Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar. Silakan.
1. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Paya besar minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan rasional keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkenaan pemberian khas negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil dan sebaliknya merayu atas alasan kecacatan dalam isu yang lain. Apakah implikasi keputusan Kerajaan Persekutuan tersebut. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Paya Besar kerana isu ini saya percaya bukan sahaja diikuti secara dekat oleh rakyat Sabah tetapi juga seluruh negara Malaysia.
Kerajaan Persekutuan tentunya terikat dengan Perlembagaan dan perjanjian dan menghormati proses perundangan. Sebab itu, kita menunggu sehingga 11 November untuk mengadakan mesyuarat khas Jemaah Menteri dan mendengar taklimat penuh dari Peguam Negara serta penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terkait pemberian khas kepada Sabah.
Setelah penelitian dan mengambil kira semua pertimbangan, Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap pemberian
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
khas...
[Tepuk] berdasarkan 40 peratus hasil kerana ini juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah, hari ini, Perbendaharaan melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan menulis surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri meminta supaya rundingan dimulakan segera. Jadi, supaya tidak ada lagi penangguhan.
Jadi, saya nak jelaskan, sebelum saya rujuk kepada bahagian kedua, supaya mengelakkan kekeliruan. Ada yang mentafsirkan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk memfail rayuan itu akan juga mengungkit isu pertama. Saya jelaskan sekali lagi, tidak ada rayuan dalam isu pemberian khas. Noktah...
[Tepuk] Yang dibangkitkan sekarang ialah apa yang kita maksudkan kekhilafan dalam penghakiman, selain daripada perkara pertama tadi, iaitu kerana alasan penghakiman ini, pada fahaman kita, itu banyak yang terlanjur yang bukan dalam bidang perundangan.
Umpamanya, alasan penghakiman antaranya mendakwa kajian semula pemberian khas yang dibuat selepas 2021 menyalahi undang-undang dan tidak rasional, malah mengaitkan kesilapan besar yang dibuat oleh kerajaan sejak 1974.
Ini bermakna Kerajaan Persekutuan di bawah Almarhum Tun Abdul Razak, Tun Hussein, Tun Dr. Mahathir sehingga sekarang, kerajaan negeri di bawah Tun Datu Mustafa, Tun Fuad Stephens sehingga sekarang, Ahli-ahli Parlimen yang terlibat dalam kerajaan dahulu sejak 1974 sehingga sekarang, semuanya diputuskan sebagai terlanjur, illegal, irrational, procedurally improper dan mengabaikan tanggungjawab kepada negeri Sabah.
Ini satu keputusan yang sangat serius dan sebab itu saya harap Ahli-ahli Parlimen semuanya membaca alasan penghakiman kerana ini berbeda― saya tekankan. Saya tidak mahu ini jadi polemik politik dalam soal 40 peratus. Kerana itu, tidak dirayu. Tetapi, kenyataan-kenyataan yang kita anggap tidak selaras dan tidak tepat harus dirayu. Kalau tidak, tanpa rayuan ini, bermakna hukuman ke atas kerajaan di bawah pimpinan Tun Razak, Kerajaan Persekutuan sejak 1974, semua anggota kerajaan dan Tun Mustafa, Tun Fuad Stephens sejak 74 di Sabah, semua kerajaan, semua parti yang terlibat.
Jadi, saya harap ini diikuti kerana, pada hemat kita, boleh kita teruskan rundingan. Malah, rundingan telah diadakan. Mungkin prosesnya boleh ditanya, dipersoal tetapi bagi dalam pendapat kita, proses rundingan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah bagi mengkaji semula kadar pemberian khas telah dilaksanakan ya.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terutama, setakat yang saya ingat malah di masa Bera menjadi Perdana Menteri sekalipun sudah dinaikkan. Maknanya naik setelah berunding ya. Dia bukannya naik unilateral. Tetapi saya tidak boleh menjawab secara terperinci selain daripada Kerajaan MADANI sekarang kerana peringkat teknikal, sepertimana surat yang hantar hari ini, untuk memulakan.
Laporan itu akan dibawa ke jawatankuasa teknikal tertinggi di bawah, yang di pengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri (II) kemudian, baru diangkat lagi kepada Mesyuarat MA63 yang saya pengerusikan bersama yang hadir anggota utamanya, Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Bagi kita adalah sah dan selaras dengan peruntukan 112 di Perlembagaan Persekutuan.
Jadi, sebab itu persetujuan Sabah menaikkan kadar pada tahun 2022 semasa Bera, RM125.6 juta dan sekarang bila kita teruskan dengan pemberian khas RM600 juta, itu dipersetujui sebagai interim. Dan dipersetujui, belum muktamad oleh kedua-dua, dalam konteks ini Sabah dan Sarawak.
Dan ini, platformnya ialah Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1993. Itu yang diputuskan. Baik, jadi untuk sekarang, kita tentu boleh menyegerakan, tetapi yang dipertikai ini ialah bahawa keputusan menghukum Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, maknanya seluruh Ahli Parlimen dari 1974 dan Ahli Undangan Negeri di Sabah sejak itu tidak.
Apa yang kita lakukan yang menyebabkan saya menjelaskan, terkeluar daripada 40 peratus ini ya, soal hasil RM10 bilion, perbelanjaan RM17, itu tidak bermakna kita pertikai 40 peratus, saya nak tunjukkan pandangan bahawa kita abaikan, itu tidak tepat kerana Sabah mendapat peruntukan tertinggi.
[Dewan tepuk]
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
RM17 bilion dan umpamanya, Perjanjian MA63 menetapkan kawal selia bekalan elektrik mesti menjadi milik Sabah. Maka, kita sudah serahkan pada Januari 2024.
[Dewan tepuk]
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tetapi, walaupun ia jadi milik Sabah, kita masih tetap menyediakan RM1.2 bilion kerana keperluan elektrik Sabah. Begitu juga RM765 juta untuk projek talian penghantaran Southern Link. Boleh dipertikaikan, ini sebagai tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tetapi Kerajaan Persekutuan ada pilihan, ada keutamaan.
Banyak negeri-negeri lain yang punyai masalah. Jadi, begitu juga dalam keputusan memasang Solar Hybrid MADANI untuk kampung-kampung seluruh Malaysia, kita mulakan di kampung-kampung di Sabah.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Bekalan air bersih, RM1 bilion sudah disediakan. Projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), dibangunkan SKMM sepanjang 3,100 km, kos RM2 bilion. Dan, Lebuhraya Pan Borneo.
Tan Sri Yang di-Pertua. Saya memilih menyebut ini nak membedakan di antara proses rundingan yang mesti diteruskan dalam kes yang pertama iaitu 40 peratus, yang dimulakan dan sekarang ditingkatkan dengan kenyataan pengabaian yang kita tidak boleh terima sama sekali ataupun keputusan yang mengatakan kita mengetepikan Perlembagaan negara. Mekanisme Perlembagaan itu diketepikan.
Satu keputusan yang mesti dirayu kerana kita mengharapkan ia nya dibatalkan oleh mahkamah atas, dari sudut tuduhan keras kepada semua kerajaan sejak 1974.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya masih ingat, pagi 11 November, ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjawab dalam Sesi PMQT, bayangan telah dinyatakan pagi itu, seolah-olahnya macam kerajaan akan membuat rayuan keseluruhan kepada keputusan 17 Oktober, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Tetapi, apabila selepas mesyuarat khas berakhir, keluar kenyataan daripada Perdana Menteri menyatakan kerajaan tidak membuat rayuan ke atas 40 peratus.
Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan
[Dewan tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
kerana ini sebenarnya menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa menjaga hak rakyat Sabah yang terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Tahniah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
[Dewan tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Cumanya, saya teliti jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi mengatakan pihak Perbendaharaan akan menghantar surat kepada negeri Sabah untuk memulakan rundingan 40 peratus hasil, namun sepertimana yang kita ketahui, ketika ini Sabah sedang dalam proses pilihan raya dan justeru itu, siapa sebenarnya Kerajaan Persekutuan berunding dalam tempoh ini dan yang keduanya, adakah rundingan yang dibuat nanti akan diputuskan melalui platform Mesyuarat Majlis Tindakan MA63. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Paya Besar. Memang betul, tetapi bahawa kerajaan sekarang ini kerajaan sementara, interim ya, caretaker, maaf. Tetapi kita tidak mahu dianggap melengah-lengahkan proses yang telah berjalan sekarang, sekurang-kurangnya Ketua Setiausaha
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Perbendaharaan menulis kepada Setiausaha Kerajaan Negeri mengatakan boleh mula berunding soal-soal teknikal, termasuk apa yang disebut oleh, dalam penghakiman kemudian dalam jawatankuasa teknikal tentunya dibincangkan bahawa untuk rujuk kepada Menteri Kewangan, Ketua Menteri dan Jemaah Menteri, tentunya tunggu sehingga selesai pilihan raya dan kerajaan baru dibentuk.
Tetapi saya tidak fikir ia menghalang perbincangan teknikal terlebih dahulu untuk memudahkan perundingan. Tetapi tentang— sebab itu saya terima kasih Paya Besar kerana menekankan perbedaan ya di antara dua isu ini. Ada orang cuba kaitkan— tidak, tidak tepat sama sekali. Apakah kerajaan boleh berdiam bila dikatakan kita telah bertindak unconstitutional sejak 1974, satu.
Apakah boleh ditafsir, boleh kita diam dan tidak membatalkan itu, expunge record yang menyatakan illegal, irrational, procedurally improper or disproportionate.
Ini belum pernah berlaku dalam keputusan mahkamah, sebegitu keras dan melibatkan seluruh penubuhan kerajaan sejak dahulu. Tanggungjawab kita, ini akhir, adalah sebagai satu negara. Menjaga hubungan baik antara negeri dan Persekutuan. Dan kalau ada kegelisahan yang munasabah, kita harus dengar dan cuba selesaikan.
Ada pihak yang lebih rasional yang sedia mengatur rundingan. Sebab itu kalau menjawab, rundingan itu boleh diadakan bila hubungan itu baik dan kalau boleh saya sambung, cari kerajaan negeri yang ambil sikap yang lebih positif. Jadi, rundingan itu lebih baik dan lebih cepat. Kalau ambil sikap bermusuh seolah-oleh Kerajaan Persekutuan tidak lakukan apa-apa, kita tunjukkan projek-projek, kita sudah serah kepada negeri, macam elektrik masih kita bagi RM1.2 bilion. RM2 bilion itu tidak termasuk dalam belanjawan awal, tetapi saya sebut gunakan wang MCMC atau SKMM, itu kita lakukan.
Jadi saya harap, semangat kesatuan perpaduan ini dijaga kerana kalau kita tiupkan isu menghasut, isu perkauman sempit ini, dia akan merugikan. Yang untung hanya kepala-kepala di atas, rakyat bertempur tanpa air, tanpa elektrik dan jalan berlubang.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberi jawapan. Saya kira soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar, sahabat saya ini cukup relevan kerana ia nya menimbulkan sedikit kekeliruan, terutamanya
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
apabila keluarnya kenyataan media daripada Jabatan Peguam Negara yang bertarikh 11 November baru-baru ini yang menceritakan tentang keputusan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 11 November dan sebagainya.
Dan di akhir kenyataan ini, disebut saya mohon izin untuk baca. “Selain itu, alasan penghakiman juga menyatakan bahawa kejian semula selepas tahun 2021 adalah menyalahi undang-undang. Tidak rasional terdapat ketidak aturan dari segi prosedur dan tidak berkadaran.” Ini penting ya. “Kerajaan Persekutuan akan merayu berhubung kecacatan dalam alasan penghakiman tersebut.” Ini yang menimbulkan kekeliruan.
Yang saya faham dalam undang-undang, apabila satu-satu parti, satu-satu pihak yang tidak berpuas hati membuat rayuan, rayuannya hanyalah terhadap judgement or order. Never appeal on the ground of judgement. Ini alasan penghakiman adalah alasan hakim sehingga dia mencapai satu keputusan. Sama ada keputusan dia betul, tak betul, itu boleh dirayu. Tetapi, bukan terhadap alasan penghakiman. Jadi, ini yang rakyat nak tahu. Pendirian Peguam Negara, mungkin dia yang telah menasihatkan kerajaan. Itu satu.
Yang keduanya soalan saya Yang Berhormat Tan Sri, saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan juga menjelaskan kepada Dewan ini, apakah hasil 40 peratus yang telah dikatakan perlu diberikan kepada Negeri Sabah ini mempunyai hubungan silang dengan peruntukan lain yang diterima oleh Sabah ataupun merupakan dua perkara yang sama sekali berbeza dan tidak berkait. Yang, yang patut diterima oleh Sabah satu, yang 40 peratus ini satu yang lain. Adakah itu maksudnya?
Dan yang keduanya, saya hendak tahu, apakah sebagai Menteri Kewangan, apakah takrif hasil bersih yang menjadi hak Sabah ini. Bagaimana formula pengiraannya, apakah mekanisme audit dan perkongsian data yang dicadangkan dan yang penting juga ialah bagaimanakah pelaksanaan penghakiman ini memberikan kesan kewangan kepada Kerajaan Persekutuan dan juga hubungan kewangan antara Persekutuan dengan negeri-negeri, kesan daripada pelaksanaan ini, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, silakan [Tepuk]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Maaf Tan Sri. Bangi, sekejap ya. Saya ada standing order.
Tuan Yang di-Pertua
Standing order?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, PM sekejap.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Standing order berapa itu?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
36(2). “Tidak boleh disebutkan apa- apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu.” Saya fikir kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jawab soalan ini ia mungkin akan memberi implikasi kepada keputusan— maksudnya kita punya perintah mahkamah itu. Kerana apa yang dalam perintah itu, adalah untuk dibincangkan.
[Tepuk] Jadi saya fikir, tak patut untuk jawab soalan ini because it will effect dengan izin perbincangan dan juga moving forward. Jadi, saya harap Tan Sri dapat buat satu keputusan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Okey, saya ingat Perdana Menteri boleh menjawab isu-isu yang tidak berkait dengan keputusan mahkamah itu secara general, tidak lebih spesifik. Silakan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Tan Sri yang di-Pertua dan Kota Bharu. Saya boleh itu secara umum umpamanya, kenyataan Jabatan Peguam Negara pada 11 November tidak ada percanggahan sebab kita nak asingkan keputusan kerajaan menghormati semangat Perlembagaan dan penghakiman bersabit 40 peratus.
Tetapi, kenyataan bukan sahaja alasan penghakiman, hukuman terhadap kerajaan-kerajaan sejak tahun 1974 yang disebut itu rasional 2021, itu termasuk semasa Kota Bharu Menteri Undang-undang. Kena ingat itu, itu serius. Apakah Kota Bharu hendak terima tuduhan itu.
[Tepuk] Kita rasa tidak sesuai kerana dalam menjalan tugas rasmi kerajaan, apa lagi bila disebut tentang unconstitutional sejak 74. Sebahagian daripada keputusan yang dikaitkan dalam penghakiman. Jadi, alasan dan juga substantif, substantif order itu kita rasa perlu dirayu dan beberapa rekod itu harus di-expunge kerana dia— ya, kita rasa tak adil, tak tepat kerana menghukum semua kenyataan kerajaan, itu satu perkara yang dikaitkan.
Yang keduanya ialah tentang apakah berasingan? Setakat ini kalau ikut tafsirannya dikatanya berasingan. Tetapi dalam rangka belanjawan ya, ada yang
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
peruntukan tetap, Jadual Persekutuan, negeri dan concurrent dan tanggungjawab itu begitu. Tetapi, yang kita lakukan ini banyaknya lebih daripada itu. Saya sebut tadi elektrik, saya sebut Pan Borneo, saya sebut tentang saluran yang SKMM lakukan.
Itu sudah— Situ sahaja sudah ada RM7, RM8 bilion. Jadi, kalau memikirkan keperluan 40 peratus, tentunya kita kena lihat belanjawan secara keseluruhannya.
Jadi, sebab itu rundingan itu penting, jadi supaya kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan terima ini bawah schedule negeri atau ini bawah tanggungjawab Persekutuan. Jadi, bila ini diputuskan, kita boleh kira bagaimana kelebihan 40 peratus itu.
Tapi tentunya kita setuju pada prinsip daripada RM26 juta, naik RM150 juta dalam dua tahun saya naik RM600 juta. Maknanya, bagi saya, bagi kerajaan sekarang ada munasabahnya untuk meningkatkan sepertimana yang dijanjikan dalam perjanjian penubuhan Kerajaan Sabah bersama Malaysia.
Baik, bagaimana takrif hasil? Setakat ini disediakan oleh Kementerian Kewangan, dia tentunya masuk cukai langsung, cukai tak langsung, hasil bukan cukai dan hasil petroleum. Itu sebahagian daripadanya. Ada orang anggap, hasil petroleum lima peratus untuk negeri, 95 peratus kepada kerajaan, tak betul.
[Ketawa] Perkiraan itu tak tepat kerana ada pelaburannya, ada hutangnya, ada joint venture Petronasnya. Tetapi, kita terbuka untuk membuka maklumat untuk rundingan.
Berapa cukai langsung. Umpamanya, 2024 RM58 bilion, cukai tidak langsung RM1.5 itu semua dimasukkan.
Baik, perbelanjaan yang ditanya juga, ada kita sediakan umpamanya perbelanjaan yang disebut RM17 bilion itu dia dari mana? Itu penambahan, kerana 2021 kalau Yang Berhormat ingat, RM12 bilion yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah. 2025, RM17.3 bilion dan untuk 2026, RM17.6 bilion iaitu sepertimana yang saya jelaskan, yang tertinggi. Ini termasuk umpamanya mengurus agensi Persekutuan, pembangunan, pemberian khas kepada negeri dan tambahan sepertimana yang saya senaraikan sebentar tadi. Itu RM17.5 bilion.
Jadi, apakah takrif hasil bersih itu masih dalam rundingan ya, tetapi saya setuju dengan pandangan Sabah bahawa 40 peratus itu mesti daripada hasil. Jadi, ini tak diambil kira tentang tanggungjawab langsung kerajaan. Tetapi saya hendak bezakan ya, tanggungjawab itu boleh jadi 10, boleh jadi 14, terpulang kepada semangat rundingan di antara negeri dan Persekutuan. Cara baik dan semangat muafakat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ledang.
2. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Ledang minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berhubung keputusan mahkamah terkait Amri Che Mat dan Paderi Koh. Apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan khususnya menyentuh SOP dan kewibawaan siasatan PDRM memandangkan PDRM mewarisi sejarah yang panjang dan rekod cemerlang sebagai agensi penguat kuasa terbesar negara?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih banyak. Terima kasih Ledang. Amri Che Mat dilaporkan hilang pada 25/11/2016, manakala Koh Keng Joo dilaporkan hilang 13 Februari 2017. Menyusul laporan kehilangan itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah seksyen 365, Kanun Keseksaan berhubung menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.
Bagi kes Amri Che Mat, pihak polis telah mengambil keterangan, percakapan dari 80 orang saksi dan ada seorang suspek, Saiful Afzan bin Seni kerana tidak memberi kerjasama untuk hadir dalam inkuiri SUHAKAM, maka waran tangkap telah dikeluarkan. Suspek juga telah disenarai hitam.
Bagi kes Raymond Koh, polis juga telah membuka siasatan di bawah seksyen 365, Kanun Keseksaan. 39 keterangan saksi telah diambil dan seorang daripada suspek iaitu Lam Chang Nam telah dituduh di bawah seksyen 385 dan dibaca bersekali seksyen 511 dan telah dihukum denda RM7,000 dan 18 bulan penjara.
Tan Sri Yang di-Pertua, kedua-dua kes ini telah dibuat siasatan awam oleh SUHAKAM pada 3 April 2019, yang laporan akhir siasatan awam dikeluarkan oleh SUHAKAM. Sebulan lepas itu, 8 Mei 2019, Jemaah Menteri pada masa itu buat keputusan arahkan Kementerian Dalam Negeri tubuhkan pasukan petugas khas untuk siasat laporan pendengaran siasatan awam. SUHAKAM buat pendengaran awam, keluar laporan. Jemaah Menteri arah KDN buat satu lagi pasukan petugas khas untuk siasat Laporan SUHAKAM berhubung kehilangan Amri dan juga Raymond Koh.
Baik. Laporan Pasukan Petugas Khas kemudiannya selesai pada 13 Mac 2020. Isteri Amri telah memohon supaya dia dapat memiliki Laporan Khas PPK ini.
Dia mohon pada 16 Ogos 2021. Dia minta supaya dia diberi kebenaran untuk memeriksa dan mendapat salinan Laporan PPK, Ogos 2021.
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Baik. Mahkamah kemudiannya telah membenarkan permohonan isteri Amri ini untuk mendapatkan Laporan PPK itu. Bila? 9 Mei 2023. Masa ini Kerajaan MADANI sudah ditubuhkan. Saya kemudiannya mengemukakan kepada Jemaah Menteri yang kemudiannya bersetuju bahawa kerajaan tak perlu merayu keputusan mahkamah itu. Maksudnya, isteri Amri diberi peluang untuk apa namanya memiliki laporan. Fakta ni penting ya. Dia mohon 2021, kemudian mahkamah kata, benarkan.
Ya, kita boleh rayu kalau kita nak sembunyikan, kita tak. Dia nak Laporan Pasukan Petugas Khas melibatkan suami dia. Dia ada hak.
Jadi, Jemaah Menteri buat keputusan pada— apa namanya? 17 Januari, supaya kerajaan jangan merayu terhadap keputusan mahkamah tinggi dan isteri Amri kemudiannya telah menerima laporan. Dan kita sedar, dia perlu memiliki laporan itu untuk tujuan dia melakukan proses undang-undang. Dan akhirnya, pada 5 November baru-baru ini, mahkamah telah membuat keputusan iaitu berasaskan kepada findings mahkamah, bahawa Polis Diraja Malaysia telah gagal menjalankan siasatan yang sewajarnya.
Kalau dalam written judgment yang awal tu, dia sebut “breach of Constitution rights under Article 5, 8 and 160 of the Federal Constitution”. Ini berkaitan dengan deprived of personal liberty, equal protection dan sebagainya. Mahkamah kata, polis gagal menjalankan siasatan sewajarnya, maka isteri Amri diberikan pampasan RM3.3 juta meliputi ganti rugi, ganti rugi teladan, kos dan sebagainya. Kemudian, mahkamah mengarahkan polis siasat kes ini dan setiap dua bulan, lapor pada Peguam Negara.
Bagi kes Raymond Koh, mahkamah pada 5 November juga buat keputusan, basis yang sama iaitu kerajaan gagal menjalankan siasatan yang sewajarnya atas kehilangan Raymond. Cuma, mahkamah membayar kemudiannya— ‘RM37’ mahkamah perintah kerajaan bayar. Okey, ya. RM37 juta. Serentak dengan itu, polis diarah untuk mengemukakan Raymond Koh, yang kalau polis gagal berbuat demikian, kerajaan hendaklah membayar RM10 sehari. RM10,000 sehari. RM10,000 sehari sehingga Raymond Koh dibawa. Dalam bahasa itu disebut, “until the disclosed with certainty, the whereabouts of Koh Keng Joo”. Maknanya, kegagalan membawa Koh Keng Joo, kerajaan kena bayar sekarang ni RM10,000 sehari, selagi ada bulan, bintang dan matahari. Sehingga kiamatlah. Sebab dia open ended judgment itu.
Baik. Apa tindakan kita? Kerana arahan mahkamah itu ialah meminta polis untuk menyiasat. Kerajaan ini menghormati prinsip kedaulatan undang-undang.
Kerajaan ini komited untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan. Pihak
Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
polis segera menubuhkan pasukan penyiasat. Walaupun siasatan sebelum ini tak pernah ditutup tapi kali ini akan diketuai oleh seorang pegawai polis berpangkat ACP.
Sekarang sudah pun bermula dan mereka akan teliti semua kertas siasatan awal. Laporan SUHAKAM, Laporan Pasukan Petugas Khas. Mereka akan mendapatkan keterangan-keterangan baru dan kita mengajak mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk tampil bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan. Itu clear cut.
Baik. Manakala, pihak Peguam Negara sudah pun membuat kenyataan untuk mengemukakan rayuan ya, sebab kita nak kena tengok dalam perkara yang membabitkan misalnya, yang mengemukakan rayuan bukanlah satu yang asing.
Prinsip keadilan sejagat ini adalah pihak terlibat diberitahu pertuduhan, dibawa ke muka pengadilan, ada hakim bicara, diberi peluang untuk membawa peguam bela.
Kalau satu keputusan telah dijatuhkan, dia masih ada hak untuk mengemukakan rayuan.
Dalam kes ini, di mana kerajaan antara yang dinamakan sebagai defendan, maka penasihat undang-undang bagi kerajaan adalah Peguam Negara. Meneliti judgment atau penghakiman yang dibuat, maka Peguam Negara berpendapat ada asas untuk mengemukakan, termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan komitmen kewangan. Ini bukan bermaksud kerajaan memandang rendah soal nyawa. Bukan. Soal hak dan kebebasan, bahkan kerajaan nak dikatakan lebih mengutamakan beban kewangan. Tidak sama sekali. Ini atas prinsip menegakkan keadilan sejagat.
Jadi bila di sana, penasihat undang-undang kerajaan ini adalah Peguam Negara, berpendapat bahawa ada asas untuk membuat rayuan, maka itulah yang mereka lakukan. Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, itu adalah perkara bagi memberi reaksi terhadap soalan rakan saya dari Ledang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ledang. Silakan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang terperinci tadi. Lengkap dengan kronologi dan juga tindakan-tindakan yang akan dilakukan. Saya memetik kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri sebelum ini yang menyebutkan bahawa dua perkara akan tetap dilaksanakan menurut perintah mahkamah. Iaitu pertama, untuk buka siasatan semula.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Dan yang kedua adalah untuk mengemukakan keberadaan kedua-dua ini Amri Che Mat dan juga Paderi Koh. Jadi, maknanya ini adalah satu kejelasan komitmen daripada pihak kementerian. Cumanya, saya faham tadi Yang Berhormat Menteri juga sebut tentang adanya rayuan yang dibuat oleh pihak Peguam Negara.
Justeru, bagaimana kita nak imbangkan antara kedua-kedua perkara ini di samping kita jalankan siasatan tapi kita juga melaksanakan rayuan?
Dan soalan yang lebih penting saya rasa sebab ini adalah proses tadi disebut untuk menegakkan keadilan, untuk menegakkan kebenaran, mendapatkan kebenaran. Jadi, saya rasa ini lebih penting iaitu soalan saya ialah, apakah jaminan yang boleh diberikan oleh pihak kementerian oleh kerajaan bahawa siasatan yang bakal dijalankan semula ini benar-benar bebas daripada sebarang campur tangan ataupun pengaruh dalaman PDRM dan tidak menjadi sekadar usaha kosmetik untuk melindungi mana-mana pihak tetapi sebaliknya dilaksanakan secara telus, boleh diaudit, hasilnya didedahkan sepenuhnya kepada keluarga mangsa dan juga kepada rakyat untuk kita akhirnya pulihkan semula keyakinan kepada integriti institusi penguatkuasaan negara? Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ledang, boleh saya tanya?
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Mencelah dalam untuk satu isu yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua
YB tak boleh, YB.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Isu yang berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua
Sat lagi boleh celah waktu Menteri menjawab. Tapi tidak boleh.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Sebelum dia jawab, dia sudah tahu soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh jawab.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Senang sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Kita tak ada prosedur itu, YB.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Menteri jawab.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ledang atas soalan tambahan. Saya nak sebut begini ya, Tan Sri Yang di- Pertua. Secara statistiknya bagi setiap 10 kehilangan orang hilang, sembilan ditemui, satu itu tidak ditemui. Ini termasuk dalam kategori 10 peratus yang tidak ditemui, sebab itu kalau di atas siapa yang tidak ditemui dan basis kepada keputusan mahkamah ini adalah pihak polis kerana tak ditemui itu dikatakan sebagai telah melakukan apa yang disebut sebagai breach of constitutional rights dan sebagainya.
Jadi, ini akan jadi satu duluan bahawa kalau nanti ada insiden orang hilang pihak yang mengalami pengalaman ini dia boleh saja sue kerajaan hilang. Jadi, atas basis bahawa polis tak menjalan siasatan yang sewajarnya kerana sudah ada duluan. Jadi, itu antara asas yang dipertimbangkan oleh kerajaan untuk mengemukakan.
Baik, Ledang bertanya apa jaminan? Sebab itu saya sebut tadi, apabila Kerajaan MADANI mengambil alih pada ketika itu isteri Amri telah pun mendapat persetujuan Mahkamah Tinggi supaya dia dapat akses kepada laporan pasukan petugas khas dan waktu itu kita tak melalui peguam negara kita tak buat rayuan kerana kita rasa isteri Amri layak, berhak dan patut mendapat laporan itu bagi memulakan prosiding undang-undang. Itu yang dia buat yang sekarang ini keputusan mahkamah telah— kalaulah KDN ini nak melindungi, waktu itu kita kata peguam negara patutnya merayu pada masa itu supaya sampai ke peringkat mahkamah rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Tapi, kita tak buat begitu. Ini menunjukkan bahawa kita menghormati keputusan untuk isterinya itu mendapat dan inilah yang dijadikan kerana aksesnya kepada laporan PPK – pasukan petugas khas inilah, maka dia telah mengemukakan tindakan undang-undang yang berakhir dengan keputusan yang kita ketahui.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Jadi Ledang, kalau begini komitmen kita maka bila saya umumkan pasukan petugas khas diketuai oleh pegawai polis berpangkat ACP sudah pun dibentuk akan diselia langsung oleh Pengarah CID dan akan memberi laporan dua bulan, setiap dua bulan kepada peguam negara. Itulah yang akan kita lakukan tanpa sebarang niat lain selain daripada nak mencari kebenaran dalam kes ini. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Izin, Tuan Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Jerlun, ya.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri telah menyentuh tentang laporan SUHAKAM yang menyebut tentang inquiry kepada kedua-dua penama Raymond Koh dan Amri Che Mat.
Dalam laporan itu menyebut bahawa polis Cawangan Khas (SB) terlibat secara langsung dalam kehilangan paksa yang melibatkan Raymond Koh diculik Yang Berhormat Menteri sebut tadi ini hilang. Laporan ini sebut diculik. Pada 2017, dan Amri Che Mat betul hilang.
Baik, selain pampasan sebanyak RM3.3 juta oleh mahkamah perintahkan kepada isteri Amri Che Mat ini, mahkamah juga dalam laporannya mendapati dan mengesahkan bahawa kerajaan bertanggungjawab dan mesti mengambil tanggungjawab terhadap kehilangan paksa kedua-dua individu tersebut.
Soalan tambahan saya yang pertama, adakah kerajaan hari ini bersedia memperkenalkan suatu undang-undang khusus yang mentakrifkan kehilangan paksa sebagai satu kesalahan jenayah memandangkan ketiadaan definisi yang jelas dalam undang-undang sekarang ini yang boleh menyukarkan pendakwaan dan mewujudkan ruang impunity? Yang kedua, adakah kerajaan akan mewajibkan penyiasatan semula terhadap kes-kes orang hilang yang bukan dua kes ini yang masih belum selesai yang tadi disebut 10 peratus, bagaimana dengan 90 peratus yang berbaki?
Khususnya terdapat dakwaan campur tangan pihak berkuasa sama ada di peringkat Polis Diraja Malaysia atau pihak lain yang tertakluk kepada undang-undang kita itu sendiri. Sekian, terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan, Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Bila saya sebut bagi setiap 10 laporan orang hilang, sembilan ditemui itu sebabnya pelbagailah. Pertama, dia lari daripada rumah, dia merajuk dengan family, atau dia ikut kawan itu kategori yang itulah.
Dalam sembilan yang ditemui itu 90 peratus ditemui ada yang hidup ada yang ditemui mati pun ada. Jadi, kategorinya, ditemui.
Baik, satu yang tidak dijumpai itu mewakili 10 peratus saya katakan termasuk kes ini. Benar Jerlun. Ditanya kepada kita kenapa reward kuantum itu tak sama? Ini
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
kerana bagi Koh Keng Joo, family-nya menggunakan basis asas tuntutan itu tak sama dengan family Amri iaitu dia kata digunakan alasan forced disappearance sepertimana Laporan SUHAKAM. Manakala, isteri Amri tidak menggunakan basis itu dalam memulakan tindakan sebab itu kuantumnya berbeza. Saya jelaskan begitu.
Baik, perkataan itu digunakan dalam Laporan SUHAKAM. Dalam pasukan petugas khas, dia sebulan lepas laporan SUHAKAM itu dikeluarkan pasukan petugas khas, Mei 2019 semasa itu Pagoh jadi Menteri Dalam Negeri wujudkan pasukan petugas khas. Dalam laporan itu adalah perbezaan dengan penemuan SUHAKAM.
Jadi, ketika itulah isteri Amri minta. Jadi, waktu itu baru saya masuk pejabat dan saya kata benda ini besar, ini soal kebenaran, keadilan, institut reputasi, kredibiliti pasukan polis adalah lebih layak untuk Kabinet buat keputusan.
Keputusannya adalah nak rayu atau tidak? Rayu apa? Mahkamah tinggi kata isteri Amri patut dapat report. Kalau Peguam Negara diminta merayu sebab defendan akhirnya Kerajaan Malaysia, boleh saja.
Tapi waktu itu pertimbangan Kabinet kata isteri Amri telah mengalami peristiwa ini, dia tak patut lagi dinafikan hak untuk mendapat akses. Itulah yang kita buat dan itulah dia mulakan semua siasatan ini. Jadi, sama ada undang-undang yang sedia ada memadai untuk menguruskan kes kehilangan walau apa pun kategorinya.
Saya dari sudut pandang kami, existing law and regulation that we have is sufficient to deal the cases like these, dengan izin, kes-kes yang macam ini tak ada ini. Isunya adalah dengan arahan mahkamah yang seumpama itu, terutama yang ada implikasi kewangan RM10,000 sehari tanpa maksud memperkecilkan soal isu hilang melibatkan nyawa atau tidak ini bukan benda kecil ya, tapi kita kena deal dengan realiti RM10,000 sehari adalah wang pembayar cukai. Sekarang sedang berjalan.
Jadi, apakah wajar kita mengatakan tak perlu untuk kita teruskan dengan rayuan, misalnya? Jadi, Peguam Negara sesuai dengan tugas hakiki mereka sebagai penasihat kerajaan berpendapat ada kewajaran setelah mereka meneliti written judgement, penghakiman bertulis itu yang boleh saya sampaikan pada Dewan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Kapten Dato’ Dr.
Zulkafperi bin Hanapi, Tanjong Karang.
3. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) [Tanjong Karang]: Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Tanjong Karang minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan cabaran utama yang dihadapi kampung-kampung tradisi di Kuala Lumpur yang tergolong dalam kategori Traditional Village I atau TV I dan Traditional Village II (TV II) di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 termasuk dari segi pemilikan tanah, kemudahan asas, kepadatan dan tekanan pembangunan. Apakah pendekatan strategik kerajaan bagi memastikan identiti dan kesinambungan kampung-kampung tersebut dapat dikekalkan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Silakan Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerangka perancangan pembangunan berkaitan zon guna tanah, intensif dan insentif perancangan di Kuala Lumpur adalah tertakluk kepada Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 iaitu PSKL2040 dan juga Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL2040).
Melalui pelan tempatan, zon guna tanah khusus telah ditetapkan bagi kampung-kampung tradisi yang berpotensi iaitu Perkampungan Tradisi I (TV I) dan Perkampungan Tradisi II atau TV II. Penetapan ini memfokuskan kepada kawasan rizab Melayu Gombak yang melibatkan Kampung Padang Balang, Kampung Sungai Mulia, Kampung Sungai Merali, Kampung Bandar Dalam, sebahagian dari Kampung Chubadak Hulu dan juga sebahagian dari Kampung Puah Asal. Pendekatan ini dibuat selaras dengan karakter serta suasana persekitaran kampung-kampung berkenaan.
Strategi perancangan bagi zon guna tanah TV I memberi penekanan kepada kawalan reka bentuk dan juga fizikal bangunan yang mengekalkan elemen perkampungan tradisi dengan had ketinggian tiga tingkat. Manakala zon guna tanah TV II dengan kawalan nisbah plot satu kepada 2.0 berperanan sebagai zon penamparan antara kawasan TV I dan juga zon pembangunan sekeliling. Reka bentuk dan fizikal bangunannya perlu diharmonikan agar selari dengan karakter persekitaran kampung tradisi di sekitarnya.
Walau bagaimanapun, beberapa isu berbangkit terus menjadi perhatian kerajaan. Sebagai contoh, di Kampung Padang Balang yang terletak dalam kawasan tanah rizab Melayu. Antara isu utama yang dikenal pasti ialah masalah penyelenggaraan jalan dan juga longkang. Tanggungjawab penyelenggaraan oleh DBKL adalah terhad kerana status tanah di kampung tersebut merupakan tanah persendirian yang tidak termasuk dalam senarai penyelenggaraan DBKL.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Selain daripada itu, isu kutipan sampah juga turut menimbulkan masalah disebabkan oleh laluan jalan yang sempit dan juga tidak mengikut piawaian, sekali gus menyukarkan kenderaan sisa pepejal untuk memasuki kawasan-kawasan berkenaan secara berkala. Penetapan lokasi tambahan pusat pengumpulan sampah pula perlu mendapatkan kebenaran penduduk terlebih dahulu.
Jadi, dari segi infrastruktur dan utiliti pula, kemudahan asas seperti sistem elektrik, air dan juga lampu jalan yang dibina secara berperingkat tanpa pelan induk sejak dahulu mengehadkan keupayaan untuk dinaiktarafkan. Dalam masa yang masa, kebanjiran pendatang warga asing yang menyewa rumah-rumah lama di kampung ini juga turut menimbulkan isu sosial dan juga kebersihan.
Jadi, isu yang paling ketara ialah penyelenggaraan syarat tanah bagi lot-lot yang dikategorikan sebagai pertanian, tetapi telah digunakan untuk tujuan kediaman ataupun perniagaan tanpa kelulusan tukar syarat. Jadi, keadaan ini menyebabkan banyak struktur binaan di kawasan-kawasan kampung tersebut termasuk rumah kediaman tidak dapat disahkan dari segi kelulusan pembangunan dan juga dianggap sebagai binaan yang tidak berlesen mengikut peraturan semasa.
Jadi, isu ini merupakan antara legasi lama Yang Berhormat, yang kurang diberi perhatian mungkin oleh pentadbiran yang terdahulu. Jadi, sehubungan dengan itu, semasa saya juga mempengerusikan Mesyuarat Ketua-ketua Agensi Jabatan Wilayah Persekutuan baru-baru ini bilangan 12, saya telah mengarahkan agar JWP mengambil tindakan segera untuk merangka pelan penyelesaian yang menyeluruh serta bersepadu termasuklah kerjasama dengan kementerian seperti kemajuan— Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jabatan Air Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPSWPKL), SWCorp.
Dan ini adalah untuk menangani segala isu-isu yang terkait berkaitan dengan pertubuhan kampung ini. Dan gerakan KL Strike Force contohnya, telah kita ada di Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur khususnya akan diaktifkan dengan segera untuk mengatasi kacau ganggu warga asing yang mendiami kawasan-kawasan kampung terutamanya di kawasan rizab Melayu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Tanjong Karang.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas pencerahan yang begitu baik. Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan dasar khusus atau pelan tindakan berserta peruntukan bagi memelihara kampung-kampung tradisi di
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
bawah kategori TV I dan TV II ini supaya tidak diumpan oleh pemaju dan tidak terhimpit oleh pembangunan baharu di sekelilingnya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kita ada penetapan dasar yang khusus dalam— dan pelan tindakan bagi pemeliharaan kampung tradisi di bawah kategori TV I dan TV II ini tadi, yang juga bagi pemuliharaan kampung-kampung ini. Ini telah dinyatakan melalui tindakan sokongan dan juga Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) berkaitan dengan memelihara kualiti dan karakter kampung tradisi Melayu.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, langkah-langkah yang dicadangkan ialah menyediakan kawalan perancangan terperinci, melengkapkan kawasan dengan kemudahan masyarakat dan juga pengangkutan awam yang sesuai, melaksanakan program penjanaan semula tanpa menjejaskan nilai budaya serta juga mengkaji mekanisme transfer of development right ataupun TDR bagi mengekalkan karakter kampung dalam jangka masa yang panjang.
Jadi, berkenaan dengan peruntukan— Yang Berhormat Tanjong Karang juga daripada kawasan jelapang padi, jadi tentunya pernah mendengar pepatah yang mengatakan bahawa “ada padi semua menjadi”. Jadi, sebarang program dasar perlu disokong oleh peruntukan yang mencukupi atau ia nya hanya akan menjadi retorik kosong sahaja.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi dalam hal ini, saya melihat tentang ada keperluan untuk kita mewujudkan peruntukan kewangan khusus untuk memastikan pemilikan dan juga penyertaan Melayu bumiputera di Kuala Lumpur ini kita perkasakan.
Di peringkat awal, saya juga sedang menyusun semula peruntukan kewangan sedia ada untuk kita mewujudkan peruntukan khusus dan baharu bagi tujuan ini dan walaupun mungkin kita boleh laksanakan secara pentadbiran terlebih dahululah. Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Wangsa Maju.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bukan sebelah sini? Bukan sebelah sini?
Tuan Yang di-Pertua
Pembangkang, kerajaan.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Oh, pembangkang. Saya ingat sebelah kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Tak, dalam rekod saya sebelah sini pembangkang.
Dalam rekod saya. Apa yang terjadi dalam itu saya tak campur. Terima kasih. Silakan.
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
Ya. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
[Ketawa] Saya ada satu soalan, tapi dua bahagian. Bahagian (a), dalam Dewan yang mulia ini juga, YB Menteri pernah memaklumkan bahawa satu kawasan baru perkuburan akan di— telah ditetapkan oleh JAWI di Semenyih. Kalau daripada Wangsa Maju ke Semenyih ini melebihi 40 kilometer, kalau dari segi masa itu pun melebihi 40 minit. Jadi, itu satu jarak yang jauh. Dan soalan bahagian (a), apakah kerajaan mempunyai rancangan untuk membuka tapak perkuburan yang baru yang lebih dekat ataupun dalam Kuala Lumpur?
Dan bahagian (b) pula, dalam Titah Yang di-Pertuan Agong tahun 2023, Tuanku ada menyebut tentang mewujudkan Wangsa Maju sebagai bandar rendah karbon. Pohon perkembangan terkini pelaksanaan blueprint bandar rendah karbon Wangsa Maju. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri. Kecuali Menteri nak jawab secara bertulislah.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Ya, itu mungkin soalan kedualah.
Soalan kedua saya akan jawab secara bertulis. Baik, berkenaan dengan kawasan perkuburan ini, betul saya pernah menjawabnya Yang di-Pertua. Tetapi untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, sebenarnya kapasiti kita untuk tapak-tapak perkuburan di Kuala Lumpur ini semakin kuranglah. Dan kini pencapaian telah pun 70 peratus dan dijangka hanya mampu bertahan Yang di-Pertua, hanya sehingga tahun 2029 ya Yang Berhormat, iaitu lebih kurang empat tahun, lima tahun je lagi.
Jadi disebabkan itu, JWP juga telah berusaha untuk mempercepatkan pembukaan tanah perkuburan Islam baru di Hulu Semenyih seperti yang pernah saya nyatakan dahulu dan ini, rundingan ini telah pun kita laksanakan bersama dengan Pejabat Menteri Besar Selangor. Jadi alhamdulillah, tapak tersebut dijangkakan akan dapat mula digunakan pada tahun 2028 untuk menampung
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
keperluan pengebumian umat Islam di Kuala Lumpur untuk anggaran 28 tahun ke hadapan.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Walau bagaimanapun, saya faham ya, hasrat sepertimana Yang Berhormat sebut tadi bahawa keluarga kalau boleh nak mengebumikan, mungkin jenazah ahli keluarga berhampiran dengan mereka. Namun, kita kena lihat juga suasana yang lebih realistik ya dengan kepadatan penduduk di Kuala Lumpur yang semakin meningkat ya, dan kawasan-kawasan untuk mungkin digunakan untuk perkuburan itu semakin tidak sesuai.
