penghijrahan. Dan langkah ini juga yang kita menjelang tahun 2030, kita hendak supaya dapat dikurangkan. Untuk menghapuskan mungkin tidak berlaku, tetapi dapat dikurangkan daripada angka yang dinyatakan oleh Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat, soalan yang sangat baik sebentar tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Dato’ Speaker. Kalau kita lihat soalan yang— jawapan daripada Timbalan Menteri, sangat baik. Dengan peluang pekerjaan yang disediakan ataupun yang masih ada 1.23 juta.
Namun, kalau kita lihat pekerja-pekerja yang menyeberangi Selat Tebrau ataupun yang menyeberangi Tambak Johor, ada dua tambak di situ, pergi, masih lagi ratusan ribu. Kalau ikut jangkaan, mungkin lebih daripada 300,000 setiap pagi berulang-alik.
Antara perkara yang perlu kita buat— apakah langkah yang perlu kita buat?
Pertama sekali, tentang upah. Kalau tadi katakan upahnya 1,000 ataupun 2,000 ataupun 4,000. Sedangkan upah di sebelah sana kalau 2,000 pun, dengan pertukaran asing, boleh sampai 6,000 lebih. Jadi, apakah langkah kita supaya dapat
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
selain daripada upah itu lebih tinggi, supaya mereka boleh bekerja di tanah air sendiri, majukan negara kita? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat memang benar, terlalu— penglibatan pekerjaan di Singapura ini memang agak ramai. Dan semua tahu sebenarnya dalam Dewan ini, penglibatan di Singapura memang ramai dan pertukaran mata wangnya begitu tinggi sekali, tetapi dalam soal ini— sebab itu saya nyatakan tadi, sebagaimana penglibatan kita untuk memperkukuhkan TVET itu yang mungkin sekiranya menjelang 2030, kita dapat merubah TVET itu menjadi yang lebih baik. Kemungkinan besar seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, kita akan boleh merubah mereka ini daripada penghijrahan yang lebih ramai.
Dan kita sebenarnya, kalau difikirkan soal Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa yang menyebabkan adalah pertukaran mata wang asing itu sebenarnya.
Saya juga dah jumpa dengan diaspora...
[Tidak jelas] [Bunyi loceng tamat waktu menjawab] dan sebagainya, untuk berbincang dengan mereka.
Dan mereka juga memang menyatakan bahawa upskilling dan reskilling ini amat penting supaya kenaikan harga mereka itu lebih meningkat. Dan kita di bawah GTM— GTM ini menyasarkan melatih lebih daripada 500,000 tenaga kerja menjelang 2030. Kita mengambil masa dalam lima tahun sahaja lagi, Yang Berhormat Dr. Yang di-Pertua.
Dan ini sebenarnya, model-model yang kita latihkan ini yang boleh menaikkan taraf mereka, upskilling dan reskilling. Dan saya nyatakan awalan tadi juga, melalui latihan yang kita melibatkan: yang lebih mahir— 18 MyMahir Future Skills yang melalui Talent Council yang kita lakukan ini adalah tidak lain, tidak bukan, kita boleh memikirkan lebih kurang antara 10 hingga 15 peratus gaji yang akan dapat ditawarkan lebih baik daripada yang kalau kita melihat sekarang ini.
Dan sudah pastilah kerja usaha ini kami sedang lakukan begitu pesat sekali untuk pastikan upskilling dan reskilling ini berlaku semasa ini. Dan dinyatakan seperti yang Merbok katakan tadi, peruntukan yang agak besar kita peruntukkan untuk pastikan bahawa perkara ini dapat kita laksanakan dengan baik. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Yang Berhormat, Majlis ke soalan yang terakhir bagi jawapan lisan.
Dipersilakan Tuan Suhaizan bin Kaiat, Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker.
Soalan Pulai nombor 12.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri Kewangan.
12. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai] minta Menteri Kewangan menyatakan, kerajaan bercadang menggunakan kad pengenalan sebagai mekanisme pengesahan subsidi bersasar RON95. Langkah ini menimbulkan kebimbangan berhubung kemungkinan berlakunya kesesakan panjang di stesen minyak seperti yang berlaku terhadap pengesahan SARA 31 Ogos 2025:
(a) apakah jaminan kerajaan memastikan kelancarannya; dan
(b) apakah strategi pengguna di luar bandar.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Program Penyasaran Subsidi Petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95, semua warganegara Malaysia yang memegang MyKad serta memiliki lesen memandu yang aktif adalah layak untuk membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan had kelayakan sebanyak 300 liter sebulan.
Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Program BUDI 95 secara berperingkat. Bermula dengan anggota tentera dan polis pada 27 September, diikuti oleh penerima STR pada 28 September dan seterusnya, diperluaskan kepada semua warganegara Malaysia yang layak pada 30 September 2025.
Pelaksanaan Program BUDI 95 secara berperingkat membolehkan ujian awal terhadap sistem dilaksanakan dalam skala kecil sebelum diperluas kepada kumpulan sasaran yang lebih besar. Pendekatan ini penting bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti, menilai dan menambah baik sebarang kelemahan teknikal, logistik atau operasi yang mungkin timbul sepanjang tempoh pelaksanaan awal.
Pelaksanaan BUDI 95 telah berjalan lancar dan sistem beroperasi dengan stabil sejak dilaksanakan.
Secara amnya, tidak ada isu pengguna terpaksa menunggu atau berbaris panjang untuk mengisi petrol di stesen. Selain itu, BUDI 95 disediakan dengan kapasiti pelayan yang jauh lebih besar berbanding penghargaan SARA. Sistem
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
SARA hanya memproses 3,000 transaksi seminit berbanding pelayan BUDI 95 dapat memproses lebih 10 kali ganda iaitu melebihi 30,000 transaksi seminit. Sehingga 17 November 2025, seramai 13.6 juta rakyat telah melaksanakan lebih daripada 143.5 juta transaksi pengisian petrol di bawah Program BUDI 95. Kadar transaksi mencatatkan puncak sebanyak 41.2000 transaksi seminit. Manakala, purata kadar transaksi adalah sekitar 15,000 seminit.
Kerajaan mengambil maklum akan cabaran yang dihadapi oleh rakyat di kawasan pedalaman, khususnya mereka yang tinggal jauh dari stesen minyak serta mempunyai akses terhad kepada bahan api bersubsidi.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Sehubungan itu, kerajaan komited melaksanakan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan pelaksanaan sistem BUDI95 lebih menyeluruh, inklusif dan berkesan. Antara langkah yang telah diambil adalah melalui penggunaan terminal MyKad yang bukan sahaja boleh disambungkan kepada rangkaian WiFi malah turut menyokong penggunaan kad SIM bagi memastikan capaian Internet yang lebih stabil.
Kementerian Kewangan akan terus menjalin kerjasama erat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam usaha memperkukuh liputan rangkaian, khususnya di kawasan pedalaman yang masih berdepan kekangan capaian. Melalui usaha bersepadu ini, sebarang isu berkaitan akses Internet di kawasan tersebut dapat dikenal pasti dan ditangani dengan sewajarnya serta pada kadar yang lebih cepat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Pulai, soalan tambahan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Dato' Timbalan Speaker.
Terima kasih Timbalan Menteri dan saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya menguruskan BUDI95 ini dengan cara yang sangat baik, di mana kebimbangan kita berlakunya kesesakan di stesen minyak ini tidak berlaku. Tahniah kerana kejayaan ini ya.
Soalan saya di sini adalah, kita dah beri kuota ini kepada e-hailing dan 600 kita telah tambah 800. So, setakat mana keberkesanannya pelaksanaan itu. Dan sekarang ini saya difahamkan e-hailing memang dapat kuota tapi p-hailing iaitu parcel hailing ini dia tak dapat kuota. Jadi, apakah rancangan kerajaan untuk memperuntukkan kuota kepada mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pulai. Dalam menentukan hak kelayakan atau kuota BUDI95, kerajaan mengimbangi di antara menyediakan hak yang mencukupi untuk keperluan penggunaan yang wajar dengan menetapkan hak kelayakannya yang tidak terlalu tinggi supaya mengelakkan ketirisan atau penyeludupan. Mengambil kira pertimbangan tersebut, kerajaan telah menetapkan hak 300 liter sebulan untuk warganegara biasa kerana didapati lebih 99 peratus tidak— pengguna tidak melebihi penggunaan 300 liter.
Berhubung dengan p-hailing, berdasarkan analisis data yang telah diterima daripada penyedia perkhidmatan p-hailing, didapati bahawa lebih daripada tujuh peratus pemandu p-hailing merupakan pemandu motosikal. Dan dengan itu, hak kelayakan 300 liter adalah mencukupi untuk kegunaan p-hailing bulanan mereka.
Namun demikian, kerajaan masih memantau dan meneliti keperluan ini dan sekiranya terdapat keperluan untuk menambah baik pelaksanaan BUDI95, kerajaan akan umumkan dari masa ke semasa.
Sehubungan itu juga, baru-baru ini kerajaan telah menambah baik hak kelayakan bagi pemandu e-hailing iaitu daripada 300 liter kepada 800 liter maksimum sekarang. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, 58,000 pemandu e-hailing layak telah menerima 600 liter BUDI95 pada bulan Oktober ini.
Namun, berdasarkan data yang dikumpulkan, mungkin saya boleh kongsi sikit, kerajaan telah mendapati terdapat akses kepada rayuan untuk menambah kuota untuk pemandu e-hailing. Jadi, kita telah menambah kepada 800 liter. Jarak perjalanan e-hailing 5,000 kilometer dan ke atas pada bulan sebelumnya layak menerima tambahan BUDI95 sebanyak 500 liter, menjadikan kelayakan BUDI95 kumpulan ini berjumlah 800 liter, termasuk kelayakan asas.
Juga ada mengenai syarat jarak perjalanan e-hailing pada bulan sebelumnya adalah selaras dengan prinsip menyediakan kuota yang mencukupi berdasarkan keperluan sebenar. Tetapi pada masa yang sama tidak memberikan kuota berlebihan kepada mereka yang tidak memerlukan.
Dengan ini, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, untuk bulan November 2025, kita sudah ada seramai 92,000 pemandu telah mendapat kuota tambahan.
Daripada 62,000 pemandu mendapatkan kuota BUDI 600 liter, manakala 30,000
Puan Lim Hui Ying
pemandu mendapat kuota 800 liter. Jadi, ini kita akan memantau dari semasa ke semasa untuk menambah baik lagi pelaksanaan BUDI95. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Persoalan tambahan saya untuk soalan kedua. Pelaksanaan sistem subsidi berdasarkan BUDI MADANI RON95 ataupun BUDI95, ia nya amat penting bagi memastikan bantuan kerajaan sampai kepada rakyat yang layak. Namun demikian masih terdapat aduan-aduan daripada pengguna mengenai kesukaran membuat pengesahan contohnya melalui MyKad di stesen minyak.
Sebagai contoh iaitu ada MyKad yang rosak ataupun ada MyKad yang koyak, di mana sistem tak dapat diakseskan. Contohnya, ada satu stesen minyak Caltex, dia tak beritahulah di mana, yang mana tidak dapat menjalankan verifikasi dan di pam, menyebabkan pengguna lambat dan beratur. Jadi soalan saya, apakah status terkini pelaksanaan BUDI95 dan apakah tindakan kerajaan bagi menyelesaikan masalah teknikal ini agar proses verifikasi lebih lancar serta tidak membebankan rakyat yang menerima subsidi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Betul, kita memang ada sedikit tentang isu teknikal seperti MyKad yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Kita memang memantau pelaksanaan ini dengan secara berterusan dan secara amnya sistem BUDI95 berjalan dengan lancar.
Walau bagaimanapun, ada sikit isu berbangkit. Berkenaan dengan verifikasi MyKad ini adalah amat penting untuk membolehkan setiap pengguna membeli RON95. Jadi, kita mesti pastikan yang dokumen pengenalan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik atau MyKad mereka dalam keadaan yang baik, berfungsi dengan sempurna untuk memudahkan urusan harian untuk supaya mereka boleh akses kepada BUDI95.
Sekiranya para pengguna menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan MyKad termasuk kerosakan cip atau kegagalan pengesahan identiti, pengguna itu, pemegang MyKad itu dinasihati segera pergi ke mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar MyKad mereka.
Puan Lim Hui Ying
Berhubung dengan seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi berkenaan dengan Caltex yang sebab tidak dapat membuat itu pembelian di pam.
Jadi, berhubung dengan kaedah BUDI95 yang diamalkan di semua stesen minyak, bagi memastikan pelancaran pelaksanaan program BUDI95 serta menjamin pengalaman pengguna di stesen minyak tidak terganggu, ada tiga mekanisme:
(i) diwajibkan adalah pembelian dalam premis perniagaan menggunakan terminal MyKad dan aplikasi eWallet;
(ii) adalah pembelian di luar premis iaitu melalui terminal bayaran di minyak, di pam minyak okey atau kita panggil outdoor payment terminal; dan
(iii) menggunakan aplikasi digital yang disediakan oleh syarikat minyak seperti Setel atau CaltexGo dan sebagainya.
Jadi, memang kebanyakan jenama stesen minyak utama telah membolehkan kaedah pembelian di luar premis dan pihak Caltex akan memperkenalkan tersebut dalam tempoh terdekat. Pada masa yang sama, Caltex telah menyediakan aplikasi digital iaitu CaltexGo supaya semua pelanggan, pengguna boleh menggunakan kaedah aplikasi ini dengan melalui handphone mereka. Syarikat minyak juga akan terus berusaha untuk menambahbaikkan pengalaman pengguna supaya semua akan berjalan dengan lancar.
Juga untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarikat Shell juga akan menyediakan aplikasi digital dalam masa yang terdekat. Jadi, kerajaan dan pihak syarikat minyak akan terus memantau dan membuat penambahbaikan dari masa ke semasa untuk memastikan pelancaran perkhidmatan ini terus terpelihara dengan baik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi jawab lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 19 November 2025.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada Yang Berhormat menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah yang berhubung dengan pelaksanaan pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai dengan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967; Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan [Puan Lim Hui Ying]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelapan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kepala Bekalan B.42 dan Kepala Pembangunan P.42 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahaskan. Senarai pembahas, terdapat 28 orang pembahas. Saya bacakanlah senarai yang berkaitan. Pembuka tirai adalah Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Bentong ya, bukan Betong, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Tanjong Piai, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Batang
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sadong, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Jerai dan akhirnya Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Masa yang ditetapkan adalah lima minit. Walau bagaimanapun, terletak kepada budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan jawatankuasa. Dengan sedemikian, sebelum itu juga Peraturan-peraturan Mesyuarat 35, 36, 37, 41(e) hendaklah dipatuhi dan atas pertimbangan Pengerusi yang mempengerusikan Majlis. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas tiada.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pengerusi, Beruas dia ada di Mesyuarat JKPK. Dia on the way datang dari bilik mesyuarat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Oleh yang sedemikian, saya melangkau kepada Yang Berhormat kedua, Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Dato’ Pengerusi di atas memberikan kesempatan kepada saya untuk turut berbahas dalam Jawatankuasa Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya terus kepada B.42 Kementerian Kesihatan Malaysia, Butiran 030000 – Kesihatan Awam, Butiran 080000 – Program Khusus, Program Aktiviti – 080200 emolumen Kakitangan Kontrak dengan anggaran RM2.59 bilion dan turun pada tahun 2026 kepada RM2.43 bilion.
Saya hendak bawa isu berkaitan dengan Pegawai Kesihatan Persekitaran dan juga Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, yang mana kalau kita— saya dimaklumkan ada lebih kurang dalam lebih daripada 500 pegawai kontrak statusnya dan sebahagian mereka akan tamat mulai 2026 pada tahun hadapan. Dan kalau kita lihat kepada tugas dan tanggungjawab mereka, mereka ini adalah mempunyai peranan dalam penguatkuasaan undang-undang kawalan penyakit keselamatan dan kualiti makanan, kebersihan alam sekitar, pendidikan dan promosi kesihatan, penyiasatan dan analisis dan pengurusan risiko.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Dan mereka ini sebenarnya adalah pegawai yang memainkan peranan front liner di dalam kita menghadapi COVID-19 yang lalu. Di antara orang-orang yang utama dan menjadikan kekhuatiran kepada mereka kerana tahun hadapan mereka akan tamat kontraknya dan statusnya bermakna tidak akan menentu.
Saya berpandangan ataupun saya mempunyai cadangan supaya pegawai- pegawai ini akan disambung dengan perjawatan yang tetap kerana peranan mereka ini adalah cukup besar dan saya merasakan juga, saya dimaklumkan ada pegawai- pegawai penguat kuasa, elaun penguatkuasaan kepada pegawai-pegawai ini tidak diberikan, walhal kalau kita lihat kepada Pekeliling JPA, JPA (S600/184(10) bertarikh 24 Disember 2024, sepatutnya elaun-elaun ini diberikan kepada semua pegawai, termasuklah pegawai tetap ataupun pegawai kontrak.
Dan saya dimaklumkan ada beberapa negeri yang tidak— pegawai kontrak ini tidak mendapat elaun penguatkuasaan. Walhal mereka ini menjalankan penguatkuasaan tidak kira masa, ada sebahagian besar penguatkuasaan selepas waktu pejabat. Dan saya kira perjawatan tetap nanti ia membolehkan untuk mereka mempunyai potensi untuk dipertingkatkan, termasuklah menghadiri kursus-kursus yang mempunyai pengkhususan dan mungkin post basic dan sebagainya dan saya kira ini harus diambil perhatian oleh pihak kerajaan.
Yang kedua, program ataupun aktiviti 081200 – Skim Perubatan MADANI dengan anggaran 2025 RM100,000,000 dan anggaran 2026 turun kepada RM50,000,000. Saya tidak tahu apa puncanya, sama ada mungkin tuntutan ataupun penglibatan rakyat dalam program ini menurun ataupun ada asbab-asbab lain dan kekhuatiran saya program yang sangat memberi manfaat kepada rakyat ini kekhuatiran saya kalau nanti pula ditiadakan pula pada tahun hadapan. Saya kira ini memberikan peluang kepada mereka-mereka yang kurang kemampuan di atas mungkin kesibukan hospital dan klinik untuk menguruskan pesakit-pesakit mereka ini ada peluang untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta.
Saya hendak juga mendapat maklumat daripada pihak kerajaan, apakah prestasi sebelum ini, yang mana dapatan sebelum ini ada berlaku salah laku di antara klinik-klinik swasta ini daripada sudut tuntutan dengan dalam program Skim Perubatan MADANI ini dan apakah tindakan yang diambil dan adakah ia nya juga kalau tidak ditamatkan tahun hadapan, akan ditambahkan, diluaskan kepada daerah- daerah yang lain.
Kemudian, saya juga hendak mengaitkan dengan Program Rintis yang saya kira ada keperluannya, Program Pre-exposure Prophylaxis yang mana sebelum ini
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
ubat itu adalah ditaja oleh WHO dan sudah tamat. Adakah pada hari ini, program ini diteruskan dengan peruntukan-peruntukan daripada kerajaan dan adakah ia juga akan ditambah peruntukan itu, kerana kalau kita lihat dari sudut statistiknya keterlibatan rakyat Malaysia terutama di kalangan remaja dalam kes-kes HIV meningkat, yang mana ia juga berkaitan dengan salah laku LGBT.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Kemudian, saya masuk kepada P.42, Butiran 00700 – Perolehan dan Penyelenggaraan Tanah, RM55 juta. Saya nak tahu, apakah dasar KKM dengan aset tanah ataupun tapak yang belum dimajukan di kawasan Kuala Langat? Sebagai contoh, ada satu tapak Pejabat Kesihatan Daerah keluasan 10 ekar berhampiran dengan Klinik Kesihatan Jenjarom. Satu masa ataupun tahun lepas, dia dibersihkan oleh pemaju pembangunan Scientex dan hari ini, kerana ia dibiarkan, 10 ekar itu menjadi semak samun.
Dan saya dimaklumkan ada pihak daripada jawatankuasa kampung yang berdekatan membuat permohonan untuk menyewa untuk tujuan pertanian ataupun tanaman nanas. Dan setakat ini, tidak ada kelulusan lagi. Dan saya harapkan ini dapat pertimbangkan supaya dia tidak menjadi satu kawasan semak di tengah- tengah pekan yang akhirnya juga akan memberikan impak kepada kesejahteraan masyarakat di situ.
Seterusnya, saya terus juga nak mengaitkan kepada peruntukan program khusus berkaitan dengan warga emas, yang mana kita ada Dasar Warga Emas, kita ada Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas. Kita ada Dasar Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas dan ada Pelan Tindakan Kesihatan Warga Emas ya, yang saya kira pelan itu 2023 hingga 2030 yang saya tidak nampak secara khususnya peruntukan-peruntukan di dalam program Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga emas ini.
Dan saya kira ini sangat perlu kerana di kalangan warga emas ini pun, lebih pada sudut statistiknya, NCD di kalangan mereka ini, darah tinggi 51.1 peratus, kencing manis 27.7 peratus, hyperlipidemia 41.8 peratus dan separuh daripada warga emas ini adalah tergolong dalam golongan yang tidak sihat. Saya kira sudah tentu perlu satu program yang khusus untuk kita menangani masalah warga emas kerana kita mempunyai dasar dan juga pelan tindakan kesihatan yang sangat penting ini.
Jadi, saya ingat itu yang saya nak sebutkan, Dato’ Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Silakan, Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Dato’ Pengerusi membenarkan saya membahas tentang Kementerian Kesihatan.
Butiran 030000 – Kesihatan Awam. Saya mengalu-alukan tindakan pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang memastikan kesihatan awam, kebersihan makanan dan premis-premis restoran dan makanan dijaga dengan bersih dan baik. Tapi, saya mendapat aduan bahawa pihak penguat kuasa, pegawai- pegawai kesihatan kadang-kadang tidak mematuhi undang-undang semasa melaksanakan tanggungjawab mereka.
Pada 24, 25 dan 26 Oktober ini, telah dilaksanakan penguatkuasaan di Pulau Pangkor, di mana 80 notis kompaun telah dikeluarkan. Dan di bawah undang-undang Food Act, Akta Makanan, pihak Kementerian Kesihatan hanyalah boleh melaksanakan kuasa-kuasa yang termaktub dalam akta tersebut, iaitu dua cabang.
Satu, memastikan kebersihan makanan. Dan kedua ialah menghindarkan mana- mana pihak menipu pelanggan dengan label-label yang tidak betul.
Tapi, malangnya, dalam operasi 20 hingga 26 Oktober ini, dikeluarkan 13 notis kompaun kerana tidak pakai kasut balut, 13 notis kompaun telah dikeluarkan dikatakan kerana memakai aksesori macam rantai. Dan juga, dalam satu lagi kes yang saya menjadi peguam bela dalam satu kes di mana pihak pegawai penguat kuasa kesihatan telah memberikan saman kerana sebuah kedai Cina telah letakkan satu Coca-Cola dengan bir bersebelahan dalam satu rak yang sama.
Saya berharap pihak kementerian dapat melatih pegawai-pegawai penguat kuasa mereka supaya mereka bertindak di dalam ruang yang dibenarkan oleh undang-undang yang telah saya nyatakan tadi dan bukannya sewenang-wenangnya mengeluarkan saman kerana tidak memakai kasut yang berbalut ataupun memakai rantai ataupun cincin, melainkan rantai atau cincin atau kasut tersebut kotor. Jadi, inilah harapan saya supaya rakyat tidak mengadu bahawa salah guna kuasa telah berlaku.
Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Thank you.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan. Ini mengenai cadangan pembinaan Kompleks Kesihatan Bersepadu Daerah Bentong yang merangkumi lima bahagian utama iaitu Klinik Kesihatan Jenis 2 Bandar Bentong, Pejabat Kesihatan Daerah Bentong, Unit Farmasi Logistik Kesihatan dan juga wellness hub. Walau bagaimanapun, saya amat berharap agar keutamaan dapat diberikan untuk dinaiktarafkan Klinik Kesihatan Batu 1 kepada Jenis 2, kerana ia perlulah dibina ataupun dibina dengan baik kerana keadaannya yang sekarang dalam keadaan yang uzur, kawasan risiko banjir dan juga sangat padat dan sesak. Namun begitu, saya cadangkan tempat baru ini adalah di kawasan Kampung Gementi, di mana sudah ada tanah yang telah tersedia di bawah PKD Bentong dan juga kawasan itu dekat dengan kawasan pembangunan Stesen ECRL Bentong yang akan siap kelak.
Dan kalau kita lihat setakat ini, klinik yang sedia ada ini mengalami kesesakan yang melampau, seperti saya kata tadi. Lebih kurang 450 ke 530 pesakit setiap hari, semasa dan dijangka akan meningkat kepada 600 ke 700 pesakit menjelang 2030 dan ke atas. Dengan menaik taraf klinik ini, ia juga secara tidak langsung boleh membantu mengurangkan bebanan jumlah pesakit yang diterima oleh Jabatan Pesakit Luar Hospital Bentong dan secara tidak langsung juga Hospital Bentong boleh fokus dan berkembang kepada hospital berpakar.
Seterusnya Dato’ Pengerusi, saya ingin merujuk kepada 010200 – Sumber Manusia.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Bentong, Bentong. Sibu sini. Boleh mencelah sikit?
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Okey. 30 seconds.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ya. Memang kita kebanyakan tempat di Malaysia, kita kekurangan ataupun fasiliti kesihatan, klinik kesihatan adalah berkurangan. Jadi, sekarang memang saya diberitahu Kementerian Kesihatan ada satu inisiatif iaitu wellness hub. Dan wellness hub ini, saya tengok dia hanya di setiap negeri, hanya satu sahaja wellness hub. Jadi, mungkin Kementerian Kesihatan boleh membina lebih banyak wellness hub, terutamanya di semua daerah kawasan
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Parlimen boleh tubuhkan wellness hub supaya kita boleh memberikan pendidikan kesedaran kepada orang ramai tentang kesihatan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Baik. Saya mohon masukkan ucapan Miri― Sibu. Minta maaf. Sibu dalam ucapan saya. Dan saya sangat bersetuju. Sebab itu juga di Bentong, tadi dalam ucapan saya, saya mengatakan bahawa perlu ada juga wellness hub di Daerah Bentong dan daerah- daerah lain khususnya.
Saya terus ingin merujuk kepada 010200 – Sumber Manusia. Kita sedia maklum bahawa kita menghadapi krisis kekurangan jururawat yang serius. Pada tahun lalu, kekurangan jururawat dilaporkan diunjurkan kepada hampir 60 peratus menjelang 2030.
Selain inisiatif kewangan, kita mestilah mengutamakan kebajikan jururawat sedia ada. Kebajikan ini bukan hanya sekadar aspek fizikal tetapi pengurusan emosi.
Ini termasuk jadual kerja yang teratur, beban tugas yang seimbang serta pengurusan cuti yang adil. Ini kerana kesihatan mental di kalangan kakitangan hospital amatlah penting dan perlu dijaga. Kita juga mesti beri ruang agar mereka boleh menyuarakan pendapat dan cadangan tanpa merasa takut diambil tindakan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Pada masa yang sama, kepakaran jururawat juga perlu diberikan penghargaan sewajarnya. Saya difahamkan ramai di antara mereka yang memiliki kemahiran dan juga kemahiran khusus dalam bidang seperti urologi, vaskular, oftalmologi dan banyak lagi. Jururawat pakar ini memberikan sumbangan yang sangat besar kepada kelancaran dan kualiti perkhidmatan kesihatan kita.
Seterusnya saya merujuk Butiran 020800 – Pediatrik dan 030400 – Pemakanan. Dato’ Pengerusi, kita sebenarnya bukan sekadar menghadapi krisis perkhidmatan kesihatan sahaja, malah kita berhadapan dengan masalah kesihatan awam yang serius sehingga melibatkan pemakanan yang tidak sihat di kalangan kanak-kanak seawal usia. Kanak-kanak kini menghadapi cabaran pemakanan tiga serangkai iaitu malnutrisi, obesiti dan diabetes.
Menurut laporan Mesyuarat Majlis Sosial Negara, 5.6 juta kanak-kanak di Malaysia berdepan dengan kekurangan nutrisi. Laporan National Diabetes Registry 2023 terbitan KKM pula menunjukkan terdapat 289 individu berusia bawah 18 tahun telah direkodkan hidup dengan diabetes dan ini amat merisaukan. Malah menurut Pangkalan Data Kebangsaan Kanak-kanak dan Remaja dengan Diabetes, 73 hingga 77 peratus daripada semua kanak-kanak diabetes melibatkan diabetes jenis satu.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Maka, statistik-statistik yang membimbangkan ini menuntut kita untuk melakukan intervensi rentas kementerian. Saya ambil maklum bahawa kementerian telah menjalankan program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan yang lebih dikenali sebagai Program Bakul Makanan kepada golongan rentan termasuklah masyarakat orang asli.
Akan tetapi malnutrisi ini juga memberi kesan kepada semua kanak-kanak tidak kira latar belakang ekonomi. Anak-anak seawal usia telah didedahkan kepada makanan tidak berkhasiat, makanan-makanan viral yang manis yang dijual tanpa kawalan dan kesedaran yang tinggi oleh ibu bapa. Mereka dipengaruhi oleh iklan- iklan makanan manis dan bergula semudah seperti gajet di tangan mereka.
Jadi, apakah langkah kementerian untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa?
Apakah program-program di peringkat klinik kesihatan yang boleh meningkatkan penglibatan komuniti yang dapat merangsang pemakanan sihat seawal usia? Dan yang paling penting adalah bagaimana kita dapat menyediakan akses terhadap makanan yang sihat tetapi murah, sedap dan juga dapat didapati di peringkat masyarakat di bawah. Jadi, itu sahaja dari Bentong. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Bentong. Selanjut, saya persilakan Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 080600 – Pengoperasian Fasiliti Baru dengan anggaran tahun 2026 sebanyak RM50 juta di bawah Butiran 080000 – Program Khusus bersekali dengan Butiran 00400 – Hospital Baru dengan anggaran RM538,348 di bawah Butiran 990000 – Komitmen Kewangan.
Peruntukan besar ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan fasiliti kesihatan. Namun, komitmen ini hanya bermakna jika fasiliti yang siap dibina dapat dioperasikan segera untuk memberi manfaat kepada rakyat.
Saya ingin membawa perhatian kepada satu isu tempatan yang menjadi simbolik kepada masalah nasional. Kelewatan operasi Klinik Kesihatan Bukit Ibam di Parlimen Rompin, Pahang.
Klinik kesihatan baharu ini yang telah siap dari segi fizikal binaan masih belum beroperasi. Ini menimbulkan kekecewaan besar dalam kalangan masyarakat Bukit Ibam dan kawasan sekitarnya. Sehubungan dengan itu, demi memastikan
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
peruntukan Butiran 080600 ini dimanfaatkan segera, saya memohon jawapan yang jelas, padu dan tuntas daripada kementerian bagi isu-isu berbangkit.
Pertama, status operasi. Apakah tarikh akhir muktamad yang telah ditetapkan oleh KKM bagi Klinik Kesihatan Bukit Ibam mula beroperasi sepenuhnya? Kedua, statistik kapasiti. Apakah nisbah penduduk kepada klinik sedia ada di kawasan Bukit Ibam dan beberapa anggaran skala pesakit harian yang disasarkan di Klinik Kesihatan Bukit Ibam yang baharu ini? Ketiga, pengambilan kakitangan.
Berapakah jumlah jawatan yang telah dan akan diluluskan bagi Klinik Kesihatan Bukit Ibam ini merangkumi doktor, jururawat dan staf sokongan? Dan apakah status terkini pengisian jawatan tersebut? Fasiliti perubatan. Apakah jenis kemudahan dan fasiliti perubatan moden seperti Unit Pergigian, makmal ringkas atau Unit Ibu dan Anak yang bakal tersedia di Klinik Kesihatan Bukit Ibam ini?
Seterusnya saya pergi kepada Butiran 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan iaitu keperluan mendesak Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah.
Hospital Muadzam Shah yang mula beroperasi pada sejak 1995 kini berusia hampir 30 tahun. Dalam tempoh tersebut, Rompin menyaksikan pertumbuhan populasi yang ketara hasil pembangunan ekonomi setempat, pembukaan institusi pendidikan, peningkatan aktiviti industri dan pertumbuhan kawasan penempatan baru.
Mengikut unjuran penduduk Pahang dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas serta statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, daerah-daerah di selatan Pahang termasuk Rompin merupakan antara kawasan yang merekodkan peningkatan populasi tahunan stabil. Pertambahan penduduk ini berlaku seiring dengan peningkatan kes kecemasan termasuk:
(i) kemalangan jalan raya meningkat selari dengan kepadatan trafik Lebuhraya Tun Razak dan laluan FELDA;
(ii) kes kecemasan perubatan melibatkan penyakit tidak berjangkit seperti serangan jantung dan strok sejajar dengan trend nasional KKM; dan
(iii) kemasukan kes trauma dan kecederaan industri khususnya dari segi, dari sektor perladangan dan perhutanan.
Namun, kapasiti Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah amat terhad.
Pada masa ini hanya tiga pesakit sahaja yang boleh dirawat pada satu-satu masa sedangkan standard semasa KKM melalui General Hospital Operational Policy 2025 menetapkan keperluan ruang yang lebih besar bagi menangani aliran pesakit yang meningkat setiap tahun. Kapasiti kecil ini menyebabkan masa menunggu rawatan
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
semakin panjang, kes-kes kritikal tidak dapat distabilkan dengan optimum dan berlaku limpahan pesakit di Hospital Rompin yang turut menampung jumlah kes yang besar.
Sehubungan itu, saya memohon melalui Butiran 00600 KKM, satu, menaik taraf Unit Kecemasan Hospital Muadzam Shah secara menyeluruh termasuk ruang rawatan, bilik resusitasi, zon hijau-kuning-merah dan penambahan peralatan kritikal.
Dua, melaksanakan perluasan infrastruktur Hospital Rompin yang turut menampung peningkatan kes daerah dan memasukkan kedua-dua hospital ini dalam perancangan pembangunan masa hadapan KKM.
Seterusnya, saya pergi kepada Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Projek pembangunan klinik kesihatan baharu di Muadzam Shah. Dato’ Pengerusi, isu akses kepada perkhidmatan kesihatan primer di Hospital Muadzam Shah semakin mendesak. Walaupun terdapat sebuah fasiliti kesihatan yang menyediakan perkhidmatan ibu dan anak, kemudahan tersebut tidak berfungsi sebagai sebuah klinik kesihatan komprehensif yang menawarkan rawatan pesakit luar, rawatan penyakit tidak berjangkit (NCD), pergigian, diagnostik asas, farmasi ambulatori serta rawatan kecemasan ringan.
Ketiadaan sebuah klinik kesihatan berskala penuh menyebabkan penduduk Muadzam Shah termasuk pesakit kronik, warga emas, ibu mengandung, pekerja industri dan pelajar terpaksa bergantung terus kepada Hospital Muadzam Shah sekali gus menyumbang kepada kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Klinik Pesakit Luar. Keadaan ini bercanggah dengan hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Kertas Putih Kesihatan 2023, Pelan Strategik KKM 2021–2025 dan Agenda Reformasi Sistem Kesihatan Nasional yang menekankan pengukuhan primary care sebagai pintu masuk utama sistem kesihatan serta pengurangan beban hospital.
Sehubungan itu, saya memohon agar KKM mempertimbangkan pembinaan sebuah klinik kesihatan baharu Muadzam Shah jenis KK3 yang merangkumi rawatan pesakit luar komprehensif, klinik NCD dan rawatan penyakit kronik, perkhidmatan X- Ray asas dan makmal diagnostik, perkhidmatan kecemasan ringan 24 jam, perkhidmatan pergigian, farmasi ambulatori, perkhidmatan ibu dan anak dalam fasiliti sama, perkhidmatan kesihatan komuniti dan warga emas.
Klinik baharu ini penting bagi memastikan penduduk Muadzam Shah dan sekitarnya mendapat akses kesihatan primer yang setara dengan kawasan lain di
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
samping menyokong penuh operasi Hospital Muadzam Shah yang kini menanggung beban rawatan primer yang tinggi. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Rompin. Dipersilakan Yang Berhormat Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Saya ingin merujuk Butiran 020000 – Perubatan dan Butiran 020200 – Pengurusan Hospital serta Butiran 02400 – Rawatan Am Pesakit Dalam.
Saya ingin menyentuh mengenai Program Rakan KKM yang kini menjadi perhatian ramai. Tujuan asas hospital kerajaan ialah menjamin akses rawatan mampu milik untuk semua rakyat. Bukan untuk mewujudkan sistem di mana yang kaya boleh potong queue. Ramai pesakit mengadu bahawa melalui program ini, mereka yang mampu membayar mendapat rawatan lebih cepat.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Boleh pilih tarikh pembedahan, malah pilih doktor pakar. Ini jelas bertentangan dengan semangat kesihatan awam di mana setiap rakyat sepatutnya dilayan dengan sama adil tanpa mengira kaya atau miskin. Doktor, jururawat, ubat dan katil hospital adalah sumber awam, bukan sumber komersial. Apabila sebahagian masa doktor digunakan untuk pesakit berbayar, pesakit biasa terutamanya golongan B40 terpaksa menunggu lebih lama.
Dan bagi pesakit kritikal, kelewatan ini bukan sekadar ketidakselesaan, ini boleh mengorbankan nyawa. Mesej apa yang sedang kerajaan sampaikan kepada rakyat? Adakah ini bermaksud bahawa kalau mereka miskin dan tak mampu bayar maka mereka perlu tunggu?
Dato’ Pengerusi, tambahan pula kenaikan premium insurans kesihatan memburukkan lagi keadaan. Ramai rakyat kini terpaksa berpindah ke hospital awam yang sudah sedia sesak. Antara punca utama ialah kos rawatan di hospital swasta yang naik tanpa kawalan. Di bawah Akta 586, kerajaan hanya kawal 30 peratus caj perubatan selebihnya termasuk ubat, bilik wad dan peralatan ditentukan pasaran.
Akhirnya, bil rawatan melambung dan beban ditanggung oleh rakyat.
Adakah kementerian telah berbincang secara serius dengan Kementerian Kewangan untuk mencari penyelesaian sebenar bukan sekadar libat urus semata- mata? Saya memberikan cadangan kepada kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan rangka kawal selia caj hospital swasta. Membekukan kenaikan premium insurans kesihatan sehingga sistem DRG dilaksanakan sepenuh pada
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
tahun 2027. Memperkenalkan skim insurans asas nasional supaya setiap rakyat tuntut dilindungi dengan kos mampu milik.
Saya juga ingin mencadangkan supaya kerjasama awam-swasta diperkukuhkan. Kes bukan kritikal boleh disalurkan ke hospital swasta menerusi skim subsidi, jadi rakyat tetap bayar pada kadar hospital kerajaan. Saya alu-alukan inisiatif kerjasama awam-swasta yang diperkenalkan oleh kementerian seperti program SOP dan HEART terbukti berkesan mengurangkan masa menunggu terutama bagi pembedahan jantung dan ortopedik. Jadi, mengapa tidak dijadikan model ini sebagai program tetap contohnya melalui satu dana perkukuhan kerjasama awam-swasta?
Dato’ Pengerusi, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merujuk Butiran 00400 – Hospital Baharu, Butiran 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan bagi membangkitkan isu projek pembangunan Hospital Pontian.
Berdasarkan maklum balas kementerian, kerja awalan bagi pembinaan bangunan tambahan telah diluluskan dengan kos RM700,000 di bawah RP4, Rancangan Malaysia Kedua Belas dan telah siap laporannya.
Namun persoalan utama sekarang ialah, berapakah jumlah peruntukan sebenar yang disediakan dalam Belanjawan 2026 untuk projek ini dan bilakah kerja penuh akan dimulakan serta disiapkan sepenuhnya? Hospital Pontian bukan projek mewah tetapi satu keperluan asas untuk rakyat di Daerah Pontian dan kawasan sekitarnya.
Saya mendesak agar tiada lagi alasan teknikal atau birokrasi yang melambatkan pelaksanaan. Rakyat hanya mahukan satu jawapan yang jelas bila hospital ini akan benar-benar siap dan berfungsi sepenuhnya seperti yang dijanjikan.
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Yang Berhormat, saya akan memanggil pembahas yang terakhir sebelum kita berehat ya. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi keizinan kepada Kuala Nerus untuk turut serta dalam pembahasan Jawatankuasa Kementerian Kesihatan pada pagi ini.
Saya terus merujuk kepada Butiran 020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar. Dato’ Pengerusi, data menunjukkan bahawa hanya 38.1 peratus sahaja kes kecemasan Priority 1 mendapat respons ambulans dalam masa 15 minit
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
pada tahun 2024. Manakala sasaran untuk tahun 2025 dan 2026 pula ialah hanya 50 peratus. Jadi, angka ini sebenarnya bagi saya masih rendah kerana dalam keadaan kecemasan setiap minit boleh membezakan antara hidup dan mati.
Di bawah butiran ini juga, saya ingin membangkitkan satu isu yang berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu yang merupakan hospital rujukan utama rakyat Terengganu yang pada waktu ini berdepan isu kekurangan ventilator di Neonatal Intensive Care Unit (NICU) sehingga berlaku kejadian bayi yang terpaksa dikejarkan ke Hospital UIAM Kuantan yang jaraknya lebih 230 kilometer ataupun perjalanannya tiga jam bagi mendapatkan akses ventilator.
Kedua-dua situasi ini amat penting untuk proses rawatan kecemasan dan sampai tahap yang boleh menentukan nyawa pesakit sama ada dapat diselamatkan ataupun sebaliknya. Saya pergi kepada Butiran 010300 – Kewangan. Dato’ Pengerusi, walaupun pelaksanaan Diagnosis-Related Groups (DRG) merupakan satu inisiatif yang diperlukan untuk menyelaraskan kos rawatan kesihatan, garis masa lima tahun iaitu 2023 hingga 2027 yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan menimbulkan kebimbangan serius tentang kesediaan dan keberkesanan pelaksanaannya.
