Nov112025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam bahagia. Sebelum kita mulakan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri, saya ada dua pengumuman. Yang pertama, Menteri Kesihatan telah pun bersetuju untuk semua Ahli-ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen diberikan vaksin influenza. Dan Yang Berhormat bolehlah berjumpa dengan Dr. Muru, Ketua Klinik Parlimen mulai besok untuk mendapatkan temu janji untuk mendapatkan vaksin tersebut, suntikan vaksin tersebut.

Yang kedua, saya masih lagi mendapat permohonan daripada beberapa MP yang minta supaya pemeriksaan kesihatan mereka dilanjutkan oleh kerana masalah- masalah yang tak dapat dielakkan, maka saya bersetuju untuk melanjutkan hingga 20 hari bulan. That's max. Lepas tu, mereka yang tidak menjalankan pemeriksaan kesihatan, nama mereka akan appear dalam website Parlimen.

Untuk itu, silakan Setiausaha.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tetapi Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat sat.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa itu?

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

24...

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jarang berlaku, tetapi untuk hari ini saya...

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tetapi untuk tujuan PMQT.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Boleh?

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

24A, Tan Sri. Muka surat 36 iaitu berhubung dengan Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri. Relevan dengan itu saya bangkit sebelum.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

24A.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

24 capital A.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ini berkaitan dengan Waktu Pertanyaan Perdana Menteri pada hari ini, Tan Sri.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Lampiran biru ini soalan ini.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Hari ini ada dua soalan.

Kedua-dua soalan daripada pihak kerajaan. Tidak ada soalan daripada pembangkang. Sepatutnya tiga soalan. Nak ambil dua pun ambillah. Bagi lah satu ke pembangkang kerana pembangkang masih wujud lagi dalam Parlimen ini. Ketua Majlis pun ada.

Ini Tan Sri, saya nak menarik perhatian Dewan yang mulia ini, termasuklah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pembangkang bukan kali pertama. Pada 30 Oktober kita hantar soalan, satu pun tak naik. Kemudian pada 4 November minggu lepas, tak naik juga satu pun. 11 November pada hari ini tak naik.

Dan untuk rekod pada hari ini, Yang Berhormat Putrajaya telah mengemukakan, memasukkan soalan melalui Yang Berusaha Setiausaha Dewan Rakyat pada 10 hari bulan, within time, tapi tak naik. Saya tidak fikir, kami tidak fikir Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seorang yang tak mampu jawab soalan.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Di Sabah pun, di pasar malam pun boleh jawab jangan dengar pembangkang. Jadi, hari ini nampak Yang Amat Berhormat tak mahu dengar pada kita ni.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jadi, saya minta penjelasan.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tu dimajukan kepada saya untuk penjelasan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tapi, tapi bukan, saya rasa bukan Tan Sri juga boleh. Yang Berhormat Menteri Parlimen yang menentukan soalan-soalan Parlimen. Biasa pengalaman saya dulu lah.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak. Speaker, Speaker yang tentukan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Speaker tentukan.

Speaker kena jawab.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jawab. Speaker jawab sekarang.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila duduk.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey, okey. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, pemilihan soalan-soalan adalah tanggungjawab saya. Untuk makluman, hinggalah masa ditutup, pembangkang cuma menyediakan satu soalan. Manakala pihak kerajaan telah memberikan lapan soalan. Jadi, sudah tentu saya melihat semua soalan-soalan itu dan saya lihat soalan daripada pembangkang semuanya telah pun dijawab sebenarnya. Pada yang pertama, 29 Oktober. Yang kedua, 30 Oktober.

Dan insya-Allah, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas telah pun memanggil Kementerian MITI untuk berhadapan dengan mereka, Select Committee. Dan, dalam Select Committee itu, saya difahamkan semua KSU dan mereka yang terlibat akan datang besok pada 12 November. Sebab itu, untuk mendapat penjelasan dengan lebih detail, lebih baik pi Select Committee dapatkan.

Jadi, PM dah jawab dah banyak kali. Jadi, saya ingat kalau jawapan PM, saya dah agak dah. Saya pun boleh agak hafal dah ayat dia nak jawab itu. Jadi, lebih baik tuan-tuan yang berada dalam Dewan ini pergi ke Select Committee dengar. Sebab yang akan hadir itu bukan sahaja ini, tetapi juga KSU-KSU dan Menteri-Menteri.

Mahu? Soalan saya ialah is it fair for me to allow you just to send one question ataupun soalan lapan ini? Sudah tentu saya bagi mereka yang menghantar lebih banyak. So, soalnya sama ada pembangkang atau tidak, tak timbul. Kalaulah Yang Berhormat hantar lapan, belah sini juga lapan, then makes sense lah, but one. Ketua WHIP please, at least encourage lah Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

But, you shouldn’t deny our right. Whatever one question kah, eight question, we have a right.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

You have no right. You have no right. The right was on me.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya. You decide.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya yang akan memilih. You have no right.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

But you have to right equally, Tan Sri.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Equally yes, but not right.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Justly ya.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

The word is not right.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Secara adil.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Adil bukan right.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Secara adil ya.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Because next time, please hantar lah. Jangan lah push. Jangan tie my hand. Hantar lah dua, tiga soalan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Itu bukan syarat Tan Sri.

Kena hantar lima, enam…

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan syarat. Begitu juga bukan syarat. Saya tidak perlu memilih jawapan, soalan daripada pembangkang, tetapi be fair to me. Be fair to me. Don’t put me in a position yang saya tak boleh buat keputusan. Baik, teruskan.

draft • 10:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak apa. Kita terima.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah jawab. Esok saya jemput...

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, Tan Sri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat untuk mengikuti persidangan Select Committee untuk ART, silakan.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak Tan Sri. Perkara yang sama, Tan Sri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya dah tak benarkan. Kita running out of time.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya cakap elok-elok.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak sama Select Committee dengan Perdana Menteri Tan Sri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak benarkan.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya cakap elok-elok.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Jawapan Perdana Menteri dengan Select Committee mana sama. Dalam Dewan juga.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

You want details?

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, ya.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

PM dah jawab. PM dah jawab semua. You want details, please go to Select Committee.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Ya, itu soalan-soalan berterusan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

No. Kita telah pun berikan taraf yang lebih— kedudukan yang amat baik untuk Select Committee. Please, lebih masa diperuntukkan.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya. Tan Sri, sebagai satu nasihat daripada ahli. Ahli Dewan ini.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan, peraturan mesyuarat?

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Nasihat kepada Tan Sri.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan mesyuarat berapa? Peraturan.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya tak ada peraturan.

Perkara yang sama, lebih kurang.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

No, no, no.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Cuma saya nak beritahu Tan Sri...

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya respons tadi kepada peraturan mesyuarat. Saya respons...

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Tan Sri bertindak mesti dilihat adil. Tan Sri bertindak mesti dilihat adil.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Lapan daripada kerajaan.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei, Besut! Duduklah Besut!

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Nanti.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut, duduklah Besut.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan kurang ajar ya.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Duduklah. Buang masa.

Buang masalah. PM banyak kerjalah.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut, Besut.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini floor saya.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

PM banyak kerjalah, Besut.

Duduk, duduk, duduk.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Hulu Langat...

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi...

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Duduk!

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri...

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup, cukup.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...Jangan ikut perangai Hulu Langat. “Kerajaan ini kerajaan kita, kita punya fasal lah.” Jangan ikut dia.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bajet pun tak sokong.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jangan ikut...

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat.

draft • 10:10 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bajet pun kau tak sokong, kerajaan kita konon.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, tengok dia...

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, Besut, duduk, duduk. Saya nak― saya nak cepat.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini kena adil ini. Perangai macam ini, ini.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut duduk.

draft • 10:10 AM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ambil tindakan.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, duduk. Besut duduk, Hulu Langat duduk. Baik, Setiausaha.

draft • 10:10 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.

draft • 10:10 AM

1. Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading]: Terima kasih kepada Tan Sri Speaker. Soalan Sri Gading meminta Perdana Menteri menyatakan, bagaimanakah kerajaan mengukur keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI selepas tempoh 18 hingga 24 bulan serta usaha-usaha pengukuhan yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan dasar tersebut benar-benar mencapai matlamatnya. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Perdana Menteri.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di-

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Pertua, dengan izin, saya just mengulas, walaupun saya tahu Tan Sri Yang di-Pertua telah jelaskan.

Soalan yang dibangkitkan, semua saya jawab, tapi kalau soalan saya telah jawab dua kali dan Menteri ‘dah jawab, itu juga ditanya, kita jawab begitu juga. Dan itulah sebabnya mengapa saya setuju dengan keputusan Tan Sri Yang di-Pertua.

Nak mengatakan elak, saya tidak elak. Tanyalah apa soalan, saya tidak elak. Kota Bharu kena dengar. Saya tidak akan elak apa-apa soalan, tapi kalau kita dah jawab, baca sampai peruntukan-peruntukan perjanjian itu: 5.2, 7.3, saya baca di medan ini.

Kalau dia tak hadir ke tak dengar, soal lain.

Baik, jawapan tentang soalan daripada Sri Gading ya.

Kerangka Ekonomi MADANI, kita luncurkan Julai 2023. Kemudian, susulan daripada itu, ada NIMP, NETR dan National Semiconductor Strategy. Kita juga ambil langkah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, RUU Perolehan Kerajaan yang merupakan beberapa langkah reform yang sangat bermakna. Dan lagi yang saya fikir adalah penting ialah tentang penyasaran subsidi. Satu keputusan yang telah diuar-uarkan selama puluh tahun, tetapi memerlukan tekad politik dan alhamdulillah, dapat dilaksanakan dengan penjimatan dana negara RM15 bilion lebih.

Apa keadaannya sekarang? Ekonomi negara kukuh dan berdaya tahan. Kita mencatat pertumbuhan 2025, 4.4 peratus bagi separuh pertama 2025 dan suku ketiga, 5.2 peratus. Pertumbuhan keseluruhan tahun ini berpotensi mencapai paras yang lebih tinggi daripada yang diunjurkan. Begitu juga saya jelaskan tentang per kapita. Meningkat RM54,793 ketimbang lebih tinggi daripada tahun sebelumnya. Ini angka dan data yang tidak boleh dimungkiri.

Isu yang berlegar tentang defisit fiskal. Bila kita ambil alih, defisit fiskal 5.5 peratus. 2023, turun lima peratus; 2024, turun lagi. Defisit fiskal ini Tan Sri Yang di- Pertua, dari segi dasar dan strategi kewangan dan fiskal, sangat serius. Kalau dia terus membengkak, dia membebankan ekonomi dan tidak akan menarik pelaburan kerana tidak akan ada keyakinan kerana tidak ada disiplin dan tekad daripada pimpinan untuk mengurus kewangan. Sebab itu dia turun. 2025, kita jangka akan mendapat menurunkan defisit kepada 3.8 peratus. Maknanya, dalam masa hampir tiga— tak sampai tiga tahun, dia turun dari 5.5 peratus kepada 3.8 peratus. Dan bagi 2026, kita jangka kekal menurun, trend menurun dengan 3.5 peratus.

Dan begitu juga hutang yang terus dipertikai. Sebab itu saya katakan soalan yang sama, jawapan yang sama. Dia kata hutang kita membengkak. Dia kira hutang

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

lama dengan kadar faedah, tetapi kenyataan hutang baharu daripada kerajaan ini, itu menurun. RM100 bilion 2022 kepada 77. Masih berhutang, sebab kita tidak mahu membebankan dari segi program infrastruktur asas, tebatan banjir termasuk di Kelantan, Terengganu dan kesihatan dan pendidikan.

Pelaburan kita itu meningkat. Rekod untuk tiga— untuk 2024, itu RM384.2 bilion. Daya saing dunia untuk 2025 melonjak sehingga 11 anak tangga, pencapaian terbaik sejak 10 tahun. Trend perdagangan terus positif. Dan jumlah dagangan tahun ini: Januari sehingga September, meningkat 4.4 peratus.

Tan Sri Yang di-Pertua, ini dalam keadaan ekonomi yang belum menentu terutama akibat daripada pengenaan tarif oleh Presiden Donald Trump, tapi masih meningkat kira-kira kepada RM2.24 trilion.

Ringgit yang dulu kita diserang bertubi-tubi. “Ringgit jatuh.” “Ringgit jatuh.” Sekarang, bila ringgit mengukuh, tak sebut sepatah pun...

[Tepuk] Ini masalah dia.

Jadi, sekarang ini, hari ini, RM4.16 ketimbang USD1. *Best performing currency in Asia...

[Tepuk]* Ukurannya itu ditentukan bukan oleh kita, oleh penarafan kredit yang kekal positif. S&P Global Ratings, Moody’s Ratings mengekalkan penarafan kredit negara masing-masing A minus dan A3. Maknanya, tinjauan stabil dan kukuh.

Pengangguran. Ini yang penting sebab anak-anak kita terbeban kalau pengangguran tinggi. Pada tahun 2025, Ogos, 3 peratus, terendah dalam tempoh 10 tahun. Tingkat kadar gaji minimum. Yang heboh soal kos sara hidup, kos sara hidup.

Langkah kita, di antara lain, naikkan gaji minimum. Semasa mereka perintah, RM1,200. Kita naik RM1,500. Sekarang, RM1,700 gaji minimum. Dan itu tidak mudah kerana banyak syarikat-syarikat yang menentang, yang membantah, tetapi ini kekuatan dan tekad politik itu menghadapi kartel dan syarikat-syarikat besar yang tidak mampu dihadapi oleh mereka tatkala mereka berkuasa.

Kemudian, GLIC – syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan GLC. Ini yang di bawah kerajaan, syarikat yang dikelola oleh kerajaan.

Kita tetapkan gaji kehidupan wajar untuk 153,000 pekerja. Berapa gajinya? RM3,100 sebulan. Bagaimana petani? Harga lantai petani, harga lantai belian padi naik dua kali kepada RM1,500. Skim Subsidi Harga Padi naik kepada RM500. Insentif Pengeluaran Getah naik dua kali kepada RM3.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi, kemiskinan tegar, setelah saya sebut berulang kali iaitu menurunkan kerana kita ada keupayaan. Ada yang pertikai. Ada sampai sekarang berpuluh kali kita sebut kemiskinan tegar dan kemiskinan. Ada masih bantah, dia kata, “Mana

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

boleh hapuskan kemiskinan, dalam Islam tak ada.” Ini ada juga, kita dengar suara- suara begini yang saya tak pernah terbaca mana-mana kitab dalam dunia ini, melainkan kitab mereka, tak boleh hapuskan. Kemiskinan tegar boleh dihapuskan, kita ada keupayaan. Sebab itu, kita lihat umpamanya, semua negeri dan saya ucap terima kasih kerana semua kerajaan negeri bagi, berikan kerjasama.

Baik, kemudian pembaharuan fiskal. Sumbangan Tunai RAHMAH (SARA) RM15 bilion. Kenaikan gaji penjawat awam ini bulan Disember dan sekarang bulan Januari tahun ini— eh, tahun depan. Itu akan naik dengan kos tambahan RM18 bilion. STR RM15 bilion, gaji penjawat awam naik tambahan RM18 bilion. Jadi, inilah yang kita lakukan dan saya percaya dengan tekad ini kita dapat tingkatkan keupayaan ekonomi MADANI negara kita. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput soalan tambahan dari Sri Gading.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas ucapan yang sangat bernas dan ini memberikan keyakinan kepada kita, pelonjakan kepada bentuk ekonomi selepas 60 tahun kita merdeka.

Di awal kemerdekaan, Malaysia telah mengasaskan satu dasar yang dipanggil Dasar Ekonomi Baru iaitu tentang ekonomi di kalangan bumiputera. Pada hari ini, kita dapat melihat bagaimana usaha Kerajaan MADANI telah meletakkan satu dasar yang dipanggil Dasar Ekonomi MADANI yang menguruskan pencapaian bukan sekadar untuk bumiputera, tetapi juga untuk meletakkan satu asas pendapatan kepada rakyat yang lebih baik dan juga dengan peningkatan ekonomi yang tinggi berdasarkan kepada laporan daripada internasional, laporan punya.

Persoalan saya, bagaimanakah kerajaan menilai sama ada Dasar Ekonomi MADANI benar-benar mengurangkan ketidaksamaan antara negeri, terutama negeri-negeri yang dipanggil negeri berpendapatan rendah?

Yang kedua, sejauh manakah agensi kerajaan di Malaysia yang telah dapat melaksanakan dasar ekonomi? Apakah cabaran dan faktor kejayaan dalam— daripada kalangan agensi kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi MADANI ini? Terima kasih Speaker.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Pertama, tentang agenda bumiputera. Kita dah sebut dan dalam belanjawan saya tekankan. Malah, kita masih catat rekod walaupun tidak diuar-uarkan bahawa bila kita ambil alih lapangan terbang lama Sungai Besi menjadi hak milik kerajaan

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

sepenuhnya dengan syarikat kerajaan, kita peruntukkan perumahan untuk veteran tentera udara yang tentunya lebih 90 peratus bumiputera.

Keduanya, pertama kali dalam sejarah sejak merdeka, kita isytiharkan 50 ekar tanah prime— mahal di Kuala Lumpur sebagai rizab Melayu.

[Tepuk] Ini berbeza daripada orang sibuk kempen “Melayu...”, “Melayu...”, “Melayu...”, tapi belum ada satu inci Tanah Rizab Melayu di Kuala Lumpur semasa mereka perintah. Itu saya ingat perlu ditekankan.

Keduanya, tentu ekonomi Malaysia ini mesti tingkatkan daya saing. Maka, beberapa peruntukan untuk menjadikan pemangkin termasuk peruntukan untuk SMEs yang memanfaatkan sebahagian besar juga syarikat-syarikat Cina tempatan itu, kita teruskan kerana tidak ada— harus ada dasar yang menafikan hak mana- mana kaum untuk berusaha meningkatkan kekuatan ekonomi mereka, tetapi kalau ditanya tentang— tadi Sri Gading tanya tentang peruntukan untuk semua negeri, saya telah jelaskan. Kalau Sri Gading ingat, peringkat awal Tan Sri, banyak menyerang kita tentang ketidakadilan dan sebagainya.

Jadi, bila kita berikan angka semua negeri, diberikan tumpuan dan masalah- masalah basic, air, elektrik dan infrastruktur termasuk tebatan banjir, itu peningkatan yang tinggi untuk Kelantan dan peningkatan bagi semua negeri termasuk Sabah sekarang, peningkatan peruntukan itu kerana keperluan mereka. Malah, Perlis yang dianggap negeri yang paling lemah dari segi kekuatan ekonomi, kita sediakan dana yang agak lebih besar untuk inland port supaya menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi bagi negeri itu.

Jadi, saya telah sebut ini dan walaupun kita tak berapa dengar serangan tentang diskriminasi dan ketidakadilan bagi negeri-negeri, tetapi inilah kenyataannya— angka dan peruntukan dan Menteri-menteri Besar berkenaan tahu benar. Kalau dia suarakan hal yang wajar, umpamanya saya sebutkan tadi macam tebatan banjir yang memang serius, itu kita tingkatkan.

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Malah, kita berunding dengan Kerajaan Thailand soal laluan di Bukit Kayu Hitam dan juga Jambatan Sungai Golok, Rantau Panjang yang tidak dapat dijayakan sebelum ini, tapi kita tekankan walaupun itu manfaatnya kepada Kelantan. Malah, untuk Kelantan kita yang cadangkan sambung ECRL itu, Kota Bharu ke Rantau Panjang, dengan kos yang agak tinggi kerana kita anggap pembangunan di negeri Kelantan juga pembangunan negara Malaysia. Saya

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

harap Ahli-ahli Parlimen Kelantan lebih bertanggungjawab dalam mengulas hal-hal seperti ini.

[Tepuk]

draft • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Kuala Terengganu.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya ada dua, Arau dan— tapi Arau dah bagi hint, Arau dululah.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Yang pertama sekali, apa— note, note untuk Speaker lah yang mempunyai kuasa mutlak yang luar biasa.

Soalan Putrajaya...

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kuasa mutlak, luar biasa tidak ada Arau.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, okey, okey. Kuasa mutlak.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup setakat kuasa mutlak.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, jangan marah, jangan marah. Mutlak.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak marah, sebab Arau kata ini bukan Parlimen yang bertaraf dunia. Itu saya marah.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kuasa mutlak, kuasa mutlak betul?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, cukup. Yang Berhormat Putrajaya tanya soalan, tapi Yang Berhormat belum tahu soalan tambahan. Soalan tambahan tu penting. Yang itu Yang Berhormat ‘tak tahu lagi yang kami akan tanya.

Penting untuk tanya.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang Arau tanya, sekarang Arau tanya.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang ‘tak boleh tanya sebab dia tidak berkaitan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini soalan tak?

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dan saya tak tahu soalan Putrajaya macam mana. Soalannya ialah Yang Berhormat, yang pertama sekali Yang Berhormat telah sebutkan di sini bahawa ekonomi Malaysia sekarang kukuh dan berdaya tahan. Terima kasih. Kita akan pertahankan. Yang Berhormat boleh tanya Senator Fuziah, bila saya berucap di Azerbaijan, Baku. Saya pertahankan. Mana ada orang lain pertahankan sebab orang lain pun tak hadir. Jadi, saya pertahankan.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Cuma Senator Fuziah yang hadir. Pertahankan kepimpinan PMX. Kami pergi luar negara, kami akan pertahankan negara.

Jadi, itu sebab kami perlukan maklumat. Bukan untuk kita bertelagah. Bagi maklumat Yang Berhormat. Hal ini ‘tak berkaitan, tapi Yang Berhormat kalau boleh jawab, tolong jawablah. Pertama, Yang Berhormat telah jawab tentang Jeneral Rangsee. Yang Berhormat kata ini adalah macam Pejuang, hilang deposit, alright, puas hati. Kami akan kata, lepas ini kata dia tidak berwibawa. Cuma, masalahnya berita yang disebarkannya telah beredar di seluruh dunia termasuk Bloomberg pun telah mengaitkan dengan jeneral yang berkenaan.

Yang kedua Yang Berhormat, ini yang terbaru. Bekas Pengerusi ASEAN, Susilo Bambang, ia juga mengeluar kenyataan yang hampir sama. Yang Berhormat kena bagi maklumat untuk kami pertahankan negara Malaysia yang tercinta ini, walaupun kami dizalimi ‘tak bagi peruntukan, tapi kita akan pertahankan negara ini dengan hebat dan dahsyat. Itu soalan saya ialah, bagaimana kita nak menghadapi tekanan-tekanan ini dan yang terakhir sekali ialah kenapa Perdana Menteri Thailand menolak cadangan Yang Berhormat untuk menghantar lebih ramai tentera pengaman ke Cambodia-Thailand?

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Arau.

draft • 10:20 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Pertama, saya sebut soalan itu jangan dibangkitkan, apa yang Kubang— Kota Bharu sebut tadi. Saya jawab, saya tidak pernah menafikan tiap kali, tapi kalau soalan yang sama saya dah jawab dua kali, saya jawab soalan lain lah. Itu je. Bukan masalah tak jawab dan saya jawab bawa sekali dengan agreement dan baca. Tidak akan memuaskan hati pembangkang. Tak apalah, dia tak akan puas hati, tapi apakah Perdana Menteri elak memberi jawapan?

Saya jawab. Berapa kali? Dua kali.

Kemudian, Menteri MITI jawab, penggulungan pun jawab, then peringkat Jawatankuasa boleh soal lagi. Itu soal dia, tapi nak jadikan isu sekarang ini kalau Perdana Menteri takut ‘nak jawab, saya astagfirullahalazim, seolah— kalau tanggungjawab saya, saya tidak gentar, saya harus hadapi. Ya, senang atau susah.

Itu yang pertama.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Yang keduanya tentang— ya, dalam Malaysia ini kita buat perjanjian. Ada yang tak setuju? Ada. Di Thailand pun begitu, tapi saya berunding dengan siapa?

Dengan Perdana Menteri dan kerajaan lah, okey? Dan kalau ada satu ex-general yang tak pernah menang pilihan raya, bangkitkan, tak apalah itu hak dia, tapi yang kita nak jadikan dia sebagai hero ni yang benda. Ini masalah dia.

[Tepuk] Ini maknanya kutip pandangan di sini. Apa juga Dasar Ekonomi MADANI, kemiskinan, panggillah wakil-wakil pembangkang, ada saja yang bantah, tapi cuma tak adalah famous mereka boleh kutip, dapat perhatian media. Kalau media antarabangsa, macam bawa— memang kejayaan Malaysia pun juga dicemburui.

Kita tahu ya, ada orang tidak senang. Mengapa Malaysia negara kecil dapat perhatian dunia? Ada masalah.

[Tepuk] Saya tak nafikan begitu.

Cuma Perdana Menteri pada ketika itu, Srettha, kemudian Paetongtarn, kemudian sekarang Perdana Menteri Anutin, saya ada hubungi. Bukan sekali- sekala— terus. Yang sekarang ini dia bangkitkan tidak setuju, itu sebab letupan landmine di kawasan yang dia percayai tentera Kemboja terlibat. Jadi, dia kata sementara tak selesai bab itu kita tangguh kelulusan, tetapi dia tidak serang. Ketereh dia tahu dia jadi Jeneral. Di antara tak setuju dengan menyerang itu, dua istilah lain.

Jadi sekarang ini, Panglima Angkatan Tentera kita sedang berunding balik.

Sebab perjanjian dia apa? Saya hafal perjanjian dia. Undur di perbatasan dan selesaikan masalah letupan yang berlaku oleh kena landmine. Itu dalam proses.

Kebetulan seorang lagi mati letupan landmine. Jadi, tentunya kerajaan yang baharu ini yang sebelum tu ada...

[Tidak jelas] Datang. Jadi, tentunya menimbulkan kemarahan orang Thailand. Dia kata, “Apakah perjanjian ini dicabul...”, tapi Perdana Menteri tidak pertikai tanggungjawab kita dan peranan kita.

Saya boleh tunjuk teksnya. Cuma dia kata kena gesa supaya Kemboja juga mematuhi sepenuhnya dan kalau mematuhi sepenuhnya, 18 tahanan di bawah Thailand itu akan dilepaskan semuanya mengikut Perjanjian Damai di antara Thailand dan Kemboja.

Kalau tanya saya, saya doakan bagi selesai. Yang kita nak seronok kalau bergaduh sebab nak tunjuk PMX— Perdana Menteri Malaysia tak berjaya. Ini satu sikap yang sangat merugikan. Doa bagi gagal. Perjanjian itu nak tunjuk Perdana Menteri Malaysia gagal. Saya nak doa bagi aman kerana kalau dia bergaduh kesannya kepada kita.

[Tepuk] Dan keduanya tanggungjawab kita.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Malah sekarang ini, saya masih Pengerusi ASEAN sampai Disember, tapi kedua-duanya masih berhubung dengan kita. Dan saya tugaskan semalam, Panglima Angkatan Tentera segera dapat laporan supaya kita dapat bantu. Itu dia.

Ini soal sekali lagi, Jeneral itu tidak setuju. Saya tidak ada masalah. Beliau sama ada credible atau tidak, tak jadi masalah. Di sini pun ramai tak setuju perjanjian damai. Jadi, apakah nak kutip itu— dia tak setuju sebab apa? Apa dia tak setuju sebab apa? Apa kepentingan dia, ya, sebab apa? Usulnya dari Malaysia. Sama ada perjanjian damai kerana ramai juga yang di Kemboja menganggap Thailand itu agresif. Ada juga yang dari Thailand menganggap Cambodia itu melanggar prinsip.

Sebab itu kita tolong rundingkan.

Tan Sri Yang di-Pertua, kita selaraskan dan saya masih ingat lagi. Bila kita panggil kedua-dua Perdana Menteri, saya panggil kita bertiga, saya kata begini, “Saudara-saudara tentukan apa dia. Saya hanya bantu menjelaskan dan memohon perdamaian.” Dia yang tentukan parameters, bukan kita letakkan syarat dia. Arau kena faham ini. Bukan saya tetapkan syarat-syarat perdamaian. Kita hanya bantu menyelaraskan dan yang bersetuju itu kedua-duanya. Kalau ada pelanggaran, maka timbul masalah. Ini yang terbuka ini baru sekali.

Sebenarnya percaturan itu berulang kali berlaku, bukan sekali. Sejak perjanjian damai di Malaysia, berulang kali masalah itu berbangkit...

draft • 10:30 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

...Itu, tapi saya harap benar supaya perkara ini dapat dikekalkan.

Soal pandangan SBY itu kerana dia bimbang apa yang kita persetuju itu seolah-olah dipaksakan ke atas Indonesia. Tidak benar. Kita bersetuju dengan pengecualian kita. Saya sebut 5.2, 7.3 yang memberi pengiktirafan kepada dasar negara kita, keselamatan negara kita, undang-undang dan peraturan negara kita yang termasuk di dalamnya dasar bumiputera, dasar memelihara kepentingan tempatan. Ini yang dikemukakan.

Tidak ada masalah orang kurang bersetuju dengan— kita kena dalam negara pun ada yang tidak setuju, tidak ada masalah. Dalam Jemaah Menteri pun perbincangan yang panjang dan perbahasan yang hangat sebelum dapat dimeteraikan keputusan akhir. Terima kasih, Arau. Semoga dengar baik-baik, Arau.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Betong.

draft • 10:30 AM

Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah menjelaskan mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI ini.

Jadi, soalan tambahan daripada Betong adalah, apakah status berhubung keputusan kehakiman terkait tuntutan Kerajaan Negeri Sabah? Dan, adakah ia akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada perancangan Dasar Ekonomi MADANI secara keseluruhan pada tahun-tahun mendatang. Sekian, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Betong. Sepertimana saya telah umumkan semalam di Tawau, pandangan peribadi saya tentang 40 peratus menghormati keputusan hakim itu, saya dah suarakan, tetapi dia belum lagi dengar secara rasmi pandangan Peguam Negara kerana keputusan penghakiman hanya siap hari Jumaat. Jumaat petang. Jabatan Peguam Negara memaklumkan mereka akan teliti, maka saya panggil sidang Jemaah Menteri Khas petang ini untuk mendengar dulu pandangan Peguam Negara.

Ada orang tanya, mengapa tak boleh buat keputusan awal? Tak boleh, kita ada proses, Tan Sri Yang di-Pertua. Mana-mana keputusan penghakiman, Peguam Negara itu penasihat kepada kerajaan. Jadi, kita kena dengar. Kemudian Jemaah Menteri bincang dan putuskan, tetapi sebelum itu kita nak jelaskan, Dato’ Sri TPM II mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal. Seperkara ini dibangkit.

Jadi, kalau kata tidak ada rundingan, tidak benar. Ada rundingan.

Dimuktamadkan setelah mesyuarat Perdana Menteri termasuk Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Tidak dapat dimuktamadkan maka disebut interim. Jadi, sebab itulah daripada 50, 26 juta, 150 juta, semasa Bera jadi Pengerusi— Perdana Menteri naik, tapi ini semua kerajaan dulu terlibat. Jangan tidak mudah jadi isu politiknya.

[Ketawa] Kerajaan dulu terlibat. Berapa orang yang pernah jadi Menteri-menteri dan Perdana Menteri sebelum ini.

Cuma setelah saya diperingatkan oleh Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah, saya fikir wajar diberi pertimbangan serius. Maka kita naikkan sekarang ke 600 juta. Itu pun disebut interim sebagai sementara kerana melihat pada peruntukan daripada negara. Itu ada— akan juga dibincang dalam Jemaah Menteri. Apa dia hasil daripada Sabah yang 10 bilion kita perincikan? Apa dia RM17 bilion yang dibelanjakan? Kerana ada yang di Sabah tanya, apa dia.

Baik, ada yang peruntukan-peruntukan memang syarat Kerajaan Persekutuan— yang pendidikan, kesihatan, pertahanan, tetapi pembangunan kita

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

boleh kurangkan. Kalau isunya, isu 40 peratus, kita kurangkan pembangunan, kita tampung di 40 peratus kepada negeri. Sebab itu saya katakan, keputusan kita harus dilihat keseluruhannya, keupayaan. Tak perlu ada pertelagahan kerana Kerajaan MADANI setuju untuk menerima kenyataan 112C, D, setuju pada prinsip dia. Dan mula, dah mula berunding pun. Cuma kita kena lihat keseluruhannya dan bila boleh berunding.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kota Kinabalu mengatakan— mandamus maknanya terpaksa mulakan rundingan. Cuma sekarang ini kerajaan sementara (interim government), kita tak boleh berunding. Jadi, tubuhnya kerajaan, mungkin minggu pertama bulan Disember, kita— saya akan arahkan supaya menyegerakan rundingan. Baik, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya berikan kebenaran khas ya, kebenaran khas kepada Kuala Terengganu. Silakan.

draft • 10:40 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Ya. Terima kasih Tan Sri yang sangat tinggi budinya. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, pertamanya Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa sehingga kini jurang pendapatan antara kaum masih ya lah, belum seimbang sepenuhnya. Data ini menggambarkan masih banyak yang perlu dilaksanakan. Saya agak khuatir dengan unjuran pertumbuhan ekonomi mengikut wilayah yang disebutkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang mana menunjukkan wilayah-wilayah tertentu sangat jauh kadar pertumbuhannya berbanding dengan wilayah-wilayah lain.

Adakah Dato’ Seri boleh mempertimbangkan dasar yang lebih agresif bagi membolehkan semakan dilakukan terhadap unjuran pertumbuhan yang berkenaan disertakan dengan langkah-langkah yang lebih agresif di dalam memastikan supaya tidak selepas tempoh lima tahun dengan unjuran yang begitu jauh yang dijangkakan sekiranya berterusan akan semakin besar jurangnya? Antara lain termasuklah kemungkinan-kemungkinan untuk memindahkan sektor-sektor tertentu yang sebelum ini dipusatkan di mungkin di Lembah Klang barangkali boleh berdasarkan kelebihan yang ada di wilayah-wilayah berkenaan dipindahkan di wilayah berkenaan.

Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan, Perdana Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Kuala Terengganu. Saya ingat soalan itu memang tepat kerana menunjukkan keprihatinan kita supaya dalam

draft • 10:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

konsep MADANI itu dia mesti lebih seimbang dan lebih adil. Maka dari angka-angka yang dari DOSM baru-baru ini, kesenjangan di antara pendapatan di antara kaum itu masih belum dapat diluruskan.

Sebab itu kita ambil langkah-langkah dan saya percaya dalam kajian tahun depan keadaan akan berubah. Pertama, kerana kita naikkan gaji penjawat awam.

Kedua, melalui STR dan ketiga, melalui kenaikan gaji minima itu akan memberikan sedikit perubahan. Dan berikutnya ialah kerana beberapa program bumiputera termasuk latihan— peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan TVET dan pendidikan yang memberikan ruang supaya bumiputera dapat bersaing dengan lebih adil.

Keduanya, yang dibangkitkan oleh Kuala Terengganu ialah tentang pengagihan kawasan-kawasan wilayah yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih segar. Saya telah maklumkan di Dewan Rakyat, dalam tiap kunjungan saya umpamanya, kita bangkitkan. Sebab itu saya sebut inland port di Perlis.

Manakala bila perbincangan di Laos dan Cambodia, kita bicarakan tentang keperluan inland port itu dimanfaatkan dan ini on record. Saya juga seolah bercakap bagi pihak Perlis.

Kulim Hi-Tech tentunya menjadi pusat tumpuan kita. Kemudian sekarang ini berkembang di Johor, sangat pesat. Di Pahang umpamanya baru-baru ini, di Korea, JS Link mahu melebarkan rare-earth. Ini penting kerana ada orang menganggap kerana perdamaian, Arau ya seolah-olah perdagangan itu menyekat nadir bumi hanya kepada Amerika Syarikat. Tak betul, sebab saya dalam rundingan dua minggu lalu di Korea, itu kita berikan ruang kepada JS Link buka rare-earth tambahan super magnet di Pahang.

Ini setelah ditandatangani perjanjian dengan Presiden Donald Trump. Begitu juga dengan Premier Li Qiang. Saya mengusulkan supaya pelaburan China bersama Khazanah mengenai rare-earth itu dipercepatkan. Ia tidak menghalang sama sekali.

Jadi, maknanya kita lebarkan. Jadi Kelantan, ROHM umpamanya bila jumpa saya, beritahu apa juga insentif dan kelonggaran yang kita boleh berikan supaya dikembangkan fasiliti ROHM ini di Kelantan. Jadi, saya setuju. Maknanya negeri- negeri juga harus ambil tindakan-tindakan yang lebih agresif untuk menjana pertumbuhan ekonomi di negeri masing-masing.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita bergerak kepada soalan 2. Saya jemput Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa, Tampin.

draft • 10:40 AM

2. Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa [Tampin]: Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tampin minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah terkini hasil rampasan dan kutipan penalti yang diperolehi oleh semua agensi penguat kuasa kerajaan serta langkah-langkah yang diambil dalam memperkukuh usaha membanteras ketirisan hasil. Tan Sri Speaker, kami mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kedatangan KEKAF FAMA ke Dewan Rakyat. Terima kasih, Tan Sri Speaker.

[Tepuk]

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Perdana Menteri.

draft • 10:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Tampin. Ini bagi saya satu perkembangan yang sangat bermakna kerana Kerajaan MADANI telah memberikan ruang yang cukup luas, wewenang secukupnya kepada badan-badan agensi-agensi terlibat. Dulu semua bekerja silo. SPRM asing, LHDN, PDRM, KPDN. Saya kata gabungkan semua share maklumat, ambil tindakan yang tegas, tanpa kira pengaruh dan kedudukan. Kartel- kartel besar, kes-kes penyeludupan besar, syarikat-syarikat scammer yang beroperasi puluh tahun dan diketahui, tapi tak berani ambil tindakan kerana mereka terlalu kuat, terlalu berpengaruh dan banyak dana sebab tahu kedudukannya.

Jadi, saya tentunya mengucapkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada SPRM, LHDN, KPDN, PDRM kerana sekarang ini telah menunjukkan ketegasan dan keberanian mereka. Tan Sri Yang di-Pertua, dia tidak mudah. Dia bertempur dengan syarikat-syarikat besar, kartel-kartel berpengaruh bukan sahaja di Malaysia, tapi di rantau ini. Dia memerlukan dukungan dan tekad politik yang tegas.

Sebab itu dari akhir tahun 2023 sehingga 2025, kita dapat elakkan daripada ketirisan, rasuah, penyeludupan, itu RM15.5 bilion.

Bayangkan, makna ketirisan itu berlaku begitu banyak. Kita bertempur di sini riuh-rendah bunyi hebat belaka, tapi kita izinkan. Berapa ramai yang dalam pemerintahan dulu. Ini semua berlaku bukan tahun ini, bukan tiga tahun ini, lima tahun, 10 tahun yang lalu. Ada syarikat 20 tahun dah beroperasi yang sama.

Rampasan demi— sakauan penyakau ini penuh dan dibiarkan dan bila kita sebut dia kata ini dendamlah, ataupun pun ambil— tak, ada bukti ambil tindakan.

Saya tak tahu, saya tak kenal kepala-kepala samseng ini semua, tetapi kontrol. Pelabuhan Klang ada kumpulan. Bukan tahun ini Tan Sri Yang di-Pertua, 20 tahun dibiarkan. Sebab itu, kita boleh kumpul RM15.5 bilion. Di Dewan ini, Arau ya, walaupun ditanya oleh Tampin, tapi banyak dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk sebelah sana. Sebab itu saya jawab, ini sebenarnya jawab juga soalan-soalan mereka bangkitkan.

draft • 10:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Pertama, saya katakan pasukan khas multiagency ini ditubuhkan dengan mandat penuh, no compromise to smuggling dan scammers. Dan apakah sudah ada pendakwaan? Ya, lebih 20 kes pendakwaan yang juga dilaporkan di media. Jadi, peringkat sekarang yang saya sebut RM15.5 bilion ini, apa peringkatnya? Peringkat perampasan ataupun recovery. Kita ambil daripada dana yang haram umpamanya smuggling, rampas. Itu jumlah dia tunai dan harta tanah, saham syarikat, gedung- gedung pelbagainya. Itu RM15.5 bilion.

Dan kerana hal ini sebahagian kes sebelum pertuduhan dia dua. Soal recovery itu lebih mudah, pertuduhan itu mengambil sedikit masa, tapi tidak ada masalah kerana dalam kes jenayah ini, dia ada— tidak ada limitation period, had masa.

draft • 10:40 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Baik, dari mana wang-wang ini? Itu Ahli-ahli Yang Berhormat minta diperincikan. SPRM mengumpul jumlah nilai lucut berjumlah lebih RM8 bilion. Ini dibangkitkan— dendamlah, tak dendamlah. RM8 bilion balik pada kerajaan. Masuk di mana? Masuk tabung kewangan, Kementerian Kewangan melainkan kalau harta- harta milik itu mengambil masa, nak lelong dan sebagainya.

PDRM, tahniah. Nilai rampasan hasil penyitaan hampir RM4 bilion.

Kastam Diraja Malaysia, menumpaskan sindiket penyeludupan haram, sindiket haram dan penyeludupan. Nilai rampasan RM2.5 bilion.

KPDN dan Kos Sara Hidup bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia, kutipan penalti RM1 bilion.

Tan Sri Yang di-Pertua, Multi-Agency Task Force ini bekerja bersungguh- sungguh, tetapi persoalan Ahli-ahli Yang Berhormat semuanya harus tahu, mengapa hal ini diizinkan berlaku, berjalan selama puluhan tahun.

[Tepuk] Dan apa bedanya dengan Kerajaan MADANI? Kita minta ambil tindakan yang tegas.

[Tepuk] Dan apa yang kita salute? Kita salute pada badan ini kerana mengambil tanggungjawab dengan berani dan tegas dan kita harus berikan pengiktirafan kepada mereka.

[Tepuk] Tentunya kita kena jalankan melalui satu sikap yang jelas ya. Kalau tak rasuah, kalau tak ada tamak haloba ya, cakap boleh cakaplah ya, tapi saya tanya, mengapa tak boleh buat dulu, mengapa boleh biar? RM15 bilion dalam 2 tahun. Ini bukan small number dan sedang— pagi tadi saya bermesyuarat, ada lagi ini. Dan saya kata mesti terus, biar negara ini bersih daripada rasuah dan penyeludupan.

[Tepuk]

draft • 10:50 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dan tentunya langkah-langkah keselamatan baharu ditambah, digital text stamps, centralized screening complex, CCTV, body-worn camera, mesin pengimbas kargo. Kerana yang masuk umpamanya e-waste itu, kargo besar, dia masuk menyeludup, bukan tak ini— bertahun-tahun Tan Sri Yang di-Pertua. Kalau jarum diseludup, saya tahu susah sikit, tapi ini kontena boleh diseludup. Diseludup keluar, diseludup masuk ya. Dan ini bukan baru, tapi berlaku berpuluh- puluh tahun dan diizinkan oleh pihak-pihak tertentu.

Jadi sebab itu, kita minta Ahli-ahli Yang berhormat bagilah penghargaan kepada rakan-rakan kita ini.

[Tepuk] Saya tidak fikir dia satu kerja yang mudah. Ini risiko pada keselamatan mereka kerana kumpulan-kumpulan kongsi gelap dan gengster dan scammer ini berpengaruh— mempunyai dana.

Ada kes tentang satu sindiket haram penyeludupan bila PDRM dan task force ini masuk, rupa-rupanya mereka juga terlibat dalam tiga kes pembunuhan yang tidak dapat dikesan sebelumnya.

[Tepuk] Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, saya terima kasih Tampin dan ini penjelasan berdasarkan angka-angka yang saya dah berikan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan Tampin? Silakan.

draft • 10:50 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dah, tak ada dah.

draft • 10:50 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua agensi penguat kuasa kerajaan yang telah terlibat dalam membanteras ketirisan. Tahniah juga kepada Yang Amat Berhormat PMX dan seluruh pimpinan kerajaan kerana mempunyai tekad politik yang jitu untuk menutup ruang-ruang ketirisan dengan menumpukan kepada penguatkuasaan yang berkesan. Kini segala kerja keras tersebut telah membuahkan hasil.

Soalan tambahan saya kepada Yang Amat Berhormat. Secara dasarnya, apakah perancangan kerajaan dan ke manakah akan dibelanjakan segala hasil rampasan serta kutipan penalti tersebut? Dan selain daripada tindakan penguasaan yang sedang ditekankan pada masa ini, apakah langkah yang sedang diusahakan untuk menutup terus kelemahan tatakelola yang telah menyebabkan ketirisan selama ini? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:50 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Perdana Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih. Saya, terima kasih kepada Tampin, tetapi saya nak jelaskan, ya. Bila saya ambil keputusan untuk memberi arahan yang jelas, tentunya saya maklum kepada Jemaah Menteri...

draft • 10:50 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dan saya terpaksa panggil, ada satu ketika dalam beberapa bulan peringkat awal kerana masalahnya terlalu rumit. Saya adakan perjumpaan hampir tiap minggu dengan SPRM, LHDN, JPJ, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), AMLA, LHDN, kastam dan juga jenis agensi-agensi yang terlibat, untuk memberikan mereka keyakinan bahawa pimpinan kita tidak akan compromise.

Dan kita akan protect mereka dan apa yang mereka perlukan kita akan sediakan. Itu nak tunjukkan bahawa kita boleh baca di sini senang, tetapi sebenarnya tidak.

Dan saya dengar juga apa yang mereka sebut sebagai risiko keselamatan dan permasalahan yang mereka hadapi, tetapi sebab itu saya berulang kali menyatakan penghargaan yang sangat tinggi dan luar biasa kerana mereka memberikan satu khidmat yang besar kepada negara kita.

Apakah dana ini— dana ini untuk apa? Dana ini masuk consolidated fund.

Melainkan yang masih dalam aset. Aset itu sebahagiannya masih belum dibawakan untuk dipulangkan kepada kerajaan, tetapi yang tunai telah masuk. Jadi tentunya akan kita belanja ikut takrifan belanjawan nanti untuk pendidikan berapa, untuk pertahanan berapa, untuk kesihatan berapa. Jadi jangan bimbang, wang itu tidak tercicir, wang itu keseluruhannya on record dimasukkan kesemuanya. Dan saya nak maklumkan di sini, dalam mesyuarat— mereka, pada satu peringkat beberapa bulan itu saya hadir tiap minggu. Sekarang ini mereka hanya lapor berkala pada saya.

Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tanjong Karang.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Mas.

draft • 10:50 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Tanjong Karang mengambil kesempatan untuk turut sama merakamkan ribuan terima kasih, tahniah dan syabas di atas usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia (PMX), kerana telah berjaya menarik atau mengembalikan lebih kurang RM15 bilion ketirisan yang telah berlaku selama ini.

Unjuran dari itu, saya ingin minta sedikit pencerahan berkenaan dengan dana 1MDB, yang mana dilaporkan lebih kurang RM52.7 bilion telah dikembalikan ke dalam negara. Jadi saya minta pencerahan berapakah sebenarnya yang telah masuk ke dalam akaun pemulihan aset negara? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Perdana Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Tanjong Karang. 1MDB ini pada peringkat akhir, masih ada kemasukan baru-baru ini.

draft • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Saya tidak dapat teka berapa jumlahnya, tetapi mencecah lebih RM1 bilion tambahan daripada dulu dan proses ini masih diteruskan di Switzerland, di London dan ada Jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk mengendali dan mungkin saya akan berikan keterangan terperinci kalau diperlukan secara bertulis nanti...

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

...Akan tetapi yang kita tumpukan dalam hal ini, selain 1MDB ialah jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, e-dagang, pinjaman tidak wujud (loan scam), pelaburan tidak wujud (investment scam), penipuan cinta (love scam), semua masuk dalam kategori itu termasuk penyeludupan dan juga sindiket.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tanjong Piai.

draft • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Amat Berhormat, soalan tambahan saya. Mengapakah usaha penguatkuasaan sebegini yang menyelia hasil rampasan dan penyitaan yang nilai tinggi tidak dilaksanakan sebelum ini?

Yang kedua, bagaimana pula hukuman kepada pelaku-pelaku jenayah ini?

Sama ada tindakan mahkamah telah dibuat dan hukuman telah dijatuhkan terhadap mereka? Sekian, terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Perdana Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, usaha penguatkuasaan ini telah ditingkatkan dalam dua tahun yang lalu, tetapi akan tentu diteruskan. Jadi, kalau tanya, apakah penguatkuasaan ini dijalankan? Dijalankan. Kalau tidak ada penguatkuasaan berkesan, tak dapat RM15 bilion ini. Penguatkuasaan tegas dan berani dan setakat yang saya tahu ini paling efektif, berkesan dalam sejarah.

Saya belum tahu, tengok rekod rampasan dan daripada penyeludupan dan lain-lain yang saya sebutkan itu sehingga mencecah RM15.5 bilion, saya belum pernah lihat. Jadi, sebab itu saya beri penghargaan khas kepada badan-badan penguatkuasaan tersebut.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Baik, sama ada didakwa, saya katakan lebih 20 kes sudah didakwa, tapi masih dalam proses mahkamah. Ada yang ya, prosesnya proses mahkamah. Saya belum tahu statusnya, tapi dia akan mengambil masa, tapi apakah akan didakwa sepenuhnya? Saya katakan tadi, fasa pertama kita sita dan rampas, fasa kedua baru disiapkan kertas untuk pendakwaan. Itu akan diputuskan oleh Peguam Negara.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, juga peluang khas kepada Langkawi.

draft • 11:00 AM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Terima kasih Tan Sri di-Pertua.

Yang Amat Berhormat Tambun, saya ingin bertanya dan saya telah bertanya banyak kali dalam Dewan semasa saya menjadi Senator dan saya yakin dan percaya Yang Amat Berhormat Tambun adalah orang yang boleh buat benda ini, yang saya yakin berani. Dan saya juga nak mengucapkan tahniah, terima kasih.

[Tepuk] Pada kakitangan PDRM, SPRM, kastam yang telah pun mengumpul lebih RM15 bilion tersebut.

Yang Amat Berhormat, dadah telah menjadi satu penyakit sekarang ini yang amat berbahaya, khususnya di tempat saya di Langkawi yang baru-baru ini 300 kapal pecah pula masuk Rohingya dan kita tidak ada satu peruntukan khas bagi membanteras dadah ini kecuali yang diberikan kepada AADK.

NGO-NGO yang secara sukarela, ikhlas membantu anak-anak dadah ini sangat miskin NGO-nya. Saya tahu sebab saya 12 tahun di dalam PEMADAM sebagai Timbalan Yang di-Pertua.

[Tepuk] Yang Amat Berhormat PM, saya telah pun memohon supaya hasil daripada rampasan di bawah Akta Dadah Berbahaya ini diambil 10 peratus saja walaupun dimasukkan ke dalam Consolidated Fund, tapi ada caranya, Yang Berhormat. Yang Berhormat boleh buat. Yang Berhormat boleh merubah Financial Procedure Act 1957 itu. Boleh ditukar. Masukkan sedikit clause kerana soal dadah ini adalah soal yang amat-amat kritikal, Yang Amat Berhormat Tambun.

Jadi, saya memohon sangat-sangat supaya diambil 10 persen saja daripada RM2.5 bilion yang ditangkap oleh kastam dan saya percaya PDRM dan kastam saja duk ada RM6.5 bilion dan saya mohon sangat-sangat Yang Amat Berhormat supaya membantulah mereka-mereka ini. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sama. Silakan, Perdana Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Langkawi. Bunyi positif.

Nampak bagi sokongan padu, nampak itu.

[Tepuk] Ini belanjawan kena undi lah kalau gitu. Terima kasih.

Baik. Angka daripada yang saya perolehi daripada PDRM, rampasan dadah itu mencecah RM2 bilion, tapi RM2 bilion itu harga dadah, tapi kita kena lupuskan.

Saya telah cadangkan supaya keperluan syarikat-syarikat perubatan umpamanya Pharmaniaga dan Duopharma harus dilihat mungkin sebahagiannya boleh dijual ke situ, tetapi kebanyakan itu dilupuskan. Yang diperoleh itu hanya mungkin mencecah hanya puluhan atau ratusan juta.

Saya setuju, saya akan bagi pertimbangan. Saya akan cadangkan supaya kalau tidak 10 peratus, sekian beberapa peruntukan untuk dibelanjakan dari segi pemulihan dadah, sama ada melalui NGO ataupun negara-negara lain. Itu cadangan baik, saya akan teliti. Terima kasih. Boleh jawab macam itu, okey, kan Langkawi, setuju? Baik, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, sebab dadah tak boleh jual untuk buat duit. Baik.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat satu, satu Yang Berhormat Speaker. Speaker, satu, satu je.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak boleh, tak boleh. Dah empat dah tadi. Silakan Setiausaha.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 11:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput yang pertama Tuan Chiew Choon Man, Miri.

draft • 11:00 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 1.

draft • 11:00 AM

1. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, sama ada kerajaan dapat memperbaiki dan menaik taraf bahagian Jalan Kuala Baram bypass Miri yang terdapat di antara Sungai Baram dan Institut Latihan Perindustrian Miri yang berada dalam keadaan yang teruk.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Baik, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat yang bertanya.

draft • 11:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Miri, Kementerian Kerja Raya sentiasa berusaha dari semasa ke semasa untuk memastikan Jalan Persekutuan di negara ini berada dalam keadaan selamat dan selesa.

Dan merujuk kepada jalan Kuala Baram bypass Miri dari Sungai Baram hingga ke Institut Latihan Perindustrian Miri seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat, dimaklumkan bahawa terdapat dua projek Kementerian Kerja Raya di sepanjang jajaran tersebut.

Sebahagian dari jajaran jalan ini terletak di bawah projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB) yang kini sedang dalam proses perolehan tender oleh JKR Sarawak dan dijangka mula pelaksanaan pada suku pertama tahun 2026. Dan projek LTB dengan panjang keseluruhan 4.95 kilometer ini dirancang bagi meningkatkan tahap infrastruktur jalan raya serta memperkukuh rangkaian pengangkutan darat di wilayah utara Sarawak.

Sebahagian lagi jajaran jalan sepanjang 9.7 kilometer merupakan laluan red line di mana kerja-kerja penyenggaraan dilaksanakan oleh syarikat konsesi menyenggara Jalan Persekutuan bermula satu tarikh 1 Jun 2025. Jadi, jajaran jalan menuju ke Kuala Baram ini pada asalnya adalah jalan negeri dan kemudiannya telah ditukar milik kepada Jalan Persekutuan memandangkan peranannya sebagai penghubung utama antara Malaysia dan negara Brunei Darussalam.

Dan bagi menaik taraf laluan melalui red line ini, kementerian sedang berusaha melaksanakan kerja-kerja menaik taraf struktur jalan yang semakin uzur.

Dan keadaan ini berpunca daripada pertambahan jumlah kenderaan termasuklah kenderaan berat dan muatan berlebihan. Memandangkan jalan ini menjadi penghubung utama antara kedua-dua negara, usaha menaik taraf adalah penting bagi menjamin keselamatan, keselesaan dan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya.

Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, di bawah skop kerja penyelenggaraan rutin, pihak konsesi yang dilantik perlu melakukan rondaan pemeriksaan rutin Jalan Persekutuan dengan kekerapan dua kali seminggu. Dan ini adalah untuk memastikan jika terdapat sebarang kerosakan jalan seperti jalan berlubang, kerja tampalan lubang hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selaras dengan dasar Kementerian Kerja Raya yang melancarkan Dasar Sifar Lubang atau zero pothole di Jalan Persekutuan seluruh negara.

draft • 11:00 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Dasar ini menetapkan supaya lubang jalan perlu ditampal atau diambil tindakan oleh syarikat konsesi dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Penalti akan dikenakan terhadap syarikat konsesi sekiranya tindakan yang diambil melebihi dari tempoh tindakan yang ditetapkan. Dan kerja penampalan lubang ini merupakan langkah awal bagi tujuan keselamatan pengguna jalan raya sebelum kerja-kerja turapan kekal dilaksanakan.

Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi membaik pulih jalan- jalan dalam status kritikal, Kementerian Kerja Raya menyediakan program penyelenggaraan turapan berdasarkan notis kerosakan atau Notice of Defects yang disediakan oleh syarikat konsesi penyelenggaraan. Melalui NoD: Notice of Defects ini, Kementerian Kerja Raya akan menyenaraikan program penyelenggaraan turapan ini mengikut keutamaan dan keperluan mendesak untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan bagi kelulusan peruntukan.

Dan kementerian ini akan dapat memantau dan memberi lebih perhatian terhadap aduan-aduan kerosakan jalan dari pengguna jalan raya Persekutuan, seterusnya dapat memberikan perkhidmatan penyelenggaraan dengan lebih baik dan berkesan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Miri.

draft • 11:00 AM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Soalan saya seterusnya adalah, berkenaan tentang status pelaksanaan projek Menaiktaraf Bulatan Pujut 3, Jalan GK kepada persimpangan lampu isyarat serta menaik taraf Jalan Bulatan Puchong, Sungai Lutong Lorong dari bulatan Saberkas Pujut ke persimpangan Pujut 7, memandangkan Jalan Kuala Baram bypass juga akan terus sambung ke jalan utama Persekutuan ini iaitu Jalan Pujut. Mohon pencerahan tentang status projek ini.

draft • 11:00 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Itu berkenaan dengan apa, di lokasi Bulatan Pujut, Bulatan GK. Tuan Yang di-Pertua, saya telah tiga kali melawat ke tempat itu. Dua kali bersama Yang Berhormat juga, saya tahulah isu di sana. Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek naik taraf Bulatan Pujut 3 ataupun Bulatan GK iaitu kepada persimpangan lampu isyarat serta menaik taraf Jalan Bulatan Puchong – Sungai Lutong, lorong dari Bulatan Saberkas/Pujut ke persimpangan Pujut 7, Bahagian Miri diluluskan kepada Kementerian Kerja Raya di bawah Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kedua Belas.

draft • 11:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, skop projek ini meliputi siasatan tapak (SI) ya, kajian impak trafik dan ukur tanah. Sehingga kini, skop bagi kerja SI telah diselesaikan dan dilaksanakan pada bulan November 2024. Jadi, manakala kajian impak trafik dalam— sekarang dalam menyediakan penyediaan laporan akhir kajian oleh perunding yang dilantik sebelum dikemukakan kepada pihak kementerian. Jadi selain itu, bagi kerja ukur tanah pula dalam proses tender semula iaitu pada bulan Oktober 2025 disebabkan tarikh sah laku tender sebelum ini telah tamat tempoh.

Jadi, bagi pelaksanaan projek fizikal ya, agensi pusat telah memberikan kelulusan melalui projek menaik taraf Bulatan Pujut 3, Bulatan GK kepada persimpangan lampu isyarat serta menaik taraf Jalan Bulatan Puchong – Sungai Lutong dari Bulatan Saberkas ke persimpangan Pujut 7, Miri, Sarawak pada Rolling Plan 1. Jadi, tadi kerja awalan Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini ya, Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas dengan kos keseluruhan RM70 juta. Jadi, Makmal Pengurusan Nilai Peringkat Kajian Nilai akan dilaksanakan pada tahun 2026 bagi memuktamadkan skop dan kos projek ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kapar.

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Menarik apa yang telah dirancangkan mengikut Jalan Kuala Baram Bypass, Miri. Jadi saya nak bertanya kepada Menteri, oleh kerana Baram Regatta ini sebagai satu tarikan, satu tarikan, tourism dan sebagainya dan juga untuk menghidupkan Sungai Baram itu sendiri.

