Katalog Hansard
[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya jemput Datuk Jonathan Yasin, Ranau.
Seorang Ahli
YB Ranau.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Jonathan Yasin - Ranau
Salam hormat YB Speaker. Soalan saya nombor 1.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
1. Datuk Jonathan Yasin [Ranau] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan langkah-langkah yang telah dibuat dan/atau yang sedang dirancang oleh pihak kementerian untuk membantu membangunkan lebih ramai usahawan yang berjaya di Sabah serta membantu koperasi-koperasi yang ada di Sabah untuk mencapai kemajuan yang lebih tinggi.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Ranau, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa komited dalam melaksanakan program dan inisiatif keusahawanan di seluruh negara dan ini termasuk tumpuan kita di Sabah.
Dalam hal ini, KUSKOP telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur dalam negara, iaitu melihat kepada wilayah Sabah dan Sarawak. Di peringkat kementerian, tanpa menjejaskan pelaksanaan program sedia ada kementerian di seluruh negara, kita memberi fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak. Selari dengan ini, antara inisiatif yang telah diambil bagi memperkasakan ekosistem keusahawanan dan gerakan koperasi di Sabah adalah seperti berikut:
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
(i) KUSKOP menyediakan skim pembiayaan dan program keusahawanan khas untuk usahawan di Sabah seperti Skim Pembiayaan Usahawan Tamu dan Skim Pembiayaan Usahawan Kraf di bawah TEKUN Nasional. Inisiatif Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) PLUS oleh SME Corp khas untuk Sabah dan Sarawak dan sesi konsultasi BIZClinic Zon Borneo oleh Institut Keusahawanan Negara
(INSKEN);
(ii) melaksanakan projek pembangunan Premis Tamu Desa dengan menyediakan fasiliti perniagaan yang lebih teratur bagi mewujudkan suasana perniagaan yang selesa kepada peniaga dan pengunjung serta dapat meningkatkan hasil jualan perniagaan;
(iii) agensi-agensi KUSKOP membuka cawangan baru dan menambah pejabat atau kemudahan perbankan antaranya seperti agensi INSKEN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, TEKUN Nasional, PERNAS dan Bank Rakyat yang telah mengembangkan perkhidmatan termasuk pejabatnya di Sabah;
(iv) menyediakan hab keusahawanan PMKS Sabah yang dilaksanakan oleh SME Corp sebagai pusat sehenti bagi memudahkan usahawan mendapat maklumat keusahawanan dengan cepat dan tepat;
(v) melaksanakan program karnival dan ekspo keusahawanan dan koperasi di Sabah, seperti Hari Koperasi Negara dan sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan, Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan, Karnival Usahawan dan Koperasi MADANI dan karnival usahawan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi KUSKOP seperti UDA Holdings, PERNAS, Bank Rakyat dan TEKUN Nasional; dan
(vi) mengadakan kerjasama strategik dengan kerajaan Sabah melalui kepengerusian bersama dalam Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Sabah dan pembentukan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi,
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Penjaja dan Peniaga Kecil Daerah Sabah yang dipengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah.
Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Menteri. Saya jemput YB Ranau. Soalan tambahan.
Datuk Jonathan Yasin - Ranau
Soalan selanjutnya YB Speaker ialah berbanding dengan Semenanjung dan Sarawak, berapakah jumlah dana yang telah dibantu oleh pihak kementerian terhadap koperasi-koperasi di Sabah sejak koperasi- koperasi ini telah ditubuhkan?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Yang Berhormat, setakat tahun inilah, Januari sehingga September, saya sebut secara keseluruhan saja dulu. Kita telah menyalurkan pembiayaan RM 770.1 juta kepada 40,797 usahawan PMKS dan koperasi di Sabah...
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
[Bangun]
Datuk Ewon Benedick
...Untuk tahun ini sahaja. Saya ambil contoh untuk koperasi sahaja. Tiga yang tertinggi mendapat pembiayaan di bawah inisiatif tabung modal pusingan Koperasi Anak-anak Tempatan Pantai Barat Sabah telah menerima pembiayaan RM25 juta pada tahun 2023.
Koperasi Pelancongan Mukim Batu Puteh Kinabatangan Berhad menerima pembiayaan RM11.7 juta pada tahun lepas. Begitu juga dengan Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Keningau Berhad yang menerima tabung modal pusingan sebanyak RM19.09 juta juga pada lewat tahun lepas. Jadi, ini merupakan antara komitmen KUSKOP dan melalui agensi seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang menyalurkan pembiayaan begitu tinggi kepada gerakan koperasi di Sabah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Saya jemput Padang Besar.
Datuk Jonathan Yasin - Ranau
Sikit je YB. Tidak terjawab sepenuhnya, tapi minta jawapan bertulis saja.
Datuk Ewon Benedick
Ini pasal soalan Sabah ke?
Datuk Jonathan Yasin - Ranau
Saya minta jawapan bertulis saja.
Datuk Ewon Benedick
Yang berkaitan dalam soalan Sabah.
Datuk Jonathan Yasin - Ranau
Sebab tidak ada jawapan sepenuhnya tadi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, nanti bagi jawapan yang penuh.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Masalah dihadapi oleh usahawan-usahawan luar bandarlah, khususnya yang kita bincang sekarang ni Sabah. Pengalaman saya jugalah. Kita tengok satunya bukan masalah modal sahaja, tapi juga isu delivery system. Isu apa nama ni, logistik yang paling pentinglah.
Dan kemudiannya isu birokrasi dalam apa ni— delivery system untuk sampai kepada usahawan.
Soalan saya, apakah langkah penyelarasan oleh kementerian? Satunya untuk memastikan produk dan usaha luar bandar ini dapat dipasarkan, menembusi pasaran nasional dan luar negara. Kemudian, sistem bantuan kerajaan benar- benar— memastikan benar-benar sampai kepada usahawan luar bandar, terutama koperasi dan juga usahawan desa. Dan yang penting adalah, adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan satu rangkaian logistik dan pusat pengumpulan produk di Sabah sendiri. Itu saja. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih. Terkait dengan perkara berkaitan penyelarasan ini, di bawah kementerian, kami mempunyai beberapa Majlis.
Yang pertama, Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Tempatan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri I dan dianggotai oleh semua kementerian yang ada tanggungjawab berkaitan dengan pembangunan keusahawanan, juga melibatkan kerajaan-kerajaan negeri.
Yang kedua, saya juga mempengerusikan Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional yang dianggotai oleh kesemua exco keusahawanan di kerajaan-kerajaan negeri. Yang ketiga, kita juga ada Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan.
Dan yang keempat, kita juga ada Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan yang juga saya pengerusikan, meliputi beberapa kementerian dan semua pimpinan gabungan penjaja di peringkat negeri.
Jadi, memang saya akui antara yang sering dibawa kepada Majlis ini adalah, syor berkaitan dengan pembinaan hab pasaran logistik. Sebab itu, di Sabah, kita mulakan dengan projek tamu desa yang sesuai dijadikan sebagai tempat hab pemasaran produk luar bandar, pedalaman, tamu-tamu sedia ada yang kita naik taraf.
Datuk Ewon Benedick
Kemudian, kita juga membina hab PMKS yang dilaksanakan oleh SME Corp.
sebagai pusat sehenti, tetapi kita juga menggalakkan pemain industri, terutamanya gerakan koperasi itu yang ada cadangan mereka sendiri untuk membina pusat pengumpulan dan pusat pemasaran. Kita menyokong sekiranya itu diambil inisiatif oleh gerakan koperasi. Kenapa tidak? Kita akan memberi sokongan termasuk menyediakan bantuan pembiayaan yang diperlukan. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Menteri.
Seterusnya, saya jemput Dr. Hajah Halimah Ali, Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Speaker...
Sandiwara Amerika sandiwara Malaysia, Yang mana satu pilihan anda; Dimakan mati emak diluah mati bapa, Soalan Kapar nombor dua. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
2. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar] minta Menteri Kewangan menyatakan, adakah kerajaan bercadang mengawal perbelanjaan tidak produktif termasuk projek mega yang membebankan dan menilai semula keberkesanan subsidi yang tidak sampai kepada golongan sasaran.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Untuk maklumat Yang Berhormat, projek-projek pembangunan masih perlu diteruskan bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara di samping memenuhi keperluan rakyat. Melalui Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850], kerajaan mengamalkan perbelanjaan secara berhemat dan berdisiplin mengambil kira ketetapan akta ini untuk mencapai sasaran defisit fiskal tidak melebihi tiga peratus kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK), paras hutang kepada KDNK tidak melebihi 60 peratus, jaminan kerajaan kepada KDNK tidak melebihi 25 peratus dan perbelanjaan pembangunan tahunan sekurang-kurangnya tiga peratus daripada KDNK.
Sebagaimana objektif di dalam Akta 850, kerajaan sentiasa memperkukuh kedudukan fiskal dengan mengoptimumkan perbelanjaan awam, antara lain peralihan daripada pemberian subsidi secara pukal kepada pemberian subsidi secara bersasar. Ini bagi memastikan subsidi dimanfaatkan oleh kumpulan yang benar-benar layak dan juga bertujuan mengurangkan ketirisan akibat penyeludupan,
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
sekali gus membolehkan peruntukan yang dijimatkan disalurkan kepada program dan projek pembangunan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Kerajaan telah melaksanakan penyasaran semula subsidi seperti penyasaran subsidi elektrik, penyasaran subsidi diesel dan penyasaran subsidi RON95. Melalui penyasaran subsidi elektrik dan penstrukturan tarif elektrik, 85 peratus rakyat masih kekal menikmati subsidi elektrik yang melibatkan pengguna elektrik kurang 600 kilowatt/jam dan ada yang menikmati penurunan bil.
Melalui penyasaran subsidi diesel di bawah BUDI MySubsidi Diesel pula, kerajaan telah meluluskan kemudahan penggunaan fleet card kepada 121,618 buah syarikat yang melibatkan 355,074 buah kenderaan. Ini masih membolehkan kenderaan tersebut mendapatkan bekalan diesel pada harga subsidi iaitu RM2.15 seliter. Langkah ini dapat memastikan kos operasi sektor logistik tidak meningkat secara mendadak dan barangan keperluan kekal pada harga berpatutan.
Dalam menyasarkan subsidi kepada golongan petani dan pekebun kecil serta pemilik kenderaan diesel persendirian dan kenderaan pengangkutan darat yang layak, kerajaan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.
Seramai 140,000 orang penerima yang mempunyai kenderaan diesel persendirian aktif berdaftar di JPJ dan pendapatan tahunan individu dan pasangan tidak melebihi RM100,000 telah menerima manfaat ini di bawah BUDI Individu.
Manakala seramai 180,000 orang golongan petani kecil dan pekebun kecil berdaftar yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000 turut menerima manfaat yang sama di bawah BUDI Agri-Komoditi.
Selain itu, bagi memastikan subsidi RON95 diberikan secara bersasar, kerajaan telah melaksanakan inisiatif BUDI MADANI RON95 atau BUDI95 kepada seluruh rakyat Malaysia mulai 30 September 2025. Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu yang sah dapat menikmati petrol RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter berbanding dengan RM2.60 seliter tanpa subsidi.
Kerajaan juga telah memperluas kelayakan BUDI95 kepada lebih 17,900 nelayan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan lebih 4,300 pemilik bot persendirian berdaftar dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah dan 1,400 pengguna bot persendirian berdaftar di negeri Sarawak, menjadikan mereka sebahagian daripada lebih 16 juta rakyat yang kini memanfaatkan harga subsidi RON95.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Kesimpulannya, Kerajaan MADANI kekal komited memberikan program subsidi bersasar berjalan dengan lancar, telus dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kapar.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih, Speaker. Terima kasih, Menteri. Merujukkan apa yang disebutkan oleh Menteri tadi, disiplin fiskal yang tegas dan juga dimuatkan di dalam buku ini yang kami dapat sebagai hadiah daripada Perdana Menteri...
[Menunjukkan senaskhah buku] Di mana politik harus menjadi cerminan luhur manusia tidak sekadar perhitungan mahupun percaturan kuasa― Vaclav Havel, President of Czech. Jadi, kita menyokong perdagangan antarabangsa yang saling menguntungkan tetapi perjanjian mesti benar-benar reciprocal, bukan hanya pada nama. Malaysia perlu pastikan setiap sen pelaburan asing membawa pulangan kepada rakyat, bukan hanya kepada syarikat luar, dan mengawal perbelanjaan tidak produktif termasuk menilai semula semua perjanjian perdagangan yang mungkin membebankan fiskal negara atau memberi manfaat yang tidak seimbang sejajar dengan apa yang telah disebutkan oleh Timbalan Menteri tadi.
Soalan tambahan saya. Memandangkan betapa besarnya implikasi reciprocal trade agreement ini, adakah Kementerian Kewangan akan mengesyorkan kepada kerajaan supaya Dewan Rakyat ini yang di mana kita ini adalah, wakil kepada suara-suara rakyat seluruh negara, di sini ataupun di sana, akan membahaskan isu ini di dalam Parlimen ini sebelum dimuktamadkan oleh kerajaan? Terima kasih.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kapar.
Isu tarif ini, saya percaya terutamanya Menteri dan Timbalan Menteri di Kementerian MITI telah menjawab dengan panjang lebar dan saya di sini minta maaf, saya tidak akan menyentuh isu ini sebab ini memang di luar Kementerian Kewangan sebab Kementerian MITI telah pun menjawab dan ada Ahli-ahli Parlimen di sini, Yang Berhormat memang banyak peluang untuk bertanya tentang isu ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Menteri. Saya jemput Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab soalan kepada Yang Berhormat Kapar.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, saya ingin bertanya, kerajaan ada tak cadangan untuk memperluaskan lagi pelaksanaan penyasaran subsidi kepada barangan-barangan yang lain seperti gula, minyak masak dan juga beras? Jadi, supaya bantuan ini ia lebih, orang kata lebih sampai dengan tepatnya kepada golongan yang sasar dan juga dapat mengurangkan ketirisan.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera.
Ya, berkenaan dengan subsidi seperti gula, beras, minyak masak kepada golongan yang bersasar, untuk maklumat Yang Berhormat, kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan bantuan ke atas barang bersubsidi lain seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat dan berfasa.
Puan Lim Hui Ying
Langkah ini bertujuan memastikan tidak ada ketirisan berlaku serta menjamin bahawa subsidi hanya dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukannya, seperti yang kita laksanakan untuk subsidi diesel dan juga BUDI95.
Buat masa ini, keutamaan kerajaan adalah memastikan kelancaran pelaksanaan program penyasaran subsidi bahan api seperti diesel dan BUDI95 sebagai asas kepada penstrukturan subsidi yang lebih menyeluruh. Bagi memastikan barangan bersubsidi seperti gula, beras dan minyak masak sampai kepada golongan sasar, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah termasuklah meningkatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan dan bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi penguat kuasa yang lain, khususnya Ops Tiris, KITA GEMPUR iaitu gerakan membanteras manipulasi dan ketirisan.
Seorang Ahli
Membanteras.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih. Membanteras...
Seterusnya, kerajaan juga akan memastikan ketersediaan bekalan barangan bersubsidi seperti gula, beras dan minyak masak di setiap siri Program Jualan RAHMAH MADANI. Bagi tahun 2025, untuk makluman Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, sasaran telah diperluaskan daripada sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi setiap kawasan Parlimen telah diperluaskan kepada dua kali— sekurang-kurangnya dua kali sebulan bagi setiap Dewan Undangan Negeri, iaitu lebih kurang 600 Dewan Undangan Negeri. Oleh itu, barangan bersubsidi ini boleh didapati dengan harga yang lebih, dengan lebih mudah dan sekiranya mereka tidak dapat didapati di kedai-kedai runcit. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Seterusnya, saya jemput Tuan Roy Angau anak Gingkoi, Lubok Antu.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, nombor 3.
Seorang Ahli
Pantun, pantun.
3. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, sejauh mana kejayaan Koperasi Belia dan Koperasi Pelancongan Komuniti dalam meningkatkan pendapatan belia dan apakah terdapat usaha untuk menggalakkan penubuhan koperasi-koperasi ini di kawasan luar bandar Sarawak termasuk di Lubok Antu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
Terima kasih, Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2024, terdapat sebanyak 3,072 koperasi dari Kumpulan Sasar Belia yang didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Koperasi Kumpulan Sasar Belia mencatatkan keanggotaan seramai 2.4 juta anggota dengan perolehan sebanyak RM848 juta. Manakala, dari segi modal share pula adalah sebanyak RM264 juta.
Dalam konteks gerakan koperasi di kawasan Lubok Antu, berdasarkan statistik sehingga 31 Disember 2024, sebanyak 12 buah koperasi telah didaftarkan di Parlimen Lubok Antu dengan keanggotaan seramai 2,104 orang anggota. Semua koperasi ini mencatatkan aset bernilai RM1.3 juta dengan melibatkan nilai modal share dan yuran koperasi berjumlah RM124,176 dan perolehan koperasi sebanyak RM3.3 juta.
Dalam hal ini, KUSKOP melalui SKM komited untuk terus memperkasakan gerakan koperasi berdasarkan kepada Pelan Transformasi Koperasi Malaysia
(TransKoM) 2021 hingga 2025 dan Dasar Koperasi Malaysia (DaKoM) 2030. Bagi tujuan tersebut, antara program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh SKM bagi membantu meningkatkan pendapatan dan menggalakkan penyertaan belia dan komuniti dalam gerakan koperasi di Malaysia termasuk di kawasan luar bandar Sarawak seperti Lubok Antu adalah:
(i) menganjurkan Program Inovasi Keusahawanan Belia Koperasi 2024 bagi meningkatkan tahap kesedaran kumpulan belia dan siswa untuk menjadikan keusahawanan melalui koperasi sebagai salah satu kerjaya pilihan;
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick
(ii) menganjurkan Program Asas Keusahawanan Koperasi Sekolah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan kolej vokasional serta memperkukuhkan peranan koperasi sekolah;
(iii) mengadakan program penggalakan dan pembudayaan di peringkat komuniti melalui pendaftaran koperasi baharu dalam kalangan kumpulan sasar seperti belia dan komuniti;
(iv) menyediakan bantuan pembangunan dan pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan SKM bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan perniagaan koperasi; dan
(v) melaksanakan program memasyarakatkan orang awam tentang koperasi melalui program pembudayaan dan penggalakkan koperasi.
Tumpuan juga diberikan dengan penglibatan generasi muda dalam koperasi seperti galakkan penubuhan koperasi belia dan koperasi pelancongan komuniti.
Ini berikutan kawasan Lubok Antu memiliki potensi besar dalam sektor pelancongan komuniti dan ekopelancongan berdasarkan kekayaan budaya, keunikan rumah panjang serta keindahan alam semula jadi.
Di samping itu, bagi memperkasa koperasi yang bergiat aktif dalam sektor pelancongan, SKM telah melancarkan Program Jom Jejak Koperasi 2024-2025 bagi merangsang aktiviti koperasi yang terlibat dalam industri, hospitaliti, penjagaan kesihatan dan kraf. Dan untuk makluman, di Sarawak, sebanyak tujuh koperasi telah mendapat manfaat di bawah program Jejak Koperasi melibatkan bantuan sebanyak RM78,750.
SKM juga turut melaksanakan Program Akselerasi Koperasi, Program Pengalaman Homestay Malaysia termasuk di zon Sarawak bagi menggalakkan penubuhan koperasi oleh pengusaha homestay luar bandar yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri.
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
Terima kasih YB Menteri atas jawapan. Saya masih menyentuh mengenai Koperasi Pelancongan Komuniti ya. Saya ingin menanya, apakah rancangan kementerian ataupun langkah yang diambil untuk menggalakkan penubuhan Koperasi Pelancongan Komuniti di Sarawak, terutama di kalangan penduduk rumah panjang yang tinggal di kawasan
Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu
ceruk pendalaman yang mempunyai potensi untuk dibina sebagai ekopelancongan?
Terima kasih.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sepertimana, sepertimana saya nyatakan tadi, pada tahun lepas, saya telah lancarkan program Jom Jejak Koperasi sehingga ke tahun ini. Ini bagi mempersiapkan koperasi- koperasi yang mengusahakan pelancongan komuniti mereka, itu bersedia bagi menghadapi Tahun Melawat Malaysia.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Datuk Ewon Benedick
Program Jejak Koperasi tadi, itu memberikan bantuan dari segi diskaun kepada pengalaman pelancong, pengunjung menginap di tempat mereka. Dan juga bantuan pemasaran secara online supaya mereka boleh hebahkan, apa keunikan produk ataupun perkhidmatan koperasi-koperasi pelancongan komuniti terutamanya dalam sektor pelancongan luar bandar ini dan juga kita menggalakkan penubuhan koperasi-koperasi komuniti untuk membangunkan potensi pelancongan mereka.
Saya ambil contoh di Lubok Antu, ada satu pendaftaran koperasi komuniti yang kita terima pada tahun ini. Dan saya berharap koperasi ini dapat mengambil bahagian dalam membangunkan pelancongan luar bandar di Lubok Antu. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik. Terima kasih Speaker. Soalan saya itu, mengikut laporan, terutamanya koperasi belialah, mungkin terlibat juga di Lubok Antu. Keaktifan koperasi belia ini hanyalah dianggarkan antara 30 hingga 35 peratus dan yang lain itu, mungkin tidak berapa aktif. Jadi, berdasarkan kekurangan keaktifan ini adalah disebabkan kerana pengurusan koperasi ini yang agak lemah mengikut laporanlah.
Adakah Lembaga Pengarah Koperasi Belia ini, oleh kerana mereka masih muda, adakah dibenarkan koperasi belia ini melepasi 35 tahun masih lagi boleh dianggap sebagai ahli koperasi ataupun sekiranya mereka tidak boleh dianggap sebagai ahli koperasi, bolehkah ALP melebihi pada 35 tahun, boleh lagi menjadi ALP supaya pengurusan koperasi ini lebih, lebih baiklah?
Dan yang seterusnya iaitu sekiranya ahli-ahli yang melebihi pada 35 tahun, adakah masih dianggap sebagai ahli ataupun tidak? Dan saya memang...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah banyak sangat soalan itu YB.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Itu saja. YB Menteri.
Datuk Ewon Benedick
Terima kasih. Rasanya satu persepsi mengatakan koperasi belia ini tidak aktif kerana pentadbiran lemah. Mungkin itu satu, saya anggap itu satu persepsi.
Datuk Ewon Benedick
Saya ambil contoh Koperasi Muda. Koperasi belia yang pada saya yang sangat cemerlang. Koperasi Profesional Muda Putrajaya di kalangan pegawai- pegawai perkhidmatan awam, umurnya 40 tahun ke bawah. Mereka mempunyai satu perkhidmatan perusahaan yang pada saya sangat membanggakan dan harus menjadi KPI, satu penanda aras kepada koperasi-koperasi yang lain. Saya memilih untuk menjadikan kejayaan mereka sebagai success story untuk kita persembahkan kepada koperasi-koperasi belia.
Kita ada koperasi siswa-siswi yang berjaya juga, tetapi saya harus akui memang banyak koperasi belia ini yang tidak— orang Sabah cakap tidak berapa aktif kerana pada akhirnya usia kita semakin dewasa. Selepas kita 40-an, kita harus meninggalkan koperasi yang memang dikhususkan ataupun dalam undang-undang kecilnya untuk belia sahaja. Jadi, peralihan itu merupakan satu cabaran kerana akan wujud gap. Dalam masa yang sama, kalau tidak ada penyertaan daripada belia belasan tahun, 20-an, sudah tentulah koperasi itu akan menghadapi cabaran.
Apatah lagi pada tahun akan datang ini di bawah Akta Belia, umurnya itu semakin diremajakan. Manakala, sebahagian besar koperasi ini kalau ikut undang- undang kecilnya mungkin masih meletakkan 40 tahun itu sebagai satu kategori umur untuk penyertaan ahli-ahli. Jadi, ini akan membuka satu cabaran baharu kepada koperasi, tetapi melalui SKM, melalui Institut Koperasi Malaysia kita akan terus mengadakan bengkel-bengkel. Saya sendiri turun ke UiTM Shah Alam mengadakan dialog dengan koperasi siswa-siswi. Kita membantu semua koperasi siswa yang ada di Malaysia. Kita bagi geran RM20,000 tahun ini untuk mereka aktifkan koperasi mereka.
Jadi, ini antara komitmen dan usaha yang telah kita ambil dan mudah- mudahan dengan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat, ini adalah tanggungjawab bersama kita. Pastikan belia menjadikan koperasi sebagai salah satu platform keusahawanan mereka. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Seterusnya saya jemput Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man, Kubang Kerian.
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih.
Soalan pertama pada saya bagi sesi ini. Saya kemukakan soalan nombor 4. Terima kasih.
4. Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man [Kubang Kerian] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, langkah strategik kementerian memastikan infrastruktur hijau dan penyelesaian alam semula jadi diterapkan dalam projek tebatan banjir agar lebih kos efektif, berdaya tahan dan memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air ataupun PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran
(JPS) dan juga Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sentiasa menerapkan infrastruktur hijau dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi dalam projek tebatan banjir bagi memastikan keberkesanan kos, ketahanan serta manfaat langsung kepada rakyat.
Pendekatan ini bukanlah baharu kerana telah lama diterapkan dalam pembangunan infrastruktur. Sebagai contoh, empangan JPS bukan sahaja berfungsi sebagai mitigasi banjir, tetapi juga sebagai sumber bekalan air dan pengairan pertanian. JPS turut mengintegrasikan Prinsip Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dalam projek tebatan banjir termasuk kolam takungan selain menakung air hujan, turut direka sebagai tasik rekreasi dan kawasan hijau.
Pendekatan ini menjadikan projek lebih cost effective, mesra alam dan memberi manfaat langsung melalui rekreasi, peningkatan biodiversiti serta perlindungan banjir. Wetland Putrajaya adalah antara contoh kejayaan berkonsepkan building with nature, dengan izin.
Sebagai makluman, Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke- 41 telah bersetuju supaya Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) dijadikan rujukan utama kepada pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), pemaju dan pihak berkaitan. PISMA berpandukan MSMA akan memastikan pembangunan lebih terancang, sistematik dan mapan sekali gus mengurangkan risiko banjir kilat serta pencemaran.
Selain itu, kementerian memperluaskan konsep infrastruktur dwi fungsi di mana kolam takungan bukan sahaja mengurangkan risiko banjir, tetapi turut dimanfaatkan sebagai sumber bekalan air ketika musim kering. Contoh projek
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
berkaitan ialah Kolam Krubong-Durian Tunggal di Melaka dan Kolam Sungai Klang- Sungai Rasau di Selangor.
NAHRIM dengan kerjasama pakar Belanda melalui Dutch Disaster Risk Reduction and Surge Support Program dengan izin, DRRS telah melaksanakan libat urus dan kajian sejak Mac 2024 hingga Jun 2025 untuk menghasilkan kajian kebolehlaksanaan bagi penyelesaian berasaskan alam semula jadi atau dengan izin, nature-based solutions (NbS).
Kajian ini merangkumi strategi pengurusan endapan sungai, penggunaan sistem NAHRIM Environmental Dredging System bagi kawalan sedimen, pemodelan konsep bandar serapan banjir atau sponge city, pembangunan pendirian tempatan selaras dengan Strategi Transformasi Sektor Air (AIR 2040) serta pelaksanaan penuaian air hujan.
Permohonan di bawah RMK13 juga telah dikemukakan bagi melaksanakan pendekatan NbS melalui penyediaan kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk konsep berasaskan pemodelan saintifik yang boleh diguna pakai agensi teknikal.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kubang Kerian.
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Terima kasih.
Pertama saya ucap tahniahlah atas jawapan yang telah diberi dan komitmen yang telah pun dibuat kerana kita tahu bahawa di Transformasi Sektor Air 2040 atau WST 2040, kementerian meletakkan asas integriti ataupun penyelesaian berasaskan nature-based solution. Persoalan saya ialah bagaimana kalau berlaku pelanggaran kepada syarat tersebut? Sebab kita tahu bila kita letak syarat, JPA ialah agensi yang beri input kepada sebarang perancangan pembangunan bandar termasuk dalam PBT, tetapi sering kali berlaku pelanggaran terhadap syarat-syarat yang telah ditetapkan menyebabkan akhirnya JPS terpaksa menyediakan pelan mitigasi kepada perancangan tersebut.
Sebagai contoh, ada kes berlaku banjir di Shah Alam satu masa. Kawasan itu telah pun dikenal pasti oleh pihak JPS, sangat tidak sesuai untuk dibangunkan perumahan, tetapi kuasa politik mengatasi pandangan yang telah diberi oleh pihak agensi. Akhirnya, projek perumahan dibuat di kawasan tersebut dan JPS terpaksa menyediakan pam kerana risiko banjir telah dikenal pasti lebih awal daripada projek perumahan dibuat. Bererti, berlaku pelanggaran syarat dan bila berlaku banjir besar, menyebabkan pam tidak berfungsi kerana bekalan elektrik tak dapat di-support.
Dato' Sri Tuan Ibharim bin Tuan Man - Kubang Kerian
Saya niat soalan saya ialah oleh kerana kita tidak ada satu akta yang mewajibkan pihak perancang ataupun kebenaran merancang (KM), dia mesti mematuhi garis panduan yang telah diberi tadi. Saya ingat tahniahlah, garis panduan itu kita telah wajibkan, tetapi kalau berlaku pelanggaran kepada garis panduan, mereka tak peduli pun komen daripada pihak JPS.
Sebagai contoh, bila berlaku banjir, JPS akan dijadikan— diseranglah kerana kegagalan padahal garis panduan telah diberi. Pelanggaran syarat berlaku, tapi kita tak boleh ambil tindakan perundangan. Jadi, saya fikir perlu ada penyelesaian. Jadi, persoalan saya, apakah penyelesaian ke arah masalah tersebut? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian. Sepertimana penjelasan daripada Yang Berhormat sebentar tadi, bermaksud apabila sesuatu projek itu penilaiannya akan berakhir di kebenaran merancang yang dikelolakan ataupun dipengerusikan oleh kerajaan tempatan.
Cuma, dari segi sepertimana yang saya nyatakan tadi apabila untuk ketika ini, kita ada Pelan Induk Saliran Mesra Alam yang mana di peringkat Majlis Pembangunan Fizikal Negara yang ke-41, itu sebenarnya April 2023. Jadi, memang untuk kali ini kita minta supaya pelan itu diangkat jadi rujukan utama kepada pihak berkuasa sama ada kerajaan tempatan ataupun negeri sebagai panduan.
Sepertimana yang Yang Berhormat sebutkan tadi, memang sekiranya di peringkat agensi-agensi teknikal, JPS ini adalah sebahagian yang menganggotai untuk proses kebenaran merancang itu, tetapi keputusan akhirnya itu datang daripada peringkat PBT. Cuma, pada masa yang sama, kita juga kena akui bahawa ada beberapa pembangunan yang kita lihat ketika ini banyak yang juga telah pun menyerapkan ataupun telah menonjolkan pendekatan nature-based solution.
Kita tengok juga ada taman-taman perumahan yang dibina kerana di peringkat PBT, melalui proses KM tadi, kita meminta supaya sebagai contoh, ada kolam takungan yang perlu dibina untuk projek sekian saiz dan sebagainya. Ada juga kawasan lapang, ada juga kawasan riadah dan sebagainya. Kita tengok elemen penggabungan antara bagaimana kolam takungan itu dijadikan sebagai mungkin kawasan rekreasi atau riadah dalam sesuatu pembangunan perumahan tersebut yang sekali gus menyelesaikan ataupun mengangkat mesej ataupun pendekatan nature-based solution ini.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir
Jadi, sebab itu seperti yang Yang Berhormat nyatakan tadi, memang kita menekankan supaya pihak PBT mengangkat PISMA ini sebagai satu perkara besar supaya akhirnya bila berlaku masalah di kemudian hari, kita tidak lagi boleh kerana pelanggaran syarat ataupun daripada pandangan daripada JPS ini tidak didengari, tapi insya-Allah saya nampak komitmen itu semakin tersedia dan kesedaran itu timbul bukan soal paksaan semata-mata, tapi ada juga pihak-pihak pemaju yang mengikuti ini memenuhi syarat yang dikenakan, tetapi juga mengangkat untuk konsep yang lebih menarik perhatian masyarakat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. YB Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih, Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sejak RMKe-9 berbilion-bilion Ringgit dibelanjakan bagi pelbagai projek untuk mengatasi banjir di seluruh negara. Namun masih lagi kawasan berisiko tinggi apabila setiap kali hujan. Sehubungan itu, dalam era perubahan iklim ini pendekatan yang lebih lestari oleh kementerian adalah amat dituntut.
Soalan saya, sejauh manakah penilaian yang telah dilakukan oleh kementerian terhadap keberkesanan pendekatan infrastruktur hijau seperti pembinaan taman takungan banjir, perhutanan semula kawasan tadahan dan pemulihan sungai semula jadi?
Dan bagaimanakah kementerian memastikan koordinasi yang baik antara agensi seperti JPS, PLANMalaysia dan pihak berkuasa tempatan agar pelaksanaan infrastruktur hijau benar-benar diintegrasikan dalam pelan guna tanah dan pembangunan bandar, bukan sekadar projek tambahan selepas banjir berlaku.
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Tampin. Dari segi sepertimana yang pernah diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri PETRA sendiri, bahawa untuk kos untuk kita, kalau kita nak laksanakan semua projek tebatan banjir ini, kosnya melangkaui peruntukan perbelanjaan negara untuk setahun.
Maksudnya kosnya begitu tinggi, tapi pada masa yang sama bila kita sebut soal perubahan iklim itu, perubahan itu banyak— maksudnya pola taburan hujan itu berpindah tempat dari segi kepadatan turun air hujan dan sebagainya. Cuma bila kita sebut nature-based solution sebagai contoh, apabila kita melaksanakan projek tebatan banjir, sebenarnya dia banyak komponen.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Satu komponen itu mungkin yang mereka atau kita faham adalah aliran sungai, tapi ada juga komponen kolam takungan, ada juga komponen yang bersifatkan untuk melengkapkan projek itu. Jadi contoh, sebagai contoh bila kita ada bina projek lembangan sungai, sebab tadi ada Kemaman saya nak highlight-kan, contohnya projek, cuma tak ada sekarang eh? Cuma projek tebatan banjir untuk sungai Kemaman, kita pindahkan ataupun lencongkan aliran air yang membawa banjir itu ke kawasan nature yang bersifat tasik dan juga kawasan paya.
Jadi, itu sebenarnya melengkapi projek itu daripada kita hanya sekadar bergantung kepada elemen infrastruktur konkrit dan sebagainya. Contoh kalau di Sungai Golok, kita ada Danau Tok Uban yang digunakan kolam takungan itu juga menjadi sebahagian daripada usaha supaya akhirnya ada elemen nature-based itu yang kita terapkan.
Dekat mana proses ini berlaku? Sebab itu disebut manual, MSMA itu sebagai rujukan supaya bila kita laksanakan projek ini, ia nya tak bolehlah kita bina projek tebatan banjir yang gah besar, infrastruktur konkrit dan sebagainya, tetapi penggunaannya pun mungkin limit ketika berlakunya kejadian banjir yang kalau ARI dia mungkin 100, 200 tahun terlalu tinggi yang menyebabkan kos dibelanjakan itu terlalu besar sedangkan nature-based solution itu sebenarnya lebih cost-effective.
Jadi sebab itu, pendekatan nature-based solution ini memang kita kena angkat, kita kena terangkan supaya penerimaan di kalangan masyarakat ini lebih baik supaya kesedaran itu juga membolehkan kerajaan berpandukan kepada komitmen ini membolehkan banyak lebih, banyak lagi projek-projek kita ini lebih kepada nature-based solution. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, berkaitan juga sikit tambahan eh?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak ada. Tak ada.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tak. Saya minta pemulihan Sungai Cepuh. Saya dah bercakap, tapi jawapan masih belum ada. Minta tambahanlah, kalau ada. Terima kasih.
Seorang Ahli
Apa ini Speaker? [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Baiklah, saya jemput...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jangan marah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya jemput Puan Syerleena binti
Abdul Rashid, Bukit Bendera. Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 5.
5. Puan Syerleena binti Abdul Rashid [Bukit Bendera] minta Menteri Digital menyatakan:
(a) rancangan untuk meneruskan inisiatif yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Rantaian Blok Nasional untuk 2021-2025, memandangkan pelan hala tuju itu akan berakhir pada hujung tahun ini; dan
(b) apakah rancangan untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia atau rangka undang-undang khusus berkaitan tokenisasi aset dan blockchain.
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
Terima kasih Tuan Speaker.
Tuan Speaker, berhubungan dengan kesinambungan Pelan Hala Tuju Rantaian Blockchain Nasional 2021 sehingga 2025, Kementerian Digital telah dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras utama bagi membangunkan dasar dan juga hala tuju strategik teknologi digital termasuk teknologi blockchain.
Sehubungan dengan itu Tuan Speaker, Kementerian Digital telah menubuhkan pasukan kerja atau Task Force Dasar Blockchain Negara yang dianggotai oleh pakar-pakar dan juga individu-individu yang berpengalaman dalam teknologi blockchain daripada sektor awam dan juga swasta sebagai satu sinergi bagi membangunkan dasar dan hala tuju blockchain negara yang holistik dan juga inklusif.