Menurut kajian Maybank Investment Bank, pengalaman antarabangsa menunjukkan bahawa negara-negara maju dan membangun mengambil masa jauh lebih panjang untuk melaksanakan sistem DRG secara menyeluruh. Sebagai contoh, Australia―Amerika Syarikat mengambil masa 12 tahun, Australia 12 tahun, Thailand 10 tahun, Beijing lima tahun dan Jerman tiga tahun.
Oleh itu, apakah mekanisme penguatkuasaan khusus yang akan digunakan bagi memastikan komitmen dan penyertaan penuh hospital dan klinik swasta dan apakah mekanisme penguatkuasaan khusus yang akan digunakan untuk memastikan komitmen hospital-hospital dan klinik swasta dan sistem DRG kebangsaan ini memandangkan sektor swasta mempunyai autonomi operasi dan mungkin enggan untuk terikat dengan struktur harga yang diseragamkan.
Kedua, apakah peruntukan kewangan yang khusus yang telah diluluskan atau dirancang untuk pembangunan sistem ICT DRG kebangsaan dan adakah anggaran belanjawan ini realistik berbanding kos yang ditanggung oleh negara lain yang telah melaksanakan sistem yang serupa terutama dalam konteks keperluan untuk infrastruktur digital yang kukuh dan sokongan teknikal yang berterusan?
Ketiga, memandangkan Malaysia mempunyai perbezaan ketara dalam tahap kemudahan teknologi dan amalan perubatan antara hospital kerajaan, hospital-
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
hospital swasta besar, klinik-klinik swasta yang kecil, bagaimanakah sistem DRG kebangsaan akan disesuaikan untuk menampung kepelbagaian ini tanpa mewujudkan beban operasi yang tidak seimbang?
Saya merujuk pada Butiran 030100 – Pengurusan Kesihatan Awam Ibu Pejabat. Dato’ Pengerusi, penyakit Tuberkulosis ataupun Tibi semakin menjadi ancaman kesihatan awam di negara ini. Data terkini menunjukkan Malaysia mencatat lebih 26,000 kes baharu dan berulang pada tahun 2024. Dengan kadar insiden sekitar 122 kes bagi setiap 100,000 penduduk, angka ini bukan kecil malah kadar kematian akibat Tibi kekal tinggi iaitu sekitar tujuh kematian bagi setiap 100,000 penduduk.
Saya maklum bahawa kerajaan telah melaksanakan Pelan Strategik Kebangsaan Membasmi Tibi 2021–2030 dengan sasaran Malaysia bebas Tibi menjelang 2030. Namun, trend semasa tidak menunjukkan penurunan kes yang konsisten sebaliknya meningkat secara signifikan dan membimbangkan. Kes Tibi laten yang tidak dikesan pula boleh menjadi bom jangka, manakala pesakit aktif memerlukan rawatan jangka panjang, fasiliti isolasi dan sokongan peralatan ventilator yang mencukupi.
Oleh itu, saya memohon penjelasan kerajaan apakah perancangan strategik kerajaan bagi mendepani isu ini? Apakah bentuk-bentuk penambahbaikan yang akan dilaksanakan terhadap Pelan Strategik Kebangsaan Membasmi Tibi 2021-2030 agar sasaran Malaysia bebas Tibi menjelang 2030 dapat dicapai?
Akhirnya Dato’ Yang di-Pertua, Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan.
Dato’ Pengerusi, peruntukan bagi pendidikan kesihatan telah dikurangkan lebih RM20 juta bagi tahun 2026 berbanding dengan tahun 2025.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Pengurangan ini amat membimbangkan kerana negara sedang berhadapan dengan krisis kesihatan awam penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti jantung, diabetes, darah tinggi dan kanser. Hari ini ramai pesakit kanser hanya dikesan pada tahap akhir menjadikan rawatan lebih sukar dan kosnya jauh lebih tinggi. Dan masa yang sama budaya merokok dan penggunaan vape semakin menular di kalangan anak muda, menambah parah lagi beban rawatan NCD yang sedia ada.
Oleh itu, pendidikan kesihatan sepatutnya menjadi benteng pertama untuk mencegah penyakit, memberi kesedaran awal dan mengurangkan risiko rakyat jatuh sakit. Namun, dengan pengurangan bajet yang signifikan ini, tambah pula dengan sistem kesihatan awam yang berdepan dengan kekurangan tenaga kerja dan fasiliti,
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
saya bimbang, krisis NCD akan terus membesar sehingga mengancam keseluruhan sistem kesihatan negara.
Juga berkaitan dengan Skim Perubatan MADANI, Butiran 081200 yang telah dikurangkan peruntukan sebanyak 50 peratus daripada RM100 juta tahun ini kepada RM50 juta tahun hadapan. Saya melihat bahawa Skim Perubatan MADANI antara satu skim yang boleh mengalihkan tumpuan dan beban kepada pusat-pusat kesihatan dengan mereka pergi kepada bahagian swasta.
Oleh itu, saya mohonlah, oleh kerana di Kuala Nerus ini ada Klinik Bukit Tunggal yang sudah uzur dan sangat padat dengan kehadiran 800 pesakit sehari, menunggu pembinaan yang baharu mungkin makan masa. Oleh itu, adalah dilantik di daerah Kuala Nerus supaya Skim Perubatan MADANI dapat dipanjangkan, diluaskan ke Bukit Tunggal untuk kita mengalihkan pesakit di pusat kesihatan ini kepada pusat-pusat, klinik-klinik swasta. Semoga dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat di Kuala Nerus, insya-Allah. Sekian, terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Majlis berehat sehingga jam 2.30 petang untuk makan dan juga solat zuhur. Silakan.
[Mengetuk tukul]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Bentara.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Selangau.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi ruang untuk membahaskan peruntukan Belanjawan 2026 di bawah maksud Bekalan Pembangunan 42 iaitu Kementerian Kesihatan di peringkat Jawatankuasa.
Saya fokus terus kepada tiga komponen utama yang kritikal di Parlimen Selangau.
Pertama, Butiran P.01100 iaitu Peralatan dan Kenderaan, harus menjadi instrumen penting untuk memastikan klinik luar bandar berfungsi sebagai pusat kesihatan primer yang lengkap. Di kedua-dua klinik utama iaitu Klinik Kesihatan Selangau dan Klinik Kesihatan Tatau, pegawai perubatan terpaksa berkhidmat dalam keadaan peralatan yang amat terhad sehingga menjejaskan keupayaan mereka membuat diagnosis awal yang tepat. Di Klinik Kesihatan Tatau, ketiadaan peralatan klinikal asas yang berfungsi sepenuhnya seperti vital signs monitor dan BP set menjejaskan ketepatan bacaan diagnosis. Sesuatu yang kritikal bagi pengurusan kes kecemasan dan rawatan pesakit kronik.
Parlimen Selangau tidak mempunyai kemudahan penyimpanan forensik seperti chiller mayat. Dalam kes kematian mengejut atau kemalangan jalan raya, jasad terpaksa dihantar jauh ke Sibu dan Bintulu. Jadi, di bawah butir P, 01100 — Peralatan dan Kenderaan, saya memohon KKM memperuntukkan peralatan- peralatan kritikal seperti yang disebut tadi secepat mungkin.
Puan Pengerusi, jumlah ambulans yang ada di klinik-klinik kesihatan di Parlimen Selangau juga tidak mencukupi dan sering mengalami gangguan operasi kerana usia penggunaan yang lama. Di Klinik Kesihatan Tatau, daripada dua unit ambulans sedia ada, satu telah rosak dan tidak boleh diguna sama sekali. Hanya satu ambulans lama yang berfungsi.
Di Klinik Kesihatan Selangau pula terdapat tiga unit kenderaan kecemasan.
Namun, satu unit iaitu acquired dalam tahun 2007 telah rosak sepenuhnya. Daripada dua unit yang berfungsi, satu unit adalah model lama iaitu jenis C, 2011 manakala satu unit lagi model 2016 dan adalah dipinjam dari Klinik Tepus yang sering mengalami kerosakan berulang.
Saya memohon peruntukan di bawah Butiran P, 01100 untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya satu ambulans tambahan baharu bagi setiap klinik utama di KK Selangau dan KK Tatau termasuk unit baru untuk menggantikan unit yang rosak dan uzur yang berusia 15 tahun ke atas.
Banyak isu infrastruktur dan kemudahan asas di Selangau memerlukan peruntukan segera di bawah Butiran P.00600 — Ubah Suai, Naik Taraf dan
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Pembaikan dan Butiran P.00201 — Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Di Klinik Kesihatan Simpang Bukut, laluan masuk ke klinik terlalu sempit dan sentiasa sesak kerana berkongsi akses dengan kawasan sekolah menyukarkan pergerakan pesakit serta meningkatkan risiko kemalangan. Jadi, mohon diperluaskan. Begitu juga dengan Pejabat Jabatan Kesihatan Selangau yang masih beroperasi di kuarters lama yang merupakan bangunan kayu yang semakin uzur dan tiada sistem penghawa dingin dan tidak kondusif sebagai pejabat awam.
Isu seterusnya adalah mengenai keperluan rumah transit. Penduduk luar bandar yang memerlukan rawatan dialisis menghadapi kesukaran mencari tempat rehat dan menunggu sebelum atau selepas rawatan.
Selangau memohon KKM mempertimbangkan peruntukan pembinaan rumah rehat transit di kawasan berhampiran pusat dialisis utama di bawah Butiran P.00201 — Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar kerana ramai penduduk datang dari pedalaman yang jauh. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Timbalan Menteri kerana membantu mempercepatkan operasi pusat dialisis di Selangau.
Selain itu, Klinik Kesihatan Selangau tiada kemudahan kantin dan jarak dari klinik ke Pekan Selangau adalah agak jauh untuk berjalan kaki. Justeru, saya memohon KKM mempertimbangkan pembinaan atau memperuntukkan ruang untuk kiosk atau kantin makanan di KK Selangau di bawah Butiran P.00600.
Isu beban kerja yang tinggi di Klinik Kesihatan Selangau dan Klinik Kesihatan Tatau juga semakin meruncing kerana pertambahan populasi dan kesedaran kesihatan. Bilangan pesakit yang datang ke klinik semakin ramai dan bertambah.
Oleh itu saya menggesa KKM untuk mempercepatkan penempatan lebih ramai doktor, pembantu perubatan dan jururawat di klinik-klinik untuk menampung peningkatan beban kerja dan pengurangan masa menunggu pesakit.
Akhir sekali, Selangau merayu KKM dapat memastikan fasiliti kesihatan di Parlimen Selangau diperkasa dan ditambah baik agar rakyat luar bandar mendapat perkhidmatan yang setara seperti di bandar. Sekian. Saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Selangau. Saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Terima kasih Puan Pengerusi.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan saya terus ke kepada— sebelum itu saya lihat tiada Timbalan Menteri dan juga Menteri untuk berada dalam Dewan mendengar kami berbahas. Saya terus ke kepala B.42, Butiran 020000, peruntukan untuk perubatan.
Puan Pengerusi, program Hospital Services Outsourcing Programme
(HSOP) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menyumberluarkan perkhidmatan perubatan kepada hospital swasta telah menunjukkan beberapa kejayaan dalam mengurangkan masa menunggu bagi perkhidmatan tertentu.
Dengan pendedahan Arteriovenous Fistula (AVF) mencatatkan pengurangan 75 peratus daripada 16 minggu kepada empat minggu.
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
Manakala, perkhidmatan pengimejan seperti MRI dan ultrasound berkurangan 20 peratus dan CT scan berkurangan 14 peratus. Walau bagaimanapun, program ini menimbulkan beberapa persoalan kritikal mengenai kemampanan jangka panjang, implikasi kewangan kepada peruntukan kesihatan awam dan keberkesanan sebenar dalam menangani punca masalah masa menunggu yang panjang.
Merbok ingin mengetahui berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah dibelanjakan untuk HSOP sejak ia dilaksanakan dan bagaimanakah kos perkhidmatan yang di-outsource kepada hospital swasta berbanding dengan kos penyediaan perkhidmatan yang sama jika ia dilaksanakan sepenuhnya dalam hospital kerajaan dengan pelaburan dan peralatan dan kakitangan tambahan.
Adakah HSOP dimaksudkan sebagai penyelesaian jangka pendek sementara kementerian membina kapasiti dalaman hospital kerajaan atau adakah ia merupakan strategi jangka panjang yang akan mewujudkan pergantungan berterusan kepada sektor swasta?
Yang ketiga adalah apakah kriteria pemilihan hospital swasta yang terlibat dalam HSOP dan adakah proses perolehan dan tender dilaksanakan secara telus dan kompetitif untuk memastikan nilai yang terbaik?
Puan Pengerusi, seterusnya Butiran 022700, peruntukan untuk perubatan, psikatri dan kesihatan mental berjumlah RM413 juta. Kerajaan berbelanja dengan jumlah yang begitu tinggi untuk perubatan kesihatan mental ini. Satu aspek kesihatan
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
awam yang semakin mendesak, tetapi masih belum menerima keutamaan sewajarnya daripada pihak kerajaan.
Puan Pengerusi, kita semua menyedari bahawa kesihatan mental bukan lagi isu pinggiran. Pasca pandemik, Malaysia sedang berdepan dengan peningkatan yang ketara di dalam kes depresi, keresahan iaitu anxiety dengan izin, risiko bunuh diri dan tekanan tempat kerja serta gangguan substance use, serta isu kesihatan mental yang melibatkan remaja dan kanak-kanak juga semakin meningkat.
Namun, peruntukan yang diperincikan oleh kementerian, jika dilihat secara objektif masih tidak selaras dengan skala masalah yang sedang berlaku. Jurang antara keperluan rakyat dan kapasiti sistem kesihatan awam semakin melebar.
Kesihatan mental sering dibayangi stigma sehingga ramai pesakit datang dalam keadaan sudah serius. Mungkin dengan peruntukan ini juga pihak kementerian boleh gunakan untuk kempen nasional berasaskan pendekatan komuniti dan agama termasuk menggunakan pendekatan pengukuhan spiritual yang selari dengan nilai masyarakat Malaysia.
Puan Pengerusi, seterusnya Butiran 022800, peruntukan untuk perubatan rehabilitasi dan perubatan tradisional. Merbok ingin bertanya apakah jenis perubatan tradisional yang dimaksudkan di bawah butiran ini? Masih di bawah B.42 iaitu Butiran 04000, peruntukan untuk kesihatan gigi. Merbok ingin mengetahui berapa ramai kah doktor gigi yang telah diterima bekerja secara tetap ataupun kontrak di fasiliti kesihatan kerajaan seluruh Malaysia dan berapakah nisbah seorang doktor gigi dengan penduduk Malaysia mengikut negeri.
Seterusnya, Kepala P.42, Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar dan 00203 – Perkhidmatan Kesihatan Bandar. Saya ingin bertanya berkenaan hasrat kementerian untuk membina dan menaik taraf Klinik Kesihatan Sungai Lalang di Parlimen Merbok yang begitu daif. Saya difahamkan melalui Mesyuarat Tindakan Daerah Kuala Muda bahawa lokasi baharu telah dikenal pasti dan saya memohon kepada pihak kementerian untuk mempercepatkan proses pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 2 yang memandangkan keadaan semasa klinik itu sekarang amatlah daif dan tidak lagi sesuai untuk terima pesakit-pesakit yang semakin bertambah dari hari ke hari.
Seterusnya Butiran 00600, peruntukan untuk ubahsuai, naik taraf dan pembaikan. Merbok ingin mengetahui adakah peruntukan ini juga akan diberikan kepada Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani yang memerlukan perhatian daripada pihak kementerian dalam usaha untuk menambah dan mengubahsuai wad-
Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok
wad pesakit di hospital tersebut. Saya difahamkan kuarters nurse, kuarters jururawat yang tidak digunakan lagi itu akan di-convert menjadi wad-wad untuk menampung kesesakan wad yang sekarang ini semakin bertambah parah di hospital tersebut.
Jadi, saya mohonlah daripada pihak kementerian untuk memberikan jawapan-jawapan kepada pertanyaan saya tadi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus kepada perbahasan.
Yang pertama, Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan menunjukkan pengurangan peruntukan daripada RM88.44 juta kepada RM67.97 juta sedangkan pada tahun 2024, seramai 222 pelajar IPT berumur 18 ke 19 tahun disahkan HIV, AIDS. Bagaimana pengurangan peruntukan ini mampu menyokong program pencegahan, kesedaran, saringan dan intervensi memandangkan isu ini melibatkan sebahagian golongan muda yang memerlukan pendekatan yang lebih sistematik.
Saya mencadangkan agar peruntukan yang ada diselaraskan dengan penekanan program pencegahan yang lebih bersasar seperti ceramah berkala HIV dan kesihatan seksual di sekolah menengah dan IPT dan mewajibkan taklimat serta saringan kesihatan asas berkala di IPT.
Yang kedua, di bawah Butiran 081100 – Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan. Peruntukan turut berkurang daripada RM24.6 juta kepada RM21.6 juta ketika negara berdepan peningkatan kes murid tertekan, pekerja burnout dan isu bunuh diri. Ini sama seperti yang dibahaskan oleh YB Merbok tadi.
Saya mohon penjelasan bagaimana program saringan awal di sekolah dan IPT, perkhidmatan kaunseling, intervensi komuniti dan talian sokongan krisis dapat diperkukuh dengan pengurangan peruntukan ini dan apakah model kerjasama lebih berkesan antara pakar psikologi, NGO serta komuniti bagi menangani siren krisis ini.
Seterusnya, Butiran 081200 – Skim Perubatan MADANI menunjukkan pengurangan besar, RM100 juta tahun 2025 kepada RM50 juta tahun 2026. Apakah justifikasi pengurangan ini dan sejauh mana skim ini berjaya mengurangkan beban pesakit? Apakah impaknya kepada masa menunggu dan jumlah kes harian di klinik kesihatan? Saya juga ingin mengetahui jumlah perbelanjaan serta bilangan pesakit di Sarawak yang telah menerima manfaat skim ini. Cadangan saya supaya skim ini diperluaskan kepada pemeriksaan berkala ibu mengandung, penerima STR dan
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
kedua, saringan NCD seperti kencing manis dan darah tinggi untuk pencegahan awal khususnya golongan B40, bekerja yang terikat dengan jadual klinik kesihatan.
Seterusnya, perkara keempat, di bawah Butiran 010200 – Sumber Manusia.
Peruntukan tahun 2026 hanya meningkat sedikit, RM29.09 juta kepada RM 29.15 juta sedangkan realitinya, Sarawak telah kehilangan 259 pegawai perubatan dan 95 jururawat yang meletak jawatan antara tahun 2020 sehingga 2024. Ada hospital memerlukan 150 pegawai perubatan, tetapi hanya sekitar 80 yang bertugas. Menurut kenyataan KKM, Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 11,000 jawatan baharu bagi memastikan sistem perkhidmatan kesihatan dapat berfungsi dengan baik.
Saya ingin bertanya, bagaimana peruntukan kecil ini mampu menyelesaikan defisit kritikal tenaga kerja Sarawak? Dan kedua, apakah nisbah doktor dan jururawat kepada penduduk Sarawak terkini dan apakah status reform perjawatan dan model penempatan KKM? Saya mencadangkan supaya delegated hiring authority dengan izin, diberikan kepada Sarawak supaya pengisian jawatan kritikal dapat dipercepatkan tanpa birokrasi berlapis di JPA dan KKM.
Di bawah perkara yang sama, saya juga ingin menyentuh Butiran 080200 – Emolumen Kakitangan Kontrak berjumlah RM2.428 bilion dalam keadaan sektor kesihatan awam masih dihantui lambakan pekerja berstatus kontrak. Saya ingin penjelasan, berapakah anggaran jumlah pegawai kontrak yang akan diserap sebagai tetap pada tahun ini dan daripada jumlah tersebut, berapa ramai yang akan ditempatkan di Sarawak?
Selain itu, adakah wujud situasi pegawai kontrak ditawarkan pelantikan tetap, namun enggan menerima kerana penempatan yang jauh khususnya di Sabah dan Sarawak? Jika ya, apakah langkah penyelesaian bagi memastikan jawatan kritikal di luar bandar tetap dapat diisi.
Seterusnya, di bawah Butiran 00900 – Penyelenggaraan Kuarters KKM sebanyak RM34 juta dan Butiran 00901 – Kemudahan Kuarters Luar Bandar berjumlah RM1.5 juta. Isu pemerkasaan kuarters kesihatan di luar bandar Sarawak amat kritikal.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Saya mohon penjelasan. Dengan jumlah sebegitu, bagaimana kerajaan mampu menyediakan kemudahan kuarters yang selesa dan berkualiti di kawasan luar bandar? Sedangkan, kemudahan awam seperti ini adalah faktor penting untuk menarik minat petugas kesihatan berkhidmat di luar bandar dan pedalaman. Apakah
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
keutamaan perbelanjaan pemerkasaan kuarters ini? Adakah kuarters klinik di Batang Sadong termasuk dalam senarai?
Sedikit lagi, Puan Pengerusi. Saya menyambut baik peruntukan besar di bawah Butiran 00201, Butiran 00300 dan Butiran 00600. Sehubungan itu, saya mohon penjelasan, berapakah peruntukan khusus untuk klinik kesihatan di Batang Sadong dan bilakah projek naik taraf Hospital Simunjan akan dimulakan? Soalan ini setiap kali perbahasan saya selalu menyatakan atau bahaskan dan saya belum menerima jawapan secara formal, secara rasmi daripada KKM memandangkan projek ini telah pun ditetapkan dan diluluskan di bawah RMK12.
Itu sahaja, Puan Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Pengerusi.
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kapar membahaskan Belanjawan KKM peringkat Jawatankuasa.
Pertama, merujuk B.42 dan P.42 Bekalan Kod 10000 – Emolumen di mana diperuntukkan RM24,841,501,500, merujuk B, 010300 – Kewangan.
Saya ingin bertanya strategi RESET atau revamp, enhance, strengthen, expand and transform telah dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia pada Jun 2025 bertujuan untuk merombak sistem penjagaan kesihatan swasta dan mengawal inflasi perubatan. Jadi, saya mahu tahu keberkesanan strategi ini untuk melandaikan inflasi perubatan sejak Jun 2025.
Memandangkan projek MHIT asas ini adalah sukarela dan menyasarkan golongan M40 yang sudah tertekan dari segi kewangan, adakah Bank Negara telah membuat kajian untuk menganggar berapa ramai yang akan menyertai skim ini?
Apakah jaminan produk MHIT asas ini mendapat sambutan seperti yang disasarkan?
Merujuk B.42, program perubatan, khususnya neurologi. Peruntukan hanya RM22 juta lebih dilihat agak statik walhal sekarang keperluan mungkin akan meningkat. Bukannya mungkin. Memang meningkat kerana masalah saraf natijah daripada diabetes, strok dan sebagainya. Apakah perkembangan rawatan terkini pihak KKM termasuk state of the art dan teknologi tertinggi termasuk AI robotik serta rawatan yang menggunakan stem cell?
Di mana, kita melihatkan perhatian kita kepada isu rawatan stem cell semakin berleluasa di Malaysia. Pasaran rawatan ini dianggarkan bernilai lebih RM500 juta
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
setahun. Ia memberikan risiko yang agak besar kepada pengguna terutama golongan M40 yang sanggup berbelanja besar kerana terpedaya dengan promosi.
Kita tahu rawatan stem cell ini benar-benar terbukti secara global hanya melibatkan hematopoietic stem cell transplantation untuk leukemia, limfoma, anemia, plastik dan beberapa penyakit genetik.
Jadi, kita risau. Di Malaysia, semakin banyak klinik mempromosi stem cell untuk knee osteoarthritis, diabetes reversal, penyakit jantung, rawatan kulit, malah kesuburan tanpa garis panduan yang tegas. Jadi, difahamkan juga kes penipuan perubatan meningkat hampir 30 percent dalam dua tahun menurut data Bahagian Amalan Perubatan. Jadi, saya dalam konteks KKM Bajet 2025 ingin menekankan KKM perlu mempercepatkan penguatkuasaan National Guidelines on Cell and Gene Therapy Products. Banyak lagi, Pengerusi. Butiran 021500 – Nefrologi. Kapar mahu tahu, apakah persediaan kerajaan dengan trend Malaysia sebagai negara menua atau aging nation yang bergandingan dengan pelbagai masalah noncommunicable diseases seperti diabetes, hipertensi dan sebagainya?
Maka, personel terlatih yang mampu menyediakan perkhidmatan hemodialisis dan continuous ambulatory peritoneal dialysis untuk penyakit yang kegagalan ginjal yang menerima rawatan di hospital dan di rumah. Soalan saya, apakah yang dilakukan pihak kementerian untuk pastikan cukup pegawai perubatan untuk menangani isu ini? Untuk bersinergi dengan pihak NGO, dengan swasta dan sebagainya. Kapar mahu tahu, berapakah pesakit yang memerlukan dialisis dan berapakah yang masih menunggu untuk mendapat dialisis? Berapakah pusat dialisis yang diiktiraf KKM di Kapar? Butiran kesihatan awam, kawalan penyakit.
P.42, Butiran (Projek) 00400 – Hospital Baharu. Kapar mahu tahu tarikh sebenar Hospital Kapar siap dibina dan apakah jenis kepakaran yang diperuntukkan untuk Hospital Kapar. Berapa jumlah doktor termasuk specialist, jururawat, staf dan sebagainya yang dirancangkan bagi memastikan Hospital Kapar ini adalah, insya- Allah, hospital yang terbaik?
Butiran (Projek) 00900 – Penyelenggaraan Kuarters KKM. Saya mahu tahu perincian, berapakah yang diperuntukkan Kuarters Klinik Kesihatan Pekan Meru yang agak lama, yang agak uzur, yang dah tua?
Kesihatan pergigian. Pengerusi, minta sedikit. Butiran 040000.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Saya merujuk Prestasi Outcome Program, Outcome 2: Pencegahan morbiditi akibat penyakit pergigian. Saya terkejut melihat sasaran KPI peratusan murid enam tahun bebas penyakit karies gigi adalah statik, hanya 45 peratus. Umur berapa sahaja? 12 tahun. So low. KPI kedua pula, peratusan warga emas mempunyai bilangan gigi sekurang-kurangnya 20 batang gigi yang mendapatkan rawatan di klinik pergigian KKM pada 2026 hanya 32 peratus.
Jadi, apakah tindakan oleh KKM supaya ― kita tengok falsafah whole of the nation, whole of society approach ini untuk menangani masalah acquired atau berkaitan dengan lifestyle ini tidak sihat. Maka, apakah pelan komprehensif dan holistik berserta roadmap, berserta timeline untuk mengatasi masalah rakyat ini dengan tuntas termasuk noncommunicable diseases dengan pergigian dia ini sama?
Kapar mahu tahu, berapakah premis perkhidmatan pergigian di seluruh Kapar dan apakah jenis perkhidmatan yang disediakan? Merujukkan KPI tadi, Kapar mengesyorkan pihak KKM bolehlah mulakan pilot project holistic dental and health blueprint yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, sekolah serta komuniti dengan menggunakan segala resources atau sumber sedia ada termasuk IPT dengan sedikit tambahan dana sahaja di Kapar. Jangan lupa jemput saya ya untuk menjayakan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Andai berjaya, ia boleh dieksport ke kawasan tempat lain termasuklah kepada tempat Kuala Selangor dan tempat Timbalan Menteri dan di skala yang lebih besar.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jadi, terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Yang Berhormat Puan Pengerusi.
Ampang sebenarnya menyambut baik unjuran kenaikan 2.8 peratus yang telah pun diunjurkan di dalam bajet akan datang ini. Tetapi, saya nampak agak jelas KKM tidak menikmati pertambahan besar bagi peruntukan pembangunan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Oleh itu, ada banyak perkara yang ingin Ampang sentuhi. Di antaranya, saya ingin bertanya kepada Menteri, apakah rancangan sekiranya subsidi gula yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM500 juta setiap tahun dimansuhkan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun ke lima tahun? Memandangkan Malaysia kini berada di tangga ke-13 dunia dan yang tertinggi di ASEAN. Ini satu perkara yang mengejutkan bila data-data ini dibacakan.
Dan apakah KKM satu-satunya benefisiari bagi kutipan duti eksais bagi segala― di atas sugar sweeten beverages, dengan izin, ataupun SSB bukan alkohol atau lebih dikenali sebagai cukai gula yang mula berkuat kuasa pada 2019 yang lepas? Kalau betul KKM menjadi benefisiari kepada cukai ini, apakah sebenarnya rancangan yang dilaksanakan dan sebenarnya berapa jumlah cukai yang diperolehi daripada hasil SSB ini?
Puan Pengerusi, di bawah Kepala 020000 – Perubatan, di bawah Butiran 021100 – Oftalmologi, iaitu termasuk dalam perkhidmatan yang untuk mengurangkan kes kecacatan. Saya dapati di sini ia melibatkan ― apakah ia melibatkan penjagaan kesihatan melibatkan anak-anak di sekolah?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sebab saya dapati kalau tahun lepas kami di Ampang telah membuat beberapa program dengan pihak sekolah. Bila kita buat pemeriksaan mata di kalangan murid-murid sekolah rendah, di antara 100 murid-murid, 70 yang perlu memakai cermin mata. Jadi untuk itu, kita nampak bukan sahaja di situ, bila 70 orang ini kebanyakannya mempunyai power ataupun kanta yang perlu dipakai melebihi 250. Jadi kalau ada di antara butiran ini adalah untuk melibatkan, selain daripada pergigian adalah untuk kesihatan mata murid-murid, mohon Menteri memberikan sedikit jawapan.
Seterusnya Butiran 022800 Perubatan Rehabilitasi dan Perubatan Tradisional dan Komplimentari diunjurkan naik 13 peratus. Saya amat gembira bila saya tengok butiran ini ada, tetapi saya mohon Yang Berhormat Menteri kongsikan hala tuju KKM untuk menangani beberapa isu terkait rawatan tradisional, urutan herba, terapi komplimentari. Kenapa saya bangkitkan perkara ini? Sebab akhir-akhir ini saya lihat ada banyak perkara-perkara yang dikongsikan di dalam khususnya sosial media atau TikTok, Facebook.
Di antara produk-produk yang katanya berpotensi untuk ditingkatkan ataupun menjadi alternatif kepada rawatan ataupun suplemen kesihatan. Jadi, saya ingin tanya apakah pihak KKM menilai risiko keselamatan dan kemungkinan kesan
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
sampingan TCM, dan apakah kekurangan sumber-sumber manusia terlatih seperti tabib, tradisional, ahli fisioterapi dan sebagainya untuk distandardkan? Jadi itu persoalan di bawah butiran tersebut.
Untuk Kepala 030000 – Kesihatan Awam dan Kepala 070000 iaitu di sudut strategi untuk kesihatan ini, saya nampak antara isu mendesak yang kita perlu cari strategi dan mekanisme intervensi termasuk segala termasuk krisis bahan nutrisi dua hala. Yang ini amat penting Puan Pengerusi sebab kita nampak sini ada double burden.
Kita lihat di antara kita hendak promosi makanan, tetapi dalam masa yang sama kita juga tidak menghalang tentang isu peningkatan secara obesiti yang berlebihan dan sebagainya kerana tidak ada sekatan kepada makanan. Oleh itu, saya cadangkan supaya kekurangan pakar pemakanan klinikal dan komuniti perlu ditangani dan perlu dimasukkan lebih banyak jumlah mereka ini supaya kita boleh memberi khidmat nasihat kepada rakyat.
Seterusnya untuk Kepala 080000 – Program Khusus, Ampang nampak ada Butiran 080900 – PeKa B40 yang diunjurkan. Saya cadangkan supaya peruntukan ini dilebihkan memandangkan bukan itu sahaja, kita nampak masalah yang kita hadapi di antaranya adalah bantuan insentif pengangkutan ke klinik dan hospital.
Saya mengharapkan supaya pihak KKM melihat juga supaya memperluaskan kenderaan khas seperti ambulans perlu dilaksanakan dan saya nampak yang keduanya di bawah Butiran 081200 ada sedikit— ada banyak penurunan sebenarnya, hampir 50 peratus berkaitan dengan Skim Perubatan MADANI iaitu kepada RM50,000,000 sahaja. Mohon penjelasan tuntas daripada Yang Berhormat Menteri.
Akhirnya, sedikit sentuhan di Ampang, satu minit Pengerusi, saya dalam Maksud Pembangunan 42. Banyak butiran yang ingin saya sentuh iaitu Butiran 0105, 203, 300, 500 dan sebagainya. Saya mohon supaya apakah semua butiran-butiran ini Yang Berhormat mohon perincikan kesemua manfaat yang bakal diterima di bawah semua butiran yang saya sebut di atas. Apakah Hospital Ampang dan Klinik Kesihatan Ampang tahun hadapan akan mendapat manfaatnya?
Seterusnya daripada Butiran Pembangunan 42 ini, adakah Klinik Kesihatan Ukay Perdana Ampang yang masih dalam peringkat perancangan dan Klinik Kesihatan Ampang yang sekarang ini Jenis 4 sebenarnya, tetapi kita lihat berbadan klinik Jenis 1 yang mana 1,800 pengunjung setiap hari merupakan salah satu daripada beneficiary daripada Butiran 00700.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Ampang, Ampang.
Sikit. 20 seconds boleh?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ada yang mencelah?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Sungai Petani.
Ampang sedikit, tadi berkenaan dengan klinik kesihatan dan juga pembinaan hospital. Saya hendak ambil kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan kerana telah meluluskan Pusat Darah Wilayah Utara di Sungai Petani, Pusat Kanser Wilayah Utara dan klinik kesihatan baru di Sungai Petani.
Tetapi, adakah Ampang bersetuju bahawa selain daripada pembinaan hospital, kita juga perlu memperkasakan yang paling penting adalah primordial dan juga primary health care seperti wellness hub, klinik kesihatan dan juga bagaimana petugas-petugas kesihatan ini perlu turun ke bawah dan kita perlu memberikan insentif untuk dia mempromosikan kesihatan supaya tidak ada congestion di hospital itu sendiri? Terima kasih Ampang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ampang, sila gulung.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Saya sentuh sedikit sahaja.
Sebenarnya saya pun telah bersetuju tentang apa yang disebutkan oleh Sungai Petani. Malah saya pernah bercakap, bicara dalam konteks yang sama iaitu perlu ada social worker kesihatan dalam perkara ini. Saya habiskan sedikit ayat saya tadi.
Dengan itu saya mengharapkan walaupun Klinik Kesihatan Ampang ini bebannya tinggi, saya mohon supaya ada perolehan untuk melaksanakan Klinik Kesihatan Ukay Perdana yang baharu. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Puan Pengerusi, saya terus kepada Kod P.42 Butiran 00600 berkenaan Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya menyambut baik usaha kerajaan bagi menambah baik fasiliti kesihatan awam baik di bandar mahupun di luar bandar.
Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana telah meluluskan projek pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Sentosa yang telah sekian lama dinantikan oleh warga tempatan khususnya Bukit
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sentosa dan Bukit Beruntung. Saya berharap agar peruntukan bagi projek pembinaan ini adalah mencukupi dan lengkap supaya tidak berlaku kelewatan pembinaan, tergendala atau separuh jalan. Klinik yang dijangka siap tahun 2027 ini akan dapat memberikan manfaat yang besar kepada penduduk.
Puan Pengerusi, dalam masa yang sama, saya juga ingin menarik perhatian kepada keperluan klinik-klinik kesihatan lain-lain di Hulu Selangor khususnya dari segi facility dan peralatan. Adakah terdapat mana-mana klinik kesihatan sedia ada di Hulu Selangor ini telah disenaraikan dalam projek menaik taraf dalam Belanjawan 2026 kali ini?
Saya juga mohon agar sebarang keperluan di klinik-klinik yang ada dapat diteliti semula berdasarkan penilaian yang terkini termasuk keadaan bangunan, kesesakan ruang, peralatan lama yang rosak dan sebagainya bagi memastikan rakyat dapat menerima perkhidmatan kesihatan yang sebaiknya.
Puan Pengerusi seterusnya. Kod yang sama iaitu Kod P.42 Butiran 00300 berkenaan Kemudahan Hospital dan Butiran 00400 berkenaan Hospital Baharu.
Saya ingin sekali lagi menekankan keperluan mendesak sebuah hospital baharu di kawasan Hulu Selangor, satu isu yang telah saya bangkitkan berulang kali di dalam Dewan yang mulia ini. Kita mesti pandang ke hadapan.
Daerah Hulu Selangor ini sedang rancak membangun dengan pelbagai projek perumahan dan industri terbesar automotif. Jadi mesti permintaan terhadap perkhidmatan kesihatan akan meningkat. Saya tidak menolak usaha untuk menaik taraf Hospital Kuala Kubu Bharu. Ia memang patut diteruskan, namun saya ingin tegaskan bahawa menaik taraf sahaja tidak mencukupi. Hospital KKB ini, Kuala Kubu Bharu ini telah berusia hampir 90 tahun. Dari segi geografi, tapak hospital sedia ada tidak sesuai kerana ia nya berbukit dan berperancangan jangka masa panjang mesti melibatkan pembinaan hospital baharu.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah terdapat halangan dari segi pemberian data awam yang mana ia nya bukan sensitif seperti statistik kehadiran pesakit atau jenis penyakit? Saya pernah berhubung di awal dahulu, dua tahun lepas dengan pihak Hospital KKB, namun tidak diberikan dan saya masih ingat lagi Puan di-Pertua, apabila Pengarah Hospital menyatakan, “sama sahaja semua MP ini”.
Ini sepatutnya tidak berlaku sebenarnya. Saya yakin semua MP ada cara mereka yang tersendiri. Di pihak saya, dengan adanya kerjasama dan kenyataan
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
sokongan seperti inilah ia akan membantu dari sudut kajian dan penyerah kertas kerja serta perancangan berkaitan hospital baru.
Puan Pengerusi, dari sudut perancangan, saya melihat memulakan inisiatif hospital baru ini lebih awal adalah wajar kerana proses mengambil masa yang panjang. Walaupun sebelum ini KKM pernah menyatakan tiada keperluan untuk membina hospital baru di KKB buat masa ini, namun pandangan ini perlu dinilai semula berasaskan data dan realiti semasa di lapangan.
Saya memohon agar kementerian memperuntukkan perancangan awal bagi projek hospital baru di Hulu Selangor dalam belanjawan kali ini termasuk kajian tapak, permohonan tanah dan sebagainya. Kalau tidak dimulakan sekarang, bila lagi? Hulu Selangor perlukan hospital baharu, bukan esok atau lusa tetapi perancangan perlu dimulakan hari ini.
Yang terakhirnya Puan Pengerusi, masih juga kod yang sama P.27 Butiran 00800 berkenaan Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dalam kenyataan sebelum ini, kementerian sedang menumpukan kepada pelaksanaan transformasi digital dan sistem kesihatan awam khususnya peluasan Sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan juga Cloud-Based Clinic Management System (CCMS) dengan izin, di semua fasiliti kesihatan kerajaan.
Saya mohon penjelasan berkenaan pelaksanaannya setakat ini secara keseluruhan berapakah jumlah hospital dan klinik kesihatan kerajaan yang telah benar-benar beroperasi menggunakan EMR dan CCMS ini? Adakah infrastruktur sokongan seperti capaian internet khususnya di kawasan luar bandar, kemudahan komputer yang mencukupi dan latihan kakitangan dilaksanakan bagi memastikan sistem ini dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Dalam masa yang sama, kita perlu memastikan golongan warga emas dan juga penduduk pendalaman tidak ketinggalan. Peralihan kepada sistem pendigitalan ini juga mestilah inklusif dan berperingkat [Tidak Jelas] kempen penerangan, bantuan teknikal dan juga alternatif manual bagi mereka yang belum bersedia. Perkara ini perlu diteliti dengan sebaiknya.
Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam RAHMAH.
Terima kasih kepada Pengerusi, kerana membenarkan saya untuk bersama- sama membahaskan jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan (KKM). Kod program 006 — nasib baik 006, Pengerusi. Bukan 007. 00600 – Ubah Suai, Naiktaraf dan juga Pembaikan.
Saya nak tanya dengan Kementerian Kesihatan ini, saya di Hulu Langat, untuk pengetahuan Yang Berhormat Pengerusi, kita di Daerah Hulu Langat ini, jumlah penduduk kita sekarang ini yang dilaporkan oleh DOSM ataupun Jabatan Perangkaan, dah hampir 1.5 juta orang.
Maksudnya, 1.5 juta orang ini, dia dah sama mungkin dengan rakyat yang tinggal di Kelantan. Mungkin dia dah sama dengan rakyat yang tinggal di negeri Terengganu. Maksudnya Daerah Hulu Langat ini saja, ada 1.5 juta warga masyarakat dan juga rakyat yang mendiami di Daerah Hulu Langat ini.
Jadi, saya nak tanya kepada Kementerian Kesihatan soal berkaitan untuk naik taraf. Yang pertamanya klinik di Pekan Batu 9, Hulu Langat. Sebab, penduduk dah bertambah, penduduk dah mula ramai. Selain daripada klinik Pekan Batu 9, Hulu Langat, saya nak minta juga kepada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya menaikkan taraf juga klinik Pekan Batu 14, Hulu Langat. Tadi Batu 9 Pengerusi, naik ke atas sikit, Batu 14, Hulu Langat.
Kemudian, saya nak minta juga naik taraf klinik Pekan Beranang di dalam negeri Selangor. Di kesempatan ini juga, saya nak tanya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ini, klinik di Pekan Semenyih sudah dinaik taraf. Jadi, saya nak tanya, dah besar dah. Besau dah bak kata orang Melaka itu, cantik dah. Cuma saya nak tanya, bila klinik ini akan dibuka untuk digunakan oleh warga dan juga masyarakat yang terdapat, khususnya yang tinggal di sekitar Pekan Semenyih.
