Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad, Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Puan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Soalan saya yang pertama.
1. Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad [Simpang Renggam] minta Menteri Komunikasi menyatakan langkah yang akan dan bakal diambil bagi mempertahankan imej kerajaan yang dikatakan tidak dapat mengawal media memburukkan pemimpin dan kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri Komunikasi.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Datuk yang–– YB Yang Berhormat. Sebelum saya mulakan jawapan saya, izinkan saya mengambil sedikit masa untuk merakamkan ucapan takziah yang seterusnya kepada keluarga mendiang Tan Sri Tiong Hiew King atas lah pemergian beliau baru-baru ini.
Mendiang merupakan pengerusi kehormat Media Chinese International Limited di bawah kepimpinan beliau Media Chinese berkembang menjadi salah satu kumpulan media yang paling berpengaruh di rantau ini denganlah penerbitan utama seperti Sin Chew Daily, China Press, Nanyang Siang Pau dan Asia Weekly– Yazhou Zhoukan yang mencapai jutaan pembaca di pelbagai negara.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Sumbangan mendiang dalam memajukan sektor media dan memperkukuh ekonomi tempatan amat besar dan akan terus dikenang sebagai legasi yang berharga. Semoga keluarga mendiang dan juga rakan-rakan media di bawah Media Chinese International Limited dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat kehilangan ini.
Puan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI sentiasa menghormati prinsip kebebasan media sebagai salah satu tunggak penting dalam sistem demokrasi negara. Namun, kebebasan ini perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan berlandaskan etika kewartawanan yang profesional. Media berperanan bukan sahaja untuk memasti keterusan dan akauntabiliti kerajaan tetapi juga untuk memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat adalah sahih, seimbang dan tidak mengelirukan.
Oleh itu, Majlis Media Malaysia (MMM) telah ditubuhkan menerusi Akta Majlis Media Malaysia 2025 [Akta 868] yang berperanan untuk memastikan standard kewartawanan beretika, bertanggungjawab dan profesional diguna pakai oleh pengamal media di Malaysia. Majlis Media Malaysia secara rasminya ditubuhkan pada tahun ini sebaik sahaja Akta 868 berkuat kuasa pada 14 Jun tahun ini dan telah mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama mereka pada 7 November.
Kami mengucapkan tahniah kepada Ahli Majlis MMM yang telah dilantik melalui proses undian oleh Ahli MMM yang terdiri daripada pemain industri media tempatan dengan pencapaian menarik bahawa 50 peratus daripada ahli yang dilantik adalah wanita.
Menerusi AGM tersebut juga, kod tatakelakuan dan juga mekanisme aduan telah diluluskan dengan pindaan menandakan langkah penting ke arah membina ekosistem media yang lebih kukuh, beretika, profesional dan diyakini oleh rakyat.
MMM membariskan tiga kategori utama iaitu syarikat media yang merangkumi pertubuhan, diikuti pengamal media dan pengamal media bebas dan juga orang awam termasuklah badan bukan kerajaan dalam kategori C.
MMM yang berpegang pada prinsip of the media, by the media, for the media dengan izin, bukan hanya berperanan sebagai pengawas etika kewartawanan tetapi juga menyediakan mekanisme untuk menyelesaikan aduan ketidakpastian hati ke atas media yang melindungi masyarakat bagi membina ekosistem media yang bertanggungjawab. Mekanisme tindakan tatatertib di bawah Akta 868 telah diwujudkan bagi membolehkan Majlis mengambil tindakan terhadap ahlinya yang didapati melanggar mana-mana peruntukan di bawah akta ini seperti yang ditetapkan
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
dalam tatalaku, garis panduan, arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh majlis atau lembaga mengikut mana-mana yang berkenaan. Sekian jawapan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Puan Speaker. Tahniah kepada pihak kementerian di atas langkah-langkah dan usaha yang diambil khusus dari mekanisme yang digunakan untuk tujuan memastikan supaya media berperanan dalam menentukan keharmonian dan kestabilan dan khususnya ialah tentang ketulusan dalam setiap dasar kerajaan.
Walau bagaimanapun, adakah Yang Berhormat setuju bahawa kementerian juga perlu turut mempertingkatkan usaha terhadap penglibatan awam, public engagement, dengan–– walaupun ada mekanisme yang baik, walaupun ada dasar yang baik tapi kalau tidak ada penglibatan awam, maka ia nya akan menimbulkan pelbagai persoalan dalam media khusus berhubung dengan imej pemimpin dan negara kita. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat ataslah soalan tambahan tersebut.
Memang saya rasa memang ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian sama dengan rakan-rakan yang lain yang duduk dalam kerajaan untuk selalulah memperjelaskan pendirian dan juga polisi, inisiatif kerajaan kepada warga Malaysia. Jadi sepertilah sebagai contohlah, di bawah JAPEN, kami ada JAPEN digital, inisiatif JAPEN digital di mana JAPEN secara konsisten dan strategik menyebarkan maklumat terperinci mengenai inisiatif dan juga kejayaan kerajaan serta fakta-fakta yang menangkis sebarang maklumat palsu ataupun fitnah.
Selain daripada itu, untuk membantulah orang ramai untuk mengetahui ataupun membezakan mana satu maklumat adalah boleh dipercayai ataupun mana satu berita yang nak semak sama ada berita itu adalah sahih atau tidak, kementerian melalui MCMC juga telah mewujudkan AIFA iaitu Artificial Intelligence Fact-check Assistant di mana orang ramai, orang awam bolehlah mengguna pakai WhatsApp untuk semak sesuatu berita, sama itu informasi tersebut adalah maklumat yang sahih atau tidak.
Puan Teo Nie Ching
Apabila dilancarkan secara rasmi pada 28 Januari sehingga 31 Oktober secara purata AIFA menerima 760 mesej sehari. Jadi, ini menunjukkan bahawa lebih
Puan Teo Nie Ching
ramai warga Malaysia mengetahui kewujudan AIFA dan saya juga harap bahawa AIFA boleh menjadi satu yang berkesan untuk membantu rakyat Malaysia untuk membezakan berita yang palsu, berita yang sahih. Sekian, jawapan saya. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Timbalan Menteri, pada 28 Februari Timbalan Menteri telah mengeluarkan satu kenyataan yang disiarkan di dalam Bernama bahawa kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu. Pada saya, ini merupakan satu kenyataan yang baik untuk kita menangani kewujudan akaun palsu.
Cuma, saya ingin membangkitkan di dalam satu laporan MalaysiaKini pada 30 September 2025 iaitu ada penyiasatan yang telah mendedahkan rangkaian 263 tentera siber naikkan sokongan Perdana Menteri di dalam internet, dalam Facebook dan akaun ini— siasatan ini mendedahkan bahawa 263 ini akaun ini telah pun mengulangi ataupun membuat komen-komen yang sama dalam satu tuduhan atau satu tanggapan untuk menyebarkan persepsi positif yang palsu terhadap Perdana Menteri.
Ia diulangi balik oleh bukan sahaja di kalangan ahli-ahli politik pembangkang tapi di kalangan kerajaan sendiri telah memetik ini sebagai satu bukti bahawa PM telah dipuji oleh akaun palsu. Contohnya, pada 4 Oktober 2025...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ahli Parlimen Pandan menyatakan ia bukti kewujudan cabang PKR Vietnam. Timbalan Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan soalan.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Timbalan Menteri, saya maklum bahawa Menteri telah membuat penafian tetapi dua minggu lepas MalaysiaKini memuatkan video yang membuktikan tentang ataupun mengulangi balik tuduhan ini.
Jadi, soalan saya kenapa kerajaan tidak memanggil MalaysiaKini untuk membuat penjelasan terhadap perkara ini sebab saya yakin benda ini tak betul. Tak kan Perdana Menteri terdesak nak guna akaun palsu untuk nak puji diri sendiri. Jadi,
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
saya fikir MalaysiaKini harus diambil tindakan kerana menyebarkan perkara-perkara yang menyebabkan imej tidak baik Perdana Menteri. Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kalau kerajaan ambil tindakan panggil MalaysiaKini untuk rekod kenyataan, saya percaya sebelah sana juga akan berdiri dan tuduh kerajaan kerana tak hormat kebebasan media. Inilah perbezaan kerajaan ini bersama dengan pihak sana.
Pertama, Meta telah keluarkan kenyataan dan menyatakan bahawa tiada aktiviti-aktiviti abnormal. Itu penjelasan daripada Meta. Sekiranya ada akaun palsu dan saya tak nafi. Saya selalu cakap memang banyak akaun palsu yang telah diwujudkan untuk promote scam. Laporan daripada Reuters juga telah mengesahkan bahawa sebenarnya Meta satu tahun, tahun 2024, 10 peratus punya untung ataupun dia punya rezeki datang daripada advertisement fee yang dibayar oleh scammer tersebut. Jadi, memang ada isu tentang akaun palsu itu. Tetapi kalau dalam kes ini, Meta pun sudah keluarkan kenyataan menyatakan bahawa tidak ada aktiviti-aktiviti abnormal. Jadi, saya rasa kita perlu menerima kenyataan tersebut.
Saya rasa pendirian Kerajaan MADANI yang selalu diulangi oleh PMX ialah kita menghormati kebebasan media. Jadi, walaupun ada artikel yang kandungannya kita tidak tak setuju, kita kurang setuju, kita menyatakan pendirian kita dan tak semestinya kita tiap-tiap kali perlu panggil mereka untuk rekod kenyataan. Saya rasa itu perbezaan yang paling besar antara Kerajaan MADANI bersama sana.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tuan Yang di-Pertua, mohon jawapan kepada soalan nombor 2.
2. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu] minta
Menteri Digital menyatakan
(a) berapakah tempoh masa yang akan diambil bagi membangunkan National Data Bank (Bank Data Kebangsaan) dan bilakah ia akan beroperasi sepenuhnya; dan
(b) apakah protokol-protokol yang diambil bagi menjamin kualiti data, keselamatan dan privacy dan interoperability.
Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Kubang Pasu. Tuan
Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
Yang di-Pertua, pembangunan Bank Data Kebangsaan, National Data Repository
(NDR) merupakan langkah strategik penting yang dicetuskan di bawah agenda Kerajaan MADANI bagi mengukuhkan tadbir urus yang baik, good governance dan memacu Malaysia ke arah menjadi negara kecerdasan buatan (AI) atau AI Nation menjelang tahun 2030.
Inisiatif Bank Data Kebangsaan ini yang disokong di bawah Rancangan Malaysia Ketiga belas pada 31 Julai 2025 adalah salah satu projek penting dalam usaha menjadikan perkhidmatan kerajaan lebih moden dan berasaskan data sejajar dengan ketetapan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Kementerian Digital diberi tanggungjawab utama untuk melaksanakan inisiatif ini.
Tujuan utama Bank Data Kebangsaan ini ialah untuk mengumpulkan dan menyimpankan pelbagai aset data berkualiti tinggi daripada semua kementerian dan sektor kerajaan. Dengan adanya pusat data ini, kerajaan boleh menggunakan maklumat dengan lebih cekap bagi membuatkan keputusan, merancang dasar serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
Buat masa ini Yang Berhormat, Kementerian Digital sedang merangka pelan pelaksanaan NDR ini dijadualkan akan bermula pada tahun 2026 nanti dan antara perkara yang utama yang akan dijalankan termasuklah:
(i) menjalankan kajian menyeluruh tentang keadaan semasa dan keperluan ekosistem data negara kita;
(ii) menetapkan dasar dan garis panduan tadbir urus data di peringkat kebangsaan nanti;
(iii) pembangunan piawaian data agar semua agensi kerajaan menggunakan format data yang sama; dan
(iv) menilai kapasiti infrastruktur dan kemahiran tenaga kerja berkaitan dengan data dan juga mereka bentuk seni bina dan platform teknologi yang akan digunakan bagi NDR nanti.
Pendekatan ini akan membantu memastikan semua sistem kerajaan nanti dapat berkongsi data dengan lebih selamat dan berkesan serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap cara maklumat kerajaan diuruskan.
Aplikasi MyGOV Malaysia juga, Yang Berhormat merupakan inisiatif utama kerajaan untuk memodenkan perkhidmatan dan menyediakannya berasaskan data dengan akses yang lancar pada perkhidmatan digital. Ini memerlukan Bank Data Kebangsaan (NDR) untuk berfungsi sebagai repository national data berkualiti tinggi dan pelbagai sektor. RMK13 ini penting kerana ia membolehkan MyGOV
Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
memaparkan data dan maklumat daripada pelbagai agensi dalam satu platform, menyemak kelayakan secara proaktif serta memudah dan juga mempercepatkan proses permohonan bantuan bagi rakyat.
Untuk memastikan integrasi antara MyGOV dan NDR selamat dan berkesan, beberapa protokol utama mesti dikuatkuasakan termasuk penggunaan data yang disahkan dari sumber dipercayai dan di pelaksanaan persetujuan eksplisit dan juga pengguna yang mana kedua-duanya akan membantu memastikan semua sistem kerajaan dapat berkongsi data dengan lebih selamat dan berkesan serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap cara maklumat kerajaan diuruskan. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Apakah manfaat yang akan diterima oleh rakyat secara langsung dan tidak langsung melalui pelaksanaan NDR ini khususnya dari segi peningkatan kecekapan perkhidmatan kerajaan, provide penyampaian bantuan yang lebih besar serta menggalakkan inovasi dan ekonomi digital.
Seterusnya, mengenai teknologi digital twin. Satu teknologi yang membolehkan operator menggunakan real-time data dan simulasi untuk mempertingkatkan kecekapan proses dan mengurangkan penggunaan tenaga serta menurun kos operasi. Umpamanya industri air. Ia mampu menangani isu kebocoran paip. Soalannya ialah mengenai inisiatif digital twin ini adakah terdapat pilot project yang telah dilaksanakan dan jika ada, mohon Menteri untuk berkongsi dengan Dewan ini hasil pencapaiannya. Bagaimanakah kolaborasi antara agensi atau organisasi diselaraskan bagi penggunaan teknologi ini? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
Terima kasih, Kubang Pasu walaupun soalan begitu panjang. Melalui pelaksanaan National Data Repository (NDR) data daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan akan disatukan di bawah satu platform bersepadu bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kerajaan dan inisiatif ini akan memberi manfaat langsung dan tidak langsung kepada rakyat melalui beberapa aspek utama.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
(i) perkhidmatan digital yang lebih pantas dan cekap tanpa mengulangan maklumat oleh pengguna;
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
(ii) bantuan kerajaan yang lebih bersasar berasaskan data yang tepat terkini membolehkan kerajaan mengenai pasti menerima bantuan sebenar dan seterusnya mengurangkan ketirisan dan juga pertindihan bantuan ya;
(iii) peluang inovasi dan pembangunan ekonomi digital melalui penyediaan data terbuka kepada sektor swasta dan usahawan; dan
(iv) sokongan kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI) tempatan juga Dato' Yang di-Pertua, melalui akses kepada data yang komprehensif dan berkualiti serta kemudahan penyelidikan akademik berasaskan data raya atau big data untuk mengukuhkan dasar awam negara kita.
Sekian, terima kasih
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Digit, boleh bagi jawapan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Digital twin technology.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
Saya bagi jawapan bertulis.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Sekiranya kerajaan berhasrat untuk meneruskan apa ni, cadangan untuk membangunkan Bank Data Kebangsaan ataupun National Data Bank ini, Betong ingin bertanya kepada Menteri adakah kerajaan akan membelanjakan sejumlah peruntukan yang besar untuk kita mengambil kira keperluan infrastruktur dan keperluan teknikal yang lain bagi kita menjamin keselamatan data. Mohon pencerahan daripada Menteri. Terima kasih.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
Terima kasih Betong. Untuk membangunkan Bank Data Kebangsaan, sudah semestinya kita memerlukan sejumlah peruntukan yang mencukupi untuk mengambil kira semua keperluan daripada aspek penyediaan infrastructure pusat data storage untuk menyimpankan
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
data, infrastructure keselamatan untuk melindungi keselamatan data dan juga keperluan-keperluan lain yang berkaitan.
Namun demikian, kerajaan akan meneliti secara mendalam aspek-aspek ini sama ada boleh menggunakan pakar infrastructure sedia ada seperti Pusat Data Sektor Awam (PDSA) dan sistem Rangkaian Telekomunikasi Bersepadu Kerajaan, Government Integrated Telecommunications Network atau ringkasnya MyGoV*Net dan sistem keselamatan perkhidmatan Prasarana Kunci Awam Kerajaan, Government Public Key Infrastructure dan juga the platform perkongsian data terjamin, Malaysia Government Central Data Exchange untuk perkongsian data merentasi agensi, Yang Berhormat.
Dan juga, selain daripada itu, aspek kawalan keselamatan data turut diambil kira sejajar dengan Akta Perkongsian Data 2025 [Akta 864] seperti kawalan capaian dan juga kepada data yang — dan pihak-pihak yang terlibat dalam perkongsian data kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Chong Chieng Jen, Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Puan Speaker. Soalan saya, soalan 3.
3. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah jualan diesel dikurangkan di Semenanjung Malaysia dan apakah penjimatan yang telah dicapai oleh kerajaan akibat daripada rasionalisasi subsidi diesel yang diamalkan oleh Kerajaan sejak Jun 2024.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sejak kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel di bawah program BUDI MySubsidi Diesel yang telah bermula pada 10 Jun 2024, kerajaan telah mendapat penjimatan lebih RM400 juta sebulan dengan penjimatan setahun sekitar RM5 bilion. Penjimatan yang diperoleh ini membolehkan kerajaan menyalurkan semula peruntukan untuk membiayai projek-projek pembangunan serta mengukuhkan jaringan sosial rakyat melalui program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rumah.
Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan telah meningkatkan peruntukan STR dan SARA kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion pada tahun sebelumnya. Ini
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
kemudiannya telah ditingkatkan kepada RM15 bilion melalui program Penghargaan SARA. Kerajaan juga telah memperkenalkan program BUDI MADANI Individu dan BUDI MADANI Agri-Komoditi iaitu bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun kepada individu pemilik kenderaan diesel persendirian.
Golongan petani dan pekebun kecil tertakluk kepada kriteria kelayakan yang ditetapkan. Sehingga 31 Oktober 2025, seramai 320,000 pemilik kenderaan persendirian diesel petani, penternak dan pekebun kecil telah mendapat manfaat dengan jumlah bayaran sebanyak RM850 juta.
Manakala bagi segmen kenderaan pengangkutan darat barangan di bawah program BUDI MADANI Diesel sehingga 30 September 2025, sejumlah 121,618 buah syarikat kenderaan barangan dengan 355,074 buah kenderaan telah diluluskan penggunaan fleet card. Langkah ini dapat memastikan kos operasi sektor logistik tidak meningkat secara mendadak dan barangan keperluan kekal pada harga berpatutan.
Kesimpulannya, di bawah kerangka Ekonomi MADANI, pelaksanaan subsidi bersasar untuk bahan api telah menunjukkan keberkesanan dalam mengurangkan ketirisan, mengoptimumkan perbelanjaan fiskal dan pada masa yang sama, memastikan golongan yang layak terus menerima manfaat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa sebahagian daripada soalan asal saya tidak dijawab iaitu berkenaan adakah jualan diesel dikurangkan di Semenanjung selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel.
Apa yang saya maksud adalah bahawa selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi, kita tahu― sebelum, sebelum pelaksanaan itu, kita tahu diesel yang bersubsidi dan lebih murah daripada harga pasaran banyak diseludup dan dijual ke negara asing pada harga pasaran yang lebih tinggi.
Oleh itu, saya rasa selepas kita menyamakan harga diesel dengan harga pasaran, saya rasa kegiatan penyeludupan diesel akan berhenti kerana tak ada lagi perbezaan harga dan tak ada lagi untung, keuntungan untuk penyeludup itu. Maka, saya ingin tahu sama ada penurun ada— adakah penurunan jualan diesel selepas pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel itu? Dan, jika ada, berapakah penurunan jualan diesel? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Penyasaran subsidi diesel telah dilaksanakan pada 10 Jun tahun lepas, di mana harga pam dinaikkan
Puan Lim Hui Ying
daripada RM2.15 seliter kepada RM3.35 sen seliter iaitu harga tanpa subsidi.
Sebelum penyasaran subsidi, purata jualan diesel bersubsidi di antara bulan Januari hingga Mei 2024 adalah sekitar 770 liter sebulan. Selepas penyasaran subsidi, purata jualan diesel bersubsidi di antara Jun sehingga Disember 2024 adalah sekitar 465 juta liter sebulan. Jadi, ada perbezaan antara kalau perbandingan dengan lima bulan dengan lima bulan.
Pengurangan jualan diesel bersubsidi menunjukkan pengurangan ketirisan subsidi diesel dijangka sebahagian daripada pengurangan tersebut disebabkan kegiatan penyeludupan berkurangan. Pada masa yang sama, jualan diesel secara komersial telah meningkat selepas penyasaran subsidi. Ini bermakna, sebelum ini terdapat kegiatan pembelian diesel bersubsidi daripada stesen minyak yang mungkin digunakan untuk kegunaan komersial tempatan iaitu bagi kegunaan mesin dan generator elektrik di tapak pembinaan atau kilang. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kulim, Kulim- Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Untuk soalan tambahan saya untuk soalan 3 iaitu berkaitan dengan rasionalisasi diesel ini iaitu bagaimanakah kementerian untuk nak menyelesaikan isu penyelewengan diesel terutamanya di nelayanlah iaitu Zon B, Zon C di mana Zon C2 tidak ada lagi subsidi diesel. Jadi, berlakunya penyeludupan dalam Zon B dan juga Zon C kepada Zon C2. Okey.
Yang seterusnya iaitu terdapat kebimbangan juga sebab masih ada rakyat yang layak tetapi tercicir daripada menerima bantuan disebabkan kekangan pendaftaran ataupun data yang tidak lengkap. Juga, saya mohon Menteri Kewangan menjelaskan bagaimanakan kerajaan memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat subsidi petrol melalui pelaksanaan program BUDI MADANI khususnya bagi rakyat luar bandar. Saya ambil contoh iaitu...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya, tak habis lagi soalan. Dia tak boleh nak jawab sat lagi. Bagi nelayan orang asli yang mana mereka kebanyakan tidak ada lesen memandu, apabila nak menggunakan BUDI MADANI, mereka terpaksa ada lesen, tetapi kebanyakan mereka tidak ada lesen. Jadi, apakah kaedah untuk membantu terutamanya nelayan darat orang asli di Malaysia ini? Baik, terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi kaum nelayan, mereka masih layak menerima subsidi diesel pada harga subsidi. Jadi, mereka tidak tertakluk dalam BUDI komoditi atau BUDI individu.
Manakala bagi nelayan, terutamanya mungkin saya― sebab Yang Berhormat sebut banyak tentang nelayan, mungkin saya di sini berikan satu...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat, saya maksudkan C2. C2 tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, tidak boleh tanya macam ini.
Puan Lim Hui Ying
Okey, tak apa. Nanti kalau tak dapat yang spesifik C2 itu, saya akan jawab secara bertulis. Tapi, untuk keseluruhan nelayan, kita memang― yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, lebih kurang 18,000 nelayan termasuk nelayan darat yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia, mereka sudah dimasukkan, dapat melayakkan diri untuk menerima BUDI95.
Juga, kita ada bot persendirian. Juga dibuka kepada bot persendirian yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-sungai Sarawak, di Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah juga. Semua mereka telah layak. Kita telah melayakkan mereka supaya dapat menerima BUDI95 yang kita telah lancarkan di Oktober.
Tetapi, walau bagaimanapun, sekiranya kita masih terbuka. Sekiranya ada golongan-golongan yang mereka rasa mereka tercicir, mereka boleh bangkitkan kepada kita dan kita akan menerusi semua langkah-langkah dan kalau kita dapati mereka memang layak dan perlu diberikan subsidi, kita akan lakukan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tuan Yang di-Pertua, soalan nombor 4.
4. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kasim [Arau] minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) adakah pemilihan kontraktor oleh kementerian akan dibuat secara tertutup atau terbuka dalam projek pemasangan CCTV di 200 sekolah berasrama penuh; dan
(b) di manakah lokasi yang terbaik untuk pemasangan CCTV bagi mengelakkan kes buli berlaku di asrama jikalau berisiko mendedahkan aib pelajar.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Arau.
Kementerian Pendidikan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pembelian dan pemasangan CCTV di 200 buah sekolah berasrama terpilih.
Proses perolehan dilaksanakan secara terbuka melalui sistem ePerolehan berpandukan kepada Pekeliling Perbendaharaan (PK) 2.1 – Perihal Umum yang telah pun menetapkan had nilai dan juga tatacara perolehan yang sedang berkuat kuasa. Perolehan telah dilaksanakan oleh jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah atau sekolah bergantung kepada situasi masing-masing.
Pelaksanaan pembekalan dan pemasangan CCTV dilaksanakan secara strategik melibatkan sinergi merentasi kementerian, agensi KPM dan juga bahagian di bawah KPM yang merangkumi khidmat nasihat dan juga penetapan spesifikasi daripada JKR dan juga Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Malaysia atau CGSO.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, KPM telah membuat pengumuman berkaitan pemasangan CCTV pada 4 September 2025 sebagai sebahagian daripada strategi berfasa bagi memperkukuhkan pengawasan serta mencegah insiden buli dan salah laku di sekolah. KPM tidak menunggu lama selepas pengumuman tersebut dan telah memulakan proses perolehan dengan segera yang seterusnya membawa kepada pelaksanaan pemasangan CCTV bermula 13 Oktober 2025.
Tindakan ini mencerminkan komitmen tinggi KPM dalam memastikan keselamatan murid dan warga sekolah diberikan keutamaan. Sehingga kini, sebanyak 149 daripada 200 buah sekolah telah selesai dipasang CCTV menjadikan pencapaian kini 75 peratus.
Daripada konteks penentuan lokasi pemasangan CCTV, KPM menitikberatkan keseimbangan antara keselamatan murid dan juga privasi berdasarkan khidmat nasihat daripada CGSO. Justeru, CCTV akan dipasang di ruang awam yang strategik seperti laluan utama asrama termasuk pintu masuk dan
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
keluar, kawasan tangga dan koridor, dewan makan, bilik prep, bilik seterika serta kawasan persekitaran blok asrama yang terpencil.
Pada masa yang sama, KPM ingin menegaskan bahawa CCTV tidak akan dipasang di bilik tidur, tandas ataupun ruang persalinan kerana ia boleh mendedahkan aib pelajar dan melanggar prinsip hak asasi serta privasi. Sebagai langkah tambahan, pengawasan di ruang tersebut akan diperkukuhkan melalui rondaan warden secara berjadual. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat, terima kasih di atas jawapan. Soalannya ialah apakah langkah KPM untuk memastikan akses rakaman dan juga hak privasi pelajar dilindungi. Sebagai contoh, siapa yang boleh akses kepada rakaman? Dalam tempoh berapa lama rakaman disimpan? Dan adakah berlaku pemadaman ataupun pemusnahan secara konsisten?
Akhir sekali, Yang Berhormat, soalan ini telah pun ditanya tapi tak dijawab.
Kerajaan telah bagi peruntukan RM9 juta lebih untuk pasang lencana. Tetapi, untuk CCTV, hanya RM3 juta lebih. Apakah Yang Berhormat memikirkan bahawa lebih banyak lagi sekolah yang memerlukan CCTV dan apakah kita patut belanja lebih?
Kerana kita boleh belanja untuk lencana RM9 juta, mengapa kita tidak boleh belanja lebih sedikit untuk CCTV yang merupakan punca kepada permasalahan yang berlaku sekarang?
Tuan Wong Kah Woh
Okey, terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Arau. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Berkenaan dengan langkah-langkah bagaimana kita melindungi privasi anak-anak kita dan bagaimana akses rakaman itu dapat disimpan dan juga siapa yang boleh ada akses.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rakaman seperti yang disediakan atau rakaman CCTV ini, kita akan menyimpan dengan spesifikasi yang sedia ada, boleh menyimpan sekurang-kurangnya 30 hari rakaman dan juga dengan spesifikasi yang telah pun ditentukan .
Dan berkenaan dengan penggunaan dan sama ada dari segi pembekalan, pemasangan ataupun akses dan pentadbiran pengoperasian keseluruhan CCTV ini, kesemuanya telah pun digariskan dalam garis panduan seperti yang telah pun disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya akan mengimbangkan antara keperluan dari
Tuan Wong Kah Woh
segi keselamatan dan, nombor dua, dari segi menjaga privasi ataupun aib pelajar- pelajar kita.
Tadi ada disebut dan dibandingkan peruntukan kepada CCTV dan peruntukan kepada untuk mengedarkan lencana Jalur Gemilang. Saya berharap bahawa tidak ada Ahli Yang Berhormat yang mempersoalkan berkenaan dengan inisiatif pihak KPM untuk mengedarkan lencana Jalur Gemilang pada bulan April yang lepas demi untuk memupuk semangat patriotisme. Saya ingat itu merupakan tanggungjawab kita semua.
Seperti yang saya telah pun tegaskan banyak kali, kesemua perkara ini bukan satu zero-sum game. Kita buat satu, tidak bermaksudnya kita tidak buat perkara yang lain. Kita melaksanakan satu inisiatif dengan peruntukan yang ada, tidak bermaksud peruntukan yang lain kita abaikan.
Dan dalam perkara berkenaan dengan peruntukan bagi CCTV ini, Yang Berhormat Arau, peruntukan RM3 juta telah pun diberikan untuk 200 buah sekolah dan mungkin Yang Berhormat Arau telah pun terlepas pandang yang mana kerajaan juga telah pun mengumumkan satu peruntukan tambahan lagi RM5 juta untuk melengkapkan 333 buah sekolah berasrama yang lain. Dan usaha ini tetap akan diteruskan bagi kebajikan dan juga kepentingan anak-anak kita. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih, Timbalan Speaker.
Soalan saya kepada Timbalan Menteri terbahagi kepada dua. Yang pertama ialah apakah prosedur untuk kita memastikan CCTV ini akan sentiasa berfungsi. Sebab, selalu kita lihat apabila insiden berlaku, apabila nak lihat semula kepada rakaman, maka dimaklumkan bahawa CCTV tidak berfungsi. Itu yang pertama.
Kedua ialah dalam masa akan datang, bolehkah kementerian mempertimbangkan supaya peruntukkan itu disalurkan terus kepada pihak sekolah, sama ada kepada PIBG ataupun lembaga sekolah untuk mereka menjalankan pemasangan CCTV ini? Terima kasih Timbalan Speaker.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kota Melaka. Nombor satu, berkenaan dengan bagaimana kita memastikan CCTV itu mematuhi kehendak dan juga sentiasa berfungsi.
Tanggungjawab itu sudah tentunya terletak dengan pentadbir sekolah masing- masing untuk memastikan bukan sahaja CCTV tetapi berkenaan dengan aset-aset sekolah lain haruslah dijaga dengan baik dan diselenggara dan juga berfungsi.
Tuan Wong Kah Woh
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Melaka, setiap satu set CCTV yang kita tetapkan itu dengan spesifikasi, harga siling dia adalah RM15,000. Maka dengan RM3 juta itu, kita boleh memasang untuk 200 buah sekolah.
Dan cara perolehan dia Puan Yang di-Pertua, KPM menurunkan peruntukan sama ada kepada pihak sekolah ataupun pihak JPN atau PPD. Saya bagi contoh, bagi sekolah-sekolah SMKA, kita buat 32 sekolah dan peruntukan itu kita sampai terus kepada pihak sekolah dan daripada 32 sekolah itu, 32 pembekal telah pun dilantik. Sekolah mempunyai autonomi untuk melantik berdasarkan kepada tatacara perolehan yang sedia ada.
Sama juga dengan katakan kita bagi kepada sekolah berasrama penuh, jumlahnya 28 sekolah, tetapi pada masa yang sama 26 pembekal telah pun dilantik oleh pihak sekolah. Pembekal yang berulang hanya berada di Sarawak kerana atas isu lokasi dan juga logistik. Tetapi yang lain, mereka mempunyai autonomi untuk melantik berdasarkan kepada tatacara kewangan yang sedia ada. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Datuk Seri M. Saravanan, Tapah.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah
Terima kasih Puan Yang di- Pertua, soalan saya nombor 5. Terima kasih.
5. Datuk Seri Saravanan a/l Murugan [Tapah] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan perkembangan terkini mengenai cadangan Skim Kemalangan di Luar Tempat Kerja/Non-Workplace Accident Scheme (SKBBK) oleh PERKESO.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat Tapah.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Memorandum Jemaah Menteri berkaitan Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerjaan (Pindaan) 2025 bagi memberi perlindungan kepada pekerja daripada kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja telah diluluskan oleh Jemaah Menteri di Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah diadakan pada 10 Oktober 2025.
Sehubungan itu, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah membuat bacaan kali pertama Rang Undang-undang Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2025. Bacaan kali kedua bagi rang undang- undang ini akan dibuat pada Mesyuarat kali ini. Terima kasih Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tapah.
Datuk Seri Saravanan a/l Murugan - Tapah
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya kepada Menteri, apakah pendirian kesatuan sekerja terhadap cadangan ini memandangkan hanya pekerja yang perlu membuat caruman. Berdasarkan dengan penelitian dan reaksi daripada pelbagai pihak, kita lihat— boleh lihat ada mix reaction ataupun pandangan bercampur. So, apakah pendirian kesatuan sekerja terhadap perkara ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat Tapah. Untuk makluman, PERKESO telah mengadakan beberapa kali libat urus bersama dengan pemegang taruh iaitu berhubung dengan pelaksanaan perkara ini dan secara umumnya KESUMA sambut baik hasrat ini untuk memperluaskan jaringan perlindungan keselamatan yang sebagaimana Yang Berhormat bentangkan sebentar tadi dan tambah baik itu bolehlah kita perbahaskan dan insya-Allah diperbahaskan dalam masa tempoh, tempoh tidak berapa lama lagi rang undang-undang untuk bacaan kali kedua.
Dan KESUMA melalui PERKESO, libat urus ini sebenarnya dilaksanakan melalui beberapa perkara iaitu medium-medium seperti medium enterprise, medium Malaysian Employers Federation, Kongres Kesatuan Sekerja di dalam perkhidmatan awam iaitu CUEPACS dan Federation of Malaysian Manufacturers ataupun FMM.
Dan perkara ini juga yang akan boleh membawa kepada Rang Undang-undang Keselamatan Sosial yang akan memperkenalkan dari segi empat aspek iaitu:
(i) memperkenalkan sistem bukan bencana kerja;
(ii) takrifan bukan bencana kerja;
(iii) caruman dan fasa pelaksanaan; dan
(iv) perluasan faedah.
Dan saya dapati bahawa perkara ini Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, sangat baik dan perlulah Ahli Dewan menyokong penuh bacaan kali kedua nanti.
Terima kasih Yang Berhormat Tapah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, 80 peratus daripada pencarum di bawah Skim Bencana Kerja tuntutan mereka ditolak kerana tidak termasuk dalam definisi bencana kerja.
Soalan saya, adakah SKBBK ini yang dicadangkan nanti akan melibatkan sebarang tambahan caruman oleh majikan dan juga ahli? Berapakah implikasi
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
kewangan yang akan ditanggung oleh kerajaan untuk melaksanakan skim ini? Dan adakah skim ini juga boleh sertai oleh pencarum yang mencarum di bawah Skim SPPS, Skim Perlindungan Pekerjaan Sendiri? Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Dan sebab itu saya katakan bahawa rang undang-undang kali kedua ini akan kita bentangkan dan di bawah akta tersebut.
Maka kadar pekerjaan sahaja iaitu yang melibatkan 7.63 juta pencarum dan perkara ini kalau saya mengikut statistik yang ada pada saya, bagi tambahan penglibatan penambahan tersebut mengikut kadar-kadar gaji tersebut.
Dan caruman, contohnya caruman syer pekerja untuk SKBBK akan dinaikkan secara peringkat iaitu 0.75 peratus dan untuk tahun pertama dan keduanya satu peratus dan tahun ketiga dan keempat dan kelima, 1.25 peratus.
Untuk tahun keenam dan seterusnya dengan maksimum kadar siling gaji yang bernilai RM6,000.
Jadi, perkara ini yang saya katakan untuk bacaan kali kedua ini yang mendapat perhatian daripada Ahli-ahli Yang Berhormat, yang boleh akan kita bincangkan dalam Dewan yang mulia ini tidak berapa lama lagi. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Mordi Bimol, Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih Puan Speaker, soalan Mas Gading nombor 6.
6. Tuan Mordi anak Bimol [Mas Gading] minta Menteri Komunikasi menyatakan:
(a) statistik kes kecurian dan vandalisme menara telekomunikasi sejak 2024 di Sarawak dan khususnya Mas Gading termasuk kerugian serta tindakan penguatkuasaan; dan
(b) langkah memastikan menara baharu dan naik taraf JENDELA Fasa 2 dilengkapi ciri keselamatan menyeluruh sejak awal pembinaan.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Speaker, terima kasih Ahli Yang Berhormat.
Puan Speaker, Kementerian Komunikasi dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama memberi perkhidmatan, sentiasa bekerjasama dengan pihak penguat kuasa serta penduduk setempat bagi
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
mengurangkan risiko kecurian dan juga vandalisme menara komunikasi serta mengambil langkah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kes isu kecurian dan vandalisme di tapak menara.
Bagi tahun 2024, Sarawak mencatatkan sebanyak tiga kes kecurian dan juga 1,116 kes vandalisme dengan jumlah kerugian yang dianggarkan sebanyak RM9.315 juta. Bagi Parlimen Mas Gading pula, sebanyak tiga kes kecurian dan juga 24 kes vandalisme telah direkodkan dengan jumlah kerugian yang sekitar RM10,463.60.
Sementara itu, bagi tahun ini sehingga suku kedua, Sarawak mencatatkan 33 kes kecurian dan juga 334 kes vandalisme melibatkan kerugian yang sebanyak RM3.481 juta. Di Parlimen Mas Gading terdapat sebanyak empat kes kecurian dan 10 kes vandalisme dengan julah kerugian yang direkodkan sebanyak RM74,341.14.
Bagi meningkatkan keselamatan menara-menara di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), pemberi perkhidmatan telah mengambil langkah memperkasa dengan izin, hardening tapak-tapak menara komunikasi yang berisiko dengan pemasangan kelengkapan anti kecurian dan juga vandalisme seperti pemasangan sesalur, trunking dengan izin ,besi untuk mengelakkan kabel tembaga daripada dipotong dan dicuri.
Selain itu, pemasangan pagar dan juga kunci keselamatan tambahan di ruangan kabinet yang menempatkan peralatan elektronik dan bateri juga turut dilaksanakan bagi melindungi aset tersebut daripada dirosakkan atau dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bagi kawasan yang berisiko tinggi, pemasangan peralatan kamera litar tertutup (CCTV) dan juga sistem penggera turut dilaksanakan bagi membantu mengurangkan risiko kes kecurian dan vandalisme. Di samping itu, peralatan di tapak menara komunikasi juga dilengkapi dengan peranti pengesan, sensor dengan izin, yang akan menghantar isyarat kepada pihak pemberi perkhidmatan sekiranya berlaku pencerobohan atau kerosakan kepada sistem pemancar di tapak menara komunikasi.
Timbalan Menteri Komunikasi - Puan Teo Nie Ching
MCMC dan juga pemain industri juga sedang merangka gerak kerja bagi menjalankan operasi bersepadu bersama PDRM melalui aktiviti lawatan ke premis perniagaan ataupun kumpulan barang lusuh yang menjadi potensi tempat pelupusan barangan seperti kabel, tembaga dan juga bateri dan juga peralatan elektronik.
Sekian, sahaja terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mas Gading.
Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Isu kecurian kabel dan vandalisme di menara telekomunikasi ini bukan perkara baru dan perkara ini semakin menjadi-jadi dan di kawasan saya terdapat kes yang mengambil masa sehingga tiga hari untuk dipulihkan selepas berlaku kecurian kabel.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah kementerian mempunyai pelan intervensi pantas atau rapid response mechanism bagi membolehkan liputan dalam tempoh kurang daripada 24 jam di kawasan luar bandar dan langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dengan agensi lain seperti KPDN dan PDRM bagi mengawal kegiatan penjualan kabel curi kepada pengusaha besi buruk serta memperkenalkan mekanisme pelaporan awal apabila bahan kecurian mencurigakan dikesan. Sekian, terima kasih.
Puan Teo Nie Ching
Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Pertama, kalau kita nampak kes yang rekodkan dan juga kerugian yang telah dicatatkan, kita sebenarnya nampak satu penurunan bukan sahaja bagi lah negeri Sarawak tetapi juga untuk seluruh negara. Untuk tahun 2024 sepanjang tahun, kerugian yang telah diakibatkan oleh kecurian dan juga vandalisme adalah sebanyak RM49.1 juta, tetapi untuk tahun ini setakatlah bulan Jun, kerugian yang dicatatkan adalah RM30 juta.
Untuk mengatasi isu kerana selepas kecurian kah ataupun vandalisme, kita memang memerlukan masa untuk memperbaiki kesemua tapak menara ini sebenarnya adalah dihubungkan dengan Pusat Pemantau Rangkaian ataupun Network Monitoring Centre. Jadi sebarang network down dia akan lah syarikat telco akan mengetahui tentang kes tersebut serta-merta.
Tetapi need time yang diperlukan untuk lah memulih ataupun memperbaiki adalah bergantung kepada beberapa faktor seperti jarak daripada pasukan lokasi kejadian dan pasukan berada di mana, mungkin akan ambil masa yang lebih panjang khasnya untuk kawasan pedalaman. Biasanya secara rajin, gangguan perkhidmatan bolehlah berlangsung selama empat jam sehinggalah lapan jam.
Jadi untuk kes-kes yang disebut olehlah Yang Berhormat beberapa cadangan ataupun beberapa inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh MCMC adalah bagaimana kita hendak tambah baik jaringan lewat ataupun link redundancy. Ini kita perlu berkerjasama dengan lah Sankofa supaya kita adalah satu single point of failure. Kalau kita ada rangkaian gentian optik yang lebih baik, then kita tak ada—
Puan Teo Nie Ching
kita tambah baik link redundancy kita, jadi kita boleh avoid single point of failure jadi— untuk penduduk-penduduk khasnya di kawasan pedalaman.
Mereka tidak akan menghadapi satu keputusan perkhidmatan sepanjang lah tiga hari dan kementerian akan selalu bekerjasama dengan lah pihak PDRM untuk menjalankan Ops Lusuh sekarang selepas kita buat pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia. Penalti telah sebenarnya telah ditingkatkan juga untuk pencuri-pencuri ataupun mereka yang dengan sengajanya buat kes-kes vandalisme.
Sekian sahaja, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dr.
Siti Mastura binti Muhammad, Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Terima kasih Puan Speaker, soalan saya nombor 7.
7. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan strategi kementerian dalam membantu usahawan jeruk buah-buahan bumiputera meningkatkan daya saing termasuk pensijilan halal, standard kualiti dan akses pasaran domestik serta eksport.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Puan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sentiasa komited dalam usaha memperkukuhkan daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana
(PMKS) termasuklah usahawan yang menjalankan perniagaan jeruk buah-buahan ini dengan izin pickle— bukan pickleball ya, Tuan Yang di-Pertua.
Antara inisiatif dan program keusahawanan yang disediakan kepada usahawan PMKS termasuk usahawan jeruk buah-buahan bumiputera yang merangkumi aspek pensijilan halal, standard kualiti dan akses pasaran domestik serta eksport adalah seperti yang berikut.
Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) oleh SME Corp bagi meningkatkan produktiviti pemantauan pensijilan dan juga pelaksanaan aktiviti promosi serta pengiklanan. Sehingga 31 Oktober 2025, sebuah syarikat PMKS yang menjalankan aktiviti perniagaan jeruk telah diluluskan geran bernilai RM500,000 bagi pembelian mesin dan peralatan.
Program Pembangunan Keusahawanan Halal (PPKH) oleh KUSKOP untuk membangunkan usahawan dalam sektor halal dengan memberi fokus kepada tiga elemen yang utama iaitu pensijilan dan standard, pemasaran dan promosi serta sokongan kewangan dan bimbingan teknikal. Ia merangkumi program pembangunan
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
kapasiti industri halal untuk meningkatkan keupayaan usahawan dan koperasi dalam menghasilkan produk serta perkhidmatan halal yang berdaya saing.
Selain itu, di bawah program PPKH, Program Pembangunan Kapasiti Produk Halal (PPKPH) juga disediakan bertujuan memperkukuhkan kapasiti produk halal dari aspek penjenamaan, pembungkusan dan juga pelabelan.
Di samping itu, Program Pengantarabangsaan Usahawan Halal (PPUH) turut dilaksanakan bagi mengembangkan dan mengukuhkan jenama halal Malaysia di pasaran antarabangsa. Skim-skim pembiayaan yang disediakan oleh agensi-agensi pembiayaan di bawah KUSKOP antaranya TEKUN Nasional Berhad, SME Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Bank Rakyat bagi membantu usahawan meningkatkan modal pusingan termasuk pembelian stok, mesin dan peralatan pembungkusan.
Bagi negeri Pulau Pinang, pada tahun 2024 seramai satu usahawan jeruk buah-buahan bumiputera telah menerima pembiayaan sebanyak RM700,000 daripada SME Bank dan seramai enam usahawan jeruk buah-buahan bumiputera telah menerima pembiayaan sebanyak RM173,000 daripada TEKUN Nasional pada 2025.
Dan juga akhir sekali Program Satu Daerah Satu Industri yang dilaksanakan oleh KUSKOP melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) merupakan inisiatif pembangunan ekonomi yang mengetengahkan keunikan produk tempatan berasaskan identiti daerah serta hasil usaha komuniti setempat. Program ini adalah kerjasama dengan kerajaan negeri yang dilaksanakan secara menyeluruh meliputi proses pemilihan industri berpotensi, pembangunan kapasiti, penjenamaan, pembungkusan dan juga pensijilan dan pemasaran. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Terima kasih kepada Timbalan Menteri di atas jawapan yang komprehensif. Kalau orang mai Penang tak makan jeruk, maksudnya memang bukan satu benda yang tak pentinglah. Jadi, mai Penang selain dari pasembor, wajib untuk dapatkan jeruk Pak Ali khususnya.
Jadi, kepada Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan adakah kementerian bercadang untuk menilai semula dasar ataupun langkah bagi menyokong usahawan muda khususnya bagi menceburi industri jeruk buah-buahan tempatan dengan lebih meluas memandangkan Malaysia menjadi Pengerusi kepada ASEAN. Dan adakah kementerian boleh membantu pekebun-pekebun buah
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
tempatan bagi menjadi pembekal berkualiti dalam menyokong perkembangan industri jeruk buah-buahan ini?
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih atas soalan tambahan.
Memang kita akan bantu usahawan. Contohnya, maksimum geran yang diberikan melalui BEEP adalah sehingga RM500,000 seperti yang dimaklumkan tadi. Of course, kalau kita lihat perusahaan mikro yang dibenarkan memohon daripada Program BEEP ini, dia senang proses dia. Dia melalui beroperasi di perniagaan premis sahaja yang sah, jualan tahunan yang lebih daripada RM100,000 dan sekiranya memulakan perniagaan, syarikat perlu beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan dan mencapai jualan tahunan RM100,000.
Kalau untuk pakej bantuan memang kita ada bagi pakej bantuan dari segi produktiviti automasi, aplikasi dalam talian e-dagang, e-pembayaran dan juga aplikasi ICT. Peningkatan pembungkusan produk, pembangunan penjenamaan dan promosi, Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) juga turut disediakan.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Pembangunan dan inovasi produk dan juga kementerian akan membantu bagi mereka yang masuk dalam bidang jeruk ini untuk disenaraikan di pasaran Bursa Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, 2025 sebanyak 17 juta diperuntukkan untuk pembangunan industri halal dan vendor di bawah KUSKOP. Namun, saya dah semak untuk tahun 2026, butiran tersebut tidak wujud lagi. Soalan saya ini tak adil Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa butiran ini dikeluarkan daripada perbelanjaan KUSKOP?
Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah KUSKOP sudah tidak lagi diberikan peranan bagi— dalam soal pengurusan pensijilan halal terhadap para usahawan bermula tahun 2026, terutamanya usahawan-usahawan bumiputera di luar bandar? Saya fikir KUSKOP juga wajar diberikan peranan kerana dekat di hati para usahawan. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tampin. Memang kepada 2017, kita telah diberikan 17 juta untuk program-program tujuan pensijilan, packaging, tambah baik kapasiti dan produktiviti eksport. Tetapi betul yang diberitahu kepada Dewan yang mulia ini, bagi tahun ini memang 17 juta itu tidak disediakan kerana ada program dan usaha untuk
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
meluluskan Suruhanjaya Halal bawah HDC. HDC itu Halal Development Corporation. Memang program ini akan dijalankan, tujuan dia untuk memberikan satu produktiviti yang lebih baik untuk pensijilan.
Memang kementerian juga ada Bank Rakyat, AIM dan TEKUN untuk membantu dari segi industri makanan, dalam konteks industri makanan. Juga untuk membaikkan packaging, semua agensi pun ada diberikan RM30,000 untuk usahawan-usahawan melibatkan diri mereka untuk membaikkan packaging mereka.
Geran juga disediakan, bantuan untuk setiap usahawan pada 2025, 10,000.
Memang kementerian ingin bekerjasama dengan usahawan-usahawan ini, tetapi mungkin sebab adanya akan diwujudkan Suruhanjaya Halal, Suruhanjaya Halal akan mengambil alih semua pergerakan dan bantuan untuk pensijilan.
Memang bukan sahaja untuk jeruk, tetapi buah pala juga dimasukkan. Contohnya kalau dengan izin Yang Berhormat, nutmeg. Kita telah membuat kajian, tetapi kriteria dia tidak diluluskan sebab apa? Dia tidak memenuhi kriteria yang disediakan. Jeruk basah, buah pala memang dia kering.