Fokus utama Tuan Yang di-Pertua, pasukan kerja adalah, pertama, mengenal pasti keutamaan dan juga fokus strategik untuk membangun dan menerap teknologi blockchain di Malaysia bagi meliputi aspek crypto dan juga non-crypto.
Kedua, mengkaji implikasi etika, undang-undang dan sosial, teknikal blockchain.
Ketiga, mencadangkan mekanisme untuk menggalakkan kerjasama antara akademia, industri dan juga kerajaan dalam bidang blockchain dan mengemukakan strategi untuk membangunkan bakat dan juga pendidikan dalam bidang teknologi blockchain.
Tuan Yang di-Pertua, ketika ini, Kementerian Digital sedang meneliti komponen utama yang diperlukan dalam pembangunan dasar dan juga hala tuju
Menteri Digital - Tuan Gobind Singh Deo
blockchain negara bagi merangkumi pengadaptasian teknologi blockchain bagi meningkatkan kecekapan, keselamatan dan juga ketelusan sektor pentadbiran kerajaan, industri dan juga rakyat.
Pengaplikasian teknologi blockchain menerusi tokenisasi akan turut diteliti, khususnya dalam aspek pengurusan aset dan pembangunan pasaran modal bagi menjamin keselamatan transaksi dan juga kestabilan ekosistem digital.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, berhubung soalan berkaitan rangka kerja kawal selia bagi tokenisasi aset dan juga blockchain, kerajaan sedang membangunkan rangka kerja kawal selia tokenisasi aset secara bersepadu melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ataupun Securities Commission dan juga Bank Negara Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri yang telah memberi jawapan yang jelas. Jadi, seperti yang pernah disebut oleh Peter Drucker, “The best way to predict the future is to create it.” Dengan izin.
Jadi, untuk kita menghadapi masa depan ekonomi digital, Malaysia wajib, jadi saya tekankan perkataan wajib melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja celik teknologi, tetapi mampu mencipta inovasi yang baharu.
Jadi soalan tambahan saya adalah, apakah langkah kementerian untuk memastikan bahawa tenaga kerja tempatan bersedia dalam bidang blockchain termasuklah juga dengan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti universiti, politeknik dan sebagainya memandangkan teknologi ini masih lagi dianggap niche dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Memang perkara bakat ini sangat penting dalam semua aspek transformasi digital kerana kita lihat transformasi digital itu boleh membawa kebaikan kepada semua rakyat Malaysia dan ia nya sekarang menjadi soal yang dipertimbangkan oleh setiap negara, bagaimana boleh menyediakan ekosistem supaya memastikan bahawa setiap negara boleh juga mengikuti perkembangan teknologi digital khususnya dalam bidang-bidang tertentu seperti blockchain. Melihat kepada keperluan bakat ini, kita lihat kepada beberapa perkara yang tertentu Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Gobind Singh Deo - Damansara
Pertama, kita lihat kepada aspek memperkasakan institusi pendidikan tinggi, Yang Berhormat. Dan ini dilaksanakan menerusi literasi asas blockchain serta kemahiran merentas disiplin melalui pendidikan formal. Ia termasuk usaha untuk mengintegrasikan modul blockchain dalam kokurikulum universiti dan juga politeknik, memupuk penyertaan inklusif daripada komuniti pelbagai latar belakang serta menyokong penyelidikan dan inovasi akademik dalam aplikasi blockchain.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, kita juga lihat kepada memperkukuhkan kesediaan tenaga kerja dan padanan industri dengan membina keupayaan graduan dan juga tenaga kerja melalui latihan dan pensijilan industri yang sepadan mengikut keperluan dan juga permintaan pasaran. Dan akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kita lihat bagaimana kita dapat meningkatkan profesionalisme dan mobiliti bakat global bagi memposisikan Malaysia sebagai hab serantau profesional dan pemain teknologi blockchain.
Ini merangkumi usaha memperkemas Prosedur Operasi Standard or the SOPs sedia ada, insentif untuk menarik kepakaran antarabangsa, serta menggalakkan program peningkatan kemahiran semula, reskilling dan komunikasi berfokus dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan dalam ekosistem bakat global yang berdaya saing.
Jadi Yang Berhormat, memang soalan tepat pada tempatnya. Aspek ini sedang dilihat dan kita akan melancarkan apa yang kita sebut sebagai polisi kita untuk tahun 2025 sehingga 2030, harap-harap di akhir tahun ini. Dan aspek ini memang akan diambil kira kerana kita hendak memastikan polisi yang kita adakan itu dapat kita laksanakan.
Dan untuk melaksanakannya selain daripada kita melihat kepada aspek infrastructure and technology, kita juga kena lihat kepada memastikan bahawa rakyat Malaysia sedia untuk menggunakan teknologi ini apabila yang ia nya boleh digunakan untuk kebaikan semua di Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tumpat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih. Soalan tambahan saya ialah Malaysia baru-baru ini telah menandatangani perjanjian timbal balas dengan Amerika Syarikat yang juga menyentuh tentang industri digital negara.
Soalan saya ialah apakah implikasi perjanjian ini kepada perkembangan industri digital negara khususnya terhadap kedudukan Malaysia dalam rundingan
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
perjanjian dua hala dan serantau dengan negara seperti China, UAE, Turki, EU dan ASEAN?
Kedua, apakah pelan tindakan digital baharu khusus untuk anak muda termasuk penglibatan di universiti awam dan swasta dalam memperkukuhkan penyertaan tempatan dalam bidang kecerdasan AI, Cloud dan juga pembinaan teknologi daripada negara US kepada Malaysia? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo
Yang Berhormat, soalan ini berkaitan dengan blockchain dan juga apa yang kita lihat sebagai pelan 2021 sehingga 2025. Itulah jawapan yang saya memberikan fokus hari ini. Soalan Yang Berhormat memang luar daripada soalan itu. Itu kalau Yang Berhormat mahu, saya akan berikan secara bertulis, tapi ia nya memang tidak berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan hari ini.
Saya minta maaf, tapi soalan itu telah diajukan kepada saya dan saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Seterusnya soalan nombor 6, YB Tenom tiada dalam Dewan. Jadi saya jemput Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad, Bagan Serai.
[Soalan No. 6 - YB. Tuan Riduan bin Rubin (Tenom) tidak hadir]
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Sekarang musim tengkujuh; Soalan saya nombor tujuh.
7. Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad [Bagan Serai] minta Menteri Ekonomi menyatakan, kajian keberkesanan sistem PADU dalam pelaksanaan subsidi bersasar sebelum ia dimulakan secara lebih meluas termasuk jumlah penerima yang telah disemak semula serta langkah mitigasi untuk mengelakkan keciciran golongan B40 dan M40 yang terjadi secara sistemik mahupun secara teknikal.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Seorang Ahli
[Tidak jelas] Pantun itu.
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
Tuan Yang di-Pertua, sejak dilancarkan pada Januari 2024, Pangkalan Data Utama atau PADU yang merupakan depositori
Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib
data berpusat kini mengandungi 30.4 juta profil individu dan isi rumah warganegara serta permastautin tetap di Malaysia. Antara maklumat yang tersedia adalah demografi lokaliti, pekerjaan, pendapatan, pendidikan, status kemiskinan dan jenis bantuan yang diterima.
Pada masa kini, sebanyak 204 agensi telah melaksanakan perkongsian dan integrasi data secara berterusan dengan PADU, antaranya:
(i) Jabatan Pendaftaran Negara;
(ii) Jabatan Pengangkutan Jalan;
(iii) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia;
(iv) Kementerian Pengajian Tinggi;
(v) Kementerian Pendidikan Malaysia; dan
(vi) Jabatan Imigresen Malaysia.
Data PADU yang terangkum dan terkini membolehkan ia menjadi rujukan agensi kerajaan dalam merangka dasar dan program yang menepati keperluan kumpulan sasar.
Rujukan ini termasuk melaksanakan semakan dan pengesahan maklumat kumpulan sasar berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh PADU daripada agensi- agensi kerajaan. Hal ini membolehkan agensi pelaksana menyediakan bantuan kepada penerima yang benar-benar layak.
Sehingga 31 Oktober 2025, sebanyak 17 permohonan telah diluluskan penggunaan data PADU untuk pelbagai penentuan dasar dan program. Contoh yang terkini adalah penggunaan data PADU sebagai rujukan bagi inisiatif BUDI95. Agensi lain yang telah diluluskan bagi penggunaan data adalah Kementerian Kerja Raya, Jabatan Digital Negara, Jabatan Pengajian Tinggi dan Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Kerajaan juga akan terus meningkatkan penggunaan data PADU dalam kalangan agensi kerajaan, selaras dengan Akta Perkongsian Data 2025 dan garis panduan pelaksanaan perkongsian data sektor awam. Dalam hal ini, kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sentiasa memperkemas dan menambah baik proses dan prosedur perkongsian data PADU termasuk meningkatkan aspek keselamatan dan kualiti data.
Hal ini bagi memastikan proses perkongsian data yang berkualiti dan berintegriti dapat dilaksanakan dengan lancar untuk menghasilkan analisis data yang lebih tepat. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Bagan Serai.
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad - Bagan Serai
Terima kasih kepada Tuan Speaker, terima kasih kepada Timbalan Menteri. Kerana sebagaimana yang kita maklum, kos pembangunan PADU ini sebanyak RM85 juta, banyak ini. Bukan RM85 ya.
Cumanya kerana ia menggabungkan data 204 agensi dan mengemas kini 30.4 juta profil penduduk untuk menjadi rujukan subsidi bersasar. Cuma, apakah justifikasi sistem PADU ini belum dilaksanakan untuk melaksanakan dalam konteks kepada subsidi bersasar pada hari ini? Adakah kerana Menterinya letak jawatan, maka PADU pun jadi tak padu lagi? Pada saya satu sikap yang tidak baiklah kerana ini Menteri boleh datang dan boleh pergi. Kerana sistem sepatutnya terus berjalan.
Yang keduanya, bagaimanakah kementerian menilai pulangan value for money sistem PADU dalam konteks pelaksanaan subsidi bersasar ini? Terima kasih pada Timbalan Menteri, terima kasih Speaker.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, dari permulaan, dari segi tujuan PADU adalah untuk membantukan dari segi menganalisakan keperluan bersasar. Dan daripada itu, kami waktu sekarang masih berkongsikan dengan agensi-agensi kerajaan sahaja okey.
Ini adalah memastikan supaya dari segi maklumat dapat memberikan fahaman yang lebih mendalam supaya agensi dapat menentukan dari segi kesahihan kumpulan bersasar dan memastikan bahawa cadangan untuk didasarkan itu adalah sebaik-baik yang boleh supaya mengurangkan ketirisan. Itu adalah dari segi tujuan utama.
Dan insya-Allah, daripada— kerana ia adalah, di sini yang amat banyak, maka ia perlukan mendapatkan waktu untuk memastikan bahawa cara penggunaan dia adalah bertumpukan dengan terbaik okey. Kerana misalannya permulaannya banyak dari segi maklumat itu kurang tepat dan bila diperkongsikan, barulah mendapatkan lebih banyak maklumat supaya memperbaiki bagaimana dapat dilaksanakan dari segi dasar dan tumpuan sasar dia.
Kalau dari segi nilai, dari segi menggunakan ukuran itu adalah dari segi menggunakan NDI okey. Jadi, seperti yang dimaklumkan dalam tempoh RMKe-13, menentukan kumpulan sasar dan pemberian bantuan sosial subsidi bersasar akan ditambahkan baik. Antara kaedah yang diteroka adalah berdasarkan pendapatan boleh guna bersih NDI tadi. Sebagai had kelayakan adalah lebih adil berbandingkan pengesahan berdasarkan pendapatan kasar isi rumah mengikuti kumpulan
Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
pendapatan B40, M40 dan T20. Ia akan menjadikan sumber rujukan, mengenal pasti kumpulan sasar seperti saya maklumkan tadi dan pelaksanaan intervensi bantu sosial dan program kemiskinan.
Di samping itu, indikator jurang kemakmuran akan diperkenalkan sebagai pelengkap kepada ukuran kesihatan sedia ada. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya jemput Yang Berhormat Betong.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Terima kasih Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, Betong minta sedikit pencerahanlah mengenai apakah strategi komunikasi serta saluran rayuan yang disediakan oleh kementerian untuk kita memastikan rakyat di luar sana dia memahami segala proses penyasaran subsidi melalui PADU ini dan berpeluang bagi mengemukakan semakan semula sekiranya berlaku ketidaktepatan atau keciciran dalam penilaian sistem ini.
Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
Tuan Yang Terutama, Yang Berhormat, dari segi strategi komunikasi adalah, dari segi punca kuasa kementerian yang bertanggungjawab memberikan inisiatif program-program tersebut. Ini adalah seperti misalannya bantuan yang diperlukan di bawah jagaan eKasih adalah portal yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Seterusnya, saya menjemput Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tuan Yang di- Pertua, soalan Paya Besar nombor 8.
8. Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar] minta Menteri Pendidikan menyatakan:
(a) berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan yang diperuntukkan kepada prasekolah berbanding tahap pendidikan lain; dan
(b) berapa peratuskah nilai ini diberi kepada pembangunan bakat guru khususnya sukatan terkini berkaitan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) bagi menyesuaikan diri mendidik anak bangsa.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Bagi tahun 2025, Kementerian Pendidikan telah diluluskan peruntukan keseluruhan berjumlah RM64.1 bilion, yang mana meliputi peruntukan pembangunan RM6.3 bilion dan peruntukan mengurus berjumlah RM57.8 bilion.
Daripada jumlah peruntukan belanja mengurus, sebanyak RM46.7 bilion atau 80.8 peratus bagi emolumen dan RM11.1 bilion atau 19.2 peratus bagi tujuan bukan emolumen. Daripada jumlah ini pula, sebanyak RM42.45 bilion diperuntukkan untuk program operasi pendidikan, termasuklah aktiviti pendidikan awal ataupun prasekolah yang menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.08 bilion.
Peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak terus diberikan keutamaan sebagai asas pembentukan generasi masa hadapan. Daripada peruntukan RM1.08 bilion untuk pendidikan awal kanak-kanak ini, sebanyak RM1.077 bilion adalah bagi tujuan emolumen, manakala bagi bukan emolumen adalah berjumlah RM9.25 bilion.
Selaras dengan usaha meningkatkan mutu pendidikan prasekolah, KPM memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi guru, agar mereka bersedia melaksanakan kurikulum prasekolah 2026 yang akan diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2026. Pada sepanjang tahun 2025, latihan penataran kurikulum dilaksanakan secara berfasa, melibatkan jurulatih utama di peringkat kebangsaan, negeri dan juga daerah, sebelum disampaikan kepada guru-guru prasekolah kita di seluruh negara. Pendekatan ini memastikan kefahaman guru terhadap kandungan kurikulum dan pelaksanaan PTP baharu dapat diperkukuhkan.
Bagi tujuan ini, KPM memperuntukkan sejumlah RM3.38 juta untuk pembangunan modul dan juga pelaksanaan latihan guru prasekolah. Peruntukan ini merangkumi latihan pedagogi, kemahiran profesional, penguasaan kurikulum dan penerapan nilai murni dan pembentukan sahsiah murid. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk pembangunan modul latihan, bengkel pengoperasian nilai dan program peningkatan profesionalisme guru. Langkah ini adalah selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia tahun 2013-2015.
Secara keseluruhan, usaha ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan guru dalam melaksanakan kurikulum baharu tetapi juga memastikan murid prasekolah dibentuk secara holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan juga jasmani. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Paya Besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, kebejatan nilai pelajar sekolah dan generasi muda kini sejarahnya di sumbang besar oleh early childhood care and education dengan izin.
Dahulu, Tuan Yang di-Pertua nak pergi, nak dapat pendidikan awal, kita pergi ke prasekolah KEMAS ataupun tadika, tetapi sekarang ini semua itu dah ada dekat rumah.
Persoalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana kementerian memikirkan langkah untuk dilakukan strategi bersama dengan pihak swasta untuk kita meningkatkan kualiti infrastruktur di prasekolah? Saya lihat kualitinya agak teruk, tetapi duit tidak mencukupi, tetapi adakah dengan swasta ini dapat kita lakukan secara langkah yang baik?
Yang keduanya, keluaran prasekolah. Tuan Yang di-Pertua, kita hadapi ketidaksamarataan dari segi kualitinya kerana 20-36 peratus prasekolah disumbangkan oleh pihak swasta. Jadi, bagaimana pihak KPM melihat keluaran daripada prasekolah yang ketidaksamarataan ini akan membantu untuk proses kemasukan pendidikan rendah dan bagaimana persediaan kementerian kerana kita tidak mahu anak-anak kelas, diasingkan, bukan lagi kaya atau miskin, tetapi kualiti dari segi pendidikan awal kanak-kanak ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, soalan daripada Yang Berhormat Paya Besar. Terima kasih juga Tuan Yang di-Pertua.
Nombor satu, berkenaan dengan akses pendidikan terhadap pendidikan awal kanak-kanak...
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Ini merupakan satu perkara yang diberikan fokus yang besar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kerajaan MADANI yang mana, apabila kita hendak memastikan anak-anak kita yang masuk ke tahun satu nanti mempunyai persediaan yang mencukupi maka pendidikan awal kanak-kanak itu adalah amat penting. Dan oleh sebab itu pada tahun 2026 KPM seperti yang telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pengumuman Belanjawan 2026, KPM menyasarkan untuk membuat peluasan prasekolah di peringkat KPM sebanyak 350 buah kelas, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM125 juta.
Ini adalah, dari segi peluasan yang paling tinggi dan peruntukan yang paling tinggi. Dan pada masa yang sama, perluasan prasekolah ini tidak lagi terhad kepada
Tuan Wong Kah Woh
sekolah-sekolah rendah, tetapi juga di bawah institusi KPM yang lain, termasuklah sekolah menengah, KV, matrikulasi, juga IPG – Institut Pendidikan Guru. Ini sebahagian daripada usaha KPM.
Nombor dua berkenaan dengan kualiti, ketidaksamarataan kualiti. Itu sebab juga kenapa pihak KPM selalu menegaskan supaya kesemua tadika-tadika swasta bolehlah, dapatlah didaftarkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, supaya kesemua tadika-tadika ini juga menerima pakai dan menggunakan kurikulum prasekolah KPM yang sedia ada untuk memastikan dari segi keluaran ataupun graduan dari institusi pendidikan awal kanak-kanak ini adalah selaras dengan keperluan dan juga selaras dengan standard yang kita mahu tetapkan. So, kami sekali lagi berharap kebanyakan tadika swasta telah pun didaftarkan. Yang tidak berdaftar, haruslah berdaftar dengan pihak KPM demi kepentingan anak-anak kita.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, YB Menteri. Jadi, pendidikan prasekolah amat penting dalam memulakan langkah pertama murid-murid.
Jadi soalan saya, adakah KPM mempunyai indikator yang jelas untuk mengukur keberkesanan pendidikan prasekolah?
Soalan kedua, apakah langkah KPM untuk mengangkat pendidikan prasekolah di negeri Perlis, contohnya, penambahan bilik-bilik darjah?
Dan yang ketiga, setakat manakah keberkesanan program RMT prasekolah dilaksanakan di negeri Perlis dalam memastikan kebajikan dan pemakanan yang seimbang? Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Yang Berhormat. Soalan tambahan daripada Yang Berhormat Kangar. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan indikasi, indikator bagaimana kita mengesan anak-anak kita, seperti Yang Berhormat Kangar sedia maklum, apabila murid, anak-anak kita masuk ke tahun satu, pada ketika ini pihak KPM ada melaksanakan program ataupun pengesanan awal dari segi penguasaan, dari segi numerasi dan juga literasi anak- anak kita dan sekiranya diperlukan maka kita akan mengadakan intervensi yang secukupnya untuk memastikan anak-anak kita adalah bersedia untuk memasuki Tahun 1, Tahun 2 dan sebagainya.
Tuan Wong Kah Woh
Dan pada masa yang sama, dari segi latihan guru, khasnya institusi di bawah KPM. Kita menyediakan banyak kursus dan juga latihan kepada guru-guru kita untuk memantapkan lagi kualiti guru-guru kita. Seperti yang saya sebut tadi, kita ada program penataran untuk kurikulum baharu, kurikulum prasekolah 2026. Dari masa ke semasa, kita adakan kursus kepimpinan pengurusan prasekolah, pembangunan model latihan peningkatan kompetensi guru prasekolah, kursus peningkatan bahasa Inggeris, instruksional guru prasekolah dan juga latihan kepimpinan ataupun latihan keperguruan yang lain.
Nombor dua, berkenaan dengan keperluan, berkenaan dengan fasiliti ataupun kelas-kelas prasekolah di kawasan Kangar ataupun Perlis. Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya untuk memberikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat kerana ia adalah, keperluan ini adalah secara dynamic dan mungkin lebih spesifik.
Saya perlu dapatkan lebih banyak input daripada Yang Berhormat Kangar sebelum saya boleh memberikan jawapan yang sepatutnya. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Dan KPM memastikan apabila dalam usaha perluasan bagi prasekolah ini tidak ada mana-mana negeri yang akan tertinggal ataupun terpinggir. Pada masa yang sama, kita tengok dari segi keperluan dan juga dari segi ketersediaan facility tersebut. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Menteri.
Seterusnya, saya menjemput Datuk Haji Awang bin Hashim, Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sinar pagi di Kunak indah berseri, Ramai tersenyum di tepi jalan; Sudah lama saya menanti, Akhirnya soalan saya naik nombor sembilan.
9. Datuk Haji Awang bin Hashim minta Menteri Sumber Manusia menyatakan, jumlah pekerja asing dalam negara mengikut sektor dan apakah pendirian kementerian untuk mengehadkan penglibatan tenaga kerja asing dalam beberapa sektor sahaja bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing di samping mengoptimumkan tenaga kerja tempatan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Menteri.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Untuk makluman Dewan yang mulia, berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), setakat 31 Disember 2024, jumlah pekerja asing yang direkodkan adalah sebanyak 2,368,422 orang.
Bagi tahun 2025 setakat 15 Oktober 2025 terdapat seramai 2.132 juta orang pekerja asing aktif sah bekerja di Malaysia berbanding 2.45201 orang pada tempoh yang sama pada tahun 2024. Ini menunjukkan berlaku penurunan sebanyak 319,432 orang bersamaan dengan pengurangan 13 peratus. Pecahan jumlah pekerja asing sehingga 15 Oktober 2025 mengikut sektor adalah seperti berikut: perkilangan, 622,000; pembinaan, 589,000; perladangan, 262,000; pertanian, 158,000; pembantu rumah asing, 107,000; perlombongan dan pengkuarian, 765 orang.
Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) komited untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam semua sektor ekonomi negara. Pendirian KESUMA ini seiring dengan dasar kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025, Rancangan Malaysia Kedua Belas yang menetapkan penggajian pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada guna tenaga negara pada tahun 2025.
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, 2026 -2030, Rancangan Malaysia Ketiga Belas, kerajaan telah menetapkan jumlah pekerja asing dikurangkan kepada 10 peratus daripada tenaga kerja pada tahun 2030 dan sehingga lima peratus pada tahun 2035 dengan melaksanakan beberapa langkah seperti berikut:
(i) mengekalkan keputusan kerajaan pada 18 Mac 2023 berhubung pembekuan kelulusan kuota pekerja asing baharu.
Pembekuan kelulusan kuota baharu pekerja asing juga adalah sejajar dengan prinsip untuk memberi keutamaan kepada penggajian pekerja tempatan dalam pasaran buruh sebelum kekosongan ditawarkan kepada pekerja asing;
(ii) permohonan dan kemasukan pekerja asing oleh sektor dan subsektor yang dibenarkan sahaja diberi kemudahan memohon dan menggaji pekerja asing secara case-by-case sehingga 31 Disember 2025;
(iii) mencadangkan pelaksanaan mekanisme levi pelbagai peringkat multi-tier levy mechanism (MTLN) bagi semua sektor kecuali perladangan, pertanian dan pekerja binaan di bawah CLAB kekal pada single tier pada tahun 2026 untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
kurang mahir. Langkah ini akan membuka peluang pekerjaan dan peningkatan kemahiran kepada rakyat tempatan yang seterusnya memperoleh gaji yang lebih baik; dan
(iv) semua agensi kawal selia menetapkan dan menentukan keperluan sebenar pekerja asing dalam sektor dan subsektor yang berkaitan.
Berkaitan dengan pendirian kementerian untuk mengehadkan penglibatan tenaga kerja asing dalam beberapa sektor saja.
Untuk makluman Dewan yang mulia, KESUMA telah sekian lama mengehadkan penggajian pekerja asing kepada enam sektor formal sahaja iaitu perkilangan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian dan subsektor-subsektor di bawah saja. Bagi sektor informal pula, hanya kerja pembantu rumah asing saja yang dibenarkan penggajian setakat ini.
Tujuan penetapan ini dibuat adalah untuk memberi keutamaan terlebih dahulu kepada pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan jawatan sebelum ditawarkan kepada pekerja asing. Terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, YB Menteri. Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih. Pendang dimaklumkan bahawa kerajaan menyasarkan had maksimum pekerja asing 15 peratus. Tadi, dimaklumkan 13 peratus, masih lagi di bawah sasaran. Terima kasih, kementerian. Jadi, kita juga dimaklumkan kementerian menyatakan bahawa TVET dan upskilling ini sebagai salah satu cara untuk memperkasakan pekerja tempatan.
Oleh sebab itu, soalan saya, saya akan menyentuh berkenaan dengan adakah kementerian bersedia menjadikan akses kuota pekerja asing sebagai syarat ataupun conditionality bahawa syarikat pekerja tempatan mesti melaksanakan modul latihan formal TVET in-house, dengan izin, dengan memilih pekerja tempatan?
Pendekatan ini penting bagi mengurangkan kebergantungan tenaga kerja asing bagi sektor separa mahir dan mahir. Itu soalan saya. Bagaimanakah kerajaan nak bersedia menjadikan akses kuota ini bagi kita mencapai syarat untuk kita menyerap pekerja asing dan juga menyerap pekerja-pekerja tempatan dalam akses separa mahir dan tenaga mahir melalui sistem pendidikan TVET yang ada di bawah KESUMA ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pendang.
Kapten Dato’ Dr. Zulkafperi bin Hanapi (B) - Tanjong Karang
[Bangun]
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Pertamanya, persoalan tersebut, sebagaimana dikatakan dalam awal jawapan saya tadi, kita KESUMA dalam langkah untuk memastikan bahawa pengurangan kuota tersebut dapat dilaksanakan bagi tahun 2025 sehingga 2030.
Dan langkah-langkah yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, KESUMA telah mengambil inisiatif bagi memastikan bahawa lebih ramai anak tempatan yang akan berusaha mengisi keperluan dalam sektor-sektor yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Dan langkah ini sebenarnya kita lakukan melalui TVET.
TVET industri yang kerjasama strategik bersama syarikat-syarikat domestik dan antarabangsa.
Latihan terus bersama dengan industri melalui agensi kita sama ada di bawah PERKESO sendiri, sama ada di bawah HRD ataupun TalentCorp yang kita akan laksanakan latihan terus bersama dengan industri-industri ini. Bagi upskilling dan reskilling, tenaga kerja tempatan yang saya katakan melalui HRD, PERKESO dan sebagainya, kita lakukan sepanjang masa. Dan ini telah membuktikan bahawa di bawah agensi kami, dapat melaksanakan apa yang ditanyakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi dan juga melalui program berkemahiran pensijilan atau pensijilan kemahiran.
Dan selaras dengan itu, kokurikulum yang berprestasi atau berkompetensi yang akan kita lakukan untuk memenuhi kehendak-kehendak. Melalui ini, boleh dilahirkan lebih ramai pekerja tempatan dan pengurangan kebergantungan daripada pekerja-pekerja asing itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih, Timbalan Speaker. Kepada Timbalan Menteri, soalan tambahan saya, apakah kementerian ada data mengenai jumlah aliran keluar wang negara akibat penghantaran pulang pekerja asing setiap tahun? Negara manakah yang paling ramai sekali? Dan apakah kementerian ada strategi untuk mengekang kebocoran ekonomi ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Yang Berhormat di- Pertua, persoalan ini, pengaliran wang ini, minta maaf, saya tidak ada data pengaliran berapa banyak dan mungkin kita boleh membuat semakan, dan kita boleh melalui jawapan bertulis yang akan dihantar semula kepada Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Dan dari segi kekangan, inilah sebagaimana soalan yang ditanyakan oleh Pendang sebentar tadi, beliau juga sebenarnya terlibat daripada tahun 2020 sehingga 2022 dalam Kementerian KESUMA sudah pasti beliau juga arif dengan soal bagaimanakah kita nak pengurangan dari pekerja asing ini.
Dan dari segi pengurangan yang sebagaimana jawapan tadi melalui salah satu melalui TVET yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Menteri sedang rancak melaksanakan berbagai-bagai program yang kita lakukan untuk memastikan TVET ini berjaya kita laksanakan sepenuhnya untuk masa mendatang untuk kepentingan negara kita itu sendiri. Terima kasih Yang Berhormat di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Yang Berhormat menteri. Seterusnya saya menjemput Tuan Chong Zhemin, Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.
Untuk bagi pihak Betong, saya nak bacakan di sini. Saya alu-alukan kehadiran ketua masyarakat dan ahli-ahli persatuan Tuai Rumah di bawah Pejabat Daerah Kecil Spaoh, Parlimen Betong ke Parlimen Malaysia. Selamat datang ke Parlimen Malaysia.
[Tepuk] Timbalan Yang di-Pertua, soalan Kampar, soalan ke-10.
10. Tuan Chong Zhemin [Kampar] minta Menteri Kewangan menyatakan, status pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 dan bagaimana kerajaan memastikan hanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana benar-benar menikmati manfaat tersebut.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 22 September 2025, pelaksanaan program penyasaran subsidi petrol RON95 yang turut dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 telah dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan anggota tentera dan polis pada 27 September diikuti oleh penerima STR pada 28 September dan seterusnya diperluaskan kepada warganegara Malaysia yang layak pada 30 September 2025.
Di bawah program penyasaran ini, semua warga Malaysia pemegang MyKad yang memiliki lesen memandu yang sah adalah layak menikmati harga bersubsidi bagi petrol RON95 iaitu sebanyak RM1.99 seliter. Sementara itu, bukan warganegara akan dikenakan harga runcit tanpa subsidi sekadar RM2.60 seliter
Timbalan Menteri Kewangan - Puan Lim Hui Ying
yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan berdasarkan Automatic Pricing Mechanism dengan izin.
Sehingga 31 Oktober 2025, seramai lebih 13.1 juta orang warganegara Malaysia daripada 16.5 juta orang yang layak iaitu hampir 80 peratus telah menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter melibatkan nilai jualan lebih RM2.66 bilion ataupun penggunaan sebanyak lebih 1.33 bilion liter. Ini menunjukkan sistem penyasaran subsidi petrol berfungsi dengan baik serta diterima oleh majoriti pengguna.
Setakat ini, dalam bulan pertama pelaksanaan BUDI95 boleh dikatakan berjalan lancar dengan sistem beroperasi dengan stabil dan secara amnya ia nya tidak mengakibatkan kerumitan atau barisan panjang menunggu oleh pengguna.
Didapati pengguna semakin biasa menggunakan BUDI95. Kerajaan akan melaksanakan penambahbaikan secara berterusan bagi memastikan pelaksanaan sistem BUDI95 dilaksanakan dengan lebih menyeluruh, inklusif dan berkesan.
Sebagai contoh, kerajaan telah menambah golongan pengguna bot sungai kepada pangkalan data rakyat yang layak untuk subsidi BUDI95.
Di samping itu, pemandu e-hailing diberi hak kelayakan tambahan. Langkah seperti ini penting bagi memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima manfaat subsidi di samping mengekalkan matlamat utama penyasaran iaitu menyalurkan bantuan secara lebih tepat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Penjimatan daripada pelaksanaan penyasaran subsidi melalui program BUDI95 akan diagihkan semula untuk manfaat rakyat menerusi inisiatif seperti STR dan SARA. Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kampar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Terima kasih jawapan daripada Timbalan Menteri. Timbalan Tuan Yang di-Pertua, tiga minggu lalu, World Bank telah mempersoalkan anggaran penjimatan RM2. bilion yang diberikan oleh Kementerian Kewangan. Jadi, soalan tambahan saya, bagaimanakah anggaran penjimatan sebanyak RM2.5 bilion hingga RM4 bilion yang diunjurkan hasil pelaksanaan rasionalisasi subsidi RON95 ditentukan? Apakah data yang digunakan dan asas dan andaian yang digunakan dalam pengiraan tersebut? Termasuk corak penggunaan petrol mengikut kategori pengguna.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Selain itu, sejauh manakah penjimatan ini boleh direalisasikan sekiranya corak penggunaan petrol rakyat kekal sama sepanjang tahun ini tanpa perubahan ketara dan permintaan. Yang paling penting, apakah langkah perlindungan yang sedang dan akan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan rakyat berpendapatan rendah terus terpelihara supaya rasionalisasi subsidi ini tidak membebankan golongan rentan yang bergantung kepada kenderaan untuk bekerja dan menjalani kehidupan harian. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kampar. Betul, kerajaan dijangka dapat menjana penjimatan sekitar RM2.5 bilion sehingga RM4 bilion setahun berdasarkan data penggunaan domestik serta andaian bahawa kira-kira 22 peratus daripada jumlah penggunaan RON95 pada masa ini melibatkan pengguna yang tidak layak menerima subsidi.
Julat penjimatan tersebut mengambil kira pelbagai senario harga minyak mentah global iaitu antara USD60 hingga USD80 setong serta pelaksanaan penghapusan subsidi ke atas segmen yang tidak disasarkan seperti warga asing dan pengguna komersial. Pendekatan ini selaras dengan strategi rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan sebelum ini yang telah menjana penjimatan sekitar RM5 bilion berbanding dengan sasaran kita iaitu RM4 bilion.
Namun demikian, memandangkan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 hanya bermula pada 30 September iaitu lebih kurang satu bulan sahaja, jumlah penjimatan hanya dapat dinilai mulai tahun 2026. Jadi bagi tahun 2025, tumpuan akan diberikan kepada pemantauan berterusan serta penambahbaikan mekanisme pelaksanaan bagi memastikan sistem BUDI95 kekal stabil dan mesra pengguna untuk rakyat. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih. Saya jemput Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, setelah sebulan pelaksanaan program subsidi bersasar petrol melalui inisiatif BUDI95 iaitu pada bulan Oktober yang lalu, saya ingin bertanya beberapa soal kepada Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah pertama apakah mekanisme pengesanan dan verifikasi yang digunakan? Verifikasi yang digunakan bagi memastikan tiada ketirisan berlaku
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
dalam pemberian subsidi bersasar ini terutama kepada golongan berpendapatan tinggi yang memiliki perbaikan dan kewangan.
Bagaimana kerajaan memastikan pemandu e-hailing dan p-hailing diberikan keadilan walaupun disebut tadi tidak tercicir yang kini mendapat 300 liter tambahan berbanding pemandu teksi mendapat 1,400 liter sebulan sedangkan mereka menjalankan perkhidmatan yang sama, membawa penumpang seperti pemandu teksi, mematuhi peraturan lesen yang sama serta menanggung kos yang serupa?
Apakah pihak kementerian telah menilai permohonan mereka sebagaimana laporan akhbar 30 Oktober yang lalu yang telah menimbulkan kekecewaan senyap dalam kalangan ribuan rakyat Malaysia yang bergantung pada pekerjaan ini untuk meneruskan kehidupan. Terima kasih Yang di-Pertua.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Puan Lim Hui Ying
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Ya, kerajaan memang dalam proses untuk mengkaji. Kita tadi seperti yang saya ucapkan, kita tidak mahu mana-mana golongan yang tercicir. E-hailing dengan pemandu teksi, e-hailing memang kerajaan telah komitmen telah disebutkan akan menambah penggunaan liter mereka, tetapi mekanisme kita masih mengkaji, tetapi dalam mungkin dalam beberapa minggu atau dalam minggu ini, Kementerian Kewangan kita akan umumkan dan kita juga tahu tentang masalah isu pemandu teksi kerana mereka menggunakan RON95 pada harga RM2 yang RM2.05, okey bukan RM1.99. Ada jurang antara e-hailing dengan pemandu teksi. Ini kita memang dalam pertimbangan. Kita akan mengemukakan mekanisme baru untuk e-hailing. Sekian, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih YB Menteri. Seterusnya, saya jemput Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas, Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.
11. Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Menteri Ekonomi menyatakan, apakah langkah konkrit dan keseriusan kerajaan dalam membangunkan industri Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon
(CCUS) sebagai sumber pendapatan baharu negara selain daripada penggubalan Akta CCUS, penyediaan dana pemangkin awam dan insentif cukai termasuk membiayai projek demonstrasi CCUS berskala besar.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang di- Pertua, di bawah perjanjian Paris, Malaysia telah menetapkan sasaran Nationally
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
Determined Contributions (NDCs) untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar pada tahun 2005 menjelang 2030.
Persidangan Pihak-pihak ke-28 bagi Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim atau COP28 UNFCCC di Dubai, UAE yang bersidang pada bulan Disember 2023 menyeru negara ahli untuk mempercepatkan pelaksanaan CCUS agar sasaran sifar bersih dapat dicapai pada tahun 2050. Dalam hubungan ini, penguatkuasaan Akta CCUS 2025 secara dasarnya menyokong penggubalan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara yang memenuhi obligasi Malaysia di bawah UNFCCC dan Perjanjian Paris.
