Nov102025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan hari ini dengan saya ingin memaklumkan bahawa Yang Berhormat Libaran, nombor 1 tidak hadir dalam Dewan. Nombor 2, Yang Berhormat Beluran juga tidak hadir dalam Dewan.

Oleh yang demikian, saya jemput Tuan Aminolhuda bin Hassan, Sri Gading.

draft • 10:00 AM

[Soalan No. 1 – YB. Datuk Suhaimi bin Nasir (Libaran) tidak hadir]

[Soalan No. 2 – YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) tidak hadir]

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Speaker. Nama saya Aminolhuda.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Aminolhuda.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Aminolhuda. Soalan nombor 1.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nombor 3.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Untuk hari ini, nombor satulah. Tapi nombor 3 dalam kertas.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kena sebut, YB, nombor 3.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Soalan nombor 3 dalam kertas, nombor satu untuk hari ini.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, baik. On record, soalan nombor 3. Sila, Menteri.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan [Sri Gading] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan sejauh mana tahap keterjaminan makanan negara pada masa ini sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti sekatan import makanan khususnya melibatkan barangan asas seperti beras, gandum, gula, ayam, daging, susu dan sayur-sayuran. Apakah strategi kementerian bagi memastikan Malaysia mampu berdikari.

draft • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sentiasa komited dan positif dalam memperkukuh tahap keterjaminan makanan negara. Laporan Global Food Security Index 2022― ini laporan tiga tahun dulu. Malaysia berada di tahap sederhana dengan score point 69.9. Sekiranya cabaran luar seperti sekatan import makanan berlaku, kadar sara diri dan kadar kebergantungan import akan diguna pakai sebagai indikator pengukuran.

Berdasarkan laporan diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), SSR 2023 bagi beras 56.2 peratus dan ayam 90.2 peratus telah mencatat sedikit penurunan. Namun, peningkatan positif dapat dilihat bagi daging dan susu segar.

Manakala IDR bagi daging lembu, kerbau, daging kambing, biri-biri, susu segar dan sayur-sayuran terpilih seperti cili telah menunjukkan trend penurunan. Namun, masih terdapat peningkatan IDR dicatatkan bagi beras, ayam dan sayur-sayuran yang terpilih. Data ini menunjukkan kebergantungan negara terhadap import masih signifikan walaupun nilai SSR bagi ayam, telur dan sayur-sayuran memang sekarang ini meningkat.

Pada masa ini, status stok fizikal beras negara 21 Oktober 2025 sebanyak 1,190,308 tan metrik meliputi 990,308 tan metrik stok perdagangan dan 200,000 metrik stok penimbal beras. Jumlah ini adalah mencukupi bagi menampung keperluan negara untuk tempoh enam bulan. Manakala sehingga bulan Oktober 2025, unjuran pengeluaran ayam adalah 70.65 juta ekor. Kekal stabil.

Bagi menangani risiko serta meningkatkan kemandirian sumber makanan, pelbagai faktor dilaksanakan. Di antaranya, menambah baik mekanisme pelaksanaan industri padi dan beras. Ini memang menjadi tumpuan. Saya sendiri, kalau lawatan keluar daripada pejabat, hampir separuh saya tumpu kepada padi, Tumpat, sebab ini masalah makanan ruji negara yang perlu kita kerjasama dengan Kerajaan Federal, kerajaan negeri untuk kita meningkatkan pengeluaran beras.

Kedua, mempelbagaikan sumber import bagi bahan makanan asas seperti beras, daging lembu. Ertinya, kita buat macam parking-lah, di bawah negara-negara

draft • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

tertentu. Jadi suatu hal, kita boleh mengimport daripada rakan-rakan dagang kita yang kita telah tandatangani MoU dan sebagainya.

Ketiga, memperkasa industri lembu pedaging untuk tujuan biak baka menerusi program peningkatan ruminan dan program pembiakbakaan. Dalam ruminan ini, kita berusaha untuk mencapai 50 peratus dalam tahun 2030. Dengan program-program yang dibentangkan, saya berkeyakinan kita akan capai angka itu.

Begitu juga pelaksanaan program industri tenusu negara yang berkembang pesat sekarang ini, terutamanya di bawah Farm Fresh dan juga F&N yang mereka membuat ternakan secara besar-besaran dan akan mencapai SSR susu tidak lama lagi.

Mempertingkatkan kualiti baka benih akuakultur dan varieti padi. Akuakultur kita sedang bergerak mencapai SSR yang agak memuaskan dan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa. Saya serah secara bertulislah. Agak panjang lagi program-program itu. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan. Saya jemput Sri Gading.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Menteri Pertanian yang telah memberikan jawapan yang panjang dan tindakan yang sangat baik berdasarkan kepada kejayaan menguruskan ayam dan telur dengan tidak ada lagi subsidi dan nampaknya harga pun semakin stabil.

Cuma, yang dibimbangi pada Sri Gading dan juga rakyat Malaysia khususnya, walaupun mungkin gandum bukan makanan ruji tapi dia sebahagian besar daripada pemakanan kita. Begitu juga beras, dah tentulah makanan ruji.

Seandainya berlaku― sebagai contoh, peperangan di Ukraine dan Rusia, mengakibatkan harga gandum naik.

draft • 10:00 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Apakah pilihan kerajaan untuk memastikan selain daripada gandum untuk pilihan mereka? Satu. Yang keduanya, andai kata kita lihat peperangan antara India dengan Pakistan ataupun Vietnam dengan Kemboja. Kemboja dengan Thailand berlaku berulang balik, sedangkan negara-negara ini adalah merupakan pengeluar beras dan kita mengimport beras yang berkenaan.

Apakah langkah kerajaan untuk memastikan negara kita ini ada jelapang padi, selain daripada MADA dan KADA sepertimana yang ada di Sarawak dalam perancangan kerajaan untuk memastikan ia nya memang boleh dilaksanakan, boleh diusahakan? Adakah pihak kerajaan akan membawa petani-petani yang

draft • 10:10 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

berpengalaman daripada Kedah ataupun daripada KADA ataupun MADA untuk membantu pembangunan di Sarawak?

Selain itu, apakah langkah kerajaan untuk membantu negeri-negeri yang tak termasuk dalam KADA dan MADA seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor?

Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Memang hak keterjaminan makanan ini kita buat sekarang secara intensif. Bukan hanya KPKM tetapi gabungan kementerian-kementerian lain termasuk Kementerian Ekonomi, Kementerian Desa dan Wilayah dan beberapa kementerian yang lain kita gabungkan tenaga dan dua-dua Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam sekuriti makanan ini.

Sebab itulah kita membuat tumpuan yang begitu tinggi sekali.

draft • 10:10 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Kita juga bersama— kita harap kerajaan negeri tidak ada masalah dari segi nak memberi tanah diperlukan oleh pihak kementerian, terutama dalam keterjaminan makanan. Sebab itu kita lihat bagi tahun 2026, Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan memperuntukkan RM223 juta bagi melaksanakan sembilan projek pembangunan di Sarawak. Misalnya, Batang Lupar, Kota Samarahan, Serian, Igan.

Ini ke arah kita nak meningkatkan produk padi di Sarawak. Di Sabah juga ada program-program tertentu, membawa petani yang berpengalaman ke Sarawak dan Sabah itu belum kita bincangkan. Sebab setakat ini rakyat Sabah dan Sarawak setakat ini mampu mengendalikan pembesaran ataupun sawah-sawah baru yang dibuat di sana dan belum ada rancangan untuk membawa pesawah daripada Semenanjung untuk membuat ladang-ladang sawah di Sabah dan Sarawak.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput Tanjong Karang.

draft • 10:10 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, menyentuh soal keterjaminan makanan negara, khususnya sumber protein laut. Laporan SSR – Self-Sufficiency Ratio Perikanan 2024 menunjukkan tahap sara diri sebanyak 91.6 peratus. Namun bagi kategori udang, pengeluaran masih rendah. Hanya sekitar 800 metrik tan setahun dengan nilai lebih RM42 juta sahaja.

Tanjong Karang ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, sejauh mana Projek Akuakultur Marin Udang Harimau di Tanjong Karang

draft • 10:10 AM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

yang melibatkan lebih 200 kolam udang bersaiz dua ekar setiap satu yang telah beroperasi sejak 2009 telah menyumbang kepada SSR perikanan negara, khususnya SSR udang itu sendiri. Yang lebih penting, adakah kementerian mempunyai pelan untuk memperkukuh industri udang tempatan ini bagi salah satu sumber utama protein dan eksport yang bernilai tinggi untuk negara? Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih Tanjong Karang. Memang industri udang ini memang keluarannya baik. Di antaranya kita menghadapi masalah, terutamanya untuk dieksport ke Thailand. Perundingan sedang berlangsung supaya ada penyelesaian antara DOF dengan Department of Fisheries, dengan Kerajaan Thailand, untuk kita mengeksport udang kita ke sana. Soal spesifik Tanjong Karang, berapa kolam dan sebagainya, itu saya mohon untuk jawab bertulis.

Tapi secara umumnya, akuakultur berkembang dengan baik di Malaysia sekarang ini dan ia nya menampung sedikit kekurangan tangkapan laut dan akuakultur termasuk di dalam laut dan juga di atas— dia di darat dan juga di sungai- sungai. Ia nya kita telah mencapai SSR dalam bidang perikanan ini, di antaranya kerana penambahbaikan dalam akuakultur. Yang soalan di Tanjong Karang berapa kolam itu saya akan jawab secara bertulis kerana soalan itu spesifik. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tan Sri, mohon.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Ahmad bin Saad, Pokok Sena.

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Assalamualaikum Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor empat.

draft • 10:10 AM

4. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya [Pokok Sena] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah bantuan serta peruntukan yang telah disalurkan kepada sekolah agama rakyat bagi tahun 2025.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena atas soalan yang diajukan. Izinkan saya untuk memberikan jawapan dan pencerahan sebaiknya dan Kerajaan MADANI sentiasa prihatin terhadap institusi pendidikan Islam termasuk sekolah agama rakyat.

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Bermula 2023 sehingga 2025, Kementerian Kewangan telah menyalurkan peruntukan khas Kerajaan Persekutuan, bantuan selenggara dan naik taraf sejumlah RM370 juta kepada JAKIM. Sepanjang tempoh tersebut, jumlah peruntukan yang disalurkan adalah:

2023, RM100 juta; 2024, RM120 juta; dan 2025, RM150 juta.

Nampak kenaikan. Peruntukan khas ini diteruskan pada tahun 2026 melalui pengumuman Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan peruntukan RM150 juta bagi tujuan menambah baik prasarana dan lain-lain kepada institusi pendidikan Islam, termasuk sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz, institusi pondok yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri di seluruh negara.

Sekolah agama rakyat adalah merujuk kepada semua sekolah rendah agama negeri, sekolah menengah agama negeri, sekolah rendah agama rakyat, sekolah menengah agama rakyat, sekolah rendah agama swasta dan sekolah menengah agama swasta yang berdaftar di negeri-negeri. Ini bermakna semua sekolah agama yang berdaftar di negeri-negeri adalah termasuk dalam kategori sekolah agama rakyat walaupun tidak menggunakan nama sekolah agama rakyat.

Berdasarkan garis panduan pengurusan peruntukan khas Kerajaan Persekutuan, bantuan selenggara dan naik taraf institusi pendidikan Islam JAKIM yang berkuat kuasa, skop projek selenggara dan naik taraf yang layak dipertimbangkan bagi pembiayaan bantuan peruntukan khas meliputi pertama, dia ada enam kluster:

(i) aspek keselamatan;

(ii) selenggara dan naik taraf infrastruktur;

(iii) pencegahan kebakaran;

(iv) pendawaian elektrik;

(v) selenggara dan naik taraf bangunan; dan

(vi) sistem perpaipan.

Skop projek selenggara dan naik taraf ini akan dikaji bagi tujuan peluasan untuk tahun 2026 dan seterusnya. Bagi prestasi pada tahun 2025, suka ingin saya kongsikan. Prestasi perbelanjaan peruntukan khas tahun semasa sehingga 5 November 2025, JAKIM telah menyalurkan 100 peratus jumlah peruntukan iaitu RM150 juta. Sebanyak 1,250 sekolah agama rakyat iaitu 820 buah sekolah agama

draft • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

dan 430 premis KAFA di bawah kerajaan negeri telah menerima peruntukan sejumlah RM87,720,268 dan baki sejumlah RM62,927,732 yang telah diagihkan kepada institusi pendidikan Islam lain yang terpilih. Dalam erti kata yang lain, JAKIM telah menunaikan amanahnya menyalurkan keseluruhan peruntukan RM150 juta pada tahun ini. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pokok Sena.

draft • 10:10 AM

Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekolah agama rakyat ini ada di bandar dan juga ada di luar bandar. Jadi, apa yang ingin saya bangkitkan ialah apakah mekanisme yang diguna pakai oleh kerajaan bagi memastikan agihan sumbangan ini setara dan adil antara sekolah agama di bandar dan juga di luar bandar? Di samping itu, saya juga melihat bagaimana sudah tertubuh satu Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Kebangsaan (JPPIK) yang ditubuhkan di bawah MKI.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena.

draft • 10:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:20 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Baik. Boleh kita kongsikan berkenaan dengan soalan yang bahagian pertama iaitu sekolah bandar dan luar bandar, macam mana menyelaraskan. Buat pemakluman semua, bahawa permohonan itu dibuat oleh institusi pendidikan Islam itu sendiri berdasarkan keperluan.

Ini bermakna one size does fits for all, bukannya dengan izin, bukan menjadi asas tetapi ianya berdasarkan kepada keperluan dan juga apa yang diperlukan oleh institusi pendidikan Islam. Sebagai contoh, taburan kepada pecahan agihan ini, bandar dan luar bandar. Institusi pondok swasta sebanyak 76 buah (IPI) institusi pendidikan Islam, institusi tahfiz swasta – 274 buah, institusi pendidikan Islam, sekolah agama – 820, 51 peratus, kelas fardu ain ada 430.

Ini bermakna taburannya juga adalah tidak— adalah mengikut keperluan sepertimana permohonan kerana kita sudah ada peringkat jawatankuasa yang menilainya. Daripada peringkat jawatankuasa teknikal, mahupun jawatankuasa induk yang akan memastikan bahawa permohonan ini akan dapat memberikan manfaat dan juga bersesuaian dengan keperluan. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Shah Alam.

draft • 10:20 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan tadi. Saya ingin bertanya berkenaan sekolah agama rakyat ini yang diusahakan oleh badan-badan swasta.

Kita tahu mereka ini juga banyak membantu, menampung dan complement kepada sekolah-sekolah agama yang ada.

Jadi, saya ingin bertanya, apakah bantuan-bantuan yang mungkin khusus, yang boleh diperolehi oleh mereka yang mengusahakan sekolah agama swasta ini?

Yang keduanya, berkenaan dengan apakah nasihat Yang Berhormat Menteri kepada sekolah-sekolah swasta ini yang menghadapi masalah untuk mendaftarkan anak mereka untuk menghadapi peperiksaan UPKK supaya tidak berlaku lagi sebagaimana yang berlaku kepada 80 orang pelajar di sekolah— sebuah sekolah di Puchong baru-baru ini? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Dr. Zulkifli bin Hasan

Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum itu, saya ingin memaklumkan bahawa soalan bahagian kedua iaitu mengenai JPPIK, kita akan hantar jawapan bertulis. Tidak sempat.

Baik, berkenaan soalan diberikan, ada juga dua bahagian. Yang pertama, sekolah agama rakyat swasta, bantuan apakah yang boleh, khusus yang akan boleh diberikan. Daripada aspek ini, setakat ini, bantuan ini telah memberi manfaat yang banyak dengan peruntukan 150 juta dan bantuan-bantuan lain yang ada itu adalah mengikut negeri masing-masing. Dan untuk nasihat kami kepada pihak sekolah agama rakyat swasta yang belum mendaftar ataupun yang merasakan bahawa perlu mendaftar, untuk itu kita ingin menasihatkan kepada semua.

Kerana bagi memastikan, menjamin kebajikan dan juga keselamatan malahan kebajikan anak-anak kita ini, kita nasihatkan mereka untuk mendaftar.

Sekiranya belum cukup ataupun belum memenuhi syarat untuk pendaftaran, untuk melihat kebajikan anak-anak ini dapat kita pelihara, bolehlah kita mendaftar ataupun buat sementara waktu, di sekolah-sekolah lain yang dibenarkan untuk mengikuti peperiksaan.

Dan ini telah pun dilakukan oleh banyak sekolah-sekolah, malahan sekolah- sekolah yang mengalami masalah itu pun pernah melakukannya. Ini bermakna kita sudah ada peraturan yang perlu diikuti dan perlu memastikan bahawa proses dipatuhi bagi memastikan standard dan juga kebajikan anak-anak kita. Daripada semua sekolah, insya-Allah, mendaftarlah sebaiknya. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Jalaluddin bin Haji Alias, Jelebu.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan Jelebu, nombor 5.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:20 AM

5. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah dasar kementerian terhadap perkembangan pesat e-sukan dan bagaimana ia boleh dijadikan sumber ekonomi negara selain hanya dilihat sebagai hiburan belia.

draft • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa peka akan perkembangan sukan di Malaysia, termasuk sukan elektronik ataupun e-sukan. E-sukan telah diiktiraf sebagai salah satu sukan dalam Jadual Pertama, Akta Pembangunan Sukan 1997 menerusi (Pindaan) pada Mac 2023.

Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan Bilangan 1 tahun ini, e-sukan telah ditetapkan sebagai salah satu sukan teras prestasi tinggi berdasarkan beberapa kriteria utama seperti penyertaan dan prestasi dalam kejohanan antarabangsa, pengurusan sukan serta program pembangunan atlet di samping 19 jenis sukan yang lain.

Bagi tujuan membentuk sebuah ekosistem yang menyokong dan memperkasa e-sukan seiring dengan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik KBS 2020–2025, Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG) telah dibangunkan pada tahun 2023 bermatlamat untuk memberi panduan kepada semua pemegang taruh e-sukan berkaitan tadbir urus yang lebih efektif, etika, hak dan tanggungjawab selain menggariskan panduan dan prosedur untuk membuat keputusan, kawalan dalaman dan pengurusan risiko yang lebih baik.

Sebagai sebuah dokumen hidup, penambahbaikan berterusan kepada NESDEG dilakukan dengan pengemaskinian teras dan kandungan hasil sesi libat urus bersama industri. Untuk makluman Yang Berhormat, KBS kini sedang melaksanakan sesi libat urus bagi pembangunan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Elektronik bagi tahun 2026 hingga 2030. Pelan ini dirangka sebagai kesinambungan kepada pelan sebelum ini dengan mengambil kira pencapaian, cabaran dan penambahbaikan yang diperlukan.

draft • 10:20 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Pelan strategik baharu ini akan memberi tumpuan kepada hala tuju pembangunan sukan elektronik negara bagi tempoh lima tahun yang akan datang, khususnya dalam aspek pembangunan bakat, penyediaan infrastruktur sokongan, pengukuhan ekosistem industri, pemantapan tadbir urus serta pembinaan kerjasama strategik dengan sektor swasta dan rakan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, perlu dijelaskan bahawa bukan semua permainan video ataupun permainan dalam talian tergolong sebagai e-sukan. Namun demikian, pihak KBS sentiasa prihatin dalam melihat ekosistem secara lebih luas yang merupakan kelompok belia awal yang membabitkan pelajar sekolah yang merupakan kelompok belia awal. Ekoran beberapa insiden berlaku dalam kalangan belia termasuk kanak- kanak baru-baru ini, saya telah bertemu Roblox Corporation pada 28 Oktober untuk membincangkan situasi semasa penyertaan belia dalam permainan dalam talian

(online game) dalam platform Roblox.

Roblox telah maklumkan bahawa kini mereka mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia, termasuk lebih satu juta di Malaysia. Dengan capaian sebesar ini, tanggungjawab melindungi pengguna muda tidak boleh dipandang ringan. Saya telah menyuarakan kebimbangan ini kepada pihak Roblox dan mereka memberikan jaminan untuk mempertingkatkan keselamatan melalui penggunaan teknologi AI dan pemantauan manusia serta bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia, terutamanya melibatkan perkongsian data dan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan. Kita mahu dunia digital yang bukan saja menyeronokkan tetapi juga membina karakter dan nilai yang betul untuk generasi akan datang.

Silakan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Jelebu.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua, saya teliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri dan saya nak ucapkan terima kasihlah di atas jawapan yang saya kira adalah merupakan jawapan yang jelas. Cumanya Yang Berhormat Menteri, e-sport ataupun sukan elektronik ini, dia secara total berbeza. Zaman Jelebu, zaman Segambut, zaman Tan Sri Yang di- Pertua, zaman Rembau, e-sport ini dia tidak menjadi satu prioriti, keutamaan.

Tapi sekarang ini, kalau di kalangan anak muda, dia dah jadi satu trending, khususnya di media sosial dan kementerian pula promote lagi pasal e-sport ini.

Soalan saya cuma nak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah perancangan kerajaan ataupun ada tidak perancangan kerajaan dalam soal market demand ataupun yang boleh diterjemahkan kepada peluang pekerjaan dan pembangunan

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

ekonomi tempatan hasil daripada produk e-sport ataupun sukan elektronik di kalangan anak-anak muda?

Yang kedua, Dato’ Tan Sri Yang di-Pertua, yang ini penting Tan Sri ya, pasal kita dah dengar, tadi pun Yang Berhormat Menteri dah sebut pasal kes jenayah, fasal kes Roblox dan sebagainya. Walaupun Roblox memberi jaminan untuk mengadakan satu KPI atau kawalan dalam soal penggunaan ataupun budaya permainan di kalangan anak-anak muda.

Soalan saya, Dato’ Yang di-Pertua, kementerian juga harus gubal satu garis panduan di kalangan anak-anak, terutamanya remaja dan pelajar sekolah. Yang baru-baru ini berlaku pelajar menggunakan kekerasan dan menggunakan hasil terpengaruh daripada permainan ataupun e-sport ataupun sukan elektronik ini.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Apakah pihak kementerian, terutamanya KBS, dalam soal mempromosikan e-sport secara aktif dan serius di sekolah? Maknanya KBS benarkan tidak program- program yang berkaitan dengan sukan elektronik, terutamanya bagi pelajar-pelajar di sekolah peringkat rendah dan menengah sekarang ini. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa soalan dalam soalan tambahan tersebut tetapi bagi saya mengambil sedikit masa untuk menjelaskan.

Untuk sokongan e-sports di Malaysia, kita kena lihat satu, adalah mengenai pembangunan atlet elit yang mewakili Malaysia untuk bertanding dalam kejohanan e-sports.

draft • 10:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Yang itu, kita berikan sokongan dana melalui Majlis Sukan Negara, melalui dana-dana Kementerian Belia dan Sukan melalui agensi kita iaitu Impact.

Yang keduanya adalah mengenai soal ketagihan, masalah sosial yang KBS juga bertanggungjawab, khasnya bila mereka melibatkan golongan belia. Dan ketagihan gadget merupakan salah satu ketagihan ataupun masalah sosial yang serius dalam kalangan remaja. Jadi, KBS kena memainkan peranan seimbangkan pembangunan dalam kalangan belia dalam pembangunan sukan.

Untuk yang mewakili Malaysia, yang ini tak ada soalan untuk melihat sama ada KBS akan sokong atau tidak. Kalau mereka mewakili Malaysia pergi, ada bakat,

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

memang KBS akan menyokong mereka, tetapi soal mendedahkan e-sports, mempromosikan e-sports di peringkat sekolah, seperti yang saya jawab, e-sports merupakan salah satu sukan teras yang mempunyai skor tinggi. Bermaksud, persatuan sukan mereka bagus, mereka ada ekosistem yang menyokong pembangunan e-sports. Dalam market di luar sana, memang tak ada isu dana kerana banyak yang mengikuti e-sports. Jadi, sponsors ramai.

Tetapi untuk promosikan secara aktif dalam sekolah, satu saya nak jelaskan, KBS mengambil dasar sangat konservatif untuk mempromosikan di sekolah. Buat masa ini, ketagihan gajet serta penggunaan berlebihan dalam kalangan pelajar kekal menjadi kebimbangan. Justeru, kawalan dan bimbingan bermula dari rumah oleh ibu bapa amat diperlukan agar minat terhadap e-sukan dapat diurus secara seimbang.

Setakat ini, tiada promosi secara aktif dilaksanakan sama ada oleh KBS mahupun Kementerian Pendidikan ke atas e-sports di sekolah.

Walau bagaimanapun, beberapa sesi siri libat urus telah diadakan bersama KPM menerusi Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian. Hasil dari libat urus tersebut, KPM telah menyediakan kertas cadangan dan draf garis panduan bagi pelaksanaan e-sukan di sekolah.

Berdasarkan pemakluman daripada Kementerian Pendidikan, mulai tahun depan, KPM akan menilai dan memberikan sokongan kepada penganjuran pertandingan e-sukan oleh agensi luar yang melibatkan murid bagi tujuan pengiktirafan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum.

Sokongan ini akan diberikan hanya kepada penganjur yang menggunakan judul permainan yang telah diluluskan berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penilai Judul Permainan. Jawatankuasa ini turut melibatkan Unit Psikologi Kaunseling dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan setiap judul dan kandungan permainan adalah sesuai dengan konteks pendidikan serta tidak menjejaskan kesejahteraan murid.

KBS menerusi Majlis Sukan Negara dan Impact telah menyumbang input termasuk penyerahan NESDEG sebagai dokumen rujukan utama untuk draf garis panduan e-sports oleh KPM. KBS dan KPM akan terus berbincang bagi menyokong pertumbuhan e-sukan sambil memastikan kepentingan terbaik pelajar terpelihara.

Jadi jangan risau, kita akan pastikan yang dibenarkan untuk bertanding, melindungi kanak-kanak. Itu adalah prioriti utama KBS, KPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Soal pembangunan ekonomi, infrastruktur e-sports, saya nak nyatakan bahawa e-sukan bukan sekadar hiburan, tetapi mampu menjadi sumber ekonomi baru negara. E-sukan berupaya melahirkan pemain profesional bertaraf antarabangsa, di samping mewujudkan peluang kerjaya baru seperti jurulatih, pengurus pasukan, pengulas profesional, pengurusan acara serta penghasilan kandungan digital. Pendekatan ini bukan saja membuka ruang pendapatan baru kepada belia malah menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem ekonomi digital negara.

KBS melalui Geran Padanan Sukan, Dana Sukan Komuniti dan juga dana yang disediakan oleh Impact, memberikan peluang kepada industry player ataupun kelab-kelab belia dan persatuan-persatuan untuk memohon jika mereka mahukan bantuan kewangan oleh kerajaan untuk penganjuran pertandingan e-sports. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Padang Terap.

draft • 10:30 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya lihat dalam NESDEG yang diperkenalkan oleh KBS, ada dalam Teras 2 iaitu melarang semua bentuk penipuan, manipulasi dan rasuah dalam aktiviti e-sukan.

Ada beberapa kes yang telah berlaku. Contohnya kes Nik ‘Dominus’ yang cuba melakukan pengaturan perlawanan dan menawarkan rasuah kepada dua pemain Bountee Esports untuk kalah sengaja dalam satu perlawanan. SPRM pada tahun 2023 telah memberikan amaran berlaku— Sukan e-sukan ini berlaku terdedah kepada rasuah dan perjudian.

Soalan saya, dengan potensi hadiah lumayan e-sukan yang boleh mencecah jutaan Ringgit, apakah pihak KBS bercadang untuk meningkatkan kuasa undang- undang di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 untuk membendung risiko penipuan dan manipulasi rasuah di dalam e-sukan negara? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Soalan yang bagus. Satu, ya, KBS merancang untuk meneliti semula isu penguatkuasaan dalam Akta Pembangunan Sukan. Dan KBS sedang menjalankan roundtable discussion dengan pemegang taruh kita untuk melihat bagaimana kita boleh meminda Akta Pembangunan Sukan untuk menjadikannya lebih efektif, memberikan kuasa kepada pesuruh jaya sukan dan Menteri. Oleh sebab itu, kita jangkakan pindaan kepada Akta Pembangunan

draft • 10:30 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sukan, kita mahu— Target kita adalah untuk kita bentangkan pada tahun hadapan supaya kita boleh tutup semua gap sedia ada.

Yang keduanya, KBS sentiasa berbincang dengan SPRM untuk melihat isu- isu rasuah dalam sukan. Jadi untuk makluman, SPRM telah datang ke Majlis Sukan Negara dan ada sign MOU bersama persatuan-persatuan sukan juga untuk memberikan panduan kepada mereka dan sesi pendidikan ini berterusan untuk pastikan semua faham mengenai impak rasuah terhadap sukan. Yang pentingnya adalah online gaming, Illegal online gaming. Yang ini, kerajaan hilang banyak sumber kewangan kerana online gaming yang berleluasa.

Untuk isu ketagihan gajet untuk masalah belia, online gambling, perjudian haram online melibatkan belia, yang ini memang tinggi juga. Tapi data itu Yang Berhormat saya tak ada sekarang, tetapi saya nak bagi jaminan bahawa ini memang dalam perbincangan Kementerian Belia dan Sukan bersama SPRM. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Hassan bin Saad, Baling.

draft • 10:30 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 6.

draft • 10:30 AM

6. Tuan Hassan bin Saad [Baling] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan langkah-langkah kementerian memastikan laporan melalui e-Sepakat benar-benar digunakan untuk mencegah konflik perkauman dan meningkatkan keharmonian.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat, e-Sepakat adalah sistem yang dibangunkan sebagai pangkalan data utama dalam mengurus isu perpaduan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi memastikan laporan melalui sistem e-Sepakat berkesan dalam usaha mencegah konflik perpaduan adalah seperti berikut:

(i) analisis data dan pemetaan kawasan berisiko;

(ii) rujukan data untuk pembangunan dasar dan polisi;

(iii) tindakan intervensi dan program perpaduan; dan

(iv) pengurusan isu secara bersepadu.

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem e-Sepakat pada masa ini hanya boleh diakses dan dilaporkan oleh pegawai perpaduan di peringkat daerah dan negeri.

Bagi menambah baik perkhidmatan yang lebih mesra rakyat, Kementerian Perpaduan Negara melalui JPNIN telah memperkenalkan Rangkaian Aduan Komuniti Awam Nasional atau RAKAN, sebuah platform digital yang membolehkan orang awam melaporkan sebarang isu atau ancaman yang berpotensi menggugat keharmonian serta keselamatan komuniti.

Antara jenis isu yang boleh dilaporkan melalui RAKAN termasuklah:

(i) khabar angin atau tanda awal ancaman perpaduan;

(ii) insiden ketegangan kaum atau agama;

draft • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

(iii) isu perkauman, diskriminasi atau penghinaan agama;

(iv) konflik komuniti yang berisiko menjejaskan keharmonian; dan

(v) apa-apa kejadian yang boleh menyebabkan ketegangan sosial di peringkat komuniti.

Cara menggunakan RAKAN adalah mudah. Orang awam hanya perlu melayari laman web rasmi di pautan iaitu rakan.jpnin.gov.my. Hasil laporan yang dikumpul melalui platform RAKAN akan dianalisis oleh JPNIN dan disalurkan kepada agensi-agensi berkaitan seperti PDRM, MKN atau SKMM serta dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan yang dianggotai oleh 12 agensi kerajaan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.

Bagi lokaliti yang memerlukan intervensi segera, kementerian akan menggerakkan pasukan mediator komuniti untuk membantu menyelesaikan pertikaian atau konflik secara harmoni di peringkat komuniti. Hasil pelaksanaan inisiatif ini menunjukkan sebanyak 215 kes berjaya diselesaikan oleh mediator komuniti sepanjang tahun 2014— minta maaf, 2024 menggambarkan keberkesanan pendekatan dialog dan pendamaian dalam menangani isu perpaduan di lapangan.

Kementerian sentiasa berusaha memastikan bahawa laporan yang diterima melalui RAKAN tidak hanya menjadi rekod semata-mata, tetapi menjadi alat penting dalam pencegahan konflik dan pengukuhan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Baling.

draft • 10:40 AM

Tuan Hassan bin Saad - Baling

Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya. Apakah langkah strategik kerajaan bagi memastikan fungsi e-Sepakat sebagai sistem amaran awal dan analitik sosial benar-benar digunakan untuk membina dasar intervensi yang telus dan berpaksikan rakyat, bukan sekadar alat pelaporan atau pemantauan politik?

Adakah kerajaan menetapkan protokol tadbir urus data perpaduan nasional yang menjamin privasi rakyat dan memastikan setiap laporan ditindak secara objektif agar sistem ini tidak menimbulkan ketakutan, tetapi keyakinan terhadap keadilan dan kebersamaan? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Timbalan Menteri.

draft • 10:40 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih atas soalan tambahan tadi.

Dari segi pengurusan maklumat yang diterima daripada e-Sepakat, ia diklasifikasikan kepada enam kluster iaitu perkauman, kenyataan berbaur kebencian, tadbir urus dan pembangunan, agama, keselamatan dan politik, dan semua aduan ini diverifikasikan oleh pegawai dan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat.

Seperti mana yang saya katakan tadi, ia disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat dan juga ia diangkat untuk dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Isu Perpaduan di mana sebanyak 12 agensi kerajaan mewakili dalam jawatankuasa ini dan perkara-perkara yang harus ditangani dengan segera disegerakan melalui mediator komuniti.

Jadi, e-Sepakat bukan sahaja berfungsi sebagai satu medium untuk menyalurkan data ataupun simpan data tetapi action intervensi ataupun tindakan intervensi dan juga tindakan susulan diambil mengikut keperluan dan kecemasan mengikut keadaan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batu Pahat.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, adakah kementerian bersedia untuk terbitkan laporan berkala hasil daripada data e-Sepakat agar masyarakat dapat menilai tahap keharmonian ataupun langkah yang telah diambil oleh kerajaan secara terbuka dan telus. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih Yang Berhormat.

Berkenaan dengan laporan isu perpaduan tahunan, ia dipaparkan dalam sistem dan ia dapat dilihat oleh orang awam daripada— tetapi maklumat pengadu dan

draft • 10:40 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

sebagainya tidak dipaparkan tetapi isu perpaduan mengikut tahun dan isu perpaduan mengikut kategori dipaparkan. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Puan Wong Shu Qi, Kluang.

draft • 10:40 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tan Sri Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya nombor 7.

draft • 10:40 AM

7. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan bilangan warganegara Malaysia yang sedang ditahan atau telah dijatuhi hukuman di luar negara sehingga kini melibatkan kes penipuan dalam talian, dengan pecahan mengikut kaum, jantina dan negara tempat mereka berada.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Kluang yang bertanyakan berkenaan dengan jumlah tahanan rakyat Malaysia di luar negara yang menyalahi undang-undang di negara-negara di luar yang bersangkut-paut dengan penipuan dalam talian. Ramai yang kena tahan, Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat Malaysia yang khusus di atas kesalahan dalam talian.

Setakat 8 November baru-baru ini, tiga hari lepas ataupun dua hari lepas 2025 – 837 orang rakyat Malaysia yang ditahan khusus atas kesalahan penipuan dalam talian sahaja. Itu satu segmen kes saja. Banyak lagi kesalahan beribu-ribu rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara. Ini juga menjadi masalah kepada kita.

Kita nak membina, nak melonjakkan imej negara, tapi banyak rakyat kita yang ditahan di luar negara di atas kesalahan-kesalahan yang boleh mencemar nama negara kita.

Pecahan kaum Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang diminta oleh Kluang, sebanyak 765 orang kaum Cina, 34 orang kaum Melayu, 33 orang kaum India dan lima orang kaum-kaum etnik yang lain, rakyat Malaysia. Yang paling ramai ditahan Tan Sri Yang di-Pertua, ialah di negara China, di Republik Rakyat China, seramai 545 orang ditahan – 505 orang lelaki, 40 perempuan.

Kedua, rakyat Malaysia yang ramai ditahan atas kesalahan penipuan dalam talian ialah negara Singapura, jiran kita; 162 orang jumlahnya – 148 orang lelaki, 14 orang perempuan. Yang lain itu, di Jepun (34), Korea (22), India (20), Indonesia (11), Thailand (10), yang lain itu sikit-sikitlah, Tuan Yang di-Pertua.

Kita menasihatkan supaya rakyat Malaysia bila- bila mereka berada di luar negara supaya bila mereka mengembara ke luar negara sentiasa berwaspada dan

draft • 10:40 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

memahamilah undang-undang di negara yang mereka lawati. Kita sebelum mungkin mahu supaya rakyat Malaysia menjadi rakyat ataupun pelancong yang cemerlang.

Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kluang.

draft • 10:40 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih atas maklumat yang sangat- sangat terperinci dari Menteri Luar Negara. Jadi saya ada dua soalan utamanya.

Adakah kerajaan merancang untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan supaya sebelum kesemua bakal mangsa melangkah ke luar negara, mereka dapat nasihat terakhir khususnya anak muda yang memang tidak ada pengalaman dalam kehidupan mereka? Tak tahu mereka sebenarnya bakal jadi mangsa kes penipuan atau akan terlibat dalam kes sindiket scammer. Jadi, mereka diberi nasihat terakhir di lapangan terbang secara terakhirlah sebelum mereka ambil flight keluar. Jadi, ini adalah penting untuk elakkan mereka terlibat dalam kes-kes jenayah tersebut.

Kedua, bagaimana pejabat perwakilan Malaysia di luar negara dapat membantu dari segi sokongan guaman dan juga hak asasi Orang Kena Tahan Malaysia di luar negara? Adakah kerajaan sediakan bajet supaya warga Malaysia, ya, mereka terlibat dalam kes-kes jenayah? Tapi, bagaimana kita dapat membantu mereka supaya hak asasi mereka terjamin?

Maaf, soalan terakhir yang saya ingin tanya. Dalam maklumat tersebut, adakah nombor iaitu jumlah di negara China itu terlibat atau merangkumi statistik dari Taiwan juga kerana setahu saya ada juga beratus-ratus warga Malaysia ditahan di Taiwan. Jadi, saya mohon maklumat terperinci sekiranya ada. Sekian, terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Silakan, Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tan Sri Yang di-Pertua, cadangan oleh Kluang tersebut untuk memberi nasihat kepada setiap bakal-bakal pelancong ataupun rakyat Malaysia yang sebelum menaiki kapal terbang agar mereka berhati-hati dan mengelakkan daripada menjadi sebagai orang yang digunakan untuk sebagai drug mule ataupun apa-apa. Itu satu cadangan yang baik, tetapi bolehlah kita panjangkan kepada Menteri Kementerian Pengangkutan agar syarikat penerbangan ataupun lapangan-lapangan terbang membuatkan pengumuman-pengumuman yang di— dah recorded pengumuman untuk supaya mengingatkan rakyat Malaysia berhati-hati.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Nombor dua, bantuan Konsular. Bantuan Konsular ini, Tan Sri Yang di-Pertua adalah bantuan yang diberikan oleh pejabat-pejabat perwakilan di luar negara, jika pejabat perwakilan kita dihubungi oleh negara di mana rakyat Malaysia itu ditahan.

Kalau dihubungi, kita akan pergi berjumpa dengan rakyat Malaysia yang ditahan tersebut dan akan bertanya apakah keperluan mereka, sama ada mereka nak kita beritahu keluarga, sama ada mereka nak kita mengadakan khidmat perguaman atas kemahuan mereka, bukan oleh kerajaan, sama ada apa sahaja.

Tetapi kadang-kadang ada rakyat Malaysia yang ditahan, Tan Sri Yang di- Pertua, kita tak tahu kerana ada negara yang mengamalkan dasar menghormati hak asasi individu sehinggalah jika yang ditahan itu minta supaya boleh diberitahu kepada kedutaan ataupun keluarga mereka. Bahagian Konsular akan menguruskan perkara-perkara ini dan untuk pengetahuan Kluang, kita tidak ada bantuan untuk kita mengadakan peguam. Peguam ini, bantuannya ataupun khidmat guam ini perlu diadakan oleh keluarga yang ditahan agar yang ditahan dapat diwakili oleh peguam.

Ada juga negara, Tan Sri Yang di-Pertua, yang negara itu memberikan khidmat peguam percuma untuk mewakili yang ditahan. Ini berbagai-bagai kerana tidak semua negara. Tetapi apa yang perlu dilakukan oleh setiap negara ialah menghormati Konvensyen Vienna 1963 mengenai bantuan Konsular kepada mereka-mereka yang memerlukan Bantuan Konsular. Ada dia punya Konvensyen Vienna. Perjanjian kita, kita sebagai penandatangan, Malaysia menandatangani kita punya Vienna Convention tersebut yang diadakan pada 1963, itu.

Tetapi ada perkara-perkara yang— ada negara yang mengamalkan hak asasi yang sepenuhnya. Ramai rakyat kita yang saya jangkakan, Tan Sri Yang di-Pertua, yang ditahan, yang kita tak dapat kesan kerana yang ditahan tersebut memang tak mahu di— sesiapa keluarga mereka tahu yang mereka ini kena tahan ataupun kadang-kadang negara tersebut menghormati hak asasi, mereka tidak mahu beritahu kita punya Consular, macam-macam.

Tapi, jika diberitahu, jika negara ataupun pihak yang menahan, di mana jua rakyat Malaysia ditahan beritahu pejabat kita, kita akan mengadakan khidmat Konsular dan akan berjumpa dengan mereka yang ditahan dan akan sebaik mungkin untuk memberikan apa jua khidmat yang diperlukan oleh mereka, terutamanya menghubungi keluarga ataupun menghubungi peguam-peguam yang mereka perlukan. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kapar.

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Menteri, berapa ramai pula warga luar yang ditahan menjalankan jenayah komersial sedemikian di dalam negara kita dan adakah jenayah yang berlaku itu memberi kesan kepada hubungan bilateral Malaysia dan negara terbabit terutama dari sudut kelebihan visa on arrival? Yang keduanya, baru-baru ini mesyuarat di peringkat ASEAN ada menandatangani ASEAN Declaration on Combatting Cybercrime and Online Scams khusus bagi menangani isu penipuan atas talian melibatkan kerjasama ASEAN.

Maka, apakah perancangan kementerian untuk bekerjasama dalam Working Group on Anti-Online Scams di peringkat ASEAN yang melibatkan koordinasi penguatkuasaan rentas sempadan serta perkongsian intel antara dua negara dan rantau Asia Tenggara ini dan sejauh manakah kerjasama ini boleh mengatasi perbezaan kapasiti penguatkuasaan antara negara anggota supaya langkah menangani jenayah scam ini boleh lebih terancang dan lebih efisien? Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Tan Sri Yang di-Pertua, soalan itu panjang sangat. Kapar, terima kasih ya. Saya ini bukannya walking bible.

Jadi, saya tak dapat nak jawab satu persatu. Tapi secara umumnya, kita merupakan negara yang menjadi sebagai peneraju kepada jenayah rentas sempadan ini. Dalam apa jua mesyuarat di peringkat pegawai sehingga ke peringkat Ketua Negara ASEAN dan juga kita bawa juga di peringkat rantau-rantau yang lain bahawa jenayah rentas sempadan ini, Tan Sri Yang di-Pertua, merupakan satu jenayah yang perlu ditangani dan setiap negara perlu memberikan kerjasama.

Itu sebabnya pada hemat saya dan juga saya dapati bahawa Kementerian Dalam Negeri, tentunya bukan di bawah kementerian saya. Kementerian Dalam Negeri telah pun mengadakan rundingan-rundingan dan saya jangkakan di bawah Kementerian Dalam Negeri, mereka akan menandatangani ini beberapa perkara terutamanya jenayah digital, jenayah rentas sempadan dan macam-macam lagi yang telah pun dibincangkan dan dipersetujui di peringkat ketua-ketua negara semasa Sidang Kemuncak ASEAN 46 dan 47 baru-baru ini. Terima kasih. Yang lain-lain itu, kalau boleh...