Jadi, dalam hal ini sebenarnya saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pihak JAWI yang telah juga mengoptimumkan penggunaan tanah melalui kerja-kerja peluasan dan juga pengaturan semula lot-lot kubur di tapak sedia ada.
Yang saya difahamkan kita ada 11 senarai tapak kubur sekarang ini yang semakin penuh ya, dan ini disenaraikan oleh DBKL. Walau bagaimanapun hanya— ini merupakan penyelesaian jangka pendek. Maksudnya bila dia menyusun semula kubur-kubur itu Yang Berhormat, kita boleh jimatkan lagi tanah ya, untuk menampung lebih banyak lagi jenazah.
Jadi, saya juga telah mengarahkan JWP memberikan inputlah kepada pihak JAWI yang sedang menjalankan kajian khusus dengan Universiti Sains Malaysia ya dan juga menjadikan benchmarking pengurusan kubur di Singapura dan Kedah serta Pulau Pinang. Dan kita juga tidak mahu tergesa-gesalah dalam pelaksanaannya dan perlu mengambil kira pelbagai perkara lah, termasuk adat, sensitiviti, dan amalan masyarakat setempat.
Jadi, hasil kajian ini insya-Allah akan digunakan dalam merangka garis panduan kubur bertingkat. Ini perkara baharu ya. Kubur bertingkat di Wilayah Persekutuan ini sebagai satu alternatif. Pengurusan kubur bertingkat ini Yang Berhormat, contohnya di Masjid Al-Jamiul Badawi, Pulau Pinang mungkin ya itu kita boleh jadikan sebagai rujukan, tetapi di Wilayah Persekutuan ini mungkin pendekatannya boleh jadi berbeza.
Jadi, apa pun saya kira perbincangan lanjut perlu dilaksanakan ya, terutamanya dengan pihak-pihak seperti Menteri Agama ya, dan Mufti Wilayah Persekutuan mungkin dan juga libat urus bersama penduduk perlu dilaksanakan kerana seperti saya sebut tadi apakah— kita kena lihat, apakah kaedah yang terbaik yang boleh dilakukan dalam kita mengambil kira sensitiviti umat Islam di Wilayah Persekutuan ini dan secara amnya di Malaysia. Terima kasih.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tan Sri, minta satu lagi Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Minta maaf kita lari di belakang terlalu jauh.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Oh..
[Tidak jelas] .
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan Menteri.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan pertanyaan bagi jawab lisan dengan saya menjemput Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Bandar Tun Razak.
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih. Assalamualaikum Tan Sri. Saya memohon— soalan, saya mohon Tan Sri Yang di-Pertua, izin untuk kita mengalu-alukan kehadiran rombongan para pegawai- pegawai dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP) yang hadir pada hari ini.
[Tepuk] Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 1.
1. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail [Bandar Tun Razak] minta Perdana Menteri menyatakan, sejauh mana keberkesanan dasar perancangan bandar yang menetapkan dua petak parkir bagi setiap unit kediaman mampu menangani isu kesesakan parkir di kawasan perumahan khususnya di Kuala Lumpur yang semakin padat.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bandar Tun Razak.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) telah menyediakan Garis Panduan Perancangan Tempat Letak Kenderaan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Edisi 2024 yang berkuat kuasa pada 25 Jun 2024 yang lalu. Ia nya hanya bagi memastikan keperluan tempat letak kereta disediakan oleh pemaju perumahan selaras dengan garis panduan yang ditetapkan.
Penetapan untuk dua petak parkir bagi pembangunan kediaman mengikut jenis kediaman dan juga harga jualan rumah berdasarkan garis panduan DBKL dapat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
insya-Allah mengurangkan kesesakan di kawasan perumahan. Jadi, ini selaras dengan sasaran Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 yang telah diwartakan 19 Oktober 2023, untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 70 peratus menjelang tahun 2040.
Jadi, beberapa dasar perancangan juga telah kita gariskan dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 ini dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 bagi menangani isu kesesakan parkir di kawasan perumahan seperti, yang pertama, kita menggalakkan juga pembangunan konsep transit-oriented development ataupun TOD yang mengintegrasikan pembangunan berteraskan pengangkutan awam dan juga mobiliti mesra alam.
Yang kedua, kita mengenal pasti dan merancang mekanisme baharu perkongsian tempat letak kereta bagi pembangunan perumahan dengan pembangunan perdagangan ya, seperti pejabat dan sebagainya.
Ketiga, kita mengoptimumkan penggunaan ruang di bawah laluan LRT dan juga lebuh raya yang bersesuaian sebagai tempat letak kenderaan.
Keempat, kita menyediakan juga pilihan mod yang pelbagai seperti teknologi maklumat dan juga data yang dinamik bagi memberi perkhidmatan pengangkutan bandar yang menepati keperluan pelbagai pihak.
Terakhir, kita— pembinaan bangunan tempat letak kereta yang bertingkat.
Juga, ini adalah bagi mengurangkan kesesakan terutamanya di kawasan kediaman- kediaman yang mampu milik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Bandar Tun Razak.
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail - Bandar Tun Razak
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Menteri yang menjawab.
Saya nak tanya kerana masalah letak kereta ini berlarutan. Satunya kerana ada kereta-kereta yang tersadai, yang tertinggal macam tu satunya. Satunya lagi adalah untuk ulat parking, Tan Sri. Dia parking di pusat bandar semakin agresif, minta bayaran haram, halang pengguna dan DBKL nak ugut semua inilah. Mengawal kawasan tertentu. Abang longkawasanlah.
Jadi, bahawa ulat parking ini bukannya individu, tetapi dikendalikan oleh kumpulan terancang. Dan apakah tindakan bersepadu DBKL dan PDRM? Dan juga kita lihat bahawa sekarang akan ada petak-petak yang ada diambil untuk charge.
Kalau electrical vehicle kita ada masa depan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada tiga isu yang disebutkan tadi.
Sebenarnya DBKL kita memang terima banyak aduan, Tan Sri Yang di- Pertua. Kita terima hingga 1,000 aduan yang direkodkan ya. Untuk tahun ini sahaja di semua kawasan— 11 kawasan Parlimen ya di Kuala Lumpur. Jadi, proses yang kita lakukan ialah proses yang berperingkat ya, termasuklah kita mengeluarkan notis kepada pemilik. Sebab bagi kenderaan-kenderaan yang tersadai ini kadang-kadang kita sukar untuk mencari pemiliknya.
Kemudian, kita tingkatkan lagi dengan kita buat semakan dengan JPJ. Itu pun kadang ada kadang tak ada, tak terima. Dan seterusnya apabila kita dah dapat maklumat itu kita tunda pula kenderaan ke depoh kitalah. Depoh DBKL yang kita ada di beberapa kawasan. Dan baru-baru ini kita tambah lagi ya.
Namun, masalah yang kita hadapi ialah proses pelupusan, Yang Berhormat.
Sebab pelupusan ini dia mengambil masa yang lama sebab isu ini perlu kepada pewartaan dan kita perlu sahkan pemilik ya. Kalau pemilik itu kita tak jumpa susah kita nak buat pelupusan dan juga mungkin kalau kita jumpa waris, itu lebih mudah sedikit.
Bagi mempercepatkan tindakan ini, DBKL juga sedang menambah baik SOP dan juga kita mempertimbangkan kerjasama. Contohnya kita buat kerjasama baru- baru ini dengan AATF ataupun Authorized Automotive Treatment Facility. Kita pergi tempat dia tengok macam mana proses itu dilaksanakan. Dan kita juga bekerjasama dengan pengusaha besi-besi buruklah. Yang itu juga boleh membantu kita untuk mengurangkan jumlah kenderaan-kenderaan yang tersadai ini tadi.
Kemudian, untuk EV charger apa yang kita lakukan sekarang ini memang semakin ramai menggunakan EV charger. Jadi, kita ‘tak mahu EV charger ini mengganggu kawasan parking yang sedia ada. Jadi, apa yang kita lakukan di kawasan-kawasan perumahan contohnya, kita minta supaya tempat EV charger itu dibuat hanya boleh dilakukan di kawasan parkir pelawat. Jadi, dia tak ganggulah kawasan parkir kediaman sedia ada.
Berkaitan dengan ulat parkir ini, ini memang masalah yang agak sukar juga untuk kita atasi, tetapi kita cuba sedaya mungkin. Jadi, apa yang kita buatkan ialah kita telah mengusahakan untuk memperkenalkan pendigitalan. Jadi, pendigitalan penuh ini dia tak ada interaksilah ya. bila ‘tak ada interaksi itu lebih mudah dan kita gunakan juga aplikasi dan juga QR code. Jadi, orang guna QR code bayar terus ke—
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
contoh, DBKL dan tak perlulah melalui individu yang mungkin menjaga di kawasan tersebut yang kita ‘tak tahu pun kadang-kadang siapa.
Saya tengok juga video baru-baru ini. Maksudnya daripada warga asing pula itu ya. kemudian untuk tambahan kita juga meletak CCTV untuk pemantauan. Yang ini real-time monitoring. Jadi, kalau ada apa-apa masalah kita boleh terus melaksanakan penguatkuasaan dengan cepat dan segera. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Tan Sri. Tan Sri Yang di-Pertua— terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya kali ini agak mikro sikit. Berkenaan dengan parkir ini. Adakah kerajaan akan memperkenalkan sistem pengiraan petak parkir berdasarkan bilangan isi rumah dan jenis pembangunan strata dan juga ataupun landed dan bukannya pada kadar tetap yang tidak mengambil kira pada sebenar penggunaannya?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Bagaimana kerajaan menangani penyalahgunaan kawasan parkir, parkir awam ini oleh bengkel. Contohnya bengkel, restoran atau pihak tertentu yang menjadikannya tapak perniagaan hingga menambah kesesakan kawasan perumahan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Jadi tentang berapa tapak parking yang diberikan bagi sama ada rumah persendirian, rumah bawah atau rumah landed ataupun rumah berstrata ini, kalau kita tengok sebenarnya kebiasaannya kalau bagi rumah yang berstrata, yang ini kita ada tadi saya ‘dah sebut dalam jawapan utama saya, kita ada garis panduan ya.
Contohnya kebanyakan sekarang pembangunan diberi satu unit kepada dua biji, dua kawasan tapak parkir, tetapi ada sekarang ini disebabkan kita menggalakkan penggunaan untuk rakyat menggunakan pengangkutan awam, maka ada juga perumahan baharu yang memberikan satu unit kepada satu parkir ataupun satu unit, dua unit berkongsi tiga parkir, pelbagailah, tapi tujuannya adalah untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
Jadi itu apa yang kita boleh laksanakan dalam garis panduan. Saya kira landed houses ini dia bergantung kepada keluasanlah. Ada yang dapat dua, ada yang tiga, ada mungkin lebih. Itu bergantung pada keadaan. Kemudian dengan penyalahgunaan oleh bengkel dan restoran ini apabila kita ada aduan, insya-Allah kita akan ambil tindakan.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi sebab itu kita ada measures ataupun cara seperti KL Strike Force for example contohnya. Jadi kalau ada aduan itu diberikan, maka kita akan ambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya saya jemput Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Bagan Serai kedai kedua, Soalan saya nombor dua.
2. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci, perancangan kewangan dan sasaran pulangan atas pelaburan (ROI) terhadap peruntukan sebanyak RM57 juta untuk tahun 2025 bagi Program Pembangunan Asnaf di bawah MAIWP memandangkan jumlah ini meningkat sehingga hampir empat kali ganda berbanding tahun sebelumnya
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Soalan ini memberikan peluang kepada kerajaan untuk memberikan penjelasan mengenai usaha berterusan MAIWP membangunkan asnaf di Wilayah Persekutuan.
Sidang Dewan yang mulia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menerima Sijil Audit Bersih bagi Penyata Kewangan MAIWP 19 tahun berturut-turut.
Pencapaian ini menunjukkan pengurusan kewangan yang cekap, telus serta integriti bagi menjaga amanah yang diberikan.
Bagi tahun 2025, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM57 juta khusus untuk melaksanakan Program Pembangunan Asnaf. Peruntukan ini dirangka dengan perancangan strategik dan sasaran pulangan atas pelaburan yang jelas bagi memastikan setiap sen dana zakat yang diagihkan memberi impak maksimum kepada kesejahteraan dan pemerkasaan asnaf.
Pertama, pembangunan keusahawanan asnaf. MAIWP memperuntukkan sebanyak RM34.5 juta bagi tujuan pembangunan usahawan termasuk penyediaan insentif modal perniagaan dan pelaksanaan program bimbingan keusahawanan.
Program ini menyasarkan sekurang-kurangnya 10 peratus peserta berjaya keluar dari garis kemiskinan dengan pencapaian jualan bulanan melebihi RM10,000 sebulan. Daripada peserta yang berjaya keluar daripada kemiskinan, MAIWP menyasarkan 30 peratus berupaya menunaikan zakat melebihi RM500.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan
Program kedua, pembangunan ekonomi agrotani asnaf. Sebanyak RM2.3 juta diperuntukkan untuk melaksanakan tiga projek agrotani serta 200 kursus produk hiliran pertanian. Inisiatif ini bertujuan membekalkan asnaf dengan kemahiran pertanian moden, membantu mereka menjana pendapatan baru dan mengembangkan potensi keusahawanan dalam sektor agrotani.
Ketiga, pembangunan pengajian dan kerjaya. MAIWP turut memperuntuk RM16.4 juta untuk melaksanakan program latihan dan pembangunan kerjaya dengan fokus kepada generasi kedua asnaf. Program ini menyasarkan 400 orang asnaf, memperoleh pekerjaan dengan gaji RM1,800 sebulan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bantuan dan memperkukuhkan kesejahteraan keluarga.
Dan yang keempat, pembangunan kerohanian asnaf. Ini sangat penting bukan sahaja daripada pembangunan fizikal, kemahiran, tetapi juga kerohanian.
Peruntukan sebanyak RM3.6 juta disediakan bagi melaksanakan program kerohanian, motivasi, kepimpinan dan kecemerlangan. Program ini menyasarkan 5,000 penerima bantuan sara hidup bulanan serta 5,000 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Kesemua inisiatif yang digerakkan ini akan dapat insya-Allah mengeluarkan lebih ramai asnaf daripada garis kemiskinan, sekali gus menyokong visi dan misi MAIWP dalam memperkasa sosioekonomi ummah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum dalam pembangunan untuk kita nak membangunkan asnaf ini, sudah tentulah kita nak konsep kita beri kepada mereka itu joran, kita tak nak beri kepada mereka itu ikan semata-mata, supaya dengan wujudnya daripada model yang selama ini yang kita buat Bantuan Sara Hidup semata-mata kepada model empowerment.
Jadi, soalan saya ialah bagaimanakah pihak kerajaan nak memperincikan sikit mengenai prestasi pencapaian yang dicapai oleh setiap asnaf bagi setiap tahun dan berapa bilangan asnaf yang keluar daripada asnaf yang selama ini mereka merupakan penerima zakat kepada muzakki dan akhir sekali ialah bagaimanakah tahap kebolehpasaran asnaf-asnaf yang melalui proses yang telah melalui kursus- kursus yang dianjurkan oleh pihak MAIWP. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dr. Zulkifli bin Hasan
Ingin saya kongsikan di sini bagaimana kesemua peruntukan dan perbelanjaan yang dilaksanakan itu dengan adanya sasaran dan saya kongsikan prestasi pencapaiannya bagi tahun 2025. Bagi latihan dan kerjaya, sasarannya seramai 400 yang bekerja, mendapat pekerjaan dan alhamdulillah pada setakat ini, seramai 479 asnaf telah pun melalui kursus, latihan dan kerjaya dan 100 peratus dapat kerja RM1,800 gaji minimum setiap bulan.
Jadi alhamdulillah, mereka diletakkan di pelbagai sektor keselamatan, kesihatan, pekerjaan, juruteknik fiber optik dan juga pengendali tower crane. Yang kedua, pengurusan agro. Agrotani tadi iaitu kita telah berjaya melatih lebih kurang 378 asnaf dan sekarang ini seramai 13 asnaf yang aktif dalam fertigasi cili, cendawan dan juga terung, alhamdulillah.
Dan pembangunan usahawan menarik. Pembangunan usahawan kita telah berjaya melatih 889 asnaf. Sasarannya adalah 10 peratus keluar daripada kemiskinan dan alhamdulillah kita telah mencapai 14.1 peratus, 126 orang daripada 889. Dan tidak, tambahan lagi, sasaran kita adalah 30 peratus daripada yang keluar dari kemiskinan itu akan bayar zakat. Dan alhamdulillah, 45.2 peratus iaitu 57 orang daripada 126 asnaf tadi telah membayar zakat, alhamdulillah.
Dari sudut pembangunan kerohanian dan pendidikan, yang ini kita nampak bagaimana pentingnya integrasi di antara kerohanian, keusahawanan dan kerjaya, yang kita nampak bagaimana kita berjaya. Alhamdulillah, memantau mereka yang mengikuti program ini dan mereka dapat memantapkan lagi jati diri dan juga kebolehan mereka dalam pekerjaan mahupun dalam kehidupan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada MAIWP yang menerima Sijil Audit Bersih saban tahun.
Soalan saya Tan Sri Speaker, apakah pencapaian terkini keseluruhan Program Pembangunan Asnaf bagi tahun 2025 dan ada satu isu. Asnaf yang telah menerima bantuan modal daripada MAIWP, tetapi menghadapi kesukaran untuk mengekalkan perniagaan akibat kekangan pasaran dan kemahiran pengurusan.
Apakah langkah susulan yang diambil oleh MAIWP memastikan peserta tersebut tidak kembali berada di bawah garis kemiskinan. Terima kasih Tan Sri Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat Tampin atas soalan diberikan. Pencapaian telah kita buktikan bahawa telah menepati sasaran 100 peratus, alhamdulillah.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Namun begitu, ia nya perlu dipertingkatkan dan kita akan pastikan penambahbaikan dijalankan. Bagi memastikan asnaf-asnaf yang mengikuti program tidak akan melalui perkara yang sama, kita telah melaksanakan pelbagai usaha dan langkah. Di antaranya ialah pemantauan berterusan oleh pegawai MAWIP dan rakan strategik. Selain daripada itu, kita ada bimbingan lanjutan, coaching dengan izin, dan kursus kemahiran tambahan bagi memperkukuh pengurusan, perniagaan, pemasaran digital dan pengurusan kewangan.
Bukan itu sahaja, penyertaan semula dalam Program Pembangunan Ekonomi Baharu. Jadi, kita tambah lagi beberapa kemahiran yang diperlukan. Selain daripada itu, untuk memastikan pekerjaan yang telah mengikuti kursus latihan untuk pekerjaan, kita adakan program bimbingan lanjutan, job matching bersama rakan industri dan agensi kerajaan dan ini banyak membantu. Sebagai contoh dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) serta MARA Liner Sendirian Berhad.
Jadi, ada juga program-program yang kita laksanakan program reskilling dan juga upskilling dengan izin, dalam bidang yang lain yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran pekerja. Jadi dalam erti kata yang lain rumusannya, alhamdulillah kita nampak sangat positif. Namun begitu, kita ingin teruskan usaha untuk memperkasakan asnaf dia Wilayah Persekutuan dan di Malaysia, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli, Jempol .
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan Jempol nombor 3.
3. Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli [Jempol] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, status terkini persediaan kontinjen Malaysia bagi menghadapi Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Thailand termasuk jumlah atlet dan jurulatih yang terlibat serta apakah sasaran keseluruhan pingat yang ditetapkan oleh kementerian untuk kontinjen Malaysia dan apakah indikator prestasi yang digunakan untuk menilai kejayaan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya ambil peluang ini sebenarnya untuk alu-alukan kehadiran para pelajar yang menjadi peserta Program Sekolah Parlimen Siri Ke-21 dari negeri Melaka.
[Tepuk]
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum temasya Sukan SEA Thailand 2025 ini akan berlangsung pada bermula 9 hingga 20 Disember 2025 yang melibatkan sebanyak tiga daerah utama di Thailand iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.
Negara Thailand selaku tuan rumah bagi anjuran Sukan SEA edisi kali ke-33 ini bakal mempertandingkan sebanyak 50 jenis sukan melibatkan 573 acara secara keseluruhannya dan kontinjen negara kita akan mengambil bahagian dalam 50 jenis sukan dan 458 acara dengan penyertaan atlet seramai 1,166 dan 523 pegawai yang menjadikan jumlah keseluruhan kontinjen negara seramai 1,688 orang. Penyertaan kontinjen negara di Sukan SEA 2025 Thailand ini merupakan kontinjen terbesar berbanding penyertaan di Sukan SEA 2015 Singapura yang berjumlah 641 orang.
Manakala, temasya Sukan Para ASEAN Thailand 2025 juga bakal diadakan pada 20 hingga 26 Januari bertempat di dua lokasi utama iaitu Bangkok dan Nakhon Ratchasima. Ini akan menampilkan 19 jenis sukan dengan 559 acara keseluruhannya. Kontinjen negara kita akan ambil bahagian dalam 18 jenis sukan yang melibatkan 275 acara dengan penyertaan atlet seramai 238 dan 120 pegawai menjadikan jumlah keseluruhan kontinjen negara seramai 358 orang. Penyertaan kontinjen negara di Sukan Para ASEAN 2025 Thailand juga adalah terbesar berbanding penyertaan di Sukan Para ASEAN yang lalu.
Untuk pemilihan atlet Malaysia, pemilihan atlet Malaysia ke Sukan SEA 2025 ini adalah berdasarkan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Atlet yang dipengerusikan oleh Presiden Majlis Olimpik Malaysia.
Penetapan ini dibahagikan kepada Kategori A yang merupakan ranking tiga terbaik Asia Tenggara, manakala Kategori B merupakan ranking 6 terbaik di Asia Tenggara.
Kementerian juga melalui Majlis Sukan Negara telah pun memulakan program persediaan yang bermula seawal tahun 2025— awal tahun 2025 dengan memberi tumpuan penyediaan atlet Program Podium, podium berfasa dan juga pelapis. Sasaran pingat masih dalam penelitian dan jumlahnya akan dimuktamadkan pada Bengkel Sasaran Pingat yang dijadualkan berlangsung pada 29 November 2025. Hal ini demikian kerana penetapan sasaran pingat merupakan perkara yang subjektif dan bergantung kepada prestasi semasa atlet yang akan bertanding dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jempol, soalan tambahan.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Soalan tambahan Jempol mohon pihak
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
kementerian jelaskan mengenai program Road to Gold dengan izin. Adakah atlet- atlet yang terlibat dalam RTG akan menyertai Sukan SEA 2025 atau program ini lebih difokuskan untuk persiapan Sukan Olimpik Los Angeles 2028 sahaja? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, RTG atau program Road to Gold ini kita mula pada Mac 2023 yang bertujuan untuk kita selaraskan usaha negara bagi mencapai pingat emas pertama Olimpik dan jawatankuasa ini dipengerusikan Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan secara bersama dengan Presiden Majlis Olimpik Malaysia.
Sehingga kini ada 20 orang atlet di bawah RTG dalam sukan badminton, angkat berat, berbasikal trek, skuasy dan memanah dan atlet-atlet di bawah program ini juga berpeluang untuk bertanding di temasya-temasya lain termasuk Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel dan tidak tertumpu hanya Sukan Olimpik sahaja.
Jadi untuk kali ini, seramai 12 orang atlet RTG akan menyertai Sukan SEA 2025 dalam acara badminton, angkat berat dan memanah. Inisiatif ini bertujuan untuk kita beri peluang pada para atlet kita ini mendapat pendedahan yang lebih luas, memperkukuhkan persediaan mereka dan tentu sekali meningkatkan motivasi mereka serta meningkatkan tahap pengalaman untuk mereka berhadapan dengan saingan di peringkat antarabangsa terutama sekali Sukan Olimpik kelak. Terima kasih.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Alor Setar.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih, Tan Sri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dimaklumkan tadi ini adalah kontinjen yang terbesar. Dua soalan Tan Sri. Yang pertama, berapa jumlah peruntukan yang kali ini disediakan untuk membiayai kos latihan dan semua kos-kos untuk kontinjen kita ke Sukan SEA kali ini?
Dan soalan kedua, adakah peruntukan itu termasuk untuk lapan orang atlet mendaki negara yang telah pun terpilih kerana maklumat yang saya terima, salah seorang atlet mendaki negara, Mohd Izzat Syukur meluahkan dia terpaksa menanggung sendiri kos penyertaan dan kos latihan. Yuran penyertaan 4,500, kos latihan 120 sejam dengan jurulatih kebangsaan.
Saya kira Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tahu dan difahamkan semua lapan orang atlet mendaki negara membiayai sendiri kos dan mereka terpaksa membuat latihan sendiri. Tumpang masuk gim-gim tertentu untuk membuat
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
persiapan dan ini saya kira kalau betul berlaku, ini ‘tak sepatutnya kerana ia membebankan atlet. Dia ‘nak membawa nama negara tapi atlet kita terpaksa tanggung sendiri kos. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang isu ini? Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk kos keseluruhan bagi kontinjen kali ini kita akan beri secara bertulis untuk pastikan faktanya itu tepat dan untuk pengetahuan secara rasminya kos yang ditanggung oleh Majlis Sukan Negara itu hanya meliputi Kategori A dan B.
Kemudian, kita ada Kategori C yang mana kita benarkan untuk mereka ini menyertai Sukan SEA dan diberi akreditasi rasmi daripada negara tapi dengan ditanggung oleh kos sendiri. Jadi, ada setengah atlet yang menyertai Sukan SEA ini mereka tahu bahawa ada kategori di mana kos itu memang tidak ditanggung oleh kerajaan untuk peringkat permulaan.
Namun, mereka akan menerima imbuhan yang sama andai kata mereka membawa pulang pingat. Itu adalah praktis yang praktis semasa, namun saya akan beri jawapan bertulis untuk pastikan kita boleh beri keadilan kepada fakta supaya kita tidak sebut perkara-perkara yang mungkin bercanggah dengan kedudukan sebenar dan ini akan kita rujuk dengan Majlis Sukan Negara.
Apa sekali pun sebenarnya memang ada kategori-kategori sukan yang tidak menerima peruntukan awal, namun mereka ini tertakluk kepada apa yang disediakan oleh MSN dan kita sedia untuk memberi bantuan dan sokongan kewangan mengikut persatuan yang mereka naungi. Mereka boleh sebenarnya memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan di luar daripada peruntukan Sukan SEA tersebut.
Erti kata lain kita ada peruntukan yang telah pun kita siapkan, namun persatuan-persatuan ini boleh memohon— yang mana mereka tidak termasuk dalam peruntukan Sukan SEA ini, kontinjen di bawah Majlis Sukan ini. Mereka boleh memohon daripada Kementerian Belia dan Sukan dan juga pihak-pihak lain. Tidak ada halangan dan mereka tetap akan terima imbuhan sekiranya mereka bawa pulang pingat. Ini mengikut kategori seperti yang di garis pandukan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib, Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib [Maran] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan, apakah usaha kementerian dalam mengatasi masalah kadar penanaman semula kelapa sawit tidak dapat dicapai berpunca daripada masalah kos yang tinggi sehingga menghalang pekebun kecil untuk menanam semula sawit serta Skim Geran Padanan kerajaan hanya menampung 50 peratus kos penanaman semula.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan Dewan, kadar penanaman semula sawit Malaysia pada tahun 2024 adalah sekitar 2 peratus. Kadar ini adalah rendah berbanding kadar penanaman semula sawit yang disasarkan pada kadar ideal sebanyak 4 peratus hingga 5 peratus setahun.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kementerian Perladangan dan Komoditi sentiasa prihatin dan berusaha dalam mengatasi isu ini yang berpunca daripada banyak sebab. Salah satu daripada sebabnya ialah untuk pekebun-pekebun kecil, dana yang diperuntukkan untuk penanaman semula ini agak kecil. Contohnya, pada tahun 2024, kerajaan hanya memberi lebih kurang RM100 juta. 2025, hanya RM50 juta. Dan sebahagian daripada dana yang diperuntukkan ini, 50 peratus kita anggap sebagai geran dan 50 peratus kita anggap sebagai pinjaman. Kerajaan juga menanggung sebahagian daripada interest terhadap pinjaman tersebut.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sepanjang pelaksanaan program ini, kementerian telah mengenal pasti kos juga semakin meningkat tinggi dalam aktiviti proses tanaman semula. Dan kita juga sedang merumuskan satu skim supaya kita dapat tingkatkan kos yang kita bagi sebelum ini untuk pada tahun hadapan.
Saya juga ingin juga memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa salah satu daripada tanaman semula yang sangat rendah ini kepada pekebun-pekebun kecil. Contohnya, kalau pekebun kecil organize, pekebun kecil yang tersusun, hanya satu peratus pada tahun 2004, pekebun kecil persendirian hanya 0.7 peratus berbanding dengan syarikat-syarikat besar di antara 2.5 hingga 3 peratus.
Jadi, banyaklah isu-isu yang berbangkit ini. Pertamanya ialah apabila harga kelapa sawit tinggi, banyak daripada pengusaha-pengusaha kita ini tidak bersedia untuk menanam semula. Apabila harga meningkat, apabila dia tanam semula, dia takut dia tidak dapat hasil. Itu one of the ini.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Nombor dua. Apabila harga tinggi, dia dapat jualan yang bagus, dia ‘tak set aside some of the sinking fund untuk tanam semula. Maka apabila harga ‘dah mula jatuh baru hendak tanam semula, duit pula dah tak ada. Jadi, inilah salah satu daripada isu yang terkesan kepada kita punya penanaman semula sehingga meningkat kita punya penanaman semula ini, pokok-pokok yang ‘dah tua dalam negara 520,000 hektar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum dan selamat pagi, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat untuk soalan tambahan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Menteri. Kita harap kerajaan tambah lagi peruntukan untuk membantu pekebun kecil ini. Kita lihat, Yang Berhormat Menteri, ramai daripada pekebun kecil sawit terpaksa menanam semula, menjual semula― termasuk di FELDA, menjual hasil kebun mereka kepada persendirian. Dan ini disebabkan mereka kecewa dengan pengurusan yang mungkin sebahagiannya ada.
Saya ingin bertanya, berapakah kadar kejayaan penanaman semula di bawah skim 50:50, geran dan pinjaman ini, sejak dilaksanakan? Termasuk jumlah hektar yang gagal ditanam semula kerana pekebun kecil tidak mampu menyediakan modal tambahan. Dan, apakah terdapat kesan peningkatan kos input pertanian akibat perjanjian kita dengan Amerika, ART, melalui Artikel 2.3 – Agriculture? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk skim penanaman semula pekebun-pekebun kecil ini, peruntukan yang kerajaan beri 2024 RM100 juta, habis semua pakai. Jumlah tanaman lebih kurang dalam 5,900 hektar.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Untuk tahun 2025, RM50 juta pun habis. Jadi, kalau Yang Berhormat ingat, waktu saya membahaskan RMKe-13 dalam jawapan saya, kita minta RM1.4 bilion untuk selamatkan industri kelapa sawit kita.
Kerajaan tidak ada duit. Jadi, RM1.4 bilion itu on average about RM280 juta. Jadi, kita dapat cuma lebih kurang RM100 juta. Ada shortfall. Jadi, saya cuba berjumpa dengan pihak bank untuk melihat kalau duit ‘tak datang daripada kerajaan, boleh tak bank membantu pekebun-pekebun kecil ini dengan mencagar ladang-ladang mereka, kemudian bank akan bagi pinjaman dan saya akan cuba minta kepada kerajaan interest subsidy. Kerana, untuk masa akan
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
datang, contohnya 520,000 hektar ini, sebenarnya kalau kita ‘tak tanam semula pokok-pokok yang berusia lebih daripada 25 tahun ini, kita kehilangan hasil eksport hampir RM7 bilion. Sebab itu, kalau kita hendak melihat bahawa sawit ini merupakan penyumbang terbesar dari segi agriculture kita, kita mesti berterusan mengadakan tanaman semula ini.
Untuk jawapan Yang Berhormat― adakah kos meningkat? Seperti biasalah, kalau dulu kita buat tanam semula, kos RM10,000, RM12,000. Sebelum ini, ia meningkat jadi RM14,000. Sudah tentu pada masa akan datang, kita hendak melihat macam mana kita boleh naikkan daripada RM14,000 jadi RM16,000, untuk Sabah, Sarawak RM16,000 jadi RM18,000. Itu dalam proses kita tengah melihat untuk tanaman semula 3.0 ini.
Soalan Yang Berhormat mengatakan apakah kesan input kos yang berlaku apabila tarif ini naik. Tarif ini tak ada kena mengena dengan kita punya ladang kelapa sawit kerana banyak input yang kita dapat semua dalam negara. Cuma, some of the chemical itu, baja-baja yang dia punya NPK ini, kita dapat daripada import, tapi tidak melalui US. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Setelah mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi, memang kajian 60 hingga 70 peratus ladang sawit negara kita yang sudah melepasi usia ekonomi inilah. Namun, pekebun kecil kita menghadapi banyak cabaran yang ingin ditanam semula. Contohnya, dengan padanan 50:50 ini.
Jadi, saya ingin bertanya, bagaimanakah kerajaan mahu memastikan bahawa sekiranya isu tanam semula ini masih lagi tidak selesai, macam manakah kerajaan akan membantu pekebun kecil ini untuk mereka terus berusaha menanam sawit dalam masa lima ke 10 tahun yang akan datang? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih, Yang Berhormat. Macam saya sebut tadi, kalau syarikat-syarikat besar ini, saya ‘tak ada masalah sebab dia orang ini big company. Jadi, dia hendak raise money dekat bank, bayar commercial interest, ‘tak ada masalah. Sebab, pelaburan ini ia― lepas kita melabur penanaman semula ini, dia last for the next 25 years. Jadi, macam Yang Berhormat sebut, kalau organize agensi macam FELDA, FELCRA, all that, dia orang agensi ini dia boleh juga
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
buat pinjaman dia melalui guarantee yang diberi oleh agensi, tapi yang kita hendak tengok ini adalah, pekebun-pekebun kecil persendirian. Yang inilah yang kerajaan selalu bantu.
Dan kalau bila dia punya gap penanaman semula itu terlampau jauh daripada target kita empat peratus, mereka hanya 0.7 percent, kalau kerajaan hendak bagi semua mungkin kerajaan ‘tak mampu, apa yang saya buat ialah kita buat hibrid yang mana kerajaan bagi geran dan juga loan, iaitu kita jalan macam biasa yang selalunya boleh lebih kurang dalam 5,900 hektar.
Selebihnya, saya hendak melihat bagaimana kerajaan boleh bersama-sama bantu pekebun-pekebun kecil ini dengan mereka bersedia untuk pergi buat pinjaman, tapi oleh kerana dia pekebun kecil, jadi selalunya susah hendak dapat pinjaman.
Jadi, kita hendak tengok macam mana kita boleh bantu, kemudian kita secure-kan dia punya sekuriti itu melalui tanah dia, dia punya ladang dia. Dan kita minta kalau interest itu tinggi, kerajaan cuba subsidize empat peratus. Ini dalam proses saya berunding dengan MoF dan kalau dapat, nanti kita akan lancarkan skim yang baru selain daripada yang kita buat hibrid. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Majlis ke soalan yang kelima. Dipersilakan Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih, Tuan Speaker. Soalan saya soalan ke-5. Terima kasih.
5. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan, sama ada kerajaan bercadang untuk menghapuskan hukuman mati secara keseluruhannya dalam masa yang terdekat dan sama ada usaha-usaha untuk menjalankan kajian-kajian yang sewajarnya akan diadakan bagi tujuan tersebut. Sekiranya tidak, sila nyatakan sebab-sebabnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Disilakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato’ Yang di- Pertua, sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan MADANI melalui pindaan undang-undang pada tahun 2023 telah melaksanakan satu reformasi perundangan yang penting dengan penggubalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 [Akta 846].
Akta 846 yang telah dibentangkan oleh Ahli Yang Berhormat sendiri telah memansuhkan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan jenayah dan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
memperkenalkan budi bicara kehakiman (judicial discretion) dalam menjatuhkan hukuman mati ataupun hukuman pemenjaraan selama 30 tahun ke 40 tahun.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Selain itu, selaras dengan prinsip dan pendekatan pemulihan (rehabilitation), prospek dalam sistem keadilan jenayah dan pemberian peluang kedua, Akta 846 telah juga memansuhkan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat (natural life imprisonment) bagi 24 kesalahan jenayah.
Seterusnya, satu mekanisme semakan hukuman mati juga telah diwujudkan bagi memberi ruang dan peluang kepada banduan yang dijatuhkan hukuman mati mandatori sebelum penggubalan Akta 846 untuk membuat permohonan semakan hukuman mati di Mahkamah Persekutuan. Mekanisme ini telah dilaksanakan melalui penggubalan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat
(Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847].
Adalah perlu ditegaskan bahawa pada masa ini, hukuman mati masih kekal dalam sistem perundangan Malaysia sebagai salah satu bentuk hukuman jenayah yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah bergantung pada budi bicara seorang hakim setelah mengambil kira fakta dan keadaan setelah satu kes jenayah yang pasti, unik dan berbeza. Namun pada masa yang sama, satu moratorium pelaksanaan hukum mati yang telah dipersetujui oleh kerajaan pada tahun 2018 juga masih terus berkuat kuasa sehingga keputusan dasar muktamad ditentukan berkenaan hala tuju hukuman mati di Malaysia.
Berhubung percadangan penghapusan mahkamah— hukuman mati, secara keseluruhannya Kerajaan MADANI berpendirian bahawa perkara ini memerlukan penelitian yang lanjut dan terperinci, mengambil kira keseimbangan dilakukan antara kepentingan awam, keadilan kepada mangsa serta prinsip-prinsip hak asasi manusia.
Sehubung dengan itu, Kerajaan MADANI sedang dalam proses menubuhkan satu kumpulan kerja kajian dasar dan hala tuju hukuman mati di Malaysia yang akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Jenayah Malaysia (CLRC) dalam pelaksanaan usaha ini.
Untuk makluman lanjut Ahli Yang Berhormat, kumpulan kerja yang sedang ditubuhkan ini akan dianggotai oleh semua pihak berkepentingan dalam sistem keadilan negara termasuk daripada pihak kerajaan, badan-badan peguam, pakar akademik, undang-undang jenayah dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tujuan utama kajian ini adalah untuk memastikan sebarang keputusan oleh kerajaan mengenai kedudukan hukuman mati di Malaysia adalah dibuat berdasarkan kepada justifikasi yang kukuh melalui pendekatan berasaskan bukti (evidence-based approach) dan setelah mendengar pandangan dan hujahan semua pihak berkepentingan.
Kajian ini akan melibatkan antara lain kajian doktoral mengenai kedudukan hukuman mati dan semua aspek termasuk di peringkat antarabangsa dan sesi libat urus holistik dan juga diadakan bersama pakar undang-undang jenayah negara dan antarabangsa, ahli keluarga mangsa, ahli keluarga banduan akhir dan pihak-pihak berkepentingan berkaitan yang sama. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih, Timbalan Menteri untuk jawapan yang komprehensif tersebut. Mengikut akta-akta yang telah pun disebut oleh Timbalan Menteri tadi, saya mendapati ataupun difahamkan bahawa dalam tempoh hanya satu tahun antara 14 November 2023 hingga 29 Oktober 2024, kesemua semakan telah pun diselesaikan hanya dalam setahun.
Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan badan kehakiman dalam pencapaian tersebut. Soalan saya adalah bahawa mengikut hasil semakan-semakan tersebut, saya— kami mendapati bahawa hukuman mati hanya dikekalkan untuk kes-kes dengan izin, heinous murders ataupun pembunuhan ataupun pembunuhan yang melibatkan keganasan yang kejam dan teruk, tetapi bukannya untuk kes-kes pengedaran dadah.
Selain daripada kes bunuh, saya difahamkan bahawa untuk semua exercise semakan ini, hukuman ganti telah pun diketepikan untuk kesemuanya. Jadi, soalan yang saya ingin timbulkan di sini ada dua soalan. Pertamanya, bilakah kerajaan bercadang untuk memulakan kajian untuk menghapuskan hukuman mati secara keseluruhannya ataupun dengan izin, total abolition Tuan Speaker dan berapa lama kah kajian tersebut dijangka berlangsung dan berapa bilangan pesalah pada masa ini telah pun dihukum mati dan on death row?
Keduanya, memandangkan trend hukuman yang dinyatakan tadi adalah— adakah kerajaan bersedia untuk menghapuskan hukuman mati secara keseluruhannya ataupun total abolition sekurang-kurangnya untuk kesemua kesalahan melainkan untuk kes bunuh (apart from murders), adakah kerajaan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
bersedia untuk melaksanakan total abolition hukuman mati untuk kes-kes tersebut?
Terima kasih Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Terima kasih pada cadangan tersebut. Mengenai penghapusan hukuman mati secara keseluruhannya, kerajaan berpandangan bahawa perkara ini memerlukan penelitian lanjut oleh kumpulan kerja yang disebutkan tadi.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kajian ini dijangka bermula pada bulan Januari 2026 dan dirancang berjalan untuk tempoh selama empat bulan. Namun, tempoh ini boleh dilanjutkan oleh kerajaan sekiranya terdapat keperluan kelak bagi memastikan kajian tersebut adalah komprehensif.
Berkenaan statistik banduan hukuman mati, saya dimaklumkan bahawa mengikut maklumat daripada Jabatan Penjara Malaysia, setakat 11 November 2025, terdapat seramai 97 orang yang telah dijatuhkan hukuman mati. Angka ini terdiri daripada:
(i) 38 orang menunggu rayuan ke Mahkamah Rayuan;
(ii) sembilan orang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan; dan
(iii) 50 orang yang telah melalui semua peringkat rayuan dan boleh mengemukakan permohonan pengampunan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok beberapa negara seperti Filipina telah pun memansuhkan hukuman mati sejak daripada tahun 2006 dan Thailand juga Indonesia mengekalkan hukuman mati, tetapi dia tidak melaksanakan sebarang hukuman sejak bertahun-tahun lamanya.
Dan saya mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Cuma hari ini kita melihat, apakah sebenar hala tuju Malaysia ke arah penghapusan sepenuhnya dalam jangka sederhana ataupun masih lagi nak mengekalkan moratorium itu? Sebagaimana yang telah pun ditanyakan oleh Yang Berhormat sementara tadi, berkenaan dengan kajian yang dibuat kerana kita ingin tahu, apakah
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
sebenarnya Malaysia mendukung prinsip hak asasi sejagat dalam soal hukuman mati ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih Masjid Tanah.
Sebenarnya, hakikatnya adalah, dasar kerajaan adalah untuk menjalankan penelitian yang sedalam-dalamnya selepas satu keputusan dibuat. Itu sebab kita ada moratorium dari tahun 2018 hingga sekarang supaya perkara-perkara ini dapat diambil kira. Dan saya berharap selepas penelitian jawatankuasa ini pada bulan Januari yang akan ditubuhkan, dalam tempoh masa itu, satu pandangan yang serius akan diberitahu dan mungkin selepas itu tindakan boleh diambil. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang ke-6— tidak dapat hadir.
Saya ke soalan yang ke-7. Tuan Haji Azli bin Yusof, Yang Berhormat Shah Alam.
[Soalan No. 6 – YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) tidak hadir]
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 7.
7. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, jumlah peruntukan dan perbelanjaan R&D negara yang terkini sebagai tanda aras pelaksanaan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara
(DSTIN) 2021–2030 serta langkah kementerian merangsang sektor R&D mengkomersialkan hasil penyelidikan dan pembangunan berorientasikan teknologi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam.
Berdasarkan dapatan Kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Kebangsaan 2023, anggaran perbelanjaan kasar R&D negara ataupun Gross Expenditure on R&D (GERD) adalah sekitar RM18.16 bilion bersamaan lebih kurang 1.01 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Indikator ini merupakan penanda aras penting untuk mengukur kemajuan pelaksanaan Dasar Sains Teknologi dan Inovasi Negara yang menyasarkan GERD pada kadar 2.5 peratus KDNK menjelang tahun 2030.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Dapatan kajian turut menunjukkan nisbah perbelanjaan R&D antara sektor awam dan sektor swasta adalah pada nisbah 39 sektor awam, 61 peratus sektor swasta. Ini adalah satu peningkatan daripada tahun 2020 di mana masa itu peratusan R&D yang dikeluarkan oleh sektor awam adalah 59 peratus dan sektor swasta 41 peratus.
Peningkatan pelaburan R&D oleh sektor swasta sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh peranan industri sebagai peneraju utama inovasi negara. Selaras dengan hasil dapatan kajian ini, kementerian terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi merangsang pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan berasaskan teknologi.
Antaranya termasuklah (a) Dana R&D MOSTI, dana yang memberi tumpuan kepada pembangunan eksperimental yang merangkumi spektrum TRL, technology readiness level dari 2 hingga 9. Skop ini meliputi peringkat awal seperti pembuktian konsep (proof of concept) dengan izin, sehingga lah ke peringkat akhir iaitu pembuktian produk yang sedia untuk dikomersialkan.
Yang kedua, Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY). Penilaian kesediaan komersial. MOSTI menganjurkan sesi penilaian upaya ataupun due diligence di mana pakar penilai mengukur tahap kesediaan hasil R&D tempatan untuk dikomersialkan menggunakan metrik TRL.
Hasil daripada penilaian TRL tersebut digunakan untuk mengenal pasti jurang teknologi ataupun technology gap dengan izin. Dan, berdasarkan jurang ini, bentuk intervensi yang paling sesuai akan ditentukan contohnya seperti sokongan pembiayaan dana, akses kepada fasiliti pengujian dan padanan perniagaan.
Yang ketiga, kita ada accelerator programmes ataupun program pemecut.
Program MRANTI yang mempercepat pertumbuhan startups melalui penyediaan bimbingan, akses kepada rangkaian industri yang relevan serta pendedahan terus kepada pelabur strategik.
Dan yang terakhir adalah pengujian rintis ataupun pilot testing. Inisiatif ini mewujudkan kerjasama strategik antara syarikat swasta dengan agensi kerajaan untuk melaksanakan ujian rintis bagi produk perkhidmatan atau teknologi dalam persekitaran sebenar. Pengujian ini mempunyai dua matlamat utama. Ia bukan saja berfungsi untuk mengesahkan keberkesanan dan potensi pasaran sesebuah inovasi, malah turut membina satu kajian kes yang kukuh bagi meningkatkan keyakinan pelabur dan pengguna. Inisiatif ini secara kolektif memperkasa ekosistem
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
penyelidikan negara sekali gus memacu penciptaan inovasi tempatan yang kompetitif dan sedia untuk dipasarkan.
Akhirnya usaha ini bertujuan membuahkan hasil dalam bentuk pertubuhan ekonomi yang inklusif dan peningkatan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Shah Alam, soalan tambahan.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Biasanya kita nak melihat sesuatu kejayaan hasil daripada pelaburan yang kita lakukan itu kita akan menetapkan mungkin sasaran ataupun indikator bagi sesuatu langkah yang kita lakukan. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri adakah kementerian menetapkan sebarang penanda aras ataupun indikator bagi mengukur dan memantau tahap pengkomersialan R&D ataupun inovasi dalam negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sebenarnya selain daripada GII ataupun Global Innovation Index, Malaysia juga meletakkan satu Indeks Inovasi Malaysia ataupun Malaysia Innovation Index sebagai alat untuk memacu kita untuk mencapai sasaran 20 teratas dalam GII menjelang tahun 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Dan MII ini menyediakan profil ekosistem inovasi untuk ketiga-tiga belas buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Dan, ini membolehkan kerajaan negeri dan juga Persekutuan melalui MOSTI mereka bentuk dasar dan tindakan yang bersasar berdasarkan profil ekosistem inovasi negeri masing-masing.
Dan, MII ini ataupun Malaysia Innovation Index ini akan menyediakan data asas ataupun baseline untuk melihat semula Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara dan memastikan perancangan lima tahun negara didorong oleh data yang sah di peringkat sub nasional dan bukan sahaja data agregat kebangsaan iaitu GII.
Sekian, terima kasih.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan YB Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey. berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh Menteri tadi, kita masih lagi di tahap yang rendah dari segi gross expenditure on R&D sedangkan kadar yang ditetapkan ataupun kadar optimum yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
(OECD) ialah pada kadar tiga peratus. Jadi, apakah faktor yang dihadapi oleh kementerian untuk mencapai tahap ini dan cabaran yang dihadapi? Dan adakah sasaran yang telah kita tetapkan tadi 2.5 peratus adalah realistik dan mampu dicapai dalam tempoh lima tahun ini? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu. Saya rasa memang kita masih jauh ketinggalan kalau kita berbanding dengan negara yang maju seperti Korea, Singapura, Jepun dan lain-lain.
Saya ambil Korea sebagai contoh. GRD Korea adalah lebih kurang lima peratus daripada KDNK mereka dan KDNK mereka besar. KDNK mereka dalam lingkungan 1.7, USD1.8 trilion berbanding dengan Malaysia USD400 lebih bilion.
So, peratusan mereka tinggi, saiz KDNK mereka pun tinggi. So, ini memberi impak secara langsung ke atas kemajuan negara dan juga kerancakan ekonomi negara tersebut. Dan, itu sebabnya kita sedang giat apa tu― kita cuba merancakkan lagi aktiviti-aktiviti dan dana untuk pembiayaan untuk aktiviti R&D. Sebagai contoh, walaupun kita selalu kata G-R-D ini, GRD ini tidak cukup besar, tetapi kita ada cara lain selain daripada kerajaan memberikan dana secara terus.
Sekarang saya bagi contoh kita ada satu inisiatif oleh Akademi Sains Malaysia iaitu Malaysia Science Endowment (MSE) di mana― ya, memang kerajaan akan sediakan sejumlah dana, tetapi itu sebagai dana matching grant di mana kita akan kerjasama dengan rakan strategi kita dari luar negara ataupun dari pihak swasta supaya mereka menjalankan aktiviti R&D, tetapi kerajaan akan membiayai dana secara mungkin 50 peratus ataupun 30 peratus. Ini adalah inisiatif yang boleh menggalakkan aktiviti R&D di pihak di sektor swasta dan sekali gus akan menambah baik GRD kita dari segi peratusan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan yang ke-8, Yang Berhormat tidak ada dalam Dewan, ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Kita ke soalan yang ke-9.
Dipersilakan Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Yang Berhormat Ledang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[****Soalan No.8 –** YB. Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) tidak hadir]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Dato' Timbalan Yang di-Pertua, soalan Ledang nombor 9.
9. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, bagaimana penubuhan Majlis Benih Negara akan membantu para pesawah dan meningkatkan hasil pertanian di Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, silakan.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tuan Yang di-Pertua, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan tak hadir pasal dia ada pergi luar negara, Timbalan sedang menjalani pilihan raya di Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Jadi, saya terpaksa jawab. Dato' Yang di-Pertua, Majlis Benih Negara (MBN) ditubuhkan pada 27 Julai 2011 untuk menyelaras dan menentukan hala tuju pembangunan industri benih negara, memastikan bekalan benih yang berkualiti, mengurangkan kebergantungan import dan meningkatkan eksport.
Objektif utama penubuhan MBN adalah untuk memperkukuhkan sumber benih dan baka tempatan, memperkasakan pengeluaran benih dan baka tempatan dan meningkatkan akses kepada benih dan baka tempatan. Oleh yang demikian, penubuhan MBN dijangka memberi impak langsung kepada peningkatan hasil pengeluaran pertanian dan pendapatan bukan sahaja kepada golongan petani, malah turut terkesan kepada pesawah dan penternak melalui pendekatan berikut.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Pembangunan varieti dan baka tempatan secara sistematik iaitu varieti dan baka tempatan dirancang serta dibangunkan secara berstruktur dengan penekanan kepada potensi hasil yang tinggi dan kesesuaian dengan agroekologi Malaysia.
Kedua, kestabilan bekalan dan harga benih serta baka, pengeluaran tempatan dan dasar sokongan kerajaan menjamin bekalan benih berkualiti serta harga benih dan baka yang lebih stabil.
Ketiga, penyelarasan sokongan teknikal merentas agensi. Agensi diselaraskan di bawah MDN bagi memastikan petani, pesawah dan penternak
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
menerima sokongan teknikal yang bersepadu dan responsif terhadap keperluan lapangan.
Keempat, pematuhan kualiti dan ketulenan benih. Pemantauan ke atas aktiviti pembangunan benih berhasil tinggi dan pengesahan benih tanaman supaya tulen dan berkualiti.
Akhirnya, memperkasakan ekonomi melalui penglibatan rakyat, penglibatan petani, koperasi dan usahawan dalam pengeluaran serta pengedaran benih tempatan seiring pembangunan industri benih negara. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Ledang, soalan tambahan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kasihan kepada Yang Berhormat Menteri. ‘Dah ada dua kementerian, tambah satu lagi kementerian pada hari ini. Saya rasa itu juga satu pujian kepada Yang Berhormat Menteri, tapi saya rasa ini soalan penting juga. Ini berkenaan dengan pesawah. Jadi, sudah tentu dia memerlukan jawapan dan kita berada di sidang Parlimen yang dimuliakan.
Yang Berhormat Menteri, jadi soalan saya lebih kepada berkenaan dengan bagaimana kita memastikan supaya adanya penggunaan varieti benih yang baik?
Kalau ikut kajian dan laporan tempatan menunjukkan bahawa penggunaan varieti benih yang disahkan ataupun improvisasi di Malaysia lebih menaikkan hasil dengan ketara. Maknanya, ada kenaikan 20 hingga 60 peratus.
Berikutan keuntungan hasil tersebut, apakah program, sama ada subsidi ataupun jaminan pembelian rangkaian pengeluaran benih, latihan ataupun kaunseling yang akan dilaksanakan oleh majlis, agar pesawah padi kecil-kecilan ini boleh mengakses dan mengguna pakai benih-benih ini secara berkesan?
Terutamanya kepada pesawah-pesawah kecil di luar bandar seperti di kawasan saya di Ledang juga. Mereka dapat menikmati manfaat ini, bukan hanya kepada pembekal ataupun syarikat besar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Majlis Benih Negara ini dia memang— kita akan tengok hasil daripada ciptaan benih ini, yang mana memberi peningkatan hasil, sudah tentu mereka akan galakkan penggunaan tersebut, tetapi yang paling penting ialah kita ‘nak pastikan bahawa dia
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
mesti konsisten. Oleh itu, untuk memastikan dia konsisten, maka Kementerian Pertanian, mereka cuba sekarang ini merujuk satu akta untuk kawal benih-benih ini.
Jangan bila kita buat satu batch yang bagus, batch kemudian tak bagus. Jadi, dia claim macam dia yang bagus. Jadi, kalau kita ada akta, maka akta ini akan pastikan bahawa ada tindakan yang akan diambil oleh— kepada pengeluar- pengeluar benih yang bagus-bagus ini. Dia tak mengikut specs sepertimana yang dijanjikan, maka akta ini boleh ambil. Sekarang ini tak ada akta. Jadi, ada orang claim first batch bagus, second batch bagus, masuk third, fourth batch, Dia kata tak bagus.
Jadi, MBN akan pastikan bahawa bila ada akta ini, dia akan mengawal selia soal mutu benih tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Menteri, silakan Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, pada bulan Ogos yang lalu, DUN Kedah telah meluluskan satu usul pelaksanaan Program Pembiakbakaan Tanaman Padi Oleh Komuniti yang dibentangkan oleh ADUN Kota Siputeh. Kini, projek rintis penyemaian benih padi seluas 20.5 hektar padi hektar di Kampung Sungai Mati, Pendang sedang dijalankan.
Soalan saya, melalui Majlis Benih Negara, adakah usul ini diagendakan di dalam perbincangan dan adakah pihak kementerian bersedia untuk memberikan kebenaran kepada Kedah untuk menghasilkan benih padi Kedah sendiri? Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Sama ada Majlis Benih Negara ini ada buat perbincangan, itu saya tidak ada. Nanti saya bagi jawapan bertulis, tapi cuma— kalau minta pandangan saya, kalau ada lah negeri-negeri yang menghasilkan satu benih yang bagus untuk negeri mereka, saya tidak nampak kenapa Majlis Benih Negara untuk menghalang, tapi sama ada dia ada bincang atau tidak dalam MBN ini, nanti saya confirm, bagi in writing. Pernah tak dia bincang soal ini, tapi pandangan saya, saya rasa tidak ada sebab kenapa dia perlu menahan daripada penciptaan benih-benih yang boleh mengeluarkan hasil.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kalau kita cerita fasal benih padi ini, dari segi average kita ialah lebih kurang 5.2 tan per hektar, tapi kalau kita pergi contoh di Sekinchan, dia ada sampai 10 tan se hektar. On average, tujuh, lapan tan. Jadi, kalau Kedah boleh melaksanakan better daripada apa yang kita dapat average 5.2 ini, tidak ada sebab kenapa kita nak kena tahan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya ke soalan selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Jempol untuk mengalu-alukan.
Dato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua kerana memberi keizinan untuk saya mengalu-alukan kedatangan rombongan dari Jempol. Jadi, dengan sukacitanya saya mengalu-alukan kedatangan ataupun kehadiran rombongan Komuniti MADANI Kampung Serting Ilir dan juga daripada FELDA Palong Tujuh, Jempol Negeri Sembilan. Selamat datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Soalan yang ke-10, Yang Berhormat Padang Serai tidak dapat hadir. Ada urusan yang ‘tak dapat dielakkan. Begitu juga soalan ke-11, Yang Berhormat Kuala Pilah ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
Saya terus ke soalan yang ke-12.
[Soalan No. 10 – YB. Dato' Azman bin Nasrudin (Padang Serai) tidak hadir]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
[****Soalan No. 11 –** YB. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan (Kuala Pilah) tidak hadir] Saya mempersilakan Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Kalau yang lepas-lepas, biasanya tak sempat nombor 12. Kali ini, alhamdulillah. Soalan saya nombor 12. Terima kasih.
12. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan pencapaian utama empat pusat di bawah Pusat Teknologi Inovasi Industri (ITIC) iaitu MIMOS, MRANTI, MIGHT dan MYSA serta impaknya terhadap kerjasama industri, pembangunan bakat dan sumbangan nilai tambah kepada ekonomi negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Kuala Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, saya minta masa lebih sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Tuan Chang Lih Kang
Sebab jawapan ini dia sentuh empat agensi. Tuan Yang di-Pertua, inisiatif Pusat Teknologi Inovasi Industri— ITIC: Industrial Technology Innovation Centre dengan izin, diperkenalkan oleh MOSTI sebagai strategi jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri berasaskan teknologi.
Peranan utama penubuhan ITIC adalah menyediakan perkhidmatan teknikal dan kejuruteraan bernilai tinggi serta memberi akses kepada pemain industri tempatan untuk mengguna pakai peralatan dan juga kepakaran teknologi termaju.
Ini akan membolehkan industri berkembang kepada rantaian teknologi yang lebih bernilai tinggi.
Selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, penubuhan ITIC dijangka menjadi pemangkin kepada pertubuhan industri berasaskan digital dan inovasi. Inisiatif ini bukan sahaja membuka lebih banyak peluang pekerjaan, malah turut memperkukuh pembangunan kemahiran tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan pekerjaan berpendapatan tinggi.
Fasiliti ITIC MIMOS yang terletak di Kulim Hi-Tech Park telah mula beroperasi pada November 2024. Hasil utama pelaksanaan ITIC MIMOS adalah pemerkasaan lokalisasi teknologi dan pembangunan produk tempatan melalui pelaksanaan projek- projek proof of concept, dengan izin.
Pada awal tahun 2025, sebuah projek penyelidikan dan pembangunan MIMOS bersama rakan industri di bawah perjanjian penyelidikan bersama
(cooperative research and development agreement) telah berjaya mencapai tahap pengkomersialan. Kejayaan ini didorong oleh kerjasama strategik yang dilaksanakan melalui fasiliti ITIC MIMOS yang berfungsi sebagai pusat sehenti guna sama untuk aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengujian dan penyesuaian teknologi serta pelaksanaan program latihan dan pembangunan bakat tempatan secara bersepadu.
Untuk MIGHT pula— ITIC MIGHT. Tumpuan utama ITIC MIGHT adalah dalam bidang teknologi real dan pembangunan bandar pintar. Pelaksanaan ITIC MIGHT mampu menyumbang kepada peningkatan kecekapan operasi sektor real melalui penggunaan sistem pemantauan oleh operator tempatan, hasil pembangunan teknologi dan kepakaran tempatan.
Tuan Chang Lih Kang
Bagi bandar pintar, aplikasi dan teknologi tempatan boleh membantu pihak berkuasa tempatan meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan pengurusan sumber perbandaran secara lebih mampan.
Tuan Chang Lih Kang
Sistem smart rail condition monitoring system yang melibatkan pemasangan sensor fiber Bragg grating di trek stesen Bank Negara, Kuala Lumpur telah dibangunkan bersama Malaysia Rail Industry Corporation (MARIC). Sistem ini mampu menghantar data masa sebenar merangkumi maklumat kritikal seperti jumlah gandar, kelajuan pergerakan kereta api, kedudukan semasa serta status beban semasa.
Tuan Yang di-Pertua, untuk ITIC MYSA pula ditubuhkan untuk memacu pembangunan industri angkasa dengan menyediakan platform bagi meningkatkan daya cipta produk dan perkhidmatan inovatif berasaskan teknologi angkasa yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Antara pencapaian utama ITIC sektor angkasa adalah melalui pelaksanaan projek perintis pembangunan sistem pemancar dan penerima stesen bumi serta Terminal Penderia yang siap sepenuhnya pada akhir tahun 2024.
Kemudahan tersebut sedang digunakan oleh sebuah syarikat pemula industri, startup angkasa tempatan sebagai platform demonstrasi teknologi untuk menguji konsep dan keberkesanan sistem Internet of Things (IoT) berasaskan satelit.
Tuan Yang di-Pertua, untuk ITIC MRANTI pula telah menyumbang kepada pemindahan teknologi dron dan robotik ke pelbagai sektor strategik serta mewujudkan peluang pekerjaan melalui latihan dan pembangunan tenaga kerja dalam bidang tersebut. Di bawah inisiatif dron dan robotik untuk tahun 2024, sebanyak 25 syarikat telah dimudahcara dari segi akses pasaran, pengkomersialan dan pembiayaan.
Di bawah Program Hab Inovasi Dron dan Robotik, tujuh unit dron dan robotik telah berjaya dibangunkan oleh syarikat tempatan dan institusi penyelidikan. Selain itu, dua pemindahan teknologi, tech transfer, telah dilaksanakan melibatkan aplikasi dalam sektor pertanian, kecemasan dan bencana, pembuatan, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), logistik, perubatan alternatif serta bandar pintar.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan, Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Ya, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya mengambil maklum bahawa MIGHT telah menubuhkan SMART City Experience and Next Generation Innovation Centre (SCENIC) sebagai pusat living labs bagi menguji dan mempamerkan teknologi bandar pintar Tempatan. Boleh Menteri jelaskan apakah
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
strategi MIGHT dan MOSTI untuk memastikan projek SCENIC ini tidak kekal sebagai platform ujian semata-mata tetapi berkembang menjadi ekosistem industri bandar pintar yang berdaya saing di peringkat serantau.
Juga, apakah bentuk penglibatan MOSTI di dalam projek-projek bandar pintar, Smart City yang sedang dan bakal dibangunkan oleh pemaju swasta seperti i-City, Sunway City, GAMUDA Cove, Forest City dan lain-lain? Adakah MOSTI mempunyai kerangka standard teknologi, sandbox atau garis panduan kebangsaan yang wajib dipatuhi oleh pemaju bagi mengelakkan pembangunan bandar pintar yang terpisah, tidak interoperable dan tidak selaras dengan keutamaan negara.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Kuala Terengganu. Sebenarnya MIGHT memang— MOSTI melalui MIGHT melaksanakan strategi menyeluruh untuk memastikan kemudahan R&D, terutamanya dalam teknologi bandar pintar. Dia tidak kekal sebagai platform ujian semata-mata tetapi berkembang menjadi ekosistem industri yang berdaya saing di peringkat serantau.
Antara langkah utama adalah untuk memperkukuh living labs, dengan izin, sebagai pusat demonstrasi dan validasi teknologi dan menggalakkan kerjasama antara kerajaan, industri, academia dan juga masyarakat ataupun komuniti melalui pendekatan quadruple helix dan mempercepatkan pengkomersialan melalui platform seperti Malaysia Smart City serta memperluas jaringan serantau dan antarabangsa bagi memposisikan Malaysia sebagai hab inovasi bandar pintar di Asia Tenggara.
Untuk menjawab soalan kedua itu, pada setakat ini kita ada kerjasama yang erat dengan sektor swasta tetapi kita belum ada satu standard dengan izin untuk semua teknologi-teknologi bandar pintar tetapi kita ada kerjasama yang erat sebab semua pemain sektor swasta mereka juga akan menyumbang kepada regulatory, dengan izin, negara pada masa akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih, Yang di-Pertua. Sebelum saya mengajukan soalan, saya mengalu-alukan kehadiran delegasi dari Sekolah Kebangsaan Seremban 2B di bawah Parlimen Rasah.
[Tepuk]
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Parlimen. Termasuk guru besar, guru-guru dan murid-murid Tahun 6. Selamat datang ke Parlimen.
Soalan saya kepada Menteri ialah bagaimana inisiatif ITIC ini iaitu Pusat Teknologi Inovasi Industri bawah MOSTI boleh membantu bakat-bakat ataupun pembangunan dan pengekalan bakat dalam sektor teknologi di Malaysia ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih Balik Pulau. Melalui penyediaan latihan dan juga bengkel bersama dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan juga agensi yang terlibat, inisiatif ITIC ini menyumbang kepada penyediaan bakat, sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.
Contohnya, bagi memperkasakan pembangunan bakat dalam sektor berteknologi tinggi seperti semikonduktor. MIMOS telah menubuhkan satu pusat inovasi yang bernama ITIC di Kulim Hi-Tech Park dan ITIC ini berperanan sebagai satu pusat untuk menyediakan fasiliti dan kepakaran teknologi yang termaju termasuk program latihan IC design ataupun reka bentuk litar bersepadu. Sehingga kini, lebih kurang 100 individu tempatan telah menerima manfaat daripada latihan ini dan membuktikan komitmen kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan 13, Yang Berhormat Tampin ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Saya ke soalan yang keempat belas. Silakan, Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B). Silakan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 14.
[Soalan No. 13 – YB. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa (Tampin) tidak hadir]
14. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan berapakah jumlah dana yang telah diagihkan kepada Tabung Pahlawan dalam lima tahun kebelakangan ini dan berapa peratus daripadanya benar-benar sampai kepada veteran yang memerlukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Menteri Pertahanan untuk menjawab.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Malaysia MADANI. Terima kasih Yang Berhormat Lumut atas persoalan yang dikemukakan.
Dato’ Yang di-Pertua, buat makluman Dewan yang mulia ini, Kempen Tabung Pahlawan (KTP) dilaksanakan untuk mengumpul dana bagi menyokong program kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia dan tanggungannya. Sumbangan daripada tabung ini akan digunakan untuk meringankan beban kewangan keluarga veteran termasuk pembelian alatan perubatan yang tidak dapat dibekalkan oleh kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran. Selain itu, inisiatif ini juga dapat merangsang dan meningkatkan semangat patriotisme, sekali gus memupuk rasa penghargaan terhadap jasa veteran dalam kalangan semua lapisan rakyat Malaysia.
Melalui program KTP ini, masyarakat berpeluang untuk menghayati sejarah perjuangan dan pengorbanan para pejuang negara dalam usaha mencapai kemerdekaan dan mempertahankan kedaulatan negara. Dari tahun 2020 sehingga tahun 2024, Tabung Pahlawan telah menerima sumbangan sebanyak RM9.97 juta.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8.88 juta atau 89 peratus daripada jumlah sumbangan telah diagihkan terus kepada veteran ATM. Baki dana akan diteruskan, diuruskan untuk diagihkan secara keseluruhannya bagi memastikan setiap veteran yang layak dan tidak terpinggir daripada sumbangan-sumbangan ini.
Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Lumut, soalan tambahan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih atas jawapan tadi. Bantuan untuk veteran yang memerlukan dari segi bantuan perubatan bencana atau sara hidup selalu bersifat mustahak dan mendesak. Bantuan yang tiba selepas tiga atau empat bulan sudah hilang maknanya. Kita tidak mahu dana terkumpul dalam tabung tetapi proses agihannya terlalu lambat dan birokratik sehingga veteran terpaksa menanti dalam kesusahan.
Soalan saya, berapakah tempoh masa yang diambil bermula dari tarikh satu permohonan yang lengkap diterima oleh Tabung Pahlawan sehinggalah wang bantuan itu selamat diterima atau masuk ke dalam akaun veteran yang memerlukan.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Apakah piagam pelanggan Tabung Pahlawan dalam meluluskan bantuan kecemasan? Adakah kita bercakap tentang tempoh tujuh hari, 14 hari atau berbulan- bulan? Adakah YB Timbalan Menteri berpuas hati dengan tempoh masa ini dan di manakah halangan atau bottle neck dengan izin, utama dalam proses kelulusan?
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Adakah di peringkat jawatankuasa, di peringkat siasatan atau di peringkat pengesahan dan apakah langkah untuk memudahkannya? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pertahanan.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut tentang persoalan yang dikemukakan. Dan untuk makluman Dato’ Yang di-Pertua, terkait dengan veteran angkatan tentera, kita memang ada dua proses bantuan yang kita berikan.
Yang pertama adalah melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera. Ini harus kita faham. Keseluruhannya veteran angkatan tentera yang lebih daripada 230,000 orang, mereka di bawah tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Veteran dan kerajaan memperuntukkan lebih daripada 300 juta bagi lima tujuan asas ini iaitu kebajikan, kesihatan, perumahan, pendidikan anak-anak veteran termasuk mengupayakan ekonomi veteran angkatan tentera.
Adapun yang terkait dengan Tabung Pahlawan ini, dia adalah sumbangan- sumbangan di luar daripada apa yang telah diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran.
Saya ambil beberapa contoh, contohnya susu untuk makanan. Memang kita tahu bahawa dalam skim kita, kita tak ada skim— Jabatan Hal Ehwal Veteran itu tak ada skim khusus susu untuk makanan. Kerana ada sebahagian veteran kita mereka terlantar dan sumber utama makanan mereka adalah susu.
Ini diusahakan oleh jabatan— Yayasan Veteran melalui Tabung Pahlawan ini.
Sebab itu biasanya kita akan bagi bantuan dalam bentuk tiga bulan, tiga bulan. Tiga bulan keperluan mereka dan kalau ada keperluan seterusnya, kita akan bantu.
Begitulah juga kalau kita lihat macam lampin pakai buang. Ini tidak ada dalam skim Jabatan Hal Ehwal Veteran, ini juga kita bantu.
Dan, saya ambil satu contoh ada veteran di Tanah Merah. Dia memerlukan kenderaan roda tiga ini, motosikal roda tiga untuk keusahawanan dia. Ini memang tak ada dalam skim kita. Jadi, bila dia mohon kepada kita, kita perlu selaraskan untuk pastikan kelulusan-kelulusan itu. Memang kita tahu bahawa ada sebahagian kelulusan sampai tiga bulan tak dapat kelulusan itu. Tetapi dalam masa yang sama, tugas kita adalah pastikan bahawa Tabung Pahlawan ini dapat keseluruhannya kita agihkan.
Begitulah juga dalam bentuk bencana. Bencana biasanya kalau kita lihat banjir seumpamanya, ini juga termasuk dalam beberapa skim Tabung Pahlawan ini kita berikan bagi bantuan-bantuan bencana ini. Saya tak nafikan mungkin ada satu dua kes yang tertinggal, tapi memang boleh maklumkan kepada kita. Kerana bagi kita,
Tuan Haji Adly bin Zahari
melalui SOP kita, kita sebaik mungkin melalui proses-proses ini, kita dapat mempercepatkan proses untuk membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia. Itu sahaja jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Sebelah kanan?
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, apakah langkah kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan Tabung Pahlawan ini kepada— tahunan semata-mata? Adakah cadangan ataupun peruntukan tambahan ataupun ada model pembiayaan lebih mampan lagi? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Pahat.
Kita tahu bahawa tujuan kita wujudkan Tabung Pahlawan ini memang kita mengharapkan sumbangan-sumbangan daripada pihak swasta, daripada GLC-GLC kita sebagai menghargai tanggungjawab kepada pahlawan-pahlawan negara kita, wira-wira negara kita.
Di samping— kita di peringkat kerajaan memang kita menyediakan dana khusus melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran. Sebab itu kalau kita lihat yang terbaru ini pada bulan Oktober ini, melalui penaung kepada Tabung Pahlawan ini iaitu Yang Berhormat, isteri juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Bandar Tun Razak telah melancarkan kempen satu rakyat— setiap seorang rakyat Malaysia, RM1 untuk Tabung Pahlawan.
Dan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk memberikan kesedaran bahawa Tabung Pahlawan ini bukan semata-mata tanggungjawab kerajaan, tapi tanggungjawab kita semua sebagai penghargaan kita kepada pahlawan dan wira negara kita.
Sebab itu kalau kita lihat daripada Oktober sehingga kini, kita dapat mengutip lebih daripada RM1 juta. RM1 untuk setiap pahlawan kita adalah sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka. Dan kita merasakan bahawa dia bukan sahaja tentang berapa jumlah yang dapat kita kutip, tapi sebenarnya kita juga harus mewujudkan satu kesedaran bahawa tanggungjawab Tabung Pahlawan ini adalah
Tuan Haji Adly bin Zahari
tanggungjawab kita semua untuk kita tingkatkan di samping kita teruskan lagi kutipan daripada pihak GLC, pihak swasta yang selama ini memberikan sumbangan. Dan anggaran yang biasanya setiap tahun kita anggarkan sekitar tiga juta dapat kita kumpul dan terus kita agihkan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia. Itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang terakhir bagi jawapan lisan dan mempersilakan Tuan Lee Chuan How, Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Timbalan Speaker, soalan 15.
15. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan mekanisme untuk mengimbangi agihan tawaran UPU antara universiti awam utama dan universiti baharu supaya kualiti pendidikan tinggi dapat diseimbangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Pendidikan Tinggi.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Kerana— ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Ipoh Timor. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menitik berat keseimbangan dalam agihan tawaran kemasukan pelajar ke universiti awam bagi memastikan kualiti pendidikan tinggi yang setara di seluruh institusi. Bagi mencapai keseimbangan tersebut, beberapa mekanisme telah dilaksanakan secara bersepadu.
Berdasarkan pengambilan pelajar yang dilaksanakan oleh KPT menggunakan prinsip meritokrasi, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi diberi peluang untuk mengikuti pengajian di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
Kejayaan calon tertakluk kepada pencapaian akademik, kedudukan merit, memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan, bilangan tempat yang disediakan serta lulus temu duga atau ujian bagi program pengajian yang menetapkan keperluan berkenaan. Setiap universiti awam diberi bidang pengkhususan tertentu oleh KPT untuk menggalakkan pelajar berkualiti diagihkan mengikut minat dan kekuatan program, bukan semata-mata prestij universiti. Misalnya, UM diberi bidang pengkhususan adalah atas penyelidikan dan sains sosial lanjutan; UMPSA,
Tuan Chang Lih Kang
kejuruteraan dan teknologi industri; dan UNIMAS, pembangunan wilayah dan biodiversiti.
Bagi memastikan program yang ditawarkan memenuhi piawaian nasional dan antarabangsa serta mengekalkan kualiti pembelajaran pelajar, semua program akademik di universiti utama dan baharu dipantau serta diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Mekanisme yang dilaksanakan oleh kementerian ini adalah bagi memastikan agihan tawaran UPU online antara universiti utama dan universiti baharu dilaksanakan secara adil, telus dan berstrategi. Pendekatan ini bukan sahaja menyeimbangkan kualiti pendidikan tinggi di negara ini, malah menyokong aspirasi kerajaan untuk membangunkan ekosistem pendidikan tinggi yang inklusif, mampan dan berdaya saing di peringkat global. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih kekanda ku Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan rentas Menteri. Daripada 673 institusi TVET negara daripada 12 kementerian, termasuk juga 28 institusi TVET kerajaan-kerajaan negeri, adakah pihak kerajaan sedang mempertimbangkan atau sedang menerokai kemungkinan satu konsep yang digunakan di negara China, istilahnya [Berucap dalam bahasa Cina] di mana kursus-kursus TVET jangka panjang, dua atau tiga tahun, boleh mendapat penaiktarafan dan juga bukan sahaja penaiktarafan...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
...Tetapi pengiktirafan untuk dijadikan kursus TVET disambung menjadi degree atau sarjana muda supaya isu yang sering kali, kerap kali, tiap-tiap tahun kita hadapi bahawasanya ada isu tak cukup tempat...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
...Apa nama, pelajar kita yang cemerlang tidak dapat memasuki melalui UPU ke dalam IPTA. Soalan dia, adakah pihak kerajaan pertimbangkan leverage dengan izin, kursus-kursus institusi-institusi TVET juga dimasukkan, diakreditasi, dinaik taraf sebagai IPTA? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ipoh Timor. Oleh kerana melibatkan dasar, maka saya minta untuk memberi jawapan bertulis kepada Ipoh Timor. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Silakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya ialah bagaimana kementerian memastikan universiti baharu tidak sekadar menjadi tempat menampung bilangan pelajar, tetapi benar-benar mampu menawarkan pendidikan berkualiti tinggi yang setanding dengan universiti bertaraf dunia terutama dalam bidang STEM dan TVET di universiti?
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Dalam usaha mengimbangi agihan pelajar antara universiti lama dan baharu, sejauh mana kementerian memberi kuasa autonomi kepada universiti baharu untuk menentukan ambilan pelajar berdasarkan kekuatan dan keperluan bidang masing- masing tanpa perlu terikat dengan sistem UPU? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Tuan Yang di-Pertua, saya minta untuk memberikan jawapan bertulis juga. Terima kasih.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, saya faham. Balik kepada urusan Majlis. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk jawapan lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan Tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato’ Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 17 November 2025.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Dato’ Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Majlis untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah membenarkan permohonan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-undang dan Reformasi Institusi) di bawah Peraturan Mesyuarat 16(1)(c) untuk Yang Berhormat Menteri membuat Penerangan Menteri di Kamar Khas berkenaan tentang Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian yang ditubuh menurut seksyen 5, Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 [Akta 866] dan perkara lain berkaitannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Penerangan Menteri akan dibuat di Kamar Khas petang ini selepas Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 selesai.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Anggaran Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keenam] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terdapat 20 orang Yang Berhormat akan berbahas. Senarai pembahas adalah seperti berikut. Yang pertama, Yang Berhormat Seputeh diikuti oleh Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Kuala Kedah.
Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Besut, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Mersing, Yang Berhormat Kuala Nerus dan akhir, Yang Berhormat Rasah.
Sebelum saya mulakan Majlis, seperti biasa saya akan mengingatkan Yang Berhormat-Yang Berhormat Peraturan 35, 36, 37 dan tidak terkecuali Peraturan 41(e) adab di dalam Dewan. Dengan ini, saya mempersilakan Yang Berhormat Seputeh untuk memulakan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan, Butiran 030100 – Dasar dan Perancangan Strategik, Butiran 060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026. Dato’ Pengerusi, saya ingin membangkitkan beberapa perkara di dalam lima minit ini yang satu ialah Tahun Melawat Malaysia. Tahun depan ialah Tahun Melawat Malaysia, satu tahun yang dinanti-nantikan oleh banyak pihak dan setiap lapisan masyarakat.
Sebenarnya, Tahun Melawat Malaysia bukan hanya disasarkan untuk menarik pelancong asing ke Malaysia, tetapi promosi juga haruslah dilakukan di peringkat domestik. Soalan saya ialah, apakah inisiatif di peringkat domestik yang telah diambil sebagai persediaan Visit Malaysia Year 2026?
Sehubungan dengan itu, industri, budaya, dan kreatif merupakan sektor yang berpotensi tinggi dalam pembangunan sosioekonomi dan ekonomi kreatif. Apakah peranan MOTAC dalam menggerakkan dasar industri kreatif negara (DIKN) yang diterajui bersama dengan Kementerian Komunikasi?
Dato’ Pengerusi, saya hendak tanya, memandangkan banyak negara di Asia bersaing untuk menarik pelancong asing ke negara mereka, apakah Malaysia akan melanjutkan dasar bebas visa ataupun visa free untuk negara China atau menjadikannya dasar yang kekal? Jadi, apakah kerajaan ingin memperkenalkan dasar visa free ke negara-negara lain juga?
Dari segi pelancongan di pusat bandar Kuala Lumpur, Dato’ Pengerusi, saya amat setuju dengan usaha kerajaan untuk memperbaharui bangunan-bangunan warisan seperti enam blok kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara di pusat bandar Kuala Lumpur melalui Khazanah dengan membelanjakan RM600 juta. Saya ingin mencadangkan kerajaan juga memberi perhatian kepada bangunan-bangunan lama di Petaling Street kerana Petaling Street adalah destinasi yang amat suka dilawat oleh pelancong asing.
Saya difahamkan, Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur
(KLSCAH) telah menghantar surat untuk berjumpa dengan MOTAC untuk berbincang kerjasama di antara KLSCAH dengan MOTAC. Saya berharap kerajaan dapat menaik taraf bangunan warisan yang lebih satu abad ini dan menjadikan tapak KLSCAH sebagai tapak pertunjukan budaya dan pameran sejarah di Kuala Lumpur.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dato’ Pengerusi, saya ingin menyampaikan beberapa pandangan dipanjangkan kepada saya oleh penduduk di Pulau Langkawi. Pulau Langkawi yang dahulunya terkenal sebagai destinasi pelancongan utama negara, kini berdepan dengan kemerosotan jumlah pelancong yang ketara sejak pandemik COVID-19 dan masih belum pulih ke tahap sebelum pandemik.
Pulau Langkawi menghadapi saingan hebat daripada negara Thai. Banyak perniagaan kecil menghadapi tekanan kewangan, ada yang terpaksa gulung tikar, dan kadar pengangguran di Langkawi terus meningkat.
Dato’ Pengerusi, mengikut— kalau kita lihat mengikut statistik Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, sebanyak 24 juta pelancong asing telah melawat Thailand dari Januari hingga Oktober pada tahun ini dan di antaranya 3.53 juta pelancong ke Thailand adalah dari Malaysia.
Jadi, saya ingin tanya apakah langkah strategik yang telah diambil oleh MOTAC, Tourism Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk mengembalikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama negara?
Sebagai langkah jangka pendek, kerajaan mungkin boleh menjenamakan semula Langkawi sebagai Green Langkawi. Kita harus memanfaatkan keindahan semula jadi pulau ini dengan menunjukkan imej pantai yang bersih dan laut yang jernih. Saya juga mencadangkan Gunung Raya Resort dijadikan Wellness Resort Center kerana Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif dalam pelancongan perubatan dari segi kualiti dan kos.
Selain itu, potensi geotourism perlu diterokai dengan lebih serius. Langkawi yang diiktiraf UNESCO sebagai Global Geopark sejak tahun 2007 mempunyai lokasi ikonik seperti Kilim Geoforest Park, Machinchang Cambrian Geoforest Park, dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park yang boleh diperkasa dengan aktiviti rekreasi dan ekopelancongan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dato’ Pengerusi, memandangkan Langkawi adalah sebahagian daripada negeri Kedah, dasar-dasar konservatif PAS memang menjejaskan kedatangan pelancong asing. Ramai pelancong asing mungkin mereka yang ingin bercuti di pulau, mereka akan pilih pulau-pulau di negara Thai dan bukannya Langkawi.
Jadi, saya rasa mungkin tibalah masanya bagi Kerajaan Persekutuan untuk ambil alih Pulau Langkawi dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan ataupun Federal Territory dan zon antarabangsa di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
supaya Kerajaan Persekutuan boleh membangunkan pelancongan Pulau Langkawi dengan seriusnya.
Saya memang rasa aneh, satu pulau yang begitu indah dan cantik tapi kerajaan PAS di bawah Kedah ini gagal membangunkannya dan mereka kata nak ambil alih Pulau Pinang. Yang satu pulau kecil seperti Pulau Langkawi juga mereka gagal nak bangunkan. Macam manakah mereka berani berkata nak ambil alih Pulau Pinang?
Saya berharap kerajaan pusat akan mengambil cadangan ini dan..
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Mohon laluan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...mengaturkan strategi untuk ambil alih Pulau Langkawi dan membangun ia sebagai salah satu destinasi pelancongan untuk menarik lebih pelancong asing dan membangunkan Langkawi lagi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, Peraturan 37 itu berkuatkuasa dan 36. 37(1)(2). Kalau nak mencelah, floor Seputeh. Kalau dia tak bagi, tak ada lah.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Saya minta tapi dia kata terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, Yang Berhormat. Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Dato’ Pengerusi di atas peluang yang diberikan kepada Masjid Tanah. Masjid Tanah ingin meneruskan terus kepada Butiran 060100 iaitu berkenaan dengan Penganjuran Tahun Melawat Malaysia yang mana kita tahu jumlah yang cukup besar berkenaan dengan Tahun Melawat Malaysia dari segi promosi, dari segi infrastruktur, daripada segi acara antarabangsa yang menelan belanja lebih RM700 juta dan ini kita ingin tahu berapakah jumlah ini yang dibelanjakan, yang diperuntukkan untuk sektor seni dan budaya dan saya juga ingin mengetahui bahawa bagaimanakah ia nya akan dibelanjakan?
Memandangkan ini adalah satu jumlah yang cukup besar sekali dan kalau kita tengok sektor seni budaya itu yang Malaysia ini adalah negara yang sangat unik, kepelbagaian kaum dan juga budaya jadi sektor ini sebenarnya menyumbang kepada perhatian pelancong-pelancong untuk datang ke Malaysia dan bukan apa, kalau kita tengok di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya hari ini yang
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
selalu saya katakan sering saja menitik berat tentang soal isu pelancongan dan sektor kebudayaan ini selalu saja dianaktirikan dan dipinggirkan. Bukan saya cakap, tetapi ramai di luar sana yang mengatakan. Jadi saya harap dengan jumlah yang cukup besar ini agar dapat kita perkasakan sektor seni dan budaya.
Dan selain daripada itu juga saya ingin bertanyakan kerana RM700 juta ini cukup besar dan saya difahamkan pengiklanan Tahun Melawat Malaysia juga menyumbangkan jumlah yang cukup besar. Jadi, sebelum ini saya pernah bertanyakan berapakah jumlah sebenar pengiklanan yang diberikan di bawah Tahun Melawat Malaysia dan siapakah syarikat yang memperolehi kontrak untuk pengiklanan dan berapakah jumlah yang diperoleh oleh Malaysia? Dan saya berharap Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang tak berkempen ke Sabah tapi sanggup untuk menjawab pada hari ini dapat memberikan jawapan sedemikian.