Kemudian, yang keduanya Yang Berhormat Pengerusi, soal berkaitan dengan minuman. Sekarang ini, kalau kita pergi kedai sekarang ini, di mini-mini market, di super, supermarket Kuala Krau sekarang ini, ada minuman-minuman yang ditulis dekat tin itu, zero sugar, maksudnya. Tak ada sugar.
Tapi, bila kita minum, dia manis, air itu manis. Bukan setakat minuman, gula- gula pun sekarang ini ada dah, gula-gula yang saya pun dok makan sekarang ini [Menunjukkan satu paket gula-gula] , dia memang no sugar. Tapi dia manis. Jadi, saya
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
nak tanya dengan Kementerian Kesihatan ini, adakah pemanis yang digunakan ini, dia mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dan, yang keempatnya Yang Berhormat Pengerusi, soal berkaitan dengan pengambilan gula. Untuk pengetahuan Sungai Petani, setahun kerajaan kita ini, bagi subsidi gula kepada seluruh masyarakat dan rakyat dalam negara kita ini hampir RM500 juta. Sebab itu, kalau boleh, saya nak cadangkan kepada pihak kementerian supaya kalau boleh subsidi gula ini, kita tarik balik maksudnya.
Dan harga gula ini, kalau boleh, kita naikkan lagi tinggi supaya kita nak minta supaya setiap warga dan masyarakat yang terdapat dalam negara kita ini mengurangkan pengambilan gula dalam minuman dan juga masakkan. Kurangkan gula dalam minuman dan juga masakan tetapi yang penting, banyakkan manisan dalam senyuman. Itu yang penting kepada kita.
Kemudian, yang keempatnya Yang Berhormat Pengerusi, isu di kawasan saya, di Taman Desa Jenaris. Ini saya nak kena sebutkan ini. Di Taman Desa Jenaris ini, saya ramai kawan-kawan. Saya kena sebutkan Saudara Muhsin Negara, Tuan Haji Zubir ini, ini bila saya sebut nama dia orang ini, keluarkan dekat TikTok malam ini, saya dapat murtabaklah. Kota Melaka, dia orang akan belanja saya murtabak pada malam ini.
Soal berkaitan dengan kebanjiran warga Rohingya di Taman Desa Jenaris ini yang membawa masalah kesihatan, masalah denggi, masalah aedes, masalah sampah dan sebagainya. Kita nak minta kepada pihak kementerian supaya dapat memantau isu kebanjiran warga Rohingya di Taman Desa Jenaris, Hulu Langat.
Kemudian, yang keenamnya, saya nak ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Menteri Kesihatan ini daripada Parti Amanah Negara, parti saya lah. Parti ana lah, daripada Parti Amanah Negara. Saya nak ucapkan syabas dan tahniah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, kerana bagi ambulans kepada klinik Pekan Batu 14, Hulu Langat. Kalau bukan saya yang puji, tak kan nak harap Kuala Krau puji? Dia tak akan pujilah Kuala Krua ini. Jadi, sayalah puji Menteri saya daripada Parti Amanah Negara.
Kemudian, khususnya kepada warga dan juga masyarakat dan juga rakyat negeri Sabah...
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Apa masalah ini, Kuala Krau, nak sebut banyak kali?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Alah, kita kawan-kawan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Hulu Langat, minta laluan sikit.
Jerlun. Jerlun minta laluan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah, Jerlun ini, tak kacau, tak sebut pun Jerlun.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Masa sudah tamat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ah, dah. Pengerusi minta sila gulung.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Ala. Apa pandangan Hulu Langat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Nanti dia kata, “sila duduk”, nanti kalau dia sebut dekat saya, “sila duduk, sila gulung”.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Bila ada pandangan menyebut bahawa Amanah perlu dibubarkan...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Dan masuk dalam PKR, apa pandangan?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Apa dia?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun. Tak perlu jawab.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Okey. Okey. Saya sikit saja lagi. Kepada warga dan juga masyarakat di negeri Sabah, yang akan berhadapan dengan pilihan raya pada 29 hari bulan ini nanti. Nak makan roti Gardenia, makanlah.
Sebab nanti [Tidak Jelas] , dia nak bagi roti Gardenia. Makan roti Gardenia, tapi undi pangkah Pakatan Harapan, Kerajaan Perpaduan dan juga Kerajaan MADANI.
Dan yang terakhirnya Yang Berhormat Pengerusi, saya nak ucapkan syabas dan tanah kepada Ahli Parlimen Putrajaya yang khabarnya akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Takziah kita ucapkan kepada Ahli Parlimen Larut, yang dilucutkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang. Selamat bertugas Ahli Parlimen daripada Putrajaya.
Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ini bahas kesihatan bang.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, tak perlu berpolitik dalam Dewan.
[Dewan riuh]
Tuan Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Main politik banyak ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi. Sebenarnya, Gardenia ini banyak dibeli di Sarawak.
[Ketawa] Terima kasih Pengerusi kerana izinkan saya untuk turut berbahas jawatankuasa Kementerian Kesihatan. Saya nak sentuh dalam beberapa perkara.
Pertama saya nak ucapkan selamat datang kepada guru dan pelajar Kolej Tingkatan 6, Pra-U Kulim..
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengerusi, saya— minta maaf, saya minta Yang Berhormat jelaskan apa maksud Sarawak dan roti Gardenia tadi?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya sebut saja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tadi, permulaan ada sebut.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat Pengerusi, ini, perangai dia ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No. No. Saya nak tanya, ada sebut atau tidak? Ada kita dengar. Tuan Pengerusi tahu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
[Tidak Jelas]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi tahu, ada sebut tak sebut.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Duduk. Duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ada sebut tak sebut.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Berhormat. Yang Berhormat control sikit ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak ada izin, saya tak benarkan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya Pengerusi, saya mohon penjelasan. Adakah disebut kah tidak?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Pengerusi, saya sentuh 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Di Maran ini Pengerusi, dah lah hospital gagal dibuat dan tidak dilaksanakan walaupun telah lulus. Jadi, kebanyakan perkhidmatan perubatan kesihatan bagi rakyat di kawasan saya diperolehi di pusat- pusat kesihatan kecil.
Dan, kalau mereka agak teruk, mereka akan pergi ke hospital Temerloh, 45 kilometer ke Kuantan ataupun di Jengka. Jadi, saya harap Menteri tengoklah sikit ya.
Dulu, di pusat kesihatan Maran ini, kita ada sick bay Timbalan Menteri ya. Di mana 24 jam diberikan perkhidmatan kalau ada pesakit-pesakit yang agak serius, datang ke pusat ini, dan mereka akan diberikan rawatan ke pusat berkenaan. Tetapi kini, dengan arahan kementerian, saya difahamkan ada satu surat dikeluarkan supaya perkhidmatan ini diberhentikan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dah lah hospital tak dapat, perkhidmatan ini pula diberhentikan. Dan akhirnya, rakyat menjadi mangsa kepada perkhidmatan kesihatan yang mereka perlukan. Jadi, saya minta supaya Kementerian Kesihatan berikan perhatian balik kepada keperluan perkhidmatan kesihatan sick bay ini di Maran.
Yang kedua Pengerusi, ialah 00400 – Hospital Baharu, pembinaan Hospital Maran ini. Saya, Pengerusi atau Menteri, saya tidak akan berganjak daripada usaha saya untuk mempertahankan pembinaan baharu Hospital Maran ini kerana ini pun telah diluluskan dahulu, pada zaman Dato’ Sri Najib. Dato’ Sri Najib — sorry, please, tolong lihat. Berada di penjara sekarang. Jasa yang diberikan oleh Dato’ Sri Najib cukup besar tetapi kenapa kita nafikan Hospital Maran yang sewajarnya dilaksanakan dengan segera?
Pengerusi, yang berikut ialah 01100 – Peralatan dan Kenderaan. Klinik Kesihatan Maran, saya minta supaya Menteri Kementerian Kesihatan menyegerakan pembekalan ataupun penggantian ambulans yang dulu telah pun dilupuskan tetapi sehingga kini belum dapat dihantar ke Klinik Maran ini. Saya difahamkan dua unit ambulans ini amat diperlukan kerana bukan sahaja untuk mengambil pesakit di kawasan luar bandar tetapi pesakit-pesakit yang berada di Maran ini akan dihantar ke sama ada Hospital Temerloh, Hospital Jengka ataupun Hospital Kuantan.
Pengerusi, satu lagi yang saya hendak sebut tentang Maran ialah kita - atas usaha saya, kita telah mendapatkan sebuah pusat hemodialisis. Tak silap saya, bernilai RM5 juta yang telah pun saya peroleh — dapatkan. Dan saya difahamkan dan dalam perhatian saya, pusat ini telah pun dibina tetapi masih belum digunakan
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
lagi. Saya ingin bertanya kepada Menteri Kesihatan, bilakah pusat hemodialisis ini akan digunakan?
Yang Berhormat Pengerusi, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu isu besar yang telah didedahkan di Dewan Rakyat ini pada November lepas. Di mana sebanyak 102,646 unit peralatan perubatan di bawah Kementerian Kesihatan masih digunakan, walaupun telah berusia 10 tahun. Ini bukan angka yang kecil dan ini bukan isu terpencil. Ini adalah soal keselamatan rakyat, keberkesanan rawatan, integriti sistem kesihatan negara dan akhirnya, soalnya kebertanggungjawaban kerajaan kepada rakyat.
Pengerusi, semakin tua sesebuah peralatan itu, pasti semakin tinggi kos penyelenggaraannya. Akhirnya, hospital terpaksa membayar kos servis gantian komponen dan kalibrasi yang mungkin melebihi harga membeli peralatan baharu. Ini bukan penggunaan bajet yang cekap. Mengapa kita membayar lebih untuk teknologi lama apabila teknologi baru lebih murah, lebih efisien dan lebih selamat?
Yang Berhormat Pengerusi, satu lagi perkara yang hendak saya sebut ialah tentang 030600 – Pendidikan Kesihatan. Saya ingin menegaskan bahawa peruntukan RM50 juta untuk promosi kesihatan adalah terlalu kecil berbanding skala sebenar krisis penyakit tidak berjangkit yang ditunjukkan oleh National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023. Kita telah berdepan kadar diabetes, hipertensi dan kolesterol yang tinggi dan hampir separuh penghidap sendiri tidak menyedari keadaan mereka.
Lebih 2.3 juta rakyat hidup dengan tiga penyakit serentak. Satu beban kesihatan ekonomi yang semakin menekan negara. Namun, isu ini tidak boleh dilihat dari sudut jumlah semata-mata. Realitinya, walaupun peruntukan ditambah, strategi pencegahan kita ketika ini belum cukup tajam, tersusun atau terukur untuk menghasilkan perubahan yang bermakna.
Program pencegahan masih bergerak secara umum, bukan disasarkan kepada kumpulan paling berisiko. Pendekatan masih berbentuk kempen bermusim, bukan intervensi tingkah laku yang kukuh dan impak jarang diukur secara terus.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sikit lagi. Saya diganggu oleh Jelutong tadi. Sikit lagi Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Butiran perubatan. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu realiti yang semakin mendesak iaitu Malaysia akan mula menjadi negara menua menjelang 2030. Namun, sistem kesihatan kita masih belum bersedia. Hari ini, seluruh negara hanya mempunyai kira- kira 60 pakar geriatrik. Jumlah yang terlalu kecil untuk menampung keperluan populasi yang semakin berusia.
Pada masa sama, Kementerian Kewangan mengunjurkan kos penjagaan warga emas meningkat 60 peratus menjelang 2030. Ini satu petanda bahawa beban kepada sistem dan keluarga akan bertambah berat. Jadi, saya mencadangkan supaya Kementerian Kesihatan, di samping Kementerian Pendidikan yang merupakan satu kementerian yang penting, perlu diberikan perhatian dan berikan penambahan peruntukan yang lebih, setahun demi tahun.
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Maran. Saya jemput Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Puan Pengerusi yang memberikan ruang kepada Pulai untuk membahaskan belanjawan peringkat Jawatankuasa di bawah Kementerian Kesihatan ini. Pertamanya, saya nak merujuk kepada Butiran 030000 - Kesihatan Awam. Kita semua Ahli Parlimen telah diberikan satu pamplet ini iaitu Agenda Nasional Malaysia Sihat. Sangat cantik dia punya dokumen ini, yang telah diberikan kepada kita, di mana agenda ini memberikan empat teras iaitu:
(i) memantapkan promosi pembudayaan hidup sihat,
(ii) memantapkan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan,
(iii) memperkasa kawalan kesihatan kendiri; dan
(iv) memantapkan kebersihan persekitaran.
Jadi, Agenda Nasional Sihat ini dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Di situ bukan sahaja KKM tetapi ia merentasi banyak kementerian bagi melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat ini. Soalan saya di sini adalah, daripada apa yang kita lihat ini, berapakah bajet yang telah diperuntukkan untuk tujuan ini? Saya kira dia banyak butiran yang terkandung di situ, dalam Butiran Kesihatan Awam ini tetapi sebenarnya keseluruhan itu, berapakah bajet yang digunakan untuk melaksanakan Agenda Nasional Malaysia Sihat ini?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Dan setakat ini, setakat mana keberkesanannya dalam tempoh beberapa tahun pelaksanaan ini? Apakah sudah menunjukkan prestasi yang baik di situ? Dan untuk menuju ke depan ini, apakah penambahbaikan yang telah dirancang untuk menuju 2030? Di mana pelan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Itu yang pertama, Pengerusi.
Yang kedua, saya nak menyentuh tentang perbelanjaan mengurus di bawah KKM ini, di mana tambahan belanja mengurus tahun 2026 ini adalah RM1.2 bilion, RM1.245 bilion untuk belanja mengurus. Tetapi di sana ada pelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam tahun 2026 ini iaitu RM1.187 bilion. Ini bermakna, 95.3 peratus tambahan bajet mengurus ini adalah untuk menambah pendapatan kakitangan kesihatan di negara kita ini.
Soalnya, apakah perbelanjaan besar ini dapat menyelesaikan masalah- masalah kekurangan doktor-doktor, kekurangan nurse, doktor pakar yang ada dalam negara kita ini? Apakah ini boleh menyelesaikan sedikit sebanyak masalah-masalah yang dihadapi?
Dan saya juga nak bertanya kepada KKM. Kita pernah mendengar satu cadangan untuk membawa jururawat ini daripada Indonesia untuk bekerja di negara kita ini. Tapi setakat ini, kita tak nampak perkembangannya itu. Setakat mana benda ini telah dijayakan? Apakah polisi kita membenarkan dan apakah langkah-langkah untuk menyediakan ruang kepada mereka bekerja di sini? Itu yang kedua.
Yang ketiganya, menyentuh kepada Butiran 081100 – Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), di mana peruntukan diturunkan sebanyak RM3 juta pada 2026 berbanding 2025. Saya nak sebutkan bahawa, ini— kesihatan mental ini adalah benda yang penting dalam negara kita ini.
Semalam kami dibentangkan oleh pusat kecemerlangan ini bahawa anggaran beban ekonomi kita, kalau 2030 tidak dilaksanakan agenda yang berkesan, kita akan mengalami kerugian RM10.7 bilion akibat daripada masalah kesihatan mental. Tuan Pengerusi, saya nak sebut. Rakyat Malaysia, tiga orang rakyat Malaysia, seorang akan menghadapi masalah kesihatan mental.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya, Tuan pengerusi. Puan Pengerusi dan seorang lagi, seorang itu kesihatan mental. Kita alhamdulillah sihat tetapi yang seorang itu berdepan dengan masalah kesihatan mental. Jadi, itulah seriusnya masalah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Eh, saya tak sentuh mana-mana, saya tunjuk begini ya*.
[Menunjukkan jari ke atas] So,* kita berdepan dengan masalah kesihatan mental tetapi kenapa bajet ini dikurangkan? Dari segi perbelanjaan psikiatri dan kesihatan mental telah dinaikkan. Ya, maknanya kita peruntukkan untuk merawat pesakit mental memang ada peningkatan, tetapi dari segi pencegahan ini melalui Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan mengapa ia nya diturunkan? Itu satu persoalan yang perlu dijawab oleh pihak kementerian.
Dan, yang terakhir saya nak menyentuh berkenaan dengan Butiran 081200 – Skim Perubatan MADANI. Sebenarnya skim ini diwujudkan adalah untuk mengurangkan tekanan di hospital dan juga klinik-klinik awam kita, nak mengurangkan itu maka diberikanlah Skim Perubatan MADANI ini supaya khususnya B40 ini tak perlu mereka pergi ke hospital sebaliknya mereka boleh mendapatkan perkhidmatan di hospital ataupun di klinik swasta ini. Tetapi saya merasa pelik macam mana dalam keadaan kita berdepan dengan tekanan ini bajet untuk skim perubatan ini diturunkan RM50 juta.
Ini saya kira sedikit contradict-lah kerana kita nak membantu mereka ini untuk mengurangkan beban itu tetapi ia nya dikurangkan. Jadi tentulah ada jawapan yang perlu— ada jawapan daripada KKM sendiri untuk menyelesaikan masalah ini.
Sekian, terima kasih, Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Saya jemput Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tanjong Karang terus kepada Butiran 081200 – Skim Perubatan MADANI.
Tuan Pengerusi, pemotongan peruntukan Skim Perubatan MADANI sebanyak 50 peratus daripada RM100 juta kepada RM50 juta tahun 2026 adalah sangat membimbangkan. Adakah ini satu pengakuan kegagalan dasar Skim Perubatan MADANI itu sendiri?
Dalam keadaan inflasi perubatan swasta meningkat 11 peratus setahun, kos rawatan asas di klinik meningkat antara lapan sehingga 15 peratus, kerajaan pula memilih untuk memotong perlindungan kesihatan rakyatnya. Soalan asasnya, kenapa KKM memotong skim ketika rakyat paling memerlukannya?
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Tuan Pengerusi, realitinya model skim ini memang bermasalah sejak hari pertama. Skopnya terlalu sempit hanya untuk rawatan asas penerima STR, ubat kronik tidak termasuk, saringan non-communicable diseases tidak termasuk, rawatan susulan tidak termasuk, fisioterapi, mental health, mental care semua tiada.
Ini skim pergi klinik sekali, lepas itu nasiblah.
Dengan RM50 juta dan kos rawatan purata RM70 ke RM80, paling tinggi kerajaan boleh bantu dalam 600,000 ke 700,000 pesakit tetapi B40 sahaja sudah berjumlah 4.47 juta orang belum termasuk M40 yang rentan dan sangat terbeban dengan kos perubatan. Ini bukan perlindungan kesihatan, ini skim siapa cepat dia dapat. Jadi, rakyat sangat memerlukan national health insurance scheme sebenarnya iaitu satu sistem tunggal yang melindungi semua rakyat bukan empat, lima skim kecil yang terpecah-pecah antara satu sama lain.
Tuan Pengerusi, yang lebih pelik lagi MySalam dan MHIT tidak dicatat dalam belanjawan KKM ini tanpa satu baris penjelasan pun. MySalam sebelum ini memberikan pampasan tunai RM4,000 ke RM8,000 untuk penyakit kritikal kepada golongan B40 dan M40. Manakala MHIT pula diwujudkan untuk mengekang lonjakan premium insurans swasta yang naik di antara 15 hingga 20 peratus setiap tahun dan lebih tinggi daripada inflasi umum.
Hari ini kedua-duanya lesap. Bagaimana sebuah negara mahu menuju universal health care, dengan izin jika setiap tahun satu skim hilang, satu skim dipotong dan satu skim diganti, satu skim dilupuskan tanpa sebarang laporan pasca program. Ini bukan satu reformasi kesihatan.
Seterusnya Tanjong Karang pergi kepada Butiran 030000 – Kesihatan Awam yang berjumlah RM6.693 bilion. Tuan Pengerusi, kita sedang berdepan dengan krisis NCD atau penyakit tidak berjangkit yang terbesar dalam sejarah negara. Satu daripada lima orang rakyat Malaysia dalam 18.3 peratus mengidap penyakit kencing manis dan adalah antara yang tertinggi di Asia. Satu daripada tiga orang rakyat mempunyai tekanan darah tinggi. Satu daripada rakyat Malaysia kini sama ada overweight ataupun obes dan ini adalah tertinggi daripada negara Jepun, Korea, Thailand bahkan Singapore.
Kos merawat NCD ini dijangka boleh mencecah sehingga RM12 bilion setahun menjelang 2030 iaitu hampir dua kali ganda kos pada hari ini tetapi program pencegahan masih bergerak secara silo. KKM buat kempen sendiri, KPM buat kempen sendiri, sana jangan sentuh, sini jangan kacau, PBT buat aktiviti sendiri tanpa integrasi, tanpa KPI nasional, tanpa akauntabiliti rentas agensi.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Oleh itu, Tanjong Karang mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan one nation one health, satu gerakan nasional menyatukan kementerian, agensi dan komuniti bagi membudayakan gaya hidup sihat.
Antaranya cukai produk kesihatan kepada produk tinggi gula, lemak dan garam sekitar RM300 juta setahun, hasilnya diagih terus ke lapangan iaitu Program Kampung Sihat ataupun program sekolah sihat tanpa gula. Penubuhan unit intervensi gaya hidup sihat di setiap pejabat kesihatan daerah melibatkan PIBG, JPKK, masjid, surau dan NGO tempatan dan dasar persekitaran yang sihat.
Tuan Pengerusi, kalau kerajaan terus hanya merawat penyakit tetapi gagal mencegah punca penyakit maka kos kesihatan negara tidak akan pernah turun, sampai bila-bila pun kita akan terus bergantung kepada bajet rawatan yang semakin membesar.
Penutup, Tuan Pengerusi, pelaburan sebenar bukan kepada pembinaan hospital baharu semata-mata tetapi pada gaya hidup rakyatnya lebih sihat yang mengurangkan kos kesihatan negara untuk 20 tahun akan datang.
Sekali lagi Malaysia perlukan national health insurance scheme yang menyatukan keseluruhan perlindungan kesihatan bukan skim kecil yang retak di sana-sini. Jika kerajaan benar-benar mahu negara MADANI, maka kesihatan rakyat mesti menjadi agenda nombor satu bukan dipotong separuh. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Saya jemput Yang Berhormat Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih, Puan Pengerusi. Butiran 00300 – Kemudahan Hospital, 00400 – Hospital Baharu dibahaskan secara bersekali.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak kementerian kerana dalam jawapan bertulis baru-baru ini, kementerian telah memaklumkan bahawa dua unit ambulans baharu akan diberikan kepada Hospital Muar melalui perolehan secara berpusat.
Perkara ini telah saya bangkitkan banyak kali kerana empat ambulans sedia ada di hospital tersebut telah berusia lebih daripada tujuh tahun. Tempoh penggunaan yang saya kira agak panjang bukan sahaja meningkatkan risiko kerosakan, malah menyebabkan ambulans terpaksa kerap dihantar untuk dibaiki dan kadang kala tidak dapat beroperasi pada tahap yang maksimum sekali gus telah menjejaskan keberkesanan perkhidmatan kecemasan hospital.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Bagaimanapun, saya berasa— saya ingin merakamkan terima kasih kepada pihak kementerian kerana dalam jawapan tersebut telah membetulkan di mana sebelum ini saya kata Hospital Muar memerlukan 10 buah ambulans tetapi KKM kini melalui jawapan yang diberikan memaklumkan bahawa angka yang sebenarnya adalah lapan unit. Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan pihak kementerian bahawa perkara ini perlu dijalankan dengan perancangan yang rapi supaya kita tidak ada ataupun tidak sentiasa dihantui dengan masalah-masalah backlog ataupun hutang-hutang kepada hospital yang lama-lama seperti Hospital Muar.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Selain isu ambulans, saya juga ingin menarik perhatian kepada satu isu yang kerap kali saya timbulkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu keperluan untuk menaik taraf kemudahan di Hospital Muar. Khususnya Yang Berhormat Puan Pengerusi, pembinaan satu blok pakar yang mana telah diumumkan lebih daripada 20 tahun lalu iaitu Mantan Yang Berhormat Bakri yang memegang jawatan sebagai Menteri Kesihatan pada masa itu, di mana selepas beliau tidak lagi memegang Menteri Kesihatan, projek atau cadangan ini seolah-olah telah hilang begitu sahaja.
Dalam jawapan kementerian, bahawa projek ini akan diletakkan dalam Rolling Plan akan datang. Masalah sekarang ataupun soalan saya adalah Rolling Plan akan datang itu bila? Apakah butirannya dan apakah garis masanya? Ada satu sindiran pahit di kalangan orang Muar atau orang Bakri bahawa nasib baik.
Nasib baik masa itu kita tidak mendirikan atau membina blok pakar ini sebab selepas 20 tahun, zaman makin berkembang, masyarakat makin maju dan reka bentuk pada masa itu mungkin tidak lagi sesuai atau tidak lagi boleh memenuhi kehendak pada zaman sekarang. Itu satu sindiran yang pahit bagi saya dan sedih di mana, satu janji atau satu rancangan tidak direalisasikan lebih daripada 20 tahun.
Maka, saya minta pihak kementerian memberikan satu garis masa yang jelas, termasuk isu tempat letak kereta yang sangat tidak mencukupi, menyebabkan pelawat ke hospital selalunya perlu mencari satu tempat letak kereta, terpaksa berpusing lebih daripada 30 minit. Setiap kali isu ini dibangkitkan atau dibawa untuk perbincangan dalam Dewan yang mulia ini, jawapan yang sama akan diterima.
Saya bandingkan dua, tiga kali jawapan yang saya terima. Jawapannya tetap sama. Saya syaki tanpa ada apa syak wasangka, bahawa soalan ini atau jawapan ini telah diberikan secara copy and paste, daripada jawapan-jawapan sebelum ini.
Saya tidak mahu jawapan seperti ini diulangi dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Kita membawa suara rakyat di dalam Dewan yang mulia ini untuk mencari penyelesaian. Sekarang ini, kita membahaskan Belanjawan Tahun 2026. Apakah rancangan pihak kementerian untuk menaik taraf ataupun menyelesaikan backlog yang berlaku untuk hospital-hospital yang lama seperti Hospital Muar?
Saya berterima kasih kepada Menteri di mana, Yang Berhormat Menteri telah menjalankan lawatan kerja pada bulan Ogos yang lalu, daripada permintaan ataupun cadangan projek oleh pihak pengurusan hospital sebanyak RM3 juta. Menteri telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk Hospital Muar, untuk menyelesaikan atau menangani masalah-masalah yang lebih kritikal buat tahun ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Tetapi Yang Berhormat Puan Pengerusi, amaun ini masih tidak mencukupi. Untuk tahun ini sahaja, permintaan dia ialah RM3 juta.
Jadi, saya berharap pihak kementerian ada satu rancangan yang lebih konsisten supaya penyelenggaraan adalah berdasarkan keperluan dan dapat dipenuhi, kalau boleh seberapa maksimum yang boleh.
Ini adalah berkaitan dengan kesihatan dan nyawa rakyat. Penting dan perlu diberikan keutamaan yang paling tinggi untuk Kerajaan MADANI. Yang Berhormat Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya ingin akhiri dengan satu rangkap pantun.
Mentari senja menyinari laman, Suara rakyat bergema di Dewan; Blok pakar masih dalam rancangan, Rakyat Bakri menanti jawapan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Saya jemput Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan perbahasan saya dengan satu hadis daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Mukmin yang baik, mukmin yang kuat lebih baik daripada— dan dicintai oleh Allah SWT berbanding dengan Mukmin yang lemah.”
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih sekali lagi kepada Puan Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan.
Merujuk kepada B.42, Objek 030000 – Kesihatan Awam. Saya ingin bangkitkan isu yang semakin menjerut leher rakyat dan sistem kesihatan kita iaitu kos perubatan dan keberkesanan sistem diagnosis-related group (DRG). DRG kononnya menjadi alat untuk mengawal pembaziran iaitu bayaran tetap mengikut diagnosis.
Baiklah. Teori nampak kemas, namun persoalan besarnya, adakah ia benar- benar mengekang kenaikan kos kesihatan negara atau sekadar tambah bocor di permukaan? Ya, DRG ada manfaat seperti mengawal pembaziran, menyeragamkan rawatan dan meningkatkan ketelusan kos. Tetapi kita perlu akui DRG bukanlah ubat segala penyakit. Ia hanya menguruskan kecekapan hospital, sedangkan punca kenaikan kos berada jauh lebih luas.
Antaranya, polisi menua dan penyakit yang tidak berjangkit meningkat. Harga ubat baharu yang melambung, ketidakseimbangan beban pesakit antara sektor awam dan swasta, dan peruntukan kesihatan hanya sekitar 4 peratus KDNK. Ia nya masih jauh di bawah paras sihat WHO.
Negara lain telah membuktikan satu perkara. DRG hanya berkesan jika ekosistem kesihatan disokong sepenuhnya. Australia ada audit klinikal ketat dan kawalan harga ubat nasional. Korea Selatan pula terbeban hospital kecil. Jerman, sistem kuat tetapi kos tetap naik kerana populasi menua. Maksudnya jelas bahawa DRG tanpa pembiayaan mampan, hanyalah ilusi penjimatan.
Justeru, saya mencadangkan audit klinikal ketat supaya keputusan rawatan tidak tunduk kepada kos. Yang kedua, kawalan harga ubat nasional melalui rundingan berpusat. Yang ketiga, reformasi pembiayaan kesihatan ke arah universal health coverage, dan keempat, pendigitalan penuh terhadap EHR masa nyata dan pencegahan penyakit sebagai benteng utama. Jika tidak, kita mungkin menjimatkan angka di kertas tetapi kos sebenar kepada rakyat meningkat sangat-sangat.
Merujuk kepada P.42, Objek 00203 – Perkhidmatan Kesihatan Bandar. Saya ingin menyentuh isu yang semakin banyak membangkitkan keresahan pesakit penjawat awam dan pesara iaitu pemindahan pesakit IJN ke hospital KKM. Ramai mendakwa mereka ini dipindahkan tanpa penjelasan yang jelas, sama ada tentang sebab pindah, hospital penerima, atau perubahan ubat. Ada pesara yang merasakan keputusan lebih bersifat pentadbiran daripada klinikal.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Puan Pengerusi, kita faham usaha penjimatan kos tetapi ini bukan pindah fail pejabat, tetapi urusan berkaitan dengan penyakit jantung. Jika rawatan yang stabil di IJN ditukar kepada pemantauan rapi, kesannya boleh membawa risiko yang besar.
Kelemahan paling ketara ialah tiada data awam tentang bilangan pesakit dipindahkan, tiada angka kadar kejayaan rawatan selepas pemindahan dan tiada penjelasan tentang penjimatan sebenar berbanding impak kesihatan jangka panjang.
Tanpa data, bagaimana kita mahu menilai keberkesanan Unit Tanggungjawab Khas (UTK)? Ketiadaan ketelusan inilah yang menimbulkan syak wasangka rakyat. Saya mencadangkan agar dilaksanakan komunikasi wajib yang jelas kepada pesakit dan keluarga sebelum pemindahan.
Pemantauan outcome pesakit, 6 hingga 12 bulan selepas discharge, laporan tahunan UTK kepada umum, integrasi data pesakit antara IJN, UTK dan hospital KKM dan penilaian semula dasar subsidi bukan hanya berpandukan kos jangka pendek. Penjimatannya tidak boleh mengorbankan nyawa keyakinan awam dan maruah sistem kesihatan negara.
Merujuk pada Objek 081000 – Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC).
Terdapat pengurangan drastik RM10 juta. Dengan dasar ekonomi sempadan, kawasan seperti Padang Besar dan Wang Kelian bakal menjadi zon ekonomi baharu tetapi pembangunan ekonomi tanpa ketahanan kesihatan adalah formula kegagalan.
Kawasan sempadan ialah kawasan yang mobiliti tinggi, melibatkan pekerja, pelancong, peniaga, pelajar. Jika kesihatan longgar, penyakit rentas sempadan pula yang berdagang dan kita kesan penyakit-penyakit lama yang ketinggalan dulu, berlaku semula.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Justeru, saya mengesyorkan dana khas kesihatan sempadan di semua sempadan negara, naik taraf klinik premier kepada pusat telekesihatan, program kesedaran kesihatan bersama agensi negara jiran, sistem maklumat kesihatan rentas sempadan, insentif pelaburan swasta, hospital dan bioteknologi. Selain ekonomi, kita mesti lindungi rakyat sempadan daripada menjadi barisan depan tanpa perisai.
Kemudian, merujuk kepada objek 081100 – Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan yang turut menyaksikan pengurangan RM3 juta. Pada saat NHMS 2023 menunjukkan satu daripada tiga rakyat berisiko menghadapi isu kesihatan mental, bajet pula dipotong. Ini bukan sekadar tidak selari bahkan ia membahayakan. Isunya jelas iaitu kekurangan teruk pakar psikatri, stigma mengakar
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
kerugian ekonomi berbilion ringgit setiap tahun dan polisi yang ketinggalan zaman.
Kesihatan mental bukan isu perubatan semata-mata, ia juga isu sosial, isu ekonomi dan keselamatan negara.
Saya menyarankan setiap klinik kesihatan mempunyai kaunselor dan pegawai psikologi, peningkatan agresif bilangan psikatri, program tempat kerja seperti EAP atau employee assistant program, kempen anesthetic medicinal dan seterusnya pindaan Akta Kesihatan Mental 2001 dan menaikkan bajet kesihatan mental pada sekurang-kurangnya lima peratus. Rakyat tidak patut menanggung penyakit dalam diam hanya kerana tidak memilih untuk mengabaikan angka sunyi dalam statistik.
Akhirnya Puan Pengerusi, merujuk kepada 010000 – Pengurusan. Saya ingin bertanyakan tiga soalan terakhir kepada Yang Berhormat Menteri. Pertamanya, apakah garis panduan KKM dalam memastikan hospital-hospital kecil khususnya di kawasan luar Lembah Klang tidak dibebankan dengan jadual kerja pegawai perubatan muda yang boleh menjejaskan keselamatan pesakit serta kesejahteraan doktor?
Saya menerima banyak maklumat, terdapat hospital di negeri kecil termasuk menerima luahan pegawai perubatan di Hospital Tuanku Fauziah, Perlis yang menghadapi situasi understaff dan overstress sehingga jadual kerja menjadi terlalu panjang, rehat tidak mencukupi dan beban tugasan tidak seimbang dengan kapasiti tenaga kerja yang ada...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, ringkaskan.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Keduanya, bolehkah Menteri menyatakan perancangan konkrit KKM bagi penyelarasan semula penempatan Pegawai Perubatan termasuk house officer ke negeri-negeri kritikal kekurangan tenaga seperti Perlis? Adakah terdapat time line yang jelas tentang penambahan pegawai agar hospital-hospital itu tidak terus bergantung kepada jumlah tenaga minimum yang boleh menjejaskan mutu perkhidmatan dan keselamatan pesakit.
Akhirnya, ketiga, apakah mekanisme KKM dalam mengesan lebih awal risiko work force burnout di hospital bersaiz kecil dan apakah tindakan segera interim major yang sedang dilaksanakan untuk mengelakkan keadaan ini daripada menjadi krisis sumber manusia di lapangan.
Konklusinya, reformasi kesihatan mestilah berpaksikan pada tiga prinsip iaitu kecekapan, keadilan dan kesejahteraan rakyat. Dasar kesihatan ini tidak boleh dinilai
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
hanya melalui penjimatan atas kertas, tetapi melalui nyawa yang selamat, pesakit yang pulih dan rakyat yang percaya pada sistem.
Akhirnya...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Bayan Baru untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kesihatan.
Terlebih dahulu Butiran 00400 – Hospital Baru. Saya telah― baru-baru ini saya telah melawat ke banyak hospital dan saya― credit must be given to where credit is due dengan izin, bahawa sebenarnya Kementerian Kesihatan telah banyak meningkat dari segi prestasi dan juga infrastruktur hospital-hospital awam kita. Dan sememangnya queue time telah banyak dijimatkan.
Walau bagaimanapun, saya ‘nak tuju kepada Hospital Pulau Pinang sebab saya telah meninjau dan saya mendapati bahawa ada banyak kes hijau atau kuning yang bukan seriuslah, separa serius, mereka selalunya perlu tunggu dan tidur di emergency ward. Jarang-jarang mereka boleh immediately masuk wad, tunggu di emergency ward sampai ada pula yang sampai dua hingga tiga hari.
Jadi, ini menunjukkan bahawa Hospital Pulau Pinang, Hospital Besar Pulau Pinang memang sesak. Dan saya ingin merayu kepada Kementerian Kesihatan supaya untuk menambahkan satu hospital di kawasan Parlimen Bayan Baru kerana di pulau ini, kita hanya ada satu hospital besar di Daerah Timur Laut. Barat Daya ia berada di Balik Pulau, jauh sangat dengan the center of industry iaitu di Bayan Lepas.
Jadi, harap kementerian boleh mempertimbangkan satu hospital baru di kawasan Bayan Lepas atau Bayan Baru.
Kedua adalah 070100 – Penggunaan Keselamatan dan Kualiti Makanan. Kita tahu bahawa makanan itu amat penting kerana kita tahu bahawa ia melibatkan kesihatan. Apa yang kita makan, ia ada effect yang terus kepada kesihatan kita. Dan, saya ingin menarik perhatian kepada kementerian supaya kita meninjau sama ada penggunaan calcium carbide iaitu adalah ripening agent untuk pisang. Kita rakyat di Malaysia ini banyak makan pisang kerana kita pengeluar pisang dan selalunya pemain industri menggunakan calcium carbide untuk memasakkan pisang kita dan
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
itu ada satu elemen ejen yang ada toxicity ya. Jadi, ia akan menyebabkan kesihatan awam kita, kesihatan rakyat kita.
Dan satu lagi adalah MRL, minimum ratio level di mana kita tahu bahawa kita adalah pengeluar makanan sayur-sayuran. Sayuran-sayuran dan buah-buahan sememangnya memerlukan sedikit sebanyak dari segi pesticide untuk pest control.
Dan penggunaan pest control yang berlebihan, ia akan menjejaskan kesihatan dan MRL yang tinggi akan menyebabkan rakyat ini diracuni. Jadi, kita harap bahawa Kementerian Kesihatan untuk serius dalam memastikan kepatuhan MRL di semua pasar-pasar borong terutamanya, jalankan penguatkuasaan dengan lebih baik.
Okey, saya nak bangkitkan satu isu lagi ada 020300 – iaitu Rawatan Kecemasan. Okey, ini adalah yang terbaru. Sebenarnya, ini adalah laporan daripada ground kepada saya bahawa ambulans kita ya sekarang kita selalunya― saya difahamkan bahawa MERS, Malaysia Emergency Response Services telah ditukar kepada NG: Next Generation 999. Baru dilaksanakan tiga hari sahaja, tetapi ada banyak masalah sebab saya difahamkan bahawa ambulans di Pulau Pinang dihantar ke Kedah.
Contohnya di Bukit Mertajam ambulans dipanggil ke Kulim dan ambulans daripada Kedah pula dihantar ke Pulau Pinang. Ada kes pula telefon, terus putus, tak dapat telefon ambulans ya. Ada pula yang mendapat rekod tujuh ambulans sampai ke satu tempat. Jadi, ini adalah masalah the NG 999 ini. Saya harap kementerian ambil perhatian.
Dan last sekali adalah tentang 03000 – Kesihatan Awam. Satu daripada lima rakyat Malaysia yang dewasa menghadapi diabetes dan malangnya 50 peratus rakyat itu yang menghadapi diabetes itu tak tahu bahawa dia ada diabetes. Jadi, ini telah menyebabkan a national emergency kerana Malaysia ini antara yang tertinggi diabetik di seluruh dunia. Ini kenapa diabetik? Kerana adalah pemakanan gula yang tinggi dan lemak yang tinggi.
Consumption gula antara tertinggi di rantau ini dan pengambilan minuman manis contohnya milo dinosaur. Sekarang tambah kopi kaw kaw, bubble tea dan kuih manis. Semua ini telah menyebabkan rakyat kita tidak sihat.
Jadi, saya nak propose kepada kementerian, *we have to start a war on sugar.
War on sugar* ini kita kena kurangkan rakyat dengan penggunaan gula ini. Apa yang perlu buat? Nombor satu, saya cadangkan kepada kementerian supaya kementerian bincang dengan KPDN untuk tarik balik subsidi kepada gula kerana kita memberi subsidi RM500 juta satu tahun untuk gula. Dan sebenarnya this is unartificially low
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
our sugar price. Jadi, kerana harga gula sangat rendah, jadi restoran atau industri, mereka mengguna overdose of sugar yang akhirnya rakyat sendiri yang menjadi mangsa kepada ketagihan gula...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi, perlu tarik balik sugar. Kedua, kita kena memberi, kena ada polisi tertentu untuk— I want to say punish ya.
Seorang Ahli
[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Battle ya. Yang outlet— industri yang menggunakan gula yang melampau, okey. Saya, kalau kita sekarang pergi ke restoran mana-mana kita order minuman, sememangnya manis. Ada yang terlampau manis. Bagaimana kita boleh mencegah kemanisan tersebut ya. Itu adalah sesuatu yang amat diperlukan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Dan saya rasa tiba masanya untuk Kementerian Kesihatan untuk menggunakan punitive action terhadap outlet, outlet, restoran-restoran atau industri yang menggunakan gula yang melampau. Itu daripada saya. Sekian, terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan.
Saya merujuk kepada sub Butiran 010200 – Sumber Manusia. Ada satu realiti pahit di lapangan yang ramai yang tidak nampak. Tapi inilah hakikat yang dialami oleh setiap hari oleh petugas kesihatan kita. Ada HO yang bertugas sehingga 60 ke 70 jam seminggu, ada yang hanya sempat pulang ke rumah seminggu dua atau tiga kali. Jururawat pula tidak pernah berhenti round tanpa henti. Banyaklah tugasan yang dilakukan sehingga menguruskan emosi pesakit dan juga keluarga. MA terpaksa menolak pesakit yang mencecah sehingga 200 kilogram pun ada tanpa sebarang lif khas. Ahli farmasi, fisioterapi, pegawai diet dan seluruh pasukan kesihatan mereka juga bekerja tanpa henti.