Kerajaan komited untuk membangunkan industri CCUS di Malaysia sebagai strategi baharu pertumbuhan ekonomi bagi menyokong pembangunan hijau dan rendah karbon terutamanya bagi sektor hard-to-abate domestik seperti industri minyak dan gas, tenaga, simen serta besi dan keluli.
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
Malaysia mempunyai potensi kapasiti penyimpanan sebanyak 13.3 giga tan iaitu antara yang terbesar di rantau ini. Tapak penyimpanan yang ada di Malaysia boleh dimanfaatkan untuk menampung CO2 dari sumber pemerangkapan luar negara. Pengimportan CO2 dari negara lain boleh mengimbangi kos pembangunan infrastruktur hab CCUS yang tinggi.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Pemeteraian perjanjian dua hala dengan negara luar seperti Jepun, Republik Korea dan Singapura berupaya memangkin kemasukan pelaburan hijau untuk membantu menyerap kos pembangunan infrastruktur hab CCUS di Malaysia. Ini akan menonjolkan Malaysia sebagai hab CCUS di Rantau Asia Pasifik dan seterusnya menyumbang kepada wujudnya sektor perniagaan baharu seperti penawaran perkhidmatan perangkapan dan penyimpanan CO2 secara kekal.
Pelaksanaan inisiatif CCUS yang dimulakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas sebagai sumber baru pertumbuhan ekonomi akan dipergiatkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Antara inisiatif yang telah dirancang untuk dilaksanakan adalah:
Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
(i) memperkukuh rangka kawal selia dan tadbir urus untuk membolehkan inisiatif CCUS dilaksanakan dalam ekosistem perundangan yang menyeluruh dan berkesan;
(ii) melaksanakan projek rintis aktiviti pemerangkapan CO2 dalam industri besi dan keluli di Terengganu;
(iii) memantapkan aktiviti R&D CI terutamanya bagi mengenal pasti teknologi yang bersesuaian dan kos berkesan; dan
(iv) menjadi aktiviti CCUS sebahagian daripada taksonomi pelaburan dan pembiayaan hijau.
Secara kesimpulan, pelaksanaan aktiviti CCUS membolehkan Malaysia mencapai sasaran pelepasan gas rumah kaca sifar bersih pada tahun 2050. Ia juga berupaya untuk mengimbangi kepentingan ekonomi yang lebih mampan dan berdaya tahan serta menjaminkan peralihan yang adil untuk semua rakyat Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, selepas Akta CCUS 2025 ini berkuasa pada 1 Oktober, soalan saya adalah bilakah garis masa operasi penuh termasuk penguatkuasaan peraturan-peraturan pelesenan, rejim MRV: measurement, reporting, verification dan rangka liabiliti jangka panjang akan dimuktamadkan? Terima kasih.
Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
Mohon maaf Yang Berhormat, saya tidak mempunyai jawapan dia tersedia di sini. Saya akan menjawabkan secara bertulis.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ipoh Timor.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Timbalan Speaker. Saya mohon bertanya berkenaan dengan CCUS sebagai satu ekosistem ini, sudah tentu ia kita nak bangkitkannya dan kita nak memperkasakannya kerana kita nak dia menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sudah tentu bila kita nak menarik pelaburan berkenaan dengan CCUS ini, sudah tentu kita perlu ada mekanisme kawal selia.
Dan saya nak mohon pandangan dan mungkin sedikit ulasan, bagaimana kita boleh menggunakan CCUS, ekosistemnya, pelaburannya untuk membangkitkan pertumbuhan ekonomi dan juga menyeimbangi dengan satu sistem dan langkah-
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
langkah kawal selia yang akan mendatangkan net gain dengan izin, untuk negara?
Sekian.
Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
Kerajaan akan melaksanakan projek rintis aktiviti pemerangkapan CO2 dalam industri besi dan keluli di Kemaman, Terengganu.
Ini boleh menjadikan panduan dan rujukan untuk melihat potensi CCUS sebagai salah satu langkah mitigasi karbon oleh pihak industri.
Kerajaan juga merancang untuk membangunkan hab CCUS di kawasan- kawasan strategik untuk melengkapkan ekosistem yang memberikan kesan limpahan ekonomi di kawasan tersebut. Contohnya, memangkin kemasukan pelaburan hijau dari dalam dan luar negara; memangkin pertumbuhan industri baharu berteknologi tinggi terutamanya bagi PKS; dan mewujudkan industri dan aktiviti ekonomi yang baharu berasaskan karbon dioksida seperti pengeluaran hidrogen biru dan ammonia biru. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Perladangan dan Komoditi seperti yang tertera di nombor 22 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2026 peringkat dasar yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 4 November 2025.”
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Puan Yang di- Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit
(RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [30 Oktober
2025] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Minta Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi untuk menjawab.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera dan selamat pagi. Puan Yang di-Pertua, izinkan saya terlebih dahulu merakamkan setinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 di Peringkat Dasar pada kali ini.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Seramai 45 Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan menyentuh berkenaan kementerian ini. Oleh itu, saya akan menjawab dan mengulas perkara-perkara yang diutarakan sepanjang tempoh perbahasan, manakala cadangan-cadangan yang dikemukakan akan sentiasa diambil bagi kita memperkukuhkan lagi perjalanan dan juga kedudukan Kementerian Pendidikan Tinggi yang penting ini untuk kesejahteraan rakyat jelata semuanya.
Yang pertama, izinkan saya untuk membawa isu Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026 dan 2035. Yang Berhormat Indera Mahkota membangkitkan mengenai hala tuju dan kesepaduan Pelan Pendidikan Kebangsaan. Kerajaan sedar bahawa pendidikan merupakan agenda nasional yang merentas semua peringkat bermula daripada peringkat awal kanak-kanak hinggalah ke peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya, ia juga melibatkan pembelajaran sepanjang hayat.
Atas sebab itu, walaupun Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi mempunyai pelan strategik masing-masing, pendekatannya bukanlah bertujuan untuk bersaing, sebaliknya untuk saling lengkap melengkapi.
Pelan-pelan— pelan-pelan ini disusun, bukan pelan-pelan. Pelan-pelan ini disusun berlandaskan hala tuju dan dasar nasional yang sama termasuk sasaran pembangunan negara jangka panjang bagi memastikan kesinambungan rantaian pendidikan secara menyeluruh.
Di peringkat pelaksanaan dan penyelarasan juga sedang dilakukan dan lantaran itu seperti yang Dewan sedia maklum, diwujudkan penubuhan Majlis Pendidikan Negara adalah bertujuan untuk memastikan supaya penyelarasan pelan yang diwujudkan di kedua-dua peringkat kementerian ini dapat dilaksanakan. Dan kita mengharapkan dengan adanya Majlis Pendidikan Negara sebagai mekanisme utama ini, ia nya akan dapat menyediakan satu platform yang lebih baik kepada semua pihak untuk terlibat dalam kita merangka ekosistem pendidikan negara di masa akan datang.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk dalam Dewan iaitu mohon maaf kepada Indera Mahkota oleh kerana mesyuarat pertama yang diadakan baru-baru ini ada sedikit kesilapan teknikal yang menyebabkan beliau tidak dapat hadir.
Menteri Pendidikan Tinggi - Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Walau bagaimanapun, kita akan mengambil langkah-langkah seterusnya untuk memastikan supaya kesemua ahli-ahli yang dilantik itu dapat menyertai MPU ini tanpa― MPN, MPN ini tanpa ada sekatan ataupun dari segi komunikasi yang tidak dapat disampaikan kepada yang berkenaan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya. Terima kasih Yang Berhormat, itu soal logistik itu tak apalah. Itu tidak mustahak pun. Saya faham di bawah perancangan kedua-dua kementerian, antara lain di pihak KPM mereka hendak meningkatkan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri KPM pembinaan karakter. Saya kata mungkin istilah yang lebih tepat ialah adab. Tidak apalah, itu perbahasan yang lain.
Jadi, saya difahamkan dari prasekolah sampai sekolah menengah akan ada susunan penerapan adab itu. Universiti berbeza sikit dari segi kurikulum. Jadi, bagaimana pula universiti atau KPT khususnya― ya lah, hendak kata designing of the curriculum itu memang berbeza, di sekolah lain di universiti lain. Jadi, apa agaknya langkah pihak KPT? Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih pada soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota. Sememangnya pembinaan adab ini adalah sangat penting, apatah dalam konteks masa kini. Oleh yang demikian, seperti yang kita sedia maklum, Indah Mahkota pun sedia maklum, selama ini di peringkat universiti diperkenalkan mata pelajaran MPU dan mata pelajaran umum ini adalah merupakan satu pendekatan dalam usaha kita untuk membina adab dan karakter.
Namun seperti yang juga kita sedia maklum, selama ini ia nya tidak diurus dengan begitu baik kerana ia mempunyai pelbagai pendekatan. Kalau kita lihat sejak ia diperkenalkan seawal 1996 kalau tidak silap saya, sering kali kita melihat bagaimana subjek-subjek yang berkaitan dengan MPU itu ada sebagai subjek asas yang ada dipanggil sebagai kursus peradaban dan sebagainya. Tetapi dari segi pelaksanaannya itu tidak dilihat dengan secara mantap. Maka, apa yang di peringkat KPT saya telah memanggil― ada saya sebutkan ada macam seolah-olah ada dua mazhab dalam pelaksanaan itu, two school of thought kalau dengan izin.
Alhamdulillah, berkat daripada siri, apa yang disebutkan sebagai engagement dengan kedua-dua mazhab ini ataupun school of thought ini, maka kita dapat satukan mereka. Dan insya-Allah dalam tempoh yang terdekat ini kita akan mengemukakan satu subjek baru iaitu MPU khusus dalam memberi penekanan dalam aspek yang disebutkan oleh Yang Berhormat Indera Mahkota ialah soal pembinaan manusia dan juga dari segi pembinaan tasawur dalam bahasa Arabnya, perspektifnya, world view- nya itu dan dapat menggabungkan dari segi bagaimana subjek ini dapat diterapkan di peringkat universiti-universiti kita dan itu yang pertama.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Yang kedua, malah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mahu melihat supaya dari segi keseluruhan kurikulum yang disediakan ini juga dapat dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Tetapi macam mana kita nak melakukan proses refinement itu supaya akan berlaku satu proses kesinambungan dari segi pembinaan, sama ada kita panggillah karakter ataupun adab itu dan pembinaan manusia itu dapat terangkum di dalam keseluruhan pemahamannya, perspektifnya, pembinaan akal budi dan sebagainya. Jadi, ini antara perkara yang kita berikan penekanan. Saya harap saya menjawab sedikit soalan Yang Berhormat tadi.
Baik, bagi perkara yang kedua, saya juga ingin bangkitkan isu perkara- perkara yang dibahaskan oleh Yang Berhormat, khususnya daripada Yang Berhormat Larut, Puncak Borneo, Libaran, Gopeng, Ipoh Timor, Tangga Batu dan juga Wangsa Maju berkaitan dengan Technical dan Vocational Education Training atau TVET.
Kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan supaya program pengajian TVET yang ditawarkan kekal relevan dan responsif terhadap keperluan industri serta selaras dengan dasar kerajaan seperti Ekonomi MADANI, Rancangan Malaysia dan juga perancangan-perancangan yang lain. Justeru, pendekatan holistik sedang dan akan terus dilaksanakan dalam konteks Kementerian Pendidikan Tinggi.
Ia selaras dengan Pelan Pendidikan Tinggi Nasional iaitu antara lain ialah untuk melahirkan― lonjakan kita ialah untuk melahirkan ada kompetensi TVET termaju.
Jadi, dalam Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia ini, kita akan selaraskan dengan Dasar TVET Negara 2030 di peringkat nasional. Dalam erti kata yang lain, kaedah kita melihat pendidikan tinggi ini bukan lagi tertumpu kepada aspek di peringkat universiti tetapi juga dalam peringkat aspek pendidikan teknikal. Jadi, erti kata yang lain, ini kita bagi membolehkan supaya institusi-institusi yang lain juga, termasuklah di peringkat MTUN, di peringkat politeknik dan juga di peringkat kolej komuniti akan berperanan lebih besar berbanding sebelum ini.
Kerana kita sepertimana yang kita seringkali dengar perbahasan-perbahasan dalam Dewan, sebagai contoh kita mahu melahirkan mereka yang mempunyai kompetensi teknikal kerana kita mempunyai pelaburan-pelaburan yang tinggi dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan teknologi yang tinggi. Makanya, peranan TVET adalah sangat penting dalam hal ini.
Tapi dalam masa yang sama, kita akan memastikan supaya kerjasama di antara kementerian kerana terdapat pelbagai kementerian yang juga menawarkan program-program sama ada yang dipanggil sebagai work-based learning dan lain-
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
lain lagi. Oleh yang demikian, kita akan membuat penyelarasan itu bagi memastikan supaya sebarang bentuk persijilan profesional...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo. Saya ada bahas, boleh minta penjelasan.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Bagi saya habis ayat dulu.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Dan begitu juga dengan program-program seperti Industry on Campus dan Teaching Factory. Ini antara contoh-contoh yang sedang kita lakukan bagi memastikan supaya penyelarasan itu dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya. Silakan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya juga ada menyebut mengenai program Digital Learning Hub untuk sekolah-sekolah TVET ataupun pusat-pusat TVET di peringkat tinggi dan saya juga difahamkan bahawa banyak kursus-kursus TVET yang telah di-consider-kan sebagai outdated dengan izin.
Jadi, apakah pendekatan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melihat silibus-silibus ini supaya ia boleh dilihat semula dan kalau boleh juga kita ketengahkan program-program TVET untuk high value courses seperti industri digital TVET untuk aerospace dan sebagainya dan apakah rancangan Kementerian Pendidikan? Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Yang Berhormat Puncak Borneo. Seingat saya, ini adalah merupakan kali kedua Yang Berhormat membangkitkan dari segi soal kualiti, di mana saya tidak menolak pandangan Yang Berhormat kerana kita perlu pastikan supaya setiap kursus yang dikemukakan mesti mempunyai relevannya dengan industri yang ada di sekeliling kita. Dan dalam pada itu, maka dari segi kelengkapan-kelengkapan sebagai contoh di kolej komuniti, di politeknik itu hendaklah kita pastikan mesti menepati kehendaknya.
Saya masih ingat lagi apabila Puncak Borneo kata dia pergi tengok ada tempat itu very outdated. Selepas Yang Berhormat menimbulkan itu, saya merujuk kepada bahagian teknikal iaitu di bahagian politeknik dan juga di kolej komuniti.
Sebagai contoh ya, kalau pergi ke Politeknik Ungku Omar, ada dia masih menggunakan enjin kapal yang tahun 72, yang disumbangkan oleh Kerajaan Jepun.
Sedangkan kalau kita lihat, kajian enjin itu sebenarnya kalau ikut sekarang ini sudah jauh berbeza ya dari segi teknologinya.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Tetapi dalam bidang engineering, mungkin Yang Berhormat engineer tak?
Tak? Bukan? Okey, kalau Yang Berhormat seorang engineer, kalau Yang Berhormat belajar dalam bidang civil engineering, rupanya asas itu sangat penting.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Sebab itu walaupun kita lihat mungkin ada barangan yang lama, yang diletakkan enjin yang lama, sebagai tunjuk enjin kereta yang lama, tetapi asas engineering itu perlu ada. Namun, saya setuju juga dengan Yang Berhormat bahawa kita tidak boleh menafikan akan teknologi masa kini yang perlu kita kembangkan lagi untuk memastikan.
Lantaran itulah kita telah membuat pelbagai program untuk pengetahuan Yang Berhormat. Saya ambil contoh. Kita ada inisiatif Premier Digital Tech di peringkat kolej komuniti dan juga di peringkat politeknik. Dan demikian juga kita mengarus perdana proses pengintegrasian kecerdasan buatan ini melalui konsep apa yang dipanggil sebagai embedded AI di dalam semua kurikulum yang disediakan kerana kita tidak boleh ketinggalan dari aspek untuk memasukkan embedded AI kursus-kursus yang ada kaitan dengan teknikal sebagai contoh. Jadi, hal-hal ini kita mengambil maklum. Terima kasih kepada Yang Berhormat kerana membangkitkan perkara yang berkenaan.
Baik, saya pergi ke perkara seterusnya, berkaitan dengan autonomi universiti. Ini saya beralih juga kepada Larut. Kalau tak ada, saya tak perlu tapi tak apalah bagaimanapun, beliau sebagai Ketua Pembangkang saya perlu jawab sebagai tanda hormat kepada Ketua Pembangkang. Dan iaitu berkaitan dengan autonomi kepada IPTA melalui tabung endowment. Sememangnya kita sepertimana kalau kita dengar pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga berkaitan dengan endowment ini, apa yang perlu dilakukan dan yang perlu diusahakan.
Lantaran itulah pihak universiti awam juga dan juga termasuk juga ada universiti-universiti swasta yang menggerakkan melalui pendekatan endowment ini.
Dan kita menggalakkan setiap universiti awam untuk menubuhkan tabung endowment mereka atau setengah universiti dia panggil sebagai tabung awkaf atau tabung wakaf masing-masing dan dia sebagai langkah bagi menjamin kemampanan kewangan universiti awam melalui tanpa terlalu bergantung kepada dana daripada kerajaan. Ini juga tak silap saya terkait dengan apa, Ayer Hitam membangkitkan tentang soal kekurangan dana untuk universiti dan sebagainya.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Silakan.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Berhormat jolok Ayer Hitam buat apa?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saja. Dia sahabat kita.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Larut minta ialah kalau boleh difokuskan peningkatan itu bermula dengan universiti-universiti penyelidikan dulu terutamanya.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya, kita akan mulakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Indera Mahkota, setakat ini kita telah pun melakukan pendekatan ini di UPSI, UMT, UniMAP dan juga di UNIMAS. Dan boleh saya katakan, sebahagian besar di peringkat universiti-universiti awam pun pada dasarnya ada sedikit tetapi yang jelas, yang kita lihat universiti-universiti seperti yang saya sebutkan tadi mereka telah menggerakkan endowment mereka dan endowment ini boleh datang daripada pelbagai caralah.
Kita harapkan salah satu sumbernya iaitu alumni-alumni yang berada di serata dunia sebagai contoh, di UIA sebagai contoh, yang mana Yang Berhormat Indera Mahkota sedia maklum, dapat kita gerakkan daripada sumber-sumber yang ada itu. Ini kalau kita ambil contoh di Turkiye antara salah satu negara yang mempunyai sistem pendidikan yang sangat menarik kerana dia semuanya berdasarkan kepada sistem awkaf.
Baik, saya bawa ke perkara yang berkaitan dengan peruntukan kepada KPT.
Ini juga seperti yang saya sebutkan tadi dan dibangkitkan juga oleh Ayer Hitam dan juga oleh Yang Berhormat Segamat. Dan jumlah geran mengurus yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan kepada universiti awam ada peningkatan kalau kita lihat secara perbandingan dari tahun 2020 hingga 2025, khususnya yang ketara kita dapat lihat pada tahun 2024 hingga 2025. Dan ini sebahagian besarnya yang kita sedia maklum, Ayer Hitam pun sedia maklum, mantan Menteri kita tahu bahawa kos operasi universiti-universiti awam yang meningkat termasuk juga gaji dan emolumen kakitangan akademik dan pentadbiran.
Jadi, peningkatan geran mengurus ini memberi kestabilan kepada universiti awam tetapi dari segi perancangan masa-masa hadapannya dan termasuklah juga untuk pembelian-pembelian peralatan-peralatan itu yang menjadi cabaran juga kepada kita. Sebab itulah antara langkah-langkah yang disebutkan tadi ialah dengan memberikan keutamaan kepada bidang endowment untuk universiti-universiti awam ini. Jadi, kita mengharapkan dengan langkah-langkah yang dibuatkan ini kita akan
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
membuka satu ruang baharu untuk usaha kita bagi menambahkan lagi pendapatan universiti-universiti awam.
Bagi isu kelima iaitu berkaitan dengan pembinaan dan naik taraf IPTA.
Perkara ini dibahaskan oleh sembilan orang YB keseluruhannya iaitu daripada Larut, daripada Sibu, Segamat, Jerlun, Bukit Bendera, Kulim-Bandar Baharu, Tawau, Kota Belud dan Sipitang. Untuk makluman Dewan sekalian, telah ada empat rangkaian universiti-universiti teknikal Malaysia kerana ada yang berkaitan yang mencadangkan supaya ada pembinaan universiti TVET. Dan saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat sekalian, konsep universiti sekarang ini kita jangan lihat sepertimana konsep dulu, yang ada mungkin ratusan ekar tanah, yang perlu ada bangunan-bangunan yang cantik. Dunia sudah berubah kerana sistem pendidikan sudah berubah, pedagoginya pun sudah berubah.
Jadi, dalam konteks negara kita iaitu di Malaysia ini, kita telah pun mewujudkan lebih awal apa yang dipanggil sebagai MTUN iaitu Malaysian Technical University Network, iaitu kita sekarang ini kita ada empat universiti dan termasuk yang terbaru iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang juga meletakkan mereka sebagai salah satu daripada MTUN. Universiti Malaysia Pahang (UMPSA), Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan juga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Jadi, ini merupakan— semua MTUN ini merupakan gabungan universiti yang mempunyai kepakaran dalam penawaran program-program TVET dalam bidang keutamaan negara yang bersifat high growth, high value, dengan izin. Dan ini termasuklah bidang kejuruteraan dan teknologi seperti dalam bidang E&E dan juga pembuatan. Program-program yang ditawarkan di peringkat TVET di MTUN ini melibatkan program-program diploma dan ijazah sarjana muda dalam Kerangka Kelayakan Malaysia ataupun yang dipanggil sebagai MQF. Dan tumpuan program ini juga bukan hanya di peringkat ijazah pertama tetapi juga ia melibatkan hinggalah ke peringkat kedoktoran.
Selain daripada itu, saya juga ingin maklumkan dalam Dewan yang mulia ini iaitu berkaitan dengan program-program yang dianjurkan ini bukan hanya tertumpu kepada empat universiti-universiti ini tetapi juga kita mengangkat martabat politeknik- politeknik yang sedia ada. Seperti yang saya jelaskan dalam Dewan sebelum ini juga berkaitan dengan kedudukan politeknik kita sekarang ini apabila saya melihat— dipertanggungjawabkan untuk melihat balik, memang kita lihat kedudukan politeknik sebelum ini adalah seperti sekolah menengah, sepertimana ia adalah tertakluk
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
kepada sistem-sistem yang ditetapkan oleh JPA. Dia ada sedikit kelainan daripada universiti.
Makanya, dia tidak dapat berkembang dan apa yang kita usahakan pada hari ini ialah kita naikkan balik martabat dan kedudukan politeknik-politeknik bagi membolehkan mereka turut menawarkan kursus-kursus ijazah. Dan sekarang ini ada beberapa buah politeknik yang telah pun menawarkan program-program ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pembuatan Pintar dan juga Ijazah Sarjana Muda Teknologi Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian seperti di Politeknik Tunku Sultanah Bahiyah, Politeknik Sultan Abdul Halim. Dan ini akan kita berikan selain dari Politeknik Ungku Omar dan juga di Politeknik Shah Alam dan semua dah ada.
Dan kita akan terus membuat pemantauan ini supaya perkara yang dibangkitkan, dibahaskan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sebelum ini iaitu kekurangan tenaga ataupun mereka yang berkelayakan dalam bidang engineering itu dapat kita atasi. Sebab itulah salah satu langkah kreatif yang cuba kita lakukan bukan hanya tertumpu di universiti, tetapi juga di politeknik-politeknik yang mempunyai kemampuan untuk menawarkan kursus-kursus di peringkat ijazah.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Yang Berhormat Sibu, Segamat, Bukit Bendera, Kulim-Bandar Baharu, Tawau dan Sipitang berbahas mengenai penambahan IPTA baru bagi menampung keperluan semasa. Untuk pengetahuan Yang Berhormat sekalian, IPT kita pada masa kini mempunyai sebanyak 587 institusi iaitu yang merangkumi 20 universiti awam, 35 kampus cawangan UiTM, 10 hospital pengajar universiti, 36 politeknik, 106 kolej komuniti dan 382 IPTS yang sedang beroperasi.
Jadi, kalau ditanya dari segi kecenderungan kita, kita lebih cenderung untuk menaik taraf kampus-kampus yang sedia ada ini supaya mereka ini dapat menawarkan kursus-kursus, seperti yang saya sebutkan tadi dalam konteks politeknik. Jadi, kita harapkan keputusan ini juga diambil selari dengan dasar-dasar negara yang memerlukan kita melihat secara keseluruhan, apakah bidang-bidang yang akan kita kemukakan nanti.
Yang Berhormat Jerlun, iaitu terdapat beberapa kolej dan universiti dalam negara yang menawarkan program dalam bidang pertanian dan marin. So, ini menjawab Jerlun. Iaitu seperti Universiti Putra Malaysia, UMT dan juga Universiti Malaysia Sabah. Jadi, kesemua, untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita mempunyai bidang-bidang kepakaran dan ini meliputi pertanian moden, akuakultur,
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
bioteknologi serta pengurusan sumber laut yang menyokong pembangunan sektor makanan dan juga sumber semula jadi negara.
Jadi, di peringkat Kota Belud, boleh tak yang ini tentang untuk politeknik punya yang kita pun masukkan...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Politeknik Kota Belud...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Jerlun.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
...Untuk kos pembinaan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu kos permulaan ini termasuklah untuk pengambilan tanah dan sebagainya untuk RM15 juta dulu. Silakan, Yang Berhormat.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Saya menyentuh dalam perbahasan, saya menyentuh tentang kewujudan institut ataupun kolej perikanan.
Yang Berhormat sebut tadi ini kolej pertanian. Kolej pertanian ini ada di Bukit Tangga, ada di Alor Setar.
Oleh kerana kawasan saya ini, kawasan Jerlun ini, dia ada empat kuala dan di situ ramai anak-anak muda yang terlibat secara langsung dengan nelayan. Jadi, sekarang ini mereka mengesyorkan supaya kerajaan mewujudkan suatu pusat pengajian yang bertaraf kolej ataupun institut supaya melatih mereka dengan teknologi moden bagaimana nak menjadi usahawan nelayan yang berdaya saing.
Jadi, saya minta supaya kerajaan bagi pertimbangan. Sebab, di situ tempat yang cukup strategik untuk dibangunkan. Sekian.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Soalan itu saya minat itu, Yang Berhormat, sebab saya orang Pangkor, orang laut. Jadi, untuk mengadakan kolej perikanan― walaupun mungkin saya menjawab Kota Raja di bidang pertanian.
Sebab, sepengetahuan saya, kolej perikanan ini berada di bidang kuasa Kementerian Pertanian. Tetapi, bagi maksud yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, sememangnya sudah ada kolej perikanan.
Saya ambil contoh di kawasan saya, di Manjung, di Lumut, ada kolej perikanan yang memberikan― mungkin cadangan Yang Berhormat itu baik, iaitu boleh dipertimbangkan. Saya akan sampaikan kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian bagi mewujudkan di kawasan-kawasan yang menjadi pusat perikanan.
Sebagai contoh, kalau di kawasan Yang Berhormat, bukan hanya di Jerlun, tapi juga di Kuala Kedah, di mana saya pun adik-beradik banyak situ dan ini tempat-tempat
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
yang sewajarnya kita boleh fikirkan. Saya akan bawa pandangan Yang Berhormat itu.
Terima kasih.
Yang berkaitan dengan–– tak ada ya. Iaitu ada yang dibangkitkan berkaitan dengan hospital pengajar universiti. Yang Berhormat Kuala Langat dan juga Yang Berhormat Port Dickson menyentuh berkaitan dengan hospital pengajar universiti.
Yang Berhormat Kuala Langat, untuk pengetahuan Yang Berhormat Kuala Langat, kerajaan telah meluluskan projek Hospital Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2017 lagi dan pembinaannya telah bermula pada tahun yang berkenaan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2025. Kebetulan semalam juga saya berada di Sabah, saya telah mendapatkan maklum balas berkaitan dengan perjalanan dan juga perkembangan hospital yang berkenaan. Insya-Allah, dijangkakan pada Disember ini, operasi pertamanya akan bermula. Itu di peringkat kliniknya yang ada di sebahagian daripada kawasan yang berkenaan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, untuk sepanjang tahun 2024 saja, Hospital Universiti Malaysia Sabah ini telah memberi perkhidmatan kepada seramai 66,994 pesakit yang telah pun mendapat rawatan di klinik hospital berkenaan.
Bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Port Dickson berkaitan dengan Hospital USIM dan yang dikenal pasti di kawasan Kota Tinggi, proses-proses untuk pembinaan itu belum bermula lagi dan dimulakan di peringkat pengenalan tapak dan proses ini akan terus berjalan. Kita jangkakan mulai tahun hadapan, perkembangan seterusnya berkaitan dengan hospital universiti yang berkenaan akan diputuskan secara tuntas.
Bagi...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kepong ada tanya soalan.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Boleh, boleh, YB.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Di bahas saya, saya telah bangkit, saya minta kerajaan menjamin tawaran universiti awam kepada pelajar STPM yang mendapat keputusan cemerlang dengan PNGK 4.0.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
YB. YB, saya akan datang ke persoalan itu.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Okey, terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya suka berbahas dengan tajuk by tajuk. Jadi, kalau YB dah masuk itu, nanti saya tak boleh nak bahas yang itu.
You allow me to go one by one, dengan izin.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Baik, ini berkaitan isu ketujuh. Ini berkaitan dengan hal ehwal akademik dan juga pensyarah. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat, Segamat dan juga Kuala Pilah. Ini berkaitan dengan hal ehwal dan juga kebajikan pensyarah di universiti awam. Dan ini termasuk juga dari segi dikemukakan oleh Tumpat, termasuklah dari segi memperkenalkan blue economy yang boleh diperkenalkan di peringkat universiti.
Kerajaan akan sentiasa memberikan fokus untuk memastikan supaya program-program yang dikemukakan ini dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Ini termasuklah apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat agar diwujudkan blue elevation fund sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi biru di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Sabah.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sekarang ini kita ada pelbagai jenis pendekatan dan model ekonomi. Ini termasuklah dari segi blue economy-nya, kita ada ocean economy-nya, kita ada modular economy-nya dan granular economy.
Jadi, berbagai bentuk ekonomi yang dikemukakan. Namun, apa yang paling mustahak ialah model-model itu sama ada dapat diperkenalkan, dilaksanakan dalam konteks negara kita, itu yang perlu kita berikan perhatian.
Dalam konteks ini, universiti sentiasa akan bekerjasama, yang meneroka bidang-bidang baharu, ilmu-ilmu baharu bagi memastikan supaya negara kita sentiasa berada di hadapan dan dapat kita berikan yang terbaik ke arah apa yang dipanggil sebagai proses pembinaan ilmu dan kepakaran dalam konteks negara kita.
Dan berkaitan dengan cuti sabatikal pensyarah. Cuti sabatikal pensyarah ini, seperti yang kita sedia maklum, mereka boleh memohon untuk mengambil cuti-cuti mereka. Dan apa yang kita lakukan pada kali ini ialah untuk mereka melihat cuti sabatikal itu bukan hanya mereka ambil cuti dalam tempoh sembilan bulan atau satu tahun setelah mereka berkhidmat sekian-sekian tahun, mungkin selepas 10 tahun atau 12 tahun, tapi mereka tidak melakukan apa-apa atau hanya mereka attach, dengan izin, kepada universiti-universiti di luar negara.
Tapi, apa yang kita lakukan pada hari ini ialah untuk kita buka semula kepada ruang untuk mereka menjalani proses sabatikal.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Antara perkara yang di— sering kali kita dengar bagaimana kepakaran- kepakaran di bidang teknikal dan engineering. Sebagai contoh, iaitu apabila setiap pensyarah ataupun profesor yang akan mengambil dalam sabatikal mereka, mereka bukan hanya pergi— tidak sepatutnya pergi hanya ke universiti, tetapi juga pergi ke syarikat-syarikat besar multinasional. Mereka boleh minta untuk berada di syarikat-
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
syarikat tersebut untuk memperolehi teknologi-teknologi baharu atau belajar perkara- perkara baharu yang ada di peringkat multinasional yang berkenaan.
Jadi, ini pendekatan-pendekatan baharu yang akan kita lakukan bagi memastikan supaya universiti-universiti tidak ketinggalan dalam bidang-bidang teknologi terkini yang ada di peringkat multinasional. Sebagai contohnya, USM juga telah pun membuat pendekatan yang sama dengan kilang-kilang multinasional yang ada di sana seperti Intel dan oops— yang bagi seterusnya, KPT juga menyokong perbahasan Yang Berhormat Segamat mengenai kualiti tenaga kerja dan pensyarah.
Jadi, di peringkat universiti, pengukuhan kualiti tenaga pengajar ini amat- amat penting bagi memastikan universiti berupaya melahirkan graduan yang berkualiti dan menjadi pemacu ekonomi negara. Jadi, setiap pensyarah akan memenuhi syarat-syarat mereka dan juga kompetensi yang ditetapkan melalui MQA kita.
Di peringkat pengambilan juga, kita akan melihat mereka yang ada kepakaran-kepakaran yang diletakkan di bawah bidang kuasa universiti, iaitu mereka akan melihat berdasarkan kepada akta universiti dan kolej dan berdasarkan kepada Perlembagaan universiti yang berkenaan.
Dan— itu perkara yang ketujuh. Dan, yang berkaitan dengan kebajikan hal ehwal pelajar...
[Dicelah]
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Yang Berhormat Menteri, Betong.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya, sila.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
Betong ada membahaskan isu politeknik di Betong. Kita ada Politeknik METrO yang di mana modulnya adalah lebih kepada kawasan bandar besar. Untuk Betong sebagai luar bandar, jadi saya mohonlah sama ada Politeknik METrO itu dapat dinaik taraf kepada sebuah politeknik konvensional. Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, politeknik— betul, yang berstatus metro itu dia agak kecil. Dia terletak di kawasan-kawasan bandar dan saya telah pun mengarahkan supaya kita lihat balik model yang ada di sana supaya dapat kita kembangkan balik. Pada dasarnya, mereka akan pergi untuk melihat balik kedudukan itu dan mungkin selepas ini, kita akan lihat dari segi tapak baharu yang boleh kita kenal pasti selepas ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tadi, Betong sebut tentang Politeknik METrO. Sekarang kita nak— saya nak bawa isu Politeknik Ungku Omar yang beso sikit sebab dia kat Pekan Ipoh. Ha, kita orang Perak, kena sembang Perak sikitlah kan.
Berkenaan dengan pelaburan syarikat automotif, syarikat-syarikat automotif peringkat dunia, bertaraf dunia seperti Geely yang kerjasama dengan jenama negara dan juga dengan BYD yang bakal membawa limpahan ekonomi kepada negara menjadikan Malaysia sebagai hab automotif ASEAN. Sudah tentu dia akan melibatkan tenaga kerja yang cukup besar dan cukup meluas.
Berkenaan dengan silibus pengajaran, infrastruktur yang diperlukan dari segi hardware dan software-nya, dengan izin dan kursus-kursus yang diperlukan oleh ekosistem automotif ini, sudah tentu kita perlu, dengan izin, leverage atau tumpang pinjam ruang apa yang ada dari segi institusi-institusi TVET yang sedia ada seperti PUO, seperti PISAS di negeri Perak, di Tanjung Malim. Dan itu bab hardware, ruang dan tempat. Tapi dari segi tenaga kerja, hardware dari segi equipment-nya dan juga tenaga pengajarnya, kita perlu leverage dari segi pemindahan teknologi daripada syarikat asal iaitu Geely dan juga BYD.
Apakah pendirian kementerian, apabila Geely melalui AHTV telah menawarkan satu pelan rencana yang cukup mantap iaitu angkat ruang kampus di 10, malah 20 institusi TVET seluruh negara belah-belah Utara untuk memartabatkan agenda TVET automotif dan juga pelaburan mereka dari segi equipment dan juga tenaga pengajar? Apakah pendirian kementerian KPT untuk membawa dan menghantar orang kita ke sana dan membawa tenaga pengajar ke sini?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Yang Berhormat, sikit.
Saya tambah sikit.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya, sila.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Di hujung itu, adakah kementerian juga bercadang untuk bekerjasama untuk— you see, dalam automotif dan motor, Formula 1 itu dianggap gold standard. Ataslah. Jadi, PETRONAS, Yang Berhormat belanja banyak untuk ini. Jadi, adakah juga sambung dengan PETRONAS?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ini yang kita sebutkan antara hubungan universiti dan industri. You can call it quadruple helix dan sebagainya. Ini model-model yang digunakan bagi memastikan supaya universiti itu bukan hanya
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
tertumpu dalam kampusnya, universiti juga mesti beroperasi bersama dengan industri. Seperti Yang Berhormat ketahui, sekarang dari segi kurikulum, pendekatan kita juga agak flexi— dia panggil flexible dengan izin, iaitu you can do it dengan izin, dua tahun dia panggil 2I2U sebagainya. Dua tahun di industri, dua tahun di universiti.
Baik. Bagi menjawab Ipoh Timor tadi, ini adalah merupakan apa yang kita panggil, bagaimana kita nak mewujudkan satu ekosistem pendidikan yang lebih anjal bagi memastikan supaya dengan kerjasama industri-industri yang berada dalam negara kita, kita tidak ketinggalan. Ini kerana kita kena tahu bahawa, apabila kita bercakap tentang teknologi-teknologi terkini, dari segi pengetahuan-pengetahuan teknikal terkini, sama ada dalam bidang automotif, mahupun dalam bidang— saya ambil contoh, bidang industri kereta api.
