Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua **(****Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor****) mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
[Membaca doa] Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi Yang Berhormat-Yang Berhormat. Sesi Majlis pada hari ini dimulakan dengan pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan. Dengan itu, saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi, Yang Berhormat Igan. Silakan, Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Sudah lama ku tanam meranti, Baru sekarang ku tanam rapat; Dato’ Yang di-Pertua sudah lama Igan menanti, Alhamdulillah baru sekarang Igan mendapat. Yang Berhormat, soalan saya nombor 1.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Dalam Negeri untuk menjawab. Silakan, Yang Berhormat.
1. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:
(a) status Projek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro di kawasan Parlimen Igan yang berada dalam keadaan daif dan tidak dapat menampung sejumlah keanggotaan yang sedia ada; dan
(b) bilakah pembinaan semula atau naik taraf IPD ini akan dimulakan bagi menjamin keselamatan dan kebajikan anggota serta masyarakat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Pantun tadi, Pontian akan jawab.
Saya menjawab jawapan ini.
Yang Berhormat, KDN amat memahami situasi IPD Daerah Matu Daro. IPD Daerah Matu Daro sedia ada telah dibina pada tahun 1992 di atas tapak Lot 19, Blok 13, Jemoreng Land District dengan keluasan 3.83 ekar. Atas keperluan semasa, saya percaya Yang Berhormat faham tentang situasi ini. Permohonan projek pembinaan baharu IPD Matu Daro pernah diangkat dalam Rolling Plan RP3, RP4 dan 5 Rancangan Malaysia Kedua Belas tahun 2023, 2024 dan 2025 di atas tapak setia ada.
Namun, tidak diperakui di peringkat value at entry (VAE) disebabkan kekangan keluasan tapak projek dan tiada fasiliti sesuai bagi pengoperasian sementara. Polis Diraja Malaysia telah dimohon untuk mengenal pasti tapak cadangan baharu yang lebih strategik dan bersesuaian bagi pembinaan baharu IPD berkenaan. Berdasarkan garis panduan dan peraturan bagi perancangan bangunan edisi tahun 2024, Yang Berhormat, keluasan tapak tanah yang diperlukan bagi pembinaan sebuah IPD baharu adalah antara 10 hingga 15 ekar.
Memandangkan pembinaan IPD Matu Daro telah disenarai di bawah Pelan Strategik PDRM 2026–2030 sebagai salah satu cadangan pembangunan baharu bagi mewujudkan tempat kerja yang kondusif untuk warga PDRM. Pihak kementerian dan PDRM akan membuat semakan keutamaan dan keperluan untuk dimasukkan dalam Rolling Plan berikutnya.
Yang Berhormat, IPD Matu Daro yang kekuatan seramai 108 pegawai anggota yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah berpangkat Deputi Superintenden Polis memang beroperasi dengan baik. Dan saya nak maklumkan sebagai maklumat tambahan, dicadangkan beberapa tempat untuk bangunan IPD baharu.
Tanah state yang sedang dipohon untuk bangunan IPD Matu Daro, antaranya ialah di Lot 2521 Blok 8 Jemoreng Land District, keluasan 20 ekar, berada lebih kurang 10 kilometer dari IPD Matu Daro, lokasi yang berdekatan dengan— still Daro; Lot 2051 Blok 17 Jemoreng Land District, keluasan 12 ekar, berada lebih kurang 14 kilometer dari IPD Matu Daro, lokasi tepi sungai...
[Tidak jelas] Kawasan-kawasan ini masih lagi dalam kajian. Ada yang jaraknya terlalu jauh dan dia tidak sesuai. Jadi, isu tanah dalam keutamaan KDN dan PDRM untuk penyelesaian bagi pembinaan IPD ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Igan, soalan tambahan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, atas jawapan yang diberikan.
Dan untuk pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya telah membangkitkan isu ini sejak 2019 lagi dan sebagaimana yang dimaklumkan bahawa projek ini memang telah dimasukkan dalam Rolling Plan yang keempat, RMK12.
Tapi mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, nampaknya projek ini menghadapi masalah kesesuaian tapak.
Jadi, soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah apakah tempoh masa ataupun tindakan ketika ini yang telah diambil oleh kementerian bagi menyelesaikan isu serta masalah yang berbangkit dalam pembinaan IPD Matu Daro yang baharu ini, khususnya dari segi mendapatkan tapak yang baharu? Dan saya mengharapkan bahawa projek ini tetap menjadi keutamaan kementerian khususnya dalam RMK13.
Susulan daripada itu, saya juga ingin tahu apakah inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian bagi meningkatkan kebajikan anggota PDRM yang bertugas di IPD Matu Daro ini kerana tempat kerja yang kurang kondusif serta kekurangan fasiliti dan lain-lain seperti kuarters? Dan apakah status terkini dari segi tahap keselamatan IPD Matu Daro ini pada ketika ini? Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Yang Berhormat sahabat saya, apa pun operasi dan juga tanggungjawab di bawah IPD berjalan sebagaimana sepatutnya. Isunya ialah bangunan baharu. Jadi, walaupun keadaan fizikal IPD Matu Daro ini kini tidak lagi dalam keadaan optimum, jadi— PDRM tetap memastikan segala operasi keselamatan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat tidak terjejas.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Dari segi anggota bertugas di IPD berkenaan terus melaksanakan tugas- tugas rondaan, penyiasatan serta penguatkuasaan undang-undang seperti biasalah dan kebajikan-kebajikan anggota juga memang dilakukan oleh PDRM sebagaimana
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
IPD-IPD lain dan juga tugasan melalui jadual operasi, penggunaan aset sedia ada yang kita buat secara optimum.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Selain itu, langkah penyelenggaraan berkala terhadap kemudahan asas di bangunan sedia ada dilaksanakan bagi pastikan struktur bangunan sedia ada selamat untuk digunakan, sementara kita menunggu pembinaan baru dilaksana. Pihak PDRM juga mengoptimumkan penggunaan ruang dan peralatan bagi pastikan kelancaran urusan serta pengoperasian harian.
Yang Berhormat, antara kerja-kerja pembaikan penyelenggaraan yang telah dilakukan pada tahun 2024–2025 antaranya ialah kerja-kerja baik pulih pembaikan kuarters premis bernilai RM80,000, kita juga kerja-kerja pendawaian semula RM100,000, kerja-kerja pembaikan am, bumbung siling Balai Polis Daro bernilai RM200,000, kerja-kerja pembaikan penempatan kabin, bilik gerakan, bilik mesyuarat IPD juga dilakukan.
Dan selain daripada itu, pembangunan semula IPD Matu Daro sememangnya saya nak maklumkan. diberikan perhatian oleh kementerian dan juga Polis Diraja Malaysia memandangkan ia telah disenarai dalam pelan dan strategik PDRM sebagai salah satu projek keutamaan bagi memperkukuhkan infrastruktur keselamatan di kawasan luar bandar. Walau bagaimanapun, projek ini masih belum diperakukan lagi dan sedang dipertimbangkan untuk masuk dalam Rolling Plan ke- 13 yang berikutnya.
Jadi, di peringkat ini, PDRM sedang menilai semua keperluan dari segi tapak, reka bentuk bangunan, kos keseluruhan agar pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan lebih terancang. Yang penting ialah kita nak pastikan keperluan anggota, bangunan yang selamat dan kita dapat pastikan keselamatan rakyat di kawasan jagaan dapat dilakukan dengan sempurna dan memenuhi impian rakyat terutama...
[Tidak jelas] Yang Berhormat yang telah bekerja lama. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, dari Sarawak saya nak bawa ke Kelantan khususnya ke Kuala Krai. IPD Kuala Krai di antara IPD yang lamalah, bangunan lama dan bandar Kuala Krai sendiri berusia lebih 100 tahun. Dengan
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
kedudukan IPD yang tidak strategik pada hari ini, bangunan lama, sempit, bahkan ada unit-unit yang menumpang bangunan majlis daerah contohnya unit trafik, commercial crime, ketenteraan awam menumpang.
Jadi, soalan saya ialah adakah pihak kementerian berhasrat untuk meluluskan IPD baru di Kuala Krai? Kerana dalam mesyuarat RT ataupun rancangan tempatan pada tahun 2021, pihak IPD Kuala Krai telah memohon satu tapak baru di kawasan bandar baru Kuala Krai seluas 30 ekar dan pelan pun ada terdapat di sini.
[Sambil menunjukkan sehelai kertas] Lokasinya berhampiran dengan hospital baru Kuala Krai.
Jadi, soalan saya ialah adakah pihak kementerian dapat meluluskan peruntukan, khususnya dalam RMK13 ini? Pertama sekali pengambilan tanah dan kalaulah perlu pada pengambilan awal, pengambilan kemudian barulah dibuat bangunan. Yang penting, usaha itu perlu ada. Jadi, adakah Yang Berhormat bersedia untuk membantu IPD Kuala Krai? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa yang dinyatakan oleh...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Yang Berhormat, Dato’ Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
...Kuala Krai...
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Agak terkeluar daripada topik ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ini betul.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Apa pun saya nak sebut, memang KDN dan PDRM khususnya memang kita ada senarai yang panjang dan keutamaan setiap projek-projek yang ingin dilaksanakan. Kita memang mengenal pasti mana kawasan yang diberi keutamaan kerana keutamaan kita ialah pastikan supaya kemudahan baik kuarters, situasi kerja dapat dilengkapkan bagi membolehkan pelaksanaan tanggungjawab dilakukan dengan sempurna.
Apa-apa pun Yang Berhormat, kerana soalan spesifik, saya akan bagi komen secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Betul, Yang Berhormat. Saya teringat zaman saya dalam PDRM, banjir, kertas siasatan komersial habis tenggelam. Jadi, beri perhatianlah tentang perkara tersebut.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikutnya, baik. Berikutnya, saya mempersilakan Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor, Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih Timbalan Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi dan salam sejahtera.
Pagi-pagi sudah sendawa, Soalan Temerloh nombor 2. Terima kasih.
2. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor [Temerloh] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan sejauh mana usaha untuk membentuk jabatan OKU demi mengiktiraf sumbangan OKU dalam pembangunan negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, sila jawab.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua, Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685] telah diwartakan pada 24 Januari 2008 sebagai komitmen kerajaan bagi memastikan hak asasi orang kurang upaya ataupun OKU di negara ini terbela.
Melalui Akta 685 ini, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) telah pun ditubuhkan dan telah mula beroperasi sejak 1 Mei 2009. Penubuhan JPOKU ini juga merealisasikan hasrat dan komitmen kerajaan untuk mempunyai satu entiti khusus yang memberi perhatian kepada isu serta menawarkan perkhidmatan terus kepada golongan OKU, merangkumi penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, sokongan serta pembangunan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, soalan tambahan Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, soalan tambahan saya. Apakah mekanisme pemantauan yang akan digunakan bagi menilai keberkesanan jabatan OKU dalam memperkasa golongan OKU? Adakah Kementerian KPWKM bekerjasama dengan KESUMA untuk memastikan majikan
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
swasta yang menggaji OKU diberi insentif cukai kerana hanya 0.3 peratus daripada jumlah tenaga kerja OKU yang diambil bekerja? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Menteri, untuk menjawab.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya, pertama sekali memang kita bekerjasama dengan pelbagai kementerian. Kita ada Majlis OKU – Majlis Kebangsaan OKU, di mana mereka semua sama duduk bersama kita melihat kepada keperluan OKU ini, supaya kita secara kumpulan yang besar sebagai majlis untuk melihat keperluan.
Selain daripada itu juga, dari segi KESUMA itu memang ada dalam majlis kita untuk melihat daripada dari segi keperluan pekerjaan. Setakat ini, kita telah— Kerajaan telah meletakkan satu persen untuk pekerja untuk OKU diambil untuk bekerja. Cuma setakat ini, kementerian kami secara— We are proud to say-lah dengan izin. Kita hampir dua peratus pekerja OKU digajikan.
Yang lain itu, insentif yang lain itu boleh kata insentif itu tidaklah, tetapi kita bekerjasama bergantung kepada apa yang kementerian-kementerian yang lain boleh lakukan dari masa ke semasa. Kalau insentif kewangan itu mungkin kurang. Saya ambil contoh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Mereka mengambil iktibar daripada apa yang kita ada melalui OKU. Mereka beri free untuk naik bas, macam itu. Pengangkutan awam itu salah satu daripada contohnya. Ya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Betong bangun dulu tadi kan?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tak jadi. Bagi laluan dekat Tampin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Betong, tak nak?
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bagi laluan Tampin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya bagi pada Yang Berhormat Betong ni. Kalau tak nak, saya bagi Tampin.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Tak apa, saya bagi dengan Tampin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Sebelum itu saya mengambil kesempatan mengalu-alukan kehadiran Persatuan Pesara-pesara LLN ataupun TNB Negeri Sembilan. Tetamu Yang Berhormat Tok Mat Rembau. Selamat datang ko Dewan Rakyat semua.
Negara-negara...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Selamat tibo.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Selamat tibo.
[Ketawa] Negara- negara seperti Jepun dan Australia telah menubuhkan agensi khusus untuk pembangunan serta integrasi OKU bagi membolehkan pelaksanaan dasar yang lebih berfokus dan pemantauan yang lebih efektif. Manakala di Malaysia kita masih membincangkan status penubuhan jawatankuasa khusus untuk golongan OKU dan masih belum capai sasaran satu peratus penjawat awam bagi kategori tersebut.
Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk meneliti model pentadbiran luar negara dalam membentuk jabatan OKU agar dasar dan perkhidmatan kepada golongan ini lebih terselaras? Apakah strategi terkini kementerian bagi memasti sasaran sekurang-kurangnya satu peratus pengambilan OKU dalam sektor awam benar-benar tercapai? Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Patutlah dia dijemput sebab nak mengalu- alukan kedatangan.
Yang Berhormat, dari segi satu peratus tadi itu, dia bukan merupakan satu sasaran kami sahaja. Ini satu sasaran dari negara kita juga dan kita telah berbincang dengan Jabatan Pentadbiran Awam untuk mengemas kini supaya mereka tahu bahawa kita masih lagi belum mencapai.
Selain daripada itu juga, kalau dari segi benchmarking itu dengan izin, kita memang sentiasa sebab itu ada daripada golongan OKU kita merepresentasikan Malaysia. Kita hantar keluar negara, ke UN untuk bersama bertemu dengan rakan-
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
rakan lain daripada negara lain untuk mereka dapat berkongsi. Sejak penubuhan JPOKU ini, banyak pencapaian kita yang membanggakan dikecapi dalam menyediakan perkhidmatan sokongan pembangunan OKU di negara seperti dalam program latihan di Bengkel Terlindung. Ini kita bantu mereka supaya mereka mendapat pekerjaan. Ada yang tak boleh keluar daripada bengkel itu kerana keadaan mereka, tapi kita bantu untuk menghasilkan, menjual produk-produk mereka.
Juga, Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan ini juga yang kita banyak bekerjasama dengan industri-industri yang lain dan juga Program Perkhidmatan Job Coach untuk memberikan mereka pekerjaan. Tapi kami lah yang menjadi orang tengah untuk setelah menilai pekerja OKU – orang OKU ini, kita bercakap dengan orang yang mungkin boleh memberi pekerjaan.
Kita— itulah cara kita. Banyak lagi yang kita lakukan kerana banyak perbincangan dan juga kerjasama dengan NGO dan juga, malah dengan di pihak negara luar juga untuk membantu kita dan kita sentiasa bekerjasama bagi membolehkan OKU kita yang mempunyai bakat ini boleh dibantu. Ini setakat yang boleh saya jawab sebabnya banyak, Tuan Yang di-Pertua. Kalau nak cerita itu, boleh cerita di luar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan ketiga. Dipersilakan Puan Vivian Wong Shir Yee, Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Dato’ Speaker.
Soalan Sandakan nombor 3.
Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan:
(a) purata kos tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu pada musim perayaan sekiranya program harga maksimum RM499 tidak dilaksanakan oleh kerajaan; dan
(b) adakah kementerian bercadang untuk mewajibkan syarikat penerbangan untuk menyatakan kepada pembeli jumlah subsidi tiket penerbangan yang diberi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Sila jawab.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan di- Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Selamat datang kepada rakan- rakan dari Negeri Sembilan.
Tuan di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bermula tahun 2024 Kerajaan MADANI telah melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk laluan-laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai, Pesta Keamatan dan Hari Natal.
Pada tahun 2024, tiket penerbangan sehala yang layak telah ditetapkan pada harga siling RM599 untuk tiga hari sebelum musim perayaan. Kos melebihi harga siling adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tidak termasuk cukai dan fi.
Pada tahun 2025, harga siling ini diturunkan kepada RM499 sahaja dan tempoh subsidi dipanjangkan kepada empat hari sebelum musim perayaan. Sekiranya tiket tidak mencecah harga siling, mereka akan dijual pada harga pasaran seperti biasa.
Tanpa subsidi, harga tiket penerbangan sehala bagi laluan Kuala Lumpur ke Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu pada musim perayaan boleh mencecah RM1,000 ataupun lebih. Dan memang ini perkara yang amat biasa pada musim- musim perayaan yang dulu bergantung kepada faktor permintaan, waktu tempahan dan ketersediaan tempat duduk.
Sebagai contoh, harga purata bagi laluan Kuala Lumpur–Sandakan sebelum pelaksanaan program subsidi ini pada bulan Januari 2023 bersempena Tahun Baharu Cina adalah RM907. Pada tahun 2024, Kementerian Pengangkutan telah membelanjakan RM11 juta untuk mensubsidikan 26,993 tiket penerbangan yang melebihi had ke siling RM599. Ini bermaksud harga purata sebenar tiket penerbangan ialah RM1,007. Kerajaan telah mensubsidikan RM408 menjadikan harga maksimum yang dibayar oleh penumpang adalah RM599.
Bagi tahun 2025, kementerian membelanjakan RM19.5 juta untuk mensubsidikan 39,744 tiket penerbangan iaitu RM491 untuk setiap tiket penerbangan yang layak. Dengan subsidi ini, harga maksimum yang perlu dibayar oleh penumpang adalah RM499, walaupun purata harga sebenar adalah RM990.
Subsidi untuk tahun ini telah dilaksanakan untuk Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai, Pesta Keamatan dan akan diteruskan untuk Krismas pada bulan depan. Kementerian Pengangkutan mengambil maklum bahawa sesetengah penumpang mungkin tidak sedar jumlah subsidi besar yang telah diperuntukkan kerajaan apabila mereka membeli tiket penerbangan pada musim perayaan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Kementerian Pengangkutan mengalu-alukan cadangan dari Yang Berhormat dan akan berbincang dengan pihak syarikat penerbangan bagi mencari mekanisme terbaik untuk memaklumkan kepada penumpang berkenaan dengan jumlah subsidi tiket penerbangan yang telah pun memanfaatkan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Sandakan, soalan tambahan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang sangat terperinci sekali.
Soalan saya seterusnya adalah berkenaan dengan Lapangan Terbang Sandakan. Saya mengalu-alukan pengumuman Yang Berhormat Menteri atas penaiktarafan Lapangan Terbang Sandakan iaitu penambahan dua aerobridge pada satu bulan lalu.
Soalan saya adalah adakah kementerian bercadang untuk memperluaskan balai ketibaan yang agak sesak apabila beberapa pesawat mendarat pada masa yang sama dan bilakah projek penaiktarafan ataupun penambahan aerobridge ini akan dijalankan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Memang kita di peringkat Kementerian Pengangkutan sedang berbincang dengan pihak Malaysia Airports Holdings Berhad, MAHB iaitu operator lapangan terbang untuk melaksanakan projek-projek penambahbaikan dan juga menaik taraf Lapangan Terbang Sandakan termasuk penambahan aerobridge dan juga kemungkinan untuk membesarkan balai ketibaan.
Projek ini dijangka dapat dilaksanakan dengan kadar yang lebih cepat kerana peruntukan untuk melaksanakan projek ini melalui ADF ataupun Airport Development Fund, satu dana yang telah pun ditubuhkan selepas operating agreement baharu di antara pihak kerajaan dengan MAHB dimuktamadkan hampir dua tahun yang lalu.
Jadi, dengan adanya Airport Development Fund ini, dana-dana pembangunan dapat disalurkan kepada projek-projek penaiktarafan yang tidak memakan belanja yang terlalu besar seperti apa yang akan dilaksanakan di Lapangan Terbang Sandakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Setiu. Silakan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, terima kasih, Yang di- Pertua. Saya dapat maklumat ada pakej yang dikenali sebagai FLYsiswa kepada para pelajar dengan kadar RM400 untuk pelajar daripada Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan, tetapi pakej ini hanya untuk pelajar yang di bawah IPTA, matrikulasi, kolej serta institusi pendidikan di bawah KPM seperti IPG.
Soalan saya, adakah kementerian ingin memperluaskan lagi kelayakan kepada pelajar daripada IPTS dan juga kepada penjawat awam khusus guru yang sentiasa berulang alik ke Semenanjung, daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak? Dan juga ada syarikat penerbangan yang mengenakan penalti disebabkan oleh kesilapan tak masukkan nama bapa ketika booking ataupun tempahan tiket secara online. Kadar penalti yang dikenakan kadang-kadang lebih tinggi daripada tiket kos penerbangan tersebut. Apakah inisiatif kementerian untuk menyelesaikan perkara ini? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, itu bukannya pakej. FLYsiswa itu adalah satu inisiatif daripada Kerajaan MADANI untuk memberikan baucar tiket penerbangan bernilai RM400 kepada pelajar-pelajar di peringkat ijazah ataupun di peringkat universiti, IPTA tempatan, politeknik dan juga kolej-kolej matrikulasi dan sebagainya. Kolej-kolej bukannya matrikulasi, politeknik, kolej-kolej perguruan dan sebagainya di bawah Kementerian Pendidikan.
Itu adalah satu baucar bernilai RM400 untuk mereka tebus. Bukan bermaksud setiap tiket penerbangan itu RM400. Dia ada nilai RM400 di mana mereka boleh membeli tiket penerbangan untuk berulang-alik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak. Ini untuk pelajar Semenanjung yang belajar di Sabah, Sarawak, dan juga khususnya pelajar-pelajar Sabah, Sarawak, Labuan yang belajar di Semenanjung yang jumlahnya lebih ramai.
Kalau tiket penerbangan itu kurang daripada RM400, maka mereka tetap boleh menggunakan nilai itu untuk membeli tiket penerbangan seterusnya. Jadi, tidak timbul bahawa itu satu pakej. Ia adalah satu inisiatif bernilai RM400 yang diberikan kepada pelajar-pelajar kita di peringkat IPTA.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi, itu adalah satu inisiatif daripada Kementerian Pengangkutan, bukannya daripada mana-mana peruntukan. Jadi kalau yang kita mula bukannya melalui peruntukan, kita mula dengan dulu penjualan MPI. Selepas itu, Kementerian
Tuan Loke Siew Fook
Kewangan baru diletakkan dalam bajet. Maka sekarang ini kita ada peruntukan ini untuk inisiatif ini.
Sama ada nak diperluaskan kepada pelajar-pelajar di peringkat IPTS, IPTS ini jumlahnya sangat besar. Jadi bukannya kita tak nak, tapi kita ada kekangan dari segi kewangan, satu orang RM400. Jumlahnya bukan kecil. Jadi 100,000 orang telah pun mengambil RM40 juta.
Jadi, kita ada pelbagai inisiatif ini untuk memastikan golongan-golongan yang disasarkan dapat diberikan. Namun begitu, kita tetap akan mencari jalan untuk melihat bagaimana dapat diperluaskan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan di peringkat IPTS. Ini memang sesuatu yang telah pun kita fikirkan apabila kita melaksanakan inisiatif ini sebelum ini.
Berkenaan dengan caj, kalau ada apa-apa caj tambahan, pertukaran nama yang lebih daripada tiket penerbangan, kalau Yang Berhormat ada kes spesifik, tolong bawa kepada saya. Jadi, saya tak rasalah sampai melebihi tiket penerbangan.
Tetapi kalau ada caj yang dikatakan terlalu terlampau dan sebagainya, kalau ada kes spesifik, tolong serahkan kepada kita. Sebab kalau aduan secara general sahaja, sukar untuk kita mengambil tindakan. Jadi, kalau ada apa-apa kes spesifik seperti ini, saya alu-alukan pihak Yang Berhormat untuk serahkan kepada Kementerian Pengangkutan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan yang 4. Dipersilakan Tuan Zakri bin Hassan, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan sahabat saya YB Timbalan Menteri.
Dari Kangar ke Kudat, Kangar mohon jawab soalan empat. Terima kasih.
4. Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan adakah kementerian bercadang menambah peruntukan khas untuk pembangunan infrastruktur pelancongan di Perlis, memandangkan kedudukannya sebagai negeri terkecil tetapi berpotensi besar dalam sektor pelancongan sempadan dan ekopelancongan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa memberi perhatian akan ketersediaan infrastruktur asas dalam menyokong aktiviti pelancongan di seluruh negara, iaitu melibatkan aktiviti pemulihan, pemuliharaan, ubah suai dan naik taraf kemudahan pelancongan PPUN.
MOTAC juga sentiasa bekerja rapat dengan semua kerajaan negeri termasuklah Kerajaan Negeri Perlis dalam memastikan kemudahan di lokasi-lokasi pelancongan utama di Malaysia berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk kegunaan para pelancong tempatan mahupun luar negara.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), Kerajaan Persekutuan melalui MOTAC telah meluluskan sebanyak 34 projek pembangunan serta penyelenggaraan dengan peruntukan berjumlah RM20,756,000 kepada Negeri Perlis. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat jua, perancangan dan pelaksanaan pembangunan kemudahan pelancongan di negeri Perlis adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri Perlis melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri
(BPEN) Perlis, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkenaan.
Sehubungan dengan itu, MOTAC mencadangkan agar pihak ahli Yang Berhormat supaya mengadakan kolaborasi dengan pihak BPEN Perlis atau PBT yang berkenaan bagi membangun dan meningkatkan kemudahan pelancongan setempat yang bersesuaian dengan perancangan Kerajaan Negeri Perlis.
MOTAC mengalu-alukan cadangan oleh ahli Yang Berhormat dan bersedia untuk mempertimbangkan sebarang permohonan baharu selaras dengan hala tuju MOTAC dan keutamaan Kerajaan Negeri Perlis melalui BPEN Negeri Perlis bagi membantu menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pelancongan di negeri Perlis demi menyokong industri pelancongan tempatan sekali gus menjana ekonomi setempat dengan syarat aspek penyelenggaraan secara berkala dan pengurusan pengoperasian diberi perhatian yang sewajarnya.
MOTAC sentiasa menyokong sebarang projek pembangunan pelancongan kebudayaan dan warisan yang dapat membantu meningkatkan industri pelancongan dan kebudayaan negara selaras dengan garis panduan Rancangan Malaysia Lima Tahun, Dasar Pelancongan Negara 2020–2030, Dasar Kebudayaan Negara 2021, Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2020–2030, Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan garis panduan kerja-kerja pemulihan, pemuliharaan, ubah suai dan naik taraf
(PPUN) yang dikeluarkan oleh MOTAC. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Kangar, soalan tambahan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih YB Timbalan Menteri. Jadi saya pun dah berbincang dengan Exco Pelancongan Perlis, juga dengan pihak BPEN dan apa pun saya kena sentuh sedikitlah berkaitannya dengan pelancongan di Kangar terutamanya di kawasan Pulau Ketam di Kuala Perlis, bukan Pulau Ketam di Selangor.
Ia merupakan kawasan pelancongan baru yang sedang dibangunkan dan ia mula menggamit kedatangan pelancong-pelancong. Jadi untuk pengetahuan semua, Pulau Ketam ini adalah titik paling utara, kalau di selatan Tanjong Piai. Kalau di Perlis, dia adalah titik paling utara di seluruh Malaysia. Jadi, titik ini merupakan titik yang tersembunyi yang perlu dibangunkan.
Jadi, Pulau Ketam dan juga Dataran Wai masih lagi kekurangan dari segi infrastruktur. Kawan-kawan saya datang daripada luar, pergi sebut apa ini, tandas pun tak ada, surau pun tak ada. Jadi, ini sedikit mengganggu hasrat pelancong- pelancong daripada negeri-negeri lain.
Jadi, apakah MOTAC bersedia untuk pantas membantu Perlis dalam membangunkan Pulau Ketam dan juga Dataran Wai? Dan lagi satu soalan, berkaitan homestay, setakat manakah kursus pengurusan yang dibuat untuk pengusaha- pengusaha homestay? Terima kasih sahabat saya. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Demi cinta kepada Yang Berhormat Kangar, permohonan boleh dilakukan melalui pihak berkuasa tempatan. Apabila permohonan telah diajukan secara rasmi kepada pihak kementerian, insya-Allah saya lihat tidak ada perkara-perkara yang boleh menyusahkan dalam cadangan untuk kita laksanakan.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Keduanya juga kita ada mengadakan tujuh kursus homestay–– minta maaf, enam kursus homestay yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Perancangan Industri ataupun Pembangunan Industri Pertama, kita ada kursus asas homestay. Kedua, kita ada kursus refresher program pengalaman homestay. Ketiga, kursus pembangunan pakej homestay.
Keempat, kursus mesra Malaysia. Kelima, kursus bahasa dan akhir sekali ialah kursus pembuatan kraf tangan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya kepada Timbalan Menteri. Untuk makluman Perlis ini mempunyai potensi besar dalam pelancongan sempadan dengan Thailand ini, terutama ekopelancongan di Wang Kelian dan Gua Kelam.
Jadi, soalan saya, apakah strategi khusus MOTAC untuk menarik pelaburan swasta ataupun usahawan tempatan untuk membangunkan destinasi ekopelancongan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, kita sering kali mengadakan promosi untuk pakej ekopelancongan, kerana pakej ekopelancongan ini memberikan gambaran yang berbeza berbanding negara-negara lain yang turut mengutamakan sektor pelancongan sebagai salah satu pemangkin ekonomi mereka. Di sebalik itu, kita juga sedar ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan untuk memastikan ekopelancongan terutamanya di negara kita ini menjadi salah satu produk yang utama.
Kita telah mengadakan banyak sesi libat urus, bukan sahaja dengan pemain- pemain industri, tetapi juga dengan kerajaan-kerajaan negeri yang berpotensi untuk diangkat sebagai negeri yang mempunyai anugerah berkenaan dengan ekopelancongan.
Keduanya juga kita tahu, kita memberikan geran GSSK, kita ada juga jabatan di bawah kementerian iaitu Bahagian Pembangunan Industri untuk kita melihat perkara-perkara bagaimana ekopelancongan ini juga boleh diperbaiki dari sudut accessibility-nya dan juga infrastrukturnya.
Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Majlis ke soalan selanjutnya. Dipersila Dato’ Sri Dr.
Richard Riot anak Jaem, Yang Berhormat Serian.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Menjual durian di kaki lima, Soalan Serian nombor lima.
5. Dato' Sri Dr. Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini Jalan Persekutuan Serian/Tebedu dan bilakah kerja-kerja naik taraf jalan akan dilaksanakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dalam Taman bunga selasih, Berterbangan si rama-rama; YB Serian terima kasih, Ini jawapan nombor lima. Dato' Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya dengan kerjasama JKR Sarawak, selaku agensi pelaksana sedang melaksanakan kerja-kerja awalan bagi cadangan menaik taraf Jalan Persekutuan 21 dari Serian ke Tebedu hingga ke sempadan Indonesia di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan kos sebanyak RM13 juta.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Skop kerja awalan yang sedang dilaksanakan merangkumi penyiasatan tapak, kajian impak alam sekitar, kajian impak trafik, kejuruteraan awam, struktur serta audit keselamatan jalan raya. Melalui skop kejuruteraan awam dan struktur, cadangan mereka bentuk, menaik taraf melibatkan skop kerja seperti berikut:
(i) menaik taraf jalan sedia ada dari dua lorong sepanjang 42 kilometer kepada empat lorong;
(ii) membina baru 10 jambatan dan menaik taraf 10 jambatan sedia ada;
(iii) menaik taraf 11 persimpangan sedia ada dan membina persimpangan baharu U-turn atau P-turn mengikut keperluan dan kesesuaian lokasi;
(iv) membina satu jejantas crossover di SK Sungai Sameran;
(v) pemasangan lampu isyarat dan lampu jalan; dan
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
(vi) membina sistem perparitan, pembetungan dan perabot jalan.
Secara keseluruhan, kerja-kerja awalan ini disasarkan untuk disiapkan sepenuhnya menjelang akhir tahun 2026. Bagi baik pulih jalan rosak di laluan ini, Kementerian Kerja Raya akan menyediakan program penyenggaraan turapan berdasarkan notis kerosakan yang disediakan oleh syarikat konsesi penyenggaraan bersama-sama JKR Negeri Sarawak.
Pada tahun 2021 hingga tahun 2025, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM8.7 juta bagi melaksanakan penyenggaraan berkala pavement, RM1.325 juta bagi pelbagai penyelenggaraan berkala bukan pavement dan pembaikan cerun berjumlah RM2.5 juta yang dilaksanakan oleh pihak konsesi bagi memastikan jalan yang rosak diperbaiki. Jumlah kelulusan peruntukan ini telah mengambil kira kebolehlaksanaan tahun semasa bagi memastikan jalan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk digunakan oleh pengguna trafik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Serian.
Dato’ Sri Dr. Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. 13 juta adalah untuk baik pulih, penyelenggaraan jalan yang sedia ada. Soalan saya ingin tahu, berapa sebenarnya on cost untuk membina semula Jalan Serian–Tebedu yang sepanjang lebih kurang 48 kilometer? Oncost sebenar, bukan untuk penyelenggaraan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tadi saya memberikan dua kos.
Satu kos penyenggaraan, satu lagi kos kerja awalan. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Serian, beliau ini Speaker, beliau adalah cikgu kepada isteri saya. Cikgu satu ketika dulu sebab isteri saya orang Sarawak. Jadi, kosnya kita akan kemukakan kosnya kepada Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan setelah selesai kerja-kerja awalan yang dijangka akhir 2026. Kerja ukur lima juta, reka bentuk awam struktur (C&S) 5.9 juta, kerja alam sekitar 500,000, kajian trafik RM300,000, audit keselamatan jalan RM800,000.
Jadi, setelah selesai hujung tahun 2026 atau sebelum itu, kita akan dapat anggaran. Kemudian, kita akan ada value assessment ya, bersama Kementerian Ekonomi untuk kita menentukan berapakah jumlah kos sebenar. Tentunya lebih daripada 500 juta. Tentunya lebih daripada 500 juta. Mungkin sehingga satu bilion
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
agaknya ya, kerana ada dua lorong jadi empat lorong dengan 10 jambatan apa semua ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Langkawi.
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, selaku ketua portfolio KKR, saya mendapat banyak maklumat berhubung dengan KKR ini. Dan salah satu maklumat yang saya dapat bahawa laporan umum menyatakan bahawa jalan di Sarawak ini dibina dengan kualiti yang rendah atau bahan yang tak lengkap, lalu cepat rosak.
Dan dalam laporan daripada DayakDaily juga menyatakan bahawa jalan tersebut terdapat 29 tanah runtuh di kawasan tersebut.
Jadi, satu lagi laporan menyatakan bahawa kementerian menyatakan bahawa jalan ini bukan dalam keutamaan untuk naik taraf. Dia ada 29 jalan-jalan yang dikenal pasti tanah runtuh. Jadi, soalan saya Yang Berhormat Menteri, kategori bagaimana yang menyatakan bahawa keutamaan naik taraf ini tidak diberikan kepada jalan tersebut termasuk jalan-jalan lain di seluruh Malaysia? Terima kasih Dato’ Dr. Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
YB Langkawi pernah pergi Sarawak ke, menyatakan bahawa jalan banyak runtuh apa semua ini?
Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi
Ini berdasarkan laporan yang saya dapat. Saya boleh share dengan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya hampir semua kawasan Sarawak saya dah pergi ya dan baru-baru ini misalnya, saya pergi ke Lubok Antu melalui Lebuhraya Pan Borneo. Begitu cantik, jalan bagus, semua sekali. Itu Lebuhraya Pan Borneo yang sudah siap dan kemudian Perdana Menteri juga telah melancarkan SSLR2, Sabah-Sarawak Link Road bersama dengan Premier pada dua bulan yang lepas. Saya juga pergi. Ini kawasan Limbang, YB Limbang ada di sebelah saya ini.
Ya, kita akan sentiasa memerhatikan dari segi bahan-bahan supaya tidak cepat rosak dan kemudian tanah runtuh tentunya kita akan perbaiki tanah runtuh itu.
Kita ada juga peruntukan untuk memperbaiki cerun dan juga tanah runtuh, sama ada kawalan awal ataupun apabila perkara itu sudah berlaku. Dan kategorinya, untuk memastikan jalan itu dinaik taraf atau tidak, ia berdasarkan keutamaan negeri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya ingin mengesyor agar YB Serian selalu bertemu dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak dan Premier Sarawak untuk memastikan Jalan Serian–Tebedu ini akan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin. Saya pernah pergi Tebedu, sempadan Indonesia itu dan tahu tentang jalan yang dimaksudkan ini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri JKR. Yang Berhormat punya orang rumah, gurunya Yang Berhormat Serian ya?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya pula dengan Langkawi, satu sekolah. Baru tahu, satu batch. Alumni 50 tahun, homecoming dinner baru tahu. Saya tengok dia, “Eh, ini Yang Berhormat”. Kadang kita...
[Dicelah] Ya, Yang Berhormat?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Sekolah mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Baru ini saya pergi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Ya, alhamdulillah. Baik, berikut saya mempersilakan Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew, Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan jumlah projek pusat data yang diluluskan, unjuran penggunaan elektrik dan air serta strategi kerajaan mengimbangi pelaburan AI dengan keselamatan sumber negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Mempersilakan Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Dato’ Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sibu. Pusat data adalah infrastruktur utama dalam pembangunan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI). Hala tuju kerajaan adalah untuk memastikan pelaburan
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
pusat data mengutamakan pelaburan keseluruhan rantaian bekalan atau whole of value chain investment.
Ini termasuk pusat data sebagai off-taker atau pengguna tenaga boleh baharu (renewable energy), mewujudkan rantaian bekalan bagi peralatan pusat data di Malaysia, menghasilkan peluang pekerjaan bergaji setimpal untuk warga Malaysia dan meluaskan penggunaan AI dalam ekonomi kita khususnya diguna pakai dalam industri negara.
Pasukan Petugas Pusat Data (Data Centre Task Force) atau DCTF yang dipengerusikan bersama oleh Menteri MITI dan Menteri Kementerian Digital serta dianggotai oleh Suruhanjaya Tenaga, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
(SPAN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan agensi lain yang berkaitan berperanan untuk merangka dasar dan strategi bagi pembangunan lestari industri pusat data.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Jumlah projek pelaburan pusat data yang telah diluluskan sepanjang tempoh 2021 sehingga 30 Jun 2025 adalah sebanyak 143 projek. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25 projek telah diluluskan incentive Digital Ecosystem Acceleration Scheme (DSEC) dengan jumlah pelaburan adalah sebanyak RM144.4 bilion. Dan pelaburan ini dijangka akan mewujudkan sebanyak 1,429 pekerjaan baru. Projek secara keseluruhan diuruskan oleh MDEC tetapi projek yang diberikan insentif diuruskan oleh MIDA.
Berkenaan dengan unjuran penggunaan sumber, data daripada Suruhanjaya Tenaga menunjukkan bahawa penggunaan elektrik sebenar bagi pusat data seluruh negara setakat Jun 2025 adalah sebanyak 603 megawatt berbanding dengan maximum demand yang diisytiharkan iaitu sebanyak 1,276 megawatt mencatatkan peratusan penggunaan kira-kira 47 peratus dari maximum demand yang diisytiharkan.
Demi kestabilan sistem pembekalan tenaga keseluruhan, sasaran adalah untuk mencapai 85 peratus dari maximum demand. Suruhanjaya Tenaga turut melaksanakan analisa keperluan tenaga pusat seperti komitmen pelanggan akhir dan penggunaan tenaga sebenar dan mendapati bahawa terdapat kebarangkalian permohonan yang berbentuk spekulatif. Unjuran kapasiti tenaga telah dikemas kini dengan mengambil kira anggaran tersebut bagi mengurangkan risiko aset tenaga tidak diguna pakai atau stranded asset dan pengalihan kos kepada pengguna lain.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Suruhanjaya Tenaga juga telah melaksanakan proses request for information
(RFI) bagi mengumpul maklumat terperinci daripada pusat data untuk tujuan perancangan bekalan elektrik yang lebih cekap dan berkesan. Dalam aspek penggunaan air, data dari operator air negeri Selangor yang juga membekalkan air kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Johor menunjukkan bahawa penggunaan air oleh pusat data adalah terkawal.
Secara purata, jumlah penggunaan air bagi operasi pusat data di dalam kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah sebanyak 0.47 juta liter harian atau MLD, million liter per day iaitu hanya 0.12 peratus daripada penggunaan keseluruhan air domestik dan air bukan domestik di kawasan tersebut yang berjumlah 3,879 juta liter harian. Manakala di Johor pula, penggunaan air oleh pusat data mencatat jumlah 9.07 juta liter harian iaitu 0.6 peratus daripada penggunaan keseluruhan air domestik dan bukan domestik negeri Johor yang berjumlah 1,511 juta liter harian. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya ialah, adakah kebergantungan kepada pusat data asing ini akan menjejaskan kedaulatan data negara? Apakah langkah-langkah atau piawaian yang akan diambil oleh kementerian untuk mengelakkan berlakunya kebocoran data? Dan juga, adakah kementerian mewajibkan supaya semua pusat data ini mengikuti piawaian tertentu Green Data Center supaya ia tidak menjejaskan carbon rating atau carbon emission negeri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih. Untuk data yang di dalam lingkungan ataupun dalam pusat data, tidak ada isu bahawa kedaulatan ataupun isu maklumat dikeluarkan daripada pusat data. Untuk mengarah ke hala tuju ke masa hadapan, kita akan ada fasiliti atau pusat data khusus untuk data kerajaan. Itu adalah untuk maju ke hadapan. Data center untuk memastikan kedaulatan maklumat negara akan diadakan.
Piawaian yang diadakan di bawah skim insentif adalah PUE dan juga WUE ataupun power usage efficiency (PUE) dan juga water usage efficiency. Tahap ini telah dipastikan oleh MIDA dan juga Data Center Task Force supaya pengguna boleh mematuhi PUE dan WUE. Dan untuk masa depan, kita akan memastikan kita ada
Tuan Liew Chin Tong
satu single operating atau single licensing authority supaya semua data center diberikan license oleh satu badan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Soalan tambahan saya Dato' Yang di-Pertua. Malaysia perlukan banyak data center kerana teknologi AI yang akan kita gunakan. AI yang meletup akhir-akhir ini membuatkan pertumbuhan DC yang begitu pesat. Antara perkara-perkara yang ataupun yang diperlukan untuk DC ini yang pentingnya ialah air dan tenaga. Ini suatu yang menjadi banyak perbahasan. McKinsey mengunjurkan permintaan global DC akan meningkat 19 hingga 22 peratus sehingga tahun 2030. Permintaan global sekarang ialah 63 gigawatt.
Soalan saya Dato' Yang di-Pertua, apakah dasar nasional atau regulations yang sudah ada atau sedang dibangunkan oleh kerajaan untuk menentukan pertumbuhan data center ataupun pusat data selaras dengan kelestarian dan keperluan sumber air dan tenaga untuk data center dan keperluan penduduk tempatan?
Keduanya, apakah pemantauan ketelusan dan kaedah laporan yang akan diinstitusikan supaya rakyat Malaysia dapat mengetahui kemajuan projek-projek data center dan faedah sosioekonomi yang dijanjikan oleh DC termasuk peluang pekerjaan. Sebab apa yang kita tahu sekarang ini, kita hanya buat kerja ini untuk pembinaan dan operasi, tetapi peluang pekerjaan yang berkemahiran tinggi masih dibuat oleh mereka-mereka yang datang daripada luar negara ataupun pelabur- pelabur. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Pasu.
Pusat data dia macam hotel. Apa yang kita ada buat setakat ini, kebanyakan itu hotel saja. Tapi seperti apa yang saya kata tadi, bahawa dasar kita ialah untuk mewujudkan whole of value chain investment supaya pelaburan ini bukan saja
Tuan Liew Chin Tong
kepada hotel itu, tetapi juga hotel ini sebagai pusat data sebagai off-taker untuk renewable energy.
Ia juga menjanakan industri rantaian bekalan peralatan pusat data di negara kita. Dan kita sudah nampak ada kilang-kilang dari luar negara dan juga ada kilang- kilang tempatan yang membina peralatan untuk pusat data. Selepas itu, kita harap dan dasar kita ialah untuk memastikan pusat data yang kita ada ini boleh menjana ekosistem AI supaya industri kita guna pakai AI, supaya ekonomi kita lebih berasas AI dan juga digital.