Jadi, apa cadangan pihak KKR untuk memastikan Miri ini sebagai tourist— tempat landing lah tourist ini supaya dia boleh pergi ke Bario dan Mulu dan sebagainya. Dan Marudi ini 45, 46 kilometer saja, tapi dia punya connectivity tak berapa bagus. So, apa kata naikkan taraf connectivity, jalan connectivity ini supaya Baram Regatta ini, orang Ulu Baram boleh datang, orang luar termasuk orang luar negara boleh datang ke Marudi itu sendiri.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila.

draft • 11:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Syabas Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat ini ada kepentingan, tapi kepentingan bagus untuk rakyat ke sana sebab Marudi tempat kelahiran Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh, baru tahu.

draft • 11:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Ini orang Sarawak jugalah.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat dia orang Selangor, tidak ya?

draft • 11:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Perjuangkan, teruskan perjuangkan Sarawak Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Orang Sarawak ya?

draft • 11:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tan Sri, se-Malaysia.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ha, okey.

draft • 11:10 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, memang jalan Miri ke Marudi itu sekian lamalah dinanti-nantikan oleh rakyat. Sekarang pun dah ada, tapi tak sempurna. Jadi, itu bukan Jalan Persekutuan ya. Itu jalan di kerajaan negeri dan saya boleh kongsikan berita baiklah daripada kerajaan negeri. Baru-baru ini yang Amat Berhormat Premier telah meluluskan jalan, rangkaian jalan dari Miri ke sampai juga ke Limbang ya, yang NCH – Northern Coastal Highway dan juga khususnya ke Miri, eh ke Marudi dan kawasan persekitaran.

Jadi, peringkat kami JKR sekarang melaksanakan Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2. Jadi, bersambung-sambung sampailah ia ke Sabah, Sipitang. Jadi, jangan risau Yang Berhormat, kerajaan negeri dah fokus kepada Marudi juga.

Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.

draft • 11:10 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 2.

draft • 11:10 AM

2. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kesediaan kementerian menyemak semula struktur elaun penyelia dan petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) agar selaras dengan pelaksanaan gaji minimum dan pematuhan kepada Akta Kerja 1955 memandangkan terdapat rungutan bahawa tenaga kerja PDK tidak menerima kadar upah yang setimpal.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan untuk memberi maklum balas kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Mersing pada hari ini, saya juga ingin memohon pertimbangan dan kebenaran Tan Sri Yang di-Pertua untuk saya menjawab soalan ini bersekali dengan soalan lisan oleh Yang Berhormat Parit Buntar bertarikh 2 Disember 2025 kerana menyentuh perkara yang sama.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, Program Pemulihan Dalam Komuniti ataupun PDK dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ataupun KPWKM menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Pertubuhan Sukarela Kebajikan ataupun NGO sebagai satu program berbentuk sokongan, pemulihan dan pembelajaran orang kurang upaya iaitu OKU. Ia merupakan salah satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi OKU.

Program ini mengadaptasi CBR Matrix iaitu satu alat ataupun dengan izin, tools yang dibangunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ataupun WHO untuk membimbing strategi pemulihan berasaskan komuniti ataupun community-based rehabilitation. Itulah CBR tadi, dengan izin. Matrix ini menyediakan satu rangka kerja untuk melaksanakan dan menilai program yang menggunakan sumber tempatan serta penglibatan komuniti bagi menyediakan penyelesaian yang berkesan dari segi kos dan mampan.

KPWKM telah berusaha sebaik mungkin dalam menyokong keperluan pelatih dan petugas di pusat PDK termasuklah menerusi pemberian subsidi untuk bayaran sagu hati. Untuk makluman, bermula Januari 2021, kadar bayaran sagu hati kepada penyelia telah dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500. Manakala petugas PDK juga menikmati kenaikan kadar bayaran sagu hati ini daripada RM800 kepada RM1,200 kepada petugas. Dengan kenaikan ini pada tahun 2025 sahaja, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM140 juta untuk program PDK. Pada masa ini, kerajaan masih mengekalkan kadar bantuan kewangan sedia ada kepada PDK.

Sementara itu, mulai 1 Ogos 2025, Perintah Gaji Minimum 2024 telah berkuat kuasa sepenuhnya iaitu RM1,700 sebulan ataupun RM8.72 sejam kepada pekerja yang layak. Oleh itu, bantuan kewangan kerajaan yang disalurkan pada masa ini bagi tujuan subsidi elaun petugas adalah cukup untuk menampung 126 jam kadar gaji minimum.

Untuk makluman, PDK kebiasaannya beroperasi lima hari seminggu iaitu empat hari di pusat dan satu hari lawatan ke rumah. PDK kebiasaannya beroperasi selama empat jam sehari iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Dalam contoh yang saya berikan ini, PDK beroperasi tidak lebih daripada 23 hari sebulan dengan purata bilangan hari beroperasi adalah antara 21 hingga 22 hari sebulan.

draft • 11:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Sekiranya seorang petugas bertugas selama lima jam sehari dan beliau bekerja sebanyak maksimum 23 hari sebulan, maka kadar elaun per jam yang diterima pada ketika ini adalah masih melebihi kadar minimum iaitu RM8.72 sejam.

Manakala kadar elaun per jam yang diterima pada masa ini oleh penyelia yang bertugas enam jam sehari juga adalah melebihi dari kadar minimum.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, pengurusan PDK diuruskan dan bergerak sebagai sebuah pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan iaitu ROS. Pertubuhan PDK boleh membayar sagu hati petugas dan penyelia PDK dengan kadar yang lebih baik dan tidak semestinya terikat kepada kadar bantuan kewangan kerajaan yang diberikan pada masa ini.

Jadi, ada di antara PDK yang memberikan elaun kepada petugas mereka melebihi subsidi 1,200 sebulan yang diterima daripada kerajaan. Malah, ada yang membayar upah melebihi kadar gaji minimum RM1,700 sebulan dan ini membuktikan bahawa suatu PDK yang juga pertubuhan komuniti boleh bergerak secara fleksibel, kreatif dan menjaga kebajikan petugas dan penyelia mereka tanpa perlu mengorbankan standard perkhidmatan yang diberikan kepada pelatih mereka dan bergantung harap kepada bantuan kerajaan semata-mata. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana ini ada agak detail. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Mersing.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Tan Sri di-Pertua. Sebelum saya bertanyakan soalan tambahan, saya ingin mengalu-alukan rombongan ke Parlimen Malaysia daripada Persatuan Kebajikan Kim Lan Temerloh dan Persatuan Usahawan Asia Pasifik diketuai oleh Dr. Shawn Loh. Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Jadi, berdasarkan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi mengatakan bahawa perkiraan elaun tersebut adalah mengambil kira dari segi jam. Jadi, bila dikira sebagai jam, maksudnya mereka ini lebih elaunnya daripada gaji minima lah.

Maknanya, RM8.72 dikatakan tadi. Tetapi sebagaimana kita sedia maklum bahawa mereka ini bukan sekadar sama ada penyelia atau petugas, mereka bukan sekadar bekerja empat jam sehari. Malah, mungkin lebih pada itu. Kerana selepas waktu di PDK, mungkin mereka kena berurusan di pejabat JKM ataupun berurusan dengan pengerusi dan sebagainya.

Jadi, adakah pihak kementerian akan mempertimbangkan juga untuk mendapatkan gaji minima RM1,700 sebulan, dengan bantuan geran tahunan ini

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

ditambah? Dan adakah pihak kementerian telah mungkin menilai juga dari segi bantuan-bantuan seperti perjalanan, elaun pergerakan dan sebagainya? Sebab untuk setakat ini, saya difahamkan memang tidak ada langsung claim, claim yang dibenarkan kepada— geran untuk pergerakan mereka. Sebab ada juga kursus- kursus yang terpaksa disertai oleh penyelia dan petugas ini.

Dan keduanya, adakah pihak kementerian telah membuat penilaian selepas menyerahkan sepenuhnya PDK ini kepada ROS, maknanya persatuan? Bagaimana keadaan PDK-PDK ini di seluruh negara? Sebagaimana kalau KRT, kita ada KRT aktif, tidak aktif. Selepas pada— mungkin sebab RM6,000 untuk utiliti setahun ini, RM500 sebulan agak sedikit Tan Sri, untuk PDK ini bertahan.

Jadi, adakah pihak kementerian telah membuat penilaian berapa PDK yang selepas pada diwujudkan sistem persatuan ini masih boleh bertahan? Kerana jika mereka ini kaya, mereka tak hantar pada PDK, mereka hantar pada pihak swasta.

Maksudnya, yang hantar pada PDK ini kebanyakannya lah penduduk yang...

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, ringkaskan Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

...Yang kurang kemampuan. Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya nyatakan tadi, PDK ini adalah sebenarnya ia adalah daripada komuniti kepada komuniti. Sebenarnya sebelum 2018, memang PDK semua di bawah kerajaan. Tetapi setelah menerima laporan daripada Audit di atas apa nama, keperluan perkara-perkara dari segi teknikal, adalah eloknya diserah kepada NGO. Dan kita telah memberi subsidi itu dan mengikut apa nama, kadar gaji, kadar gaji minimum, walaupun dia bukan gaji daripada kita ya.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

[Bangun]

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Dan apa yang dinyatakan tadi, kalau keperluan itu ada, sebenarnya PDK itulah menjadi majikannya. Maka, majikan itulah harus bertanggungjawab. Jadi, sebab itu kita katakan tadi, kita beri kepada— kita bagi contoh mengenai jam itu. Bagaimanapun, kita memberi mengikut kadar minima bergantung kepada— mengikut kadar minima gaji dalam kerajaan. Walaupun ianya hanya merupakan elaun ya.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Jadi, PDK bolehlah mengurus cara lain. Mungkin YB nya boleh bantu juga, beri kepada PDK untuk menambah.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Tiada peruntukan, Yang Berhormat.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Itu terpulanglah. Tapi inilah yang berlaku. Kita dulu pun sama. Bila kita dalam— jadi pembangkang pun terpaksa juga beri. Ah, itu cari jalanlah, ya. Terima kasih. Tapi itulah, Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bakri.

draft • 11:20 AM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Yang Berhormat Menteri, selalunya petugas-petugas di PDK ini, mereka dianggap sebagai sukarelawan. Ini jawapan yang selalunya dibagi oleh JKM.

Tapi kita kena faham satu hakikat bahawa walaupun dia sukarelawan, dia berada dalam satu keadaan yang kita kata agak mengelirukan. Di mana pada masa itu— satu masa, kata sukarelawan tetapi mereka dibagi SOCSO dan EPF. Dan kebanyakan petugas-petugas ini, mereka sebenarnya bekerja sepenuh masa. Dan wajarlah kita naikkan ya, gaji atau allowance supaya mereka dapat sekurang- kurangnya ya, menampung sara hidup mereka.

Dan saya nak, nak - apa tu, nak minta penjelasan pada Menteri bahawa adakah kementerian ada hala tuju ataupun cadangan untuk mengurangkan beban atau mengurangkan perbelanjaan dari segi ini? Sebab saya lihat dulu di bawah satu PDK, dia satu petugas kepada lima budak, lima kanak-kanak. Dan dia akan ditambahkan dengan seorang penyelia. Sekarang ini, tugas penyelia diambil alih ataupun disandang secara bertindih oleh salah seorang petugas.

Maka, ada salah seorang petugas itu, selain dia perlu menjaga lima orang kanak-kanak dan dia terpaksa juga mengambil alih dan bertanggungjawab sebahagian daripada kerja-kerja hakiki, kerja-kerja pentadbiran. Ini adalah satu beban tambahan. Maka, saya minta - apa tu, kementerian mengkaji semula dasar ini supaya kita bukan saja tidak boleh menambah beban kerja tetapi kita sebenarnya perlu meringankan bebanan dan tambah kebajikan kepada petugas-petugas ini.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, baik. Soalan itu jelas, silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih juga Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat kata tadi sukarela. Sebenarnya bagi kami, kami membantu untuk memberi, membayar allowance itu. Mereka adalah petugas-petugas pekerja penuh kepada PDK itu. Dan saya ulangi, PDK merupakan

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

majikan mereka. Kami bukan majikan. Tapi sebagai kerajaan yang berkomited dan bertanggungjawab, kita membantu untuk memberi elaun ini.

Malah, apabila ada kenaikan kadar gaji minimum dalam kerajaan pun, kita tambahkan lagi. Itulah mula-mulanya daripada RM800, naik kepada RM1,200. Lepas tu, kita juga beri kepada petugas mereka RM1,700 berdasarkan kepada gaji minima.

Walaupun ini bukan gaji, bagi kami ya. Ia lebih juga kepada elaun. Ini juga kita membantunya.

Jadi, adalah perlu dibetulkan, mereka bukan sukarelawan. Mereka lah petugas kepada PDK itu dan perlu diberi gaji sepertimana yang harus dibayar oleh PDK. Dan mereka boleh meningkatkan lagi, menaikkan lagi gaji. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya difahamkan Sandakan tidak berada di dalam Dewan. Maka, saya terus kepada Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Gua Musang.

draft • 11:20 AM

[Soalan No. 2 - YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) tidak hadir]

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan saya nombor 4.

draft • 11:20 AM

4. Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim [Gua Musang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah mekanisme kementerian bagi memastikan kontraktor yang melaksanakan kerja-kerja pembinaan jalan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama

(LTU) bagi kesemua pakej di negeri Kelantan dapat mematuhi garis panduan keselamatan di tapak pembinaan dan di persekitaran kawasan pembinaan.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Gua Musang, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya seperti telah disebut selama ini, sentiasa menekankan aspek keselamatan di tapak pembinaan dan persekitarannya dalam setiap projek. Termasuklah bagi pelaksanaan kerja-kerja pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di Kelantan ya.

Bagi memastikan pematuhan kontraktor terhadap garis panduan keselamatan, beberapa mekanisme utama telah dilaksanakan. Dan antaranya itu, mengikut kehendak kontrak dan spesifikasi keselamatan. Setiap kontraktor diwajibkan mematuhi syarat-syarat keselamatan yang digariskan dalam dokumen kontrak, termasuklah seksyen 21 – Environmental Protection and Enhancement

draft • 11:27 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Works serta seksyen 22 – Specifications for Occupational Safety and Health in Engineering Construction Works 2019, yang merujuk kepada pelbagai akta, peraturan, kod amalan dan garis panduan keselamatan pekerjaan di bawah seliaan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA), Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA) ya, serta garis panduan keselamatan yang berkaitan.

Yang kedua iaitu pemantauan dan penguatkuasaan berjadual. JKR melaksanakan pemeriksaan tapak secara berkala melalui pegawai penguasa, jurutera perunding dan safety and health officer yang dilantik bagi memastikan pematuhan berterusan.

Dan ketiga iaitu laporan dan audit keselamatan. Kontraktor diwajibkan mengemukakan laporan berkala berkaitan pelan keselamatan, insiden serta langkah mitigasi yang diambil. Dan audit keselamatan turut dilaksanakan dari semasa ke semasa, termasuklah audit keselamatan peringkat empat yang dilaksanakan semasa fasa pembinaan.

Dan yang keempat itu berkaitan dengan tindakan penguatkuasaan.

draft • 11:27 AM

Menteri Kerja Raya - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Sekiranya kontraktor gagal mematuhi garis panduan keselamatan, JKR selaku agensi pelaksana berhaklah mengenakan arahan pembetulan, amaran gantungan kerja sementara sehinggalah denda atau tindakan lebih tegas berdasarkan terma kontrak dipatuhi. Dan dengan mekanisme ini, Kementerian Kerja Raya dapat memastikan tahap keselamatan pekerja, pengguna jalan raya serta masyarakat setempat sentiasa terpelihara sepanjang pelaksanaan projek LTU di Kelantan ini. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

[Bangun] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor)

draft • 11:30 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Gua Musang, soalan pertama.

draft • 11:30 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Okey, terima kasih Timbalan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya soalan yang saya bangkitkan tadi adalah rentetan daripada soalan ataupun perbahasan sebelum ini.

Isunya selain daripada aspek pematuhan keselamatan, apa yang kita dapati di sepanjang jajaran pembinaan LTU di negeri Kelantan ini terdapat kesan-kesan

draft • 11:30 AM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

sampingan lain, terutamanya banjir kilat kepada penempatan-penempatan di kawasan FELDA Chiku contohnya.

Jadi, kita memahami di pihak kementerian dengan kaedah-kaedah yang dilaksanakan, cuma apa yang dipersoalkan ialah sejauh mana kontraktor pelaksana memahami ataupun mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Jadi kita juga memahami dan kita dapat dimaklumkan bahawa satu daripada pakej yang terdapat dalam negeri Kelantan itu akan berlaku penamatan dalam masa terdekat difahamkan dalam kawasan bandar Gua Musang. Dan sedia maklum selalu berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk di kawasan bandar.

Jadi, sebelum ini pada musim perayaan ada laluan alternatif dari balai polis ke Jalan Pulai. Jadi soalan tambahan saya, adakah kementerian bercadang untuk nak memastikan jalan alternatif tersebut selamat dilalui kepada kenderaan- kenderaan berat kerana kita tahu jalan belakang tu terlalu sempit dan tidak ada bahu jalan dan kenderaan berat tidak melalui jalan tersebut. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey, terima kasih. Yang bab pertama tadi kena dengan banjir dan sebagainya, kami sentiasa memantaulah Yang Berhormat apabila mana-mana jalan itu dilanda banjir dan sebagainya. Memang ada SOP lah, Standard Operating Procedure, bagaimana JKR akan memastikan jalan itu selamat diguna pengguna. Jalan yang disebut tadi ada mungkin kalau saya tak salah, kebanyakan itu berkaitan dengan apa LTU Seksyen 3B yang 3C lah kan, yang jalan alternatif empat kilometer. So, saya ada maklumat tambahan.

Okey, yang empat kilometer ini jalan alternatif. Jadi untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, jalan dimasukkan ialah Jalan Pulai yang merupakan sebahagian daripada laluan persekutuan FT08 dari Gua Musang ke Kuala Lumpur ya, ya okey yang meliputi jajaran dari persimpangan lampu isyarat IPD Gua Musang hinggalah ke Simpang Kuala Lumpur - Kampung Pulai.

Di dalam pelaksanaan projek LTU ini, Seksyen 3B, 3C laluan ini telah dijadikan sebagai jalan alternatif. Jadi susulan penutupan sebahagian jalan utama di hadapan Taman Wangi hingga ke simpang Hospital Gua Musang, Yang Berhormat betulkan? Ya, jadi bagi tujuan tersebut, kerja-kerja pelebaran Jalan Pulai widening yang Tuan Yang di-Pertua telah dilaksanakan di bawah skop projek LTU Seksyen 3B dan 3C pada tahun 2021 dulu ya, dengan kos sekitar RM2.25 juta termasuklah penyediaan bahu jalan dengan lebar purata antara satu hingga dua meter.

draft • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tidak ada bahu Yang Berhormat, ya. JKR jajahan Gua Musang turut melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan permukaan ataupun resurfacing. Jadi secara berfasa selepas pelebaran tersebut. Jadi secara keseluruhannya jalan alternatif ini telah dinaik taraf dan kini boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan termasuk kerana berat serta lebih lebar berbanding keadaan asal sebelum dilaksanakan.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

draft • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Yang Berhormat, jadi kementerian mengambil maklumlah akan cadangan dari Yang Berhormat menaik taraf Jalan Pulai ke Bandar Gua Musang dan sebagainya seperti membuktikan oleh Yang Berhormat tadi ya.

Jadi semakan kementerian ini mendapati tiada permohonan projek diterima dari kerajaan negeri di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia 13 ya bagi menaik taraf jalan tersebut. Jadi, sehubungan itu, disyorkanlah supaya cadangan projek sekiranya Yang Berhormat fikirkan ianya itu perlu, jadi dikemukakan lah kepada pihak kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan JKR negeri untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri dalam rolling plan yang akan datang.

Jadi Yang Berhormat, saya sebenarnya banyak maklumat. Jadi kebetulan ada maklumat di sini berkenaan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat yang empat kilometer jalan alternatif itu. Ini gambar pagi tadi Yang Berhormat, yang terkini, sangat elok.

[Sambil memegang keratan gambar] Kita dah buat kerja sepertimana yang telah saya sebut, jalan dah dilebarkan dan sebagainya. Gambar trak-trak besar pun boleh lalu dan sebagainya, ya. Okey, jadi tak apa Yang Berhormat, kami sentiasa menerima apa cadangan ataupun apa pandangan daripada Yang Berhormat supaya kita bersamalah untuk kita memberi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya. Sekian, terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Kuala Krai.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, saya juga berkaitan dengan LTU khususnya di jajaran daripada Kuala Krai ke Gua Musanglah. Sebahagian besarnya adalah menggunakan laluan asal daripada Kuala Krai ke Sungai Peria, kemudian masuk ke dalam kawasan baharu dan kemudian sambung lagi sehinggalah ke Gua Musang. Laluan-laluan asal inilah yang perlu kepada penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bagaimanakah untuk penduduk kampung setempat bukan highway keluar, masuk daripada highway ini ke jalan-jalan asal ini? Kerana sebahagian besar daripada Kuala Krai ini ke Gua Musang adalah menggunakan laluan asal. Yang itu satu.

Yang kedua ialah saya juga ingin perhatianlah daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan penggantian Jambatan Sungai Dun FT008 ini. Yang sudah masuk tahun keempat ataupun nak masuk tahun kelima, yang asalnya patut siap pada tahun 2024. Tetapi telah mendapat EOT yang kali ke berapa pun saya tak ingat, yang amat perlahan progress Yang Berhormat Dato’ Speaker. Jadi saya amat-amat perlukan perhatian Yang Berhormat Menteri kerana itu adalah laluan utama Kuala Krai ke Kota Bharu. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, sila jawab.

draft • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai ya yang telah bertanya tadi. Memang kami berdua ini selalu bincang di luar pun selalu Yang Berhormat bawa ke perhatian saya. Ya jambatan itu memang kami lihat sebagai — kami pun rasa sedihlah kerana bermasalah sangat tapi walaupun begitu kami sentiasa bukan sekadar memerhati tapi memantau dengan rapi supaya kelewatan itu kita boleh apa kata atasi walaupun sudah lewat.

Jadi, yakinlah Yang Berhormat, pegawai saya memang kami tumpu perhatian kat sana sekarang lebih daripada selama ini. Sebab memang kita malulah lama sangat projek itu macam belum siap lagi. Jadi bagaimana dengan laluan-laluan penduduk sebab memang jajaran jalan itu lama sebab itu apa jalan masuk, keluar ke rumah mereka memang ke apa jalan itu.

Memang kita ada apa kata— kita tak terlepas pandang Yang Berhormat hal begitu, memang kita ada apa langkah-langkah yang kita akan ambil. Siapnya projek ini, kita buat memang kita akan bantu mereka ini. Ini memang sepatutnya kita bersama dengan kerajaan negeri jugalah, bagaimana mereka yang ada rumah dan memerlukan laluan masuk ke jalan kan, ya, yang maksud itu kan?

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Maksud saya, LTU, lebuh raya, lebuh raya yang menggunakan laluan asal, FT008, bukan, tak ada kaitan dengan jambatan tadi. Tapi lebuh raya.

draft • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Lebuh raya?

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ya, Lebuh Raya KBKK kemudian LTU ke Gua Musang, sebahagian besar LTU di Kuala Krai dan Gua Musang adalah menggunakan laluan asal.

draft • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Okey.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Jadi bagaimanakah keluar, masuk FT008 nanti daripada highway ini untuk masuk ke kawasan-kawasan perkampungan yang banyak, bukan sahaja satu laluan, tapi memang laluan yang saya ingat...

draft • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Baik, baik Yang Berhormat. Terima kasih kerana membangkit hal ini. Nanti saya akan panggil pegawai tengok apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat ini supaya kita boleh merancang ataupun mengambil tindakan dengan secepat-cepatnya. Mungkin kita bantu mereka. Sekian, terima kasih. Kalau ada apa, nanti saya rujuk kepada Yang Berhormat sekali lagilah.

Baik.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Bagi soalan nombor 5, Yang Berhormat Wangsa Maju mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Dengan sedemikian, saya mempersilakan Tuan Fong Kuei Lun, Yang Berhormat Bukit Bintang.

draft • 11:40 AM

[Soalan No. 5 – YB. Ir. Ts. Zahir bin Hassan (Wangsa Maju) tidak hadir]

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya 6.

draft • 11:40 AM

6. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada jumlah doktor yang bertugas secara on-call adalah mencukupi serta adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk menaikkan elaun doktor yang bertugas on-call selaras dengan bebanan tugas yang semakin meningkat.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Menteri Kesihatan.

draft • 11:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Bukit Bintang. Assalamualaikum dan salam sejahtera, salam MADANI.

Dato’ Yang di-Pertua. Ya, terima kasih sekali lagi Bukit Bintang atas keprihatinan untuk ya, mengangkat isu yang terkait dengan pegawai perubatan dan

draft • 11:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

juga dental kami yang bertugas secara online ataupun maaf, secara on-call dan juga elaun mereka, Dato’ Yang di-Pertua.

Pertamanya, saya perlu merakamkan pertama-tamanya untuk penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya. Soalan ini mungkin sedikit terkebelakang selepas belanjawan, tapi tak apa. Yang telah pun— Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah pun menaikkan kadar elaun yang dikatakan Elaun Tugas Atas Panggilan, On-Call Allowance (ETAP) ya, yang mana kepada Skim Pegawai Perubatan dan juga Pegawai Pergigian dinaikkan daripada 33 peratus ya kepada sehingga 43 peratus ya berdasarkan kelayakan yang telah digariskan dan berkuat kuasa bermula 1 Oktober 2025 ya.

Merupakan kenaikan yang tidak pernah dibuat selepas kenaikan selepas 14 tahun tidak disemak dengan anggaran kenaikan tanggungan tahunan sebanyak RM120 juta, Dato’ Yang di-Pertua. RM120 juta ya. Dan, yang inilah yang kita harapkan akan terus kita berikan kebajikan dan keprihatinan Kerajaan MADANI kepada kebajikan petugas-petugas kakitangan kesihatan khasnya KKM.

Ingin juga saya sebutkan Tuan Yang di-Pertua ya, bahawa di peringkat kementerian perkara-perkara ini sebenarnya kita telah susuri dan juga edaran surat edaran kementerian pada 4 November lalu ya untuk kita membolehkan para petugas mula layak untuk membuat tuntutan elaun. Dan, ada yang membuat aduan ya pada awal Oktober, ia nya pasti akan dapat kita mulakan 1 November dan seterusnya Dato’ Yang di-Pertua dan tidak sebelumnya ya.

Dan seterusnya juga berkenaan keperluan petugas ataupun kecukupan keperluan petugas on-call ini dari semasa ke semasa KKM akan melaksanakan pemantauan secara mendalam dan penilaian berkala keperluan operasi dan tanggungjawab tugas kritikal, klinikal pegawai perubatan yang terlibat bagi memastikan jumlah pegawai yang bertugas adalah mencukupi.

Antara perkara yang kita perhitungkan Dato’ Yang di-Pertua, adalah antara lainnya keperluan perkhidmatan. Hospital ini ada empat kategori, empat type. Daripada yang paling type pertama itu adalah our yang diistilahkan sebagai hospital our top tier hospital. Yang antara lainnya seperti HKL, HSA, Hospital Pulau Pinang, Hospital Umum Sarawak, HTAR dan sebagainya. Ini adalah berdasarkan keperluan perkhidmatan itu dipanggil perhitungan beban kerjanya juga mengikut setting- setting-nya. Dan juga tahap kompleksiti dipanggil case mix ya. Tahap complexity cases di fasiliti-fasiliti kesihatan, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Jadi, faktor-faktor ini akan menentukan bagaimana kecukupan jumlah petugas on-call sama ada aktif atau mahupun pasif yang akan kita sentiasa pantau dan juga tentukan kemaslahatan dan kebajikan ya supaya tidak berlakulah burnout dan sebagainya. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih Bukit Bintang.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Bukit Bintang, soalan tambahan.

draft • 11:40 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, memandangkan kekurangan doktor on-call ini turut berpunca daripada beban kerja manual dan sistem hospital yang masih bergantung kepada proses konvensional.

Saya ingin tanya, adakah Kementerian Kesihatan akan mempertimbangkan menggunakan teknologi seperti automasi, kecerdasan buatan (AI) dan telemedicine bagi membantu meringankan beban doktor terutama dalam tugasan on-call dan menguruskan pesakit luar waktu pejabat? Dan juga adakah kementerian ingin sama ada mempunyai pelan yang jelas ke arah transformasi digital dalam sektor kesihatan awam? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih Bukit Bintang ya. Itu soalan semacam cepumas bagi saya.

Seluruhnya, kegiatan reformasi kesihatan dari sudut sistem dan juga penyampaian dan penghantaran sistem kesihatan negara mahu saya bangunkan ya supaya benar-benar ia dapat memberikan satu erti dan apa yang diistilahkan boleh kalau saya gunakan dengan istilahnya to modernize our system and healthcare delivery dengan izin ya, untuk kita pertingkatkan dan perkemaskan dan perbaiki ya sistem dan juga penghantaran penyampaian kesihatan di seluruhnya kesihatan fasiliti-fasiliti kami ya. Bukan saja hospital, 150 hospital bahkan juga our 3,300 lebih klinik-klinik kita.

Dan pastinya persoalan digitalisasi itu merupakan satu reform yang telah pun saya mulakan dan akan terus kita bangunkan ya, mencapai apa yang diistilahkan sebagai satu rakyat satu― one citizen one record dengan izin, satu rakyat satu rekod itu meletakkan seluruhnya persoalan organisasi dan national EMR, electronic medical record. Our lifetime health record itu adalah sangat penting Dato’ Yang di- Pertua kerana ia sekali gus akan mengangkat kecekapan operasi dan juga mengurangkan beban kerja klinikal bagi pakar-pakar dan juga doktor-doktor. Sekali

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

gus ia akan memperkemaskan precision ataupun kejituan patient care dan juga clinical decision bukan sahaja pantas tetapi accurate, safe ya.

Kesemua ini adalah satu yang menjadi penumpuan saya, kementerian dan juga seluruhnya sebab yang mahu kita bangunkan dalam waktu yang dalam paling tidaknya dalam Parlimen Kelima Belas ini Dato’ Yang di-Pertua, akan kita roll out dengan segala kebertanggungjawabannya. This is our decision, our commitment Yang Berhormat Bukit Bintang ya.

Dan pastinya automasi ya, AI semua ini dari segi teknologinya telah dan mula kita garap, dan mula kita embed-kan dan mula kita integrasikan dalam bukan saja soalan itu tapi juga the care model ya. Model-model yang baru yang dapat kita perbaiki juga akan kita angkat dan kita lanjutkan dalam apa yang diistilahkan sebagai healthcare digitalization reform, Dato’ Yang di-Pertua. Sangat mustahak soalan Bukit Bintang. Terima kasih Bukit Bintang.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Kuala Nerus.

draft • 11:40 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Tahniah dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatanlah atas kelulusan KKM menaikkan elaun on-call pegawai perubatan.

Saya ingin menyentuh isu kekurangan doktor on-call yang sering berulang- ulang kali terjadi di fasiliti kesihatan kerajaan. Difahamkan antara punca utama seperti yang kita faham ialah kekurangan pegawai perubatan yang semakin ketara.

Ramai daripada mereka telah memilih untuk meletakkan jawatan, berhijrah ke sektor swasta atau keluar negara. Mungkin ada sebabnyalah kerana beban kerja ya, beban kerja di sektor awam ini terlalu tinggi dengan kadar elaun yang tidak sepadan.

Selain daripada itu, saya juga menerima beberapa rungutanlah daripada kawan-kawan, adik-adik yang doktor ini. Walaupun on call, tapi dia terpaksa mengorbankan masa rehat mereka, bersama keluarga, masa cuti dan sebagainya.

Jadi, adakah tentang kebajikan para pegawai perubatan juga diambil kira? Selain daripada elaun itu satu hal lah, boleh naik elaun. Tetapi bagaimana pengorbanan mereka tentang waktu rehat, untuk keluarga, dia pun ada keluarga, ada anak-anak dan sebagainya. Itulah pengorbanan yang besar yang mereka lakukan yang juga merupakan perkara yang menolak mereka untuk keluar daripada sistem atau perkhidmatan di pihak Kementerian Kesihatan.

Selain daripada itu ialah adakah sistem KKMNOW yang dibangunkan oleh kerajaan pada waktu ini benar-benar mencukupi untuk memantau dan menangani

draft • 11:40 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

isu kekurangan tenaga kerja semasa iaitu real time mengikut keperluan hospital- hospital tertentu?

draft • 11:40 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Dan sekiranya ia nya belum ada, ia belum mencukupi dan kerajaan berhasrat untuk membangunkan satu portal atau dashboard KKM yang lebih menyeluruh yang bukan sahaja memaparkan data penggunaan katil tetapi juga keperluan tenaga kerja perubatan mengikut lokaliti dan beban on-call masing-masing bagi membantu...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Kuala Nerus, kalau terus sana itu, nanti saya suruh duduk saja.

Pendekkan soalan.

draft • 11:50 AM

Dato' Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus

Satu ayat lagi. Bagi membantu menyelesaikan jangka panjang terhadap isu kekurangan doktor pada masa yang akan datang. Terima kasih. Maaf, Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih sahabat saya, Kuala Nerus, yang selalu membangkitkan hal-hal yang terkait dengan kebajikan dan juga perkhidmatan kesihatan.

Ya, saya boleh sebutkan yang sangat kami sedar dan kami insaf akan beban kerja yang berat ya, Dato’ Yang di-Pertua, khasnya yang ditanggung dan digalas oleh kakitangan seluruhnya, all level ya, daripada senior consultant, consultant, pakarnya ya, dan juga MO’s-nya, HO’s-nya― seluruhnya. Bukan saja― termasuklah kakitangan jururawat kita, MH kita, PPP kita, PPK dan seluruhnya warga besar KKM ini.

Yang mustahak untuk saya sebutkan, Dato’ Yang di-Pertua, hal yang terkait dengan human resource ataupun sumber tenaga kerja ini, sememangnya telah pun kita lalui dengan Datuk Ketua Pengarah hari ini yang telah kita pertanggungjawabkan. Dari segi the real matrix, the real ukuran dan measurement keperluan supply, demand ini, Dato' Yang di-Pertua, adalah sangat mustahak untuk dikenal pasti secara real time sepertimana yang Kuala Nerus mahukan. Inilah yang telah saya lakukan sejak kembali kali kedua ini.

Saya mahu perkara ini di-address ya, ditangani dan digarap dengan lebih tepat dan jitu, kerana kalaupun kita perhatikan ya, kadang kali dari sudut jawatan yang ditawarkan ya, dan kadang kali, satu hal, body-nya tak ada ataupun kalaupun ada kekurangannya, diambil alih, diatasi oleh pegawai-pegawai kontrak, contract

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

doctors ya. Jadi, mustahak untuk kita kenal pasti, pertamanya, adalah apa yang dikatakan sebagai the real, the normal ataupun the baseline keperluan sebenarnya, keperluan hakikinya sebelum dapat kita kenal pasti sama ada dari sudut kekurangan dan supply side. Itu satu hal, Dato' Yang di-Pertua.

Yang juga yang terkait dengan apa yang dikatakan sebagai mal-distribution ya, ataupun agihan kakitangan ataupun agihan doktor, pakar dan sebagainya ini yang masih lagi kita dalam proses untuk tangani supaya dapat semacam satu equitable, kalau tak equal pun, equitable agihan yang lebih kurang adil begitu, Dato' Yang di-Pertua. Itu cabarannya.

Dan persoalan dashboard, persoalan sumber manusia, taburan dan sebagainya itu adalah an ongoing work ataupun, dengan izinnya, kerja dalam progress ya, dan saya yakin dalam setahun ke depan ini, saya akan dapat mengatasi secara tuntas usaha-usaha yang dibuat di Bahagian Perkembangan, Bahagian Perancangan dan juga our BPM dan juga our Bahagian Kesihatan Digital.

Seluruhnya bertanggungjawab, Dato' Yang di-Pertua, untuk benar-benar kenal pasti keperluan. Sementara kita tahu ya atas perkara yang disebutkan oleh Kuala Nerus tadi― ya, betul, kita telah meningkatkan ETAP, elaunnya. Dan apa pun kebajikan yang boleh kita lakukan, yang boleh kita angkat...

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, pendekkan jawapan.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Ya. Apa pun yang dapat kita naikkan ataupun tingkatkan kebajikan dan juga moral kakitangan kami, akan kami lakukan, Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih, Kuala Nerus.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Berikut, dipersilakan Tuan Roslan bin Hashim, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih pada Dato' Speaker. Soalan saya, Timbalan Menteri, nombor 7.

draft • 11:50 AM

7. Tuan Roslan bin Hashim [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan apakah tindakan kementerian untuk mengatasi kelewatan pelaksanaan jalan Kampung Badlishah ke Kampung Air Putih Junjong sepanjang 12 kilometer.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih YB Kulim-Bandar Baharu atas soalan.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek jalan Kampung Badlishah ke Kampung Air Putih Junjong telah diluluskan pada tahun 2022 di bawah Program Jalan Luar Bandar dengan kos sebanyak RM190 juta. Skop projek ini adalah membina jalan sepanjang 12 kilometer dengan piawaian JKR R2 termasuk tiga buah jambatan dan struktur bertingkat sepanjang 200 meter. Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya secara reka dan bina.

Kontraktor projek ini telah dilantik pada 8 Oktober 2022 dengan tempoh kontrak selama 48 bulan dengan tarikh siap asal adalah pada 19 Oktober 2026.

Projek ini telah menerima perakuan kelambatan dan lanjutan masa (EOT) sebanyak dua kali dan tarikh siap semasa adalah pada 5 September 2028. Sehingga 23 Oktober 2025, kemajuan sebenar projek adalah 7.37 peratus berbanding jadual 8.48 peratus iaitu projek mengikut jadual.

Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada kelambatan dan lanjutan masa bagi projek ini iaitu kelewatan memperolehi kelulusan laporan kajian impak alam sekitar (EIA) dan juga isu ketersediaan tapak.

Bagi isu ketersediaan tapak, ianya melibatkan proses pengambilan tanah dan juga melibatkan kelulusan jajaran melalui Hutan Simpan Bukit Relau. Status pengambilan tanah untuk projek ini telah diwartakan di bawah seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 dan pada 16 Oktober 2025. Proses bicara tanah dijadualkan pada 12 hingga 28 Januari 2026. Manakala laporan kajian EIA juga telah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar pada 12 Jun 2024.

Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun proses pengambilan tanah sedang berjalan, kontraktor telah mendapat kebenaran daripada pihak KEDA untuk melaksanakan kerja-kerja di tapak. Kerja-kerja di Hutan Simpan Bukit Relau juga akan dapat dilaksanakan selepas pokok-pokok hutan di sepanjang jajaran dikeluarkan, di samping kerja-kerja pembinaan jambatan di Sungai Burung diteruskan. Dengan perkembangan ini, kementerian amat yakin projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih lancar lagi selepas ini.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat, untuk soalan tambahan.

draft • 11:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang memberi jawapan yang jelas. Cuma, saya agak sedihlah dengan projek ini yang agak lama. Sepatutnya dah siap pada 2026, tapi terpaksa EOT dua kali hingga ke 2028. Tapi, mengikut keterangan daripada Timbalan Menteri tadi, projek baru 7.37 peratus, sedangkan dah berjalan tiga tahun.

Jadi, persoalan tambahan saya, adakah― mohon penjelasan daripada pihak kementerian, apakah sebab jalan perhubungan ke Kampung Relau tidak disekalikan dalam pelaksanaan di bawah projek sedia ada? Dan pada masa yang sama, bolehkah kementerian menyatakan senarai serta status pelaksanaan projek-projek luar bandar lain, khususnya di Parlimen Kulim-Bandar Baharu yang sedang dijalankan oleh kementerian bagi memastikan akses perhubungan yang lebih menyeluruh di kawasan Kulim-Bandar Baharu? Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat, sebenarnya projek ini adalah projek reka dan bina, yang mana kontraktor dipilih terlebih awal ya. Maksudnya kontraktor dipilih yang mana kontraktor terlibat dalam perancangan, pelaksanaan dan seterusnya menyiapkan projek berkenaan.

Sebab itu tempoh pelaksanaan projek ini― 12 kilometer saja, Yang Berhormat― 48 bulan. Maksudnya, empat tahun ya. Sebab, ia mengambil kira peringkat awal lagi, maksudnya dari sudut perancangan projek itu sendiri, pengambilan tanah dan seterusnya kepada pelaksanaan projek itu, kontraktor terlibat secara terus ya.

Seterusnya, untuk makluman Yang Berhormat, penentuan jajaran projek jalan adalah berdasarkan kepada perancangan dan permohonan projek oleh kerajaan negeri. Dalam konteks projek ini, ianya disediakan ataupun dimohon oleh Kerajaan Negeri Kedah.

draft • 11:50 AM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

Di pihak kementerian, kami amat yakin projek yang dimohon ini telah mengambil kira pelbagai aspek perancangan pembangunan fizikal daerah dan negeri yang bermaksud perancangan dan permohonan Kerajaan Negeri Kedah pada ketika itu tidak termasuk cadangan jajaran di Kampung Relau.

Rujukan kepada dokumen makmal kajian nilai projek ini juga yang telah kita adakan pada tahun— pada 22 hingga 27 Mei juga menunjukkan tiada input daripada

draft • 12:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang

kerajaan negeri ataupun agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Kedah untuk mencadangkan jajaran projek sedia ada iaitu Kampung Air Puteh Junjong ke Kampung Badalishah dan tidak ke Kampung Relau. Jadi, sekiranya terdapat keperluan ketika itu untuk memasukkan jajaran Kampung Relau ini, kos projek yang diluluskan RM190 juta juga tidak mencukupi bagi tujuan tersebut. Namun begitu, kita telah pun memaklumkan kepada kerajaan negeri untuk mencadangkan dalam cadangan rolling seterusnya untuk projek pada masa akan datang.

Dan untuk makluman Yang Berhormat juga, projek lain yang sedang dilaksanakan oleh kementerian di Parlimen Kulim-Bandar Baharu adalah projek membina jambatan baru di Jalan Bukit Kubur, Mukim Mahang, Daerah Kulim-Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Projek ini diluluskan pada tahun 2022 dengan kos RM6.94 juta. Skop dia adalah membina jambatan konkrit sepanjang 20 meter dan agensi pelaksana projek juga adalah JKR. Projek dalam peringkat pelaksanaan, pembinaan dan kemajuan fizikal dia mendahului jadual 37 hari iaitu 65 peratus berbanding jadual iaitu 56.23 peratus. Projek ini dijangka siap pada bulan Julai 2026.

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelah kanan. Silakan, Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih, Yang Berhormat Speaker. Saya nak tanya kepada Kementerian KKDW mengenai jalan. Saya di Puncak Borneo ada satu jalan Kampung Biya Jaber yang telah diluluskan beberapa tahun dahulu iaitu dengan nilai RM24 juta tapi sampai sekarang belum dilaksanakan.

Jadi, saya nak tahu apa perkembangan terbaru dan bilakah ia dilaksanakan? Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada KKDW kerana telah meluluskan Jambatan Kampung Tringgus.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Terima kasih YB Puncak Borneo atas soalan berkenaan. Untuk makluman YB Puncak Borneo, saya tidak ada rekod berkaitan dengan jalan yang disebutkan pada hari ini. Saya akan bawa ataupun saya akan beri jawapan bertulis.

Namun begitu, secara umumnya kelewatan ataupun kelambatan pelaksanaan projek di bawah KKDW disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya adalah pertama adalah perubahan skop terhadap projek berkenaan. Yang kedua, jajaran projek berkenaan yang melibatkan pengambilan tanah. Yang ketiga, dari

draft • 12:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

sudut melibatkan kawasan hutan simpanan yang mana kita memerlukan masa dan juga kerjasama dengan kerajaan negeri untuk memastikan projek-projek ini dapat direka dan ditender, dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya baru dapat jawapan daripada pegawai saya. Projek berkenaan dijangka tender pada Mac 2026. Tempoh pelaksanaan selama 24 bulan dan dijangka siap 2028. Insya-Allah Yang Berhormat, kita akan pastikan.

draft • 12:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih, Timbalan Menteri. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis soalan yang kelapan. Dipersilakan Puan Young Syefura binti Othman, Yang Berhormat Bentong.

draft • 12:00 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya bertanya soalan saya ingin mengalu-alukan rombongan dari Sekolah Tinggi Chung Hwa, Muar. Selamat datang.

[Tepuk] Baiklah, soalan daripada Bentong adalah nombor 8. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

8. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan berdasarkan penarafan bandar pintar yang dilancarkan oleh kementerian, sebanyak 45 PBT menerima penarafan Smart City Early Adopter dan dua PBT menerima penarafan Developing Smart City. Apakah sasaran kementerian agar PBT dapat mencapai penarafan Leading Smart City dan Visionary Smart City.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, silakan.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

[Membaca selawat] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI memberi penekanan kepada pembangunan bandar pintar sebagai salah satu agenda utama dalam memperkukuhkan kecekapan pentadbiran, peningkatan kesejahteraan rakyat serta menjamin kemampanan bandar menjelang tahun 2030.

Melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa ataupun PLANMalaysia, KPKT telah pun melaksanakan Program Penarafan Bandar Pintar Malaysia mulai tahun 2023. Program ini bertujuan untuk mengukur tahap pelaksanaan inisiatif bandar pintar oleh pihak berkuasa tempatan mengikut kriteria yang telah pun dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Bandar Pintar Negara tahun 2023 yang

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

bersidang pada 10 Oktober tahun 2023. Penilaian penarafan ini menggunakan indikator Bandar Pintar MS ISO 3712:2019 Sustainable Cities and Communities Indicators for Smart Cities melibatkan 85 indikator utama yang menjadi asas penarafan.

Sehingga Oktober 2025 Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 75 PBT telah pun menerima penarafan itu iaitu pertama 70 PBT telah pun berjaya mencapai penarafan tahap 1, Smart City Early Adopter. Yang kedua, empat PBT telah pun mencapai penarafan tahap 2 Developing Smart City. Ketiga, satu PBT telah pun berjaya mencapai tahap tiga Leading Smart City.

Selaras dengan kerangka Malaysia: Smart City Maturity Journey, KPKT telah pun menetapkan sasaran agar PBT mencapai tahap penarafan yang lebih tinggi secara berfasa dan berperingkat. Manakala bagi tahap tiga, Leading Smart City

(LSC), tempoh persediaan yang disasarkan adalah dalam lingkungan lima hingga sepuluh tahun iaitu dalam lingkungan tahun 2031 hinggalah 2035. Perincian sasaran pencapaian penarafan PBT sehingga tahun 2040 adalah sepertimana berikut. Ini adalah perancangan kita, Ahli Yang Berhormat.

Pada tahun 2025, 62 majlis bandar raya ataupun majlis perbandaran telah pun mencapai tahap satu, Smart City Early Adopter dan menjelang tahun 2030, sasaran kita 94 majlis daerah mencapai tahap satu Smart City Early Adopter dan tahun 2040 Tuan Yang di-Pertua, 94 majlis daerah mencapai tahap tiga Leading Smart City manakala 62 majlis bandar raya dan majlis perbandaran mencapai tahap empat Visionary Smart City. Total keseluruhan PBT kita adalah 156.

Secara kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sasaran kementerian adalah untuk memastikan PBT bergerak secara berfasa daripada tahap satu dan tahap dua pada masa ini dan kepada tahap tiga menjelang tahun 2035 dan seterusnya mencapai tahap empat Visionary Smart City menjelang tahun 2040.

Kementerian akan terus committed, memainkan peranan dengan memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan negeri dan juga PBT dalam kita melaksanakan program pembangunan kapasiti sebagai pemangkin kepada hasrat bagi menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara pintar, smart nation menjelang tahun 2040. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Bentong, soalan tambahan.

draft • 12:00 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Terima kasih di atas jawapan tersebut. Namun begitu, saya ada dua soalan tambahan iaitu apakah pihak berkuasa tempatan iaitu PBT yang telah mendapat penarafan bandar pintar diberikan insentif atau penghargaan bagi menggalakkan PBT-PBT yang lain lebih berusaha untuk melaksanakan inisiatif bandar pintar ini.

Yang kedua ialah penarafan bandar pintar yang dilaksanakan oleh KPKT lebih tertumpu kepada PBT. Adakah penarafan bandar pintar ini diperluaskan kepada pemaju swasta yang turut melaksanakan inisiatif bandar pintar. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 12:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat. Memang benar bermula daripada Kerajaan MADANI ini kita telah pun melaksanakan satu Program Pengiktirafan Bandar Pintar kepada PBT-PBT yang berjaya dan kita ada satu Majlis Penganugerahan Penarafan Bandar Pintar.

Selain daripada sijil penarafan yang kita berikan, kita juga berikan PBT-PBT yang berjaya satu insentif dalam bentuk bajet untuk Projek Bandar Pintar melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada tahun 2024 Tuan Yang di-Pertua, sejumlah RM5.2 juta telah pun disalurkan kepada 25 PBT manakala tahun 2025, sejumlah RM8.8 juta telah disalurkan kepada 20 PBT. Ini adalah antara projek-projek yang dapat dijalankan oleh PBT adalah melalui bajet ini adalah sepertimana membuat, membangunkan command centre, CCTV, smart traffic lights, smart street lighting, smart bin, smart pole, panic button dan smart pedestrian cross walk.

draft • 12:00 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Sebagai pemangkin untuk berterusan ini Tuan Yang di-Pertua juga akan sentiasa membawa PBT-PBT kita kepada advokasi-advokasi dalam penyediaan Smart City dan menuju kepada Smart Nation 2040. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Maran.

draft • 12:10 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Kita dapati pelbagai laporan dikeluarkan oleh kementerian tentang pencapaian matlamat Smart City ini. Kalau kita lihat agak sukar untuk mengukur

draft • 12:10 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

kriteria. Kalau orang awam, mungkin tak dapat bagaimana nak kenal Smart City. Kalau ikut pengumuman oleh kementerian pada 2023 meletakkan sasaran 61 atau 63 PBT mencapai tahap early adopter menjelang tahun 2025. Saya nampak ada perbezaan mungkin ada pencapaian belum sampai dan sebagainya.

Saya ingin bertanya, apakah cabaran utama yang dihadapi oleh kementerian dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam memenuhi pasaran tersebut sama ada dari segi sumber kewangan, kesiapsiagaan teknologi, keupayaan tenaga kerja atau mungkin aspek-aspek lain yang dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan Smart City ini.

Dan, apakah langkah susulan yang sedang dirangka oleh kementerian bagi membantu pihak PBT melangkah ke tahap Leading Smart City dan Visionary Smart City dalam tempoh Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia di negara kita. Terima kasih banyak.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat seperti yang saya sebutkan tadi kita ada Majlis Bandar Pintar Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri. Dan, kita ada 85 kriteria dan setiap tahap-tahap itu dia ada pecahan-pecahanlah. Kalau Tahap 1 – 10 kriteria, Tahap 2 – 35 kriteria, Tahap 3 – kurang lebih 62 kriteria dan untuk tahap yang kempat – memenuhi keseluruhan 85 kriteria.

Memang sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat memang agak sukar kita. That’s why kita ada Majlis Bandar Pintar dan kita tetapkan kriteria-kriteria tersebut. Dan, saya boleh berkongsi dengan Yang Berhormat 85 kriteria tersebut dan ada di sudut cabaran memang kita perkara yang paling penting adalah bajet tetapi ini mesti dikongsikan selain daripada Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan juga harus berkongsi. Di sudut yang lain saya sebutkan kita sentiasa adakan libat urus untuk memandu PBT-PBT ini bagi mencapai apa yang mereka perlukan.

Tuan Yang di-Pertua ada soalan yang kedua sebenarnya diberikan oleh Bentong tadi. Saya tak sempat jawab. Mungkin saya akan bagi secara bertulislah Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik.

Kalau ikut Peraturan Yang Berhormat Menteri tak payah jawab pun fasal kalau ikut 24, Peraturan 24 itu satu soalan.

draft • 12:10 PM

Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu

Okey saya ikut petua Yang di- Pertua.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Baik. Baik berikut saya ke soalan yang ke 9. Saya mempersilakan Tuan Zahari bin Kechik, Yang Berhormat Jeli.

draft • 12:10 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan Jeli dalam pantun.

Berkhidmat untuk rakyat semangat dijulang, Lambang keikhlasan satu perjuangan, Isu kebajikan rakyat di nombor sembilan, Menanti jawapan Menteri tersayang.

draft • 12:10 PM

9. Tuan Zahari bin Kechik [Jeli] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan pecahan jenis bantuan melalui JKM kepada rakyat mengikut bilangan jantina, umur, kaum dan kos yang telah diperuntukkan dari tahun 2022 hingga 2025 bagi bantuan berkenaan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

[Ketawa]

draft • 12:10 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyedia dan menyalurkan bantuan kewangan untuk membantu kelangsungan hidup dan meringankan beban kumpulan sasar yang layak dan memerlukan. Bantuan ini bersifat sementara waktu sehingga mereka mampu hidup berdikari.

Pada masa ini sebanyak 11 skim bantuan kewangan JKM disediakan. Lapan daripada skim bantuan tersebut merupakan bantuan kewangan bulanan dan tiga skim adalah bantuan kewangan one-off, dengan izin. Skim-skim bantuan tersebut ialah:

(i) Bantuan Kanak-kanak (BKK);

(ii) Bantuan Warga Emas (BWE);

(iii) Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU);

(iv) Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB);

(v) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar ataupun Pesakit Kronik Terlantar, Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT);

(vi) Bantuan Am Persekutuan (BA);

(vii) Bantuan Anak Pelihara (BAP) ;

draft • 12:10 PM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

(viii) Bantuan Latihan Perantis (BLP);

(ix) Bantuan Alat Tiruan Ataupun Sokongan (BAT), one-off dengan izin;

(x) Bantuan Geran Pelancaran (BGP), one-off juga; dan

(xi) Tabung Bantuan Segera (TBS) juga one-off. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2022, terdapat seramai 533,167 penerima bantuan didaftarkan dengan peruntukan yang disalurkan adalah sebanyak RM2.46 bilion. Pada tahun 2023, jumlah penerima bantuan yang didaftarkan adalah seramai 543,811 orang dengan peruntukan yang telah disalurkan adalah sebanyak RM2.53 bilion.

Manakala pada tahun 2024, sebanyak RM2.6 bilion bantuan kewangan kebajikan telah disalurkan kepada seramai 550,416 penerima. Dan dari Januari hingga Ogos 2025, jumlah penerima bantuan yang didaftarkan adalah seramai 562,116 penerima dengan peruntukan bantuan yang telah disalurkan sebanyak RM2.03 bilion. Daripada jumlah tersebut seramai 267,036 orang adalah lelaki dan bakinya adalah 295,080 orang lagi adalah wanita.

Seterusnya, terdapat tujuh kategori etnik dalam pendaftaran bantuan kebajikan JKM iaitu Melayu, Cina, India, peribumi Semenanjung orang asli, peribumi Sabah, peribumi Sarawak dan lain-lain. Sehingga bulan Ogos 2025, bilangan penerima bantuan mengikut etnik adalah 316,471 orang Melayu, 92,749 orang Cina, 61,833 orang etnik India, peribumi Semenanjung orang asli seramai 1,124 orang, peribumi Sabah seramai 44,969 orang, peribumi Sarawak seramai 39,398 dan lain- lain etnik seramai 5,621 orang.

Manakala bagi pecahan mengikut umur pada bulan Ogos 2025, kumpulan umur tertinggi yang menerima bantuan JKM adalah berumur 60 tahun ke atas iaitu seramai 248,831 penerima bantuan yang menerima Bantuan Warga Emas (BWE).

Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Jeli. Soalan tambahan.

draft • 12:10 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang amat detail ya, tetapi saya ingin bertanya ada dua soalan Tuan Yang di-Pertua.

Yang pertamanya, apakah kriteria utama dalam kerajaan dan juga jabatan mendefinisikan seseorang individu itu termasuk di dalam kumpulan yang paling rentan dan layak untuk membolehkan beliau mendapat apa-apa bantuan yang

draft • 12:10 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

disebutkan tadi daripada JKM kerana mengikut dapatan yang diperolehi daripada kajian yang dibuat oleh APPGM-SDG ini ada terdapat kumpulan yang rentan, yang layak tapi tak dapat bantuan. Manakala ada pula yang tak layak dapat bantuan.

Yang keduanya ialah ada halangan ataupun rintangan untuk kumpulan rentan ataupun layak ini untuk akses kepada bantuan kerajaan seperti mereka ini tiada kesedaran. Tidak tahu wujudnya tentang bantuan ini. Yang kedua ketidakupayaan mereka untuk mengisi borang ataupun untuk meneliti prosedur yang telah ditetapkan oleh JKM.

Yang ketiga, ketidakupayaan untuk hadir secara fizikal di pejabat JKM secara — ini secara fizikallah. Jadi, apakah tindakan kerajaan, jabatan dalam kita nak memastikan agar semua mereka yang layak, yang rentan ini dapat bantuan dan bagaimanakah kita nak mengurangi masalah halangan tadi daripada kementerian.

Sekian.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri, silakan.

draft • 12:10 PM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Yang Berhormat mengenai tadi lebih kepada apa yang boleh menyebabkan permohonan bantuan itu tidak diluluskan.

Senang saya nak jawab di sini. Tuan Yang di-Pertua, KPKWM melalui JKM sentiasa prihatin dan menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk membantu kelangsungan hidup dan meringankan beban kumpulan sasar yang layak dan memerlukan. Now, berdasarkan penilaian dan siasatan yang dilaksanakan oleh pegawai JKM terdapat permohonan yang tidak menepati syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan JKM.

Antara faktor yang menyebabkan permohonan bantuan tidak diluluskan adalah pertama, kadang-kadang dia memohon tapi dia bukan warganegara Malaysia sebab itu siasatan perlu dilakukan. Mereka pergi turun padang untuk menyiasat.

Kedua ialah pendapatan keluarga telah melebihi had kelayakan menerima bantuan JKM. Mungkin kadang-kadang Yang Berhormat mendengar apabila kadang- kadang gaji dia besar tapi dia tinggal di Kuala Lumpur misalnya. Kita dapat — sebab itu pergi turun padang menyiasat adalah penting sebab kadang-kadang ada anak empat, lima orang. Gaji hanya RM4,000. Walaupun kita kata hanya kerana dia di bandar, itulah miskin bandar perlu kita lihat dari segi kemampuan dia dan kita akan cuba bantu.

draft • 12:10 PM

Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri

Dan ketiga ialah mempunyai anak yang telah dewasa dan bekerja serta mampu memberi sumbangan ataupun menyara kehidupan pemohon. Ini di antara faktor yang mungkin ramai tidak juga bersetuju, tetapi itulah sebab itu saya katakan perlu turun ke padang. Dan pemohon masih sihat dan berupaya untuk bekerja serta berdikari untuk menyara kehidupan sendiri ataupun keluarga dan akhirnya pemohon mempunyai harta yang mengeluarkan hasil ataupun sumber kewangan sampingan seperti pencen, PERKESO, bantuan baitulmal dan lain-lain.

Dan Yang Berhormat tadi tanya mengenai kenapa mereka walaupun dia tidak berkemampuan, sebab itu kita menggunakan kalau boleh ketua-ketua masyarakat yang ada di situ mempunyai data itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kalau mereka mempunyai data itu, mudah untuk kita dan melalui data itu kita masih juga pergi turun padang untuk memastikan mereka memang dapat bantuan kalau dia layak.

Ada juga Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, ada yang tidak mahu menerima bantuan kerana dia sudah menerima daripada MAIWP, menerima daripada jabatan, daripada agensi-agensi yang lain. Jadi, dia menolak kalau kita nak bantu.

