Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita mulakan sesi waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Puan Syerleena binti Abdul Rashid, Bukit Bendera.
1. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
*Langit cerah tanda permulaan, Dewan mulia saksi bicara; Dengan izin saya mulakan, Suara rakyat jadi agenda utama.
[Tepuk]*
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Bukit Bendera meminta Perdana Menteri menyatakan kemajuan bulan pertama pelaksanaan Program Penyasaran Subsidi RON95 dan tindakan yang kerajaan ambil dalam menyelesaikan isu berbangkit terutamanya golongan pemandu teksi lapangan terbang, pemandu e-hailing dan pengguna bot sungai berhubung kelayakan mereka di bawah BUDI95.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Perdana Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih kepada Bukit Bendera kerana soalan itu menunjukkan keprihatinan kepada semua kalangan rakyat. Saya nak jelaskan bahawa kalau kita ikut cadangan awal Bank Dunia, penyasaran subsidi bermakna kita naikkan harga ikut pasaran, kemudian berikan suntikan wang tunai.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tetapi sepertimana saya jelaskan di Dewan ini, Jemaah Menteri memutuskan untuk menolak cadangan itu dan menggunakan pendekatan yang kita amalkan sekarang iaitu tidak mengenakan, tidak menaikkan harga, malah menurunkan harga minyak bagi rakyat. Walaupun Arau ada menyinggung kononnya sebab turun Anwar.
Saya, yang penting turun minyak. Ya. Dan sekarang ini, sibuk nak turun orang lain pula.
[Dewan ketawa]
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, alhamdulillah setelah satu bulan pelaksanaan, kita lihat kejayaan membanggakan. Terima kasih Pendang kerana turut mendoakan walaupun ada sedikit sindiran.
[Dewan ketawa]
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Itu biasa. Alhamdulillah. Baik. Subsidi petrol RON95 menggunakan pendekatan BUDI95, dia jadi mudah dilaksanakan. Dan sekarang ini, pilihan digital telah meningkat dan sendirinya memberikan latihan pendedahan kepada rakyat menggunakan aplikasi Setel, TNG eWallet dan lain-lainlah ya.
Kemudian, dengan mengenakan RM1.99 sen seliter, tentunya jauh lebih rendah dan diterima baik. Dan saya ucap terima kasih kepada rakyat yang memberikan kerjasama dan membantu, malah banyak juga yang melaporkan sekiranya ada kebocoran dan ketirisan, penyeludupan. Ramai rakyat yang melaporkan kepada pihak berkuasa. Jadi, ini memerlukan lesen memandu sah walaupun dia ada kontroversi sedikit tapi sekarang orang dapat terima kerana ia lebih transparent ataupun telus.
Setakat Oktober, untuk bulan Oktober, 13.1 juta rakyat telah gunakan dan belanja RM2.6 bilion RON95 bersubsidi. Jadi, subsidi kerajaan kepada rakyat RM800 juta, setakat pelaksanaannya. Baik. Soalannya, apakah 300 liter mencukupi? Kalau kita lihat purata untuk penggunaan bulan Oktober, purata jumlah liter ia adalah 98 sahaja iaitu 33 peratus daripada kelayakan. Yang membelanja lebih 300 liter, 0.7 peratus. Termasuk orang berulang-alik ke rantau, itu maknanya jumlahnya meningkat. Tapi ini 0.7 peratus.
Tapi kita dah meluaskan umpamanya kemudahan ini kepada nelayan yang tidak mempunyai lesen memandu dengan kerjasama dengan LKIM, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak. Setakat 31 Oktober, 24,000 pengguna bot berdaftar tanpa lesen, tanpa lesen memandu telah diluluskan. 24,000 pengguna bot.
Jadi, untuk Oktober, e-hailing aktif dinaikkan daripada 300 liter kepada 600 liter. Berapa yang dapat? 58,000 pemandu e-hailing layak menerima sehingga 600 liter sebulan.
[Tepuk] Baik, ada lagi yang rakan-rakan, anak-anak kita daripada e- hailing katakan masih belum cukup. Jadi, kita sekarang mengkaji kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan, saya nak umumkan di sini bersetuju
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
meningkatkan had kelayakan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada sehingga 800 liter sebulan.
[Tepuk] maknanya 5,000 kilometer. Ya. 5,000 kilometer tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pada masa yang sama, kerajaan turut bersetuju supaya teksi lapangan terbang turut disenaraikan sebagai kenderaan yang layak menerima petrol RON95 bersubsidi di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).
Ada yang membangkitkan soal OKU― saya ingat Kota Melaka yang isterinya orang asing. Kes-kes seperti itu, kes itu telah diselesaikan. Kes-kes sebegitu masih ada ruang untuk membuat permohonan kerana kes-kes itu tidak ramai tetapi kita berikan pertimbangan kerana MADANI ini dia ada ihsan dan kemanusiaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tan Sri Speaker. Izinkan saya merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta seluruh Jemaah Menteri atas usaha berterusan dalam memastikan inisiatif seperti BUDI95 benar-benar membantu rakyat yang memerlukan. Tidak nafi, penyasaran subsidi seperti ini merupakan satu usaha yang penting.
Namun begitu, izinkan saya bertanya. Dalam belanjawan, kerajaan telah mengumumkan bahawa penyasaran subsidi RON95 akan diberikan kepada 85 peratus rakyat. Namun, mengapa akhirnya kerajaan memutuskan untuk melaksanakan BUDI95 yang memanfaatkan semua warganegara Malaysia termasuk juga golongan T15?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Dia masalah pelaksanaannya, Tan Sri Yang di-Pertua. Bila kita letak T15, kalau kita letak target mulanya RM13,000 sebulan, kemudian RM20,000 sebulan, itu masih menekan golongan kelas menengah atas. Jadi, kita nak naikkan RM50,000 sebulan atau lebih kurang, tapi itu jumlahnya sangat kecil. Jadi, dari segi penguatkuasaan, kos penguatkuasaan itu tinggi. Jadi, sekarang ini pandangan kita, kita jalankan ini dulu dan kalau ada keperluan di masa akan datang di mana sistem itu lebih mantap, maka boleh kita kenakan tetapi bagi yang benar-benar tinggi atau kenderaan betul-betul mewah. Itu masalah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kerana, setakat ini pun, penjimatan kita adalah sekitar RM2.5 bilion. Ada yang mengatakan bahawa ini lebih rendah daripada yang disasarkan pada peringkat awal mengikut kajian Bank Dunia. Saya tidak setuju sebab kita lihat penyelarasan subsidi dari keseluruhan. Dari diesel, RM5 bilion kita selamatkan. RM5 bilion itu kerana banyak dalam sistem lama itu terlalu banyak penyeludupan dan ketirisan.
Dari elektrik, RM6 bilion. Dari ayam― pengapungan RM1 bilion. Dari telur, RM1 bilion. Jadi, bagi mengikut pendapat saya, ini sudah cukuplah bagi kerajaan supaya kita laksanakan dengan hati-hati supaya tidak membebankan rakyat. Kerana dalam kes-kes seperti yang saya sebutkan tadi, dia tidak melibatkan 85 peratus tapi dalam kes itu lebih senang digunakan, beda dengan penyasaran subsidi minyak petrol ini.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Silakan...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
...Kubang Pasu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tuan Yang di-Pertua
Kubang Pasu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tak. Saya.
Seorang Ahli
Soalan Tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Oh, soalan tambahan?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya nak ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang— saya memang ikhlas berdoa, yang kita ni orang utara ini, hok yang apa ini, gencok sikit-sikit itu memang kita ini selalu melawak.
Tuan Yang di-Pertua
Teruskan soalan ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Dak. Pasal tadi, Tan Sri, Yang Amat Berhormat sebut sama saya. Jadi, saya kena bangkit benda itu.
Jadi, saya nak sebut berkenaan dengan pelaksanaan subsidi ini, terutamanya saya nak menyentuh berkenaan dengan BUDI95. Kita rasa walaupun pelaksanaan BUDI95 ini bertujuan untuk memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, persoalannya, bagaimanakah kerajaan menilai keberkesanan
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
dasar ini dalam konteks tekanan luaran seperti tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap barangan Malaysia yang secara tidak langsung meningkatkan kos pengangkutan dan logistik?
Adakah kerajaan mengambil kira faktor tarif antarabangsa ini dalam mekanisme semakan semula kadar subsidi bagi memastikan pemandu e-hailing, teksi dan nelayan sungai tidak terus menanggung beban berganda akibat kesan global ke atas harga barang bahan api dan barangan keperluan?
Saya nak sentuh juga berkenaan dengan PETRONAS. Ini kita jadikan sebagai trading company untuk buy and selling, dengan izin, buy and selling goods from US. Dan, adakah ini termasuk LNG yang menjadi satu elemen dalam perjanjian ini, adakah ini memberi kesan kepada hasil negara ataupun revenue negara apabila ada yang kita senaraikan kosong sehingga 19 percent ini yang tidak dicukaikan?
Yang kosong percent ini. Adakah perkara-perkara ini, kita minta kerajaan senaraikan juga perkara-perkara yang tidak dicukaikan ataupun yang cukai kosong peratus hingga 19 peratus. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih, Pendang. Lama tak dengar perkataan gencok. Gencok ini, orang Kedah― Tan Sri Yang di-Pertua tahu. Tapi, bagi makluman yang lain, gencok ini maknanya menari sikit-sikitlah...
[Ketawa] Baik. Saya dah umumkan tadi untuk e-hailing, teksi, nelayan, itu sudah dikecualikan dengan memberikan peluang kepada mereka tanpa menggunakan harga pasaran.
Tapi, apakah kesan tarif, bila dilaksanakan itu, menyebabkan kita perlu kaji?
Tentunya kita sedang pantau kesannya, kerana tarif walaupun diturunkan tetapi dikecualikan banyak item. Banyak yang dapat pengecualian. Semikonduktor yang besar. Yang kita paling bimbang ialah semikonduktor dan juga kelapa sawit. Itu, setakat ini, dikecualikan. Tetapi, kita masih pantau apa kesan dari segi kos. Kiranya meningkat, tentunya kerajaan patut kaji semula beberapa dasar supaya tidak membebankan rakyat.
Soal PETRONAS dan LNG, saya telah dijelaskan sebenarnya. Ini bermula dah lama, termasuk semasa rakan-rakan dalam kerajaan. Telah dirunding, telah ada import. Jadi, bukan perkara baru. Cuma, sekarang ini apa yang dilakukan ya, Ketereh― Pendang. Sorry. Yang dilakukan ialah menyenaraikan semua yang lalu.
Umpamanya, MAS. Bila MAS beli Airbus dan Boeing, itu keputusan lama.
Rundingnya sudah dua, tiga tahun tetapi dimeterai sebelum tarif ini.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Jadi— tetapi, soalnya, mengapa dimasukkan ini semua? Kerana kita dalam hujah kita dengan Amerika Syarikat, kita nak terangkan ini. Jangan dia kenakan hal- hal yang baru. Kita kata dah kita beli ini. Jadi, Google. Jadi, LNG ini saya tengok rekod dari 2018 masa mantan Perdana Menteri, ketua saudara-saudara sekaranglah, itu sudah diadakan perjanjian. Kemudian ditingkatkan tahun demi tahun. Jadi, kita kemudian catat untuk keperluan kita untuk tahun-tahun akan datang.
Saya nak jelaskan sekali lagi ya. Sama ada Google, Microsoft, Nvidia, spare parts itu diperlukan oleh syarikat-syarikat Amerika. Tidak ada kaitan dengan kita.
Kerajaan tidak. Tetapi, syarikat kerajaan ada. Termasuk milik kerajaan― PETRONAS. Tapi, bukan perkara baru. Kita catat berdasarkan apa yang sedang diselenggarakan oleh kerajaan sekarang dan kerajaan terdahulu. Saya tegaskan sekali lagi, Pendang, LNG ini diputuskan awal. Kita hanya mencatat kadar import yang meningkat keadaan sekarang, keperluan sekarang. Itu dia dua hal yang mesti diberi penekanan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Tan Sri Speaker. Pulai ucapkan terima kasih dan tahniah berkenaan dengan masalah OKU tadi. OKU ini bukan sahaja isteri yang warga asing, contoh tadi, tetapi sebenarnya ada sebahagian lagi mereka gunakan kenderaan anak mereka tapi OKU itu tidak ada lesen kenderaan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Jadi, kalau kerajaan memberi pertimbangan ini sangat baik kepada mereka ya. Mungkin tak sampailah RM300 tapi ikut kuota yang bersesuaian. Soalan saya di sini adalah, PMX dah sebut tadi berkenaan dengan penjimatan.
Jadi, itu pada tahun ini dengan perubahan-perubahan bahan mentah ini, apakah jangkaan kerajaan penjimatan pada tahun depan? Dan satu lagi juga, apakah dengan kejayaan dalam BUDI95 ini, kerajaan bercadang untuk beri pula kepada BUDI Diesel pula? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Silakan PM.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Pulai. OKU, benar saya ingat tadi saya jelaskan hanya untuk OKU yang suaminya atau isterinya atau orang asing, tapi saya setuju dengan Pulai bahawa kalau untuk OKU, sama ada anak atau mungkin sahabat yang membantu atau pekerja, itu semua harus dikemukakan dan saya percaya perkara ini akan dipermudahkan ya. Mungkin kita senaraikan satu borang khas untuk OKU untuk tidak membebankan mereka.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya katakan untuk penjimatan, walaupun dimasukkan jumlah ini sangat kecil keseluruhannya OKU, saya masih jangka sekitar minima RM2.5 bilion. Jadi, kita tidak bercadang untuk membuat apa-apa perubahan dari penyasaran yang sedia ada kerana dianggap ada kejayaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Kubang Pasu.
2. Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail [Kubang Pasu]: Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya nak baca soalan, boleh saya nak ucap setinggi tahniah kepada Yang Amat Perdana Menteri dan juga Menteri Luar atas kejayaan Summit ASEAN baru-baru ini.
[Dewan riuh]
Soalan saya Tan Sri Yang di- Pertua:
(a) apakah kejayaan dan faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025; dan
(b) apakah hasil yang telah diperolehi oleh Malaysia dari mesyuarat pemimpin-pemimpin ekonomi APEC (AELM) yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri sendiri di Korea Selatan baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kubang Pasu. Mengenai ASEAN, sebahagiannya telah saya jelaskan di sini, tetapi dalam beberapa hal yang kita anggap sangat bermanfaat kepada negara dan kepada ASEAN adalah berdasarkan moto kita keterangkuman dan kemampanan. Itu nampak diterima secara konsensus.
Kemudian bagi kita, penerimaan Timor-Leste itu satu kejayaan baik bagi negara atas ikhtiar Kementerian Luar dan penerimaan dari semua negara-negara lain. Tidak mudah sebenarnya tapi proses itu mengambil masa dan hujahan kita akhirnya diterima. Itu satu, baik.
Keduanya, ASEAN 2045: Our Shared Future, ini maknanya di Malaysia lah diletakkan wawasan bagi ASEAN yang diterima oleh semua negara-negara ASEAN dan dalam perbincangan dengan negara-negara lain, nampak mereka melihat, meneliti, menelusuri peruntukan-peruntukan yang ada dalam vision 2045. Kemudian tentunya yang saya sebut di antara alasan kehadiran Presiden, Donald Trump itu kerana juga selain daripada undangan ASEAN, kerana Kuala Lumpur Peace Accords di antara Thailand dan Kemboja. Dan Myanmar Five-Point Consensus, kita cerita, jelaskan tentang kemajuan. Banyak yang tidak mengikut perkembangan ini. Walaupun tidak ada penyelesaian muktamad Tan Sri Yang di-
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Pertua, yang penting bagi kami mengenai Myanmar ini ialah menghentikan serangan ganas. Walaupun ada sedikit, tetapi bayangkan dalam setahun yang lalu, ini paling terkawal terutama serangan bagi minoriti termasuk Rakhine, di mana didiami majoriti oleh penduduk Rohingya.
Kemudian, Triti Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara yang memasukkan Algeria, Uruguay dan Finland. Pertama kali kita anjurkan ASEAN-GCC negara Teluk Arab dan China. Ini menunjukkan sekali lagi saya kata centrality. Ini juga menjawab tohmahan tentang kita mirip ke China atau ke Amerika Syarikat kerana centrality itu kalau tidak begitu tak mungkin. Bayangkan ASEAN-GCC-China itu kita pelopori ya, dan ada yang bertanya mengapa negara China, tidak Amerika dan lain-lain tapi itulah jawapan dia, centrality.
Kemudian, pelaksanaan inisiatif sebagai ASEAN Power Grid, itu besar Tan Sri Yang di-Pertua, kerana kita perlukan alternatif energy dalam dasar transisi tenaga dan ini dapat dimeterai dan di peringkat akhir ASEAN Digital Economy Framework Agreement (DEFA).
Jadi, ini sebagai rumusan daripada beberapa yang kita jelaskan dalam ASEAN. APEC ini kena ingat ya, APEC 21 negara ini biggest trading block in the world kerana dia menguasai 61 peratus daripada perdagangan dunia— 61 peratus daripada GDP, KDNK dunia. Itu dalam APEC.
Dan kita gunakan juga melalui APEC dan ASEAN, untuk meningkatkan Intra- ASEAN Trade, kerana sekarang ini sangat rendah, 22 peratus. Apa langkah yang dibuat sekarang? Kita gunakan QR payment dan cash transfers, Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Kemboja. Mula lima negara telah melaksanakan dan dengan APEC— alhamdulillah, mereka ikhtiraf peranan Malaysia dalam sidang ASEAN, ramai yang menyebut hal yang demikian.
Tetapi yang penting persetujuan ini ialah inisiatif AI APEC. Inisiatif AI APEC ini kita masukkan soal nilai dan soal kemanusiaan dan soal jati diri negara masing- masing. Tidak boleh dipaksakan berdasarkan kerangka program kaedah yang ditentukan oleh negara luar.
Ini dari segi keputusannya diterima, maknanya tidak boleh kita diharapkan untuk menerima sepenuhnya dan inilah yang juga saya bincangkan dengan pengasas Nvidia, sekarang ini dah USD5 trilion, orang terkaya di dunia yang menemui saya di Korea baru-baru ini. Bagi Malaysia, 80 peratus daripada jumlah, seluruh jumlah perdagangannya adalah di negara APEC. Jadi untuk itu, Kubang Pasu ya, kita mesti berikan penekanan. Ini survival negara kita, kerana 80 peratus.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Dan tuan rumah Presiden Republik Korea, Lee Jae Myung serta pemimpin ekonomi lain sempat dalam perbincangan-perbincangan itu untuk faedah negara Malaysia peningkatan perniagaan perdagangan dan kita juga ambil kesempatan, umpamanya bicara soal rare earth, nadir bumi kerana perbincangan ini banyak seolah-olah dengan Amerika Syarikat tidak benar. Rare earth yang kita bincang itu dengan Korea.
Jadi, ada Lynas, Australia dan dengan Korea untuk meningkatkan kegiatan apa yang disebut super magnet di Kuantan, di bersebelahan dengan projek Lynas.
Kerjasama di antara Lynas dan syarikat Namhae Chemical Corporation. Itu mereka sudah pun bermula akan beroperasi, saya bercadang hari Ahad yang lalu untuk menjenguk ke sana tapi tak sempat.
Baik, jadi, bagi saya oleh yang demikian, program kerjasama rantau ini penting. Malaysia adalah negara dagang jadi untuk ASEAN, untuk APEC dan kita tingkat juga RCEP yang kita anggap penting. Inilah kali pertama yang kita hidupkan semula RCEP kerana dia akan memberi faedah dan keuntungan kepada Malaysia sebagai negara dagang dengan negara-negara yang berkenaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tan Sri Yang di-Pertua, sebelum saya nak mengemukakan soalan tambahan, saya nak buat pengumuman sikit. Sama-sama kita mengalukan kehadiran 40 orang pemimpin muda wanita yang hadir untuk program Commonwealth Parliamentary Association Malaysia Female Future Leaders Programme ke Dewan Rakyat. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang fungsi Parlimen dan peranan Ahli Parlimen dengan objektif untuk meningkatkan bilangan wanita sebagai Ahli Parlimen di masa akan datang.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya hanya nak mengemukakan soalan tambahan saya ini mengenai dagangan di kalangan negara-negara ASEAN inter-trade. Yang APEC, Tambun dah bagi dengan begitu jelas. Nilai perdagangan antara negara ASEAN ini dia berada pada tahap 20, 22 peratus semenjak tahun 2000, tak pernah meningkat. Sedangkan kalau kita ambil dengan ASEAN-Plus Three dengan China, Korea 43 peratus. Tinggi. Dengan Europe ialah 61 peratus. Saya bagi contoh Asia dengan China. Saya bagi jumlah ya. Asia-China, Asia-Amerika, Asia-Jepun, Asia- Korea Selatan, dia dua trilion daripada jumlah USD3.5 trilion sepertinya more than 65 percent daripada jumlah dagangan ASEAN.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Sasaran kita macam disebutkan oleh Tambun tadi ialah *ASEAN community.
Target* kita 20, 45. Angka ini akan mencecah 40 peratus intra-ASEAN trade.
Sungguhpun terdapat FTA, tarif sifat antara negara-negara ASEAN ini tapi ia masih rendah. Soalannya yang Tan Sri Yang di-Pertua, apakah pindaan yang dibuat terhadap ASEAN Trade in Goods Agreement pada mesyuarat ASEAN baru-baru ini bagi mempertingkatkan intra-ASEAN trade dan bagaimanakah Malaysia melalui kesatuan dan kesepaduan ASEAN dapat mempertingkatkan nilai dagangan ASEAN, hasil daripada pindaan ini.
Seterusnya Tan Sri Yang di-Pertua untuk mempertingkat nilai dagangan dan intra-ASEAN ini yang terbaik sekali ialah dengan memperkukuhkan intra-regional FDI rentas sempadan melalui rantaian nilai global dan deeper integration of industrial upgrading dengan izin. Soalannya Tan Sri Yang di-Pertua, apakah langkah yang akan diambil oleh negara-negara ASEAN yang dipengerusikan oleh Malaysia sebelum ini bagi mempertingkatkan pelaburan intra-ASEAN dan sekali gus mempertingkatkan nilai perdagangan intra-ASEAN? Sekian, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Silakan Perdana Menteri.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih Kubang Pasu. Kita masih pengerusikan ASEAN sehingga 31 Disember. Baik. Seperti yang saya jelaskan di antara apa yang kita anggap sebagai kekurangan atau kelemahan ASEAN ini ialah penumpuan kepada soal perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN. Jadi, bila kita mengemudi ASEAN awal tahun ini, ini yang menjadi target kita.
Sebab itu kita tingkatkan umpama yang saya katakan QR payment yang saya sebutkan tadi Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Cambodia. Itu memudahkan penggunaan pembayaran dan penggunaan local currency. Ini paling berjaya dengan Thailand dan Indonesia. Kita nak kembangkan.
Kedua, bila kita ada— saya percaya sebaik sahaja bermula ASEAN Power Grid ini daripada Vietnam dan fasa pertama terus ke Kelantan dan turun ke Johor, ke Singapura, dia itu akan menjana perdagangan tambahan, penggunaan tetapi yang ditekankan dalam ASEAN dalam beberapa mesyuarat, pelancongan, pelaburan, perdagangan dipermudahkan umpamanya kegiatan sempadan. Akhir bulan ini, mesyuarat di antara agensi-agensi sempadan untuk permudahkan laluan, menghentikan penyeludupan tapi memudahkan laluan. Itu di antara langkah- langkah.
Saya setuju dengan Kubang Pasu sebenarnya, sebagai satu badan rantau kita agak kurang meningkatkan, memusatkan kerana kita terlalu terikat dengan soal
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
geopolitik, soal Laut China Selatan, soal hubungan dengan negara-negara luar terutamanya Amerika Syarikat dengan negara China, masalah Myanmar. Jadi penumpuan terhadap perdagangan tapi tahun ini mesyuarat Menteri Perdagangan, Menteri Kewangan, Pelancongan dan termasuk sempadan dari segi sekuriti itu ditingkatkan. Mudah-mudahan kita dapat saksikan perubahannya.
Tapi, di perdagangan ini oleh kerana disinggung, saya nak sebut di sini tentang apa isu yang hangat di sebelah sana iaitu tentang perjanjian perdagangan ini kerana ini terkait dengan bukan sahaja dengan Malaysia, dengan ASEAN.
Tan Sri Yang di-Pertua, negara China yang gergasi ekonomi baharu ini pun masih berunding soal tarif dengan Amerika Syarikat. Kita tidak terkecuali. Ini soal menyerah, soal khianat, soal gadai, soal penjajahan baru ini. Ya lah. Nak suruh turun sekali pula. Saya berapa kali suruh turun. Sudahlah. Baik tetapi yang saya nak tekankan di sini ialah masalah hubungan Amerika dengan China soal perdagangan.
Itu rundingannya di sini, di Kuala Lumpur. Pasukan China dan Amerika tiga hari tiga malam berunding di Kuala Lumpur sebelum penemuan Presiden Trump dan Presiden Xi Jin Ping baru-baru ini. Jadi, ada juga jasa dan khidmat kita.
Saya nak sebut di sini satu peruntukan sahaja yang sangat penting. Ini peguam-peguam sana pun tahu ya. Section 5, Economic and National Security. Ada yang bangkit tak sebut sovereignty. Ini national security ditekankan. Tidak umum begitu sahaja. Peguam Negara bagi penjelasan peruntukan ini komprehensif. Dia mengikat semua peruntukan-peruntukan lain. Dengar baik-baik ya.
Jadi yang ditekankan ya. Pertama, time line. A time line for implementation that is acceptable to both parties. Waktu yang ditetapkan yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak. Satu apa dia? A shared economic maknanya ada interest kedua- dua pihak. National security concern. Jadi kita ada juga pertimbangan keselamatan negara kita. Kalau kita rasa menjejaskan keselamatan negara kita, maka kita tidak boleh menerima pakai. Guided by principles of goodwill and a shared commitment to enhancing bilateral relations. Jadi, kita terima. Perlu bilateral relations. Itu satu.
Cukup kuat tapi tak cukup, kita tambah lagi. Malaysia shall adopt and implement measures in accordance with its domestic laws and regulations. Jadi, kalau semua peruntukan kita bercanggah, tak boleh. Jadi, soal pertama mengapa ada rundingan? Sebagai negara dagang kita kena ada rundingan. Negara China sendiri pun ada rundingan. Eropah pun ada rundingan. Baik. Apakah yang menyebabkan kita menyerah semua? Tak betul. Bacalah.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Banyak peguam-peguam sana teliti betul-betul. Apakah yang memenuhi 100 peratus kehendak kita? Tidak. Terpaksa ada give and take dalam semua FTA.
Apakah ia menyebabkan kita ini jadi negara boneka Amerika? Kalau betul negara boneka Amerika, sehari selepas yang kita tidak akan tandatangani FTA yang dipelopori oleh Malaysia, ASEAN negara China dan negara China terima baik. Sebab itu saya katakan ya lah tapi soal politik soal lain. Tapi kalau soal perjanjian bagi saya ini cukup mengikat.
5.2 Domestic Regulatory Process. Do not backfill or undermine these controls. A manner consistent with applicable requirements of domestic laws and regulations. Itu 5.22. 5.3 Duty Evasion Cooperation. Makna kalau di sana evade tak boleh, di sini pun evade tak boleh. itu sebahagian yang lain telah diterangkan dengan jelas oleh Menteri MITI.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
Saya hanya ambil kesempatan Kubang Pasu ya, cuma walaupun Kubang Pasu kata dah jelas tetapi Kubang Pasu itu pasal dia arif, jadi kerana dia terlatih dalam bidang ini. Ini kerana yang tak terlatih ini, dia pakai hukum orang saja. Ini masalah sahabat-sahabat, kita kena nasihat sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau dapat lagi?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih. Saya nak ucapkan tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri dan juga team MO— apa ini, Kementerian Luar Negara dan juga team MITI kerana berjaya mendapat satu— menjayakan, berjaya menganjurkan ASEAN Summit dan juga mendapat satu trade deal yang sangat, saya rasa fair trade deal untuk Malaysia.
Saya juga kesian kepada Perdana Menteri kerana bertungkus lumus bekerja sehinggakan sakit. Saya rasa rakyat di luar sangat menghargai pengorbanan Perdana Menteri dan kita harap Perdana Menteri *get well soon.
[Tepuk]* Jangan overwork.
Malaysia juga berjaya mendapat, menandatangani Agreement on Reciprocal Trade dengan US dan itu telah memberi kestabilan kepada pasaran, bilateral trade di antara Malaysia dan juga US. Namun di luar sana, ahli-ahli politik ya, pembangkang terutamanya memainkan isu tentang mereka bandingkan Malaysia dengan ART Malaysia dengan ART Cambodia.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Bolehkah Perdana Menteri terangkan sedikit kerana kita tidak mahu mereka memainkan isu out of context? Kerana kita kena tengok keseluruhan kerana— apa ni, perbincangan, negotiation itu memang berbeza antara satu negara dengan satu negara lain.
Yang terpaling penting, kalau boleh Perdana Menteri terangkan kebaikan ART ini ya kepada rakyat Malaysia dari segi peluang pekerjaan, dari segi ekonomi dan juga apa ni, kalau kita tidak sign ART ni, apakah yang akan— implikasi kepada ekonomi Malaysia? Saya minta supaya Perdana Menteri jelaskan kepada rakyat di sana supaya mereka boleh faham dengan lebih, lebih faham tentang isu ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Saya telah jelaskan sebahagian. Terima kasih Bayan Baru ya. Sebahagiannya, umpamanya undang, mengundang Presiden Donald Trump atas nama ASEAN dan lihat beberapa kenyataan, dia telah melawat banyak negara bukan soal sambutannya. Tak apalah, yang kata buat apa nak menari seolah satu kesalahan besar. Yang curi berbilion Ringgit tak apa. Ini masalah sebahagian dari pembangkang.
Baik, tetapi bila yang masalah itu dibesarkan. Tetapi, saya nak sebut satu perkara yang tak boleh dimungkiri. Hebat bagaimanapun saudara bicara iaitu kita gunakan peluang itu, kalau saya kata dalam private conversation dalam the Beast sudah boleh pertikai tetapi openly. Bukan sekali, tiga kali secara terbuka. Saya tak sebut 20 point, 21 or 20 point consensus ataupun penyelesaian Presiden Donald Trump. Kita sebut comprehensive solution Soal Gaza ini mesti ada penyelesaian komprehensif. Nak sebut apa lagi? Itu dah maksima. Lihat dari kunjungan-kunjungan dia kepada negara-negara lain.
Negara mana yang sebut depan Trump itu? Saya sebut kerana saya mewakili Malaysia ya.
[Tepuk] Saya tak minta itu penghargaan tetapi maki hamun atas nama agama. Saya menyampah betul, Tan Sri kerana dia tak peduli fakta, asalkan dia daripada parti lain terus dikecam.
Dia mendewakan orang yang batalkan peruntukan agama yang jelas-jelas sekular, yang menentang syariat Islam. Itu sekarang dipuja, jaja.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua, apa kaitan dengan soalan ini Yang di-Pertua?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tetapi saya nak sebut perkara ini.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apa kaitan dengan soalan tadi?
Ini...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Biarlah saya jawab dulu.
Seorang Ahli
Duduklah, duduklah.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Duduklah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Tak sabar langsung.
Tuan Yang di-Pertua
Hulu Terengganu, chill.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Hulu Terengganu ini memang susah sikit nak dikawal. Baik, jadi saya nak sebutkan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Apa itu? Kurang jelas. Kurang jelas. Apa dia?
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Hulu Terengganu terasa ke? Hulu Terengganu, duduklah. Jangan terasa.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terasa, terasa.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Tambun tak sebut nama pun.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Kalau terasa, duduklah.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Duduklah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Memang patut terasa Yang di-Pertua. Baik, saya nak sebut di sini, itu yang pertama. Jadi hubungan ini agreement je satu part tetapi boleh nafi ke tidak? Presiden Trump melawat berapa negara? Berapa negara yang sebut depan Presiden Trump kita perlu comprehensive solution. Depan muka dia.
[Tepuk] Jadi, ini yang kita lakukan. “Hmm, tak ada, tak ada.” Apa benda jerit macam itu? Dengarlah dulu. Saya tanya ada ke tidak negara lain cakap macam itu depan, berdepan? Yang belakang banyak, pergi dekat kampung dekat Hulu Terengganu boleh jerit. Ini depan Presiden Trump. Jadi, itu satu saya sebut.
Soal perjanjian. Ada tak negara yang tak mahu ada perjanjian dengan Amerika Syarikat? Tidak ada. Apakah mudah? Tidak mudah. Kita mengadakan rundingan dengan gergasi dunia ekonomi tetapi negara China pun juga. Tetapi yang penting yang saya nak sebut di sini, sementara kita jelaskan beberapa hubungan yang bangkit umpamanya macam rare earth dengan negara Amerika Syarikat. Kita kata tidak eksport. Itu satu keputusan yang baik tetapi kita tidak boleh tuntut masing- masing negeri untuk terima.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kita boleh halang eksport tetapi soal syarikat itu, negeri boleh putuskan. Tak mahu Amerika, boleh dengan China. Tak boleh dengan China, macam Pahang buat dengan Korea. Apa masalah dia? Mana negeri yang nak pilih, nak ambil syarikat Amerika, rundinglah tetapi yang setakat ini Perak buat dengan negara China. Pahang buat dengan negara Korea. Tidak menolak kemungkinan itu.
Jadi, itu yang saya sebut tadi tentang faedah kerana kepentingan ekonomi kita kena jaga negara dagang ya. Kita boleh berselisih pendapat. Saya nak tanya, apakah boleh kita menolak sama sekali? Ya, keputusannya boleh tetapi apakah kesan kepada ekonomi? Tapi apa yang kita menyerah? Saya beritahu tentang tadi beberapa klausa peruntukan yang membantu kita untuk berunding terus ataupun tidak berundur daripada menjaga kepentingan negara.
Ini soal ekonomi, peluang pekerjaan, semua orang tahulah ya. Kalau kita, bagaimana kita boleh tingkatkan digital transformation AI tanpa Nvidia, Google, Microsoft? Saya tidak nampak. Sebab itu negara China sendiri berunding supaya minta supaya ruang dengan syarikat-syarikat semikonduktor dan AI Amerika dapat ada hubungan. Sama ada Amerika berjaya atau tidak itu soal lain kerana ada perang dagang di antara Amerika Syarikat dengan negara China.
Kita dasar centrality, dari segi ekonomi kita baik semua. Ada yang mengatakan kita mengesahkan penganiayaan dan kekejaman, kezaliman kepada Gaza. Saya beritahu pendirian kita tegas tetapi itulah yang maksima yang kita mampu lakukan ialah menyatakan kepada Trump. Soal private conversations antara negara, itu tentu saya tidak beri makluman tetapi percayalah saya lakukan sedaya upaya saya untuk mempertahankan kepentingan Gaza dan Palestine.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, tadi saya janji dengan Arau...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Sekarang Kota Bharu. Sekarang, siapa nak bagi?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Bagi laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Arau nak bagi laluan kepada Kota Bharu? Okey, silakan Kota Bharu.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Tan Sri.
Terima kasih Arau.
Tuan Yang di-Pertua
Nak satu je.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Terima kasih Yang Berhormat Perdana Menteri. Soalan tambahan saya very straightforward mengenai Agreement on Reciprocal Trade (ART) ini. Yang pertama, saya nak minta Yang Amat
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Berhormat bagi penjelasan terhadap satu kenyataan yang dikeluarkan oleh The Edge Malaysia bertarikh 3 November semalam. Tajuknya, tajuknya Yang Berhormat “Malaysia ‘forced’ into US trade talks to protect its export, says Deputy Minister.” Saya mohon baca. *“Kuala Lumpur, November 3. Malaysia had no choice but to enter negotiations with the US over the recent reciprocal trade agreement, as the discussions were driven by Washington's unilateral move and the two sides were not on equal footing. Deputy Investment, Trade and Industry Minister Liew Chin Tong said.” He is here now.
“Much like other export-reliant economies, including Japan, South Korea and China, Liew said Malaysia was “forced” into the talks after US announced the so- called reciprocal tariffs back in April.”*
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
“If you ask me, of course I don't want to negotiate. None of us want to negotiate with the US, not China, not Japan, not South Korea”. But when the US said, “You either follow my rules or I will impose hefty tariffs. Every nation had to decide to negotiate with the US”. He said during his speech at the Malaysian Institute of Economic Research (MIER) Business Conference on the 2026 National Budget, SST and International Trade Updates. Satu lagi paragraph. Liew said, “Malaysia had no desire to enter such talks but had to do so to protect its export markets. This was not an equal partnership. It was a US unilateral action”. He said, “Noting that the same predicament applied to even countries in Europe and East Asia”. Ini bukan Harakah Daily. Ini The Edge, November 3rd, yesterday only. So, saya nak minta penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini kenyataan daripada anggota kerajaan, anggota pentadbiran. Yang pertama.
Yang kedua, straightforward juga. Disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi. Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan satu kenyataan media. Sebenarnya kenyataan media ini kenyataan politik berbentuk politik dari Jabatan Peguam Negara. Sepatutnya Jabatan Peguam Negara sebagai penasihat, the advisor of government, you must give legal opinion on ART. Bukannya kenyataan media macam Menteri, macam orang politik juga.
Saya nak tanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, untuk makluman seluruh negara dan juga Dewan ini. Adakah Memorandum Jemaah Menteri yang diangkat berkaitan dengan ART ini, saya pasti, tentu ada. Adakah mendapat ulasan daripada Jabatan Peguam Negara?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Dan kalau sekiranya ada ulasan, adakah kerajaan bersedia untuk mendedahkan apa sebenarnya legal opinion daripada Jabatan Peguam Negara? Kita tak mahu seperti mana yang disebut oleh Pandan. Tak ada Pandan? Dalam satu posting Facebook-nya, Pandan kata, “Perjanjian AS-Amerika, jangan sapu isu bawah karpet – Rafizi”. Itu penyokong kerajaan. Jadi, saya nak mohon penjelasan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Terima kasih. Yang pertamanya, Timbalan Menteri sebut kita terpaksa mengadakan rundingan. Dengar?
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Baik, dengarlah dulu. Tak sabar langsung. Baik.
Apakah keputusan Amerika itu unilateral? Betul. Amerika itu buat unilateral agreement. Saya bincang panjang dengan Presiden Lula da Silva, Brazil yang kena 50 peratus. Apakah dia bantah? Dia bantah. Kemudian, apakah dia minta ada perundingan dengan Amerika? Ada. Itu siapa? Brazil. Jadi, apakah dia setuju? Dia tak setuju. Apakah dia berunding? Dia berunding. Janganlah cakap berdegar-degar, ini kenyataan. Brazil, Brazil kena 50 peratus. Dia berunding di mana? Baru ini di Kuala Lumpur. Dia minta bertemu setelah unilateral keputusan oleh Amerika Syarikat.
Okey, Cyril Ramaphosa, Afrika Selatan pun begitu. Negara China yang di- imposed unilateral, yes. Sama ada istilahnya ma’quli itu dia mengadakan, tentu sebagai negara China besar, dia tak kata dia dipaksa, tapi dia kata dia bersedia berunding bila Amerika mengambil kesempatan begitu. Jadi, maksud mungkin naratif Timbalan Menteri itu tidak halus betul-betul, tetapi semangatnya betul.
Kita tak setuju 19 peratus. Saya beritahu dalam mesyuarat bilateral, Menteri- Menteri ada, Tok Mat ya? Minta maaf, Menteri Luar ya.
[Ketawa] Ya, saya sebut, *"Mr.
President, I disagree. Just be lower from 19 percent*, 19”. Mula dia kata 25, turun 19.
Saya kata saya setuju? Saya tak setuju. Ya, it has to be lower. Tapi ini unilateral dia.
Baik. Itu konteks dia kena betullah, ya. Maknanya, apakah kita harus? Kalau tanya saya, kita harus berundinglah, tapi istilah Timbalan Menteri dia kata kita terpaksa atau dipaksa berunding. Tak apa lah. Saya akan minta dia fine tune sedikit.
Boleh, boleh. Tapi ini maksudnya, reciprocal tariff yang dikenakan.
Yang keduanya, dalam keadaan begitu kita gunakan sedaya upaya.
Sebenarnya, rundingan itu sebenarnya mengambil masa berbulan-bulan. Dengan team pasukan kita yang keras. Bukan tidak mudah ya. Malah dalam termasuk yang orang cuba pertikai saya sebut soal halal. Oh, dia kata Anwar menyerah Amerika. Itu masih diteruskan walaupun saya dah jelaskan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Saya baru teringat nama Professor Medicine Harvard itu, Profesor Kandil.
Ayahnya pernah bertugas dengan PERKIM. Professor of Medicine Harvard. Kemudian, yang Chairman-nya committee, Shaykh Taha Jabir al-'Alwani, ustaz usul fiqh. Imam masjid, imam masjid yang itu saya ingat betul. Itu kata mereka yang putuskan. Jadi, kalau mereka putuskan, JAKIM ada hubungan, boleh mengesahkan, ada lah. Confidence. Tapi kalau mana-mana badan di mana yang tak boleh kita sahkan, kita tak sahkan walaupun import daging di Amerika itu tersangat kecil tapi kita masih jaga kedudukan kita. Baik.
Saya nak sebut di sini yang dibangkitkan oleh Kota Bharu itu ya. Saya nak sebut. Yang saya sebut exit clause apa dia, 7.4. Dia masalah bila kita baca, kita baca ini ikut selera kita. Kalau baca, baca keseluruhannya. Tak setuju para pertama. Saya boleh beritahu tapi ini masalah antara negara. Semasa berbincang dengan Premier Li Qiang, saya perkara ini. Tapi saya tak mahu sebut secara terperinci, tak elok.
Tetapi, baca keseluruhannya, kerana sebahagian apabila kita baca, kita menimbulkan kebimbangan tetapi sebab itu saya baca tadi 5.1, dan kemudian 7.4, yang penting ini, iaitu enforcement, penguatkuasaan dia. “Nothing in this agreement shall constrain or otherwise prevent a party from imposing international tariffs”. Betul.
Kita boleh kenakan, dia boleh kenakan.
But, untuk apa? “To remedy unfair trade practices, to address import surges, to protect –– ini penting. “To protect its economic or national security”. Ini binding clause bagi kita, kerana “Or for other similar reasons consistent with its domestic law”. Sebab itu soal bumiputera kita pertahankan dan soal kepentingan qualification tentang apa pun penguatkuasaan. Dia tak boleh membelakangkan undang-undang domestik kita. Ya, Arau catat betul-betul. Kalau tidak pakai sergah je. Tak boleh.
Baik. Jadi, tanya soalan yang berikutnya ialah Peguam Negara. Saya nak sebut di sini, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri berulang kali, ini bukan sekali ya, yang akhir pun. Itu ulasan Peguam Negara, itu diperlukan. Tidak ada apa-apa peruntukan yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan peruntukan Dan saya bincang dengan Jemaah Menteri kerana kita tidak mahu ada precedence Peguam Negara itu menasihat Kabinet, apakah harus terbuka? Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara itu kerana mereka teliti. Janganlah kata politik, dia teliti kemudian ini pandangan dia. Tak boleh yang ini, tak boleh yang ini, yang ini boleh, boleh, boleh, kemudian itu dia pertahankanlah keputusan. Apa yang salah, apa yang politiknya?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Kalau kita minta dia buat kenyataan baharu yang untuk mempertahankan kerajaan semata-mata, itu political-lah. Tapi, kalau kenyataan dia itu setelah meneliti dan saya bukan nak pertahankan Peguam Negara tetapi beberapa keputusan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri, kemudian kita ubah suai setelah mendapat input dari Jabatan Peguam Negara. Itu cara kita kerja. Yang kepala dari segi rundingan itu memang dari MITI. Tetapi bila bincang soal halal, JAKIM masuk.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
Bila bincang soal import daging, Kementerian Pertanian masuk. Tapi dari keseluruhannya undang-undangnya, Jabatan Peguam Negara yang dibincangkan dalam Jemaah Menteri ya. Pandan masa itu tidak lagi dalam Jemaah Menteri. Tapi saya nak beritahu, peringkat awal sampai akhir Jemaah Menteri meneliti dan tidak mudah kerana Jemaah Menteri juga tahu akan implikasinya dan beberapa isu dibahaskan.
Tetapi saya tegaskan sekali lagi Tan Sri Yang di-Pertua, dari segi undang- undang dan perjanjian antara negara, Jabatan Peguam Negara itu punyai kedudukan yang agak penting kerana kita tidak mahu tandatangan apa-apa undang- undang yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan atau undang-undang negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Arau tak dapat? PM sebut Arau banyak kali.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya tanya Arau tadi, nak bagi dekat Kota Bharu ke Arau? Done. Okey, terima kasih. Silakan.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kita mulakan dengan saya menjemput Tuan Wong Chen, Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tan Sri Speaker, soalan saya Nombor 1.
1. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mengadakan mesyuarat berkenaan pengumpulan dana bagi pelarian Rohingya di Cox's Bazar, Bangladesh dengan negara anggota ASEAN yang lain memandangkan warga Rohingya juga rakyat ASEAN.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Subang. Berkenaan dengan keadaan kaum Rohingya yang telah pun melarikan diri daripada negara kerana negaranya sendiri tidak memperakukan kerakyatan dan etnik mereka.
Tan Sri, orang Rohingya ini tertekan, mereka dibunuh bukan oleh saja pihak kerajaan sekarang ini tetapi oleh pihak etnik yang lain sehinggakan mereka menjadi sebagai mangsa kepada keadaan. Maka, terpaksa melarikan diri. Ramai yang telah pun melarikan diri ke Bangladesh dan ditempatkan oleh dengan ihsan daripada Kerajaan Bangladesh di Cox's Bazar.
Kita pernah membuat misi kemanusiaan di sana dengan kita menubuhkan hospital, field hospital angkatan tentera di sana dan membawa banyak bantuan ke sana. Sehingga hari ini Tan Sri, keadaan di situ bertambah teruk dan menjadi tempat masalah sosial yang amat, amat teruk.
Ini yang dibincangkan semasa kita dalam Mesyuarat ASEAN, semasa saya mewakili ASEAN sebagai Pengerusi ASEAN Malaysia berbincang dengan Perdana Menteri, Presiden dan juga Menteri Luar, rakan sejawat saya berkenaan dengan hal ehwal orang Rohingya kerana negara kita juga walaupun kita bukan sebagai penandatangan kepada konvensyen pelarian ini Tan Sri, tapi kita dengan ihsan atas perikemanusiaan, kita menempatkan juga mereka sebagai ini, sebagai pelarian.
Dan, UNHCR berfungsi untuk mengalihkan ataupun membawakan mereka ke negara ketiga. Tetapi usaha yang dilakukan ini amat sedikit sekali. Tak sampai pun 5,000 orang yang dibuat untuk ditempatkan di negara ketiga. Tidak semacam semasa pelarian Vietnam dulu. Mereka semua telah pun ditempatkan dan tutup khemah ataupun kem pelarian Vietnam.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Usaha sedang dilakukan oleh berbagai pihak dan semasa perbincangan dengan pentadbiran Myanmar, bertanyakan― saya bertanyakan Tan Sri, bagaimana cara untuk kita mengatasinya? Maka, pentadbiran Myanmar yang baru mengatakan mereka sedang buat apa yang dipanggil sebagai pemutihan untuk menerima kepulangan semula orang Rohingya ini apabila keadaan telah reda dan memungkinkan mereka balik.
Setakat hari ini, mereka telah kenal pasti daripada satu juta orang yang berada di Cox's Bazar di Bangladesh, seramai 300 repatriation punya skim yang dilakukan kerana mereka kata orang Rohingya yang berada di sana itu, sebenarnya bukannya orang daripada Rohingya. Dulu apabila masalah di Bangladesh, mereka itu melarikan diri ke Myanmar dan mereka ini adalah merupakan telah pun menjadi masyarakat di kalangan masyarakat Rakhine.
Jadi, kepada soalan Subang, sama ada kita nak menubuhkan tabung untuk kita membantu Rohingya, kita mendapat banyak dukungan daripada masyarakat antarabangsa, termasuk juga daripada Bangsa-bangsa Bersatu untuk kita pastikan Tan Sri Yang di-Pertua, usaha untuk kita menangani masalah yang dialami yang sedang dialami oleh orang masyarakat Rohingya ini dapat diringankan dan dapat dikurangkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tan Sri Speaker. Sebelum— soalan saya, Profesor Muhammad Yunus, Chief Adviser of Bangladesh kirim salam pada Malaysia. Ketika saya berjumpa dengan beliau bulan lalu di Dhaka, Profesor Yunus pesan bahawa 1.3 juta kaum Rohingya di Cox's Bazar akan menghadapi krisis kebuluran, tak ada makan disebabkan pemotongan dana US8 oleh Presiden Trump kepada United Nations.