So, itu adalah kerangka kerajaan supaya memastikan pelaburan ini adalah secara keseluruhan. Saya juga sebut dalam jawapan tadi bahawa Suruhanjaya Tenaga telah memastikan, mengenal pasti bahawa ada unsur-unsur spekulasi dan ada juga unsur-unsur di mana penggunaan electricity ini hanya sampai tahap 47 peratus daripada apa yang telah diisytiharkan. So, maximum demand hanya 47 peratus daripada maximum demand dan biasanya apa yang kita sasarkan ialah supaya 85 peratus yang diisytiharkan daripada maximum demand digunakan.
Tuan Liew Chin Tong
So, ini adalah hala tuju kita supaya kita memastikan kita kurangkan unsur- unsur spekulasi, kita kurangkan apa yang sedia ada yang tidak mengguna pakai tenaga seperti mereka mengisytiharkan supaya kita jaga infrastruktur kita dan kita memastikan tidak ada keadaan di mana kita ada aset-aset yang telah dibina untuk diguna pakai oleh data center tetapi tidak diguna pakai dan kos ini akhirnya ditanggung oleh pengguna-pengguna lain. So, ini adalah apa yang kita nak pastikan dalam dasar kita dan saya harap ini boleh kita jalankan, kita boleh laksanakan untuk mendapat satu ekosistem pusat data yang lestari.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Berikut, Majlis ke soalan yang ke-7. Dipersilakan Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abbas, Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Kerja Raya menyatakan sejauh mana kesediaan kementerian untuk menaik taraf lebuh raya dan jalan utama di Johor yang semakin sesak akibat pertambahan kenderaan serta pembangunan pesat di Iskandar Malaysia khususnya dalam menghadapi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS–SEZ).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Dipersilakan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Tak ada pantun? Orang Johor selalu berpantun.
Waktu subuh segera bangunkan, Selesai pekerjaan sehingga Zohor; Soalan tujuh saya jawabkan, Naik taraf jalan negeri Johor. Kementerian ini sentiasa berusaha untuk menaik taraf lebuh raya, jalan utama di Johor sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS–SEZ). Terdapat sembilan zon perdana JS–SEZ yang mana kawasan ini direka bentuk untuk menyediakan sambungan yang lancar melalui jambatan, lebuh raya dan pelabuhan. Zon tersebut ialah Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC), Desaru, Pusat Bandar Johor Bahru, Iskandar Puteri, Tanjung Pelepas, Tanjung Bin, Pasir Gudang, Senai, Skudai dan Sedenak.
Agensi Pusat telah memberikan kelulusan bagi projek di zon JS–SEZ dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas. Maksud agensi Pusat itu ialah Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya.
Yang pertama lulus, pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara–Selatan dari Yong Peng Utara ke Senai Utara Fasa 1.
Kedua, menaik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang daripada empat lorong kepada enam lorong dari persimpangan bertingkat Perling hingga ke susur naik Lebuhraya Utara–Selatan.
Ketiga, pembinaan lorong memotong Lebuh Raya Senai–Desaru.
Empat, pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara–Selatan dari Yong Peng Utara ke Senai Utara Fasa 2, Sedenak–Simpang Renggam.
Lima, kerja awalan cadangan menaik taraf Laluan Persekutuan FT005 dari U-turn UTM ke persimpangan Pulai Perdana.
Enam, kerja awalan projek menaik taraf Jalan Desaru bermula daripada Simpang PETRONAS ke Bulatan Desaru, Kota Tinggi.
Tujuh, kerja awalan naik taraf penghubung ke Ladang Air Manis pada Jalan Johor Baru–Seremban dan Jalan Parit Panjang–Sedenak, Johor.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Lapan, kerja awalan reka bentuk awalan Projek Iskandar Malaysia, pembinaan persimpangan bertingkat Jalan Lapangan Terbang Senai, Kulai.
Sembilan, kerja awalan membina persimpangan bertingkat baharu di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA).
Sepuluh, kajian kemungkinan pembinaan jalan pintas Bandar Kulai dalam Daerah Kulai, Johor.
Sebelas, pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara–Selatan Fasa 3 Simpang Renggam ke Machap.
Ini yang sudah dilulus, Yang Berhormat.
Kemudian, pada rolling 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13, lulus juga JS- SEZ kerja awalan menaik taraf Jalan Parit Panjang dari Pekan Ayer Baloi, Pontian― kawasan saya, Yang Berhormat― ke persimpangan Tol Sedenak. Di situ ada kilang data center yang dijawab oleh Timbalan Menteri MITI. Kilang data center terbesar di Malaysia.
Kedua, JS-SEZ, naik taraf Lebuh Raya Senai–Desaru, Cahaya Baru, Sungai Johor.
Tiga, kerja awalan naik taraf simpangan Seksyen 16 di Jalan Johor–Kulai dan Jalan Gelang Patah.
Empat, naik taraf termasuk cloverleaf dan flyover dari U-turn ke persimpangan Pulai Perdana, Johor Bahru.
Lima, pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara–Selatan di laluan antara Yong Peng Utara, Senai Utara.
Ini adalah selaras kerana Johor adalah negeri yang paling tinggi kemasukan pelaburan asing dalam seluruh negara Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan. Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Jadi, berdasarkan jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kebanyakan pembangunan-pembangunan yang dirancang atau sedang dibuat banyak tertumpu di belah selatan dan pantai barat Johor. Jadi, JS–SEZ ini pastinya akan memberi limpahan ekonomi juga di bahagian-bahagian lain di Johor, termasuk di kawasan Pantai Timur Johor, termasuk Mersinglah.
Jadi, apakah perancangan pihak kementerian untuk menaik taraf infra dalam perhubungan ke Mersing ini? Kerana kalau kita lihat, Mersing ini memang jalannya
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
agak bermasalahlah dari segi banjir dan sebagainya. Dan Mersing ini kawasan ekonomi, pelancongan dan perikanan serta maritim yang sangat berpotensi untuk dibangunkan.
Tapi, sekiranya jalan-jalan perhubungan ini tidak dinaik taraf dengan baik, khasnya dari Mersing ke Kluang atau Mersing ke Johor Bahru, peluang-peluang ini tidak dapat di― potensinya tidak digunakan secara maksimum. Jadi, apakah perancangan kementerian untuk menaik taraf jalan-jalan termasuk untuk mungkin menyambung highway dari Senai–Desaru ke Mersing ataupun mungkin LPT 4 dari Pekan ke Mersing juga?
Dan keduanya, berkaitan isu di Mersing sendiri, apakah status terkini projek bypass Mersing iaitu projek membina jalan di jambatan menghubungkan Jalan FELDA Nitar–Mersing ke Jalan Air Merah dan jalan Johor Baru–Kuantan? Itu sahaja.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita akan memikirkanlah apabila kawasan Mersing bersama dengan Kerajaan Perpaduan MADANI. Mersing ini pembangkang. Minta bukan main banyak lagi. Semalam, pembangkang- pembangkang ini tak menyokong pun bajet, belanjawan, tapi minta berjela-jela.
Macam malas saya nak menjawab, Yang Berhormat Speaker. Kenapa tak sokong semalam? Lepas itu minta itu, minta ini. Bajet tak sokong. Malas saya nak jawab.
Terima kasih.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terbaik, Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, malas itu boleh letak jawatanlah. Kalau malas.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Saya kata malas nak menjawab soalan, kau orang malas datang Parlimen.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Untuk rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Sudah, Yang Berhormat. Kita jangan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Belanjawan semalam pun untuk rakyat, tapi mereka tak sokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, saya, dari segi peraturan, tidak boleh memaksa Menteri untuk menjawab.
Tidak ada dalam buku peraturan dan kita teruskan kepada urusan Majlis, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Saya mempersilakan Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih Dato’ Speaker. Pertama sekali, terima kasih kepada Timbalan Menteri, Pontian, yang telah berikan jawapan yang sangat munasabah dengan pembangunan negeri Johor yang telah diluluskan 11 projek. Namun, bagi Sri Gading ingin dapatkan penjelasan daripada Timbalan Menteri. Kebetulan kita ini sama-sama satu sekolah. Tadi sebut satu sekolah, kan? Sekolah Sains Johor.
Jadi, Dato’ Speaker, kita tahu bahawa Lebuhraya Utara–Selatan bermula daripada Melaka sampai ke Johor Bahru ataupun Senai itu memang agak lebih kurang 170 kilometer. Kalau tidak silap sayalah, lebih kurang 170 kilometer.
Mengapa tidak ada satu perancangan supaya ada lebuh raya di belah pantai?
Maknanya yang menghubungkan Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Muar dan Melaka. Supaya kesesakan― yang sebenarnya kepadatan penduduk adalah berada di Pontian, Batu Pahat, Muar yang akan berulang-alik sama ada ke Johor Bahru ataupun ke Kuala Lumpur.
Jadi, kalau itu ada dirancang untuk Rancangan Malaysia Ke-13, saya yakin dan percaya kesesakan di Lebuhraya Utara–Selatan tadi dapat dikurangkan dan menjimatkan perjalanan daripada empat daerah termasuk negeri Melaka. Jelaskan, Timbalan Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk jawapan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih, Sri Gading. Memang ada sebenarnya perancangan kerajaan untuk lebuh raya pesisir pantai ini. Kita ingin meneruskan lebuh raya pesisir pantai WCE – West Coast Expressway, yang sekarang ini sudah hampir siap keseluruhannya sehingga ke Banting tak silap saya.
Seterusnya akan diturunkan daripada Selangor sampai ke Pontian melalui Batu Pahat, melalui Muar, melalui Melaka, Negeri Sembilan.
Ini telah diumum dalam bajet Belanjawan 2025, kalau kita semak semula Belanjawan 2025 ada disebut lebuh raya pesisir pantai arah ke selatan, cadangan akan dibina. Tapi saya kira sekarang ini kerja-kerja awalan sedang dibuat. Jika perkara itu dibuat, saya kira kita tidak akan sesak jalan.
Sebenarnya kita kerajaan terdahulu telah merancang high speed rail. High speed rail daripada Singapura ke Kuala Lumpur, 90 minit sahaja daripada Singapura ke Kuala Lumpur. Tetapi kerajaan terdahulu yang diketuai oleh pada ketika itu Yang
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Berhormat Langkawi, Ahli Parlimen, Dr. Mahathir Mohamad membatalkan high speed rail itu. Kalau tidak, tak adalah kita sesak jalan ni. High speed rail yang begitu bagus dibatalkan.
Lepas itu, bukan hanya dibatalkan Yang Berhormat Yang di-Pertua, dibayar SGD100 juta pada Singapura kerana pembatalan, pembatalan kontrak antarabangsa. SGD100 itu, RM320 juta, habis, hangus, begitu sahaja, kerana politik membatalkan projek rakyat. Saya kira ini jangan berlaku lagi lah untuk masa-masa hadapan.
Saya dengan ini mengalu-alukan ada 21 orang daripada 25 orang yang beritahu pada saya belia-belia daripada kawasan Pontian berada dalam Dewan.
[Tepuk] Empat lagi saya tak tahu pergi ke mana mereka, mungkin pakaian tak sesuai.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berikut kita ke soalan 8. Nombor 8 saya mempersilakan Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran, Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Soalan Batu nombor 8.
8. Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran [Batu] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah mekanisme kawalan ke atas lesen pemberi pinjaman wang agar rakyat tidak menjadi mangsa caj melampau serta aduan berulang mengenai kaedah tuntutan yang menindas dan mempunyai elemen gangsterisme.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat. Kementerian ini sentiasa memberi fokus dan komited ke arah men- sejahterakan ekonomi rakyat dan kebajikan rakyat Malaysia selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI.
Bagi menjawab soalan Ahli Yang Berhormat, bagi mengelak caj melampau dikenakan oleh para pemberi pinjam wang berlesen, mekanisme kawalan telah pun ditetapkan di bawah subseksyen 17A(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 ataupun Akta 400 yang menyatakan dengan jelas bahawa faedah bagi pinjaman adalah seperti mana berikut. Pertama, pinjaman bercagar hendaklah tidak melebihi 12
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
peratus setahun atau 1.0 peratus sebulan. Kedua, pinjaman tanpa cagaran hendaklah tidak melebihi 18 peratus setahun atau 1.5 peratus sebulan.
Justeru, syarikat pemberi pinjam wang berlesen yang mengenakan kadar faedah melebihi had yang dibenarkan atau mengenakan faedah melebihi jumlah pokok pinjaman bolehlah dikenakan tindakan di bawah seksyen 17A Akta 400 iaitu denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali.
Tambahan itu, seksyen 23 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 atau Akta 400, ini Tuan Yang di-Pertua, turut menetapkan larangan caj bagi perbelanjaan ke atas pinjaman oleh pemegang lesen pemberi pinjam kepada peminjam kecuali kos duti setem dan fi pengakusaksian yang dinyatakan di format perjanjian yang ditetapkan di bawah akta ini.
Selain daripada itu, pemberi pinjam wang berlesen juga adalah dilarang untuk menggunakan kaedah tuntutan semula bayaran yang menindas dan mempunyai elemen kekerasan selaras dengan seksyen 29B Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 [Akta 400] di mana kesalahan di bawah seksyen ini, pemberi pinjam wang berlesen boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua- duanya sekali. Dalam kes kesalahan yang berulang, kesalahan kedua atau berturutan hendaklah dikenakan dengan sebatan sebagai hukuman tambahan.
Tuan Yang di-Pertua, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan terus cakna dengan hak-hak peminjam bagi memastikan tidak menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tuan Yang di-Pertua, semakan status pelesenan syarikat bolehlah dibuat melalui aplikasi i-KrediKom bagi Semenanjung Malaysia ataupun pengesahan daripada pihak autoriti pelesenan PPW untuk Sarawak, Sabah dan juga Labuan di peringkat Wilayah Persekutuan. Adapun sekiranya terdapat aduan-aduan awam, Tuan Yang di-Pertua bolehlah dilaporkan terus ke sistem pengurusan aduan awam SISPA KPKT untuk siasatan dan tindakan lanjut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Soalan tambahan Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Menteri untuk sudi menjawab. Adakah kerajaan bercadang untuk membangunkan satu portal bersepadu antara KPKT, pemberi pinjaman wang berlesen dan peminjam yang dilengkapi dengan sistem pemantauan serta pembayaran digital bagi
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
membolehkan kadar faedah dan caj lewat dikira secara automatik supaya pemberi pinjaman tidak boleh mengenakan caj sesuka hati sekali gus meningkatkan ketelusan serta perlindungan pengguna.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat, memanglah kementerian ini sentiasa bertekad untuk kita menambah baik pengawal seliaan dan penyampaian perkhidmatan khususnya melalui Akta 400 yang berada di bawah seliaan kita, termasuklah melalui inisiatif pendigitalan perkhidmatan seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat.
Ketika ini, Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedang dalam peringkat memuktamadkan cadangan projek rintis bagi kita membangunkan satu platform atau sistem repository data peminjam dan pemberi pinjaman wang yang boleh merekodkan transaksi pinjaman secara masa nyata ataupun real time.
Tuan Yang di-Pertua, sistem ini akan dilengkapi dengan sistem pemantauan dan pembayaran digital yang bakal memperkasakan pengawal seliaan kepada pemberi pinjam wang. Dan pada masa yang sama, supaya tiada caj tambahan dikenakan kepada orang awam yang berhasrat untuk membuat pinjaman bersama dengan syarikat-syarikat pemberi pinjaman.
Untuk buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, perkara ini sedang dirangka dan insya-Allah pada masa yang sama daripada aspek perlindungan kepada peminjam, sistem ini juga nantinya akan dilengkapi dengan skim perlindungan insurans pinjaman yang akan memberi perlindungan kepada peminjam-peminjam yang layak.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat menteri. Dipersilakan Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih. Dato’ Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Pemberi pinjaman wang ini, atau di bawah Kementerian KPKT, yang juga dikenali kredit komuniti, akhir-akhir dianggap oleh masyarakat seperti along berlesen. Kerana kadar yang disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi 15 persen sehingga 18 persen. Saya ingin tahu, berapakah jumlah kredit komuniti yang ada sekarang dan berapa jumlah syarikat
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
pemberi pinjaman wang ini yang telah pun dikenakan tindakan dan berapa denda yang telah pun dikutip daripada mereka?
Di samping itu saya minta penjelasan daripada Timbalan Menteri. Apakah langkah kerajaan dalam memastikan supaya along tidak berlesen ini yang sekarang menjadi buruan, memburu rakyat atau peminjam-peminjam dan sehingga ada yang hendak kena bunuh dan sebagainya. Jadi, apakah langkah kerajaan dalam mengatasi masalah ini yang merentas kementerian, mungkin melibatkan Kementerian Kewangan dan sebagainya. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua. Soalan ada beberapa soalan tadi agak spesifik, saya mohon untuk menjawab secara bertulis.
Cuma, berkaitan dengan yang ditanyakan oleh Ahli Yang Berhormat tentang apakah usaha kerajaan dalam memastikan, saya kira supaya kita dapat selaraskan sudut kredit komuniti ini, Tuan Yang di-Pertua.
Kalau kita ingat lagi kita telah pun luluskan satu Akta Kredit Pengguna pada bulan Julai tahun ini, Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah salah satu inisiatif kerajaan merentas semua kementerian untuk kita dapat mengawal selia peminjam-peminjam dan ataupun urusan-urusan kredit komuniti.
Ada pun yang berkaitan dengan along ini, Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya sebutkan awal tadi, kita ada banyak, kalau ada laporan jelas dan kalaupun Yang Berhormat ada maklumat yang lebih, lebih, lebih spesifik boleh maklumkan kepada kita untuk diambil tindakan kerana di sudut Akta 400 ini jelas ada tindakan- tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka yang bersalah.
Tetapi ada pun di sudut along ini, Tuan Yang di-Pertua, dan juga scammers adalah di bawah Kementerian Dalam Negeri dan ini adalah dengan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia. Tapi kalau ada maklumat-maklumat yang lebih spesifik bolehlah dimaklumkan terus kepada kami. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih. Berikut, Majlis ke soalan yang kesembilan. Dipersilakan Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Yang Berhormat Kuala Kangsar.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Dato’, Tuan Speaker, soalan saya nombor 9.
9. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan kriteria yang ditetapkan Kementerian dalam pemilihan desa di bawah inisiatif Desa Kirana dan sejauh manakah inisiatif ini berpotensi untuk memperbaiki kesenjangan pembangunan serta ekonomi antara bandar dan luar bandar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih YB Kuala Kangsar atas soalan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melaksanakan inisiatif Desa Kirana sebagai game changer bagi tahun 2025 dalam usaha kita meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti desa dan juga sebagai persiapan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026. Program ini mempakejkan tarikan dan produk pelancongan sedia ada di sesebuah kawasan desa dan seterusnya mempromosikannya dalam bentuk pakej-pakej komprehensif sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara termasuklah digital nomad ataupun pengembara kerja digital.
Promosi dan hebahan akan dilaksanakan oleh pihak kementerian melalui pelbagai saluran media dan medium digital yang bersesuaian. Pada tahun ini, sebanyak 21 pakej Desa Kirana akan diperkenalkan oleh kementerian dengan bantuan agensi-agensi di bawahnya berserta dengan pihak FELDA.
Desa Kirana memberi fokus kepada lima jenis tarikan pelancong dalam setiap pakej komprehensifnya iaitu:
(i) Warisan dan kebudayaan. Memperkenalkan warisan dan budaya setempat seperti tapak bersejarah, adat resam, seni persembahan tradisional dan lain-lain lagi;
(ii) Tarikan semula jadi. Mengetengahkan keindahan dan keunikan alam semula jadi seperti hutan, gunung, bukit, sungai dan sebagainya;
(iii) Gastronomi yang menampilkan kekayaan kulinari tempatan melalui demonstrasi masakan, penyediaan makanan tradisional serta sajian ikonik setiap negeri;
(iv) Produk tradisional mengangkat hasil seni dan kraf tangan tempatan seperti batik, songket, anyaman, ukiran dan lain-lain
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
sebagai elemen penting dalam tarikan pelancong berasaskan warisan; dan
(v) Aktiviti pengalaman setempat yang menyediakan pengalaman pelancongan yang authentic dan interaktif seperti inap desa, aktiviti menangkap ikan, permainan tradisional, water rafting, ATV, pendakian, jungle trekking, penerokaan gua, perkhemahan dan aktiviti lasak yang lain yang berteraskan alam dan budaya tempatan.
Dalam hal ini, kriteria yang paling penting dalam pemilihan lokasi atau kampung untuk disenaraikan dalam pakej Desa Kirana adalah ketersediaan produk- produk pelancongan desa untuk menerima pengunjung dan pelancong di lokasi atau kampung-kampung tersebut berdasarkan lima fokus tarikan pelancongan yang saya maklumkan tadi.
Selain daripada itu, ketersediaan kemudahan infrastruktur dan juga akses ke lokasi yang berkaitan dan komitmen dan kerjasama tinggi daripada penduduk setempat juga merupakan faktor yang penting dalam memastikan kejayaan program ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Silakan Yang Berhormat Kuala Kangsar, soalan tambahan.
Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar
Saya menyambut baik inisiatif daripada kementerian ini yang mampu melonjakkan ekonomi masyarakat setempat terutamanya kita akan menghadapi Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026.
Soalan saya, apakah kementerian berhasrat untuk membuka permohonan kepada mana-mana jawatankuasa kampung yang berhasrat untuk menyertai inisiatif Desa Kirana ini pada masa datang berbanding pemilihan secara terus oleh pihak kementerian pada masa ini?
Dan sejauh manakah kementerian melihat keperluan untuk melibatkan GLC sebagai pelabur, penyedia infrastruktur dan rakan strategik inisiatif ini pada masa akan datang dan bagaimanakah kementerian dapat memastikan penglibatan ini berupaya memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat Menteri, sila jawab.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih atas soalan tambahan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun] Kementerian menyambut baik sekiranya terdapat jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung yang berhasrat untuk menyertai inisiatif Desa Kirana pada masa ini dan juga pada masa-masa akan datang. Namun begitu, pihak JPKK perlu melakukan persediaan sewajarnya serta memenuhi kriteria yang telah ditetapkan bagi memastikan kesediaan komuniti dan keberkesanan program tersebut di lapangan. Buat masa ini, pemilihan lokasi dilaksanakan oleh kementerian berdasarkan penilaian terhadap potensi komuniti dan kemudahan asas setempat.
Kementerian telah pun memulakan usaha promosi inisiatif Desa Kirana di kalangan JPKK dalam Seminar Kepimpinan MyDesa anjuran Institut Kemajuan Desa pada 12 hingga 14 Oktober yang lepas bagi memberi pendedahan awal tentang konsep dan pendekatan program ini dan alhamdulillah semasa seminar berkenaan telah mendapat respons yang amat baik daripada JPKK-JPKK yang hadir.
Berkaitan dengan penglibatan GLC dalam program Desa Kirana. Pihak kementerian sebenarnya orang kata menyambut baik sekiranya ada GLC yang ingin terlibat dalam pelaksanaan program Desa Kirana memandangkan potensi program ini amat besar sekali. Namun, memandangkan program ini masih di peringkat awal, kementerian masih memantapkannya. Maksudnya, dari sudut pengelolaannya masih di peringkat kementerian sebelum kita membuka kepada agensi-agensi lain ataupun pihak GLC dalam memperkemaskan lagi program Desa Kirana ini pada masa-masa akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Menteri. Silakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Setelah mendengar jawapan daripada Timbalan Menteri, pakej- pakej daripada inisiatif ini amat menarik sekali. Walau bagaimanapun, kita tahu banyak juga program lain seperti program ekonomi desa dan bagaimanakah kementerian memastikan bahawa dari segi penyelarasan program, ia nya tidak bertindihlah dengan program-program lain dari segi fungsi dan peruntukan. Dan mengenai kelestarian program ini nanti, bagaimanakah kementerian menilai aspek kelestarian ekonomi, sosial dan alam sekitar inisiatif ini selepas fasa pembiayaan kerajaan ini tamat kelak? Mohon pandangan Menteri. Terima kasih.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Betong atas soalan tambahan tadi. Untuk makluman Yang di-Pertua, sebenarnya program Desa Kirana
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
ini merupakan satu inisiatif yang tidak mempunyai peruntukan khas. Tiada peruntukan khas daripada kementerian kepada kampung-kampung yang terpilih untuk dimasukkan dalam Desa Kirana memandangkan ia merupakan satu usaha lanjutan dalam usaha kita memperkasakan ekonomi, sosioekonomi luar bandar.
Yang kedua, mempertingkatkan peluang-peluang pekerjaan, pedesaan di peringkat komuniti. Dan yang keempat, kita cuba mengurangkan penghijrahan.
Tujuan utamanya, belia dari luar bandar ke bandar.
Jadi program sosioekonomi yang sedia ada terus dimantapkan, terus diusahakan. Program keusahawanan, program pembangunan pertanian, program yang mendatangkan pendapatan nelayan seperti biasa masih kekal dilaksanakan.
Cuma program ini kita mempromosikan kampung-kampung berkenaan supaya jadi daya tarikan yang mana boleh memberi income pendapatan tambahan kepada kampung berkenaan sebab ada program-program baru yang boleh dicetuskan melalui program Desa Kirana seperti inap desa, homestay dan sebagainya.
Dan melalui program inilah peluang-peluang pekerjaan baru juga dapat diwujudkan. Bila ada pemandu pelancong, bila ada kedai makan, restoran, sebab pada asasnya program Desa Kirana ini, program itu di-handle oleh jawatankuasa kampung ataupun koperasi di kampung berkenaan, yang mana ekonomi itu memang akan datang kalau pakej itu memang diwujudkan oleh jawatankuasa berkenaan.
Contohnya kalau kita lihat di Desa Kirana Lata Kinjang.
Setakat ini, data kampung orang asli, ini Kampung Orang Asli Lata Kinjang di Perak.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Pengunjung antarabangsa, 2,124 orang, yang mana jumlah keseluruhannya 72,434 orang. Income dia daripada koperasi ini, yang main koperasi RM571,405 Januari hingga Oktober. Tapi spill over ekonominya kita tak dapat nilai sebab ada lagi income, income lain yang pungut ataupun yang dihasilkan oleh orang-orang kampung yang lain, selain daripada koperasi. Income ini datang daripada inap desa, daripada pakej perkhemahan, pakej jungle tracking, pakej— dia sebab masuk ke Lata Kinjang ini kita tak charge-kan bayaran, tetapi aktiviti-aktiviti yang ada dalam program dalam kawasan tu yang kita caj ya.
Maksudnya yang Desa Kirana caj yang menimbulkan income, pendapatan kepada penduduk kampung, di samping orang kata mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu kepada belia-belia dan secara tidak langsung, bila kerja banyak, belia tak akan keluar dari kampung berkenaan.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, dia tak menjejaskan dan so far setakat ini banyak permohonan yang kita telah terima cuma kita boleh tempatkan 21 sahaja dulu sebab kita perlu ada satu group untuk turun padang membuat video penggambaran. Sebab kita kena buat video-video pendek, promosi-promosi yang mana kita buat promosi media buy di KLA di apa nama — di KLA Transit. Kita buat video teaser, kita buat poskad, kita buat Facebook media sosial. Kita ada laman sesawang khas Desa Kirana yang akan kita link-kan dengan MOTAC punya promosi.
Ini antara langkah kementerian yang tidak menimbulkan ataupun memberi peruntukan khas kepada kampung-kampung berkenaan. Kita memberi — orang kata kampung-kampung itu dah bersedia, dah bersedia, yang kebanyakannya kampung ini kita pilih kampung-kampung yang telah menang anugerah pertandingan kampung peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan juga kampung-kampung Desa Lestari yang sebelum ini kita telah bantu kembangkan menjadi kampung yang berpotensi untuk berdikari seperti ini. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawapan Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Puan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri bagi Rang Undang- undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 6 November 2025.”
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
Saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Pertama] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Minta Yang Berhormat Menteri Kewangan dan mengemukakan Anggaran Perbelanjaan bagi semua kementerian.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Eh, terima kasih Puan Pengerusi. Saya mohon mencadangkan supaya wang sejumlah tidak lebih daripada RM229,080,812,700 yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2026 bagi Maksud-maksud Bekalan B.1 hingga B.15, B.20 sehingga B.28, B.30 hingga B.31, B.33, B.40, B.42 sehingga B.43, B.45 sehingga B.48, B.50, B.60, B.62 sehingga B.64 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan dijadikan jadual dan wang sejumlah tidak lebih dari RM83 bilion yang diperuntukkan dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2026 bagi Maksud-maksud Pembangunan P.6, P.7, P.10, P.13 sehingga P.15, P.20 sehingga P.28, P.30 sehingga P.31, P.33, P.42 sehingga P.43, P.45 sehingga P.48,
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
P.50, P.60, P.62 sehingga P.64 dan P.70 untuk kementerian dan jabatan yang berkenaan seperti yang ditunjukkan dalam penyata yang dibentangkan sebagai Lampiran A dan Lampiran B, Kertas Perintah 11 tahun 2026 dijadikan Anggaran Perbelanjaan.
Puan Pengerusi, keperluan bagi mengadakan peruntukan Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tahun 2026 dan juga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2026 telah pun dibentangkan.
Di samping itu, penjelasan lanjut mengenai cadangan-cadangan anggaran ini adalah juga diberi dalam Kertas Perintah 11 Tahun 2025 dan Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 tahun 2025. Oleh itu, saya tidak berhajat untuk hendak memberikan apa-apa penerangan tambahan lagi. Puan Pengerusi, saya mohon mencadangkan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini bermulanya giliran bagi kementerian di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 iaitu selama 14 hari iaitu sehingga Khamis, 27 November 2025, yang mana 28 kementerian akan melalui peringkat Jawatankuasa ini.
Saya ingin mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk mematuhi Peraturan Mesyuarat 66(12) iaitu “Perbahasan hendaklah dihadkan kepada dasar khidmatan yang hendak diuntukkan wang itu dan tidak boleh mengenai butir-butir perbelanjaan tetapi boleh menyebutkan butir-butir hasil atau kumpulan wang- kumpulan wang yang dalam tanggungjawab khidmatan itu.” Oleh itu, Ahli Yang Berhormat semasa berbahas peringkat Jawatankuasa ini perlu menyebutkan secara spesifik butiran kementerian yang Ahli Yang Berhormat ingin bangkitkan.
Sepertimana semua sedia maklum, Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas semasa Belanjawan 2026 peringkat Dasar selama lapan hari. Oleh itu, saya menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk tidak membangkitkan semula isu- isu yang telah dibangkitkan semasa Belanjawan 2026 peringkat Dasar di peringkat Jawatankuasa ini. Dengan mengambil kira masa peringkat Jawatankuasa selama 14 hari dengan melibatkan 28 kementerian, saya ingin memberikan sebanyak boleh Ahli
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat terlibat dengan perbahasan. Maka setiap pembahas diberikan masa selama lima minit. Sekian, terima kasih.
Jabatan Perdana Menteri, Kepala Bekalan B.1 hingga B.9 dan B.40 dan Kepala Pembangunan P.6 dan P.7 di bawah Jabatan Perdana Menteri terbuka untuk dibahas.
Saya akan baca senarai pembahas. Seramai 31 Ahli Yang Berhormat akan berbahas. YB Seputeh, YB Beluran, YB Batu, YB Bagan Serai, YB Beaufort, YB Padang Serai, YB Besut, YB Sri Gading, YB Arau, YB Jerlun, YB Sandakan, YB Pengkalan Chepa, YB Maran, YB Bayan Baru, YB Labuan, YB Kapar, YB Jempol, YB Tumpat, YB Pokok Sena, YB Betong, YB Kuala Krai, YB Pasir Mas, YB Jelutong, YB Pematang Pauh, YB Parit Buntar, YB Rasah, YB Kuala Kedah, YB Padang Terap, YB Batu Gajah, YB Putrajaya dan YB Kota Melaka.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Seputeh untuk berbahas selama lima minit.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih Puan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Bekalan 040100 – Bahagian Hal Ehwal Undang-undang dan juga Butiran 070000 – Pengurusan Wilayah Persekutuan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Isu pertama yang saya nak bangkitkan adalah tentang tanah perkuburan bukan Islam di Kuala Lumpur. Saya ingin tanya pihak kerajaan, berapa keping tanah perkuburan bukan Islam di Kuala Lumpur dan berapa keluasannya? Saya difahamkan wujudnya tanah perkuburan bukan Islam di kawasan Setapak dan Bukit Jalil. Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri beri saya maklumat yang lebih terperinci dan juga rancangan DBKL dan Jabatan Wilayah Persekutuan terhadap tanah-tanah perkuburan tersebut.
Mengikut maklumat yang saya perolehi, tanah perkuburan bagi masyarakat bukan Islam di Bukit Jalil ialah Nombor Pelan PA 1110621 dan nombor lot 101968.
Tanah berkeluasan 3.511 hektar adalah di bawah pengawasan Ketua Setiausaha Negara sebagai pengawal tanah rizab. Ia telah diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara pada 2 Mei 2017. Menurut jawapan yang saya perolehi daripada pegawai PTG Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa tanah perkuburan ini hanya boleh dipajak selama 21 tahun mengikut seksyen 63 Kanun Tanah Negara.
Sekiranya pihak swasta ini memohon kepada PTG untuk menguruskan tanah perkuburan bukan Islam tersebut, PTGKL haruslah dapat kos penilaian daripada
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan ia hanya boleh dipajak selama 21 tahun sahaja. Lepas itu, tanah kubur haruslah dipulangkan kepada kerajaan dan premiumnya adalah lebih kurang RM1 juta satu tahun.
Sekiranya kita membanding dengan dasar pengendalian tanah perkuburan di Selangor, contohnya Subang Lutheran Garden adalah diwartakan sebagai tanah perkuburan oleh PTG Petaling/Setiausaha Negeri Selangor. Lutheran Garden Berhad dipertugaskan untuk mengusahakan tanah itu. Ia tidak perlu bayar quit rent atau sewa kepada kerajaan, tiada ada hak tahun dikenakan terhadap syarikat yang mengusahakan tanah perkuburan mampu milik tersebut.
Saya berharap DBKL dan Jabatan Wilayah Persekutuan memandang serius tentang keperluan masyarakat di Kuala Lumpur tentang tanah perkuburan bukan Islam ini dan keluarkan satu dasar dan keputusan terhadap tanah-tanah perkuburan yang telah lama terbiar dan tidak diusahakan tersebut.
Puan Pengerusi, saya sini saya ingin merujuk kepada isu Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang yang sedang melabur wangnya dalam simpanan tetap (fixed deposit). Isu ini telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Miri sebelum ini tetapi tiada ada jawapan diberi. Sekiranya Akta Profesion Undang- Undang 1976 diteliti, tiada ada peruntukan membenarkan pelaburan wang.
Oleh itu, apa punca kuasa yang memberikan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang melaburkan wangnya? Memandangkan Lembaga Kelayakan mempunyai lebih RM55 juta dalam akaunnya dan sehingga boleh melaburkan wang tersebut, adakah Lembaga Kelayakan sedia dan terbuka untuk menurunkan fi peperiksaan CLP mulai tahun hadapan demi kepentingan pelajar-pelajar kita?
Sekarang, kadar gaji minimum tahunan untuk kelayakan menerima bantuan guaman ialah di bawah RM50,000 bagi Jabatan Bantuan Guaman dan di bawah RM36,000 bagi Yayasan Bantuan Guaman Kerajaan (YBGK). Jadi, saya nak tanya, adakah kerajaan sedia untuk meningkatkan kadar gaji maksimum tahunan tersebut supaya lebih orang layak untuk menerima bantuan guaman?
Puan Pengerusi, saya juga ingin nak tanya, apakah hala tuju dan dasar Jabatan Peguam Negara terhadap pendakwaan rasuah? Dalam kes Ketua Bahagian Segambut Parti Bersatu, iaitu Adam Radlan, dalam kes Jana Wibawa, pada asalnya, beliau menghadapi 12 pertuduhan mengikut laporan media Free Malaysia Today, lima untuk korupsi under seksyen 16(a) under the MACC Act 2009 and seven for money laundering under Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Adam Radlan dituduh mengambil rasuah RM90 — RM9.9 juta. Tetapi beliau dibebaskan selepas membayar denda RM4.1 juta di bawah tuduhan AMLA. Beliau dibebaskan atas permohonan Timbalan Pendakwa Raya kepada mahkamah.
Soalannya ialah, beliau dituduh melibatkan rasuah RM99 juta selepas bayar denda RM4.1 juta, beliau masih simpan RM5.8 juta.
Puan Pengerusi, jadi saya juga nak tanya seorang wakil rakyat dan pembantunya dituduh menyimpan beratus-ratus juta ringgit dalam satu rumah. Pihak Jabatan Peguam Negara nampaknya tidak menunjukkan tanda untuk mendakwa mereka ke mahkamah selepas mereka memulangkan semua duit kepada kerajaan.
Adakah ini hala tuju Jabatan Peguam Negara (AGC) di mana AGC tidak akan mendakwa seseorang di bawah rasuah sekiranya dia memulangkan semua duit rasuah berkenaan? Tapi, kalau kita lihat dalam kes Yang Berhormat Bagan yang didakwa dibicarakan selama lima tahun dalam mahkamah, pihak pendakwa raya tidak dapat menunjukkan apa-apa bukti bahawa Yang Berhormat Bagan terima rasuah, langsung tiada ada money trail, tiada ada bukti menunjukkan terdapat apa- apa wang masuk ke dalam akaun Yang Berhormat Bagan.
Bukti yang digunakan dalam kes ini adalah satu lagi kes di Mahkamah Shah Alam iaitu bukti yang recycled. Pendakwaan hanya bergantung kepada pengakuan oleh beberapa orang saksi pendakwa raya. Beliau dibicarakan selama lima tahun.
Pihak pendakwa raya menimbulkan isu atau pun tidak dapat menimbulkan isu yang bukti yang langsung tidak berasas dari masa ke masa. Adakah ini menunjukkan double standard bagi pihak AGC dan juga SPRM dalam pendakwaan rasuah?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, Speaker. Peraturan Dewan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bukankah ini tidak adil terhadap Yang Berhormat Bagan? Datuk Pengerusi, saya akan landing. Itu kes Puan Indira Gandhi yang mana bekas suaminya menghina mahkamah...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Peraturan Dewan, Speaker.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekejap.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Puan Speaker. Puan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Seputeh, sekejap.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Pengerusi, Peraturan Dewan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
...dan enggan pulangkan anak perempuan kepada Puan Indira Gandhi.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Peraturan Dewan, Speaker.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
36(2). 36(2), Speaker.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Jadi, saya nak minta, apakah pendirian AGC terhadap kes ini?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
36(2). Tidak boleh disebut apa- apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah. Dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang berbicara. 36(2), Pengerusi. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Seputeh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Puan Pengerusi, saya hanya nak bandingkan apa yang dilaporkan dalam media.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Apa lakukan dalam Free Terengganu Today, dalam...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Mana ada double standard.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Mana ada double standard.
Tak boleh.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Juga dalam kes Yang Berhormat Bagan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak boleh, benda itu sedang dibicarakan. Sedang dibicarakan.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Seputeh, mengikut peraturan 36(2), Yang Berhormat tidak boleh menyebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah. [Dewan riuh] Jadi, saya harap Yang Berhormat jangan sebut lagi dan sila gulung.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Terima kasih atas nasihat Puan Pengerusi. Saya juga nak gulung.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
So, minta Seputeh tarik balik.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Puan Pengerusi, kes Indira Gandhi telah tutup, telah siap dibicarakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tak boleh tarik balik. Ini adalah fakta saya bandingkan AGC.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, saya bukan kata kes Indira Gandhi tadi.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Kes saya adalah tentang Jabatan Peguam Negara. Yang mana double standard yang saya bentangkan dalam Dewan Rakyat ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh. Saya jemput Yang Berhormat Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Terima kasih, Yang Berhormat Pengerusi.
[Tepuk] Isu 40 peratus cukai yang dikutip di Sabah perlu dipulangkan di Sabah merupakan perjuangan Sabah sekian lama dan telah diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan walaupun perkara itu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 112D.
Saya berbahas di bawah Butiran 010100 di bawah Jabatan Peguam Negara.
Diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi Mahkamah Tinggi baru-baru ini di Kota Kinabalu pada 17 Oktober telah memutuskan membuat penghakiman, Pengerusi, bahawa Kerajaan Persekutuan telah melanggar kewajipan terhadap kewajipan Perlembagaannya di bawah Perkara 112D. Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Kedua, gagal menjalankan semakan kedua terhadap peruntukan khas pada tahun 1974. Ketiga, Sabah masih berhak kepada 40 peratus hasil bersih yang diperolehi daripada Sabah. Keempat, juga arahkan Kerajaan Persekutuan untuk jalankan semakan yang sewajarnya dalam tempoh masa 90 hari dan capai persetujuan dengan menggunakan formula 40 peratus dalam tempoh 180 hari. Ini merupakan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang berlangsung pada 17 Oktober 1925.
Yang Berhormat Pengerusi, ini mengukuhkan harapan dan aspirasi rakyat Sabah bahawa Kerajaan Persekutuan telah sekian lama, 50 over years, mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Perkara 112D ini iaitu 40 peratus perlu dipulangkan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Sebenarnya perkara ini merupakan perkara inti dan prasyarat penting Sabah menyertai Malaysia ini, sama-sama menubuhkan negara Malaysia ini pada tahun 1963. Ini merupakan perkara penting yang telah dimaktubkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah reaffirm mengukuhkan pendirian Sabah terhadap tuntutan 40 peratus ini.
Soalnya sekarang, adakah Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini? Kerana pada sudut pandangan rakyat Sabah, rakyat Malaysia yang berasal daripada Sabah, mengemukakan rayuan, walaupun itu hak di bawah undang-undang tetapi ianya dilihat sebagai satu ujian terhadap kejujuran Kerajaan Persekutuan untuk menghormati semangat penubuhan negara Malaysia ini. It’s there. Itulah syaratnya. Itulah hasrat Sabah ketika menubuhkan negara Malaysia ini dan telah di-reaffirm oleh mahkamah tinggi.
Mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi ini akan dilihat sebagai melihatkan ketidakjujuran Kerajaan Persekutuan terhadap syarat-syarat yang telah dipersetujui ketika membentuk negara Malaysia ini. Dan saya ingin tahu, adakah itu akan dihasratkan oleh Jabatan Peguam Negara kerana rakyat Sabah melihat kejujuran dan juga penganalisa dan tafsiran Kerajaan Persekutuan terhadap syarat-syarat yang telah diputuskan oleh mahkamah tinggi.
Pada 22 Oktober yang lalu, Yang Berhormat Tambun juga telah mengemukakan ucapan penerangan terhadap perkara ini dan disenaraikan pelbagai projek-projek dan dana. Dikatakan RM16 bilion, RM17 bilion dicatatkan di dalam penjelasan ini. Pelbagai projek-projek termasuk Pusat Jantung Sabah di Kota Kinabalu, jalan dari Kalabakan ke Simanggaris dan talian penghantaran elektrik Southern Link dan sebagainya dinyatakan tentang beberapa persetujuan- persetujuan yang telah dicapai terhadap beberapa Perkara 63.
Tetapi Yang Berhormat Speaker, perkara-perkara ini adalah berbeza dengan perkara yang dituntut oleh Sabah di bawah Perkara 112D. Jangan samakan peruntukan yang di salur oleh kerajaan atas, atas kehendak Perlembagaan Persekutuan Perkara 109 iaitu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan terhadap negeri-negeri di Malaysia ini, dengan Perkara 112D yang khusus untuk Sabah dimeteraikan, ditulis, dikuantumkan sebagai 40 peratus yang perlu dipulangkan.
Whatever cukai yang di-collect daripada negeri Sabah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Beluran, Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Jadi, penyataan yang...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Beluran. Mencelah Beluran.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
...Yang Berhormat Tambun tidak menjawab terhadap perkara yang telah dimuktamadkan oleh Mahkamah Persekutuan Kota Kinabalu pada 17 Oktober yang lalu.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Beluran. Ringkas. Boleh tak dipercayai apa yang dikatakan oleh Tambun sehingga hari ini? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran
Rakyat Sabah tidak boleh dikelirukan dengan pelbagai peruntukan yang disuarakan, dilaporkan, diperjelaskan oleh Yang Berhormat Tambun. Kerana kita tahu membezakan antara peruntukan di bawah Perkara 109 dengan peruntukan khusus 40 peratus yang dimaktubkan di dalam Perkara 112D. Ini merupakan perkara yang saya ingin penjelasan daripada kerajaan terutama di bawah Jabatan Peguam Negara di bawah peruntukan ini.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Saya jemput Yang Berhormat Batu.
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Terima kasih Timbalan Speaker untuk bagi saya peluang untuk membahas. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak kerajaan untuk menambahkan peruntukan kepada NADMA 030500. Tambahan peruntukan ini memberi satu signal dengan izin, yang sangat baik. Sebab saya rasa NADMA ini juga adalah antara frontliner yang penting untuk mengatasi ataupun membantu semasa bencana.