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Yang pertama tadi, jumlah. Kalau tak ada, bertulis pun tak apa. Berapa jumlah...

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jumlah? Jumlah bukan saya punya...

draft • 10:50 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

...orang pekerja luar?

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Jumlah tanya dengan Kementerian Dalam Negeri.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang itu di bawah Kementerian Dalam Negeri, Yang Berhormat.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Bukan kementerian saya.

Sebab dalam negeri ini, saya juga luar pagar. Yang dalam pagar ini Kementerian Dalam Negeri.

[Ketawa] Minta maaf, Kapar. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya...

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan

Saya tadi kata nak jawab Kluang sebab dia tanya sama ada jumlah di China itu, dia termasuk juga Taiwan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Selanjutnya, saya jemput Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi, Tanjong Karang.

draft • 10:50 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan Tanjong Karang nombor 8, dibawa ke soalan nombor 6. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya masih nombor 8.

draft • 10:50 AM

8. Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (Bersara) [Tanjong Karang] minta Menteri Pertahanan menyatakan Malaysia telah melancarkan Exercise Keris Strike 25 (KrS25) dengan penyertaan tentera Australia dan Amerika Syarikat serta menganjurkan bersama Warrior 2025 sebagai usaha memperkukuh kesediaan bersama. Jelaskan bagaimana dengan latihan ini mampu meningkatkan pertahanan negara dan langkah berikut dalam kerjasama pertahanan antarabangsa.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan nombor 8, sila Menteri.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang atas soalan yang dikemukakan.

Tan Sri Yang di-Pertua, pelaksanaan Exercise Keris Strike 25 (KrS25) yang turut disertai oleh negara Australia dan Amerika Syarikat serta penganjuran Exercise Bersama Warrior 2025 membuktikan komitmen Malaysia dalam memperkukuhkan aspek keselamatan dan kesiapsiagaan pertahanan bersama rakan strategik.

Antaranya termasuklah meningkatkan kebolehoperasian, keupayaan operasi dan kesediaan tempur. Latihan bersama ini memberi ruang kepada Angkatan Tentera Malaysia memperkukuh kebolehoperasian dengan pasukan tentera asing melalui penguasaan taktik, teknik dan juga prosedur standard antarabangsa.

draft • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang kedua, untuk memperkukuhkan hubungan pertahanan serantau dan juga global di mana penyertaan Australia dan juga Amerika Syarikat mencerminkan tahap keyakinan luar terhadap ATM. Latihan ini memperkukuhkan diplomasi pertahanan melalui perkongsian maklumat, pengalaman serta kepakaran untuk memastikan kestabilan rantau Indo-Pasifik.

Yang ketiga, untuk meningkatkan profesionalisme dan juga teknologi pertahanan. ATM memanfaatkan latihan ini untuk meningkatkan kemahiran anggota melalui pembinaan ilmu dan juga kepakaran selain pendedahan kepada teknologi, peralatan serta doktrin ketenteraan. Pengalaman sebegini akan menjadi asas dalam memperkukuhkan transformasi pertahanan negara agar kekal relevan dengan ancaman kontemporari.

Yang keempat, langkah berterusan dengan kerjasama pertahanan antarabangsa. Malaysia akan terus memperluaskan penyertaan kita dalam latihan multilateral dan juga bilateral, meningkatkan perkongsian maklumat strategik dan kerjasama dalam pelbagai bidang serta memperkukuh hubungan pertahanan dengan negara sahabat melalui MoU, forum keselamatan serantau serta program yang bersifat strategik. Itu saja jawapan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Tanjong Karang.

draft • 10:50 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang cukup panjang lebar.

draft • 10:50 AM

Kapten Dato' Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Seterusnya soalan tambahan Tanjong Karang, dalam konteks latihan tiga hala Keris Strike 25 dan Warrior 2025 yang melibatkan Amerika Syarikat serta Australia, sejauh mana latihan ini benar-benar selaras dengan dasar berkecuali dan bebas yang menjadi tunjang dasar luar Malaysia di rantau Indo–Pasifik? Adakah kerajaan sedang bersedia untuk memperluas kerjasama pertahanan dengan Amerika Syarikat termasuk— hah ini soalan ah, termasuk kemungkinan membuka pangkalan ketenteraan di Malaysia?

Dan, adakah latihan seperti ini akan memperkukuh semangat kebersamaan ASEAN atau sebaliknya, boleh menimbulkan persepsi bahawa Malaysia sedang cenderung ke arah blok tertentu dalam percaturan keselamatan serantau? Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang di atas soalan tambahan. Kita tahu bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berkecuali, ya. Dan, bila kita mengadakan latihan-latihan, kita ada pelbagai bentuk latihan. Bukan sahaja terkait dengan Keris Strike 25 ini ataupun apa yang kita sebut sebagai Bersama Warrior 2025 ini, tapi bagi saya sebenarnya kita ada juga kerjasama latihan-latihan kita dengan contohnya dengan negara China.

Begitulah juga dalam konteks ASEAN dan ASEAN dan China juga. Sebab itu kita gunakan, kita manfaatkan latihan-latihan kita ini sebagai latihan bilateral kita, multilateral kita dan prinsip negara berkecuali kita akan kekal. Kerana kita tahu bahawa latihan-latihan ini seperti mana empat perkara tadi, itu adalah keutamaan kita.

Sebab itu kalau kita melihat kepada model-model latihan kita sama ada dalam bentuk ASEAN, kerjasama kita dengan bukan sahaja dengan US, tapi juga dengan China. Jadi saya fikir dengan model yang kita laksanakan ini, dia boleh mencapai empat perkara yang saya maksudkan tadi dalam kerjasama kita dalam bentuk latihan-latihan ketenteraan ini. Itu sahaja.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Riduan bin Rubin, Tenom.

Tenom tidak ada dalam Dewan.

draft • 11:00 AM

[Soalan No. 9 – YB. Tuan Riduan bin Rubin (Tenom) tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Haji Jamaludin bin Yahya, Pasir Salak.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tan Sri Yang di-Pertua, Inilah antara kisah YB, Setiap hari bekerja sampai berpeluh; Semua tanya pasal subsidi, Soalan Pasir Salak nombor 10.

draft • 11:00 AM

10. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan inisiatif kementerian memperluas penggunaan Digital Agriculture Technology (AgTech) termasuk IoT dan AI bagi meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos operasi serta memperkukuh keterjaminan makanan negara.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih. So, cuma soalan ini tidak kaitan dengan subsidi ya. Okey, Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sentiasa komited memperkukuh daya saing sektor perladangan melalui penerapan teknologi moden

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

selaras dengan agenda pendigitalan negara. Antara inisiatif utama yang sedang dilaksanakan ialah memperluas penggunaan *Digital Agriculture Technology

(AgTech)* termasuk integrasi Internet of Things (IoT) dan artificial intelligence (AI) dalam operasi ladang.

Pendekatan ini membolehkan pemantauan tanaman, dana dan cuaca dilakukan secara masa nyata, real time. Seterusnya, meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber. Melalui aplikasi IoT, penderia pintar, sensor dipasang di ladang bagi mengesan tahap kelembapan tanah, status nutrien, serta keadaan persekitaran secara automatik. Data ini kemudiannya dianalisis menggunakan teknologi AI bagi menghasilkan ramalan yang lebih tepat, sekali gus membantu pekebun dan pengurus ladang membuat keputusan berasaskan data dengan izin, data-driven decision-making. Usaha ini mampu meningkatkan produktiviti hasil, mengurangkan pembaziran input pertanian, serta menurunkan kos operasi dalam jangka masa panjang.

Selain itu, kementerian juga menggalakkan kolaborasi strategik bersama institusi pengajian tinggi, syarikat teknologi tempatan dan antarabangsa untuk membangunkan platform pintar berasaskan AgTech. Melalui kerjasama ini, penggunaan dron bagi pemetaan ladang, sistem automasi untuk tuaian serta penggunaan analitik data besar, big data analytics akan diperkasa bagi memastikan sektor perladangan mampu bersaing di peringkat global. Pendekatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat perladangan berskala besar, tapi juga bakal memperkasakan pekebun kecil melalui akses kepada teknologi yang lebih inklusif.

Segala inisiatif ini adalah selaras dengan hala tuju Dasar Agrikomoditi Negara 2030 (DAKN2030) yang menekankan pemodenan dan pendigitalan sektor agrikomoditi untuk menjamin kelestarian, keterjaminan makanan dan kesejahteraan rakyat. Dengan pelaksanaan berfasa dan terancang, KPK yakin bahawa transformasi digital ini akan memperkukuh daya tahan sektor perladangan, mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing, serta meningkatkan sumbangan sektor agrikomoditi kepada ekonomi negara. Sekian, terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pasir Salak.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Terima kasih Tuan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang memberikan jawapan yang sangat baik. Soalan tambahan Pasir Salak, Yang Berhormat Timbalan Menteri, memandangkan terdapat cabaran dari segi kos permulaan dan kurangnya

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

kemahiran dalam kalangan pekebun kecil, apakah strategi spesifik yang dilaksanakan oleh kementerian untuk menyediakan bantuan kewangan, insentif cukai dan program latihan komprehensif bagi memastikan pengadaptasian teknologi AgTech, IoT dan AI ini dapat diakses dan diguna pakai secara meluas oleh kumpulan sasar ini bukan hanya tertumpu kepada syarikat perladangan besar sahaja? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, untuk makluman YB, sebenarnya MPOB, Lembaga Minyak Sawit Malaysia telah membangunkan dua aplikasi utama iaitu MySawit dan Tekno Sawit dengan kerjasama dengan UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia. Aplikasi Tekno Sawit berfungsi sebagai panduan kepada pekebun kecil dalam memilih jenis genre mekanisasi dan automasi yang sesuai untuk berbagai kerja di ladang bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Yang ini untuk Tekno Sawit.

Dan satu lagi, aplikasi MySawit. Yang ini bertujuan untuk membantu pengurusan operasi ladang sawit. Aplikasi ini merangkumi fungsi pemantauan kerja di lot pokok, perekodan hasil tuaian, pembajaan, serta aspek pengurusan lain yang berkaitan. MySawit dijangka akan dilancarkan pada masa yang terdekat, memberi kemudahan kepada pekebun kecil dalam menguruskan ladang mereka dengan lebih sistematik dan berkesan. So, kedua-dua ini dibangunkan oleh MPOB dan aplikasi ini senang download oleh pekerja kecil. Inilah yang cara MPOB.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ledang.

draft • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Bila kita sebut tentang AgTech, maknanya kita ingin melihat benar-benar teknologi digunakan untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Tapi, saya rasa kita nak lihat betul-betul ada projek-projek yang berkenaan ini dilaksanakan. Saya tahu, sedar bahawa ada sebelum-sebelum ini, Kementerian Digital di bawah MDEC telah melaksanakan kerjasama dengan KPKM. Banyak projek-projek cili dan sebagainya yang telah pun menggunakan teknologi digital untuk membantu menghasilkan tanaman, tuaian, memastikan tanah itu— tahu tanah, status tanah, melakukan perairan. Jadi, soalannya ialah apakah perladangan komoditi ini boleh kita benar-benar menggunakan digital AgTech dan ada tak kes-kes khusus yang telah pun ada dilaksanakan oleh pihak kementerian? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, terima kasih kepada Ahli Parlimen Ledang, di mana beliau juga pengerusi untuk MDEC. So, yang untuk kerjasama di antara KPK dengan MDEC ini, setahu saya ada sebuah kilang minyak sawit industri di Kuala Kangsar. Mereka merupakan palm oil mill yang pertama yang menggunakan kecerdasan buatan AI. Dan, saya pernah melawat ke kilang ini dan yang manager atau pengurus yang mewakili MDEC untuk AgTech ini pun pernah melawat ke tapak ini dan kemungkinan ada satu geran padanan diwujudkan untuk menggalakkan palm oil mill untuk mengguna pakai AI di pengurusan kilang palm oil mill mereka ini. Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai siput.

draft • 11:00 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 11.

draft • 11:00 AM

11. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan tahap penerimaan Simpan SSPN setakat ini, dari segi jumlah pembukaan akaun dan deposit terkini susulan pengumuman dividen 4.05 peratus bagi tahun 2024 yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

Sejak tahun 2004 sehingga 30 September 2025, sebanyak 7,164,667 akaun simpanan SSPN telah dibuka oleh rakyat Malaysia dengan jumlah keseluruhan deposit sebanyak RM22.47 bilion.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,031,204 akaun adalah merupakan akaun simpanan SSPN Prime dengan jumlah deposit sebanyak RM20.33 bilion dan sebanyak 1,133,473 akaun adalah merupakan akaun simpanan SSPN Plus dengan jumlah deposit RM2.14 bilion. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Sungai Siput silakan.

draft • 11:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi. Soalan tambahan saya, saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan siapakah yang layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan

draft • 11:10 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

sekiranya melabur dalam simpanan SSPN dan berapakah amaun pelepasan yang diberikan? Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, ibu atau bapa atau ibu atau bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun simpanan SSPN Prime atau simpanan SSPN Plus untuk manfaat anak iaitu penerima manfaat diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun taksiran semasa. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, silakan Jerlun.

draft • 11:10 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Menteri. Menyentuh tentang isu SSPN-i yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya ingin menarik perhatian tentang wujudnya kekeliruan di antara dua skim ini, satu SSPN-i dan yang kedua SSPN-i Plus. SSPN-i akaun simpanan pendidikan biasa tanpa perlindungan takaful.

Manakala, SSPN-i Plus akaun simpanan dengan perlindungan takaful bulanan, ia bergantung kepada gabungan simpanan campur dengan takaful.

Isunya sekarang, ramai pencarum rasa terkeliru bahawa sebahagian daripada caruman SSPN-i ini digunakan untuk tujuan takaful bukan untuk simpanan dengan tujuan untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan. Jadi soalan saya di sini, adakah pencarum diberikan hak pilihan sama ada untuk masuk dalam kategori simpanan sahaja atau simpanan plus takaful?

Isu yang kedua, tentang promosi dan pemasaran yang menimbulkan kekeliruan tadi. Ejen promosi SSPN-i kadangkala dia terlalu menekankan aspek mempromosikan produk takaful berbanding dengan kelebihan simpanan SSPN-i itu.

Ini menyebabkan penyimpan atau pencarum tidak faham yang mana perlu diberi keutamaan, sama ada simpanan untuk tujuan pendidikan ataupun untuk takaful bagi tujuan mendapat pengecualian cukai pendapatan.

Soalannya di sini, adakah boleh SSPN-i ini mengecualikan penglibatan ejen SSPN-i yang dilantik itu bukan bertujuan untuk mempromosi tetapi mencari seramai mungkin pencarum-pencarum yang berminat dengan SSPN-i ini? Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:10 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih atas soalan yang dikemukakan berkenaan dengan kekeliruan produk SSPN. Jawapan untuk ketiga-

draft • 11:10 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

tiga soalan yang dibangkitkan itu akan diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 11:10 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Secara bertulis.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput seterusnya Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal, Bukit Gantang.

draft • 11:10 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahirrahmanirrahim. Tan Sri Yang di-Pertua, soalan saya nombor 12.

draft • 11:10 AM

12. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan status cadangan pembinaan mini stadium dan penyediaan kemudahan sukan yang lain dengan kos sebanyak RM10 juta dalam RMK13, susulan perasmian Akademi Tunas Bukit Gantang (NFDP) di Padang Bola Sepak Matang oleh YB Menteri Belia dan Sukan pada 21 Januari 2022 dan pertanyaan jawab lisan pada 14 Mac 2022.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, permohonan pembinaan mini stadium di Matang, Perak di bawah Rancangan Pelan RP3 RMK12 telah dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan dan kelulusan. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut tidak diluluskan oleh Kementerian Ekonomi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Kementerian Belia dan Sukan tidak menerima sebarang permohonan rasmi ataupun permohonan di bawah wish list negeri bagi pembinaan mini stadium di Bukit Gantang. Permohonan projek pembinaan fasiliti sukan berskala besar seperti pembinaan mini stadium perlu mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan disenaraikan dalam wish list negeri terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Ini adalah penting memandangkan pembangunan infrastruktur sukan memerlukan perancangan rapi daripada kerajaan negeri. Permohonan tersebut juga perlu mematuhi garis panduan penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan permohonan projek pembangunan tahun 2026 sehingga tahun 2030.

Urusan pendaftaran tanah atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan atau pewartaan rizab Persekutuan dan rizab negeri bagi maksud Persekutuan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum permohonan projek pembangunan dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi untuk kelulusan. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Bukit Gantang.

draft • 11:10 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Yang Berhormat Menteri, saya sangat sedihlah hari ini, ya. Sebab rakyat tahu, dia orang tengah tengok sekarang ini, live, apa yang akan dijawab oleh Menteri bahawa permohonan ini tak lulus. Padahal sebelum ini tahun 2002 telah pun di— Menteri turun sendiri untuk meluluskan ini dan kemudian Sekolah Tunas Bakti, Akademi Tunas Bakti untuk melatih pemain-pemain bola di kampung-kampung telah pun dah ada di sekolah itu.

draft • 11:10 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Macam mana dasar yang kita buat ini? Nampak macam main-main dasarnya ya.

Soalan saya, apakah tidak boleh diambil kira kerana Menteri dah umumkan, ya.

Terima kasih banyak.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman, yang itu adalah hakikat. Sebenarnya, banyak senarai yang kita hantar kepada Kementerian Ekonomi tidak dapat ditunaikan kerana permintaan daripada wakil rakyat sahaja, ramai yang minta untuk bina stadium di kawasan masing- masing.

Untuk makluman Yang Berhormat, anggaran kos bagi membina sebuah stadium mini baru meliputi skop pembinaan astaka, trek balapan dan padang sintetik, tandas, lampu limpah dan pejabat pentadbiran adalah sebanyak RM13 juta.

Manakala, anggaran kos menyelenggara dan mengurus stadium meliputi kerja-kerja penyelenggaraan berkala, kontrak pembersihan, penggantian peralatan dan lain-lain berkaitan adalah sebanyak 170,000 setahun.

Masalah kita adalah senarai wish list kerajaan negeri kena ada projek tersebut kerana selepas pembinaan oleh Kerajaan Persekutuan perlu kita serahkan kepada kerajaan negeri untuk penyelenggaraan. Ada banyak projek Yang Berhormat di mana kerajaan negeri tidak mahu menyelenggara kerana kos terlalu tinggi. Kita ada beberapa kes di mana kita dah bina, nak serahkan kerajaan negeri kata, “Sorry, kita tak nak projek ini kerana kita tak mampu untuk menyelenggara”. Oleh sebab itu, sekarangnya kita tak mahu bina banyak mini-mini stadium di semua tempat. Ada banyak mini stadium di peringkat negeri, peringkat PBT, apabila mereka tak cukup kejohanan, mereka tak dapat jumlah hasil untuk menyelenggara

draft • 11:10 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

stadium tersebut yang ada di banyak kebanyakan carpark stadium adalah pasar malam, pasar seni ataupun pasar tani. Oleh sebab itu, sekarang kita hanya guna banyak dana kita untuk menaik taraf fasiliti sedia ada.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, kita sediakan di Parlimen Bukit Gantang sahaja, kita dah ada empat kemudahan di DUN yang berlainan. Padang bola sepak dan sepak takraw Kampung Padang Kunyit di Trong, DUN Trong, gelanggang futsal Changkat Jering, padang bola sepak di Kuala Sepetang dan gelanggang futsal di Changkat Jering.

Saya minta Yang Berhormat mungkin boleh melihat fasiliti sedia ada yang boleh dinaik taraf, kurang kos penyelenggaraan dan bincang dengan Exco Kerajaan Negeri Perak untuk tengok bagaimana kita boleh bekerjasama untuk pastikan projek Yang Berhormat nak itu ada dalam senarai wish list negeri supaya senang untuk Kementerian Ekonomi meneliti apabila KBS mengangkat kertas tersebut kepada perhatian mereka. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ipoh Timor.

draft • 11:10 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri. Yang Berhormat Menteri, saya tahulah sedikit sebanyak kekeluhan dan kesusahan yang dinyatakan oleh sahabat saya di sebelah sana sebab waktu 2018 saya exco pada ketika itu dan pernah dibincangkan ketika itu pun dan saya nak nyatakan kepada–– ada soalannya.

Nak nyatakan bahawasanya memang pertimbangan yang sewajar-wajarnya dan sedalam-dalamnya telah diangkat pada ketika itu. Namun meski waktu itu SUKMA pun cost-benefit analysis itu memang tidak ada di sebelah yang hendak dibangunkan.

Soalan saya adalah pihak kementerian ada atau tidak satu strategi di mana bukan sahaja kita bergantung kepada PBT atau pihak PBN untuk mengangkat dan juga menyelenggara kompleks-kompleks stadium, malah dibuka ruang sebesar- besarnya, semungkin-mungkinnya untuk pihak swasta untuk bersama dengan pihak KBS, dengan PBT untuk membangunkan fasiliti sukan mahu yang mikro, yang kecil, yang sederhana pun supaya ruang dibuka....

draft • 11:20 AM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Setuju, setuju.

draft • 11:20 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

...Untuk lebih ramai untuk mengambil peranan dalam pembangunan fasiliti infrastruktur sukan.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Di perbincangan di peringkat nasional, ada dalam skop kerja Perbadanan Stadium Malaysia di mana tanah-tanah Perbadanan Stadium, kita bincang dengan persatuan sukan yang mungkin akan mencari private sponsors untuk masuk. Tetapi untuk di peringkat negeri dan PBT, kita tak ada. KBS tidak melakukan perbincangan tersebut. Mungkin PBT ataupun kerajaan negeri boleh meneliti cadangan tersebut.

Yang Berhormat semua, saya rasa zaman Malaysia mempunyai banyak duit untuk bina stadium di mana-mana, di PBT, di kawasan Parlimen DUN masing-masing sudah berakhir. Yang penting sekarang, saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat, projek dulu , projek di mana kita ada projek bina futsal, gelanggang futsal di mana-mana lah di DUN, di Parlimen.

Apabila kita lihat senarai inventori dan sekarang kita nak tengok boleh tak kerana semua nak minta kita selenggara. Ada futsal yang dibina di atas tanah swasta, ada yang di peringkat negeri, kita serahkan kepada PBT dan negeri, ada yang di peringkat KBS, kita ambil balik untuk selenggara. Tetapi yang dibina atas tanah swasta itu sehingga selepas dibina, ada masyarakat yang nak akses tak boleh kerana dah lock-up. Jadi, kita tak nak semua isu tanah, isu hak milik tanah.

Jadi, sekarang sangat teliti. Untuk makluman semua Yang Berhormat, apabila permintaan datang secara bertulis, kita akan pastikan tanah milik Kerajaan Persekutuan sahaja yang kita akan angkat. Kalau kerajaan negeri kita kena bincang dengan kerajaan negeri, pastikan ada dalam wish list kerajaan negeri sebelum kita mengangkat kertas tersebut untuk elakkan masalah penyelenggaraan selepas pembinaan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik seterusnya...

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Saya jemput...

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Lee Chuan How, Ipoh Timor.

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Tan Sri Yang di-Pertua. Minta soalan tambahan.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak. Saya bagi dua dah tadi, lepas dah. Silakan.

draft • 11:20 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Soalan 13, Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih.

draft • 11:20 AM

13. Tuan Lee Chuan How [Ipoh Timor] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan kadar kejayaan permohonan UPU bagi setiap kategori pelajar (STPM, Asasi, Matrikulasi, STAM) dalam lima tahun kebelakangan ini.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik silakan Menteri Pendidikan Tinggi.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan ini bagi pihak Kementerian Pendidikan Tinggi.

Melalui UPUOnline, pelajar bebas membuat pilihan bidang yang ingin dipelajari di peringkat pendidikan tinggi. Namun kejayaan pelajar mendapat tempat di universiti awam adalah melibatkan pelbagai kriteria seperti kedudukan merit, memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan, bilangan tempat yang disediakan serta lulus temu duga dan atau ujian bagi program pengajian yang menetapkan keperluan berkenaan, bukan hanya pencapaian akademik semata- mata.

Bagi sesi akademik 2021/2022, kadar kejayaan calon STPM adalah sebanyak 79.87 peratus, calon matrikulasi sebanyak 99.63 peratus, calon asasi 83.73 dan calon STAM sebanyak 84.36 peratus.

Bagi sesi akademik 2022/2023, kadar kejayaan calon STPM adalah sebanyak 79.98 peratus, calon matrikulasi sebanyak 99.25 peratus, calon asasi 82.47 peratus dan calon STAM sebanyak 97.41 peratus.

Bagi sesi akademik 2023/2024, kadar kejayaan calon STPM adalah sebanyak 86.54 peratus, calon matrikulasi 99.53 peratus, calon asasi 86.19 peratus dan calon STAM sebanyak 88.08 peratus.

Bagi sesi akademik 2024/2025, kadar kejayaan calon STPM adalah sebanyak 85.69 peratus, calon matrikulasi sebanyak 99.22 peratus, calon asasi 84.13 peratus dan calon STAM sebanyak 99.01 peratus.

Bagi sesi akademik 2025/2026, kadar kejayaan calon STPM adalah sebanyak 85.42 peratus, calon matrikulasi sebanyak 99.43 peratus, calon asasi 84.45 peratus dan calon STAM sebanyak 99.76 peratus. Sekian terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ipoh Timor.

draft • 11:20 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Terima kasih Tan Sri. Bila kita dengar peratusan kemasukan atau penerimaan ke IPTA antara–– kalau kita kumpulkan asasi, kumpulkan matrikulasi–– kumpulkan yang lain selain daripada STPM, jelas nampak ada sedikit kesenjangan atau jurang antara STPM dengan yang lain. Ini tidak boleh dinafikan apa yang telah disebutkan dalam statistik yang dinamakan

draft • 11:20 AM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Namun, pening kalau kita kata kenapa senjang, kenapa senjang. Saya nak tanya pihak kementerian, adakah sesebuah strategi atau langkah jaminan ke hadapan untuk kita menangani kesenjangan atau sekurang-kurangnya persepsi kekeliruan adanya kesenjangan untuk perkara ini untuk lebih dekat jurang itu ditutup atau celahnya ditutup supaya persepsi itu tidak lagi wujud dan ada jaminan untuk anak kita yang ambil STPM supaya kadar kemasukan kepada IPTA lebih tinggi?

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa mengambil serius semua usaha dalam meningkatkan dan menyebar luas akses pendidikan tinggi. Dasar kemasukan pelajar ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) adalah tidak membenarkan untuk melaksanakan tawaran di luar sistem bagi mengelakkan isu pitching antara IPTA dan MARA BPT termasuk agensi di bawah kawalan IPTA, private wing serta menjaga kualiti dan integriti sistem penyampaian perkhidmatan KPT dan isu berbangkit daripada perkara tersebut. Bagi soalan khusus yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, jawapan bertulis akan diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Krau.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Saya bersetuju dengan Ipoh Timor tadi jumlah berlaku kesenjangan antara penerimaan. Itu dari sudut peratusan. Namun, kalau kita ambil jumlah bilangan pelajar yang diterima, masih kecil. Jadi, apakah kerajaan ada satu perancangan untuk mewujudkan tambahan fasiliti agar lebih banyak pelajar-pelajar daripada kelulusan ini diterima masuk ke dalam IPTA? Itu satu.

Yang kedua, berapa peratus–– yang ini kalau bertulislah sebab dia secara spesifik. Melalui permohonan UPU pelajar-pelajar yang terlibat itu, berapa peratus kah pelajar yang memperolehi tempat dalam bidang pilihan pertama mereka? Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 11:20 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, melalui UPUOnline, pelajar bebas membuat pilihan bidang yang ingin dipelajari di peringkat pendidikan tinggi. Namun, kejayaan pelajar mendapat tempat di IPTA bukan hanya melihat kepada pencapaian akademik semata-mata, tetapi bergantung kepada kedudukan merit, memenuhi syarat am dan syarat khas yang

draft • 11:20 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

ditetapkan, bilangan unjuran yang disediakan serta lulus temu duga dan atau ujian bagi program pengajian yang menetapkan keperluan berkenaan.

draft • 11:20 AM

Puan Saraswathy a/p Kandasami

Bagi soalan spesifik yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, jawapan akan diberikan secara bertulis oleh Kementerian Pendidikan Tinggi. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Ekonomi dan Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026, dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 11 November 2025.”

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Ada yang menyokong?

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam - Dato’ Sri Huang Tiong Sii

Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

draft • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepala Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:30 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG TABUNG
PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

draft • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketiga] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 11:30 AM
Kepala B.14 [Jadual] – Kepala P.14 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi

Baik. Terima kasih. Yang Berhormat, sekarang kita akan teruskan dengan Kementerian Perpaduan Negara di peringkat Jawatankuasa. Saya menerima senarai pembahas― saya akan bacakan― dan setiap pembahas akan diberikan lima minit.

Pertama, YB Bangi. Diikuti dengan Kapar, Jempol, Kuantan, Balik Pulau, Kangar, Betong, Bagan Serai, Hulu Langat, Mersing, Bukit Bendera, Batang Lupar, Bukit Gantang dan Batu Gajah.

Dengan itu, saya jemput Bangi untuk mulakan. Bangi tak ada? Okey. Saya jemput Kapar. Silakan, Kapar. Masih lima minit, walaupun Bangi tak ada.

draft • 11:30 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Ingat 10, Speaker. Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Tan Sri Speaker memberi ruang kepada Kapar untuk membahaskan Bekalan B.14 Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kemudian Butiran 030500 – Perpustakaan Desa, Butiran 030600 – Program Keharmonian Dalam Kepelbagaian, P.14 Butiran (Projek) 17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan, Butiran

(Projek) 17300 – Pusat Rukun Tetangga, Butiran 50000 – Perpustakaan Negara Malaysia, yang tadi berkaitan juga dengan perpustakaan desa.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Perpaduan kerana sentiasa menghasilkan cetakan Buletin Uniti ini... [Sambil menunjukkan senaskhah buku] Menarik, mahal nampaknya ini. Dan mengisikan pelbagai maklumat dasar, strategi, agensi terlibat, pemboleh daya dan sebagainya.

Jadi, itu adalah satu perkara yang sangat bagus dan positif. Bahkan ada berapa jumlah jentera perpaduan sehingga Jun 2025.

Tan Sri Speaker, saya ingin menyentuh sedikit pasal, khususnya program RM57 juta bagi Program Keharmonian Dalam Kepelbagaian tahun 2026. Saya menyokong usaha memperkukuhkan perpaduan nasional, tapi saya ingin menuntut ketelusan dan keberkesanan perbelanjaan ini. Pertama, apakah indikator keberhasilan atau KPI bagi program-program yang di bawah butiran ini? Setiap tahun kita dengar pelbagai aktiviti, kempen harmoni, pertandingan seni, lawatan silang budaya, tetapi sejauh mana impaknya terhadap pengukuhan perpaduan sebenar di akar umbi, grassroot?

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Kita tengok yang mega, yang heboh-heboh dekat ataslah, tapi di bawah bagaimana? Kita tidak mahu program sekadar tanda sudah buat, tanpa mengubah persepsi atau meningkatkan kefahaman antara komuniti. Kita tak nak, dengan izin, Speaker, unity on surface. Bila program, ramai-ramai datang, pelbagai busana dan sebagainya, but no unity of the souls.

Kedua, saya minta kementerian menilai semula tumpuan dana ini agar tidak hanya berpusat di bandar atau kawasan tertentu sahaja. Kawasan seperti Kapar yang majmuk ― Melayu, Cina, India dan pelbagai etnik, termasuk Sabah dan Sarawak ― perlu menjadi tapak model perpaduan masyarakat dengan projek nyata seperti komuniti hab perpaduan di kawasan perumahan kos rendah dan ia boleh melibatkan KRT, program gotong-royong rentas agama dan budaya, dan inisiatif belia perpaduan digital yang melibatkan pelbagai kaum.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Yang Berhormat Menteri, di Kapar inikan, saya berkali-kali sebut sini, kami dah masalah sekolah padat. Jadi, sekolah menengah ini pelbagai kaumlah ada di situ, ya. Kami kompleks Rakan Muda pula tak siap-siap.

[Tidak jelas] dah mungkin 10 tahun tak boleh pakai. Jadi, saya mengharapkanlah Kementerian Perpaduan ini bagilah tumpuan dekat Kapar. Lebih ― kalau pengundinya, lebih 60,000. Tapi kalau mungkin penduduknya, yang non-Malay ini mungkin 150,000. Ramai. Apa, Menteri Perpaduan ya, tolonglah. Dan jangan lupa jemput saya sekali.

draft • 11:34 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu hari bajet tolak.

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Akhir sekali, kita nak― ini kerana perpaduan tak boleh hanya bergantung kepada acara sambutan atau peruntukan semata-mata.

Jadi, perlu dari dasar pendidikan, sosial dan ekonomi yang adil.

Aduh, tak cukup masa. Bagi sikitlah lagi apa, Yang di-Pertua. Ini baru satu benda saja.

draft • 11:34 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Dan mengenai perpustakaan desa, saya mencadangkan biarlah KPN ini menjadikan perpustakaan desa ini bukan hanya untuk meletak buku, pinjam buku yang seperti tradisional. Biarkan ia― dalam dunia digital hari ini, fungsi perpustakaan tak boleh lagi statik dan ia harus menjadi community learning dan harmony hub. Lagi-lagi dengan keadaan kita stres dengan perpecahan dalam kaum, deficit trust dan sebagainya. Biar perpustakaan di-

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

upgrade-kan supaya ia boleh menarikkan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak, warga emas, mungkin ibu tunggal dan sebagainya.

Jadikan ia sebagai book therapy, social intelligence harus dibinakan.

Gunakan perpustakaan desa ini sebagai pusat yang membinakan social intelligence, bahkan cultural intelligence. Ada aktiviti silang budaya, bengkel masakan, mungkin buat perpaduan-licious ke, ada sesi bercerita rakyat daripada pelbagai tradisi atau pameran seni komuniti, ruang digital bersama, program warga emas, mungkin baca bersama nenek dan cucu antara kaum dan sebagainya, platform sukarelawan belia.

draft • 11:34 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Jadi, banyak aktiviti yang harus dilakukan, lain ataupun selain daripada apa fungsi selama ini yang dibuat oleh perpustakaan. Jadi, ini di antara cara yang kreatif, yang inovatif dan kontemporari untuk menyelesaikan masalah stres yang berlaku di dalam negara kita ini dan juga ia nya adalah satu yang neutral, satu, satu white space untuk pelbagai kaum. Akhir sekali Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung, masa sudah tamat.

draft • 11:40 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Okey, gulung, gulung. Saya gulung ni. Saya merujuk kepada yang disebut di dalam buku ini, KRT Progresif ini, pembudayaan komuniti MADANI ini. Di mana yang disebutkan di sini agensi terlibat macam-macam Menteri, whole-of-government approach, NGO dan swasta. Sebagai Kementerian Perpaduan, the core issue or the core success untuk Kementerian Perpaduan ialah apabila— sebab ni dalam ni, ni, “Harmoni Dalam Kepelbagaian.” That’s your slogan. Jadi, dia punya core success, saya rasa sudah tentulah memang bagus yang disebutkan whole of government, jangan lupa orang di sini, pembangkang ini juga adalah sebahagian daripada government, sebahagian daripada masyarakat dan sebahagian daripada rakyat.

Kami wakil kepada rakyat yang significant numbers yang perlu dilibatkan khususnya di peringkat akar umbi, Menteri. Terima kasih Speaker.

draft • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Saya jemput Yang Berhormat Bangi.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Puan Pengerusi.

Sebelum itu, saya mohon maaf tadi semasa nama dipanggil saya berada di luar.

Sebelum saya mulakan perbahasan saya, Puan Pengerusi, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini bahawa tanggungjawab untuk menyatupadukan rakyat tidak

draft • 11:42 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

terletak pada satu kementerian sahaja. Ia merupakan satu tanggungjawab semua pihak, termasuk kerajaan, ahli politik, pihak pembangkang, sektor swasta dan juga sudah tentu rakyat jelata. Kita semua ada kepentingan dan hak dalam negara ini.

Perkara kedua yang perlu ditekankan Puan Pengerusi adalah walau seberapa banyak program dan inisiatif yang kita rancang dan kita laksanakan sekalipun perasaan patriotisme, toleransi dan penerimaan tentang kepelbagaian agama, bangsa dan budaya dalam negara tidak boleh dipaksa.

Namun demikian, sebagai kementerian yang diberi tanggungjawab untuk menyemai, memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang rencam dan pelbagai serta mengukuhkan integrasi nasional, Kementerian Perpaduan Negara atau KPN memainkan peranan yang pada saya cukup penting, Puan Pengerusi.

Alhamdulillah untuk tahun 2026 kita melihat terdapat peningkatan yang ketara diperuntukkan kepada KPN. RM760 juta untuk 2026 ketimbang RM711 juta untuk tahun ini. Ini menunjukkan Puan Pengerusi, bahawa Kerajaan MADANI serius dalam memberi sokongan yang mencukupi kepada KPN.

Saya terus merujuk kepada Kod 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Untuk 2026 ini RM192 juta telah diperuntukkan ke timbang RM170 juta untuk tahun ini. Ini pertambahan yang pada saya adalah satu angka yang cukup signifikan. Saya juga merujuk kepada ucapan Belanjawan 2026, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa minggu lepas di mana diumumkan Puan Pengerusi, RM55 juta diperuntukkan untuk memanfaatkan Rukun Tetangga MADANI.

Saya ingin mendapat perincian mengenai Rukun Tetangga MADANI ini, sama ada ianya akan melalui KRT, KRT yang sedia ada. Bercakap tentang KRT Puan Pengerusi, saya ingin mengulangi gesaan supaya peruntukan yang diberikan kepada KRT dinaikkan daripada RM6,000 setahun bagi KRT yang cemerlang kepada RM10,000 setahun.

Ini kerana jumlah RM6,000 itu sememangnya kita tahu tidak mencukupi dan untuk mengadakan program-program kita perlu dana yang lebih daripada itu. Dan walaupun sebenarnya secara jujurnya RM10,000 itu masih jumlah yang bukan besar, sekurang-kurangnya ia memberikan tambahan sebanyak RM6,000, maaf RM4,000 ringgit kepada KRT yang cemerlang. Pada masa yang sama, Puan Pengerusi, saya juga bercadang bahawa kementerian menyediakan geran program yang dibuka

draft • 11:42 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

untuk permohonan KRT bagi membiayai cadangan-cadangan program yang membawa impak sosial dan memacu pembangunan masyarakat.

Bagi KRT yang tidak aktif pula, Puan Pengerusi, saya ingin tahu bagaimanakah pihak KPN akan membantu mereka untuk aktif semula dan kembali memainkan peranan dalam komuniti? Di samping itu, saya juga dapati, Puan Pengerusi, bahawa KRT, KRT yang ada sekarang ini selalunya dianggotai oleh mereka yang sudah berusia ataupun mereka yang sudah bersara.

Walaupun saya sedar keadaan ini disebabkan bahawa mereka mungkin mempunyai masa yang lebih untuk berkhidmat. Namun, kita juga harus memastikan bahawa golongan muda terlibat dalam KRT-KRT ini. Jadi, saya nak tahu apakah perancangan pihak kementerian untuk menggalakkan lebih ramai anak muda untuk melibatkan diri dalam KRT di seluruh negara?

Seterusnya, Puan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Kod 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Saya ingin mendapat penjelasan, Puan Pengerusi dan perincian mengenai perbelanjaan ini yang kalau ikut dianggarkan dalam RM64.5 juta.

Bagaimanakah ia akan dapat memberi manfaat kepada perpaduan rakyat?

Kemudian untuk Kod 030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan. Saya ingin mendapat tahu Tuan Pengerusi, daripada pihak kementerian, berapa ramai anak murid Tabika Perpaduan yang menerima bantuan ini serta jumlah atau nilai yang diperuntukkan bagi setiap murid? Berkaitan juga dengan tabika Perpaduan ini, saya ingin mendapat tahu, apakah perancangan untuk menambah jumlah tabika Perpaduan yang ada? Kerana kita tahu selain daripada KEMAS, tabika KEMAS kita juga ada demand yang tinggi untuk tabika Perpaduan ini.

Jadi, kita nak tahu apakah perancangan untuk dibanyakkan lagi tabika Perpaduan ini terutama sekali dalam kawasan bandar. Yang terakhir Puan Pengerusi, saya juga ingin mendapat data tentang jumlah tabika Perpaduan yang ada dalam kawasan saya, kawasan Parlimen Bangi, serta jumlah purata murid di setiap tabika Perpaduan. Itu saja yang saya ingin sampaikan, Puan Pengerusi.

Sekian, terima kasih. Bangi mohon menyokong.

draft • 11:42 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Saya jemput Yang Berhormat Jempol.

draft • 11:42 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, selamat pagi. Terima kasih Puan Pengerusi, mengizinkan Jempol

draft • 11:47 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

mengambil bahagian dalam perbahasan di bawah peringkat Jawatankuasa Kementerian Perpaduan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kita sudah 68 tahun mencapai kemerdekaan. Jelas terbukti, teras utama ya kemajuan dan juga pembangunan negara kita daripada sebuah negara pertanian ya. Negara yang boleh dikatakan miskin pada 1957 dan hari ini kita lihat, kita rasa bangga dengan kemajuan dan juga pencapaian ya negara kita dalam segala hal khususnya kalau kita lihat dalam bidang pendidikan dan juga pembangunan.

Jadi, pokok teras utama kenapa kita berjaya memaju membangunkan negara kita adalah perpaduan. Perpaduan rakyat berbilang kaum ataupun integrasi nasional yang terus di mantap dan diperkasakan.

Jadi, sudah tentulah ya Kementerian Perpaduan memainkan peranan penting meneruskan agenda ya, Perpaduan Negara ini yang tidak ada hentinya. Ia akan terus dilaksanakan, di perkasa, ditambah baik lagi supaya ya, keharmonian, kesejahteraan rakyat di negara kita ini dapat kita jaga dengan baiknya.

Jempol ingin mengambil perhatian B.14 Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Jadi, Jempol merujuk kepada perjawatan iaitu jawatan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah di Jempol. Jadi Jempol menarik perhatian Dewan yang mulia ini supaya diisi segera perjawatan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jempol yang hampir satu tahun tidak diisi.

Jadi sebagaimana yang saya katakan tadi, betapa pentingnya ya, integrasi nasional dan perpaduan sudah tentulah ya, pihak kerajaan mengambil cepat bertindak supaya diisi perjawatan ini hampir satu tahun tidak diisi. Untuk makluman kita, kalau di daerah Jempol hanya ada dua orang saja ya iaitu seorang pegawai pembangunan— Pegawai Perpaduan Daerah dan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah dan keraninya kongsi pula dengan Kuala Pilah. Bayangkan tu, keadaan.

draft • 11:47 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Perpaduan ini adalah utama negara, tetapi begitulah keadaannya. Dan juga kalau dilihat dari Jempol sendiri, jumlah penduduknya 108,379 dengan 108 taman perumahan, KRT 29, SRS 24, tabika Perpaduan 12 dan juga taska Perpaduan satu.

Yang mana di segi komposisi kaumnya, 6.4 peratus adalah orang Melayu, masyarakat Cina 19.9 peratus dan India 13.3 peratus dan bakinya 0.4 peratus berbagai kaum yang lain. Ini menggambarkan Jempol daerah yang kaya dengan nilai kepelbagaian budaya, agama dan adat resam.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jadi Jempol mohon ya, dapat diisi dengan segera jawatan yang kosong tadi iaitu Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Jempol. Dan juga Jempol mencadangkan ya, kalau boleh kita tambah lagi perjawatan di peringkat daerah ikut kesesuaian satu-satu tempat itu. Contohnya, kita ada Pegawai Pembangunan— Pegawai Perpaduan Daerah dibantu oleh dua orang Penolong Pegawai Perpaduan Daerah dan seorang kerani.