Dan seterusnya saya ingin menyentuh pada Butiran 030600 – Istana Budaya yang mana menelan belanja RM25 juta. Saya ingin tahu, tahun hadapan Istana Budaya dah mula dah beroperasi. Saya ingin tahu secara rasmi, bilakah ia nya akan mula benar-benar beroperasi. Sebab saya baca, katanya akan dilakukan dengan izin grand opening Istana Budaya pada tahun 2026.
Jadi, Istana Budaya adakah, adakah telah pun dibuat perancangan dengan penggiat-penggiat teater? Adakah dibuat projek mega di Istana Budaya bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia kerana sejak kebelakangan ini ramai pihak memperkatakan kehebatan Melayu membuat kapal sehingga ditiru oleh bangsa lain, Rom dan Jerman. Dan saya cadangkan juga kalau ada projek-projek yang boleh dilakukan umpama ini untuk mempamerkan kehebatan-kehebatan sejarawan dengan kerjasama pihak swasta sebagaimana yang pernah apa, dibuat sewaktu dalam kepimpinan Ketua Pengarah yang mantan, Ketua Pengarah, Dato’ Abang Joe dulu yang mana ada JV dengan pihak swasta cukup baik sekali.
Dan adakah Istana Budaya akan memberikan tumpuan kepada pemasaran kerana apabila dah diubah suai Istana Budaya, saya pasti banyak peralatan- peralatan di sana juga kerana yang dinaik taraf itu adalah bumbung. Tapi bagaimanakah dengan peralatan-peralatan yang ada di Istana Budaya? Dan selain daripada itu juga perlu ada orang yang kreatif sebagai karyawan tamu yang boleh menghasilkan karya bertaraf dunia. Dan ini sebenarnya penting sekali untuk meletakkan Istana Budaya setaraf dengan namanya.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Dan seterusnya saya ingin menyentuh pada Butiran 41400 – Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA), yang mana ASWARA ini patut menjadi nadi ilmu dan juga bakat seni budaya negara. Namun, kalau kita lihat ekosistemnya masih lagi rapuh, pembiayaannya masih bergantung kepada geran tahunan, prasarana dan studio khusus yang tidak seragam, tenaga pengajar pakar guru yang tidak diinstitusikan dan penyelidikan warisan yang kurang diterbitkan.
Ramai artis-artis, ramai karyawan-karyawan sebenarnya lahir daripada ASWARA. ASWARA telah banyak melahirkan karyawan-karyawan, artis-artis yang terkemuka yang hebat-hebat yang ada nama di negara kita. Sebab itu saya ingin tahu, mengapakah institusi ini dan budaya negara sering dilihat sebagai entiti yang berkhidmat kepada ekonomi dan hiburan semata-mata berbanding daripada menjadi pusat intelektual yang memacu pendidikan identiti dan apresiasi nilai tinggi di kalangan rakyat Malaysia sendiri.
Dan akhir sekali sebelum saya mengakhiri dan saya ingin berkongsi dengan pengalaman Langkawi sebagai permata pelancongan negara. Dan sejak kebelakangan ini, tadi, Yang Berhormat Seputeh dah sebut Langkawi, jadi saya nak bagi backup, saya nak apa, nak, nak mempertahankan walaupun dia tak bangun bercakap tapi saya nak mempertahankan Langkawi lah, yang mana mendakwa bahawa Langkawi ini semakin sunyi. Namun angka membuktikan sebaliknya, yang berkurangan hanyalah daripada pelancongan domestik ya, pelancongan dengan bajet rendah, termasuklah pelancongan tempatan.
Langkawi ini sebenarnya kekal menjadi tumpuan pelancongan berpendapatan tinggi yang benar-benar nak bercuti. Dan sebab ini kalau kita tengok rumah penginapan, hotel, restoran murah terkesan. Bagaimanapun penginapan dan restoran premium sebenarnya mendapat tempat di hati pelancong. Langkawi sedang menempatkan dirinya sebagai destinasi global ya, Seputeh. Okey, bukan lagi destinasi domestik semata-mata.
Jadi, ingin saya tegaskan, jangan kita terpedaya dengan naratif murahan kononnya Langkawi kena belajar daripada Thailand atau negeri yang kononnya lebih berjaya. Langkawi bukan merosot sebagaimana apa yang dicanang, ia sedang berevolusi menjadi destinasi yang premium, yang lebih eksklusif, lebih berdaya saing dan lebih menguntungkan negara. Yang diperlukan hanyalah dasar daripada MOTAC yang lebih konsisten dan bukannya retorik politik yang keliru dan juga menyimpang.
Jadi, saya berharap Langkawi dapat diposisikan dengan lebih baik. Saya yakin dan percaya Yang Berhormat Langkawi akan setuju dengan perkara ini. Juga
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
sahabat-sahabat saya dalam Dewan ini akan bersetuju dan sama, setanding dengan negeri Melaka hari ini. Ha, gitu. Jadi, itu saja, terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Berikut saya persilakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Pengerusi, memberi saya peluang untuk membahas berkenaan bajet bagi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya. Ingin saya menimbulkan beberapa perkara. Pertamanya berkenaan Butiran 060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026, juga 011000 – Program Penyediaan dan Peningkatan Kemudahan Pelancongan.
Dari segi ini, Tuan Pengerusi, saya ingin menimbulkan bahawa menurut World Tourism Barometer dengan izin yang diterbitkan oleh UN Tourism pada tahun 2024, Malaysia mencatatkan pertumbuhan pelancongan ataupun dengan izin growth in tourism sebanyak 9 peratus, berbanding purata global iaitu sebanyak 5 peratus.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Namun begitu Tuan Pengerusi, Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain seperti Vietnam yang mencatatkan pertumbuhan sebanyak 21 peratus, Jepun 21 peratus, Maghribi ataupun Morocco sebanyak 19 peratus dan South Korea— minta maaf. Korea Selatan sebanyak 15 peratus.
Dan selaras dengan sasaran kerajaan untuk menarik 47 juta pelancong menjelang tahun 2026 melalui kempen Visit Malaysia 2026 tersebut yang bertujuan menggalakkan pelancong tinggal lebih lama dan berbelanja lebih banyak, adakah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya berhasrat menjalankan kajian bagi mengenal pasti faktor-faktor utama yang menarik pelancong domestik dan antarabangsa ke Malaysia bagi memastikan strategi yang dilaksanakan adalah berasaskan kajian yang lantas berkesan?
Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada apa yang berlaku baru-baru ini, di mana Pulau Pinang telah pun dinamakan sebagai dengan izin the second best island in Southeast Asia [Tepuk] dan dinamakan sebagai saya dihuraikan— minta maaf. Saya quote dalam bahasa asal “a Southeast Asian culinary escape that doesn't get much better”. Ini adalah contoh Pulau Pinang dan saya berbangga datang dari Pulau Pinang.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dan saya ingin bertanya Tuan Pengerusi, adakah kerajaan akan mengguna pakai amalan-amalan yang dipakai di Pulau Pinang sebagai contoh untuk diguna pakai untuk menambah baik prestasi pelancongan di keseluruhan negara. Ini adalah penting oleh kerana ini boleh boost prestasi pelancongan di keseluruhan negara, termasuk destinasi-destinasi pelancongan lain seperti Langkawi yang telah pun ditimbulkan tadi.
Selain itu, bagaimanakah Malaysia dapat memanfaatkan kekayaan dan kepelbagaian budaya kita dengan lebih berkesan untuk menarik pelancong asing memandangkan negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan berjaya menggunakan kekuatan budaya mereka sebagai tarikan utama pelancongan?
Seterusnya Tuan Speaker, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada beberapa isu yang lain memandangkan masa yang singkat berkenaan dengan isu alkohol yang telah pun ditimbulkan oleh beberapa Ahli Parlimen sebelum ini.
Soalan saya, adakah seruan-seruan daripada beberapa pihak bahawa alkohol sepatutnya dihadkan ataupun dikurangkan boleh memberi kesan yang negatif kepada daya tarikan pelancong-pelancong ke negara, bukan kepada mana- mana tempat yang tertentu, tetapi kepada tempat-tempat secara umumnya di keseluruhan negara termasuk tempat-tempat seperti Langkawi di East Coast, Pulau Redang dan sebagainya?
Bukankah ini akan mengurangkan bilangan pelancong ke negara ini di mana sebaliknya kita ingin meningkatkan lagi bilangan pelancong dan daya tarikan kami untuk menambahbaikkan prestasi pelancongan di negara ini terutamanya memandangkan Visit Malaysia 2026 adalah hanya setahun, beberapa bulan yang akan terjadi.
Jadi, apakah usaha kementerian dari segi ini? Adakah, bolehkah kementerian memberi satu jawapan sama ada isu larangan alkohol ini akan memberi kesan negatif kepada daya tarikan pelancongan secara keseluruhannya di negara ini? Itu saja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Kalau ikut aturan yang telah saya isytihar tadi, sekarang YB Lumut. Tapi memandangkan Yang Berhormat Bukit Bendera ada Kamar Khas, saya persilakan Yang Berhormat Bukit Bendera sekarang. YB Lumut selepas ini.
Lepas.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Dato’ Speaker. Terima kasih kerana memberi ruang dan juga peluang bagi Bukit Bendera untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Jadi saya bangun hari ini untuk menyatakan sokongan terhadap peruntukan Belanjawan 2026 bagi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.
Namun dengan beberapa persoalan berani, peringatan mesra dan juga seruan agar dasar kita seiring dengan cita-cita besar menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Izinkan saya gabungkan Butiran 02000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan, 030000 – Pembangunan dan Promosi Kebudayaan dan juga 040400 – Pemerkasaan Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan.
Tuan Pengerusi, potongan cukai sehingga RM1,000 bagi rakyat yang membelanjakan untuk aktiviti pelancongan dan program budaya adalah satu langkah yang baik. Namun bagi ramai keluarga, melancong dalam negara masih dianggap mewah. Jadi, harga penginapan, tambang, pengangkutan dan juga tiket masuk masih lagi tinggi.
Jadi, persoalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah MOTAC bersedia bekerjasama dengan syarikat penerbangan, KTMB dan juga kerajaan negeri untuk memperkenalkan pakej “Cuti-cuti Malaysia” yang benar-benar mampu milik kerana pelancongan domestik bukan sekadar sektor ekonomi, ia juga membina semangat kebangsaan. Jadi apabila anak Johor berpeluang untuk melihat keindahan Sabah ataupun keluarga dari Pulau Pinang menjejak kaki ke Terengganu, itulah erti sebenar perpaduan. Pelancongan yang terbaik ialah pelancongan yang menyatukan rakyat.
Tuan Pengerusi, pelancongan mungkin menjana pendapatan tetapi seni dan budaya membentuk jati diri kita. Namun, terlalu ramai seniman, pemuzik dan juga penggiat warisan berjuang dengan sumber yang terhad. Hidup atas semangat, bukan sokongan. Jadi, saya ini merakamkan tahniah kepada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan yang juga dikenali sebagai ASWARA dan juga rakyat Kelantan atas penganjuran Festival Wayang Kulit Kelantan seperti yang telah dilaporkan BERNAMA baru-baru ini.
Kelantan sebenarnya negeri yang indah dan sarat dengan sejarah seni pertukangan serta budaya yang mendalam. Jadi, festival ini bukan sahaja menghidupkan warisan tetapi juga memperbaharui semangat kebanggaan bangsa.
Namun satu festival tidak mencukupi, maka saya bertanya adakah MOTAC akan
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
menubuhkan dana tahunan khusus bagi menyokong festival seni dan budaya bagi setiap negeri seperti wayang kulit di Kelantan, Rainforest Music Festival di Sarawak dan juga Georgetown Festival di Pulau Pinang?
Jika kita mahu warisan hidup, kita mesti melabur secara konsisten dan bukan ikut bermusim-musim. Jadi Tuan Pengerusi, kajian menunjukkan bahawa Lembah Bujang telah wujud sejak sekitar tahun 788 sebelum Masihi, menjadikannya lebih tua daripada Angkor Wat. Jadi, ini bermaksud bahawa suatu ketika dahulu tanah ini pernah menjadi pusat tamadun maritim yang maju dalam perdagangan, agama dan juga pertukangan.
Namun hari ini, warisan yang tidak ternilai ini sering diabaikan, kurang diberi dana dan juga terdedah kepada ancaman pembangunan. Jadi, jika Cambodia mampu menganggap Angkor Wat sebagai warisan dunia yang bertaraf global, Malaysia juga mampu menjadikan Lembah Bujang mercu tanda warisan antarabangsa. Jadi, dengan pemuliharaan yang rapi, pembangunan tapak dan juga kemudahan interpretasi yang moden, saya rasa Lembah Bujang boleh dijadikan pusat arkeologi, pelancongan dan juga pendidikan serta pemangkin ekonomi bagi Kedah dan juga seluruh wilayah utara.
Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah MOTAC dan kerajaan juga bersedia untuk menubuhkan dana pemuliharaan dan juga penyelidikan Lembah Bujang dalam Belanjawan 2026 serta merancang pencalonannya sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Kerana melindungi Lembah Bujang bukan sekadar menjaga sejarah, ia juga adalah usaha menuntut semula tempat Malaysia dalam sejarah dunia.
Dan seterusnya Tuan Pengerusi, Belanjawan 2026 mampu menjadi pelan tindakan baharu untuk pelancongan Malaysia yang pintar, lestari dan inklusif tetapi tanpa akauntabiliti, cita-cita ini adalah hanya sebagai slogan semata-mata. Jadi, saya juga ingin menyeru pihak kementerian supaya kita dapat melaksanakan dasar ini dengan cukup berani, kebijaksanaan dan keadilan.
Dari Kampung Nelayan di Kuala Sungai Baru hinggalah ke pemandu- pemandu teksi, setiap rakyat Malaysia adalah duta pelancong negara kini. Dan juga sekian, terima kasih. Bukit Bendera menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat, Majlis sekarang ini dalam Jawatankuasa.
Bentara— bersidang semula ya.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, Majlis ditangguh sehingga jam 2.30 untuk rehat dan solat zuhur, sila.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor****) mempengerusikan Mesyuarat****] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor****)**
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
*Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum.
[Membaca sepotong doa]* Kita teruskanlah dengan perbahasan. Berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Saya terus ke Butiran 040400 – Pemerkasaan Sektor Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan di mana peruntukannya adalah RM20 juta. Sebahagian besar inisiatif kebudayaan kini dikaitkan dengan strategi promosi destinasi seperti festival, karnival dan acara berskala besar yang disusun untuk menarik pelancong.
Bukannya membina kefahaman budaya dalam kalangan rakyat sendiri. Lebih membimbangkan, peruntukan untuk pendidikan budaya, penyelidikan warisan tak ketara dan latihan penggiat seni semakin kecil manakala bajet promosi meningkat saban tahun.
Persoalannya, adakah kita sudah membangunkan jiwa dan jati diri kebangsaan yang utuh melalui kebudayaan atau hanya sekadar membina suatu alat promosi yang superfisial untuk menghias sektor pelancongan demi tarikan Ringgit jangka pendek lantas mengetepikan keaslian warisan kita? Adakah kementerian
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
benar-benar menilai keberkesanan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Negara sebagai platform pembangunan jati diri kebangsaan atau sekadar menjadikannya pelengkap kepada strategi pelancongan? Berapa peratuskah daripada bajet kebudayaan 2026 disalurkan kepada pendidikan budaya dan latihan komuniti berbanding promosi dan festival?
Seterusnya, saya menyentuh Butiran 060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026 di mana peruntukannya adalah RM500 juta. Lebih kurang tujuh minggu lagi kita akan memasuki tahun 2026 dan menuju Tahun Melawat Malaysia 2026 atau Visit Malaysia Year 2026. Namun, hala tuju kempen Visit Malaysia 2026 masih belum jelas kepada rakyat.
Statistik semasa menunjukkan Malaysia mencatat 26 juta pelancong pada tahun 2024 dan menjana kira-kira RM90 bilion, tetapi purata perbelanjaan per pelancong masih rendah berbanding Thailand dan Singapura. Ini menunjukkan terdapat keperluan untuk menarik pelancong berkualiti, bukan sekadar kuantiti.
Memandangkan Tahun Melawat Malaysia 2026 bakal menjelang, apakah strategi pemasaran digital dan unique selling proposition Malaysia yang benar-benar baru, yang berbeza daripada kempen terdahulu untuk menarik pelancong berkualiti?
Apakah metrik terukur yang digunakan untuk menjangkau pulangan atas pelaburan yang spesifik untuk setiap Ringgit peruntukan Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dilaburkan dalam promosi?
Adakah MOTAC juga telah menghapuskan blind spot dengan bekerjasama dengan kementerian lain untuk menyelesaikan isu kesesakan dan kecekapan di pintu-pintu masuk negara sebagai langkah critical success factor, dengan izin sebelum kempen ini bermula? Akhir sekali bagi kawasan Parlimen Lumut, berapakah peruntukan yang disediakan dan apakah program yang dirancang? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia. Bagi Maksud Bekalan 31 di bawah butiran tersebut, saya ingin menyentuh mengenai Geran Sokongan Sektor Kebudayaan dan penganjuran acara seni budaya dan juga Geran Sepadan Sektor Pelancongan bagi penganjuran acara pelancongan di bawah
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
MOTAC. Saya lihat terdapat penurunan dana yang ketara bagi kedua-kedua geran iaitu GSSK diberikan dana sebanyak RM20 juta bagi tahun 2026 berbanding RM30 juta pada 2025. Manakala GSSP juga hanya disediakan sebanyak RM30 juta berbanding RM50 juta dalam Belanjawan 2025.
Saya ingin memohon penjelasan dari kementerian tentang mengapakah terdapat penurunan dana yang agak drastik bagi kedua-dua geran berkenaan sedangkan sudah pasti pada tahun 2026 kelak lebih banyak program serta aktiviti berteraskan pelancongan dan kebudayaan akan berlangsung? Apakah sebenarnya justifikasi pengecilan saiz dana ini dan berapakah jumlah program yang diluluskan bagi dana-dana tersebut pada tahun 2025 serta apakah unjuran jumlah program yang diluluskan oleh kementerian berdasarkan nilai dana yang diperuntukkan bagi tahun 2026?
Penglibatan semua pihak sangat diperlukan dalam penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 dan geran ini merupakan suntikan penting kepada para pemain industri tempatan untuk merancakkan Tahun Melawat Malaysia. Seharusnya kementerian tidak membantutkan semangat pemain industri terutama badan bukan kerajaan (NGO) serta kelab/persatuan dan pertubuhan atau syarikat-syarikat kecil sedikit sebanyak bergantung harap kepada geran berkenaan untuk melaksanakan program mereka.
Seterusnya Butiran 040600 – Islamic Tourism Centre. Di bawah butiran ini, saya ingin menyentuh perihal pelancongan mesra Muslim (Muslim-Friendly Tourism) yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa termasuklah Malaysia yang sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya, keindahan alam semula jadi dan kelestarian nilai Islam.
Menurut Laporan Global Muslim Travel Index pada tahun 2024 bahawa jumlah pelancong Muslim di seluruh dunia dijangka mencecah 230 juta menjelang tahun 2028 dan juga statistik yang menunjukkan peningkatan pelancong Muslim dari Timur Tengah, Indonesia dan Asia Selatan yang gemar memilih Malaysia sebagai destinasi utama.
Saya berpandangan, kerajaan wajar memperkasakan Islamic Tourism Centre ini menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Malah, saya menyambut baik pendekatan baru kementerian yang menjadikan pelancongan masjid sebagai antara produk utama di bawah ITC ini dalam mencerminkan identiti Islam Malaysia di mata dunia. Namun begitu, saya ingin mendapatkan sedikit penjelasan, bagaimanakah
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
pemilihan masjid ini dibuat dalam Insentif Pelancongan Masjid di bawah ITC ini?
Apakah kriteria yang ditetapkan?
Pada masa yang sama, dalam fokus kementerian menjadikan pelancongan masjid ini sebagai satu produk terbaru, saya berpandangan satu garis panduan khas perlu diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan pelancongan masjid ini kekal teratur serta tidak menjejaskan kesucian rumah ibadat.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism. Di bawah butiran ini, kebelakangan ini harus kita akui bahawa industri ecotourism semakin mendapat momentum di tempat pencinta alam. Pelancongan ecotourism berasaskan komuniti atau community-based ecotourism yang menggalakkan penduduk setempat untuk mengambil peluang dalam merancakkan ekonomi mereka menerusi pelancongan lestari sambil memelihara warisan budaya semakin mendapat sambutan.
Model CBET seperti kejayaan sebuah projek di Gunung Tebu, Terengganu telah berjaya menjana lebih daripada 380,000 hasil komuniti tempatan menerusi penglibatan mereka secara langsung sebagai pemandu pelancong, pengusaha inap desa dan penjual kraf tangan dan makanan tradisional.
Justeru, pertanyaan saya di bawah butiran ini ialah sejauh manakah konsep model CBET ini mampu dipelopori oleh kementerian dengan lebih efisien dengan pengambilan kawasan-kawasan luar bandar yang memiliki pembangunan ecotourism yang berpotensi diketengahkan. Malah, jika sebelum ini kementerian pernah melancarkan Pelan Ecotourism Kebangsaan 2016-2025, bagaimanakah unjuran kementerian bagi pembangunan ecotourism untuk 10 tahun akan datang?
Apakah pelan ecotourism kebangsaan 2026-2035 akan dilancarkan kelak? Saya fikir pelan ini seharusnya telah pun wujud dan jika telah ada perancangan mengenainya, saya mohon kementerian untuk memberi penjelasan secara terperinci. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kangsar. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Jempol ingin merujuk perkara Butiran 40600 – Program Pemeliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jalan Penarikan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Dato' Yang di- Pertua, Jempol ingin menarik perhatian Dewan kepada sejarah Jalan Penarikan yang merupakan tapak warisan khazanah sejarah negara di Daerah Jempol yang kini semakin dilupakan.
Laluan ini digunakan oleh pedagang yang terpaksa menarik perahu dan jong mereka sekitar 500 ke 600 meter menggunakan batang kayu bulat mengikuti jalan darat bagi menghubungkan Sungai Jempol dengan Sungai Serting terus ke negeri Pahang sebelum meneruskan perjalanan sungai di antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu.
Berdasarkan catatan sejarah dan peta lama, laluan ini dipercayai telah digunakan sejak zaman Kerajaan Srivijaya sekitar abad ke-7 hingga ke-13 Masihi sebagai laluan perdagangan. Ia kemudian terus dimanfaatkan pada zaman kesultanan Melayu Melaka dan ini merupakan jalan rentas di abad ke-14 dahulu iaitu menghubungkan negeri di Pantai Timur dan juga Pantai Barat di negara kita.
Dato' Yang di-Pertua, antara peristiwa berkaitan dengan Jalan Penarikan yang direkodkan oleh Tun Sri Lanang 1612 adalah jalan ini telah digunakan oleh Awi Cakri, panglima Siam untuk menyerang Melaka dari hulu Pahang pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah yang berjaya dipertahankan oleh Tun Perak.
Seterusnya, pada zaman Mansur Shah 1456-1477, Bendahara Paduka Raja Tun Perak telah menyerang Pahang melalui Jalan Penarikan atas titah Sultan. Dan juga, Sultan Mahmud Shah iaitu 1488 hingga 1511, Sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka telah menggunakan Jalan Penarikan ini untuk berundur ke negeri Pahang setelah Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis.
Di sini juga terdapat kesan peninggalan Parit Siam yang diusahakan oleh tentera Siam antara Sungai Jempol ke Sungai Serting bagi laluan kapal perang mereka. Luas parit ini dianggarkan lebih kurang 40 kaki dan panjang dianggarkan lebih kurang setengah batu.
Rekod peninggalan jalan yang amat bersejarah ini termasuk dalam sukatan mata pelajaran Sejarah, namun ramai generasi muda kini tidak lagi mengetahui sejarah kewujudan laluan penting ini. Jalan Penarikan ini kini terpinggir dan dilupakan. Sungai-sungai yang suatu masa dahulu dalam dan hari ini telah cetek hanya sekitar 1.5 meter akibat aktiviti pembangunan. Ketiadaan usaha pemeliharaan yang menyeluruh menyebabkan banyak tapak bersejarah hilang tanpa dokumentasi.
Jadi, dalam hal ini, Dato' Yang di-Pertua, memandangkan ia nya merupakan khazanah warisan sejarah negara, Jempol berpandangan sudah sampai masanya
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
kementerian memulakan langkah memelihara Jalan Penarikan sebagai warisan negara dan seterusnya mencalonkan dan mengangkat jalan rentas yang amat terkenal dalam abad ke-14, 15 ini sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
Inisiatif ini bukan sahaja akan mengangkat warisan tamadun Melayu ke persada antarabangsa, malah turut membuka peluang pelaburan pelancongan warisan yang mampan dan memberi manfaat langsung kepada komuniti setempat di kawasan Jempol.
Persoalan Jempol, apakah perancangan kementerian dalam memartabatkan Jalan Penarikan yang penuh bersejarah ini sebagai mercu tanda sejarah kebangsaan dan juga aset pelancongan baharu yang mampu memperkukuh jati diri serta menambah khazanah sejarah bangsa di negara kita yang tercinta ini sebagai kebanggaan warisan bangsa?
Jadi, Jempol mohon penjelasan daripada pihak kerajaan memandangkan bahawa ini adalah khazanah yang sangat penting bermula di abad ke-14, ke-13 dahulu sebagai jalan rentas dan juga sejarah Siam dan juga Kesultanan Melayu Melaka, sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi.
Sekian, terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Hanya sebagai refresher course. Sesiapa yang mempengerusikan Jawatankuasa dipanggil ‘Pengerusi’, bukan ‘Yang di-Pertua’.
Baik. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Dato' Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 030400 – Warisan Negara.
Salah satu jenis warisan yang dihargai dan menjadi legasi peninggalan untuk generasi akan datang adalah warisan tidak ketara atau disebut sebagai intangible heritage, dengan izin. Warisan tidak ketara iaitu bahasa, adat, seni persembahan, makanan tradisional dan kraf yang membentuk jiwa bangsa Malaysia.
Hari ini semakin banyak warisan ini hilang bukan kerana masa tetapi kerana tiada perlindungan yang berkesan. Penggiat seni tradisional seperti tukang ukir, penenun songket dan pemain makyung kini hidup tanpa sokongan, manakala generasi muda pula tidak melihat warisan ini sebagai sumber rezeki yang bernilai.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Persoalan saya kepada kerajaan. Bilakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan dasar perwarisan budaya nasional yang menyeluruh dan bersifat perlindungan, bukan sekadar promosi pelancongan? Apakah mekanisme komprehensif yang sedang dilaksanakan bagi menyokong penggiat seni tradisional dan pewaris budaya tempatan termasuk warisan Islam Melayu seperti tulisan jawi dan seni khat? Dan apakah perancangan seterusnya bagi memastikan warisan ini tidak ditelan zaman?
Dalam hal ini, saya juga mencadangkan penubuhan dana pewaris budaya negara khusus untuk melatih pelapis muda melalui sistem mentor-apprentice serta mendigitalkan seni dan adat tempatan untuk disimpan sebagai rekod warisan nasional.
Dato' Pengerusi, berikutnya, Butiran 060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026. Saya ingin menyentuh tentang penganjuran Visit Malaysia 2026 dan menghubungkaitkan dengan potensi pembangunan pelancongan di negeri Kedah.
Bagi memeriahkan lagi VM 2026, Kedah telah merancang untuk menganjurkan beberapa siri tourism event, dengan izin, seperti Pesta Wau Antarabangsa, Himpunan Silat Nusantara, Kedah International Powerboat, Pesta Angin Timur Antarabangsa dan beberapa lagi program pelancongan yang dapat meningkatkan jumlah pelancong antarabangsa hadir ke Malaysia.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian sedia menyediakan dana khusus untuk mempromosi, membiaya atau menganjur bersama Tourism Kedah untuk mempertingkatkan jumlah kehadiran pelancong antarabangsa dan tempatan ke pesta berkenaan sempena VM2026. Apakah perancangan MOTAC untuk menyenaraikan program, kawasan dan produk pelancongan utama di negeri Kedah sebagai sebahagian daripada pelan tindakan rasmi Visit Malaysia 2026 dan sejauh manakah proses promosi VM2026 diadakan di peringkat antarabangsa.
Dato' Pengerusi, Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada potensi besar yang dimiliki oleh Parlimen Kuala Kedah untuk dimartabatkan sebagai pusat pelancongan sejarah dan maritim nasional, seiring dengan penganjuran Visit Malaysia 2026.
Kota Kuala Kedah sebagai kubu pertahanan maritim tertua di Utara Semenanjung bukan sekadar tapak warisan tetapi lambang kekuatan sejarah
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
peradaban Melayu dan hubungan antarabangsa Kesultanan Kedah dahulu kala.
Digabungkan dengan komuniti nelayan tempatan, hutan bakau di persisir Pantai Leman dan tradisi maritim tempatan, Kuala Kedah memiliki segala elemen untuk dijadikan destinasi pelancongan sejarah dan komuniti yang autentik.
Sehubungan itu, saya ingin mengajukan beberapa soalan kepada pihak MOTAC. Apakah perancangan MOTAC untuk menaik taraf Kota Kuala Kedah dan kawasan pesisirnya sebagai zon pelancongan sejarah dan maritim nasional menjelang VM2026. Adakah peruntukan khusus disediakan bagi pembangunan fasiliti pelancongan berasaskan komuniti maritim seperti jeti pelancong, pusat interpretasi warisan dan pelayaran sejarah di Kuala Kedah? Dan apakah program latihan atau insentif yang ditawarkan oleh MOTAC bagi melibatkan komuniti nelayan dan belia tempatan dalam pelancongan warisan dan pengalaman maritim.
Dato’ Pengerusi, terakhir Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism.
Gunung Keriang merupakan formasi batu kapur purba yang bukan sahaja indah dipandang mata, tetapi juga mempunyai nilai geologi, ekologi dan budaya yang tinggi. Ia menempatkan pelbagai gua batu kapur dan biodiversiti unik di samping menjadi mercu tanda kepada sejarah dan identiti negeri Kedah. Namun hari ini ia berdepan dengan ancaman serius akibat penyelenggaraan infrastruktur pelancongan yang tidak konsisten.
Persoalan saya, apakah langkah-langkah pemuliharaan segera yang akan diambil oleh pihak kementerian bagi memulih dan mempromosi kawasan berkenaan? Adakah kerajaan bercadang untuk membentuk pelan pengurusan pemulihan bersepadu melibatkan komuniti tempatan agar mereka turut menjadi penjaga dan penerima manfaat ekonomi daripada warisan alam ini?
Dan akhirnya, bagaimana kerajaan menilai serta menjamin tahap penyelenggaraan kemudahan dan infrastruktur pelancongan di Gunung Keriang, termasuk isu keselamatan pengunjung, kebersihan, kemudahan awam dan akses jalan yang kini semakin uzur. Sekian perbahasan saya, terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Berikut, saya silakan Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Dato' Pengerusi.
Saya terus menyentuh mengenai Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia ataupun LPPM di bawah MOTAC, di mana peruntukan tahun 2025 berjumlah RM169 juta dan menurun kepada RM165 juta pada tahun 2026.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya ingin mengetahui mengapa peruntukan ini dikurangkan sedangkan kita sedang giat mempromosikan Tahun Melawat Malaysia ataupun Visit Malaysia Year 2026.
Saya juga mohon agar pihak kementerian memberi pecahan terperinci peruntukan ini khususnya untuk aktiviti promosi dan pembangunan produk pelancongan domestik.
Dato' Pengerusi, saya juga ingin mencadangkan agar sebahagian daripada peruntukan LPPM ini disalurkan ke Parlimen Puncak Borneo bagi membangun dan mempromosikan produk ekopelancongan seperti di gua-gua air terjun, kolam air panas, rumah panjang tradisional, denai pendakian, tapak warisan dan kawasan tanah tinggi.
Dalam masa yang sama, di bawah Butiran 060100 – Penganjuran Visi Malaysia 2026, sorry, Visit Malaysia 2026, sebanyak RM500 juta serta Butiran 040600 – Program Pemulihan dan Pemugaran Tinggalan Sejarah sebanyak RM57 juta. Saya berharap pihak MOTAC dapat memperuntukkan peruntukan dana ini bagi pemulihan, pemuliharaan dan promosi tinggalan sejarah di Parlimen Puncak Borneo.
Antara warisan yang berpotensi ialah Japanese Army Bunker di Kampung Pengkalan Tebang, British Red Bridge di Kampung Seropak, serta Gua Raya ataupun Tang Raya yang menjadi tempat persembunyian komunis dahulu.
Tapak-tapak ini bernilai sejarah dan mampu menarik pelancong jika dipulihara dengan baik. Selain itu, saya juga ingin menekankan keperluan kerjasama strategik antara MOTAC dan juga Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bagi penyelarasan program dan bajet. Pembangunan infrastruktur pelancongan di Sarawak juga perlu diberi keutamaan termasuk peningkatan akses jalan raya, jeti dan juga laluan udara ke destinasi utama seperti Kuching, Miri, Sibu, Bintulu serta kawasan luar bandar seperti Bakun, Bario dan juga Sematan.
Kemudahan sokongan seperti tempat letak kereta, tandas awam, papan tanda, pusat maklumat digital dan juga sistem tempahan dalam talian juga perlu dipertingkatkan. Saya turut mencadangkan peruntukan khas bagi menaik taraf infrastruktur warisan seperti Rumah Panjang Kampung Benuk, Kampung Annah Rais, Kampung Sadir dan Kampung Simuti selain menggalakkan pelancongan berasaskan komuniti ataupun dengan izin, community-based tourism seperti homestay dan juga ekopelancongan desa.
Dato’ Pengerusi, untuk menjayakan Visit Malaysia Year 2026, MOTAC perlu memperkukuhkan strategi secara acara, event strategy dengan kerjasama kerajaan
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
negeri bagi mengangkat festival bertaraf antarabangsa seperti Rainforest Music Festival, Borneo Jazz Festival, Sarawak Regatta, Siniawan Country Music Festival, serta memperbanyakkan acara tahunan berskala daerah, seperti festival makanan tradisi, Gawai Celebration Experience, Sarawak Handicraft Week.
Saya juga mencadangkan agar Sarawak Cultural Village ataupun SCV dijadikan ikon budaya negara dan pusat warisan hidup ataupun living museum yang menampilkan seni bina, muzik, tarian dan kraf tangan etnik Sarawak. Galakkan pelancongan seperti bengkel menenun pua kumbu, kelas sape dan masakan tradisional serta memasukkan SCV dalam setiap pakej pelancongan rasmi MOTAC dan Tourism Malaysia.
Dari segi promosi antarabangsa, kerajaan wajar menggalakkan laluan penerbangan baru ke Sarawak iaitu melalui kerjasama antara MOTAC, Kementerian Pengangkutan, STB dan syarikat penerbangan. Dengan memberi insentif seperti pengurangan caj pendaratan dan mewujudkan pakej promosi bersama iaitu tiket hotel lawatan SCV di bawah kempen Fly to Sarawak untuk pasaran ASEAN, Cina dan Eropah.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa kejayaan Visit Malaysia Year 2026 bergantung kepada kejayaan pelancongan di setiap negeri termasuk Sarawak. Maka penyelarasan strategik antara MOTAC dan kerajaan negeri fokus kepada infrastruktur, acara promosi budaya dan pelaburan penerbangan amat penting bagi menjadikan Sarawak sebagai destinasi bumi kenyalang yang unik dan juga autentik.
Kalau produk pelancongan Sarawak berjaya, Visit Malaysia Year 2026 pasti turut berjaya. Dengan itu, ya.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Puncak Borneo, saya cuma ada satu...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, satu second.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Celahan. Satu second tak sempatlah. Berkenaan mungkin Puncak Borneo lupa nak sebut tentang Borneo Cultural Museum yang sekarang menjadi ikon dari segi tarikan pelancong antarabangsa because this is cultural tourism yang sepatutnya menarik ramai quality tourists, tourists yang will spend three times more dengan izin.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
So, saya memohon supaya ini sebagai satu juga tarikan antarabangsa untuk tourism Malaysia dan juga Sarawak.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih YB Balik Pulau.
Saya bersetuju dan masukkan hujah beliau dalam perbahasan saya. Memang tidak dinafikan bahawa Borneo Museum sekarang ini di Sarawak antara yang terbaik di dunia dan saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang berpandangan jauh dan juga terima kasih kepada MOTAC. Dan sinergi inilah dan hasrat dan kerjasama inilah yang patut kita gilap supaya kita sama-sama mencapai kemajuan dan kemakmuran.
Oleh dengan itu, saya sekali lagi ingin menyokong Belanjawan MOTAC supaya kita dapat berjaya menyambut Visit Malaysia Year 2026. Dengan itu, sekian terima kasih. Semoga Tuhan memberkati.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Dipersilakan pula Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 010500 – Pembangunan Prasarana. Dia fungsi dia kalau mengikut di sini ialah memastikan destinasi serta produk pelancongan dan kebudayaan, kemudahan asas serta infrastruktur pelancongan dan kebudayaan ditambah dan diselenggara bagi memenuhi keselesaan dan keselamatan pelancongan.
Tapi kita tengok anggaran dalam ini, tahun 2025 adalah 3,143,000. Anggaran tahun 2026, 3,010,000 sahaja. Itu pun dua juta itu dah bawa untuk emolumen dan yang lapan— 500,000 lagi untuk perkhidmatan dan bekalan. Jadi saya tidak tahulah macam mana dia hendak buat pembangunan ini.
Jadi saya hendak katakan bahawa Daerah Besut ini merupakan pintu masuk utama pelancongan ke negeri Terengganu. Jadi— serta menjadi lokasi strategik bagi pelancong domestik dan juga antarabangsa yang menuju ke Pulau Perhentian, Bukit Keluang, Lata Tembakah dan beberapa destinasi semula jadi yang lain. Jadi saya memohonlah kepada pihak MOTAC ini memberi perhatian yang khusus terhadap pembangunan prasarana pelancongan yang mampu menyokong pertumbuhan sektor ini secara mampan dan juga inklusif.
Antaranya, menaik taraf jeti pelancongan Kuala Besut iaitu dengan pembinaan semula jeti dengan reka bentuk moden dan mesra alam. Dan seterusnya,
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
menyediakan ruang menunggu pelancong yang, yang sesuai dan kaunter tiket bersepadu, sistem maklumat digital dan juga kemudahan untuk OKU.
Dan juga pemasangan sistem pencahayaan untuk keselamatan serta pengurusan sisa yang lebih efisien, pepejal dan bukan pepejal. Seterusnya juga, naik taraf kemudahan awam di destinasi pelancongan iaitu pembaikan kemudahan tandas awam, surau, tempat letak kereta dan juga laluan pejalan kaki di Bukit Keluang, Lata Tembakah dan lain-lain destinasi semula jadi yang lain. Dan juga pemasangan papan tanda, kamera keselamatan, CCTV dan juga pencahayaan malam. Dan juga pembangunan infrasruktur juga untuk Pulau Perhentian banyak lagilah meningkat sistem bekalan air bersih dan sebagainya.
Dan saya juga merujuk kepada 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan. Kita lihat pada tahun lepas, hanya sedikit sahaja yang diberi kepada Terengganu iaitu 470,000 sahaja pada tahun 2025. Jadi, persoalan saya ialah adakah tahun 2026 ini kerajaan akan menggunakan formula yang, yang sama atau pengagihan peruntukan ini secara lebih adil dan berdasarkan potensi sebenar negeri. Sebab sebelum ini tidak adil ya. Di negeri lain diberi sejuta, tapi di Terengganu dia bagi hanya 470,000.
Seterusnya kepada 040600 – Islamic Tourism Centre (ITC). Persoalan saya ialah sejauhmanakah peranan penasihatan ITC ini diambil serius bukan sahaja untuk pemain industri tetapi juga untuk kementerian itu sendiri. Adakah peranan penasihatan ITC ini termaktub dalam SOP Keselamatan program kementerian bagi memastikan standard amalan terbaik industri yang dimaksudkan dipatuhi.
Jadi, sepatutnya ada institusi ITC ini tak berlakulah keterlanjuran yang memalukan seperti insiden hidangan arak dalam Majlis Global Travel Meet baru-baru ini. Jadi jika mereka dinasihati sewajarnya semestinya mereka tidak akan menghidangkan arak dalam majlis berkenaan. Dan oleh sebab itu, perlu ada satu SOP yang mewajibkan program kementerian ini ya mematuhi standard pelancongan islamik yang digariskan ITC. Selain itu, persoalan saya juga bagaimanakah standard amalan ini dimajukan ke negeri-negeri bagi membanteras premis pelancongan yang menjual arak tanpa lesen.
Dalam soal ini, inisiatif kalau kita lihat Kerajaan Terengganu mengesan resort- resort sedemikian di Pulau Perhentian contohnya, dan memberikan amaran keras terhadap kegiatan mereka wajar disokong dan juga dicontohi bagi memastikan pulau-pulau negara kita dikunjungi. Kerana keunikannya bukan tempat percutian untuk mabuk ya. Sebenarnya untuk saya nak beritahu Dato’ Pengerusi, sebenarnya
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
kita tidak pernah melarang pun dan kita tidak pernah mengguna agama kita pun untuk melarang yang bukan Islam...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat masa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Meminum arak. Yang kita hendak supaya boleh ada lesen tapi di tempat-tempat yang khusus dalam bilikkah bukan di tempat awam. Di tempat awam itu sebab orang mabuk ini buruk perangainya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat masa.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Buruk perangainya, Dato’. Dato’ Pengerusi. Kita lihat Menteri pun ada mabuk, joget-joget di tempat awam.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, saya hendak beritahu bahawa kita tidak pernah melarang hendak mabuk, mabuklah ya. Kalau hendak terjun laut, terjunlah hendak terjun, hendak terjun atas kapal terbang pun terjunlah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat duduklah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tapi jangan di tempat awam. Itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut saya mempersilakan kalau ikut giliran adalah Yang Berhormat Langkawi, tapi tempatnya telah diambil oleh Yang Berhormat Sik. Sila Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah. Selamat petang, terima kasih Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada merujuk Butiran 01900 iaitu Pembangunan Ecotourism dilihat pada tahun 2026 untuk tahun depan peningkatan kepada 53,310,000 bagi pembangunan ecotourism ini.
Saya melihat bahawa sektor pelancongan kita ini sepatutnya lebih menyeluruh dan tidak hanya menumpu kepada pelancongan yang bersifat elites ataupun top-down dengan izin iaitu hanya berorientasikan pelancongan berskala besar dan berorientasikan di bandar-bandar besar dan pelancongan elit.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dan tidak boleh hanya kita menumpukan soal kita hendak memenuhi resort lima bintang dan sebagainya. Yang paling penting ialah kita hendak memastikan bahawa pelancongan kita ini menyeluruh, termasuklah kita penumpuan kepada pelancongan ecotourism dan juga agrotourism yang disebut tadi oleh banyak pihak oleh kawan-kawan. Betapa indahnya negeri kita, negara kita ini promosi yang sepatutnya ditumpukan juga, termasuk saya mengatakan di Daerah Sik saya.
Banyak produk-produk pelancongan yang berasaskan ecotourism dan agrotourism ini yang tidak lagi didedahkan promosinya dan banyak lagi pelancong- pelancong yang mungkin tidak mengenali. Saya mengambil contoh di Sik sendiri ada dua tasik yang sangat indah Tasik Beris dan Tasik Ulu Muda yang sudah pastilah ada daya tarikan khusus oleh pelancong-pelancong yang lebih suka kepada nature dengan izin, lebih suka dengan alam melihat keindahan tasik yang tenang, yang damai, melihat kehijauan hutan-hutan rimba.
Dan yang pastinya bahawa sektor ecotourism ini sudah pastinya ada pengunjung-pengunjung ataupun pelancong-pelancong daripada seluruh dunia yang perlu kita dedahkan bagaimana Malaysia kita ada ruang yang besar dalam sektor ini.