Kenapa kita tahu dia memerlukan? Kerana jirannya mengatakan pada kita bahawa orang ini perlu dibantu tapi dia tidak mahu. Ini— sebab itu kita katakan kita tidak dapat hanya menerima secara mulut saja, tapi juga tadi dikatakan ada tidak mampu turun ke pejabat. Kita ada cara juga, kita ada— boleh dimohon secara talian, boleh mohon dan mereka melalui permohonan itu, pegawai kita akan turun ke padang juga untuk verify dengan izin, permohonan tersebut.

Jadi, ada juga orang kata, “OKU macam mana dia nak turun?” Tak perlu dia pergi, dia boleh mewakili juga orang, wakilnya. Jadi, banyak caralah yang Yang Berhormat kita membantu, kalau Yang Berhormat nak membantu orang juga, bagi tahu kita, sebab kita akan turun ke kawasan, sebab setiap daerah, ada pegawai JKM kita, ya. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut, silakan Yang Berhormat Betong.

draft • 12:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih, Dato' Yang di-Pertua. Dato' Yang di-Pertua, satu isu di kawasan iaitu yang berhubung dengan penjaga khususnya bagi golongan B40 yang terpaksa tidak turun bekerja bagi menjaga ahli keluarga mereka yang OKU, warga emas dan juga yang apa nama ini, pesakit terlantar.

draft • 12:20 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi, saya nak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan apakah pelan kerajaan untuk kita meningkatkan elaun penjaga ataupun career allowance bagi penjaga OKU, warga emas dan pesakit terlantar terutamanya golongan B40 yang terpaksa tidak turun bekerja untuk mencari nafkah dan memandangkan kadar semasa ini dilihat tidak berapa mencukupilah untuk menampung segala kos penjagaan harian yang semakin meningkat. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Betong. Sebenarnya untuk penjagaan orang yang terlantar di rumah memang sudah ada elaun dia, memang mungkin dikatakan tidak cukup tapi itulah RM600 dibayar kepada penjaga untuk menguruskan yang terlantar itu. Pesakit yang terlantar.

Jadi, itulah apa yang kerajaan telah peruntukkan Yang Berhormat. Itu pun sudah meningkat daripada dulu. Dulu hanya RM500, sekarang ini sudah RM600 ya. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan nombor 10, Yang Berhormat Sipitang tidak hadir, ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Soalan yang terakhir bagi pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan, soalan 11. Dipersilakan Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.

draft • 12:20 PM

[Soalan No. 10 – YB. Datuk Matbali bin Musah (Sipitang) tidak hadir]

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soalan Sik nombor 11.

draft • 12:20 PM

11. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah hospital dan klinik di negeri Kedah yang mengalami kekurangan doktor pakar dan jururawat pada tahun 2025 serta langkah segera kementerian memastikan penempatan sumber manusia kesihatan kekal di hospital daerah luar bandar.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Silakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Maaf Menteri Kesihatan. Silap.

draft • 12:20 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Tak apa Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih sebab— Yang Berhormat Sik ya, yang menanya hal yang terkait dengan hospital dan klinik di mana mengalami kekurangan doktor pakar dan juga jururawat.

draft • 12:20 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Dato' Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin tegaskan mengikut sumber yang terkini, Yang Berhormat Sik, ya. Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 31 Ogos ya, seramai 19,324 petugas kesihatan sedang berkhidmat di negeri Kedah, meliputi 565 pakar perubatan, 2,538 pegawai perubatan, 4,883 jururawat dan 11,388 petugas- petugas dalam skim perkhidmatan yang lain termasuklah PPP, PPK dan sebagainya.

Ya, bertugas dalam 10 hospital dan hospital yang kategorinya, ya hospital yang terbesar adalah pastinya Hospital Sultanah Bahiyah ya. Dan kita ada empat — keempat-empat jenis yang saya sebutkan dalam soalan nombor 3 tadi berada di Kedah, ada pakar major dan juga pakar minor ya dan hospital-hospital yang Type 4 yang merupakan hospital-hospital kecil di daerah.

Dato' Yang di-Pertua, berhubungan isu bilangan pakar perubatan dan jururawat berdasarkan analisis KKM, sebanyak tiga hospital dan dua Pejabat Kesihatan Daerah

(PKD) di negeri Kedah masih belum mencapai kadar pengisian pakar perubatan yang optimum ya. Bagi jururawat pula, sebanyak empat hospital dan tiga PKD telah dikenal pasti berada di bawah kadar pengisian optimum untuk pengetahuan Yang Berhormat Sik.

Pengisian di PKD meliputi semua fasiliti di bawah seliaan pejabat kesihatan daerah seperti klinik kesihatan dan juga klinik komuniti dan perincian fasiliti yang belum mencapai kadar pengisian optimum bagi pakar perubatan dan jururawat antara lainnya, kalau boleh saya sebutkan kalau pakar perubatannya di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, satu hospital pakar minor dan juga Hospital Yan dan juga Hospital Baling, kedua-duanya hospital daerah dan pejabat kesihatannya yang pakar perubatannya kurang adalah PKD Kubang Pasu dan juga PKD Sik yang merupakan pakar FMS, Family Medicine Specialist.

Jururawatnya berada di hospital-hospital yang kita masih lagi kekurangan, Hospital Jitra, Hospital Sik, Hospital Pendang dan juga Hospital Baling ya, dan pejabat kesihatan daerahnya adalah PKD Kubang Pasu, PKD Kulim dan juga Langkawi ya.

Kekurangan petugas kesihatan yang berlaku berikutan ya, kekangan dihadapi KKM dalam melaksanakan urusan pengambilan disebabkan oleh kekurangan keluaran graduan dalam bidang-bidang tertentu berdasarkan keperluan yang kita unjurkan.

Contoh keluaran pelatih dan institut latihan ILKKM dan graduan kejururawatan di peringkat diploma dan juga dari institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negeri tidak mencukupi berbanding keperluan yang diunjurkan. Ini soalan bekal dan ataupun supply side dan juga demand side yang ada gap-nya di situ Dato' Yang di-Pertua ya.

draft • 12:20 PM

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Antara perkara yang nak saya sebutkan, kita KKM akan terus berusaha bagi menarik minat petugas kesihatan untuk terus berkhidmat di fasiliti-fasiliti KKM, termasuk khasnya di luar bandar ya. Dan antara insentif yang diberikan pada petugas kesihatan adalah antara lainnya Elaun Balik Kampung, BIMLTK ini bayaran insentif mengikut lokasi dan tahap kesusahan antara RM500 sehingga RM1,500 sebulan dan bayaran insentif pedalaman antara RM135 hingga RM210 sebulan.

Selain pemberian insentif, KKM juga menyokong sepenuhnya usaha kerajaan melalui Belanjawan 2026 dalam meningkatkan kemudahan asas yakni infrastruktur awam di kawasan luar bandar bagi menjamin kebajikan petugas-petugas kami KKM ya, antara lainnya kuarters dan sebagainya.

Jadi, begitu dahulu Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Sik atas pertanyaan ini.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Sik, soalan tambahan.

draft • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Pengerusi — Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Sebelum itu, bagi pihak saya juga mengucapkan terima kasih kepada KKM kerana telah meluluskan perolehan baru bagi Belanjawan 2026 bangunan baharu Klinik Kesihatan Bandar Sik yang akan dibina pada tahun 2026 nanti.

Berkaitan dengan soalan yang saya bangkitkan, dalam Laporan Agihan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Tahun 2024, menunjukkan hampir 70 peratus doktor pakar masih tertumpu di hospital negeri dan hospital universiti ya.

draft • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Manakala hospital daerah ini termasuklah Hospital Sik sendiri, Hospital Baling, Hospital Padang Terap iaitu di luar bandar kekal bergantung pada perkhidmatan perubatan kontrak atau pun lokum. Jadi, ini terus menimbulkan jurang perkhidmatan kesihatan besar di antara, kalau di Kedah itu Hospital Sultanah Bahiyah dengan hospital-hospital daerah ini termasuklah kekurangan pakar asas seperti pakar bius, O&G dan sebagainya.

Jadi, adakah pihak kementerian melihat dasar penempatan baru bagi doktor- doktor ini secara pengagihan sumber manusia itu lebih seimbang antara bandar dengan luar bandar ini dengan memperkenalkan satu kaedah yang disebut dengan izin, rural posting requirements seperti yang diamalkan di beberapa buah negara. Di Thailand contohnya, mereka perlu menempatkan untuk bertugas di luar bandar satu

draft • 12:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

hingga tiga tahun, di Indonesia begitu juga. Jadi, adakah ini juga sedang dilihat oleh kementerian sendiri? Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat Sik yang sangat peka dengan persoalan kesenjangan bekalan pakar-pakar bandar dan luar bandar. Ini merupakan satu yang sangat mustahak dan sedang saya usahakan.

draft • 12:30 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Kita juga tahu bahawa peletakan ataupun penempatan pakar ini mesti datang bersekali dengan fasiliti, dengan kemudahan atau dengan apa yang dipanggil fasiliti-fasiliti ekosistemnya. Kalau diletak cardiologist itu mesti ada ICL, mesti ada ICL lab-nya untuk melakukan apa pun invasive dan non-invasive procedure-nya itu. Itu kita fahami.

Cumanya, dari sudut kerangka besarnya klasifikasi hospital, yang saya sebutkan sebentar tadi, type satu itu adalah hospital memang, dia kata ada hospital yang merupakan referral hospital di seluruh negara, ya. Tak banyak, adalah enam begitu. Antaranya, Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar itu adalah juga top of six hospital, six, seven hospital di seluruh negara.

Soalan yang nak saya atau pun jawapan yang nak saya juruskan adalah dari hal untuk mendapatkan perkhidmatan pakar. Saya tahu, saya sudah mula meletakkan beberapa pakar di hospital-hospital daerah. Utamanya, kalau mana pun hospital-hospital daerah kita ada beberapa hospital daerah di Kedah contohnya, di mana hospital-hospital ini memang tidak ada pakarnya, kalau ada pun lawatan- lawatan saja.

Jadi, paling tidaknya saya telah mula meletakkan satu dipanggil emergency medicine atau pun emergency specialist, pakar-pakar kecemasan di situ dan keduanya pakar-pakar perubatan dalaman, the internal medicine atau pun dipanggil sebagai pakar physician. Itu sudah mula kita lakukan.

Keduanya, untuk kita tidak mengehadkan pakar hanya di hospital. Kita juga telah mula untuk meletakkan di samping lawatan-lawatan sessional dan juga bulanan, mingguan begitu, memang telah pun kita lakukan bagi mengurangkan kesenjangan itu.

Ke depan nanti kita juga akan mengambil konsep kluster. Itu satu yang telah pun kita lakukan selama hari ini. Dan saya mahu pastikan bahawa kesesakan di hospital-hospital besar itu juga dapat kita kurangkan dengan kita memberikan perkhidmatan pakar di klinik-klinik kesihatan kita, ya. Kita turunkan bukan sahaja FMS tetapi juga lawatan-lawatan yang boleh mereka lakukan. Dan di samping cluster

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

concept juga kita mahu untuk adakan contohnya global surgery, di mana surgical atau pun pembedahan yang agak ringan boleh kita lakukan di klinik-klinik kita.

Jadi itu adalah antara lainnya bagaimana — kita akan terus membuat pembaharuan di samping kita yang saya sebutkan tadi konsep kluster, konsep — kalau di Kedah kita ada tiga kluster. Kluster selatan, kluster tengah dan juga kluster utara yang tonggaknya adalah Hospital Sultanah Bahiyah, Dato’ Yang di-Pertua.

Jadi di situlah akan dapat kita berikan sedikit perkhidmatan kepakaran di hospital-hospital daerah yang agak type empat yang memang kita tahu tidak ada pakar tapi masih lagi kita berikan perkhidmatan dalam bentuk kluster dan juga lawatan-lawatan bulanan dan mingguan itu, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih, Sik.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan, Yang Berhormat Tebrau.

draft • 12:30 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

Menteri, isu kekurangan jururawat ini bukan sahaja dia isu di luar bandar malah di kawasan bandar seperti Johor Bahru, kita juga menghadapi isu kekurangan jururawat. Tentunya salah satu sebab ialah tarikan daripada Singapura dengan gaji yang lebih lumayan.

Baru-baru ini saya ada dihubungi dan ada satu perbincangan dengan Consul General Indonesia, Johor Bahru di mana beliau berkata Indonesia sedia membekalkan jururawat kepada Malaysia sekiranya ada kekurangan dan memang sekarang ada satu pilot project di Regency Hospital di Johor Bahru yang tengah cuba mengambil jururawat daripada Indonesia. Sebab tadi Menteri ada kata isu supply and demand. Maka, saya nak tanya apakah pandangan Menteri kepada isu ini tentang kalau ada kekurangan jururawat di Malaysia, adakah, is it viable untuk kita cuba tengok sama ada kita boleh mendapatkan bekalan jururawat yang of course accredited untuk masuk ke Malaysia untuk kita menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Dato’ Yang di-Pertua. Ringkas saja jawapan saya, memang perkara ini menjadi pertimbangan dan keprihatinan kami atas kekurangan jumlah jururawat seluruh negara ini. Kalau tidak silap saya pada angka yang paling mutakhir adalah kurang lebih 8,000. Saya sangat sedar, ya, sangat insaf akan realiti ini dan tidak

draft • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad

mudah bekalan ini dapat kita pertingkatkan kerana mereka perlu masa at least two years for diploma dan sebagainya. Jadi, oleh kerana itu— kena perlu ada cara-cara untuk kita tangani gap dan kesenjangan itu untuk waktu yang segera.

Dan saya perhatikan memang ada dilakukan oleh, contohnya di Johor dan negeri Johor. Kami di Kementerian Kesihatan tidak menolak akan usaha ataupun option sebagai pilihan untuk mempertimbangkan jururawat dari luar negara.

Pokoknya dan utamanya, syaratnya, Dato’ Yang di-Pertua adalah memastikan bahawa dari sudut keupayaan dan klinikal, capability dan keupayaan klinikal, keupayaan, skill mereka itu, kita yang paling mustahak adalah untuk kita pastikan bahawa standard dan atas persoalan safety, atas persoalan kecekapan di samping, of course, persoalan-persoalan yang lain dari sudut budaya dan culture termasuklah bahasa dan sebagainya. Itu semua akan kami pertimbangkan dan sedang kami pertimbangkan.

Dan kita kalau ada satu permohonan yang jelas atau pun permohonan yang formal Dato’ Yang di-Pertua, pasti kita akan dapat pertimbangan dengan segera tapi cakap-cakap semua ini belum dapat saya lihat satu lagi permohonan yang formal, Dato’ Yang di-Pertua. Kalau tidak, kita boleh pertimbangkan segera dan memang daripada program kejururawatan, DON saya, Director of Jururawat telah pun saya alert dan telah pun saya berpesan dan perkara ini memang kita sedar akan kekurangan itu tetapi kalau ada cadangan seperti itu memang kami akan segera pertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi bagi pertanyaan- pertanyaan bagi jawapan lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan Tamat]

draft • 12:30 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Dato’ Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai di bahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 12 November 2025.” Terima kasih.

draft • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ada Yang Berhormat menyokong.

draft • 12:38 PM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Saya mohon menyokong.

draft • 12:38 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:38 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Anggaran Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Keempat]

draft • 12:38 PM

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 12:40 PM
Kepala B.21 [Jadual] – Kepala P.21 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 25 orang Yang Berhormat akan berbahas. Jangka masa adalah lima minit bagi tiap-tiap seorang. Walau bagaimana tertakluk kepada budi bicara Pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat.

Kita mula dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Kepala Bekalan B.21 dan Kepala Pembangunan P.21 di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terbuka untuk dibahaskan. Senarai-senarai pembahas akan saya bacakan.

Pembuka tirai Yang Berhormat Kota Melaka, diikuti Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Batang Sadong, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Tenggara, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Mersing.

Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat akhirnya Selangau, Yang Berhormat

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Selangau. Bagi memulakan sesi, saya mempersilakan Yang Berhormat Kota Melaka.

Silakan.

draft • 12:40 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya merujuk kepada tajuk Pembangunan Industri Padi. Butiran antaranya semua di bawah Pembangunan Industri Padi ini ialah 10012 – Bahagian Pembangunan Industri Padi.

Dato' Pengerusi, kalau kita lihat untuk tahun depan, sektor industri padi mendapat peruntukan yang berkaitan dengan penanam padi ini yang lebih kurang RM2.9 bilion. Dan ini adalah wajar dan kita sokong sebab padi merupakan makanan ruji yang utama rakyat Malaysia dan juga kita ada anggaran lebih kurang 200,000 pesawah padi.

Akan tetapi Dato' Pengerusi, kalau saya lihat kepada prestasi hasil padi. Di mana kita lihat kadar sara diri pada tahun 2017 lebih kurang 10 tahun yang lepas ialah 71 peratus. Akan tetapi, kita lihat anggaran kadar sara diri untuk tahun depan 2026 hanya sasarannya ialah 59.9 peratus iaitu penurunan sebanyak 17 peratus sedangkan purata hasil padi metrik tan per hektar yang sebenar pada tahun 2017 pada waktu itu ialah 4.21 metrik tan untuk satu hektar. Tetapi, anggaran sasaran untuk tahun depan hanya sekadar 3.79 sahaja iaitu penurunan sebanyak 10 peratus.

Jadi, kalau kita lihat lagi kepada Dasar Agromakanan Negara 2.0 yang telah dibentangkan bagi tahun 2021 hingga 2030 di mana sasaran antaranya kadar sara diri mereka sasarkan pada tahun 2030 mereka nak sasarkan mencapai 80 peratus.

Kalau sasaran untuk tahun depan hanya sekadar 60 peratus, bagaimana mereka boleh capai 80 peratus pada tahun 2030?

Jadi, di sini kita lihat barangkali kementerian perlu mencari apakah punca prestasi yang kurang memuaskan ini dan bagaimanakah kementerian akan memastikan supaya keadaan menjadi lebih baik akhirnya kita boleh capai sasaran tersebut sebab itu adalah penting.

Seterusnya saya pergi kepada tajuk Ternakan dan Perkhidmatan Veterinar.

Butiran 22300 – Kawasan Penternakan Babi. Dato' Pengerusi, daging khinzir adalah merupakan makanan utama untuk rakyat bukan Islam yang di mana lebih kurang 10 juta orangnya dan apa yang kita lihat akibat daripada penyakit ia di mana bekalan daging khinzir ini telah turun dengan mendadak. Akibatnya harga telah meningkat lebih daripada 300 peratus berbanding dengan dua, tiga tahun yang lepas. Dan juga akibat daripada kenaikan harga khinzir ini dia akan menjejaskan harga daging yang

draft • 12:42 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

lain sebab bila harga khinzir meningkat, maka rakyat akan pilih, bukan Islam dia akan pilih untuk makan daging ayam. Jadi, barangkali dia akan menjejaskan harga daging ayam.

Jadi, di sini saya merujuk kepada butiran kawasan penternakan babi ini ialah RM26 juta. Jadi, saya nak tanya kepada pihak kementerian kod ini di mana, bagaimana peruntukan ini akan digunakan? Bolehkah kita pertimbangkan supaya kita tubuhkan atau bina modern pig farming dengan kita adakan pig farm area di mana kita ada kawasan yang khusus untuk kita ternak khinzir ini supaya kita boleh mendapat bekalan yang cukup dan kita harap supaya pihak kementerian dapat bekerjasama dengan ataupun meminta supaya kerajaan negeri juga memberikan kerjasama.

Sebab untuk memastikan industri ternakan khinzir ini dapat berkembang, dia perlu kerjasama daripada pihak kerajaan negeri kerana dia berkaitan dengan isu tanah, kegunaan tanah. Jadi, saya harap supaya setiap negeri boleh beri sokongan kepada Kementerian Pertanian ini.

Selanjutnya saya pergi kepada tajuk Pemasaran dan Pembiayaan Pertanian bawah Butiran 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Dato' Pengerusi, saya ingin merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh pekebun sayur di Cameron Highlands, kawasan Dato' Pengerusi. Di mana kita lihat di sana pekebun sayur mereka menghadapi di mana harga sayur mereka tidak stabil.

Ya, di mana kita lihat antaranya ialah kerana ada sayur import daripada negara lain seperti Thailand dan China telah menyebabkan harga hasil tanaman mereka tidak mempunyai harga yang stabil akibatnya mereka telah mengalami kerugian yang besar. Sebab saya selaku Pengerusi Pembangunan Kampung Baru Malaysia, Semenanjung saya telah pergi melawat ke Cameron Highlands dan penduduk di Kampung Baru beritahu saya di mana mereka menghadapi satu cabaran harga sayur mereka hanya harga mereka terlalu rendah dan mereka mengalami kerugian.

Jadi, satu lagi masalah yang dihadapi oleh pekebun sayur ialah dominasi orang tengah. Di mana orang tengah ini dengan adanya orang tengah ini, pekebun sayur terpaksa jual hasil mereka dengan harga yang terlalu rendah kepada orang tengah. Jadi dalam bab ini, saya harap supaya FAMA boleh adakan satu pelan jangka panjang untuk kita bantu pekebun sayur ini. Sebab kita harap supaya akhirnya industri pertanian ini dapat sambutan daripada golongan terutamanya golongan muda untuk menceburi dalam bidang pertanian ini. Jadi, semua ini adalah penting.

draft • 12:42 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Akhir sekali, saya merujuk kepada Dasar, Pembangunan dan Pengurusan.

Butiran 10015 – Bahagian Pemodenan Pertanian. Banyak insentif yang telah ditawarkan, disediakan oleh Kementerian Pertanian dan di sini saya ingin menyeru supaya insentif-insentif ini, maklumat tersebut perlu disampaikan kepada mereka yang minat untuk ceburi dalam bidang pertanian ini terutamanya golongan muda. Itu saja daripada saya. Terima kasih Dato' Pengerusi.

draft • 12:42 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka dan terima kasih kerana membangkitkan isu di Cameron Highlands. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Puteh.

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya ingin merujuk kepada Butiran 020200 berkenaan dengan pengairan dan saliran pertanian di mana kerajaan telah memperuntukkan lebih daripada 24 juta.

Soalan saya, berapakah jumlah projek yang baru berkenaan dengan saliran pertanian terutamanya di Kelantan dan khususnya di Pasir Puteh dan juga di Bachok, depan saya?

Sebab isu yang paling besar kami di Kelantan ini iaitu isu saliran. Di sudut tenaga kerja. Saya bukan nak angkat orang Kelantan, tapi orang Kelantan ini dia kerja dia sangat kuat. Kalau dalam bulan Ramadhan, ada yang menunaikan solat terawih atas traktor. Maknanya, kesungguhan dia. Tetapi oleh kerana prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan tidak mencukupi, saliran air dan seumpamanya, maka padi terjejas.

Yang kedua, projek penyelenggaraan saliran. Saliran yang sedia ada di Kelantan pun kadang-kadang tidak dijaga dengan baik. Yang kedua, 020600 – MAQIS. Persoalan saya berkenaan dengan peralatan kuarantin. Ada binatang- binatang yang dibawa daripada luar negara ke Malaysia ini, di sudut penjagaan di tempat kuarantin ini dipertikaikan oleh rakan-rakan kita, terutamanya daripada Thailand dan peniaga-peniaga kita daripada Malaysia. Banyak binatang yang mati dan kadang-kadang binatang yang ada sakit biasa. Kalau sakit yang kritikal, saya tidak nak bela. Yang sakit biasa yang boleh diubati, tapi ubat tidak dibekal dengan baik menyebabkan binatang tersebut boleh mati.

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Yang kedua, 020800 – LPP, Lembaga Pertubuhan Peladang. Persoalan saya daripada bajet yang dikemukakan ini, berapa jumlah kawasan baru yang diserah kepada LPP? Kemudian, jumlah RM Malaysia untuk baik pulih fasiliti-fasiliti di bawah LPP seperti bangunan, jalan dan seumpamanya, di mana kedapatan banyak bangunan-bangunan di bawah LPP ini tidak mampu diseliakan disebabkan faktor kewangan. Begitu juga jalan di kawasan-kawasan pertanian di bawah LPP.

Seterusnya, pembangunan model pertanian berteknologi moden yang disebut di dalam buku ini dan soalan saya, sejauh mana peruntukan ini disediakan kepada LPP, Lembaga Pertubuhan Peladang? Di mana kadang-kadang saya ada pengalaman jadi Pengerusi LPP, isu yang paling besar iaitu peruntukan. Dato’ Pengerusi, peruntukan. Jadi, kita minta peruntukan ini biarlah mencukupi kerana LPP, KADA dan MADA dan seumpamanya, kejayaan ini dia duduk pada kewangan.

Begitu juga di Cameron Highlands bagaimana disebut oleh kawan-kawan.

Maknanya, tempat yang memberi fokus kepada isu pertanian yang menjadi sumber makanan negara ini sepatutnya kita ambil satu tugas yang sungguh-sungguh, peruntukan yang benar-benar memberi jaminan. Bila kita sebut pertanian, biarlah pertanian negara kita ini berjaya.

Yang kedua, 021000 – KADA. KADA ini saya nak sebut berkenaan dengan kualiti baja padi, begitu juga kualiti daripada benih padi. Ini dua-dua perkara yang besar. Benih dan juga baja padi ini, ia bukan dihasilkan oleh KADA. Tetapi, baja dan benih ini diberi kepada KADA untuk diagihkan kepada para petani. Isunya kualiti baja, begitu juga dengan kualiti benih padi. Ada benih — benih ini kita tahu mesti daripada kawasan yang diselenggara dan disediakan oleh pihak kerajaan supaya mutu benih padi ini betul-betul kualiti sebab benih yang kualiti, hasil dia sangat tinggi sebagaimana di Sekinchan dan seumpamanya.

Jadi, hari ini kalau kita lihat banyak benih padi dan juga baja ini kualiti dia sangat rendahlah. Yang kedua, peluasan jelapang padi di Kelantan, macam mana tahap dia berapa kadar dia dan berapa jumlah mesin jentanam yang ada pada hari ini? Mesin, kerana bila kita sebut teknologi ini, benda-benda ini perlu kita ambil berat.

030000 – Industri Agromakanan dan Keusahawanan Tani, di bawah Butiran 030100 – Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (PKLP). Persoalan saya, berapa ramai peserta latihan yang berjaya dan dia masuk ke lapangan pertanian?

Ada yang berjaya, tapi akhirnya sijil dapat elok tapi pergi ke lain. Yang kedua, nyatakan langkah yang diambil untuk memastikan para petani kita yang melibatkan

draft • 12:50 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

diri dengan kursus yang baik dan dia ini masuk ke bidang pertanian. Maknanya dia mencakupi isu gaji, isu-isu yang lainlah.

Dan yang terakhirnya iaitu lah 040000 – Program Khusus. Program Khusus ini saya nak sebut satu benda sahaja iaitu lah berkenaan dengan nelayan ini.

Nelayan ini Dato’ Pengerusi, C2 dia tak boleh minyak subsidi, sedangkan C2 ini duduk di Zon C. Zon B dan A dapat subsidi. Ikan yang ditangkap jenis apa? Yang dapat subsidi dia boleh jual ikan ini dengan harga yang murah sebab dia dapat subsidi. C2 tak dapat subsidi.

Jadi, bila dia tangkap ikan dengan minyak sendiri, kos minyak berpuluh-puluh ribu, dan akhir sekali dia terpaksa jual ikan dia dengan harga yang murah dan mereka ini menanggung kerugian yang besar. Dan kita banyak bincang dalam jawatankuasa khas sebelum daripada ini. Saya harap kerajaan mengambil cakna dalam isu ini kerana bot C2 untuk makluman Dato’ Pengerusi, sekarang ini tersadai begitu banyak.

Kalau satu buah, dua buah saya tak ambil kira sangat. Tapi, hampir semua C2 ini terpaksa parking, terpaksa berhenti daripada kerja nelayan. Dan kerajaan sepatutnya mengambil tanggungjawab dan ambil jalan penyelesaianlah kerana kesian kepada mereka. Satu. Yang kedua ini adalah rantaian bekalan makanan negara kita. Saya kira sekadar itu saja. Terima kasih banyak Dato’ Pengerusi.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Sebelum kita berehat, saya mempersilakan Yang Berhormat Ledang.

draft • 12:50 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingat tadi Dato’ Pengerusi nak sebut kita akan berehat.

[Ketawa] Ah, terima kasih. Saya dapat ambil kesempatan sini untuk berbahaskan peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2026.

Ledang ingin memberi tumpuan kepada aspek penerima gunaan AI dan pemodenan teknologi dalam sektor pertanian negara dalam perbahasan ini khususnya Butiran 10015 dan 12800 berkaitan dengan pemodenan pertanian.

Dato’ Pengerusi, selaras dengan komitmen kerajaan untuk menjadi negara inklusif AI menjelang tahun 2030 seperti yang digariskan di dalam Tinjauan Ekonomi 2026, adalah penting untuk kita tidak abaikan peranan utama sektor pertanian dalam ekonomi negara. Sektor pertanian tidak boleh ditinggalkan dan kita perlu beri penekanan yang setara dalam agenda transformasi digital negara.

draft • 12:58 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Walau bagaimanapun, saya lihat ekspresi kerajaan ini kelihatan belum sepenuhnya sejajar dengan peruntukan pembangunan di bawah KPKM, terutamanya bagi Butiran 10015. Sebagai salah satu tonggak utama negara, sektor pertanian memerlukan pelaburan yang serius dan berterusan dalam pemodenan.

Kita mesti memastikan para petani dan industri agro dilengkapi teknologi pertanian moden, sistem automasi, peralatan yang berasaskan AI serta kaedah yang berasaskan data untuk kita tingkatkan produktiviti serta kita nak menjamin keselamatan makanan negara.

Di bawah Butiran 10015 ini, kementerian telah peruntukkan RM20 juta untuk dasar pembangunan dan pengurusan. Saya akui bahawa tiada peruntukan bagi bahagian ini dalam Belanjawan 2024 dan juga 2025 dan penyertaan peruntukan ini menunjukkan bahawa ada pengiktirafan terhadap keperluan untuk memodenkan sektor pertanian.

draft • 12:58 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Sehubungan itu, saya ingin mohon penjelasan. Apakah tujuan khusus peruntukan RM20 juta ini? Apakah program, inisiatif ataupun penyelesaian teknologi yang akan dibangunkan melalui peruntukan ini? Apakah hala tuju strategik kementerian untuk memacu pemodenan pertanian pada tahun hadapan, khususnya berkaitan dengan integrasi AI, pertanian pintar, pembangunan infrastruktur digital untuk sektor pertanian?

Selain itu Dato' Pengerusi, di bawah Butiran 12800 – Pembangunan Infrastruktur Pertanian Projek Pemodenan Sistem Pengairan Padi. Ini telah diperuntukkan sebanyak RM57 juta untuk 2026 dengan kos keseluruhan projek dianggarkan RM945.7 juta. Saya ambil maklum bahawa jumlah ini meningkat sebanyak 58 peratus, ketimbang anggaran RM597.97 juta dalam Belanjawan 2025.

Ini adalah projek kritikal, khususnya untuk kawasan penanaman padi dan saya sambut baik kesinambungan pelaburan ini.

Namun, saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri yang ada dalam Dewan sekarang. Apakah status terkini kemajuan projek pemodenan sistem pengairan padi ini? Apakah elemen teknologi utama seperti sensor air, IoT, sistem pengairan automatik ataupun pemantauan sawah yang berasaskan satelit yang akan diterapkan dalam projek ini? Apakah usaha pemodenan tambahan selain daripada sistem pengairan yang dirancang untuk memperkukuhkan keselamatan makanan negara dan meningkatkan sektor pertanian tradisional?

draft • 1:00 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Dato' Pengerusi, di Ledang, orang tak tahu — ramai tak tahu. Sebenarnya, di Ledang ini dia adalah jelapang padi selatan. Kita ada kawasan hektar padi yang agak luas sebenarnya. Jadi, sektor pertanian ini agak penting di kawasan - di Ledang, di mana komuniti di Bukit Gambir dan di Serom banyak bergantung kepada penanaman padi dan juga industri agro. Mata pencarian mereka bergantung kepada usaha kita untuk memperkasakan penggunaan teknologi pertanian untuk kita kukuhkan infrastruktur digital dan untuk kita bantu para petani beralih daripada amalan pertanian tradisional kepada amalan pertanian moden yang berteknologi tinggi serta berproduktiviti tinggi.

Jadi oleh itu, saya ingin dapatkan penjelasan mengenai berapa kerjasama di antara Kementerian Pertanian dengan agensi-agensi kerajaan seperti MDEC untuk kita cepatkan penerima gunaan digital dan AI dalam sektor pertanian? Saya maklum bahawa MDEC sedang bekerjasama dengan KPKM, termasuk melalui perkongsian strategik dengan rakan industri seperti Aerodyne untuk mengintegrasikan AI dan digitalisasi dalam tiga sub sektor utama iaitu penternakan, pertanian dan perikanan.

Maka, saya ingin bertanya. Dalam kapasiti khusus, apakah kementerian bekerjasama dengan MDEC untuk memperluaskan penyelesaian pertanian digital di seluruh negara? Adakah Butiran 10015 yang saya sebut pada awal tadi turut merangkumi komponen R&D untuk meneroka penerima gunaan AI dalam pertanian, termasuk precision farming atau pertanian persisi, sistem ramalan tanaman serta teknologi pertanian autonomi? Memodenkan sektor pertanian bukan sekadar keutamaan ekonomi tapi saya percaya ia adalah misi keselamatan makanan negara.

Itu saja, Tuan Pengerusi. Sekian terima kasih.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Majlis sekarang bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

Bentara.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 1:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis ditangguh sehingga jam 2.30 petang.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 2:30 PM

mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

[Membaca sepotong doa] Baik Yang Berhormat, kita sambung balik pada urusan perbahasan dalam Jawatankuasa. Dipersilakan Yang Berhormat Langkawi.

draft • 2:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk berbahas Butiran 020100 - Pembangunan Industri Padi yang akan mendapat anggaran lebih kurang RM70 juta.

Soalan saya terus kepada Yang Berhormat Menteri untuk dijelaskan, apakah kemajuan pembangunan industri padi yang telah dicapai. Adakah pembangunan tersebut dilihat dari segi kemajuan teknologi atau penghasilan ekosistem pertanian yang lebih baik? Mengapa kita kerap mendengar rungutan daripada pesawah dan petani, walaupun dengan bajet kerajaan yang saya rasa begitu tinggi diberikan kepada pembangunan industri padi?

Saya juga mahu membawa perhatian, petani-petani yang selalu menyatakan bahawa pelbagai bahagian kawal selia pengurusan subsidi, satu unit lain yang beroperasi secara berbeza-beza dan terpisah. Dan pengurusan infrastruktur padi diserahkan banyak agensi mengikut kawasan seperti MADA, KADA, KEMUBU dan IADA yang berkait dengan Butiran 020900.

Begitu juga Yang Berhormat Dato’, terdapat juga masalah yang ditimbulkan oleh agensi-agensi kerajaan, setengahnya di bawah kementerian yang sama tetapi tidak boleh bercakap di antara satu sama lain apatah lagi dengan kementerian- kementerian yang lain. Ia juga berlaku yang sama.

Contohnya, MARDI menghasilkan banyak inovasi benih teknologi tanaman, sistem fertigasi, drone pertanian dan lain-lain, tetapi pemindahan teknologi ke lapangan lambat kerana tiada penyelarasan mantap dengan agensi pelaksana seperti Jabatan Pertanian, FAMA dan juga LPP. Maka kajian ini akan terhenti begitu saja lebih-lebih lagi dengan makmal-makmal di peringkat negeri yang tidak mempunyai dana yang cukup.

draft • 2:33 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Yang Berhormat Dr., itu di antara agensi sendiri di dalam kementerian yang sama. Terdapat juga dengan kementerian yang lain. Saya mengambil contoh yang berlaku di Langkawi baru-baru ini, petani-petani di kawasan Ulu Melaka telah membuat laporan lima tahun yang lepas bahawa satu sungai yang telah pun menjadi bencana kepala air dan airnya divert masuk dan ia menjadi dua saliran, saliran yang dibuat oleh orang kampung ke bendang mereka dan sungai biasa.

Saliran yang dibuat oleh orang kampung termasuk ke dalam pagar MARDI.

Maka JPS memohon supaya ‘nak dibuatkan semula dan tandop yang pecah itu ‘nak diperbetulkan. Lima tahun Yang Berhormat Dr., sampai sekarang ‘tak selesai-selesai.

MARDI kata begini, JPS kata begini, padahal agensi sama, yang menjadi balanya itu orang kampung, ‘tak boleh ‘nak buat bendang seperti mana yang selalu mereka buat sebelum kepala air tersebut.

Alhamdulillah, saya bertemu dengan Dato' Dr. Zabawi, Ketua Pengarah MARDI. Alhamdulillah, beliau dapat, insya-Allah akan menyelesaikan perkara ini dan ini yang saya sebutkan, saya sebutkan di sini walaupun penyelesaiannya telah kita dapat satu formula, tetapi percakapan di antara kementerian A dengan kementerian B tidak dapat diselaraskan.

Begitu juga dengan contoh yang kita boleh bagi lagi, MARDI menjalankan Penyelidikan Teknologi Pertanian Pintar (IoT) untuk sawah, sensor, kelembapan, automasi, baja. Dalam masa yang sama, MOSTI juga melalui Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan MIMOS Berhad juga membangunkan sistem IoT pertanian untuk petani negeri. Projek yang dilaksanakan berasingan tanpa perkongsian data atau hasil penyelidikan. Statistik yang dibuat oleh MARDI dan statistik yang dibuat oleh MOSTI tidak dapat dibincang secara bersama. Petani menjadi keliru kerana ada dua sistem berbeza, dilaporkan oleh dua agensi kerajaan.

Begitu juga dengan Koperasi Peladang, LPP menubuhkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), untuk menggalakkan peladang berorganisasi. Pada masa yang sama, KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga menubuhkan Koperasi Agromakanan yang menjalankan aktiviti yang sama. Membekal baja, benih dan menjual hasil padi. Pertindihan bidang, peladang tidak tahu mahu menyertai PPK ataupun membantu koperasi.

Kedua-dua agensi memohon peruntukan berasingan untuk aktiviti yang sama. Contohnya pasar tani, mini, AgroMart dan sebagainya. Konflik tempatan antara pengurus PPK dan pengerusi koperasi juga menjadi satu perkara yang amat

draft • 2:33 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

sukar diselesaikan. Wujud persaingan sesama entiti peladang dan kegagalan mewujudkan ekonomi skala besar di peringkat daerah.

Pertanyaan saya kepada Menteri, bagai mana ‘nak menyelesaikan masalah ini? Masalah yang berlaku di bawah kementerian sendiri seperti mana yang saya sebutkan tadi, FAMA buat benda yang sama, MARDI buat kajian dan ‘tak dapat ‘nak menyelesaikan kajian-kajian dibuat oleh MARDI, maka terbengkalai begitu sahaja.

Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri juga mempunyai masalah. KPB bertanggungjawab mengawal lesen pengilang dan stok beras tempatan, namun kawalan harga dan pengimportan beras diurus oleh KPDN dan Kastam di bawah MOF. Maka, ‘tak bercakaplah di antara satu sama lain, yang menjadi mangsanya adalah petani-petani di kawasan-kawasan kita.

draft • 2:33 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Ketika krisis harga barang, contoh 2022, 2023, 2024, data stok beras negara antara KPB dan KPDN tidak sepadan. Lesen pengimportan beras memerlukan kelulusan daripada dua kementerian berbeza menyebabkan kelewatan bekalan.

BERNAS, syarikat di bawah kawalan MOF, memegang monopoli lesen import menyukarkan KPB melaksanakan dasar keterjaminan makanan secara bebas.

Kesannya, krisis bekalan dan kenaikan harga beras tempatan tidak dapat dikawal dengan cepat kerana kelulusan rentas kementerian terlalu banyak.

Program, contoh lagi yang saya berikan, Projek Lembu Fidlot dan Pusat Ternakan Peladang. LPP menubuhkan pusat ternakan peladang dan ladang fidlot mini untuk meningkatkan bekalan daging tempatan. Namun, lesen kawalan penyakit dan kelulusan fasiliti berada di tangan DVS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Masalah. LPP melaksanakan projek tanpa penyelarasan teknikal penuh dengan DVS. ‘Tak boleh bercakap hang aku. DVS menolak lesen operasi kerana tidak menepati piawaian kesihatan haiwan. Projek terbengkalai...

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, sila gulung.

draft • 2:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

...Walaupun infrastruktur telah dibina. Terima kasih Dato’ Dr. Pengerusi.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Selanjutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Batang Sadong.

draft • 2:40 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya terus kepada perbahasan.

Perkara pertama mengenai pembangunan industri padi. Di bawah Butiran 020100 dan Butiran 020200 – Kadar Sara Diri beras dijangka menurun kepada 59.9 peratus pada tahun 2026, masih jauh dari sasaran 65 peratus. Ini menunjukkan dasar dan pelaksanaan perlu diperkasa melalui pemodenan sistem pengairan serta penggunaan teknologi ramalan hasil berasaskan data bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengeluaran secara mampan.

Seterusnya melalui Butiran 10012 dan Butiran 94000. Saya mencadangkan supaya program PIP ini mengambil kira kesan perubahan iklim termasuk peningkatan R&D varieti padi tahan haba dan kemarau, teknologi pertanian pintar serta sistem pengairan automatik berasaskan tenaga boleh baharu.

Saya ingin tahu, bagaimana struktur perbelanjaan kementerian disesuaikan bagi menghadapi cuaca ekstrem yang kini menjejaskan pesawah dan penternak kecil. Kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan baharu padi di Sarawak termasuk di Simunjan, Gedung dan Lundu sejajar dengan hasrat Sarawak meningkatkan pengeluaran beras negeri.

Seterusnya bagi Butiran 10013 dan 12800 – Pemodenan Sistem Pengairan Padi. Saya mohon penjelasan jumlah peruntukan yang disalurkan ke Sarawak dan sama ada kawasan Batang Sadong turut tersenarai dalam pelaksanaan projek tersebut.

Kedua, dalam aspek penternakan. Di bawah Butiran 020400, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan peruntukan lebih RM166 juta. Kadar SSR daging lembu dan kerbau masih rendah, 17 peratus sahaja. Saya ingin tahu pelan jangka panjang kementerian bagi memperkukuh Projek Ternakan Integrasi dan Fidlot Komuniti supaya pengeluaran daging tempatan dapat ditingkatkan secara berperingkat.

Bagi Butiran 30009, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dengan peruntukan RM19.5 juta. Saya mohon penjelasan fokus pelaksanaannya. Sarawak berpotensi menjadi hab utama industri lembu pedaging negara. Namun, berdepan kekangan kepakaran teknikal, fasiliti veterinar, pembiakbakaan genetik dan keupayaan R&D. Saya mencadangkan agar kapasiti Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak diperkukuhkan termasuk penaiktarafan makmal dan pusat

draft • 2:41 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

pembiakan ternakan bagi menyokong pembangunan industri secara sistematik dan mampan.

Seterusnya, perkara ketiga berkaitan dengan pembangunan pertanian tanaman. Di bawah Butiran 30003, saya mohon penjelasan pencapaian projek yang dilaksanakan khususnya melibatkan tanah gambut, sawah pasang surut dan padi bukit termasuk penggunaan RM129 juta pada tahun 2025 serta apakah kesinambungan program ataupun projek bagi peruntukan tahun 2025. Ini di bawah Butiran 30003 – Jabatan Pertanian Sarawak.

Yang keempat, subsidi dan insentif. Butiran 040300 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah berjumlah RM2.62 bilion dan Butiran 040400 – Subsidi dan Insentif Nelayan berjumlah RM178 juta. Saya ingin tahu berapa ramai pesawah dan nelayan di Sarawak menerima manfaat dan berapa jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan. Mekanisme pelaksanaan subsidi dan insentif ini wajar disemak semula agar bantuan benar-benar sampai kepada penerima aktif, bukannya yang tidak aktif.

Pendekatan pelaksanaan juga mesti fleksibel mengikut konteks setempat memandangkan cabaran geografi luar bandar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berbeza. Selain itu, subsidi juga perlu disertai dengan latihan, inovasi dan pemindahan teknologi bukan sekadar bantuan tunai semata-mata.

Dan akhir sekali, berkaitan dengan TVET Pertanian dan Keusahawanan Tani Muda. Di bawah Butiran 030100 – Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian.

Saya menyokong dasar TVET Negara yang menjadikan pertanian bidang berimpak tinggi. Namun, pelaksanaannya masih tertumpu di Semenanjung. Institut Pertanian Sarawak di Semongok wajar diperkukuh sebagai pusat latihan utama di bawah TVET MADANI termasuk peluasan rangkaian latihan satelit dan kerjasama industri supaya belia luar bandar dan pelatih pedalaman mendapat akses latihan kemahiran dengan lebih mudah.

Saya juga mencadangkan agar Pusat Latihan Satelit TVET Pertanian diwujudkan di Sarawak serta model latihan dikemas kini selaras dengan keperluan industri baharu seperti pertanian pintar, dron, sistem fertigasi dan automasi ladang supaya graduan TVET benar-benar dapat memenuhi keperluan pasaran dan menjadi agropreneur moden.

Dan akhir sekali saya ingin tahu keberkesanan program-program agropreneur muda, kadar kebolehpasaran graduan TVET pertanian memandangkan sasaran tahun 2026 ialah 80 peratus. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 2:41 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Arau.

draft • 2:41 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, rakyat Malaysia, orang muda. Tuan Pengerusi, saya tengok Tuan Pengerusi pakai tengkolok ni lain. Saya selalu dapat benda ni daripada kawan-kawan saya orang asli, tapi Yang Berhormat ni macam, dia panggil macam ketua-ketualah. Ketua agung orang asli. Jadi, tahniah Yang Berhormat ya.

Okey, yang pertama sekali, benda ni benda kecil, yang selalu diulang, tapi inilah perkara yang menjadi rintihan petani. Kalau Yang Berhormat dapat pertimbangkan, yang terbaik. Kalau ‘tak dapat pertimbangkan, ‘tak terbaiklah.

B.020100. Benda ni adalah benda besar, sebab sekarang ‘ni serangan serangga ini terlampau, dia terlampau banyak ya. Sebab, mungkin penggunaan racun yang begitu hebat menyebabkan serangga ni dia sudah ada daya tahan, keturunan barunya ada daya tahan dia makin bertambah. Jadi, petani minta supaya racun tambahan yang dibagi ni adalah racun yang lebih berkualiti sebab serangga sekarang ini makin, makin, makin bertambah dan pelbagai jenis yang muncul di kawasan sawah.

Yang keduanya, mereka minta supaya jentera pertanian sekarang mahal Yang Berhormat, RM180 ke RM200. Jadi, di antara sebabnya ialah kerana mereka tidak dapat diesel, subsidi diesel daripada pihak kerajaan. Jadi, mereka minta supaya subsidi diesel ini diberi kepada jentera berat untuk membolehkan kos mesin padi ini dikurangkan.

draft • 2:48 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kemudian, ketiganya, baja tambahan. Yang Berhormat, baja tambahan ini perlu sebab untuk meningkatkan kualiti padi. Sekarang ini kerajaan bagi satu setengah kampit. Mereka minta kalau boleh dua ataupun tiga kampit satu relung.

Kemudian, Yang Berhormat, tentang menanam padi. Sekarang yang disebut- sebut di seluruh kawasan MADA ini ialah kos menanam padi yang cukup tinggi. Ianya ialah lebih kurang RM600 lebih satu relung dan kita tahu yang menanam padi sekarang ini ialah kebanyakannya daripada Bangladesh dan juga Rohingya. Tiap- tiap semusim padi, mereka boleh mendapat pendapatan lebih daripada RM20,000 seorang, bekerja dalam mungkin sebulan lebih sedikit dan mereka menanam padi.

Jadi, apakah kaedah yang boleh mengurangkan atau memastikan supaya ada penyertaan tempatan? Dulu kita pakai mesin menanam padi, tapi tak berapa berkesan. Jadi, kita ‘nak cadangkan supaya kerajaan buat sesuatu supaya menanam

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

padi ini bukan kerja orang, tetapi kita boleh menggunakan mesin. Benda itu ada tapi dia ada masalahnya, kalau masalah air dan sebagainya.

Kemudian, beras super tempatan, Yang Berhormat. Dulu saya cadangkan― Menteri ‘tak dapat jawab dengan sepenuhnya― supaya beras super tempatan ini diapungkan sama seperti beras import.

Dan akhir sekali ialah berhubung dengan SejaTi MADANI, Yang Berhormat.

SejaTi MADANI ini terlibat pelbagai program. Di antaranya, program pertanian.

Program pertanian termasuklah tanam jagung dan pelbagai lagi, dan juga termasuk ternakan. Yang Berhormat, ini saya menyaksikan sendiri. Ternakan ini, kambing saya nampak beratus ekor, tapi selepas sebulan saya tengok kambing itu naik atas lori di waktu malam dan kita minta supaya pemantauan dibuat.

SejaTi MADANI ini programnya bagus, tapi sebab dikatakan ianya melibatkan komuniti, jadi beberapa orang akhirnya yang betul-betul buat kerja mungkin akhirnya tinggal satu orang. Pendekatan ini ialah pendekatan lama yang dibuat dahulu, tapi sekarang diperbaharui dengan nama, tapi dulu, tidak banyak projek yang berjaya.

Kalau Yang Berhormat boleh beritahu dekat saya, berapa projek yang berbentuk geran ini yang telah berjaya sehingga sekarang. Termasuk penanaman yang dibagi ini― dia berjaya mungkin kali pertama, kali kedua, lepas itu hilang.

Demikian juga ternakan. Mungkin belum habis lagi ternakan dibuat, mereka melakukan penjualan dan sebagainya, tapi kita tidak ada pemantauan. Pemantauan ini sama ada dibuat oleh ICU atau dibuat oleh Kementerian Pertanian. Kita minta Kementerian Pertanian bagi perhatian kepada usaha-usaha pertanian kerana peruntukan SejaTi MADANI ini besar, Yang Berhormat. Jadi, elok kita memanfaatkan daripada SejaTi MADANI ini supaya kita pantau tentang apa yang berlaku. Kalau tidak, nanti akan disebut berulang kali di Parlimen ini.

Akhir sekali, Yang Berhormat, ialah berhubung dengan ART. Saya percaya Yang Berhormat sudah baca artikel 2.3 dan juga 2.3(b), Yang Berhormat. Dua-dua melibatkan pertanian. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, apakah perjanjian 2.3 dan juga 2.3(b) ini menyebabkan Malaysia mendapat impak yang negatif? Sebab, kita menggunakan perkataan “shall” untuk dua-dua artikel ini...

draft • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Arau.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perkataan “shall.”

draft • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Berkaitan dengan ART. Boleh sikit? Hulu Terengganu.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya.

draft • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju tak, Arau, apa pandangan Arau? Sebelum itu, Pengerusi, jam ini tidak berfungsi.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Kami ‘tak nampak ini.

draft • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Okey, Arau. Berkenaan dengan ART ini, reciprocal ini, saya nampak perjanjian ini bukan reciprocal, ini perjanjian berat sebelah. Apa pandangan Arau?

Yang kedua, rakyat Amerika ‘dah tolak Trump.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya kurang...

draft • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Maknanya ‘dah close government-nya lebih daripada 30 hari dan juga New Yorker menolak dia. Apakah ada ruang untuk kita menolak juga perjanjian ART ini. Apa pandangan Arau? Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Kalau begitu, masuk sebahagian daripada ucapanlah. Sebab, saya ‘tak dapat tangkap sepenuhnya.

Yang Berhormat, akhir sekali, saya ‘nak sebut yang ini, Yang Berhormat, iaitu berhubung dengan SSL iaitu tahap self-sufficiency level. Peruntukan yang diberi ke pertanian ini cukup besar, Yang Berhormat. RM6.2 bilion. Sudah sampai masanya kita mesti menjurus kepada perkara tersebut.

Dan negeri-negeri besar seperti Sabah, Sarawak dan juga negeri-negeri lain, termasuk Pahang, mampu untuk menyediakan SSL ini supaya beras― sekarang ini kita bergantung kepada negara luar 35 percent. Saya ‘nak tanya― mungkin ‘dah ada kekurangan. Kita minta diperkurangkan setahun 5 percent supaya tahap sara diri ini dapat dicapai. Jadi, kita percaya kepada Kementerian Pertanian boleh berbuat demikian. Kalau tidak, Kementerian Pertanian pun jadi macam kementerian lain, lesu. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Arau. Saya peringatkan 36(10)(4) itu― sakit menyakit hati. Don't cross the line. Faham-fahamlah ya.

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Tenggara.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Dr. Pengerusi bagi ruang kepada Tenggara untuk bahas.

Saya terus sajalah kepada Butiran 020700 bersekali Butiran 040400 berkaitan dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan subsidi serta insentif

draft • 2:55 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

nelayan. Walaupun sumbangan produktiviti nelayan darat rendah berbanding nelayan laut, ia tetap merupakan sumber pendapatan rakyat penuhi keperluan kepenggunaan hidangan melibatkan 12,596 orang nelayan seluruh negara. Aktiviti di sungai, empangan, tasik, bekas lombong dan sebagainya merupakan sumber air tawar negara.

Data tahun 2023, jumlah nelayan darat Malaysia seramai 11,455 orang dan pada 2024, 12,596. Perak teramai, diikuti Pahang dan Johor, 1,401 orang. Dari jumlah itu, 5,887 nelayan dikategorikan tulen dan hanya 3,900 sahaja yang menerima ESHND― elaun sara hidup nelayan darat.

Jadi, soalan Tenggara, apakah perancangan dalam Belanjawan 2026 ini untuk menambah jumlah penerima hingga ke 5,000? Sebab, nelayan yang tulen itu ada 5,887, yang diberi setakat ini 3,990. Dan apakah ada ikhtiar kementerian untuk mempertimbangkan suatu mekanisme penglibatan swasta dalam bersama membantu menyejahterakan komuniti nelayan?

Lanjutan itu, Tenggara juga ingin bertanya, apakah ikhtiar di bawah Belanjawan 2026 ini bagi LKIM ataupun kementerian mempertingkat dan menggalak para nelayan darat untuk terlibat dengan akuakultur strategik seperti ternakan ikan sangkar di sungai dan tasik atau lombong tinggal? Penggalakan ternakan akuakultur akan memastikan sumber pendapatan dan memungkinkan pemodenan ternakan dan membolehkan nelayan darat teranjak kepada penternakan yang lebih terjamin.

Soalan Tenggara, apakah perancangan kementerian tentang hal ini dalam Bajet 2026 dan apakah dan berapakah sasaran-sasarannya mengikut negeri?

Peristiwa ban pecah Sungai Sayong, hulu Sungai Johor baru-baru ini di Tenggara, misalnya, menjejaskan 125 nelayan darat dan 26 daripadanya adalah kalangan masyarakat Orang Asli di Kampung Sayong Pinang. Pencemaran pasir atau silika telah mengubah struktur air menjadi seperti jeli, Yang Berhormat Menteri, dan membunuh hampir semua hidupan sungai termasuk ikan baung, udang galah dan etok yang menjadi pendapatan utama masyarakat asli di situ dan nelayan- nelayan darat yang lain. Jadi, langkah serius menggalakkan aktiviti akuakultur ini boleh menjamin produktiviti nelayan.

Dan bagi kes ban pecah di Kampung Sayong Pinang, Sungai Sayong ini, saya harap pihak LKIM bolehlah membuat aktiviti mengambil tindakan untuk melepaskan benih-benih ikan baharu, udang baharu dan etok. Kerana, apabila ditanya itu, mereka kata mengambil masa dua, tiga tahun juga untuk pulih ekosistem sedia ada.

draft • 2:55 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Rentetan daripada itu juga, cabaran nelayan darat ini terkait juga dengan ancaman lokasi mereka mencari makan ini, terutama di sungai, seperti pencemaran di Sungai Sayong Pinang inilah. Dan Tenggara yakin berlaku juga aktiviti ekonomi lain yang pelbagai di lembangan sungai di seluruh negara seperti perlombongan mineral logam dan pasir.

Jadi, Tenggara cadang supaya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ambil inisiatif berunding dengan agensi dan jabatan kerajaan terlibat peringkat persekutuan dan negeri supaya mewartakan jajaran sungai utama di negara ini supaya dirizabkan sebagai warisan sumber makanan negara. Kita tahu sungai ini memang kena dipelihara, ‘tak boleh dicemarkan. Mestilah ada sesuatu tindakan diambil supaya di kiri dan kanan sungai itu tidak berlaku pencemaran. Kalau tidak, kita menjadi kerajaan mungkin yang meninggalkan sesuatu yang tidak baik kepada generasi yang akan datang.

Dan seterusnya adalah berkaitan dengan Butiran 020200 – Pengairan dan Saliran Pertanian dan Butiran 040500 – Penyelenggaraan Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian. Sistem pengairan ini dan infrastruktur amat penting. Selain membekal sumber air, ia juga bagi elak kebun atau ladang atau jalan pertanian tenggelam akibat banjir. Di Tenggara, misalnya, sekitar Jalan Kampung Sungai Telur termasuk Seri Delima dan Sri Jaya, Kampung Semangar, Kampung Orang Asli Sayong Pinang, jajaran Kampung Batu Empat-Lukut dan Temenin tenggelam ketika banjir monsun. Dan biasanya, yang dikira dan hendak dibantu ini melalui JKM ini, orang yang terkesan rumahlah, tapi sebenarnya apabila berlaku banjir, kawasan kebun pertanian juga adalah terjejas.

draft • 2:55 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Jadi, kita perlu mengambil langkah, mungkin di bawah kementerian, di bawah peruntukan ini untuk memikirkan sesuatu yang lebih konstruktif dan membantu kepada kalangan petani dan mengikut data DOSM 2023 juga, rugi tani bagi banjir tahun 2024 adalah RM120.6 juta dan pada 2024 rugi tani banjir— sorry, rugi tani pada tahun 2023, RM120.6 juta dan pada 2024, rugi tani banjir bernilai RM185.2 juta.

Dan kalau kita tengok di Thailand, petani yang terkesan banjir ini diberi bantuan segera termasuk pam air, mesin tolak air, benih tanaman, pemindahan haiwan ternakan dan sokongan kewangan faedah rendah. Jadi, apakah melalui butiran yang sama ini 020200, 040500 ini ada pendekatan-pendekatan yang seumpamanya untuk kita membantu meringankan beban petani-petani kita inilah.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Dan mereka ini kalaupun ada sikit Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, kalau kita tengok mereka ini kadang-kadang ada syarat-syarat.

Saya pun pergi juga ke Jabatan Pertanian. Dia kata, “YB kawasan ini mereka buat pertanian lima ekar, 10 ekar dan berplot-plot lima, enam orang.” Tapi tanah ini rizab sungai misalnya. Memang ada syarat itu untuk ada geran, tetapi kalau boleh difikirkan kelonggaran sikit sebab daripada pertanian yang mereka usahakan dengan kocek mereka sendiri, sebenarnya memberi pulangan ekonomi kepada kawasan sekitar dan juga memberi sumber pekerjaan kepada generasi di situlah. Dan Jabatan Pertanian pun kadang-kadang mengambil apa yang mereka usahakan itu untuk dijadikan dalam bentuk-bentuk pameran. Jadi, saya rasa kementerian perlu melihat juga untuk membantu.

Dan dalam isu ini juga sedikit Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Kalau kita tengok di Thailand ini dia guna SAR untuk kesan kawasan terjejas banjir dan mengadakan kerjasama dengan Royal Irrigation, UNDP dan Deutsche Gesellschaft ini (GIZ) untuk handle kawasan-kawasan kemarau dan banjir untuk pengurusan air dan sokongan petani.