Juga di bawah SDSI, program SDSI kita ada buat. Contohnya kalau di Penang, kita ada bagi bantuan kepada Jeruk Pak Ali. Memang tujuan kita nak bantu usahawan, tetapi kalau wujudnya satu suruhanjaya untuk membantu semua, one- stop center, saya ingat memang itu adalah langkah yang bagus juga. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Puan Hajah Rodziah binti Ismail, Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Saya mohon jawapan daripada Menteri, soalan nombor 8.
8. Puan Hajah Rodziah binti Ismail [Ampang] minta Menteri Kewangan menyatakan sebarang perancangan untuk menggariskan kerangka dasar, undang- undang, peraturan dan kawal selia khusus buat tokenisasi aset dan aset digital mengguna pakai "Distributed Ledger Technology" terutama "blockchain" serta status terkini dan hala tuju agenda Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC).
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Timbalan Menteri Kewangan.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Di sini sebelum saya mula, saya ingin minta satu minit atau dua minit lebihan untuk jawab soalan daripada Yang Berhormat Ampang.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menggunakan pendekatan serampang dua mata atau dengan izin, two-pronged approach untuk membangunkan industri aset digital iaitu penyediaan akses yang bertanggungjawab kepada mata wang digital seperti aset kripto serta token digital, seperti token utiliti dan menggalakkan inovasi pasaran model berasaskan teknologi blockchain seperti tokenisasi bon, dana dan ekuiti.
Sejak 2019, SC telah menetapkan takrifan jelas bagi mata wang digital dan token digital sebagai sekuriti melalui Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan— itu dalam — (Penetapan Sekuriti) (Mata Wang Digital dan Token Digital) 2019 atau PO 2019 mengikut prinsip risiko sama, peraturan sama. Ini membolehkan peserta pasaran modal tradisional seperti broker dan pengurus dana mengakses aset baharu ini.
Bagi memenuhi keperluan rangka kawal selia yang lebih khusus untuk menyokong aktiviti pasaran modal baharu berkaitan aset digital, SC juga telah memperkenalkan garis panduan yang diiktiraf pada 2019 atau dengan izin, Guidelines on Recognized Markets dan Garis Panduan Aset Digital, Guidelines on Digital Assets yang merangkumi perdagangan, penjagaan dan pengeluaran token digital.
Seiring dengan perkembangan aset digital serantau, pihak SC telah mengeluarkan Kertas Perundingan Awam pada Jun 2025 mengenai cadangan pindaan garis panduan Digital Asset Exchange (DAX) yang bertujuan untuk memperkukuhkan pasaran aset digital tempatan melalui penyenaraian aset yang lebih meluas serta menaik taraf keperluan untuk mengendalikan pasaran DAX bagi memastikan perlindungan pelabur terjamin.
Pada 2025, SC telah membuat pindaan kepada PO 2019 bagi memberi kejelasan bahawa token sekuriti yang dikeluarkan melalui teknologi blockchain adalah dikawal selia sebagai sekuriti asas. Contoh, a token bon adalah diiktiraf sebagai board dan sebagainya. Oleh itu, pindaan ini membolehkan peserta pasaran modal menawarkan token sekuriti mengikut rangka kerja kawal selia dan garis panduan induk sedia ada.
Sebagai panduan kepada industri berkaitan pengurusan risiko yang wujud dalam produk dan perkhidmatan pasaran modal menggunakan teknologi blockchain, SC telah mengeluarkan Kertas Perundingan Awam pada Mei 2025 sebagai kerangka kawal selia tokenisasi aset. Di samping menambah baik rangka kawal selia yang sedia ada, pihak SC juga terlibat dalam projek perintis tokenisasi aset seperti token
Puan Lim Hui Ying
bon, melancarkan sandbox kawal selia bagi penerokaan inovasi yang lebih mendalam dan mengadakan sesi libat urus industri untuk meningkatkan keupayaan dan pemahaman teknologi blockchain. Landskap aset digital yang berkembang pesat dan semakin inovatif dalam mendorong bank-bank pusat seluruh dunia untuk menilai kewajaran mengeluarkan Mata Wang Digital Bank Pusat atau Central Bank Digital Currency (CBDC), Bank Negara Malaysia juga sedang menilai secara aktif potensi CBDC serta teknologi lejar teragih atau dengan izin, distributed ledger technology (DLT) bagi menyokong objektif dasar awam.
Dalam usaha ini, Bank Negara telah melaksanakan pembuktian konsep atau dengan izin, proof of concept (POC) untuk CBDC borang domestik— borong domestik, minta maaf. Yang dijangka selesai menjelang akhir tahun ini. Langkah ini bertujuan untuk menilai potensi CBDC dalam persekitaran terkawal bagi memperkukuh sistem pembayaran borong negara rentas serta meningkatkan kefahaman dan keupayaan Bank Negara dan industri kewangan berkaitan potensi DLT dan CBDC. Ini bagi memastikan tahap ketersediaan negara dalam menyokong potensi pengeluaran CBDC pada masa hadapan.
Bank Negara turut terlibat secara aktif dalam projek inovasi CBDC borong rentas sempadan yang dikendali oleh Bank of International Settlements Innovation Hub dengan izin, bersama beberapa bank pusat lain. Antaranya termasuk Project Dunbar, Project Mandala dan Project Rialto yang meneroka penggunaan CBDC atau multi–CBDC untuk memudahkan pembayaran rentas sempadan borong secara lebih cekap, pantas dan selamat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ampang.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Terima kasih Timbalan Menteri. Penjelasan yang begitu baik tentang tokenisasi ini, tetapi kita lihat dekat sini, kita maklum bahawa DTL ini ataupun DLT ini, minta maaf, distributed ledger technology dan blockchain ini mengubah sekarang ini banyak landskap. Landskap kewangan, pelaburan dan juga urus tadbir digital di dunia ini.
Jadi, kebimbangan Ampang, apakah Malaysia supaya tidak ketinggalan ini, apakah sebenarnya soalan tambahan saya, bolehkah Timbalan Menteri menjawab, menjelaskan tentang dapatan. Tadi ada sebut tentang hasil proof of concept, apakah dapatannya berhubung pelaksanaan Mata Wang Digital Bank Pusat ataupun CBDC setakat ini serta ada garis masa tak bagi penilaian fasa seterusnya?
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Soalan seterusnya, adakah Bank Negara Malaysia tadi— ada tadi Timbalan Menteri menjawab, kini menumpukan hanya kepada pelaksanaan wholesale CBDC untuk urus niaga antara institusi kewangan atau mungkinkah turut mempertimbangkan pembangunan retail CBDC bagi kegunaan awam juga? Sebab tadi banyak dijawab tadi, berkaitan dengan institusi kewangan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jadi, kalau ada dalam kegunaan awam supaya sejajar dengan transformasi pendigitalan sistem kewangan negara dan keperluan transaksi harian rakyat. Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Ampang. Penggunaan teknologi blockchain berpotensi besar untuk meningkatkan kecekapan dalam sektor kewangan dan ekonomi secara menyeluruh.
Bank Negara sedang menilai potensi penggunaan mata wang digital pusat borong atau seperti yang disebutkan itu wholesale central bank digital currency, dengan izin, di Malaysia. Bank Negara sedang meneroka penggunaan CBDC borong domestik melalui pembuktian konsep bersama institusi-institusi kewangan domestik terpilih dengan matlamat untuk mempertingkatkan dan memperkukuh sistem pembayaran borong Malaysia, RENTAS.
Dalam meneroka potensi teknologi blockchain, Bank Negara mengamalkan pendekatan inovasi yang bertanggungjawab dalam sektor kewangan di Malaysia.
Pendekatan ini bertujuan mewujudkan persekitaran yang menyokong penerokaan kes penggunaan aset digital yang berwibawa oleh pemain industri sambil memastikan mandat utama Bank Negara terhadap kestabilan kewangan dan monetari terus terpelihara.
Walaupun tokenisasi menawarkan pelbagai manfaat, perlaksanaan inovasi ini perlu juga disertai dengan pendekatan pengurusan risiko yang sesuai. Kajian terus dijalankan terhadap kekangan undang-undang berkaitan dengan pengeluaran whosale CBDC bagi mengenal pasti penyelesaian perundangan yang sesuai untuk menangani kekangan tersebut.
Selain itu dalam usaha menilai potensi penggunaan mata wang digital bank pusat dalam transaksi rentas sempadan, Bank Negara turut memantau perkembangan projek-projek lain oleh Bank for International Settlements Innovation Hub yang bertujuan untuk meningkatkan atau mempertingkatkan sistem pembayaran rentas sempadan. Juga, Bank Negara bersama-sama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan terus menyokong usaha untuk membina tahap kesediaan, tahap
Puan Lim Hui Ying
ke arah penerokaan dan penggunaan teknologi tokenisasi dalam sektor kewangan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Puan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Saya nak bangkitkan beberapa soalan berkenaan dengan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Satu soalan sahaja.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Satu soalan, ya. Satu soalan.
Jadi, soalannya begini, dia bersangkutan. Dalam usaha kerajaan meneroka perlaksanaan tokenisasi aset dan mata wang digital bank pusat (CBDC), sejauh manakah kerajaan bersedia menggubal satu rangka kawal selia bersepadu yang bukan hanya melibatkan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti tetapi turut merangkumi Agensi Keselamatan Siber serta Unit Risikan Forensik Kewangan Negara?
Ini penting bagi mengelakkan risiko manipulasi pasaran, penggubahan wang haram serta pengaliran keluar modal secara tidak sah apabila aset digital dan sistem blockchain beroperasi secara rentas sempadan tanpa kawalan pusat yang kukuh.
Apakah jaminan kerajaan bahawa perlaksanaan CBDC ini tidak akan membuka ruang kepada campur tangan kuasa besar atau pengawasan digital asing terhadap data kewangan rakyat Malaysia khususnya apabila transaksi digital ini memerlukan interoperability dengan sistem mata wang digital luar negara seperti Digital Yuan atau Fedcoin? Adakah kerajaan telah menilai dimensi kedaulatan digital dan keselamatan ekonomi dalam hala tuju pelaksanaan CBDC supaya agenda inovasi kewangan ini tidak berubah menjadi bentuk baharu penjajahan ekonomi digital? Sekian.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pendang dan kami mengambil perhatian tentang cadangan- cadangan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pendang.
Kerajaan akui bahawa teknologi tokenisasi dan penggunaan Distributed Ledger Technology (DLT) mempunyai potensi yang tinggi yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia. Oleh itu, kerajaan mengambil pendekatan yang terbuka dan menyokong pertumbuhan ini secara berhemat dan bertanggungjawab.
Sejak beberapa tahun dahulu, untuk menyokong pembangunan sektor ini, kedua-dua pengawal selia, iaitu SC dan Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan
Puan Lim Hui Ying
peraturan dan garis panduan berkenaan. Sebarang rangka kerja masa hadapan akan mengambil kira keperluan untuk mengimbangi inovasi dengan kestabilan kewangan perlindungan pelabur dan pematuhan terhadap undang-undang yang sedia ada.
Memandangkan sektor ini sedang berkembang secara begitu pesat, SC dan Bank Negara telah pun menerbitkan kertas perbincangan masing-masing untuk mendapatkan pandangan daripada semua pemegang-pemegang taruh.
Jadi, kerajaan di sini akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan termasuk pengawal selia, industri, badan penasihat syariah, mungkin dari segi siber bagi memastikan keselarasan dengan keutamaan negara dan piawaian antarabangsa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib, Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengalu- alukan guru dan pelajar daripada Presint 5, Putrajaya.
[Tepuk] Datuk Yang di-Pertua, Ikan toman ikan bilis, Ikan patin ikan tenggalan; YB Rahman dari Lipis, Soalan Maran nombor sembilan.
9. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan mengapakah TVET dan elaun sara hidup di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dihentikan semenjak beberapa tahun yang lalu yang telah memberikan tekanan buat pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Maran. Tak pandai nak balas pantun.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sentiasa beriltizam, memastikan rakyat Malaysia termasuk golongan belia mendapat akses kepada latihan kemahiran yang relevan, inklusif, dan selari dengan keperluan pasaran kerja semasa. Dalam hubungan itu, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dipertanggungjawabkan untuk melahirkan bakat baharu dan menarik minat golongan belia untuk menyertai aliran TVET melalui pembiayaan latihan kemahiran.
Fokus pembiayaan tahun 2025 telah menjurus kepada program kemahiran terutamanya untuk sektor dan industri, dengan izin, high-growth high-value
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
sebagaimana bidang keutamaan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 seperti penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih electric vehicles, aeroangkasa, dan artificial intelligence (AI).
Untuk makluman Dewan yang mulia, sehingga Ogos 2025, PTPK telah meluluskan pinjaman dan punyai komitmen pembiayaan aktif berjumlah RM524 juta, melibatkan 52,098 orang pelajar dan 306 pusat latihan. Daripada jumlah tersebut, seramai 21,947 orang pelajar telah diluluskan pinjaman mereka pada tahun 2025.
Semua pelajar yang diluluskan pinjaman masih terus menerima pembiayaan dan elaun sara hidup seperti biasa. Malah, elaun sara hidup kini telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM800 bagi setiap pelajar.
Dakwaan menyatakan PTPK telah beberapa kali menghentikan pembiayaan pinjaman pelajaran dan elaun sara hidup bulanan adalah tidak berasas sama sekali.
Hakikatnya tiada seorang pun pelajar yang sudah diluluskan pinjaman diberhentikan pembiayaan mereka. PTPK telah mengeluarkan kenyataan media pada 11 September 2025 bagi menangkis tohmahan tersebut.
Bagi perancangan masa hadapan, pengagihan dana PTPK akan berdasarkan keutamaan seperti yang berikut:
(i) program berimpak tinggi;
(ii) rekod prestasi bayaran balik pinjaman;
(iii) pematuhan terhadap syarat permohonan termasuk rayuan; dan
(iv) penempatan pekerjaan selepas tamat latihan.
Berdasarkan kepada pendekatan baharu berasaskan performance-based budgeting dan prinsip value for money, PTPK yakin bahawa keberkesanan dan kelangsungan dana akan terus terjamin sekali gus memastikan para pelajar mengikuti kursus yang lebih berkualiti, memperoleh kelayakan yang lebih baik, dan mempunyai masa hadapan yang lebih terjamin. PTPK sentiasa memastikan setiap program yang dilaksanakan benar-benar berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa. Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Timbalan Menteri. Saya ingin tahu setiap Tabung Pembangunan Kemahiran yang ditubuhkan, berapa jumlah pelajar yang telah kita berikan pinjaman dan berikan latihan? Dan berapa peruntukan yang telah pun dikeluarkan untuk tujuan ini? Dan apakah semua pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman ini telah mendapat pekerjaan? Dan apakah kerajaan atau kementerian
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
bercadang untuk mempertimbangkan penglibatan sektor swasta atau industri dalam menaja semula, menaja bersama pelajar-pelajar yang mendapat bantuan daripada PTPK? Terima kasih banyak.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran sebentar tadi sebenarnya pada hakikatnya telah terjawab dan daripada jumlah tersebut, seramai— pada tahun ini saja, daripada 306 pusat, seramai 21,948 pelajar telah diluluskan pinjaman. Tinggal lagi persoalan–– dan kita sekarang pun dah dinaikkan elaun tersebut daripada RM400— kepada RM400.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dan, persoalan yang terakhir yang dibangkitkan oleh Maran, adakah kerjasama dengan swasta? Itu sudah pasti. Kerjasama dengan swasta sekiranya mendapati syarat-syarat yang kita katakan sebentar tadi bahawa empat perkara yang perlu dipatuhi yang saya sebutkan tadi dan sudah pastilah pada hari ini, kita hendak mengikuti perkembangan semasa. Perkembangan semasa itu adalah yang saya katakan tadi berasaskan performance-based budgeting dan prinsip value for money. Ertinya yang penglibatan kolej-kolej swasta ini mestilah mengikuti perkembangan seperti kursus-kursus yang ada pada hari ini yang boleh membawa impak besar kepada negara itu sendiri.
Kita tidak mahu lagi, kita keluarkan begitu besar sehingga melebihi RM500 juta kita keluarkan tetapi impak yang besar. Dan dari segi pekerjaan, itu yang kita nyatakan supaya impak yang besar inilah yang memboleh, membawa kepada pekerjaan yang boleh. Tapi dari segi ADTEC kita, lebih kurang hampir 100 peratus pelajar dapat pekerjaan, hampir 100 peratus, yang tak dapat kerana memilih pekerjaan. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri, memandangkan dalam pelbagai skim TVET di bawah pelbagai kementerian termasuk dalam KESUMA dan lain-lain agensi, adakah KESUMA akan menyelaraskan semula sistem pembiayaan pelatih TVET ini supaya tidak berlaku pertindihan termasuk di dalam institusi awam dan swasta supaya semua kadar elaun ni seragam dan adil. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Perkara itu yang dibangkitkan oleh Batu Pahat sebentar tadi sudah pasti dilakukan dari segi contoh perseragaman dan lantaran itu, kita juga
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
melihat dari segi keperluan semasa. Dan, sebab itu saya katakan tadi bahawa kita telah menaikkan elaun daripada 400 kepada 800 supaya kita melihat keadaan semasa yang boleh membawa kepada pembiayaan mereka semasa dengan cost of living dan sebagainya, kita sudah pasti mengkaji perkara-perkara tersebut.
Tetapi dari segi universiti kerajaan, itu di bawah pembiayaan Kementerian Pengajian Tinggi. Kajian itu dibuat oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan kami adalah membuat dari segi kajian, pembiayaan melalui kolej-kolej swasta. Dan kolej- kolej swasta ini juga, saya katakan tadi bahawa kesan yang impak yang tinggi itu yang perlu kita kaji sebab kita tidak mahu mereka keluar dengan ada sijil umpamanya, mereka tidak susah untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan inilah yang kita sangat-sangat kaji supaya impak yang sangat besar itu boleh membawa kepada keberkesanan mereka itu.
Dan, kita tahu bahawa kementerian melalui MTVET sedang selaras secara keseluruhan sistem TVET itu dan penubuhan suruhanjaya TVET telah kita lakukan untuk masa-masa hadapan ini tidak lagi sentiasa berubah-ubah. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu, Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Soalan saya nombor 10.
10. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Pendidikan menyatakan dasar komprehensif kementerian untuk menjamin kelestarian pendidikan Tamil di Malaysia termasuk pelan jangka panjang menambah baik infrastruktur, memperkukuh kurikulum serta memperteguh kedudukan sekolah vernakular dalam kerangka Perlembagaan dan aspirasi pendidikan nasional.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Batu Gajah.
Kementerian Pendidikan sentiasa komited untuk menjamin kelestarian pendidikan pelbagai aliran termasuk pendidikan Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Akta Pendidikan 1996 dan juga aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Pendekatan ini berpaksikan prinsip inklusif, ekuiti dan kualiti agar semua murid – setiap murid mendapat peluang pendidikan yang setara tanpa mengira latar belakang. Kedudukan SJKT dijamin di bawah Akta Pendidikan 1996, seksyen 28(1) dan juga Dasar Pendidikan Negara dengan komitmen KPM untuk mengekalkan
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
identiti bahasa dan juga budaya di samping memastikan akses, ekuiti dan juga kualiti pendidikan yang setara.
KPM menghormati hak ibu bapa untuk memilih aliran sekolah yang paling sesuai bagi anak masing-masing. Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, bahasa Tamil menjadi bahasa pengantar bagi memudahkan pemahaman konsep dan memperkukuhkan penguasaan bahasa ibunda dengan kurikulum kebangsaan diguna pakai.
Pada masa yang sama, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kekal sebagai mata pelajaran wajib di SJKT supaya mereka dapat menguasai, anak-anak kita dapat menguasai bahasa kebangsaan. Aktiviti kokurikulum di SJK(T) seperti sambutan perayaan, persatuan bahasa dan juga kebudayaan serta pertandingan berasaskan warisan turut disokong bagi memelihara identiti budaya bangsa India.
Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026–2035 yang sedang dibangunkan. Tumpuan-tumpuan khusus diberikan kepada aspek-aspek penting dalam pendidikan untuk semua aliran sekolah. Dari segi infrastruktur, usaha dilaksanakan untuk menaik taraf sekolah daif, membina semula bangunan serta menyediakan kemudahan asas seperti makmal sains, perpustakaan, bilik darjah yang kondusif, kemudahan ICT bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan juga moden.
Dari segi kurikulum dan juga kualiti guru pula, KPM memastikan kurikulum kebangsaan diadaptasi secara relevan dengan mengukuhkan penguasaan bahasa Tamil, bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris, di samping menyediakan latihan pembangunan profesional berterusan kepada para guru kita di sekolah. Sekian, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya ucapkan tahniah atas pengumuman pembinaan SJKT Ladang Jeram dalam Bajet 2026. Bilakah projek ini akan dimulakan dan apakah kemudahan-kemudahan yang bakal disediakan? Selain itu, apakah rancangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menaik taraf SJKT lain yang masih daif?
Dan apakah proses relokasi akan dilaksanakan bagi sekolah yang kurang murid?
Sekian, terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Batu Gajah. Seperti Yang Berhormat Batu Gajah sebut tadi, SJKT Ladang Jeram telah pun— pembinaan semula SJK(T)
Tuan Wong Kah Woh
Ladang Jeram telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tambun dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang lepas.
Dan, KPM sekarang kini dalam proses untuk persediaan kerja-kerja awalan yang mana SJK(T) Ladang Jeram ini akan terletak di atas sebahagian tanah milik Persekutuan di atas geran 49529, Lot 122267 Mukim Beserah, Daerah Kuantan, Pahang dan bahagian tanah yang terlibat adalah lebih kurang tiga ekar.
Dalam rancangan KPM, pembangunan baharu SJK(T) Ladang Jeram, Kuantan, Pahang ini akan mengandungi enam bilik darjah Yang Berhormat dengan kemudahan-kemudahan lain mengikut piawai dan siling peruntukan yang telah pun disediakan adalah pada siling RM22 juta. Itu berkenaan dengan SJK(T) Ladang Jeram, bagi kita untuk menyediakan ruang pembelajaran yang mencukupi dan juga menepati piawaian KPM untuk sekolah-sekolah yang lebih kondusif bagi tujuan akademik dan juga kokurikulum murid.
Isu kedua yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan pembinaan semula bangunan-bangunan daif SJK(T) yang ada. Suka saya sebut di sini Yang Berhormat Batu Gajah yang mana pada tahun lepas, 2024 kita telah pun menyiapkan projek- projek bagi projek bangunan tambahan ataupun projek relokasi seperti berikut yang telah pun beroperasi. SJK(T) Ladang Sagga, bangunan tambahan siap pada tahun 2024 dan telah pun beroperasi. SJKT Simpang Pertang; relokasi, SJK(T) Ladang Braunston; relokasi, SJK(T) Seafield; relokasi. Kesemuanya tahun lepas, 2024.
Tahun lepas ada satu buah sekolah baharu SJK(T) Heawood telah pun beroperasi dan telah pun dibuka secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri kita. Tahun ini dua sekolah telah pun beroperasi, SJK(T) Ladang Sungai Reyla, di Sungai Siput, Perak. Relokasi pada tahun 2025 dan beroperasi dan bangunan tambahan bagi SJK(T) Ladang Effingham telah pun mula beroperasi tahun ini juga.
Dan, untuk makluman Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan sekolah- sekolah yang mempunyai bangunan daif seperti dengan sekolah-sekolah lain, SJK(T) turut diberikan perhatian penuh yang mana ada satu projek sekolah daif di SJK(T) Dengkil yang telah pun diluluskan di bawah RMK12. SST telah diberikan pada bulan November 2024, kemajuan dia 17 peratus, jadual dan kemajuan semasa 23.95 peratus.
Tuan Wong Kah Woh
Ini telah pun lebih awal 31 hari daripada jadual. Dan akhirnya, pada pembentangan ataupun belanjawan tahun hadapan, RP1 RMK13 telah pun
Tuan Wong Kah Woh
diluluskan satu pembinaan semula bangunan daif SJK(T) Gopeng di Perak, dengan skop kerja meroboh tiga blok bangunan daif sedia ada dan membina blok bangunan gantian sebanyak enam bilik darjah, pejabat pentadbiran dan pejabat guru dan juga, stor sukan dan juga bangunan-bangunan tambahan yang lain. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Puan Speaker.
Timbalan Menteri, masalah kekurangan murid di SJK(T) ini menjadi isu yang membimbangkan, terutamanya di kawasan luar bandar dan bekas kawasan estet.
Faktor penghijrahan penduduk dan penutupan estet menyebabkan populasi setempat berkurangan, sekali gus menjejaskan jumlah pendaftaran murid.
Soalan tambahan Pasir Salak, apakah langkah-langkah strategik yang sedang atau akan diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah kekurangan murid di SJK(T) di beberapa kawasan? Termasuk pendekatan yang boleh dilaksanakan tanpa membebankan kewangan kerajaan secara langsung. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Pasir Salak, atas persoalan berkenaan dengan sekolah-sekolah kurang murid. Memang kita ada sekolah-sekolah pelbagai aliran.
Biarpun Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang mengalami isu berkenaan dengan isu kekurangan murid, yang mana pendekatan yang diambil oleh pihak KPM untuk menangani isu ataupun mengendalikan sekolah-sekolah kurang murid ini, termasuklah nombor satu, kita mengadakan kelas bercantum.
Kelas bercantum maksud dia, untuk sekolah yang kurang daripada 30 orang murid. Tahun 2, Tahun 3, belajar dalam satu kelas yang sama. 4 dan 5, belajar dalam satu kelas yang sama. So, itu adalah pendekatan pertama iaitu pendekatan kelas bercantum.
Pendekatan kedua adalah kekal di lokasi yang sedia ada kerana kita mengambil maklum bahawa ada sesetengah sekolah yang mana di kawasan berdekatan tidak— memang tidak ada sekolah pun. Maka, sekiranya sekolah itu adalah sekolah kurang murid ataupun kurang daripada 30 atau 20 pun, kita perlu kekalkan untuk memastikan akses pendidikan itu sampai.
Yang ketiga, yang amat praktikal adalah dari segi relokasi iaitu untuk memindah lokasi sekolah kurang murid yang sedia ada, daripada kawasan yang mungkin tidak ada enrolmen murid.
Tuan Wong Kah Woh
Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi, mungkin di sesetengah ladang dan sebagainya. Kita mengenal pasti kawasan yang mempunyai enrolmen yang lebih tinggi dan sememangnya pihak KPM dalam beberapa tahun ini telah pun meluluskan beberapa projek berkenaan dengan— ataupun permohonan berkenaan dengan relokasi, sama ada khasnya dari Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (Cina).
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tahun ini telah pun beberapa sekolah telah pun saya umumkan. Dan ini merupakan beberapa pendekatan yang diambil oleh KPM untuk memastikan sekolah itu dapat disambung dan memberi satu kesinambungan dari segi legasi dan juga sejarah sekolah itu, nombor satu.
Nombor dua, apa yang penting adalah KPM hendak memastikan akses pendidikan itu sampai kepada tempat dan juga murid yang memerlukannya. So, akses pendidikan merupakan satu isu ataupun satu perkara yang diberikan fokus oleh pihak KPM. Terima kasih Puan – Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat–Yang Berhormat.
Yang Berhormat, sekarang tamatlah Sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan bagi Jawapan Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Kementerian Pendidikan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 13 November 2025.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Ada Yang Berhormat menyokong?
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
[Bangun]
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti dikemukakan sebentar tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 DR.30/2025 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelima]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Mohd Nor
Terima kasih Bentara.
Baik, Yang Berhormat. Kepala Bekalan B.23 dan Kepala Pembangunan P.23 di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam terbuka untuk dibahaskan.
Dalam kerangka pembahasan, terdapat seramai 18 Yang Berhormat yang akan berbahas. Masa ditetapkan lima minit. Walau bagaimanapun, terletak kepada budi bicara Pengerusi yang mempengerusikan Majlis. Dan sebelum saya mulakan, saya ingatkan Peraturan-peraturan 35, 36 dan paling besar, 37(2) dan tidak lupa juga 41E iaitu dari perspektif adab kita dalam Dewan ini.
Senarai mereka yang akan berbahas ialah pembuka tirai ialah YB Seputeh, YB Kubang Kerian, YB Mersing, YB Bukit Bendera, YB Setiu, YB Padang Rengas, YB Tebrau, YB Kuala Terengganu, YB Kuala Nerus, YB Jelutong, YB Tanjong Karang, YB Kuala Krai, YB Simpang Renggam, YB Rantau Panjang, YB Dungun, YB Kuala Langat, YB Beruas dan penutupnya, YB Tumpat.
Dengan itu, dipersilakan Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pengurusan Geologi dan Tanah dan 040000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Dato’ Pengerusi, kadang-kadang kita baca kenyataan ataupun ucapan daripada Menteri tentang dasar pemeliharaan alam sekitar, khususnya tentang kerajaan dikatakan akan larang ataupun kita kata, banned beg plastik. Saya setuju dengan dasar kerajaan yang menggalakkan orang ramai untuk mengurangkan penggunaan plastik.
Pandangan saya ialah adalah amat penting susah bagi kita untuk melarang penggunaan beg plastik kerana kita perlu beg plastik untuk muat sampah. Dan bila kita pergi beli-belah di pasar, kita perlu beg plastik untuk muat barang yang basah seperti ayam, ikan, sayur dan lain. Benda-benda basah ini tidak boleh dimuat di dalam beg kain.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, saya ingin cadangkan kepada kementerian dan kerajaan untuk menggalakkan penjaja dan restoran kita untuk menggunakan kotak makanan yang diperbuat oleh bahan kertas dan kurang menggunakan kotak makanan plastik.
Di sini Dato’ Pengerusi, ini adalah benda yang saya ambil dari Parlimen bila kementerian ada beri taklimat kepada kita. Ini adalah kotak. [Sambil menunjukkan bekas boleh kitar semula] Kotak ini buatan kertas. Ini semua adalah recyclable. So, sebenarnya benda-benda seperti ini haruslah digunakan, digalakkan oleh pihak kerajaan dan bukan ini untuk pameran, tunjuk kepada Ahli Parlimen sahaja.
Jadi, saya nak cadangkan kerajaan untuk memberi subsidi kepada industri yang mengeluarkan kotak kertas dan juga, saya cadang pihak berkuasa tempatan juga menggubal dasar yang menghendaki restoran-restoran, hotel dan penjaja kita untuk menggunakan kotak makanan buatan kertas.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Semua ini kalau kerajaan beri insentif dan galakan, ia akan berjaya. Jadi, saya tadi saya dah baca yang buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Saya dapati tak ada apa-apa butiran sebenarnya berkenaan dengan kempen recycle dan sebagainya. Saya hanya dapat cari Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar.
Maksudnya, walaupun selalu Menteri yang menjaga alam sekitar buat kenyataan seperti ini, tapi nampaknya dalam kementeriannya tidak ada satu jabatan yang khusus tentang kempen yang sangat penting ini.
Saya nak cadangkan Jabatan Alam Sekitar ataupun kementerian memainkan peranan koordinator yang merentasi agensi-agensi kerajaan untuk menjayakan dasar pengurangan plastik, khususnya menggunakan benda-benda muatan yang gunakan kertas ini.
[Sambil menunjukkan contoh bekas makanan] Dato’ Pengerusi, saya ingin juga membangkitkan masalah satu lagi bidang iaitu masalah yang dihadapi oleh para juruukur dan profesional geomatik akibat Akta A1730 iaitu Akta Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan) 2024. Saya masih menunggu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri berhubung nasib mereka yang terjejas.
Saya berharap kementerian berani memperbetulkan kekeliruan dan beban yang tidak sepatutnya timbul akibat pindaan ini.
Dato’ Pengerusi, sebelum pindaan, graduan dalam bidang Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan penderiaan jauh ataupun remote-sensing, telah pun menjalankan kerja profesional mereka masing-masing. Namun kini, pegawai kerajaan di agensi seperti MYSA, JMG, Jabatan Pertanian, JPS, FRIM serta syarikat utiliti tidak lagi dibenarkan untuk melaksanakan kerja ukur geomatik. Ini telah menyekat aktiviti GIS,
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
pemetaan dan pengumpulan data spatial antara kementerian dan agensi. Pindaan ini juga memperluaskan kuasa juruukur tanah berlesen. Daripada hanya ukur hak milik kepada sembilan cabang geomatik termasuk GIS dan penderiaan jauh.
Graduan bidang ini kini diwajibkan memohon lesen dengan syarat amat berat, iaitu dua tahun kita kata articleship, latihan lapangan, peperiksaan bertulis dan viva voce. Sebelum itu, mereka perlu lulus 10 kertas peperiksaan universiti tempatan dengan yuran RM30,000. Kebanyakan mereka telah bekerja atau memiliki syarikat sendiri. Adalah tidak munasabah untuk memaksa mereka menanggung kos tinggi dan prosedur panjang ini tanpa jaminan lesen akan diluluskan. Peruntukan peralihan di bawah seksyen 15 akta ini tidak dilaksanakan.
Saya ingin cadang Yang Berhormat Menteri berjumpa dengan juruukur- juruukur yang terkesan atau terjejas. The Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia (IGRSM), Malaysian Hydrographic Association dan beberapa lagi persatuan. Sukacita kalau mereka diberi peluang untuk ada pertemuan dengan Yang Berhormat Menteri.
Semua 10 bidang ukur dan geomatik termasuk:
(i) ukur hak milik;
(ii) ukur dan pemetaan GIS;
(iii) ukur dan pemetaan penderiaan jauh;
(iv) ukur dan pemetaan hidrografi;
(v) ukur dan pemetaan bawah tanah;
(vi) ukur dan pemetaan BIM;
(vii) ukur dan pemetaan kejuruteraan;
(viii) ukur dan pemetaan daratan;
(ix) ukur dan pemetaan topografi; dan
(x) ukur dan pemetaan geodetik.
Ramai profesional dalam bidang ini telah lama beramal secara sah dan berkemahiran tinggi, tetapi mereka yang memiliki lesen ukur hak milik ini, kini diberi lesen automatik untuk kesemua bidang ini walaupun tanpa kepakaran yang relevan.
Ini adalah amat tidak rasional dan tidak adil. Kita sepatutnya meliberalisasikan industri geomatik supaya lebih dinamik, inovatif dan berdaya saing sejajar dengan teknologi baharu seperti image satellite, robotik, pembelajaran machine dan kecerdasan buatan.
Masa depan geomatik bergantung pada kerjasama pelbagai disiplin, bukan monopoli satu kumpulan. Sudah tiba masanya kita mengembalikan keadilan,
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
profesionalisme dan hala tuju yang progresif kepada sektor yang penting ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh.
Sebelum saya memanggil pembahas berikutnya, ingin mengambil ruang ini untuk mengalu-alukan Ahli-ahli Yang Berhormat di kesempatan ini, saya dengan sukacita ingin mengalu-alukan kehadiran lawatan daripada Persatuan Keluarga Polis
(PERKEP) Negeri Pahang (PDRM) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datin Sri Sumarnie binti Haris.
[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Semoga lawatan daripada hari ini memberi manfaat serta kefahaman yang lebih mendalam tentang perjalanan sidang Dewan. Yang Berbahagia Datin, pohon kirim salam saya kepada Yang Dihormati (K) Ketua Polis Pahang.
Baik. Berikutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Kubang Kerian.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi yang bagi ruang untuk saya mengambil bahagian. Saya terus kepada Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar.
Tuan Pengerusi, baru-baru ini, Jabatan Alam Sekitar telah memaklumkan bahawa negara kita memerlukan tambahan lebih kurang 3,000 anggota bagi tujuan operasi penguatkuasaan di seluruh negara. Setakat ini, kita hanya ada lebih kurang 1,111 anggota penguat kuasa.
Jumlah kawasan yang perlu dipantau lebih kurang 64,000. Punca pencemaran yang tetap di seluruh negara, dan angka 64,000 ini hanya meliputi punca pencemaran tetap seperti kilang, projek pembangunan di bawah Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), serta loji rawatan tertentu. Ini tidak termasuk kenderaan lebih kurang 33 juta yang juga dipantau di bawah Jabatan Alam Sekitar.
Kalau kita buat perkiraan, dengan jumlah 64,000 punca pencemaran tetap ini, anggota kita hanya boleh memantau lebih kurang 16 premis sebulan, dan tentulah ini akan mendedahkan negara kita kepada pencemaran yang serius. Kita bimbang kalau-kalau hal ini tidak ditangani segera ya, maka penguatkuasaan tidak dapat dilakukan dan kita gagal memenuhi peraturan-peraturan di bawah Akta Alam Sekitar dan sebagainya.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Untuk makluman semua, ikut data yang diterima di peringkat Jabatan Alam Sekitar, kita ada 11,000 kes laporan setahun yang perlu dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar. Dengan kekangan pusat operasi yang agak terhad, mereka perlu ambil masa yang panjang. Contohnya, di Pahang, kita ada tiga sahaja pejabat Jabatan Alam Sekitar. Bila berlaku pencemaran di luar kawasan, dia perlu segera sampai untuk dapatkan bahan bukti pada waktu itu untuk buat pendakwaan. Kelewatan sampai di lokasi pencemaran menyebabkan bahan bukti akan hilang, dan kita tak mampu nak dakwa pembuat pencemaran itu ke mahkamah.
Ini masalah cabaran yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar. Jadi, saya harapkan sangat-sangat supaya isu ini ditangani segera. Di samping kalau boleh diwujudkan satu sistem kawalan berpusat di setiap zon industri supaya tidak semua kilang-kilang perlu penguat kuasa kita pergi. Kalau kita ada sistem kawalan berpusat, Tuan Pengerusi, kita yakin dia lebih membantu, banyak membantu di samping perlunya teknologi baharu penggunaan dron dan sebagainya.
Kedua, saya pergi kepada Butiran 040300 – Jabatan Biokeselamatan (JBK).
Jabatan Biokeselamatan ditubuhkan dengan mandat jelas di bawah Akta Biokeselamatan 2007 yakni Akta 678 bagi memastikan sebarang kemasukan, pembebasan, pengimportan atau penggunaan organisma terubahsuai genetik atau GMO mesti melalui penilaian risiko saintifik yang ketat, dan diluluskan secara berdaulat oleh Kerajaan Malaysia. Ini akta yang ada.
Namun, beberapa artikel dalam Perjanjian ART dengan Amerika baru-baru ini, terutama Artikel 2.11 dan Artikel 2.12 menimbulkan tanda tanya yang sangat serius terhadap sejauh mana Akta Biokeselamatan ini masih boleh menjamin keselamatan biodiversiti negara. Dalam kedua artikel tersebut, kerajaan seolah-olah mengiktiraf keberkesanan sistem kawalan selia Amerika Syarikat dalam menilai keselamatan produk bioteknologi pertanian atau GMO, dan persetujuan untuk memudahkan kemasukan produk tersebut di pasaran tempatan.
Selain itu, produk makanan atau pertanian yang telah diproses daripada bioteknologi pertanian seperti minyak, tepung, makanan ternakan tidak lagi tertakluk bawah kelulusan tempatan di bawah peraturan LMO. Ini cabaran besar dengan perjanjian tersebut.
Jika sebelum ini, Jabatan Biokeselamatan memainkan peranan penting memastikan semua GMO yang ingin diimport perlu melalui risk assessment report dibentangkan kepada Lembaga Penasihat Biokeselamatan dan diluluskan oleh Menteri yang bertanggungjawab. Tapi Perjanjian ART ini secara tersirat boleh
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
memintas kuasa tersebut di mana apabila ia mewajibkan Malaysia menerima keputusan keselamatan yang dibuat oleh pihak yang lain, termasuk di bawah kawalan selia daripada Amerika Syarikat.
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Jadi persoalannya, apa guna kita tubuhkan GBK ya, kalau sekiranya ada pihak yang boleh through, boleh bypass kepada peraturan-peraturan yang sedia ada? Dan saya harapkan perkara ini diberi perhatian serius oleh pihak-pihak kementerian supaya kita tidak berdepan dengan kesan-kesan yang besar kemaskan GMO ke negara kita pada masa hadapan.
Tuan Pengerusi, yang ke seterusnya, saya ingin pada membahaskan butiran 040200 – Jabatan Metrologi Malaysia, M-E-T (MET). Sebagai semua sedia maklum, negara kita berhadapan dengan isu banjir hampir setiap tahun. Terbaharu, MET Malaysia sudah mengumumkan memberi amaran bahawa Monsun Timur Laut tahun ini beroperasi mencetuskan episod hujan berterusan dan dijangka banjir besar. MET Malaysia juga telah mengeluarkan nasihat berkaitan dengan Taufan Fung-Wong yang dikesan bakal mengakibatkan ribut petir dan hujan lebat.
Saya rasa MET Malaysia telah pun beri maklumat-maklumat awal ini sebagai persiapan yang dibuat persiapan lebih awal. Namun persoalannya ialah perlunya ada usaha penambahbaikan kepada agensi ini untuk dia dapat meningkatkan operasi termasuk penggunaan bahan-bahan teknologi semasa yang lebih canggih bagi membantu MET Malaysia dalam mencapai ramalan yang lebih tepat ya.
Sebagai contoh, bila berlaku taufan, kita bergantung kepada semua maklumat daripada Hawaii, daripada Amerika punya. Dan kadang-kadang maklumat dihantar itu, kita terpaksa monitor dan saya yakin pihak Menteri ada maklumat perkara tersebut.
Namun, apa yang penting di peringkat kementerian perlu melihat keperluan- keperluan segera kepada agensi ini ya dengan— supaya setiap kali banjir, negara kita kerugian hampir RM5, RM6 bilion. Kelewatan mengatasi tebatan banjir juga menyebabkan kita berdepan dengan risiko kematian dan seumpamanya. Oleh kerana itu, saya melihat bahawa perlunya satu dana khas dikeluarkan. Bukan hanya bergantung kepada bajet RMK setiap tahun. RMK mungkin RM2, RM3 bilion setahun sedangkan kita mengalami bila berlaku sesuatu banjir, RM5 bilion, RM6 bilion kita rugi.
Saya mengambil pengalaman daripada negara Holland sebagai contoh. Dia terpaksa membelanjakan ratus bilion untuk siapkan one-off projek tebatan banjir dia
Dato’ Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
supaya negara tidak berdepan dengan risiko pada masa depan. Tuan Pengerusi, saya fikir itu pandangan saya dua, tiga perkara yang saya nak bangkitkan dalam perbahasan ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Mersing.
Silakan.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih, Dato’ Pengerusi. Pertama, butiran B.040100 – Jabatan Alam Sekitar. Insiden pencemaran Sungai Johor pada akhir Oktober 2025 merupakan antara yang paling serius dalam tempoh lima tahun.
Walaupun bekalan air kini kembali stabil, insiden berulang seperti pada 2017, 2019 dan 2021 jelas menunjukkan kelemahan dalam pemantauan, penguatkuasaan dan koordinasi antara agensi.
Maka, pada kesempatan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan tuntas daripada pihak kementerian:
(i) bilakah laporan penuh siasatan akan dibentangkan kepada umum? Adakah kerajaan bersedia menamakan syarikat atau individu yang terlibat dalam aktiviti yang menyebabkan pencemaran tersebut serta mendedahkan status lesen operasi mereka bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti awam;
(ii) JAS kini berdepan kekangan besar dari segi kapasiti tenaga kerja dan peruntukan operasi. Setakat 2024, nisbah pegawai penguatkuasaan kepada premis industri adalah 1 nisbah 385.
Jauh di bawah piawaian antarabangsa iaitu 1 nisbah 150.
Maka, apakah perancangan kerajaan untuk memperkukuh kapasiti JAS termasuk bajet, latihan teknikal, pemodenan sistem pemantauan kualiti air serta memperkasakan kuasa perundangan supaya agensi ini dapat bertindak lebih pantas dan berkesan?; dan
(iii) apakah pelan pemulihan jangka panjang kerajaan untuk mengelakkan pengulangan insiden pencemaran sungai khususnya melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Sungai Johor 2030 Fasa 2 yang pernah diumumkan termasuk pembinaan sistem smart water quality monitoring station berasaskan IOT
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
di lembangan sungai utama selaras dasar Zero Polution by 2030? Butiran B.030200 dan P.07100 – PERHILITAN. Pertama, saya ingin menyentuh tentang Pusat Santuari Gajah Johor (JES) di Kota Tinggi yang dibangunkan bagi mengurangkan konflik gajah-manusia di Johor. Sejak mula beroperasi pada 2020, JES telah menerima lebih 20 ekor gajah yang dipindahkan dari kawasan konflik seperti Kluang dan Kota Tinggi.
Namun, Laporan Penilaian Impak Sosioekonomi 2025 mendapati kejadian konflik gajah-manusia masih meningkat 18 peratus di Johor berbanding 2022.
Menunjukkan bahawa keupayaan JES masih belum mencapai tahap optimum.
Kemudahan asas, tenaga kerja dan integrasi komuniti setempat masih sederhana.
Oleh itu, saya berpandangan bahawa peruntukan tambahan harus disalurkan bagi memperkukuh aspek logistik, sumber manusia dan fasiliti veterinar agar JES benar-benar berfungsi sebab pusat konservasi gajah yang kondusif dan berdaya saing seperti di Kuala Gandah, Pahang.
Kedua, mengenai Projek Jejambat Lintasan Hidupan Liar Johor di jalan FT50 Batu Pahat-Jemaluang di bawah koridor ekologi Central Forest Spine (CFS). Saya difahamkan proses tender telah diselesaikan pada Julai 2025 dan kontraktor utama telah dilantik pada September lalu. Jadi saya ingin tahu, apakah status terkini kerja- kerja awalan projek ini termasuk penyiapan reka bentuk akhir dan penandaan sempadan kawasan 31,000 hektar yang terlibat. Apakah projek ini siap — dijadualkan siap mengikut tempoh asal pada akhir 2027?
Ketiga, merujuk kepada ancaman wabak demam babi Afrika terhadap populasi babi hutan dan babi berjanggut yang menjadi sumber makanan utama Harimau Malaya, kekurangan makanan menyebabkan peningkatan kes konflik harimau dengan manusia di sekitar Kahang dan Mersing. Apakah langkah-langkah kementerian bagi mengurangkan risiko konflik harimau-manusia termasuk Skim Pampasan Ternakan yang lebih efisien dan cepat dan memastikan populasi Harimau Malaya tidak terus merosot. Mengambil kira data 2024 yang menunjukkan hanya 85 ekor Harimau Malaya liar sahaja masih wujud di Semenanjung.
Seterusnya, Butiran B.050600 – Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar. Inisiatif ini amat penting bagi membantu mangsa serangan hidupan liar terutama di kawasan sempadan hutan seperti Mersing, Rompin, Gua Musang dan Hulu Perak. Namun, peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi tahun 2026 adalah terlalu kecil dan tidak mencerminkan trend
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
peningkatan kes yang meningkat sebanyak 26 peratus pada tahun 2024 berbanding 2022.
Sebagai contoh, bagi Parlimen Mersing sahaja, permohonan bantuan ini mencecah RM300,000 bagi tahun 2025. Ini tidak termasuk kawasan-kawasan lain di negeri Johor. Maka, saya mohon agar peruntukan ini ditambah sekurang-kurangnya tiga kali ganda supaya bantuan dapat disalurkan secara lebih adil dan pantas.
Seterusnya, saya ingin menjelas — mendapatkan penjelasan apakah bentuk dan mekanisme bantuan ini. Adakah dalam bentuk geran tunai, bantuan bahan binaan atau skim pampasan berdasarkan nilai pasaran semasa? Ini penting bagi memastikan keadilan kepada petani dan penternak yang mengalami kerugian besar akibat serangan gajah dan hidupan-hidupan lain. Sekian, itu sahaja Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Mersing. Selanjut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bukti Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Pengerusi. Jadi, izinkan saya gabungkan kod-kod yang saya ingin bahas iaitu butiran 03000 – Pengurusan Hutan dan Biodiversiti, 030200 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), 050500 – Biodiversiti Protection and Patrolling Programme dan juga 07300 iaitu Bahagian Konservasi dan Pemuliharaan Alam Sekitar.
Jadi Tuan Pengerusi, setiap langkah kita di tanah ini sepatutnya diiringi dengan rasa syukur, bukan kerakusan. Kelestarian bukan isu alam semata-mata tetapi ia tentang manusia yang mungkin lupa bahawa bumi inilah ibu yang memberi makan dan minum.
Jadi, menurut Wildlife Conservation Society, dengan izin, Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 5,000 renjer hutan untuk melindungi Semenanjung sahaja. Dan jika termasuk Sabah dan Sarawak, anggaran ini mencecah sehingga 19,000. Tapi namun realitinya, jumlah yang sedia ada ni tak sampai separuh pun.
Jadi, lima tahun ke belakang ini, 490 — 499, minta maaf – bahagian tubuh haiwan liar dirampas. Tetapi hanya 15 haiwan yang hidup dapat diselamatkan. Jadi, ini bukan kejayaan. Ini adalah tanda kegagalan sistematik. Jadi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, berapa banyak daripada peruntukan Belanjawan 2026 benar-benar disalurkan untuk penguatkuasaan lapangan iaitu untuk menambah renjer, membeli dron pemantauan dan juga membiayai operasi di sempadan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Kita perlukan manusia yang berani di hutan, bukan hanya di atas kertas polisi di pejabat. Saya mencadangkan agar kementerian memperluaskan Program Renjer Komuniti. Libatkan masyarakat orang asli yang paling arif tentang selok-belok rimba dan juga kerjasama dengan NGO seperti WWF-Malaysia, TRAFFIC dan Panthera yang sudah lama memiliki kepakaran dan juga rangkaian global.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Tuan Pengerusi, dari tahun 2020 hinggalah ke 2024, lebih 2,360 kematian hidupan liar akibat dilanggar kenderaan direkodkan. Gajah, tapir, harimau semuanya mati di atas jalan raya. Jadi, ini bukan kemajuan tetapi satu tragedi moden. Saya ingin tanya Menteri, adakah setiap projek pembangunan diwajibkan menjalankan kajian koridor hidupan liar? Jika tidak, kita sedang membina jalan menuju kepupusan.