Saya juga ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Menteri, Menteri tak ada, Timbalan pun tak ada Yang Berhormat Tuan Pengerusi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Mungkin ada di luar. Juga, perlu ada satu koordinasi di pihak beberapa kementerian bagi penggalakan pelancongan ini. Saya fokuskan tadi berkaitan dengan ecotourism. Ada di antara tempat-tempat ini, yang kebanyakannya masih belum dapat kita tingkatkan promosinya, sama ada di media-media sosial ataupun di media-media arus perdana. Contohnya, kalau kita lihat dalam video Tahun Melawat Malaysia 2026 hanya menumpukan bandar-bandar ikonik kita di Malaysia. Twin Tower, Putrajaya dan sebagainya.
Tetapi tidak langsung diselitkan bagaimana indahnya alam kita ini, termasuklah di Kedah itu sendiri, di kawasan desa-desa dan sebagainya. Dan sudah pasti juga ia sangat memerlukan penglibatan dengan agensi-agensi yang lain yang kita katakan Kementerian Sumber Alam dan sebagainya.
Seterusnya, saya juga merujuk berkaitan dengan Butiran 94000 — Pemasaran dan Promosi, yang memperuntukkan hanya RM10 juta untuk 2026. Ini juga satu petunjuk kepada ketidak kesungguhan kementerian untuk mengangkat promosi pelancongan kita. Saya menyatakan bahawa terlalu banyak tempat-tempat yang perlu di promosi. Pada ketika ini, kita terasa sangat— maknanya, berkecil hati
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
dengan— mungkin pelancong-pelancong lebih suka pergi ke selatan, ke Thailand, ke Hatyai, ke Phuket dan sebagainya.
Tetapi apakan daya kerana promosi kita sangat lemah untuk kita mengangkat tempat-tempat menarik di Malaysia itu sendiri. Banyak influencer, influencer ini yang lebih suka membuat review ketika mereka berada di luar negara tetapi sangat kurang. Dan sudah pastilah kita nak menumpukan juga promosi ini sama ada di pihak pelancong awam itu sendiri dan juga di pihak kerajaan supaya meningkatkan strategi promosi ini dengan kita mengatakan sasaran pada tahun depan, 35.6 juta pelancong.
Saya yakin sasaran ini tidak akan dapat dicapai kalau tidak ada promosi yang lebih strategik, yang lebih kukuh, termasuklah kita nak mengatakan bahawa pelancongan ecotourism dan agrotourism yang ada di Malaysia ini sangat-sangat menarik dan lebih baik daripada negara-negara lain yang banyak dikunjungi oleh pelancong-pelancong kita dari Malaysia ini sendiri. Tuan Pengerusi, sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Selanjutnya, saya silakan, Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Audzubillahi minasyaitonirojim. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi, bagi ruang untuk Tenggara berbahas sama. Jadi, saya kepada Butiran 030800, berkaitan dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Jadi, perkara satu yang Tenggara nak minta kerajaan beri tumpuan juga yang strategik dan serius kepada pembangunan industri kraf tangan hasil kreativiti masyarakat setempat ini, seperti FELDA, kampung orang asli dan kampung-kampung tradisional, sebenarnya banyak yang boleh diketengahkan.
Dan yang perlu diberi penekanan adalah tentang bagaimana satu bentuk kraf tangan yang menggunakan barang-barang terbuang ini. Kita panggil recycle kraf tanganlah. Saya rasa kalau ini dapat kita usahakan, ikhtiarkan di bawah MOTAC, ia akan mengetengahkan Malaysia sebagai negara yang mengubah barang-barang terpakai kepada kraf tangan yang bernilai tinggi dan ini menyokong sustainable development goals yang telah ditetapkan.
Dan Tenggara ingin bertanya, apakah usaha kerajaan bagi kukuhkan rantaian kraf tangan dan reka bentuknya, pengeluaran serta pengenalan teknologi-teknologi baru yang boleh membantu usahawan kraf kita untuk lebih berkembang?
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Selain itu, Tenggara juga minta kepada MOTAC untuk membangunkan platform e-dagang khusus untuk produk kraf tangan daripada komuniti luar bandar, sediakan latihan-latihan juga digital, terutamanya berkaitan e-commerce untuk melakukan pemasaran, termasuk menggunakan platform-platform sedia ada seperti Shopee, Lazada dan TikTok.
Saya bagi satu contoh produk kraf tangan di tempat saya, Dato’ Pengerusi.
Kampung Orang Asli Sayong Pinang ya. Saudara Jasni Amat ini dia ketua komuniti di sana, dia pernah menunjukkan saya bagaimana main teka-teki permainan bernama Kercang. Dia tali dengan rotan itu dibuat. Ada banyak set of teka-teki itu dan saya rasa kalau ia dapat diketengahkan baik-baik, orang Barat pun sebenarnya minat untuk bermain permainan ini yang dihasilkan dengan menggunakan rotan dan tali.
Jadi seterusnya, bagi butiran ini juga, Tenggara cadang supaya MOTAC laksanakan kerjasama dengan IPTA ataupun juga institusi TVET di bawah MARA dan sebagainya, termasuk GIATMARA, IKBN untuk mewujudkan aliran TVET kraf tangan kerana ia boleh memberi pengajaran kepada anak-anak kita yang ada ruang dan masa dan boleh menambahkan pendapatan.
Seterusnya Dato’ Pengerusi, adalah berkaitan dengan Butiran 060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026. 500 juta one-off, nilai yang tinggi. Tapi Tenggara nak tanya, bagaimanakah peruntukan bajet ini diguna pakai? Adakah ia diagihkan mengikut negeri-negeri? Dan kalau diagihkan mengikut negeri-negeri, adakah ia mengikut per kapita ataupun per-keluasan geografi ataupun bergantung kepada produk-produk pelancongan yang wujud di negara— di negeri-negeri yang berkaitan?
Dan kedua, apakah bentuk program acara yang akan dianjurkan, direncanakan dengan menggunakan peruntukan 500 juta one-off ini? Dan saya berpandangan dan berpendapat, nilai ini sepatutnya dibesarkan lagi kerana pada tahun depan, Visit Malaysia 2026 ini ada sasaran yang tertentu. Jadi, kita kena gandakanlah acara-acara yang menarik, bergantung kepada lokasi-lokasi pelancongan yang ada supaya ia boleh juga memberi pendapatan sumbangan kepada masyarakat.
Dan saya ambil kesempatan untuk ucap terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana penganjuran ASEAN Summit dan Kepengerusian ASEAN sebenarnya amat membantu mempromosikan Visit Malaysia 2026.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Seterusnya adalah Butiran 01100 — Program Penyediaan/Peningkatan Kemudahan Pelancongan, 01400 — Penyelenggaraan Kemudahan/Infrastruktur dan 01900 —Pembangunan Ecotourism. Peruntukan di bawah butiran ini amat penting.
Pastikan kemudahan infrastruktur dan juga membaik pulih aset pelancongan ini.
Kerana ia perlu bagi menyokong Visit Malaysia 2026 dan begitu juga di Johor, ada Visit Johor 2026. Bagi jamin supaya produk-produk pelancongan yang dikendalikan oleh masyarakat desa terutamanya, dapat dinikmati juga.
Dan pembangunan ekopelancongan, Malaysia memiliki kekayaan semula jadi flora dan fauna. Jadi, kalau kita tak manfaatkan, contohnya kalau macam di FELDA itu, kita biasa sahaja dengan kebun kelapa sawit dan paya-paya dan parit- parit yang ada di kebun ini. Tetapi kalau dipromosikan betul-betul, ramai sebenarnya pengunjung daripada luar minat untuk tengok dan merasai kehidupan di FELDA, mungkin di RISDA dan di kawasan-kawasan pedalaman.
Seterusnya adalah 02800 — Program Peningkatan Kemudahan Homestay, ada 1 juta. Saya kira ini bersempena dengan Visit 2026, ini adalah peluang kepada MOTAC untuk bantu usahawan-usahawan homestay kita. Di Tenggara pun banyak, di Sungai Telor, di Temenin, di Kampung Lukut, Batu Empat, Sepak Hulu, Sepak Hilir.
Jadi, kalau boleh peruntukan ini dinaikkan kerana ini akan memberi kesempatan kepada pengusaha-pengusaha homestay kita untuk meningkatkan keselesaan, memberi lagi kesegaran supaya bersedia pada 2026 untuk sama menjayakan Visit 2026 supaya ramai yang akan datang dan menginap di destinasi kita.
Dato’ Pengerusi, ada satu sahaja lagi. Saya minta seminit, kalau begitu boleh?
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sila.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Baik, terima kasih. Jadi, untuk Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah, ini termustahaklah dalam perbahasan saya ini. 7.17 juta, saya rasa angka ini sangat kecillah. MOTAC kena mempertimbangkan kerana di daerah saya, Parlimen Tenggara ini duduk dalam Daerah Kota Tinggi dan Daerah Kota Tinggi ini adalah daerah yang tertua.
Sebenarnya, pernah menjadi pusat pentadbiran pun bagi negeri Johor 1528.
Jadi, di situ banyak tertanamnya monumen-monumen, artifak-artifak dan yang tersedia ada pun sebenarnya masih memerlukan peruntukan untuk pemuliharaan.
Dan kalau dijajarkan produk-produk pelancongan ini, termasuk makam-makam lama, kincir-kincir air yang lama.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Kemudian kita ada tanah-tanah ataupun binaan-binaan monumen seperti istana lama dan sebagainya, termasuk di Seluyut dan kalau di belah Pengerang itu, di Tanjung Tanjung Belungkor kita ada Makam Si Bongkok dan sebagainya wajar untuk— melalui Butiran 40600 – Program Pemuliharaan/Pemugaran Tinggalan Sejarah ini, MOTAC fikirkan sesuatu supaya boleh bantu sama-sama dengan kerajaan negeri untuk mengangkat produk-produk pelancongan ini supaya boleh dikunjungi oleh lebih ramai lagi, sama ada pelancongan— pelancong-pelancong domestik kita seluruh negara, mahu juga yang daripada luar negara.
Dan kedudukan yang strategik Johor itu dekat dengan Changi juga boleh menjadi pintu masuk dan menala lagi banyak kehadiran pelancong-pelancong. Dan program pemeliharaan/pemugaran tinggalan sejarah ini, saya kiralah— Tenggara kira, memang perlu digalakkan dan ia bagus kalau dilaksanakan bersama-sama dengan muzium negeri dan daerah dan juga persatuan-persatuan ataupun kelab-kelab sejarah yang ada supaya kerajaan dan masyarakat bersama-sama membangunkan produk pelancongan yang akhirnya, memberi limpahan faedah kepada masyarakat.
Terutamanya dalam kita hendak menyahut Visit Malaysia 2026 dan juga Visit Johor 2026. Saya rasa itu saja, Dato’ Pengerusi. Tenggara ucap terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih kepada Dato' Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berbahas peringkat Jawatankuasa B.31 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Namun, izinkan saya memulakan dengan satu persoalan yang penting. Apakah visi sebenar kerajaan terhadap sektor seni, budaya dan pelancongan dengan negara?
Dato' Pengerusi menyentuh Butiran 020300. Tahun Melawat Malaysia 2026 semakin hampir pada penghujung, tinggal tujuh minggu, Namun, hala tuju kempen masih kabur yang kita dengar hanya slogan, video promosi dan angka pelancongan.
Tetapi di sebalik angka itu, realitinya pelancong datang ramai tetapi berbelanja sedikit. Perbelanjaan per kapita kita jauh ke belakang, berbanding Thailand dan Singapura.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Kita kejar kuantiti pelancong bukan kualiti pelancong. Kita bangga dengan bilangan juta pengunjung tetapi pulangannya yang kecil seolah-olah kita menjadi pasar murah di Asia Tenggara yang dijual dengan diskaun sepanjang tahun. Apakah unique selling proposition Malaysia kali ini? Atau kita sekadar ulang kempen lama, menukar tema, menukar logo tapi tidak menukar cara fikir.
Lebih parah ROI untuk setiap Ringgit promosi pun tidak jelas. Bagaimana rakyat mahu yakin bahawa setiap peruntukan jutaan ringgit itu memberi pulangan nyata sedangkan pintu masuk negara termasuk Padang Besar masih sesak, tidak cekap akibat pelbagai perkara yang masih kurang dan kemudahan asas untuk pelancong pun terabai.
Di sini pelancong melihat wajah pertama Malaysia tapi wajah itu lesu disambut pagar berkarat dan sistem imigresen yang perlahan tanpa sistem canggih yang bantu sedangkan pegawai-pegawai kami di sana cukup energetic. Ini pun bila kita minta, Jabatan Hutan minta dana untuk flying fox pun sampai sekarang pun kita tak dapat maklumat sama ada lulus kah tidak? Apa pun terima kasih lah kepada MOTAC sebab memberi komitmen untuk Pesta Angin Timur yang dibuat saban tahun.
Menyentuh Butiran 060100. Masalah kita bukan kekurangan dana.
Masalahnya kita terperangkap dengan budaya one-off iaitu geran one-off, festival one-off, konsert one-off, semuanya sementara. Tidak membina akar. Penggiat seni turut menunggu geran macam menunggu musim durian. Bila ada musim, semua datang. Bila habis, senyap semula.
Teringat Mr. Os nyanyi dulu. Di manakah blueprint strategi MOTAC untuk menjadikan seni dan warisan sebagai ekonomi sebenar rakyat bukan sekadar lampiran pelancongan tetapi ekosistem industri kreatif berdasarkan warisan tak ketara. Dari segi dialek, kraf tangan, muzik tradisional dan segala khazanah bangsa yang kian hilang ditelan kemajuan kononnya. Apakah MOTAC akan bekerjasama dengan MOF untuk memperkenalkan insentif cukai budaya agar syarikat atau koperasi berani melabur dalam seni tempatan, bukan hanya dalam batu konkrit.
Dato' Pengerusi, menyentuh Butiran 040400. Kita sekarang lebih rajin membina festival berbanding membina fahaman budaya. Lebih minat mengejar pelancong berbanding mendidik rakyat sendiri. Kita jadikan budaya sebagai alat promosi ekonomi jangka pendek bukan cerminan jiwa bangsa. Apakah ini hala tuju kebudayaan negara atau DAKEN?
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Berapa peratus Bajet 2026 yang benar-benar disalurkan kepada pendidikan budaya dan latihan komuniti berbanding promosi dan persembahan. Kalau semua program budaya kita hanya untuk menarik pelancong, maka janganlah hairan kalau anak muda kita sendiri tidak mengenal makna seni warisan bangsa. Kita akan jadi bangsa yang tahu menjual budaya tapi tidak tahu mencintai budaya.
Dato' Pengerusi, menyentuh Butiran 41400 – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sepatutnya menjadi nadi intelektual seni negara tetapi hari ini ia lebih mirip kepada pusat latihan yang hidup dari geran tahunan tanpa endowment, tanpa tertiary study, tanpa jaringan wilayah Sabah dan Sarawak, ASWARA makin mengecil dari segi pengaruh dan akses. Guru tua tidak diinstitusikan, penyelidikan warisan tidak didigitalkan dan laluan kerjaya graduan seni tidak jelas. Apakah kita mahu melahirkan generasi seniman yang akhirnya terpaksa menjadi pemandu e-hailing? Dimana hala tuju seni sebagai ilmu dan ekonomi budaya.
Dato' Pengerusi, akhirnya saya menyentuh 010800 – Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri yang sepatutnya menjadi nadi penggerak pelancongan negeri bukan sekadar pejabat pengutip laporan atau pusat edaran risalah promosi. Perlu lebih agresif. Alhamdulillah, yang di Perlis agak agresif.
Potensi sempadan iaitu dari laluan keluar masuk ke laluan pendapatan. Perlis, khususnya Padang Besar merupakan nadi pelancongan lintas sempadan. Ribuan pelawat keluar masuk setiap minggu tetapi hasil tidak mengalir ke poket rakyat.
Hanya ke poket orang tengah dan pemodal besar.
Saya mencadangkan konsep border experience tourism diperluaskan bukan hanya bazar dan cenderamata tetapi juga pelancongan komuniti di kampung sempadan, duty-free zone yang dikawal rapi, ekopelancongan di sekitar Padang Besar yang digerakkan oleh rakyat tempatan. Namun, semua ini tidak bermakna jika sempadan kita terus longgar dan jika kerajaan melihat pelancongan hanya dari sudut cantik di kamera bukan dari sudut kesejahteraan penduduk yang hidup di situ setiap hari. Saya mohon supaya MOTAC melihat semula falsafah pembangunan budayanya.
Dato' Pengerusi, akhirnya negara maju bukan diukur dari tinggi bangunannya tetapi dari nilai budaya dan pemikiran rakyatnya. Kalau kita terus menjadikan budaya sekadar persembahan akhirnya Malaysia akan jadi pentas yang cantik dilihat, kosong di dalam. Kami di Padang Besar, kami tidak mahu hanya menjadi pintu masuk pelancong tapi juga pintu idea, ilmu dan identiti bangsa kerana warisan bukan
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
terjual tetapi untuk diwariskan. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Betong.
Dato' Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato' Pengerusi kerana memberi ruang kepada Betong untuk turut bersama membahaskan Maksud B dan P.31 bagi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya. Dato' Pengerusi, dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 yang semakin hampir, belanjawan ini mesti dinilai bukan hanya dari segi jumlah tetapi dari segi impak sebenarnya komuniti pelancongan tempatan dan juga wilayah luar bandar.
Pertamanya, Betong ingin menyentuh Butiran B.040300 dan B.040400 – Program Promosi dan Pemerkasaan Pelancongan. Di bawah kedua-dua butiran ini RM160 juta untuk promosi dan acara pelancongan manakala RM20 juta untuk pemerkasaan sektor budaya dan warisan. Betong ingin tanya secara terus, apakah kriteria sebenar untuk kita menentukan jenis program ataupun acara yang layak menerima pembiayaan daripada butiran ini. Adakah ia berasaskan impak pelancongan ataupun keunikan budaya tempatan atau hanya tertumpu kepada negeri dan bandar utama?
Di Sarawak, Dato' Pengerusi, khususnya bagi kampung kami di Betong mempunyai banyak juga produk pelancongan yang berasaskan budaya masyarakat setempat, sejarah dan ekopelancongan komuniti. Namun hingga kini, ada permohonan promosi dan juga program oleh Jawatankuasa Pelancongan di Pejabat Residen Betong tidak pernah diluluskan.
Jadi, Betong ingin tahu apakah mekanisme kelulusan sebenar? Siapa yang menilai dan mengapa kalau kawasan di luar bandar seolah-olah diketepikan. Jika kementerian benar-benar mahu mengangkat warisan dan budaya tempatan maka perlulah ada dasar pengagihan yang lebih seimbang dan berasaskan wilayah dan bukan promosi yang hanya berlegar di destinasi utama seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga bandar raya yang besar.
Dato' Pengerusi, kedua saya ingin menyentuh Butiran P.01100 – Penyediaan dan Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Maka, dengan peruntukan yang besar sebanyak RM87.58 juta, Betong ingin tahu bagaimanakah kementerian memastikan bahawa projek yang diluluskan adalah selaras dengan Dasar Pelancongan Negara
Dato' Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
2020-2030? Adakah kementerian mempunyai formula penilaian berdasarkan impak ekonomi setempat dan potensi wilayah ataupun sekadar menunggu permohonan.
Di Sarawak, Dato' Pengerusi, bagaimanakah penyelarasan ini dibuat di antara MOTAC dengan Kementerian Pelancongan, industri kreatif dan seni persembahan Sarawak bagi kita mengelakkan pertindihan projek? Adakah MOTAC menetapkan kuota peruntukan untuk negeri bagi menjamin keadilan wilayah?
Kawasan seperti Betong, Dato' Pengerusi, mempunyai potensi besar dalam konsep culture, adventure, nature, food and festival iaitu CANFF iaitu budaya masyarakat setempat, alam semula jadi dan warisan makanan.
Dato' Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Sebagai contoh Dato' Pengerusi, di Betong terkenal dengan ikan buntal. Kita kerap kali mengadakan Pesta Ikan Buntal di mana kita menunjukkan cara kita menangkap dan menghidangkan jenis-jenis hidangan ikan buntal. Sekiranya Ahli-ahli Dewan Rakyat yang ingin mencuba, sila datang ke Betong.
[Tepuk]
Seorang Ahli
Bawa ke Parlimenlah.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Boleh. Seterusnya, saya mohon supaya sebahagian daripada dana ini dapat disalurkan kepada peningkatan kemudahan asas dan promosi pelancongan komuniti di wilayah tengah seperti Betong.
Dan seterusnya Dato' Pengerusi, Butiran P.01900 iaitu Pembangunan Ekopelancongan. Di bawah butiran ini, dengan peruntukan besar juga sebanyak 53.3 juta bagi pembangunan ekopelancongan. Jadi Betong ingin tahu, ingin tanya secara jelaslah, apakah kaedah pengagihan dan penanda aras keberhasilan yang digunakan? Dan, adakah kementerian menilai projek berdasarkan potensi ekonomi hijau dan manfaat kepada komuniti atau hanya menyalurkan kepada tapak yang telah dikenal pasti?
Dan, apakah jenis projek yang layak dibiayai di bawah kategori ini? Adakah termasuk naik taraf infrastruktur hijau, kemudahan asas dan latihan komuniti tempatan di kawasan Taman Negara dan Hutan Lipur? Jadi, Betong ingin tahu, apakah ukuran kejayaan yang kementerian gunakan bagi memastikan dana ini benar-benar menyokong kelestarian dan bukan sekadar membina mercu tanda tanpa impak kepada rakyat?
Dato' Pengerusi, akhir sekali, Betong percaya bahawa sektor pelancongan negara hanya akan berjayalah apabila pembangunan dan promosi turut menyentuh komuniti di akar umbi, bukan hanya di bandar utama. Jika kementerian benar-benar
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
mahu menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2026 ini satu kejayaan nasional, maka daerah-daerah seperti Betong juga mesti diberi tempat dalam peta pelancongan Malaysia dan bukan sekadar penonton kepada agenda nasional. Sekian Dato' Pengerusi, Betong mohon menyokong. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Selanjut, dipersilakan ya Yang Berhormat Kangar.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Yang Berhormat Dato' Pengerusi, Yang Berhormat Dato' Pengerusi, boleh saya mohon sedikit laluan untuk mengalu- alukan lawatan Dato' Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Jelebu.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ini orang kampung Dato' Pengerusi juga ini, Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Saya mengalu-alukan lawatan daripada pemuda dan puteri Parlimen Jelebu seramai 40 orang yang diketuai oleh saudara Nor Azizan Ramli.
[Tepuk] Angkat tangan sikit kepada abang besar kita.
Yang keduanya Dato' Pengerusi, saya mengalu-alukan juga anak-anak kita daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan FELDA Pasoh 2 yang diketuai oleh Cikgu Anis, seramai 40 orang juga dari kawasan Parlimen Jelebu.
[Tepuk] Terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Habis ini, minta YB Jelebu belanja makan.
[Dewan ketawa]
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Minta dekat YB Jelebu.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Kangar, silakan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Dato' Pengerusi atas peluang yang diberi untuk membahas Bajet 2026, MOTAC pada peringkat jawatankuasa.
Bajet MOTAC untuk 2026 adalah sebanyak RM1.5 bilion, saya rasa satu angka yang tidak cukup tinggi bagi memacu sektor pelancongan negara. Walaupun begitu, usaha perlu diteruskan untuk menarik kedatangan pelancong-pelancong terutamanya dari negara-negara jiran, Singapura, Brunei, Thailand dan Indonesia. Pelancong China
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
dan India sememangnya sudah pun membanjiri Malaysia sehingga ada yang tak mahu balik.
Penduduk Thailand, 2025 – 71.6 juta, Indonesia – 285.7 juta, China – 1.41 bilion dan India sebanyak 1.46 bilion. Dan, ini seharusnya adalah sasaran utama pelancong-pelancong asing ke Malaysia. Dan dari Januari hingga Ogos 2025, sekitar 1.6 juta pelancong Thailand ke Malaysia, sebaliknya pelancong Malaysia ke Thailand pada tahun 2025 hingga kini sudah mencecah 3.9 juta dan boleh mencecah hampir lima juta pada Disember 2025.
Dari sudut lain, pelancong-pelancong Malaysia yang berduyun-duyun mengunjungi Thailand setiap kali ada cuti berturut-turut, apakah usaha MOTAC untuk menggalakkan pelancong domestik singgah dahulu di Kedah atau Perlis sebelum meneruskan perjalanan ke Thailand kerana tarikan ke Thailand begitu kuat, sukar untuk ditepis. Jadi, berkaitan dengan pelancong Thailand ini, adakah pelancong Thailand yang datang ke Malaysia ini adalah pelancong yang sebenar? Adakah mereka ini adalah pelawat harian sempadan atau adakah mereka ini merupakan golongan-golongan peniaga masakan Thai?
Okey, saya pergi kepada ― Tuan Pengerusi, Dato' Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 01900 – Pembangunan Ecotourism ataupun ekopelancongan. Jadi, Malaysia terkenal dengan alam semula jadi. Dia ada hutan hujan tertua di dunia di Taman Negara, Taman Negara hingga ke ekosistem marin di Pulau Sipadan, Pulau Redang serta kawasan batu kapur dan gua-gua di Perlis dan juga di Sarawak.
Berdasarkan Bajet 2026, sebanyak RM53.3 juta berbanding RM25.5 juta tahun 2025.
Jadi, MOTAC perlu berusaha keras untuk membangunkan ekopelancongan bagi menarik kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa.
Untuk pelancongan domestik, Perlis kini menjadi destinasi menarik kerana keunikan negeri ini. Ini kempen sikit, kempen pelancongan. Keindahan alam semula jadi seperti Gua Wang Burma ataupun Gua Kelam iaitu gua batu kapur dengan terowong sempit dan sungai bawah tanah menarik untuk aktiviti kembara gua dan fotografi semula jadi.
Seterusnya, Perlis mempunyai landskap pertanian dan desa, pemandangan sawah padi yang luas. Perlis terkenal dengan sawah padi yang menghijau, menguning mengikut musim. Kampung-kampung tradisional menjadi lokasi menarik untuk fotografi landskap.
Dari segi makanan dan buah-buahan, Perlis terkenal dengan mempelam Harum Manis. Musim dia adalah antara April hingga Jun, menjadi keistimewaan
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
negeri Perlis disebabkan rasa yang harum baunya, manis rasanya dan tak sama yang berada di tempat-tempat lain. Soalan saya untuk MOTAC, untuk YB Timbalan Menteri MOTAC, apakah usaha-usaha untuk mengangkat produk Harum Manis menjadi sebagai produk pelancongan utama negara?
Selain daripada itu, Perlis ― tak sebut Kangar dah, sebut Perlis, mempunyai lebih daripada 100 buah kedai kopi yang mempunyai suasana yang berbeza.
Walaupun negeri kecil, 100 kedai kopi lebih, 138 setakat yang saya pasti. Ada yang berada di tepi sawah, ada tepi laut, ada yang dalam gua.
[Dicelah] Ha, dalam gua pun ada. Malah, pelancong boleh menikmati kopi-kopi tersebut. Dan soalan Kangar lagi sekali, apakah MOTAC ― bagaimana MOTAC untuk membantu usahawan- usahawan kedai kopi termasuk juga inap desa, kraf tangan bagi membangunkan ekonomi komuniti, pelancongan sebagai produk pelancongan negeri Perlis?
Lagi satu, Perlis mudah dihubungi pada masa sekarang melalui sistem kereta api Komuter, ETS dan jalan raya. Ini kementerian lain yang telah pun buat, telah membangunkan infrastruktur yang berjaya merangsangkan ekonomi negeri Perlis.
Cuma, sekarang menjadi tanggungjawab MOTAC untuk membantu menambah rangsangan bagi kegiatan pelancongan. Itu saja untuk Kangar, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Selanjut, saya mempersilakan Yang Berhormat Segamat.
Seorang Ahli
Jiran, jiran.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Terima kasih Dato' Pengerusi, memberi ruang untuk Segamat bahas rang undang-undang ataupun peringkat jawatankuasa. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak sokongan ataupun tambahan bagi Visit Malaysia Year sebanyak 500 juta promosi pelancongan, naik taraf infrastruktur. Ini adalah peluang besar untuk kita memastikan belia turut menjadi peneraju dan penerima manfaat dalam arus kebangkitan sektor pelancongan negara.
Sebelum saya sambung dan saya ingin menceritakan sedikit. Saya baru-baru ini ada pergi ke Kenya bersama jawatankuasa antarabangsa dan juga perdagangan.
Kami apabila kita sampai di sana, orang menyarankan kita untuk melawat Maasai Market.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Apa itu Maasai Market? Itu adalah orang asli Kenya di mana mereka menetap di negara itu bertahun-tahun. Sebab mereka mempromosi pembuatan atau kraf tangan
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
orang asli ataupun orang Maasai ini di Kenya ini, mereka ada Maasai Market ini untuk mempromosi.
So, saya mencadangkan kepada kementerian MOTAC supaya kita perlu explore bagaimana kita boleh mempromosikan orang asli dan kraf-kraf tangan mereka supaya mereka juga terlibat dalam pelancongan ataupun Visit Malaysia ini supaya kita boleh menaikkan sosioekonomi masyarakat orang asli di negara kita.
Dan untuk— apabila kita sebut tentang tourism, kita always talk about sight- seeing, tapi padahal kita perlu melihat pada ecotourism, medical tourism, MICE tourism ataupun Mesyuarat Intensif Persidangan dan Pameran. Nombor empat, cultural and heritage tourism, sports tourism, island and maritime tourism, agro and rural tourism, digital and creative tourism, education tourism, dan gastronomy tourism atau food tourism di Malaysia ini. Kita perlu perluaskan.
Dan, saya rasa peruntukan bagi MOTAC ini perlu dipertingkatkan, kerana it’s not an ordinary ya kerana tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia. Saya melihat peruntukan yang diperuntukkan adalah hanya 1.5 bilion dan peruntukan untuk perbelanjaan dan pembangunan adalah 260 juta sahaja. Saya rasa tidak cukup untuk mencapai matlamat kita.
Oleh itu, saya ingin menyebut dalam kepala Butiran 202000 – Pembangunan dan Promosi Pelancongan, 020300 – Pembangunan Industri di peruntukan 5.5 juta termasuk 020400 – Pusat Pelancongan Malaysia 9.3 juta. Saya ingin mencadangkan sektor inovasi pelancongan belia dan pengalaman digital dalam era ekonomi digital, pelancongan tidak boleh tergantung semata-mata kepada promosi konvensional.
Saya mencadangkan penubuhan dana inovasi pelancongan belia, youth tourism innovation fund bagi membolehkan anak muda berumur 18 hingga 35 tahun membangunkan pengalaman pelancongan baharu menggunakan AR atau VR, peta interaktif dan aplikasi digital warisan.
Belanjawan 2026 sudah pun menyediakan potongan cukai sehingga 500,000 untuk operator pelancongan yang menaik taraf atau membaik pulih premis, namun insentif ini perlu diperluas kepada usahawan mikro belia supaya mereka boleh mencipta produk digital aplikasi pandu arah pelancong dan kempen media sosial mempromosikan turut melibatkan Segamat, antara salah satu daerah.
Di Segamat, apakah MOTAC akan mempertimbangkan untuk memulakan projek rintis Segamat Youth and Digital Heritage Trail, di mana belia dilatih menjadi pemandu digital menghasilkan video, audio dan kandungan AR tentang sejarah,
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
budaya serta keunikan komuniti tempatan. Apakah MOTAC bersedia untuk memperhalusi cadangan ini.
Pekerjaan belia dalam pembangunan kemahiran pelancongan. Setiap peluang pelancongan mesti diterjemah kepada pekerjaan dan kemahiran untuk anak-anak muda. Saya mencadangkan program Youth Tourism Skill Accelerator, latihan jangka pendek bagi kemahiran hospitaliti, pemasaran digital, pemandu pelancong, ecotourism guiding serta penceritaan berbilang bangsa. Malaysia dikenali sebagai multinational and multicultural and diversified nation. Belanjawan 2026 juga menyediakan 50 juta untuk memperkukuhkan kemudahan tarian pelancong ke peringkat negeri dan daerah. Dan saya ingin menyebut tentang kepala Butiran 03000 – Pembangunan dan Promosi Budaya, sub butiran 030200, 030400, 03500. Dan Malaysia terkenal dengan kepelbagaian ini, oleh itu pelancongan komuniti lestari dan berbilang budaya memainkan peranan penting.
Saranan Belanjawan 2026 ialah 47 juta pelawat dan hampir 329 bilion hasil pelancongan. Tetapi kita tidak mahu hanya angka, kita mahu impak tempatan.
Segamat dengan komuniti pelbagai kaum termasuk orang asli, berpotensi menjadi modal pelancongan komuniti berbilang budaya.
Saya mencadangkan penubuhan Pusat Pelancongan Komuniti Belia, Segamat Community Tourism Hub bagi menyatukan belia kampung, persatuan peladang, usahawan wanita dan penggiat seni dalam membangunkan homestay, agropelancongan dan kraf tempatan. Kita boleh menggunakan sebahagian daripada 700 juta bagi program promosi serantau dan geopelancong untuk membiayai projek seumpama ini di kawasan luar bandar.
Akhir sekali, dan saya yakin dengan peruntukan yang ada ini perlu ditambah kerana Visit Malaysia Year we need more fund, supaya kita boleh compete dengan negara jiran kita ialah negara Thailand. Akhir sekali adalah keusahawanan dan pemilikan ekonomi belia. Belanjawan 2026 memperkenalkan pelbagai galakan cukai kepada pengendalian pelancong termasuk pengecualian cukai 100 peratus bagi syarikat yang berjaya membawa sekurang-kurangnya 100 pelancong asing setahun.
Namun, saya menegaskan bahawa kita juga boleh atau perlu wujudkan dana keusahawanan belia pelancong Segamat, geran mikro untuk belia membuka kafe budaya, butik kraf tangan, bengkel seni atau studio kandungan digital. Dengan dana ini, kita bukan sahaja mencipta pelancong baharu, tetapi usahawan pelancong muda yang mampu berdikari dan memperdayakan ekonomi tempatan.
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Akhir sekali Dato’ Pengerusi, Belanjawan 2026 menyediakan asas kukuh bagi sektor pelancongan. Namun sebagai Ahli Parlimen Segamat, saya ingin memastikan bahawa belia tidak sekadar menyambut pelancong tetapi membina, memimpin dan juga memajukan industri itu sendiri melalui inovasi digital, latihan kemahiran pelancongan komuniti dan peluang keusahawanan. Kita boleh menjadikan Segamat contoh model pelancongan belia MADANI, sebuah daerah yang maju dengan tangan anak muda itu sendiri. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Segamat. Selanjut, saya mempersilakan Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Butiran B.06100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026. Kerajaan menyasarkan 47 juta pelancong antarabangsa menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan potensi hasil sebanyak RM329 bilion.
Namun, menurut Laporan Tourism Malaysia, setakat September 2025 jumlah ketibaan pelancong hanya mencecah 20.8 juta orang dengan hasil pelancongan sekitar 70 bilion sahaja. Ini bermaksud, sasaran 2026 kelihatan terlalu optimistik tanpa strategik baharu yang menyeluruh.
Lebih membimbangkan, pelancongan domestik yang sepatutnya menjadi penampan pasca pandemik menunjukkan penyusutan. Data DOSM 2025 menunjukkan penurunan perbelanjaan pelancongan domestik sebanyak 6.4 percent berbanding 2024 terutama disebabkan peningkatan kos penginapan, tambang penerbangan dan harga makanan.
Kegagalan ini menunjukkan bahawa pendekatan promosi MOTAC masih tidak tersusun. Bajet promosi antarabangsa berjumlah 318 juta pada tahun 2025, tidak menunjukkan pulangan yang jelas. Malah banyak kempen di luar negara, tidak berasaskan analisis pasaran atau segmen pelancong yang tepat. Setiap perbelanjaan promosi mesti dinilai berdasarkan return on investment yang terukur bukan sekadar jumlah acara atau pameran.
Justeru, saya ingin bertanyakan beberapa persoalan. Pertama, berapa jumlah sebenar peruntukan promosi luar negara tahun 2026 dan negara manakah yang menjadi tumpuan. Kedua, berapa banyak daripada peruntukan pembangunan diluluskan untuk pelancongan luar bandar dan berapa peratus sudah dilaksanakan. Ketiga, apakah KPI
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
sebenar untuk sektor seni dan budaya? Adakah berasaskan impak kepada pendapatan penggiat atau sekadar jumlah program.
Kerajaan Negeri Johor juga telah mengumumkan Tahun Melawat Johor 2026.
Yang Berhormat Menteri juga telah mengadakan beberapa siri lawatan rasmi ke daerah Mersing. Soalan saya adalah, apakah hala tuju sebenar MOTAC dalam menjadikan Mersing sebagai destinasi utama pelancongan. Adakah kementerian mempunyai pelan menyeluruh untuk menaik taraf kemudahan pelancongan, promosi bersepadu, dan pembangunan komuniti setempat khususnya di kepulauan, pantai- pantai dan perkampungan orang asli agar manfaat ekonomi dapat dirasai oleh rakyat tempatan.
Kedua, apakah status terkini dalam menjadikan Mersing sebagai INSTO ke-46 di dunia menjelang 2026. Mersing memiliki potensi besar untuk diiktiraf sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa yang berteraskan pembangunan lestari.
Pengiktirafan ini akan meletakan Mersing dalam rangkaian global pelancongan lestari dan memacu ekonomi tempatan dengan cara yang mesra alam serta inklusif kepada komuniti setempat. Lebih penting, ia akan memberikan manfaat langsung kepada komuniti tempatan serta memastikan khazanah alam Mersing terus terpelihara untuk generasi akan datang.
Dato’ Pengerusi, Butiran B.030800 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Butiran P.49000 – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada satu sektor yang sering dipandang ringan tetapi mempunyai nilai ekonomi dan warisan yang besar iaitu industri kraf tangan tempatan di bawah Kraftangan Malaysia.
Sektor ini melibatkan lebih 400,000 penggiat seni kebanyakannya wanita dan usahawan kecil di luar bandar. Di Mersing sendiri, terdapat beberapa penggiat industri kraf termasuk Mersing Souvenir House dan Sri Wangsa Kraf. Mereka inilah sebenarnya benteng ekonomi rakyat yang berakar pada warisan bangsa. Namun realitinya, ramai antara mereka kini sedang bergelut untuk terus hidup dalam industri ini.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Menurut Laporan Kraftangan Malaysia 2024, lebih 60 peratus pengusaha kraf tangan berdaftar berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan dan hanya sekitar 15 peratus berjaya menembusi pasaran eksport. Keadaan ini jelas menunjukkan
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
kegagalan dasar kerajaan untuk mengangkat kraf tangan sebagai sumber pendapatan yang mampan.
Kraf tangan bukan sekadar hasil seni. Ia adalah sumber ekonomi keluarga luar bandar. Tetapi peningkatan kos bahan mentah seperti rotan, benang songket dan tembaga, ditambah dengan kelemahan sistem pemasaran, menyebabkan ramai tukang berhenti atau beralih ke kerja lain. Saya ingin bertanyakan, berapakah jumlah sebenar pengusaha kraf tangan yang masih aktif setakat 2025 dan apakah kadar pertumbuhan atau penyusutan mereka dalam tempoh tiga tahun terakhir?
Saya juga ingin menyentuh isu ketidakseimbangan agihan dana.
Berdasarkan semakan Laporan Audit 2023, hampir 45 peratus peruntukan promosi dan pameran kraf tangan Malaysia tertumpu di Lembah Klang. Berapakah jumlah bantuan dan geran yang diterima oleh penggiat kraf tangan di setiap negeri? Apakah langkah kerajaan untuk memastikan pengagihan itu adil tanpa pengaruh politik?
Selain itu kerajaan sering melaungkan sokongan terhadap ekonomi digital, tetapi di lapangan, penggiat kraf tangan kita tidak mampu bersaing secara dalam talian. Kerajaan oleh Kraftangan Malaysia sendiri mendapati, hanya lima peratus produk tempatan berada di pasaran e-dagang antarabangsa. Negara jiran seperti Indonesia dan Thailand berjaya menjadikan batik, tenunan dan anyaman mereka jenama dunia. Malaysia pula masih bergelut di peringkat domestik.
Soalannya, adakah MOTAC bercadang menubuhkan portal e-dagang kraf tangan nasional dengan bantuan logistik dan promosi bagi membantu pengusaha kecil memasarkan produk mereka terus ke pasaran luar negara?
Satu lagi kebimbangan besar ialah krisis pewarisan tukang muda. Hampir 70 peratus pengusaha kraf tangan kini berusia lebih 50 tahun dan anak muda tidak berminat kerana tiada jaminan pendapatan serta kekurangan pelan latihan. Jika perkara ini dibiarkan, seni ukiran kayu Islamik, tembaga Kelantan dan tenunan Pahang akan pupus dalam 10 tahun akan datang. Apakah pelan pewarisan nasional yang dirangka oleh kerajaan untuk memastikan generasi muda boleh serap ke dalam industri kraf tangan? Adakah MOTAC bercadang menubuhkan akademi pewarisan seni atau kraf tangan nasional dengan kerjasama MARA dan TVET?
Akhir sekali, saya ingin menyentuh tentang nilai budaya. Kita semakin kehilangan roh dan identiti dalam seni kraf tangan tempatan akibat komersialisasi melampau. Banyak produk batik dan tenunan, kini direka semata-mata untuk pasaran tanpa nilai Islam, tanpa falsafah seni Melayu. Apakah langkah kerajaan
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
untuk memastikan reka bentuk moden dalam industri kraf tangan tidak menjejaskan nilai Islam dan warisan Melayu serta bumiputera yang menjadi asas identiti negara?
Kraf tangan, bukan hanya sebagai sumber ekonomi. Ia adalah simbol jati diri bangsa. Jika kerajaan benar-benar serius membina ekonomi rakyat, maka pelan pembangunan kraf tangan mesti diangkat setaraf dengan sektor strategik lain dengan dasar, dana dan hala tuju yang jelas. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Pembahas seterusnya, Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Saya pergi terus kepada Butiran B.31 secara keseluruhan pihak kementerian.
Dato’ Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Dewan pada ketidakseimbangan ketara antara belanja mengurus dan pembangunan dalam belanjawan MOTAC 2026. Belanja mengurus telah meningkat kepada RM1.298 bilion manakala perbelanjaan pembangunan hanya berjumlah RM268.9 juta, tidak sampai 20 peratus pada keseluruhan bajet kementerian. Apa yang lebih membimbangkan kita ialah komponen pembangunan yang menyokong pelaksanaan projek fizikal seperti perkhidmatan bekalan jatuh mendadak daripada RM9.1 juta kepada hanya RM1.1 juta.
Bagi negeri Terengganu khususnya Kuala Nerus yang kaya dengan tapak warisan, pantai serta komuniti pelancongan seperti homestay di Mengabang Telipot dan Seberang Takir, kekurangan pelaburan pembangunan ini amat merisaukan.
Tanpa peruntukan yang mencukupi untuk menaikkan taraf kemudahan asas akses jalan dan infrastruktur pelancongan, potensi ekonomi setempat tidak akan dapat dimaksimumkan.
Antara projek pembangunan yang amat diperlukan di Terengganu termasuklah terutamanya kawasan pantai di belakang Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di mana terdapat beberapa lagun yang dibina untuk tujuan rekreasi. Namun, jalan masuk ke kawasan tersebut tidak dinaik taraf, menyebabkan ia gagal menarik pelancong. Begitu juga jajaran sepanjang Pantai Teluk Ketapang hingga Pantai Tok Jembal yang masih terbiar dengan semak samun.