Bayangkan tadi Daerah Jempol yang besar dengan Kuala Pilah di segi aspek Kerani Perpaduan hanya seorang saja di Kuala Pilah. Jadi, saya agak pihak kementerian dan juga saya mahu maklum membalas daripada Yang Berhormat Menteri Perpaduan berhubung dengan apa yang dipersoalkan oleh Jempol hari ini.

Terusnya, Jempol juga ingin merujuk Butiran 020200 – Arkib Negara Malaysia. Jempol menyambut baik penubuhan Majlis Sejarawan Negara di bawah Arkib Negara pada Ogos 2025 yang dianggotai oleh 17 orang pakar dari pelbagai bidang termasuk pakar sejarah arkeologi, antropologi dan juga sosiologi. Jadi, Majlis Sejarawan Negara ini berperanan penting bagi memelihara ketepatan, integriti dan juga autoriti ilmu sejarah negara kita.

Jadi, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berbagai kenyataan contohnya dikatakan baru ini orang Rom datang ke alam Melayu untuk belajar membuat kapal dan juga berbagai lagi dakwaan yang lain. Jadi, ini telah menimbulkan berbagai polemik di kalangan masyarakat kita. Jadi, Jempol kurang senang bila isu sejarah menjadi bahan gurauan dan bahan jenaka media sosial.

Setiap kenyataan atau dakwaan yang menyentuh peradaban tokoh dan tamadun bangsa perlu disokong oleh bukti yang kukuh serta kajian akademik yang teliti. Dalam konteks ini, Jempol melihat...

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Penubuhan majlis— satu minit.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terus gulung.

draft • 11:50 AM

Seorang Ahli

Gulung, gulung, gulung.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Ah, ini tak boleh saya kalau tiba-tiba gulung macam ini on the spot, mesti tak boleh.

[Ketawa]

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung. Kalau tak dapat gulung, sila duduk.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Tuan Pengerusi, jadi, saya gulung sekarang.

draft • 11:50 AM

Seorang Ahli

Ha, gulung.

draft • 11:50 AM

Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol

Jadi persoalan Jempol berhubung dengan perancangan, apakah perancangan Majlis Sejarawan Negara untuk menangani isu yang berkaitan yang timbul supaya rakyat dapat penjelasan dengan fakta-fakta yang tepat? Dan juga adakah Majlis Sejarawan Negara merancang untuk membentuk unit penyelidikan respons pantas bagi menangani isu- isu yang berkaitan dengan kadar segera. Mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri Perpaduan berkaitan perkara tersebut. Terima kasih, Puan Pengerusi.

draft • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya jemput Yang Berhormat Kuantan.

draft • 11:50 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Puan Pengerusi.

Saya terus kepada perbahasan saya.

Jadi, merujuk kepada jadual petunjuk prestasi utama, KPI kementerian menyasarkan indeks perpaduan pada kadar 0.7 peratus bagi tahun 2026. Jadi, ia nya kekal sama seperti tahun ini. Jadi persoalan dia, mengapa kadar ini tidak meningkat? Adakah ini menunjukkan tahap perpaduan negara kita juga menunjukkan kemajuan? Jadi sehingga Oktober 2025, berapakah indeks IPNAS tersebut?

Sepertimana maklumat yang kita perolehi, indeks ini diperolehi melalui pelbagai peringkat iaitu Persekutuan, negeri, daerah dan melalui Rukun Tetangga dan KRT. Jadi, saya ingin mencadangkan agar kementerian mengeluarkan juga IPNAS ini mengikut negeri agar rakyat boleh tahu dan perbaiki ke arah perpaduan yang lebih baik.

Jadi menurut Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dato' Haji Che Roslan bin Che Daud, terdapat 10 faktor utama yang mempengaruhi tahap perpaduan masyarakat termasuk etos bangsa, defisit sosial, pendidikan dan penggunaan bahasa kebangsaan. Dalam hal ini, saya ingin menyentuh isu penguasaan bahasa kebangsaan yang menjadi asas kepada perpaduan nasional, seperti yang ditegaskan oleh Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Madya Dr. R. Ramalinggam, kalau ada rakyat negara ini yang tidak boleh berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu, bagi saya itu satu dosa.

draft • 11:54 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Ini dari Prof. Madya Dr. R. Ramalinggam. Bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan merupakan lambang jati diri rakyat Malaysia. Malah Perdana Menteri juga menegaskan dalam ucapan beliau sempena Majlis Makan Malam Jubli Emas ke-50 AmBank Group baru-baru ini dan saya petik kata-katanya, “saya tidak boleh terima rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu.” Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, satu kajian yang dilakukan oleh UIAM Kuantan pada tahun 2020 terhadap 414 pelajar di lima sekolah vernakular di Kuantan, mendapati 65.2 peratus pelajar tidak menguasai bahasa dan menulis bahasa kebangsaan. Hampir 40 peratus tidak lancar membaca dalam bahasa Melayu jadi lebih separuh pula didapati lemah dalam kemahiran bertutur.

Jadi, adakah sekolah persendirian turut diambil kira dalam dapatan indeks perpaduan nasional dan seterusnya bagaimana Kementerian Perpaduan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memperkukuhkan penggunaan bahasa kebangsaan ini.

Seterusnya, Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Dalam sesi penggulungan peringkat dasar, Yang Berhormat Menteri menyatakan terdapat 8,586 KRT seluruh negara. Saya ingin tahu adakah semua KRT ini aktif dan mendapat geran tahunan? Dan adakah terdapat KRT yang dibubar serta tidak aktif dan tidak mencapai peratus yang ditetapkan oleh jabatan?

Dan cabaran pengurusan KRT ini ialah penglibatan golongan muda khususnya melalui program Tunas Jiran dan semakin sukar untuk menarik generasi muda untuk sertai aktiviti masyarakat dan sukarelawan di bawah KRT ini sendiri.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah usaha dan strategi konkrit yang sedang dilaksanakan oleh jabatan bagi menarik lebih ramai belia terlibat dalam aktiviti sukarelawan komuniti dan kepimpinan tempatan.

Seterusnya, saya dimaklumkan juga KRT ada geran terus bagi projek Nenas kepada KRT. Jadi, saya ingin bertanya berkaitan apakah perkembangan program tersebut serta dapatkan maklumat tentang KRT mana yang terlibat serta adakah ada KRT dalam Parlimen Kuantan itu sendiri yang terlibat.

Seterusnya, berkaitan Butiran 020300 Jabatan Muzium Negara. Pada minggu lepas, media melaporkan penemuan bahagian kayu yang dipercayai daripada Badan Jong, sebuah kapal besar di Pulau Melaka, daripada usaha ekskavasi oleh Jabatan Warisan Negara bersama Perbadanan Muzium Melaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya ucapkan tahniah kepada pasukan ekskavasi atas penemuan penting ini.

draft • 11:54 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Saya merujuk tulisan pengkaji Pusat Kecemerlangan Kajian Melayu Universiti Malaya, Jong dan Ghali antara kapal besar dalam tamadun maritim alam Melayu.

Baru-baru ini tular pula pendedahan seorang ahli akademik berkaitan teknologi pembinaan kapal bangsa alam Melayu yang merupakan antara penguasa lautan terawal dalam tamadun maritim yang turut memberi pengaruh kepada tamadun lain.

Pendedahan beliau berasaskan kepada kajian akademik daripada sumber alam Arab klasik. Namun terdapat pihak pantas memberi reaksi menyangkal pendedahan tersebut. Lebih malang apabila ada yang memperlekehkan sikap inferior atau merendah diri dalam aspek jati diri dan warisan bangsa tidak sepatutnya ada pada kita. Kita perlu berbangga dengan warisan bangsa negara kita yang hebat.

Contohnya tapak arkeologi tertua di dunia Sungai Batu menjadi bukti teknologi peleburan besi zaman dahulu kala.

Oleh itu, saya berpandangan pihak kementerian boleh menyambut pendedahan daripada ahli akademik dengan memberikan sokongan dan dukungan bagi meneruskan kajian secara ilmiah. Dan selain itu, peruntukan bagi tujuan kajian dan penyelidikan mestilah dipertingkat agar lebih banyak warisan bangsa dapat digali dan diangkat oleh ahli akademik, jabatan muzium dan pihak berkepentingan.

Akhirnya, Butiran 020200 – Arkib Negara Malaysia. Bahan arkib merupakan dokumen yang penting sebagai bahan bukti dalam melindungi hak kepentingan negara dan rakyat masa depan.

draft • 11:54 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Saya memetik laporan media yang menyatakan bahan arkib berkaitan Malaysia yang berada di luar negara dianggarkan berjuta naskhah. Usaha mengkaji dan mendapatkan semula bahan arkib di luar negara memerlukan peruntukan yang bukan sedikit, namun saya difahamkan peruntukan bagi perkara ini sangat terhad.

Soalan saya, berapakah peruntukan yang diberikan kepada Seksyen Penyelidikan Khas bagi tahun 2022 hingga 2025? Dan adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan peruntukan bagi memperkasa aktiviti Arkib Negara Malaysia khususnya terkait usaha membawa usaha pulang bahan arkib dari luar negara?

Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya jemput Yang Berhormat Balik Pulau.

draft • 12:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Pengerusi. Puan Pengerusi, pertama, menurut Butiran 45100 – Ubah Suai dan Naik Taraf Jabatan Muzium Malaysia, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai apakah langkah-langkah konkrit yang sedang dan akan diambil oleh Kementerian Perpaduan untuk memperkasakan Muzium Negara yang sepatutnya menjadi muzium utama dan mercu tanda sejarah negara kita?

Hakikatnya, Muzium Negara telah berusia lebih 62 tahun, kini berdepan keusangan struktur dan infrastruktur yang membimbangkan. Kita tidak boleh menunggu tragedi baharu berlaku. Kebakaran besar yang memusnahkan Muzium Nasional Brazil pada tahun 2018 dan insiden serupa di Muzium Nasional Indonesia pada tahun 2023 serta kes kecurian baru ini, koleksi bersejarah di British Museum dan Louvre Museum harus menjadi peringatan tegas kepada semua bahawa warisan yang tidak dijaga dengan rapi, boleh hilang dalam sekelip mata.

Malaysia perlu melangkah ke depan bukan hanya membaik pulih, tetapi menaik taraf sistem keselamatan, pemantauan dan pencegahan kebakaran bertaraf dunia agar Muzium Negara kekal sebagai penjaga khazanah bangsa, bukan sekadar bangunan nostalgia.

Apabila Guggenheim Museum di Bilbao, Sepanyol dibuka pada tahun 1997, ia bukan sekadar menempatkan karya seni moden, muzium tersebut telah mengubah sepenuhnya ekonomi sebuah bandar perindustrian yang lesu. Dalam tempoh dua dekad, kehadiran muzium tersebut menarik lebih 20 juta pelawat antarabangsa, mencipta apa yang dikenali sebagai Bilbao Effect. Perkara ini membuktikan pelaburan dalam muzium berkualiti tinggi mampu menggerakkan pelancongan, memperkukuh identiti bandar dan merancakkan ekonomi setempat.

Kejayaan serupa turut dapat dilihat di tanah air kita melalui Borneo Cultures Museum (BCM) di Kuching yang kini menjadi muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara. Sejak pembukaannya, BCM bukan sahaja menarik ratusan ribu pelawat setiap tahun, malah telah menjadi pemangkin utama kepada pelancongan budaya dan ekonomi kreatif Sarawak.

Jumlah pelawat untuk tahun 2024 sahaja telah mencecah 316,000 dan koleksi tiket, the fees that they collected in the entrance sahaja berjumlah sebanyak RM3.5 juta. Malah, baru-baru ini BCM juga telah diiktiraf di peringkat antarabangsa, World Ranking Museum menduduki tempat ke-305 dalam senarai muzium terbaik di

draft • 12:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

dunia, membuktikan bahawa Malaysia mampu berdiri sama tinggi dengan destinasi warisan bertaraf global.

Bayangkan jika Muzium Negara Malaysia dan Muzium Tekstil Negara dipertingkatkan dengan konsep yang sama menggunakan seni bina, teknologi interaktif dan penciptaan budaya secara moden, Malaysia bukan sahaja dapat mengekalkan khazanah warisan, tetapi juga menjadikan muzium sebagai nadi kepada pelancongan budaya ataupun cultural tourism yang mampan.

Inilah masa untuk kita beralih daripada melihat muzium sebagai kos penyelenggaraan kepada pelaburan strategik dalam ekonomi, budaya dan perpaduan nasional. Kalau kita lihat mana-mana kita pergi, top five destinasi ataupun top five attraction dalam sesebuah bandar itu, muzium selalunya berada dalam top five. Tapi tidak di Malaysia. Muzium ke belakang sekali dari segi jumlah pelawat.

Kedua, merujuk kepada ucapan Belanjawan 2026 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita maklum bahawa pembangunan semula Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara adalah sebahagian daripada inisiatif warisan Kuala Lumpur yang dulunya kita panggil KLCCD.

Namun, saya ingin menarik perhatian Dewan ini terhadap satu perkara iaitu Muzium Tekstil Negara, kini diarah untuk dipindahkan daripada lokasinya di Dataran Merdeka. Pada hemat saya, langkah ini tidak wajar dan tidak berasaskan pertimbangan rasional. Muzium ini telah beroperasi di tapak tersebut sejak tahun 2010 dan sepanjang tempoh itu telah menjadi hab komuniti, pusat rujukan pelajar dan pelancong serta lokasi warisan yang ikonik.

Pemindahan ini bukan sahaja melibatkan kos besar yang tidak perlu, tapi turut menghapuskan nilai sejarah dan kesinambungan naratif warisan yang telah dibina selama lebih satu dekad. Sebaliknya, saya mencadangkan agar Muzium Tekstil Negara dikekalkan di lokasi sedia ada dan Khazanah Nasional boleh memainkan peranan sebagai rakan strategik untuk menaik taraf prasarana, pameran interaktif dan teknologi interpretasi agar setanding dengan muzium-muzium serantau seperti Asian Civilisations Museum di Singapore atau National Museum of Korea.

Justeru, saya ingin bertanya, apakah pandangan pendirian Kementerian Perpaduan Negara terhadap isu ini khususnya dari segi sudut pemeliharaan nilai warisan dan identiti nasional?

Saya terus yang ke topik geran padanan muzium. Puan Pengerusi, saya menyambut baik inisiatif yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai geran padanan muzium berjumlah RM5 juta di bawah bajet

draft • 12:00 PM

Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

mengurus Kementerian Kewangan B.11. Walaupun kecil, tapi kita sokong penuh inisiatif ini kerana ia membuka lembaran baru bagi kerjasama antara Jabatan Muzium Malaysia, pihak korporat, dermawan dan pakar warisan.

Saya pernah mengusulkan pendekatan seperti ini semasa saya menjadi Timbalan Menteri MOTAC dahulu untuk mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan dan memupuk rasa tanggungjawab bersama dalam pemuliharaan warisan. Geran padanan ini bukan sahaja mampu menarik dana tambahan dan kepakaran swasta, tapi juga mencipta ekosistem pemuliharaan yang lestari, di mana kita tahu setiap Ringgit yang disumbangkan memberi impak langsung kepada pembangunan muzium.

Saya nak habis dah, nak landing dah. Saya ingin bertanya kepada Menteri Perpaduan, apakah mekanisme pelaksanaan geran ini dan apakah jenis insentif atau pengecualian cukai khas yang akan ditawarkan bagi menggalakkan lebih ramai pihak korporat serta dermawan menyumbang kepada pemuliharaan warisan nasional kita?

Puan Pengerusi, jika kita ingin membina perpaduan yang sejati, maka warisan dan sejarah bangsa ini mesti dipelihara dan dipulihara dengan kasih. Bukan diurus dengan kos semata-mata. Kita harus memastikan warisan ini tidak terpendam oleh pembangunan moden, tapi di perkasa agar generasi akan datang dapat melihat, belajar dan berbangga menjadi rakyat Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Saya jemput Yang Berhormat Kangar.

draft • 12:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Pengerusi.

Selamat datang kepada guru-guru dan pelajar – Saya tak pasti sekolah mana.

Selamat datang ke Dewan Rakyat. Jadi, hari ini Kangar diberi peluang untuk membahas Bajet 2026 peringkat Jawatankuasa berkaitannya dengan Kementerian Perpaduan Negara.

Tuan Pengerusi, jadi alhamdulillah, hingga kini perpaduan rakyat Malaysia kekal terjalin dengan baik, rakyat saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. Saya pergi kepada Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga. Antara fungsi KRT adalah untuk memupuk perpaduan dan keharmonian di kalangan penduduk setempat dan membina komuniti bersatu di kalangan rakyat.

draft • 12:07 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Untuk pengetahuan Tuan Pengerusi dan YB Menteri, untuk kawasan Kangar, komuniti Taman Sri Embun, Kangar telah mendapat kelulusan lisan daripada ICU untuk menaik taraf Dewan Komuniti Taman Sri Embun pada tahun lepas. Jadi soalan saya, apakah status projek ini? Sebab hingga kini, seolah-olah macam ada sedikit masalah birokrasi dalam projek menaik taraf dewan berkenaan. Dewan ini amat penting untuk komuniti Taman Sri Embun menjalankan aktiviti komuniti.

Tuan Pengerusi, KRT juga perlu meningkatkan perpaduan ekonomi melalui program-program ekonomi. Saya nak kepastian daripada YB Menteri, apakah rancangan kementerian untuk memperkenalkan program usahawan komuniti yang boleh menggabungkan usahawan-usahawan kecil tempatan terutamanya di negeri- negeri kecil seperti Perlis?

Saya pergi kepada Butiran 00200 – Pembaikan dan Naik Taraf Kemudahan Muzium. Muzium Kayang di Perlis merupakan antara pusat warisan penting negeri Perlis.

draft • 12:07 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Ia bukan sahaja setakat destinasi pelancongan tetapi merupakan simbol sejarah dan identiti kebudayaan yang menyumbang kepada semangat perpaduan nasional. Kedudukan muzium yang strategik dikelilingi oleh bukit yang merupakan benteng Kerajaan Melayu Kedah suatu ketika dulu ketika menghalang serangan Raja Ligor dari Nakhon Si Thammarat untuk menyerang Kedah pada abad ke-18.

Kedah ditawan oleh Siam dan jatuh ke tangan pemerintah Siam selama 21 tahun di bawah Sultan Ahmad Tajuddin. Ini sejarah sikit.

Jadi soalan saya untuk YB Menteri, setakat manakah usaha Kementerian Perpaduan bagi menaik taraf kemudahan Muzium Kota Kayang? Dan soalan kedua, apakah rancangan kementerian untuk memperluaskan program pendidikan dan aktiviti silang budaya (cross-cultural activities) dengan izin, di Muzium Kayang seperti bengkel sejarah pelbagai kaum, pusat pendidikan warisan dan sebagai tempat murid-murid atau pelajar dan komuniti mempelajari nilai-nilai sejarah dan budaya serta keharmonian antara kaum? Tuan Pengerusi, jadi tibalah masanya Muzium Kayang diangkat menjadi produk pelancongan antara yang terbaik di negeri Perlis.

Saya pergi kepada yang terakhir, Butiran 030500 – Perpustakaan Desa.

Berapakah bilangan perpustakaan desa di negeri Perlis dan bilangan pustakawan yang terlibat? Setakat manakah keberkesanan penggunaannya di negeri Perlis khususnya dan di Malaysia amnya. Ini ekoran daripada murid-murid dan anak-anak

draft • 12:10 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

muda pada hari ini lebih terikat dengan penggunaan gajet pada masa kini bagi melayani emosi mereka berbanding dengan perpustakaan desa.

Jadi sebagai kesimpulan, peranan Kementerian Perpaduan dan agensi- agensi lain, juga kementerian-kementerian lain, amat penting dalam mengikat rakyat Malaysia ke arah perpaduan yang lebih utuh. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih. Yang Berhormat Kangar. Saya jemput Yang Berhormat Betong.

draft • 12:10 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih Puan Pengerusi kerana memberi peluang untuk Betong turut membahaskan maksud B dan P.14 iaitu Kementerian Perpaduan Negara.

Tuan Pengerusi, KPN adalah kementerian yang bertanggungjawab terhadap infrastruktur sosial dan jati diri negara. Bagi Sarawak, peruntukan ini diukur bukan sekadar memupuk muhibah, tetapi dalam kita menutup jurang akses dan kualiti perkhidmatan sosial antara wilayah, sebagaimana yang dituntut oleh prinsip MA63.

Perpaduan sejati hanya akan wujud apabila terdapat keadilan dan kesaksamaan ekonomi serta sosial. Maka, fokus KPN untuk mencapai indeks Perpaduan Nasional 0.7 wajar dipuji.

Tuan Pengerusi, Betong ingin menyentuh Butiran B020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, B030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan, B030400 – Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan, P17200 – Pusat Aktiviti Perpaduan, dan P17300 – Pusat Rukun Tetangga dan saya baca bersekali.

Puan Pengerusi, kita selalu dengar slogan kerajaan tentang Perpaduan MADANI, Malaysia Harmoni dan Keluarga Malaysia. Tapi Betong ingin bertanya dengan jujur, adakah kerajaan sendiri benar-benar bersatu dalam kita memastikan dasar perpaduan ini sampai kepada rakyat di luar bandar?

Puan Pengerusi, sebagai contoh, Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Betong. Bayangkan seluruh bahagian Betong meliputi daerah Betong, daerah Pusa, daerah Kabong dan daerah Saratok hanya mempunyai empat orang pegawai operasi. Empat orang pegawai ini perlu memantau 98 kawasan KRT dan 66 skim rondaan sukarela.

Empat orang Puan Pengerusi, mereka bukan hanya menguruskan aktiviti komuniti tapi juga menjadi kerani, penyelia kewangan, pemandu dan kadang-kadang tukang angkat kerusi pejabat. Bila semua turun padang, pejabat tutup. Jadi, Betong

draft • 12:12 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

ingin tanya, adakah ini yang kerajaan maksudkan dengan pentadbiran cekap dan berkesan? Adakah empat orang pegawai cukup untuk menjaga perpaduan ribuan rakyat di empat daerah tersebut? Kalau kerajaan boleh tambah perjawatan di kementerian pusat, mengapa JPNIN di luar bandar dibiar beroperasi seperti ini, tanpa tenaga, tanpa struktur, tanpa hala tuju?

Puan Pengerusi, mari kita lihat pula kemudahan tabika dan taska perpaduan.

Di Betong, kita ada tiga tabika dan satu taska, tapi semuanya menumpang bangunan orang lain. Dan saya ingin bertanya, sampai bilakah anak-anak kecil ini di luar bandar harus belajar di bangunan tumpangan? Bukankah kerajaan sendiri yang berbangga kononnya pendidikan awal perpaduan ini penting untuk membentuk sahsiah dan nilai murni sejak kecil?

Kalau begitu, kenapa kerajaan tidak mampu menyediakan bangunan sendiri untuk program seawal tabika dan taska perpaduan ini? Kita sering bercakap tentang generasi masa depan negara, tapi realitinya anak-anak ini belajar dalam ruang sempit, perkongsian dan serba kekurangan.

Puan Pengerusi, Betong menyokong penuh dan mendesak agar pembinaan sebuah Pusat Aktiviti Perpaduan (PAP) di Betong bukan sahaja untuk menjadi pejabat tetap JPNIN, tapi juga sebagai tempat bagi tabika, taska dan juga aktiviti komuniti. Tapi Betong ingin tegaskan, cukuplah kerajaan sekadar berjanji, kita mahu lihat peruntukan sebenar dalam Bajet 2026.

Puan Pengerusi, seterusnya, saya bercakap tentang geran tahunan KRT hanya RM6,000 setahun. Kalau dibahagi 12 bulan, RM500 satu bulan untuk menguruskan program perpaduan, aktiviti sosial, keselamatan komuniti dan penglibatan belia. RM500 sebulan ini, Puan Pengerusi, kadang-kadang tidak cukuplah untuk kita beli minum, sewa kanopi dan sebagainya.

Jadi Betong nak tanya, adakah kerajaan benar-benar mahu memperkukuhkan perpaduan atau sekadar mahu cukuplah syarat laporan tahunan jabatan? Kalau kerajaan serius, tambahlah geran KRT sekurang-kurangnya dua kali ganda, barulah kita boleh bercakap tentang program yang bermakna dan berimpak.

Puan Pengerusi, seterusnya, skim rondaan sukarela peralatan seperti ves, lampu suluh, walkie-talkie, semua sudah rosak, lusuh dan ada yang tak berfungsi.

Dan lebih menyedihkan, ronda-peronda sukarela ini tidak diberi sagu hati langsung, walaupun mereka turun setiap minggu membantu polis menjaga keselamatan di kampung, di rumah panjang. Di manakah keadilan kita kepada mereka, Puan Pengerusi? Apakah kerajaan hanya mahu bergantung kepada semangat

draft • 12:12 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

sukarelawan rakyat tapi tidak sanggup hulur sedikit penghargaan atas jasa mereka?

Kita sering berucap, “Terima kasih wira tanpa uniform.” Tapi kalau uniform pun kerajaan tak sediakan, apa makna penghargaan itu?

Akhir sekali, Puan Pengerusi, masalah yang paling besar ialah penyertaan komuniti yang semakin merosot. Golongan muda tidak tertarik. Program KRT hambar promosi lemah. Betong ini mencadangkan supaya media sosial RTM, JAPEN, dan syarikat korporat terlibat dalam mempromosikan perpaduan. Tapi saya ingin tanya, adakah kerajaan hanya mendengar atau benar-benar melaksanakan idea baik ini?

Kerajaan mesti berani menyelamatkan semula gerakan Rukun Tetangga menjadikan ia moden, inklusif dan relevan dengan generasi digital hari ini.

Puan Pengerusi, kesimpulannya, apa yang berlaku di JPN Betong adalah cerminan kegagalan sistemik dasar perpaduan di peringkat akar umbi. Pegawai terlalu sedikit, dana terlalu kecil, kemudahan tidak mencukupi tetapi kerajaan terus melaungkan Perpaduan MADANI di pentas besar. Maka perpaduan bukan dibina dengan slogan, perpaduan dibina dengan sokongan, dengan sumber dan dengan kejujuran politik.

Justeru, Betong ingin memohon agar menambahkan bilangan pegawai dan staf sokongan di Betong, membina segera pusat aktiviti perpaduan di Betong, melonjakkan geran KRT kepada sekurang-kurangnya RM12,000 setahun dan menetapkan sagu hati khas kepada anggota SRS.

Kalau benar-benar apa ini kerajaan mahu rakyat bersatu, maka buktikanlah perpaduan itu dengan tindakan bukan sekadar kata-kata dan memastikan geran pendidikan awal dan komuniti, tapi kerana KRT disalurkan tanpa birokrasi terutamanya di kawasan luar bandar Sarawak. Sekian, Betong, mohon menyokong.

Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:12 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Betong. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.

draft • 12:12 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi.

Saya ingin membahaskan berkenaan dengan Butiran 020000 – Perpaduan Negara. Perlu kita akui bahawasanya secara realitinya, walaupun negara kita telah merdeka selama 68 tahun, namun fenomena polarisasi semakin ketara sama ada di peringkat kepimpinan negara ataupun di kalangan rakyat.

draft • 12:19 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Polarisasi dengan mudahnya untuk kita faham ialah apabila kita sukar untuk mencari titik persamaan dan sering kita cenderung mencari kepada titik perbezaan.

draft • 12:19 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Lebih membimbangkan lagi apabila di dalam ruang digital pada kali ini, di mana medan utama pertembungan persepsi antara kaum, agama dan parti politik, media sosial sepatutnya yang menjadi jambatan komunikasi, telah berubah menjadi perang maklumat yang membiakkan kebencian, salah faham dan stereotaip antara kelompok masyarakat.

Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di negara kita sepatutnya kita ibaratkan seperti mana anyaman tikar yang pelbagai warna. Setiap jalur dan warna tadi memiliki keindahan yang tersendiri serta nilai-nilai yang tersendiri. Namun, apabila dianyam dengan baik maka di sana adanya nilai kasih, hormat, tolak ansur maka terhamparlah satu keindahan kukuh dan harmoni.

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Hujuraat. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Wahai manusia, Allah Taala menyebut tentang, “Ya ayyuhannas.” Dia tak sebut, *“Ya yyuhalladina amanu.” “Wahai manusia!

Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari laki-laki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa, bersuku puak.”* Tujuannya apa? Lita’arafu ialah untuk berkenal-kenalan di kalangan mereka.

Maka, sebab itulah Nabi SAW ketika baginda berhijrah daripada Mekah ke Madinah Baginda, selain daripada agenda yang lain, Baginda meletakkan asas yang pertama ialah soal wehdah— penyatuan perpaduan dari kalangan masyarakat Arab yang berada di Madinah pada ketika itu. Kita tahu masyarakat Arab di Madinah waktu itu lebih complete daripada apa yang ada di negara kita.

Dari mana wujudnya kaum Arab seperti Aus dan Khazraj yang mana mereka ini sebelumnya bergaduh berbunuh-bunuhan sama-sama Arab yang disebut sebagai peperangan Bu’ats iaitu lima tahun sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Peperangan itu antara kaum Arab sama Arab. Begitu juga dengan orang Yahudi dari kalangan Bani Qainuqa, Bani Nadhir. Ini antara kisah yang ada waktu itu...

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Bagan Serai, boleh mencelah?

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Maka, nak menggambarkan tentang— saya tak bagi. Pentingnya— nanti kita debat di luar.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Garang Bagan Serai ini. Minta elok-elok ini, Bagan Serai.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Pentingnya soal kedudukan peribumi ini ialah…

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat, sila duduk.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Pentingnya kita dalam soal untuk kita nak memberikan pengiktirafan kepada soal peribumi di negara kita sebab itu walaupun kita marah kepada penjajah, sekurang-kurangnya penjajah telah meletakkan soal 153 hak istimewa orang Melayu di sana berlakunya kontrak sosial.

Tujuan tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan perpaduan di negara kita ini mesti mengambil kira soal anak peribumi dari kalangan bumiputera yang terdapat di negara kita.

Maka, inilah yang kita cuba lakukan di Kelantan sejak daripada 53 tahun PAS memerintah di Kelantan daripada tahun 59 sampai 78 kemudian, tahun 90 hingga sekarang, hampir 53 tahun tidak ada rekod yang menunjukkan bagaimana berlakunya penindasan kaum, berlakunya polarisasi kaum yang cukup dahsyat sehingga berlaku pembunuhan walaupun orang bukan Islam minoriti di Kelantan.

Sebab apa? Sebab agama kita mengajar tak boleh kamu menyakiti orang lain kerana Allah SWT telah menyebut dalam Al-Quran. Dalam Al-Quran yang kata.

[Membaca sepotong ayat al-Quran] Allah Taala kata, jangan kamu cerca sembahan orang lain, peringatan kepada orang Islam, jangan kamu cerca sembahan orang lain, nanti kalau kamu cerca tokong mereka, berhala mereka, nanti mereka pula akan cerca kamu...

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Maka, sebab itulah kita tengok, di Kelantan kita tengok dapat banyaknya, tentang berhala-berhala yang terdapat di sana, sebab apa? Sebab tidak lain dan tidak bukan nak menunjukkan tentang inilah Islam yang mengajar kerana kita ada kaitan dosa dan pahala.

Walaupun kamu tak Islam, kamu tak boleh buat dosa, kamu tak boleh buat aniaya, kamu tak boleh buat zalim dengan orang-orang bukan Islam kerana ianya akan melibatkan soal dosa dan pahala pada hari akhirat nanti.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 12:20 PM

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai

Terima kasih Puan Pengerusi.

draft • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 12:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam ramah. Terima kasih, diucapkan kepada Yang Berhormat Pengerusi dan kebenaran kepada saya untuk sama-sama membahaskan belanjawan untuk Kementerian Perpaduan Nasional.

Butiran 030600 – Program Keharmonian dalam Kepelbagaian. Tahun lepas, tak dapat bajet, tapi tahun ini dapat RM50 juta. Peruntukan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk butiran yang saya sebutkan itu tadi.

Kemudian, yang keduanya Butiran 020100 – Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Tadi saya mendengar Bagan Serai. Tadi juga saya mendengar Yang Berhormat daripada Jempol yang menyebutkan bahawa negara kita ini sudah hampir 68 tahun merdeka. Malaysia sudah 68 tahun merdeka. Dalam negara kita ini ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Iban, ada Kadazan. Ya, itulah keistimewaan negara kita ini.

Saya nak sebutkan kepada Pengerusi— bukan Speaker, Tampin. Dia bila ini, dia Pengerusi. Dia bukan Speaker, kan? Ha, sebab cokmar tu turun ke bawah, kan?

Ha, ini Pengerusi. Saya nak sebutkan kepada Pengerusi, dalam negara kita ini ada empat perkara yang kita tidak boleh berkompromi.

Yang pertamanya, soal berkaitan dengan kesihatan. Kesihatan ini kita tak boleh berkompromi. Sebab itu saya biasa menyebutkan persoalan untuk jaga kesihatan ini adalah merupakan satu perkara yang wajib dalam diri kita.

Kemudian yang keduanya, persoalan berkaitan dengan pendidikan dalam negara kita ini. Tak kiralah, Tampin...

draft • 12:25 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Ya. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:25 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kita ini orang susah ke, orang senang ke, orang pertengahan ke, orang kaya ke, soal berkaitan dengan pendidikan ni kita tidak boleh berkompromi.

Kemudian yang ketiganya, persoalan berkaitan dengan keselamatan dalam negara kita ini. Sebab itu kita tengok peruntukan untuk keselamatan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sangat tinggi.

draft • 12:25 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kemudian perkara yang keempat, yang kita tidak boleh sama sekali berkompromi adalah persoalan berkaitan dengan perpaduan rakyat dan juga warga dalam negara kita Malaysia yang kita cintai ini.

Sebab itu saya nak sebutkan Bangi.

draft • 12:25 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:25 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dengan makanan kita boleh berpakat, dengan makanan kita boleh bersatu, dengan makanan kita boleh berpadu.

Dengan sukan kita boleh berpakat, dengan sukan kita boleh berpadu, dengan sukan juga kita boleh bersatu. Dengan perayaan kita boleh berpadu, dengan perayaan kita boleh bersatu dan dengan perayaan juga kita boleh berpakat. Inilah hebatnya negara kita.

Cuma yang membimbangkan kita Pengerusi, mutakhir ini kita melihat bagaimana sentimen perkauman, sentimen fitnah, amalan fitnah untuk menang dalam pilihan raya. Kita tengok ini merupakan satu perkara yang seharusnya Kementerian Perpaduan Negara dapat mengambil satu jalan untuk kita mengharmonikan apabila kita bercakap soal berkaitan untuk menang dalam pilihan raya ini. Ini sangat membimbangkan dan juga menakutkan kita.

Sebab itu, tuan-tuan, sebab itu saya nak menyebutkan di dalam Dewan yang mulia ini, negara kita sudah merdeka hampir 68 tahun, tetapi sepatutnya, sudah 68 tahun negara kita ini merdeka, sepatutnya amalan budaya politik kita, kita seharusnya mencerminkan budaya politik matang...

draft • 12:25 PM

Seorang Ahli

Setuju.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:25 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Budaya politik sejahtera, budaya politik yang ada ilmu, budaya politik yang ada integriti, budaya politik yang ada nilai, budaya politik idea yang seharusnya kita ketengahkan. Bukan budaya politik perkauman, politik kebencian, politik sempit menyalahkan di antara satu kaum dengan kaum yang lain, menyalahkan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain, terutamanya dalam negara kita ini. Semuanya salah Cina. Kalah dalam pilihan raya— Cina, tak menang— Cina, jatuh motor— Cina, tak boleh beli televisyen— Cina. Semuanya Cina, Cina, Cina dalam negara kita.

draft • 12:25 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Yang Berhormat Hulu Langat, boleh minta laluan?

draft • 12:25 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang minta itu siapa?

draft • 12:25 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Permatang Pauh.

draft • 12:25 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Setuju dengan LRT atau tidak?

draft • 12:25 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Saya dah jawab dah sebelum ini.

draft • 12:25 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hah? Tak, sebenarnya ikhlas ini. LRT itu, Permatang Pau setuju atau tidak?

draft • 12:25 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Kita bincang isu perpaduan, saya nak minta laluan boleh?

draft • 12:25 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Minta laluan nak tanya fasal apa?

draft • 12:25 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Perpaduan.

draft • 12:25 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sila.

draft • 12:25 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Baik, terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:25 PM

Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh

Setuju tak Yang Berhormat Hulu Langat, kalau kita tengok dalam medsos hari ini, antara isu kebencian antara kaum ini, kalau kita tengok dia diwujudkan ataupun dia dicetuskan oleh fake account ataupun kita boleh sebut sebagai ladang telefon yang sangat berleluasa. Dan dia bukanlah daripada akaun yang sebenar, daripada orang yang sebenar dan mungkin bukan daripada kaum yang menyuarakan, tetapi daripada fake account sahaja. Dan fake account ini diambil dan dijadikan sebagai satu sentimen sehingga dibesar-besarkan. Mohon pandangan. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Langat, sila gulung.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sila bagi masa.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak, saya nak sebutkan begini kepada Permatang Pauh, sebab kalau kita dengar ucapan daripada Kota Bharu itu hari, itu saya tak tahulah yang bercakap itu robot ataupun manusia, yang dia fitnah pegawai dan juga kakitangan kerajaan itu...

draft • 12:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Setuju.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang sebut nak bunuh Presiden PAS lah, yang sebut nak mencetuskan suasana seolah-olah negara kita ini

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

‘tak selamatlah. Anggota pasukan keselamatan bawa senjatalah, masuk nak memberontaklah. Kemudian, sebut lagi...

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat...

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Yang itu— itu semua saya tak tahulah. Begitu juga dengan Jasin, fitnah Perdana Menteri. Kata Perdana Menteri ini melanggar perintah Allah. Kita nak tanya dengan Yang Berhormat Jasin ini, nanti kalau dia bahas saya nak tanya dengan dia, apa Yang Amat Yang Berhormat Perdana Menteri ini yang langgar perintah Allah ini? Ini, fitnah-fitnah sebegini yang sepatutnya sebelah sana ini...

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pengerusi, peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Kena ambil iktibar, kena ambil peranan sepatutnya supaya tidak menyebarkan lagi fahaman-fahaman kebencian, fahaman-fahaman yang boleh mencetuskan suasana yang tidak baik, tidak aman dalam negara kita ini.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Peraturan, Pasir Mas.

Peraturan mesyuarat Pengerusi.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Peraturan tetap ke?

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Peraturan tetap mesyuarat.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, okey, sila. Peraturan tetap, saya akur.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

36(6), “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa Ahli yang lain.” Saya dengar tadi Hulu Langat menyebut dengan jelas Kota Bharu fitnah, Jasin fitnah. Jadi kalau fitnah, sepatutnya saluran yang tepat ialah bawa kepada jawatankuasa, bukan sebut begini secara terang begini.

[Tepuk] Saya minta supaya Pengerusi buat ruling untuk tarik balik. Dia cukup jaga parti, bergaduh semalam pun tak selesai.

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

Tarik balik.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya dah bawa dah usul itu.

Hendak tunggu hukuman dia saja lagi daripada kita punya Tan Sri Speaker ini.

[Tepuk] Sebab nyata orang tengok video itu, fitnah.

draft • 12:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bukan fake.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kata nak mencetuskan peristiwa Memali. Ini, Pasir Mas ini pun saya punya kawan dulu ini dalam Dewan

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pemuda PAS ini. Kalau betul kita kata betul, kalau salah kita kata salah. Itulah amalan yang nak kita bawa kepada rakyat dan juga masyarakat dalam negara kita ini. Ini salah kamu sokong.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup. Yang Berhormat Hulu Langat, sila duduk.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Bangun]

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini tengok Besut, saya tak minta dia bangun ini.

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya ambil elok. Minta, minta...

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang lain sila duduk.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Hulu Langat sudah hantar Usul kepada Tan Sri Speaker?

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sudah, cuma tak ada hukuman saja lagi.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, jadi kita...

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab rakyat ternanti- nantikan hukuman untuk Kota Bharu dan juga Pendang. Pendang ini pun Pengerusi, saya ini Hulu Langat...

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup Yang Berhormat.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau sudah hantar Usul, tunggu keputusan Tan Sri Speaker.

draft • 12:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak perlu, sudah. Masa sudah tamat. ‘Tak perlu gulung lagi. Yang Berhormat, kalau ada apa-apa rasa kesalahan, boleh hantar usul juga kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker.

Saya teruskan perbahasan, saya minta Yang Berhormat Mersing...

draft • 12:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya mau tanya sikit.

draft • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tak bagi laluan. Sila duduk. Mersing.

draft • 12:30 PM

Seorang Ahli

Sila duduk.

draft • 12:30 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya ingin memulakan dengan meneliti peruntukan kepada Arkib Negara Malaysia di bawah butiran B.020200. Untuk tahun 2026, peruntukan kepada Arkib Negara telah dikurangkan kepada 56.3 juta berbanding 59.8 juta pada tahun 2025.

Satu pengurangan hampir 3.5 juta yang boleh dianggap sebagai signifikan.

Persoalannya, apakah rasional di sebalik pengurangan ini khususnya ketika usaha pendokumentasian, digitalisasi dan pemeliharaan warisan negara semakin kritikal? Arkib Negara bukan sekadar tempat menyimpan fail dan dokumen lama. Ia adalah benteng ingatan nasional, penjaga legasi sejarah dan identiti negara.

Sebarang pengurangan peruntukan kepada institusi ini mesti disertakan dengan penjelasan yang kukuh dan justifikasi yang rasional.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan inisiatif mengembalikan salinan bahan arkib, dokumen sejarah serta tinggalan warisan negara yang kini berada di luar negara khususnya di Australia, Belanda, India, Portugal dan United Kingdom. Antara persoalannya adalah pertama, apakah status semasa senarai bahan arkib atau tinggalan sejarah bernilai kekal yang berada di luar negara?

Kedua, berapakah anggaran kos keseluruhan bagi proses mendapatkan semula, mendigitalkan atau menyalin bahan-bahan tersebut? Ketiga, apakah prosedur dan mekanisme rasmi yang digunakan oleh Arkib dalam proses pemulangan bahan bersejarah ini? Adakah melalui kerjasama diplomatik, pertukaran budaya, perolehan atau hak milik bersama? Pemulangan bahan Arkib ini bukan sekadar soal sejarah, tetapi soal kedaulatan dan maruah negara. Ia juga penting dalam membina naratif sejarah yang seimbang dan bebas daripada tafsiran kolonial.

Tuan Pengerusi, saya beralih kepada dua butiran penting di bawah B.030000 – Program Khusus iaitu B.030300 – Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan dan B.030400 – Geran Per Kapita Tabika Perpaduan. Saya ingin menegaskan bahawa tiada peningkatan peruntukan bagi kedua-dua komponen ini dalam Belanjawan 2026 walaupun realiti semasa menunjukkan kenaikan kos barangan asas yang ketara.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar inflasi makanan kekal tinggi pada purata 4.3 peratus sejak 2023 dengan peningkatan harga bahan asas seperti beras, ayam, telur dan sayur-sayuran antara 15 hingga 30 peratus dalam

draft • 12:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

tempoh dua tahun. Akibatnya, lebih 37,000 kanak-kanak di 2,178 Tabika Perpaduan berisiko mengalami kemerosotan kualiti pemakanan harian. Ini bukan sekadar soal logistik, tetapi isu kesihatan awam dan pembangunan modal insan negara.