Poin seterusnya, saya ingin menyentuh Butiran 07000 terutamanya Jabatan Wilayah Persekutuan. Saya rasa mungkin Menteri Wilayah ada di sini, mungkin setuju dengan saya. Peruntukan untuk Jabatan Wilayah Persekutuan, saya rasa tidak cukupi. Dengan adanya DBKL, satu PBT yang antaranya paling besar dalam negara kita, tapi peruntukan DBKL ini hanya untuk projek, infrastruktur, pembangunan. Tapi di sini juga Jabatan Wilayah Persekutuan perlu memainkan peranan yang besar lagi.
Di Wilayah Persekutuannya, banyak PPR. Antara paling banyak PPR adalah kawasan Parlimen Batu dan juga Bandar Tun Razak. Dengan adanya PPR, banyak sekali, apa kegiatan sosial itu meningkat. Tapi macam mana kita nak mengatasi masalah-masalah sosial ini? Oleh itu saya menyarankan Jabatan Wilayah
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
Persekutuan juga perlu mengadakan projek-projek khas untuk mengatasi masalah- masalah tersebut.
Baru-baru ini saya ada hadir di sebuah PPR untuk merasmikan program ataupun projek digital dapur. Itu antara projek yang sangat baik, memperkasakan komuniti wanita terutamanya untuk memberikan mereka satu rezeki ataupun platform untuk mereka memasak, buat catering. Tapi itu adalah projek daripada MOF Khazanah.
Dan saya memberi pandangan, kerajaan perlu meningkatkan peruntukan pada Jabatan Wilayah Persekutuan supaya mereka boleh melahirkan banyak lagi program pendayaupayaan program yang betul-betul memberi impak transformasi kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan khususnya kepada PPR, PPR nya.
Dan butiran seterusnya, saya juga ucapkan tahniah kepada Kerajaan MADANI untuk meningkatkan bajet Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Sukan adalah satu perkara yang sangat penting.
Dan okey. Butiran 080900 – pemberian penyelenggaraan jalan raya kepada Wilayah Persekutuan. Saya mohon kementerian telitikan dengan peruntukan ini, sebab saya adalah antara Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan bersama-sama dengan kawan-kawan saya ingin mengetahui apakah bajet ini, adakah bajet ini akan diperuntukkan kepada DBKL ataupun diuruskan oleh siapa?
Dan juga 08100 – pemberian khas kepada Wilayah Persekutuan. Ini pun saya mohon perinciannya.
Dan 081300 – pasukan kawalan keselamatan RM8.1 juta. Saya juga ingin mengetahui berkaitan dengan peruntukan ini. Apakah pasukan kawalan keselamatan yang kita bagi peruntukan ini?
Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh 00108 – program pembangunan. Ini adalah satu peruntukan yang sangat besar. Saya ucapkan tahniah. Ini menunjukkan kerajaan komited untuk mengadakan banyak lagi pembangunan yang boleh membawa perubahan kepada negara kita. Bolehkah kerajaan memberi pandangan ataupun mekanisme macam mana mereka nak kendalikan projek-projek ini dengan peruntukan yang sangat besarnya.
Selain daripada itu, saya juga ingin menyentuh berkaitan dengan Projek Perumahan Awam Malaysia (PPAM). Satu projek bagi saya sangat-sangat memberi kebaikan kepada civil servant dengan izin. Dan kawasan saya, Batu terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan baru-baru ini, banyak projek-projek PPAM telah diluluskan. Terima kasih kepada kerajaan. Dan dengan adanya PPAM di sekitar
Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu
kawasan saya, banyak lagi densiti di kawasan satu-satu kawasan itu akan meningkat. Apabila densiti itu meningkat, ada banyak masalah infrastruktur berlaku, contohnya kesesakan lalu lintas, banjir dan banyak lagi.
Saya harap dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan, PBT, saya mohon menggunakan cara yang baik untuk kita approach masyarakat setempat untuk pastikan kita dapat kelulusan DO itu. Sebab baru-baru ini, saya melalui pelbagai mesyuarat dengan penduduk yang membantah projek kerajaan PPAM. So, sebagai wakil rakyat, saya pun sangkut dekat tengah-tengah, nak sokong projek atau tak sokong.
Tapi pandangan masyarakat juga ada masuk akal sebab kesesakan lalu lintas, traffic flow and all these things, dengan izin. So, saya harap dengan adanya pembangunan-pembangunan, saya harap kerajaan mengadakan first step ataupun jumpa dulu masyarakat sekitar untuk bincang dengan mereka supaya dapat positive feedback daripada mereka, sebelum kita meluluskan apa-apa projek. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batu. Saya jemput Yang Berhormat Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Puan Pengerusi.
Saya ingin membincangkan berkenaan dengan Butiran 050100 – JAKIM.
Baru-baru ini, kita telah pun dengar satu keputusan yang telah dibuat apabila dalam lawatan Trump ke Malaysia dalam satu perjanjian ART.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Antara perkara yang saya nak sentuh sini ialah berkenaan dengan Artikel 2.5 kerana perjanjian ini melibatkan soal berkenaan dengan di mana Malaysia wajib, diwajibkan untuk – Tidak boleh mewajibkan barangan industri daripada Amerika seperti ubat-ubatan dan juga kosmetik untuk mendapat per`sijilan halal. Sekiranya ia nya memang perkara ini benar-benar terikat, maka sudah tentu ia sudah menjadi satu perkara yang bertentangan dengan apa yang telah pun telah ada di negara kita ini berkenaan dengan piawaian MS 1500.
Dan sejauh manakah JPM terutamanya Bahagian Hal Ehwal Agama dilibatkan dalam perbincangan bersama MITI untuk mewujudkan klausa ini? Dan apakah perjanjian ART ini tidak menjejaskan status halal JAKIM kerana kredibiliti
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
halal JAKIM ini ialah sudah di akur di peringkat dunia dengan ketelitiannya, dengan hukum hakamnya yang menepati di piawaian antarabangsa?
Pada hari ini, Dewan mahu satu ketegasan untuk pengesahan daripada Bahagian Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan berkenaan dengan halal ini memberikan satu ketegasan bahawasanya halal JAKIM tidak terikat dengan apa yang ada di dalam Artikel 2.5 di dalam Perjanjian Amerika- Malaysia pada baru-baru ini. Kerana kita sedar, soal berkenaan dengan ini ialah merupakan soal halal haram. Ia membabitkan persoalan-persoalan yang memungkinkan ia nya akan menjadi darah daging terutama dari kalangan orang- orang Islam.
Yang keduanya, berkenaan dengan Butiran 020100 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Saya nak menyentuh berkenaan dengan program SejaTi MADANI. Program ini program yang kita tahu tujuan dia adalah untuk merangsang ekonomi dan meningkatkan pendapatan komuniti ataupun dalam kelompok kecil di kampung-kampung ataupun di taman-taman.
Tahun 2026, peruntukan RM1 bilion telah diluluskan untuk tahun ini, satu peningkatan yang mendadak. Ertinya setiap komuniti dapat RM100,000 tau.
RM100,000 ini banyak Puan Pengerusi. Bukan sikit, bukan RM100. RM100,000 untuk dalam satu projek yang kita tahu RM100,000 untuk kampung ataupun komuniti.
Apa yang kita harapkan supaya projek ini benar-benar dimanfaatkan untuk membantu komuniti. Contoh dia macam dia buat ada setengah tempat saya dia buat khemah, dia buat dron. Persoalannya ialah adakah komuniti situ mendapat manfaat?
Contohnya apabila buat dron. Sebelumnya mungkin sewa kepada pesawah luar.
Daripada situ mungkin katakan RM100. Kita harapkan dengan ada projek ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk ataupun komuniti situ dengan RM60, diskaun sebagainya.
Ataupun ada yang buat khemah, kita katakan khemah selalunya satu hari dia sewa RM200 untuk biasa. Sepatutnya kepada komuniti yang terdapat di dalamnya kampung ini, projek SejaTi MADANI kurang-kurangnya kena kurang RM100 dan sebagainya. Ini semua kita wakil-wakil rakyat kena pantau semua ni.
Dan lebih pada itu pula, keuntungan kalau dapat, sekurang-kurangnya boleh manfaat untuk surau, untuk belia, untuk asnaf-asnaf yang timpa musibah dan kurang- kurangnya meringankanlah juga kami sebagai wakil rakyat Ahli Parlimen pembangkang yang tak ada bajet, tak ada peruntukan ini. Tapi saya tak tahu sejauh mana perkara itu dilaksanakan atau tidak.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Persoalan saya ialah pertama, siapakah yang audit wang keluar masuk RM100,000 ini? Yang kedua, akaun program SejaTi MADANI ini atas nama siapa?
Yang ketiga, apakah indikator keberjayaan yang disasarkan oleh kerajaan daripada program SejaTi MADANI sejak dilaksanakan pada tahun 2024 dan 2025?
Yang keempat, ia perlu diberi perhatian kerana ia membabitkan soal wang rakyat, dana awam kerana kita perlukan kepada value for money. Nilai berpatutan untuk wang yang dibelanjakan. Yang kelimanya, saya mengharapkan selepas ini mungkin Masjid Tanah, selaku Pengerusi PAC boleh panggil untuk melihat keberhasilan projek ini termasuklah juga di kawasan Pengerusi sendiri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Bagan Serai. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada Beaufort untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2026 Peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan Maksud Pembangunan 6 bagi beberapa Butiran iaitu 04801, 04802, 93000 dan 93500.
Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf dengan nilai peruntukan RM56 juta. Puan Yang di-Pertua, tahun lepas saya telah meminta dalam Belanjawan 2025 agar beberapa buah masjid dan juga surau dinaik taraf dan dibina baharu iaitu pertama, pembinaan baharu semula Masjid Nur Hidayah Kampung Nukahan, membina baharu Surau Kampung Bukit Nuri, Menumbok dan cadangan pembinaan Masjid Kampung Melikai, Menumbok. Permohonan ini telah dipohon oleh Pejabat Daerah Kuala Penyu untuk perhatian Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) JPM. Namun, permohonan ini belum ada status kelulusan.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, berapakah pecahan peruntukan yang diberikan kepada Sabah pada tahun lepas untuk tujuan Butiran 04801? Apakah cara penentuan kebolehlaksanaan projek ini? Dan adakah kementerian turut mempertimbangkan kelulusan masjid dan surau yang telah saya pohon pada tahun ini? Dan bilakah kelulusan dan pelaksanaan bina baharu dan naik taraf masjid dan surau di Beaufort dapat dilaksanakan?
Butiran 04802 – Pembinaan Sekolah Agama dengan nilai peruntukan RM12 juta. Puan Yang di-Pertua, saya ingin mendapatkan kepastian sekiranya di bawah
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
butiran ini peruntukan turut diberikan kepada pembinaan sekolah agama KAFA.
Pada tahun ini, saya telah membuat permohonan kepada Unit Penyelarasan dan juga Pelaksanaan (ICU) JPM melalui permohonan yang telah dihantar oleh Pejabat Daerah Kuala Penyu bagi pembinaan bangunan sekolah KAFA di Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan sekolah KAFA di Kampung Berangkok, Kuala Penyu.
Permohonan ini dibuat adalah disebabkan sekolah KAFA yang telah beroperasi di bangunan balai raya kampung yang pada dasarnya, sekolah KAFA ini tidak mempunyai bangunan sendiri. Atas dasar itu, saya melihat keperluan mendesak agar pembinaan sekolah KAFA ini dapat dibangunkan memandangkan jumlah pelajar sedia ada bagi setiap sekolah KAFA melebihi 100 orang pelajar.
Bangunan yang mereka duduki juga sekarang adalah tidak kondusif untuk proses pembelajaran dan juga pengajaran.
Butiran 93000 dan 93500 – Projek-projek Kecil dan juga Projek Khas. Puan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya di bawah butiran ini berapakah nilai projek yang telah diluluskan di Parlimen Beaufort dari tahun 2023 sehingga tahun 2025? Puan Yang di-Pertua, saya melihat perlunya kerjasama rapat di antara ICU, Jabatan Perdana Menteri dan juga pejabat daerah dalam mengenal pasti projek-projek kecil dan juga khas dalam mengatasi masalah penduduk luar bandar.
Atas dasar itu, saya menyenaraikan beberapa permohonan yang perlu diambil perhatian oleh kementerian dalam memastikan masyarakat pedalaman seperti di Beaufort dapat menikmati pembangunan dan juga kemudahan asas.
Yang pertama, kerja-kerja penyelenggaraan parit yang menjadi punca kepada permasalahan banjir kepada penduduk di Parlimen Beaufort iaitu di Kampung Mempakul, Kampung Kilugus, Kampung Layung, Kampung Gimba dan juga Kampung Mansud. Permohonan kerja-kerja ini adalah penting bagi memastikan sistem perparitan di kawasan kampung berkenaan berfungsi dengan baik, sekali gus mengelakkan dari berlakunya masalah banjir.
Yang kedua, projek menaik taraf Dewan Serbaguna Kampung Rancangan Klias Beaufort, memandangkan keadaan dewan serbaguna ini sangat uzur dan juga daif dan memerlukan penambahbaikan secara segera.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Dewan ini menjadi pusat aktiviti masyarakat dalam melaksanakan kenduri- kendara atau apa sahaja aktiviti dan juga seperti sambutan perayaan dan lain-lain yang menjadi nilai tambah kepada perpaduan masyarakat.
Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching - Beaufort
Ketiga, membina dewan serbaguna di Kampung Klias Kecil di mana kampung ini tidak mempunyai dewan mahupun balai raya yang boleh dijadikan tempat aktiviti masyarakat.
Dan yang keempat, membina jalan gravel di Jalan [tidak jelas] Kampung Tanjung Aru Menumbok sepanjang lima kilometer di mana pada masa ini jalan yang sedia ada adalah jalan tanah yang menyukarkan penduduk kampung untuk masuk ke perkampungan apabila musim hujan kerana jalan yang berlumpur dan juga rosak.
Puan Yang di-Pertua, besarlah harapan saya agar kesemua permohonan di bawah Butiran 04801, 04802, 93000 dan 93500 ini dapat diberikan kelulusan yang sewajarnya untuk memastikan Beaufort dapat menikmati prasarana dan infrastruktur yang lebih baik. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Beaufort. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Puan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya untuk berucap dalam Peringkat Jawatankuasa pada hari ini di peringkat Jabatan Perdana Menteri.
Ahli Yang Berhormat sekalian, di sebalik retorik MADANI dan janji reformasi, belanjawan ini gagal menangani isu-isu fundamental dalam pembangunan negara.
Ia ibarat kapal besar yang berlayar tanpa peta, penuh dengan peruntukan, tetapi kabur hala tuju dan kini kedaulatan yang diceroboh. Kerajaan sering bercakap tentang menaikkan siling dan menaikkan lantai. Tapi apakah maknanya jika siling itu retak, lantai tidak rata dan tiang serinya goyah dek tekanan kuasa asing?
Tuan Pengerusi, dalam prakata Menteri Kewangan, Belanjawan 2026 dikatakan menjadi mukadimah pada usaha melakukan semula pembangunan negara seperti yang digariskan dalam RMK13. Namun, di manalah komitmen sebenar untuk melakukan semula ini?
Mari kita lihat Aktiviti 1: Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri B/P.6. Fungsi Jawatankuasa Wilayah Persekutuan termasuk merancang dan menyelaraskan pembangunan kawasan Pembangunan Kampung Baru. Lebih spesifik, mari kita tumpu kepada 020700 – Pembangunan Kampung Baru. Peruntukannya untuk 2026 ialah RM15,076,100, iaitu peningkatan yang hampir tidak ketara. Hanya RM99,000 daripada RM14,977,100 pada 2025. Adakah ini yang dikatakan usaha melakukan semula dengan kenaikan kos bahan binaan dan
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
upah? Peruntukan sebegini hanya cukup untuk kerja-kerja kosmetik, bukannya transformasi yang holistik.
Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) mempunyai fungsi yang mulia. Menyediakan inisiatif perkhidmatan pembangunan dan khidmat nasihat bagi mengekalkan warisan budaya Melayu dan kemuliaan Islam. Persoalan saya, Tuan Pengerusi, dengan peruntukan yang tidak seberapa ini, bagaimanakah PKB boleh melaksanakan fungsinya dengan berkesan? Kampung Baru adalah khazanah negara yang berpotensi besar untuk dijadikan tapak warisan UNESCO, setaraf dengan Georgetown dan Melaka.
Namun, tanpa peruntukan yang strategik dan signifikan, potensi ini hanya akan kekal sebagai angan-angan. Ini adalah satu kegagalan imaginasi dan komitmen. Kerajaan sibuk dengan projek mega yang kadangkala bersifat gimik, tetapi alpa untuk memelihara warisan yang sedia ada dan mempunyai nilai sejarah serta pelancongan yang amat tinggi.
Tuan Pengerusi, sewaktu kita membincangkan warisan dan identiti, izinkan saya menyentuh satu isu yang menggambarkan kecenderungan kerajaan kepada perkara-perkara remeh. Saya merujuk kepada laporan media mengenai cadangan menamakan Kuala Lumpur sebagai “I Lite U” sebab itu bandar Kuala Lumpur sendiri mengakui ini adalah gimik untuk cipta keunikan.
Sebuah gimik dalam keadaan peruntukan untuk memelihara warisan sebenar seperti Kampung Baru hanya meningkat sedikit dan projek pembangunan identiti sebenar terbantut. Adakah wang dan tenaga rakyat patut dibazirkan untuk gimik sedemikian?
Mari kita lihat peruntukan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dalam JPM. Kita dapati 070700 – Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
(PTGWP). Peruntukan menurun daripada RM21.3 juta pada 2025 kepada RM20.2 juta pada 2026. 081000 – Pemberian Khas kepada Wilayah Persekutuan kekal statik pada RM29 juta pada 2024 hingga 2026. Di manakah wang untuk inisiatif yang benar-benar yang bermakna?
Adakah wang rakyat akan digunakan untuk membiayai kempen gimik penjenamaan semula yang tidak dituntut oleh rakyat, sedangkan peruntukan untuk pengurusan tanah dan pembangunan wilayah dasar pula dikurangkan? Inilah yang saya maksudkan dengan kepincangan prioriti. Gimik diutamakan sedangkan tugas teras diabaikan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Tuan Pengerusi, ini adalah sebahagian yang paling membimbangkan dalam perbahasan saya. Kita semua maklum tentang fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Fungsinya adalah suci dan strategik, memperkasa penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak di Malaysia. Namun dalam Belanjawan 2026, peruntukan untuk JAKIM telah dikurangkan daripada RM1,171,257,100 – 2025, kepada RM1,155,500,013 pada 2026 iaitu penurunan sebanyak RM15.7 juta.
Mengapakah ini berlaku Tuan Yang di-Pertua? Adakah ini kebetulan atau ada kaitan dengan desakan dan tekanan kuasa asing khususnya dari Amerika Syarikat yang baru-baru ini dilihat cuba campur tangan dalam hal ehwal domestik negara termasuk yang melibatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah?
Adakah pemotongan peruntukan ini sebahagian daripada understanding atau perjanjian yang terpaksa dipersetujui oleh kerajaan di sidang ASEAN yang lepas di mana Malaysia dikhabarkan terpaksa akur pada tekanan AS untuk menyelaraskan undang-undang dan dasar domestik dengan nilai-nilai liberal mereka?
Tuan Pengerusi, sebagai rumusan Belanjawan 2026 bagi tajuk Jabatan Perdana Menteri ini, yang pertama gagal melindungi warisan. Ia tidak mempunyai wawasan jelas dan peruntukan mencukupi untuk memulihara dan memperkasa Kampung Baru sebagai aset warisan nasional dan calon tapak warisan UNESCO.
Terlalu fokus pada gimik yang membenarkan wang dan tenaga dibazirkan untuk projek penjenamaan seperti “I Lite U” yang diakui sendiri sebagai gimik.
Ketiga, menggadai kedaulatan yang paling bahaya yang menunjukkan isyarat yang amat membimbangkan dengan memotong peruntukan JAKIM seolah-olah tunduk kepada tekanan kuasa asing yang cuba mencampuri urusan agama dan undang-undang negara kita. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Saya jemput Yang Berhormat Besut.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Puan Pengerusi, peraturan mesyuarat, Puan Pengerusi, 36(6). Saya bangkitkan peraturan mesyuarat dan saya mohon penjelasan dan juga Yang Berhormat untuk tarik balik. Dia menyebutkan bahawa Amerika Syarikat seolah-olah mencampur tangan urusan Mahkamah Syariah. Saya mohon untuk Yang Berhormat tarik balik. Yang Berhormat Padang Serai, ini tidak ada sama sekali campur tangan Amerika Syarikat terhadap mahkamah syariah.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Sungai Petani.
Saya untuk— persoalan dalam bentuk persoalan. Menteri boleh jawab. Kalau tak betul, jawab nafi sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Dia tuduh.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Itu adalah satu tuduhan, Yang Berhormat Pengerusi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu tuduhan, itu tuduhan.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Ini bukan tuduhan, saya mempersoalkan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak! Itu tuduhan, kena tariklah balik.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Saya mohon untuk Yang Berhormat untuk tarik balik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Itu fitnah saja, kerja asyik buat fitnah saja. Itu tuduhan. Pengerusi, kena tariklah balik itu. 13(12) tu sebenarnya itu. Ah?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Suatu pertanyaan tak boleh dibuat dalam bentuk...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
36(12).
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ya, mengelirukan Dewan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Mengelirukan Dewan.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Saya mohon untuk Padang Serai menarik balik, Yang Berhormat Pengerusi.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Soalan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, biarlah Yang Berhormat Menteri yang jawab nanti.
[Tepuk] Saya jemput Yang Berhormat Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya terus kepada Butiran 040000 iaitu Penasihat Perundangan, iaitu di antara fungsinya adalah memberi nasihat perundangan yang berkualiti dan
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
profesional, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang kepada kerajaan dalam masa yang ditetapkan.
Dan saya juga merujuk kepada butiran 040200 iaitu Hal Ehwal Antarabangsa yang fungsinya adalah melindungi dan memelihara hak dan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa dan juga memastikan obligasi antarabangsa di bawah mana- mana perjanjian treaty, convention yang telah ditandatangani, dipersetujui, diratifikasi, disertai atau dianggotai oleh Malaysia disempurnakan dengan teratur.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jadi, saya merujuk kepada apa penerangan oleh pihak― MITI seorang pun tak ada tempoh hari tentang perjanjian perdagangan timbal balas dengan Amerika Syarikat iaitu saya ringkaskan ART. Ia merupakan satu perjanjian G2G dan juga merupakan unilateral agreement. Jadi, Menteri berkenaan berkata bahawa pendekatan seluruh kerajaan atau whole-of-government telah diambil. Jadi, ini memberi gambaran badan-badan yang penting termasuk AGC iaitu Jabatan Peguam Negara telah dirunding terlebih dahulu sebelum perjanjian tersebut ditandatangani.
Jadi, persoalan jika ada, bila dirujuk dan apa nasihat-nasihat perundangan yang telah diberikan? Sebab banyak sebenarnya dalam persoalan-persoalan ya.
Jadi, kalau kita lihat, apa sebenarnya yang ada sekarang adalah kenyataan media oleh JPN iaitu Jabatan Peguam Negara sendiri bertarikh 3 November iaitu sembilan hari lebih kurang selepas ditandatangani pada 26 hari bulan yang menyentuh hanya kepada Artikel 7.1, 7.2, 7.42 dan 7.5 ART. Hanya menyentuh pasal boleh ditarik, boleh ditamatkan perjanjian. Itu yang disentuh. Seolah-olah macam tak ada dirujuk sebelum ini.
Sebab banyak persoalan sebenarnya. Yang dirujuk sebelum ini mengapa banyak perkara dalam perjanjian tersebut dikritik sebagai yang menggugat kedaulatan negara ini bukan sahaja oleh kami ahli pembangkang ya, Ahli Parlimen pembangkang, yang ada pakar-pakar, Putrajaya ada pakar, Bachok, juga oleh sebahagian daripada pihak kerajaan mungkin dan oleh pakar-pakar di luar sana, pakar-pakar ekonomi. Contohnya Perkara 2.3, 3.3, 5.1 dan 6.2 yang jelas menuntut Malaysia mengutamakan kepentingan US atau mendapatkan restu mereka terlebih dahulu dalam membuat keputusan. Banyak yang agak keliru.
Jadi, ada juga sebahagian item dalam perjanjian itu dilihat berpotensi menghakis peruntukan dalam Perlembagaan iaitu seperti contohnya 39, Perkara 39 Perlembagaan mengenai dengan kuasa eksekutif, seolah-olah macam kita kena ikut orang lain yang tentukan dasar-dasar tertentu yang dibuat. Dan juga Perkara 153
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
tentang hak keistimewaan bumiputera yang terancam apabila ada kandungan perjanjian yang secara nyata melarang kerajaan memberi bantuan bukan komersial atau subsidi. Contoh MARA, PETRONAS, FELDA dan sebagainya berperanan memperkasa ekonomi Bumiputera. Namun, kenyataan AGC dua hari lepas tersebut mempertahankan berkenaan dengan kedaulatan negara.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu. Boleh sikit?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Alah, nak habis dah.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Sikit je.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, okey.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Okey, okey. Tadi disebut banyak kena consult. Apa-apa pun kena consult dengan Amerika. Ini tak ke macam seolah-olah kembali macam ketika kita pernah ada residen British dulu, sikit-sikit apa pun kita kena tanya.
Boleh satu lagi berkaitan dengan apa ni exit clause. Termination clause memang betul ada tapi exit clause saya rasa apa ni yang specify, apa sebenarnya kesannya? Sebab biasa kalau exit clause, kita akan tahu bila masing- masing ambil langkah keluar tu setakat mana kesan yang dirasai. Tapi termination ni lain cerita ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia tak ada exit clause sebenarnya, ada termination. Termination ni kalau lihat, dia kena teliti lah. Dia ada tersurat dan tersirat. Apa kesan kalaulah katalah termination clause dibuat, disaman ke dan sebagainya. Jadi― kemudian, saya terus kepada butiran seterusnya iaitu 040200 – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dilihat kenaikan gaji hakim 30 peratus tapi tidak dinyatakannya dengan jelas kerana peruntukan berkurangan sebanyak RM6 juta lebih kurang. Jadi, apabila kita bercakap tentang hakim ini dan institusi mahkamah, saya ingin mengingatkan bahawa mahkamah seharusnya menjadi tempat rujukanlah ya, bukan tempat dijadikan sebagai alat kepada politik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dan saya ingin sebut berkenaan dengan isu Yang Berhormat Bagan sebagai Pengerusi Kehormat ASEAN-China, Association for the Promotion of Industrial Corporation and Development. Pelantikan ini dibuat oleh Perdana Menteri dalam keadaan Bagan sedang dibicarakan di mahkamah untuk kes berkaitan kes terowong di Pulau Pinang. Jadi, pelantikan ini juga menyebabkan mahkamah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, peraturan Dewan, Speaker.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ha, tengok. Inilah double standard.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tadi yang Seputeh bercakap...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, duduklah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, saya tak ada cakap pasal...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, duduklah.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya. Peraturan mesyuarat berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(2). Saya ingin buat pembetulan. Nombor satu, dengar Besut ya, dengar betul-betul sebelum bangun.
Dengar betul-betul. Nombor satu, ya, adalah sesuatu yang dibicarakan di mahkamah.
Kedua, bukan melibatkan kes terowong. Ia adalah kes yang dibicarakan berkenaan dengan isu yang lain.
Ketiga, kenyataan yang dibuat ini akan merosakkan, merosakkan kepentingan Bagan untuk mendapatkan satu bicara yang adil. Saya bantah, saya minta Yang Berhormat Besut, bekas hakim tarik balik kenyataan itu. Malu.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Tarik balik.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Apa yang saya nak tarik?
Saya bercerita pasal dia dituduh di mahkamah. Bukan saya bicarakan tentang fakta.
Saya tak bercerita pasal fakta.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak apalah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ini yang peguam ini, lawyer ni tak tahu apa benda yang dia ada dalam kepala dia.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau tengok dalam...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tadi sebelah sini pun bangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(2)...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...apabila Yang Berhormat Seputeh menyebutkan tentang kes fakta.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Fakta.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, sekarang saya pun tidak membenarkan Yang Berhormat Besut untuk membangkitkan isu tersebut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Okey, okey. Saya, saya tak sebut terowong lah. Saya sebut Bagan yang dituduh di mahkamah tapi dilantik, ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya bantah.
Kalau macam itu Pagoh pun dituduh di mahkamah. Tasik Gelugor dituduh di mahkamah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Masih belum didapati bersalah. Macam mana bekas hakim ini? Innocent until proven guilty. Come on lah, have some standard, have some shame.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia salah gunakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sepatutnya ...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup lah. Saya rasa tak perlu bahas-bahas lagi. Yang Berhormat semua duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup. Yang Berhormat.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Seri Gading untuk berbahas.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dia mengganggu saya.
Masalah dia mengganggu saya. Bagilah saya satu minit dua minit lagi. Ini...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup. Saya sudah jemput Yang Berhormat Sri Gading untuk berbahas. Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Speaker, Puan Speaker.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pengerusi.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Sri Gading membahaskan Butiran 010600 – Akademi Kenegaraan Malaysia. Kita faham bahawa fungsi Akademi Kenegaraan Negara adalah berperanan penting dalam memperkukuhkan semangat patriotisme dan juga kenegaraan rakyat khususnya generasi muda. Dan kita ucapkan tahniah kepada AKM kerana telah berjaya mengumpulkan pencapaian sejuta lebih penyertaan dalam tempoh satu bulan dan ia merupakan pencapaian yang direkodkan dalam Malaysia Book of Records.
Apa yang penting kepada kita adalah bagaimana anak-anak muda ini dapat diketengahkan ataupun diperjelaskan tentang negara Malaysia. Kepentingan bukan sahaja menghafalkan Rukun Negara tetapi dia memahami perjalanan negara kita supaya ia nya akan terus berkesan dan menjadi jati diri mereka mempertahankan negara Malaysia. Cadangan daripada Sri Gading supaya dapat ditubuhkan rangkaian alumni AKM di peringkat negeri dan daerah supaya ini menjadi satu platform mereka boleh saling berinteraksi untuk meneruskan aktiviti-aktiviti walaupun bukan di bawah anjuran AKM.
Perkara yang kedua, Butiran 93600 – Projek Mesra Rakyat yang telah diperuntukkan pada tahun 2026 RM444 juta― ribu juta. Jadi― RM446 juta, ratus― di mana peruntukan ini adalah merupakan peruntukan yang besar untuk kepentingan rakyat yang mana Sri Gading mengharapkan projek yang berasaskan kepada penilaian keperluan komuniti dan bukan sahaja pertimbangan politik semata-mata.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Maka, Sri Gading menyarankan ataupun mencadangkan supaya satu portal ketelusan PMR dibentuk dan boleh dijejaki ataupun boleh disemak oleh rakyat, di mana peruntukan yang besar ini sekurang-kurangnya bila dimaklumkan, rakyat dapat melihat tentang wujudnya projek-projek yang berkaitan.
Sri Gading ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan dapat membentuk ataupun membina kompleks sukan serba guna dalam Parlimen Sri Gading untuk kegunaan empat Parlimen dalam Daerah Batu Pahat. Tanah telah sedia ada di Pura Kencana dan bajetnya dianggarkan dalam 20 juta sahaja.
Perkara yang ketiga, Butiran 081500 – Akademi Kehakiman Syariah Malaysia, di mana peruntukan di sini kalau kita lihat, daripada sembilan juta 2025 kekal lebih kurang begitu juga pada 2026, di mana Kehakiman Syariah Malaysia ini adalah perlu memandangkan isu ini baru mula beroperasi kampus sementara di Putrajaya. Peranannya, melahirkan hakim dan juga pegawai syarie yang berwibawa, berintegriti serta memahami dinamika semasa.
Oleh itu, pengurangan— jangan dikurangkan bajetnyalah.
[Dicelah] Oh, tak ada bajet? Oh, baru perasan ya. Jadi, apa yang penting, Sri Gading menyarankan supaya kerajaan memperkenalkan program biasiswa kehakiman syariah nasional ini untuk menarik minat pelajar-pelajar undang-undang Islam untuk menyertai perkhidmatan kehakiman syarie.
Seterusnya, Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berkaitan dengan perkara standard pensijilan halal Malaysia. Perlu JAKIM tegas dan bebas daripada kompromi, khususnya di bawah Perjanjian Dagang Timbal Balas bersama dengan Amerika Syarikat, kerana kita sedia maklum bahawa sijil halal ini sangat dikenali di seluruh dunia. Dan andai kata kita mengharapkan bahawa walaupun di Amerika itu ada badan tertentu yang telah menyatakan tentang halal daging ataupun proses mereka, tetapi perlu mendapat juga pengesanan— pengesahan daripada JAKIM sebelum datang ke Malaysia.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sri Gading. Sri Gading, nak tanya sikit Sri Gading. Kalau kita dengar Sri Gading, daripada pembangkang dia kata, maksudnya halal kita ini tergugat disebabkan perjanjian timbal balik itu dengan Amerika Syarikat. Adakah benar dakwaan daripada pembangkang ini? Sila jawab Sri Gading.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Kita sudah maklum bahawa bila sijil— kita tahu bahawa Amerika ini negara yang bukan dikatakan negara
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Islam. Malaysia ini dianggap sebagai negara Islam. Namun, ada badan tertentu di Amerika yang memang diiktiraf sebagai orang yang berautoriti untuk mengeluarkan sijil ini ya, sijil halal.
Namun demikian, bagi sebuah negara, kita ada kedaulatan. Maka, kita perlu menyatakan bahawa sijil halal Malaysia itu adalah yang terbaik, pertama. Yang kedua, standardnya sangat bagus dan sangat baik. Maka, perlulah walaupun ada sijil halal daripada pihak tertentu di Amerika Syarikat, maka bagi pihak JKM— J-A-K- I-M, JAKIM ini, perlu sekurang-kurangnya pergi melihat, bukan— melihat tentang bagaimana sepatutnya urusan di sana supaya pengiktirafan daripada kita juga diperlukan untuk memastikan halal daripada Amerika itu betul-betul dalam — dapat digunakan di peringkat kita. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sri Gading, Sri Gading, Sri Gading.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sri Gading, sikit lagi Sri Gading. Maksudnya, maksudnya tohmahan daripada...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat, cukup. Saya jemput Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* rakyat Malaysia, orang muda. Saya menyertai— pertama sekali, saya nak ucap tahniah kepada Zohran Mamdani, Gabenor New York yang baru. Namanya hampir-hampir sama.
Walaupun Trump mengugut bahawa kita akan potong peruntukan federal, tetapi Mamdani menang di New York. Dan dia pula bagi ugutan bahawa kalau dia menang, kalau Netanyahu masuk New York, dia akan ikut arahan ICJ untuk tangkap Benjamin Netanyahu. Mamdani ialah berasal— keluarganya berasal dari India, pergi ke Uganda, akhirnya pergi ke New York. Trump datang ke Malaysia jumpa dengan Kerajaan MADANI, bukan Mamdani ya.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang kita bahas belanjawan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Okey. Butiran 020100 – SPRM ya. Siasatan, saya mencadangkan supaya SPRM membuat siasatan setelah
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
mendapat tuntutan daripada orang ramai. Yang pertamanya, saya cadangkan supaya siasatan dibuat di Kampung Sungai Baru kerana pampasan yang dibagi untuk 16 ekar itu 56 juta, padahal di Kampung Pandan dekat apa itu, Yang Berhormat Pandan, satu ekar 90 juta.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, bukan. Tanah, tanah.
Jawatankuasa yang sama menilai tanah dekat Kampung Pandan 90 juta, tetapi di Kampung Baru yang jaraknya 500 meter daripada KLCC, nilainya 56 juta 16 ekar.
Kemudian, saya minta SPRM siasat tentang aerotrain yang sekarang rosak lagi. Pernah berlaku insiden di mana penumpang terpaksa berjalan kaki di atas trek.
Dan yang ketiganya, saya minta disiasat manusia-manusia tersohor yang disebut oleh Pandan baru-baru ini, namanya ialah FS.
Butiran 02000 iaitu Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, 761 juta.
Matlamatnya ialah menjadi agensi pusat yang unggul dalam penyelarasan dan pemantauan pembangunan negara. Ini dia kata. Penyelarasan yang unggul, 761 juta. Yang kita tahu, di dalamnya terdapat peruntukan Ahli-ahli Parlimen. Dia tak sebut pula Ahli Parlimen MADANI ataupun PH. Dia sebut secara sepenuhnya 761 juta, tetapi Ahli Parlimen pembangkang tak dapat. Jadi bila kita tak lulus, tidak menolak kelmarin, kalau habis, habislah. Yang menang, menang.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau, nak tanya sikit boleh Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang menang, jadi kerajaan.
Perdana Menteri, Perdana Menteri rakyat Malaysia, bukan Perdana Menteri PH.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Arau. Arau. Arau, semalam kan tolak. Semalam kan tolak bajet itu. Kenapa tolak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Apa ini, siapa ini, Timbalan Menteri KKR tadi, Ahmad Maslan jawab apa? Kononnya kelmarin kita tolak, hari ini minta.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Undi belah bahagi pula semalam.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Otak kamu, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri untuk rakyat Malaysia, bukan untuk parti kamu.
Kemudian, yang keduanya ialah 030500 – NADMA. Timbalan Perdana Menteri telah menyebut dengan terangnya bahawa...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat, sila duduk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita hendaklah berpindah tiga hari sebelum banjir...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Semalam, kenapa tolak Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dan berpindah balik tiga hari selepas banjir. Yang ini ialah arahan. Saya minta, apakah dilaksanakan? Itu sebab kalau diikut arahan ini, tidak ada kereta yang tenggelam dan sebagainya sebab mereka berpindah tiga hari sebelum banjir. Kalau bengang, duduk ya.
Kemudian, urusan Parlimen. Ini akhir sekali ya, urusan Parlimen iaitu 0100 – Parlimen. Parlimen Malaysia sebagai institusi perundangan yang bebas, berwibawa dan bertaraf dunia. Tak dunia pun, dekat Malaysia pun gagal. Saya menyokong supaya Parlimen ini ditutup— perkhidmatan tertutup. Dulu mula-mula tertutup, kemudian dibuka, sekarang ditutup semua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, peraturan Dewan Speaker.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tetapi, dalam sini tidak dimasukkan sekurang-kurangnya...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Itu bahaya itu, [Tidak jelas] Arau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, Speaker.
Peraturan Dewan Speaker.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang Berhormat Arau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Bahaya duduk Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
*[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Shut up!
[Pembesar suara dimatikan]*
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat berapa?
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, 36.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Dulu, Pagoh yang tutup Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak pernah kacau. Ini muka tak malu. Kami bercakap...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Arau, sila duduk dulu. 36 berapa?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya gunakan Peraturan 36(4), kurang sopan, biadab dan pernyataan-pernyataan yang kurang sopan. Dia mengatakan bahawa— biarkan saya habis dulu. Dia mengatakan bahawa Parlimen ini tiada standard. Kamu seorang Ahli Parlimen, Yang Berhormat.
Kamu nak bahas untuk menyatakan satu fakta tak puas hati, nyatakan, tetapi jangan jatuhkan maruah Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Dia berucap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini institusi Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ya. Itu semua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Malulah Arau, ada orang-orang di sini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Woi, ini Parlimen...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] …Dasar aparteid.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa dasar aparteid?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bertaraf dunia ke?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bagaimana dia boleh kata dasar aparteid? Adakah dia faham?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kita sekurang-kurangnya, pusat khidmat Ahli Parlimen, kena dibagi. Ini tak masuk dalam senarai ini, sekurang- kurangnya perkhidmatan pusat khidmat Parlimen. Tak bagi yang lain, tak apa. Yang ini kena sebab ini ialah keperluan asas Ahli Parlimen.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tetapi, jangan jatuhkan institusi Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau kita kata nak bertaraf dunia, sekurang-kurangnya Ahli Parlimen sana menyokong kami.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan jatuhkan institusi Parlimen. Jangan gunakan perkataan “aparteid”.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Ini bertaraf dunia, saya pergi — Yang Berhormat Speaker.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kamu faham ke apa aparteid?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya pergi keliling dunia.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya pergi di Azerbaijan, Baku.
Saya bangun berucap puji PMX. Senator Fauziah jadi saksi. Saya puji. Orang yang pertama puji PMX di luar negara. 56 negara mendengar saya berucap. Puji PMX. Di luar negara, saya pertahan. Tapi dalam negara saya sebut bahawa kita mesti berlaku adil. Ini bukan dasar aparteid. Ini ialah Kerajaan Perpaduan MADANI. MADANI di New York bagus. MADANI di New York bagus.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah dia faham what is— what is— Do you understand what is the meaning of apartheid, dengan izin? Faham tak?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, membeza-bezakan ini dasar aparteid.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak boleh gunakan kenyataan itu. Apartheid is not— this country doesn’t— we don’t practice apartheid here.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya kata membeza-bezakan seperti dasar aparteid.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolonglah Arau, ada orang lihatlah sini. Tolong Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tolong apa? Bagi Menteri jawab. Kamu jangan menyibuk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa menyibuk?
Bagaimana kamu boleh kata aparteid?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kamu menyibuk.
Menyibukkan. Kami berucap...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jatuhkan maruah Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kami berucap kamu ganggu.
Kamu tak ada poin sendiri kah? Berucaplah sendiri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan ganggu. Jangan jatuhkan maruah Parlimen.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Sampai semua orang kamu ganggu. Apa? Lantik Ahli Parlimen...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong boleh hantar usul. Saya jemput Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya nak ucap terima kasih.
Terlupa ucap terima kasih. Thank you.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya merujuk B.1 Parlimen Malaysia. 010200 – Urusan Parlimen, Pengurusan Dewan. Peruntukan turun sebanyak 87.5 berbanding 89.3 tahun 2025. Berlaku penjimatan sebanyak RM1.8 juta. Saya merujuk portal rasmi Parlimen Malaysia. Salah satu penambahbaikan yang dibuat ialah Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) iaitu memasukkan soalan-soalan Dewan secara digital. Namun begitu, saya dapati kertas soalan Dewan secara fizikal masih lagi diedarkan. Sepatutnya tak perlulah kecuali buku-buku laporan.
Setiap kali sidang berakhir, kami akan menerima notis daripada Ketua Pentadbir Parlimen untuk melupuskan dokumen yang tak dikehendaki. Ini satu pembaziran yang berlaku dalam Dewan yang mulia ini. Oleh itu, saya mencadangkan agar kaedah paperless dilaksanakan di Parlimen memandangkan semua Ahli Parlimen dibekalkan dengan laptop, dengan kemudahan internet yang boleh mengakses segala dokumen yang dibekalkan. Ini dapat menjimatkan kos pengurusan Dewan.
Merujuk B.4 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 040200 – Pilihan Raya Negeri.
Kerajaan memperuntukkan RM292.02 juta untuk tahun 2026. Saya merujuk tiga buah negeri yang tempoh Dewan Undangan Negeri akan tamat tempoh lima tahun.
Iaitu DUN Melaka pada November 2026, DUN Sarawak pada Disember 2026, DUN Johor pada April 2027 dan Parlimen Malaysia pada November 2027. Persoalan di sini, adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi ketiga-tiga DUN tersebut bersama Parlimen Malaysia? Jika diadakan secara
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
berasingan, berapakah kos yang diperuntukkan untuk Parlimen dan DUN-DUN tersebut?
Berkaitan pilihan raya, saya ingin tahu status terkini tentang perkembangan RUU Pendanaan Politik yang banyak dipersoalkan di Dewan ini dan juga di medsos. Selepas PRU14, penggubalan Akta Pendanaan Politik hampir menjadi kenyataan tetapi gagal dibentangkan oleh Kerajaan PH 1.0 ketika itu.
Begitu juga peralihan kuasa di bawah YB Pagoh Februari 20 dan YB Bera pada Ogos 2021. Terdapat usaha kedua-dua kerajaan di bawah Perikatan Nasional yang telah bersedia untuk membawa RUU tersebut ke Parlimen ini tetapi berlaku pembubaran Parlimen pada Oktober 2022 menyebabkan RUU tersebut gagal dibentangkan.
Kesediaan ini mengambil kira terdapat 116 buah negara di dunia ini yang telah pun mempunyai Akta Pendanaan Politik yang tersendiri. Kita hanya ada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menentukan had perbelanjaan calon semasa kempen pilihan raya tetapi tidak ada peraturan yang jelas tentang sumbangan dan perbelanjaan politik.
Saya khuatir jika sesebuah parti politik dibiarkan bebas tanpa sebarang sekatan, ia boleh mendapatkan sebanyak mungkin dana sama ada dari dalam ataupun luar negara. Ini boleh menimbulkan persoalan sama ada dana ini diperolehi secara sah ataupun tidak menurut undang-undang atau melibatkan satu unsur jenayah kewangan terancang yang boleh menjurus kepada unsur-unsur rasuah.
Oleh itu, saya mencadangkan RUU Pendanaan Politik dapat dibentangkan untuk dilaksanakan sebelum PRU16 akan datang. Ia sangat diperlukan bagi memastikan dana politik yang diterima adalah daripada sumber yang bersih, menggalakkan dan memastikan persaingan yang lebih adil melalui pengukuhan operasi parti-parti politik sebagai tunjang demokrasi.