Tuan Speaker, matlamat utama kita ialah untuk mencari penyelesaian perang di Myanmar supaya beratus ribu yang duduk di Malaysia sekarang ini, Rohingya boleh pulang ke tanah air dia dan kita kena ingat perang ini bermula dari rampasan kuasa Junta Myanmar. Soalan saya, adakah Malaysia akan menyokong pilihan raya yang akan dianjurkan oleh Junta Myanmar ini pada 27, 28 Disember ini? Sila nyatakan pendirian Kerajaan MADANI. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Memperakukan atau tidak Kerajaan Myanmar sekarang ini, Kerajaan Myanmar ini keanggotaannya dalam
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
ASEAN cuma di peringkat ke pegawainya sahaja. Bila-bila mesyuarat peringkat Menteri dan juga Ketua Negara memang tidak dijemput, Tan Sri Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan pilihan raya dan juga Myanmar ini Tan Sri Yang di-Pertua, Myanmar ini menjadi isu ASEAN dan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, apa jua keputusan tentang Myanmar adalah berasaskan kepada keputusan ASEAN ya. Jadi, ASEAN tegas dalam pendirian kita.
Jika pilihan raya diadakan, pilihan raya mesti diadakan secara telus, secara adil dan secara menyeluruh. Selagi pilihan raya itu tidak lengkap seperti apa hasrat yang telah pun dinyatakan oleh ASEAN, selagi itu adalah amat sukar untuk ASEAN, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN untuk memperakukan sebarang pilihan raya yang tidak adil, yang tidak telus, yang tidak inklusif. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua. Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ketika kita berbicara soal etnik Rohingya ini, kita memahami bahawa tiga negara yang telah pun terlibat langsung dalam isu ini termasuk negara asal Myanmar, Bangladesh yang menjadi penempatan pelarian dan negara kita yang menjadi beban penerimaan pelarian-pelarian yang masuk melalui boat people dan sebagainya.
Jika ASEAN daripada tahun 2021 telah menetapkan jawapan rasmi terhadap krisis di Myanmar iaitu yang disebut Five-Point Consensus (5PC) ini yang merangkumi penghentian keganasan, dialog inklusif, pelantikan utusan khas, akses bantuan kemanusiaan dan lawatan ke Myanmar. Jadi, lima perkara penting yang telah bersetuju. Namun, ketika ini pelaksanaannya sangat lemah dan tidak mendapat kerjasama khususnya daripada negara-negara ASEAN sendiri dan Myanmar itu sendiri.
Apa yang dilihat juga kesan kepada beban di Bangladesh itu sangat ketara, krisis itu. Saya sangat maklum pelarian ini dan ketika sebelum ini saya bekerja di kem ini, beberapa tahun. Dan, isunya ialah bagaimana Malaysia melihat dalam masa kita masih lagi menjadi Kepengerusian ASEAN ini, langkah yang lebih konkrit bagi memastikan pelaksanaan 5PC ini dapat direalisasikan dan mendapat komitmen dengan negara-negara yang lain Begitu juga soal bantuan kepada pelarian di Kem Cox's Bazar ini juga perlu dilihat bahawa kita tidak pun menjadi ketaksamaan tanggungjawab dengan izin, burden sharing ini. Hanya kita dan beberapa negara saja. Tapi negara-negara lain
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
nampak agak mereka melepaskan tangan. Jadi, bagaimana dilihat bahawa bantuan di kem itu juga perlu kerjasama dan komitmen kesemua negara ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Five-Point Consensus ini dinyatakan selepas pada tahun 2021 di mana rampasan kuasa Junta telah diadakan. Maka, mulai daripada tarikh tersebut pendirian ASEAN secara konsensus bahawa sebarang bentuk engagement ataupun apa saja rundingan dengan Myanmar, Myanmar mesti mereka mengikut keputusan ASEAN iaitu mereka mesti menjayakan Five-Point Consensus.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Yang mana pada ketika itu Five-Point Consensus ini pun ditandatangani oleh kepimpinan Myanmar itu sendiri. Jadi, mereka tak boleh mengatakan bahawa mereka tidak terlibat ataupun mereka tidak dilibatkan dalam Five-Point Consensus ini. Ya, Five-Point Consensus ini mereka juga yang menandatangani pada ketika itu, ya.
Jadi, Five-Point Consensus ini Tan Sri Yang di-Pertua bukan susah sangat bahkan dah dijayakan pun untuk mewujudkan special envoy dah ada, engagement dah buat, cumanya yang tak adanya sekarang ini adalah pengurangan kepada kekejaman serangan dan macam-macam dan juga access on humanitarian aid itu masih lagi tersekat-sekat.
Tapi bukan tersekat sahaja disebabkan oleh kerajaan, tapi tersekat juga oleh disebabkan oleh etnik-etnik yang berperang sesama mereka. Banyak akses daripada India, akses daripada China nak masuk, tapi masuk boleh masuk, tapi tak sampai, disekat dan juga tidak sampai kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Jadi, ini yang menjadi masalahnya. Ini yang kita minta, ASEAN minta. Dan mereka telah pun sejak daripada Malaysia menjadi sebagai Pengerusi ASEAN, serangan ganas terhadap— serangan keganasan terhadap kemanusiaan di Myanmar itu dah banyak kurang. Kalau daripada 100 dah jadi 20 peratus sahaja. Itu pun bila saya berjumpa dengan Perdana Menteri mereka, acting president mereka, dia kata, “Bila kami umumkan genjatan senjata, kami pula diserang oleh puak etnik ni”, dia kata.
Jadi, itu masalah dia. Jadi, macam-macam di Myanmar ini, tak macam Cambodia, Thailand ataupun macam di tempat-tempat lain, dia berpuluh-puluh.
Semasa kita mengadakan rundingan dengan puak-puak yang bertelagah ini Tan Sri Yang di-Pertua, dua kali di Kuala Lumpur.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Pertama kali, mereka tak mahu pandang sama sendiri, mereka sesama sendiri bergaduh, berbunuhan. Kali kedua, bulan Mei, boleh duduk dalam satu bilik dan dah berbincang bagaimana cara untuk puak-puak yang berbalah yang berpuluh- puluh tahun ini menyatakan apa— Malaysia, saya minta, Malaysia minta apa wish list mereka.
Itu yang saya sampaikan kepada Presiden Myanmar, this is the wish list. Tetapi dalam bentuk bukan nota, dalam bentuk aide-memoire ataupun dalam bentuk menyampaikan saja. Kita tak boleh menyatakan nota kepada mereka kerana itu deemed as interference in local issues. Kita tak boleh. Kita ASEAN ini kita ada kita punya piagam, tak campur tangan.
Jadi, itu Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan Cox's Bazar. Cox’s Bazar ini di bawah United Nations dan juga di bawah USA. Tapi bila dah berkurang Tan Sri Yang di-Pertua ini masalah. Itu sebab sekarang Jepun, Australia, kita berunding supaya membantu menambah ataupun menokok apa yang telah dikurangkan bantuan-bantuan. Bangsa-Bangsa Bersatu sekarang ini tangan macam diikat kerana tidak ada bantuan kewangan lagi daripada USA ataupun kurangnya bantuan daripada Amerika.
Jadi, ini yang sedang kami rundingkan bagaimana cara kerana yang terseksa, yang menerima kekejaman ialah rakyat biasa di Myanmar. Jadi, bukan mudah Myanmar, bukannya macam tempat-tempat lain kita boleh rundingkan pihak A dengan pihak B. Ini pihak junta dengan berpuluh-puluh puak yang telah berperang begitu lama kerana etnik-etnik yang amat berbeza dan berlainan fahaman. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, seterusnya saya jemput Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Kemaman.
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya soalan yang kedua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
2. Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar [Kemaman] minta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam menyatakan pencapaian sasaran nilai penjanaan pelaburan hijau dan bilangan peluang pekerjaan hijau bagi tahun 2024 seperti yang dinyatakan di dalam dokumen Pelan Strategik NRES 2024-2030 dan cabaran utama yang dihadapi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejajar dengan sasaran yang telah digariskan dalam pelan strategik Kementerian Sumber Asli dan
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kelestarian Alam, kementerian melalui agensi berkaitan seperti Malaysian Green Technology dan Climate Change Corporation (MGTC) telah melaksanakan berbagai inisiatif termasuk penganjuran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (iGEM), pelaksanaan Green Technology Financing Scheme
(GTFS) dan Green Investment Tax Allowance (GITA) serta pengukuhan pelaksanaan Garment Green Procurement atau GGP.
Bagi tahun 2024, nilai penjanaan pelaburan hijau adalah sebanyak RM7.8 bilion meliputi sumbangan daripada inisiatif Green Investment Tax Allowance, Green Technology Financing Scheme dan juga serta exhibition iGEM. Sumbangan ini termasuk komitmen pelaburan yang diraih melalui siri iGEM sejak 2020 yang telah berjaya menjana lebih 10 bilion potensi pelaburan hijau setakat ini.
Dari segi peluang pekerjaan, inisiatif ini telah menyumbang kepada penciptaan lebih dari 2,000 peluang pekerjaan pada tahun 2024. Cumulatively, kita telah menyumbang hampir 34,000 peluang pekerjaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Kemaman.
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar - Kemaman
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan yang sangat baik. Saya percaya bahawa angka-angka yang diperolehi dan dari segi peluang pekerjaan dan juga penjanaan daripada pelaburan hijau itu menggambarkan bahawa apa yang dilaksanakan di peringkat kementerian telah berjaya sikit sebanyak membuahkan hasil. Cuma apa yang saya ingin tekankan juga dalam soalan saya ialah kepada makna sebenar meaning of numbers, hasil daripada teknologi strategik dan tenaga insan yang diperolehi oleh negara kita.
Soalan saya ialah apakah usaha-usaha yang dirangkakan dalam dokumen Pelan Strategik NRES 2024-2030 yang sedang dilaksanakan pada tahun 2025 yang berkait dengan kerjasama rentas kementerian untuk memastikan negara kita bukan sekadar pengguna teknologi atau technology users, dengan izin, tetapi juga kita adalah juga sebagai technology provider? Bagaimana kementerian facilitate dengan kementerian-kementerian yang lain untuk memastikan kita tidak hanya mendapat nombor-nombor atau angka-angka yang menarik tadi tetapi lebih daripada itu lagi? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana Yang Berhormat tahu bahawa kita sebagai sebuah negara kita ada perjanjian yang telah kita commit dalam Paris Agreement yang mana apabila kita
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
membangunkan ekonomi kita ini, kita perlu juga mengambil kira dari segi greenhouse gas yang di-produced oleh country. Jadi, sebahagian daripada effort yang kita letak ini ialah kita menggalakkan bagaimana setiap industri ini yang beroperasi di Malaysia menuju ke arah low-carbon industry. Jadi, sebahagian daripada ini yang perlu kita ada ialah kita mesti ada solution dia iaitu dari segi dua.
Satu ialah nature-based dan lagi satu lagi technology-based. Technology- based ini kita galakkan dengan kita membagi bantuan startup dan sebagainya untuk mencari teknologi-teknologi yang boleh me-reduce-kan atau mengurangkan kita punya carbon emission.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
[Bangun]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kemudian, dari segi nature-based ini ialah bagaimana kita mengadakan polisi untuk pastikan bahawa kita tidak lagi membangunkan negara dengan kita menuju hanya dengan kita buat deforestation.
Jadi, banyak benda-benda yang kita reforest balik kita punya country. Jadi, human resource yang kita nak ini adalah banyak dan sebab itu kita bekerjasama, NRES bekerjasama dengan KESUMA, SOCSO, kemudian kita juga bekerjasama dengan HRD Corp. Kita akan beritahu kepada kementerian ini, apakah bidang- bidang yang kita perlukan.
Kerana sangat penting, kerana bidang-bidang ini contoh dari segi sektor kejuruteraan tenaga boleh baharu. Kita nak that expertise, audit tenaga, sustainable finance, kemudian pengurusan sisa, itu juga kita perlukan kepakaran, pakar life cycle assessment. Kemudian, kita ada bidang environmental, social dan governance.
Kalau dulu semua ini kita tak ada, tapi hari ini pasal kita menuju ke era untuk mengawal alam sekitar kita, maka kita perlukan apa ini talent-talent yang perlu kita keluarkan dalam negara kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan Jempol. Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh kementerian dalam mencapai sasaran ini? Termasuk isu seperti pembiayaan projek hijau, kekurangan kemahiran dalam tenaga kerja tempatan atau kelewatan kelulusan dan juga infrastruktur sokongan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Ya, saya mengaku bahawa salah satu daripada kita punya constraint ialah akses kepada
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
pembiayaan. Kerajaan boleh membiayai kepada projek-projek yang berskala kecil.
Tapi kalau kita nak pergi ke skala besar ini, dia mesti ada dia punya economic value.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Bila ada economic value, maka bank-bank tempatan ataupun bank-bank yang boleh membawa financing yang besar maka mereka akan terlibat. Sebab itu apa yang berlaku hari ini, kita berdepan dengan masalah banyak syarikat-syarikat kecil dan sederhana mereka tidak dapat akses green financing ini.
Yang kedua, saya juga ingin maklumkan bahawa kita juga ada kapasiti tenaga mahir seperti saya sebut tadi ialah keperluan pakar teknikal dalam setiap bidang yang boleh membantu kita, manage kita punya environment ini. Kemudian, kesedaran industri dan masyarakat juga perlu kita buat supaya semua masyarakat yang dalam negara kita ini terlibat secara langsung, memainkan peranan untuk mengurangkan kita punya greenhouse gas dalam negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Saya jemput Tuan Lee Chean Chung, Petaling Jaya. Soalan seterusnya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Soalan saya, soalan tiga.
3. Tuan Lee Chean Chung [Petaling Jaya] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:
(a) bilakah kementerian bercadang membentangkan Akta STI yang baharu serta langkah-langkah segera yang diambil untuk mencapai sasaran dua peratus KDNK bagi perbelanjaan R&D; dan
(b) adakah insentif fiskal atau mekanisme pembiayaan khas akan diperkenalkan untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam R&D.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Menteri.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih soalan dari PJ.
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini ada dua bahagian. Saya jawab bahagian pertama dulu iaitu status pembentangan Akta STI baharu dan langkah segera mencapai sasaran GERD dua peratus. Kerajaan amat komited untuk memacu agenda sains, teknologi dan inovasi negara. Berkenaan penggubalan Akta STI yang baharu, kerajaan sedang melaksanakan satu kajian yang menyeluruh dan mendalam. Proses ini adalah rumit kerana ia memerlukan penelitian daripada
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
pelbagai aspek bagi memastikan akta yang bakal digubal benar-benar berkesan dan kalis masa depan, future proof dengan izin.
Antara aspek-aspek utama yang sedang diperhalusi termasuklah, pertama, kajian perbandingan dan penandaarasan (benchmarking). Kajian terperinci sedang dijalankan terhadap kerangka perundangan STI di negara-negara maju dan serantau bagi mengenal pasti amalan terbaik yang boleh diadaptasi untuk ekosistem STI tempatan.
Yang kedua, keharmonian perundangan. Kerajaan perlu memperhalusi pertindihan fungsi dan peranan antara pelbagai agensi kerajaan dan kementerian berkaitan STI bagi memastikan tidak wujud percanggahan dan pelaksanaan dasar dan mandat pada masa depan.
Yang ketiga, implikasi jangka panjang. Akta ini akan memberi impak besar kepada tadbir urus STI negara. Oleh itu, implikasi jangka panjang terhadap kerajaan termasuk aspek kewangan, sumber manusia dan accountability dengan izin perlu dianalisis dengan teliti.
Keempat, sesi libat urus yang menyeluruh. Proses ini melibatkan sesi libat urus yang meluas bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, pihak industri, badan-badan penyelidikan, ahli akademik dan masyarakat bagi memastikan akta yang digubal bersifat komprehensif, inklusif dan praktikal.
Bagi bahagian kedua iaitu tentang insentif fiskal. MOSTI melalui Cradle Fund akan melaksanakan program khas yang menyasarkan pembangunan tujuh projek berimpak tinggi untuk memperkukuhkan penglibatan sektor korporat termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dalam pembangunan syarikat pemula — dan dalam pembangunan syarikat pemula, sorry. Pendekatan ini bukan sahaja menghasilkan aliran, deal flow yang lebih berkualiti untuk pelaburan modal teroka, malah memperkukuh daya saing syarikat pemula serta menggalakkan perkongsian inovasi di antara pemain industri, korporat dan syarikat pemula tempatan.
Selain itu, mekanisme pembiayaan alternatif melalui Malaysia Science Endowment (MSE) akan turut menyumbang kepada peningkatan GERD yang berada pada tahap 1.01 peratus pada 2022 berbanding dengan sasaran peningkatan GERD pada sebanyak 2.5 peratus menjelang tahun 2030.
MOSTI berharap lebih ramai lagi pelabur akan turut serta melabur dalam MSE bagi memperkukuhkan ekosistem pembiayaan ini. Melalui MSE, individu dan pihak swasta layak untuk mendapat potongan cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Cukai Pendapatan 1967 sedia ada iaitu satu kali ganda potongan cukai untuk sumbangan ke dalam dana rizab MSE. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Petaling Jaya.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang komprehensif tadi. Saya melihatkan bahawa walaupun kegiatan R&D makin kita nampak aktif di negara ini, namun ia nya masih tidak berlandaskan kepada keperluan sektor swasta.
Di negara lain dengan izin mereka gunakan pendekatan [Berucap dalam bahasa Mandarin] , dengan izin, ataupun academic research institution dan industri sebagai tunjang. Jadi, saya lihat yang ini belum lagi dapat diterapkan walaupun kita nampak ada usaha baik daripada contohnya UM Center of Innovation and Enterprise.
Persoalan saya adalah apakah isu kritikal sebenarnya yang dikenal pasti dalam ekosistem STI di Malaysia yang perlu diatasi melalui pelaksanaan pelbagai langkah yang dinyatakan tadi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Speaker. Saya rasa ada beberapa perkara yang ataupun kekangan yang kita masih hadapi dalam ekosistem STI.
Yang pertama adalah tentang perkongsian data R&D. Pada setakat ini, kita tak ada satu mekanisme pelaporan yang mandatori untuk data-data R&D dan perkongsian maklumat masih bergantung pada inisiatif sukarela antara agensi.
Yang kedua adalah kebergantungan tinggi. Apa itu sumber dana daripada sektor awam di mana kita, yang selalu kita kata pembiayaan seharusnya diterajui oleh pihak swasta dengan sasaran 30 peratus dari sektor awam, 70 peratus dari sektor swasta tapi setakat ini kita hanya ada lebih kurang 51 peratus dari sektor swasta. Itu adalah kebergantungan terhadap dana awam yang tinggi.
Yang ketiga adalah kurang antara penyelidikan dan pengkomersialan. Di mana kita ada produk-produk R&D yang bagus tetapi tidak dapat dikomersialkan dengan cepat ataupun tidak dapat menembusi pasaran dengan cepat. Dan itu adalah beberapa faktor ataupun masalah kekangan yang kita hadapi dalam ekosistem STI.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya, bagaimana dasar baharu STI dan sasaran dua percent KDNK untuk R&D ini akan diterjemahkan kepada manfaat di peringkat negeri atau
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
luar bandar? Dan adakah MOSTI akan memastikan geran penyelidikan dan inovasi turut disalurkan kepada universiti awam dan usahawan teknologi di luar Lembah Klang termasuk negeri seperti Perak, Kelantan dan Sabah supaya pembangunan teknologi tidak tertumpu hanya di pusat bandar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Padang Rengas. Saya juga dari Perak, jangan risau.
[Ketawa] Untuk menjawab soalan pertama, kalau kita ada pelaburan kita dalam R&D boleh mencecah dua peratus iaitu satu kali ganda dari sekarang, dia akan memberi manfaat yang besar kepada seluruh negara. Dia tak ada khususnya untuk luar bandar tetapi untuk keseluruhan.
Kita ambil contoh dari luar negara seperti Korea Selatan, mereka melaburkan lebih kurang lima peratus daripada KDNK mereka dan kita boleh nampak tahap teknologi mereka yang begitu tinggi dan mendatangkan pendapatan yang tinggi kepada negara. Itu adalah manfaat GERD, government expenditure on R&D. Yang keduanya, saya boleh jawab dengan memberi jaminan pastinya kita akan memberikan dana ataupun sumber-sumber dengan adil. Kita nak merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dan kita memang ada inisiatif-inisiatif khusus untuk luar bandar juga. Seperti contoh, Cradle, sekarang kita mengadakan jelajah ataupun roadshow ke semua tempat termasuklah tempat-tempat luar bandar di mana mungkin pendedahan mereka tentang agensi kerajaan ataupun program- program pembiayaan awam ini kurang daripada yang di bandar. Itu adalah inisiatif dari agensi. Kita juga ada program-program Minggu Sains Negara ataupun Malaysia Techlympic yang kita memberi tumpuan khas untuk murid-murid ataupun pelajar di luar bandar termasuk di Wilayah Sabah, Sarawak dan lain-lain.
Saya bagi jaminan kepada YB dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini untuk kita memacu perkembangan ataupun pembangunan STI memang kita harus rapatkan jurang antara luar bandar dengan bandar dan kita sedang melakukannya. Sekiranya ada apa-apa cadangan daripada Yang Berhormat, bolehlah bawa ke MOSTI. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Tuan Kalam bin Salan, Sabak Bernam.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih kedua-dua Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 4.
4. Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan saiz hasil tangkapan nelayan supaya hanya ikan dan hasil laut dewasa sahaja boleh ditangkap bagi melindungi hasil laut daripada kepupusan dan menyelamatkan anak dan baka ikan yang masih terlalu kecil untuk ditangkap yang akhirnya menjadi ikan busuk untuk dijadikan baja.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi, salam sejahtera, terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ataupun KPKM, khususnya Jabatan Perikanan Malaysia atau DOF komited untuk memastikan kelestarian sumber perikanan negara bagi generasi kini dan yang akan datang.
Berdasarkan laporan stok sumber ikan di perairan Malaysia, penilaian semasa menunjukkan keperluan untuk memperkukuh usaha pemuliharaan dan pengurusan stok ikan terutamanya bagi ikan demersal dan pelagik. Dengan langkah kawalan yang berkesan serta pelaksanaan pelan pemulihan yang menyeluruh, kerajaan yakin stok ikan komersial utama negara dapat dipulihkan dan dikekalkan pada tahap mampan seterusnya menjamin kesejahteraan industri perikanan serta keselamatan makanan negara dalam jangka panjang.
Pada masa ini, pendekatan kawalan dilaksanakan bukan melalui penetapan saiz ikan secara langsung tetapi melalui pengawalseliaan dan penguatkuasaan spesifikasi teknikal peralatan penangkapan ikan di samping memberi pendidikan serta kesedaran kepada nelayan.
DOF telah menetapkan bahawa saiz mata pukat di bahagian keroncong bagi pukat tunda wajib tidak kurang daripada 38 milimeter atau 1.5 inci yang telah dikuatkuasakan sejak 1 November 2013. Langkah ini bertujuan mengelakkan pendaratan anak ikan atau ikan juvenil yang masih dalam fasa pertumbuhan. Kaedah teknikal ini juga lebih praktikal berbanding penetapan saiz ikan minimum kerana reka bentuk dan saiz mata pukat adalah berasaskan kepada spesifikasi seragam.
Tambahan pula, negara-negara ASEAN lain belum mengamalkan peraturan menetapkan saiz minimum ikan secara menyeluruh. Justeru, pendekatan Malaysia ini selaras dengan konteks serantau dan keupayaan semasa industri.
DOF turut melaksanakan penguatkuasaan berterusan terhadap penggunaan peralatan menangkap ikan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya kepada syarat
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
lesen. Sejak tahun 2019 hingga September 2025, sebanyak 55 kes tangkapan telah dikompaun melibatkan kesalahan penggunaan mata pukat tunda kurang daripada 38 milimeter.
Selain penguatkuasaan, usaha memulihkan stok ikan dilaksanakan melalui Program Pelabuhan Tukun Tiruan sebagai kawasan pembiakan dan perlindungan sumber perikanan. Dari tahun 2021 hingga 2025, sebanyak 834 unit tukun bernilai RM19.9 juta telah dilaburkan di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Tukun ini berfungsi meningkatkan stok ikan dewasa, menyediakan habitat semula jadi baru serta menghalang aktiviti pukat tunda di kawasan larangan sekali gus membantu menstabilkan ekosistem marin dan meningkatkan pendaratan ikan bernilai tinggi.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
[Bangun]
Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
Kerajaan turut memberi penekanan kepada pendidikan dan kesedaran komuniti nelayan melalui Program Kesedaran Pematuhan Saiz Minimum Ikan, DOF memberi panduan spesies-spesies yang hanya boleh didaratkan apabila mencapai saiz matang. Pendekatan ini memastikan nelayan memahami bahawa melindungi ikan kecil hari ini bermaksud menjamin pendapatan mereka dan menekankan kesejahteraan jangka panjang komuniti pesisir. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sabak Bernam.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bangkitkan soalan ini kerana mengikut data pendapatan nelayan di negara kita terus turun secara merudum daripada tahun ke tahun, tak pernah naik.
Jadi, sehubungan dengan itu, pencerobohan bot besar, bot-bot besar yang sepatutnya jauh ke tengah tapi mereka menceroboh zon pesisir juga menjadi penyebab kepada penurunan pembiakan ikan-ikan ini. Saya memberi nasihat kepada nelayan-nelayan kawasan saya sekiranya ada pencerobohan segeralah mereka ini untuk melaporkan kepada pihak polis maritim tapi apa yang mereka...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terus kepada soalan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Yang mereka jawab sangat mengejutkan. Mereka kata, “Aiya, itu bukan polis maritim mah, itu polis mari kawtim”, dia cakap.
[Dewan ketawa]
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Jadi, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Ya, saya cakap, *“Ini saya tak berani nak cakap sebab ini 36(6), Sangkaan jahat”.
[Ketawa]* Jadi, saya nak dapat data, setakat ini berapa banyak kapal-kapal yang menceroboh, bot besar ini telah ditangkap? Terima kasih.
Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Terima kasih atas soalan tersebut. Memang kerajaan memandang serius penggunaan pukat tunda dan bubu naga haram termasuk isu pencerobohan dan DOF bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ataupun APMM dan juga Pasukan Polis Marin iaitu PPM.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
Bagi tempoh 2021 hingga ke 2024, sebanyak 423 kes pencerobohan bot pukat tunda telah direkodkan di seluruh negara dan tindakan tegas diambil termasuk denda, penjara, kompaun, pembatalan lesen serta pelucuthakan vesel.
Di negeri Selangor secara khususnya, penggunaan bubu naga kini dilarang di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan)
(Pindaan) 2024. Daripada tahun 2023 hingga ke Jun 2025, sebanyak 7,014 unit bubu naga dan 11 vesel telah disita dengan nilai rampasan RM460,700.
Manakala pada tahun lalu, 10 warga Myanmar telah dituduh di mahkamah dengan denda antara RM15,000 hingga ke RM30,000 ataupun dipenjarakan. Pada masa yang sama, kita juga menguatkuasakan penggunaan Sistem Pemantauan Vesel ataupun VMS untuk memastikan kita dapat menangkap dan mengambil tindakan kepada bot-bot besar yang menceroboh ke kawasan zon kecil. Contoh, bagi Lesen Bot C dan B, kita wajibkan pemasangan VMS ini untuk melindungi nelayan- nelayan kecil di Zon A supaya kita dapat melindungi juga pendapatan nelayan walaupun dari kawasan Zon A. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Puan Speaker. Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk membangkitkan persoalan mengenai nasib dan kebajikan nelayan darat yang kurang mendapat perhatian. Hakikatnya, sebanyak 12,596 nelayan darat di dalam negara dan di Negeri Sembilan seramai 99 nelayan darat dan di Tampin ada 14 orang nelayan darat.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengapakah golongan nelayan darat ini dibezakan dan tidak menerima manfaat yang serupa
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
dengan nelayan di laut? Khususnya mengenai bantuan BUDI MADANI Diesel yang mana golongan nelayan darat ini telah dinafikan bantuan subsidi kepada mereka.
Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan hari ini juga untuk meneruskan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat sebanyak RM250 setiap bulan dan saya cadangkan agar ia nya dipertingkatkan pada masa akan datang untuk menampung kos sara hidup mereka. Terima kasih Puan Speaker.
Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Tampin.
Terima kasih kerana membangkitkan tentang kebajikan nelayan darat. Untuk makluman, kerajaan tidak pernah mengetepikan ataupun menganaktirikan golongan nelayan darat. Kita juga mengiktirafkan mereka sebab mula daripada tahun 2015, kita telah bayar Elaun Sara Hidup Nelayan Darat dan seramai 3,900 nelayan darat menerima elaun sara hidup ini sebanyak RM250 sebulan dengan peruntukan 11.7 juta termasuk kesemua 14 nya yang berasal dari Daerah Tampin.
Dan pada masa yang sama, kita juga melaksanakan Projek Khas Perumahan Nelayan di mana 1,866 nelayan telah menerima bantuan baik pulih rumah sehingga 13,000 setiap unit termasuk kesemua tujuh orang dari Daerah Tampin juga.
Yang kedua, berkaitan dengan soalan BUDI MADANI Diesel. Minyak diesel ini kebiasaannya digunakan oleh nelayan laut. Bagi nelayan darat, mereka biasanya menggunakan minyak petrol. Tetapi kita sedang meneliti perluasan subsidi ini dan akan dibawa kepada jawatankuasa induk subsidi diesel dan petrol untuk dipertimbangkan agar nelayan darat turut menikmati manfaat yang sama. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Ganabatirau a/l Veraman, Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Sebelum itu saya ingin mengalu-alukan kehadiran rombongan guru-guru dan pelajar- pelajar STPM SMK Tok Muda Abdul Aziz dari Sungai Siput.
[Tepuk] Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 5.
5. Tuan Ganabatirau a/l Veraman [Klang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah perancangan kerajaan untuk mewajibkan pengisytiharan harta menyeluruh bagi semua penjawat awam serta pegawai-pegawai tertinggi dalam GLC dan GLIC milik Kerajaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat.
Kerajaan telah menetapkan kewajipan kepada semua pegawai awam untuk mengisytiharkan harta selaras dengan Peraturan 10 dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dengan Nombor Warta P.U.(A) 395/1993. Tatacara pelaksanaannya pula diperincikan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) ceraian UP 7.2.6 yang berkaitan dengan pemilikan dan pengisytiharan harta oleh pegawai awam.
Secara umumnya, seorang penjawat awam akan diwajibkan membuat pengisytiharan harta dalam keadaan-keadaan yang berikut iaitu:
(i) apabila dilantik ke dalam perkhidmatan awam;
(ii) apabila dikehendaki oleh kerajaan;
(iii) apabila memperolehi harta tambahan; dan,
(iv) apabila melupuskan mana-mana harta yang dimiliki.
Pengisytiharan harta perlu dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun, dikira berdasarkan tarikh terakhir pengisytiharan terdahulu. Sekiranya dalam tempoh tersebut seseorang pegawai tidak memperoleh atau melupuskan sebarang harta, pegawai berkenaan masih wajib dan tetap perlu membuat perakuan ataupun pengakuan. Kegagalan untuk membuat pengisytiharan harta boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Pada masa yang sama, semua pegawai kerajaan diwajibkan mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS. Selain itu, unit integriti di setiap kementerian dikehendaki melaksanakan pemantauan secara berterusan serta melaporkan kedudukan pengisytiharan harta pegawai kepada pihak pengurusan setiap enam bulan bagi memastikan pematuhan yang konsisten. Sekiranya didapati terdapat pemilikan harta yang mencurigakan atau tidak sepadan dengan sumber pendapatan pegawai, perkara tersebut akan dirujuk untuk siasatan.
Pengisytiharan harta turut diwajibkan kepada semua pegawai dalam badan berkanun Persekutuan, pegawai awam kerajaan negeri serta pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara. Bagi pegawai badan-badan berkanun Persekutuan, punca kuasa pelaksanaan pengisytiharan harta adalah berdasarkan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. Manakala bagi pegawai awam di bawah kerajaan negeri dan PBT, pengisytiharan harta dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan yang diwujudkan di peringkat masing- masing.
Sebagai contoh, bagi Kerajaan Negeri Selangor, peraturannya ialah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) 1995 [Sel. P.U.7]. Contoh peraturan di peringkat pihak berkuasa tempatan pula termasuk Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Kajang (Kelakuan dan Tatatertib) 2023 dan Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya
(Kelakuan dan Tatatertib) 2023.
Sementara itu, bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, terdapat dua peraturan berkuat kuasa iaitu Kaedah-kaedah Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Kelakuan dan Tatatertib) 1989 P.U.(A) 171/1989 dan Kaedah-kaedah Pegawai Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Kelakuan dan Tatatertib) 1992 P.U.(A) 57/1992.
Manakala bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Yang Berhormat serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) milik Kerajaan Persekutuan, semua ahli lembaga pengarah syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD), sama ada lantikan politik atau penjawat awam diwajibkan membuat pengisytiharan harta selaras dengan Garis Panduan Tadbir Urus dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat MKD Tahun 2024. Dan skop ini diperluaskan dalam Pekeliling Siri 1 No. 1 Tahun 2024.
Bagi GLIC pula yang mempunyai kepentingan langsung Kerajaan Persekutuan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, pengisytiharan harta telah dilaksanakan terhadap pengurusan tertinggi serta semua kakitangan mengikut peraturan dalaman masing-masing.
Jadi, langkah menyuruh ini sudah tentu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan untuk memperkukuhkan integriti, ketelusan dan juga akauntabiliti tadbir urus dalam perkhidmatan awam serta entiti milik kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Klang.
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih kepada Menteri yang memberi jawapan yang begitu panjang lebar.
Soalan tambahan saya. Sejak Januari 2023, pelbagai pelantikan baharu telah dibuat ke dalam lembaga pengarah dan pengurusan tinggi syarikat berkaitan
Tuan Ganabatirau a/l Veraman - Klang
kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk syarikat di bawah Kementerian Kewangan (Incorporated) dan syarikat pelaburan utama seperti Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen
(KWAP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Sejauh mana kerajaan dapat memastikan pelantikan ini benar-benar berasaskan merit, integriti dan kepakaran profesional serta tidak dilihat sebagai ganjaran politik?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Ini satu perkara yang penting ya.
Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara tentang lantikan politik sebagai ahli lembaga badan berkanun Persekutuan ada juga pernah dibincangkan dalam Jemaah Menteri pada tahun lalu. Jadi susulan daripada itu, satu Pekeliling Am Bilangan 5 Tahun 2024 iaitu Garis Panduan Mengenai Pengurusan dan Tatakelola Badan Berkanun Persekutuan telah pun dikeluarkan. Ini bagi memastikan hal terkait lantikan politik adalah teratur.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Melalui garis panduan ini, setiap kementerian perlu mengemukakan dokumen pencalonan yang mengandungi maklumat akademik, kelayakan profesional, pengalaman, penglibatan politik serta aktiviti kemasyarakatan serta justifikasi pencalonan bagi tujuan semakan dan juga penilaian kelayakan calon.
Proses saringan keutuhan juga melibatkan SPRM juga dilakukan, Jabatan Insolvensi, PDRM dan juga LHDN di samping semakan kes mahkamah selaras dengan keputusan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) dan juga Jemaah Menteri. Selepas melalui proses penilaian wajar seperti ini ataupun the due diligence, cadangan pelantikan dikemukakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk pertimbangan dan hanya calon yang layak yang akan diperakukan kelulusan rasmi.
Jadi sehubungan itu, tidak timbul isu ganjaran politik kerana hanya individu yang mempunyai kredibiliti korporat sahaja yang akan dilantik tanpa mengira kecenderungan politik ataupun ideologinya masing-masing. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Padang Besar.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Bagi saya, harta itu bersifat subjektif.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Apakah definisi dan skop harta yang diguna pakai oleh kementerian dalam pelaksanaan dasar pengisytiharan harta khususnya bagi memastikan pemahaman jelas tentang aset yang perlu diisytiharkan sama ada hanya meliputi aset tetap seperti rumah dan tanah atau turut merangkumi pegangan tidak langsung, pelaburan digital, aset kripto dan pemilikan luar negara yang berpotensi menimbulkan konflik kepentingan jika tidak diisytiharkan? Begitu juga dengan...
[Tidak jelas] halus yang diperoleh daripada hadiah dan rasuah.
Dan dalam pelaksanaan dasar ini, apakah kerajaan bagi menjamin keadilan dan keseimbangan agar pelaksanaan pengisytiharan harta ini tidak menimbulkan persepsi seolah-olah semua penjawat awam ini terlibat bermewah, salah laku sedangkan majoriti mereka berkhidmat dengan penuh dedikasi, amanah dan dengan pengorbanan jauh daripada kepentingan peribadi? Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat Padang Besar. Saya kira kita boleh memberikan garis panduan. Jadi, garis panduan itu sebenarnya ada termaktub.
Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi maksud harta adalah seperti yang dinyatakan dalam Warta Kerajaan Malaysia P.U.(B) 104 bertarikh 1 Mac 2010.
Tapi yang ini biasanya akan diteliti tahun ke tahun. Harta yang diwajibkan di isytihar oleh penjawat awam ada dua. Pertamanya, harta tak alih. Yang keduanya, harta alih.
So, apa maksudnya harta tak alih? Harta tak alih ini merangkumi contohnya tanah, termasuklah tanah di bawah lesen pendudukan sementara. Itu kena diisytiharkan. Rumah pangsapuri, kondominium dan lain-lain tempat kediaman.
Ketiganya, bangunan atau ruang komersial seperti rumah kedai, ruang pejabat dan warung. Jadi, itu dalam kategori harta tak alih.
Kemudian, harta alih pula contohnya wang tunai dan simpanan di mana- mana institusi kewangan. Itu kena diisytiharkan. Share, saham, debentur, bon dan sekuriti lain termasuklah pelaburan moden seperti yang Yang Berhormat sebut tadi, pelaburan digital. Mata wang kripto pun sebenarnya kena diisytiharkan.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Lesen atau permit perniagaan dan perdagangan ya, harta bernilai tinggi seperti barang kemas, ya. Alhamdulillah saya tak ada sangat, banyak sangat ya.
Keahlian kelab, perabot atau alat sukan yang bernilai lebih RM10,000, yang ini kena diisytiharkan. Ataupun yang mana nilainya enam bulan emolumen, yang ini pun kena diisytiharkan. Sekarang ini kita jumpa macam-macam Yang Berhormat. Contohnya, saya pernah terbacalah harga, harga telekung sehingga RM30,000 pun ada. Itu
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
mungkin kena diisytiharkanlah ya. Kenderaan bermotor, yang itu kena diisytiharkan ya.
Jadi, sebenarnya bagi mengelakkan percubaan untuk menyembunyikan harta. Kadang-kadang, setengah-setengah orang dia bagi harta pada— harta dia tetapi dinamakan kepada lain-lain ahli keluarga, contohnya. Contohnya kepada yang didaftarkan atas nama pasangan ataupun anak atau mana-mana individu lain yang bertindak sebagai proksi, yang itu, perlu diisytiharkan.
Berhubung dengan pemberian hadiah pula Yang Berhormat, perkara ini perlu dibaca bersama dengan Ceraian UP.7.2.5 iaitu pengurusan penerimaan atau pemberian hadiah keramaian dan tajaan dalam perkhidmatan awam ya, sepertimana Yang Berhormat sebut tadi. Jadi, secara prinsipnya, penjawat awam dilaranglah ya menerima hadiah yang boleh menimbulkan konflik kepentingan ya.
Namun begitu, terdapat keadaan-keadaan yang contohnya apabila tidak dapat dielakkan. Contoh, pemberian hadiah itu diberikan mungkin secara spontan ketika datang ke majlis, untuk kita tidak mungkin memberikan, orang kata menurunkan apa orang kata apa, martabatlah kepada mereka yang memberinya ya, semasa majlis rasmi atau lawatan kerja ataupun mungkin daripada delegasi luar negara yang datang bertemu dengan kita. Kadang-kadang memberi gift ataupun hadiah, yang itu kita boleh ambil kira.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan jawapan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Ringkasannya yang habis, Yang di- Pertua. Jadi, dalam situasi begini, pegawai dibenarkan menerima hadiah tersebut dengan syarat ia dilaporkan kepada ketua jabatan untuk direkodkan dan dilupuskan mengikut tatacara yang ditetapkan. Jadi, memang ada garis panduan yang halus antara hadiah dan juga rasuah ini. Sebab itulah setiap penerimaan perlu disahkan dan direkodkan secara telus bagi memastikan tidak timbul sebarang unsur-unsur penyalahgunaan ataupun konflik kepentingan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu, Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Soalan saya nombor 6.
6. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Perdana Menteri menyatakan status terkini reformasi Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) termasuk semakan struktur, kadar kelulusan rendah serta langkah kerajaan memperkukuh ketelusan dan keberkesanan sistem selaras aspirasi profesion guaman negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada input yang diterima oleh saya daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia. Pihak Lembaga Kelayakan pada masa ini sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengadakan satu Common Bar Course atau Common Bar Examination yang lebih komprehensif sebagai langkah reformasi yang akan menambah baik peperiksaan Sijil Amalan Guaman, peperiksaan CLP supaya selaras dengan peperiksaan bar di peringkat antarabangsa seperti kursus latihan bar Bar Training Course di United Kingdom.
Dalam hal ini, peperiksaan CLP yang pada masa ini, merupakan peperiksaan bertulis sepenuhnya akan ditambah baik dengan mengambil kira komponen penilaian yang berbentuk kemahiran dan latihan praktikal seperti dengan izin, criminal litigation, advocacy, professional ethics, opinion writing and conference skills. Saya dimaklumkan oleh Lembaga Kelayakan bahawa dalam melaksanakan CBC, CBE ini terdapat banyak perkara yang perlu diperhalusi bagi meneliti implikasinya pelaksanaan kelak terutamanya kepada para graduan undang-undang yang terlibat sama ada dari luar negara mahupun dalam negara. Antara aspek yang perlu dikaji termasuklah:
(i) struktur program CBC;
(ii) kandungan silibus dan kurikulum;
(iii) kaedah penilaian, assessment;
(iv) penyedia kursus, course providers;
(v) tenaga pengajar, trainers;
(vi) pentadbiran dan pengurusan; dan
(vii) kewangan bagi melaksanakan CBE, CBC tersebut.
Dalam usaha ini, pada 8 Oktober 2024, Lembaga Kelayakan telah menubuhkan Jawatankuasa Kurikulum CBC bagi membincangkan secara khusus mengenai kurikulum dan silibus CBC ini dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis Peguam yang juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Kelayakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Jawatankuasa Kurikulum CBC tersebut telah mencadangkan penubuhan satu pasukan petugas CBC, CBC taskforce, untuk menjalankan penyelidikan terperinci dan juga mereka bentuk dan membangunkan kurikulum dan standard program bagi CBC.
Pada 23 Julai 2025, Lembaga Kelayakan telah bersetuju dengan penubuhan CBC taskforce ini. CBC taskforce ini terdiri daripada pakar-pakar daripada institusi pendidikan awam dan tinggi dan swasta serta wakil daripada Majlis Peguam. CBC taskforce tersebut telah mula menjalankan kajian untuk membangunkan CBC bermula pada 1 Ogos 2025 dan akan diselesaikan dalam masa lapan bulan iaitu pada 31 Mac 2026.
Seterusnya, CBC taskforce ini telah juga mengadakan empat focus group discussion (FGD) yang melibatkan Jawatankuasa-jawatankuasa Peguam Negeri, State Bar Committees untuk pengesahan dapatan daripada kajian selidik yang dibuat. Selain itu, CBC taskforce akan mengadakan beberapa FGD lain untuk meluaskan skop pengesahan, validation, dapatan kaji selidik yang telah dijalankan.
Pada masa yang sama, CBC taskforce sedang membuat penanda saran perbandingan, comparative benchmarking dengan negara-negara lain termasuk Singapura bagi memastikan kurikulum yang dicadangkan kelak lebih relevan, seimbang dan menepati taraf antarabangsa. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kadar kelulusan peperiksaan Certificate in Legal Practice (CLP) tahun ini merupakan yang terendah dalam tempoh lima tahun, dengan hanya 189 calon berjaya lulus semua kertas peperiksaan. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan soalan tambahan seperti berikut.
Pertama, berapakah jumlah calon yang telah mendaftar dan menduduki peperiksaan CLP pada tahun ini dan daripada jumlah tersebut, berapa calon yang telah gagal?
Dan yang kedua, apakah langkah-langkah strategik yang akan diambil oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) bagi menangani trend penurunan kadar kelulusan CLP yang semakin membimbangkan? Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih. Puan Yang di-Pertua, bagi peperiksaan CLP utama 2025, terdapat 1,027 orang calon telah berdaftar dengan Lembaga Kelayakan. Namun, calon yang hadir menduduki peperiksaan ialah
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
seramai 921 orang sahaja. Seramai 106 calon tidak hadir, termasuk 12 orang yang telah diberi penangguhan peperiksaan disebabkan masalah kesihatan.
Seterusnya, jumlah calon yang lulus peperiksaan CLP utama 2025 ialah seramai 189 orang. Calon yang lulus bersyarat, conditional pass atau yang gagal satu mata pelajaran sahaja ialah seramai 157 orang. Jumlah yang gagal peperiksaan CLP ialah seramai 575 orang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan input yang diberi kepada saya oleh Lembaga Kelayakan, maklum balas daripada pemeriksa-pemeriksa berkenaan, alasan utama kadar kegagalan tinggi bagi peperiksaan CLP utama 2025 antara lain adalah seperti yang berikut:
(i) calon tidak membuat persediaan yang sewajarnya sebelum menduduki peperiksaan ini;
(ii) calon tidak dapat mengawal pasti isu undang-undang yang menyebabkan mereka menjawab soalan dengan tidak tepat;
(iii) calon tidak memahami soalan dan tidak mengenal pastikan undang-undang terhadap fakta dalam soalan;
(iv) calon hanya menghafal dan mengeluarkan apa yang dihafal tanpa berfikir secara kritis; dan
(v) akhirnya calon tidak mengikuti perkembangan undang- undang terutamanya case law dan tidak menyatakan case law di dalam jawapan mereka.
Adalah diharapkan bahawa apabila komponen latihan kemahiran praktikal diperkenalkan kelak untuk menambah baik CLP, ia akan mentransformasikan peperiksaan tersebut agar tidak berdasarkan kepada teori dan peperiksaan semata- mata dan lebih dinamik serta adil bagi calon-calon peperiksaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, kita difahamkan bahawa kerajaan sedang mengkaji CBC sebagai gantian kepada CLP dalam tempoh kajian sehingga 2026.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Soalan saya ialah adakah kerajaan akan memastikan peningkatan pemartabatan bahasa, penguasaan bahasa Melayu dalam CBC serta Perlembagaan Malaysia kerana kita lihat dalam subjek CLP tidak terdapat subjek ini, itu yang pertama. Dan yang kedua, adakah terdapat mekanisme pemantauan terhadap institusi yang menawarkan kursus-kursus CLP termasuk semakan di mana kita lihat
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
ada juga calon yang menduduki peperiksaan tanpa menghadiri kursus persediaan di mana-mana pendidikan dan sekiranya benar, apakah kadar kelulusan mereka?
Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Terima kasih, Yang Berhormat.
Yang Berhormat, kita perlu faham bahawa kewajipan bahasa Malaysia itu no kompromi. Tidak ada kompromi langsung dan kegunaan di bahasa Melayu di mahkamah pun kita tahu sebagai peguam, Yang Berhormat Tumpat dari majistret ke Federal Court pun diguna pakai. Tapi dalam peperiksaan itu ada pilihan dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Malaysia. Tetapi saya difahamkan ramai di antara yang menduduki peperiksaan ini menggunakan bahasa Melayu dan standard mereka adalah tinggi kerana ini keperluan yang, yang mustahak.
Tetapi Yang Berhormat, mengenai perkara-perkara yang lain yang dibangkitkan, saya akan bagi secara tulis kepada pihak-pihak yang dibangkitkan.
Tetapi yang, yang mustahak adalah untuk membuat, menduduki CLP exam ini, sekurang-kurangnya dia perlu adakan gred C sebelum dia layak untuk menduduki peperiksaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah, Rompin.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.
7. Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah [Rompin] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:
(a) strategi kementerian memupuk bakat sukan di peringkat akar umbi; dan
(b) status terkini dan unjuran pencapaian bagi sukan utama dalam Sukan Olimpik dan Sukan Asia akan datang.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Yang Berhormat Tuan di-Pertua. Kementerian Belia dan Sukan, kita komited dalam kita nak memupuk bakat sukan di peringkat akar umbi menerusi pelbagai usaha dan inisiatif antaranya melalui Majlis Sukan Negara yang melaksanakan program pembangunan bakat dengan kerjasama persatuan sukan kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis Sukan Negeri serta persatuan-persatuan sukan negeri.
MSN, kita telah laksanakan sebanyak empat program latihan yang menumpukan pada atlet muda berusia antara 13 hingga 21 tahun menerusi program
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
bakat, program pelapis negeri, program pembangunan Sukan Olimpik dan program khas. Dan sehingga kini kita ada seramai lebih kurang 35,446 orang atlet yang sedang menjalani latihan di 931 buah pusat latihan seluruh negara.
Untuk tahun ini sahaja sebanyak RM74.1 juta telah pun diperuntukkan untuk pelaksanaan program-program bakat dengan perinciannya antaranya yang pertama, program bakat RM10.2 juta, program pelapis negeri RM11.4 juta, program pembangunan Sukan Olimpik RM20 juta dan program khas sebanyak RM32.5 juta.
Dengan perincian antaranya RM26 juta untuk Pembangunan Bola Sepak Negara
(NFDP), RM2.5 juta pembangunan hoki, RM1.5 juta pembangunan ragbi dan RM1 juta pembangunan bola jaring serta RM1.5 juta pembangunan sepak takraw.