Ini sebahagian kecil luahan yang dibangkitkan oleh pegawai-pegawai kesihatan kepada saya khususnya. Saya kira luahan ini berlaku di seluruh negara di
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
mana-mana tempat. Ia berkaitan dengan isu beban tugas, kekurangan staf, peralatan yang tidak mencukupi, tekanan emosi dan juga risiko keselamatan dan lain-lain.
Soalan saya pada kementerian. Apakah langkah-langkah menyeluruh yang sedang dirangka untuk memastikan kebajikan, keselamatan, kapasiti sumber manusia di semua fasiliti kesihatan ini benar-benar diperkukuh selaras dengan realiti di lapangan yang semakin mencabar? Adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan unit khas frontliner agar suara pegawai-pegawai di bawah boleh dibawa ke atas tanpa ditapis oleh mana-mana pihak tertentu?
Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan dasar penyatuan keluarga penjawat awam dan sistem syif fleksibel untuk unit bukan kritikal agar penjawat- penjawat awam dapat bersama dengan keluarga masing-masing? Kerana hari ini ramai di kalangan mereka terpaksa bekerja dan juga terpisah demi tuntutan tugas.
Kita bimbang situasi ini memberi kesan kepada perkembangan emosi dan sosial anak-anak penjawat awam sektor kesihatan sendiri.
Tan Sri Yang di-Pertua, butiran yang sama. Masalah kesihatan mental seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pulai sebentar tadi semakin membimbangkan dengan peningkatan kes yang agak ketara. Namun, perkhidmatan di klinik kesihatan masih bergantung kepada kira-kira 200 pegawai psikologi kaunseling yang sekarang ini masih berstatus Contract for Services (CFS) dengan izin, sejak tahun 2020 lagi tanpa jaminan masa depan.
Mereka menerima gaji rendah RM2,550, tiada kenaikan tahunan, tiada KWSP, tiada cuti bersalin serta terpaksa menanggung risiko tinggi ketika menjalankan tugas sedangkan beban kes semakin meningkat, bahkan kebajikan pegawai juga dikatakan terabai. Situasi ini menjejaskan moral pegawai dan memberi kesan yang tidak baik kepada industri.
Soalan saya, apakah kerajaan bercadang untuk memberikan penaiktarafan jawatan kepada mereka seperti penyerapan secara tetap ataupun naik taraf jawatan mereka kepada COS daripada CSF agar mereka mendapat hak penjawat awam.
Dan juga, adakah kerajaan memperkenalkan elaun khas kesihatan mental, kenaikan gaji tahunan, cuti dan sebagainya dan memberikan keutamaan kepada pegawai yang sedia ada dalam sebarang pelantikan berbanding pegawai-pegawai baharu?
Tan Sri Pengerusi, perkara yang ketiga Butiran 030000 – Kesihatan Awam.
Sub Butiran 030600 – Pendidikan Kesihatan. Berdasarkan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024, hampir 41.8 peratus remaja,
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
33.5 peratus dewasa dan 22.7 peratus warga emas di Malaysia ini kerap mengambil makanan berat selepas jam 10 malam. Fenomena ini jika tidak dibendung akan meningkatkan risiko obesiti, diabetes dan juga penyakit-penyakit lain seperti yang disebut oleh sahabat-sahabat Yang Berhormat sebentar tadi.
Saya ingin bertanya, adakah Kementerian Kesihatan memiliki rancangan rentas kementerian untuk mengawal isu ini secara bersepadu? Contohnya dengan Kementerian Pendidikan untuk mengintegrasikan pendidikan makanan ke dalam kurikulum dan aktiviti kurikulum pelajar. Adakah KKM akan membuat kajian bersama dengan Kementerian Komunikasi dalam mendapatkan data mengenai sejauh mana iklan makanan segera dan minuman bergula yang berterusan mempengaruhi peningkatan makanan tidak berkhasiat dan tidak berjadual rakyat khususnya golongan muda?
Adakah KKM akan menjalinkan kerjasama dengan KPKT dalam penyediaan garis panduan kepada pihak berkuasa tempatan untuk memastikan restoran yang beroperasi sehingga lewat malam menawarkan pilihan menu yang lebih sihat atau mengehadkan waktu operasi dalam usaha mendidik masyarakat? Ataupun kerajaan bercadang untuk menggunakan langkah perundangan termasuk cukai kesihatan terhadap makanan tidak sihat.
Tan Sri Pengerusi yang terakhir, Butiran 00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan. Saya cuma ingin bertanya berkaitan dengan status Klinik Kubang Semang yang telah diluluskan pembinaannya. Bagaimana dengan permohonan dewan sementara yang telah pun dimohon? Di manakah cadangan lokasi klinik sementara itu?
Adakah lokasi klinik sementara itu telah pun disediakan? Kerana purata kehadiran pesakit setiap hari di Klinik Kubang Semang yang daif itu hampir 600 orang termasuklah di lab dan juga farmasi. Mohon pertimbangan dari pihak kementerian untuk lokasi sementara ini kerana selagi tiada pindahan kepada lokasi sementara, impian mendapatkan klinik baharu yang lebih selesa, sukar direalisasikan. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikumussalam. Baik, saya jemput Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Salam sejahtera. Terima kasih di atas peluang untuk Betong membahaskan butiran di bawah Maksud B dan P. 42 – Kementerian Kesihatan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Betong ingin menyentuh Butiran 020000 – Perubatan, P.00300 – Kemudahan Hospital, Butiran P. 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar dan Butiran P.00600 – Ubah Suai, Naik Taraf dan Pembaikan dengan peruntukan berjumlah RM405 juta yang saya akan baca bersekali.
Tan Sri Pengerusi, hari ini saya ingin mengangkat isu kesihatan di Betong.
Satu isu yang bukan sahaja teknikal, tetapi isu akses kesihatan yang adil dan setara untuk rakyat luar bandar. Hospital sudah tidak sepadan dengan beban kes. Klinik agak sesak dan kebergantungan kepada hospital-hospital pakar di bandar-bandar besar seperti Kuching semakin membebankan.
Jadi, sebab itu dua perkara besar ini perlu diberi jawapan oleh kementerian pada hari ini. Pertamanya, Betong ingin mengetahui status Projek Kompleks Kesihatan Bersepadu Betong. Kedua, permohonan untuk kita menaik taraf Hospital Betong kepada hospital pakar minor.
Tan Sri Pengerusi, pertamanya Projek Kompleks Kesihatan Bersepadu Betong telah lulus, tetapi masih belum bergerak. Jadi, projek KKBB ini merangkumi Klinik Kesihatan Jenis 3, kuarters dan Pejabat Kesihatan Bahagian Betong dengan kos asal dia RM77.89 juta. Jadi, projek ini menggunakan kaedah reka dan bina. Jadi, satu pendekatan yang sepatutnya mempercepatkan proses Tan Sri.
Jadi, namun Tan Sri Pengerusi projek ini masih belum dijalankan, diiklankan lagi. Jadi, kita dimaklumkan tender hanya dijangka pada suku pertama 2026.
Masalah besar yang mencetus kelewatan ialah kerja soil investigation dengan izin
(SI), yang terpaksa ditunggu berbulan-bulan kerana kekurangan kontraktor SI berkelayakan di Sarawak.
Jadi, soalan saya ialah saya ingin memohon KKM sebab Menteri KKR pun ada di sini, bagi kita mewujudkan laluan fast track SI ini untuk projek luar bandar.
Termasuk membenarkan penggunaan kontraktor luar Sarawak jika kepakaran tempatan tidak mencukupi untuk menjalankan SI ini.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Jadi, saya harap tender suku pertama 2026 ini mesti dipastikan bukan sekadar anggaran, kita perlu komitmen yang tegas.
Jadi Tan Sri Pengerusi, bagi Butiran B.020000 — Perubatan, mengapa Betong masih dianaktirikan dari sudut pakar? Jadi, butiran ini memberi asas yang besar kepada perkhidmatan perubatan, penempatan pakar, penambahan doktor, peralatan diagnostik dan pengukuhan servis klinikal. Tapi realiti di Betong, tiada
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
pakar minor yang mencukupi, tempoh menunggu kes tertentu lama, kes kecemasan terpaksa di pindah ke hospital lain.
Jadi, peralatan diagnostik tidak menyamai beban kes sebenar. Jadi, Betong ingin bertanya kepada kementerian, apakah strategi khusus butiran ini untuk kita menempatkan pakar-pakar tetap dalam bidang perubatan am, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, anestesiologi dan ortopedik di Hospital Betong?
Seterusnya Butiran P.00300 iaitu kemudahan hospital. Ke mana hala tuju Hospital Betong? Jika kementerian benar-benar memandang serius pembangunan kesihatan luar bandar, maka Hospital Betong mesti dimasukkan dalam perancangan Rolling Plan sebagai hospital pakar minor.
Tan Sri Pengerusi, Hospital Betong kini menanggung pertambahan pesakit daripada Daerah Kecil Spaoh, Daerah Kecil Debak, Daerah Pusa dan juga daripada Daerah Engkilili. Jadi, kes kecemasan dari laluan Pan Borneo juga dan beban NCD yang semakin meningkat dan sumber manusia yang tidak mencukupi untuk kita— untuk beban sekunder ini.
Jadi, hospital ini tidak boleh kekal berstatus daerah dan maka saya ingin minta jawapan yang jelas, bukan jawapan umum. Adakah Hospital Betong disenaraikan untuk penaiktarafan kepada hospital pakar minor di bawah butiran ini dan dalam rolling plan yang akan datang? Jadi, jika ya, apakah time line-nya? Jika belum, apakah justifikasi kementerian? Sudah tiba masa kementerian melihat Betong sebagai hab kesihatan luar bandar, bukan lagi sebagai hospital transit.
Jadi Tan Sri Pengerusi, ekosistem kesihatan Betong iaitu kompleks kesihatan bersepadu dan hospital pakar minor adalah satu penyelesaian yang holistik sebab pembangunan kompleks kesihatan bersepadu ini dan penaiktarafan Hospital Betong mesti bergerak bersama.
Jadi jika hanya kompleks kesihatan ini dibina tanpa menaik taraf hospital, kita akan mencipta satu bottleneck, pesakit meningkat di peringkat primer, tetapi tiada kapasiti sekunder untuk menampung. Jadi oleh itu, Betong mencadangkan agar kompleks kesihatan ini disegerakan untuk mula pembinaan selewat-lewatnya 2026 dan Hospital Betong dinaik taraf kepada sebuah hospital pakar minor secara berfasa.
Dan kementerian meletakkan sekurang-kurangnya lima disiplin pakar kekal. Kajian kebolehlaksanaan dimulakan tahun 2026 dan diumumkan secara rasmi.
Dan Tan Sri Pengerusi, sebagai penutup, isu kesihatan di Betong bukan isu pinggiran. Ia adalah ujian kepada sejauh mana Malaysia benar-benar komited memastikan rakyat kita di luar bandar dapat menikmati perkhidmatan yang setara
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
dengan di bandar. Maka oleh itu, kompleks kesihatan bersepadu ini perlu dipercepatkan, Hospital Betong dinaik taraf, pakar perlu ditempatkan dan kedua-dua butiran itu mesti digunakan untuk memacu transformasi ini.
Jadi, kami di Betong hanya mahu hak asas, kemudahan kesihatan yang selamat, lengkap dan bermaruah dan peruntukan KKM mesti digunakan untuk kita menutup jurang kesihatan ini. Rakyat kami di Sarawak berhak mendapat fasiliti dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti selari dengan peruntukan diluluskan. Jadi, Betong mohon penjelasan yang telus, spesifik untuk perkara-perkara yang dipersoalkan. Sekian, mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya saya jemput Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026 yang melibatkan Kementerian Kesihatan. Antara kementerian yang sangat mustahak dan dekat dengan rakyat khususnya mereka yang perlukan perkhidmatan perubatan.
Saya ada beberapa perkara. Perkara pertama, Butiran 080700 berkenaan dengan bekalan perubatan fasiliti kesihatan. Saya nampak pada belanjawan sebelumnya, RM4 bilion diperuntukkan. Kali ini, RM4.4 bilion, kenaikan 10 peratus.
Saya percaya kebanyakan belanja untuk bekalan ubat-ubatan di bawah butiran ini.
Persoalan saya, adakah RM4.4 bilion untuk semua klinik dan hospital kerajaan mencukupi untuk menampung keperluan? Sebab saya nak menyatakan secara terus teranglah.
Di kawasan saya pun di Klinik Kesihatan Seremban sering kali kedengaran ada ubat tertentu yang mana patutnya pesakit dapat untuk tempoh katakan dua bulan tapi hanya diberikan satu bulan. Ada yang kata belum sampai bekalan. Jadi, keadaan-keadaan macam ini bagi saya, kita perlu berikan perhatian, pastikan tidak berlaku. Dia bukan semua ubat tak ada, ada kalanya ada ubat tertentu tak ada.
Jadi, keadaan ini kalau berlaku secara berterusan, ia menjejaskan pesakit- pesakit golongan khasnya golongan B40 yang memerlukan ubat untuk mengubati penyakit yang dihadapi. Jadi, saya harap perkara ini boleh diberikan perhatian.
Dan saya nak tanya, daripada jumlah ubat yang dibeli oleh kerajaan untuk hospital dan klinik kerajaan, berapa peratus ubat buatan tempatan? Dan saya harap kalau boleh kita perbanyakan dengan teknologi yang ada, tapi kalau memang kita tak mampu buat itu, tak boleh buat apalah, kena kita import. Sebab saya rasa kos itu lebih menguntungkan kalau kita boleh ada lebih banyak ubat buatan Malaysia.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Perkara kedua adalah 00300 – Kemudahan Hospital. Sebanyak RM820 juta.
Pertama saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana Hospital Tuanku Ja'afar Seremban yang terletak di Parlimen Rasah, kerja naik taraf khas untuk Unit Emergency— Kecemasan, telah siap. Keadaan yang lebih selesa, lebih baik.
Kemudahan untuk mereka yang memerlukan perkhidmatan. Saya nak tanya berkenaan dengan Hospital Tuanku Ja'afar sedia ada. Ada tak tambah ataupun naik taraf seterusnya? Sebab kita hadapi satu masalah. Ini saya kena sebut secara terbuka.
Walaupun ia mempunyai lebih 1,100 katil, tetapi sering kali terjadi keadaan di mana pesakit lepas beberapa hari di Hospital Tuanku Ja'afar, dipindahkan ke hospital daerah. Tak kira Hospital Daerah Rembau ke, Tampin ke. Termasuk baru- baru ini saya terima satu aduan. Seorang warga emas, umur lebih 80. Rumah dia hanya berjarak tiga kilometer sahaja daripada Hospital Tuanku Ja'afar. Lepas beberapa hari, bila keadaan dia beransur pulih, tapi belum pulih sepenuhnya, belum boleh discharge, diminta ataupun dipindahkan ke Hospital Tampin yang berjarak 60 kilometer dari rumah dia, seorang warga emas.
So, kes ini bukan kali yang pertama. This not the only one. Dan it will continue. Jadi saya nak minta kerajaan, janganlah berlaku benda-benda macam ni. Jadi, ada tak kalau ada keperluan untuk tambah baik Hospital Tuanku Ja'afar di daerah Seremban ini? Sebab kepadatan di Seremban tu memang tinggi. Memang keperluan itu memang permintaan sangat tinggi. Jadi, jangan transfer pesakit itu jauh sangat, menyusahkan keluarga datang untuk melawat. Jadi, mohon perhatian.
Dan seterusnya berkenaan dengan Butiran 00400 — Hospital Baharu. Saya nampak ada RM538 juta diperuntukkan. Saya ‘nak ambil kesempatan ini ucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia MADANI. Ketika membentangkan RMK13, Yang Amat Berhormat PMX ada menyebutkan bahawa Hospital Tuanku Ja’afar 2 akan dibina. Saya ucapkan terima kasih. Saya menyambut baik, memang ada keperluan. Sebab tadi saya sebut Hospital Tuanku Ja’afar yang kita ada tak cukup katil, tak cukup untuk menampung keperluan.
Saya difahamkan hospital baru, Hospital Tuanku Ja’afar 2 ini akan dibina dekat dengan Klinik Kesihatan Seremban. Ya, ia di bawah Parlimen Rasah, betul.
Cuma saya harap, ada tak kajian spesifik dilakukan terhadap laluan trafik? Ini sangat mustahak. Kita tak nak pesakit ataupun keluarga pesakit, bila hantar pesakit ke hospital, menghadapi masalah trafik. Ada banyak kawasan perbandaran di Daerah Seremban.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya bagi contoh, Seremban 2, Bandar Sri Sendayan, Bandar Enstek yang mana saya fikirkan kalau kita gunakan ataupun kita mengambil kira trafik, saya anggap dia lebih sesuai. Jadi saya nak tanya, boleh— apakah tempat yang spesifik ini ada tak ambil kira lokasi dia? Dan saya difahamkan dia bernilai RM600 juta. Betul atau tidak saya mohon Timbalan Menteri nanti tolong bagi pengesahan, betul tak RM600 juta dan bilakah pembinaan dia akan bermula? Adakah ia di bawah rolling plan pertama untuk tahun depan ataupun selepas ini?
Dan perkara terakhir yang saya nak sebutkan Tan Sri Pengerusi iaitu— ia singkat sahaja. Berkenaan dengan 081200 — Skim Perubatan MADANI. Kalau belanjawan sebelum ini RM100 juta, kali ini RM50 juta. Kenapa? Saya ‘nak tanya sama ada program ini tak menjadi atau skim ini tidak mendapat sambutan ataupun sebaliknya ataupun ada sebab-sebab tertentu yang boleh diberikan penjelasan oleh pihak kerajaan?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Bagaimana pula PeKa B40, RM80 juta? Sebab apabila Yang Berhormat Kuala Selangor menjadi Menteri Kesihatan buat kali pertama, PeKa B40 diperkenalkan dan sekarang Kuala Selangor kembali menjadi Menteri. Jadi, apakah status terkini termasuk dari segi promosi, hebahan dan juga sambutan daripada golongan B40 terhadap perkara ini? Ini memang inisiatif yang sangat baik, inisiatif yang patut kita sokong untuk membantu khususnya golongan B40 dalam menjaga kesihatan mereka. Sekian sahaja beberapa perkara ini. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, saya jemput Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020000 iaitu berkenaan jurang pembiayaan perubatan kritikal terhadap B40. Masih terdapat jurang pembiayaan kritikal khususnya dalam mengakses rawatan pembedahan segera bagi golongan B40 yang menghidap penyakit kronik. Beberapa perkara mesti diperhalusi berkenaan isu ini.
Satu, penangguhan rawatan mengakibatkan penyakit bertambah serius.
Ramai pesakit B40 terpaksa menangguhkan pembedahan kritikal kerana tidak mampu menanggung kos pembedahan. Mereka terpaksa bergantung kepada sumbangan orang ramai. Penangguhan rawatan ini bukan sahaja memburukkan lagi penyakit malah meningkatkan kos rawatan jangka panjang kepada negara.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Sebagai contoh, dalam Berita Harian, 25 Julai 2025, seorang bapa merayu sumbangan orang ramai untuk rawatan anaknya, penyakit saraf tahap empat dan kos yang diperlukan sebanyak RM574,740. Yang kedua, pada 22 Mac, BERNAMA melaporkan seorang datuk merayu sumbangan orang ramai untuk rawatan cucu, kanser tahap empat juga. Kos dianggarkan RM230,000 hingga RM250,000.
Kedua, kos peranti perubatan yang masih tinggi walaupun subsidi besar diberikan, kos peranti perubatan seperti implan, stent, prosthesis, rawatan ICU atau prosedur-prosedur khas tertentu bagi menjadi— tetap menjadi beban yang sangat berat bagi B40. Keperluan perubatan kritikal ini tidak boleh ditanggung oleh pesakit miskin.
Ketiga, penangguhan rawatan kronik adalah risiko kematian. Penyakit seperti jantung, kanser, trauma tulang adalah time sensitive. Menunggu dana atau derma sebelum pembedahan boleh menyebabkan kematian, kecacatan kekal dan kesengsaraan yang tidak perlu.
Bagi menangani isu kritikal yang melibatkan nyawa ini, saya mencadangkan agar kementerian mewujudkan Skim Pembedahan Segera untuk B40 (SPS B40).
Skim ini bertujuan untuk menghapuskan halangan kewangan dan birokrasi bagi pesakit B40 yang memerlukan pembedahan segera bagi kes-kes kronik dan kritikal.
Inti pati polisi SPS B40 yang dicadangkan adalah:
(i) pengecualian cukai— pengecualian caj sepenuhnya.
Pengecualian caj rawatan sepenuhnya bagi kes kritikal kronik yang memerlukan pembedahan segera dan penggunaan peranti perubatan yang terlalu tinggi;
(ii) jaminan operasi segera. Jaminan pembedahan segera tanpa perlu menunggu dana luar atau derma kerana nyawa adalah keutamaan;
(iii) mekanisme pembiayaan khas. Kos ditanggung melalui peruntukan khas belanjawan KKM atau menubuhkan tabung perubatan kritikal yang diuruskan segera secara efisien oleh kementerian; dan
(iv) integrasi rujukan cepat. Mewujudkan sistem rujukan dan kelulusan fast track untuk kes kronik B40, memendekkan proses birokrasi demi menyelamatkan nyawa.
Mengapa kita perlukan SPS B40 ini? Ini kerana inisiatif sedia ada masih belum mencukupi untuk mengisi jurang pembiayaan ketika ini. PeKa B40 tidak
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
meliputi bebanan besar. Proses kelulusan dana zakat dan JKM selalunya mengambil masa yang panjang dan lambat, tidak sesuai untuk kes kritikal yang memerlukan tindakan dalam tempoh 24 jam. mySalam pula tidak meliputi semua jenis penyakit kronik, dengan bantuan maksimum yang terhad sehingga RM8,000 sahaja.
Butiran seterusnya 020300...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Setiu, ‘nak tambah sikit, boleh?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
...Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Setiu, sebelah sahaja.
Setiu setuju ‘tak, di samping apa yang Setiu cakap tadi, sebenarnya kita pun menghadapi masalah kekurangan tenaga fisiolah. Dalam Parlimen saya pun baru ada lima orang. Jadi, selalu...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, saya setuju. [Dewan ketawa]
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
020300 – Rawatan Kecemasan dan Pesakit Luar.
Seterusnya, merujuk kepada Butiran 020300 iaitu kegagalan sistem kecemasan nasional (NG 999). Kegagalan menyeluruh sistem talian hayat ini yang berlanjutan dari isu teknikal sejak Sabtu lalu adalah ancaman langsung kepada keselamatan dan nyawa rakyat dan berpotensi menjadi bencana kepada negara.
Sorry jiran, kerana ada dua muka surat lagi...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ha, okey, okey.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Kesan kegagalan ini adalah kritikal. Perkhidmatan ambulan NGO kini terpaksa menanggung bebanan panggilan kecemasan secara terus yang jelas mengesahkan NG 999 telah gagal mengkoordinasikan panggilan di peringkat nasional.
Selain itu, terdapat insiden penghantaran dua ambulans kerajaan ke kes yang sama menunjukkan kelemahan serius dan pembaziran sumber kritikal.
Kelewatan tindak balas akibat kegagalan ini meningkatkan risiko kematian atau kecacatan kekal. Kegagalan sistem kritikal ini adalah tidak boleh diterima sama sekali. Kami menuntut kerajaan mengambil tiga tindakan segera:
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
(i) laksanakan tindakan pembetulan serta-merta untuk memulihkan fungsi penuh sistem NG 999 ini ke tahap operasi yang stabil;
(ii) berikan penjelasan terus kepada rakyat mengenai punca kegagalan dan langkah pencegahan; dan
(iii) jalankan audit infrastruktur dan operasi penuh ke atas NG 999 ini bagi mengenal pasti kelemahan dan menjamin kebergantungan sistem kerajaan mesti bertindak drastik dan telus. Nyawa rakyat adalah menjadi keutamaan kita.
Yang akhir sekali, 020200 – Pengurusan Hospital. Seterusnya, saya merujuk butiran ini iaitu projek naik taraf bumbung Klinik Kesihatan Jabi. Fasiliti klinik ini berhadapan dengan masalah kebocoran bumbung yang berterusan dan kronik di seluruh bangunan. Keadaan ini tidak menghairankan memandangkan struktur bumbung di KK Jabi ini telah mencecah usia lebih 60 tahun. Kebocoran yang berterusan telah menjejaskan persekitaran rawatan yang kondusif dan mengancam kualiti perkhidmatan dan keselamatan pesakit.
Penilaian teknikal telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dan kos naik taraf yang diperlukan adalah sebanyak RM1.8 juta. Saya menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan untuk memperuntukkan segera dana RM1.8 juta ini bagi projek naik taraf bumbung Klinik Kesihatan Jabi.
Selain itu, saya juga ingin mendapatkan status terkini Pejabat Kesihatan Daerah Setiu dan Klinik Kesihatan Permaisuri yang telah saya bangkitkan semasa perbahasan peringkat dasar, namun masih belum menerima maklum balas kementerian sehingga kini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 00300 – Kemudahan Hospital, 010200 – Sumber Manusia, 010300 – Kewangan.
Sebagai Ahli Parlimen daripada Pulau Pinang, saya ingin pertamanya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan di atas peruntukan yang telah diagihkan kepada Hospital Besar Pulai Pinang. Kita lihat bahawa memang kerja- kerja naik taraf sedang dilaksanakan dan rakyat di Pulau Pinang menerima baik kemudahan-kemudahan yang sedang dinaik taraf.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pada masa yang sama, saya ingin tanya bagaimana pula dengan tempat letak kereta untuk pesakit-pesakit yang datang ke Hospital Besar Pulau Pinang kerana kita lihat rata-rata warga emas selalunya meletakkan kenderaan berdekatan dengan padang polo ataupun dengan— berdekatan hospital bersalin untuk mereka berjalan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk mendapat rawatan. Jadi, saya mohon pencerahan sama ada kerajaan ingin menyediakan kemudahan meletak kereta bertingkat di Hospital Besar Pulau Pinang untuk mereka menggunakan kemudahan meletak kereta.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pada masa yang sama, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kakitangan di Klinik Kesihatan Jalan Perak yang rata-rata menerima limpahan pesakit yang tidak dapat dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang dan saya menerima berita baik daripada Menteri dan kementerian bahawa dirancangkan hospital bertingkat, lapan atau tujuh tingkat klinik kesihatan akan diubah kepada sebuah hospital untuk menampung pesakit-pesakit yang makin meningkat.
Permintaan saya, bilakah projek ini akan dilaksanakan?
Pada masa yang sama Tan Sri Pengerusi, saya ingin tanya kepada Menteri.
Kenapakah dalam butiran-butiran ini, tidak dinyatakan langsung Tabung COVID-19 yang diterima oleh kerajaan ketika pentadbiran Yang Berhormat Pagoh? Kebetulan Yang Berhormat Pagoh hadir di Dewan yang mulia ini.
Sepatutnya dalam butiran ini, kita perlu nyatakan butiran sumbangan wang yang diterima oleh kerajaan ataupun Tabung COVID-19. Selalunya kita perlu meletakkan butiran tersebut dan kita juga perlu memberi perincian. Saya sebagai Ahli Parlimen kerajaan sekarang, ketika itu saya adalah ya— Tan Sri Pengerusi pun, kita kerajaan telah dicuri daripada kita dan kita menjadi pembangkang. Semuanya kerenah Yang Berhormat Pagohlah.
Dan saya baca berita, Yang Berhormat Pagoh hadir dia sendiri. Ini adalah berita yang saya baca daripada Malay Mail iaitu pada 30 Mac untuk Yang Berhormat Pagoh— untuk makluman, Mahiaddin dengan izin. “Mahiaddin receives cash donations totaling RM4.25 million, equipment worth RM26 million for COVID-19 funds”.
Mungkin Yang Berhormat Pagoh dah lupa, tapi ini ialah berita yang disiarkan bersama-sama dengan gambar Yang Berhormat Pagoh. Saya tunjukkan di Dewan yang mulia ini. Bukan tuduhan. Bukan tuduhan sebarangan. Saya ingin tahu, apa
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
yang berlaku kepada tabung ini? Bagaimana wang itu digunakan oleh pentadbiran Yang Berhormat Pagoh pada ketika itu?
Dan, apa yang berlaku kepada peralatan? Kerana di sini butiran yang saya ingin menyentuh adalah butiran berkenaan dengan peralatan. Di mana saya ingin tahu, apakah yang berlaku iaitu Butiran 01100 – Peralatan dan ‘Kenderaan’. Jadi saya ingin pencerahan daripada kerajaan, apa yang berlaku kepada jumlah RM4.25 juta yang diterima oleh Yang Berhormat Pagoh? Dan, juga peralatan untuk kita merawat pesakit-pesakit COVID-19 berjumlah RM26 juta?
Tan Sri Pengerusi tahu, sejak kebelakangan ini, dewasa ini, ramai daripada warga emas, orang biasa yang menghadapi penyakit diabetes, menghadapi masalah influenza. Dan, saya di fahamkan bahawa ada daripada peralatan ini yang boleh digunakan untuk kita merawat. Jadi saya ingin tanya, kalau Yang Berhormat Pagoh boleh jawab, di mana wang RM4.25 juta ini?
Tuan Pengerusi
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan, apa yang berlaku kepada peralatan RM26 juta ini yang diterima oleh pentadbiran Yang Berhormat Pagoh ketika Yang Berhormat Pagoh? Di mana lesapnya, di mana perginya?
Tuan Pengerusi
Jelutong, yang akan jawab ialah Menteri sekarang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi saya ingin, saya ingin pencerahan. Kalau boleh, saya tahu Yang Berhormat Pagoh ada mesyuarat penting malam ini di rumah, tapi perkara ini melibatkan rakyat.
Tuan Pengerusi
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak ada seorang pun Ahli Parlimen BERSATU yang hadir untuk bela beliau dan menjelaskan perkara ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Sabar.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong dah lari tajuk dah. Dia...
Tuan Pengerusi
Jelutong
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan lari tajuk. Ini adalah tajuk penting. Tajuk melibatkan rakyat, wang rakyat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Biar, biar Menteri...
Tuan Pengerusi
Baik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Menteri, menjawab, Jelutong.
Tuan Pengerusi
Baik, baik.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Biar Menteri jawablah.
Tuan Pengerusi
Menteri, Menteri akan jawab. Menteri akan jawab.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Pengerusi, terima kasih di atas peluang yang diberikan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Bangang dia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak perlu koyak ah.
Yang berhormat, Yang Berhormat, kalau dah BERSATU, dah bergaduh, tak perlu koyak, beri penjelasan.
Tuan Pengerusi
Baik. Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
DAP yang koyak.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
DAP teruk.
Tuan Pengerusi
Dijemput Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah.
Selamat petang. Terima kasih Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi. Petang-petang ini, Jelutong dia banyak ganggu.
Saya terus kepada Butiran 022700 – Sekretari dan Kesihatan Mental. Dalam laporan kita ini, ada peningkatan peruntukkan sebanyak 1.28 peratus berbanding tahun 2025 iaitu sebanyak RM413.5 juta untuk tahun hadapan. Namun, saya melihat jumlah ini sangat kecil jika dibanding dengan skala cabaran yang sedang dihadapi oleh kita berkaitan dengan kesihatan mental. Tadi disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, isu yang sama.
Dalam laporan National Health and Mobility Survey 2023 menunjukkan peningkatan yang sangat ketara isu kesihatan mental ini. Ketika mana dilaporkan meningkat kepada 4.6 peratus iaitu hampir dua kali ganda berbanding tahun 2019.
Manakala, di kalangan kanak-kanak, meningkat sehingga 16.5 peratus kesihatan mental.
Dan, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri, adakah kadar kenaikan peruntukkan 1.28 peratus ini dianggap realistik berdasarkan laporan NHMS 2023 ini? Dan, bolehkah kementerian mengemukakan pecahan terperinci bagi peruntukkan ini mengikut kategori gaji dan elaun, program komuniti serta perlindungan risiko pegawai?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya membangkitkan isu ini juga berkait dengan isu 200 pegawai psikologi dan kaunselor yang masih berstatus Contract for Service (CFS) dan Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi, kaunselor inilah yang telah pun melaksanakan tugas mereka yang begitu getir ketika mana kita dilanda COVID-19 ketika PKP dahulu.
Dan, namun sehingga ke hari ini, pegawai psikologi dan kaunselor ini masih lagi berstatus CFS. Mereka tidak ada caruman KWSP, tidak ada PERKESO, tidak ada elaun risiko, tiada insurans dan tidak lagi berjawatan tetap ya, bahkan beban kerja mereka sangat banyak di kalangan komuniti kita.
Saya mendapat memorandum daripada Persatuan Sahabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sik yang mengatakan bahawa mereka menyorok berkaitan dengan penilaian KPI yang terlalu menekankan jumlah sesi kelompok, sedangkan banyak intervensi individu berisiko tinggi tidak diambil kira dan perkara ini menjejaskan peluang pegawai CFS untuk diserap ke jawatan tetap dan mengganggu kesinambungan perkhidmatan mereka di seluruh daerah ini.
Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian, adakah kementerian bercadang menaikkan status pegawai ini kepada Contract for Service
(COS) ataupun perjawatan tetap? Dan, bagaimanakah semakan semula KPI akan dijalankan? Dan, adakah pegawai CFS menerima sebarang perlindungan insurans atau pampasan risiko selaras dengan sifat pekerjaan mereka yang bertekanan tinggi?
Dan, begitu juga dalam soal ketika kerajaan memperkenalkan kempen War on Stigma dengan izin, serta menyediakan dana khas termasuk RM24.6 juta dalam Belanjawan 2025 bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu kesihatan mental. Namun, kita lihat keberkesanan kempen ini agak terbatas sekiranya kapasiti tenaga kerja di lapangan tidak diperkukuhkan termasuk pegawai psikologi dan kaunselor tadi.
Maka saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah strategi konkrit kementerian untuk memastikan kempen kesedaran nasional ini disokong oleh peningkatan kapasiti tenaga manusia sama ada di klinik premier agar rakyat benar- benar memperolehi rawatan berkualiti apabila mereka tampil mendapatkan bantuan.
Yang terakhir bagi Tan Sri Pengerusi, Butiran 00201 – Perkhidmatan Kesihatan Luar Bandar. Ada sedikit peningkatan peruntukkan pada tahun 2026 iaitu sebanyak 6.49 peratus. Namun, kerajaan perlu memperincikan bagi peruntukkan ini khususnya untuk memastikan bagaimana membantu pesakit-pesakit kronik di luar bandar yang semakin meningkat. Pesakit angin ahmar, kanser dan sebagainya
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
antara penyumbang kepada peningkatan pesakit separa berlantar ataupun terlantar yang memerlukan rawatan di rumah seperti rehabilitasi, penjagaan luka, pengurusan simptom serta sokongan paliatif ya.
Dan, adakah peruntukkan ini akan turut merangkumi pembiayaan khusus untuk program penjagaan di rumah dan sokongan paliatif bagi pesakit terlantar termasuk di luar bandar, di daerah Sik, di Baling, di Sabah dan Sarawak bagi memastikan bahawa pesakit-pesakit ini akan dapat dipastikan penjagaan kesihatan mereka termasuklah ketika mana kementerian melaksanakan program home care nursing dengan izin, bagi memastikan mereka ini dapat dijaga termasuklah rawatan- rawatan ketika susulan untuk pergi ke hospital dan sebagainya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dan terakhir Tan Sri Pengerusi, saya mohon supaya program ini perlu dilihat dari segi mekanisme koordinasi antara KKM dan JKM dalam perbekalan serta penyelenggaraan peralatan rumah bagi pesakit yang terlantar ini. Dan selagi mereka adalah dalam golongan B40 yang memerlukan sokongan daripada pihak kementerian itu sendiri.
Dan sudah pastilah ini sangat penting bagi memastikan bahawa pesakit- pesakit ini senantiasa diberi bantuan, sama ada di kalangan masyarakat itu sendiri, NGO dan agensi sendiri, bagi kita memastikan tidak ada lagi pesakit-pesakit terlantar ini yang tidak diberi bantuan ataupun diberi sokongan kepada mereka. Tan Sri Pengerusi, sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 01000 – Pengurusan dan juga 020000 – Perubatan. Tan Sri Pengerusi, walaupun Kementerian Kesihatan merupakan kementerian yang kedua yang mendapat paling banyak peruntukan daripada bajet pada kali ini iaitu sejumlah RM46.5 bilion. Akan tetapi saya rasa masih tidak cukup ya, peruntukan tersebut kerana kalau kita lihat hari ini, terutamanya di hospital kerajaan dan juga klinik kerajaan, kita menghadapi kekurangan kakitangan iaitu masalah sumber manusia ya.
Jadi, saya cadang supaya kita meningkatkan lagi peruntukan untuk Kementerian Kesihatan untuk kita mengatasi masalah kekurangan pekerja di dalam sektor kesihatan ini ya. Bukan sahaja doktor tapi jururawat, ahli farmasi, penolong pegawai perubatan, ahli psikologi dan lain-lain.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, kita perlu beri lebih banyak peruntukan kepada Kementerian Kesihatan.
Tetapi kita tahu, kita faham kedudukan negara mungkin tidak boleh lakukan. Jadi, saya nak cadang supaya semua hasil daripada kutipan duti import, duti eksais dan juga cukai jualan daripada rokok dan juga tobacco itu, kita semua berikan terus kepada Kementerian Kesihatan ya supaya Kementerian Kesihatan boleh menggunakan hasil kutipan daripada jualan rokok dan tobacco itu untuk mereka meningkatkan fasiliti mereka. Sebab perokok itu banyak yang hisap rokok, lepas itu mereka— kesihatan mereka terjejas, mereka akan pergi ke hospital ya. Ini akan memberikan beban kepada hospital.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 081200 – Skim Perubatan MADANI. Tan Sri Pengerusi, kalau kita masih ingat, skim ini pada mulanya mendapat RM120 juta dan tahun lepas mendapat RM100 juta ya. Tahun ini dapat RM100 juta, tahun depan hanya sekadar RM50 juta saja. Daripada RM120 juta, menjadi RM100 juta. Tahun depan hanya tinggal RM50 juta. Jadi, kita ingin tahu, apakah sebabnya ya? Sebab sebelum tu, apabila skim ni dilancarkan, semua daerah di seluruh Malaysia boleh mendapat perkhidmatan, menikmati perkhidmatan daripada Skim Perubatan MADANI.
Kita semua tahu, Skim Perubatan MADANI ini ialah diberikan kepada mereka, penerima (STR) Sumbangan Tunai RAHMAH ya. Di mana mereka boleh pergi ke klinik swasta ya. Tetapi hari ini hanya apabila kurang kepada RM50 juta, apanya kesannya, Tan Sri Pengerusi? Hari ini hanya sekadar 10 kawasan daerah saja yang menikmati Skim Perubatan MADANI. 10 sahaja, bahkan di Melaka satu pun tak ada.
Seluruh Melaka, tak ada satu pun daerah yang dapat menikmati Skim Perubatan MADANI.
Yang kita lihat 10 ialah di Kuala Lumpur, Selangor. Selangor itu pun di Gombak, Hulu Langat, Petaling, Klang ya. Di Johor, hanya di Johor Bahru. Kalau di Perak, di Kinta. Kalau di Pulau Pinang, di Timur Laut dan satu di Kota Kinabalu dan lagi satu di Kuching. Hanya 10 kawasan daerah saja menikmati skim ini. Jadi, saya berharap supaya ini dapat dipertimbangkan semula.
Selanjutnya, saya merujuk kepada Butiran 081000 – Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). Saya lihat di sini juga sama. Di mana peruntukan untuk tahun depan akan kurang RM10 juta. Daripada RM30 juta, akan menjadi RM20 juta saja.
Memandangkan tahun depan ialah Tahun Melawat Malaysia 2026, sudah pasti Malaysia Healthcare Travel Council ini memainkan peranan yang penting untuk kita promosikan medical tourism. Jadi, apabila peruntukan telah dikurangkan, maka saya
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
ingin tahu, bagaimana kementerian dapat bekerjasama dengan MOTAC untuk kita pastikan medical tourism ini dapat dikembangkan di negara kita?
Akhir sekali Timbalan Menteri, saya harap Timbalan Menteri masih ingat sebelum ini saya ada bangkit tentang soalan bertulis yang saya terima, berbeza dengan jawapan yang diberikan oleh Dewan Undangan Negeri Melaka. Timbalan Menteri ada janji akan berikan saya maklumat yang lengkap tetapi sehingga hari ini, saya belum lagi terima apa-apa maklum balas daripada Kementerian Kesihatan. Ini merupakan kali ketiga secara rasmi saya tanya dalam Parlimen. Saya harap supaya Kementerian Kesihatan boleh ambil serius terhadap apa yang saya bangkit ya.
Kes, tentang confinement centre ya. Di mana berlakunya bayi telah dijangkiti tetapi apabila saya tanya di Parlimen, kata tiada berlaku kes. Tetapi apabila kita tanya di Dewan Undangan Negeri Melaka, mengatakan memang ada berlaku kes.
Jadi, ada perbezaan jawapan. Saya minta supaya berikan jawapan yang betul. Itu saja daripada saya. Terima kasih Pengerusi, Tuan Pengerusi Dato’ Sri.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Pengerusi, terima kasih. Butiran 010300 – Kewangan, berkaitan kumpulan - kumpulan berkaitan diagnosis (DRG). Tujuannya untuk menyelaraskan kos rawatan, kos rawatan kesihatan, garis masa lima tahun 2023 sehingga 2027 seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan menimbulkan kebimbangan serius tentang kesediaan dan keberkesanan pelaksanaannya.