Jadi saya harap, saya ‘nak bertanyalah, Tenggara ‘nak bertanya, apakah akan ada pendekatan-pendekatan seumpama. Ini yang dilakukan di Tambon, Yang Tajang, Ampor, Kosum Phisai, Daerah Maha Sarakham di Lembah Sungai Chi. Dan andai wujud di Malaysia, apakah kementerian boleh nyatakan di bahagian mana kita ada buat usaha-usaha yang sama, bekerjasama dengan UNDP. Dan Tenggara harap perkara seumpama ini boleh dilaksanakan melalui perincian-perincian pelaksanaan butiran ini. Jadi, itu saja Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Selanjutnya saya persilakan Yang Berhormat Dungun.

draft • 3:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Allah menyebutkan pada akhir Ayat 28 Surah An-Nisa’ [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Manusia dijadikan dalam keadaan lemah. Lemah pada kehidupan kita ini, pada rutinnya ialah dalam perkara sebahagiannya melibatkan makan dan minum kerana kita diciptakan dalam keadaan baka lapar dan baka dahaga. Jadi, memerlukan kepada makanan untuk menghilangkan kelaparan. Soal yang berkait dengan makanan untuk menghilangkan kelaparan, menjadikan industri pertanian

draft • 3:02 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

dan keterjaminan makanan ini sangat penting untuk survival bagi rakyat dalam negara kita.

Jadi, saya merujuk kepada Butiran 020100, isu beras nasional. Isu beras putih tempatan terus menghantui rakyat. Kekurangan bekalan di pasaran seolah- olah menjadi fenomena bermusim, hanya kembali pulih apabila hampir dengan musim pilihan raya atau Jualan RAHMAH. Media seperti Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan dakwaan bahawa segelintir pihak menguasai hingga 70 peratus dari pasaran beras negara melalui jaringan pengedaran yang berpaksikan monopoli dan kartel.

Namun Kementerian Pertanian dan MyCC - Suruhanjaya Persaingan Malaysia, menafikan kewujudan berlakunya kegiatan kartel mahupun monopoli.

Walaupun begitu, persoalan pokok tetap sama. Ketidakstabilan bekalan ini berulang saban tahun dan mengapa pasaran beras seolah-olah beroperasi dalam ruang yang tertutup? Pohon penjelasan kementerian.

Seterusnya, saya ingin beri kepada butiran P. 4008, bantuan kewangan yang diperlukan kepada pemain industri iaitu Agrobank. Apakah kerjasama strategik antara Agrobank dengan koperasi nelayan? Boleh dinyatakan apakah dalam soal yang berkait untuk memajukan...

draft • 3:02 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Dungun, minta laluan.

draft • 3:02 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Sila.

draft • 3:02 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Saya ‘nak bangkitkan tentang subsidi kepada nelayan ini.

Sekarang ini ‘dah peruntukan 2025 sebanyak RM178 juta dan 2026 masih lagi di tahap yang sama, RM178 juta juga. Sedangkan kos operasi nelayan telah meningkat, kos sara hidup meningkat, ditambah lagi dengan pendapatan nelayan terjejas disebabkan oleh pencerobohan nelayan asing dan juga nelayan. Sekian, terima kasih. Apakah pandangan Dungun? Setuju ‘tak kalau ditambah peruntukan ini?

draft • 3:02 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Pohon masukkan ucapan Setiu dalam ucapan saya dan pohon jawapan kementerian.

Seterusnya berkait dengan Agrobank juga. Menjelang musim banjir, ada di kalangan pelanggan-pelanggan Agrobank yang membuat pinjaman terjejas akibat banjir. Maka adakah apa-apa moratorium penangguhan bayaran balik kepada pelanggan dari peminjam yang terjejas akibat banjir?

draft • 3:02 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Seterusnya, apakah usaha-usaha Agrobank dalam usaha memperkasakan veteran ATM dalam sudut pertanian?

Yang ketiga, bolehkah dinyatakan program-program peningkatan pendapatan bagi golongan B40 dari sudut pertanian yang dilaksanakan oleh Agrobank?

Yang seterusnya, apakah juga perancangan Agrobank bagi golongan OKU dalam usaha menambah pendapatan pertanian mereka yang terlibat, berkait dengan usaha-usaha mengeluarkan OKU dari paras kemiskinan yang ada pada mereka?

Dan yang akhir saya ingin bertanya, Agrobank pernah dikenakan penalti pentadbiran AMP sebanyak RM660,000 pada 3 September 2024. Bolehkah dinyatakan sebab dikenakan penalti ini? Terima kasih Datuk Pengerusi.

draft • 3:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Selanjutnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:02 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Dato’ Pengerusi, atas peluang yang diberikan kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Belanjawan 2026 Peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Ada beberapa perkara yang saya ‘nak bangkitkan.

Yang pertamanya, di bawah Butiran 30004 – Jabatan Perikanan Malaysia

(DOF) dan juga untuk perkara Butiran 40005 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

(LKIM). Saya nampak ada pertambahan peruntukan untuk kedua-dua agensi. Saya menyambut baik. Kalau DOF itu naik daripada RM50 juta kepada RM95 juta, pertambahan yang baik. Saya yakin, dengan ada pertambahan ini, kita boleh meneruskan kesinambungan sumbangan daripada sektor perikanan supaya SSR ya, ikan ataupun makanan laut kita kekal pada tahap yang tinggi untuk rakyat kita iaitu dalam 90 peratus.

Cuma saya ‘nak tanya, ada ‘tak apa-apa projek ataupun program spesifik di bawah Jabatan Perikanan Malaysia dengan RM95 juta ini? Sama ada dia ada sebahagiannya akan diberikan untuk akuakultur sebagai alternatif terhadap perikanan laut dalam?

Dan berkenaan dengan LKIM tadi, saya nampak lonjakan peruntukan daripada RM5.8 juta kepada RM54 juta. Lonjakan yang sangat tinggi, 10 kali ganda.

Saya ‘nak tanya, ini biasa untuk apa? Tambah baik ataupun memperbaiki kemudahan di jeti ataupun di kompleks pelabuhan perikanan? Mohon perincian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menjawab nanti.

draft • 3:07 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Perkara kedua ini padi dan beras. Saya dengar ramai kawan-kawan ‘dah sebut. Memang betul beras ini makanan ruji rakyat Malaysia, perkara yang sangat menarik perhatian dan keprihatinan semua. Bukan setakat Wakil Rakyat, tapi semua rakyat Malaysia. Saya nampak satu, ketika ucapan Yang Amat Berhormat PMX ada dinyatakan bahawa tahun ini RM2.62 bilion diberikan sebagai insentif dan subsidi kepada pesawah. Kita menyambut baik sebab ia bertambah daripada RM2.6 bilion, tambah RM0.02 bilion pada tahun sebelumnya.

draft • 3:07 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Cuma saya ‘nak sebut, saya ‘nak tanya, Timbalan Menteri akan jawab nanti.

Kalau sebelum ini, bantuan untuk seekar semusim adalah sekitar RM3,790, sekarang ini dikatakan RM4,300. Maknanya setiap ekar, satu musim naik RM400 ataupun RM510. Hanya dengan kenaikan yang sedikit itu boleh kah menampung?

Itu persoalan besar saya. Sebab saya nak pastikan supaya apa yang kita janjikan, kita deliver kepada pesawah dan kita nak pesawah deliver untuk naikkan SSR kita.

Sekarang ini SSR terkini daripada KPKM sendiri, saya rasa sekitar 56 persen saja dan trend sejak beberapa tahun ini, asyik berkurangan, menurun. Kita kena, kena tahan penurunan ini. Dan saya ‘nak tanya, apakah status terkini reformasi industri padi dan beras yang telah berlangsung bermula hampir setahun yang lalu?

Kita ‘nak tahu apakah yang berlaku.

Dan Dato' Pengerusi, seterusnya saya ‘nak sebut pasal FAMA. Eh, tak.

Sebelum FAMA, MARDI dulu. Saya ‘nak sebutlah pasal MARDI ini, saya sedikit kecewa dengan peruntukan yang diberikan. Peruntukan untuk pembangunan hanya 39 juta, hampir sama. Tahun lepas, 38 juta ‘tak ke mana. Saya sebut banyak kali ‘dah dalam Dewan ini. Peruntukan untuk MARDI itu sangat penting sebab inilah institut penyelidikan pertanian kita.

Kalau kita ‘nak meningkatkan hasil pertanian kita, hasil penyelidikan kita supaya boleh menembusi, sebelum kita eksport keluar pasaran tempatan. Kita ‘nak mengurangkan kebergantungan kepada hasil dari luar, ‘nak meningkatkan SSR kita, keterjaminan makanan kita, MARDI perlu dilonjakkan peruntukan dia supaya lebih banyak ataupun skil penyelidikannya boleh bertambah.

Dan apa yang MARDI kena buat selain daripada penyelidikan adalah pengkomersialan, hasil penyelidikan dia. Kita selidik, kita hasilkan produk baharu, kita hasilkan baka benih yang berkualiti, tapi macam mana kita ‘nak industri gunakan hasil ataupun produk penyelidikan daripada MARDI? Sebab itu peruntukan yang lebih perlu diberikan. Saya ‘nak mohon kepada kementerian, kenapa ‘tak dapat

draft • 3:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

ataupun KPKM mohon MOF ‘tak bagi kah? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Seterusnya, FAMA. Saya nampak ada pertambahan peruntukan. Khasnya di bawah P, Pembangunan, 40002. Daripada 18 juta kepada 33.9 juta. Saya menyambut baik. Jadi, apakah jenis pembangunan untuk FAMA ini? Sebab kita tahu ini pemasaran. Hasil produk pertanian daripada petani kita. FAMA perlu diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi supaya hasil produk pertanian boleh dipasarkan. ‘Tak guna kita hasilkan banyak, tapi kita ‘tak boleh ‘nak pasarkan, ‘tak ada pulangan. Jadi saya mohon ada— apakah program khusus untuk ini? Dan saya harap ia boleh membawa kebaikan ataupun manfaat kepada petani pesawah yang terlibat.

Dan perkara terakhir yang saya ‘nak sebutkan Dato' Pengerusi adalah berkenaan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) di bawah peruntukan, di bawah Butiran 30007. Tahun lepas 7 juta, tahun ini 63 juta. Bagus. Memang saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Pertanian sangat mengambil perhatian berkenaan dengan pembangunan untuk penternakan.

Jadi saya ‘nak tanya, apakah jenis pembangunan? Apakah ada usaha sama dengan swasta yang boleh kita harapkan SSR untuk hasil-hasilnya meningkat dan supaya kita mengurangkan kebergantungan? Saya bagi contoh, macam daging. Kita sebenarnya mengharapkan 80 persen daging import. Ini sesuatu yang saya rasa usaha yang berterusan, usaha yang cukup drastik perlu dilakukan untuk memastikan keterjaminan makanan tempatan boleh diangkat ke tahap yang lebih tinggi dengan kadar SSR kita melonjak.

Dan berkenaan dengan Butiran 22300, saya nampak ada satu tajuk, kawasan penternakan babi, RM1 juta. Saya ‘nak tanya, itu untuk apa? Itu saja soalan saya.

Terima kasih Dato' Pengerusi atas peluang yang diberikan.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sebelum saya meneruskan persidangan di dalam Dewan ini, saya mohon orang-orang asli di galeri, tolong bangun.

[Tepuk] [Berucap dalam bahasa orang asal] Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengalu-alukan kedatangan pelawat daripada Batin-Batin Beradat dari Daerah Tanjong Malim dan Batang Padang, Perak, Kawasan Parlimen Tapah dan Parlimen Tanjong Malim.

[Tepuk] Berserta mereka, peserta mereka adalah pesara-pesara Pasukan Polis Hutan Senoi Praaq atau PGA iaitu satu pasukan dalam keselamatan yang begitu sinonim dengan masyarakat

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

orang asli. Dan alhamdulillah, anggota pertama pasukan ini adalah ayahanda saya.

[Tepuk] Selamat datang, maigah maihi.

draft • 3:10 PM

Beberapa Ahli

[Menyahut dalam bahasa orang asal]

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

[Berucap dalam bahasa orang asal] Deh lah keneng Dewan deh, dengan izin ya. Tempat deh lah mama pun sekali, bab perundangan my negara hi, di bincang. Mong kukanan hing, pihak wakil kerajaan, mong ke kiri heng, pihak pembangkang. Dewan mulia deh lah mama pun sekali akan dibincangkan, akan diluluskan dan menjadi undang-undang negara kita.

Selamat datang ke Parlimen Malaysia. Semoga lawatan pada hari ini memberi manfaat kepada masyarakat kita memahami dan lebih mendalam tentang perjalanan sidang-sidang Dewan Rakyat dan tugas-tugas Wakil Rakyat yang anda undi. Sekian, terima kasih.

Baik, berikutnya saya mempersilakan Yang Berhormat Sungai Besar.

draft • 3:10 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, saya terus ‘nak menyentuh Butiran 030300 dan 40002 berkaitan dengan FAMA. Ini Tuan Pengerusi, agensi yang sepatutnya membantu, menyelaras dan mengawal pemasaran hasil pertanian termasuk bantu petani dan usahawan agro. Di lapangan Tuan Pengerusi, penanam— penanam kontan yang supply sayur-sayuran di pasar-pasar borong, pasar-pasar tani, pasar-pasar basah sedang mengeluh. Dahlah mereka ‘tak dibantu dari segi subsidi, ‘tak dapat racun, ‘tak dapat baja, ‘tak dapat subsidi pembajakan serta bantuan lain, mereka terpaksa pula berhadapan dengan orang tengah yang memerah harga sehingga tidak masuk akal.

Hasil petani Tuan Pengerusi, ini bendi, kacang, ini yang ditanam oleh orang- orang kampung, sayur-sayur daun dari ladang, orang tengah ambil ikut bakul. Kalau bakulnya sedikit, harganya tinggi. Kalau bakulnya banyak, tiba-tiba harga turun ikut bakul. Ini memang kerja orang tengahlah.

Masalahnya Tuan Pengerusi, turun naik harga ditentukan oleh orang tengah.

Lama sangat ‘dah ini. Dan kadang-kadang orang tengah ambil harga dari ladang cecah 70 sen. Kalau bakul dia banyak, tinggal 70 senlah. Kalau bakul dia sikit, mungkin RM2, RM3. Bawah RM1, ini ‘tak lepas, ‘nak bayar apa upah pun ‘tak lepas.

draft • 3:16 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Padahal di pasar-pasar tani atau pasar borong ataupun pasar basah, harganya cecah RM4.50 hingga RM6 satu kilo.

Tuan Pengerusi, orang tengah yang menentukan harga ini, Tuan Pengerusi.

Jadi, kasihanlah mereka. Berusaha dengan tulang empat kerat, ‘tak ada subsidi, modal sendiri yang tanam sayur, harganya, harga jualannya rendah. Ada yang tanam pisang, harganya pun rendah. Kadang-kadang ‘tak laku, Tuan Pengerusi, tetapi hasil yang diusahakan oleh pendatang tanpa izin, orang Bangla khususnya, laku saja, ada saja pembelinya. Harganya okey saja. Ada yang boleh menyewa tanah orang kita.

Adakah pendatang ini ‘dah menguasai pasaran di pasar borong dan sebagainya?

Jadi, saya mohon FAMA lebih perkasa lagi membantu penanam tanaman kontan ini, bantu semua yang ada ladang kecil, yang ada ladang besar. Kita minta perangilah orang tengah-tengah ini. Itu sahaja. Saya kira sumber pendapatan untuk mereka membangunkan keluarga. Kita kena akui Tuan Pengerusi, mereka ini jugalah penyumbang kepada keperluan makanan negara. Kepada FAMA, tengok dan cegah orang tengah yang melampau ini.

Saya juga mohon bahagian penguatkuasaan sama ada penguat kuasa PBT, Majlis Bandaraya, Dewan Bandaraya, tengok siapa yang menguasai pasar borong.

Adakah bangsa asing yang menguasai pasar borong sehingga penanam kontan kita terpaksa, kais pagi, makan pagi dan kais petang makan petang.

draft • 3:16 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Contohnya, kita tengok Pasar Borong Selayang dan sebagainya. Saya merayu kepada FAMA untuk bantu rakan-rakan penanam kontan kita ini. Saya juga ‘nak menyentuh bahagian Pembangunan Infrastruktur Pertanian. Saya tidak nampak, Tuan Pengerusi sebarang peruntukan untuk IADA Barat Laut Selangor. Ini seolah-olah menafikan pengairan yang baik untuk lebih 35,000 hektar sawah dan beribu pesawah di kawasan IADA Barat Laut daripada Tanjung Karang, Sekinchan, Pasir Panjang, Sungai Besar. Yang ada saya nampak IADA Barat Laut Rompin, Pekan, Belud, Batang Lupar, tetapi IADA Barat Laut Selangor di kawasan saya inilah rasanya tiada peruntukan. Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Kemudian saya ‘nak menyentuh Butiran 40001. Tadi Rasah ‘dah sentuh ‘dah berkaitan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang mendapat peruntukan RM39,500,000, agak jauh lebih rendah berbanding peruntukan dua tahun lepas iaitu RM45,997, 500.

draft • 3:20 PM

Datuk Muslimin bin Yahaya - Sungai Besar

Untuk dapat hasil yang baik, kualiti yang baik, kalau bendang dia varieti benih yang baik, dia mesti datang daripada penyelidikan varieti padi yang mampan dan produktifnya tinggi. Ini semua kerja MARDI, tetapi kenapa peruntukan berkurangan?

Jadi pesawah-pesawah memang mengharapkan varieti padi yang tempoh matangnya singkat, Tuan Pengerusi, antara 75 hari hingga 90 hari supaya pesawah dapat mengurangkan kos racun, dapat mengurangkan kos baja, kos penjagaan dan kos upah serta yang lain-lain. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Sungai Besar. Ahli Parlimen berikutnya, Yang Berhormat Segamat tarik diri dan saya terus ke Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 3:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Masjid Tanah.

Alhamdulillah, di— saya ingin menyentuh terus di bawah Butiran 020300 iaitu Jabatan Pertanian yang mana telah pun diberikan pelbagai program. Dan kalau kita lihat pada tahun 2020-2024, sebanyak 4,217 orang yang telah pun diberikan, yang mendapat manfaat di bawah Program Agropreneur Muda.

Dan hari ini belia tani haruslah diberi tumpuan sebenar dalam program seperti Program Agropreneur Next Gen, katanya yang diperuntukkan RM20 juta dan ini adalah satu jumlah yang cukup besar berbanding dengan 2020-2024, terdapat RM84 juta yang diberikan.

Dan saya mohon kerajaan memastikan, haruslah pastikan bahawa geran ini tidak hanya tertumpu pada projek berskala besar, tetapi yang benar-benar menyokong usahawan tani di peringkat akar umbi seperti di kampung-kampung, di FELDA, di luar bandar dan proses permohonannya haruslah lebih mudah, telus dan juga digital dan tidak berlakunya bureaucratic sehingga belia-belia tani ini yang cukup berminat dengan pertanian mereka ini kecewa akibat birokrasi dan kecewa di tengah jalan.

Latihan teknikal dan pemasaran juga haruslah berjalan dengan seiring dan bukan sekadar diberikan modal tanpa bimbingan. Jika kita mahu sektor ini menarik minat anak muda, ia mestilah dilihat sebagai profesion masa depan, bukan hanya kerja terakhir. Bila dia gagal mohon sana mohon sini, dia ‘nak jadi petani, itu ‘tak boleh, tapi kalau boleh kita ‘nak jadikan mereka ini supaya mereka berjaya dalam bidang pertanian ini sebagai galakan dan sokongan mereka untuk terus berterusan dalam industri ini.

draft • 3:22 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Dan pertanian moden dan teknologi. Kerajaan banyak sebut tentang pertanian, teknologi tinggi, dron, IOT, sistem fertigasi. Namun, di lapangan masih lagi yang mengadu bahawa akses kepada teknologi dan pembiayaan mesin moden masih terhad. Harga input seperti baja, racun, benih masih lagi membebankan walaupun ada subsidi. Dan saya cadangkan kepada pihak KPKM dapat menubuhkan pusat inovasi agrobelia di setiap negeri yang dapat menggabungkan latihan, kemudahan teknologi dan juga khidmat nasihat agronomi secara berpusat.

Dan kalau kita tengok sebelum ini kes-kes mereka yang memohon Agropreneur Muda, mereka mendapat geran, katakan RM20 ribu, maka mereka akan melantik satu kontraktor untuk membekalkan barangan, tetapi harga barangan itu sebenarnya ‘tak setimpal dengan harga geran. Mereka dikenakan harga yang lebih tinggi. Jadi mereka dapat RM20,000 tapi barang yang dapat itu sebenarnya kurang, ‘tak sampai. Saya difahamkan ada sampai 30, 40 peratus lebih tinggi daripada harga di pasaran.

Dan saya harap kalau dapat mereka ini geran itu, biarlah petani itu sendiri yang membelikan barang itu apa yang mereka ‘nak, yang mereka cari dan mereka berikan segala dokumen yang berpatutan atau pun perkara yang diperlukan oleh pihak Jabatan Pertanian untuk atau pun diberikan secara berperingkat ataupun beli dulu lepas tu kemudian atau baru ‘nak dituntut kerana harga barang ini turun dan naik. Dapat bantuan pun bukan selalu, Tuan Pengerusi, one-off. Jadi kalau mereka dapat barang yang ‘tak setimpal dengan harga, kasihan buat anak-anak muda kita ini.

Dan satu lagi kalau boleh saya harap Jabatan Pertanian ini lihat sebab saya mendapat makluman bahawa mereka yang menjadi kontraktor pembekalan ini adalah di kalangan mereka di dalam Jabatan Pertanian ini. Jadi, saya tidak pasti sama itu betul atau tidak, tetapi haruslah dibuat siasatan menyeluruh supaya macam mana ‘nak mengekang mekanisme orang dalam jabatan ini juga yang meniaga.

Kalau ikutkan memanglah ‘tak boleh, kaki tangan kerajaankan, tapi saya harap perkara ini dapat dilihat kerana inilah aduan yang diterima.

Dan seterusnya saya juga ingin menyentuh tentang sewaan tanah kerajaan atau pun kerajaan negeri, atau pun Kerajaan Persekutuan. Tanah yang kosong dan mereka ‘nak mengusahakan tanah tersebut, terlalu banyak birokrasi. Jadi saya harap kekangan-kekangan ini untuk menyewa tanah kerajaan itu daripada kosong haraplah dipermudahkan. Dan kalau kita tengok ramai ‘nak mengusahakan tanah ini, tapi

draft • 3:22 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

kalau ia dibiarkan petani muda ‘nak usahakan tanah ini, tetapi bila ‘tak diberikan sebab terlalu banyak birokrasi, saya khuatir tanah itu juga akan dalam kerugian.

Dan seterusnya saya ingin menyentuh tentang nelayan di Masjid Tanah dan bagaimana saya ingin menyentuh Butiran 020500, 020700, 30004 dan 40005. Dan saya lihat bahawa apabila berlaku tambakan laut sepanjang 600 meter dan projek korek pasir di Sungai Rembau telah pun menyebabkan muara Sungai Linggi menjadi cetek dan berlumpur.

Jadi, nelayan kini dah tak boleh nak pergi ke laut seperti biasa, dia kena tunggu air pasang, surut, air pasang, barulah mereka boleh ke laut. Jadi ombak semakin kuat, kayu hanyut telah pun merosakkan jaring dan lebih malang tiada penanda keselamatan di tapak tambakan. Dan ini telah mengancam nelayan, bukan saja isu keselamatan, tetapi juga rezeki mereka juga semakin berkurangan.

Dan saya ucap terima kasih kerana LKIM telah mengizinkan nelayan-nelayan di Kuala Linggi untuk menggunakan jeti mereka, tetapi Yang Berhormat Pengerusi, lebih menyayat hati lagi nelayan Kuala Linggi ini terpaksa membetul dan membaiki jeti LKIM ini yang rosak dengan mereka tongtong duit nelayan antara mereka sendiri kerana nak membaiki jeti yang rosak. Tidak ada peruntukan yang diberikan oleh pihak LKIM untuk membaiki jeti di Kuala Linggi. Jadi saya harap LKIM dapatlah melihat tentang perkara ini. Mereka ‘dah banyak kali mohon, tapi belum ada lagi bantuan daripada pihak LKIM.

Dan seterusnya saya ingin menyentuh tentang usahawan nanas di Butiran 40004 dan 030400 yang mana LPNM saya ucap terima kasih kerana telah banyak membantu dan menyokong usahawan nanas di Melaka. Deli Agro bermula dengan 17,000 sulur atau pun benih nanas pada tahun 2019 untuk satu ekar. Hari ini mereka telah berdiri megah dengan 23 ekar. Anak muda lagi dan saya tumpang berbangga.

Cuma kita harap dengan sokongan, dukungan yang diberikan oleh pihak LPNM ini dapat juga lihat sebagaimana telah saya sebut awal tadi iaitu bantuan dari segi sudut teknologi IOT. Dari segi sudut dron bila tanah ‘dah banyak kawasan ‘dah banyak, mereka dah tak boleh nak gunakan kapasiti orang, maksudnya pekerja- pekerja untuk melihat dan juga untuk melaksanakan tugasan menanam dan sebagainya, tetapi kalau ada dron yang dapat memantau dan juga penyebaran benih dan sebagainya saya yakin dan percaya ia akan dapat mampu lagi memberikan impak yang maksudnya impak yang lebih banyak, pendapatan yang lebih baik kepada anak-anak muda ini. Itu saja, terima kasih.

draft • 3:22 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Masjid Tanah, saya cakap, boleh? Habis ‘dah, boleh bagi?

draft • 3:22 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Boleh, saya ada ‘nak [Tidak jelas] .

draft • 3:22 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Berkaitan dengan tanah tadi, Pengerusi. Banyak tanah-tanah yang dimiliki oleh Jabatan Pertanian dan pertanian sendiri yang terbiar. Apa pandangan Masjid Tanah supaya ia juga jangan ada birokrasi dan dipermudahkan untuk mereka yang ‘nak menyewa tanah milik Jabatan Pertanian dan juga Kementerian Pertanian yang terbiar? Terima kasih.

draft • 3:22 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Hulu Terengganu. Yang mana yang telah saya sentuh tadi memang banyak tanah yang terbiar. Sebab itu kalau ada birokrasi ini, daripada tanah terbiar itu baiklah dibagikan kepada anak-anak muda ini untuk mengusahakan. Jadi, saya harap ada satu standard mempercepatkan dan dipermudahkan agar setiap permohonan ini dapat diberikan kepada golongan muda, sebagaimana kita nak mengangkat keterjaminan makanan di negara kita. Itu sahaja. Terima kasih daripada Masjid Tanah.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Betong.

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Dato' Pengerusi kerana memberi ruang untuk Betong turut membahaskan maksud B.21 dan P.21 bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Dato' Pengerusi, Betong mula dengan tajuk ternakan dan perkhidmatan veterinar iaitu Butiran P.10710 – Pembangunan Industri Lembu, P.30007 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan P.30009 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak.

Betong ingin menarik perhatian Dewan ini kepada isu yang tidak pernah selesai iaitu industri ternakan ruminan negara yang masih jauh daripada mencapai tahap sara diri. SSL daging lembu kita kekal sekitar 20 peratus walaupun sudah berpuluh tahun kita bercakap tentang keterjaminan makanan. Soalnya, apa yang tidak kena dengan dasar kita? Sudah berapa banyak pelan, program dan insentif yang dilancarkan daripada projek fidlot, ladang satelit hingga ke program integrasi sawit lembu, namun hasilnya masih lagi tidak signifikan.

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Dato' Pengerusi, kita terus bergantung kepada import lembu hidup dan daging sejuk beku dari negara seperti India dan Australia. Bila pasaran antarabangsa terganggu, rakyat di bawah terpaksa menanggung harga daging yang naik mendadak. Jadi, Betong ingin mengetahui, apakah pelan pengurangan kerajaan mengenai import secara progresif kementerian dengan sasaran jelas tahun demi tahun. Mengapa pembangunan baka tempatan masih bergerak perlahan walaupun dana penyelidikan telah diperuntukkan saban tahun. Di manakah hasil sebenar projek integrasi ruminan yang kononnya menjadi pemangkin pengeluaran domestik.

Kita juga harus jujur tentang kegagalan membina rantaian nilai yang bersepadu. Penternak kecil masih terpinggir, tiada jaminan harga lantai dan akses kepada padang ragut serta makanan ternakan masih terbatas. Betong bimbang industri ini terus kekal subsistence level, cukup makan tapi tidak cukup daya saing.

Dato' Pengerusi, jika kerajaan benar-benar mahu mencapai 50 peratus SSL daging lembu menjelang 2030, maka, bukan lagi masa untuk slogan. Oleh itu, adakah kerajaan mempunyai pelan tindakan sebenar dengan garis masa, kawasan tumpuan dan tanggungjawab agensi yang jelas.

Dato' Pengerusi, kita juga perlu meneliti isu kos makanan ternakan yang menyumbang sehingga 70 peratus daripada kos operasi. Soalannya, apakah ada pelan menyeluruh untuk membangunkan industri makanan ternakan tempatan sebagai jagung bijirin atau silage tempatan secara besar-besaran. Negara kita mempunyai bahan buangan dari industri sawit seperti palm kernel cake yang telah terbukti untuk makanan ternakan ruminan. Sudah tiba masanya kita membuat satu dasar, agar bahan ini dilarang untuk eksport tetapi digunakan sepenuhnya untuk industri ternakan ruminan kita di Malaysia. Tanpa reformasi dasar yang berani, industri ruminan negara kita akan terus menjadi sektor yang bernafas dengan alat sokongan bukan dengan kekuatan sendiri.

Dato' Pengerusi, seterusnya Betong ingin membangkitkan isu di bawah Butiran P.3 30001 – Jabatan Pertanian Malaysia, P.30003 – Jabatan Pertanian Sarawak dan P. 10003 – Bahagian Sekuriti Makanan. Betong ingin mengetahui dengan lebih mendalam berapa sebenarnya pecahan peruntukan yang diperuntukkan kepada pembangunan industri benih negara. Adakah dana yang disalurkan mencukupi untuk kita memperkukuh keseluruhan rantaian industri benih?

Daripada pengeluaran benih tempatan, pensijilan, pusat pembiakan hingga subsidi kepada pengeluar kecil kerana realitinya, Malaysia masih bergantung sehingga 90

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

peratus kepada benih import bagi setengah tanaman sayuran. Ini bukan sekadar statistik tapi kelemahan strategik dalam rantaian bekalan makanan kita.

Betong juga ingin tahu, apakah indikator prestasi yang ditetapkan untuk tahun 2026 bagi mengukur keberhasilan usaha ini. Contohnya, berapa peratus benih tempatan digunakan dalam tanaman makanan utama? Berapa kapasiti pengeluaran benih padi dan sayur tempatan dan apakah pelan pembangunan modal insan yang disusun untuk kita mengukuhkan pensijilan serta penyelidikan dan pembangunan benih tempatan.

Kalau tujuan utama belanjawan ini adalah untuk mengurangkan risiko kebergantungan pada import makanan, maka saya hairan, mengapa tidak wujud garis peruntukan yang jelas untuk pengeluaran benih tempatan bagi membangunkan fasiliti pengeluaran berskala besar, memberi insentif pada syarikat benih tempatan dan memperkukuh pensijilan kualiti benih. Tanpa dasar benih yang kukuh, usaha mencapai kadar kendiri akan kekal retorik.

Jadi Tuan Pengerusi, kita sering bercakap tentang keterjaminan makanan tetapi jarang meneliti perkara yang paling asas benih itu sendiri. Industri benih Malaysia masih berselerak, lemah dan tidak berdaya saing. Universiti buat kajian sendiri, jabatan ada projek sendiri, syarikat swasta pula tidak disokong untuk dikomersialisasikan. Akhirnya, hasil penyelidikan bertimbun di atas rak tapi petani masih menanam benih import dari Thailand, dari Belanda, dari Taiwan, malah daripada China. Jadi, kita harus berani mengakui bahawa tanpa dasar benih yang jelas dan terselaras segala usaha AgTech, IoT dan AI pertanian tidak akan membawa makna kerana kita sedang membina bumbung tanpa asas.

Justeru, Betong menggesa agar Majlis Benih Negara ditubuhkan segera bukan sebagai satu lagi birokrasi tetapi sebagai badan penyelaras nasional yang menetapkan piawaian arah penyelidikan dan strategi piawaian industri benih tempatan. Maka, dalam konteks Bajet 2026, Betong mencadangkan dana pembangunan benih nasional bagi mempercepatkan pengkomersialan hasil R&D, kerangka kerjasama awam, swasta, akademia yang benar-benar berfungsi, insentif cukai dan geran padanan kepada syarikat tempatan yang melabur dalam varieti baharu dan program pembangunan bakat tempatan supaya kita tidak terus bergantung kepada kepakaran luar.

Dato' Pengerusi, benih yang kita tanam hari ini akan menentukan kedaulatan negara kita esok. Jika kita gagal memperkukuh industri benih kita akan terus menjadi

draft • 3:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

pengguna bukan pengeluar. Dato' Pengerusi, sekiranya diizinkan satu minit, ada satu isu terakhir.

Seterusnya, di bawah program khusus di bawah Butiran B.040400 – Subsidi dan Insentif Nelayan. Betong ingin menyentuh satu isu yang jarang diberi perhatian iaitu nasib nelayan darat atau nelayan sungai di kawasan pedalaman termasuk yang di Betong. Kita memang ucap terima kasih kepada kerajaan atas pelbagai bantuan untuk nelayan laut, subsidi minyak, bantuan enjin, elaun sara hidup.

Namun, harus kita akui dengan jujur nelayan darat masih belum menikmati manfaat dasar yang sama. Mereka ini Dato' Pengerusi, hidupnya bergantung pada sungai, tasik dan paya. Menangkap ikan air tawar sebagai sumber pendapatan harian tapi mereka tidak senarai dalam sistem e-Nelayan, tiada subsidi, tiada skim bantuan khas.

Jadi, persoalannya sampai bila kelompok ini terus dipinggirkan daripada peruntukan rasmi kerajaan? Jika kita benar-benar mahu membina ekonomi desa yang inklusif dan memastikan tiada siapa tertinggal, maka, nelayan sungai juga mesti dimasukkan dalam rangka Dasar Perikanan Nasional.

Jadi, Betong mencadangkan agar kerajaan menubuhkan skim bantuan khas nelayan darat dan satu unit khusus di Jabatan Perikanan bagi menguruskan pendaftaran dan bantuan kepada komuniti ini. Dalam masa yang sama, adakah kerajaan menyediakan peruntukan juga bagi pemulihan habitat sungai dan tasik juga perlu ditingkatkan kerana di situlah sumber rezeki mereka.

Akhir sekali, saya ingin tahu, berapakah jumlah nelayan sungai yang berdaftar dan jumlah peruntukan yang telah diluluskan bagi kawasan saya di Parlimen Betong. Dato' Pengerusi, mereka bukan nelayan kelas kedua. Mereka penjaga sumber air tawar, benteng terakhir kelestarian sungai negara.

Jadi, sudah tiba masanya kerajaan memberi mereka tempat yang sewajarnya dalam bajet negara supaya pembangunan tidak hanya sampai ke laut tetapi juga mengalir ke sungai. Sekian, Dato' Pengerusi, Betong mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Selanjut saya mempersilakan Yang Berhormat Mersing.

draft • 3:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Dato' Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa Butiran penting di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan

draft • 3:38 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Makanan yang amat dekat di hati masyarakat luar bandar khususnya para nelayan dan pesawah di kawasan saya Mersing.

Butiran B.040400 – Subsidi dan Insentif Nelayan. Peruntukan keseluruhan subsidi dan insentif nelayan kekal sebanyak RM178 juta sama seperti tahun 2025.

Beberapa isu ingin saya bawakan. Pertama, berhubung elaun sara hidup nelayan bagi tahun 2026. Kadar elaun RM300 sebulan ini sudah tidak lagi mencukupi menampung keperluan asas, terutama dengan peningkatan kos sara hidup, harga makanan dan barangan keperluan. Kadar ini memberi kesan langsung kepada 38,000 nelayan di seluruh negara, termasuk lebih 2,500 nelayan di kawasan Mersing.

Justeru, saya mohon pertimbangan kementerian agar semakan semula kadar elaun sara hidup nelayan dilaksanakan bagi disesuaikan dengan realiti ekonomi semasa.

Kedua, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai pelaksanaan dua inisiatif sepanjang tahun 2025 iaitu Program Peningkatan Kapasiti Nelayan B40 dan Projek Khas Nelayan. Saya ingin tahu bentuk latihan, bantuan atau peralatan yang telah disalurkan, jumlah penerima manfaat serta sasaran pelaksanaan bagi tahun 2026. Ini penting supaya bantuan benar-benar menyasarkan kumpulan nelayan yang paling memerlukan, terutamanya di negeri Johor dan kawasan pesisir Mersing.

draft • 3:38 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Ketiga, mengenai skim subsidi diesel untuk nelayan. Terdapat aduan daripada nelayan bahawa kuota diesel bagi Zon C telah dikurangkan daripada 20,000 liter kepada 17,000 liter sebulan. Manakala bagi Zon C2, tidak menikmati langsung subsidi.

Bagi nelayan Mersing, keadaan ini sangat menekan. Mereka terpaksa mengurangkan jumlah trip ke laut sedangkan kos operasi tetap tinggi. Saya mohon agar kementerian mempertimbangkan semula pemberian kuota berdasarkan keperluan sebenar setiap kategori bot laut dalam, bukan secara pukal.

Dalam masa yang sama, saya menyeru agar diwujudkan mekanisme pemantauan dan pengauditan yang lebih ketat bagi mengelak ketirisan dan penyalahgunaan subsidi oleh pihak yang tidak layak.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Siapa nak tarik diri?

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Butiran P.3004 – Jabatan Perikanan Malaysia. Saya juga ingin menyentuh mengenai peruntukan RM20 juta bagi penggantian pukat tunda Zon B dan pukat kenka dua bot Apollo serta usaha menaik taraf vesel kepada teknologi mesra alam dan automasi. Saya mohon penjelasan lanjut daripada pihak kementerian.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Pertama, apakah bentuk pelaksanaan inisiatif ini? Adakah dalam bentuk geran penuh atau pinjaman mudah? Kedua, berapakah jumlah nelayan atau pengusaha yang dijangka menerima manfaat langsung daripada program ini? Usaha ini amat dialu-alukan, tetapi pelaksanaannya perlu telus dan benar-benar memberi manfaat kepada nelayan kecil serta meningkatkan produktiviti industri perikanan negara.

Butiran P.10730 – Pembangunan Industri Tenusu. Saya menyambut baik pelaksanaan Projek Jemaluang Dairy Valley di Mersing yang kini telah mula beroperasi. Projek ini dijangka menyumbang sehingga 20 peratus kepada Tahap Sara Diri (SSL) pengeluaran susu segar nasional. Sebanyak 1,000 ekor lembu tenusu baka dari Australia telah dibawa masuk bagi fasa awal operasi.

Namun bagi memastikan projek ini benar-benar berdaya maju, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai, pertama, indikator prestasi utama yang digunakan untuk menilai keberhasilan projek, khususnya dari segi pulangan pelaburan dalam jangka sederhana dan panjang. Kedua, perancangan pembukaan kawasan projek ini kepada umum sebagai destinasi agropelancongan domestik dan bilakah ia akan direalisasikan.

Ketiga, apakah bentuk kemudahan aktiviti dan fasiliti sokongan yang akan disediakan bagi menarik pengunjung serta memperkukuh potensi ekonomi tempatan melalui sektor pelancongan pertanian? Projek ini bukan sahaja berpotensi memperkukuh industri tenusu negara, tetapi juga boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar di Mersing.

Butiran P.01920 – IADA Rompin – Pengairan dan Saliran. Akhir sekali Dato’ Pengerusi, saya ingin menyentuh berkenaan pembangunan sawah padi di Kampung Semaloi, Endau dan Kampung Air Papan, Mersing. Pertama, saya mohon penjelasan tentang status semasa cadangan memasukkan kawasan sawah padi di kedua-dua kampung tersebut ke dalam IADA Rompin. Adakah perkara ini telah dimuktamadkan dan diluluskan oleh pihak kementerian?

draft • 3:40 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

[Bangun]

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Kedua,saya ingin tahu jumlah peruntukan tahun 2026 yang telah disalurkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran...

draft • 3:40 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Mersing.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

... Negeri Johor, khusus untuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran sawah,

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

memandangkan kawasan sawah di Semaloi dan Air Papan berhadapan bekalan air yang menjejaskan hasil sawah.

draft • 3:40 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Mersing ya. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya— pertamanya saya bersetuju dengan cadangan untuk memasukkan kawasan sawah padi Semaloi, Mersing ke IADA, di bawah IADA Rompin kerana Rompin dan Mersing ini bersebelahan.

Yang keduanya, saya ingin bertanya kepada Mersing, adakah Mersing bersetuju agar kerajaan dapat menyelaraskan penetapan potongan hasil padi tidak melebihi 20 persen? Saya bagi contoh, di Rompin, sebelum ini, musim lepas, 20 persen, tetapi musim kini dinaikkan kepada 25 persen dan kenaikan ini sudah pasti memberi— menjejaskan pendapatan hasil pesawah Mersing.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya bersetuju dengan saranan daripada Yang Berhormat Rompin dan dapatkan, masukkan dalam ucapan perbahasan saya.

Dan terakhir Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, mengenai permohonan menaik taraf sistem pengairan dan saliran sawah padi di Kampung Semaloi, saya telah difahamkan projek ini dikemukakan di bawah Rolling Plan Pertama RMK13 dengan anggaran kos sebanyak RM22.2 juta. Saya ingin mendapatkan pengesahan, sama ada projek ini telah diluluskan oleh agensi Pusat dan jika ya, bilakah fasa seterus pelaksanaannya akan bermula? Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya difahami, Yang Berhormat Batu Gajah tidak ada. Saya ke Yang Berhormat seterusnya, Yang Berhormat Labuan.

draft • 3:40 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin terus merujuk kepada 020300, 020500, 020700, 030000.

Dato’ Pengerusi, kita menyedari bahawa cabaran keterjaminan makanan semakin kritikal bukan sahaja akibat perubahan iklim dan gangguan rantaian bekalan global, tetapi juga kerana kebergantungan negara kepada bahan import seperti dedak, baja dan benih. Saya ingin tahu, apakah pelan jangka panjang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk mengurangkan kebergantungan import makanan asas, khususnya beras, daging, susu dan sayuran utama? Adakah kementerian kini dalam proses mempercepatkan pembangunan ladang integrasi, agropark dan kawasan pengeluaran makanan terutamanya di Sabah, Sarawak dan juga mungkin di Wilayah Persekutuan Labuan?

draft • 3:44 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Dato’ Pengerusi, sektor akuakultur merupakan antara bidang yang boleh menjamin bekalan protein negara. Namun, kos pengeluaran yang tinggi khususnya bekalan elektrik, makanan ternakan dan pengurusan sisa menjadi cabaran besar kepada pengusaha kecil dan sederhana. Bagi Wilayah Persekutuan, terdapat potensi besar dalam penternakan udang laut vannamei dan ikan marin bernilai tinggi serta pembangunan hab pendaratan tuna dan pemprosesan ikan untuk pasaran eksport, terutamanya ke Brunei, Filipina, Jepun, China dan juga Korea Selatan.

Saya ingin mencadangkan agar kementerian menyediakan skim insentif tenaga hijau, contohnya panel solar atau biogas untuk pengusaha akuakultur bagi mengurangkan kos operasi seperti kos elektrik. Saya juga mencadangkan agar kementerian menyediakan skim pinjaman mudah atau geran pemodenan untuk menaik taraf kolam-kolam HDPE, sistem aerasi dan makmal diagnostik penyakit.

Ketiga, saya juga mencadangkan agar kementerian mewujudkan zon akuakultur bersepadu di Labuan dengan kerjasama LKIM, Jabatan Perikanan dan Jabatan Laut.

Tanpa ada pelbagai insentif untuk pengusaha-pengusaha akuakultur, maka tidak ramai yang akan memanfaatkan kedudukan strategik Labuan sebagai sebuah pulau dalam memajukan industri akuakultur. Dalam Belanjawan 2026, saya melihat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia telah diberikan peruntukan sebanyak lebih kurang RM121,400 juta.

Saya ingin bertanya, sejauh mana keberkesanan perancangan-perancangan jangka pendek dan jangka panjang LKIM serta Persatuan Nelayan Kebangsaan atau ringkasnya NEKMAT dalam membasmi kemiskinan tegar nelayan yang telah dicapai sepanjang tempoh RMK12? Dan, apakah perancangan lanjut LKIM dan NEKMAT dalam menyumbang ke arah penurunan angka kemiskinan nelayan tegar di Malaysia khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan?

Saya juga ingin bertanya kepada LKIM, menjelang musim tengkujuh yang akan bermula pada pertengahan November ini sehingga Mac 2026, apakah perancangan yang telah disediakan untuk membantu nelayan-nelayan tradisi yang akan terputus punca pencarian mereka akibat lautan yang bergelora dan menghalang mereka untuk turun ke luat menangkap ikan sebagai sumber pendapatan mereka? Saya yakin, elaun sara hidup sebanyak RM300 yang diberikan kepada nelayan tidak mencukupi untuk mereka gunakan sepanjang bulan semasa menghadapi musim tengkujuh.

Dato’ Pengerusi, sebagai anak pulau yang berdampingan rapat dengan warga nelayan, saya memang sedih melihat nasib nelayan kita yang mana masih ada lagi yang hidupnya umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Maka, saya

draft • 3:44 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

dengan ini ingin mencadangkan kepada kementerian dan LKIM supaya melaksanakan projek unjam ataupun tukun tiruan pesisir yang mana jarak jauhnya sekitar satu hingga dua batu nautika dari pesisir pantai untuk dijadikan sebagai lubuk ikan bagi komuniti nelayan tradisi mencari rezeki ketika musim tengkujuh.

draft • 3:44 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Tukun-tukun tiruan yang kosnya ratusan ribu atau jutaan Ringgit yang letaknya berbelas batu nautika jauh ke laut, yang dilaksanakan oleh LKIM dan juga Jabatan Perikanan sebelum ini, hanya boleh digunakan oleh nelayan semasa sebelum musim tengkujuh. Apabila tibanya musim tengkujuh, tiada nelayan, terutamanya nelayan tradisi dan bot-bot kecil, yang berani ke laut kerana takut akan bahaya menanti mereka.

Untuk makluman Dato’ Pengerusi, dengan kerjasama dan bantuan pihak ICU, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan dan juga pihak LKIM Labuan, kami bercadang untuk melaksanakan Projek Unjam Pesisir atau Tukun Tiruan Pesisir sebagai pilot projek selewat-lewatnya bulan Disember ini nanti. Jika berjaya, saya akan mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri KPKM untuk menyediakan peruntukan yang lebih besar bagi maksud program membasmi kemiskinan nelayan tradisi, bukan sahaja untuk Labuan tetapi untuk komuniti nelayan tradisi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dalam masa yang sama, LKIM juga bercadang melaksanakan Projek Hab Pendaratan Tuna di Labuan, yang mana mengikut YB Menteri KPKM, Labuan patut menjadi hab pendaratan ikan tuna kawasan Malaysia Timur. Mengambil kira kedudukan yang strategik di persekitaran Laut China Selatan, di mana Semenanjung sudah ada Pulau Pinang sebagai hab yang dinobatkan untuk pendaratan tuna.

Dengan anggaran industri-industri tuna global mampu menjana pendapatan sekitar USD42 bilion serta mampu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan, maka soalan saya. Berapakah jumlah peruntukan yang disediakan untuk melaksanakan hab projek pendaratan tuna di Labuan ini? Bilakan projek ini akan dimulakan?

Sejujurnya, kita tidak boleh membangunkan hab pendaratan tuna seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. We need to spend money in order to bring more money dan projek hab tuna ini boleh kita lakukan secara berfasa sehingga mampu melahirkan syarikat-syarikat gergasi sepertimana Philbest Canning Corporation, Celebes Canning Corporation dan Citra Mina Seafood Corporation yang ada di Filipina sekarang.

draft • 3:50 PM

Dato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan

Akhir kata Dato’ Pengerusi, kita juga perlu melihat sektor pertanian bukan lagi sebagai sektor tradisional tetapi sebagai industri strategik dan moden. Kementerian perlu menjadi peneraju transformasi dari ladang hingga ke meja makan, memastikan keterjaminan makanan, pendapatan petani dan nelayan meningkat serta Labuan, Sabah dan Sarawak turut menjadi sebahagian penting dalam peta agromakanan negara. Sekian, terima kasih.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Saya persilakan Yang Berhormat Sri Gading.

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Sri Gading membahaskan tentang— di peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan makanan pada petang ini. Di awal tahun 2023 yang lepas, di mana kita dapat melihat dan saya pun terkejut apabila ada di kalangan Ahli dalam Dewan ini datang ke Dewan dan memperbahaskan tentang telur. Dia bawa dua biji telur, dia tunjukkan, telur ini kenapa mahal?

Alhamdulillah, sekarang ini dengan pengapungan harga ayam dan telur tanpa subsidi bermula daripada 30 November 2023, maknanya telah hampir dua tahun.

Alhamdulillah, kerajaan telah berjaya mengawal harga telur dengan baik. Walaupun dalam musim perayaan, harga kedua barang ini tidak naik. Dia dapat menjimatkan duit kerajaan dengan jumlah yang agak besar, hampir RM3 bilion.

Inilah kejayaan kerajaan, walaupun dipandang remeh. Walau bagaimanapun, persoalan daripada Sri Gading. Bagaimana pula dengan daging import? Kerana peruntukan yang ditunjukkan dalam Kepala P.21, Butiran 10710 – Pembangunan Industri Lembu/Kerbau Pedaging. Daripada peruntukan yang telah dikemukakan pada tahun 2025, sebanyak RM23,430,273. Pada tahun ini, menjadi baki ataupun tinggal RM1,050,000 sahaja.

Persoalannya, kenapa peruntukan ini dikurangkan? Adakah pengurangan peruntukan pembangunan industri lembu dan kerbau pedaging ini daripada RM23 juta lebih kepada RM1 juta sahaja, adalah merupakan pengurangan hampir 95 peratus ini dipindahkan kepada jabatan lain? Itu persoalan yang pertama. Yang kedua, adakah— bagaimana pengurusan yang sebelum daripada ini kalau kita lihat bahawa makanan lembu dan daging kerbau ini - pedaging ini penting, khususnya

draft • 3:53 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

kepada orang Islam. Terutamanya pada waktu Hari Raya dan juga Hari Raya Haji untuk korban dan sebagainya.

Jadi, ini penting kepada Kementerian Pertanian supaya dapat betul-betul mengkhususkan. Kalau dulu kita dengar tentang NFC, peruntukan yang begitu besar tapi kita tidak tahu kesannya dan kita semua pun maklum. Sekarang ini kenapa dikurangkan begitu banyak? Sri Gading mengharapkan bahawa seandainya ada penglibatan pihak-pihak tertentu dalam urusan perniagaan ini, penglibatan syarikat swasta, cuba tunjukkan kepada rakyat bahawa ia nya akan memberikan keuntungan kepada pengguna-pengguna, khususnya waktu musim perayaan.

Cadangan daripada Sri Gading juga, bagaimana supaya ada setengah- setengah penternak kecil-kecilan, dia mengadakan ternakan di bawah ladang kelapa sawit untuk memastikan lembu tadi mendapat makanan yang baik dan sempurna. Itu yang kedua.

Yang ketiga, B.21 berkaitan dengan MAHA, Butiran 060100 – Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2026. Di mana kalau kita lihat, kejayaan pada tahun 2024 yang lepas, di mana pengunjung dapat datang 5.5 juta pengunjung dan hasil jualan langsung adalah sebanyak RM48.5 juta. Untuk target pada tahun depan 2026, di mana sempena dengan Tahun Melawat Malaysia. Apakah rancangan dan apakah sasaran, berapakah sasaran kerajaan untuk memastikan bahawa kejayaan MAHA ini diambil kesempatan?

Yang pertama, pastikan jadual ataupun kalendar ini dimasukkan dalam Tahun Melawat Malaysia. Itu yang pertama. Yang kedua, Sri Gading mengharapkan supaya dengan pengunjung yang ramai, yang membawa anak-anak, yang membawa keluarga nak melihat, sekurang-kurangnya dia boleh berbelanja. Maka, adakanlah harga jualan itu harga jualan promosi, bukan harga jualan yang di-mark-up, yang akhirnya tak boleh terjual. Kerana apa? Kerana mereka nak tengok dan mereka biasanya ingin bercucuk tanam juga. Mungkin mereka beli tak banyak tetapi mereka perlu. Kadang-kadang nak menggantikan pokok bunga dengan lada dan sebagainya.

Jadi, ini antara perkara yang menjadikan peluang-peluang kepada anak-anak muda dan bagaimana kerajaan untuk mengambil ataupun menarik penyertaan di kalangan anak-anak muda dan usahawan tani baru supaya terlibat dalam MAHA.

Yang kedua, bagaimana peluang kepada petani kecil untuk terlibat dalam program seumpama ini. Dan yang ketiga, mewujudkan kerjasama serantau dan negara- negara luar supaya bahan ataupun produk daripada Malaysia dapat dieksport ke negara lain. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 3:53 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Selanjut saya mempersilakan Yang Berhormat Jerai.

draft • 3:53 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:58 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 3:58 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Seterusnya, saya pergi ke Butiran 020300 – Jabatan Pertanian (DOA). Pada tahun 2019, pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004. Pindaan ini bagi diselaraskan dengan Konvensyen Kesatuan Antarabangsa untuk Perlindungan Varieti Tumbuhan Baru 1991. Akibat pindaan ini, timbul bantahan oleh NGO dan kumpulan petani disebabkan kurangnya sesi libat urus dengan petani, MP dan kerajaan negeri.

Draf yang dibuat pada September 2025, pindaan mengutamakan entiti asing.

Pindaan ini juga akan menyebabkan hak baka pembiak iaitu benih korporat diperluaskan secara berleluasa, manakala hak untuk petani dihapuskan. Yang keduanya, sekiranya akta ini diluluskan, akan berlaku kebergantungan petani kepada syarikat gergasi.

draft • 3:58 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Apa yang merisaukan petani ialah kenaikan harga benih di pasaran tanpa kawalan. Saya menyeru Tuan Pengerusi agar pihak kementerian ini dapat mengkaji semula akta ini. Seterusnya 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

(FAMA). Produk mikro industri asas tani gagal menembusi pasaran rantaian runcit utama akibat kekurangan aktiviti syarikat perniagaan dan pengukuhan jenama dan juga Skim Pelesenan dan OEM iaitu pengilang yang mencipta produk untuk syarikat lain yang belum diarusperdanakan sepenuhnya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Soalan saya Tuan Pengerusi, adakah Bajet 2026 memperuntukkan dana khusus untuk mengukuhkan pelabelan, pembungkusan dan strategi akses produk mikro industri asas tani tempatan di bawah jenama nasional Agromas dan Kopi 1.

Seterusnya 40002 – FAMA, akses digital rendah dalam kalangan usahawan mikro luar bandar. Kekangan data masa nyata dari segi harga dan permintaan dan permintaan pasaran menyebabkan ketidaksepadanan bekalan permintaan.

draft • 4:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Ianya juga akibat tiada integrasi antara platform e-Dagang FAMA, AgroBazaar Online dengan pemain e-Dagang nasional ShopeeFood, GrabMart dan lain-lain. Soalan Tuan Pengerusi, apakah komitmen kerajaan untuk memperluas penggunaan platform pemasaran digital FAMA secara bersepadu dengan platform e-Dagang nasional bagi menjamin keterjaminan pasaran dan harga tempatan?

Untuk yang terakhir 02000 – Bekalan Makanan Negara. Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan di struktur semula. Soalan terakhir saya setakat ini, sejauh manakah siasatan SPRM ke atas NAFAS berhubung kewujudan kartel dalam pengagihan dan pembekalan kontrak baja padi yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion? Sekian, terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

draft • 4:00 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Hari ini saya membawa satu gagasan besar untuk dipertimbangkan dan dibahas melalui beberapa butiran.

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sekejap, Libaran.

Setiausaha, masa. Silakan.

draft • 4:02 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Tambah lagilah*.

[Ketawa]* Sabah sebagai hab hasil pertanian negara. Sebuah visi strategi untuk memastikan Malaysia tidak lagi bergantung kepada import dalam menjamin kelangsungan makanan rakyat.

Tuan Pengerusi, untuk merealisasikan visi ini saya memulakan dengan menyentuh Butiran 94000 – Projek Pemacu Pertanian. Sabah mempunyai tanah subur, kedudukan strategi di garis Khatulistiwa serta keluasan yang mampu mendapatkan untuk meningkatkan pengeluaran padi secara signifikan.

Jika dibandingkan keluasan tanah, Libaran, Kinabatangan, Beluran sudah sebesar negeri Kedah yang digelar sebagai jelapang padi. Pandemik membuktikan bahawa negara tidak boleh lagi terus bergantung kepada kapal, kontena dan import makanan untuk kelangsungan hidup. Food Bank membantu rakyat dalam waktu terdesak, namun ianya tidak boleh menjamin norma negara.

Penyelesaian sebenar ialah negara menghasilkan hasil pertanian cukup dan Sabah, Sarawak adalah negeri yang paling layak memimpin usaha ini. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah strategi khusus untuk mengukuhkan pengeluaran padi di Sabah agar kita tidak terus kepada beras import? Pengeluaran padi di Sabah perlu dipertingkatkan melalui pembangunan infrastruktur, pengairan

draft • 4:02 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

moden, penggunaan jenis padi berimpak tinggi dan sokongan teknologi kepada pesawah. Pertanian:

(i) saya mencadangkan peluasan dan pemodenan sawah melalui teknologi ladang yang lebih moden. Pesawah boleh mencapai sekurang-kurangnya dua musim tuaian setahun secara konsisten;

(ii) komponen benih padi berdaya hasil tinggi yang sesuai dengan iklim khatulistiwa perlu diperuntukkan secara khusus kepada Sabah;

(iii) wajar diwujudkan Program Jurutera Sawah dan Agro Milennium Sabah di bawah PIP bagi melantik anak muda mengendali teknologi moden sawah menjadi pertanian sebagai kerjaya masa depan yang bermaruah dan berpendapatan tinggi.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 40001 berkaitan MARDI.

Dalam konteks penyediaan dan inovasi pertanian untuk meningkatkan hasil pertanian Sabah, selama ini terlalu banyak penyelidikan pertanian tertumpu di Semenanjung sahaja. Sedangkan Sabah mempunyai iklim cabaran dan potensi yang berbeza menyebabkan penyelesaian salinan dari Semenanjung tidak semestinya berkesan di Sabah.

Saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah MARDI bersedia menempatkan tumpuan penyelidikan yang lebih besar dan serius di Sabah, khususnya bagi tanaman asas yang kritikal? Jika negara mahu menjamin kedaulatan makanan, maka penyelidikan hasil pertanian asas wajib berakar di negeri yang mempunyai kelebihan Agrotropika seperti Sabah:

(i) MARDI wajar mewujudkan satu laluan penyelidikan yang dikhususkan kepada Sabah meliputi benih bawang tropika, kelapa, jagung, bijiran dan sayur-sayuran, keperluan asas yang menjadikan nadi makanan rakyat; dan

(ii) MARDI perlu bekerjasama dengan institusi pendidikan dan komuniti tani Sabah untuk memperkenalkan teknologi seperti drone, sistem lot pertanian, penggunaan data dan automasi untuk menjadikan Sabah hab penghasilan pertanian negara, penyelidikan dan inovasi mestilah menjadi pemangkin perubahan dan MARDI perlu menstrukturkan peruntukan yang

draft • 4:02 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

wajar ke Sabah dengan segera bagi mempercepatkan transformasi ini.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 40002 – FAMA, Butiran 40003 – LPPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) dan Butiran 040500 – Pengairan dan Saliran Pertanian untuk membolehkan Sabah berfungsi sebagai hab hasil pertanian negara, Sabah tidak boleh lagi dilayan sebagai pasaran pengguna. Realitinya struktur edaran hasil pertanian hari ini tidak adil kepada Sabah kerana pusat pengumpulan data dan pengedaran bertumpu di luar negeri ini.