040300 – Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Sabah dan Sarawak. Kerajaan Sabah telah menyuarakan secara rasmi bahawa mereka mahu pertambahan kerusi Parlimen sebagai langkah untuk memenuhi MA63 iaitu 35 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen. Persoalan saya di sini ialah selain Sabah dan Sarawak, adakah kerajaan juga bercadang untuk mengkaji semula kawasan- kawasan tertentu di Parlimen Malaysia sebelum PRU16 akan datang.
Yang kedua, adakah SPR sudah mengemukakan takwim rasmi untuk sesi pendengaran awam persempadanan pilihan raya yang disyorkan dan adakah SPR akan melibatkan badan bebas atau universiti dalam menentukan metodologi
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
semakan sempadan atau masih bergantung sepenuhnya kepada arahan Jabatan Perdana Menteri? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Saya jemput Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Puan Pengerusi.
Perbahasan saya hari ini akan difokuskan kepada isu tuntutan 40 percent hasil bersih Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ini adalah satu hak yang sudah pun diputuskan oleh mahkamah tinggi.
Jadi, terima kasih atas peluang untuk saya bersuara bukan sekadar sebagai wakil rakyat tetapi sebagai satu anak Sabah yang sayang betul dengan negeri ini.
Jadi, isu ini bukan sahaja baru tetapi rakyat Sabah juga tunggu lebih 60 tahun. Tapi bila Kerajaan Pusat berkemungkinan merayu keputusan mahkamah tinggi itu yang memang bikin rakyat rasa sangat kecewa sekali.
Bukan sebab tamak tetapi kami cuba mahu apa yang telah dijanjikan. Bukan lebih, bukan kurang. Hak 40 percent ini bukan isu politik juga tetapi hak Perlembagaan yang patut ditegakkan, bukan dilengah-lengahkan. Jadi, bila kerajaan pilih untuk appeal, rakyat rasa macam dipermainkan, macam selama-lamanya Sabah ini kena tunggu, kena sabar, kena percaya janji yang entah bila mahu ditunaikan.
Jadi, saya mahu tanya dengan terus terang. Sampai bila rakyat Sabah disuruh sabar? Dari zaman atuk ataupun sampai cucu sekarang, sekolah masih daif, jalan di kampung berlubang, klinik jauh, internet pun kadangkala tiada. Jadi, hasil bumi, minyak, gas, sawit, cukai semua dibawa keluar. Jadi, kalau 40 percent ini dikembalikan, banyak benda boleh dibuat.
Saya ingin mengikut butiran 93500, 93600 dan butiran 97000. Jadi, naik taraf sekolah, tambah hospital, bantu petani bukan sahaja boleh memberi peluang pekerjaan untuk anak muda. Dengan 40 percent ini bukan hanya Sabah ingin menjadi kaya tetapi mahu kehidupan yang bermaruah di tanah sendiri.
Jadi, bila Mahkamah Tinggi sudah bagi keputusan yang jelas, kerajaan sepatutnya hormat dan laksanakan, bukan merayu. Sebab bila rayuan dibuat, mesej untuk rakyat dengar bukan mesej keadilan, tetapi seperti ini, “Sabah, tunggu lagilah kamu. Belum masanya”. Inilah yang dibuat rakyat sangat rasa tidak puas hati. Bukan marah semata-mata tetapi tidak dihargai sebagai satu rakan setara dalam Malaysia.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Jadi, saya mahu tekankan, Sabah bukan negeri kelas kedua. Kami bukan datang kemudian. Kita adalah rakan pengasas Malaysia, sama taraf, sama semangat, sama hak. MA63 bukan dokumen untuk muzium. Itu asas Malaysia tersendiri. Kalau MA63 tidak dihormati, maka semangat Malaysia pun tercalar.
Jadi, anak-anak Sabah, anak-anak muda Sabah terutamanya hari ini sudah celik dengan undang-undang dan juga tahu hak mereka. Mereka tidak mahu lagi dengar janji kosong, mereka mahu lihat tindakan. Jadi, kalau kerajaan betul-betul jujur, batalkan rayuan itu dan mulakan laksanakan semangat MA63 dengan ikhlas.
Sebab kalau Sabah kuat, Malaysia pun kuat. Kalau Sabah maju, negara pun makmur. Tapi kalau Sabah terus ditinggalkan, jurang pembangunan akan makin besar dan perpaduan pun boleh terjejas.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Akhir sekali, saya ingin titip satu pantun dari hati rakyat Sabah.
Laut biru luas terbentang, Gunung Kinabalu berdiri megah; Hak negeri jangan dipandang ringan, 40 peratus itu janji yang sah. Hentikan rayuan itu dan buktikan bahawa Malaysia ini benar-benar satu keluarga besar yang saling menghormati antara satu sama lain. Itu saja. Sekian dan terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Sandakan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pengkalan Chepa.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasihDato’ Pengerusi.
Pada Mei 2026, saya ingin membahaskan Butiran 050000 – Kemajuan Islam dan juga Tabung Haji. Pada Mei 2026, Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. dijadualkan menebus sukuk pertama berjumlah RM13.2 bilion yang diterbitkan kepada Lembaga Tabung Haji pada tahun 2019. Namun, sehingga akhir tahun 2023, nilai aset UJSB dilaporkan hanya sekitar RM8.9 bilion. Mungkin data terkini menunjukkan ada sedikit peningkatan dan juga keuntungan.
Tetapi, yang pastinya, jauh lebih rendah daripada jumlah obligasi yang perlu dibayar oleh UJSB kepada Tabung Haji. Jurang ini menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan UJSB memenuhi tanggungjawab pembayaran apabila tiba tempoh matang iaitu pada Mei 2026 yang berbaki hanya tujuh bulan sahaja lagi.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Penubuhan UJSB pada 2018 merupakan sebahagian langkah penstrukturan semula kewangan Tabung Haji selepas agensi itu mencatat defisit kira-kira RM10.8 bilion susulan kejatuhan pasaran saham pasca Pilihan Raya Umum Keempat Belas.
UJSB ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan untuk mengambil alih aset-aset tidak berprestasi milik Tabung Haji sebagai langkah penyelamatan sebagaimana yang didakwa.
Sebagai pertukaran, UJSB membeli aset Tabung Haji bernilai lebih kurang RM10 bilion untuk mengeluarkan dua tranche sukuk bernilai keseluruhan RM19.9 bilion serta bayaran tunai berjumlah RM300 juta. Sukuk ini menawarkan kadar keuntungan antara 4.05 peratus hingga 4.10 peratus. Namun, pembayaran keuntungan tidak dibuat secara tahunan, sebaliknya terkumpul sehingga tarikh matang.
Sukuk pertama yang dalam tempoh tujuh tahun itu ialah bernilai RM13.2 bilion termasuk prinsipal dan juga keuntungan terkumpul yang matang pada Mei 2026. Sukuk kedua, 10 tahun, bernilai RM14.35 bilion, matang pada Mei 2029.
Selepas hampir tujuh tahun beroperasi, UJSB masih belum berjaya memulihkan nilai aset yang diambil alih dengan baki aset kurang daripada RM9 bilion. Syarikat itu menghadapi cabaran besar untuk menebus sukuk pertama apatah lagi membayar keseluruhan obligasi sukuk berjumlah RM27.55 bilion menjelang 2029.
Kini, UJSB berkemungkinan perlu menerbitkan sukuk baharu kepada Tabung Haji bagi menggantikan sukuk sedia ada atau kerajaan terpaksa memperuntukkan dana sokongan.
Jadi, persoalannya, adakah UJSB telah menunjukkan prestasi pemulihan aset yang memuaskan seperti mandat asal penubuhannya untuk memulihkan aset- aset Tabung Haji? Dan, adakah Kementerian Kewangan bersedia untuk memperincikan langkah-langkah yang dirancang untuk memastikan UJSB dapat menebus sukuk tranche pertama bernilai RM13.2 bilion pada Mei 2026 tanpa menjejaskan kestabilan dana pendeposit Tabung Haji?
Yang ketiga, adakah kerajaan bersedia membawa isu ini kepada PAC untuk menilai keberkesanan dan ketelusan pelaksanaan penstrukturan Tabung Haji yang sebelum ini juga sudah ada RCI yang mungkin melibatkan siasatan terhadap perkara tersebut?
Jadi, saya mohon respons dan penjelasan daripada pihak Tabung Haji dan pihak Menteri Agama. Untuk makluman Yang Berhormat Pengerusi, sebelum ini
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
pelbagai soalan yang saya lontarkan di sini berkaitan dengan UJSB, sehingga tarikh ini, saya tidak menerima apa-apa jawapan yang tuntas daripada pihak kerajaan. Jadi, untuk direkodkan dalam Dewan ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir saya nak sebutkan berkaitan dengan penggunaan label ‘Muslim choice’ oleh NGO yang mengelirukan pengguna Islam.
Saya ingin menarik perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Saya difahamkan JAKIM telah pun memanggil pihak NGO tersebut pada Ogos tahun lalu.
Tetapi, yang mendukacitakan, NGO itu masih lagi mengeluarkan pelabelan yang dimaksudkan dengan meletakkan ‘Muslim choice’ dan ini sangat mengelirukan, dan dalam tempoh setahun masih lagi beroperasi sehinggalah pada beberapa hari lepas, kenyataan daripada pihak JAKIM dikeluarkan telah pun menegaskan bahawa perkara itu tidak dibolehkan.
Persoalannya, Tuan Yang di-Pertua, ialah isu enforcement. Kalau dibiarkan tempoh setahun beroperasi tanpa sekatan dan mereka boleh mengeluarkan label- label dan sudah bertaburan pada produk-produk di seluruh negara ini, maka makin sukar untuk dikawal. Sepatutnya label halal ini hanya patutnya dikeluarkan oleh hanya satu sumber sahaja iaitu JAKIM dan juga majlis agama Islam negeri.
Soalan saya, apakah tindakan yang telah diambil dan apakah perancangan untuk memperketatkan lagi enforcement? Kerana ini jelas bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan pada tahun 2011 dan Perintah Perakuan dan juga Penandaan Halal JAKIM pada 2011.
Itu sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Kalau sebelum ini, dikaitkan juga dengan pelbagai isu yang berkaitan― no pork, no lard— apa nama ini, istilah-istilah ini juga mengelirukan dan semakin berterusan.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Jadi, sebab itu saya ingin mendesak kepada kerajaan supaya tegas. Kalau perlu dakwa, perlu dakwa. Supaya menjadi pengajaran supaya ini tak akan berulang lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat. Pengkalan Chepa. Saya jemput Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pengerusi kerana izinkan saya untuk membahaskan bajet peringkat jawatankuasa.
Saya nak sentuh Butiran 010000 – Pengurusan dan khusus kepada FELDA.
Saya ingin menarik perhatian Dewan ini kepada isu ketelusan dan struktur kawal selia FELDA dalam Anggaran Perbelanjaan 2026.
Kita maklum bahawa FELDA kini diselia oleh Bahagian Kawal Selia di bawah Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Namun begitu, komponen kawal selia ini tidak lagi diperincikan secara fizikal dalam Buku Anggaran Perbelanjaan 2026. Tiada butiran langsung mengenai peruntukan untuk fungsi kawal selia FELDA walaupun fungsi tersebut masih wujud secara pentadbiran di Jabatan Perdana Menteri. Untuk rekod, kali terakhir Bahagian Kawal Selia Felda disenaraikan secara rasmi dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tahun 2018.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, kita ucapkan terima kasih banyak kepada Allahyarham Tun Razak kerana atas idea beliaulah FELDA diwujudkan dan menyelamatkan beribu-ribu ekar tanah daripada diceroboh dan menyelamatkan beribu-ribu juga bahkan beratus ribu masyarakat peneroka FELDA.
Saya mahu penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri, di bawah butiran mana dalam anggaran pengurusan JPM diletakkan fungsi kawal selia FELDA?
Berapakah jumlah sebenar peruntukan bagi tujuan kawal selia FELDA tahun 2026?
Adakah kerajaan bercadang mengembalikan semula butiran rasmi Bahagian Kawal Selia Felda dalam Buku Anggaran Perbelanjaan pada akan datang?
Dato’ Pengerusi, saya ingin menyentuh semula satu isu yang agak berlarutan iaitu tentang pengurusan tanah FELDA. Selepas hampir empat dekad pengoperasian, ladang-ladang ini masih terdapat kawasan yang diusahakan tanpa dokumen hak milik yang sah. Ini bukan sekadar— lebih membimbangkan, sebahagian tanah tersebut telah dipajak kepada FGV Holdings dan diisytiharkan sebagai aset korporat di Bursa Malaysia seolah-olah tiada penghadang sempadan jelas antara hak negeri dan hak syarikat.
Apabila hasil dituai dan ada keuntungan dicatat setiap tahun, tetapi hak milik dan cukai tidak diserahkan. Ia memberikan isyarat bahawa sistem tadbir urus kita masih encang. Sebagai contoh, di Terengganu, 14,000 hektar tanah kerajaan negeri telah digunakan oleh FELDA sejak pertengahan 1980-an.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sebab itulah ramai peneroka yang tidak berpuas hati dengan pengurusan FELDA dan ramai daripada mereka yang, Dato’ Pengerusi, yang menjual buah hasil ladang mereka kepada bukan FELDA tetapi kepada syarikat awam yang di luar.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Apakah tindakan positif kerajaan dalam menangani isu ini? Dan, saya harap peneroka FELDA mestilah prihatin dalam masa depan hak mereka sendiri. Datuk Pengerusi, saya minta supaya penjelasan diberikan dan memberikan kepuasan hati kepada peneroka FELDA dan kalau boleh mereka dapat dikembalikan semula menjual hasil-hasil tanaman di FELDA ini kepada FELDA sendiri dan bukan dijual kepada syarikat-syarikat di luar daripada FELDA.
Saya juga ingin menegaskan tiga perkara yang perlu dijawab oleh kerajaan.
Apakah jumlah dan pecahan sebenar tanah milik kerajaan negeri yang masih belum diselesaikan hak miliknya? Apakah jadual pelunasan yang telah disusun untuk membayar premium tanah, cukai tanah dan perkongsian hasil yang tertunggak kepada kerajaan-kerajaan negeri? Adakah kerajaan bersedia mengarahkan audit undang-undang bebas terhadap semua perjanjian pajakan tanah FELDA kepada FGV, khususnya tanah yang telah diisytiharkan sebagai aset Bursa Malaysia bagi memastikan pemilikan dan transaksi tersebut selaras dengan Kanun Tanah Negara.
Satu lagi perkara Datuk Yang di-Pertua yang nak saya timbulkan ialah berkenaan dengan status pengukuhan institusi FELDA dan FELDA Investment Corporation (FIC) di bawah butiran yang sama. Yang saya ingin bertanya, berapakah jumlah aset-aset FELDA di dalam dan di luar negara? Apakah status semasa aset- aset pelaburan FELDA termasuk di dalam dan luar negara seperti Grand Plaza Serviced Apartment dan Grand Plaza Kensington di London dari segi prestasi kewangan dan kadar pulangan semasa?
Daripada keseluruhan aset FELDA ini, berapakah yang mencatat keuntungan dan berapa yang mengalami kerugian atau susut nilai mengikut kategori pelaburan dan lokasi? Dan terakhir, adakah kerajaan bersedia untuk mendedahkan laporan penyata untung rugi tahunan bagi setiap aset FELDA bagi memastikan semakan Parlimen dapat dibuat secara telus dan berasaskan data sebenar?
Saya juga berharap kepada semua peneroka-peneroka FELDA mestilah prihatin dan sensitif kepada nasib masa depan anda semua kerana tujuan FELDA diwujudkan ialah bagi membina masa depan penduduk-penduduk miskin bersama di kawasan-kawasan luar bandar yang melibatkan berbagai kaum dan di seluruh negara. Saya berharap supaya kerajaan berikan perhatian. Saya tidak mahu melihat
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
FELDA terus rugi, kadang-kadang kerugian FELDA bukan kerana FELDA itu rugi tetapi pengurusan tertinggi yang ambil kesempatan untuk mencari kekayaan di dalam FELDA itu sendiri. Terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Maran. Ahli-ahli Yang Berhormat, majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang nanti. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan Mesyuarat****] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat- Yang Berhormat, saya memantau Mesyuarat. Saya dapati banyak sangat gangguan yang tidak perlu. Jadi Yang Berhormat-Yang Berhormat, ambil maklum dua peraturan ini. Pertama Peraturan 7(4) dalam Jawatankuasa Yang Berhormat Pengerusi dipanggil Pengerusi. Kedua, baca Peraturan 37(2).
Jika Yang Berhormat-Yang Berhormat melanggar arahan saya, saya akan terus membuat pertuduhan. Jika jawapan itu tidak berpuas hati, saya akan jatuh hukum terus selepas mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat. No way to about it. I'm not going to make dengan izin a mockery dalam Dewan. Ingat ya. Saya buat kerja, saya buat kerja. Di luar kita boleh main. Okey baik. Saya mempersilakan Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Pengerusi. Bayan Baru ingin membahaskan di peringkat Jawatankuasa Jabatan Pertanian Menteri. Ha, minta maaf, nombor satu adalah Jabatan Audit Negara, 020000 – Pengauditan.
Kita tahniah Jabatan Audit Negara kerana telah berjaya mendapat peruntukan tambahan RM25 juta daripada RM113 juta ke RM138 juta. Jadi ini adalah penambahan yang amat dialu-alukan kerana dengan perluasan kuasa Ketua Audit Negara dan juga follow the money trail, follow the government money trail sekarang Ketua Audit Negara, Jabatan Audit Negara boleh menyiasat segala penggunaan wang kerajaan sehinggakan ke syarikat yang diberi geran atau NGO yang diberi geran.
Dan saya ingin memohon supaya Jabatan Audit Negara untuk memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini setakat manakah follow the audit trail itu berlaku? Dan kita –– saya nak bagi contoh, kita kerajaan memberi banyak geran kerajaan kepada syarikat-syarikat atau agro contohnya agropreneur muda dalam KPKM diberi RM15 juta dan selalunya kita bagi duit saja tetapi kita tak nampak outcome itu. Adakah geran itu digunakan dengan baik?
Adakah kita telah melahirkan lebih ramai agropreneur muda yang berwibawa? Dan adakah dia telah meningkatkan food security negara kita? Jadi itu adalah pengauditan yang saya harap bahawa Jabatan Audit Negara boleh gunakan.
Contoh juga subsidi diesel untuk nelayan. Adakah itu menjadi, adakah kita boleh mencari, adakah perdagangan, penyeludupan diesel di tengah-tengah laut itu, bolehkah kita cari penyelesaian terhadap tersebut? Adakah sistem yang lebih baik untuk trace?
Dan juga contohnya program latihan dan pembangunan sukan Majlis Sukan Negara. Kita kerajaan memberi banyak geran kepada majlis-majlis sukan tetapi selalunya kita tidak nampak bahawa outcome itu, adakah kita meningkatkan prestasi kita di peringkat antarabangsa. Jadi duit itu bagi, tapi akhirnya adakah mereka melaksanakan dengan lebih efisien atau lebih baik outcome-nya? Itu persoalan.
Kedua 010200 – Pengurusan Dewan. Saya ingin bangkitkan kepada Tuan Pengerusi dan juga Tan Sri Speaker bahawa PAC sekarang mendapat sokongan daripada dua-dua pihak. Pihak kerajaan, pihak pembangkang selalunya quote PAC.
Nak ada isu, minta PAC siasat, ada PAC keluar report, dibahaskan dan media pun ambil perhatian yang sungguh. Tetapi PAC sekarang kekurangan penyelidik dan
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
juga staf sokongan. Kita hanya ada empat penyelidik sahaja dan staf sokongan pun kurang. Jadi ada keperluan untuk meningkatkan pegawai penyelidik ya. Ketiga ...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Bayan Baru sikit saja pasal PAC, boleh?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey, silakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya saya setuju. Saya juga sebagai ahli PAC sama seperti Bayan Baru. Saya setuju sebab kita dah melihat PAC ini dah menjadi satu institusi yang penting bagi kedua-dua pihak. Jadi saya amat setuju dengan cadangan supaya kita diberikan sokongan dari segi sumber termasuklah penyelidik supaya kita dapat melaksanakan tanggungjawab kita dengan lebih baik.
Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Bangi. Masukkan ucapan Bangi dalam ucapan saya. Isu yang terakhir adalah 010200 – Pengurusan Dewan.
Kita di Parlimen ini, kita mempunyai ramai pelawat. Petang ini tak ada tapi pagi penuh, semalam penuh dan tiap-tiap hari ada pelawat. Kalau Tuan Pengerusi pernah keluar negara, kita tahu kita selalu ada keluar negara dan kita semestinya akan melawat Parlimen. Dan contoh-contoh yang baik adalah seperti di negara Jerman, UK, Parlimen UK, Parlimen Kongres US. Kita pergi ke sana, dia macam beramai pergi. Even Japan pun ramai yang pergi.
Dia menjadi satu tarikan yang sangat menarik sebab ramai pelajar ke, pelawat ke, pelancong ke, dia pergi ke negara tersebut dia sudah tentunya Parlimen menjadi satu salah satu itinerary yang penting. Jadi saya rasa Parlimen Malaysia ini penuh dengan potensi tersebut dan saya harap bahawa Tuan Pengerusi boleh membantu, meningkatkan dari segi itu.
Contohnya, kalau kita pergi ke UK, dia, you boleh online register. Nak pergi esok bila pukul berapa, dia akan slotkan. Lepas itu you dapatkan, you print-kan QR code tersebut, you pergi sana, dia ada visitor centre, masuk you tunggu giliran. Dia ada orang yang menerangkan dengan penuh menarik, siapa –– apa ni Ahli Parlimen pernah cakap begitu, Speaker pernah cakap begitu, ya, siapa apa ni, the king pernah duduk di sana, dan penuh dengan penceritaan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Penceritaan itu sangat-sangat menarik dan penuh dengan legenda. Saya rasa di Malaysia ini kita pun penuh dengan legenda, kita ada sejarah kita yang menarik, kita mempunyai Speaker yang hebat-hebat termasuk Dato’ Pengerusi
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
sekarang. Jadi ini adalah banyak yang contohnya Dato’ Pengerusi adalah Timbalan Speaker yang pertama daripada kalangan orang asal.
Jadi, ini adalah penceritaan-penceritaan yang kita boleh menarik minat pelajar-pelajar kita, pelancong kita dalam Parlimen ini kerana Parlimen kita sekarang sangat demokratik dan ini telah menjadi satu lambang kebanggaan negara kita. Dan kita sekarang menjadi satu tempat untuk belajar daripada luar negara sehingga Amerika pun saya nampak demokrasinya pun semakin kurang daripada Malaysia, certain extent lah ya. Jadi saya rasa ada keperluan untuk kita memartabatkan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi saya harap bahawa kita boleh dengan penambahan bajet Parlimen, kita kena tambah dari segi itu.
Okey, saya last kali. Saya nampak bahawa pegawai-pegawai yang membawa pelancong-pelancong, pelawat-pelawat tetamu kita, dia masih dalam keadaan dalam jawatan MySTEP di mana gaji mereka agak rendah. Dan saya harap Tuan Pengerusi boleh tingkatkan dari segi penjawatan dan kita ada contohnya bentara-bentara yang telah bersara, mereka boleh dipanggil balik dengan kontrak kerana mereka sudah lama di sini, 30 tahun.
Mereka tahu semua sejarah dalam Parlimen dan mereka boleh dibawa sebagai kontrak, bawalah pelancong cerita dengan passion sekali. Jadi saya rasa itu akan menjadi satu tarikan untuk Tahun Melawat Malaysia 2026. Itu saja daripada Bayan Baru. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Dari perspektif pentadbiran masa, saya akan gunakan budi bicara. Walaupun ditetapkan berapa yang Setiausaha, berapa minit? Lima minit tapi Pengerusi akan menentukan. Bab itu saya boleh tolerate. Lain, please baca 37(2) itu. I’m going to enforce it strictly. Berikut, saya akan silakan, Yang Berhormat Labuan.
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Terima kasih Dato’ Pengerusi. Saya ingin terus merujuk kepada Butiran 070400 – Perbadanan Labuan yang mana dalam Belanjawan 2026 diperuntukkan sebanyak RM43 juta dan juga disebut dalam pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bahawa Perbadanan Labuan memperolehi projek baharu yang dinamakan Labuan Waterfront dengan peruntukan sebanyak
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
RM38 juta. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dan juga kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal Wilayah Persekutuan atas usaha untuk merancakkan ekonomi dan mewujudkan produk pelancongan di Labuan.
Yang Berhormat Tuan Pengerusi, apa yang ingin saya sentuh berkaitan Perbadanan Labuan ialah sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab ke atas pembangunan Labuan, peruntukan yang diberikan oleh kerajaan adalah sangat sedikit. Perbadanan Labuan secara teknikalnya adalah pihak berkuasa tempatan
(PBT).
Justeru, saya meminta dan merayu kepada Perdana Menteri supaya mengkaji dan melihat dan memperhalusi cara bagaimana untuk memberikan peruntukan yang lebih banyak kepada Perbadanan Labuan agar lebih banyak projek- projek yang boleh memberikan kebaikan kepada rakyat Labuan dapat dilaksanakan.
Kita sudah berada 40 tahun Yang Berhormat Dato’ Pengerusi sebagai Wilayah Persekutuan.
Saya juga ingin merayu agar fasa pertama Waterfront project bernilai RM38 juta ini dapat diberikan peruntukan tambahan untuk fasa kedua yang mana saya difahamkan perbadanan telah pun membuat anggaran lebih kurang RM54 juta. Jika sekiranya fasa dua tidak dilaksanakan, maka apa yang terjadi, projek ini akan tergantung-gantung. Ia hanya akan separuh masak. Jadi saya mohon agar dalam Belanjawan 2026 ini, ia nya dapat dimasukkan fasa satu dan fasa kedua. Jumlahnya tidak banyak, 38 campur 56, hanya sekitar RM100 juta ringgit sahaja maksimum.
Yang kedua, saya ingin menyentuh Butiran 08500 – Diskaun Tambang Feri.
Ini juga melibatkan kebajikan dan kebaikan untuk orang Labuan dan penduduk di negeri Sabah. Soalan saya, berapa lamakah kita bergantung kepada feri-feri swasta yang kadang-kadang bila tidak mendapat apa yang mereka minta daripada kerajaan, mengugut untuk memberhentikan operasi feri pengangkutan kenderaan ini?
Justeru, saya mencadangkan Yang Berhormat Dato’ Pengerusi agar kerajaan dapat mempertimbangkan perbadanan, dapat menguruskan sekurang- kurangnya satu feri kenderaan yang mana kita tidak tertakluk kepada ugutan. Ini adalah tanggungjawab sosial kerajaan.
Pengangkutan ini adalah sosial komitmen kerajaan kepada rakyat terutamanya rakyat di Labuan dan juga rakyat di negeri Sabah. Dalam Belanjawan 2026, diperuntukkan sebanyak RM7 juta subsidi tambang feri. Saya minta kerajaan mengkaji semula bantuan ini kalau boleh dipertingkatkan kerana ia akan
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
mengundang lebih ramai warga daripada Sabah datang. Kalau tidak, feri setiap perayaan Dato’ Yang di-Pertua, naik harga. Kalau tidak, dia kurangkan perjalanan.
Alasan dia tidak dapat subsidi diesel walaupun mereka ini mengkategorikan diri mereka sebagai pembawa — kegunaan awam.
Akhir sekali Dato’ Pengerusi, saya ingin menyentuh 050200 – Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP). Baru-baru ini saya didatangi oleh beberapa warga ibu tunggal yang mengadu bantuan bulanan mereka dibatalkan oleh MAIWP tanpa alasan yang munasabah.
Maka, saya memohon kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama supaya melihat semula dasar dan polisi yang diguna pakai oleh MAIWP dalam memberikan bantuan kepada mereka yang layak terutamanya mereka ini yang datang berjumpa saya ini, Dato’ Pengerusi, adalah warga tempatan yang saya secara peribadi kenal memang tidak mampu, memang susah. Tapi tiba- tiba dipotong.
Alasan yang diberikan sudah terlalu lama mendapat bantuan. Bagaimana kalau misal kata mereka tidak mempunyai pendapatan setelah dipotong? Ini akan menyulitkan tambahan yang sudah ada anak tiga, empat orang.
Yang terakhir, minta maaf Dato’ Pengerusi, tadi saya sebut yang terakhir.
Saya juga minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengkaji semula dasar yang diumumkan baru-baru ini ke atas kereta import yang melebihi RM300,000 yang dikenakan cukai agar dapat dikaji dan diteliti semula sebelum dikuatkuasakan pelaksanaannya pada 1 Januari 2026.
Dato’ Pengerusi, sebagai Ahli Parlimen Labuan, saya sangat terkesan bila mana selepas pengumuman, saya ditanya bertubi-tubi dan saya tidak tahu bagaimana hendak menjawab bila mereka tanya “kita ini apa? Labuan bebas cukai ke atau Labuan separuh cukai?” Kerana sebelum ini tidak ada had limit yang ditentukan ke atas Labuan.
Dato’ Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman - Labuan
Justeru, saya merayu, merayu-rayu sangat agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekurang-kurangnya dapat menangguhkan perlaksanaan dasar baru ini ke pertengahan tahun 2026. Janganlah buat 1 Januari. It's too close. Masa itu pula cuti sekolah. Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat Dato' Pengerusi.
Sekian. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Selanjutnya, dipersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Sebentar, Yang Berhormat Kapar. Saya ingin ingatkan, benda ini selalu berlaku, ya. Peraturan 41, adab, ingat. I won't tolerate that also. Silakan, teruskan.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Dato’ Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
41(e) ya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terima kasih, Dato' Pengerusi. Kapar merujuk kepada Kepala P.6 Jabatan Perdana Menteri, Butiran Projek 00101 – Majlis Keselamatan Negara. Saya mahu tahu kenapa anggaran peruntukan 2026 mendadak naik ke RM418,666,500 daripada RM37.8 juta sahaja pada tahun ini.
P.6 Butiran 00201 – Projek Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India, RM100 juta. Soalan saya, adakah kerajaan sudah mempunyai perancangan yang jelas serta garis masa pelaksanaan projek ini? Kita tidak mahu kejadian ketidaktentuan pelaksanaan MITRA yang berlaku tahun ini dan telah menimbulkan kegusaran di kalangan komuniti India berulang lagi. Kalau JPM sibuk sangat, kenapa tak kembalikan kepada Kementerian Perpaduan Negara? Kita lihat Perpaduan Negara mempunyai 30 minit baki bila menggulung. Jadi, why not? Ha, Butiran 06100 – Pembangunan Industri Halal, kenapa peruntukan tahun 2026 tinggal hanya separuh daripada tahun ini?
P.6 Butiran (Projek) 11100 – Pengurusan Kuarters Kerajaan/Rumah Rasmi.
Kenapa ada peningkatan melampau dari tahun sebelumnya hingga mencecah RM315,500,000 berbanding hanya RM17 juta tahun ini? Jadi, saya mahu perincian di mana dan jenis projek tersebut. Adakah ia melibat kuarters di Kapar? Butiran 93000 – Projek-projek Kecil, bernilai RM222 juta, sama jumlah, sama nombor dengan angka Ahli Parlimen di sini. So, apa tujuan penggunaan duit rakyat ini?
Butiran 93500 – Projek Khas, untuk peruntukan sebanyak RM214 juta. Sila jelaskan untuk apa, di mana dan siapa yang mengendalikan projek ini.
Merujuk Bekalan 9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kapar mahu tahu perincian butiran operasi khususnya 020300 – Forensik Teknologi yang meningkat lebih 100 peratus.
Tuan Pengerusi, kerajaan mesti menunjukkan kesungguhan bukan sahaja dengan menggubal undang-undang tetapi juga dengan membiayai kapasiti perlindungan pemberi maklumat dan mewujudkan ketelusan laporan hasil siasatan,
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
whistleblowers. I am talking about whistleblower Pengerusi, supaya wira-wira integriti tidak lagi takut tampil dan penguat kuasa yang culas tahu tindakan tegas menanti mereka.
Jadi, SPRM mempunyai saluran dan kerangka undang-undang untuk melindungi pemberi maklumat, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Akta SPRM 2009. Tetapi jurang pelaksanaan aset manusia khusus dan ketelusan masih mencabar. Pembentangan Bajet 2026 perlu memberi peruntukan dan mekanisme pengukuhan yang jelas bagi memastikan pemberi maklumat dilindungi dan didorong untuk tampil dan diikuti dengan tindakan tegas terhadap anggota kod-kod SPRM yang terlibat dalam salah laku.
Jadi, saya mahu mengenai whistleblowers ini ada wujudkan unit perlindungan pemberi maklumat SPRM di setiap negeri dengan pegawai terlatih dalam keselamatan data dan sokongan sosial.
Perlu ada peruntukan tambahan, katakan RM10 juta setahun untuk latihan sistem keselamatan digital dan sebagainya. Satu minit je Pengerusi, bagi lebihlah sikit ya. Dana sokongan pemberi maklumat, audit bebas tahunan. Mesti ada audit bebas untuk menilai keberkesanan mekanisme perlindungan. Laporan tahunan terbuka dihantar ke Parlimen, ini supaya kita boleh memantau.
Saya, banyaknya terpaksalah nak cut, eh, Pengerusi. Minta ni sikit. Okey, Ha, Butiran (Projek) 1100 yang RM315 juta tadi, sangat besar ya. Jadi, saya nak minta sangat-sangat kepada kerajaan. Di Kapar ni kita ada doktor, ada jururawat, ada guru, ada polis, ada tentera, ada bomba, macam-macamlah, yang memerlukan kuarters kerajaan.
Saya lihat sendiri, ada kuarters itu sangat daif, ada yang di masuk ular dah, ada yang tandas pun, namanya jaga kesihatan awam tetapi dia sendiri pun tak berapa elok. Jadi, saya mintalah diberi perhatian ya.
Last sikit, Pengerusi ya. Merujuk bekalan dan Suruhanjaya Pilihan Raya, Butiran 010100, operasi dan pengurusan ya. Kami bimbang kekurangan peruntukan yang telus boleh menjejaskan fungsi SPR seperti penyelenggaraan daftar pengundi, latihan pengurus dan pemerhati pilihan raya, kaunter aduan, logistik dan teknologi pilihan raya.
Jadi, saya mintalah kerajaan berikanlah peningkatan autonomi kepada SPR, memberikan pengukuhan teknologi dan logistik. Beri mereka peruntukan untuk memperbaharui sistem daftar pengundi, pemantauan, pengundian digital, sistem aduan pilihan raya dalam talian dan latihan petugas pilihan raya dan berilah apa,
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
laporan mengenai berapa dana yang digunakan untuk setiap DUN dan setiap Parlimen.
Last sekali. Ha, Pengerusi, saya merujuk pada Butiran 040200 – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Natijah daripada teguran Laporan Ketua Audit Negara mengenai e-jaminan, masalah duit jaminan yang dijamin oleh penjamin bagi penjenayah telah pun dikendalikan oleh syarikat swasta yang tidak ada ditandatangani oleh kerajaan atau Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan ini.
Dan saya difahamkan 150 juta setahun duit jaminan ini dipegang oleh kerajaan, tapi kerajaan, dipegang oleh syarikat ini tapi tidak di, ada, apa, apa kan, tak diikat.
Jadi, kalaulah kata penjamin meninggal, dia nak bagi kat siapa? Apa, apa dia punya apa ni, tanggungjawabnya? Macam mana akauntabiliti-nya? Macam mana dia nak bagi balik kepada penjamin? Bukan penjamin tu penjenayah. Penjamin itu penjamin. Ini, saya nak mintalah kerajaan, ada ke tak lagi jabatan dan agensi kerajaan yang begini, yang ada mengendalikan duit awam tapi tak ada tanda tangan?
Sebab kita dalam PAC pun kita ada jugalah dah melihatkan pelbagai perkara seperti ini berlaku. Jadi, saya minta kepada kerajaan apa jawapannya? Terima kasih Speaker, Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Selanjutnya dipersilakan Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, selamat petang. Terima kasih, Dato' — Tuan Pengerusi. Jempol ingin merujuk kepada B.6 Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam iaitu cadangan bina baharu bangunan Angkatan Pertahanan Awam Jempol. Untuk makluman Dewan, APM daerah Jempol masih lagi tiada premis dan sekarang ini menumpang di Pejabat Daerah Jempol dan terdapat keperluan mendesak untuk dibina sebuah bangunan baru untuk APM bagi daerah Jempol.
Sebagaimana pengalaman lepas dengan ketiadaan bangunan khusus ini, dia mengehadkan keupayaan logistik dan operasi APM kerana kekangan ruang penyimpanan aset, kenderaan dan peralatan penyelamat sekali gus melambatkan respons awal yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat khususnya di waktu banjir ya, musim hujan. Diharapkan bangunan APM ini akan berfungsi sebagai command center dengan izin, yang menjadi pusat koordinasi bencana daerah yang lebih
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
sistematik. Dapat menyokong agensi lain seperti bomba, polis dan hospital dalam operasi kecemasan bersepadu.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi, Jempol mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri kerana, saya telah pun mengumumkan sebelum ini.
Datuk Pengerusi, seterusnya, Jempol merujuk kepada P.6 Butiran 16300 - Projek Sistem Bekalan Air FELDA iaitu cadangan penambahbaikan bekalan air di gugusan FELDA di Parlimen Jempol yang mana di sini Jempol ingin mendapatkan penjelasan. Mengapa projek sistem bekalan air FELDA ini direkodkan pada lampiran F sebagai Jadual Butiran Tahun 2025 yang dimansuhkan daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2026.
Sebagaimana kita sedia maklum, terdapat 307 skim FELDA di seluruh negara dengan lebih kurang 112,635 peneroka. Jadi, Jempol ingin penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri kenapa tajuk FELDA ini? Butiran FELDA ini tidak masuk di sini dan adakah FELDA sekarang ini diletakkan di satu kementerian baru?
Untuk makluman Dewan yang mulia, di Jempol terdapat 28 Skim Tanah Rancangan FELDA yang terdiri daripada Gugusan Raja Alias, Gugusan Serting Hilir Kompleks dan juga Gugusan Palong yang mana mutakhir ini, rata-rata paip di kawasan FELDA ini telah berusia 40 tahun lebih dan boleh dikatakan setiap hari berlaku paip pecah kerana asetnya terlalu lama. Jadi, ini menimbulkan gangguan bekalan yang berterusan. Ada kalanya saban hari di Palong, pecah, di Gugusan Serting, pecah dan juga di Gugusan Serting Hilir Kompleks, pecah. Jadi, itulah senario ataupun keadaannya.
Jadi, Jempol berharap lebih-lebih lagi yang paling kritikal di Parlimen Jempol ini ialah Gugusan FELDA Serting 1 hingga 7 yang mana rata-rata paip dia telah berusia 45 tahun ke atas. Jadi mohon, Jempol mohon jawapan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pertama tadi kenapa tajuk Jadual Butiran Tahun 2025 yang dimansuhkan daripada Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2026 dan juga berhubung dengan permohonan Jempol tadi.
Dato’ Pengerusi, seterusnya, dari segi — Jempol merujuk kepada B.6 Butiran 050100 - Jabatan Kemajuan Islam. Baru-baru ini tular bahawa sebuah NGO Pemantau Mesra Muslim menggunakan label HALAL yang dikenali sebagai Muslim Choice, dengan izin. Kita sedia maklum Dato’ Pengerusi, berdasarkan peruntukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 hanya
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
JAKIM dan juga Majlis Agama Islam Negeri ataupun Jabatan Agama Islam diberi kuasa mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Jempol difahamkan bahawa berhubung dengan insiden ini, JAKIM telah mengeluarkan kenyataan penggunaan istilah Muslim Choice, dengan izin, bukanlah perakuan dan juga penandaan HALAL yang diiktiraf. Kita tidak mahu ada pihak NGO hanya sekadar meminta maaf tanpa sebarang hukuman dan kemudian mengulangi perbuatan apabila kita sudah lupa.
Jadi, mohon maaf ini sudah jadi kebiasaan. Bukan sahaja dalam konteks ini tapi juga dalam apa juga insiden-insiden. Bila telah berlaku satu-satu perkara itu, dengan mudah sekali ya kita memohon maaf. Jadi, ini satu budaya yang tidak sihat lebih-lebih lagi kadang-kadang, dia membawa sensitiviti kepada kelompok komuniti di negara kita ini.
Jadi, persoalan Jempol apakah tindakan tegas pihak kerajaan agar perkara ini tidak berulang? Serta apakah langkah proaktif kerajaan bagi memastikan label Halal tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kadang- kadang kita pergi ke shopping mall yang besar-besar, saya sendiri lihat, tidak ada tanda Halal tapi dalam kedai, dalam mall, kafeteria itu ramai orang Islam.
Jadi, ini juga perlu kita perhatian. Saya tengok di shopping mall yang besar- besar, yang bertaraf enam bintang, tak ada tanda halal, tapi dalam kafeteria ataupun dalam kedai-kedai dalam mall itu ramai orang Islam. Jadi, apa status? Jadi, kita tak boleh ambil mudah lah hal-hal berkaitan dalam negara kita yang tercinta ini.
Jadi, itu sajalah Yang Berhormat Dato’ Pengerusi. Jempol — daripada Jempol pada petang ini. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Timbalan Pengerusi. Okey, saya merujuk kepada butiran B.1 010000 - Urusan Parlimen. Kita baru saja meluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 dan dalam hal ini kami dari Ahli Parlimen sangat mengharapkan berlaku suatu perubahan besar daripada sudut bajet yang diberikan kepada Parlimen khususnya bagi memastikan autonomi dan total sistem perlaksanaan kuasa di antara eksekutif, legislatif dan juga judiciary dapat dilaksanakan.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Soalan saya ialah dengan bajet yang kita lihat bukan makin menaik, tapi makin mengurang daripada 170 kepada 166 pada tahun ini, juta. Ini merupakan suatu pengurangan daripada sudut jumlah yang diberikan kepada Parlimen. Jadi, soalan saya ialah, apakah garis masa, timeline perlaksanaan penuh Akta Perkhidmatan Parlimen dan sejauh manakah mekanisme yang dibangunkan untuk menyokong keperluan operasi Ahli Parlimen secara berkecuali daripada eksekutif?
Dalam hal ini kita melihat adakah perlu kerajaan dengan masa yang segera untuk menggubal satu undang-undang bagi memastikan jaminan kepada peruntukan kawasan Parlimen diagihkan secara mandatori kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti. Kalau kita benar-benar nak memastikan bahawa Akta Perkhidmatan Parlimen ini benar-benar dapat menjamin mutu dan kualiti perbahasan serta menjamin kedaulatan negara bukan hanya bergantung kepada parti ataupun sentimen politik ataupun political will mana-mana pemimpin.
Yang kedua, berkaitan dengan Jabatan Peguam Negara iaitu B.8 040200.
Saya ingin menyambung apa yang disebut oleh Besut berkenaan dengan bagaimana kesiapsiagaan kerajaan iaitu khusus kepada AGC dari segi undang-undang negara dalam membuat kerja dan merunding serta dirujuk dalam perjanjian antarabangsa.
Kita lihat yang berlaku baru-baru ini seperti dalam ART iaitu reciprocal trade agreement antara Malaysia-USA.
Kita ingin melihat dari segi implikasi undang-undang bagaimanakah ataupun berapa kali kah pihak AGC dirujuk dalam hal ini? Apakah kapasiti undang-undang pegawai undang-undang antarabangsa AGC dan kementerian? Berapa jumlah pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara yang memiliki kepakaran khusus dalam undang-undang antarabangsa.
Hari ini kita banyak terlibat dengan ASEAN, kita terlibat dengan BRICS, terlibat dengan UN, kita banyak terlibat. Jadi, berapakah kepakaran yang kita miliki?
Juga dengan dari segi kepakaran untuk perdagangan antarabangsa serta perjanjian bilateral juga multilateral.
Kita melihat, bila melihat kepada kesan undang-undang dan juga agreement yang tertangani, banyak pihak yang menyentuh. Dan kita lihat kalau ia betul-betul begini dari segi komitmen yang banyak dilakukan oleh pihak kerajaan ia akan memberikan impact yang lebih teruk kepada negara.
Jadi, dalam hal ini kita juga ingin bertanya, apakah dalam latihan pada kali ini, mekanisme latihan dan peningkatan kepakaran dari sudut kerjasama di antara AGC dengan badan-badan antarabangsa supaya kita benar-benar dapat
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
manfaatkan dan dapat manfaat yang terbaik untuk negara kita bila mana sebarang agreement itu ditandatangani.
Begitu juga dengan, saya merujuk kepada B.8 010300 iaitu [Tidak jelas] dan juga Penasihat Undang-undang. Di semua negeri yang dihantar oleh pihak AGC adalah penasihat Undang-undang untuk memberi nasihat kepada negeri-negeri.
Soalnya ialah, hari ini negara kita mempunyai banyak isu terutama negeri-negeri sempadan.