Yang kedua, fasiliti dan kemudahan di pulau-pulau. Dalam kawasan muara sungai seperti Pulau Ketam dan Pulau Duyong yang juga perlu dinaik taraf bagi meningkatkan daya tarikan pelancong.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Sehubungan dengan itu saya mohon kementerian menyatakan dengan jelas, berapa banyakkah daripada RM268.9 juta peruntukan pembangunan ini akan disalurkan ke negeri-negeri Pantai Timur serta apakah projek pembangunan fizikal yang dirancang khusus untuk negeri Terengganu?
Seterusnya Butiran Outcome 1, prestasi kementerian. Dato’ Pengerusi, kementerian menyasarkan perbelanjaan pelawat asing mencecah RM329 bilion pada tahun 2026. Ia dilihat sebagai suatu sasaran yang besar, yang tidak berasas kepada keadaan semasa. Apatah lagi dalam konteks negeri Terengganu yang masih bergelut dengan isu capaian penerbangan antarabangsa, kekurangan promosi luar negara dan infrastruktur pelancongan yang tidak setara dengan negeri maju yang lain.
Sebagai contoh, Lapangan Terbang Sultan Mahmud masih belum menjadi hab pelancongan antarabangsa walaupun Terengganu memiliki aset pelancongan bertaraf dunia seperti Tasik Kenyir, Pulau Redang dan warisan seni ukiran kayu. Oleh itu, saya mohon kepada kementerian menjelaskan apakah peranan Terengganu dalam pelan promosi pelancongan antarabangsa?
Sejauh mana komitmen kerajaan untuk memasukkan kawasan-kawasan pelancongan di Terengganu dalam pakej pelancongan luar negara? Apakah kerajaan merangka strategi khusus untuk meningkatkan perbelanjaan pelancong asing di negeri Pantai Timur?
Seterusnya Butiran 010200. Dato’ Pengerusi, peruntukan aktiviti kewangan jatuh daripada RM448 juta kepada hanya RM25 juta, penurunan sebanyak 94 peratus. Ini termasuklah pemotongan besar dalam perkhidmatan, aset dan pemberian tetap. Saya khuatir, pemotongan ini akan menjejaskan keupayaan kementerian untuk menyokong pelaksana projek di peringkat negeri.
Di Terengganu, banyak projek program pelancongan dan kebudayaan yang memerlukan sokongan kewangan Pusat termasuk geran kepada pengusaha homestay, penggiat seni tempatan dan penganjur acara budaya seperti Festival Gamelan dan Monsoon Challenge. Oleh itu, saya mohon kementerian menjelaskan adakah pemotongan ini akan menjejaskan agihan geran kepada negeri? Apakah mekanisme pemantauan dan sokongan kewangan yang akan dikekalkan untuk memastikan program di negeri seperti Terengganu ini tidak berhenti?
Seterusnya Butiran 020600 – Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
(LPPM). Dato’ Pengerusi, LPPM menerima RM165 juta, hampir 85 peratus daripada
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
keseluruhan bajet promosi pelancongan. Namun, aktiviti lain seperti pembangunan industri dan pelesenan hanya menerima sekitar RM5 juta setiap satu.
Saya ingin tahu, berapa banyak daripada bajet LPPM ini yang benar-benar sampai ke negeri seperti negeri Terengganu ini? Kita ada banyak produk pelancongan komuniti di Kuala Nerus seperti lawatan ke kampung nelayan, pembuatan bot tradisional dan seni ukiran kayu, tetapi kurang dipromosikan secara nasional dan antarabangsa.
Saya juga tidak melihat Terengganu ditonjolkan secara konsisten dalam kempen pelancongan utama seperti Cuti-cuti Malaysia. Saya mohon kementerian menyatakan, berapa peratus bajet LPPM disalurkan kepada promosi pelancongan di Terengganu? Adakah kementerian bersedia memperuntukkan dana khas untuk promosi pelancongan komuniti luar bandar ini?
Seterusnya Butiran 040000 – Program Khusus. Dato’ Pengerusi, program khusus menerima RM217.7 juta pada tahun 2026, meningkat RM22.5 juta berbanding tahun sebelumnya. Namun, pecahan program seperti pemerkasaan sektor pelancongan, kebudayaan dan warisan, RM20 juta dan program penggalakan pemasaran, promosi dan acara-acara pelancongan, seni dan budaya, RM160 juta, tidak menyatakan negeri sasaran ataupun jenis aktiviti yang akan dilaksanakan.
Oleh itu, saya ingin tahu berapa peratus daripada RM160 juta itu akan disalurkan juga ke negeri Terengganu? Adakah program ini akan menyokong acara budaya seperti Festival Gamelan, pesta pantai ataupun program seni komuniti Terengganu? Apakah mekanisme pemilihan negeri dan aktiviti yang layak menerima dana ini? Saya mohon agar kementerian memperkenalkan sistem pelaporan berkala dan indikator prestasi bagi program khusus supaya negeri seperti Terengganu tidak terus dipinggirkan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, gulung.
Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan yang melibatkan belanjawan untuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah Butiran 040300 di bawah tajuk Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya. Kalau belanjawan sebelum ini RM150 juta, kali ini RM160 juta. Satu peningkatan lebih kurang 10 peratus.
Saya nak tanya. Adakah program penggalakan iaitu promosi ini melibatkan program dalam negara saja ataupun program yang melibatkan negara-negara di luar?
Dan sekiranya ia melibatkan negara-negara di luar, apakah negara yang menjadi target?
Dan sudah tentu, saya percaya, pihak MOTAC akan memberikan sasaran ataupun memberikan lebih banyak tumpuan kepada negara-negara yang boleh menyumbangkan kehadiran pelancong yang lebih ramai untuk merancakkan ekonomi kita.
Jadi, saya nak tanya, RM160 juta ini sama ada MOTAC akan gunakannya sendiri bersama dengan agensi di bawah MOTAC ataupun melibatkan kerjasama dengan pihak swasta seperti agensi pelancongan yang terkenal ke? Jadi, mohon penjelasan daripada kerajaan.
Perkara kedua yang saya nak sebutkan adalah di bawah Butiran 01100 iaitu Program Penyediaan dan Peningkatan Kemudahan Pelancongan. Belanjawannya melonjak daripada RM16.3 juta kepada RM87.5 juta. Peningkatan berkali ganda. Baik.
Cuma, saya nak tanya dua soalan di sini. Soalan pertama adalah― kita akan adakan Tahun Melawat Malaysia, Visit Malaysia pada tahun depan. Kalau kita adakan ataupun anjurkan program Tahun Melawat Malaysia tahun depan dan tahun depan kita nak menyediakan atau meningkatkan kemudahan pelancongan, sempat ke? Patutnya benda ini dah dibuat lebih awal. Kesiapsiagaan, persiapan itu kena dibuat lebih awal
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
sebelum kita menyambut kedatangan pelancong pada tahun 2026. Saya mohon ulasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menjawab nanti.
Dan di bawah tajuk ini juga, untuk Negeri Sembilan ― sebab, kebetulan Negeri Sembilan pun ada Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026, sama macam Tahun Melawat Malaysia tahun depan. Jadi, daripada RM87.5 juta ini, macam mana agihan dia kepada negeri-negeri? Terutamanya, Negeri Sembilan dapat berapa?
Perkara ketiga yang saya nak sebutkan adalah Butiran 01900 di bawah tajuk Pembangunan Ecotourism. Kalau dulu RM25 juta, sekarang dapat RM53 juta.
Berganda. Memang kita tahu pembangunan sebegini amat dihargai dan amat diperlukan sebab kita nak mewujudkan satu keadaan di mana produk pelancongan ataupun tempat- tempat pelancongan kita tidak terhad kepada tempat-tempat tertentu saja, tempat- tempat yang mungkin sudah famous dan sebagainya ataupun negeri tertentu.
Saya berikan contoh. Melaka memang terkenal sebagai destinasi pelancongan.
Tapi, kalau setakat kita promosikan tempat tertentu saja, saya rasa tidak mencukupi.
Kita kena diversify. Semua negeri mendapat imbuhan ataupun impak yang positif daripadanya.
Dan perkara keempat dan terakhir saya nak sebutkan berkenaan dengan perkara 060100 – Penganjuran Visit Malaysia 2026 sebanyak RM500 juta. Ini peruntukan yang paling besar. Hampir dua pertiga daripada peruntukan untuk kementerian ini untuk pembangunan diletakkan di bawah tajuk ini. RM500 juta.
Saya nak tanya beberapa perkara tentang perkara ini. Macam mana RM500 juta ini agihan dia? Sama ada direct melalui MOTAC, melalui Tourism Malaysia, ataupun ada agihan tertentu melalui negeri? Ataupun ― macam mana cara pendekatan dia? Dan sama ada kita akan buat program? Sebab, ini melibatkan penganjuran. Bila disebut penganjuran itu, kita nak tarik pelancong.
Ada tak program di luar, di negara-negara mana yang kita boleh harapkan kehadiran pelancong yang tinggi? Terutama untuk mencapai sasaran kita. Sebab, saya difahamkan MOTAC dan kerajaan telah meletakkan sasaran 47 juta pelancong asing pada tahun depan yang boleh menjana pendapatan sejumlah RM329 bilion.
Saya yakin sasaran ini boleh capai. Kenapa saya kata boleh capai, Yang Berhormat Pengerusi? Kalau kita tengok data tahun lepas 2024, 38 juta pelancong asing datang. Tahun ini, setakat lapan bulan pertama, sudah 28 juta. Kalau tahun ini lapan bulan, 28 juta, sehingga bulan 12, saya jangkakan 42 juta. Kita letak 47 juta untuk tahun
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
depan dengan menguar-uarkannya Tahun Melawat Malaysia, saya rasa target itu terlampau mudah untuk dicapai. Patut kita letak lebih 50 juta ataupun 55 juta, yang bagi saya ia reasonable, munasabah untuk kita capai dengan segala usaha menggembleng usaha daripada semua agensi yang terlibat dengan hebahan dan promosi yang berterusan. Dan saya nak tanya, ada tak RM500 juta ini ada agihan tertentu untuk mana- mana negeri?
Dan perkara terakhir yang saya nak sebutkan di bawah Tahun Melawat Malaysia ini, maskot dia Wira dan Manja. Saya mintalah kerajaan tolong promosikan betul-betul.
Ini Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini pun belum dapat ― saya tak nak kata dia punya apa replika ke apalah, sticker pun tak bagi kami. Ini kami nak sokong ini kerajaan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bukan nak minta patung yang besar ini semua.
Tapi setakat bagi sticker satu pun jadilah, ataupun badge yang ada Wira dan Manja.
Sebab, kalau kita nak menguar-uarkan kita nak pelancong asing datang, rakyat Malaysia sendiri...
Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj - Segamat
Setuju, setuju.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
...Our own people, termasuk Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini pun, tak diberikan satu peluang untuk bersama mempromosikannya, saya rasa susah juga. Sebab, saya nak sebut ini, selain daripada kita target pelancong asing datang, kita ada usaha ataupun ada tanggungjawab untuk mengekang― ha, ini saya gunakan ― minta maaflah. Saya gunakan perkataan mengekang rakyat kita pergi melancong dekat negara jiran yang dikatakan jauh lebih murah dan sebagainya. Itu pun satu aliran wang keluar. Kita nak wang orang lain masuk tapi jangan kita biarkan wang kita asyik keluar saja.
Jadi, itu saja beberapa cadangan dan pandangan saya berkenaan dengan perkara ini. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Saya persilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab dalam tempoh 25 minit. Sila.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Dato’ Yang di-Pertua lagi bijaksana.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Pengerusi.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Pengerusi. Minta maaf. Terlebih dahulu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian bagi sesi perbahasan Bajet 2026 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada petang ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada seramai 20 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengajukan pertanyaan serta memberi cadangan dan pandangan yang cukup bernas berhubung perkara-perkara di bawah tanggungjawab MOTAC sebentar tadi. Semoga semua Ahli Yang Berhormat tenang dan kekal dalam ketenangan iman.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengajukan pertanyaan— Seputeh, Masjid Tanah, Bukit Gelugor, Bukit Bendera, Lumut, Petaling Jaya, Kuala Kangsar, Jempol, Kuala Kedah, Puncak Borneo, Besut, Sik, Tenggara, Padang Besar, Betong, Kangar, Segamat, Mersing, Kuala Nerus dan Rasah. Insya-Allah, saya akan memberikan maklum balas dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh Dato’ Pengerusi.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah diperuntukkan sejumlah RM685 juta di bawah inisiatif Belanjawan 2026 sebagai persediaan ke arah penganjuran Kempen Melawat Malaysia 2026. Peruntukan RM685 juta dapat dirangkumkan di bawah seperti butiran berikut.
Pertama, belanja mengurus MOTAC Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya sebanyak RM160 juta dan belanja mengurus MOTAC Butiran 060100 – Visit Malaysia 2026 sebanyak RM500 juta, belanja pembangunan MOTAC Butiran 01400 sebanyak RM20 juta bagi menyelenggara, membaik pulih, memelihara dan memulihara kawasan tarikan pelancongan untuk memastikan ketersediaan fasiliti, kemudahan dan persekitaran lokasi tarikan pelancongan.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Dan peruntukan di bawah B.11 Kementerian Kewangan, sebanyak Ringgit Malaysia juta bagi penyelenggaraan tapak dan bangunan yang diiktiraf dan berpotensi diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak; Lembah Lenggong, Perak; dan FRIM Forest Park, Selangor.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Peruntukan di bawah Butiran 040300 – Program Penggalakan Pemasaran, Promosi dan Acara-acara Pelancongan, Seni dan Budaya sebanyak RM160 juta melibatkan pelaksanaan inisiatif geran padanan dan penganjuran acara seni budaya dan warisan iaitu pertama, geran sokongan sektor pelancongan sebanyak RM30 juta bagi penganjuran program dan acara berkaitan pelancongan.
Kedua, Geran Sokongan Sektor Kebudayaan sebanyak RM20 juta bagi penganjuran program dan acara berkaitan kesenian, kebudayaan dan warisan.
Ketiga, Geran Sepadan Penerbangan Charter sebanyak RM50 juta bagi memperkukuh kerjasama strategik dengan syarikat penerbangan dan agensi pelancongan dalam usaha menambah bilangan penerbangan sewa khas, charter. Meningkatkan kekerapan penerbangan, membuka laluan baharu serta menarik penyertaan syarikat penerbangan baharu ke Malaysia.
Keempat, Geran Padanan Galakan Melancong (GAMELAN) sebanyak RM10 juta bertujuan untuk mempergiatkan program promosi dan pemasaran bagi menarik lebih ramai ketibaan pelancong asing ke Malaysia di samping agenda kita untuk merancakkan pelancongan domestik.
Kelima, penganjuran acara-acara signature seni budaya dan warisan sempena dengan Visit Malaysia 2026 oleh jabatan dan agensi di bawah MOTAC sebanyak RM50 juta dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain bagi merancakkan dan memperkasakan pelancongan domestik dan merangsang penjanaan ekonomi setempat.
Manakala peruntukan di bawah Butiran 060100 – Visit Malaysia 2026 sebanyak RM500 juta telah diperuntukkan bagi tujuan menjayakan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026. Merangkumi, pertama, pelaksanaan program promosi, pemasaran dan pengiklanan pelancongan serta program pelancongan berimpak tinggi termasuk pameran pelancongan berskala besar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Menteri, Jelutong. Tadi saya dengar perbahasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh. Saya hendak tanya soalan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh? Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Boleh saya memberikan ulasan selepas mukadimah saya selesai?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, okey, baik.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Saya tidak akan lupa Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya sokong, tentu sokong.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Seputeh memang dari Langkawi kan?
Pulau Pinang?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Teruskan Timbalan Menteri.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Besut jauh sikit.
[Dewan Ketawa]
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Selain itu, MOTAC melalui Tourism Malaysia akan terus memperkukuh strategi pemasaran pelancongan di peringkat antarabangsa secara lebih holistik, agresif dan berfokus melalui pelbagai pendekatan berimpak tinggi seperti penganjuran misi jualan antarabangsa (sales mission), penyertaan dalam pameran pelancongan bertaraf dunia seperti Arabian Travel Mart serta pelaksanaan program promosi berasaskan makanan dan kebudayaan (food and cultural promotion), seminar destinasi (destination seminar) dan pelbagai lagi inisiatif promosi yang bersifat strategik dan bersasar.
Aktiviti pengiklanan juga akan terus dilaksanakan mengikut pelan tindakan yang merangkumi pendekatan konvensional dan digital serta dirangka bagi menyokong strategi kempen kesedaran berimpak tinggi yang memperkasakan jenama pelancongan Malaysia iaitu Visit Malaysia 2026 untuk pasaran antarabangsa dan lebih penting lagi produk yang di kenali ramai di negara kita iaitu Cuti-cuti Malaysia khususnya untuk pasaran domestik.
Kedua, penganjuran program MICE yang dijenamakan sebagai Be Malaysia Go Global, Unlocking New Markets dengan fokus untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi MICE utama di rantau ini. Fokus utama tahun 2026 adalah untuk menembusi pasaran global bernilai tinggi seperti [Tidak jelas] , Amerika Syarikat, Eropah, Korea Selatan dan Jepun melalui pelaksanaan misi jualan antarabangsa, kempen pemasaran digital berimpak tinggi serta insentif kepada penganjur acara perniagaan.
Dan ketiga, penganjuran program pelancongan mesra Muslim atau program Muslim-Friendly Tourism and Hospitality (MFTH) untuk kita menyemarakkan sektor MFTH sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 dengan cadangan penganjuran program-program seperti:
(i) World Islamic Tourism Conference (WITC);
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
(ii) Bulan Pelancongan Islam (Islamic Tourism Month);
(iii) program pengiktirafan dan persidangan MFAR dan MFTG;
(iv) simposium pelancongan Islam;
(v) Hari Terbuka Masjid Peringkat Kebangsaan; dan
(vi) halal street food gastronomy.
Selain itu, Kementerian turut diperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi menambah baik kemudahan pelancongan termasuk memulihara tapak UNESCO yang terdiri daripada, pertama, peruntukan belanja pembangunan (DE) di bawah Butiran 01400 sebanyak RM20 juta bagi menyelenggara, membaik pulih dan memelihara dan memulihara kawasan tarikan pelancongan untuk memastikan ketersediaan fasiliti kemudahan dan persekitaran lokasi tarikan pelancongan.
Dan kedua, peruntukan di bawah B.11 Kementerian Kewangan sebanyak RM5 juta bagi penyelenggaraan tapak dan bangunan yang diiktiraf dan berpotensi diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu Sarawak, Lembah Lenggong Perak dan FRIM Forest Park Selangor.
Pelbagai peruntukan dan bantuan kewangan boleh dimanfaatkan bukan saja di dalam kementerian itu sendiri tetapi ia juga demi kesinambungan sektor pelancongan dan sektor kebudayaan di bawah kerajaan negeri dan penggiat industri dalam sama- sama menyokong penganjuran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi memastikan limpahan ekonomi dan impak penganjurannya dapat dirasai oleh semua pihak.
Bajet 2026 ini adalah turut diharapkan dan menjadi pemacu kepada visi kementerian iaitu “Malaysia: Destinasi Lestari Kaya Budaya” yang memberi fokus kepada misi memperkasa ekosistem industri pelancongan dan kebudayaan yang inklusif.
Bagi memastikan visi dan misi ini mampu direalisasikan, MOTAC akan memberi penekanan kepada tiga prestasi outcome di bawah kerangka keberhasilan kementerian iaitu:
(i) outcome satu, sumbangan sektor pelancongan dan kebudayaan kepada ekonomi negara yang signifikan;
(ii) outcome dua, seni budaya dan warisan yang lestari; dan
(iii) outcome tiga, industri pelancongan dan kebudayaan yang berdaya saing.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Seterusnya, saya akan memperincikan dan mengulas beberapa Ahli Dewan Rakyat yang telah memberikan pandangan dan juga idea dan juga menekankan beberapa perkara yang dianggap boleh membantu pihak kementerian. Saya akan terus ke Seputeh yang telah membangkitkan apakah strategi ataupun langkah-langkah strategik untuk mengembalikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama. Saya tahu Ahli Parlimen Seputeh sentiasa memberikan penekanan yang khusus kepada Pulau Langkawi. Mungkin ada sejarah yang kita tidak tahu sebelum ini.
Pertama, berkenaan dengan pemulihan pelancongan Langkawi. Pemulihan positif tetapi kita akui belum di tahap maksimum. Prestasi industri pelancongan Langkawi ada menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Tetapi tanda-tanda pemulihan ini belum mencapai sasaran seperti prapandemik.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Berdasarkan data LADA, perbandingan pra-pandemik angka 2024, 2.9 juta masih lebih rendah berbanding ketibaan pra-pandemik 3.9 juta setahun dengan kadar pemulihan 74 peratus. Bagi tahun 2025 sehingga Ogos, kadar pemulihan adalah di bawah paras 81 peratus. Apakah cabaran yang kita lalui bersama? Pertama, berkenaan dengan kos penerbangan domestik yang masih lagi dianggap dalam kadar yang tinggi.
Kedua, kebergantungan pasaran. Pulau Langkawi masih lagi memberikan fokus utama lebih kepada pasaran domestik. Bukan kita melabelkan Langkawi ini menjadi tarikan hanya untuk rakyat Malaysia tetapi perlu juga kita memberikan penekanan dan promosi yang lebih supaya kita dapat menarik para pelancong di luar dari Malaysia. Itu sebabnya dalam misi— sales mission, Langkawi sentiasa digambarkan sebagai satu pulau yang cukup indah. Satu pulau yang sesuai dengan percutian kekeluargaan ataupun keluarga yang boleh merapatkan hubungan - yang khususnya bagi percutian keluarga.
Keduanya juga, kita juga mempromosikan Langkawi dari sudut ecotourism. Kerana kita tahu Kilim Geoforest Park, tidak silap saya, memang cukup terkenal dengan khazanah alam semula jadinya. Ketiga juga kita mempunyai persaingan serantau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Menghadapi persaingan dari destinasi serantau seperti Hatyai dan Phuket. Kita di bawah Tourism Malaysia mempunyai satu jabatan yang mengkaji dan juga memberikan pelan tindakan bagaimana saingan yang kita hadapi ini kita boleh tawani dengan cara yang lebih efektif.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Timbalan Menteri? Ahli Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Dari mana, Dato’ Pengerusi?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Tak dengar, Dato’ Pengerusi?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Penutup?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jelutong. Jelutong.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Jelutong, okey. Sudah janji, sudah janji.
Dato’ Pengerusi cakap kuat sikit, tak berapa dengar. Sorry, telinga saya sumbat, banyak naik kapal.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya bangun kerana saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri dan Menteri, termasuklah kementerian. Kerana banyak usaha yang telah dilakukan, di mana Pulau Pinang juga telah menerima manfaatnya, di mana Pulau Pinang telah dipromosikan, satu.
Dua, saya lihat kepada penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri yang memperhalusi semua perkara-perkara dan langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk kita memberi Langkawi tarikan. Dan saya mendapati bahawa penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri ini lebih menghalusi, lebih terperinci kalau dibandingkan dengan Menteri Besar Kedah sendiri yang langsung tidak memberi perhatian kepada perkara ini. Dan hanya menumpukan perhatian kepada isu-isu yang lebih polemik, umpamanya untuk mengambil balik Pulau Pinang dan sebagainya. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Timbalan Menteri yang begitu prihatin tentang isu masalah Langkawi.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Dato’ Pengerusi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kerana — kerana masalah yang dihadapi oleh Langkawi ialah...
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Peraturan, peraturan.
Ini tak cakap benar ni.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Peraturan 30...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Kuala Kedah. Peraturan berapa?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
36(10).
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
36(10), apa Yang Berhormat?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Adalah salah pada peraturan menggunakan perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hah?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
...Atau bermusuh- musuhan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang sakit hati?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Tadi saya dengar bahawa Jelutong ada sebut perkataan “mengambil”— Kedah “mengambil”...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat Jelutong, duduk kejap.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
...Pulau Pinang.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap. Sekejap.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Itu satu tuduhan yang tidak benar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Macam mana Yang Berhormat? Perkataan apa yang menyakitkan hati, Yang Berhormat?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Tadi pihak — tadi Jelutong telah menyuarakan bahawa Kedah akan mengambil Pulau Pinang. Itu satu tuduhan yang tidak benar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dah habis, Yang Berhormat?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Ya. Dan saya minta supaya ia menarik balik kenyataan tersebut.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, Yang Berhormat.
Sila duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Jelutong, adakah sepertimana telah didakwa oleh Yang Berhormat Kuala Kedah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, saya rasa Yang Berhormat Kuala Kedah ini mungkin tak baca dengan apa yang...
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Eh, bukan tak baca, saya baca.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tunggulah, bagilah saya respons.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Saya pun reti, Yang Berhormat. Saya pun belajar juga undang-undang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kuala Kedah, bagilah saya respons. Duduklah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Kuala Kedah. Yang Berhormat belajar undang-undang. Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ha. Kenapa kepanasan?
Duduk.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Bukan kira panas, kena cakap betul.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk, Yang Berhormat.
Duduk, duduk, duduk.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bagi saya — saya urusan dengan Timbalan Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya dah suruh Yang Berhormat duduk tadi. Yang Berhormat bangkitkan peraturan mesyuarat. Saya hormat Yang Berhormat. Kerana Yang Berhormat ada hak terhadap standing order yang Yang Berhormat sebutkan tadi. Jadi, biarlah saya berurusan dengan Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, Timbalan Pengerusi — Tuan Pengerusi, kelmarin Yang Berhormat Kedah telah mengeluarkan kenyataan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
yang mengatakan bahawa negeri Kedah akan memperhalusi langkah-langkah, undang- undang yang perlu diambil untuk menuntut balik Kedah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, okey. Okey Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, saya ingin menyatakan...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ingin menyatakan bahawa saya...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya — ya, saya beralih kepada isu Langkawi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Isu Langkawi adalah penting, Tuan Pengerusi. Yang merana di sana adalah penduduk Langkawi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Budak-budak Langkawi tak dapat kerja. Tak ada kerja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak ada — tak ada orang yang datang ke Langkawi. Perkara ini perkara isu yang panas.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Ini berniat jahat, Yang Berhormat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau Kedah tak prihatin.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak beri maklumat bahawa rakyat di Kedah sedang merana. Kerana tidak ada orang yang nak pergi Langkawi, kerajaan Kedah tak ambil perhatian.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang Berhormat Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Besut duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Butiran, saya tak tahu butiran apa yang di...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Besut, duduk. Ini bukan masalah butiran, Yang Berhormat. Yang Berhormat bangun pun tidak ada peraturan mesyuarat. Okey, saya buat keputusan. Tidak ada apa perkara yang dibangkitkan kerana itu hanya me-refer kepada kenyataan yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila jawab Yang Berhormat. Tinggal enam minit lagi, Yang Berhormat.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Pertama sekali, apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong berkenaan dengan Langkawi, kita fokuskan bab sektor pelancongan dan kebudayaan. Dan saya ucapkan terima kasih juga di atas— bukan, bukan pujianlah. Kata-kata dorongan yang diberikan kepada pihak kementerian dalam aspek kita melihat Langkawi sebagai salah satu produk pelancongan dan juga salah satu produk kebudayaan kita yang ada di negara ini.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Apakah pandangan...
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Saya tinggal lima minit. So, lima minit habis Seputeh saja.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Okey, apa pandangan— yang mana Pulau Langkawi yang begitu indah dan cantik itu...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat benarkan?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Saya bagilah. Saya pun okey juga.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...Gagal dipromosikan oleh Kerajaan Kedah. Jadi, bukankah lebih baik kalau Kerajaan Pusat ambil alih, jadikan international zone untuk jadikan satu destinasi pelancongan bagi negara kita? Kerana di bawah PAS ini, orang tak mahu pergilah.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Saya hanya akan fokuskan berkenaan dengan sektor pelancongan dan kebudayaan. Kalau saya tukar kementerian kah, kena buang, ha, baru kita cerita lainlah, eh.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, teruskan Yang Berhormat.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dato’ Pengerusi.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Ya, Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya nak pergi kepada jawapan-jawapan tadi. Dari segi pembangunan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat nak bangkitkan apa?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat nak bangkitkan apa?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Nak bangkit pasal pembangunan prasarana.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Timbalan Menteri benarkan atau tidak?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bolehlah?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Yang Berhormat Besut. Saya akan ulas.
Bagi saya ulas sikit dan saya akan bagi Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Boleh ya, Yang Berhormat Besut?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Boleh.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih. Bagaimana cara kita mempromosikan ataupun mempergiatkan promosi dari— untuk kita menarik para pelancong ke Pulau Langkawi?
Pertama, kita melakukan pelaksanaan kempen promosi berfokus (targeted promotional campaign) yang merangkumi saluran media sosial rasmi, laman sesawang Malaysia.travel, serta kerjasama pempengaruh dan pencipta kandungan digital dalam usaha mengetengahkan keunikan Langkawi kepada pasaran yang lebih luas.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Contohnya, penggambaran video virtual reality, island and beaches di Langkawi pada 20 hingga 21 Februari 2025.
Kedua, penganjuran acara dan program pelancongan bertema seperti Limaran Refreshing Langkawi, 99 Magical Island, Vibes and Healing, Colors of Langkawi dan sebagainya. Ketiga, pelaksanaan program familiarization trip dan padanan perniagaan B2B untuk pengamal media, KOL, pempengaruh dan agensi pelancongan dari dalam dan luar negara.
Selain itu juga, kita telah mengadakan ASEAN Tourism Forum 2025 (ATF 25), Post Tour ke Langkawi. Kedua, Morris Meetings and Incentives Group FAM Tour dengan kerjasama pejabat TM Los Angeles serta LADA.
Ketiga, kita telah menganjurkan kerjasama dengan China Golf Club General Managers Familiarization Trip dengan kerjasama pejabat Tourism Malaysia di Guangzhou.
Galakan penyertaan penggiat industri pelancongan dalam pameran pelancongan domestik, anjuran Tourism Malaysia seperti Karnival Cuti-cuti Malaysia, Visit Malaysia, Travel Meet dan sebagainya.
Akhir sekali juga, salah satu elemen yang penting, yang sering kali kita tidak lupakan iaitu kolaborasi bersama agensi pelancongan dan syarikat penerbangan, baik di dalam dan juga luar negara.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Timbalan Menteri. Puncak Borneo nak minta penjelasan hujah ni, okey. Terima kasih.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Selepas ini, Yang Berhormat Besut...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
...Dan Yang Berhormat Puncak Borneo dan selepas itu saya rasa masa saya dah tamat.
Kolaborasi bersama agensi pelancongan dan syarikat penerbangan bagi membangunkan pakej-pakej yang menarik seperti Refreshing Langkawi packages. Ini kita perlu ambil maklum, Yang Berhormat Besut, penting ini. Harap Yang Berhormat Besut tahu lima destinasi baharu yang kita telah di wujudkan.
Sehingga kini terdapat lima penerbangan terus antarabangsa ke Langkawi.
(i) syarikat Indigo. Bengaluru – Langkawi, Langkawi – Bengaluru;
(ii) syarikat FlyDubai. Dubai – Langkawi, Langkawi – Dubai;
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
(iii) AirAsia. Singapore – Langkawi, Langkawi – Singapore;
(iv) Scoot Air. Singapore – Langkawi, Langkawi – Singapore; dan
(v) ini adalah chartered flight LOT Polish daripada Warsaw, Poland dari November 2025 sehingga Mac 2026.
Ini adalah sewaktu musim sejuk di sana. Mereka mengambil keputusan untuk membuang, bukan membuang masa tapi, spend time di Langkawi sewaktu winter di sana. Saya persilakan, Yang Berhormat Besut.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Menteri, ya.
Saya panggil Menteri lah. Walaupun Timbalan Menteri tetapi Menteri sekarang. Saya nak merujuk kepada peruntukan di bawah Pembangunan Prasarana ini. Sebab, kalau tengok di sini, yang 010500 itu hanya RM3 juta sahaja untuk pembangunan. Emolumen sahaja RM2 juta lebih. Perkhidmatan dan Bekalan hanya RM500,000. Jadi, saya tak faham mana, apa peruntukan untuk pembangunan prasarana ini?
Dan yang keduanya, saya ingin merujuk kepada produk pelancongan Pulau Perhentian. Saya pernah menjemput Timbalan Menteri ke sana tapi sampai sekarang tak pergi lagi itu. Dia kalau nak lihat ini, Pulau Perhentian ini dia tempat untuk menyelam, skuba ini, cantik, Pulau Perhentian ini. Skuba, snorkeling ada di taman laut.
Kemudian, penginapan resort mesra alam dan lawatan memerhati penyu bertelur dan juga ada boleh melawat tempat ikan yu. Semua boleh kita pergi. Saya difahamkan akan ada satu festival tahun 2026 iaitu Perhentian Dive. Sama ada akan diteruskan ataupun macam mana? Hanya perancangan saja atau macam mana?
Dan untuk satu lagi kalau boleh, boleh tak dimasukkan satu yang dikatakan festival squid jigging iaitu candat sotong, international. Kita boleh buat secara international. Kita boleh panggil squid jigging, candat sotong.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, boleh tak dijadikan satu sebagai international?
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat. Saya benarkan Yang Berhormat untuk minta penjelasan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya lah betul.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bukan menambah untuk berbahas, ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengerusi, Besut mungkin keliru, kita bincang tentang Langkawi. Besut bincang pasal pulau lain.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Lah, itu perbahasan saya.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Dato’ Pengerusi, masa dah tamat.
Berapa tambahan saya dapat, Dato’ Pengerusi?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
10 minit.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tiga minit.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Fasal saya nak ulas Puncak Borneo itu ja.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Kuala Kedah satu, Timbalan Menteri.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jawab dulu.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Satu, satu.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat, Bukit Bendera.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jawab Besut dulu.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Berapa masa Yang Berhormat Timbalan Menteri perlukan?
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Jangan tanya saya, Dato’ Pengerusi. Ini jasa baik Dato’ Pengerusi, Dato’ Pengerusi yang tentukan.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Lima minit, Yang Berhormat.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Memang tepat masa yang telah diberikan.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta nanti Jempol juga ya? Bagi peluang Jempol juga.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Yang Berhormat dan juga Bukit Bendera ya.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Yang Berhormat Besut. Yang Berhormat Besut., untuk makluman Yang Berhormat Besut, di bawah Rancangan Malaysia Kedua
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Belas, Rolling Plan 1 sampai Rolling Plan 5, Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC telah meluluskan kepada negeri Terengganu sebanyak 76 projek dengan jumlah peruntukan sebanyak RM31,100,261. Ini ada best sikit, Yang Berhormat Besut. Jangan terkejut, saya pun terkejut juga ni.
Daripada jumlah tersebut, enam projek telah diluluskan kepada kawasan Besut dengan peruntukan sebanyak RM10.7 juta. Hampir separuh pergi ke Besut yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Besut seperti sering kali kita jawab di Dewan yang mulia ini, Dato' Pengerusi. Setiap permohonan kita akan masukkan di bawah PPUN.
PPUN ini adalah satu pelaksanaan untuk kita memulihara, memelihara dan menaik taraf.
Apa-apa permohonan perlu melalui pejabat daerah ataupun kerajaan negeri dan diangkat ke pihak kementerian. Pihak kementerian, kalau ada kelulusan daripada pejabat daerah dan memberikan rumusan yang baik, insya-Allah, tidak ada masalah bagi pihak MOTAC untuk memberikan peruntukan.
Berkenaan dengan program-program yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Besut. Tahun hadapan kita ada geran di bawah sektor pelancongan GSSP.
Mana-mana persatuan, mana-mana penggiat industri boleh memohon secara langsung kepada pihak kementerian selagi mana ia mengikuti kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Terima kasih, Yang Berhormat Besut. Insya-Allah apa yang telah disampaikan tadi kita akan ambil maklum demi kebaikan bersama. Saya minta Yang Berhormat Puncak Borneo yang begitu eager untuk memberikan pandangan. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, dalam perbahasan tadi saya mengutarakan beberapa perkara dan saya melihat kita akan melangkah ke ambang Visit Malaysia 2026 dalam masa dua bulan. Tetapi setakat ini kita tidak mendengar pembugaran ataupun hebahan-hebahan di luar negara ataupun di dalam negara.
Dulu, saya masih ingat kalau kita nak Visit Malaysia Year kita pergi ke airport dah ada, pintu gerbang yang besar, pamphlet dan banner, banner yang besar dan kita rasa seolah-olah kita melangkah ke tahun baru dengan menyambut Tahun Melawat Malaysia.
Tapi setakat ini, perkara ini rasa macam sejuk, very cold, very dull, what happened? Jadi, saya nak tahu. Saya utarakan tadi tak ada promosi nak fly to Sarawak, fly to Sabah, fly
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
to Terengganu, fly to Pulau Pinang, tak ada, kita tak ada dengar. Jadi, saya merasakan bahawa kita macam seolah-olah tidak bersedia.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Mungkin saya silap, tetapi saya ingin penjelasan daripada kementerian dan juga Timbalan Menteri. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Jawab dan terus menggulung ya.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Ya, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Terima kasih di atas pandangan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo. Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo itu berkenaan dengan apakah yang telah dilakukan the build-up of Visit Malaysia ini.
Untuk makluman Puncak Borneo, kita ada melakukan pelbagai promosi.
Mungkin pendekatan kali ini lebih berbeza. Ia lebih melibatkan pendekatan pendigitalan ataupun digital approach. Apabila kita ulas berkenaan digital approach, ia nya tidak kita lihat secara fizikal tapi saya perlu akui dari sudut fizikalnya itu perlu kita rancakkan lagi, perlu kita pergiatkan lagi dan masa kita walaupun suntuk tapi masih mencukupi untuk kita mengambil maklum apa yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Puncak Borneo.
Dan untuk makluman Yang Berhormat Puncak Borneo, apa yang kita telah lakukan untuk Sarawak pada tahun 2026, ada beberapa perkara ataupun beberapa program yang kita lihat mempunyai impak tinggi iaitu Rainforest World Music Festival, Borneo Jazz Festival, Kapit Dayak Cultural Festival, and also Borneo Craft Festival.
Kelima-lima festival ini, kami telah melakukan promosi secara rancak melalui pejabat- pejabat kami di luar daripada negara Malaysia supaya ia dapat disedari oleh para pelancong di luar sana.
Selain itu juga kita telah mewujudkan pakej yang khusus kepada lima-lima perkara yang saya sebutkan tadi untuk kita menarik dan juga memberikan pengenalan berkenaan dengan budaya orang kita di Sarawak dan juga negeri kita di Sarawak.
Makluman akan diberikan secara terperinci kepada Yang Berhormat Puncak Borneo berkenaan dengan langkah-langkah dan juga strategi-strategi yang kita mahu lakukan ataupun telah kita lakukan sempena dengan Visit Malaysia 2026.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Kalau saya memperincikan satu persatu, saya risau Dato’ Pengerusi akan memberikan saya banyak amaran. Jadi, saya akan terus ke penutup ya Dato’ Pengerusi.
Dato’ Pengerusi setuju?
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
YB adinda, yang YB kekanda tanya tadi tentang Jempol tadi.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Dato’ Pengerusi, saya terpulang kepada Dato’ Pengerusi. Your...
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Last-lah. Last.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
...Kebijaksanaan Dato’ Pengerusi, fasal saya ikut saja apa Dato’ Pengerusi cakap.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya kira yang tidak dijawab itu jawab secara bertulis, ya.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Yang Berhormat Jempol, saya akan jawab secara bertulis kerana telah diberikan kelulusan oleh Dato’ Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Dato’ Pengerusi, sebagai penutup, saya sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan tertinggi kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan, saranan dan cadangan dalam memajukan sektor pelancongan, seni dan budaya negara. Kami di MOTAC akan terus komited untuk membantu industri pelancongan negara, termasuk dalam usaha melipatgandakan persediaan ke arah Visit Malaysia 2026. Saya turut menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk bersama-sama kita memperkasakan sektor pelancongan dan sektor budaya supaya limpahan kenikmatan dapat dirasai oleh negara dan masyarakat kita. Sempena Tahun Melawat Malaysia pada tahun hadapan, dengan ini saya melantik semua Ahli Dewan Rakyat sebagai duta untuk mempromosikan Malaysia di seantero dunia, termasuk Dato’ Pengerusi. Sekian dan terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Ahli-ahli Yang Berhormat dan bagi makluman
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri, saya minta nanti untuk sesi-sesi penggulungan menjawab pertanyaan, pihak kementerian janganlah banyak sangat preamble ya, tumpukan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bangkitkan. Saya lihat tadi hanya tiga sahaja yang menyentuh penjelasan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan ini 20 Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas. Saya harap kena lakukan lebih seimbang.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM1,298,673,800 untuk Kepala B.31 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.31 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.31 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.31 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.26 dan Kepala Pembangunan P.26 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi terbuka untuk dibahas.
Senarai pembahas peringkat jawatankuasa ada 12, dimulakan dengan Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Ampang, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, dan Yang Berhormat Betong. Pembahas pertama, Yang Berhormat Kota Melaka, lima minit.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 13005 iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia – Pembangunan Koperasi. Seperti yang kita maklum Tuan Pengerusi, koperasi memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara kita. Dan kalau kita masih ingat pada tahun 80-an, di mana telah berlakunya krisis koperasi pada waktu itu. Banyak koperasi telah tutup kedai dan banyak ahli-ahli koperasi akhirnya telah mengalami kerugian yang besar sehingga ada ahli koperasi yang bunuh diri pada waktu itu kerana mereka labur banyak dalam koperasi pada waktu itu, kalau kita masih ingat.
Jadi, sudah pasti Suruhanjaya Koperasi Malaysia memainkan peranan yang penting untuk memastikan koperasi yang ada pada hari ini menjalankan tugas atau menjalankan aktiviti mereka berdasarkan kepada akta. Akan tetapi, kebelakangan ini saya lihat ada segelintir koperasi di mana mereka telah menawarkan pakej yang amat lumayan di mana saya ingin merujuk kepada satu contoh iaitu Koperasi Khazanah Usahawan Berhad atau short form-nya Ko–Khawan, di mana dia menawarkan di mana dia meminta orang ramai untuk melabur dengan koperasi tersebut.
Antaranya pakej dia kata, you labur untuk 10 tahun, setiap tahun akan dapat 12 peratus pulangan. Kalau berbanding dengan fixed deposit, simpanan tetap di bank, hanya sekadar sekarang hanya tiga peratus, sekadar tiga peratus. Tetapi, koperasi ini boleh beri empat kali ganda lebih banyak daripada bank. Sudah pasti ini pakej sedemikian akan mendapat banyak perhatian dan dapat menarik ramai orang ingin melabur. Akan tetapi saya nak tanya kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia, bukankah koperasi itu sepatutnya mereka hanya— yang ini kita lihat dia hanya tumpu ingin menarik orang ramai buat pelaburan dalam koperasi tersebut dengan berikan 12 peratus pulangan.
Yang lebih merisaukan kita ialah koperasi ini mengamalkan sistem multi-level marketing di mana dia ada lapis ejen-ejen sehingga boleh bagi kepada ejen yang berjaya mendapatkan pelabur yang labur dalam koperasi tersebut, boleh dapat komisen setinggi 14 peratus. Jadi, kalau kita gunakan simple mathematic, kalau hari ini ada seorang dia labur 100,000, 14,000 itu akan berikan kepada ejen. Dia dapat 14,000 dan dia perlu— koperasi ini perlu sediakan RM12,000 untuk bayar pulangan dividen kepada pelabur tersebut. Ertinya, dia akan perlu labur lebih kurang 26,000.