Ya, dan semuanya pelaburan itu ada di sini, dan bagaimana kita nak menggunakan kesempatan itu untuk pastikan supaya mereka dapat juga membuat, memberikan sumbangan besar dari segi pengetahuan transfer of knowledge dengan izin, berlaku dalam negara kita.
Dan ini merupakan satu soalan yang sangat baik, dan itulah sebenarnya yang saya adakan pertemuan berkali-kali. Sebagai contoh, kita pernah mengadakan pertemuan dengan Geely dalam konteks di Tanjung Malim supaya semua institusi pendidikan yang ada di sekitar kawasan itu dan termasuk juga di kawasan utara.
Sebagai contoh, di Tanjung Malim kita ada UPSI, kita ada politeknik dan kita ada kolej komuniti. Kalau kita pergi sampai ke utara, kita ada beberapa politeknik yang lain yang boleh memberi sumbangan yang besar dalam bidang automotif dan termasuk dalam bidang EV yang sedang dibangunkan ini di kawasan yang berkenaan.
Dan sekarang ini, saya difahamkan bahawa mereka begitu berminat untuk bersama-sama termasuklah dengan mengenal pasti kumpulan-kumpulan yang akan dihantar untuk didedahkan kepada pendidikan dalam bidang teknikal ini. Dan, kita akan terus lakukan supaya kita tidak mahu hanya menjadi sebuah negara iaitu kita membawa industri datang, tapi kita hanya melihat sahaja teknologi itu.
Kita tidak dapat dari segi pengetahuan itu, kita tidak dapat dan ini termasuklah yang dibangkitkan oleh Indera Mahkota tadi dalam bidang-bidang the high tech ini, dalam ilmu yang terkini yang perlu kita gabungkan. Terima kasih atas pandangan itu.
Dan contoh saya ambil antaranya yang telah pun kita lakukan iaitu dalam bidang railway, vocationals, technical college yang telah pun kita lakukan. Kita hantar ramai di kalangan pekerja-pekerja kita dan pelajar-pelajar kita untuk pergi ke sana.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
[Bangun]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Bila mereka balik nanti, mereka akan dapat pekerjaan dalam bidang, dan juga bukan hanya dapat pekerjaan tetapi juga dalam bidang pengetahuan yang berkaitan dengannya. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya bagi Ayer Hitam dululah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
[Tidak jelas]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Nanti saya bagi kat sahabat saya dari Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat tadi, betul. Kita perlu satu endowment fund. Kita perlu mendapat dana yang cukup. Kalau tidak, universiti kita tidak ke mana kerana investment-nya besar.
Soalan saya, dalam Bajet 2026, semasa perbahasan saya sebut, kerajaan atau PM telah menyebut 1,500 tempat akan diwujudkan untuk mengatasi kekusutan yang ada. Tapi persoalannya, kenapa hanya tumpukan kepada perundangan, accountancy, AI, bahasa, kewangan Islam dan sebagainya? Dan apa yang menjadi critical courses seperti engineering, kejuruteraan, pharmacy, dentistry, perubatan?
Itu tidak.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Adakah ini kerana ketidakcukupan dana? Saya lihat dari segi peruntukan pada setiap universiti, tak banyak beza. 1,500 ini, peruntukan datang dari mana?
Dan ini nak menyelesaikan masalah apa yang kita hadapi sekarang. Adakah kementerian bersedia? Macam Yang Berhormat buat kali ini tentang enrolmen, bagus. Dedahkan berapa orang yang masuk kursus apa. Jadi, kita ada satu panduan untuk masuk UPU ini berapa tempatnya.
Jadi, apabila terbuka ini, kalau ada peningkatan, mesti ada ratio ditentukan oleh Menteri, barulah kita bagi kuasa autonomi kepada universiti. Kalau tidak, duit tak cukup, mereka susah nak bantah sebab ini memang susah. Endowment, mana inisiatif yang akan— apakah insentif yang diberikan oleh Kementerian Kewangan?
Kesemua ini merupakan penyebab masalah dan penyelesaiannya yang 1,500 ini, saya berharap kita dapat selesaikan masalah pelajar STPM ke mana yang terpaksa
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
masuk dengan saluran terbuka satu, dengan kadar yuran yang lebih tinggi. Itu pandangan dan minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih Yang Berhormat Ayer Hitam. Sekarang ini kita dah mula masuk ke IPTA sikitlah dari segi kemasukan itu.
Baik. Bagi menjawab perkara yang dibangkitkan, saya setuju dengan Yang Berhormat. Sebab itu saya sebutkan berkali-kali dari segi tempat, penambahan tempat, kita lihat ada penambahan tempat dari segi pergerakan. Saya ambil contoh, pada tahun sudah saja, tahun 2024, kita ada 168,769 pengambilan berbanding tahun 2017 dulu bahawa hanya 136,000. Maknanya, setiap tahun akan ada peningkatan.
Namun, saya juga bersetuju bahawa apakah bidang-bidang yang perlu kita berikan perhatian. Sebab itu dalam dunia pendidikan ini, ia akan juga tertakluk kepada pasaran dan seperti yang disebutkan, yang kita bahaskan. Saya sebab itu saya tidak mahu lawan tak tentu fasal berkaitan dengan keperluan-keperluan dalam bidang-bidang kritikal sebagai contoh.
Makanya, apa yang dilakukan oleh— di peringkat kerajaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengemukakan satu cadangan awal. Bagi saya, kalau Yang Berhormat tanya saya, itu merupakan satu permulaan yang baik apabila kerajaan respons kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan juga yang lain dengan kita memulakan dengan 1,500 itu, dengan dimulakan dengan bidang-bidang ini.
Tetapi, saya juga bersetuju bahawa bidang-bidang kritikal yang lain, sebagai contoh engineering, sebagai contoh, perlu dilihat semula dan insya-Allah, kita akan terus bergerak ke hadapan untuk pastikan juga termasuk yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi seperti bidang engineering selepas ini, apakah kita dapat mengemukakan lagi keperluan yang di masa akan datang. Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
[Ketawa]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tempat tu kalau boleh, umum mengikut kursus. Kalau tidak secara umum, dia orang tak nampak. Kalau selesai masalah ini, sekurang-kurangnya saya rasa sebagai satu cara.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya. Kita akan terus, kita akan terus ke hadapan Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Setiap kursus. Ya, terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Seperti yang disebutkan tadi, at least sebagai permulaan yang baik itu 1,500 tempat disediakan dan kerajaan menambahkan lagi untuk perbelanjaan bagi kita mengenal pasti. 10 area yang awal...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Tapi saya bersetuju dan termasuk juga dari segi kaedah-kaedah yang terbaik bagaimana kita laksanakan seperti yang disebutkan Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
YB Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Parit Buntar, lepas tu...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kota Melaka.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Minta jawapan bertulis pun tak apa. Saya banyak bangkitkan isu di IPT, minta jawapan bertulis pun tak apa.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Oh, ada, ada. Saya nak jawab yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ni berkaitan dengan hal ehwal pelajar ya?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ya, hal ehwal pelajar, amalan sugar daddy, sugar apa? Sugar mummy, sugar macam-macam sugar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Boleh saya...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Minta jawapan bertulis. Jawapan bertulis tak apa. Saya nak jawapan bertulis je.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Oh, bertulis ya?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Ha, bertulis je.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Boleh, boleh.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Sebab, sebab...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, yang lain-lain tu macam mana? Ada PTPTN tu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
PTPTN tu Menteri.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ya, ramai anak-anak kita kat atas anak...
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Anak-anak kita pun dah keluar dah.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Menteri, saya...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ha, dah keluar dah tapi ada yang nak dengar kut kalau awal.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ya, Menteri. Saya minta jawapan bertulis.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Ada ke tidak dari segi pengecualian tu? Pengecualian golongan tu golongan pertengahan dan yang B40?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Yang telah...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Sebab kita tak ada golongan pertengahan ni berapa gaji. Ha, itu yang saya nak tahu tu lebih kurang.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya, Yang Berhormat.
Sepertimana yang nanti yang saya nak jawab yang Parit Buntar, lepas tu saya respons pada Yang Berhormat.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Okeylah. Menteri, saya minta jawapan PDF.
Terima kasih.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Ya, ya saya tahu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri, the PTPTN. Kota Melaka sini ya Menteri. Sikit saja.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tentang PTPTN, di mana pembayaran balik 100 peratus dikecualikan bagi mereka yang first class degree untuk IPTA. Dan kita ucap tahniah kepada kerajaan, RM90 juta telah diperuntukkan, 6,000 pelajar akan menikmati. Soalan saya ialah bolehkah kita pertimbangkan pelajar daripada IPTS supaya kita naikkan peruntukan dan lebih ramai pelajar?
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya nak jawab soalan itu juga.
Kalau kita lihat secara ringkas, dengan izin Puan Yang di-Pertua, pertama, saya nak jawab yang ada kaitan juga dengan Besut iaitu berkaitan dengan PTPTN.
Sepertimana Yang Berhormat Kota Melaka sedia maklum juga bahawa isu PTPTN ini untuk kelulusan bagi mereka yang mendapat first class itu, kalau kita lihat balik sejak tahun 2001, dia berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan dan juga kekuatan dan juga kedudukan kewangan di masa itu dan dasar
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
yang ada pada kali ini ialah diberikan kepada untuk B40 dan M40 bagi mereka yang mendapat keputusan first class.
Namun yang berkaitan dengan IPTS juga, sebelum ini kita ada dan pihak di kementerian KPT sedang membuat penilaian keseluruhannya. Ini termasuklah bagaimana kita membuat penilaian kepada keputusan-keputusan di peringkat IPTS khususnya, sebab sistem penilaian itu berbeza-beza di peringkat mereka.
Di peringkat IPTA, kita tahu ada sistem, kalau you dapat first class, you know, ada betul-betul first class. Ini tidak bermaksud saya mempertikaikan ya. Jangan ada yang kata saya mempertikaikan kelulusan first class di peringkat IPTS. Cuma sistem, mekanisme yang terbaik itu perlu dilakukan. Ini tidak bermakna bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan untuk melihat dalam konteks IPTS juga, tapi buat masa kini, adalah untuk B40 dan M40.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
[Bangun]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Bagi soalan Parit Buntar, ia tentang sugar, sugar ini, baby, baby, daddy, daddy ini. Dia minat sikit bab tu, tapi saya akan jawab nanti. Kita akan hantar jawapan ya, YB Parit Buntar.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
[Bangun]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh Besut iaitu tentang M40, B40. Itu pun telah pun dijawab sebab pada peringkat ini kita memberikan penekanan kepada M40 dan B40 untuk pengecualian untuk first class mereka. Tetapi ini tidak bermakna bahawa mereka tidak yang lain-lain untuk nak masuk. Yang saya faham, apa yang cuba disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, bagi mereka untuk mendapatkan pinjaman, tapi kita perlu memberikan penekanan kepada dua kumpulan ini.
Takkan yang kumpulan T10 atau T20 ini kita nak berikan kerana mereka mempunyai pendapatan yang tinggi. Cuma Yang Berhormat bertanya tadi dari segi garis panduannya, berapa jumlah pendapatan. Yang itu akan diperjelaskan kemudian, hasil daripada perbincangan kita nanti dengan Kementerian Ekonomi.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Baik. Saya nak pergi kepada YB, YB...
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
PTPTN YB Menteri.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Mana tadi? YB...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Kepong.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
YB Kepong. YB Kepong, kalau saya tak sempat habis, cuma saya nak jelaskan bahawa pandangan-pandangan untuk memberikan dari segi kepada kelulusan kepada STPM yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Sama ada STPM, matrikulasi, ya, ini adalah sistem-sistem yang diletakkan keputusan itu di peringkat Kementerian Pendidikan. Kementerian KPM, Kementerian Pendidikan. Di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi, kita menerima kelulusan-kelulusan itu at phase value.
Dan sepertimana Yang Berhormat pun sedia maklum, kita telah jelaskan sikit sebanyak sebelum ini tentang bagaimana kaedah-kaedah yang dilakukan. Tapi tidak bermakna di masa akan datang, kita tidak akan membuat semakan-semakan sesuai dengan kedudukan itu. Tetapi untuk mengatakan bahawa sistem matrikulasi itu lebih rendah daripada STPM itu, saya ingat itu tak betul. Tapi apa pun, kita melihat keseluruhannya bagi memastikan the hood issue, dengan izin ialah tentang ruang untuk anak-anak kita dapat melanjutkan pelajaran mereka sebaik-baiknya.
Sebagai contoh, mereka yang dapat 4A, bagaimana kita nak memberikan peluang mereka dengan sebaik-baiknya, pilihan-pilihan mereka sesuai dengan keputusan mereka itu. Sebab antara isu yang kita sering kali bahaskan ialah kenapa 4A tak dapat, sedangkan dia nak minta kursus ini tak dapat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
[Bangun]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Jadi, sebab itulah perkara- perkara ini perlu kita lakukan setiap masa untuk pastikan supaya pemahaman itu dapat diberikan dengan sebaik-baiknya. Tapi ruang perlu diberikan kepada anak- anak kita untuk terus belajar.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, masa tambahan lapan minit sudah diberi.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Menteri, Menteri.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya...
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ruang itu sangat penting. Jadi...
Tuan Zahari bin Kechik - Jeli
[Bangun]
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
...Kita perlu menambah lagi banyak lagi...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
...Universiti awam.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
PJ, PJ ya?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Sibu, Sibu.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Oh, okey, okey. Terima kasih.
Saya faham saya faham itu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Kita perlukan lebih banyak ruang.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Menteri.
Datuk Matbali bin Musah - Sipitang
[Bangun]
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Saya setuju. Maknanya kita lebih banyak ruang seperti yang saya sebutkan tadi. Dari segi bilangan untuk kita sediakan tempat-tempat sebab setiap tahun dia akan bertambah. Ya, cuma ruang kepada mereka yang nak pilih kursus-kursus yang mereka kehendaki itu berdasarkan kepada keputusan mereka.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Menteri, tadi PTPTN.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
PTPTN sikit saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Masa sudah tamat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Kalau boleh, jawapan bertulis.
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
Yang di-Pertua, saya akan bagi dengan izin, Tuan Yang di-Pertua bagi soalan-soalan yang saya tidak sempat menjawab saya akan menjawab secara bertulis. Jadi, akhir sekali, saya ucapkan terima kasih. Walaupun saya lihat kawan-kawan saya baru bangun nak untuk bertanya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas penglibatan Yang Berhormat, Yang Berhormat sekalian seramai 45 Yang Berhormat sekalian, berhujah dengan— ada yang berhujah dengan begitu baik, ada yang menekan untuk dapatkan jawapan-jawapan yang baik.
Walau bagaimanapun, saya melihat secara keseluruhannya bahawa apa yang diinginkan oleh kita adalah untuk memberikan pendidikan, sistem pendidikan tinggi yang terbaik untuk negara kita dan kita sudah pun berada di satu peringkat
Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir
yang tinggi di peringkat antarabangsa. Jadi, terima kasih atas sokongan Yang Berhormat, Yang Berhormat sekalian.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin dan saya menyokong bajet kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menjawab.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Sebelum saya meneruskan sesi ini, izinkan saya untuk mengucapkan terima kasih kepada 18 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Usul Perbahasan Perbelanjawan 2025 serta telah membangkitkan isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Iaitu Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Segamat, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Ipoh Timor, Yang Berhormat Pengkalan Chepa, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Mersing dan Yang Berhormat Jerantut.
Bajet Malaysia MADANI untuk MOSTI bagi tahun 2026 memperlihatkan kenaikan bajet mengurus berbanding tahun lepas iaitu sebanyak RM759.68 juta atau 2.8 peratus manakala bajet pembangunan menurun sedikit kepada RM516.21 juta berbanding RM536.62 juta bagi tahun 2025. Ini merupakan satu penurunan yang tidak drastik memandangkan beban kerajaan yang berat untuk kenaikan gaji kakitangan kerajaan sebanyak RM18 bilion untuk fasa kedua SSPA pada tahun ini.
Komponen bajet pembangunan tahun 2026 turut menunjukkan beberapa perubahan ketara berbanding dengan tahun lepas iaitu pertama, kenaikan kepada pembangunan perkhidmatan STI, Sains Teknologi dan Inovasi kepada RM229.07 juta iaitu peningkatan sebanyak 62 peratus berbanding tahun 2025. Manakala penurunan pada komponen penyelidikan STI kepada RM103.14 juta berbanding RM172.47 juta. Dan bajet pengkomersialan STI turun kepada RM184 juta berbanding RM222.66 juta tahun lepas.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Chang Lih Kang
Bagi tahun 2026, kerajaan akan memfokuskan untuk pembangunan syarikat pemula berasaskan teknologi dalam negara. Dalam hal ini, MOSTI akan terus memperkasa pembiayaan dan dana terutamanya bagi aspek pengkomersialan teknologi tempatan. Ini bagi meneruskan agenda negara supaya menjadi antara pencipta teknologi terunggul di rantau ASEAN juga berdaya saing di persada global.
Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Pasu kerana telah menyentuh mengenai isu bajet pembangunan MOSTI yang menurun bagi tahun 2026. Seperti penerangan saya tadi, penurunan bajet pembangunan ini tidak drastik, namun memperlihatkan peningkatan sebanyak 62 peratus bagi menaik taraf perkhidmatan STI yang ditawarkan oleh agensi seperti Jabatan Kimia Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Tenaga Atom. Ini penting memandangkan agensi-agensi ini menjadi sokongan teknikal bagi pelbagai agensi penguatkuasaan dan pemantauan dalam negara.
Saya juga menghargai keprihatinan Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Pasir Salak mengenai peruntukan R&D yang kecil dalam Bajet 2026 berbanding sasaran 2.5 peratus di bawah RMK13 serta saranan supaya peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan negara ditingkatkan untuk mempercepatkan peralihan ke arah negara berteknologi tinggi.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, data rasmi— Oh, Kuala Terengganu.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kuala Terengganu.
Tuan Chang Lih Kang
Silakan.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya agak risau dengan penurunan dalam apa ini peruntukan bagi tujuan penyelidikan ini, terutama sekali walaupun sasaran kita dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk meletakkan sehingga 2.5 peratus. Tetapi sampai sekarang saya tengok kita tiada meletakkan KPI yang jelas untuk capai 2.5 peratus itu.
Kemudian satu lagi berkaitan dengan sumbangan. Kita tahu kerajaan tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membiayai dalam jumlah yang besar penyelidikan kerana itu kita mengharapkan penyertaan sektor industri. Tetapi saya tengok trending sejak tahun 2023, berlaku penurunan yang mendadak daripada 30 peratus, 35 peratus dan sekarang ini tinggal 15 peratus sumbangan daripada pihak industri.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Jadi, sekiranya ini tidak dapat ditangani dengan segera, saya takut hasrat kita untuk membudayakan penyelidikan di dalam Malaysia, lebih-lebih lagi kita punya rancangan kita untuk menjadikan teras teknologi ini sebagai antara faktor pemecut pembangunan kita. Bagaimana pandangan Menteri?
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Kuala Terengganu yang merupakan mantan Timbalan Menteri MOSTI yang begitu arif dengan bab ini. Dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kuala Terengganu, saya akan sentuh tentang yang ni. Memang data rasmi terkini daripada kajian R&Dari Kebangsaan 2022 mengesahkan bahawa perbelanjaan kasar R&D negara iaitu GERD adalah pada kadar lebih kurang 1.01 peratus sahaja berbanding dengan KDNK dengan nilai mutlak RM18.16 bilion.
Berdasarkan unjuran MOSTI untuk mencapai sasaran 3.5 peratus GERD per KDNK menjelang 2030, jumlah pelaburan R&D tahunan yang diperlukan adalah sekitar RM86 bilion. Maka, kenyataan Yang Berhormat Simpang Renggam bahawa Malaysia memerlukan pelaburan R&D sebanyak RM25.7 bilion daripada sektor awam dan RM60 bilion daripada sektor swasta adalah berasas.
Apabila dibandingkan dengan negara-negara berintensifkan R&D di peringkat antarabangsa, kedudukan Malaysia adalah jauh di belakang di mana Korea Selatan memperuntukkan sebanyak 5.21 peratus, Jepun sebanyak 3.41 peratus dan Singapura sebanyak 2.16 peratus daripada KDNK mereka. Saiz KDNK mereka dah besar, malah mereka peruntukan lebih daripada kerajaan kita.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita perlu melihat...
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
YB.
Tuan Chang Lih Kang
Ya.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Kita ada angka ke perkembangan dari segi yang dana endowment yang kita sudah banyak tahun kita— Jadi macam mana perkembangan, bagaimana komitmen yang diberi oleh apa ini syarikat-syarikat besar di dalam melabur, di dalam penyelidikan atau ada rancangan undang-undang barangkali untuk meletakkan peratus tertentu yang diwajibkan kepada supaya kita dapat melihat perkembangan yang jelas dari segi kenaikan di dalam peruntukan di pihak industri dan mungkin insentif-insentif yang bersesuaian. Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Kuala Terengganu. Memang saya akan sentuh selepas ini tentang prestasi MSE, Malaysia Science Endowment dan juga
Tuan Chang Lih Kang
pada setakat ini belum ada lagi kesediaan untuk kita mengubal undang-undang untuk menetapkan satu peratusan GERD per KDNK, untuk makluman Kuala Terengganu.
Kubang Pasu.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Minta laluan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya nak memberi sedikit pandangan berhubung dengan peruntukan untuk R&D yang kita beri selama ini. Ini urutan daripada perbincangan tadi. Kalau Menteri pergi yang lain itu, dah kena patah balik pula.
Setiap kali Yang Berhormat Menteri buat penggulungan ataupun jawab soalan, saya selalu sebutkan tentang kita ini ketinggalan jauh daripada negara lain tetapi cita-cita kita besar. Kita nak menjadi sebuah negara yang menggunakan teknologi tinggi untuk projek yang berimpak tinggi dan sebagainya. Tetapi dari segi peruntukan, kita nampak macam dia tak sejajar dengan apa yang kita matlamatkan.
Umpamanya untuk tahun 2026, peruntukan kita untuk pembangunan, MOSTI menurun, berbandingkan selama ini, 2022–2023 meningkat. 2022, RM311 juta; 2023, RM439 juta; 2024, RM505 juta, bagus meningkat. Lepas itu, 2025, RM537 juta, banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tetapi, tahun 2026 hanya RM516 juta.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, kalau nak bagi cadangan, terus kepada cadangan. Jangan berbahas.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Dia bukan tanya soalan. Bagi pandangan, selepas itu, tanya soalan. Kenapa ia berlaku, sedangkan kita nak move into NSS, NIMP dan sebagainya? Silakan, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Kubang Pasu. Tadi sebelum Kubang Pasu masuk, saya sudah pun memberi jawapan. Sebenarnya, memang penurunan dari segi DE untuk MOSTI pada tahun ini, beberapa faktor. Memang salah satu adalah keadaan geopolitik yang— geoekonomi yang tidak menentu.
Yang keduanya, beban kerajaan yang besar kerana perlu memberikan kenaikan gaji kepada kakitangan kerajaan dan untuk fasa kedua SSPA tahun ini adalah sebanyak RM18 bilion. Maka, adalah pemotongan dari kementerian- kementerian tertentulah, termasuklah MOSTI.
Tuan Chang Lih Kang
Tetapi, seperti yang saya sebut tadi, penurunan ini tidak drastik dan kita boleh make-up dengan izin, dengan cara yang lain. Saya nak masuk kepada pembiayaan R&D, strategi pembiayaan R&D.
Selain daripada peruntukan dari kerajaan tetapi kita juga perlu menggalakkan BERD, Business Expenditure on R&D juga dan negara kita perlu melihat kepada satu peralihan dalam strategi pembiayaan R&D. Adalah penting untuk melihat bahawa perbelanjaan R&D bertumpu pada bidang-bidang strategik negara seperti semikonduktor, E&E, bahan termaju, bioteknologi dan kecerdasan buatan supaya penjanaan ekonomi yang setara diwujudkan.
Strategi utama bukan lagi bergantung pada tambahan perbelanjaan besar daripada kerajaan semata-mata tetapi juga melalui lonjakan pelaburan R&D yang diterajui oleh sektor swasta iaitu industri.
Dalam hal ini, kebimbangan Yang Berhormat Pasir Salak dan juga Yang Berhormat Kuala Terengganu tadi mengenai penurunan bajet pembangunan kerajaan menjejaskan sasaran adalah berasas. Sasaran kita untuk 3.5 peratus sempena 2030 adalah berasas, hanya jika kita bergantung semata-mata pada dana awam. Yang penting, kita perlu fokus terhadap R&D di pihak swasta juga.
Berdasarkan data terkini MASTIC, perbelanjaan R&D oleh sektor perusahaan perniagaan iaitu BERD melonjak kepada 51.37 peratus, daripada jumlah GERD berbanding hanya 34.21 peratus pada tahun 2020. Ini menunjukkan komitmen swasta yang konsisten.
Namun, cabaran utama negara adalah hakikat bahawa hanya 0.2 peratus iaitu lebih kurang 2,697 syarikat daripada 1.1 juta perusahaan perniagaan di Malaysia yang aktif menjalankan aktiviti R&D. Oleh itu, kerajaan perlu beralih kepada peningkatan jumlah syarikat pemula yang melaksanakan R&D berimpak tinggi dalam negara.
Dalam hal ini, fokus MOSTI dalam kapasitinya adalah untuk meningkatkan jumlah syarikat berasaskan teknologi melalui inisiatif strategik yang tidak semestinya memerlukan DE yang besar seperti National Technology and Innovation Sandbox
(NTIS) yang mempercepatkan kelulusan regulatory untuk teknologi baru.
Kedua, konsortium penyelidikan industri akademia iaitu memadankan keperluan industri dengan kepakaran di universiti. Sebagai contohnya, kita akan mewujudkan satu konsortium semikonduktor, dan ketiga, insentif cukai R&D untuk menggalakkan syarikat melabur semula keuntungan dalam aktiviti R&D.
Tuan Chang Lih Kang
Seterusnya, bagi merungkai kerisauan Yang Berhormat Bagan terhadap hutang negara dan keperluan untuk menambah baik dana R&D negara, kerajaan kini sedang menggerakkan sumber pembiayaan dana alternatif dengan penglibatan sektor swasta, terutamanya syarikat pelaburan berkaitan kerajaan ataupun GLIC serta pihak industri yang diintegrasi melalui dana Malaysia Science Endowment
(MSE). Bagi tahun 2026, MSE akan menerima peruntukan sebanyak RM20 juta.
Setakat ini, sebanyak RM110 juta telah dipersetujui oleh sektor swasta untuk dipadankan dengan MSE dalam bidang semikonduktor, perubatan, oil and gas, aeroangkasa dan deep tech untuk projek-projek ADAS bertaraf TRL 4 dan ke atas.
Selain itu, lapan program dana padanan R&D hasil kerjasama strategik antarabangsa dengan kerajaan UK, Jepun, China, Indonesia, Jordan dan Turkiye serta platform multilateral e-Asia bernilai RM83 juta dengan sumbangan rakan strategik melebihi 50 peratus juga telah diperolehi.
Dengan ini, MOSTI berharap lebih ramai lagi pelabur akan turut serta melabur dalam MSE bagi memperkukuhkan lagi ekosistem pembiayaan ini dan mengurangkan kebergantungan R&D kepada dana kerajaan.
Seterusnya, saya ingin merujuk kepada cadangan Yang Berhormat Paya Besar untuk memperkenalkan insentif.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Saya nak tanya sikit tentang pelbagai penyelidikan teknologi. Tadi disebut tentang semikonduktor dan sebagainya, elektronik.
Adakah dengan perjanjian tarif yang kita tandatangan dengan Amerika, nanti dalam keadaan Amerika bermasalah dengan syarikat-syarikat seperti Huawei dan sebagainya, akan memberi kesan kepada pelbagai R&D di masa hadapan sekiranya pihak Amerika menganggap bahawa syarikat-syarikat ini tidak selari dengan kepentingan Amerika? Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih atas soalan itu, Kuala Terengganu.
Sebenarnya, itu adalah di bawah MITI tetapi secara general, dalam klausa ataupun klausa ART itu, memang tak ada klausa yang preclude negara kita daripada eksport ataupun import kepada mana-mana negara yang akan memanfaatkan negara kita.
So, itu sahaja yang saya mampu jawab. Itu adalah kefahaman saya tentang ART itu. Tidak ada apa-apa klausa yang preclude negara kita daripada berniaga dengan negara lain. Tentang insentif cukai bersyarat kepada syarikat yang melabur secara signifikan dalam R&D.
Tuan Chang Lih Kang
Dan, dalam hal ini, untuk makluman Yang Berhormat, insentif cukai pelabur budiman dilaksanakan oleh Cradle Fund bertujuan bagi merapatkan jurang pelaburan peringkat awal, dengan menggalakkan pelabur budiman ataupun angel investor untuk melabur dalam syarikat pemula teknologi peringkat awal di Malaysia menerusi pengecualian cukai.
Pelabur budiman boleh menerima pengecualian cukai bersamaan jumlah pelaburan yang dipegang selama dua tahun, tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM500,000 dalam suatu tahun taksiran. Insentif cukai pelabur budiman ini ditadbir oleh Pejabat Insentif Cukai Pelabur Budiman (ATIO) di bawah Cradle Fund Sendirian Berhad. Sehingga kini, terdapat 362 pelabur budiman dan 91 syarikat pemula yang berdaftar di bawah ATIO. Selain itu, pelaburan sebanyak RM3.12 juta telah diperakui di bawah insentif cukai ini.
Bagi menambah baik insentif cukai ini, usaha pendigitalan proses permohonan telah dilaksanakan bagi mengurangkan tempoh pemprosesan kelulusan perakuan, daripada 90 hari kepada 30 hari. Bagi meningkatkan lagi jangkauan insentif ini, ATIO turut melaksanakan pelbagai sesi libat urus dan perkongsian bagi memperluas rangkaian pelabur budiman dan meningkatkan aliran pelaburan swasta ke dalam ekosistem syarikat pemula tempatan.
Mengenai instrumen pembiayaan berdasarkan sukuk hijau pula, MDV di bawah MOSTI telah melancarkan program sukuk bernilai RM2 bilion bagi membiayai projek atau kontrak berteknologi termasuk projek berteraskan teknologi hijau.
Tuan Chang Lih Kang
MDV bersedia untuk meneruskan pembiayaan projek teknologi hijau melalui program sukuk RM2 bilion tersebut bagi memperkukuh lagi sektor teknologi hijau di Malaysia dan menyediakan skim pembiayaan berasaskan value-based financing yang menyokong kelestarian alam sekitar. Setakat ini, MDV telah meluluskan pembiayaan kepada lebih 164 syarikat bagi projek green tech dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM2.5 bilion.
Yang Berhormat Segamat tak ada. Yang Berhormat Sibu. Seterusnya, bagi cadangan Yang Berhormat Sibu untuk mewujudkan hab startups dan keusahawanan di Sibu, Sarawak. Cradle bersama agensi negeri Sarawak seperti Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan Sarawak Digital Economic Cooperation
(SDEC) sedang melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi memperkukuhkan, memperkasakan lagi ekosistem syarikat pemula di Sarawak.
Tuan Chang Lih Kang
Cradle telah melaksanakan pelbagai program seperti MYStartup Roadshow, Cradle Open Day dan juga MYStartup NXT bagi meningkatkan kesedaran serta menggalakkan penglibatan usahawan, bakat serta pelabur ke dalam ekosistem syarikat pemula. Usaha membangunkan ekosistem syarikat pemula negara secara holistik dan inklusif akan terus dilaksanakan bagi mengukuhkan ekosistem syarikat pemula di Sarawak termasuk di Sibu.
Seterusnya, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pengkalan Chepa, MOSTI akan terus memastikan pelaksanaan program dan inisiatif bagi syarikat pemula yang bersifat inklusif dan terbuka bagi melahirkan lebih ramai usahawan teknologi yang berdaya saing di peringkat nasional dan global termasuklah dalam kalangan bumiputera.
Dana pelaburan strategik HGHV – high growth, high value bumiputera telah dikendalikan oleh VentureTECH dengan mandat utama untuk memperkasakan syarikat bumiputera dan meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor berteknologi tinggi. Sehingga kini, VentureTECH telah melabur dalam 31 syarikat teknologi bumiputera dengan nilai pasaran keseluruhan mencecah RM2.48 bilion.
Sebanyak sembilan syarikat portfolio pelaburan VentureTECH telah berjaya menembusi pasaran global.
Bagi RMK13, VentureTECH memohon untuk mandat ini dapat dikekalkan supaya lebih banyak syarikat bumiputera dalam sektor teknologi strategik dan berimpak tinggi dapat diwujudkan.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai pertanyaan yang amat baik daripada Yang Berhormat Kemaman. Walaupun Kemaman tak ada dalam dewan tapi saya cuba nak jawab terhadap pengkhususan teknologi strategik dalam pembangunan R&D negara. Wajar mendapat penerangan lebih terperinci daripada Kementerian Ekonomi. Namun, dalam konteks MOSTI, izinkan saya untuk menerangkan sedikit tumpuan teknologi yang akan difokuskan oleh MOSTI bagi tahun 2026 iaitu yang pertama, teknologi angkasa. Bidang ini penting bagi membolehkan Malaysia membangunkan kapasiti kendiri serta menjadi peneraju serantau dalam industri angkasa kecil.
Yang kedua, bioteknologi. Bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian, keselamatan makanan dan kesihatan awam. Di samping mengurangkan kebergantungan terhadap import sumber biologi bernilai tinggi serta memupuk industri bio mampan tempatan.
Tuan Chang Lih Kang
Yang ketiga, bahan termaju. Fokus R&D adalah terhadap pembangunan bahan pintar, nano material dan komposit mampan untuk aplikasi dalam sektor tenaga, automotif, aeroangkasa dan elektronik.
Yang keempat, teknologi hidrogen. Tumpuan kepada pembangunan rantaian nilai hidrogen merangkumi penghasilan, penyimpanan, pengangkutan dan aplikasi tenaga bersih dan mempercepatkan usaha Malaysia menjadi hab hidrogen serantau.
Dan yang kelima, teknologi nuklear. Pembangunan R&D nuklear ditumpukan kepada penggunaan aman teknologi nuklear untuk bidang kesihatan, pertanian, industri dan tenaga, termasuk penghasilan radioisotop, analisis bahan serta pembangunan teknologi rawatan sisa secara selamat dan mampan. Walau bagaimanapun, kelima-lima bidang strategik ini tidak dilihat sebagai silo. Malah, R&D bagi teknologi yang dinyatakan boleh melengkapi antara satu dengan yang lain kerana perkembangan teknologi rentas bidang yang semakin pesat.
Berkaitan dengan cadangan Yang Berhormat Bayan Baru, tak ada ya, Yang Berhormat Batu Kawan tak ada, saya skip. Tapi untuk menjawab secara general tentang apa itu, inisiatif tentang semikonduktor. Saya nak memberi sedikit apa itu, penerangan di mana agensi MOSTI, MIMOS memainkan peranan dalam memperkukuh ekosistem reka bentuk litar bersepadu, IC design dan juga teknologi digital negara. Sehingga Mac 2025, bilangan paten yang difailkan dalam bidang semikonduktor adalah sebanyak 330 paten.
Dan untuk menangani isu keperluan kemudahan reka bentuk dan infrastruktur teknologi, program ini akan dilaksanakan bersama rakan pelaksana antarabangsa yang berpengalaman dalam pembangunan syarikat pemula semikonduktor. MTDC, agensi MOSTI juga sedang berbincang dengan rakan pelaksana antarabangsa untuk menempatkan infrastruktur program di Malaysia.
Selain itu, ITIC MIMOS yang beroperasi di MIMOS Kulim Hi-Tech Park berfungsi sebagai pusat rujukan teknologi dan reka bentuk bersama bagi industri E&E tempatan. Pusat ini menyediakan akses kepada peralatan pengujian termaju dan perisian reka bentuk secara guna sama dan kemudahan pembangunan proof of concept, prototaip serta ruang inovasi bersama antara MIMOS, industri dan akademia. Melalui ITIC MIMOS, syarikat pemula dan PKS dapat mengakses kemudahan dan kepakaran untuk mempercepatkan pembangunan produk dan inovasi pasaran serta menguji produk mereka dengan kos yang kompetitif.
Melalui pendekatan ini, syarikat pemula tempatan bukan saja akan menerima pembiayaan permulaan tetapi juga akses kepada kemudahan teknologi bertaraf
Tuan Chang Lih Kang
antarabangsa, bimbingan kepakaran dan ekosistem sokongan yang menyeluruh bagi memperkukuh daya saing Malaysia dalam industri semikonduktor.
Seterusnya, berkaitan dengan kenyataan daripada Yang Berhormat Ipoh Timor mengenai kekurangan kepakaran quantum computing dalam agensi kerajaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, MOSTI melalui MIMOS Berhad telah menubuhkan Quantum Intelligence Centre (QIC) pada Februari tahun ini sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi kuantum. Dan QIC ini memberi tumpuan kepada bidang seperti Quantum AI, Post- Quantum Cryptography (PQC) dan sensor quantum. Pusat ini juga berperanan sebagai platform penyelaras bagi kolaborasi antara kerajaan, akademia dan industri.