Kita juga turut sediakan inisiatif bantuan kewangan melalui dana sukan komuniti dan juga geran padanan sukan untuk kita sokong penganjuran program- program sukan di peringkat akar umbi, daerah, negeri dan juga antarabangsa. Ini semua adalah inisiatif yang menjadi harapan bagi Kementerian Belia dan Sukan untuk kita terus perkukuhkan ekosistem pembangunan sukan negara terutama sekali pembangunan akar umbi.
Dan sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, komponen kedua soalan ini, temasya Sukan Olimpik untuk yang seterusnya adalah 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat, manakala Sukan Asia 2026 di Nagoya, Jepun.
Berhubung status terkini dan unjuran pencapaian dalam Sukan Olimpik, kita telah wujudkan Jawatankuasa Road to Goal (RTG), di mana objektif program ini untuk menyelaraskan setiap usaha negara kita merealisasikan impian pingat emas pertama temasya Sukan Olimpik. Sehingga kini 20 orang atlet daripada sukan badminton, angkat berat, berbasikal trek, squash dan memanah sedang giat menjalani latihan secara intensif dengan sokongan oleh RTG.
Kita peruntukan sebanyak RM10 juta bagi program RTG 2025 dan kalau lihat, kita telah pun sebenarnya dapat mula menuai hasil antara lainnya seperti pencapaian pingat emas oleh Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang mencipta sejarah sebagai juara badminton dunia BWF 2025. Sementara itu, Pearly Tan dan Thinaah yang meraih pingat emas menjadi pasangan pertama wanita yang pertama beregu wanita di kejohanan tersebut.
Jadi, ini semua turut kita boleh lihat antara lainnya juga projek khas Asia Cup 2025 persediaan kepada Sukan Asia 2026 di Nagoya dan Sukan Komanwel 2026 juga di Glasgow. Projek ini kita beri fokus pada 39 atlet dan sembilan jenis sukan untuk kita sokong latihan, pendedahan pertandingan, pengurusan kejurulatihan, kem
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
binaan, sokongan dan sains perubatan sukan. Jumlah dan jenis sukan akan disesuaikan juga berdasarkan prestasi kita nanti di Sukan SEA 2025, Thailand.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Rompin.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Terima kasih Puan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun fokus kita untuk memenangi pingat emas adalah penting untuk semangat negara namun ia tidak boleh mengatasi matlamat pembangunan sukan yang lestari dan menyeluruh, memecah rekod kebangsaan menunjukkan peningkatan kualiti atlet secara sistematik. Soalan tambahan saya, apakah yang menjadi keutamaan jangka panjang Kementerian Belia dan Sukan?
Adakah penentuan utama, penekanan utama diberikan kepada memecah rekod kebangsaan secara konsisten sebagai penanda aras pembangunan kualiti atlet yang berterusan atau diletakkan hanya pada memenangi pingat emas dalam kejohanan utama yang kadang-kadang mungkin dicapai tanpa peningkatan kualiti rekod yang signifikan? Terima kasih.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di-Pertua, saya kira penumpuan yang sekarang ini kita sedang laksanakan adalah terhadap pembangunan sukan itu sendiri.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Adam Adli Abd Halim
Erti kata lain, tidak semestinya berdasarkan hanya kepada pencapaian pingat ataupun memecah rekod kebangsaan. Kedua- duanya itu kita harus lihat sebagai result dengan izin ataupun satu pencapaian yang menandakan atau menjadi manifestasi kepada kejayaan atau keberkesanan program pembangunan sukan kita. Tumpuan di peringkat kementerian harus kita beri kepada menyediakan platform yang secukupnya kepada persatuan sukan kebangsaan, persatuan sukan negeri, daerah dan sebagainya untuk melahirkan lebih banyak bakat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
[Bangun]
Tuan Adam Adli Abd Halim
Sebab itu tumpuan kita betul, kita sentiasa usaha dengan sedaya upaya untuk meletakkan sasaran pingat emas, terutama sekali pingat emas Olimpik itu dapat dibawa pulang. Tapi dalam masa sama, kita iktiraf ya, concern iaitu tidak guna kita hanya mengejar pingat emas tanpa kita memastikan kelestarian sukan tersebut. Contohnya, kita pernah mendapat kutipan
Tuan Adam Adli Abd Halim
pingat di Sukan Olimpik dalam tiga kategori sukan namun ia nya semakin berkurangan sehingga hanya sekarang badminton sahaja.
Jadi, ini adalah salah satu yang perlu kita beri tumpuan supaya kita boleh terus melahirkan bakat-bakat baru yang boleh me— apa orang kata, yang boleh menyambung ataupun boleh terus meneruskan kesinambungan pencapaian sukan kita sama ada peringkat kebangsaan mahupun di peringkat dunia. Jadi, kalau kita lihat, kita akan terus.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Baik. Point terakhir, kita akan terus beri tumpuan juga selain daripada membangunkan atlet yang berpencapaian tinggi ini, kita juga beri tumpuan pada talent identification terus-menerus dan juga program- program pembangunan di peringkat akar umbi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang di- Pertua. Saya ingin tanya berkenaan dengan memupuk bakat sukan di peringkat akar umbi. Berkenaan dengan Warzone yang sedang dipromosikan tiap-tiap hari. Ini adalah sesuatu yang dianjurkan tanpa mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Pembangunan Sukan dan ia memaparkan video promosi terutamanya melibatkan kanak-kanak kita, berusia lebih daripada— kurang daripada 12 tahun.
Saya ingin tanya, apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa video promosi ini tidak disebarkan dan sukan ini tidak berlangsung? Kerana ia menunjukkan video promosi yang menunjukkan aksi keganasan kanak-kanak yang hampir-hampir bertumbuk di pentas lebih-lebih lagi melibatkan penyokong- penyokong di sebelah sana. Apa tindakan kerajaan? Saya tak mahu namakan tapi ini merupakan penyokong-penyokong di sebelah sana.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Saya tak tahu nak ambil angle yang mana ni Jelutong punya soalan. Yang pertama, Jelutong...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya boleh beri butir- butir.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Saya faham. Tak apa. Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, pertama kita sudah pun keluarkan kenyataan semalam di Kementerian Belia dan Sukan bahawa kita buat semakan dan kita dapati kerana tajuk ini adalah “World Championship”, “Kejohanan Dunia” yang melibatkan peserta daripada negara-negara lain.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Syarat utama adalah untuk mendapatkan kebenaran, green light, daripada Menteri secara bertulis yang menyatakan bahawa acara ini yang melibatkan peserta daripada luar negara boleh diadakan di negara kita, kerana banyak elemen ataupun banyak aspek yang perlu kita perhatikan. Ia tidak hanya terhad kepada penganjuran acara tersebut tapi juga kerjasama dengan agensi dan juga badan-badan lain.
Kedua, syarat lainnya adalah untuk mendapatkan sanction daripada badan induk. Apa-apa pun sukan, penganjuran acara sukan terutama sekali yang besar yang melibatkan peserta daripada luar dan sebagainya, memang perlu dapatkan sanction daripada badan induk terlebih dahulu. Tanpa sanction ini, kita tak dapat teruskan banyak, apa orang kata, dokumen-dokumen yang berkait dengan liabiliti dan juga responsibility clause yang terdapat dalam satu-satu penganjuran tersebut.
Berkait juga dengan penglibatan kanak-kanak. Baik. Perkara ini, kita harus melihat dengan banyak lapis perspektif. Kita tidak menghalang mana-mana anak kecil terlibat dengan mana-mana sukan pada peringkat usia yang awal, kita malah menggalakkan. Dan sukan tempur adalah salah satu sukan yang mendapat tumpuan daripada kerajaan termasuk apabila kita ubah status badan beruniform kepada badan sukan di sekolah-sekolah menerusi Jawatankuasa Pembangunan Kabinet.
Cuma, tentu sekali kita minta mana-mana pihak yang sama ada mereka ini penganjur ataupun pengendali sukan tersebut, bila melibatkan minor, kanak-kanak ini, kita harus jaga sensitiviti. Contohnya, kita harus tunjukkan sikap yang baik, berdisiplin dan tidak menjadikan kanak-kanak sebagai bahan promosi dengan tujuan untuk dieksploitasi. Apa sekalipun, kita akan sentiasa bekerjasama dan kita nasihatkan mana-mana pihak untuk sentiasa berhati-hati dalam melibatkan kanak- kanak dalam sukan, terutama sekali sukan tempur yang memang kita tahu ada garis- garis yang perlu kita patuhi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Puan Young Syefura binti Othman, Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Puan Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.
8. Puan Young Syefura binti Othman [Bentong] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status sebenar bidang kuasa mahkamah di dalam penentuan tuntutan hibah takaful memandangkan berlaku pertikaian melibatkan tuntutan sama ada perlu melalui faraid atau sebaliknya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Puan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Bentong.
Hibah takaful adalah instrumen perancangan harta berasaskan hibah bersyarat yang membolehkan peserta menamakan benefisiari untuk menerima manfaat selepas kematian. Instrumen takaful secara jelas diletakkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, di mana kesahan transaksi akan diperakui oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan ia telah berjalan sejak 2003 lagi.
Berdasarkan akta tersebut, manfaat hibah takaful adalah hak mutlak benefisiari dan tidak tertakluk kepada hukum faraid atau untuk hutang pewaris.
Menyentuh bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan hibah pula, ia telah ada dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan. Namun, kes yang didengar di Mahkamah Syariah berupa pertikaian transaksi hibah semata- mata. Kesan transaksi hibah adalah berdasarkan ketetapan hukum syarak sekiranya disahkan oleh Mahkamah Syariah atau sebaliknya.
Menyentuh transaksi hibah takaful pula, disebabkan transaksi tersebut mengandungi akad hibah dan takaful, maka apa-apa pertikaian mengenainya hendaklah dirujuk ke mahkamah sivil ekoran bidang kuasa berkaitan takaful jelas telah diperuntukkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Adalah tidak wajar apabila pertikaian transaksi hibah takaful akan didengar oleh dua mahkamah yang berbeza ekoran akad hibah— akad takaful pula didengar di mahkamah sivil.
Kerangka perundangan negara menetapkan persoalan-persoalan hukum syarak yang berbangkit bagi semua transaksi muamalah dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam akan dirujukkan ke Majlis Penasihat Syariah BNM. Tidak timbul isu pertindihan bidang kuasa antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil atau mahkamah sivil mengambil kuasa mahkamah syariah.
Ketetapan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 tersebut berkaitan transaksi hibah takaful dan yang lain-lainnya menepati prinsip keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra Mubarrak 2021 yang menegaskan bahawa undang- undang negeri tidak boleh bercanggah dengan undang-undang Persekutuan. Apa yang jelas, Mahkamah Syariah tidak diberi bidang kuasa menyentuh transaksi jual beli atau kewangan kerana ia termasuk di bawah Jadual Kesembilan, Senarai Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Sehubungan itu, hibah takaful kekal sah di sisi syariah dan dilindungi undang- undang Persekutuan sekali gus memberi kepastian undang-undang kepada benefisiari. Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh kerjasama antara Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil bagi memastikan penyelesaian kes berkaitan hibah takaful dapat dijalankan secara telus dan selaras dengan kehendak syariah.
Sekian, terima kasih, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bentong.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Terima kasih. Puan Yang di- Pertua, sebelum saya bertanyakan soalan tambahan, saya ingin mengalukan kehadiran pelajar-pelajar dan guru daripada SJK(C) Damansara. Selamat datang.
[Tepuk] Baiklah. Seterusnya, soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah saya telah dimaklumkan Sabah mempunyai bidang kuasa mahkamah syariah yang membolehkan pelaksanaan pembahagian pusaka Islam secara telus, sedangkan negeri-negeri lain hanya boleh mengesahkan bahagian faraid tanpa melaksanakan pembahagian harta. Jadi, soalan saya, apakah sebab perbezaan ini boleh berlaku? Terima kasih.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bentong.
Benar, Puan Yang di-Pertua. Dalam konteks Mahkamah Syariah — di kebanyakan Mahkamah Syariah, Mahkamah Syariah hanya berbidang kuasa untuk mengeluarkan sijil faraid iaitu menentukan siapa waris dan berapa banyak waris itu dapat daripada harta yang ditinggalkan.
Untuk urusan pembahagian dan juga urusan pentadbiran termasuklah pengeluaran sijil pentadbiran harta ataupun grant probate administration, yang itu terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan pejabat tanah. Mahkamah syariah tidak ada bidang kuasa. Jadi, dengan sijil faraid yang diperolehi di mahkamah syariah, waris akan bawa sijil faraid tersebut untuk tujuan pentadbiran dan pembahagian di mahkamah sivil.
Adapun di mahkamah Sabah, dia agak berbeza. Sebab, di sana ada peruntukan di bawah seksyen 17(2)(10) dan (11) yang memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Tinggi Syariah Sabah untuk mengeluarkan sijil pentadbiran harta dan juga pembahagian harta. Jadi, dalam konteks orang Islam di Sabah, mereka ini tidak perlu pergi dua mahkamah. Mereka hanya perlu pergi hanya di mahkamah
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
syariah sahaja as a one stop centre untuk menyelesaikan isu pembahagian dan pentadbiran harta, bukan sekadar untuk mengeluarkan sijil faraid. Jadi, seksyen 17(2)(10) dan (11) itulah yang membezakan dengan peruntukan yang tiada di negeri- negeri di Semenanjung dan juga di Sarawak.
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan asal yang dikemukakan oleh Bentong ini merujuk kepada hibah takaful. Saya meneliti satu kes yang telah dibawa kepada mahkamah tinggi berkaitan dengan hibah yang dibuat melalui syarikat takaful AIA di mana Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan bahawa hibah takaful itu adalah sah dari segi hukum syarak tetapi telah dicabar oleh warisnya ke mahkamah sivil.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Soalan.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Dan saya lihat ada pertentangan antara dua bidang kuasa mahkamah tinggi dan mahkamah syariah. Kajian menunjukkan bahawa ketiadaan undang-undang khusus yang seragam berkaitan hibah menjadi faktor berlakunya percanggahan keputusan antara dua mahkamah ini.
Soalan saya. Sejauh manakah bidang kuasa mahkamah syariah dalam menentukan kesahan produk-produk pengurusan harta Islam yang ditawarkan oleh pihak swasta, termasuk juga tentang pertindihan kuasa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil dalam kes- kes yang berkaitan dengan harta orang Islam seperti hibah, wasiat, wakaf dan sebagainya?
Yang kedua, sejauh manakah cadangan penggubalan undang-undang hibah takaful ini boleh mengharmonikan elemen syariah sebagai menentukan kesahan sesuatu hibah takaful tadi, dengan bidang kuasa sivil, supaya dia boleh mengelakkan berlakunya cabar-mencabar lagi antara pihak keluarga yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah syariah? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.
Sepertimana yang saya jelaskan sebentar tadi, hibah takaful ini terletak di bawah bidang kuasa mahkamah sivil sebab urusan kewangan termasuklah kewangan Islam, takaful terletak dalam Senarai Persekutuan. Dalam masa yang
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
sama juga Yang Berhormat, di bawah Bank Negara Malaysia ada Majlis Penasihat Syariah dan Majlis Penasihat Syariah ini telah mengeluarkan pandangan bahawa hibah takaful ini adalah sah dari sudut hukum syarak.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar
Jadi, tidak timbul dan dalam konteks mahkamah syariah, di dalam satu kes iaitu Real Estate of Muhammad Syahran bin Arifin yang diputuskan pada tahun 2015 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan. Walaupun Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tidak ada bidang kuasa sebab ini kuasa mahkamah sivil, isu berkaitan dengan hibah takaful ini telah diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebagai bertepatan dengan prinsip syariah.
Jadi kalau kita tengok di situ, Puan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jerlun, MPS (Majlis Penasihat Syariah), Bank Negara telah memutuskan bahawa hibah takaful ini adalah sah mengikut syariah dan telah dikuatkan lagi dengan keputusan oleh Hakim Mahkamah Syariah Kuantan bahawa hibah takaful ini adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip syariah. Jadi, tidak timbullah isu ketidaksesuaian dengan prinsip syariah...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun] Rentetan sedikit daripada itu, jika Majlis Pengawasan Syariah ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Sekejap, sekejap, tambahan sikit yang Menteri bagi ini tak jawab...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekejap apa, saya tak benarkan. Sila duduk.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Minta jawapan bertulislah kut Menteri ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Puan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan, sehingga selesai giliran semua kementerian menjawab Perbahasan Belanjawan 2026 Peringkat Dasar dan diputuskan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2026 dan usul mengenai Anggaran Pembangunan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 5 November 2025.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Siapa menyokong?
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 ; di bawa dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat akan datang.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit
(RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [3 November
2025] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya minta, Yang Berhormat Menteri Digital untuk menjawab.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Yang di- pertua. Terlebih dahulu, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada 15 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang telah pun menyentuh isu-isu berkaitan Kementerian Digital.
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada YB Larut, Pasir Mas, Tenggara, Jeli, Kuala Terengganu, YB Kuala Krai, YB Puncak Borneo, YB Ipoh Timor, YB Jerai, YB Kapar, YB Bagan Rengas, YB Labuan, YB Tasik Gelugor, YB Kuching dan juga YB Tenom.
Tuan Yang di-Pertua, tahun 2025 menandakan tahun kedua pelaksanaan penuh mandat KD ataupun Kementerian Digital. Sejak penubuhannya pada 12 Disember tahun 2023. Sepanjang tempoh ini, Kementerian Digital telah pun menzahirkan peranan sebagai peneraju utama ekosistem digital negara memastikan
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
segala usaha transformasi digital dilaksanakan secara terancang, secara inklusif dan juga berpaksikan hasil.
Tahun 2026 akan menjadi detik penting dalam usaha kementerian untuk melonjakkan Malaysia sebagai sebuah negara AI. Aspirasi negara AI merujuk kepada wawasan untuk membangunkan Malaysia sebagai peneraju dalam pembangunan, penggunaan dan juga tadbir urus teknologi kecerdasan buatan. Ia nya bukan sekadar tentang teknologi, Tuan Yang di-Pertua, tetapi tentang membina sebuah ekosistem yang menyeluruh, yang menggabungkan dasar, bakat, infrastruktur, kepercayaan digital dan pelaburan supaya Malaysia mampu muncul sebagai hab AI serantau yang berdaya saing dan berimpak tinggi.
Selaras dengan visi Malaysia MADANI yang menekankan kemajuan berteraskan kepada nilai kemanusiaan, inovasi dan kemampanan. Bagi menjayakan agenda besar ini, di bawah Belanjawan 2026, Kementerian Digital telah pun diperuntukkan sejumlah RM1.36 bilion, yang merangkumi RM248.5 juta sebagai perbelanjaan mengurus dan RM1.11 bilion lagi bagi perbelanjaan pembangunan.
Antara inisiatif utama yang akan digerakkan Puan Yang di-Pertua, adalah seperti berikut:
(i) RM53 juta untuk Geran Pemecut Digital Malaysia bagi mempercepatkan penerima gunaan teknologi baharu seperti blockchain, AI dan juga pengkomputeran kuantum;
(ii) RM18.1 juta untuk memperkasakan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan ataupun National AI Office (NAIO) bagi melahirkan bakat berkemahiran tinggi dan memperkukuh sistem atau ekosistem tadbir urus AI negara;
(iii) RM20 juta untuk inisiatif GovTech Malaysia, bagi mempertingkatkan aspek penyampaian perkhidmatan kerajaan secara menyeluruh; dan
(iv) RM12 juta untuk mengukuhkan ekosistem kreatif digital bagi menyokong industri animasi dan juga permainan digital tempatan.
Saya telah pun mendengar dan meneliti semua isu, pandangan dan cadangan yang dibangkitkan, Puan Yang di-Pertua. Izinkan saya menjawab kepada semua persoalan telah pun dibangkitkan berdasarkan kepada empat tema utama yang selaras dengan keutamaan dasar kementerian iaitu seperti berikut:
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
(i) aspek memacu ekonomi dan transformasi digital negara;
(ii) aspek memperkukuh kepercayaan digital;
(iii) aspek memperkukuh tadbir urus digital; dan akhirnya
(iv) membangun modal insan dan literasi digital untuk negara.
Tuan Yang di-Pertua. Tema pertama yang ingin saya sentuh adalah aspek memacu ekonomi dan transformasi digital, kerana ia merupakan hasil ataupun outcome utama daripada segala usaha pendigitalan negara. Saya telah pun meneliti pandangan daripada YB Larut, Kuala Terengganu, Puncak Borneo, Labuan, Padang Rengas, Pasir Mas, dan Tasek Gelugor yang merangkumi isu kualiti pelaburan, pembangunan ekonomi digital wilayah dan capaian internet.
Tuan Yang di-Pertua menjawab kebimbangan mengenai kualiti pelaburan digital. Sukacita saya jelaskan bahawa Kementerian Digital komited untuk memperkukuh agenda ekonomi dan Transformasi Digital Nasional. Tumpuan diberikan kepada usaha untuk menarik pelaburan strategik yang berimpak tinggi, serta memastikan limpahan manfaatnya diterjemahkan kepada peluang pekerjaan bernilai tinggi, pemindahan teknologi dan pengukuhan rantaian nilai tempatan di seluruh negara.
Dalam sektor pusat data khususnya (data centers), Malaysia telah menarik pelaburan kira-kira RM115 bilion di antara tahun 2021 sehingga 2023, dengan industri ini dijangka meningkat kepada sekitar 30,900 pekerjaan menjelang tahun 2030. Ini seiring dengan pertumbuhan permintaan perkhidmatan digital serantau.
Pusat data merupakan pelaburan jangka panjang yang memberikan kesan limpahan ekonomi luas kepada pelbagai sektor.
Pada fasa pembinaan Puan Yang di-Pertua, projek pusat data menjana permintaan tenaga kerja tempatan dalam bidang pembinaan, bidang kejuruteraan, bidang telekomunikasi, bidang pemasangan kabel dasar laut serta tenaga elektrik.
Apabila pusat data mula beroperasi, lebih banyak pekerjaan teknikal dan profesional diperlukan, termasuk bagi operasi dan penyelenggaraan pusat data. Aspek keselamatan siber, aspek pentadbiran rangkaian, aspek pengurusan data, aspek perkhidmatan awam, serta pembangunan penyelesaian digital inovatif seperti kecerdasan buatan AI atau juga Internet of Things (IoT) dan juga blockchain.
Selain daripada itu, Puan Yang di-Pertua. Limpahan ekonomi daripada pembangunan pusat data turut memanfaatkan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan. Seperti firma seni bina, kejuruteraan, kontraktor elektrik, pembekal heating, ventilation and air conditioning, penyedia keselamatan, pakar ketersambungan dan
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
pengurusan fasiliti dan sebagainya. Pertumbuhan ekosistem ini juga menggalakkan perkembangan syarikat perkhidmatan digital tempatan, sekali gus membuka lebih banyak peluang kontrak dan kerjasama komersial kepada syarikat-syarikat tempatan.
Menjawab saranan berkaitan pembangunan hab pusat data, adalah satu usaha yang kompleks dan bergantung sepenuhnya kepada penyediaan infrastruktur berteknologi tinggi yang menyeluruh.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Komponen teras ini termasuklah bekalan elektrik berskala besar yang stabil.
Sumber air berterusan untuk penyejukan, sambungan rangkaian yang berkelajuan tinggi dengan latensi amat rendah serta kawalan keselamatan siber berlapis yang cukup kukuh.
Aspek yang kedua Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pemerkasaan PMKS. Usaha memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana juga menjadi teras agenda ekonomi digital. Kementerian Digital melalui agensinya MDEC ataupun Malaysia Digital Economy Corporation telah melaksanakan program eUsahawan sejak tahun 2015 lagi, Puan Yang di-Pertua. Program ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran keusahawanan serta pemerkasaan literasi dan penerima gunaan digital dalam bidang perniagaan.
Sehingga bulan sembilan tahun ini, bulan September, lebih daripada 645,000 PKMS, usahawan dan pelajar termasuk daripada kawasan luar bandar telah pun dilatih dan ia nya merekodkan impak jualan kumulatif yang besar iaitu lebih RM1.33 bilion. Bagi memperluaskan lagi pencapaian, MDEC telah pun bekerjasama dengan pelbagai agensi dan juga IPT tempatan untuk menjadikan pusat komuniti sedia ada sebagai hab eUsahawan dalam memperkasakan aktiviti keusahawanan digital.
Sehingga bulan September 2025, terdapat sebanyak 220 hab eUsahawan di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua, kemudian kita lihat kepada akses digital yang saksama dan juga stabil. Menjawab isu capaian dan kualiti Internet, kerajaan melalui DNB atau Digital Nasional Berhad komited untuk memastikan bahawa setiap rakyat tanpa mengira lokasi, menikmati akses digital yang menyeluruh dan stabil.
Sehingga 30 September 2025, liputan 5G negara telah pun mencapai 82.4 peratus di kawasan berpenduduk ataupun Coverage of Populated Areas (CoPA), dengan bilangan tapak 5G kira-kira sebanyak 7,400. Puan Yang di-Pertua, liputan CoPA di Sabah bagi tempoh sehingga 30 September 2025 adalah 68.9 peratus,
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
manakala liputan CoPA Sarawak untuk tempoh yang sama telah pun mencecah 63.8 peratus.
Selaras dengan iltizam dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, sasaran liputan 5G akan diperluas sehingga 98 peratus menjelang tahun 2030. Ia nya merangkumi kawasan perindustrian dan desa bagi merapatkan jurang digital di antara bandar dan luar bandar serta di antara semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak.
Puan Yang di-Pertua, berhubung persoalan transformasi digital kerajaan pula, integrasi perkhidmatan digital kerajaan dan jaminan sistem yang mesra pengguna. Kementerian Digital melalui Jabatan Digital Negara (JDN) terus komited untuk mempertingkatkan pengalaman rakyat.
Jabatan Digital Negara telah membangunkan gerbang utama perkhidmatan digital sepadu kerajaan iaitu portal MyGovernment yang boleh diakses dan aplikasi mudah alih MyGOV Malaysia mobile app sebagai pusat sehenti penyampaian maklumat dan perkhidmatan digital kerajaan kepada rakyat. Kedua-dua inisiatif ini dibangunkan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan serta merakyatkan perkhidmatan awam melalui capaian setempat yang menyeluruh merentas semua agensi.
Sehingga kini, Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 2,262 perkhidmatan digital di portal MyGovernment dan 38 perkhidmatan pada aplikasi mudah alih MyGOV yang sedia untuk diakses dalam talian oleh pelanggan daripada pelbagai golongan dan ini pada bila-bila masa.
Bagi menyokong perkongsian data dalam menyempurnakan perkhidmatan bersepadu dalam keadaan yang terjamin dan selamat, JDN juga menyediakan perkhidmatan platform perkongsian data Malaysia Government Central Data Exchange (MyGDX) semenjak tahun 2018.
Sehingga kini Puan Yang di-Pertua, sebanyak 78 agensi telah pun tersedia dengan platform MyGDX dan 253 perkhidmatan tersedia dalam perkongsian data ataupun API. Perkhidmatan-perkhidmatan ini Yang di-Pertua, ini disokong oleh Akta Perkongsian Data [Akta 864] yang dikuatkuasakan pada bulan empat tahun ini yang menggalakkan lagi perkongsian data yang lebih terjamin kedaulatannya dan integriti data kerajaan.
Dengan pelaksanaan menyeluruh ini, kerajaan yakin sistem digital kerajaan akan menjadi lebih mesra pengguna, mudah diakses, inklusif dan juga sepadu sekali
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
gus memperkukuh tadbir urus digital negara serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap penyampaian perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Sila Tebrau.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Ya, saya tertarik dengan point yang dibawa oleh Menteri tentang MyGovernment app itu. Saya sudah lama perjuangkan untuk kerajaan, untuk kita ada satu super app. Dan nampaknya MyGovernment ini adalah super app yang nak dipromosikan oleh kerajaan. Saya sendiri ada download MyGovernment. Saya menyokong usaha kerajaan baik ini.
Tapi bila saya melayan web— app ini, saya nampak masih banyak yang belum isi lagi. Contohnya cukai akan datang, persaraan, kategori sini akan datang.
Dan saya nampak UI ini, user interface ini, kalau saya cakap benarlah— maafkan kalau saya cakap ini. Saya nampak UI terlalu kartun bagi saya. Dia tak begitu serius kalau kita banding dengan MySejahtera ataupun dengan TNG, dia nampak lebih profesional. Sebab ini app kerajaan, saya harap lah kita improve user interface ini.
Dan untuk isi-isi ini, saya harap bukan sahaja kita kata 200 akan masuk, tapi kita letak timeline juga.
Sebab benda ini setahu saya memang ramai orang di luar sana tidak tahu kewujudan MyGovernment lagi dan juga kita kena promote. Bila launching ini beberapa bulan lepas, lepas itu macam tak ada follow up. So, kita kena isikan ini secepat mungkin dan kita boleh promote secepat mungkin.
Satu lagi yang saya nak bawa perhatian ialah dalam sini ada satu column dia kata lima berita terkini. Saya rasa sebenarnya ini satu app ini, kita guna peluang ini untuk bukan bagi berita umum. Kita patut kita uar-uar kan dasar kerajaan.
Contohnya, BUDI95, SARA. Benda-benda orang yang mungkin dia rasa keliru atau tak faham tentang dasar-dasar kerajaan yang dipermainkan oleh politic actor itu untuk mengelirukan rakyat.
Daripada sistem ini, kita boleh memberi maklumat yang lebih sahih dan betul supaya rakyat faham, oh rupanya SARA itu guna IC. So, mereka faham benda-benda ini. So, saya harap inilah pandangan saya lah. Saya harap Menteri boleh take note of this. Thank you.
Gobind Singh Deo: Terima kasih Yang Berhormat daripada Tebrau. Saya terima apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat daripada Tebrau.
Pertamanya Yang Berhormat, izinkan saya juga menjelaskan bahawa sebenarnya sebelum daripada ini, kita ada banyak agensi yang mempunyai app, app
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
tersendiri dan kita lihat bahawa ianya berlapis-lapis. Jadi, apabila berlaku keadaan sebegitu, perlu untuk kita menyelaras semua app yang berkaitan dengan aspek- aspek tertentu, bawa ia nya bersama, integrate. Dan kemudian daripada di situ, kita akan angkat dan kita akan selaraskan dengan MyGovernment.
Jadi, itu menjadi aspek yang memakan masa kerana kita tidak mahu ada banyak apps berkaitan dengan perkara yang sama dan itu menjadi satu masalah yang telah pun dibangunkan kepada kita untuk kita kaji. Jadi, itulah sebabnya ia nya mengambil masa. Tapi ia nya dalam perhatian kita dan team kita memang sekarang melihat kepada aspek itu. Dan kita terima sebarang cadangan daripada semua Yang Berhormat yang dapat membantu kita dalam aspek ini.
Kedua berkenaan dengan UI UX, ada beberapa juga pandangan yang telah pun diangkat kepada kita. Satu daripadanya adalah bagaimana kita boleh menggunakan animasi misalnya sebagai satu contoh untuk menyediakan satu wajah yang berbeza. Tapi as you have said, apa yang penting adalah untuk kita menyediakan satu platform yang mudah diakses, senang difahami oleh rakyat di luar sana. Dan kemudian yang paling penting adalah maklumat yang kita dapat ketengahkan kepada rakyat melalui platform ini.
Jadi, banyak cadangan telah pun dibawa. Kita masih dalam proses menerima cadangan-cadangan tersebut dan kita ada ruang untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan itu. Dan saya akan ambil kira team saya di Parlimen hari ini mereka ambil catatan.
Ketiga, berkaitan dengan berita-berita utama. Ini telah pun kita terima banyak cadangan. Sebenarnya ada juga yang mengatakan bahawa ia nya harus diperlebarkan untuk semua berita terkini yang mempunyai nilai berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan. So, we’re also working on that. Tapi yang penting Yang Berhormat Tebrau, kita sering kali dapat cadangan- cadangan sehingga kadang-kadang dirasa bahawa kita perlu membina satu produk yang sempurna. Tapi realiti dia, di dalam aspek ini khususnya ada cadangan- cadangan berbeza dibawa kepada kita setiap hari.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
So, we have to start somewhere and this is the reason why kita teruskan dengan apa yang ada dan setakat ini tiga bulan yang lalu kita lihat perkhidmatan atau platform ini memang ia nya berjalan dengan lancarlah. So, saya harap bahawa bergerak ke hujung tahun ini kita dapat lancarkan satu perkhidmatan portal yang lebih kurang, bukan sempurna tetapi ia nya boleh memahami keperluan rakyat di luar
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
sana dan saya sudi untuk menerima apa-apa cadangan buat tujuan tersebut. Terima kasih atas...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Ya, terima kasih Menteri sebab harapan saya tinggi. Saya rasa Super App seperti ini, yang kita menggabungkan, selaraskan dengan semua agensi, JPJ pun ada, MyBorderPass semua itu adalah penting untuk kita tunjukkan dunia that kita Malaysia tengah digital dan saya nak UI itu senang untuk rakyat faham dan tak keliru. Itu sahaja. Terima kasih Menteri.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo
Ya, sila Ipoh Timur.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Senada dengan Tebrau dan saya agak rasa sejuk hatilah, gembira dengar respons daripada Yang Berhormat Menteri sebab apa yang Tebrau bawa dan apa yang Yang Berhormat Menteri dan pendirian kerajaan ini, memang saya rasa adalah senada, sejiwa dengan apa yang ada pada hari ini dari segi realitinya.
Cuma saya rasa sebenarnya kita boleh leverage. Bila kita bicara tentang Super App bukan kita tak ada precedent, bukan kita tak ada benda yang lain yang kita boleh rujuk. Dalam negara dah pernah ada, nyaris-nyaris jadi tapi tak jadi-jadi, MySejahtera, yang disebut oleh Tebrau juga. Kita pergi negara lain, negara yang population-nya mencecah 1.4 bilion, 1.5 bilion hampir-hampir pun boleh guna satu Super App.
Ya, kita tak ada Tencent, kita tak ada WeChat tapi apabila adanya sesuatu platform, sesuatu UI nya, UX nya dah elok dah, lebih baik saya cadang ini secara konsep dan falsafah dia, lebih baik guna sesuatu yang kita dah ada, MySejahtera ke, TNG ke dan kita integrate dan bukannya nak buat baru, setiap kali kita nak buat satu inovasi. Inovasi boleh bertumbuh di tempat yang telah digunakan, telah diusahakan, yang udah pun bukti subur tanpa nak bina sesuatu yang baru kerana apa yang dah bina itu, dia dah ada.
Jadi, saya nak mohon pendirian, mungkin nak dengar sedikit falsafah di sebaliknya, apa pendirian dan pemikiran Yang Berhormat Menteri, yang udah ada, boleh kita perkasakan daripada sesuatu yang baru yang kita nak bina semula dari akarnya. So, is this something that we should consider, yang dah bukti baik.
Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Yang Berhormat. Saya berpendapat bahawa bila sudah ada suatu yang wujud yang boleh kita gunakan, patut kita gunakan dan kita perkukuhkan lagi, kita tambah baik dan sebagainya. Itu sebab bila kita lihat kepada platform kerajaan, memang platform kerajaan pun wujud sebelum
Tuan Gobind Singh Deo
daripada ini. Aspek yang kita lihat adalah bagaimana kita boleh memastikan bahawa setiap agensi kerajaan dapat melihat usaha untuk integrasi apps yang mereka ada itu di atas satu platform yang akan menjadi wajah ataupun platform untuk kerajaan.
So, di situlah kita lihat keperluan untuk kita pastikan bahawa tidak ada lapisan di semua agensi dan sebagainya. Dan bagaimana kita boleh memperkasakan satu platform untuk menjadi platform kerajaan, di mana maklumat yang kita capai menerusi platform itu dapat ada keyakinan kerana ia nya adalah platform kerajaan.
So, itulah apa yang kita laksanakan untuk membina dan juga mewujudkan platform MyDIGITAL Government ini dan saya rasa ini adalah satu usaha yang telah pun membawa kepada banyak kerjasama di antara semua agensi kerajaan.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan saya, ini bukan senang tapi saya lihat bahawa komitmen yang diberikan oleh semua komitmen yang padu dan kita telah pun melihat sistem ini bergerak dengan lancar dan berjaya dalam enam bulan, lapan bulan yang lepas dan kita harap bahawa bergerak ke depan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo
Khususnya mulai tahun 2026 ini, we will see MyGovernment as a— apa ini, portal MyGovernment sebagai portal sah kerajaan dan semua aplikasi yang wujud berkaitan dengan data dan perkhidmatan kerajaan itu dapat kita integrasikan kepada platform ini. Terima kasih. Sila, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Menteri.
Saya ingin beralih daripada isu digital kepada isu pembinaan Sekolah Ladang Jeram Tamil yang telah saya bahaskan dalam perbahasan saya dan di mana saya telah merakamkan ucapan penghargaan kepada Menteri dan juga kerajaan.
Kita tahu Yang di-Pertua, ada pihak-pihak terutamanya saya ingin terus terang. Terutamanya pihak-pihak daripada pihak pembangkang, yang bukan yang hadir di Dewan ini. Dewan ini tidak pernah berbincang, pembangkang di Dewan ini tidak pernah berbincang tentang isu Ladang— Sekolah Ladang Jeram tetapi pembangkang di luar, seolah-olah kerajaan kita tidak prihatin kepada isu-isu yang melibatkan orang-orang India, kaum India.
Dan selalunya isu-isu berkenaan dengan sekolah-sekolah Tamil dimainkan tetapi saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih, apabila kita lihat dalam sesi Parlimen yang dahulu, Menteri, Yang Berhormat telah memberi komitmen bahawa dalam pembentangan belanjawan kali ini, perkara ini akan dinyatakan dengan jelas dan saya ingin merakamkan ucapan terima kasih bagi
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
pihak pekerja-pekerja ladang, bagi pihak murid-murid di situ, yang telah belajar dalam kontena selama 20 tahun.
Pencapaian pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Jeram ini merupakan salah satu perkara yang perlu kita uar-uarkan untuk menunjukkan bahawa kerajaan ini bukan sekadar cakap, tetapi boleh juga bikin kerja. Dan saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan dengan lantang bahawa kelmarin kita lihat Pagoh kata, “Oh, kerajaan ini sudah bersedia untuk ke Putrajaya. Semua pihak- pihak menyokong kita.” Semasa Pagoh, tak pernah bincang pun pasal Sekolah Ladang Jeram (Tamil). Dia hanya merampas kuasa, melarang kita untuk mengadakan sidang Parlimen. Isu Sekolah Tamil Ladang Jeram tidak pernah dibincangkan oleh Pagoh.
Jadi, saya nak beritahu dengan lantang, tolonglah Pagoh ini, jangan tipu kaum India lagi, sudah cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan saya ingin— Yang di-Pertua, saya minta maaf, saya emosi sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jangan emosi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, kerana, kerana pihak-pihak pembangkang selalu memainkan isu ini. Kerajaan ini tak prihatin kepada orang India, kerajaan ini tak buat secukupnya untuk orang India. Pembangkang di Dewan ini tak pernah bincang pun tapi saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih. This government is a government for the people, all Malaysians.
Timbalan Yang di-Pertua dan Menteri, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih di atas semua yang telah dilakukan. Saya yakin dan percaya bahawa kaum India akan terus menyokong kerajaan ini untuk memastikan kita akan membela nasib mereka. Terima kasih Menteri.
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
Yang Berhormat Speaker, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Speaker, tadi telah pun mendengar...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat yang mana satu?
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
36(6), sangkaan jahat. Ada dua perkataan dikeluarkan oleh Jelutong tadi. Pertamanya, dia kata merampas kerajaan. Kerajaan yang ditubuhkan oleh Perikatan Nasional direstui oleh Yang di-Pertuan Agong.
[Tepuk] Apakah kita nak mengatakan bahawa itu sebuah
Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa
rampasan, kita bukan pakai ketenteraan. Ini tak betul perkataan ini, sangkaan jahat, mengelirukan.
Yang kedua tadi, dia sebut bahawa Pagoh khianat kepada masyarakat India.
Ini pun tak boleh disebut begitu. Tuan Yang di-Pertua, tak boleh biarkan dia terus bercakap membawa retorik seperti itu, kerana ini jelas bercanggah dengan peraturan mesyuarat. Minta ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya, saya boleh tarik balik kenyataan merampas kerajaan. Saya gunakan istilah pintu belakang ataupun tebuk atap, tak salah.
[Tepuk] Nombor dua, saya berpendirian bahawa Yang Berhormat Pagoh tidak membela kaum India dan saya tidak akan tarik balik kenyataan itu. Ladang Jeram membuktikan bahawa kerajaan ini prihatin terhadap kaum India. Terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, 36(6) tadi maksud dia mengatakan Pagoh menipu. Itu bukannya menarik balik apa yang dicakap tadi? Perkataan menipu itu tak boleh. Maknanya, Ahli Dewan ini menipu. Dia kena tunjuk buktilah apa yang tipunya.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Mana ada cakap tipu?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Mana dia sebut tipu? Tak ada.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada tadi perkataan menipu...
[Tidak jelas]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Perkataan pun tak keluar. [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Dia sebut, Pagoh menipu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jelutong, sila buat penjelasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, kalau saya kata dia jadi bekas hakim, dia marah. Saya tak pernah kata menipu, saya tak pernah kata menipu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Eh?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Dia tak cakap. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Perkataan Pagoh menipu orang-orang India.
[Dewan riuh]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada perkataan tadi, kalau tak, takkan saya bangun.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mungkin Yang Berhormat Besut...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, saya nak beritahu, okey, sekarang ni Jelutong dengan beberapa orang lagi selalu sebut saya sebagai hakim.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, ini bukan masa untuk buat penjelasan tentang bekas hakim.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Bukan, bukan. Ini 36.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukan, bukan.
Saya suruh Yang Berhormat sila duduk. Kalau Yang Berhormat kata tadi Yang Berhormat Jelutong ada menggunakan perkataan menipu, sila check Hansard kerana saya pun tak perasan juga. Tak apa, sila duduk dulu. Saya mahu Yang Berhormat Menteri untuk jawab dulu.
[Tepuk]
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang di-Pertua, 36(4).
Satu lagi. Perkataan dia selalu sebut saya hakim, hakim. Apa benda masalah? Kalau saya hakim, masalahnya saya hanya mendengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang Ahli Parlimen yang perlu mengikut peraturan mesyuarat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri. Ya, 36(4).
Maknanya, perkataan yang menghina.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hakim itu menghina?
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Sejak bila hakim itu menghina?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Biadab.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Jangan menghina hakim ini, Besut.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Biadab itu. Biadap.
Biadap.
[Tidak jelas] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup, Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk gulung.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, tolong betulkan Menteri. Ini memang teruk, loyar buruk ini ya.
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelutong. Saya nak rakamkan tinggi-tinggi penghargaan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana saya ingin menjelaskan di sini apabila kita ada isu-isu yang melibatkan semua yang dibangkitkan, dibawakan tadi adalah aspek berkaitan dengan Sekolah Ladang Jeram. Ini adalah masalah yang telah pun timbul kian lama, 20 tahun tapi tidak diselesaikan.
Jadi, apabila dibawa ke perhatian saya, kita bawa berbincang di peringkat Kabinet dan dengan ada bantuan dan kerjasama daripada Menteri Pendidikan, Timbalan Menteri Pendidikan, kita lihat kepada bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah ini kerana tidak boleh dibiarkan berterusan.
Tapi di sini kita dapat melihat komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Tambun, apabila beliau lihat kepada satu masalah, beliau hendak mencari satu solution yang menyelesaikan masalah itu berterusan dan inilah yang saya rasa kita perlu memberikan rakaman penghargaan kita kepada beliau.
Kita lihat Yang Amat Berhormat PMX ini sangat fokus. We want to solve problems that have existed for a long time, dengan izin, and we make sure kita nak pastikan bahawa kita laksanakan apa yang kita sebut sebagai penyelesaian itu. Itu sebabnya, Tuan Yang di-Pertua.
Saya telah pun memberi penekanan. Kalau boleh kita nak mulakan kerja terus. Kalau boleh, sebelum akhir tahun ini pun lagi baik. Tapi saya dimaklumkan bahawa kemungkinan besar ia akan bermula dalam tahun awal tahun depan. Tapi apa yang berlaku juga, Jelutong saya nak bagi komitmen kita bahawa masalah-
Tuan Gobind Singh Deo
masalah yang dibangkitkan akan kita cuba sedaya upaya untuk selesaikan. Itulah saya rasa peranan kerajaan dan itulah apa yang kita lihat sebagai hasrat utama Kerajaan MADANI yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan dengan aspek jawapan saya berkaitan dengan memperkukuh kepercayaan digital. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Digital mengambil maklum pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menzahirkan kebimbangan terhadap aspek keselamatan digital negara. Ini meliputi perlindungan data peribadi, aspek ancaman penipuan dalam talian yang semakin meruncing, keselamatan siber dan keperluan mendesak untuk meningkatkan tahap literasi keselamatan digital rakyat termasuk generasi muda.
Kerajaan memandang serius isu keselamatan data peribadi rakyat, terutamanya dalam menghadapi peningkatan kes penipuan digital, kes-kes serangan siber, dan juga cabaran etika kecerdasan buatan. Melalui Jabatan Perlindungan Data Peribadi (PDP) dan CyberSecurity Malaysia, pelbagai langkah perundangan, teknikal dan pendidikan sedang dan telah dilaksanakan secara bersepadu.
Dari aspek perundangan Tuan di-Pertua, kerajaan telah pun memperkenalkan Akta Keselamatan Siber pada tahun 2024 yang telah pun berkuat kuasa pada 24 Ogos 2024 dan ia untuk mempertingkatkan tahap keselamatan siber negara yang menumpukan kepada perlindungan infrastruktur maklumat kritikal negara.
Pada tahun yang sama, kerajaan juga telah pun meminda Akta Perlindungan Data Peribadi dan antaranya mewajibkan pelantikan pegawai perlindungan data ataupun DPO, memperkenalkan pelaporan mandatori bagi insiden pelanggaran data serta meningkatkan kadar penalti secara signifikan kepada denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun. Ini dengan jelasnya menunjukkan komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi dalam aspek memastikan data rakyat dilindungi.
Selanjutnya, Kementerian Digital sedang merangka strategi kepercayaan digital dan keselamatan data yang akan menjadi kerangka kawal selia menyeluruh bagi memperkukuh tadbir urus keselamatan data. Bukan sahaja untuk sektor awam Tuan di-Pertua, tetapi juga sektor swasta. Strategi ini menyatukan prinsip keselamatan, akauntabiliti dan kepercayaan digital selaras dengan hala tuju RMK13 ke arah pembentukan negara AI yang selamat dan juga dipercayai.
Dari aspek kesiapsiagaan teknikal dan operasi, izinkan saya teruskan, Tuan di-Pertua. CyberSecurity Malaysia terus memperkasa benteng pertahanan siber negara melalui pelbagai inisiatif ianya termasuk pertama, Sistem Pengurusan
Tuan Gobind Singh Deo
Keselamatan Maklumat (ISMS) berdasarkan standard ISO bagi memastikan pengurusan keselamatan maklumat dilaksanakan secara holistik dan efisien.
Kedua, kita ada skim penilaian dan pensijilan keselamatan digital dan privasi yang memfokus kepada cara pelaksanaan menyeluruh dalam pengurusan maklumat privasi dan keselamatan digital di samping menyokong pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang melibatkan organisasi serta rakyat di Malaysia dan ekosistemnya.
Ketiganya, kita lihat kepada aspek latihan pegawai perlindungan data dan pensijilan ketua pegawai keselamatan maklumat bagi membentuk kepimpinan keselamatan maklumat dalam organisasi khususnya dalam sektor NCII dan akhirnya Program Pemerkasaan Keselamatan Siber (SiberKASA) yang merangkumi tiga komponen utama keselamatan siber iaitu insan, proses dan teknologi yang mengandungi lebih 40 produk dan perkhidmatan keselamatan siber yang dibangunkan oleh CyberSecurity Malaysia.
Ini juga merangkumi apa yang kita lancarkan baru-baru ini iaitu Makmal Forensik Kenderaan pertama negara yang berperanan, Yang di-Pertua untuk memperkukuhkan keupayaan forensik digital nasional dalam aspek-aspek penyiasatan insiden, khususnya yang menyebabkan kes-kes kemalangan dan jenayah.
Tuan di-Pertua, menjawab kebimbangan Yang Berhormat Kuala Krai berkenaan dengan peningkatan kes scam yang menyasarkan warga emas. Kerajaan telah mengambil pendekatan pelbagai agensi. Walaupun siasatan jenayah penipuan adalah di bawah bidang kuasa PDRM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Bank Negara Malaysia, Kementerian Digital memainkan peranan penting dalam aspek menyediakan bantuan teknikal, analisis forensik digital dan khidmat nasihat pakar.
Di samping itu, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang beroperasi melalui talian 997 bertindak sebagai pusat sehenti untuk menyelaraskan tindakan pantas bagi membekukan transaksi dan menjejaki aliran wang hasil jenayah. Bagi menangani isu di peringkat akar umbi, seperti yang dibangkitkan oleh YB Kuching, Jerai dan Kapar usaha pendidikan dan literasi digital dipergiatkan secara menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat, khususnya generasi muda.