Negeri sempadan seperti Kelantan, Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak. Hari ini mempunyai isu sempadan yang besar membabitkan sempadan darat dan maritim, tenaga dan sumber asli dan perdagangan rentas sempadan. Jadi, kepakaran yang harus dimiliki oleh penasihat-penasihat ini sangat perlu dan bukan hanya perlu kepada seorang pegawai tetapi memerlukan satu team yang besar kerana mereka bukan hanya menjaga negeri atau menasihati negeri tapi juga memastikan keselamatan sempadan dapat dipertingkatkan dengan cara yang terbaik.
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 030400 iaitu APM. Dari segi hari ini kita melihat, kita tak lama lagi akan menghadapi banjir. Jadi, kita nampak banyak pendekatan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan dari sudut operasi dan satu sistem MERS telah pun dipasang ataupun diberikan untuk kepada pihak APMM.
Walau bagaimanapun kita difahamkan untuk sistem ini, sistem diberikan tetapi device handphone, mobile phone yang akan digunakan oleh pihak APMM dikatakan tidak ada bajet. Jadi, adakah ini benar? Dan kalau benda ini benar, saya mohon kepada pihak kerajaan untuk memberikan bajet-bajet yang khusus kepada pegawai-pegawai kita, khususnya mereka ini akan bertugas terus di medan-medan kerana bencana banjir ini akan meliputi bukan hanya satu tempat, tapi seluruh negara.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, kalaulah sistem kita dapat berikan, harus disertai dengan device, device yang berpatutan dan janganlah sekali-kali kita membenarkan ataupun memastikan pegawai-pegawai kita gunakan device mereka sendiri, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat. Berikut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Dato’ Sri Pengerusi, Pokok Sena ingin merujuk kepada Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Saya mempunyai beberapa perkara yang ingin dibangkitkan bawah butiran ini. Yang pertama, mengenai isu label Muslim Choice yang diperkenalkan oleh sebuah NGO yang seakan-akan suatu akuan yang setara dengan logo Halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.
Dalam isu ini, pihak JAKIM telah mengeluarkan kenyataan pada 2 November yang lalu bahawa pertemuan telah diadakan bersama kumpulan NGO terbabit pada 23 Ogos 2024. Selain menegaskan bahawa peruntukan bagi pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan iaitu Perakuan dan Penandaan Halal 2011 yang hanya membenarkan pihak JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri untuk memperakui sijil halal.
Isunya, bila pihak di sebelah sana cuba menggunakan label Muslim Choice yang tidak diketahui piawaian halal berkenaan suatu produk, ia akan menimbulkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat. Justeru, apa yang ingin saya bangkitkan seperti dibangkitkan oleh YB Jempol tadi, iaitu apakah akan ada susulan tindakan tegas yang diambil berkenaan isu ini kerana perkara sebegini bagi kita adalah sangat sensitif bagi umat Islam dan umat Islam sendiri pun dalam memastikan makanan yang masuk ke dalam perutnya adalah halalan tayyibah, halal dan baik.
Tuan Pengerusi, yang kedua adalah mengenai model pengajian tahfiz Malaysia dengan sasaran melahirkan 125,000 hufaz profesional menjelang 2050.
Kita menyokong usaha ini. Cuma saya pernah membangkitkan dalam sesi Kamar Khas sebelum ini. Lanjutan daripada persoalan yang ingin ditanya ialah terhadap elemen pembangunan bersepadu latihan pedagogi kepada para guru tahfiz.
Soalannya, apakah yang sedang diperincikan di bawah perkara ini dalam usaha memperkasakan kaedah pengajaran moden dalam institusi tahfiz serta dalam masa yang sama memastikan kelestarian institusi tahfiz yang ada khususnya dalam aspek keteraturan kewangan dan pembangunan infra? Jadi, mohon penjelasan daripada pihak kerajaan.
Dato’ Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya - Pokok Sena
Saya juga ingin menyentuh mengenai hidangan minuman beralkohol dalam majlis rasmi mahupun sehingga ada yang menjadi penaja kepada institusi pendidikan dalam negara. Jadi, saya memahami bahawa perkara ini sudah berada di luar daripada bidang kuasa kementerian. Cuma, sebagai orang yang menjaga portfolio hal ehwal agama Islam, saya ingin tahu apakah pendekatan yang dibuat di pihak JAKIM untuk menangani isu-isu yang seumpama ini.
Kita tidak mahu minuman beralkohol ini lambat laun dinormalisasikan bahkan menjadi subjek kepada Islamofobia sedangkan kita semua tahu dan sedar keburukan besar yang dibawa oleh arak ini kepada masyarakat bahkan telah menyebabkan ratusan anak menjadi yatim dan isteri menjadi balu iaitu ratusan anak menjadi yatim dan isteri menjadi balu dan sebagainya disebabkan kemalangan yang berpunca daripada pemandu yang mabuk. Jadi, mengapa kita tidak boleh bertegas dalam isu ini? Justeru saya mohon reaksi dan tindakan balas daripada pihak JAKIM dalam perkara yang dibangkitkan.
Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), iaitu isu mengenai pindaan Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang telah pun dijawab dalam sesi penggulungan baru-baru ini. Cuma ada beberapa persoalan lanjut yang saya kemukakan dalam sesi perbahasan dasar sebelum ini yang tidak disentuh secara khusus, iaitu mengenai rancangan menambah hakim-hakim kita yang mempunyai latar belakang syariah di mahkamah sivil.
Maksudnya di sini memastikan kes-kes yang berkepentingan syariah yang dibicarakan dalam mahkamah sivil supaya apabila adanya kedua-dua hakim yang mempunyai latar belakang sivil dan syariah yang mengendalikan kes tersebut, pandangan syarak dan hukum hakam berkaitannya dapat didengari dan diadili sebaiknya.
Sebagai contoh, kita pernah membahaskan mengenai kes bin Abdullah iaitu penarafan bin kepada bapa biologi bagi anak tidak sah taraf. Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan pada 13 Februari 2020 menyebelahi tindakan pihak JPN Johor untuk tidak meletakkan bin bapa biologi kepada anak yang tidak sah taraf, namun perlu ada langkah susulan untuk menambah baik sistem kehakiman dalam negara untuk menghadapi kes-kes sebegini pada masa yang akan datang.
Jadi, sebab itu saya bangkitkan bahawa isu-isu sebegini tidak harus dipandang remeh oleh pihak kerajaan dan seharusnya dimasukkan sebagai suatu isu yang mesti ditangani secara bersama. Sekian, Dato’ Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena. Berikut, dipersilakan Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Dato’ Pengerusi.
Petang ini Betong ingin menyentuh beberapa butiran penting di bawah B dan P, jabatan — P.6, Jabatan Perdana Menteri khususnya yang melibatkan aspek keselamatan, pengurusan bencana, kesejahteraan rakyat, serta kelestarian sosioekonomi luar bandar.
Saya mula dengan Butiran P00101 – Majlis Keselamatan Negara. Dato’ Pengerusi, Betong mengambil maklum bahawa peruntukan bagi Majlis Keselamatan Negara meningkat dengan begitu ketara pada tahun hadapan. Betong minta pihak kerajaan menjelaskan rasional peningkatan besar ini sama ada bagi tujuan pengukuhan kesiapsiagaan keselamatan negara, penambahbaikan sistem amaran awal bencana, atau pengukuhan infrastruktur keselamatan siber negara.
Pada masa yang sama, Betong ingin mencadangkan agar peningkatan peruntukan ini turut diterjemahkan kepada program kesedaran keselamatan komuniti dan latihan kesiapsiagaan awam supaya rakyat di peringkat akar umbi turut menjadi sebahagian daripada ekosistem keselamatan negara.
Seterusnya, Butiran P09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara ataupun NADMA. Betong menyambut baik komitmen kerajaan meneruskan penambahbaikan fungsi NADMA. Namun, dengan cabaran bencana yang semakin kompleks, Betong menggesa NADMA untuk memperkukuh keupayaan penyelarasan rentas agensi terutamanya dalam memastikan bantuan pascabencana dapat disalurkan lebih pantas dan tepat kepada mangsa yang terkesan.
Betong juga ingin mencadangkan agar NADMA memperluas pelaksanaan program komuniti tahan bencana ataupun community-based disaster preparedness, dengan izin, serta menambah baik pusat data bencana negara nasional bagi mengelak pertindihan bantuan dan memastikan ketelusan dalam pelaporan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Betong, boleh minta sikit?
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Ya.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih, Yang Berhormat. Tuan Speaker, apakah Betong juga ingin mencadangkan kepada kerajaan atau kepada NADMA untuk membuat kajian secara menyeluruh
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
sebab musibah ini berlaku tiap-tiap tahun, tidak dapat dielak. Mungkin kajian itu boleh kita untuk menambah baik di mana perkara ini perlu diberhentikan kejadian-kejadian sebegini sebab kalau tahun-tahun berlaku, tidak — apa mekanisme kita untuk mencegah dia supaya tidak berlaku tahun-tahun? Terima kasih.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih, Kinabatangan. Masukkan dalam teks saya, nanti menteri jawab.
Seterusnya, Butiran P16000 iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ataupun JPAM. JPAM ini memang memainkan peranan yang penting sebagai barisan hadapan ketika berlakunya bencana dan kecemasan. Dan dengan peruntukan yang agak terhad, Betong juga ingin mohon dana untuk menaik taraf aset logistik, peralatan penyelamat, naik taraf pejabat, stor peralatan penyelamat dan kenderaan, serta keupayaan latihan teknikal JPAM untuk tiga pejabat JPAM yang masih menumpang lagi di Parlimen Betong, iaitu di Pekan Betong sendiri, di Spaoh, di Debak, agar selaras dengan cabaran semasa.
Dato’ Pengerusi, selain itu, Betong juga berpendapat amat wajarlah juga kerajaan mempertimbangkan insentif dan perlindungan sosial tambahan kepada anggota serta sukarelawan JPAM yang sering berdepan risiko tinggi ketika bertugas.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Seterusnya, saya pindah ke Butiran P 04801 iaitu Pembinaan dan Naik Taraf Masjid dan Surau sebanyak RM56 juta disediakan untuk tahun 2026. Betong menyokong usaha kerajaan memperuntukkan dana bagi pembinaan dan naik taraf masjid serta surau di seluruh negara. Tahun ini juga Betong mendapat sedikit agihan.
Tapi, untuk itu, Betong ingin mohon dan menggesa agar dana terus disalurkan untuk naik taraf surau-surau serta masjid yang memerlukan kerja-kerja penambahbaikan di Parlimen Betong. Oleh itu, berapakah jumlah peruntukan yang dicadangkan untuk kawasan Betong pada tahun 2026?
Seterusnya, pada P 08000, iaitu Baik Pulih Sungai, di mana langkah baik pulih sungai ini amat penting, Dato’ Pengerusi, bukan sahaja dari aspek alam sekitar, tetapi juga dalam konteks mitigasi banjir. Oleh itu, Betong ingin tahu sama ada kerajaan telah menggabungkan pendekatan infrastruktur hijau dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi dalam kita melaksanakan projek ini bagi memastikan hasil lebih mampan dan memberi nilai tambah kepada komuniti setempat. Maka, oleh itu, Betong juga ingin mohon dana dalam butiran ini diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih beberapa sungai di kawasan Parlimen Betong, terutamanya Sungai Rimbas, Sungai Paku, Sungai Padeh dan Sungai Layar.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Seterusnya, Butiran P 71000 iaitu Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan. Betong mengalu-alukan usaha kerajaan menyelaras program pembasmian kemiskinan di bawah satu bumbung bagi mengelakkan pertindihan antara kementerian dan agensi. Namun, Betong mendesak kerajaan agar menjelaskan bagaimana data PADU ini digunakan dalam mengenal pasti kumpulan sasar dengan lebih tepat serta memantau impak sebenar bantuan terhadap peningkatan pendapatan dan mobiliti sosial penerima. Adalah penting supaya intervensi kemiskinan ini benar-benar berasaskan hasil, bukan sekadar bilangan penerima.
Seterusnya, Butiran P 38000 iaitu Projek Perumahan Awam Malaysia. Dalam konteks kesejahteraan rakyat, Betong ingin mengetahui perincian pelaksanaan projek-projek perumahan awam di bawah butiran ini. Adakah kerajaan punya sistem pemantauan yang menilai impak sosial dan ekonomi projek-projek ini terhadap kehidupan golongan berpendapatan rendah dan peneroka di luar bandar? Sebab, perumahan ini bukan sekadar tempat tinggal tetapi juga asas kestabilan keluarga dan komuniti. Justeru, ia wajar diberi penekanan yang menyeluruh.
Akhir sekali, Dato’ Pengerusi, Betong ingin menyentuh B.6, iaitu Butiran 010200 – Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. Setelah saya meneliti anggaran Belanjawan 2026, saya tidak nampak butiran khas untuk penyertaan Bumiputera Sarawak. Jadi, justeru, Betong ingin mohon penjelasan daripada Menteri untuk perkara berikut― Pertamanya, berapakah agihan belanja diperuntukkan untuk program penyukatan tanah NCR di Sarawak? Dan, keduanya, berapakah agihan belanja diperuntukkan untuk Skim Pinjaman Rumah Panjang di Sarawak? Dan Betong mengharapkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan dana tersebut untuk masyarakat Bumiputera Sarawak.
Dan sebagai penutup, Dato’ Pengerusi, keseluruhannya Betong menyokong hasrat kerajaan untuk memperkukuh tadbir urus keselamatan dan kesejahteraan rakyat di bawah Jabatan Perdana Menteri. Namun, adalah penting supaya setiap peruntukan besar ini disertai dengan pemantauan yang berasaskan prestasi dan ketelusan serta memastikan manfaatnya sampai terus kepada rakyat di semua lapisan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih, Yang Berhormat Betong. Selanjut, saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Dato’ Pengerusi kerana memberi peluang kepada Kuala Krai mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri pada petang ini.
Dato’ Pengerusi, saya merujuk kepada B 050000 – Kemajuan Islam. Melalui butiran ini, saya ingin bertanyakan berkaitan dengan hal Tabung Haji iaitu khususnya berkaitan dengan pengelola jemaah haji. Soalan saya, berapakah jumlah pengelola jemaah haji (PJH) yang telah ditamatkan perkhidmatan untuk mengendalikan urusan haji pada tahun 1447? Dan yang penting ialah apakah alasan penamatan tersebut?
Dato’ Pengerusi, B 050100 – JAKIM. UPKK bukan sekadar ujian bertulis, ia adalah lambang kejayaan anak-anak kita dalam memahami asas agama Islam, Al- Quran, amali solat dan penghayatan hidup beragama. Namun, persoalan saya, apakah nasib 80 murid di sebuah sekolah di Selangor yang tidak dapat menduduki peperiksaan hanya kerana isu pendaftaran dan pentadbiran sekolah yang tidak berdaftar?
JAKIM menyatakan semua calon UPKK telah didaftarkan melalui Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI). Ujian lisan telah selesai dan peperiksaan akan dijalankan mengikut SOP serta terikat dengan Akta Rahsia Rasmi. Namun, jika masih ada pelajar yang tercicir, maka sistem ini masih ada ruang kelemahan yang perlu diperbaiki.
Saya ingin bertanya. Pertama, bagaimanakah 80 murid ini boleh terlepas daripada radar SIMPENI? Yang kedua, adakah kerana sekolah mereka tidak berdaftar atau kelemahan semakan di peringkat daerah atau negeri? Yang ketiga, apakah nasib mereka sekarang? Adakah perlu menunggu setahun lagi untuk menduduki peperiksaan UPKK?
Saya mohon kerajaan, khususnya JAKIM, mengambil langkah segera dan berperikemanusiaan. Pertama, berikan peluang khas kepada 80 murid ini menduduki peperiksaan tahun ini juga dan bukannya tahun depan. Jangan hukum mereka atas kesilapan pentadbiran. Boleh tempatkan mereka ke pusat peperiksaan terdekat yang masih beroperasi supaya proses berjalan lancar dan laksanakan semakan silang automatik antara SIMPENI dan daftar sekolah KAFA negeri supaya tiada murid terlepas.
Dato’ Pengerusi, merujuk kepada B. 1000...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Boleh mohon mencelah, Kuala Krai?
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ya, ringkas.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Berkaitan dengan 80 pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan UPKK, itu adalah di kawasan saya.
Cuma, apa pendapat Kuala Krai, disebabkan dia tidak dapat berdaftar, sekolah ini tidak dapat berdaftar kerana tidak memenuhi kriteria-kriteria yang perlu pendaftaran itu dan saya melihat bahawa adalah disebabkan oleh jumlah penduduk yang begitu ramai, lebih daripada hampir 50,000 penduduk di Bandar Saujana Putra ini dan jumlah KAFA hanya satu dan menempatkan hanya sejumlah yang kecil. Dan saya dimaklumkan lebih daripada 10 buah sekolah rendah agama Islam di situ, swasta, yang akhirnya ia menyebabkan anak kita tercicir dari sudut menduduki peperiksaan ini.
Apa pandangan daripada Kuala Krai? Kalau mungkin di bawah P.6, JAKIM, 04802, ada peruntukan Pembinaan Sekolah Agama ditambahkan lagi KAFA ataupun diperbesarkan, naik taraf dan dapat didaftarkan dengan mudah dan akhirnya anak kita tidak tercicir. Terima kasih.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Amat-amat bersetuju, Dato’ Pengerusi, supaya diambil tindakan oleh pihak JAKIM dan diberikan perhatian khusus bagi menyelesaikan masalah ini. Kerana, dalam masa terdekat ini― UPSR sudah tidak ada. Penilaian untuk masuk ke sekolah peringkat menengah adalah melalui UPKK. Jadi, amat penting peperiksaan ini.
Dato’ Pengerusi, saya merujuk kepada B 100300 iaitu Percetakan Al-Quran.
Pusat dokumentasi tilawah dan hafaz Al-Quran perlu berfungsi dengan komitmen jitu agar setiap bacaan qari dan qariah negara dari tahun 1960-an lagi hingga kini dapat disimpan dalam format digital berkualiti tinggi dan boleh diakses oleh umum.
Saya mencadangkan agar kerajaan, pertama, mewujudkan arkib suara qurani negara di bawah JAKIM sebagai pusat sehenti penyimpanan dan penyelidikan semua rakaman qari dan qariah termasuk johan antarabangsa dan kebangsaan.
Yang kedua, menjalinkan kerjasama dengan RTM dan Arkib Negara bagi mendapatkan semula rakaman lama tilawah dan memulihkannya secara profesional.
Yang ketiga, menawarkan platform dalam talian rasmi, contohnya portal Quranic.my, di mana umat Islam boleh mendengar, mempelajari dan meneladani bacaan tersebut tanpa bayaran.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Rakaman ini boleh digunakan sebagai bahan latihan di sekolah tahfiz, KAFA dan institut Al-Quran di seluruh negara. Malah, pelajar seni suara Islam di universiti boleh menjadikan rakaman ini sebagai kajian nada, makhraj dan taranum Melayu Islam yang unik di dunia ini.
Dato’ Pengerusi, saya merujuk kepada P 04802 – Pembinaan Sekolah Agama. Persoalan saya ialah― apakah status terkini permohonan pembinaan sekolah tahfiz di Kuala Krai dan Gua Musang sebagaimana dipohon khusus oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?
Dato’ Pengerusi, merujuk kepada P 06100 – Pembangunan Industri Halal.
Isu halal adalah isu amat penting bagi umat Islam. Jangan ada yang mengambil kesempatan, termasuk isu terkini Muslim Choice oleh Pertubuhan Muslim-Friendly Watch yang amat mengelirukan. 90 peratus daripada pemerhati Muslim Choice bukan Islam tetapi bertindak menilai produk bagi menentukan pilihan Muslim.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar JAKIM, khususnya, pertama, mengadakan konsultasi sijil halal mana-mana premis dan produk yang enggan memohon dan mempermudahkan permohonan mereka.
Yang kedua, mewajibkan premis di kawasan tumpuan antarabangsa seperti lapangan terbang, hotel bertaraf empat dan lima bintang serta rangkaian francais utama untuk mempunyai sijil halal aktif sebagai syarat lesen operasi.
Yang ketiga, menambah baik sistem MYeHALAL dan mempercepatkan proses kelulusan digital supaya peniaga kecil tidak terperangkap dalam birokrasi panjang.
Keempat, mewujudkan pasukan audit halal bersama JAKIM, KPDN, PBT bagi memastikan pematuhan berterusan dan tidak terhenti selepas mendapat sijil.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang kelima, melaksanakan kempen nasional halal tanggungjawab bersama agar masyarakat dan pengguna turut memainkan peranan memerhati dan melaporkan.
Yang terakhir, Dato' Pengerusi ialah P 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Kita menghampiri musim banjir pada hari ini. Jadi, saya menyeru kerajaan agar mempercepatkan prosedur bantuan NADMA dan kurangkan birokrasi.
Bantuan awal kewangan mesti disalurkan dalam tempoh kurang dua minggu selepas tarikh berlakunya banjir ataupun bencana, bukan selepas laporan panjang.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya ingin tahu berapakah jumlah bantuan banjir kepada mangsa yang terlibat nanti? Dan terdapat isu yang berbangkit ialah mereka yang hanya berpindah ke surau, dewan ataupun rumah jiran, selain daripada PPS berdaftar. Kerana PPS berdaftar, jauh dari kawasan mereka. Mereka ini tidak mendapat bantuan sepatutnya. Perkara ini perlu dipertimbangkan semula oleh kerajaan.
Sewaktu Kerajaan Perikatan Nasional dulu, bantuan awal kewangan turut diberikan adalah bantuan gantian, selain bantuan awal kewangan turut diberikan bantuan gantian perabot. Maknanya dua, dua perkara dapat. Ini semua dalam tempoh sekitar dua minggu sahaja selepas warga yang terlibat pulang ke rumah dari PPS. Terima kasih Dato' Pengerusi. Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Selanjut, saya mempersilakan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato' Pengerusi.
Butiran 050100 – JAKIM. Sejak, saya ingin bercakap tentang Darul Quran yang telah ditubuhkan pada tahun 1966. Tahun ini 2026 Darul Quran meraikan ulang tahun penubuhannya yang ke-60. Tempoh cukup panjang mengangkat pelbagai kejayaan dan oleh itu, Darul Quran perlu untuk terus mara untuk meningkatkan taraf dan kualiti pendidikan.
Semua kita tahu bahawa Darul Quran ada menjalinkan kerjasama dengan USIM untuk menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah tahun 2009. Tetapi sampai ke hari ini, pihak Darul Quran sedia, pihak JAKIM, saya nampak tidak punya pelan strategi untuk menawarkan program ijazah sarjana muda khusus di bawah Darul Quran sendiri.
Dan sehingga ke hari ini, tahap tertinggi ditawarkan oleh Darul Quran ialah diploma Darul Quran JAKIM. Sejak saya sendiri bergraduasi daripada Darul Quran JAKIM tahun 2000, ketika itu diploma, dan sampai sekarang ini pun, tidak ada lagi pengajian sarjana muda yang ditawarkan oleh Darul Quran itu sendiri. Jadi, saya nampak masalahnya ialah kerana tidak ada akta yang khusus kepada autonomi kewujudan Darul Quran JAKIM itu sendiri.
Saya mohon Yang Berhormat Menteri Agama agar untuk menjelaskan sejauh mana usaha JAKIM untuk mengangkat Darul Quran JAKIM ini dan juga IPDAS,
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
IKMAS sebagai undang-undang, secara undang-undang sama ada secara akta atau arahan-arahan tertentu Kabinet, MKI dan sebagainya.
So, saya mencadangkan, wujudkan akta Darul Quran JAKIM atau akta pengajian tinggi itu sendiri di bawah JAKIM itu sendiri. Dan kalau saya boleh kongsi role model untuk diwujudkan akta ini sebagaimana IPG dan juga ASWARA yang telah berjaya menjalankan program ijazah sarjana muda masing-masing. Jadi, tak perlu untuk menumpang dengan program ataupun ijazah-ijazah yang ditawarkan oleh itu institusi lain.
Selain Dato' Pengerusi, saya juga nak menyentuh Butiran 010000 – Urusan Parlimen. Ini satu, satu bajet yang cukup besar. Tapi saya cadangkan supaya sedikit kursus perlu diajar kepada anggota Kabinet, Menteri dan Timbalan Menteri untuk menjawab persoalan. Tadi, saya dengar bagaimana ada Timbalan Menteri jawab.
Saya malas jawab soalan ini sebab pembangkang tak sokong bajet. Ini satu jawapan yang sangat tidak bertanggungjawab. Macam mana seorang Timbalan Menteri boleh jawab, saya malas nak jawab, sebab pembangkang tak sokong bajet.
Sedangkan sokong tak sokong ini, ada peruntukan di dalam Perlembagaan. Ada peruntukan dalam Peraturan Dewan.
35 orang yang tak datang semalam yang tak mengundi, seorang saja daripada pembangkang. Yang semua selain daripada itu, semua daripada kerajaan.
Kalau kami pembangkang nak tuju soalan, Menteri malas jawab kerana tak sokong bajet, ertinya yang tak datang semalam untuk mengundi semuanya jangan diberikan bajet, sebab mereka pun tak mengundi untuk menyokong, termasuklah yang membawa usul.
[Tepuk] Membawa usul Yang Berhormat Tambun. Yang Berhormat Tambun pun tak datang untuk nak menyokong usulnya sendiri, apatah lagi Menteri Kewangan Kedua pun tak mengundi untuk menyokong, sebab beliau Ahli Dewan Negara.
Jadi, itu saya fikir dalam urusan Parlimen ini, saya cadangkan Menteri dan Timbalan Menteri perlu diberikan kursus untuk menjawab bagaimana menjawab dengan penuh hemah agar tidak menampakkan kita ini kekurangan ilmu untuk menjawab persoalan.
Dato' Pengerusi, saya nak menyentuh 02000 – Jabatan Peguam Negara.
Tahun 2025, kita diperuntukkan RM14.69 juta. Tahun ini tambah RM15.06 juta. Tapi saya mengharapkan supaya peningkatan ini nampak terlihat dari sudut keberkesanan gerak kerja Jabatan Peguam Negara. Saya nak memetik bagaimana hari ini Malaysiakini menyiarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Besut berkenaan status siasatan terhadap laporan Bloomberg yang menuduh Perdana Menteri mengarahkan siasatan ke atas Tun Dr. Mahathir. Menurut Menteri bahawa isu ini telah diklasifikasikan sebagai NFA atau no further action, dengan izin.
Jadi, Bloomberg tuduh Perdana Menteri mengarahkan SPRM supaya siasat individu tertentu. Tuduhan itu satu tuduhan tak betul. Yang kata tuduhan tak betul ialah Perdana Menteri sendiri. Bila Perdana Menteri menyebut tuduhan tak betul? 15 Oktober 2024. Saya tanya dalam Dewan ini, adakah Perdana Menteri akan saman Bloomberg? Perdana Menteri kata bahawa tuduhan ini tak betul dan kita serahkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap Bloomberg. Apabila tidak ada no further action terhadap tindakan-tindakan terhadap Bloomberg, ini bererti sama ada tuduhan itu betul atau macam mana? Jadi, itu persoalannya.
Saya, saya sayang Perdana Menteri, Dato' Pengerusi. Saya tak nak Perdana Menteri dicemari dengan tuduhan-tuduhan seperti ini. Jadi, kena saman Bloomberg ini ataupun Peguam Negara wajib mengambil tindakan dari segi undang-undang.
Sita pejabat Bloomberg ini sebagai contoh kerana menuduh Perdana Menteri yang kita sayang ini dengan tuduhan yang tidak betul seperti ini. Saya yakin Ahli Parlimen Kerajaan akan menyokong apa yang saya sebut pada hari ini.
Satu lagi, Dato' Pengerusi, sikit lagi, iaitu 050100 di bawah halal Malaysia iaitu JAKIM. Tadi banyak yang menyebut tentang halal tapi saya nak menyentuh tentang bagaimanakah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan JAKIM sendiri melihat ancaman perjanjian Malaysia dengan Amerika ataupun ART ini yang disebut bawah Artikel 25, Artikel 29 yang mana Malaysia diwajibkan untuk menerima mana- mana badan persijilan halal Amerika yang designated ataupun yang telah pun dibenarkan, di-approve dengan izin, oleh JAKIM.
Adakah ini, tidakkah ini merupakan satu ancaman terhadap institusi halal kita sendiri iaitu mana-mana logo halal yang telah diiktiraf oleh Amerika, JAKIM, ataupun kita di Malaysia wajib untuk menerima? Walaupun kita kata bahawa itu kena di- approve oleh JAKIM. Betul. JAKIM memang dah approve daripada awal. Tetapi berbeza dengan prosedur halal yang lain, sekiranya ada pelanggaran, ada isu yang berlaku, JAKIM boleh review dari masa ke semasa. Tapi perjanjian ART ini, Malaysia tidak boleh review lagi isu halal ini.
Kalau saya boleh baca, Dato' Pengerusi, “Malaysia shall allow any US halal certifier designated by JAKIM without additional requirement”, ertinya tidak ada pilihan. Malaysia perlu untuk approve logo halal ini dan ini merupakan ancaman
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
terhadap halal Malaysia. Saya minta supaya Menteri ataupun pihak Jabatan Perdana Menteri di Bahagian Agama dapat menjelaskan, adakah ini akan mengancam institusi halal di Malaysia. Terima kasih Dato' Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Selanjut dipersilakan Yang Berhormat Puchong.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Terima kasih Dato' Pengerusi. Izinkan Puchong untuk berbahas peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.
Dato' Pengerusi, Puchong ingin bermula dengan Kepala B1 Parlimen 010000 – Urusan Parlimen. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah pun membawa RUU Perkhidmatan Parlimen yang juga pun telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.
Akta ini menggantikan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang asal yang telah pun dimansuhkan pada tahun 1992. Selepas 33 tahun, Kerajaan Perpaduanlah yang menunjukkan political will yang cukup kuat untuk mengembalikan autonomi kepada Parlimen. Di mana Perkhidmatan Parlimen sekarang menjadi entiti yang berasingan daripada Perkhidmatan Awam dan Parlimen mempunyai autonomi untuk menguruskan bajet sendiri. Akta ini akan mengukuhkan sekali lagi demokrasi negara kita dan mewujudkan semak dan imbang antara legislatif dan eksekutif yang lebih kuat.
Walaupun akta ini telah pun diwartakan, tetapi Puchong kira ia akan mengambil masa untuk penstrukturan semula pentadbiran dan organisasi. Oleh itu, Dato' Pengerusi, Puchong ingin tahu bilakah akta ini akan dikuatkuasakan dengan sepenuhnya di Parlimen ini? Apakah status terkini?
Seterusnya, Puchong juga ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada kepala 040200 – menaik taraf pembaikan dan penyelenggaraan bangunan.
Puchong sangat mengalu-alukan pembaharuan Parlimen baru-baru ini, di mana 10 Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) telah pun diubah menjadikan 10 jawatankuasa tetap Parlimen dan jawatankuasa pilihan berkaitan kementerian, JKP.
Namun begitu, pembaharuan ini perlu disertai dengan fasiliti yang mencukupi, Dato' Pengerusi. Untuk pengetahuan Dato' Pengerusi, daripada pengalaman saya sebagai pengerusi JKP Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, kadangkala kita tidak dapat book bilik mesyuarat untuk membuat pendengaran pada masa yang kita nak buat, kerana kita hanya ada tiga bilik mesyuarat jawatankuasa.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Ini adalah tidak mencukupi untuk 10 JKP, lebih-lebih lagi kalau Parlimen ini kita nak membuat pembaharuan Parlimen yang selanjutnya. Puchong berpendapat bahawa pembaharuan Parlimen yang seterusnya yang kita perlu buat ialah perbahasan peringkat jawatankuasa seperti sekarang. RUU Perbekalan Belanjawan atau pun RUU yang lain perlu dibuat sebagai jawatankuasa. Bukan di Dewan Utama tetapi di bilik jawatankuasa. Ini adalah kerana di bilik jawatankuasa, di peringkat jawatankuasa kita ada to and fro discussion. Dasar boleh dibuat dan kita boleh soal topik dengan lebih teliti.
Untuk pengetahuan Dato’ Pengerusi, semalam JKP Wanita dan JKP Pembangunan insan, 15 Ahli Parlimen, kita duduk bersama di bilik jawatankuasa, kita berbincang dengan Kementerian Pendidikan, PDRM, KKM berkenaan dengan isu-isu keselamatan pelajar. Saya mendapati bahawa perbincangan yang kita buat di bilik jawatankuasa ini adalah jauh lebih mendalam dan efektif kalau kita bandingkan dengan Dewan yang mulia ini.
Kalau kita tengok hari ini, kita bincang semua kita bahas di bilik jawatankuasa — di Dewan yang mulia ini. Lepas itu, Menteri akan gulung. Tetapi masa dia gulung, mungkin apa yang kita bahaskan tidak sempat untuk jawab. Dia jawab secara bertulis atau tidak sempat untuk jawab soalan selanjutnya. Oleh itu, kita akan stuck di sana dan kadangkala kita perlukan sesi yang seterusnya untuk membincangkan topik yang sama.
Kalau Parlimen ini kita boleh membuat pembaharuan di mana perbincangan polisi secara mendalam boleh dibuat di bilik jawatankuasa dan ini akan menjadikan dasar kita lebih komprehensif dan Parlimen ini akan menjadi pembuat dasar yang betul-betul adalah pembuat dasar di Malaysia. Oleh itu, harapan saya ialah Parlimen boleh memberi lebih banyak peruntukan lagi supaya lebih banyak bilik mesyuarat perlu diwujudkan. Kerana kalau kita nak membuat perbincangan begitu banyak di peringkat jawatankuasa, kita perlu ada bilik mesyuarat dengan fasiliti-fasiliti yang tertentu seperti mic, kamera dan kita juga kena ada pasukan Hansard yang diperlukan.
Selain itu, Puchong juga ingin cadangkan pengurusan Parlimen di mana syor-syor penyata yang dibentangkan oleh JKP perlu dijawab oleh pihak eksekutif.
Sekurang-kurangnya secara bertulis. Syor ini perlu dijawab satu demi satu. Setuju atau tak? Kementerian setuju tak syor JKP? Kalau ya, apakah rancangan pelaksanaan? Kalau tidak, kenapa? Kalau tidak, kita JKP dan PAC juga, sentiasa
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
kita buat mesyuarat banyak-banyak. Kita keluarkan penyata, susah payah. Kita buat syor semua. Dan apa yang akhirnya, apakah hasilnya?
Mungkin hasilnya adalah hanya dimuat naik, di-upload di website Parlimen sahaja. Tak ada apa-apa follow up daripada kementerian. Oleh itu, saya rasa pengurusan parlimen, kita perlu mewajibkan semua kementerian yang terlibat dalam syor JKP untuk jawab. Ya, tidak, setuju ke tidak, apakah perancangan.
Dato’ Pengerusi, seterusnya Puchong ingin mengalih ke B.6 040000 – Pengurusan Kehakiman dan Perundangan. Merujuk kepada peningkatan gaji hakim sehingga 30 peratus, apakah perincian peningkatan ini? Adakah hakim-hakim mahkamah seperti majistret dan juga hakim mahkamah sesyen juga akan menerima peningkatan gaji? Jika tidak, adakah kerajaan terbuka untuk mempertimbangkan peningkatan gaji bagi mereka?
Selain itu, apakah usaha-usaha yang sedang dilakukan untuk meningkatkan pengambilan Jurubahasa Mahkamah terutamanya bagi bahasa Cina dan Tamil di mana jurubahasa sekarang adalah semakin tidak mencukupi. Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk mempertimbangkan untuk meningkatkan gaji permulaan bagi jurubahasa.
Isu seterusnya dan isu terakhir yang saya ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan mahkamah bergerak. Puchong ingin mendengar ucapan gulungan Menteri BHEUU di peringkat dasar tentang rancangan kerajaan untuk memperluaskan mahkamah bergerak di Semenanjung, merangkumi perkhidmatan seperti mahkamah kanak-kanak bergerak, van saksi kanak-kanak dan sebagainya.
Dato ’Pengerusi, Puchong sangat menyokong penuh usaha ini kerana ia akan membantu memastikan lebih banyak kes melibatkan kanak-kanak terutamanya kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dapat diteruskan dan mangsa kanak- kanak boleh mendapat keadilan di sistem keadilan di Malaysia.
Dato’ Pengerusi, dengan adanya mahkamah bergerak, mangsa kanak-kanak di luar bandar atau pun di pinggir bandar, terutamanya mereka daripada golongan kurang berkemampuan, mereka boleh akses kepada mahkamah dengan lebih mudah. Sebelum ini, mereka perlu pergi jauh, kena ada transport fees, kena ada banyak. So, oleh itu, ramai di antara mereka give up seeking justice kerana masalah pengangkutan. Oleh itu, dengan ini, kita boleh teruskan lebih banyak kes.
Selain itu, di van saksi kanak-kanak, daripada pendengaran dan juga perbincangan saya dengan ramai di luar sana, kita mendapati bahawa saksi kanak- kanak lebih selesa memberi keterangan dan tidak ditakutkan dalam van saksi. Tetapi
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
kalau di mahkamah, setting itu sangat menakutkan. Dia takutkan dewasa, apatah lagi kanak-kanak.
Ini, semua pembaharuan ini Puchong sangat mengalu-alukan dan saya, kerana semua ini akan menggalakkan mangsa kanak-kanak untuk teruskan perbicaraan dan keadilan boleh dicapai. Dengan ini, Puchong ingin mendapat perincian berapakah mahkamah bergerak baru yang akan diwujudkan di Semenanjung, Sabah, Sarawak masing-masing pada tahun 2026 dan apakah KPI yang telah pun ditetapkan untuk kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dari segi peratusan kes yang selesai perbicaraan dan juga masa untuk menghabiskan penyelesaian dengan keputusan mahkamah? Itu sahaja, Dato’ Pengerusi dan saya sokong.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Secara peribadi, Peraturan 80B yang pindaan Yang Berhormat Puchong cakap tadi, kalau benda itu dapat dilaksana sebaik mungkin, banyak isu dalam Dewan ini dapat diselesaikan. Jika dalam — dah dibawa dalam Dewan, masih juga ada masalah, bermakna ahli wakil rakyat itu yang menimbulkan isu ya. Baik, berikutnya saya persilakan Yang Berhormat Permatang Pauh.
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Dato’ Pengerusi atas peluang yang diberikan. Saya merujuk pada Butiran 070000 – Pengurusan Wilayah Persekutuan. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan diperuntukkan hampir RM20 juta untuk tahun 2026. Kebelakangan ini, sempadan Kampung Baru menjadi topik hangat dan menimbulkan banyak persepsi. Saya difahamkan perkara ini rentetan daripada perbezaan tafsiran warta lama Kerajaan Selangor iaitu Selangor Gazette Notification dengan izin, nombor 1550 bertarikh 16 Februari 1932.
Saya ingin bertanya beberapa soalan. Yang pertama, adakah dalam peruntukan ini ada dana untuk mengkaji dan menyemak semula dokumen-dokumen lama serta mentafsir dan memuktamadkan dokumen yang kurang jelas kandungannya?
Kedua, adakah pewartaan SELGN 1550 1932 ini masih berkuat kuasa seluruhnya atau pun hanya sebahagiannya? Boleh Menteri nyatakan secara menyeluruh mengikut garis masa sebarang jenis perubahan status tanah sama ada pembatalan, penambahan, pengurangan dari tahun 1932 sehingga kini?
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Soalan ketiga, adakah JUPEM masih menyimpan salinan asal piawai bernombor 85-B dan juga 86-A yang sah pada ketika warta tersebut digazetkan?
Jika tidak, apakah rujukan sahih sama ada pelan kertas, scan digital ataupun sumber rujukan lain yang dipakai oleh kerajaan dalam menentukan kawasan diwartakan itu?
Dan adakah sumber tersebut boleh diakses oleh rakyat dan juga penduduk di Sungai Baru tersebut dan bilakah tarikh pemaju memohon pengambilan tanah dan berapa lama tempoh diambil kelulusannya dan siapakah pegawai yang terlibat untuk menukar status hak milik tersebut dan siapakah yang mengangkat pengambilan ini untuk diperkenankan dan bilakah tarikhnya?
Tuan Pengerusi, Butiran – 020000 Perundangan. Sub butiran 020200 – Penyemakan dan Pembaharuan Undang-undang. Pada butiran ini diperuntukkan hampir RM6.5 juta untuk semakan dan pembaharuan undang-undang. Pengamalan sekarang ini, Peguam Negara dan pendakwa raya di bawah Jabatan Peguam Negara. Saya mengambil maklum tentang usaha kerajaan melaksanakan reformasi undang-undang untuk mengasingkan peranan AG dan juga pendakwa raya.
Persoalan saya, bagaimanakah status pengasingan ini? Apakah jaminan setelah pengasingan peranan Peguam Negara ini, Jabatan Peguam Negara dan sebagainya, dia akan jadi telus dan juga kelihatan telus? Adakah kerajaan akan mempertimbangkan pendekatan sistem keadilan Islam yang menjamin ketelusan dan keadilan tanpa mengira darjat dan status sosial sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat dalam pentadbiran?
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
Apakah justifikasi kerajaan apabila kes-kes berprofil tinggi yang telah didakwa dengan bukti kukuh tiba-tiba digugurkan tanpa proses perbicaraan menyeluruh dan tanpa memberi ruang kepada rakyat untuk menilai keadilan sebenar dan bolehkah kerajaan menafikan persepsi rakyat bahawa sistem kehakiman kini hanya menjadi alat politik? Adakah — sorry, apabila pendakwaan hanya berlaku pada individu tersebut tidak lagi berada dalam kem ataupun di dalam parti pemerintah? Mohon respons daripada Yang Berhormat Menteri nanti.
Dato’ Pengerusi, Butiran 020000 – Penyelarasan Pembangunan Nasional.
Dalam kita berbicara berkaitan dengan isu projek Kota MADANI yang bernilai hampir RM4 bilion, marilah kita sama-sama renungkan realiti di pedalaman Sabah dan Sarawak. Rumah daif, jalan tanah merah, guru terpaksa menunggang scrambler, pelajar menaiki sampan, malah ada murid memanjat pokok untuk mendapatkan akses Internet. Jurang asas itu pun masih ketara dan dengan RM4 bilion ini, kalau
Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan - Permatang Pauh
kita hitung secara mudahnya, banyak perkara yang boleh dilaksanakan. Antaranya mungkin boleh dilaksanakan hampir 50,000 unit Rumah Mesra Rakyat, boleh dinaikkan taraf jalan pedalaman, tar tebal, sorry, tebalkan tar, jambatan kekal, pelebaran laluan dan mungkin dibina beberapa hospital termasuk yang disebut oleh Maran sebelum ini sehingga tepuk meja itu, bekalan air nasional, akses Internet.
Jadi, soalan saya mudah sahaja. Jika kerajaan menekankan penjimatan, kehematan dan juga tadbir urus serta keselesaan kesejahteraan rakyat, mengapa tidak didahulukan pelaburan asas luar bandar yang lebih luas manfaatnya? Apakah asas utama kerajaan menimbang keputusan untuk faedah sosial, impak kemiskinan dan juga keutamaan jurang wilayah berbanding mercu tanda bandar yang sudah pun banyak sekarang? Jika ada pihak yang menuduh saya antipembangunan, saya reda, saya lebih memilih untuk berpihak kepada keselesaan majoriti rakyat yang berada dalam negara pada hari ini.
Tuan Pengerusi, yang terakhir. Butiran 04000 – Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang. Merujuk kepada butiran ini, hampir RM40 juta diperuntukkan untuk Belanjawan 2026. Saya memohon penjelasan terperinci mengenai objektif program, garis masa pelaksanaan serta KPI yang jelas termasuk jumlah peratusan kontrak rantaian bekalan yang bakal ditembusi, jumlah usahawan baru yang akan dibimbing dan nilai padanan pelaburan swasta.
Saya juga mohon kerajaan jelaskan secara ringkas pun tidak mengapa, apakah definisi penyertaan bumiputera tersebut? Apakah penyertaan tenaga kerja di sektor bernilai tinggi seperti E&E, digital, logistik dan pelaburan, aeromaritime dan pembinaan atau penyertaan bumiputera sebagai vendor dalam sektor yang disebutkan tadi? Adakah projek ini termasuk bantuan kepada usahawan bumiputera seperti geran padanan, latihan, automasi dan pembiayaan? Dan dari segi pelaksanaan, siapakah yang akan melaksanakan projek ini? Adakah kementerian, GLC ataupun swasta?
Akhirnya, Dato’ Pengerusi, apakah pelan kerajaan untuk menyeimbangkan pegangan tanah antara bumiputera dan bukan bumiputera di negeri Pulau Pinang?