MIMOS mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang teknologi kuantum, khususnya dalam Quantum Key Distribution (QKD) ataupun pengagihan kunci kuantum. MIMOS telah berjaya menjalankan demonstrasi QKD ruang bebas ataupun free space QKD antara MIMOS di TPM – Technology Park Malaysia dan juga bangunan Sapura, sekali gus membuktikan keupayaan teknikal negara dalam R&D keselamatan komunikasi berasaskan kuantum. Dengan pencapaian ini, MIMOS menjadi peneraju awal bagi membuka jalan kepada pembangunan ekosistem teknologi kuantum di Malaysia.
Puan Yang di-Pertua, bagi pertanyaan Yang Berhormat Ipoh Timor juga dan juga Yang Berhormat Jerantut mengenai usaha pembangunan industri hiliran REE, Agensi Nuklear Malaysia sedang melaksanakan beberapa projek penyelidikan strategik di peringkat pertengahan yang menumpukan kepada pembangunan teknologi pemprosesan mineral dan pengekstrakan unsur nadir bumi daripada mineral tempatan seperti monazite dan xenotime. Projek penyelidikan ini merangkumi pemisahan dan pengekstrakan unsur nadir bumi seperti neodimium, itrium, serium dan lantanum untuk potensi aplikasi industri. Hasil penyelidikan ini adalah untuk mewujudkan teknologi tempatan yang mampu menyokong pembangunan industri hiliran berasaskan nadir bumi khususnya dalam sektor tenaga teknologi hijau dan digital serta elektronik dan pembuatan bahan termaju.
Juga cadangan daripada Ipoh Timor untuk menubuhkan National Strategic Minerals Aggregator. Pada setakat ini, kita akan tengok keperluan. Sekiranya ada keperluan kita akan menubuhkan sebab sekarang ada banyak jawatankuasa dan juga program seperti REE Moonshot Programme, National Advanced Materials Council, Special Task Force on REE dan sebagainya. Sila.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, kakandaku. Saya nak patah balik kepada kriptologi. Saya menyokong dan juga sambut baik dan ucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan melalui MIMOS dan juga MOSTI, dalam usaha menambah dan membangunkan kapasiti dari segi kriptologi dan berkaitan dengan quantum computing.
Cuma apa yang saya bawa dalam perbahasan adalah sama ada kerajaan melalui MIMOS atau melalui MOSTI sendiri dan juga IPTA-IPTA research kita yang ada untuk bekerjasama secara lebih rapat. Sebab kalau kita ada yang ini, tak sakit kalau kita tambah kapasiti dan sekiranya dan saya tahu, sebab saya usahakan.
Adanya tawaran daripada Peking University untuk mengadakan satu capacity building cost khusus dari segi urus tadbir dan pembangunan dasar.
Urus tadbir dan kawalan kriptologi dan basically anything to do with digital asset berkaitan dengan kriptologi lah. Jadi, saya nak mohon pandangan Yang Berhormat, adakah perkara ini boleh dan akan dipertimbangkan kerjasama strategik antara IPTA kita dengan PKU dan juga mana-mana institusi pengajian tinggi? Baik China, baik US, baik mana-mana pun, supaya kita boleh bawa dan angkat Malaysia ke tahap yang seterusnya. Itu satu.
Berkenaan dengan REE pula, Yang Berhormat sendiri tahu, benda ni sangat dekat dengan hati saya, kerana kita dari Perak, kita ada benda tu bawah tanah lah dan cadangan national aggregator itu, saya tahu ada sensitiviti dia, ada peningnya, ada baik buruk dia. Cuma hasrat di sebaliknya, adalah bagaimana kita boleh memperkuatkan jaminan ke dalam peringkat negeri? Sebab ada yang salah faham, ramai salah faham, nak ada national aggregator maksudnya kita nak rampas, nak ambil kuasa negeri. Tak! Niat, niat sebaliknya adalah untuk make sure the state has a better deal than what they have now, dengan izin.
Jadi, apabila kita runding dengan luar sana kalau Perak pi runding asing- asing dengan Pahang pi runding, asing-asing dengan pi Terengganu, Kelantan runding, benda itu akan melemahkan kedudukan. We always negotiate for a position of strength. And strength comes from critical mass. Jadi, sekiranya national aggregator susah, mungkin kita boleh pertimbangkan wujudnya satu pasaran, satu bursa critical minerals yang fokus kepada REE, seperti Shanghai, ada Shanghai Non-ferrous Metals Market. Kita boleh buat market kita sendiri yang saya yakin kita ada kapasiti. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri dan kementerian?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri nak sambung terus atau sambung...
Tuan Chang Lih Kang
Sambung terus boleh. Saya akan gulung, rumuskan untuk menjawab dua soalan Ipoh Timor tadi. Yang pertama, memang kita mengalu- alukan sebarang kolaborasi ataupun kerjasama, sama ada dalam ataupun luar negara. Sebenarnya MIMOS sekarang pun tengah bekerjasama dengan Korea Selatan dalam teknologi kuantum. Dan sekiranya ada universiti dari luar negara itu, for instance like Peking University, kita by all means, kita mengalu-alukan.
Yang keduanya tentang REE. Seperti yang saya kata, kita sekarang ada banyak jawatankuasa dan platform yang sedia ada, cuma mungkin saya setuju dengan Ipoh Timor, mungkin kita perlu melibatkan kerajaan-kerajaan negeri dalam platform-platform yang sedia ada itu. Kita akan bincangkan yang itu.
Yang seterusnya, Yang Berhormat Kuala Nerus, berkaitan dengan insentif pelaburan hijau di Terengganu. Sehingga kini, sebanyak 12 projek utama penghasilan dan pembekalan hidrogen sama ada dalam bentuk ammonia, metanol ataupun hidrogen mampat sedang dirancang dan sebahagiannya telah dimulakan, sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri.
Untuk makluman Yang Berhormat, Malaysia Debt Venture iaitu MDV menawarkan kemudahan pembiayaan teknologi hijau di seluruh negara. Sehingga Oktober tahun ini, MDV telah meluluskan pembiayaan teknologi hijau sebanyak RM192.5 juta kepada tujuh syarikat dibawa skim NETF – National Energy Transition Facility dengan pembiayaan sejumlah RM12.6 juta bagi teknologi hijau di Terengganu.
Tuan, Puan Yang di-Pertua, menjawab sedikit dua soalan lagi iaitu dengan Yang Berhormat Batu Pahat dan berkaitan pelaksanaan program wireless bridging oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) di bawah MOSTI dan kita memang bersedia dan menyokong pelaksanaan penyelesaian capaian Internet menggunakan teknologi wireless bridging system di kawasan blind spot yang tidak diliputi oleh inisiatif JENDELA bagi meningkatkan kebolehcapaian Internet di kawasan luar bandar.
Dan hasil daripada pelaksanaan WBS ini ataupun wireless bridging system, sebelum ini ASM telah membangunkan garis panduan WBS yang dapat digunakan sebagai panduan lengkap untuk mana-mana pihak berkuasa tempatan di kawasan yang ketinggalan dan terbatas capaian Internet di seluruh Malaysia untuk mereka guna pakai teknologi ini bagi menyelesaikan masalah capaian Internet di kawasan
Tuan Chang Lih Kang
masing-masing. Dan garis panduan juga tersedia untuk dirujuk oleh mana-mana pihak yang berminat.
Setakat ini, di Johor telah mengenal pasti sebuah kampung yang berpotensi untuk menjadi lokasi penggunaan sistem WBS. Tertakluk jika peruntukan dapat disediakan, pihak Akademi Sains Malaysia bersedia bekerjasama dan memberikan komitmen untuk menjayakan inisiatif ini. Mudah-mudahan boleh dapat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih YB Menteri.
Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Yang Berhormat Batu Pahat. Dan seterusnya, tentang penglibatan MYSA dalam penghasilan Peta Bahaya Seismik Malaysia, seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Mersing. Pihak MYSA tersedia kepakaran teknologi angkasa dan bersedia bekerjasama dengan agensi- agensi berkaitan dalam membekalkan maklumat untuk pelbagai kajian, khususnya melibatkan pemetaan geospatial struktur geologi berasaskan teknologi angkasa.
Ketika ini, MYSA sedang melaksanakan inisiatif penyelidikan dan pembangunan untuk menentukan kesan gerakan permukaan bumi akibat kejadian gempa bumi di Malaysia menggunakan teknologi remote sensing dan teknologi interferometry.
MOSTI melalui MYSA juga bersedia untuk terlibat dalam mengemas kini sebarang pemetaan berkaitan geospatial dan geoseismik, khususnya melalui penggunaan imej satelit serta teknik interferometry. Inisiatif ini akan dapat membantu usaha pengenalpastian kedudukan sesar aktif dan kesan pergerakan permukaan bumi yang merupakan maklumat penting untuk tujuan pengurusan geobencana negara.
Tuan, Puan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian saja maklum balas saya untuk kali ini dan terima kasih sekali lagi diucapkan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Masa ada lagi.
Tuan Chang Lih Kang
Semua...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tuan Yang di-Pertua, boleh tanya sikit Menteri? Ada lagi 9 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkaskan.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Boleh ya?
Tuan Chang Lih Kang
Boleh-boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ringkas ya.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Boleh kan?
Bukan selalu kita jumpa ni. Saya duk tengok dalam dia punya bajet ni, commercialization ni, dia bajet dia lebih besar daripada R&D eh. R&D 103 juta, commercialization 184. MIGHT sendiri saya tak tahu macam mana dia nak buat commercialization ni. Dia dapat banyak MIGHT ni sampai 106 juta. Dia tak begitu seimbang sebab kita R&D kurang, commercialization banyak. Apa commercialization yang kita nak buat?
Keduanya, saya lihat penglibatan MOSTI dalam semiconductors, E&E, NSS yang kita nak buat, NIP sebagainya begitu kurang sekali. Saya lihat MIMOS boleh main peranan ini dan saya nak bagi contoh tadi, Ipoh Timor sebut fasal organisasi di luar negara. Taiwan ada sebuah organisasi yang cukup hebat dalam bidang ini, iaitu apa yang dia panggil E3, Industry Technology Research Institute, yang depa champion benda ni.
Tapi sekarang kita— semikonduktor dia tak ada champion, [Tidak jelas] buat, sini lah buat the end kita will end with nowhere. Boleh tak Yang Berhormat Menteri, kita fikirkan bagaimana kita nak memperkasakan MIMOS ini sebagai menjadi the champion di institut untuk semiconductor especially. Yang lain-lain dia boleh buatlah, macam digital semua dia boleh buat. I know dia good in computer and all that. Saya kenal ramai former CEO MIMOS people. Minta apa ni, pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Basu, yang begitu arif dengan ekosistem ini. Sebenarnya memang tahun ini kerajaan memberi penekanan pada commercialization lebih daripada R&D. Dia terpulang pada fokus kerajaan untuk setiap tahun. Di mana ada kalanya kerajaan memberi tumpuan pada R&D yang dia bersifat jangka panjang dan tak ada low hanging fruits. Tetapi pada tahun ini, kerajaan rasa walaupun kita ada banyak produk R&D yang bagus, tetapi kalau kita gagal untuk commercialize-kan produk R&D kita, tidak gunalah kita duduk atas pattern yang sedia ada. So, itulah sebabnya tumpuan untuk tahun 2026 adalah pengkomersialan. Dan kita akan bincang dengan...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Menteri, saya tak berapa nampak peranan MIGHT ni in commercialization. Dia pun tak banyak research sebenarnya. So, macam mana MIGHT boleh main peranan penting dan diberikan peruntukan yang begitu banyak?
Tuan Chang Lih Kang
Yang untuk peruntukan yang banyak itu, dia ada projek-projek khususlah. Sebenarnya MIGHT dia bukan, bukan dari segi R&D tetapi
Tuan Chang Lih Kang
dari segi pembiayaan dana juga ada venture tech dan juga ada projek-projek khusus seperti konsortium angkasa, konsortium REE dan lain-lain. So, pada tahun depan, MIGHT akan memberikan tumpuan pada pengkomersialan teknologi REE juga.
Dan itu sebabnya kita memberikan peruntukan yang agak besar kepada MIGHT. Dan seterusnya tentang semikonduktor, saya berterima kasih lah kepada Kubang Pasu dan memang kita mengakui bahawa kita not enough, kita tak cukup baik dalam membantu sektor semikonduktor ini dan MIMOS boleh memainkan peranan yang lebih besar tetapi itulah kita juga bergantung pada dana daripada kerajaan tetapi kali ini kita akan...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
YB Menteri, saya nampak sekarang ni macam...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
hari ini, apa ni, semikonduktor ni MITI duk buat. MITI is not R&D organisation.
Tuan Chang Lih Kang
Ya, ya.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
So, I think MIMOS mesti terlibatkan lebih aktif dalam benda ni. Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang
Saya setuju, saya setuju, saya setuju. MITI lebih pada industri dan R&D memang di bawah MOSTI-lah. And of course, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat, sebab ini memang juga hasrat MOSTI supaya MIMOS boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan R&D semikonduktor. Dan tahun ini juga, kita akan wujudkan satu konsortium, di mana MIMOS dengan industri-industri, pemain-pemain industri untuk mewujudkan satu konsortium memberikan tumpuan pada advanced packaging dan juga IC design.
Thank you. Terima kasih.
So, Puan Yang di-Pertua, saya rasa dengan kata-kata ini, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2026 ini. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengambil maklum akan setiap cadangan dan isu yang diajukan oleh Ahli Yang Berhormat dan sentiasa komited dan berusaha mengambil tindakan proaktif yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya menangguhkan Dewan dan mesyuarat akan bersambung semula jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.13 tengah hari]
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.06 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita sambung dengan saya menjemput Menteri Kementerian Komunikasi, 45 minit. Silakan.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang prihatin dan telah mengambil bahagian dalam memberi pandangan yang menyentuh bidang tugas Kementerian Komunikasi sepanjang sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 Peringkat Dasar.
Seramai 35 orang Ahli Yang Berhormat telah bangkitkan 45 isu bawah tanggungjawab Kementerian Komunikasi seperti berikut:
(i) industri kreatif atau ekonomi jingga;
(ii) keselamatan dalam talian;
(iii) kebebasan media atau kebebasan bersuara; dan
(iv) perkhidmatan telekomunikasi.
Yang Berhormat Kalabakan, Puncak Borneo, Balik Pulau dan Tasek Gelugor menyentuh isu industri kreatif atau industri jingga di Malaysia dapat dirancang dan dilaksana secara strategik agar menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Komunikasi melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sentiasa memainkan peranan penting dalam membentuk ekosistem ekonomi jingga yang mampan berdasarkan penekanan pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi antaranya seperti berikut.
Pertama, memperkasakan hasil penghasilan kandungan bernilai komersial tinggi dengan potensi eksport ke pasaran antarabangsa melalui program pemasaran kandungan kreatif tempatan di festival filem antarabangsa seperti Hong Kong FILMART, Marché du Film, Perancis dan MIPCOM, Perancis.
Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kedua, menyokong pembangunan harta intelek tempatan melalui pemberian pembiayaan geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) dan pemberian rebat tunai melalui insentif filem Filming in Malaysia Incentive (FIMI).
Ketiga, memperluas akses pembangunan modal insan industri kreatif tempatan melalui pensijilan dan pentauliahan.
Dan keempat, mengukuh rantaian ekosistem industri filem tempatan yang bermula dari peringkat pra-produksi, produksi dan pasca-produksi.
Melalui inisiatif seperti program pemasaran antarabangsa kandungan kreatif tempatan dan FIMI, FINAS telah mencatatkan jualan kandungan kreatif tempatan dan, dengan izin, return on investment (ROI) seperti berikut.
Di Hong Kong FILMART pada tahun 2022, jumlah yang dapat diperoleh melalui pemasaran antarabangsa kandungan kreatif tempatan FINAS adalah RM3.87 juta. Pada tahun 2024, RM1.89 juta. Di Marché du Film, Perancis tahun 2022 RM6.2 juta, 2023 RM5.08 juta. Di MIPCOM, Perancis 2022 RM0.85 juta, dan 2024 RM7.32 juta.
Melalui DKK Dana Filem Cereka, filem Babah yang telah menerima sebanyak RM800,000 telah berjaya merangkul anugerah utama dalam Festival Filem Malaysia Ke-34 (FFM34) iaitu Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Harapan dan Filem Terbaik.
Tan Sri, ada tonton ‘ke filem Babah?...
Tuan Yang di-Pertua
Belum lagi.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Belum lagi ya? Nanti kita cuba buat satu tayangan khas di Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Insya-Allah.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Manakala bagi My Creative Ventures (MyCV) pula, sejak penubuhannya pada tahun 2012, pelbagai inisiatif dalam bentuk pendanaan dan pembangunan industri telah dijalankan untuk membantu syarikat-syarikat kreatif tempatan menjadi lebih berdaya saing dan mampan, selain muncul sebagai antara pemain industri penting di peringkat antarabangsa, antaranya memperkenalkan dana pemasaran dan promosi antarabangsa di bawah Dana Kandungan Kreatif (DKK) yang bertujuan menyokong usaha pemerkasaan mobiliti artis tempatan serta memasarkan kandungan kreatif ke peringkat antarabangsa.
Sejak dana ini diperkenal pada tahun 2023, 15 buah syarikat telah menerima manfaat dan berjaya mewujudkan 118 peluang pekerjaan buat artis dan penggiat
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
seni tempatan. Dana ini adalah, untuk memasarkan karya tempatan ke pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah.
Sebagai pelengkap kepada ekosistem pembangunan industri kreatif negara, kerajaan melalui program rebat kewangan baharu— Concerts and Events in Malaysia Incentive (CIMI) yang diperkenal pada tahun lalu dengan dana RM10 juta, berperanan sebagai pemangkin kepada penganjuran konsert dan acara bertaraf antarabangsa oleh penganjur tempatan dan luar negara khusus buat venue berkapasiti sehingga 15,000 penonton.
Inisiatif ini bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan hasil pelancongan, pewujudan peluang pekerjaan dan sokongan untuk perniagaan-perniagaan tempatan.
Seiring perkembangan pesat industri muzik tempatan, Kementerian Komunikasi berhasrat untuk menganjurkan Hari Muzik Negara sebagai sambutan nasional bagi menghargai, meraikan dan memperkukuh industri muzik negara.
Hari Muzik Negara dicadangkan menjadi platform untuk meraikan muzik tempatan yang menyaksikan semua stesen radio dan televisyen menyiarkan lagu- lagu artis tempatan. Inisiatif ini bukan hanya meningkatkan kutipan royalti untuk artis, tapi juga memperluas pendedahan, pendidikan dan mencungkil bakat baharu merentasi peringkat. Matlamatnya untuk meraikan dan menghargai muzik Malaysia sebagai warisan bangsa, insya-Allah.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ambil maklum dan hargai keprihatinan Yang Berhormat Kalabakan dan Puncak Borneo— ada, Puncak Borneo, ada? [Melihat ke tempat duduk YB Puncak Borneo] Yang menekankan kepentingan agar kerajaan memberi tumpuan serius terhadap potensi industri kreatif di Sabah dan Sarawak.
Kementerian Komunikasi melalui FINAS komited dalam memperkasa ekonomi jingga termasuk bagi artis-artis di Sabah dan Sarawak...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
[Bangun]
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
...Pada 2024, FINAS telah menganjurkan 14 program pembangunan modal insan industri kreatif di Sabah dengan penyertaan 648 orang penggiat filem bagi memperkukuh kemahiran dan daya saing tenaga dalam sektor perfileman negara melalui program-program seperti Program Komuniti@FINAS di Labuan, Pulau Mutiara Borneo, Program Bicara Industri Kreatif bersama PERKESO dan kebajikan penggiat industri Sabah, Bengkel ‘Berlakon Kita Bah’, Sabah Film Lab, serta program-program seperti sesi dialog dan juga mentoring bagi penulisan skrip dan pengarahan.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kesinambungan program ini diteruskan pada tahun 2025 menerusi Sabah Film Lab dan Sabah Pitching Training, dengan izin, yang berlangsung dari 2 hingga 10 Ogos lalu dan berjaya menghimpunkan 120 orang penggiat industri filem tempatan untuk memperkukuh kreativiti dan kemahiran mereka.
Selain itu, FINAS telah menyalurkan DKK sebanyak RM324,000 pada tahun 2024 dan RM1.55 juta pada tahun 2025 kepada penggiat industri filem negeri Sabah bertujuan untuk menggalakkan penghasilan penerbitan dan penyebaran kandungan kreatif yang berdaya cipta tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa dan menghasilkan harta intelek atau IP Malaysia yang berdaya saing.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Enam projek pada tahun 2024 dan lapan pada 2025 telah berjaya mendapat sokongan dana kerajaan melalui DKK dan mewujudkan 308 peluang pekerjaan buat penggiat industri filem negeri Sabah. DKK menyumbang dengan kepada kejayaan bagi projek-projek penggiat industri filem negeri Sabah seperti berikut.
Pertama, tayangan perdana filem Air Mata di Kuala Lumpur di Rotterdam International Film Festival 2024. Penyertaan pertandingan Filem pendek Love Grandpa di Vaasa Wildlife Festival 2024 di Finland. Dan filem Syurga Dalam Botol yang telah menerima dana DKK, kategori dana First Time Amateur Filmmaker atau FAME dengan izin, pada 2023 yang waktu ini sedang ditayangkan di pawagam tempatan dan merupakan filem terbitan syarikat Sabah pertama yang telah mencapai kutipan RM1.5 juta sehingga bulan Oktober ini.
Selain itu, penggiat industri muzik di Sabah turut menerima manfaat DKK melalui MyCV. Sebanyak RM37.76 juta telah diperuntuk bagi menggalakkan aktiviti atau program muzik di Sabah sejak 2022. Antara penerima DKK dari Sabah yang berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa termasuk Tuni Sundatang yang memenangi anugerah Best in Asia (Asian Folk) di acara anugerah berprestij antarabangsa 2025 InterContinental Music Awards di Los Angeles, California.
Bagi Sarawak pula, 282 penggiat industri di negeri ini telah menerima manfaat dari enam program pembangunan modal insan industri kreatif anjuran FINAS sepanjang 2024. Antara program termasuklah sesi dialog, Program One Step Closer iaitu satu program bengkel bersama UNIMAS. Bengkel One Step Closer, Bengkel Intensif Jiwa di dalam bidang lakonan dan beberapa program yang lain.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Peruntukan DKK industri filem juga dipertingkat untuk mengoptimumkan potensi industri kandungan kreatif di Sarawak dengan menyalurkan sebanyak RM1.97 juta pada tahun 2025— peningkatan berbanding RM460,000 pada tahun 2024. Dari program atau kategori dana DKK yang diperkenal, lima projek penggiat industri filem negeri Sarawak telah berjaya menerima DKK pada 2024 dan 10 pada tahun 2025. Melalui penyaluran DKK buat penggiat industri filem di Sarawak, 55 peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan pada 2024 dan 300 peluang pekerjaan baharu pada 2025.
Filem Tegkang yang menerima DKK telah mencipta kejayaan antaranya Anugerah Pembikin Filem Baharu Terbaik di First-Time Filmmaker Showcase di London dan Anugerah Borneo Arts & Creative Awards 2024 serta dua anugerah pada Festival Filem Malaysia 34.
Sebagai tambahan, MyCV melalui DKK Industri Musik telah menyalurkan RM869,000 bagi penggiat industri muzik di Sarawak pada 2023 melalui Dana Irama Perpaduan 2023, Dana Persembahan Muzik 2.0, Dana Kebolehan Pasaran 2023 dan Dana Kebolehan Pasaran 2.0 yang telah mencipta 430 peluang pekerjaan di Sarawak.
Yang Berhormat Tasek Gelugor menyentuh mengenai perancangan kementerian melalui Belanjawan 2026 untuk menangani masalah modal dalam kalangan penggiat seni dan industri perfileman. Kementerian Komunikasi sentiasa cakna terhadap cabaran yang dihadapi penggiat industri kreatif khusus berkaitan kekangan modal bagi mengembangkan aktiviti dan perniagaan mereka.
Sehubungan itu, FINAS telah berusaha untuk memastikan industri filem dalam negara kita lebih berdaya saing dengan sokongan pembiayaan penerbitan DKK. RM10 juta telah dikhususkan buat penerbitan bergenre kenegaraan dan agenda nasional dalam usaha Kementerian Komunikasi menyokong Dasar Perpaduan MADANI.
Seterusnya, Insentif Galakan Penggambaran Filem di Malaysia atau Film in Malaysia Incentive (FIMI) berfungsi sebagai mekanisme strategik yang bukan hanya menarik pelaburan baru ke dalam negara, tetapi juga membantu penggiat industri menampung kos pengeluaran melalui insentif penggalakan yang dikawal selia FINAS.
Melalui FIMI, penerbit filem tempatan dan antarabangsa digalakkan menjalankan penggambaran dan penerbitan di Malaysia dengan memberi keutamaan kepada penggunaan sumber tempatan termasuk tenaga kerja kreatif,
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
lokasi dan kemudahan teknikal. Inisiatif ini secara langsung dapat membangunkan rantaian nilai industri perfileman, membuka peluang pekerjaan dan memastikan penggiat seni tempatan mendapat manfaat dari aktiviti penerbitan berskala besar yang dijalankan di Malaysia.
FINAS sebagai agensi pelaksana akan menilai setiap permohonan FIMI berdasarkan nilai pelaburan, potensi projek, sumbangan kepada pembangunan industri serta tahap penggunaan sumber tempatan. Sektor sasaran inisiatif ini meliputi filem cereka, siri televisyen, dokumentari, animasi, program realiti serta kandungan digital bagi pelbagai platform termasuk penstriman.
Pendekatan ini membolehkan dana kerajaan diagih bukan hanya kepada syarikat besar, tapi juga kepada syarikat produksi kecil dan sederhana yang sering menghadapi masalah modal untuk memulakan penerbitan.
Tan Sri Yang di-Pertua di samping itu, kementerian ini melalui MyCV berperanan sebagai sebuah Developmental Funding Institution atau DFI dengan izin, yang menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan seperti single contract financing serta pelaburan ekuiti dalam syarikat-syarikat kreatif yang mempunyai potensi nilai komersial untuk dimajukan.
MyCV turut melaksana pelbagai program sokongan berbentuk geran bagi membantu pertumbuhan industri kreatif negara, antaranya termasuk: dana kandungan kreatif industri muzik yang merangkumi pertama, Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa (DPPA) serta Dana Pemasaran dan Promosi Domestik
(DPPD) bagi menyokong mobiliti penggiat dalam memasarkan dan mempromosi artis serta karya tempatan di peringkat antarabangsa dan domestik.
Kedua, Dana Kebolehan Pasaran (DKP) bagi menyokong penghasilan karya muzik baru. Ketiga, Dana Persembahan Muzik (DPM) bagi membantu penghasilan serta penganjuran acara muzik tempatan. Selain itu, Skim Dana Padanan MyCreatif iaitu geran padanan 1- dengan-1 sehingga RM250,000 turut diperkenal bertujuan membantu penggiat kreatif menghasilkan karya baharu yang berdaya saing.
Yang Berhormat Jerai, Bangi, Julau, Bentong...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang Berhormat Menteri, sedikit?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih atas jawapan yang diberikan kepada soalan saya tadi. Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
menyentuh mengenai isu modal yang banyak dipersoalkan oleh penggiat-penggiat seni terutamanya produser-produser filem yang bertemu dengan saya.
Isu yang mereka timbulkan ialah, dana daripada kerajaan memang ada sepertimana yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, tetapi kalau jumlahnya sekitar RM2 juta, RM3 juta, RM250,000, RM300,000 dan sebagainya ‘nak buat satu filem pun ‘tak cukup yang Yang Berhormat Tan Sri. Jadi ini menuntut supaya kerajaan memperbanyakkan lagi ruang untuk membolehkan produser- produser filem ini mendapat dana modal awal— yang banyak menjadi tumpuannya ialah pemasaran. Sedangkan isunya yang dihadapi oleh produser-produser kita yang berpotensi ini ialah dana awal modalnya.
Dan yang kedua Tan Sri, kalau kita lihat juga dari segi content yang dikeluarkan oleh penggiat-penggiat seni dalam negara kita banyak sebenarnya yang berpotensi untuk bersaing di pasaran antarabangsa. Malangnya bagi saya, dalam perjanjian yang kita tandatangani dengan Amerika Syarikat baru-baru ini, ada klausa yang memaksa Malaysia untuk mengeluarkan atau membatalkan requirement in broadcast licensing agreement that broadcast stations devote 80 percent of terrestrial airtime to local Malaysian programming and Malaysia shall allow broadcasting of foreign programming during prime time. Ini akan mengurangkan ruang untuk kita menyiarkan siaran tempatan sendiri.
Kenapa pihak kementerian bersetuju dengan agreement yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat ini sedangkan ia memberi kesan yang negatif kepada industri di negara kita?
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, pertama saya ucapkan takziah dan semoga Yang Berhormat Tasek Gelugor bersabar menghadapi dugaan yang sangat besar ini. You're a good man dan tak wajar diperlakukan sedemikian rupa. Saya harap keadilan dapat ditegakkan oleh— untuk Yang Berhormat.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya ucap terima kasih. Yang Indera Mahkota pun sama jugalah.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Pun seorang lagi mangsa. Jadi saya amat hargai ya. Mungkin boleh buat filem nanti.
Baik Tan Sri Yang di-Pertua, berkenaan dua perkara yang dibangkitkan oleh Tasek Gelugor memang betul. Isu yang berbangkit untuk pembikin filem khususnya produser, penerbit ialah mencari modal.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Itu antara sebab dalam perbincangan saya dengan beberapa guru, beberapa veteran dalam bidang ini, dalam sektor ini, ramai yang merasakan perlu ada satu insentif yang berbeza. Mungkin bukan dana di awal, tetapi sebagai rebate dengan izin, seperti FIMI. Jadi sebelum ini FIMI kita khususkan untuk filem-filem antarabangsa, tapi kita buka sekarang untuk filem-filem yang diterbitkan secara tempatan.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Dan ini membantu termasuk filem-filem— ini, pandangan ini disampaikan kepada saya oleh Datuk Yusof Haslam dari Skop Productions. Beliau merasakan dari kita memberi dana terus di awal— kerana FINAS pun menerima teguran Audit mengenai dana yang sebelum ini pernah disalahgunakan oleh penerbit untuk bukan membikin filem, tapi membikin pembelian aset-aset yang tak ada kaitan langsung dengan filem. Jadi, beberapa perkara ini perlu diperinci.
Saya juga lihat ada ruang untuk dengan izin, commercial banks ya, bank- bank komersial...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik. Bagi saya selesaikan ini dulu.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Untuk bank-bank komersial mengambil bahagian, kerana kalau kita lihat filem-filem terbitan baru-baru ini banyak yang telah pecah panggung, dengan filem Blood Brothers: Bara Naga mengutip lebih RM75, RM76 juta dan filem-filem sekarang boleh menerbit. Jika dibuat dengan baik, kita boleh— dia boleh, memang pulangan yang sangat besar berbanding dengan kos yang diperlukan.
Berkenaan dengan isu yang kedua, MCMC telah memberi jawapan.
Sebenarnya syarat itu telah lama tidak wujud Yang Berhormat dan ia telah tidak wujud sejak Akta Komunikasi dan Multimedia digubal pada tahun 1998. Jadi, semua lesen-lesen baharu untuk penyiar sejak Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 digubal dan berkuat kuasa, tidak lagi mempunyai syarat seperti itu. Sebelum itu ya, tapi sekarang memang dah tak ada. Jadi, boleh rujuk dengan kenyataan. Nanti saya panjangkan.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Jadi, adakah masih wujud apa-apa kuota yang memberi kelebihan kepada produk-produk tempatan kita? Dan kalau tak ada, sebab apa ditulis dalam perjanjian dengan Amerika Syarikat yang baharu ditandatangani minggu lepas?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya, itu yang Amerika Syarikat.
Dia kadangkala dalam ada beberapa perkara yang mungkin mereka merasakan mereka ingin dalam bentuk hitam putih, tapi memang sekarang tidak ada dikenakan syarat seperti itu. Untuk mana-mana syarikat yang ingin melakukan siaran, lesen- lesen baharu tidak lagi dikenakan seperti itu, tapi sama ada sesebuah syarikat itu mendapat lesen ataupun tidak, itu terpulang kepada suruhanjaya untuk meneliti.
Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setuju dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi mengenai mutu filem yang dikeluarkan oleh Skop Productions ini memang ada international standard, especially filem Blood Brothers dan juga KL Gangsters dan sebagainya, tapi sekarang ini banyak filem kita yang dikeluarkan di peringkat nasional. Jadi, saya rasa dia punya kualiti itu sudah ada. Jadi mungkin sudah sampai masanya kita bagi apa ini, film output incentive daripada insentif awal. Kita bagi insentif apabila mereka mengeluarkan filem dan berjaya mempromosikan filem ini di peringkat nasional dan antarabangsa. Kita bagi insentif kepada mereka sebagai galakan.
Jadi, adakah kementerian berhasrat untuk mengadakan perkara ini? Dan kalau boleh, keluarkan filem kita yang sudah ada standard ini pada ketika ini kepada internasional selain yang boleh dipasarkan kepada negara luar. Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih. Yang Berhormat, memang benar. Kita lihat banyak daripada filem-filem kita berpotensi untuk pergi jauh, Tan Sri Yang di-Pertua. Dan isu kita adalah, dari segi punca kuasa bagi beberapa perkara yang mungkin saya setuju, saya akan minta supaya pihak FINAS meneliti. Kita berhasrat untuk merancakkan lagi usaha membawa dan mempromosikan filem-filem yang dibikin di Malaysia ke peringkat setidak-tidaknya di peringkat ASEAN.
Kalau sebelum ini kita dapati ada sedikit masalah Tan Sri Yang di-Pertua, mengenai apa yang kita kata sebagai distribution di peringkat ASEAN, tapi saya percaya dengan selesainya Kepengerusian ASEAN dan keupayaan yang telah terbina, terhasil daripada ruang diplomasi itu, saya percaya ada beberapa perkara
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
yang boleh disusuli. Insya-Allah, saya akan buat, saya akan cuba untuk bina dan tingkatkan kerjasama dengan rakan-rakan sejawat di peringkat ASEAN setidak- tidaknya. Terima kasih Yang Berhormat.
Saya Tan Sri Yang di-Pertua, ingin ambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan selamat datang ke Parlimen bagi para influencers dari Ratio:Cause ya, selamat datang. Dan juga kepada Wanita KEADILAN Kuala Lumpur, selamat datang.
[Tepuk] Jadi, boleh tengok betapa baiknya kita berinteraksi walaupun beza pandangan, tapi kita boleh berbahas dengan baik ya, insya-Allah. Yang Berhormat Jerai, Bangi, Julau, Bentong, Sungai Petani, Jelebu, Kubang Kerian, Pulai, Jerantut, Kuala Pilah dan Bandar Kuching menyentuh tentang risiko pendedahan kanak-kanak kepada kandungan mudarat di media sosial dan mengesyorkan pelaksanaan kaedah pengesahan umur serta identiti pengguna.
Tan Sri Yang di-Pertua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau MCMC melaksanakan fungsi kawal selia dan penguatkuasaan berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Akta 588 serta undang-undang lain yang berkuat kuasa.
Sehubungan itu, sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia, MCMC mengambil pendekatan menyeluruh bagi memastikan kandungan berunsur mudarat dapat dikawal, sekali gus melindungi golongan rentan khususnya remaja dan kanak-kanak. Dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Oktober tahun ini, MCMC telah mengemukakan sebanyak 1,521 permohonan kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan jelik atau jelik melampau melibatkan kanak- kanak. Dari jumlah itu, 96 peratus bersamaan 1,456 kandungan telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan garis panduan komuniti mereka dan aplikasi undang-undang tempatan yang relevan.
Bagi mewujudkan ekosistem rangkaian Internet yang lebih selamat dan lestari untuk semua, terutama untuk kanak-kanak dan keluarga, MCMC telah melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial yang memenuhi keperluan pelesenan untuk memohon dan mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi atau ASP(C) bawah Akta 588 bermula 1 Januari 2025.
Di bawah kerangka perlesenan ini, terdapat Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) untuk penyedia perkhidmatan pesanan Internet dan penyedia perkhidmatan media sosial. Kod ini antara lain, menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja dari kandungan yang memudaratkan.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kerajaan juga telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau Akta 866 bagi memperkukuh keselamatan dalam talian di Malaysia. Akta ini bertujuan untuk mengawal selia kandungan memudaratkan serta menetapkan kewajipan dan obligasi bagi penyedia pemberi perkhidmatan aplikasi, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, dan pemberi perkhidmatan rangkaian yang dilesenkan. Ketika ini, MCMC sedang membangunkan 10 perundangan subsidiari di bawah Akta 866 yang akan memperincikan tanggungjawab penyedia perkhidmatan yang dilesenkan dalam mengurus kemudaratan dalam talian...
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, Bangi bangun.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya, sila Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, Menteri. Terima kasih YB Menteri kerana jawab soalan yang telah dibangkitkan oleh saya. Saya ada dua perkara yang saya nak bangkitkan. Pertamanya adalah, saya fikir keputusan kerajaan untuk melesenkan media sosial ini in hindsight dengan izin, telah membuktikan bahawa ia nya amat diperlukan.