Kementerian Digital melalui CyberSecurity Malaysia bekerjasama dan rapat dengan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerapkan modul Etika Siber Nasional (ESN) dalam kurikulum sekolah di bawah Program CyberSAFE in Schools.
Tuan Gobind Singh Deo
Modul ini merupakan langkah utama bagi melahirkan generasi yang celik digital, beretika dan bertanggungjawab dalam penggunaan ruang siber. CyberSecurity Malaysia juga melaksanakan pelbagai program kesedaran sebagai CyberSAFE Awareness Talk dan Program CyberSAFE untuk Rakyat.
Selain itu Tuan di-Pertua, pelbagai aktiviti komunikasi awam turut dijalankan termasuk sambutan Hari Keselamatan Internet, pembangunan infografik dan video keselamatan siber bagi memperkukuh kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab dan keselamatan digital.
Sesungguhnya, Tuan Yang di-Pertua, keselamatan digital bukan sekadar isu teknikal tetapi merupakan tanggungjawab bersama antara kerajaan, industri dan juga rakyat. Kerajaan akan terus memastikan aspek keselamatan, aspek privasi dan aspek kepercayaan digital menjadi tunjang utama dalam setiap dasar pendigitalan negara agar transformasi digital dilaksanakan dalam persekitaran yang selamat, beretika dan berdaya tahan.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga mengambil maklum berkaitan dengan pandangan yang dilontarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Tenggara, Jeli dan juga Ipoh Timor yang menekankan keperluan memperkukuh tadbir urus digital negara. Ini bukan sahaja dari aspek pembangunan teknologi, tapi juga merangkumi kesediaan dasar, keseimbangan antara kemajuan digital dan hak privasi rakyat, serta akauntabiliti agensi kerajaan terhadap pengurusan data awam.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian telah merangka pelan menyeluruh untuk menjayakan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara AI atau AI nation dan hab serantau menjelang tahun 2030. Aspirasi ini bukan sahaja menekankan aspek pembangunan teknologi, tetapi juga memberikan fokus menyeluruh kepada rakyat, perniagaan dan juga industri dan kerajaan dengan fokus dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Tuan Gobind Singh Deo
Ia nya merangkumi beberapa aspek. Pertama, kita kena lihat kepada bagaimana kita dapat memperkasa rakyat dan transformasi bermakna dalam kehidupan seharian semua. Ini untuk memastikan semua segmen masyarakat mendapat manfaat dari AI, termasuk peluang pekerjaan, akses pendidikan, perkhidmatan awam yang lebih cekap, serta peningkatan kesejahteraan.
Kedua, kita lihat kepada aspek membina negara atau Malaysia sebagai pemangkin inisiatif. Ini melibatkan inovasi ke arah peringkat global di mana kita
Tuan Gobind Singh Deo
membina produk dan penyelesaian AI made by Malaysia. Meletakkan negara bukan sekadar pengguna tetapi juga pengeluar teknologi yang bernilai tinggi.
Ketiga, kita memfokus kepada membina kerajaan yang dapat memperkasakan AI ataupun an AI augmented government. Kerajaan sebagai pemangkin dengan mengadaptasi AI untuk meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam, mengurangkan karenah birokrasi dan memperkukuh dasar berasaskan data.
Bagi mencapai aspirasi ini, Tuan Yang di-Pertua, pelan pelaksanaan sedang digerakkan melalui RMK13, Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia Fasa Tiga dan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 yang berpaksikan lima teras utama.
Pertama, dasar dan hala tuju yang jelas. Kita hendak mewujudkan satu Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 yang berperanan sebagai dokumen rujukan utama negara dalam memperkasa pembangunan dan penerapan teknologi AI secara menyeluruh.
Pelan ini menetapkan hala tuju strategik bagi menjadikan Malaysia peneraju serantau dalam inovasi dan penerapan AI. Di samping memastikan pembangunan teknologi ini dilaksanakan secara inklusif, beretika dan berasaskan keperluan nasional. Di antara objektif utamanya ialah memperkukuh daya saing ekonomi negara, memodenkan penyampaian perkhidmatan awam, merangsang pertumbuhan industri berasaskan data, serta membina ekosistem AI negara yang mampan meliputi dasar, aspek bakat, pembinaan infrastruktur dan juga aspek penyelidikan.
Kedua, kita lihat kepada tadbir urus dan etika AI yang inklusif dan mampan.
Melalui garis panduan tadbir urus dan etika AIGE yang telah pun dilancarkan oleh sahabat saya, Tanjung Malim dan diperkenalkan dalam tahun 2024 berasaskan tujuh prinsip utama termasuk keadilan, keselamatan, ketulusan dan kesejahteraan manusia. Selain itu, kementerian juga sedang meneliti pembangunan rang undang- undang khusus AI bagi melengkapkan perlindungan perundangan terhadap penyalahgunaan dan risiko etika penggunaan AI yang semakin pesat membangun.
Di sini saya telah pun menyatakan dalam Dewan yang mulia ini kita lihat aspek yang memerlukan undang-undang, aspek yang memerlukan peraturan dan aspek-aspek lain yang boleh kita kawal melalui hala tuju ataupun langkah-langkah yang lain.
Ketiganya, kita lihat kepada pembangunan bakat berterusan, yakni memperkukuhkan rantaian bakat daripada sekolah rendah sehingga pendidikan tinggi. Disokong dengan program dengan izin reskilling, upskilling untuk menarik
Tuan Gobind Singh Deo
kepakaran antarabangsa. MyMAHIR National AI Council for Industry merupakan inisiatif hasil kerjasama strategik di antara Talent Corp, Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan yang telah dilancarkan pada bulan Mei tahun ini.
Inisiatif ini bertujuan mempercepatkan transformasi tenaga kerja negara melalui program latihan semula dan peningkatan kemahiran yang berpaksikan kes penggunaan sebenar di industri, sejajar dengan hala tuju pembangunan bakat AI negara. Sebagai langkah permulaan Tuan Yang di-Pertua, projek rintis bagi kes penggunaan industri telah dilaksanakan pada bulan Oktober tahun ini, dengan penyertaan seramai 73 peserta, penyerta.
Keempat, kita fokus kepada aspek infrastruktur digital dan data. Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 mengetengahkan kepentingan memperkukuhkan ekosistem data sedia AI. Menyediakan infrastruktur yang mampu milik dan mudah diakses serta keperluan membangunkan AI Sandbox sebagai ekosistem ujian selamat untuk sektor-sektor awam, sektor swasta dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Akhirnya, kita lihat kepada aspek-aspek menarik pelaburan yang mampan.
Puan Yang di-Pertua, mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelabur, melabur dengan yakin dalam usaha niaga AI adalah satu perkara yang penting.
Pelan ini berusaha memobilisasikan pembiayaan gabungan daripada kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan model swasta untuk mengurangkan risiko usaha niaga AI dan mengekalkan pertumbuhan ekosistem.
Pada masa yang sama, kerajaan ingin juga menegaskan bahawa aspek kedaulatan negara perlu diberikan keutamaan dalam aspek pembangunan sovereign compute termasuk pembinaan model ataupun LLM – large language model dengan izin. Pendekatan ini menuntut pematuhan terhadap prinsip Rukun Negara, perundangan serta norma dan budaya tempatan. Dengan demikian, kemajuan teknologi digital dan kecerdasan buatan di Malaysia akan terus dibangunkan secara bertanggungjawab berteraskan nilai, identiti dan jati diri negara.
Dengan perancangan rapi dan pendekatan holistik ini, Malaysia dijangka mampu muncul sebagai negara AI yang inklusif, beretika, selamat dan berdaya saing, sekali gus menjadikan AI sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi serta transformasi kehidupan rakyat menjelang tahun 2030.
Puan Yang di-Pertua, aspek ketulusan dan accountability data dapat dijawab dengan bertulis kerana banyak butir-butir ditanya. Daripada situ, saya akan memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang telah
Tuan Gobind Singh Deo
pun membangkitkan aspek-aspek itu. Akhirnya, Puan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh sedikit berkaitan dengan aspek membangun modal insan dan literasi digital.
Puan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil maklum pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Tenggara, Yang Berhormat Ipoh Timor dan Tenom yang menyentuh pelbagai aspek kritikal, berkaitan pembangunan modal insan. Kerajaan sedar bahawa kejayaan pendigitalan sektor awam bergantung kepada kecekapan dan kesiapsiagaan modal insan. Bagi memastikan penjawat awam kekal relevan dan berdaya saing dalam era digital, JDN bersama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) dalam menetapkan program kompetensi sektor awam secara keseluruhan.
JPA berperanan sebagai peneraju dasar dan penyelaras utama latihan untuk keseluruhan perkhidmatan awam, memantau pelaksanaannya dan menyediakan program latihan dalam perkhidmatan seperti program pembangunan kepakaran dan perunding kerajaan. Sebagai agensi pelaksana utama, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) juga bertanggungjawab untuk melatih semua penjawat awam secara menyeluruh. INTAN menyediakan pelbagai kursus kemahiran digital umum melalui platform pelajaran dalam talian iaitu E-Pembelajaran Sektor Awam serta melalui program seperti Digital Government Competency and Capability Readiness. Modul latihan AI yang disediakan untuk sektor awam bukan saja berfokus kepada teknologi AI asas tetapi juga merangkumi teknologi AI spesifik seperti AI untuk automasi pejabat, kesihatan, keselamatan, pendidikan dan lain-lain bidang.
Kementerian Digital melalui JDN juga sedang melaksanakan pelbagai inisiatif seperti makmal ujian AI, AI Sandbox, melalui platform AI as a service yang memberi peluang penjawat awam untuk mencuba dan meneroka pembangunan sistem AI melalui kaedah Sandbox serta inisiatif kolaborasi program kompetensi dan industri serta IPT supaya penjawat awam juga dapat menguasai teknologi ini dengan cepat dan berkesan.
Matlamat Kementerian Digital, Puan Yang di-Pertua, adalah jelas supaya Malaysia bukan sekadar menjadi negara pengguna tapi juga menjadi peneraju teknologi di rantau dan di dunia. Selain daripada itu, Kementerian Digital melalui kerjasama strategik dengan ASEAN School of Business telah berjaya melatih lebih daripada 300 pegawai kerajaan di bawah program Executive Digital Leadership.
Program ini direka khusus untuk memberi pegawai dalam kalangan pengurusan pertengahan sehingga pengurusan atasan dengan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan digital yang relevan.
Tuan Gobind Singh Deo
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, izinkan saya menyatakan— saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan. Banyak cadangan telah pun dibawa, saya terima dengan terbuka dan kita hendak memastikan bahawa kita dapat menjayakan misi kita untuk membina negara AI menjelang tahun 2030 secara bersama. Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh warga Kementerian Digital, jabatan dan agensi di atas input serta penyediaan teks penggulungan saya pada hari ini, di mana kita telah pun berjaya menjawab kepada hampir semua persoalan- persoalan yang ditimbulkan.
Segala isu ini tidak dapat saya sempat dihuraikan melalui tempat dengan ada kerjasama mereka. Saya ingin juga mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk meyakinkan bahawa sekiranya tidak ada dijawab di dalam teks saya tadi, saya akan berikan dalam jawapan bertulis dalam beberapa hari yang akan datang ini. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Digital, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.09 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor
Assalamualaikum dan selamat petang Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kita mulakan sesi sebelah petang ini dengan mempersilakan Menteri, Kementerian Luar Negeri untuk memberi jawapannya. Silakan Yang Berhormat.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, memberikan peluang kepada saya mewakili Kementerian Luar Negeri untuk menggulung perbahasan berkenaan dengan belanjawan negara kita pada tahun 2026 dan terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat yang telah pun menyentuh serba sedikit tentang Kementerian Luar Negeri.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Untuk pengetahuan Timbalan Yang di-Pertua, peruntukan Kementerian Luar untuk Belanjawan 2026 kita diperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion, yang mana daripada RM1.2 bilion itu RM982.7 juta adalah untuk belanja mengurus dan RM218.15 juta untuk perbelanjaan pembangunan. Tak banyak pembangunan Kementerian Luar ini Dato’. Kita banyak― itu pun kerja-kerja baik pulih dan juga menaik taraf bangunan-bangunan pejabat-pejabat kita di luar negara.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada lapan orang Ahli Yang Berhormat iaitu Gombak, Tanah Merah, Gua Musang, Jempol, Tenom, Tampin, Pasir Gudang dan Bukit Gantang atas ucapan tahniah yang telah pun mereka berikan kepada Kementerian Luar yang mengiktiraf usaha Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini.
Menjawab kepada penghargaan peranan Malaysia di atas Kepengerusian ASEAN itu dan mengekalkan kepusatan ASEAN ataupun ASEAN centrality, Dato’ Yang di-Pertua. Sebagaimana rakan-rakan Yang Berhormat semua sedia maklum, Malaysia masih lagi menggalas amanah ini sebagai Pengerusi ASEAN hinggalah kepada hujung tahun sampai bulan Disember nanti.
Walaupun pada Sidang Kemuncak ke-47 baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memberikan mandat secara formal kepada negara Filipina untuk mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2026 tahun depan. Jadi, kita masih lagi menjadi pengerusi dan banyak lagi mesyuarat yang masih lagi berjalan dan akan berlangsung sehinggalah penghujung tahun depan di bawah tonggak-tonggak yang lain seperti tonggak ekonomi, tonggak sosial dan juga budaya.
Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, sejak 1 Januari 2025 berlandaskan tema keterangkuman dan kemampanan ataupun inclusivity dan juga sustainability, Malaysia telah mengemudi ASEAN sebagai satu platform neutral dan berprinsip bagi memastikan kepusatan ASEAN itu atau dengan izin ASEAN centrality kekal kukuh dan dalam menghadapi cabaran geopolitik dan geoekonomi semasa yang bergolak.
Secara ringkasnya Dato’ Yang di-Pertua, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan yang berlangsung pada minggu lepas. Dia Sidang Kemuncak ke-47 tetapi dalam masa yang sama, banyak sidang kemuncak- kemuncak yang lain iaitu kita panggil sidang kemuncak yang berkaitan. Sebanyak 14 sidang kemuncak sebenarnya telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan 76 dokumen-dokumen hasil yang diambil maklum, diperakukan dan juga diluluskan.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Semasa sidang kemuncak tersebut Dato’ Yang di-Pertua, pelbagai isu telah dikupas dan dibincangkan bagi mencapai kesepakatan di kalangan negara-negara anggota dan juga rakan-rakan dialog. Dia kita negara ASEAN, kita dengan kemasukan Timor-Leste jadi 11 tetapi kita ada rakan dialog juga yang banyak, lebih kurang 10 rakan dialog, Dato’ Yang di-Pertua.
Sebagai Pengerusi, Malaysia telah menyuarakan pendirian negara berhubung isu-isu serantau dan antarabangsa termasuklah keamanan dan kestabilan serantau, ketidakstabilan ekonomi global dan kesannya terhadap tatanan geopolitik dunia, Laut Cina Selatan, isu Myanmar, isu Palestin yang memang tak lekang kita bawa ke mana saja, khususnya Gaza dan isu pertikaian sempadan di antara Cambodia dan Thailand.
Sepertimana kita tahu pada sidang kemuncak ini, kita ada di sela sidang kemuncak tersebut ada upacara menandatangani perjanjian gencatan senjata di antara Thailand dan juga Kemboja yang mana mereka ada perbalahan di sempadan kedua-dua buah negara tersebut. Alhamdulillah sekarang mereka telah pun melakukan gencatan senjata.
Dan, setakat semalam saya telah pun diberitahu bahawa syarat-syarat dalam gencatan tersebut, gencatan senjata tersebut sedang dilakukan iaitu dengan mengundurkan senjata berat daripada kedua-dua sempadan dan selepas ini mereka akan pula mengambil inisiatif untuk memenuhi syarat yang selebihnya iaitu untuk membuang ataupun demining, banyak jerangkap samar, mining yang telah pun ditanam oleh pihak-pihak tertentu dan mereka perlu membersihkan semuanya daripada kedua sempadan negara tersebut.
Menjawab penghargaan, Dato’ Yang di-Pertua tentang Timor-Leste. Timor- Leste ini menjadi sebagai negara pemerhati kepada ASEAN begitu lama, berbelas tahun. Jadi, alhamdulillah kita Malaysia sebagai pengerusi, salah satu daripada keutamaan kita sebagai pengerusi pada tahun ini adalah untuk merealisasikan hasrat negara Timor-Leste yang nak menjadi sebagai anggota tetap, ahli tetap kepada ASEAN.
Timor-Leste ini dulu kalau kita tahu Dato’ Yang di-Pertua, merupakan negara sebahagian daripada negara Indonesia tetapi apabila mereka mendapat kemerdekaan, maka mereka memohon untuk menjadi sebahagian negara ASEAN.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Tetapi pada ketika itu selepas kemasukan Myanmar, kemasukan Cambodia dan juga Vietnam dan Laos, ASEAN mengenakan syarat iaitu yang begitu ketat untuk
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
menerima sebarang ahli baru perlu mereka memenuhi pelbagai-bagai syarat.
Sehinggakan ada yang bercakap dengan secara berseloroh it’s a lot easier to enter the heaven rather than to become an ASEAN member. So, susah.
Jadi, alhamdulillah pada Sidang Kemuncak ke-47 baru-baru ini Dato' Yang di-Pertua, kita telah berjaya merealisasikan hasrat besar, hasrat rakyat Timor-Leste untuk menjadi anggota. Dan kita telah pun mendapat secara konsensus kerana ASEAN ini sebarang keputusan mesti dilakukan secara bersama. Semua mesti bersetuju. Konsensus. Kalau satu sahaja ada observation, ada satu sahaja tak setuju, kita tak boleh.
Jadi, alhamdulillah semua telah pun dapat mencapai kata sepakat dan kita berjaya menjadikan Timor-Leste sebagai negara yang ke-11 sebagai anggota penuh ASEAN dan maka itu ASEAN sekarang dah menjadi 11 anggota. Kejayaan ini turut mencerminkan peranan aktif dan konsisten Malaysia dalam memudah cara. Kita berbincang di peringkat kepegawaian dulu Dato' Yang di-Pertua dan peringkat Menteri. Bagaimana cara untuk kita memudahkan Timor-Leste menjadi ahli. Jadi, kita buat berfasa-fasa.
Banyak instrumen-instrumen perundangan yang perlu mereka penuhi.
Banyak keperluan-keperluan sektor ekonomi yang mereka perlu capai dan juga macam-macam lagi. Jadi, kalau nak dipastikan Timor-Leste ini menjadi anggota penuh dengan memenuhi semua syarat tersebut saya rasa berpuluh tahun Timor- Leste tak akan dapat menjadi ahli. Jadi, kita letakkan fasa pertama, fasa kedua, fasa ketiga dan seterusnya. Dan kita membantu.
Malaysia dengan cadangan kita, kita telah menubuhkan satu unit Timor-Leste di Sekretariat ASEAN di Jakarta untuk kita pastikan membantu dan memudah cara bagaimana Timor-Leste boleh kita serap jadikan ahli tetap dan mereka akan memenuhi syarat-syarat tersebut. Dan kita sebagai negara tonggak memberikan banyak bantuanlah termasuk latihan-latihan melalui kita punya bantuan kerjasama teknikal yang kita bagi memudah cara supaya pegawai-pegawai Timor-Leste dapat kita latih dan mereka dapat menjadi sebagai anggota yang dapat mencapai hasrat ASEAN.
Menjawab kepada penghargaan usaha Malaysia dalam usaha pendamaian konflik Thailand dan Cambodia. Dato' Yang di-Pertua, dalam masa yang sama Thailand-Cambodia ini dia punya isu sempadan ini berpuluh-puluh tahun. Sejak selepas daripada negara Perancis mengundurkan diri daripada Indo-China.
Sempadan Cambodia dan Thailand ini memang dah lama berpuluh-puluh tahun tapi
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
terdapat sedikit masalah dan mencetuskan pertempuran tentera kedua-dua buah negara. Maka, dua, tiga hari berlaku dan menyebabkan beratus ribu pelarian daripada kedua-dua buah negara, pelarian orang yang di sempadan, orang Kemboja lari ke dalam, lari daripada sempadan.
Begitu juga Thailand menggunakan kedua-dua buah angkatan tentera, menggunakan senjata-senjata berat termasuklah jet pejuang. Maka, Malaysia mengambil inisiatif untuk kita pastikan supaya kedua-dua buah negara ini duduk semeja. Berunding semula supaya agar keharmonian di dalam anggota ASEAN ini dapat kita kekalkan.
Kekuatan ASEAN Dato' Yang di-Pertua ialah kekuatan kita secara centrality, secara kebersamaan. Kalau ini berlaku maka apa yang kita jaja selama ini ke seluruh dunia tentang ASEAN centrality, kepusatan ASEAN ini itu dah tak bermakna lagi.
Masyarakat antarabangsa akan mengetawakan kita. Kita bercakap tentang centrality, tentang kepesatan tapi dua buah negara bergaduh sesama sendiri pun kita tak boleh selesaikan.
Jadi, ini menjadi keutamaan kita untuk kita selesaikan perbalahan kedua buah negara yang berjiran begitu lama yang mempunyai hubungan yang baik.
Alhamdulillah, tercapai dan semasa Sidang Kemuncak ke-47 baru-baru ini, kedua- dua pemimpin telah pun bersetuju untuk menandatangani apa yang dipanggil sebagai The Kuala Lumpur Peace Accord ataupun Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
Alhamdulillah dan sekarang ini gencatan senjata tersebut dipatuhi dan negara-negara ASEAN atas inisiatif Malaysia dan juga didukung, disokong oleh Amerika mengadakan apa yang dipanggil sebagai ASEAN Observer Team ataupun Pasukan Pemerhati ASEAN.
Kita tak letak anggota tentera kita di sempadan tapi kita memperkasakan pejabat-pejabat DA kita, Defend Atase kita, Atase Pertahanan di setiap negara ASEAN yang berada di Kemboja dan juga di Thailand. Menambah keanggotaan DA Office ataupun Pejabat Defend Atase di setiap negara. Setiap negara sekurang- kurangnya membawa dua tambahan yang berpangkat leftenan kolonel ke atas untuk menjadi pemerhati dan pasukan pemerhati ini akan sentiasa memantau keberkesanan dan kedua-dua buah negara perlu mematuhi syarat-syarat yang telah pun mereka maktubkan bersama Dato' Yang di-Pertua. Dan laporan harian kita dapat dan kami— saya memantau perkembangan ini dan kita berpuas hati setakat hari ini.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Alhamdulillah, kita punya Panglima Angkatan Tentera kita menjadi sebagai fasilitator untuk menjadi pemudah cara kepada perjanjian gencatan senjata kedua- dua buah negara ini.
Dato' Yang di-Pertua, berkenaan dengan tanggungjawab kepada pendirian Malaysia terhadap isu Myanmar. Ini menjadi sebagai bukan sahaja sebagai tajuk utama di dalam negara kita sebagai Pengerusi kepada ASEAN tetapi masyarakat antarabangsa juga melihat isu di Myanmar ini sebagai suatu yang perlu diusahakan dan perlu diselesaikan. Myanmar ini malang sekali Dato' Yang di-Pertua, negara dia berpuluh tahun juga. Banyak selepas British meninggalkan Burma dulu, meninggalkan legasi di mana ada penduduk yang tidak diiktiraf oleh negara dia sendiri iaitu orang Rohingya.
Rakyat Rohingya itu tersebut dulu dibawa untuk bekerja, sebahagiannya membina kereta api dan macam-macam dan duduk tinggal dah bergenerasi di Burma ataupun di Myanmar tetapi malangnya negara Myanmar itu sendiri tidak mengiktiraf mereka sebagai etnik negara mereka. Jadi, ini masalah. Jadi, bila bermasalah dan juga di Myanmar ini perpecahan di antara etnik-etnik ini terlampau dahsyat.
Dia bukan satu, dua etnik. Berpuluh-puluh etnik yang sesama sendiri bergaduh Dato' Yang di-Pertua. Orang Shan, orang Kahin, orang Kachin, orang Rakhine, macam-macam. Dan mereka ini bercita-cita untuk menubuhkan kerajaan sendiri di peringkat regional ataupun di peringkat autonomi mereka.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
[Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ini yang menjadi sebagai masalah untuk kita urus dengan baik. Bukannya A sama B tapi A dengan berpuluh- puluh, puak-puak yang sesama sendiri pun tak boleh duduk bersama, yang sesama sendiri pun bertempur dan akhirnya ada masyarakat minoriti yang tersepit di tengah- tengah seperti masyarakat Rohingya ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi, kedua-dua tempat mereka pun, orang-orang Rakhine pun mengganas terhadap mereka, tentera Junta pun membunuh mereka. Jadi, tersepit tengah-tengah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya, Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat isu Myanmar ini sudah menjadi barah kepada ASEAN dan kesan langsungnya mungkin negara kita dan beberapa negara lain. Ada
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
penganalisa mengatakan keputusan ASEAN sendiri membawa kerangka berasaskan konsensus ataupun prinsip tidak campur tangan itu dengan izin, non- interference itu mungkin tidak mencukupi untuk menangani krisis yang berpanjangan di Myanmar itu. Dilaporkan sudah lebih 550,000 yang menjadi penempatan di IDP, di internal displaced people ini dalam negara Myanmar itu sendiri.
Jadi, adakah juga dilihat bahawa kita sebagai Pengerusi ASEAN ini untuk supaya kita boleh membuka tindakan lebih kolektif bahawa dasar prinsip kita tidak campur tangan itu mungkin tidak berkesan bagi memberi peringatan kepada Myanmar supaya dia dapat menyelesaikan apa yang kita bincang pagi tadi dalam soalan awal tadi, dalam soal jawab lisan tadi iaitu Myanmar sendiri tidak pun melaksanakan Five-Point Consensus yang dipersetujui itu?
Jadi, mungkin itu juga perlu dirangka lebih kuat bahawa perlu ada campur tangan lebih tegas bagi memastikan tidak ada lagi pembantaian hal kemanusiaan di kalangan rakyat Myanmar itu sendiri termasuk yang besarnya ialah Rohingya itulah di Rakhine dan wilayah-wilayah yang lain. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dato' Yang di-Pertua, terima kasih. Memang saya akui bahawa Myanmar ini menjadi sebagai umpama barah dalam badan kita ya, kerana kita bercakap tentang negara ataupun rantau Asia Tenggara ini, ASEAN ini merupakan rantau yang sejahtera, aman, bebas dan berkecuali tapi dalam masa yang sama right under our nose, di bawah hidung kita sendiri, kita mengalami masalah. Itu sebabnya semasa Malaysia tahun ini menjadi sebagai Pengerusi ASEAN, kita mengambil beberapa inisiatif untuk kita pastikan supaya five point consensus ini kalau setakat sekadar sebagai suatu statement saja dia tidak mencukupi Dato' Yang di-Pertua. Tidak mencukupi.
Itu sebabnya inisiatif yang diambil oleh Malaysia untuk pertama kalinya Dato' Yang di-Pertua kita berjaya membawa pihak-pihak yang bergaduh sesama sendiri ini datang ke Malaysia, tapi kita buat secara senyap, 27 puak yang berperang sesama sendiri Dato' Yang di-Pertua.
Mula-mula mereka tak mahu bercakap pun, tak mahu pandang sama sendiri pun. Mereka bergaduh berpuluh tahun. Tetapi kali kedua kita berjaya mengurus mereka, bawa mereka sekali lagi dan telah mula duduk dalam satu bilik dan telah pun berunding dan bercakap. Dan saya sendiri telah pun menyatakan dengan izin, you have to put your head together. Kita mesti mempunyai konsensus bersama saya katakan. Kalau tidak memang tak boleh nak urus Myanmar ini.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Dan alhamdulillah mereka telah pun berbincang sesama sendiri dan mengeluarkan dia punya wish list, ataupun apa kehendak-kehendak mereka. Dan wish list itu tersebutlah ataupun kehendak itulah yang telah saya bawa semasa saya berjumpa dengan Acting Presiden Myanmar, Perdana Menteri Myanmar dan rakan sejawat saya, bukan dalam bentuk nota diplomatik tetapi dalam bentuk aide-mémoire ataupun secara menyampaikan saja kepada mereka, inilah wish list, inilah kehendak majoriti puak-puak yang bertentangan itu terhadap junta tentera di Myanmar.
Antaranya supaya diadakan gencatan secara menyeluruh dan juga memberikan kemudahan bantuan kemanusiaan, dapat sampai ke tempat yang diperlukan dan macam menghentikan keganasan, menghentikan pembantaian terhadap rakyat biasa dan mahukan supaya berdialog dengan pihak-pihak yang–– junta dengan pihak yang bertelagah ini.
Dan mereka mahu jika Kerajaan Myanmar mahu mengadakan pilihan raya, pilihan raya itu mestilah pilihan raya yang telus, pilihan raya yang adil dan pilihan raya yang inklusif, yang terangkum supaya semua pihak boleh mengambil bahagian dan tidak ada puak-puak yang dipinggirkan, puak-puak yang tak boleh ambil bahagian dan macam-macam. Ini telah saya sampaikan kepada kepimpinan negara Myanmar semasa saya ke Naypyidaw pada 9 Oktober baru-baru ini Dato' Yang di-Pertua.
Dan insya-Allah saya rasakan pihak pentadbiran Myanmar walaupun mereka telah pun membatalkan, memansuhkan apa yang dipanggil sebagai state of emergency ataupun darurat seluruh negara tapi mereka sekarang mengadakan pula darurat pocket of areas, masih lagi dalam keadaan darurat. Saya tanya jika ada darurat di 63 kawasan seluruh negara Myanmar ini, bagaimana pula mereka boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya ini. Ini kita punya soalan.
Dan kita Malaysia tambahan pula sebagai Pengerusi ASEAN kita mengatakan sebarang apa juga keputusan berkenaan Myanmar ini adalah secara konsensus. Kita tak bawa suara Malaysia. Saya ke sana sebagai Pengerusi ASEAN. Saya bawa suara ASEAN. Dan ASEAN kita ada mekanisme kita berkenaan Myanmar iaitu kita menggunakan mekanisme Troika iaitu negara yang telah pun lalu Chairmanship— Chairmanship yang ada sekarang dan negara yang akan jadi pengerusi. Kalau tahun ini Malaysia jadi Pengerusi, tahun lepas Laos dan tahun depan ialah Philippines. Jadi, tiga negara ini menjadi sebagai anggota Troika untuk kita mengurus masalah berkenaan Myanmar.
Jadi, untuk persoalan tadi kita memang faham. Itu sebabnya keadaan di Cox's Bazar amat teruk tetapi apa yang diberitahu bahawa mereka sedang membuat apa
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
yang dipanggil sebagai untuk mengenal pasti mereka benar-benar yang datang daripada Rakhine iaitu orang Rohingya. Pagi tadi saya telah jawab soalan Yang Berhormat. Bukan semua satu juta itu merupakan penduduk asal daripada Myanmar.
Mereka itu dulu pernah datang kerana di Bangladesh ada masalah, mereka masuk ke dalam negara Myanmar dan bercampur gaul dengan orang-orang Rohingya di Rakhine.
Jadi, mereka ini juga yang nak dibawa balik. Mereka kata tak ada. Tapi setakat hari ini, setakat saya berjumpa dengan kepimpinan Myanmar baru-baru ini, mereka telah kenal pasti 300,000 orang yang mereka boleh bawa balik selepas keadaan reda.
Tak elok juga ataupun tak ada kemungkinan untuk membuat mereka balik kerana keadaan sekarang masih lagi belum reda.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, mungkin sikit lagi. Program Repatriasi ataupun proses membawa balik pulang pelarian daripada Cox's Bazar itu nampak gagal apabila tidak mendapat kerjasama sendiri daripada Myanmar itu apabila dia tidak memberi jaminan keselamatan kepada penduduk yang dibawa balik. Hanya lebih kurang 130,000 daripada lebih satu juta yang senarai boleh dibawa pulang.
Jadi mungkin dilihat ASEAN sendiri bagaimana penekanan repatriasi ini penting ya, ketika mana ada sebahagian penduduk ini memang mereka berhasrat untuk pulang ke kampung halaman balik tetapi jaminan keselamatan tidak ada. Jadi sudah pastilah repatriasi ini akan terus gagal kalau tidak ditangani perkara asas itu.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Itu sebab saya katakan tadi Program Repatriasi. Repatriation Program ini tidak boleh berkesan, tidak boleh berjaya jika keadaan dalaman di Myanmar itu sendiri masih lagi belum reda. Tidak ada gunanya kita bawa mereka balik tetapi akhirnya mereka akan terbunuh juga. Adalah lebih baik mereka masih lagi tinggal di kawasan Cox's Bazar tetapi kawasan Cox's Bazar Datuk Yang di-Pertua, keadaan dia amat teruk sekali, masalah jenayah, masalah dadah dan macam-macam.
Masyarakat antarabangsa mengawasi keadaan ini. Bangsa-Bangsa Bersatu mengawasinya, negara Jepun dan juga–– dan saya telah berbincang dengan rakan sejawat saya daripada Jepun, daripada Australia dan berbagai-bagai negara Eropah dan Pesuruhjaya Pejabat Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pun bersama- sama untuk kita pastikan cara yang terbaik dan bilakah masa yang 300,000 yang mereka kenal pasti ini boleh mula untuk balik ke Myanmar. Kita tidak akan benarkan jika mereka balik akhirnya mereka terbunuh Dato' Yang di-Pertua.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Lepas ini.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Minta maaf sebab lepas ini saya nak pergi PAC, kejap. Okey, berkenaan dengan repatriasi maknanya pelarian yang ada di sini dan di bawah UNHCR ya, di bawah UNHCR, adakah itu juga di bawah your tanggungjawab dan sebagainya? Sebab isunya macam ni Menteri, very simple apa isu tu tapi ia agak dah berpanjangan.
Dia begini, ada penduduk-penduduk telah melihat anak-anak ini dia tak boleh pergi ke sekolah kebangsaan. Jadi, mereka ini ketinggalan daripada segi pendidikan.
Jadi ada yang mungkin pihak gereja yang bersimpati dan sebagainya, ada yang pakai tudung dan sebagainya pergi ke sekolah–– bukan pergi sekolah, pergi belajar. Belajar di situ dan ia menimbulkan satu kontroversi, satu kebimbangan sebab mereka ini pakai tudung tapi pergi ke tempat ibadah orang bukan Islam yang padahal dia pakai tudung.
Adakah itu di bawah your portfolio ke, bagaimana nak apakan, nak selesaikan masalah ini? Yang nak dihantar satu hal, yang dah ada di sini yang terpaksa belajar ini supaya mereka ini taklah mencuri dan sebagainya untuk hidup. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih YB. Yang ada di Malaysia ini belum lagi berada dalam radar proses repatriation ini. Dia bercakap tentang yang di Cox's Bazar itu dulu, yang di Bangladesh. Saya juga menyatakan bahawa not to forget ataupun jangan lupa bahawa kita memberikan perlindungan kepada lebih dekat 200,000 orang sekarang ini di Malaysia tetapi mereka ini yang di Malaysia ini pula, mereka ini mendapat perlindungan ataupun di bawah pengawasan UNHCR ataupun Human–– pihak Pelarian Bangsa-bangsa Bersatu.
Malangnya, Dato' Yang di-Pertua, ialah UNHCR ini kurang berjaya fungsinya, tidak seberjayanya mereka semasa mengurus pelarian Vietnam dulu. Tapi dengan Myanmar ini tak banyak negara ketiga mahu menerima orang-orang Rohingya ini, itu masalah.
Jadi, saya juga telah pun menyatakan kepada kepimpinan Myanmar semasa berjumpa dengan mereka kepada Presiden, Acting Presidennya Senior Jeneral Min bahawa jangan lupa bahawa proses repatriasi ini juga perlu dimasukkan penduduk Myanmar atau rakyat Myanmar yang berada di Malaysia itu.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Itu dia mengambil maklumlah. Dia tidak ada komitmen daripada pihak ini.
Kluang— eh, Simpang Renggam.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih. Simpang Renggam, Yang Berhormat.
[Ketawa]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kluang pula. Minta maaf.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Tahniah atas jawapan yang diberikan. Tapi sebelum itu Yang Berhormat, izinkan saya untuk memaklumkan pada Dewan yang mulia ini bahawa bersama-sama kita pada petang ini ialah Persatuan Pesara UiTM Melaka dan juga KRT Taman Bandar Baru Masjid Tanah yang diketuai oleh mantan Ahli Parlimen Tangga Batu.
[Tepuk] Yang Berhormat, penjelasan yang diberikan, saya kira satu pendekatan yang cukup baik yang dibuat oleh kementerian, oleh kerajaan, oleh negara kita sama ada menyentuh tentang soal keamanan yang berkekalan, sama ada oleh kerana konflik yang sedang berlaku ataupun konflik yang telah selesai diatasi.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya mohon sedikit penjelasan, pencerahan sama ada Kementerian Luar mengambil maklum atau membimbing banyak badan-badan, yang mana Parlimen menganggotai sebagai contoh Inter- Parliament Union atau AIPA atau CPA. Wakil kita ke persidangan, assembly, assembly yang berkenaan itu juga berdepan dengan wakil negara-negara yang berkenaan.
Sebagai contoh Yang Berhormat, sewaktu dalam Persidangan IPU baru-baru ini, wakil dari Malaysia, saya salah seorangnya diminta oleh pihak Cambodia untuk berjumpa. Sepertimana biasa, kita mengambil atau mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Luar. Apakah perkara-perkara yang kita perlu elak? Apakah penjelasan yang perlu kita beri berkenaan perkara-perkara yang nak dibangkitkan?
Tetapi kita tak dapat mengelak bahawa ada juga pendekatan-pendekatan oleh negara-negara wakil mereka yang bercanggah dengan apa yang dah dipersetujukan dalam ASEAN sebagai contoh.
Jadi, soalan saya adalah sama ada satu kaedah di mana kementerian memantau wakil-wakil Malaysia ini ke sidang-sidang, badan-badan berkenaan, CPA, AIPA ataupun IPU. Sama ada mereka ada satu bentuk pemantauan untuk memastikan tidak ada percanggahan ataupun ada bentuk kawalan supaya tidak melangkaui apa yang dah diputuskan oleh negara kita. Tetapi untuk berlaku adil,
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
macam— Yang Berhormat, saya ini sekarang ini dipilih sebagai Pengerusi Standing Committee on Peace and International Security di bawah IPU.
Jadi, tahun depan kita akan bercakap tentang soal post conflict. Nak membincangkan tentang cara mana kita boleh meminda The International Humanitarian Law sebagai contoh. Jadi, mungkin agaknya kementerian ada perancangan untuk memastikan negara kita juga terlibat secara aktif dalam pindaan ataupun perbincangan berkenaan dengan International Humanitarian Law ini.
Jadi, banyak pengalaman Yang Berhormat untuk menyelesaikan dalam ASEAN itu sendiri. Saya kira menjadi satu rujukan, perlu diuar-uarkan kepada seluruh negara dalam anggota badan-badan berkenaan peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia dari segi sama ada menangani konflik sedia ada mahupun post conflict. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih sahabat saya Simpang Renggam. Dato' Yang di-Pertua, badan ataupun organ Parlimen seperti AIPA, IPU ini merupakan badan yang amat penting bagi kita, bagi Dewan Rakyat, Dewan Negara.
Seharusnya, ahli-ahli dalam select committee ataupun dalam perwakilan- perwakilan ini mempunyai maklumat-maklumat terkini yang boleh mereka jadi sebagai duta negara untuk berbincang dan juga menerangkan situasi-situasi dan juga kaedah-kaedah yang kita guna pakai untuk kita pastikan supaya Malaysia ini boleh dijadikan sebagai tempat, sebagai mediation centre ataupun tempat pusat mediasi anggota-anggota ataupun negara-negara yang bertelagah. Kita yakin dasar kita yang amat terang dan jelas sekali sebagai negara yang mengamalkan dasar aman, bebas dan berkecuali dan centrality ini Dato' Yang di-Pertua, amat disenangi oleh masyarakat antarabangsa.
Jadi, saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Simpang Renggam bahawa perlu kita wujudkan suatu senario ataupun keadaan di mana sebagai wakil negara, kita tak mahu lihat nanti pula wakil negara kita bercakap bercanggah-canggah dengan apa yang kita lakukan. Insya-Allah kita akan lakukan Dato' Yang di-Pertua. Saya sambung.
Pendirian Malaysia terhadap pilihan raya di Myanmar. Saya dah beritahu pagi tadi Dato' Yang di-Pertua, Malaysia ini bukan Malaysia. Malaysia ini kita sebagai— saya ke sana tempoh hari pun ke Naypyidaw mewakili ASEAN sebagai Pengerusi ASEAN. Sebenarnya kami empat orang. Saya, Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Philippines termasuk juga daripada Timor–Leste nak bersama-sama untuk
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
bertemu dengan kepimpinan negara Myanmar pada ketika itu. Tapi di saat akhir, terpaksa dibatalkan kerana mereka ada sambutan keagamaan di sana.
Jadi, selepas itu saya pergi pada 9 Oktober, saya pergi berseorangan tetapi sebagai Pengerusi ASEAN. Di dalam pertemuan saya dengan kepimpinan pentadbiran di Naypyidaw ataupun Myanmar, Dato' Yang di-Pertua, disentuh pelbagai perkara. Tapi apa yang saya nak sampaikan kepada mereka ialah hasrat ASEAN, pendirian ASEAN bahawa mereka nak mengadakan pilihan raya. Tetapi bagi mereka ASEAN nak bantah ke, ASEAN nak sama ke, ASEAN tak sama ke, dia akan buat dia punya pilihan raya.
Jadi, secara jelas saya telah sampaikan pendirian ASEAN iaitu selagi pilihan raya ini tidak telus, tidak— orang kata it’s fair election, then tak inklusif, maka amat sukar untuk ASEAN memperakukan keabsahan pilihan raya mereka itu. Jadi, sama ada mereka nak buat pilihan raya ke tidak, that is not our business. Dia akan buat.
Kalau kita kata tidak pun, dia akan lakukan juga. Jadi, kita katakan bahawa pilihan raya yang nak dibuat ini mestilah pilihan raya yang telus. Pilihan yang adil, pilihan raya yang terangkum untuk kita pastikan bahawa pilihan raya ini disertai oleh semua pihak dalam mereka punya— which ataupun di mana saya rasa kebarangkaliannya itu amat tipis sekalilah ya.
Jadi, soalnya sama ada kita nak perakukan tidak, ASEAN iaitu— ASEAN mempunyai pendirian yang jelas iaitu selagi tidak adil, selagi tidak telus, selagi tidak terangkum, ASEAN tidak akan memperakukan pilihan raya tersebut.
Dato' Yang di-Pertua, semasa kita— Ya, Machang silakanlah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya soalan timbal balas. Perdagangan, perjanjian timbal balas yang baru ini ditandatangani sewaktu ASEAN. Boleh? Tapi ada kaitan dengan Wisma Putra, sudah tentu.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Boleh tak Myanmar dulu?
[Ketawa]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Okey, Myanmar dulu. Sila. Saya tak nak kacau. Kalau Myanmar, biar Myanmar selesai dulu.
Silakan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Dua saja. Yang pertama kalau boleh, kalau boleh kenyataan ASEAN, kenyataan ASEAN untuk outrightly reject Shan election, itu yang kami harapkan. Itu sama.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang kedua, apakah Kerajaan Malaysia bercadang— sebab saya, kami dan ramai NGO mencadangkan special envoy yang telah bekerja dengan baik, Tan Sri Othman itu dilanjutkan tugasannya. Saya tahu Filipina akan ada idea tapi tak apalah Troika ke apa ke, tapi supaya ada kesinambungan. Itu point dia. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Berkenaan dengan kenyataan bersama ataupun joint statement daripada ASEAN saya rasanya dalam Sidang Kemuncak 47, antara outcome ataupun kenyataan-kenyataan itu termasuklah kenyataan berkenaan dengan Myanmar bahawa kita masih lagi kekal supaya Myanmar, pentadbiran Myanmar mesti akur kepada keputusan bersama mereka iaitu mereka salah seorang daripada penandatangani Five-Point Consensus dulu bahawa mereka tak boleh kata mereka tak menghormati Five-Point Consensus, mereka sekarang nak buat five-point dialah, dia punya five-point lah.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Kerana untuk memenuhi syarat-syarat Five-Point Consensus itu sebenarnya hampir dah dipenuhi dah. Cumanya, menghentikan keganasan dan juga membenarkan bantuan kemanusiaan itu sampai ke setiap tempat, itu masih lagi tersekat-sekat. Mereka kata Dato’ Yang di-Pertua, bukan dia yang sekat. Di kawasan tempat puak-puak yang bertelagah itu, mereka yang menyekat pula. Jadi, dia banyak hal berlaku dalam Myanmar. Jadi, kita ada statement kita berkenaan dengan Myanmar, berkenaan dengan pilihan raya di Myanmar.
Berkenaan dengan special envoy kepada Pengerusi ASEAN, Malaysia mencadangkan pada awal tahun ini semasa retreat kami di Langkawi, Menteri- menteri Luar ASEAN, Malaysia mencadangkan supaya penggal kepada special envoy ini ataupun pesuruhjaya ini dijadikan satu jawatan yang kekal ataupun berpenggal. Misalnya, tiga tahun ke. Ini disambut baik oleh peringkat Menteri-menteri Luar.
Tetapi ada satu, dualah negara yang masih lagi mahu supaya special envoy ini menjadi sebagai special envoy kepada Pengerusi negara pada ketika itu. Dan ia nya tergantung lagi semasa kita mesyuarat peringkat Menteri semasa Sidang Kemuncak 47 baru-baru ini, kita bincangkan lagi. Beramai bersetuju, ramai yang bercadang, ada juga yang memberi pandangan supaya– Kita telah pun memutuskan supaya peringkat kepegawaian meneliti dan juga menjalankan kajian.
Sebab kalau kita jadikan dia sebagai kekal ataupun berpenggal, ia dah bercanggah dengan kita punya Five-Point Consensus. Sebab Five-Point Consensus itu jelas mengatakan special envoy to the Chair ataupun kepada Pengerusi. Jadi, kita
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
kena juga pinda jugalah kita punya Five-Point Consensus itu yang memerlukan kesepakatan lagi.
Untuk meminda Five-Point Consensus itu, memerlukan kesepakatan lagi.
Jadi, susah jugalah Dato’ Yang di-Pertua tapi idea tadi itu bagus, memang kita bawa tetapi ada pandangan-pandangan. Jadi maknanya kita tidak mendapat apa orang kata sebagai kata sepakat di dalam ASEAN. Terima kasih.
Ya, Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Boleh saya tanya pasal BRICS?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Ya?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
BRICS.
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tahniah atas kejayaan mengelolakan ASEAN. Saya tahu Wisma Putra kerja keras dan alhamdulillah, saya rasa Yang Berhormat Rembau deserved an applause-lah. Terima kasih.
[Tepuk] Baik. Yang Berhormat Menteri, kita jemput Presiden Brazil datang dan juga South Africa dan Presiden Brazil telah pun menyatakan sokongan kepada Malaysia untuk menjadi anggota penuh BRICS. Itu satu perkembangan yang bagus. Cuma pada masa yang sama, saya teringat pada bulan tujuh yang lalu, Presiden Donald J.
Trump memberi amaran kepada mana-mana negara yang menyertai BRICS akan dikenakan 10 peratus lagi kadar tarif.
Dan kita pun telah menandatangani perjanjian yang amat cemerlang antara Malaysia dan Amerika yang mana jelas mengatakan dalam klausa 5.3.3, “If Malaysia enters into a new bilateral free trade agreement or preferential economic agreement...”, contoh BRICS, “...with a country that jeopardizes essential US interest…”. BRICS adalah gabungan yang nak de-dollarize market kita. So, it jeopardizes America interest.
Jadi, kalau kita sertai BRICS, apakah Wisma Putra akan bersetuju dalam keadaan semasa yang terikat kaki dan tangan kerana Perjanjian Timbal Balas Perdagangan yang dibuat oleh MITI? Silakan pandangan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Macam perbahasan sekolah berasrama penuh pula jadinya.
[Ketawa] Dato’ Yang di-Pertua, soalan dia dah tanya Machang, dia jawab sendiri. Jadi maknanya, kita perlu berhati-hati Yang Berhormat Machang di dalam apa jua selepas ini yang nak kita lakukan supaya kita tak terjerat kaki. Walaupun klausa-klausa yang
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
mengatakan bahawa kita bebas, tapi perlu kita buat pemerhatian dan kita perlu berhati-hati.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Jadi adalah memadai untuk setakat hari ini, pandangan peribadi saya, kita berpuas hati untuk kita menjadi sebagai negara rakan kepada BRICS. Tidak ada bezanya negara rakan berstatus negara rakan dengan sebagai status ahli penuh. Jadi kita berpuas hati begitu.
Jadi kita tak mahu mengeruhkan suasana, sehinggalah sampai ke tahap di mana nanti membolehkan kita suasananya mengizinkan kita untuk kita menjadi ahli penuh. Lagipun menjadi ahli penuh di BRICS, menjadi rakan negara BRICS pun dia tak ada beza. Cumanya, kita tidak boleh mengambil bahagian jika adanya pengundian atau membuat keputusan. Itu saja bezanya.
Tetapi BRICS ini Dato’ Yang di-Pertua, dia banyak kepada melebar luaskan pasaran kita kerana negara-negara ini merupakan rakan dagang negara berdagang yang besar, ekonomi berdagang. Jadi, banyak baiknya daripada tak baik jika kita dapat bersama-sama untuk berdagang dengan rakan-rakan negara ini. Insya-Allah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, terima kasih atas pandangan yang bagi saya bernas.