Akibatnya, rakyat Sabah terpaksa membayar harga makanan yang jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung. Sebagai contoh, bawang merah di Sabah boleh mencecah RM6 sehingga RM8 sekilo berbanding sekitar RM3.90 hingga RM5.50 di Semenanjung. Manakala cili merah hampir RM21 sekilo di Sabah, berbanding sekitar RM12 hingga RM13 di Semenanjung.

Saya ingin bertanya kepada Menteri, bilakah FAMA akan menstrukturkan semula modal edaran supaya Sabah menjadi pusat edaran hasil pertanian bukan sekadar titik penghantaran terakhir? FAMA perlu bergerak untuk membangunkan pusat pengumpulan, penyimpanan dan pembungkusan hasil pertanian berskala besar di Sabah. Puan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 022 Bekalan...

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:02 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Sikit lagi.

draft • 4:02 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 4:02 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Makanan negara dalam menyediakan satu blueprint menjadikan Sabah sebagai hab hasil pertanian negara. Semua cadangan yang telah saya bangkitkan sebelum ini hanya akan berjaya jika disepadukan dalam satu pelan nasional yang tersusun. Saya mencadangkan agar satu Sabah National Agriculture Produce Hub Blueprint dirangka sebagai dasar pelaksanaan nasional. Blueprint ini perlu tetapkan fokus strategi yang mempromosikan Sabah sebagai pengeluar, pengeluaran, pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian negara.

Komponen pertama blueprint ini ialah penyelarasan dasar dan pelaksanaan antara kementerian bersama Kerajaan Negeri Sabah supaya pelaksanaan setiap program adalah selari dan tidak bertindih. Komponen kedua ialah penyediaan peruntukan khas block allocation untuk Sabah bagi membolehkan projek-projek strategi pra dan juga hab pengedaran dilaksanakan dengan segera.

draft • 4:02 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Tuan Pengerusi, saya yakin dengan adanya blueprint ini Malaysia akan mempunyai hab hasil pertanian yang kukuh berpusat di Sabah serta meningkatkan daya tahan makanan negara yang tidak bergantung kepada import ketika berlaku gangguan bekalan global.

draft • 4:02 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Saya menyeru agak semua pihak melihat perjuangan ini sebagai agenda bersama kerana apabila Sabah maju sebagai hab makanan negara, seluruh Malaysia akan menikmati manfaat dan kekuatan yang lahir daripadanya. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengersi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Libaran, saya jemput Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.

draft • 4:10 PM

Seorang Ahli

Calon.

draft • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Bagi Butiran 020700 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Satu bagi Maksud Bekalan ini, di bawah butiran tersebut, saya ingin menyentuh mengenai elaun sara hidup nelayan. Bagi nelayan laut, mereka diberi elaun sara hidup sebagai RM300 sebulan. Isunya, bila tiba musim tengkujuh nelayan-nelayan ini tidak dapat pergi ke laut dalam tempoh yang lama, mungkin dua atau tiga bulan adalah tidak mencukupi untuk para nelayan untuk berbelanja.

Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan elaun bulanan kepada nelayan laut? Begitu juga dengan elaun bagi nelayan darat yang berjumlah lebih kurang 12,000 nelayan darat dan yang aktif lebih kurang 5,000 orang yang hanya mendapat elaun sebanyak RM250 sebulan, di mana mereka ini hanya bergantung kepada tangkapan ikan sepenuhnya. Adakah pihak kementerian bercadang untuk menambah elaun bagi nelayan darat yang terlalu kecil berbanding dengan kos barangan yang terlalu tinggi?

Bagi butiran yang sama juga iaitu bekalan berkaitan dengan nelayan darat, di mana berkaitan dengan subsidi petrol. Bagi nelayan darat, mereka tidak menikmati subsidi petrol seperti nelayan laut iaitu sebanyak RM1.60, terpaksa membeli dengan harga RM1.99 dengan kuota 300 liter sebulan. Jika kuota ini habis, mereka terpaksa membeli dengan harga tanpa subsidi iaitu RM2.60. Ini sudah tentu memberi bebanan kepada mereka. Adakah kementerian bercadang untuk memberi tambahan kuota dan subsidi petrol bagi mengurangkan kos mereka?

draft • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Bagi nelayan darat, daripada masyarakat orang asli, mereka juga terpaksa membeli dengan kadar RM2.60 kerana masih ramai nelayan-nelayan darat di kalangan orang asli yang tidak mempunyai lesen memandu. Apabila kementerian bercadang untuk― apakah kaedah kementerian bercadang untuk membantu nelayan-nelayan darat orang asli yang tidak mempunyai lesen memandu untuk mendapatkan petrol subsidi bagi membantu mengurangkan kos mereka.

Tuan Pengerusi, bagi lesen nelayan darat tulen yang masih rendah yang dikeluarkan oleh kementerian, saya memohon supaya kementerian menambah lesen, lesen nelayan darat tulen ini untuk memberi lebih ramai yang mempunyai lesen ini dan mendapat bantuan bulanan untuk membantu mereka meringankan beban nelayan darat tulen.

Tuan Pengerusi, masih berkisar pada butiran yang sama iaitu berkaitan jeti dan fasiliti usang di mana LKIM menyediakan lebih kurang 505 jeti nelayan dan 48 kompleks ikan tetapi malangnya kebanyakan jeti ini adalah usang dan perlu dibaik pulih dan saya ingin bertanya kepada kementerian dalam Belanjawan 2026 dalam RMK13, berapa banyak kah jeti dan kompleks akan dibaik pulih bagi memberi keselesaan kepada nelayan dan berapa banyak lagi kah jeti dan kompleks baru yang akan dibina bagi kemudahan nelayan, terutamanya di negeri-negeri contohnya Kedah, Sabah dan Sarawak?

Tuan Pengerusi, sungai kita sering dicemari dan gangguan aktiviti sungai.

Sebagai contoh, pembuangan sisa kilang, aktiviti pasir dan pembangunan tebing sungai yang boleh menjejaskan hasil tangkapan. Adakah pihak kerajaan bersekali dengan Jabatan Alam Sekitar bagi membantu untuk menangani masalah ini dan apakah kementerian juga bercadang untuk meningkatkan program pemulihan dan pelepasan benih, misalnya dalam RMK12, 53 juta ekor benih ikan dilepaskan di seluruh negara, termasuk juga 10.4 juta udang galah. Oleh kerana isu pencemaran dan aktiviti sungai yang semakin meningkat, oleh itu saya memohon dalam Bajet 2026 supaya dapat ditingkatkan program pemuliharaan dan pelepasan benih ikan dan udang galah bagi hasil tangkapan nelayan lebih meningkat.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanyakan kepada kementerian berkaitan dasar penghapusan pukat tunda zon B dan isu kenka dua bot. Pelaksanaan dasar penghapusan pukat tunda zon B dan pukat kenka dua bot yang sepatutnya tamat pada tahun 2020 namun dilanjutkan hingga 2030. Aktiviti pukat kenka masih dilesenkan di beberapa kawasan seperti Kerian walaupun memberi kesan kepada

draft • 4:10 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

stok sumber ikan. Saya mohon kementerian menyegerakan penghapusan pukat tunda di zon B dan kenka dua bot. Sekian, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengersi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.

draft • 4:10 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Sebelum saya mula, izinkan saya untuk mengalu-alukan rombongan daripada Parti Keadilan Rakyat Cabang Pulai, Johor dan juga Angkatan Muda Keadilan Johor.

[Tepuk] Pertama sekali saya ingin nak menyatakan sokongan saya terhadap usaha kerajaan melalui Kementerian KPKM dalam membelanjakan ratusan juta Ringgit dalam memperkukuhkan kedudukan sekuriti makanan negara kita. Dan, ia bukan setakat perbelanjaan biasa tetapi adalah satu pelaburan yang penting untuk menjaminkan kedaulatan dan keterjaminan makanan negara kita. Namun, persoalan pokoknya adalah adakah perbelanjaan yang besar ini yang bertahun-tahun menghasilkan impak dan perubahan struktur yang perlu kita hadapi?

Kalau berdasarkan kepada butiran dalam dokumen, 10002 – Bahagian Pembangunan, 10710 – Industri Lembu, Kerbau Berdaging, 10730 – Bagi Industri Tenusu dan 22300 – Kawasan Penternakan Babi. Kita harus bertanya adakah semua ini benar-benar boleh membawa kita ke arah sasaran yang termaktub dalam dokumen rasmi bawah KPKM iaitu Dasar Agromakanan negara dan Pelan Tindakan Dasar Agromakanan Negara. Dan, salah satu tumpuan dalam kedua-dua dokumen ini adalah untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL) yang ditetapkan untuk tahun 2025.

Daging lembu 50 peratus sasarannya, tetapi kini lebih kurang 156 peratus.

Sayur-sayuran 70 peratus kini lebih kurang bawah 50 peratus. Beras 75 peratus, kini lebih kurang 60 peratus dan ikan 95 peratus dan kini sekitar 60 peratus. Jelas kita masih lagi jauh tersasar daripada matlamat asal kedua-dua dokumen dasar ini. Dan, penting juga kita harus rujuk kepada Bancian Pertanian 2024 yang telah pun lama tidak buat tetapi dapatan dalam bancian ini adalah sangat-sangat penting dan kalau lihat kepada realiti yang termaktub dalam dokumen ini adalah sesuatu yang sangat membimbangkan.

Pertamanya, kalau kita lihat dari segi data, lebih kurang 40 peratus pekebun sayur berumur 60 tahun ke atas, manakala hanya tiga peratus sahaja yang berada

draft • 4:16 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

di bawah 30 tahun. Ini menunjukkan krisis tenaga pekerja dalam sektor ini yang sangat serius.

Kedua, hanya sekitar sembilan peratus petani memiliki pendidikan tertiari sedangkan hampir 90 peratus berpendidikan rendah. Maka, bila kita bercakap tentang pertanian moden dan teknologi pintar, kumpulan ini akan menghadapi cabaran yang besar dari segi kemahiran dan adaptasi. Bukan saya nak meremehkan mereka yang berusia dan juga mereka yang tidak memiliki pendidikan tinggi, tetapi dalam kita menghadapi climate change, perubahan iklim yang serius, kita perlu berkembang seiring dengan apa yang berlaku dalam fenomena global ini.

Ketiga, kalau data juga lihat hanya 2.7 peratus petani yang beroperasi dalam bentuk koperasi ataupun syarikat. Majoritinya masih lagi pekerja ataupun bercucuk tanam, menternak secara individu dan menyebabkan mereka tidak ada skala ekonomi sukar untuk mendapat pembiayaan dan lemah dari segi pemasaran hasil.

Dan keempat adalah dasar tanah, yang mana 70 peratus tanah pertanian dalam negara kita ini untuk digunakan untuk pertanian kelapa sawit. Manakala lebih kurang 16 peratus sahaja yang digunakan untuk pertanian agromakanan. Ini menimbulkan persoalan yang besar tentang dasar guna tanah dan hala tuju sekuriti makanan bersifat jangka panjang negara kita.

draft • 4:16 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Maka, penting saya rasa perlu kita berdasarkan kepada dua dokumen dasar pelan tindakan dan juga Bancian Pertanian 2024 itu, untuk kita selaraskan semula KPI-KPI. Bukan hanya setakat lihat kepada angka dalam berapa duit yang telah pun kita belanjakan tetapi KPI untuk permulaan sektor pertanian, literasi digital pertanian, pembentukan kerjasama dan koperasi tani dan juga struktur semula dasar guna tanah.

Dan saya harap pihak Menteri KPKM boleh mengarahkan pembentangan progress pelaksanaan dasar dan pelan tindakan ini kepada jawatankuasa pilihan khas ataupun untuk maklumat umum tentang progress pelaksanaan dasar kedua- dua dokumen ini.

Untuk maklumat, saya juga menerima pandangan daripada sektor perikanan yang ia sangat berkait rapat dengan belanjawan kali ini, iaitu dua isu. Yang pertama adalah permintaan untuk kembalikan subsidi diesel untuk bot Zon C2 harus dikembalikan serta-merta. Dalam kita menggalakkan penangkapan ikan moden, kita kalau tarik balik subsidi, ramai yang telah pun menjual ataupun tidak mampu beroperasi atas lesen ini― C2.

draft • 4:20 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Keduanya adalah minta juga pihak kerajaan meletakkan moratorium dalam pelaksanaan caruman KWSP dua peratus untuk pekerja asing dalam sektor perikanan khususnya, sebab kerajaan perlu kaji semula sektor perikanan, terutamanya majikan yang menggajikan kru asing. Sebab, ada jauh bezanya berbanding dengan industri-industri lain. Sedangkan, sistem penggajian kru asing adalah secara berdasarkan kepada hasil tangkapan dibahagikan, bukan gaji tetap dan mereka hanya bersifat kerja sementara yang memerlukan kelulusan pas lawatan kerja sementara yang hanya kerja enam bulan sahaja. Nak buka bank pun tak sempat.

Dan akhirnya, izinkan saya mengingatkan sekali lagi, kita harus menangani isu-isu yang dimaktubkan dalam bancian pertanian tahun lepas. Harus kita sentiasa ingat, kalau kita tidak mengatasi masalah ini, bakal suatu hari nanti kita harus bergantung kepada import makanan yang besar dengan harga yang tidak tentu, sambil kita akan bergantung pula kepada tenaga kerja-kerja asing yang akan menghasilkan makanan kepada kita. Ini adalah soal keselamatan dan kedaulatan makanan negara kita.

Sekian, terima kasih, Pengerusi.

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Parit Buntar.

draft • 4:20 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Yang Berhormat Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran P.30004 – Jabatan Perikanan Malaysia dan P.40005 – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Pertama, berkaitan dengan 30,000 nelayan pantai yang tidak berlesen sejak sekian lama, manakala lesen baharu nelayan pantai telah dibekukan sehingga sekarang oleh pihak berkuasa menyebabkan mereka tidak dapat berdaftar secara sah walaupun benar-benar menjalankan aktiviti menangkap ikan untuk menyara hidup. Akibatnya, golongan ini dinafikan subsidi minyak serta bantuan kerajaan lain, sekali gus menambahkan beban kos sara hidup dan juga menghadapi risiko-risiko yang lain seperti ditangkap kerana ketiadaan lesen.

Purata penggunaan minyak bagi seorang nelayan pantai sekitar 45 liter sehari, kira-kira 1,125 liter sebulan, kalau 25 hari turun ke laut. Jadi, akibat mereka tidak mendapat hak untuk mendapatkan subsidi diesel kerana tanpa lesen

draft • 4:22 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

menyebabkan kos sara hidup mereka tinggi dan menanggung beban yang cukup berat.

Di Perak, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah nelayan di Perak 9,010 dengan pecahan Daerah Kerian― 2,888; Larut Matang― 1,443; Manjong― 1,803; dan Hilir Perak― 2,876. Manakala nelayan asing di seluruh Perak, 7,200 dengan pecahan 116 di Kerian, 2,277 di Larut Matang, 1,653 di Manjung dan 3,154 di Hilir Perak.

Persoalannya, mana datangnya nelayan asing yang jumlahnya hampir menyamai nelayan tempatan? Adakah mereka awak-awak yang bekerja dengan tauke-tauke nelayan yang dianggap nelayan? Ataupun mereka diberi lesen? Dia warga asing tetapi diberi lesen untuk menangkap ikan sewenang-wenangnya. Minta Menteri bagi penjelasan.

Saya juga ingin bangkitkan berkaitan dengan kira-kira 500 nelayan di kawasan Sungai Betul Bawah dan Sungai Air Hujan, Tanjong Piandang telah mengalami kemerosotan hasil tangkapan laut sehingga 50 peratus sejak tujuh tahun lalu. Dilaporkan oleh Sinar Harian pada 25 Oktober 2025. Keadaan ini berpunca daripada aktiviti penerokaan hutan paya bakau bagi tujuan pembinaan kolam ternakan udang.

Sebagaimana kita maklumi, mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil tangkapan nelayan pinggir pantai ini. Tapi akibat berlaku pencemaran kerana ada pembinaan kolam ternakan udang menyebabkan hasil tangkapan mereka merosot sehingga 50 peratus sejak tujuh tahun yang lalu. Dan mereka telah pun mengadakan demonstrasi dan menghantar bantahan tetapi tidak ada sebarang tindakan oleh pihak yang berkuasa. Jadi, mohon kerajaan mengambil berat isu ini sebab ini menghakis ekonomi nelayan tempatan.

Seterusnya, saya ingin merujuk Butiran 10013, Butiran 12800, Butiran 12900 dan Butiran 15400 berkaitan dengan pembangunan sistem saliran air dan sebagainya. Isu yang saya nak bangkitkan, berapa pula jumlah peruntukan penyelenggaraan Kolam Bukit Merah yang menjadi sumber utama air di Kerian dan kawasan-kawasan yang berdekatan? Menurut satu laporan, kapasiti air semakin kurang 70 peratus pada tahun 2024. Punca kurang air akibat mendapan yang semakin tinggi dan meluas. Ia perlukan bajet yang besar bagi tujuan penyelenggaraan bagi mendalamkan Kolam Bukit Merah.

Kolam Bukit Merah digunakan juga untuk tujuan pertanian, domestik industri dan kemungkinan membekalkan air ke Pulau Pinang dalam kadar 300 juta liter sehari

draft • 4:22 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

menjelang 2033. Jadi, berapa peruntukan sebenarnya untuk penyelenggaraan Empangan Kolam Bukit Merah? Saya juga ingin tahu, berapa pula peruntukan untuk tujuan penyelenggaraan saliran pertanian di Kerian, khususnya di kawasan Parit Buntar?

Akhir sekali, jadual edaran baja musim ini di Kerian Laut masih ramai lagi tak dapat bekalan, sedangkan umur padi sudah menjangkau dua bulan. Kalau ia berlaku kelewatan, menyebabkan kesuburan padi akan terganggu.

Saya juga masih menunggu jawapan bertulis dari Menteri terhadap beberapa soalan yang saya bangkitkan sewaktu Menteri menggulung perbahasan tempoh hari.

Seminggu dah berlalu, jawapan bertulis masih belum dapat lagi. Para pesawah menunggu-nunggu jawapan keramat Menteri dengan harapan hutang kerajaan kepada petani wajib dibayar.

Sekian, terima kasih.

draft • 4:22 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato’ Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Parit Buntar, sedikit, Parit Buntar.

draft • 4:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Parit Buntar. Saya jemput Yang Berhormat Bentong.

draft • 4:22 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Lambat.

draft • 4:22 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Puan Pengerusi, saya ingin bangkitkan Butiran 10007 – Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian. Berdasarkan Laporan Banci Pertanian 2024, 42.1 peratus pengusaha pertanian berumur 60 tahun ke atas, manakala hanya 3.6 peratus atau 1,371 orang berumur antara 15 sehingga 30 tahun.

Ini menunjukkan keperluan mendesak untuk kita melahirkan pelapis muda dalam sektor pertanian.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi Program Agropreneur Muda Next Gen pada tahun 2024. Penerima geran meningkat 80 peratus kepada 815 orang dengan jumlah RM17.5 juta menandakan minat anak muda yang semakin meningkat. Namun begitu, saya ingin tahu, berapa ramai daripada mereka yang menunjukkan perkembangan positif dan dianggap berjaya serta bagaimana kementerian menilai keberkesanan program ini?

draft • 4:28 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 10015 – Bahagian Pemodenan Pertanian. Sumbangan sektor pertanian kepada ekonomi negara telah menurun daripada 28.8 peratus pada tahun 1970 kepada hanya 7.8 peratus pada tahun 2023.

Walaupun negara kini menumpukan kepada sektor pembuatan berteknologi tinggi, agenda pemodenan pertanian mesti kekal sebagai keutamaan bagi menjamin keterjaminan makanan negara.

Bagi Belanjawan 2026, sebanyak RM20 juta diperuntukkan di bawah butiran ini. Saya ingin tahu, apakah perancangan kementerian dalam menggalakkan inovasi untuk meningkatkan hasil serta memperkemaskan pengurusan pertanian melalui teknologi moden seperti dron, sistem fertigasi automatik, rumah hijau pintar dan aplikasi AI?

draft • 4:28 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Namun, kos tinggi teknologi dan latihan menjadikannya sukar diakses oleh petani kecil maka perlu ada inisiatif dan sokongan modal agar mereka juga mampu mengadaptasi teknologi ini. Bukan hanya syarikat besar, ia penting supaya pemodenan pertanian turut memberi peluang kepada petani muda dan usahawan tani baharu.

Seterusnya, saya ingin merujuk Butiran 40002 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). FAMA ini merupakan agensi tunjang yang berperanan besar dalam memastikan rantaian makanan ke seluruh negara ini stabil.

Kita semua sedia maklum, peranan FAMA telah dikembangkan daripada memasarkan dan memastikan bekalan pertanian, mereka juga berperanan untuk memastikan rantaian bekalan ternakan ke seluruh negara tidak terjejas. Bukan sekadar itu, FAMA beberapa kali telah menjalankan intervensi di saat kita menghadapi krisis bekalan telur ayam serta bekalan beras putih tempatan.

Saya lihat ada peningkatan signifikan dari sudut peruntukan iaitu dari RM18 juta kepada RM33.9 juta untuk tahun hadapan. Ini satu pengiktirafan yang jelas terhadap pengukuhan peranan FAMA dalam memastikan bekalan makanan ke seluruh negara stabil, khususnya dalam persiapan menghadapi bencana seperti musim tengkujuh serta menghadapi musim perayaan yang menyaksikan peningkatan permintaan bekalan makanan yang signifikan.

Dalam masa yang sama FAMA juga perlu diberikan peruntukan untuk galakan pemasaran domestik dan kepenggunaan bagi menyemarakkan lagi promosi produk pertanian dan buah-buahan tempatan ke seluruh negara. Ini merangkumi produk- produk tempatan, produk-produk pertanian tempatan yang berkualiti melalui

draft • 4:30 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

program-program karnival FAMA serta program- program promosi di sekolah- sekolah bagi kita memberi pendedahan kepada para pelajar untuk kita mengenali buah-buah tempatan dan makan makanan buah-buahan tempatan yang sihat.

Yang terakhir, Puan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 10003 – Sekuriti Makanan. APPGM-SDG turut melaksanakan program pembangunan kapasiti komuniti dalam bidang pertanian. Termasuklah geran untuk kebun komuniti selaras dengan SDG 2 bagi mencapai keterjaminan makanan dan pertanian mampan. Saya berpandangan peranan APPGM-SDG perlu diperkukuh dengan penyelarasan yang lebih baik antara agensi-agensi pertanian, terutamanya dalam pengurusan geran padanan agar projek tidak terhenti selepas bantuan one-off.

Oleh itu, saya menyeru juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain untuk turut memanfaatkan dana APPGM-SDG di kawasan masing-masing serta bekerjasama dalam kita memperkukuhkan pembangunan komuniti di peringkat Parlimen. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat bentong. Saya jemput Yang Berhormat Sik.

draft • 4:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ya. Assalamualaikum warahmatullah, selamat petang. Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi. Sebelum saya meneruskan berkaitan dengan butiran-butiran yang saya ingin bentangkan dan ingin — persoalan untuk dijawab oleh Menteri. Satu perkara penting untuk dilihat bersama bahawa untuk sektor pertanian, yang menjadi asas keterjaminan makanan untuk seluruh rakyat, peruntukan pembangunan keseluruhan hanyalah sekitar RM550 juta. Namun, dalam masa yang sama, yang telah kita bincang di Dewan ini dan kita dimaklumkan RM600 juta diperuntukkan kerajaan melalui Khazanah Nasional untuk kerja baik pulih dan pemuliharaan bangunan bersejarah, seperti Carcosa Seri Negara.

Jadi, persoalannya, apa kepentingan besar yang dilihat oleh kerajaan, sama ada untuk kita meneruskan keterjaminan makanan atau pun kita nak memelihara bangunan yang telah sedia ada?

Tuan pengerusi, saya terus merujuk kepada Butiran 10012 – Bahagian Pembangunan Industri Padi yang memperuntukkan sejumlah RM109,890,000 bagi tahun 2026. Peruntukan yang besar ini menunjukkan tumpuan baharu ke arah pengukuhan rantaian nilai beras negara. Namun, ia memerlukan penjelasan jelas

draft • 4:32 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

berkenaan lokasi pelaksanaan projek, impak terhadap keluaran, serta hubungannya dengan sasaran Kadar Sara Diri (SSR) yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Pada tahun 2023, SSR beras negara berada sekitar 56.2 peratus, berdasarkan kaedah pengiraan baharu yang diumumkan oleh kementerian. Ini menunjukkan hampir separuh keperluan beras negara masih bergantung pada import yang terdedah kepada risiko geopolitik, gangguan bekalan global dan turun naik harga makanan.

Dalam keadaan negara sedang menilai semula dasar import beras, peruntukan RM198.6 juta ini perlu benar-benar diterjemahkan kepada peningkatan keluasan tanaman dan hasil per hektar, bukannya mengulangi program lama tanpa perubahan yang ketara.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebelum ini memaklumkan bahawa sekitar 10,000 hektar kawasan jelapang di Kedah berisiko terjejas akibat perubahan guna tanah, susulan itu telah dicadangkan perluasan kawasan jelapang baharu sekitar 3,000 hektar di beberapa kawasan zon, termasuk di luar kawasan MADA, termasuk di Pokok Sena, di Kota Setar dan beberapa kawasan lain.

Sehubungan dengan itu, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, adakah benar terdapat perancangan untuk membuka kawasan jelapang baharu ini?

Adakah juga termasuk di daerah Sik? Dan jika benar program ini sedang dilaksanakan, apakah khusus lokasinya, keluasan yang terlibat, status tanah dan bagaimana infrastruktur pengiraan akan dibangunkan?

Menurut Banci Pertanian DOSM, terdapat kira-kira 174,000 pesawah aktif dan majoritinya adalah pesawah kecil maka kementerian perlu menyatakan dengan jelas, siapakah kumpulan sasaran utama peruntukan ini? Adakah yang memberi manfaat langsung kepada pesawah kecil dan berapa ramai pesawah akan menerima bantuan serta dalam bentuk mana bantuan itu akan diberikan? Sama ada dalam bentuk input, subsidi, infrastruktur atau pembangunan kapasiti?

Yang Berhormat Pengerusi, seterusnya Butiran 30001 – Jabatan pertanian Malaysia atau DOA, dengan peruntukan RM8,587,500 yang meningkat kepada tahun hadapan RM56,304,500 yang pertambahannya, ada sedikit pertambahan.

Pertama, saya mohon pihak kementerian, bagaimanakah peruntukan DOA 26 ini merangkumi sokongan kepada projek padi huma di daerah Sik, yang menjadi antara daerah yang paling banyak penanaman padi huma oleh penduduk di sana, termasuk bekalan benih berkualiti, latihan, peralatan, mitigasi hakisan serta

draft • 4:32 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

pembangunan jalan ladang? Jika ya, mohon diperincikan bentuk bantuan teknikal yang telah pun disalurkan oleh pihak kementerian?

Seterusnya, berkaitan dengan modal untuk petani muda. Ramai anak-anak muda berminat menceburi bidang pertanian tetapi terhalang kerana kekurangan tanah dan modal permulaan. Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan sama ada peruntukan ini akan memperkukuhkan program, seperti pinjaman mikro tanpa cagaran, geran permulaan, skim sewaan tanah sementara serta model kumpulan atau koperasi untuk mengurangkan risiko dan kos permulaan.

Yang Berhormat pengerusi, yang butiran terakhir 10004 – Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani, yang mana ada peningkatan RM20.25 juta kepada RM39.30 juta pada tahun 2026. Persoalan saya, adakah program untuk khususnya Program Agropreneur Muda ini akan ada penambahan dari segi jumlah pesertanya dan bagaimanakah penilaian dari sudut hasil sebenar dan kelangsungan projek dan berdasarkan Bancian Pertanian DOSM 2023, purata umur petani kini melebihi 50 tahun. Sementara penyertaan belia di daerah di luar bandar masih rendah dan halangan utama yang kekal jelas iaitu akses kepada tanah dan kekurangan modal permulaan untuk memulakan projek berskala komersial ini.

Jadi, soalan saya, bagaimanakah kerajaan melihat Program Agropreneur Muda ini boleh meningkatkan keluaran hasil tanaman kita dan bagaimanakah untuk kita memastikan bahawa ramai lagi di kalangan anak-anak muda kita yang berminat menceburi bidang pertanian ini, termasuk di kawasan luar bandar? Yang Berhormat Pengerusi, sekian, terima kasih.

draft • 4:32 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, yang berhormat Sik. Saya jemput Yang berhormat Selangau, Selangau.

draft • 4:32 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Puan Pengerusi.

Anggaran keseluruhan sebanyak RM6.868 bilion bagi Kementerian pertanian dan Keterjaminan Makanan di bawah Maksud 21 bagi tahun 2026 adalah penting bagi memastikan bekalan makanan negara kekal terjamin.

Puan Pengerusi, Outcome 2 iaitu Jaminan Bekalan Makanan menunjukkan bahawa sasaran Kadar Sara Diri beras pada 2026 ditetapkan pada 59.9 peratus iaitu penurunan berbanding sasaran 2025 iaitu 65 peratus. Selain itu, SSR daging lembu dan kerbau hanya disasarkan pada 17 peratus. Kebergantungan berterusan terhadap import perlulah ditangani segera.

draft • 4:38 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Di Sarawak — Puan Pengerusi, Butiran 020300 — Jabatan Pertanian, bertanggungjawab memberi perkhidmatan, pengembangan, pembinaan teknologi dan aplikasi amalan pertanian baik. Di Sarawak, isu utama pekebun kecil adalah clause input pertanian yang tinggi dan kekurangan bahan tanaman berkualiti.

Dengan peruntukan mengurus DOA sebanyak 202.96 juta, bagaimana DOA memastikan peruntukan ini digunakan untuk menyalurkan bantuan input pertanian berkualiti yang berterusan seperti baja, racun dan benih secara terus kepada pekebun kecil di Selangau bagi mengurangkan kos input? Dan apakah strategi pemindahan teknologi yang efektif untuk kawasan pedalaman?

Butiran P, 10012 pula iaitu Bahagian Pembangunan Industri Padi. Sarawak mempunyai lebih kurang 15,000 hektar kawasan tanaman padi bukit huma yang penting dalam menjamin sekuriti makanan luar bandar. Walau bagaimanapun, peruntukan KPKM selalunya tertumpu kepada kawasan jelapang utama.

Puan Pengerusi, Jabatan Pertanian Sarawak (DOA Sarawak) adalah agensi pelaksana yang menerima peruntukan pembangunan signifikan dari Persekutuan. Di bawah Butiran P, 30003, peruntukan 28.44 juta ini adalah kritikal. Bagaimana kementerian memastikan peruntukan ini diselaraskan secara rapat dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Sarawak terutamanya dalam pembangunan teknologi pertanian moden yang sesuai dengan keadaan tanah dan iklim di Sarawak untuk mengelakkan pertindihan dan peningkatan kecekapan agihan?

Selanjutnya, saya meneliti Butiran B, 020800 untuk Lembaga Pertubuhan Peladang. LPP berperanan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial Pertubuhan Peladang. Di Sarawak, pekebun berhadapan dengan masalah akses pasaran yang terhad dan rantaian bekalan yang tidak lengkap.

Bagaimana LPP akan menggunakan peruntukan 96.1 juta ini untuk mengatasi masalah rantaian bekalan dan akses pasaran yang terhad yang dihadapi oleh peladang di kawasan luar bandar Selangau? Adakah terdapat perancangan untuk projek [Tidak jelas] pusat pengumpulan atau pasar peladang di Sarawak untuk memendekkan rantaian pemasaran? Minta Menteri jawab soalan ini.

Saya beralih kepada Butiran B, 040400 iaitu Subsidi dan Insentif Nelayan.

Peruntukan ini diberikan di bawah program kursus untuk meringankan beban nelayan. Di Sarawak, ramai nelayan darat dan pedalaman termasuk di Parlimen Selangau seperti di Batang Oya, Bukut, Nanga Bauh, Nanga Arip yang juga terjejas

draft • 4:40 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

oleh kos operasi dan perlu di lindungi. Selangau menuntut penjelasan mengenai kriteria pemberian subsidi bantuan dan insentif nelayan seperti pukat, perahu, enjin sangkut, petrol dan elaun musim tengkujuh.

Puan Pengerusi akhir sekali, Selangau menuntut agar KPKM mengambil kira cabaran logistik, kos operasi yang tinggi dan keperluan pemodenan teknologi di Sarawak khususnya di kawasan luar bandar yang menumpukan kepada padi bukit, lada dan perikanan sungai. Impak sebenar terhadap peningkatan pendapatan dan kualiti hidup petani, peladang dan nelayan mesti menjadi fokus utama. Sekian, terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Selangau.

Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 30 minit.

draft • 4:40 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Selamat petang. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 23 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan peringkat Jawatankuasa yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ataupun KPKM sebentar tadi.

Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi memberikan jawapan untuk setiap persoalan dan juga cadangan dari Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, prestasi sektor agromakanan negara pada suku kedua tahun 2025 telah menunjukkan momentum yang positif. Nilai ditambah sektor ini yang merentasi aktiviti pertanian, pembuatan dan perkhidmatan telah berkembang dengan kadar yang memberangsangkan iaitu sebanyak 5.4 peratus, merekodkan nilai sebanyak RM48.1 bilion.

Pertumbuhan ini mencerminkan sumbangan penting sektor agromakanan kepada ekonomi negara dengan nilai keseluruhan sebanyak 11.5 peratus. Sebagai manifestasi komitmen kerajaan dalam memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara, pelbagai projek yang berimpak tinggi dan berskala besar telah diluluskan di bawah sektor-sektor utama pertanian bagi Rolling Plan 1, RMK13. Projek-projek ini bukan sahaja berperanan untuk memperkukuhkan daya saing subsektor masing- masing, malah menjadi pemangkin kepada transformasi struktur ekonomi agromakanan negara ke arah yang lebih mampan dan berdaya tahan.

draft • 4:44 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Bagi sektor tanaman yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat tadi, kerajaan akan menumpukan usaha ke arah untuk meningkatkan tahap sara diri ataupun SSR bagi mengurangkan kebergantungan kepada import bagi komoditi utama. Sejumlah RM99.7 juta dengan siling RM20 juta diperuntukkan bagi melaksanakan Program Pemantapan Jagung Bijian oleh Jabatan Pertanian di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai langkah yang strategik bagi mengurangkan import jagung bijian yang digunakan khususnya dalam sektor ternakan.

Selain itu, program penanaman bawang skala komersial turut dilaksanakan dengan peruntukan RM31.5 juta dan siling RM4 juta yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber import khususnya daripada negara seperti India dan China. Kerajaan juga memperkukuh pengeluaran sayuran bernilai tinggi melalui program peningkatan SSR tanaman sayuran seperti cili, kubis dan halia dengan peruntukan RM18 juta dan siling RM2 juta. Inisiatif ini bukan saja meningkatkan bekalan sayur segar tempatan, malah memperkukuh rantaian nilai agromakanan domestik dengan melibatkan penglibatan aktif usahawan tani dan koperasi pertanian di seluruh negara.

Dalam sektor ternakan yang juga dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat, penekanan akan diberikan kepada usaha meningkatkan keupayaan pengeluaran daging tempatan melalui pelaksanaan Program Pelan Pengganda 30 oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Bagi tujuan tersebut, sebanyak RM450 juta dengan siling RM20 juta telah diperuntukkan.

Bagi sektor perikanan pula, antara program utama yang bakal dilaksanakan ialah kajian cadangan kerja-kerja pengorekan haba basin di kompleks dan Pelabuhan Perikanan LKIM yang diperuntukkan sebanyak RM6.5 juta dengan siling RM100,000 dan program pemerkasaan kapasiti limbungan bot nelayan dilaksanakan dengan peruntukan RM9 juta dan siling sebanyak RM500 juta.

draft • 4:44 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Selain itu, pada tahun 2026 turut menyaksikan peruntukan sejumlah RM20 juta bagi penggantian pukat tunda zon B dan pukat Kenka Dua (bot Apollo) serta menaik taraf vesel kepada teknologi mesra alam dan automasi.

Selain itu, projek membina tujuh buah rumah pam dan menaik taraf infrastruktur pengairan serta saliran di Skim Pengairan Sungai Manik, IADA Seberang Perak merupakan inisiatif yang baharu kerajaan bagi memperkukuh infrastruktur asas pertanian di jelapang padi Seberang Perak. Dengan kos

draft • 4:50 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

keseluruhan RM140 juta, projek ini merangkumi pembinaan sistem pam baharu serta penaiktarafan sistem pengairan, saliran dan jalan pertanian di Skim Pengairan Sungai Manik dan sub Skim Labu Kubong.

Apabila siap sepenuhnya pada tahun 2030, projek ini dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan air dan memberi manfaat kepada lebih 1,900 pesawah melibatkan kawasan seluas 1,288 hektar. Ini sekali gus memastikan bekalan air yang mencukupi, mempertingkatkan hasil pengeluaran padi serta menyokong agenda keterjaminan makanan negara.

Seterusnya, merujuk kepada Butiran khusus iaitu 22300 berkaitan Kawasan Penternakan Babi yang telah dibangkitkan oleh YB Kota Melaka yang bertanya berkenaan bagaimanakah peruntukan butiran ini akan digunakan. Kementerian ini melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah menjalankan pembangunan infrastruktur asas untuk PFA ataupun pig farming area dengan izin di Tongod, Sabah bermula sejak RMK10.

Dalam RMK yang Kedua Belas sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan untuk pembinaan pagar perimeter kawasan, pembinaan jalan raya utama dan parit saliran dan laboratory cum office. Namun, tuntutan bayaran pembinaan laboratory cum office ini dengan izin tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2025. Oleh itu, peruntukan sebanyak RM1 juta bagi tahun 2024-2026, maaf, disalurkan untuk menampung pembayaran akhir projek berkenaan dan ini juga menjawab soalan daripada YB Rasah berkaitan bagaimanakah RM1 juta ini akan dibelanjakan.

Merujuk kepada Butiran 040300...

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

...Iaitu berkaitan Subsidi Padi dan Insentif Pesawah.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Puan Pengerusi.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

YB Kota Melaka.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Kota Melaka.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Dipersilakan YB. Memang saya sedang menjawab soalan daripada YB juga.

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Puan Pengerusi.

Terima kasih Timbalan Menteri. Berkaitan dengan kawasan penternakan babi, RM26 juta itu telah disalurkan di bawah Rancangan Malaysia yang Kedua Belas ataupun

draft • 4:50 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Rancangan Malaysia yang Kesepuluh. Kalau ia— sama ada 10 ataupun 12, soalan saya ialah masa akan datang, adakah kita juga akan memberikan peruntukan yang baharu supaya kita boleh wujudkan kawasan penternakan khinzir yang baharu.

Sebab kalau kita lihat Rancangan Malaysia yang Kedua Belas, sampai sekarang dah lebih lima, enam tahun. Hanya satu sahaja kawasan penternakan khinzir. Saya rasa dia tak boleh mengejar keperluan semasa. Terima kasih.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih YB Kota Melaka. Saya tidak ada maklumat sekiranya ada peruntukan sebanyak RM26 juta yang disalurkan.

Maklumat yang kita ada adalah RM5 juta disalurkan dalam RMK12.

Dan untuk maklumat, PFA ini dia juga adalah atas usaha dan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah di mana tanah itu telah diberikan oleh kerajaan negeri. Kita daripada Kerajaan Persekutuan hanya menyalurkan peruntukan pembangunan sahaja. So, sekiranya kita tidak dapat untuk menyelesaikan masalah- masalah seperti laluan untuk jalan, saliran air dan sebagainya. Itulah antara sebab- sebab yang telah melambatkan pembinaan PFA di daerah Tongod Sabah ini.

Berkaitan pula dengan punca SSR beras merosot dan mekanisme peningkatan SSR yang dibangkitkan oleh YB Kota Melaka dan beberapa YB yang lain. Secara umumnya, penurunan sebanyak 6.4 peratus ini adalah berdasarkan penurunan tiga indikator utama dalam sektor industri padi dan beras iaitu:

(i) jumlah pengeluaran padi negara;

(ii) jumlah kawasan bertanam; dan

(iii) purata hasil padi negara per hektar.

Faktor yang diambil kira dalam SSR adalah kadar perubahan padi kepada beras, jumlah import dan juga eksport beras. Walaupun kadar ini masih di bawah paras optimum, namun pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan bagi melonjakkan semula pengeluaran padi negara termasuklah:

(i) memperkasa infrastruktur pengairan dan saliran dengan menyediakan sejumlah peruntukan pembangunan setiap tahun;

(ii) galakan penggunaan teknologi moden dan terkini dalam penanaman padi;

(iii) pengenalan varieti padi baharu dan galakan penggunaan benih padi sah daripada Semenanjung di kawasan penanaman padi Sabah dan Sarawak;

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

(iv) pemerkasaan latihan dan program pengembangan bagi pesawah di lapangan;

(v) pensijilan myGAP oleh Jabatan Pertanian; dan

(vi) pelaksanaan SMART SBB serta pembukaan kawasan baharu di Sabah dan Sarawak.

Merujuk pula kepada Butiran 40002 berkaitan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ataupun FAMA. Butiran ini telah dibangkitkan oleh YB Kota Melaka, YB Sungai Besar, YB Bentong, YB Jerai dan juga YB Libaran yang telah membangkitkan isu seperti industri sayur di Cameron Highlands, ketidakstabilan harga akibat persaingan produk import yang lebih murah, dominasi orang tengah yang menekankan harga pengeluar tempatan, serta keperluan jangka panjang bagi menarik minat generasi muda dalam sektor pertanian serta pusat-pusat pengumpulan.

Bagi menangani isu-isu tersebut, KPKM melalui FAMA melaksanakan beberapa inisiatif strategik seperti yang pertama, kawalan kemasukan import yang dilaksanakan melalui pendekatan di bawah Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan atau GPL. FAMA bersama KPKM dan MAQIS menambah baik proses serta syarat pemberian permit import bagi memastikan harga sayur import yang menepati piawaian kualiti dan keselamatan dibenarkan masuk. Bagi tujuan ini, sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan di bawah projek pengukuhan standard dan regulatory ekosistem agromakanan bagi tahun 2026.

Yang kedua adalah pelaksanaan program rantaian bekalan — maaf.

Rantaian Pembekalan dan Pengedaran Agromakanan ataupun RANTAI. Bagi memperkukuh sekuriti makanan negara melalui perwujudan forward agreement yang memberi jaminan pasaran kepada pengeluar serta mengurangkan pengaruh orang tengah. Program ini turut melibatkan sesi libat urus bersama pemain industri bagi merangka pelan jangka panjang bagi menangani isu kemasukan produk import.

Sejumlah RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaannya di bawah Rolling Plan Pertama 2026. Selain itu, pemasaran melalui Agrobazaar Online dan pengukuhan rantaian outlet seperti pasar tani turut diperluas bagi memberi ruang pasaran terus kepada pengeluar. Bagi tujuan ini, RM6 juta telah diperuntukkan di bawah Rolling Plan Pertama 2026.

Yang ketiga, FAMA turut menyediakan maklumat harga terkini di peringkat ladang, borong dan runcit melalui laman web rasmi FAMA bagi membantu pengeluar membuat keputusan berdasarkan situasi harga semasa dan pasaran.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Merujuk pula kepada Butiran 12800 berkaitan Pemodenan Sistem Pengairan Padi. Yang Berhormat Ledang telah membangkitkan isu berkaitan status pemodenan sistem pengairan. Buat masa ini, pemodenan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian di kawasan jelapang dan luar jelapang sedang dilaksanakan melalui sistem automasi dan SCADA, S-C-A-D-A, SCADA bagi meningkatkan kecekapan pengurusan air pertanian.

draft • 4:50 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Penggunaan teknologi kecerdasan buatan turut dirancang di bawah kajian modenisasi dan naik taraf infrastruktur mekanikal dan elektrikal pengairan serta saliran pertanian dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

Selain itu, bagi tujuan pendigitalan infrastruktur pengairan dan saliran pertanian, KPKM sedang melaksanakan pemetaan digital berasakan Sistem Maklumat Geografi atau GIS. Melalui integrasi data daripada kajian pengurusan sumber air pertanian di semua jelapang padi dengan kerjasama Pusat Geospatial Negara. Projek pendigitalan ini dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2026 dan akan menjadi asas kepada pembangunan pangkalan data bersepadu bagi infrastruktur pertanian di seluruh negara yang merupakan satu langkah penting ke arah pengurusan sumber air yang moden, cekap dan berimpak tinggi.

Merujuk kepada Butiran 10013 – Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian dan juga Butiran 040500 – Penyelenggaraan Infrastruktur Pengairan dan Saliran Pertanian. YB Pasir Puteh telah membangkitkan persoalan berhubung projek baru di negeri Kelantan. Terutamanya di Pasir Puteh dan Bachok.

Bagi negeri Kelantan, satu projek baru telah diluluskan dalam Parlimen Machang dengan kos projek sebanyak RM11.75 juta. Bagi daerah Pasir Puteh, terdapat tiga projek sambungan yang sedang dilaksanakan di bawah RP1 2026 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM16.53 juta. Manakala bagi daerah Bachok, pelaksanaan projek termasuk di bawah projek menaik taraf infrastruktur sistem pengairan dan saliran di skim-skim kecil dalam kawasan IADA, Kemasin Semerak, Kelantan dengan peruntukan di bawah RP1 2026 berjumlah RM3.5 juta.

Merujuk kepada Butiran 040400 – Subsidi dan Insentif Nelayan. YB Pasir Puteh dan Mersing telah membangkitkan isu Skim Subsidi Minyak Diesel untuk nelayan Zon C2. Pemberian subsidi diesel kepada vesel Zon C2 telah dihentikan sejak tahun 2019. Selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi yang menyaksikan pengurangan kuota diesel di bawah Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan daripada 80 juta liter kepada 70 juta liter.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Walau bagaimanapun, kerajaan kekal prihatin terhadap kebajikan nelayan serta memahami cabaran operasi yang dihadapi oleh pemilik vesel Zon C2.

Pertimbangan untuk mengembalikan semula pemberian subsidi kepada kumpulan ini masih dibincangkan di peringkat tertinggi dengan mengambil kira keperluan penelitian menyeluruh terhadap implikasi fiskal dan dasar yang sedia ada.

YB Mersing turut bertanya berkenaan kadar RM300 Elaun Sara Hidup Nelayan sebulan mencukupi memandang berlaku peningkatan kos sara hidup dan harga barangan asas. Untuk makluman, pada tahun 2025 sehingga akhir Oktober 2025, seramai 33,755 nelayan yang berkelayakan telah menerima bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan ini dengan nilai RM78,243,000 termasuk 429 orang nelayan di Mersing dengan nilai RM1,036,500.

Bagi tahun 2026, bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan ini diteruskan pada kadar RM300 sebulan bagi pemilik Zon A dan pekerja Zon A, B, C dan C2. KPKM memahami akan peningkatan kos sara hidup dan harga barangan asas. Walau bagaimanapun, sebarang kenaikan kadar bantuan akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

Program Peningkatan Kapasiti Nelayan B40 pula, bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup golongan nelayan berpendapatan rendah melalui peningkatan kemahiran serta kecekapan dalam aktiviti penangkapan ikan.

Bantuan diberikan secara in kind dalam bentuk peralatan seperti enjin, sampan, pukat, jaring dan tong penyimpanan ikan dengan nilai maksimum RM15,000 bagi setiap penerima.

Pada tahun 2025, seramai 1,247 nelayan menerima manfaat program ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3 juta. Termasuk tiga orang nelayan di Mersing yang menerima bantuan bernilai RM30,800. Program ini akan diteruskan pada tahun 2026 dengan peruntukan yang sama iaitu RM3 juta bagi manfaat nelayan di seluruh negara.

Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Batang Sadong telah membangkitkan isu berkenaan kebajikan nelayan darat. Terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat kerana prihatin dan menyuarakan juga tentang kebajikan golongan nelayan darat. Kerajaan komited untuk memperkasakan kebajikan nelayan darat yang memainkan peranan penting dan juga menyumbang kepada keterjaminan makanan negara dan ekonomi tempatan. Melalui pelbagai inisiatif di bawah Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Antara bantuan utama ialah Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sebanyak RM250 sebulan yang diperuntukkan kepada 3,900 orang nelayan tulen dengan peruntukan berjumlah RM11.7 juta. Serta kita juga ada Projek Khas Perumahan Nelayan yang bernilai RM13,000 bagi setiap rumah yang layak menerima. Kerajaan sedang meneliti pertimbangan untuk menambahkan lagi bilangan penerima Elaun Sara Hidup Nelayan Darat ini daripada 3,900 orang kepada 5,000 orang. Bergantung kepada keperluan sebenar di lapangan dan kemampuan fiskal semasa agar lebih ramai nelayan darat yang tulen dapat menikmati manfaat ini.

Selain itu, nelayan darat turut didorong menceburi bidang akuakultur sebagai sumber pendapatan tambahan melalui program seperti Agropreneur Muda, TEMAN- AKUA dan myKomuniti Perikanan yang menyediakan latihan teknikal, bantuan peralatan, serta akses pasaran secara bersepadu.

Beralih pula kepada Butiran 040300 – Subsidi Padi dan Insentif Pesawah. YB Pasir Puteh membangkitkan isu kualiti benih padi sah yang rendah. Untuk menjawab isu ini, kementerian sentiasa prihatin terhadap kualiti benih padi. Memandangkan ia merupakan faktor utama yang menentukan tahap hasil pengeluaran serta pendapatan pesawah.

Bagi memastikan benih yang digunakan benar-benar berkualiti dan menepati piawaian, pengeluaran benih padi sah dilaksanakan oleh kementerian melalui Skim Pengesahan Benih Padi. Skim ini menetapkan syarat, standard, dan piawaian yang ketat yang wajib dipatuhi berdasarkan MS469:2012 bagi menjamin kualiti benih padi yang digunakan oleh pesawah di seluruh negara.

Untuk menjawab pula soalan berkaitan kualiti baja padi, kementerian ingin menegaskan bahawa penetapan spesifikasi baja subsidi dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal yang dianggotai oleh pegawai teknikal daripada Jabatan Pertanian, MARDI dan juga KADA. Setiap baja yang dibekalkan wajib mematuhi piawaian Malaysia serta formula NPK yang ditetapkan berdasarkan keperluan agronomi tanaman padi semasa.

Bagi menjamin kualiti baja yang diterima pesawah, kementerian melaksanakan pemantauan dan pengujian kualiti secara ketat di setiap peringkat rantaian bekalan. Pada masa yang sama, kementerian turut memperkenalkan pendekatan pembajaan berasaskan profil tanah atau soil profiling, dengan izin, mengikut tahap kesuburan setempat bagi memastikan baja yang digunakan benar- benar sesuai dan memberi impak maksimum terhadap peningkatan hasil padi pesawah.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Beralih pula kepada Butiran 030100 berkaitan industri agromakanan dan keusahawanan tani, pembangunan kapasiti dan latihan pertanian yang telah dibangkitkan oleh YB Pasir Puteh dan juga YB Batang Sadong. Ahli-ahli Yang Berhormat, ini membangkitkan isu berkaitan Program TVET Pertanian dan sejauh manakah penglibatan graduan TVET Pertanian menceburi pekerjaan dalam bidang pertanian.

Program TVET Pertanian yang diselaraskan oleh KPKM merangkumi 10 bidang utama iaitu tanaman, pengeluaran padi, ternakan ruminan, ternakan poltri, akuakultur marin, akuakultur air tawar, teknologi perikanan tangkapan, pemprosesan makanan, pemasaran, serta penyelenggaraan jentera pertanian.

Pelaksanaannya melibatkan program Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3, Diploma Kemahiran Malaysia serta sijil jabatan yang diiktiraf MQA seperti Sijil Pertanian, Sijil Perikanan dan Sijil Veterinar Malaysia. Hasil pelaksanaan program ini menunjukkan perkembangan positif apabila kadar kebolehpasaran graduan TVET Pertanian meningkat daripada 78.1 peratus pada tahun 2023 kepada 81.2 peratus pada tahun berikutnya dan sekali gus, membuktikan keberkesanan program ini dalam melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing dalam sektor pertanian.

KPKM juga mempunyai pusat latihan bertauliah di Sarawak untuk makluman YB Batang Sadong juga iaitu dinamakan Institut Pertanian Sarawak Semongok yang menjalankan Sijil Pertanian dan Sijil Kemahiran Malaysia bidang pengeluaran tanaman. Bilangan pelatih yang sedia ada di institut ini adalah seramai 95 orang.

Dan bagi menarik minat belia dalam Program TVET Pertanian, KPKM mempergiat promosi di sekolah-sekolah serta menganjurkan konvensyen dan festival TVET Pertanian bagi memperkenalkan teknologi moden dan peluang kerjaya dalam sektor ini.

Pada masa yang sama, institusi latihan TVET Pertanian sedang dipertingkatkan dengan kemudahan moden, integrasi teknologi pintar seperti IoT dan artificial intelligence serta jalinan kerjasama industri bagi memastikan latihan lebih relevan dan yang berdaya saing. Beralih...

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri, Menteri, boleh saya nak minta penjelasan sikit sebab masa dah tak banyak. Tadi dah dibangkitkan oleh YB Jerai tentang NAFAS, tapi takut Menteri tak sempat. NAFAS ini bila nak, nak diberikan nafas semula? Sebab dah digantung setahun lebih dah. Kata nak buat

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

siasatan SPRM, tapi tak selesai lagi. PPK di seluruh negara dah tak dapat fungsi Menteri. So, macam mana? Minta Menteri jawab sikit.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Saya akan menjawab. Memandangkan YB, Yang Berhormat tidak — telah menyertai perbahasan, saya akan jawab soalan itu secara bertulis.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Persoalan itu dibangkitkan oleh perbahasan Jerai tadi.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Minta izin daripada Puan Timbalan Speaker untuk saya berbuat demikian.

Saya beralih kepada Butiran 10004 berkaitan Program Agropreneur Muda yang telah dibangkitkan oleh YB Batang Sadong dan juga YB Masjid Tanah yang menyentuh berkenaan jumlah penerima Program Agropreneur Muda khususnya di negeri Sarawak. Di bawah program ini, sebanyak 42 permohonan bernilai 913,000 telah diluluskan pada tahun 2024. Manakala bagi tempoh sehingga Oktober 2025, sebanyak 29 permohonan bernilai 879,000 telah diluluskan kepada usahawan di negeri Sarawak.

Menerusi Belanjawan 2026, kerajaan akan memperkenalkan Program Agropreneur NextGen sebagai berkesinambungan kepada program ini dengan matlamat untuk memperkukuhkan penyertaan golongan muda berumur 18 hingga 45 tahun dalam sektor agromakanan melalui pendekatan pendigitalan inovasi teknologi serta model perniagaan...

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

YB Menteri.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

... Moden bagi melahirkan usahawan tani generasi baharu yang lebih berdaya saing.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar banyak bangkitkan isu berkaitan dengan nelayan, lesen sampan. Berkaitan dengan pencerobohan, hasil nelayan merosot akibat daripada kolam ikan — eh, kolam udang. Tak jawab lagi.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Bagi jawapan bertulis.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Okey.

[Ketawa] Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Ya, betul.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bagi jaminan ya Yang di-Pertua. Yang dulu pun jawapan bertulis tak bagi lagi.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Memang saya dah banyak soalan dan juga sektor yang belum sempat disentuh, tetapi memandangkan masa...

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Janji kena bagi jawapan bertulis. Yang dulu pun tak jawab lagi. Menteri dulu tak jawab lagi bertulis. Itu janji Menteri.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Okey, okey.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, sila duduk.

draft • 5:10 PM

Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup

Saya akan — saya akan menyampaikan salam mesra daripada Yang Berhormat kepada Menteri saya.

[Ketawa] Dan dengan itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan. Kita mengambil serius semua cadangan dan soalan yang telah dibangkitkan dan yang tidak untuk — yang tidak sempat untuk saya jawab, saya bagi jaminan bahawa kita akan jawab secara bertulis.

Sekian dan terima kasih.

[Tepuk]

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM4,826,625,900 untuk Kepala B.21 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.21 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.21 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.21 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 5:10 PM
Kepala B.22 [Jadual] – Kepala P.22 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Kepala Bekalan B.22 dan Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah terbuka untuk dibahaskan.

Senarai pembahas adalah seperti berikut. YB Libaran, YB Pokok Sena, YB Beruas, YB Gerik, YB Pulai, YB Kuala Krai, YB Lubok Antu, YB Rompin, YB Tenggara, YB Arau, YB Bentong, YB Merbok, YB Gopeng, YB Jerlun, YB Tenom, YB

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Langat, YB Mas Gading, YB Jeli, YB Selangau, YB Padang Terap, Yang Berhormat Kuala Krau, YB Jempol, YB Tangga Batu, YB Maran, YB Rasah, YB Temerloh dan YB Tampin. Saya jemput Yang Berhormat Libaran.

draft • 5:10 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

[Ketawa] Terima kasih Puan Pengerusi.

Pembangunan luar bandar di Sabah memerlukan pendekatan yang berbeza kerana faktor geografi, keluasan-keluasan, taburan penduduk dan cabaran logistik tidak sama dengan Semenanjung.

Tuan Pengerusi, saya ingin memulakan dengan menyentuh Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Isu bekalan air luar bandar Sabah perlu diberi perhatian utama kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan rakyat, tetapi turut menghalang kemajuan sosioekonomi masyarakat desa di Sabah.

Saya ingin memohon penjelasan, apakah langkah yang akan diambil bagi memastikan setiap projek dapat dilaksanakan secara berterusan sehingga siap dan tidak lagi tertangguh di pertengahan?

Saya mencadangkan supaya kementerian mewujudkan satu pelan penyelesaian air luar bandar Sabah yang menyeluruh dan tersusun. Pelan ini wajar merangkumi penjadualan semula projek-projek tertangguh dengan tempoh sasaran yang jelas serta memberikan keutamaan kepada projek berimpak tinggi kepada rakyat. Saya juga mencadangkan supaya agar penyelenggaraan diberikan perhatian kerana banyak sistem bekalan air yang dibina tidak dapat berfungsi lama akibat ketiadaan pelan penyelenggaraan dan pemantauan berkala.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar. Akses elektrik yang stabil dan mampan merupakan keperluan asas bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat luar bandar di Sabah termasuk aspek pendidikan, kesihatan serta pembangunan ekonomi setempat.

draft • 5:18 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Saya memohon penjelasan mengenai status pelaksanaan projek solar hibrid di Sabah, di 17 buah pulau di seluruh Sabah termasuk Pulau Libaran, Nunuyan, Sangai serta pedalaman seperti Sugut dan Pensiangan, khususnya dari segi laporan yang telah siap, masih dalam pelaksanaan dan yang belum dimulakan. Projek solar hibrid ini sepatutnya menjadi penyelesaian jangka panjang bagi meningkatkan kecekapan bekalan elektrik kepada komuniti luar bandar. Justeru, adalah penting untuk memastikan sistem ini benar-benar berfungsi, berbaloi dan peruntukan yang telah dilaburkan melibatkan ratusan juta.

draft • 5:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Saya ingin mencadangkan supaya kementerian menjalankan semakan keberkesanan, kementerian menjalankan — terhadap pelaksanaan sistem solar hibrid bagi mengenal pasti penambahbaikan yang perlu. Saya juga ingin memohon penjelasan apakah strategi dan perancangan menyeluruh kementerian, termasuk sasaran capaian elektrik luar bandar di Sabah dalam tempoh dua atau lima tahun akan datang bagi memastikan jurang ini dapat dirapatkan secara berkesan.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 040300 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian di bawah pimpinan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi kerana telah memberikan kelulusan kerja baik pulih tujuh buah Tadika KEMAS di Sandakan. Namun, sebahagian besar Tadika KEMAS di Sabah masih beroperasi dalam keadaan yang serba terhad dan bangunan uzur serta kekurangan kemudahan asas yang selesa dan selamat. Keadaan ini menjejaskan keselesaan pembelajaran dan perkembangan awal kanak-kanak, terutamanya dari segi tumpuan, tingkah laku dan interaksi sosial.