Kerana dengan pelesenan inilah kita dapat menguatkuasakan undang- undang dan memastikan bahawa penyedia platform ini menyediakan satu persekitaran yang selamat untuk anak-anak kita. Jadi walaupun ya lah, kita tahu terdapat banyak kritikan pada ketika itu, but the government's effort has been proven, right dengan izin. Itu pertama.
Kedua, saya nak sentuh juga tentang mutakhir ini ada perbincangan tentang bagaimana permainan game memberi kesan, impak yang negatif kepada kanak- kanak. Saya cuma nak mengingatkan kita semua supaya jangan mengambil tindakan yang begitu drastik sebab saya ada dengar, ada yang kata nak haramkan terus Roblox dan sebagainya. Kerana saya fikir bahawa itu adalah satu tindakan yang disproportionate dengan izin.
Saya fikir ada cara untuk kita melihat bagaimana kita nak pastikan bahawa permainan video seperti Roblox ini yang mana secara natijahnya adalah selamat. It is safe for kids. Cuma, mungkin elemen atas talian itu yang perlu kita lihat. Jadi, kita wajib melihat macam mana kita nak perketatkan penggunaan media online itu, online game ini supaya pastikan bahawa kanak-kanak bawah umur 16 tahun tak menggunakan apa, akaun ibu bapa mereka ke untuk pergi online, tapi janganlah sampai kita nak bercakap tentang haramkan game dan sebagainya. Sebab saya terus terang, saya daripada kecil dulu sampai sekarang saya masih gamer, tapi saya jadi orang juga Tan Sri Yang di-Pertua.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Kuching, ya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh tanya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya cuma nak tanya, tadi Yang Berhormat Menteri ada menjelaskan bahawa ada 10 subsidiari pindaan yang akan dibuat terhadap akta tersebut. Saya nak tanya tentang isu kita nak mengesahkan had umur pengguna tersebut. Jadi, kalau kita nak mengesahkan had umur, apakah akta yang akan digunakan?
Adakah satu akta khusus seperti Online Safety Act di Australia ataupun di UK? Kerana, jika kita guna akta pelesenan tersebut, ia hanya untuk lapan juta user perlu dapatkan lesen, tetapi we know there are lot― banyak platform kecil yang mereka ‘tak sampai lapan juta dan banyak kandungan negatif sebenarnya dalam platform tersebut.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Bandar Kuching, terima kasih Bangi. Saya setuju. Sebenarnya untuk beberapa permainan dalam talian Tan Sri. Tan Sri pernah main Roblox?
Tuan Yang di-Pertua
Tak pernah.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tak pernah ya?
Tuan Yang di-Pertua
Saya terlalu muda untuk itu.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terlalu muda.
[Ketawa] Dia adalah permainan percuma, tetapi ada beberapa aspek elemen dalam permainan ini yang ramai merasakan berpotensi untuk mendatangkan kemudaratan. Jadi, memang Roblox sendiri ada bertemu dengan saya dan Timbalan Menteri baru-baru ini untuk memberi sedikit penjelasan. Dan dalam sesi penjelasan itu, saya telah menjelaskan kepada pihak Roblox bahawa saya sendiri telah mengharamkan anak saya dari bermain Roblox. Bukan sebab apa, tapi sebagai seorang bapa, saya melihat bila anak saya terlalu ralit dia mungkin bukan macam Yang Berhormat Bangi, tapi dia terlalu ralit sampai ...
Tuan Yang di-Pertua
Obses ya.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Studies dia terkesan dengan izin ya. Bila dipanggil makan, kadang-kadang tak datang. Dan saya tengok dari segi dia sebagai seorang anak 12 tahun, sewajarnya bermain dengan kawan-kawan di luar.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi, ada beberapa keputusan yang saya sendiri buat sebagai seorang bapa untuk memastikan anak saya boleh menjadi seorang manusia seperti Yang Berhormat Bangi, tapi yang saya nak tekankan Tan Sri, kerajaan boleh menggunakan lesen, boleh mengharamkan, tapi kita sebagai ibu bapa juga ada peranan. Peranti bukan pengasuh, peranti bukan pengasuh, peranti bukan pengganti ibu bapa. Jadi, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada anak-anak, luangkan masa, tengok apa yang mereka tengok, main apa yang mereka main.
Saya bercakap dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri dan beliau sebelum ini tidak tahu apa yang dimainkan oleh anak beliau dalam permainan Roblox. Bila saya sebut anak saya diharamkan, anak dia pula yang marah. [Dewan ketawa] Tapi bila saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk meneliti, menelusuri permainan Roblox, barulah dia tahu apa yang terkandung di dalamnya.
Insiden baru-baru ini Tan Sri, seorang kanak-kanak sembilan tahun mengelar leher adik beliau sendiri yang berumur 6 tahun, ada kaitan dengan Roblox, tapi bukan dalam permainan. Dari laporan media mengenai siasatan polis menunjukkan bahawa dia berkait dengan, dalam permainan itu boleh dikumpul mata ataupun points ataupun Robux, tapi yang berlaku adalah adiknya telah merosakkan handphone itu, maka hilang semua point ini. Jadi, dari emosi amarah itu, maka adik dicederakan. Bermaksud, ada isu dari segi emosi bagaimana untuk menguruskan— dan ibu bapa juga wajar prihatin terhadap perkara ini supaya anak-anak boleh mengawal emosi dan bermain permainan dengan baik.
Indera Mahkota.
Tuan Yang di-Pertua
Bandar Kuching dulu. Kepada YB menjawab ya, Bandar Kuching. Soalan.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, saya jawab Bandar Kuching dahulu, baru saya ke― saya benarkan Indera Mahkota.
Untuk Bandar Kuching, memang ada sepuluh dengan izin, subsidiary instrument yang sedang diteliti oleh MCMC yang akan membantu untuk melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Talian. Akta Keselamatan Dalam Talian hasratnya adalah untuk dipakai, diguna pakai terhadap pemberi perkhidmatan, platform-platform media sosial, mereka yang menghasilkan game dan sebagainya.
Akta Komunikasi lebih kepada pengguna. Jadi, asasnya ialah platform- platform ataupun entiti-entiti itu perlu dilesenkan sebelum Akta Keselamatan Dalam Talian boleh diguna pakai terhadap mereka. Adakah kita ada kemampuan itu? Ada.
Adakah ada beberapa pihak yang cuba sedaya upaya untuk melobi supaya tidak
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
dilesenkan? Ada. Termasuk beberapa entiti yang hadir sekitar kita, di luar Dewan, ada, tapi Tan Sri Yang di-Pertua, waktu saya angkat sumpah depan― di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan Perlembagaan dan kita semua juga mempertahankan Perlembagaan, maka saya lihat ada keperluan untuk kita melihat dengan izin, the national objective, hasrat untuk membangunkan sebuah negara bangsa.
Jadi, kita tak boleh benarkan big tech dengan izin, syarikat-syarikat besar ini.
Memang mereka besar, tapi mereka tidak lebih besar dari Perlembagaan dan undang-undang kita. Maka kita lihat ada kewajaran untuk mereka. They can do business, Tan Sri Yang di-Pertua, tapi mereka wajib patuh kepada undang-undang kita.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Tuan Yang di-Pertua, ini berkaitan, tapi saya nak tuju kepada Tuan Yang di-Pertua. Kita, bila berlaku daripada Zara sampai pembunuhan, banyak cadangan, termasuklah― saya setuju dengan Bangi, jangan ambil ini jerk reaction— terus nak haram semua benda itu.
Ditekankan soal pendidikan.
Cuma untuk perhatian Tuan Yang di-Pertua, Jawatankuasa Pilihan— Wanita, Kanak- kanak dan Pembangunan Masyarakat Parlimen Kelima Belas memanggil beberapa taklimat termasuk berkaitan dengan keselamatan digital, perlindungan kanak-kanak, ancaman siber, penyalahgunaan media sosial. Saya mencadangkan Tuan Yang di- Pertua, di bawah kepengerusian Tuan Yang di-Pertua, boleh monitor sikit. Sebab banyak select committee sedang aktif bicara soal-soal ini supaya benda ini betul- betul well orchestrated. Terima kasih.
Dan saya setuju Yang Berhormat, jangan, jangan― dia sebenarnya ibu bapa yang kena jaga...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
[Bangun]
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Ya.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Dia lebih daripada yang lain.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kita tahu tak apa yang anak- anak, cucu-cucu kita tonton dalam YouTube sebagai contoh, kita tahu tak? Apa kesan algoritma bila anak-anak, cucu-cucu kita klik, like, share sebarang kandungan?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Subscribe.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Subscribe, ya. Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan. Namun, soalan saya adalah, punca kuasa kita nak lakukan pengesahan had umur tersebut, bukan perlesenan?
Saya juga nak tanya, jika kita guna mekanisme pengesahan had umur, contohnya yang dicadangkan EKYC, di mana data tersebut akan disimpan? Adakah di bawah platform ataupun akan di sebelah kerajaan? Saya telah cadangkan berapa cadangan supaya data tersebut tidak ditransfer kepada platform, tetapi kepada kerajaan. Jadi, minta penjelasan Menteri.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih Bandar Kuching.
Tan Sri Yang di-Pertua, ada beberapa perkara.
Pertama, saya dah bayangkan bahawa cara untuk kita menguruskan isu ini adalah, melalui Akta 866, ONSA. Dia memang― sebab dia adalah Akta yang dikhususkan, ditujukan kepada platform. Jadi, di situ kita lihat ada punca kuasanya, tapi platform-platform itu mesti dilesenkan. Maka Akta 588 terpakai, Akta Komunikasi dan Multimedia. Dan sudah pasti sekiranya kedua-dua akta ini diguna pakai, masa yang sama Akta Perlindungan Data Peribadi turut terpakai. Jadi, untuk transaksi- transaksi komersial ataupun data keselamatan, data peribadi ini akan juga diguna pakai.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tapi kaveat lapan juta pengguna untuk pelesenan tersebut. How do we go past that, dengan izin? Sebab banyak platform lain yang ada kurangnya pengguna, tetapi sebenarnya kandungan negatif lebih banyak di sana sebab filter untuk laman yang lebih besar. I’m not defending them, I don’t like them, tapi mereka filter sebenarnya lebih baik.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik, ya. Jadi ada beberapa perkara, itu adalah strategi saya. Kalau saya cerita semua nanti. Jadi, tapi insya- Allah, kita sedang meneliti. Saya bagi contoh, isu baru-baru ini seorang kanak-kanak 12 tahun bermain satu aplikasi bernama Omi. Ahli-ahli Yang Berhormat tahu Omi itu apa? Yang tahu pernah guna ‘ke? Omi ini adalah dengan izin Tan Sri― saya harap Tan Sri tak pernah guna lah.
Tuan Yang di-Pertua
Tak pernah, tak pernah, tak pernah.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Dia adalah dating apps.
Tuan Yang di-Pertua
Saya very conservative.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
*Very conservative.
[Ketawa]* Baik, tapi budak 12 tahun boleh guna dan dia berkawan dengan seorang dewasa yang akhirnya mengakibatkan dia diperlakukan dengan sangat jijik. Jadi, kerajaan
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
tidak akan berpeluk tubuh. Kita punya punca kuasa, kita punya undang-undang dan kita hormat jalur hukum. Maka saya telah minta supaya pihak MCMC meneliti dan dalam masa yang tak terlalu lama, saya harap kita boleh buat beberapa pengumuman.
Maqasid-nya adalah menyelamatkan nyawa, menyelamatkan harta, memastikan di samping pada ketika kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah 5G, Internet yang laju, yang meluas, yang murah, Internet itu wajib lebih selamat terutama untuk kanak-kanak dan keluarga.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Tan Sri Yang di-Pertua, saya dalam tujuh, lapan minit yang berbaki ini ingin menyentuh beberapa perkara lain, kalau saya sempat.
Yang Berhormat Tasek Gelugor dan Bandar Kuching ada menyentuh mengenai isu kebebasan media dan kebebasan bersuara. Kerajaan sentiasa menyokong dan mengangkat prinsip kebebasan media dan menjamin hak kebebasan bersuara rakyat menurut Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, kebebasan bersuara bukan bersifat mutlak, sebaliknya harus dilaksana secara bertanggungjawab, beretika dan mengambil kira kepelbagaian budaya dan agama yang mencorakkan masyarakat majmuk dalam negara kita. Namun demikian, kebebasan media hendaklah didukung dengan kod etika bagi memastikan ia tidak disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam perihal ini, Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh, melalui undang-undang, mengenakan sekatan ke atas kebebasan bersuara tersebut apa-apa sekatan yang didapati perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moraliti dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana dewan undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah atau pengapian apa-apa kesalahan.
Dalam memastikan undang-undang sedia ada sentiasa relevan dan dapat menangani isu-isu semasa, Akta 588 telah dipinda melalui Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2025 berkuat kuasa 11 Februari 2025 setelah diwartakan pada 7 Februari 2025.
Berhubung pelaksanaan hak kebebasan bersuara dalam ruang lingkup undang-undang yang dikuatkuasa oleh MCMC, seksyen 233 Akta 588 melarang
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi, termasuk media sosial, telah dipinda bagi memasukkan elemen-elemen baru iaitu elemen jelik melampau dan elemen niat untuk melakukan kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan serta memasukkan enam huraian mengenai sifat komunikasi tersebut, di mana huraian tersebut boleh dijadikan panduan kepada orang ramai, pihak penguat kuasa, pihak pendakwaan dan badan kehakiman. Pindaan ini juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan, integriti dan kebertanggungjawaban ekosistem dalam talian di Malaysia tanpa mengetepikan hak kebebasan bersuara.
Kementerian Komunikasi bertanggungjawab dalam menyampaikan mesej dan dasar semasa kerajaan merupakan wadah untuk menyuarakan kebenaran dan memperkukuh kepercayaan rakyat serta membina masyarakat berteraskan nilai-nilai MADANI. Sehubungan itu, tindakan yang dilaksana bukanlah menyekat kebebasan bersuara, tapi untuk menjaga keseimbangan antara kebebasan bersuara dan perlindungan masyarakat secara keseluruhannya, seterusnya menjamin keharmonian serta kesejahteraan negara...
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
[Bangun]
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
...Masyarakat Malaysia perlu membudayakan kebebasan bersuara yang sihat dan penuh hikmah bagi menjaga kemaslahatan setiap individu dan masyarakat demi menjamin keharmonian negara.
Tuan Yang di-Pertua
Shah Alam bangun.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Ya, Shah Alam. Terima kasih Tan Sri dan Yang Berhormat Menteri. Saya juga ada bangkitkan hari itu berkenaan dengan tindakan yang dilakukan secara bersepadu oleh pihak Kementerian Komunikasi,
Jabatan Perdana Menteri
Hal Ehwal Agama dan juga Perpaduan untuk nak menangani isu-isu yang berkenaan dengan berita palsu, fitnah ini.
Sebab, di kalangan masyarakat di luar, mereka merasakan seolah-olahnya isu ini masih lagi belum nampak keberkesanannya walaupun dengan pindaan undang-undang yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Jadi, apakah langkah yang boleh diambil untuk menangani isu-isu yang seperti ini supaya kita nampak kesan daripada perubahan undang-undang tersebut? Terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Memang kita dalam suasana sekarang perlu terima realiti bahawa― secara umumnya, satu ketika dulu, semua yang sampai kepada kita, kita anggap benar belaka sehingga dia dibuktikan tidak.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Dengan izin― ataupun kalau kita ambil maksim perundangan, innocent until proven guilty...
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
[Bangun]
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
...Tapi realitinya Tan Sri Yang di- Pertua, terutama dengan wabak ataupun virus misinformation, berita palsu dan sebagainya, lebih wajar kita mengambil satu sikap yang lebih konservatif, macam Tan Sri Yang di-Pertua, dalam beberapa hal dan kita mengambil pandangan semua yang datang kepada kita adalah, tidak betul kecuali telah disahkan betul, yang mana kalau kita ubah maksimnya menjadi guilty until proven innocent dari segi maklumat yang sampai kepada kita.
Ada seorang, saya lihat, seorang pempengaruh di Terengganu. Saya tonton video yang beliau menjelaskan tentang keberadaan Donald Trump dan sebagainya dengan sangat mudah, tapi dia menggunakan satu ayat dalam membicarakan tentang berita palsu yang tersebar dan banyak yang disebarkan pada waktu itu berkenaan dengan lawatan tersebut dan beliau perkatakan banyak daripada komentari ini nampak betul, tapi salah ya.
Jadi, saya harap selain daripada perundangan, memang kita boleh ambil satu sikap untuk berkeras dalam beberapa perkara, tapi kita bukan police state.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
[Bangun]
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kalau boleh, kita nak pastikan bahawa maklumat dapat disaring oleh pengguna. Pengguna mainkan peranan yang sangat penting. Kita bukan hanya tak nak mengharamkan game― contoh, ya, tapi kita nak pastikan supaya pengguna juga fasih, faham dan boleh membuat penilaian sendiri tentang sesuatu berita. Sekiranya datang kepada kamu berita mengatakan di Tambun ada snow― tak ada. Kalau berita datang kepada kamu di Hulu Gerik ada cable car― tak ada...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
[Bangun]
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Jadi, bagi saya, dapat je maklumat, sahkan dulu. Bagaimana kita nak sahkan? Semak, barulah kita sebar.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, minit terakhir, satu minit tu mengenai Internet di kawasan. Saya ada bangkitkan masalah Internet.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik. Itu saya akan jawab bertulis kerana khusus. Tasek Gelugor.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Okey, terima kasih.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Saya simpatisan. Jadi...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ya, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan mengenai kebebasan bersuara dan kebebasan untuk kita bercakap dalam negara kita, tapi malangnya, apabila mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi, kita melihat di luar sana sebenarnya tangkapan-tangkapan terus berlaku. Yang terbaru, Wan Azri ditahan.
Exco Armada, Saudara Ashraf ditahan. Chegu Bard, kawan kita, dua-dua pun kenal, entah berapa kali dah ditahan polis. Ini adalah perkara yang berulang-ulang daripada dulu sampai sekarang.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, saya sebenarnya agak keliru. Apa sebenarnya perbezaan dalam konteks kebebasan bersuara antara kerajaan hari ini yang memperjuangkan reformasi dengan kerajaan sebelum ini yang dikatakan tidak memperjuangkan reformasi? Nampak macam tak ada beza, Tan Sri Yang di-Pertua.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih. Saya...
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Padang Terap sikit. Terima kasih, Tan Sri. Yang Berhormat Menteri, dalam Belanjawan 2026 ini, kerajaan telah memperuntukkan RM780 juta untuk JENDELA Fasa 2. JENDELA Fasa 2― 2,700 lokasi. Soalan saya ialah, bagaimana dengan keberkesanan JENDELA Fasa 1 ini?
Di kawasan saya, terutamanya di Padang Terap, di pusat bandar Padang Terap, Kuala Nerang, liputan 4G ini sangat-sangat lemah. Terima kasih Menteri.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih. Untuk Padang Terap, nanti saya akan jawab secara bertulis. Saya akan teliti dulu angka-angka bagi JENDELA Fasa 1 khusus bagi menara-menara yang telah siap di Padang Terap ya.
Nanti saya akan jawab secara bertulis.
Untuk Tasek Gelugor, bagi saya, saya lihat sekiranya nama-nama yang disebutkan tadi, kalau mereka tidak mengeluarkan― mungkin pada pandangan badan penguat kuasa, sekiranya perkara itu adalah fitnah dan wajar― sekiranya dipercayai berlaku apa-apa pelanggaran undang-undang dan wajar disiasat, maka mereka telah diperuntukkan kuasa untuk melakukan siasatan itu. Untuk menghalang, itu bukan hak saya. Saya tidak mengarahkan. Jadi, kalau pihak berkuasa merasakan ada kewajaran untuk melakukan siasatan, maka siasatlah.
Mungkin kalau nama yang disebutkan tadi, Wan Azri sebagai contoh, kalau dia merasakan dia selalu sangat ditahan ataupun apa, mungkin he should ask
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
himself kenapa selalu. Mungkin terdetik di sanubari beliau dan terpancar sinar agar berubah sikap. Mungkin itu yang akan menghalang beliau daripada terus ditahan.
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk isu-isu...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri. Menteri, Kota Melaka sedikit. Sedikit saja.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Kalau boleh, dua minit? Dua minit.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Baik.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri, nak tanya sedikit tentang― saya datang daripada Melaka. Jadi, baru-baru ini, satu Chinese radio station, Eight FM, di Melaka, di Ipoh dan juga di Johor Bahru, di mana tiba-tiba sudah tukar kepada radio station Melayu, panggil Kool FM. Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku?
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Terima kasih, Kota Melaka. Ya, saya faham isu ini. Isu ini sebenarnya tak ada kaitan dengan pihak kerajaan kerana itu bukan stesen radio kerajaan.
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Itu adalah stesen radio swasta dan itu adalah keputusan daripada syarikat yang menguruskan stesen radio itu. Jadi, saya ingin jelaskan, kerajaan tidak ada kaitan, tapi saya dah panggil syarikat tersebut untuk mendapatkan penjelasan kenapa perkara ini berlaku. Syarikat itu ada menyampaikan pandangan yang saya lihat mungkin mereka merasakan ia adalah dengan izin, commercial decision. Mungkin wajar syarikat itu memberi penjelasan. Bukan— sebab saya tak ada syer, saya tak ada pegangan dalam syarikat itu. Mungkin Kota Melaka boleh bantu saya beli syer sikit? Tak boleh, main-main je.
[Ketawa] Baik. Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk isu-isu yang khusus melibatkan Ahli- ahli Yang Berhormat Padang Terap, Puncak Borneo, isu-isu mengenai telekomunikasi ini, saya akan jawab secara bertulis.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya ingin ucapkan sekali lagi terima kasih dan saya ingin sekali lagi menyampaikan pesanan kepada ibu-ibu, ayah-ayah, Ahli-ahli Yang Berhormat ya yang ada di sini. Sila pantau apa yang anak-anak kita buat dengan peranti. Peranti bukan pengasuh, peranti bukan dengan izin, peranti bukan parent.
Peranti bukan pengganti ibu bapa. Kita juga ada peranan untuk meneliti, memantau, pastikan mereka boleh membesar dengan sihat dalam suasana yang baik dan insya-
Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
Allah, kalau kita dapat usahakan bersama, kita akan dapat pastikan masa depan anak-anak kita lebih baik. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumussalam. Baik, terima kasih. Sekarang saya jemput Kementerian Pendidikan. Silakan Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
45 minit.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Belanjawan MADANI Keempat.
Sebuah belanjawan rakyat yang berani, manusiawi dan benar-benar beriltizam untuk memulangkan hasil kepada rakyat.
Ini bukan sahaja menekankan disiplin fiskal dan juga reformasi ekonomi, tetapi turut mengangkat agenda pendidikan sebagai teras pembinaan negara bangsa yang berdaya saing dan juga beradab. Komitmen ini jelas melalui peruntukan besar dan juga pelbagai inisiatif yang menyentuh semua peringkat pendidikan dari peringkat prasekolah sehingga ke peringkat menengah termasuklah tidak meminggirkan pendidikan khas serta latihan kemahiran iaitu pendidikan TVET.
Kementerian Pendidikan menyambut baik Belanjawan MADANI 2026 yang memperuntukkan RM66.2 bilion kepada sektor pendidikan, meningkat berbanding dengan tahun sebelum ini. Peningkatan ini bukan sekadar angka, tetapi satu amanah yang besar dan terjemahan jelas kepada apa yang dizahirkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan beliau bahawa pendidikan hari ini tidak boleh lagi terbatas pada membaca dan menulis. Sebaliknya, kita mahu melahirkan kemenjadian anak bangsa yang berfikir, beradab, berdaya saing dan juga berani mencipta.
Ini semangat pembaharuan nasional yang menjadi pegangan di KPM.
Dengan tekad ini, KPM beriltizam untuk menterjemahkan setiap peruntukan dan inisiatif yang diumumkan demi anak-anak didik kita. Ia juga selaras dengan asas reformasi pendidikan di bawah RMK13 yang telah meletakkan sistem pendidikan lebih terangkum dalam menepati tuntutan masa depan susulan lulusnya Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2025 di Dewan yang mulia ini pada sesi yang lepas.
Tuan Wong Kah Woh
Maka, dengan ini, pendidikan menengah telah pun menjadi wajib. Dengan penuh nyala rasa, KPM bertekad untuk melaksanakan semua inisiatif dengan penuh bertanggungjawab, dengan semangat reformasi, keberanian dan iltizam yang tidak berbelah bahagi.
Tan Sri Yang di-Pertua, Belanjawan MADANI membawa impak besar kepada ekosistem pendidikan negara melalui beberapa fokus utama yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nombor satu, pertama. Menerusi pemerkasaan TVET, KPM diperuntukkan RM1.3 bilion untuk institusi TVET KPM bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi, AI, EV dan juga semikonduktor.
Kedua, Belanjawan MADANI ini menyentuh denyut hati pendidikan negara secara menyeluruh. Usaha menangani isu infrastruktur pendidikan, khususnya sekolah daif akan diteruskan dengan peruntukan hampir RM2 bilion untuk menaik taraf lebih daripada 520 buah sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak di samping pembinaan 38 buah sekolah baharu, 350 kelas prasekolah baharu serta pembinaan semula SJK(T) Ladang Jeram dan juga SJK(C) Aik Hua.
Tumpuan turut akan diberikan bagi kerja membaik pulih kemudahan murid dan juga bilik guru susulan kejayaan kita dalam membaik pulih tandas pada tahun 2023–2024. Pada tahun ini, kantin dan musala yang telah pun dilaksanakan.
Fokus ketiga adalah berkenaan dengan akses pendidikan murid berkeperluan pendidikan khas dengan pembinaan dua sekolah pendidikan khas baharu, 35 blok bangunan tambahan pendidikan khas dan pengenalan Kelas Tunas Istimewa Khas KEMAS untuk mild autism dengan izin. Semangat reformasi juga dizahirkan melalui RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 yang mewajibkan pendidikan menengah.
Fokus keempat, belanjawan ini adalah belanjawan peduli dan iaitu kebajikan murid terus dibela menjadi keutamaan melalui Inisiatif Bantuan Awal Persekolahan bernilai RM150 setiap murid dengan jumlah peruntukan RM800 juta juga akan diteruskan kepada kesemua 5.2 juta murid, termasuklah anak-anak kita di Tingkatan 6, yang mana inisiatif telah pun bermula pada tahun 2025 untuk anak-anak kita di Tingkatan 6. Selain itu, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada 870,000 murid dengan jumlah peruntukan RM870 juta serta biasiswa kecil persekolahan berjumlah RM150 juta turut disediakan.
Fokus kelima, kesejahteraan dan pembangunan profesionalisme para guru juga tidak dilupakan, dengan peruntukan RM115 juta untuk latihan dan juga
Tuan Wong Kah Woh
perkhidmatan bagi persediaan kurikulum 2027 dan juga latihan pedagogi STEM.
Hampir RM2.2 bilion juga disediakan bagi membina, menyelenggara dan juga membaiki kuarters melibatkan pelbagai skim perkhidmatan termasuklah kuarters bagi guru.
Tan Sri Speaker, fokus keenam, yang terakhir. Gejala buli adalah jenayah yang mesti segera dinoktahkan kerana ia meragut potensi, menanam trauma berpanjangan, malah ia juga mengorbankan nyawa. KPM komited memutuskan gejala ini melalui didikan empati dan penguatkuasaan tanpa kompromi. KPM akan memimpin usaha melalui Kerangka Antibuli Sekolah— S.A.F.E: School Antibullying Framework for Empowerment dengan izin, yang memperkasakan peranan guru dan murid menerusi Program Amalan Sekolah Penyayang. Inisiatif ini menandakan tekad berterusan KPM untuk mewujudkan persekitaran pendidikan yang selamat, harmoni dan juga bebas daripada gejala buli.
Tan Sri Speaker, izinkan saya memulakan penggulungan untuk fokus yang pertama iaitu berkenaan dengan pendidikan TVET dan juga STEM. Sepanjang sesi perbahasan yang berlangsung dari 13 hingga 28 Oktober 2025, sebanyak 251 perkara, pertanyaan isu serta cadangan berkaitan KPM dan pendidikan telah dibangkitkan oleh seramai 87 Ahli Yang Berhormat merangkumi isu-isu yang berlainan.
Dan kita masuk kepada fokus yang pertama seperti yang saya sebut tadi, TVET dan juga STEM. Ahli Yang Berhormat Puncak Borneo, Ipoh Timor, Gopeng, Gombak, Tawau ada mencadangkan agar pendidikan TVET diperkukuhkan bagi melahirkan generasi berkemahiran tinggi. Untuk makluman, KPM sentiasa komited memperkukuhkan sistem ekosistem pendidikan TVET melalui semua institusi di bawah kita termasuklah kolej vokasional, sekolah menengah teknik dan juga sekolah menengah harian yang lain.
Bagi maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, aliran pendidikan dan latihan teknik serta vokasional TVET di bawah KPM terus menunjukkan perkembangan yang positif, semakin mendapat tempat dalam kalangan murid, masyarakat. Sepanjang lima tahun kebelakangan ini Tan Sri Speaker, seramai 467,559 murid telah pun mengikuti program TVET di institusi KPM. Sejak pelaksanaan PPPM 2013-2025, KPM telah berjaya melahirkan 93,904 graduan kolej vokasional, melepasi sasaran asal iaitu sebanyak 90,000 graduan.
Selain itu, permohonan kemasukan murid ke program TVET menunjukkan peningkatan yang amat ketara setiap tahun daripada 32,658 permohonan pada
Tuan Wong Kah Woh
tahun 2022 kepada 68,671 permohonan pada tahun 2025. Ini adalah jumlah permohonan bagi kemasukan ke kolej vokasional dan juga sekolah menengah teknik.
Tuan Wong Kah Woh
Dan suka juga saya nyatakan bahawa kapasiti yang kita ada berbanding dengan permohonan ini, kapasiti yang sedia ada adalah pada sekitar 17,000 bagi kolej vokasional dan kita menerima banyak permohonan lagi.
Peningkatan hampir dua kali ganda ini membuktikan program TVET mendapat permintaan yang tinggi menjadi pilihan utama murid. Tambahan pula kadar kebolehpasaran graduan TVET kekal tinggi melebihi 99 peratus bagi tiga tahun berturut-turut menunjukkan keyakinan kukuh industri terhadap mutu pendidikan dan juga kemahiran graduan TVET KPM.
Selaras dengan hasrat kerajaan melalui majlis pendidikan dan juga latihan dan juga vokasional negara iaitu Majlis TVET memperkukuhkan ekosistem TVET negara, KPM kini melaksanakan pelbagai kolaborasi strategik bersama agensi utama seperti Malaysia National AI Organization, TalentCorp dan HRDF dan juga agensi-agensi yang lain. Sebanyak 17 program TVET telah dikenal pasti berpotensi dilaksanakan secara kolaboratif dalam 16 bidang utama termasuk bidang kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan kesepadanan antara keperluan industri dan juga bidang pengajian di semua institusi KPM yang menawarkan program TVET.
Selain itu, pelaksanaan inisiatif turut diperluaskan melalui pelaksanaan Program TVET di Sekolah Berasrama Penuh, TVET di SBP Tan Sri Speaker, satu inisiatif baharu yang menumpukan bidang high growth high value (HGHV) seperti TVET AI iaitu menawarkan bidang teknologi digital mulai tahun 2026, bermula seawal Tingkatan 1 di lima sekolah berasrama penuh terpilih di seluruh negara iaitu:
(i) Sekolah Menengah Sains Alor Gajah, Melaka;
(ii) Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor;
(iii) Sekolah Menengah Sains Kuching, Sarawak;
(iv) Sekolah Menengah Sains Setiu, Terengganu; dan
(v) Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabuddin, Pulau Pinang.
Langkah ini membuktikan kesungguhan KPM dalam melahirkan generasi celik teknologi dan berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan tenaga masa pada masa hadapan.
Tuan Wong Kah Woh
Fokus kedua adalah berkenaan dengan infrastructure pendidikan Tan Sri Speaker. KPM sentiasa komited dan proaktif dalam menangani isu sekolah daif secara menyeluruh, sistematik dan juga berfasa. KPM melalui Jabatan Pendidikan Negeri memantau keadaan infrastruktur termasuk bangunan-bangunan sekolah di seluruh negara secara berterusan dari bandar ke luar bandar juga merangkumi kawasan pedalaman Sabah dan juga Sarawak yang selalu dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat.
Bagi memastikan penilaian yang objektif serta penggunaan peruntukan yang berfokus serta berimpak tinggi, KPM telah melaksanakan skala penilaian kondisi bangunan yang berasaskan risiko iaitu skala satu sampai enam bagi bangunan yang memerlukan pelbagai tahap penyelenggaraan ataupun ubah suai. Manakala skala tujuh dikategorikan sebagai bangunan daif yang memerlukan kerja naik taraf dan juga penggantian sepenuhnya.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Igan, Batang Sadong, Batang Lupar dan juga Ahli Yang Berhormat Hulu Selangor. Di bawah Belanjawan MADANI 2026, Perdana Menteri telah pun mengumumkan kelulusan peruntukan RM2 bilion bagi 520 projek pembinaan semula bangunan daif dan kerja-kerja penyelenggaraan sekolah. Daripada jumlah ini, RM1.06 bilion diperuntukkan untuk pelaksanaan projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah yang merangkumi 46 projek baharu dan 474 projek sambungan yang sedia ada.
Selain itu, RM860 juta pula diluluskan bagi kerja-kerja penyelenggaraan semua jenis sekolah, institusi di bawah KPM biar pun sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan. KPM turut menerima peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta pada tahun 2026 bagi tujuan kerja ubah suai dan naik taraf USNT, bangunan sekolah skala enam. Dalam masa yang sama, KPM telah melaksanakan skala penilaian kondisi bangunan sekolah yang lebih tersusun berasaskan risiko dan berorientasikan tindakan.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Igan, pada— sehingga September 2025 terdapat 14 buah sekolah di Parlimen Igan yang mempunyai bangunan ataupun ruang yang diklasifikasikan sebagai daif iaitu pada skala tujuh. KPM dengan kolaborasi dan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, kita telah pun mengenal pasti tujuh sekolah untuk dikemukakan permohonan bagi projek pendidikan dalam RMK13 yang manakala bagi tujuh sekolah lagi akan dikemukakan permohonan dalam rancangan Malaysia lima tahun setelah skop keperluan dikenal pasti.
Tuan Wong Kah Woh
Sebagai langkah progresif Ahli Yang Berhormat, sebanyak RM35 juta telah pun diperuntukkan bagi Sarawak bagi melaksanakan kerja-kerja ubah suai, naik taraf bangunan skala enam supaya tidak jatuh ke kategori daif skala tujuh yang melibatkan 84 buah sekolah. Ini tahun 2025. Dari jumlah tersebut, 22 sekolah telah siap, manakala 62 sekolah sedang dalam pelaksanaan. Parlimen Igan ada dua sekolah, SK Kampung Pangtray dan juga SMK Matu yang kini berada di peringkat pelaksanaan bagi projek kerja ubah suai dan naik taraf ini.
Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Libaran membangkitkan isu status pelaksanaan projek sekolah daif di Sabah. Sehingga Oktober 2025, kerajaan telah meluluskan 389 projek pembangunan semula bangunan daif di Sabah sejak tahun 2016 dengan kos peruntukan RM6.077 bilion. Jumlah kos dan juga bilangan sekolah yang diluluskan memaparkan satu trend meningkat sejak tahun 2023.
Pada tahun 2023 bagi Sabah sebanyak 23 projek diluluskan dengan kos RM776.6 juta. Pada tahun 2024, 33 projek telah pun diluluskan dengan kos RM949 juta. Manakala tahun 2025, sejumlah 52 projek diluluskan melibatkan kos RM2.329 bilion bagi Sabah. Status terkini pelaksanaan projek-projek yang sedang berlangsung, 234 projek siap, 64 fasa bina, 91 dalam fasa pra-bina.
Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baram, KPM mengambil maklum berhubung pelaksanaan projek pembangunan sekolah daif di kawasan Baram, Sarawak berdasarkan semakan sehingga 30 September tahun ini.
13 sekolah mempunyai bangunan ataupun ruang diklasifikasikan sebagai daif skala tujuh.
Rolling Plan 1 tahun 2026 RMK13 satu projek pembangunan telah diluluskan di kawasan Parlimen Baram iaitu SK Datuk Sharif Hamid. Dan daripada jumlah 13 sekolah daif berskala tujuh Parlimen Baram, JPN Sarawak telah pun mengenal pasti lapan sekolah untuk dikemukakan permohonan projek pendidikan dalam RMK13.
Untuk sekolah-sekolah yang lain, KPM juga sedang membuat penilaian dan mengenal pasti berkenaan dengan skop sebelum kita boleh mengangkat untuk dimasukkan dalam rancangan Malaysia lima tahun kepada agensi pusat.
Yang Berhormat Tuaran membangkitkan berkenaan dengan isu sekolah daif di SMK Tamparuli. Pembinaan bangunan tambahan enam bilik darjah telah diluluskan dalam RP5 2025, RMK12 dengan kaedah industrialized building system, IBS sistem. Penempatan murid dari bangunan sedia ada akan dilaksanakan sebaik sahaja bangunan IBS ini dapat disiapkan. Langkah progresif KPM juga telah
Tuan Wong Kah Woh
mengemukakan semula permohonan pembinaan semula bangunan gantian dan juga bangunan tambahan SMK Tamparuli RP2 RMKe-13.