Jadi, saya juga mencadangkan agar kementerian mewujudkan lebih banyak koridor arkeologi yang diwartakan bukan sahaja untuk melindungi hutan tapi untuk menghubungkan habitat yang telah terpisah. Negara seperti Costa Rica telah membuktikan bahawa pelancongan lestari dan perlindungan biodiversiti boleh berjalan seiring. Jadi, mengapakah Malaysia tidak boleh menjadi contoh di Asia Tenggara?
Tuan Pengerusi, dulu Harimau Malaya berjalan gagah di rimba. Kini, dianggar kurang daripada 150 ekor sahaja yang masih hidup di habitat liar. Jika kita tidak bertindak segera, Harimau Malaya akan pupus sebelum anak-anak kita sempat melihatnya di alam nyata.
Jadi, di sini Bukit Bendera ingin kemukakan empat perkara kepada kerajaan.
Yang pertama, wujudkan peruntukan khas hanya untuk Harimau Malaya. Jangan lagi digabungkan dalam dana umum biodiversiti. Spesies ini layak untuk mendapat perhatian istimewa.
Yang kedua, tingkatkan latihan, kebajikan dan juga laluan kerjaya bagi pegawai PERHILITAN. Kita perlukan pegawai yang bukan sekadar cekap tetapi bersemangat, yang terutamanya, berjiwa pejuang. Jadi, adakah kementerian bersedia untuk mewujudkan skim khas bagi menarik lebih ramai profesional yang muda untuk menyertai bidang ini?
Dan juga, yang ketiga, wujudkan kerjasama strategik dengan NGO dan juga institusi antarabangsa. Mereka punya kepakaran, data satelit dan juga rangkaian penyelidikan yang kerajaan boleh manfaatkan.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Dan akhirnya, yang keempat, laksanakan kempen nasional kesedaran awam bermula di peringkat sekolah agar generasi muda faham bahawa melindungi alam sekitar adalah tanggungjawab moral sebagai rakyat Malaysia.
Tuan Pengerusi, kalaulah Harimau Malaya pupus, bukan sekadar spesies sahaja yang lenyap tapi maruah negara turut terkubur. Kita tidak boleh bercakap tentang kemajuan jika kita gagal menjaga ciptaan Tuhan yang paling teragung. Jadi, Belanjawan 2026 mestilah menjadi detik perubahan, bukan lagi peruntukan yang rutin tetapi pengisytiharan perang terhadap kepupusan dan juga kemusnahan awam.
Tuan Pengerusi, the greatest threat to our planet is a believe that someone else will save it, dengan izin. Jadi, sekian, terima kasih. Bukit Bendera mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang di-Pertua, Butiran 020300 – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Berlaku pertambahan peruntukan untuk 2026 iaitu sebanyak RM3,350,300.
Perkara pertama pada butiran ini berkaitan isu mineral dan nadir bumi iaitu mengenai hak negeri dan agihan hasil. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, tanah dan mineral adalah hak mutlak kerajaan negeri. Berdasarkan data dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Terengganu, dianggarkan Terengganu mempunyai anggaran sekitar 7,187,500 tan NR-REE daripada jumlah kira-kira 15.2 juta tan yang terdapat di seluruh negara. Dari sudut ekonomi, oleh kerana REE ini sangat diperlukan dalam teknologi moden seperti kereta elektrik, magnet, elektronik, maka potensi pendapatan dan pembangunan industri hiliran atau hulu juga adalah sangat tinggi.
Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti dalam isu pengurusan sumber lain sebelum ini seperti minyak. Walaupun Akta Kemajuan Petroleum 1974 menetapkan bayaran tunai kepada negeri royalti sebanyak lima peratus, namun telah ditukar kepada wang ihsan pada tahun 2024 dan bertukar sekali lagi kepada Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) dengan pelbagai alasan yang dangkal.
Di bawah Kerajaan MADANI, prosedur bayaran menjadi lebih ketat di mana kerajaan negeri kini perlu memohon dan menyatakan tujuan penggunaan dana sebelum pembayaran disalurkan, sedangkan Yang Amat Berhormat Tambun antara
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
yang memperjuangkan royalti 20 percent kepada Terengganu suatu ketika dulu.
Selain itu, prosedur sejumlah RM1.43 bilion daripada wang ihsan juga pernah digunakan untuk menampung kos LPT 2 sedangkan ia sepatutnya menggunakan peruntukan Persekutuan.
Justeru itu, dalam isu REE ini, kami menuntut agar pengurusan serta agihan hasil REE dibuat secara lebih adil dan saksama.
Seterusnya, perkara kedua di bawah butiran yang sama. Walaupun Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah membentangkan prosedur operasi standard bagi perlombongan REE, isu utamanya ialah bagaimana kementerian mahu menggerakkan pelaksanaan dasar REE ini secara berkesan di peringkat negeri. Antara risiko yang dihadapi di peringkat negeri adalah isu penguatkuasaan.
Kita sering dikejutkan dengan laporan pencerobohan dan kecurian REE ini yang berlaku kerana agensi penguatkuasaan negeri mungkin kekurangan kapasiti teknologi ataupun peruntukan tidak— peruntukan untuk memantau kawasan yang luas. Oleh itu, saya ingin bertanya, apakah peruntukan khusus dalam bajet ini yang disalurkan kepada kerajaan negeri untuk meningkatkan kapasiti penguatkuasaan mereka?
Seterusnya, perkara ketiga di bawah butiran yang sama, iaitu isu kritikal berkaitan kelulusan dan alam sekitar. REE bukan seperti perlombongan bijih timah, ia melibatkan proses yang kompleks dan berisiko. Isu kelulusan ini sangat penting kerana berkait dengan keperluan untuk memastikan projek pembangunan seimbang dengan perlindungan alam sekitar, pengurusan sisa yang selamat dan pematuhan kepada peraturan perundangan yang cermat. Isu kelulusan terutamanya di peringkat kajian penilaian kesan alam sekitar (EIA), kaedah pengurusan sisa radioaktif, jika ada, dan syarat-syarat lesen perlombongan yang ketat.
Lebih merisaukan, sebahagian besar deposit REE ini dikenal pasti berada di kawasan strategik termasuk di dalam hutan simpan kekal. Bagaimana kita mahu mengimbangi antara hasrat untuk hasil dengan tanggungjawab menjaga khazanah hutan? Saya menuntut penjelasan kementerian, apakah syarat-syarat khas dan jaminan yang diletakkan jika perlombongan di HSK ini dibenarkan? Dan adakah peruntukan bajet mencukupi untuk memantau pematuhan ini dengan paling tegas?
Butiran 030200 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Seterusnya, pada butiran ini, iaitu mengenai aduan binatang liar. Baru-baru ini, media telah melaporkan beberapa insiden kehadiran gajah liar dan beruang matahari di
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Dungun dan Kemaman. Laporan ini bukanlah kata kes-kes terpencil. Ia menggambarkan peningkatan pertembungan antara manusia dan hidupan liar yang menuntut perhatian serius dari pihak kerajaan.
Situasi ini tidak terkecuali di Daerah Setiu. Sehingga kini, Daerah Setiu masih tidak mempunyai pejabat PERHILITAN yang khusus dan terpaksa berkongsi kemudahan dengan pejabat di Besut sekali gus merumitkan operasi harian. Lebih membimbangkan, kekuatan anggota sedia ada hanyalah seramai lapan orang pegawai sahaja. Satu jumlah yang amat tidak setimpal untuk menguruskan kawasan yang begitu luas dan menangani aduan konflik hidupan liar yang kian meruncing.
Saya telah pun membangkitkan perkara ini dalam Dewan sebelum ini.
Justeru, saya memohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri.
Apakah status terkini permohonan untuk mewujudkan pejabat PERHILITAN di daerah Setiu? Dan apakah status untuk menambah kekuatan anggota PERHILITAN di sana? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato’ Pengerusi, di bawah Butiran B.23 010200 dan 040100, program pengurusan alam sekitar dan sumber asli.
Kementerian ini memainkan peranan yang amat penting bukan sahaja dalam menjaga alam sekitar tetapi juga memastikan sumber asli negara diurus secara mampan untuk manfaat rakyat dan generasi masa depan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Pertama, isu pembangunan tidak lestari dan risiko banjir di kawasan luar bandar. Di kawasan seperti Padang Rengas, Kuala Kangsar dan Sungai Siput, kegiatan pembangunan perumahan dan pertanian sering berhadapan dengan masalah pengurusan tanah dan tadahan air yang tidak terkawal yang akhirnya mengakibatkan banjir dan hakisan tanah.
Saya ingin tahu, sama ada di bawah butiran B.23 ini kerajaan memperuntukkan dana khusus untuk pelan pengurusan risiko banjir berasaskan alam semula jadi. Natural-based flood management dengan izin, yang menggunakan pendekatan seperti penanaman semula hutan tebing sungai, pembinaan kolam takungan semula jadi dan sistem saliran mesra alam. Pendekatan seperti ini bukan
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
sahaja menjimatkan kos jangka panjang, malah memperkukuhkan daya tahan ekosistem tebatan.
Dato’ Pengerusi, kedua di bawah butiran B.23, 030100, perlindungan kawasan hutan dan biodiversiti. Negara kita kehilangan hampir 54,000 hektar hutan setiap tahun akibat aktiviti pembalakan dan pembangunan tidak terkawal. Ini memberi kesan langsung kepada biodiversiti serta kestabilan iklim mikro.
Saya ingin mencadangkan supaya di bawah butiran ini, kerajaan menambah peruntukan bagi Program Forest Carbon Plus iaitu skim pembayaran untuk perkhidmatan ekosistem yang memberi insentif kepada kerajaan negeri dan komuniti orang asli untuk mengekalkan kawasan hutan sebagai pemampan karbon. Negara- negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam sudah memulakan model ini dengan hasil menggalakkan. Malaysia tidak boleh ketinggalan.
Ketiga, di bawah B.23, 040100, pengurusan sisa dan pencemaran industri.
Saya juga ingin menyentuh isu pembuangan sisa industri dan bahan kimia yang masih berlaku di beberapa kawasan luar bandar. Kementerian perlu mempergiat penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta memastikan sikap ke setiap kilang diwajibkan memiliki pelan mitigasi pencemaran yang dikemas kini setiap tahun.
Saya ingin mencadangkan agar kerajaan mewujudkan unit pemantauan alam sekitar digital di bawah butiran ini. Yang menggunakan teknologi AI, dron dan censor IoT untuk memantau kualiti air sungai serta udara secara masa nyata. Terutamanya di kawasan industri dan kuari.
Seperti di kawasan Padang Rengas, saya ingin membangkitkan isu pencemaran habuk dan bunyi yang berpunca daripada kilang simen YTL dan aktiviti kuarinya. Penduduk setempat terjejas akibat debu simen halus, bunyi letupan kuari dan trafik lori berat yang menjejaskan kesihatan serta ketenteraman hidup harian.
Saya ingin tahu, apakah tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi memastikan pematuhan kepada piawaian pelepasan habuk dan bunyi industri.
Dan adakah kementerian akan mewajibkan sistem pemantauan udara dan bunyi secara masa nyata bagi kawasan industri berat seperti ini? Rakyat tidak menolak pembangunan tetapi mereka menuntut pembangunan yang bersih, bertanggungjawab dan menghormati hak kesihatan komuniti.
Keempat, penglibatan komuniti dalam kelestarian. Isu kelestarian tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan semata-mata. Saya mencadangkan supaya butiran B.23 turut menyalurkan dana khas kepada program komuniti hijau
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
desa bagi membolehkan penduduk kampung, sekolah dan NGO melaksanakan aktiviti seperti kitar semula, tenaga suria komuniti dan tanam semula pokok tempatan. Pendekatan komuniti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran malah mengurangkan kos operasi kerajaan.
Kelima, ketelusan dan penyelarasan dasar kelestarian. Akhir sekali, saya mohon penjelasan daripada Menteri, sejauh mana Majlis Perancangan Alam Sekitar Negara (MPASN) memainkan peranan dalam menyelaras semua dasar antara agensi terutamanya antara NRES, Kementerian Perumahan dan kerajaan negeri.
Kita tidak mahu lihat dasar Persekutuan ke arah kelestarian tetapi pelaksanaannya di negeri-negeri bercanggah dan menggagalkan matlamat jangka masa panjang— jangka panjang negara.
Dato’ Pengerusi, butiran B.23 ini bukan sekadar angka dalam belanjawan, ia adalah cerminan masa depan negara. Jika di laksana dengan betul, Malaysia bukan sahaja dapat melindungi alam sekitar tetapi juga menjana ekonomi hijau baharu yang memberi peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat luar bandar.
Saya menyeru agar kementerian memastikan peruntukan ini digunakan dengan transparensi, kecekapan dan berimpak tinggi. Supaya rakyat melihat bahawa kelestarian bukan sekadar slogan tetapi cara hidup dan dasar pembangunan masa depan negara. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya mulakan dengan Butiran 50400.
Dato’ Pengerusi, pada tahun 2014, dua panda iaitu Xing Xing dan Liang Liang telah mendarat di Malaysia daripada China selama 10 tahun untuk kita meraikan hubungan baik di antara Malaysia dengan China. Malangnya pada tahun ini pada bulan 18 Mei 2025, dua panda ini telah dihantar balik ke China.
Selama 11 tahun ini, kedua-dua panda ini menjadi tarikan utama di Zoo Negara dan bukan setakat itu sahaja Dato’ Pengerusi, mereka juga menjadi satu simbol hubungan baik di antara China dan Malaysia yang selalu digunakan oleh negara China yang kita kenal sebagai “panda diplomasi”. Di mana panda itu akan pinjam ke negara yang mereka rasa strategik atau mempunyai hubungan yang baik.
Maka, saya nampak di dalam bajet tahun ini, kita ada peruntukan RM4.6 juta untuk Program Konservasi Antarabangsa Giant Panda. So, sekarang bajet sudah
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
ada tapi setakat ini saya nampak tidak ada apa-apa berita, sama ada panda itu akan sampai ke Malaysia pada tahun ini ataupun pada tahun depan. So, saya harap kementerian boleh memberi sedikit pencerahan sama ada program ini akan diteruskan dengan kedatangan panda baru daripada China.
Seterusnya kepada Butiran 40100 – Jabatan Alam Sekitar. Saya nampak tahun ini ada kenaikan bajet untuk Jabatan Alam Sekitar. Daripada RM136 juta kepada RM141 juta. Bagi saya itu adalah baik. Tapi saya juga setuju dengan pandangan daripada kawan-kawan saya dalam Dewan yang mulia ini, Dato’ Pengerusi. Bahawa lebih banyak peruntukan perlu diberikan kepada JAS supaya kita boleh ada, menguatkan pelaksanaan untuk menjaga pencemaran alam sekitar kita.
Baru-baru ini sahaja Dato’ Pengerusi, daripada 31 Oktober hingga 4 November. Lima hari itu hampir 455,000 pemegang akaun air dan lebih 1 juta penduduk Johor Selatan yang merangkumi daerah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan tentunya Johor Bahru menghadapi masalah bekalan air terganggu secara mengejut.
Jumlah hampir 1 juta penduduk yang terlibat ini bagi saya, saya sebagai mantan exco jaga air di Johor, saya rasa tidak pernah ada satu kes yang begitu besar sampai 1 juta penduduk Johor Selatan tidak ada air untuk lima hari sekurang- kurangnya. Dan puncanya Dato’ Pengerusi adalah satu kolam cuci pasir pecah dan limpahannya mengakibatkan sungai Johor tercemar. The turbidity level, dia mencecah 37,400 NTU. Berbanding dengan level normal hanya 400 NTU sahaja.
Maknanya, hampir 20 kali ganda lebih tinggi daripada level biasa. So, saya harap isu ini boleh diambil perhatian oleh JAS dan kementerian sebab sebagai wakil rakyat, kita ada tanggungjawab kepada rakyat dan bila isu sebegini bukan kali pertama dia jadi. Dulu 2019, kita ada isu di Sungai Kim Kim. Tahun lepas kita ada isu juga di Kampung Maju Jaya. Tahun ini pula sampai 1 juta penduduk di Johor Selatan menghadapi isu gangguan air.
So, saya harap JAS boleh memberi sedikit penjelasan beberapa soalan yang saya ingin lontarkan. Satu, mengapa JAS di Johor bila dia beri ulasan?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sebab saya faham, isu air mentah, isu perlombongan adalah di bawah kuasa negeri. Dan saya tidak salahkan SAJ Rainhill, sebab mereka hanya treat water sahaja. Air mentah datang daripada kerajaan negeri, daripada sungai, mengapa JAS bila dia bagi ulasan itu, adakah mereka setuju atau benarkan perlombongan dibuat atau diadakan di kawasan yang begitu sensitif dengan kawasan tadahan air kita?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Dan kedua, setakat hari ini, apakah tindakan yang telah dibawa secara undang-undang terhadap syarikat yang mengakibatkan pencemaran ini, sebab sampai hari ini tiada ada berita, apa status terbaru dan apakah jaminan atau pun apakah langkah yang bakal diambil oleh JAS untuk memastikan isu-isu ini tidak berulang lagi untuk penduduk di Johor?
Ketiga isu terakhir Dato’ Pengerusi, 11800 – Kajian Geobencana Negara.
Sejak tahun ini agak pelik pada bulan 8, bulan 9 dan bulan ini, tiba- tiba ada gempa bumi di Johor. Biasanya gempa bumi ini kita dengar banyaklah di Indonesia ada, Filipina ada, tapi tidak pernah dengar di Semenanjung, khususnya di Johor. Tetapi, tiba-tiba mulanya ada gempa bumi di Segamat, di Kluang, di Batu Pahat, so untuk rakyat Johor ini kita agak risau juga.
So, harap-harap pihak kementerian bolehlah beri sedikit— lebih banyak pencerahan kenapa tiba-tiba ada gempa bumi di Johor dan moving forward. Apakah ramalan akan ada lagi tak, gempa bumi di Johor ini? Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Butiran 030000 - Pengurusan Hutan dan Biodiversiti.
Dato’ Pengerusi, saya ingin menekankan kepentingan dana Ekologi Fiskal Transfer (EFT), sebagai instrumen fiskal utama untuk memelihara hutan, tadahan air dan biodiversiti. Dalam Belanjawan 2026, kerajaan mengekalkan peruntukan RM250 juta, jumlah yang sama sebenarnya seperti tahun sebelumnya.
Walaupun dana ini memberi insentif kepada negeri untuk mengekalkan kawasan dilindungi, jumlah ini sebenarnya masih belum mencukupi berbanding kos tinggi yang ditanggung oleh negeri bagi pengurusan hutan, pemulihan kawasan dan perlindungan habitat hidupan liar.
Sehubungan dengan itu, peningkatan dana EFT perlu dipertimbangkan supaya insentif lebih menarik dan selaras dengan keperluan negeri. Dana ini juga wajar diberi sedikit fleksibiliti, membolehkan sebahagian kecil digunakan untuk projek pembangunan lain, seperti infrastruktur dan perkhidmatan sosial tanpa menjejaskan fokus utama konservasi.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Dalam masa yang sama mekanisme, pengagihan dana perlu diteliti dengan formula baharu yang menetapkan agihan berdasarkan 50 peratus keluasan kawasan perlindungan dan 50 peratus prestasi atau kualiti konservasi. Persoalan penting yang timbul ialah bagaimana sistem ini dapat memastikan negeri-negeri kecil, tetapi kaya dengan biodiversiti turut mendapat peruntukan yang mencukupi dan adil.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang ekosistem batu karang yang jarang disentuh. Butiran 11000 – Geologi Marin. Berkenaan ekosistem batu karang, adakah NRES mempunyai data terkini tentang tahap kesihatan ekosistem batu karang di perairan negara? Kerana banyak negeri yang mendapat limpahan kedatangan pelancong dan juga sumber perikanan, perlu memastikan bahawa ekosistem batu karang ini sentiasa dalam keadaan sihat.
Misalnya, di Terengganu, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan juga di negeri-negeri lain, termasuk di Pulau Tioman dan juga di Sabah. Berapa peratus kah batu karang yang dikategorikan sebagai sihat, tertekan, atau rosak? Sejauh mana data ini dikemas kini dan disebar kepada agensi perikanan, pelancongan dan kerajaan negeri?
Saya ingin bertanya tentang adakah sebarang bentuk kerjasama rasmi yang dijalinkan di antara NRES dengan satu organisasi yang bernama Reef Check Malaysia yang merupakan satu inisiatif global yang mencerap data-data berkaitan dengan kesihatan batu karang ini di seluruh dunia. Yang mana mereka telah berada di Malaysia sejak 17 tahun yang lalu dan sentiasa difahamkan bekerjasama dengan pelbagai agensi di dalam negara ini.
Adakah data Reef Check Malaysia ini diiktiraf sebagai data rujukan rasmi oleh kementerian? Adakah kementerian menyalurkan dana atau sokongan teknikal kepada Program Citizens Science Reef Check?
Bagaimana NRES menilai kesan pencemaran laut? Termasuk sistem pelancongan, aliran lumpur daripada tanah besar, tumpahan minyak terhadap tahap kesihatan batu karang di Semenanjung dan Sabah, Sarawak. Adakah terdapat peta risiko atau zon larangan aktiviti tertentu bagi melindungi kawasan batu karang yang sensitif?
Apakah data atau kajian yang menunjukkan hubungan langsung antara kemerosotan ekosistem batu karang dan penurunan populasi ikan karang atau hasil tangkapan nelayan pesisir pantai? Adakah kementerian bekerjasama dengan Jabatan Perikanan untuk mengukuh impak kepada sumber perikanan tempatan?
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang Butiran 04000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Dato’ Pengerusi, kerajaan bakal memperkenalkan cukai karbon sebagai langkah ke arah ekonomi rendah karbon, selaras dengan komitmen Malaysia di bawah Paris Agreement. Namun, cabaran wujud sekiranya pelaksanaan cukai ini tidak diimbangi dengan prinsip peralihan yang adil just transition.
Golongan rentan, terutamanya isi rumah B40 berisiko menanggung beban kos bahan mentah dan tenaga yang meningkat. Pelaksanaan cukai karbon mesti disertai dengan mekanisme sokongan yang jelas, termasuk skim pampasan, subsidi tenaga hijau untuk pengguna berpendapatan rendah serta sistem pengukuran dan pelaporan pelepasan karbon yang telus dan boleh di audit. Ini penting agar matlamat pengurangan pelepasan karbon tercapai tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat dan daya saing industri tempatan.
Perkara terakhir, Butiran 02000 – Pengurusan Geologi dan Tanah. Tuan Pengerusi, Dasar Mineral Negara 3, dibangunkan untuk mewujudkan dasar yang lebih menyeluruh dalam menyokong pembangunan industri mineral, menangani isu- isu yang menyekat kemajuan industri dan menetapkan hala tuju baharu selaras perkembangan semasa.
Persoalan yang ingin saya bangkitkan, adakah, bilakah DMN3 ini akan dimuktamadkan dan dilaksanakan secara rasmi? Kita tidak boleh terus berlengah kerana dasar ini amat penting sebagai kerangka utama bagi pembangunan industri nadir bumi dan mineral strategik negara.
Selain itu, apakah perkembangan terkini semakan semula Akta Pembangunan Mineral 1994? Sejauh mana pindaan akta dapat memperkemaskan pengurusan dan kawal selia REE di negara ini termasuk memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri didalam pelesenan, pemantauan serta pembangunan industri hiliran.
Saya ingin juga mendapatkan penjelasan tentang perkembangan terkini Pasukan Petugas Khas (Special Task Force), hala tuju pembangunan industri REE termasuk Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Industri REE peringkat huluan yang diterajui oleh NRES. Apakah perkembangan di setiap peringkat huluan, pertengahan dan hiliran? Dan, apakah insentif khusus yang disediakan oleh kerajaan bagi menggalakkan pelaburan di dalam sektor perlombongan REE serta memperkukuhkan pembangunan industri pemprosesan hiliran dalam negara? Itu sahaja Dato’ pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Terengganu. Selanjut, dipersilakan Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi.
Saya pergi kepada Butiran 020000 - Pengurusan Geologi dan Tanah.
Terengganu, sebagaimana yang kita sedia maklum, mempunyai garis pantai yang panjang serta kawasan cerun di pedalaman seperti di Hulu Terengganu dan Besut, yang menjadikan negeri Pantai Timur ini amat terdedah kepada risiko geo bencana, khususnya semasa Monsun Timur Laut yang berlaku saban tahun.
Sebagai contoh, pada penghujung tahun yang lalu, kita menyaksikan kejadian tanah runtuh yang besar di laluan Jalan Aring – Kuala Jeneris, yang menyebabkan penutupan penuh laluan utama ke Gua Musang. Insiden ini bukan sahaja menjejaskan perhubungan, tetapi turut mengundang kebimbangan terhadap keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya.
Oleh itu, apakah pendekatan yang lebih komprehensif dan agresif bagi mencegah kejadian ini yang diambil oleh kerajaan untuk menguruskan risiko kejadian tanah runtuh di kawasan cerun yang berisiko tinggi?
Dan apakah mekanisme amaran awal atau sistem pemantauan yang lebih efisien untuk memastikan penduduk di kawasan berdekatan cerun dapat menerima maklumat segera dan bertindak sebelum berlaku kemalangan jiwa.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Kita tidak mahu insiden tanah runtuh seperti mana yang berlaku di beberapa kawasan di Sabah baru-baru ini yang telah mengorbankan 12 nyawa akan berulang kembali di tempat lain.
Di bawah butiran yang sama, saya ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pembinaan breakwater yang jenis nearshore island breakwater yang dibina di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus. Terima kasih di atas pembinaan tersebut tapi malangnya, pembinaan tersebut tidak dapat menghalang hakisan dari terus berlaku sehingga sebuah tanah perkuburan yang berdekatan iaitu Tanah Perkuburan Pantai Tok Jembal masih mengalami hakisan yang teruk dan ia nya sangat dibimbangi akan masuk ke dalam laut bila tiba musim Monsun Timur Laut nanti.
Persoalan saya ialah pada masa yang sama ataupun di projek yang sama yakni breakwater jenis yang sama, dibina di Pantai Paka, Dungun dan ia nya sangat
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
berjaya. Tapi, kenapa ia nya tidak berjaya di Pantai Tok Jembal? Adakah kerana perbezaan struktur atau apakah sebenarnya faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan berlaku di Pantai Tok Jembal? Oleh itu, saya mahu penjelasan daripada Menteri, apakah perancangan dan tindakan segera kerajaan bagi memastikan tanah perkuburan tersebut tidak terhakis dan akhirnya, masuk ke laut sebagaimana yang berlaku di Parlimen Setiu pada tahun lepas.
Tuan Pengerusi, saya ingin juga menyentuh sedikit tentang peratusan penggunaan dan perkongsian data geospatial yang bersepadu yang disasarkan 97 peratus pada tahun 2025 dan 2026, berbanding 83.42 peratus pada tahun 2024.
Namun, banyak agensi negeri dan PBT masih bergantung kepada sistem pemetaan lama dan tidak seragam.
Oleh itu, adakah kementerian akan memperluaskan latihan dan sokongan teknikal kepada kerajaan negeri dan PBT bagi memastikan capaian dan penggunaan data geospatial yang lebih menyeluruh? Dan bagaimanakah kementerian memastikan data geospatial digunakan untuk perancangan guna tanah, mitigasi bencana dan pemantauan alam sekitar secara bersepadu?
Seterusnya, bawah Butiran 050600 – Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman Akibat Serangan Hidupan Liar (BKHT). Dato’ Pengerusi, peruntukan RM1.5 juta disediakan untuk BKHT pada tahun 2026, namun tiada maklumat tentang mekanisme tuntutan atau kawasan sasaran. Petani dan penduduk luar bandar sering terjejas akibat serangan binatang liar seperti gajah, babi hutan serta beruang matahari.
Oleh itu, apakah mekanisme tuntutan BKHT dan sejauh mana mekanisme yang diwujudkan mudah diakses oleh penduduk kampung dan petani kecil yang susah untuk mendapatkan maklumat terkini? Adakah kementerian akan memperluaskan program ini ke negeri-negeri yang kerap berdepan dengan konflik hidupan liar seperti negeri Terengganu? Sekian, terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh dua, tiga perkara dalam perbahasan saya.
Pertamanya, Butiran 16800 iaitu Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi. Di kawasan Parlimen Jelutong, Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang merupakan satu
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
projek tebatan banjir yang telah kita bincangkan dalam beberapa Rancangan Malaysia. Tetapi, projek ini masih dalam proses pelaksanaan.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, kawasan di Parlimen Jelutong terutamanya DUN Datuk Keramat, Jalan P. Ramlee selalunya sinonim dengan banjir apabila berlakunya hujan lebat. Jadi, saya memohon penjelasan dan pemakluman, apakah status pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sungai Pinang yang saya rasa sekiranya sempurna dilaksanakan dengan segera dan telah pun di— mula dilaksanakan, akan memastikan bahawa penduduk di kawasan Jalan P. Ramlee di DUN Datuk Keramat dan juga kawasan-kawasan yang lain seperti Sungai Pinang dan Batu Lanchang di Parlimen Jelutong tidak akan terkesan bila berlakunya hujan lebat.
Untuk makluman Tuan Pengerusi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang juga telah melaksanakan beberapa projek di kawasan tersebut iaitu pendalaman dan pembesaran longkang-longkang untuk memastikan bahawa kejadian banjir ini tidak berlaku dengan kerap kali seperti dahulu.
Pada masa yang sama, saya ingin menarik perhatian Tuan Pengerusi dan juga mohon penjelasan berkenaan dengan Butiran 02703 – Pemetaan. Berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil untuk kita menunjukkan dengan jelas sempadan-sempadan negeri-negeri. Kelantan, Terengganu, negeri-negeri terutamanya negeri-negeri jiran, Pulau Pinang dan Kedah.
Kenapa saya bangkitkan perkara ini? Tuan Pengerusi sedia maklum bahawa walaupun kita sedar bahawa negara Malaysia telah pun merdeka lebih kurang lebih daripada 60 tahun, tetapi isu yang sering kali berbangkit adalah hak Pulau Pinang yang dituntut oleh Kedah.
Kelmarin kita lihat satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah yang menyatakan bahawa Pulau Pinang ini telah dipajak oleh negeri Kedah kepada— dan telah dipajak dan beliau menuntut dalam satu sidang akhbar, mungkin di persidangan Dewan Kedah, Dewan Undangan Negeri Kedah. Beliau menyatakan bahawa Kedah akan memulakan proses menuntut Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah.
Jadi, saya sebagai Ahli Parlimen Kedah Tuan Pengerusi, menggunakan kesempatan ini, sampai bila kita nak mainkan polemik ini? Bila kita di bangku sekolah, kita sedar berapakah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sarawak. Dan kenapakah perkara ini sering kali diulangi oleh Menteri Besar Kedah?
Apabila kita...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jelutong, Jerlun minta laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak bagi laluan. Ini isu Pulau Pinang, saya tak bagi laluan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tadi minta kepastian daripada Ahli Parlimen daripada Kedah.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, 37.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta maaf Tuan Pengerusi. Isu, isu, isu, isu hak kedaulatan negeri Kedah, kita ada seorang Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri Pulau Pinang. Pulau Pinang merupakan negeri yang berdaulat. Pulau Pinang mempunyai rakyatnya sendiri, malahan Pulau Pinang mempunyai bendera, lagu negeri yang sendiri. Kenapakah sering kali perkara ini menjadi polemik? Jadi, saya menuntut atas isu butiran ini, pemetaan ini dibuat dengan jelas supaya murid-murid...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jelutong, sekali lagi minta laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maafkan saya Jerlun, ini isu Pulau Pinang. Jangan jadikan politik dan polemik Jerlun. Pulau Pinang...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Penjelasan, minta penjelasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang berdaulat dalam persekutuan negara kita.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jelutong, Jelutong, minta sedikit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bayan Baru saya bagi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya nak tanya Jelutong, adakah — Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya nak tanya Jelutong, adakah Jelutong setuju dengan saya bahawa perkara ini dimainkan, sering dimainkan semata-mata kerana kegagalan negeri Kedah sendiri, Kerajaan Negeri Kedah sendiri yang tidak mampu menjana pendapatan, menjana apa ini, apa ini, ekonomi? Dan dia mainkan isu ini semata-mata untuk mengaburkan mata rakyat bahawa kegagalan itu. Jadi, dia mainkan sentimen supaya menaikkan apa ini, sentimen kenegerian ya, menyebabkan orang sudah lupa kegagalan Kerajaan Negeri Kedah. Terima kasih.
Minta pandangan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jelutong, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, saya ingin...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya minta laluan, sambungan tadi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ingin selesaikan perbahasan saya. Saya minta maaf, saya tak bagi laluan kepada Jerlun. Saya minta supaya perbahasan Yang Berhormat daripada Bayan Baru dimasukkan dalam perbahasan saya.
Sejak kita di bangku sekolah Tuan Pengerusi, sejak kita di bangku sekolah kita di— kita belajar. Di negeri— di Malaysia, kita ada 13 negeri di Peninsular iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang, manakala termasuklah Sabah dan Sarawak dan tiga Wilayah Persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Jadi, permintaan saya Tuan Pengerusi, dengan segala hormatnya adalah tolonglah jangan jadikan isu ini polemik dan juga bahan untuk kempen pilihan raya.
Permintaan saya di atas butiran ini kepada kementerian adalah Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia. Pulau Pinang mempunyai negerinya tersendiri, rakyatnya tersendiri, seorang gabenor yang berdaulat dan kita ada lagu negeri yang berdaulat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, tolonglah nasihat saya kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tuan Pengerusi, perkara ini penting. Kita tidak mahu sebarang perbalahan berlaku di antara rakyat Pulau Pinang dan rakyat Kedah. Ramai rakyat Kedah juga yang datang mencari rezeki di Pulau Pinang. So, saya menggunakan kesempatan ini untuk meminta kementerian dan Menteri, Timbalan Menteri untuk memastikan bahawa kita menaikkan taraf sistem pemetaan...
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
30 saat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya–– Sistem pemetaan untuk memastikan bahawa murid-murid kita yang belajar di bangku sekolah sedar bahawa Pulau Pinang ini adalah sebuah negeri yang berdaulat di Pulau Pinang dan tidak ada hak siapa-siapa untuk menuntut termasuklah Menteri Besar Kedah dan negeri Kedah. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut–– terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tanjong Karang.
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tanjong Karang terus kepada Butiran 02000 – pengurusan geologi dan tanah yang bernilai RM483 juta. Tuan Pengerusi, pengurusan REE mesti berpaksikan sains, geologi dan teknologi yang kukuh. Malaysia memiliki potensi yang amat besar mengenai REE ini khusus kepada jenis iron absorption clay iaitu jenis dysprosium, terbium, yttrium, gadolinium, erbium dan ytterbium dalam kuantiti yang tinggi di negeri Kelantan, Perak dan juga Pahang.
REE jenis ini mudah dilombong tanpa bijih batu keras, hanya melalui proses pencucian tanah sahaja. Namun, risiko sangat tinggi terhadap pencemaran air dan tanah jika tidak dikawal kerana penggunaan bahan kimia seperti ammonia sulfit yang tinggi.
Seterusnya, Butiran 020300 – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), RM85.631 juta. JMG ini perlu di perkasa, bukan sahaja dari segi kepakaran teknikal tetapi juga bidang penguatkuasaan. REE bukan bahan mineral biasa-biasa. Maka mekanisme pelesenan, pemantauan dan sistem traceability mesti kukuh supaya setiap tan mineral yang keluar dapat dijejaki dan tidak bocor keluar melalui penyeludupan ataupun manipulasi lesen lombong-lombong kecil.
Seterusnya Butiran 109000 – mineral perindustrian Semenanjung Malaysia dengan peruntukan sebesar RM173 juta berbanding RM6.229 juta pada tahun 2024.
Tuan Pengerusi, sorry, 2025. Tuan Pengerusi, peruntukan bagi butiran ini menunjukkan peningkatan lebih 100 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Ini adalah satu perkembangan yang amat dialu-alukan dan wajar diterjemahkan kepada pendekatan nilai tambah dalam industri pelombongan mineral nadir bumi atau REE ini dalam negara. Kita tidak boleh lagi mengulangi kesilapan lama sebagai pengeksport bahan mentah sahaja yang hanya memberikan keuntungan jangka pendek.
Malaysia mesti melangkah lebih jauh dengan membangunkan rantaian pemprosesan REE tempatan termasuk kemudahan refining dan separation plant agar sumber bernilai tinggi ini diproses dan dimanfaatkan sepenuhnya di dalam negara. Langkah ini akan membolehkan Malaysia menghasilkan bahan separa siap berteknologi tinggi untuk sektor strategi seperti pembuatan magnet, bateri kenderaan elektrik dan cip semikonduktor. Sekali gus, menempatkan negara dalam ekosistem global industri hijau dan digital. Inilah masa untuk Malaysia beralih dari model
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
pengeluar bahan mentah kepada ekonomi berasaskan mineral strategik berdaya saing dan berpaksikan inovasi tempatan.
Seterusnya Butiran 11200 – penyelidikan dan pembangunan penghasilan dan pemprosesan mineral. Peruntukan hanya sebesar RM1.29 juta berbanding RM3 juta lebih pada tahun 2025. Tuan Pengerusi, Tanjong Karang ingin menzahirkan sedikit rasa kekecewaan terhadap pengurangan lebih 50 peratus peruntukkan untuk R&D ini di bawah butiran ini berbanding tahun sebelumnya.
Pengurangan mendadak ini menimbulkan persoalan, mengapa pada saat- saat Malaysia sedang melangkah ke arah pembangunan industri mineral nadir bumi ini, bajet penyelidikannya pula dikurangkan. Bukankah sepatutnya kerajaan meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan agar negara benar- benar memahami potensi kaedah pengekstrakan dan pengurusan sisa REE ini secara saintifik dan selamat. Tanpa kekuatan ilmu dan teknologi, kita hanya akan kekal sebagai pengeksport bahan mentah yang berisiko tinggi terhadap alam sekitar.
Tanjong Karang menyarankan agar kerajaan memperkukuhkan kolaborasi antara JMG, MOSTI dan universiti awam untuk membangunkan industri ini.
Seterusnya butiran, sikit tambahan masa Tuan Pengerusi. Butiran 117000 – sistem maklumat mineral, peruntukkan lebih kurang RM15 juta. Tuan Pengerusi, Tanjong Karang sangat mengalu-alukan peruntukan baharu ini dan ia nya amat bertepatan dan strategik untuk membangunkan Pangkalan Data Mineral Nasional yang bersepadu, telus dan boleh diakses antara agensi.
Pangkalan data ini perlu merangkumi maklumat menyeluruh seperti lokasi sumber, status lesen, jumlah pengeluaran serta tahap pemantauan alam sekitar bagi setiap kawasan. Kelulusan data, ketelusan data amat penting bukan sahaja untuk mengelak pertindihan kuasa dan maklumat antara kerjaan negeri dan Persekutuan tetapi juga untuk memperkukuh tadbir urus sektor mineral serta membangunkan keyakinan pelabur yang bertanggungjawab dan beretika.
Dengan sistem maklumat mineral yang mantap, Malaysia dapat memastikan setiap aktiviti pelombongan di laksana secara teratur, dipantau dan berakauntabiliti sejajar dengan prinsip kelestarian dan kedaulatan sumber negara.
Akhir sekali, Butiran 12600 – peningkatan taraf dan kemudahan makmal JMG, peruntukkan lebih sekitar RM7.75 million. Tuan Pengerusi, sekali lagi Tanjong Karang mengalu-alukan peruntukan baharu ini yang berjumlah RM7.75 juta. Ia nya sangat diperlukan bagi memperkukuhkan keupayaan makmal Jabatan Mineral dan Geosains dalam penyelidikan kemudahan analisa mineral berketepatan tinggi
Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
termasuk teknologi mass spectrometry dan X-ray fluorescence untuk kajian unsur nadir bumi.
Seterusnya yang akhir, Tanjong Karang ingin menegaskan bahawa REE adalah anugerah besar bumi Malaysia tetapi nilainya hanya akan dirasai rakyat jika diurus dengan ilmu, integriti dan tanggungjawab. Jangan biarkan REE ini menjadi emas baharu yang hanya memperkayakan segelintir, sedangkan rakyat menanggung kesannya. Malaysia mesti muncul sebagai pengeluar REE yang berdaulat, beretika dan lestari. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Karang. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Dato’ Pengerusi, Kuala Krai ingin merujuk kepada butiran-butiran berikut.
Pertama ialah B020300 – Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Melalui butiran ini, saya ingin merujuk kepada isu REE. Semalam 11 November 2025, Dewan Negeri Kelantan telah membentangkan satu usul tergempar berkaitan dengan hasil bumi Kelantan. Usulnya berbunyi, “Bahawa bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini untuk membuat ketetapan mempertahankan kedaulatan dan kelestarian sumber mineral negeri, mempertegas hak negeri dan menolak federalisasi sumber dan hasil mineral tanpa partisipasi negeri”. Usul ini amat penting dan bertepatan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya Jadual Kesembilan Senarai II iaitu senarai negeri yang dengan jelas memperuntukkan bahawa segala urusan berkaitan permit, lesen, mencari gali, pajakan dan perakuan melombong adalah hak mutlak kerajaan negeri.
Kelantan tidak pernah menutup pintu kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, bahkan berdiri sehaluan dalam menjunjung usaha membangun industri REE dan juga NREE dari huluan hingga ke hiliran demi mengangkat martabat ekonomi negeri dan negara.
Namun, apa yang Kelantan tekankan ialah bahawa setiap dasar pelan pembangunan atau perjanjian antarabangsa yang menyentuh sumber mineral negeri mesti melalui rundingan rasmi dan libat urus penuh dengan kerajaan negeri.
Kelantan tidak mahu kedaulatan negeri digugat atas nama pembangunan nasional.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kelantan tidak mahu hasil bumi negeri diambil tanpa keadilan pembahagian hasil kepada rakyat Kelantan sendiri. Sumber mineral bukan sekadar bahan ekonomi, ia adalah lambang maruah dan kedaulatan negeri Kelantan yang mesti dipertahankan. Kelantan tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti mana berlaku kepada Perjanjian Petroleum 1975.
Maka saya berdiri teguh menyokong usul ini sebagai satu isyarat jelas bahawa Dewan Negeri Kelantan bersatu suara mempertahankan hak negeri demi memastikan hasil bumi ini diurus secara lestari, berintegriti dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat negeri Kelantan yang dikasihi. Justeru saya ingin tahu apakah pendirian kementerian ini dalam isu ini khususnya selepas termeterainya ART antara Malaysia dan USA.
Dato' Pengerusi isu yang kedua ataupun butiran yang kedua ialah B.030200 – PERHILITAN. Kita amat menghargai peranan PERHILITAN sebagai benteng utama negara dalam melindungi biodiversiti, memelihara kawasan hutan dan memastikan keseimbangan ekosistem terpelihara. Melalui butiran ini saya ada dua isu yang ingin Kuala Krai tanyakan. Pertama ialah isu pemindahan gajah liar melalui peruntukan yang tidak mencukupi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini kejadian gajah liar memasuki kawasan kampung dan kebun orang kampung semakin meningkat.
Di kawasan seperti Dabong, Manek Urai dan juga banyak lagi kawasan lain penduduk bukan sahaja kehilangan hasil tanaman malah hidup dalam ketakutan setiap kali malam menjelang. Saya dimaklumkan bahawa kos operasi memindahkan seekor gajah liar boleh mencecah puluhan ribu ringgit termasuk kos logistik, kakitangan, ubat pelali dan pengangkutan khas. Namun peruntukan operasi sedia ada di bawah PERHILITAN masih jauh daripada mencukupi untuk menampung jumlah kejadian yang semakin kerap.
Oleh itu adakah melalui Belanjawan 2026 di bawah kementerian ini akan menambah peruntukan khas di bawah item Operasi Pemindahan Gajah Liar dengan mewujudkan dana kecemasan konflik hidupan liar yang boleh digunakan secara segera tanpa birokrasi panjang apabila berlaku serangan atau gangguan. Kita tidak boleh hanya menggesa PERHILITAN bertindak tetapi tidak menyediakan dana yang mencukupi untuk mereka bertindak.
Dalam butiran yang sama isu yang kedua ialah serangan beruang, kera dan monyet. Selain gajah penduduk di Kuala Krai bukan sahaja kawasan kampung
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
bahkan di bandar-bandar juga berdepan dengan serangan kera, monyet dan beruang matahari yang semakin agresif. Haiwan-haiwan ini bukan sahaja merosakkan tanaman getah, kelapa dan pisang malah telah menyerang penduduk kampung dan kanak-kanak kecil.
Saya ingin bertanya adakah kementerian bersedia untuk menambah pasukan khas rondaan dan menambah perangkap haiwan liar di kawasan berisiko tinggi serta menambah pegawai dan kakitangan tetap di daerah-daerah panas seperti Kuala Krai dan Gua Musang dan melaksanakan program pengurusan populasi kera dan monyet secara sistematik melalui kaedah pemindahan ataupun pelupusan.
Dulu-dulu ketika RELA diberikan lesen senjata api mereka sering membantu dalam kawalan keselamatan kampung termasuk ancaman haiwan liar dan mengawal musuh tanaman seperti kera dan monyet. Namun pada masa kini RELA tidak lagi mempunyai bidang kuasa dan sumber yang sesuai untuk menjalankan fungsi tersebut.
Justeru adakah kementerian ini bersedia meneliti semula bersama dengan KDN ataupun Kementerian Dalam Negeri peranan RELA dalam konteks keselamatan komuniti luar bandar sama ada melalui latihan khas bersama PERHILITAN atau mewujudkan pasukan tindakan awal kampung yang dilatih secara rasmi oleh PERHILITAN untuk membantu menangani ancaman haiwan liar sementara menunggu pasukan profesional tiba.
Dato' Pengerusi butiran ketiga ialah B.040200 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Peruntukan ini amat penting kerana Jabatan Meteorologi Malaysia memainkan peranan besar dalam menyediakan ramalan cuaca, amaran awal bencana dan pemantauan perubahan iklim yang secara langsung memberi kesan kepada keselamatan rakyat, kestabilan ekonomi serta ketenteraman awam.
Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada METMalaysia Kelantan khususnya Kuala Krai yang sentiasa mengemas kini perkembangan semasa. Ada empat persoalan saya di bawah butiran ini. Pertama keperluan menaik taraf infrastruktur ramalan cuaca. Kita sering berdepan dengan ketidaktepatan ataupun kelewatan maklumat amaran cuaca terutama ketika musim monsun dan fenomena hujan luar jangka.
Terdapat kawasan termasuk di negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah sering menerima amaran yang tidak selari dengan realiti lapangan. Oleh itu adakah kementerian melalui METMalaysia akan meningkatkan jumlah sesi meteorologi automatik di kawasan pedalaman dan luar bandar termasuk memasang
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
lebih banyak sensor hujan dan radar berskala kecil yang boleh menyalurkan data tepat kepada agensi penyelamat seperti NADMA, APM dan JPS.
Isu yang kedua kerjasama data antara agensi. Adakah terdapat isu silo data antara agensi METMalaysia, JPS dan NADMA yang beroperasi secara terpisah akibatnya...
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, 30 saat.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
...Amaran banjir atau ribut kadang-kadang tidak sampai tepat pada waktunya kepada pihak berkuasa tempatan dan masyarakat. Isu yang ketiga ialah pembangunan sistem ramalan AI, berasaskan AI. Dalam era digital ini adakah METMalaysia bersedia melangkah ke hadapan dengan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meramal corak cuaca ekstrem dan perubahan iklim dan pendekatan lebih mesra dalam menyampai maklumat.
Adakah sistem penyampaian maklumat METMalaysia yang masih terlalu teknikal dan kurang mesra rakyat akan mendapat perhatian kementerian. Rakyat di luar sana tidak faham istilah ribut petir, isolasi ataupun taburan hujan tinggi melebihi 60 milimeter. Sikit saja, satu perenggan.
Sudah tiba masanya METMalaysia membangunkan platform komunikasi yang mudah difahami termasuk aplikasi mudah alih yang memberikan maklumat ringkas, interaksi yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat dalam bahasa yang paling mudah. Terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Baik pembahas terakhir sebelum kita berhenti berehat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Pengurusan Geologi dan Tanah berkaitan dengan 020300 – Jabatan Mineral dan Geosains juga termasuk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 030300.
Banyak telah dilakukan oleh jabatan dan agensi apabila kita menyentuh tentang soal pengurusan ataupun aktiviti yang dilakukan melalui Butiran 00117 – Projek Teknologi Hijau dan juga 07301 berhubung pembangunan dasar-dasar berkaitan perubahan iklim dan juga obligasi pelaporan di bawah UNFCCC.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Yang Berhormat Timbalan Speaker apa yang kita harapkan ialah dengan pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri bahawa Rang Undang- undang Perubahan Iklim Nasional ini akan hanya dibentangkan pada tahun depan, penggal sidang yang akan datang. Tetapi kementerian dan juga agensi-agensi telah mengambil langkah-langkah yang baik untuk melaksanakan berdasarkan garis panduan yang sedia ada. Tetapi yang menjadi isunya yang di hadapan kita bahawa pelaksanaan dasar-dasar adalah tidak seimbang sama sekali.
Benar, kita ada garis panduan tetapi bagaimana dengan penguatkuasaan.
Bagaimana dengan kesediaan tenaga-tenaga mahir ataupun bakat-bakat mahir yang dapat menjayakan program-program berkaitan dengan soal teknologi hijau dan juga dasar-dasar yang berkaitan dengan perubahan iklim ini. Kerana ini penting perkara- perkara tersebut tidak boleh lagi dilihat dalam bentuk hanya sebagai satu usaha yang biasa tetapi ia memerlukan kepakaran.