Cuma semalam baru saja kita selesai ASEAN dan APEC, Duta Amerika di Malaysia telah mengeluarkan— Bukanlah ancaman, tapi teguran kepada kita. Kalau Malaysia langgar garis merah, hati-hati, hati-hati Amerika akan bertindak balas dengan apa yang telah kita tandatangani. Jadi macam mana Wisma Putra nak menguruskan kepentingan ekonomi dengan kedaulatan negara kita bila mana kita dah suruh terikat kaki dan tangan ketika ini?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Uruskan parti dulu.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Itu cakap dia, cakap dia kan. Cakap dia biasalah, cakap orang yang mempunyai kekuatan. Jadi dia boleh bercakap begitu. Jadi kita pula jangan ikut rentak orang menari. Kita menari rentak kita.
Seperti yang saya cakapkan tadi, kita urus dengan baik dasar luar kita supaya dia tidak menjejaskan kepentingan kita. Jadi apa jua nak kita lakukan, kita mesti berhati-hati agar kepentingan negara itu kita dahulukan dan negara Malaysia ini terkenal dengan kita punya neutrality. Kita negara yang berkecuali.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
[Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Sehingga tadi Simpang Renggam mengatakan, ada baiknya jika kita menjadikan Malaysia sebagai pusat mediasi supaya kita dipandang, dilihat bukan saja kita berjaya, Malaysia berjaya mengendurkan ketegangan Cambodia dengan Thailand, tapi Malaysia telah pun ternyata jelas menjadi sebagai mediator yang berjaya di selatan Filipina. Dan sekarang ini kita nak menjadi fasilitator, bukan mediator, fasilitator kepada masalah di selatan Thailand dan juga di utara Malaysia.
Jadi ini satu keadaan yang amat baik jika organ kepada Dewan ini, IPU ke AIPA ke, dapat menjadi sebagai tangan yang mencapai untuk kita menjelaskan kedudukan negara kita yang bahawa kita ini negara yang bebas, aman dan berkecuali, insya-Allah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, Jelutong.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Menteri.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong. Sikit, Jelutong dulu. Machang dah bangun beberapa kali.
Speaker, saya dengar, lucu juga Yang Berhormat Machang tadi. Saya rasa, terserlahlah kepimpinan Yang Berhormat dan barisan kerajaan termasuk Menteri sendiri di mana kita dapat mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah di negara kita dan ia kita dapat menandatangani perjanjian di mana jiran-jiran yang bertelagah dibawa ke meja untuk kita bincangkan perpaduan.
Bukan saja itu, tetapi juga melibatkan Amerika Syarikat berbanding dengan setengah-setengah pihak Timbalan Speaker, yang isu-isu parti dalaman pun tak dapat selesai.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, saya tak merujuk kepada siapa-siapa Timbalan Speaker.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Speaker, kita bincang isu besar ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tak merujuk kepada siapa-siapa. No, kita lihat, ini menunjukkan statesmanship.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, saya tidak merujuk kepada siapa-siapa, saya tak melanggar peraturan. Isu parti dalaman pun tak dapat selesaikan. Bayangkan kalau mereka mentadbir negara, hancur negara kita.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Speaker.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Menteri, Ledang boleh ya?
Kejap, ya, terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik juga mohon last.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya rasa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, sebentar Yang Berhormat Ledang, sebentar. Masa telah tamat. Walau bagaimanapun, saya guna budi bicara. Selepas Ledang, Yang Berhormat Machang dah tiga kali, dua kali dah bangun, Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sekali lagi untuk Palestin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Walaupun sedemikian, belah kiri dah banyak kali dah termasuk Kuantan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Boleh, boleh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Machang pun duduk. Indera Mahkota pun tadi dah saya dah ruang. Sebelah sini, saya bagi last kepada Ledang. Lepas itu saya sendiri nak bertanya pada Menteri.
[Ketawa]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Okey, terima kasih Dato' Timbalan Speaker. Itu Speaker power eh.
[Ketawa]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya tadi bila Jelutong sebut itu, saya pun terasa juga sikit tadi, pasal dalaman parti.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Tetapi, saya rasa sekarang belah sana lebih terasalah. Baik, saya nak terus pada persoalan sebab tadi saya lihat, Yang Berhormat Menteri dah sentuh banyak pasal ASEAN dan Myanmar.
Tetapi, belum masuk lagi tajuk Palestin, yang juga sangat luas ya, keadaan dia.
Jadi, saya cuma nak hurai kembali sedikit sahaja kerana dalam perbahasan saya, saya telah sentuh bahawa Kaukus Palestin Parlimen Malaysia telah pun mengadakan sesi meja bulat dengan beberapa NGO dan mereka telah pun mengemukakan beberapa cadangan, syor-syor kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa, dan seterusnya telah mengajukan
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
kepada Yang Berhormat Menteri, yang saya sanjung tinggi kerana turut hadir untuk mendengar jawatankuasa tersebut.
Jadi, ada beberapa perkara dalam syor yang telah dikemukakan oleh kaukus dan sesi meja bulat tersebut. Antaranya ialah berkenaan dengan comprehensive solution, maksudnya, yang telah disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Justeru, apakah lagi langkah-langkah seterusnya yang kita boleh laksanakan kerana kita dimaklumkan, memang sudah pun ada satu mesyuarat yang telah diadakan di Turkiye. Mungkin semalam ataupun dua hari lepas, iaitu negara-negara Arab dan Islam iaitu Qatar, Arab Saudi, UAE, Jordan, Pakistan, Indonesia dan Turkiye yang membincangkan tentang international stabilization force, stabilization force in Gaza.
Apakah Malaysia ada apa-apa peranan, terutama Malaysia sebagai salah satu daripada media diplomasi dan juga antara orang yang paling lantang apabila membawakan cara-cara bagaimana untuk menangani krisis di Palestin.
Dan yang keduanya, Yang Berhormat Menteri ialah saya juga mencadangkan supaya kita ada dalam belanjawan kita, satu fund ataupun satu yang dana khas berkenaan dengan bantuan kemanusiaan dan pembinaan semula Gaza. Sebab, saya tak pasti, sekiranya ada mungkin ada dalam butiran ataupun dalam perkara- perkara yang kecil yang lebih detail.
Tetapi, apakah kita ada satu cadangan untuk mewujudkan dan memastikan supaya dana ini dimulakan daripada sekarang dan kita juga nanti akan bawakan kepada peringkat antarabangsa apabila Yang Berhormat Menteri hadir, mungkin ke Mesir kelak. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, isu peraturan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Timbalan Speaker, boleh Sik sikit bertanyakan soalan yang berkaitan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, isu Peraturan Dewan. Saya terasa sikit bila Yang Berhormat Ledang bangun tadi. Isu Peraturan 36(6), membuat sangkaan jahat. Bila saya membahaskan tentang isu pergolakan dalam parti, Jelutong tak pernah rujuk pada parti-parti mana kecuali Bersatu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak jelaskan perkara itulah.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak rujuk pada PKR kerana mereka rakan seperjuangan. Jelutong tak akan khianat. Jadi, saya tak rujuk PKR, memang saya rujuk pada Bersatu. Terima kasih, Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik. Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Speaker, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Yang Berhormat, saya ambil maklum tentang perkara tersebut, ya dan saya tidak membuat apa-apa petua. Itu sebagaimana yang telah diputuskan oleh — yang telah dinyatakan oleh Jelutong. Saya bersetuju dengan apa beliau bercakap tadi. Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Timbalan Speaker.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Speaker, boleh satu lagi soalan untuk Yang Berhormat Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Seterusnya, saya persilakan Menteri untuk menjawab Ledang. Selepas itu, saya punya giliran pula.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Speaker. Terima kasih, sahabat daripada Ledang. Semalam, tiga hari bulan telah diadakan mesyuarat tergempar Menteri-menteri Luar Negara- negara Islam untuk mereka membincangkan, bagaimana cara untuk mengurus pos 20-point ini.
Sebenarnya, Malaysia dijemput tetapi kerana saya berada di Korea dan tak ada kesempatan nak ke sana, Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan kita menghantar wakil kita duta tapi dalam mesyuarat itu duta tak masuklah.
Tapi, saya telah pun memberitahu rakan sejawat daripada Turkiye bahawa Malaysia bersama apa jua yang nak diputuskan. Bahkan, untuk menghantar tentera pengaman, Malaysia telah menyatakan pendirian secara dasar bahawa dengan mandat daripada Bangsa-bangsa Bersatu, Malaysia tidak pernah gagal jika dijemput oleh pihak Bangsa-bangsa Bersatu untuk menganggotai Pasukan Tentera Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu.
Bahkan, kita masih ada lagi. Besok lusa, rasanya ada pertukaran lagi UNIFIL 850 versi 12 akan diambil alih oleh UNIFIL MALBATT ataupun MALBATT 850-13, versi 13. Jadi, kita tidak pernah gagal, Dato’ Yang di-Pertua. Jika ada pelawaan
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
daripada Bangsa-bangsa Bersatu tapi dengan syarat, mesti ada mandat, sebab kita tidak boleh menghantar kita punya pasukan pengaman tanpa mandat.
Banyak juga saranan-saranan bahawa mengapa Malaysia tidak menghantar kita punya pasukan pengaman, tetapi kita tidak akan lakukan tanpa mandat yang diberikan oleh pihak Bangsa-Bangsa Bersatu.
Jadi, kita dijemput Yang Berhormat Ledang, dan saya juga dihubungi oleh rakan sejawat daripada Mesir dan pada 6 hari bulan, rakan sejawat daripada Egypt, daripada France. Kerana mereka berdua inilah yang membuatkan The New York Declaration ataupun Deklarasi New York iaitu Egypt dan juga France sebagai sponsor, menjemput Malaysia dan bahkan, Malaysia nak dijemput sebagai co- convener kepada usaha reconstruction of Gaza, pembinaan semula Gaza.
Jadi, kita akan ke sana, saya akan ke sana, Dato’ Yang di-Pertua, untuk kita pastikan supaya Malaysia dapat menyumbang. Walaupun tak banyak, sedikit pun kita nak menyumbang agar pembinaan semula ini dapat dikongsi bersama sebagai masyarakat antarabangsa, memastikan supaya penderitaan rakyat Palestin ini terutamanya di Gaza itu, dapat kita pulihkan semula walaupun tidak dapat dibuat dengan segera.
Dalam masa yang sama, dalam mesyuarat kita yang ke-46— 47 juga, Summit kita, ada saranan untuk kita meng-activated ataupun mengaktifkan semula CEAPAD.
Sebab kita dah anjurkan kita punya Mesyuarat CEAPAD yang mana, dipengerusikan bersama oleh Malaysia dan juga Jepun, saya dan rakan sejawat daripada Jepun.
Dianggotai oleh anggota ASEAN dan juga Korea, untuk kita berbincang dan juga, mengumpulkan usaha untuk pembinaan semula Gaza di Palestin, Dato’ Yang di- Pertua. Jadi, insya-Allah. Tentang pertanyaan berkenaan dengan tabung tersebut, satu cadangan yang baik daripada pihak Jawatankuasa Pilihan, supaya pihak Jawatankuasa Pilihan mereka boleh untuk bersama-sama, untuk secara tidak perlu mendapatkan bajet daripada mana-mana, tapi kita tubuhkan tabung untuk jawatankuasa kaukus ini.
Mereka dapat sama-sama dengan kerajaan, bersama-sama dengan kerajaan untuk mengambil bahagian, Dato’ Yang di-Pertua, secara pandangan ataupun secara untuk mereka bersama, berada memastikan pembangunan semula Gaza yang runtuh, yang telah pun dihancurkan oleh rejim Zionis Israel ini, dapat kita pastikan dibina semula secara beransur-ansur. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Baik, Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Yang Berhormat Menteri Luar Negara, apa yang
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
saya nak bercakap ini bukanlah persoalan tetapi, untuk menyampaikan serta memberi penerangan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Untuk makluman, selama empat hari dan tiga malam, saya telah sebagai wakil Parlimen kepada Asian Parliamentary Assembly, yang telah diadakan di Moscow daripada 28 sehingga 31 hari bulan dan, tiga perkara yang saya lihat ada kaitan kepada negara kita.
Pertamanya, dalam Jawatankuasa Kebudayaan dan Sosial Parlimen ASEAN, yang dipengerusikan oleh Duma Federation of Russia, diwakili oleh negara-negara Asia di dalam jawatankuasa tersebut. Pihak Palestin telah hadir dan mereka telah menekankan banyak isu-isu berkaitan Palestin, walaupun agenda tersebut tidak ada kaitan dengan sosial dan kebudayaan.
Pihak jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pihak Russian Federation Parliament telah mengenepikan isu-isu yang dibangkit berkaitan Gaza dan perkara tersebut dipindahkan ke jawatankuasa yang berkaitan dengan politik, ya. Ini untuk makluman bagi pihak Palestin. Yang lain, semuanya bersetuju dengan apa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Sosial dan Kebudayaan, Asian Parliamentary Assembly tersebut.
Kedua, dalam jangka masa pertama Yang Berhormat Menteri, telah diadakan bilateral meeting di antara Parlimen Malaysia dan juga Duma Federation of Russia yang dipengerusikan oleh Timbalan Deputy-nya, His Excellency Sholban Kara-ool.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Dan di situ, secara langsungnya mereka Duma Federation of Russia ingin mengikat dan memperbaiki selebihnya dengan perhubungan akrab dengan Parlimen kita dan, selain daripada itu, mempertingkatkan dalam perhubungan antarabangsa serta ekonomi dan politik.
Dan yang terakhirnya, agak lebih kepada homefront, saya telah berjumpa dengan Excellency ― kedutaan kita di Moscow. Dia suruh sampaikan secara tidak langsung berkaitan kedudukan pembangunan kedutaan kitalah. Itu saja. Selain- selain itu, tidak ada. Sekian, terima kasih.
[Tepuk] Untuk kementerian selanjutnya, saya mempersilakan Kementerian Sumber Manusia, Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya menjawab, izinkan saya bagi pihak YB Puncak
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Borneolah, saya kiranya, mengalu-alukan kehadiran tetamu beliau 15 orang Ahli Majlis dari Majlis Perbandaran Sibu ke Dewan Rakyat.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan takziah kepada seluruh keluarga arwah Profesor Emeritus Datuk Dr. Ahmat Adam yang telah meninggalkan kita. Beliau merupakan seorang ilmuwan dan sejarawan tersohor.
Banyak mengajar, memberikan perspektif tentang sejarah negara ini. Dalam bidang pembelajaran hikayat Hang Tuah, contohnya, beliau telah menyatakan bahawa pembacaan betul bukan Hang Tuah tetapi Hang Tuha dan sebagainya. Saya kiranya ini merupakan satu kehilangan buat komuniti intelektual negara kita.
Sampan berpusing senang berlabuh, Sudah merapat diikat tali; Batang terguling cendawan tumbuh, Jaga pekerja bakat tak lari.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya kasihi sekalian, pembuka kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang telah membentangkan Belanjawan 2025 pada Oktober yang lalu. Belanjawan ini mengangkat tema “Belanjawan Rakyat” memperuntukkan lebih RM1.8 bilion kepada Kementerian Sumber Manusia ataupun KESUMA. Lantas memberikan semangat kepada usaha warga KESUMA untuk terus mendukung martabat pekerja di negara ini.
Penghargaan kepada 16 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan saranan yang cukup membina khususnya berkaitan dengan bidang tugasan KESUMA. Dan izinkan saya untuk menjawab beberapa persoalan dan cadangan yang telah dibangkitkan.
Pertama sekali, rakan seperjuangan saya yang juga mantan Menteri KESUMA, Yang Berhormat Batu Gajah, telah membangkitkan status pekerja gig khususnya dalam isu perlindungan keselamatan sosial dan penguatkuasaan akta ataupun RUU Pekerja Gig 2025.
Saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan ini dan di Dewan Negara yang telah sebulat suara meluluskan RUU Pekerja Gig 2025 masing-masing pada 28 Ogos 2025 dan 9 September 2025. Kelulusan ini membuktikan bahawa pekerja gig tidak lagi diabaikan, malah diiktiraf sebagai tenaga kerja penting dalam ekonomi baharu negara kita.
Tentang penguatkuasaan dan pemantauan, seperti mana yang umum diketahui, kini RUU tersebut sedang dalam proses mendapat perkenan Diraja. Biar
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
kita menghormati proses perundangan dan kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam aspek ini.
Salah satu komponen utama dalam RUU ialah keselamatan sosial. RUU mewajibkan semua penyedia platform untuk membuat potongan caruman PERKESO daripada setiap transaksi pendapatan seseorang pekerja gig iaitu kadar 1.25 peratus daripada pendapatan bersih iaitu selepas ditolak, contohnya, komisen dan sebagainya. Semua perkara ini sebenarnya telah diperincikan ketika Dewan ini membincangkan RUU tersebut. Justeru, saya tidak ingin mengulas secara panjang lebar.
Tetapi, tidak timbul isu insentif cukai ataupun potongan cukai untuk menggalakkan syarikat gig membuat pendaftaran dan pencaruman sebab mereka sudah pun ataupun memang pun diwajibkan di bawah undang-undang baharu ini kelak. Dan, hakikatnya, tiada sebarang caj tambahan dikenakan ke atas syarikat gig.
Segala kos untuk menghubungkan sistem syarikat kepada PERKESO bagi tujuan pencaruman dan pembayaran adalah ditanggung oleh PERKESO.
Caruman juga tidak terhad kepada pekerja e-hailing dan p-hailing semata- mata kerana semua pekerja gig dalam semua sektor yang menggunakan sistem platform digital seperti yang termaktub dalam RUU Gig yang baharu itu, mereka adalah tertakluk kepada kewajipan mencarum PERKESO.
Bagi cadangan untuk memperkenalkan skim insurans pendapatan gig, dan saya percaya cadangan Yang Berhormat Batu Gajah ini adalah berlandaskan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) di bawah Akta 800 untuk pekerja konvensional. Buat masa ini, sememangnya SIP ataupun insurans pekerjaan ini belum diperluaskan kepada pekerja gig. Namun, saya telah pun mengarahkan PERKESO untuk mengkaji kebolehlaksanaan skim ini ataupun skim seumpamanya untuk perlindungan pekerja gig.
Dan bagi soalan tentang bilangan pekerja gig yang telah pun mencarum di bawah PERKESO dari Januari hingga Oktober 2025, bilangan yang telah mencarum di bawah Skim Lindung Kendiri PERKESO ialah seramai 846,907 orang dengan sektor e-hailing dan p-hailing seramai 290,122 orang. Perlu diingatkan, jumlah pencarum ini adalah sebelum RUU Gig yang baru itu dikuatkuasakan.
Yang Berhormat Paya Lebar, Rantau Panjang, Sri Aman dan Sri Gading telah membangkitkan isu tentang penyertaan wanita dalam pasaran kerja. Untuk makluman, kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas telah meletakkan sasaran 60 peratus kadar penyertaan wanita dalam pasaran buruh.
Menteri Sumber Manusia - Tuan Sim Chee Keong
Usaha ini sememangnya melibatkan perobohan siling kaca dan lantai melekit ataupun, dengan izin, glass ceiling and the sticky floor yang menjadi penghalang kepada wanita dalam pasaran buruh.
Antara usahanya, pindaan Akta Kerja 1955 yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 dan Akta Ordinan Buruh Sarawak dan Akta Ordinan Buruh Sabah yang berkuat kuasa 1 Mei 2025 telah memperuntukkan dua perkara yang saya rasa cukup penting untuk sebagai galakan kepada wanita untuk pulang kembali ke alam kerjaya.
Satu, tempoh cuti bersalin dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari bagi membolehkan pekerja wanita mempunyai tempoh masa yang mencukupi bagi menjaga anak dan memulihkan kesihatan diri selepas melahirkan anak. Dan yang keduanya, peruntukan baharu berkaitan aturan kerja fleksibel...
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
Nanti saya bagi. Ataupun AKF diwujudkan bagi menyokong keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan ataupun work-life balance.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Boleh. Nanti saya bagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sebelum nanti ke tajuk lain.
Tuan Sim Chee Keong
Pendang, saya akan selalu bagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Sebab dia orang yang cukup prihatin dengan— bagi saya habiskan perenggan ini dulu, kemudian saya bagi YB.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey, baik.
Tuan Sim Chee Keong
Bagi aturan kerja fleksibel ataupun anjal, di bawah perundangan buruh di atas, memang tidak terhad kepada situasi-situasi luar biasa sahaja. Contohnya, ada program-program persidangan besar di ibu kota. Contohnya.
Tidak. Malah, untuk semua keadaan di mana pekerja sektor swasta boleh memohon kepada pihak majikan untuk melaksanakan aturan kerja fleksibel yang meliputi dan― untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, FWA ataupun flexible working arrangement, dengan izin, aturan kerja fleksibel, dia tidak hanya bermaksud work from home. Dia boleh meliputi perubahan dari segi waktu kerja, hari-hari bekerja dan juga perubahan dari segi tempat bekerja.
Dan bagi menggalakkan pelaksanaan AKF ini, kerajaan menyediakan insentif cukai sebanyak 50 peratus kepada majikan untuk melabur dalam perisian dan infrastruktur sokongan AKF.
Silakan, YB Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih, sahabat saya.
Sangat lembutlah Menteri ini dan saya pun lembut. Bila dia lembut, saya pun lembut.
Yang jadi ini pasal dia orang kasar, saya pun kasarlah.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya memang fighter punya. Okey baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Dato’ Speaker. Saya hendak bagi pandangan lagi sekali dan juga soalan yang bangkitkan ini. Boleh tak pihak kementerian membuat satu aturan kepada majikan gig kerana kita tengok fleksibiliti dalam jadual kerja dan kebebasan kreatif adalah satu faedah yang lebih kepada gig.
Tetapi sekarang ini, mereka terpaksa membayar lebih komisen kepada majikan ini, kepada majikan gig daripada 10 peratus ke katanya sampai 20 peratus sekarang ini. Jadi, mereka dahlah terpaksa bekerja sampai larut malam, jadi kita minta boleh adakan perbincangan dengan majikan gig ini untuk kita bagi fleksibiliti kepada pekerja-pekerja gig ini, terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Yang ini kena lembut pada masanya, keras pada masanya. Itu baru betul.
Sebenarnya saya kurang faham sebab memang pekerjaan gig ini adalah pekerjaan yang fleksibel dan dengan adanya RUU pekerja gig, seperti yang saya telah maklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini, memang kita mengekalkan sifat keanjalan ataupun fleksibiliti sebab memang pekerja gig sendiri mereka tidak mahu terikat tapi mungkin apa yang YB Pendang maksudkan ialah dengan contohnya komisen yang lebih tinggi, maka mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk mendapat gaji yang sama.
Itulah sebabnya antara faktor utama kita melaksanakan perundangan baharu itu pada 28 Ogos diluluskan di Dewan ini adalah untuk menghentikan keadaan di mana pekerja gig ini tidak ada pembelaan dari segi upah, dari segi pendapatan, dari segi keselamatan sosial, dari segi keselamatan dan kesihatan di tempat pekerjaan.
Jadi, di bawah RUU gig memang akan diperuntukkan sebuah majlis rundingan di mana bersifat tripartite. Pihak syarikat gig, kita tak panggil majikan sebab mereka bukan majikan dan pekerja hubungannya. Pihak syarikat gig dengan wakil pekerja gig, mereka duduk semeja, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi bincang tentang standard-standard kontrak.
Contohnya, dari segi komisen, dari segi waktu kerja, dari segi algoritmanya.
Ini semacam perbincangan CA ataupun collective agreement di mana kedua-dua pihak boleh duduk sama-sama, bincang dan tentukan secara bersama.
Tuan Sim Chee Keong
Pada masa kini, sebelum adanya RUU ini memang ketetapan-ketetapan kontrak itu lebih cenderung kepada syarikat sebab syarikatlah yang secara unilateral menentukan segala semua syarat ini. Kalau tak mahu terima, jangan kerja. Itu masa kini. Tapi dengan adanya RUU Gig, majlis rundingan itu bersifat social dialog, dialog sosial secara tripartite di mana mereka boleh sama-sama bincang dan tentukan cara- cara kontrak umpamanya komisen yang telah dibangkitkan.
Berbalik kepada perbahasan, selain daripada aturan kerja fleksibel dan juga potongan cukai, beberapa insentif cukai lain turut diberikan bagi menggalakkan wanita kembali ke alam pekerjaan ataupun pasaran pekerjaan. Contoh, potongan cukai tambahan kepada majikan yang mengambil pekerja wanita yang ingin kembali berkerjaya. Dan bukan sahaja majikan yang mengambil wanita yang kembali berkerjaya itu dapat potongan cukai, wanita itu sendiri kalau selepas berhenti kerja untuk beberapa tempoh, beliau memilih untuk kembali ke alam pekerjaan, maka beliau juga boleh menikmati potongan ataupun pengecualian cukai pendapatan.
Kita sedia maklum, dalam masyarakat kita, tugasan penjagaan ahli-ahli keluarga selalunya terletak ataupun terjatuh ke bahu wanita. Sudah tentu saya menyarankan bahawa tanggungjawab ini harus dikongsi bersama antara kaum lelaki dan wanita dalam tugasan penjagaan. Tapi untuk memastikan tugasan penjagaan tidak memberi kesan kepada pekerjaan seseorang wanita ataupun lelaki, maka kerajaan juga menyediakan potongan cukai tambahan bagi majikan yang memberikan cuti berpanjangan penjagaan ahli keluarga yang sakit contohnya, sehingga 12 bulan.
Saya kira ini sudah tentu akan membantu dari segi keluarga-keluarga di mana seseorang individu itu terpaksa mengambil cuti ataupun terpaksa menjaga ahli keluarga yang uzur dan sakit. Maka dengan adanya insentif cukai ini, individu tersebut tidak perlu orang kata berhenti kerja, dia boleh ambil cuti yang lebih panjang dengan kerajaan memberikan insentif cukai kepada syarikat yang memberikan cuti sedemikian kepada pekerja mereka. Segala usaha ini diharapkan akan memudah cara pekerja wanita dan mencapai sasaran 60 peratus yang saya sebut tadi.
Tentang cadangan pelaksanaan cuti paterniti berbayar selama 14 hari, KESUMA sebenarnya baru saja membuat pindaan kepada akta ataupun Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak bagi menyeragamkan cuti paterniti berbayar selama tujuh hari di Sabah dan Sarawak dengan apa yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 di Semenanjung Malaysia. Jadi, pada masa kini kita memang tidak ada, kita baru saja membuat pindaan itu.
Tuan Sim Chee Keong
Namun pada masa yang sama, KESUMA juga sedang melaksanakan reformasi perundangan secara menyeluruh melibatkan 28 undang-undang perburuhan sedia ada di negara kita. Dalam kerangka tersebut sudah tentu aspek- aspek seperti cuti materniti, paterniti dan sebagainya akan menjadi antara perkara yang akan dipertimbangkan untuk penambahbaikan.
Yang Berhormat Paya Besar sekali lagi telah...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh sikit Yang Berhormat Menteri?
Tuan Sim Chee Keong
Boleh, silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, ada inisiatif cukai yang diberikan oleh pihak kerajaan. Cumanya saya nak minta jangkaan pandangan Yang Berhormat Menteri, bila kita meletakkan sasaran 60 peratus menjelang 2030 dengan keadaan sekarang 56.5, 56.6. Jadi, enablers-nya adalah majikan.
Jadi, macam mana Yang Berhormat Menteri melihat insentif cukai yang telah kita kemukakan, aturan kerja yang fleksibel kita aturkan, adakah dalam tempoh yang empat tahun ke hadapan ini, kita akan dapat mencapai 60 peratus ataupun kita melebihi sasaran 20 peratus dan bagaimana respons daripada majikan atas insentif yang telah dikemukakan oleh kerajaan kepada rakyat? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih YB Paya Besar yang saya kira merupakan seorang yang peka ataupun sensitif gender, keadilan dari segi gender.
Sebenarnya insentif cukai tambahan kepada majikan ini merupakan salah satu penambahbaikan oleh KESUMA dengan of course dengan kerjasama Kementerian Kewangan. Kenapa? Sebab sebelum ini, sebelum tahun sebab insentif ini baru dilaksanakan tahun ini. Sebelum tahun ini, pengecualian cukai hanya diberikan kepada pekerja-pekerja wanita yang pulang ke alam kerjaya. Maka kita nampak ada satu jurang ataupun kelompongan.
Sebab kenapa? Dia wanita yang kembali bekerja dapat pengecualian cukai tapi dia tidak ada insentif ataupun tidak ada motivasi kepada majikan untuk ambil pekerja itu sebab hanya pekerja yang dapat pengecualian cukai. Maka tahun ini kita tambah baik, masukkan juga insentif cukai kepada majikan. Maka dia ada push and pull factor. Wanita yang kembali bekerja dapat pengecualian cukai, majikan yang mengambil pekerja wanita yang kembali bekerja juga akan mendapat insentif cukai.
Tuan Sim Chee Keong
Sudah tentu sasaran kita, untuk saya sebenarnya kalau boleh kita nak menjangkaui 60 peratus sebab 60 peratus pun bukan tinggi sangat kalau dikiranya dari segi mungkin perbandingan dengan negara-negara setara dengan kita. Dan benda ini adalah benda yang munasabah dan logikal sebab kalau kita ada tangan kiri dan tangan kanan tapi kita hanya menggunakan tangan kanan sahaja, maka tidak cukup sifat ya apa itu keupayaan kita.
Maka seperti juga anggota badan dalam masyarakat kita, kita ada tenaga kerja lelaki, tenaga kerja wanita. Pada hari ini, tenaga kerja wanita itu hanya guna separuh, separuh tenaga saja kita guna. Jadi kalau kita boleh merancakkan dan menambahkan lagi, maka kita sudah tentu akan mampu untuk meningkatkan potensi tenaga kerja di Malaysia ini untuk membina ekonomi dan masyarakat kita.
Bukan saja insentif cukai, dari segi perundangan, malah kita juga giat melaksanakan kempen-kempen untuk menggalakkan. Contohnya kempen Wanita MyWira yang dilaksanakan melalui TalentCorp. Jadi saya minta juga rakan-rakan Ahli Yang Berhormat juga boleh turut serta dari segi kempen untuk menggalakkan ataupun memudah cara wanita-wanita di kawasan masing-masing yang mungkin telah pertimbangkan untuk kembali berkerjaya.
Kita sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas aspek perburuhan akan memberikan kerjasama kepada Ahli-ahli Parlimen bagi memudah cara pengundi atau penduduk di kawasan YB yang ingin kembali ke pasaran kerja.
Tuan Sim Chee Keong
Sekali lagi YB Paya Besar telah membangkitkan isu tentang kadar penyertaan tenaga kerja warga emas. Wanita disebut, warga emas pun disebut ya, dalam pasaran buruh.
Untuk makluman Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, KESUMA sedar bahawa gelombang tsunami emas ya, akan melanda negara kita menjelang 2030 apabila lebih 15 peratus daripada penduduk negara ini akan berumur 60 tahun dan ke atas dalam keadaan yang disebut fenomena aging population ataupun populasi menua.
Rekod portal MYFutureJobs oleh PERKESO mencatatkan dari tempoh Januari hingga Oktober bulan ini, 2025, sebanyak 378 penempatan pekerjaan telah ditawarkan kepada warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas, tak ramai, 378.
Sektor tertinggi yang mengambil pekerja warga emas adalah sektor pembuatan, 86 orang, diikuti sektor perdagangan borong dan runcit, 45 orang dan sektor profesional, saintifik dan teknikal seramai 32 orang. Namun, berdasarkan statistik PERKESO dalam tahun ini sehingga hujung September, seramai 310,100
Tuan Sim Chee Keong
pencarum berumur 60 tahun dan ke atas masih aktif mencarum di bawah Akta 4 ataupun Akta Keselamatan Sosial 1969.
Sektor perdagangan, borong dan runcit, membaiki kenderaan bermotor dan motosikal merupakan sektor tertinggi yang mempunyai warga emas yang mencarum iaitu sebanyak 20.05 peratus atau pun 62,197 orang diikuti sektor pembuatan sebanyak 17.7 peratus dan sektor pembinaan seramai ataupun sebanyak 11.29 peratus. Manakala di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, tadi itu Akta 4, Akta PERKESO. Ini adalah akta untuk pekerjaan sendiri, Akta 789. Dari tempoh Januari hingga hujung September tahun ini, seramai 118,349 warga emas berumur 60 tahun ke atas berdaftar dan mencarum secara aktif di bawah program lindung kendiri.
YB Tumpat, Tenom, ada membangkitkan isu kadar gaji permulaan. Sukacita saya maklumkan bahawa gaji minimum telah naik dari RM1,500 ke RM1,700 iaitu lebih kurang 13 peratus pada tahun ini. Gaji penjawat awam pula meningkat sehingga 15 peratus manakala gaji median negara kita, gaji penengah meningkat lebih kurang 11 peratus, mencecah RM3,045 iaitu buat kali pertamanya melepasi ambang RM3,000 sebulan.
Pada tahun ini juga sebanyak 34 syarikat-syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah melaksanakan reformasi gaji wajar dengan memberikan gaji permulaan sebanyak RM3,100 sebulan melibatkan lebih 150,000 pekerja. Saya telah menyatakan berulang kali dan saya ingin tegaskan di sini bahawa gaji minimum RM1,700 tidak harus menjadi gaji permulaan kepada pekerja mahir apatah lagi graduan. Gaji minimum merupakan penanda aras gaji paling rendah bagi pekerjaan yang memerlukan kemahiran paling rendah ataupun minima.
Kerajaan sedar bahawa negara tidak boleh menaikkan gaji melalui kanun semata-mata dengan izin, we cannot raise salary or wages by fiat alone.
Sehubungan itu, Dasar Gaji Progresif telah diperkenalkan sebagai pelengkap kepada usaha-usaha sedia ada, di mana RM200 juta diperuntukkan untuk meningkatkan produktiviti serta gaji lebih kurang 50,000 orang pekerja.
Dan KESUMA juga telah menyediakan buat kali pertamanya satu garis panduan gaji progresif. Tujuannya untuk memandu pasaran, memastikan gaji permulaan pekerja profesional adalah bermaruah dan wajar. Saya petik beberapa contoh dalam senarai garis panduan gaji progresif ini ya. Ini saya tegaskan, saya ulang, ini bukan, ini bukan gaji purata tetapi gaji— cadangan gaji permulaan sebagai
Tuan Sim Chee Keong
garis panduan bukan saja kepada syarikat tetapi juga kepada pekerja supaya mereka tahu mana penanda arasnya kalau mereka mengambil kerja dalam peranan-peranan tertentu.
Contoh, penterjemah dan jurubahasa RM4,675 gaji permulaan ya, sebagai asas cadangan kepada pasaran. Profesional penyelidik dan pembangunan gaji, cadangannya ialah RM4,180. Profesional kerja sosial dan kaunseling RM4,100.
Pembangun perisian RM3,780. Penasihat pelaburan RM3,830 dan sebagainya. Ini adalah contoh yang saya petik daripada senarai garis panduan gaji progresif yang kita sediakan dan senarai ini boleh didapati dalam atas talian.
Segala semua langkah ini adalah sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memastikan dasar gaji minimum kekal relevan dan menyokong sasaran peningkatan pampasan pekerja kepada KDNK daripada 33.6 peratus pada tahun 2024 kepada 40 peratus menjelang 2030 serta 45 peratus menjelang 2033.
Yang Berhormat Larut, Paya Besar, Sibu, Libaran, Tenggara dan Tenom membangkitkan isu berkaitan dengan TVET. Berkaitan cadangan golongan wanita harus diangkat sebagai penggiat utama dalam TVET, kita setuju dan menyambut baik cadangan tersebut. Berdasarkan statistik PERKESO, dari tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah pencari kerja yang mempunyai kelayakan TVET yang berdaftar di bawah portal MYFutureJobs adalah 96,000 orang. Daripada jumlah tersebut, lebih kurang 51 peratus adalah dari kalangan wanita.
Jadi, pencari kerja dengan kelulusan TVET yang ada dalam apa tu, portal pencarian kerja kerajaan, MYFutureJobs, 51 peratus daripada mereka adalah wanita dan dalam tempoh yang sama jumlah penempatan pekerjaan dalam kalangan wanita di sektor berasaskan TVET adalah lebih 76,000 orang.
Bagi cadangan dana khas untuk program TVET, kerajaan sebenarnya telah memperuntukkan RM7.9 bilion untuk pelaksanaan kursus-kursus latihan kemahiran dan TVET. Kita juga telah menginstitusikan latihan kemahiran untuk tujuan pemerkasaan dan peningkatan kemahiran dengan izin, upskilling and reskilling ya, dalam pasaran buruh melalui HRD Corp dengan dana hampir RM3 bilion.
Berdasarkan statistik sehingga September 2025, seramai 1.32 juta pekerja telah mendapat latihan kemahiran ya, memanfaatkan jumlah pembiayaan hampir RM2 bilion daripada HRD Corp. Geran padanan latihan industri dalam tempoh untuk latihan industri juga diberikan untuk menggalakkan lebih ramai lagi ya, syarikat terutamanya SME, terutamanya di luar bandar-bandar besar kita berikan geran padanan supaya mereka boleh mewujudkan program-program latihan industri
Tuan Sim Chee Keong
ataupun latihan amali agar anak-anak muda kita mempunyai peluang melalui internship. Sebenarnya internship ini cukup orang kata bernilai pengalamannya sebab daripada kajian kita 40 peratus daripada pelatih amali ataupun intern mereka akan mendapat pekerjaan di syarikat yang sama dengan syarikat yang mereka buat internship. Sebab internship merupakan satu kaedah latihan kemahiran on the job, di atas pekerjaan dan by training, by experience, by hand menggunakan berdasarkan pengalaman.
Untuk memenuhi aspirasi negara AI dalam RMK13, Belanjawan 2026 turut mengumumkan insentif tambahan berupa potongan cukai sehingga 50 peratus kepada PMKS bagi perbelanjaan latihan berkaitan AI, keselamatan siber yang diiktiraf oleh MyMahir National AI Council for Industry. Kepada YB Sibu dan Libaran, semua program yang saya sebut di atas terbuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk mereka yang berada di Sibu dan Libaran. Di Sarawak, contohnya ada empat buah kampus ADTEC JTM iaitu di Bintulu, Serian, Miri, Kota Samarahan dengan Kampus Bintulu merupakan kampus yang paling dekat dengan Parlimen Sibu.
Di Sabah pula ada 106 pusat bertauliah yang aktif, merangkumi pelbagai institusi seperti ADTEC JTM Kota Kinabalu, Sandakan, Kolej Vokasional Keningau, GIATMARA Sandakan, Kolej Yayasan Sabah, Kolej Komuniti Lahad Datu dan sebagainya. Jadi, YB Sibu— bagi peluang pertukaran syif.
Tuan Sim Chee Keong
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Terima kasih, doktor. Selamat datang, Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Teruskan.
Tuan Sim Chee Keong
Puan Speaker, saya tengah cakap tentang Sarawak ini. Kawasan YB juga. YB Sibu, Libaran dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, termasuk YB Speaker. Boleh datang berbincang dengan pihak KESUMA untuk melaksanakan program-program latihan kemahiran spesifik di kawasan Yang Berhormat masing-masing.
YB Rantau Panjang ada membangkitkan isu...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri, boleh sikit Menteri? Sikit saja.
Tuan Sim Chee Keong
Baik, silakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Puan Timbalan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya nak minta pandangan Kementerian KESUMA, kita hadapi keadaan emerging technology. Yang Berhormat Menteri, kita hadapi sekarang ini adalah ledakan teknologi bermula IR 4.0 kemudiannya dengan AI.
Saya lihat kementerian sedang mempergiatkan untuk kita bersedia dengan teknologi yang di pasaran sekarang ini. Tetapi bagaimana Yang Berhormat Menteri melihat teknologi yang belum ada dalam pasaran sepertimana yang telah disebut dalam ucapan belanjawan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dua tahun yang lepas saya kira, berkaitan kuantum. Quantum computing, quantum technology.
Adakah kita sebagai KESUMA ini nak mengikuti trend atau nak mendahului trend?
Saya nak minta pandangan dari segi dasar itu. Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Terima kasih atas visi pandangan jauh Ketua BBC.
Dia dah menjangkaui apa yang kita boleh nampak kepada benda yang kita tak nampak. Belum nampak lagi.
Untuk makluman, memang ini antara perkara yang menjadi orang kata, menjadi fokus ataupun pertimbangan dalam KESUMA. Itu tahun lepas, kita telah mengeluarkan satu laporan iaitu laporan impak trend-trend teknologi itu, contohnya AI. Termasuk AI yang belum keluar lagi; pendigitalan, komputer dan ekonomi hijau ke atas pasaran kerja Malaysia.
Fasa pertama laporan tersebut yang merangkumi 10 sektor ekonomi negara, strategik negara yang merangkulkan lebih kurang 60 hingga 70 peratus GDP kita, kita dah keluarkan. Kita dah published dalam portal mymahir.my dan fasa kedua merangkumi 10 lagi sektor ekonomi negara, bakal diterbitkan dalam masa satu, dua bulan ini.
Dan laporan ini sememangnya laporan yang mengambil kira khususnya pandangan dari pemain industri, 60 peratus daripada input kepada laporan-laporan ini adalah dari pemain industri sendiri. Sebab mereka boleh lihat sama ada syarikat MNC khususnya, tetapi juga SME. Apa yang akan terjadi kepada pekerjaan- pekerjaan tertentu dalam sektor mereka dalam masa tiga hingga lima tahun yang akan datang.
Laporan ini penting untuk kita merangka, contohnya program-program latihan. Dalam laporan ini terkandung, saya bagi contoh ya. Dalam sektor pembuatan, peranannya electrical engineer. Apa akan terjadi kepada jurutera elektrik tersebut dengan perkembangan teknologi, dengan pematuhan agenda ekonomi
Tuan Sim Chee Keong
hijau dalam masa tiga hingga lima tahun yang akan datang, adakah orang yang memegang jawatan ataupun mainkan peranan sebagai electrical ataupun mechanical engineer pada hari ini, kesannya kepada peranan itu dalam tiga, lima tahun akan datang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
Jadi, dengan adanya laporan ini, boleh dirujuk oleh Ahli Yang Berhormat, kita boleh merangka ya, strategi untuk memberikan latihan kemahiran yang spesifik kepada pekerja kita sama ada yang sekarang dalam pekerjaan ataupun anak-anak muda kita yang bakal graduate nanti.
Jadi, kita memang memandang serius kepada orang kata trend khususnya trend-trend yang mungkin kita belum nampak lagi tetapi yang akan memberikan kesan yang cukup mendalam kepada pasaran kerja di Malaysia ini.
Pendang, sekali lagi. Ini round two, round two.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Puan. Saya sangat tertarik dengan penerangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri KESUMA pada hari ini.
Saya nak cetuskan lagi pandangan. Adakah Yang Berhormat Menteri merancang untuk kita nak luaskan program kita menjadi pengajian secara penuh masa, bermula daripada umur 13 tahun. Kita turunkan umur 13 tahun untuk kita merancang bagaimana nak mengeluarkan apa ini graduan-graduan TVET ini mengikut haluan mereka sehingga ke peringkat universiti ini? Jadi, adakah kerajaan merancang untuk sepenuh masa terutamanya di bawah institut latihan di bawah Kementerian Sumber Manusia ini? Okey. Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Sebenarnya dalam dari segi pendidikan TVET, saya setuju. Kita harus dengan izin Tuan Speaker, catch them young and catch them early.
Kita harus mulakan dengan awal dan sememangnya kerajaan dalam perbincangan.
Sebab ini bukan hanya berkait dengan Kementerian Sumber Manusia. Dia berkait dengan Kementerian Pendidikan contohnya, dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi dan kementerian-kementerian lain.
Jadi, kita memang tengah memikirkan, bagaimana untuk tak sampailah 13 tahun lagi perbincangan itu. Mungkin itu boleh diambil sebagai salah satu cadangan ya untuk menurunkan lagi. Tapi kita ambil supaya mulanya, contohnya dari Tingkatan 3 contoh, 15 tahun. Kita mulakan laluan TVET kepada mereka agar selepas dia tamat sekolah menengah sahaja, dia bukan sahaja ada SPM, sebab kadang-kadang mungkin dia SPM, kurikulum SPM itu dia tidak sesuai dengan sifat dia yang nak
Tuan Sim Chee Keong
menghafal, nak belajar tetapi dia lebih kepada kerja-kerja tangan, kerja-kerja vokasional.
Jadi, selepas tamatnya persekolahan menengah maka orang itu, walaupun dia tidak berada di kolej vokasional ataupun sekolah politeknik, di sekolah menengah biasa dia pun ada, contoh ya, Sijil Kemahiran SKM 1 atau 2 ataupun 3 sekalipun.
Jadi, ini akan memberikan satu head start, dengan izin, yang lebih baik kepada anak- anak muda kita. Memang ini dalam perbincangan dengan Kementerian Pendidikan di bawah kerangka besar Majlis TVET Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri.
YB Rantau Panjang telah membangkitkan isu gaji rendah petugas kebajikan ataupun penjaga OKU di bawah program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
Berdasarkan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dan Perintah Gaji Minimum yang sedang berkuat kuasa, semua pekerja hendaklah dibayar tidak kurang daripada kadar gaji minimum yang ditetapkan. Dan pada masa kini, gaji minimum yang ditetapkan, kita naikkan dari RM1,500 tadi saya sebut kepada RM1,700. Semua pekerja tak kira sektor, tak kira jenis majikan, termasuklah saya pun ada dengar dakwaan-dakwaan daripada sekolah tadika yang dikendalikan, dikelolakan oleh parti Rantau Panjang ini. Jadi semua kena, semua wajib ya.
Justeru, mana-mana individu yang digaji termasuk PPDK itu tadi, termasuk.
Ya, mana-mana individu yang digajikan secara terus melalui program PPDK dan tidak dibayar gaji mengikut perintah gaji minimum, saya sebut PPDK tapi semua sebenarnya. Setiap majikan tadi saya sebut semua tak kira siapa, tak kira swasta ataupun syarikat yang dikelolakan oleh parti politik termasuk parti politik saya. Kalau ada, ya. Kalau tidak dibayar gaji minimum, mereka boleh buat aduan di mana-mana Pejabat Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran dan KESUMA tidak akan teragak- agak untuk mengambil tindakan ke atas majikan-majikan yang cuai dan lalai itu.
Paya Besar sekali lagi menyatakan, ya hanya enam peratus pekerja tenaga kerja Malaysia terlibat dalam kesatuan sekerja ya. Jauh lebih rendah berbanding, contohnya, Korea Selatan, Indonesia, Sweden. Saya sangat menghargai ya, menghargai kenyataan-kenyataan, hujah-hujah dalam perbahasan Paya Besar ini.
Dia cakap tentang pekerja wanita, cakap tentang warga emas dan sekarang berbicara tentang kesatuan sekerja.
Dan memang menjadi antara hasrat ataupun fokus KESUMA untuk memperkuasakan lagi gerakan kesatuan sekerja di negara kita dan beberapa usaha KESUMA untuk menggalakkan kesatuan sekerja, termasuk kita menambahkan
Tuan Sim Chee Keong
peruntukan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja daripada RM2.6 juta pada tahun 2023, kita telah naikkan menjadi RM10 juta pada tahun ini dan RM10 juta lagi pada tahun hadapan. Dan sudah tentu peruntukan ini digunakan untuk program-program pembangunan kemahiran dan pembangunan organisasi Kesatuan Sekerja.
Selain itu, inisiatif Kad Pekerja MADANI juga telah diperkenalkan pada 1 Mei 2025 tahun ini bagi menggalakkan lebih ramai lagi pekerja untuk berkesatuan.
Tuan Sim Chee Keong
Kad ini apa kegunaannya? Ia memberikan kelebihan kepada ahli-ahli Kesatuan Sekerja untuk menikmati diskaun, produk dan juga perkhidmatan sehingga 40 peratus di lebih 200 rakan strategik KESUMA. Sehingga kini hampir 200,000 ahli- ahli kesatuan telah mendapat Kad Pekerja MADANI ini. Hasil daripada program dan inisiatif kerajaan seperti yang saya sebutkan tadi, peningkatan jumlah Kesatuan Sekerja yang baru pada tahun 2025 adalah lebih tiga kali ganda berbanding peningkatan dari tahun sebelumnya. Jumlah keanggotaan Kesatuan Sekerja juga meningkat hampir 12 peratus pada tahun ini.
YB Tumpat mencadangkan supaya insentif insurans dan latihan pembantu rumah diletakkan sebagai subsidi di bawah HRD Corp. Untuk makluman YB Tumpat, berdasarkan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 yang menubuhkan HRD Corp, levi HRD Corp hanya boleh dikutip dan digunakan untuk tujuan latihan kepada pekerja tempatan dan bukan untuk pekerja migran.
Walau bagaimanapun, JPK telah membangunkan beberapa Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ataupun NOSS dan Standard Kompetensi Kebangsaan (NCS) bagi sektor pekerjaan domestik untuk memastikan latihan dan pensijilan yang dijalankan adalah secara teratur dan piawai. Pihak agensi dan syarikat boleh menggunakan NOSS bagi pembangunan kemahiran dan penilaian kecekapan pekerja mereka termasuk pekerja asing tetapi pekerja asing ini tidak boleh dikira sebagai NOSS secara rasmilah tetapi dia boleh digunakan sebagai rujukan.