Yang Berhormat Igan mencadangkan KPM bekerjasama dengan pihak swasta bagi program sekolah angkat dan membaik pulih bangunan sekolah. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Igan, sehingga 15 Oktober 2025 direkodkan penglibatan pihak swasta dalam pendidikan di Sarawak melibatkan 866 syarikat dengan anggaran nilai sumbangan lebih daripada RM6.6 juta.
Daripada jumlah keseluruhan ini, lebih kurang RM1.1 juta— lebih kurang RM1.90 juta adalah sumbangan berbentuk wang tunai dan RM4.7 juta adalah dalam anggaran sumbangan bukan tunai. Bilangan rakan strategik swasta adalah sebanyak 1,227 rakan strategik.
Tuan Wong Kah Woh
Antara korporat besar yang terlibat adalah termasuk Sarawak Energy Berhad, PETRONAS LNG, Estate Greenwood, Pelita Plantation Sendirian Berhad, Samling Plantation, Solid Plantations, Urun Plantations and SOPE, Sime Darby Plantation, SD Guthrie Plantation, Borneo Agro Plantations dan juga syarikat-syarikat yang lain.
Juga kepada untuk menjawab cadangan daripada Yang Berhormat Igan, KPM sentiasa memastikan infrastruktur asas pendidikan tersedia bagi menyokong pengajaran dan juga pembelajaran di seluruh negara termasuk Sarawak. Fokus tahun 2025 adalah melaksanakan penyelenggaraan dan baik pulih aset bangunan kerajaan supaya tidak jatuh kepada kategori daif. KPM menyalurkan peruntukan penyelenggaraan institusi dan bantuan penyelenggaraan sebanyak RM76.23 juta kepada 741 sekolah di Sarawak termasuklah RM1.52 juta kepada 16 sekolah di Parlimen Igan.
Selain itu, berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Marudu dan juga Yang Berhormat Hulu Selangor, KPM memaklumkan keperluan penyelenggaraan naik taraf sekolah berusia lebih daripada 20 tahun bagi menjamin keselamatan struktur dan kelangsungan. Sebagai langkah progresif daripada KPM, KPM telah pun memulakan inisiatif untuk melaksanakan penilaian keadaan aset sekolah dengan tumpuan kepada sekolah-sekolah yang berusia lebih daripada 70 tahun.
Sebanyak 2,262 sekolah telah pun dikenal pasti. Sekolah-sekolah ini adalah berusia lebih daripada 70 tahun dan sehingga tahun 2024, bulan Disember, sebanyak 1,149 sekolah telah selesai dibuat penilaian fasiliti dan daripada jumlah ini,
Tuan Wong Kah Woh
17 sekolah berusia lebih 70 tahun adalah dari Parlimen Hulu Selangor, manakala dari Sabah adalah sebanyak 57 sekolah.
KPM akan melaksanakan…
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Pengerusi, Timbalan, boleh ambil satu?
Tuan Wong Kah Woh
Ya.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Berkaitan dengan sekolah berumur 70 tahun tadi. Temerloh ada mengemukakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Mentakab. Usianya 100 tahun dan dia terletak di dalam ladang dan dia sudah memohon untuk diletakkan keluar, dipindahkan keluar sebab kawasan itu dah tiada pelajar duduk di sekitar. Jadi saya harap perkara ini diambil perhatian. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat dari Temerloh atas keprihatinan terhadap isu yang dibangkitkan ini. Berkenaan dengan SJKT Ladang Mentakab, boleh sekiranya sesuatu tempat itu sudah tidak ada enrolment yang tinggi ataupun enrolment yang semakin berkurangan, maka polisi daripada Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan MADANI adalah sama ada kita hendak mengekalkan sekolah itu di lokasi tersebut atas keperluan lokasi ataupun keadaan tersebut ataupun kita akan mengambil inisiatif untuk memindah keluar sekolah tersebut ke kawasan-kawasan yang ada keperluan.
Maka pihak KPM mengambil maklum berkenaan dengan SJKT Ladang Mentakab ini dan pihak kami akan berurusan dengan pihak sekolah untuk meneliti sama ada di mana lokasi yang sesuai untuk dipindahkan dan sama ada kita mempunyai tanah ataupun lokasi tapak yang bersesuaian bagi menempatkan sekolah kurang murid ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Temerloh.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Minta penjelasan sedikit? Boleh ke? Sedikit je.
Tuan Wong Kah Woh
Ya, sila.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk menangani isu-isu sekolah yang lama, yang bermasalah, yang daif. Adakah dalam perancangan kementerian untuk meneliti sekolah-sekolah yang terdedah dengan banjir?
Contoh sekolah dalam kawasan saya yang umurnya lebih dari 70 tahun, sekolah saya dulu lagi. Dan setiap tahun berdepan dengan banjir dan tidak lama lagi
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
pelajar akan berdepan dengan SPM. Jadi apakah perancangan kementerian untuk memastikan sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan risiko tinggi banjir ini supaya akan datang dipindah ke tempat yang selamat untuk memastikan keselamatan pelajar dan tidak menjejaskan sistem pemeriksaan dan pembelajaran?
Minta penjelasan.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang atas isu yang dibangkitkan. Berkenaan dengan sekolah-sekolah yang terdedah dengan banjir, apabila kita hendak memindah lokasi sesebuah sekolah, ada banyak pertimbangan yang kita perlu pertimbangkan iaitu nombor satu, akses pendidikan kepada anak-anak di sekitar sekolah yang sedia ada. Jadi isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Temerloh tadi adalah lebih pada kawasan itu sudah tiada enrolment murid. Maka ia merupakan satu justifikasi ataupun dia tidak menjejaskan peluang ataupun akses pendidikan kepada anak-anak kita di satu tempat.
Namun, sekiranya kita ada sebuah sekolah yang mana enrolmen dia tinggi, mungkin terjejas dengan isu berkenaan dengan situasi banjir yang melanda setiap tahun, pendekatan KPM, kita cuba untuk melaksanakan langkah-langkah intervensi, langkah-langkah untuk mengelakkan ataupun mengurangkan risiko banjir tersebut.
Tetapi sekiranya kita menyatakan bahawa apabila sekolah itu terdedah pada banjir, kita kena pindah ke tempat lain. Apa yang kami bimbang adalah akses pendidikan kepada anak-anak yang tinggal di kawasan tersebut.
Maka bagi KPM kami terbuka kepada segala pandangan dan kita akan sekiranya Yang Berhormat Rantau Panjang ada apa-apa pandangan ataupun cadangan, boleh kemukakan kepada pihak KPM dan rest assured dengan izin, pihak KPM sememangnya cakna berkenaan dengan isu yang mana pada hari ini telah pun bermula peperiksaan ataupun ujian lisan, ujian bertutur bagi calon-calon SPM kita.
Dan sekarang sudah sampai akhir tahun. Tahun lepas, berlaku isu banjir yang teruk dan tahun ini kita melakukan langkah-langkah pencegahan dan untuk maklumat Ahli Yang Berhormat Rantau Panjang, dua minggu lepas sebenarnya Yang Berhormat Menteri bersama-sama dengan pengurusan tertinggi KPM telah turun ke negeri Kelantan dan juga Pantai Timur untuk meninjau persediaan kita untuk SPM dan juga persediaan kita untuk menghadapi isu dan juga risiko banjir ini. Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang.
Khusus…
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Tan Sri.
Tuan Wong Kah Woh
Yang Berhormat Jempol, sila.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Saya juga menyentuh tentang aspek keselamatan sekolah. YB dah masuk ke? Dah masuk belum?
Tuan Wong Kah Woh
Sudah. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Okey, terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Isu keselamatan sekolah Tan Sri Speaker, saya akan masuk sebentar lagi.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Yang Berhormat Menteri, sekejap, sebelum masuk keselamatan.
Tuan Wong Kah Woh
Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Ya. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada KPM yang komited melihat untuk membina dan menaik taraf sekolah-sekolah terutamanya di negeri Sarawak. Saya juga melihat dalam pembentangan bajet yang lepas, 38 sekolah baharu telah diumumkan oleh Yang Berhormat Tambun di Sarawak. Tetapi saya menerima satu e-mel daripada pihak KPM yang mengatakan bahawasanya di kawasan Batang Lupar ini ada sebuah sekolah baharu yang telah diluluskan peruntukannya iaitu di SK Tuanku Bagus Sebuyau. Jadi, saya nak mohon pencerahan daripada kementerian sama ada bajet yang digunakan adalah merupakan belanjawan ini ataupun daripada belanjawan yang lepas?
Dan saya dimaklumkan bahawa pembinaan SK Tuanku Bagus Sebuyau ini melibatkan 18 bilik darjah, tiga bilik darjah prasekolah, tiga bilik darjah PPKI, satu bilik darjah prasekolah PPKI, asrama dan dewan makan yang melibatkan 80 orang murid-murid dan 20 unit kuarters. Jadi, mohon pencerahan daripada kementerian, apakah akan digunakan belanjawan ini ataupun belanjawan RMK12 yang lepas?
Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Ya, terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar.
Berkenaan dengan SK Tuanku Bagus, saya ada status di sini yang mana KPM telah diluluskan projek pembinaan semula bangunan daif di SK Tuanku Bagus, Sebuyau, Sarawak dan projek ini diluluskan di bawah RP5 RMK12.
Projek ini dilaksanakan oleh JKR Malaysia dan status terkini projek adalah di fasa perancangan yang mana pihak JKR Malaysia akan melaksanakan kerja ukur dan juga kerja-kerja siasatan tanah, soil investigation dengan izin, dan daripada timeline yang kita ada, garis masa yang telah pun disusun oleh pihak KPM bersama- sama dengan JKR adalah tarikh jangka iklan adalah pada bulan Julai 2026 dengan
Tuan Wong Kah Woh
tarikh jangka SST iaitu selepas pelantikan kontraktor, selepas iklan tersebut adalah pada bulan Mac 2027. Maka projek ini adalah di bawah RP5 RMK12.
Tuan Wong Kah Woh
Okey, Tan Sri Speaker, mungkin saya boleh beredar ke Lawas, ada Lawas?
Ahli Yang Berhormat Lawas? Tak ada ya. Okey, seterusnya bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Marudu, Yang Berhormat Temerloh dan juga Yang Berhormat Merbok. KPM sentiasa komited melaksanakan perancangan pembangunan infrastruktur pendidikan secara menyeluruh dan juga bersasar. Dalam RMK13 Rolling Plan 1, KPM telah diluluskan 38 projek pembinaan sekolah baharu, 46 projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah.
Selain itu, KPM juga diluluskan tiga butiran projek one line item dengan izin untuk daif di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan itu memberikan kebebasan dan ruang kepada KPM untuk menentukan projek-projek yang hendak diberikan keutamaan. KPM akan terus proaktif mengemukakan permohonan bagi fasa seterusnya sepanjang RMK13 bagi menangani isu enrolmen dan juga bangunan daif berskala 7 secara terancang dan juga berimpak tinggi.
KPM sepanjang RMK12, KPM telah meluluskan pembinaan 103 sekolah baharu di kawasan berkepadatan tinggi dan merancang 261 sekolah untuk dibina bangunan tambahan bagi sekolah yang mempunyai lebihan tanah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Ya, sila.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana dalam senarai 38 sekolah tersebut, salah satunya adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Mahkota Cheras di dalam kawasan Parlimen Bangi. Dan kami di Bangi ini pun memang dapat melihat ya terdapatnya projek-projek pembinaan blok baru yang sedang berjalan, contohnya di SK Bangi dan juga di SK Leftenan Adnan.
Saya juga nak sentuh satu yang saya fikir satu game changer iaitu pembinaan kelas tambahan menggunakan konsep IBS, yang mana kalau dalam Parlimen Bangi kita ada 15 sekolah yang menerima IBS dan hari Jumaat yang lepas saya sempat untuk meninjau satu kelas tambahan tersebut iaitu di SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi.
Dan saya tengok, satu memang banyak advantage, antaranya ialah ia tidak memerlukan masa yang panjang, kos pun tidak begitu tinggi dan juga ia nya dapat sekurang-kurangnya dalam jangka masa sederhana dapat mengurangkan isu
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
kepadatan penduduk. Jadi saya nak tahu, apakah perancangan pihak KPM untuk membina lebih banyak kelas tambahan menggunakan konsep IBS ini di masa hadapan? Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih komen dan juga pencelahan daripada Yang Berhormat Bangi berkenaan dengan konsep IBS ini. Sememangnya seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bangi, konsep ataupun kaedah industrialized building system (IBS) ini sememangnya merupakan satu game changer dan satu kaedah yang mampu untuk menyelesaikan isu sekolah padat yang dihadapi oleh sesetengah sekolah-sekolah kita. Dan apa yang penting adalah di bawah konsep IBS ini sekiranya kita mempunyai ruang yang mencukupi maka pelaksanaannya hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja berbanding dengan cara-cara konvensional.
Tetapi itu juga bergantung kepada sekolah sama ada mempunyai tapak ataupun ruang yang mencukupi dan juga situasi yang mengizinkan supaya kita boleh melaksanakan IBS ini. Dan pada tahun hadapan 2026, inisiatif ini akan diteruskan, yang mana suatu jumlah bajet peruntukan sebanyak RM100 juta telah pun disediakan bagi tujuan pembinaan atau pun pembinaan bangunan ataupun blok baharu ini dengan sistem kaedah IBS. Seperti yang dikatakan, this is a game changer dengan izin dan merupakan satu pendekatan yang amat efektif bagi pihak KPM.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Ya, Yang Berhormat Temerloh.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih Menteri. Saya nak bertanyalah berkaitan dengan isu infrastruktur tadi, terutama dengan jalan. Jalan untuk ke sekolah. Saya rasa kecewa bila melihat jalan ke sekolah masih lagi tidak berturap. Terlibatnya adalah tiga buah sekolah iaitu Sekolah Ladang Edensor, Lancang, Sekolah Ladang Semantan. Satu lagi tadi, Sekolah Ladang Mentakab. Bila hujan banjir, kasihan mereka kan.
Jadi, saya harap selain daripada isu yang saya sebut sudah 100 tahun, sekitar tu tak ada orang dah duduk, orang luar datang, jauh ke dalam, isunya juga adalah kita lihat dia SKM – sekolah kurang murid.
Jadi, saya harap perkara yang diambil perhatian supaya mereka dapat perancangan terbaiklah untuk pendidikan. Terima kasih.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
YB Timbalan Menteri, Kangar.
Tuan Wong Kah Woh
Ya.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kangar ada memohon padang hoki sintetik untuk naik taraf padang hoki sintetik di SMK Kuala Perlis. Saya rasa apa, YB Menteri masih belum bercerita atau bercakap tentang hal tersebut. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Temerloh dan juga Ahli Yang Berhormat Kangar. Berkenaan dengan persoalan daripada Ahli Yang Berhormat Temerloh, jalan ke sekolah. Sememangnya sekiranya jalan itu adalah di luar daripada premis sekolah, maka ia terjatuh sama ada kepada pemilik tanah tersebut jika katakan di kawasan ladang ataupun di kawasan yang jatuh kepada kawasan ataupun tanah milik kerajaan itu di bawah PPT masing-masing.
Namun demikian, sekiranya Yang Berhormat Temerloh ada memerlukan bantuan daripada KPM untuk kolaborasi dan juga untuk berkolaborasi dengan PPT masing-masing, boleh kemukakan nama-nama sekolah tersebut supaya tindakan boleh diambil.
Yang Berhormat Kangar, SMK Kuala Perlis. Saya akan semak selepas ini dan tengok kesesuaian dan juga segala kelulusan itu sememangnya kena, adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan yang sedia ada yang kita ada. Tan Sri Speaker, saya akan masuk dalam satu persoalan oleh...
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sabak Bernam.
Tuan Wong Kah Woh
Sebentar ya. Biar saya. Okey, saya akan terus masuk ke satu soalan lagi sebab saya nampak Yang Berhormat Sungai Petani ada.
Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Sungai Petani membangkitkan keperluan pembinaan sekolah menengah kebangsaan agama di kawasan mereka masing-masing. Untuk makluman, KPM telah menyenaraikan enam cadangan pembinaan sekolah menengah kebangsaan agama baharu di bawah RMK13, termasuklah salah satu adalah di SMKA di Daerah Tawau. Masih belum lagi diluluskan tetapi kita ada— telah pun mengemukakan dan ada rancangan untuk terus kemukakan.
Untuk kawasan Tawau ataupun Kalabakan, Tawau mempunyai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan iaitu Sekolah Menengah Islamiah, Tawau dan lima buah sekolah menengah harian di daerah Tawau yang menawarkan kelas aliran agama iaitu SMK Balung, SMK Kinabutan, SMK Merotai Besar, SMK Umas-Umas dan SMK Pasir Putih yang turut menyumbang kepada penyediaan akses pendidikan agama kepada murid di daerah Tawau. Pada tahun 2025, KPM turut menambah sebuah lagi kelas aliran agama dalam daerah Tawau iaitu di SMK Kinabutan II.
Tuan Wong Kah Woh
Kepada Yang Berhormat Sungai Petani, pada masa ini terdapat lima SMKA beroperasi di Kedah. Walaupun belum ada SMKA di Kuala Muda dan juga Sungai Petani, murid yang berminat boleh memohon dan sedang memohon untuk ke SMKA Baling dan SMKA Yan yang berjarak lebih kurang 65— kurang daripada 65 km dari Sungai Petani dan juga Kuala Muda.
Selain itu, terdapat tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Akademik Islam Darul Aman, Maktab Mahmud Kuala Muda dan Maktab Mahmud Merbok yang melaksanakan agama— Kurikulum Bersepadu Dini dan KPM turut menawarkan kelas aliran agama yang melibatkan 15 buah sekolah di bawah PPD Kota Setar. KPM bersedia mempertimbangkan perluasan kelas aliran agama di Kuala Muda pada masa yang akan datang. Dan menjawab soalan...
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang Berhormat Timbalan Menteri sikit.
Tuan Wong Kah Woh
Ya.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Bolehkah kementerian menyatakan garis panduan atau apakah kriteria untuk pembinaan sesebuah SMKA sebab kalau kita tengok di Kuala Muda sebagai contoh, peningkatan sehingga dua hingga tiga kali ganda daripada tahun-tahun sebelumnya. Bukan sahaja di Kuala Muda tapi di daerah-daerah lain. Mungkin ada kriteria tertentu yang boleh kementerian nyatakan. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Nombor satu, sudah tentu kita akan semak berkenaan dengan enrolment dan juga — berbanding dengan kapasiti setiap satu sekolah itu. Dalam konteks ini, sekolah menengah kebangsaan agama yang sedang kita bincangkan.
Tuan Wong Kah Woh
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kita mendapati bahawa katakan di kawasan Kalabakan, pernah saya menjawab dalam Kamar Khas yang mana kita mendapati SMKA yang kita mendapati SAPK yang sedia ada bersama-sama dengan kelas aliran agama yang sedia ada ini, masih mampu untuk menampung keperluan permohonan yang masuk untuk ke kelas tersebut.
Tuan Wong Kah Woh
Maka, pertimbangan yang penting adalah berkenaan dengan permintaan dan juga permohonan. Sama ada SMKA ataupun sekolah agama rakyat yang sedia ada ini adalah masih cukup untuk menampung keperluan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Walaupun secara detail berkenaan dengan pertimbangan lain, izinkan saya untuk berikan sedikit jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Sungai Petani.
Ya, sila Yang Berhormat Sabak Benam dan mungkin selepas ini saya nak beredar ke isu sekolah selamat. Terima kasih.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin merujuk kepada pembinaan sekolah IBS tadi tetapi ini khas kepada kelas pendidikan khas.
Jadi, bangunan IBS ini mesti ada ciri-ciri keperluan kelas pendidikan khas seperti laluan kerusi roda, tandas mesra OKU, pintu tingkap yang lebih besar untuk pencahayaan sebagainya, ruang terapi dan bilik sensory untuk menenangkan pelajar-pelajar ini. Dan juga, mesti ada dilengkapi dengan sistem pendawaian untuk dibekalkan dengan lampu isyarat kepada kelas pendidikan khas bisu dan pekak. Ini kerana mereka ini bisu dan pekak. Kalau berlaku kebakaran apa pun dia tak dengar bunyi loceng kecemasan, dia perlu ada lampu itu.
Jadi, sekiranya bangunan ini dibina untuk tujuan kelas pendidikan khas, integrasi ataupun yang kekal, hendaklah dilengkapkan dengan ciri-ciri yang saya sebutkan tadi. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam. Sudah tentu sekiranya pihak KPM meluluskan sesuatu pembukaan kelas PPKI bagi murid- murid berkeperluan pendidikan khas ini, maka, kemudahan-kemudahan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sabak Bernam tetap akan disediakan.
Untuk makluman Yang Berhormat Sabak Bernam, sememangnya dalam sekolah-sekolah harian biasa yang mungkin tidak ada PPKI pun, ada kemudahan- kemudahan tersebut bergantung kepada sekolah, telah pun disediakan. Namun demikian, satu inisiatif ataupun pendekatan baharu bagi KPM adalah pada kini, apabila KPM diluluskan setiap satu pembinaan sekolah baharu, elemen ataupun kemudahan-kemudahan PPKI ini tetap akan— kemudahan-kemudahan untuk murid berkeperluan pendidikan khas ini tetap akan disediakan. Juga, bilik darjah-bilik darjah bagi tujuan PPKI pada masa hadapan turut akan disediakan dalam rancangan kesemua sekolah baharu kita bagi menampung keperluan anak-anak kita.
Tuan Wong Kah Woh
Puan Yang di-Pertua, saya ingin masuk ke satu topik lagi iaitu berkenaan dengan sekolah selamat. Kebajikan dan keselamatan murid khususnya di sekolah menjadi perhatian dan agenda utama KPM sepanjang masa. Mutakhir ini, KPM turut berkongsi kegusaran masyarakat umum yang inginkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.
Menjawab pertanyaan dan isu yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Larut, Bachok, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Indera Mahkota, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Temerloh, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Parit. Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Ayer Hitam, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Selayang, Kota Belud, Jelebu, Jeli, Kinabatangan, Pokok Sena, Ampang, Ledang, Kuala Pilah, Jempol, Baling, Gopeng, Kepong, Tanjong Piai, Batu dan Kepala Batas berhubung usaha memastikan insiden salah laku disiplin tidak berulang serta menjadikan sekolah selamat.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, KPM kekal beriltizam memperkukuhkan ekosistem keselamatan di sekolah agar setiap murid berada dalam sistem persekitaran yang harmoni dan kondusif untuk pembelajaran. KPM telah menetapkan mekanisme yang jelas melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang sedia ada. Antaranya:
(i) SPI Bilangan 13/2023: Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual di Institusi Pendidikan;
(ii) SPI Bilangan 12/2023: Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan;
(iii) SPI Bilangan 8/2011: Pengurusan Keselamatan Murid di Sekolah;
(iv) SPI Bilangan 7/2003: Kuasa Guru Merotan Murid;
(v) SPI Bilangan 4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah Selamat;
(vi) SPI Bilangan 9/2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan juga di luar sekolah; dan juga
(vii) SPI Bilangan 7/2022: Pelaksanaan SOP1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Wong Kah Woh
Sememangnya berkenaan dengan SPI ini kita ada.
Mungkin saya jemput — saya beri ruang kepada Yang Berhormat Indera Mahkota dulu.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
Ya, spesifik Yang Berhormat. Memang yang itu saya tahu itu, tindakan sedang diambil. Ini merujuk kepada PMQT dengan Yang Amat Berhormat Tambun minggu lepas.
Kami ada mencadangkan kalau guru-guru itu kita faham dia terlatih. Ini soal orang luar yang bertugas di sekolah. Pengusaha kantin, pengawal keselamatan, pekerja pembersihan. Jadi, kami cadangkan kena ada semacam saringan keselamatan psikologi untuk kita rasa yakin sikitlah mereka ini sesuai untuk bersama dengan anak-anak kita. PM ada sebut, dia kata KPM kena tengok hal ini. Terima kasih.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat Indera Mahkota.
Terima kasih atas cadangan yang telah pun dikemukakan semasa PMQT dan juga dalam penggulungan ini. Pihak KPM akan meneliti keperluan tersebut kerana bagi kami, keselamatan dan keselamatan anak-anak kita merupakan paramount consideration, dengan izin, bagi KPM dan kita akan melakukan segala program ataupun pendekatan yang sedia ada.
Ya, sila Yang Berhormat Balik Pulau dan juga selepas itu, Muar. Terima kasih.
Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Ya, saya bawa isu yang sama Timbalan Menteri, tentang apa yang di Australia yang buat working [Tidak jelas]. Saya juga mencelah semasa Muar berbahas. Jadi, isu yang samalah, perlu ada saringan kepada mereka yang bekerja dengan golongan rentan ini termasuklah di sekolah. Cuma, nak reiterate baliklah.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Kerajaan kata mereka ingin menekankan komponen keselamatan di sekolah, tetapi cara terbaik untuk kita lihat penekanan ini adalah daripada sudut peruntukan.
Kerajaan sanggup memperuntukkan dalam RM9 juta untuk pemakaian pin bagi anak-anak murid kita. Saya tidak bangkang, cuma peruntukan RM9 juta itu diberikan.
Apabila satu persatu kes tular berkenaan kes buli di sekolah, kerajaan hanya memperuntukkan tambahan RM3 juta bagi pemasangan 200 — bagi pemasangan CCTV di 200 sekolah berisiko.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Konsep sekolah berisiko itu pun saya agak bermasalah. Kerana sekolah terbaik, sekolah antarabangsa, swasta, high performing schools pun dah ada CCTV.
Adakah kalau ikut kerangka tersebut, hanya sekolah berisiko perlu ada CCTV? Maka dengan itu, sekolah swasta antarabangsa, sekolah anak-anak orang kaya ini, “Oh, dah lama ada CCTV.” Adakah itu sekolah berisiko?
Persoalan saya mudah. Kalau kerajaan akui pemasangan CCTV ini boleh membantu, ya, mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah, tapi sikit sebanyak dapat deter atau mengurangkan masalah itu berlaku. Bukankah kerajaan patut memperuntukkan dana yang lebih banyak? Jangan hanya klasifikasikan sekolah berisiko sebagai sekolah yang banyak buli, kerana realitinya ada banyak lagi sekolah di mana kes buli banyak tapi pihak sekolah tak nak buat laporan kerana nanti sekolah itu diklasifikasikan sebagai sekolah bermasalah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Timbalan Menteri, ringkaskan jawapan dan gulung.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Menteri.
Tuan Wong Kah Woh
Ya?
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya nak sambung sikit, Muar.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Ada.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Saya mohon CCTV ini untuk dipanjangkan di sekolah-sekolah kawasan luar bandar, mendatanglah.
Terima kasih.
Tuan Lee Chean Chung - Petaling Jaya
Timbalan Menteri Taiping, saya juga, kalau dapat satu, dua minit untuk memberikan sikit respons yang mana dalam perbahasan saya, saya sentuh tentang STPM. Di mana kita terdapat ramai sangat pelajar yang cemerlang, lebih 1,300 pelajar dapat full As, tetapi bagaimana kita nak memberikan pengiktirafan yang setimpal dengan usaha mereka? Saya faham ini berkaitan dengan KPT yang mana tadi telah digulung, tapi apakah usaha KPM dalam usaha ini. Terima kasih.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Menteri, Menteri. Mohon sangat Timbalan Menteri, akhirnya bolehlah beri satu jawapan kepada warga Tebrau, status SJK(C)— pembinaan SJK(C) Kuek Ho Yao, dan juga pemindahan SJK(C) Central Site ke Tebrau yang telah lama-lama kita menunggu ini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol, Jempol. YB Menteri, Jempol ya. Terima kasih. Apa yang penting sekali di aspek keselamatan sekolah, insiden-insiden yang berlaku mutakhir ini.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
[Bangun]
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Cuma yang penting sekarang ini, saya berada di sekolah dulu, ya.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi, sekarang ini kita nak tahu pelaksanaannya iaitu dalam masa berapa kali Jawatankuasa Keselamatan Sekolah, dia ada jawatankuasa keselamatan di sekolah.
Jadi kadang-kadang kita bimbang bila kita mengejar ke arah kecemerlangan akademik, jadi skop aspek keselamatan ini. Jadi kita tak tahu sekarang ini di sekolah berapa, dalam sebulan, dua bulan berapa kali Jawatankuasa Keselamatan Sekolah yang meliputi semua aspek keselamatan di sekolah.
Jadi sehubungan dengan itu, Jempol juga ingin menyentuh dua perkara di sini. Yang pertama, warden asrama. Jadi, warden asrama sekarang adalah daripada guru yang terbeban dengan semuanya sekali. Jadi, timbullah. Jadi, cadangan Jempol di sini adakah kementerian untuk mewujudkan satu jawatan tetap untuk warden ini, setelah tapisan-tapisan dibuat, segalanya, jadi kita mewujudkan satu warden baru.
Sekarang ini guru, dengan beban tugas yang banyak, jadi dia dibebankan dengan warden. Jadi di sinilah kadang-kadang ya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Dan begitu juga kepastian, ketetapan oleh pihak kementerian penggunaan smartphone di sekolah ini. Ada separuh pengetua dia tak bagi. Ada separuh sekolah bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, jangan ambil masa Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ya. Okey. Itulah smartphone-lah Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Kepala Batas, akhir.
Tuan Wong Kah Woh
Mungkin terakhir Kepala Batas. Selepas itu Puan Yang di-Pertua saya akan gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah lebih lima minit. Jadi sila gulung.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Ini betul saya minta izin.
Jawapan secara bertulis pun tak apa. Boleh? Okey yang pertama berkenaan dengan audit Sekolah Selamat yang saya bacakan atau pun bahaskan.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Yang kedua berkenaan dengan hukuman denda dalam garis panduan tahun 2003. Adakah akan dipertimbangkan ataupun dikaji semula? Yang ketiga berkenaan dengan...
Tuan Wong Kah Woh
Hukuman apa? Maaf.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Garis panduan denda dan kesalahan pelajar. Dan yang ketiga berkenaan dengan mata demerit.
Tuan Wong Kah Woh
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya jawab dengan secara ringkas.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menteri, ada satu lagi Temerloh dia tak jawab. Tentang sekolah baharu.
Tuan Wong Kah Woh
Saya ingat nanti...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semua jawapan yang tidak sempat diberi bagi jawapan bertulis.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey. Terima kasih.
Sekolah baharu.
Tuan Wong Kah Woh
Boleh, boleh. Okey terima kasih. Puan Yang di-Pertua, tadi ada isu yang di luar dari Sekolah Selamat. Saya jawab pada Yang Berhormat Petaling Jaya dahulu.
Sememangnya kita dengar berkenaan dengan isu yang dihadapi oleh pelajar- pelajar STPM dan selalunya saya sebut kepada rakan-rakan saya bahawa saya sendiri pun merupakan anak dan juga calon STPM dulu yang mana saya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama dengan menteri dan juga pengurusan tertinggi untuk selesaikan isu yang ada. Beberapa pendekatan telah pun kita buat.
Nombor satu, tahun ini 2025, kita telah pun melaksanakan program baharu iaitu Program Tingkatan 6 Dalam Kampus, 100 tempat di UKM dan 60 lagi di USM.
Itu nombor satu. Ini adalah salah satu usaha untuk kita perkasakan anak-anak STPM kita.
Nombor dua, tahun ini dengan komitmen daripada pihak KPT, 69 orang murid pelajar-pelajar STPM daripada aliran sains yang telah pun memperolehi keputusan 4.0, mereka telah pun berjaya untuk ditawarkan penempatan untuk ke universiti dan tiga jurusan pilihan tertinggi mereka. Dan ini merupakan antara usaha-usaha yang telah pun dilakukan dan usaha ini tidak akan berhenti di sini. Kita sedang dalam usaha untuk memastikan anak-anak STPM kita ini dapat diperkasakan.
Dan pada masa yang sama tadi ada isu dibangkitkan berkenaan, saya balik kepada Yang Berhormat Tebrau berkenaan dengan status SJK(C) Kuek Ho Yao.
Tuan Wong Kah Woh
SJK(C) Kuek Ho Yao saya ada status di sini yang mana pada pihak Jawatankuasa Pembinaan Sementara SJK(C) Kuek Ho Yao selepas beberapa kali rundingan dan juga sesi libat urus dengan pihak KPM, telah pun memuktamad dan juga mengemukakan pelan pembinaan kepada pihak KPM yang menepati keperluan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dan Kementerian Pendidikan Malaysia, saya sendiri dan juga Yang Berhormat Menteri akan memantau berkenaan dengan kelulusan yang akan diberikan selepas ini dan saya akan memaklumkan kepada Yang Berhormat Tebrau atas perkembangan terkini berkenaan dengan sekolah ini dan juga sekolah pemindahan sekolah central site. Secara dasarnya tidak ada isu tetapi cuma kita hendak memastikan segala pelan itu adalah mematuhi garis panduan yang sedia ada dan kita akan memberikan kelulusan.
Balik kepada isu berkenaan dengan Sekolah Selamat. Tadi Muar ada cadang berkenaan dengan isu CCTV. Sememangnya selain daripada RM3 juta yang telah pun diperuntukkan sebelum ini, KPM telah pun memperuntukkan satu tambahan RM5 juta lagi bagi pemasangan CCTV di 333 buah sekolah yang terpilih. Bagaimana kita memilih sekolah itu sama ada sekolah itu berisiko? Sememangnya kami ada perbincangan, bukan sahaja sekolah yang berisiko tetapi sekolah-sekolah yang kita mendapati berkeperluan.
So, setakat ini, RM3 juta yang telah pun dilaksanakan mulai bulan Oktober akan selesai pada 14 November ini dan RM5 juta lagi kita akan roll out-kan ataupun membuat pelaksanaan yang sewajarnya dan apabila kita bincang berkenaan dengan isu Sekolah Selamat ini bukan sahaja CCTV, kita ada pendekatan-pendekatan yang lain yang telah pun kita masukkan yang telah pun kita ambil. Seperti pada bulan November ini, kita akan menempatkan guru baharu lebih daripada 500 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling akan ditempatkan di sekolah-sekolah. So ini adalah antara daripada 10,096 guru baharu yang akan ditempatkan lebih daripada 500 adalah Guru Bimbingan dan Kaunseling.
Last, akhirnya berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi berkenaan dengan warden. Kita mengambil maklum berkenaan dengan pandangan bahawa warden yang dilantik di kalangan guru ini mungkin terbeban dengan beban tugas yang lebih tinggi. Namun adalah penting untuk KPM sekali lagi menegaskan bahawa warden ini memainkan peranan loco parentis iaitu bukan sahaja sebagai warden tetapi juga sebagai ibu bapa dan juga sebagai penjaga kepada anak-anak kita semasa di asrama.
Tuan Wong Kah Woh
Namun demikian, KPM mendengar dan KPM telah pun membuat keputusan mengambil pendekatan bahawa kita akan melantik 600 Pembantu Warden Asrama melalui pelantikan MySTEP untuk meningkatkan pemantauan keselamatan murid dan juga meringankan beban kerja warden-warden yang sedia ada. Dan kita ada banyak pendekatan yang lain yang telah pun kami jelaskan dalam MQT dan juga dalam sesi soal jawab.
Untuk Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum sempat saya jawab pada hari ini, kami akan serahkan ataupun kami akan bagi jawapan secara bertulis dan segala cadangan yang dibahaskan berkaitan pendidikan dan belanjawan ini adalah bukti bahawa kita semua berkongsi hasrat yang sama iaitu memastikan pendidikan negara tidak hanya bergerak ke hadapan tetapi benar-benar meninggalkan kesan yang adil dan saksama untuk setiap anak Malaysia. Sekian, terima kasih. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Terima kasih Puan Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan. Sekarang, saya minta Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara untuk menjawab.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada empat Ahli Parlimen Yang Berhormat iaitu YB Kuala Langat, YB Jelebu, YB Sungai Petani dan YB Mersing yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026 yang menyentuh tentang perkara-perkara di bawah peranan Kementerian Perpaduan Negara.
Dalam Bajet 2026, Kementerian Perpaduan Negara telah diluluskan peruntukan sebanyak RM768 juta dan daripada itu 85 peratus untuk mengurus lebih kurang RM650 juta dan 15 peratus adalah untuk pembangunan bersamaan dengan RM117 juta dan pada tahun depan peruntukan kita naik sebanyak 7.96 peratus. Bagi pecahan untuk mengurus, Kementerian Perpaduan Negara diberi peruntukan sebanyak RM91 juta, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi RM336 juta, Arkib Negara RM56 juta, Jabatan Muzium Negara RM48 juta dan Perpustakaan RM119 juta.
Kementerian Perpaduan Negara juga diluluskan beberapa inisiatif khas. Satu adalah untuk Program Perpaduan, Integrasi dan Keharmonian RM55 juta. Kedua
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
adalah untuk Kawasan Rukun Tetangga RM55 juta juga dan kita mempunyai beberapa projek baharu yang diperuntukkan sebanyak RM46 juta.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
Keempat-empat Ahli Yang Berhormat iaitu Kuala Langat, Sungai Petani, Yang Berhormat Mersing, Jelebu telah membangkitkan dan mencadangkan agar geran Kawasan Rukun Tetangga dinaikkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga kini terdapat sebanyak 8,586 Kawasan Rukun Tetangga ataupun KRT di seluruh negara. Dan ia nya mempunyai keanggotaan ahli jawatankuasa seramai 184,322 orang dan juga melibatkan lebih kurang 12.0 juta rakyat Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar geran bagi KRT telah melalui beberapa penyelarasan sejak 2008, selaras dengan keperluan semasa dan kemampuan fiskal kerajaan. Pada tahun 2008, kadar geran tahunan yang diberikan kepada KRT ditetapkan sebanyak 4,800 setiap tahun untuk setiap KRT. Selanjutnya bagi memastikan keberkesanan peranan KRT dalam konteks perpaduan komuniti dan selepas pandemik, kadar geran telah dinaikkan kepada 6,000 setiap KRT setiap tahun.