Agenda untuk melahirkan pakar-pakar, tenaga-tenaga mahir perlulah diberi keutamaan melalui perancangan-perancangan, kajian-kajian yang ingin dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan. Jadi dengan ketiadaan atau dengan pelaksanaan yang tidak setara ini menyebabkan berlakunya antara kelemahan pelaksanaan merentasi sektor ini menjadi isu sehinggakan hasil yang diharapkan itu tidak seperti mana yang dirancang peringkat awal.
Selain daripada kita mengenal pasti bahawa dasar itu tidak seragam, maka yang kedua Yang Berhormat Timbalan Speaker saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menimbangkan tentang soal berkaitan dengan soal perubahan iklim dan juga kajian-kajian ini. Kita perlu menunjukkan akauntabiliti oleh semua agensi dan juga pihak-pihak yang melaksanakan kajian dan juga pelaporan ini.
Kita tahu syarikat-syarikat besar mampu sahaja untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan pinjaman ataupun kekuatan kewangan untuk melaksanakan program-program teknologi hijau mahupun program-program yang berkaitan dengan perubahan iklim ini. Tetapi kalau kita lihat syarikat-syarikat yang kecil yang kita juga harap terlibat sama termasuk juga koperasi ataupun the supply chain players ini Yang Berhormat Tuan Speaker dengan izin terus menghadapi kepayahan untuk mendapatkan pembiayaan bagi mereka melaksanakan program- program yang mesra alam ini.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Jadi, perlulah ada satu peluang untuk syarikat-syarikat SME ataupun PMS ini, termasuklah koperasi dan sebagainya, yang berada di bawah, di lapangan sana
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
mendapat juga peluang-peluang untuk kemudahan pembiayaan bagi membolehkan mereka melaksanakan program-program hijau ini.
Ketiga Yang Berhormat Timbalan Speaker, saya ingin mencadangkan supaya syarikat-syarikat sama ada pihak berkuasa tempatan, termasuklah syarikat- syarikat milik kerajaan negeri, ianya merujuk kepada data yang ada integriti dan juga kaedah pelaporan yang sesuai diguna pakai dan diterima oleh masyarakat antarabangsa. Kerana ini penting bagi membolehkan setiap pelaporan kita itu mendapat pengiktirafan, bukan hanya sekadar melapor sahaja kedapatan yang kita perolehi untuk melaksanakan program.
Akhirnya Yang Berhormat Timbalan Speaker, satu perkara, izinkan saya.
Kajian ― 11900 Butiran – Kajian Sumber Air Tanah Negara. Ini adalah satu perkara yang penting. Sumber air tanah seperti mana ada yang nya di Kelantan ataupun di mana-mana, itu bukannya teknologi sumber air bawah tanah ataupun sumber air tanah. Ianya memerlukan teknologi yang terkini. Bagaimana Jabatan Mineral dan Geosains ini, teknologi apa yang diguna pakai? Teknologi apa yang menjadikan RM5.78 juta akan dibelanjakan tahun hadapan untuk tujuan kajian?
Saya difahamkan kajian demi kajian telah dibuat tetapi hasil kedapatannya masih lagi tidak seperti yang diharapkan. Saya pernah seperti rakan saya daripada Tebrau, saya juga pernah menjadi exco kerajaan negeri yang menjaga infrastruktur.
Dah terbukti Yang Berhormat Timbalan Speaker, di Johor bekalan air untuk kegunaan Padang Polo Istana Johor tidak lagi menggunakan sumber air daripada Syarikat Air Johor tetapi menggunakan sumber air bawah tanah. Ini adalah tahun kesembilan, tidak pun berlaku mendapan, tidak pun berlaku settlement seperti mana yang dianggap oleh setengah-setengah pihak. Kalau kita menggunakan air bawah tanah, maka akan berlaku mendapan dan sebagainya.
Negara— negeri seperti Kumamoto di Jepun, meraikan tahun yang ke-100 penggunaan 99 peratus air bagi bekalan masyarakat 800,000 di Kumamoto itu sumber airnya adalah bawah tanah. Mengapa Johor yang punya ― mempunyai data center, pusat data yang paling banyak dalam negara berdepan dengan cabaran sumber bekalan air?
Jadi, ini harus membolehkan Jabatan Mineral dan Geosains lebih bersungguh-sungguh. Lima juta tidak mencukupi. Saya harap untuk Rolling Plan yang Pertama, Rolling Plan Kedua, lebih banyak lagi akan diperuntukkan kepada Jabatan Mineral dan Geosains supaya kajian yang lebih terkini diguna pakai dalam membuat keputusan tentang sumber air tanah negara.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Jadi, itulah yang saya nak cadangkan. Apakah pandangan daripada pihak kementerian berkaitan dengan usaha tersebut dan juga usaha-usaha yang dibuat oleh FRIM negara kita. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Sebagai teguran, yang mempengerusikan Jawatankuasa adalah Pengerusi, bukan Speaker atau Timbalan Speaker. Ingatan.
Selain daripada itu, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat. Bentara.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, kita berhenti untuk berehat makan dan solat Zuhur. Mesyuarat akan bersidang semula pada jam 2.30 petang.
[Mengetuk tukul]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Majlis dalam Jawatankuasa.
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Baik Yang Berhormat, kita sambung perbahasan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam di peringkat Jawatankuasa dengan saya menjemput YB Rantau panjang, lima minit.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama-sama membahaskan peringkat Jawatankuasa Maksud B.23, P.23 iaitu Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Tan Sri Pengerusi, menyentuh Butiran 16800 berkaitan dengan Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi, yang mana peruntukan diperuntukkan
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
RM180.14 juta. Saya ingin penjelasan, perincian terhadap peruntukan ini dan senarai tebatan banjir yang disenaraikan di bawah berkeutamaan tinggi.
Dan dalam berdepan dengan perubahan iklim dan cuaca ekstrem yang sedang melanda dunia hari ini. Apakah persiapan negara terkini? Sejauh mana penyampaian maklumat dan keberkesanan dalam ramalan cuaca sama ada jangka sederhana dan jangka panjang? Dan berapa ramai pakar yang ada dan keupayaan sumber manusia dalam perkhidmatan meteorologi, gempa bumi dan tsunami? Saya ingin penjelasan daripada pihak kementerian.
Dan baru-baru ini kita semua dimaklumkan bagaimana berlaku taufan typhoon yang melanda Filipina di awal Oktober lepas yang sangat besar kesannya yang mana lebih 300,000 penduduk terjejas. Jadi, saya ingin tahu apakah persiapan negara kita dalam berdepan dengan monsun yang dijangka sedang menuju ke negara kita? Hujan lebat dan gelombang yang ribut memberi kesan yang besar terutama kepada penduduk sama ada kerosakan infrastruktur ataupun dari sudut rumah, ekonomi, tanaman dan sebagainya.
Jadi, sejauh mana sistem amaran awal berkesan? Saya ingin tahu berapakah jumlah sistem amaran yang ada di seluruh negara? Dan sistem komunikasi yang berkesan sebab di saat berlakunya bencana elektrik terputus, sejauh mana sistem ini dapat mengatasi sekiranya tidak ada berlakunya gangguan elektrik? Begitu juga infrastruktur asas yang tahan bencana.
Tan Sri Pengerusi, kalau kita lihat PPS yang ada di seluruh negara kebanyakannya menggunakan sekolah-sekolah. Dan baru ini apabila berlaku ribut kencang di Klang, kita lihat bumbung sekolah pun tercabut. Jadi, apa persiapan kerajaan apabila dalam berdepan dengan situasi iklim yang ekstrem ini? Jadi, adakah PPS yang ada sekarang ini selamat untuk dihuni oleh mangsa-mangsa banjir dan sebagainya sekiranya berlaku ribut dan banjir yang luar biasa?
Jadi, saya ingin tahu apakah persiapan kementerian dan macam mana perancangan juga untuk kelulusan pembangunan? Sebab kita lihat ada kawasan pembangunan yang dibina di kawasan yang berisiko. Sejauh mana pelaksanaan supaya setiap proses pembangunan yang akan dibuat mestilah mengambil kira hasil atau kajian risiko terhadap setiap tapak bangunan yang akan di bina sebab untuk mengelakkan kerugian kepada masyarakat dan penduduk.
Begitu juga, pelan guna tanah supaya ia benar-benar selamat terutama di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Begitu juga sejauh mana koordinasi antara
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
agensi-agensi sama ada Pusat, daerah dan negeri untuk memastikan supaya dalam berdepan dengan bencana yang ekstrem kita dapat mengatasinya.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya menyentuh 02801 berkaitan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia iaitu Projek Penandaan, Pengukuran dan Penyenggaraan Sempadan Antarabangsa. Di Rantau Panjang ia berada di sempadan antarabangsa dengan Thai. Jadi, sejauh mana usaha yang telah dibuat untuk penandaan sempadan Malaysia–Thai? Setahu saya, sempadan Malaysia– Thai ini berada di tempat dalam sungai yang paling dalam. Macam mana kerajaan berusaha untuk memastikan supaya sempadan sebelah tanah di Malaysia ini tidak terus terhakis.
Apabila setiap kali berlaku banjir, berlaku bencana, tanah di sebelah negara kita rendah dan begitu juga kesan daripada pembinaan benteng yang telah dibina di sebelah Thailand menyebabkan arus air itu membawa — menyebabkan tebing sebelah kita semakin menyempit menyebabkan sempadan kita semakin sempit.
Jadi, saya ingin tahu apakah usaha, kerjasama yang dibuat antara G2G dalam untuk mengatasi supaya kita dapat menyelesaikan isu ini dan tidak memberi kesan jangka panjang kepada negara kita? Dan sejauh mana, pembinaan tembok yang dicadangkan ini untuk dapat disegerakan? Begitu juga pendalaman sungai yang memberi kesan besar terhadap kesan banjir.
Masa dah cukup, satu lagi Tan Sri Yang di-Pertua iaitu 060200 – Dasar Baru iaitu Sewaan Pesawat Udara yang berjumlah RM7.41 juta yang mana saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Apakah kepentingan sewaan pesawat udara ini? Dan apakah strategi yang akan digunakan hasil daripada sewaan berjuta ringgit ini? Dan apakah langkah penjimatan yang dirancangkan oleh pihak kementerian supaya ia tidak terus membebankan kewangan negara? Dan sejauh mana keperluan tentang sewaan pesawat udara ini? Itu sahaja, Tan Sri Pengerusi, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tan Sri Pengerusi mengizinkan saya untuk mengambil bahagian pada peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Saya ingin untuk mulakan dengan awal ayat 116 Surah Hud yang bermaksud dari ayat 116 ini ialah “Maka tidak ada di kalangan umat-umat sebelum kamu, orang yang mempunyai keutamaan yang melarang dari mengerjakan kerosakan di muka
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
bumi.” Jadi,soal yang berkait dengan kerosakan ini mesti kita jadikan salah satu daripada kepentingan untuk kita memelihara kelestarian alam.
Saya merujuk kepada Butiran 030100. Isu pencerobohan hutan dan pemburuan haram.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Saya bangkitkan isu yang membabitkan ancaman terhadap khazanah biodiversiti negara. Pencerobohan hutan dan pemburuan haram masih berlaku secara meluas termasuk di kawasan perlindungan seperti taman negara, hutan simpan kekal dan rizab hidupan liar.
Oleh itu laporan akhbar The Star bertarikh 29 Mei 2025 menyebutkan bahawa Malaysia menyasarkan penempatan 3,000 renjer komuniti (RK) tahun ini terdiri daripada veteran tentera, pesara polis dan masyarakat orang asli menerusi Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) bagi memperkukuh penguatkuasaan hutan dan hidupan liar.
Laporan New Straits Times pada 22 September 2025 pula menyatakan bahawa negara masih memerlukan sekurang-kurangnya 5,000 renjer untuk membasmi kegiatan pemburuan haram dan melindungi kawasan hutan dan rizab hidupan liar sedia ada. Persoalannya, adakah status yang disebutkan tentang pelantikan 3,000 renjer komuniti itu, berapa ramai yang telah dilantik dan di mana mereka ditempatkan dan apakah hasil yang dicapai setakat ini? Adakah kementerian akan meningkatkan juga sasaran kepada 5,000 renjer menjelang 2026 seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Konservasi?
Ini penting kerana kita mesti melihat kepada soal yang berkait dengan hidupan liar ialah kerana kita mempunyai daerah dalam keadaan penempatan mereka apabila diganggu, maka ia akan membawa kepada soal pencerobohan bagi penempatan penduduk. Ini sangat penting kerana dalam soal apabila melibatkan hidupan liar, mujurnya Allah jadikan mereka hidupan liar ini takut kepada manusia dan kita juga takut kepada mereka. Jadi, mereka berada dalam keadaan yang selamat untuk zon mereka sendiri dalam penempatan mereka.
Tetapi apabila diganggu gugat, ia akan menceroboh masuk kepada zon penempatan manusia dan ini melibatkan apa yang kita lihat dari kesan itu ialah ketakutan apabila gajah umpamanya masuk ke kampung-kampung. Ini penting untuk kita pastikan bahawa perkara yang berkait dengan hutan ini mestilah dipelihara mengikut zon selesa masing-masing.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Dungun, minta laluan sikit.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Sila.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Okey, terima kasih Dungun.
Apa ni— setujukah Dungun apabila kita perlu ada insentif ataupun pampasan kepada negeri-negeri yang tidak mengadakan pembangunan di kawasan-kawasan hutan simpan ini sebab mereka dah tak boleh develop kawasan itu dan perlu ada pampasan untuk mereka.
Dan satu lagi, saya cadang mungkin kita boleh pinda Akta Perhutanan 1984 untuk hutan simpan itu dijadikan atau hutan yang tak boleh diteroka itu kita jadikan sebagai wakaf untuk survival, survival kepada hutan itu sendiri. Terima kasih.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Padang Besar, masukan dalam ucapan saya dan pohon jawapan kementerian.
Yang perkara seterusnya ialah Butiran 030100, isu malim gunung dan pengurusan risiko pendakian. Isu keselamatan pendaki di kawasan pergunungan kembali mendapat perhatian selepas tragedi menyayat hati yang meragut nyawa Allahyarham Mustaqqeem Mansor di Gunung Liang, Perak pada Oktober lalu.
Tragedi ini mengingatkan kita bahawa pengurusan laluan pendakian di Malaysia masih belum memiliki sistem keselamatan nasional yang seragam dan menyeluruh.
Oleh itu persoalan saya adalah:
(i) adakah kementerian bercadang mewajibkan khidmat malim gunung untuk setiap ekspedisi ke gunung atau bukit yang dikategorikan sebagai berisiko; dan
(ii) adakah kementerian memperkenalkan atau pun memperluas penggunaan teknologi pengesanan dan cip lokasi (tracking chip) bagi semua pendaki rasmi khususnya laluan yang sukar.
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya saya jemput Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus kepada perkara yang saya hendak bangkitkan. Pertamanya adalah Butiran 07100 – PERHILITAN. Peruntukan tahun 2025, RM47 juta lebih.
Tahun 2026 dianggarkan RM82 juta lebih. Semalam saya bangkitkan kepada KKDW demi kesejahteraan masyarakat di kawasan luar bandar. Hari ini terus kepada PERHILITAN yang saya kira aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh PERHILITAN untuk mencegah kepada gangguan hidupan liar.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Menurut laporan, kes gangguan hidupan liar di Malaysia 38,236 aduan daripada 2012 hingga 2018. Dan spesies kera menjadi aduan yang terbesar sejumlah 23,433 diikuti oleh babi hutan dan juga gajah. Dan dimaklumkan bahawa di negeri Selangor sendiri tangkapan anjing liar 2016 hingga 2018 oleh PBT sejumlah 66,867 ekor dan monyet ataupun kera di Selangor ini pada tahun 2017, 11,210 dan tahun 2018, 11,711 ekor.
Saya hendak dapatkan supaya ada satu statistik yang terkini dan secara umumnya saya melihat bahawa perkara ini tidak selesai lagi. Di Dewan Negeri Selangor pun setiap tahun dibangkitkan isu berkaitan dengan gangguan hidupan liar terutamanya monyet ini.
Jadi, apakah kaedah yang sebenarnya yang dilakukan, kalau kita dapat maklumat sama ada tembak untuk halau ataupun tangkap dan pindah. Dan ini saya kira ada aktiviti-aktiviti yang bukan sekadar itu. Kita tidak menghalang pembangunan yang akhirnya monyet-monyet ini terpaksa keluar untuk mencari makan di kawasan- kawasan yang mereka telah dibangunkan, tetapi saya melihat juga bagaimana kita boleh melihat keterjaminan makanan kepada hidupan liar ini termasuklah monyet- monyet. Kalau tidak kita pindahkan ke hutan, contohnya hutan di Kuala Langat, pindah ke Hutan Hulu Selangor, dia masih lagi ya keluar kerana tidak kecukupan makanan.
Sebab itu saya merasa juga mungkin ada peruntukan-peruntukan yang tertentu yang kita boleh fikirkan bahawa habitat mereka ini bukan hanya sekadar habitat untuk mereka tempat tinggal mereka, tetapi juga habitat untuk kecukupan makanan mereka. Tan Sri?
Tuan Pengerusi
Ya, saya sedang tengok timer. Tolong technician betulkan timer itu.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Yang kedua, berkaitan dengan Butiran 07200 – Pengendalian Alam Sekitar. Peruntukan 2025, RM5 juta lebih. Tahun 2026, RM84 juta. Jumlah yang begitu— meningkat begitu tinggi. Butiran 07300 – Bahagian Konservasi dan Pemuliharaan Alam Sekitar. 2025, RM400,000.
2026, RM600,000. Laporan menunjukkan bahawa Malaysia bakal digelar sebagai tapak pembuangan dunia isu penyeludupan e-sisa. Sejak Januari 2025, sitaan e-sisa ataupun e-waste, sejumlah 13.2 bilion dan Ops Hazard 2.0, 1,600 individu telah ditahan dan Pelabuhan Klang antara tempat kemasukan utamanya.
Daripada Ogos hingga Disember 2024, 336 kontena telah disisa— eh disita dan 306 e-sisa— melibatkan 306 kontena e-sisa. Dan 348 cubaan untuk diseludup
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
dan ekoran daripada ini, maka saya melihat timbulnya kilang-kilang haram untuk tujuan e-sisa ataupun e-waste itu sendiri. Dan yang cukup menggusarkan kita adalah berkaitan dengan pembakaran terbuka. Dimaklumkan di Hulu Selangor, di Kuala Langat berlaku pembakaran-pembakaran secara terbuka yang akhirnya memberikan kesan alam sekitar, pencemaran alam sekitar kepada rakyat.
Di kawasan Kuala Langat sendiri, sebagai contoh di FELCRA Batu 8, Sijangkang yang mana penyumbang utamanya didapati ada daripada— berpunca daripada Amerika Syarikat. Dan telah saya bangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2024 yang jua tidak selesai hingga pada hari ini. Kerana apa? Kerana saya melihat bahawa ada lagi berlaku kejadian-kejadian yang terakhir adalah pada Oktober 2025.
Dan apabila berlaku pada tahun 2024, tiga lokasi dikenal pasti dan dipantau.
64 notis telah dikeluarkan di bawah akta ataupun undang-undang, amaran bertulis.
Cuma saya melihat bahawa tujuh notis kesalahan adalah dikaitkan dengan akta pihak PBT dan tidak adapun yang notis kesalahan itu dikaitkan dengan Jabatan Alam Sekitar ataupun pencemaran alam sekitar itu sendiri.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Dan kompaun yang dikenakan cuma lebih kurang dalam RM500 hingga RM1,000 begitu. Jadi, saya merasakan bahawa ada sesuatu yang harus dibuat sebaiknya supaya akhirnya pencemaran-pencemaran seperti ini dan Malaysia yang dikatakan akan menjadi tapak buangan sisa e ini dapat kita selesaikan.
Dan yang terakhir adalah Butiran 08600 – Pengurusan Hutan Secara Berkekalan dan juga Butiran 17200 – Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan dengan peruntukan-peruntukan yang saya kira agak besar, terutamanya 08600 pada 2026 iaitu RM82 juta dan isunya adalah berkaitan dengan hutan terosot.
Bagaimana aktiviti-aktiviti? Kalau kita lihat bahawa kempen penanaman 100 juta pokok, Projek RELeaf 2021 hingga 2025, sejauh mana kejayaan projek ini ataupun aktiviti-aktiviti ini?
Saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan hutan paya bakau. Sejauh mana juga hutan paya bakau ini dapat kita kekalkan? Dan kalau kita lihat, sepatutnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara diliputi hutan dan pada hari ini walaupun keseluruhan Malaysia kita ada 55.3 peratus, di Selangor kita hanya ada tinggal 30 peratus dan kita tidak nafikan sebahagian besarnya adalah untuk tujuan pembangunan, tapi yang penting adalah bagaimana akhirnya dengan peruntukan-
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
peruntukan yang kita ada ini kita dapat jaga hutan-hutan sebagai sumber kelestarian kehidupan kita menjaga alam sekitar kita. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput seterusnya Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana membenarkan saya membahas Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Hendak saya bawa tiga perkara. Perkara pertama adalah Butiran 020200 – Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Saya memohon kepada JUPEM supaya menukar polisi sekarang yang menswastakan kerja-kerja penyukatan dan pemetaan kawasan-kawasan Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan kawasan- kawasan penempatan orang-orang asal di Sabah, Sarawak dan menukarnya kepada kerja-kerja in-house, dengan izin, iaitu dengan menggaji juruukur-juruukur bertauliah kerana ia lebih menjimatkan.
Semalam kita dengar Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah memperuntukkan RM42 juta untuk mengukur dan memeta tanah-tanah orang asli sahaja di Semenanjung Malaysia dan jumlah sebanyak RM24.43 juta telah digunakan tapi hanya dapat menyukat 30,540 hektar tanah sahaja. Ini sangat mahal.
Dan kita masih ada baki RM17.57 juta untuk sampai akhir tahun ini.
Jadi, kalau― dan kita dapat banyak aduan daripada Semenanjung Malaysia dan juga dari Sabah dan Sarawak bahawa tanah-tanah orang asli dan tanah-tanah orang asal di Sabah, Sarawak memang lambat disukat kerana tidak ada dana. Tapi, bagi saya, dana mencukupi tapi cara kita melaksanakannya memang mahal. Jadi, harap polisi penswastaan ini dapat ditukar kepada in-house, dengan izin.
Perkara kedua ialah Butiran 030200 – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Pada bulan Mei tahun ini, mantan Menteri iaitu YB Setiawangsa telah menyatakan bahawa terdapat 4,919 human-elephant conflict yang berlaku di antara tahun 2020 hingga 2024 dan kerugian yang dialami adalah RM39.4 juta. Ini tidak mengambil kira ramai yang cedera dan ramai yang maut akibat dibunuh atau dipijak oleh gajah-gajah ini. Dan kerugiannya lebih lagi kerana selagi gajah-gajah ini berkeliaran, ladang-ladang dan juga pekebun-pekebun kecil tidak dapat menanam tanaman mereka. Saya nampak perkara ini masih berlarutan.
Jadi, saya mohon kepada kerajaan― nombor satu, saya mohon kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ini memberikan satu cadangan yang menyeluruh untuk menyelesaikan masalah ini dan saya mohon
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
kepada kerajaan supaya memberikan peruntukan yang mencukupi supaya ia dapat diselesaikan secara menyeluruh. Kerana, kalau tidak, kerugian yang lebih daripada yang akan kita alami daripada kita memberikan lebih banyak peruntukan. Dan baru- baru ini, kita pun dengar kematian lagi di jajahan Gua Musang. Saya nak minta kerajaan, untuk lima tahun ini, berapa yang mati dipijak atau dicederakan di Gua Musang, jajahan Gua Musang, Kelantan?
Dan akhir sekali, Butiran 040100 – Jabatan Alam Sekitar. Saya kesal kerana di kawasan saya, daerah Manjung, tidak ada Pejabat Jabatan Alam Sekitar dan ini telah menyebabkan pencemaran udara yang agak teruk. Dan biasanya, pembakaran terbuka ini dan pelepasan gas yang mencemar ini berlaku pada waktu malam dan ia nya tindakan tidak dapat diambil. Saya minta Jabatan Alam Sekitar untuk menggunakan sistem satelit untuk mengawal dan memantau mereka yang mencemarkan udara ini kerana kita tahu mereka yang sensitif kepada udara yang cemar ini memang teruk akibatnya terhadap pesakit-pesakit asma dan lain-lain pesakit yang sensitif kepada udara yang tidak sihat.
Saya mohonlah kalau boleh Jabatan Alam Sekitar, kalau tak dapat buat sendiri, boleh bekerjasama dengan kerajaan tempatan tapi mohon kerajaan bagi dana yang mencukupi untuk sistem satelit pemantauan ini. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput YB yang terakhir, Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya merujuk kepada Butiran 050800 – Malaysia Forest Fund. Kelantan dalam Dewan Undangan Negeri dah maklumkan bahawa hanya menggunakan 27.2 peratus daripada catuan tebangan tahunan yang dibenarkan. Soalnya ialah sekiranya tebangan ini dibuat melebihi CTT, negeri-negeri ini ditegur. Apakah pula faedah dan insentif serta pulangan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat sekiranya negeri-negeri ini berjaya mengurangkan tebangan demi kelestarian alam negara? Sepatutnya kalau lebih ditegur, telah kurang ertinya diberikan insentif yang banyak. Itu pertama.
Yang kedua, di bawah Butiran 030200. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah peruntukan diberikan kepada negeri-negeri yang mengusahakan penjagaan haiwan liar? Kerana kita lihat hari ini bila mana kawasannya diganggu, mereka akan berkeliaran. Jadi, bila berkeliaran, dibuat zoo. Bila buat zoo ataupun
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi
penyediaan untuk habitat baharu, apakah dasar yang diguna pakai oleh kementerian dan berapakah peruntukan yang diberikan kepada negeri-negeri yang mengusahakan perkara ini?
Kita juga melihat baru ini dalam JKP Wanita, kita menegur tentang kewujudan Muzium Alam Semulajadi yang sebelum ini berada di Putrajaya tetapi sekarang berada di hanya satu tempat yang langsung bukan bersifat muzium, yang menjaga warisan geologi sehingga ke hari ini tapi tiada peruntukan, dan kita lihat ini merupakan satu perkara yang sangat penting. Khazanah negara dari segi pendidikan kepada kepelbagaian biodiversiti tetapi diabaikan oleh pihak kementerian. Saya nak tanya, bilakah ia nya akan dibuat muzium baharu bagi menempatkan perkara ini?
Di bawah Butiran 060200, saya setuju dengan Rantau Panjang soalan berkenaan dengan sewaan pesawat udara. Adakah ini juga melibatkan penggunaan dron? Kerana kita tahu bahawa untuk alam sekitar ini, kita perlukan lebih banyak dron berbanding dengan kapal terbang. Jadi, kenapa hari ini kita nampak ada kepala baharu untuk sewaan pesawat udara tetapi tidak ada penjelasan yang lebih lanjut tentang penggunaan dron dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Di bawah Butiran 040100, apakah kerajaan hari ini bersedia untuk menggubal satu akta baharu bagi memastikan pencerobohan yang berlaku di seluruh hutan- hutan di Malaysia ini diberikan satu pemantauan yang lebih baik? Kerana, hari ini kita lihat bila tidak ada satu undang-undang yang substantif yang induk, hanya dibuat oleh negeri-negeri, maka banyak pihak yang menceroboh dan tiada tindakan punitif yang benar-benar efektif.
Dan hari ini bila mana kita berhadapan dengan REE yang bernilai jutaan dan juga bilion ini, maka kita lihat perlunya satu mekanisme dan undang-undang baharu yang menjaga hutan, yang menjaga mineral supaya pihak yang menceroboh yang ada sistem, yang ada jentera, yang ada kepakaran ini boleh dapat kita atasi dan kita tidak mahu lagi negara kita ini terkenal di seluruh dunia kerana ramai yang menceroboh hutan kita.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi
Dan hari ini kalau benar-benar dapat dibuat 5,000 orang renjer komuniti tersebut, adakah ini akan benar-benar diberi punca kuasa dan juga peralatan yang sesuai bagi mengekang aktiviti pencerobohan ini daripada terus berleluasa?
Di bawah Butiran 050700 – Malaysian Green Technology and Climate Change Centre. Alhamdulillah dua orang anak Kelantan, Muhammad Arif Arman
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi
Suddin dan Mohammad Azhan Shamsu Anuar telah pun berjaya mencipta daripada minyak masak yang telah digunakan untuk kegunaan kapal terbang dengan menggunakan minyak terpakai ini.
Apakah pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan dan bantuan serta skim galakan untuk mengembangkan potensi ini kerana kita percaya kita akan menyokong green technology ini dan ini merupakan satu sumber baharu dan negara kita sebagai pengeluar minyak masak terbesar di dunia boleh mengambil banyak manfaat daripada perkara ini dan hari ini kita difahamkan bahawa ia nya telah melepasi ISCC iaitu International Sustainability and Carbon Certification, CORSIA yang telah pun digunakan dan mendapat tempat daripada beberapa negara di dunia.
Di bawah Butiran 020300, DUN Kelantan telah pun membahaskan usul untuk kawal dan pemilikan negeri ke atas hasil REE. Soalnya, adakah Kerajaan Malaysia akan membenarkan dan mendorong negeri-negeri seperti negeri-negeri SG4 dan juga Sarawak untuk mengendalikan sendiri kawalan dan juga pengeluaran REE tersebut supaya tidak berlaku perkara yang berlaku, bagaimana royalti petroleum kepada negeri kami.
Butiran 11800 – Kajian Geobencana, cadangan balas dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan agar tebatan banjir yang hari ini pun belum lagi siap ditukar kepada terusan banjir yang lebih viable untuk menjaga padi, mengekang banjir dan persediaan untuk krisis air. Satu sumber yang sangat penting kerana kita percaya dan kita tahu bahawa Kelantan, Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang adalah antara negeri jelapang padi dan ini harus dikaji dengan teliti.
Di bawah Butiran 02811 – Pembangunan Sistem Geospatial Pertahanan, saya ingin bertanya kenapakah berlaku pengurangan ketara daripada RM21 juta kepada RM6 juta sahaja pada tahun ini kerana ini merupakan satu perkara yang sangat penting iaitu Geospatial Pertahanan. Kenapakah ini berlaku dan apakah status roadmap dan peluang teknologi hijau dan [Tidak jelas] karbon untuk negeri Pantai Timur terutama Kelantan?
Yang terakhir di bawah Butiran 076300 – Bahagian Konservasi dan Pemuliharaan Alam Sekitar, apakah dasar dan majlis yang mengawal perkembangan serta kelestarian pulau-pulau kecil dalam negara kita? Di Tumpat terdapat 12 buah pulau yang bertindak sebagai benteng ekologi banjir dan juga laut luas dan sungai.
Pulau Suri [Tidak jelas] ini perlu dijaga pemeliharaan habitat dan biodiversiti demi kelestarian alam. Begitu juga sumber kelapa dan ikan serta udang dan
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi
agropelancongan. Maka satu dasar dan peruntukan diperlukan untuk adaptasi pulau- pulau ini dengan perubahan iklim dan kita juga berterima kasih kepada pihak kementerian kerana baru-baru ini telah memilih Tumpat sebagai pusat untuk konservasi bagi bakau.
Walau bagaimanapun, program pendidikan seperti ini perlu kepada program jangka panjang, bukan program one-off kerana pendidikan komuniti untuk menjaga alam sekitar perlu mendapat manfaat dan difahami oleh semua peringkat kerana ia adalah masa hadapan untuk negara. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Menteri untuk menjawab kepada 18 Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dan Menteri mempunyai 20 minit dari sekarang, silakan.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Tan Sri Pengerusi, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan yang telah memperuntukkan sejumlah RM2.38 bilion kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Jumlah ini merangkumi peruntukan perbelanjaan mengurus sejumlah RM1.49 bilion dan peruntukan pembangunan sejumlah RM891.26 juta.
Tan Sri Pengerusi, peruntukan dalam Belanjawan 2026 ini adalah penting bagi memacu NRES menerajui agenda kelestarian alam sekitar selaras komitmen di peringkat nasional dan juga antarabangsa. Antara sasaran utama kerajaan adalah merangkumi aspek pengurusan alam sekitar, tindakan adaptasi dan mitigasi perubahan iklim. Usaha pemeliharaan dan perlindungan hutan dan kepelbagaian, biologi serta memperkasa kecekapan tadbir urus dana dan sumber semula jadi bagi menjamin kemampanan pembangunan ekonomi sosial dan alam sekitar.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 18 Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa. Izinkan saya untuk menjawab ke atas perbahasan berdasarkan isu- isu yang berkaitan di bawah bidang kuasa NRES.
Yang Berhormat Mersing menyarankan agar peruntukan tambahan harus disalurkan bagi memperkukuh aspek logistik sumber manusia dan fasiliti veterinar agar Pusat Santuari Gajah Johor (JES) benar-benar berfungsi sebagai Pusat Konservasi Gajah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Ekonomi telah meluluskan peruntukkan pembangunan sebanyak RM5 juta bagi tahun 2026
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii
untuk pembangunan JES fasa 2. Peruntukan ini tidak termasuk pembangunan halangan fizikal JES bagi memastikan kacau ganggu gajah dapat diuruskan dengan lebih baik, dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM18.7 juta, meliputi pembinaan 5.7 kilometer halangan fizikal dan 9.3 kilometer Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG). Keseluruhan projek bagi fasa 2 dianggarkan akan menelan belanja sebanyak RM43 juta dan dijangka akan berfungsi sepenuhnya menjelang tahun 2028.
Yang Berhormat Mersing juga bertanya mengenai status terkini projek jejambat lintasan hidupan liar Johor di Jalan Batu Pahat-Jemaluang. Untuk makluman, tarikh milik tapak bagi projek ini pada 11 Ogos 2025 dan tarikh siap kerja pada 7 Februari 2028. Pelaksanaan projek sehingga kini masih mengikut jadual.
Yang Berhormat Mersing bertanya mengenai langkah-langkah kementerian bagi mengurangkan risiko konflik harimau, manusia termasuk skim pampasan ternakan yang lebih efisien dan cepat dan memastikan populasi Harimau Malaya tidak terus merosot.
Kementerian dan Jabatan PERHILITAN sentiasa peka dan memandang serius dalam pemuliharaan populasi Harimau Malaya yang kian terancam dengan melaksanakan sembilan tindakan strategik konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun. Bermula tahun 2021 hingga 2030 yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021.
Tiga pendekatan digunakan untuk melaksanakan tindakan dan usaha bagi menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya melalui rondaan penguatkuasaan dan pengawalan serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi Harimau Malaya. Meningkatkan tadbir urus baik dan keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya termasuk memperkasakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan inovatif dan skim akreditasi habitat Harimau Malaya.
Seterusnya, mengenai mekanisme pemberian PKHT, kerajaan telah...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Izin Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya?
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Boleh.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkenaan dengan Harimau Malaya yang telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
Saya mengalu-alukan apa yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan tindakan-tindakan, pendekatan-pendekatan yang diambil untuk
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
memelihara bilangan-bilangan Harimau Malaya. Sekarang yang semakin kurang, saya difahamkan ia nya sekarang dalam bilangan 150 lebih kurang sahaja. Kalau dibandingkan kepada 10 tahun dulu, ini adalah satu pengurangan bilangan yang besar. So, there is a danger dengan izin, Tuan Speaker, Pengerusi, bahawa terdapatnya the risk of extinction, dengan izin.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Jadi, saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri. Apakah usaha-usaha kerajaan dalam menangani masalah poaching, dengan izin Tuan Pengerusi.
Masalah poaching ini dalam pendapat saya, merupakan satu masalah yang amat serius yang menyumbang secara besarnya kepada pengurangan bilangan Harimau Malaya.
Apakah tindakan-tindakan yang dicadangkan oleh kerajaan untuk mengatasi ataupun menangani masalah ini? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Ya. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Kementerian sekarang kalau setakat ini yang saya tahu, dia tiap-tiap tahun pun kita bersama-sama itu negeri, kita sama kita itu konservasi harimau. Itu pun kita minta kita punya komuniti, kita bekerjasama, kita menjagakan ini. Kalau ada haram atau orang yang pemburuan ini harimau, kita pun kasi beritahu tempatan atau balai polis atau jabatan— saya orang kementerian.
Saya boleh tolong, lepas itu kita pun tahu ini harimau semakin kurang. Saya pun berharap kita boleh berusaha akan melalui operasi bersama Khazanah dengan bajet RM80 juta tahun 2026. Saya pun sekarang berusaha untuk kita sama-sama kerjasama komuniti sama itu jabatan, kalau ada baik yang kita ada itu, ada apa perisikan, kasi beritahu. Kita boleh tolong. Terima kasih.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Saya selepas itu saya teruskan Pengerusi...
Tuan Pengerusi
Teruskan, teruskan.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Itu Tan Sri Pengerusi. Sampai mana, sudah, sudah hilang, sudah nanti.
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Ha, seterusnya mengenai mekanisme pemberian PKHT. Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif bantuan kerugian harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar PKHT bermula pada Mac 2024 dan akan diteruskan pada tahun 2026 dengan peruntukan RM1.57 juta.
PKHT merupakan bantuan kewangan yang diberikan secara one-off kepada kumpulan sasar yang mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda dan
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
tanaman akibat serangan hidupan liar, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan berdasarkan prosedur operasi standard PKHT.
SOP tersebut adalah dibangunkan bersama agensi teknikal, antaranya seperti Jabatan PERHILITAN, Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan Kemajuan Orang Asli. Pemohon boleh mendapat maklumat lanjut mengenai bantuan ini melalui pihak tersebut.
Yang Berhormat Bukit Bendera, berapa banyak penglibatan peruntukan Belanjawan 2026 yang benar-benar disalurkan untuk penguatkuasaan lapangan, termasuk untuk Program Renjer Komuniti? Kerajaan meneruskan Program Renjer Komuniti pada tahun 2026 iaitu sebanyak RM80 juta diperuntukkan untuk melantik 2,500 renjer komuniti.
Yang Berhormat Bukit Bendera mencadangkan agar kementerian mewujudkan lebih banyak koridor ekologi yang diwartakan. Setiap projek pembangunan yang dijalankan akan melaksanakan pelan pengurusan hidupan liar dan kajian kesan hidupan liar di dalam EIA bersama pihak perunding pengarah projek yang Jabatan Alam Sekitar bagi mengenal pasti impak yang tindakan mitigasi akibat pembangunan yang melibatkan habitat hidupan liar.
Yang Berhormat Bukit Bendera bertanya tindakan kerajaan bagi mewujudkan skim khas bagi menarik lebih ramai profesional muda menyertai bidang pengurusan hidupan liar. Bagi memperkasa laluan kerjaya Pegawai Jabatan PERHILITAN, pihak jabatan sedang dalam proses membuat pengukuhan dan penstrukturan kakitangan seluruh Semenanjung Malaysia.
Di samping itu juga, beberapa elaun khas kakitangan disemak serta ditambah baik supaya kebajikan serta laluan kerjaya lebih baik. Selain itu, pihak jabatan juga akan meneruskan skim khas bagi menarik ramai profesional muda yang sebelum sudah dilaksanakan yang dikenali sebagai pakar bidang hidupan liar.
Yang Berhormat Bukit Bendera mencadangkan kerajaan untuk melaksanakan Kempen Nasional Kesedaran Awam bermula di sekolah agar generasi muda memahami bahawa melindungi alam adalah tanggungjawab moral sebagai rakyat Malaysia. Inisiatif bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjadi sumber biodiversiti termasuklah konservasi flora, fauna dan habitatnya. Beberapa pendekatan yang telah dijalankan adalah seperti berikut:
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
(i) mengadakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memasukkan topik konservasi biodiversiti di dalam buku teks pelajar;
(ii) pihak Jabatan PERHILITAN telah menjalankan Program Pendidikan Biodiversiti untuk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang terpilih;
(iii) mengadakan pameran kesedaran awam mengenai kepentingan hidupan liar dan habitat di sekolah-sekolah dan universiti-universiti serta kawasan awam seperti pasar malam dan pasar raya; dan
(iv) telah mengadakan Kempen Keselamatan Harimau Malaya bagi menyebar luas maklumat mengenai kepentingan menyelamatkan hidupan liar terutamanya spesies Harimau Malaya dan habitat.
Yang Berhormat Bukit Bendera memohon penjelasan sejauh mana kerjasama kerajaan bersama NGO dalam usaha pemeliharaan Harimau Malaya.
Antara kerjasama yang telah dilaksanakan termasuk Survei Harimau Kebangsaan:
(i) dengan World Wide Fund for Nature, Malaysia;
(ii) Pertubuhan Perlindungan Alam Malaysia dan Wildlife Conservation and Science (Malaysia) pada tahun 2016 dan 2020; dan
(iii) di landskap hutan-hutan Central Forest Spine Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan populasi dan taburan Harimau Malaya di Semenanjung Malaysia berjumlah RM12 juta.
Susulan itu, program pemantauan Harimau Malaya dan spesies terancam lain di dalam dan luar taman negara, Banjaran Titiwangsa dilaksanakan dengan kerjasama WWF Malaysia, Pertubuhan Perlindungan Alam Malaysia, Wildlife Conservation and Science (Malaysia) dan bantuan Malaysia bagi mengetahui dengan memastikan anggaran populasi Harimau Malaya dan spesies hidupan liar lain di kawasan hutan-hutan terpisah kawasan landskap taman negara. Banjaran Titiwangsa bermula tahun 2022 hingga 2024 berjumlah RM19 juta.
Yang Berhormat Setiu mohon penjelasan, kerajaan adakah Bajet 2026 ini mempunyai peruntukan untuk penguatkuasaan bagi mencegah pencerobohan dan kecurian REE dalam hutan simpan kekal. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di Semenanjung Malaysia, JPSM sentiasa memantau sumber hutan negara daripada
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
sebarang aktiviti pencerobohan kawasan HSK, pembalakan haram dan perubahan liputan hutan menggunakan teknologi bersepadu seperti sistem [Tidak jelas] perhutanan dan dron.
Aktiviti ini juga diperkukuh melalui operasi di JPSM yang menjalankan pemantauan berterusan menggunakan imej satelit secara harian. Dengan kekerapan cerapan imej satelit harian, pasukan JPSM sentiasa memantau kawasan liputan hutan bagi perubahan guna tanah di dalam HSK di seluruh Semenanjung Malaysia.
Sebarang perubahan dan permukaan yang dikesan akan didokumentasikan dalam laporan yang mengandungi imej kawasan terlibat, koordinat lokasi dan nama HSK. Laporan ini seterusnya akan dihantar kepada Jabatan Perhutanan Negeri untuk pengesanan dan pengesahan di lapangan bagi menentukan sama ada permukaan tersebut merupakan pencerobohan atau sebaliknya.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Selain itu, JPSM juga sedang melaksanakan menaik taraf sistem e- Geospatial Perhutanan termasuk menambah ciri-ciri kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan imej satelit yang berkekerapan tinggi dalam mengenal pasti perubahan kawasan perhutanan lebih tepat dan cepat.
Yang Berhormat Setiu juga mohon penjelasan mengenai status permohonan untuk menambah bilangan kakitangan PERHILITAN Daerah Besut. Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia sememangnya telah mempunyai perancangan untuk mewujudkan pejabat Jabatan PERHILITAN di daerah Setiu. Bagi tujuan ini, Jabatan PERHILITAN telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sejak tahun 2024 dan beberapa series bengkel.
Perincian 20 perjawatan yang disasarkan untuk Pejabat Jabatan PERHILITAN Daerah Setiu sedang diperhalusi dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan. Pada masa ini, semua tugasan yang berkaitan di Daerah Setiu diuruskan oleh Pejabat PERHILITAN Daerah Besut yang mempunyai perjawatan seramai lapan orang kakitangan.
Seterusnya, Yang Berhormat Tebrau bertanya mengenai ketibaan giant panda yang baharu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah bersetuju supaya projek kerjasama antara Pusat Konservasi Giant Panda antara Kerajaan Malaysia dengan Republik Rakyat China diteruskan melalui pemeteraian perjanjian baharu pada 16 hari bulan April 2025 bersempena dengan lawatan negara Presiden Republik Rakyat China ke Malaysia. Pemeteraian perjanjian ini membolehkan Malaysia menerima pasangan giant panda baharu yang lebih muda bagi tempoh 10
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
tahun mulai tahun 2025 hingga 2035. Malaysia akan menerima pasangan giant panda pada pertengahan bulan November 2025.
Yang Berhormat Kuala Krai bertanya adakah terdapat peruntukan khas di bawah Bajet 2026 untuk menangani konflik hidupan liar termasuk kos pemindahan gajah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak RM8.7 juta telah diperuntukkan kepada Jabatan PERHILITAN melalui peruntukan pembangunan di bawah program pengukuhan tindakan mitigasi konkrit dan roadkill hidupan liar bagi memastikan konkrit hidupan liar diuruskan dengan lebih baik melalui pelbagai aktiviti termasuklah peruntukan bagi menyediakan perangkap-perangkap hidupan liar termasuk gajah, kera dan beruang.
Yang Berhormat Seputeh mencadangkan kerajaan supaya memberi subsidi dan insentif kepada industri untuk menggalakkan pengeluaran kotak kertas dan menggantikan penggunaan plastik sekali guna. Kementerian ini mengambil maklum akan cadangan Yang Berhormat Seputeh berhubung subsidi dan insentif yang dicadangkan yang merupakan satu cadangan yang baik dan boleh dipertimbangkan.
Kementerian ini akan bekerjasama dengan MITI dan MIDA untuk meneroka insentif yang bersesuaian dengan perkara ini.
Yang Berhormat Seputeh memohon penjelasan kementerian sekiranya terdapat peruntukan dalam Bajet 2026 untuk menjayakan inisiatif larangan penggunaan plastik sekali guna ini dan sejauh mana kerjasama NRES dan JAS dalam menjayakan kempen tiada beg plastik ini. Berkenaan tiada bajet khusus 2026 bagi menjayakan inisiatif tiada beg plastik sekali guna, kementerian ingin memaklumkan bahawa kementerian menggunakan bajet sedia ada bagi memperluaskan kempen tiada beg plastik ini di seluruh negara.
Inisiatif pengurangan plastik sekali guna terutama plastik sekali guna yang bermasalah memerlukan kerjasama dari semua pihak. Kementerian mengalu-alukan penglibatan pihak berkepentingan dan NGO dalam memastikan kelestarian plastik ini dapat dijayakan.
Tuan Pengerusi
Menteri perlu berapa minit lagi?
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Lagi banyak lagi.
Tuan Pengerusi
Lagi banyak, tak...
[Ketawa]
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Lagi, lagi. Lagi, ini baru separuh.
Tuan Pengerusi
Saya— boleh saya bagi Menteri lapan minit lagi?
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Boleh.
Tuan Pengerusi
Lepas itu yang lain-lain jawab...
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Lapan minit pun tidak apa.
Tuan Pengerusi
Hah?
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Lapan minit pun tidak dapat habis Tan Sri. Lagi banyak ini.
[Ketawa]
Tuan Pengerusi
Hah, okey, okey. Turun lagi? Nak turun lagi?
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Tidak.
Tuan Pengerusi
Okeylah, bagi lima minitlah.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Hah, okey boleh.
Tuan Pengerusi
Hah okey, terima kasih. Silakan Menteri.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Yang Berhormat Kubang Kerian dan Yang Berhormat Mersing memohon penjelasan kementerian mengenai langkah strategik dalam menangani isu kekurangan pegawai penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar. Pihak kementerian dan Jabatan Alam Sekitar telah meneliti perkara ini dan kertas pengukuhan perjawatan telah disediakan bagi menangani isu kekurangan pegawai penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar untuk pertimbangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Selain itu, melalui Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa kepada Jabatan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perbadanan) 2025. Ketua Pengarah telah mewakilkan kuasanya kepada agensi kerajaan antaranya kepada Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Kuasa ini diberikan bagi melaksanakan siasatan dan penguatkuasaan bagi kesalahan berkaitan pembakaran terbuka, pelupusan haram, buangan, pencemaran marin, pencemaran perairan, daratan, pencemaran udara serta kesalahan yang berkaitan pematuhan syarat-syarat yang kelulusan EIA.
Yang Berhormat Kubang Kerian mencadangkan supaya diwujudkan sistem kawalan berpusat di zon industri bagi meningkatkan kecekapan penguatkuasaan.
Kementerian menyambut baik cadangan Yang Berhormat Kubang Kerian dan perkara ini akan dipertimbangkan di peringkat kementerian.
Yang Berhormat Mersing dan Yang Berhormat Tebrau bertanya mengenai isu pencemaran Sungai Johor yang menyebabkan bekalan air terjejas. Siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati pencemaran berpunca daripada kerosakan pada benteng silt pond di kawasan perlombongan pasir.
Berdasarkan semakan, JAS mendapati aktiviti pengambilan pasir ini juga tidak
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
tertakluk kepada penilaian laporan EIA kerana melibatkan kawasan kurang daripada 20 hektar.
Sehubungan itu, JAS bersama pihak Pejabat Tanah dan Galian serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah menetapkan bahawa tindakan perundangan diambil di bawah peruntukan Enakmen PTG (Pelesenan) dan Akta Industri Perkhidmatan Air [Akta 655]. Seterusnya, NRES akan memberi komitmen untuk meneruskan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan lanjut termasuk pendakwaan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Yang Berhormat Mersing memohon penjelasan kerajaan mengenai pelan pemulihan jangka panjang kerajaan untuk mengelakkan insiden pencemaran yang berulang khususnya melalui Pelan Tindakan Sungai Johor 2030 Fasa 2 yang pernah diumumkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara tindakan jangka panjang JAS bagi mengatasi masalah pencemaran sungai berulang antara adalah pertama, pemerkasaan perundangan alam sekitar.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Kedua, semakan semula ke atas standard air kebangsaan dengan mengambil kira parameter bahan cemar baharu. Ketiga, meningkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap kilang-kilang yang beroperasi dan berpotensi mencemarkan sungai bagi memastikan pemantauan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Dan keempat, memperluaskan rangkaian stesen pengawalan kualiti air sungai di Malaysia dan memantapkan program pengawasan kebangsaan melalui peralatan teknologi pintar dan kelengkapan logistik yang terkini.