Kajian Pemakanan Kanak-kanak Malaysia 2023 oleh KEMAS dan Kementerian Kesihatan mendapati bahawa satu daripada lima kanak-kanak prasekolah mengalami kekurangan zat besi dan protein yang memberi kesan langsung kepada pertumbuhan fizikal dan kognitif mereka. Saya akui bahawa peruntukan penyenggaraan tabika telah meningkat daripada 10 juta kepada 20 juta bagi tahun 2026, namun peningkatan infrastruktur tidak akan bermakna jika isi perut kanak-kanak ini kosong.

Oleh itu, saya mencadangkan agar pertama, Bantuan Makanan Tambahan Tabika Perpaduan ditingkatkan sekurang-kurangnya 20 peratus sejajar dengan kenaikan kos makanan semasa. Dan kedua, Geran Per Kapita Tabika Perpaduan dinaikkan sekurang-kurangnya 15 peratus dengan keutamaan kepada kawasan bandar besar dan pedalaman Sabah dan Sarawak dan menanggung kos logistik lebih tinggi.

Saya juga mohon penjelasan, apakah kos operasi tahunan purata bagi setiap Tabika Perpaduan termasuk emolumen guru, penyenggaraan, utiliti dan insurans murid?

Dan kedua, apakah kajian semakan kos operasi telah dijalankan bagi memastikan peruntukan mencukupi dan mencerminkan realiti di lapangan? Langkah ini penting bagi memastikan setiap Ringgit dibelanjakan benar-benar memberi kesan langsung kepada kualiti pendidikan awal kanak-kanak, bukan sekadar memenuhi angka atas kertas.

Tuan Pengerusi, saya menyambut baik peningkatan peruntukan kepada 56.8 juta bagi B.030500 – Perpustakaan Desa pada tahun 2026. Namun, saya ingin menegaskan bahawa isu utama bukan sekadar jumlah peruntukan, tetapi keberkesanan pelaksanaan. Data rasmi menunjukkan hanya 47 peratus daripada lebih 1,000 Perpustakaan Desa mempunyai kemudahan komputer dan capaian Internet yang baik. Perpustakaan Desa tidak boleh lagi dilihat sekadar tempat meminjam buku, ia mesti menjadi hab komuniti digital luar bandar yang menyediakan latihan literasi maklumat, program e-Pembelajaran, bimbingan e-Dagang untuk usahawan mikro dan pusat pendidikan sepanjang hayat.

Justeru, saya ingin meminta penjelasan. Pertama, berapakah jumlah sebenar peruntukan yang disalurkan secara langsung kepada Bahagian Pembangunan

draft • 12:33 PM

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing

Perpustakaan Desa yang menguruskan 1,087 Perpustakaan Desa di seluruh negara?

Dan kedua, adakah audit infrastruktur ICT dan tahap penggunaan perpustakaan dijalankan secara berkala bagi menilai impak sebenar perbelanjaan ini? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

draft • 12:33 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

draft • 12:33 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin membahas Kod 020000 iaitu perpaduan negara. Setiap kali bila kita bercakap tentang perpaduan, saya tertanya-tanya, adakah rakyat Malaysia hari ini benar-benar bersatu atau kita hanya hidup bersebelahan tanpa saling memahami?

Kita duduk di tanah yang sama, di bawah bendera yang sama, tetapi semakin ramai yang rasa terpisah. Isu yang kita perlu tangani adalah penyelewengan sejarah.

Dalam zaman media sosial, fakta sering digantikan dengan emosi, naratif diputar dan sejarah dijadikan senjata bukan untuk mengajar, tetapi untuk memecahbelahkan rakyat.

Apabila institusi ilmu sendiri gagal membezakan antara fakta dan fantasi, kita berdepan dengan krisis yang lebih besar iaitu krisis integriti dan juga krisis intelektual Malaysia. Dan apabila sejarah diseleweng untuk memenuhi agenda politik ataupun identiti yang sempit, generasi muda akan mewarisi kebencian dan juga kejahilan.

draft • 12:39 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Jadi merujuk kod 020, minta maaf 020200 iaitu Arkib Negara Malaysia. Arkib menerima RM56.4 juta pada tahun ini, sedikit menurun berbanding RM59.8 juta sebelumnya.

Namun nilai sebenar Arkib tidak boleh diukur dengan angka semata-mata.

Arkib adalah tempat kita menyimpan kebenaran sejarah, dokumen, perjanjian, surat rasmi dan juga rakaman peristiwa yang membentuk tanah air Malaysia. Dalam dunia yang semakin dipenuhi dengan maklumat palsu dan juga orang kata conspiracy theory, Arkib menjadi benteng terhadap pseudo history dengan izin, iaitu sejarah palsu yang dicipta untuk menanam kebencian dan kekeliruan dalam masyarakat.

Jadi, baru-baru ini, satu kenyataan tular daripada seorang profesor yang mendakwa bahawa orang Rom purba mempelajari pembinaan kapal daripada orang Melayu. Dan inilah profesor yang sama yang menyatakan orang Melayu purba boleh

draft • 12:40 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

terbang dan juga mengajar orang Cina ilmu kung fu terbang. Ramai sejarawan telah menegur perkara ini sebagai satu penyelewengan sejarah yang tidak berasas dan menegaskan bahawa sejarah mesti berpaksikan bukti yang sahih, bukan mitos, bukan fantasi.

Apabila sejarah dijadikan bahan propaganda, ia bukan sahaja memperbodohkan masyarakat, tetapi juga memecahbelahkan rakyat. Seperti yang disebut oleh Dr. Sahul Hamid, seorang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, pseudo history melemahkan masyarakat dengan mencipta realiti yang palsu dan juga dipengaruhi dengan naratif kebangsaan yang tidak benar.

Dan inilah sebabnya Arkib perlu diberi mandat dan dana tambahan untuk melancarkan inisiatif sejarah digital nasional agar bahan sejarah yang sahih boleh diakses secara terbuka dan digunakan di sekolah serta universiti. Kita mesti mendidik rakyat agar tahu membezakan antara sejarah yang disahkan dan juga sejarah yang direka.

Puan Pengerusi, menurut Kod 020300 iaitu Jabatan Muzium pula menerima RM47.9 juta, sedikit menurun daripada tahun lepas. Tetapi muzium bukan hanyalah tempat untuk pelancong mengambil gambar, ia sebenarnya ruang di mana kita boleh belajar bahawa Malaysia dibina oleh pelbagai bangsa, pelbagai agama dan juga pelbagai bahasa.

Saya ingin melihat muzium-muzium kita mempersembahkan naratif lintas budaya, pameran yang menunjukkan bagaimana Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan semua membina Malaysia yang bersama. Sejarah kita, sejarah Malaysia bukanlah serpihan, ia mempunyai satu benang panjang yang saling terikat. Sejarah Malaysia bukan milik satu kaum, sejarah Malaysia adalah milik kita bersama.

Tugas kementerian bukan hanya menguruskan program, tetapi melindungi fakta sejarah daripada diputar menjadi racun sosial. Jadi bila fakta di manipulasi, rakyat jadi keliru. Bila sejarah diubah, masa depan Malaysia juga berubah. Jika kita mahu rakyat hidup bersatu padu, maka kerajaan mesti berani mempertahankan sejarah yang benar kerana perpaduan tidak boleh bertahan tanpa kebenaran dan juga perpaduan tidak boleh dibina atas slogan semata-mata tetapi atas pemahaman, atas kejujuran dan atas penghormatan. Terima kasih Puan Pengerusi, Bukit Bendera mohon menyokong.

draft • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.

draft • 12:40 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Pengerusi.

Batang Lupar mohon untuk turut serta perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Maksud B dan P.14 Kementerian Perpaduan pada hari ini. Terus kepada Butiran 17300 – Pusat Rukun Tetangga yang diagihkan peruntukan yang besar di bawah Belanjawan 2026 iaitu sebanyak RM51.6 juta.

Puan Pengerusi, saya menyambut baik rancangan kementerian untuk mewujudkan pusat Rukun Tetangga bagi memusatkan KRT-KRT di sesebuah kawasan. Ini kerana terdapat banyak KRT-KRT yang bergiat aktif, tetapi tidak mempunyai bilik gerakan atau pusat operasi. Saya yakin dengan adanya pusat-pusat Rukun Tetangga ini yang dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik mesyuarat, pejabat kecil dan pusat aktiviti, peranan dan fungsi KRT di sesebuah komuniti dan kejiranan akan dapat diperkasakan.

Justeru saya ingin memohon pencerahan daripada kementerian mengenai berapakah pusat Rukun Tetangga yang dirancang untuk ditubuhkan di Sarawak untuk memusatkan KRT-KRT di seluruh negeri? Saya berharap agar salah satu daripadanya dapat diwujudkan di sekitar Parlimen Batang Lupar yang kini mempunyai kira-kira 63 buah KRT yang bergiat aktif di kawasan kampung dan rumah panjang masing-masing.

Antara KRT yang aktif adalah KRT Kampung Giatmara di Sebuyau, KRT Kampung Sampat di Sebangan dan KRT Kampung Dang Esah di Pusa. Pastinya KRT-KRT ini dan komuniti setempat akan mendapat banyak manfaat dan kemudahan sekiranya pusat Rukun Tetangga ini dapat didirikan di Parlimen Batang Lupar.

Seterusnya, saya juga ingin menyentuh mengenai Butiran 030500 – Perpustakaan Desa yang diperuntukkan sebanyak RM56.8 juta. Puan Pengerusi, saya berharap dengan peruntukan ini pihak kementerian akan dapat menggiatkan usaha untuk menyelenggara, membaik pulih dan menambah baik kemudahan perpustakaan desa. Ada di antara perpustakaan-perpustakaan desa ini yang menggunakan bangunan yang usang dan tidak selamat digunakan oleh orang ramai.

Maka saya ingin menyarankan supaya sebahagian daripada peruntukan ini akan dapat disalurkan untuk membina dan membaik pulih perpustakaan desa khasnya di Parlimen Batang Lupar. Di Parlimen Batang Lupar terdapat enam buah

draft • 12:44 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

perpustakaan desa yang memainkan peranan penting sebagai pusat aktiviti untuk penduduk kampung di kawasan sekitar. Malah ada di antara perpustakaan ini juga turut dijadikan tempat untuk anak-anak dari kampung-kampung berdekatan untuk mengikuti kelas tambahan dan menyiapkan tugasan dari sekolah.

Justeru saya amat berharap agar perpustakaan-perpustakaan desa di Parlimen Batang Lupar ini dapat dilengkapkan dengan peralatan seperti smart board, smart TV dengan izin, sebagai usaha untuk menjadikan perpustakaan-perpustakaan desa ini sebagai fasiliti yang kondusif dan selesa untuk anak-anak meneruskan proses pembelajaran di luar bilik darjah.

Seterusnya Puan Pengerusi, Butiran 020300 – Jabatan Muzium Malaysia.

Borneo Cultures Museum telah meraih kedudukan nombor satu dalam undian awam di Museum World Ranking. Walaupun ini berdasarkan undian dan bukan penarafan rasmi, ia menunjukkan sokongan dan minat global terhadap Museum Borneo, Culture Museum ini.

Oleh itu, saya ingin memohon kepada pihak kementerian untuk melihat beberapa lagi muzium yang berada di Sarawak. Contohnya seperti:

(i) Sarawak Museum Oil Building yang juga merupakan muzium tertua di Malaysia, seni bina kolonial dan koleksi arkeologi serta etnografi;

(ii) Tekstil Muzium di Sarawak yang mempamerkan tekstil tradisional etnik Sarawak seperti pua kumbu dan kain tenunan Iban;

(iii) Islamic Heritage Museum, sejarah dan budaya Islam di Sarawak serta dunia Islam secara umum;

(iv) Chinese History Museum yang berlatarkan sejarah komuniti Cina di Sarawak terletak di bangunan bersejarah di tepi Sungai Sarawak;

(v) Cat Museum, muzium unik yang mempamerkan segala berkaitan kucing dan amat sesuai untuk pencinta-pencinta kucing;

(vi) Fort Margherita dan Brooke Gallery. Sejarah era pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak, pameran senjata, dokumen dan artifak kolonial;

(vii) Baram Regional Museum yang memfokuskan kepada budaya Orang Ulu dan komuniti di kawasan pedalaman Baram; dan

draft • 12:44 PM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

(viii) terakhirnya adalah Limbang Regional Museum yang memaparkan sejarah tempatan dan budaya masyarakat Limbang.

Saya mohon untuk kementerian melihat bagaimana cara untuk membaik pulih, menaik taraf dan memberikan nafas baru kepada muzium-muzium ini. Sekian saya mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 12:44 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.

draft • 12:44 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam Malaysia MADANI.

Yang Berhormat Puan Speaker, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk menyentuh Butiran 02100 – Program Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

draft • 12:49 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Saya ingin menegaskan bahawa butiran ini merupakan teras utama pembinaan identiti kebangsaan, identiti bangsa, khususnya dalam suasana negara yang semakin berdepan cabaran polarisasi sosial, jurang persepsi antara wilayah dan kegusaran antara etnik dan kes buli yang berleluasa. Kes-kes penderaan yang dah hilang rasa kemanusiaan kini di semua lapisan sudah hilang rasa hormat- menghormati, adat dan akhlaknya yang juga semakin tercabut akal-akal kerana ia dah dilanggari bukan sahaja oleh orang-orang jahil, tetapi juga orang berilmu.

Akhlak dan adab ini juga sudah diketepikan oleh orang-orang bodoh, bukan sahaja oleh orang-orang bodoh, tetapi juga orang-orang cerdik, malahan akhlak yang telah dilanggari bukan hanya rakyat jelata, tetapi juga pemimpin. Malahan juga kita dapat lihat adab dan akhlak hormat-menghormati juga telah pun dilanggari dalam Dewan yang mulia ini.

Saya mencadangkan peruntukan kepada KRT ditambah untuk diwujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan ambil peduli komuniti. Dengan penambahan peruntukan ini, kementerian boleh mewajibkan setiap KRT melaksanakan program komuniti berteraskan hormat-menghormati serta akhlak yang mulia yang mana di ketengahkan oleh Nabi SAW kepada semua pesan masyarakat, kepada kanak- kanak tabika, sekolah rendah, sekolah menengah, belia dan beliawanis, ibu-ibu dan ayah-ayah, keluarga sekalian. Dengan ini dapatlah satu komuniti peduli yang dulu

draft • 12:50 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

menjadi kekuatan kepada masyarakat. Kita ambil peduli tentang kampung dan kejiranan, kita ambil peduli bahawa anak orang itu juga anak kita.

Seterusnya Butiran 02300 – Jabatan Muzium. Puan Yang di-Pertua, Taiping mempunyai muzium yang tertua di Malaysia iaitu dibuka pada tahun 1883. Di muzium tersimpan sejarah pembinaan bangsa, maka perlu diketengahkan sebagai sumber kepada perpaduan bangsa. Taiping juga mendapat pengunjung dan pelancong lebih sejuta setahun dengan pelbagai tarikan. Sudah tentu boleh dijadikan sebagai contoh bandar yang aman, kehidupan yang aman dan damai dan sejarahnya perdamaian antara Ghee Hin dan Hai San dan Komuniti Melayu Long Jaafar.

Jadi, saya ingin tahu daripada RM47,917,000, berapa yang diperuntukkan kepada Muzium Taiping untuk dijadikan dia lebih menarik dan ditambah dengan pelbagai aktiviti.

Untuk Tadika Perpaduan, saya dapat lihat dalam Butiran 030300, Butiran Makanan Tambahan Tabika Perpaduan dan juga 030400 — Bantuan Geran Per Kapita Tabika Perpaduan. Saya jenuh cari dalam penyata itu tidak terdapat peruntukan pembangunan baru pembinaan bangunan Tabika Perpaduan. Apakah tiada lagi peruntukan baru? Minta Yang Berhormat Menteri beri penjelasan.

Saya dah mohon untuk membina sebuah tabika di Taman Indah yang pelajarnya ramai, tapi tak ada bangunan. Perbelanjaan, tapi saya dapat juga lihat bahawa perbelanjaan keseluruhan yang diperuntukkan dalam tahun 2026 adalah sebanyak RM117,517,200. Jika Kementerian Perpaduan peruntukkan sebanyak satu peratus sahaja kepada Bukit Gantang pun dah memadai. Minta pertimbanganlah, Yang Berhormat Menteri.

Akhirnya Butiran 030500 – Perpustakaan Desa yang diperuntukkan RM56.8 juta, di mana pertambahan sebanyak RM1.8 juta ini menunjukkan bahawa Kerajaan MADANI memberikan penekanan memperbanyakkan sumber untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan baik di bandar ataupun di desa. Saya mohon juga Bukit Gantang dipertimbangkan untuk peruntukan ini. Sekian, terima kasih.

Saya menyokong.

draft • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Gantang. Saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.

draft • 12:50 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyambut baik usaha kerajaan yang menempatkan perpaduan sebagai tunjang Malaysia MADANI. Perpaduan tidak boleh dianggap sekadar

draft • 12:54 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

program kemasyarakatan atau acara sambutan. Ia adalah pelaburan strategik negara. Tanpa perpaduan, dasar ekonomi sukar dilaksanakan dengan berkesan, keyakinan pelabur merosot dan kestabilan sosial boleh terancam. Justeru, setiap perbelanjaan dalam pembangunan perpaduan mesti dinilai melalui kesan terhadap pembinaan kepercayaan dan keharmonian rakyat.

Di bawah kepala P.14 Butiran 020100, bagi tahun 2026, Kementerian Perpaduan Negara menerima peruntukan sebanyak RM767.99 juta, meningkat 7.96 peratus berbanding dengan tahun sebelumnya. Daripada jumlah ini, RM650.48 juta adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM117.52 juta untuk pembangunan.

Peningkatan ini mencerminkan keyakinan kerajaan terhadap peranan kementerian. Namun, saya ingin meminta penjelasan, apakah indikator keberhasilan yang digunakan untuk mengukur kesan perbelanjaan ini? Adakah kerajaan— kejayaan ini dinilai berdasarkan jumlah program atau berdasarkan perubahan sikap, persepsi rakyat dan pengurangan ketegangan kaum?

Sebanyak RM55 juta diperuntukkan bagi program perpaduan dan integrasi nasional. Peruntukan ini amat dialu-alukan, namun keberhasilannya perlu jelas dan boleh diukur. Saya mencadangkan, setiap program perlu disertakan dengan indikator impak, bukan hanya laporan pelaksanaan atau jumlah peserta.

Sekurang-kurangnya, 30 peratus penyertaan melibatkan golongan belia.

Generasi muda adalah kelompok yang paling terdedah kepada politik kebencian dan manipulasi media sosial. Program mestilah berbentuk dialog, pertukaran budaya dan latihan pemikiran kritikal, bukan hanya majlis perasmian atau acara simbolik.

Kerajaan turut memperuntukkan RM55 juta kepada kawasan rukun tetangga

(KRT). KRT ialah nadi perpaduan di peringkat komuniti, tetapi terdapat kawasan yang semakin tidak aktif. Saya mencadangkan, pertama, penubuhan sistem Rukun Tetangga Digital Nasional bagi rondaan komuniti, laporan keselamatan dan pengurusan aktiviti terus kepada Kementerian Perpaduan Nasional dan atau kepada pihak berkuasa tempatan.

Geran dan insentif diberikan berdasarkan tahap aktiviti serta laporan berkala KRT supaya peruntukan sampai kepada kumpulan yang benar-benar berfungsi. KRT dilatih bukan sahaja dalam aspek keselamatan tetapi juga kemahiran mediasi dan penyelesaian konflik komuniti.

Peruntukan RM20 juta bagi menaik taraf tabika Perpaduan amat signifikan kerana pendidikan awal adalah asas pembentukan nilai empati dan identiti kebangsaan. Maka, saya mencadangkan keutamaan diberikan kepada tabika yang

draft • 12:54 PM

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah

mempunyai fasiliti yang semakin uzur dan kekurangan guru tetap. Pembangunan modal perpaduan era digital yang menyentuh empati, toleransi dan literasi digital dalam konteks masyarakat majmuk dan latihan guru dilaksanakan secara berkala supaya pendekatan perpaduan tidak hanya berbentuk teori, tetapi diamalkan dalam kaedah pengajaran.

Saya menyambut baik inisiatif memperkasa warisan melalui dana padanan RM5 juta untuk Muzium Negara, insentif cukai kepada penyumbang Akaun Amanah Muzium serta pembukaan Muzium Tekstil di Menara Merdeka 188. Namun, warisan tidak seharusnya dilihat sebagai nostalgia semata-mata. Ia perlu dihubungkan dengan ekonomi kreatif termasuk seni kontemporari, tekstil moden, reka bentuk, pelancongan budaya dan inovasi generasi muda. Di sinilah warisan hidup dan menyumbang kepada ekonomi.

Walaupun sebanyak mana peruntukan diberikan, perpaduan akan tetap rapuh jika media sosial terus menjadi ruang penyebaran kebencian kaum dan agama. Oleh itu, saya mencadangkan— pertama, penubuhan Unit Tindakan balas Perpaduan Digital (UTPD) di bawah KPN untuk memantau naratif kebencian dan memberi respons yang tepat. Pembinaan Pangkalan Data National Incident, Ketegangan Kaum dan Agama sebagai sistem amaran awal dan yang ketiga, kerjasama strategik antara KPN, MCMC dan KPM dalam membentuk modul literasi media dan perpaduan digital di sekolah serta universiti.

Tuan Pengerusi, saya menyokong komitmen kerajaan dalam memperkukuh perpaduan nasional melalui Belanjawan 2026. Harapan saya perbelanjaan ini benar- benar diterjemahkan kepada kesan yang dirasai rakyat, bukan hanya acara, tetapi kejayaan membina kepercayaan, merapatkan jurang dan melahirkan generasi yang berjiwa Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 12:54 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Perpaduan untuk menjawab, masa 10 minit sahaja. 10 minit. Kalau tidak boleh, jawab selepas lunch break.

draft • 1:00 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

10 minit, bolehkah? Terima kasih Tuan Speaker. Terima kasih ke atas semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan Belanjawan 2026 Peringkat Jawatankuasa di Kementerian Perpaduan Negara.

draft • 1:00 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

Untuk makluman semua, Belanjawan 2026 ini, kementerian telah mendapat peruntukan sebanyak RM767.9 juta dan 85 peratus sudah untuk mengurus, 15 peratus untuk pembangunan. Selain itu, kerajaan telah meluluskan enam inisiatif Belanjawan 2026. Ini termasuk Program Perpaduan, Program Identiti Nasional, Program Keharmonian yang diadakan RM55 juta peruntukan. Juga kita diluluskan peruntukan di bawah Rukun Tetangga RM55 juta, di bawah penyelenggaraan

(maintenance) untuk tabika Perpaduan dan sebagainya RM20 juta.

Beberapa Ahli Yang Berhormat turut bertanya mengenai program dan hala tuju kementerian untuk 2026. Untuk makluman semua, kita telah diberi mandat dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Peruntukan sebanyak RM55 juta dalam belanjawan untuk kita menetapkan hala tuju baharu iaitu membina negara bangsa.

Agenda ini menjadi kesinambungan kepada dasar-dasar terdahulu seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Rukun Negara, Dasar Perpaduan Negara, Perlembagaan Persekutuan yang akan menumpukan kepada pembinaan identiti nasional yang berakar pada nilai warisan dan tanggungjawab bersama.

Yang Berhormat Kapar ingin tahu KPI atau keberhasilan ke atas beberapa program yang kita adakan seluruh negara setiap tahun. Untuk makluman, 2023 kita telah mengadakan 653 program. Last year 2024, 700 program. This year, mungkin banyak lagi dan fokus utama kita adalah untuk memperkenalkan kembali Rukun Negara dan sebab itu kita pun telah berhasil untuk melafazkan Rukun Negara di setiap majlis rasmi dan juga di Parlimen ini.

Kedua, tumpuan kita adalah untuk keharmonian antara penganut agama di bawah keharmonian dalam kepelbagaian.

Ketiga, kita masih menumpukan pendidikan perpaduan.

Dan keempat, fokus kesukarelawan di bawah Rukun Tetangga dan juga

(YSS) Yayasan Sukarelawan Siswa.

Bagi indikator yang sering kita adakan setiap dua, tiga tahun ialah (IPNas) Indeks Perpaduan Nasional dan kita telah bermula daripada 2018 dulu dengan indeks daripada satu, kita dapat 0.567, 2022 - 0.6, naik sikit dan this year, kita jangka akan menaik kepada 0.7 daripada 1.0.

Kapar juga bertanya tentang penganjuran aktiviti-aktiviti kita di bawah kementerian yang disediakan di semua lokasi, di bandar, luar bandar dan sebagainya. Untuk makluman Yang Berhormat, KRT sendiri, kita mulakan projek ruang fizikal dan ruang sosial, itu daripada inisiatif kami sendiri. Ini terutamanya

draft • 1:00 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang

diberikan kepada kawasan perumahan strata dan kami juga telah mengenal pasti 19 kawasan bagi fasa satu untuk program ini.

Kapar juga ingin mengetahui pendigitalan di Perpustakaan Negara. Untuk makluman, Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan platform u-Pustaka ataupun perpustakaan atas talian dan kita sekarang sudah lebih daripada satu juta koleksi digital dan juga kita mempunyai 22 pangkalan data. Contohnya, Overdrive, Emerald, MyGuru dan sebagainya dan semua akses kepada ini adalah percuma.

YB Bangi, telah menyentuh...

draft • 1:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri, sikit sebelum pergi ke Bangi.

Perpustakaan.

draft • 1:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Jangan lama, 10 minit sahaja, okey.

draft • 1:00 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Pasal perpustakaan ini. Itu digital baguslah, memang saya sokong, tapi oleh kerana kita ini social intelligence, maknanya bagaimana nak minta interaksi sesama sendiri dalam masyarakat ni? Sekarang sudah kurang sebab sibuk dengan gajet kan?

Saya mencadangkan tadi perpustakaan ini digunakan untuk menggalakkan interaksi itu, all groups-lah. Termasuklah semua age groups.

draft • 1:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi ini, kita memang amat proaktif. Dan baru-baru ini, kita telah mengadakan program untuk membaca di library. Dan NGOs pun banyak jumpa dengan kita untuk bersama-sama terlibat dalam mempromosikan program itu untuk menggalakkan rakyat kita membaca. Dan kita menggunakan beberapa sistem, membaca dalam train. Kita sudah mengadakan di Sabah, menggunakan tren yang antik dan amat membawa peminat dari orang awam.

Dan sebab itu, NGO pun sudah datang kepada kita untuk bekerjasama dalam kita menggalakkan ataupun mempromosikan pembacaan— membaca lebih banyak.

Bangi...

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak ada dalam Dewan.

draft • 1:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

...Propose supaya...

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Bangi tak ada dalam Dewan.

draft • 1:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Tak ada. Okey, kalau tak ada— Jempol, berkenaan dengan Majlis Sejarawan. Ya, terima kasih Jempol. Arkib Negara Malaysia telah pun bekerjasama dengan kita. Telah pun menubuhkan satu Majlis Sejarawan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. Dan kita pun

draft • 1:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

telah melancarkan Majlis Sejarawan ini baru-baru ini. Dan tugas dan details di bawah majlis ini kita sedang merancang dan ahli-ahli majlis kita sudah lantik. Cuma arahan atau tujuan yang kita akan adakan supaya ia akan memberi manfaat kepada kerajaan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Kekosongan jawatan di Jempol. Ini bukan masalah di Jempol, di seluruh negara. Sebab kita adalah satu kementerian yang baharu dan pegawai-pegawai di setiap negeri amat berkurangan. Kita telah pun memohon untuk ditambahkan lebih banyak lagi.

Saya memberi contoh, kalau di Sarawak, satu bahagian yang begitu besar, even bigger than some of the states di Semenanjung, mempunyai dua perjawatan.

Di sini pun, Jempol telah memohon supaya jawatan yang kosong itu diisi jawatan.

Akan membuat pengisian jawatan tersebut dengan lantikan baharu gred 51. Dan saya difahamkan di sini akan diadakan minggu depan. Jempol, terima kasih.

Kuantan, banyak soalan. Satu daripadanya ialah pengesanan penyelidikan dan pemberian binaan sejarah tahun 2026. Untuk makluman Kuantan, Arkib Negara— oh, ini berkenaan dengan arkib. Arkib Negara Malaysia membelanjakan sebanyak RM97,000 lebih bagi perolehan dan sebagainya dan bagi tahun 2025, RM954,000. Dan ini adalah tujuan untuk perolehan lima ribu lebih fail kita daripada British colony di England, di bawah platform Gale Primary Sources.

Dan saya difahamkan dalam hal ini, Arkib Negara Malaysia dalam tahun ini akan— telah pun diperuntukkan RM500,000 untuk perbelanjaan untuk kita memperolehan khazanah warisan negara di luar negeri.

Kuantan juga ingin tahu inisiatif untuk menggalakkan penyelidikan bersejarah seperti penemuan kapal jong. Ini adalah perkara baharu dan anything to do it, warisan kebangsaan adalah di bawah Jabatan Warisan Negara. Dan Jabatan Warisan Negara adalah di bawah MOTAC dan kita di muzium ini sentiasa bekerjasama dengan MOTAC untuk mengendalikan apa-apa pekerjaan yang diperlukan.

Kuantan juga ingin tahu, bagi memperkasakan bahasa Malaysia dan sebab disebutkan tadi ramai di antara kita belum fasih dalam bahasa Malaysia, maka kita di Kementerian Perpaduan Negara sedang mengadakan pelbagai program. Satu program adalah Program Manuskrip Melayu. Kita juga ada Kalam Karyawan, kita ada Karnival Baca Perdana, manakala Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan kita untuk terus menjalankan kajian indeks penggunaan bahasa kebangsaan.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.

draft • 1:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Sudah habis-kah? Baru tiga sahaja sebab– okey, Kuantan lagi.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, boleh bagi jawapan bertulis ya.

draft • 1:00 PM

Datuk Aaron Ago anak Dagang

Ingin tahu berapakah jumlah orang muda yang terlibat dalam KRT. Untuk makluman Kuantan, seramai 699 belia adalah menjadi pengerusi kawasan Rukun Tetangga. Okey. Sekian, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey, bagi jawapan bertulis. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah iaitu wang sejumlah RM650,476,100 untuk Kepala B.14 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.14 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.14 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.14 diperintahkan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 1:00 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.13 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat petang. Majlis dalam Jawatankuasa.

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

draft • 2:30 PM
Kepala B.15 [Jadual] – Kepala P.15 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Sesi petang, kita mula dengan Kementerian Ekonomi. Kepala Bekalan B.15 dan Kepala Pembangunan P.15 di bawah Kementerian Ekonomi terbuka untuk dibahaskan.

Sejumlah 13 Yang Berhormat akan berbahas. Senarai adalah seperti berikut― Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Gerik, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Pendang, Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Tanjong Karang dan akhirnya Yang Berhormat Rasah. Masa ditetapkan lima minit. Walau bagaimanapun, terletak atas budi bicara Pengerusi yang menjalankan Majlis.

Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kampar.

draft • 2:33 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus masuk ke Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi.

Tahun lalu, pembangkang di Dewan Rakyat ini telah membuat tuduhan bahawa ringgit jatuh merudum dan ini fakta gagalnya Kerajaan MADANI, tetapi hari ini, fakta telah membuktikan sebaliknya bahawa Ringgit Malaysia kini mengukuh ke paras sekitar RM4.20 berbanding US Dollar. Paras tertinggi dalam tempoh hampir dua tahun.

Ini bukan kebetulan. Ini hasil keyakinan pelabur terhadap dasar kerajaan yang konsisten, penurunan dasar inflasi dan defisit fiskal yang semakin mengecil kepada 3.5 peratus pada tahun 2026. Pengukuhan ringgit ini membuktikan bahawa dasar Ekonomi MADANI sedang menunjukkan hasil nyata. Sementara mata wang negara lain di rantau masih tertekan akibat ketidaktentuan global, Malaysia mampu

draft • 2:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

mengekalkan kestabilan makroekonomi dan daya tarikan pelaburan langsung asing

(FDI) dalam sektor bernilai tinggi seperti semikonduktor, aeroangkasa dan pusat data.

Kepada pembangkang yang tahun lalu seperti Arau, saya masih ingat tahun lalu dia buat tuduhan bahawa ada bank yang keluarkan repot bahawa nilai ringgit akan jatuh. Dan saya bangun masa itu. Saya bangun, saya tanya bank mana yang bagi repot Ringgit Malaysia akan turun, tapi dia tak dapat jawab. Jadi, hari ini, ringgit sendiri telah menjawab bagi pihak kerajaan bahawa ini satu kejayaan bagi Kerajaan MADANI...

draft • 2:34 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kampar. Kampar, celah sikit.

draft • 2:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mana?

draft • 2:34 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sikit.

draft • 2:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya boleh, boleh.

draft • 2:34 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Di bawah pemerintahan pembangkang khususnya parti PAS, negeri seperti Kelantan dan Terengganu, consistently menjadi negeri yang paling miskin di Malaysia. Apa pandangan Kampar?

draft • 2:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya tak ada pandangan. Mungkin nanti Bachok yang bahas, dia boleh bagi jawapanlah.

Saya masuk ke dalam Butiran 050000 – Dasar Baru tentang peralihan hijau dan cukai karbon yang adil. Tuan Pengerusi, kementerian telah memperkenalkan cukai karbon bermula tahun 2026 sebagai langkah penting menuju ekonomi hijau.

Ini selari dengan komitmen Malaysia terhadap kelestarian global dan neutral karbon menjelang 2050.

Namun, saya ingin tekankan, peralihan ini mesti bersifat adil dan inklusif dan bukan sahaja menguntungkan negeri-negeri maju dan syarikat-syarikat besar.

Industri kecil dan sederhana, terutama di kawasan luar bandar Perak, di Kampar dan kawasan luar bandar lain, masih bergantung kepada teknologi lama dan tenaga berasaskan bahan api fosil. Jadi, saya nak tanya kepada kementerian, apakah langkah kementerian untuk membantu industri kecil menghadapi cabaran cukai karbon ini?

Saya bagi cadangan. Kementerian boleh sediakan dana peralihan hijau wilayah, satu skim pembiayaan khas bagi membantu industri kecil menaik taraf teknologi mereka dan melatih semula tenaga kerja tempatan ke dalam sektor hijau seperti tenaga boleh baharu dan kitar semula industri. Kita tidak boleh biarkan tenaga

draft • 2:34 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

kecil B40 menjadi mangsa kepada peralihan hijau. Mereka mesti menjadi rakan kongsi dalam perubahan ini dan bukan satu korban dasar.

Dan terakhir, Butiran 020000 – Perancangan Pembangunan Nasional. Tuan Pengerusi, kita tidak boleh leka. Dunia kini berdepan dengan ketidaktentuan baru, potensi kelembapan global, penyusutan permintaan cip dan ketidaktentuan harga komoditi. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah penimbal dan simpanan kontingensi yang telah dirancang sekiranya berlaku kejatuhan permintaan semikonduktor atau kemerosotan harga minyak sawit dan petroleum?

Kita tahu Malaysia sedang menuju ke ekonomi digital bernilai tinggi, tetapi struktur ekonomi mesti disandarkan kepada diversifikasi strategik. Saya menyokong cadangan supaya sebahagian hasil daripada pelaburan besar sektor semikonduktor dimasukkan ke dalam dana penstabilan industri strategik bagi menampung kejatuhan mendadak sektor eksport utama apabila kitaran global beralih. Selain itu, saya juga cadangkan supaya pengukuhan dasar stok penimbal makanan dan tenaga supaya kita tidak boleh terdedah kepada inflasi import sekiranya harga komoditi antarabangsa melonjak. Sekian saja perbahasan saya. Sekian, terima kasih.

draft • 2:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Kampar. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Bachok.

draft • 2:34 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

draft • 2:39 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam.

draft • 2:39 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana memberikan laluan kepada Bachok untuk membahaskan peruntukan Kementerian Ekonomi, kementerian terpenting dalam urusan dasar dan strategi pembangunan negara.

Tuan Pengerusi, Bachok ingin menyentuh Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi bersekali dengan Butiran 020200 – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pertama, inisiatif pendapatan rakyat. Memetik jawapan Timbalan Menteri di Dewan Rakyat pada 22 Oktober baru-baru ini, seramai 6,655 peserta daripada golongan miskin tegar, miskin dan B40 menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sejak diperkenalkan pada 2022 hingga Oktober tahun ini. Beliau berkata sebanyak 40 peratus daripada keseluruhan peserta itu berjaya memperoleh pendapatan bulanan melebihi RM2,000 hasil penyertaan dalam program berkenaan.

draft • 2:39 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Bermakna ada 60 peratus lagi peserta yang masih memperolehi pendapatan di bawah RM2,000 sebulan di bawah sasaran. Soalan saya, apakah cabaran yang dihadapi dalam program IPR ini khususnya dalam menarik minat dalam kalangan peserta di kawasan luar bandar, pemantauan projek dan juga masalah pemasaran produk yang dihasilkan? Nyatakan juga langkah-langkah yang akan dilaksanakan untuk mengatasi permasalahan ini dalam Belanjawan 2026.

Kedua, Jabatan Perangkaan Malaysia, Butiran 020200, peruntukan RM261 juta. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berhubung status pengelasan kategori isi rumah B85 dan T15 seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2025 tahun lepas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Perkara ini telah berlarutan lebih satu tahun dan masih belum dimuktamadkan.

Saya rujuk laporan berita 28 Oktober 2024, mantan Menteri berkata, “Kementerian Ekonomi sedang memperincikan Kumpulan T15 dalam tempoh sebulan ini dengan kerjasama Kementerian Kewangan sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.” Pada 20 Disember 2024, Menteri berkata, “Kumpulan T15 akan diputuskan pada suku pertama 2025.” Di penghujung suku pertama 2025, 20 Mac, mantan Menteri berkata, “Kabinet masih meneliti pengelasan T15.” Dan ini saya nak sebutkan, cadangan telah dibentangkan sebanyak empat kali dalam Mesyuarat Kabinet dan Kabinet masih mahu meneliti perkara tersebut.

Persoalannya di sini Tuan Pengerusi, dengan pelaksanaan subsidi petrol dan bantuan tunai yang tidak mengguna pakai pengelasan T15 “maha kaya” yang diuar- uarkan oleh Perdana Menteri. Mohon dijelaskan apakah hala tuju kaedah pengelasan baharu kelayakan dan ketidaklayakan— kelayakan dan ketidaklayakan penyasaran subsidi secara lebih adil dan saksama dalam Belanjawan 2026 ini termasuklah memanfaatkan 30.4 juta data peribadi yang tersimpan di dalam pangkalan data PADU.

Seterusnya, masih dalam butiran yang sama, DOSM. Saya ada bangkitkan tempoh hari Dato’ Pengerusi berkenaan laporan berita bertarikh 5 Mei 2025, ketika itu Menteri sedang berehat— mantan Menteri sedang berehat. “Rang Undang- undang Statistik 2025 dijangka akan dibentangkan tahun ini oleh Ketua Perangkawan Negara.” Dilaporkan RUU ini penting untuk mengukuhkan koordinasi pengurusan statistik negara dan menyelaras penggunaan kod pengelasan bertujuan untuk meminda, mengkaji semula Akta Perangkaan 1965 (Pindaan) 1989.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Difahamkan RUU ini mungkin tidak tersedia untuk dibentangkan pada tahun ini di Dewan Rakyat. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri terhadap prospek pembentangan dan inti pati utama yang akan dibawa dalam RUU ini.

Seterusnya, Butiran 69000 – Unit Peneraju. Peruntukan keseluruhan RM1.1 bilion. Perbelanjaan sebenar 2024 sifar, anggaran dipinda 2025 juga sifar, anggaran 2026 RM61 juta.

Soalan saya, apakah perkembangan cadangan untuk menstruktur semula Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) seperti yang diumumkan sebelum ini dengan menumpukan kepada usaha meningkatkan skala perusahaan bumiputera yang berdaya saing termasuk meningkatkan, meningkat kepada perusahaan kecil dan sederhana? Berbalik kepada peruntukan RM61 juta untuk TERAJU pada 2026 ini, bagaimanakah peruntukan tersebut diagihkan mengikut kategori program dan apakah langkah yang diambil untuk mengurangkan pertindihan peranan antara TERAJU, MARA, PUNB, SME Corp dan agensi lain yang juga melaksanakan program bumiputera?

Masih dalam butiran yang sama, terakhir Dato’ Pengerusi. Unit Peneraju dibaca sekali dengan butiran berkaitan Perbadanan Kemajuan Negeri (SEDC) di bawah Maksud Pembangunan P.15.

Saya baca dalam Perjanjian Perdagangan Reciprocal Malaysia-Amerika Syarikat, Perkara 6.2, “Malaysia hendaklah memastikan syarikat milik atau dikawal kerajaan yang beroperasi di pasaran tempatan apabila terlibat dalam aktiviti komersial tidak mendiskriminasi barangan atau perkhidmatan dari Amerika Syarikat.” Soalannya di sini, apakah implikasi terma perjanjian tersebut terhadap kebebasan komersial syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri (SEDC) dalam agenda pembangunan bumiputera dan apakah kesannya terhadap pemberian geran dan bantuan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terutamanya terhadap syarikat bumiputera tempatan?

Mohon pendirian dan jawapan daripada pihak kementerian dalam hal-hal ini.

Terima kasih. Sekian daripada Bacok.

draft • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Gerik.

draft • 2:40 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi kerana

draft • 2:45 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

memberi laluan kepada Gerik bagi membahaskan peringkat Jawatankuasa, Kementerian Ekonomi.

Bagi Maksud Bekalan 15, Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor. Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada Maksud Bekalan 15, Kementerian Ekonomi di bawah Butiran 030000 – Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor. Jumlah keseluruhan peruntukan untuk pembangunan wilayah koridor bagi tahun 2026 ini adalah RM161 juta berbanding RM154.4 juta pada tahun 2025.

Peningkatan sebanyak RM6.6 juta atau 4.3 peratus.

Namun, apabila kita teliti secara butiran, ada beberapa trend yang wajar kita beri perhatian. Tuan Pengerusi, yang pertamanya adalah Butiran 030100 – Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar ataupun IRDA. Peruntukan kepada IRDA meningkat daripada RM40 juta kepada RM42.2 juta, kenaikan sebanyak RM2.2 juta ataupun 5.5 peratus.

Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah justifikasi kepada kenaikan? Walaupun ia nya sedikit, tapi apakah justifikasi kenaikannya? Adakah disebabkan kos pentadbiran atau kenaikan ini disebabkan adanya apa-apa pelancaran program baru atau persediaan bagi kejayaan menarik pelabur asing dan sebagainya?

Kita tahu Iskandar adalah zon strategik bagi Selatan Johor, tetapi persoalannya bagaimanakah peningkatan bajet ini memberi kesan langsung kepada rakyat setempat khususnya dalam isu kos sara hidup, perumahan dan peluang pekerjaan dalam Iskandar Malaysia? Saya juga tahu— saya juga ingin tahu berapakah jumlah pelaburan langsung asing ataupun FDI dan pelaburan langsung domestik (DDI) yang berjaya dibawa masuk melalui IRDA sepanjang tahun 2025 ini.

Tuan Pengerusi, yang keduanya adalah Butiran 030200 – Northern Corridor Implementation Authority atau NCIA. Peruntukan NCIA meningkat daripada RM41 juta kepada RM43.5 juta. Kenaikannya seperti Iskandar juga, ada kenaikan lebih kurang RM2.5 juta ataupun 6.1 peratus. Saya menyambut baik usaha memperkukuh Wilayah Utara yang melibatkan Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Namun, persoalan pokoknya adalah adakah kenaikan ini tertumpu kepada projek berimpak tinggi atau sekadar menampung kenaikan perbelanjaan operasi NCIA sahaja?