Sistem DRG di Amerika Syarikat contohnya, mengambil masa 12 tahun, Australia – 12 tahun, Thailand – 10 tahun, Beijing – lima tahun dan Jerman – tiga tahun. Soalan, apakah mekanisme penguatkuasaan khusus yang akan digunakan untuk memastikan komitmen dan penyertaan penuh hospital dan klinik swasta dalam sistem ini memandangkan sektor swasta mempunyai autonomi operasi dan mungkin enggan terikat dengan struktur harga yang diseragamkan?
Soalan yang kedua, apakah peruntukan kewangan, khususnya yang telah diluluskan atau dirancang untuk pembangunan sistem ICT DRG kebangsaan? Dan adakah anggaran bajet ini realistik, berbanding kos yang ditanggung oleh negara lain yang telah melaksanakan sistem yang serupa, terutamanya dalam konteks keperluan untuk infrastruktur digital yang kukuh dan sokongan teknikal yang berterusan?
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Yang ketiganya, memandangkan Malaysia mempunyai perbezaan ketara dalam tahap kemudahan teknologi dan amalan perubatan antara hospital kerajaan, hospital swasta besar dan klinik swasta kecil. Bagaimanakah sistem DRG kebangsaan akan disesuaikan untuk menampung kepelbagaian ini tanpa mewujudkan beban operasi yang tidak seimbang?
Seterusnya, 020000 – Perubatan. Program Penyumberluaran Perkhidmatan Hospital yang— ataupun HSOP yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menyumberluarkan berkaitan perubatan kepada hospital swasta telah menunjukkan beberapa kejayaan dalam mengurangkan masa menunggu bagi perkhidmatan tertentu. Dengan pembedahan AV fistula, mencatatkan pengurangan 75 peratus, daripada 16 minggu kepada empat minggu.
Manakala, perkhidmatan pengimejan seperti MRI dan ultrasound berkurangan 20 peratus dan CT scan berkurangan 14 peratus. Walaupun begitu, program ini menimbulkan beberapa soalan kritikal mengenai kemampuan jangka panjang implikasi kewangan kepada peruntukan kesihatan awam dan keberkesanan sebenar dalam menangani punca masalah masa menunggu yang panjang.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Soalan saya berkaitan isu berkenaan, berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah dibelanjakan untuk HSOP sejak ia dilaksanakan? Dan bagaimanakah kos perkhidmatan yang di-outsource kepada hospital swasta berbanding dengan kos penyediaan perkhidmatan yang sama, jika ia dilakukan sepenuhnya dalam hospital kerajaan dengan pelaburan dan peralatan dan kakitangan tambahan?
Soalan kedua, adakah HSOP dimaksudkan sebagai penyelesaian jangka pendek sementara membina kapasiti dalaman hospital kerajaan atau adakah ia merupakan strategi jangka panjang yang akan mewujudkan pergantungan berterusan kepada sektor swasta?
Dan yang ketiganya, apakah kriteria pemilihan hospital swasta yang terlibat dalam HSOP, adakah proses perolehan dan tender yang dilaksanakan secara telus dan kompetitif untuk memastikan nilai yang terbaik?
Seterusnya, Butiran 030300 Kawalan Penyakit, dengan peruntukan yang diberikan RM1 bilion lebih. Sekarang kita hadapi virus Influenza A, yang rata-rata dijangkiti dan dikuarantinkan mengikut jumlah dan nasihat doktor. Buat setakat ini, saya ingin bertanya, berapakah jumlah pesakit Influenza A ini di seluruh negara dan
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
apakah langkah jangka pendek bagi meredakan kes-kes yang semakin meningkat?
Sekian, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Yang terakhir, saya jemput Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan terus kepada perbahasan. Pertamanya berkenaan dengan Butiran 030300 – Kawalan Penyakit, 030400 dan juga 030600 – Pendidikan Kesihatan.
Ini adalah isu berkenaan, Tuan Pengerusi. Isu diabetes, di mana kami telah pun melihat banyak pembahas hari ini, yang mana telah pun mencadangkan berkenaan beberapa cadangan berkenaan dengan cara penanganan penyakit diabetes ini. Kita tahu harga gula di Malaysia adalah antara yang terendah di ASEAN.
Harga gula di Malaysia kini hanya RM2.85 sekilogram, gula kasar dan RM2.95 sekilo gram gula halus.
Kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di ASEAN, memangnya yang paling rendah, tetapi masalahnya is, walaupun kita mempunyai kos atau pun harga sugar yang paling rendah, kes-kes diabetes kami adalah antara yang paling tinggi di dunia. Jadi, saya nak tanya kepada Kementerian Kesihatan, apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh KKM untuk bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menangani masalah ini?
Saya tertarik dengan ucapan Bayan Baru tadi, yang telah pun mencadangkan kemungkinan punitive measures, dengan izin, dikenalkan kepada restoran-restoran dan juga pembekal-pembekal makanan yang membekalkan kadar gula yang terlalu tinggi. Adakah ini satu cadangan atau satu perkara yang akan diambil kira oleh pihak kementerian?
Dalam fikiran saya, ini adalah satu cadangan yang patut kita mengambil kira dengan membuat segala kajian yang diperlukan. Oleh kerana ini, masalah diabetes ini memangnya satu masalah yang serius, of course kita perlu, kalau kita lihat dari segi punitive measures ini, dengan izin.
Tuan Pengerusi, kita juga perlu mengkaji sama ada cara-cara pelaksanaan, how are we going to enforce such punitive measures, dengan izin, yang juga akan termasuk measures, measures seperti denda dan sebagainya.
Keduanya Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 050000 Perkhidmatan Farmasi. Now, saya difahamkan bahawa terdapat kebimbangan daripada Private Practice Ness Section of Malaysia Medical
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Association ataupun PPSMMA, bahawa ada beberapa farmasi yang menawarkan perkhidmatan klinikal seperti diagnosis dan juga rawatan, atau pun treatment, dengan izin, yang sepatutnya dilakukan hanya oleh medical practitioners di bawah Akta Medical 1971.
Farmasi-farmasi mungkin melanggari undang-undang yang terbabit, sekiranya berbuat demikian di bawah beberapa Akta seperti Akta Ubat Iklan dan Penjualan 1956. Persoalan yang timbul, adakah kementerian akan mengambil tindakan untuk memperketatkan pelaksanaan atau pun enforcement, dengan izin, agar memastikan peranan farmasi tidak bercanggah dengan medical practitioners tersebut dan undang-undang tersebut, dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian?
Ketiganya Tuan Pengerusi, adalah berkenaan Butiran 030200 iaitu Pembangunan Kesihatan Keluarga. Saya memetik daripada bajet di bawah judul Outcome 3, Perkhidmatan Kesihatan Primer yang boleh diakses saksama dan berkualiti. Ini merupakan satu inisiatif pencegahan yang amat baik kerana hakikatnya banyak penyakit yang tidak berjangkit seperti penyakit diabetes, yang saya sentuh tadi boleh dikesan pada peringkat awal, sekali gus menjimatkan kos rawatan yang tinggi berbanding jika dikesan setelah ia menjadi parah.
Pengesanan dan pengurusan awal ini boleh dilakukan di peringkat klinik oleh pengamal perubatan am atau pun general practitioner. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan kos kesihatan bagi pesakit, tetapi juga mengurangkan penderitaan pesakit. Ini jelas menunjukkan bahawa jika kita perlu mengubah budaya menunggu sehingga penyakit menjadi serius sebelum mendapat rawatan di hospital.
Budaya ini perlu dirombak supaya literasi kesihatan rakyat ditingkatkan.
Persoalan yang timbul Tuan Pengerusi, adalah selain daripada peningkatan penggunaan, perkhidmatan konsultasi secara maya di klinik kesihatan dan pengurangan masa menunggu. Apakah perancangan Kementerian Kesihatan untuk mengukuhkan perkhidmatan primer ataupun primary health care, dengan izin, di sektor awam dan juga swasta, seiring dengan menggalakkan pengamalan budaya mencegah lebih baik daripada rawatan, atau pun dengan izin, prevention is better than cure, melalui literasi kesihatan literature, kesihatan untuk meningkatkan kadar saringan dan pemeriksaan kesihatan oleh rakyat di seluruh negara.
Memandangkan saya, Speaker, yang terakhir, boleh saya just tambah satu minit, Tuan Pengerusi?
Tan Sri Pengerusi
Silakan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih.
Yang terakhirnya, saya ingin menyentuh berkenaan Butiran 020000 Perubatan. Saya difahamkan bahawa RM60 juta bagi inisiatif RESET diperkenalkan bagi menangani peningkatan kadar peningkatan inflasi perubatan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan. Termasuk antara lain membangunkan produk asas Insurans Takaful Perubatan dan Kesihatan. Tahniah kepada kerajaan atas usaha ini yang akan menurunkan beban kos perubatan rakyat.
Persoalan yang timbul akhirnya Tuan Pengerusi adalah, apakah langkah kerajaan untuk memastikan pesakit bukan sahaja menikmati produk asas Insurans Takaful Perubatan dan Kesihatan yang akan dilancarkan, tetapi masalah sedia ada antara pesakit dan syarikat- syarikat insurans ditangani secara adil supaya tidak menjadi satu beban kepada sektor awam di masa terdekat? Itu sahaja Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Tan Sri Pengerusi
Baik. Terima kasih Bukit Gelugor ialah pembahas yang terakhir, 28 orang semuanya. Sekarang saya jemput Menteri menjawab dan Menteri diberi masa 30 minit. Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada 28 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 bagi Peringkat Jawatankuasa.
Saya akan menjawab soalan- soalan Yang Berhormat mengikut beberapa kluster yang kita himpunkan seperti sumber manusia, Skim Perubatan MADANI, projek pembangunan, promosi kesihatan dan perkara- perkara lain yang berbangkit.
Sememangnya isu berkenaan tentang kesihatan adalah merupakan isu besar di dalam Parlimen dan setiap Ahli Parlimen dan juga anggota kerajaan mengemukakan pelbagai permintaan ataupun wishlist, dengan izin berkenaan tentang pembinaan hospital dan juga klinik-klinik kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Walaupun demikian, tidak semua perkara itu dapat ditunaikan dan ada sebahagian yang dijanjikan mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dan juga agensi-agensi pelaksana.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dalam masa yang sama juga, kita dibebani dengan keadaan sumber manusia di bawah KKM. Pelbagai pertanyaan yang saya catatkan di dalam Dewan ini tadi dan saya akan jawab satu persatu sekiranya masa mengizinkan.
Berkenaan tentang status perjawatan pegawai kontrak dan juga elaun penguat kuasa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat. Di dalam tindakan KKM ketika ini, kita telah pun memuktamadkan permohonan perlanjutan kontrak selama tiga tahun kepada agensi pusat melibatkan 497 anggota pegawai kesihatan persekitaran dan penolong pegawai kesihatan persekitaran yang dilantik semasa pandemik COVID-19 yang akan tamat kontrak secara berfasa bagi tahun 2026 dan tahun 2027. Perincian terlibat adalah seperti berikut:
(i) 60 pegawai kesihatan persekitaran gred U9; dan
(ii) 437 penolong pegawai kesihatan persekitaran gred U5.
Berkenaan tentang bayaran insentif penguatkuasaan dibayar sebanyak RM200 sebulan kepada pegawai yang menjalankan aktiviti operasi penguatkuasaan akta dan undang-undang di lapangan secara sepenuh masa. Juga berkenaan tentang aduan yang dilaporkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, kita akan merujuk di mana pejabat-pejabat kesihatan yang mungkin tidak membayar elaun ini.
Juga, selain daripada itu juga, berkenaan tentang pelanjutan kontrak anggota sains kesihatan bersekutu dan paramedik bukan tajaan lantikan semasa pandemik COVID-19. KKM juga turut mengemukakan permohonan pelanjutan kontrak untuk pertimbangan agensi pusat dan juga mengesyorkan pelanjutan kontrak tiga tahun bagi 1,820 anggota sains kesihatan bersekutu dan paramedik bukan tajaan melibatkan enam skim perkhidmatan di bawah peruntukan OS29000 mulai tarikh pegawai melapor diri.
Perincian 1,820 anggota sains kesihatan bersekutu dan paramedik bukan tajaan ini mengikut skim perkhidmatan adalah seperti berikut:
(i) 106 pegawai sains gred C9;
(ii) 12 pegawai optometri gred U9;
(iii) 60 pegawai kesihatan persekitaran U9;
(iv) 600 penolong pegawai perubatan gred U5;
(v) 437 penolong pegawai kesihatan persekitaran gred U5; dan
(vi) 605 juruteknologi makmal gred U5.
Selain daripada itu juga, KKM sedang melaksanakan pemetaan pelantikan tetap secara berfasa bagi tempoh 2025 sehingga 2030 dalam kalangan anggota
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
lantikan kontrak tersebut tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dapat diwujudkan.
Juga, Yang Berhormat Betong juga membangkitkan berkenaan tentang kekurangan jururawat. KKM menawarkan pelantikan tetap jururawat kepada 833 jururawat lantikan kontrak interim ambilan tahun 2024. KKM menyasarkan untuk menawarkan pelantikan tetap kepada 935 graduan kejururawatan ILKKM pada tahun 2026.
Bagi memenuhi keperluan segera tenaga kerja kejururawatan di fasiliti kesihatan, KKM telah melaksanakan pelantikan seramai 3,254 jururawat pada tahun 2025 meliputi penawaran lantikan kepada 613 pelatih keluaran ILKKM, 408 graduan diploma kejururawatan IPTA/IPTS dan 2,233 jururawat masyarakat lulusan peningkatan secara lantikan (PSL).
Juga, Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan tentang lantikan tetap, lantikan kontrak kepada tetap. Terdapat beberapa isu yang juga berbangkit. Salah seorang Ahli Parlimen tadi mengatakan berkenaan tentang adakah kerajaan ataupun agensi pusat mempunyai kajian berkenaan tentang bagaimana untuk kita merapatkan silaturahim suami isteri yang berjauhan.
Walaupun demikian, lantikan ketika ini adalah mengisi kekosongan di fasiliti.
Kadang-kadang kami banyak menerima surat-surat rayuan di mana petugas-petugas ataupun jururawat kontrak yang diberikan lantikan tetap daripada Sabah dan Sarawak ditempatkan di kawasan seperti di Selangor ataupun Johor, manakala penjawat-penjawat yang berasal daripada Terengganu ataupun Kelantan yang banyak berkhidmat di Selangor, di Penang ataupun di Kedah merayu untuk kembali semula ke kampung halaman.
Walaupun demikian, kita mengutamakan perkhidmatan yang diperlukan.
Sekiranya kita memenuhi kesemua rayuan-rayuan tersebut, sudah pasti akan ada wujudnya fasiliti kerajaan akan dibebankan dengan tekanan kerja yang sangat tinggi.
Saya juga ingin menjawab berkenaan tentang isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batang Sadong berkenaan tentang Butiran 010200 sebanyak RM29 juta peruntukan berkenaan tentang aktiviti sumber manusia.
Untuk maklumat Yang Berhormat, di bawah peruntukan emolumen yang diturunkan kepada Kementerian Kesihatan, sebanyak RM24.84 bilion sebenarnya emolumen diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan. Walaupun jumlah RM24 bilion itu adalah merupakan satu jumlah yang besar dan juga mungkin meliputi
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
belanjawan bagi beberapa kementerian di dalam kerajaan ini, jumlah tersebut masih lagi tidak mencukupi.
Dan juga, kita masih lagi mendengar isu berkenaan tentang beban kerja dan juga masalah-masalah perjawatan yang tidak diisi terutama sekali di Sabah dan juga Sarawak. Juga, wujud isu-isu yang berbangkit, seperti yang dibangkitkan, berkenaan tentang bebanan kerja yang berlipat kali ganda disebabkan jumlah kakitangan yang tidak mencukupi.
Apa yang kami perolehi sepanjang tiga tahun di bawah Kerajaan MADANI, memang terdapat satu kajian maldistribution of our healthcare workers di fasiliti- fasiliti kesihatan yang belum kita putuskan lagi keputusan kajian tersebut. Tetapi, dalam masa yang sama, kita mendapati terdapat tawaran-tawaran kerja tetap ini tidak dapat diterima memandangkan keadaan dan juga proses lantikan tersebut kadang-kadang dilihat secara terburu-buru.
Sebagai contoh, apa yang berlaku di sektor wilayah Sabah dan juga Sarawak.
Terdapat berita yang mengatakan seramai 259 pegawai perubatan dan juga jururawat yang perlu diisi tetapi pegawai-pegawai ini telah pun meninggalkan perkhidmatan. Salah satu perkara yang mereka lakukan adalah tidak menerima jawatan tetap tersebut tetapi masih kekal sebagai penjawat kontrak.
Dalam masa yang sama juga, kami perlu melihat semula kaedah-kaedah penghantaran pegawai-pegawai perubatan, terutama sekali dan terdapat permintaan daripada kerajaan negeri seperti Sarawak dan juga Sabah untuk mendapatkan autonomi pengambilan petugas kesihatan.
Kita sedia maklum bahawa perbincangan berkenaan tentang autonomi pengambilan petugas kesihatan ini masih lagi dibincangkan di dalam kerangka MA63 dan juga di dalam kerangka perhubungan antara Persekutuan dan juga negeri.
Walaupun demikian, ada beberapa penambahbaikan yang mungkin boleh dicadangkan dan sedang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan adalah berkenaan tentang elaun perpindahan pegawai-pegawai perubatan yang pergi berkhidmat dan sudi memilih Sabah dan Sarawak sebagai tempat latihan.
Juga, kita sedang mengemukakan juga syor di mana apakah inisiatif-inisiatif yang terbaik. Sebagai contoh, sekiranya perjawatan di Sabah dan Sarawak masih banyak kekosongan dan sekiranya pegawai-pegawai perubatan ingin dan juga sudi berkhidmat di Sabah lebih awal, mereka akan mendapat penempatan tetap secara lebih awal berbanding kawasan-kawasan di Semenanjung Malaysia ini.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Tetapi, kita juga tidak mengabaikan keperluan perjawatan di Semenanjung Malaysia kerana terdapat juga beban kerja di mana walaupun kita menempatkan pegawai-pegawai di kawasan-kawasan, negeri-negeri yang jauh daripada Lembah Klang, terdapat rayuan-rayuan― sebagai contoh, walaupun Hospital Rembau dan Jempol kita tempatkan pegawai perubatan, terdapat rayuan pegawai ingin untuk tetap berada di Putrajaya ataupun di hospital-hospital besar.
Selain daripada itu juga, kita telah pun mewajibkan pegawai perubatan kontrak yang dilantik tetap untuk memilih sekurang-kurangnya satu penempatan di Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan Labuan menerusi sistem ePlacement. Juga, berkenaan tentang sumber manusia, status― soalan berkenaan tentang emolumen kakitangan kontrak. Berapa anggaran jumlah pegawai kontrak yang akan diserapkan ke jawatan tetap. Setakat ini, 1 November, KKM telah menawarkan pelantikan tetap kepada 1,315 pegawai perubatan bagi penempatan di Sabah dan juga Sarawak, yang melibatkan penempatan 550 di Sabah dan 765 di Sarawak.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Berkenaan tentang isu yang dibangkitkan oleh Pengerusi Select Committee Kesihatan, Yang Berhormat Pulai, berkenaan tentang pelarasan SSPA yang berjumlah RM1.17 bilion, di mana 93.5 peratus peruntukan tersebut meningkat pendapatan kakitangan KKM. Adakah peningkatan ini akan menyelesaikan kekurangan doctors dan kakitangan kesihatan di fasiliti kesihatan awam?
Jawapannya adalah selaras dengan pengumuman Belanjawan 2026, KKM menyasarkan untuk menawarkan pelantikan tetap kepada 4,500 pegawai perubatan kontrak dan melantik 935 graduan kejururawatan institusi latihan KKM bagi mengisi kekosongan jururawat pada tahun 2026.
Pada tahun 2025, KKM telah menawarkan pelantikan tetap kepada 4,518 pegawai perubatan lantikan kontrak. KKM juga telah menawarkan pelantikan tetap jururawat kepada 833 jururawat lantikan kontrak interim ambilan 2024.
Di sini kita menunjukkan bahawa komitmen di bawah Kerajaan Malaysia MADANI, sering kali kita mendengar kekurangan pegawai-pegawai kontrak di lantikan tetap. Sebenarnya, kita telah pun melantik tetap belasan ribu. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah pun mengumumkan hampir 12,000 di dalam Dewan ini, perjawatan kontrak dilantikkan sebagai tetap.
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Usaha-usaha ini akan diteruskan dengan kapasiti peruntukan yang disediakan oleh agensi Pusat. KKM memberikan komitmen yang sangat besar untuk mengesyorkan dan memohon dan merayu kepada agensi Pusat untuk menambah lagi kapasiti, bukan hanya sekadar meningkatkan pegawai-pegawai perubatan tetapi jururawat dan juga sektor-sektor skim yang lain.
Untuk makluman Dewan, Kementerian Kesihatan adalah merupakan satu kementerian yang mempunyai skim perkhidmatan yang sangat kompleks dan juga sangat besar.
Berkenaan tentang perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan, beberapa concern, dengan izin ataupun kebimbangan Yang Berhormat, yang dibangkitkan seperti Yang Berhormat Tanjong Karang, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Kuala Selangor— eh, Kuala Selangor, Kuala Langat, berkenaan tentang penurunan yang besar dilihat tercatat di dalam perbekalan, Skim Perubatan MADANI. Penurunan daripada RM100 juta ke RM50 juta.
Untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan tentang penurunan peruntukan SPM daripada RM100 juta ke RM50 juta, setakat 30 September 2025, pencapaian perbelanjaan bagi Skim Perubatan MADANI telah mencecah kepada RM33.9 juta bagi 10 daerah.
Berdasarkan unjuran perbelanjaan semasa, jumlah perbelanjaan dijangka mencapai RM50 juta menjelang akhir tahun 2025, selepas selesai tuntutan daripada klinik-klinik yang mengikuti program ini. Melalui mekanisme pembelian strategik oleh ProtectHealth Corporation, kerajaan berjaya mengurus kos dengan lebih efisien sambil mengekalkan liputan perkhidmatan yang menyeluruh kepada golongan sasar selaras dengan objektif asal.
Bagi memastikan kesinambungan program ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk tahun 2026. Peruntukan ini akan membolehkan kerajaan terus menyediakan bantuan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer akut ke semua 10 daerah berfokus.
Saya juga bersetuju kepada pandangan Yang Berhormat Kuala Nerus yang sering membangkitkan berkenaan tentang isu Skim Perubatan MADANI dan juga Tanjong Karang, di mana kita perlu melebarkan skop peluasan perkhidmatan di bawah Skim Perubatan MADANI.
Skim Perubatan MADANI diperkenalkan pada tahun 2023 sebaik sahaja Kerajaan MADANI dibangunkan. Sambutan yang sangat baik. Kita telah
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
memperluaskannya ke seluruh negara di peringkat nasional. Perbelanjaan RM100 juta habis dalam sekelip mata tetapi kita reduce-kan, turunkan kepada 10 daerah utama.
Dan juga, kita sedang menilai, adakah kesesuaian untuk memperluaskan lagi daerah-daerah untuk mendapat manfaat ini dan juga apa yang kita perolehi, kesedaran masyarakat terutama sekali golongan B40 yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah, perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, GP-GP ini semakin meningkat dan juga ini membantukan, mengurangkan kesesakan di facilities awam yang sibuk dengan manfaat keupayaan sedia ada bagi sektor swasta.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Timbalan Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Pulai, Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Boleh?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Oh, ya Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya bangkitkan tadi, kesihatan MADANI ini, bila dia menurun itu. Antara tujuan dulu adalah untuk kita nak justify pesakit- pesakit ini, daripada mereka pergi hospital dan mereka boleh pergi ke klinik-klinik swasta ini. Jadi, di situ kita dapat mengurangkan tekanan di hospital awam kita ya.
Jadi, bila penurunan ini berlaku, bukankah itu akan menyebabkan tekanan kepada hospital kita, apabila peruntukan itu tidak seperti yang sebelum ini?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Yang Berhormat Pulai.
Sememangnya, terdapat penurunan kesesakan di hospital-hospital dan juga klinik- klinik awam di bawah Kementerian Kesihatan dan juga, memang niat besar Skim Perubatan MADANI ini adalah untuk decanting pesakit-pesakit di perkhidmatan awam kepada GP-GP yang berdekatan.
Walaupun demikian, walaupun terdapat penurunan dari sudut perkhidmatan Skim Perubatan MADANI ini kepada RM50 juta, kita tidak akan menghentikan skim perubatan ini kerana kita masih lagi mempunyai cadangan-cadangan dan penambahbaikan, terutama sekali dalam pendanaan kesihatan yang sedang dirancang di bawah Kementerian Kesihatan.
Sebab itulah, kita masih lagi mengekalkan kepada 10 daerah dan juga, kuantum yang diperlukan untuk menjalankan Skim Perubatan MADANI ini adalah sangat besar. Kita sedang mencari kaedah sustainability di dalam mendapatkan peruntukan berdasarkan fiskal yang tersedia untuk kerajaan. Selain daripada itu...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Walaupun terdapat penurunan Skim Perubatan MADANI, kita juga telah pun membangunkan perkhidmatan- perkhidmatan yang lain, terutama sekali perkhidmatan-perkhidmatan seperti outsourcing services ataupun dikenali sebagai Hospital Services Outsourcing Programme. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Merbok, Tanjong Piai, berkenaan tentang— adalah merupakan inisiatif kementerian untuk mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit bagi prosedur yang mempunyai permintaan tinggi serta kritikal di facilities kesihatan awam.
Inisiatif ini telah diperkenalkan pada penghujung tahun 2024 dan bermula dengan empat perkhidmatan perubatan merangkumi perkhidmatan pembedahan dan bukan pembedahan. Dan seterusnya, pada tahun 2025, kita telah pun menguji Skim Hospital Services Outsourcing Programme ini dan ia nya telah diperluaskan kepada enam lagi perkhidmatan, bagi tahun 2025 sebanyak RM144 juta telah diperuntukkan dan dibelanjakan dan kementerian— kriteria pemilihan hospital swasta ialah hospital swasta yang berdaftar di bawah Akta Kemudahan.
Dan juga selain daripada itu, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan tanggungan kos perkhidmatan kesihatan rakyat, khususnya golongan B40 seperti Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma
(mySalam), Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40), Tabung Bantuan Perubatan, Skim Perubatan MADANI dan yang terkini adalah Program Hospital Services Outsourcing. Dan juga saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang sebentar tadi, adalah kita jangan hanya sekadar memfokuskan dan juga memohon pembinaan hospital. Bagi tempat-tempat yang masih ketinggalan seperti di kawasan seperti Yang Berhormat KKR.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Yang Berhormat Menteri KKR di Kapit, tempat kelahiran Bapa Malaysia yang menandatangani MA63.
Saya telah sampai dan terkejut bahawa hospital tersebut telah dibina pada tahun 1956 dan juga mempunyai sedikit penaiktarafan dan keadaan adalah sungguh daif. Walaupun demikian, kerajaan telah pun meluluskan kerja awalan ketika ini dengan peruntukan RM1 juta bagi menyemak dan juga merancang klinik-klinik yang bersesuaian.
Ini adalah merupakan salah satu isu besar, Tan Sri Speaker. Saya kerap kali muncul di Kamar Khas menjawab tentang isu-isu yang berbangkit seperti Hospital Pontian. Bilakah hospital akan dibina? Kerajaan telah pun meluluskan pembinaan
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Hospital Pontian dan juga, semestinya kerja-kerja ini akan dimulakan dengan kerja awalan.
Bukannya jawapan kerja awalan tersebut adalah muktamad pembinaan tersebut akan diluluskan. Sama seperti Yang Berhormat Maran.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Menteri, Kota Melaka.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Oh, ya, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Berkaitan dengan tadi yang disebut tentang Skim Perubatan MADANI yang tadi itu, saya nak beri satu cadangan.
Bolehkah pemberian SARA itu, kita termasuk juga supaya mereka yang penerima STR, mereka boleh gunakan— mereka penerima SARA itu, mereka boleh gunakan SARA untuk pergi ke klinik swasta, daripada apa yang berlaku sekarang dan juga, apakah kriteria yang dikenakan di mana hanya pilih 10 daerah ini sahaja?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Melaka satu daerah pun tak ada, itu yang saya nak tahu, apakah kriteria pemilihan 10 daerah ini?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Terima kasih Kota Melaka, satu soalan yang baik. Dia macam sharp shooter Tan Sri Speaker. Memang kita, memang keinginan Kementerian Kesihatan untuk menawarkan sekali lagi Skim Perubatan MADANI ini secara nasional seperti apa yang kita lakukan pada tahun 2022 dan juga awal 2024.
Tetapi dengan kekangan dana dan juga kita perlu memperkenalkan skim- skim seperti outsourcing di mana skim outsourcing hospital servis outsourcing ini telah pun memanfaatkan hampir 42,000 pesakit-pesakit dan juga memendekkan masa daripada lima ke 67 percent terutama sekali perkhidmatan PET scan dan juga perkhidmatan-perkhidmatan seperti contohnya serangan jantung.
Kita tawarkan pesakit untuk mendapat rawatan di hospital-hospital swasta.
Walaupun sedemikian, sekiranya keadaan ekonomi meningkat, saya cukup yakin bahawa Menteri Kewangan akan dapat menambah semula peruntukan bagi Skim Perubatan MADANI ini.
Dan juga berkenaan tentang hospital tadi dan juga klinik-klinik kesihatan, apa yang saya hendak sebutkan seperti Hospital Maran. Walaupun jawapan di dalam penggulungan Yang Berhormat Menteri mengatakan Hospital Maran tidak diteruskan tetapi sebenarnya Yang Berhormat Menteri telah pun mempunyai perancangan dan juga arahan agar klinik kesihatan yang mempunyai inpatient services disediakan di Klinik Maran.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Kerja-kerja sedang dirancang dan juga ini adalah merupakan konsep ataupun cottage hospital yang sedang dirancangkan yang akan dilebar luas seperti kawasan- kawasan di Sungai Asap, di Sarawak dan juga seperti di Pulau Tioman. Di atas permintaan, kita tidak dapat membina full scale hospital, tetapi dengan adanya konsep cottage hospital, klinik yang mempunyai katil-katil pesakit dan juga menawarkan sebahagian besar perkhidmatan hospital dapat didirikan. Kita harapkan perancangan ini akan dapat dipermudahkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, Menteri dah jawab. Ada enam minit lagi. Pagoh pun dah balik, saya nak tahu mana pergi RM4,000,000 yang wang tabung COVID-19 yang diterima dengan peralatan RM26,000,000 yang diterima masa COVID-19.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Saya tidak mempunyai jawapan yang spesifik Tan Sri Speaker berkenaan tentang di manakah kewangan tersebut, sumbangan tersebut. Apa yang saya ketahui ketika saya berada di dalam salah seorang ahli Jawatankuasa Kesihatan pada penggal yang lepas, sememangnya beberapa peruntukan-peruntukan tersebut disalurkan di dalam bentuk sumbangan PPE.
Ada sebahagiannya telah pun diauditkan dan juga ada isu-isu seperti ventilator telah pun dijawab oleh Kementerian Kesihatan. Mungkin kita boleh menggunakan platform seperti Select Committee Kesihatan untuk membuka semula ke manakah wang-wang tersebut disalurkan. Walaupun demikian, saya sedar bahawa ketika itu kita berdepan dengan dalam keadaan krisis dan juga adalah baik kita berbincang dan juga mengetahui ke mana sumber-sumber kewangan tersebut.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Timbalan Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Berkenaan tentang...
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Low-hanging fruits.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Ha, apa?
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Low-hanging fruits untuk KKM.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Ya, ya, ya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Yang pasal Hospital Kapar.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Okey.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Dia on the way kan? Bila dia akan beroperasi? Itu yang saya bangkitkan tadi dan apakah kepakaran yang dikhususkan untuk Hospital Kapar ini? Terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Yang Berhormat Kapar dan juga Yang Berhormat-Yang Berhormat yang lain yang telah pun membangkitkan berkenaan isu tentang pembangunan, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kuala Langat tadi bertanyakan isu tentang isu tanah. Tanah tersebut telah pun kita kenal pasti tidak mempunyai sebarang perancangan untuk dibangunkan. Walaupun demikian status tanah itu masih lagi kita letak di bawah perancangan masa hadapan.
Berkenaan tentang Kapar dan juga soalan-soalan berkenaan tentang pengoperasian, terdapat butiran berkenaan tentang pengoperasian hospital. Saya tidak dapat memberikan jawapan secara spesifik berkenaan tentang tersebut.
Kaedah yang saya akan guna pakai Tan Sri Yang di-Pertua, adalah kita akan memberikan satu jawapan bertulis kepada setiap Ahli-ahli Parlimen projek-projek yang terdapat di kawasan surat rasmi daripada pejabat Menteri agar setiap Ahli Parlimen mengetahui perkembangan semasa kompleks-kompleks kesihatan yang dibangunkan di Bentong, berapakah jumlah bajet yang diperuntukkan.
Adakah hospital itu berada di kerja awalan ataupun terdapat juga Tan Sri Yang di-Pertua, walaupun kami sepatutnya mengubat manusia ini, kami juga terpaksa berdepan dengan projek-projek sakit Yang di-Pertua.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga projek-projek sakit inilah yang menyebabkan ramai Ahli-ahli Parlimen bimbang dan juga bimbang inilah yang menyebabkan tekanan dan bila tekanan ini terjejaslah kesihatan mental seperti apa yang disebutkan oleh YB Pulai sebentar tadi dalam kita bincang berkenaan dengan kesihatan mental ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah pun memberikan satu sejumlah peruntukan yang besar bagi pembangunan kesihatan mental.
Dalam masa yang sama juga, kita berhadapan dengan 200 kaunselor yang sedang tergantung Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dengan status. Jangan bimbang, kita sedang mengesyorkan agar mereka dilantikkan secara tetap atau disambungkan kontrak kerana tanpa kaunselor ini sukar untuk kita menangani ataupun memberikan khidmat kaunseling.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dalam sektor kesihatan mental ini Tan Sri Yang di-Pertua, bukan hanya peruntukan yang diperlukan tetapi kesedaran dan juga sikap kita untuk tidak menilai pesakit-pesakit yang mempunyai bebanan tekanan mental ini sebagai sesuatu kumpulan masyarakat yang perlu dipinggirkan. Tekanan mental ini datang dalam pelbagai. Mungkin ada yang dapat mampu mengawal diri, tetapi di hadapan masyarakat sihat, tetapi di belakang tidak dapat mengurus kesihatan mereka.
Kita mempunyai satu talian dikenali sebagai Talian HEAL 15555 dan juga kita banyak menerimakan panggilan-panggilan rasa ingin membunuh diri ini berlaku.
Alhamdulillah tiada kejadian-kejadian yang tidak diingini. Tetapi kita memerlukan bantuan masyarakat dan juga media agar memberikan satu pelaporan yang sihat, National Excellence Centers for Mental Health sedang dibangunkan. Kita akan memperluaskan program-program dan juga aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan juga...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Timbalan Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Dan juga bukan hanya tanggungjawab sektor public ataupun kerajaan, tetapi kita memerlukan latihan industri...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Timbalan Menteri.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Beruas pembahas kedua, boleh tak bagi jawapan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Pengerusi
Menteri, ada Beruas, ada Pulai ada Jelutong.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Beruas pembahas kedua.
Tuan Pengerusi
Boleh dengar lepas, itu boleh jawab sekali.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Saya akan jawab Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Hendak tanya sama ada saman yang dikeluarkan ada di luar bidang kuasa Akta Makanan dan akan adakah saman-saman tersebut yang dikeluarkan kerana memakai aksesori rantai emas dan kasut yang tidak tertutup. Ini memang bukan satu kesalahan di bawah akta. Jadi, adakah saman-saman tersebut akan ditarik balik?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Okey, saya akan meneliti apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas dan juga berdasarkan peraturan Kebersihan Makanan 2009, terdapat 33 Akta Kesalahan dan juga sekiranya Akta Penggunaan Aksesori dan juga kasut yang tidak bertutup adalah merupakan kesilapan daripada pegawai penguatkuasaan.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Tetapi kita akan memastikan kerana penguatkuasaan ini telah lama wujud di bawah Peraturan 32 di mana kita telah pun― pengendali makanan yang tidak memakai kasut penutup di bawah Peraturan 32 dan pemakai perhiasan aksesori berada di Peraturan 33 di bawah Akta 2009. Maka, kompaun itu telah pun dikeluarkan.
Berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, saya tidak begitu jelas tetapi apa yang disebutkan adalah berkenaan tentang Peraturan Makanan 1985 iaitu standard am bagi minuman beralkohol adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dikompaun sekiranya minuman alkohol dipamer untuk jualan di mana-mana kaunter jualan sekiranya ia dipamerkan bersama rak kabinet dengan minuman yang...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Menteri.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Maksud saya, peraturan-peraturan tadi adalah di luar kuasa Menteri untuk buat kerana akta ini hanyalah berkenaan dengan dari segi kesihatan makanan juga penipuan dalam jualan ataupun makanan. Skop dia.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Saya akan meneliti peraturan- peraturan tersebut Yang Berhormat Beruas dan juga kita akan memberikan respond tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Timbalan Menteri.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Timbalan Menteri, Timbalan Menteri.
Berkenaan dengan kesihatan mental, kesihatan mental tadi.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Okey.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Saya hendak sebut tadi, saya sebut menyatakan bahawa― Timbalan Menteri pun sebut bahawa isu kesihatan mental ini benda yang penting yang perlu ditangani dan saya sudah nyatakan tadi bahawa kalau kita tidak tangani pada 2030, kita akan mengalami kerugian RM103.7 bilion kalau kita tak uruskan kesihatan mental ini.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Tapi persoalannya, kenapa pula bajet untuk Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kesihatan ini diturunkan RM3 juta? Itu yang saya persoalkan itu. Kita rasa penting, tapi kenapa diturunkan? Itu soalan saya.
Tuan Pengerusi
Menteri, sebelum Menteri jawab, Menteri perlukan berapa minit lagi?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Lebih kurang 10 minit. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Berapa?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Lima minit, lepas itu Menteri landing eh?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
[Tidak Jelas] minitlah Tan Sri Speaker.
Saya nak bagi justice juga.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
10 minit.
Tuan Pengerusi
Berapa minit tadi?
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Tuan Pengerusi
Okey. Saya bagi 10 minit. Lepas itu gulung.
[Timbalan Yang di-Pertua (Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Okey. Berkenaan tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulai, penurunan kos bajet belanjawan kepada RM3 juta.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Kita masih lagi mempunyai program- program kesihatan mental di bawah kesihatan awam dan juga terdapat satu peruntukkan khusus diberikan kepada National Centre of Excellence for Mental Health
(NCEMH) dan juga tidak secara detail dinyatakan di dalam butiran ini. Walaupun demikian, program-program kesihatan mental ini memang akan kita perkasakan.
Saya lupa tadi, salah seorang Ahli Parlimen tadi menyebutkan berkenaan tentang adalah baik untuk kita memulakan usaha untuk menggabungkan program- program berbentuk kesihatan di agensi-agensi dan kementerian lain untuk disatukan di dalam satu program yang khusus sebagai contoh kementerian kebajikan, Kementerian Pendidikan, kementerian seperti perpaduan yang mempunyai jalinan NGO-NGO ataupun penggerak-penggerak komuniti, mereka juga mempunyai peruntukan. Tetapi, kami di Kementerian Kesihatan tidak mempunyai peruntukan khusus bagi mengerakkan NGO-NGO ataupun penggerak KKM. Maka, bajet-bajet ini boleh kita pakai bagi mempromosikan sektor kesihatan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin Timbalan Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih. Ada beberapa Ahli Parlimen tadi yang telah pun membangkitkan isu bersama berkenaan dengan isu diabetes dan masalah diabetes ini yang semakin teruk. Dan, apakah langkah-langkah yang dicadangkan oleh kementerian untuk menangani masalah ini?
Dan adakah kementerian akan bekerjasama dengan KPDN untuk memastikan ataupun mungkin bercadang untuk proposal bagi meminda akta-akta yang berkenaan untuk menjadi pemberian gula yang keterlaluan, satu tindakan punitif diambil untuk masalah tersebut.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Kebimbangan berkenaan tentang NCD ini adalah sangat serius. Hampir kesemua Ahli-ahli Parlimen menyebut berkenaan penyakit tiga serangkai ini. Dan juga saya mengucapkan terima kasih kepada Bayan Baru dan juga beberapa Ahli Parlimen yang seperti Ampang sebentar tadi yang menyokong berkenaan tentang war on sugar.
Kita telah pun melancarkan peperangan terhadap gula ini sejak tahun lepas dan juga berkenaan tentang kerjasama dan juga adakah wujudnya pindaan-pindaan akta yang diperlukan. Kita telah pun bekerjasama dengan pihak KPDN ini terutama sekali pihak kementerian KPDN ada melancarkan sekiranya kita mengurangkan kadar gula, terdapat pemberian semula dalam bentuk insentif kewangan 20 sen bagi mengurangkan. Kalau kita Teh O, Kopi O tanpa gula, dia akan reduce 20 sen. Itu adalah kementerian. Bagi kementerian kami...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri. Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
...Mengurangkan gula adalah lebih baik.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
[Bangun]
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Seperti Hulu Langat tadi, senyuman perlu manis, tetapi gula perlu dikurangkan. Tetapi keputusan untuk menghentikan subsidi gula dan juga kita akui melibatkan kos yang sangat besar. Tetapi kita perlu melihat di dalam konteks masyarakat dan juga pemberhentian kos hidup sekiranya gula ini diturunkan.
Tetapi perancangan berkenaan tentang menurunkan kadar dan juga formula- formula air ini sedang dibincangkan bersama dengan pihak industri. Dan juga, kita mengakui kesan daripada penyakit-penyakit diakibatkan NCD ini bukan sekadar ratusan juta. Bagi penyakit-penyakit seperti diabetik, darah tinggi dan juga kolesterol, masalah seperti presentism dan juga absenteeism ini mengakibatkan kita kerugian
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
hampir RM60 bilion dan juga RM60 bilion ini kita dapat mempelbagaikan lantikan dan juga pembinaan-pembinaan facilities kesihatan.