Namun begitu, isu pencemaran sungai di negara ini amat penting untuk ditangani secara bersepadu dan penglibatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan, memandangkan sektor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai ini bukan hanya melibatkan sektor industri tetapi juga, melibatkan sektor-sektor lain seperti perbandaran, penternakan, pertanian serta aktiviti-aktiviti komersial. Boleh lagi?
Tuan Pengerusi
Menteri, saya ingat yang lain-lain itu, Menteri boleh jawab secara bertulis. Boleh?
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Boleh, boleh. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Landing punya— ya.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Tan Sri Pengerusi, bagi mengakhiri sesi penggulungan ini, sukacita sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan cadangan yang dikongsikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan ini.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Come on, YB. Pantun.
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Tiada pantun hari ini.
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Huang Tiong Sii
Next time saya pantun. Saya juga berharap, daripada penjelasan tersebut dapat menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya memberi jaminan bahawa mana-mana pertanyaan yang tidak dapat dijawab oleh saya pada kali ini akan dijawab secara bertulis.
Saya berharap kita dapat bekerjasama demi kepentingan negara dalam menjaga, mengurus dan memelihara sumber-sumber alam serta menghadapi cabaran perubahan iklim bagi mewujudkan keseimbangan antara bangunan, manusia dan kelestarian alam sekitar bagi generasi masa hadapan. Terima kasih.
Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Baik. Terima kasih Menteri. Masalah iaitu wang sejumlah RM1,495,439,200 untuk Kepala B.23, Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.23 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.23 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.23 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi
Kementerian Pendidikan. Kepala Bekalan B.63 dan Kepala Pembangunan P.63 di bawah Kementerian Pendidikan terbuka untuk dibahas. Saya menerima senarai yang panjang untuk Kementerian Pendidikan. Saya akan bacakan semua nama-nama ini dan setiap Ahli Yang Berhormat diberikan lima minit untuk berbahas.
Yang pertama ialah YB Kluang, diikuti dengan Bagan Serai, Ledang, Kangar, Igan, Kuala Kedah, Klang, Sabak Bernam, Mas Gading, Gua Musang, Tenggara, Pasir Salak, Rasah, Masjid Tanah, Baram, Kulim-Bandar Baharu, Sungai Petani,
Tuan Pengerusi
Kapar, Sri Gading, Temerloh, Jelebu, Pokok Sena, Selangau, Pengkalan Chepa, Miri, Maran, Bakri, Jelutong, Jerai, Shah Alam, Sik dan terakhir, Bukit Gelugor.
Kita mulakan dengan saya menjemput Kluang. Lima minit.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Terima kasih atas peluang untuk ambil bahagian dalam kementerian yang sangat-sangat penting ini. Sebelum saya masuk ke perbahasan saya, saya ingin mengalu-alukan murid- murid yang turut mensaksikan, menyaksikan perbahasan pada petang ini. Mereka adalah masa hadapan negara kita dan isu yang mereka saksikan, perbahasan petang ini juga sangat penting dan berkaitan dengan mereka terus.
Jadi, saya ingin merujuk kepada Butiran 030000 – Operasi Pendidikan.
Menurut statistik bertarikh 24 September tahun ini, Kementerian Pendidikan merupakan majikan paling besar dalam Kerajaan Persekutuan. Sebanyak 39.15 peratus daripada 1.3 juta penjawat awam adalah kakitangan KPM, bersamaan 511,345 orang untuk tahun hadapan.
Kementerian Pendidikan menjangka seramai 509,451 orang kakitangan diperlukan bagi mengoperasikan pendidikan awal, rendah, menengah dan lepas menengah. Ini menunjukkan bahawa pengurusan sumber manusia perlu diberi perhatian serius bagi memastikan setiap sekolah mempunyai guru yang mencukupi.
Di sini, saya ingin mendapatkan penjelasan. Adakah Kementerian Pendidikan berhasrat melaksanakan sistem pertukaran suka sama suka, seperti yang baru dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan untuk jururawat bermula 1 Oktober tahun ini?
Ini sangat penting kerana biasanya, wakil rakyat terima ramai permintaan dan juga, surat rayuan dari guru-guru di kawasan supaya mereka boleh transfer ke kawasan lain atau lebih dekat di— dengan keluarga mereka dan saya percaya, dengan ada sistem pertukaran suka sama suka ini, mungkin akan selesaikan, bukan seluruh tetapi sebahagian masalah pengurusan sumber manusia dalam Kementerian Pendidikan yang sangat-sangat besar dalam Kerajaan Persekutuan.
Isu kedua, pendidikan awal dan prasekolah. Saya ingin merujuk kepada Butiran 030100 dan juga, 00100. Pada Julai tahun ini, Yang Amat Berhormat Tambun mengumumkan pelaksanaan pendidikan prasekolah wajib pada usia lima tahun.
Selepas itu, Menteri Pendidikan memaklumkan bahawa satu jawatankuasa khas penstrukturan pra-persekolahan akan ditubuhkan bagi mengkaji cadangan tersebut.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Saya menyokong cadangan ini. Namun persoalannya, adakah kementerian mempunyai perancangan terperinci bagi meningkatkan kapasiti kelas prasekolah sedia ada? Mengikut data atas portal Kementerian Pendidikan, murid prasekolah di bawah kementerian— di bawah sekolah Kementerian Pendidikan sekarang, seramai 215,683 orang. Sementara itu, jumlah kelahiran pada 2024 ialah 414,918 orang.
Ini bermakna, terdapat jurang kapasiti kira-kira 200,000 orang, 2,000 — 200,000 tempat tambahan yang perlu dipenuhi. Melainkan, kesemua murid ini mempunyai kemampuan untuk mengikuti pendidikan prasekolah di tadika swasta.
Persoalan susulan, bagaimana pula dengan kedudukan kelas prasekolah swasta? Ada ini bermakna, okey. Tak yah lah kesemua murid ini masuk, walaupun prasekolah wajib tetapi bukan semua masuk sekolah di bawah KPM, swasta juga diiktirafkan dan bagaimana pula dengan aspek pematuhan undang-undang? Adakah tadika swasta yang tak mematuhi undang-undang tertentu?
Contohnya, gaji minima pun mereka tak bagi tetapi adakah kita nak iktirafkan institusi pendidikan awal sebegitu juga? Kerana, ini pendidikan untuk generasi hadapan. Kalau ada institusi pendidikan prasekolah yang tak ikut undang-undang negara kita sendiri, bagaimana dengan standard itu?
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Jadi, saya mohon roadmap terperinci perluasan kapasiti prasekolah di bawah KPM.
Tan Sri Pengerusi, isu ketiga pembelajaran bersepadu dan co-teaching. Saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Baru-baru ini kementerian memaklumkan bahawa pembelajaran bersepadu dan co-teaching akan dilaksanakan bermula 2027.
Ketua Pengarah Pendidikan telah menjelaskan bahawa ia hanya untuk satu mata pelajaran dan hanya bermula di Darjah 1 yang menggunakan silibus baharu.
Namun, ramai di luar sana masih keliru kerana kurang pendedahan tentang pedagogi tersebut walaupun co-teaching sebenarnya bukan benda yang baru. Ramai sekolah swasta sudah laksanakan. Jadi saya memohon kementerian memberi pencerahan terperinci supaya dasar yang baik tidak ditolak hanya kerana salah fahaman.
Tan Sri Pengerusi, isu keempat ini isu terakhir yang saya ingin bangkit di sini adalah Butiran 040500 – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kementerian menyebut tentang keperluan memperkukuh pendidikan karakter dalam silibus baharu. Namun, perlaksanaannya tidak boleh melalui sistem peperiksaan bertulis semata-mata. Kita semua tahu subjek Pendidikan Moral di SPM selama ini boleh
Puan Wong Shu Qi - Kluang
diluluskan jika pelajar mengisi jawapan walaupun jawapan itu tidak berkaitan dengan soalan. Mungkin tak dapat A lah, tak dapat gred A, A+, A- tak dapat, tetapi selagi ada isi jawapan dan bukan isi bukan-bukanlah.
Walaupun jawapan itu tidak berkait dengan soalan pun boleh dapat markah, kita akan dapat gred F, tidak akan gagal. Saya sudah buktikan kerana dulu saya sengaja tak nak jawab tetap soalan Pendidikan Moral tapi akhirnya orang yang beri markah kepada kertas saya enggan fail-kan saya. Tan Sri Pengerusi, saya nak dapat gred F untuk Pendidikan Moral saya, saya pun gagal kerana saya ada isi jawapan.
Jadi, apa standard sebenarnya apabila kita menilai Pendidikan Moral dalam subjek ini. Jadi cadangan saya adalah, untuk menilai karakter murid-murid generasi hadapan, bukan melalui kertas peperiksaan. Saya mencadangkan supaya penilaian subjek ini dilaksanakan melalui pendekatan berasaskan projek dengan izin, project- based yang menilai penglibatan komuniti, kerja berpasukan, teamwork, aktiviti khidmat masyarakat, aplikasi nilai dalam kehidupan sebenar, bukan melalui kertas ujian. Itu tidak bermakna...
Tuan Pengerusi
Masa Yang Berhormat.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
...Dan bukan hafalan di atas peperiksaan.
Dengan ini saya sokong penuh bajet untuk Kementerian Pendidikan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik terima kasih. Seterusnya saya jemput Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Saya ingin membahas berkenaan Butiran 030000 – Operasi Pendidikan iaitu untuk ingin menyentuh berkenaan dengan kaedah co-teaching seperti mana disebut oleh daripada wakil daripada Kluang yang akan dilaksanakan pada tahun 2027.
Maksud kaedah co-teaching ini ialah menggunakan pendekatan seorang guru dan pembantu guru di dalam satu kelas yang bekerja secara serentak iaitu menggabungkan dalam satu, dalam beberapa subjek. Contohnya subjek Matematik dengan subjek Bahasa Inggeris dijalankan dengan secara serentak. Asasnya ialah untuk memberikan suasana pendidikan yang interaktif.
Namun begitu, beberapa persoalan yang perlu dijawab kerana di sana telah menjadi perbahasan juga di kalangan warga-warga pendidik. Pertama ialah kerajaan perlu menjelaskan kekeliruan dalam pengagihan tanggungjawab antara guru dan juga pembantu guru dalam satu kelas, satu.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Yang kedua ialah apakah perbezaan pengalaman pendekatan, mungkin dua guru ataupun guru dan pembantu ini ada perbezaan pengalaman yang agak ketara.
Bagaimana untuk diseragamkan kerana ini dia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada pelajar yang belajar di dalam kelas tersebut.
Yang ketiga ialah berapakah jumlah pembantu guru yang perlu ada bagi satu sekolah dalam merealisasikan kaedah pengajaran ini? Kerana kita tahu sekolah- sekolah di luar bandar yang saiznya kecil ataupun kadang-kadang sekolah di dalam bandar saiznya besar, pelajarnya pula padat dengan 45 orang. Mungkin pelajar di luar bandar pula, pelajarnya hanya 25 orang. Itu dalam keadaan yang perlu diambil kira di dalam kita melaksanakan program ini.
Yang kelima ialah adakah kerajaan boleh menjamin bahawa kaedah ini tidak membebankan guru-guru. Hari ini guru-guru ini dah menjadi tension sebenarnya.
Saya tahu isteri saya guru kan, akhirnya dia pun letak –– pencen awallah Tan Sri kan.
Kalau dengan keadaan suasana yang gunakan macam-macam kaedah pada hari ini.
Kita tak nak, biarlah mereka itu dalam keadaan happy kerana tugas guru ini tugas yang mulia. Kerana Imam Shafie kata [Berucap dalam bahasa Arab] , “Tugas seorang guru ini hampir sebagai seorang rasul”. Yang keenam, adakah KPM telah melaksanakan pilot project untuk selama beberapa masa untuk menentukan keberkesanan dalam perlaksanaan program ini, dari segi bebanan gurunya, dari segi perlaksanaannya, tanggungjawab gurunya, perlu dilaksanakan begitu.
Seterusnya ialah 050200 – Latihan Dalam Perkhidmatan iaitu peruntukan latihan mengalami penurunan. Tahun lepas sebanyak 20 juta, tahun ini lebih kurang 19 juta. Jadi ertinya turun satu juta. Dengan keadaan isu pendidikan yang begitu banyak pada hari ini, tiba-tiba kita dapat lihat peruntukan ini, latihan dan perkhidmatan guru ini diturunkan. Sepatutnya ia dibanyakkan lagi kerana kita faham banyak isu-isu pendidikan yang berlaku di sekolah pada hari ini yang perlukan kepada latihan-latihan yang lebih profesional dan sebagainya.
Yang kedua, sejauh manakah kementerian mengambil pandangan, mengambil perhatian daripada pandangan para guru, pendidik yang terlibat secara langsung dengan murid-murid ini dalam menyelesaikan isu-isu yang berbangkit seperti mana isu buli dan sebagainya.
060600 – Bantuan Sukan. Jadi pertandingan kadang-kadang banyak, anak- anak sekolah yang belajar di sekolah-sekolah terutama di kawasan kita yang
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
mewakili daerah tak apa lagi, mewakili negeri, mewakili negara, mereka tak ada peruntukan yang untuk mewakili.
Saya baru saja dapat daripada staf saya tadi berkenaan dengan ada seorang warga Bagan Serai yang akan mewakili negara dalam hoki di peringkat antarabangsa di Perth, Australia, tiba-tiba tak ada peruntukan Timbalan Menteri. Ini satu benda yang pelik.
Jadi, kita nak boleh bagi berapa ringgit sangat. Bolehlah bagi tanda ingatan kepada mereka tapi sepatutnya kalau kita nak bangunkan dalam soal bantuan sukan ini, kita perlu mengambil kira dalam bajet bagaimana untuk kita hantar wakil-wakil kita yang akan mewakili di peringkat antarabangsa.
Tan Sri Pengerusi, yang seterusnya ialah berkenaan dengan isu-isu yang berkaitan dengan kawasan Bagan Serai. Yang pertama ialah bilik guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai yang telah terbakar sejak 5 Februari 2023.
Sampai hari ini belum dibina. Sudah melebihi dua tahun. Terbakar ini, bilik guru.
Yang kedua, keadaan dewan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Serai yang tidak selamat digunakan hatta peperiksaan SPM 2024/2025, tak boleh guna dewan peperiksaan ini.
Yang ketiga ialah pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Pelangi Perdana, Batu Enam, sempadan dengan Bagan Serai. Sekolah ini telah pun didirikan sejak daripada 2018, sampai hari ini projek terbengkalai dan sebagainya.
Yang kelima ialah–– yang keempat, pembinaan bangunan baharu untuk kegunaan bengkel vokasional Kerian yang masih belum siap dibina. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya saya jemput Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita sedang membahaskan peringkat Jawatankuasa Bekalan 63 dan Pembangunan 63 Kementerian Pendidikan. Saya terlebih dahulu ingin menyatakan bahawa semua kita setuju pendidikan merupakan tunjang kepada sesebuah negara. Ia nya menjadi asas landasan untuk kita membina generasi masa depan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Sebagai salah satu kementerian yang secara konsisten menerima antara peruntukan Persekutuan terbesar setiap tahun, adalah amat penting agar kita terus melabur secara bijak dan berkesan dalam sistem pendidikan negara.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Jadi, saya ingin pertamanya, merujuk kepada Butiran 060400 – Elaun Murid Berkeperluan Khas dan Butiran 060800 – Bantuan Makanan Asrama.
Di mana ini berkaitan dengan peruntukan bagi kebajikan pelajar, peningkatan sebanyak RM69.7 juta dan RM252.8 juta masing-masing. Ini merupakan langkah yang amat digalakkan kerana ianya mencerminkan komitmen berterusan kerajaan terhadap kesejahteraan murid.
Namun demikian, apabila kita meneliti jumlah anggaran perbelanjaan mengurus di bawah Butiran 20000 – Perkhidmatan dan Bekalan. Jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus sebenarnya lebih kecil berbanding dari tahun sebelumnya iaitu RM4.48 bilion pada tahun 2026, RM5.343 bilion pada tahun 2025.
Jadi, ada sedikit berkurangan sebenarnya.
Saya difahamkan bahawa antara tahun 2022 hingga 2025, kementerian telah meluluskan 88 buah sekolah baharu. Tambahan 38 lagi sekolah diluluskan bawah Belanjawan 2026. Menjadikan jumlah keseluruhan 126 sekolah baharu yang diluluskan sejak 2022. Jadi, bersama-sama dengan ini juga, kita juga telah pun sedia maklum bahawa 17 sekolah baharu telah mula beroperasi pada tahun ini dan sekarang terdapat lebih daripada 10,000 buah sekolah di seluruh negara.
Jadi, saya nampak dengan pertambahan ini, saya rasa mesti ada juga penjelasan mengapa perbelanjaan mengurus dilihat berkurangan. Walaupun kita faham pembangunan sekolah itu di bawah pembangunan tetapi setelah dibina 2022, 2023, 2024, maksudnya mesti ada juga perbelanjaan mengurus. Tapi lihatnya dari segi perbelanjaan ada berkurangan dari segi perbelanjaan mengurus.
Walaupun pembinaan sekolah baharu memang kita faham dapat mengurangkan masalah kesesakan di sekolah, saya bimbang sekiranya sekolah- sekolah yang lama pula yang beroperasi - yang lama beroperasi tapi tak ada peruntukan yang mencukupi untuk penyelenggaraan serta keperluan asas meraka.
Masih banyak sekolah di seluruh Malaysia yang memerlukan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan bagi memastikan supaya pelajar menikmati kemudahan yang mencukupi untuk mengekalkan mutu pendidikan yang berkualiti. Justeru, saya harap kementerian dapat mengambil kira perkara ini agar sekolah-sekolah sedia ada tidak tertinggal di sebalik gelombang pembinaan baharu ini.
Tan Sri Pengerusi, mengenai isu sekolah baharu, Ledang juga ingin menarik perhatian kepada Butiran 00102 – Rendah Akademik. Di kawasan Parlimen saya terdapat satu projek pembinaan sekolah baharu iaitu SK Bandar Baru Tangkak yang telah pun diluluskan di bawah (RMK12) Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Plan 5. Projek ini kini berada pada peringkat akhir pembinaan. Saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, Timbalan Menteri mengenai jangkaan tarikh siap sekolah tersebut.
Berkaitan dengan itu juga, di bawah Butiran 01000 – Bangunan dan Pejabat Pendidikan Negeri/Daerah. Saya ingin membangkitkan mengenai Projek Pejabat Pendidikan Daerah, PPD Tangkak yang telah diluluskan di bawah RMK12, Rolling Plan 4, skop projek, schedule of accommodation, dengan izin SOA serta zoning telah pun dimuktamadkan. Dan satu permohonan notis perubahan bagi pelarasan kos telah dikemukakan kepada KPM pada 23 April 2025.
Justeru, bagi pihak-pihak berkuasa pendidikan tempatan di Ledang, saya mohon penjelasan mengenai jangkaan garis masa siap projek ini serta menyeru agar pihak kementerian terus memberikan kerjasama untuk memastikan projek ini siap mengikut jadual dan tanpa sebarang kelewatan.
Akhir sekali Tan Sri Pengerusi, susulan daripada soalan jawab lisan nombor empat pada pagi ini yang berhubung dengan pemasangan CCTV di sekolah-sekolah.
Saya ingin bertanya, sejauh mana kementerian bercadang untuk memperuntukkan dana untuk meningkatkan keselamatan pelajar dan keselamatan sekolah secara menyeluruh? Saya mencadangkan supaya pihak kementerian mempertimbangkan untuk mewujudkan satu butiran baru di bawah belanjawan khusus bagi keselamatan sekolah, ini termasuk pemasangan dan penyelenggaraan CCTV.
Merujuk kepada jawapan Timbalan Menteri pagi tadi, saya juga ingin mendapatkan penjelasan mengenai model penyelenggaraan jangka panjang di bawah perbelanjaan mengurus, memandangkan penyelenggaraan CCTV ini melibatkan perkara seperti perjanjian tahap perkhidmatan, dengan izin SLA dengan vendor, tempoh jaminan (warranty) serta sama ada sekolah-sekolah akan menerima peruntukan penyelenggaraan khusus bagi sistem tersebut. Kalau warranty satu tahun tapi kalau masuk tahun kedua, tahun ketiga, bagaimana?
Jadi, saya harap perkara ini mendapat pertimbangan dan difikirkan secara mendalam oleh pihak kementerian. Sekian sahaja perkara yang ingin saya bangkitkan. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya jemput Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Tan Sri Pengerusi. Hari ini saya meneruskan perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan.
Saya mulakan dengan kata-kata hikmah. “Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah bagaimana pendidikannya hari ini, pendidikan adalah jambatan antara kemiskinan dan kemakmuran”. Nelson Mandela.
Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 01300 – Pendidikan Khas.
Pendidikan khas ini amat penting di dalam sistem pendidikan moden pada hari ini.
Semua murid-murid perlu memperoleh hak untuk belajar bagi memastikan mereka akan mendapat kejayaan juga berbanding dengan pelajar-pelajar yang lain.
Jadi untuk pendidikan khas, perbelanjaan sebenar pada tahun 2024 adalah RM65 juta, meningkat kepada RM124 juta 2025, meningkat kepada RM212 juta tahun 2026. Soalan saya, apakah strategi KPM dalam pertambahan perbelanjaan pembangunan bagi pendidikan khas? Bolehkah KPM menjelaskan jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan bagi program pendidikan khas dalam Bajet 2026, termasuk kategori bagi sekolah rendah, menengah dan pra sekolah?
Yang ketiga, apakah kadar perbelanjaan sebenar utilization rate bagi pembangunan infrastruktur sekolah pendidikan khas di seluruh negara tahun 2025 dan berapa banyak projek yang belum disiapkan? Adakah KPM bercadang untuk menambah bilangan sekolah Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dengan kemudahan moden dan mesra OKU serta menambah baik accessibility seperti laluan khas, tandas OKU dan lain-lain.
Tuan Pengerusi, saya pergi kepada Butiran 00102 – Rendah Akademik. Jadi, perbelanjaan sebenar untuk 2024, RM336 juta. 2025, RM583 juta. Bajet untuk 2026 meningkat kepada RM1 bilion, satu angka yang agak tinggi. Persoalan saya, adakah angka ini melibatkan projek naik taraf sekolah-sekolah daif di seluruh Malaysia? Di kawasan Parlimen Kangar, SK Seri Indera memerlukan sebuah dewan terbuka.
Memandangkan sekolah ini mempunyai jumlah penduduk seramai 835 murid dan 55 orang guru. Dan dewan ini boleh digunakan untuk kegiatan kurikulum dan juga kegiatan kokurikulum. Dan SK Seri Indera juga sedang mempersiapkan surau sekolah untuk aktiviti kerohanian pelajar-pelajar di situ.
Seterusnya, saya nak sentuh sedikit berkaitannya dengan Tingkatan 6.
Walaupun Tingkatan 6 merupakan laluan prauniversiti, namun persepsi masyarakat masih menganggap ia sebagai pilihan kedua selepas IPT dan matrikulasi. Ia berpunca daripada kurangnya promosi dan pemahaman tentang kelebihan Tingkatan 6 dan peperiksaan STPM yang diiktiraf. Saya memohon agar KPM
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
berusaha keras untuk memberi lebih banyak kesedaran, sebab orang tak suka Tingkatan 6 ini, tak suka. Sebab yang suka, lepas SPM terus masuk ke IPTA ataupun matrikulasi dan sebagainya.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Jadi, kurang berminat untuk masuk ke Tingkatan 6. Jadi, saya bercadang kepada KPM agar dengan pembinaan kolej-kolej Tingkatan 6 akan dapat mengembalikan Tingkatan 6 ke arah laluan pilihan yang bermaruah.
Akhir sekali, Butiran 00202 – Sekolah Sukan Malaysia dan Negeri. RM6.9 juta 2024, RM17.7 juta 2025, meningkat kepada RM31.1 juta 2026. Jadi, dengan kenaikan jumlah peruntukan ini, SSM dan SSN akan dapat meningkatkan prestasi masing-masing dan terima kasih kepada KPM kerana membantu SSM Perlis dalam menaik taraf prasarana.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Cuma, saya nak tanya tentang Sekolah Sukan Bukit Chabang. Sekolah Sukan Bukit Chabang dikatakan akan mula beroperasi pada tahun 2026. Saya nak tanya betul kah? Saya nak dari segi pengesahanlah.
Dan sebagai penutup, pendidikan bukan sekadar ilmu tetapi merupakan pelaburan masa depan negara dan generasi akan datang. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Puan Pengerusi.
Puan Pengerusi, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Igan terus kepada Butiran 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran.
Igan ingin membangkitkan isu yang penting dalam usaha memperuntukkan pembelajaran berasaskan teknologi digital khususnya bagi sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman Sarawak.
Pelaksanaan pendidikan digital memerlukan akses Internet stabil dan peranti mencukupi. Namun, di Sarawak, sebahagian besar sekolah masih belum mempunyai capaian internet memadai. Infrastruktur asas masih lemah, kekurangan
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
peranti dan peralatan pengajaran digital dan kesiapsiagaan serta latihan guru yang kompeten digital.
Puan Pengerusi, isu ini jika tidak ditangani secara komprehensif akan mewujudkan jurang baharu iaitu digital divide di antara murid bandar dan luar bandar.
Terus terang Igan agak skeptikal tentang pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital di Sarawak kerana infrastruktur asas digital yang masih kurang dan lemah. Kalau mengikut jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan ini pada sidang yang lepas, hanya lima buah sekolah menengah di Sarawak dilengkapi 25 buah unit smart board dan 50 unit smart TV.
Selain daripada itu, sebanyak 17,799 unit komputer riba dibekalkan bagi kemudahan makmal komputer termasuk 905 unit pencetak, 885 unit projektor dan 754 unit charging card. Secara keseluruhannya, jumlah peranti yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah di Sarawak adalah sebanyak 20,346 unit sahaja.
Puan Pengerusi, jumlah peranti dan smart board serta smart TV yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan amat sedikit berbanding dengan jumlah sekolah-sekolah di Sarawak sebanyak 1,459 buah. Pendidikan digital bukan sekadar dasar, ia adalah tanggungjawab moral dan nasional.
Oleh itu, Igan ingin tahu apakah perancangan kementerian untuk memastikan Dasar Pendidikan Digital di Sarawak dapat dilaksanakan dengan menyeluruh dan berkesan. Kalau mengikut anggaran Belanjawan 2026 di bawah Butiran 040100, Kementerian Pendidikan mendapat pertambahan yang signifikan iaitu RM87,438,000. Sila nyatakan dengan terperinci bilakah kementerian akan membekalkan smart board, komputer riba, smart TV dan peranti-peranti lain ke sekolah-sekolah di Sarawak? Berapakah peruntukan Belanjawan 2026 kementerian akan digunakan untuk perbekalan berkenaan?
Igan juga bercadang dengan kementerian memperkukuhkan infrastruktur digital dengan menaik taraf capaian Internet melalui satelit berkelajuan tinggi seperti Starlink dan sediakan bekalan elektrik alternatif iaitu solar hibrid bagi sekolah pedalaman yang tiada sumber tenaga stabil.
Igan juga cadangkan kementerian melaksanakan program satu murid satu peranti secara bersasar bagi murid B40 luar bandar. Dan dalam masa yang sama wujudkan pusat pinjaman gajet sekolah untuk tugasan digital. Igan juga bercadang agar kementerian menjalankan program jurulatih digital sekolah untuk melatih guru sebagai pemimpin ICT.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Igan juga ingin tahu sejauh manakah status pencapaian Dasar Pendidikan Digital di Sarawak sejak ianya dilancarkan? Dan apakah masalah-masalah yang dihadapi dan apakah tindakan kementerian untuk mengatasi masalah berkenaan?
Puan Pengerusi, seterusnya di bawah Butiran 060600 – Bantuan Sukan, Butiran 06200 – Pengurusan Sukan. Igan juga ingin membangkitkan berkenaan isu peruntukan kewangan untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum dan sukan dan permainan bagi sekolah di Sarawak. Khususnya sekolah di pedalaman luar bandar.
Aktiviti sukan dan kokurikulum merupakan komponen yang penting dalam membentuk keperibadian dan karakter pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, hakikatnya di lapangan menunjukkan bahawa banyak sekolah di luar bandar termasuk kawasan Parlimen Igan berhadapan dengan kekangan kewangan yang serius untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.
Puan Pengerusi, mengikut maklumat yang saya ada, formula penyaluran peruntukan oleh Kementerian Pendidikan ke sekolah-sekolah adalah mengikut jumlah enrolmen pelajar. Misalnya, bagi bantuan sekolah sukan sekolah rendah, sekolah muridnya satu hingga 50 orang akan mendapat RM200 setahun. Sekolah yang muridnya 51 hingga 100 orang akan mendapat RM400 setahun. Sekolah yang muridnya 100 hingga 150 orang akan ke atas akan diperuntukkan RM4 seorang murid setahun. Manakala, sekolah menengah kokurikulum diperuntukkan RM6 seorang murid setahun.
Puan Pengerusi, jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan ini amat sedikit dan tidak mencukupi untuk pihak sekolah menganjurkan aktiviti kokurikulum. Selain itu, peruntukan kementerian yang disalurkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah juga sangat sedikit. Di mana setiap PPD hanya mendapat RM2 seorang murid setahun untuk sekolah rendah dan RM4 seorang murid setahun untuk sekolah menengah.
Puan Pengerusi, oleh kerana masa tidak mengizinkan akhir sekali Puan Pengerusi, Butiran 01000 – Bangunan dan Pejabat Pendidikan Negeri dan Daerah.
Igan ingin tahu status terkini projek pembinaan semula Pejabat Pendidikan Daerah Daro. Adakah projek ini akan dibina dalam Belanjawan 2026 dan berapakah anggaran kos projek berkenaan?
Puan Pengerusi, Igan juga ingin mengambil kesempatan ini untuk maklumkan bahawa Igan termasuk Yang Berhormat Batang Sadong belum lagi menerima jawapan bertulis daripada Kementerian Pendidikan untuk perbahasan di peringkat Dasar.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Akhir sekali, Biar tiada wang dan ringgit, Badan dan nyawa saya serahkan; Biar bertangkup bumi dan langit, Igan sokong belanjawan Kementerian Pendidikan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih, Puan Pengerusi.
Saya terus kepada Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Kejadian buli yang berleluasa, kes jenayah dan gejala sosial dalam kalangan remaja yang menggerunkan menjadi cabaran terbesar kepada KPM. Bukan hanya melahirkan murid yang cemerlang akademik tetapi juga insan yang beradab, berjiwa halus dan bersahsiah mulia.
Soalnya kini sejauh manakah Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) benar- benar mampu memenuhi tuntutan reformasi pendidikan yang dilaung-laungkan?
Saya difahamkan bahawa terdapat bidang khusus seperti kerohanian, nilai dan kewarganegaraan serta aktiviti karakter yang dijadualkan dalam waktu pengajaran dalam KP2027. Ini satu langkah positif yang selari dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Namun, realiti di lapangan menunjukkan bahawa hasrat ini masih belum menembusi budaya sekolah secara menyeluruh. Ramai guru masih kekurangan latihan untuk mengintegrasi nilai dalam pengajaran harian. Dan tanpa sokongan ibu bapa serta komuniti, nilai yang dibina di sekolah mudah terhakis apabila murid kembali ke dunia luar. Terutamanya di alam maya yang bebas batas adab.
Oleh itu, saya ingin mengajukan soalan kepada KPM. Apakah mekanisme sebenar yang sedang dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan pembentukan sahsiah dengan adab ini benar-benar hidup dalam amalan harian sekolah? Bukan sekadar disebut dalam dokumen kurikulum. Sejauh manakah KPM bersedia memperkukuh latihan guru, pemantauan nilai sekolah serta penglibatan ibu bapa supaya nilai hormat, sopan dan empati menjadi budaya bukan slogan.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Dan bagaimana KPM memastikan nilai-nilai murni yang diajar di sekolah turut disokong oleh ibu bapa dan komuniti supaya tidak berlaku pertentangan nilai antara di rumah dan di sekolah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Puan Pengerusi, Butiran 040200 – Pentaksiran. Pemansuhan UPSR pada tahun 2021 dan PT3 pada tahun 2022 menjadi bahan bualan hingga ke hari ini. Kini, pelaksanaan KP 2027. Adakah SPM yang sedang disemak semula di bawah Kajian Semula Sistem Pentaksiran Nasional oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan turut dimansuhkan?
Justifikasi rasmi KPM ketika memansuhkan UPSR dan PT3 adalah untuk memberi ruang kepada pentaksiran holistik dan mengurangkan tekanan peperiksaan. Jika prinsip yang sama diguna, maka SPM juga boleh dipertimbangkan untuk dimansuhkan secara berperingkat tetapi hanya selepas Sistem PBS dan PBD di peringkat menengah atas benar-benar matang.
Justeru, saya mohon supaya Menteri Pendidikan menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk memansuhkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa akan datang selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 dan Sistem Pentaksiran Berasaskan Kompetensi serta apakah bentuk pentaksiran alternatif yang sedang dikaji bagi memastikan penilaian murid kekal telus, adil dan diterima industri. Apakah kajian impak yang telah dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia terhadap keberkesanan PBS sebagai pengganti sistem peperiksaan pusat? Dan apakah KPM bercadang untuk mewujudkan sistem portfolio digital nasional murid sebagai asas penilaian berterusan jika SPM dimansuhkan kelak?
Puan Pengerusi, Butiran 010500 – Teknologi Maklumat, dibaca bersama Butiran Maksud Pembangunan 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institut Pendidikan. Sebanyak 312 sekolah di Kedah telah disenarai untuk dipasangkan kemudahan gentian optik, fibre optic, dengan izin, bagi capaian rangkaian internet yang lebih stabil. Ini menunjukkan usaha infrastrukturnya sedang berjalan. Namun, data ini menunjukkan sekadar bilangan sekolah yang dipilih, bukan keseluruhan sekolah atau grid kesiapan lengkap.
Justeru, saya ingin mendapat penjelasan, berapakah jumlah bilangan sekolah di Kedah yang sudah mencapai 100 peratus bersedia dengan peranti murid dan akses internet berdasarkan modul KP2027 yang bakal dilaksanakan? Mohon nyatakan juga perbandingan antara daerah-daerah dalam negeri. Selanjutnya,
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
apakah bentuk data pengguna aktif oleh murid di Kedah melalui platform digital, contohnya login DELIMa, projek atau portfolio? Dan apakah langkah intervensi untuk murid yang kurang akses?
Dan terakhir, Puan Pengerusi, Butiran P.63 00102 dan 00201 – Rendah Akademik dan Menengah Akademik. Dalam butiran ini, saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai status terkini projek pembinaan bangunan sekolah-sekolah rendah dan menengah di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah.
Saya bertanya kerana nak masuk kawasan sekolah tak boleh, nampak dari luar sahaja. Berapakah jumlah pembangunan yang terlibat serta nilai RM yang diperuntukkan? Dan apakah bentuk mekanisme pemantauan projek yang dibuat bagi memastikan projek berkenaan siap dalam bingkai masa yang ditetapkan?
Demikian perbahasan saya. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya jemput Yang Berhormat Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Puan Pengerusi.
Sebagai wakil rakyat bagi kawasan Klang yang semakin pesat membangun dan padat penduduk, saya ingin membangkitkan isu kekurangan infrastruktur sekolah yang sesuai dan mencukupi untuk menampung keperluan pendidikan anak-anak kita.
Ramai ibu bapa dan guru meluahkan kebimbangan bahawa bangunan sekolah yang sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah murid yang semakin meningkat terutamanya di kawasan seperti Klang Utama, Bandar Bukit Raja, Pandamaran dan Parklands dan juga Bandar Botanik. Banyak kali saya telah usulkan perkara ini. Saya perlukan sekolah baru di situ. Saya percaya kementerian akan melihat perkara ini.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian juga, berapakah jumlah sebenar yang telah dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur sekolah di Klang pada tahun-tahun lepas? Dan adakah terdapat peruntukan khusus dalam Belanjawan 2026 untuk menaik taraf atau membina sekolah baru di kawasan ini?
Berdasarkan dokumen Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, Kementerian Pendidikan telah diperuntukkan sebanyak RM66.2 bilion. Daripada jumlah ini, aktiviti 010300 – Pembangunan Infrastruktur menerima peruntukan sebanyak RM23.3 juta untuk perkhidmatan dan bekalan dan RM18.16 juta untuk
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
aset menjadikan jumlah keseluruhannya RM41.46 juta bagi pembangunan infrastruktur pendidikan.
Saya memohon agar sebahagian daripada peruntukan ini disalurkan secara khusus kepada sekolah-sekolah di Klang yang bukan sahaja menghadapi masalah kepadatan pelajar tetapi juga bangunan yang uzur, kekurangan bilik darjah dan kemudahan asas yang tidak mencukupi. Ini penting untuk memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, kondusif dan berkualiti selaras dengan Aspirasi Pendidikan Negara.
Saya mohon agar peruntukan di bawah Belanjawan 2026 untuk pembinaan sekolah baru khususnya dalam aktiviti 010300 – Pembangunan Infrastruktur dan aktiviti 010400 – Pembangunan Aset di bawah Kementerian Pendidikan digunakan secara telus dan berkesan untuk mempercepatkan projek-projek sekolah di Klang.
Kita tidak boleh lagi menangguhkan keperluan asas pendidikan lebih-lebih di kawasan yang padat seperti Klang. Setiap penangguhan adalah satu kerugian pada masa depan anak-anak kita.
Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh tentang keadaan sekolah-sekolah Tamil di negara kita yang masih bergelut dengan kekurangan dana dan kemudahan asas. Ramai pentadbir sekolah Tamil terpaksa mencari jalan sendiri untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menetapkan satu peruntukan yang jelas dan tersusun untuk setiap sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil atau sekolah agama supaya tiada sekolah yang perlu bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan dana. Peruntukan yang tetap dan telus akan membolehkan merancang jangka panjang yang lebih berkesan dan adil.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas komitmen beliau dalam membina semula Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Jeram di Pahang. Namun, dalam pada itu juga, ada juga sekolah masih lagi tergendala seperti SJK(T) Sungai Bakap, SJK(T) Serendah dan banyak lagi sekolah masih lagi pembinaannya tergendala.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Saya ingin menegaskan bahawa masih banyak lagi sekolah Tamil di seluruh negara yang berada dalam keadaan daif dan memerlukan perhatian segera.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Yang Berhormat Klang, boleh saya mencelah? Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang. Cuma, saya dengar apabila
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
dibicarakan tentang keadaan sekolah-sekolah Tamil, sudah tentu saya ingin ambil peluang ini untuk bertanya juga tentang perkembangan terkini Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Gopeng yang telah pun dilaporkan tahap kerosakan bangunan yang akibat daripada dimakan anai-anai, bangunan diklasifikasikan sebagai bangunan yang tidak selamat. So, saya mohon dicelahkan dan dimasukkan dalam ucapan untuk Timbalan Menteri menjawab nanti. Terima kasih.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih dan saya minta daripada Gopeng itu masukkan dalam ucapan saya juga.
Dalam pada itu juga, saya ingin menyatakan di sini perkara yang telah dibangkitkan oleh― sebelum ini, PMX kita pernah menyatakan pada tahun 2023 di satu konvensyen dekat Universiti Malaya pada tahun 2023, bahasa ibunda di sekolah menengah akan diajar sekiranya ada 10 murid dan lebih. Sehingga hari ini, saya tidak nampak kementerian melaksanakan program tersebut. Setiap tahun saya tidak lupa untuk menanyakan soalan ini. Setiap kali jawapannya, mereka meneliti dan sedang mengkaji. So, saya harap kali ini ada jawapan yang lebih baik. Dan— ada lagi, Puan. Saya telah diganggu tadi.
So, akhir sekali, saya menyentuh tentang keperluan untuk merangka strategi yang lebih berkesan agar guru-guru kita dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas hakiki mereka di dalam bilik darjah. Saya difahamkan sebenarnya banyak juga sekolah di— kita nampak di sekolah, guru-guru sering dihantar kepada kursus-kursus yang diadakan oleh kementerian.
Ada juga guru-guru khasnya kita nampak, kalau minggu― satu bulan ada 10 kursus, guru yang sama juga akan hadir. Banyak juga kita nampak kalau guru-guru sentiasa dibebani dengan kursus-kursus begini ataupun ada guru-guru pula suka pergi kursus dan sebagainya, ramai guru di sekolah itu sendiri tiada. Dan ini menunjukkan kekurangan guru telah berlaku.
Sudah ada kita— masalah kekurangan guru sudah pun ada, tambahan pula guru selalu dihantar kepada kursus. Dan kita nampak ini perlu dipantau oleh kementerian. Sudah tiba masanya, lagi-lagi kita nampak, dengar khabar, sekarang dengan cara dua guru dalam satu kelas. Memang dalam satu pemikiran yang begitu nampak ke hadapan, tapi adakah ini menunjukkan kerajaan, kementerian akan melantik lebih banyak guru lagi? Adakah kita sedang menghadapi kekurangan guru yang begitu kritikal.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Adakah kita akan melantik satu jumlah guru yang begitu ramai nanti sebab kita tahu di Sekolah Tamil, Sekolah Cina dan juga banyak juga kursus-kursus apa tu, mata pelajaran guru kurang ya. Masih lagi pelantikan ini masih menghadapi satu keadaan yang kritikal tapi saya nampak perkara ini tidak diambil begitu serius sehingga hari ini. Tapi kita nampak sekarang pula ada dua guru dalam satu kelas.
Bukan saya tidak sokong tapi perlu diambil kira dan juga mengambil maklumat bahawa perkara ini lebih serius sebab ia menelan satu belanja yang besar dalam pada itu.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat sila gulung.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Dalam, sebelum akhiri saya — sebelum akhiri saya, ingin saya menjelaskan lagi. Peruntukan yang khas yang saya tadi menyatakan untuk Sekolah Tamil, kita tidak pernah dengar dalam bajet. Saya harap, tahun-tahun sebelum ini iaitu penggal yang lalu seperti tahun 2022 dan sebagainya kita dengar selalunya ada peruntukan khas diberitahu dalam bajet.
Ini penting apabila bajet ini beritahu Sekolah Tamil itu berapa peruntukannya, dapat kita tahu adakah ia benar-benar digunakan dengan telus. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, selamat petang. Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh beberapa butiran penting di bawah Kementerian Pendidikan.
Pertama Butiran 06200 – Pengurusan Sukan. Guru-guru kita ibarat lilin yang membakar diri menerangi orang lain. Mereka bukan saja mendidik di bilik darjah tetapi juga menjadi jurulatih, pengurus, pemandu. Kadangkala menjadi penaja utama pasukan sekolah. Mereka melatih pelajar selepas waktu mengajar, menanggung makan minum sepanjang latihan.
Malah mereka bertanding di peringkat daerah dan seterusnya pun menggunakan modal sendiri. Bayar yuran penyertaan pun pakai duit sendiri. Kos pengangkutan pun duit sendiri. Tamat kejohanan baru boleh buat tuntutan. Itu pun prosesnya terlalu lambat. Tidakkah ini membebankan guru?
Mereka berkorban demi anak bangsa namun budi mereka tidak dibalas sepadan dengan jasa. Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah mekanisme
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
baru akan diperkenal bagi mempercepatkan bayaran balik dan mengurangkan beban kewangan guru yang mereka telah taburkan seperti mana saya sebutkan tadi.
Selain itu, saya ingin menyentuh tentang sumbangan pembekal dan syarikat konsesi keselamatan sekolah contohnya.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu minta laluan, Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Silakan Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Ya Setiu. Saya nak bangkitkan tentang guru disiplin. Kebanyakan guru tak — kebanyakan mereka tak sanggup nak jadi guru disiplin— [Gangguan sistem pembesar suara] disebabkan bebanan tugas yang teramat berat terutamanya ketika isu disiplin begitu menular dalam sekolah hari ini. Jadi, saya cadangkan supaya guru disiplin ini diberi elaun sebagaimana elaun warden telah dinaikkan kepada RM300. Dan saya cadangkan juga elaun warden juga dinaikkan kepada jumlahnya yang setimpal. Naik RM500 kalau boleh. Setuju tak Sabak Bernam?
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Saya setuju supaya meringankan.
Seorang Ahli
[Bangun]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Nanti dulu. Selain itu, saya ingin bertanya dan menyentuh sumbangan pembekal daripada syarikat konsesi contohnya keselamatan sekolah, pembersihan, pembekal makanan bermasak (BMB) dan sebagainya. Kita maklum ada pihak yang memberi sumbangan. Namun, kita sering juga terbaca di akhbar ada guru besar di soal siasat kerana salah guna wang sumbangan. Bak kata pepatah “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”, Pengerusi.
Akibat segelintir yang tamak, imej seluruh institusi tercemar. Saya ingin tahu berapa banyak kes seperti ini yang telah direkodkan? Dan apakah langkah kementerian memastikan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan dana sumbangan sekolah. Dan kebanyakannya dari sumbangan-sumbangan ini dimasukkan dalam akaun PIBG dan kita tahu struktur organisasi PIBG itu diketuai oleh Yang di-Pertua, di kalangan ibu bapa. Sedangkan setiausaha dan bendahari adalah guru-guru yang dilantik proksi guru besar dan kuasa mengurus kewangan PIBG itu, menandatangani cek adalah tiga penama. YDP, setiausaha dan bendahari atau dua daripada kombinasi setiausaha dan bendahari ataupun YDP dan bendahari.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Di situlah berlaku kelonggaran kuasa mengurus kewangan apabila guru besar mengarahkan setiausaha dan bendahari menandatangani cek. Dan ini mereka menurut saja arahan guru besar. Kalau tak tandatangan nanti tak dapat APC. Ha, jadi berlakulah ketirisan. Ha, banyak berlaku begitu.
Tetapi, ada juga guru besar yang sangat baik. Contohnya, di Sabak Bernam seorang guru besar, Puan Hajah Sariyah Sidek. Dia memberikan belanja kewangan yang cukup untuk pasukan sekolah. Ha, ini duit untuk pendaftaran, ini untuk minyak, ini untuk makan dan sebagainya. Transport dan sebagainya. Daripada duit sumbangan inilah mereka menguruskannya ya. Dan saya ramailah kawan lama, Sidek ini anaknya memang baik-baik, ya. Yang Berhormat Menteri Pelajaran pun Fadhlina Sidek, seorang Menteri yang baik.
Saya nak tanya lagi, Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters sekolah ya.
Kita sedang rancang membina sekolah-sekolah baru ya. Bagaimana dengan sekolah-sekolah yang terbiar? Seperti sekolah SMK Sungai Burong ya. Sekolah menengah yang ditinggalkan begitu saja menjadi sarang penagih dadah saya dapat maklumat dan juga di sebelahnya itu ada kubur dan sebelah lagi sekolah kebangsaan ya. Ada yang bercerita, ada nampak malam-malam seolah-olah ada sesi pembelajaran ha. Rupanya apabila tengok tak ada ya, rupanya hantu sedang belajar. Kalau macam ini hantu jadi pandai, orang tak jadi pandai nanti.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk Butiran 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan. Saya ingin membawa perhatian kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) khususnya di ladang, kawasan ladang seperti SRJK(T) Ladang Sabak Bernam yang sekarang masih lagi tidak ada status tanah Kementerian Pendidikan, tidak diwartakan lagi ya. Walaupun sekolah ini telah melahirkan ramai apa namanya, golongan-golongan profesional seperti Yang Berhormat Klang pun dulu lahir daripada SRJK(T) Ladang Sabak Bernam juga.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sama-sama Pengerusi. Saya duduk.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan untuk Kementerian Pendidikan. Er, pertama sekali saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 040300 iaitu Pembangunan Kurikulum dan juga 040400 – Penilaian.
Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk menilai semula untuk mengembalikan peperiksaan-peperiksaan seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ataupun UPSR dan Pentaksiran Tingkatan Tiga memandangkan kes-kes jenayah buli, bunuh dan keganasan di sekolah-sekolah awam baru-baru ini.
Penilaian akademik mandatori mungkin dapat meningkatkan fokus pelajar terhadap pelajaran lantas mengurangkan pendedahan mereka kepada pengaruh permainan video serta kandungan sosial media. Dan berdasarkan data daripada sistem sahsiah diri murid atau pun SSDM, kes-kes buli sekolah ataupun keganasan dari 2022 hingga 2024 telah pun meningkat 6,528. Er, 3,883 dalam tahun 2022.
Sekarang 2024, 7,681.
Dan ramai yang telah pun menyuarakan kebimbangan mereka berkenaan kenaikan kes-kes tersebut akibat kes-kes high profile, dengan izin seperti pembunuhan Yap Shing Xuen di SMK Bandar Utama 4 baru-baru ini. Malaysia telah menghentikan peperiksaan Tingkatan Tiga pada tahun 2022 dan UPSR pada tahun 2021. Persoalan pertamanya, adakah terdapatnya hubungan ataupun dengan izin, co-relation ataupun causation antara ketiadaan peperiksaan dan kenaikan kes-kes buli dan keganasan di sekolah? Adakah kementerian akan memulakan kajian untuk menentukan persoalan ini?