Sungai Siput meminta penjelasan berkaitan Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet (SKRE), di mana yang khususnya berkaitan dengan Ladang Elphil, Sime Darby di Sungai Siput. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja (SKRE) adalah inisiatif kerajaan yang diperkenalkan pada tahun 2012. Tujuannya membantu pekerja estet memiliki rumah sendiri selepas bersara. Skim ini adalah diuruskan secara bersama oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKSM) dan Bank Simpanan Nasional.
Tuan Sim Chee Keong
Semua permohonan perlu melalui Bank Simpanan Nasional. Mereka adalah guardian, dengan izin, kepada skim khas pembiayaan ini dengan menawarkan pinjaman maksimum sebanyak RM150,000 dengan kadar faedah dua peratus bagi tujuan membeli ataupun membina rumah. Berapa banyak telah terpakai dana yang telah saya sebut tadi? Sehingga Julai 2025, sebanyak 65 peratus...
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
[Bangun]
Tuan Sim Chee Keong
...Daripada dana pusingan RM5 juta, asalnya RM5 juta, telah digunakan melibatkan 375 peminjam, dengan jumlah pinjaman RM34.38 juta. Program ini masih diteruskan dengan baki dana RM15.62 juta. KESUMA juga dalam proses untuk menambah baik skim ini termasuk menaikkan nilai pinjaman daripada RM150,000 tadi kepada RM250,000.
Projek pembinaan rumah pekerja di Ladang Elphil pula ialah inisiatif berlainan. Dia bukan benda yang sama. Inisiatif berlainan oleh Sime Darby Plantation Berhad. Syarikat tersebut telah menyerahkan 10 ekar tanah di Perak dan 40 ekar tanah di Selangor kepada kerajaan untuk pembinaan rumah mampu milik pekerja.
Tanah ada, dana untuk pinjaman perumahan ada tapi dana untuk pembangunan nak bina rumah itu dengan infrastrukturnya, dengan jalannya, nak masuk permohonan kebenaran merancangnya, itu tidak ada.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
YB Menteri.
Tuan Sim Chee Keong
Sekejap, sekejap, saya habiskan ini. Itu tidak ada.
Projek ini memang berdepan cabaran seperti kos pentadbiran dan peruntukan khusus untuk pembiayaan seluruh projek. Saya nak ulangi sekali lagi, tanah ada, free diberi oleh Sime Darby. Dana pinjaman perumahan juga ada disediakan oleh kerajaan tetapi nak bina rumah itu, dia bukan nak bina sebiji rumah, dia ada ramai pekerja. Kemudian nak bina rumah pun perlu menyediakan infrastruktur, jalan raya, paip, api. Itu yang menjadi kekangan pada hari ini.
Namun, KESUMA sedang meneliti model pelaksanaan terbaik agar projek ini dapat direalisasikan secara mampan dan memberi manfaat kepada pekerja serta bekas pekerja estet. Silakan YB.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
YB Menteri, Padang Rengas ada membangkitkan dana latihan, PTPK untuk khususnya bidang maritim dan oil and gas. So, ada jawapan?
Tuan Sim Chee Keong
Saya kena tengok, sebab dia banyak, banyak lagi.
Kalau saya tidak sempat jawab nanti saya akan berikan secara bertulis kepada YB Padang Rengas, ya.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey, terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong
Ya. YB Larut dan YB Paya Besar membangkitkan isu berkaitan ketidaksepadanan pekerjaan yang menjadi cabaran besar buat ekonomi negara. Laporan DOSM, guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran pada masa kini sedang dalam trend menurun daripada 37.9 peratus pada suku tahun pertama 2021 kepada 35 peratus pada tahun ini.
Saya tahu Speaker pandang saya ini dengan bunyi itu, saya tahu dah masa saya dah tamat. Izinkan saya untuk just habiskan mungkin soalan ini dan kemudian saya akan gulung kan. Boleh?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat, sikit saja, boleh?
Tuan Sim Chee Keong
Saya, terpulang kepada Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Gulung.
Tuan Sim Chee Keong
Gulung, okey. Gulung boleh, jangan guling.
[Ketawa] . Saya akan berikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya tidak sempat jawab saya akan berikan secara bertulis. Dan saya minta pegawai-pegawai, saya ucapkan terima kasih atas penyediaan jawapan. Dan minta supaya sediakan jawapan bertulis dalam masa seminggu kepada rakan-rakan Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pelbagai isu berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2026 peringkat dasar. Kita amat menghargai segala cadangan, pandangan malah teguran yang telah dikemukakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menjawab.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin menzahirkan penghargaan atas pandangan, cadangan dan pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas menyentuh isu dan perkara melibatkan fungsi dan peranan KPDN.
Seramai 17 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas berhubung perkara di bawah bidang kuasa KPDN dalam sesi perbahasan yang diadakan bermula 11
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Oktober sehingga 28 Oktober yang lalu. Sebagaimana yang kita maklum, Belanjawan MADANI keempat ini yang bertemakan “Belanjawan Rakyat” merupakan belanjawan sulung bagi Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Dalam Belanjawan 2026, KPDN telah menerima peruntukan sejumlah RM2.15 bilion dengan peningkatan sebanyak 3.61 peratus berbanding tahun 2025 iaitu RM2.077 bilion. Peruntukan ini merangkumi RM2.01 bilion perbelanjaan mengurus dan hanya RM59.4 juta bagi perbelanjaan pembangunan.
Izinkan saya memberikan penjelasan dan menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan sepanjang perbahasan yang terkait dengan kefungsian KPDN mengikut tiga kluster:
(i) penguatkuasaan;
(ii) perdagangan dalam negeri; dan
(iii) kos sara hidup.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan dengan menjawab isu penguatkuasaan dan tindakan KPDN dalam membanteras kegiatan penyelewengan dan penyeludupan bahan api di negeri-negeri berhampiran sempadan negara sebagaimana yang dibangkitkan oleh YB Jempol. Dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel bermula pada 10 Jun 2024 dan subsidi petrol RON95 yang bermula pada 30 September 2025, KPDN telah meningkatkan ketangkasan penguatkuasaan dengan memberikan tumpuan dalam aspek berikut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Pertama, penguatkuasaan perlu hadir bersama aspek pengurusan risiko.
Atas sebab itu, strategi pengurusan risiko ketirisan yang dilaksanakan adalah dengan mengintegrasikan penguatkuasaan secara digital melalui pengenalan sistem kawalan diesel bersubsidi dan juga sistem kawalan petrol bersubsidi.
Ini amat penting dalam menangani ketirisan subsidi bahan api yang telah berlarutan sekian lama. Melalui sistem ini, keseluruhan transaksi penjualan dan pembelian dari peringkat syarikat minyak, stesen minyak dan syarikat-syarikat yang terlibat akan direkodkan dalam sistem yang membolehkan elemen pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan secara cepat dan berkesan.
Kedua, peningkatan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 melalui Ops Tiris yang telah dimulakan sejak Mac 2023. Berdasarkan statistik Ops Tiris 3.0 bagi tempoh Januari 2024 hingga 29 Oktober 2025, KPDN telah melakukan 84,264 pemeriksaan dan menghasilkan sebanyak 1,690 kes melibatkan penyelewengan petrol RON95 dengan jumlah nilai rampasan sebanyak RM1.6 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ketiga, penempatan berkala pegawai penguatkuasa di lapan pintu masuk sempadan Malaysia–Thailand yang telah bermula sejak 20 Januari 2024. Keempat, pemerkasan kerjasama strategik dengan agensi penguatkuasaan lain seperti PDRM, kastam, maritim, JPJ melalui operasi bersepadu. Kerjasama ini bagi memperkukuh kawalan di sempadan serta mengekang aktiviti penyeludupan melalui jalan darat dan laluan laut tidak rasmi.
Kelima, penguatkuasaan dan pemantauan ketat permit khas untuk membasmi penyalahgunaan dan penguatkuasaan larangan dan kawalan jualan petrol RON95 kepada kenderaan asing di stesen minyak di seluruh negara. Dan yang kedua terakhir adalah penetapan had dan penetapan permit khas penjualan petrol dan diesel dalam bekas selain tangki asal kenderaan merujuk kepada garis panduan permohonan Permit Barang Kawalan Berjadual dan permit khas, permit syarikat berskala kecil, organisasi atau individu yang layak untuk membeli petrol dan diesel daripada stesen minyak. Dan yang akhir sekali, pengawal seliaan operasi stesen- stesen minyak di negeri bersempadan dengan pelaksanaan buku log dan peti lawatan.
Untuk makluman, sejak pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95, laporan menunjukkan terdapat penurunan dalam kes petrol RON95 yang mana bagi tempoh 31 Ogos 2025 hingga 29 September 2025, sebanyak 71 kes dengan 32,229 liter petrol telah disita berbanding penurunan kepada 61 kes dengan 17,724 liter petrol RON95 disita selepas penyasaran subsidi bermula 30 September 2025.
Puan Yang di-Pertua, YB Jempol juga membangkitkan berhubung pemegang lesen motosikal yang habis menggunakan had subsidi petrol RON95 sebanyak 300 liter di negeri berhampiran sempadan yang dikuatiri terlibat dalam kegiatan penyelewengan.
Perkara ini akan dipantau dan disusul dengan analisa data yang diterima daripada pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI). Ini bagi mengenalpasti trend pembelian dan penggunaan Petrol RON95 oleh individu yang hanya memiliki lesen motosikal terutamanya di sempadan negara. Siasatan akan dilakukan dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya berlaku pembelian untuk tujuan penyelewengan dan penyeludupan.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya, KPDN juga memberi perhatian serius berkaitan isu yang dibangkitkan secara khusus oleh YB Jelebu iaitu impak dan keberkesanan tindakan penguatkuasaan di bawah Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) di bawah Akta Persaingan 2010 diberikan mandat untuk
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
menggalakkan pembangunan ekonomi dengan melindungi proses persaingan dan melindungi kepentingan pengguna.
Ini termasuklah menggalakkan persaingan yang sihat dan adil dalam pasaran. Dengan ringkasnya, MyCC berperanan mengekang dan mengambil tindakan terhadap sebarang perjanjian atau pakatan antipersaingan atau dikenali sebagai kartel serta syarikat dominan yang menyalahgunakan kuasa pasaran.
Siasatan dilakukan berdasarkan seksyen 14 dan seksyen 15, punca kuasanya sama ada melalui aduan yang diterima oleh MyCC, arahan YB Menteri ataupun melalui inisiatif MyCC sendiri, selain melalui rejim kelonggaran iaitu penerimaan maklumat dari pihak yang terlibat dalam antipersaingan.
Sejak penubuhan MyCC pada 2011 hingga kini, MyCC telah mengenakan penalti kewangan berjumlah 687.9 juta terhadap 270 syarikat daripada pelbagai industri yang terlibat dalam kegiatan kartel dan penyalahgunaan kedudukan dominan. Kesemua ini telah memberi kesan positif dan secara langsung atau tidak langsung kepada kos sara hidup rakyat.
Terma kartel yang sering digunakan oleh ramai orang mempunyai interpretasi yang berbeza. Di bawah Akta Persaingan 2010, bidang kuasa MyCC melihat kepada pelakuan kartel ekonomi. Ia merujuk kepada suatu bentuk pakatan antara syarikat- syarikat yang sepatutnya bersaing dalam pasaran tetapi mengambil keputusan untuk bersekongkol sesama mereka lantas mengganggu pasaran yang pada akhirnya memberi tekanan ekonomi kepada pengguna dalam membuat pilihan pada harga yang tidak kompetitif. Ini termasuklah kartel dalam tipuan bida iaitu pakatan dalam menyertai sesuatu tender untuk memanipulasi harga bidaan.
Bidang kuasa kartel MyCC melalui Akta Persaingan 2010 adalah berbeza dengan takrifan yang tertakluk di bawah kerangka perundangan lain dan melibatkan agensi penguatkuasaan yang lain seperti SPRM, PDRM, imigresen, kastam yang lebih menjurus kepada kartel berbentuk jenayah. Oleh itu, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Jelebu berkaitan penyiasatan SPRM terhadap kartel susu tepung, perkara tersebut bukanlah sebuah kartel ekonomi tetapi melibatkan isu ketidakpatuhan piawaian oleh sekumpulan pembekal yang dilantik kerajaan.
Walaubagaimanapun, MyCC sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan SPRM sekiranya siasatan tersebut melibatkan elemen persekongkolan sesama syarikat yang sepatutnya bersaing sesama sendiri tetapi memilih untuk tidak bersaing. Selaras dengan iltizam Kerajaan MADANI, MyCC menumpukan penyiasatan dan penguatkuasaannya terhadap tiga jenis kartel utama:
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
(i) kartel tipuan bida dalam perolehan kerajaan;
(ii) kartel dalam industri makanan dan produk pertanian; dan
(iii) kartel dalam perkhidmatan asas pengguna.
Dakwaan yang menyebut MyCC hanya memberi tumpuan kepada isu-isu teknikal, kurang kritikal dan mengejar kes berprofil tinggi tanpa impak langsung kepada rakyat adalah tidak tepat. Berikut saya kongsikan usaha yang dilaksanakan oleh MyCC. Bagi kartel penetapan harga, MyCC telah mengambil tindakan terhadap banyak kes.
Contohnya, 150 syarikat penjual bunga di Cameron Highlands, 24 pengilang ais di Kuala Lumpur dan Selangor, 14 pekedai roti dan manisan di Sibu, empat pengendali kontena depoh di Pulau Pinang, tujuh pengusaha pusat tuisyen dan jagaan harian, 22 syarikat insurans am, tujuh pengendali gudang di Pelabuhan Klang, lima pengendali Ro-Ro di Langkawi, lima syarikat yang terlibat dalam penghasilan dedak ayam dan syarikat-syarikat ini telah dikenakan penalti kewangan sebanyak 550.13 juta.
MyCC juga telah mengeluarkan dua keputusan cadangan iaitu pertama terhadap 81 syarikat penyedia perkhidmatan pakej umrah kerana disyaki terlibat dalam kartel penetapan harga bagi pakej umrah dan kedua kepada 22 pengusaha taska di Kuala Lumpur dan Selangor kerana disyaki terlibat dalam kartel penetapan harga yuran jagaan kanak-kanak. Kedua-dua kes tersebut membuktikan bahawa fokus MyCC bukan hanya terkait kepada isu yang melibatkan tipuan bida syarikat- syarikat besar tetapi juga kepada syarikat-syarikat yang memberikan perkhidmatan secara langsung yang terkait dengan kos sara hidup rakyat.
Bagi kes tipuan bida, MyCC telah mengambil tindakan tegas terhadap lapan vendor IT yang terlibat dalam perolehan di ASWARA, tujuh pembekal peralatan penyelamat nyawa dalam perolehan di TLDM, lapan kontraktor dalam perolehan JKR dan JPS dan tiga kontraktor pengurusan fasiliti dalam perolehan di Perbadanan Putrajaya.
Ini melibatkan jumlah nilai perolehan sebanyak 539.7 juta dengan keseluruhan penalti terhadap syarikat-syarikat ini bagi pelanggaran kartel tipuan bida adalah sebanyak 97.3 juta. MyCC juga mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan kedudukan dominan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
Contohnya, syarikat yang menyalahgunakan kuasa monopoli dalam pasaran insurans, pas lawatan kerja sementara asing dengan penalti sebanyak RM9.6 juta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup - Datuk Armizan bin Mohd Ali
dan syarikat yang menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian eksklusif untuk mengekang pesaing baharu daripada bersaing di pasaran dalam perkhidmatan berkaitan sistem kelulusan import eksport secara digital dan penalti telah dikenakan sebanyak RM10.3 juta.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
[Bangun]
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Selain daripada penguatkuasaan tersebut, MyCC juga menggerakkan usaha soft enforcement dalam konteks untuk melengkapkan kitaran penguatkuasaan dengan membantu kementerian- kementerian berkaitan dalam merangka polisi persaingan yang efektif supaya polisi yang menyokong perlakuan antipersaingan dihentikan atau dicegah dari awal.
Selain itu, MyCC telah mengeluarkan 57 nasihat dasar yang pro-persaingan dari tahun 2023 ke tahun 2025 kepada pelbagai kementerian dan agensi untuk memastikan sebarang cadangan atau dasar yang digubal, dipinda dan ditambah baik mengikut menghormati prinsip serta perundangan persaingan.
Begitu juga...
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
YB Menteri, Padang Rengas.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Sila.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
YB Menteri, Padang Rengas ingin bertanya untuk stesen minyak. Adakah kawalan di bawah kementerian mengenai jarak setiap stesen minyak di kawasan pasaran yang kecil? Mungkin owner yang sama buat lagi satu dalam within satu kilometer radius. Ada kawalan tak daripada kementerian limit untuk setiap kawasan itu berapa perlu ada stesen minyak memandangkan ya lah kos operasi stesen minyak ini begitu tinggi? Dan mungkin ada kawalan di pihak kementerian.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Puan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan adalah berbeza dengan isu persaingan. Namun, sememangnya dalam— Saya jawab ya. Sememangnya dalam mempertimbangkan permohonan untuk pembukaan sesuatu stesen minyak, terdapat kriteria-kriteria yang telah ditetapkan, termasuk jarak di antara satu stesen minyak dengan tempat yang dicadangkan untuk pembukaan dan juga faktor permintaan, jumlah populasi di kawasan-kawasan setempat. Nanti saya akan kongsikan dengan Yang Berhormat, syarat-syarat tersebut khusus yang dibangkitkan berkaitan dengan jarak.
Saya teruskan juga dengan satu perkara lagi Yang Berhormat yang penting.
Puan Yang di-Pertua, dalam usaha kita untuk mengekang kartel tipuan bida, kita tahu di bawah Kerajaan MADANI, antara fokus dan keutamaan kita adalah untuk
Datuk Armizan bin Mohd Ali
memastikan kerajaan mengutamakan, memperbanyakkan tender terbuka. Namun, sekiranya terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan melakukan pakatan sehingga menyebabkan berlakunya pemanipulasian terhadap harga bidaan tersebut, maka ia akan defeat the purpose, dengan izin ataupun frustrate agenda yang telah digerakkan untuk menggerakkan sistem tender terbuka tersebut.
Atas sebab itu, selain daripada penguatkuasaan, kita telah mengambil tindakan untuk menggerakkan kerjasama dengan kementerian-kementerian. Dan setakat ini, sebanyak 16 kementerian telah bersetuju untuk kita melaksanakan kerjasama melalui surat persefahaman (LOU) di mana dengan adanya kerjasama dengan kementerian-kementerian ini, kita akan memberikan panduan dan nasihat.
MyCC akan memberikan panduan dan nasihat terhadap kaedah-kaedah perolehan, termasuklah untuk mengenal pasti sekiranya terdapat elemen-elemen yang terkait dengan risiko pakatan dan juga kartel dalam tipuan bida.
Puan Yang di-Pertua, kita akan terus meningkatkan peranan untuk memastikan dapat mewujudkan pasaran yang sihat dan mampan serta progresif dan seterusnya, yang paling penting juga supaya tindakan kartel-kartel ini tidak akan mendatangkan kesan kepada kos sara hidup rakyat.
Puan Yang di-Pertua, YB Padang Serai...
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ada ya. YB Padang Serai dalam membahaskan isu industri padi ada memberikan cadangan untuk mengawal harga input seperti benih dan baja mengguna pakai Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan bagi mengelakkan manipulasi harga. Dalam hal ini, punca kuasa untuk mengawal sesuatu harga barang, sememangnya di bawah bidang kuasa KPDN melalui Akta 723. Walau bagaimanapun, penetapan input pertanian seperti benih padi perlu untuk melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Oleh yang demikian, sekiranya KPKM berpandangan terdapat keperluan untuk mengawal harga bagi input pertanian tersebut, perkara ini boleh di selaras dengan KPDN untuk tindakan lanjut. Maksudnya di sini, dari segi bidang kuasa penetapan harga di bawah KPDN, namun bagi input pertanian termasuklah benih dan baja yang dimaksudkan tersebut adalah di bawah bidang kuasa kawal selianya oleh KPKM dan sekiranya ada keperluan dan permintaan daripada KPKM, kita boleh untuk menetapkan harga tersebut.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada isu-isu perbahasan bagi kluster perdagangan dalam negeri, isu akses kepada stesen minyak dan bahan
Datuk Armizan bin Mohd Ali
api bersubsidi di luar bandar. Sepanjang tempoh perbahasan, KPDN mengikut rapat beberapa pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat seperti YB Tenggara dan YB Batang Lupar untuk memastikan terdapatnya akses– Tidak hadir ya. Tiada dalam Dewan ya YB. Okey, saya– Kita kemukakan jawapan secara bertulis.
YB Jempol...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tiada juga ya. Puan Yang di-Pertua, seterusnya YB Libaran, pun tidak ada dalam Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Kita akan serahkan secara bertulis. YB Kuala Nerus, tiada juga ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
YB Tuaran?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Tiada juga. YB Sabak Bernam?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Bertulis juga. Ini banyak, saya jawablah. Akhir sekali, [Ketawa] saya ingin menyentuh kos sara hidup, kluster kos sara hidup yang turut diberikan perhatian semasa perbahasan sebagaimana yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat seperti YB Larut, Permatang Pauh, Hulu Selangor, Sri Aman, Temerloh, Libaran, Pagoh dan Bentong.
Antara perkara yang disentuh termasuk pergerakan harga barang dan pentingnya tindakan menyeluruh dalam memantau rantaian bekalan dan langkah konkrit dalam membantu rakyat menangani isu kos sara hidup serta pandangan bahawa kadar inflasi yang rendah tidak mencerminkan realiti kos sara hidup di lapangan.
Kebiasaannya kos sara hidup dinilai menggunakan indikator sosioekonomi seperti kadar inflasi, indikator kos sara hidup, maklumat pendapatan dan perbelanjaan isi rumah serta kadar keberhutangan untuk menilai keadaan semasa.
Sepanjang tempoh Januari hingga September 2025, kadar inflasi negara telah berada pada tahap lebih stabil dengan kadar 1.5 peratus pada suku pertama serta 1.3 peratus pada suku kedua dan juga 1.3 peratus pada suku ketiga.
Kestabilan harga inflasi ini adalah hasil dari strategi menangani isu kos sara hidup secara holistik yang diambil oleh kerajaan dengan pendekatan serampang dua mata iaitu kita melihat bukan hanya kepada pergerakan harga barang tersebut, tetapi
Datuk Armizan bin Mohd Ali
dalam aspek untuk kita meningkatkan dengan izin, disposable income (pendapatan rakyat). Melalui pendekatan ini, kerajaan memberi tumpuan dalam membantu rakyat mendepani pergerakan harga barang keperluan yang dipengaruhi oleh faktor pasaran seperti berikut.
Antara program-program intervensi yang dilaksanakan di bawah KPDN— Sebab kita maklum bahawa dalam menangani isu kos sara hidup ini, usaha dan strategi digerakkan merentasi kementerian. Tadi Yang Berhormat KESUMA juga ada menyentuh inisiatif-inisiatif kerajaan dalam meningkatkan pendapatan rakyat. Dalam konteks KPDN adalah contohnya pelaksanaan program PJRM.
Yang kedua, memastikan input dan operasi terkawal menerusi dasar penyasaran subsidi diesel dan petrol agar harga barangan keperluan asas kekal stabil dengan melaksanakan pemberian kuota diesel dan petrol bersubsidi kepada kenderaan pengangkutan darat awam dan pengangkutan darat barangan. Melalui pendekatan ini, KPDN dapat membantu mengawal kos logistik serta mengurangkan impak pergerakan harga barang atau perkhidmatan kepada pengguna akhir.
Seterusnya, menambah baik keberadaan bekalan barang kawalan dan barang bersubsidi di pasaran. Kawalan harga juga dilaksanakan semasa musim perayaan bagi memastikan pengguna dapat membeli barangan keperluan pada harga yang munasabah dalam tempoh perayaan. Sehingga kini, sebanyak enam jenis perayaan yang untuk kita laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan.
Seterusnya, meneruskan dan memperhebatkan tindakan penguatkuasaan dalam membendung peniaga yang tidak bertanggungjawab, mengekang gejala antipersaingan dalam pasaran dan membanteras aktiviti kartel serta memastikan perlindungan yang menyeluruh kepada pengguna.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Penyelesaian jangka panjang yang terbaik untuk memastikan kelestarian kemampuan rakyat menghadapi isu kos sara hidup memerlukan strategi untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat. Perkara ini telah digariskan dengan jelas melalui komitmen kerajaan untuk terus menumpukan kepada Kerangka Ekonomi MADANI, iaitu bukan hanya untuk menaikkan siling negara tetapi juga menaikkan lantai, iaitu darjat hidup ataupun perekonomian rakyat.
Dan komitmen ini dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan termasuklah yang menjuruskan kepada peningkatan pendapatan rakyat. Kerajaan telah memulakan dengan komitmen melakukan penyasaran pelarasan gaji perkhidmatan awam, dasar gaji progresif dan juga pendekatan-pendekatan melalui keusahawanan
Datuk Armizan bin Mohd Ali
untuk membolehkan rakyat kita menjana pendapatan sendiri. Dan usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat sedang diberi tumpuan dalam RMK13...
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
YB Menteri.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
...Termasuklah melalui pembangunan Pelan Tindakan Sara Hidup 2026–2030.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bukit Gantang ada membangkitkan mengenai kos sara hidup, di mana ada alternatif dari segi pasaran jualan murah. Boleh sentuh sikit ke?
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Soalan Yang Berhormat?
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Dalam perbahasan saya ada sebutkan tentang alternatif jualan murah tanpa subsidi.
Itu soalan saya. Apa peranan yang dibuat oleh kementerian?
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Okey, Yang Berhormat. Satu, yang saya sebutkan Program Jualan RAHMAH MADANI sebagai mana yang kita maklum adalah program dengan subsidi kerajaan intervensi. Dan kita juga menggalakkan mana-mana pihak sekiranya ada pendekatan yang boleh dilaksanakan termasuklah jualan-jualan murah yang dilakukan oleh pasar raya dan sebagainya, boleh untuk memaklumkan kementerian untuk kita memberikan kebenaran.
Dan alternatif yang disebutkan oleh Yang Berhormat sekiranya ada mana- mana pihak yang tampil, khususnya dengan program-program yang tidak melibatkan implikasi kewangan kerajaan kita begitu terbuka untuk menerima.
Contohnya selain daripada jualan murah sekarang untuk makluman Yang Berhormat, dari segi kita memberikan akses kepada rakyat maklumat berkaitan dengan harga. Kalau sebelum ini aplikasi PriceCatcher kita adalah bersandarkan kepada data kutipan daripada Pegawai Pemantau Harga kita. Namun kita telah merintis bahawa terdapat pasar raya yang telah tampil dan kita telah bekerjasama untuk mereka memberikan maklumat itu, tanpa kita menambah kakitangan PPH kita untuk mendapatkan harga di pasaran.
Jadi, ia akan mendatangkan kesan bahawa lebih banyak kutipan harga yang boleh diakses dalam aplikasi PriceCatcher. Jadi, sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi sekiranya ada alternatif-alternatif lain untuk kita melaksanakan jualan murah ini kita sedia bekerjasama termasuklah dengan agensi-agensi kerajaan yang lain khususnya Kementerian Pertanian dan juga Keterjaminan Makanan.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Yang saya sebutkan tadi Puan Yang di-Pertua tentang Pelan Tindakan Sara Hidup 2026-2030, ia akan memfokuskan kepada beberapa isu utama rakyat seperti makanan, kesihatan, pendidikan, perumahan, pengangkutan, pendapatan dan juga utiliti. Dan bagi memperkukuh perancangan, pelaksanaan dan pemantauan untuk menangani kos sara hidup, tumpuan juga diberikan kepada penstabilan harga barangan dan perkhidmatan serta pengurusan subsidi.
Ia juga akan memberikan fokus kepada penguatkuasaan secara menyeluruh dengan mengintegrasikan skop penguatkuasaan di seluruh rantaian bekalan dan pengedaran untuk menangani gejala pencatutan dan antipersaingan. Dan selain itu, KPDN juga akan meningkatkan peranan PPH, peranan pengguna melalui Skuad Kita Pengguna.
Dan seperkara lagi yang kita akan rintis di bawah RMK13. Bermula tahun hadapan adalah untuk kita mewujudkan sistem repository untuk data bekalan, rantaian bekalan daripada peringkat pengeluar sehinggalah kepada peringkat peruncitan tersebut untuk kita mengenal pasti di manakah rantaian itu. Ada pihak- pihak tertentu yang telah mengambil kesempatan untuk melakukan kenaikan harga yang tidak munasabah, termasuklah mereka boleh berhadapan dengan risiko diambil tindakan melalui pencatutan tersebut.
Dan Puan Yang di-Pertua sebagai penutup kalam, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas soalan, pandangan dan cadangan yang diberikan.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
YB Menteri. Masa ada lagi, satu soalan.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Ya, sila Yang Berhormat.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Okey YB Menteri, saya nak tanya. Di bawah kementerian, adakah kementerian menjalankan siasatan ataupun mengambil tindakan ke atas perniagaan-perniagaan yang disyaki aktiviti mencuci duit. Contohnya, perniagaan stesen minyak ke dobi layan diri dan sebagainya lah, yang mana yang selalu kita dengarlah, masyarakat bercakap. Adakah tindakan daripada pihak kementerian?
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih, Yang Berhormat.
Tanggungjawab KPDN adalah bersandarkan kepada akta-akta yang di bawah kawal selia KPDN. Dan bagi saya, dari segi aspek disebutkan pencucian wang di stesen minyak, kita sedia bekerjasama dengan agensi-agensi yang bertanggungjawab dengan akta mereka. Sebab sekarang khususnya dengan pelaksanaan SKDS
Datuk Armizan bin Mohd Ali
dengan SKPS, dengan adanya sistem NADI, lebih mudah untuk kita memantau trend pembelian tersebut.
Jadi, saya fikir dengan adanya dengan izin the beauty of pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan petrol ini, dengan adanya sistem yang merekodkan penjualan daripada peringkat stesen minyak kepada stesen minyak hinggalah syarikat-syarikat yang membeli termasuklah individu melalui BUDI95. Maka, sekiranya ada sebarang trend pembelian yang meragukan maka mudah untuk kita mendapat data dan tindakan daripada agensi yang berkaitan dengan bidang kuasa undang-undang mereka boleh diambil. Sila Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Puan Speaker, ringkas saja.
Yang pertama, nak tahu perkembangan Menu RAHMAH, adakah masih ada ataupun dah berakhir?
Yang kedua, Menteri tak sentuh pun kaitan dengan barangan buatan Malaysia. Sebab akhir-akhir ini kita nampak projek untuk mempromosi barangan buatan Malaysia agak suram. Apa tindakan kementerian untuk mengatasi masalah tersebut? Terima kasih.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Puan Yang di-Pertua, yang dua perkara yang dibangkitkan tidak ada dalam perbahasan, namun since dengan izin masih ada masa saya sebut. Menu Rahmah masih diteruskan. Saya akan serahkan kepada Yang Berhormat data pihak-pihak yang melaksanakan Menu RAHMAH.
Dan fokus kita di sini sekarang ini adalah untuk memastikan Menu RAHMAH ini digerakkan secara berfokus daripada dibuka kepada keseluruhan kawasan, di mana kawasan-kawasan contohnya tempat-tempat bekerja. Jadi, kita mengenal pasti mana pihak yang boleh tampil untuk melaksanakan penjualan Menu RAHMAH.
Dan berkaitan apa nama Kempen Logo Buatan Malaysia dan Kempen Beli Barangan Malaysia memang digerakkan. Dan sebenarnya dalam Belanjawan 2026 pun ada bajet diberikan sebanyak 20 juta. Dan sekiranya Yang Berhormat ingin maklumat lanjut tentang dari segi apakah bentuk programnya, saya akan serahkan secara bertulis.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin merakam ucapan terima kasih...
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
...Di atas...
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Yang Berhormat satu soalan Yang Berhormat. Terima kasih. Panjang masa lagi Yang Berhormat ada 14 minit lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Suhaimi bin Nasir - Libaran
Kementerian sebenarnya sering menekankan penguatkuasaan harga barang di peringkat runcit. Namun realitinya punca kenaikan berlaku di rantaian awal pengimport, pemborong, kartel, penguasa pasaran. Bolehkan kementerian jelaskan apakah strategi konkrit 2026 ini untuk mematahkan kawalan harga oleh kartel ini dan bergantung kepada operasi di kedai runcit yang akhirnya menghukum peniaga kecil.
Yang kedua Yang Berhormat. Kementerian banyak melakukan operasi cegah seludup di border. Tetapi statistik menunjukkan ia menjadi punca harga barang tak stabil. Apakah pendekatan tahun 2026 ini yang lebih pro empati dan berbentuk risikan untuk mematahkan rangkaian rentasan sempadan ini sebelum sampai barang ke pasaran? Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Terima kasih Yang Berhormat. Puan Yang di- Pertua, sememangnya Yang Berhormat Libaran ada mengemukakan soalan tadi mungkin belum sampai.
Datuk Armizan bin Mohd Ali
Saya sebutkan pertama, perkara pertama. Itu sebabnya, Yang Berhormat, dalam RMK13 bermula 2026, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi dan kementerian-kementerian berkaitan untuk kita mewujudkan apa yang kita namakan sistem repositori bekalan dan juga harga. Dengan adanya sistem ini, di mana kita melaksanakan kutipan harga dan jumlah bekalan darilah peringkat awal pengeluar sehinggalah peringkat penjualan.
Jadi, dengan adanya data yang komprehensif ini, kita akan dapat mengenal pasti di peringkat mana― kalau sebelum ini disebut tentang pemborong, orang tengah dan sebagainya, tetapi kita tidak mempunyai data. Dengan adanya sistem repositori ini, kita akan dapat mengenal pasti di manakah untuk sesuatu item barangan tersebut berlakunya pergerakan harga yang tidak munasabah.
Bagi soalan yang kedua tadi, saya akan serah kepada Yang Berhormat Libaran. Sebab, itu soalan pertama yang saya jawab tadi dengan panjang lebar tentang apakah usaha yang dilakukan oleh kementerian dan juga dengan kerjasama dengan agensi-agensi yang lain bagi kita membanteras kegiatan di kawasan- kawasan sempadan.
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya melihat soalan, pertanyaan dikemukakan tanda keprihatinan dalam usaha kita di KPDN untuk meningkatkan keberkesanan dan kefungsian bagi melaksanakan khususnya perkhidmatan kita kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Sekarang, saya minta Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk menjawab.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Puan Yang di-Pertua, terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan ucapan setinggi- tinggi terima kasih kepada kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2.38 bilion kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada 19 Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2025 berkaitan NRES.
Saya akan menjawab ke atas perbahasan berdasarkan isu-isu, iaitu isu-isu mineral, perubahan iklim, alam sekitar, biodiversiti dan pengurusan tanah yang berkaitan di bawah portfolio NRES.
Yang Berhormat Pasir Puteh dan Yang Berhormat Jerantut mohon penjelasan adakah Belanjawan 2026 akan memanfaatkan sumber asli bernilai tinggi seperti REE bagi menjadikan Malaysia pengeluar produk bernilai tambah serta memastikan aktiviti penerokaan REE turut merangkumi pembangunan industri hiliran, pemindahan teknologi dan kepakaran tempatan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Belanjawan 2026 memberi tumpuan khusus kepada pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) sebagai pemacu baharu ekonomi bernilai tinggi negara. Sehubungan itu, peruntukan bagi aktiviti pemetaan sumber REE disediakan bertujuan memperkukuhkan kesediaan data sumber. Ia penting bagi menarik pelaburan dalam dan luar negara untuk membangunkan sumber mineral ini melalui pengenalpastian kawasan berpotensi tinggi untuk diterokai serta anggaran kuantiti sumber yang dimiliki.
Pada masa yang sama, dasar moratorium pengeksportan mentah REE yang berkuat kuasa sejak 1 Januari 2024 masih dikekalkan dengan matlamat untuk menarik pelaburan pada peringkat pertengahan dan hiliran. Pendekatan ini bertujuan mewujudkan ekosistem industri REE yang berdaya saing dan mampan serta menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Kuala Terengganu mohon penjelasan mengenai pendirian dan langkah kerajaan― YB Kuala Terengganu ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tak ada. Saya minta― tak ada ya. YB Kemaman tak ada. YB Kubang Kerian?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tak ada. Saya skip. Nanti saya hantar jawapan bertulis. YB Ipoh Timor?
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ada. YB Ipoh Timor mencadangkan agar kerajaan menubuhkan national strategic mineral aggregator yang berfungsi untuk menyelaraskan offtake mineral strategik dan pematuhan ESG melalui model perkongsian hasil yang memperkasakan negeri serta komuniti.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum cadangan untuk menubuhkan national strategic mineral aggregator sebagai pusat penyelarasan offtake dan pematuhan ESG bagi mineral strategik negara. Cadangan ini diakui berpotensi untuk memperkukuhkan pengurusan rantaian bekalan dan memastikan hasil mineral dapat dimanfaatkan secara lebih tersusun serta memberi pulangan yang adil kepada semua pihak.
Walau bagaimanapun, pelaksanaannya perlu diteliti dengan lebih mendalam khususnya dari segi kesesuaian dan penerimaan oleh kerajaan negeri memandangkan bidang kuasa terhadap tanah dan mineral terletak di bawah tanggungjawab negeri. Selain itu, aspek risiko pelaburan, struktur tadbir urus serta keberkesanan model perkongsian hasil juga perlu diambil kira bagi memastikan mekanisme yang dicadangkan tidak menimbulkan pertikaian dan dapat dilaksanakan secara pragmatik serta berdaya saing.
Cadangan ini saya akan ambil dan berkongsi dengan kerajaan negeri dan minta pandangan daripada mereka bagaimana kita menggunakan satu platform di mana semua kerajaan negeri boleh melihat data-data yang kita collect dan yang kita buat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Speaker, saya sambut baik pendirian yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri. Sekiranya― kami semua sedia maklum, memang ada resistance, memang ada kesukarannya khususnya apabila negeri-negeri hendak mengangkat dan mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu segala yang bawah tanah ini adalah hak kerajaan negeri. Ini, waktu saya berada di negeri pun saya perjuangkan dan tetap saya perjuangkan perkara itu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Akan tetapi, saya rasa sekiranya national aggregator yang saya cadangkan ini kesukarannya terlampau tinggi dan terlampau sukar untuk dilaksanakan, ada satu lagi― there is another weapon in the arsenal, dengan izin, yang kita boleh pertimbangkan juga.
Kalau kita kaji Shanghai Non-Ferrous Metal market, dia wujud sebagai suatu market yang juga sebagai satu aggregator. Cuma, dia non-ferrous metal, dia lebih luas dari segi pengambilan dia. Tetapi, kalau kita pertimbangkan dengan ambil contoh dengan penglibatan Securities Commission, dengan penglibatan mungkin kepakaran daripada bursa di mana kita wujudkan satu pasaran, satu REC atau rare earth atau critical minerals market di Malaysia bawah seliaan MOF dengan kerjasama dengan Security Commission, di mana kita menjadi pasaran, dia adalah satu step sidewards daripada national aggregator, di mana dia bukan bawah autoriti Kerajaan Pusat tetapi dia pasaran terbuka yang menggembleng feedstock daripada negeri-negeri yang akan juga mampu mencapai the aggregating factor yang saya cadangkan.
Saya bukan nak minta Menteri untuk buat pendirian sekarang tetapi ini juga antara cadangan-cadangan dan kaedah yang boleh dimanfaatkan dan saya mohon sedikit pandangan, sekiranya ada. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timor. Ini adalah satu cadangan yang bagus untuk masa ke hadapan. Tetapi, untuk pengetahuan Yang Berhormat, setakat hari ini, negara kita, kita tidak ada pengalaman dari segi even buat mining upstream, and then midstream dan juga manufacturing. Kita ini dalam fasa awal di mana kita perlu mendapat ramai daripada pelabur-pelabur ataupun negara-negara yang mempunyai kepakaran untuk datang ke Malaysia ini untuk sama-sama membangunkan REE ini, iaitu bukan sahaja upstream tetapi kita nak tengok dia datang melabur dengan midstream dan downstream. Jadi, ini yang kita sedang usahakan.
Dan kita terbuka. Cuma, kita telah buat satu, apa ini, kita punya polisi iaitu kita tak benarkan eksport REE secara raw. Jadi, kita nak pelabur-pelabur ini datang invest their money and then work dengan Kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri iaitu mining, processing dan dengan manufacturing. So, over long term, mungkin cadangan Yang Berhormat ini boleh kita pakai supaya dia menjadi satu platform kepada negara kita untuk dunia tengok bagaimana kita membangunkan REE kita.
Yang kedua, saya juga, apa ini...
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Dengan izin Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah sekejap? Saya meminta izin Puan Yang di-Pertua untuk mengalu-alukan kedatangan *Mr. Clarence Leung and his delegation, Under Secretary for Home and Youth Affairs Hong Kong who’s in the House with us today. Thank you. Welcome to our Parliament...
[Tepuk]*
Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Seterusnya, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Ada ke tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tak ada ya. Ada? Permatang Pauh ada.
Permatang Pauh mohon bertanya apakah jaminan kerajaan bagi memastikan kekayaan hasil bumi negara dinikmati oleh semua rakyat, terutamanya rakyat di negeri pengeluar hasil tersebut. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, apabila kita buat industri REE ini, Kerajaan Persekutuan sentiasa menghormati bidang kuasa kerajaan negeri dalam hal berkaitan perlombongan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, pungutan royalti bagi pengeluaran mineral merupakan hak negeri yang tidak sesekali dicabuli oleh Kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini Kerajaan Persekutuan tidak berhasrat untuk memiliknegarakan hasil-hasil kerajaan negeri yang diperolehi dari aktiviti perlombongan. Sebagai tambahan, sekiranya terdapat isu-isu yang memerlukan penyelarasan dasar antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, ia wajar dibincangkan dalam Majlis Mineral Negara yang menjadi platform utama libat urus antara kedua-dua peringkat kerajaan.
Dia ada empat perkara Yang Berhormat. Pertama, royalti dia akan pergi kerajaan negeri. Kemudian kalau kita ada joint venture di sesuatu negeri tersebut dan kalau kerajaan negeri terlibat dalam joint venture tersebut, maka joint venture tersebut kerajaan negeri juga akan dapat keuntungan sekiranya syarikat yang dia joint venture ini untung.
Ketiga, kerajaan negeri juga mempunyai peluang pekerjaan yang diwujudkan hasil daripada kita terlibat secara langsung dalam midstream dan juga downstream.
Keempat, Kerajaan Persekutuan juga mendapat manfaat. Kita dapat corporate tax apabila syarikat itu untung, dia akan bayar corporate tax. Jadi ini adalah empat perkara yang kita merasakan bahawa perlu setiap negeri yang mempunyai
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
reserve REE ini untuk dia sama-sama menikmati hasil apabila kita bangunkan industri ini.
Seterusnya, YB Kemaman tak ada. Saya akan tulis jawapan bertulis. Okey saya dah habis. YB Wangsa Maju. Tak ada. YB Mersing? Tak ada ya. Tak ada. Okey ini semua saya akan tulis jawapan bertulis. Perubahan iklim. YB Kubang Kerian?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
YB Bakri? Tak ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Okey saya akan tulis soalan jawapan bertulis. Bakri pun tak ada.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang Berhormat Menteri. Saya nak berkaitan dengan REE sikit sahaja. Saya nak...
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Boleh.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum. Okey Yang Berhormat Menteri. Baru-baru ini isu fasal REE dan juga perlombongan. Sungai Perak bertukar menjadi biru. Jabatan Alam Sekitar sahkan terdapat aktiviti perlombongan REE dan juga bijih. Jadi kita pernah— banyak pihak dah laporkan kepada JAS dan sebagainya, cuma saya nak bertanya macam mana siasatan ini melibatkan dengan kementerian?
Sebab ini adalah satu kesan daripada perlombongan yang ini yang kita khuatir ini. Jadi kalau ikutkan kejadian yang berlaku ini bagi saya dan penduduk di Parlimen Gerik ini adalah benda yang walaupun dia kerap berlaku tapi kali ini adalah paling terkesan sekali sebab sungai semua bertukar jadi biru kehijauan. Fenomena yang sangat pelik. Jadi ada ikan pun pening, mati semua kan. Jadi mohon komen Menteri.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat Menteri, selari dengan apa yang sahabat saya dari Perak juga. Saya nak bawa bahawasanya pencemaran akibat ekoran daripada perlombongan yang tak senonoh, tak betul, haram kah apa entah, saya rasa kita perlu terokai. Ya kita ada technology transfer daripada negara lain yang kita terpaksa gunakan sebab waktu itu kita tak ada, tapi saya nak mohon kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Ahli seisi Dewan ini, ada sebuah syarikat yang kerja Greensnow dari Malaysia yang kerjasama dengan UTP.
Universiti dekat Perak di Seri Iskandar yang telah mewujudkan dan yang telah dapat kelulusan daripada SIRIM, nama dia Bio Intelligence Leaching Solvent, di
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
mana dia adalah almost fully natural, fully organic punya leachate yang digunakan untuk ISL for extraction of ian-adsorption clay (IAC).
Saya rasa kita perlu naik dan tingkatkan standard perlombongan kita. Kita sembang ESG tapi bila dah lombong walaupun dia ada kontrak tahu tapi kita kena push operator-operator, pelombong-pelombong ini untuk angkat menggunakan teknologi terkini apatah lagi apabila teknologi yang ada itu adalah dari anak tempatan dihasilkan di negeri Perak juga. Mohon pandangan berkenaan dengan sahabat saya yang disebutkan tadi.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah perkara kalau Yang Berhormat tengok saya sentiasa tekankan bahawa dalam isu perlombongan ini kerana kita tidak ada pengalaman, jadi sebenarnya kita belajar semua ini dan kita susun dan kita improve kita punya SOP kepada mana-mana pelabur yang datang untuk buat perlombongan di kawasan kita.
Jadi yang berlaku hari ini di Sungai Perak, dia bahagian kimia dan juga bersama dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS), dia telah melihat tentang pencemaran sungai ini. Biru semua. Ada some parts of it hijau. Jadi, dia masih lagi melakukan siasatan ini tetapi secara kasarnya, dia ada dua possibility.
Satu ialah kemungkinan datang daripada perlombongan REE yang dikendalikan oleh MCRE Resources Sdn Bhd ataupun daripada this iron ore punya perlombongan jadi Rahman Hydraulic. Jadi, mereka sedang mengambil sampel- sampel daripada kawasan ini untuk melihat adakah ini punca dia. Jadi dia tengah buat itu. Tapi bagi saya bila bahagian kimia nanti boleh dapat mengesahkan dengan lebih detailed nanti baru boleh saya jawab benda ini.
Kedua saya nak ucapkan terima kasihlah kalau ada teknologi yang bio ini dan saya welcome untuk datang ke Jabatan Mineral dan Geosains ini untuk kita explore teknologi tersebut. Kalau ada, slowly kita akan cuba tengok macam mana kita boleh pakai.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Saya akan pastikan mereka datang jumpa Yang Berhormat Menteri. Saya nak nyatakan bahawa sebahagian daripada syarikat ini adalah terdiri daripada mantan anggota Dewan yang mulia ini.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Okey.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Yang Berhormat, tambahan sikit.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Tambahan sikit. Sekarang ini kalau boleh siasatan ini kena cerita siasatan JAS ini sebenarnya orang kampung dah muak dah siasatan JAS ini. Bila kita lapor, lagi seminggu baru nak datang. Air dah bertukar masa itu. Lepas itu kalau kadang-kadang berlaku benda itu adalah ketika musim hujan. Dia akan melepaskan air kan okey. Jadi kalau boleh siasatan itu menyeluruh, pergi tanya betul-betul orang kampung semua kan. Sebab mereka tak akan berani tampil nak pergi buat laporan terbuka. Mereka tak akan berani. Di situ satu. Saya minta laporan yang betul-betul terperinci.
Kedua, kenapa kita— saya punya pandangan. Sebenarnya keuntungan daripada perlombongan itu mungkin banyak tapi dia buat cara mudah untuk nak keluarkan dia punya kotoran apa semua kan. Jadi sepatutnya perkara ini perlu ada ketegasan dari sudut hukuman dan sebagainya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Ayatnya hulu yang buat duit, yang hilir itu yang rugi.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Untuk makluman juga, kawasan itu adalah hulu Sungai Perak. Bila hulu Sungai Perak, yang minum air ini orang kuala, orang Ipoh apa semua ini, deme minum air itu.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Hilir itu satu Perak. Kami satu Perak itu hilir kepada deme.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Okey. Padan lah orang Perak ini pandai-pandai. All right. Jadi saya ambil maklum tetapi ini adalah perkara yang kita akan nak laksanakan dan kita minta JAS dan juga bahagian kimia untuk check. Tapi saya difahamkan tadi dah tak ada hijau. Dah tak ada biru. Mungkin mereka dengar bising-bising mereka pun dah break.