NCIA sebelum ini telah memperkenalkan pelbagai program seperti Skills and Entrepreneurship Enhancement Program atau SEEP dan catalytic project. Saya mohon pihak kementerian membentangkan laporan prestasi sebenar NCIA termasuklah jumlah pekerjaan yang diwujudkan dan indeks kemiskinan wilayah

draft • 2:45 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

selepas pelaksanaan projek tersebut. Ini kerana saya sendiri berada di Utara, tidak melihat NCIA ini betul-betul memberi impak dan perubahan kepada apa yang sepatutnya NCIA lakukanlah.

Yang ketiga pula adalah Butiran 030300 ataupun East-Coast Economic Region Development (ECER). Untuk ECER, peruntukan meningkat daripada RM38 juta kepada RM39.5 juta. Kenaikan juga tidak signifikan, hanya sekadar RM1.5 juta.

Dan saya menghargai kesinambungan ini, cuma ingin tahu apakah fokus ECER pada tahun 2026?

Adakah ke arah sektor tenaga hijau ataupun ke arah pelancongan ataupun pertanian pintar seperti yang disebut dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas? Kita mahu pastikan peruntukan ini sebenarnya benar-benar sampai dan pada akhirnya memberi keseimbangan ekonomi antara wilayah di antara Utara, Selatan, Timur dan Barat dan bukan hanya memanfaatkan kawasan industri tertentu sahaja.

Tuan Pengerusi, yang keempat adalah Regional Corridor Development Authority ataupun Authority Sarawak, RECODA. Tuan Pengerusi, untuk Sarawak, peruntukan hanya meningkat RM18.4 juta kepada RM18.6 juta iaitu sebanyak RM200,000 ataupun 1.1 peratus sahaja.

draft • 2:45 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Ia amat kecil berbanding dengan saiz Wilayah Sarawak yang besar dan keperluan infrastruktur yang lebih kompleks.

Soalan saya, apakah kementerian benar-benar ingin memberi keutamaan kepada Sarawak dan Sabah dalam agenda pembangunan Malaysia Timur ini?

Bagaimana peruntukan sekecil ini, mampu menampung projek seperti Bintulu Highlands Development, Samarahan Food Hub atau projek tenaga boleh baharu yang sedang dirancang di Wilayah Sarawak dan Sabah?

Begitu juga Butiran 030500 – Sabah Economic Development and Investment Authority. Peruntukan untuk Sabah pula meningkat daripada RM17 juta kepada RM17.2 juta iaitu hanya RM200,000, sama seperti Sarawak. Jadi, perkara ini menimbulkan kebimbangan bahawa pembangunan Sabah tidak bergerak selari dengan apa yang dirancang di Semenanjung.

Jadi saya ingin tahu, apakah penanda aras ataupun key performance indicator bagi SEDIA ataupun Sabah Authority tadi yang digunakan oleh kementerian? Dan apakah kementerian bercadang menilai semula struktur peranan agensi ini supaya lebih efektif dan pada akhirnya dia akan membantu merapatkan

draft • 2:50 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

jurang pembangunan di antara semua wilayah dalam Malaysia terutama wilayah- wilayah luar bandar yang kurang membangun? Sekian, Tuan Pengerusi.

draft • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Gerik. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Miri.

draft • 2:50 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan.

Saya rujuk kepada Kepala P.15 Butiran 00010 – Matlamat Pembangunan Mampan. Syabas dan tahniah kepada kerajaan atas peruntukan RM9 juta di bawah Kementerian Ekonomi untuk melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan iaitu SDG. Ini syarat jelas bahawa kerajaan serius memantapkan dasar nasional dengan Agenda 2030 daripada pengurangan kemiskinan, ekonomi inklusif, keterjaminan makanan, pendidikan kesihatan, sehinggalah tadbir urus serta kelestarian alam sekitar.

Pada masa yang sama, izinkan saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang APPGM-SDG di bawah Parlimen Malaysia, sebuah platform dwipartisan yang menggerakkan SDG iaitu Matlamat Pembangunan Mampan secara langsung di peringkat tempatan. APPGM-SDG menghimpunkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bersama rakan akademik, NGO, perusahaan sosial dan pihak berkuasa daerah.

APPGM-SDG telah memetakan isu di 143 kawasan Parlimen, menyalurkan sebahagian besar bajet tahunannya kepada projek mikro komuniti berasaskan SDG seperti pertanian komuniti, latihan pemasaran digital untuk wanita, pusat pembelajaran komuniti, pemuliharaan hutan bakau atau pelancongan komuniti.

Sejak tahun 2020, lebih daripada 1,587 projek telah dilaksanakan dengan 1,009 rakan akar umbi di peringkat komuniti termasuk koperasi, akademik, perusahaan sosial dan NGO tempatan. Projek-projek ini telah memberi manfaat kepada lebih daripada 70,000 penerima manfaat di peringkat akar umbi.

Dalam usaha pembangunan kapasiti, APPGM-SDG juga telah menganjurkan latihan mengenai kesedaran SDG, pengurusan projek, pertanian komuniti serta topik seperti membina komuniti inklusif dan pematuhan hak asasi manusia kepada peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Di peringkat daerah pula, APPGM-SDG telah membantu menubuhkan pasukan petugas SDG daerah dengan sokongan kerajaan negeri bagi

draft • 2:51 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

membincangkan penyelesaian terhadap isu tempatan. Setakat ini, sasaran ditetapkan untuk 50 daerah sebagai projek perintis.

Di peringkat Parlimen, APPGM-SDG telah menganjurkan sesi dialog mengenai isu seperti kemiskinan, kebajikan, alam sekitar, keselamatan makanan dan isu tanpa kewarganegaraan. Sehingga kini, lapan laporan dasar Parlimen telah disiapkan dengan input daripada agensi kerajaan dan menjadi contoh kerjasama dwipartisan yang baik.

Akhir sekali, saya menggesa Kementerian Ekonomi untuk bekerja rapat bersama dengan APPGM-SDG sebagai rakan pelaksana di lapangan. Marilah kita jadikan belanjawan ini bukan sekadar angka, tetapi komitmen yang kolektif. Kerajaan menggubal, Parlimen meluluskan, komuniti melaksanakan. Semuanya menuju Malaysia yang inklusif, berdaya tahan dan mampan. Dengan semangat tersebut, marilah kita terus bergerak daripada aspirasi kepada pelaksanaan, daripada projek kepada impak demi memastikan setiap keluarga, setiap kampung, setiap bandar merasai nikmat pembangunan mampan.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada butiran projek di bawah Butiran 93500 – Program/Projek Pembangunan Ekonomi. Saya ingin memohon Yang Berhormat Menteri untuk terangkan apa status pelaksanaan program inisiatif pendapatan rakyat dan juga dasar gaji progresif dan sama ada kedua-dua program ini akan terus dilaksanakan pada tahun akan datang untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.

draft • 2:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Dipersilakan Yang Berhormat Pendang.

draft • 2:51 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato' Pengerusi yang memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian di bawah Maksud Bekalan 15 ini iaitu di bawah Kementerian Ekonomi khususnya pada kod Butiran 010000 iaitu Pengurusan serta kod Butiran 030000 – Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor dan juga kod-kod pelaksana di bawahnya ada 030100 hingga 030500 yang melibatkan IRDA, NCIA, ECERDC, RECODA dan juga SEDIA, macam-macam nama.

Jadi Tuan Pengerusi, Dato’ Pengerusi, Kementerian Ekonomi ini disebut sebagai nadi perancangan pembangunan negara, tetapi kalau kita lihat angka dalam buku belanjawan, banyak tanda tanya yang tidak dijawab secara telus. Jadi, saya

draft • 2:55 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat akan membangkitkan perkara-perkara yang tidak dijawab secara telus dan detil ini.

Pertamanya, di bawah Butiran 030000 iaitu Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor, peruntukan yang sebanyak RM161 juta disalurkan untuk tahun 2026. Soalan saya, adakah kementerian benar-benar menilai impak pelaksanaan lima koridor ini terhadap rakyat di lapangan? Kerana saya bangkitkan ini, saya telah run through ataupun saya telah menyemak buku bajet ini dan saya dapati saya perlu tanya soalan ini.

Kerana kalau kita bercakap tentang regional development tetapi rakyat Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari segi pendapatan dan infrastruktur asas, maknanya ada sesuatu yang tidak kena. Dato’ Pengerusi, projek- projek koridor ini gah di atas kertas. Sebab itu Cameron Highlands pun tak ada. Gah atas kertas je. Jadi, Dato’ Pengerusi mewakili Parlimen Cameron Highlands, jadi kena bagi adillah agihan kek ekonomi ini. Jangan tumpu di Lembah Klang ataupun di selatan negara saja.

Kita tengok di bawah ini, masih ramai lagi pekebun-pekebun kecil, peniaga desa dan juga belia menganggur, yang tidak tahu apa pun manfaat koridor kepada mereka. Belia di bawah, di luar bandar sana, koridor pun tak tahu apa dia koridor.

Ingatkan koridor bangunan ke apa ke, flat ke apa ke, semua kan.

Kita kena jelas koridor ni untuk apa, apa tujuan dia, bagaimana nak membangunkan di luar bandar, anak-anak muda, termasuk di kawasan Cameron Highlands. Dia kena. Kalau tidak, sebut koridor ni macam, kalau kata kita–– orang kata di masjid tu dipanggil apa— balai lintang? Balai lintang masjid tempat duk bersembang selepas sembahyang apa semua ‘tu, ‘tu dipanggil koridor.

Oleh itu saya ingin memberi— minta kementerian bentangkan Laporan Impak Wilayah (Regional Impact Report) ini kepada Parlimen ini supaya senang kami Ahli- ahli Parlimen yang mewakili rakyat ini dapat menilai koridor-koridor yang saya sebut tadi ini, bagaimana digunakan untuk membangunkan wilayah-wilayah sama ada Wilayah Tengah, Wilayah Selatan, Wilayah Timur dan juga Wilayah Utara.

Oleh itu, kita melihat berapa banyak pelaburan yang benar-benar sampai kepada rakyat tempatan, bukan sekadar diumum dalam sidang media. Apabila MOU telah diumum berbilion-bilion, tapi bila MOA, kita tak dapat pun— apa dia jumlah pelaburan yang sebenar. Jadi, kita nak pihak Menteri yang menjaga ekonomi melaporkan, berapa jumlah yang sebenar setelah MOA.

draft • 2:55 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

MOA – memorandum of— MOA, of Agreement. Bukan understanding. Itu different thing. “Understanding” and “Agreement” is totally different. Kita setuju— ya understanding ini. Agreement ini dah kita comply order the understanding before we sign the agreement. Macam ART lah.

Okey, baik. Ah, Machang nak tanya kah? [Bertanya kepada Yang Berhormat Machang] Ha, dak. Duduk lah. Saya suruh duduk. Minta saya— saya minta maaf Dato’ Pengerusi. Saya ambil tugas Dato’ Pengerusi. Bukan kerja saya ‘tu, tapi saya terlajak sikit sat, minta maaf.

Saya ingin tahu, contohnya NCIA di bawah butiran yang sama 30100 hingga 30500, kita lihat lima agensi wilayah beroperasi dengan bajet masing-masing iaitu IRDA, NCIA, ECERDC, RECODA dan SEDIA. Masalahnya Tuan Pengerusi, adakah kementerian sedar bahawa struktur agensi ini bertindih antara satu sama lain?

Contohnya NCIA dan MARA, sama-sama menjalankan program keusahawanan di kawasan utara.

RECODA dan SEDIA di Sabah dan Sarawak, juga menawarkan skim pembangunan yang hampir sama. Bila ada pertindihan fungsi, kos akan meningkat.

Hasil merosot, duit rakyat— duit habis untuk pentadbiran, bukan pembangunan sebenar, dan kakitangan terpaksa ditambah bila ada dua agensi macam ni.

Jadi cuba kaji balik pertindihan sekiranya berlaku redundancy dalam operasi ini. ‘Ni Menteri dok ada depan saya ni, dok tengok saya, dok jegil nak marah kat saya ke apa? Jangan marah. Kami tugas Wakil Rakyat, kena tanya. Jangan bila tanya saja, kena jawablah, apa semua. Kami tak puas hati, termasuk ART juga, kami tidak puas hati, sebab banyak suara-suara di luar sana membincangkan perkara yang unfair agreement...

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, Yang Berhormat, gulung.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Oh, terima kasih, dah habis lah.

Oh, terlupa saya noh. Ketiga, saya ingin menjadikan— saya nak gulung teruih lah, sebab saya tak nak sentuh yang ni. Dato’ Pengerusi, saya minta maaf. Saya ‘nak gulung teruih. Saya merujuk kepada 20100 – Perancangan Ekonomi, iaitu saya ingin menarik perhatian kepada Agreement on a Reciprocal Trade antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Persoalannya, adakah Kementerian Ekonomi telah menilai dengan mendalam implikasi perundangan dan geopolitik daripada peruntukan Artikel

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

3.3 – Digital Trade Agreement and Article 5.3(3) – Other Measures dalam perjanjian tersebut. Kedua-dua artikel ini meletakkan bahawa Malaysia mesti mendapatkan konsultasi daripada Amerika Syarikat sebelum menandatangani sebarang perjanjian digital atau ekonomi dengan negara lain.

Peruntukan ini jelas boleh ditafsirkan sebagai sekatan terhadap prinsip kedaulatan negara: Sovereign and equality of states, sebagaimana dijamin dalam Artikel 2(1) Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Charter).

Ia juga bercanggah dengan prinsip non-intervention serta berpotensi menjejaskan policy space dan kebebasan Malaysia untuk menentukan dasar perdagangan serta hubungan luar. Bertentangan dengan semangat Vienna Convention on the Law of Treaties 1969, Article 26, 27.

Last sekali lebih membimbangkan, Agreement Reciprocal Trade turut mewajibkan Malaysia melaporkan semua bentuk bantuan atau subsidi kepada pengeluar tempatan, termasuk bantuan bukan komersial (non-commercial assistance). Tidakkah ketetapan ini mencabar kebebasan Dasar Ekonomi Negara, khususnya dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi bumiputera yang menjadi tunjang pembangunan nasional tersebut? Majlis Tindakan Ekonomi Melayu juga telah menegaskan bahawa kuasa-kuasa— klausa perlindungan hak bumiputera dan pengecualian strategik mesti dimasukkan dengan jelas dalam mana- mana perjanjian perdagangan antarabangsa agar kepentingan negara tidak tergadai di meja rundingan.

Oleh itu, saya berharap Menteri akan menjawab setiap soalan yang saya bangkitkan tanpa— jawapan yang tuntas tanpa marah kerana saya membangkitkan mewakili rakyat...

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, 20 saat.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...Rakyat akan terus melihat Kementerian Ekonomi ini sebagai perancang negara, tetapi bukan sekadar penjaga angka atas kertas. Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya mohon maaf.

draft • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Berikut, silakan Yang Berhormat Machang.

draft • 3:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk Butiran 20000, Sub Butiran 20100.

draft • 3:04 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Pengerusi dan rakan-rakan dan rakyat Malaysia, kebimbangan berkenaan dengan perjanjian timbal balas perdagangan Amerika– Malaysia sememangnya memberi kesan kepada ekonomi dan kedaulatan negara.

Dan, pihak Kerajaan MADANI sering kali memberi jaminan kononnya kerajaan, kalau mana benda ini mudarat, kerajaan boleh tarik diri pada bila-bila masa.

Artikel 7.5 klausa tersebut menerangkan bahawa mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian ini melalui pemberitahuan bertulis dan akan berkuat kuasa 180 hari selepas tarikh pemberitahuan. Akan tetapi, pihak yang akan tarik diri mesti ada sebab yang munasabah. Contohnya, kemuncupan ekonomi, pengangguran naik dan sebagainya. Semua ini benda-benda yang Kementerian Ekonomi terpaksa hadap, kesan daripada apa yang Kementerian Perdagangan buat.

Ini adalah akibat daripada perjanjian tersebut, bermaksud impak negatif telah pun berlaku dan kita hanya tarik diri untuk mengurangkan impak tersebut, post event dengan izin. Kosnya adalah sangat tinggi dan memerlukan dasar fiskal yang lebih besar untuk kembali ke paras asal. Pihak Amerika juga tidak menghuraikan kos yang akan ditanggung oleh kerajaan sekiranya kita tarik diri.

Oleh itu, apa-apa pun boleh jadi. Kata bekas Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Pandan, for all intents and purposes, no country will do that, dengan izin.

Maknanya apa? Tak ada negara yang tanda tangan dengan Amerika, lepas tu ‘nak patah balik. Jadi, Malaysia selama hari ini pun tidak pernah dan tidak akan tarik diri daripada mana-mana perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

Paling tidak, kerajaan tidak akan tanda tangan perjanjian antarabangsa pada peringkat awalnya. Jadi, Menteri MITI buat dakyah dan mitos yang mengatakan, kalau kita tak tanda tangan depan Trump hari itu, kita akan kena tarif 100 peratus.

Betul ke apa yang didakwa oleh Senator Tengku Zafrul? US tak pernah sebut pun nak kenakan tarif 100 peratus pada Malaysia, atau pada mana-mana negara ASEAN.

Indonesia pun tak tanda tangan, tarif dia tetap 19 peratus. Thailand pun ‘tak tanda tangan. Hanya menandatangani framework, tarif dia pun 19 peratus.

Vietnam pun tak tanda tangan, tarif 20 peratus. Philippines tak tanda tangan, Philippines ally kuat Amerika di Rantau ini pun tak tanda tangan, tarif tetap 19 peratus. Semua hanya tanda tangan framework. Jepun pun sama. Brunei pun tak tanda tangan. Kemboja tanda tangan, tapi dia punya tarif turun dari 49 peratus ke 19 peratus, jatuh 30 peratus. Kita? Tanda tangan kurang enam peratus sahaja tarif. Jadi, ini cara berunding bijak atau tidak? Yang kerajaan tergesa-gesa ini kenapa? Jadi, ini perkara yang saya minta Kementerian Ekonomi tolong jawab.

draft • 3:04 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Hal kedua, butiran yang sama. Maklum diketahui pada tahun 2018 ketika Pakatan Harapan memerintah, FELCRA, FELDA diletakkan di bawah Kementerian Ekonomi. Saya fikir cadangan ini perlu diteliti semula untuk meletakkan agensi dan Badan-badan Persekutuan seperti FELDA dan FELCRA untuk pembasmian kemiskinan di bawah Kementerian Ekonomi. Kerana apa?

Kerana saya bangkitkan minggu lalu, terdapat banyak masalah melibatkan Laporan Ketua Audit Negara, melibatkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

(PAC) tentang hal-hal tadbir urus, liabiliti dan kerugian dalam FELCRA Berhad.

Kerugian sebenar FELCRA tidak hanya dilihat pada penyata rugi laba tahunan, tapi tersembunyi dalam struktur hutang dan prestasi anak-anak syarikat serta projek perladangan yang tidak cekap.

Kita tengok, ada isu liabiliti dan tunggakan hutang yang besar yang FELCRA dilaporkan setakat 2021 berjumlah RM3.67 bilion. Jumlah ini mewakili 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti FELCRA yang mencecah RM5.3 bilion pada tarikh yang sama. Laporan Ketua Audit juga mendedahkan FELCRA mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312 juta. Kerugian anak syarikat dan usaha sama yang FELCRA Berhad lakukan antara penyumbang terbesar kepada keberhutangan FELCRA kepada FELCRA Berhad.

Sebagai contoh, hutang syarikat-syarikat usaha sama estet, syarikat pembangunan hartanah seperti FELCRA Properties kepada FELCRA Berhad berjumlah RM1 bilion sehingga Jun 2024 dilaporkan oleh PAC. Ini menunjukkan kegagalan pelaburan di luar perniagaan teras perladangan, the core business itu dah menyimpang. Jadi, Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri, saya nampak banyak masalah-masalah yang disebutkan berulang kali. Kita sebenarnya tidak belajar dari pengalaman. Kita dah baiki elok FELCRA, FELDA, serah pada orang politik.

draft • 3:04 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Orang politik, saya nak rekodkan di sini, mengamalkan politics of patronage, politik naungan. Bila dia pegang jawatan pengerusi, dia nak bagi makan kepada ketua-ketua bahagian. Dia bagi makan dengan letakkan mereka ini di tempat yang mana ada anak-anak syarikat.

Kalau yang buat itu macam Titiwangsa, saya ‘tak rasa bimbang sebab dia pakar ekonomi, corporate guy, tapi kalau orang ini jenis cari makan, itu buat pelaburan di sana, sini, rugi. Kesian pada orang Padang Terap, kesian pada orang Tangga Batu dan sebagainya. Di Machang, tak ada FELCRA, tapi dibelanja lenjan habis duit FELCRA ini, fuh, punya tak ingat dunia. Ni tadbir urus jenis apa ini ya?

draft • 3:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang conquer FELCRA ini UMNO Kelantan, Pasir Puteh, tapi di tempat-tempat lain tak dibantu, tempat yang memang FELCRA ada mandat, tidak dibantu.

Macam Gerik lah. Gerik, Pengerusi MARA nak jadi calon di Gerik. Jadi, digerakkan CSR dia di Gerik, tapi itu mengurangkan peruntukan untuk diberi kepada mana-mana pemilik ataupun yang layak menerima MARA di tempat-tempat lain.

Jadi, Gerik kena lawan benda ini, tadbir urus tak betul itu, ya.

Jadi saya ingat benda ini, Pengerusi, Yang Berhormat Menteri Ekonomi, walaupun kita tak tahu siapa nak ganti Yang Berhormat Menteri, tapi sebagai seorang teknokrat, sudah sampai masanya Yang Berhormat maklumkan pada Yang Amat Berhormat Tambun, selamatkan institusi pembangunan ekonomi Melayu bumiputera kita. Jangan biarkan politik naungan menjadi modal politik yang ingin diulang-ulang sehingga kerugian berulang kali. We never learn from the same mistakes.

Jadi, ini satu benda yang saya harap kita boleh baiki dalam Belanjawan 2026.

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

draft • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Machang. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Pulai.

draft • 3:10 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam MADANI.

Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana mengizinkan Pulai untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi ini.

Pulai ingin merujuk kepada Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi. Dalam konteks perancangan ekonomi, Kementerian Ekonomi, sejauh manakah inisiatif SARA telah terbukti berkesan dalam meningkatkan perbelanjaan isi rumah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana B40 dan M40 ke bawah daripada suku ketiga tahun 2025. Bagi inisiatif ini, sejajar dengan strategi kementerian untuk memacu pertumbuhan sektor perkhidmatan dan perdagangan runcit serta meningkatkan daya tahan ekonomi terhadap ketidaktentuan pasaran dan inflasi.

Yang keduanya, kerajaan menyatakan kadar kemiskinan tegar hampir dinoktahkan kepada 0.09 peratus. Apakah strategi konkrit yang akan diteruskan untuk memastikan kadar ini kekal rendah dan bagaimana ia akan dijaga bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi global ini? Seperti mana yang kita maklum bahawa sebahagian daripada mereka yang miskin ini dibantu melalui bantuan- bantuan daripada kerajaan ini.

draft • 3:11 PM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Jadi, di situ sebenarnya mereka ini bergantung kepada bantuan-bantuan ini.

Apakah ianya akan berterusan dan bagaimana ianya akan lebih mampan untuk mereka ini dapat berdikari, tidak bergantung kepada bantuan daripada kerajaan ini?

Dan maknanya di situ adalah kita sebenarnya dapat benar-benar mengeluarkan mereka daripada kemiskinan ini ya. Apakah langkah-langkah konkrit yang akan diteruskan? Apakah langkah-langkah konkrit yang akan diteruskan untuk memastikan keadaan ini kekal rendah dan bagaimana ia akan menjadi terjaga bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi global ini?

Dan Pulai ingin merujuk kepada Butiran 00107 – Pembangunan Iskandar Malaysia. Dengan peningkatan pelaburan asing bernilai lebih daripada RM37.1 bilion bagi Pembangunan Iskandar kini berpotensi menjadi medan ujian dasar-dasar progresif seperti carbon credit trading ataupun green infrastructure bond.

Persoalannya, apakah kementerian melihat Iskandar bukan sekadar projek pembangunan wilayah, tetapi platform reformasi ekonomi nasional yang boleh mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah ekonomi yang bernilai tinggi dan karbon— rendah karbon? Bagaimana kementerian memastikan peningkatan peruntukan ini tidak menjadikan Iskandar Malaysia sebagai wilayah pelabur sahaja, tetapi menjadi sumber rezeki anak muda di negeri Johor ini?

Juga, Pulai ingin merujuk kepada Butiran 93500 – Projek Pembangunan Ekonomi. Apakah langkah-langkah baru yang sedang dirangka oleh Kementerian Ekonomi untuk memastikan peserta inisiatif pendapatan rendah ataupun IPR ini bukan sahaja mencapai peningkatan pendapatan sementara, tetapi benar-benar mampu keluar daripada kitaran kemiskinan secara mampan selepas tempoh pemantauan 24 bulan ini. Sebab kita harapan kita adalah besar, mereka benar-benar dapat keluar, bukannya hanya bergantung kepada bantuan-bantuan daripada kerajaan ini.

Lebih 40 peratus peserta IPR ini sudah menjana jualan bulanan melebihi daripada RM2,000. Dengan strategi digital dan brand yang betul, kelompok ini berpotensi untuk menjadi graduan ekonomi baru, bukan sekadar keluar daripada kemiskinan, tetapi melangkah ke kelas menengah yang baru.

Apakah pelan perancangan kementerian untuk menghubungkan peserta IPR ini secara langsung ke dalam ekosistem ekonomi digital misalnya melalui platform e- dagang, latihan pemasaran digital atau penggunaan data pelanggan agar produk mereka tidak terhad kepada pasaran kecil tempatan, tetapi lebih lagi iaitu boleh bersaing di peringkat nasional dan serantau? Terima kasih, Dato’ Pengerusi.

draft • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Padang Besar.

draft • 3:11 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih pada Dato’ Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas di bawah Butiran 030200 – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara

(NCIA) khususnya dalam fokus meningkatkan pendapatan isi rumah dan kualiti hidup melalui pembangunan modal insan dan keusahawanan.

Dato’ Pengerusi, wilayah utara kini menjadi cerminan sejauh mana dasar pembangunan wilayah benar-benar menyentuh rakyat di sempadan negara. Di bawah NCIA, kita digambarkan dengan dua pendekatan utama iaitu pembangunan modal insan dan pembangunan keusahawanan. Pendekatannya mungkin indah di atas kertas bagi latihan kemahiran, kebolehpasaran kerja, dan penyertaan usahawan tempatan melalui PMKS serta koperasi. Namun, realitinya masih jauh. Sejauh mana rakyat Perlis benar-benar merasa denyut pembangunan ini?

Dato’ Pengerusi, di utara inilah letaknya gerbang ASEAN atau subrantau Malaysia–Thailand dengan populasi ASEAN melebihi 700 juta penduduk. Dalam dunia ekonomi terbuka, 700 juta bukan sekadar angka, ianya pasaran, ianya peluang dan ianya masa depan, tetapi sayangnya kita di sempadan masih seperti penonton di pintu rumah sendiri, orang luar masuk bawa hasil, rakyat kita jadi pekerja di tanah sendiri, semua pintu sempadan negara mengalami nasib yang sama.

Merujuk Padang Besar, kawasan seperti pekan Padang Besar, Wang Kelian dan CHuping bukan sekadar nama, ia simbol kepada potensi ekonomi lintas sempadan, perdagangan, pelancongan, logistik dan agroteknologi. Projek besar seperti Chuping Valley Industrial Area (CVIA) dan Perlis Inland Port (PIP) sepatutnya menjadi enjin pelaburan baharu, tetapi rakyat tempatan dibangunkan sebagai penggerak, bukan sekadar penonton. Projek besar ini akhirnya menjadi pameran pelaburan tanpa rakyat jika tidak diberi perhatian.

Dato’ Pengerusi, kita perlu berani beralih daripada tempurung lama.

Sempadan bukan semata-mata garis kawalan, tetapi garis peluang. Transaksi urus niaga di sempadan berlaku sekian lama. Bagaimanapun berubah dipengaruhi kolonialisme geopolitik moden dan pembangunan negara-negara. Punca utama penyeludupan adalah kerana cubaan tidak mahu membayar cukai. Selain faktor lain, kita perlu mewajarkan ekonomi sempadan, legalise, dengan izin, ekonomi yang

draft • 3:16 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

selama ini bergerak dalam bayang penyeludupan kerana rakyat tidak nampak saluran yang sah memberi pulangan setimpal. Sebahagian mereka pula tidak mahu ikut undang-undang kerana mereka tidak hanya nampak alternatif yang adil.

Oleh itu, tiba masanya kerajaan memperkenalkan satu dasar ekonomi yang menyeluruh iaitu dasar ekonomi sempadan nasional. Dasar ini bukan saja mengawal sempadan, tetapi membina sistem ekonomi rentas sempadan yang sah, berdaya saing dan menguntungkan negara. Kita boleh mengambil sebahagian pengalaman daripada Border Crossing Agreement (BCA) dan Border Trade Agreement (BTA) walaupun masih mempunyai banyak kelompongan. Pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Nusantara pasti memberi impak, cabaran dan peluang buat Sabah dan Sarawak.

Dato’ Pengerusi, ada yang bertanya pagar konkrit yang dibina di sempadan ini apa pulangannya? ROI-nya bukanlah bentuk ringgit semata-mata. ROI-nya adalah kedaulatan, kestabilan dan keyakinan pelabur. Apabila keselamatan sempadan kukuh, pelaburan meningkat, aktiviti sah bertambah dan pendapatan rakyat bertambah. Itu pulangan sebenar, sebenarnya yang dapat diukur dengan angka semata-mata— bukan dengan angka semata-mata.

draft • 3:16 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Bagi memperkukuhkan peranan NCIA dan memastikan dasar ekonomi sempadan ini benar-benar hidup di negeri Perlis. Saya mencadangkan, yang pertama, peruntukan khas NCIA disalurkan terus kepada projek modal insan dan keusahawanan sempadan terutamanya di CVIA dan Perlis Inland Port.

Yang kedua, penubuhan pusat keusahawanan sempadan NCIA Perlis sebagai pusat latihan inkubasi dan bimbingan kepada usahawan lintas sempadan.

Yang ketiga, penyasaran geografi yang lebih tajam agar Perlis tidak lagi dipinggirkan oleh projek-projek besar NCIA di negeri lain.

Yang keempat, penyelarasan dasar antara Kementerian Ekonomi, KUSKOP dan MOTAC agar pelancongan, logistik dan keusahawanan sempadan berjalan seiring, bukan bersilang arah.

Yang kelima, pemantauan berasaskan hasil sebenar, outcome-based monitoring. Bukan laporan cantik atas kertas tapi bukti peningkatan pendapatan, pekerjaan dan daya saing tempatan.

Dan jangan dilupakan peranan IMT-GT, IMS-GT dan EAGA-BIMP yang kini seakan-akan telah dilupakan. Rangka kerjasama rantau inilah patut digerakkan

draft • 3:20 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

semula untuk membuka laluan dan dagang halal, pelancongan lintas sempadan dan pelaburan agroteknologi antara Wilayah Utara dengan Selatan Thai dan Sumatera.

Dato’ Pengerusi, kejayaan pembangunan Wilayah Utara tidak akan lengkap tanpa perhatian serius kepada negeri-negeri di sempadan terutamanya Perlis.

Negeri kecil ini bukan beban, ia bahkan benteng dan gerbang kepada ekonomi Malaysia ASEAN.

Apabila rakyat Perlis diberi peluang, latihan dan sokongan yang adil, ekonomi sempadan tidak lagi menjadi laluan keluar barangan haram, tetapi menjadi laluan keluar rakyat daripada kemiskinan. Saya berharap Bajet 2026 akan memandang Perlis bukan sekadar statistik kecil, tetapi sebagai negeri hadapan sempadan pembangunan negara.

Saya juga ini menyentuh berkenaan APPGM-SDG sebagaimana sahabat saya daripada Miri sebut tadi. Terima kasih kepada kementerian yang memberi dana dan memberi peluang kepada rakan solusi APPGM sebagai model delivery system kepada komuniti di 222 Parlimen.

Itu saja setakat ini. Sekian, terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Waalaikumussalam, terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Padang Rengas.

draft • 3:20 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Pengerusi.

Saya rujuk Butiran B.15, 020100 dan ingin menyentuh mengenai pertumbuhan ekonomi luar bandar. Khususnya yang melibatkan kawasan seperti Parlimen Padang Rengas dan yang mewakili realiti sebenar cabaran pembangunan di luar bandar.

Pertama sekali, walaupun Kementerian Ekonomi menyasarkan pertumbuhan ekonomi inklusif, hakikatnya jurang pembangunan bandar dan luar bandar masih luas. Kawasan seperti Padang Rengas dengan majoriti penduduk bekerja dalam sektor pertanian, perusahaan kecil dan aktiviti desa masih bergelut dengan masalah infrastruktur asas yang tidak lengkap. Peluang pekerjaan terhad dan akses pembiayaan yang sukar. Soalnya, sejauh mana Butiran 020100 dalam Belanjawan

draft • 3:22 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

2026 benar-benar memberikan impak kepada rakyat di lapangan, bukan sekadar angka atas kertas.

Dato’ Pengerusi, dalam konteks pertumbuhan ekonomi luar bandar saya ingin mencadangkan tiga fokus pertama. Pertama, pembangunan kluster ekonomi desa.

Kita perlu menggerakkan model pembangunan berasaskan kluster tempatan contohnya industri berasaskan buluh, herba, makanan tradisional dan agropelancongan.

Kawasan seperti Kuala Kangsar dan Sauk mempunyai potensi besar untuk dijadikan hab produk desa Perak Tengah jika disokong oleh geran padanan dan bantuan pemasaran digital. Kerajaan perlu menyediakan peruntukan khas sekurang- kurangnya RM50 juta bagi memperkasakan koperasi dan perusahaan mikro luar bandar di bawah rancangan RMK13 kelak.

Kedua, infrastruktur dan kemudahan asas ekonomi. Masih terdapat banyak kawasan contohnya di Padang Rengas yang berdepan jalan rosak, sistem air tidak stabil dan capaian Internet lemah. Masalah ketiadaan sistem bekalan air yang konsisten di beberapa kampung tradisi terus menjejaskan kegiatan ekonomi kecil.

Saya gesa agar Kementerian Ekonomi menilai semula peruntukan pembangunan infrastruktur asas luar bandar agar ia diagihkan mengikut keperluan sebenar daerah, bukan mengikut pertimbangan politik.

Ketiga, peluang pekerjaan dan latihan ekonomi hijau luar bandar dalam dunia pasca pandemik dan peralihan tenaga hijau kita perlu pastikan penduduk di luar bandar tidak ketinggalan. Mengapa tidak diwujudkan pusat latihan ekonomi hijau luar bandar di setiap negeri termasuk Perak, bagi melatih belia dalam sektor pertanian moden, tenaga solar komuniti dan ekonomi kitar semula. Langkah ini bukan saja mencipta pekerjaan berpendapatan tinggi, tetapi juga mengurangkan penghijrahan belia ke bandar.

Dato’ Pengerusi, saya ingin menegaskan bahawa pertumbuhan ekonomi di luar bandar bukan sekadar projek fizikal, tetapi tentang mengubah struktur ekonomi desa agar rakyat berdikari, berdaya saing dan tidak bergantung kepada bantuan semata-mata. Oleh itu, Butiran B.15, 020100 ini mesti dilaksanakan secara berimpak berasaskan data sebenar dan bukannya retorik politik.

Saya ingin menutup dengan satu persoalan penting kepada kerajaan, apakah indikator kejayaan sebenar pertumbuhan ekonomi luar bandar yang mahu dicapai menjelang 2026? Adakah ia sekadar kadar pertumbuhan KDNK atau peningkatan pendapatan isi rumah luar bandar yang benar-benar dirasai rakyat? Jika kerajaan

draft • 3:22 PM

Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas

serius mahu membina ekonomi luar bandar yang mampan, Padang Rengas dan kawasan seumpamanya mesti dijadikan model pembangunan baharu, bukan kawasan yang terus ketinggalan di bawah radar perancangan ekonomi negara.

Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 3:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Berikut dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

draft • 3:22 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Terima kasih, Yang Berhormat Dato’ Pengerusi.

Butiran 020100 – Perancangan Ekonomi. Yang Berhormat Dato’ Pengerusi, Kementerian Ekonomi merupakan nadi utama dalam merangka hala tuju pembangunan sosioekonomi bagi menentukan siling dan pengagihan peruntukan pembangunan, menyelaras pelaksanaan projek-projek utama serta memantau kemajuan inisiatif nasional sehingga ke peringkat wilayah dan negeri.

Maka di sini saya ingin membawa dua perkara untuk perhatian yang kementerian iaitu yang pertama adalah isu kesesakan lalu lintas di Bandar Maharani dan projek jalan pintas ke Muar Furniture Park (MFP).

Dato’ Pengerusi, Bandar Muar telah lama menjadi tulang belakang industri perabot sehingga digelar sebagai Bandar Perabot Malaysia. Ia menyumbang kepada lebih daripada 60 peratus eksport negara dalam bidang perabot ini.

Muar Furniture Park telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang keenam pada tahun 2017. Ia tidak— bukan sahaja ya, ia bukan sahaja permulaan, tetapi lebih kepada pelengkap kepada ekosistem sedia ada untuk membawa industri perabot ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi. Di sebalik potensi ekonomi ini, kita berdepan dengan satu cabaran yang besar, iaitu kesesakan lalu lintas di sekitar Bandar Maharani yang semakin teruk.

Kesesakan ini bukan sekadar isu keselesaan, tetapi satu isu sosioekonomi yang boleh menjejaskan produktiviti, logistik dan kualiti hidup warga Muar. Apabila MFP mula beroperasi, jumlah kenderaan berat dijangka akan meningkat sejak mendadak. Keluar masuk lori kontena dan kenderaan pengangkutan barang akan menambah tekanan kepada jalan persekutuan FT5 dan jalan negeri J32, dua laluan utama yang kini sudah cukup sesak.

draft • 3:27 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Bagi mengelakkan kesan trafik yang lebih teruk, Rancangan Tempatan Daerah Muar 2030 telah mengenal pasti satu projek yang penting iaitu Projek Jalan Pintas, Simpang Sungai Terap Jorak, Paya Panjang, laluan J32 Muar, Johor Bukit

draft • 3:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Pasir Bypass ke Muar Furniture Park sepanjang 12.2 kilometer yang menghubungkan terus MFP ke Lebuhraya PLUS tanpa perlu melalui pusat bandar.

Projek ini bukan sekadar jalan baru, tetapi satu laluan ekonomi strategik untuk mengalirkan trafik industri keluar dari pusat bandar dan mengurangkan kesesakan dan memastikan kelancaran operasi MFP serta perniagaan-perniagaan lain di Bandar Maharani.

Namun begitu Dato’ Pengerusi, saya difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya telah berulang kali mengemukakan cadangan projek ini untuk pertimbangan, tetapi masih belum diperuntukkan bajet. Setiap kali dirujuk soalan ini alasannya adalah projek sudah diluluskan, tetapi tiada peruntukan. Saya ibaratkan projek ini sebagai yoyo. Mengapa yoyo? Kerana kadang dia tinggi, kadang dia rendah. Apabila ditanya, dia kata ini adalah keutamaan pertama dalam senarai JKR Negeri Johor, tetapi kadangkala dia akan turun semula ke bawah, kadangkala dia akan naik.

Maka, saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri kebetulan Yang Berhormat Menteri ada di sini, supaya kita betul-betul melaksanakan projek ini pada tahun hadapan. Bermula pada tahun hadapan, sempat,masih sempat lagi walaupun ada sedikit terlewat. Saya harap projek ini tidak akan lagi menjadi yoyo dan dia akan kekal sebagai keutamaan yang pertama dalam tahun 2026 nanti.

Yang Berhormat, saya juga ingin memohon penjelasan, mengapakah projek ini sering kali ditangguh-tangguhkan? Apakah status projek jalan pintas ke MFP ini?

Adakah kementerian, bukan adakah, saya harap, saya memang rayu dan harap kementerian bersedia untuk mendahulukan projek pembangunan untuk projek ini memandangkan bahawa MFP akan beroperasi sepenuhnya dalam masa yang terdekat.

Dato’ Pengerusi, kita tidak mahu bahawa apabila taman perindustrian ini dibuka secara rasmi, tetapi kemudahan sokongan asas masih lagi tertangguh.

Infrastruktur jalan raya bukan pelengkap, tetapi dia adalah prasyarat utama kepada pembangunan industri. Sekiranya laluan keluar masuk MFP tidak efisien, maka pelabur terpaksa menanggung kos logistik yang tinggi dan akhirnya dia akan menjejaskan daya saing Muar sebagai hab industri pelabur antarabangsa.

Sekali lagi, saya meminta dan merayu kementerian supaya mempertimbangkan projek ini sebagai projek sokongan segera dalam Kerangka Perancangan Ekonomi Wilayah Johor Utara.

Dato’ Pengerusi, perkara kedua yang ingin saya bangkitkan adalah, berkenaan dengan pembangunan sistem pengangkutan rel...

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat sila gulung.

draft • 3:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...Di Pantai Barat Johor. Dalam Rancangan Fizikal Negara Keempat (RFN4) di bawah teras pertumbuhan dinamik dan seimbang, kerajaan telah menetapkan matlamat untuk memastikan sistem rangkaian rel menjadi tunjang utama pengangkutan negara. Antara strategi yang digariskan adalah meningkatkan ketersambungan rel antara bandar dan wilayah bagi membolehkan sistem rel berfungsi sebagai bulk carrier yang berkelajuan tinggi, selamat dan mampan.

Dato’ Pengerusi, dalam konteks ini RFN4 turut menekankan kepentingan laluan rel berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Johor Bahru dan sambungan ke Singapura HSR1A sebagai jajaran alternatif bagi koridor pengangkutan yang paling sibuk di Semenanjung Malaysia. Secara strategik, jajaran ini juga berperanan melengkapkan jurang rangkaian rel di Pantai Barat Johor yang kini belum dihubungkan secara menyeluruh...

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, penutup.

draft • 3:30 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

...Jadi, saya harap Dato’ Pengerusi, perkara ini diambil berat oleh Kementerian Ekonomi. Sekiranya HSR tidak dapat dilaksanakan, KTM pun cukup memadai. Sebab pengangkutan rel ini penting untuk merancakkan ekonomi di bandar-bandar, pekan-pekan di sepanjang Pantai Barat Negeri Johor.

Sekian, terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya persilakan Yang Berhormat Rantau Panjang.

draft • 3:30 PM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan maksud B.15, P.15 Kementerian Ekonomi.

Dato’ Pengerusi, menyentuh Butiran 70109 berkaitan dengan pemansuhan Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis. Saya ingin tahu, kenapa perkara ini dilaksanakan? Apakah pertimbangan dasar di sebalik pemansuhan ini? Apakah implikasi terhadap semua projek pembangunan yang sedia ada di Perlis? Siapa agensi yang baharu yang mengambil alih tanggungjawab ini? Apakah pelan peralihan agar tanggungjawab pembangunan ini di Perlis ini tidak tergantung?

draft • 3:35 PM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Menyentuh Butiran 99000 berkaitan dengan sistem PADU data ekonomi iaitu Bancian Ekonomi. Saya ingin tahu, berapakah agensi yang benar-benar aktif yang telah diguna dalam sistem PADU? Berapa peratus profil yang telah dilaksanakan untuk benar-benar berkesan? Apakah laporan audit akses PADU telah diterbitkan?

Adakah kesemua agensi, 204 agensi yang telah di integrasi ini berperanan dalam menggunakan sistem data PADU ini?

Yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua— Yang Pengerusi saya ingin menyentuh Butiran 93500 berkaitan dengan projek ekonomi di bawah Pembangunan Ekonomi yang mana mendapat peruntukan tiga kali ganda iaitu RM589 juta berbanding dengan RM202 juta pada tahun 2025. Apakah justifikasi kenaikan ini?

Apakah projek yang baharu dan projek sambungan yang akan dilaksanakan daripada RMK12? Siapakah penerima manfaat?

Saya ingin tahu berapa manfaat terutama kepada negeri-negeri yang sedang kurang membangun seperti Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan begitu juga manfaat kepada kawasan saya terutama di kawasan sempadan. Jadi, saya ingin tahu, apakah projek-projek yang akan dilaksanakan?

Menyentuh Butiran 69000 berkaitan dengan Unit TERAJU iaitu agenda bumiputera yang mendapat peruntukan RM61 juta. Saya ingin tahu bagaimanakah agihan dilaksanakan? Bagaimana TERAJU memastikan semua program Bumiputera ini tidak bertindih dengan agensi-agensi yang sedia ada? Apakah KPI bagi mengukur keberkesanan inisiatif yang akan dilaksanakan? Adakah data PADU digunakan untuk menjejak impak sosial ekonomi kepada penerima?

Menyentuh Butiran 00113 iaitu Koridor ekonomi yang melibatkan lima agensi.

Jadi, saya ingin tahu kenapa tiada laporan impak daripada Rancangan Malaysia Kedua Belas dan prestasi yang tidak sekata antara koridor? Dan saya ingin tahu juga, apakah asas peningkatan RM102 juta? Apakah data yang hasil daripada peningkatan hasil daripada program sebegini ini? Apakah KPI sebenar koridor?

Sebab kita tengok banyak projek-projek koridor ini seolah-olah tidak diberi perhatian yang serius termasuk pembangunan koridor di Pantai Timur. Jadi, saya ingin tahu apakah usaha yang akan dibuat untuk meningkatkan semua koridor ekonomi ini untuk memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Menyentuh Butiran 00108 iaitu berkaitan dengan Pembangunan. Saya ingin tahu mengapakah peruntukan RM365 juta tidak digunakan pada tahun 2024?

Apakah isu kelewatan pelulusan projek atau kekangan teknikal pelaksanaan?

Apakah sebenar yang berlaku? Bagaimana kerajaan menilai keberkesanan

draft • 3:35 PM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Rancangan Malaysia Ketiga Belas dalam mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar? Sebab kita lihat hari ini masih banyak lagi bandar-bandar, yang luar bandar yang ketinggalan. Jadi, sejauh mana pelaksanaan ini dan kenapa pada tahun 2024 tidak ada perbelanjaan dari sudut pembangunan ini berlaku?

draft • 3:35 PM

Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Saya ingin juga menyentuh berkenaan dengan Butiran 00010 iaitu pusat SDG negara. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha kementerian untuk membuat pelbagai program untuk meningkatkan pendapatan hidup rakyat termasuklah dana yang diberikan kepada APPGM-SDG yang manfaatnya lebih daripada 70,000 penerima yang melibatkan 143 kawasan Parlimen.

Cuma, apa yang saya ingin tanya ialah kenapa peruntukan untuk kebun komuniti dikurangkan? Sebelum ini― saya selaku salah seorang daripada ahli jawatankuasa APPGM dan SDG yang sebelum ini kita mendapat RM30 juta untuk program di seluruh negara tanpa mengira parti politik ya. Ahli Parlimen hanya penghubung, tetapi kini, kenapa peruntukan kebun komuniti itu dikurangkan? Jadi, saya harap supaya program ini dapat diteruskan untuk manfaat seterusnya.

Dan akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk menyentuh 020010...

draft • 3:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Rantau Panjang. Rantau Panjang, saya nak mencelah sikit.

draft • 3:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, saya. Ya.

draft • 3:40 PM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Saya nak tanya Rantau Panjang, adakah peruntukan APPGM-SDG itu dapat kepada ahli jawatankuasa itu sendiri ataupun pada komuniti?

draft • 3:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Sebenarnya peruntukan APPGM-SDG ini, kita langsung seringgit pun kita tak terima ya peruntukan. Ini adalah semuanya diberi kepada komuniti melalui NGO yang telah diluluskan. Jadi, tidak ada isu ada kepentingan mana-mana pihak.

Jadi, saya harap perkara ini, yang baik ini dapat diteruskan. Apalagi kajian- kajian dibuat mengikut pemetaan setiap kawasan Parlimen yang berbeza. Jadi, kita harapkan supaya diberi keutamaan kepada peruntukan APPGM-SDG ini untuk memastikan terutama dalam meningkatkan kualiti komuniti kita sama ada di sudut ekonomi, pelancongan, di sudut latihan dan sebagainya yang sangat bermanfaat kepada masyarakat seterusnya.

draft • 3:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Akhirnya, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 020100 yang berkaitan dengan isu strategik nasional yang melibatkan pendapatan per kapita rakyat. Jadi, saya ingin tahu, apakah pendapatan per kapita sebenar 2025 setakat ini? Apakah pemacu utama pertumbuhan 2026? Dan bagaimana kerajaan memastikan peningkatan ini benar-benar dirasai oleh rakyat? Dalam keadaan kos hidup meningkat, gaji yang statik dan begitu juga...

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Yang Berhormat, gulung.

draft • 3:40 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

...Jurang bandar dan luar bandar yang semakin melebar. Jadi, saya ingin tahu, bagaimanakah usaha kerajaan untuk meningkatkan sasaran RM61,000 pendapatan sebagaimana yang telah di-target-kan oleh kerajaan? Setakat itu saja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat. Sekarang saya silakan Yang Berhormat Tanjong Karang.

draft • 3:40 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Tanjong Karang ingin menarik perhatian di bawah Butiran 93500 – Program Pembangunan Ekonomi berjumlah RM588.9 juta. Butiran ini amat penting kerana ia menyentuh langsung soal kesejahteraan rakyat khususnya golongan B40, petani, nelayan dan peniaga-peniaga kecil di luar bandar, iaitu kelompok yang menjadi tulang belakang ekonomi negara. Namun, bagi memberikan impak yang lebih besar, saya berpandangan peruntukan ini amat wajar ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada RM1 bilion agar manfaat pembangunan dapat sampai terus ke akar umbi.

Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 00108 – Program Pembangunan berjumlah RM172.35 juta. Kita sering mendengar pelbagai inisiatif di bawah Kementerian Ekonomi seperti IPR dan pelbagai intervensi pembasmi kemiskinan tegar dengan tujuan meningkatkan pendapatan isi rumah B40. Namun, persoalannya, adakah rakyat benar-benar merasai perubahan ini di lapangan?

Hakikatnya, ramai yang masih hidup dalam tekanan kos sara hidup yang meningkat, pendapatan yang tidak menentu dan peluang ekonomi yang amat terbatas. Kita perlu jujur menilai adakah program sosioekonomi kita benar-benar berkesan mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan atau sekadar memberi bantuan sementara yang tidak mengubah struktur hidup mereka di kampung-kampung.

draft • 3:43 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Bantuan tunai dan program one-off boleh membantu hanya seketika, tetapi tidak menyelesaikan masalah akar iaitu kekurangan peluang kerja produktif, akses pada pasaran dan modal untuk berdikari.

Tanjong Karang mencadangkan agar pendekatan kementerian berubah dari bantuan kebajikan kepada bantuan produktif iaitu satu bantuan yang melatih, memperkasa dan membuka ruang untuk rakyat menjana pendapatan sendiri.

Dengan kata lain, daripada kita bagi ikan, lebih baik kita bagi pancing. Contohnya, melalui program pemerkasaan ekonomi desa, latihan keusahawanan mikro serta bantuan peralatan dan pemasaran untuk petani muda dan usahawan tani. Inilah bentuk intervensi yang melahirkan kebergantungan positif. Rakyat bukan sekadar menerima, tetapi mampu berdiri di atas tapak kaki sendiri.

Tuan Pengerusi, dalam konteks daerah luar bandar seperti di Tanjong Karang, pendekatan pembangunan perlu bersifat berfokus dan berasaskan data sebenar komuniti, bukan sekadar angka di peringkat negeri. Realiti di kampung- kampung, di jeti nelayan dan di sawah padi amat jauh berbeza. Justeru, dasar mesti berpaksikan pengalaman yang sebenar rakyat di lapangan, bukan sekadar laporan di meja mesyuarat.

Selain itu, pembangunan komuniti jangan dilihat hanya satu sudut ekonomi semata-mata, tetapi juga dari segi sosial dan penyertaan masyarakat. Kita perlu melibatkan para-para belia, wanita dan komuniti tempatan dalam proses membuat keputusan pembangunan. Apabila rakyat menjadi sebahagian daripada pelaksana, barulah program sosioekonomi itu hidup dan mampu untuk bertahan lebih lama.

Akhir sekali, Tanjong Karang mencadangkan agar kementerian memperkenalkan satu kerangka penilaian impak sosial ekonomi nasional bagi menilai hasil sebenar setiap program. Bukan sekadar berapa ramai yang hadir kursus, tetapi berapa ramai yang benar-benar mampu keluar dari kemiskinan selepas setahun.

Tuan Pengerusi, rakyat tidak lagi mahu slogan. Mereka mahukan kepada perubahan yang nyata dalam kehidupan. Biarlah setiap sen di bawah Butiran 030000 – Pembangunan Ekonomi Wilayah Koridor ini benar-benar membuahkan hasil, membina daya tahan, maruah dan keyakinan diri rakyat di luar bandar.

Tanjong Karang mohon menyokong. Wabillahi taufiq wal-hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

draft • 3:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik. Terima kasih, Yang Berhormat Tanjong Karang. Pembahas yang terakhir sebelum Menteri menjawab, dipersilakan Yang Berhormat Rasah.

draft • 3:43 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih kepada Dato' Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya turut serta dalam perbahasan Kementerian Ekonomi.

Saya ada beberapa perkara yang nak bangkitkan. Pertama, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat pemangku Menteri yang dari awal saya nampak tekun duduk untuk mendengar perbahasan.

Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan peruntukan― okey, peruntukan bekalan meningkat, tetapi peruntukan untuk pembangunan tahun ini berkurangan, iaitu daripada RM2.4 bilion pada tahun belanjawan sebelumnya kepada RM2.1 bilion pada kali ini. Sebab, saya rasa peruntukan pembangunan ini yang lebih mustahak.

Dan ini kementerian teras dalam merangka Rancangan Malaysia Ketiga Belas, pembangunan ekonomi secara menyeluruh. Jadi, kenapa ada pengurangan hampir 10 peratus peruntukan pembangunan untuk Rolling Plan Pertama di bawah RMK13? Jadi, mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri nanti.

Perkara kedua yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) iaitu agensi yang paling besar, agensi yang paling ramai perjawatan di bawah kementerian ini, mendapat peruntukan RM261 juta. Di bawah DOSM, saya nak sebut beberapa perkara.

Saya mohon supaya kerajaan pertimbangkan supaya semua hasil penyelidikan, perangkaan DOSM boleh dipaparkan dengan hebahan yang lebih, kata orang, menyeluruh. Sebab, banyak sebenarnya perangkaan yang dibuat, banyak statistik, tetapi tidak― apa, kalau gunakan cara konvensional saja, hebahannya tidak menyeluruh. Ramai sebenarnya tak tahu, tetapi banyak kerja telah dilakukan oleh DOSM. Jadi, saya mohon kerajaan pertimbangkan supaya ada cara hebahan.

draft • 3:48 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kerja tu dah memang bagus, cuma hebahan tu perlu diperbaiki dengan cara yang bersesuaian dengan keperluan semasa ketika ini dan berkenaan dengan DOSM juga, PADU, kita tahu sejak dua tiga tahun dulu kerajaan membangunkan satu pangkalan data menyeluruh untuk rakyat Malaysia.

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Sesuatu yang kita anggap sangat baik, sangat sesuai dengan keperluan supaya semua bantuan kerajaan boleh menjurus kepada kumpulan sasar dengan lebih baik. Banyak tohmahan juga yang dilemparkan terhadap sama ada PADU ini berjaya ataupun tidak. Jadi, saya nak mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri nanti, apakah status PADU? Sebab saya tak nampak ada satu peruntukan khas untuk PADU. Apakah PADU ini sudah kiranya stable, sudah sustain, tak perlu ada peruntukan tambahan untuk tambah baik?

Dan berkenaan dengan PADU ini juga, sekarang ini orang lebih banyak sebut BUDI daripada PADU. Sejak kita memperkenalkan penyasaran subsidi diesel pada 10 Jun 2024 dan pada hujung bulan September tempoh hari, subsidi untuk RON95 banyak merujuk kepada BUDI. Jadi boleh tak ataupun boleh tak kerajaan, pasti ada satu penggabungan ataupun ialah tak kira macam mana, supaya gunakan satu saja nama yang spesifik supaya nampak kesepaduan. Tak mahu nanti ada tohmahan- tohmahan daripada pihak yang ada niat yang tertentu untuk memperlekehkan usaha kerajaan. Saya memang secara terbuka, saya memuji kerajaan terhadap penyasaran subsidi ini. Cuma kita tak mahu ada pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan ini.

Seterusnya, berkenaan dengan Butiran 00700 di bawah tajuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, sebanyak RM150 juta diperuntukkan. Saya nak tanya, kalau berkenaan dengan peralihan tenaga negara, dia banyak kepada Kementerian PETRA. Jadi kenapa ada RM150 juta diperuntukkan di bawah kementerian ini?

Sebab kita tak mahu ada pertindihan peruntukan untuk dua kementerian untuk perkara yang sama. Saya percaya mungkin tak ada, cuma mohon penjelasan dan apakah projek di bawah kementerian ini, di bawah RM150 juta ini.

Butiran seterusnya, 93500 – Program ataupun Projek Pembangunan Ekonomi. Kalau belanjawan sebelum ini, RM202 juta, Belanjawan 2026 melonjak kepada RM588 juta. Kalau kita tengok pada tajuk nama dia, pembangunan, memang saya sokong. Sebab ialah kita perlukan pembangunan yang seterusnya dan Kementerian Ekonomi sepatutnya memang menjadi teras peneraju kepada pembangunan. Jadi, apakah projek yang terbabit dan apakah, di manakah projek ini diadakan dan sektor mana yang terbabit? Sebab kita nak pastikan projek pembangunan ini membawa manfaat yang berterusan, manfaat yang baik untuk negara.

Dan perkara yang terakhir yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan, saya nampak ada sembilan butiran berkenaan dengan perbadanan

draft • 3:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

kemajuan peringkat negeri, tetapi kenapa Negeri Sembilan tak ada? Dia bukan soal berapa peruntukan. Saya nampak ada tiga, empat negeri yang tak ada, negeri lain ada.

Dan perkara ini untuk makluman Yang Berhormat Menteri, memang bukan tahun ini saja, tahun-tahun sebelumnya pun memang Negeri Sembilan saya tengok tak pernah masuk pun. Jadi apa sebabnya? Kenapa ada negeri tertentu yang ditinggalkan? Bukan dia soal— saya tengok ada yang negeri yang dapat pun bukan peruntukan dia banyak.

Jadi, kenapa tak ada satu butiran khas untuk beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri nanti.

Sekian, terima kasih Dato’ Pengerusi.

draft • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Selanjutnya saya mempersilakan Menteri untuk menjawab bagi Kementerian Ekonomi selama masa diberi adalah 25 minit. Walau bagaimanapun, jika masa tidak cukup, Yang Berhormat Menteri boleh menjawab secara bertulis.

Berikut, silakan Menteri untuk menjawab.

draft • 3:50 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada kesemua 13 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Ekonomi untuk Belanjawan 2026. Seperti sedia maklum, ini adalah perbahasan peringkat Jawatankuasa yang menyentuh dan meneliti secara langsung mengenai butiran peruntukan yang disediakan di bawah VOT Kementerian Ekonomi. Isu-isu dasar telah pun dibahaskan di dalam peringkat dasar. tetapi Dato’ Pengerusi, secara keseluruhannya, Kementerian Ekonomi telah diperuntukkan sebanyak RM2.75 bilion pada tahun 2026. Angka ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memacu agenda pembangunan negara, terutama sebagai tahun pertama dalam pelaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Sebagai agensi perancang ekonomi negara, Kementerian Ekonomi bertanggungjawab dalam pengagihan sumber untuk pembangunan sosial ekonomi negara melalui pendekatan perancangan pembangunan secara insaniah dan pengagihan komprehensif dan efektif.

draft • 3:54 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Selain itu, Kementerian Ekonomi bertanggungjawab melaksanakan program dan projek pembangunan yang strategik dan merentasi agensi. Dalam hubungan ini, peruntukan dalam anggaran pembangunan tahun 2026 berjumlah RM83 bilion memberi tumpuan kepada peningkatan peruntukan DE asas yang meningkat daripada RM55.7 bilion kepada RM57.6 bilion. Dengan peningkatan itu, bilangan kelulusan projek baru DE asas terus meningkat kepada 1,967 projek pada tahun 2025 kepada 2,371 projek untuk tahun depan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Berdasarkan buku Bajet 2026, peruntukan pembangunan Kementerian Ekonomi adalah sebanyak RM2.115 bilion. Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM890.56 juta bagi tahun 2026 berbanding peruntukan yang dipinda pada tahun 2025. Ini menunjukkan beberapa projek yang telah siap dilaksanakan dan tidak lagi wujud pada tahun 2026. Di bawah peruntukan perbelanjaan pembangunan Kementerian Ekonomi, terdapat 27 butiran.

Dato’ Pengerusi, prospek ekonomi dunia dijangka menyederhana pada tahun 2026, dengan unjuran pertumbuhan global oleh IMF pada kadar 3.1 peratus berbanding 3.2 peratus pada tahun 2025, manakala pertumbuhan perdagangan dunia di unjur berkurangan kepada 2.3 peratus berbanding 3.6 peratus pada tahun ini. Penyederhanaan ini adalah berikutan cabaran geopolitik dan perdagangan global yang berterusan. Dalam tempoh 2024 hingga separuh tahun ini, Malaysia telah berjaya menarik minat pelabur dengan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan sebanyak RM575 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi. Anggaran awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pula dijangka mencapai 5.2 peratus bagi suku ketiga 2025.

Pencapaian ini menunjukkan pertumbuhan memberangsangkan untuk tempoh sembilan bulan ini dengan jangkaan sebanyak 4.7 peratus. Melalui peningkatan pelaburan dan jangkaan pencapaian ini, kerajaan optimis dengan unjuran pertumbuhan antara 4 hingga 4.8 peratus bagi tahun 2025 dan 4 hingga 4.5 peratus bagi tahun 2026, seperti yang diumumkan dalam belanjawan ini. Usaha yang telah dilaksanakan melalui tiga teras ekonomi MADANI sehingga kini termasuk reformasi berterusan dalam pasaran buruh telah mewujudkan landasan yang kukuh untuk meningkatkan perbelanjaan swasta dan pertumbuhan ekonomi yang stabil.

Pertumbuhan negara pada tahun 2026 akan dipacu oleh jangkaan permintaan domestik yang kukuh, disokong pada kadar inflasi yang sederhana dan

draft • 3:54 PM

Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

keadaan pasaran buruh yang stabil melalui penambahbaikan berterusan dalam mekanisme penetapan gaji.

draft • 3:54 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, minta laluan sikit boleh? Nak masuk ke tajuk lain dah tu. Tadi masalah pelaburan tadi, saya sebut tadi MOA ataupun MOU tak sama dengan MOA, bila jumlah conclude, jumlah yang telah dilaburkan, iaitu dah ada conclusion, dengan jumlah yang diumumkan masa MOU tak sama. Okey itu biasa. Cuma saya nak masuk, adakah Tesla yang telah menarik diri termasuk dalam MOU yang kita announce, yang dah telah diumumkan dulu? Tesla, okey, sekian, terima kasih.

draft • 3:54 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Yang berhormat Pendang.

Seperti yang dikatakan tadi, kalau kita tengok dari segi approved investment yang dicapai oleh Malaysia, RM575 bilion dalam tempoh 18 bulan. Inilah angka yang paling tinggi setakat ini.

draft • 3:54 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kalau kita tengok berbanding dengan tahun 2022, kita dah nampak conversion rate kepada approved investment telah meningkat dari sekitar 70 peratus kepada sekitar 85 peratus. Ini bermakna, apa yang ditarik masuk ke Malaysia telah bertukar kepada benda yang telah berlaku.

Kita boleh juga melihat daripada angka-angka GDP. Angka-angka GDP telah menunjuk yang construction sector untuk tahun ini telah meningkat dua digit antara 10 ke 16 peratus kalau tengok dalam tiga suku yang ada tahun ini. Ini bermakna, bila approved investment itu dah datang, dia dah mula untuk membina factory, factory yang ada. Inilah data-data yang kita nampak, yang kita confident nak optimis yang KDNK negara masih kukuh dan pelaburan dalam negara masih kukuh. Terima kasih.

Yang Berhormat Miri dan Pendang bertanya penerusan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dasar ini sedang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia, bermula tahun 2026 dan seterusnya.

Yang Berhormat Bachok bertanya pengelasan kumpulan pendapatan untuk penyasaran subsidi. Untuk maklumat Yang Berhormat Bachok, kerajaan pada masa ini masih mengekalkan pengelasan pendapatan B40, M40, T20. Perubahan pengelasan ini sedang dikaji berdasarkan keperluan semasa.

Pada masa ini, PADU telah digunakan sebagai rujukan dalam pengelasan intervensi bantuan sosial program kemiskinan, termasuk penyasaran subsidi RON95. Bagi tujuan membasmi kemiskinan di bawah Kementerian Ekonomi, sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk pelaksanaan IPR pada tahun 2026. Untuk

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

makluman Yang Berhormat Miri, sehingga 31 Oktober 2025, sejumlah 6,770 isi rumah miskin tegar, miskin dan B40 telah diluluskan penyertaan dalam program IPR dengan pendapatan purata peserta melebihi RM2,000 sebulan.

Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Pulai juga membangkitkan isu dan cabaran bagi pelaksanaan IPR.

Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat semua, antara isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan IPR adalah:

(i) kesukaran mendapat lokasi bagi penempatan mesin layan diri IPR-INSAN serta kesesuaian tapak tanah yang minimumnya 10 ekar bagi projek pertanian di bawah IPR-INTAN;

(ii) sikap dan kadang-kadang mindset golongan sasar yang enggan mengubah diri keluar daripada kepompong kemiskinan;

(iii) pengenaan syarat ketat oleh PBT seperti proses kelulusan guna tanah, penyediaan dokumen rujukan mengakibatkan tempoh dan kos program meningkat; dankekurangan kemahiran golongan sasar bagi melaksanakan aktiviti penjanaan pendapatan secara mampan.

Untuk mengatasi cabaran ini, antara langkah yang telah diambil dan akan ditambah lagi:

(i) kerajaan negeri diminta membantu mengenal pasti tanah yang berpotensi bagi melaksanakan projek pertanian moden di bawah IPR-INTAN dan memboleh mencapai economies of scale;

(ii) pihak berkuasa tempatan (PBT) membantu memudahcarakan proses penempatan mesin layan diri IPR-INSAN di lokasi yang berpotensi;

(iii) kementerian dan agensi mengenal pasti pembimbing, anchor dan off-taker bagi memastikan kemampanan ekosistem pelaksanaan IPR- INTAN; dan

(iv) pemantauan dan pembimbingan berterusan kepada peserta bagi memastikan mereka terus komited dalam menjalankan projek dan program yang dicadangkan serta dihubungkan dengan ekosistem pasaran digital.

Yang Berhormat Machang dan Bachok bertanya tentang perkara berkaitan agenda Bumiputera. Pelaksanaan ikhtiar PuTERA35 telah menunjukkan pencapaian yang menggalakkan. Pendapatan purata bulanan isi rumah bumiputera telah

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

meningkat daripada RM7,599 pada tahun 2022 kepada RM8,220 pada tahun 2024.

Kadar kemiskinan dalam kalangan bumiputera juga berkurangan dari 7.9 peratus pada tahun 2022 kepada 6.6 peratus pada tahun 2024.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Pemantauan inisiatif PuTERA35 akan dipantau oleh Majlis Ekonomi Bumiputera yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sumbangan PKS bumiputera kepada KDNK dipacu, terutamanya oleh Inisiatif Pelaksanaan PKS dan GEAR-uP bumiputera berdasarkan konsep perlumbaan relay.

Di bawah RP1, sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan untuk pembangunan usahawan bumiputera. Dari peruntukan tersebut, sebanyak RM61 juta adalah untuk melaksanakan tiga program pembiayaan PKS bumiputera di bawah TERAJU.

Untuk makluman Yang Berhormat Rantau Panjang, pengagihan dana di bawah TERAJU akan diagihkan kepada PKS bumiputera yang layak serta penjajaran agensi mandat di bawah Kementerian Ekonomi sedang dilaksanakan bagi mengelakkan pertindihan fungsi dan mandat masing-masing, manakala RM139 juta diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju bagi program pembangunan bakat bumiputera.

draft • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah?

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Ya.

draft • 4:00 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, boleh saya cadangkan Kementerian Ekonomi dan juga Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) untuk menitikberatkan lebih banyak penglibatan anak-anak muda Bumiputera dalam sektor E&E, semikonduktor dengan melibatkan mungkin geran padanan biasiswa, pinjaman bukan sahaja dengan local universities tapi juga Taiwan?

Saya fikir Taiwan menawarkan banyak peluang biasiswa untuk anak muda kita. Cuma disebabkan dasar kita One China Policy, kadang-kadang benda ini menyukarkan peluang untuk diterokai oleh anak muda tempatan bumiputera. Tapi, the opportunities are there, dengan izin. Jadi, mungkin boleh dipadankan antara dua agensi ini. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Machang atas cadangan yang diberikan. Kita akan sentiasa melihat area, area yang boleh ditambah baik, apa

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

yang kita boleh gunakan dan kita boleh teruskan, kita akan buat. Dan sektor E&E dan semikonduktor memang satu sektor yang penting untuk pertumbuhan negara.

Yang Berhormat Gerik, Pendang, Pulai bertanya tentang jurang pembangunan wilayah dan koridor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Ekonomi akan terus memastikan projek pembangunan di negeri-negeri dilaksanakan berdasarkan keutamaan dan keperluan rakyat.

Ini penting bagi mencapai pertumbuhan inklusif, seimbang dan mampan khususnya di enam negeri kurang membangun yang menerima peruntukan di bawah Kementerian Ekonomi sebanyak RM679.11 juta pada tahun 2026. Bagi peringkat nasional, enam negeri ini diperuntukkan RM20 bilion berbanding RM19 bilion pada tahun 2025. Fokus adalah kepada projek berimpak tinggi seperti pembinaan kemudahan infrastruktur, pembangunan bakat dan pembangunan kawasan industri.

Yang Berhormat Miri bertanya tentang langkah kerajaan dalam meningkatkan pelaksanaan SDG di peringkat tempatan.

draft • 4:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Yang Berhormat Menteri, sedikit.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya habis SDG, nanti saya bagi masa.

draft • 4:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Okey, baik.

draft • 4:00 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Berdasarkan analisis pada tahun 2025, Malaysia diunjurkan mencapai sasaran SDG sebanyak 49 peratus menjelang 2030, melebihi purata pencapaian global pada tahap 18 peratus. Walaupun menunjukkan prestasi yang baik, namun masih ada isu-isu khusus merentas pelbagai pihak yang perlu ditangani bersama.

Di bawah program memperkasakan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan, tumpuan akan diberikan kepada usaha meningkatkan pembangunan kapasiti, komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam mengenai SDG bagi mencepatkan pencapaian kemajuan SDG negeri. Kerajaan sentiasa komited untuk Agenda 2030, seiring dengan pelaksanaan strategi dan inisiatif yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Usaha bagi mencapai sasaran SDG merupakan tanggungjawab bersama dan perlu disokong dengan kerjasama semua pihak berkepentingan merangkumi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, pihak swasta, ahli ekonomi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan bukan sivil (CSO) termasuk APPGM-SDG melalui pendekatan keseluruhan negara. Tadi ada soalan daripada Gerik.

draft • 4:00 PM

Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Berkenaan dengan sedikit teguran saya tentang koridor ya, Koridor Utara, Koridor Selatan, seperti Iskandar dan sebagainya.

Kalau kita tengok, tujuan penubuhan koridor ini sebenarnya pada asalnya adalah untuk menarik pelaburan dan menyeimbangkan ekonomi antara wilayah lah, dekat luar bandar terutamanya kawasan-kawasan yang kurang membangun. Tapi, daripada apa yang kita tengok sejak hari-hari ini, koridor-koridor ini dia function sebenarnya hala tuju dia tu nampak macam tak jelas. Sepatutnya koridor-koridor ni diberi peranan supaya jangan bertindan dengan agensi lain.

Contohnya, koridor ni sepatutnya dia menjadi betul-betul jadi medan untuk bawa masuk industri berat, padankan dengan daerah-daerah luar bandar, contohnya yang berpotensi dan betul-betul bawa masuk pelabur yang melibatkan antara swasta lah dan dengan pihak berkuasa tempatan.

Jadi, saya mohon penelitian semula lah tentang koridor-koridor ni supaya ia nya lebih mantap lah dan betul-betul sampai ke daerah-daerah yang kecil macam kami di Gerik ni.

draft • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri, Menteri, Jelutong. Bersambung daripada Gerik, saya cuma ingin mengambil kesempatan ni untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih dan penghargaan. Hari Sabtu saya telah hadir di Majlis Penyuraian Trafik Aliran Plaza Tol Utara-Selatan, di mana saya fikir pada hemat saya, kalau projek itu dilaksanakan, memang ia akan memberi perkembangan dan juga akan memantapkan lagi ekonomi dalam dan luar negara. Di mana aliran trafik membawa barangan-barangan daripada Johor sampailah ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang akan menjadi lebih lancar lagi.

Dan, saya mengambil maklum bahawa penyampaian amanat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu, projek itu akan memberi manfaat bukan saja kepada rakyat di Pulau Pinang, tetapi juga kepada rakyat di Kedah dan Perlis, malahan daripada Johor juga. Jadi, saya mengambil kesempatan inilah untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan yang memang prihatin. Bukan saja terhadap nasib rakyat di Pulau Pinang, tetapi daripada Kedah dan Perlis juga.

Terima kasih Menteri.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Terima kasih Jelutong. Seperti yang saya katakan tadi, kalau kita tengok daripada segi pendekatan kerajaan, kerajaan mengambil pendekatan yang mana dia melibatkan semua orang dalam prosesnya,

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

ya. Dia bukan satu koridor yang buat, tapi melibatkan agensi-agensi kerajaan dan kementerian. Semua yang kena bekerjasama untuk menarik pelabur datang ke Malaysia.

Dalam usaha ini, kita juga telah mengurangkan pertindihan yang berlaku.

Agensi seperti MIDA ditugaskan sebagai agensi yang menarik pelabur ke dalam dan koridor-koridor adalah untuk menyenangkan bila pelabur itu sampai. Kadang-kadang pelabur itu tak faham isu-isu yang ada dalam negara ini, dia tak faham cara nak apply untuk nak dapat pekerja, mungkin PBT punya garis panduan, dia tak faham. Jadi, matlamat koridor adalah untuk menyenangkan pelaburan yang berlaku. Bila kita telah menyuraikan apa-apa yang patut dibuat oleh agensi yang berkenaan, dia lebih lancar.

Kerana itulah saya katakan dekat Pendang tadi kan, kalau tengok approve investment memang approve investment dah naik dengan lancar kerana kita lebih berkesan untuk menarik dan dia telah buat dan dah converted dan kita nampak dalam GDP number yang kita ada sekarang. Jadi, untuk menambahbaikkan kita akan tengok di mana kita mengurangkan jurang seperti saya dah kata dalam Kementerian Kewangan.

Hujung tahun ini, kita ada insentif mekanisme yang baharu di mana insentif yang lebih diberikan kepada mereka yang dalam sektor-sektor yang sama dengan NIMP, NSS, NETR dan juga yang meningkatkan pembangunan di-area, area yang kurang pembangunan.

Jadi, seperti menyambut Yang Berhormat Jelutong tadi, usaha kerajaan kita tengok dari segi infrastruktur yang ada. Kita tak tengok siapa, negeri mana, kita tengok yang mana yang penting untuk seluruh negara. Jadi, bila kita nak membesarkan, melebarkan, menyenangkan Juru, ia menyenangkan pergerakan transport, bukan saja di Juru saja. Tapi menyenangkan pergerakan barangan, daripada Kedah turun ke port dekat Pulau Pinang dan daripada Perak naik ke atas pun juga. Jadi, itulah cara kerajaan membuatnya. Kalau saya boleh terus sikit, sambung.

draft • 4:10 PM

Tuan Pengerusi

Silakan.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, sikit sambung.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Tak, bagi saya habis dulu. Saya banyak kena jawab. Saya pun tak marah tadi Pendang. Pendang bising kata saya marah.

Saya tak pernah marah pun, Pendang.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Yang Berhormat Kampar juga bertanya tentang cukai karbon. Cukai karbon kita akan perkenalkan tahun lalu, eh tahun depan setelah ada Rang Undang-undang Iklim yang akan dibentangkan kepada Dewan ini, dengan adanya kita ada baseline yang kita boleh menggunakan untuk melihat.

Tapi kerajaan juga komited untuk mencari jalan di mana kita memberi peluang kepada industri untuk dia mengambil peluang mengurangkan impak karbon. Kerana itulah, kalau kita tengok dari segi pengindustrian dan pembangunan industri CCUS itu juga satu benda yang penting.

Dia membina industri yang baharu, tapi juga memberi peluang kepada industri-industri kita untuk memerangkap karbon dan disimpan di dalam sini. Jadi, kita punya outflow ke dalam environment dikurangkan juga. Jadi, kita boleh mendapat dua objektif dengan satu industri yang baharu.

Yang Berhormat Bachok bertanya tentang RUU Statistik. Seperti saya jawab dulu dalam soalan lisan, saya kata ia akan dibentangkan di Dewan. Masa sekarang, DOSM sedang buat sesi libat urus mengikut zon dan juga Penasihat Undang-undang Kementerian Ekonomi sedang memperhatikan perundangan yang akan dimasukkan.

Yang Berhormat Gerik juga bertanya mengenai peningkatan peruntukan Pembangunan Iskandar. Pembangunan Iskandar terlibat lima projek dengan peruntukan RM73.6 juta merangkumi penyediaan fasiliti belia di Johor Bahru dan Iskandar Puteri.

Bagi menggalakkan keusahawanan dan aktiviti belia dan kajian ekosistem bakat untuk membentuk tenaga kerja terlatih mengikut keperluan pelabur, Pembangunan Iskandar Malaysia Analytics Center dan untuk pengurusan data dan pemantauan pelan strategik. Kerja awalan naik taraf alan ke Ladang Air Manis bagi meningkatkan akses dan pelaburan serta menambahbaikkan persimpangan bertingkat Lebuhraya EDL untuk menjimatkan tempoh masa perjalanan dan merangsangkan ekonomi setempat.

Bagi menjawab pertanyaan Gerik dan Pendang, kenaikan peruntukan di bawah NCIA dan IRDA melibatkan pembangunan infrastruktur fizikal, program- program latihan, pembangunan bakat, serta pembangunan ekosistem pelaburan dan keusahawanan. Mengenai penilaian impak koridor di lapangan yang berkaitan oleh Yang Berhormat Pendang, kementerian sentiasa meneliti dan memantau kemajuan pembangunan projek menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Peringkat Kementerian.

draft • 4:10 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Mesyuarat Majlis Koridor yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mesyuarat penyelarasan di peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar ataupun Ketua Menteri.

Ada juga ditanyakan tadi oleh Rantau Panjang mengenai pemansuhan PKEN Perlis. Yang ini sebenarnya tak benar. Kita tak ada isu tentang pemansuhan. Dia memang ada. Tapi untuk belanjawan ini, kita tak menerima cadangan daripada mereka, apa projek-projek yang nak dimasukkan. Bila ada yang kita dah setuju, kita akan masukkan dalam bajet yang berkenaan. Sama juga ditanya tadi pasal Negeri Sembilan.

Jadi, kalau kita tengok dari segi prinsipnya, kita harus ingat yang Kementerian Ekonomi ini adalah satu kementerian yang plan, yang membina rancangan- rancangan yang untuk membuat. Tapi dari segi pelaksanaannya, kita bergantung juga kepada kementerian-kementerian lain. Kerana itulah bila ditanya tadi pasal menaikkan infrastruktur dan semua, kita kena pergi ke kementerian yang berkenaan dalam jawatankuasa pembentangan oleh kementerian, boleh ditanya di masa itu.

Jadi buat masa sekarang, sekianlah sahaja penjelasan saya.

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Saya juga ada menyentuh berkaitan dengan pembangunan seimbang antara wilayah. Kalau kita tengok inisiatif kemudahan rakyat ini, di antara tujuannya ialah untuk mempercepatkan bukan sahaja pembangunan infra di kawasan urban-centric, tetapi juga untuk kawasan-kawasan yang luar bandar.

Jadi, saya nak tanya, apakah mekanisme agihan jumlah peruntukan yang telah ditetapkan sedangkan permohonan yang sangat banyak supaya regional infrastructure justice itu benar-benar tertegak dalam pelaksanaan projek IKR itu.

Terima kasih Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya, isu yang saya bangkitkan tadi, dah beberapa kali berbincang dengan KKR iaitu kementerian yang bertanggungjawab untuk membina jalan pintas tersebut. Tapi soalan ataupun jawapan, cadangan, nasihat daripada mereka adalah lebih baik Yang Berhormat berbincang juga dengan Kementerian Ekonomi sebab Kementerian Ekonomi yang menentukan yang mana projek perlu diberikan keutamaan. Jadi, itu sebab saya

draft • 4:20 PM

Tuan Tan Hong Pin - Bakri

membawa untuk dibahaskan dan mendapatkan jawapan, mendapatkan perhatian daripada kementerian dalam perbahasan hari ini.

Jadi, saya harap perkara itu kalau tak dapat komitmen atau tidak boleh di- commit sekarang pun, dalam rancangan untuk bermula, apa itu, kick-start pada tahun hadapan. Saya harap memang perkara ini penting, kalau tidak memang akan menjadi, apa itu, menjadikan warga-warga Bandar Maharani ini, dihantui oleh masalah isu kesesakan lalu lintas. Jadi, saya harap memang diberikan keutamaan tertinggi.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tambah sikit yang itu.

Kejap, sikit ja. Okey, yang itu juga tambah.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Pendang, saya dapat jawab banyak Pendang punya, kan?

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, takpa, takpa. Sebab ini saya nak sebut yang ini ja.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Biar saya bagi habis. Terima kasih, Pendang. Saya tak izinkan.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jawatankuasa Kewangan, Ekonomi Parlimen ini. Adakah...

draft • 4:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Duduk, duduk.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Saya bagi habis, ya. Okey, tadi ada dua soalan.

draft • 4:20 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya duduk, saya duduk. No problem.

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

Kalau kita tengok dari segi apa yang kita katakan tadi kan, usaha kerajaan adalah untuk mengurangkan jurang yang ada dalam wilayah dengan yang di bandar. Kalau kita tengok usaha kita tahun ini, kita meningkatkan DE asas kerana kita nak DE asas itu sampai kepada rakyat dengan betul dan kita tengok daripada kepentingan untuk enam-enam negeri yang kurang pembangunan, kita tambah. Jadi, alokasi yang kita bagi adalah RM20 bilion, berbanding RM19 bilion yang kita bagi tahun lalu.

Jadi, untuk memastikan yang kepentingan itu diambil dengan cara yang lebih baik, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pergi ke semua negeri. Kita menerima cadangan, wish list yang diminta daripada negeri-negeri dan lebih pada

draft • 4:20 PM

Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

90 peratus wish list yang diminta oleh negeri dibagi prioriti dalam RP1 yang dibuatkan.

Itulah pendekatan yang kita buat kerana kita nak memastikan kita bukan buat central tanpa feedback yang kita dapat kepada negeri-negeri. Kita juga menerima cadangan priority daripada kementerian kerana mereka lebih faham apa yang penting dari segi usaha-usaha tiap-tiap kementerian. Dari itulah kita membina RP.

Saya ambil cadangan yang diberikan oleh Bakri tadi dan saya akan berbincang dengan dia orang untuk memastikan betul. Tapi, yang penting kita kena buat cara dengan cara yang betul, dengan data, dengan feed back yang betul dan bila kita ada macam itu, insya-Allah, dengan agihan yang kita ada, dengan siling kita ada, kita memastikan semua akan mendapat kebaikan daripada agihan yang kita buat.

Sekali lagi saya ingin berterima kasih kepada semua orang dan berharap dengan penerangan saya berikan ia cukup memberi maklumat. Sekian, terima kasih.

draft • 4:20 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Tuan Pengerusi, minta satu...

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Yang Berhormat, masalahnya iaitu wang sejumlah RM632,395,100 untuk kepala B.15, Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.15 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.15 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.15 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 4:20 PM
Kepala B.20 [Jadual] – Kepala P.20 [Anggaran Pembangunan 2026] –

Tuan Pengerusi

Baik, Kementerian Perladangan dan Komuniti. Kepala Bekalan B.20 dan Kepala Pembangunan P.20 di bawah Kementerian Perladangan dan Komuniti terbuka untuk dibahas.

Saya menerima 12 nama untuk Ahli Yang Berhormat yang akan mengambil bahagian dan saya bacakan nama-nama yang berikut dan Yang Berhormat mempunyai lima minit untuk berbahas bermula dengan YB Kluang diikuti dengan Tangga Batu, Betong, Kulim-Bandar Baharu, Dungun, Tampin, Sik, Tanjong Karang,

draft • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Selangau, Pasir Salak, Kuala Krau dan Seputeh. Untuk itu, saya jemput YB Kluang.

Silakan, lima minit dari sekarang.

draft • 4:20 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana memberi saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan petang ini. Saya ingin merujuk kepada Butiran 00503 – Program Mekanisasi dan Automasi Komoditi dan Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM104,629,000 bagi tahun hadapan.

Saya meneliti isu-isu yang sering dibangkitkan dalam Dewan ini berkenaan industri perladangan. Antara isu paling kerap disentuh, salah satulah ialah kebergantungan tinggi industri ini kepada tenaga buruh asing. Walaupun kawasan saya adalah kawasan bandar, ramai juga penduduk saya merupakan pekebun kecil dalam industri sawit.

Justeru, saya amat tertarik apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kementerian Perladangan dan Komoditi sendiri memaklumkan di Dewan ini pada tahun lepas bahawa Sarawak Plantation Berhad telah berjaya membangunkan sebuah mesin penuai sawit. Mesin ini dinamakan Lipan. Walaupun Lipan ini hanya prototaip, ia dilihat mempunyai potensi besar sekiranya kerajaan dan pihak industri dapat bekerjasama untuk mengkomersialkannya.

Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan apakah perkembangan terkini teknologi dan automasi dalam operasi penuaian? Adakah prototaip Lipan telah mencapai tahap komersial untuk dilancarkan ke pasaran? Dan juga berapakah anggaran kos bagi satu unit mesin penuaian ini? Dan adakah kementerian berhasrat menyediakan insentif atau skim sokongan untuk membantu pekebun kecil mendapatkan teknologi ini? Selain itu, saya juga ingin meminta kementerian menyatakan pencapaian Mechanisation and Automation Research Consortium of Oil Palm setakat ini.