Pengenalan semula peperiksaan seperti dulu bukan sahaja berpotensi untuk meningkatkan mutu akademik pelajar-pelajar tetapi juga menyumbang kepada pelajar-pelajar lebih fokus kepada pelajaran mereka yang boleh mengurangkan excessive screen time dan online gaming dengan izin, yang juga akan mengurangkan dengan izin, exposure to harmful content oleh pelajar-pelajar. Kajian menunjukkan bahawa ada hubungan antara exposure kepada dengan izin, aggressive online games dan keganasan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Walaupun melarang sepenuhnya online games tersebut, adalah tidak praktikal, adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan alternatif berstruktur yang lain, yang akan membolehkan pelajar- pelajar meluangkan masa mereka dengan lebih produktif seperti aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang mandatori
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
dan program-program yang akan memupuk disiplin pelajar-pelajar agar mengurangkan kejadian-kejadian buli dan keganasan di masa depan.
Puan Pengerusi, saya bergerak kepada 010300 – Pembangunan Infrastruktur, 010400 – Pengurusan Sumber Manusia. Saya, kira-kira RM2 bilion telah pun diperuntukkan bagi menaik taraf lebih kurang 520 sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak. Penambahbaikan infrastruktur sememangnya membantu di kawasan luar bandar dan pedalaman. Namun, cabaran akses seperti pengangkutan, keterhubungan Internet serta kekurangan guru masih belum dapat diatasi sepenuhnya.
Apakah langkah-langkah strategik yang akan diambil oleh Kementerian Pendidikan untuk menangani isu-isu ini secara menyeluruh?
Ketiganya, 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Sebanyak RM70 juta telah pun diperuntukkan untuk membekalkan televisyen pintar ataupun smart TV kepada kira-kira 10,800 prasekolah, taska dan tadika bagi menggalakkan literasi pembelajaran digital.
Peruntukan ini meliputi aspek perkakasan atau pun dengan izin, hardware.
Namun, apakah jenis perisian atau software dan silibus dalam talian dengan izin, online syllabus yang akan digunakan bagi menyokong literasi pembelajaran ini.
Adakah ia akan diseragamkan di seluruh negara? Dan apakah jumlah peruntukan bajet yang disediakan bagi pelaksanaannya?
Akhirnya Puan Pengerusi, Butiran 010300 berkenaan Pembangunan Infrastruktur. Ini adalah soalan- soalan yang telah pun dibangkitkan oleh beberapa rakan saya tadi berkenaan dengan SJK(T), Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil).
Persoalannya adalah apakah status pembinaan sekolah Tamil yang belum siap termasuk SJK(T) Sungai Bakap, Ladang Jeram dan Ladang Ketumbar di Penang, Pahang dan Kedah, masing-masing dan adakah peruntukan yang diperuntukkan untuk membina sekolah Tamil dalam Belanjawan 2026 juga melibatkan ketiga-tiga sekolah ini?
Itu sahaja Puan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya jemput Yang Berhormat Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 03000 – Latihan Teknik dan Vokasional. Saya ingin menyentuh tentang isu pendidikan dan latihan teknik vokasional kerana TVET ini
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
sebenarnya adalah tunjang penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri negara kita.
Dalam Belanjawan 2026, kerajaan meningkatkan peruntukan pembangunan TVET sebanyak RM54.5 juta daripada RM187.2 juta pada tahun 2025 kepada RM241.6 juta pada tahun 2026. Ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan pendidikan kemahiran di negara kita.
Namun begitu, daerah kami, daerah saya Gua Musang masih belum mempunyai sebuah pun sekolah teknik atau institusi latihan vokasional sendiri. Jadi, keadaan ini menyebabkan ramai pelajar dari luar bandar terpaksa berhijrah jauh ke daerah lain seperti Kota Bharu, Kuala Krai dan Machang untuk mendapatkan pendidikan teknikal.
Entah di mana silapnya, sepatutnya dengan demografi dan peratus kelulusan akademik pelajar-pelajar di Gua Musang, telah lama institusi TVET dibina di Gua Musang, terutama TVET Orang Asli bagi memastikan kesinambungan pendidikan orang asli di Gua Musang dan juga di daerah-daerah bersempadan.
Puan Pengerusi, di sini saya kemukakan tiga justifikasi utama yang memerlukan penubuhan sebuah, sekurang-kurangnya sebuah institusi TVET atau pun latihan vokasional di Gua Musang. Pertamanya, untuk meningkatkan akses pendidikan bagi pelajar luar bandar. Ramai pelajar di kawasan pedalaman seperti Gua Musang, sebenarnya mempunyai minat atau pun mempunyai kemahuan yang tinggi untuk mempelajari industri automotif, electrical dan pertanian moden.
Namun ketiadaan institusi TVET berdekatan, sudah pasti mengehadkan peluang mereka, apa lagi bagi masyarakat orang asli, adalah agak sukar untuk keluar jauh daripada daerah Gua Musang yang mana institut TVET yang terdekat pun jaraknya melebihi 100 kilometer dari daerah Gua Musang.
Dan justifikasi kedua ialah prestasi akademik pelajar di Gua Musang ataupun di luar bandar sebenarnya masih dalam kategori sederhana. Oleh yang demikian, langkah kerajaan mengaplikasikan pendekatan berasaskan kemahiran dan latihan praktikal adalah sangat sesuai untuk membantu pelajar TVET ini berjaya mengubah pendidikan seterusnya mengubah taraf sosioekonomi mereka.
Puan Pengerusi, seterusnya saya ke Butiran 01000 – Bangunan dan Pejabat Pendidikan Daerah. Difahamkan, untuk pembinaan bangunan Pejabat PPD Daerah Gua Musang, tanah telah dimiliki lebih 10 tahun yang lalu. Tetapi buat masa ini dan setelah sekian lama, Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang masih lagi menumpang bangunan Wisma Persekutuan dan sebahagiannya menumpang tapak
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
bangunan sebuah sekolah di bandar Gua Musang. Adalah penting untuk kementerian menyegerakan pembinaan PPD Gua Musang kerana premis sedia ada tidak dapat menampung keperluan pengurusan hampir 50 buah sekolah dalam daerah Gua Musang.
Puan Pengerusi, saya amat berharap agar Kementerian Pendidikan sedia meneliti cadangan ini serta mengambil pendekatan dan tindakan segera.
Peningkatan peruntukan TVET sebanyak RM54.5 juta harus dimanfaatkan bagi memastikan kawasan luar bandar seperti Gua Musang turut menikmati peluang pendidikan dan kemahiran seimbang dengan daerah lain.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk memohon perhatian dari Kementerian Pendidikan, saya minta Kementerian Pendidikan jangan hanya merujuk kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri sepenuhnya dalam membuat keputusan berkenaan dengan pembangunan pendidikan di Gua Musang.
Walaupun Gua Musang sememangnya mempunyai tanah yang terbentang luas, geografi yang senang di akses dari negeri-negeri lain seperti Pahang, Perak dan Terengganu tetapi pelbagai alasan kedengaran untuk menafikan pembangunan pendidikan di Gua Musang daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri.
Puan Pengerusi, sekian. Saya menyokong peruntukan perbelanjaan Kementerian Pendidikan bagi tahun 2026. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gua Musang. Saya jemput Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
A’uzubillahiminassyaitonirrajim, Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Pengerusi bagi ruang kat Tenggara berbahas ini. Jadi, sedikit saja sebagai permulaan pasal ‘burung kakak tua’ ini, Tenggara, saya sampaikan salam kepada orang-orang Tenggara lah.
Berkaitan dengan ‘burung kakak tua’ ini, dia orang semua tidak setuju bila di kakak tuakan, orang-orang yang bagi pandangan supaya UPSR dan PMR ataupun PT3 ini dikembalikan. Sebab 10 saya tanya, 11 orang jawab semua nak UPSR, semua nak PT3, sebab mereka risau calon SPM tahun ini adalah batch pertama yang menduduki SPM tanpa UPSR tanpa PT3 jadi saya sampaikanlah keraguan itu.
Jadi, saya berharap pihak kementerian, Timbalan Menteri pun ada dekat sini, mungkin boleh buatlah sesi libat urus. Sebab zaman kerajaan tahu semuanya dah berlalu, mungkin kena ada libat urus yang lebih lagi daripada ibu bapa dengan guru-
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
guru dengan ikhlas dan jujur, bagaimana seharusnya UPSR dan PT3 ini boleh dikembalikan. Sebab saya tengok, kalau nak jadikan mekanisme menapis ataupun memilih anak-anak kita untuk terlibat dengan TVET saya rasa daripada UPSR itu kita sudah boleh tapis dah. Jadi, satu macam membran untuk kita ketahui kecenderungan anak-anak kita.
Ini Butiran 030200 – Pendidikan Rendah. Seterusnya Tuan Pengerusi berkaitan dengan Butiran 040600 – Dewan Bahasa dan Pustaka. Daripada RM68 juta turun RM63 juta. Jadi, ini sekadar cadangan sahaja daripada Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka ini eloklah kalau diletakkan KPI untuk memunculkan atau pun mewujudkan ataupun mengadakan seratus patah perkataan setahun dia punya KPI.
Sebab kita tengok Kamus Dewan versi Indonesia itu tebal. Jadi, Kamus Dewan kita itu dah tebal dah tapi kalau ada KPI, 100 patah perkataan setahun ciptalah, rangka lah, sebab bahasa-bahasa yang slanga pun dah mungkin boleh digunakan, bahasa-bahasa etnik yang tertentu pun boleh diketengahkan. Ataupun mengambil bahasa ambilan daripada negara-negara lain, jadikan dalam bentuk bahasa kita. Ini mungkin boleh bantu memperkasakan lagi Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Seterusnya 060600 – Bantuan Sukan dan 062000 – Pengurusan Sukan. Ini semua naik. Tadi ada juga Yang Berhormat lain menyentuh dan saya suka jugalah untuk menyentuh di sini Tenggara, kita selalu berhubung dengan guru-guru. Mereka memang — saya tak sebutlah siapa, tapi mengeluarkan banyak untuk penglibatan tentang sukan ini. Jadi Tenggara ingin bertanya, apakah peruntukan yang disediakan ini mencukupi untuk bantu melancarkan lagi perjalanan pengurusan sukan di sekolah-sekolah? Apatah lagi sekarang ini ada Esports, Esports pun makan duit banyak juga.
Dan keduanya berkaitan sukan ini juga, seharusnya daripada peruntukan kementerian ini dialokasikan sedikit mungkin untuk NBOS dengan Kementerian Belia dan Sukan, mana-mana premis ataupun stadium sukan di daerah-daerah tertentu yang lazimnya digunakan oleh PPD berkenaan untuk menganjurkan hari-hari sukan.
Sekolah menengah baik, sekolah rendah baik, untuk anak-anak OKU kita baik.
Jadi, di-collaborate-kan dalam konteks National Blue Ocean Strategy, kita kongsi untuk maintain ataupun memperbaik premis berkenaan, jadi boleh sama- sama menggunakan untuk pembangunan sukan dan bakat anak-anak kita di sekolah.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Seterusnya adalah Butiran 061800 – Penyertaan Pelajar di Peringkat Antarabangsa, 2.3 juta. KPM saya rasa perlu memanfaatkan Inisiatif Belt and Road, Kerajaan China. Baru-baru ini saya ke Shanghai dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi MTVET, Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad Zahid Hamidi dan kita mendapat kuota untuk tajaan industri sebanyak 2,500, belajar satu hingga enam bulan percuma.
Jadi, kalau ada peruntukan ini mungkin untuk pengantarabangsaan, KPM boleh rujuklah dengan Pengerusi MTVET untuk kecek sikit kuota. Mungkin boleh jimat dan boleh hantar lebih ramai lagi pelajar kita untuk mendapat pendedahan terutama dalam TVET. Dan pada tahun lepas, kita dapat 5,125 dan tahun ini juga saya boleh katakan 5,000 plus 2,500 lah.
Seterusnya adalah 00203 – Sekolah Menengah Berasrama Penuh. Ini satu sahaja yang saya nak maklumkan, di Johor ada 10 daerah, ada 11 daerah pendidikan. Semua daerah ada sekolah berasrama penuh. Batu Pahat ada dua, Kluang ada dua, Mersing ada dua, yang lain satu, satu, satu.
Tetapi bagi daerah pendidikan Kulai, tiada satu pun lagi sekolah berasrama penuh. Jadi, Tenggara ingin mencadangkan— telah dipohon sejak tahun 2000, sekarang tahun 2025, dah 25 tahun. Agaknya kalau nak dibinakan sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Sains MADANI mungkin. Mungkin dalam peruntukan atau Butiran 00203 ini bolehlah diletakkan Kulai sebagai salah satu destinasi. Tanahnya pun ada di YPJ, di sebelah selatan ada, yang di belah utara Tenggara itu ada tanah KEJORA yang banyak, mungkin boleh diusahakan.
Dan terakhir sekali, seminit sahaja Tuan Speaker. Butiran 00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan, 40.46 juta. Ini isu yang serius sebab setakat 2024, sejumlah 17,524 kuarters guru tidak diduduki kemudian ada lagi peruntukan 40.46 juta ini. Jadi Tenggara ingin bertanya, apakah sebenarnya yang KPM rangka dan rancang untuk memanfaatkan kuarters-kuarters yang abandoned ini, yang tertinggal?
Kalau boleh, dibincangkan dengan lebih serius, supaya duit rakyat yang telah digunakan untuk bina kuarters. Kebetulan guru sudah ada rumah sendiri, terbiar.
Kalau saya tengok dekat sini, mungkin Ahli Parlimen Labis kalau ada boleh sahkan, di Labis pun ada, di tempat saya Tenggara pun ada kuarters yang terbiar.
Jadi untuk melalui bajet ini, berapa unit baharu yang dirancang KPM untuk dibina di kawasan-kawasan kritikal dan apakah faktor utama kuarters ini tidak didiami? Dan apakah langkah-langkah penyelesaian yang boleh dibuat oleh KPM
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
agar tidak berlaku pembaziran kepada wang rakyat yang diperuntukkan ini? Sebab peruntukan banyak KPM ini. Jadi kalau diberikan kepada kuarters, kuarters terbengkalai, terbiar pun banyak. Jadi kalau diperuntukkan lagi, saya bimbang dia akan merugikan negara. Itu sahaja Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih daripada Tenggara.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan selamat petang. Puan Pengerusi, Pasir Salak ingin mengambil bahagian di bawah Butiran 020000 – Dasar, Penilaian dan Pengurusan Prestasi khususnya berkaitan dasar pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan sekolah rendah.
Puan Pengerusi, asas pendidikan negara bermula di peringkat sekolah rendah. Di sinilah kemahiran asas 3M, membaca, menulis dan mengira mula diterapkan bagi membentuk daya fikir, sahsiah dan disiplin anak-anak kita. Namun, realitinya masih sekolah di luar bandar termasuk di kawasan Pasir Salak yang berdepan cabaran dalam memastikan penguasaan 3M ini benar-benar kukuh di kalangan murid terutamanya dekat dalam kalangan murid Tahap 1.
Kita tidak mahu murid sekadar tahu membaca dan menulis, tapi gagal memahami apa yang dibaca atau apa yang dikira dengan tepat. Ini akan memberi kesan berpanjangan terhadap prestasi akademik mereka apabila naik ke sekolah menengah. Justeru itu, Pasir Salak ingin mencadangkan supaya peruntukan di bawah dasar pendidikan ini diperkukuh untuk memperluas program intervensi awal literasi dan numerasi termasuk menambah tenaga pengajar khusus bagi program pemulihan di sekolah rendah luar bandar.
Soalan Pasir Salak kepada pihak kementerian, apakah pelan tindakan terperinci bagi memastikan program penguasaan 3M di sekolah rendah benar-benar berkesan dan dipantau secara berterusan agar tidak ada satu pun anak di luar bandar yang tercicir daripada menguasai asas pendidikan ini?
Puan Pengerusi, Pasir Salak ingin menyentuh di bawah butiran projek 03504 – Infrastruktur Sokongan Pendidikan bagi penyelenggaraan dan naik taraf sekolah luar bandar. Puan Pengerusi, pendidikan yang berkualiti bukan hanya diukur daripada silibus dan keputusan peperiksaan, tetapi juga daripada persekitaran pembelajaran yang selamat, bersih dan kondusif. Kita sering mendengar iltizam
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
kerajaan mahu membangunkan pendidikan inklusif dan seimbang, namun realitinya penyelenggaraan sekolah terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang masih menjadi titik lemah utama dalam sistem pendidikan kita.
Setiap tahun ratusan juta ringgit diperuntukkan bagi kerja menyelenggara dan naik taraf sekolah, namun masalah yang sama tetap berulang. Kelewatan projek, kualiti kerja yang rendah serta kelemahan penilaian di peringkat pelaksanaan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu minta laluan Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Ini bukan soal kekurangan dana, tetapi soal kecekapan tatakelola dan keutamaan dalam penggunaan peruntukan. Silakan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Saya nak bangkitkan tentang isu kemudahan fasiliti sukan di sekolah. Kalau di Setiu itu di Sekolah Kebangsaan Renek, padang bola untuk kegunaan kurikulum pelajar telah lama rosak dan boleh membahayakan dan mencederakan pelajar yang guna di waktu petang.
Jadi, apakah— Pasir Salak setuju sekiranya saya cadangkan supaya pembaikan kemudahan seperti ini perlu disegerakan oleh kementerian? Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Baik, terima kasih Setiu.
Pasir Salak setuju dengan Setiu dan masukkan dalam ucapan Pasir Salak.
Puan Pengerusi, persoalan besar yang ingin saya bangkitkan pertama, adakah sistem pemantauan dan audit fizikal sekolah dilaksanakan secara berkala dan telus? Yang kedua, adakah kementerian mempunyai mekanisme response time iaitu tempoh maksimum bagi menyelesaikan aduan penyelenggaraan agar sekolah tidak dibiarkan menunggu terlalu lama? Kerana kalau tiada ukuran keberhasilan atau KPI yang jelas, setiap peruntukan tahunan akan hanya menjadi angka di atas kertas tanpa kesan nyata kepada murid dan guru.
Puan Pengerusi, perbelanjaan pendidikan bukan belanja rutin. Ia pelaburan jangka panjang negara. Maka, seharusnya kerajaan berani memperkenalkan satu pelan penyelenggaraan nasional sekolah yang lebih sistematik dan berbasis data agar setiap Ringgit yang dibelanjakan dapat menunjukkan impak sebenar kepada kualiti pembelajaran.
Akhir sekali, Pasir Salak ingin menegaskan, pembangkang tidak menolak peruntukan ini, tetapi kita menuntut akauntabiliti. Kita mahu setiap belanja pendidikan disertai bukti keberhasilan, bukan sekadar laporan perbelanjaan. Pendidikan adalah tunjang masa depan negara dan masa depan itu hanya akan kukuh jika asasnya
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
tidak bocor, sama ada dari atap bangunan mahupun dari tadbir urus kewangan.
Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Pendidikan pada petang ini.
Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan Butiran 062400 – Bantuan Awal Persekolahan. Perkara ini pernah saya bangkitkan ketika peringkat dasar, tapi masih belum mendapat jawapan daripada kementerian.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya memetik kata-kata daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan belanjawan. Beliau menyebut bahawa mulai 2026, penyaluran bantuan akan dibuat di sekolah melalui guru kepada ibu bapa. Ini bagi memastikan hubungan baik antara guru dan ibu bapa demi pendidikan lebih baik anak-anak. Ayat ini— saya mohon penjelasan dari kementerian. Apakah ayat ini menunjukkan bahawa ibu bapa kena hadir untuk terima RM150. Dan sebelum itu saya hendak sebutlah, RM800 juta yang diperuntukkan itu sangat baik, sangat membantu kepada kebanyakan ibu bapa dalam membuat persiapan untuk sesi persekolahan baharu.
Cuma, boleh tak kita— ini nak pengesahan daripada kementerian. Boleh tak gunakan cara pendekatan pada awal tahun ini, di mana dia terus masuk dalam akaun? Jadi, apakan terjadi kalau ibu bapa itu dia tak sempat hadir, apakah dia tak akan dapat ataupun dapat lambat ke macam mana? Saya mohon penjelasan daripada kementerian selepas ini.
Perkara kedua Puan Pengerusi, Butiran 060400 – Elaun Murid Berkeperluan Khas. Naik daripada RM199 juta kepada RM269 juta. Saya nampak lonjakan yang baik untuk elaun murid berkeperluan. Saya hendak tanya, penambahan ini sebab— adakah penambahan ini melibatkan yang murid sekarang dapat RM150 sebulan dia akan lonjak kepada RM200 ataupun macam mana? Ataupun unjurannya menunjukkan murid berpendidikan khas akan bertambah? Mohon penjelasan sebab peningkatannya 35 percent, 35 percent. Jadi, apakah ia petanda lebih ramai ataupun jauh lebih ramai murid akan enroll dalam kelas PPKI, mohon penjelasan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Dan berkenaan dengan pendidikan khas Puan Pengerusi, Butiran 01300 – Pendidikan Khas di bawah pembangunan. Peruntukan tahun lepas RM124 juta. Kali ini RM212 juta. Satu peningkatan yang saya sendiri memberikan pujian. Kredit kepada Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia MADANI sebab selalu— saya antara yang kata orang pejuang untuk perkasakan pendidikan PPKI, pendidikan khas ini. Sebab saya tahu sebagai ayah yang ada anak di kelas PPKI, saya cukup terasa apabila ada sekolah yang mana ada fasilitinya dianggap atau dibiarkan sebagai second class. Kita kena angkat PPKI setara dengan kelas perdana.
Jadi, saya hendak tanya. Daripada RM212 juta ini, adakah bermakna lebih banyak kelas PPKI akan dibuka? Okey, saya mohon perkara ini. Dan saya hendak sebut secara spesifik kepada sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di Daerah Seremban, di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, purata kelas PPKI tak kira menengah atau pun rendah, tak kira SK ke, SJK(C) ke, puratanya 10 orang murid ataupun lebih, satu kelas. Tetapi, piawaian standard dari KPM sendiri, tujuh orang. Dia kalau daerah lain, saya bagi contoh, ini saya sebut secara jelas untuk Negeri Sembilan. Daerah Tampin, Kuala Pilah, JJ biasa dalam tujuh, lapan orang. Daerah Seremban ini sangat padat. Jadi, saya mohon supaya ada penambahan kelas PPKI khas untuk daerah Seremban.
Dan berkenaan dengan PPKI ini juga, ini saya pun— saya percaya sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri cukup tahu perkara ini. Saya berikan satu statistik untuk Daerah Seremban. Kita ada 63 SK, 27 ada PPKI, 40 percent. SJK(C) 31 buah, hanya tiga sahaja ada PPKI, 10 percent. SJK(T) 19 buah, tiga ada PPKI, 16 percent. Nampak sangat SJK(C) ini ketinggalan. Walaupun SJK(C) kita tahu dari segi pembinaan pembangunannya ada LPS yang cukup kuat, cukup komited. Tetapi, dari segi PPKI, saya hendak minta kementerian supaya kita tengok macam mana untuk memperbanyakkan kelas PPKI.
Saya sendiri antara yang cukup kuat untuk menyokong, tetapi saya perlukan satu— saya harap kementerian akan memberikan satu momentum tambahan supaya lebih banyak SJK(C)— sebab ada SJK(C) ada kelas kosong tapi dia tak berapa minat hendak buka PPKI. Kalau hendak contoh saya boleh berikan contoh.
Kelas kosong, takkan kelas kosong kita biarkan padahal patut di-utilize untuk perkara lain. Jadi, saya mohon penjelasan daripada KPM.
Puan Pengerusi, minta satu, dua minit tambahan. Ada perkara lain. Butiran 060300 – Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI). Saya nampak ada RM120 juta untuk geran. Jadi, apakah program ini?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sama ada program ini sifar peralihan untuk murid-murid SJKC dan SJKT juga termasuk dalam program ini. Mohon penjelasan dan perincian tentang program di bawah perkara ini.
Dan satu lagi perkara, 02300 – Institut Aminuddin Baki. Ini dekat Bandar Enstek, Parlimen Rasah. Institut ini saya nampak peruntukan dia berkurangan.
Tahun sebelumnya RM35 juta kali ini RM25 juta. Kenapa kurang? Sebab inilah institut yang akan melahirkan guru besar dan pengetua yang mengikuti kursus NPQEL, Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan.
Saya hendak berikan satu ini, ini data, ini fakta di Negeri Sembilan. Sekarang ini untuk sekolah rendah, sekolah kebangsaan dan SJK(T) calon yang layak, yang sudah dapat Sijil NPQEL sudah ada, tunggu kekosongan untuk penempatan. Tetapi di SJK(C), kekosongan ada, tunggu calon untuk selesaikan, sempurnakan kursus NPQEL. Jadi, kenapa SJK(C) ini nampak berbeza sangat. Kalau boleh, saya hendak cadangkan semua aliran kena ada calon yang layak, sudah ada sijil dan ada sahaja kekosongan, terus isi supaya tak ada sekolah menghadapi masalah kekurangan guru besar untuk tempoh yang lama.
Dan perkara terakhir 30 saat, Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung, masa sudah tamat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, 30 saat. 00101 – Pendidikan Prasekolah.
Saya nampak ada RM62.5 juta untuk ini. Adakah ini untuk membuka kelas PPKI, kelas prasekolah di sekolah rendah? Dan ada tak daerah Seremban mendapat apa- apa imbuhan daripada ini? Itu sahaja. Terima kasih atas masa tambahan yang diberikan oleh Puan Pengerusi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Rasah, saya jemput Yang Berhormat Masjid Tanah.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh Butiran 060600 dan juga 062000 iaitu Bantuan Sukan dan juga Pengurusan Sukan.
Sejak dahulu berlaku kekeliruan dan juga tiada penyataan yang jelas berkenaan dengan status kedudukan Sekolah Sukan Negeri sama ada terletak di
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
bawah JPN ataupun Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi, masalah yang timbul apabila peruntukan dan juga bajet tahunan bagi Sekolah Sukan Negeri adalah sama seperti sekolah harian biasa sedangkan kos operasi serta perbelanjaan bagi SSN adalah jauh lebih tinggi.
Jadi, apabila benda ini dirujuk kepada JPN, JPN kata oh SSN terletak di bawah kuasa KPM. Bila mereka pergi ke KPM, oh dia kata SSN terletak di bawah JPN. Jadi, benda ini bercelaru, pergi sana tak boleh, pergi sini tak boleh. Jadi, mereka dalam keadaan dalam yang rasa macam dipinggirkan.
Sebab itulah, seterusnya saya ingin menyentuh tentang keperluan bajet tahunan dan juga kemudahan sukan. Bajet tahunan SSN ini sepatutnya merangkumi peruntukan kursus termasuklah pembelian dan juga penyelenggaraan peralatan dan juga prasarana sukan. Dan seterusnya pelaksanaan program latihan dan juga pertandingan berterusan sepanjang tahun dan penyediaan jurulatih mencukupi ikut jenis sukan serta penganjuran program perantarabangsaan di bawah pembangunan atlet pelajar.
Namun, bila tak ada bajet yang khusus, keperluan ini telah menyebabkan pihak sekolah terpaksa memohon sumbangan daripada pihak luar dan ia nya memberikan mereka dalam keadaan tertekan.
Dan seterusnya poin yang kedua, baru-baru ini kita lihat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Jaya yang telah pun dilanda puting beliung.
Yang Berhormat Speaker mesti ada tengok bagaimana anak-anak itu dalam ketakutan bersama dengan guru mereka yang menyorok di dalam bilik darjah, di bawah meja dan sebagainya. Jadi, saya juga amat risau melihat perkara itu. Jadi, apabila berbincang dengan sahabat saya, mereka mengatakan why not, apa salah kiranya kalau kerajaan, kementerian boleh mengadakan sesi latihan. Bukan hanya setakat untuk kecemasan, kebakaran sahaja, latihan kecemasan kebakaran, tetapi juga dalam situasi-situasi seperti puting beliung.
Dan seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan Butiran 040600 – Dewan Bahasa Pustaka. Jadi, dalam memperkukuhkan peranan DBP yang untuk membina perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, mereka— saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak DBP kerana telah memberikan ruang kepada pihak-pihak luar untuk bersama mementaskan karya mereka di Auditorium DBP.
Namun, saya ingin bertanya kepada pihak DBP. Berapakah belanja yang telah pun diperuntukkan dalam kolaborasi yang diberikan dengan pihak-pihak luar
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
dan berapakah penjanaan pendapatan yang diperolehi oleh mereka apabila disewakan Auditorium DBP itu kepada pihak luar?
Namun, ada perkara lain yang ingin saya membawa perhatian Yang Berhormat di dalam tajuk DBP ini yang mana baru-baru ini, saya ingin melahirkan rasa kecewa ada satu pementasan teater di Dewan Bahasa dan Pustaka yang mana saya dan juga YB Pagoh— kebetulan Yang Berhormat Pagoh ada di sini. Yang Berhormat Pagoh telah pun membeli tiket sebanyak 100 tiket.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Dan saya juga dijemput untuk menonton teater di Dewan Bahasa Pustaka, tetapi Yang Berhormat Pagoh dan saya telah dihalang untuk masuk dan menonton di Dewan Bahasa Pustaka. Adakah ini Kerajaan MADANI? Adakah kami tidak layak untuk menonton hasil karya anak tempatan, lagi-lagi Yang Berhormat Pagoh kenal dengan mereka yang terlibat yang dibuatkan khusus untuk pementasan pada malam tersebut. Beliau amat kecewa. Saya lagi juga amat kecewa, tapi saya dapat tiket free, Yang Berhormat Pagoh beli tiket. Jadi sebab itu Yang Berhormat saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, bagaimanakah perkara ini berlaku.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Butiran di 00800 iaitu Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan. Saya ingin menekankan bahawa elaun warden perlulah dinaikkan. Warden memainkan peranan penting dalam memastikan disiplin murid di asrama terjaga dan kehidupan mereka dapat diuruskan dengan baik. Malangnya warden dan juga guru sering mengalami kekurangan motivasi kerana elaun rumah mereka turut dipotong akibat tanggungjawab tambahan menjaga asrama. Ini membuatkan mereka rasa macam kurang dihargai. Dengan menaikkan elaun warden, kita dapat memastikan warden bertanggungjawab, bersemangat dan lebih fokus dalam menjaga disiplin serta kebajikan anak-anak murid kita.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang Butiran di 02000 iaitu Dasar Pengurusan Prestasi. Kerajaan di mana melalui kementerian KPM serta PPD telah pun menekankan kepentingan menjaga kualiti, masa instruksional murid, yang ini yang disebut MMI dan ditangan saya ada garis panduan Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional Murid.
[Sambil menunjukkan sebuah buku] Waktu demi hendak menekankan kepentingan menjaga kualiti anak-anak murid ini, tetapi realitinya yang berlaku guru-guru berada dalam keadaan tenat kerana beban kerja yang tinggi.
Waktu MMI ini di jalan daripada 7.40 sampai 2.10 petang melibatkan pelbagai aspek. Malangnya ramai guru rasa tertekan dengan istilah MMI ini kerana pihak
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
pentadbiran sering mengaitkannya hanya dengan prestasi murid tanpa faham bahawa waktu tersebut perlu juga digunakan secara seimbang untuk pembentukan sahsiah dan juga aspek insaniah murid. Guru bekerja keras pasti akan rasa kecewa dan akhirnya akan merasakan diri mereka kurang motivasi. Sebab itu saya ingin menegaskan bahawa MMI ini haruslah difahami sebagai usaha untuk menyeluruh dan juga membangunkan murid bukan sahaja akademik, tetapi juga dari segi sahsiah. Yang terakhir sekali, Yang Berhormat ada masa lagi?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada masa, tetapi saya bagi gulung.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Terima kasih. Saya hendak landing, 01700 iaitu Program Pembangunan Kurikulum. Saya menyokong cadangan agar kerajaan menyediakan peruntukan khusus bagi program-program jati diri dalam sekolah. Hari ini kita tengok dengan teknologi maklumat, anak-anak kita semakin terdedah dengan budaya yang negatif. Sebab itu program jati diri seperti kem kepimpinan, kursus kemahiran sosial, sukarelawan dan kem motivasi amatlah diperlukan di sekolah-sekolah.
Sehubungan dengan itu kalau dapat ditambahkan peruntukan itu amatlah baik untuk pihak sekolah menganjurkan program-program seumpama itu. Itu sahaja, Masjid Tanah ucapkan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Saya jemput Yang Berhormat Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang ini dan saya ingin memulakan ucapan, pembahasan pada petang ini dengan mengatakan terima kasih kepada kerajaan kerana telah pun meluluskan satu peruntukan yang begitu besar yang terbesar untuk Kementerian Pendidikan. Kita percaya bahawa dengan peruntukan ini, maka dalam masa yang terdekat ataupun masa yang akan datang, negara kita akan mempunyai modal insan yang cemerlang dan berdaya saing.
Saya ingin merujuk kepada satu dua perkara iaitu Butiran 03700 iaitu berkenaan dengan Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak yang bernilai 745 juta. Ini berkenaan dengan program di luar bandar dan saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan, apakah rancangan pihak kementerian untuk menentukan supaya dalam masa yang terdekat semua sekolah daif dan
Dato Anyi Ngau - Baram
kuarters-kuarters untuk tenaga– untuk guru di kawasan pedalaman dapat kita selesaikan.
Kita tahu bahawa dalam Dewan ini, Dewan ini sentiasa mengatakan bahawa satu daripada tujuan kita ini adalah untuk kita menentukan supaya pendidikan ini diberi keutamaan dan juga infrastruktur-infrastruktur yang ada itu mesti berdaya saing ataupun mantap ini.
Ini saya minta supaya di samping kita memberi penekanan kepada sekolah- sekolah yang daif dan juga membina sekolah yang baru, tempat ataupun tempat kediaman cikgu-cikgu, guru-guru perlu juga diutamakan. Sebab saya percaya dan di kawasan saya terutamanya di kawasan luar bandar, di Baram saya difahamkan bahawa terdapat 41 sekolah di kawasan Baram yang memerlukan kuarters-kuarters yang perlu diperbaiki ini. Dan ini dalam yang difahamkan kepada saya terdapat 675 kuarters yang perlu diperbaiki. Saya mohon supaya perkara ini diambil berat dan inilah termasuklah sekolah-sekolah SMK Marudi, SMK Long Lama, SMK Long San, SMK Long Bedian dan berpuluh-puluh lagi sekolah-sekolah rendah di kawasan pedalaman.
Yang kedua, yang saya hendak sentuhkan ialah berkenaan dengan Butiran 060000 dan juga 061100 iaitu berkenaan dengan bantuan sukan dan juga perjalanan dan pengangkutan asrama ini. Saya ingin mengatakan di sini bahawa di sekolah- sekolah pedalaman, apabila berkenaan dengan bantuan sukan ini ataupun perjalanan ini mereka memang menghadapi masalah kewangan yang begitu merunsingkan.
Sebab mereka perlu– sebab pihak sekolah perlu membawa murid-murid ini ke tempat pekan-pekan seperti Marudi, Long Lama dan Beluru untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan ini. Saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian kaedah ataupun SOP yang diguna pakai untuk kita untuk mengagihkan peruntukan yang ada ini.
Saya pasti peruntukan yang ada ini memang tidak mencukupi dan saya merayu kepada pihak kementerian supaya menggunakan kaedah bukan sahaja dari segi bilangan murid, bahkan juga kita perlu melihat juga dengan jarak sekolah ini dari tempat-tempat di mana kegiatan sukan ataupun kebolehan untuk murid-murid sekolah ini dijalankan.
Saya mohon supaya sekolah-sekolah di pedalaman diberi peruntukan ataupun diberi bantuan lebih lagi daripada yang biasa mereka terima ini. Ini saya percaya akan meningkatkan lagi mutu pendidikan kita sebab kita tahu bahawa di
Dato Anyi Ngau - Baram
kawasan luar bandar adalah rakyat-rakyat yang B40 yang miskin dan pendidikan adalah satu daripada saluran yang boleh membangunkan ataupun untuk kita menoktahkan kemiskinan di kawasan luar bandar.
Dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada Puan Speaker atas peluang ini dan mohon supaya pihak kementerian mengambil berat dan menyelesaikan masalah ini dengan segera. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Baram. Saya jemput Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya, assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi kerana memberi peluang juga kepada saya untuk berbahas dalam Jawatankuasa, peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan di mana satu-satunya kementerian yang paling tinggi mendapat peruntukan dalam Bajet 2026. Isu yang pertama iaitu Butiran 00204 iaitu Matrikulasi.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Isu relevansi dan juga kesetaraan antara program matrikulasi dan STPM sering menjadi topik perbahasan khususnya dalam konteks kemasukan ke universiti awam di Malaysia. Persoalannya, apakah jaminan kementerian bahawa sistem matrikulasi kekal relevan dan setaraf dengan STPM serta terus diterima sebagai syarat kemasukan ke universiti awam?
Bagi butiran seterusnya iaitu Butiran 00800 iaitu berkaitan dengan rumah guru dan juga kuarters pendidikan di mana peruntukan RM36 juta pada tahun 2025 meningkat kepada RM40 juta pada tahun 2026 bagi belanjawan yang dibentangkan.
Saya mohon penjelasan daripada kementerian, apakah perancangan untuk baik pulih kuarters— kuarters guru yang usang, contohnya di Parlimen Kulim-Bandar Baharu lah. Bukan sahaja usang, rosak, malah terbakar. Adakah akan dibaik pulih atau akan terus dibiarkan tanpa perancangan untuk dibaik pulih?
Puan Pengerusi, bagi kuarters-kuarters yang masih belum diduduki ataupun dibiarkan kosong mungkin disebabkan lokasi yang tidak strategik, pertindihan kelayakan dan polisi penempatan, adakah pihak kementerian bercadang untuk merancang untuk digunakan oleh agensi ataupun jabatan lain daripada terbiar kosong daripada dihuni?
Bagi Butiran 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan di mana pada tahun 2026 belanjawan adalah sebanyak RM41 juta. Puan Pengerusi, isu sekolah yang tiada
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
padang merupakan masalah serius yang boleh menjejaskan perkembangan menyeluruh pelajar khususnya dari segi aspek kesihatan, fizikal, pembentukan sahsiah juga perkembangan sosial.
Dalam konteks pendidikan kebangsaan, padang bukan sahaja sebagai tempat riadah tetapi sebahagiannya daripada infrastruktur asas yang menyokong pelaksanaan kurikulum pendidikan jasmani dan kokurikulum di mana dua komponen ini adalah wajib dalam sistem persekolahan Malaysia.
Oleh itu, saya mohon daripada kementerian, apakah perancangan bagi mengatasi isu-isu sekolah yang masih belum mempunyai padang sekolah bagi melengkapkan proses pendidikan di sekolah? Beberapa contoh sekolah di Parlimen saya, contohnya SK Lubok Buntar dan juga SK Sungai Kechil Ilir antara yang paling terkesan dengan tiada padang ini dan banyak lagi sekolah-sekolah dalam Parlimen saya yang masih belum ada padang untuk aktiviti kokurikulum.
Bagi Butiran 03503 – Ubah Suai Naik Taraf Institut Pendidikan. Puan Pengerusi, dalam butiran ini saya ingin mencadangkan isu penyelarasan warna dan standard cat sekolah wajar diberi perhatian khusus. Bagi pandangan saya, keperluan penyelarasan cat sekolah melambangkan identiti kebangsaan dan imej profesional di mana sekolah adalah lambang sistem pendidikan negara. Dari kesan psikologi dan pembelajaran, warna yang harmoni dan lembut boleh meningkatkan tumpuan pelajar serta mewujudkan suasana kondusif berbeza dengan warna kusam atau yang terlalu gelap.
Sekarang warna cat sekolah yang pelbagai warna, ada yang menarik ada yang menghilangkan keserian sekolah. Mungkin kita boleh selaraskan cat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Warna memainkan peranan yang besar terhadap emosi dan tumpuan untuk sekolah rendah, warnanya lembut bagi membantu mewujudkan suasana mesra dan menggembirakan sesuai dengan persekitaran umur anak-anak.
Untuk sekolah menengah, warnanya lebih neutral yang matang memberi imej serius dan profesional sesuai untuk fasa remaja. Saya mohon pihak kementerian memberi perhatian terhadap sekolah-sekolah kerana sekolah-sekolah mempunyai pelbagai warna. Agak sukar untuk kita memberi satu gambaran yang menarik terhadap institusi sekolah.
Bagi Butiran 00203 iaitu Sekolah Menengah Berasrama Penuh. Saya juga mohonlah daripada Kementerian Pendidikan supaya memberi perhatian di mana antara daerah yang tiada berasrama penuh iaitu di daerah Bandar Baharu dalam
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Parlimen Kulim-Bandar Baharu di mana tempat di daerah ini sesuai sekiranya kita membina sebuah sekolah kerana merupakan kawasan luar bandar yang agak terpencil dan sekiranya ada sekolah berasrama penuh mungkin boleh meningkatkan taraf ekonomi di kawasan tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Puan Pengerusi. Kementerian Pendidikan menerima jumlah peruntukan yang terbesar berbanding kementerian-kementerian yang lain, iaitu RM66.2 bilion pada tahun 2026, ketimbang RM64.2 bilion pada tahun 2025.
Puan Pengerusi, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan YB Menteri Pendidikan atas kesinambungan dasar yang berpaksikan reformasi manusia. Ini selaras dengan falsafah bahawa pendidikan bukan sekadar melahirkan tenaga kerja tetapi membina warganegara berfikiran kritikal, berakhlak dan berjiwa besar.
Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 00201 – Menengah Akademik dan Butiran 00102 – Rendah Akademik. Kerajaan memperuntukkan sekitar RM840 juta bagi pendidikan menengah dan RM1.03 bilion bagi pendidikan rendah, iaitu satu peningkatan ketara ketimbang tahun sebelumnya.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak kementerian dan Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah meluluskan di antara 38 buah sekolah yang akan dibina pada tahun hadapan, salah satunya berada di dalam Parlimen Sungai Petani iaitu SMK Seri Pinang dan ini memberikan satu kelegaan kepada penduduk sekitar dan saya ucapkan berbanyak terima kasih.
Namun pada masa yang sama, kita ingin juga melihat bahawa masih banyak juga sekolah-sekolah yang perlukan perhatian; sekolah daif dan sekolah yang memerlukan naik taraf infrastruktur. Sebagai contoh di kawasan saya sendiri di tengah bandar, di tengah pekan SK Bakar Arang sebagai contoh, masih banyak infrastruktur yang perlu dilihat kembali. Bagaimana kipas di kelas-kelas itu cukup usang, berpuluh tahun tak diganti-ganti. Ketika dimohon perlu menunggu giliran dan sebagainya.
Jadi, ini yang perlu kita lihat. Selain daripada sekolah yang banyak, kita ingin memerhatikan juga bagaimana sekolah-sekolah ini dapat infrastruktur yang lebih baik dan selesa. Tuan Yang di-Pertua, maka saya mencadangkan agar diwujudkan
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
dana penyelenggaraan sekolah berdasarkan keperluan atau needs-based maintenance fund supaya peruntukan diagihkan berdasarkan tahap keusangan sebenar sekolah.
Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 061400 – Bantuan Makanan Prasekolah. Kerajaan memperuntukkan sekitar RM138 juta bagi memperluas akses prasekolah termasuk pembinaan 350 kelas prasekolah baharu dan penyediaan TV pintar untuk lebih 10,000 bilik darjah prasekolah dan ini saya menyokong penuh.
Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 050300 – Latihan Kepimpinan. Kita melihat di seluruh Malaysia terdapat 10,220 buah sekolah dan sekolah menengah ada 2,440. Bermakna setiap tahun kita boleh menghasilkan 2,440 pemimpin sebab setiap sekolah akan ada ketua pelajar atau ketua pengawas dan sebagainya. Tapi dimanakah setiap tahun kita kehilangan minimum 2,440 pemimpin ini?
Sebab itu kita perlu ada satu dasar kepimpinan untuk kita melatih anak-anak sekolah kita, anak-anak murid kita untuk menjadi pemimpin yang baik dan ini bukan hanya di sekolah tetapi perlu ada kesinambungan. Sebagai contoh sekarang ini, ada program AKM – Akademi Kenegaraan Malaysia, ada program Sekolah Parlimen yang dibuat oleh Parlimen Malaysia, ada program PLKN, dan inilah sebenarnya kementerian perlu lihat bagaimana kita boleh menghasilkan 2,440 ketua atau pemimpin di setiap tahun dan ini kita kehilangan pada setiap tahun.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan isu— saya ingin mencadangkan bahawa adanya satu program literasi emosi dan etika digital yang diperkenalkan di sekolah. Kenapa? Kerana sekarang ini banyak kes buli, kes jenayah, rogol, dan sebagainya. Ini semua bermula daripada digital, bermula daripada handphone kita, bagaimana tidak adanya sempadan untuk kita akses pelbagai website dan sebagainya.
Dan sekarang ini banyak dark web dan sebagainya yang boleh diakses oleh murid-murid dan kita lihat bagaimana kajian, kita lihat di dalam tubuh kita ada central nervous system, ada grey matter dan white matter. Grey matter ini dia ada neuron somas.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Dalam satu kajian, menunjukkan bahawa ketika brain ini di-scan, orang yang menonton pornografi lebih banyak, itu menyebabkan gray matter dia ini akan lebih mengecil dan kita lihat bagaimana pada reward center-nya itu, lebih tinggi. Jadi, untuk mencapai threshold tersebut, dia memerlukan lebih, lebih dan lebih. Kalau kita tengok
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
orang yang ketagih dadah, ketagih kokain, syabu dan sebagainya, itu kita boleh lihat.
Tapi bagaimana anak-anak kita disuap dengan pornografi, disuap dengan elemen- elemen yang tidak baik, sehingga menyebabkan kerosakan pada otak itu sendiri dan inilah sekolah perlu melihat bagaimana kita ingin membuat satu pelan pendidikan yang baik.
Yang terakhir, saya ingin juga menyentuh berkenaan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang akan tamat pada 31 Disember 2025 ini. Saya ingin bertanya, apakah kedudukan terkini laporan penilaian komprehensif terhadap pelan tersebut? Dan bagaimanakah mungkin kerajaan boleh menyatakan kejayaan yang dicapai selama tempoh tersebut dan kegagalan yang terdapat pada tempoh tersebut?
Dengan ada nya COVID-19 dan sebagainya. Dan bagaimanakah kerajaan ingin menggunakan kejayaan dan kegagalan ini supaya membentuk suatu pelan pembangunan pendidikan Malaysia yang lebih baik, yang lebih hebat untuk melahirkan generasi masa depan yang lebih mantap dan hebat? Sesuai dengan apa yang ingin dilahirkan oleh kerajaan pada hari ini iaitu generasi MADANI. Sekian, terima kasih Puan Pengerusi. Sungai Petani mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Terima kasih kerana memberikan ruang kepada Kapar membahas Bajet 2026 Kementerian Pendidikan peringkat jawatankuasa. Saya merujuk kepada B.63, Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur, RM23,304,300.
Menurut fungsi yang ditetapkan oleh KPM sendiri dalam Buku Anggaran Perbelanjaan ini, yang tebal ini [Sambil mengangkat buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026] ialah membangun infrastruktur pendidikan yang lengkap dan berkualiti.
Jadi, Kapar mahu tarikh Projek SK Telok Kapas, bila bermula? Dan sekolah paling padat berjumlah 4,300 pelajar di Malaysia iaitu SMK Meru, bilakah papan tanda projek ini akan dipacak? Atau pendek ceritalah YB Timbalan Menteri, rakyat Kapar ini sedang menunggu bila SMK Meru ‘kedua’ ke, akan dibina?
Kalau menurutkan buku DOSM ini [Sambil mengangkat senaskhah buku] statistik 2023, ini khusus untuk Kapar ini. Di mana Pendidikan 2021, ini dia punya statistik. Sekolah rendah di Kapar ada 29 buah. Sekolah menengah hanya 13. Ada
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
320,000 penduduk di Kapar dan kalau orang lain ageing, di Kapar ini penduduknya 40 percent daripada 320,000 itu orang muda-muda. Orang muda, maknanya ada beranak kecillah, yang perlukan sekolah. Jadi, mohonlah— saya jealous jugalah dengar tadi, ada rakan-rakan saya dekat sana dapat sekolah baru. Saya mohon dinoktahkan masalah ini. Kalau tak, saya terpaksa bangunkan, bangkitkan selalu di sini.
Butiran 010500 – Teknologi Maklumat. Tuan Pengerusi, saya bangkit hari ini bukan sekadar membawa suara Kapar tetapi suara ribuan murid dan guru yang terperangkap dalam ketakutan dalam sistem yang belum cukup melindungi mereka.
Bajet bukan sekadar angka. Ia cerminan nilai dan kemampuan kita untuk membela yang lemah dan yang tak mampu bersuara.
Isu pokok, buli dan salah laku yang terpendam. Statistik menunjukkan kes buli fizikal, emosi dan siber semakin meningkat. Guru pula berdepan tekanan, gangguan dan salah laku pentadbiran yang sukar dilapor. Ramai mangsa memilih diam kerana takut dipulau, dihukum dan tidak dipercayai. Saya menggesa agar bajet Kementerian Pendidikan memperuntukkan dana khas khusus untuk membangunkan dan memperluas aplikasi aduan secara anonim.
Sekarang ada portal aduan tapi tidak anonymous. Mereka takut nak gunakan.
Mesti mesra murid, mesra guru, mudah digunakan, pelbagai bahasa dan boleh diakses melalui telefon pintar dan terus ke pihak atasan. Aduan tidak disekat oleh birokrasi dalaman. Dilindung undang-undang, identiti pengadu dijamin dan tindakan balas dilarang, disokong intervensi psiko-sosial, kaunseling pemantauan dan sokongan selepas aduan. Dan berapa CCTV— tadi pagi kata 200 di sekolah agama– – sekolah berasrama. Saya nak tahu di Kapar ini, yang saya kata yang padat ini tadi, berapalah Menteri ya?