Saya berpandangan, penambah baik infrastruktur asas perlu menjadikan keutamaan pertama supaya Tadika KEMAS mempunyai kemudahan asas yang mencukupi, termasuk ruang belajar yang kondusif. Fasa seterusnya, wajar memberikan penekanan kepada penyediaan bahan bantu belajar, ruang aktiviti dan persekitaran interaktif bagi merancang minat dan juga kreativiti kanak-kanak.

Selepas itu, barulah model pembelajaran ditambah baik agar lebih moden, termasuk penerapan asas literasi digital supaya kanak-kanak luar bandar tidak ketinggalan.

Latihan guru KEMAS juga perlu dipertingkatkan agar tenaga pengajar bersedia melaksanakan model baharu dengan pendekatan pedagogi yang lebih berkesan. Saya ingin memohon penjelasan mengenai jumlah peruntukan bagi Sabah, khususnya daerah Sandakan di bawah RP1 RMK13 untuk pembangunan KEMAS serta skop kerja yang terlibat. Saya ingin — saya yakin pendekatan berfasa ini akan memperkukuhkan pembangunan KEMAS di Sabah secara tersusun dan memberikan impak tinggi kepada perkembangan awal kanak-kanak.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar, 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar dan 02400 – Jalan Perhubungan Desa.

Keadaan jalan luar bandar dan jalan desa di Sabah masih jauh ketinggalan. Ia nya menjejaskan akses kepada sekolah, klinik, pusat ekonomi dan kemudahan penting yang diperlukan oleh masyarakat luar bandar. Contohnya, projek Jalan Semawang ke Kuala Gum-Gum di Sandakan yang sepatutnya siap pada penghujung tahun

draft • 5:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

  1. Saya mohon penjelasan daripada kementerian mengenai status projek ini serta perancangan kementerian untuk memastikan kesinambungan supaya manfaat dinikmati oleh penduduk setempat seperti yang dirancang.

Pada masa yang sama, saya ingin mengetahui apakah strategi kementerian memastikan penyelenggaraan dilaksanakan secara lebih teratur supaya jalan yang dibina tidak cepat rosak. Saya mencadangkan supaya diwujudkan satu model penyelenggaraan jalan luar bandar yang lebih sistematik agar setiap jajaran jalan dapat dipantau, diselenggara dan diperbaiki secara berjadual. Tuan Pengerusi...

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Masa sudah tamat. Saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 5:20 PM

Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran

Terima kasih.

[Ketawa] Ini hukum jipun lah ni.

draft • 5:20 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Pengerusi. Merujuk kepada Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa. Peruntukan di bawah butiran ini telah dinaikkan daripada RM2.56 juta kepada RM5.70 juta pada tahun 2026. Peningkatan ini naik hampir sekali ganda, khususnya pada item perkhidmatan dan bekalan yang naik daripada RM740,000 kepada RM859,000.

Jadi, item aset RM5,000 dan item pembinaan dan kenaan bayaran tetap yang diperuntukkan RM3 juta. Saya mohon agar peruntukan-peruntukan ini diperincikan serta apa perancangan bagi menumpukan pembangunan usahawan desa, khususnya di wilayah utara.

Butiran 030400 – Majlis Amanah Rakyat (MARA). Puan Pengerusi, saya ingin mengetahui setakat mana prestasi kewangan syarikat-syarikat yang berada di bawah MARA, termasuklah yang berada di bawah MARA Corporation Sendirian Berhad, syarikat berhad menurut jaminan dan perbadanan. Bagaimana kementerian mahu memastikan akauntabiliti terhadap syarikat-syarikat ini serta apakah tindakan strategi bagi mengawal selia amalan tadbir urus korporat yang cekap terhadap syarikat-syarikat tersebut?

Butiran 030600 – Pembangunan Ekonomi Komuniti. Puan Pengerusi, dalam Belanjawan 2026, kerajaan membentangkan beberapa penambahbaikan terhadap program Komuniti MADANI. Antaranya melibatkan program Sekolah Angkat MADANI, termasuklah penyediaan tuisyen secara percuma. Saya ingin bertanya,

draft • 5:24 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

berapa sekolah di negeri Kedah yang terlibat dalam program ini. Begitu juga program solar ke kampung-kampung di seluruh negara, berapa peratus yang akan disalurkan kepada negeri Kedah bagi rolling plan projek tahun hadapan?

Butiran 070000 – “ONE-OFF”. Puan Pengerusi, butiran ini mempunyai dua program dan aktiviti utama. Pertama, bangunan dan pembaikan bangunan yang diperuntukkan RM680,000. Yang kedua adalah kenderaan dan jentera yang diperuntukkan RM3.95 juta. Saya ingin mendapatkan perincian sub butiran ini.

Apakah maksud serta tujuan peruntukan yang dinyatakan berdasarkan kedua-dua program dan aktiviti utama tadi? Dan bagaimana kerajaan menganggarkan nilai peruntukan seperti yang dinyatakan dalam buku ini? Mohon penjelasan daripada kementerian.

Butiran 00615 – Pinjaman/Pembiayaan Secara Islam. Puan Pengerusi, peruntukan di bawah butiran ini telah naik daripada RM45 juta kepada RM140 juta.

Kalau kita rujuk kepada belanjawan, ada dinyatakan berkenaan beberapa program pembiayaan di bawah MARA, termasuk Program Pembiayaan MARA Integrated Smart Auto (MISA), Program Pembangunan Keusahawanan Belia 2.0 serta Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA).

Soalan saya pertama, jumlah keseluruhan saiz dana yang dinyatakan dalam belanjawan adalah RM177 juta berbanding peruntukan RM140 juta dalam butiran ini.

Jadi, adakah ada program atau skim yang diletakkan di bawah butiran yang berbeza?

Kerana peruntukan yang dinyatakan dalam butiran hanya RM140 juta. Yang kedua, bagaimana kementerian akan memastikan pengagihan peruntukan ini berdasarkan skim-skim yang dinyatakan supaya manfaatnya lebih tersebar luas kepada kelompok sasaran? Bagaimana kementerian akan memastikan peruntukan ini dapat dimanfaatkan kepada kumpulan sasar yang menyeluruh? Juga mohon penjelasan daripada kementerian Butiran 00620 – Program Penajaan Pendidikan MARA. Puan Pengerusi, saya ingin bertanya. Sejauh mana Program Penajaan MARA ini akan disalurkan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang pengajian sains sosial, termasuklah sains politik, politik ekonomi, pentadbiran polisi dan sebagainya? Ini bagi memastikan kita tidak ketandusan golongan cerdik pandai dalam bidang sains sosial yang begitu penting untuk pentadbiran dan masa depan negara.

Terakhir, Butiran 00602 – Maktab Rendah Sains MARA.

draft • 5:24 PM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Puan Pengerusi, saya mohon agar peruntukan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM92.9 juta di bawah butiran ini diperincikan oleh kementerian untuk kita mengetahui penyaluran pembangunan kepada Maktab Rendah Sains MARA secara menyeluruh berapa peratus daripada peruntukan ini melibatkan projek pembangunan baharu dan berapa peratus bagi projek sambungan. Sekian, terima kasih.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Saya jemput Yang Berhormat Beruas.

draft • 5:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Puan Pengerusi kerana membenarkan saya membahas Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Butiran 030300 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Kerajaan MADANI sangat prihatin terhadap kebajikan dan pembangunan orang asli dan jumlah peruntukan yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun agak besar dan bertambah setiap tahun. Untuk tahun 2023, RM305 juta di peruntukan; RM333 juta diperuntukkan untuk 2024; RM380 juta untuk tahun 2025; dan dicadangkan RM412 juta untuk tahun 2026.

Jadi untuk tahun, dari tahun 2023 hingga 2025 kerajaan telah memperuntukkan lebih daripada RM1.01 bilion untuk orang asli dan jika ditambahkan lagi dengan peruntukan 2026 ia akan berjumlah RM1.43 bilion. Kita hanya ada lebih kurang 228,000 orang asli di Malaysia. Jadi, jika peruntukan empat tahun ini dibahagikan kepada jumlah orang asli di Malaysia, setiap orang asli telah diperuntukkan lebih kurang RM6,000 seorang dan kalau lima orang sekeluarga sudah diberikan peruntukan RM30,000 seorang.

Namun, daripada pertemuan dengan wakil-wakil orang asli, mereka tidak merasai kesan yang ketara daripada peruntukan-peruntukan ini. Saya memohon kepada JAKOA supaya meneliti perbelanjaan peruntukan-peruntukan yang telah diberikan supaya setiap perbelanjaan itu mempunyai kesan yang memanfaatkan orang asli.

Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh JAKOA ialah tentang pengukuran dan pemetaan penempatan ataupun kampung-kampung orang asli.

Berjuta-juta Ringgit telah dibelanjakan tetapi kawasan yang sempat disukat amat

draft • 5:30 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

kecil sekali. Saya difahamkan pada masa kini, tidak ada peruntukan khusus untuk pengukuran dan pemetaan penempatan-penempatan orang asli ini.

Saya meminta kerajaan supaya memulakan sekali lagi peruntukan untuk pengukuran untuk pemetaan penempatan dan kampung-kampung orang asli. Ini sangat penting kerana selagi tempat mereka tidak dipetakan, kemungkinan besar kerajaan-kerajaan negeri akan memberikan tanah-tanah orang asli kepada pihak ketiga yang akan menyebabkan masalah kemudian.

Jadi, saya mohon dipersegerakan pengukuran dan pemetaan tempat-tempat orang asli ini. Tapi saya difahamkan pemetaan ini dengan cara yang lama memakan belanja yang sangat besar kerana JAKOA meminta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk melaksanakan kerja tersebut dan JUPEM pula menswastakan pengukuran dan pemetaan tersebut.

Saya memohon kepada JAKOA dan juga kerajaan supaya menggunakan cara yang lebih jimat iaitu supaya JUPEM dapat menggaji pegawai-pegawai bertauliah juruukur untuk membuat kerja ini kerana jumlah kampung-kampung yang penempatan yang perlu diukur ini melebihi 800 penempatan. Difahamkan dulu RM5 juta dibelanjakan hanya sempat mengukur lebih kurang empat, lima kampung sahaja.

Jadi, ini satu contoh di mana dengan izin privatization of government department went overboard. Ini kerja pemetaan ini boleh dibuat dengan senang sahaja dengan alat-alat canggih, GPS dan alat-alat pengukuran sekarang ini pegawai kerajaan boleh membuat kerja-kerja ini dengan belanja yang sangat kecil sahaja.

Jadi, inilah harapan saya supaya kerajaan dapat menggaji juruukur-juruukur bertauliah ini untuk melaksanakan kerja-kerja ini dan kerja-kerja ini mesti dibuat dengan segera supaya tidak akan berlakunya lagi pertindihan tempat-tempat orang asli dengan pemberian-pemberian atau kelulusan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada pihak ketiga. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Okey, terima kasih.

[Ketawa] Terima kasih, terima kasih.

Saya jemput Gerik.

draft • 5:30 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi atas laluan yang diberikan. Bagi Maksud 22 – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa bagi tahun 2026 kementerian ini menerima

draft • 5:36 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

peruntukan sebanyak RM12.4 bilion meningkat daripada RM11.9 bilion, peningkatan sebanyak RM500 juta. Pada tahun 2024 adalah sebanyak RM11.2 bilion. Jadi, peningkatan dia sangat ketara ya.

Namun apabila kita meneliti perincian, perbelanjaan mengurus meningkat lebih 33 peratus, perbelanjaan mengurus meningkat lebih 33 peratus sejak 2022.

Manakala pembangunan hanya naik sekitar 12 peratus sahaja. Ini menunjukkan bahawa tumpuan semakin berat kepada pentadbiran dan bukannya pembangunan sebenar di lapangan.

Tuan Pengerusi, yang membimbangkan ialah walaupun bajet ini meningkat, prestasi kementerian menunjukkan penurunan. Dalam dokumen keberhasilan kita dapati bahawa akses perhubungan luar bandar menurun daripada 100 peratus kepada pada tahun 2024 kepada hanya 95 peratus bagi tahun 2025 dan 2026. Begitu juga penjagaan kemudahan asas luar bandar yang kekal sekitar 94 hingga 95 peratus sahaja.

Adakah ini bermakna bajet yang semakin besar ini tidak lagi diterjemahkan kepada peningkatan yang nyata di lapangan? Rakyat luar bandar sebenarnya tidak peduli jumlah bilion yang diumumkan tetapi mereka mahu lihat supaya jalan itu siap, air bersih mengalir dan elektrik dan internet ada di kawasan desa.

Tuan Pengerusi, bagi outcome dua ekonomi luar bandar yang berdaya saing, prestasi juga tidak memberangsangkan. Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang membantu golongan sasar luar bandar menurun daripada 100 peratus kepada 95 peratus. Lebih membimbangkan hanya 70 peratus usahawan luar bandar berjaya meningkatkan pendapatan sekurang-kurangnya 30 peratus selepas enam bulan. Angka yang sama seperti dua tahun lalu. Ini jelas menunjukkan bahawa usaha pemberdayaan ekonomi luar bandar kita masih belum mencapai tahap yang mampan.

Dalam konteks pendidikan dan kemahiran, kadar kebolehpasaran pelajar TVET MARA jatuh daripada 96 peratus kepada 92 peratus sebelum di sasar semula untuk meningkat kepada 95 peratus. Ini mencerminkan jurang antara latihan dengan permintaan industri juga masih belum selesai.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh satu lagi adalah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di bawah kod Butiran 030300 yang memperuntukkan lebih kurang RM81.9 juta. Walaupun angka ini nampak besar, pecahannya menunjukkan bahagian utama seperti pengurusan dan pembangunan masyarakat tidak banyak berubah dan malah menurun sedikit. Dengan lebih 200,000 masyarakat

draft • 5:36 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

orang asli di negara ini, bajet ini tidak mencukupi untuk mengatasi isu seperti infrastruktur asas, keciciran pendidikan dan kemiskinan.

Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, sejauh mana keberkesanan peruntukan ini dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat orang asli. Adakah ia benar-benar sampai ke peringkat komuniti atau sekadar habis di peringkat pentadbiran JAKOA sahaja?

Sedikit berkenaan orang asli, Tuan Pengerusi.

draft • 5:36 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Bagi kawasan saya di Gerik, kita juga ada buat permohonan sebelum ini adalah untuk menggantikan bot-bot uzur bagi kawasan Pulau Banding dan juga mohon kementerian untuk buat galakan kepada belia lah bagi gerakan usahawan untuk memiliki bot sendiri. Dan juga, satu lagi kita ada mohon fast respond team untuk kita buat KK di Pulau Banding. Jadi, kita minta klinik kesihatan di Pulau Banding. Jadi, kita minta kementerian membantu untuk sokonglah untuk projek ini.

Jadi, akhirnya Tuan Pengerusi, pembangkang tidak menolak pembangunan luar bandar. Tetapi dengan bajet sebanyak RM12.4 bilion, kita menuntut supaya ketelusan, kecekapan dan hasil yang nyata. Kementerian perlu memperkukuh sistem pemantauan dan audit supaya setiap Ringgit yang kita belanjakan memberi pulangan kepada rakyat. Dan, saya mohon agar kerajaan melakukan penilaian semula strategi luar bandar, memperkukuh program-program TVET berasaskan industri tempatan serta memberi autonomi lebih besar kepada masyarakat orang asli dalam menentukan keutamaan pembangunan mereka sendiri.

Akhir kata, belanjawan besar tanpa keberhasilan hanyalah angka di atas kertas. Yang penting ialah hasil di lapangan agar rakyat di luar bandar benar-benar menikmati kemajuan seperti yang dijanjikan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Pulai.

draft • 5:40 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana mengizinkan Pulai untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa Belanjawan 2026 di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Pulai terlebih dahulu merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri dan seluruh warga KKDW atas komitmen mereka dalam meneruskan agenda pembangunan luar bandar yang mampan, eksklusif dan juga berteraskan nilai MADANI.

Merujuk kepada Butiran 040000 – Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan, Pulai meneliti bahawa terdapat pengurangan peruntukan bagi program pembangunan

draft • 5:41 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

modal insan dan pendidikan sebanyak RM13 juta. Walaupun jumlah ini tidak terlalu besar, namun implikasinya terhadap program teras seperti tadika KEMAS pra tahfiz dan tabika KEMAS autisme perlu diberi perhatian serius.

Program ini bukan sekadar pendidikan awal, tetapi menjadi asas pembangunan karakter dan potensi kanak-kanak luar bandar. Kerajaan telah pun menetapkan sasaran untuk mewujudkan tabika KEMAS autisme di seluruh daerah menjelang tahun 2027. Satu komitmen yang sangat dialu-alukan. Maka persoalan yang ingin dibangkitkan oleh Pulai adalah bagaimana KKDW merancang untuk mencapai sasaran ini dalam keadaan peruntukan yang berkurangan. Apakah strategi bagi memastikan tenaga pengajar dan kemudahan sokongan kepada kanak-kanak istimewa ini mencukupi serta berkualiti?

Pulai juga mengharap agar kementerian dapat memperkukuh model latihan guru KEMAS supaya lebih selaras dengan pendekatan inklusif, termasuk penggunaan bahan bantu belajar khas dan sokongan psikologi kepada ibu bapa.

draft • 5:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pulai, minta laluan?

draft • 5:41 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Ya. Silakan.

draft • 5:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Walaupun saya tidak mengambil bahagian dalam perbahasan, tapi saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk memohon, merujuk kepada Butiran 04100 – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Butiran 04200 – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Kalau dibandingkan, peruntukan untuk Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah adalah berkurangan, RM31,786,900 berbanding dengan Pulau Pinang. Pulau Pinang dapat lebih, RM41,570 – RM41,579,900 maafkan saya. Saya nak― walaupun saya merupakan Ahli Parlimen daripada Pulau Pinang, saya tak dengar ahli-ahli daripada Kedah memperjuangkan perkara ini. Saya minta supaya peruntukan untuk Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) ini dinaikkan.

Sebabnya, kerana saya risau selalu menjadi polemik. Hari ini kita lihat Kedah telah mengumumkan― Menteri Besar Kedah mengumumkan akan mulakan proses undang-undang isu pajakan Pulau Pinang pula. So, saya minta supaya peruntukan itu ditambahkan kepada Kedah...

draft • 5:41 PM

Tuan Pengerusi

Jelutong, Jelutong kena ajukan permohonan itu kepada wakil rakyat yang sedang bercakap.

draft • 5:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Okey.

draft • 5:41 PM

Tuan Pengerusi

Ya. Yes.

draft • 5:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, saya mohon, supaya Pulai boleh membawa perkara ini supaya tidak menjadi polemik.

draft • 5:41 PM

Tuan Pengerusi

Yes.

draft • 5:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tiap-tiap kali kita lihat Menteri Besar Kedah kata, tuntut Pulau Pinang. Pulau Pinang kita punya, Pulau Pinang Kedah punya, Pulau Pinang Kedah punya. Jadi, perkara ini...

draft • 5:41 PM

Tuan Pengerusi

Setuju kah Pulai?

draft • 5:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Setuju. Setuju dengan saya Pulai bahawa peruntukan untuk Kedah ini, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah

(KEDA) ini perlu ditambah...

draft • 5:41 PM

Tuan Pengerusi

Baik.

draft • 5:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Walaupun kita tak lihat Ahli-ahli Parlimen Kedah memperjuangkan perkara ini.

draft • 5:41 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Pulai, silakan teruskan.

draft • 5:41 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Setuju. Boleh masukkan dalam ucapan saya. Saya rasa ini calon yang baiklah di Kedah pada masa akan datang.

[Ketawa]

draft • 5:41 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Eh, jangan.

draft • 5:41 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Merujuk kepada Butiran 051600 – Bantuan Musim Tengkujuh ya. Peruntukan kekal RM294.9 juta. Pulai menghargai bahawa kerajaan mengekalkan peruntukan bantuan musim tengkujuh bagi membantu pekebun kecil dan komuniti desa yang terkesan setiap tahun. Namun, Pulai ingin menekankan kepentingan siap siaga komuniti luar bandar menghadapi bencana jangka pendek.

Kerajaan sememangnya terus melaksanakan projek tebatan banjir, menaik taraf sistem saliran dan pembinaan infrastruktur mitigasi bencana langkah yang sangat baik untuk jangka panjang. Tapi untuk jangka pendek, penduduk luar bandar perlu dilatih agar mampu bertindak pantas sebelum bantuan rasmi tiba.

Seterusnya, merujuk kepada Butiran 02401 – Imuniti Sosial. Peruntukan meningkat daripada RM8 juta kepada RM65 juta. Peningkat sebanyak RM57 juta.

Pulai menyambut baik peningkatan besar dalam peruntukan imuniti sosial yang melonjak hampir lapan kali ganda. Peningkatan ini menggambarkan kesungguhan kerajaan untuk memperkukuh kemudahan komuniti luar bandar.

Namun, penting untuk kementerian memperincikan jenis projek yang menjadi keutamaan. Adakah tumpuan akan diberikan kepada menaik taraf infrastruktur asas seperti dewan orang ramai, padang, surau dan jalan kampung atau ke arah

draft • 5:41 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

pembangunan kemudahan sosial baru seperti pusat komuniti belia, ruang integrasi digital ataupun taman hijau desa. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 5:41 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Kuala Krai.

draft • 5:41 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Saya merujuk kepada Butiran B.030500 – RISDA. Melalui butiran ini, saya ingin menanyakan isu pekebun getah yang beralih kepada tanaman lain. Di lapangan, gelombang penoreh meninggalkan tanaman getah bukan lagi sekadar khabar angin, ia kini realiti. Harga getah yang tidak stabil, kos buruh meningkat dan kebergantungan kepada cuaca menyebabkan ramai peneroka memilih kelapa sawit ataupun tanaman kontan sebagai penyelamat.

Adakah RISDA telah menjalankan kajian mendalam mengenai trend ini? Kita tidak boleh hanya menunggu angka penyusutan keluaran getah di Malaysia terbit dalam laporan tahunan. Kita perlukan analisis segera mengapa penoreh beralih.

Apakah kesannya kepada rantaian industri getah negara dan bagaimana kita memulihkan keyakinan generasi muda untuk kembali menoreh?

Berkaitan dengan kadar bantuan tanaman semula, berapakah jumlah bantuan tanaman semula pada tahun hadapan? Adakah jumlah RM14,000 per hektar? Sudah tentu tidak relevan dengan realiti kos sekarang. Harga baja meningkat, kos upah menebang, menanam dan menyelenggara kebun melonjak, akhirnya peneroka terpaksa menampung kekurangan daripada poket sendiri. Kalau bantuan ini tidak dinaikkan, bagaimana peneroka mahu bertahan?

Dan bagaimana RISDA mahu memastikan tanaman semula berjalan secara menyeluruh. Adakah kementerian bersedia menyemak semula kadar bantuan ini secara menyeluruh mengikut kos sebenar di lapangan bukan berdasarkan data di atas meja pejabat.

Berkaitan isu anak benih dan klon getah bermutu tinggi. Penoreh kita sudah lama mengadu mengenai anak benih yang tidak konsisten. Ada yang tidak mencapai pengeluaran susu yang dijanjikan. RISDA wajar memastikan bekalan anak benih klon produktiviti tinggi diberikan hanya daripada pusat semaian yang benar-benar memenuhi piawaian teknikal. Tidak cukup hanya memberi anak benih, kita perlu

draft • 5:46 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

pastikan ia adalah klon berkualiti yang mampu menghasilkan susu banyak, tahan penyakit dan sesuai dengan keadaan tanah.

Berkaitan dengan infrastruktur kebun, ini adalah suara langsung dari Telekong hingga Dabong, dari Chuchoh Puteri hingga ke Bahagia di Kuala Krai. Masih banyak kebun tidak mempunyai jalan masuk yang sesuai. Penoreh terpaksa mengharung jalan tanah merah, lumpur tebal dan ada yang terpaksa mengangkut getah buku dengan motosikal cabuk melalui lereng berbatu.

Bagaimana RISDA boleh bercakap tentang modenisasi jika akses kebun pun masih 30 tahun ketinggalan. Pelaksanaan projek jalan kebun mesti diperluaskan dipantau dan dipercepatkan. Adakah RISDA bersedia melalui peruntukan ini menilai secara menyeluruh keperluan sebenar jalan-jalan di kebun.

Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran B.050600 iaitulah elaun JPKK ataupun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung. Sebanyak RM247,727,900. Bagi saya, jumlah ini amat besar yang boleh digunakan untuk aktiviti lain termasuk menyediakan kemudahan untuk rakyat.

draft • 5:46 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya ingin tanya pecahan JPKK di negeri Kelantan mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri dan Parlimen serta elaun mereka. Di Kelantan, sudah terdapat penggawa dan penghulu lantikan Kerajaan Negeri Kelantan dan dibayar elaun bulanan. Jika pihak Kerajaan Persekutuan turut menerima pakai lantikan kerajaan negeri tersebut, sudah tentu boleh menjimatkan wang rakyat yang dibelanjakan bagi membayar elaun JPKK. Mungkin dengan hanya menambah sedikit imbuhan kepada penggawa ataupun penghulu yang telah pun berelaun. Jika kaedah sama turut diguna pakai di Terengganu, di Kedah dan juga di Perlis, sudah tentu penjimatannya lebih besar.

Saya juga ingin bertanya, apakah sebenarnya peranan JPKK yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan? Di atas kertas, JPKK sepatutnya mengurus pembangunan, kebajikan dan keselamatan kampung. Namun, di lapangan, terdapat JPKK sendiri keliru. Ada yang tidak dapat garis panduan tugas yang betul dan ada yang tidak menjalankan fungsi yang sepatutnya.

Oleh kerana lantikan telah dibuat, apakah salahnya jika dapat diselaraskan fungsi dan peranan mereka melalui pegawai daerah ataupun ketua jajahan yang merupakan pegawai bertanggungjawab kepada penghulu negeri bagi memastikan lantikan-lantikan tersebut dapat membantu rakyat dan memudahkan urusan mereka bersama dengan penghulu lantikan negeri.

draft • 5:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada B.020600 dan P.03900 dan Butiran yang berkaitan dengan KESEDAR. Fungsinya adalah memaju― fungsi KESEDAR, memaju, menggalak dan membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Kelantan shaelatan meliputi bidang perindustrian, perdagangan, pertanian dan tempat tinggal.

Dengan peningkatan peruntukan Kerajaan Persekutuan pada kali ini, apakah langkah konkrit yang telah dirancang oleh KESEDAR untuk memulihkan ekonomi setempat? Adakah KESEDAR telah membuat penilaian impak terhadap projek yang sudah dilaksanakan? Saya juga ingin bertanya, dengan kenaikan peruntukan yang akan diberikan pada tahun 2026, berapakah pecahan terperinci pelbagai program dan bantuan di Parlimen Kuala Krai?

Butiran terakhir, Tan Sri Yang di-Pertua, ialah B.051200 – KEMAS ataupun Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS. Saya ingin tahu pecahan tadika KEMAS di Kuala Krai yang akan menerima manfaat daripada peruntukan tahun hadapan.

Saya ingin tegaskan bahawa kualiti pendidikan awal kanak-kanak bukan hanya bergantung kepada kurikulum dan makanan tetapi pada alat bantu mengajar dan keselamatan fizikal, termasuk tempat belajar yang kondusif. Apakah komitmen pihak kementerian bagi memastikan tadika KEMAS, khususnya di Kuala Krai, dilengkapi dengan alat bantu mengajar moden? Apakah kementerian akan menyediakan flatscreen TV. Jika belum ada, yang boleh digunakan untuk pengajaran interaktif, video pembelajaran dan modul visual yang dapat menarik minat kanak- kanak? Teknologi pendidikan ini bukan lagi pilihan. Ia adalah keperluan asas.

Isu pemilikan tanah dan pembangunan tadika KEMAS juga amat penting.

Berapa banyak tadika KEMAS yang beroperasi di atas tanah kerajaan? Walaupun mungkin tanah dirizabkan untuk tadika tetapi masih lagi bukan hak milik tadika KEMAS. Bila timbul projek menaik taraf, maka akan berhalangan dengan sebab tanah bukan milik. Jadi, apakah usaha kementerian bagi memastikan tanah-tanah tadika KEMAS menjadi hak milik?

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Lubok Antu.

draft • 5:50 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan

draft • 5:53 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

peringkat Jawatankuasa bagi Maksud B dan P.22 untuk Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa.

Tan Sri Pengerusi, cabaran terbesar yang menjadi duri dalam daging dalam usaha untuk memajukan sosioekonomi di kawasan luar bandar seperti Lubok Antu adalah kesukaran akses kepada infrastruktur yang penting seperti jalan dan jambatan.

Pertamanya, saya ingin membangkitkan Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa dengan belanja sebanyak RM356 juta dan Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, RM2.1 bilion. Di Parlimen Lubok Antu, masih ramai penduduk rumah-rumah panjang yang bergantung sepenuhnya kepada mod pengangkutan air melalui sungai. Ada juga yang masih menggunakan jalan-jalan bekas balak yang tidak lagi diselenggara dan membahayakan pengguna, terutamanya ketika musim tengkujuh.

Oleh itu, saya ingin memohon kepada pihak kementerian untuk menyegerakan kerja-kerja menaik taraf beberapa jalan perhubungan desa dan jalan pertanian di kawasan Lubok Antu yang saya lihat agak kritikal kerana memerlukan penambahbaikan segera. Sebagai contoh jalan perhubungan desa perlu diberi perhatian ialah jalan Rumah Bunyau Berenggang; jalan Rumah Bawi, Lemanak; jalan Simpang Patoh ke Lubok Bayan; jalan Simpang Bilararap ke Bangai, Ulu Lemanak; dan jalan Rumah Sambon, Nanga Kesit.

Saya juga memohon agar satu jajaran jalan luar bandar di kawasan Lubok Antu diberi keutamaan oleh pihak kementerian dalam Belanjawan 2026 iaitu jalan Semanju Titok, Engkelili sepanjang empat kilometer yang menghubungkan tiga buah rumah panjang. Jalan ini ialah penting kerana ia merupakan jalan utama untuk penduduk tiga buah rumah panjang untuk menghantar anak mereka ke sekolah dan sebagainya.

Masih mengenai infrastruktur di luar bandar. Saya juga ingin menyentuh Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar dengan peruntukan sebanyak RM73.3 juta.

Saya ingin menarik perhatian kementerian terhadap keperluan mendesak pembinaan jambatan di beberapa kawasan di Lubok Antu, khususnya di rumah- rumah panjang di sekitar Lemanak dan Skrang. Antara lokasi yang memerlukan pembinaan jambatan segera adalah di Nanga Jangin, Lemanak; Nanga Patoh, Lemanak; Lubok Subong, Lemanak; Nanga Uyau, Lemanak; dan Rumah Christina, Rembai Skrang.

Untuk makluman Tan Sri Pengerusi, sebahagian daripada kawasan yang dikenal pasti ini terpaksa bergantung kepada jambatan dan titi usang yang tidak lagi

draft • 5:53 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

selamat digunakan. Malah, ada yang perlu menyeberangi sungai menggunakan perahu panjang untuk ke laluan dan jalan utama.

Tan Sri Pengerusi, pembinaan jalan dan jambatan ke kawasan-kawasan luar bandar ini amat penting bagi meningkatkan keselamatan dan memudahkan kehidupan harian penduduk-penduduk di rumah panjang yang amat memerlukan akses jalan untuk turun ke pekan mengangkut hasil pertanian, pergi ke sekolah dan klinik dan sebagainya. Kita tidak boleh menidakkan hak penduduk di kawasan pedalaman, apatah lagi penduduk yang tinggal di kawasan hulu sungai untuk menikmati kemudahan asas sepertimana dinikmati penduduk di luar bandar. Ini adalah hak mereka dan pembangunan sosioekonomi mereka turut berkembang sekiranya akses asas ini diberikan.

Tuan Pengerusi, akses kepada jalan dan jambatan juga merupakan antara prasyarat utama kepada pembinaan kemudahan asas lain seperti penyambungan bekalan elektrik dan pembinaan menara telekomunikasi. Tanpa jalan yang baik, usaha kerajaan membekalkan kemudahan asas menjadi sukar dan kosnya meningkat. Maka, pembinaan jalan dan jambatan bukan sekadar soal mobiliti tetapi menjadi tulang belakang kepada keseluruhan agenda pembangunan luar bandar termasuk peluasan akses elektrik dan telekomunikasi di kawasan pedalaman seperti di Lubok Antu.

Menyentuh mengenai bekalan elektrik, saya juga ingin membangkitkan Butiran 01702 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM90.1 juta. Saya berharap agar melalui peruntukan di bawah Bajet 2026 ini, pihak kementerian dapat meneruskan usaha bagi menyambung bekalan elektrik ke kawasan-kawasan di Parlimen Lubok Antu yang masih belum menikmati kemudahan elektrik sambungan grid seperti di kawasan Delok, Menyang, Batang Ai dan Ulu Skrang. Selain itu, kawasan seperti Pala Taong, Nanga Sumpa, Nanga Jambu, Menyang Sedi dan Taih juga perlu diberi perhatian kerana masih terdapat rumah panjang yang belum menerima bekalan elektrik secara menyeluruh.

Tan Sri Pengerusi, saya memahami kesukaran penyambungan bekalan elektrik di kawasan luar bandar berpunca daripada pelbagai faktor. Namun, saya juga tidak mahu melihat penduduk-penduduk di rumah panjang terus bergantung kepada penggunaan generator untuk penjanaan elektrik kerana ia melibatkan kos yang tinggi, sama ada dari segi penyelenggaraan dan juga kos harian minyak diesel.

Akhir kata, Tan Sri Pengerusi, saya berharap agak pihak kementerian dapat mempertimbangkan permohonan dan cadangan yang telah saya bangkitkan dalam

draft • 5:53 PM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

perbahasan ini. Semoga belanjawan yang dikhususkan untuk kementerian ini dapat diterjemahkan kepada pembangunan berterusan di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Sekian, terima kasih. Lubok Antu mohon menyokong.

draft • 5:53 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Rompin.

draft • 5:53 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tan Sri Pengerusi.

Pertamanya, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah atas inisiatif berterusan meningkatkan jaringan jalan- jalan luar bandar bagi memudahkan akses penduduk luar bandar, terutamanya komuniti orang asli. Projek ini jelas memberi impak besar terhadap mobiliti, kemudahan pendidikan, kesihatan dan aktiviti ekonomi rakyat di pedalaman.

Saya merujuk kepada Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar yang menerima peruntukan yang agak besar iaitu sebanyak RM2.107 bilion pada tahun 2026. Dalam konteks ini, saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada jalan Kampung Orang Asli Ganuh di kawasan Parlimen Rompin.

Dalam sidang Dewan sebelum ini, saya telah membangkitkan isu ini berkaitan keperluan jalan ini untuk dinaik taraf.

draft • 5:59 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

Saya mengangkat isu ini adalah kerana penduduk di kawasan ini masih menghadapi cabaran dari segi keadaan laluan dan keselamatan semasa menggunakan laluan ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, penduduk kampung ini menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam sayur- sayuran dan lebih menarik, hasil mereka ini dipasarkan ke pasar raya seperti Jaya Grocery.

Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya dapat mempertimbangkan naik taraf jalan Kampung Orang Asli Ganoh ke Bukit Ibam, ini agar masyarakat orang asli di kawasan ini tidak terus terpinggir daripada arus pembangunan serta dapat menikmati kemudahan asas yang lebih selesa dan selamat.

Keduanya, program TVET merupakan salah satu inisiatif penting kerajaan dalam usaha memperkasakan kemahiran teknikal dan vokasional anak muda khususnya di kawasan luar bandar. Pendidikan dan latihan TVET membolehkan belia

draft • 6:00 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

memperoleh kemahiran praktikal yang diperlukan oleh industri, menyokong keusahawanan dan meningkatkan keperluan pekerjaan. Ini seterusnya membantu pembangunan sosioekonomi tempatan dan negara secara keseluruhan.

Di seluruh negara, minat terhadap TVET semakin meningkat kerana ia memberikan peluang kepada belia untuk menimba kemahiran tanpa menunggu laluan akademik tradisional. Berdasarkan data kementerian, peruntukan program pembangunan TVET seperti di Butiran 95000 menunjukkan pertumbuhan yang ketara bagi tempoh tiga tahun terakhir. Bagi tahun 2024, peruntukan sebanyak RM950,000, tahun 2025 RM14.9 juta dan pada tahun 2026, RM43.085 juta.

Kenaikan ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memperkasakan TVET.

Rakyat memerlukan kepastian bahawa dana tersebut mampu memberi manfaat kepada mereka. Soalan saya, bagaimana kementerian memastikan peruntukan ini memberi impak maksimum kepada komuniti tempatan terutamanya bagi belia dan pelajar yang ingin menimba kemahiran. Selain jumlah peruntukan, kejelasan saluran penyaluran dana juga amat penting.

Saya ingin tahu, adakah kementerian menyalurkan terus dana ini kepada institusi latihan di bawah KKDW atau melalui agensi kerajaan atau kepada pihak ketiga yang dilantik untuk melaksanakan program TVET ini. Kejelasan saluran ini membantu memastikan penggunaan dana efektif, mengurangkan risiko salah guna dan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa pelaburan kerajaan memberikan hasil yang setimpal.

Saya ingin menarik perhatian kepada satu kolej swasta iaitu Kolej Eastern International TVET yang bertempat di Gambang, Kuantan dan perasmian kolej ini dibuat oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I. Soalan saya, adakah Kolej Eastern International TVET ini menerima peruntukan daripada KKDW? Jika ya, apakah status kolej ini sekarang dan adakah kerajaan meletakkan standard khas bagi pengusaha membuka kolej swasta untuk TVET ini?

Tan Sri Pengerusi, walaupun minat yang tinggi, program TVET perlu sesuaikan dengan keperluan pasaran kerja tempatan supaya latihan yang diberikan benar-benar membolehkan belia memperoleh pekerjaan atau membuka peluang keusahawanan di kawasan mereka. Keberkesanan program ini boleh diukur melalui audit berkala, penilaian prestasi setiap program dan pemantauan hasil latihan melalui penglibatan industri.

Saya ingin bertanya, apakah langkah kementerian untuk memastikan program TVET ini bersesuaian dengan keperluan industri tempatan dan adakah

draft • 6:00 PM

Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin

terdapat inisiatif tambahan bagi meningkatkan minat pelajar terhadap TVET. Selain daripada pelajar, komuniti setempat juga berperanan penting dalam kejayaan program TVET. Penglibatan ibu bapa dan pemimpin masyarakat dapat membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kemahiran teknikal dan vokasional.

Di samping itu, penekanan kepada kesetaraan peluang antara kawasan bandar dan luar bandar harus dipastikan agar pelaburan dana awam memberi manfaat secara adil. Soalan saya, apakah langkah kementerian untuk memastikan komuniti dalam program TVET ini dan bagaimana kementerian memastikan peluang latihan tersedia secara adil dan saksama untuk semua belia termasuk dari kawasan pedalaman.

Akhir sekali, walaupun peruntukan telah meningkat dengan signifikan, keberkesanan TVET juga bergantung kepada pemantauan berterusan.

Penambahbaikan modul latihan dan penglibatan industri tempatan untuk menjamin belia memperoleh kemahiran yang relevan. Sekian, terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Tenggara.

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Audzubillahiminassyaitanirojim. Bismillahirrahmanirrahim. Saya ucap tahniahlah kepada KKDW. RM12.4 bilion naik RM440 juta, sekitar 3.69 peratus.

Doanya tetaplah supaya boleh memberi kebajikan kepada ramai rakyat di kawasan desa.

Saya teruskan saja Tan Sri Pengerusi, kepada Butiran 020500 dan 03700 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Tenggara harap kalau boleh peruntukan mengurus ini daripada RM3.805 dah naik dah RM38.7. Kalau boleh ditambah lagi agaknya, macam mana itu sebab pada tahun 2026 akan ada Visit Malaysia dan juga Visit Johor dan ini adalah usaha untuk peroleh RM42 bilion pendapatan dan 12 juta pelancong.

Jadi di kawasan KEJORA ini ada pantai-pantai peranginan dan sebagainya juga termasuk satu produk pelancongan yang baharu di Air Terjun Gunung Muntahak, di belakang Bandar Petri Jaya dalam Parlimen Tenggara memerlukan perhatianlah. Ini satu aset pelancongan yang menarik. Ada 10 tingkat air terjun, termasuklah di Jeram Sungai Tengkil. Jadi, dana-dana pembangunan untuk KEJORA ini boleh dimanfaatkan untuk menarik lagi ramai pelancong ke kawasan-kawasan seperti Air Terjun Gunung Muntahak ini.

draft • 6:05 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Keduanya adalah boleh menggalakkan lagi community-based tourism dengan memanfaatkan kawasan-kawasan di Tenggara seperti kampung-kampung Batu 4, Temunin Baharu, Temunin Lama yang kaya dengan campsite dan juga tiga kampung orang asli yang memerlukan juga sentuhan daripada pihak KEJORA. Dan peningkatan peruntukan ini juga saya bagi contoh hujung minggu lepas, saya dengan KEJORA lah, Ahli Parlimen Tenggara, Pusat Khidmat Home of Tenggara, kerjasama dengan KEJORA lakukan satu aktiviti dinamakan Tenggara Outdoor Challenge, berjaya menarik 50,000 pengunjung, Sabtu dan Ahad lepas.

Jadi, modul yang sama ini saya rasa perlu dipertingkatkan terutamanya pada kita menyambut Visit Malaysia dan Visit Johor 2026. Seperkara lagi berkaitan dengan KEJORA ini ialah Yang Berhormat Timbalan Menteri, Pengerusi, permohonan daripada orang-orang Tenggara, maksudnya ada banyak kampung-kampung tradisional lain di Tenggara ini tapi mereka kata alangkah baiknya kalau dapat diterima juga menjadi Kampung KEJORA, kampung tadbiran KEJORA kerana satu gugusan itu namanya Batu 4, yang ada Temunin Baharu saja. Temunin Lama, Batu 4, Sepak Hulu, Sepak Hilir, Bukit Lintang dan juga Lukut tidak masuk dalam Kampung KEJORA. Jadi kalau dapat diterima itu, lebih baik.

Keduanya adalah tentang Butiran 030200 – Kesejahteraan Rakyat. Tenggara cadang kalau dapat dinaikkan lagilah sebab berdasarkan pencapaian tahun lalu, 5,953 unit rumah dapat dibina dan dibaik pulih sebanyak 23,458 — 23,458 unit rumah. Jadi, dengan peruntukan 924 juta ini diharap pada tahun 2026 akan banyak lagi boleh dibina dan Tenggara juga tidak ketinggalanlah. Kita akan mohon juga keperluan 100 unit rumah baru dan 200 baik pulih dalam Program Perumahan Rakyat Sejahtera, insya-Allah. Jadi, ini adalah satu penghargaanlah kepada KKDW, berjaya menggunakan, mentadbir dana kesejahteraan rakyat ini untuk faedah- faedah masyarakat.

Yang ketiganya adalah berkaitan dengan Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, RM211 bilion. Melalui butiran ini Tenggara mohon perhatian pihak kementerian. Ini sangat serius. Terdapat dua kes berlaku di Parlimen Tenggara.

Pertama, berkaitan dengan pembinaan jalan baru Kampung Rantau Panjang ke Petri Jaya. Ini kita dah dapat kelulusan tahun lalu berjumlah RM50 juta tetapi agensi pelaksana JKR memulangkan semula dana terbabit RM50 juta sebab tak cukup.

Jadi, saya berharap, di bawah peruntukan 2026 ini cadangan JKR sekitar RM100 juta itu dapatlah juga ditunaikan. Jalan baharu yang menyambungkan

draft • 6:05 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Kampung Rantau Panjang ke Petri Jaya, lima kilometer yang akan memberi faedah kepada 30,000 pengguna di sana.

Keduanya adalah berkaitan jalan baru yang hendak dipohon sebab Tenggara ini tiba-tiba ada satu kampung baru Yang Berhormat Pengerusi dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri ada di sini. Namanya Kampung Baru Sungai Johor, terdapat 16 rumah dan satu surau sahaja tetapi dia tetap rakyat kitalah. Asalnya daripada Tebrau tetapi dah tertolak ke Tenggara. Jadi, ada banyak keperluan.

Namun di bawah butiran ini, Tenggara rayu supaya keperluan jalan yang paling penting sekali dapat ditunaikan di bawah peruntukan Butiran 02300 ini sebab ada keperluan lain, elektrik, air dan sebagainya tetapi yang mendesak adalah berkaitan dengan keperluan jalan dan mereka bukan minta jalan tar pun. Kalau dapat baguslah tetapi mereka kata kalau dapat crusher run pun alhamdulillah yang dimampat. Mungkin boleh beri faedah kepada kampung yang baru muncul di Tenggara ini, sekitar lima kilometer.

draft • 6:05 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

Dan akhirnya, last Tan Sri Pengerusi. Sedikit sahaja di bawah Butiran 02200 — Jambatan Luar Bandar, Pembangunan, RM 73,710,000. Ini ada sedikit isu Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri KKW telah meluluskan sebelum ini RM500,000 untuk pembinaan jambatan di Kampung Pasir Asam. Kemudian ada Notice of Change (NOC) dan ditambah sehingga RM850,000.

Saya difahamkan dana tersebut turun kepada KEJORA dan agensi pelaksananya adalah JPS Daerah Kota Tinggi, tetapi sehingga sekarang pembinaannya amat mengecewakan dan masih belum digunakan. Jadi, saya mintalah dalam ruangan yang kecil ini untuk ada sedikit intervensi daripada kementerian untuk tengok balik, mungkin dengan KEJORA dan juga JPS apakah status pelaksanaannya sebab rakyat dah mula bising dah.

Benda baik dah kita usahakan dah lulus 500,000 kemudian ada NOC 850,000. Tetapi bila tak jadi, dia datang balik kepada Ahli Parlimen ini. Jadi, kita mintalah untuk bantuan. Jadi, itu sahajalah ada banyak lagi hendak disampaikan, tetapi masanya telah mencemburui. Kalau dapat satu lagi Tan Sri, satu saja. Satu.

Baik, terima kasih.

Yang ini adalah berkaitan dengan orang asli. *Educating Orang Asli Students:

The Challenges,* Orang Asli ini mempunyai kadar penyertaan yang rendah dalam sistem pendidikan formal. Kekangan utama termasuk kurikulum arus perdana yang

draft • 6:10 PM

Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara

tidak sesuai dari segi budaya dan bahasa dalam ulasan *Orang Asli Education:

Rethinking Access and Inclusion,* Ogos 2025, pada tahun 2022, kadar pelajar orang asli yang gagal menamatkan sekolah menengah adalah sekitar 4.65 peratus berbanding purata kebangsaan sekitar 0.99 peratus.

Ini membuktikan bahawa masyarakat orang asli masih ketinggalan dalam bidang pendidikan. Tenggara yakin program TVET mampu naikkan taraf kemahiran.

Ini menyentuh Butiran 030300 — Jabatan Orang Asli, 050700 — Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli dan juga Butiran 01100, pembangunan untuk orang asli.

Jadi, apakah langkah yang diambil oleh KKDW untuk memperkasa program TVET dalam masyarakat orang asli dan apakah bentuk program yang dikenal pasti dan sesuai untuk orang asli? Dan Tenggara yakin pendidikan TVET dan mampu mengangkat maruah dan persaingan setara. Bila orang asli dilatih dalam TVET, mereka boleh “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan yang lain dalam pasaran kerja.

Di samping itu, melalui butiran ini juga, Tenggara saran kerajaan perkasa bantu lahir dan angkat usahawan orang asli, bantu jana ekonomi mereka, kurangkan kebergantungan bantuan kerajaan semata-mata. Mereka ini boleh berjaya sekiranya berada di landasan yang betul. Contohnya, seperti usahawan bernama Nur Rafidah Man, ‘Jungle Girl’ suku Jahut dari Kampung Penderas, Kuala Krau, Pahang mampu jana pendapatan hampir 1 juta dalam seminggu jual minyak sahaja. Itu sahaja Tan Sri Pengerusi. Terima kasih daripada Tenggara.

draft • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Arau.

draft • 6:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Rakyat Malaysia, orang muda. Tan Sri Pengerusi, apa khabar? Sihat ya? Alhamdulillah. Kita nak bagi tahu Tan Sri, hari ini sebab kementerian yang penghabis ini ialah luar bandar. Belah sana ada 16 orang sahaja Yang Berhormat. Kalau kami panggil kuorum bererti, ‘Selamat Tinggal Bungaku’ sebab ini Kementerian Luar Bandar ya. Jadi, hendak bagi makluman kepada semua pihak, kalau saya sudah cakap macam itu, kira berautoritilah. Berhati- hati di jalan raya, jangan mengganggu kami di tahap luar biasa. Tetapi kami tak mudah marah, kami orang yang sabar seperti Tan Sri.

Yang pertama sekali Tan Sri, ialah tentang Jabatan Kemajuan Masyarakat

(KEMAS), 130,284,400. Ini KEMAS Yang Berhormat. KEMAS sekarang ini ada penuntut 229,335, Perpaduan ada 44,000, ini dibayar oleh kerajaan. Guru-gurunya

draft • 6:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

dibayar oleh kerajaan. PASTI 125,065, guru-guru PASTI tidak dibayar. Ini rakyat Malaysia. Kena ingat PASTI ini bila mereka membesar mereka jadi rakyat Malaysia.

Sekolah vernakular kita bagi bantuan. Tapi PASTI kita tak bagi dan ada gurunya elaun RM500, RM600.

Saya menyokong KEMAS tidak ada masalah, saya pun pernah berada di sana. Cuma bila saya berada di sini, muka mereka masam sedikit dengan saya.

Pasal apa tak tahu, tetapi Timbalan Perdana Menteri tidak masam, sentiasa senyum dengan saya. Dan KEMAS telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Ini sebahagian besar daripada kami— bukan kami, merekalah ialah daripada KEMAS.

Tengok perbahasan, mereka hebat Yang Berhormat. Walaupun setengah orang nampak tak hebat, tetapi pada pandangan saya, ulasan saya, mereka ini terdiri daripada anak-anak KEMAS yang mereka dengan izin, behave-lah di Parlimen ini.

Tetapi KEMAS tak dapat bantuan. Rakyat Malaysia kena bagi bantuan Yang Berhormat supaya jangan elaun guru-guru cuma dibantu oleh ibu bapa dan juga parti yang berkenaan.

Tetapi kerajaan hanya biar menyepi. Apabila mereka besar, mereka jadi rakyat Malaysia. Sekarang pun rakyat Malaysia. Malah kita telah buktikan bahawa KEMAS, Adik Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim menang johan dunia umur enam tahun dalam bahasa Inggeris, orang Terengganu. Orang Ganu kita.

draft • 6:13 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] PASTI, PASTI.

draft • 6:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

PASTI, ya PASTI. Saya sebut apa tadi?

draft • 6:13 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] KEMAS.

draft • 6:13 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Allahuakbar. Cuma nak kata— sat lagi depa dok ingat saya DNA UMNO pula ya.

draft • 6:13 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sebenarnya saya PAS tulen, jadi PASTI. Yang Berhormat telah menang johan pidato bahasa Inggeris dunia, ini daripada PASTI. Saya minta kementerian pertimbangkan elaun kepada guru-guru. Sebab kita boleh bagi pada guru Perpaduan, bagi kepada guru KEMAS, kita sokong bagi terus tidak ada masalah. Kita menyokong. Kita tidak akan mengurangkan apa yang ada, tetapi kita minta kerajaan tambah. Kesianlah kepada guru KEMAS ini, kena ingat. Kadang-kadang ada setengah guru KEMAS itu— guru...

draft • 6:13 PM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] PASTI.

draft • 6:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Guru PASTI.

draft • 6:13 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya Allah, kenapa tersilap di petang hari begini sebab mungkin tengok Tan Sri yang ada senyum ini, saya mudah sedikit melihat orang senyum ini, saya berubah sikit.

Jadi, kasihanilah kepada guru-guru PASTI ini, supaya mereka mendapat elaun sama seperti orang lain. Kalau mereka ini masuk APM ini Yang Berhormat, APM, elaun yang sama. Elaun kepada orang PAS kah orang UMNO kah BERSATU kah, siapa yang masuk APM, elaun sama.

Kenapa ini boleh sama? Kenapa bila jadi guru, guru PASTI tidak dapat elaun ini? Padahal mereka mengajar dan kita tahu anak-anak yang dibentuk melalui PASTI ini kita lihat sekurang-kurangnya dia boleh dapat basic sebagai seorang Islam dengan baik. Saya malah di kalangan cucu-cucu saya pun akan hantar pergi PASTI supaya sekurang-kurangnya mereka dididik di peringkat awal, agama Islam di peringkat awal.

Kemudian yang keduanya Yang Berhormat, ini saya ada sebut beratus kali.

Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau tidak boleh, kalau hendak jawab pun Yang Berhormat kata hendak rujuk kat Menteri kah, Yang Berhormat, usahawan— peruntukan usahawan ini, luar bandar 5.6 juta. Yang Berhormat hendak bantu siapa?

Hendak bantu siapa, cukup kah 30 persen daripada rakyat Malaysia yang berada di luar bandar ini kita hanya bagi 5.6 juta.

Saya cadangkan kita bagi 50 juta. Kalau Yang Berhormat setuju, cakap setuju. Kita akan uruskan dengan baik di sini. Sebab ini penting kita hendak tolong usahawan, kita tolong usahawan tak pilih parti. Tak kira dia UMNO ke PAS ke, kita tolong semua. Cuma tang guru PASTI ini, kita berbeza sikit macam juga peruntukan Ahli Parlimen, berbeza sikit ya.

Jadi, kita minta supaya peruntukan untuk usahawan kecil ini dinaikkan supaya setaraf dengan peruntukan yang kita bagi kepada luar bandar dengan begitu tinggi. Tetapi usahawan kecil, kita kata, kita nak bangunkan usahawan desa, nak bangunkan luar bandar tetapi usahawan, 5.6 juta. Hendak boleh buat apa dengan 5.6 juta? Berapa orang usahawan? Tolong jawab Yang Berhormat Menteri. Berapa orang usahawan hendak diwujud? Kata nak wujudkan 1,000 orang. Luar bandar ada berapa juta? 30 persen daripada 30 juta bermakna 10 juta lebih rakyat Malaysia hanya dibantu dengan 5.6 juta. 50 Yang Berhormat, setuju tidak setuju, pun kena setuju.

Penghabis sekali, orang asli. Sebab ini, Pengerusi tadi sebelum ini, dia pakai tengkolok orang asli, jadi kena sokong dia, orang asli. Saya menyokong. Peruntukan

draft • 6:13 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

untuk jalan-jalan luar bandar 2.1 bilion. Kemudian, peruntukan untuk Jabatan Orang Asli RM172 juta. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, apakah peruntukan ini termasuk pembaikan jalan di Pos Pasik, Pos Tohoi, Pos Pulat, Pos Gob. Ini adalah janji kita masa pilihan raya.

Yang Berhormat pun berjanji, saya tak pasti. Berjanji masa pilihan raya. “Kita akan membina jalan tar daripada Gua Musang ke Gob, Gua Musang ke Tohoi, Gua Musang ke Pulat dan juga Gua Musang ke Pasik”. Saya berada di situ, saya mendengar ucapan itu, tetapi sampai sekarang jalan itu masih dalam— kalau kita masuk, masih orang kata masih bertari-menari jalan, cukup teruk. Di antara jalan yang teruk ialah jalan yang saya sebutkan tadi.

Saya minta beri pertimbangan yang sewajarnya kepada orang asli sebab kita janji. Kita janji dengan sesiapa pun kita kena tunai. Seperti PMX jawab tadi, dia akan menunaikan janji, termasuk untuk memberikan keadilan kepada semua Ahli Parlimen. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum.

draft • 6:13 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Bentong.

draft • 6:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi. Saya ingin terus merujuk kepada Butiran 01100 – JAKOA. Sebelum ini saya telah membangkitkan isu akses air bersih di kampung orang asli dalam Parlimen Bentong seperti di Sungai Gabong, Ulu Pareh dan Sungai Dong Ulu. Dan untuk Ulu Pareh, saya telah dimaklumkan PAIP Pahang akan menambah jajaran paip baharu, manakala JAKOA akan memulakan projek pemasangan meter pam booster dan tangki air pada awal tahun hadapan. Terima kasih kepada kementerian.

Namun begitu, saya juga berharap projek paip retikulasi di kampung lain seperti Sungai Dua Olak, Ulu Semie, Sungai Merjuk dan Sungai Bot juga dapat dipertimbangkan agar penduduk mendapa akses air bersih dan terjamin kesihatan.

Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang menerima peruntukan sebanyak RM430.13 juta dalam Belanjawan 2026. Satu perkembangan yang sangat positif selepas tiada peruntukan pada tahun 2024 dan 2025. Skim ini meliputi lima komponen utama seperti PPRS, PLKK dan PBI yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

draft • 6:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

Namun, saya ingin tahu bagaimanakah proses permohonan yang dijalankan, agensi pelaksana yang terlibat, serta sama ada kajian keperluan kawasan yang dibuat bagi menentukan keutamaan? Saya juga ingin mencadangkan agar sebahagian projek ini dilaksanakan di Bentong dan dipantau secara berkala supaya memberi impak jangka panjang.

Tan Sri pengerusi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas perluasan Program Kampung Angkat MADANI pada 500 kampung dan Sekolah Angkat MADANI kepada 1,500 sekolah. Inisiatif ini wajar dipuji kerana menggalakkan daya saing dan pembangunan komuniti. Saya ingin tahu, bagaimana kementerian merancang untuk terus menyokong kampung yang berjaya? Sama ada melalui tambahan geran, projek ekonomi berskala besar atau penambahbaikan infrastruktur asas?

Saya juga mencadangkan agak Kampung Janda Baik di Bentong dipilih dalam inisiatif Desa Kirana sempena Tahun Melawat Malaysia Tahun 2026 kerana potensinya yang tinggi dalam pelancongan desa, sukan lasak dan inap desa. Namun, kampung ini juga memerlukan penambahbaikan infrastruktur seperti lampu jalan, bekalan air mencukupi, serta penyelenggaraan cerun dan jalan bagi keselamatan penduduk dan pengunjung.

Seterusnya saya ingin merujuk kepada Butiran 020100 – Prasarana dan 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung. Di Bentong, saya telah memohon pemasangan lampu jalan baru di Kampung Janda Baik, Kuala Repas, Jambu Rias, Lengkong dan Cinta Manis. Selain itu, beberapa kampung seperti Karak Setia, Kampung Baris, Kampung Hayat dan Sungai Kemahal memerlukan naik taraf serta penyelenggaraan lampu-lampu jalan ini. Kita amat memerlukan lampu-lampu jalan ini di kampung-kampung ini, yang masih lagi kekurangan kerana dengan kurangnya lampu jalan ini, ia juga akan memberikan kesan kepada keselamatan kepada penduduk pada waktu malam.

Selain itu, kita juga memerlukan naik taraf serta penyelenggaraan longkang bagi memastikan saliran air yang baik dan mengelakkan banjir kilat berlaku di semua kampung-kampung tersebut. Infrastruktur asas ini penting untuk keselamatan dan kesejahteraan penduduk kampung.