Tuan Pengerusi, isu kedua berkaitan industri sawit ialah mengenai kilang minyak sawit yang telah lama beroperasi di atas tanah pertanian tetapi kini diminta menukar status geran tanah kepada tanah perindustrian. Saya faham, isu tanah ini biasanya berkait dengan kuasa negeri. Tetapi masalah yang dihadapi oleh penduduk saya, pengundi saya, adalah ramai pengusaha tidak keberatan untuk mematuhi undang-undang termasuk membayar cukai taksiran yang sewajarnya sekiranya status tanah ditukar. Namun, mereka menghadapi masalah apabila tidak dapat

draft • 4:25 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

memenuhi keperluan teknikal, misalnya mendapatkan pengesahan keselamatan daripada bomba memandangkan kilang tersebut telah lama beroperasi.

Jadi, mereka bukan kilang baru. Mereka adalah kilang lama, kilang sawit yang lama. Dan sudah ada di sana, beroperasi 20 tahun, 30 tahun. Dan sekarang, diminta oleh PBT untuk bayar cukai taksiran. Tak ada masalah, mereka bayar dan kerana sudah bayar, jadi, kilang tak boleh bertapak di tanah pertanian, perlulah tanah perindustrian. Jadi, mereka juga proses untuk tukar status geran tanah.

Tapi, apabila buat permohonan, berbagai pihak agensi kawal selia kerajaan turun padang untuk semak kilang macam mana dan masalahnya, “Oh, kilang lama ni dan tak ada struktur dan sebagainya”. So, macam mana nak jawab? Akhirnya, permohonan mereka untuk katanya pemutihanlah ini ditolak. Jadi, isu kepada mereka bukan mereka enggan menurut undang-undang tetapi proses penyelarasan semula ini tidak disertai penyelesaian yang realistik.

Pengusaha perlukan jalan keluar yang konstruktif, bukan sekadar arahan menukar status tanah tanpa sokongan teknikal. Justeru, saya ingin bertanya, apakah mekanisme penyelesaian yang boleh ditawarkan kepada pengusaha kilang sawit yang berdepan isu ini? Dan bolehkah kementerian bekerjasama dengan kementerian lain, contohnya MITI, kerana kilang, kan? Kilang minyak sawit dan juga serta PBT, pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan penyelesaian bersepadu khususnya bagi kilang lama yang sedang membangunkan produk hiliran tempatan dan potensi tinggi.

draft • 4:25 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Dan, industri sawit semakin berkembang dan kita tidak mahu inovasi dan usaha pengusaha tempatan terbantut hanya kerana tiada ada penyelesaian pentadbiran yang lebih fleksibel. Dengan ini, saya sokong dan harap dapat jawapan nanti dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Tangga Batu.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Pengerusi. Tangga Batu ingin menyentuh perbelanjaan pengurusan Kod Butiran 01000 – Pengurusan dan 02000 – Pembangunan Komoditi. Melihat kepada butiran-butiran disebut tadi serta melibatkan sebanyak 301 perjawatan, pertanyaan Tangga Batu apakah alokasi ini mencukupi bagi menampung keperluan modal insan?

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Sebagai contoh, alokasi bagi pengurusan lebih rendah iaitu sebanyak 40.89 juta berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga kepada 02011 – Kemajuan Industri Komoditi dan 02030 – MTIB mengalami pengurangan berbanding tahun 2025.

Melihat kepada permasalahan yang dihadapi seperti penyakit Pestalotiopsis ataupun leaf fall disease yang belum dapat dikawal sepenuhnya, hasil kelapa sawit yang rendah terutama di kalangan pekebun kecil persendirian yang berkeluasan 822,073 hektar. Kualiti dan standard penanaman semula khususnya pekebun kecil persendirian termasuk kenaf dan juga koko, standard perawatan penjagaan ladang sawit dan lain-lain serta kualiti baja yang digunakan kerana saya dimaklumkan bahawa daripada 100 sampel baja yang diambil diuji di MPOB, 93 sampel tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Kita tidak nafikan Malaysia mempunyai kemajuan yang sangat baik dari segi R&D sama ada di MPOB, LGM ataupun LKM dan sebagainya. Tetapi prestasi hasil pengeluaran komoditi negara masih tetap di paras yang rendah, kenapa dan mengapa di mana permasalahannya? Tangga Batu berpendapat kemungkinan berlakunya loophole dengan izin atau kelompongan antara R&D dan pelaksanaan di lapangan.

Oleh itu, Tangga Batu mencadangkan agar KPK dapat membuat kajian terperinci akan keperluan pegawai pengembangan ataupun extension officer dengan izin yang menjadi rantaian penyambung antara hasil R&D dan pelaksanaan di lapangan. Pegawai pengembangan ini bukan sahaja berperanan dalam melaksanakan hasil R&D tetapi yang lebih penting adalah keterlibatan secara langsung dengan petani dan pekebun kecil dari segi supervision, pengawasan dan kawalan mutu di peringkat ladang.

Tuan Pengerusi, kini jumlah eksport sawit ke Amerika meningkat kepada 93,000 tan metrik berbanding 61,000 tan sebelumnya. Produk utama diimport adalah oleochemicals dan derivative productive dengan izin. Jumlah ini tidak begitu signifikan kerana hanya lima peratus dari jumlah keseluruhan eksport sawit Malaysia.

Walau bagaimanapun, nilai eksport produk oleochemicals sekitar RM35 hingga RM40 bilion setahun.

Namun begitu, bagaimana kerajaan dapat mengambil inisiatif bagi mengembang dan meningkatkan industri pengeluaran oleochemicals agar dapat memaksimakan dan memanfaatkan dari zero tariff yang dikenakan ke atas minyak sawit Malaysia oleh Amerika dan peluang untuk meningkatkan eksport ke negara China.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Tangga Batu yang menyentuh Butiran 03000 iaitu pengurusan khusus pensijilan minyak sawit MSPO dan menangani kempen anti minyak sawit. Di samping hasil rendah, industri sawit negara juga menghadapi dua cabaran besar untuk kekal kompetitif di masa akan datang.

Pertama ialah European Deforestation Regulation (EUDR) dan dua ialah perubahan status ladang sawit kepada ladang solar dan industri oleh syarikat-syarikat besar.

Tangga Batu merujuk kepada petikan berita The Edge, 3 November 2025 di mana Pengerusi MPOB Datuk Mohamad Helmy mengatakan bahawa unfair EU rules could squeeze palm oil out of global supply chain. Walaupun EU mengiktiraf skim pensijilan minyak sawit lestari Malaysia, namun EU menetapkan agar semua syarikat yang mengeksport minyak sawit ke Eropah tetap perlu memastikan mereka memenuhi keperluan EUDR seperti bukti lokasi kawasan, tiada deforestasi dan sebagainya. Jejak bekalan yakni traceability, dokumen yang sah dan sebagainya.

Dalam hal ini, pekebun kecil persendirianlah yang menerima kesan yang paling buruk kerana ia melibatkan penggunaan data digital, teknologi dan kos yang mahal. Apakah peruntukan di bawah butiran 03400 dan 030500 ini mencukupi, membolehkan, menampung semua biaya yang diperlukan terutama bagi pekebun kecil persendirian? Bagi menembusi pasaran EU, Malaysia perlu gabungkan strategi teknikal, diplomasi dan kewangan bersama dengan EU.

Cabaran kedua industri sawit adalah bagaimana ingin meningkatkan dan mengekalkan jumlah pengeluaran hasil sawit supaya terus kompetitif di masa akan datang. Hari ini beberapa syarikat perladangan besar telah melakukan perubahan guna tanah secara besar-besaran daripada ladang sawit kepada industri solar dan juga industri tenaga boleh diperbaharui.

Ladang solar boleh menghasilkan 54 kali ganda lebih besar keuntungan berbanding ladang sawit lestari dan memenuhi keperluan komitmen kepada ESG syarikat. Tangga Batu ingin bertanya apakah reaksi dan tindakan daripada kementerian terhadap penukaran ladang sawit kepada ladang solar dan juga industri.

Tuan Pengerusi, sikit aje yang terakhir. Butiran 02000 yang ini berkenaan dengan industri buluh. Tanaman buluh adalah sebahagian daripada spesies-spesies pokok yang tersenarai dalam projek ladang hutan. Dari sudut industri buluh ini, Malaysia mempunyai kelebihan tersendiri dengan 70 spesies termasuk 45 spesies tempatan. Nilai eksport buluh dunia semakin berkembang daripada diunjurkan meningkat kepada USD70.78 bilion pada tahun 2024 kepada USD74 bilion pada tahun 2024.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Pertanyaan Tangga Batu, baru-baru ini Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi telah menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Buluh Sedunia 2025 di Model Ladang Buluh, Terengganu, Timber Industry Training Centre (TTITC) di Hulu Terengganu. Model Ladang Buluh seluas15 hektar itu dibangunkan secara usaha sama antara MTIB dan TTITC sebagai pusat penyelidikan, latihan, plot kajian dan ekopelancongan dengan penanaman spesies komersial utama iaitu buluh betung, madu dan semantan.

Pertanyaan Tangga Batu, apakah perkembangan terkini tentang tapak semaian Lahat, Perak yang pernah disebut oleh Menteri Perladangan waktu itu iaitu Yang Berhormat Teresa Kok. Saya juga difahamkan bahawa terdapat isu biosekuriti berkaitan dengan salah satu daripada spesies pokok ladang hutan iaitu akasia yang dikatakan menjadi spesies invasif dan mengganggu yang boleh menjejaskan spesies pokok tempatan dan ekosistem lebih luas.

Sejauh manakah keberkesanan biosekuriti terhadap penanaman pokok- pokok hutan ini, terutama spesies dari luar negara yang dibawa ke Malaysia? Sekian, terima kasih.

draft • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Betong.

draft • 4:30 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Salam sejahtera dan terima kasih Tan Sri Pengerusi di atas kesempatan yang diberi untuk mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Maksud B dan P.20 Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Sarawak menyumbang secara signifikan kepada kekayaan komoditi negara terutamanya dalam minyak sawit, kayu kayan dan lada. Justeru, perbelanjaan MPIC ataupun KPK harus mencerminkan kepentingan strategik dan cabaran geografi yang dihadapi oleh pekebun kecil di Sarawak.

Tan Sri Pengerusi, Betong mula dengan Butiran P.11101 iaitu Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di mana sebanyak RM104.629 juta disediakan pada tahun 2026. Betong menyentuh mengenai Program Tanam Semula Sawit Kebun Kecil 2.0 (TSPKS 2.0) yang merupakan inisiatif penting kerajaan bagi memperkukuh sektor sawit negara khususnya dalam kalangan pekebun kecil persendirian. Betong ingin mengemukakan beberapa soalan berhubung pelaksanaan Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0.

Betong ingin mendapatkan penjelasan agar kita dapat memahami dengan lebih mendalam keberkesanan dan capaian skim ini. Apakah data terkini jumlah

draft • 4:37 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

permohonan yang diluluskan, keluasan keseluruhan hektar yang telah melaksanakan aktiviti penanaman semula di bawah TSPKS 2.0 dan jumlah sebenar pembiayaan ataupun geran yang telah dibayar kepada pekebun kecil untuk seluruh negara dan juga untuk Sarawak bagi skim ini.

Dan, berhubung dengan peruntukan dan perancangan ke hadapan, adakah dana RM100 juta yang diperuntukkan bagi TSPKS 2.0 telah diguna sepenuhnya?

Jika belum, bilakah dijangka selesai penyaluran kepada semua penerima yang layak.

Apakah sasaran keluasan dan jumlah pekebun kecil yang ingin dicapai akhir tahun ini atau dalam tempoh dua ke tiga tahun yang akan datang melalui skim ini?

Apakah langkah kerajaan jika terdapat pekebun kecil yang layak tetapi belum dapat manfaat? Adakah terdapat senarai menunggu atau tempoh permohonan terbuka yang perlu dipanjangkan?

Mengenai isu keberkesanan, apakah cabaran utama yang dikenal pasti dalam melaksanakan program ini antaranya seperti tanah, pembiayaan teknikal ataupun pengurusan dan bagaimanakah kementerian mengatasinya.

draft • 4:37 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa skim ini benar-benar menepati matlamat terutamanya dalam meningkatkan kebajikan pekebun kecil dan bukan sekadar angka kelulusan? Tan Sri Pengerusi, pemahaman yang jelas terhadap aspek-aspek ini amat penting untuk memahami bahawa program seperti TSPKS ini bukan sahaja diluluskan secara rasmi tetapi benar-benar memberi impak kepada pekebun kecil sawit di seluruh negara.

Jadi, Betong mengharapkan penjelasan yang padat agar kita boleh menilai secara menyeluruh keberkesanan program ini. Ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan pokok sawit tua dan kurang produktif dapat diganti dengan tanaman baharu yang lebih berkualiti dan mampat. Namun begitu, Betong ingin menekankan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar pelaksanaan program ini lebih berkesan menjelang tahun hadapan.

Pertamanya, kadar bantuan semasa sekitar RM14,000 hingga RM18,000 sehektar dilihat masih belum cukup menampung kos sebenar penanaman semula terutamanya di Sabah dan Sarawak di mana kos buruh dan logistik jauh lebih tinggi.

Kerajaan perlu menilai semula struktur kos dan kadar sokongan agar pekebun kecil tidak menanggung beban kewangan tambahan semasa tempoh tanaman belum berbuah.

draft • 4:40 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Kedua, kadar kelulusan masih rendah berbanding jumlah permohonan yang diterima terutamanya di Sarawak. Ini menunjukkan masih wujud isu kelambatan dalam proses kelulusan dan pengesahan kawasan tanam semula. Apakah inisiatif MPOB untuk libat urus dengan pihak berkuasa tanah Sarawak bagi menyelesaikan isu tanah-tanah NCR yang diusahakan oleh pekebun kecil untuk tanam semula sawit? Sudah tiba masanya, mekanisme digitalisasi penuh permohonan dan pemantauan lapangan dilaksanakan supaya proses lebih telus, cepat dan mesra pekebun kecil.

Ketiga, kita perlu memastikan bahawa pekebun kecil yang terlibat bukan sekadar menerima bantuan tanam semula tapi juga dengan bimbingan teknikal, akses pasaran dan sokongan selepas tanaman berbuah.

Tan Sri Pengerusi, perkara kedua yang Betong ingin menyentuh ialah Butiran 11300 – Lembaga Lada Malaysia. Betong ingin menarik perhatian Dewan ini yang bahawa skim bantuan tanaman dan pemasaran lada di bawah seliaan Lembaga Lada Malaysia meliputi lima inisiatif utama iaitu Skim Tanaman Lada Baharu, Skim Tanaman Lada Matang, Skim Peningkatan Kualiti Lada dan juga Projek Pembangunan Pengeluaran Lada Premium serta Skim Pembiayaan Pembangunan Serta Pemasaran.

Jadi, mengikut Banci Pertanian 2024, negeri Sarawak mempunyai lebih 31,755 pegangan pekebun lada dengan pengeluaran sekitar 35.6 juta kilogram pada tahun 2023 menjadikan Sarawak penyumbang 9.7 peratus daripada keseluruhan pengeluaran lada negara.

Namun, persoalan daripada Betong ialah berapa ramai kah sebenarnya pekebun kecil ini yang menerima manfaat sebenar di bawah skim tersebut? Apakah data terkini bilangan penerima bantuan di bawah setiap skim di Sarawak khususnya di daerah utama seperti Serian, Betong, Sri Aman dan Bintangor? Adakah agihan bantuan ini seimbang dan sampai kepada pekebun kecil yang benar-benar memerlukannya? Jadi, bagi Skim Tanaman Lada Baharu, apakah kadar kejayaan tanaman selepas dua musim? Adakah peningkatan hasil atau sekadar jumlah pokok ditanam tanpa pulangan yang setimpal?

Dan bagi Skim Tanaman Lada Matang, apakah bantuan sokongan yang disediakan untuk menangani kos penyelenggaraan yang semakin meningkat sedangkan harga lada hitam dunia sekitar RM12 hingga RM14 sekilogram tidak seimbang dengan kos pengeluaran yang semakin tinggi?

draft • 4:40 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Jadi, Betong ingin mempersoalkan keberkesanan Projek Pembangunan Pengeluaran Lada Premium yang— bilakah program ini akan diperluas agar lebih ramai pekebun kecil luar bandar dapat terlibat dan menikmati nilai tambah dari segmen premium yang lebih menguntungkan?

Tan Sri Yang di-Pertua, kita juga tidak boleh menafikan isu kekangan tenaga pengembangan iaitu extension officer di bawah MPOB. Jadi, berdasarkan maklumat, terdapat hanya sekitar sembilan pejabat cawangan di seluruh Sarawak dan jika setiap cawangan mempunyai purata tiga hingga lima pegawai, bermakna 30 hingga 45 pegawai di lapangan membimbing lebih 31,000 pekebun kecil.

Jadi, nisbah ini adalah tidak realistik untuk memastikan bimbingan technical extension services, pemantauan ladang dan sokongan pemasaran dijalankan dengan berkesan. Ini menunjukkan kapasiti MPOB di lapangan terlalu kecil berbanding dengan beban tanggungjawab yang digalas.

Oleh itu, Betong ingin mengesyorkan beberapa cadangan ialah untuk meningkatkan bilangan pegawai pengembangan MPOB bagi memastikan bimbingan teknikal lebih menyeluruh, menetapkan indikator kejayaan yang berasas ke peningkatan pendapatan pekebun kecil, bukan sekadar bilangan pokok ataupun jumlah bantuan diagihkan dan mewujudkan pangkalan data terbuka penerima bantuan supaya ketelusan dan akauntabiliti dapat dipastikan.

Tan Sri Yang di-Pertua, pekebun kecil lada di Sarawak bukan meminta simpati tetapi peluang yang adil untuk meningkatkan hasil dan pendapatan melalui sistem sokongan yang cekap dan saksama. Jika tenaga pelaksana tidak diperkasa dan pemantauan tidak diperluas, maka semua skim ini hanya tinggal indah di atas kertas sedangkan pekebun kecil terus bergelut di ladang. Sekian, terima kasih.

Betong mohon menyokong.

draft • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Baik, saya jemput Kulim-Bandar Baharu.

draft • 4:40 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Baik, terima kasih Tan Sri Pengerusi. Bagi Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia

(MSPO). Satu, bagi maksud Bekalan 20 di bawah butiran tersebut, saya ingin menyentuh mengenai pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia yang telah diwajibkan sejak 2020 di mana kerajaan kini telah berada pada landasan yang tepat untuk diiktiraf sebagai negara berisiko rendah berbanding status terkini kini kita iaitu risiko standard di bawah Peraturan Pembasmian Hutan Kesatuan Eropah

draft • 4:45 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

(EUDR) dalam pengeluaran minyak sawit terutamanya dari segi kemampanan dan kelestarian alam sekitar.

Dan menuju ke arah itu, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai sejauh manakah status terkini pengumpulan fakta serta kemajuan terbaru pengeluaran minyak sawit negara bagi membolehkan Kesatuan Eropah untuk mengiktiraf secara rasmi pencapaian tersebut di bawah agenda kemampanan mereka?

Sejauh manakah konsisten Malaysia dalam mengumpul data-data ini jika dibandingkan dengan pendekatan yang diamalkan sebelum ini apabila sektor perladangan diselia oleh pelbagai kementerian yang berbeza daripada kementerian yang bertanggungjawab menyediakan data perhutanan kepada pertumbuhan makanan dan pertanian?

Dalam pada itu, menyentuh sedikit berkenaan penangguhan pelaksanaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU selama setahun sehingga Disember 2026, saya turut ingin mendapatkan penjelasan sejauh manakah penangguhan ini telah memberi implikasi kepada pemain industri tempatan yang telah bertindak bertanggungjawab lebih awal untuk mematuhi garis masa asal?

Dan pada masa yang sama, sejauh manakah juga kerajaan berupaya menggunakan kesempatan tempoh tambahan ini untuk mempengaruhi pihak Kesatuan Eropah dalam menilai semula sistem klasifikasi risiko dalam EUDR agar ia lebih adil, seimbang atau sekurang-kurangnya mampu memanfaatkan Malaysia pada masa akan datang?

Bagi Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia (LGM). Bagi maksud pembangunan 20, di bawah butiran tersebut saya ingin menyentuh mengenai perangkaan pelan strategik 2026 hingga 2030 oleh LGM bagi menetapkan hala tuju yang lebih mampan untuk industri getah negara. Saya berpandangan ini satu milestone yang penting memandangkan permintaan global terhadap produk getah mampan terus meningkat sekali gus memerlukan Malaysia menangani cabaran alam sekitar, sosial dan ekonomi dalam industri getah asli.

Namun begitu, kejayaan sebenar pelan ini tidak boleh hanya diukur melalui angka eksport atau peningkatan produktiviti industri semata-mata. Tetapi sejauh mana ianya berupaya menyuntik kesan positif kepada pekebun kecil di seluruh negara dan menjadi tulang belakang industri sejak sekian lama.

Justeru, pertanyaan saya terkait di bawah butiran ialah apakah perincian lanjut mengenai pelan strategik 2026 hingga 2030 ini? Bagaimanakah pelan ini

draft • 4:45 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

mampu meningkatkan produktiviti getah negara yang seterusnya dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah di samping memperkukuhkan penyelidikan dan pembangunan R&D industri getah ini?

Seterusnya, saya ingin juga menyentuh sedikit mengenai agenda Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR) yang bertujuan memastikan industri getah dapat memenuhi keperluan antarabangsa selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2030. Setelah pelancarannya pada Oktober 2024, saya ingin mendapatkan maklum balas kementerian mengenai status semasa pelaksanaan MSNR ini. Apakah tahap kesedaran para pekebun kecil mengenai pelaksanaan serta pematuhan MSNR ini?

draft • 4:45 PM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Apakah strategi terbaru kementerian dalam melipatgandakan pelaksanaan MSNR ini dengan lebih maksimum bagi tahun 2026? Manakala bagi sistem Trace MSNR yang dilancarkan pula, sejauh manakah pematuhan penggiat industri terhadap penggunaan sistem ini?

Bagi Butiran 030600 – Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC).

Bagi Maksud Bekalan 20 di bawah butiran ini, IMPAC ini mempunyai potensi yang besar dalam menyumbang kepada sektor perladangan dan komoditi negara. Sektor ini sentiasa berhadapan dengan cabaran besar seperti kebergantungan tinggi kepada tenaga kerja asing dan kekurangan penyertaan tenaga kerja tempatan. Sebagai contoh, seperti industri haluan sawit, pekerja tempatan hanya merangkumi kira-kira 24 peratus sahaja daripada jumlah pekerja, manakala pekerja asing adalah sekitar 76 peratus.

Justeru, persoalan saya menerusi butiran ini ialah― sejak IMPAC diperkenalkan, apakah terdapat pola peningkatan jumlah kemasukan atau pengambilan pekerja yang menyertai kursus di bawah IMPAC? Dan sejauh manakah kadar kebolehpasaran pelajar yang boleh menggraduasi pada IMPAC ini ke dalam sektor perladangan dan agrokomuniti? Apakah terdapat peningkatan atau sebaliknya?

Saya ingin mencadangkan agar kementerian memaksimumkan IMPAC ini menerusi pertambahan pengambilan pelajar dengan lebih efektif dan IMPAC juga perlu menjadi lebih produktif dalam menggalakkan lebih ramai anak muda untuk menyertai IMPAC menerusi kempen atau promosi yang lebih bersepadu.

Sekian, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Seterusnya, saya jemput Dungun.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Butiran 020100 iaitu terkait dengan Kemajuan Industri Komoditi.

Berkait dengan perjanjian perdagangan timbal balas dengan US dalam konteks perladangan dan komoditi. Walaupun eksport utama Malaysia seperti minyak sawit, getah dan produk koko dikecualikan dari tarif timbal balas 19 peratus ini, ia masih menimbulkan kegelisahan dan tanda tanya yang perlu dijelaskan secara terperinci oleh kerajaan berkenaan impak jangka panjang. Antaranya ialah kesan kepada harga komoditi tempatan. Keterbukaan pasaran boleh menyebabkan turun naik harga kepada komoditi utama seperti minyak sawit dan getah kerana harga akan lebih terdedah kepada pasaran global dan turun naik harga dunia yang dipengaruhi oleh permintaan US terutama jika subsidi atau cukai eksport dikurangkan.

Seterusnya, beban pematuhan peraturan dan standard baru ART membawa kepada keperluan kepatuhan kepada piawaian teknikal keselamatan makanan dan prosedur dokumentasi yang mungkin meningkatkan kos operasi para pengeluar terutama dalam sektor perladangan yang bergantung kepada modal dan teknologi tradisional. Oleh itu, saya mohon kepada kerajaan untuk menyatakan mekanisme tuntas agar, sekiranya benar-benar dilaksanakan standard baru ini, ia nya tidak akan memberi sebarang kesukaran dan kesulitan kepada mana-mana pengeluar dalam sektor perladangan dan komoditi.

Seterusnya, berkait dengan Butiran 030500 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit. Setakat mana kejayaan kempen ini setakat ini? Kerana, kita dapati saban tahun peruntukan melalui belanjawan negara ini kita peruntukkan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi, kempen menangani anti minyak sawit.

Tetapi, yang juga menarik adalah dari laporan Harian Metro, dua orang anak Kelantan telah berjaya membekalkan bahan api alternatif kepada syarikat pembekal bahan api kapal terbang di Belanda, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Ia terhasil dari minyak masak terpakai dan mengikut piawaian antarabangsa.

Bolehkah kementerian melihat usaha inovasi ini supaya ia nya dapat lebih dimajukan dan dengan sendirinya menolak bahawa kempen anti minyak sawit seperti yang telah dilaksanakan dengan kita mengeluarkan modal yang agak besar untuk menangani kempen ini.

Seterusnya, Butiran 020200 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara

(LKTN). Setakat mana telah berjaya peralihan yang dilakukan oleh lembaga untuk

draft • 4:51 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

kejayaan penanaman kenaf setelah peralihan daripada penanaman tembakau? Dan sejauh mana perkembangannya setakat ini?

Butiran 020400 – Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Sejauh mana perkembangan eksport kayu keluar negara dan negara mana merupakan pelanggan utama kepada kayu-kayan Malaysia? Supaya ia boleh meletakkan bahawa Malaysia menjadi negara perindustrian yang berkait dengan kayu-kayan ini dapat memajukan usahawan tempatan untuk meneroka bidang ini dengan lebih maju dan lebih luas.

Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

draft • 4:51 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Saya jemput Tampin.

draft • 4:51 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Izinkan saya mulakan perbahasan dengan menyentuh Butiran 030400 – Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dengan nilai peruntukan berjumlah RM35 juta bagi tahun 2026. Pensijilan MSPO merupakan tonggak utama dalam memastikan industri sawit negara kekal berdaya saing dan menjamin kemampanan masa depan industri sawit negara. Sektor sawit bukan sahaja menyumbang berbilion ringgit kepada ekonomi negara tetapi juga menjadi punca rezeki kepada lebih 450,000 pekebun kecil di seluruh pelosok tanah air negara.

Namun, dalam usaha untuk memastikan industri ini kekal mampan dan diterima di pasaran global, MSPO bukan sahaja perlu diiktiraf dan dihormati di peringkat antarabangsa, tetapi juga perlu dilaksanakan dengan menyeluruh.

Setelah 12 tahun kita bercakap soal MSPO ini, saya ingin mengetahui, sejauh manakah kadar pemilikan pensijilan MSPO ini yang mana telah diwajibkan kepada semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam rantaian industri sawit? Apakah kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh kementerian untuk memastikan kadar pensijilan MSPO ini mencapai tahap 100 peratus khususnya dalam kalangan pekebun kecil?

Bagi memastikan sasaran 100 peratus ini dapat dicapai, saya ingin mencadangkan tiga langkah konkrit yang boleh dipertimbangkan oleh kementerian.

draft • 4:57 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Pertama, wujudkan pusat sokongan bergerak MSPO di setiap kawasan pengeluar sawit bagi membantu pekebun kecil memahami, memohon dan mengekalkan pensijilan.

Kedua, wujudkan skim galakan kewangan. Contohnya, subsidi kos audit ataupun bantuan peralatan terhadap pekebun kecil yang berusaha untuk mendapatkan pensijilan.

Ketiga, wujudkan kempen kesedaran berterusan antara MPOB, koperasi pekebun kecil dan kerajaan negeri untuk memastikan kefahaman mengenai manfaat MSPO sampai ke peringkat akar umbi.

Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, saya ingin beralih kepada Butiran 020100 – Kemajuan Industri Komoditi dengan nilai peruntukan berjumlah RM18 juta pada tahun 2026. Kebergantungan industri komoditi negara terhadap tenaga kerja asing, khususnya dalam sektor sawit, getah dan koko, umpama seperti barah yang tidak ada penghujungnya. Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sehingga 30 Jun 2025, jumlah pemegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) aktif bagi sektor perladangan adalah seramai 258,153 orang. Saya difahamkan jumlah ini masih lagi tidak mencukupi dan pihak industri melaporkan masih terdapat keperluan tambahan sebanyak 30 hingga 40,000 orang.

Sehubungan itu, saya ingin menyambut baik tindakan Yang Berhormat Menteri yang melarang pengambilan pekerja asing di sektor perladangan tanpa terlebih dahulu melatih anak tempatan. Mengenai perkara ini, saya ingin mengetahui, apakah perkembangan semasa dan maklum balas terkini daripada para pemain industri setelah idea ini dilontarkan bermula pada Jun lalu?

draft • 4:57 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Dan saya ingin mengetahui, apakah pelan jangka panjang kementerian dalam bentuk dasar untuk melatih serta menyerap lebih ramai anak tempatan ke sektor perladangan dengan lebih tersusun dan sistematik. Pada kesempatan ini saya mencadangkan agar insentif kewangan atau geran kepada syarikat dan pemain industri diwujudkan untuk menyokong hasrat murni tersebut. Menerusi pelaksanaan cadangan ini, anjakan baru dapat dibuat dan sejajar dengan matlamat kementerian untuk menyokong tenaga kerja tempatan di sektor perladangan.

Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, saya ingin beralih kepada butiran terakhir iaitu Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan nilai peruntukan berjumlah RM105 juta bagi tahun 2026. Saya mendapati terdapat sejumlah peningkatan peruntukan sebanyak RM23 juta berbanding peruntukan tahun 2025.

draft • 5:00 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Selain MSPO dan isu kebergantungan tenaga pekerja asing, perkara utama dan mustahak yang perlu diberikan perhatian oleh kementerian adalah mengenai kadar tanam semula sawit yang dilaporkan semakin merosot ke belakang ini.

Saya difahamkan kadar tanaman semula yang direkodkan sejak dua tahun ke belakang ini masih di bawah sasaran tahunan yang disarankan oleh kementerian iaitu antara 4 hingga 5 peratus atau sekitar 280,000 hektar setahun. Sekiranya kadar ini berterusan, sudah tentunya akan memberi kesan terhadap produktiviti dan kualiti hasil sawit, seterusnya, menjejaskan pendapatan pekebun kecil. Lebih membimbangkan, perkara ini juga bakal memberi kesan jangka masa panjang terhadap kadar eksport dan daya saing negara di pasaran global.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mendapatkan penjelasan. Apakah faktor sebenar yang mendorong keadaan ini terjadi? Adakah disebabkan kos yang semakin meningkat, kekurangan pekerja atau insentif yang tidak mencukupi? Dan apakah strategi kementerian untuk mempercepatkan kadar tanaman semula, terutamanya dalam kalangan pekebun kecil dan ladang persendirian?

Pada kesempatan ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri, secara konsistennya, saya sekali lagi ingin merayu dan mencadangkan supaya skim tanaman semula sawit secara geran penuh dikembalikan. Saya percaya akan ada perubahan yang signifikan dan lonjakan baharu terhadap kadar tanaman semula sawit di dalam negara kerana inisiatif ini dapat meringankan beban para pekebun kecil di luar bandar dan mendorong mereka untuk melakukan tanaman semula. Tan Sri Pengerusi, sekian sahaja daripada saya setakat ini.

Ikan sembilang berenang di parit, Airnya jernih mengalir perlahan; Bantulah pekebun kecil sawit, Hasilnya baik negara pun aman. Saya mohon menyokong. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.

[Tepuk]

draft • 5:00 PM

Seorang Ahli

Hidup Tampin.

draft • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Sik.

draft • 5:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah, selamat petang. Terima kasih Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi.

Saya terus, saya merujuk kepada Butiran 11001 – Lembaga Getah Malaysia

(LGM). Dengan peruntukan untuk 2026 ini sebanyak RM30 juta, seharusnya fokus perlu diberikan kepada kebajikan pekebun kecil, terutamanya di kawasan pengeluar

draft • 5:02 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

utama seperti di negeri Kedah dan negeri-negeri yang lain. Dalam rekod LGM ini, kita ada lebih kurang 420,000 pekebun-pekebun kecil getah ini yang sangat memerlukan pemerhatian khusus daripada agensi yang terlibat.

Kedah yang merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport getah asli utama di Malaysia, termasuk di daerah saya, yang menempatkan pekebun kecil yang signifikan seperti yang didokumentasikan melalui laporan aktiviti sama ada LGM ataupun RISDA itu sendiri. Justeru adalah penting agar peruntukan LGM ini disalurkan secara berkesan kepada pekebun-pekebun kecil termasuk merangkumi bantuan teknikal, subsidi dan insentif pengeluaran, serta program penyelidikan dan pembangunan R&D berkaitan penyakit pokok getah yang sangat serius yang telah pun kita bahaskan di Dewan ini beberapa kali, dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sendiri.

Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi, pokok-pokok getah kita sekarang, sama ada di ladang-ladang pekebun kecil ataupun di FELDA-FELDA, penyakit Akar Putih

(WRR) dan juga penyakit luruhan daun (pestalotiopsis), yang disebut oleh rakan- rakan yang berbahas tadi sangat serius, yang telah pun menyebabkan pengeluaran hasil getah kita merosot sehingga 50 peratus.

Serangan penyakit ini yang sangat teruk, termasuklah di negeri Kedah yang melibatkan kawasan lebih seluas 329 hektar pada tahun 2020 dan ketika ini sudah meningkat lebih daripada itu. Dan sudah pastilah keadaan menjadi lebih kritikal kerana kebanyakan pekebun bergantung kepada pokok getah tua dan menggunakan amalan pengurusan tradisional yang meningkatkan kerentanan terhadap kedua jenis penyakit ini. Sekiranya wabak berlaku dalam kluster pekebun kecil, ia bukan saja menjejaskan pendapatan keluarga pekebun tapi juga mengganggu ekosistem ekonomi tempatan.

Dalam Belanjawan 2006, kerajaan turut mengumumkan inisiatif besar untuk— iaitu Pembangunan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan LGM, dengan kos diumumkan sebanyak RM600 juta, selain peruntukan hampir RM120 juta untuk melindungi pekebun kecil secara keseluruhan. Oleh itu, adalah penting untuk memperincikan penggunaan anggaran pembangunan LGM 2026 sebanyak RM30 juta itu.

Penjelasan diperlukan mengenai pecah peruntukan termasuk jumlah yang diperuntukkan untuk program kawalan penyakit seperti penyakit daun dan penyakit akar tadi, program penanaman semula dan pemulihan kebun yang terjejas serta pembiayaan bantuan teknikal kepada pekebun kecil di kawasan yang berisiko tinggi.

draft • 5:02 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya juga ingin membangkitkan isu cukai dan levi industri getah. Sistem levi ataupun ses sedia ada seperti Malaysian Rubber Board Order yang digunakan untuk membiayai program penanaman semula ataupun replanting dengan izin dan penyelidikan dan pembangunan. Sebarang levi atau ses yang melibatkan harga di peringkat pengeluar perlu dielakkan atau sekurang-kurangnya disokong dengan subsidi bagi membantu pekebun kecil yang menghadapi tekanan kos.

Oleh itu, kementerian perlu menjelaskan sama ada terdapat inisiatif cukai, rebate atau subsidi bagi pekebun kecil yang mengeluarkan kos atau pun melabur dalam langkah kawalan penyakit atau penanaman semula. Penggunaan peruntukan RM30 juta oleh LGM ini perlu disalurkan secara berfokus, termasuk program pengawalan penyakit dan diagnosis secara melalui makmal bergerak, rawatan ladang, serta diikuti program penanaman semula dan pemulihan kebun dengan sama ada geran separa bagi anak pokok yang gred tinggi dan baja pemulihan.

Tan Sri Pengerusi, seterusnya Butiran 11101 bagi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), yang pada tahun hadapan mencatatkan jumlah peruntukan sebanyak RM104,629,000 iaitu kenaikan ketara untuk sektor sawit berbanding peruntukan tahun-tahun sebelumnya.

Peningkatan ini amat relevan dalam menghadapi isu mendesak seperti peraturan bebas penebangan hutan EU, EUDR yang mewajibkan kebolehkesanan penuh rantaian bekalan termasuk koordinat GPS kebun. Menurut laporan MPOB serta maklum balas delegasi EU di Kuala Lumpur, majoriti pekebun kecil Malaysia yang biasanya mengusahakan ladang di bawah 40 hektar mengikut definisi nasional, masih belum bersedia untuk memenuhi keperluan pemetaan, pendaftaran dan dokumentasi rangkaian bekalan.

Implikasinya iaitu khususnya kepada pekebun-pekebun ataupun peladang- peladang di kawasan-kawasan pedalaman, termasuk di daerah Sik yang amat signifikan. Tanpa sokongan teknikal dan latihan yang terancang, pekebun kecil berisiko kehilangan akses pasaran ke EU yang akhirnya menjejaskan pendapatan dan kedudukan industri sawit Malaysia.

Oleh itu, peruntukan tambahan ini perlu disasarkan kepada pembangunan sistem geolokasi, pemadanan data ladang, latihan pematuhan, serta sokongan teknikal berterusan bagi memastikan pekebun kecil kita mampu mematuhi EUDR dan kekal berdaya saing.

Tan Sri Pengerusi, akhirnya saya merumuskan, berdasarkan apa yang saya bentang ini ingin saya mohon pencerahan dengan jelas daripada MPOB mengenai

draft • 5:02 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

jumlah peruntukan yang disebut tadi, yang khusus untuk pekebun kecil dengan ladang-ladang yang kurang daripada 40 hektar.

Kedua, saya memohon pengesahan penubuhan unit pemetaan pekebun kecil yang fokus kepada pematuhan EUDR yang lengkap dan dengan jadual pelaksanaan dan tarikh sasaran.

Dan yang ketiga, saya mencadangkan geran pematuhan individu bagi pekebun kecil mendapatkan persijilan MSPO 2.0, termasuklah mekanisme subsidi latihan dan audit kos yang rendah. Tuan Pengerusi, sekian, terima kasih.

draft • 5:02 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Tanjong Karang.

draft • 5:02 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Izinkan Tanjong Karang menyentuh Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi dengan peruntukan sebanyak RM177 juta. Inilah butiran yang menentukan hala tuju besar sektor perladangan dan komuniti negara. Sektor yang menjadi nadi kehidupan jutaan rakyat luar bandar. Dari Sabah hingga ke Perlis, dari FELDA ke kampung tradisi. Inilah sektor yang menghidupkan pekebun kecil, sawit, getah, koko dan kelapa.

Tan Sri Pengerusi, kita sering mendengar angka-angka besar disebut berbilion eksport, beratus ribu peluang kerja.

draft • 5:09 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Namun persoalan pokoknya, adakah manfaat ini benar-benar sampai ke bawah? Adakah pekebun kecil kita merasa hasilnya? Realitinya, mereka masih bergelut dengan kos baja yang melambung, harga hasil yang turun naik dan tekanan dasar antarabangsa yang semakin menjerut. Hari ini pekebun kecil bukan sahaja berdepan dengan cabaran ekonomi, tetapi juga dasar luar seperti ESG dan EUDR Eropah yang seolah-olah mahu menafikan hak pengeluar kecil untuk berdiri sama tinggi di pasaran dunia, sedangkan mereka inilah tulang belakang memastikan sawit dan getah Malaysia terus berdiri gagah di pentas global.

Oleh itu, Tanjong Karang ingin menegaskan dasar dan perancangan agrikomoditi negara mesti berpaksikan kelangsungan pekebun kecil, bukan hanya keuntungan syarikat besar. Apa guna pelan indah di atas kertas kalau pekerja di bawah tidak merasa nikmatnya? Setiap pelaburan, setiap pensijilan, setiap projek inovasi mesti sampai manfaatnya kepada yang berpanas di ladang, bukan hanya yang bersidang di bilik mesyuarat.

draft • 5:10 PM

Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang

Tan Sri Pengerusi, kita juga perlu berani keluar daripada kebergantungan kepada dua komoditi utama negara iaitu sawit dan getah. Ya, kedua-duanya memang penting, tidak dapat dinafikan, tapi Malaysia mesti melangkah ke hadapan dengan memperkukuh komoditi baharu yang berpotensi tinggi seperti kelapa, kenaf, buluh ataupun herba-herba tropika.

Bayangkan kalau tanah sawah terbiar di Tanjong Karang dijadikan tapak projek perintis tanaman kelapa pandan atau kenaf, bukan sahaja menambah pendapatan rakyat luar bandar, malah membuka peluang baharu untuk belia terlibat dalam sektor ini. Kita tidak boleh hanya bercakap tentang minat belia kepada pertanian tanpa memberi mereka model baru yang lebih moden, hijau dan menguntungkan.

Tan Sri Pengerusi, kita mesti memberi tumpuan yang lebih serius kepada hiliranisasi. Jangan kita terus jadi negara pengeksport bahan mentah semata-mata, yang mana ia nya begitu murah. Jadikan Malaysia sebagai pusat pemprosesan dan penghasilan produk berasaskan komoditi, bioplastik sawit, sarung tangan nitril dan tayar hijau daripada getah, kosmetik berasaskan kelapa, gentian kenaf untuk bahan binaan hijau. Bila nilai tambah dibuat di dalam negara, barulah ekonomi kampung akan hidup semula, barulah pendapatan pekebun lebih stabil dan berdaya tahan.

Tan Sri Pengerusi, kita juga tidak boleh lupa cabaran perubahan iklim dan kekurangan tenaga kerja. Sektor ini mesti bersedia dengan teknologi baharu seperti automasi, dron, bioteknologi demi untuk bantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing.

Akhirnya, Tanjong Karang ingin menyeru. Susun semula dasar agrikomoditi kita dengan lebih realistik, inklusif dan berani. Jangan biarkan dasar hijau menjadi beban kepada pekebun kecil. Jadikan ia peluang-peluang untuk memperkukuh kedudukan mereka dalam rantai nilai global, peluang untuk Malaysia menjadi peneraju komoditi lestari dunia. Kalau kita benar-benar mahu membina, membela rakyat luar bandar, inilah medan sebenarnya membela pekebun kecil, mengangkat nilai hasil tani, membina masa depan agrikomoditi yang bukan sahaja menguntungkan, tetapi juga bermaruah dan lestari.

Tanjong Karang mohon menyokong. Wabillahi taufiq wal-hidayah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, Tan Sri Pengerusi.

draft • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Baik. Seterusnya, saya jemput Selangau.

draft • 5:10 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Terima kasih, Tan Sri Pengerusi. Saya berdiri untuk membahaskan peruntukan Kementerian Perladangan dan Komoditi di bawah Maksud 20 dengan tumpuan khusus untuk butiran pembangunan dan keberkesanannya dalam mengangkat taraf hidup pekebun kecil di Sarawak terutamanya di kawasan Parlimen Selangau.

Selangau mengambil maklum bahawa anggaran perbelanjaan keseluruhan MPIC bagi tahun 2026 berjumlah RM810.9 juta. Anggaran perbelanjaan pembangunan P.20 meningkat sebanyak RM77.55 juta atau 30.44 persen berbanding tahun 2025. Adalah menjadi harapan agar peningkatan ini digunakan oleh kementerian untuk melabur dalam aset dan infrastruktur bagi memodenkan industri agrikomoditi.

Saya merujuk kepada tiga petunjuk prestasi utama (KPI) yang menunjukkan penurunan.