Merujuk Butiran 040300 – Pembangunan Kukurikulum, di bawah pengukuhan operasi pendidikan, RM49,984,300. Saya lihat ramai pelajar kita kurang mahir mengurus kewangan. Ada yang menghabiskan duit tapi tak tahu macam mana nak membajetkan. Jadi, saya mencadangkan biarlah ada literasi kewangan, emotional intelligent, social intelligent. Semua ini perlu difikirkan untuk dimasukkan ke dalam kokurikulum. So, biar pelajar bukan dia dah besar, dia dah terkait dengan masalah hutang dan masalah–– ya lah, dipengaruhi oleh orang lain, barulah dia nak buat sesuatu.
Sikit lagi, Pengerusi. Saya juga ingin nak sebut di sini, guru hari ini bukan sekadar mengajar ya. Mereka dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
yang tiada kaitan dengan tugas hakiki. Menurut Laporan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia, lebih 60 peratus guru mengakui mengalami stres kronik dan antara punca utama ialah beban dokumentasi, penilaian berlapis serta tekanan untuk mematuhi pelbagai peraturan dan arahan yang kerap berubah.
Kementerian perlu menilai semula dasar dan prosedur dalaman yang terlalu ketat dan birokratik. Kita tidak mahu sistem pendidikan kita menjadi kilang borang.
Borang, borang, borang, borang. Yang kita mahu ialah sekolah menjadi tempat guru kreatif dan murid gembira belajar di sekolah itu.
Jadi, saya mencadangkan tiga langkah konkrit. Pertama, kurangkan tugasan bukan mengajar. Lantik pegawai pentadbiran khas di sekolah untuk urusan dokumentasi dan pelaporan.
Dua, wujudkan indeks kesejahteraan guru nasional untuk memantau tahap stres dan kepuasan kerja guru setiap tahun supaya dasar pendidikan berpaksikan realiti di bilik darjah. Longgarkan peraturan PDPC. Beri ruang autonomi kepada guru merancang pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan keperluan pelajar. Kualiti pendidikan tak boleh diukur hanya melalui data dan laporan sistem tapi melalui semangat dan kesejahteraan guru yang menjadi nadi sekolah. Jika guru terus dibebani dan dikongkong, kita sedang menanam benih keletihan, kelesuan dalam sistem pendidikan negara.
Akhir sekali Puan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat, masa sudah tamat. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Alamak, tak bagi lebih ya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah lebih.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi. Sri Gading ingin membahaskan beberapa butiran. Antara perkara yang paling penting, pertama sekali untuk menyatakan hasrat rakyat Sri Gading, khususnya Pekan Parit Yaani kerana sekolah ini telah dibina bermula daripada 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Suria Jaya. Sehingga hari ini, belum berjaya lagi dimasuki oleh seorang pelajar pun kerana masih lagi tergendala.
Apa yang ingin Sri Gading nyatakan di sini, supaya pengalaman tentang kelewatan sesuatu pembangunan sekolah perlu diambil perhatian oleh kementerian
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
supaya tidak berulang lagi. Kerana saya yakin dan percaya isu-isu yang dibangkitkan daripada mula dikenal pasti iaitu tentang masalah kontraktor tetapi apabila ditambahkan kajian dan sebagainya, pelbagai masalah timbul. Dan Parit Yaani mengharapkan sangat supaya rakyat yang telah menunggu hampir 13 tahun supaya sekolah menengah ini dapat dilaksanakan dan dapat dibuat pada tahun hadapan.
Butiran 062200 – Sekolah Transformasi, di mana peruntukan nampak kekal RM7.5 juta. Di mana tujuan peruntukan ini adalah untuk membentuk akhlak, nilai peradaban kepada tingkah laku positif, pembentukan sahsiah, adab, disiplin dan jati diri kepada murid. Apa yang ingin kita–– Sri Gading nyatakan di sini bahawa sekiranya peruntukan ini diperluaskan, bukan sahaja kepada sekolah-sekolah tertentu tetapi untuk keseluruhan negara, kepada sekolah-sekolah ataupun sekolah- sekolah yang dirasakan perlu untuk diberikan fokus.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kerana kita sedia maklum bahawa isu yang ada pada hari ini adalah berkaitan dengan isu keruntuhan moral di kalangan anak-anak di sekolah bukan sahaja di luar, di dalam sekolah pun mereka telah melakukan perkara-perkara yang luar daripada akal fikiran kita yang waras.
Jadi, apa yang perlu dibuat adalah supaya murid-murid lebih cakna dengan persekitaran mereka supaya ada program ini dapat dilaksanakan dengan memastikan kelompok-kelompok pemimpin-pemimpin yang di kalangan pelajar- pelajar ini diberikan satu pendedahan, satu pendekatan, satu kursus yang mereka mempunyai keyakinan diri untuk memberikan kepimpinan ataupun memimpin rakan sebaya mereka supaya mereka boleh jadi idola di kalangan rakan-rakan mereka.
Maka daripada situ, kita dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya di kalangan pelajar yang mungkin bermasalah. Kerana ini penting untuk memastikan masalah buli, masalah pergaduhan, masalah perkauman dapat dibereskan ataupun diselesaikan, kerana apa? Kerana adanya rakan-rakan sebaya, peer group mereka yang boleh jadi idola berdasarkan daripada sekolah transformasi yang diasaskan dalam— untuk pembentukan nilai murni ataupun adab dan akhlak.
Butiran yang seterusnya adalah 00300 – Pendidikan TVET. Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa dalam suasana hari ini, TVET kalau dalam mungkin 10 tahun dulu ataupun lima tahun dulu, kita masih menggunakan kenderaan yang berenjin ataupun yang dipanggil diesel ataupun petrol. Tapi pada hari ini, penggunaan adalah EV iaitu bateri. Adakah kerajaan memperuntukkan kepada sekolah-sekolah TVET ini ataupun vokasional ini dengan peralatan-peralatan yang
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
baru yang lebih ke depan untuk mereka terdedah supaya dengan sendirinya mereka ada ilmu untuk berdepan dengan masalah ataupun yang berada di dalam keadaan yang berkenaan.
Di mana di sini juga, kalau kita lihat perlu diadakan train-to-hire iaitu di mana TVET ini dilatih bersama dengan industri supaya apabila dia terlibat dengan industri, dia habis sahaja kursus, habis sahaja training boleh diserapkan terus. Kalau ini dapat dilaksanakan dengan industri sebagai satu latihan, ianya adalah perkara yang sangat baik.
Yang ketiga, adakah kita melihat bahawa bagaimana TVET ini dalam pertanian? Ada tidak disebut, dikaitkan TVET dengan pertanian? Kerana kita sedia maklum bahawa pertanian ini juga adalah merupakan sumber perniagaan, sumber makanan, penting untuk negara. Kalau tidak ada makanan, tidak ada pertanian bagaimana kita nak dapat menjana kehidupan yang lebih baik. Dan, ini juga merupakan satu pendapatan kepada rakyat. Maka dengan itu, Sri Gading mencadangkan supaya TVET ini bukan sahaja dari segi industri permotoran, industri yang sebagai itu tetapi juga industri pertanian dalam bidang-bidang yang berkaitan.
Akhir sekali, tentang bajet...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
...ataupun tentang 060900 – Rancangan Makanan Tambahan. Peruntukan yang kekal RM869 juta. Di mana Sri Gading ingin bertanyalah, mendapatkan penjelasan daripada kementerian, apakah menu yang disediakan? Kerana kita sedia maklum bahawa kadang-kadang menu yang disediakan itu adalah bersesuaian dengan pembangunan anak-anak?
Kerana kita sedia maklum bahawa pembantutan ataupun anak-anak yang terbantut, maka dengan sendirinya pemikiran dia, pencapaian dia juga terbantut dalam akademik.
Maka, saya mengharapkan supaya dapat diketengahkan kepada program- program khusus, kalau katakan ambil satu bahagian PPD lah katakan nak bangunkan sebagai contoh, maka, boleh diuruskan di satu-satu PPD. Sekian, terima kasih. Sri Gading menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Saya jemput Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Temerloh ingin menumpukan perhatian kepada beberapa butiran penting dan memberi kesan langsung terhadap mutu pendidikan negara ini.
040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran. Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian bahawa peruntukan bagi butiran ini meningkat sebanyak 7.74 peratus. Pertama, apakah asas peningkatan ini? Adakah ia disebabkan oleh pengembangan bahan digital, peningkatan harga pasaran atau sekadar pelarasan biasa tanpa penambahbaikan mutu?
Kedua, sejauh mana kementerian memastikan bahawa peningkatan ini turut memberi manfaat kepada sekolah-sekolah di luar bandar dan pedalaman yang masih bergelut dengan kekurangan bahan pengajaran dan capaian Internet?
Dan, ketiga adakah sistem pemantauan dilaksanakan bagi mengelakkan pembaziran seperti pembelian bahan PdP yang tidak digunakan oleh guru-guru di sekolah.
040300 – Pembangunan Kurikulum. Bagi butiran ini Tuan Pengerusi, kita melihat peruntukan menurun daripada satu penurunan sebanyak 0.58 peratus.
Walaupun ia kecil, tetapi persoalannya, mengapa berlaku pengurangan ini pada ketika sistem pendidikan negara sedang melalui fasa transformasi yang penting?
Kita sedang bercakap tentang keperluan mengemas kini kurikulum pascapandemik, memperkukuh STEM, memperkenalkan elemen kecerdasan buatan AI dalam kurikulum, pembentukan insan berkualiti serta menyesuaikan kandungan pembelajaran dengan keperluan pasaran kerja semasa.
Bagaimana pula dengan kurikulum pendidikan Islam dan tahfiz yang disebut sebagai sebahagian daripada Dasar Pendidikan Negara? Adakah turut diberikan perhatian sewajarnya? Apakah usaha yang dibuat untuk membangunkan jiwa pelajar yang berakhlak, beradab dan beriman untuk generasi yang bukan sahaja berilmu tetapi jauh daripada berbagai masalah sosial. Adakah cukup dengan mata pelajaran pendidikan karakter? Bagaimana penilaiannya?
050100 – Latihan Pra Perkhidmatan dan Latihan Dalam Perkhidmatan. Tuan Pengerusi, saya ingin menzahirkan kebimbangan terhadap pengurangan peruntukan latihan guru di bawah pembangunan profesionalisme ini. Guru merupakan nadi kepada sistem pendidikan, jika latihan pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dikurangkan, bagaimana guru dapat mempertingkatkan kemahiran mereka
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
menghadapi perubahan pesat dalam dunia pendidikan digital dan pedagogi abad ke- 21?
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Mengapa kerajaan mengambil langkah mengurangkan peruntukan ini pada saat guru-guru amat memerlukan latihan tambahan dalam penggunaan teknologi integrasi AI serta pendekatan baharu dalam bilik darjah terutama untuk menghadapi berbagai kerenah pelajar generasi kini. Kita bimbang pengurangan ini akan memberi kesan langsung kepada kualiti pengajaran dan motivasi guru di seluruh negara.
Begitu juga isu yang diketengahkan baru-baru ini tentang dua orang guru mengajar satu kelas dalam waktu yang sama. Adakah guru-guru sudah dilatih dan didedahkan tentang teknik pengajaran satu kelas, dua guru untuk pedagogi yang berkesan? Sejauh mana kaedah ini sudah dikaji dan memberi impak positif kepada para pelajar yang terlibat di semua peringkat?
001000 – Pendidikan Prasekolah. Bagi butiran pendidikan prasekolah pula, peruntukan meningkat sebanyak 49.39 peratus, hampir 50 peratus. Apakah komponen utama yang menyumbang kepada peningkatan hampir separuh ini?
Adakah untuk pembinaan prasekolah baru, peningkatan elaun guru prasekolah ataupun penambahbaikan kurikulum awal kanak-kanak? Saya juga ingin bertanya, adakah prasekolah tahfiz turut menikmati manfaat daripada peningkatan ini?
Kita sedia maklum bahawa semakin ramai ibu bapa memilih pendekatan prasekolah sebagai asas pembentukan akhlak anak-anak. Oleh itu, kerajaan perlu memastikan program prasekolah tahfiz di bawah seliaan KPM diberi standard dan sokongan yang sama seperti prasekolah-prasekolah arus perdana.
00800 – Rumah Guru dan Kuarters Pendidikan. Ini satu perkembangan positif. Namun, saya ingin bertanya adakah peningkatan ini digunakan bagi tujuan pembinaan baru, penyelenggaraan kuarters yang sedia ada atau sekadar menampung kenaikan kos penyelenggaraan?
Masih ramai guru terutama kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah serta Sarawak yang terpaksa tinggal di rumah sewa dan berkongsi penempatan yang tidak sesuai. Apakah pelan menyeluruh kerajaan memastikan rumah guru dibina mengikut keperluan sebenar? Berapa jumlah kuarters guru yang baru dan di mana ia dibina?
Temerloh ingin mengetahui berapa banyak kuarters guru yang terbiar dan tidak dihuni kerana beberapa isu. Apakah usaha yang dibuat untuk kuarters guru terbiar di Temerloh dan banyak lagi kuarters yang terbiar di tempat lain.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Sedikit lagi, satu. Mengapa kuarters ini tidak dimanfaatkan untuk kegunaan orang awam atau golongan B40 yang tidak mampu untuk membeli rumah.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Butiran 01300 – Pendidikan Khas. Temerloh mohon perhatian untuk Sekolah Menengah Temerloh Jaya memerlukan bengkel asas roti yang baharu untuk pelajar PKI. Jumlah pelajar, 30 orang. Keadaan bengkel sempit dan tidak selesa, panas dan bengkel tidak sesuai untuk aktiviti pembelajaran PPKI. Mohon kementerian ambil perhatian demi kebajikan dan demi keberkesanan pembelajaran.
Penutupnya, Tuan Pengerusi, kita tidak mahu melihat peruntukan besar ini akhirnya tidak sampai ke sasaran sebenar― guru, murid dan sekolah― yang menjadi tunjang kemajuan negara. Kementerian Pendidikan memainkan peranan sangat penting untuk melahirkan generasi yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dan memiliki jati diri yang teguh dan tidak mudah terpedaya dengan perkara yang negatif dan merugikan masa depan diri, masyarakat dan negara.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya, saya jemput Pokok Sena.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 040300 – Pembangunan Kurikulum. Mutakhir ini, kita dihujani dengan pelbagai isu. Antaranya, yang pertama, kebejatan moral melibatkan sekolah. Pokok Sena berpandangan kita harus memperhalusi pendekatan kurikulum pelajar hari ini secara lebih komprehensif.
Sejauh mana penghayatan pembelajaran agama dan moral diberikan penekanan bagi mengawal selia tindak-tanduk seseorang murid? Ini adalah sesuatu yang harus dinilai semula secara adil.
Isu kedua adalah berkenaan dengan sekolah selamat. Ia juga menjadi kebimbangan kita semua apabila elemen-elemen yang terbentuk di luar sekolah dibawa masuk ke dalam sekolah. Isu pembunuhan seorang pelajar, sebagai contoh, di sebuah sekolah di Bandar Utama baru-baru ini harus dinilai secara serius dan sedaya upaya kita mengharapkan kawalan agar jangan sampai terulang kembali peristiwa seumpama itu. Jadi, dasar sekolah selamat harus digubal meneliti isu-isu kritikal yang berbangkit.
Ketiga, kementerian bangkitkan mengenai kerangka anti buli sekolah. Cuma, persoalannya, apa intervensi yang substantif dalam pengenalan kerangka tersebut
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
untuk mengatasi kes-kes buli? Jika tidak dijelaskan dengan baik, ia akan menjadi penyebab keyakinan guru dan ibu bapa terhadap keselamatan pelajar di sekolah semakin terhakis.
Butiran 03503 – Ubah Suai Naik Taraf Institusi Pendidikan dan Butiran 04001 – Program Biasiswa dan Penajaan. Tan Sri Pengerusi, kedua-dua butiran ini adalah senarai baharu yang masing-masing diperuntukkan sebanyak RM930 juta dan RM488.7 juta. Saya mohon diperincikan kedua-dua butiran ini supaya kita boleh tahu maksud peruntukan di bawah perbelanjaan pembangunan modal insan dan infrastruktur di bawah kedua-dua butiran yang dinyatakan.
Butiran 020100 – Dasar Pendidikan. Isu berkaitan dengan arahan had penglibatan guru dalam program dan aktiviti luar sekolah. Tan Sri Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu perkara yang semakin menjadi perbincangan hangat dalam kalangan warga pendidik, iaitu arahan had penglibatan guru dalam sebarang program atau aktiviti luar sekolah seperti yang dilaporkan pada 12 September 2025 baru-baru ini.
Arahan tersebut menyatakan bahawa guru-guru tidak lagi dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah pada hari bekerja, iaitu Isnin hingga Jumaat, dan semua aktiviti sukan, kurikulum, ko-kurikulum serta mesyuarat luar hendaklah dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad.
Rasionalnya, menurut Ketua Pengarah Pendidikan, langkah ini bertujuan mengurangkan beban tugas guru dan memastikan tempoh keberadaan guru di sekolah mencukupi bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, implikasi sebenar di peringkat akar umbi amat membimbangkan. Tindakan memindahkan semua aktiviti ke hujung minggu telah menjejaskan keseimbangan masa kerja dan rehat guru serta murid. Guru dan pelajar kini kehilangan masa bersama keluarga, sedangkan hujung minggu sepatutnya menjadi waktu rehat dan pemulihan mental.
Dari sudut logistik pula, kos penganjuran aktiviti pada hari Sabtu dan Ahad meningkat termasuk perbelanjaan untuk pengangkutan, makan minum dan tenaga serta tenaga kerja sokongan. Malah, sukan-sukan di bawah Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan ratusan aktiviti luar takwim kini berisiko terganggu kerana jadual menjadi terlalu padat dan bertindih. Jadi, mohon penjelasan daripada pihak kementerian.
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi...
[Tepuk]
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Selangau.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Anggaran perbelanjaan pembangunan KPM bagi tahun 2026 menunjukkan KPM masih memegang portfolio peruntukan pembangunan terbesar sebanyak RM6.314 bilion.
Dalam Butiran P 03900 – Perolehan Tanah Pendidikan, pengurangan peruntukan Butiran 03900 sebanyak 42 peratus pada tahun 2026 amat membimbangkan. Pengurangan drastik dalam peruntukan perolehan tanah yang selaras dengan penurunan keseluruhan perbelanjaan aset pembangunan berpotensi melambatkan perancangan jangka panjang pendidikan di Sarawak.
Selangau memohon Menteri untuk mempertimbangkan pemindahan SK Nanga Kua dan SK Nanga Selangau ke tapak baharu yang lebih selamat kerana tapak sedia ada berhadapan risiko banjir teruk setiap tahun dan mengakibatkan kerosakan harta benda. Namun begitu, cadangannya adalah penggantian penuh SK Nanga Selangau dibina di tapak pembangunan SMK Selangau yang sedia ada dan berkongsi tempat dan hanya memerlukan NOC― notice of change, dengan izin.
Tan Sri Pengerusi, Butiran P 05100 – Perabot dan Peralatan meningkat daripada RM1 juta pada tahun 2025 (anggaran dipinda) kepada RM150.8 juta pada tahun 2026. Sejarah mencatatkan pada tahun 2012 bahawa murid prasekolah di SK Nanga Selangau pernah terpaksa belajar di atas lantai kerana kelewatan pembekalan peralatan meskipun sesi persekolahan telah bermula. Selain itu, Selangau menuntut agar jumlah spesifik diperuntukkan di bawah P.05100 untuk SK Penghulu Tayai, SK Nanga Tau, SK Nanga Selangau dan SK Nanga Kua bagi tujuan penggantian perabot rosak, perkakas dan komputer di sekolah-sekolah tersebut akibat banjir.
Selangau juga ingin mencadangkan supaya Menteri pertimbangkan peruntukan bagi pembelian smart board atau smart TV di bawah Butiran P.01800 – Sumber dan Teknologi Pendidikan. Ini penting bagi memastikan anak-anak di Selangau tidak terus ketinggalan dalam era pembelajaran digital. Anak-anak di luar bandar masih belajar melalui kaedah konvensional kerana kekurangan peralatan pintar, sedangkan pelajar di bandar sudah menikmati kemudahan interaktif.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Langkah ini akan membantu merapatkan jurang digital pendidikan antara bandar dan luar bandar. Tan Sri Pengerusi, selanjutnya saya merujuk butiran
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
P.03700 iaitu Program Pembangunan Luar Bandar Sabah dan Sarawak, sekolah daif. Walaupun peruntukan tinggi, kelewatan pelaksanaan terus menjadi isu utama.
Selangau menuntut KPM memberi jaminan bahawa projek pembangunan semula sekolah daif di Parlimen Selangau yang masih dalam fasa pra-bina atau pembinaan akan memanfaatkan sepenuhnya kaedah IBS – Integrated Building System, dengan izin.
Seterusnya, Selangau juga menarik perhatian KPM pada isu air yang berlarutan di SMK Ulu Balingian yang memerlukan pam air dari Sungai Tepus. Pam sedia ada selalu rosak dan peruntukan penyelenggaraan juga adalah terhad, menyebabkan ia tidak dapat diselenggara dan menjejaskan keperluan anak-anak di SMK Ulu Balingian. Sekolah juga tidak mampu untuk membayar gaji pekerja dan penjaga pam air kerana tiada peruntukan khusus diberikan.
Butiran 00800 perlu merangkumi kos pemulihan bencana dan penyelesaian isu utiliti operasi. Memandangkan peruntukan ini meningkat sedikit, bagaimana KPM merancang untuk membaik pulih kuarters yang telah terjejas bencana alam seperti banjir di Nanga Kua, SK Nanga Selangau, SK Kuala Muput, SK Nanga Tau dan apakah Butiran 00800 turut merangkumi peruntukan bagi menyelesaikan isu utiliti asas seperti pemasangan meter elektrik berasingan di 10 buah sekolah di PPD Selangau?
Selanjutnya, butiran P. 04600 untuk Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institut Pendidikan. Peningkatan peruntukan kepada RM416.4 juta adalah kunci untuk merapatkan jurang digital.
Namun, di kawasan pendalaman Selangau, isu utama yang dihadapi adalah kekurangan kritikal peralatan ICT atau hardware di sekolah. Malah, ada kelas yang tidak mempunyai talian Internet, kekurangan aset fizikal dan ini menghalang guru daripada melaksanakan pengajaran digital yang efektif.
Selangau menuntut KPM memberikan keperincian tentang peruntukan ini di bawah butiran ini dan memastikan sebahagian dana diperuntukkan untuk perolehan- perolehan aset ICT bagi PPD Selangau. Dicadangkan supaya KPM menetapkan Petunjuk Prestasi Utama atau KPI nisbah murid pada peranti di sekolah luar bandar menjelang akhir 2026. Dengan pelaksanaan yang terkesan dan pemantauan yang telus, manfaat pembangunan ini akan terus dirasai anak-anak di luar bandar.
Selangau optimis bahawa perbelanjaan 2026 akan menjadi pemangkin ke arah pendidikan luar bandar yang lebih inklusif dan berkualiti. Sekian, terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Ada empat perkara utama yang berasaskan kepada laporan suara daripada lapangan.
Pertamanya, saya nak menyentuhkan Butiran 030000 – Operasi Pendidikan.
Co-teaching 2027 dan juga implikasi beban guru. Saya tidak ada masalah untuk menyokong dua guru satu kelas ini. Ada banyak manfaat dan juga kebaikannya.
Namun, persoalan yang berbangkit ialah keberkesanan dan juga beban kerja yang mesti dijawab.
Laporan di Sarawak menunjukkan kebimbangan co-teaching memerlukan perancangan, penyelarasan rapi, sedangkan kekurangan guru belum selesai.
KGGMB — KGMMB menuntut audit bilangan guru sebelum peluasan pelaksanaan.
Mekanisme pelaksanaan kepada umum masih lagi pada tahap yang kabur.
Jadi, laksanakan projek rintis untuk— dan laporan telus dan latihan komprehensif, libatkan kesatuan dan juga pakar untuk pemantauan. Seiring dengan itu, tambah pembantu guru untuk tugas bukan mengajar agar fokus guru hanya kepada PDNP dan saya memohon untuk dijelaskan fasa peluasan. Sebagai contoh, tahun, tahap, subjek dan juga keperluan sumber manusia dan juga prasarana.
01700 – Pembangunan Kurikulum iaitu memartabatkan Jawi. KPM menyatakan komited untuk memperkasakan Jawi dalam kurikulum 2027. Tetapi langkah segera diperlukan kerana komponen Jawi telah digugurkan daripada SPM iaitu subjek Pendidikan Islam dan ini memutuskan kesinambungan amali yang sepatutnya ada.
Jadi, saya mencadangkan supaya kalau untuk memartabatkan Jawi, aktiviti Semarak Jawi dan seumpamanya perlu diteruskan, dan pulihkan soalan ataupun markah Jawi dalam SPM untuk subjek berkaitan, latih guru, kerjasama dengan DBP, kursus pemantapan dan juga hidupkan ekosistem Hari Jawi, bahan teks ber-Jawi, kelab khat, kaligrafi dan sebagainya. Pendekatan yang lebih inklusif menegaskan Jawi bukan warisan ataupun Jawi bukan sahaja warisan dan bukan hanya identiti nasional, tetapi kadangkala ia nya menjadi polemik politik yang cuba dipermainkan.
00800 – Rumah Guru dan Kuarters pedalaman Sabah dan Sarawak. Realiti lapangan, banyak kuarters daif dan uzur. Malah, ada guru tinggal dalam stor, sebagaimana dilaporkan oleh media satu ketika dulu. STU menyatakan isu ini berlarutan puluhan tahun. Data 2024, 17,524 daripada 47,855 kuarters kosong,
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
sebahagiannya rosak, lokasi tidak sesuai. Peruntukan yang ada, yang diluluskan pada tahun 2024 sebanyak RM66.5 juta. Ada, namun skala masih jauh lebih besar daripada peruntukan yang disediakan ini.
Dan, untuk 060000, program khusus MySTEP pembantu guru. Sejak 2023, MySTEP menempatkan 548 hingga 564 pembantu guru di lebih kurang 282 sekolah besar. Impak awal positif, beban bukan mengajar berkurang, fokus PDNP meningkat.
Namun, skop hanya tertumpu kepada sekolah menengah besar. Sekolah rendah pendalaman juga sangat memerlukan kepada MySTEP sebagai pembantu guru ini.
Skala di bawah 3 peratus daripada 10,000 sekolah terlalu kecil, yang perlu dinilai semula dan diteliti oleh pihak kerajaan. Dan, status kontrak pendek menjejaskan kestabilan dan wajar jadi — dikaji untuk perjawatan tetap kepada guru pembantu. Tugas, tadbir tugas. Pastikan skop jelas, data, bahan PDNP, pemantauan, elak salah guna, sekadar untuk menjadi pekerja yang buat kerja fotokopi sahaja.
Kaitannya dengan pelaksanaan awal guru, lebih kurang 12,000 pada tahun 2022 hingga 2023 menunjukkan keperluan mendesak mengurangkan beban kerja.
Perluaskan MySTEP dengan sasaran jelas dan jalankan kajian impak rasmi PDP, stres guru dan juga gunakan bukti untuk melonggarkan sekatan perjawatan atau menubuhkan skim tetap.
Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya nak sebutkan, guru mesti dibebaskan daripada mengajar, dibebaskan— guru mesti dibebaskan untuk mengajar, bukan menjadi kerani, bukan tinggal di kuarters usang dan bukan menanggung dasar tanpa pelaksanaan rapi. Saya menyokong penambahbaikan, namun menuntut garis masa, sasaran dan juga laporan impak yang konkrit daripada KPM.
Guru penjana transformasi pendidikan negara, hanya bermakna jika kesejahteraan guru benar-benar dipelihara. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Baik. Saya jemput Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Tan Sri, atas peluang yang diberikan. Saya merujuk kepada Kepala B.63, Butiran 030400 – Pendidikan Lepas Menengah. Izinkan saya bermula dengan kata-kata Presiden ke-36 Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
“Kemiskinan tidak wajar menghalang pendidikan dan pendidikan mesti menjadi jalan keluar daripada kemiskinan.” Kita akui dengan syukur pada bahagian pertama ayat tersebut. Pendidikan rendah dan menengah di negara kita sudah berjaya mencapai tahap universal. Namun pada zaman kini, pendidikan rendah dan menengah sahaja tidak lagi memadai untuk menjadi jalan keluar daripada kemiskinan. Laluan itu kini terletak pada pendidikan lepas menengah. Lalu persoalan yang menghimpit dada banyak keluarga, adakah kemiskinan akan menjadi penghalang selepas SPM? Jawapannya terlalu kerap, ya.
Laluan prauniversiti yang wujud hari ini banyak memihak kepada mereka yang berkemampuan atau yang terpilih. A-level dan foundation di IPTS memerlukan kemampuan kewangan. Bagi program prauniversiti kerajaan seperti matrikulasi dan asasi perlu yang terpintar atau yang terpilih. Ramai anak yang mahu masuk tetapi tidak semestinya dapat.
Di tengah-tengah pintu yang berbahaya dan pintu yang terhad dan terpilih, masih ada satu pintu rakyat yang menjadi satu-satunya harapan bagi seluruh rakyat yang ingin mengubah nasib dirinya melalui pendidikan iaitu STPM. Kita bernasib baik kerana Malaysia masih mengekalkan satu laluan universal yang terbuka kepada semua untuk masuk IPTA melalui STPM.
Bagi anak biasa daripada keluarga biasa, lebih-lebih lagi anak keluarga susah di luar bandar atau anak yang membesar di setinggan bandar, STPM sering menjadi satu-satunya jalan untuk mengubah nasib diri dan keluarga untuk keluarga keluar daripada kemiskinan, untuk mengejar impian seperti rakan-rakan sebaya mereka. Atas sebab inilah kerajaan mesti memberi perhatian dan sokongan luar biasa kepada STPM supaya kita benar-benar dapat membina sebuah masyarakat berteraskan keadilan dan kesaksamaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh keadilan masa yang menjadi isu yang sering sunyi tetapi amat membebankan bagi keluarga berpendapatan rendah. Kitaran masa STPM pada hari ini terlalu panjang. Selepas SPM, pelajar perlu menunggu kira-kira enam bulan untuk keputusan dan pengambilan Tingkatan 6 dan tempoh pengajian STPM adalah sepanjang setahun enam bulan. Kemudian menunggu lagi sekitar enam ke sembilan bulan untuk keputusan dan pengambilan di IPTA. Secara keseluruhan, daripada tamat SPM hingga masuk IPTA sekitar dua tahun sembilan bulan, hampir tiga tahun.
Sebaliknya, bagi laluan A-level, foundation, asasi atau matrikulasi, tempoh dari SPM ke universiti lazimnya sekitar setahun sembilan bulan, lebih pendek
Tuan Chiew Choon Man - Miri
setahun berbanding dengan STPM. Satu tahun tambahan tanpa pendapatan adalah beban besar, terutamanya bagi keluarga yang susah. Maka saya mengusulkan reformasi khusus untuk selaraskan garis masa STPM seperti dengan A-level yang memang setara dengan tahap STPM.
Dengan membenarkan kemasukan awal ke Tingkatan 6 sejurus tamat peperiksaan SPM berasaskan keputusan percubaan dengan pengesahan automatik selepas keputusan rasmi. Kita juga boleh adakan reka bentuk takwim STPM yang berakhir lebih awal supaya lulusan STPM boleh terus masuk ke IPTA pada pengambilan September tahun berikutnya sebaris dengan rakan matrikulasi dan asasi.
Seterusnya, saya merujuk kepada Butiran 040400 – Penilaian dan 040500 – Majlis Peperiksaan Malaysia. Setiap tahun kita dengar keluhan pelajar STPM yang tidak mendapat tempat atau tidak mendapat mana-mana pilihan yang diisi. Bagi memastikan ketelusan, keadilan dan kualiti, cadangan saya wujudkan satu penilaian atau peperiksaan universal merentas prauniversiti terutamanya bagi STPM dan matrikulasi sebagai komponen standard yang menyokong merit. Dengan ukuran yang seragam, ini dapat memudahkan pemadanan khusus dan memulihkan keyakinan rakyat bahawa sistem kita benar-benar adil.
Akhir sekali, saya rujuk kepada Butiran 061900 – Elaun Pra Universiti. Jika KPM dapat menyediakan kos sara hidup bagi matrikulasi dan IPG, maka pelajar STPM juga wajar menerima sokongan yang setara. Tahun lalu pernah dibincangkan mengenai penyediaan elaun sara hidup bulanan untuk pelajar Tingkatan 6. Dan saya ingin bertanya dengan pihak kementerian status terkini berkenaan dengan dasar tersebut kerana sumbangan kecil ini boleh menjadikan berbeza antara terus belajar atau berhenti untuk menyara keluarga.
Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, inti berjuang kita mudah. Anak siapa pun, tak dari mana pun, harus mempunyai peluang yang adil untuk naik ke universiti dan naik taraf hidup. Pendidikan bukan sekadar tiket ke dewan kuliah, tapi ia tangga keluar dari kemiskinan, mercu maruah keluarga dan harapan untuk negara yang lebih adil. Sekian daripada saya Miri mohon menyokong
Tuan Pengerusi
Terima kasih, saya jemput Maran. Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Izinkan saya untuk membahaskan bajet Kementerian Pendidikan peringkat Jawatankuasa. Beberapa perkara saya nak sentuh, yang pertama ialah
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
butiran 030000 – Operasi Pendidikan. Saya ingin menyentuh tentang kebimbangan yang semakin ketara di kalangan guru, tentang keselamatan guru daripada tindakan saman, aduan atau tekanan melampau daripada ibu bapa.
Baru-baru ini tular kes seorang guru yang hanya berkongsi gambar 18 murid tidak menyiapkan tugasan dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa dengan niat untuk memaklumkan dan melibatkan mereka dalam tanggungjawab pendidikan anak- anak. Namun, tindakan itu di lapor melalui SISPAA seolah-olah guru-guru telah melakukan kesalahan disiplin dan pendedahan awam.
Hal seperti ini memberi isyarat yang berbahaya. Guru semakin takut mendidik. Mereka bukan lagi bebas menegur atau menasihat kerana khuatir akan diadukan, disiasat malah disaman. Lama-kelamaan yang akan rugi ialah murid kerana tidak lagi keberanian untuk mendidik dengan tegas dan berprinsip.
Kalau dulu Tan Sri Yang di-Pertua, ibu bapa memberi izin kepada guru-guru untuk mendidik anak mereka dengan benarkan rotan asalkan tidak luka, patah dan riuk. Bahkan apabila balik ke rumah, kalau anak ini salah, maka ayah akan menunggu dengan rotan juga. Sebab itulah, dulu kita dapat mendidik anak menjadi anak yang baik dan hormat kepada ibu bapa. Jika anak itu salah— hari ini ia tidak boleh lakukan lagi. Usah salahkan guru jika anak kita tidak menjadi manusia yang berguna pada masyarakat.
Persoalan saya, apakah dasar dan mekanisme Kementerian Pendidikan untuk melindungi guru-guru yang menjalankan tugas secara profesional daripada dibebani aduan atau tindakan undang-undang yang tidak wajar oleh ibu bapa termasuk pertimbangan untuk memperkenalkan teacher protection policy, dengan izin atau garis panduan khas bagi mengimbang hak ibu bapa dan hak guru sebagai pendidik.
Tan Sri Pengerusi, di bawah butiran yang sama saya ingin membangkitkan satu isu yang amat membimbangkan iaitu tindakan kerajaan yang membenarkan aktiviti berpolitik di sekolah secara terang-terang. Baru-baru ini, viral di media sosial seorang Exco kerajaan negeri telah menggunakan program rasmi di sekolah sebagai platform untuk mempromosikan parti politik dan mencari ahli baru.
Ia satu pelanggaran jelas terhadap prinsip neutraliti, perkhidmatan awam dan integriti sisi pendidikan. Lebih membimbangkan, dalam masa yang sama, wakil rakyat pembangkang terus dihalang daripada menjalankan program seperti motivasi pelajar dan sumbangan komuniti.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Pengerusi, jangan salahkan kami kalau kami ingin masuk ke sekolah untuk membantu mendidik anak-anak kita semua tapi dihalang. Akhirnya kita melahirkan anak-anak yang cukup mengecewakan seluruh masyarakat, agama, bangsa dan negara. Jika perkara ini tidak ditangani dengan tegas, sekolah akan kehilangan maruahnya sebagai zon ilmu yang bebas daripada pengaruh politik.
Soalan saya, apakah tindakan yang akan diambil oleh kementerian terhadap JPN dan PPD yang membenarkan penggunaan peruntukan kerajaan bagi aktiviti berunsur politik di sekolah?
Tan Sri Pengerusi, di bawah Butiran 01000 – Bangunan dan Pejabat Pendidikan Daerah. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 176.59 juta bagi tahun 2026. Peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan infrastruktur serta keupayaan pentadbiran peringkat Jabatan Pendidikan Negeri dan juga daerah. Namun bagi memastikan setiap ringgit membawa impak yang nyata di lapangan, saya mohon kerajaan menyenaraikan bangunan dan pejabat yang terlibat dalam projek ini mengikut negeri, menjelaskan sama ada kerajaan berhasrat memperkukuhkan fungsi Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD sebagai agensi pelaksanaan utama dalam agenda peningkatan kualiti pendidikan dan profesionalisme guru di peringkat akar umbi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tan Sri Pengerusi, saya juga nak menyentuh perkara 060400 – Elaun Murid Berkeperluan Khas. Diperuntukkan RM299 juta dan juga di sekalikan dengan 01300 – Pendidikan Khas, RM220 juta. Saya ingin bertanya kepada - berapakah bilangan jumlah pelajar dalam kategori pendidikan khas kini? Dan apakah kategori pendidikan khas - dianggap pendidikan khas yang disenaraikan di bawah Kementerian Pendidikan ini?
Berapakah jumlah ikut kaum pelajar-pelajar yang dikategorikan dalam pendidikan khas ini? Dan apakah terdapat kesan psikologi ke atas pelajar-pelajar pendidikan khas ini kerana sebahagian daripada mereka berada bersama pelajar- pelajar yang normal. Sudah tentulah memberikan kesan psikologi kepada mereka.
Akhir sekali Tan Sri Yang di-Pertua, Tuan Pengerusi, saya minta kementerian memberikan perhatian kepada beberapa perkara bagi kawasan saya. Yang pertama ialah pembinaan padang Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 1 yang telah lama dipohon tapi masih belum diluluskan. Ini adalah merupakan sekolah yang paling lama di kawasan Maran. Walaupun oleh kerana sekolah ini berhampiran dengan padang awam di kawasan majlis daerah, maka ia seolahnya dibiarkan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dan yang kedua, mencadangkan supaya di Maran diwujudkan ada sekolah pra-U bagi pelajar-pelajar di beberapa sekolah Tingkatan 6 yang kita telah pernah mencadangkan supaya diwujudkan dengan mengumpulkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 daripada beberapa sekolah di sesuatu tempat supaya kita dapat melahirkan semangat pembelajaran yang lebih tinggi. Kerana mereka lepas ini akan masuk ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat universiti ataupun pengajian tinggi.
Tan Sri Yang di-Pertua - Tuan Pengerusi, terima kasih banyak. Izinkan saya membahaskan kepada Kementerian Pendidikan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Bakri.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Butiran 040300 – Pembangunan Kurikulum dan Butiran 01700 – Program Pembangunan Kurikulum.
Tan Sri Pengerusi, proses kendiri merupakan elemen yang penting dalam memupuk sifat jati diri dan keyakinan yang kukuh dalam diri seseorang individu. Oleh yang demikian, penyemaian sifat jati diri tidak boleh dipisahkan daripada proses kendiri yang menyeluruh. Termasuklah mengenali tempat seseorang individu itu dibesarkan, sama ada di bandar, di kampung atau komuniti yang didiami.
Saya masih ingat lagi ketika di bangku sekolah dulu, saya pernah mempelajari mata pelajaran Manusia dan Alam serta Kajian Tempatan. Malah, pernah dikehendaki untuk menyiapkan kerja-kerja kursus berbentuk kajian lapangan, termasuklah meneliti aktiviti ekonomi di sesuatu komuniti serta sejarah sekolah. Dan warisan kebudayaan di sesuatu bandar itu sendiri.
Dalam proses menjalankan kajian tempatan dan tugasan sebegini, saya bukan sahaja dapat mengenali dengan lebih mendalam kampung halaman tercinta.
Malah, telah timbulnya satu perasaan bangga dan kasih terhadap tempat yang mana saya dilahirkan. Perasaan yang kemudiannya membentuk keinginan untuk berbakti semula kepada tanah tumpah darah sendiri.
Tan Sri Pengerusi, perkara ini sangat penting. Proses seperti ini perlu dikekalkan kerana ia memastikan anak-anak kita berasa bangga, bersyukur dan berakar kepada komuniti mereka sendiri. Ia juga membawa kesan positif yang lain iaitu akan melambatkan proses pengaliran bakat keluar iaitu brain drain daripada pekan-pekan kecil dan kawasan luar bandar.
Namun begitu, saya perhatikan bahawa kurikulum sekarang semakin berkurangan unsur kajian tempatan. Kita telah memperkenalkan sejarah, geografi
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
dan ekonomi satu dunia. Kita mempelajari sejarah dan bentuk muka bumi Malaysia.
Mungkin sedikit berkenaan sejarah negeri Johor. Tetapi bagaimana pula dengan keadaan semasa dan kisah asal usul kampung halaman pelajar itu sendiri?
Apakah sejarah asas dan pembangunan Bandar Maharani? Apakah kisah sebuah kampung yang dinamakan Parit Jawa dan apakah kepentingannya dalam perjuangan menentang penjajah Jepun? Dan apakah simbolik serta signifikannya sebuah kampung yang namanya Bukit Kepong dalam usaha menentang serangan komunis?
Kesemua ini merupakan unsur-unsur yang membentuk identiti tempatan dan sejarah akar umbi bangsa yang mana sekarang tidak diajar di dalam bilik darjah. Dan akibatnya tidak akan merasakanlah rasa bangga serta ikatan emosi yang kuat dengan tanah tumpah darah dalam kalangan anak-anak kita.
Maka, apabila mereka ini dewasa nanti, apakah alasan atau tarikan kepada mereka untuk terus berada di kampung sendiri? Apabila mereka menganggap bahawa bandar besar seperti Kuala Lumpur menawarkan gaji dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Tidak hairanlah ramai yang akan memilih untuk berhijrah ke bandar- bandar besar kerana mereka tidak melihat nilai sentimental sejarah dan peluang jati diri di tempat asal mereka.
Tan Sri Pengerusi, selain faktor ekonomi, sebenarnya faktor warisan sejarah dan silaturahim komuniti inilah yang memberikan makna kepada kehidupan setempat dan mampu menjadi tarikan untuk anak-anak muda kita untuk terus membina kehidupan di kampung halaman sendiri tanpa perlu meninggalkan akar tempat mereka. Dan inilah yang membolehkan kita menarik anak-anak muda kita untuk terus mengejar impian mereka tanpa perlu meninggalkan kampung halaman mereka.
Justeru, saya mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan mempertimbangkan untuk memasukkan semula elemen kajian tempatan dan sejarah setempat ke dalam kurikulum sedia ada. Khususnya di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Pendekatan ini boleh digabungkan dalam mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi, Bahasa Melayu atau Pendidikan Sivik. Supaya pelajar kita bukan sahaja mengenal dunia luar tetapi juga memahami dan menghargai sejarah komuniti sendiri.
Tan Sri Pengerusi, sambil kita menunggu proses untuk merangka semula kurikulum yang menyeluruh oleh kementerian. Saya ingin mencadangkan agar unsur
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
pembinaan jati diri dan semangat cinta kampung halaman ini dilaksanakan terlebih dahulu melalui program kokurikulum berbentuk kajian tempatan.
Sebagai contoh di kawasan saya, saya bercadang untuk dilaksanakan satu inisiatif yang dinamakan “Kenali Kampung Halaman”, “Cintai Muar’’ yang boleh dijadikan model kokurikulum perintis di peringkat nasional. Program ini diwujudkan kerana pendidikan formal kita semakin kurang memperkenalkan sejarah dan budaya komuniti sendiri. Ramai pelajar perlu— minta maaf. Ramai pelajar tahu tempat pelancongan luar negara tetapi tidak mengenali sejarah tanah tempat mereka berpijak.
Program ini memberi peluang kepada pelajar di sekolah-sekolah rendah sekitar Muar, terutamanya Bakri, untuk mengenali, memahami dan menceritakan kisah kampung halaman sendiri melalui tiga fasa utama iaitu.
Fasa pertama, community work dan kajian lapangan. Pelajar akan dibawa untuk melawat kawasan bersejarah, sungai, perusahaan kecil, makanan tradisional dan kisah tokoh tempatan. Mereka belajar melalui pemerhatian, rakaman, temu bual dan catatan.
Fasa kedua, sudut Muar di setiap sekolah. Setiap sekolah akan digalakkan untuk membina satu sudut pameran tetap tentang sejarah tempatan. Termasuk gambar lama, peta, lukisan pelajar, kisah keluarga dan warisan setempat. Ia akan menjadi sumber pembelajaran kepada semua murid. Termasuklah mereka yang tidak sempat untuk mengikuti lawatan lapangan.
Tuan Yang di-Pertua
Masa YB.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Fasa ketiga, pertandingan pemandu pelancong cilik. Pelajar berperanan sebagai jurucakap memperkenalkan lokasi atau tema tertentu tentang kampung mereka di pentas terbuka. Menunjukkan kefahaman, daya komunikasi dan keyakinan diri.
Tan Sri Pengerusi, melalui program-program ini murid bukan sahaja mempelajari fakta tetapi merasai pengalaman membina hubungan emosi dengan tanah asal mereka.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Mereka mengenal sejarah, memahami budaya dan menanam nilai untuk menghargai tempat asal. Sekali gus menyemai rasa bangga untuk berbakti semula kepada komuniti apabila dewasa kelak. Program seperti ini...
Tuan Pengerusi
YB.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
...Boleh menjadi pelengkap kepada kurikulum formal, sementara kementerian menilai semula struktur subjek sedia ada. Khususnya untuk mengembalikan elemen kajian tempatan dan sejarah setempat dalam sistem pendidikan negara. Jadi Tan Sri Pengerusi, apabila pelajar dididik untuk mengenali dunia dan pada masa yang sama mencintai tanah asal mereka, barulah kita benar- benar melahirkan warganegara yang berakar kukuh, berjiwa besar dan bangga terhadap jati diri mereka sebagai anak watan. Justeru, saya memohon pihak kementerian untuk: yang pertama, masukkan kembali elemen kajian tempatan dan sejarah setempat dalam kurikulum sedia ada.
Kedua, mengiktiraf serta memperluaskan pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti “Kenali Kampung Halaman, Cintai Muar”, di sekolah-sekolah di seluruh negara. Dengan cara ini, kita bukan sahaja melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, tetapi juga insan yang memahami akar budaya sendiri, menghargai komuniti setempat dan mempunyai semangat cinta tanah air yang tulen. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya ingin memulakan perbahasan saya pada peringkat Jawatankuasa dengan pertamanya merujuk pada Butiran 00204 – Matrikulasi.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada kementerian, Menteri dan Timbalan Menteri. Kerana selepas kita mengambil alih pimpinan dan pentadbiran kerajaan, kita lihat bahawa rungutan daripada pelajar-pelajar, terutamanya pelajar- pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM, peluang untuk mereka memasuki matrikulasi ini makin meningkat.
Dan kalau tak silap saya, dalam pembentangan belanjawan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan bahawa 1,500 tempat lagi akan dikhaskan bagi semua pelajar-pelajar, tak kira pelajar-pelajar Melayu, pelajar-pelajar India, pelajar-pelajar Cina. Semua yang mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, mereka akan diberi peluang untuk memasuki matrikulasi.
Saya juga ingin merujuk kepada butiran melibatkan infrastruktur iaitu pembangunan infrastruktur, 010300 – Pembangunan Infrastruktur. Saya ingin
memohon Tan Sri Pengerusi, supaya semua sekolah
sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil dinaikkan infrastrukturnya. Umpamanya, saya beri contoh smart board di dalam semua kelas-kelas. Kerap kali kita diminta oleh sekolah-sekolah di
memohon Tan Sri Pengerusi, supaya semua sekolah
kawasan kita sebagai Ahli Parlimen untuk memberi sumbangan supaya kita dapat membantu pelajar-pelajar dan guru-guru untuk menaikkan lagi taraf pembelajaran mereka.
Jadi, saya percaya semua Ahli-ahli Parlimen memberi peruntukan yang digunakan— peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, tetapi permintaan saya adalah supaya kerajaan memberi perhatian untuk menaikkan lagi infrastruktur di semua sekolah-sekolah. Terutamanya melibatkan peralatan-peralatan yang digunakan untuk menaikkan lagi taraf— meningkatkan lagi taraf pembelajaran sekolah kebangsaan, sekolah Tamil dan juga sekolah-sekolah Cina.
Pada peringkat ini, saya juga ingin tanya. Apakah status pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Bakap? Syabas dan tahniah saya ingin ucapkan kepada Menteri, kementerian dan Timbalan Menteri di atas pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jeram yang telah terbengkalai selama lebih kurang 20 tahun.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin menarik perhatian Tan Sri Pengerusi kepada satu lagi perkara yang agak menarik— 040100 – Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dan 040300 - Pembangunan Kurikulum. Masa di bangku sekolah dulu, saya belajar sejarah. Saya tahu Parameswara seorang Hindu yang datang daripada Palembang ke Temasik (Singapura). Selepas itu, berhijrah ke Melaka. Dan Parameswara ini selepas itu telah memeluk agama Islam dan dikenali sebagai Megat Iskandar Shah. Kita juga belajar tentang perkara-perkara lain berkenaan dengan bagaimana Parameswara mentadbir Melaka.
Sekarang kita ada seorang Profesor. Profesor Solehah yang mengatakan bahawa Parameswara— Profesor Solehah Yaacob kata, Parameswara ini mungkin bukan beragama Hindu ataupun kejadian yang berlaku di tempat yang bersejarah, di mana pelanduk itu telah ditendang oleh seekor anjing dan sebagainya, tidak benar.