Jadi, kita nak buat pemantauan ini. Ini adalah salah satu daripada SOP terbaru kita. Kita akan tekankan dari segi bagaimana mereka menguruskan waste dalam perlombongan ini. Itu kena buat. Kalau siapa-siapa yang tak boleh mengatasi fasal waste ini terutama dia pakai leaching, water finds its own way. Jadi, dia bukan close loop macam itu kan. Jadi yang itu kita kena pastikan. That’s a mandatory for them to look at it.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Yang Berhormat, saya mengikuti penjelasan Yang Berhormat, saya kira satu penjelasan yang agak menyeluruh. Kita juga menerima hakikat bahawa polisi yang ada itu
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
somehow uneven. Oleh kerana mungkin guideline-nya baik, tapi implementation-nya menjadi isu.
Jadi, kalau Yang Berhormat lihat bahawa banyak perkara yang berbangkit ini adalah kerana–– adakah Yang Berhormat setuju, adalah kerana kita masih lagi menunggu Rang Undang-undang Perubahan Iklim? Di mana di situ akan adanya semua aspek yang diambil kira, sama ada dari segi pencemaran, dari segi pengurusan sisa, waste management atau water management. Semuanya terkandung di bawah rang undang-undang yang kita tunggu ini, perubahan iklim ini.
Jadi, di mana statusnya sekarang Yang Berhormat? Saya kerap bertanya, tiap-tiap kali saya bertanya tentang perkara yang sama ini. Jadi, mungkin Yang Berhormat boleh nyatakan sedikit.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, soal hari ini dia tak masuk dalam that part, yang itu dia ada law dia sendiri. Kejap lagi saya masuk bahagian RUUPIN. Cuma yang ini saya dah beritahu tadi, kita dah habis.
Ini saya nak masuk perubahan iklim. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Rang Undang-undang Perubahan...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri, tadi Bakri ada kat luar.
So, sekarang Bakri ada. Kalau sempat...
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Bakri sudah lepas, sudah hantar. Mahu masuk lagi? Okey, tak apa. Kejap lagi you tanya. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Rang Undang-undang Perubahan Iklim ini, RUUPIN dijadualkan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas tahun 2026. Ia sepatutnya penggal yang tahun ini tetapi kita ada perubahan sikit, maka AG dia nak minta kerajaan menentukan sama ada siapa nak pantau RUUPIN ini.
Macam kalau kita ada akta untuk kita buat MPOB, dia mesti ada agensi. Tapi kalau kita buat RUUPIN, akta dia mesti ada agensi untuk kita pantau alam, carbon emission kita dalam Malaysia. Apa saja ekonomi, aktiviti yang berlaku dalam negara ini, dia punya carbon emission ini, dia ada measurement dia. Jadi, yang ini kita nak pantau dan kita nak tengok macam mana reporting dan sebagainya, kita ada agensi.
Jadi, agensi ini kita sedang fikirkan, sama ada kita nak buat agensi macam MPOB, maka dia link dengan kerajaan ataupun dia secara berasingan. Jadi, inilah menyebabkan dia ada lambat sikit tapi insya-Allah pada penggal pertama tahun depan, insya-Allah kita akan mula bentang RUUPIN ini.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
RUUPIN juga buat masa ini, draf RUUPIN sedang dalam semakan Jabatan Peguam Negara. Dengan berkuat kuasanya RUUPIN kelak, ia akan menjadi panduan berasaskan perundangan yang mengarus perdana agenda perubahan iklim seperti tindakan mitigasi ataupun adaptasi atau kedua-duanya sekali.
RUUPIN bertindak sebagai instrumen perundangan bagi mendepani isu perubahan iklim melalui pelaksanaan dasar, pengawal seliaan serta mekanisme pelaporan yang menyeluruh bagi memastikan pembangunan negara kekal mampan dan berdaya tahan terhadap kesan perubahan iklim.
Yang Berhormat Bakri, ada, ada, okey. Mohon penjelasan kerajaan mengenai status penyediaan NDC 3.0, Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0, RUUPIN, MyNAP dan juga Pelan Mobiliti Rendah Karbon.
Untuk pengetahuan Tuan Yang Berhormat, Malaysia telah menyediakan dan mengumumkan National Determined Contributions atau NDC kepada UNFCCC pada 24 Oktober 2025 yang baru-baru ini. Dasar Perubahan Iklim Negara (DPIN) 2.0 telah diluluskan oleh Kabinet pada September 2024, manakala Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara dijadualkan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kelima Belas 2026.
DPIN 2.0 merupakan satu dasar yang bersifat praktikal bagi melaksanakan peralihan negara ke arah ekonomi rendah karbon. Dari sudut pembangunan dasar, DPIN 2.0 akan melengkapi dokumen pelan hala tuju dan tindakan National Determined Contributions dan strategi jangka masa panjang pembangunan rendah karbon.
Dari sudut regulatory, DPIN 2.0 juga merupakan asas kepada pembangunan RUUPIN yang dijangka dibentangkan di Parlimen awal tahun 2026. Pada masa ini, draf sedang dalam semakan oleh AG. Di sini kita akan ada satu agensi, tentatively kita nama dia IKLIM, untuk memantau dan membuat enforcement terhadap Akta RUUPIN ini.
Bakri juga mohon kerajaan menyatakan, apakah perancangan dan langkah kerajaan dalam memastikan pelaksanaan cukai karbon diselaraskan dengan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan.
Tuan Yang di-Pertua, Puan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2026 yang lalu telah mengumumkan pelaksanaan cukai karbon ke atas industri besi dan keluli serta tenaga mulai tahun 2026. Langkah ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan teknologi rendah karbon dan akan diselaraskan dengan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan dan Rang
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Undang-undang Perubahan Iklim Negara untuk memastikan pelaksanaan yang cekap.
Dalam hal ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam dan Kementerian Kewangan sedang bekerjasama dalam memastikan mekanisme cukai karbon ini dapat dilaksanakan dengan berkesan memandangkan mekanisme cukai karbon akan melibatkan penggunaan kerangka, monitoring, reporting dan verification di bawah RUUPIN. RUUPIN dijadualkan untuk dibentangkan pada Mesyuarat Pertama tahun depan.
Dalam masa yang sama, RUUPIN juga mengalami peruntukan berhubung penubuhan sebuah entiti khusus bagi mengawal selia dan memudah cara mekanisme dagangan kredit karbon di peringkat antarabangsa. Mekanisme ini akan membolehkan kredit karbon yang dijana dalam negara didagangkan kepada luar dan akan dilaksanakan berdasarkan kepada aturan kebangsaan yang akan digariskan di bawah DPKK.
Yang Berhormat Bakri juga mencadangkan kerajaan agar menetapkan harga asas pasaran karbon. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, pembangunan sistem dagangan pelepasan (ETS) ini akan kita laksanakan bersekali dengan apabila kita implement RUUPIN ini. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, carbon tax ini ialah bukan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan. Tetapi carbon tax ini adalah untuk kita enhance bagaimana negara kita mengawal climate change ini.
Maka kalau siapa tak comply, maka dia have to pay tax. Jadi tax yang dikutip oleh Kementerian Kewangan ini akan disumbang balik kepada industri untuk mencari solusi bagaimana kita mengawal kita punya climate, perubahan iklim ini, kerana kita kena faham bahawa kita eksport. Eksport kita adalah satu daripada aktiviti yang sangat besar dalam negara. Kalau kita tak mengamalkan peranan kita mengawal climate change atau perubahan iklim ini ataupun kita punya carbon emission ini kita tak control, maka setiap eksport yang pergi, contoh ke Europe, maka dia akan kenakan kita green tariff. Jadi, bila kena green tariff ini, maka kalau produk kita tak— akan jadi tak kompetitif.
Tetapi kalau kita kena bayar dan semua orang kena bayar, tapi dalam negara kita, kita tidak ada apa tindakan yang kita ambil untuk mengawal perubahan iklim ini maka bila kita bayar tarif itu dia akan bayar ke EU. Tapi kalau kita ada tindakan yang kita buat ini, maka pembayaran itu tidak perlu dibayar ke sana. Jadi, produk kita akan bertambah kompetitif. Jadi ini adalah carbon tax ini untuk beri satu deterrent kepada pemain-pemain industri untuk terus bagaimana berusaha untuk mengurangkan
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
greenhouse gas setiap aktiviti perniagaan atau setiap aktiviti ekonomi yang kita buat dalam negara. Seterusnya...
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Yang Berhormat Menteri, bolehkah Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan kepada Dewan yang mulia ini, bagaimanakah kebersediaan kita untuk ke hala tuju, terutamanya saya lihat dari segi inventori apa itu, greenhouse gas, inventori yang inventori itu, adakah kita dah ada inventori itu? Adakah kita ada data yang mencukupi....
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ada.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
...Supaya kita ada base data untuk melaksanakan dasar ini dalam masa yang tersingkat sebab saya nampak kita macam terlambat. Jadi, apakah kebersediaan kita?
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Sebenarnya Yang Berhormat, kita bukan terlambat. Sebab bila kita tak implement kepada semua syarikat-syarikat dekat Malaysia dan economy activity dekat Malaysia ini, pasal apa? Akta kita tak complete. RUUPIN ini kita belum introduce tetapi dari segi pengiraan greenhouse gas yang dikeluarkan oleh negara, ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kita hari ini dah mencecah hampir lebih kurang dalam 370 juta CO2 equivalent. Kita ada. Jadi, apabila negara ini berat ke hadapan, at the peak kita jangkakan 530 juta CO2 equivalent. Jadi, kita punya tanggungjawab ialah bagaimana kita nak kurangkan dalam aktiviti ekonomi ini. Dalam masa yang sama, karbon itu kita boleh control, jadi, kita ada target. Maknanya, tiap-tiap tahun kita nak reduce 20 juta untuk mengurangkan carbon emissions. Kita tak boleh eliminate, macam mana nak eliminate? Tetapi, ada banyak strategi yang kita guna pakai iaitu dia ada dua cara. Satu, natural base, satu, technology base. Jadi, ini akan membantu bagaimana kita mencari penurunan kita punya greenhouse gas ini untuk kita comply daripada kehendak dunia. Jadi, kita ada figures ini, dah ada. Cuma kita nak tunggu RUUPIN ini wujud, lepas itu nanti dia ada ETS, macam mana syarikat yang dapat mengurangkan aktiviti ekonomi ini keluarkan dia punya carbon emissions, dia akan dapat carbon credit dan carbon credit ini dia boleh trade di pasaran.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
[Bangun]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kemudian, kalau industri contoh macam tenaga, dia mengeluarkan banyak carbon emissions. Kemudian, dia terlebih
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
daripada kuota yang kita tetapkan. Maka, dia kena beli karbon ataupun dia kena bayar tax, carbon tax.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Yang Berhormat.
Tuan Tan Hong Pin - Bakri
Saya setuju, Yang Berhormat. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat dan memang betul hala tuju itu. Cuma, saya nak minta jasa baik Yang Berhormat supaya benda ini dijadikan priority yang utama dalam mungkin tahun hadapan.
Sebab perkara ini memberi satu potensi di mana kita boleh menjadi perintis malah menjadi pemimpin dalam bidang ini di rantau Asia Tenggara. Sebab saya lihat kita belum— di rantau ini belum ada lagi sesiapa yang telah set satu piawai ataupun menjadi standard setting yang membuat certain standard setting itu.
Maka, kalau kita mula dengan cepat dan kita kerangka kita siap dengan jelas dan cepat, maka kita berpotensi menjadi pemimpin dalam rantau ini. Jadi, saya mintalah cepatkan dan kalau boleh dalam tahun hadapan kita dah ada satu kerangka yang lebih jelas.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Yang Berhormat, Singapore dah ada tapi Singapore dia punya konsep ialah dia impose carbon tax. So, every industry dia impose carbon. Dia bagi threshold and then kalau you tak comply, you bayar tax, dan kalau yang mana comply then you don't need to pay tax. Macam kita, kita buat both. Kita, once RUUPIN kita wujudkan, kemudian kalau dia tak comply, dia kena pergi beli carbon credit, carbon allowance yang dia kena beli. Tapi, kalau katakan dia spend money untuk mitigate some of these carbon emissions, dia dapat kredit dan dia akan kurang dia punya carbon tax dan kemungkinan dia offset dia punya carbon credit dengan sepatutnya yang dia kena bayar.
Jadi, ini proses ini akan berlangsung dan as we go along to refine this, jadi semua perniagaan kita dalam negara kita ini, semua ekonomi, aktiviti dia akan diletak dalam same level playing field. Everyone has to play their role.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Yang Berhormat, Dato’ Speaker, penjelasan yang diberikan menggambarkan bahawa usaha untuk menangani isu yang dibangkitkan memerlukan whole-of-nation approach. Kementerian NRES sahaja tidak mampu, tidak mempunyai bidang untuk cross-ministry. Kementerian Perdagangan pun ada peranannya dari segi carbon control ataupun carbon footprint. Kementerian Ekonomi pun ada, Kementerian Kewangan pun ada. Jadi, dia cross-ministry, Yang Berhormat dalam segi itu.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Jadi, bila Yang Berhormat tadi nyatakan bahawa bila kita ada RUUPIN esok, kita perlu dari segi sudut AG ialah perlu ada agensi penguat kuasa. Macam mana perkara itu nak dibuat kalau ianya merupakan satu cross-ministry, Yang Berhormat, dalam hal kita berdepan dengan soal perubahan iklim ini? Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Dia dari segi climate Yang Berhormat, dia macam saya nak bagi contoh macam MPOB. Bila MPOB ini, dia cross kelapa sawit ini. Tapi, kalau ada apa-apa isu melalui kelapa sawit ini, dia ada agensi pengawal MPOB. Begitu juga soal climate change ini, carbon emissions dan sebagainya.
Jadi, kita ada satu agensi yang mengawal, dia mempunyai kepakaran dan melihat semua. Daripada dia punya carbon credit, carbon allowance, lepas itu dia punya kuota yang kita nak bagi kepada setiap industri. Dia bergantung kepada industri. Sebab bukan semua industri mempunyai kuota yang sama. Contoh, negara kita ini kalau tenaga dalam industri tenaga saja yang mengeluarkan carbon emissions ini, yang paling banyak sekali adalah tenaga, iaitu IPP, Independent Power Plant. Kemudian, oil and gas, kemudian, kita punya transportation. These are the key sector yang contribute kepada carbon emissions 79.2 peratus.
Kemudian, kita ada industri yang heavy industry. Contoh, iron and steel. Kemudian cement industry, kemudian ada manufacturing activities yang kita clasify- kan sebagai lebih kurang dalam 11.3 percent. Makna tadi 79.2, 11.3. Ini dua saja sudah mencecah hampir 90 peratus. Jadi, aktiviti itu akan di centre around that area. Kemudian, kita akan buat pemantauan. Agensi ini akan buat pemantauan dan meletakkan kuota carbon emissions mereka.
Kalau kita bagi dia target, kata you can keluar 10 percent reduction, dia kena cari formula macam mana nak reduce 10 percent. Dia kena cari dulu. Contoh, dia buat lebih renewal energy. They have to invest on this. Sebab bila nak buat renewal energy, it is not cheap. So, jadi dia kena invest. Jadi, this is the role agency ini akan main. Kalau dia tak boleh, tak buat, dia kena bayar tax, carbon tax. Jadi, MOF akan ambil carbon tax itu untuk develop a lot of technology supaya kita boleh dapat achieve kita punya net zero carbon emissions by 2050. Itu dia punya peranan. This is the aspect yang it’s a very new way kita tengok. Of course, di Amerika dia tak peduli ini. Tapi, kita tak boleh fasal kita ini negara yang berdagang hampir lebih 180 negara dalam dunia. Semua negara nak main peranan ini untuk mengawal kita punya perubahan iklim.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Jadi, sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab maka kita kena tunjuk.
Kalau tidak, satu hari nanti mana-mana barang kita nak eksport negara tengok kita tak buat, dia impose green tariff, maka produk kita tak kompetitif.
This is the big picture yang saya nak bagi. Kemudian macam contoh, landfill.
Bila landfill, kita ada landfill, dia keluarkan methane. Bila dia keluar methane, maka that involves kita punya tanggungjawab macam mana kita nak control. There must be technology will capture this methane. Jadi, mana-mana syarikat yang datang membuat teknologi dan capture methane dalam kita punya landfill ini, maka dia akan dapat carbon credit. Maka, carbon credit ini boleh dijual. Jadi, inilah sebenarnya the two-way strategy yang kita approach. Bukan saja kita nak tax, tetapi kita nak tax ini dia pulangkan balik untuk bagaimana kita membuat kita punya ekonomi model ini dia bergerak ke arah low carbon economy dalam negara kita. Okeylah, saya berhenti dekat iklim ini. YB Puchong?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tak ada. Okey, YB Puchong tak ada.
Setiawangsa tak ada. Tadi YB Gerik kita dah selesai, cerita pasal sungai tadi.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada lagi.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ada lagi. Apa dia?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Berkenaan dengan isu Santuari Gajah Gerik.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Gajah. Gajah.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Ya.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Gajah.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Itu ada lagi 14 ekor baru keluar pula itu.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Baru keluar? Jadi, ini mak dia ke anak dia?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Sekumpulan semua, satu kampung.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Okey. Nanti kejap, Gerik. Okey, YB Gerik mohon penjelasan kerajaan berhubung status projek Santuari Gajah di Batu 11, Jalan Raya Timur Barat Gerik dan adakah ia dimasukkan dalam Belanjawan 2026? Ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia telah mengemukakan permohonan peruntukan bagi pelaksanaan projek pembinaan Santuari Gajah Perak di bawah peruntukan pembangunan Rancangan Malaysia Ketiga Belas sebanyak RM52 juta.
Bagi permohonan peruntukan perbelanjaan Rolling Plan 1 (RP1) RMK13, pihak jabatan telah memohon sebanyak RM900,000 dan telah diluluskan sebanyak RM500,000 dan Kementerian Ekonomi dalam rolling plan 2026 akan membentangkan Belanjawan 2026 bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja awalan dan kemudian kita akan buat ambil masa empat, lima tahun begitulah.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kerajaan akan bagi bajet untuk Rolling Plan. Insya-Allah nanti Yang Berhormat tolong pantaulah.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Alright. Okey, Bukit Bendera?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tak ada. Okey Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saya dah habis. Saya ucapkan banyak terima kasih kepada semua YB yang bahaskan NRES. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan (II) untuk menjawab.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI. Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 10 Oktober yang lalu dirangka dengan tema “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat” iaitu setelah berani melaksanakan reformasi, kini masa memulangkan hasil kepada rakyat. Belanjawan ini juga bermula kepada RMK13 yang memperkukuhkan pembaharuan negara secara terangkum dan mampan.
Saya merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang berbahas peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Seramai 99 Ahli Yang Berhormat menyentuh secara langsung pelbagai perkara melibatkan
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kementerian Kewangan. Saya menghargai semua pandangan dan izinkan saya memberi penjelasan ke atas perkara-perkara dibangkitkan sepanjang lapan hari tempoh perbahasan ini.
Yang Berhormat Paya Besar, Machang, Pendang, Temerloh, Bangi, Lawas, Bagan Serai, Kota Melaka, Kuala Kangsar, Masjid Tanah dan Kepala Batas menyentuh mengenai pelaksanaan Sumbangan Tunai RAHMAH (STR) dan Sumbangan Asas RAHMAH (SARA). Kerajaan MADANI memastikan bahawa setiap penjimatan dan hasil tambahan yang diraih susulan pelaksanaan reformasi fiskal mesti dipulangkan kepada rakyat termasuk bagi meringankan beban sara hidup.
Prinsip ini di terjemah melalui menambahbaikkan berterusan dalam pelaksanaan bantuan STR dan SARA.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tahun ini kerajaan menyediakan RM13 bilion untuk STR dan SARA, memanfaatkan sembilan juta penerima. Kerajaan juga pada 31 Ogos yang lalu menyediakan RM2 bilion untuk penghargaan SARA RM100 kepada semua rakyat 18 tahun ke atas. Secara keseluruhan, RM15 bilion disediakan untuk STR dan SARA 2025, jumlah tertinggi dalam sejarah bantuan tunai negara.
Jumlah yang sama turut disediakan bagi tahun 2026. Alhamdulillah, pelaksanaan SARA terbukti berkesan dan diterima baik oleh rakyat. Rakyat termasuk warga emas dan golongan rentan hanya perlu menggunakan MyKad untuk mendapatkan barangan asas.
Setakat 3 November, 98 peratus penerima SARA bulanan telah menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan asas melibatkan perbelanjaan RM3.66 bilion. 100 peratus yakni semua penerima bulanan di Perlis, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Kedah telah membuat pembelian keperluan asas melalui SARA. Berhubung dengan penghargaan SARA RM100, lebih 18.3 juta rakyat ataupun 83 peratus telah berjaya melibatkan RM1.693 bilion.
Kerajaan juga memastikan manfaat SARA bukan hanya kepada penerima bantuan, tetapi turut menyokong peniaga kecil, kedai runcit persendirian dan kedai koperasi. Setakat 3 November 2025, kita berjaya melibatkan lebih 8,700 rakan niaga SARA termasuk sekitar 2,500 kedai kecil runcit di seluruh negara. Ini pendekatan besar berbanding 700 rakan niaga SARA termasuk 180 kedai runcit kecil pada tahun 2024. Rangkaian ini meliputi pasar raya, pasar mini, kedai koperasi, kedai runcit kecil
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
yang terletak di kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman untuk memastikan lebih ramai penerima dapat akses mudah kepada bantuan ini.
Antara koperasi yang telah menjadi rakan niaga SARA termasuk Coop Mart, Koperasi Penjara Berhad, Koperasi FELCRA, Koperasi FELDA Sungai Koyan 2.
Operator Program Jualan RAHMAH yang kebanyakan kedai runcit persendirian di luar bandar turut dilibatkan sebagai rakan niaga SARA. Ini secara tidak langsung memberi manfaat berganda kepada penerima SARA dengan harga barangan yang lebih murah.
Penglibatan meluas ini turut menyokong produk hasil anak tempatan seperti Kopi Cap Gantang, Kicap Lembu Berlaga, Kicap Mudim, Teh 888 Thong Guan dan kordial Skyblue Labuan. Kerajaan MADANI akan terus meningkatkan bilangan rakan niaga SARA dari semasa ke semasa supaya setiap kawasan mempunyai premis SARA dalam radius 10 kilometer bagi menjamin akses dan mudah untuk semua penerima.
Seramai 15 orang Ahli Yang Berhormat telah menyentuh soal pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 termasuk Yang Berhormat Pagoh, Temerloh, Kapar, Padang Serai, Tenggara, Kuala Krai, Libaran, Sungai Besar, Kuantan, Balik Pulau, Padang Terap, Pulau, Batang Lupar, Miri dan Machang.
Penyasaran subsidi RON95 dilaksanakan sepenuhnya mulai 30 September 2025. Rakyat Malaysia yang mempunyai kad, MyKad dan lesen memandu sah layak menikmati harga bersubsidi RM1.99 seliter. Bukan warganegara membayar RON pada harga tanpa subsidi sebanyak RM2.60 seliter. Berhubungan kelayakan 300 liter sebulan, ini telah pun diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa sesi PMQT pagi tadi.
Berdasarkan data kerajaan, 95 peratus rakyat menggunakan kurang 180 liter sebulan. Oleh itu, hak kelayakan subsidi petrol ditetapkan sebanyak 300 liter sebulan di bawah BUDI95 adalah mencukupi untuk kegunaan peribadi biasa. Setelah pelaksanaan penyasaran subsidi RON95, secara purata penerima BUDI95 bagi penggunaan persendirian mencatat penggunaan sebanyak 98 liter iaitu 33 peratus daripada kelayakan bulanan 300 liter yang ditetapkan. Kurang 0.7 peratus penerima menggunakan sepenuhnya kelayakan bulanan mereka sebelum akhir bulan Oktober.
Kerajaan akan terus memantau corak penggunaan dan menilai semula had ini dari semasa ke semasa bagi memperkukuhkan pelaksanaan dasar penyasaran subsidi RON95. Berhubungan kelayakan BUDI95 kepada pengguna bot.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menteri, boleh mencelah?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Biar saya habis RON, lepas itu saya bagi masa.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih. Berhubungan kelayakan BUDI95 kepada pengguna bot tanpa lesen memandu dan pemandu e-hailing, kerajaan telah pun meluaskan kelayakan program BUDI95 kepada nelayan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan agensi kerajaan Sabah dan Sarawak.
Setakat 31 Oktober 2025 hampir 24,000 pengguna bot berdaftar tanpa lesen memandu telah diluluskan untuk menerima BUDI95. Pada masa yang sama, kerajaan masih mengekalkan subsidi petrol RON95 kepada sektor nelayan pada kadar RM1.65 seliter di samping menyalur elaun sara hidup nelayan sehingga RM300 sebulan.
Pada 13 Oktober, kerajaan telah mengumumkan bahawa had kelayakan bulanan bagi pemandu e-hailing yang layak dinaikkan daripada 300 liter kepada 600 liter. Pada masa ini, seramai 58,000 pemandu e-hailing layak menerima sehingga 600 liter sebulan. Kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak sehingga 800 liter sebulan tertakluk kepada syarat perjalanan ditetapkan. Ini akan memanfaatkan hampir 26,000 penerima pemandu e- hailing.
Kerajaan juga bersetuju supaya teksi lapangan terbang turut disenaraikan sebagai kenderaan yang layak menerima petrol RON95 bersubsidi pada harga RM2.05 seliter di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS). Terdapat cadangan untuk menilai semula had kelayakan bagi individu yang membantu OKU tidak dapat memandu serta penggiat komuniti dan NGO yang sering bergerak untuk aktiviti mereka.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kerajaan prihatin kepada keperluan dan kebajikan golongan OKU.
Sebenarnya, terdapat kes rayuan sebegini yang telah pun diluluskan. Komuniti OKU dan individu terlibat digalakkan menghubungi Pusat Panggilan BUDI95 bagi membuat rayuan dan MOF sedia mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Berhubung pihak NGO, secara dasarnya akan dipertimbangkan subsidi RON95 dan perkara ini dinilai secara kes demi kes oleh jawatankuasa yang diterajui oleh KPDN. Sila.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih Menteri. Sebab tadi dah membangkitkan tentang SARA. Temerloh ada mencadangkan supaya SARA kita fokus kepada B40 dan M20 lah. Dan saya mengharapkan supaya mereka ini adalah golongan yang memang paling layak dan T20 saya kira tidak perlu kita agih. Untuk di situ, dah dapat jimat dah peruntukan kita.
Kemudian tadi, kita juga— Temerloh ada menyentuh tentang BUDI95 itu ya berkaitan dengan NGO dengan OKU. Saya ucapkan tahniah kerana akan diperkasakan dan kita juga mengharapkan ya, supaya OKU ini yang kita tahu OKU dia tak boleh melihat kan, tapi dia ada layak untuk dapat, mestilah diberikan kepada keluarga dia. Jadi, untuk memudahkan urusan. Okey, terima kasih Menteri.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menteri, saya— BUDI95.
Pasir Mas, sini. Pasir Mas.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
[Bangun]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Baik. Saya telah timbulkan berkenaan dengan berapakah angka penjimatan sebenar daripada sistem yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ini? Sebab apa yang saya musykil ialah daripada sistem begitu kompleks ini, adakah ia berbaloi dengan penjimatan yang kita telah dapat buat dan tidakkah sepatutnya kita tumpukan kepada proses ataupun usaha untuk mengekang penyeludupan di sempadan daripada perkenalkan sistem seperti ini?
Terima kasih Menteri.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Menteri, saya ada soalan. Sebelum ini ada laporan yang mengatakan Kementerian Kewangan telah kenal pasti corak penggunaan luar biasa, terutamanya di sempadan negara. Jadi, adakah statistik tentang penggunaan luar biasa RON95 ini telah dikenal pasti dan boleh diberitahu?
Dan apakah tindakan yang akan diambil oleh pengguna-pengguna yang ada corak penggunaan RON95 yang luar biasa ini?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri, tentang SARA. Kota Melaka. Ingin tahu, apakah sebabnya rasional dia, kenapa SARA ini diserahkan kepada satu yayasan untuk mengendalikannya? Berapakah yang kita perlu bayar kepada yayasan tersebut? Dan juga kita ada terima aduan daripada peniaga, di mana mereka mohon untuk menjadi partner kepada SARA ini, ambil masa yang
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
panjang. Jadi, bagaimana kita nak mengatasi masalah sedemikian? Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Sila Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih. Ada empat soalan yang dikemukakan.
Saya mula dengan STR dengan SARA. Kalau kita tengok dari segi STR. STR ditujukan kepada golongan B40 dan juga setengah daripada M40. Jadi, hampir sembilan juta isi rumah mendapat STR. Dan SARA mengikut juga golongan B40.
Dan kita juga penghargaan SARA yang diberikan kepada semua orang yang lebih pada 18 umurnyalah. Jadi, itulah untuk menghargai mereka yang jadi rakyat Malaysialah kan.
Untuk soalan Pasir Mas, saya nak sampai itu, nanti saya sambung nanti.
Saya boleh jawab yang ditanyakan oleh Pasir Mas. Soalan daripada Kota Melaka.
Untuk SARA, kita menggunakan proses yang kita telah mengenal pasti pengendali eKasih yang mempunyai database yang, yang lengkap yang kita gunakan sebagai pengendali proses untuk MySARA dan dia telah ditetapkan dan dipantau oleh MOF untuk bayaran yang dibuat untuk mereka.
Untuk kaedah untuk SARA ini, yang pentingnya, kita kena memastikan yang kedai-kedai yang, yang register untuk SARA ini ada kemampuan untuk menggunakan sistem SARA dan juga ada barcoding yang coding yang betul. Jadi, kita boleh membenarkan pembelian daripada kedai itu. Kita akan terus memantau prosesnya dan juga akan meningkatkan bimbingan agar peruncit-peruncit kecil dapat lebih banyak dimasukkan. Kita pun dah nampak banyak kedai runcit kecil dah masukkan sampai 2,500 dah masuk dalam sistem rakan niaga SARA.
Tadi Kampar, boleh ulang balik tadi?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Yang corak penggunaan luar biasa petrol di sempadan-sempadan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih. Kalau kita tengok dari segi penggunaan MyKad. MyKad adalah satu penggunaan yang baik dengan sistem back-end yang dikendalikan. Jadi, setiap transaksi yang ada, kita ada data yang akan melihat dari segi bila dia buat, berapa banyak dia beli dan berapa banyak lagi dia punya kelayakan yang masih ada.
MOF sekarang tengah buat analisa tentang penggunaan terutamanya penggunaan yang luar jangkaan, seumpama mereka yang sekali diisi sampai 300 liter. Kalau ada kes-kes macam ini, kita akan minta KPDN untuk masuk berjumpa
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
dengan mereka itu, kata kalau kita biasa paling banyak pun 60–70 liter, you boleh isi.
Kalau you melanggar peraturan yang kita ada, kita boleh tarik balik kelayakan.
Kita juga akan memantau dari segi penggunaan motosikal yang tak habis, tak sampai habis hujung bulan, 300 liter pun habis. Jadi yang pentingnya, sekarang kita ada data. Daripada data itu, kita tahu siapa yang, yang buat macam ini dan kita boleh pantau dan kita akan kerjasama dengan KPDN untuk meningkatkan pemantauan.
Jadi, saya teruskan dengan apa yang saya katakan tadi.
Jadi, soalan Pasir Mas berkenaan dengan penjimatan hasil penyasaran subsidi RON95. Kerajaan dijangka menjana penjimatan sekitar RM2.4 bilion hingga RM4 bilion setahun dengan andaian sekitar 22 peratus jumlah penggunaan RON95 turut melibatkan pengguna yang tidak layak menerima subsidi. Penjimatan ini mengambil kira harga minyak mentah global antara USD60 ke 80 setong dan penarikan subsidi bagi segmen, bagi warga asing dan pengguna komersial.
Yang Berhormat, antaranya Larut, Ayer Hitam, Sik, Pasir Mas, Besut, Hulu Terengganu, Kemaman dan Machang membangkitkan persoalan berhubungan pecahan anggaran Belanjawan 2026 yang turut merangkumi pelaburan awam oleh syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), badan berkanun persekutuan
(BBP) dan syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).
Pembentangan Belanjawan 2026 dirangka dengan pendekatan fiskal lebih menyeluruh merangkumi bukan sahaja perbelanjaan mengurus dan pembangunan Persekutuan tetapi juga pelaburan katalitik oleh entiti GLIC, GLC, BBP dan syarikat MKD terpilih. Pendekatan ini mengoptimumkan sumber negara di bawah satu hala tuju yang koheren, sejajar dengan keutamaan negara serta memastikan impak ekonomi dan kesejahteraan rakyat pada tahap tertinggi.
Entiti seperti GLIC, GLC dan MKD menjalankan aktiviti pelaburan yang dikategorikan sebagai Public Financial Cooperation (PFC). Manakala, entiti yang dikawal oleh kerajaan dalam aktiviti bukan kewangan diklasifikasikan sebagai Public Non-Financial Cooperation (NPFC). Aktiviti ekonomi oleh PFC dan NPFC diambil kira dalam pengiraan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Oleh itu, perbelanjaan entiti PFC dan PNFC ialah pelaburan awam yang menyumbang kepada komponen pengiraan KDNK Malaysia.
Pelaburan awam berdasarkan takrifan Jabatan Perangkaan Malaysia
(DOSM) juga mencerminkan keseluruhan saiz sebenar intervensi fiskal dan pelaburan strategik awam dalam negara. Sebab itulah jumlah RM470 bilion yang menyatakan gambaran perbelanjaan awam lebih menyeluruh kerana turut
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
merangkumi RM50.8 bilion pelaburan awam oleh entiti seperti Khazanah, KWAP, Pengurusan Air Berhad, dan Prasarana.
Perbelanjaan awam 2026 berjumlah RM470 bilion meningkat sebanyak— berbanding RM452 bilion pada tahun 2025. Dasar fiskal yang mengembang adalah untuk menyokong momentum pertumbuhan ekonomi lebih-lebih lagi dalam ketidaktentuan ekonomi global dunia.
Bagi kelulusan oleh Parlimen, jumlah anggaran Belanjawan 2026 ialah RM421.2 bilion, meliputi RM338.2 bilion perbelanjaan mengurus dan RM83 bilion perbelanjaan pembangunan, termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terdapat sebilangan Ahli Yang Berhormat mendakwa bahawa penurunan bagi peruntukan pembangunan (DE) 2026. Antaranya Yang Berhormat Bakri, Temerloh, Tuaran, Pasir Gudang dan Kemaman. Seperti ditegaskan, Kerajaan MADANI komited mencapai sasaran FRA. Namun, tetap menyokong momentum pertumbuhan dengan dasar fiskal yang mengembang.
Pertama, agihan peruntukan DE untuk projek DE asas tahun 2026 meningkat kepada RM57.6 bilion ataupun 71 peratus berbanding RM55.67 bilion atau 65 peratus pada tahun 2025.
Kedua, DE 2026 untuk semua negeri meningkat berbanding 2025 bagi memastikan agihan yang seimbang dan terangkum. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga turun ke setiap negeri untuk memahami keutamaan negeri. RMK13 turut meluluskan projek-projek yang mengambil kira keutamaan setiap negeri.
Ketiga, tahun 2026 ialah tahun pertama RMK13 yang lazimnya tertumpu kepada perancangan, penetapan keutamaan dan kelulusan projek. Projek fizikal dan perbelanjaan sebenar lebih perlahan berbanding tahun berikutnya. Kalau kita lihat trend, DE tahun pertama RMK13 merangkumi 18.8 peratus daripada keseluruhan peruntukan lima tahun. Lebih tinggi daripada tahun pertama RMK12 sebanyak 16.5 peratus.
Keempat, peruntukan DE 2026 berupaya memacu pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dengan KDNK di unjur berkembang antara empat hingga 4.5 peratus. Ini juga akan disokong oleh pelaburan awam di bawah GLIC, BBP dan MKD seperti mana dinyatakan dalam Belanjawan 2026 berjumlah RM50.8 bilion.
Kerajaan MADANI akan terus memastikan pendekatan fiskal yang berdisiplin dan strategik tidak mengabaikan kepentingan menyediakan peruntukan
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
pembangunan yang mencukupi dan berimpak tinggi supaya pertumbuhan ekonomi negara terus dipacu secara mampan.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
[Bangun]
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang Berhormat Bagan mencadangkan langkah...
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, DE boleh saya masuk?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menyentuh apa yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan GLIC, GLC, MKD dan Badan Berkanun Persekutuan yang dimasukkan, disebut dalam belanjawan.
Saya berhujah panjang lebar tentang hal ini dan antaranya saya menyentuh tentang apa yang telah berlaku sebelum ini. Kita lihat bagaimana MKD sebagai contoh ataupun Badan Berkanun Persekutuan sebagai contoh terlibat dengan pelbagai kes. Kita tahu di luar sana skandal termasuklah SRC International. Saya sentuh tentang Eagle High, pembelian Eagle High oleh FELDA dan juga saya sentuh tentang 1MDB.
Jadi, soalan saya kalau kita lihat, ia tak dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya menunggu ya. Kita lihat bahawa apa yang berlaku sebelum ini, kita lihat kerajaan bajetnya kurang RM5 bilion, tetapi bajet yang disebut berkaitan dengan GLIC, MKD dan BBP tadi adalah tinggi ya, meningkat.
Dan soalan saya, apakah perinciannya, perincian setiap perbelanjaan ini?
Saya bagi contoh apa yang berlaku dalam konteks SRC International. Memang dalam konteks SRC International ini, seolah-olah dibawa keluar daripada bajet kerajaan. Tak masuk dalam bajet kerajaan kerana ia nya MKD. Tetapi apa yang berlaku apabila kerajaan menjamin hutang SRC International yang diambil oleh SRC International dan bila berlaku skandal SRC International, KWAP bagi RM4 bilion dan akhirnya kerajaan kena bayar balik RM4 bilion kepada KWAP. Akhirnya, rakyat yang kena tanggung.
Jadi, itu saya tanya soalan panjang lebar. Adakah pendekatan yang digunakan oleh kerajaan ini sebagai satu pendekatan off-balance sheet approach ya, untuk mengurangkan hutang kerajaan seolah-olah dalam konteks mencapai Akta Tanggungjawab Fiskal, mengurangkan hutang kerajaan dan hutang ini akan pergi
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
kepada syarikat-syarikat sama ada MKD, GLIC, GLC dan Badan Berkanun Persekutuan? Sebab itu saya minta perincian. Saya nak tahu apakah sebenarnya yang nak dibuat oleh syarikat-syarikat ini secara lebih mendalam dan apakah pendekatan yang digunakan kerajaan? Itu satu.
Yang kedua ini berkaitan dengan development expenditure. Apabila saya menyentuh tentang DE, LRT Pulau Pinang, ini saya nak jelaskan berkaitan dengan LRT Pulau Pinang, RM17 bilion. Dan apa yang disebut oleh Menteri Pengangkutan dalam konteks LRT Pulau Pinang ini, dia kata sebab Kementerian Pengangkutan ada siling DE. Maka, sebab itulah kesemua RM17 bilion ini digunakan DE.
Jadi saya nak tanya kerajaan, adakah ini satu pendekatan yang mana sebelum ini kita tahu bahawa kerajaan cukup cermat. Nak tengok pergi mana DE ini, dia cukup teliti. Tetapi adakah sekarang ini kementerian boleh decide the ceiling dan kerajaan akan bagi semua? Kerana apa? RM17 bilion untuk satu projek dalam konteks keutamaan kerajaan ini merupakan satu jumlah yang cukup besar. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, Temerloh terus, boleh Menteri? Terima kasih.
Temerloh melihat bahawa pengurangan dalam perbelanjaan pembangunan ini akan memberi kesan kepada projek-projek Rancangan Malaysia Kedua Belas yang sedang dilaksanakan khususnya di kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak. Dan bagaimanakah kementerian boleh memastikan pengurangan dalam peruntukan perbelanjaan ini tidak menjejaskan peluang pekerjaan, pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat untuk tahun-tahun akan mendatang? Okey, terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih. Saya jawab Temerloh dulu, lepas tu saya pulang kepada Putrajaya.
Saya mula dengan Temerloh. Seperti saya katakan tadi kan, kalau kita tengok daripada segi Bajet 2026, kita meningkatkan DE asas. DE asas ialah DE, DE yang pergi kepada membina infrastruktur-infrastruktur yang untuk rakyat ya. Kalau kita tengok 2026, kita bajet RM57.6 bilion. Kalau kita tengok tahun 2025, kita bajet RM55.76 bilion. Jadi, ada peningkatan sebanyak RM2 bilion.
Dan kalau kita tengok kebanyakan projek-projek yang kita buat ini, kita tak ada projek-projek yang kita klasifikasi dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas ini sebagai projek mega. Ya, ini adalah projek-projek yang terus sampai kepada rakyat.
Kita tengok untuk membina sekolah, membaiki klinik daif, memperbaiki jalan raya
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
dengan semua kerana ini terus sampai kepada rakyat. Inilah – Kerana itulah kita mengatakan inilah belanjawan rakyat ya, yang penting untuk menyampaikannya.
Untuk Putrajaya, saya banyak memberi penerangan tadi yang mengatakan yang pentingnya kalau kita tengok dari segi klasifikasinya, expenditure yang dibuat oleh GLIC untuk pembangunan ya. Dalam masa sekarang seperti masa pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita kata RM30 bilion daripada jumlah RM50.8 bilion itu datang daripada GLIC. Ini diambil oleh Khazanah, KWAP dengan ambil kira mandat mereka. Dan mereka melabur dalam benda-benda yang ada pulangan yang dirasa mencukupi, mencapai mandat dalam alignment yang dia orang ada ya. So, saya percaya dalam kawal selia yang ada dalam GLIC ini, dia cukup untuk memantau projeknya.
Ini bukan satu yang kerajaan kata you kena buat, kita pilih dia buat. Tapi itulah yang datang terus daripada GLIC kata dia boleh membuat kerana dia merasa dia dalam mandatnya dan akan menolong, menyokong juga pembangunan negara.
Sama juga dengan BBP dengan MKD. Jadi, saya harap kita kena memahami yang mandat dah memang ada kepada mereka ini dan mereka akan buat dengan cara yang benar.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Menteri, terima kasih atas jawapan tersebut.
Saya tahu mandat itu dan saya kongsikan tadi contoh paling mudah, mandat KWAP pada waktu itu dalam konteks SRC International yang nak melabur dalam arang batu di Mongolia dan sebagainya sehinggakan RM4 bilion itu hilang. Jadi RM4 bilion itu akhirnya kerajaan yang kena bayar balik kepada KWAP. Itu duit rakyat.
Dan itu saya tanya tadi, apakah sebenarnya yang akan digunakan, yang akan dibelanjakan dalam konteks itu? Saya tanya soalan panjang. Dan yang mana yang hutang akan dijamin oleh kerajaan? Kerana kita nak tahu yang mana hutang projek- projek yang bakal diambil ini, hutangnya yang dijamin oleh kerajaan. Kerajaan boleh kurangkan DE, jadi hutangnya kurang ya, tetapi kalaulah yang akan dibelanjakan oleh MKD, akan dibelanjakan oleh Badan Berkanun Persekutuan sebagai contoh, itu diambil melalui hutang juga yang ditanggung oleh kerajaan, seperti mana SRC International dahulu, maka akhirnya itu adalah tanggungan rakyat.
Jadi, saya mohon perincian berkaitan dengan keseluruhan projek-projek ini dan daripada mana sumbernya dan sebanyak mana hutang yang akan dijamin oleh kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Putrajaya. Seperti yang saya katakan tadi kan, yang ini adalah satu projek yang diketarakan oleh GLIC.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Mereka sendiri melihat dalam mandat-mandat mereka dan projek-projek yang mereka rasakan akan ada pulangan yang sepatutnya mengikut mandat mereka. Daripada apa yang telah di-commit oleh GLIC, RM30 bilion yang saya katakan tadi kan. Dalam projek-projek yang dibuat, dia tidak mengambil penggunaan dana dari kerajaan ataupun jaminan dari kerajaan. Dia menggunakan dan sendiri daripada GLIC. Yang itu adalah satu benda yang penting kerana kita juga kena mematuhi apa yang kita letak dalam FRA yang kita ada sekarang.
Kalau saya boleh teruskan? Yang Berhormat Bagan mencadangkan langkah membantu PMKS yang terkesan dengan perang tarif. Tahun 2026, jumlah pinjaman dan jaminan kerajaan untuk memanfaat usahawan tempatan bernilai RM50 bilion, meningkat berbanding RM40 bilion tahun ini.
Kerajaan telah lama melaksanakan kaedah hutang kontinjen liabiliti sebagai – melalui pelbagai skim jaminan pembiayaan seperti Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau bagi memperkukuhkan akses pembiayaan kepada PKS tanpa menambah beban hutang langsung kerajaan.
Tahun hadapan, SJPP menawarkan jaminan pembiayaan sehingga RM30 bilion. Antaranya, jaminan sehingga 70 peratus pembiayaan bagi syarikat penengah berorientasi eksport dengan nilai jaminan sebanyak RM5 bilion. Sebanyak RM50 juta Geran Pembangunan Pasaran (MDG) disediakan bagi memudah cara PMKS mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran sedia ada dan baharu. Dan skim insentif pemampanan eksport oleh EXIM Bank turut memperuntukkan RM500 juta bagi mendorong pengeksport tempatan memperluas operasi ke pasaran luar.
Terkait dengan pelaburan awam, suka saya menjawab berkenaan peranan Khazanah dalam projek pemuliharaan bangunan warisan di Kuala Lumpur yang dibangkit antaranya oleh Yang Berhormat Larut...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
...Muar, Pasir Mas.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya sekejap. Saya ucap terima kasih atas penyelesaian sosio untuk membantu IKS menangani masalah daripada perang tarif.
Tapi salah satu masalah yang mereka hadapi ialah dari segi tempahan perniagaan mereka. So, sungguhpun sesuatu perniagaan menghadapi kos, tapi sekiranya mereka tak ada business volume, tak ada tempahan, saya rasa itu kemungkinan besar ia akan gulung tikar.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
So, bolehkah kita dan saya sudah cadangkan adakah pihak kerajaan sedia mempertimbangkan untuk mewajibkan khususnya pelabur asing ataupun itu kerajaan atau perniagaan tempatan? Pastikan mereka beli lokal, belilah daripada IKS Malaysia sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluaran mereka. Sekurang- kurangnya mereka dapat menghadapi masalah daripada tarif. Terima kasih,
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya katakan tadi, pendekatan yang diambil oleh kerajaan ialah untuk expansionary budget, bajet yang mengembang. Dan kalau kita tengok dengan pendekatan tidak mengadakan projek-projek mega, kita ada— di asas yang ditingkatkan, kita pun meningkatkan lagi projek-projek yang boleh di masuk oleh PMKS di Malaysia.
Kerana ini adalah semua untuk pendekatan yang untuk ini. Inilah pendekatan yang kita buat. Kita faham yang kerana ekonomi dunia akan menyederhana tahun depan, jadi kita harus ada proses untuk stimulate ekonomi yang kita nak, yang kita gunakan pendekatan ini dalam bajet.
Untuk perolehan dan juga bila kita ada insentif yang kita bagi untuk pelaburan yang masuk ke dalam negara, MOF dengan MITI akan mengambil cadangan untuk melihat macam mana menambahbaikkan syarat-syarat untuk mendapat insentif dan juga untuk syarat-syarat untuk procurement yang ada di mana kita boleh meningkatkan kalau kita ada ruang untuk diadakan. So, terima kasih untuk cadangan yang diberikan.
Seperti yang saya katakan tadi, peranan Khazanah dalam pemuliharaan bangunan warisan yang ditanya oleh Yang Berhormat Larut, Muar, Pasir Mas, Sik, Shah Alam dan Alor Setar.
Pertama, peruntukan Khazanah RM600 juta dibelanjakan secara berfasa. Ini adalah untuk memulihara lapan bangunan warisan utama di Kuala Lumpur. Enam terletak di kawasan Dataran Merdeka meliputi Bangunan Sultan Abdul Samad, Pejabat Pos Besar Lama, Panggung Bandaraya, Mahkamah Tinggi Lama, Muzium Tekstil Negara dan Pejabat Ukur FMS Lama. Dua lagi di Bukit Carcosa iaitu bangunan Carcosa dan Seri Negara.
Kedua, selain kerja konservasi, projek ini meliputi pembinaan jambatan perjalanan kaki menghubungkan Taman Botani Perdana dengan Carcosa Seri Negara. Ini bagi meningkatkan ketersambungan antara kawasan warisan, memudahkan pergerakan pelawat dan menghidupkan semula kawasan bersejarah.
Ketiga, bangunan warisan ini mempunyai nilai sejarah dan seni bina yang tinggi. Ini bukan sekadar monumen fizikal tetapi lambang perjalanan sejarah yang
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
perlu dikekalkan. Misalnya, Seri Negara yang menjadi saksi rundingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 akan dipulihara sebagai Galeri Pembentukan Negara dan Perlembagaan Malaysia. BSAS yang menyaksikan detik penurunan bendera Union Jack dan pengibaran Jalur Gemilang akan menempatkan galeri bertema Kuala Lumpur serta pameran sejarah Malaysia moden.
Keempat, dari segi kos, ia mencerminkan keperluan sebenar kerja pemulihan warisan yang memerlukan kepakaran teknikal, bahan tradisional dan kaedah konservasi yang kompleks. Selain itu, ruang warisan juga diadaptasikan sebagai ruang komuniti inklusif untuk rakyat Malaysia dan pelancong menjiwai sejarah warisan kota.