Akhir sekali, Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak di bawah KEMAS yang menunjukkan peningkatan peruntukan ketara daripada RM18.99 juta kepada RM82.75 juta pada tahun hadapan. Ini satu komitmen yang serius daripada kerajaan terhadap pendidikan awal

draft • 6:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman - Bentong

kanak-kanak. Inisiatif TABIKA Smart Classroom yang memperkenalkan teknologi digital di prasekolah sebenarnya amat penting agar kanak-kanak kita didedahkan kepada penggunaan teknologi secara selamat dan beretika sejak awal. Terutama sekali dalam kita menghadapi cabaran media sosial pada masa kini.

draft • 6:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bentong, boleh masuk sikit?

draft • 6:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman

Boleh, Bangi.

draft • 6:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Bentong. Tadi ada sebut tentang KEMAS. Saya cuma nak tanya, sama ada Bentong setuju atau tidak dari segi tabika KEMAS ini, kita tidak boleh hanya melihat di luar bandar sahaja tetapi di kawasan bandar juga ada keperluan untuk tabika-tabika KEMAS. Dan ada pemasalah dalam kawasan bandar seperti Bangi adalah ada tabika KEMAS yang mempunyai cabaran untuk nak bayar sewa untuk premis KEMAS tersebut. Jadi, mohon supaya ini juga dilihat oleh pihak kementerian. Terima kasih, Bentong setuju atau tidak?

draft • 6:20 PM

Puan Young Syefura binti Othman

Baik Bangi. Masukkan ucapan Bangi dalam ucapan saya dan saya sangat bersetuju dengan Bangi sebenarnya. Jadi, Tan Sri Pengerusi, itu sahaja ucapan saya. Sekian, terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, Seterusnya saya jemput Merbok.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Saya terus ke Butiran B.22, 020800 – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan bersekali dengan P.22, 04100 juga Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, iaitu KEDA.

Jumlah peruntukan untuk B.22 dan P.22 kepada KEDA jika digabungkan adalah sebanyak RM73 juta untuk tahun 2026 bagi Maksud Bekalan dan Pembangunan di mana tujuannya ialah untuk pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas dan penyelenggaraan. Ini menunjukkan ada sedikit peningkatan daripada peruntukan tahun ini dan juga tahun lepas.

Cuma saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah terdapat syarat-syarat yang dikenakan kepada penduduk-penduduk di kampung KEDA ini sebelum diberikan apa-apa bantuan seperti pembaikan rumah, infrastruktur di dalam kawasan KEDA, di kawasan perumahan mereka. Dan, adakah syarat mereka kena masuk menjadi ahli UMNO dahulu sebelum mereka mendapat bantuan-bantuan tersebut?

draft • 6:25 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Saya lihat sekarang ini macam ada persefahaman di antara pihak pengurusan KEDA ini yang mengutamakan Ketua-ketua Bahagian UMNO, untuk maksud dan memberikan segala bentuk bantuan kepada penduduk- penduduk di kampung KEDA ini. Saya rasa terkilan lah juga sebab saya sebagai seorang Ahli Parlimen pun tidak dapat peruntukan. Tetapi, saya lihat Ketua-ketua Bahagian UMNO ini di parti politik boleh pula diberikan peruntukan dan kemudahan untuk mengadakan program dan bantuan di kawasan-kawasan perumahan KEDA. Saya minta Menteri untuk memberikan penjelasan, pencerahan berkenaan perkara yang saya bangkitkan ini.

Dulu saya pernah sekali ke kampung KEDA, di tempat saya ada Kampung KEDA Che Bema namanya, saya ingat Tan Sri Pengerusi pun tahu. Saya pergi kerana ada satu majlis, tapi selepas itu, orang-orang di situ macam ketakutan.

Kenapa? Seperti diugut kerana kenapa menjemput saya hadir ke program tersebut.

Kebetulan, saya singgah sahaja di tempat tersebut tetapi dia menjadi satu polemik.

Kenapa saya ada? Kenapa saya tidak, saya sebagai Ahli Parlimen di kawasan tersebut tidak boleh hadir. Jadi, satu macam dengan – eksklusif pula dimiliki oleh Ketua-ketua Bahagian UMNO ini noh.

Satu lagi berkenaan dengan P.22 juga, iaitu berkenaan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Butiran 00620 – Program Penajaan Pendidikan berjumlah RM2.1 bilion. Merbok ingin mengetahui, adakah elaun- elaun pelajar tajaan MARA ini mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka semasa mereka berada di luar negara tanpa mereka perlu melakukan kerja- kerja sambilan? Akibat daripada kenaikan kos sara hidup di universiti tempat mereka belajar.

Saya difahamkan bahawa kos rumah di tempat mereka belajar akan naik setiap tahun. MARA hanya bagi satu peruntukan yang tetap sahaja setiap bulan. Dan saya ingin tahu, berapa ramai kah pelajar tajaan MARA yang sekarang berada di luar negara? Dan berapakah jumlah elaun yang mereka peroleh setiap bulan? Dan adakah elaun- elaun tersebut sama nilainya mengikut negara dan kawasan yang mereka tinggal untuk belajar?

P.22 Butiran 02001 – Bekalan Air Luar Bandar. Saya ingin bertanya berkenaan pembinaan Loji Rawatan Air Tupah, di Parlimen Merbok. Projek ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri keenam, Dato' Sri Najib sebelum PRU ke-14 lagi dan sekali lagi pada 23 Ogos 2021 oleh Perdana Menteri kesembilan ketika itu yang bernilai RM35 juta, yang baru sahaja ditender ya, baru-baru ini secara pra kelayakan.

draft • 6:25 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Tetapi saya lihat tender tersebut adalah bertajuk Projek Bekalan Air, BALB di Tupah, Daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman secara reka dan bina. Saya nak bertanya, adakah complicated sangat nak membina satu loji rawatan air ini secara reka dan bina? Selalunya, secara biasa sahaja kita boleh tender. Tetapi, ini special- lah macam dengar reka dan bina. Tapi tak apa, terima kasih, dah, tender dah tutup.

Yang seterusnya ialah berkenaan dengan P.22, iaitu Butiran 02404 – Program Lonjakan Mega Luar Bandar yang berjumlah RM30 juta. Merbok ingin mendapatkan maklumat berkenaan apakah bentuk-bentuk program yang akan diasakan di bawah peruntukan ini dan keberkesanan program ini memandangkan peruntukan ini meningkat hampir tiga kali ganda, berbanding peruntukan untuk tahun ini yang hanya berjumlah RM8.6juta.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 6:25 PM

Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan - Merbok

Yang terakhir iaitu Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat berjumlah RM436 juta di mana tahun 2024 dan tahun ini tidak ada sebarang peruntukan disediakan. Merbok ingin mengetahui dengan terperinci apakah jenis pembangunan yang akan dilaksanakan dengan peruntukan yang agak besar ini?

Sekian, terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Merbok. Saya jemput Yang Berhormat Gopeng.

draft • 6:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

Terima kasih kepada Puan Pengerusi. Saya ingin mengambil peluang pada hari ini untuk membahaskan berkenaan dengan KKDW dalam dua perkara. Yang pertamanya adalah tentang pembangunan luar bandar dan keduanya adalah tentang masyarakat orang asli.

Pertamanya, pembangunan luar bandar. Saya ingin bangkitkan isu yang di bawah rujukan P.22 – 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat dan juga B.22 030200 – Kesejahteraan Rakyat. Kita faham memang dalam bajet keseluruhannya telah pun bertambah dan boleh menjanjikan kita ada prasarana yang lebih canggih dan memastikan kehidupan yang lebih sejahtera dan lestari di kawasan luar bandar khususnya desa dan kampung tetapi ada satu isu yang menarik perhatian saya yang saya rasa isu yang terpendam yang bakal akan mengundangkan risiko dalam memastikan kesejahteraan kehidupan masyarakat luar

draft • 6:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

bandar itu terjamin iaitu berkaitan dengan harta pusaka beku yang kini terdapat angkanya sekitar RM100 bilion.

Majoriti harta beku ini adalah dimiliki oleh bumiputera, umat Islam dan wujudnya dalam bentuk tanah, rumah di kawasan luar bandar. Banyak isu yang berbangkit di kawasan-kawasan saya rasa semua Ahli-ahli Yang Berhormat menghadapi masalah tersebut dan bagi saya angka ini bukan setakat hanya statistik tetapi ia mencerminkan potensi ekonomi berbilion ringgit ini yang akan terperangkap dan tidak dapat dimanfaatkan oleh keluarga waris.

Walaupun ia dilihat mungkin sebagai satu hal ehwal keluarga tetapi ia melangkaui isu individu ataupun rumah tangga, ia membantut pembangunan tanah strategik, menafikan peluang ekonomi kepada keluarga dan mengeluarkan berbilion ringgit ini daripada aliran ekonomi domestik negara kita.

Dan banyak punca yang mengundangkan masalah ini berlarutan sehingga kini kekurangan pengetahuan, sikap sambil lewa, perbalahan keluarga, kerumitan dokumen dan kekurangan dokumen-dokumen yang rasmi. Maka, saya ingin menyeru kepada Kementerian KKDW, saya rasa kementerian adalah kementerian yang paling strategik untuk berhubung kerjasama dengan pelbagai agensi Persekutuan dan negeri bagi mengenal pasti kan masalah ini dan menggerakkan satu kempen besar-besaran dan secara holistik untuk menyelesaikan isu ini dan hanya dengan kerajaan campur tangan dalam isu ini secara proaktif melalui program kesedaran, melalui pembangunan luar bandar, memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara di peringkat akar umbi di kampung dan di desa.

Seterusnya, saya ingin beralih ke isu yang kedua iaitu masyarakat orang asli.

Lihat kepada Butiran 9.22 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung yang berjumlah RM15.45 juta. Saya memohon kerajaan untuk memberikan tumpuan ataupun menilai semula cara perolehan untuk pemasangan lampu-lampu jalan ataupun di kawasan luar bandar di kampung.

Kalau berbanding sekarang, dia lebih cara perolehan yang konvensional.

Kalaupun ada cara sekarang saya lihat mungkin boleh menemui cara PFI, bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang boleh menawarkan khidmat yang lebih mampan dalam memastikan kerajaan tidak perlu berbelanja banyak tetapi boleh diusahakan oleh pihak swasta secara sewaan dan sebagainya.

Ini boleh memastikan jumlah itu lebih besar dan merangkumi, merentasi semua kawasan-kawasan dan tidak perlulah setiap tahun kita tunggu punya tunggu masih tidak dapat lampu yang mencukupi. Dan saya ingin juga memohon tumpuan

draft • 6:30 PM

Tuan Tan Kar Hing - Gopeng

kepada pihak KKDW supaya memberikan tumpuan di kawasan pendalaman orang asli di kawasan Parlimen Gopeng yang mana merangkumi Jalan Cameron Highlands–Simpang Pulai di bawah mukim Sungai Raya dan kawasan penempatan orang asli di Gopeng bawah mukim Teja.

Ada banyak perkampungan-perkampungan yang di kawasan tersebut dan ia bukan sahaja penempatan masyarakat orang asli tetapi juga tumpuan untuk masyarakat orang asli mencebur diri dalam bidang ekopelancongan dan kedudukan yang strategik ini akan menarik ramai pelancong-pelancong datang ke sini tetapi kurangnya adalah ketercapaian jalan, lampu jalan, pusat-pusat pelancongan yang diusahakan oleh masyarakat orang asli itu dapat kita membangunkan kedudukan ekonomi mereka.

Saya memohon KKDW boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada mereka sebab Gopeng dan juga jalan utama daripada Gopeng, Simpang Pulai ke Cameron itu adalah kedudukan yang sangat-sangat strategik boleh dimanfaatkan dan dibawakan limpahan ekonomi kepada masyarakat orang asli di kawasan Parlimen Gopeng.

Oleh sebab kesuntukan masa, itu sahaja yang saya ingin sampaikan. Terima kasih kepada Puan Pengerusi.

draft • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih kepada Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.

draft • 6:30 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, saya merujuk 020000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas. Peruntukan ditambah sebanyak RM7 juta menjadikan Belanjawan 2026 sebanyak RM218 juta berbanding RM211 juta dalam Belanjawan 2025.

Antara masalah berlarutan di kawasan luar bandar ialah kelemahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan capaian Internet.

Kekurangan kemudahan asas ini bukan sahaja menjejaskan taraf hidup penduduk tetapi juga menyukarkan pembangunan ekonomi tempatan. Terdapat juga projek infrastruktur yang tertangguh atau tidak siap sepenuhnya disebabkan oleh kelemahan pengurusan dan ketirisan dana.

Jerlun mencadangkan agar KKDW perlu memperkukuhkan sistem pemantauan dan kawalan projek supaya pelaksanaan lebih telus dan mengikut jadual. Jangan berlaku pertindihan pelaksanaan projek sesama agensi seperti ICU,

draft • 6:35 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

JPM, MARA, KEDA dan sebagainya. Selain itu, keutamaan harus diberikan kepada kawasan terpencil agar jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan.

Di Jerlun, isu jalan pertanian dan jalan kampung menjadi rungutan rakyat.

Saya dapati jalan-jalan tersebut berada dalam kawasan MADA tetapi dibuat oleh KKDW dan terdapat papan tanda yang menunjukkan projek tersebut di bawah KKDW.

Oleh itu, saya pohon peruntukan KKDW diteruskan untuk menaik taraf jalan- jalan pertanian dan jalan kampung meskipun berada dalam kawasan MADA.

Di samping itu, Jerlun juga memohon KKDW dapat memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut yang melibatkan sembilan mukim di kawasan Jerlun iaitu:

(i) menaik taraf jalan batu dari lorong Kampung Padang Gelanggang ke Kampung Pida 15 di mukim Sanglang;

(ii) menyelenggarakan jalan Kampung Kodiang Lama hingga ke Gua Kerbau destinasi pelancongan di mukim Kepelu;

(iii) menyelenggarakan jalan Kampung Tok Tambak dan Kampung Pida 1 di mukim Tunjang;

(iv) menaik taraf jalan ladang Dusun Guar Manau di Bukit Tunjang, mukim Padang Perahu; dan

(v) menurap semula jalan-jalan kampung yang berada di dalam semua mukim di mukim Naga, mukim Pering, mukim Ah dan mukim Putat.

Selain itu, agensi di bawah KKDW yang terlibat secara langsung dalam membina rumah baharu atau membaik pulih rumah bagi golongan miskin yang berdaftar dengan eKasih sewajarnya diberikan perhatian. Saya mendapat rungutan daripada penghulu mukim bahawa terdapat wakil agensi KKDW yang tidak hadir dalam mesyuarat focus group. Bila dihubungi dengan telefon tidak berjawab dan sukar ditemui kerana tiada di pejabat.

Kod 030000 – Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar. Kemiskinan luar bandar menjadi cabaran utama yang dihadapi oleh KKDW. Walaupun kadar kemiskinan nasional seolah-olah nampak berkurangan, masyarakat di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah, di Sarawak, di Semenanjung Malaysia seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu masih terperangkap dalam kitaran kemiskinan. Majoriti luar bandar bergantung kepada sektor pertanian tradisional dengan pendapatan

draft • 6:35 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

yang rendah dan tidak stabil. Hal ini disebabkan oleh kekurangan modal, akses terhad kepada pasaran serta tahap pendidikan yang rendah.

Oleh itu, Jerlun mencadangkan agar KKDW perlu memperluaskan program peningkatan pendapatan seperti Program Pembangunan Ekonomi Komuniti (PPek), memberikan latihan kemahiran keusahawanan serta memodenkan sektor pertanian melalui penggunaan teknologi pertanian pintar (smart farming).

draft • 6:35 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Usaha ini mampu menjadikan sektor luar bandar lebih proaktif dan berdaya saing.

Seterusnya, 030100 – Pembangunan Usahawan Desa. Fenomena penghijrahan belia desa ke bandar untuk mencari pekerjaan turut menjejaskan pembangunan luar bandar. Kekurangan peluang ekonomi menyebabkan kawasan desa kehilangan tenaga kerja muda yang berpotensi. Akibatnya, aktiviti ekonomi tempatan menjadi perlahan dan bergantung kepada golongan tua. Oleh itu, Jerlun mencadangkan agar KKDW boleh memperkasa program keusahawanan desa seperti Desa Lestari bagi membuka peluang kepada golongan muda untuk berniaga di kampung halaman sendiri.

Selain itu, pembinaan pusat ekonomi digital PEDi dan inisiatif pertanian moden boleh menarik minat belia untuk kembali ke desa serta menyumbang kepada ekonomi tempatan. Persoalan saya yang ingin saya bangkitkan di sini ialah pertama, berapakah peruntukan KKDW yang dikhususkan untuk memperkasakan program keusahawanan kepada para belia di desa?

Kedua, adakah KKDW bersedia untuk mengenal pasti usahawan-usahawan desa yang berpotensi untuk menjadi ikon usahawan muda desa sebagai galakan kepada para belia yang lain? Dan yang ketiga, berapakah jumlah usahawan desa yang berada dalam rekod KKDW yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi seperti pertanian, perikanan, penternakan, perladangan dan sebagainya yang mendapat peruntukan daripada KKDW?

Akhirnya, Kod 040000 – Pembangunan Modal Insan dan Pendidikan. Jurang pendidikan dan teknologi antara masyarakat bandar dan luar bandar makin ketara.

Ramai pelajar dan penduduk desa masih menghadapi kesukaran untuk mengakses sumber pendidikan digital akibat kekurangan kemudahan Internet. Dalam era digital kini, kekurangan literasi ICT menjadi penghalang utama kepada kemajuan masyarakat luar bandar.

draft • 6:40 PM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Justeru, Jerlun mencadangkan agar KKDW boleh bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan agensi lain untuk memperluaskan capaian Internet berkelajuan tinggi serta menyediakan program latihan literasi digital melalui inisiatif seperti pusat ekonomi digital PEDi, penduduk desa dapat meningkatkan pengetahuan ICT, menjalankan perniagaan dalam talian dan bersaing dalam ekonomi digital. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Tenom.

draft • 6:40 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Assalamualaikum, salam sejahtera, selamat petang, ka'ansayan ra kamayon. Tuan Pengerusi, saya akan membahaskan Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan khususnya kepada Kementerian Kesejahteraan Desa dan Wilayah yang telah meluluskan permohonan yang saya sudah pohon sejak 2023 iaitu bagi pembinaan baharu loji air di kawasan DUN Kemabong dan juga di kawasan DUN Melalap.

Tuan Pengerusi, bagi loji air di kawasan Melalap, saya mewakili rakyat di Tenom merayu kepada KKDW untuk tidak menggunakan sumber air Sungai Pegalan, tetapi menggunakan sungai, air Padas. Saya memohon agar pertukaran tapak loji dan sistem intake ke kawasan Kampung Mandalom dapat dilaksanakan segera. Jika tapak ini digunakan, sudah pasti ia akan menyelesaikan masalah air di kawasan daripada Inubai sehinggalah ke kawasan Lagud Seberang dan sekitarnya.

Kita tidak mahu seperti intake yang ada di Tenom Lama di mana apabila sungai air tercemar dan juga air sungai banjir, menyebabkan intake tersebut tidak dapat digunakan. Loji ini perlu dibina dengan kapasiti sekurang-kurangnya 12 juta liter sehari bagi menampung keperluan semasa di Tenom. Selain itu, Loji Rawatan Air Pekan Tenom Lama ini sudah menjangkau usia hampir 50 tahun dan memerlukan penaiktarafan segera bagi menampung pertumbuhan penduduk serta permintaan industri setempatnya terutama pertanian dan perladangan.

Tenom juga ingin menegaskan keperluan penggantian paip-paip lama yang sudah uzur dan kerap bocor di kawasan Tenom yang sering menjadi punca kehilangan Air Tidak Berhasil (NRW). Di samping itu, pembinaan tangki-tangki

draft • 6:42 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

simpanan air kecemasan amat penting bagi memastikan kesinambungan bekalan sekiranya berlaku gangguan operasi di loji utama.

Selain itu, saya memohon agar penyambungan paip bekalan air luar bandar di Kampung Kalanyaan dan Kampung MESEJ Kalanyaan disegerakan. Kedua-dua kampung ini menempatkan lebih 500 penduduk yang masih bergantung kepada air hujan untuk kegunaan harian. Sudah pasti ia nya suatu keadaan yang tidak sepatutnya berlaku pada zaman Malaysia MADANI hari ini.

Tuan Pengerusi, Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar, 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar dan 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Naik taraf jalan perhubungan adalah pemangkin utama kepada pembangunan dan kemajuan luar bandar.

Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada pihak kementerian untuk menaik taraf jalan gravel ke jalan konkrit di Kampung Batu Tiningkang, Kampung Pulong Bawah, Kampung Oloson, Kampung Ulu Naluyan, Kampung Matatarung Makaniton, Kampung Kalanyaan, Kampung Bukit Totohop, Kampung Panontomon, Kampung Binantayan Lagud, Kampung Tilis dan Kampung Bang Liuh.

Seterusnya, baik pulih jalan konkrit di Jalan Cinta Mata, bukit ke Kampung Angan-Angan, Jalan Sungai Api ke Kampung Sumandalom, Jalan Kalamatoi ke Kampung Baru Jumpa Seberang, Jalan Mampusu ke Masanoi, Jalan Kampung Mailo. Jalan Marais Baru Ke Jalan Marais Lama, Jalan Bangkulin ke Marais Baru dan Jalan Enubai ke Paal Seberang.

Serta Tenom mohon membina jambatan konkrit serta jambatan gantung iaitu jambatan konkrit Panontomon, jambatan konkrit Jalan Sumambu, jambatan konkrit Jalan Manas Kuala Tomani, jambatan konkrit Jalan Tinura, jambatan gantung Marais Lama Kampung Bangkulin dan Kampung Rayoh, jambatan gantung Kampung Lalang serta jambatan gantung Kampung Ungga.

Tuan Pengerusi, yang terakhir, Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah. Saya mohon agar pihak kementerian memberikan perhatian kepada keperluan mendesak pemasangan tiang elektrik di beberapa buah kampung seperti di Kampung Patian Bawah, Kampung Kemabong Lama, Kampung Kalamatoi, Kampung Masanoi, Kampung Bakuku, Kampung Belumbung Ulu, Kampung Kemabong Lama, Kampung Baru Jumpa Seberang, Kampung Laman, Kampung Magunsop, Kampung Bangkulin, Kampung Kaparungan, Kampung Nalunsuon Bangkulin, Kampung Bangkulin Tengah, Kampung Kuala Tomani, Kampung Kalibatang Lama, Kampung Tinura, Kampung Lalang, Kampung Katubu, Kampung Tolokoson, Kampung Rumuli, Kampung Namaatan, Kampung Gumisi Laut,

draft • 6:42 PM

Tuan Riduan bin Rubin - Tenom

Kampung Baru Jumpa, Kampung Kalamatoi, Kampung Maluyan Ulu, Kampung Mampusu, Kampung Bamban dan Kampung Ulu Mangkalias, Kampung Kalanyaan, Kampung Pengalat, Kampung Ulu Tepoh, Kampung Lintubong, Kampung Pulong, Kampung Teritip, Kampung Batu Tiningkang, Kampung Mongool Baru.

Tuan Pengerusi, mengakhiri ucapan, besarlah harapan saya agar pihak kementerian dapat memberikan pertimbangan dan keutamaan sewajarnya di dalam setiap perkara yang telah saya bahaskan sebentar tadi. Terima kasih.

draft • 6:42 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

draft • 6:42 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim. Saya terus kepada Butiran B.22, Butiran 030200 – Kesejahteraan Rakyat; P.22 Butiran 032000 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat, 2025 tiada peruntukan di situ dan 2026 ada peruntukan lebih daripada 436 juta pada tahun hadapan.

Isu yang nak saya bangkitkan adalah isu berkaitan dengan kacau ganggu oleh hidupan liar terutamanya monyet. Saya maklum isu ini adalah isu sebenarnya di bawah PERHILITAN, tetapi terutamanya di kawasan luar bandar. Isu ini banyak dibangkitkan di dalam sidang Dewan Negeri Selangor dan ia seolah-olah tidak ada penyelesaian, hatta di peringkat daerah juga. Kadang-kadang Jabatan PERHILITAN pun tidak hadir.

Dan antara jawapan yang selalu disebutkan adalah disebabkan oleh peruntukan. Apa yang berlaku adalah ia nya sangat memberikan kesan kepada masyarakat. Merosakkan tanam-tanaman, merosakkan rumah. Kadang-kadang masuk di dalam rumah, berselerak. Makanan-makanan juga berselerak.

draft • 6:48 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Sehingga kadang-kadang, kabel-kabel ini pun menjadi rosak dan ada yang disyaki menyebabkan kebakaran. Saya kira ini harus dilakukan dengan sebaik mungkin kerana ianya berlanjutan dan tidak ada penyelesaian. Dan saya melihat kalau pada tahun hadapan, kalau saya lihat di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam P.23 dalam Butiran 07100 – PERHILITAN, ada peruntukan berganda tahun 2026 RM80.23 juta.

Saya melihat mungkin ada satu — saya tidak tahu ini peruntukan adakah — mungkin juga ada untuk menyelesaikan masalah kacau ganggu daripada hidupan

draft • 6:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

liar ini. Perlu ada satu sinergi di antara kementerian KKDW dan juga kementerian di bawah PERHILITAN ini supaya akhirnya, dia dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Perangkap sekarang tidak boleh berfungsi lagi, mereka tahu dan sebahagian besar masuk perangkap, boleh keluar lagi. Dan saya harapkan ada satu jalan yang dapat menyelesaikan isu yang berlaku ini.

Kedua, saya hendak sebutkan berkaitan dengan soal pengurusan sampah, terutamanya di kawasan-kawasan luar daripada kawalan operasi PBT. Kawasan- kawasan kampung. Banyak lagi longgokan-longgokan, sampah-sampah di kawasan- kawasan ceruk dan juga di tepi-tepi jalan. Disebabkan oleh tidak ada pengurusan yang baik. Saya maklum, pengurusan ini juga sebahagian besarnya adalah di bawah KPKT. Dan kita dimaklumkan bahawa pada awal 2026 nanti, pindaan Akta 672 juga akan mungkin diselaraskan dengan pengurusan sampah di peringkat KPKT dan juga di peringkat negeri.

Cuma, saya melihat kalau di Selangor, dahulunya ada peruntukan khusus untuk sampah-sampah kampung ini, untuk pengurusan sampah kampung. Tetapi ia nya menjadi isu apabila tempat-tempat peletakan sampah ini tidak disetujui oleh penduduk yang sekitar di situ. Dan akhirnya, diubah sana sini dan akhirnya tidak berjalan dengan baik. Usaha yang sangat penting, saya tengok di kampung- kampung yang tertentu. Mereka menggunakan syarikat-syarikat swasta ataupun vendor untuk tujuan kutipan sampah ini dan mereka menyediakan tempat kumpulan sampah dan diuruskan secara harian.

Tetapi ia memakan kos yang cukup besar. RM35 hingga RM45 dalam masa sebulan. Kalau kita hendak bandingkan dengan kutipan sampah di kawasan- kawasan taman ini, lebih kurang dalam RM7 yang diberikan oleh pihak PBT kepada KDEB waste management sendiri. Jadi, bagi orang kampung yang tidak mempunyai kekuatan kewangan, saya rasa ini terlalu terbeban. Mungkin dipihak kementerian boleh melihat dengan menggunakan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ini ada peruntukan tertentu untuk meringankan sumber kewangan ataupun yang mereka terpaksa bayar untuk pengurusan kampung ini. Jadi, saya ingat itu kalau dapat dilakukan, ia akan memberikan kesan yang sangat baik.

Yang kedua, saya hendak sebutkan berkaitan dengan Butiran 030300 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan juga Butiran 050700 – Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli. Di kawasan saya, terutamanya di kawasan Pulau Carey ini, ada masyarakat Mah Meri dan di situ juga ada Perkampungan Budaya Mah Meri dan juga

draft • 6:50 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

ada pusat kraf orang asli. Yang saya tahu, sebahagiannya bukan diuruskan semua oleh kementerian KKDW ini tetapi sebahagiannya diuruskan oleh di bawah tourism, saya pun tak berapa pasti. Cuma saya hendak tahu, apakah sebenarnya pengurusan yang dibuat pada hari ini? Dan saya melihat itu antara sumber yang mungkin boleh dijadikan kraf-kraf oleh orang asli ini untuk mereka pasarkan.

Dan ramai juga daripada luar yang datang untuk melawat Perkampungan Budaya Mah Meri ini juga pusat kraf orang asli. Cuma, bagaimana kita mungkin dipihak kementerian boleh menaiktarafkan tempat-tempat ini dengan peruntukan- peruntukan tertentu yang akhirnya menjadikan impak ekonomi kepada masyarakat tempatan.

Selain daripada itu, untuk yang akhir Tuan Pengerusi, saya hendak sentuh berkaitan dengan KEMAS ini. Butiran 051200 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS, Butiran 051400 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska KEMAS. Saya hendak tahu, berapa banyak tadika-tadika KEMAS yang saya tengok separa kayu dan sebahagiannya pun dah kena anai-anai dan sebagainya. Dan kedudukannya di tanah-tanah kerajaan dan ada di tanah-tanah persendirian. Dan ada tanah-tanah yang tidak tahu apa statusnya. Dan saya melihat bahawa ini juga harus diperkasakan soal keselamatan anak-anak atau pelajar.

Dan juga saya ingin tahu berkaitan dengan Tadika KEMAS Kampung Medan Luar yang rosak baru-baru ini disebabkan oleh ribut, hujan ribut dan puting beliung yang saya lihat belum ada apa-apa pergerakan sama ada pembersihan dan sebagainya. Ini antara Tadika KEMAS yang cukup aktif, menjadi tumpuan untuk anak-anak pra sekolah mendapat didikan di situ.

Saya ingat itu antara perkara yang saya hendak sebutkan. Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Saya jemput Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 6:50 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Puan Pengerusi. Mas Gading menyambut baik kesinambungan peruntukan bagi Program PPRS di bawah Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Namun, pelaksanaan di lapangan masih menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat di luar bandar yang masih menunggu kelulusan sejak bertahun-tahun. Berdasarkan jawapan bertulis kementerian pada 5 November 2025, bagi tempoh 2020 hingga 2025,

draft • 6:55 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Sarawak menerima RM542.75 juta melibatkan 3,408 bina baharu dan 14,744 baik pulih rumah, menjadikannya negeri kedua tertinggi selepas Sabah.

Namun, bagi daerah Bau dan Lundu yang meliputi kawasan Parlimen Mas Gading, hanya 95 bina baharu dan 331 baik pulih diluluskan dengan jumlah keseluruhan RM12.79 juta. Senarai permohonan baharu yang dikemukakan oleh pejabat daerah masih belum mendapat keputusan muktamad. Mas Gading menerima aduan daripada pemohon yang menunggu sejak tahun 2018 di bawah program lama PPRT. Dan selepas dijenamakan semula di bawah PPRS, mereka masih belum menerima sebarang keputusan. Rumah mereka semakin uzur tetapi kelulusan masih belum boleh diperolehi.

Difahamkan terdapat kuota tahunan sekitar lapan ke 12 unit bina baharu bagi setiap tahun di daerah Sarawak. Jumlah ini amat kecil berbanding keperluan sebenar penduduk di luar bandar. Oleh itu, Mas Gading ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian. Berapakah jumlah sebenar permohonan baharu dari kawasan Parlimen Mas Gading yang telah disahkan layak tetapi masih belum diluluskan sepanjang tahun — sepanjang tempoh RMK12? Berapa unit PPRS pula yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama bagi RMK13, khusus untuk Parlimen Mas Gading? Mas Gading juga ingin mencadangkan agar kelulusan PPRS ditentukan mengikut sempadan Parlimen atau DUN. Bukan semata-mata daerah, supaya agihan lebih seimbang dan inklusif antara kawasan di luar bandar.

Puan Pengerusi, seterusnya Mas Gading ingin menegaskan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas pembangunan modal insan di luar bandar.

Namun, prasarana sedia ada masih belum mencukupi untuk menampung keperluan komuniti luar bandar. Di kawasan Parlimen Mas Gading terdapat 40 buah Tabika KEMAS tetapi sebahagian besar masih beroperasi di premis pinjaman seperti balai raya dan dewan serba guna. Malah, ada yang berstatus daif dan tidak kondusif untuk pembelajaran awal kanak-kanak.

Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri kepada YB Batang Lupar di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2025, Sarawak mempunyai 1,010 premis Tabika dan Taska KEMAS dan 189 daripadanya masih menumpang di bangunan lain. Bagi tahun 2025, kementerian memperuntukkan RM4.3 juta bagi penyelenggaraan 115 premis di seluruh Sarawak. Di bawah Butiran 051200 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS, namun tidak dinyatakan berapa yang melibatkan kawasan Bau dan Lundu.

draft • 6:55 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Sehubungan itu, Mas Gading ingin mendapatkan penjelasan. Adakah mana- mana daripada 40 tabika KEMAS di Mas Gading termasuk dalam senarai penyelenggaraan tahun 2026 di bawah Butiran 051200 - Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS dan peruntukan di bawah Butiran 051400 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska KEMAS? Dan bilakah pelan pembangunan pembinaan baharu untuk premis yang menumpang ini akan dilaksanakan di bawah Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Mas Gading ingin tekankan di sini bahawa pendidikan awal benar-benar menjadi keutamaan negara. Bangunan KEMAS seperti ini mesti dilihat bukan sebagai ruang sementara sebagai institusi pendidikan asas di luar bandar yang kekal dan bermaruah.

Puan Pengerusi, Mas Gading ingin merakamkan penghargaan atas pelaksanaan Projek Jambatan Selampit yang kini sedang giat dilaksanakan meskipun terdapat kelewatan. Projek ini amat signifikan kerana ia bakal menjadi sebuah ataupun nadi penghubung keutamaan bagi penduduk Kampung Selampit dan kawasan sekitarnya.

Namun, Mas Gading ingin menegaskan bahawa manfaat jambatan tersebut tidak akan dapat dinikmati sepenuhnya sekiranya jalan akses menghubungkan kampung ke jambatan masih belum dapat dibangunkan. Berdasarkan maklumat daripada jabatan – daripada pihak agensi pelaksana, reka bentuk jalan akses telah disiapkan oleh JKR. Namun, ia belum disenaraikan dalam mana-mana fasa rolling plan RMK13.

Sehubungan itu, Mas Gading ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian. Adakah projek jalan akses ke jambatan Selampit ini telah dipertimbangkan untuk pelaksanaan di bawah Rolling Plan Pertama RMK13 di bawah Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar.

draft • 6:55 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Mas Gading turut mencadangkan supaya penyelarasan antara KKDW, JKR Sarawak dan Unit Perancangan Negeri Sarawak di perkukuhkan agar kerja pembinaan jalan akses ini dapat dilaksanakan serta dengan penyempurnaan jambatan bagi mengelakkan kelewatan tambahan serta pembaziran kos akibat kerja susulan yang tidak dirancang. Jangan nanti jambatan siap, jalan pula belum ada.

Mas Gading menegaskan bahawa pembangunan infrastruktur luar bandar mesti dirancang secara menyeluruh. Bukan sekadar menyiapkan struktur fizikal tapi memastikan setiap projek-projek benar-benar memberi manfaat sejahtera kepada

draft • 7:00 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

rakyat di lapangan. Hanya dengan pendekatan sebegini barulah semangat pembangunan luar bandar yang inklusif dan berimpak tinggi dapat direalisasikan.

Sekian, terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Saya jemput Yang Berhormat Jeli.

draft • 7:00 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Terima kasih Tuan Pengerusi. Jeli ingin mendahului dengan Butiran 02004 – Bekalan Air Alternatif. Bekalan air alternatif ini wujud ialah untuk memberikan satu akses air bersih kepada penduduk di luar bandar yang jauh ataupun yang tidak mendapat bekalan air bersih dari pembekal utama.

Penduduk luar bandar juga berhak mendapat air bersih yang penggunaannya atau bekalan air itu tidak terputus. Dan di Parlimen Jeli terdapat 48 buah kampung yang bergantung kepada bekalan air alternatif iaitu bekalan air bukit yang di tandak atau pun ditakung di atas bukit dan disalurkan melalui batang-batang paip terus ke kediaman penduduk.

Masalahnya ialah ataupun isu berbangkit di sini ialah kebanyakan batang- batang paip ini perlu dibaik pulih. Batang paip yang sudah usang akan pecah di merata tempat. Tempat tadahan air ataupun tempat takungan air itu di atas bukit sering kali pecah. Selama ini penyelenggaraan air ini diuruskan sendiri melalui Jawatankuasa Air yang dibentuk sendiri oleh penduduk kampung dan pembiayaannya melalui kutipan sumbangan daripada penduduk setahun sekali dan kadangkala mendapat bantuan daripada wakil rakyat.

Kebanyakannya tidak diperbaiki ataupun dinaik taraf semenjak lima hingga 10 tahun lepas. Jadi, Jeli memohon supaya kementerian dapat melihat 48 buah kampung ini yang tak dapat saya sebutkan satu per satu di sini, supaya disalurkan satu bentuk peruntukan yang kita boleh katakan sebagai one-off untuk mereka menyelenggara ataupun mereka untuk membaik pulih di mana-mana kerosakan yang perlu supaya mendapat bekalan air bersih sepanjang masa.

Yang keduanya ialah Butiran 051200 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS. Tuan Pengerusi, setakat ini KEMAS Parlimen Jeli telah menerima peruntukan projek penyelenggaraan dan pembaikan premis TABIKA dan TASKA sebanyak RM200,000 dan telah diperuntukkan untuk tiga biji TABIKA ini.

Namun begitu, peruntukan ini sangat tidak mencukupi yang mana di Parlimen saya ini terdapat 42 TABIKA dengan kapasiti seramai 890 kanak-kanak dan 42 orang guru.

draft • 7:00 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Jeli memohon supaya KKW dapat memberikan perhatian dan mempertimbangkan peruntukan untuk menaik taraf dan membaik pulih tabika ini yang kebanyakannya ialah bangunan-bangunan usang dan menumpang di atas tanah orang. Salah satu tabika Parlimen Jeli ialah tabika Kampung Kuala Balah, yang mempunyai kelas kemahiran dan kelas pembangunan insan.

Antara kelas yang menjadi tumpuan ialah pusat masakan yang sekarang ini sedang melaksanakan projek roti kampung dan mengedarkan untuk pembelian oleh tabika di sekitar. Bagi merancakkan lagi penyertaan dan menjana pendapatan, tabika itu sendiri Jeli memohon KKW dapat memperuntukkan satu peruntukan khas untuk membaik pulih dan menaik taraf tabika ini kerana bangunan ini teramat usang dan teramat lusuh sekali.

Untuk pengetahuan Pengerusi, daripada empat buah tabika dan dua taska ini sebanyak 30 buah taska berada dalam tanah kerajaan negeri. Sejak 2008, proses pemutihan dan pemantau telah dibuat dan hanya dua buah sahaja yang diberikan status PTP dengan kadar bayaran premium yang amat tinggi.

Oleh hal yang demikian, Jeli berharap KKW dan kerajaan negeri dapat bekerjasama. KKW dan kerajaan negeri dapat bekerjasama untuk memudahkan permohonan ini dengan kadar bayaran premium ini pada kadar yang munasabah.

Seperti sedia maklum, kos untuk menghantar anak tabika ke swasta memerlukan kos yang tinggi dan kebanyakan ibu bapa ini tidak mampu untuk membayar kos tersebut. Sementelah pula KEMAS melaksanakan Projek Rintis tabika Tunas Istimewa seperti di Melaka. Maka, saya berharap di Jeli juga dapat diadakan satu lagi KEMAS yang sebelum ini untuk menyediakan pendidikan awal bagi kanak-kanak autisme ini.

Satu lagi ialah jawatan Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela yang menerima elaun RM800 sebulan. Oleh itu Jeli mencadangkan agar jawatan Pembantu Pendidik Masyarakat Sukarela ini disemak semula dengan dijadikan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat (PPM) seperti mana jawatan yang ada di pra sekolah.

Selain itu Jeli juga mencadangkan supaya pihak kementerian dapat mempertimbangkan dan menyemak semula bagi kakitangan KEMAS yang berstatus kontrak supaya dapat diserap menjadikan kakitangan tetap dan menerima kenaikan gred yang berkelayakan.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, Jeli ingin mengemukakan Butiran 050400 – Penyelenggaraan Lampu Jalan. Di Jeli banyak lampu-lampu jalan ini yang tidak

draft • 7:00 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

berfungsi. Ada tiang tapi lampunya tidak berfungsi. Soalnya sekarang ini ialah siapakah yang menyelenggara lampu-lampu ini supaya ia dapat berfungsi semula sama ada JKR ataupun pihak KKW. Ini menjadi satu persoalan kepada penduduk.

Jadi, sebab itulah lampu ini terbiar begitu lama dan mereka tidak tahu nak mengadu kepada siapa untuk dibuat penyelenggaraannya. Sekian, Tuan Pengerusi.

draft • 7:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jeli. Saya jemput Yang Berhormat Selangau.

draft • 7:00 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih Puan Pengerusi.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di bawah Maksud 22 menerima peruntukan yang keseluruhannya berjumlah lebih RM12.4 bilion bagi tahun 2026 bukti komitmen untuk merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.

Selangau ingin menekankan bahawa peruntukan ini mesti diterjemahkan pada penyelesaian praktikal di lapangan terutamanya di Sarawak.

Di bawah Butiran P.01702 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak. Selangau mengambil maklum bahawa sasaran bekalan elektrik 24 jam untuk luar bandar hanya 90 peratus menjelang 2026. Faktor geografi dan kos logistik yang tinggi di Sarawak adalah antara cabaran utama untuk mencapai sasaran ini.

Di Parlimen Selangau, bekalan elektrik yang tidak stabil masih membelenggu penduduk dan dengan peruntukan RM90.1 juta, saya bertanya bagaimana KKDW memastikan keutamaan diberikan kepada kawasan yang mempunyai peratusan akses rendah seperti di Selangau. Berapa bilangan isi rumah di Parlimen Selangau yang disasarkan untuk menerima sumbangan BELB talian grid atau alternatif pada tahun 2026 memandangkan kos purata yang tinggi di Sarawak.

Di bawah Butiran P.02002 – Bekalan Air Luar Bandar Sarawak. Isu bekalan air bersih di luar bandar Sarawak adalah kritikal dengan liputan di luar bandar dianggarkan hanya 40 peratus. Di Parlimen Selangau projek menaik taraf Loji Rawatan Air Selangau dan Stapang telah diluluskan peruntukannya tetapi masih belum direalisasikan sepenuhnya menyebabkan gangguan bekalan berjadual.

Dengan peruntukan RM13.77 juta ini, apakah tindakan yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah projek yang diluluskan tetapi terbengkalai atau tertunda seperti Loji Rawatan Air Selangau yang disebut tadi.

Di bawah Butiran P.02004 – Bekalan Air Alternatif. Peruntukan ini penting untuk kawasan yang sangat terpencil dan tidak praktikal untuk dihubungkan dengan talian paip konvensional. Apakah peruntukan RM15.1 juta ini akan memberi

draft • 7:06 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

keutamaan kepada Skim Bekalan Air Alternatif berasaskan teknologi baru seperti Sistem Penuaian Air Hujan, Sistem Graviti atau Mini Hidro untuk rumah panjang di kawasan pedalaman Selangau yang tidak mungkin dihubungi oleh talian paip konvensional menjelang 2030.

Puan Pengerusi, seterusnya di bawah Butiran P.02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Ini adalah peruntukan pembangunan terbesar. Cabaran utama di Selangau adalah kekurangan ketersambungan yang menjadikan pembangunan perlahan.

draft • 7:06 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Selangau menuntut penjelasan, berapa peratusan daripada peruntukan RM2.107 bilion ini yang dijamin akan disalurkan ke Sarawak untuk mengatasi cabaran logistik?

Beralih kepada Butiran P.02400 iaitu Jalan Perhubungan Desa. Jalan perhubungan desa adalah kritikal untuk mobiliti ekonomi pekebun kecil dan penduduk di kawasan pedalaman. Bagaimana peruntukan RM356 juta ini akan digunakan untuk melengkapkan jaringan first mile di Selangau terutamanya bagi pekebun kecil yang bergantung kepada jalan perhubungan desa untuk mengeluarkan hasil pertanian mereka.

Puan Pengerusi, selanjutnya Butiran B.051600 – Bantuan Musim Tengkujuh.

Peruntukan besar di bawah program khusus amat penting bagi Sarawak yang sering terkena oleh banjir. Bagaimana KKDW memastikan bantuan musim tengkujuh disalurkan secara efisien di Sarawak mengambil kira cabaran logistik di kawasan luar bandar Selangau dan apakah mekanisme penyelarasan yang lebih baik dengan agensi negeri Sarawak untuk mengelakkan pertindihan bantuan?

Puan Pengerusi, Selangau menyokong penuh inisiatif KKDW di bawah Maksud 22. Namun, adalah penting peruntukan besar ini untuk infrastruktur dan pembangunan tidak terjejas oleh birokrasi sebaliknya disalurkan secara telus dan terus ke kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak di mana cabaran lack of funding dengan izin, dan investment dan lack of coordination kritikal perlu diatasi.

Mohon Menteri dan kementerian dapat menjawab semua soalan yang diajukan.

Sekian, terima kasih.

draft • 7:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Selangau. Saya jemput Yang Berhormat Padang Terap.

draft • 7:10 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi.

Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah

(RISDA). Dalam butiran ini, saya ingin penjelasan kementerian berkenaan Model Transformasi RISDA 2030 yang bakal dilaksanakan dengan fokus kepada peningkatan pengeluaran hasil lateks yang dijangka mampu mencapai pengeluaran hasil satu juta tan metrik menjelang 2030 iaitu terkait dengan cadangan pembinaan kompleks lateks baharu seperti di Chemomoi, Pahang. Di manakah lokasi baharu yang dicadangkan di sebelah utara? Saya mohon agar pihak kerajaan mempertimbangkan untuk diadakan kompleks lateks di Padang Terap memandangkan bandara raya getah ataupun Kedah Rubber City terletak di Padang Terap. Sudah tentu pembinaan kompleks lateks ini di Padang Terap mempunyai kepentingan yang signifikan terhadap Kedah Rubber City di Padang Terap.

Dalam butiran yang sama, berkaitan dengan harga getah. Kini 500,000 pekebun kecil adalah wira industri getah dengan menyumbang 89 peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah negara, jauh mengatasi sektor estet yang hanya menyumbang 11 peratus.

Soalan saya, apakah kedudukan terkini pihak kementerian tentang cadangan untuk menjadikan RISDA sebagai pembeli tunggal getah pekebun kecil melalui kertas cadangan harga getah bermaruah oleh RISDA yang merangkumi cadangan RISDA sebagai pembeli tunggal getah pekebun kecil kempen Buy Malaysian Latex First dan mengenakan bayaran getah yang diimport?

Butiran 02401 – Ameniti Sosial yang memperuntukkan bajet sebanyak RM65 juta berbanding RM8 juta pada tahun 2025. Dalam butiran ini, saya ingin memohon pihak kerajaan memberikan perhatian kepada permohonan projek ameniti sosial dalam kurungan singkatan (PAS) yang dicadangkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap hasil daripada dapatan aduan yang diterima melalui penghulu- penghulu mukim di daerah Padang Terap.

Terdapat pelbagai bentuk permohonan seperti naik taraf jalan kampung, pembinaan dan baik pulih sistem perparitan serta penyediaan beberapa keperluan asas demi kesejahteraan penduduk setempat. Antaranya ialah permohonan menaik taraf jalan perhubungan di Kampung Pokka, mukim Padang Terap Kanan dengan anggaran kos sebanyak RM80,000 dan kerja-kerja meroboh dan membina semula

draft • 7:12 PM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Jambatan Sungai Kasai di Kampung Padang Mukim, Tekai Kiri dengan anggaran kos sebanyak RM250,000.

Butiran 03100 – FELCRA. Apakah status dan tindakan serta pelan terkini FELCRA dalam mengatasi ladang FELCRA Kubang Palas di Padang Terap seluas 253 hektar yang tidak dibangunkan dan ditanam semula terbiar yang melibatkan 100 lot tanah peserta? Apakah inisiatif pihak FELCRA untuk memudahkan ke semua peserta ladang tersebut yang tidak mencukupi syarat sebagai peserta ladang untuk dibangunkan semula ladang FELCRA Kubang Palas?

Isu ini sudah lama berlarutan dengan pelbagai alasan seperti masalah penyelesaian waris, hutang tertunggak, hasil getah yang tidak menguntungkan, peningkatan kos, masalah pecahan lot, tiada peruntukan tanam semula. Tanpa ada langkah kritikal dan konkrit untuk mengusahakan semula ladang FELCRA Kubang Palas di Padang Terap. Saya berharap dalam Belanjawan 2026 ada langkah besar daripada FELCRA dalam menyelesaikan isu ladang FELCRA Kubang Palas di Padang Terap.

Yang kedua, apakah dasar polisi yang ditetapkan di dalam agenda pelantikan Lembaga Pengarah FELCRA? Pelantikan dalam agensi kementerian mesti berasaskan merit, kelayakan dan pengalaman, bukan hubungan politik. Banyak kegagalan institusi berlaku kerana pelantikan yang tidak profesional dan dipengaruhi oleh kepentingan politik. Saya merujuk kepada sebahagian besar Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat FELCRA yang dilantik daripada barisan kepimpinan UMNO Kelantan seperti Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Pemuda UMNO Negeri. Perkara ini menimbulkan conflict of interest seolah-olah FELCRA menjadi milik sebuah parti bukan milik rakyat.

Seperti yang dibangkitkan oleh sahabat saya daripada Machang, apa yang dinamakan sebagai politik naungan? Sebagai rakyat Padang Terap yang mempunyai banyak pendapatan FELCRA, saya mohon supaya FELCRA melihat semula penyusunan lantikan lembaga pengarah anak syarikat. Sepatutnya dilantik daripada mereka yang kompeten, bebas kepentingan politik, lantiklah orang Kedah, orang Padang Terap yang banyak ada kawasan FELCRA. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 7:12 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Krau.

draft • 7:12 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Butiran 04000 – RISDA. Saya ingin menyentuh mengenai kadar bantuan tanam semula getah yang pada masa ini ditetapkan sekitar RM13,710 bagi setiap hektar di Semenanjung. Jumlah ini didapati tidak lagi mencukupi untuk menampung kos sebenar penanaman semula terutamanya mengambil kira kenaikan harga baja, upah buruh dan bahan input pertanian. Ramai pekebun kecil di kawasan luar bandar termasuk di Kuala Krau telah menyuarakan rasa tidak puas hati ya dan kekangan yang mereka hadapi untuk melaksanakan proses penanaman semula dengan kadar bantuan sedia ada.

Ketidakstabilan harga getah di pasaran global turut menyebabkan semakin ramai pekebun kecil berasa tawar hati untuk meneruskan usaha penanaman semula ini. Ini memberi kesan langsung kepada daya saing dan kelangsungan industri getah negara yang selama ini menjadi salah satu sumber utama bahan mentah negara dan penyumbang kepada ekonomi luar bandar. Justeru, saya ingin mendapat penjelasan, adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula kadar bantuan tanam semula supaya ia lebih realistik dengan kos semasa di lapangan?

Yang kedua, adakah RISDA menilai semula model pelaksanaan tanam semula secara kelompok (cluster replanting) bagi mengurangkan kos operasi dan meningkatkan kecekapan pengurusan ladang termasuk menilai kembali jenis baka benih yang dibekalkan kepada peserta. Apakah masih relevan dengan mutu persaingan getah semasa?

Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Saya ingin menarik perhatian pihak kementerian kepada kepentingan usaha mendekati dan turun padang ke perkampungan orang asli. Bukan sekadar memberikan bantuan melalui permintaan dan permohonan tetapi untuk mengenali, memahami, mencadang, membangunkan potensi komoditi sini secara bersepadu dan berasaskan kepada kekuatan tempatan.

Saya ambil contoh, pengusaha Jahut Campsite di kawasan Parlimen Kuala Krau yang tempatnya cukup cantik, alam semula jadi, hutan yang cukup semula jadi, air yang begitu cantik. Namun, ia agak perlahan kerana tidak mendapat sokongan dan bimbingan rapat secara teknikal dan koordinasi antara agensi. Dan, jika labut sekali boleh diwujudkan satu laman web khusus untuk memberikan maklumat tentang segala usaha agropelancongan dan sebagainya yang membabitkan komuniti orang asli.

draft • 7:16 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Pendekatan sebegini bukan sahaja memperkasa komoditi orang asli untuk berdikari, malah membantu mereka menjadi sebahagian daripada arus pembangunan luar bandar dan ekonomi pelancongan tempatan.

draft • 7:16 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Sebab itu saya menyeru dan mengajak Ahli Parlimen untuk merasakan Jahut Campsite ini yang cukup cantik persekitarannya. Saya mengharap perkara ini dapat diberi perhatian oleh pihak kementerian agar usaha pembangunan komuniti tidak hanya bersifat jangka pendek tetapi menjadi sebahagian daripada agenda luar bandar yang mampan dan mengasah potensi rakyat di akar umbi.

Butiran 02001 – Bekalan Air Luar Bandar. Saya ingin menyentuh mengenai terutamanya masalah air yang berlarutan sejak sekian lama di perkampungan Orang Asli dalam Butiran 02001 ini terutamanya Perkampungan Orang Asli Lubok Wong dan Kampung Pasu yang sering mengalami masalah ketiadaan air. Saya mohon agar kementerian menyegerakan penyelesaian menyeluruh sama ada melalui pembaikan sistem graviti sedia ada atau pembinaan sumber air baru.

Yang terakhir, Lembaga FELCRA membabitkan isu yang sangat membimbangkan berkait dengan keberkesanan pengurusan syarikat ini. Realiti di lapangan, terdapat banyak persoalan. Antaranya, pengumuman bayaran dividen dibuat oleh FELCRA yang gagal juga memberikan dividen kepada lebih daripada 30,000 peserta. Persoalan saya, kenapakah perkara ini berlaku? Dan memerlukan penjelasan daripada kerajaan.

Pada Jun 2023, laporan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan bahawa FELCRA telah melaksanakan empat projek mega ternakan ayam pedaging secara tertutup. Persoalan saya, sejauh manakah pencapaian dan penghasilan melalui projek ayam daging ini? Apakah telah memenuhi hasrat penubuhannya dan menyelesaikan masalah ayam sama ada dari sudut harga dan juga jumlah ayam yang dikeluarkan?

Dan, yang terakhir, Perdana Menteri pada Oktober 2022 pada ketika itu telah melupuskan hutang lapuk projek FELCRA Berhad berjumlah RM233.8 juta.

Persoalan saya, adakah masih ada lagi hutang tertunggak peserta FELCRA sehingga ini? Dan berapakah jumlahnya dan melibatkan berapa peserta? Dan apakah yang menyebabkan peserta berhutang dengan FELCRA? Dan apakah item yang dibiayai oleh FELCRA di dalam hutang tersebut?

Sekian, terima kasih.

draft • 7:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krau. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.

draft • 7:20 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih, Puan Pengerusi.

Jempol merujuk Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah

(FELCRA) berhubung dengan hutang pembangunan peserta tanah rancangan Felcra Rompin B, Jempol.

Untuk makluman Dewan yang mulia, projek tanah rancangan Felcra Rompin B dimulakan sejak tahun 1982 dengan 99 orang peserta dengan tanaman getah sepenuhnya. Pada tahun 2013, pokok asal ditebang dan tanaman semula pokok getah klon daripada LGM dimulakan pada 2015. Pada tahun 2021, kerja torehan bermula. Namun, klon pokok getah daripada LGM ini tidak berkualiti dengan hasil susu getah terlalu sedikit, pokok kecil, cepat rosak dan juga cepat mati. Jika dahulu, dua hari menoreh sudah penuh satu mangkuk setengah kilo, tetapi kini mengambil masa sembilan hari untuk hasil yang sama. Isu ini juga terlibat di kawasan tanah rancang FELDA.

Puan Pengerusi, oleh yang demikian, pendapatan peserta yang rata-rata berusia 60 tahun ke atas amat terjejas, iaitu hanya sekitar RM800 sebulan, sedangkan hutang tanaman semula adalah berjumlah RM97,000 dan perlu dibayar selama 20 tahun iaitu kira-kira RM500 sebulan. Akibatnya, peserta hanya tinggal sekitar RM300 sebulan untuk menampung keluarga.

Keadaan ini amat membebankan dan menjejaskan tujuan asal penubuhan FELCRA iaitu untuk meningkatkan pendapatan rakyat luar bandar. Dan saya dimaklumkan, ramai di kalangan mereka sudah hampir dua tahun tidak berjaya untuk membuat pembayaran balik.

Justeru itu, Jempol mohon kerajaan mengambil tindakan segera. Apakah tindakan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut? Mohon maklum balas daripada pihak Yang Berhormat Menteri.

Puan Pengerusi, Jempol merujuk kepada Butiran 030300 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), iaitu bina baru rumah orang asli di bawah Projek Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Di Parlimen Jempol, terdapat 12 perkampungan orang asli. 12 kampung ini telah menikmati bekalan elektrik dan juga jalan raya. Manakala tujuh kampung lagi sudah menerima bekalan air bersih luar

draft • 7:22 PM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

bandar. Manakala baki lima kampung lagi telah mendapat kelulusan bekalan air bersih luar bandar dan sekarang dalam peringkat proses pelaksanaan.

Puan Pengerusi, isunya, terdapat 35 buah rumah keluarga orang asli dalam keadaan yang sangat daif dan perlu dibina baru. Keadaan rumah mereka tidak lagi sesuai untuk didiami dan menjejaskan kehidupan mereka. Justeru, Jempol mohon kelulusan dengan kadar segera daripada pihak kerajaan agar Projek Perumahan Rakyat Sejahtera dapat dilaksanakan bagi membantu 35 keluarga ini. Jempol mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri KKDW.

Puan Pengerusi, Jempol juga merujuk kepada Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan. Di Jempol, terdapat 27 buah kampung tradisi yang rata-rata sudah menerima pencahayaan lampu jalan di bawah KKDW. Namun, masih banyak lagi kawasan yang belum dipasang dengan lampu jalan secukupnya. Pejabat Daerah Jempol telah mengemukakan permohonan sebanyak 387 lampu jalan baru di bawah program pencahayaan kampung dan 200 pemasangan tiang baru. Jempol sangat berharap permohonan ini dapat diluluskan dengan kadar segera. Mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri KKDW.

Puan Pengerusi, Jempol merujuk kepada Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, iaitu permohonan bina baru jalan Felcra Rompin ke Felda Palong 2. Jempol mengusulkan agar kerajaan membina baru jalan luar bandar di antara Felcra Rompin ke Felda Palong 2 sejauh enam kilometer.

Puan Pengerusi, isu utama ialah Sekolah Menengah Felda Palong 2 menghadapi masalah kekurangan murid yang kritikal dengan bilangan pelajar hanya seramai 184 orang sahaja berpunca daripada dua sekolah feeder, feeder school, dengan izin, iaitu SK Felda Palong 2 dan SK Felda Palong 3 juga mengalami masalah kekurangan murid. Jempol yakin pembinaan jalan baru ini akan membolehkan pelajar-pelajar dari mukim Rompin bersekolah di Sekolah Menengah Felda Palong 2 dengan jarak hanya 10 kilometer berbanding kini mereka menempuh perjalanan 21 kilometer untuk bersekolah di Sekolah Menengah Bahau.

Semoga dengan pembinaan jalan baru ini akan dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Palong 2 di samping menjadi akses baru di antara kawasan Rompin dan Palong serta menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan tersebut. Jempol mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri KKDW berkaitan permohonan ini.