Jika ada, apakah langkah segera dan langkah jangka panjang? Saya berharap agar kerajaan melalui GLIC ataupun mana-mana pihak yang lain dapat memberikan tumpuan kepada pemilikan tak strategik di Pulau Pinang ini memandangkan negeri saya Pulau Pinang ini kami tidak memiliki tanah rizab Melayu. Jadi, mohon respons daripada Yang Berhormat Menteri nanti. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih atas peluang diberikan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Selanjut, saya mempersilakan Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Tuan Pengerusi - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Waalaikumussalam.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Bismillahirrahmanirrahim. Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin merujuk Butiran B.6 050100, berkaitan dengan JAKIM. Persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah apa peranan JAKIM melalui bahagian dakwah dalam membendung gejala murtad?
Kerana murtad ini bukan semata-mata kerana tukar agama. Murtad juga boleh berlaku dengan perkataan, dengan perbuatan dan juga hati. Gejala kerosakan akidah yang menjadi sebab murtad yakni terkeluar daripada Islam semakin menular di negara ini, sama ada ia berkaitan dengan ajaran sesat ataupun membabitkan pertukaran agama dan lain-lain.
Perkara ini telah mendapat perhatian yang serius oleh pelbagai pihak termasuk beberapa badan-badan Islam, NGO dan perundangan di Malaysia. Bahkan saban tahun kemunculan gerakan-gerakan sesat semakin bercambah diikuti isu murtad keluar daripada agama Islam dan menganut agama yang lain.
Dato’ Yang di-Pertua, dalam al-Quran, Allah menegaskan Surah al-Baqarah, ayat 217.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Dan sesiapa di antara kamu yang murtad yakni berpaling tadah dari agamanya yakni Islam lalu ia mati sedang ia tetap kafir. Maka orang yang demikian rosak binasalah amal usianya yang baik di dunia dan di akhirat. Dan mereka itulah ahli neraka. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya”. Bahkan suatu ketika dahulu, muncul suatu gerakan yang dipanggil Angkatan Murtaddin Malaysia (AAM). Sebuah kumpulan yang menjadi wadah kepada individu yang berhasrat untuk murtad. Misi kumpulan ini adalah untuk menyokong komuniti murtad dan memberitahu kepada masyarakat tentang permintaan golongan murtad dan hak untuk meninggalkan Islam, juga muncul di media-media sosial, ideologi murtad ini diperjuangkan dalam sebuah Facebook yang sekarang kurang aktif tapi tidak boleh dibiarkan. Yang page itu bernama “Mr. Murtad”. Page ini secara rasminya aktif menyebarkan pengaruh mengenai hak-hak kebebasan untuk beragama dan
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
pada waktu yang sama memburuk-burukkan agama dengan idea-idea penindasan dalam kehidupan beragama. Yang lebih mengejutkan, kebelakangan ini banyak isu berkaitan penghinaan terhadap agama Islam melibatkan bangsa Melayu, Islam terutamanya di Malaysia.
Jadi, apa peranan JAKIM dalam Bahagian Dakwah untuk membendung gejala murtad yang melibatkan komuniti Islam orang Melayu? Saya seterusnya merujuk Butiran P.6 08100 – Pusat Latihan Dakwah yang dikelola oleh JAKIM dengan bajet yang agak besar. Kita faham antara tujuan Pusat Latihan Dakwah di bawah JAKIM yang ada di Sabah, ada di Sarawak dan ada juga di Semenanjung, Institut Kemahiran— IKIM - Institut Latihan Islam Malaysia di Bangi, di ILIM. ILIM di Bangi. Ditubuhkan bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang dakwah. Silibus nya berkaitan dengan fardu ain, asas agama dan juga dakwah.
Persoalannya, mereka ditaja daripada duit zakat dan sebagainya melalui negeri-negeri tertentu dan sudah tentulah mereka diharapkan selepas keluar dari pusat latihan Islam ataupun pusat latihan dakwah di mana-mana pun akan menjadi da’i yang sukarela bekerja di bidang dakwah terutamanya di pendalaman- pendalaman Sabah, Sarawak termasuk Semenanjung yang melibatkan perkampungan Orang Asli yang ada para mualaf.
Tujuannya untuk membimbing supaya mereka tidak tergelincir ataupun keluar daripada Islam yang telah dianutinya. Sebab Islam memang tidak ada paksaan untuk sesiapa pun masuk Islam, tapi bila mereka menjadi Islam, mereka terikat dengan syariat, terikat dengan hukum hakam yang ada dalam Islam. Kalau tak dikawal, kalau tidak dijaga, boleh menyebabkan ia tergelincir dan keluar dari Islam.
Jadi, apa peranan JAKIM melalui pusat latihan Islam atau pusat latihan dakwah yang membimbing, melatih berpuluh-puluh pelajar, beratus-ratus pelajar daripada dulu sampai sekarang tapi mereka tidak aktif dalam gerak kerja dakwah?
Di Sabah, di Sarawak, kita ada beberapa NGO antaranya Yayasan Amal Malaysia melalui Pusat Dakwah Serantau. Melatih pelajar-pelajar untuk menjadi da’i di pendalaman sebab kita nak bantu masyarakat, nak membantu komuniti mualaf yang memeluk Islam, yang tidak dibimbing oleh da’i-da’i yang terlatih. Akibatnya mereka terabai dalam mengerjakan kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT. Bahkan mereka terdedah kepada budaya murtad.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Surau banyak didirikan, masjid pun ada tapi tidak ada imam ataupun tidak ada da’i yang memanfaatkan surau yang didirikan, masjid yang ada di pendalaman untuk membimbing para mualaf yang ada di pendalaman Sabah, Sarawak, termasuklah di perkampungan Orang-orang Asli. Kita tidak menafikan negeri-negeri memainkan peranan juga yang penting untuk menjaga akidah umat Islam.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tetapi, oleh kerana JAKIM melalui pusat latihan dakwahnya memperuntukkan peruntukan yang begitu besar untuk melatih kader-kader dakwah, tiba-tiba mereka keluar dari pusat latihan setelah menjalani latihan selama tiga tahun, dua tahun dan sebagainya tetapi tidak terlibat dengan gerakan dakwah dan tidak terlibat untuk memastikan komuniti mualaf untuk dipelihara akidahnya.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi, saya sangat mengharapkan supaya JAKIM berperanan dalam bahagian dakwahnya untuk memastikan komuniti mualaf, orang Islam dan sebagainya dipelihara akidahnya supaya tidak tergelincir.
Akhir sekali, saya ingin bangkitkan perkara yang berkaitan dengan imam- imam di seluruh negara. JAKIM memberi peruntukan kepada para imam yang dilantik oleh kerajaan negeri dengan elaun daripada JAKIM RM850 dan ditambah oleh kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam yang tidak standard ataupun tidak selaras pembayarannya.
Ada negeri yang membayar imam sehingga RM1,500. Ada negeri yang membayar elaun kepada imam RM1,300. Ada juga hanya RM1,000 sahaja. Dan sebahagian imam ada yang tidak diberi, apa ini, tidak dipotong elaunnya untuk SOCSO ataupun KWSP semata-mata dapat elaun bersih semuanya itu.
Jadi, apa masa depan mereka? Sebab itulah JAKIM sebagai sebuah institusi yang bertugas dan bertanggungjawab dalam menguruskan perkara ini mestilah menyelaraskan supaya elaun-elaun yang dibayar kepada para imam jadi standard, selaras di semua negeri. Tidak semua ada yang RM1,300, ada yang RM1,100, ada yang RM1,500, tak selaras. Sedangkan imam memainkan peranan yang sangat penting di kariah, di kampung masing-masing. Kalau tak ada imam, jemaah pun tidak boleh didirikan. Itu sahaja, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tan Sri Pengerusi atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta untuk perbahasan di peringkat Jawatankuasa pada petang ini.
Perkara pertama yang saya nak sebutkan adalah di bawah Maksud Bekalan 3 – Jabatan Audit Negara. Saya menyambut baik berlaku pertambahan peruntukan untuk Jabatan Audit Negara daripada belanjawan sebelum ini RM183 juta melonjak kepada RM216 juta, hampir 20 peratus peningkatan. Sesuatu yang saya rasa selaras dengan komitmen Kerajaan Malaysia MADANI yang sentiasa ke arah mereformasi kan institusi dan salah satu institusi yang perlu diperkasakan adalah Jabatan Audit Negara. Dan saya harap dengan adanya pertambahan peruntukan untuk Jabatan Audit Negara, ia menjadikan Jabatan Audit Negara terus lebih progresif dalam melaksanakan tugas pengauditan.
Cuma, ada satu perkara yang saya rasa saya kena bangkitkan di sini untuk dijawab oleh pihak kerajaan adalah di bawah Maksud 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak berjumlah RM1.816 juta. Saya tak pasti berapa ramai kakitangan kontrak di bawah ini. Saya nak cadangkan, saya mohon cadangkan supaya semua kakitangan di bawah Jabatan Audit Negara patut adalah tetap, tak patut kontrak sebab mereka ini tanggungjawab dia sangat berat dan perlu ada kesinambungan tugas mereka.
Kalau kontrak, kontrak ini dia katakan dua tahun lepas itu tak disambung, jadi kerja itu orang lain yang sambung kerja mungkin dia tak pasti. Sebab kita nak pengauditan yang berterusan terhadap semua agensi yang terbabit. Saya mohon penjelasan daripada kerajaan.
Cuma, satu yang saya― perkara lagi yang saya nak sebutkan tentang Jabatan Audit ini, di bawah Perkara 020000 ― Pengauditan, sebanyak RM118 juta.
Bilangan jawatan 1,675. Tak ada pertambahan jawatan. Saya nak tanya kenapa?
Sudah ada penambahan bajet hampir 20 peratus berbanding belanjawan sebelum ini tapi tak ada pertambahan bilangan jawatan? Jadi, apa jadi? Mohon penjelasan.
Perkara kedua yang saya nak sebutkan adalah berkenaan dengan Parlimen Malaysia. Ini berkenaan dengan ― saya yakin Tan Sri akan setuju dengan saya.
Tahun lepas 2025, sebelum kita luluskan Akta Perkhidmatan Parlimen, peruntukan untuk Parlimen RM180 juta. Sekarang ini, lepas kita luluskan, gazetkan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, RM183.5 juta. Pertambahan RM3.5 juta.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tan Sri Speaker, minta maaf lah. Tak cukup. Ini saya bantu Tan Sri untuk lobby dengan MOF. Tak cukup. Pertambahannya sangat minima dan tidak melambangkan komitmen kita untuk mereformasi kan institusi yang sangat mustahak, Parlimen dan tidak selaras dengan Akta Perkhidmatan Parlimen. Jadi, saya mohon kerajaan supaya memberikan penjelasan kenapa sikit sangat pertambahan ini? Itu yang perkara pertama.
Dan, perkara kedua di bawah Parlimen, di bawah Butiran 020100 – Bertugas Ke Luar Negara. Saya nampak ada RM5.45 juta. Saya tak pasti sama ada ini yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun ketika pembentangan belanjawan yang katakan Jawatankuasa Pilihan mendapat RM5 juta. Sama ada RM5 juta itu termasuk sini. Cuma, saya nak sebutkan, Tan Sri. Yang ini saya bersyukur Tan Sri yang chair meeting ini. Kalau boleh, semua yang pergi ke oversea itu, satu, ekonomi.
Saya rasa kita dah laksanakan kecuali mungkin Tan Sri Speaker, itu special case.
Yang lain itu Ahli Parlimen, saya setuju ekonomi.
Yang keduanya, jangan engage agensi pelancongan. Orang meniaga, dia kalau kita engage dia, dia kena untung. Kita tak boleh salahkan dia. Saya berikan satu ini kisah benar. Pergi ke Australia sebab melibatkan transit. Kalau kita beli online ― sebab saya difahamkan Parlimen ada kad Maybank itu yang boleh beli direct, harga dia dalam RM6,000, RM7,000 pergi balik termasuk transit di Australia. Tapi kalau guna agensi, hampir RM14,000. Jadi, penjimatan itu sesuatu yang bagi saya sangat berharga yang membolehkan lebih banyak tempat boleh dilawati, membawa manfaat kepada kita. Jadi, mohon Tan Sri ambil perhatian sebab mungkin Tan Sri pun tak tahu benda ini.
Perkara seterusnya Tan Sri Pengerusi, adalah berkenaan dengan Maksud Bekalan 4 – SPR. Saya nampak di bawah 040200 – Pilihan Raya Negeri. Tahun lepas RM96 juta. Belanjawan tahun lepas. Tahun ini, belanjawan RM292 juta, ada lonjakan lebih tiga kali ganda. Kenapa? Sebab Belanjawan 2025 untuk PRN Sabah yang akan berlangsung bulan ini RM96 juta. Kenapa tahun depan untuk PRN, saya tak pasti negeri mana tiga kali ganda, RM292 juta. Apa jadinya? Sebab, tahun depan yang saya difahamkan adalah Melaka. Takkan Melaka punya tiga kali daripada Sabah? Dari segi logistik dan sebagainya tak apa sangatlah, tak secocoklah. Jadi, mohon penjelasan daripada kerajaan.
Tan Sri Pengerusi, saya minta sedikit masa tambahan untuk JPM. JPM, saya ada tiga perkara nak sebutkan. Yang perkara pertama berkenaan dengan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM). Saya nampak ada peruntukan yang besar, RM87 juta
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
berbanding RM80 juta sebelum ini. Dan juga pembangunan RM93 juta. Saya nak tanya, AKM ini, ramai yang tak pasti apa tujuan dia? Jarang rakyat Malaysia dengar.
Banyak ura-ura di luar kata, apakah dia alat politik dan sebagainya? Jadi, saya mohon kerajaan menghebahkan maklumat yang tepat berkenaan dengan AKM supaya tak ada yang salah faham berkenaan dengan perkara ini.
Dan seterusnya, 00201 – Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India. Tan Sri Pengerusi, saya setiap tahun bahaskan peringkat Jawatankuasa JPM, ini topik yang saya bahaskan setiap tahun. Saya, terus terang saya kata, RM100 juta, seperti sebelum ini, tak cukup. Tak cukup untuk membantu keseluruhan masyarakat India. Ini bukan untuk bagi bakul makanan dan sebagainya. Ini bukan kita nak bagi duit. Ini untuk meningkatkan sosioekonomi masyarakat India.
Kita selalu kata masyarakat India ketinggalan. Tapi, kita peruntukan RM100 juta saja. Apa jadinya? Kita mengaku memang masyarakat India ada masalah untuk ― dan ada keperluan untuk kerajaan melonjakkan sosioekonomi dia. Jadi, tapi kalau setakat RM100 juta untuk seluruh negara macam mana agihan?
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
YB Rasah, boleh bantu? Boleh sedikit?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya. Ha, Tan Sri kalau boleh bagi masa sikit.
Tuan Pengerusi
Masa ya?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tan Sri kalau boleh bagi dua minit, saya bagi dia satu minit.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Satu, satu saja.
Tuan Pengerusi
Tak bolehlah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, boleh ya?
Tuan Pengerusi
Masa, masa.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Tak ada masa.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kalau macam itu minta maaf. Tadi saya minta ini, kerajaan tolonglah. Saya nak sebutkan, saya pernah sebut. Sekurang-kurangnya RM200 juta atau RM300 juta untuk seluruh negara. Sebab kalau nak agih macam ini, macam Negeri Sembilan, dapat berapa? Tak sampai RM10 juta. Macam mana kita nak lonjakkan perkara ini?
Jadi, saya mohon kerajaan supaya memberikan perhatian ini sebab ini adalah perkara yang boleh memastikan sosioekonomi masyarakat India diangkat ke tahap yang lebih tinggi supaya setara dengan kaum-kaum lain. Sebab kalau negara kita nak maju, semua kaum termasuk masyarakat India kena maju bersama. Barulah kita
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
boleh membangunkan negara Malaysia bersama. Sekian, terima kasih Tan Sri Pengerusi atas masa tambahan yang diberikan.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi atas peluang yang telah diberikan. Saya akan menyentuh empat butiran, iaitu butiran pertama, 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Butiran 050100 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM), Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam, dan yang terakhir, Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Tan Sri Pengerusi, Butiran 040300, saya mendapati bahawa berlaku peningkatan jumlah anggaran perbelanjaan bagi tahun 2026. Saya yakin bahawa peningkatan jumlah anggaran ini terkait dengan proses menaik taraf infrastruktur mahkamah, memperkasa mekanisme digitalisasi mampan, serta meningkatkan kecekapan dalam sistem kehakiman dan pendakwaan syariah.
Menurut laporan rasmi JKSM tahun lalu, ribuan kes syariah direkodkan.
Begitu juga, kes yang tertunggak. Sasaran penyelesaian 90 peratus tidak tercapai.
Ini menandakan bahawa sistem kita masih lagi belum efisien.
Terkait dengan hal ini, saya ingin bertanyakan, berapakah jumlah kes sebenar jenayah syariah yang masih belum selesai di seluruh negara, dan apakah langkah kerajaan untuk mempercepatkan penyelesaian kes tertunggak?
Selain itu, saya ingin mendapatkan penjelasan mengenai status pelaksanaan Sistem e-Syariah 2.0 dan adakah ia berjaya disepadukan dengan sistem pendakwaan negeri? Status syor penubuhan Sekretariat Data Nasional Syariah untuk rujukan institusi perundangan dan akademia serta kursus dan latihan digital kepada pegawai kehakiman dan perundangan syariah yang terkini.
Tan Sri Pengerusi, Butiran 050100 – JAKIM. Anggaran perbelanjaan di bawah butiran ini menurun berbanding sebelum — tahun sebelumnya. Melalui jumlah ini, berapakah peruntukan disalurkan kepada program dan institusi pendidikan Islam seluruh negara, seperti Sekolah Agama Rakyat, tahfiz dan institusi pondok?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Umum menyedari bahawa Sekolah Agama Rakyat merupakan institusi yang telah lama berdiri hasil semangat masyarakat, walaupun tanpa sokongan tetap dan penuh dari Kerajaan Persekutuan. Realitinya, masih terdapat ratusan SAR seluruh negara yang beroperasi dalam keadaan serba kekurangan seperti kemudahan fizikal yang uzur, guru tidak bergaji tetap, tiada silibus standard yang diselaraskan, dan sokongan peralatan digital hampir tiada.
Persoalan saya kepada kementerian yang bertanggungjawab, apakah rancangan kerajaan untuk memperkenalkan satu sistem pengiktirafan nasional yang sah bagi SAR supaya mereka tidak lagi terpinggir dari sudut bantuan dan perancangan dasar? Apakah indikator yang digunakan untuk menyalur bantuan kepada institusi pendidikan Islam dan, mengapa masih belum ada modul latihan guru SAR yang bersistematik dan bersijil, walaupun kerajaan sudah mempunyai ILIM, IKIM, dan pelbagai agensi latihan berkaitan Pendidikan Islam?
Dalam hal yang sama, saya ingin mencadangkan supaya pihak JAKIM dapat mewujudkan dana pembangunan institusi pendidikan islam nasional atau dana pembangunan SAR nasional, iaitu dana tetap di bawah JPM, Jabatan Hal Ehwal Agama. Ia digunakan untuk baik pulih bangunan, bayaran elaun guru, pembelian alat bantu mengajar, dan latihan profesional.
Selain itu, saya juga ingin mencadangkan pembangunan digitalisasi SAR atau dipanggil Madrasah Digital Negara yang mengandungi sistem e-learning ringkas. Ia secara tidak langsung dapat melebarkan capaian internet kepada SAR di luar bandar serta mewujudkan platform silibus Islam interaktif untuk semua peringkat umur.
Tan Sri Pengerusi, saya ingin beralih kepada Butiran 030400 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Butiran 09910 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Kedah antara negeri yang tidak terlepas daripada musibah bencana, termasuklah Parlimen Kuala Kedah.
Saban tahun, para petugas APM berhadapan dengan bencana seperti banjir kilat, ribut petir, tanah runtuh, dan kepala air. Di antara cabaran agensi APM adalah kekurangan anggota tetap, kenderaan penyelamat, bot fiber, peralatan komunikasi, dan stor logistik. Kadangkala, APM perlu menunggu bantuan dari negeri lain sebelum boleh bertindak penuh. Ini bukan kelemahan petugas; ini kelemahan sistem.
Justeru menerusi peruntukan disediakan, berapakah jumlah anggota APM yang berkhidmat sepenuh masa di negeri Kedah, dan apakah langkah yang diambil
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
untuk memperkukuhkan logistik serta penempatan pasukan APM di daerah-daerah berisiko tinggi seperti Kuala Kedah, Pokok Sena, Baling, dan Yan?
Dan nyatakan perincian jumlah peruntukan aset logistik yang telah disalurkan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah sejak tahun 2021 hingga 2026 termasuk jumlah bot, kenderaan operasi, PPE, dan lokasi pusat simpanan bencana.
Manakala, bagi pengurusan bencana pula, NADMA, persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah berapakah peratus jumlah peruntukan NADMA digunakan untuk pembinaan infrastruktur mitigasi bencana di Kedah? Apakah kerajaan bersedia melabur dalam sistem Early Warning System (EWS) khusus di kawasan pedalaman dan kampung tradisi?
Dan, apakah pelan kerajaan untuk membina semula PPS yang lama dan tidak sesuai digunakan semasa banjir atau menambah baik infrastruktur seperti tandas sementara PPS, seperti di PPS SK Taman Aman, bersebelahan Sungai Kedah? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Nak mencelah sikit, Kuala Kedah.
Tuan Pengerusi
Dah duduk, sekian, terima kasih dah. Patut YB bangkit awal sikit. Baik, saya jemput Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Di bawah Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu besar yang menjadi asas kepada kelestarian sebenar tanah rancangan FELDA, iaitu keperluan mendesak untuk meminda Akta Penempatan Berkelompok (GSA), Akta 530.
Antara isu yang timbul ekoran kekangan Akta 530 ini ialah kebenaran pembinaan sebuah lagi rumah di atas lot tapak kediaman peneroka, lot kediaman ibu bapa, atau ringkasan dua rumah satu lot seperti mana diumum oleh FELDA pada tahun 2017 tetapi telah dibatalkan kebenaran tersebut pada tahun 2022 kerana bertentangan dengan Akta 530, di bawah seksyen 17, Akta 530 subperenggan (c) dan (d).
Saya ingin mendesak pihak kerajaan supaya mempercepatkan pindaan Akta 530 ini agar generasi baharu FELDA dapat membina kediaman sendiri di atas tanah
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
milik keluarga mereka tanpa berdepan kekangan perundangan yang lapuk, khususnya larangan pembinaan lebih daripada satu rumah di atas satu lot kediaman.
Tuan Yang di-Pertua, isu pengurusan tanah FELDA masih belum tuntas walaupun sudah berlarutan hampir 40 tahun. Banyak tanah yang diusahakan oleh FELDA masih berstatus tanah kerajaan negeri, tiada geran hak milik yang sah dan tiada bayaran premium tanah serta cukai tanah yang diselesaikan kepada kerajaan negeri.
Contohnya, lebih 14,000 hektar tanah di Terengganu. Kini, diusahakan oleh FELDA tetapi kekal atas nama kerajaan negeri. Akibatnya, kerajaan negeri kehilangan hasil cukai dan premium tanah. Manakala, isu hak milik ini sedang dibicarakan di mahkamah.
Persoalan besar di sini, adakah kerajaan pusat benar-benar bersedia menyelesaikan isu ini secara tuntas? Sudahkah ada rundingan serius dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi melunaskan bayaran tertunggak premium dan cukai tanah tersebut?
Butiran 020100 – Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU). Saya ingin sentuh sikit berkenaan berapakah peruntukan— pecahan peruntukan yang disediakan untuk projek membaik pulih masjid di seluruh daerah Padang Terap, khusus tentang apakah status permohonan baik pulih bumbung Masjid FELDA Lubuk Merbau, Padang Terap yang telah saya hantar sendiri di pejabat ICU, Kuala Lumpur pada Mac 2024? Saya difahamkan, masjid ini hanya mendapat peruntukan RM100,000 untuk kerja mengecat semula masjid, sedangkan keperluan utama ialah mengganti semula bumbung masjid yang telah rosak.
Butiran 030500 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Negara sedang dalam persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut yang berkemungkinan akan menyebabkan bencana banjir, khusus di Pantai Timur bermula November ini dan dijangka berakhir pada Mac tahun depan.
NADMA telah mewujudkan Rakan NADMA pada tahun 2016 sebagai platform kerjasama antara NADMA dan NGO sektor kemanusiaan dan sukarelawan dalam membantu rakyat menangani bencana. Pihak NADMA telah mengalu-alukan penyertaan NGO dalam membantu NADMA mengatasi bencana banjir, yang mana pendaftaran tersebut melalui aplikasi Rakan NADMA.
Soalan saya, apakah insentif yang dirancang oleh pihak kerajaan di dalam memastikan latihan operasi yang mencukupi diberikan kepada anggota Rakan
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
NADMA dalam menghadapi bencana banjir bagi memastikan aspek keselamatan dan kecekapan pengurusan diberikan keutamaan ketika bencana?
Padang Terap ingin mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan peruntukan melalui geran galakan kepada NGO Rakan NADMA untuk mereka lebih efektif di lapangan ketika berlaku bencana. Sebagai contoh, Pelan Rejuvenasi Rakan NADMA 2030 yang diumumkan semasa Konvensyen Rakan NADMA 2024, iaitu penggunaan teknologi seperti peluasan sistem Disaster Geospatial Information Management (DGIM) kepada pihak NGO telah membuahkan kejayaan yang memberangsangkan dalam tadbir urus pengurusan bencana di sesuatu lokasi, termasuklah penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan bencana iaitu menggunakan teknologi ini untuk meramalkan bencana berdasarkan data sejarah, membolehkan amaran awal, ramalan jenis bencana, dan perancangan logistik.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Padang Terap, mencelah sikit.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Okey, baik. Silakan, Pengkalan Chepa.
Tuan Pengerusi
Dua kali dia missed peluang.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Sila, sila.
Tuan Pengerusi
Silakan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Terima kasih, Tan Sri Speaker. Menteri NADMA pun ada di sini. Saya lihat bila berlaku bencana banjir, bukan sahaja soal penyediaan pusat pemindahan dengan segala kebajikan bantuan, tetapi yang menjadi satu tugasan yang besar ialah untuk kerja-kerja mencuci, membaik pulih selepas daripada berlakunya banjir. Kebanyakannya didominasi oleh NGO-NGO, sukarelawan-sukarelawan dan mereka juga ada keperluan-keperluan tertentu. Di antaranya soal peruntukan dan juga― Saya nak mencadangkan begini, Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, floor ini floor Padang Terap. “Setujukah Padang Terap...”
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Oh, okey.
Setujukah Padang Terap kalau saya mencadangkan supaya disediakan matching grant? Sebagai contoh, NGO yang buat fundraising, dia dapat RM100,000, kerajaan
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
tambah RM100,000 untuk mereka laksanakan kerja-kerja kesukarelawanan ini.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Setujukah, Yang Berhormat?
Tuan Pengerusi
Padang Terap, jawab, lepas itu landing.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih, Pengkalan Chepa. Saya sangat-sangat setuju dan sokong saranan supaya pihak NGO ini dibantu khusus dari sudut kewangan ini untuk kita menghadapi bencana besar banjir di negara kita ini. Terima kasih. Masukkan ucapan Pengkalan Chepa dalam ucapan saya.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Di bawah Kepala B.5, Butiran 020100 – Urusan Pengambilan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. SPA merupakan institusi teras yang memastikan sistem perkhidmatan awam negara kita kekal profesional, berintegriti, telus dan bebas daripada sebarang bentuk campur tangan politik. Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa SPA bertanggungjawab terhadap urusan pelantikan, pengesahan, kenaikan pangkat dan tindakan tatatertib pegawai dalam perkhidmatan awam Persekutuan. Dengan kata lain, SPA memainkan peranan utama dan menjamin bahawa penjawat awam yang dipilih benar-benar berasaskan prinsip meritokrasi, kebolehan dan kecekapan.
Tuan Pengerusi, saya ingin merakamkan penghargaan kepada SPA atas usaha berterusan memperkukuh proses pengambilan calon melalui menggunakan sistem digital seperti e-SPA9 yang menjadikan proses permohonan lebih cepat, telus dan mudah diakses. Walaupun begitu, masih terdapat rungutan daripada calon bahawa tempoh menunggu selepas temu duga terlalu lama dan keputusan tidak dimaklumkan dengan segera. Saya berharap SPA dapat mempercepatkan proses pemilihan serta menambah baik sistem maklum balas calon bagi meningkatkan tahap kepercayaan terhadap institusi ini.
Selain itu, saya ingin menyentuh isu penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam. Berdasarkan maklum balas yang saya terima di peringkat akar umbi, ramai anak muda India sebenarnya berminat untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan. Namun, terdapat pelbagai cabaran yang menghalang penyertaan mereka
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
secara besar. Antaranya, termasuk kekurangan maklumat mengenai kekosongan jawatan, kesedaran yang rendah tentang peluang kerjaya dalam sektor awam serta persepsi bahawa peluang untuk diterima adalah agak terhad.
Justeru, saya ingin menyoal pihak kerajaan, apakah mekanisme sokongan atau inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh SPA untuk menarik lebih ramai kaum India menyertai sektor awam? Adakah SPA mempunyai program khas seperti kempen kesedaran di sekolah dan universiti, sesi taklimat bersama NGO kaum India atau kerjasama strategik dengan kementerian lain untuk meningkatkan perwakilan kaum minoriti dalam perkhidmatan kerajaan?
Penyertaan pelbagai kaum dalam sektor awam bukan sekadar isu angka tetapi isu keadilan sosial dan keseimbangan representasi nasional. Sektor awam harus mencerminkan wajah sebenar Malaysia berbilang kaum, budaya, agama.
Dengan kepelbagaian ini, dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih sensitif, inklusif dan efektif.
Saya juga ingin mencadangkan agar SPA memperkukuhkan hubungan dengan IPTA, IPTS, MYFutureJobs dan Jabatan Tenaga Kerja bagi memperluaskan capaian maklumat tentang kekosongan jawatan kepada semua kumpulan masyarakat. Pendekatan yang lebih agresif dalam komunikasi awam melalui media sosial, pameran kerjaya dan kerjasama dengan kerajaan negeri boleh membantu meningkatkan kesedaran dan minat rakyat terhadap peluang perkhidmatan awam.
Tuan Pengerusi, dalam konteks Malaysia MADANI, SPA perlu menjadi peneraju dalam membina budaya pentadbiran yang berasaskan nilai. Pelantikan pegawai tidak boleh sekadar dinilai pada kelulusan akademik semata-mata tetapi juga pada nilai moral, etika kerja dan semangat khidmat kepada rakyat.
Akhir sekali, saya mencadangkan supaya SPA memperkukuh akauntabiliti dalaman dan ketelusan institusi dengan menerbitkan laporan tahunan yang lebih komprehensif termasuk statistik perwakilan kaum, kadar pengambilan dan tindakan tatatertib. Ini bukan sahaja meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap SPA tetapi juga memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan reformasi perkhidmatan awam berjalan seiring dengan semangat MADANI. Dengan langkah- langkah ini, saya percaya SPA dapat terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh perkhidmatan awam yang profesional, inklusif dan benar-benar berjiwa rakyat.
Tuan Pengerusi, sebagai penutup, saya ingin merakamkan tahniah kepada SPA atas penerimaan peningkatan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tahun
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sudah tentu tambahan ini akan membantu SPA memperkukuhkan sistem pengambilan, latihan, pengurusan sumber manusia sektor awam dengan lebih berkesan lagi. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan kerjasama erat antara kerajaan, SPA dan seluruh rakyat, saya yakin perkhidmatan awam akan terus maju, berintegriti... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Pengerusi
Tekan mic ya, YB. Menggulung, menggulung. Sikit lagi.
Ulang ayat itu.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Saya buat penutup.
Tuan Pengerusi
Ya, penutup.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sebagai penutup, saya ingin merakamkan tahniah kepada SPA atas penerimaan peningkatan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tahun 2026. Sudah tentu tambahan ini akan membantu SPA memperkukuhkan sistem pengambilan, latihan, pengurusan sumber manusia sektor awam dengan lebih berkesan lagi. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Dengan kerjasama erat antara kerajaan, SPA dan seluruh rakyat, saya yakin perkhidmatan awam negara akan terus maju, berintegriti dan mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang kita perjuangkan bersama.
Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Saya jemput Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, merujuk Butiran P.6 16500 – Program Kelestarian FELDA. Kita masih ingat Kertas Putih FELDA yang dibentangkan di Dewan ini pada 10 April 2019. Kertas Putih tersebut telah mengenal pasti pelbagai kelemahan di dalam FELDA dan menyenaraikan pelbagai syor bagi memastikan kelestarian FELDA.
Ketika itu, saya berada di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bersama dengan Yang Berhormat Gombak ketika itu menyiapkan Kertas Putih FELDA ini bersama dengan pegawai-pegawai dan juga pihak FELDA. Jadi, banyak perkara-perkara yang kita kenal pasti, kelemahan-kelemahan yang kita kenal pasti dan syor-syor serta cadangan yang kita cadang kepada kerajaan supaya dapat dilaksanakan.
Maka, ketika pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pagoh, kerajaan telah mengambil langkah berani menghapuskan hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion. Langkah
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
ini memberi kelegaan besar kepada hampir 100,000 keluarga peneroka, termasuklah bagi membolehkan peneroka mendapat penyata hutang yang jelas dan tepat.
Kita tahu, ketika itu antara cabaran paling besar yang dilalui oleh peneroka adalah penyata hutang yang tak jelas bagaimana, di mana dan berapakah sepatutnya peneroka bayar balik. Dan dengan penghapusan hutang peneroka itu, ia memberi ruang untuk reset kembali penyata hutang peneroka.
Soalan saya. Apakah perkara berkaitan penyata hutang peneroka telah diselesaikan sepenuhnya sepertimana yang dihasratkan di dalam Kertas Putih FELDA?
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Seterusnya saya mohon kerajaan menjelaskan tahap pelaksanaan syor-syor yang dinyatakan di dalam Kertas Putih FELDA. Syor mana yang telah dilaksanakan dan syor mana yang tidak dilaksanakan. Jika tidak dilaksanakan, saya mohon penjelasan mengapa tidak dilaksanakan. Saya juga mohon perincian perbelanjaan lebih RM1 bilion di bawah Butiran 16500 ini. Untuk apakah tujuan perbelanjaan ini?
Berapa banyakkah peruntukan ini yang akan digunakan untuk program pembangunan peneroka dan apakah program-program lain lagi di bawah butiran ini?
Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh kod B.7, Jabatan Perkhidmatan Awam, Butiran 030300 - Gaji dan Elaun. Pekeliling WP 1.4 Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi (Tidak Termasuk Tentera dan Polis) ada menyatakan berkenaan elaun yang boleh dituntut oleh penjawat awam ketika melaksanakan tugas rasmi.
Saya ingin menyentuh dua komponen elaun ini. Pertama, bayaran sewa hotel dan elaun perjalanan kenderaan. Bagi bayaran sewa hotel, bagi gred 13 dan ke bawah, kadar yang ditetapkan adalah RM160 sehingga RM240 bagi Semenanjung Malaysia dan RM190 hingga RM270 bagi Sabah dan Sarawak serta Labuan. Kadar tersebut adalah berdasarkan gred penjawat awam. Kadar ini tidak pernah dipinda sejak bertahun lamanya.
Mengambil kira bayaran sewa hotel yang telah meningkat begitu tinggi pada hari ini, khususnya di kawasan yang diadakan program-program kerajaan, saya mohon kerajaan pertimbangkan untuk menaikkan elaun ini ke tahap atau ke kadar yang lebih sesuai. Ini adalah bagi mengurangkan beban kepada penjawat awam, khususnya gred 13 dan ke bawah.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Selain itu, elaun perjalanan kenderaan diberi kepada seseorang yang menggunakan kenderaan sendiri bagi menjalankan tugas rasmi dengan kadar sebanyak 85 sen per kilometer bagi 500 kilometer pertama dan 75 sen per kilometer bagi 501 kilometer dan seterusnya. Kali terakhir elaun perjalanan kenderaan disemak adalah pada tahun 2008.
Terdapat dua aspek yang saya ingin sentuh di sini. Pertama, selepas 17 tahun, kos penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan tentunya telah meningkat tinggi, khususnya akhir-akhir ini. Ini memberi kesan kepada penjawat awam yang sering diarahkan menggunakan kenderaan sendiri bagi tugasan rasmi.
Kedua, pengenalan subsidi petrol bersasar, BUDI95, yang mengehadkan pemberian harga subsidi kepada 300 liter bagi setiap individu. Bermakna ada penjawat awam perlu menggunakan kuota peribadi untuk mengisi minyak perjalanan rasmi. Jika ini berlaku, mereka perlu membayar harga yang lebih tinggi apabila penggunaan melebihi kuota yang ditetapkan. Mereka akan terkesan sekiranya selepas ini kuota 300 liter dikurangkan. Setakat ini belum ada mekanisme untuk menangani situasi ini. Oleh itu, mengambil kira kedua-dua aspek ini, saya cadangkan agar kerajaan menaikkan elaun perjalanan kenderaan penjawat awam pada kadar yang lebih tinggi.
Tuan Pengerusi, seterusnya bagi Kepala B.6, Jabatan Perdana Menteri Butiran 050200 – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MAIWP. Pendidikan awal dan menengah di bawah MAIWP. Kita tahu kadar yuran taman asuhan kanak- kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) yang tinggi telah memberi tekanan besar kepada kewangan keluarga. Mengambil kira yuran taska dan tadika MAIWP yang agak berpatutan, maka ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke taska dan tadika MAIWP.
Buat masa ini tiada taska MAIWP di Putrajaya dan terdapat hanya tujuh tadika MAIWP di Putrajaya. Bagi mengurangkan beban kewangan warga Putrajaya, termasuklah kakitangan awam, saya cadangkan agar MAIWP merangka satu perancangan khusus untuk menambah taska dan tadika baharu di Putrajaya. Untuk tujuan ini, saya cadangkan agar MAIWP bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Hartanah atau BPH dan Perbadanan Putrajaya (PPj) bagi mengenal pasti bangunan atau ruang kosong yang boleh dijadikan pusat pendidikan awal.
Kaedah ini menjimatkan kos pembinaan baru dan memanfaatkan aset kerajaan sedia ada untuk rakyat. Selain itu, saya mohon MAIWP untuk turut memberi perhatian kepada pendidikan awal kanak-kanak berkeperluan khas seperti anak-
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
anak autisme. Ramai ibu bapa berdepan dengan cabaran, bukan sahaja dari sudut penjagaan tetapi juga kos terapi dan intervensi untuk anak-anak berkeperluan khas ini.
Saya mencadangkan agar MAIWP menubuhkan pusat intervensi awal di Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pusat ini boleh berperanan seperti PERMATA Kurnia, 3PK dan PDK, menyediakan diagnosis terapi dan pendidikan inklusif bagi anak-anak berkeperluan khas.
Seterusnya, Tuan Pengerusi, bagi Kod B.6 dan P.6, Jabatan Perdana Menteri, Butiran 010300 – Bahagian Pengurusan Hartanah, Butiran 070300 – Perbadanan Putrajaya, Butiran 07000 – Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Butiran 11100 - Pengurusan Kuarters Kerajaan atau Rumah Rasmi serta Butiran 00125 – PPP/PFI. Saya ingin bangkitkan isu penyelenggaraan kemudahan awam di Putrajaya seperti taman permainan dan gelanggang sukan. Perkara ini telah saya bangkitkan banyak kali, telah saya tulis surat kepada PPj.
Apa yang berlaku adalah gelanggang dan juga kemudahan taman permainan khususnya, ini dibiarkan rosak untuk satu tempoh yang panjang. Jadi, sekiranya berlaku apa-apa kecederaan pada anak-anak kita, maka ia nya sudah terlewat untuk diambil tindakan. Sebab itu saya sentiasa ingatkan pada pihak perbadanan, pada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan segera melalui penyelenggara- penyelenggara fasiliti yang ada di kuarters-kuarters kerajaan khususnya.
Yang kedua, ini adalah yang saya sampaikan daripada persatuan penduduk sendiri. Ini baru dihubungi oleh Persatuan Tenis Putrajaya dan Persatuan Pickleball Wilayah Persekutuan Putrajaya ingin mendapat kepastian daripada pihak perbadanan, sama ada benar atau tidak gelanggang tenis bersebelahan Pusat Perlindungan Kucing di Presint 9 akan dirobohkan. Jika benar, mereka minta apakah rancangan alternatif PPj untuk menyediakan kemudahan sukan berkaitan kepada komuniti.
Seterusnya, saya ingin menyentuh yang terakhir, Tan Sri Pengerusi. Terima kasih banyak. Point terakhir berkaitan kerjasama awam–swasta melibatkan Perbadanan Putrajaya. Saya mohon kerajaan senaraikan kesemua kerjasama awam-swasta yang melibatkan Perbadanan Putrajaya yang masih berjalan dengan memperincikan jenis kerjasama, nama syarikat konsesi yang terlibat, tarikh konsesi ditandatangani, tempoh konsesi serta komitmen yang perlu ditanggung oleh pihak Perbadanan Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Bagi konsesi yang melibatkan user pay, mohon diperincikan caj yang dikenakan dan terma kenaikan caj. Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Pengerusi.
Tan Sri Pengerusi, saya merujuk kepada maksud Bekalan 4, Suruhanjaya Pilihan Raya, Butiran 040200 - Pilihan Raya Negeri, di mana sebanyak RM292 juta akan diperuntukkan untuk tahun depan. Jadi, saya percaya peruntukan ini adalah untuk menghadapi pilihan raya negeri bagi Melaka, Sarawak dan juga Johor yang barang kali akan berlangsung pada tahun depan. Jadi, saya minta butiran terperinci, berapakah anggaran perbelanjaan bagi setiap pilihan raya di setiap negeri ini.
Selanjutnya saya pergi ke Butiran 040300 – Urusan Kajian Semula Persempadanan Bahagian Pilihan Raya Negeri Sabah dan Sarawak Kali Ke-7, di mana saya ingin tanya, apakah status terkini untuk kajian tersebut? Dan juga saya ingin tanya, apakah perancangan SPR tentang pembahagian persempadanan bagi Semenanjung Malaysia, di mana seperti yang kita maklum, persempadanan di Semenanjung Malaysia telah dilakukan pada tahun 2018. Jadi, sudah hampir lapan tahun, apakah perancangan SPR?
Selanjutnya saya merujuk kepada Maksud Pembangunan 6, Jabatan Perdana Menteri Butiran 93000 – Projek Kecil, 93500 – Projek Khas dan juga 93600 - Projek Mesra Rakyat di mana kita lihat hari ini kerajaan telah mengemukakan Projek SejaTi MADANI, di mana peruntukan telah diberikan secara terus kepada JPKK ataupun kepada NGO untuk mereka menjalankan projek sosioekonomi di kawasan masing-masing.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, di sini saya ingin tanya kepada pihak Jabatan Perdana Menteri, sama ada bagi peruntukan untuk Ahli Parlimen melalui Projek Mesra Rakyat yang kita berikan kepada— untuk buat Projek Mesra Rakyat ini daripada kita serah kepada agensi kerajaan yang melaksanakan projek tersebut, kecuali badan agama ataupun pihak sekolah, kita boleh terus berikan peruntukan untuk mereka buat projek.
Jadi, saya nak tanya kepada pihak JPM adakah boleh pertimbangkan untuk Projek Mesra Rakyat ini kita sebagai Ahli Parlimen kita boleh berikan peruntukan kita secara terus kepada persatuan penduduk di taman perumahan ataupun kita boleh bagikan kepada persatuan penduduk di rumah pangsa supaya peruntukan itu kita boleh terus jana kepada persatuan tersebut untuk mereka buat projek naik taraf
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
ataupun memperbaiki infrastruktur di kawasan mereka? Saya harap supaya jabatan JPM boleh pertimbangkan. Memandangkan kita boleh berikan peruntukan secara terus di bawah Skim Sejati MADANI, jadi saya harap supaya peruntukan Ahli Parlimen kita juga boleh berikan secara terus kepada persatuan untuk mereka membuat projek.
Seterusnya, saya merujuk kepada Maksud Bekalan 9 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bawah Butiran 020000 – Operasi, di mana sebanyak RM109 juta telah diperuntukkan untuk operasi dan saya lihat di sini ada peningkatan berbanding dengan tahun ini. Tahun depan kita ada penambahan sebanyak lebih kurang RM15 juta.
Dan kalau kita lihat adakah peruntukan ini cukup untuk SPRM untuk mereka jalankan tugas mereka? Seperti yang kita tahu, SPRM ini merupakan satu agensi penguat kuasa yang terunggul, salah satu yang terunggul di Malaysia ya. Akan tetapi, saya berasa ada sedikit persoalan. Soalan saya ialah kenapa sampai hari ini, sebelum ini ya, apabila kita selalu bangkit tentang kes anak menantu Pagoh, jawapan yang diberi oleh SPRM mengatakan mereka tak dapat kesan mananya pergi anak menantu Pagoh, tak boleh kesan. Ya, satu SPRM kita lihat ada 1,114 anggota. 1,000 lebih orang tak dapat kesan, mananya anak menantu Pagoh, macam seolah-olah dia sudah hilang dalam dunia ini. Akan tetapi, tiba-tiba pada Oktober 23 di mana kita lihat…
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Tan Sri Yang di-Pertua, Peraturan Dewan 36(10). Saya tengok Kota Melaka ni dia jadi macam tak tentu hala.