Timbalan Menteri seorang— sebelum itu kita tahu Timbalan Menteri seorang korporat, dia tahu tentang hal berkaitan dengan bisnes. Mana ada satu bisnes yang
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
boleh, dia boleh kasi keluarkan upfront 26 peratus. Itu hanya janji bayar kepada ejen, bayar kepada pelabur, belum lagi kira fi ataupun perbelanjaan operasi harian. Jadi dalam bab ini, saya lihat ini adalah satu perkara yang amat serius, yang saya harap supaya Suruhanjaya Koperasi Malaysia dapat ambil tindakan, siasat mereka.
Kenapa saya timbul nak bangkit isu ini dalam Parlimen ini Tuan Pengerusi, sebab sudah ada kes-kes di mahkamah yang sudah selesai yang kita lihat di mana pelabur telah mendakwa koperasi. Contohnya, ini kes yang sudah berlaku. Ling Soon Ping mendakwa Koperasi Pembangunan Pendidikan Berhad, di mana Ling ini telah melabur, waktu itu pada tahun 2010.
Waktu itu koperasi ini juga menjanjikan bahawa dia labur 16,000, selepas 10 tahun dia akan dapat balik 34,000 sebagai ini adalah skim untuk anak mereka belajar.
Akhirnya apa berlaku selepas 10 tahun, koperasi tersebut tidak boleh menunaikan janji mereka. Ini juga ada lagi satu kes— saya ada banyak kes yang telah pun dibawa ke mahkamah.
Ertinya itu adalah kerisauan kita, di mana kita nak mempertahankan kepentingan, melindungi rakyat Malaysia ini sebab skim ini terlalu lumayan, terlalu menarik. 12 peratus dalam pasaran memang tak ada dan dia menggunakan nama koperasi sebab itu orang percaya. Sebab bila dia kata dia adalah satu koperasi yang sudah daftar di bawah Akta Koperasi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tetapi kalau kita tidak kawal, itu yang kita risau, 10 tahun daripada sekarang, apabila masa tibanya matang apa yang mereka dah labur itu, mereka tak boleh bayar balik maka dia akan menjadi satu masalah yang besar. Yang saya bagi contoh, mereka labur RM10,000 tetapi yang ini yang saya tahu ada yang labur ratusan ribu dalam skim ini.
[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Jadi, saya harap supaya pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia dapat mengambil perhatian dan memberikan penjelasan. Itu saja daripada saya, terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Berikutnya Yang Berhormat Sungai Besar.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, selamat petang. Terima kasih Tuan
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Pengerusi. Pertamanya, tahniah kepada KUSKOP yang mendapat peruntukan sebanyak 1.030 bilion. Saya kira masih sedikit berbanding nak membantu dari segi pembiayaan, bimbingan, latihan dan khidmat nasihat kepada usahawan informal, mikro, kecil dan sederhana. Sedangkan mereka Tuan Pengerusi, PMKS ini menyumbang 38.4 peratus atau kira-kira 580.4 bilion KDNK tahun 2022 dan sasaran tahun ini lebih besar Tuan Pengerusi iaitu 41 peratus.
Saya terus ke Butiran 04004 berkaitan Pembangunan Keusahawanan:
Pembangunan Francais yang mendapat peruntukan pembangunan agak kecil lebih kurang RM2 juta. Ini sepenuhnya di bawah PERNAS yang menyelia dari segi operasi fungsi, kawal selia francais dan vendor termasuk dari segi penguatkuasaan enforcement, franchisee registration, international promotion dan lain-lain termasuk akta-akta francais.
Peruntukan kecil tetapi sumbangan tahun 2025 dianggarkan 46 bilion dan sumbangan tahun 2022 sebanyak 36 bilion. Ini menunjukkan industri francais semakin mendapat tempat dan tarikan dari usahawan-usahawan baru, potensi keuntungan lebih cepat, risiko lebih rendah. Jadi persoalan saya, apakah ada skim pembiayaan khas termasuk bimbingan dan promosi dari KUSKOP? Bagaimana pula tentang pendidikan dan latihan francais ini termasuk yang berkonsep halal dan patuh syariah dan bagaimana peluang untuk francais tempatan berkembang ke luar negara?
Kemudian Tuan Pengerusi, saya nak menyentuh Butiran 00601 berkaitan Dana Pembangunan dan Pembiayaan PMKS serta 00606 berkaitan Pembangunan Perusahaan Mikro yang mendapat peruntukan 22 juta dan tiga juta.
Yang saya faham, ini berkaitan geran pinjaman ataupun skim pembiayaan khas untuk membantu usahawan memperkasa kemahiran, menyediakan modal kerja dan sebagainya. Persoalannya, siapa yang urus dana ini? SME Corp atau TEKUN Nasional atau Bank Rakyat ataupun SME Bank ataupun PERNAS? Bagaimana pula fokus nak membantu usahawan-usahawan kampung dan desa yang mengusahakan industri kerepek, rempeyek, bahulu tradisional, biskut tradisional, jenis-jenis serunding untuk diangkat ke pentas antarabangsa melalui packaging dan penjenamaan sebagai industri usahawan orang-orang kampung dan desa.
Kemudian Tuan Pengerusi, saya nak menyentuh Butiran 96000 berkaitan Institut Kemahiran Keusahawanan Negara (INSKEN) yang melatih, membimbing bagi khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan walaupun sekecil bagaimana nak urus tunai.
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
Nampaknya peruntukan semakin berkurangan. Dulu sekitar RM10 juta, Bajet 2026 turun RM9.4 juta.
Saya sebut tadi, sasaran kerajaan sumbangan PKS kepada KDNK adalah 41 peratus menjelang tahun 2025. Tahun ini, maksudnya tahun inilah saya kira ini hanya boleh dicapai jika latihan dan sokongan dari INSKEN diperluas untuk usahawan mikro dan luar bandar.
Sebab itu bajet kena besar dan coaching INSKEN kena beralih kepada latihan digital dan transformasi industri, e-dagang dan pemasaran digital, pendigitalan operasi dan lain-lain. Ini saya kira Tuan Pengerusi, satu pelaburan besar INSKEN, melatih usahawan menggunakan teknologi dan modul-modul yang baru. Sebab itu saya cadangkan bajet untuk INSKEN ditambah lagi.
Bayangkan kita ada lebih satu juta usahawan informal di kampung dan desa ada hampir satu juta usahawan mikro, kecil dan sederhana. Ramai usahawan, tetapi Tuan Pengerusi, ini yang saya sebut tadi mereka penyumbang utama KDNK. Nak mereka berjaya, nak jadi usahawan yang berjaya tapi tapi bajet latihan dan bimbingan sangat sedikit.
Selain itu Tuan Pengerusi, saya nak menyentuh Butiran 90000 berkaitan Skim Latihan Siswazah yang hanya mendapat peruntukan 1.5 juta sahaja. Ini nak melatih graduan nak menjadi usahawan, tetapi peruntukan kecil juga. Saya nak tanya, bagaimana dengan Program Usahawan Siswazah ataupun dalam nama singkatannya PUSH.
Dengan peruntukan yang kecil ini, berapa target untuk mengusahawankan graduan? Bagaimana pula dengan program PROTEGE berkaitan dengan professional training? Program PROTEGE ini Tuan Pengerusi, kalau ikut data, 64,511 mahasiswa mengambil bahagian dalam program ini sejak tahun 2021. Dan pada tahun 2023, kalau ikut rekod, 12,450 graduan telah melalui program PROTEGE ini dengan peruntukan sebanyak RM5 juta. Dan kalau ikut Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2022 daripada KPT, Kementerian Pengajian Tinggi, bilangan graduan yang terlibat dalam keusahawanan seramai 16,856 ijazah pertama, 7,508 diploma, 5,240 dan sijil 2,649.
Jadi, saya rasa kalau nak serius menarik golongan graduan menjadi usahawan, peruntukan latihan dan bimbingan kena ditambah. Saya nak tanya lagi satu soalan, ada lagi tak program-program berwajah keusahawanan dan kebolehpasaran untuk para
Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar
graduan jika nak para graduan berkecimpung dalam bidang keusahawanan? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Besar. Berikutnya Yang Berhormat Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang Berhormat Dato' Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Pendahuluan, Ampang ingin mengalu- alukan peruntukan keseluruhan 2026 di bawah KUSKOP ini, kita dapati inilah pertama kali ia melepasi satu bilion. Buat pertama kali ini dalam sejarah, iaitu sebanyak RM1.03 bilion dengan lonjakan 26.4 peratus. Yang saya lihat didorong oleh unjuran kenaikan 36.7 peratus bagi perbelanjaan pembangunan dan 754 juta bagi perbelanjaan pengurusan.
Apa pun Dato' Pengerusi, saya melihat di sini Ampang nak mohon pencerahan daripada KUSKOP tentang strategi dan mekanisme untuk mencapai sasaran menjelang 2030 yang dirangka di dalam RMK13, iaitu terutama dalam konteks RM1 trilion dalam bentuk nilai dan 50 peratus dalam bentuk peratusan sumbangan PMKS kepada KDNK Malaysia dan juga 30 peratus kepada nilai eksport keseluruhan.
Dan rata-rata kita lihat di sini juga, yang keduanya kita lihat selain daripada yang dinyatakan dalam buku ini, saya lihat ada SME Corp Malaysia, SME Bank, Perbadanan Nasional Berhad ataupun PERNAS, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga
(TEKUN), ada INSKEN, Suruhanjaya Koperasi, Institut Koperasi Malaysia. Tapi saya mohon kepastian daripada Yang Berhormat Menteri kerana kita tidak nampak di sini di mana letak duduknya UDA Holdings Sdn Bhd, Bank Rakyat dan juga Amanah Ikhtiar
(AIM) dan agensi lain di bawah kawal selia yang saya rasa dulunya di bawah KUSKOP tetapi sekarang tidak tahu di mana ia dipindahkan.
Seterusnya dalam konteks senarai kepala di bawah perbelanjaan mengurus dan Maksud Pembangunan 26 keseluruhannya, Ampang sedikit musykil dengan unjuran penurunan. Dua kepala utama di bawah perbelanjaan pengurusan iaitu Kepala 020000 dan juga Pembangunan Usahawan diunjurkan turun 4.8 peratus dan kita lihat Kepala 03000 – Pembangunan Koperasi dijangka turun 1.8 peratus. Jadi, mohon pencerahan daripada pihak Menteri.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Yang seterusnya Dato' Pengerusi, saya ingin bertanya tentang dalam aspek pembangunan usahawan secara keseluruhan, Butiran 020200 dan 020000 – Pembangunan Usahawan juga mensabitkan Butiran 19530, 19531 dan Butiran 19536.
Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengapa peruntukan terlampau kecil bagi sebanyak iaitu sebanyak RM1 juta sahaja di bawah peruntukan ini ataupun bawah butiran ini. Kerana saya lihat pembangunan penjaja dan perniagaan kecil sepatutnya diberikan sedikit tumpuan. Ya, kalau kita dengar banyak kali Perdana Menteri menyebutkan bahawa golongan ini adalah golongan yang perlu diberikan tumpuan.
Saya tidak bercakap tentang pembangunan infrastruktur. Saya bercakap tentang bagaimana nak dibangunkan pembangunan keusahawanan mereka. Oleh itu, Ampang ingin berpandangan supaya KUSKOP perlu menjadikan pihak berkuasa tempatan, juga majlis-majlis daerah untuk dijadikan satu platform baru ataupun rakan kongsi baru mereka bagi memberikan tumpuan memandangkan penjaja dan peniaga-peniaga kecil ini di bawah PBT.
Jadi untuk itu, kita boleh melihat jangan ambil tanggungjawab PBT iaitu memberi lesen tetapi ambil mereka yang secara langsung ini terbabit dalam isu penjajaan ini dan juga keusahawanan ini untuk dibangunkan. Saya rasa terlalu besar ya, terlalu besar inventori ataupun data yang ada untuk penjaja dalam peniaga kecil ini.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Dari situlah sebenarnya Yang Berhormat Dato' Pengerusi, kita boleh mengalihkan, menganjakkan mereka daripada hanya menjadi penjaja, mereka akan pergi kepada tahap-tahap yang lebih tinggi. Jadi, saya mohon supaya pihak Menteri memberikan tumpuan supaya selain daripada semua start up yang ada, kali ini berikan tumpuan kepada PBT.
Dan juga saya ingin bertanya dalam konteks yang sama, apakah sebenarnya peranan majlis penjaja di setiap negeri? Yang saya lihat, ada sepatutnya di bawah KUSKOP. Apakah ada cadangan untuk dibuatkan majlis penjaja dan peniaga kecil ini di bawah PBT pula? Maknanya satu tentang saranan untuk pembangunan, satu lagi adalah saranan untuk melihat bagaimana majlis pembangunan ini perlu diperkasakan.
Seterusnya Dato' Pengerusi, di bawah pembangunan kontraktor dan usahawan khusus Bumiputera dalam industri binaan iaitu Butiran 020400, saya lihat di sini ada beberapa perkara. Saya nampak tidak ada beberapa pergerakan yang baik tapi soalan
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
saya, sejauh manakah keberhasilan Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor
(SKWAK) yang menyediakan pembiayaan tanpa cagaran dan faedah kepada kontraktor bumiputera Gred G1 hingga G5 yang memperolehi kontrak kerajaan sedangkan masih ramai kontraktor bumiputera yang sukar mendapatkan modal kerja pusingan walaupun sudah ada tawaran diterima sehinggakan berlaku dengan izin, project delays yang meningkatkan risiko penalti malah pembatalan kontrak? Dengan izin, 30 saat Dato' Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Seterusnya untuk mengakhiri perbahasan saya, saya ingin menyinggung tentang isu Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Kumpulan Niaga Nasional iaitu TEKUN bawah Butiran 040400 dan 30000.
Saya mohon Menteri memaklumkan perincian hala tuju dan pelan strategik TEKUN dalam masa yang pendek, sederhana dan juga panjang. Memandangkan kali ini setelah dua tahun, inilah tahun 2026 kita dapat ada satu jumlah yang besar iaitu hampir RM550 juta diperuntukkan secara langsung di bawah butiran ini.
Jadi saya nak tanya, apakah injection modal ini – Apakah ia nya bertujuan untuk injection modal atau apakah ia nya ada satu perkara yang ingin dicapai? Dan saya ingin bertanya, apakah hala tuju TEKUN di dalam memastikan mereka boleh self- finance dengan izin, kerana saya nampak kalau kerajaan terus-menerus membuat injection modal, maka kita nampak TEKUN tidak akan boleh sustain. Jadi, itu sahaja, terima kasih Dato' Pengerusi memberikan peluang ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Ampang. Berikutnya Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Dato' Pengerusi kerana memberi ruang dan peluang pada saya untuk berbahas peringkat Jawatankuasa B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Kementerian ini sepatutnya menjadi jantung ekonomi rakyat kecil, bukan sekadar papan tanda dasar dan seminar motivasi bersiri.
Saya merujuk kepada Butiran 040400 – TEKUN Nasional dengan peruntukan baru RM3 juta bagi 2025, RM3 juta untuk seluruh Malaysia. Jumlah itu ibarat menabur
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
gula dalam Tasik Timah Tasoh. Manis di atas kertas, tawar di realiti. Usahawan kecil masih berbaris menunggu kelulusan sedangkan kos operasi dan sewa kedai meningkat saban bulan. Sumbangan PKS nampak kecil berbanding dengan syarikat ternama, tetapi jumlah dan sumbangan mereka sangat besar kepada rakyat dan juga negara.
Laporan Richworks SME Outlook 2025 setakat Februari 2025, menjangkakan sembilan krisis utama dalam PKS dalam masa terdekat ini yang sudah kita nampak kesannya sekarang termasuk kenaikan kos penggajian sehingga 20 peratus akibat gaji minimum baharu RM1,700, peningkatan tarif elektrik 15 hingga 25 peratus mulai Julai, campur tangan pengilang China di platform e-dagang tempatan, beban pematuhan e- Invoicing wajib mulai Julai dan penurunan kuasa beli pengguna selepas musim perayaan.
Persoalannya, di manakah strategi KUSKOP untuk melindungi 1.2 juta PKS tempatan daripada gelombang ini? Apakah kementerian ini sedar bahawa lebih 30 peratus PKS kini menghadapi masalah aliran tunai kritikal berdasarkan SME Corp 2025?
Bagi negeri Perlis, negeri kecil hujung di utara, ekonomi rakyat sentiasa di tepi garis undang-undang. Jika kerajaan gagal membawa peluang ekonomi sah yang menguntungkan, sebahagian kumpulan akan tetap memilih saluran yang tidak sah.
Sempadan ini bukan sempadan penyeludupan. Ia sempadan survival.
KUSKOP harus berani menjadikan Perlis makmal keusahawanan sempadan bukan lagi lokasi lawatan rasmi. Fokus perlu jelas iaitu pada pengeluaran produk agro dan halal rentas sempadan, francais mikro tempatan di Padang Besar, koperasi logistik komuniti di Wang Kelian, dan homestay rakyat yang benar-benar menerima manfaat, bukan hanya dalam statistik.
Saya menegaskan agar kerajaan mewujudkan dasar ekonomi sempadan nasional bukan hanya untuk Perlis, tapi keseluruhan sempadan-sempadan lain di Malaysia untuk menerima manfaat. Dasar ekonomi sempadan bukan saja membina peluang ekonomi yang sah, bukan menambah sekatan kerana rakyat tidak lapar ceramah keselamatan, mereka lapar rezeki yang halal dan cukup.
Jika dilaksanakan dengan berani, dasar ekonomi sempadan ini boleh menutup ruang ekonomi gelap dengan membuka peluang yang sah, mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan sempadan, menggunakan teknologi digital untuk pantau aliran ekonomi dan elak penggubahan wang haram, menjadikan komuniti
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
sempadan ejen keselamatan ekonomi negara, mengubah naratif iaitu sempadan bukan risiko tetapi adalah zon harapan.
Dato' Pengerusi, mari kita bicara secara realiti. Kenaikan kos gaji, tarif elektrik dan bahan mentah telah memotong margin keuntungan PKS sebanyak lima hingga 15 peratus. Lebih 44 peratus syarikat kecil sukar mendapatkan tenaga kerja mahir kerana penghijrahan ke luar negara. Persaingan pengilang China di platform tempatan menekan peniaga kecil membayar cukai dan sewa. Pematuhan e-Invoicing akan menambah kos sistem dan latihan yang ramai usahawan kita masih belum mampu tanggung.
Apakah pelan KUSKOP untuk menyelaras dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian KPDN dan MDEC bagi memastikan digitalisasi ini tidak menjadi beban baharu kepada PKS? Dan apakah bentuk sokongan sebenar, bukan sekadar ceramah maya untuk membantu mereka yang beralih kepada automasi dan tenaga hijau?
Cadangan untuk bajet 2026. Yang pertama adalah skim usahawan sempadan iaitu bantuan mikro, latihan digital dan dana kecil di usahawan sempadan di sempadan negara. Yang kedua adalah dana koperasi sempadan yang memberi mandat kepada koperasi komuniti yang menguruskan logistik dan pasaran. Yang ketiga ialah pelan tindakan PKS lestari, membantu usahawan menghadapi kos gaji, tenaga dan e- Invoicing melalui insentif automasi.
Yang keempat, integrasi dasar ekonomi sempadan dengan KUSKOP, MOTAC dan KDN serta Kementerian Ekonomi supaya ekonomi sempadan tidak terpisah-pisah mengikut kementerian. Kelima, pemantauan berdasarkan impak, bukan angka. Kita nak pastikan berapa ramai yang benar-benar keluar daripada kemiskinan, bukan sekadar ramai yang dilatih.
Akhirnya, kita sering mendengar usahawan digelar wira ekonomi negara tapi jika wira kita tidak diberi senjata yakni modal, bagaimana mereka mahu perang? Rakyat tidak minta subsidi sepanjang hayat. Mereka hanya mahu peluang yang adil, sistem yang cekap dan dasar yang bijak. Jika kerajaan memandang serius dengan Gagasan Malaysia MADANI, buktikanlah di sempadan ini. Buktikan bahawa sempadan negara bukan beban di peta, tetapi pintu depan ekonomi negara kerana di sempadan ini, di garis kecil ini, terletaknya nadi sebenar rakyat yang sabar, tabah dan menunggu dasar yang benar-benar hidup, bukan untuk sekadar dibaca. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Berikutnya Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato' Pengerusi atas keizinan untuk bersama-sama dalam Jawatankuasa KUSKOP.
Saya terus kepada perbahasan Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dengan nilai peruntukan berjumlah RM550 juta tahun 2026. Sejak penubuhannya pada tahun 1998, TEKUN telah menjadi antara tunjang utama dalam membangunkan keusahawanan mikro di negara ini.
Setakat Mac 2025, TEKUN telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM10.84 bilion kepada lebih 607,000 usahawan di seluruh negara. Ini merupakan angka yang amat membanggakan dan membuktikan peranan TEKUN sebagai pemangkin utama kepada ekonomi rakyat, khususnya dalam kalangan usahawan mikro dan golongan B40.
Sebagai salah seorang Ahli Parlimen daripada Negeri Sembilan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak KUSKOP dan TEKUN Nasional kerana jika saya rujuk kepada laporan tahunan TEKUN sejak ia nya ditubuhkan sehingga tahun 2021, seramai 22,301 orang usahawan Negeri Sembilan telah dibantu dengan pembiayaan berjumlah RM347.5 juta. Ini membuktikan komitmen yang cukup baik daripada pihak kerajaan terhadap pembangunan ekonomi rakyat di peringkat akar umbi.
Bantuan ini sudah pastinya telah mengubah nasib ribuan keluarga dan membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Namun begitu Tuan Pengerusi, kejayaan ini tidak harus menutup mata kita terhadap beberapa cabaran yang dihadapi TEKUN.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa setakat awal 2024, sebanyak 137,520 peminjam TEKUN telah mempunyai tunggakan lebih daripada enam bulan dan jumlah tunggakan mencecah RM1.1 bilion. Masalah tunggakan ini bukan sekadar isu pentadbiran tetapi menunjukkan bahawa ada sesuatu yang perlu diperbaiki dalam
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
pendekatan bimbingan, pemantauan dan daya tahan usahawan selepas menerima pembiayaan.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan kembali pembayaran semula pinjaman ini? Kita harus ingatkan kepada semua peminjam apa yang mereka terima itu bukanlah sepenuhnya hak mereka tapi ia nya adalah pinjaman daripada generasi akan datang.
Oleh itu, saya mencadangkan supaya TEKUN memperkukuh sistem pemantauan pasca pembiayaan. Bukan sekadar memberi pinjaman, tetapi memastikan usahawan dibimbing, dipantau dan disokong dari segi pengurusan, pemasaran dan digitalisasi. Setiap skim pembiayaan seperti SPUMI, Skim OKU dan Skim Kontrak-i dinilai semula dari segi kadar kejayaan dan kadar bayaran balik supaya kita tahu sejauh mana keberkesanan sebenar setiap skim.
Dalam konteks ekonomi masa kini, Tuan Pengerusi, keusahawanan tidak lagi bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata. Usahawan perlu celik digital, tahu menggunakan media sosial, e-dagang dan sistem kewangan digital. Maka, saya mencadangkan agar TEKUN memperkenalkan satu skim khas seperti TEKUN digital mikro di bawah Belanjawan 2026. Skim ini boleh memberi pembiayaan kecil bersama latihan digital, akses kepada platform e-dagang dan pemasaran dalam talian. Dalam cara ini, pinjaman TEKUN bukan hanya membantu memulakan perniagaan, tetapi juga memodenkan dan menambah daya tahan perniagaan kecil dalam ekonomi digital.
Seterusnya, Dato’ Pengerusi, saya terus ke Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS yang menerima peruntukan sebanyak RM22 juta. Sektor PKS kekal sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia. Menurut laporan rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang diterbitkan pada Ogos 2025, sumbangan PKS kepada keluaran dalam negara kasar pada tahun 2024 ialah RM652.4 bilion, bersamaan 39.5 peratus daripada keseluruhan ekonomi negara.
Pertumbuhan nilai tambah sektor PKS juga meningkat 5.8 peratus melebihi kadar pertumbuhan ekonomi keseluruhan negara iaitu 5.1 peratus. Sektor ini juga menyediakan kira-kira 7.6 juta peluang pekerjaan, iaitu lebih 66 peratus daripada guna tenaga Malaysia dan menyumbang lebih 16 peratus kepada eksport negara. Jelas, PKS bukan sekadar pelengkap ekonomi mudah. Ia adalah nadi kepada kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara kita.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Selain itu, prestasi agensi utama seperti SME Bank Malaysia menunjukkan perkembangan positif. Tahun 2024 menyaksikan RM3.6 bilion pembiayaan diluluskan kepada usahawan PKS. Pada separuh pertama 2025, SME Bank telah memperkasa lebih 5,700 usahawan melalui pelbagai inisiatif pembangunan.
Walaupun angka-angka ini membanggakan, saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa masih ramai usahawan PKS khususnya dalam kalangan usahawan mikro, luar bandar dan B40 yang sukar mendapatkan akses kepada pembiayaan. Antara aduan yang sering diterima ialah syarat cagaran yang terlalu ketat, dokumentasi dan proses permohonan yang rumit, tempoh menunggu kelulusan yang panjang dan kekurangan bimbingan sebelum dan selepas pembiayaan diluluskan.
Dalam konteks ini, saya menyeru agar kerajaan melalui KUSKOP dan institusi seperti SME Bank, MIDF dan BSN memperkukuh pendekatan lebih mesra usahawan khususnya bagi mereka yang berada di luar bandar dan yang baru memulakan perniagaan. Kita tidak mahu segelintir PKS yang mampan menikmati kemudahan pembiayaan, manakala golongan kecil dan sederhana terus tercicir.
Masalah utama PKS bukan hanya kekurangan modal tetapi kekurangan kemahiran pengurusan dan daya tahan dalam menghadapi perubahan pasaran. Oleh itu, pembiayaan semata-mata tidak mencukupi. Ia mesti disertakan dengan modul pembangunan kapasiti dan sokongan pasca pembiayaan.
Saya ingin memuji langkah SME Bank yang telah memperkenalkan program pembangunan usahawan berserta pembiayaan. Contohnya, program SME Bank Accelerator dan Mid-Tier Development Programme yang membimbing PKS dalam aspek pemasaran, digitalisasi dan eksport. Namun, saya mencadangkan supaya pendekatan ini diperluas kepada semua agensi yang menyalurkan dana pembangunan, bukan hanya SME Bank, agar setiap pembiayaan dilengkapkan dengan bimbingan dan pemantauan sekurang-kurangnya selama 12 bulan pertama selepas dana disalurkan.
Saya juga mencadangkan supaya kementerian membentangkan laporan tahunan keberkesanan pembiayaan PKS kepada Parlimen yang mengandungi maklumat berikut― jumlah permohonan dan jumlah kelulusan mengikut negeri dan sektor, peratusan PKS yang menunjukkan pertumbuhan positif, jumlah pekerjaan yang diwujudkan serta kadar bayaran balik dan tunggakan.
Saya juga mencadangkan supaya audit prestasi bebas dijalankan setiap dua tahun terhadap semua dana PKS agar dana awam benar-benar sampai kepada
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
usahawan yang layak dan sekali gus memberi impak kepada ekonomi negara. Jika pendekatan ini diambil, saya yakin PKS Malaysia bukan sahaja mampu bertahan tetapi akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi baharu negara.
Sekian sahaja daripada saya. Setakat ini, Dato’ Pengerusi. Tampin mohon menyokong. Tahniah, Yang Berhormat Timbalan Menteri KUSKOP.
Tuan Pengerusi - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih, Yang Berhormat Tampin. Berikutnya, Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana melibatkan saya dalam perbahasan ini.
Saya terus pergi kepada Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Terdapat beberapa kekeliruan yang perlu diterangkan oleh Menteri tentang dana pembangunan di bawah TEKUN. Saya merujuk kepada perbelanjaan sebenar tahun 2024 dengan anggaran dipinda tahun 2025. Kedua-duanya mencatatkan nilai RM0. Sedangkan belanjawan pada tahun 2024 dan 2025 telah menetapkan RM330 juta sebagai dana pembangunan di bawah TEKUN bagi kedua-dua tahun tersebut.
Adakah sepanjang dua tahun lalu tidak ada langsung dana perniagaan diberikan kepada rakyat menerusi TEKUN? Di mana datangnya pula angka-angka yang disebutkan oleh Menteri KUSKOP dalam sesi penggulungan bertarikh 30 Oktober lalu?
Menteri kata sebanyak RM332.9 juta diberikan kepada lebih 17,000 usahawan wanita dan RM410 juta pula diberikan kepada lebih 16,000 usahawan belia. Kalau alasannya adalah semua dana tersebut diberikan dalam bentuk pembiayaan ataupun pinjaman yang menjadikan peruntukan kementerian bernilai RM0, kenapakah dalam belanjawan pada tahun 2026 nilainya menjadi RM550 juta? Apakah beza kaedah pemberian pada tahun 2026 dengan tahun-tahun sebelumnya?
Kedua, anggaran perbelanjaan pembangunan tahun 2026 yang dimansuhkan.
Terdapat lapan butiran perbelanjaan pembangunan daripada Kementerian KUSKOP telah dimansuhkan bagi tahun 2026. Menteri perlu menjelaskan apakah sebab lapan butiran ini dimansuhkan dan adakah kesemuanya berjaya dilaksanakan semasa tahun 2025 ini, iaitu Butiran 00514, 00603, 00609, 00608, 13001, 14000, 19534, 19535.
Pada saya, ada tiga butiran yang amat penting untuk dijelaskan kewajaran ia nya dibatalkan. Pertamanya Butiran 05514 – Program Pembangunan Pengeksportan Bumiputera, Butiran 00607 – Pelan Induk PKS dan Butiran 19534 – Pembangunan
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Industri Halal dan Vendor, yang saya kira amat penting kalau kita mahu mengantarabangsakan PKS di negara kita.
Ketiga, berkaitan, saya kira, perlunya audit terhadap impak pembiayaan usahawan. Jika diperhatikan dalam jawapan penggulungan Menteri, Menteri sering menyatakan nilai-nilai peruntukan dan pembiayaan yang diberikan untuk membantu usahawan. Jumlah keseluruhan mencecah hingga berbilion ringgit melibatkan puluhan program dan agensi. Saya yakin pelaporan daripada pihak kementerian dalam sidang Dewan Rakyat perlu kepada penambahbaikan dan menumpukan kepada impak berbanding angka peruntukan semata-mata.
Kita perlu bantu― adakah bantuan kewangan yang diberi membantu daripada segi pertumbuhan perniagaan, peningkatan daya saing serta penciptaan peluang pekerjaan? Kalau kita lihat statistik gagal bayar pinjaman TEKUN sehingga 2025, lebih daripada 137,000 peminjam mempunyai tunggakan bayaran lebih daripada enam bulan melibatkan RM1.1 bilion. Dan di Selangor sahaja melibatkan 22,662 peminjam dengan melibatkan RM180 juta.
Saya ingin mencadangkan agar kementerian membangunkan sistem data raya dan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menilai dan memantau sejauh mana program pembiayaan keusahawanan yang dijalankan memberikan kesan. Melalui sistem ini, profil usahawan, prestasi pembiayaan serta impak sosioekonomi boleh dipantau secara masa nyata. AI boleh digunakan untuk menganalisis corak kejayaan dan kegagalan, mengenal pasti program berisiko serta mencadangkan intervensi yang tepat. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kebertanggungjawaban tetapi juga memastikan dana penggunaan usahawan benar-benar sampai kepada mereka yang berpotensi menambah nilai tambah kepada ekonomi negara.
Seterusnya, saya kepada Butiran 030000 – Pembangunan Koperasi dan juga aktiviti 030100 – Pengurusan Koperasi.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya ingin sentuh berkaitan dengan kedai Coop Mart. Di kawasan saya ada dua kedai Coop Mart iaitu kedai Coop Mart di Jenjarom dan juga di Sri Cheeding. Saya melihat bahawa perlunya mereka ini, walaupun ada usaha oleh mereka untuk didaftarkan, terlibat di dalam MySARA ataupun MyKasih, sehingga ini belum ada lagi kelulusan kepada mereka. Saya kira sepatutnya KUSKOP mengambil kesempatan untuk mendaftarkan Coop Mart ini yang berkemampuan di seluruh negara kita dengan
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
data-data yang ada. Saya melihat bahawa Coop Mart ini, mereka ini kurang ada daya saing dan juga ada daya maju walaupun kedua-duanya mempunyai prestasi yang berbeza. Saya kira ia perlu dibantu.
Dan saya mencadangkan supaya ada pengukuhan rantai bekalan kepada mereka kerana saya ingat saingan-saingan kepada kedai-kedai yang biasa, termasuklah kedai-kedai Aceh. Dan saya dimaklumkan bahawa kedai-kedai Aceh sahaja pun boleh, mereka ini boleh mendapat untung dengan penjualan rokok yang secara seludup. Itu maklumat yang saya dapatlah, betul atau tidak saya tak pasti, walaupun Coop Mart ini tidak dibenarkan untuk menjual rokok. Saya kira bagaimana pengukuhan rantai bekalan ini sangat penting kepada mereka.
Saya sangat teruja apabila saya mendapat maklum bahawa Kohijrah di negeri Selangor, mereka ini bersedia untuk menjadi salah satu daripada rangkaian untuk rantai bekalan kepada kedai-kedai koperasi di negeri Selangor. Saya dimaklumkan bahawa mereka juga akan buat jeti di Sungai Air Tawar untuk secara langsung mendapatkan hasil-hasil daripada laut yang akan juga dibekalkan kepada kedai koperasi yang saya kira ini akan memberikan harga yang sangat baik kepada kedai-kedai koperasi ini untuk terlibat. Begitu juga mereka akan juga menjadi pengukuhan rantai bekalan makanan kepada bahan-bahan kering. Jadi sekian itu, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Berikutnya, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya turut serta dalam membahaskan Belanjawan 2026 untuk peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
(KUSKOP).
Saya ada tiga perkara Dato’ Pengerusi. Perkara pertama yang saya nak sebutkan di sini adalah berkenaan dengan Butiran 030200 iaitu dibawa tajuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Saya nampak peruntukan ataupun geran kepada SKM, kalau belanjawan sebelum ini RM89.7 juta, kurang , sekarang RM86.5 juta. Saya nak tanya kenapa?
Sebab sekarang ini apa yang saya difahamkan, ini kalau saya silap, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh betulkan nanti. Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
dalam usaha untuk menggubal undang-undang baharu, akta baharu yang akan menggantikan Akta 502, Akta Koperasi 1993 yang terpakai, yang berkuasa sekarang.
Dan sudah tentunya saya difahamkan akta baharu tersebut akan menjadi sesuatu tambah baik kepada environment, persekitaran koperasi. Apa yang tidak dirangkumi, apa yang tidak termasuk dalam akta sedia ada akan diperbaiki. Jadi kenapa berkurangan? Dia patutnya kekuatan koperasi ataupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia
(SKM) itu diperkasakan. Sebab kita tahu koperasi ini, SKM ini penting dan koperasi patutnya menjadi satu entiti komuniti. Dia bukan korporat besar dan kita kena mengamalkan best practices untuk koperasi.
Kita, kalau tak silap saya ada lebih 16,000 koperasi yang aktif, yang memang ada operasi dia dengan keahlian lebih tujuh juta. Jadi, kenapa berkurangan? Tatkala kita nak memperkasakan apa nama entiti koperasi tersebut. Dan saya berkenaan dengan koperasi ini juga. Saya nak tanya pada Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebab dikatakan SARA sekarang ini ramai yang tiap-tiap bulan dapat SARA. Dia pergi kedai runcit beli barangan, keperluan dan sebagainya. Dikatakan tak dengan koperasi yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan untuk terlibat dalam penjualan.
Sebab bagi saya mungkin kementerian boleh membantu supaya lebih banyak koperasi, daripada 16,000 koperasi ini, lebih banyak akan terlibat supaya koperasi ini dapat keuntungan sebab katakan SARA RM100 untuk mereka yang penerima yang sah dan setiap bulan mereka beli barangan keperluan dan biar koperasi untung, biar— jangan pasar raya besar yang ada rangkaian besar itu yang untung. Kita nak membantu koperasi supaya di peringkat komuniti mendapat impak limpahan ekonomi yang kerajaan berikan. Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti.
Perkara kedua berkenaan dengan Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga ataupun TEKUN. Saya nampak ada satu lonjakan, RM330 juta kepada RM550 juta. Cuma saya nak tanya kenapa RM550 juta ini diletakkan di bawah DE, bukan OE? Sebab ini, adalah pinjaman kepada apa nama— peniaga kecil. Kenapa tak diletakkan sebagai OE, sebagai DE?
Soalan kedua, saya nak tanya. Saya difahamkan sebelum ini, kalau RM330 juta dulu, ada dalam RM30 juta khas untuk masyarakat India. Ini bukan— ini yang tak ada kaitan dengan MITRA ya Yang Berhormat Timbalan Menteri, khas untuk masyarakat India. Dengan pertambahan RM550 juta, adakah bermakna percentage untuk
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
masyarakat India itu akan turut meningkat kepada RM50 juta? Saya harap begitulah.
Supaya masing-masing mendapat, bila apa nama kek itu bertambah besar, dapat bahagian yang lebih besar dan lebih sesuai.
Dan kita tahu, TEKUN ini amat mustahak, amat penting dan membawa makna yang sangat baik. Sebab pinjaman sebegini akan membolehkan peniaga kecil yang mungkin tak berapa mampu dari segi kewangan, dapat elak terlibat along. Kalau tak ada TEKUN, dia tak pinjam melalui TEKUN, ini pinjaman, bukan geran. Tapi, kalau tak ada TEKUN, dia mungkin pinjam dengan along. Along ini kita tahulah, dia bagi pinjaman senang tapi bila kita tak bayar itu, dia buat macam-macam. Yang datangkan mudarat yang teruk.
Jadi, saya nak tanya, macam mana kutipan? Saya difahamkan kutipannya agak baik bawah 10 apa yang non-performing loan, bawah 10 percent. Betul tidak? Mohon pengesahan daripada kerajaan. Dan sekiranya betul, saya ucapkan syabas dan tahniah dan saya harap keadaan ini boleh diteruskan. Sebab setiap tahun walaupun ada suntikan dana daripada kerajaan, kutipan itu, kutipan daripada pinjaman itu amat mustahak, membolehkan supaya TEKUN boleh terus memberikan pinjaman yang lebih besar kepada peminjam yang memerlukan untuk perniagaan mereka.
Dan berkenaan dengan TEKUN juga, boleh tak mereka yang terlibat dengan e- dagang, dia tak ada premis perniagaan, dia baru mula, dia mungkin ada SSM saja yang terlibat dengan online punya bisnes, turut terlibat dengan meminjam dengan TEKUN?
Dan perkara terakhir, Dato’ Pengerusi iaitu Butiran 020500 – Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). Saya nampak ada penurunan sedikit RM48 juta kepada RM44 juta. Kenapa? Adakah ia tak dapat sambutan? Jadi, peruntukan ini pun kurang. Kalau TEKUN tadi, saya sangat menyokong ada lonjakan yang sangat besar, sangat drastik, ini kenapa ada kurang pula?
Sebenarnya saya harapkan pinjaman sebegini boleh diperbanyakkan, diperluaskan, supaya lebih ramai peniaga kecil yang dari segi kewangan tak mampu tapi ada komitmen untuk berniaga. Kita galakkan SME, tak kira walaupun dia mungkin mahasiswa yang baru graduate dari universiti ataupun orang kampung, orang desa, supaya terlibat dengan perniagaan ini yang kita nak galakkan walaupun bermula secara kecil-kecilan.
Jadi itu saja tiga perkara yang saya nak kemukakan pada petang ini. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Berikutnya Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Dato’ Pengerusi, Temerloh ingin menumpukan kepada beberapa isu utama berhubung peruntukan kementerian. 020300 – Pembangunan Francais dan Vendor. Program pembangunan Vendor menghubungkan syarikat kecil dengan syarikat besar atau GLC, membolehkan mereka menjual produk kepada pelanggan lebih besar. Peruntukan kira-kira 11 peratus.
Saya ingin menekankan beberapa perkara. Berapakah bilangan syarikat vendor baharu yang berjaya dibangunkan pada tahun lepas dan berapa peratus masih aktif?
Apakah peratus peningkatan pendapatan purata syarikat vendor selepas program kementerian? Bagaimana kementerian memastikan penyertaan vendor inklusif dan tidak hanya tertumpu kepada kumpulan tertentu? Adakah terdapat penilaian berkesan— berkesanan vendor yang dibimbing oleh GLC? Adakah mereka benar-benar mendapat kontrak atau sekadar menjadi pembekal sementara?
Program francais. Usahawan francais boleh menjana pendapatan stabil kerana mereka memanfaatkan jenama yang dikenali dan sistem operasi yang berkesan. Ini meningkatkan kesejahteraan ekonomi pemilik francais serta keluarganya.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Temerloh ingin tahu, berapakah jumlah francais tempatan yang berjaya dikembangkan ke peringkat antarabangsa dan berapakah nilai eksportnya? Apakah kadar kejayaan francais baharu selepas dua tahun beroperasi dalam sektor makanan?
Apakah kadar kejayaan francais baharu selepas dua tahun beroperasi? Bagaimana kementerian memastikan francais berkembang bukan hanya dalam sektor makanan tetapi juga teknologi, pendidikan dan perkhidmatan?
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Apakah indikator untuk menilai impak program vendor dan francais terhadap pendapatan rakyat serta anggaran peratusan kenaikan pendapatan peserta? Secara keseluruhan, program vendor dan francais merupakan tunjang penting agenda
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
keusahawanan negara. Tetapi keberkesanannya hanya dapat diukur melalui data sebenar, berapa ramai yang berjaya, pendapatannya meningkat dan bilangan yang kekal aktif selepas lima tahun.
Yang kedua, 020200 – Pembangunan Ekosistem Keusahawanan.
Pembangunan ekosistem usahawan ialah usaha menyediakan sekitaran lengkap bagi usahawan mendapat latihan, pembiayaan, bimbingan dan jaringan perniagaan untuk berkembang. Ia penting kerana mempercepatkan pertumbuhan perniagaan, mewujudkan pekerjaan, meningkatkan pendapatan rakyat dan menyokong ekonomi setempat. Peruntukan naik sekitar 12.5 peratus.
Beberapa persoalan yang ingin Temerloh ketahui, apakah KPI yang digunakan kementerian untuk menilai keberkesanan pembangunan ekosistem? Berapakah jumlah usahawan baharu dan peratus yang masih aktif selepas dua tahun? Bagaimana kementerian memastikan ekosistem ini inklusif, bukan hanya tertumpu kepada bandar besar? Apakah strategi memperkukuh komponen digitalisasi usahawan kecil?
Ketiga, 020400 – Pusat Khidmat Kontraktor. Pusat khidmat kontraktor membantu kontraktor kecil dan sederhana bumiputera meningkatkan kemahiran, akses projek dan juga pendapatan sambil menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan. Peruntukan meningkat 13 peratus. Saya menyokong usaha membantu kontraktor ini tetapi berapa ramai yang benar-benar naik kelas selepas bimbingan? Berapa peratus kontraktor mendapat projek selepas dibimbing?
Keempat, 030100 – Pengurusan Koperasi. Pengurusan koperasi memastikan operasi cekap, keuntungan diagih adil kepada ahli, memperkukuh daya saing, memupuk inovasi dan menyokong pembangunan ekonomi komuniti. Peruntukan meningkat 39 peratus antara yang tertinggi. Beberapa isu penting; adakah peningkatan kerana lebih banyak koperasi baharu atau pentadbiran kementerian yang lebih besar?
Berapa peratus koperasi berdaftar yang aktif dan menjana keuntungan?
Bagaimana kementerian menangani koperasi dorman atau tidak aktif, termasuk isu Koperasi Saujana Gemilang Kuala Lumpur? Sejauh mana koperasi meningkatkan pendapatan rakyat B40 dan luar bandar? Apakah strategi melahirkan koperasi moden, berinovasi dalam teknologi pertanian pintar dan ekonomi digital?