Kelima, pelaburan Khazanah mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan perlu dinilai dalam konteks lebih luas, meliputi sektor pelancongan, hospitality dan pemuliharaan aset sejarah. Misalnya, sektor pelancongan mampu menjana lebih dua kali ganda aktiviti ekonomi melalui rantaian industri sokongan seperti pembekalan tempatan, industri kreatif, hospitality dan perbelanjaan pelawat.
Pada masa yang sama, pelaburan sebegini juga bakal menjadi penarik atau crowd-in pelaburan swasta lain bagi memulihara bangunan warisan serta menghidupkan semula kawasan sekitarnya antaranya Stesen Keretapi Kuala Lumpur, Kompleks Daya Bumi dan Madras Lane di kawasan Petaling Street.
Kerajaan menyokong pendekatan ini sebahagian daripada inisiatif nasional warisan Kuala Lumpur yang menumpukan peremajaan identiti bandar raya.
Pemulihan Carcosa Seri Negara dan BSAS merupakan dua daripada sepuluh projek utama warisan KL yang turut disepadukan dengan— untuk persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026. Sila.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Tan Sri Speaker. Tentang Carcosa ni, 600 juta yang di umum itu, bukan kita nak menidakkan kerja-kerja pemulihan bangunan warisan seperti yang Yang Berhormat sebut tadi, tidak Isunya ialah keutamaan perbelanjaan.
Saya sebutkan dalam perbahasan, sepatutnya dengan dana yang begitu banyak kita lebihkan kepada kesihatan misalnya, pembangunan belia misalnya.
Kenapa di waktu keperluan kesihatan yang lebih terdesak kita pergi kepada membaiki bangunan-bangunan sejarah tadi? Itu isunya, isunyalah keutamaan perbelanjaan. Saya bimbang nanti rakyat akan lihat kerajaan menggunakan keutamaan yang tidak tepat.
Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar
Yang keduanya ialah, adakah dalam pengetahuan Yang Berhormat, adakah pernah dana Khazanah ini digunakan untuk membaik pulih bangunan-bangunan warisan seperti ini, sebelum ini? Terima kasih Tuan Sri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ya?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik, depan sikit, di depan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sorry.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Berbalik juga – soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Setar. Pelaburan untuk pemuliharaan Carcosa Seri Negara dan juga Bangunan Sultan Abdul Samad itu yang sangat baik dari segi warisannya. Namun, ya, jumlah itu dilihat sangat besar. Dan adakah juga pihak kementerian sendiri ada ruang pelaburan maksudnya ada modal berbalik yang mungkin boleh dikutip. Contohnya kutipan daripada pelancong yang memasuki bangunan-bangunan warisan ini ataupun ada dari segi persewaan kepada bangunan ini untuk memastikan bahawa 600 juta itu dapat dikembalikan untuk pengagihan kepada keperluan rakyat yang lebih terdesak di luar sana.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya mula dengan, seperti saya katakan tadi, projek yang kita buat Warisan KL ini ialah satu projek yang kita buat secara berfasa. Bukan semua RM600 juta ini dibelanjakan dalam setahun ya. Kalau kita tengok, dia menjangkau tahun ini dan tahun depan dan ke depan juga dan daripada apa yang dia buat.
And then, kalau kita tengok matlamat ya, ialah bukan sahaja mengembalikan sejarah dan kebanggaan rakyat kepada apa yang penting untuk kita mengingati, tapi juga ada elemen komersial yang boleh menjana agar siapa yang melabur dalam ini ada pulangan yang sepatutnya ke dalam itu. Jadi, kita dah check dalam proses dia, dia dah ada tak mekanisme yang dia boleh cover. Jadi, kalau dia letak RM600 juta, dia tidak akan minta lagi duit nak menampung lagi ke depan.
Jadi, dari segi perbelanjaan, kerajaan sentiasa peka apa yang penting untuk kerajaan memberi penekanan. Kerana itu, kita kata ini adalah belanjawan rakyat.
Kalau kita tengok peningkatan yang kita berikan kepada sektor kesihatan, sektor pendidikan, tahun ini memang kita naikkan kepada pendidikan dan kesihatan kerana kita peka apa yang dimahukan oleh rakyat.
Tapi, kita tak boleh lupa apa yang penting untuk sejarah. Negara yang lupa sejarahnya, lupa dari mana dia datang, lupa dana insannya akan satu negara yang
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
tidak ada jiwa, tak ada insan. Kerana itulah kita melihat Khazanah ada mandat untuk membuatnya dan mereka sanggup membuatnya, dan mereka telah menjamin yang dia ada pulangan yang sepatutnya di jangka masa yang panjang.
Terima kasih.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, boleh sikit penjelasan?
Sedikit. Yang Berhormat Menteri sebut ada pulangan untuk Khazanah dalam jangka masa panjang. Boleh bagi penjelasan sikit, dalam bentuk mana pulangan kepada Khazanah ini secara langsung pada Khazanah? Terima kasih, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kalau kita tengok dari segi Warisan KL, kalau kita tengok dari segi Seri Negara, Seri Negara, insya-Allah, hujung tahun ini akan dibuka ya kerana pemuliharaannya dah siap. Dalam Seri Negara, dia akan ada galeri yang mengetengahkan kemerdekaan Malaysia dan sejarah kemerdekaan Malaysia. Tapi, dia juga ada kafe yang ada juga itu. Jadi, kafe yang akan dimulakan akan memberi pulangan dan profit share akan dapat untuk menangani perbelanjaan untuk continue to maintain the facility yang ada dekat sana.
Jadi, bila kita tengok dari segi Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Sultan Abdul Samad akan diperbaiki. Then, kita ada galeri-galeri yang saya terangkan tadi untuk mengetengahkan sejarah Kuala Lumpur, sejarah kemerdekaan Malaysia juga. Tapi, dia juga ada segmen-segmen dia yang akan disewa keluar untuk mendapat pulangan untuk menanggung perbelanjaan yang dibuat. Jadi, kita telah melihat daripada dua-dua segi. Jadi, tak ada yang kita ditinggalkan belakang.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sikit, Menteri.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri, boleh saya sambung sikit soalan Putrajaya tadi? Boleh Menteri jelaskan, berapa lama tempoh masa yang dijangka oleh kerajaan untuk mendapatkan pulangan RM600 juta? Jadi, nak dapat RM601 juta itu tahun berapa baru dapat?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri, boleh sikit, Menteri? Menteri, boleh sikit? Sebelum jawab yang...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sorry. Dekat mana? Sorry.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tan Sri Yang di- Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya just nak minta pandangan. Ya, saya setuju pandangan Yang Berhormat untuk kita mengekalkan warisan kerana ini juga merupakan tarikan kepada pelancong yang begitu ramai datang tetapi Kuala Lumpur ini tak cukup tempat-tempat yang menarik.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Cumanya, kalau kita tak buat sekarang, berapakah simulasi pihak Kementerian Kewangan kalau kita buat lagi lima tahun? Adakah dengan harga yang sama RM600 juta ini? Ataupun bangunan yang sedia ada yang mungkin membelanjakan RM600 juta mungkin meningkat jadi RM1 bilion? Akhirnya, akan merugikan generasi yang akan datang. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bagi penerangan dalam konteks valuation appreciation. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kalau kita tengok daripada segi prinsipnya, apa yang dibuat oleh Khazanah ialah untuk memelihara warisan yang ada dalam KL. Dan dia orang menjangka yang pulangan yang akan dapat akan cukup untuk menampung perbelanjaan dia, kalau kita tengok dari segi jangka masa panjang. Because Khazanah ialah sovereign fund yang ada kapasiti untuk mengambil investment dari segi jangka masa panjang.
Kalau kita tengok aset-aset yang kita ada sekarang, kalau kita tengok Bangunan Sultan Abdul Samad, telah lama terbengkalai dekat sana. Dia dah rugi pasal kita tak ada orang yang boleh melihat. Dari dulu pun Bangunan Sultan Abdul Samad orang tak boleh masuk ke dalam ya.
Jadi, dari segi tarikan, dia tidak lagi menjadi tarikan yang penting kepada negara. Pemuliharaannya akan mengembalikan satu attraction yang penting untuk Kuala Lumpur. Pemulihannya akan memberi kita peluang untuk memberi satu lokasi yang kita boleh menerangkan balik sejarah yang penting untuk negara untuk meningkatkan lagi kesayangan kepada negara daripada itu.
Dan kalau Khazanah dah melihat daripada segi apa dia buat, dia punya cash flow balances, dia kata dia cukup. Saya percaya yang Khazanah telah buat dengan penelitian yang betul. Kerana dia termasuk dalam pulangan yang Khazanah akan ada.
Terima kasih. Kalau saya teruskan kerana ada berapa lagi isu yang panjang ya saya nak buat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat boleh move, saya ingat. You behind time now.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya ada 15 minit. Biar saya habis dulu.
Terima kasih.
Tidak kurang daripada 23 Ahli Yang Berhormat telah menyentuh soal kedudukan fiskal dan hutang negara. Antaranya, Yang Berhormat Pagoh, Pandan,
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Putrajaya, Shah Alam, Pasir Gudang, Bagan Serai, Sri Aman, Jerlun, Tanjong Karang, Rompin, Dungun dan Kampar.
Pertama, hal ini dah berkali-kali dijelaskan dan semua sudah dimaklumkan.
Selagi kerajaan mengamalkan belanjawan defisit, selagi itulah jumlah hutang negara akan terus meningkat. Malaysia mencatatkan perbelanjaan defisit secara berterusan sejak tahun 1998 sehingga kini. Setiap tahun, kerajaan perlu membiayai defisit fiskal melalui pinjaman bagi menampung perbelanjaan pembangunan negara.
Penting untuk ditegaskan, kerajaan tidak pernah meminjam bagi menampung perbelanjaan operasi semasa. Sebaliknya, setiap pinjaman yang dibuat bagi tujuan pembangunan masa depan negara, membina prasarana, memperkukuhkan daya saing dan menyediakan peluang saksama untuk rakyat.
Kita perlu menerima kenyataan peningkatan mendadak paras hutang negara bermula tahun 2020 apabila kerajaan terdahulu perlu membuat pinjaman tambahan bagi membiayai pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi untuk melindungi rakyat serta menyokong perniagaan yang terjejas akibat COVID-19. Kesan hutang Kerajaan Persekutuan meningkat daripada RM793 bilion atau 52.4 peratus KDNK pada tahun 2019 kepada RM1.79 trilion atau 60.2 peratus KDNK pada akhir 2022.
Peningkatan RM286.6 bilion dalam tempoh tiga tahun.
Maka, apabila Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran, perkara pertama dilaksanakan ialah penggubalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA). Akta ini mencerminkan keberanian dan tekad kita untuk memastikan pengurusan fiskal negara lebih bertanggungjawab, berhemah dan mampan.
Di bawah pentadbiran MADANI, kadar defisit fiskal telah menurun secara konsisten setiap tahun tanpa kecuali, iaitu 6.4 peratus pada tahun 2021, 5.5 peratus pada tahun 2022, lima peratus pada 2023, 4.1 peratus pada 2024 dan bertekad mencapai 3.8 peratus pada tahun 2025. Defisit fiskal diunjurkan turun ke 3.5 peratus pada tahun 2026.
Penurunan kadar defisit ini bermakna jumlah pinjaman baru kerajaan juga turut berkurangan dan terkawal, iaitu RM100 bilion pada 2021 dan 2022, RM92 bilion pada 2023, RM77 bilion pada 2024 dan diunjurkan sekitar RM77 bilion pada 2025, dan akan diusahakan untuk terus diturunkan menjelang akhir tahun ini.
Pengurusan fiskal yang bertanggungjawab ini membolehkan kadar pertumbuhan hutang yang dikurangkan, iaitu 10.2 peratus pada 2022, 8.6 peratus pada tahun 2023, 6.4 peratus pada 2024 dan sekitar enam peratus pada tahun 2025.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Trend penurunan ini ialah bukti bahawa kerajaan berusaha memastikan hutang negara diurus dengan berhemat dan digunakan untuk pelaburan yang produktif.
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, langkah-langkah yang dilaksanakan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan semasa, malah demi menjamin kemampanan kewangan kerajaan dalam jangka sederhana mengambil kira cabaran ekonomi semasa serta keupayaan fiskal kerajaan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kedua, kerajaan tidak pernah gagal memenuhi obligasi bayaran faedah dan bayaran balik hutang yang matang pada masa yang ditetapkan. Kerajaan sentiasa memastikan paras hutang di bawah had statutory yang ditetapkan dalam perundangan berkaitan hutang persekutuan. Ini jelas bahawa kerajaan mempunyai keupayaan berhutang atau debt affordability.
Sehingga 2025, instrumen hutang negara iaitu Sekuriti Kerajaan Malaysia
(MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII), Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB), adalah pada kadar 64 peratus kepada KDNK iaitu tidak melebihi had 65 peratus yang ditetapkan di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983. Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) berjumlah RM2 bilion turut tidak melepasi paras RM10 bilion sebagaimana ditetapkan di bawah Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946.
Selain itu, jaminan kewangan sehingga Jun 2025 berjumlah RM424.7 bilion iaitu 21 peratus kepada KDNK iaitu tidak melebihi 25 peratus yang ditetapkan oleh FRA.
Ketiga, terbitan jaminan kerajaan sentiasa dibuat secara berhemat dan berdasarkan keperluan sebenar negara bagi memastikan kedudukan hutang kekal mampan dan terkawal.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dalam— saya ada tanya soalan kepada Menteri Kewangan dan didapat jawapan bertulis. Ini jawapan yang saya terima, ya.
Berkenaan dengan mega-mega projek yang diluluskan oleh kerajaan dalam belanjawan ini. Ini jawapan yang Kementerian Ekonomi yang mana Yang Berhormat Menteri juga sekarang ini menguruskannya.
Kerajaan juga akan terus memperkukuh pendekatan value for money dan outcome-based dalam pelaksanaan projek bagi memastikan setiap Ringgit yang dibelanjakan dapat memberi manfaat maksimum kepada ekonomi negara. Jadi, kami di sebelah sini masih tak nampak lagi justification, economic returns dengan izin,
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
untuk projek pembaikan warisan di Kuala Lumpur ini, Carcosa Seri Negara dan semualah Bangunan Sultan Abdul Samad. Boleh tak bagi kami contoh model impact, economic impact yang dapat khazanah pulangan yang dapat kami berikan kepada negara hasil daripada perbelanjaan ini? Kami perlukan ini untuk menjawab kepada rakyat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingat tadi Yang Berhormat dah pass yang itu tadi kan? Jadi...
[Tidak jelas]
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Senator.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tadi dah jawab.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menteri, Menteri bab hutang.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Nanti saya bagi masa.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ini bukan Carcosa.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya bagi habis ini dulu ya.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menteri dah nak pindah ke tajuk lain. Saya nak tanya bab hutang tadi bila Menteri sebut bab hutang. Saya tanya dalam soalan saya pada tahun 2025 , diunjurkan kerajaan hanya akan berhutang RM80 bilion. Tapi dalam laman web Bank Negara, kerajaan telah berhutang sampai ke hari ini RM85 bilion. Jadi dalam Belanjawan 2026, sudah tidak ada lagi unjuran berapa banyak hutang yang akan dibuat. Adakah kerajaan sudah pun gagal untuk menepati sasarannya sendiri dalam bab hutang? Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti yang saya katakan tadi, dalam nombor yang saya umumkan tadi, saya kata belanjawan hutang baru kerajaan adalah sebanyak RM77 bilion yang diunjurkan untuk tahun ini dan insya-Allah, kita akan berusaha, ada lagi dua bulan ini. Kalau ada penjimatan kita boleh buat, kita akan cuba kurangkan daripada nombor yang itu. Yang Berhormat Puchong dan Stampin menyentuh mengenai insurans.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Menteri, saya minta laluan sedikit tentang debt service yang disebut oleh Yang Berhormat.
Kita ketahui bahawa setiap RM100 yang kita kutip tahun hadapan, tujuh belas akan digunakan untuk pembayaran balik cukai. Ini sekadar bayar bunga saja. Jadi, oleh kerana sebelum itu, pada Oktober 2024, dijanjikan di Dewan ini 15 percent. Jadi, tahun depan adalah 17 peratus.
Dan yang dikhuatiri ialah satu, enam, tujuh tahun yg lalu apabila kita nak selesaikan masalah Tabung Haji. Dia ada satu sukuk seven years, dia akan sampai
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
bila-bila masa. Jadi adakah 17 peratus ini boleh memadai untuk menyelesaikan masalah? Kalau kita default dalam sukuk ataupun bond, saya rasa mungkin kos untuk perolehan dana itu akan lebih tinggi kepada negara. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Ayer Hitam. Saya jawab ini untuk tutup soalan fiskal dan hutang dan semua kan. Kalau kita tengok debt service cover ratio kita, ia hampir 17 peratus dan matlamat kita adalah untuk mengurangkannya mencapai 15 peratus. Dan kalau kita tengok usaha Kerajaan MADANI, apa yang dibuat? Dia mengurangkan defisit fiskal tiap-tiap tahun. Dengan pengurangan ini, beban untuk hutang baru akan jadi lebih kurang di masa depan. Itu satu unjuran yang penting untuk kita buat.
Yang kedua, kalau kita tengok dari segi masa ini, pengurangan interest rate yang ada. Jadi buat masa sekarang, Kementerian Kewangan mengambil peluang kerana interest dah mula jatuh, jadi dia mengambil masa untuk memanjangkan hutang. Jadi average rate kita dapat lebih baik kepada apa yang kita dapat dari dulu.
Dengan menguruskan kewangan dengan lebih berhemah, kita dapat memastikan di masa depan, kita ada isu yang lebih baik untuk negara. That’s the approach yang kita buat pada masa sekarang. Terima kasih.
Seperti dikatakan tadi, Yang Berhormat Puchong dan Stampin menyentuh mengenai insurans dan takaful perubatan dan kesihatan. Ini isu yang banyak diketarakan. Kerajaan mengambil cadangan Yang Berhormat mengenai had terhadap kenaikan premium insurans kesihatan. Namun perlu dijelaskan bahawa inflasi perubatan bukanlah isu yang boleh ditangani oleh satu pihak sahaja. Ia menuntut pendekatan menyeluruh melibatkan semua pihak termasuk kerajaan, industri insurans, hospital swasta dan pengguna. Misalnya, pelaksanaan DRG dan EMR antara inisiatif penting bagi menunjukkan ketelusan kos rawatan serta mengekang inflasi perubatan.
Selaras dengan strategi reset, usaha dipergiatkan bagi membangunkan produk asas perlindungan kesihatan berasaskan nilai yang dijangka dapat ditawarkan pada tahun 2027. Ini bagi memberi perlindungan mampu milik dengan premium lebih stabil sambil menyokong peralihan ke atas sistem pembayaran DRG yang lebih mampan. Pendekatan ini membantu rakyat menyesuaikan tahap perlindungan mereka mengikut kemampuan dan keperluan sebenar.
Dengan pengenalan produk asas, pemegang polisi baru dan sedia ada, ada mempunyai alternatif yang lebih mampan dan terjamin tanpa perlu bergantung dengan langkah interim yang bersifat sementara. Pendekatan interim hanya sesuai
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
dalam fasa peralihan. Jika dilanjutkan tanpa reformasi struktur, ia boleh menjejaskan daya tahan jangka panjang struktur insurans kesihatan dan menambah tekanan kos jangka pendek.
Oleh itu, reformasi jangka panjang amat penting untuk menangani punca sebenar inflasi perubatan termasuk isu struktur kos hospital swasta, amalan klinikal tidak seragam dan ketelusan caj perubatan agar sistem perlindungan kesihatan kekal berdaya tahan, inklusif dan adil. Kerajaan komited melaksanakan reformasi menyeluruh sistem kesihatan berasaskan nilai dengan kerjasama semua pihak.
Matlamatnya jelas, memastikan rakyat Malaysia menikmati perlindungan kesihatan yang berkualiti, mampan dan berpatutan. Yang Berhormat Padang Terap menyentuh mengenai ajaran.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Minta penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa Yang Berhormat Menteri itu sebut tadi adalah berkenaan jangka panjang untuk penetapan polisi, premium policy perubatan. Tetapi sekurang- kurangnya untuk existing policy holder yang telah ada kontrak dengan syarikat insurans. Takkan kerajaan membenarkan syarikat-syarikat insurans itu menaikkan premium perubatan mereka itu secara mendadak?
Itu merupakan satu obligasi insurans terhadap policy holder mereka dan sekarang mereka atas alasan bahawa kos perubatan telah menaik begitu banyak, mereka menaikkan premiumnya secara besar itu. Saya rasa ini tak patutlah sekurang-kurangnya kalau nak adjust premium policy perubatan untuk future policy holder separate rate but for the existing one, at least they must be bound by a certain degree of the obligation of the existing insurance policy.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Itulah yang saya menyeru kepada Yang Berhormat Menteri supaya mewajibkan atau mengehadkan syarikat-syarikat insurans itu bertindak sewenang- wenangnya. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Stampin.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi saya habis dulu ini, nak jawab Stampin sekejap. Terima kasih Stampin kerana soalan yang ditanyakan oleh klarifikasi. Seperti mungkin sedia maklum, awal tahun ini ada moratorium yang diletakkan oleh Bank Negara yang mengehadkan kenaikan untuk syarikat-syarikat insurans. Ini telah terpakai. Ini beri ruang untuk kita sampai hujung tahun depan
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
untuk memperkenalkan produk MHIT asas yang akan melebarkan offering yang ada di dalam market dan menjamin the base product yang lebih baik di dalam market.
Dan kita akan mengenalkan structure reform yang akan mengenalkan isu-isu seperti DRG dengan ISME untuk mengekang kos kenaikan inflasi dan juga memperkenalkan transparency untuk kos kerana ini penting. Ini ialah satu pendekatan menyeluruh tak boleh satu pihak saja mengambilnya. Jadi ini ialah pendekatan yang kita ambil dan kita harap dengan proses MHIT ini kita akan mendapat base insurance policy yang lebih baik di masa depan.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri Speaker, minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Ha, okey.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih, Tan Sri Speaker.
Saya nak menyentuh berkenaan dengan revenue kita. Kita nak meningkatkan pendapatan negara melalui e-tax ini. Cuma saya nak sentuh berkenaan dengan digital tax, yang mana kita tengok dalam ART baru ini ataupun agreement reciprocal trade ini, kita akan tidak mengenalkan cukai kepada syarikat-syarikat i-Digital daripada US. Jadi bagaimana pula dengan syarikat-syarikat lain daripada negara lain yang kita kenalkan cukai ini? Ini adakah adil percukaian dikenakan ke atas negara tersebut dan perlu mendapat kelulusan US?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Pencerahan, bukan penjelasanlah.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Tan Sri, kita bincang insurans dulu, Tan Sri, insurans kesihatan dulu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Nanti sekejap, sebab kita nak bangkit ini pendapatan negara.
Tuan Yang di-Pertua
Pendang, sekarang bentang kesihatan dulu, jangan masuk lagi. Bagi selesaikan masalah kesihatan dulu.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi Puchong dulu.
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Sorry, kita minta sebab topik yang sama dan saya juga bahaskan berkenaan dengan isu ini. Cadangan kita adalah kita membuat moratorium sehingga DRG kena roll out. Yang kedua tadi saya amat tertarik dengan apa yang dikatakan oleh YB Menteri. Jawapan adalah inflasi perubatan perlu ditanggung oleh semua.
Saya nak tanya, siapa di sini buat perniagaan. Apabila kita membuat perniagaan kita melabur untuk satu benda, lepas itu ada inflasi berlaku. Raw material
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
ke apa ke, siapa yang tanggung. Orang yang membuat, mengambil risiko perniagaan tersebut. So, saya nak tanya hari ini. Syarikat insurans yang memberi tawaran ini kepada semua pengguna sekarang mereka kata, “Okay, this mathematics doesn’t count anymore, this modeling doesn’t make me money anymore, then I can increase your price”. Adakah ini adil untuk pengguna?
Apabila mereka ada profit, mereka tak kata dia share profit dengan kita.
Kenapa apabila ada inflasi kita kena tanggung bersama dia? Oleh itu, saya rasa kerajaan perlu melindungi pengguna-pengguna yang telah pun beli insurans sebelum ini dan kalau kita hari ini kata, okey kita ada basic universal insurance, itu adalah cadangan yang baik tapi bagaimana pula dengan mereka yang sudah adalah policy holder. Saya sudah 15 tahun guna polisi ini sekarang kerana kenaikan yang mendadak ini saya tak mampu nak continue lagi. Ini akan merugikan pengguna- pengguna policy holders yang sekarang kita ada.
Dan sekarang kita juga dengar daripada ramai yang ada complaint, syarikat insurans dia tak bayar. Your claim— they don’t recognize your claim according to the policy. Adakah kita, Bank Negara boleh membenarkan syarikat insurans yang membuat perniagaan hanya perniagaan itu mesti make profit. Why are we protecting everyone?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
And they are still [Tidak jelas] .
Puan Yeo Bee Yin - Puchong
Dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sila Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tan Sri Speaker, boleh saya minta lima minit lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, silakan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya jawab Puchong, selepas itu saya continue lagi lima minit ya.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Okey, seperti yang saya katakan untuk mengatasi isu inflasi medical yang ada kan, kita mengambil pendekatan yang kita ambil semua pihak yang terlibat dalam ini hospital swasta, insurans ya, kementerian yang mengambil— Bank Negara yang memainkan peranan untuk set polisi yang memainkan peranan untuk menukar benda-benda yang boleh effect dari segi kos inflasi medical. Kerana kalau kita tak menangani kos inflasi medical dan premium akan naik. Macam mana pun premium akan naik. Jadi, the base isu ialah kita kena tangani kenaikan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Apakah pendekatan kerajaan? First, kita buat kita ada moratorium yang kita kata kita ambil dua tahun di mana insurans kata kita tak boleh naikkan lebih pada takat ini. Moratorium telah letak bawah tahun ini. Kalau mereka yang decided masa itu dia tak tahu yang ada moratorium, dia dah lapse-kan cover, Bank Negara pun ada memberi syarat kepada syarikat insurans dia membenarkan mereka yang lapse boleh ambil balik insurans dia orang balik dengan kadar yang ditetapkan di bawah moratorium tu. Jadi, ini adalah pendekatan untuk memberi period yang kita boleh ada proses untuk menukar the base structure yang ada.
Dalam base and structure yang kita ada, apa yang kita nak buat? Apa yang kita nak, kita nak mengadakan pendekatan DRG. DRG adalah lebih kepada outcome-based. Kalau kita ada outcome-based, that means semua yang dalam isu ini kena menangani isu yang ada. Dan antara Dr. Dzul dengan saya, kita chair committee dengan semua pihak-pihak ini, mereka pun bersetuju. Ya, ada beberapa penyakit yang kita setuju yang kita akan masukkan dalam DRG dalam pelindungan asas. Yang itu ialah kemenangan yang besar, sebelum ini tak ada.
Jadi kita kena berganjak kepada cara-cara macam ini...
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Boleh minta penjelasan?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Biar saya habis dulu, Stampin. Kita habis yang ni dulu. The base product akan keluar dan kita tingkatkan. Isu yang kita ada juga dalam Malaysia ialah coverage insurance dia masih rendah. Hanya 20 peratus rakyat Malaysia ada insurans. Kita nak lebih banyak orang yang ada masih masuk.
Jadi, base insurance policy ini adalah satu benda yang penting yang kita akan buat melalui pendekatan yang kita kerjasama antara agensi-agensi dan kerajaan untuk menangani isunya. Jadi, bagilah kita masa untuk habis apa yang kita telah usahakan ini dan insya-Allah tahun 2027 the base product akan keluar.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Masalahnya pemikiran Yang Berhormat Menteri adalah Yang Berhormat Menteri nak bantu insurans itu, syarikat insurans itu mengelakkan kerugian dan sampaikan rakyat tertindas. Kalau kita tengok perniagaan-perniagaan insurans keseluruhannya, mereka ada medical insurance, ada life insurance, ada general insurance, ada apa- apa insurance product. Keseluruhannya setiap insurans, syarikat insurans itu buat keuntungan yang beratusan juta sampai RM1 bilion satu tahun.
[Tepuk] Adakah kerajaan boleh menetapkan kalau sesuatu syarikat insurans nak berniaga, nak berlesen, mendapat lesen dari Bank Negara, mereka diwajibkan untuk mengadakan, menawarkan
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
kepada rakyat Malaysia mungkin 20 peratus daripada portfolio keseluruhannya untuk sebagai medical insurance.
Walaupun medical insurance yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri adalah merugikan tetapi as a CSR, part of the company CSR, so, that they can trade in...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Mereka boleh untung daripada life insurance dan apa-apa produk lain. Itulah.
Tuan Yang di-Pertua
Stampin, Stampin dah berucap panjang dan saya dah faham itu.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Semua insurance company make profit.
Tuan Yang di-Pertua
Stampin.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Obscene profit.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Menteri, boleh saya...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, boleh bagi dekat Bandar Kuching, kerana lepas itu, Bayan Baru selepas itu boleh landing ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik, mohon juga.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Bandar Kuching. Bayan Baru duduk dahulu.
Bayan Baru, duduk dahulu. Terima kasih.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Speaker dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan. Saya sebenarnya memahami isu ini secara mendalam dan saya juga memahami kekangan yang dihadapi tetapi saya juga tidak membantah hujahan yang diberikan oleh rakan seperjuangan saya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Oleh itu, saya ada cadangkan satu private health commission ditubuhkan di mana dia satu model tripartite dengan syarikat insurance dengan private health providers, dengan patients’ body, dengan kerajaan di mana mereka dapat bersama- sama untuk kawal selia premium insurans.
Nombor dua, keputusan klinikal di private healthcare services. Sekarang kita tahu disebabkan coverage insurance premium, contohnya insurance itu the whole insurance package, kadangkala keputusan klinikal akan dipengaruhi atau dijejaskan disebabkan coverage yang ada. Oleh itu, saya telah cadangkan kita buat satu private healthcare commission, tripartite model yang pernah diuji dan ada berjayanya
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
dengan pelbagai platform lain supaya kita dapat kawal selia secara betul or involved including patients' body untuk kita buat satu penyelesaian yang baik.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Menteri. Sementara kita tunggu reform DRG dan juga base MHIT, dia memakan masa. Mungkin setahun, dua tahun atau lebih masa. Dan kita telah tahu bahawa insurance company sekarang mereka squeeze sini, squeeze sana. Mereka telah terdesak. Maka, kita nampak baru-baru ini, saya setuju dengan Puchong, saya setuju dengan Stampin. Dan sekarang, yang terbaru mereka menggunakan pelbagai— dia intervene into medical— clinical decision. Dia memaksa doktor boleh buat itu, boleh buat itu. Ini saya rasa sudah salah dari segi kod etika. Sepatutnya insurance itu tidak boleh campur tangan dalam clinical decision.
Dan kedua adalah isu tentang guarantee letter. Dia boleh tarik balik bila-bila guarantee letter. Orang beli insurance, apabila dia pergi ke hospital dia expect that he will be protected, tetapi sekarang dia pergi ke sana, dia issued a guarantee letter, lepas itu tiba-tiba boleh tarik balik. Atau dia pergi kata, you bayar dulu baru claim later.
Orang tak ada duit. It’s impossible to come up with RM20,000 to RM30,000 or more apabila sakit tiba-tiba. So, ini adalah practice, practice yang sangat-sangat yang kita persoalkan dan saya rasa Bank Negara kena look into this. We cannot allow this kind of unscrupulous way of doing business. Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Menteri. Saya minta jawab sekali semua.
Kemudian, landing please.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Tan Sri Speaker. Isu MHIT ini ialah satu isu yang panjang. Seperti saya ceritakan tadi ia mengambil pendekatan yang kita kena buat dari segi structure reform. Kita tak boleh sentuh just satu isu dan kita kata solve isu ini dan habis tak ada isu lain. Kita berhentikan benda ini, benda itu akan hilang, tak. Dia kena mengambil structure reform yang penting untuk itu.
Kerana itulah pendekatan yang diambil oleh kerajaan ialah menubuhkan jawatankuasa yang dipengerusi bersama MOH dengan MOF. Dan kita minta penglibatan industri insurans, kita minta penglibatan Bank Negara sebagai pemantau insurance industry, kita minta penglibatan semua MMA, kita minta penglibatan GPs, kita minta penglibatan semua dalam industri dan kita bersama melihat macam mana untuk memantau isu yang ada.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Jadi, dalam satu cadangan yang kita terima, kita dapat persetujuan yang DRG itu adalah satu structure reform yang amat penting kerana dia outcome-based untuk mengekang kos yang ada. Jadi, itulah pendekatan yang baik dan saya setuju.
Saya tak payah, tak payah apa kerana jawatankuasa itu dah memang dah wujud.
Memang dah ada penglibatan semua orang ke dalam sesi itu.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tetapi jawatankuasanya, kuasanya tidak sebesar commission-lah.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya bagi habis dulu, ya. Apa yang kita juga setuju, ialah kita kata kita kena melebarkan insurance coverage yang ada kat dalam Malaysia kerana tak semua orang yang ada insurance coverage. Orang yang tak ada insurance coverage akan berbalik kepada government sector, tapi kadang- kadang mereka pun tak dapat because kadang-kadang terlambat untuk mendapat treatment yang ada.
Jadi, kita nak melebarkan lagi base insurance cover. Jadi, base insurance cover itu adalah pendekatan yang paling penting untuk kerajaan sort out. Dan kita berusaha di mana dapat feedback daripada insurance company, daripada syarikat swasta daripada GPs dengan ini yang mana kita boleh bertukar. Apa yang base cover yang patut ada.
Apa yang DRGs yang boleh dimasukkan dalam base cover dan boleh kita tengok yang dia boleh menjadi satu sistem yang mampan yang daripada premium yang kita ada because kita ada besarkan the number of insurers yang masuk. Boleh tak kita ambil risiko yang lebih ke dalam itu jadi dia tidak akan tenggelam sendiri.
Fasal itu lah kita kata, the base insurance cover akan keluar. Penghujung tahun depan kita akan announce the base insurance cover.
Dan kita akan juga melihat di mana financing of the base cover, mungkin kita boleh melihat kegunaan KWSP. Tapi itu subjek, KWSP bersetuju ya. Jadi, pendekatan ialah control inflasi, widen the cover yang paling penting. That is apa yang kerajaan ini buat. Kerajaan tak memihak untuk membagi keuntungan ke mana- mana pihak. Kerajaan nak buat structure reform.
Yang penting agar kita dapat mengawal kos di masa depan dengan pendekatan yang lebih baik dan melibatkan semua pihak agar solution-nya mampan.
Bukan solution yang tampal sini, tampal sana, di sana sini. Itulah apa yang kita katakan yang kita berharap ada kesabaran sikit dan apa yang kita buat ialah kita bubuh moratorium untuk memberi masa untuk pendekatan ini diketengahkan. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tuan Sri Yang di-Pertua, mungkin ada beberapa isu-isu lain yang saya tak dapat cover. Saya akan beri jawapan bertulis untuk isu-isu ini. Saya harap dengan apa yang kita telah berbincang tadi dan jawapan yang saya berikan, kita dapat persetujuan daripada Dewan yang mulia ini untuk menyokong Rang Undang- undang Perbekalan ini kerana ia akan membentuk Malaysia yang lebih mampan di masa depan yang menggalakkan pertumbuhan yang lebih baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah ke Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Ahli Yang Berhormat yang bersetuju, kata setuju.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu
Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat. Yang Berhormat, 46(4). Mohon belah bahagian.
[Lebih 15 orang Ahli bangun minta diadakan belah bahagi]
Tuan Yang di-Pertua
Kalau ada yang bangun 15 orang. Baik, terima kasih, Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat, oleh sebab lebih 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian makan mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya perintahkan supaya suatu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Jelutong, duduk.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Loyar buruk ini, loyar buruk.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Patutlah Jelutong kalah...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya minta technician off-kan mic. All mic kecuali saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, BERSATU dah berpecah dah, Speaker.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
DAP pun ada dua team itu.
Berpecah juga.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, satu petua telah pun saya keluarkan pada 13 Mac 2023 untuk ditempohkan Dewan selama 10 minit. Tetapi, oleh kerana saya tengok ramai yang telah pun ada dan ada yang masih sembahyang. Oleh yang demikian, Dewan ditempohkan selama lima minit.
[Mengetuk tukul]
Tuan Yang di-Pertua
[Loceng dibunyikan]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 6.50 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 6.57 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat. Yang Berhormat sekalian, sebelum kita mulakan pengundian saya ingin membaca nama-nama penghitung undi
dan pemerhati di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat juga. Okey untuk
Blok A – Papar sebagai penghitung undi; pemerhati Kubang Pasu.
Blok B – Kapit penghitung undi; pemerhati Indera Mahkota.
Blok C – Kulai penghitung undi; pemerhati Alor Setar.
Blok D – Selayang penghitung undi; pemerhati Jerai.
Blok E – Arau penghitung undi; pemerhati Sibuti.
Blok F – Sungai Besar penghitung undi; pemerhati Alor Gajah.
Dan akhir sekali— Blok G – Kota Bharu penghitung undi; pemerhati Limbang.
Sila pegawai-pegawai mengambil tempat dan juga semua penghitung undi dan pemerhati sila ambil tempat masing-masing sekarang. Dan sila, boleh mulakan pengundian.
[Dewan berbelah bahagi]
dan pemerhati di kalangan Yang Berhormat-Yang Berhormat juga. Okey untuk
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ini ialah keputusan pengundian. Jumlah Ahli Yang Berhormat ialah 222 orang.
Yang tidak hadir — 35 orang.
Yang bersetuju — 120 orang.
[Tepuk] Yang tidak bersetuju — 67 orang.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Oleh demikian, lebih undian yang bersetuju, rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
(Tambun) 2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hami di (Bagan Datuk)
Menteri Pertahanan, YB. Dato' Seri Haji Mohamed Khaled bin Nordin (Kota Tinggi) 4. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB. Datuk Ewon Benedick
(Penampang) 5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB. Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 6. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB. Datuk Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 7. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 8. Menteri Luar Negeri, YB. Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
(Rembau) 9. Timbalan Menteri Ekonomi, YB. Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 10. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB. Dato' Mohammad Yusof bin Apdal (Lahad Datu) 11. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, YB. Dato' Sri Huang Tiong Sii (Sarikei) 12. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB. Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan (Batu Sapi) 13. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB. Datuk Ts. Mustapha Sakmud
(Sepanggar) 14. YB. Dato' Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali (Pekan) 15. YB. Tuan Yuneswaran a/l Ramaraj (Segamat) 16. YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) 17. YB. Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib (Tenggara) 18. YB. Tuan Chow Yu Hui (Raub) 19. YB. Datuk Andi Muhammad Suryady bin Bandy (Kalabakan) 20. YB. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 21. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 22. YB. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 23. YB. Dato’ Sri Dr. Richard Riot Anak Jaem (Serian) 24. YB. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun (Port Dickson) 25. YB. Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 26. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 27. YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau (Tuaran) 28. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 29. YB. Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 30. YB. Datuk Seri Panglima Dr. Gapari bin Katingan @ Geoffrey Kitingan
(Keningau) 31. YB. Dato Ir. Haji Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 32. YB. Dato' Verdon bin Bahanda (Kudat) 33. YB. Datuk Wetrom bin Bahanda (Kota Marudu) 34. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 35. YB. Datuk Ali Anak Biju (Saratok)
Timba lan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB. Datuk Amar Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) 201. Mente ri Pengangkutan, YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 202. Mente ri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB. Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
Mente ri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 204. Mente ri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB. Datuk Armizan bin Mohd Ali (Papar) 205. Mente ri Perladangan dan Komoditi, YB. Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
(Titiwangsa) 206. Mente ri Digital, YB. Tuan Gobind Singh Deo (Damansara) 207. Mente ri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB. Dato Sri Tiong King Sing
(Bintulu) 208. Mente ri Sumber Manusia, YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 209. Timba lan Menteri Kerja Raya, YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
(Pontian) 210. Timba lan Menteri Pengangkutan, YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah
(Limbang) 211. Timba lan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB. Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu (Sepang) 212. Timba lan Menteri Sumber Manusia, YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 213. Timba lan Menteri Dalam Negeri, YB. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong) 214. Timba lan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, YB. Tuan Liew Chin Tong (Iskandar Puteri) 215. Timba lan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB. Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 216. Timba lan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng
(Lanang) 217. Mente ri Kerja Raya, YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 218. Mente ri Komunikasi, YB. Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 219. Mente ri Perpaduan Negara, YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 220. Mente ri Pendidikan, YB. Puan Fadhlina binti Sidek (Nibong Tebal) 221. Mente ri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB. Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri (Santubong) 222. Mente ri Kesihatan, YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 223. Mente ri Belia dan Sukan, YB. Puan Hannah Yeoh (Segambut) 224. Mente ri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB. Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa (Sekijang) 225. Timba lan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YB. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir (Johor Bahru) 226. Timba lan Menteri Pertahanan, YB. Tuan Haji Adly bin Zahari (Alor Gajah) 227. Timba lan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB. Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang (Kota Samarahan) 228. Timba lan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB. Dato' Sri Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 229. Timba lan Menteri Luar Negeri, YB. Datuk Mohamad Alamin (Kimanis) 230. Timba lan Menteri Komunikasi, YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 231. Timba lan Menteri Kewangan, YB. Puan Lim Hui Ying (Tanjong) 232. Timba lan Menteri Belia dan Sukan, YB. Tuan Adam Adli bin Abd Halim (Hang Tuah Jaya) 233. Timba lan Menteri Kesihatan, YB. Dato Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 234. Timba lan Menteri digital, YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang)
Timba lan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad (Parit Sulong) 236. Timba lan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 237. Timba lan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB. Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan (Sungai Buloh) 238. Timba lan Menteri Pendidikan, YB. Tuan Wong Kah Woh (Taiping) 239. YB. T uan Haji Aminolhuda bin Hassan (Sri Gading) 240. YB. Ir . Ts. Zahir bin Hassan (Wangsa Maju) 241. YB. D atuk Matbali bin Musah (Sipitang) 242. YB. D atuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Putatan) 243. YB. T uan Lee Chean Chung (Petaling Jaya) 244. YB. T uan Ganabatirau a/l Veraman (Klang) 245. YB. T uan Syahredzan bin Johan (Bangi) 246. YB. P uan Hajah Rodziah binti Ismail (Ampang) 247. YB. T uan Tan Kar Hing (Gopeng) 248. YB. T uan Tan Hong Pin (Bakri) 249. YB. D ato' Mohd Isam bin Mohd Isa (Tampin) 250. YB. D ato' Haji Adnan bin Abu Hassan (Kuala Pilah) 251. YB. D ato' Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli (Jempol) 252. YB. D atuk Suhaimi bin Nasir (Libaran) 253. YB. T uan Edwin Anak Banta (Selangau) 254. YB. D ato Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri (Betong) 255. YB. P uan Young Syefura binti Othman (Bentong) 256. YB. P uan Syerleena binti Abdul Rashid (Bukit Bendera) 257. YB. T uan Roy Angau Anak Gingkoi (Lubok Antu) 258. YB. T uan Chiew Choon Man (Miri) 259. YB. D atuk Lo Su Fui (Tawau) 260. YB. T uan Mohd Sany bin Hamzan (Hulu Langat) 261. YB. T uan Haji Azli bin Yusof (Shah Alam) 262. YB. T uan Jimmy Puah Wee Tse (Tebrau) 263. YB. T uan Haji Onn bin Abu Bakar (Batu Pahat) 264. YB. T uan Mohamad Shafizan Haji Kepli (Batang Lupar) 265. YB. T uan Chong Zhemin (Kampar) 266. YB. T uan Lee Chuan How (Ipoh Timor) 267. YB. D r. Mohammed Taufiq bin Johari (Sungai Petani) 268. YB. D ato' Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail (Bandar Tun Razak) 269. YB. T uan Lim Guan Eng (Bagan) 270. YB. D atuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 271. YB. D atuk Seri Saravanan a/l Murugan (Tapah) 272. YB. P uan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 273. YB. D ato' Seri Mohd Rafizi bin Ramli (Pandan) 274. YB. T uan Chow Kon Yeow (Batu Kawan) 275. YB. T uan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 276. YB. T uan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 277. YB. T uan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah) 278. YB. D ato' Seri Amirudin bin Shari (Gombak) 279. YB. D ato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 280. YB. D atuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias (Jelebu) 281. YB. T uan Tan Kok Wai (Cheras) 282. YB. T uan Chong Chieng Jen (Stampin) 283. YB. D ato' Sri Doris Sophia Anak Brodi (Sri Aman) 284. YB. P uan Yeo Bee Yin (Puchong)
YB. P uan Isnaraissah Munirah binti Majilis (Kota Belud) 286. YB. D ato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 287. YB. T uan Wong Chen (Subang) 288. YB. D r. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 289. YB. D atuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 290. YB. D atuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 291. YB. P uan Wong Shu Qi (Kluang) 292. YB. P uan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 293. YB. D atuk Hajah Siti Aminah binti Aching (Beaufort) 294. YB. D ato’ Henry Sum Agong (Lawas) 295. YB. D atuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad (Simpang Renggam) 296. YB. T uan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 297. YB. T uan Mordi Bimol (Mas Gading) 298. YB. T uan William Leong Jee Keen (Selayang) 299. YB. D ato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) 300. YB. D ato Anyi Ngau (Baram) 301. YB. T uan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 302. YB. T uan Lim Lip Eng (Kepong) 303. YB. T uan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 304. YB. T uan Suhaizan bin Kaiat (Pulai) 305. YB. T uan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 306. YB. T uan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 307. YB. T uan Pang Hok Liong (Labis) 308. YB. T uan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 309. YB. T uan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 310. YB. T uan Cha Kee Chin (Rasah) 311. YB. T uan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 312. YB. T uan Riduan bin Rubin (Tenom) 313. YB. P uan Rodiyah binti Sapiee (Batang Sadong) 314. YB. D atuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) 315. YB. D ato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 316. YB. K apten Datuk Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) (Tanjong Karang) 317. YB. T uan Mohd Azizi bin Abu Naim (Gua Musang) 318. YB. T uan Zahari bin Kechik (Jeli) 319. YB. D ato' Indera Dr. Suhaili bin Abdul Rahman (Labuan)
YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 6. YB. Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (Machang) 7. YB. Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden (Alor Setar) 8. YB. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib (Maran) 9. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 10. YB. Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah (Langkawi) 11. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 12. YB. Dr. Hajah Halimah Ali (Kapar) 13. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 14. YB. Tuan Haji Kamal bin Ashaari (Kuala Krau) 15. YB. Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin (Tangga Batu) 16. YB. Dr. Siti Mastura binti Muhammad (Kepala Batas) 17. YB. Kapten Azahari bin Hasan (Padang Rengas) 18. YB. Dr. Haji Abd Ghani bin Haji Ahmad (Jerlun)
YB. Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah (Rompin) 20. YB. Tuan Zakri bin Hassan (Kangar) 21. YB. Tuan Rushdan bin Rusmi (Padang Besar) 22. YB. Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor (Temerloh) 23. YB. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) (Lumut) 24. YB. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib (Parit) 25. YB. Tuan Kalam bin Salan (Sabak Bernam) 26. YB. Tuan Wan Razali bin Wan Nor (Kuantan) 27. YB. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya (Pasir Salak) 28. YB. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad (Bagan Serai) 29. YB. Dr. Radzi Jidin (Putrajaya) 30. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar (Kemaman) 31. YB. Dato' Sri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 32. YB. Dato' Haji Ahmad bin Saad @ Yahaya (Pokok Sena) 33. YB. Datuk Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 34. YB. Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 35. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 36. YB. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan (Tasek Gelugor) 37. YB. Dato' Khlir bin Mohd Nor (Ketereh) 38. YB. Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh (Besut) 39. YB. Dato' Hajah Mumtaz binti Md Nawi (Tumpat) 40. YB. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki (Parit Buntar) 41. YB. Dato' Dr. Ahmad Yunus bin Hairi (Kuala Langat) 42. YB. Tuan Zulkifli bin Ismail (Jasin) 43. YB. Dato' Dr. Haji Alias bin Razak (Kuala Nerus) 44. YB. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi (Kuala Kedah) 45. YB. Tuan Fathul Huzir bin Ayob (Gerik) 46. YB. Tuan Nurul Amin bin Hamid (Padang Terap) 47. YB. Tuan Roslan bin Hashim (Kulim Bandar Baharu) 48. YB. Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 49. YB. Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Mohd. Yassin (Pagoh) 50. YB. Tan Sri Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang (Marang) 51. YB. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 52. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 53. YB. Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 54. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin (Masjid Tanah) 55. YB. Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman (Bachok) 56. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 57. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 58. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 59. YB. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 60. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 61. YB. Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 62. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 63. YB. Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 64. YB. Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan (Merbok) 65. YB. Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail (Kubang Pasu) 66. YB. Tuan Haji Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan (Permatang Pauh) 67. YB. Dato’ Azman bin Nasrudin (Padang Serai) 68. YB. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun (Hulu Selangor) 69. YB. Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Jerantut) 70. YB. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas (Mersing) 71. YB. Tuan Hassan bin Saad, (Baling)
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa]
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah, Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah majlis.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
*[Diputuskan, Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis:
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] , membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit (RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.”]*
Tuan Yang di-Pertua
Maka dengan ini, peruntukan akan diumumkan selepas ini dan insya-Allah, kita akan― Yang Berhormat sekalian. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 5 November 2025.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.10 malam]