Jadi, tolonglah, tolonglah. Janganlah duduk sebut beberapa kali…
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Peraturan yang berapa?
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
36(10).
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sila baca dan apa yang saya…
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati. Memang sakit hati kami, duk cerita benda yang sama. Kita ada dalam Dewan ni bukan nak dengar cerita itu. Banyak masalah rakyat yang kita nak dengar, Tan Sri Yang di-Pertua. Tolonglah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ini adalah masalah rakyat.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Ceritalah, orang Kota Melaka pun tak nak dengarlah ni, come on-lah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dana rakyat telah dirasuah. Faham?
Itu adalah dana rakyat. Telah disalah guna.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Bukan, tak rasuah.
Cukuplah, tak habis-habis lagi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Pemborosan, rasuah telah berlaku.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Tan Sri, saya rasa Tan Sri Yang di-Pertua pun bingit dengar cerita ni. Tolong duduk.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sampai Parti BERSATU juga suruh Pagoh letak jawatan kerana kes rasuah ini.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Muak, jelak, nak muntah pun ada.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Sebutlah juga isu terowong. Kenapa tak sebut?
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Ha, isu terowong kenapa tak sebut?
Tuan Pengerusi
Dah habis? Kalau dah habis, teruskan dan landing.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, Tan Sri Pengerusi. Jadi, tiba- tiba pada Oktober 23. New Straits Times…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Isu terowong, tokong yang buat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
…boleh keluarkan dengan penuh liputan di mana, ya, kita boleh tunjuk gambar-gambar anak menantu Pagoh. [Sambil memegang senaskhah akhbar]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Beg hitam RM2 juta.
Terowong, kes tokong yang buat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, kita nak tanya, apa sudah berlaku?
Tuan Pengerusi
Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kenapa SPRM tak boleh kesan dia?
Tiba-tiba media boleh dapat kesan semua gambar tersebut.
Tuan Pengerusi
Okay, point taken.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, kita harap ya supaya SPRM perlu ambil langkah yang lebih supaya kita dapat minta supaya anak menantu Pagoh balik ke Malaysia. Kalau dia tidak salah, buat apa dia takut, nak melarikan diri ke luar negara?
Tuan Pengerusi
Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, itu saja daripada saya.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Kota Melaka, bawa dia baliklah. You pergi cari dia, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, Rompin. Rompin sokong rasuah ke? Rompin sokong rasuah? Hari ini anak menantu Pagoh— kes rasuah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Itu kerja siapa? Kerja SPRM, kerja polis. Ini bukan kerja orang kita ini…
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
SPRM dah dakwa. SPRM sudah nak dakwa dia, dia takut, melarikan diri ke luar negara. Adakah BERSATU dengan PAS hari ini sokong rasuah?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Hoi, biadab! Kamu yang jahat.
Tuan Pengerusi
Baik, baik.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Apa biadab?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kamu sokong kes terowong, sama juga sokong.
Tuan Pengerusi
Masa, masa. Saya tahu petang-petang ini, kita— kita nak exercise masa kita. Saya faham.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tan Sri, Tan Sri, ini— tidak, masalah kerja SPRM. Bukan kerja maknanya kita semua nak kena bawa.
Kalau dia lari, dia gunakanlah SPRM sebagai pegawai, menyiasat semua.
Tuan Pengerusi
Ya, dia...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Apa masalahnya?
Tuan Pengerusi
Dia bertanya kepada SPRM. Okey. Saya faham.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, tak, dia suruh kita yang bawa balik. Apa ni?
Tuan Pengerusi
Tak, dia tak suruh kita, dia tanya SPRM.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Banyak masalah.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Speaker, 36(6).
Tuan Pengerusi
Dah cukup, cukup, cukup.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak, tadi dia sebut PAS dengan BERSATU sokong rasuah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Setiap kali bila saya bangkit isu kes rasuah anak menantu, MP, Ahli Parlimen daripada PAS dengan BERSATU, mereka seolah-olah mempertahankan anak menantu Pagoh. Sebab itulah saya tanya,
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
adakah Ahli Parlimen PAS dengan BERSATU hari ini menyokong kepada rasuah?
Itu persoalan saya.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Tak, kenapa kamu tak sebut pasal terowong? Rasuah juga.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak pernah sebut, terowong tak pernah sebut. Lagi besar RM2 juta.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang kami bantah sebab kamu duk ungkit benda sama. Anak menantu Pagoh, anak menantu Pagoh, dah 1,000 kali sebut. Tiga tahun itu saja kerja Kota Melaka.
Tuan Pengerusi
Baik, okey.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebab dia double standard. Dia orang ni double standard. Perangai double standard semua.
Tuan Pengerusi
Saya— saya memang sudah...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Kes terowong sudah di mahkamah. Sudah dalam mahkamah. Anak menantu Pagoh tak berani balik, tak sama. Jangan nak campur adukkan dua hal.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Yang di-Pertua…
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Memang double standard ni. Talam dua muka ni.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Paling kurang, berani.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kalau berlaku pada dia, diam. Berlaku pada orang, belum apa-apa dah…
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Berani macam Indera Mahkota, berani tanya kepada Mahiaddin. Berani tanya mengapa tak berani bawa balik menantu.
Tuan Pengerusi
Okey, baik, baik, baik.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kenapa tak sebut pasal terowong? Sebutlah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bukan saya seorang yang sahaja tanya.
Tuan Pengerusi
Besut, Besut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Beg RM2 juta, beg.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bukan Kota Melaka seorang yang tanya mana pergi anak menantu. Indera Mahkota juga tanya mana perginya anak menantu Pagoh.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Dalam beg hitam RM2 juta, beg hitam. Sebab apa? Sebab berlaku kepada tokong.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Bukan Kota Melaka seorang sahaja.
Dalam BERSATU ramai juga yang tanya-tanya.
Tuan Pengerusi
Okey Kota Melaka. [Mengetuk tukul] Sebelah sini pula, sat lagi bila berucap, tanya pula. Okey, itu saja. Boleh tanya. Sebab...
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri, Tan Sri, saya berdiri...
Tuan Pengerusi
Saya cakap dahulu. Sebab kita boleh bertanya apa yang kita nak tanya. Asalkan bukan benda yang dalam mahkamah. Okey, kalau belah sini nak tanya, tanyalah. Saya tak akan berhentikan. Belah sini nak tanya, tanyalah.
Sebab itu soalan. Itu soalan. Jadi, kalau belah sini rasakan ada perkara-perkara yang nak tanya, silakan. Jadi, saya tak akan halang, sebab ini ialah medan untuk kita bertanya. Okey, Putrajaya apa dia lagi?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih atas penjelasan. Cuma saya nak bangkitkan 36(6) dan 36(4). Sebenarnya dalam kes ini dah banyak kali kita dengar dan menjadi satu polemik dalam Dewan ini. Dan kita tahu apa yang disebut anak ke menantu Putrajaya— Putrajaya pula dah.
[Ketawa] Anak atau menantu Pagoh…
Tuan Pengerusi
Putrajaya tak terlibat, ya? Putrajaya tak terlibat. Pagoh yang terlibat. Okey.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Anak menantu Pagoh ini, saya nak jelaskan di sini berkaitan anak menantu Pagoh ini. Anak ke menantu ke, mereka ini orang dewasa. Apa yang dicerita oleh Kota Melaka ini adalah satu sangkaan jahat seolah-olah Pagoh terlibat melindunginya. Tugas untuk membawa balik siapa-siapa saja, termasuk Jho Low adalah berada pada tangan pihak berkuasa. Jadi, saya rasa to be fair, tak kisahlah siapa pun. Dalam konteks Jho Low pun sama. Tugasnya bukan Dato’ Sri Najib ke nak kena bawa balik, tak ada. Tugasnya adalah pihak berkuasa. Begitu jugalah dalam konteks Yang Berhormat Pagoh. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Pengerusi
Baik. Sebab itu— no, no saya tak...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Pengerusi, dalam ucapan saya...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Putrajaya, Putrajaya. Putrajaya, jadi
apakah pandangan… Tuan Pengerusi
Nanti kejap. Baik, cuma— cuma begini. Ini...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya memang tanya, saya sebut saya minta supaya SPRM tolong kerja kuat untuk bawa balik anak menantu Pagoh.
Saya tak pernah kata nak suruh Pagoh bawa balik anak menantu.
Tuan Pengerusi
Kota Melaka. Kota Melaka. Saya minta lain kali...
[Dicelah] No, no. Saya tidak menghalang sesiapa nak sebut. Tetapi, jangan kaitkan dengan bapa mertua dia. Sebut nama dia. “Kita jemput, kita minta SPRM cari Mr. A, Mr. B, Mr. C yang menghilang entah ke mana.” Jadi, janganlah kait. Sebab, not fair. Not fair.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua atas petua tersebut. Terima kasih banyak.
Tuan Pengerusi
Baik. Seterusnya, saya jemput Balik Pulau.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Tiba-tiba hilang mengantuk, Tan Sri. Terima kasih kerana berikan Balik Pulau peluang untuk bahas di Dewan yang mulia ini.
Pengerusi, Butiran 070000 – Pengurusan Wilayah Persekutuan. Perdana Menteri umumkan semasa Belanjawan MADANI dana yang besar untuk kerja-kerja penambahbaikan fizikal, antaranya RM300 juta bagi membaiki lif, sistem pendawaian dan jalan di kawasan PPR dan sebanyak RM143 juta bagi penyelenggaraan perumahan strata kos rendah dan sederhana. Namun, semasa pengumuman PM, ia hanya sebut RM5 juta sahaja diperuntukkan bagi program Kita-untuk-Kita (K2K) pada tahun depan. Jumlah ini amat kecil berbanding RM27 juta yang diperuntukkan pada tahun sebelum ini.
Jadi, saya ingin bertanya kepada Menteri, adakah kerajaan benar-benar komited untuk memperkukuh komuniti dan memastikan daya huni sebenar di kawasan perumahan awam?
Kajian dibuat oleh Think City menunjukkan kaitan antara kerentanan golongan miskin bandar di perumahan awam dan tekanan yang dialami akibat kemerosotan persekitaran dan sosioekonomi. Penduduk perumahan awam terjerat dalam lingkaran pendapatan, pendidikan dan kesihatan yang rendah memberikan gambaran masa hadapan yang merudum. Sekiranya dibiarkan untuk berterusan, kawasan perumahan awam ini yang dahulunya menjadi lambang pembangunan Malaysia sebagai negara yang moden akan merosot balik menjadi setinggan bertingkat ataupun vertical slum, dengan izin.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Untuk mengatasi realiti ini, kita harus membaiki sistem pengurusan perumahan awam dengan menggunakan pendekatan baru yang melibatkan partisipasi komuniti yang bermakna di dalam pengurusan. Dengan pemerkasaan komuniti dalam ini, kita akan mendapat tahap keterlibatan yang lebih tinggi, sistem pemantauan sosial yang lebih berkesan dan sistem penyampaian yang lebih berkualiti. Adalah menjadi satu objektif kerajaan untuk memantapkan lagi dasar perumahan awam dan dasar komuniti negara supaya kita dapat membuahkan keluarga-keluarga yang sihat dan komuniti yang bahagia dalam Malaysia MADANI.
Saya dapati belanjawan kali ini masih terlalu berat kepada infrastruktur fizikal iaitu membina rumah baru, membaiki lif dan menurap jalan. Semua itu penting. Saya tak kata tak penting, tapi penting. Tapi, ia tidak akan menyelesaikan akar masalah.
Lif boleh dibaiki, tetapi hubungan kejiranan tetap renggang. Longkang boleh diperbaiki, tetapi rasa tanggungjawab bersama masih lemah. Kita boleh bina rumah, tapi belum tentu kita membina komuniti. Apa gunanya tembok yang kukuh jika semangat kejiranannya rapuh?
Sudah tiba masanya kita beri penekanan kepada infrastruktur lembut ataupun soft infrastructure yang tertumpu kepada pembangunan komuniti, pengurusan komuniti yang baru dan lebih profesional, latihan kepimpinan penduduk serta program sosial yang dapat memperkukuh semangat kejiranan. Kita perlukan pendekatan yang lebih seimbang dan itulah baru asas sebenar untuk menjamin kelestarian kawasan perumahan awam.
Program K2K ini telah terbukti berkesan― Menteri juga pernah hadir dalam program K2K― dalam membina jati diri dan semangat kejiranan dalam komuniti PPR. Namun, sayangnya, pelaksanaan program ini masih tertumpu di Kuala Lumpur sahaja, sedangkan cabaran sosial di kawasan perumahan awam turut berlaku di Pulau Pinang, Johor, Sabah dan negeri-negeri lain.
Oleh itu, saya cadangkan supaya program K2K diperluaskan ke negeri-negeri lain dengan kerjasama kerajaan negeri dan PBT. Peruntukan bagi K2K ditingkatkan sekurang-kurangnya ke tahap tahun 2023 bagi memastikan kesinambungan impak sosial.
Saya percaya program K2K dapat memberikan tumpuan kepada pengisian daya huni iaitu manusia, hubungan sosial dan tadbir urus komuniti. Jika kita benar- benar mahu mewujudkan masyarakat bandar yang inklusif, mampan dan sejahtera, maka pelaburan dalam soft infrastructure bukan satu pilihan, ia satu keperluan.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Kerana, rumah boleh dibina dalam setahun, tetapi membina komuniti yang hidup dan harmoni memerlukan visi, kesungguhan dan kepercayaan sepanjang hayat.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik. Akhir sekali, saya jemput Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan RUU Perbekalan 2026 peringkat Jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Tan Sri Pengerusi, Butiran 050000 – Kemajuan Islam yang meliputi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Islam Wilayah dan juga Pejabat Mufti Wilayah.
Kebelakangan ini, kita sering mendengar suara-suara sumbang yang mendakwa bahawa agama Islam sedang terancam di bawah pimpinan kerajaan hari ini sama ada daripada sudut perundangan, pentadbiran mahupun amalan masyarakat. Dakwaan ini, pada hemat saya, bukan sahaja tidak berasas malah boleh menimbulkan keresahan dan salah faham dalam kalangan rakyat yang cintakan keharmonian.
Bagaimana Islam itu boleh dikatakan terancam sedangkan kedudukannya telah dijamin dan terikat di peringkat Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3(1)? Di bawah JPM sendiri, pelbagai agensi dan institusi Islam seperti JAKIM, YADIM, IKIM, MAIWP dan Tabung Haji terus diperkukuh.
Sehubungan itu, saya berharap dan menggesa JAKIM, MAIWP, JAWI dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bekerjasama untuk menangkis dakwaan dan tuduhan bahawa agama Islam kononnya sedang terancam. Agensi dan institusi Islam ini perlu mempunyai perancangan dengan memainkan peranan sewajarnya sebagai perisai serta barisan hadapan kerajaan. Peruntukan bagi tujuan ini juga hendaklah diberikan oleh kerajaan supaya gerak kerja pemulihan dan pembetulan dapat dilakukan.
Seterusnya, Tan Sri Pengerusi, masih di butiran yang sama, saya ingin menyentuh satu perkara yang amat dekat di hati umat Islam iaitu beban kos menunaikan ibadah haji khususnya bagi rayuan haji kategori luar giliran. Umum mengetahui Tabung Haji telah mengambil pelbagai langkah pembaruan sejak tahun 2022 untuk menjaga kepentingan pendeposit, memenuhi konsep kemampuan dan menunaikan ibadah haji dan bagi membantu kelestarian kewangan Tabung Haji
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
termasuklah menawarkan peluang menerusi rayuan dengan mengenakan bayaran penuh iaitu RM33,300 seorang bagi musim haji tahun 2025.
Saya difahamkan terdapat pengecualian daripada dikenakan bayaran penuh bagi kategori rayuan ini iaitu mahram, pengiring jemaah, lanjut usia, pengiring OKU dan giliran sebelum tahun semasa. Pada kesempatan ini, saya mencadangkan agar senarai tersebut turut diperluaskan kepada individu B40 yang merayu tetapi tidak memenuhi syarat-syarat turut diberikan pengecualian daripada bayaran penuh.
Pada hemat saya, sekiranya perayu datangnya dari kumpulan B40, perayu tersebut wajar mendapat layanan dan bantuan yang serupa dengan bakal jemaah haji lain bagi kategori B40. Saya merayu dan mohon supaya kerajaan melalui Tabung Haji dapat mempertimbangkan permintaan ini agar ia benar-benar dapat membantu rakyat yang memerlukan tanpa menjejaskan keutuhan institusi Tabung Haji.
Tan Sri Tuan Pengerusi, Butiran 04801 – Pembinaan Masjid/Surau dan Pembaikan/Naik Taraf. Syukur alhamdulillah dan terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan kerana telah meningkatkan peruntukan tersebut sebanyak RM400 juta pada tahun hadapan. Peningkatan peruntukan ini jelas membuktikan bahawa syiar Islam akan terus ditegakkan di bawah kerajaan hari ini.
Berdasarkan peruntukan berjumlah RM56 juta ini, maka besarlah harapan saya untuk melihat supaya sebuah masjid baru yang dapat didirikan di Pekan Gemas untuk keselesaan masyarakat setempat beribadah. Masjid yang sedia ada pada hari ini iaitu Masjid Jamek Pekan Gemas sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitar Pekan Gemas.
Tan Sri Pengerusi, Butiran 16500 – Program Kelestarian FELDA. Terima kasih diucapkan kepada kerajaan telah memperuntukkan RM1 bilion pada tahun hadapan untuk membela nasib peneroka. Umum mengetahui FGV telah kembali ke pangkuan FELDA dan kerajaan juga telah menyatakan komitmen untuk meminda Akta Penempatan Berkelompok 1960. Sungguh pun begitu, masih terdapat lagi isu- isu setempat yang masih menghantui warga peneroka di tanah rancangan.
Di Tampin, misalnya, seperti kawasan FELDA Pasir Besar, FELDA Bukit Rokan, ketidakcekapan sistem saliran, perparitan dan longkang telah mengakibatkan peneroka di sana sentiasa terdedah kepada kejadian banjir. Selain daripada itu, keadaan paip-paip air di sana begitu kritikal dan masalah bekalan air bersih sering terjadi sekian lama. Kebanyakan paip air di kawasan tanah rancangan FELDA masa ini merupakan paip asal yang telah berusia lebih 30 tahun lamanya serta sering mengalami masalah kebocoran dan pecah.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Sehubungan itu, saya mohon agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua isu yang sering mengganggu ketenteraman dan keharmonian warga peneroka FELDA di Tampin. Yang terakhir, Tan Sri Pengerusi, masih di bawah butiran yang sama, saya merayu, sepertimana Jempol tadi, sekali lagi kami menggesa supaya FELDA diletakkan semula di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Semasa perbahasan belanjawan peringkat Dasar, pelbagai isu berkaitan FELDA telah dibangkitkan oleh saya dan juga rakan-rakan di Dewan yang mulia ini.
Namun, semasa sesi penggulungan, kita tak mendengar langsung jawapan-jawapan terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai FELDA oleh JPM. Tan Sri Pengerusi, sekian saja daripada saya setakat ini, semoga segala pandangan yang dibangkitkan mendapat perhatian pihak kerajaan dan tindakan selanjutnya.
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik, terima kasih. Terdapat 33 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian di peringkat ini dan oleh demikian, tiga orang Menteri juga di Jabatan Perdana Menteri akan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Oleh demikian, saya menjemput yang pertama sekali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab di atas Wilayah Persekutuan untuk menjawab soalan-soalan tersebut dan saya berikan masa 20 minit dari sekarang, silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Tan Sri Pengerusi.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertama kali— pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih saya kepada 33 orang Ahli Parlimen yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026, peringkat Jawatankuasa yang melibatkan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Penggulungan saya akan menyentuh Anggaran Perbelanjaan, B.5 berkenaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), B.6 dan P.6, Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri (JPM), B.7 dan P.7, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta B.40 Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Walau bagaimanapun, butiran B.6 dan P.6 dibahagikan kepada tujuh kluster dan saya hanya akan menjawab empat kluster iaitu kluster pengurusan, kluster
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
penyelarasan pembangunan nasional, kluster pengurusan Wilayah Persekutuan dan keempatnya kluster keselamatan.
Saya juga akan membantu menjawab isu yang menyentuh agensi yang dipertanggungkan kepada kedua-dua Timbalan Perdana Menteri dalam kluster yang sama, dan kluster pengurusan integriti serta pengurusan kehakiman dan perundangan akan dijawab oleh YB Timbalan Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), manakala kluster kemajuan Islam akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama.
Tan Sri Pengerusi, seramai empat orang Ahli— sorry, tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh pelbagai aspek tanggungjawab Jabatan Wilayah Persekutuan iaitu YB Seputeh, YB Batu, YB Padang Serai, YB Labuan, YB Putrajaya, Padang Serai dan juga Permatang Pauh.
Yang Berhormat Seputeh dalam perbahasannya telah menyentuh berkaitan tanah perkuburan bukan Islam di Kuala Lumpur iaitu di Bukit Jalil dan Setapak.
Tanah-tanah ini merupakan tanah-tanah rizab bagi maksud awam sebagaimana diwartakan oleh Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Mei 2013 iaitu P.U.(B)283 yang memperuntukkan bahawa tanah tersebut iaitu nombor pelan PA110621, nombor Lot 101968 Mukim Petaling Jaya — Mukim Petaling yang berkeluasan 3.511 hektar dan ditetapkan bagi tujuan tapak perkuburan orang bukan Islam.
Untuk makluman, tanah rizab kubur bukan Islam di Bukit Jalil iaitu Lot 101968 Mukim Petaling telah dirizabkan melalui Warta Persekutuan P.U.(B)283 bertarikh 30 Mei 2017 di bawah kawalan Ketua Setiausaha Negara dengan keluasan 3.511 hektar iaitu 8.68 ekar.
Sementara itu, tanah rizab kubur bukan Islam di Setapak iaitu lot 9774, Mukim Setapak telah diwartakan sejak tahun 1936, yang ini adalah Warta Nombor 2783 sebagai Hindu burial ground dengan keluasan 26,644.88 meter persegi iaitu bersamaan dengan 6.58 ekar. Tapak ini di selenggara oleh pemegang amanah bagi Hindu di Setapak dan juga Kuil Sri Maha Mariamman.
Mengikut seksyen 63, Kanun Tanah Negara, Akta 828, kedua-dua tanah rizab ini boleh dipohon untuk dipajak bagi tempoh maksimum 21 tahun. Tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kadar fee pajakan pula dirujuk kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan bagi tujuan penetapan premium yang munasabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Dari aspek perancangan bandar, kedua-dua tanah ini telah dikenal pasti dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) dan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040), sebagai Zon Tanah Perkuburan dan Pengurusan Mayat iaitu CE, Dasar PSKL 2040 di bawah tindakan BM 5.4 memberi penekanan kepada pengurusan kawasan khusus, termasuk tanah perkuburan agar selaras dengan keperluan sosial, adat serta pembangunan komuniti setempat.
Selain daripada itu, inisiatif IP2, 5.3C dalam PTKL 2040 pula mencadangkan pembangunan semula tanah perkuburan Islam dan bukan Islam bagi kawasan yang telah mencapai kapasiti penuh atau terbiar, dengan cadangan 30 peratus kawasan dikekalkan untuk penempatan semula dan 70 peratus pula bagi menampung kapasiti baharu. Namun begitu, saya harap YB Seputeh faham, walaupun tak ada di Dewan ini, yang pelaksanaannya perlu diperhalusi secara mendalam dalam mengambil kira fatwa, kepercayaan agama dan juga adat resam serta pandangan pihak berkepentingan supaya sebarang tindakan pembangunan tidak menjejaskan sensitiviti masyarakat.
YB Batu menyentuh Butiran 08090 dan 08100 iaitu Penyelenggaraan Jalan Raya dan Pemberian Khas Wilayah Persekutuan yang dilihat tidak mencukupi untuk menampung keperluan Wilayah Persekutuan. Bagi tahun 2026 peruntukan penyelenggaraan jalan raya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjumlah RM239 juta, meliputi RM172 juta di bawah program mengurus dan RM67 juta pula bagi program pembangunan.
Di samping itu, pemberian penyelenggaraan jalan raya MARRIS, sebanyak RM36 juta turut disalurkan daripada MOF melalui JWP kepada DBKL dan Perbadanan Labuan untuk kerja-kerja pembaikan lubang, penurapan semula, serta juga penyelenggaraan penghadang jalan.
Bagi Pemberian Khas Wilayah Persekutuan (PKWP), sebanyak RM29 juta peruntukan— diperuntukkan bagi tahun 2026 iaitu jumlah yang sama seperti mana tahun 2025, bagi melaksanakan pelbagai program komuniti kesejahteraan sosial dan juga pengurusan perbandaran di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Secara keseluruhan, peruntukan ini masih mencukupi untuk keperluan asas dan penyelenggaraan berjadual melalui amalan perbelanjaan optimum di JWP.
Sebagai mana yang Balik Pulau sebut tadi, saya bersetuju ya, untuk membina komuniti itu tidaklah mengambil masa yang pendek, bukan satu hari, bukan satu minggu, bukan juga satu bulan, bahkan satu generasi. Jadi, kita juga perlu memberikan penumpuan kepada pembangunan komuniti. Walau bagaimanapun,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
JWP akan terus menilai keperluan semasa dan memohon tambahan peruntukan, Yang Berhormat, bagi projek-projek khas yang bertujuan menangani isu sosial dan juga kesejahteraan bandar di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
Yang Berhormat Padang Serai, pun dah keluar, menyentuh Butiran 020700 iaitu Pembangunan Kampung Baru tetapi dalam ucapan beliau menghuraikan perkara berkaitan dengan usaha pembangunan Kampong Bharu, Kuala Lumpur dan*...
[Tidak jelas]* Kampung Baru. Jadi, saya ingin memberikan pencerahan bahawa butiran tersebut adalah di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT), maka butiran Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu ialah 070600.
Tetapi saya tetap menghargai keprihatinan Ahli Yang Berhormat terhadap Kampong Bharu ini dan akan memberi maklum balas yang sewajarnya.
Saya sudah berkali-kali menyebut bahawa pembangunan Kampung Baru ini akan diselaraskan bersama dengan DBKL, Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu dan juga PLANMalaysia. Berasaskan prinsip “Pemuliharaan beridentiti, pembangunan berdaya huni”. Tetapi saya juga pernah sebut, status UNESCO tidak sesuai kerana ia akan menyekat fleksibiliti pembangunan semula kawasan tersebut.
Jadi, memandangkan sebarang pengiktirafan UNESCO ini akan meletakkan sekatan yang ketat terhadap ubah suai fizikal, pembangunan infrastruktur dan juga aktiviti ekonomi. Hal ini boleh menyukarkan usaha kerajaan dan juga pemilik tanah dalam melaksanakan pelan pemulihan menyeluruh serta pembangunan berfasa yang dirancang bagi memperkasa ekonomi dan kesejahteraan penduduk.
Selain daripada itu, Yang Berhormat Padang Serai juga menyentuh PTGWP di bawah Butiran 070700 serta 081000 – Pemberian Khas Kepada Wilayah Persekutuan, tetapi mempersoalkan peruntukan untuk kempen gimik penjenamaan semula ‘I LITE U’ Kuala Lumpur.
Jadi bagi saya, saya berpandangan perkara ini lebih sesuailah dijawab oleh KPKT tetapi untuk mengelakkan kekeliruan, saya jelaskan yang program semula ‘I LITE U’ Kuala Lumpur ini tidak menggunakan peruntukan di bawah kedua-dua butiran tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang Berhormat Labuan menyentuh tentang Butiran 070400 – Perbadanan Labuan dan Butiran 080500 – diskaun perkhidmatan feri dan membangkitkan tiga perkara utama berkaitan pembangunan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, pertama, berhubung dengan projek Waterfront Labuan Fasa 1 yang bernilai RM38 juta sedang dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan pelancongan di pusat bandar Labuan.
Pembangunan ini bertujuan memperkukuhkan imej bandar, menyediakan ruang awam yang kondusif serta menarik pelaburan baharu. Kerja awalan seperti ukur tanah, penyiasatan geoteknikal dan juga sesi libat urus komuniti sedang dijalankan Yang Berhormat. Seperti dalam pelan induk, projek ini akan dibangunkan secara berfasa dan Perbadanan Labuan telah juga mengemukakan cadangan tambahan RM56 juta bagi fasa kedua untuk memastikan kesinambungan projek agar tidak tergantung selepas fasa 1 disiapkan.
Bagi subsidi tambang feri sebanyak RM7 juta setahun. Jadi, kerajaan sedar bahawa perkhidmatan feri merupakan nadi penghubung utama bagi rakyat Labuan dan Sabah khususnya bagi urusan logistik, pendidikan dan juga kesihatan. Justeru, kerajaan akan meneliti keperluan menambah peruntukan subsidi ini selaras dengan peningkatan kos operasi dan keperluan rakyat dan pada masa yang sama peranan Perbadanan Labuan akan dikaji semula agar dapat terlibat secara langsung dalam mengurus kurang-kurangnya satu perkhidmatan feri bagi menjamin kestabilan tambang dan kelangsungan perkhidmatan awam ke pulau tersebut. Insya-Allah.
Jadi berkenaan dengan had cukai setakat RM300 bagi kenderaan, saya ambil maklum pandangan tersebut Yang Berhormat dan akan berbincang dengan Kementerian Kewangan iaitu MOF bagi meneliti semula pelaksanaannya dan agar selaras dengan keperluan semasa dan juga dasar kerajaan.
Berhubung dengan pemberian khas kepada Wilayah Persekutuan berjumlah RM29 juta, perkara yang sama disebut oleh YB Batu tadi dan juga daripada Pulau Pinang, maka saya – peruntukan yang saya sebutkan tadi diagihkan secara menyeluruh bukan saja di Kuala Lumpur bahkan juga di Putrajaya dan juga di Labuan mengikut keperluan setempat dan bagi Labuan keutamaan yang diberikan kepada program pembangunan komuniti, kesejahteraan rakyat serta perniagaan infrastruktur asas bagi memastikan manfaat Belanjawan MADANI sampai terus kepada warga pulau secara menyeluruh dan berterusan.
Yang Berhormat Permatang Pauh pula menyentuh tentang isu Kota MADANI.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat Permatang Pauh, saya menghargai kebimbangan yang telah dibangkitkan bahawa masih terdapat komuniti yang hidup dalam keadaan yang miskin dan juga rumah yang sederhana usangnya dan didakwa— dakwaan bahawa projek Kota MADANI ini mungkin dilihat sebagai
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
pembaziran ketika keperluan asas rakyat belum selesai sepenuhnya. Saya ingin memberi sedikit penjelasan yang ringkas Yang Berhormat.
Jadi projek Kota MADANI ini bukanlah satu projek lambakan simbolik, ia dirancang sebagai perbandaran yang beridentiti. 10,000 unit kediaman untuk lebih 30,000 orang penjawat awam, lengkap dengan infrastruktur pintar, kemudahan asas dan juga persekitaran mampan.
Lebih penting projek ini tidak membebankan kewangan rakyat secara langsung kerana ia dibiayai oleh model build-lease-maintain dan transfer (BLMT) oleh pihak swasta dan akan diserahkan kepada kerajaan selepas tempoh yang ditetapkan. Perlu difahami bahawa pembangunan Kota MADANI ini juga dilaksanakan melalui kaedah private finance initiative (PFI) di mana kos pembinaan ditanggung oleh pihak swasta. Jadi, kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan RM4 bilion daripada awal.
Pendekatan ini diambil kerana kerajaan berpandangan bahawa dana sebenar itu lebih wajar digunakan untuk keperluan mendesak rakyat khususnya bagi pembangunan di Sabah dan Sarawak seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.
Jadi— ataupun di mana-mana negeri yang memerlukan.
Berkenaan isu-isu yang dibawa oleh Putrajaya, saya kira banyak menyentuh isu-isu yang operational di Putrajaya dan saya mohon untuk jawab secara bertulis.
Tan Sri Pengerusi, saya akan terus kepada isu yang melibatkan ICU. Empat orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan menyentuh isu ini.
Butiran 04801 – Pembinaan Masjid, Surau dan Pembaikan/Naik Taraf melibatkan Masjid Nur Hidayah Kampung Mukahah, Masjid Kampung Melikai Menumbok dan surau kampung Bukit Nuri, Menumbok dengan nilai peruntukan RM56 juta yang disebut oleh YB Beaufort adalah butiran JAKIM, bukan ICU. Mungkin YB Menteri Agama akan menjawab selepas ini.
Cuma saya ingin berkongsi bahawa perkara berkaitan dengan masjid sering saya jawab di Kamar Khas. Untuk memohon kelulusan pembinaan masjid baharu ini terdapat tiga perkara utama yang perlu dipenuhi. Yang pertama, permohonan perlu memastikan ketersediaan tanah serta kesesuaian tapak yang sah bagi pelaksanaan projek.
Kedua, perlu diperolehi perakuan keperluan pembinaan masjid daripada pihak berkuasa agama negeri sebagai pengesahan rasmi terhadap keperluan rumah ibadat di kawasan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Dan yang ketiganya, peruntukan kewangan perlu disediakan mengikut nisbah perkongsian kos keseluruhan iaitu 70 peratus daripada Kerajaan Persekutuan, 20 peratus kerajaan negeri dan bagi 10 peratus daripada jawatankuasa kariah. Walau bagaimanapun, setiap permohonan tertakluk pada dasar sedia ada serta kemampuan semasa kewangan kerajaan bagi memastikan peruntukan diagihkan secara adil dan berkeutamaan tinggi. Jadi nasihat saya kepada Ahli Parlimen semua supaya perlu berhubung dengan Exco Agama di negeri masing-masing untuk mempercepatkan urusan ini.
Manakala isu pelaksanaan SejaTi MADANI, Yang Berhormat Bagan Serai juga Kota Melaka ada menyentuhnya. Membangkitkan persoalan mengenai program SejaTi MADANI di bawah Butiran 2020100 khususnya berkaitan audit kewangan, pendaftaran akaun komuniti serta indikator kejayaan program. Untuk makluman, peruntukan program disalurkan terus ke akaun komuniti yang memohon, bukan melalui Ahli Parlimen dan segala keperluan ataupun pengeluaran serta perbelanjaan adalah di bawah kawalan komuniti sendiri.
Bagi memastikan ketelusan ICU, JPM telah menubuhkan Jawatankuasa Pantau yang dianggotai oleh pelbagai jabatan dan agensi bagi menyemak dokumen, rekod, kewangan dan juga resit perbelanjaan secara berkala memastikan dana dibelanjakan mengikut kelulusan.
Menurut garis panduan penyelarasan dan pelaksanaan program SejaTi MADANI, semua permohonan hendaklah dikemukakan menggunakan akaun rasmi komuniti yang berdaftar. Dari segi keberhasilan, indikator utama kejayaan program ini tertumpu kepada penjanaan pendapatan dan peluang pekerjaan baharu yang berupaya mendayaupayakan komuniti serta membantu mengurangkan kos sara hidup mereka. Sehingga kini program ini telah memberi manfaat kepada 9,678 komuniti dengan 10,337 projek dilaksanakan di seluruh negara dan antara pencapaian ketara ialah peningkatan pendapatan komuniti sehingga RM15,000 sebulan.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Pengerusi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tan Sri Pengerusi.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Ya.
Tuan Pengerusi
Ada dua.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya nampak...
Tuan Pengerusi
Kota Melaka dan...
Dr. Zaliha binti Mustafa
Kota Melaka dahulu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih...
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Mohon cepat, saya tinggal empat minit.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, terima kasih Tan Sri Pengerusi, terima kasih Menteri. Memang kita sokong SejaTi MADANI dan apa yang saya cuba hendak sampaikan ialah sebab SejaTi MADANI ini peruntukan itu terus kepada komuniti.
Jadi saya juga harap supaya ICU juga boleh pertimbangkan peruntukan Ahli Parlimen di mana PMR, Projek Mesra Rakyat itu, kita juga boleh terus salurkan kepada persatuan penduduk untuk mereka buat projek baik pulih ataupun projek- projek di kawasan mereka itu yang saya maksudkan kita gunakan mekanisme yang sama. Terima kasih.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih kepada Tan Sri Pengerusi, terima kasih kepada Menteri. Program SejaTi MADANI saya bangkitkan bukan macam ini kerana satu komuniti tu dapat RM100,00. Jadi, yang kita nak supaya berlakunya pemantauan yang baik. Contoh dia macam dia buat khemah di kampung itu, dia sewa kat orang. Dia hasil dia itu kita tak tahu ke mana.
Sepatutnya kalau macam saya kata kalau projek itu untuk kepentingan komuniti, macam kalau biasa sewa khemah itu RM200, mungkin untuk komuniti itu RM100 dan keuntungan itu boleh digunakan, janakan untuk surau, untuk belia, untuk asnaf-asnaf dan sebagainya. Ini yang saya nak supaya program ini mesti dipantau elok-elok. Kalau tidak, dengan RM1 bilion yang kita peruntukkan tahun ini tidak ada dari segi outcome dia yang baik. Terima kasih Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Baik Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih kepada Kota Melaka dan juga Bagan Serai. Bagi saya cadangan Kota Melaka itu kita akan lihat. Tapi kalau tanya saya, saya kira PMR itu lebih banyak kita dapat gunakan dari projek-projek yang lebih spesifik berbanding dengan SejaTi MADANI. Jadi, kalau saya— wallahualam, bagi saya kalau dapat kedua-duanya lagi baiklah. Berbanding kalau kita nak guna PMR untuk projek-projek yang seperti itu.
Cadangan Bagan Serai pula, saya kira itu bergantung pada komuniti tersebutlah. Kalau misalnya mereka mahu menggunakan pendapatan mereka untuk perkara kebaikan dan kebajikan, saya rasa itu tak ada halangan daripada pihak kerajaan. Dan mereka — selain daripada menambah pendapatan mereka.
Baik. Saya teruskan. Yang Berhormat juga tadi saya sebut, sorry. Daripada saya berhenti tadi, setakat RM15,000 sebulan pendapatan komuniti dan projek itu
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
juga ataupun SejaTi MADANI juga telah memberi peluang untuk mewujudkan pekerjaan tempatan yang baharu.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Penglibatan aktif dalam sektor pertanian dan juga agromakanan.
Pembangunan tanah terbiar pun ada. Kemudian, pengkomersialan produk etnik tempatan serta perwujudan pusat rekreasi dan pelancongan berasaskan komuniti yang juga memperkukuhkan daya cipta serta kebersamaan.
Yang Berhormat Arau membangkitkan isu yang ini berulang-ulang kali. Satu, iaitu berkaitan dengan peruntukan Ahli Parlimen pembangkanglah yang didakwa tidak diterima sebagai peruntukan. Jadi untuk makluman, sekali lagi saya sebut di sini peruntukan khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi kawasan Parlimen merupakan penambah dan pelengkap kepada peruntukan sedia ada di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun. Jadi, penyediaan serta penyaluran peruntukan ini dilaksanakan berdasarkan dasar sedia ada dan tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan.
Walaupun tiada peruntukan khas disalurkan terus kepada Ahli Parlimen pembangkang, tetapi kerajaan sentiasa memastikan semua kawasan Parlimen tetap menerima manfaat pembangunan melalui agensi pelaksana tanpa mengira latar belakang politik wakil rakyat. Dan pintu rundingan dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri II juga tidak pernah ditutup.
Jadi, ada satu lagi yang berkaitan dengan isu NCR yang dibangkitkan oleh Betong. Saya ingin menjawab secara ringkas. Ini Kerajaan Persekutuan memberi perhatian khusus kepada masyarakat di negeri Sarawak dan dengan menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja pengukuran hak tanah— pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera atau NCR di Sarawak.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Peruntukan ini disalurkan melalui program pengukuran tanah hak adat di bawah Program Khas Bumiputera (PKB) Sarawak sejak Rancangan Malaysia Kesepuluh. Bagi tahun 2026 pula, sebanyak RM19,780,000 diperuntukkan bagi melaksanakan pelbagai program atau projek termasuk program pengukuran tanah hak adat di bawah PKB Sarawak di bawah Butiran 71000 iaitu Penyelarasan Program Pembasmian Kemiskinan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Penjelasan Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Manakala, bagi agihan belanja Skim Pinjaman Rumah Panjang Sarawak, ia nya terletak di bawah peruntukan Kementerian Kewangan iaitu MOF.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang Berhormat saya dah habis masa dah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tak, sikit je. Sebab dia sebut Arau tadi, kalau tak sebut Arau no problem.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya menjawab pada soalan Arau tadi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau Yang Berhormat tak jawab soalan saya tu lebih bagus daripada Yang Berhormat jawab, kan? Bila Yang Berhormat jawab...
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Tugas saya menjawab Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Yang Berhormat baca apa yang pegawai tulis, bahawa pintu rundingan terbuka. Tapi yang penting sekarang ini ialah kerajaan telah memalsukan. Memalsukan di hadapan mata rakyat bahawa ini peruntukan ICU, tapi kepada kerajaan, dia bagi RM3.8 juta. Kami tak bagi. Sebut di sini, peruntukan ini hanya untuk kerajaan. Puas hati saya. Jangan pi kata pintu rundingan terbuka, tak payah. Tak buka tak apa, tutup terus. Kami akan hantuk dengan ketuk dengan pemukul nanti.
Yang Berhormat jangan jawab kata saya ingin bertanya apakah, kenapakah peruntukan ini hanya dibagi kepada Ahli Parlimen kerajaan. Saya tahu saya cakap berulang kali, saya akan ulang beribu kali, Yang Berhormat...
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Jawapan yang sama.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Selagi keadilan tidak ditegakkan.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Berulang kali tanya jawapan yang sama.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Kalau tidak tukar nama kerajaan ini daripada Kerajaan Perpaduan kepada ‘Kerajaan Perpecahan’. Yang Berhormat tak payah jawab, teruskan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Baik.
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Tan Sri, sikitlah nak dapatkan penjelasanlah. Di peringkat dasar pun tak ada jawab. Di peringkat jawatankuasa pun
Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
tak jawab mengenai FELDA ini. So, mungkin boleh dapat sikit penjelasan. Ataupun memang dah perlulah kita tukar kepada Kementerian KKW ataupun lantiklah seorang lagi Menteri di bawah JPM.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya— terima kasihlah pandangan Yang Berhormat ya. Tapi tentunya saya pun tidak dapat menjawablah persoalan tersebut. Saya ada sediakan sedikit jawapan ini tetapi itulah masa saya dah habis.
Sebenarnya ada berapa lagi yang berkaitan dengan JPM ini yang saya perlu jawab, Tan Sri Pengerusi mungkin boleh jawab secara bertulis?
Tuan Pengerusi
Baik. Boleh jawab bertulis.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Isu NADMA juga tadi Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik, isu-isu yang saya.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Isu NADMA Kuala Krai bangkitkan tak jawab juga.
Tuan Pengerusi
Tak apa, jawab bertulislah ya.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Pengerusi sudah minta saya berhenti, minta maaf.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tan Sri Pengerusi saya nak minta petua sedikit berkaitan dengan FELDA ini. Jadi, nak dapat ketentuan. Hari itu saya tanya Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, FELDA ini siapa yang akan jawab.
Secara umumnya di bawah bidang kuasa Timbalan Perdana Menteri tetapi diletakkan di bawah JPM. Jadi kalau Menteri, Menteri mana yang patut jawab berkaitan dengan FELDA ini? Kena jelas, sebab kami ini nak tanya— saya banyak kali ini, tak ada jawapan. Jadi, kita nak jelas siapa yang sepatutnya menjawab tentang FELDA ini. Jarang sangat nak dapat jawapan tentang FELDA di dalam Dewan ini. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Menteri jawab, lepas itu landing.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Kalau di bawah JPM — sebab itu bila diletakkan di bawah JPM, memang tanggungjawab saya lah untuk menjawab di Dewan ini. Tetapi saya kira walaupun kita tidak jawab secara lisan tetapi jawapan bertulis diberikan, itu pandangan sayalah, Tan Sri.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tan Sri, kalau saya boleh minta. Tan Sri Pengerusi, kalau saya boleh minta Yang Berhormat Menteri, isu FELDA ni besar. Ini melibatkan ratusan ribu di FELDA. Jadi, kalau begini kita berhujah nak dapat jawapan semua bertulis, kita nak dapat penjelasan apa semua, sukar. Jadi, saya mohon...
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya akan bawa Yang Berhormat.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
...Supaya diberikan masa khusus, bila-bilalah kalau ada ruang, FELDA itu diutamakan. Walaupun Putrajaya tak ada FELDA, tetapi saya merupakan sebahagian yang siapkan Kertas Putih FELDA, kita nak tahu apa yang berlaku pada FELDA pada hari ini. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Baik, baik. Saya akan bawa cadangan ini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Menteri, saya ada 36 skim FELDA di Parlimen Jempol.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya sendiri pun ada di kawasan saya.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi, saya minta yang saya bahaskan tadi, iaitu butiran ini Lampiran F tadi iaitu berkaitan dengan Projek Sistem Bekalan Air FELDA – 16300. Jadual butiran tahun 2025 yang dimansuhkan daripada Anggaran Perbelanjaan pembangunan tanah tahun 2026. Jadi, bermakna tidak ada peruntukan terus. Jadi, itu sebab kita agak ragu juga.