Jempol mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 7:22 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Tangga Batu.

draft • 7:22 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, Tangga Batu merujuk kepada Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah (FELCRA) dengan pembiayaan langsung berjumlah RM139.960 juta, sementara RM123.671 juta lagi dibiayai secara pinjaman dengan jumlah keseluruhan ialah sebanyak RM263.631 juta di mana jumlah ini meningkat berbanding RM209.468 juta pada tahun 2025.

FELCRA dijadikan sebagai syarikat berhad pada tahun 1997 bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, membolehkan operasi komersial, mempercepatkan pelaburan, mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan dan meningkatkan pendapatan peserta melalui model perniagaan yang moden. Namun, timbul keresahan di kalangan peserta FELCRA tentang beberapa isu tata kelola yang membimbangkan yang dikhuatiri melanda FELCRA Berhad melibatkan ketidakpatuhan kepada tata kelola di dalam syarikat 100 peratus milik kerajaan ini.

Berdasarkan track record, penuh masalah dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2025 Siri 2 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan sebelum ini telah mendedahkan beberapa transaksi yang mencurigakan berkaitan beberapa pembelian ladang oleh FELCRA Berhad.

Pada 17 Februari 2022, BERNAMA melaporkan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 bahawa FELCRA Berhad mempunyai hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020 dan FELCRA masih berhutang dengan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM3.67 bilion sehingga 31 Disember 2021.

Pada 18 Februari 2023, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA ketika itu memaklumkan bahawa Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah menukar status pinjaman syarikat itu sebanyak RM312 juta kepada ekuiti bagi menutup hutang syarikat itu seperti yang dilaporkan Berita Harian.

draft • 7:28 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Pada 27 Jun 2024, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam satu laporan oleh Utusan Malaysia menyatakan bahawa hutang FELCRA Berhad dan

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

anak-anak syarikatnya mencecah RM1.532 bilion kerana syarikat subsidiarinya menceburi pelbagai bidang perniagaan namun tidak membantu menjana pendapatan malah mendatangkan beban hutang.

Dalam satu laporan New Straits Times pada 29 Jun 2024 bertajuk, “No Quick Fix to FELCRA Debt” dengan izin. Beberapa ahli ekonomi memberikan penilaian yang keras terhadap keupayaan FELCRA Berhad untuk memulihkan dan membayar semula hutang besar berjumlah RM3.67 bilion. Dalam laporan yang sama didedahkan bahawa daripada RM3.67 bilion hutang FELCRA Berhad kepada kerajaan ketika itu RM1.3 bilion dibuat oleh anak syarikatnya FELCRA Properties dan projek pembangunan bercampur Semarak20 yang bermasalah.

FELCRA Berhad ditubuhkan pada tahun 1997 menggantikan FELCRA sebagai badan berkanun bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan dan menjadikannya mandiri. Namun apakah kini FELCRA Berhad benar- benar mandiri atau masih bergantung bantuan dana tambahan daripada kerajaan untuk membiayai operasi dan hutang-hutangnya.

FELCRA Berhad turut menerima pembiayaan funding gap bernilai RM50 juta pada Belanjawan 2026 manakala bagi belanjawan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang kita sedang bahaskan sekarang FELCRA Berhad menerima pula sebanyak RM263.631 juta. Ini suatu yang meragukan memandangkan status FELCRA Berhad sebagai sebuah entiti perniagaan yang sepatutnya menjana hasil sendiri dan mencipta keuntungan setelah hampir 30 tahun beroperasi dengan skala besar.

Dalam sesawang rasmi FELCRA, saya Tangga Batu dapati ada laporan tahunan tahun 2024, 2023, 2022 dan 2013. Antara 2014 dan 2021, tidak ada laporan.

Selain daripada itu tidak ditemui di mana-mana domain awam. Tangga Batu ingin penjelasan Yang Berhormat Menteri, mengapa tidak dipaparkan laporan penyata akaun untung rugi, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai dalam laporan tahunan 2022, 2023 dan 2024 tetapi dalam laporan 2013 ada.

Keuntungan boleh agih ataupun distributor profit sebanyak RM421.49 juta dalam tahun 2024 bukanlah keuntungan bersih syarikat keseluruhan. Tidak boleh dijadikan ukuran kejayaan syarikat secara keseluruhan kerana masih terdapat 30 ribuan peserta yang tidak menerima apa-apa manfaat daripada dividen yang dibayar daripada 107,000 peserta FELCRA.

Tuan Yang di-Pertua, yang akhirnya Tangga Batu ingin penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah status terkini FELCRA Bertam Malim, Melaka

draft • 7:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

kerana apabila Tangga Batu melawat nampaknya macam dah tutup sahaja. Jadi oleh itu Tangga Batu menggesa agar kerajaan mendedahkan audited finance report, akaun untung rugi, penyata kunci kira-kira dan penyata aliran tunai FELCRA Berhad bagi lima tahun kebelakangan ini untuk kita sama-sama menilai prestasi sebenar syarikat jika kerajaan benar-benar telus atau dilakukan forensic audit agar kita dapat benar-benar mengetahui semua permasalahan dan ketidaktelusan yang berlaku dalam FELCRA agar dapat diselesaikan secara tuntas.

Kita tidak mahu FELCRA menjadi seperti kata pepatah Melayu, “mendukung biawak hidup.” Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 7:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Maran.

draft • 7:30 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Terima kasih Dato' Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Dato' Pengerusi, saya nak sentuh Butiran 030300 – Jabatan Kemajuan Orang Asli

(JAKOA). Komuniti orang asli diperuntukkan sebanyak RM419 juta dalam Bajet 2026. Angka ini kelihatan besar di atas kertas tetapi menjadi kecil apabila sampai ke hutan, ke bukit dan juga ke perkampungan orang asli.

Jika kita kira dengan kasar terdapat lebih kurang 200,000 orang asli di seluruh negara. Ini bermakna setiap orang, seorang secara purata hanya menerima manfaat bernilai RM2,060 setahun. Bayangkan apabila jumlah ini dibahagikan kepada 12 bulan. Nilainya hanya sekitar RM171 sebulan atau RM5.70 sehari. RM5.70 sehari untuk membina masa depan komuniti yang selama ini ketinggalan jauh. Cukuplah itu Dato' Pengerusi.

Saya ingin bertanya adakah kerajaan bersedia menilai semula pendekatan pembangunan terhadap komuniti orang asli daripada hanya memberi bantuan kepada mengiktiraf hak mereka terhadap tanah, pendidikan dan penyertaan ekonomi sebenar kerana selama ini orang asli bukan minta di simpati. Mereka minta peluang yang adil untuk berdiri sama tinggi dengan rakyat lain.

Seterusnya Dato' Pengerusi, merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara dan PAC, banyak projek infrastruktur asas seperti air, jalan-jalan raya dan elektrik yang tertangguh akibat koordinasi yang lemah antara JAKOA dan pihak berkuasa air negeri. Sehingga kini beberapa projek yang telah dilaksanakan dan yang belum diambil tindakan. Apakah pelan tindakan khusus kerajaan bagi menangani kadar keciciran pendidikan orang asli yang masih melebihi 30 peratus di peringkat

draft • 7:34 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

menengah? Adakah kerajaan bersedia membangunkan pangkalan data digital orang asli yang lengkap bagi menggantikan sistem manual yang menyebabkan bantuan dan program tertinggal di peringkat pelaksanaan?

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya, minta kementerian melihat kepada bekalan air di kampung-kampung di kawasan saya seperti Kampung Paya Taman, Maran serta tekanan bekalan air di Kampung Orang Asli Batu 55 dan juga Kampung Paya Besar, Maran. Dato' Pengerusi, saya juga minta dan menggesa supaya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melibatkan lebih banyak, lebih ramai pihak berkepentingan dalam usaha pembaharuan dasar orang asli. Ini termasuk dalam usaha kita untuk meminda Akta Orang Asli [Akta 134]. Ini termasuk aspek yang pertama, pelantikan wakil orang asli yang dipilih oleh komuniti mereka sendiri. Kedua, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan hak peribumi. Ketiga, ahli akademik dan penyelidik berkelayakan.

Dato' Pengerusi, perkara kedua ialah 040300 – Jabatan Kemajuan Masyarakat. Saya ingin menyentuh isu keberkesanan dan hala tuju tabika KEMAS di bawah KKDW. Walaupun KEMAS memainkan peranan besar dalam pendidikan awal luar bandar masih banyak cabaran asas yang perlu diberikan perhatian segera.

Soalan saya, berapakah jumlah bangunan tabika KEMAS berusia lebih 30 tahun dan masih beroperasi di balai raya, rumah sewa atau struktur kayu lama dan adakah kerajaan mempunyai pelan naik taraf fasiliti secara berperingkat di seluruh negara?

Apakah purata nisbah guru kepada murid di tabika KEMAS dan adakah kerajaan akan menambah tenaga pengajar serta menyemak semula kadar gaji tenaga pengajar kontrak agar setara dengan beban tugas sebenar. Bilakah kali terakhir modul pengajian KEMAS disemak dan adakah kerajaan berhasrat memperkenalkan kurikulum digital interaktif bagi persekolahan luar bandar.

Merujuk kepada dasar baru kerajaan, pendidikan prasekolah akan diwujudkan bermula usia lima tahun. Apakah persediaan kementerian untuk operasi ini? Saya juga ingin bertanya sebagai Kerajaan Perpaduan, apakah kerajaan bercadang untuk menyatukan tabika KEMAS dan juga Tabika Perpaduan di negara kita?

Dato' Pengerusi, berkenaan dengan TVET. Isu ketidakselarasan antara latihan kemahiran dan keperluan pasaran kerja ini menjadikan — kini menjadikan penghalang besar kepada agenda pembangunan tenaga kerja negara. Institusi seperti GIATMARA, Institusi Kemahiran MARA, Institusi Kemahiran Belia Negara dan pusat latihan kemahiran kolej komuniti berperanan penting membina kemahiran anak

draft • 7:34 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

muda, namun saya difahamkan mereka masih terikat dengan infrastruktur lama yang tidak lagi memenuhi keperluan industri.

Dengan lebih 1,200 institusi TVET di bawah pelbagai kementerian, menjadikan sistem latihan kita tidak efisien dan terpisah-pisah. Ramai tenaga pengajar pula beroperasi dengan peralatan usang dan latihan yang ketinggalan zaman. Jadi, sudah tiba masanya TVET luar bandar dinaik taraf kepada model Hi- TVET, latihan yang bernilai tinggi berpaksikan teknologi dan diselaraskan dengan data pasaran sebenar. Berapa banyak pusat GIATMARA dan IKM luar bandar yang masih menggunakan peralatan lebih daripada 10 tahun.

Sejauh mana penstrukturan semula TVET berpaksikan keperluan pasaran kerja sebenar dilakukan? Apakah jumlah sebenar tenaga pengajar di GIATMARA dan IKM yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Tiga ke atas dan apakah langkah kementerian bagi memperkukuhkan latihan semula upskilling tenaga pengajar agar selaras dengan keperluan Hi-TVET di bawah RMK13 dan Pelan Perindustrian Baru Negara (NIMP) 2030.

draft • 7:34 PM

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Berapa jumlah pelajar TVET yang telah dilahirkan dalam pelbagai bidang?

Apakah pelajar-pelajar yang telah dilahirkan ini Dato’ Pengerusi telah membuat kerja- kerja yang mereka dapat latihan melalui TVET seperti gunting rambut dan sebagainya lagi? Kerana saya perhatikan ramai daripada pekerja-pekerja yang sepatutnya diambil daripada pelajar-pelajar yang dapat latihan TVET ini tetapi kerja- kerja ini diisi oleh orang luar termasuk daripada pekerja asing dan sebagainya.

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 7:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Maran. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

draft • 7:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan yang melibatkan belanjawan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Pertama, saya nak ucapkan tahniah kepada kementerian ini, ini sebab kementerian ini yang mendapat peruntukan pembangunan yang kedua tertinggi sebanyak RM7.78 bilion. Yang pertama KKR, ini yang kedua. Saya harap, saya yakin dengan ada peruntukan yang besar ini, pembangunan di kawasan desa dan luar bandar akan bertambah baik.

Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan Butiran 00400 di bawah Pendidikan Awal Kanak-kanak, KEMAS. Kita tahu tadika KEMAS

draft • 7:41 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

antara tadika utama di negara kita selain daripada tadika pra di bawah KPM dan juga Tadika Perpaduan. Ini tiga tadika ini yang bagi saya memberikan peluang kepada anak-anak berusia lima dan enam tahun mendapat pendidikan pra. Sebab kalau kita hanya ke swasta itu, ia pastinya akan membebankan ibu bapa daripada golongan B40 yang terpaksa menanggung belanja yang besar. Sebab itu, ini ada keperluan untuk kita memperkasakan tadika KEMAS.

Saya menyambut baik peruntukan kalau belanjawan sebelum ini hanya 19 juta, sekarang ini 82 juta. Saya nak tanya, berapa banyak tadika baru KEMAS akan didirikan di seluruh negara pada kali ini? Berapakah di Parlimen Rasah? Saya mohon ada sebab Parlimen Rasah ini untuk makluman, di antara dia — antara Parlimen yang mana menyaksikan pertambahan penduduk yang paling drastik di Negeri Sembilan dengan banyak kawasan-kawasan perumahan baru.

Jadi, bila ada kawasan perumahan baru naik, sudah tentunya penduduk bertambah dan keperluan itu pun bertambah. Jadi, saya mohon jawapan daripada pihak kerajaan. Dan sudah tentunya kita harap ia mempunyai tenaga kerja yang — tenaga pengajar yang cukup. Jangan kita buka tadika tapi tidak cukup pula. Itu bermasalah. Jadi, itu yang pertama.

Perkara kedua yang saya nak sebutkan ialah Butiran 02300 — Jalan-jalan Luar Bandar. Saya nampak lebih 2 bilion diperuntukkan untuk perkara ini, sangat baik. Saya nak tanya bagaimana agihan dia? Adakah kontraktor untuk — ataupun agihannya dilakukan oleh pihak pejabat tanah dan daerah di setiap tempat? Boleh tak saya cadangkan macam ini, kita memberikan ataupun kita menyerahkan sebahagian daripada kuasa ini kepada JPKK yang dilantik?

Sebab JPKK ini dia yang paling tahu apa yang berlaku di kampung dia. Kalau setakat turap jalanlah katakan, dia bukan struktur bina bangunan dan sebagainya.

Biar JPKK yang lantik orang kampung sendiri, kontraktor dari kampung itu sendiri.

Biar kita — kontraktor di desa, di kampung itu, walaupun kontraktor itu kecil mendapat projek daripada limpahan ini. Itu yang saya mohon pertimbangkan oleh pihak kerajaan.

Perkara ketiga adalah berkenaan dengan Butiran 050600 — Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Walaupun Parlimen Rasah selalu orang anggap di kawasan bandar tapi saya ada 25 JPKK juga untuk kampung tradisi. Jadi, saya mohon supaya — saya nampak peruntukan dia 247 juta, sama macam tahun lepas. Jadi, maknanya elaun itu pun kekal sama.

draft • 7:41 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Cuma saya nak tanya di sini masih ada kampung yang mana digabungkan beberapa kampung jadi satu JPKK. Boleh tak kerajaan melalui pejabat daerah di daerah masing-masing supaya lebih teratur, tersusun dan lebih kata orang apa — penduduk lebih mudah. Sekiranya kita wujudkan setiap JPKK di setiap kampung, biar bilangan dia bertambah supaya kebajikan, hal ehwal tempatan, komuniti setempat diberikan perhatian yang lebih. Jadi, mohon pertimbangan dari kerajaan.

Perkara keempat yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan Butiran 02001 di bawah tajuk “Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung”. Saya nampak ada satu pertambahan peruntukan. Belanjawan sebelum ini 68 juta, sekarang 134 juta, sangat baik. Saya mohon secara spesifik, ada dua, tiga kampung di kawasan saya ia di bawah Parlimen Rasah DUN Labu khasnya macam Kampung Pelegong, Kampung Kering, dia hadapi masalah paip air yang lama.

Dan setiap kali kalau bekalan air — berlaku gangguan bekalan air, apabila bekalan dipulihkan, dia di hujung itu. Dia yang paling lambat. Katakan ya sekarang ini, waktu sekarang bekalan dipulihkan, dia mungkin dapat bekalan air 24 jam selepas ini. Kita bayangkan. Ia sangat bagi saya tidak adil untuk penduduk. Jadi, boleh tak secara spesifik saluran paip air untuk Kampung Pelegong, Kampung Kering di DUN Labu, Parlimen Rasah diberikan perhatian di bawah tajuk ini?

Dan perkara terakhir Dato’ Pengerusi yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan Butiran 01100 iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Saya nampak ada lonjakan peruntukan untuk pembangunan masyarakat orang asli, satu yang sangat baik. Dan untuk makluman semua, untuk makluman kerajaan, di bawah Parlimen Rasah ada dua kampung orang asli, Kampung Sebir dan Kampung Tekir.

Yang bagi saya, saya harapkan, saya sebut secara terbuka supaya kedua- dua kampung ini mendapat sebahagian limpahan daripada peruntukan tersebut sebab ada keperluan untuk kita tambah baik infra tempatan tak kira jalan ataupun surau dia ke, balai raya ke, perkara sebegini supaya diberikan peluang dan juga sebuah sekolah. Sekolah Kebangsaan Kampung Tekir, dalam kampung orang asli yang hampir keseluruhan muridnya — dia tak ramai dalam 100 lebih kurang adalah orang asli tempatan. So, mohon tambah baik kemudahan di sana.

Jadi, itu sahaja yang saya sempat sebutkan beberapa perkara ini. Terima kasih kepada Dato’ Pengerusi.

draft • 7:41 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Dipersilakan Yang Berhormat Temerloh.

draft • 7:41 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Temerloh ingin menyentuh 020000 — Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas. Peruntukan bagi tahun ini berjumlah RM218,937,200. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian bagaimana peruntukan ini diagihkan di antara negeri-negeri khususnya bagi kawasan luar bandar yang masih ketinggalan dari segi kemudahan asas seperti bekalan air bersih, jalan perhubungan, elektrik, internet bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, termasuk di Semenanjung?

Beberapa persoalan yang ingin penjelasan. Pertama, mengapakah pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar masih jauh ketinggalan berbanding kawasan bandar walaupun peruntukan besar telah disalurkan setiap tahun? Apakah strategi kementerian untuk memastikan pembangunan infrastruktur diagihkan secara lebih seimbang antara negeri dan wilayah? Apakah mekanisme pemantauan yang dilaksanakan bagi memastikan projek-projek infrastruktur luar bandar benar-benar siap mengikut jadual dan memberi manfaat langsung kepada rakyat bukan hanya tercatat di atas kertas?

Adakah pembangunan luar bandar selama ini...

draft • 7:47 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu. Setiu minta laluan dulu.

draft • 7:47 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Benar-benar berasaskan keperluan rakyat kerana masih terdapat kampung yang belum menikmati bekalan air bersih...

draft • 7:47 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, Setiu minta sikit.

draft • 7:47 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Dan jalan berturap sedangkan negara telah mencapai status ekonomi sederhana.

draft • 7:47 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu boleh sikit?

draft • 7:47 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey.

draft • 7:47 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey, terima kasih Temerloh.

Banyak RTB ataupun Rancangan Tanah Berkelompok dibuka untuk golongan belia terutama di Terengganu khususnya di Setiulah. Kebanyakan RTB ini belum ada infra termasuk jalan, elektrik, air. Jadi, setujukah Temerloh kalau saya cadangkan supaya keutamaan diberikan kepada projek di RTB ini kerana sebahagian besar mereka menerima tanah ini adalah di kalangan belia dan khususnya yang belum mempunyai

draft • 7:47 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

tanah dan belum dapat membina rumah disebabkan tiada kemudahan infra? Sekian, terima kasih.

draft • 7:47 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, terima kasih.

Masukkan dalam ucapan saya dari Setiu.

Butiran 050400 — Kos Operasi dan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Peningkatan 9.33 peratus dalam kos operasi dan penyelenggaraan lampu jalan kampung menunjukkan kos operasi semakin tinggi. Walaupun teknologi lampu semakin efisien, apakah faktor utama yang menyebabkan peningkatan ini?

Bagaimana kementerian memastikan penggunaan dana secara telus dan efisien sup aya wang rakyat tidak dibazirkan semata-mata untuk kos operasi yang tidak terkawal?

draft • 7:47 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Bagaimana kementerian memastikan pemantauan projek penyelenggaraan lampu jalan kampung dibuat secara konsisten di semua negeri dan tidak tertumpu di kawasan tertentu sahaja. Peningkatan lebih 100 peratus untuk pemasangan lampu baru jalan kampung. Adakah pemilihan lokasi pemasangan dilakukan secara adil dan berdasarkan keperluan sebenar masyarakat luar bandar? Bukan berdasarkan kawasan politik tertentu.

Banyak lagi kawasan-kawasan yang tidak lagi dipasang lampu jalan.

draft • 7:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Okey. Sekali lagi Setiu.

Temerloh, sebab ini pembahas terakhir ini. Lampu jalan ini, sebenarnya saya dapat maklumat hanya 88 untuk satu Parlimen. Jadi, saya cadangkan untuk tambah lagi.

Setuju tak Temerloh?

draft • 7:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Okey, kita tambah lagi ya.

Sebab kepentingan di bawah sana sangat menuntut lampu jalan.

Apakah kementerian merancang untuk mengurangkan kos operasi ini? Saya menerima aduan daripada penduduk iaitu jalan ke Kampung Sungai Leleh, Lanchang yang gelap-gelita menyebabkan pernah berlaku kemalangan maut. Penduduk mohon ada lampu jalan ke Kampung Sungai Leleh, Lanchang. Sudah lama keperluan yang disuarakan semoga diambil perhatian.

030300 – JAKOA. Saya ingin bertanya kepada kementerian dengan peningkatan hanya 0.48 peratus. Apakah langkah-langkah baharu yang realistik boleh dilaksanakan oleh JAKOA untuk memperkukuh kedudukan sosioekonomi masyarakat orang asli? Sedangkan kita tahu banyak lagi isu-isu tertunggak berkaitan tentang tanah adat, pendidikan rendah, serta akses kepada peluang ekonomi.

draft • 7:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

Di Temerloh, saya tidak melihat satu perubahan besar dalam kehidupan masyarakat orang asli kerana taraf hidup mereka masih ketinggalan seperti di Kampung Paya Badak, Kampung Sungai Leleh, Kampung Bukit Gabang dan Kampung Kuala Gandah.

050700 – Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli, peruntukan meningkat 7.16 peratus. Namun saya ingin mendapatkan penjelasan, berapa peratus daripada peruntukan ini benar-benar sampai ke akar umbi masyarakat? Bukan hanya tertumpu kepada kos pentadbiran atau projek jangka pendek. Adakah terdapat peningkatan nyata dalam pendapatan isi rumah orang asli atau pengurangan kadar kemiskinan tegar dalam komuniti tersebut?

Saya sendiri masih terus mendapat aduan daripada penduduk Kampung Sungai Leleh dan Kampung Bukit Gabang, Lanchang yang masih terus menghadapi masalah air bersih, jalan yang rosak, rumah yang berkongsi beberapa keluarga, keadaan rumah yang uzur dan longkang yang tidak diurus.

Pengerusi, minta sedikit masa. Seterusnya, saya masuk kepada 020400 – Kemajuan Tanah dan Wilayah. Temerloh ingin penjelasan tentang isu pengagihan tanah kepada peserta FELCRA. Sejauh manakah proses pengagihan tanah oleh FELCRA dilaksanakan secara telus dan adil kepada peserta luar bandar yang benar- benar layak bukan kepada kroni? Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan lantikan ALP, Ahli Lembaga Pengarah di negeri-negeri berasaskan merit dan kepakaran bukan kepentingan politik termasuk dalam anak-anak syarikat FELCRA Berhad?

Temerloh mahu kementerian memantau dan menyiasat serta mengambil tindakan tentang pembelian jentera roda tiga angkut buah sawit di ladang-ladang FELCRA telah diserahkan oleh Lembaga Tender FELCRA kepada anak syarikat FELCRA Niaga Sdn. Bhd. dengan kos seunit meningkat melebihi RM40,000.

Sedangkan kos di pasaran cuma kira-kira RM6,000 hingga RM12,000 seunit.

Sehingga kos bekalan jentera roda tiga dianggarkan RM30 juta di caj dalam akaun hutang peserta seluruh negara.

Temerloh juga ingin tahu tentang projek pembinaan Kompleks Wisma FELCRA Berhad di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dengan kos RM350 juta. Temerloh ingin penjelasan tentang pembelian Estet Sawit Telupid di Sabah. Temerloh juga ingin tahu apakah yang berlaku terhadap projek bekalan ayam daging dengan kos RM60 juta di Kampung Tanjung Seratus, Pekan, Pahang pada tahun 2023. Begitu juga Temerloh

draft • 7:50 PM

Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh

ingin tahu mengapakah FELCRA membeli sebuah bangunan usang dan terbiar di Kelantan, konon untuk kompleks pejabat FELCRA Negeri Kelantan.

Semua isu-isu ini menggambarkan tata kelola yang tidak mematuhi SOP.

Temerloh mengharapkan KKDW mengarahkan SPRM menjalankan total forensic audit dalam FELCRA segera demi memastikan segala amanah yang diberikan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan demi kesejahteraan masyarakat luar bandar dan pembangunan wilayah yang seimbang. Sekian, terima kasih.

draft • 7:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat, berikut pembahas yang terakhir Yang Berhormat Tampin.

draft • 7:50 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi, kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam Perbahasan RUU Perbekalan 2026 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Dato’ Pengerusi, saya ingin memulakan perbahasan dengan menyentuh Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa dengan nilai peruntukan berjumlah RM6 juta bagi tahun 2026 iaitu peningkatan peruntukan sebanyak RM3 juta berbanding 2025.

Usahawan desa merupakan nadi ekonomi di luar bandar. Mereka menggerakkan aktiviti pertanian, perusahaan makanan, kraf tangan dan perkhidmatan kecil yang menjadi sumber pendapatan utama di kampung-kampung.

Antara isu utama yang perlu diberi perhatian oleh kementerian ialah pertama, prosedur untuk mendapatkan bantuan yang terlalu rumit. Perkara ini menyebabkan ramai usahawan kecil di kampung tidak dapat menikmati pelbagai geran atau pinjaman yang disediakan oleh agensi kerajaan.

Kedua, latihan keusahawanan yang tidak menyeluruh. Terdapat kursus dan bimbangan yang bersifat teori semata-mata tanpa pemantauan selepas latihan.

Ketiga, kekurangan jaringan pasaran dan digitalisasi yang menyebabkan produk desa sukar menembusi pasaran bandar dan dalam talian.

Sehubungan itu, saya ingin mengetahui apakah langkah kementerian untuk menyelaraskan program-program pembangunan usahawan desa agar tidak bertindih antara agensi seperti MARA dan agensi lain di bawah KUSKOP? Adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu pelan induk nasional usahawan desa yang menyatukan segala inisiatif keusahawanan luar bandar di bawah satu rangka strategik?

draft • 7:54 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya menyokong penuh segala usaha kementerian selama ini untuk memperkukuhkan ekosistem keusahawanan luar bandar. Namun, saya berharap agar pelaksanaan program dibuat dengan lebih tersusun dan mudah diakses kepada rakyat di luar bandar.

Seterusnya Dato’ Pengerusi, saya ingin beralih kepada Butiran 040300 – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi nilai peruntukan berjumlah RM130 juta. Awal Januari lalu, KEMAS telah diarahkan untuk mengemukakan cadangan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan KEMAS kepada JPA bagi mencari jalan penyelesaian terhadap nasib 9,719 kakitangan KEMAS yang masih berstatus kontrak.

Belanjawan 2026 telah menjadi harapan besar buat kakitangan KEMAS termasuklah guru-guru tadika yang telah lama berkhidmat antara 15 sehinggalah 40 tahun lamanya. Kita sedia maklum antara isu-isu yang membelenggu kakitangan kontrak KEMAS ini sedangkan mereka bekerja dengan tanggungjawab sama seperti pegawai tetap, malah kadang-kadang lebih berat lagi kerana kekurangan tenaga kerja di kawasan luar bandar.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian, apakah status terkini usaha penyelarasan jawatan tetap bagi kakitangan kontrak KEMAS, khususnya buat guru tadika, penyelia dan pembantu pengajar. Adakah kementerian sedang berbincang dengan SPA untuk wujudkan skim tetap baharu KEMAS seperti yang telah dilakukan terhadap pegawai pendidikan dan kesihatan kontrak sebelum ini. Dan, lebih penting lagi, bilakah jangkaan tarikh pelaksanaan atau fasa penyerapan ke lantikan tetap akan dibuat?

Seterusnya, Dato’ Pengerusi, saya ingin beralih ke butiran terakhir iaitu Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah FELCRA dengan nilai peruntukan berjumlah RM140 juta bagi tahun 2026. Pelan transformasi dan hala tuju strategik FELCRA Berhad ialah untuk menekankan pengukuhan business commercial supaya lebih berdaya saing dan seterusnya membantu menampung tanggungjawab mandat sosial.

Antara inisiatif pelan berkenaan adalah dengan membeli 30,000 hektar estet tambahan. Berdasarkan penelitian saya, bukan hanya Estet Telupid, Sabah sahaja yang telah dibeli oleh FELCRA tetapi terdapat tiga lagi estet yang dibeli di negeri Kelantan sendiri. Yang pertama Estet Sungai Rawit yang berkeluasan seluas 314 hektar daripada pemilik berdaftarnya iaitu Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

draft • 7:54 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang kedua, Estet Dabong yang berkeluasan 1,503 hektar daripada pemilik berdaftarnya ialah Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

draft • 7:54 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tampin, boleh Tangga Batu masuk sedikit?

draft • 7:54 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dan yang ketiga, Estet Aring yang berkeluasan 1,411 ekar.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kementerian dari manakah datangnya sumber dana untuk membuat pembelian estet-estet ini.

Adakah datangnya daripada peruntukan kerajaan? Atau datang daripada sumber dalaman FELCRA sendiri? Dan, apakah tindakan kementerian untuk memastikan kaedah dan dana pembelian mengikut tata kelola yang lebih baik pada masa akan datang?

draft • 7:54 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tampin, sikit sahaja Tampin.

draft • 7:54 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dakwaan bahawa – sekejap, dakwaan bahawa FELCRA rugi kerana pelaburannya dalam pembelian-pembelian estet ini rugi adalah tidak tepat sama sekali dan tidak bertanggungjawab.

Sehubungan dengan itu...

draft • 7:54 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Tepuk]

draft • 7:54 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Saya mohon kementerian membuat penjelasan dengan lebih mendalam terhadap tuduhan yang telah dibuat supaya rakyat tidak keliru dan mudah termakan dengan dakwaan pembangkang yang sebegitu rupa.

Dato’ Pengerusi...

draft • 7:54 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sikit. Sikit. Tampin, saya tambah sikit.

draft • 7:54 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dato’ Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini...

draft • 7:54 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ala, bagilah chance.

draft • 7:54 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Rumah kampung teguh berpagar — saya tak ganggu pun...

draft • 7:54 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tak. Tak. Bukan ganggu, saya nak tambah sikit saja fakta.

draft • 7:54 PM

Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

...Bila Tangga Batu bercakap. So, biarlah Menteri yang menjawab.

draft • 7:54 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Peraturan 37(2). Jangan bagi saya guna. Teruskan.

draft • 8:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Duduk Tangga Batu. Sekian sahaja daripada saya, Dato' Pengerusi.

Rumah kampung teguh berpagar, Bunga menghias di laman hati; Kerajaan bekerja tanpa gentar, Membangun desa penuh erti. Terima kasih, saya mohon menyokong.

[Tepuk]

draft • 8:00 PM

Seorang Ahli

Hidup Tampin.

draft • 8:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Maka dengan itu tamatlah pembahas-pembahas bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi peringkat Jawatankuasa. Sekarang, saya mempersilakan Menteri KKDW, setengah jam untuk menjawab.

draft • 8:00 PM

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey.

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

30 minit.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi atas peluang untuk saya menjawab di peringkat Jawatankuasa. Sebelum itu, izinkan terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat

draft • 8:00 PM

Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Belanjawan MADANI Keempat

Belanjawan Rakyat yang membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkukuhkan ekonomi negara membina masa depan Malaysia yang lebih mampan, berdaya tahan dan inklusif.

Belanjawan ini juga menggambarkan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat luar bandar tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara menerusi peruntukan untuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi tahun 2026 berjumlah RM12.4 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM0.44 bilion bersamaan dengan 3.69 peratus berbanding tahun 2025 yang mana sejumlah RM4,613,000,000 adalah untuk tujuan perbelanjaan mengurus dan RM7.78 bilion adalah untuk tujuan pembangunan.

draft • 8:00 PM

Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Belanjawan MADANI Keempat

Dato' Pengerusi, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 27 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun berbahas mengajukan pelbagai pertanyaan, cadangan dan pandangan kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah semasa perbahasan Belanjawan 2026 peringkat Jawatankuasa.

Jadi, saya ingin rakamkan nama dia dalam itu. YB Libaran, YB Pokok Sena, YB Beruas, YB Gerik, YB Pulai, YB Kuala Krai, YB Lubok Antu, YB Rompin, YB Tenggara, YB Arau, YB Bentong, YB Merbok, YB Gopeng, YB Jerlun, YB Tenom, YB Kuala Langat, YB Mas Gading, YB Jeli, YB Selangau, YB Padang Terap, YB Kuala Krau, YB Jempol, YB Tangga Batu, YB Maran, YB Rasah, YB Temerloh dan juga YB Tampin.

Dato' Pengerusi, saya mulakan dengan YB Libaran. YB Libaran telah pun mengemukakan beberapa isu. YB Libaran...

draft • 8:00 PM

Seorang Ahli

Tidak ada. Kita skip.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tidak ada? Boleh skip. Kita jawab secara bertulis.

draft • 8:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang tidak ada, yang tidak ada Menteri skip.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Seterusnya YB Pokok Sena, ada?

draft • 8:00 PM

Seorang Ahli

Tak ada, skip, skip, skip.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Tak ada? Kalau tak ada kita skip, boleh?

draft • 8:00 PM

Seorang Ahli

Ya, boleh, boleh. Setuju, setuju.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Seterusnya YB Beruas, okey, ada. YB Beruas telah pun mengemukakan beberapa isu. Cuma saya menjawab satu isu sahaja hari ini dan yang lain saya akan jawab secara bertulis.

draft • 8:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, Pengerusi boleh saya bantu sedikit tak? Saya minta supaya jawab belah Kerajaan sebab kita selalu menyokong Belanjawan.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

[Ketawa]

draft • 8:00 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Di sebelah sana, bila undi belah bahagi tak sokong pun. Jadi, jawab belah sini sahaja cukup. Mereka tak ikhlas, selalu bantah.

draft • 8:00 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ini kena 37 ini.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Dato' Pengerusi, saya akan jawab berdasarkan perbahasan sahajalah.

[Tepuk]

draft • 8:00 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Dato' Pengerusi, sepanjang RMK12, JAKOA telah diluluskan peruntukan sebanyak RM42 juta bagi melaksanakan kerja- kerja pengukuran di perkampungan orang asli.

draft • 8:00 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

YB Pokok Sena ada.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Perincian adalah seperti berikut.

draft • 8:00 PM

Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Pokok Sena, Pokok Sena. Pokok Sena ada.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Pahang, keluasan hektar yang diukur adalah 18,471.97 hektar yang mana telah menelan belanja RM13,975,229.38.

Perak, kita dah ukur 38 yang melibatkan 7,087.2 hektar yang melibatkan kos RM6.212,492.2. Selangor, kita telah ukur 12 kampung orang asli yang keluasannya 626.318 hektar yang mana kosnya adalah RM1.011 juta. Kelantan, kita dah ukur dua kampung orang asli yang keluasannya adalah 2,354.61 hektar yang melibatkan kos RM895,274.

Negeri Sembilan, kita dah ukur 13 buah kampung orang asli yang melibatkan 684.796 hektar. Melaka, tujuh buah kampung yang melibatkan 139.6 hektar. Johor, kita belum buat penyukatan lagi dalam proses. Kedah, satu kampung iaitu 173.38 hektar. Terengganu, dua,, 1,002.78 hektar yang mana total keseluruhan kampung yang telah disukat adalah 133 buah kampung yang melibatkan 30,540.65 hektar.

Memandangkan kos projek masih belum dibelanjakan sepenuhnya, JAKOA telah mengemukakan permohonan perlanjutan tempoh projek kerja ukur sehingga tahun 2028 kepada Kementerian Ekonomi. JAKOA telah menyuarakan cadangan untuk melantik JUPEM bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuran di penempatan orang asli.

Namun, JUPEM memaklumkan mereka mempunyai masalah kekangan kakitangan bagi melaksanakan kerja-kerja pengukuran. Justeru, mencadangkan JAKOA melantik juruukur tanah berlesen yang berdaftar dengan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia. Itu satu isu daripada Beruas.

draft • 8:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, cadangan saya kerana nampaknya 18,000 hektar kita memakai menggunakan berapa juta tadi?

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

18,000 — 13.975,229, RM13 juta.

draft • 8:00 PM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini jumlah besarlah. So, cadangan saya untuk melantik juruukur bertauliah dalam kementerian sendiri lebih menjimatkan. Itu cadangan setuju atau tidak?

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Untuk makluman Yang Berhormat, kita sebenarnya sentiasa komited dalam usaha pengukuran tanah ataupun perkampungan orang asli ini. Kita telah pun mengemukakan cadangan-cadangan ini kepada pihak bukan sahaja pihak kementerian malah kepada MOF, Kementerian Kewangan untuk kita mendapatkan sumber lain selain daripada Pejabat Tanah untuk kita memastikan penyukatan ini dapat kita segerakan. Dalam perhatian dan tindakan JAKOA sekarang.

Seterusnya, YB Gerik...

draft • 8:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Ada, ada.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ada, YB Gerik berkaitan dengan penilaian semula strategi luar bandar, memperkukuhkan program TVET berdasarkan industri tempatan.

JAKOA, ini berkaitan dengan orang asli. JAKOA seiring dengan kementerian khususnya Bahagian Korporat dan Pembangunan Kemahiran dalam merangka kursus-kursus yang menepati hasrat kumpulan sasar. Khususnya penglibatan bersama dalam Program Ekspo TVET dan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya

(PLKK).

Pendekatan JAKOA lebih menumpukan kepada program TVET in situ kursus jangka pendek di mana pelaksanaannya adalah di penempatan kampung-kampung orang asli. JAKOA juga mempunyai sebuah pusat TVET orang asli yang bertempat di Pusat Latihan Jahitan Paya Bungor, Kuantan, Pahang yang mana yang menyediakan kursus jangka panjang iaitu Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3 dalam bidang pembuatan pakaian wanita dan telah ditauliahkan sebagai pusat bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dengan kapasiti latihan sehingga 50 orang pelatih pada satu-satu masa.

draft • 8:00 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Seiring dengan itu, sistem TVET — bermula 2026, program latihan di Pusat Latihan Paya Bungor akan ditawarkan melalui Sistem Latihan Program Bertauliah berasaskan kod akreditasi program TVET. Penerapan kursus yang sesuai dengan keperluan kumpulan sasar diketengahkan dalam program pembangunan modal insan setiap tahun seperti kursus gubahan bunga, anyaman, solekan wajah, asas

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

pastri, pembaikan motosikal, pendawaian elektrik dan pelbagai lagi yang melibatkan kumpulan sasar seramai 1,547 dari tahun 2023 hingga 2025.

Seterusnya, Gerik juga mengetengahkan tentang konteks pendidikan dan kemahiran kadar kebolehpasaran pelajar TVET MARA jatuh daripada 96 peratus kepada 92 peratus yang sebelum disasar meningkat semula ke 95 peratus.

Berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan seliaan Kementerian Pengajian Tinggi, TVET MARA mencapai purata kebolehpasaran graduan sebanyak 97 peratus selama tiga tahun berturut-turut, 2023 hingga 2025. Saya tak pasti mana Gerik dapat apa nama, peratus ini ya.

MARA telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengekalkan pencapaian ini dan memenuhi kehendak industri, termasuk kolaborasi strategik bersama industri bagi pembangunan kurikulum, latihan dan persijilan profesional. Yang kedua, program jaminan pekerjaan seperti Development for Ensuring Employability Program dan Industry Boot Camp. Yang ketiga, pengalaman kerja sebenar melalui latihan industri, Diploma Industri dan juga program apprenticeship yang menjamin pekerjaan terus kepada graduan. Keempat, kerjasama strategik bersama pemain-pemain industri utama dan GLC seperti PETRONAS, MDEC, CTRM, SIRIM dan lain-lain untuk memastikan TVET MARA sentiasa kekal relevan dengan keperluan pasaran.

Seterusnya, Gerik juga telah mengemukakan tentang peruntukan lebih kurang 81.9 juta kepada orang asli mengenai isu kemiskinan, keciciran infrastruktur asas dan juga keciciran dalam pendidikan.

Untuk makluman Yang Berhormat, 81.9 juta adalah peruntukan dasar sedia ada bagi pengoperasian jabatan yang melibatkan pembayaran gaji, bil-bil utiliti yang ditanggung oleh jabatan serta kos-kos minyak dan penyelenggaraan kenderaan jabatan yang kebanyakannya digunakan untuk manfaat orang-orang asli.

Bagi tujuan khusus program pembasmian kemiskinan, pendidikan dan kesihatan, ada diperuntukkan sebanyak RM143.6 juta bagi tujuan tersebut serta 10 juta bagi tujuan penyelenggaraan sistem rawatan air yang membekalkan air bersih di kawasan perkampungan. Di bawah peruntukan peningkatan taraf hidup, pelaksanaan program memberi tumpuan kepada peningkatan kesejahteraan masyarakat orang asli melalui empat komponen utama iaitu pendidikan, kebajikan, kepimpinan dan juga program-program komuniti orang asli secara menyeluruh.

Bagi tahun 2025, sejumlah 134 juta telah diperuntukkan bagi memastikan masyarakat orang asli menikmati akses yang lebih baik kepada pendidikan berkualiti, kesihatan dan juga kesejahteraan hidup yang lebih tinggi. Bagi aspek pendidikan,

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

sebanyak 99.149 ribu telah diperuntukkan dan telah memberi manfaat kepada 43,410 orang anak murid orang asli.

Aspek kebajikan pula menerima peruntukan sebanyak 12.903 juta, manakala aspek kepimpinan diperuntukkan 13.759 juta dengan penerima manfaat seramai 924 orang. Sementara itu, program-program komuniti orang asli menerima peruntukan sebanyak RM300,000. Pelaksanaan peruntukan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat orang asli secara menyeluruh selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkukuhkan pembangunan sosial dan juga masyarakat orang asli.

Seterusnya, YB Gerik juga menyuarakan tentang ekonomi luar bandar berdaya saing, prestasi yang tidak memberangsangkan. Program Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat yang membantu golongan sasar luar bandar menurun daripada 100 peratus kepada 95 peratus. Untuk makluman, pencapaian bagi penyediaan bantuan rumah untuk golongan sasar luar bandar di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat 2024, sebanyak 100 peratus merupakan pencapaian sebenar berbanding tahun 2025 yang merupakan sasaran yang ditetapkan pada awal tahun dan masih lagi dalam pelaksanaan.

Sehingga kini bagi tahun 2025, sebanyak RM341.29 juta yang telah diperuntukkan bagi 2,249 unit rumah bina baru dan 7,754 unit baik pulih yang memberi manfaat kepada 10,003 penerima luar bandar yang miskin dan juga miskin tegar. KKW menjangkakan 100 peratus peruntukan bagi SPKR akan dapat dibelanjakan bagi tahun 2025 untuk kesejahteraan penduduk luar bandar. Ada berbaki satu bulan setengah lagi Yang Berhormat.

Seterusnya, YB Gerik — ha YB Gerik lagi ini, dalam konteks pendidikan dan kemahiran.

[Dicelah] Okeylah. Untuk makluman, last ya, Gerik ya. Untuk makluman, yang lain saya jawab bertulis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar kebolehpasaran graduan TVET MARA kekal sangat memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan yang berterusan.

Berdasarkan Sistem Kajian Pengesanan Graduan seliaan Kementerian Pengajian Tinggi, kebolehpasaran graduan TVET MARA mencatat 96.5 peratus 2023, 97.9 peratus pada 2024 dan mencapai 96 peratus pada tahun 2026 melebihi sasaran nasional yang ditetapkan. Jadi dan seperti yang saya maklumkan tadi, banyak program-program yang telah dilaksanakan bagi memastikan kebolehpasaran ini terus kita pertahankan dan pertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang.

Seterusnya YB Pulai, berkaitan dengan peruntukan pembangunan 2026...

draft • 8:10 PM

Beberapa ahli

Tak ada.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ah, tak ada? YB Pulai, tak ada ah? Okey, skip. Seterusnya YB Kuala Krai, Kuala Krai. Yang ini berkaitan dengan langkah konkrit KESEDAR untuk memulihkan ekonomi setempat. KESEDAR melaksanakan pelbagai inisiatif berfokus kepada pemerkasaan ekonomi tempatan melalui pendekatan pembangunan bersepadu wilayah yang merangkumi empat komponen utama.

Yang pertama, pemerkasaan usahawan dan industri desa. Melalui Program Kelestarian Keusahawanan dan Agrotek DESA Manek Urai, KESEDAR memberi tumpuan kepada peningkatan kapasiti usahawan luar bandar agar mampu berdaya saing dan menjana pendapatan secara mampan.

Yang kedua, peningkatan infrastruktur sokongan ekonomi. Projek naik taraf jalan kampung, baik pulih kemudahan awam dilaksanakan bagi memperkukuhkan jaringan sokongan ekonomi dan memudahkan juga aktiviti-aktiviti perniagaan di peringkat komuniti.

Dan ketiga, penglibatan belia dan juga komuniti yang mana program peningkatan kapasiti belia dan komuniti, KESEDAR perkenalkan untuk memperkukuhkan lagi potensi kepimpinan, inovasi sosial dan keusahawanan komuniti setempat sejajar dengan agenda Malaysia MADANI. Program Peningkatan Pendapatan SPKR bagi memberi bantuan input perniagaan kepada kumpulan miskin bagi menjalankan aktiviti perniagaan untuk meningkatkan pendapatan.

draft • 8:10 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Selain daripada itu, KESEDAR juga telah melaksanakan kajian impak. Tadi ada soalan ya. Setiap tahun bagi menilai keberkesanan setiap program dan projek dilaksanakan melalui kajian outcome. Sebagai contoh, bagi tahun 2025, KESEDAR telah terlibat dalam kajian outcome projek jalan luar bandar yang bertujuan menilai impak pembinaan dan naik taraf jalan terhadap accessibility aktiviti ekonomi dan juga kesejahteraan komuniti setempat.

Maksudnya, kajian impak ini berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh EPU. Bagi tahun 2026, KESEDAR telah merancang beberapa program utama di Parlimen Kuala Krai meliputi sektor ekonomi, sosial dan prasarana.

Antara yang telah dikenal pasti, yang pertama, ekonomi dan keusahawanan iaitu Agrotech Desa, Program Kelestarian Usahawan yang bernilai dalam lingkungan RM350,000 untuk dua-dua projek berkenaan. Maksudnya, peserta masih kita dalam proses pengenalpastian, yang itu.

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Selain daripada itu, dari sudut infrastruktur, utiliti desa dan kemudahan awam wilayah Kuala Krai, menaik taraf Jambatan RTP Chuchoh Puteri A, Kuala Krai, Kelantan bernilai RM2.7 juta, yang ini— jambatan itu, naik taraf.

Seterusnya, Program Peningkatan Kapasiti Belia dan Komuniti KESEDAR bernilai RM250,000 dan juga Program Inisiatif Peningkatan Pendapatan Komuniti B40 KESEDAR bernilai RM125,000. Yang ini— jumlah untuk Kuala Krai ini kalau dilihat sini, RM3.7 juta untuk tujuan program-program pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sebagainya.

Seterusnya, berkaitan dengan tadika yang dikemukakan oleh Kuala Krai tadi.

Untuk makluman Yang Berhormat, di negeri Kelantan terdapat sebanyak 298 buah tabika KEMAS yang berstatus menumpang di bangunan seperti di balai raya, dewan orang ramai, masjid dan sebagainya. Bagi tujuan penambahbaikan, satu kertas cadangan berkaitan pemberimilikan premis menumpang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Bilangan 1, 2025 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.

Jadi, dalam mesyuarat ini bersetuju agar kerajaan negeri disarankan memulakan proses pewartaan ataupun penganugerahan hak milik rasmi ke atas premis-premis tersebut, sama ada tanah ataupun bangunan atas nama Program Pembangunan Modal Insan Komuniti. Proses ini penting bagi membolehkan kerja- kerja penyelenggaraan dan naik taraf dapat dilaksanakan demi menjamin persekitaran pembelajaran yang selesa dan selamat bagi kanak-kanak serta tenaga pengajar.

Ini keputusan mesyuarat kita dan exco-exco luar bandar setiap negeri perlu membawa kepada kerajaan negeri masing-masing. Kita belum dapat respons daripada Kerajaan Negeri Kelantan lagi berkaitan perkara ini.

Di samping itu, KKDW sentiasa memohon peruntukan tahunan daripada Kementerian Ekonomi untuk pembinaan premis baru tabika dan taska. Kelulusan adalah tertakluk kepada pemilikan tanah di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau tanah reserve yang diwartakan untuk KEMAS serta unjuran enrollment melebihi 15 orang kanak-kanak bagi setiap kelas dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

KEMAS telah diperuntukkan bajet harta modal sebanyak RM1.2 juta pada tahun hadapan, bertujuan membekalkan peralatan kepada tabika dan taska, merangkumi peralatan perabot, kelengkapan elektrik, peralatan lain-lain berdasarkan

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

kepada keperluan perabot yang telah rosak akibat bencana alam, usang dan juga keperluan pembukaan tabika dan taska baru.

Program Tabika Smart Classroom KEMAS merupakan program yang mengintegrasikan teknologi digital dalam kurikulum, di samping kokurikulum untuk menyokong pembentukan generasi masa depan. Bermula dengan pendidikan awal kanak-kanak untuk menjadikan mereka generasi fasih digital, berkembang secara seimbang. KEMAS diperuntukkan sebanyak RM3 juta tahun depan untuk membekalkan ataupun smart TV di tabika-tabika yang telah kita kenal pasti. Secara keseluruhannya, kita komited dalam memastikan semua premis tabika, taska KEMAS ini dalam keadaan yang kondusif, selesa dan selamat.

Seterusnya, isu lain saya jawab bertulis. Boleh ya? Kita masuk ke Lubok Antu dulu, boleh? Sebab masa saya lima minit lagi tinggal. Banyak lagi ini. Yang Berhormat Lubok Antu, dia bertanya tentang permohonan dan pertimbangan untuk kelulusan di bawah Program JALB, Jalan San Semanju Titok Engkilili sepanjang empat kilometer menghubungkan tiga rumah panjang di kawasan Lubok Antu.

Untuk makluman Yang Berhormat, hasil semakan kementerian mendapati permohonan projek bagi Jalan San Semanju Titok Engkilili sepanjang empat kilometer yang menghubungkan tiga buah rumah panjang di kawasan Lubok Antu dan lapan projek jambatan tersebut tidak pernah dimohon untuk pertimbangan kelulusan di bawah JALB ataupun JMLB ya.

Namun begitu, kementerian telah meluluskan dua projek jambatan luar bandar di kawasan Parlimen Lubok Antu iaitu Projek Jambatan Konkrit Menyeberangi Sungai Batang Air Engkilili Bazar, Sri Aman dan statusnya selesai pelantikan kontraktor dengan kos RM16.25 juta. Manakala, Projek Membina Baru Jambatan Konkrit di Nanga Entalau, Ulu Skrang, Daerah Lubok Antu, Sri Aman yang diluluskan dengan kos RM5.76 juta yang mana dalam proses ataupun dalam status peringkat reka bentuk.

Seterusnya, Lubok Antu bertanya berkaitan dengan coding 02401 – Ameniti Sosial RM65 juta. Kementerian mengambil maklum akan permohonan-permohonan YB untuk menaik taraf dan membina kemudahan-kemudahan dewan serba guna di kawasan Lubok Antu dan permohonan ini kita akan kemukakan kepada kementerian untuk pertimbangan dan kesesuaian berdasarkan laporan siasatan yang akan dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana di peringkat negeri masing-masing.

Okey.

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Seterusnya, Yang Berhormat mengutarakan tentang sambungan elektrik ke kawasan Ulu Skrang. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Sambungan Talian Grid Zon 4, Negeri Sarawak Tahun 2016/2017 dan Projek Sarawak Alternatif Rural Electric Scheme (SARES) Fasa 2 yang antara lain melibatkan sebanyak 3,981 buah rumah penerima manfaat di kawasan Lubok Antu telah siap dibina dan akan diserah kepada pihak berkuasa elektrik negeri Sarawak untuk beroperasi dan juga diselenggarakan.

Selain daripada itu, bagi rumah panjang yang belum dapat disambung kepada grid, sistem SARES berkapasiti tiga kilowatt sehari akan digunakan sebagai penyelesaian interim. Langkah ini terbukti berkesan di beberapa kawasan pedalaman seperti Belaga, Ketibas dan Telang Usang dengan tahap kebolehoperasian melebihi 90 peratus.

Okey. Seterusnya, Yang Berhormat Rompin. Rompin ada? Ada, okey. Yang pertama, berkaitan keperluan menaik taraf Jalan Kampung Orang Asli Ganoh, Rompin, Pahang. Kementerian mengambil maklum berkenaan keperluan menaik taraf Jalan Kampung Orang Asli Ganoh seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Semakan kementerian mendapati Projek Menaik Taraf Kampung Ganoh tidak dimohon, maksudnya tidak ada dalam cadangan ataupun permohonan Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang. Sebab untuk makluman, projek jalan luar bandar, projek bekalan elektrik luar bandar, jambatan luar bandar, dia mesti mendapat keutamaan ataupun priority kelulusan daripada kerajaan negeri.

Justeru itu, Yang Berhormat dimohon kalau boleh bercakap sendiri permohonan kepada Unit Perancang Negeri Pahang untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan dalam next rolling nanti, okey.

draft • 8:20 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Seterusnya, Rompin mohon pihak kementerian mempertimbangkan kerja naik taraf jalan kampung, yang ini sudah tadi.

Bagaimana kementerian memastikan peruntukan ini memberi impak yang maksima kepada komuniti tempatan ya. Ini berkaitan dengan TVET ya. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa memastikan setiap peruntukan pembangunan TVET yang disalurkan dimanfaatkan sepenuhnya dengan memberi keutamaan kepada keperluan sebenar komuniti setempat khususnya golongan belia luar bandar.

Program-program latihan kemahiran yang ditawarkan adalah berasaskan keperluan industri dan juga ekonomi setempat supaya graduan mudah mendapat

draft • 8:30 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

pekerjaan, mendapat gaji yang premium setara dengan kemahiran yang dimiliki dan seterusnya meningkatkan ekonomi belia setempat. Kementerian sentiasa menekankan prinsip inclusivity ya, dalam pelaksanaan program TVET khususnya kepada golongan belia B40.

draft • 8:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Bangun]

draft • 8:30 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Antara langkah yang diambil termasuklah memperluaskan aksesnya, melalui Program Tahfiz TVET. Sebab kita tahu, pelajar- pelajar tahfiz perlu diberi ruang, peluan untuk kursus-kursus seperti ini dan program latihan kemahiran kepada pekerja-pekerja industri gig e-hailing dan juga p-hailing inisiatif terbaharu yang melibatkan komuniti luar bandar. Maksudnya, setiap untuk makluman sebenarnya, MARA telah pun review semua kurikulum atau pun modul- modul latihan di GIATMARA.

Walau bagaimanapun, kita menerapkan konsep TVET Industri, tetapi kita masih mengekalkan juga di setengah GIAT itu, TVET komuniti. Sebab keperluan masyarakat setempat masih diperlukan. TVET komuniti itu termasuklah orang kata bengkel kereta, jahitan, rambut, barber, ini disebut kita TVET komuniti yang masih mendapat sambutan daripada masyarakat setempat yang boleh menjadi memberi peluang pekerjaan dan juga meningkatkan pendapatan kepada belia-belia yang menghadiri kursus TVET berkenaan.

draft • 8:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Menteri, sikit boleh Menteri? Sikit sahaja sebab masa sudah habis.

draft • 8:30 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Masa saya sudah habis sebenarnya.

draft • 8:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sikit sahaja, nak tanya penjelasan sahaja.

draft • 8:30 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Okey.

draft • 8:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tadi Tampin ada membangkitkan isu tiga buah ladang yang dibeli di Kelantan, saya nak pastikan sama ada dibeli ladang atau dipajak ladang? Terima kasih.

draft • 8:30 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Saya tidak sampai di situ lagi Yang Berhormat ya. Tetapi bukan beli ladang, kita beli pajakan ladang. Itu jawapan dia.

Tapi detail-nya, kalau tak sempat saya jawab bertulis. Okey, terima kasih.

Seterusnya, teruskan ke ataupun saya tamatkan? Saya bagi jawapan bertulis.

Banyak lagi ini Dato’ Pengerusi.

draft • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, bagi saya, masa sudah cukup, sekarang ini Yang Berhormat Menteri dalam injury time sebelum saya tekan brake.

draft • 8:30 PM

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Ya. Boleh.

draft • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Sebelum saya tekan brake, elok menteri berhenti.

draft • 8:30 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Hajah Rubiah binti Wang

Elok berhentilah. Okey. Okey Dato’ Pengerusi, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah komited terhadap peruntukan- peruntukan yang telah kita perolehi ya. Segala pandangan, segala isu yang cadangan, yang diketengahkan oleh Yang Berhormat kita ambil perhatian.

Namun, Kementerian Kemajuan Desa akan memastikan peruntukan ini digunakan semaksimum yang boleh, yang mana kita telah pun mengenal pasti game changer-game changer dalam setiap program dan aktiviti yang kita laksanakan.

Bukan sahaja dari sudut program-program peningkatan ekonomi, bukan sahaja dari sudut program-program pembangunan infrastruktur luar bandar malah dari sudut pembangunan modal insan termasuk modal insan Orang Asli diambil perhatian penuh oleh KKW. Dan kita sebenarnya dalam kekangan peruntukan walaupun kita dapat RM12.4 bilion.

Sebenarnya kita memerlukan lebih daripada itu terutamanya institusi kita di bawah MARA, memandangkan ada soalan tadi berkaitan dengan tajaan MARA ini berkaitan dengan pembiayaan RM2.1 billion. Sebenarnya, masih lagi orang kata, kita perlukan peningkatan untuk kos-kos, memandangkan kos sara pengajian ini semakin hari, makin meningkat. Namun begitu, MARA mengambil pelbagai pendekatan untuk memastikan jumlah tajaan ini mencukupi kepada para pelajar dengan pelbagai kaedah dan pendekatan yang diambil.

Jadi Dato’ Pengerusi, kepada Yang Berhormat-Yang berhormat yang tidak dijawab, saya akan jawab secara bertulis. Insya-Allah, kita akan segerakan jawapan ini dan kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua atas pandangan dan juga idea yang telah diberikan. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri [Tepuk] . Baik, Majlis. Masalahnya iaitu wang sejumlah RM4,613,177,700 untuk Kepala B.22 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 telah menjadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.22 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 8:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Masalah bahawa Perbelanjaan di bawah kepala P.22 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.22 diperintah jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

draft • 8:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini di tangguh sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 12 November 2025.

[Mengetuk tukul]

draft • 8:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.36 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026