Dan juga, selain daripada itu, kita pun telah mendapat sebanyak RM25 juta disalurkan oleh MOF hasil daripada kutipan cukai gula. Dan juga hasil kutipan ini kita lakukan untuk perolehan bagi ubat SGLT2 bagi mengawal penyakit diabetik dengan lebih komprehensif. Inilah kegunaan cukai-cukai yang kita laksanakan. Tetapi sekiranya subsidi ditarik ataupun dikurangkan, sememangnya ini akan memberikan kebaikan sebenarnya kepada KKM walaupun kita tidak dapat pulangan daripada segi cukai, kadar penyakit NCD ini dapat dikurangkan.
Kerana apa yang kita bimbang seperti Skim Perubatan MADANI, banyak penyakit-penyakit sebenarnya adalah datang daripada sakit-sakit NCD ini. Dan juga, selain daripada itu, saringan-saringan kesihatan sentiasa dipergiatkan. Soalan berkenaan tentang ke manakah perginya PeKa B40 yang ditanya oleh Yang Berhormat...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ampang.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
...Pulai, sebentar tadi adalah kita masih meneruskan PeKa B40 dan juga ingin memperluaskan lagi skop bantuan-bantuan dan juga kadar saringan yang dilakukan oleh pihak ProtectHealth berkenaan tentang PeKa B40 ini meningkat di dalam kadar 60 ke 70 peratus.
Apa yang menjadi masalahnya Puan Yang di-Pertua adalah berkenaan tentang sikap masyarakat. Gemar untuk menerima bantuan seperti STR, seronok mendapat bantuan tunai tetapi pakej yang disertakan seperti SARA, STR ini agak kurang mendapat perhatian. Dan juga, saya akan mengambil cadangan daripada Kota Melaka tadi, bagaimana untuk kita menggunakan penerima SARA juga boleh layak untuk mendapat Skim Perubatan MADANI ini.
Dan juga Yang Berhormat, saya ingin juga menambah berkenaan tentang pertanyaan isu berkenaan tentang Wellness Hub oleh Yang Berhormat Sibu.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Sekejap, Menteri. Menteri.
Timbalan Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Wellness hub akan diperluaskan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Timbalan Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Walaupun demikian, ketika ini kita mempunyai 33 lokasi dan juga akan ditingkatkan daripada masa ke semasa. Kita juga boleh menggunakan kaedah lain seperti saya sendiri, saya menggunakan peruntukan
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
yang diberikan, diturunkan kepada Ahli Parlimen untuk membangunkan bangunan terbiar untuk jadikan Wellness Hub dan kemudiannya dioperasikan oleh pihak KKM.
Berkenaan tentang soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka. Saya perlu menjawab apa yang dibangkitkan oleh Kota Melaka sebentar tadi adalah berkenaan tentang confinement center yang telah dilaporkan berkenaan tentang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Dato Lukanisman bin Awang Sauni
...Jangkitan Echovirus 11 yang berlaku outbreak pada bulan Januari 2024. Sememangnya JKM Melaka telah pun menerima pelaporan tentang lima kes bayi yang baru lahir telah dimasukkan ke hospital swasta dengan tiga lagi kes dimasukkan ke Hospital Melaka.
Kesemua lapan kes ini dirujuk dari Baby Love Confinement Centre (BLCC) yang beroperasi di Kota Laksamana. Premis ini terletak di Aras 3 dan 4 serta dilengkapi dengan bilik ibu postnatal, pantri, bilik nurseri, ruang tamu dan bilik urut. Premis ini beroperasi dengan kekuatan 20 staf jururawat, tujuh pembantu jururawat. Premis juga didapati berdaftar sebagai Pusat Jagaan Ibu dan Bayi dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Hasil siasatan mendapati kes indeks pertama merupakan seorang bayi lelaki berbangsa Cina yang telah mula ditempatkan di BLCC pada 23 Disember 2023. Kes didapati mula bergejala pada 8 Januari 2024 dengan gejala demam dan telah dimasukkan ke Hospital Oriental pada hari yang sama. Kes telah dibenarkan discharge dan telah ditempatkan semula di BLCC. Tiada ujian Echovirus dijalankan dan kesemua ujian kultur darah dan urin adalah negatif.
Dan juga selain daripada itu, saya akan memberikan satu lagi jawapan bertulis berkenaan tentang surat yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, satu perkara saja sebelum Menteri habiskan. Berkenaan dengan isu kesihatan mental. Saya berkongsi pandangan dengan Yang Berhormat Pulai. Ini adalah perkara yang serius dan saya menghargai keprihatinan Menteri di atas isu ini.
Kerana saya juga ingin menyatakan bahawa isu kesihatan mental ini adalah sesuatu yang amat kritikal. Dan, kita lihat baru-baru ini terdapat banyak kes bunuh diri yang berlaku di Malaysia terutamanya yang melibatkan warganegara Malaysia dan juga warganegara asing. Dan, membunuh diri bukanlah sesuatu perkara yang boleh kita tertawakan untuk kita jadikan bahan sindiran.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan saya ingin mengambil perhatian Puan Pengerusi kejadian baru-baru ini di persidangan Dewan Undangan Negeri di Kedah di mana seorang wakil rakyat menyindir kejadian membunuh diri. Malahan orang yang bunuh diri itu merupakan seorang penghuni di kawasan sendiri. Terima kasih Tuan Pengerusi di atas peluang yang diberikan.
Dato Lukanisman bin Awang
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong atas keprihatinan berkenaan tentang isu berkaitan mental health. Sementangnya saya mengakui bahawa isu kesihatan mental ini adalah satu isu yang penting.
Sememangnya juga kami di— saya ingin kongsikan juga apabila saya pergi melawat ke Hospital Taiping.
Seorang pembantu perawatan yang bertanyakan soalan tiba-tiba mengeluarkan air mata kerana merasakan berlakunya tekanan dan juga beban kerja dan akhirnya beliau mencadangkan agar pihak KKM kalau tidak dapat pun memberikan satu perks ataupun ganjaran yang besar, boleh tak untuk kita mendirikan facilities, facilities seperti taman ataupun gelanggang-gelanggang untuk mereka mengeluarkan ataupun melafazkanlah rasa rimas di dalam diri itu.
Dan juga, sememangnya penumpuan berkenaan mental health ini tidak dapat hanya dilaksanakan oleh KKM. Kita bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan juga kita ingin bekerjasama dengan kesemua agensi di bawah Kerajaan Malaysia MADANI agar kita dapat membentuk satu pasukan pegawai-pegawai yang mempunyai tahap mental yang optimum.
Dan juga kita jangan takut, kita tolak stigma berkenaan tentang mental health ini. Kita bantu, kita gunakan pusat-pusat khidmat kita untuk mengenal pasti, kita boleh kongsikan kriteria-kriteria bagaimana untuk kita membuat saringan bagi membantu pegawai-pegawai perubatan dan kita rujuk sekiranya kita mendapat simptom-simptom yang mudah dikenal pasti ini.
Ini akan memudahkan. Inilah kesihatan yang ingin kita lihatkan. Dan juga ingin satu Yang Berhormat, sedikit masa berkenaan tentang isu tentang Rakan KKM.
Sememangnya isu ini bukanlah— Rakan KKM bukanlah satu mekanisme untuk kita potong queue dengan membayar sesuatu tetapi adalah niat kita untuk mewujudkan satu perkhidmatan economic premium dan juga kita memastikan kakitangan-
Dato Lukanisman bin Awang
kakitangan kita mendapat sedikit limpahan daripada perkhidmatan dan mereka kekal di dalam perkhidmatan di bawah Kementerian Kesihatan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Dato Lukanisman bin Awang
Dan juga potong queue ini baik, lebih baik berlaku, saya sendiri pernah mengalami untuk mendapatkan perkhidmatan dengan memanggil Menteri Kesihatan sebelum-sebelum ini untuk agar dapat membantu mendapat prosedur. Adakah sesuai...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Menteri...
Dato Lukanisman bin Awang
...Kita memikirkan, kita memberikan sedikit pembiayaan menggunakan fasiliti yang kita ada tetapi dikawal selia dengan perundangan yang ketat dan juga MOF mengeluarkan peruntukan dan juga membenarkan KKM menggunakan. Bukan kita menidakkan, kita meneruskan perkhidmatan pembayaran RM1...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta jawapan sikit.
Dato Lukanisman bin Awang
...Kemasukan pakar RM5, pergigian RM2 ini ...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Minta pencelahan.
Dato Lukanisman bin Awang
...Dan juga jumlah yang besar ini, Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Menteri, minta celahan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih.
Dato Lukanisman bin Awang
Okey, masa pun dah tamat. Saya nak menyentuh Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak minta sikit saja. Saya nak minta penjelasan berkenaan dengan— sekarang ini mental— penyakit mental ini...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah, cukup Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Banyak. Jadi saya nak minta, adakah kaedah Kementerian Kesihatan sekarang ini satu kaedah untuk nak mengesan mereka yang berpenyakit mental, bipolar mental disorder ini? Sebab bipolar mental disorder ini dia tak gila sepanjang masa. Dia gila apabila dia stres dan sebagainya.
Dato Lukanisman bin Awang
Okey, Yang Berhormat...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Adakah pihak Kementerian Kesihatan ada kaedah ataupun alat yang nak mengesan bipolar mental disorder...
Dato Lukanisman bin Awang
Okey.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Ataupun mungkin dalam kita Ahli-ahli Parlimen kelihatan profesional...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Dato Lukanisman bin Awang
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Tetapi mungkin ada juga yang bipolar mental disorder ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat cukup.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Boleh tak penjelasan kaedahnya.
Dato Lukanisman bin Awang
Ya sebelum, sebelum saya merujuk— Yang Berhormat, sebelum kita membuat saringan mental kepada Ahli-ahli Parlimen, ingin saya menasihatkan juga kepada semua rakan Ahli Parlimen termasuk saya sendiri untuk memastikan kita membuat saringan kesihatan di klinik kesihatan agar kita dapat mengetahui tahap kesihatan kita. Dan seterusnya kita akan buat ke tahap kesihatan mental.
Secara keseluruhannya, Belanjawan 2026 mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan MADANI dan memperkukuhkan sistem kesihatan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat. Inisiatif-inisiatif peningkatan saraan petugas kesihatan, penambahbaikan prasarana, pendigitalan perkhidmatan, reformasi kesihatan, penjagaan kesihatan awam adalah ditekankan. KKM komited untuk memastikan setiap sen peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan diguna dengan berhemah, berimpak tinggi dan memberikan manfaat langsung kepada rakyat di seluruh pelosok negara tanpa mengira latar belakang.
Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga KKM yang berusaha berdiri di barisan hadapan sama ada di hospital, klinik mahupun di lapangan komuniti yang terus berkhidmat dengan semangat rahmah, ihsan dan juga amanah. Semoga segala usaha yang dirancangkan dan dilaksanakan ini akan memperkukuhkan sistem kesihatan negara ke arah Malaysia MADANI. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Masalah iaitu wang sejumlah
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
RM39,775,712,300 untuk Kepala B.42 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.42 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.42 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.42 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Kepala B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas adalah seperti berikut, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan Yang Berhormat Jelutong. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya sebagai pembahas pertama Belanjawan 2026, peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Saya ada empat perkara yang saya nak bangkitkan. Perkara pertama adalah di bawah Butiran 040400 — Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak
(COSS) yang berjumlah ataupun mendapat peruntukan sebanyak 930 juta, hampir 45 percent daripada keseluruhan peruntukan untuk KPDN pada tahun ini, sepertimana pada tahun-tahun yang lepas.
Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan yang melibatkan perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup memang berulang kali membicarakan perkara ini sama ada melalui perbahasan ataupun soalan. Pertama, persoalan saya berkenaan
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
dengan perkara ini kepada kerajaan adalah sama ada 930 juta itu cukup atau tidak?
Sebab saya masih ingat setiap tahun, pada awal tahun ada belanjawan tambahan untuk KPDN spesifik untuk minyak masak paket ini.
Jadi, setiap kali hampir ataupun lebih satu bilion belanjawan tambahan, jadi kali ini macam mana? Jadi, saya nak tanya sebab saya difahamkan kerajaan masih kekal dengan keputusan iaitu kuota 60,000 tan metrik setiap bulan untuk minyak masak paket itu. Cuma isu yang saya lebih concern pada kali ini adalah berkenaan dengan pelaksanaan eCOSS, gunakan aplikasi yang telah dilaksanakan.
Saya menyokong cara untuk mengelakkan ketirisan, cara ataupun pendekatan untuk menghalang warga asing dari beli. Sebab banyak tohmahan ataupun berlakulah, bukan tohmahan bahawa di pasar raya terutamanya, kalau cashier itu pekerja asing, yang dapat beli itu pekerja asing. Rakyat tempatan tak dapat beli. Ini kita tak nak dan saya cukup percaya eCOSS dengan gunakan aplikasi yang mana mengenal pasti pembeli itu rakyat Malaysia baru layak, sangat baik.
Cuma saya nak kemukakan beberapa persoalan. Kalau ada seorang warga emas, dia tak ada smartphone, macam mana dia nak beli? Dia rakyat Malaysia. Itu soalan pertama. Kedua, dia ada smartphone, dia tertinggal dekat rumah bila pergi kedai, macam mana nak beli?
Saya nak tanya pandangan ataupun ulasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti menjawab. Sebab benda yang baik cuma saya bimbang dari segi mekanisme perlaksanaannya, pendekatan itu mungkin menyulitkan segelintir dan kita tak mahu ada mana-mana segmen di kalangan rakyat Malaysia tercicir dalam hal ini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Perkara kedua yang saya nak sebutkan, Yang Berhormat Puan Pengerusi adalah di bawah Butiran 040700 – Program Pengedaran Barang Perlu, RM250 juta.
Saya nak sebut secara spesifik berkenaan dengan Ops GASAK. GASAK itu bukan gasak orang, sebenarnya Operasi Gas Memasak, tapi kebetulan bila gasak itu nampak macam kasar ataupun keras sikit. Ia dilaksanakan pada awal Mei sehingga 31 Oktober. Hari ini dah lepas 31 Oktober, dah masuk 18 November.
Yang Berhormat Menteri ketika itu pernah mengatakan bahawa tempoh enam bulan itu untuk libat urus, untuk jumpa dengan semua pemegang taruh, pemain industri yang terlibat sama ada nak menilai semula peraturan yang terlibat iaitu Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 yang dilaksanakan mulai
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
tahun 2021 iaitu penyimpanan kalau lebih tiga tong bersamaan dengan 42kg, kena ada lesen khas dan lepas itu— tapi, status quo untuk enam bulan.
Jadi, ini dah lepas 31 Oktober, belum ada pengumuman. Saya mohon kalau boleh Timbalan Menteri nanti boleh memberikan apakah status terkini. Saya tahu, sesi libat urus ini melibatkan semua pihak. Saya sendiri hadir, dua sesi. Ia sangat baik, ia sangat dihargai dan ia mendapat sambutan yang sangat baik daripada terutamanya kedai-kedai makan di seluruh negara.
Jadi, boleh tak saya mohon selagi pengumuman baru belum diumumkan, kita teruskan dengan status quo? Jangan ada penguatkuasaan kalau dia simpan lebih kecuali kalau kes mana dia tukar tong warna purple. Ha, itu memang bagi saya, jenayah. Itu yang dia gunakan untuk kes lain, tapi kalau tong biasa, kalau dia lebih, biar status quo sehingga Menteri membuat keputusan agar keadaan yang tenang ini boleh berterusan untuk seketika dan saya memang menjangkakanlah berita baik daripada Yang Berhormat Menteri apabila buat keputusan nanti.
Yang Berhormat Puan Pengerusi, minta sedikit masa tambahan. Perkara ketiga, Butiran 040600 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Seperti biasa, RM10 juta.
Saya nak sebut secara terbukalah. Kempen ini saya tak nampak dia punya kerancakan ataupun semangat itu. Saya nampak agak lesu sikit, minta maaf saya cakap. Bukan nak tuduh, tapi itu yang saya nampak sendiri. Saya harap kita boleh rancakkan perkara ini sebab ia sangat mustahak. Bila kita ada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia secara agresif, ia sebenarnya membantu PKMS kita. Ia membantu industri desa kita dan usaha ini perlu digandakan. Mungkin KPDN kena ada kerjasama dengan KUSKOP ataupun agensi lain untuk membolehkannya lebih mencapai sasaran.
Perkara terakhir yang saya nak sebutkan Puan Pengerusi adalah 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Tahun lepas, RM17 juta diperuntukkan, tahun ini turun kepada RM12 juta. Apa masalahnya? Saya sebenarnya mengharapkan MyCC diperkasakan ke peringkat yang lebih tinggi untuk memastikan satu apa kata orang, persaingan yang sihat, yang membolehkan tiada monopoli di bawah kerangka Akta Persaingan 2010. Jadi, kalau peruntukan itu berkurangan, macam mana? Saya bimbang MyCC kita tak dapat berkembang, tak dapat melaksanakan tugas seperti sedia kala.
Jadi, saya empat perkara ini sahaja yang saya nak bangkitkan. Mohon jawapan daripada kerajaan nanti. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya jemput Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Puan Pengerusi.
Hari ini, negara berdepan dengan dua masalah besar dalam pengawalseliaan barang kawalan dan subsidi yang semakin meruncing. Pertamanya, ketirisan subsidi yang kian serius. Subsidi minyak masak peket, gula, tepung dan diesel terus bocor di peringkat pengilang...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Butiran?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...pemborong, peruncit...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Butiran?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Butiran mana?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Butiran 020100, Maksud Bekalan Pembangunan 25, 020400 – Penguatkuasaan. Jadi, kita tengok keadaan ini, subsidi minyak masak peket, gula, tepung dan diesel terus bocor di peringkat pengilang, pemborong, peruncit bahkan disalah guna oleh pihak kartel dan pihak yang mengambil kesempatan atas subsidi yang disediakan kepada kumpulan sasaran.
Lebih malang, masalah ini diburukkan oleh penguatkuasaan yang lemah di mana tiada sistem digital rantaian bekalan, laporan stok yang tidak tepat dan tindakan yang hanya diambil selepas rakyat mengadu tiada bekalan. Jadi, lebih membimbangkan, kementerian masih bergantung kepada tenaga penguat kuasa yang kecil berbanding keluasan operasi seluruh negara, pemeriksaan tidak menyeluruh, pemantauan tidak konsisten dan dalam banyak keadaan, sindiket jauh lebih laju daripada kerajaan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu minta laluan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Subsidi...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Boleh? Sikit.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tak ada masa, cepat. Okey.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Seminit. Okey, terima kasih Pendang. Saya nak bangkitkan tentang pengurangan bajet untuk penguatkuasaan ini. 2025, RM44.6 dan 2026, RM42.3. Sedangkan mengikut data, bermula Januari hingga Oktober 2025, sebanyak 12,297 berlaku masalah jenayah e-dagang. Jadi, saya cadangkan, setuju tak Pendang kalau saya cadangkan supaya bajet untuk
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
penguatkuasaan ini ditingkatkan untuk mengelakkan berlaku— untuk mengatasi jenayah e-dagang ini seperti scammer? Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Masuk dalam ucapan saya.
Saya — lebih membimbangkan, kementerian masih bergantung kepada tenaga penguat kuasa yang kecil. Saya minta agar subsidi yang sepatutnya membantu B40 akhirnya ditelan kartel dengan peniaga komersial ini. Saya minta agar kementerian bersedia untuk menambah jumlah penguat kuasa kepada satu jumlah yang padan dan adil untuk penguat kuasa buat kerja. Sekurang-kurangnya, buat satu perancangan atau forecast keperluan penguat kuasa, bukan sahaja dari aspek tenaga kerja tetapi penggunaan teknologi canggih dalam memperkasakan penguatkuasaan.
Yang Berhormat Pengerusi, saya nak terus menyentuh lagi. Keduanya, harga kawalan yang tidak selari dengan kos pasaran memaksa pengeluar mengurangkan pengeluaran kerana margin terlalu rendah. Akibatnya, stok berkurang, rakyat resah dan kerajaan pula hanya mengulangi kenyataan, “Pemantauan sedang dijalankan”. Ini biasalah, ayat yang digunakan.
Puan Pengerusi, kita perlu melihat isu ketirisan ini lebih mendalam.
Penyeludupan hari ini bukan lagi berlaku semata-mata di pintu sempadan. Punca ketirisan berada di dalam negara. Rantaiannya bermula daripada siapa yang menerima subsidi, bagaimana kuota diagih dan siapa yang memanipulasi rantaian bekalan ini.
Puan Pengerusi, jika inilah bentuk penguatkuasaan, jika punca ketirisan datang dari sektor tertentu contohnya subsidi nelayan, maka kerajaan wajar melaksanakan operasi nelayan. Tahan lori putih, lori kelabu, lori hijau. Periksa dokumen, sahkan dengan pembekal dan kesan siapa ambil daripada yang layak.
Inilah bentuk penguatkuasaan menjejak punca, bukan penguatkuasaan statik menunggu di sempadan.
Dengan kekurangan kakitangan penguat kuasa, kerajaan tidak mampu menutup semua lorong tikus, tetapi jika fokus diberi kepada punca ketirisan dalam sektor kuota tertentu, barulah subsidi dapat dikawal dengan tepat dan efektif.
Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan ketirisan, tetapi memastikan subsidi disalurkan kepada mereka yang berhak sepertimana pengusaha bot nelayan, petani dan keluarga B40, bukan kepada peraih, kartel dan peniaga yang mengambil kesempatan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Pengerusi, rakyat berhak mendapat jaminan bekalan dan sistem yang berfungsi. Sudah tiba masanya kerajaan mengakui kelemahan struktur yang wujud ini, memperbetulkan secara sistematik dan berhenti memberi alasan berulang. Bila kita tegur, sila buka dengan penuh lapang dada. Jangan marah. Ini sebagai kita buat semakan dan imbang ini.
Saya ingin menyentuh mengenai kelemahan ketara dalam Skim Kestabilan Harga Minyak Masak yang masih gagal memberi jaminan bekalan dan harga yang stabil kepada rakyat walaupun ratusan juta ringgit dibelanjakan setiap tahun.
Persoalan besar di sini, ke mana hilangnya keberkesanan program ini?
Jadi, saya nak menyentuh yang terakhir. Minta sikit masa, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
30 saat.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, okey, baik. Jadi, kerajaan masih gagal menangani ketirisan subsidi yang berlaku dalam negara secara sistematik. Minyak masak peket satu kilogram sepatutnya untuk kegunaan rumah tangga, tetapi realitinya terus bocor ke restoran, industri makanan dan diseludup ke negara jiran.
Perbezaan harga yang terlalu besar antara minyak bersubsidi dan minyak pasaran menjadikan penyeludupan lebih menguntungkan daripada meniaga secara sah, tetapi mengapa masih tiada mekanisme pengesanan masa yang nyata itu berlaku? Sampai bila kerajaan mahu bergantung kepada penguatkuasaan manual yang jelas terbatas? Harga pasaran minyak sawit mentah contohnya CPO terus berubah, tetapi kerajaan kekalkan dengan harga RM2.50 seolah-olah semuanya stabil.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Apabila jurang harga subsidi semakin jauh, permintaan meningkat secara tidak realistik, bekalan terganggu dan rakyat pula disalahkan kerana panic buying sedangkan masalahnya ialah rantaian bekalan yang tidak diselesaikan, bukan masalah rakyat panik. Ketidak ketelusan pembahagian kuota kepada pengeluar, banyak aduan bahawa aduan under produce. Minyak paket bersubsidi, tetapi over produced. Minyak botol— kerana lebih untung, namun kerajaan seolah-olah menutup mata. Di mana laporan audit? Di mana ketelusan data rantaian bekalan yang dijanjikan setiap tahun?
Yang terakhir, habis dah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Puan Pengerusi, rakyat tidak minta banyak. Mereka hanya mahu minyak masak ada di rak kedai-kedai, harga yang stabil dan kerajaan yang bertindak tegas terhadap mereka yang mengeksploitasikan harga dan subsidi ini. Bukan kerajaan yang terus menjawab dengan alasan. Saya mohon penjelasan jujur bukan sekadar angka, tetapi pelan tindakan sebenar. Sekian, terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Pendang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,* salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana masih memberi peluang untuk Kangar mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Bajet RM2.1 bilion tahun 2026.
Jadi isu-isu KPDNKK tidak pernah selesai. Banyak perkara-perkara yang masih menekan rakyat. Isu kos sara hidup, ketidakstabilan harga, harga makanan, ketelusan, rantaian bekalan makanan serta integriti penguatkuasaan. Jadi, isu-isu ini bukan sekadar retorik, tetapi merupakan satu realiti bagi masyarakat sama ada di bandar ataupun di luar bandar.
Saya pergi kepada Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi, RM4.37 juta – 2025, RM5.1 juta – 2026. Jadi nampak ada sedikit pertambahan dari segi peruntukan. Jadi, Tuan Pengerusi subsidi bersasar adalah keperluan, tetapi jika pemantauan lemah maka ia nya tidak akan membantu rakyat terutamanya di masyarakat di luar bandar.
Jadi soalan saya, mengapakah isu— masih isu ketirisan minyak, isu ketirisan minyak masak paket— masih berlaku ketirisan walaupun operasi sering dijalankan?
Adakah kita perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat terutamanya di kawasan sempadan? Jadi, masalah minyak masak ini tidak pernah selesai dan kita tidak tahu bila akan selesai? Jadi, saya berharap kementerian akan lebih mantap dalam segala tindakan dalam mengekang ketirisan minyak masak ini.
Saya pergi kepada Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Fungsinya adalah untuk— kalau ikut kementerian untuk menguatkuasakan undang-undang perdagangan domestik untuk mewujudkan peniaga beretika dan melindungi pengguna. Jadi kadang-kadang pengguna ini, dia suka benda-benda— kalau makanan dia suka yang sedap tanpa melihat apakah kandungan pembuatannya.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kadang-kadang pengeluar ataupun pengilang merahsiakan kandungannya untuk bagi sedap, untuk bagi cantik mungkin dari segi bihun dia, dia ‘tak hancur ataupun dari segi makanan ataupun bawang, umpamanya bawang goreng dia nampak rangup maka dia masukkan benda-benda yang tidak sepatutnya dimakan.
Contohnya mungkin straw di masuk sekali untuk dijadikan sebagai, untuk merangupkan bawang goreng.
Jadi soalan saya, setakat manakah KPDNKK memantau kilang-kilang dan peniaga yang mengambil tindakan luar biasa bagi memastikan produk mereka kekal segar dan menarik pengguna.
Dan, seterusnya berkaitan dengan isu beras dari segi kepenggunaan. Rakyat pada hari ini sudah mula makan nasi menggunakan beras import, beras tempatan sudah habis. Walaupun ia merupakan isu bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, KPDNKK perlu memantau kehadiran beras import yang menguasai pasaran negara.
Jadi, soalan saya berkaitan dengan isu label beras dan penipuan. Apakah usaha-usaha KPDNKK untuk membanteras pengilang yang menukar label beras tempatan kepada beras import? Sebab rasanya, antara beras tempatan dengan beras import rasanya sama sahaja, cuma harganya berbeza yang amat ketara.
Tuan Pengerusi, masih lagi butiran berkaitan penguatkuasaan. Setakat manakah kejayaan kementerian menyelesaikan isu-isu berkaitan penipuan dalam talian. Semakin lama semakin bijak scammer menipu rakyat. Kementerian perlu mempunyai kaedah-kaedah terbaik untuk mengawal perniagaan dalam talian agar rakyat tidak tertipu dengan scammer. Rakyat ini kadang-kadang, kadang-kadang mereka tak dapat, tidak boleh berfikir secara pantas, mereka terikut dengan scammer. Bila dapat hadiah, dapat gift box maka mereka seronok tanpa mengetahui bahawa itu adalah datangnya dari scammer. Jadi apakah tindakan daripada kementerian untuk mengawal tingkah laku rakyat yang tidak bersedia untuk menghadapi keadaan seperti ini?
Seterusnya saya pergi kepada 040800 – Inisiatif Payung Rahmah. Pagi tadi saya dengar Timbalan Menteri ada memberitahu bahawa inisiatif ini ditambah daripada RM300 juta ke RM600 juta, kalau ikut jawapan Menteri pagi tadilah. Jadi soalan saya, setakat manakah usaha kementerian bagi memastikan rakyat di luar bandar mendapat faedah daripada program ini? Dan, setakat manakah juga golongan miskin bandar mendapat faedah terutamanya di Bandaraya Kuala Lumpur
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
sebab Kuala Lumpur ini bukan semua orang kaya, banyak penduduk yang ada kemiskinan bandar.
Dan akhir sekali, golongan peniaga jalanan, usahawan-usahawan kecil patut diberi kesempatan untuk mendapatkan inisiatif ini sekurang-kurangnya mereka akan dapat merasai keuntungan perniagaan memandangkan kos modal begitu tinggi pada hari ini. Jadi, itu sahaja untuk saya. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Puan Pengerusi kerana izinkan saya untuk turut membahas dalam perkara ini. Saya akan bangkitkan dua perkara yang berkaitan dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Pertamanya adalah Butiran 040800 – Inisiatif Payung Rahmah. Saya mengakui dan perlu memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada kerajaan kerana inisiatif telah pun banyak membantu dalam tiga perkara.
Yang pertama adalah sudah tentu menurunkan kos sara hidup rakyat secara umumnya.
Yang keduanya adalah untuk memastikan aktiviti ekonomi yang terus memastikan pertumbuhan ekonomi dalam negara kita.
Dan, ketiga adalah membuka ruang ekonomi kepada peruncit-peruncit dan pengeluar-pengeluar dalam ekosistem rantaian bekalan negara kita, tetapi dalam kita hendak memuji dan menghargai usaha ini, hari ini saya memilih untuk melihat dalam sudut daripada peruncit-peruncit mikro, sederhana dan kecil-kecilan supaya pandangan ini dapat dilihat oleh kementerian dalam menangani pemasalahan mereka.
Kita tahu dalam ketiga-tiga tujuan itu, kita boleh merealisasikan sebahagian besar objektifnya, tetapi kalau lihat kepada peruncit-peruncit yang kecil, mikro dan sederhana itu sebenarnya mereka mengalami desakan demi desakan apabila program Jualan RAHMAH ini diperlebarkan dan diperluaskan dan diberikan bajet yang berlebihan. Kalau kita lihat dia lebih kepada sudut pelaksanaannya, technical matters nya.
Kalau kita tengok pada permulaannya, kita lebih banyak ada tiga model yang dijalankan di pasar raya besar, dalam premis, peruncitan sederhana mungkin dia dibuat di tapak yang terbuka ataupun dewan orang ramai dan ketiga adalah melalui
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
kenderaan bergerak, tetapi kalau kita lihat kepada peniaga-peniaga kat pasar, peniaga-peniaga kat pasar malam dan sebagainya, saya tahu ada Program Jualan RAHMAH yang bertema untuk pasar, untuk kampus dan sebagainya dan kita harus tahu berapakah ratio yang telah pun ditetapkan oleh kementerian KPDN yang mana kita hanya fokuskan untuk numbers yang peserta-peserta premis ataupun peniaga chain store ataupun hypermarket sahaja ataupun tahun ini kita akan fokuskan kepada mereka yang bersifat kecil, sederhana dan mikro.
So, saya rasa perkara ini sangat penting sebab kita boleh libatkan lebih ramai lagi peniaga-peniaga kecil-kecilan dalam perkara ini. Dan, bukan setakat itu, tetapi kalau lihat kepada beberapa negeri yang turut menjalankan program seumpama ini contohnya di Perak, kita menjalankan usaha yang sama, yang baik, yang mulia untuk meringan kos sara hidup rakyat.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Program Yayasan Bina Upaya (YBU) kedai bergerak. Di Selangor contohnya, ada Jualan Ihsan Rahmah yang sama juga objektifnya untuk membantu rakyat, tetapi dia balik kepada perkara yang sama adalah— peruncit-peruncit, peniaga-peniaga kecil-kecilan, penjaja-penjaja itu, dia akan turut menghadapi masalah dalam perkara itu.
Kita perlu tengok balik, apabila telah pun melaksanakan program ini dalam tempoh dua tahun dan akan datang tiga tahun, kita perlu lihat dari segi kesan pelaksanaannya. Apakah impak yang boleh kita janakan, selain daripada janakan aktiviti ekonomi, angka-angkanya, tetapi turut kita kena lihat kepada beneficiary iaitu peruncit-peruncit yang kita mungkin kadang-kadang dari aspek teknikal itu kita tertinggal mereka.
Yang keduanya adalah tentang kod P.25 00800 – Kajian-kajian Perdagangan dan Kepenggunaan dan P.25 00900 – Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan.
Perkara ini mungkin bukan secara langsung berada dalam di bawah KPDN, tetapi saya merayu kerajaan supaya melihat kembali pelaksanaan MyKasih SARA.
Satu lagi inisiatif yang sungguh-sungguh baik dan sungguh mulia untuk membantu rakyat, tetapi saya juga berdiri dari sudut aspek peruncit, yang mana kita tahu ada banyak peruncit-peruncit yang sudah didaftarkan. Saya difahamkan lebih kurang tujuh hingga lapan ribu peruncitan yang telah pun berdaftar, mengambil bahagian dalam MyKasih SARA, tetapi sebab dana diluluskan oleh MOF kepada MyKasih SARA— NGO tersebut, MyKasih Foundation, tetapi dalam meluluskan
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
permohonan-permohonan kedai-kedai yang kecil sederhana mikro itu mungkin mereka mengalami masalah.
So, saya minta pihak kementerian boleh mengemukakan data itu, bagaimanakah ia nya dapat lihat, bukan setakat hanya chain store hypermarket saja yang mengambil bahagian, tetapi peruncitan yang kecil-kecilan itu turut mendapat manfaat. Dan saya mengharap perkara ini boleh diletakkan di bawah KPDN. Sebab kalau lihat kepada butiran ini, dia ada buat kajian untuk perdagangan kepenggunaan, dia ada buat penyelidikan dasar penggunaan.
Sudah tentu KPDN lebih arif dan lebih mahir dalam industri ini berbanding dengan NGO. Saya bukan ‘nak perlekehkan NGO tersebut, tetapi kalau kita boleh bagi tumpuan sepenuhnya dalam memastikan peruncit-peruncit yang kecil, sederhana, mikro ini dan program ini dia akan membawa limpahan bukan setakat kepada pengguna, ekonomi negara, tetapi kepada peruncit-peruncit kecil, sederhana dan mikro ini dapat manfaat yang semaksimumnya. Sekian saja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Puan Pengerusi, kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Kuala Krai ingin merujuk kepada butiran-butiran berikut. Pertama ialah B 030400 – Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Hari ini pengguna berdepan pelbagai isu semasa yang semakin kompleks, antaranya penipuan dalam talian yang meningkat saban bulan. Penipuan umrah dan haji serta penipuan badal haji. Syarikat e-dagang yang berlindung sebalik terma dan syarat. Kegagalan peniaga mematuhi polisi jaminan, kelewatan penghantaran serta amalan scam refund yang kian menjadi-jadi.
Walaupun TTPM menyediakan platform penyelesaian sehingga RM50,000, realitinya ramai pengguna tidak tahu, tidak diberi bantuan atau tidak mampu menghadirkan diri dengan bukti lengkap kerana wujud jurang maklumat antara pengguna dan peniaga.
Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan supaya TTPM benar-benar menjadi pelindung utama hak pengguna.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Pertama, adakah peniaga yang gagal mematuhi keputusan tribunal dalam tempoh 14 hari dikenakan penalti automatik atau disenaraihitamkan oleh kementerian? Adakah terdapat integrasi data antara TTPM, SSM dan KPDN agar rekod peniaga bermasalah dapat dikesan lebih awal? Adakah kementerian akan mewujudkan sesi pendengaran secara maya ataupun online supaya pengguna dari kawasan pedalaman tidak terbeban dengan kos perjalanan?
Isu yang kedua Yang Berhormat Pengerusi ialah B 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM930 juta bagi Program COSS untuk tahun 2026 iaitu meningkat RM14 juta berbanding tahun 2025.
Namun, adakah keperluan sebenar mencukupi, selari dengan peningkatan bilangan penduduk? Dan apakah kerajaan mempunyai perancangan dalam menangani jurang perbezaan antara jumlah yang diperuntukkan dengan keperluan sebenar rakyat Malaysia? Jika perkara ini tidak ditangani dengan sebaiknya, gangguan bekalan berpotensi berlaku, terutama di ketika musim perayaan.
Kita perlu melihat isu ketirisan subsidi yang masih menjadi rungutan rakyat dan pemain industri. Adakah laporan bahawa sebahagian minyak masak paket bersubsidi diselewengkan untuk tujuan industri atau dibawa ke luar negara? Subsidi minyak masak paket hanya untuk isi rumah, bukan untuk penggunaan peniaga, restoran besar dan sebagainya.
Bukan untuk industri makanan dan bukan untuk penyeludup, tetapi ketirisan masih berlaku kerana penguatkuasaan yang tidak tegas dan sistem pemantauan yang longgar. Apakah langkah yang akan diambil kerajaan untuk memastikan ketirisan subsidi minyak masak dapat dibendung di peringkat kilang penapis, syarikat pembungkus serta rantaiannya, termasuk peruncit?
Kerajaan tidak boleh sekadar mengumumkan bahawa subsidi diberikan, apa yang penting ialah memastikan subsidi itu benar-benar sampai kepada tangan pengguna, bukan bocor di tengah jalan.
Yang Berhormat Pengerusi, Butiran B.040600 – Kempen Beli Barangan Malaysia. KBBM adalah bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia membeli produk tempatan untuk memacu pertumbuhan ekonomi domestik, meningkatkan peluang pekerjaan dan memperkukuh ketahanan industri tempatan.
Persoalan saya ialah sejauh mana kerajaan menggunakan kempen ini bagi mempromosi produk tempatan, khususnya produk-produk melambangkan identiti
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Malaysia seperti kalau pakaian: batik, kalau makanan mungkin di Kelantan: budu.
Berapakah rekod jualan yang direkodkan pada tahun 2025?
Nyatakan strategi dan jumlah penglibatan usahawan PKS dalam program ini.
Adakah kempen ini berjaya mengurangkan kebergantungan barang import dan mampu mencipta lebih banyak pekerjaan? Bagaimana pula dengan PKS yang bergelut dengan kos bahan mentah, tetapi tiada mekanisme kawal harga atau bantuan rangkaian bekalan yang jelas?
Jika tiada apa-apa tindakan yang konkrit, saya bimbang kempen ini hanya dijadikan slogan pemasaran tahunan tanpa indikator prestasi yang boleh diukur. Bagi saya, jika kerajaan benar-benar serius mahu menjalankan kempen ini, adakah kerajaan bersedia melaksanakan beberapa langkah radikal?
Antaranya, wajibkan agensi kerajaan (GLC) menggunakan sekurang- kurangnya 70 peratus produk tempatan dalam pemberian rasmi. Berhenti memberi kontrak kepada pembekal luar jika produk setanding dengan barangan Malaysia.
Wajibkan pensijilan halal. Wajibkan pensijilan standard, SIRIM, halal, piawaian keselamatan untuk semua produk PKS yang menyertai kempen ini. Berikan geran khas untuk meningkatkan pembungkusan, R&D, rekaan dan automasi PKS.
Wujudkan mekanisme kawalan margin bagi produk tertentu supaya harga produk tempatan tidak jauh lebih mahal daripada produk import. Kurangkan caj logistik melalui subsidi pengangkutan atau zon pembekalan. Mudahkan akses pinjaman tanpa cagaran, beri insentif cukai dan sediakan pusat logistik komuniti untuk memudahkan PKS menembusi pasaran.
Butiran yang seterusnya Yang Berhormat Pengerusi ialah B 040700 – Program Pengedaran Barang Perlu. Program ini penting bagi memastikan tujuh barangan asas dapat sampai ke kawasan pedalaman, terutamanya di Sabah Sarawak, pada harga runcit yang sama seperti di bandar. Janganlah pelbagai janji diberikan di musim pilihan raya seperti ini, tetapi benar-benar janji ditepati, bukan dicapati.
Di Kuala Krai sendiri terdapat beberapa kawasan yang terlibat dengan program ini, antaranya beberapa kampung di Dabong, Pasir Kelang, Tako, Buyong dan Bahagia. Namun, kita masih mendengar aduan daripada penduduk pedalaman yang menghadapi harga jauh lebih tinggi daripada harga kawalan. Ada yang mengatakan barang tidak cukup, tidak konsisten atau sampai lewat, sedangkan kerajaan memasukkan peruntukan besar untuk tujuan ini.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Persoalannya, di mana silapnya? Kerajaan tidak boleh hanya menyalahkan geografi dan jarak, kita perlukan pembaharuan sistem, bukan alasan lama. Jadi soalan saya, apakah strategi jangka panjang kerajaan untuk memperkukuh rantaian logistik dan menurunkan kos penghantaran ke kawasan pedalaman supaya program ini tidak bergantung kepada subsidi besar setiap tahun?
Kita mahu melihat pendekatan baharu, mungkin penglibatan syarikat logistik tempatan yang lebih cekap, penggunaan teknologi pemetaan, digitalisasi, serta penghantaran atau perjanjian jangka panjang dengan pengangkut laut dan darat yang dapat mengurangkan kos.
Yang terakhir Yang Berhormat Pengerusi, B.040800 – Inisiatif Payung Rahmah. Saya inginkan beberapa kepastian di bawah butiran ini. Pertama ialah sejauh mana proses kelayakan STR dan SARA dilaksanakan sepanjang 2025? Dan adakah kerajaan berjaya mengesan golongan layak yang tercicir daripada bantuan ini? Sejauh mana gangguan teknikal sepanjang pelaksanaan MyKad SARA diatasi bagi memberi pengalaman yang selesa kepada rakyat?