Jadi, saya minta supaya perkara-perkara ini diperincikan.
Kita juga belajar tentang hulubalang Melayu: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir, Hang Kasturi di sekolah dulu. Perkara-perkara ini perlu ditekankan, hulubalang-hulubalang Melayu...
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sejarah mereka di sekolah.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sikit pembetulan. Rasanya bukan anjing tendang pelanduk, pelanduk tendang anjing.
[Dewan ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Okey, terima kasih di atas pembetulan fakta, tapi kita— saya percaya belajar sejarah ini. Ini adalah perkara yang begitu penting, yang mana kita perlu tekankan. Dan kita tahu Kapten Yap Ah Loy yang merupakan kapten yang telah— salah seorang kapten...
Seorang Ahli
Kapitan.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kapitan Yap Ah Loy di Melaka dan juga siapakah pengasas Pulau Pinang? Francis Light, umpamanya.
Sejarah ini penting, Tan Sri Pengerusi.
Saya ingin mengatakan bahawa masa kita di bangku sekolah dulu, perkara- perkara yang kita belajar ini masih lagi kita ingat...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau ada.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik boleh celah? Sejarah Pulau Pinang tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya. Tadi betul sejarah yang perlu disemak kembali dengan tepat. Kalau sejarah Pulau Pinang itu disebut ketika Francis Light menduduki Pulau Pinang itu adalah secara tidak sah, secara terbatal apabila perjanjian itu tidak melibatkan Kerajaan Inggeris di England. Dan perlu disemak kembali ketika mana Kedah mengatakan Pulau Pinang adalah hak milik Kesultanan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah yang sah dan ia perlu kembali dibuka lembaran ini supaya dikaji dengan sepenuhnya, bagi tepat betul kedudukan Kedah dan Pulau Pinang ini.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya bertanya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sila Bukit Gelugor.
Saya minta...
[Tidak jelas]
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkenaan dengan isu Kedah dan kononnya Kedah memiliki Penang dan sebagainya. Setujukah Jelutong bahawa semua itu telah pun di over— supersede dengan Federal Constitution?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya, Perlembagaan kita.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Perlembagaan Persekutuan kita memang dengan jelasnya memperuntukkan negeri-negeri di Malaysia, termasuk Pulau Pinang— dan bukankah Pulau Pinang ini telah pun diiktirafkan sebagai a sovereign state on its own, apakah pandangan Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya ingin mengatakan bahawa kita perlu Tan Sri Pengerusi, memandangkan kesuntukan masa, isu ini adalah isu penting.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau kita lihat kepada Perlembagaan Persekutuan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Pengerusi, boleh mencelah?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perlembagaan Persekutuan adalah amat jelas. Perlembagaan Persekutuan— saya minta Yang Berhormat Sik yang tanya soalan tadi, saya akan bahas, saya akan bagi penjelasan.
Duduk dulu, Sik duduk, Pendang pun duduk. Terima kasih Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya gini— bagilah. Tan Sri Speaker suruh saya duduk, saya duduklah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Pengerusi, saya sekarang...
Tuan Pengerusi
Floor dia, floor dia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, ya, floor saya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ha okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Floor– bila floor dia, dia punya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tan Sri Pengerusi, kalau kita merujuk— saya minta Yang Berhormat Sik— saya bagi tazkirah sikit.
Belajar undang-undang, Perlembagaan.
Kalau kita lihat peruntukan 4(2) Perlembagaan Persekutuan, ia 4(1) dan 4(2) dengan jelas menyatakan bahawa Pulau Pinang merupakan salah satu negeri dalam Persekutuan Malaysia. Itu adalah jelas. Jadi, untuk menjawab persoalan Bukit Gelugor tadi, saya dan Bukit Gelugor sehaluan. Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang berdaulat, mempunyai Perlembagaan yang berdaulat, adalah salah satu negeri dalam Persekutuan Malaysia dan kita tidak boleh dituntut oleh siapa-siapa, termasuklah Kedah. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jelutong.
Tuan Pengerusi
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Pengerusi
Apa dia?
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi
Jerai dulu. Jerai dulu.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tan Sri Pengerusi.
010600 –Tajaan Pendidikan. Ringkasnya tahniah KPM yang menaja pelajar ke luar negara. Soalan saya ialah, berapa ramaikah tajaan KPM dan adakah penambahan dari tahun ke tahun kepada pelajar di seluruh negara. Sebab, dia punya bajet RM109,517,400.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] 030300 – Pendidikan Menegah. Tuan Pengerusi, ujian akhir sesi akademik bagi sekolah (UASA) berbentuk pentaksiran sumatif. Kemudian, baru pelajar-pelajar mengambil peperiksaan SPM. UPSR dimansuhkan 2021, pentaksiran PT3 juga pada tahun yang sama. Beza UPSR dan PT3 diurus oleh Lembaga Peperiksaan. UASA – ujian akhir sesi akademik diurus sendiri oleh pihak sekolah. Oleh itu UPSR dan PT3, komitmen guru sangat tinggi. Keputusan murid pula tidak dimanipulasi. Jadi, pemikiran peringkat kelas berbeza dengan pemikiran peringkat kelas, yakni UASA berbeza dengan UPSR, penilaian peringkat kebangsaan.
Kemudian, sikap ibu bapa berbeza di antara UPSR dengan UASA. Saya bezakan antara UPSR, PT3 dengan UASA disebabkan disebut oleh pihak yang daripada KPM, bukan tiada periksa, ada periksa, iaitu lah UASA, tetapi UASA ini, ujian akhir sesi akademik ini berasaskan kepada sekolah, tetapi PT3 dan UPSR berasaskan kepada Lembaga Peperiksaan. Jadi, oleh itu sikap PPD, JPN dan KPM, UASA tidak membebankan berbanding UPSR, pastikan kepimpinan dah usaha pentadbir sekolah mesti dipertanggungjawabkan.
Jadi, pandangan majoriti rakyat kini berubah iaitu ‘nak mengembalikan semula UPSR dan PT3. Dan tidak timbullah isu yang seperti yang disebut, kalau wujud UPSR dan PT3 akan melahirkan pelajar ataupun murid, “burung kakak tua.”
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Mengembalikan semula peperiksaan UPSR dan PT3 kepada murid bukan melahirkan, bak kata orang menjadi “burung kakak tua”, tetapi sebaliknya akan menjadikan pelajar, murid lebih bermotivasi dan bersedia untuk meneruskan peperiksaan seterusnya. SPM...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jerai, mintak ya.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih. Dalam sistem pendidikan ini, Yang Berhormat Puan, terima kasih.
Dalam sistem pendidikan ini dia ada satu pengajian sejarah yang patut kita teruskan dan kita nukilkan sejarah-sejarah yang sebenar. Sebab itulah perjanjian sejarah ini, yang berlaku antara kerajaan dengan kes Batu Puteh ini, sebelum merdeka lagi.
Maknanya, dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 167 tidak mengikat perjanjian sebelum ini atau supersede bila Perlembagaan Persekutuan persekutuan digubal dan diluluskan. Tidak, tidak mengikat. Jadi, maksudnya, apabila kes Pulau Pinang dengan Kedah ini dibawa untuk kita selesaikan di mahkamah, itu je lah.
Macam saya setuju dengan pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang. Okey, kita— sebab ini isu pajakan je. Supaya disambung semula dan dirunding dan biarlah mahkamah selesaikan. See you in court, kalau ikut Ketua Menteri Melaka, but rujuk balik pada Perlembagaan. Tidak satu pun dalam Perlembagaan mengikat bahawa terbatal semua perjanjian sebelum merdeka. Ini perlu kita ambil, beri perhatian.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Okey, terima kasih. Maknanya, respons daripada Timbalan Menteri. Insya-Allah, sekejap lagi. Kemudian, sedikit masa.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Saya yakin, dengan adanya UPSR dan PT3, mengembalikan semula peperiksaan, pelajar-pelajar lebih berdisiplin dan sikap sambil lewa tidak akan, dapat dikikis dan insya-Allah, pelajar tidak lagi tension dengan peperiksaan yang akan diambil pada peringkat SPM. Sekian.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Jerai. Saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Puan Pengerusi, saya ingin terus menyentuh belanja pembangunan. Butiran 00102 – Rendah Akademik dengan belanjawan berjumlah RM1.026 bilion dan Butiran 00201 – Menengah Akademik dengan belanjawan berjumlah RM840 juta.
Pada pertengahan tahun ini, saya telah berpeluang membuat lawatan ke tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan Setia Alam 2. Alhamdulillah, kerja-kerja tanah telah dimulakan pada awal tahun dengan sasaran tarikh siap pada Disember 2027. Dalam Belanjawan 2026, dimaklumkan akan ada 38 sekolah baharu yang akan dibina. Salah satunya ialah SMK Setia Alam 2 yang terletak juga di bawah Parlimen Shah Alam. Cuma, saya ingin mendapat sedikit penjelasan daripada pihak kementerian akan garis masa projek pembinaan sekolah ini yang akan dilaksanakan.
Ala kulli haal, Puan Pengerusi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan MADANI, khususnya Menteri, Timbalan Menteri dan seluruh warga Kementerian Pendidikan di atas belanja pembangunan ini.
Puan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 04600 – Sistem Pengkomputeran Sekolah dan Institusi Pendidikan dengan belanjawan sebanyak RM416 juta. Saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian, berapakah jumlah yang dibelanjakan bagi setiap sekolah untuk pembangunan ini dan sekolah di bawah Parlimen Shah Alam yang akan mendapat dana khusus melalui sistem pengkomputeran sekolah dan institusi pendidikan.
Saya mendapati ada sekolah yang aktif mencari dana sendiri untuk menaik taraf kelengkapan pendigitalan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Saya ingin menyarankan agar usaha mereka ini tidak dipandang sepi, malah harus diberikan sokongan. Dan ingin bertanya adakah kementerian bercadang untuk memberikan dana padanan bagi menggalakkan ataupun mempercepatkan perolehan sistem pengkomputeran sekolah daripada mereka menunggu giliran untuk mendapatkan bantuan.
Puan Pengerusi, seterusnya Butiran 01700 – Program Pembangunan Kurikulum berjumlah RM80.09 juta. Ianya berkurangan separuh daripada Bajet 2025 yang berjumlah RM156 juta. Bila kita bercakap tentang pendidikan, kita akan berbicara tentang peradaban bangsa. Pendidikan tidak hanya tentang apa yang masuk ke dalam fikiran, tetapi apa yang terbentuk dalam jiwa untuk membangunkan sebuah negara.
Sebab itu, saya ingin bertanya tentang cadangan pelaksanaan pendidikan karakter yang disebut-sebutkan oleh Yang Berhormat Menteri baru-baru ini. Bila dan
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
bagaimana ia akan dilaksanakan? Adakah ia akan menyebabkan pertambahan guru dan belanja mengurus? Saya berpandangan pendidikan karakter mestilah dilaksanakan merentas kurikulum dan juga merentas kokurikulum. Pendidikan karakter perlu menjadi teras sistem pendidikan bukan sekadar program tambahan.
Sehubungan dengan itu juga, saya ingin menyentuh tentang perkara yang lebih asas iaitu lah peranan guru dalam pendidikan. Sebab itu pada tahun 1986, Kementerian Pelajaran Malaysia ditukar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Menterinya pada ketika itu bernama Anwar Ibrahim.
Sekarang dia dah jadi Menteri pun, Perdana Menteri pun. Perubahan itu bukannya kosmetik, tetapi bertujuan menekankan bahawa tugas guru bukannya sekadar mengajar, tetapi mendidik insan secara menyeluruh, merangkumi sahsiah, akhlak, nilai dan juga pembangunan negeri.
Namun, pada hari ini Puan Pengerusi, realitinya agak menyedihkan. Guru terbelenggu dengan garis panduan dan kawalan yang mungkin agak berlebihan, sampai ‘nak jeling murid pun ‘tak boleh. Apa hal ‘nak jeling murid pun sampai tidak boleh? Terpaksa melibatkan ibu, bapa masuk campur dan seumpamanya.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Sebab itulah pendidikan yang hidup, memerlukan jiwa antara guru dan murid.
Kalau guru hanya berani mengajar, tapi tidak berani mendidik, maka roh pendidikan itu akan hilang daripada apa yang kita...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya celah? Sedikit saja berkenaan dengan isu yang saya mungkin boleh ini jadikan sebahagian daripada ucapan Shah Alam. Berkenaan dengan guru-guru di Pulau Pinang di SMJK(C) Chung Hwa Confucian di mana guru-guru tersebut telah pun sekarang dituduh di mahkamah atas caning ataupun merotankan salah seorang murid di sekolah tersebut. Apakah pandangan Shah Alam? Adakah ini satu perkara yang perlu ditangani oleh Kementerian Pendidikan? Adakah Kementerian Pendidikan patutnya ada satu pendirian berkenaan isu ini? Oleh kerana ini merupakan isu disiplin, disiplin murid-murid dan satu― sama ada petua sepatutnya diberi oleh Kementerian Pendidikan. Apakah pandangan Yang Berhormat?
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya. Saya, Puan Pengerusi, saya sangat bersetuju dengan Bukit Gelugor bahawa peranan guru ini dia bukan sahaja mengajar, tetapi dia mendidik. Kalau perlu dengan ada sedikit unsur yang kekerasan,
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
tapi kalau tujuannya memang tujuan untuk mendidik, maka kementerian harus memberikan penilaian yang sewajarnya, tetapi bukanlah kekerasan itu sehingga menimbulkan kecederaan ya, sehingga menimbulkan..
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat. Masa sudah tamat. Sila gulung.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Okey, saya gulung Pengerusi.
Akhirnya, saya ingin menegaskan bahawa saya tidak bersetujulah dengan pandangan bahawa peperiksaan akan melahirkan generasi burung kakak tua ya.
Peperiksaan bukannya musuh kepada pembelajaran. Ianya alat untuk menilai kefahaman dan mengukur keberkesanan, bukan sekadar hafalan. Masalahnya bukan pada peperiksaan, tapi pada pendekatan kita untuk mewujudkan sistem peperiksaan yang menyeluruh untuk memastikan bahawa penilaian itu adalah harus berbentuk secara holistik. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Shah Alam mohon menyokong.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Saya jemput pembahas terakhir, Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullah dan selamat petang. Terima kasih, Yang Berhormat Puan Pengerusi.
Saya terus merujuk kepada Butiran 01800 – Sumber dan Teknologi Pendidikan yang mencatat peningkatan peruntukan daripada RM14.7 juta pada tahun 2025 kepada RM56.6 juta pada tahun 2026. Dengan peningkatan besar ini, persoalan utama yang wajar dibangkitkan ialah apakah pelan terperinci kementerian bagi mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pendidikan bagi benar- benar dimanfaatkan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid dan mengurangkan beban tugas guru.
AI mempunyai potensi besar untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti pengajaran jika digunakan secara beretika dan berstrategi. Dalam pengajaran, AI boleh membantu guru menjana modul bahan pembelajaran dan soalan latihan mengikut keupayaan murid sekali gus mempercepatkan persediaan guru serta meningkatkan pencapaian pelajar.
Saya ingin bertanya, adakah kementerian telah meluluskan satu kerangka integrasi AI yang merangkumi dasar, pelan operasi, objektif, skop, fasa pelaksanaan serta penunjuk prestasi utama (KPI) bagi pembelajaran berasaskan AI? Jika ya, bilakah dokumen tersebut akan disiapkan dan dilaksanakan?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Begitu juga saya ingin bertanya, bagaimanakah KPM merancang untuk melaksanakan AI competency framework for teachers dengan izin, selaras dengan panduan UNESCO, termasuk dalam latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan? Berapa jumlah guru yang disasarkan untuk dilatih dalam fasa pertama dan apakah modul latihan utama yang akan digunakan? Selain itu, apakah projek perintis AI yang sedang atau akan dijalankan termasuk lokasi, bilangan sekolah yang terlibat, tempoh pelaksanaan serta ukuran keberkesanannya?
Seterusnya, saya kepada Butiran 010300 – Pembangunan Infrastruktur yang memperlihatkan pengurangan peruntukan daripada RM24.6 juta pada tahun 2025 kepada RM23.3 juta pada tahun 2026. Pengurangan jumlah ini menimbulkan persoalan sejauh mana peruntukan tersebut benar-benar dapat merapatkan jurang antara sekolah di bandar dan di luar bandar khususnya di daerah saya, Daerah Sik, Baling dan di Sabah, Sarawak yang masih lagi banyak sekolah-sekolah daif yang perlu pemerhatian khusus daripada pihak kementerian termasuklah kekurangan kemudahan asas seperti makmal sains, tandas yang bersih, makmal komputer dan capaian internet yang stabil.
Sehingga Januari 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti kira-kira 830 buah sekolah di seluruh negara yang mempunyai blok bangunan daif pada skala 6 dan 7 yang memerlukan pembangunan semula. Di Sabah dan Sarawak sahaja, setakat 2024, terdapat 1,069 buah sekolah daif dikenal pasti dan 693 daripadanya telah dibaik pulih.
Namun begitu, banyak sekolah di luar bandar dan pedalaman masih berdepan dengan bangunan usang, bumbung bocor, bekalan elektrik tidak stabil serta capaian internet yang terhad menjadikan usaha mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif amat mencabar.
Sebaliknya, sekolah-sekolah elit di kawasan bandar seperti sekolah berasrama penuh (SBP) terus menikmati kemudahan fasiliti yang lebih moden dan lengkap. Akibatnya, ini akan menyebabkan berlaku jurang dari segi pencapaian murid, dari segi meritnya, dari segi apa yang diperoleh pelajar-pelajar di bandar dan di luar bandar.
Seterusnya, persoalannya, apakah langkah konkrit yang sedang atau akan diambil oleh kementerian bagi memastikan keadilan pendidikan benar-benar dapat dicapai? Antaranya, bagaimana kementerian merancang untuk merapatkan jurang infrastruktur antara sekolah bandar dan luar bandar ini, yang melibatkan sekolah-
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
sekolah di pedalaman, yang saya sebut tadi ini, termasuklah di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak?
Yang terakhir, saya merujuk kepada Butiran 01700 – Program Pembangunan Kurikulum iaitu yang menunjukkan penurunan besar peruntukan daripada RM156.3 juta pada 2025 kepada RM80.1 juta sahaja pada tahun 2026.
Saya merujuk berkaitan dengan subjek Sejarah yang banyak dibincangkan kita di Dewan hari ini, yang mana subjek ini sangat penting bagi membentuk jati diri dan identiti kebangsaan. Kita berbicara soal sejarah Kedah dan Pulau Pinang yang dibangkitkan tadi oleh kawan-kawan daripada Jelutong dan sebagainya ya. Namun, apa yang pentingnya ialah setiap kajian sejarah itu perlu dengan begitu teliti kita meletakkan asas-asas kepada punca sejarah itu.
Dan kalau kita lihat soal perdebatan Kedah, Pulau Pinang ini berkaitan peristiwa 1786 dan kedudukan Pulau Pinang, ada dalam satu laporan kajian akademik seperti The 1786 Acquisition of Pulau Pinang: Unveiling the Light Letters and R. Bonney's Kedah 1771–1821 menunjukkan wacana ini masih terbuka untuk penilaian semula yang boleh memberi kesan kepada naratif kebangsaan. Maknanya, sejarah ini sentiasa boleh dibuka dan tidak boleh dinoktahkan hanya dalam satu ruang rujukan.
Jika kurikulum ini tidak menekankan yang tepat dan seimbang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pengerusi, saya gunakan standing order.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, standing order.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
*Standing order.
Standing order.* Pengerusi, saya rujuk kepada 36. Mohon Ahli-ahli Parlimen dari Pulau Pinang turut menyokong juga. 36(9)(c), perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan.
Di sini kita berbincang tentang kedaulatan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan telah pun menjamin. Kenapa perlu Yang Berhormat Sik membangkitkan perkara ini? Kita bahaskan tentang isu jawatankuasa.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, Yang Berhormat Sik.
Minta balik kepada perbahasan jawatankuasa Belanjawan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa kena-mengena dengan tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang? Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat. Yang Berhormat Pengerusi, saya sedikit pun ‘tak ‘nak membangkitkan kebencian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pulau Pinang negeri yang berdaulat. ‘Tak ada kena-mengena dengan Kedah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Akan tetapi, jelas saya menyebut soal sejarah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pulau Pinang negeri yang berdaulat, ada Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya menyebut berkaitan sejarah. Adakah Jelutong ‘nak padamkan sejarah Kedah dan Pulau Pinang?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kedah ‘tak ada hak pun.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli Yang Berhormat, sekarang kita dalam Jawatankuasa Belanjawan, bukan sejarah. Masa pun sudah tamat. Jadi, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Sik.
Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Puan Pengerusi.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Pengerusi. Terima kasih saya ucapkan kepada 30 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyertai dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Malaysia pada petang ini.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Sememangnya apabila Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan, diluluskan peruntukan yang paling tinggi iaitu lebih daripada RM66 bilion. Kita tahu bahawa harapan itu adalah amat besar dan juga pada masa yang sama perkara yang perlu direalisasikan oleh Kementerian Pendidikan ini juga adalah amat penting dan sepanjang sesi perbahasan yang berlangsung pelbagai perkara telah pun dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, 30 daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menyertai perbahasan ini.
Dan saya akan cuba menjawab sebanyak yang mungkin dan sekiranya ada perkara, isu ataupun pertanyaan yang belum sempat saya jawab dalam
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
penggulungan ini pihak Kementerian Pendidikan akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Belanjawan MADANI 2026 membawa impak yang besar kepada ekosistem pendidikan negara melalui enam fokus utama dan penggulungan ini juga saya akan pecahkan ke enam-enam fokus ini. Yang mana nombor satu adalah fokus pertama:
(i) TVET dan juga STEM;
(ii) infrastruktur pendidikan;
(iii) akses ekuiti dan juga kualiti pendidikan;
(iv) kebajikan murid;
(v) kesejahteraan dan peningkatan profesionalisme guru; dan
(vi) sekolah selamat.
Dan saya merujuk kepada fokus pertama berkenaan dengan TVET dan juga STEM. Ada isu dibangkitkan dan cadangan dibangkitkan oleh yang berhormat Gua Musang dan juga Yang Berhormat Tenggara berkenaan dengan pendidikan STEM di negara kita. Pendidikan TVET KPM adalah pendidikan formal yang ditawarkan kepada murid lepasan Tingkatan 3 yang masih kekal dalam sistem persekolahan KPM tanpa mengira latar belakang akademik dan sosial ekonomi, termasuklah murid orang asli.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini terdapat 59 orang murid orang asli mengikut program TVET KPM di Gua Musang, Kelantan iaitu tujuh orang murid orang asli mengambil mata pelajaran vokasional Grafik Berkomputer di SMK Chiku 2 dan 52 orang lagi mengambil mata pelajaran elektif ikhtisas Pertanian di SMK Panggung Jaya.
SMK Panggung Jaya merupakan sekolah menengah khusus untuk murid orang asli dan murid orang Asli lepasan Tingkatan 3 yang mempunyai kecenderungan kepada bidang kemahiran boleh meneruskan pengajian dalam bidang TVET melalui pentaksiran kemasukan sekolah khusus bagi kemasukan ke KV dan juga ke sekolah menengah teknik.
Dan KPM pada masa yang sama juga menawarkan laluan program TVET kepada murid lepasan SPM ke program diploma di KV. Permohonan boleh dibuat yang mana program diploma di KV memerlukan murid mendapat sekurang- kurangnya tiga kepujian dalam peperiksaan SPM. Murid di daerah Gua Musang yang berminat mengikuti program TVET boleh memohon di institusi KPM seperti KV Kuala Krai, Kelantan, KV Tanah Merah Kelantan, KV Kuala Lipis Pahang, Sekolah Model Khas Komprehensif 11 di SMK RPS Betau.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Dan pada masa yang sama juga berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenggara, pencapaian cemerlang murid TVET KPM sebenarnya terserlah apabila kontinjen Malaysia dinobatkan sebagai juara keseluruhan WorldSkills ASEAN Manila 2025, hasil kejayaan murid daripada KV Kajang. Tak silap saya lebih kurang dua bulan yang lepas.
Dan pada masa yang sama hasil kejayaan murid dari KV Kajang, Selangor telah pun meraih pingat emas dan KV Butterworth, Pulau Pinang meraih pingat gangsa dalam bidang Automobile Technology serta KV Sungai Petani 1, Kedah telah pun meraihkan pingat emas dalam bidang Web Technologies. Tadi Yang Berhormat Tenggara juga ada sebut berkenaan dengan peluang untuk menceburi diri dan mengikuti program TVET bersama-sama dengan Majlis TVET Negara iaitu ke negara China, yang mana pihak KPM mengalu-alukan cadangan daripada Yang Berhormat Tenggara dan pada masa yang sama apabila pihak KPM juga merupakan salah seorang ahli daripada Majlis TVET Negara, yang mana Yang Berhormat Tenggara merupakan salah seorang ahli Majlis TVET Negara, maka banyak kolaborasi bolehlah kita wujudkan di peringkat Majlis TVET Negara.
Pada masa yang sama sememangnya pendidikan TVET di bawah KPM mencapai suatu prestasi yang amat membanggakan, yang mana permohonan masuk ke KV yang kita ada pada tahun ini telah pun mencecah lebih daripada 60 ribu orang untuk kekosongan lebih kurang 17,000 kekosongan di KV yang kita ada.
Dan apabila kita berbicara berkenaan dengan perkembangan kebolehpasaran anak-anak kita, graduan daripada— graduan TVET kita, kita telah pun mencapai untuk tiga tahun berturut-turut lebih daripada 99 peratus kebolehpasaran anak-anak ataupun graduan TVET kita di peringkat KPM.
Puan Yang di-Pertua, Puan Pengerusi, saya masuk ke fokus berkenaan dengan akses ekuiti dan juga kualiti pendidikan. Ada perkara baharu yang telah pun dibangkitkan sebelum ini tidak pernah disebut ataupun dijawab di Dewan yang mulia ini iaitu berkenaan dengan isu ‘co-teaching’ ataupun pengajaran berpasukan yang telah pun pada petang ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Bagan Serai, tadi Yang Berhormat Temerloh dan juga Yang Berhormat- yang Berhormat yang lain.
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kluang yang telah pun memberikan sokongan terhadap konsep atau pun pengajaran
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
berpasukan ini khasnya dalam satu mata pelajaran iaitu mata pelajaran Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu di Tahap 1.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, pengajaran berpasukan ataupun co-teaching ditakrifkan sebagai satu kaedah pedagogi iaitu dua orang guru akan bekerjasama secara sinergi dalam satu bilik darjah. Tadi ada Yang Berhormat yang nyatakan bahawa bagaimana seorang guru dan seorang pembantu guru bersama, konsepnya tidak, konsepnya dua orang guru yang bekerjasama secara sinergi dalam bilik darjah dan dalam mata pelajaran Pembelajaran Bersepadu di Tahap 1.
Kolaborasi ini merangkumi proses merancang, melaksana dan mentaksir pengajaran dan pembelajaran secara bersama-sama. Kaedah ini amat penting untuk menjayakan khasnya mata pelajaran baharu iaitu Alam dan Manusia: Pembelajaran Bersepadu di Tahap 1.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga Dewan yang mulia ini, di bawah Kurikulum Persekolahan 2027 pihak KPM akan memperkenalkan mata pelajaran baharu iaitu di Tahap 1: Alam dan Manusia— Pembelajaran Bersepadu.
Ini merangkumi elemen sains, seni, muzik, kesihatan, TVET, teknologi dan digital. Ia merangkumi enam waktu setiap minggu.
Tahap 2 iaitu di Tahun 3 dan juga Tahun 4, kita mempunyai dua mata pelajaran yang berlainan bagi pembelajaran bersepadu iaitu nombor satu, Eksplorasi Sains dan Teknologi, pembelajaran bersepadu yang mana merangkumi elemen pendidikan, sains, alam sekitar, TVET, teknologi dan digital dan satu lagi adalah eksplorasi seni dan juga dunia pembelajaran yang merangkumi elemen geografi, sejarah, seni dan muzik.
Dalam perancangan KPM, kedua-dua mata pelajaran-mata pelajaran pembelajaran bersepadu ini kita merancang untuk mengadakan pengajaran berpasukan. Maksudnya co-teaching ini kita tidak melaksanakan untuk kesemua subjek atau kesemua mata pelajaran seperti yang sesetengah pihak mendakwa, tetapi hanya untuk pembelajaran bersepadu iaitu kedua-dua mata pelajaran yang saya sebut tadi.
Sama ada kita telah pun membuat rintis. Ada, rintis sebelum ini melibatkan 130 orang guru di 65 buah sekolah rendah pelbagai kategori. Dan pada masa yang sama demi untuk menjawab salah faham ataupun kekeliruan sesetengah pihak berkenaan dengan bagaimana kita boleh melaksanakan co-teaching ini dengan tenaga guru yang sedia ada.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Saya rujuk kepada sebenarnya Yang Berhormat Menteri dan juga Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia sebelum ini telah pun memperjelaskan sekali lagi yang mana tumpuan co-teaching adalah untuk mata pelajaran Alam dan Manusia kerana mata pelajaran ini menggabungkan lebih daripada satu disiplin ilmu, lebih daripada satu elemen pendidikan.
KPM akan melaksanakan amalan pedagogi ini secara berhati-hati dengan mengambil kira semua aspek pelaksanaan secara berperingkat dan mengambil kira tahap ketersediaan sekolah serta guru. Dalam isu ini, panitia mata pelajaran dan juga guru besar mempunyai autonomi bagi menentukan pendekatan co-teaching di sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Dan ini juga merupakan salah satu usaha kita untuk memperkasakan guru besar kita untuk memberikan autonomi kepada guru besar kita yang mana mereka tahu lebih daripada sesiapa pun dalam mentadbir sekolah masing-masing.
Bagi contoh sekolah yang suatu masa, sekolah mempunyai guru yang mencukupi untuk pelaksanaan co-teaching bagi mata pelajaran bersepadu ini, pembelajaran bersepadu ini, tetapi pada suatu masa yang lain, mungkin ada guru bercuti sakit ataupun guru bercuti salin. Situasi ini guru besar mempunyai autonomi untuk menentukan sama ada hendak menggantikan guru yang tidak ada dengan guru yang lain ataupun kita hanya menggunakan seorang guru sahaja dalam pengajaran mata pembelajaran bersepadu ini.
Dan maka adalah jelas bahawa pendekatan yang kita ambil bagi co-teaching ini adalah bersifat fleksibel dan pelaksanaannya. Dan sekolah dan pihak KPM akan memastikan bahawa kita mempunyai tenaga pengajar mencukupi dan pada masa yang sama tidak ada beban tambahan kepada guru-guru kita. Dan dengan penjelasan ini saya berharap bahawa isu co-teaching ini sempat untuk pihak KPM jawab di dalam Dewan yang mulia ini.
Dan pada masa yang sama tadi ada disebut berkenaan— oleh Yang Berhormat Ledang berkenaan dengan kenapa perbelanjaan mengurus kita telah pun berkurangan. Hasil semakan daripada kami tadi, secara keseluruhannya perbelanjaan mengurus KPM bagi tahun 2026 adalah sebanyak 59.9 bilion. Jumlah ini adalah memaparkan satu peningkatan sebanyak dua bilion atau 3.49 peratus berbanding dengan peruntukan mengurus tahun 2025 iaitu sebanyak RM57.9 bilion.
Yang Berhormat Kuala Kedah ada tanya berkenaan dengan Kurikulum Persekolahan 2027 berkenaan dengan latihan guru. Untuk maklumat Ahli Yang
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Berhormat, melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 14 nilai universal diajar dan dipupuk dalam kalangan murid. Nilai-nilai ini dikembangkan lagi menjadi 18 nilai universal dalam KSSM dan KPM turut melaksanakan Pendidikan Sivik bermula pada peringkat prasekolah.
Pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah, Pendidikan Sivik disepadukan dalam lima mata pelajaran termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah bagi menekankan nilai-nilai seperti kasih sayang, hormat menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan.
Berkenaan dengan soalan daripada Yang Berhormat Kluang atas isu co- teaching, tadi saya sudah sebut bahawa mata pelajaran ini dilaksanakan melibatkan pelbagai aktiviti hands-on dan kaedah co-teaching membolehkan bimbingan dan penyeliaan yang lebih rapi serta berkesan semasa aktiviti amali dilaksanakan.
Juga Ahli Yang Berhormat Kluang ada sebut berkenaan dengan kedudukan kelas prasekolah swasta. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kluang, pihak KPM pada tahun hadapan kita akan memperluaskan lagi, memperkasakan lagi usaha kita bagi peluasan prasekolah.
Dan pada tahun hadapan pihak KPM menyasarkan satu peluasan lebih— satu peluasan kelas prasekolah baharu sebanyak 350 buah kelas. Dan ini adalah sejajar dan juga selaras dengan aspirasi dan juga hasrat KPM untuk memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan awal yang mencukupi dan juga mematuhi kepada kurikulum kebangsaan yang sedia ada.
Jumlah peruntukan yang telah pun diluluskan kepada KPM adalah sebanyak RM125 juta bagi peluasan prasekolah sebagai inisiatif tahun 2026, 350 buah prasekolah. Dan apabila Yang Berhormat Kluang bertanya berkenaan dengan prasekolah swasta, tadika swasta kekal relevan dan tetap menyokong usaha KPM menyediakan akses kepada pendidikan prasekolah khususnya di kawasan yang tidak mempunyai peluasan prasekolah KPM. Tadika swasta menyediakan pilihan kepada perkhidmatan pendidikan prasekolah untuk ibu bapa mengikut keperluan masing-masing.
Tadika swasta adalah tertakluk kepada peruntukan Akta Pendidikan [Akta 550] termasuklah menggunakan kurikulum prasekolah kebangsaan. Pemeriksaan di laksana secara berkala dan berterusan kepada semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM serta tindakan penguatkuasaan ke atas tadika swasta yang tidak berdaftar.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Sememangnya pihak KPM juga beberapa kali saya sebut dalam Dewan yang mulia ini untuk pusat-pusat prasekolah ataupun tadika-tadika yang belum lagi berdaftar dengan KPM di bawah Akta Pendidikan. Sememangnya pintu KPM selalu terbuka kepada semua. Ini adalah penting untuk memastikan anak-anak kita yang masuk ke Tahun 1 kelak di sekolah-sekolah KPM. Mereka mampu menguasai 3M, mereka mampu untuk mengikuti kurikulum kebangsaan yang kita ada.
Dan untuk kesemua tadika ataupun prasekolah yang berdaftar dengan pihak KPM di bawah Akta Pendidikan, maka kesemua tadika ini haruslah mengikuti kurikulum kebangsaan yang mana kita percaya bahawa merupakan kurikulum yang terbaik bagi pembesaran dan juga pendidikan awal kanak-kanak kita.
Puan Pengerusi, saya beredar kepada...
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Puan Pengerusi, saya ada soalan.
Tuan Wong Kah Woh
Ya, sila.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ya. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan terperinci tentang pendidikan awal itu. Jadi soalan saya tadi adalah berkenaan dengan pusat-pusat pendidikan awal yang segelintirnya tidak mematuhi undang-undang iaitu mungkin silibus mereka ikut standard KPM, tetapi mereka tidak mematuhi undang-undang secara keseluruhannya.
Contohnya, gaji minimum pun mereka ‘tak patuhi, mereka ‘tak bagi cikgu mereka gaji minimum. Jadi apa pendidikan yang mereka boleh tawarkan kepada generasi hadapan kita, masa harapan kita?
Tuan Wong Kah Woh
Okey, terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya amat bersetuju yang mana selaku pengusaha bagi tadika-tadika yang kita ada, sekurang-kurangnya berkenaan dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada, gaji minima seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang ini haruslah dipatuhi.
Dan pada masa yang sama, kenapa pihak KPM hendak tadika-tadika tersebut didaftarkan dengan KPM? Kerana apabila ia hendak didaftarkan dengan KPM juga harus– tadika-tadika yang berkaitan juga harus mematuhi segala perundangan ataupun peruntukan berkenaan dengan keselamatan premis dan kepatuhan premis terhadap segala peruntukan ataupun peraturan yang sedia ada.
Ini bukan untuk kebaikan ataupun untuk kepentingan mana-mana pihak, tetapi adalah untuk kebajikan dan juga keselamatan anak-anak kita.
Puan Pengerusi, izinkan saya untuk masuk ke satu perkara lagi yang mungkin akan menarik lebih banyak minat iaitu berkenaan dengan infrastruktur
Tuan Wong Kah Woh
pendidikan. Isu ini sekali lagi juga banyak dibangkitkan oleh rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini. Ahli Yang Berhormat Kangar ada dalam Dewan ini. Beliau— Ahli Yang Berhormat bangkit berkenaan dengan SK Seri Indera.
Berdasarkan kepada semakan KPM, Sekolah Kebangsaan Seri Indera, Perlis telah pun mempunyai ruang serba guna terbuka yang turut berfungsi sebagai tempat pelaksanaan aktiviti murid dan kawasan menunggu murid. Walau bagaimanapun, berkenaan dengan keperluan untuk pembinaan dewan terbuka berbumbung, sekiranya ada, pihak KPM akan meneliti dari masa ke semasa tertakluk kepada keutamaan dan juga kedudukan kewangan sedia ada.
Yang Berhormat Igan ada bangkit berkenaan dengan PPD Daro dan sama ada ia akan dibina dalam belanjawan ini. KPM sememangnya ia telah pun diluluskan pembinaan bangunan baharu Pejabat Pendidikan Daerah Daro, Sarawak dalam RP1 Tahun 2026, RMK13 iaitu dalam belanjawan ini bagi menampung keperluan operasi dan juga pengurusan pendidikan di kawasan berkenaan. Kelulusan skop projek ini merangkumi kemudahan berkapasiti 80 pegawai dan juga kakitangan serta kemudahan piawai yang lain.
Yang Berhormat Kangar juga ada sebut berkenaan dengan Sekolah Sukan Negeri Perlis dan juga Sekolah Sukan Malaysia Perlis. Kita sedia maklum bahawa SSM Perlis ini telah pun di tangguh lama akibat daripada ketidaksiapan oleh kontraktor.
Tuan Wong Kah Woh
Dan bagi SSM Perlis seperti mana semua sedia maklum, kontraktor penyelamat telah pun ditamatkan kontrak pada 13 Mei 2025 dan kini KPM mengambil satu pendekatan baru. KPM telah dibenarkan untuk melantik syarikat berkaitan kerajaan GLC sebagai kontraktor penyiap. KPM dengan kelulusan Kementerian Kewangan telah mengenal pasti GLC yang berkelayakan dan sedang dalam proses memuktamadkan rundingan yang dijangka pada bulan Disember nanti.
Tempoh penyiapan dan selepas itu SST akan dikeluarkan dan kita jangka tempoh penyiapan adalah dalam lingkungan 10 bulan hingga 12 bulan dari tarikh SST. So kita belum sempat lagi sampai ke peringkat untuk perbincangan skop dan juga kos dan kita sedang dalam usaha untuk memuktamadkan proses ini dan selepas itu SST boleh dikeluarkan. Ini sememangnya satu projek yang mana di peringkat KPM kita memberikan fokus dalam masa beberapa tahun ini untuk kita memastikan projek ini akan berjaya, okey.
Tuan Wong Kah Woh
Yang Berhormat Klang tadi Yang Berhormat Gopeng ada mencelah, semasa dalam pencelahan beliau kepada perbahasan oleh Yang Berhormat Klang. YB Klang ‘tak ada, tetapi saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada Yang Berhormat Gopeng berkenaan dengan isu yang dibangkitkan iaitu SJK(T) Gopeng yang telah pun ada bangunannya berada di skala tujuh.
Sememangnya KPM bagi kesemua aliran sekolah kita akan cuba sedaya upaya untuk meneliti keperluan untuk pembinaan sama ada pembinaan semula sama ada untuk bangunan baharu ataupun pembinaan semula bagi bangunan- bangunan daif. SJK(T) Gopeng ini mempunyai bangunan daif berskala tujuh, dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Gopeng, projek ini telah pun lulus dalam RMKe-13 RP1 iaitu dalam Belanjawan ini.
Skop projek iaitu meroboh tiga blok bangunan daif yang sedia ada, pada masa yang sama membina blok bangunan gantian iaitu enam bilik darjah, nombor dua pejabat pentadbiran, nombor tiga pejabat guru, nombor empat stor sukan dan seterusnya membina bangunan tambahan yang merangkumi bengkel RBT, makmal sains, bilik kesihatan, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik mesyuarat dengan kapasiti 19 orang. Pada masa yang sama turut meliputi perolehan perabot, peralatan dan kelengkapan serta kemudahan-kemudahan lain mengikut piawaian. Kos projek diluluskan RM14 juta bagi SJK(T) Gopeng.
Seterusnya, adalah Yang Berhormat Bagan Serai, ‘tak ada, saya skip. Yang Berhormat Kuala Kedah, ada? Ada. Yang Berhormat Kuala Kedah berkenaan dengan status projek pembinaan. Secara keseluruhannya di bawah RMK-12 RP5 tahun 2025 di negeri Kedah, terdapat 166 projek KPM yang dilaksanakan dengan kos sebanyak RM2.11 bilion. Jumlah peruntukan yang diluluskan pada tahun 2025 adalah sebanyak RM180.32 juta daripada 166 projek ini 68 projek telah siap, 28 projek sedang dalam pelaksanaan dan 70 projek dalam fasa pra pelaksanaan.
Manakala dalam RMK-13 RP1 tahun 2026, kerajaan telah meluluskan 23 projek baharu dan 129 projek sambungan di negeri Kedah dengan siling tahun hadapan 2026 sebanyak RM260.8 juta. Yang Berhormat Klang tidak ada.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Ya, sila.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Cuma saya hendak mendapatkan penjelasan, daripada jumlah nilai tersebut berapakah yang melibatkan pembinaan-pembinaan
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
bangunan sekolah-sekolah ataupun penambahbaikan struktur sekolah dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah. Sekian, terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Khas untuk kawasan Parlimen Kuala Kedah, izinkan saya untuk memberikan maklumat terperinci kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Okey, terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Yang Berhormat Ledang membangkitkan berkenaan dengan isu penyelenggaraan. Sememangnya isu penyelenggaraan ini merupakan fokus utama bagi KPM dan KPM dalam masa dua tahun ini kita mengambil pendekatan yang lebih progresif.
Kita bukan sahaja menyelenggara bangunan-bangunan yang memerlukan penyelenggaraan, tetapi kita juga mengambil pendekatan supaya bangunan tersebut tidak jatuh dari skala 6, jatuh ke skala 7 dan dijadikan bangunan daif. Maka melalui inisiatif ubah suai dan naik taraf USNT, kita pastikan bahawa kita pastikan untuk sekolah-sekolah yang ada bangunan skala 6 kita perbaiki dan supaya ia boleh turut menjadi skala 5.
Pada masa yang sama kita juga mempunyai banyak sekolah yang telah pun melebihi usia 70 tahun dan pihak KPM mengambil pendekatan yang progresif untuk menyemak dan juga menilai keadaan kesemua sekolah-sekolah tersebut dan usaha ini sedang dilakukan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ledang, KPM dalam melaksanakan penilaian keadaan aset sekolah melalui Facility Condition Assessment (FCA).
Tumpuan telah pun diberikan kepada 2,262 buah sekolah yang melebihi usia 70 tahun. Sehingga Disember 2024, 1,149 buah sekolah telah pun selesai FCA dan antaranya 53 buah sekolah dikenal pasti berusia lebih 70 tahun di Parlimen Ledang.
Setelah kita mendapat laporan daripada FCA ini, maka KPM akan mengambil tindakan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, tetapi juga bergantung kepada ketersediaan kewangan dan juga peruntukan yang sedia ada. Disebut berkenaan dengan...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Ya, sila.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Boleh ya, terima kasih. Saya ucap terima kasih kepada pihak KPM kerana mengambil berat tentang isu penyelenggaraan dan saya rasa setiap kali dalam perbahasan Belanjawan perkara ini ditimbulkan oleh ramai daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Jadi saya memang mencadangkan pada asalnya supaya kita ada model jangka masa panjang berkenaan dengan penyelenggaraan kerana kosnya akan sentiasa bertambah dan kita mesti ada satu model yang lebih ampuh supaya perkara ini tidak menjadi isu knee-jerk. Maksudnya setiap kali nanti di kalangan ada Ahli-ahli Parlimen dalam peruntukkan perlu mengeluarkan satu peruntukan yang amat besar untuk penyelenggaraan. Ramai daripada kalangan Ahli Yang Berhormat yang akan setuju tentang perkara ini. Jadi saya rasa perkara ini kita perlu ada planning yang menyeluruh dan ada jangka masa panjang.
Yang kedua, Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tak sebut tentang pembangunan PPD di Tangkak yang saya juga ada tanya selain daripada Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Tangkak, minta juga pihak Menteri jelaskan.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Ledang.
Berkenaan dengan PPD di Tangkak nanti saya semak dan saya akan bagi jawapan secara bertulis. Namun, saya amat bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tangkak berkenaan dengan bagaimana kita mengambil ataupun menyelenggara mengambil pendekatan dalam penyelenggaraan sekolah.
Sememangnya seperti yang saya sebut tadi, sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun kebelakangan ini, saya boleh sebut sekurang-kurangnya dua inisiatif baharu telah pun diambil, nombor satu USNT. Ubah suai naik taraf kita mengenal pasti bangunan-bangunan di skala enam kita cuba buat naik taraf dan juga menyelenggarakan supaya ia tidak jatuh ke skala tujuh, itu satu.
Nombor dua facility condition assessment. Kita akan siapkan kesemua assessment ataupun penilaian pada tahun ini dan kita akan cuba untuk memberikan fokus kepada sekolah-sekolah yang mana kita telah pun mengenal pasti memerlukan perhatian yang lebih serius.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun hadapan kita telah pun diperuntukkan lebih kurang RM2 bilion bagi tujuan untuk pembinaan semula bangunan daif di sekolah dan untuk tujuan penyelenggaraan. Belanjawan 2026 peruntukan yang diluluskan untuk pembinaan semula bangunan daif daripada RM2 bilion itu, RM1.06 bilion adalah untuk tujuan pembinaan semula bangunan daif bagi kos siling bagi tahun 2026.
Manakala selepas itu penyelenggaraan Institusi KPM kita ada RM860 juta yang mana RM60 juta kita ada komitmen untuk diberikan kepada— ditumpukan kepada penyelenggaraan kuarters dan yang lain lebih kurang RM800 juta adalah
Tuan Wong Kah Woh
untuk penyelenggaraan sekolah di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak. Ini peruntukan yang kita ada kita perlu mengedarkan peruntukan yang sedia ada kepada sekolah-sekolah kerajaan dan juga kita memberikan sumbangan kepada sekolah- sekolah bantuan kerajaan seperti yang KPM laksanakan setiap tahun.
Tuan Wong Kah Woh
Dan mungkin Yang Berhormat Pengerusi, saya juga— Yang Berhormat Kapar, ada? Mungkin saya minta sedikit masa untuk menjawab Yang Berhormat Kapar dan mungkin yang lain saya boleh jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kapar tanya berkenaan dengan SK Teluk Kapas. SK Teluk Kapas telah pun diluluskan RP1 2016 RMK11. Pada ketika itu, kos adalah sebanyak RM32 juta.
Walau bagaimanapun, projek ini tertangguh kerana isu kelulusan kebenaran merancang (KM), di mana PPD menetapkan syarat untuk pembinaan jejantas yang tiada dalam skop asal projek perlu dilaksanakan bersekali dengan pembinaan sekolah. Kelewatan ini juga berlarutan ekoran daripada pandemik COVID-19 dan menyebabkan kos asal projek ini tidak lagi mencukupi.
Sehubungan itu, KPM telah meneliti semula hala tuju pelaksanaan projek untuk dipohon semula dalam RP2 RMK13 tahun 2027 dengan keperluan pendidikan yang terkini. So, ini berkenaan dengan SK Teluk Kapas. Yang Berhormat Baram ada?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Tuan Wong Kah Woh
Ya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Wong Kah Woh
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkenaan isu Chung Hwa, ada apa-apa jawapan yang telah pun saya bangkit isu rotan di Sekolah Chung Hwa Confucian di Pulau Pinang?
Tuan Wong Kah Woh
Okey, terima kasih. Mungkin last, bagi saya menjawab Yang Berhormat Bukit Gelugor. Yang Berhormat...
Datuk Wira Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah
Sini Yang Berhormat Menteri, Masjid Tanah pun minta untuk (DBP) Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Okey, berkenaan dengan isu DBP, saya masih menunggu input daripada kementerian. Nanti mungkin saya boleh bagi secara jawapan— secara bertulis.
Tuan Wong Kah Woh
Berkenaan dengan dua orang guru yang telah pun didakwa di mahkamah.
Apa yang saya boleh sebut di sini adalah apabila di bawah garis panduan KPM, kita memberi garis panduan yang lengkap dalam segala urusan berkenaan dengan menghukum, melaksanakan hukuman terhadap murid-murid.
Apa pun berkenaan dengan kedua-dua guru itu, saya sendiri telah pun berjumpa dengan kedua-dua guru tersebut dua minggu yang lepas. Dan pihak KPM prihatin terhadap apa yang berlaku dan kita akan tengok apa yang KPM boleh lakukan untuk membantu dalam mencapai satu penyelesaian yang terbaik dalam perkara ini.
Terima kasih Puan Pengerusi, atas masa yang diberikan. Dan kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah pun membangkitkan isu dalam perbahasan ini, pihak KPM akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih Puan Pengerusi.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM59,884,100,700 untuk Kepala B.63 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.63 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.63 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.63 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 13 November 2025.
[Dewan riuh]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.24 malam]