Jadi, sebagaimana Tampin dan juga rakan-rakan yang ada Skim FELDA, kita dah bahaskan di peringkat dasar dah berapa tahun. Dan hari kita bawa lagi dan kita tengok rasa kecewalah. Masalah bekalan air yang serius di kawasan tanah FELDA dah tak masukkan dalam Anggaran Perbelanjaan tahun ini. Jadi, kita mintalah itu yang kita nak kepastian. Jadi Dewan ini, kementerian mana yang bertanggungjawab terus supaya lebih kurang 112,000 peneroka dengan 317 Skim FELDA sekarang tertanya-tanya ke arah mana FELDA ini. Kementerian mana yang bertanggungjawab? Itu sajalah, Yang Berhormat Tan Sri.
Tuan Pengerusi
Baik. Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Tan Sri Pengerusi, saya kira saya faham dengan pandangan dan concern daripada Ahli-ahli Parlimen. Jadi yang saya menjawab dari sudut kalau ada soalan-soalan yang begitu maka saya jawab. Tapi bagi saya kalau lebih detail-nya kita ada sesi PMQT yang juga boleh ditanyakan terus kepada Perdana Menteri. Tapi apa pun concern ini saya akan bawalah ke pandangan Kabinetlah untuk saya bincang lebih lanjut lagi, insya-Allah.
Tuan Pengerusi
Baik.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, saya teruskan untuk menutup sesi ini Tan Sri Pengerusi. Belanjawan MADANI 2026 ini memperuntukkan komitmen fiskal yang munasabah kepada Jabatan Perdana Menteri. Ketika peringkat dasar, saya juga telah merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Menteri atas peruntukan RM1.3 bilion pada Wilayah Persekutuan. Dalam peringkat ini, saya ingin memanjangkan ucapan penghargaan atas peningkatan 7.92 peratus peruntukan keseluruhan Jabatan Perkhidmatan Awam dan tambahan 1.96 peratus kepada belanja mengurus pentadbiran am JPM.
Jadi, saya mohon maaf kerana masa yang diberikan hanya 20 minit menyebabkan ada banyak isu-isu yang dibangkitkan tidak dapat saya jawab dalam penggulungan ini. Maka, saya akan jawab secara yang bertulis dan seperti mana yang saya sebut tadi, perkara yang berkaitan FELDA, insya-Allah saya akan bawa ke pengetahuan Kabinet.
Jadi akhir sekali Tan Sri Pengerusi, izinkan saya meneruskan tradisi menutup penggulungan JPM dengan serangkap pantun. Boleh?
Beberapa Ahli
Boleh, boleh. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
[Ketawa] Hajat rakyat kerajaan selami, Segala teguran kita hargai; Belanjawan ini bukti empati, Manfaat dirasai di semua negeri. Jadi, sekian terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Baik, seterusnya saya menjemput Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab tentang hal ehwal agama. 20 minit, silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam MADANI. Saya mulakan ucapan penggulungan ini dengan mengajak seluruh Ahli Yang Berhormat sama-sama merenung Firman Allah SWT menerusi Surah Saba' ayat ke-15:
[Membaca sepotong ayat al-Quran] “Sungguh bagi penduduk negeri Saba' itu ada tanda yang membuktikan kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka iaitu dua kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri perkampungan mereka”.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Lalu dikatakan kepada mereka, nikmatilah rezeki pemberian Tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya. Negeri kamu ini negeri yang aman dan makmur dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang maha pengampun. Ayat ini diturunkan berkenaan dengan Kerajaan Saba'. Namun, pengajarannya bersifat menyeluruh dan relevan kepada semua, termasuk pada kita negara Malaysia yang bertuah ini dengan limpahan kekayaan sumber asli serta hasil bumi yang dikurniakan, disertai peningkatan kutipan zakat dan wakaf saban tahun.
Kita wajar menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat dan kurniaan Allah SWT.
Antara bentuk kesyukuran itu ialah dengan memperkukuh urus takbir kerajaan serta memastikan sistem pentadbiran dan pengurusan negara sentiasa berada pada tahap yang terbaik, demi menjamin kesejahteraan dan kemaslahatan rakyat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Puan Pengerusi, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu- isu di bawah hal ehwal agama sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2026 peringkat jawatankuasa pada hari ini.
Saya akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan yang menyentuh butiran di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah program kemajuan Islam dan pengurusan kehakiman dan perundangan serta lain-lain berkaitan jabatan ataupun agensi di bawah saya mengikut buku Anggaran Perbelanjaan bagi tahun 2026.
Saya telah meneliti dan menekuni kesemua perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. 14 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama, iaitu Yang Berhormat Bagan Serai, Padang Serai, Sri Gading, Pengkalan Chepa, Labuan, Kapar, Parit Buntar, Jempol, Pokok Sena, Kuala Krai, Pasir Mas, Kuala Kedah, Putrajaya dan Tampin.
Puan Pengerusi, bagi melancarkan sesi penggulungan dalam perbahasan belanjawan di Dewan ini, izinkan saya menjawab kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh setiap Ahli Yang Berhormat secara satu persatu agar jawapan saya ini dapat memberikan pencerahan dan maklum balas dengan sebaiknya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Yang Berhormat Bagan Serai, Sri Gading, Pengkalan Chepa, Jempol, Pokok Sena dan Pasir Mas membangkitkan isu berkaitan sejauh manakah perjanjian
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
perdagangan timbal balik ataupun Agreement on Reciprocal Trade (ART) dengan izin, di antara Malaysia dan Amerika Syarikat 2025 ini menjejaskan status halal JAKIM yang sedia maklum kredibilitinya di peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan isu berkaitan pelabelan penggunaan label Muslim Choice oleh NGO yang mengelirukan pengguna Islam.
Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak berkompromi terhadap standard halal negara. Perkara 2.5 Perjanjian ART Malaysia– Amerika Syarikat 2025 ini menyatakan bahawa mana-mana badan persijilan halal luar negara termasuk dari Amerika Syarikat tetap tertakluk sepenuhnya kepada prosedur syariah dan standard halal Malaysia. Ia hanya memperuntukkan penggunaan logo halal daripada badan pensijilan yang diiktiraf oleh JAKIM bagi tujuan pentadbiran dan kelancaran proses kelulusan. Namun demikian, semua proses pengauditan, pemantauan dan pengesahan akhir berada sepenuhnya di bawah kawalan JAKIM.
Bagi loji sembelihan yang menghasilkan produk daging dan ayam untuk dieksport ke Malaysia, kelulusan halal hanya diberikan selepas melalui pengauditan mengikut Malaysian Standard and the Malaysian Protocol for the Halal Meat and Poultry Production, dengan izin. Pengauditan tersebut mesti dilaksanakan dengan kehadiran sekurang-kurangnya dua pegawai syariah daripada badan pensijilan halal yang diiktiraf dan laporan audit itu pula akan diperakukan oleh jawatankuasa yang dilantik oleh JAKIM.
Sebarang badan persijilan halal luar negara yang ingin mengekalkan status pengiktirafan oleh JAKIM mesti mematuhi sepenuhnya semua keperluan Malaysia termasuk aspek syariah, keselamatan, kebersihan dan prosedur audit tanpa sebarang pengecualian.
Pengiktirafan terhadap sijil halal dari Amerika Syarikat tidak bermaksud kelonggaran standard halal Malaysia. Sebaliknya, ia hanya mempercepat urusan pentadbiran bagi memperkukuh hubungan perdagangan dua hala. Semua produk import tetap tertakluk kepada audit JAKIM, pemantauan berkala serta peruntukan Akta Perihal Dagangan 2011 bagi menjamin integriti dan ketelusan sistem halal negara.
JAKIM memastikan bahawa standard pensijilan halal Malaysia kekal utuh dan tidak akan di kompromi dalam apa jua keadaan. Pengiktirafan mana-mana badan persijilan luar negara hanya diberikan selepas melalui proses audit menyeluruh yang menilai tahap pematuhan terhadap standard halal Malaysia. Segala perjanjian
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
antarabangsa yang ditandatangani oleh Malaysia tertakluk kepada pemakaian peraturan sedia ada di dalam negara. Sebarang penambahbaikan hanyalah bagi mempercepatkan proses pentadbiran tanpa menjejaskan prinsip dan ketegasan...
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Pengerusi.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
...standard halal Malaysia, selaras dengan prinsip dualist system, komitmen Malaysia di bawah perjanjian antarabangsa, hanya berkuat kuasa setelah diterjemahkan dalam undang-undang domestik.
Pendekatan ini memastikan kelancaran urusan perdagangan tanpa mengorbankan prinsip-prinsip syariah dan piawaian halal negara. Malaysia kekal tegas dalam mempertahankan kedaulatan dan keutuhan standard halal negara.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih, Puan Pengerusi. Terima kasih kepada Menteri.
Makna daripada segi jawapan yang diberikan oleh Menteri tadi, makna Artikel 2.5 ini, perjanjian ART ini mesti mengikut apa yang telah pun ada pada piawaian yang ditentukan oleh halal JAKIM la?. Itu memang pasti kah itu ya? Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menteri. Satu lagi halal.
Sekadar nak dapat confirmation dari Menteri. Maknanya, kalaulah berlaku pelanggaran sebagaimana kalau berlaku di Malaysia, maka JAKIM bila-bila masa boleh menarik balik pengiktirafan tersebut. Maka, adakah kalau berlaku pelanggaran di pihak institusi halal di Amerika ini, JAKIM boleh menarik balik pengiktirafan tersebut? Minta.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Betul, Yang Berhormat Pasir Mas. Apa yang berlaku sekarang dengan perjanjian tersebut? Kalau dahulu, JAKIM akan menghantar auditor dia untuk mengaudit setiap syarikat ataupun pusat-pusat penyembelihan di Amerika. Dengan adanya perjanjian yang baharu ini, kita mengiktiraf ada dua badan certified body yang telah diberikan persijilan oleh pengiktirafan oleh— oleh JAKIM.
Jadi, sekiranya berlaku pelanggaran, kedua-dua certified body ini yang diiktiraf oleh JAKIM, mereka ini diberikan pengiktirafan berdasarkan pematuhan mereka kepada standard protokol halal yang sedia ada. Jadi, sekiranya berlaku sebarang pelanggaran, JAKIM boleh ya, apabila audit yang dijalankan oleh JAKIM kepada dua certified body ini, kalau berlaku sebarang perlanggaran, JAKIM boleh tarik balik pengiktirafan kepada body tersebut ataupun badan tersebut dan secara by extension, dengan izin, dia akan melibatkan juga status halal yang telah dikeluarkan
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
oleh certified body ini kepada loji penyembelihan di Amerika tersebut. Jadi, sebab itu saya katakan standard halal, protokol halal JAKIM ini wajib. Tidak ada kompromi, mesti dipatuhi.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, sedikit penjelasan.
Tadi Yang Berhormat Menteri sebut, sekarang ini dah ada dua apa nama ini, organisasi di Amerika Syarikat yang telah diberi kelayakan oleh— oleh JAKIM. Betul, ya?
So, maknanya dalam tempoh perjanjian ini, akhir bulan lepas hingga hari ini dah selesai dah semua audit untuk tujuan tersebut? Saya nak dapat penjelasan sikit.
Sebab sebelum ini, Menteri kata kita tidak mengiktiraf mana-mana badan di Amerika Syarikat. Jadi, perjanjian baru saja ditandatangani. Tapi, tadi Menteri sebut ada dua badan yang telah diiktiraf. Jadi, maknanya dalam tempoh beberapa hari ini dah selesai audit dan ada dua badan yang diiktiraf. Nampak penjelasan sikit. Terima kasih, Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih, Yang Berhormat Putrajaya. Setahu saya, maklumat yang saya ada daripada JAKIM, setakat ini memang ada. Memang ada dua badan yang, yang diberikan pengiktirafan oleh— oleh JAKIM.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Ini kena jelas betul-betul sebab hujahan yang digunakan sebelum ini adalah pada waktu sebelum perjanjian tidak ada badan.
Maka, sekarang ini dibuka supaya JAKIM pergi iktiraf badan di Amerika Syarikat dan badan ini yang akan membuat audit untuk membolehkan sijil halal mereka diiktiraf oleh JAKIM. Tapi, pada hari ini Yang Berhormat Menteri sebut, dah ada dua badan yang— yang diiktiraf. Jadi, saya tak jelas apa keadaan sebelum dan selepas perjanjian ini sebenarnya. Terima kasih.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Yang Berhormat Putrajaya, saya tunggu untuk— untuk dapatkan kepastian untuk— terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri, sikit. Setahu, seingat saya, dua badan itu iaitu ISA – Islamic Service of America ini accredited by JAKIM-lah. Yang kedua IFANCA. Itu sebelum adanya perjanjian ini lagi. Jadi, soal ini sekarang selepas ada perjanjian ini, mana body yang akan untuk mengiktiraf mana-mana produk yang daripada US tadi?
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Setakat ini, apa yang dikehendaki oleh perjanjian ini ialah — saya tunggu dapat untuk itu, maklumat untuk dapatkan kepastian.
Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Tak apa Menteri, saya rasa perlu penjelasan. Tak apa, take your time. Nak buat bertulis ke, nak buat kenyataan media ke. Tapi perlu ada penjelasan. Dah jadi confused dah ni kerana sebelum ini dikatakan keadaan ini berbeza, kita tak iktiraf badan di Amerika Syarikat sebab itu dengan perjanjian ini badan-badan ini diiktiraf. Jadi, saya rasa clear-kan the air supaya rakyat di luar sana faham sebenarnya apa yang beza sebelum dan selepas.
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Sebab saya seingat saya, Yang Berhormat Putrajaya dan Pengkalan Chepa, tujuan daripada perjanjian ini adalah untuk mempercepatkan proses daripada sudut pentadbiran. Apa yang berlaku sebelum daripada ini, JAKIM menghantar auditor mereka ke pusat atau pun loji penyembelihan tersebut.
Jadi, apa yang dikehendaki hasil daripada perjanjian ini supaya JAKIM mengiktiraf, sekiranya dua badan yang telah diberi pengiktirafan oleh JAKIM di Amerika ini menjalankan audit mereka dan mengeluarkan logo tersebut dan perjanjian ini memerlukan supaya JAKIM atau pun Malaysia mengiktiraf logo yang telah— halal, yang telah dikeluarkan oleh dua badan yang diiktiraf oleh JAKIM tersebut. Tapi tak apa Yang Berhormat, saya tunggu untuk dapatkan kepastian daripada JAKIM dan saya akan apa ini, menghantar jawapan secara bertulis nanti.
Terima kasih.
Okey, berkaitan dengan isu yang kedua, Puan Pengerusi iaitu MFW telah diarahkan serta-merta untuk menghentikan penggunaan pengiktirafan logo, label atau sebarang bentuk kenyataan berkaitan Muslim Choice yang boleh mengelirukan masyarakat. Sekiranya terdapat— JAKIM mengambil perhatian penuh terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Pemantau Mesra Muslim atau pun MFW pada 4 November 2025 berhubung penggunaan istilah dan pengiktirafan Muslim Choice.
Penggunaan apa-apa logo, perakuan atau sebarang penyataan yang membawa maksud Muslim Choice atau mana-mana istilah, ungkapan, perihal, representasi, promosi atau seumpamanya yang boleh mengelirukan pengguna serta membawa maksud halal adalah bersalahan dengan Perintah Perihal Dagangan
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
(Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730].
Sehubungan dengan itu, MFW telah diarahkan serta-merta untuk menghentikan penggunaan pengiktirafan logo, label atau sebarang bentuk kenyataan berkaitan Muslim Choice yang boleh mengelirukan masyarakat.
Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang masih menggunakan, mempamer, mempromosikan atau mengedarkan logo, label atau perakuan Muslim Choice atau apa-apa bentuk yang menyerupai atau boleh mengelirukan pengguna, JAKIM akan mengambil tindakan tegas bersama agensi penguatkuasaan yang berkaitan.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Menteri, sikit. Kalau ikutkan laporan media, JAKIM pernah panggil MFW ini untuk beri dalam itu disebut perbincangan, pada Ogos tahun 2024. Dan dilaporkan sehingga kenyataan terbaru daripada JAKIM pada beberapa hari lalu, menggambarkan bahawa MFW ini masih lagi beroperasi. Jadi, tempoh yang setahun lebih ini Yang Berhormat Menteri, sudah pasti banyak logo dan juga pelabelan yang melibatkan produk-produk yang ada di pasaran. Jadi, soalan yang saya bangkitkan tadi, pertamanya, apa tindakan daripada pihak kerajaan, mungkin boleh berkolaborasi dengan KPDNHEP untuk tarik balik segala produk yang menggunakan Muslim Choice sebagai logo yang tidak ada kaitan pun dengan JAKIM.
Yang keduanya, apa pendakwaan kepada— dibuat kepada NGO ini kerana kita tak boleh biarkan dia terus beroperasi dan mungkin ada orang lain pula akan buat benda yang sama dan sangat memberi impak yang makin lama makin banyak menyusahkan kita untuk kawal soal pelabelan. Dulu kalau kita ingat adanya pork free, no pork, apa semua itu, itu tak menunjukkan bahawa ia adalah status yang halal, Yang Berhormat.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih, Yang Berhormat Pengkalan Chepa dan terima kasih atas concern atau kebimbangan Yang Berhormat sendiri. Saya telah juga berbincang dengan Yang Berhormat Papar dan KSU dan juga KP JAKIM, telah mengadakan perbincangan dan amaran keras telah diberikan kepada NGO atau pun pertubuhan tersebut. Dan sekiranya didapati ada mana-mana label atau pun logo yang telah dikeluarkan dalam tempoh setahun ini, JAKIM telah berikan arahan kepada pertubuhan tersebut untuk tarik balik. Dan sekiranya ada berlaku lagi pelanggaran selepas amaran ini dikeluarkan, maka pihak KPDNHEP akan mengambil tindakan untuk menguatkuasakan atas kesalahan melanggar, mengeluarkan logo halal tanpa ada kuasa, macam tu.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Menteri, Jempol, ya. Saya juga mengusulkan perkara yang sama. Jadi, sebagaimana jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi, kita bagi amaran. Jadi benda ini perkara yang sangat serius. Jadi, dari segi peruntukan undang-undang, kita denda saja, jatuhkan denda dengan tegas, berapa, ikut peraturan yang telah ditetapkan. Bagi kes-kes begini, kita terus kenakan denda RM50,000 ke RM100,000 ke supaya menjadi pengajaran kepada pihak berkenaan agar jangan lagi mempermainkan isu logo halal.
Dan juga saya katakan tadi, ada juga di premis-premis di shopping mall yang besar-besar, dia kata itu no pork, no lard. Tapi saya tengok setiap mana JAKIM melihat keadaan itu dari segi persiapan atau pun penyediaan, adakah ia nya halal atau tidak mengikut hukum yang telah ditetapkan? Jadi, saya tengok ramai orang Islam, saya tengok tak ada logo halal pun, dia tulis kata itu no pork, no lard, itu saja.
Ini berlaku, jadi dalam hal ini berlaku depan mata kita. Jadi, saya rasa pihak yang dipertanggungjawabkan, JAKIM dan juga pihak-pihak yang berkenaan harus mengambil kira. Selain daripada saya katakan bagi amaran, kita kata kenakan denda, ya supaya benda ini dapat dihentikan. Terima kasih.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol. Saya setujulah. Maknanya kita sampai pada satu tahap untuk memastikan pelaksanaan atau pematuhan kepada halal ini dengan tujuan untuk memastikan mereka-mereka, khususnya kalangan orang Islam, bila mana pergi ke tempat-tempat makanan contohnya, ia memang terjamin halal. Jadi untuk tujuan tersebut, JAKIM akan terus mengadakan perbincangan dengan pihak ini dan memastikan penguatkuasaan yang lebih ketat yang akan dikenakan pada kali ini.
Terima kasih, Yang Berhormat Jempol.
Puan Pengerusi, Padang Serai ingin dapatkan penjelasan berhubung penurunan peruntukan kepada JAKIM sebanyak RM15.7 juta. Peruntukan belanja mengurus dasar sedia ada tahun 2026 bagi JAKIM menurun kepada 1.34 peratus ataupun RM15,743,600 berbanding tahun 2025, berdasarkan keperluan jabatan dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab untuk meningkatkan pembangunan dan pengurusan hal ehwal Islam yang inklusif dan berkesan. Walaupun terdapat sedikit penurunan, anggaran peruntukan tersebut tidak menjejaskan dasar sedia ada yang akan dilaksanakan oleh JAKIM dan agensi-agensi agama. JAKIM komited untuk meneruskan agenda pembangunan ummah berteraskan Maqasid Syariah.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Yang Berhormat Seri Gading juga ada membangkitkan berkaitan peruntukan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia atau pun AKSM. Selain itu, adanya cadangan supaya kerajaan memperkenalkan program biasiswa kehakiman syariah nasional, ini untuk menarik minat pelajar-pelajar undang-undang Islam untuk menyertai perkhidmatan kehakiman syarie.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Bagi tahun 2025, Puan Pengerusi, peruntukan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) diletakkan di bawah program khusus. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2026, AKSM akan terus beroperasi untuk memberi latihan dan melahirkan pegawai syariah yang profesional dan berilmu. Perbelanjaan pengoperasian dan pelaksanaan program AKSM bagi tahun 2026 diteruskan dan akan menggunakan peruntukan mengurus Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Oleh demikian, tiada sebarang pengurangan namun dimasukkan dalam peruntukan mengurus di bawah kod 040300 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
Berkenaan biasiswa bagi menarik minat pelajar undang-undang Islam, buat masa ini belum terdapat skim khusus tersebut. Kerajaan MADANI sedang membina jaringan kerjasama dengan agensi berkepentingan dan rakan strategik untuk membantu menjayakan hasrat, meningkatkan penguasaan ilmu dengan pelbagai pendekatan termasuk penyediaan dana yang amat diperlukan. Justeru, cadangan penyediaan biasiswa oleh Yang Berhormat Sri Gading ini amat dialu-alukan. Boleh saya teruskan, Pengerusi?
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masih banyak lagi?
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Banyak lagi.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Okey, saya pergi pada Yang Berhormat Labuan memohon supaya dilihat semula dasar dan polisi yang diguna pakai oleh MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dalam memberikan bantuan kepada mereka yang layak. Syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP adalah warga negara Malaysia, beragama Islam, bermastautin di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya selama satu tahun dan menepati pengiraan Had al-Kifayah.
Had al-Kifayah merupakan kaedah pengiraan keperluan asas sesebuah isi rumah dengan mengambil kira faktor bilangan tanggungan dan situasi khas pemohon, antaranya, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), penyakit kronik serta beberapa situasi lain. Sekiranya jumlah pendapatan isi rumah adalah lebih rendah
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
daripada keperluan yang dikira, maka pemohon layak menerima bantuan. Bantuan boleh ditamatkan sekiranya pendapatan isi rumah penerima telah melebihi Had al- Kifayah. Anak-anak yang dahulunya dalam tanggungan telah terkeluar daripada tanggungan seperti berkahwin, tidak lagi tinggal bersama penerima dan sebagainya serta penerima tidak lagi menetap di Wilayah Persekutuan.
Dalam hal yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan ini, sekiranya maklumat lebih lengkap mengenai kes aduan dapat dikemukakan, pihak MAIWP bersedia untuk menjalankan semakan dan siasatan semula secara terperinci berdasarkan situasi terkini pemohon.
Untuk makluman, MAIWP melaksanakan penilaian semula Bantuan Sara Hidup secara tahunan bagi memastikan setiap penerima masih memenuhi kriteria kelayakan semasa sebagai asnaf. Penilaian ini penting bagi memastikan agihan zakat dilaksanakan dengan adil, telus dan berpandukan kepada keperluan terkini penerima.
Kesimpulannya, dasar ini bukan bertujuan menafikan hak penerima tetapi memastikan setiap sen zakat diagih dengan seimbang, menyeluruh dan berpaksikan kepada prinsip keadilan sosial Islam.
Puan Pengerusi...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Saya cadang untuk...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Bagi jawapan bertulis...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Untuk soalan-soalan Yang Berhormat yang lain.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Baiklah.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Jadi, saya sekali lagi, Puan Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih pada semua Yang Berhormat yang telah terlibat...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Berkenaan Darul Quran itu, Menteri jangan lupa ya. Yang Darul Quran saya bangkitkan. Pengajian...
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis.
Jangan lupa.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Saya akan bagi jawapan bertulis ini, Yang Berhormat Pasir Mas. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) untuk menjawab.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya, terima kasih Puan Pengerusi.
*Undang-undang bukan hiasan, Mahkamah kekal jadi keadilan; Belanjawan 2026 beri keutamaan, Kepada reformasi dan ketulusan.
[Tepuk]*
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ini cukup jawapan, Yang Berhormat? Kalau cukup saya boleh duduk.
[Ketawa] Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat Jawatankuasa pada hari ini dan berbahas mengenai butiran-butiran di bawah tanggungjawab portfolio undang-undang dan reformasi institusi Jabatan Perdana Menteri iaitu Parlimen Malaysia, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, Jabatan Perdana Menteri untuk agensi-agensi di bawah portfolio saya, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Saya pergi terus menjawab perkara yang dibangkitkan oleh pembahas pertama, Yang Berhormat Seputeh, yang telah membangkitkan mengenai kenaikan kadar gaji maksimum tahunan untuk layak menerima bantuan guaman dan mohon supaya kadar ini dinaikkan.
Tuan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, Kerajaan MADANI amat prihatin terhadap memastikan hak akses kepada keadilan, right of access to justice untuk seluruh rakyat Malaysia terpelihara. Ini termasuk memastikan bantuan guaman diberikan kepada rakyat yang memerlukannya. Terima kasih.
Dalam hal ini, cadangan oleh Yang Berhormat Seputeh adalah satu perkara dasar yang boleh dikaji dengan mengambil kira trend kos guaman dan kos prosiding, jika masih amat membebankan rakyat hingga menghalang mereka mendapat akses kepada keadilan. Dalam mempertimbangkan kenaikan had kelayakan bantuan
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
guaman, kerajaan juga perlu mengambil kira kesan pada pasaran khidmat guaman yang disediakan oleh peguam swasta yang juga melibatkan jumlah peguam bela dan peguam cara yang sangat ramai. Jika had ini dibuka terlalu luas, kita juga kena ambil kira sejauh mana bantuan guaman percuma oleh kerajaan ini tidak pula menjejaskan profesion mereka.
Ini adalah kerana tidak semua firma guaman swasta di Malaysia yang mengenakan fi guaman yang mahal. Saya akan memohon kepada Jabatan Bantuan Guaman untuk meneliti dan mengkaji cadangan ini secara terperinci. Namun begitu, saya ingin menjelaskan di sini bahawa penetapan had pendapatan RM50,000 setahun untuk bantuan guaman di bawah Jabatan Bantuan Guaman bukan satu penetapan mutlak, dengan izin, absolute. Dalam Akta Bantuan Guaman 1971 sedia ada, Menteri masih boleh mempertimbangkan pemberian bantuan guaman untuk mereka yang berpendapatan lebih RM50,000 setahun demi kepentingan keadilan.
Bagi bantuan guaman di bawah Yayasan Bantuan Guaman Kerajaan
(YBGK). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, YBGK ini akan dibubarkan dan fungsi-fungsinya akan diserap oleh Jabatan Bantuan Guaman dan pembelaan awam. Had kelayakan sedia ada iaitu gaji tahunan tidak melebihi RM36,000 setahun untuk bantuan guaman di bawah YBGK akan ditingkatkan kepada RM50,000 setahun selari dengan had kelayakan pendapatan maksimum tahunan untuk bantuan guaman di bawah Jabatan Bantuan Guaman.
Yang Berhormat Seputeh juga telah membangkitkan beberapa mengenai kes Adam Radlan. Puan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, saya menjawab isu ini bagi pihak SPRM. Saya ingin memaklumkan bahawa soalan mengenai Adam Radlan ini telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) pada hari semalam.
Cuma, saya ingin tekankan bahawa berdasarkan maklumat yang saya terima daripada pihak SPRM, amaun rasuah yang diterima adalah dikatakan sebanyak RM4.6 juta dan bukannya RM9.9 juta seperti yang diterbitkan di akhbar. Saya telah memaklumkan perkara ini kepada pegawai untuk berkomunikasi dengan online news dan sebagainya untuk juga to do a necessary correction. Yang Berhormat Seputeh telah juga membangkitkan pendirian Jabatan Peguam Negara mengenai...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri. Kes yang tadi sebut tentang anak menantu. Tak boleh sebut Pagoh sebab mereka fobia. Jadi, saya tak sebut...
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Orang itu ada nama. Ada nama. Sebut namalah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya tak sebut anak menantu Pagoh, tapi dia memang hakikatnya anak menantu Pagoh lah.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Pengerusi. Tadi...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, Puan Pengerusi...
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
36(6).
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya nak tanya kepada Menteri.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tak, 36(6). Tadi saya dah bangkitkan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tadi dalam...
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tan Sri Yang di-Pertua dah buat ruling pun. Buat ruling. Sebab itulah Timbalan Menteri sebut nama. Ruling Tan Sri Yang di-Pertua sebut nama. Jangan — Yang Berhormat ada dalam Dewan tadi, kan?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya cakap saya tak guna nama, saya sebut anak menantu.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat ada dalam Dewan. So, sebut nama. Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya tak kata saya sebut anak menantu. Saya tak sebut nama, saya sebut anak menantu. Sebab Pagoh itu fobia.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Awak sebut Pagoh tadi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tak boleh sebut. Jadi, tentang amaun tu, barangkali amaun tu tidak― memang penting lah tentang amaun itu. Tapi yang lebih penting ialah kita nak tahu, apakah yang akan dilakukan oleh SPRM untuk bawa dia balik ke Malaysia? Kalau seperti yang selalu kita sebut, berani kerana benar, takut kerana salah. Jadi kenapa dia tak balik-balik ke Malaysia? Itu soalan kita.
Sebab kalau ikut laporan daripada New Straits Times, dia kata, apabila Pagoh didakwa di mahkamah, beberapa hari selepas itu dia terus lari ke luar negara.
Jadi, ini satu yang agak serius yang saya minta ya supaya SPRM berikan penjelasan kenapa tak boleh kesan dengan satu pasukan penguat kuasa ada 1,000 lebih orang tak boleh kesan dia, tiba-tiba surat khabar boleh keluar liputan yang jelas sekali. Itu soalan saya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat salah dengar. Perkara yang saya jawab adalah mengenai Adam Radlan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya sekarang akan jawab.
Lepas itu Yang Berhormat boleh bangun dan taruh sebanyak berapa banyak you mahu.
[Dewan ketawa]
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Minta menjelaskan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Pasal, kerana ...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Boleh?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya. Ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau yang Adam Radlan ini, dia rasuah amaunnya adalah RM4.6 juta. Sekarang dia bayar balik RM4.1 juta. Jadi, masih ada RM500,000. Mana pergi? Jadi, dia masih boleh dibebaskan begitu saja. RM500,000 tahu.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, matematik Yang Berhormat sangat bagus. Tepatnya, saya pun peliklah. I don't understand the logic. Macam mana kalau dikatakan telah mengambil RM4.9 juta tetapi― berapa, bukan, not empat perpuluhan― RM4.6 juta tetapi― bukan, dari RM4.6 juta, RM4.1 juta dikompaunkan. Ha, jadi 500 juta di mana? Yang Berhormat Seputeh boleh jawab, saya tak boleh jawab.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
500 ribu, 500,000 ribu.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tapi saya percaya mungkin SPRM boleh buat satu kenyataan ...
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Bukan RM500 juta lah, ribu.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
RM500,000 memberikan kenapa perkara ini berlaku. Dan Yang Berhormat perlu fikir juga, saya difahamkan bila perkara ini disuarakan di― bila ada perbahasan hujahan di mahkamah, sebenarnya pendakwa raya telah memohon bahawa dia diberi DNAA, Discharge Not Amounting the Acquittal, tetapi mahkamah memberi acquittal. Ini di luar kuasa SPRM. It's not with the power of the SPRM to control the discussion of the judge. Tetapi itu RM500,000 seperti Yang Berhormat pun, saya pun pelik, saya― ramai di antara Ahli Parlimen sendiri pun menanya, kalau macam itu esok hari syoklah kita curi juga.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Minta izin.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dan lepas tu kita fine compound, bayar kurang sikit, kita boleh belah. Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Berkenaan dengan DNAA yang telah pun diberi oleh mahkamah― sorry, acquittal and
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
discharge yang telah pun diberi oleh mahkamah walaupun seperti yang Timbalan Menteri kata tadi, MACC atau SPRM telah pun meminta untuk DNAA. Adakah itu telah pun dicabar melalui rayuan? Sekiranya tidak, bukankah itu merupakan bahawa SPRM telah pun menerima keputusan tersebut?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ada Bukit Gelugor. Itu satu cadangan yang baik. Saya percaya― kerana keputusan baru dibuat semalam. Maka, ada kalau saya tidak silap 14 days to appeal ke High Court. Mungkin perkara itu― 14 hari, 14 hari mungkin perkara itu patut di-appeal atas asas on public interest.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya akan ― I just refresh sikit. Adakah terdapat niat untuk merayu keputusan tersebut dalam pengetahuan Timbalan Menteri?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, Yang Berhormat pun tahu sebagai peguam, kita dapat arahan saja dari SPRM. Kalau saya peguam tersebut, saya akan membuat rayuan, itu pada pandangan saya lah.
Yang Berhormat, mengenai Yang Berhormat Lim Guan Eng dan di mana ...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Bagan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Bagan, Yang Berhormat Bagan, di mana Yang Berhormat Seputeh telah bangkitkan mengenai money trail, double standard dan perkara-perkara tersebut, saya mendapat arahan dari SPRM, perkara ini adalah subjudis pada pandangan peguamlah. Maka, pada sekarang perkara itu patut saya tidak boleh memberi jawapan sedalam-dalamnya mengenai perkara tersebut walaupun saya faham ada kekurangan dan sebagainya dan saya harap perkara itu boleh diambil atas lagi ke Peguam Negara untuk satu penyiasatan dan tindakan selanjutnya. Yang Berhormat ...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Timbalan Menteri, macam mana dengan jiran Bagan, Bera itu yang kes itu ialah melibatkan RM170 juta, cash. Jadi, selepas beliau dan pembantunya pulangkan duit itu, lepas itu macam tak ada apa-apa. Adakah AGC akan lepaskan beliau begitu saja? Sekarang kami― saya sebenarnya mahu tanya, adakah ini adalah hala tuju bagi SPRM ataupun AGC?
Jadi, kalau kita libatkan dalam rasuah, kita hanya boleh― kita perlu pulangkan saja.
Lepas itu tak ada apa-apa pendakwaan diambil oleh pihak kerajaan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ya, Yang Berhormat Seputeh, saya ingin bagi tahu bahawa dalam penyiasatan Yang Berhormat Bera, saya difahamkan penyiasatan belum habis. Perkara itu di mana dalam lagi penyiasatan,
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
satu keputusan muktamad belum dibuat. Dan bilakah keputusan muktamad itu akan dibuat, saya tidak tahu. Itu mungkin tak lama lagi lah. Itu saya difahamkan.
Yang Berhormat Kota Melaka. Saya telah mengemukakan beberapa dokumen berkaitan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan. Ha, this is a big different ― kepada pihak Polis Diraja Malaysia pada 23 Ogos. Ha, saya mula.
Puan Pengerusi, untuk makluman Yang Berhormat Kota Melaka, saya menjawab bagi pihak SPRM. SPRM telah mengemukakan beberapa dokumen berkaitan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan kepada pihak Polis Diraja Malaysia
(PDRM) pada 23 Ogos 2023 bagi mendapatkan bantuan untuk mengeluarkan Red Notice daripada pihak INTERPOL. SPRM tidak boleh melepasi bidang kuasa INTERPOL dalam pengesahan tersebut. Hal ini tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan keberadaan pihak yang sedang dikesan tidak dapat dipastikan.
Manakala berhubung pembatalan pasport, permohonan melalui surat telah dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 4 Ogos 2023 dan 8 September 2025. Jabatan Imigresen Malaysia telah mengambil tindakan pembatalan sebagaimana Surat Pengarah Imigresen bertarikh 12 September 2025. Pada masa ini, SPRM sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk mengesan keberadaan beliau. That is my answer.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Okey kan Kota Melaka? Eh?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, kalau mengikut jawapan daripada SPRM, mereka ada minta bantuan daripada INTERPOL tetapi tak boleh kesan dia. Jadi, barangkali SPRM sepatutnya mungkin boleh dapatkan sedikit maklumat daripada New Straits Times yang boleh siarkan liputan tersebut dengan gambar-gambar tersebut. Nampaknya INTERPOL lagi kurang berkesanlah kalau bantu, kalau banding dengan New Straits Times tersebut. Apa pandangan Timbalan Menteri?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, itu susah nak beritahu. Tapi saya sependapatlah. Kalau ada online news atau news yang di sini lebih pantas dari menggunakan INTERPOL, saya percaya SPRM akan menggunakan connection tersebut. Tetapi, kita semua tahulah bahawa dia ada di luar negara dan kita ― saya juga sendiri baca online ini mengatakan bahawa dia menggunakan pasport yang lain. Saya tidak tahu itu benar atau tidak. Tetapi, saya difahamkan oleh SPRM, tindakan sedang diambil. Mereka serius dan menggunakan INTERPOL adalah satu jalan yang patut dijalankan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Seputeh ada bangkitkan mengenai Yang Berhormat mengenai Lembaga Kelayakan Profesional Undang-undang (LPQB).
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Apakah kuasa— punca kuasa LPQB untuk melaburkan wang dalam simpanan tetap (fixed deposit)? Yang Berhormat, saya minta maaf kepada Bukit Gelugor. Saya baru dapat arahan, saya tidak mengikuti kes Adlan itu. Saya difahamkan bahawa kes itu, keputusan telah dibuat Ogos 2025 dan saya difahamkan tidak ada rayuan dibuat. Kenapa rayuan tidak dibuat?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
So — ya, itu obviously adalah soalan natural question. Kenapakah rayuan tidak dibuat dan adakah itu merupakan satu penerimaan keputusan bahawa A&D ataupun acquittal and discharge itu diterima? That means there is no further action. Adakah itu merupakan statusnya?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, saya percaya Yang Berhormat faham bahawa keputusan SPRM itu adalah keputusan mereka sendiri. Tetapi, kita sebagai lawmakers, boleh membagi pandangan dan kita ada juga jawatankuasa-jawatankuasa supaya tekanan-tekanan tertentu telah dibuat. Nobody is above the law. Dan, kenapa ia tidak dirayu? Mungkin, saya boleh memohon kepada SPRM untuk memberi jawapan bertulis. Apakah asas mereka telah buat untuk tidak merayu? Memandangkan ini adalah satu perkara yang sangat sensitif dan satu perkara di mana masyarakat orang ramai dan Kerajaan MADANI tidak boleh terima perkara ini dan...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ini memang menyokong kekhuatiran rakan saya dari Seputeh berkenaan dengan sama ada ini merupakan amalan just bayar sahaja and then akan dilepaskan tanpa ada apa-apa tindakan diambil.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, saya ada lagi satu problem.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Sekejap, sekejap Besut. Sekejap ya. Saya difahamkan — this is another matter. When it has been compounded, it is not — when it is compounded, according to section 92(4) MACC Act, once
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
compounded, it cannot be prosecuted again. Itu makna dia. I — if we can get the picture. Sekejap, saya nak pergi ke...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, sikit pasal perkara yang sama. Okey. Kalau pihak SPRM minta DNAA, tetapi mahkamah akan bertanya.
Kalau yang biasa buat kes jenayah — saya rasa Bukit Gelugor tahulah. Biasanya mahkamah akan tanya, nak teruskan dengan pendakwaan ataupun tidak. Kalau tak ada pendakwaan nak diteruskan, bermakna dia akan dilepaskan dan dibebaskan.
Dia tak boleh DNAA lagi, kecuali kalau nak dakwa balik. Tetapi, kalau mengikut 92(4) tadi, kompaun dah selesai, tak boleh didakwa.
Bermakna, sekarang ini apa yang berlaku di mahkamah adalah final. Dah tak boleh dirayu lagi. Adakah maknanya Menteri tahu perkara ini berlaku di mahkamah bahawa pihak mahkamah bertanya nak diteruskan dengan pendakwaan ataupun tidak? Itu maksud saya.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Okey, terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Mungkin, Menteri tak tahulah.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tak apalah, jangan membuat satu andaian.
[Ketawa]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Tak, bukan andaian.
Maksud saya...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
*You don’t preach us. I don’t know.
Don’t preach us.*
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Maksud saya begini, 254 — okey. Kanun acara jenayah menetapkan bahawa...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
No, no. You can’t...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
...Sekiranya tak nak teruskan dengan pendakwaan, bermakna kes akan dilepaskan dan dibebaskan.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bukan DNAA, kena ingat itu.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Faham, faham.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kita beramal jenayahlah.
Yang mana beramal jenayah, boleh tahu perkara itu.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
No, kalau...
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Saya nak jawab kepada Bukit Gelugor. Itu adalah mengenai seksyen 92(4) Akta AMLA.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yes.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Because he was charged under that act.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
So, it’ under the compound-kan? So, compound itu adalah final?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
It is not.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Jadi, isu ini adalah kenapa jumlahnya kurang? I think itu adalah...
[Dicelah] kekhuatiran, kebimbangan rakan saya yang saya juga menyokong. Why is it — kenapa dia boleh ada profit?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Peliklah, Yang Berhormat. It doesn’t make sense.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kenapa ada profit sebanyak setengah juta?
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dengar, dengar. No, no. Itu sebab Yang Berhormat, saya kata bahawa kita akan menjawab — oleh kerana ini perkara yang khusus, saya akan menyuruh SPRM memberi jawapan bertulis kepada perkara yang dibangkitkan.
Yang Berhormat Besut, ini — jangan heret kita semua ke mahkamah.
Prosiding di mahkamah, di sini lebih kurang 20 peguam saja, okey. Wait, wait.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya tak bawa, heret ke mahkamah. Masalah, persoalan dikemukakan oleh peguam— bukan peguam sekarang, Ahli Parlimen okey. Ahli Parlimen Bukit Gelugor. Dia yang bawa cerita seolah-olah, macam kenapa tak rayu, kenapa tak rayu.
Itu yang masalahnya. Dia minta DNAA pun tetapi kalau mahkamah kata nak bagi acquitted discharged, makna habislah. Final-lah. Itu sahaja.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa sudah tamat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat Pengerusi, walaupun sudah tamat, saya nak tambah sikit.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sikit.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Banyak lagi ini Timbalan Menteri yang kami bangkitkan ini. Soal pilihan raya, semua tak dijawab. Semua satu isu sahaja ini.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Okey, Yang Berhormat.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Kapar pun ada pun menunggu-nunggu ini.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Banyak benda ini. Banyak benda.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, saya — Jerlun, saya ada jawapan. Tetapi masalah saya, kalau dibagikan masa lagi satu, dua jam, tak ada isu. We will reply semua. Tak ada kisah.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya ingat, you tak payah layanlah hal soalan-soalan berbangkit itu. Fokus pada hal kami bangkitkan tadi.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Bukan, kita perlu — memandangkan dia adalah apa itu — pembahas pertama, saya terpaksa menjawab perkara yang dibangkitkan. Jerlun ada banyak ini.
[Dewan riuh]
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
SPRM itu banyak kali dah bangkit, muak sudah.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun, jangan berucap tanpa kebenaran.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, saya akan beri jawapan kepada Yang Berhormat Besut dan Puchong. Puan Pengerusi, dengan izin.
Untuk makluman Yang Berhormat Besut dan Puchong, untuk makluman Ahli- ahli Yang Berhormat, hal perkara berkaitan gaji hakim diperuntukkan di bawah Anggaran Perbelanjaan Mengurus T.3 – Ketua Hakim Negara, Hakim Besar dan Hakim, selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober 2025 mengenai kenaikan gaji hakim. Perincian mengenai kenaikan tersebut adalah dengan Kementerian Kewangan dan akan diteliti dengan sewajar-wajarnya.
Puan Pengerusi, saya ada lagi banyak.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bagi jawapan bertulis.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Jerlun jangan marah ya. Ini saya terhad. Not that I don’t want to reply to you. I need time tetapi saya terpaksalah diamkan diri dan memberi jawapan bertulis.
[Ketawa] Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan— bukan. Masalah iaitu wang sejumlah RM7,427,828,100 untuk Kepala B.1 hingga B.9 dan B.40, Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2026 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.1 sehingga B.9 dan B.40 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masalah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.6 dan P.7 dalam Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2026 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.6 dan P.7 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 6 November 2025.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.19 petang]