Sejauh mana kerajaan memastikan senarai barang asas yang diberi menggunakan SARA adalah barangan buatan Malaysia yang benar-benar berkhasiat? Dan adakah kerajaan berhasrat untuk meningkatkan senarai barangan asas seperti beras, ayam, telur, sayur-sayuran dan buah-buahan dalam senarai barangan yang boleh diberi dalam Program SARA? Sejauh mana Program Payung RAHMAH memberi impak terhadap rakyat dan setakat 2025, adakah kerajaan telah mencapai KPI pelaksanaan Payung RAHMAH bagi setiap Parlimen?
Sejauh mana Program Payung RAHMAH melibatkan Ahli-ahli Parlimen seperti kami khususnya dan keberkesanan penglibatan tersebut? Apakah usaha pihak kerajaan bagi membantu peniaga-peniaga kecil seperti kedai runcit yang terkesan dengan adanya Jualan Rahmah dan pembelian melalui SARA?
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang terakhir, Yang Berhormat Pengerusi— akhir sekali Puan Pengerusi, saya tidak menolak usaha kerajaan untuk membantu rakyat, sebaliknya saya mahu memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan berkesan, berimpak dan telus, tetapi jika peruntukan tidak selari dengan keperluan sebenar, jika ketirisan tidak ditangani dan jika penyampaian di akar umbi gagal, maka program ini tidak akan mencapai objektifnya. Tibalah masanya kerajaan memperkukuh pemantauan, mengelak pembaziran serta memastikan dasar subsidi benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat yang paling memerlukan. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Assalamualaikum dan terima kasih kepada Pengerusi memberi ruang untuk saya berbahas dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Bagi Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Bagi Maksud Bekalan 25 di bawah butiran tersebut, saya ingin menyentuh mengenai pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2026 tempoh hari tentang kesediaan kerajaan untuk meminda Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi memasukkan elemen ‘undang-undang lemon’ ataupun lebih dikenali sebagai lemon law untuk melindungi hak pengguna khususnya melibatkan pembelian kenderaan.
Cadangan untuk mewujudkan lemon law ini bukanlah sesuatu yang baru, malah dimaklumkan juga sebelum ini bahawa kajian kebolehlaksanaan telah pun dilaksanakan bagi melaksanakan lemon law ini di samping penelitian beberapa kelemahan dalam Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang perlu diperbaiki. Justeru, persoalan saya di bawah butiran ini ialah, apakah hasil kajian kebolehlaksanaan mengenai lemon law, serta apakah kelemahan-kelemahan yang telah diteliti menerusi Akta Perlindungan Pengguna 1999 ini telah diperinci dan diperhalusi.
Selama ini, ramai pengguna terpaksa akur pada nasib kerana tiada undang- undang yang benar-benar membela mereka. Adanya berulang kali hanya untuk menghantar barangan ke pusat servis, adanya disindir sebagai pengguna cuai dan ada juga yang terpaksa membayar tambahan untuk kerosakan yang bukan berpunca daripada mereka. Ada kes yang berakhir dengan frasa, “Tiada kerosakan dikesan.” walaupun pengguna tahu barangan itu tidak berfungsi seperti sepatutnya. Akhirnya, rakyat mengalah kerana prosesnya rumit, jawapan lewat dan sistem yang melindungi pengeluar daripada pembeli.
Berkait itu juga, saya juga ingin mendapat garis masa kementerian akan membentangkan lemon law ini dan sejauh manakah kementerian dapat memastikan lemon law ini versi Malaysia yang mampu mengubah landskap hubungan yang lebih baik antara pengguna dan pengeluar di negara ini.
Bagi Butiran 040600 – Kempen Beli Barangan Malaysia. Seterusnya, di bawah butiran ini, saya ingin membentangkan mengenai pada awal tahun ini terdapat beberapa laporan media yang membangkitkan kebimbangan mengenai isu manipulasi produk yang berpotensi menjejaskan keberkesanan Kempen Beli
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Barangan Buatan Malaysia ini. Dalam laporan The Star yang bertajuk, “Made in Malaysia: Seller bombarded with ways to evade tariff” bertarikh 24 April 2025 ada mendedahkan bahawa sebahagian penjual dalam talian menerima tawaran mencurigakan daripada firma logistik luar negara untuk menyalurkan barangan import melalui Malaysia bagi tujuan mengelakkan tarif Amerika Syarikat.
Persoalan saya. Dengan isu perjanjian ART Malaysia-Amerika Syarikat ini masih menjadi pendebatan hangat, sejauh manakah pemantauan kementerian berhubung potensi wujudnya ruang manipulasi yang boleh menjejaskan integriti asal produk dalam rantaian pasaran Malaysia?
Apakah mekanisme pemantauan baru akan diperkenalkan dalam KBBM selepas ini untuk mengesan dan mencegah pembelian mengelirukan terhadap produk import? Dan bagaimanakah kementerian bercadang untuk memperkukuhkan kerjasama antara kementerian dan agensi berkaitan serta platform e-dagang untuk mengelakkan manipulasi asal produk? Saya mohon penjelasan.
Butiran 040800 – Inisiatif Payung RAHMAH. Di bawah butiran ini, saya ingin membangkitkan sedikit persoalan berkaitan PJRM ini. Pertamanya, apakah kementerian berhasrat untuk menambahkan bilangan siri pelaksanaan PJRM ini bagi tahun 2026 berbanding 20,000 siri pelaksanaan pada tahun ini?
Selain itu, saya juga berpandangan kementerian perlu meningkatkan pertambahan bilangan unit penyimpanan stok (SKU) bagi pelaksanaan PJRM ini pada masa akan datang, dan rakan strategik peruncitan juga perlu ditambah bagi menambah baik pelaksanaan inisiatif ini. Saya mohon pandangan kementerian berhubung perkara ini.
Dan, yang terakhir, saya juga mendapat beberapa maklum balas daripada masyarakat berhubung diskaun yang diterima oleh pelaksanaan PJRM ini. Diskaun yang ditetapkan sekarang pada kadar antara 10 hingga 30 peratus adalah sangat baik. Namun, saya ingin mendapat penjelasan, apakah kementerian berhasrat untuk meningkatkan kadar diskaun atau meluaskan jenis barangan yang boleh memperoleh diskaun dalam PJRM akan datang? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang untuk bahas pada petang ini.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya ingin merujuk kepada Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) berjumlah RM930 juta. Dengan peruntukan sebesar ini, saya ingin tahu sebenarnya berapa liter minyak masak telah disubsidikan oleh kerajaan setiap tahun. Paling penting sekali, saya ingin tahu, berapa ramai pengguna yang telah mendaftar dalam sistem eCOSS sejak projek rintis dilancar di Johor?
Kita semua faham isu subsidi. Apabila subsidi diberikan secara blanket, sesiapa sahaja termasuk warga asing boleh membeli barangan bersubsidi. Di sinilah berlakunya ketirisan. Selain itu, subsidi kerajaan hanya untuk kegunaan domestik, bukan komersial, tetapi realitinya, banyak perniagaan sudah terlalu biasa dengan kos operasi murah kerana subsidi. Kos murah, harga jualan pun murah. Dan apabila kos bahan mentah naik sedikit sahaja, ramai peniaga kecil terus terjejas. Ini menunjukkan bahawa kos bisnes semasa tidak mencerminkan kos sebenar. Dan keadaan ini melemahkan daya saing perniagaan kita.
Namun, dalam situasi sekarang, kita berada dalam dilema. Beri subsidi, pasaran tidak berdaya saing. Tarik subsidi, ramai pula terjejas. Justeru, saya ingin meminta Yang Berhormat Timbalan Menteri, nanti apabila gulung, menjelaskan pelan terperinci jika kerajaan berhasrat merasionalisasikan subsidi minyak masak.
Puan Pengerusi, butiran kedua yang saya ingin sentuh adalah 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi yang sejumlah RM5.13 juta. Selepas pelaksanaan subsidi diesel bersasar di Semenanjung, memang benar kita berjaya mengurangkan ketirisan, tetapi masih ada beberapa isu akar umbi yang perlu diselesaikan.
Contohnya, kontraktor dalam perladangan dan pertanian, mereka memang tidak layak menerima subsidi. Mereka tidak mahu diesel bersubsidi juga. Mereka hanya ingin membeli diesel dengan harga pasaran di stesen minyak dengan cara lebih mudah tanpa perlu memohon surat kelulusan berulang kali. Sebahagian besar kerja mereka bukan di ladang besar, tetapi di ladang kecil dan sederhana. Ladang kecil pula selalunya tiada kemudahan tangki diesel industri. Jadi, mereka perlu membawa masuk diesel setiap hari untuk menjalankan kerja.
Sekarang, jika mereka mendapat satu projek tanam semula― apa yang saya sebut adalah kontraktor yang bantu ladang buat kerja tanam semula. Jadi, apabila mereka dapat kerja dan biasanya― untuk sekarang, ya. Biasanya, kerja itu 200 ekar sekali. Kerja selesai dalam agak-agaknya tiga bulan. Paling lama, lima bulan.
Dengan dasar sedia ada, dapat projek di Kelantan, mereka perlu mohon dengan
Puan Wong Shu Qi - Kluang
KPDN di Kelantan. Lepas tiga bulan, kerja siap dan dapat kerja pula lagi di Pahang, kena mohon lagi dengan KPDN negeri Pahang. Mereka mungkin tidak kembali ke tempat sama dalam 20 tahun kerana mereka ini kerja tanam semula, tetapi masih perlu memohon surat setiap kali berpindah projek.
Jadi, di Johor, kena mohon dengan KPDN Pejabat Johor. Pergi Kelantan, mohon dekat sana. Jadi, bagi mereka, kerja memohon surat ini lebih rumit daripada kerja menanam semula sawit itu sendiri.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Justeru saya ingin tahu, bagaimanakah kementerian boleh memudahkan proses ini khususnya untuk kontraktor perladangan dan juga pertanian. Untuk makluman Timbalan Menteri yang berada dalam Dewan yang Mulia ini, majoriti mereka datang dari kawasan saya iaitu aduan itu pun aju kepada saya. Jadi, saya terpaksalah bawa suara mereka ke dalam Dewan yang mulia ini.
Butiran ketiga yang saya ingin sentuh adalah 040800 – Inisiatif Payung RAHMAH, sejumlah RM300 juta. Program Jualan RAHMAH memang membantu ramai pengguna. Terutama suri rumah dan golongan B40. Mereka suka program ini, tetapi pada masa yang sama kami menerima banyak teguran daripada peniaga kecil.
Khususnya kedai runcit dan peniaga pasar awam di pekan-pekan kecil yang rasa terjejas.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Saya dimaklumkan bahawa kementerian pernah melaksanakan Jualan RAHMAH dengan kerjasama peniaga pasar awam sedia ada. Pada pandangan saya, inilah model terbaik. Pelanggan mendapat manfaat, peniaga kecil pun terlibat sama. Justeru, saya ingin bertanya, adakah kementerian akan memperluaskan model ini supaya bukan sahaja pasar raya besar dan pemborong menerima manfaat Payung RAHMAH, tetapi juga peniaga kecil. Dengan ini saya sokong sepenuhnya inisiatif KPDN untuk membantu rakyat biasa di luar sana. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Rakyat Malaysia, orang muda apa khabar? Apa khabar kawan-kawan di Balung,
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tanjong Batu, Karambunai, Patagas, Merotai, Kunak, Sugut, Labuk, Telupid. Apa khabar semua?
Program 040900 – Program Penyelenggaraan Harga Sabah, Sarawak dan Labuan (PPHSL) telah dinaikkan daripada RM40 juta kepada RM60 juta dan program ini adalah program untuk program penyeragaman harga untuk tujuh barangan iaitu beras, gula, tepung, minyak masak, LPG, RON95 dan juga diesel, tetapi kita sedia maklum bahawa kos sara hidup sebenar orang Sabah, orang Sarawak, ditentukan oleh sayur dan ikan segar, ayam dan daging, barangan runcit biasa, barangan bayi, susu formula, barangan pembinaan, logistik, perkhidmatan, kurier dan juga e- dagang. Yang ini tak termasuk dalam penyeragaman harga.
Jadi, kita nak cadangkan di sini supaya diambil kira kos sara hidup sebenar rakyat Sabah iaitu berhubung dengan barangan, enam barangan utama yang saya sebutkan tadi. Supaya dimasukkan dalam skop program penyeragaman harga.
Termasuk yang masuk sini ialah yang lebih tepatnya ialah barang basah ya, supaya dimasukkan sekali.
Kemudian yang keduanya, kita nak laksanakan subsidi logistik kategori baharu untuk barangan harian yang bukan kawalan, tetapi kritikal.
Yang Berhormat, jadi bila kita masuk secara tetapnya kita ‘dah naikkan daripada RM40 juta kepada RM60 juta, tetapi kalau sekiranya perlu kita naikkan RM100 juta. Ini merupakan impian kami yang bertanding sekarang di Sabah sewajarnya dinaikkan. Sebab masalah Sabah sekarang ini ialah masalah logistik.
Masalah barangan daripada sini hendak ke sana, masalah logistik di darat termasuk di laut. Jadi, sekiranya dimasukkan sekali penyeragaman harga ini, barangan basah terpilih seperti yang saya sebutkan seperti ayam standard, telur dan beberapa sayur. Sudah pasti ini yang lebih baik. Jadi, orang lain menyokong. Saya menyokong dengan angka supaya dinaikkan RM100 juta untuk menolong orang- orang Sabah dan juga Sarawak.
Yang keduanya Yang Berhormat, Perdana Menteri telah sebutkan tadi tentang kenaikan ringgit. Dalam masa 14 tahun, kena ingat ini bukan tiga tahun ya, 14 tahun. Hari esok lengkaplah hari tiga tahun PMX memerintah. Hari esok ke hari ini ya, besok. Besok ya, memerintah. Yang disebut tadi 14 tahun. Duit kita telah meningkat, tetapi sekarang ini meningkat agak ketara. Kelmarin RM4.10.
Dan kita jangka mungkin dia naik sampai RM3.80 seperti yang berlaku di zaman Dato’ Sri Najib. Kalau barang kita naik, Yang Berhormat Pengerusi. Barang kita, kalau duit kita naik, bererti kita boleh beli banyak barangan. Dulu macam
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
contohnya RM1,000 kita boleh beli 1,000 barangan, tetapi RM1,000 sekarang oleh kerana duit kita kukuh, kita boleh 2,000 barangan.
Jadi, ini bermakna dengan duit yang sedikit kita beli barangan banyak.
Dengan itu, sekali gus kita boleh menurunkan harga. Harga sebenarnya dia turun sebab dengan kenaikan harga ringgit tidak mendapat apa-apa kesan, itu adalah rugi.
Jadi, kita cadangkan supaya bahagian ini melihat bagaimana kekukuhan Ringgit ini boleh menurunkan harga barang.
Kalau kita mengharapkan peniaga menurunkan harga barang, dia seperti biasalah. Sebab apa, kalau Ringgit kukuh, dia lagi banyak dapat jual barangan dengan harga yang seperti sekarang. Kalau dia jual harga seperti sekarang, dia untung berkali ganda, tapi kalau dia boleh turun ke harga barang sebab Ringgit kita dah kukuh.
Yang keduanya, persoalan Yang Berhormat. Kalau Ringgit, saya tak sempat tanya kepada PMX sebab dia pergi ke Addis Ababa tadi. Kalau sekiranya ringgit kita kukuh, barangan turut sewajarnya turun harga, tapi masalahnya kenapa pasaran sekarang saham kita longlai? Pasaran saham kita di samping jatuh longlai. Dia tidak melonjak seperti yang pernah berlaku pada masa yang lepas. Itu ialah cadangan saya yang pertama.
Yang keduanya ialah berhubung dengan B.25, 020600 – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Ini berhubung dengan ilusi persaingan atau illusion of competition. Kita tahu bahawa ini bukan benda baru. Sekarang ini lebih daripada 500 syarikat sedang disiasat atas kemungkinan mengamalkan kegiatan kartel merentasi pelbagai sektor termasuk sektor pembinaan hingga ke tender kantin.
Ini bukan benda baru Yang Berhormat. Jadi, kita nak cadangkan supaya wajibkan beneficial ownership declaration. Yang keduanya semua pembida mesti mengisytiharkan pemilik sebenar syarikat untuk mengelakkan syarikat proksi.
Yang ketiganya, senarai audit pra tender dan juga pasca tender mesti dibentangkan kepada PAC atau Jawatankuasa Khas Parlimen.
Berikutnya ialah senaraihitamkan. Kita tahu benda ini bukan berlaku sekarang, sudah lama, tapi sekarang ini agak ketara. Di mana pembida ini mempunyai hubungan yang hebat. Mungkin saudara mara ataupun pekerja mereka dan seolahnya mereka terdapat 50 penender, tapi ialah di kalangan orang yang sama, kartel yang sama.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, kalau kita hanya melihat dan ambil tindakan, dia tak selesai masalah.
Dia mesti ada satu sistem untuk membolehkan kita kontrol supaya tidak berlaku seperti yang berlaku sekarang. Di mana seorang pembida boleh menghantar begitu banyak nama. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Arau. Selanjut saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dato’ Pengerusi, terima kasih sekali lagilah. Peluang kepada Padang Rengas untuk membahaskan peruntukan KPDN khususnya di bawah Butiran B.25, 020000 – Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri dan B.25, 030000 – Pendayaupayaan Pengguna. Berikut ada beberapa isu yang ingin saya bangkitkan.
Pertama, kos sara hidup. Harga barang tidak terkawal. Di bawah Butiran 020300, saya ingin menegaskan bahawa Belanjawan 2026 masih belum menyentuh punca kenaikan harga barang asas. Di Padang Rengas, rakyat mengadu harga beras, ayam proses, telur, roti dan barang runcit terus naik walaupun kos pengangkutan dan input sudah stabil.
Salah satu kelemahan terbesar ialah penekanan kerajaan hanya di peringkat peruncit sedangkan kenaikan berlaku di peringkat pembekal dan pengilang.
Soalan saya, apakah langkah konkrit kementerian untuk mengawal harga dari peringkat huluan kerana tanpa kawalan dari sumber, harga barang mustahil turun.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Dua, kebocoran subsidi diesel dan LPG. Dato' Pengerusi, isu penyeludupan diesel dan LPG tidak pernah selesai. Setiap tahun kita dengar angka kerugian berbilion ringgit, tetapi tindakan masih tidak menampakkan impak besar. Saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah mekanisme baharu yang diperuntukkan di bawah Butiran 020100 untuk menutup ketirisan subsidi secara strategik. Jika kebocoran tidak dihentikan, beban akan terus dipindahkan kepada rakyat melalui kenaikan harga.
Ketiga, pembangunan perniagaan. Peniaga kecil dan usahawan mikro di luar bandar seperti Padang Rengas, peniaga kecil berdepan tekanan, sewa kedai naik, kos utiliti naik, pemborong monopoli barang asas, modal pusingan tidak mencukupi.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Belanjawan 2026 memperuntukkan dana di bawah Butiran 020200, namun prosedur terlalu rumit dan tidak mesra peniaga mikro. Saya cadangkan kenakan geran mikro segera RM3,000 hingga RM5,000 khusus luar bandar. Bantuan transformasi digital POS, P-O-S untuk kedai runcit dan kursus latihan praktikal bukan teori. Tanpa sokongan realistik, peniaga kecil terus terpinggir.
Keempat, penguatkuasaan harga dan anti pencatutan. Dato' Pengerusi, penguatkuasaan di bawah Butiran 020400 masih tidak seimbang. Pegawai tumpu di bandar besar, tetapi pencatutan teruk berlaku di pekan kecil seperti Sauk, Kati dan Padang Rengas. Rakyat menghadapi harga tidak dipamerkan, cas tersembunyi dan barangan keperluan dijual melebihi harga kawalan. Saya mohon KPDN menambah bilangan pegawai penguat kuasa di luar bandar di bawah Butiran 020400 ini.
Kelima, penipuan e-dagang. Dato’ Pengerusi, di bawah Butiran 020400 juga, KPDN perlu memberi tumpuan serius terhadap kes penipuan dalam talian. Rakyat hilang wang ribuan ringgit melalui platform pass-through, satu. Penjualan hilang selepas bayaran― penjual hilang selepas bayaran dan barang tidak dihantar. Saya ingin tahu, adakah Butiran 020400 menyediakan perlindungan pembeli (buyer protection) yang wajib kepada semua platform e-dagang besar? Kerajaan tidak boleh biarkan pengguna menanggung risiko sendirian.
Keenam, cadangan tambahan, Majlis Pengguna Parlimen. Saya mencadangkan penubuhan Majlis Pengguna Parlimen di setiap kawasan termasuk Padang Rengas supaya isu harga, bekalan dan pencatutan dapat dipantau secara berstruktur. Program ini boleh diletakkan di bawah Butiran 030000.
Dato’ Pengerusi, secara keseluruhannya peruntukkan dalam Belanjawan 2026 bagi KPDN masih belum cukup kukuh untuk menangani tekanan hidup rakyat.
Kerajaan perlu lebih tegas mengawal harga dari huluan, menghentikan ketirisan subsidi, memperkasakan penguatkuasaan, menyokong peniaga kecil dan melindungi pengguna digital. Sekian. Terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Dato' Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 20100. Saya hanya ingin menyentuh satu isu sahaja yang sangat penting iaitu isu subsidi gula. Menjadi sebuah kerajaan bukan sekadar kita mentadbir bajet dan menggubah dasar polisi sahaja. Ia juga menuntut satu perkara yang asas yang sangat penting iaitu dasar kita perlu konsisten.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Konsistensi antara bajet, tindakan dan matlamat jangka masa panjang.
Malangnya dalam isu konteks penggunaan gula dan subsidi gula ini, Tebrau melihat wujud percanggahan yang nyata antara niat dan tindakan kerajaan. Kita semua maklum bahawa Kerajaan MADANI meletakkan agenda masyarakat sihat sebagai salah satu teras utama pembangunan negara. Maka, tidak harianlah apabila KKM menjadi antara penerima bajet terbesar negara kedua selepas Kementerian Pendidikan.
Ini jelas menunjukkan keutamaan kerajaan dalam memelihara kesihatan rakyat. Namun persoalannya, adakah dasar-dasar kementerian lain juga bergerak seiring dalam mencapai matlamat ini? Kita lihat realiti, walaupun bajet KKM semakin meningkat setiap tahun, hospital-hospital kerajaan terus dibebani dengan pesakit terutamanya yang menghidap penyakit kronik NCD seperti diabetes, darah tinggi dan komplikasi jantung. Ini bukan satu situasi baharu, malah sudah menjadi kebiasaan.
Berdasarkan kepada data yang terkini, satu daripada setiap lima orang dewasa di Malaysia kini menghidap diabetes. Ini bermakna hampir 20 peratus rakyat dewasa dalam negara ini hidup dengan penyakit yang tidak boleh disembuhkan.
Data daripada National Health and Morbidity Survey pula menunjukkan peningkatan prevalence diabetes yang sangat membimbangkan. Daripada hanya 6.3 peratus pada tahun 1986, kini kita melonjak kepada lebih 18.3 peratus pada tahun 2019.
Dato' Pengerusi, apabila kita berbahas tentang isu diabetes, kita tidak boleh lari daripada menyentuh pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia secara purata mengambil antara tujuh hingga 17 sudu gula teh gula sehari. Jauh melebihi saranan WHO yang hanya menyarankan pengambilan tidak melebihi enam sudu teh sehari saja. Jika dikira secara kasar, ini bermakna setiap rakyat Malaysia boleh consume lebih daripada 40 kilogram gula setahun per kapita.
Saya hanya ‘nak menyebut kos untuk kita merawat diabetes ini adalah sangat tinggi dan kita nampak kos mungkin boleh melari kepada beribu-ribu setahun untuk setiap pesakit. Namun, pada masa yang sama, dalam belanjawan tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan RM500 juta setahun untuk subsidi gula. Satu jumlah yang besar yang ironinya digunakan untuk subsidi bahan utama yang menjadi punca utama kepada krisis kesihatan negara.
Dato’ Pengerusi, saya ingin bertanya kepada Dewan yang mulia ini, kepada Menteri, di manakah konsistensi polisi kerajaan? Di satu tangan, kerajaan melancarkan pelbagai inisiatif kesihatan seperti di Parlimen sendiri, dulu kita lancar
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
hari Rabu tanpa gula. Kerajaan telah menaikkan excise duty untuk minuman bergula dua kali dalam tiga tahun. Kita pernah melancarkan War on Sugar, namun di satu tangan lagi, kerajaan masih lagi menyuntik beratusan juta ringgit bagi mengekalkan harga gula di pasaran...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tebrau, Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Ya?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Ampang.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sekejap. Boleh, boleh Ampang.
Cepat sikit.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Okey. Saya hanya ‘nak menambah, saya suka sangat saranan daripada Tebrau sebab tadi pun saya menyentuh di dalam Kementerian Kesihatan tadi. Apa kata kalau bukan sekadar kita revise balik subsidi gula, tetapi kita juga mengehadkan tidak boleh dibeli barang- barangan yang gulanya tinggi melebih empat persen daripada penyumbang yang mempunyai STR ataupun SARA itu dan juga dielakkan langsung untuk membenarkan mereka membeli gula ya sebagai barangan yang diberi di bawah kos STR tadi.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Saya cukup setuju dengan pandangan Ampang. Saya mohon dimasukkan dalam teks ucapan saya.
Maka saya berpandangan, sudahlah tiba masa untuk kita berani membuat satu keputusan berasaskan data dan bukti dan bukan semata-mata demi populariti politik. Malaysian Medical Association (MMA) sendiri telah mencadangkan agar subsidi gula dikurangkan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun supaya rakyat dan industri dapat menyesuaikan diri secara bertanggungjawab. Bagi saya, kalau boleh kita boleh terus, kita berhenti subsidi gula ini demi kesihatan rakyat, tetapi kalaulah cara MMA yang itu adalah lebih sesuai untuk kita cuba kontrol harga barang, saya rasa saya boleh sokong cadangan daripada MMA.
Saya cadangkan supaya peruntukan subsidi ini mula kita kurangkan dari tahunan-tahunan dan kita salurkan kepada kempen-kempen kesedaran dalam pendidikan dan juga kesihatan untuk membantu membina satu generasi yang lebih berdaya. Pepatah lama kita kata, prevention is better than cure. Saya harap kementerian boleh terimalah cadangan saya supaya kita buat sesuatu sebelum terlewat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Akhir sekali, saya juga ingin menyentuh satu fenomena, satu isu yang agak saya rasa pelik dan membingungkan ya. Dato' Pengerusi, dalam satu laporan Malaysiakini pada 14 November 2024.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Dilaporkan kerajaan memperuntukkan sehingga RM500 juta setahun untuk subsidi gula. Kononnya untuk menampung kerugian pengilang disebabkan kos yang meningkat. Namun, apa yang lebih mengejutkan dalam laporan ini, dilaporkan terdapat syarikat tempatan yang mampu menjual gula pada harga lebih rendah tanpa sebarang subsidi malah, masih boleh dapat keuntungan.
Saya dimaklumkan dalam Program Jualan RAHMAH, beberapa syarikat tempatan boleh menjual gula pada harga RM2.70 sekilogram sedangkan harga kawalan subsidi kerajaan ialah RM2.85 dan harga pasaran sebenar dengan penambahan RM1.00 subsidi menjadikan harga gula RM3.85 sebenarnya untuk pengilang.
Maka, pertanyaan saya— kalau ada syarikat yang mampu jual murah tanpa bantuan kerajaan, kenapa KPDN masih mahu menanggung subsidi yang begitu besar RM500 juta untuk syarikat lain? Padahal, terbukti ada orang boleh jual RM2.70, tetapi sekarang hanya had di Jualan RAHMAH sahaja. Yang lebih mengejutkan lagi, laporan ini dikata sumber KPDN juga tanya mengapa benda ‘ni tengah berlaku?
Adakah KPDN sedang melindungi pengguna atau sebenarnya sedang melindungi kepentingan pihak tertentu dalam industri ini? Saya harap kementerian boleh memberi saya satu penjelasan supaya rakyat di luar tidak keliru.
Akhir sekali Tuan, Dato’ Pengerusi, kita tidak boleh dalam masa yang sama melaungkan slogan ‘Malaysia Sihat’, tetapi terus membelanjakan RM500 juta setahun untuk subsidi bahan yang menyumbang kepada penyakit. Saya bukan suruh rakyat Malaysia kita berhenti makan gula, tapi kita kena belajar untuk adjust gaya hidup, lifestyle kita, supaya kita boleh semua hidup dengan lebih sihat dan lebih sejahtera. Sekian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Selanjut, saya mempersilakan Yang Berhormat Parit.
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Dato’ Pengerusi mengizinkan saya untuk menyertai perbahasan jawatankuasa bagi Belanjawan 2026 bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
Merujuk kepada Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Isu harga barang naik semakin mendesak rakyat. Walaupun kementerian telah memperuntukkan lebih RM5 juta bagi aktiviti pengawalseliaan pada tahun 2026, realitinya kenaikan harga minyak masak, beras, tepung gandum dan ayam masih berlaku di peringkat pengguna di sesetengah tempat.
Soalan saya, apakah punca utama peningkatan harga barang kawalan sedangkan ia nya berada di bawah sistem kawal selia kementerian? Adakah berlaku ketirisan dalam pelesenan atau kuota barang kawalan sehingga memberi kesan kepada barang pasaran?
Adakah jumlah pegawai dan mekanisme pemantauan sedia ada mencukupi untuk memastikan diesel, petrol dan petrol bersubsidi tidak diselewengkan sehingga mencetuskan kesan rantaian kepada kos logistik dan harga makanan? Apakah strategi baharu kementerian bagi mengurangkan kebergantungan kepada pendekatan reaktif dan beralih kepada model pemantauan data masa nyata untuk harga barang kawalan?
Merujuk kepada Perkara 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan. Dengan kos sara hidup yang tinggi, rakyat bergelut untuk membeli barang asas. Kenaikan harga barang basah, tarif utiliti tertentu dan sewaan rumah semakin menekan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.
Kementerian memperuntukkan RM3,585,200 untuk aktiviti kos sara hidup dan pendidikan pada tahun 2026. Soalan saya, sejauh manakah keberkesanan pangkalan data harga barang yang KPDN kumpul setiap hari dalam membantu membuat keputusan dasar secara lebih awal sebelum berlakunya kenaikan harga mendadak? Adakah kementerian mempertimbangkan untuk mewujudkan harga rujukan kebangsaan bagi barang asas supaya pengguna mempunyai maklumat yang jelas tentang harga yang sepatutnya ya.
Jadi, saya dengan ini mencadangkan diwujudkan harga rujukan kebangsaan supaya rakyat pedalaman di Parit boleh tahu harga bagi barang-barang asas ya.
Begitu juga rakyat di Balung, Sabah sana pun boleh tahu apa dia harga bagi barang- barang asas ya. Tidak hanya kepada minyak masak, gula juga kepada barang- barang lainnya yang bila mereka tak tahu harga sebenar menyebabkan senang berlakunya penipuan.
Ketiga, apakah program konkrit untuk membantu kawasan luar bandar seperti kawasan saya, ada juga yang pedalaman begitu juga di Sabah dan di negeri- negeri Pantai Timur yang sering mengalami harga barangan asas lebih tinggi
Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit
berbanding bandar. Program Pengedaran Barang Perlu yang berjumlah RM250 juta pada 2026 amat kritikal. Saya ingin tahu sama ada terdapat KPI khusus untuk memastikan program ini benar-benar mengurangkan jurang harga bagi bandar dan luar bandar.
Merujuk kepada perkara 020400 – Penguatkuasaan. Dengan peruntukan lebih RM42 juta untuk penguatkuasaan, ia menjadi tunjang kepada kestabilan harga barang. Persoalan utama, adakah jumlah penguatkuasaan dan pegawai pemantau harga (PPH) mencukupi untuk meliputi seluruh negara termasuk kawasan pedalaman dan sempadan?
Adakah kementerian telah meningkatkan penggunaan teknologi seperti AI atau sistem pemantauan digital bagi mengesan manipulasi harga secara automatik?
Bagaimana KPDN menangani isu peniaga yang menaikkan harga atas alasan kononnya berlakunya kenaikan pada kos borong? Adakah siasatan rantaian bekalan dilakukan secara menyeluruh atau hanya di peringkat peruncit?
Isu penipuan dalam talian juga semakin kritikal Dato’ Pengerusi. Apakah strategi rentas kementerian yang dilakukan bersama Kementerian Komunikasi dan PRDM untuk membendung skim penipuan perdagangan secara digital.
Merujuk pada perkara 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga
(PPH), pegawai pemantauan harga dengan peruntukan RM41 juta setahun tanpa perubahan sejak beberapa tahun. Saya ingin bertanya berapakah bilangan PPH yang aktif 2026? Adakah mereka hanya berfungsi sebagai pelapor sahaja atau mempunyai kuasa penguatkuasaan? Adakah terdapat cadangan untuk menjadikan PPH sebagai pegawai tetap dan bukan sebagai bersifat kontrak sebagaimana sebelum-sebelum ini?
Rakyat sedar di mana PPH telah melaksanakan tugas, tetapi kesan harga turun amatlah terhad walaupun wujudnya pegawai-pegawai ini. Kementerian perlu memperincikan bentuk keberhasilan yang boleh diukur. Sekian, terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Dipersilakan Yang Berhormat Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Saya ingin memfokuskan kepada dua perkara utama iaitu hal ehwal kos sara hidup dan penyelidikan dan juga inisiatif Payung RAHMAH. Butiran 020300 – Bahagian Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan menerima RM3.58 juta pada tahun 2026. Naik sedikit berbanding dengan RM3.48 juta tahun sebelumnya.
Walaupun jumlah ini kelihatan munasabah, kita perlu bertanya. Apakah peruntukan ini benar-benar diterjemahkan kepada sistem pengumpulan data harga yang mampu mengesan manipulasi pasaran secara tepat waktunya.
Gangguan kenaikan harga barang berlaku hampir setiap minggu. Namun, dapatan daripada plan data raya kementerian masih kabur. Tiada gambaran jelas bagaimana data yang dikumpulkan digunakan untuk tindakan polisi secara nyata, bukan hanya sekadar laporan.
Saya berharap kementerian dapat membentangkan senarai penyelidikan atau dapatan rasmi yang telah digunakan sebagai asas kepada sebarang intervensi harga dalam dua tahun kebelakangan ini. Tanpa ketulusan ini, kita sukar untuk menilai sama ada peruntukan tersebut benar-benar berkesan.
Saya ingin menarik perhatian kepada suatu lagi perkara yang membimbangkan.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Peruntukan kepada bahagian penguatkuasaan menurun daripada RM44.69 juta tahun 2025 kepada RM42.30 juta, tahun 2026. Ini menimbulkan persoalan besar ketika rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang. Mengapa kapasiti penguatkuasaan pula dikurangkan? Dalam keadaan inflasi makanan yang kekal tinggi, penguatkuasaan harga sepatutnya diperhebatkan bukan dipotong.
Pengurangan ini boleh memberi kesan terhadap bilangan operasi pemeriksaan harian, tindakan terhadap peniaga yang melampau serta keupayaan memantau rantaian bekalan. Kita tidak mahu kementerian terpaksa bergantung pada operasi bermusim sahaja seperti Hari Raya Aidilfitri atau Tahun Baru Cina dan sebagainya. Sementara masalah sebenar berlaku sepanjang tahun, setiap masa yang membebankan kehidupan rakyat.
Butiran 040800 – Inisiatif Payung RAHMAH, peruntukan sebanyak RM300 juta dikekalkan. Daripada jumlah itu, RM293 juta adalah pemberian langsung. Ini menunjukkan model intervensi kementerian masih sangat bergantung kepada kes
Tuan Hassan bin Saad - Baling
transfer dan subsidi harga jangka pendek. Persoalannya, apakah Payung RAHMAH benar-benar menurun kos sara hidup atau sekadar mengurangkan tekanan untuk sementara waktu?
Kementerian perlu membentangkan indikator keberkesanan yang jelas misalnya pengurangan harga runcit barangan tertentu dalam tempoh tertentu, peningkatan kuasa beli golongan rentan atau penurunan kebergantungan kepada program bantuan tunai.
Adalah diharapkan supaya apa yang telah dirancang ini akan berjalan dengan baik. Kita perlu tahu bagaimana kementerian memastikan RM293 juta yang diagihkan tidak bocor kepada pihak tengah. Adakah audit bebas dilakukan bagi memantau keberkesanan dan ketelusan pelaksanaan ini?
Akhir sekali Tuan Pengerusi, besok adalah 19 hari bulan 11, bermakna sudah genap tiga tahun kita dipilih oleh rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen. Dalam tiga tahun itu jugalah kami daripada pihak pembangkang— tidak dinafikan peruntukan untuk dibelanjakan kepada rakyat. Ada di kalangan kami terpaksa menjual ikan, menjual daging dan sebagainya untuk mencari modal tambahan membantu rakyat.
Sedangkan di sebelah sana bersenang lenang dengan peruntukan yang diberikan.
Inilah nasib yang menimpa ahli pembangkang dewasa ini.
Saya ingin memberi satu peringatan, firman Allah SWT [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Buatlah kamu, hukumlah kamu selagi mana kamu ada kuasa tapi kamu kena ingat bahawa kamu berkuasa hanya di dunia ini sahaja.” Terima kasih.
[Dewan tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Baling. Selanjutnya saya mempersila Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dato' Pengerusi, terima kasih kerana memberikan kebenaran, kesempatan bagi Sri Gading membahaskan dalam Jawatankuasa berkaitan dengan peruntukan yang telah diberikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Butiran 040800 – Inisiatif Payung RAHMAH. Di mana dalam Payung RAHMAH ini terdapat beberapa program yang telah diasaskan iaitu Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH, Bakul RAHMAH dan Kafe RAHMAH.
Persoalan daripada Sri Gading, bahwa sekarang ini seolah-olahnya tidak nampak lagi Program Menu RAHMAH yang mana menu RAHMAH ini suatu ketika
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
dahulu jualan untuk makan tengah hari ataupun sarapan ataupun makan petang sekitar RM5. Sekarang ini seolah-olahnya macam tak wujud ataupun tak ada lagi.
Jadi, Sri Gading ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri, bagaimanakah program ini diteruskan lagi ataupun tidak? Kerana ia sangat membantu kepada buruh dan pekerja yang berpendapatan rendah. Begitu juga kepada mahasiswa yang tinggal di universiti, kerana setakat yang kita tahu pada dahulunya program ini sangat bermakna kepada golongan yang terlibat.
Dato' Pengerusi, kita dapat melihat bahawa pada tahun lepas peruntukannya RM300 juta dan pada tahun ini dan tahun depan RM300 juta, tapi pada tahun ini ditambahkan RM300 juta lagi hasil daripada pengumuman khas Perdana Menteri dengan penjimatan-penjimatan hasil daripada penarikan subsidi ataupun dibuatkan subsidi sasaran. Dan, ini memberikan peluang kepada rakyat walaupun mungkin secara tidak berpanjangan, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan daripada bebanan belanjawan, belanja rakyat khususnya di kalangan B40.
Jadi, saya mengharapkan, Sri Gading mengharapkan bahawa Payung RAHMAH ini perlulah diperkasakan dan diperluaskan lagi bukan saja kepada bentuk makanan, tetapi juga kepada bentuk pembinaan rumah, peralatan apa ‘ni— khususnya pembinaan rumah kerana kos pembinaan rumah pada hari ini pun semakin meningkat, semakin tinggi.
Bagaimana tentang program kalau boleh dianggapkan, diletakkan kepada simen RAHMAH sebab simen ini asas kepada pembinaan sebuah rumah. Jadi, kalau andai kata boleh dimasukkan dalam kos pembaikan berkaitan dengan pembinaan rumah ini, saya lebih yakin dan percaya ia nya sangat membantu kepada rakyat untuk membina rumah.
Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Di mana peruntukan ini dinaikkan daripada RM4.3 juta kepada RM5.1 juta. Dan, ini adalah, merupakan penggunaan subsidi menyiasat, menyiasat pola penggunaan subsidi petrol BUDI95. Di mana dalam satu isu di kawasan sempadan di mana dapat dikesan pemegang lesen motosikal, tetapi telah menggunakan keseluruhan peruntukan iaitu ‘RM300 juta’, sedangkan dia guna motor. Jadi apakah kesan yang dapat, yang dapat dikesan ini bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Adakah pembelian seumpama ini, yang mencurigakan ini dia berlaku juga ketirisan ataupun dia mencuri untuk dijual ke sempadan?
Jadi, ini satu perkara yang perlu dilihat supaya mana-mana mereka yang menggunakan lesen ataupun kenderaan bermotor, motosikal sahaja, tetapi
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
penggunaan minyaknya melampaui daripada peruntukan yang telah disediakan.
Apakah tindakan dan apakah yang perlu diambil kepada mereka yang telah dikesan menggunakan kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak munasabah ini.
Yang seterusnya, Butiran 040400 – Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS). Kita sedia maklum bahawa program sepertimana yang telah disebut oleh ramai rakan-rakan daripada— sebagai contohnya Rasah, tak silap tadi ada sebut berkaitan dengan penggunaan mekanisme minyak masak ini.
Peruntukan daripada RM 916 juta kepada RM930 juta. Ini adalah merupakan satu peruntukan yang besar dan kita sedia maklum bahawa kadang-kadang suatu masa dulu nak pergi kedai pun tak dapat sedangkan benda itu sepatutnya ada, ke manakah pergi? Dan, ada tangkapan-tangkapan menyatakan bahawa mereka menggantikan daripada subsidi itu masuk ke dalam botol dan apakah tindakan mereka yang buat penyelewengan ini?
Apa tindakan yang telah diambil? Tolong berikan maklumat ini kepada rakyat supaya mereka tahu dan mereka boleh berikan kerjasama kepada mereka yang tidak jujur dalam urusan yang telah diberikan subsidi, tetapi dia tukar kepada botol.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Jadi, ini antara perkara yang penting sebab kita lebih mengutamakan untuk membantu rakyat yang berada dalam keadaan memerlukan, terutamanya mereka golongan B40. Kami— Sri Gading menyokong belanjawan ini. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Dipersilakan Yang Berhormat Kuantan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Yang pertama, saya ingin terus menyentuh Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Merujuk Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada Julai lepas, masih banyak kelompongan dan kelemahan yang perlu diperbaiki berkaitan pengurusan minyak masak bersubsidi.