Pertama, isu daya saing eksport agrikomoditi. Nilai eksport agrikomoditi di bawah Outcome 2 untuk 2026 disasarkan hanya pada RM157 bilion. Ini adalah penurunan berbanding pencapaian sebenar 2024 iaitu RM186.5 bilion. Selangau ingin tahu, apakah rasional di sebalik sasaran yang begitu rendah? Penguncupan nilai eksport berkait rapat dengan pendapatan pekebun kecil di Sarawak yang bergantung pada industri ini.

Kedua, kemerosotan pensijilan kemampanan MSPO. Sasaran peratusan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia peringkat ladang dan pekebun kecil bagi 2026 telah diturunkan kepada 80 peratus.

Ketiga, isu produktiviti dan tanam semula. Sasaran hasil pengeluaran buah tandan segar kelapa sawit dijangka menurun kepada 17 metrik tan sehektar setahun pada 2026. Penurunan produktiviti ini kemungkinan berpunca daripada pokok tua dan penyenggaraan kebun yang tidak optimum hasil dan masih optimum masih membelenggu industri yang menjadikan peruntukan pembangunan menjadi lebih kritikal.

Tan Sri Pengerusi, Selangau ingin menyentuh beberapa butiran di bawah perbelanjaan mengurus B.20 yang amat penting bagi kesejahteraan pekebun kecil.

Merujuk kepada Butiran 030300 iaitu Insentif Pengeluaran Getah (IPG) iaitu RM171 million. Peruntukan IPG adalah jaring keselamatan kritikal bagi pekebun kecil getah kita. Walaupun jumlah RM171 juta dikekalkan, isu di kalangan— di lapangan bukanlah pada peruntukan, tetapi pada kecekapan penyaluran dana.

draft • 5:14 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Selangau ingin tahu, apakah sistem pemantauan yang diguna pakai oleh kementerian untuk memastikan insentif pengeluaran getah disalurkan kepada pekebun kecil di kawasan luar bandar Sarawak, termasuk di Selangau tanpa sebarang kelewatan selepas harga pengaktifan dicapai bagi mengelakkan masalah aliran tunai yang kronik?

Tan Sri Yang di-Pertua, saya merujuk pada Butiran 11101— Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang akan menerima sebanyak RM104.629 juta. Ia penting untuk membalikkan trend penurunan produktiviti buah tandan segar.

Selangau mendesak agar MPOB menyalurkan dana ini dengan tumpuan kepada satu, bantuan tanam semula kelapa sawit. Mohon Menteri menyatakan berapa jumlah peruntukan yang dikhususkan kepada pekebun kecil sawit di Sarawak untuk melaksanakan tanam semula pokok tua yang kurang produktif terutamanya di Parlimen Selangau.

Kedua, pembangunan kebun baharu kelapa sawit. Mohon Menteri menyatakan bagaimana MPOB akan membantu pembangunan kebun baru bagi pekebun kecil bumiputera untuk meningkatkan pengeluaran dengan mengambil kira cabaran dan kerumitan isu tanah adat di Sarawak.

Ketiga, bantuan input pertanian. Selangau menuntut supaya bantuan berbentuk geran, baja, racun dan benih disalurkan secara terus dan efektif kepada pekebun kecil di Selangau bagi memastikan kualiti dan kuantiti pengeluaran dapat ditingkatkan.

Dan yang terakhir, jalan ladang agrikomoditi baharu. Mohon Menteri dan MPOB untuk memperuntukkan sebahagian daripada peruntukan RM104.63 juta ini bagi pembinaan dan penambahbaikan infrastruktur logistik first mile atau jalan ladang di kawasan Anap di Selangau bagi mengurangkan kos dan kerugian hasil yang dihadapi pekebun kecil.

draft • 5:14 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Tan Sri Pengerusi, adalah jelas bahawa Kementerian Perladangan dan Komoditi memegang kunci penting kepada kestabilan sosioekonomi ratusan ribu pekebun kecil di Sarawak. Selangau menyambut baik peningkatan peruntukan pembangunan, tetapi pada masa sama menuntut akauntabiliti yang lebih tinggi.

Setiap peruntukan khususnya bagi pembangunan infrastruktur dan bantuan pekebun kecil di bawah MPOB dan MPB mesti dinilai berasaskan prestasi dan mestilah transparent.

draft • 5:20 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Kejayaan hanya boleh diukur berdasar hasil nyata dan dari segi peningkatan pendapatan pekebun kecil dan mobiliti sosial masyarakat di luar bandar termasuk di Selangau. Diharap agar semua persoalan yang diajukan dan tuntutan-tuntutan tadi dapat dijawab dan dipertimbangkan oleh Menteri. Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Baik, terima kasih. Seterusnya dijemput Pasir Salak.

draft • 5:20 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

*Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah*. Syukur kita ke hadrat Allah kerana dapat diberi peluang untuk perbahasan pada kali ini. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.

Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lesen Pekebun Kecil Sawit. Pasir Salak ingin menarik perhatian kepada isu yang sering dihadapi oleh pekebun kecil sawit di kawasan luar bandar khususnya berkaitan syarat permohonan lesen jualan sawit di bawah seliaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia

(MPOB).

Hari ini, Tan Sri Pengerusi, ramai pekebun kecil sawit di kawasan Pasir Salak mengusahakan tanah Temporary Occupation License (TOL). Bukan tanah milik kekal, namun mereka berdepan kesukaran untuk memohon lesen jualan sawit kerana syarat semasa mensyaratkan geran hak milik tanah. Akibatnya hasil sawit mereka terpaksa dijual melalui pihak ketiga atau orang tengah menyebabkan mereka rugi besar dan tidak dapat menikmati harga pasaran yang sebenar.

Oleh itu, Pasir Salak ingin mencadangkan agar Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui MPOB meneliti semula garis panduan, pelesenan dan mempertimbangkan pelonggaran syarat lesen bagi tanah TOL sekurang-kurangnya melalui mekanisme khas seperti lesen sementara komuniti atau lesen bersyarat berasaskan pengesahan PBT atau pejabat tanah daerah.

Langkah ini bukan sahaja akan mengiktiraf sumbangan pekebun kecil dalam rantaian industri sawit negara, malah membantu meningkatkan ketelusan pasaran hasil sawit serta menutup ruang manipulasi harga oleh peraih tidak berlesen. Pasir Salak juga menyeru agar sebahagian daripada peruntukan pembangunan MPOB sebanyak RM332 juta bagi tahun 2026 digunakan untuk memperkukuh program bimbingan teknikal dan digitalisasi kepada pekebun kecil supaya mereka tidak terus bergantung kepada orang tengah.

Tan Sri Pengerusi, jika kita mahu sektor sawit kekal menjadi penyumbang utama eksport negara, dasar pelesenan perlu inklusif dan bersifat realistik terhadap

draft • 5:21 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

realiti tanah di luar bandar. Rakyat di bawah sudah bersedia bekerja keras. Apa yang mereka perlukan hanyalah pintu lesen yang dibuka sedikit luas.

Seterusnya, Lembaga Koko Malaysia, Butiran 00100. Tan Sri Pengerusi, selain isu pelesenan pekebun kecil sawit yang Pasir Salak telah bangkitkan sebentar tadi, Pasir Salak juga ingin menarik perhatian pelesenan peranan Lembaga Koko Malaysia (LKM) di bawah Butiran 00100 yang menerima peruntukan sebanyak RM177.73 juta bagi tahun 2026 meningkat daripada tahun sebelumnya.

Tan Sri Pengerusi, industri koko mungkin nampak kecil berbanding sawit atau getah, namun potensinya sebagai amat besar sekiranya diberi perhatian serius. Hari ini, pekebun koko di negeri-negeri seperti Perak, Sabah, Pahang masih berhadapan dengan isu kekurangan bahan tanaman berkualiti, serangan penyakit vascular streak dieback atau VSD, serta kekangan akses kepada pasaran premium seperti koko, artisanal dan coklat tempatan.

Dengan peruntukan hampir RM39 juta bagi pembangunan, Pasir Salak mencadangkan agar sebahagian dana ini disalurkan untuk membina pusat pemprosesan mini koko di daerah berpotensi tinggi termasuk di kawasan pertanian yang baharu dalam rancangan Tanah FELCRA dan RISDA. Ia akan membantu pekebun kecil menjual biji koko kering berkualiti terus kepada pembeli tempatan dan bukan lagi kepada peraih yang mengambil untung yang berlebihan.

Pasir Salak juga menyeru agar Lembaga Koko Malaysia memperluas program bimbingan Agropreneur Muda Koko termasuk latihan penapaian dan pemasaran digital supaya sektor ini tidak hanya bergantung pada generasi lama.

Potensi pasaran coklat tempatan sangat luas terutama dalam sektor pelancongan dan hadiah korporat dan ia wajar dijadikan sebahagian daripada strategi Malaysia Coco Premium Branding yang boleh menyaingi pengeluar seperti Ghana dan Ecuador.

Tan Sri Pengerusi, dengan sedikit sentuhan dasar dan inovasi, koko Malaysia mampu menjadi komoditi eksport yang bernilai tinggi. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 5:21 PM

Tuan Pengerusi

Baik, seterusnya saya jemput Kuala Krau.

draft • 5:21 PM

Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Pengerusi, Butiran 00526 – Program Pembangunan Menaik Taraf dan Penyelenggaraan. Apakah pecahan sebenar penggunaan RM63.4 juta ini?

Berapakah diperuntukkan bagi naik taraf fasiliti penyelidikan pusat, juga pusat

draft • 5:26 PM

Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

pengumpulan komoditi dan prasarana untuk pekebun kecil bagi memastikan ia nya berjalan dan mencapai matlamat? Apakah kementerian merancang pendekatan cluster-based development bagi komoditi utama supaya kemudahan penyelidikan dan pemasaran ini tidak bertindih?

Butiran 11001 – LGM. Peruntukan pembangunan meningkat daripada sifar kepada RM30 juta. Dalam keadaan anggaran peruntukan berjumlah RM9.7 juta bagi tahun 2024 dan 2025 dipinda menjadi sifar. Sama juga memohon penerangan teliti dari pihak kementerian. Juga, apakah projek utama LGM yang akan dilaksanakan menggunakan RM30 juta ini? Adakah ia berkait dengan model konsolidasi pekebun kecil atau apa dia?

Apakah kerajaan merancang juga untuk memperkenalkan semula atau menambah baik insentif pengeluaran getah IPG memandangkan peruntukannya kekal RM171 juta tanpa kenaikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini? Apakah pelan mitigasi sekiranya harga getah jatuh kembali di bawah paras RM3 satu kilogram terutama bagi pekebun kecil di luar bandar termasuklah di Parlimen Kuala Krau?

Tuan Pengerusi, Butiran 11101 – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Peruntukan yang naik kepada RM104.6 juta daripada RM82.2 juta pada 2025.

Apakah perincian projek utama yang menyumbang kepada kenaikan sebanyak 27 peratus ini? Bagaimana pula dengan status kerjasama dengan MCMC dalam inisiatif teknologi masa depan industri sawit? Adakah sudah diterjemahkan kepada penggunaan AI dan automasi dalam sektor huluan dan juga hiliran?

Apakah MPOB sedang membangunkan platform transability iaitu jejak asal sawit untuk menepati keperluan EU, Deforestation Regulation ataupun EUDR, dengan izin? Apakah langkah KPK untuk mengekalkan pensijilan NMSPO yang kini disasarkan 80 peratus pada 2026, menurun dari sasaran awal 98 peratus tahun sebelumnya. Jadi, kenapa berlaku penurunan yang begitu ketara dalam perkara ini?

Butiran 00401 – Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara. Peruntukan pembangunan bagi LKTN meningkat daripada RM6.8 juta (2025) kepada RM21.5 juta pada 2026.

draft • 5:26 PM

Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Apakah sebab kenaikan tiga kali ganda ini? Sedangkan keluasan tanaman kenaf masih rendah lebih kurang 900 hektar pada 2023. Data menunjukkan sehingga 31 Ogos 2025 sebanyak 1,174.30 hektar tanaman kenaf telah diusahakan di seluruh negara yang melibatkan 555 pekebun kecil dan empat usahawan berskala besar.

draft • 5:30 PM

Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Kerajaan mensasarkan untuk meningkatkan keluasan tanaman ini kepada 2,500 hektar menjelang 2026.

Jadi, adakah kerajaan boleh memberi jaminan yang kenaikan tiga kali ganda ini akan benar-benar menaikkan juga tiga kali ganda hasil daripada tanaman kenaf?

Dan apakah telah ada kawasan-kawasan baharu untuk dilaksanakan bagi mencapai hasrat pembesaran kawasan kenaf yang telah saya sebutkan sebentar tadi?

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Apakah strategi kerajaan untuk mengembangkan industri kenaf tempatan dan menarik pelabur bagi produk biokomposit kenaf, sama ada dari sudut teknologi, kemudahan pemprosesan dan akses ke pasaran eksport yang lebih luas bagi memajukan industri ini? Adakah terdapat inisiatif khusus bagi memperkasakan penanaman kenaf di kawasan yang terbiar sebagai mana yang disebut oleh Yang Berhormat sebelum daripada ini?

Ini adalah kerana sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam Dasar Agrikomoditi Negara ini telah mencapai pasarannya dan sejauh manakah pencapaian setakat ini? Apakah langkah-langkah terkini yang diambil oleh kerajaan dalam menggalak dan mengembangkan lagi penanaman kenaf ke negara termasuk industri bersifat huluan dan hiliran?

Buat akhirnya Tuan Pengerusi, Belanjawan 2026 menunjukkan peningkatan ketara dalam beberapa sektor pembangunan agrikomoditi. Namun, persoalan penting kekal sama. Adakah peningkatan ini diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan kepada pekebun kecil? Saya berharap agar pihak kementerian dapat memperincikan isu-isu yang dibangkitkan agar sektor ini terus menjadi tunjang ekonomi luar negara. Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi. Eh, ekonomi luar bandar. Minta maaf. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau. Pembahas yang terakhir bagi sesi ini, kementerian ini. Dipersilakan Yang Berhormat Seputeh.

draft • 5:30 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin rujuk kepada Butiran 020000 – Pembangunan Agrikomoditi, Butiran 030500 – Menangani Kempen Anti Minyak Sawit.

Dato’ Pengerusi, harga minyak sawit Malaysia telah turun baru-baru ini dengan penurunan 0.94 peratus pada 7 November 2025 dan penurunan 9.59 peratus dalam sebulan terakhir. Menurut data dari Trading Economics, penurunan ini lebih ketara apabila dibandingkan dengan tahun sebelumnya iaitu penurunan 19.41 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Jadi, pihak kementerian perlu berusaha untuk mempromosi minyak sawit kita dengan lebih gigih lagi.

Di sini, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada pegawai MPOB, MPOC dan MPOCC yang telah banyak berusaha untuk menambahbaikkan pengeluaran minyak sawit yang mampan di Malaysia serta mempertahankan nama baik minyak sawit Malaysia di pentas antarabangsa.

Tahun depan adalah Tahun Melawat Malaysia 2026. Malaysia menyasarkan ketibaan 45 juta pelancong asing pada tahun 2026. Matlamat ini merangkumi jangkaan hasil pelancongan sebanyak RM270 bilion. Soalan saya ialah, apakah Kementerian Perladangan dan Komoditi telah merangka apa-apa strategi untuk mempromosi komoditi di bawah pemantauan kementerian, khususnya minyak sawit merah, coklat Malaysia, perabot yang menggunakan kayu getah ataupun rubber wood Malaysia dan lada Sarawak atau kita kata Sarawak pepper kepada pelancong asing menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026?

Sebenarnya, bila pelancong asing masuk ke Malaysia, ini adalah peluang yang paling baik bagi agensi-agensi komoditi di bawah kementerian untuk mempromosi produk komoditi negara kita bersama dengan industri hiliran komoditi kita. Bila kami melancong ke luar negara, kami selalu mendapat pengetahuan tentang produk sesebuah negara melalui pemandu pelancong (tour guide). Misalnya, bila kami pergi melancong ke Korea Selatan, kami akan dibimbing oleh pemandu pelancong untuk beli ginseng dan pelbagai produk yang mengandungi ginseng. Jadi, adalah sangat penting bagi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Koko Malaysia untuk mula mengadakan libat urus dengan persatuan pemandu pelancong. Industri pelancongan di merata-rata destinasi pelancongan di Malaysia bersama dengan syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk komoditi hiliran seperti syarikat yang mengeluarkan

draft • 5:32 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

minyak sawit merah, syarikat pengeluaran coklat, syarikat yang mengeluarkan lada dan sebagainya.

Sebenarnya, usaha perjumpaan dengan Kementerian Pelancongan, persatuan pemandu pelancong, kepimpinan Malaysia Airport Berhad dan beberapa pelabuhan di negara kita pernah dilakukan oleh MPOC bersama dengan pejabat Menteri pada tahun 2019. Bila Kerajaan Harapan pada waktu itu ingin menganjurkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2020. Selain itu, saya juga ‘nak cadangkan kementerian harus menyertai pelbagai inisiatif yang dilancarkan oleh MOTAC dan Tourism Malaysia terdapat platform digital mereka.

Sehubungan dengan itu, saya bercadang MPOC haruslah berusaha lebih gigih untuk mempromosi minyak sawit Malaysia, khususnya minyak sawit merah melalui media sosial khususnya Instagram, YouTube dan TikTok. Kebelakangan ini saya pernah menonton beberapa klip video daripada saintis dan influencer yang menasihat pengguna jangan menggunakan beberapa jenis minyak masak yang dihasilkan dan digunakan secara meluas di Eropah dan Amerika Syarikat kerana mereka kata yang minyak masak tersebut terutamanya digunakan secara berlebihan atau dipanaskan berulang kali pada suhu tinggi akan menjejaskan kesihatan manusia. Ini termasuk minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bunga matahari dan minyak biji kapas tinggi dalam asid lemak omega-6.

Minyak-minyak ini dikatakan akan menyumbang kepada penyakit jantung, obesiti dan diabetes. Pemanasan minyak ‘tak tepu ini berulang kali ke suhu tinggi boleh menghasilkan sebatian berbahaya termasuk aldehid yang berpotensi menyebabkan kanser, tetapi kesannya, saya tak pernah lihat klip video di media sosial yang mempromosi kebaikan kesihatan minyak sawit. Khususnya minyak sawit merah dan vitamin E (tocotrienol) yang didapati dalam minyak sawit merah. Saya hanya pernah lihat klip video kajian kebaikan kesihatan minyak sawit merah yang disiarkan oleh satu syarikat pengeluar minyak sawit merah sahaja.

Jadi, saya berharap MPOC boleh mempromosikan minyak sawit merah dan berperang dengan kempen anti-sawit antara negara-negara Eropah itu dengan lebih giat dan gigih lagi. Saya cadang MPOC bekerjasama dengan syarikat pengeluar minyak sawit besar di Malaysia untuk melawan balik segala mesej yang anti-sawit di media sosial dan menggunakan influencer untuk lawan balik mesej-mesej yang menjejaskan nama baik minyak sawit Malaysia. Sekian, terima kasih.

draft • 5:32 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Sekarang, tibalah masa untuk Menteri menjawab.

draft • 5:32 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Dipersilakan Menteri Perladangan dan Komoditi, 25 minit.

draft • 5:32 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Tuan Pengerusi, terima kasih kepada ke 12 Ahli Parlimen yang berminat tentang isu- isu di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi iaitu daripada Kluang, Tangga Batu, Betong, Kulim-Bandar Baharu, Dungun, Tampin, Sik, Tanjong Karang, Selangau, Pasir Salak, Kuala Krau, dan juga Seputeh.

draft • 5:39 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

So, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah Belanjawan 2026 yang bertema Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat, KPK telah diperuntukkan sebanyak RM810.09 juta dan daripada jumlah tersebut, RM477.82 juta atau 59 peratus adalah bagi membiayai perbelanjaan mengurus (OE), manakala selebihnya iaitu sebanyak RM332.27 juta atau 41 peratus adalah untuk perbelanjaan pembangunan (DE).

Antara inisiatif utama yang telah diumumkan di bawah KPK dalam perbelanjaan 2026 adalah seperti berikut.

Pertama, RM63 juta untuk memperkasakan kelestarian dan kemampanan industri sawit melalui Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di seluruh rantaian pengeluaran pesawit iaitu memakan RM38.5 juta.

Dan kedua, kempen anti-minyak sawit RM15 juta dan program pelaksanaan pensijilan MSPO untuk pekebun kecil persendirian RM10 juta. RM20 juta disediakan bagi menyokong syarikat mula niaga mengeluarkan produk mekanisasi dan automasi dengan kerjasama MPOB dan syarikat utama sawit dan peruntukan hampir RM120 juta bagi bantuan kepada pekebun kecil yang meliputi menampung sebahagian kos tanaman semula pekebun kecil sawit bagi menggantikan sawit tuak, menggalakkan pekebun kecil getah menghasilkan getah dan mengusaha semula ladang-ladang getah persendirian yang terbiar.

Ketiga, membekalkan pekebun kecil koko dengan 1.1 juta anak benih koko berkualiti termasuk panduan latihan oleh pemain industri.

Keempat, mengurangkan beban pekebun kecil lada, susulan peningkatan kos input seperti baja dan racun.

Dan kelima, menyokong pekebun kecil kenaf untuk meningkatkan hasil kenaf sebagai salah satu sumber pertumbuhan baharu agrokomoditi.

draft • 5:40 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Tadi beberapa YB amat prihatin tentang pekebun kecil. So, inilah jumlah yang hampir 120 juta untuk membantu pekebun kecil ini dan juga RM50 juta disediakan untuk membangunkan dan menyelenggara jalan-jalan ladang di seluruh Malaysia ini.

So, justeru, di sini saya akan mengambil sedikit masa untuk memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh YB, YB. Saya ikut isu yang paling dapat perhatian di mana beberapa YB amat prihatin tentang ini isu mengenai MSPO.

So, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM45 juta bagi pelaksanaan program Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada tahun 2026 kepada MPOB bagi membiayai kos operasi pelaksanaan Pensijilan MSPO 2.0 melalui pegawai tunjuk ajar dan nasihat sawit (TUNAS). MPOB serta pemberian insentif kepada pekebun kecil persendirian bagi menampung kos pensijilan seperti bayaran audit, latihan, dokumentasi dan lain-lain keperluan berkaitan.

Dan tadi saya rasa MP Tampin dan juga Selangau ada berkata, sama ada kita boleh membantu? Ya, inilah cara kita bantu pekebun kecil untuk memenuhi pensijilan MSPO. Dan langkah ini amat penting memandangkan majoriti pekebun kecil persendirian berdepan kekangan kewangan untuk memenuhi keperluan piawaian MSPO 2.0 yang lebih komprehensif.

Dan melalui pendekatan ini, kerajaan bukan sahaja ingin memastikan pematuhan inklusif terhadap MSPO 2.0, tapi juga memperkukuh daya saing industri sawit negara di pasaran global yang semakin menekankan aspek kebolehjejakan.

Dan tadi kalau saya tak silap, Kuala Krau dia bertanya, kenapa kadar pematuhan MSPO telah jatuh ke 80 peratus? Salah satu sebabnya kerana sekarang kita beralih dari MSPO kepada MSPO 2.0. So, di mana di proses ini, dia ambil masa untuk buat audit semula dan sebagainya. So, itulah salah satu cara, salah satu faktor kenapa dia turun.

Dan sasaran Pensijilan MSPO di peringkat ladang dan pekebun kecil bagi tahun 2026 adalah 80 peratus meliputi keseluruhan kawasan tanaman sawit yang berlesen. Penglibatan aktif pekebun kecil adalah penting memandangkan mereka merupakan sebahagian besar rantaian pengeluaran sawit negara.

Tanpa penglibatan mereka, usaha untuk memastikan kebolehjejakan rantaian bekalan tak dapat direalisasikan sepenuhnya, sekali gus menjejaskan keupayaan negara untuk memenuhi keperluan pasaran dan peraturan global.

draft • 5:40 PM

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Chan Foong Hin

Selain itu, penyertaan pekebun kecil dalam penjejakan ini juga membolehkan amalan pertanian baik diperkukuh, meningkatkan produktiviti serta kualiti hasil dan pada masa yang sama, mengurangkan risiko wujudnya aktiviti yang tidak mampan.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Bangun]

draft • 5:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

Justeru, penyertaan menyeluruh termasuk daripada pekebun kecil adalah penting. Dan untuk macam mana kita ‘nak mengurangkan orang tengah, sekarang kementerian KPK telah membekukan pengeluaran lesen DF kepada syarikat swasta. So, kita menggalakkan kalau koperasi okey, KPSM, koperasi mampan yang pekebun sawit ini, mereka boleh mengumpulkan pekebun- pekebun kecil melalui KPSM, baru mereka memindah.

Untuk lesen DF itu, kita baru akan agihkan. Kalau untuk syarikat swasta, kita tidak. So, itu salah satu cara kita ‘nak memotong dan ini kononnya orang tengah ini.

Orang tengah ini sekarang, DF ini pun telah diwajibkan untuk mematuhi MSPO juga.

Batu Tangga.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik. Terima kasih Timbalan Menteri. Saya ‘nak tanya satu sajalah. Beberapa tahun lalu, KPK meletakkan sasaran untuk per hektar bagi sawit ‘dah 19 tan, tapi ternyata kita ‘tak dapat, tapi kali ini kenapa diturunkan kepada 17 tan? Sepatutnya dengan input-input yang Menteri kata tadi, sepatutnya hasil sawit ini perlu meningkat, tapi menurun.

Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey. Yang menurun itu, yang faktor untuk penurunan hasil itu, sebahagian memang disebabkan oleh ini, apa nama ini, ini amalan untuk penanaman semula itu yang tidak mengikut piawaian. Seperti ramai MP yang telah mempersoalkan, kenapa yang purata itu empat peratus juta?

Cuma, yang jalan itu, yang peratusan untuk penanaman semula itu sekitar dua peratus yang sahaja. So, itu merupakan salah satu faktor kepada yang pengurangan yang hasil ini, kerana pokok yang sudah tua tidak dapat kita menuai dan tidak dapat mendapatkan hasil yang daripada itu.

Untuk menambah baik, okey, untuk isu penanaman semula itu, sebenarnya kementerian sekarang tengah memuktamadkan, menambahbaikkan skim pembiayaan mudah tanam semula pekebun kecil sawit. So, kita ada TSPKS 2.0 dan pada masa yang sama, kita juga ada TSPKS 3.0. Cuma, mungkin tak dapat memenuhi semua permintaan oleh MP Tampin okey, yang meminta kesemua ini diberikan secara geran. So, kita masih dalam peringkat yang finalize. Okey. So, kita

draft • 5:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

harap pada tahun depan, pada musim pertama, kita dapat buat pengumuman untuk TSPKS 3.0.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Baik, terima kasih Timbalan Menteri. Tadi Timbalan Menteri sebut antara faktor yang menyebabkan sawit menurun sebab piawaian, penanaman semulalah. Tangga Batu pernah bangkitkan dalam ucapan saya bahawa penting kepada kerajaan untuk melihat pegawai pengembangan, extension officer. Kerana mereka ini akan dekat dengan petani sama ada sektor koko, getah ataupun sawit dan sebagainya.

Apakah kerajaan cukup tenaga untuk pegawai pengembangan? Kalau tak cukup, apakah tindakan yang akan dilakukan kerajaan? Kerana bagi saya, mereka ini penting. Kalau tidak, contoh macam pelaporan mengatakan bahawa banyak baja yang dibeli tidak mengikut spek dan sebagainya dan kualiti perawatan ya, maintenance ladang-ladang kita tidak, tidak seperti kita nak. Jadi, jadi macam mana pandangan Menteri, jawapan daripada kementerian? Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

Saya amat setuju tentang ada keperluan untuk menambah bajet, ada peruntukan terutamanya untuk TUNAS. Yang pasukan yang dari MPOB itu yang turun ke ladang untuk menolong pekebun-pekebun kecil dan pada masa yang sama boleh menolong mereka untuk mempertingkatkan hasil mereka.

draft • 5:40 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Maksud saya bukan MPOB saja, mungkin LGM perlukan, mungkin Lembaga Koko, kenaf dan sebagainyalah.

Terima kasih.

draft • 5:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

So, terima kasih kepada Tangga Batu dan pada masa yang sama, saya ingin menyentuh tentang ini program menangani kempen anti-minyak sawit yang untuk butiran ini. Dan ini kalau dalam bahasa Inggeris kita panggil dia CPOPC. So, fokus utama CPOPC ini adalah untuk meningkatkan secara positif persepsi global terhadap minyak sawit Malaysia dengan lebih berkesan agar naratif negatif tidak melemahkan kedudukan pasaran negara.

Dan pendekatan ini bukan sekadar dengan memberi penerangan fakta, tetapi dirangka untuk mengukuhkan dan memperluaskan akses pasaran melalui pengaruh naratif di peringkat pembeli, pihak berkepentingan dan platform media antarabangsa yang berwibawa. Dan untuk tahun depan, kita akan a top pendekatan yang ada berlainan sikit dengan tahun 2025 melalui tiga dimensi.

draft • 5:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

Pertama, pada tahun 2025 pelaksanaan CPOPC lebih tertumpu kepada kempen kesedaran pengguna secara umum dan inisiatif bukan berjenama sebagai respons terhadap naratif anti-minyak sawit.

Dan pada tahun 2026, untuk tahun depan, fokus ini ditingkatkan kepada kepada strategi yang dipacu oleh akses pasaran melalui penglibatan langsung dengan pembeli dan pihak yang membuat keputusan termasuk program familiarization untuk pembeli dari EU, UK dan India serta pelaksanaan trade networking visit yang secara khusus menggabungkan objektif kesedaran pasaran dan pemerkasaan eksport.

draft • 5:40 PM

Datuk Chan Foong Hin

Kedua, walaupun penyampaian naratif pada tahun 2025 lebih berbentuk pendidikan umum, strategi 2026 diperkukuh melalui kerjasama media global yang berimpak tinggi seperti CNN, Reuters, South China Morning Post, Economist dan Warner Bros. Discovery untuk mempengaruhi persepsi melalui platform yang popular di kalangan pengguna, pemain industri dan pembuat dasar antarabangsa.

Dan ketiga, kandungan pada tahun 2025 banyak tertumpu kepada isu dan bersifat reaktif. Manakala pada tahun 2026, kita ‘nak penekanan ini diberikan kepada narrative engineering dengan tema yang terarah seperti kesihatan dan nutrisi seperti yang dicatatkan oleh YB, seperti yang tadi itu, bukti kemampanan serta kerjasama NGO dan CSO yang ditetapkan secara proaktif sebelum serangan naratif berlaku.

Dan selaras dengan peningkatan fokus ini, skop pembiayaan CAPOC pada tahun 2026 akan turut diperluas untuk memperkukuh akses pasaran dan meningkatkan eksport ke pasaran antarabangsa keutamaan.

Sebahagian peruntukan akan diperuntukkan secara khusus kepada inisiatif akses pasaran dan penyertaan dalam pameran perdagangan global utama seperti GAP Food, FI Europe dan FI India. Usaha ini akan mengukuhkan kehadiran Malaysia pada platform berimpak tinggi serta menyokong prestasi eksport yang lebih baik. So, secara keseluruhan CAPOC 2026 lebih berorientasikan komersial outcome driven.

Bukan sekadar memaklumkan kepada umum, tapi membentuk naratif dan menggerakkan pengaruh pasaran untuk melindungi dan memperluas akses pasaran global Malaysia.

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Terima kasih, Timbalan Menteri. Apa pandangan Timbalan Menteri dengan adanya ART ini yang Malaysia signs bahawa sawit kita ke Amerika, zero tariffs, tetapi kita tahu berlaku antara China dan juga Amerika tentang kacang soya yang menjadi pesaing kepada feasible fat di

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

peringkat global. Dan kalau kita lihat, saya lihat data bahawa kebanyakan minyak sawit yang dihantar ke Amerika bukan dalam bentuk CPO, tapi dalam bentuk oleochemicals.

Saya ‘nak tahu bagaimana tindakan kerajaan supaya industri oleochemicals dapat dipertingkatkan supaya Amerika boleh beli lebih dan CPO boleh kita hantar, kita boleh buat kempen supaya China daripada membeli minyak soya daripada Brazil, beralih kepada minyak sawit di Malaysia. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

So, cadangan YB kita akan memperhalusilah.

[Ketawa] Okey, so, sekarang saya ‘nak masuk kepada isu-isu yang secara lebih spesifik. Yang daripada Kluang, okey dia mempersoalkan apakah status untuk ini Lipan. Lipan merupakan salah satu mesin yang di mana KPK melalui impact dengan kerjasama Sarawak Plantation Berhad.

Kita sekarang telah melatih seramai 15 orang belia tempatan untuk mengendalikan mesin Lipan tersebut sekali gus mempersiapkan mereka untuk mengadaptasi teknologi baru dalam sektor sawit. Dan latihan ini turut berpotensi menyediakan peluang pekerjaan dengan kadar gaji yang menarik, di samping mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat kepada para belia yang terlibat.

Namun begitu, pihak syarikat masih perlukan masa yang lebih panjang untuk menambah baik prototaip mesin berkenaan sebelum ianya dapat dikomersialkan sepenuhnya dan diperluaskan penggunaannya dalam industri sawit. Dan inisiatif ini amat dialu-alukan kerana ia berupaya mengurangkan ketergantungan kepada tenaga kerja manual dalam aktiviti perladangan selain berpotensi meningkatkan kecekapan dan produktiviti operasi sektor sawit secara keseluruhan. So, ini yang untuk Lipan.

Yang untuk isu ini diminta untuk dipindah daripada status tanah pertanian kepada status industri. Ini sepatutnya ini isu ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. So, Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perladangan dan Komoditi, apa yang kita boleh memainkan adalah, kita menjadi facilitator di mana kita melihat dalam isu ini macam mana kita ‘nak supaya peralihan ini berlaku dengan lebih efisien. Baik, Tangga Batu lagi?

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Ya, terima kasih. Betul, cuma kita khuatir kalau syarikat-syarikat besar memiliki ladang-ladang mereka berdekatan dengan bandarkan, mereka convert menjadi industri dan juga industri solar. Dia memang memberikan pulangan yang tinggi kepada syarikat, tapi dia

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

sebenarnya akan menjejaskan kita punya total production, kita punya minyak sawit itu yang saya bimbangkan. Kekhuatiran saya nanti lima, enam tahun akan datang minyak sawit kita sudah tidak kompetitif di peringkat antarabangsa. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, saya amat setuju dengan Tangga Batu kerana memang bidang pertanian atau bidang perladangan, kita selalu bersaing dengan penggunaan tanah dia dengan sama ada komersial atau industri. So, kalau tanah tersebut dari segi takrifan dia ditukar daripada tanah pertanian kepada tanah— industri memang dia akan membawa impak yang lebih panjang.

So, secara peribadi saya sendiri saya tidak begitu bersetuju tentang permintaan status tanah tersebut kerana kita anggap kilang sawit dalam ladang tersebut— memang dia di atas tapak pertanian. So, macam mana kita ‘nak mewujudkan tapak industri di dalam satu ladang? Ini sesuatu yang perlukan perbincangan yang lebih lanjut.

draft • 5:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, saya akan sampaikan mesej ini kepada pengusaha kilang minyak sawit yang diminta oleh pihak berkuasa tempatan untuk tukar status geran tanah merekalah kerana ini sebenarnya juga adalah permintaan dari pihak kerajaan walaupun bukan Kerajaan Pusat, tetapi mereka lihat ini jugalah kerajaan.

Dan berkenaan isu pertama iaitu automation prototype Lipan tersebut, saya berharap kementerian tetapkan satu timeline dengan izin, yang jelas supaya mesin ini atau mesin yang sama iaitu harvester yang boleh kurangkan kebergantungan buruh pada peringkat harvesting itu boleh dipasarkan secepat mungkin dan kurangkan kebergantungan buruh asing dalam industri perladangan. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ya, untuk maklumat YB-YB, selain daripada mesin yang Lipan ini, terdapat banyak syarikat yang juga terlibat dalam inovasi dan juga macam mana untuk mengautomatik dan juga mekanisasi dalam industri sawit. So, YB-YB dijemput untuk menghadiri PIPOC, satu ekspo yang dianjurkan oleh MPOB pada 18 November sehingga ke-20 di Kuala Lumpur Convention Center. Di sana banyak ekspo, banyak teknologi akan dipaparkan. Dan— Tangga Batu lagi?

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Saya minta sikit. Dia macam, Defence baru ini, dia buat apa, conference. Ahli Parlimen dijemput dan kita boleh masuk free, PIPOC ini kena bayar. Jadi, minta kalau boleh daripada kementerian berilah dua, tiga orang Ahli Parlimen untuk boleh mengikuti PIPOC ini sebab biaya dia besar. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okay. So, selepas ini saya akan suruh MPOB untuk tulis surat untuk jemput YB Tangga Batu lah, boleh?

Okey. So, untuk menutup soalan daripada Tangga Batu ini saya— okay, last soalan saya untuk jawab kamu adalah mengenai tapak semaian Lahat itu. So, tapak semaian Lahat telah mula beroperasi untuk tujuan pentadbiran pada Ogos tahun ini, okey. So, manakala penghasilan anak benih akan dimulakan setelah pengujian mesin tissue culture dijangka selesai yang dilaksanakan pada Januari tahun depan.

Okey, Tangga Batu, okey ya?

draft • 5:50 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Okey...

draft • 5:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, so, sekarang saya beralih ke Betong. Betong untuk prestasi TSPKS 2.0. Untuk tahun 2024, RM100 juta itu, 100 peratus telah dipohon dan dibiayai. Dan untuk tahun 2025, kita terima RM50 juta dan sekarang kita sudah telah membiayai lebih daripada RM50 juta, RM51 juta. So, dan kita harap untuk skim TSPKS ini kerana seperti saya yang katakan kita akan mengkaji satu lagi TSPK 3.0. So, ini yang untuk tahun depan kita akan mengutamakan macam mana mekanisme yang baru untuk isu inilah untuk menggalakkan penanaman semula.

draft • 5:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Yang Berhormat Timbalan Menteri, bukankah untuk tahun 2025 RM100 juta juga?

draft • 5:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, diumumkan RM100 juta, tetapi kita terima RM50 juta. Kalau habis...

draft • 5:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Belum terimalah?

draft • 5:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

Kita habis, lepas itu kita pohon lagi.

draft • 5:50 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Ada baki itu, hantar kat Sarawak dengan hantar Negeri Sembilan lagi.

[Ketawa]

draft • 5:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

Okey, yang untuk Betong ini, keluasan sehingga TSPKS 2.0 untuk tahun 2025, sehingga 31 Oktober.

draft • 5:50 PM

Datuk Chan Foong Hin

Luas untuk pekebun kecil yang telah dirangkumi adalah 3,443 hektar yang memakan belanjawan RM54,276,388. So, ini untuk 2025 untuk TSPKS. Dan untuk tahun 2024, bajet RM100 juta sudah dihabiskan dengan keluasan 5,900 hektar.

Okey.

Ini juga untuk Betong. Cuma, ini Betong mempersoalkan berapa pekebun yang terima bantuan lada. Saya berikan secara bertulis. Okey?

draft • 6:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Betong juga. Untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pengembangan di lapangan serta meluaskan capaian aktiviti MPB. So, aktiviti pemantauan secara terancang dan berjadual untuk pegawai-pegawai pengembangan MPB.

Dan kedua, sesi konsultasi dan libat urus yang kerap di lapangan terutamanya di kawasan pengeluar utama lada di Sarawak.

Yang ketiga, penggunaan aplikasi-aplikasi seperti DR.LADA, NutriLada dan LadaGo yang boleh membantu pekebun untuk memantau tanaman mereka serta mengambil nasihat kepada pekebun dengan cara-cara untuk menangani penyakit lada. So, ini di antara cara-cara daripada Lembaga Lada Malaysia untuk membantu pekebun-pekebun kecil untuk lada.

Okey, saya ‘nak menjawab ini soalan dari Dungun kerana jarang ada orang dia tanya tentang kenaf. So, pada tahun 2025, LKTN telah menyasarkan tanaman kenaf seluas 2,500 hektar yang melibatkan 846 pekebun kecil dengan 1,200 hektar bagi pengeluaran fiber yang melibatkan 558 pekebun kecil dan 300 hektar melibatkan 88 pekebun kecil untuk pengeluaran biji benih. So, ini dia ada beberapa aplikasi. Ada yang untuk biji benih atau yang untuk pengeluaran fiber dan juga yang untuk pengeluaran untuk makanan, untuk feedstock untuk ternakan. Dan untuk makanan ternakan ini, terdapat juga 1,000 hektar tanaman kenaf yang melibatkan 200 pekebun kecil.

Dan sehingga 31 Oktober 2025, jumlah keluasan tanaman kenaf yang telah bertanam adalah 1,763.36 hektar yang melibatkan 735 pekebun kecil dan 12 usahawan. Keluasan tanaman bagi pengeluaran fiber adalah seluas 808.16 hektar yang melibatkan 426 pekebun kecil dan empat usahawan. Sementara bagi pengeluaran biji benih seluas 311.5 hektar yang melibatkan lapan usahawan...

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

[Bangun]

draft • 6:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Selain itu, terdapat juga tanaman kenaf untuk pengeluaran makanan ternakan yang seluas 643.7 hektar yang melibatkan 201 pekebun kecil.

Dan mulai tahun 2024, LKTN juga memperluaskan pembangunan industri kenaf ke Sabah dan Sarawak dengan penglibatan pihak swasta dan agensi kerajaan negeri. Komponen program yang dilaksanakan meliputi penyediaan fasiliti penyimpanan dan pembekalan benih bagi pengeluaran fiber dan kok kenaf dan untuk membangunkan kemudahan pengeluaran dan pemprosesan kenaf.

Dan bagi pembangunan kenaf di Sabah, LKTN dan Lembaga Kemajuan Negeri Sabah dalam proses untuk membangunkan kawasan tanaman kenaf yang

draft • 6:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

berasaskan makanan ternakan di Sook, Keningau dengan sasaran keluasan 100 hektar.

Kuala Krau...

draft • 6:00 PM

Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau

Perkembangan yang cukup baik. Cuma, saya bimbang persediaan kerajaan dalam menyiapkan fasiliti huluan dan hiliran bagi meningkatkan lagi pengeluaran ke arah mencapai 2,500 hektar yang dirancang oleh kerajaan. Sejauh mana pembangunan huluan dan hiliran itu?

draft • 6:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Ini seperti soalan chicken and egg, okey, telur dan ayam. So, kita kena hendak menggalakkan lebih orang tanam baru yang keseluruhan downstream, keseluruhan ekosistem dia baru dapat dibangunkan dan ‘tak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata. So, industri atau private sector juga amat penting.

Dan salah satu contoh untuk menambah ini attractiveness untuk kenaf ini adalah melalui teh kenaf. Teh kenaf yang boleh slim-kan badan. So, saya suruh LKTN untuk menyediakan sampel-sampel kepada YB-YB sini supaya kita mendapat kesihatan yang lebih baik. So, ini salah satu cara yang kreatif untuk mengkomersialkan kenaf supaya lebih ramai pekebun dia minat untuk tanam kenaf.

So, YB, memandangkan masa sudah tamat, so kesemua soalan yang saya ‘tak dapat jawab, saya akan hantar dengan jawapan bertulis.

draft • 6:00 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Timbalan Menteri. Timbalan Menteri, sedikit, sedikit.

draft • 6:00 PM

Datuk Chan Foong Hin

Kepong tidak mengambil bahagian...

[Ketawa] Minta maaf.

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Baik, sedemikianlah jawapan daripada Menteri. Baik, Yang Berhormat, Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM477,821,300 untuk Kepala B.20 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.20 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.20 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.20 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

draft • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Majlis sekarang bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)

draft • 6:00 PM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguh sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 11 November 2025.

[Mengetuk tukul]

draft • 6:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.07 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026