Kelima, 90000 – Skim Latihan Siswazah, meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan, mengurangkan pengangguran dan menyokong pembangunan ekonomi serta keusahawanan tempatan. Peruntukan RM1.5 juta.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Persoalan saya, berapa orang akan dilatih dan adakah kos RM10,000 seorang berbaloi dengan hasilnya? Apakah jaminan latihan membawa kepada pekerjaan tetap atau sekadar latihan jangka pendek? Berapakah peratus peserta yang berjaya mendapat pekerjaan tetap atau memulakan perniagaan sendiri?
Akhirnya, 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Membantu perniagaan kecil dan sederhana berkembang, meningkatkan pendapatan, membuka peluang pekerjaan dan menyokong inovasi serta daya saing tempatan. Jumlahnya sebanyak RM25 juta. Bagaimana dana diagihkan? Geran, pinjaman mudah atau pembiayaan semula? Bagaimana kementerian memastikan dana tidak bertindih dengan skim lain seperti SME Corp, TEKUN atau BSN? Berapa peratus PKS yang menerima dana berjaya meningkatkan pendapatan atau perkembangan ke pasaran baharu?
Adakah pemantauan berterusan dijalankan untuk menilai impak dana terhadap pertumbuhan PKS dan penciptaan pekerjaan?
Tuan Pengerusi, secara keseluruhan, semua program ini adalah tunjang penting memperkukuh keusahawanan negara. Namun, keberkesanan sebenar hanya dapat diukur melalui data dan impak nyata terhadap usahawan, koperasi dan rakyat. Temerloh menekankan kepentingan pemantauan berterusan dan penilaian impak bagi memastikan setiap peruntukan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Saya jemput Yang Berhormat Selangau.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Puan Pengerusi, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk membahaskan peruntukan Belanjawan 2026 di bawah maksud Bekalan Pembangunan 26 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di peringkat Jawatankuasa.
Peningkatan dalam anggaran perbelanjaan pembangunan KUSKOP kepada RM754.44 juta adalah dialu-alukan. Saya terus ke Butiran 19536 – Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil.
Isu kritikal di Selangau adalah Projek Lebuhraya Pan Borneo telah menyebabkan kesan luaran negatif atau negative externalities, dengan izin, yang serius di Selangau.
Pembinaan pembahagi jalan di Lebuhraya Sibu-Bintulu telah melenyapkan tapak tamu
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
tepi jalan Sebentih. Komuniti Sebentih yang terdiri daripada peneroka skim getah tahun 70-an, kini tiada lagi hasil getah, bergantung sepenuhnya kepada penjualan hasil kebun, kraftangan dan hasil hutan. Lencongan laluan berikutan pembinaan Pan Borneo juga telah membuat bypass Pekan Stapang, memberi kesan kepada nelayan darat di Batang Oya dan penjual sayur-sayuran, memburukkan lagi keadaan serta melumpuhkan mata pencarian mereka.
Peruntukan di bawah butiran ini adalah kritikal untuk intervensi segera bagi menyediakan tapak peniaga yang baru, yang strategik dan sah, khasnya antara jajaran Sebentih dengan Stapang. Selangau menuntut agar butiran ini digunakan untuk membiayai pembinaan dan penaiktarafan segera tapak tamu Sebentih dari Stapang di bawah inisiatif pembangunan tamu desa.
Tapak baru ini mesti diselaraskan dengan pembangunan lay-bys atau RNR di sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Sibu-Bintulu. Kita tidak boleh membenarkan penjaja informal yang terjejas menjadi mangsa pembangunan. Apakah mekanisme penyelarasan yang telah dimuktamadkan antara KUSKOP dengan Kementerian Kerja Raya dan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan tamu desa ini terletak di tapak lay-by Pan Borneo?
Puan Pengerusi, selanjutnya adalah Butiran 00601 – Dana Pembangunan dan Pembiayaan PKS serta Butiran 30000 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
(TEKUN). Di Selangau, nelayan darat dan petani Batang Oya, Bukut, Nanga Arip, Ulu Pakoh, Sekuau dan penjaja Sebentih adalah small players dalam sektor informal.
Halangan besar mereka untuk mengakses pembiayaan mikro untuk sustainability penjualan dan modal operasi adalah ketiadaan pendaftaran perniagaan formal.
Walaupun peruntukan TEKUN Nasional adalah besar, ia tidak akan memberi manfaat jika syarat birokrasi menghalang mereka. Selangau sedar bahawa TEKUN Nasional telah menetapkan polisi inklusif untuk usahawan di Sabah dan Sarawak iaitu menerima pengesahan menjalankan perniagaan daripada penghulu, ketua kaum atau permit perniagaan oleh jawatankuasa penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu sebagai dokumen sokongan pembiayaan. Fleksibiliti ini adalah kunci kepada kelangsungan hidup usahawan informal di Selangau.
Dalam menyalurkan peruntukan TEKUN, apakah sasaran peratusan peruntukan yang telah ditetapkan khusus untuk usahawan mikro kategori B40 dan sektor informal di Sarawak, terutamanya di kawasan luar bandar bagi menjamin keadilan agihan sumber?
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Selanjutnya adalah Butiran 13005 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - Pembangunan Koperasi.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Penubuhan koperasi di Parlimen Selangau atau dipecahkan mengikut kawasan perkampungan rumah panjang adalah solusi struktur yang paling strategik untuk mewujudkan ketahanan sosial dan ekonomi kolektif. Walau bagaimanapun, koperasi luar bandar sering berhadapan dengan isu kritikal iaitu kurang pengalaman dalam ilmu keusahawanan, pengurusan tradisional dan kekurangan modal permulaan.
Selangau menuntut agar SKM dan Institut Koperasi Malaysia melaksanakan program inkubasi koperasi khas di Parlimen Selangau. Selain kemudahan pinjaman, bagaimana KUSKOP akan memastikan geran tunai atau mikro-kredit boleh diakses segera oleh masyarakat komuniti setempat di Parlimen Selangau untuk membiayai infrastruktur asas untuk koperasi pertanian dan perikanan yang baru ditubuhkan?
Puan Pengerusi, sebelum saya mengakhiri perbahasan, Selangau menuntut KUSKOP menyediakan peruntukan untuk membina tamu desa di Sebentik dan Setapang, memudahkan pinjaman TEKUN dengan pengesahan ketua kaum dan melatih koperasi yang mantap di Ulu Pakoh.
Hanya dengan ini, kita dapat memastikan tiada seorang pun rakyat Selangau yang tertinggal dalam arus kemajuan. Sekian, terima kasih, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Selangau. Saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian di bawah Butiran B.26, 020000 dan Pembangunan Usahawan, B.26, 030000 – Pembangunan Koperasi dan P.26, 00606 – Pembangunan Perusahaan Mikro.
Satu, pengukuhan ekosistem usahawan luar bandar. Tuan Pengerusi, usahawan luar bandar hari ini berdepan cabaran besar. Akses modal yang terhad, latihan tidak berterusan serta persaingan digital yang semakin sengit. Saya ingin mencadangkan agar KUSKOP memperkukuhkan program bimbingan dan pembiayaan mikro di bawah Butiran P.26, 00601 dan 00606, dengan pendekatan lebih tersasar kepada usahawan
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
kecil luar bandar seperti peniaga pasar, pengusaha makanan tempatan dan perkhidmatan kecil.
Di kawasan Padang Rengas, ramai usahawan muda dan wanita ingin berniaga tetapi tidak tahu ke mana hendak memohon bantuan atau latihan. Saya cadangkan agar diwujudkan pusat satelit keusahawanan daerah di Kuala Kangsar sebagai cabang kepada TEKUN, MARA dan SME Corp bagi menyelaras semua bantuan kerajaan dalam satu lokasi. Ini akan memudahkan rakyat luar bandar tidak perlu lagi ke Ipoh atau Taiping hanya untuk isi borang atau hadir kursus.
Pemerkasaan koperasi sebagai enjin ekonomi komuniti. Tuan Pengerusi, di bawah Butiran B.26, 030100 – Pengurusan Koperasi. Saya melihat masih banyak koperasi kecil yang tidak aktif atau sekadar berfungsi atas nama sahaja. Saya ingin mencadangkan supaya KUSKOP memperkenalkan skim pembangunan koperasi produktif yang memberi insentif kepada koperasi yang melibatkan diri dalam sektor strategik seperti agropelancongan, tenaga hijau dan rantaian makanan.
Sebagai contoh, di Padang Rengas dan Sayong, koperasi boleh diberi peranan mengurus, pengedaran hasil tani tempatan, produk kraf dan pelancongan komuniti.
Koperasi bukan sahaja badan ekonomi tetapi juga alat pembangunan sosial dan kebersamaan ummah.
Tiga, transformasi digital usahawan mikro. Tuan Pengerusi, seterusnya di bawah Butiran P.26, 10200 – Peningkatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Saya mencadangkan agar KUSKOP menumpukan peruntukan kepada pendigitalan usahawan desa. Ramai peniaga kecil masih tidak tahu menggunakan e-dagang, sistem pembayaran tanpa tunai atau promosi dalam talian.
Saya mohon kementerian memperkenalkan program digital desa niaga di bawah Belanjawan 2026 dengan latihan pemasaran digital, penggunaan platform e-dagang tempatan dan geran peralatan asas seperti komputer riba atau perisian perniagaan. Jika kita mahu usahawan desa kekal berdaya saing, mereka perlu diberikan kemahiran digital sebenar, bukan sekadar ceramah satu hari.
Penglibatan belia dan wanita dalam keusahawanan. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menekankan pentingnya penglibatan belia dan wanita dalam pembangunan usahawan dan koperasi. Banyak anak muda mempunyai idea kreatif tetapi tidak mendapat ruang pembiayaan permulaan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Saya cadangkan supaya KUSKOP memperkenalkan dana saham desa dengan nilai kecil tetapi cepat diluluskan. Misalnya, RM10,000 hingga RM20,000 bagi membantu belia memulakan perniagaan dalam sektor digital, pertanian pintar atau makanan tempatan.
Bagi wanita pula, saya ingin melihat lebih banyak program latihan praktikal keusahawanan wanita desa di bawah agensi seperti INSKEN dan MARA. Bukan hanya di bandar tetapi di peringkat daerah seperti Padang Rengas dan Lenggong.
Kelima, keusahawanan sebagai pemangkin mandiri rakyat. Tuan Pengerusi, keusahawanan bukan sekadar sumber pendapatan tetapi alat untuk membina maruah ekonomi rakyat. Belanjawan 2026 mesti memastikan setiap program di bawah KUSKOP benar-benar sampai kepada usahawan kecil dan koperasi luar bandar, bukan hanya kepada mereka yang sudah berjaya.
Jika kementerian benar-benar ingin mengangkat usahawan desa, maka pendekatannya mesti berteraskan pembimbingan, teknologi dan keadilan seagihan.
Saya yakin, dengan pendekatan ini, ekonomi luar bandar seperti di Padang Rengas mampu berkembang pesat setanding dengan bandar-bandar besar. Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Rengas. Saya jemput Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bahas sendiri, dengar sendiri. Orang pun tak berapa ada dah.
[Ketawa]
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Tak cukup kuorum lah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Boleh. Cukup, cukup.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. KUSKOP menguruskan pelbagai agensi penting, termasuk AIM, TEKUN, INSKEN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, (SKM) dan juga UDA Holdings. Tetapi, sebahagian besar usahawan
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
mikro, kecil dan sederhana (PKS) masih terhimpit dengan kos operasi tinggi, inflasi dan pinjaman sukar diperolehi.
Dalam bajet kerajaan, mengumumkan pelbagai skim bantuan tetapi ada beberapa soalan di mana, berapa ramai kah yang benar-benar dapat akses yang ditawarkan oleh pihak kementerian? Negara mempunyai lebih 15,000 koperasi, dengan lebih tujuh juta ahli. Tetapi, sumbangan kepada KDNK masih kecil, lebih kurang empat peratus.
Puan Pengerusi, Butiran 040400 – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
(TEKUN Nasional). Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan (TEKUN) ditubuhkan bagi menyediakan pembiayaan mudah kepada usahawan kecil, khususnya bumiputera untuk memperkukuhkan perniagaan mereka.
Puan Pengerusi, saya ingin bertanya berkaitan akses dan birokrasi, di mana ramai usahawan mikro terutamanya di luar bandar mengaku, buat aduan, laporan di mana, permohonan yang di— yang lambat dan rumit. Begitu juga, ada kes-kes permohonan ditolak tanpa alasan yang jelas.
Isu kedua iaitu berkaitan— berkait dengan politik dalam agihan dana. Saya juga ingin mendapat jawapan di mana terdapat dakwaan bahawa pemberian pinjaman kadangkala dipengaruhi oleh pertimbangan politik atau sokongan parti, bukan merit keusahawanan. Akhirnya, menjejaskan kredibiliti TEKUN.
YB Menteri, saya juga ingin mengetahui apakah kaedah yang digunakan oleh TEKUN untuk tangani kadar bayaran balik yang lemah menyebabkan dana pusingan terhad untuk pinjaman baru.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Mengikut statistik dalam laporan media tempatan yang dikemas kini pada awal tahun 2025, lebih 137,000 pinjaman TEKUN Nasional telah mengalami tunggakan sekurang-kurangnya enam bulan dan jumlah keseluruhan tunggakan ini mencecah RM1.1 bilion. Ini merupakan angka yang sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan ramai usahawan mikro menghadapi tekanan kewangan yang serius.
Pertanyaan saya apakah kaedah kementerian bagi menjadualkan semula pembayaran agar pinjaman TEKUN ini dapat terus pembayaran pinjaman dan berdaya saing dalam perniagaan.
Datuk Pengerusi, Butiran 030100 – Pengurusan Koperasi. Merujuk kepada usaha memperkukuhkan peranan dan keupayaan koperasi sebagai pemacu pembangunan
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
ekonomi rakyat, bagaimanakah SKM merancang untuk mengupayakan koperasi yang kurang aktif di mana pada tahun 2024, dianggarkan hampir 30 peratus koperasi yang tidak aktif dan gagal beroperasi. Ini bermaksud antara 4,000 hingga 4,500 koperasi yang tidak aktif dan hanya merugikan ahli-ahli koperasi.
Seterusnya usahawan mikro terpaksa termasuk nelayan darat dan belia masih kurang akses kepada pinjaman mikro yang fleksibiliti skim yang ada seperti TEKUN dan AIM walaupun baik masih perlu diperluaskan supaya ramai usahawan mendapat manfaat khususnya golongan yang bekerja dalam ekonomi gig.
Bagi 030100 – Pengurusan Koperasi juga, iaitu saya ingin mengaitkan dengan koperasi sekolah. Saya juga ingin memohon daripada kementerian berkaitan koperasi sekolah supaya penambahbaikan dibuat. Satunya ialah tingkatkan latihan pengurusan kepada guru dan pelajar terutama kewangan, terutamanya asas kewangan pemasaran dan pengurusan.
Yang kedua, perancangan strategik. Bentuk pelan jangka pendek dan jangka panjang, sasaran jualan, produk baharu dan strategi pemasaran.
Ketiga, latihan keusahawanan di mana masukkan modul koperasi dalam kokurikulum agar pelajar belajar konsep ekonomi dan kerja berpasukan.
Kesimpulannya KUSKOP dapat memainkan peranan yang sentiasa dapat menjadikan sandaran kepada peniaga-peniaga kecil terutamanya B40 yang memerlukan modal asas untuk memulakan perniagaan. Mudahkan urusan pinjaman dan kurangkan birokrasi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Pengerusi. Sebagai pembahas terakhir bagi minggu ini, Betong berterima kasihlah di atas peluang untuk menyentuh belanjawan di bawah B dan P.26 KUSKOP. Jadi kita bercakap tentang peruntukan pembangunan yang lebih 754 juta, hampir tiga perempat daripada keseluruhan bajet kementerian.
Jadi soalnya sekarang ialah adakah jumlah besar ini benar-benar akan diterjemahkan kepada kejayaan kecil di bawah sana iaitu kepada usahawan mikro,
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
penjaja, penjaja kecil, peniaga kecil yang menjadi tulang belakang kepada ekonomi negara.
Jadi Puan Pengerusi, Betong ingin memulakan dengan Butiran P.30000 – TEKUN Nasional. Ya, banyak juga Ahli-ahli Dewan yang telah membangkitkan isu ini yang menerima sejumlah yang besar, RM550 juta, satu jumlah yang besar dan penting.
Betong ucapkan tahniahlah di atas komitmen kerajaan memperkukuhkan inklusiviti kewangan, tapi Betong ingin tahu secara telus dan jujur, berapakah bilangan permohonan dan kelulusan di Sarawak sejak tahun 2023 hingga kini? Apakah kadar kelulusan sebenar dan berapa ramaikah penerima di Sarawak yang diberi latihan atau bimbingan selepas pinjaman?
Dan Betong mohon Menteri nyatakan berapakah kadar default ataupun kegagalan bayaran balik pinjaman TEKUN khususnya di Sarawak? Ini penting sebab kalau kita mahu membantu usahawan kecil, mereka bukan hanya memerlukan hutang semata-mata, tapi mereka perlukan bimbingan dan arah tuju.
Jadi Puan Pengerusi, Betong ingin juga bangkitkan isu KPI kementerian iaitu KPI bagi program yang kedua iaitu pembangunan usahawan menetapkan sasaran 100 peratus pembiayaan yang diberikan, tapi KPI ini hanya mengukur input, bukan hasil. Jadi Betong ingin cadangkan ukurlah kejayaan sebenar iaitu berapa ramaikah penerima TEKUN yang berjaya naik taraf menjadi seorang PKS yang aktif. Berapa ramai kah berjaya menggaji pekerja, membayar cukai dan menembusi segala pasaran baru. Itulah baru kejayaan sebenar-benarnya dan bukan angka semata-mata.
Jadi Puan Pengerusi, seterusnya saya beralih kepada Butiran P.19530 – Program Peningkatan PKS sebanyak RM96 juta dan Butiran P.00601 – SME Corp 22 juta. Kalau digabungkan kedua-dua butiran ini sebanyak RM118 juta untuk Program Pembangunan dan Pembiayaan PKS. Jadi saya nak tanya dengan terus terang kepada Menteri adakah dana ini meneruskan program sedia ada seperti business accelerator, geran padanan SME Corp dan skim mikro SME Bank atau adakah ini program baharu di bawah label yang lama?
Dan apakah perbezaan fungsi antara kedua-dua butiran ini? Sebab kita tidak mahu dua program yang berlainan buat kerja yang sama, akhirnya usahawan yang dapat brosur, tetapi bukan bantuan. Jadi Betong mohon perincian penggunaan dana ini. Berapa banyakkah untuk latihan dan kapasiti, berapa banyakkah untuk geran dan berapa banyak kah untuk operasi. Sebab rakyat berhak tahu setiap sen itu mesti ada hasil.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Jadi Puan Pengerusi, saya pergi ke Butiran 96000 – INSKEN. Banyak juga disebut oleh rakan-rakan yang lain iaitu Institut Keusahawanan Negara. Kita ada satu- satunya INSKEN di Kuching. Terima kasihlah kementerian kerana telah menubuhkan satu institut latihan untuk usahawan kita.
Jadi, saya ingin tegaskan pembiayaan tanpa latihan adalah peluru tanpa sasaran.
Latihan itulah yang membezakan antara usahawan yang berjaya dan peminjam yang gagal. Jadi Betong amat setujulah dengan rakan tadi seperti Sungai Besar tadi yang juga mahukan bawa bajet di bawah INSKEN ini harus ditambah.
Jadi Betong mencadangkan agar model latihan, sijil dan pembiayaan ini supaya siapa yang lengkap latihan dan dapat sijil INSKEN layak ke laluan pantas ataupun fast track untuk dia diberi pembiayaan TEKUN atau SME Bank. Sebab ini bukan sekadar latihan di atas kertas tapi latihan yang akan membawa peluang yang sebenar untuk usahawan kita. Jadi harap Menteri boleh pertimbangkan kerana kita mahu bila usahawan kita membina–– usahawan kita bukan sekadar meminta bantuan.
Jadi last sekali, akhir sekali Puan Pengerusi, Butiran P.19536 – Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil. Juga dibangkitkan oleh rakan tadi Ampang. Satu juta, jumlah yang terlalu kecil untuk sektor informal yang besar ini. Jadi Betong juga bersetuju dengan rakan-rakan tadi untuk kalau boleh ditambahkan lagi sebab kita–– kalau tidak boleh ditambah pun mohonlah, biarlah kecil tapi berilah impak yang besarlah.
Contohnya geran untuk padanan mikro untuk digitalisasi penjaja ataupun program formalisasi perniagaan untuk membantu mereka, daftar lesen dan sertai ekosistem rasmi. Jadi laksanakanlah dengan kerjasama pejabat daerah, majlis daerah, koperasi tempatan dan NGO dengan kriteria pemilihan yang telus. Jadi soalan saya, apakah mekanisme perlaksanaan dan indikator kejayaan bagi program ini nanti?
Jadi saya juga difahamkan KUSKOP pun ada menyalurkan dana kepada PBT untuk menaik taraf pusat penjaja. Jadi saya berterima kasih kerana Betong pun dapat dana tersebut dan saya harap tahun hadapan juga teruskan untuk membantu PBT menaik taraf dan menyelenggara pusat-pusat penjaja.
Jadi Puan Pengerusi, kesimpulannya kita bercakap tentang sasaran 60 peratus pertumbuhan KDNK PMKS menjelang 2026. Dan untuk sampai ke situ, kementerian mesti sepadukanlah segala latihan, pembiayaan dan pembangunan kapasiti dalam suatu ekosistem yang tersusun.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Dan yang paling penting, jangan lupalah kami di Sabah dan Sarawak. Usahawan kecil di sana juga tidak perlukan simpati. Mereka perlukan akses yang adil dan peluang yang sama.
Jadi, Betong penuh yakinlah dan berharap Menteri boleh menjelaskan bagaimana semua cadangan ini akan diterjemahkan kepada tindakan, bukan sekadar pelan sahaja. Jadi, sekian. Betong mohon penjelasan dan menyokong. Terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Betong.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab. Masa 20 minit.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Puan Pengerusi, pertamanya, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang telah membentangkan, “Belanjawan 2026: Memacu Ekonomi MADANI, Memperkasa Rakyat”. Saya mewakili Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan beliau terhadap usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini.
Belanjawan 2026 merangkumi kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dengan nilai keseluruhan sebanyak RM50 bilion serta beberapa insentif lain yang terkait dengan pembangunan usahawan dan sektor ketiga melibatkan gerakan koperasi, perusahaan sosial (SE) dan perniagaan inklusif. Ia termasuk peruntukan khas kepada usahawan masyarakat India seperti Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) di bawah TEKUN Nasional.
Puan Pengerusi, kementerian ini telah diperuntukkan peruntukan sebanyak RM1.03 bilion di bawah Belanjawan 2026 yang merupakan peruntukan tertinggi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Ia merangkumi peruntukan sebanyak RM754.4 juta bagi perbelanjaan pembangunan. Pembangunan ini termasuk untuk
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
dilaksanakan aktiviti-aktiviti dan sebagainya dan juga RM275.7 juta pula bagi perbelanjaan mengurus iaitu untuk pengurusan pembayaran gaji dan aset-aset sepertinya.
Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas peruntukan ini kerana ia merekodkan pertambahan hampir 26 peratus berbanding dengan belanjawan tahun 2025. Sudah tentunya, pertambahan peruntukan ini adalah selaras dengan misi kementerian dalam mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mampan.
Seterusnya, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara berkaitan kementerian ini sepanjang tempoh perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa. Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan mengambil kira pandangan tersebut dalam pelaksanaan program keusahawanan dan koperasi melibatkan KUSKOP di bawah Belanjawan 2026 kelak. Dengan mengambil kira perkara yang dibangkitkan, penggulungan saya hari ini telah diselaraskan berdasarkan dua peruntukan iaitu peruntukan mengurus dan peruntukan membangun.
Izinkan saya bermula menjawab kepada Yang Berhormat Kota Melaka. Butiran 13005. Koperasi Khazanah Usahawan (Ko-Khawan) didaftarkan pada 26 Mac 2025, dengan nama asalnya Koperasi Usahawan Jaya Kuala Lumpur Berhad. Koperasi ini menjalankan aktiviti pembiayaan Islam ataupun kemudahan kredit kepada anggotanya yang terdiri daripada semua kakitangan yang berkhidmat di sektor awam dan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan atau badan-badan berkanun berkaitan Kerajaan Malaysia.
Koperasi ini telah diluluskan prospektus skim simpanan khas berjumlah RM20 juta secara berfasa dengan peringkat pertama berjumlah RM5 juta pada 19 Jun 2025.
Simpanan khas ini bertujuan untuk mengumpul dana dalaman daripada anggotanya bagi menjalankan aktiviti kredit. Skim ini mempunyai tempoh matang antara dua hingga tiga tahun dengan kadar pulangan lapan hingga 10 peratus setahun. Lembaga adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi simpanan khas ini. Sehingga kini, koperasi telah dan sedang mempromosikan skim simpanan khas ini sebagai peluang
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
kepada anggota untuk membuat simpanan dengan kadar faedah yang dinyatakan dalam prospektus tersebut.
Buat masa ini, SKM tidak menerima sebarang aduan daripada anggota ataupun orang awam berhubung skim simpanan khas yang ditawarkan oleh koperasi. KUSKOP melalui SKM sentiasa mengambil tindakan yang proaktif dan langkah-langkah penguatkuasaan dan juga pemantauan bagi menangani dan membanteras koperasi yang menawarkan skim pelaburan tidak sah atau peluang yang tidak realistik. Sekiranya SKM menerima aduan berhubung perkara ini, SKM akan mengambil tindakan seperti menjalankan pemeriksaan atau siasatan ke atas koperasi dan boleh memecat, menggantung anggota lembaga sekiranya didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Yang Berhormat Sungai Besar pula membawa isu berkaitan butiran...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Menteri, Kota Melaka. Puan Pengerusi— Timbalan Menteri, terima kasih atas jawapan yang diberi. Saya merujuk kepada Akta 502 seksyen 50 berkaitan dengan koperasi, di mana memang betul dalam seksyen 50 memang koperasi boleh menawarkan specific saving seperti yang dilakukan oleh Koperasi Khazanah Usahawan Berhad tersebut.
Akan tetapi soalan saya ialah, adakah mereka boleh menawarkan pulangan tetap? Seperti yang kita maklum, koperasi mereka labur mungkin dia untung, mungkin untung dia setiap tahun berbeza. Adakah dalam akta kita, kita benarkan mereka menjanjikan pulangan tetap? Dalam kes ini, mereka janjikan 14 peratus. Kalau you simpan sana 10 tahun, tiap-tiap tahun dapat 14 peratus. Adakah ia itu dibenarkan dan juga adakah ya, adakah— minta maaf, 12 peratus ya. 10 tahun, 12 peratus.
Dan juga, adakah akta kita membenarkan koperasi mewujudkan sistem multi- level marketing di mana ejen akan dapat komisen bila mereka dapat ya, ahli untuk join sebagai ahli dan mereka dapat komisen, adakah itu dibenarkan?
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka, SKM mempunyai akta dan mematuhi akta-akta tersebut. Memang kita ada bahagian pemantauan. Kalau ada aduan yang diterima, memang kita akan mengambil tindakan, tetapi selagi aduan tidak diterima, kami tidak boleh mengambil apa-apa tindakan buat waktu itu, tetapi, tetapi, kalau sekiranya aduan dibuat atau semasa pemantauan atau pemeriksaan, kita mendapati mereka melanggar apa-apa syarat yang
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
diguna pakai untuk tubuhkan koperasi itu yang telah diluluskan oleh SKM, maka kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Okey?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Menteri, bolehkah apa yang saya bangkit ini diambil sebagai satu aduan rasmi? Sebab seperti jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri, koperasi ini ditubuhkan pada Mac 2025, ya. Ertinya, baru sahaja mereka ‘dah giat mempromosikan deposit sedemikian. Sudah pasti kita tidak akan lihat ada aduan dengan begitu cepat sebab belum lagi dua tahun. Yang kita risau ya, dia akan berlaku. Daripada dia berlaku, lebih baik kita cegah sekarang. Itu maksud saya.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Ia diwujudkan sebenarnya Yang Berhormat, 26 Mac, bukan 25 Mac, 26 Mac 2025. Dan saya boleh bagi pengesyoran yang pegawai-pegawai daripada SKM yang duduk di belakang saya, selepas dengar apa yang dibahaskan oleh Yang Berhormat, pasti akan selidik dan siasat isu ini.
[Tepuk] Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih. Seterusnya, kepada Yang Berhormat Sungai Besar yang telah...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sungai Besar ‘tak ada dalam Dewan.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Okey, ‘tak payah bahas. Ampang ada ya?
[Sambil memandang kepada Ahli Parlimen Ampang] Alamak.
[Mengetuk meja] Okey.
Ampang ada bincang berkaitan dengan Butiran 19536, itu bajet pembangunan. Okey.
Kemudahan infrastruktur di bawah Butiran 19536, peruntukan sebanyak RM1 juta— ini DE ‘ah, diluluskan kepada KUSKOP bagi pelaksanaan projek Tamu Desa yang menyediakan kemudahan ruang yang lebih selesa kepada penjaja-penjaja dan peniaga- peniaga kecil terutamanya di kawasan luar bandar.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Dan juga ini mengambil kira yang berada di Sabah dan Sarawak juga untuk pengetahuan Yang Berhormat Selangau dan Yang Berhormat Betong juga. Memang kalau kita lihat angka ini dia nampak sangat kecil sebab yang diberikan khas kepada KUSKOP hanya RM1 juta, tetapi kalau kita lihat RM20 juta telah disediakan untuk menambah baik tapak dengan ruang niaga yang dilengkapi kemudahan asas. Bukan sahaja di dalam belanjawan, tetapi malah juga peruntukan khas yang diberikan secara
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
one-off direct daripada Kementerian Kewangan seperti yang telah diberikan pada tahun 2025. Dalam bajet dia ‘tak ada, tetapi diberikan secara one-off atas permintaan daripada KUSKOP. Jadi, memang kita ada program pembangunan penjaja KUSKOP yang baik, cadangan Yang Berhormat Ampang ke arah pembangunan kapasiti penjaja dan peniaga kecil.
KUSKOP akan menggunakan kepakaran agensi pembekal latihan INSKEN yang juga melatih para usahawan untuk melatihkan diri mereka untuk menjadi seorang usahawan yang bagus dan juga mengikut contohnya sekarang kita ada e-Invoicing kita bagi latihan, e-dagang kita ada bagi latihan. Juga untuk mereka mengadakan satu cara dan prestasi untuk menjaga (bookkeeping) secara accounting juga diberikan latihan.
Juga terlibat Yang Berhormat Ampang, Butiran 19536, peranan PBT. KUSKOP adalah urus setia kepada Majlis Perundangan Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan (M3PK) yang berfungsi untuk menjadi platform untuk menyediakan input dalam rancangan dan menggubal dasar strategi serta aktiviti yang sesuai bagi membangunkan sektor penjaja dan peniaga kecil. Berperanan sebagai badan perantara, dengan izin, liaison agency ataupun [Tidak jelas] Body di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan-kerjaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan persatuan-persatuan penjaja dan peniaga kecil di Malaysia.
Jadi, di dalam mesyuarat tersebut memang pandangan semua exco-exco negeri akan diambil kira dan juga bantuan-bantuan yang diperlukan akan disalurkan kepada mereka mengikut peruntukan yang telah disediakan. Memang kerjasama yang erat walaupun dari segi exco sama ada dia bersama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Perpaduan ataupun tidak, mereka pun turut hadir dan memberi pandangan mereka di dalam mesyuarat tersebut.
Yang Berhormat Ampang juga merujuk kepada Butiran 3000, hala tuju TEKUN Nasional. Untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, beberapa orang Ahli Yang Berhormat telah membangkit isu berkaitan dengan peruntukan yang lebih tinggi. RM550 juta telah diberikan kepada TEKUN Nasional. Memang peruntukan ini, kenaikan hampir 68 peratus telah diberikan, tetapi peruntukan ini dinaikkan bukan sahaja untuk kegunaan yang menaik, yang meningkat bagi usahawan-usahawan yang memerlukan bantuan.
Kita juga mengambil kira, collection balik. Tadi juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tampin bahawa memang kutipan kita ‘tak dapat kutip semua balik. Bukan semua agensi di bawah kerajaan macam Amanah Ikhtiar Malaysia di mana pengutipan
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
mereka, kadar non-performing loan mereka hanya 0.02 peratus, tetapi setelah Kerajaan Perpaduan ini dua tahun, kami telah membawa angka non-performing loan dan non- collection daripada TEKUN Nasional turun kepada single digit buat masa kali yang pertama.
Strategi jangka panjang, kita juga ada strategi pembiayaan di mana kita menggunakan dana kutipan sebagai satu revolving fund. Kita juga memperluaskan kumpulan sasaran termasuk menggunakan dan melibatkan usahawan asnaf, TVET dan sebagainya. Kita juga mempelbagaikan produk pembiayaan kepada usahawan sasaran termasuk usahawan wanita, OKU, orang asli dan sebagainya.
Pembiayaan alternatif juga diwujudkan walaupun RM550 juta itu sangat tinggi buat kali yang pertama atas usaha dan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan Kerajaan MADANI ini. Strategi pembangunan kapasiti usahawan membantu mengembangkan perniagaan termasuk penskalaan perniagaan, pembungkusan, pensijilan dan sebagainya juga diberikan keutamaan. Strategi akses pasaran memberikan pendedahan kepada usahawan untuk pemasaran digital, kerjasama bersama TikTok Shop, bekerjasama dengan liaison antarabangsa dan secara dalam talian.
Ampang juga membangkitkan isu Butiran 00601, usaha untuk meningkatkan sumbangan PMKS kepada KDNK. Agenda penskalaan PMKS adalah selari dengan usaha kerajaan dalam melonjakkan pertumbuhan ekonomi serta membentuk ekosistem PMKS yang lebih berdaya tahan dan berdaya saing.
Di bawah agenda ini, sasaran telah ditetapkan meningkatkan peratusan syarikat bersaiz sederhana dalam komposisi keseluruhan PMKS kepada lima peratus pada tahun 2023 berbanding dengan 1.8 peratus pada tahun 2023. Inisiatif baharu ini telah dikenal pasti sebagai pemacu utama agenda penskalaan PMKS. Antaranya ialah menggalakkan penyertaan PMKS dalam aktiviti bernilai tambah tinggi, menggalakkan penglibatan dalam modal perniagaan disruptive, memperluaskan ketebaran dalam rangkaian nilai global, meningkatkan penyenaraian syarikat PMKS di pasaran papan.
Juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ampang, Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor diwujudkan sebagai kemudahan bantuan modal permulaan tanpa faedah, zero interest dan tanpa cagaran yang disediakan kepada kontraktor yang melaksanakan projek Kerajaan Persekutuan.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Peruntukan dana skim ini adalah sebanyak RM5 juta sahaja dan merupakan dana pusingan, it’s a revolving fund. Berdasarkan rekod semenjak 2019 sehingga 2025, sebanyak 36 permohonan telah diluluskan dengan nilai pembiayaan sebanyak RM15.44 juta, iaitu melebihi tiga kali ganda saiz dana skim ini. Bagi tempoh tersebut juga sebanyak empat projek kerajaan telah berjaya disiapkan lebih awal melebihi jadual.
Secara keseluruhannya, skim ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada kontraktor dalam memulakan projek, tetapi juga memberi manfaat kepada peningkatan kecekapan pembangunan projek kerajaan dan secara tidak langsung kepada orang awam sebagai pengguna dan— secara umumnya...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menteri, mencelah sekejap.
Sebab saya rasa panjang jawapan Ampang itu. Saya pun dah nak habis.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Belum sampai lagi, belum sampai lagi.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Sikit je.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Saya banyak lagi saya nak baca.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Sikit je saya sebab saya nak jawapan eh.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Eh, Tampin pun nak juga jawapan.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Tak apa, tak apa.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Berkaitan dengan koperasi, berkaitan dengan koperasi.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Bagi saya habis dulu. I tahu Yang Berhormat, saya nak masuk bab koperasi itu sekarang. Sekejap lagi. Okey, saya jawab Yang Berhormat Padang Besar.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar tak ada.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Sorry?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar tak ada.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Padang Besar tak ada. Okey, Padang Besar tak ada. Rasah? Ha, Rasah sahabat saya dia ada.
Okey, Butiran 020500, ini OE ya. Butiran ini merujuk kepada perbelanjaan mengurus yang diluluskan oleh SME Corp. Malaysia bagi tujuan pembayaran emolumen— emolumen, sorry. Bagi bantuan kepada PMKS, SME Corp. Malaysia telah
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
diperuntukkan RM117 juta bagi tahun 2026 untuk melaksanakan lapan program pembangunan PMKS. Melalui peruntukan dan program ini, SME Corp.
Malaysia akan terus melaksanakan inisiatif pembangunan PMKS yang lebih berfokus dan bersasar bagi memperkukuh kapasiti, keupayaan, serta daya saing PMKS di samping memastikan penyampaian program kerajaan kepada golongan sasar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, terancang, dan bersepadu.
Yang Berhormat Rasah juga membangkitkan Butiran 13005 iaitu melibatkan gerakan koperasi. Ini saya jawab bagi Yang Berhormat Temerloh sekali. Langkah pembaharuan yang telah dirancang untuk memastikan gerakan koperasi kekal relevan dan berdaya saing dalam menghadapi perubahan— koperasi kekal relevan dan berdaya saing dalam menghadapi perubahan landskap ekonomi dan global adalah seperti yang berikut. Meliberalisasikan perundangan supaya mesra perniagaan koperasi melalui penggubalan akta koperasi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rasah.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Juga untuk mengukuhkan struktur ekonomi, strategi koperasi khususnya dalam sektor pertanian, peruncitan, perkhidmatan termasuk pelancongan dan pengguna selain perkhidmatan kewangan bagi membina sektor koperasi yang berdaya tahan dan berprestasi tinggi.
Ketiga, memperkasakan elemen digilitasi dalam gerakan koperasi melalui perincian pelan tindakan Digitalisasi Koperasi: DigiKOP 2030.
Keempat, menyediakan program latihan dan bimbingan melalui Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dalam aspek kepimpinan, pengurusan kewangan dan keusahawanan.
Akhir sekali, memperkasakan penubuhan Universiti Keusahawanan Malaysia
(UKKM) yang bertujuan melahirkan graduan terlatih dalam pengurusan koperasi merangkumi aspek kewangan, pentadbiran dan keusahawanan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menteri, nak berkait sikit.
Saya ‘nak bertanya tentang koperasi...
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Saya nak jawab Yang Berhormat Tampin ini, nanti dia marah.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Tak apa. Berkaitan koperasi ini. Koperasi berkaitan Saujana Gemilang Kuala Lumpur.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Jawab Tampin dulu Yang Berhormat.
Jawab Tampin Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Lepas Tampin, kalau...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Seminar— Saujana Gemilang Kuala Lumpur diharap ada sedikit tindakan...
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Lepas...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
...Kerana hampir RM3.0 juta duit telah lesap. Jadi, saya mohon sedikit pencerahan nanti.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat ....
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Boleh. Saya jawab dulu Yang Berhormat Tampin dulu. Kalau Puan Pengerusi izinkan saya...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bagi masa tambahan dua minit.
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Okey. Jadi, saya hanya akan jawab Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat Tampin telah membangkit isu bahawa TEKUN tidak dapat tingkatkan kutipan mereka.
Seperti yang saya maklumkan sekarang— tadi, bahawa pengutipan itu memang telah turun kepada non-performing collection yang paling rendah. Paling rendah kepada angka single digit, dengan izin, tetapi yang ditanya adalah, langkah-langkah TEKUN akan ambil. Kita ada beberapa langkah. Antaranya, penjadualan semula akaun bertunggakan dengan MPF. Kita juga mempergiatkan tindakan undang-undang seperti menghantar notis untuk pembayaran. Diskaun untuk pembayaran secara lump sump juga diberikan.
Kami juga mengadakan kolaborasi dengan AKPK. Bayaran melalui AKPK. Akaun non-performing ini juga dimasukkan dalam experience dan juga CTOS. Kita juga mempergiatkan kutipan daripada khidmat bantuan yang lebih berkesan dan lebih aktif dari segi ibu pejabat TEKUN dan juga melibatkan cawangan sekarang. Dan kita juga memperketatkan kelulusan permohonan baharu, juga yang telah baru-baru ini dilaksanakan adalah kempen bayaran seluruh negara.
Ini telah memberikan kita satu pencapaian yang agak baik, kenapa? Sebab itulah yang harga yang kita dapat berikan pinjaman TEKUN telah dikurangkan dan juga non- perfoming loan yang sedia ada sekarang pun sudah turun kepada angka single digit, dengan izin.
Seterusnya saya akan ke Yang Berhormat Temerloh.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jawab Temerloh, lepas itu gulung.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Okey. Butiran 13005. Yang Berhormat Temerloh, sehingga Disember 2024, jumlah koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah sebanyak 16,284. Saya jawab Kulim-Bandar Baharu pun sekali, soalan ini. Dengan keanggotaan seramai 7.2 juta orang. Daripada ini, sebanyak 62.3 peratus ataupun 10,114 – sorry, 10,141 buah koperasi merupakan status aktif. Dia berstatus aktif.
Manakala, bilangan koperasi yang tidak aktif adalah sebanyak 1,672 buah iaitu merangkumi 10.3 peratus dan 4,471 koperasi berstatus dormant. Sumbangan gerakan koperasi dari segi perolehan adalah berjumlah 68.18 bilion.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menteri, okey terima kasih atas maklumat. Cuma saya ‘nak tahu, bagaimanakah Menteri boleh membantu ataupun apakah bidang tugas yang boleh dibantu berkaitan dengan masalah koperasi yang kutip duit kemudian tidak melaksanakan janji yang dia beri? Apakah yang boleh buat terutamanya saya sebut tadi, Koperasi Saujana Gemilang Kuala Lumpur? Saya harap diambil perhatian perkara itu. Terima kasih.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih. Saya ambil maklum apa yang diberitahu tadi daripada Yang Berhormat Temerloh. Memang Suruhanjaya Koperasi Malaysia kita ada akta kita sendiri. Sekiranya mereka melanggar akta itu ataupun peraturan-peraturan ataupun syarat-syarat yang ada, memang kami akan mengambil tindakan. SKM memang akan ambil tindakan, tetapi berkaitan dengan koperasi yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, seperti yang saya katakan tadi, memang pegawai saya ada di belakang saya, mereka ambil maklum dan saya akan bagi jawapan bertulis berkaitan dengan isu itu. Sama ada mereka melanggar, sama ada tindakan diambil, sama ada tindakan akan diambil, saya memang akan beri penjelasan itu.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Saya faham, terima kasih. Saya dah tunggu ‘dah Puan Pengerusi nak bagi saya tahu. Bagi saya menutup Puan Pengerusi.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Pantun, pantun.
[Ketawa]
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Pantun? Bahaya. Jangan. Setakat ini sajalah penjelasan-penjelasan yang dapat saya berikan mengenai perkara-perkara yang
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
telah dibangkitkan yang berkaitan dengan kementerian ini sepanjang tempoh perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa.
Saya berharap penjelasan tersebut telah dapat menjawab semua perkara- perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi yang saya ‘tak jawab, saya akan menjawab secara bertulis. Kami di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan bahawa Belanjawan 2026 ini dengan penuh komited dan dedikasi dalam memastikan kelangsungan usahawan PMKS dan koperasi di seluruh negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terbaik Menteri.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Layak jadi Menteri. Layak, layak.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya iaitu wang sejumlah RM275,730,700 untuk Kepala B.26 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.26 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.26 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.26 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 17 November 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.28 petang]