Jadi, kuota 60,000 metrik tan sebulan tidak mencukupi dan ia nya tidak berdasarkan kajian yang terkini. Situasinya di mana apabila pada waktu pagi, letak sahaja di pasar raya— di pasar raya, letak pada waktu pagi, tidak sampai petang, tengah hari dah habis dia punya kuota itu. Ini adalah rungutan daripada rakyat di
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
bawah sana. Ini di kawasan saya sebutkan ini dalam situasinya di kawasan bandar yang ada pasar-pasar raya besar.
Bagi kawasan kampung pula, memang stok tak cukup dan tiada. Ada juga kedai-kedai di kawasan kampung tiada stok langsung. Saya berhenti kepada beberapa kedai runcit di kampung, saya tanya, “Ada minyak masak tak?” Dia kata, “Tak ada”. Jadi, inilah situasi-situasi rakyat kita di kawasan perkampungan.
Jadi soalan saya, adakah kerajaan akan melaksanakan kajian secara terperinci, jumlah penggunaan sebenar dan seterusnya, meningkatkan kuota bulanan berdasarkan dapatan kajian tersebut. Ditambah pula dalam situasi ketika ini, rakyat tempatan perlu berebut dengan warga asing tentang siapa yang nak dapat beli stok ini dulu.
Jadi, kita tak ada halangan kepada warga asing untuk membeli. Jadi, rakyat dan juga warga asing berebut dengan kuota yang sama. Jadi, laporan audit juga mendedahkan purata pengeluaran sekitar 82.6 peratus, sedangkan sasaran yang ditetapkan adalah 90 peratus. Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan sasaran ini tidak tercapai? Jadi, apakah langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan pengilang mematuhi komitmen pengeluaran?
Yang keduanya, saya ingin menyentuh tentang pelaksanaan Program Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Antara syarat utama kelayakan bagi mendapatkan manfaat ini ialah kenderaan ini mestilah berdaftar secara sah dan mempunyai cukai jalan yang masih berkuat kuasa. Namun begitu, saya menerima beberapa aduan daripada pemilik syarikat kecil dan sederhana yang mengoperasikan kenderaan perdagangan. Mereka menyatakan wujud ketidakaturan dalam pelaksanaan SKDS di lapangan.
Sebagai contoh, terdapat kes di mana pemilik lori tidak layak menerima subsidi diesel hanya kerana gagal memperbaharui cukai jalan sebelum 28 hari bulan setiap bulan. Jadi, akibat pada bulan berikutnya, mereka tak dapat harga subsidi selama sebulan. Maksudnya, dia tidak dapat pada bulan depan.
Kenderaan perdagangan biasanya perlu hantar pemeriksaan setiap enam bulan. Jadi, saya berikan contoh. Contoh dia, cukai jalan tamat tempoh pada 25 hari bulan. Contohnya, 25 Oktober. Jadi, pada 23 Oktober ini tadi, pemilik ini hantar untuk pemeriksaan. Apabila ada perkara yang tidak lulus specs dia, maka dia kena baiki dan juga ambil masa.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Jika banyak perkara itu, dia kena ambil masa lagi beberapa hari. Contohnya, dalam masa tiga, empat hari lah. Jadi, melebihi daripada 28 hari bulan iaitu contohnya, 1 November baru siap dibaiki dan dia juga baru boleh renew roadtax. Jadi, selepas pada tarikh 28 hari bulan iaitu 1 hari bulan ini tadi, kesan dia pada bulan November, dia tak dapat subsidi. Tak dapat harga subsidi. Hal ini secara langsung menambah beban kos operasi, khususnya kepada pengusaha kecil yang bergantung kepada pendapatan harian.
Persoalannya, adakah benar aduan serta rungutan yang telah saya terima ini? Apakah rasional penetapan tempoh sebulan bagi menunggu kelayakan subsidi dipulihkan semula setelah pembaharuan cukai yang dilakukan? Jadi, kelewatan kemas kini sistem dan kekangan birokrasi ini telah menyebabkan sebahagian pengusaha menanggung atau menghentikan operasi sementara.
Jadi, saya ingin mencadang kepada kementerian agar penyelarasan data dikemas kini secara masa nyata ataupun real time antara JPJ, syarikat insurans dan sistem SKDS supaya pembaharuan cukai jalan atau insurans dapat dikemas kini serta-merta. Contohnya, jika perbaharui cukai jalan pada 10 hari bulan, mereka dah boleh harga subsidi terus pada hari yang sama.
Seterusnya, Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Sebanyak 140 kes penipuan logo dan sijil halal dikesan sejak 2022 hingga Oktober 2024. Bagi tahun 2024 sahaja, 56 kes direkodkan dengan nilai rampasan sekitar RM1.8 juta. Data ini menunjukkan kes penipuan logo dan sijil halal banyak dan terus berlaku.
Bagi Muslim, isu halal adalah perkara penting dan sensitif. Jadi persoalan dia, adakah mekanisme kawalan dan pemantauan tidak berkesan? Mekanisme sedia ini adakah tidak berkesan? Saya ingin tahu, berapakah kadar minimum denda dan penalti bagi kesalahan pemalsuan logo dan sijil halal? Adakah kerajaan berhasrat untuk naikkan lagi kadar minimum penalti tersebut?
Berapakah syarikat yang telah dikenakan penalti sejak lima tahun terakhir?
Kerajaan perlu bertindak lebih tegas kepada kesalahan dalam isu ini. Saya mencadang agar lesen perniagaan syarikat turut digantung jika kesalahan berulang dilakukan oleh syarikat yang sama.
Di sini juga saya ingin bertanya, kenapa sering kali penguatkuasaan dilakukan syarikat yang terlibat dengan pemalsuan sijil halal dan sijil halal ditarik balik ini tidak disebut secara umum? Rakyat terpaksa Google cari syarikat mana yang terlibat jika ada berita sebegini. Sepatutnya ia perlu diuar-uarkan agar rakyat tidak membeli lagi dari pengilang tersebut dan juga menjadi pengajaran kepada mana-
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
mana pengilang yang berhasrat untuk melakukannya juga. Saya mahu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Akhirnya, Butiran 040000 – Program Khusus, sub Butiran 040300 – Emolumen Pegawai Pemantau Harga (PPH). Saya ingin bertanya berkaitan skuad pemantau harga. Apakah status terkini mereka? Mereka ini sudah 17 tahun berkhidmat kepada kerajaan, akan menjadi — mereka dah 17 tahun berkhidmat kepada kerajaan dan mereka lagi masih dalam contract for service. Banyak perkara belum selesai bagi mereka.
Mereka tiada kenaikan gaji sejak 2015, tiada caruman KWSP oleh majikan secara konsisten, tiada rekod dalam HRMIS JPA, sistem PERKESO yang tidak sewajarnya dan sekarang ini dikatakan PPH akan dimansuhkan skim CFS dan ditukarkan kepada skim MySTEP pula yang dikatakan tidak memihak kepada PPH.
Jadi, setakat ini hanya badan seperti CUEPACS dan Yayasan Pengguna Negara Malaysia sahaja yang bersuara kepada pihak kerajaan untuk kebajikan mereka. Jadi soalan saya, adakah benar apa nama, persoalan-persoalan ini?
Saya juga faham jika kerajaan tidak mahu membuka semula perjawatan ini.
Adakah kerajaan bercadang agar 900 pegawai ini diserap ke perjawatan tetap agar mereka mendapat manfaat yang sewajarnya seperti penjawat awam yang lain?
Apabila tamat tempoh mereka bersara, boleh lah dihapuskan sahaja perjawatan ini.
Mereka dah 17 tahun berkhidmat. Jadi, masih ada komitmen-komitmen dan tanggungjawab yang mereka perlu laksanakan. Jadi, mohon respons daripada pihak Menteri. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Dato’ Pengerusi, terima kasih kerana memberi ruang untuk saya turut serta dalam perbahasan di bawah Maksud 25 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Dalam kesempatan ini, saya ingin menarik perhatian kepada Program Jualan RAHMAH yang telah menjadi salah satu instrumen terpenting kerajaan dalam menangani tekanan kos sara hidup yang sedang menghimpit rakyat, khususnya golongan B40 dan M40.
Butiran 010200 – Dasar dan Perancangan Strategik. Program RAHMAH bukan sekadar usaha kerajaan menyediakan barangan pada harga yang mampu
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
milik. Ia telah berkembang menjadi tulang belakang kepada seluruh rangka intervensi kos sara hidup negara.
Melalui Jualan RAHMAH dan Payung RAHMAH, rakyat diberikan ruang berbelanja dengan lebih lega walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Intervensi ini telah memastikan barangan asas seperti beras, minyak masak, ayam, ikan, sayur-sayuran dan pelbagai keperluan harian dapat ditawarkan pada harga yang berpatutan. Saya difahamkan dalam lingkungan 20 peratus hingga 25 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Ini sekali gus meringankan beban harian isi rumah.
Dato’ Pengerusi, peluasan Jualan RAHMAH ke seluruh kawasan DUN merupakan langkah yang sangat penting bagi memastikan keberhasilan program terasa secara menyeluruh dan rakyat bandar, di kawasan pinggir bandar dan luar bandar harus diberi akses yang seimbang terhadap program ini.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Di Parlimen Batu Gajah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Gajah telah memainkan peranan proaktif dengan mengatur program ini secara konsisten selaras dengan semangat Malaysia MADANI. Berdasarkan peruntukan KPDN, sehingga enam Jualan RAHMAH dapat ditempah setiap bulan. Sehingga bulan November, sebanyak 66 program berjaya dilaksanakan dengan enam lagi dijadualkan pada bulan Disember. Pusat Khidmat Parlimen Batu Gajah juga sentiasa menganjurkan Jualan RAHMAH berskala besar semasa musim perayaan bagi memastikan manfaatnya dirasai secara inklusif oleh semua kaum tanpa mengira latar belakang.
Dalam konteks pelaksanaan, peranan KPDN amat besar sebagai peneraju intervensi harga dan pengawal selia pasaran. Pemantauan harga secara berkala, tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan, penyelarasan rantaian bekalan serta kerjasama rapat dengan pemborong, peruncit dan pasar raya, semuanya adalah pemacu penting bagi memastikan kestabilan harga dan kecukupan bekalan.
Namun begitu, Dato' Pengerusi, terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan Jualan RAHMAH yang wajar diberi perhatian segera. Antaranya ialah ketidakkonsistenan jadual dan lokasi, set barangan yang tidak seragam antara kawasan, masalah bekalan yang cepat habis akibat permintaan tinggi, isu logistik seperti kelewatan lori atau lokasi yang sempit. Kelemahan-kelemahan ini perlu ditangani kerana RAHMAH kini merupakan nadi utama rakyat dalam mendepani kos sara hidup.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Oleh itu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh mengukuhkan keberkesanan program ini.
Pertama, jadual Jualan RAHMAH perlu diumumkan lebih awal dan disusun secara tetap agar rakyat dapat merancang pembelian mereka.
Kedua, kategori barangan wajar diperluaskan untuk merangkumi susu bayi, makanan kering, sayur-sayuran segar dan produk tempatan.
Ketiga, rantaian bekalan perlu diperkukuhkan melalui kerjasama lebih strategik antara KPDN, FAMA, LKIM, LPP dan pemborong besar bagi menjamin kecukupan stok.
Keempat, pusat khidmat Parlimen dan juga DUN harus diberi ruang mencadangkan lokasi terbaik supaya akses rakyat lebih teratur dan dekat.
Kelima, kerajaan boleh mempertimbangkan sistem kupon atau digital seperti QR code bagi mengelakkan pembelian pukal oleh pihak tertentu yang berpotensi menjual semula barangan tersebut.
Akhir sekali, koperasi komuniti, KRT, JPKK dan usahawan tempatan wajar dijadikan rakan pelaksana bagi memastikan operasi lebih cekap dan telus.
Dato' Pengerusi, RAHMAH kekal sebagai nadi utama kerajaan dalam usaha menangani cabaran kos sara hidup. Dengan peluasan pelaksanaan ke seluruh DUN, komitmen penguatkuasaan dan pemantauan oleh KPDN serta sokongan berstruktur melalui Butiran 040800 – Inisiatif Payung RAHMAH, saya yakin program ini akan terus memberi manfaat nyata kepada rakyat sepanjang tahun.
Dengan ini, saya menyokong sepenuhnya peruntukan di bawah Maksud 25 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Gajah. Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih kepada Dato' Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim.
Saya mulakan dengan Butiran 020400 – Penguatkuasaan. Saya nak memfokuskan kepada Sabah, negeri yang kaya dengan khazanah alam, lautan yang penuh rezeki, hutan megah dan manusia yang berhati mulia. Namun, di sebalik keindahan ini, ada kisah yang jarang didengari, yang jarang disuarakan ataupun
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
disuarakan tetapi perlahan nadanya kerana kepenatan hidup telah menekan suara rakyatnya.
Kos sara hidup di Sabah bukan sekadar angka dalam laporan rasmi, bukan sekadar statistik ekonomi yang dibentangkan di dewan berhawa dingin seperti ini, tetapi ia adalah realiti rakyat yang rakyat Sabah hadapi setiap hari. Di Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kota Belud, sebagai contoh, dan banyak lagi pelosok negeri, rakyat bergelut antara harga barang runcit yang tinggi, kos makanan asas yang membebankan dan sewa rumah yang semakin menekan ruang untuk mereka bernafas.
Isu kos sara hidup di Sabah bukan soal ketidakupayaan rakyat tetapi soal jurang sistem. Yang diperlukan hari ini ialah tindakan tegas. Yang diperlukan hari ini ialah enforcement. Yang diperlukan hari ini ialah wajah kepimpinan yang berintegriti yang menjaga amanah dan memastikan rakyat mendapat hak mereka secara adil sebagaimana yang kita nikmati di negeri-negeri di Semenanjung ini.
Ibarat bumi Sabah yang subur, rakyatnya akan terus memberikan hasil jika diberikan peluang. Kalau bercakap tentang realiti yang berlaku di negeri Sabah ini, Sabah adalah negeri yang sangat subur dengan segala kemajuan yang mungkin boleh dicapai tetapi dengan memastikan kepimpinannya adalah kepimpinan yang berintegriti.
Saya mengambil contoh sebagaimana yang disebut oleh Saidina Ali Karamallahu Wajhah apabila Saidina Umar memuji kumpulan pekerja-pekerja daripada perbendaharaan yang bawa balik harta daripada negeri-negeri jajahan pada ketika itu. Kata Saidina Umar...
[Berucap dalam bahasa Arab] “Mereka yang menunaikan kerja perbendaharaan ini seorang yang amanah”. Lalu Saidina Ali mengatakan...
[Berucap dalam bahasa Arab] , “Mengapa mereka ini menjadi amanah?” Lalu Saidina Ali kata kepada Saidina Umar, “Kerana kamu sebagai pemimpin, khalifah utama, kamu amanah, kamu jaga hak rakyat, kamu tidak ambil berlebihan. Sebab itu pekerja-pekerja di bawah kamu pun akan mengikut cara yang kamu lakukan.” Sebab itu, kalau bercakap dalam konteks Sabah, rakyat Sabah harus memilih kepimpinan yang terbaik bagi memastikan isu yang berkaitan dengan kos sara hidup ini dapat ditangani dengan baik. Perikatan Nasional, sebagai contoh, menampilkan calon-calon yang berwibawa, calon-calon yang berintegriti, yang berakhlak mulia diturunkan pada pilihan raya pada kali ini. Sebagai contoh, saya nak sebutkan, seorang doktor, anak muda di DUN Balung, Tawau, Sabah, turun sebagai calon yang
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
sentiasa bersama dengan rakyat dan telah berbakti kepada rakyat di Tawau khususnya dan di DUN Balung khususnya dan mereka adalah merupakan barisan wajah-wajah baru yang sudah pasti akan membawa suara orang Sabah dan juga rakyat Sabah dalam mendepani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Tuan Pengerusi yang saya hormati, jadi saya ingin tegaskan tiga perkara.
Pertama, apakah mekanisme dan kekerapan pemantauan harga barangan keperluan asas di Sabah khususnya di kawasan luar bandar, pedalaman dan juga kepulauan yang sudah pasti bila kita turun ke negeri Sabah ini, kita mendapati harganya berbeza-beza?
Bagaimana KPDN memastikan harga kekal munasabah walaupun kos logistik dan rantaian bekalan di Sabah jauh lebih tinggi daripada Semenanjung?
Bagaimana KPDN memastikan rakyat pedalaman tidak menjadi mangsa isolate market pricing? Ini perlu dijelaskan oleh kerajaan secara tuntas.
Seterusnya, saya nak sebutkan Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi. Subsidi bukan isu penyasaran atau nilai penjimatan berbilion- bilion dari Kerajaan Persekutuan. Ia adalah hak rakyat. Persoalannya, apakah kerajaan benar-benar yakin bahawa rakyat Sabah, khususnya di pedalaman, menikmati subsidi seperti yang diuar-uarkan? Sedangkan kita tahu bahawa daerah seperti Pitas, Tongod, Nabawan, Beluran, Kinabatangan masih berada pada paras kemiskinan yang membimbangkan dan jauh tertinggal daripada arus pembangunan nasional.
Laporan DOSM 2024 pula menyatakan Sabah mencatat kadar kemiskinan mutlak tertinggi di Malaysia, melebihi 17 peratus isi rumah berada di bawah paras garis kemiskinan, paling tinggi antara kesemua negeri. Sedangkan kadar ini jauh melebihi purata nasional 5.1 peratus pada tahun 2024. Di sana, masih ramai rakyat Sabah yang masih tidak lengkap dokumentasi, hidup ketinggalan daripada segi capaian bank, internet serta kemudahan asas.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ramai petani kecil, pekebun, penoreh, nelayan kampung, pekerja upah harian, yang mana pendapatan mereka tidak tercatat dalam sistem gaji rasmi. Jika syarat subsidi bersasar, memerlukan lesen, geran kenderaan, aplikasi digital dan akaun bank maka siapakah sebenarnya yang sedang dibantu? Mereka yang sedang mengakses sistem atau mereka yang menempuh jalan kecil, sempit, tidak bertar setiap hari semata-mata mahu membeli makanan demi keluarga.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jika benar mahu berlaku adil, maka bantuan mesti sampai bukan sekadar di umum, prinsip mudah kebajikan rakyat adalah fokus utama kerajaan. Saya ada banyak lagi Puan Yang di-Pertua, tapi oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya berhenti di situ. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya dengar tadi perbahasan Yang Berhormat Pengkalan Chepa di mana beliau merujuk kepada butiran tapi inti pati ucapan itu adalah berkisah kepada Sabah.
Saya juga ingin sebagai pembahas terakhir kerajaan menyatakan bahawa menyentuh isu-isu yang sama iaitu Butiran 020100 – Pengawalseliaan Barang Kawalan dan Subsidi, Butiran 020200 – Perdagangan Pengedaran dan perniagaan, Butiran 020300 – Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan dan Butiran 020400 – Penguatkuasaan.
Di mana kita lihat bahawa kerajaan bersungguh untuk memastikan bahawa semua perkara-perkara ini termasuklah hal ehwal kos sara hidup dan penyelidikan terus diberi perhatian di semua negeri-negeri dan khususnya sekarang Sabah. Saya di sini ingin menyatakan bahawa dan mohon juga penjelasan pada masa yang sama terutamanya di atas isu 40 peratus yang dituntut oleh negeri Sabah.
Untuk makluman Puan Pengerusi, saya yakin dan percaya, cuma saya ingin pencerahan daripada Timbalan Menteri, bagaimana syor yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini juga kita lihat, apabila beliau melawat ke Sabah, beliau berterus terang apabila beliau berjumpa dengan salah seorang pengundi yang menuntut tentang isu 40 peratus, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan dengan jelas, jumlah sumbangan dana dari negeri hasil Sabah adalah RM10 bilion yang diberi kepada Kerajaan Persekutuan.
Dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa jumlah sumbangan kembali daripada Persekutuan kepada negeri Sabah adalah RM17 bilion.
Jelas sekali bahawa perkara ini telah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana beliau memberi kata putus bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberi perhatian kepada pembangunan di Sabah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya dengar Yang Berhormat Pengkalan Chepa, perkara-perkara yang telah dibahaskan. Dan saya mohon pencerahan, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa Kerajaan Persekutuan Malaysia MADANI yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terus memberi perhatian kepada negeri Sabah.
Dan saya baru-baru ini turut ke Sandakan, kita lihat juga bagaimana respons, rakyat yakin bahawa langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan bahawa kos sara hidup akan terus terbela. Untuk memastikan bahawa rakyat di kawasan pedalaman, harga barang-barang yang akan mereka beli itu akan terus terjamin di mana penguatkuasaan akan diambil untuk memastikan bahawa mereka tidak akan mengalami apa-apa kerugian.
Jadi, cuma saya ingin mohon penjelasan daripada Timbalan Menteri, bagaimanakah kerajaan akan memastikan bahawa kita akan terus membela rakyat di negeri Sabah, membela rakyat terutamanya di kawasan pedalaman, di pulau-pulau, untuk memastikan bahawa isu-isu seperti hal ehwal kos sara hidup akan terus diberi perhatian.
Saya yakin dan percaya, bahawa penjelasan-penjelasan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini apabila beliau melawat Sabah, di atas isu 40 peratus yang akan diberikan kembali kepada rakyat Sabah melalui sumbangan dana Kerajaan Persekutuan adalah sesuatu yang meyakinkan.
Dan saya yakin dan percaya, Puan Pengerusi, minta maaf, saya tidak menggunakan platform ini sebagai satu ceramah politik, tetapi terpaksa saya menjawab perkara ini sebagai seorang Ahli Parlimen backbenchers, mempertahankan pendirian kerajaan apabila saya dengar tadi, ucapan Pengkalan Chepa bahawa kita sentiasa sepakat untuk memastikan bahawa nasib rakyat negeri Sabah akan terus terbela.
Cuma saya ingin penjelasan, untuk perkara-perkara ini, apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh pihak KPDN, melibatkan penguatkuasaan, umpamanya adakah kita akan menaikkan lagi keanggotaan ataupun menambahkan lagi tindakan-tindakan penguatkuasaan di Sabah untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menjual barangan-barangan asas ini dengan harga yang berlebihan.
Saya yakin dan percaya, pencerahan akan diberikan oleh Timbalan Menteri dan kita ingin memastikan bahawa tidak ada siapa-siapa yang boleh memperlekehkan nasib rakyat Sabah dengan menggunakan apa-apa retorik seperti penjualan roti
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Gardenia dan sebagainya. Saya di sini mengambil kesempatan untuk mengatakan bahawa kenyataan-kenyataan yang begitu yang dikeluarkan oleh parti-parti tertentu harus kita cemuh dan kita harus memberi amaran supaya nasib rakyat Sabah tidak boleh dimainkan pada bila-bila masa. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi. Saya mohon menyokong.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 20 minit.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat malam.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ucap terima kasih kepada 17 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun berbahas...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang, jangan ganggu Dewan.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
...Di peringkat Jawatankuasa untuk butiran Kepala B.25 dan P.25. Dalam Belanjawan 2026, KPDN telah menerima peruntukan berjumlah RM2.15 bilion dengan peningkatan sebanyak 3.61 peratus berbanding tahun 2025 iaitu RM2.077 bilion. Peruntukan ini merangkumi RM2.01 bilion perbelanjaan mengurus dan hanya RM59.4 juta bagi perbelanjaan pembangunan.
Jadi, saya akan jawab 17 Ahli-ahli Yang Berhormat ini mengikut butiran yang dibahaskan, Puan Pengerusi ya. Butiran yang pertama iaitu Butiran 040400, berkenaan dengan ECOSS, yang ini begitu ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun berbahas.
Antara perkara yang ditanya ialah berkenaan Yang Berhormat Rasah bertanya sama ada jumlah RM930 juta itu mencukupi atau tidak. Buat makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah sebenar ya subsidi yang telah kita bayar pada tahun 2024 ialah RM1.9 bilion dan pada tahun 2025 ialah lebih kurang dianggarkan sehingga hujung tahun dalam RM2.2 bilion.
Tapi, memang setiap tahun MOF meletakkan jumlah begini, tetapi ada perlu dimohon peruntukan pertambahan, kerana apa? Kerana setiap kali kita memberi subsidi, dia berdasarkan kepada harga RBD ataupun refined, bleached, deodorized
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
palm olein, harga itu, harga pasaran. Jadi, sebab itu dia fluctuate dengan izin, Puan Pengerusi, jadi sebab itulah dia bertukar-tukar ya. Jadi, memang setiap tahun dia akan bayar berpandukan jumlah subsidi tuntutan yang sebenar.
Kemudian Yang Berhormat Kluang, bertanya berkenaan dengan berapa liter yang disubsidi. Yang Berhormat Kluang, subsidi ada dua jenis. Satu ialah subsidi pukal kepada kilang penapis dan kedua ialah subsidi penstabilan kepada syarikat pembungkus. Jadi, ini dua bentuk subsidi. Dan, subsidi ini ialah untuk 60,000 metrik sebulan iaitu lebih kurang 60 juta kilogram minyak masak paket. Dan — maksudnya, 720,000 metrik tan setahun. Jadi, itu jumlah yang disubsidikan.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat juga bercakap, berbahas berkenaan dengan ketirisan dan dibangkitkan berkenaan dengan ketirisan. Dato’ Pengerusi, Puan Pengerusi izinkan saya terangkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa pada hari ini kita sudah pun memulakan menggunakan aplikasi mobile ya, aplikasi eCOSS mobile. Sebab sebelum ini, kita hanya ada sistem eCOSS dari kilang kepada pemborong kepada peruncit. Eh, kilang, kemudian kilang penapis, kemudian repacker, kemudian pemborong, peruncit. Tetapi, kita terhenti di peringkat peruncit kerana kita punya sistem itu berhenti di situ. Jadi, oleh kerana itu, banyak yang mengambil kesempatan ya.
Puan Pengerusi, dengan adanya mobile eCOSS ini, kita sudah pun sampai ke peringkat pengguna. Jadi, bila kita sampai ke peringkat pengguna, kita dapati bahawa ketirisan itu dapat kita bendung kerana setiap pembelian itu mesti dicatat di dalam mobile eCOSS ini. Dan, setakat ini sehingga 17 hari bulan 11, sebanyak 928,000 yang telah― 37, 928,037 pengguna yang telah memuat turun aplikasi mobile eCOSS dan menggunakannya. Jadi, aplikasi ini telah banyak membantu kita di dalam memastikan bahawa warga asing tak boleh lagi akses ya.
[Minum air] Warga asing tak boleh akses kepada minyak masak paket ini kerana mereka kena buat KYC.
Kemudian, oleh kerana kalau dulu, restoran-restoran boleh dapat akses kepada minyak masak paket ini tetapi oleh kerana kita guna mobile apps ini, maka restoran pun dah tak boleh guna ya, sebab mereka dah tak boleh beli dengan jumlah yang banyak sebab semuanya akan dimasukkan ke dalam sistem. Then, dan sistem ini, sistem mobile eCOSS ini pula, dia link, dia sync dengan kita punya sistem yang sebelum ini. Jadi dari situ, kita boleh buat data analytic dan sebagainya untuk kita tahu bagaimana kegunaan minyak masak paket ini.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Jadi, isu yang dibangkitkan oleh Kuantan seperti warga asing ya dapat membeli itu, insya-Allah tak timbul lagi selepas ini ya kerana warga asing perlu buat eKYC dan mereka tak boleh buat sekiranya mereka tak ada IC ya. Dan mereka perlu scan, mereka perlu scan untuk beli, yang apa itu, minyak masak tadi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat, tadi saya bangkitkan ― nak pergi ke tajuk lain dah itu. Masalah ketirisan tadi, saya bangkitkan dari segi penguatkuasaan.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Okey.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Yang Berhormat Puan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Senator Menteri. Jadi, saya bangkitkan masalah penguatkuasaan kerana ketirisan ini masih berlaku lagi kekurangan barangan di pasaran, di kedai-kedai runcit. Tetapi, barangan ini sebenarnya ada. Apabila sampai satu ketika, penguatkuasaan dibuat secara drastik menyebabkan barangan ini ada di kedai-kedai, di pasaran ini. Jadi, pada ketika dia apa ini, ketika dia tidak ada dalam pasaran ini bukan barang tak ada tetapi disebabkan ketirisan.
Cuma, saya nak minta. Mungkinkah penguatkuasaan yang sangat keras ini menyebabkan berlaku rasuah dan sebagainya sehingga kes terowong ditutup, kes banglo, kes apa ini...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
KSM menyebabkan roti RM1.20 itu disebut sebagai roti ini ― tetapi nak tutup kes rasuah yang besar-besar itu, yang berlaku?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Pengerusi.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Okey, okey. Pendang, saya jawab faktalah ya, Pendang ya. Sebab bila Pendang kata ada ketirisan, bila Pendang kata tak ada bekalan dan sebagainya, Pendang boleh tak bagi data spesifik? Bila, di mana ya, dan yang masa bila tak ada supaya penguat kuasa kita boleh turun. Bila Pendang buat general statement macam ini, blanked, dia tidak adil sebenarnya kepada pihak penguat kuasa kita yang memang turun padang setiap masa. Jadi, itu berkenaan dengan Butiran 040400.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ini, Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh bagi data itu, saya ingat saya akan bagi. Tetapi, saya akan jadi Menteri lah.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Ya, tak apa. Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya akan dapat data collection itu bila saya jadi Menteri nanti.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Tak apa, Yang Berhormat Pendang. Yang Berhormat Pendang boleh bagi PM tepi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Timbalan Menteri, Rasah. Sedikit sahaja. Terima kasih, Puan Pengerusi. Berkenaan dengan pelaksanaan eCOSS application, aplikasi itu, ada tak kementerian dengar feedback apa-apa berkenaan dengan yang tak ada smartphone itu? Bahagian itu? Sebab, bagi saya semuanya baik. Pendekatan itu baik untuk elakkan warga asing. Cuma, dari segi pelaksanaan itu ada tak apa-apa tambah baik untuk membolehkan, jangan ada siapa-siapa yang tercicir. Terima kasih.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Yang Berhormat Rasah, terima kasih di atas maklum balas. Ya, kita dapat maklum balas daripada supermarket, pasar raya dan sebagainya. Kadang-kadang, di Jualan RAHMAH juga bahawa ada kadang-kadang orang-orang yang berumur ya, dia, mereka tak bawa smartphone ataupun mereka sukar untuk menggunakannya. Sebenarnya, kita ada pegawai yang membantu mereka muat turun dan sebagainya. Begitu juga di supermarket ya. Ada kaunter- kaunter khas, mereka sudah mula menyiapkan kaunter khas untuk membantu orang- orang yang memerlukan ya.
Namun, sekiranya ada timbul keadaan di mana, mereka tak bawa smartphone dan tak boleh scan, jadi kita tidaklah menghalang mereka daripada membeli ya dan selalunya adalah juga pegawai-pegawai budi bicara ya untuk mencatat secara manual dan sebagainya. Tetapi, itulah keadaannya Yang Berhormat. Setakat ini, aduan-aduan yang kita terima kalau yang macam itu ada tetapi segelintir ya sebab orang dah biasa, dah mula biasa guna sebab orang-orang berumur pun dah baca WhatsApp, dah ada smartphone, ya. Jadi, memang itu sudah mula dijadikan budaya, Puan Pengerusi.
Saya pergi kepada perkara yang kedua, yang banyak juga dibahaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di bawah Butiran 040800 iaitu Inisiatif Payung RAHMAH.
Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Gopeng ya bercakap berkenaan dengan bagaimana kesan kepada peniaga-peniaga kecil.
Saya ingin kongsi di sini data berkenaan dengan peniaga-peniaga yang di ― usahawan-usahawan yang menjadi operator Jualan RAHMAH. Dari segi pasar raya
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
jumlahnya ialah 349 pasar raya besar. Kedua, dari segi pasar raya kecil jumlahnya ialah 600. Manakala, dari segi peruncit biasa jumlahnya pada ketika ini ialah 212 dan koperasi pula ada 19. Pertubuhan juga terlibat sebagai operator Jualan RAHMAH, ada enam pertubuhan.
Ahli Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Gopeng, sebenarnya ke hadapan memang kita mahu melibatkan lebih ramai lagi peruncit-peruncit ini ya sebab kita berpindah daripada model asal kita di mana pada mulanya dulu memang sukar bagi peruncit-peruncit ini untuk terlibat sebagai operator sebab mereka tak yakin dan sebagainya. Tetapi, apabila mereka lihat sokongan rakyat itu begitu baik untuk Jualan RAHMAH, mereka lebih berani untuk tampil menjadi usahawan ataupun menawarkan diri sebagai operator Jualan RAHMAH.
Jadi, insya-Allah kita memang mengalu-alukan ya, mengalu-alukan. Dan, silalah datang berjumpa KPDN di peringkat negeri, di peringkat cawangan dan juga di peringkat kementerian sekiranya ada sesiapa yang berminat untuk menjadi ataupun orang kata, untuk menjadi operator Jualan RAHMAH.
Seterusnya, Sri Gading bertanya berkenaan dengan Menu RAHMAH. Saya nak maklumkan Yang Berhormat Sri Gading ya. Memang Menu RAHMAH ini sebenarnya memang ada ― apa orang kata, lebih kurang 3,000 ya usahawan yang masih menawarkan Menu RAHMAH. Saya juga terperanjat Yang Berhormat Sri Gading sebab kadang-kadang dekat hospital pun ada, ya. Dekat hospital, contohnya hospital di Seremban baru-baru ini saya pergi tengok ada yang menawarkan Menu RAHMAH dan mereka ini memang beroperasi dengan hasrat mereka mahu berkongsi rezeki, ya.
Dan, kita juga memberi insentif kepada mereka di mana kita menawarkan kad diskaun Menu RAHMAH di mana dengan kad diskaun tersebut, mereka boleh pergi ke Jualan RAHMAH dan membeli di Jualan RAHMAH untuk apa orang kata, dengan niat membantu mereka untuk menjual Menu RAHMAH tersebut ya dan mereka boleh membeli dengan jumlah yang lebih besarlah kalau berbanding dengan orang biasa.
Datuk Dr. Fuziah binti Salleh
Yang Berhormat Kangar tadi— ada Kangar?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Kangar tak ada ya. Saya teruskan kepada Kulim-Bandar Baharu. Tak ada juga.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Jadi, saya teruskan kepada butiran yang seterusnya, penguatkuasaan di mana ada beberapa pembahas yang bertanya berkenaan dengan penguatkuasaan dan bertanya berkenaan dengan jumlah peruntukan penguatkuasaan yang dilihat berkurangan. Saya nak maklumkan bahawa jumlah anggaran 2026 ialah 16.3 juta berbanding 19.4 juta tahun 2025, Puan Pengerusi. Tapi sebenarnya di bawah Kepala B.11 ada lagi RM8.6 juta yang diperuntukkan untuk penguatkuasaan bukan di bawah Kepala B.25. Jadi, dia diletak di bawah MOF ya. Yang ini khusus untuk latihan, capacity building, untuk membantu penguat kuasa kita membina kapasiti untuk lebih tangkas dan sebagainya. So, di bawah B.11 ya.
Yang lain-lain itu dia lebih kurang kepada perkara yang sama di bawah penguatkuasaan ini. Saya juga tadi YB Rasah tadi tanya berkenaan dengan Ops GASAK. Ops GASAK Yang Berhormat Rasah, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun telah bersetuju dengan syor KPDN bagi melaksanakan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 sehingga pindaan peraturan ini dimuktamadkan. Kelulusan mikro dan kecil masih boleh menggunakan LPG bersubsidi bagi tujuan operasi perniagaan mereka.
Jadi, jangan risau. Dan dalam tempoh semakan dan pindaan ini dibuat, penangguhan penguatkuasaan dilanjutkan sehingga perkara ini diputuskan oleh Jemaah Menteri. Jadi kalau setakat sekarang ini kita tak ambil tindakan kepada yang menyimpan lebih daripada 42 kilogram ataupun tiga tong 14 kilogram itu. Maka, kita akan terus tidak mengambil tindakan selagi Majlis Jemaah Menteri tidak mendapat laporan terkini daripada KPDN. Terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih. Timbalan Menteri, saya ucapkan terima kasih atas pengesahan ini sebab saya rasa ramai di luar itu menanti pengesahan rasmi daripada KPDN sebab selepas 31 Oktober hari itu. Jadi, terima kasih kepada kerajaan yang sangat cakna terhadap hal ini dan boleh meredakan kebimbangan pengusaha khasnya kedai makan di luar. Terima kasih, Timbalan Menteri. Terima kasih Puan Pengerusi.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih Rasah. Saya teruskan kepada Butiran 020100. Kluang tadi bercakap berkenaan dengan kontraktor perladangan yang perlu, yang mahu beli diesel tanpa subsidi tapi menyatakan bahawa susahnya mereka kerana perlu banyak kali memohon. Yang Berhormat Kluang, saya perlu bawa perhatian Yang Berhormat Kluang bahawa diesel ini ialah barang kawalan berjadual. Maka, apabila barang kawalan berjadual ini dia tidak
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
boleh simpan sewenang-wenangnya kerana dia ada isu keselamatan, Yang Berhormat Kluang.
Jadi, sebab itu dia perlu ada permit. Ia tidak boleh just simpan ikut suka.
Kalau ikutkan sekarang ini permit itu dia memerlukan bomba nak tengok tempat simpan dan sebagainya. Jadi bukan sengaja nak menyusahkan peniaga ataupun kontraktor perladangan tetapi untuk memastikan keselamatan. Jadi, untuk memohon bolehlah memohon secara atas talian juga. Ya, Puan Pengerusi boleh mohon atas talian untuk mendapatkan permit khas daripada permitkhas.kpdn.gov.my. Saya lihat...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Ya.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Jadi, isu ini agak special kerana ramai kontraktor itu datang dari kawasan saya tetapi mereka kerja satu Semenanjung.
Jadi, isu depan mata mereka adalah mereka bukan guna banyak terlampau, mereka mungkin hanya akan habis 200 liter dalam sehari je tetapi mereka tak boleh simpan dalam tong. Selain daripada bawa kenderaan mereka ke stesen, isi dalam kenderaan, mereka hanya boleh isi mungkin 20 liter dalam tong sahaja tapi sampai ke ladang habis dah kena guna 20 liter.
Jadi, kalau nak beli lebih sikit bukan banyak 200 liter dalam sehari akan habis dalam ladang untuk mesin tapi mereka akan diminta untuk ada tangki tapi majoritinya kerja yang mereka dapat di ladang kecil bukan ladang besar. Kalau ladang kecil, ladang — pemilik ladang sendiri tak ada kemudahan untuk bina tangki untuk simpan diesel itu. Jadi kontraktor itu nak simpan di mana? Takkan mereka pergi satu ladang dapat kerja, bina satu tangki lepas itu tiga bulan tak guna lagi pindah ke tempat lain kena mohon sekali lagi.
Jadi, permintaan mereka adalah boleh tak cuba ada satu cara untuk memudahkan permohonan mereka kerana setiap tiga bulan mereka akan tukar tempat kerana mereka adalah kontraktor untuk projek tanam semula. Jadi, kerja ini memang rumit bagi merekalah. Terima kasih.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih, Yang Berhormat Kluang.
Sebenarnya kalau ikut dia punya warta ini Yang Berhormat memang 20 liter sahaja dia punya maksimum. Ya, kalau ikut wartalah. Ini kalau perlu permit khas ini, saya sarankan Yang Berhormat Kluang boleh datang bincang secara orang kata sebagai Ahli Parlimen untuk kawasan. Nanti mungkin pegawai-pegawai akan bantu macam
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
mana nak memohon dan apakah syarat-syarat untuk menyimpan, untuk memastikan ia nya selamat. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri. Sedikit, last, last, satu sahaja.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Masa sudah tamat banyak lagi ini.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Satu sahaja.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Jawapan, kalau begitu saya terima cadangan daripada Puan Pengerusi untuk jawapan bertulis.
[Tepuk] Dan saya ucap...
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Pasal Sabah tadi Yang Berhormat price disparity tadi. Banyak saya tanya tak jawab pun.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Terima kasih.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Price disparity itu perlu ada satu penyelesaian, harga barang yang sama tapi di Semenanjung lain di Sabah lain.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pengkalan Chepa saya ada banyak ini lagi yang saya belum baca.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yalah, jawablah yang itu yang penting. Ini orang Sabah nak dengar ini.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Saya dengar sebenarnya Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi. Sebenarnya Yang Berhormat Pengkalan Chepa tadi saya ada tulis nota tetapi saya tengok Yang Berhormat Pengkalan Chepa lebih kempen sebenarnya. Lebih kempen. Jadi tak apa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Ini sangkaan jahat Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk butiran tadi.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Saya...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Butiran tadi saya— saya ambil nota ya sebenarnya tetapi saya tengok...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Itulah makan rasuah dengan makan roti mana lebih bermaruah.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jangan kata saya kempen, saya sebut benda yang benar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, kenapa Pendang mengeluarkan kenyataan makan rasuah dan makan roti Gardenia?
Kenapa?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebut roti Gardenia dulu, Jelutong. Saya cuma follow sahaja, ikut balik...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah.
Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh
Puan Pengerusi, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan perhatian, pertanyaan, syor dan pandangan. Dan insya-Allah semuanya akan dijawab secara bertulis. Saya ucap terima kasih sekali lagi. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Masalahnya iaitu wang sejumlah RM2,091,273,800 untuk Kepala B.25 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.25 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.25 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.25 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, 19 November 2025.
[Mengetuk tukul]
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Jelutong kempen juga tadi, Jelutong kuat kempen.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.00 malam]