Pada masa kini, kadar geran KRT masih kekal dalam 6,000 setahun bagi setiap KRT. Tetapi dengan gunakan ini, KRT dapat mengadakan banyak aktiviti, lebih daripada 104,000 aktiviti iaitu aktiviti dekat komuniti, aktiviti kesukarelawan, aktiviti kebajikan, ekonomi, pendidikan dan sebagainya yang telah dilaksanakan dalam 2024. Kementerian mengakui bahawa jumlah peruntukan ini sememangnya tidak mencukupi bagi memastikan KRT memainkan peranannya dengan lebih berkesan.
Berhubung perkara ini, kementerian telah pun mengemukakan permohonan kepada MOF sejak 2022 lagi, tetapi kelulusan belum— ditunggu-tunggu.
Walau bagaimanapun, kementerian telah mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan Pelan Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif yang mengetengahkan lapan bidang utama sebagai— di antaranya adalah ekonomi dan sara hidup yang bertujuan untuk menjana pendapatan untuk komuniti dan juga mengurangkan kos sara hidup dan juga membangunkan KRT berdikari untuk aktiviti bersama di dalam sesebuah KRT. Ketika ini, sebanyak 504 projek ekonomi komuniti Rukun Tetangga telah berjaya dibangunkan pada tahun ini. Ini merangkumi aspek pembuatan makanan, community-based tourism, penghasilan produk bukan makanan, kraftangan, komoditi dan sebagainya.
Melalui pendekatan KRT berdikari, kementerian mensasarkan supaya setiap KRT dapat meningkatkan tabung dalam akaun masing-masing melalui projek
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Aaron Ago anak Dagang
ekonomi yang dijalankan dengan penetapan perkongsian keuntungan (profit sharing) sebanyak 30 persen untuk KRT dan 70 persen untuk peserta-peserta yang terlibat dalam menjayakan projek tersebut. Tabungan kewangan yang kukuh bukan sahaja dapat mengurangkan kebergantungan KRT kepada peruntukan kerajaan semata- mata, malah KRT dapat melaksanakan lebih banyak aktiviti untuk meningkatkan kesejahteraan sosial komuniti.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian kini sedang meneliti mekanisme baru bagi menyediakan geran, termasuk cadangan untuk menaikkan kadar geran kepada KRT yang aktif. Dan antara pertimbangan utama, kita telah tetapkan adalah geran berdasarkan tahap keaktifan KRT sebagai paling aktif, aktif dan sederhana. Dan kadar akan diberikan mengikut taraf keaktifan mereka daripada 5,000 kepada 6,000, kepada 10,000. Yang paling aktif kita akan propose untuk diberikan 10,000 setahun.
Tuan Yang di-Pertua, itu sajalah jawapan saya untuk soalan-soalan yang telah disampaikan oleh empat orang Ahli Yang Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Menteri, boleh sikit?
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Eh, habis dah? Nak tanya sikit. Penjelasan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Boleh? Kuala Langat?
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Boleh? Saya ke, siapa? Saya dulu. Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan tahniah lah di atas usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian.
Adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan Rukun Tetangga yang progresif, yang berasaskan koperasi kejiranan sebab kebergantungan kepada geran ini sangat terhad? Sebab kita nak melahirkan masyarakat yang bukan sahaja bersama di sudut sosial, tetapi bersama dalam membina ekonomi dan menjaga kebajikan antara masyarakat, komuniti. Jadi, apa usaha pihak kementerian supaya tidak semata-mata Rukun Tetangga ini hanya bergantung kepada geran yang disediakan oleh kerajaan? Minta penjelasan.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Begitulah hasrat kita dari awal apabila kita melihat kesungguhan KRT-KRT di seluruh negara.
Walaupun peruntukan begitu sedikit, tetapi mereka juga dengan sedia upayanya mengadakan pelbagai aktiviti untuk dapat bersama-sama dalam kegiatan-kegiatan ekonomi dan sebagainya.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Dan apabila kita menubuhkan KRT Progresif pada tahun 2023, 2024, 2025, kita telah diberi peruntukan sebanyak 20 juta untuk menambahkan peruntukan 6,000 untuk setiap KRT, tetapi peruntukan 20 juta itu juga masih terhad. Maka, apabila kita mengadakan pelbagai ekonomi, kita ada lapan tujuan utama dalam KRT Progresif ini. Satu daripadanya adalah ekonomi dan sebagainya. Dari segi ekonomi, kita pun cuba mengusahakan pelbagai aktiviti dan kita berikan dalam 50,000 kepada 170,000 untuk sebuah KRT yang kita— daripada profil yang kita adakan, kita melihat mereka dapat menyumbangkan kepada pelbagai aktiviti ekonomi yang dapat menyumbangkan keberhasilan.
Dan sebab itu tadi, saya telah menyebutkan hasil daripada kegiatan-kegiatan ini diberi kembali kepada tabung 30 peratus dan untuk mereka yang terlibat dalam kegiatan ekonomi itu mendapat 70 peratus. Dan kita berharaplah ia nya akan disambung setahun ke setahun. Dan tahun ini kita telah dapat menjayakan 504 buah KRT Progresif yang kita telah adakan dalam tahun 2004 dan 2025 ini. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Menteri.
Pertamanya, saya ucapkan tahniahlah sebab hampir setiap minggu kita mendapat e-mel yang kandungan berkaitan dengan soal perpaduan dan integrasi ini sangat baik. Cuma, isunya adalah bagaimana implementasi akhirnya, terutamanya menggunakan sayap-sayap KRT itu sendiri. Dan sepertimana disebutkan, sebahagian besar daripada KRT ini masih lagi terlalu bergantung kepada peruntukan-peruntukan geran ini dan tidak semua KRT yang aktif.
Cuma, saya melihat walaupun tadi ada peruntukan-peruntukan yang masih juga boleh dimohon kepada KRT yang aktif itu untuk buat program selanjutnya. Tadi saya melihat bahawa bukan sahaja peningkatan pada sudut peruntukan peringkat KRT itu 6,000 setahun begitu, tetapi di peringkat jabatan daerah sendiri, itu ada peruntukan yang besar bergantung kepada keaktifan KRT untuk memohon lagi di samping mereka menjana tanpa meninggalkan soal isu yang pokok untuk integrasi dan perpaduan di kawasan-kawasan KRT itu sendiri. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Ya, begitulah harapan kita apabila kita menubuhkan pelbagai KRT yang progresif dinamakan. Kita juga faham apabila kita mohon peruntukan beratus juta untuk KRT Progresif ini dan apabila kita membawa permohonan kita kepada MOF, mereka kata di kawasan di sana itu memang banyak kementerian lain, agensi lain yang terlibat dengan mereka-mereka yang di lapangan
Datuk Aaron Ago anak Dagang
itu. Dan kita tak tahu Kementerian Wanita, Kementerian Belia, Kementerian KUSKOP dan sebagainya.
Jadi— tetapi saya terangkan bahawa Kementerian Perpaduan, KRT ini adalah jentera utama kita dan kita sudah established dalam 8,000 lebih KRT di seluruh negara. Dan sebab itu kita ingin memperkasakan mereka dari segi pelbagai aktiviti mereka, bukan sahaja ekonomi. Kita ada taska, kita ada Tabika Perpaduan, kita ada banyak aktiviti-aktiviti lain kita ada. Sebab itu tadi disebutkan dalam satu tahun kita telah mengadakan lebih daripada 100,000 lebih aktiviti di bawah KRT sahaja.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
[Bangun]
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Itu tidak termasuk yang aktiviti yang kita adakan di bawah kementerian sendiri. Sekian, terima kasih. Yes.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Menteri. Tahniah di atas segala usaha yang Menteri buat itu. Tapi kalau boleh kan Menteri, bila yang ada yang progresif itu bagus. Dia dah ada daya saingnya, dia ada kapasiti dan capability, ada leadership. Tapi yang kita nak ini, especially for the purpose of perpaduan kan, dengan izin Tuan Speaker adalah mereka yang leadership tak berapa banyak, duit tak pandai nak cari and then, kita nak dia pelbagai kaum. Pelbagai kaum, di antara sama kaum pun kalau tak ada leadership pun susah, yang di antara lagi susah. Lagi- lagi bila nak melibatkan orang muda.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Orang muda dia kena kreatif, dia kena ada banyak aktiviti, dia tak boleh meeting saja kan. Jadi, saya rasa perlu ada dasar baharu yang membantu mereka yang kategori seperti ini. Yang boleh buat ekonomi, yang dah aktif bagus, teruskan.
Tapi yang begini, inilah yang mungkin perlu daripada pejabat perpaduan daerah itu sendiri membantu skills of communication, macam mana nak mediation. Mungkin ada yang ini tak cukup, ini yang marah, ini yang terkecil hati dan sebagainya. Mereka inilah high risk group yang rentan. Apa pandangan apa. Saya rasa perlu ada peruntukan khas untuk mereka ini. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago anak Dagang
Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan― yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat. Begitulah dilema kita di kementerian ini. Ini this is the smallest kementerian, you know lah. Di bahagian― satu bahagian saya kata kalau di Sarawak di Bintulu, empat pegawai saja. Seorang pegawai, dua orang pegawai, lepas itu driver. Di Sibu pun macam tu juga, empat
Datuk Aaron Ago anak Dagang
orang pegawai untuk melihat ataupun untuk bersama-sama berurus bukan sahaja daripada KRT dan juga banyak program-program lain.
Dan, of course, di setiap KRT kita memang ada kumpulan wanita, Kumpulan Jiran Tunas, kumpulan belia dan sebagainya. Dan kita dengan sedaya upayanya dengan kita― apabila kita mengadakan KRT Progresif ini, ini adalah KRT yang kita ingin tumpukan untuk menjalankan pelbagai aktiviti menjuruskan kepada pembangunan mereka ini sebagai leadership, juga untuk bersama-sama mengadakan pelbagai aktiviti menjuruskan keperluan dan keharmonian di setiap KRT itu.
Dan, harapan kitalah kita akan adakan pelbagai workshop untuk melihat hala tuju yang akan kita adakan untuk tahun akan datang. Dan of course, satu daripada kajian utama kita adalah untuk mengadakan profiling setiap KRT itu untuk melihat kandungan ataupun kategori mereka yang duduk di setiap KRT itu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menjawab.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya, terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh isu-isu di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bermula pada 13 Oktober sehingga 28 Oktober 2025.
Saya amat menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan dan akan diambil kira dalam perancangan KPWKM di masa hadapan, termasuklah syor penambahbaikan yang dinyatakan mahupun yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Insya-Allah, pada hari ini saya akan memberi maklum balas kepada pertanyaan-pertanyaan yang telah diajukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan
(Belanjawan) 2026.
Cuma Yang Berhormat Puan Yang di-Pertua, saya nampak ada juga yang telah bertanya ini, tak ada di dalam Dewan, saya akan skip ya. Terima kasih.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Pertama, kita ada Yang Berhormat Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah.
Paya Besar tak ada dalam Dewan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kita akan beri jawapan dia bertulis.
Kedua, kita ada Yang Berhormat Tuan Lee Chuan How, Ipoh Timor.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tak ada juga. Okey, terima kasih.
Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Hajah Siti Zailah Muhammad Yusoff, Rantau Panjang. Ya. Yang Berhormat Rantau Panjang ingin mengetahui usaha yang dilaksanakan untuk memperkasakan lagi sistem sokongan kepada wanita bekerja serta program khusus untuk membantu ibu tunggal.
Untuk makluman, KPWKM sentiasa menyokong pihak majikan, sama ada agensi kerajaan ataupun swasta untuk menyediakan taman asuhan kanak-kanak iaitu taska bagi memberi sokongan kepada ibu bapa khususnya wanita agar dapat bekerja dengan lebih komited dan meningkatkan produktiviti.
Melalui strategi memperkukuh ekosistem pekerjaan kondusif di bawah Dasar Wanita Negara (DWN) dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTW) 2025 hingga 2030. Antara inisiatif yang digariskan adalah pemberian insentif kepada majikan yang menyediakan persekitaran kerja mesra keluarga.
Inisiatif lain yang turut digariskan di bawah strategi tersebut adalah insentif pelepasan cukai kepada syarikat yang menyediakan kemudahan penjagaan anak, melaksanakan aturan kerja fleksibel dan kemudahan sokongan lain. Selain itu, PTPW turut meneroka insentif pelepasan cukai individu untuk tujuan penjagaan ibu bapa dan mempergiat insentif pelepasan cukai bagi yuran penghantaran anak berumur enam tahun dan ke bawah ke taska dan atau tadika yang berdaftar.
Pada masa yang sama Puan Yang di-Pertua, KPWKM menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun JKM telah dan akan terus membantu memberi advokasi dan konsultasi berkaitan penubuhan taska kepada semua pihak bagi memastikan pengoperasian taska memenuhi standard minimum yang ditetapkan.
Sementara itu, KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah melaksanakan program pemerkasaan ibu tunggal yang dikenali sebagai program KASIH Ibu Tunggal ataupun KasihnITa. Program ini dirangka khusus untuk membantu ibu tunggal memupuk minda dan nilai positif, membangunkan keupayaan berdikari serta membentuk mereka menjadi ejen perubahan dalam komuniti.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Jadi bagi tahun 2025, modul kemahiran perundangan di bawah KasihnITa telah ditambah baik dengan penyediaan khidmat dan bantuan yuran guaman untuk mewakili ibu tunggal yang kurang berkemampuan membuat tuntutan atau menjawab tuntutan mahkamah bagi kes sivil dan syariah.
Jadi, program KasihnITa telah dilaksanakan secara berfasa mulai 13 Ogos 2025 dengan melibatkan enam zon iaitu zon Sarawak iaitu di Kuching; zon Sabah, Kota Kinabalu; zon selatan, Negeri Sembilan; zon tengah, Selangor; zon utara, Pulau Pinang; dan zon timur, Kelantan. Yang lain itu akan kita teruskan pada tahun hadapan. Proses pemantauan dan penilaian akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan keberkesanan dan pencapaian objektif program tercapai.
Puan Yang di-Pertua, menerusi cadangan Belanjawan 2026, program KasihnITa dirancang untuk diteruskan dengan pendekatan lebih strategik melalui khidmat bantuan guaman kepada ibu tunggal. Program ini disasarkan untuk memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 5,000 orang ibu tunggal yang layak di seluruh Malaysia. Dengan sokongan bajet tahunan, KasihnITa boleh diperluas capaiannya dan meningkatkan impak pemberdayaan sosioekonomi wanita, khususnya ibu tunggal sebagai penyumbang aktif kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Saya teruskan dengan lagi Dato’ Indera...
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Penjelasan sikit je YB Menteri, sikit je.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya.
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
Berkaitan dengan ibu tunggal tadi. Terima kasih Yang Berhormat. Saya tertarik dengan usaha yang telah dibuat oleh pihak kementerian dan saya ucapkan tahniah di atas usaha yang dibuat. Cuma, saya ingin tahu sejauh mana pengumpulan data ibu-ibu tunggal.
Sebab kita tengok ibu tunggal ini dia sentiasa berubah data dia, bertambah.
Dan setakat ini, berapa jumlah ibu tunggal yang terkini mengikut negeri- negeri dan sejauh mana kerjasama juga dibuat dengan kerajaan-kerajaan negeri.
Sebab di bawah kerajaan negeri ada Exco Wanita. Contoh di Kelantan dia mengumpulkan update yang terkini, sentiasa ada data-data. Jadi, sejauh mana perkara ini dimanfaatkan supaya ibu tunggal kita benar-benar dapat manfaat daripada program disediakan oleh kerajaan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya, terima kasih. Apa yang telah kita lakukan pada tahun ini ia sebagai satu projek rintis dan insya-Allah pada tahun depan, ia nya lebih teratur. Cuma, kita mendapat data tadi daripada setiap negeri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sebab kalau tidak, kita tidak tahu berapa yang boleh kita bantu. Dan pada― kalau dilihat pada tahun hadapan, kita punya belanjawan, bajet telah menumpu kepada 5,000 tunggal yang akan kita bantu insya-Allah.
Jadi, ini kita dah perolehi daripada setiap negeri kerana untuk kita mendapatkan data semuanya bergantung kepada― ini untuk syariah juga dan juga sivil. Sivil mungkin berbeza. Cuma, yang syariah tadi lebih kepada yuran bantuan untuk mereka pergi ke mahkamah untuk turun naik ke mahkamah untuk menuntut. Sebab kes, kalau yang syariah, kes dia sudah dah diputuskan oleh mahkamah. Bila mahkamah sudah putuskan kes sepatutnya yang si bekas suami itu memberi nafkah kepada anak.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Jadi, bila dia masih juga tak memberi nafkah, maka itulah yang kes syariah ini. Inilah yang mereka akan tuntut untuk pastikan mahkamah mengenakan hukuman kalau tidak diberi penafkah itu. Ini satu kes yang lain. Kita ada juga kes untuk sivil.
Sivil pula lain, di mana baru kita lancarkan. Jadi, itu tidak berada dalam inilah, tetapi saya boleh bincangkan nanti sebab kita baru sahaja melancarkan kes untuk sivil, ya.
Terima kasih.
Berikutnya, Dato’ Indera Mohd Shahar masih tak ada dalam Dewan. Dato’ Hajah Zailah lagi, di mana, Puan Yang di-Pertua, KPWKM melalui Yayasan Kebajikan Negara, Yang Berhormat, iaitu YKN, antaranya memberi penekanan terhadap usaha memperkukuhkan sokongan kesihatan mental dan kesejahteraan keluarga melalui penubuhan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) di seluruh negara. PSSS ini menyediakan perkhidmatan psikososial melalui sesi bimbingan dan kaunseling, intervensi dan rujukan bantuan kebajikan kepada masyarakat, termasuk keluarga, dalam menangani isu-isu berkaitan kesejahteraan sosial dan kesihatan mental yang semakin membimbangkan.
Bagi menjawab kepada cadangan Yang Berhormat Rantau Panjang agar PSSS ini diperbanyakkan, sukacita dimaklumkan bahawa KPWKM dan YKN telah melaksanakan Program Jelajah Kasih PSSS di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta capaian kepada perkhidmatan ini. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk mengurangkan isu psikososial dan tekanan emosi dalam kalangan masyarakat. Pada tahun 2024, PSSS telah mengendalikan 33,000 klien, manakala dari Januari hingga September 2025 sahaja, bilangan klien yang dikendalikan telah melebihi 56,000. Program ini ada dilakukan secara individu dan juga berkelompok.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Jadi, Yang Berhormat, melalui Program Sahabat PSSS, peranannya diperluaskan dengan penglibatan komuniti setempat, NGO, pelajar IPT/IPTS dan pemimpin masyarakat bagi memperkukuh jaringan sokongan sosial di lapangan.
Sahabat PSSS diberikan pendedahan tentang kemahiran asas menolong dan dilatih sebagai rakan sokongan awal ataupun, dengan izin, first responder, di peringkat komuniti bagi mengenal pasti isu-isu psikososial yang dihadapi oleh masyarakat.
Pendekatan ini bukan sahaja dapat menangani tekanan emosi, malah membina daya tahan keluarga dan komuniti dalam membudayakan kehidupan yang lebih sejahtera.
KPWKM menyokong penuh keperluan untuk memperbanyakkan PSSS sebagai usaha memperkukuh jaringan sokongan komuniti khususnya kepada keluarga yang berdepan dengan pelbagai tekanan sosial dan emosi.
Ya, seterusnya, Tuan Oscar Ling. Yang Berhormat Tuan Oscar Ling ada di dalam Dewan?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Okey. Datuk Wira― tak apa, dia tak ada tapi Dato’ Hajah Siti Zailah ada. Tuan Cha Kee Chin, Rasah?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ada ya?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ada, Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Okey. Puan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah memberi cadangan untuk memperkasakan peranan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), seperti diperkembangkan untuk turut mempunyai kemudahan daycare, pemeriksaan kesihatan komuniti, latihan digital asas dan sebagainya.
Untuk makluman, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) yang dibangunkan oleh KPWKM memberi panduan kepada semua pihak bagi melahirkan generasi warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi dan melalui penuaan sihat, penuaan positif, penuaan aktif, penuaan produktif dan penuaan menyokong.
Menyedari keperluan warga emas untuk tinggal dengan sejahtera dalam komuniti, KPWKM telah bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarelawan kebajikan dalam menubuhkan PAWE. Sebenarnya, PAWE ini ditubuhkan oleh komuniti ya, bukan kita. Mereka perlu mulakan dahulu dan selepas itu baru kita bantu.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Di PAWE, warga emas boleh menjalankan apa-apa aktiviti yang sering diadakan iaitu seperti senaman dan riadah, program berunsur keagamaan serta sukan rekreasi seperti catur, karom, dart dan pelbagai lagilah. Ada juga PAWE menganjurkan program khusus pada waktu tertentu seperti hari pemeriksaan kesihatan dan kelas-kelas yang menambah kemahiran dan pengetahuan, termasuklah celik digital. Ada juga membuat aktiviti ekonomi ya, yang berbentuk ekonomi.
Jadi, sehingga kini, sebanyak 193 buah PAWE sedang beroperasi di seluruh Malaysia yang memberi manfaat kepada lebih daripada 50,000 warga emas. Walau bagaimanapun, Ahli-ahli Yang Berhormat jangan keliru antara peranan PAWE dengan pusat jagaan. PAWE itu bukan merupakan pusat jagaan. Tetapi, kalau dia nak juga melakukan program seperti aktiviti pusat jagaan, itu terpulanglah kepada mereka. Cuma, adalah perkara-perkara tertentu yang perlu mereka ataupun peraturan dan juga keperluan undang-undang yang perlu mereka patuhi.
Ini kerana pengoperasian pusat jagaan warga emas seperti day care atau respite care center adalah tertakluk kepada perundangan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] yang menggariskan syarat-syarat pematuhan demi keselamatan penghuni atau pelanggannya. Ini termasuklah penyediaan penjaga yang mahir, kelengkapan tertentu, nisbah ruang lantai dengan penghuni dan sebagainya.
Dalam hal ini, pendaftaran PAWE tidak membolehkan mereka mengoperasikan pusat jagaan. Namun begitu, ahli PAWE boleh bergerak secara kreatif untuk membantu komuniti setempat dalam mengisi kelompangan penjagaan atau mengatasi fenomena kesunyian seperti menyantuni dan menemani warga emas yang tinggal sendirian di rumah di kawasan mereka.
Untuk menggalakkan lebih banyak PAWE ditubuhkan, KPWKM telah membuat penambahbaikan bermula tahun ini menerusi Program Pemerkasaan Warga Emas atau PAWE@3A iaitu anywhere, anytime, any place. Kita sekarang ini, kita membenarkan penubuhan PAWE ini. Saya minta izin sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Boleh.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
[Minum air] Jadi, kita membenarkan penubuhan PAWE. Mungkin mereka tidak mempunyai tempat sendiri. Maka, mereka nak menumpang. Dalam satu Parlimen, sekarang ini, ia boleh membina lebih daripada satu PAWE. Jadi, sebab itu, kita ada polisi yang baru iaitu anyway, anytime, any place.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Menteri, Menteri. Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah. Rasah.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Biar saya habis ini dulu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey. Pasal PAWE.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ada few sentences lagi, ya. Untuk menggalakkan lebih banyak PAWE ditubuhkan― oh, mana tadi? Melalui pembaharuan ini, PAWE boleh melaksanakan program atau aktiviti pemerkasaan warga emas dalam lokaliti masing-masing secara lebih fleksibel tanpa terikat kepada premis dan waktu tertentu.
Ya, Yang Berhormat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Speaker. Saya menyambut baik pendekatan kerajaan yang baru. Kalau dulu, saya difahamkan satu Parlimen, satu PAWE. Sekarang ini terbuka, sekiranya ada keperluan, ada permintaan dan ada NGO ataupun persatuan yang sanggup ambil tanggungjawab.
Saya menyambut baik sebab ini sebagai salah satu pendekatan holistik kita dalam menangani penuaan dalam masyarakat. Sebab, bagi saya― saya berikan contoh, Yang Berhormat Menteri. Macam di kawasan saya, Parlimen Rasah, ini kawasan yang orang kata kawasan bandar. Kalau kawasan luar bandar, mungkin lagi jauh keluasan area dia. Kalau satu PAWE, memang susah.
Saya nak tanya. Selain daripada galakan, ada tak apa-apa geran spesifik untuk PAWE ataupun― ya lah, apa-apa pusat sedemikian, yang bukan penjagaan tetapi lebih kepada pusat aktiviti? Sebab, kadang warga emas ini, Yang Berhormat, dia umur dah mungkin 60 lebih tetapi dia masih sihat dan dia boleh― dia tak perlu jaga pun. Dia boleh jaga orang lain. Jadi, ada tak apa-apa spesifiknya, khas untuk golongan ini menyumbang kembali kepada masyarakat, sambil itu mental dan fizikal sentiasa sihat? Terima kasih, Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih, Yang Berhormat.
Sebenarnya― yalah, saya belum habis juga tadi. Tetapi, soalan Yang Berhormat itu sebenarnya memang dalam polisi yang baru. Kita boleh bina kan. Kadang-kadang, dia tak ada tempat, dia boleh menumpang dekat church-kah, dekat kuil kah. Yang penting, dia mesti berdaftar dengan ROS.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Dan dari segi peruntukan pula, selepas dia mula, dia perlu mula dulu, dia mulu dulu, lepas itu dia boleh memohon peruntukan. Untuk pertama sekali, kita boleh membantulah, tapi kita mohon, kita minta mereka sudah mulakan, lepas itu kita akan bagi peruntukan yang pertama sekali tidak melebihi RM100,000. Tidak melebihi RM100,000. Lepas itu bila dia sudah mula, setiap tahun dia mengadakan, saya tahulah Yang Berhormat kata dia banyak buat aktiviti bersenam, macam-macam kan, kesihatan. Kita boleh memberi tidak melebihi RM50,000.
Boleh kan Yang Berhormat? Boleh Yang Berhormat start di kawasan sendiri.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, saya akan mulakan. Terima kasih Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih. Saya teruskan lagi. Pada masa yang sama tadi, daripada yang tadi. Pada masa yang sama, sekiranya mana- mana PAWE yang mempunyai premis bersesuaian serta boleh memenuhi syarat- syarat dan berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan pusat jagaan sama ada harian mahupun berkediaman, mereka boleh menukar pendaftaran untuk menjadi pusat jagaan mengikut Akta 506. Jadi, saya mengulangi yang tadinya.
Oleh itu, cadangan menjadikan PAWE sebagai hab penjagaan dan kesihatan warga emas perlu diperhalusi sewajarnya, termasuklah kesesuaian lokasi, keperluan komuniti setempat serta kerjasama strategik dengan pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, agensi kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan iaitu NGO. Ini di antara kriteria-kriteria dan juga keperluan di bawah, [Tidak jelas] yang perlu dipatuhi.
Seterusnya, Kluang. Kluang ada tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Tak ada ya? Kluang tak ada. Okey, kita— Rantau Panjang lagi, eh banyak yang Rantau Panjang ini. Ini Puan Yang di- Pertua, beralih kepada usaha memperkasakan golongan orang kurang upaya yang disentuh oleh Yang Berhormat Rantau Panjang.
Kerajaan melalui KPWKM bersama kementerian, jabatan dan agensi kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memperkasa golongan OKU ke arah meningkatkan inklusiviti dan kesejahteraan hidup mereka. Antara program dan inisiatif yang dilaksanakan adalah pertama kita ada program latihan di bengkel terlindung ataupun sheltered area yang bertujuan menyediakan latihan pekerjaan kepada golongan OKU dalam pelbagai bidang.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Apa yang kita lakukan? Mereka ini ada kekurangan untuk bergerak, jadi mereka dibenarkan untuk membuat aktiviti itu misalnya aktiviti kraf tangan di bengkel terlindung dan kita akan membantu untuk menjual produk mereka. Kita ada juga pusat latihan perindustrian dan pemulihan atau PLPP yang memberi tumpuan kepada latihan kemahiran teknikal, pemulihan industri, alat sokongan serta pembangunan sukan para.
Ketiga, iaitu pengoperasian 580 pusat bagi program Pemulihan Dalam Komuniti iaitu PDK oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dengan sokongan oleh KPWKM yang berfungsi sebagai pusat intervensi dan latihan kepada golongan OKU.
Keempat, melaksanakan audit akses. Kita sebut audit akses untuk pastikan dari segi infrastruktur kah, mereka ini dalam usaha pembangunan persekitaran fizikal yang mesra dan inklusif kepada golongan OKU. Memang banyak lagi kita nampak tempat-tempat yang belum ada, belum mesra OKU dan insya-Allah, kita akan terus membantu untuk membawa perkara ini ke pihak yang berkenaan.
Dan kelima, bagi memperkukuh ekosistem sokongan kepada golongan OKU autisme. KPWKM sedang menyiapkan pembangunan pusat autisme pada tahun 2025 yang akan beroperasi di PLPP Bangi, Selangor.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
[Bangun]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Melalui Belanjawan 2026, pelaksanaan inisiatif ini dicadang untuk diperluaskan ke Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak bagi memberi manfaat kepada lebih 13,000 individu autisme dan keluarga mereka dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM20 juta. Cuma, saya mintalah semuanya janganlah ada yang membangkang nanti untuk kita approve kita punya bajet. Kalau bajet kita tak approve, tak dapatlah ini. Jadi, ingatkanlah yang memerlukan ini.
Seterusnya, keenam. Pelaksanaan program perkhidmatan— saya habis ini dulu ya. Pelaksanaan Program Perkhidmatan Job Coach (PPJC) bagi menyediakan sokongan pekerjaan kepada golongan OKU bagi memastikan mereka dapat berdikari serta kekal dalam pekerjaan. Sekejap Yang Berhormat.
Ketujuh, pelaksanaan program Disability Equality Training (DET) bertujuan meningkatkan kefahaman, kepekaan dan kemahiran dalam menyantuni serta menyokong golongan OKU bagi mewujudkan persekitaran yang inklusif, menghormati kepelbagaian dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi terhadap OKU.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Selain itu, KPWKM turut bekerjasama dengan pelbagai agensi lain seperti Kementerian Sumber Manusia dan HRD Corp serta pihak swasta untuk memastikan kemudahan latihan dan pekerjaan bagi OKU terus berkembang.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
YB Menteri, saya ada bangkitkan dua isu.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Pertama, berkenaan memartabatkan wanita kepada lelaki dan yang kedua, berkenaan dengan kos pembantu rumah. Saya tak tahu, sama ada perkara tersebut dah diambil perhatian oleh pihak YB masa perbahasan.
Pertama, berkenaan memartabatkan wanita dengan, [Tidak jelas] lelaki dalam keluarga dan yang kedua berkenaan dengan kos pembantu rumah yang perlu dilihat oleh pihak kementerian dalam perbahasan saya.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
YB Menteri, mencelah sikit. Batang Lupar. Saya mohon undur sikit berkenaan dengan PAWE tadi bila saya dengar Menteri menjelaskan berkenaan dengan peruntukan yang diberikan kepada setiap PAWE ini yang permulaannya diberikan RM100,000 dan per year-nya adalah RM50,000. Jadi, saya ingin mengetahui, adakah garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan peruntukan ini dan kepada siapakah PAWE ini bertanggungjawab untuk melaporkan peruntukan ini dan adakah mereka ini diaudit? Terima kasih Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Okey, terima kasih. Tadi Yang Berhormat, saya— kalau terlalu banyak saya lupa nanti, boleh saya terus kepada yang tadi. Soalan yang pertama tadi mengenai kos untuk pembantu rumah. Fasal gaji-gaji ini bukan di bawah kita ya, dia di bawah kalau...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ini bukan berkenaan dengan gaji, soal harga. Kita perlu...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kos?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Bukan. Sebab sekarang ini kita memerlukan pembantu rumah untuk sistem sokongan kepada pekerja tapi kos yang dikenakan sangat tinggi. Jadi, bila kita bentang kepada Menteri Sumber Manusia, sepatutnya perkara ini juga dibentangkan kepada Menteri Pembangunan Wanita kerana nak bantu ini wanita. Jadi, isunya sangat mahal, RM18,000. Tak mampu.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Itu pun tidak— bukan di bawah kita.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, siapa? Makna, betul- betul bawah Kementerian Sumber Manusia?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sebab kalau dia nak mengambil orang untuk bekerja dengan dia...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Tapi sistem sokongan itu mesti disediakan dasarnya daripada kementerian.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Dia macam ini...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sistem sokongan kita ini di bawah kita ini kita beri kebajikan. Okey, kalau dia memerlukan kebajikan, bantuan kebajikan kita akan beri mengikut kelayakannya kalau dia layak untuk kebajikan. Tapi kalau nak membantu untuk kos dia mendapatkan orang untuk pembantu rumah itu, tidak ada dalam skop kita Yang Berhormat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Kita bincangkan sekarang di peringkat dasar. Kita bukan jawatankuasa sekarang, di peringkat dasar.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
[Bangun]
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, kalau dasar, adakah— apakah dasar yang sedang dijadikan oleh pihak Kementerian Wanita untuk membantu wanita bekerja?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Setakat ini dia tak termasuk dalam skop kita Yang Berhormat.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sebab kalau perkara ini tak dibincangkan oleh Kementerian Wanita bersama dengan KSM secara tuntas, maka isu ini tak kan selesai.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Sebab isunya bukan mereka ini perlu bekerja, tapi perlu dibantu dengan sistem yang lebih yang membantu kebajikan mereka dengan kos lebih murah.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Cuma, Yang Berhormat. Dasar kita ialah untuk membantu mereka dengan pertama, kita ada kalau program apa nama usahawan misalnya, kita buat program untuk melatihkan mereka...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, sistem sokongan seperti ini memang bukan di bawah kementerian?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sorry?
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Untuk membentuk sistem sokongan seperti ini bukan bawah Kementerian Wanita?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Bukan. Kita tak ada sokongan seperti itulah. Tapi kita secara tidak langsung, tidak langsung, kita buat— kita bagi sokongan dari segi memberi mereka kemahiran. Bagi mereka kemahiran, baru kita bantu mereka.
Kalau orang itu memerlukan dari segi sokongan, bantuan kebajikan, itu kita akan bantu. Begitu juga dengan ekonomi. Tapi untuk perkara seperti itu, setakat inilah tak ada termasuk dalam kita punya.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Saya nampak ini sebagai alternatif kepada pusat asuhan kanak-kanak sebab pusat asuhan kanak-kanak di bawah— polisinya di bawah Kementerian Wanita.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya, itu...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Jadi, kalau pembantu rumah...
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya, itu— itu ada subsidi. Untuk...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Ya, betul-betul. Tapi sebab pembantu rumah juga sebahagian daripada sosial sokongan yang sepatutnya bergerak sekali dengan pembantu di rumah dengan asuhan sekolah, asuhan di pusat-pusat yang kita bantu. Jadi, kalau ini dapat dibincangkan bersama dan dasarnya ditentukan oleh kerajaan dalam bajet, maka kita mengharapkan akan ada perubahan kepada kos ini.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Dia sebenarnya kalau dari segi gaji misalnya, untuk pembantu rumah, gaji minimum perlu dilakukan, tapi itu juga bukan di bawah kita, Yang Berhormat. Cuma, kalau nak membantu dia dari segi katalah kita nak membantu dia untuk dia supaya dia lebih peka mengenai ekonomi misalnya, kita bantu, kita bagi peluang, training pun kita bagi free, kita bagi pelbagai programlah.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Malah, kita bagi program untuk memperkasakan diri dari segi perlindungan dia dan mereka yang dikatakan ibu tunggal misalnya. Tadi saya cakap mengenai job coaching, semua itu. Itu ada tetapi untuk pembantu rumah memang tak adalah Yang Berhormat.
Sebab kalaulah dia mengambil pembantu rumah asing, itu G2G–government to government. Kalau pembantu rumah domestik ia akan tertakluk kepada Perintah Gaji Minimum. Tapi itu juga bukan di bawah kita. I have to be frank because apa yang
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
kita tak buat di bawah kementerian, saya tak boleh commit-kan di sini. Ini memang— setakat ini memang belum ada lagi peruntukan seperti ini Yang Berhormat ya.
Sekejap, saya nak jawab Yang Berhormat dari Batang Lupar tadi mengenai PAWE itu. Yang Berhormat, ada pegawai JKM di kawasan masing-masing. Sila pergi jumpa, mereka boleh membantu. Yang saya katakan tadi RM100,000 untuk yang permulaan ya. Tapi mereka perlu mula dulu. Dia perlu ada berdaftar dengan JKM, dengan association, dengan ROS. Dia perlu berdaftar lepas itu dia mula tubuhkan.
Lepas itu kita akan bantu tidak melebihi 100,000 Ringgit. Dan yang yearly itu, tahun ke tahun itu tapi mereka perlu mengadakan aktiviti ya, perlu adakan aktiviti dan perlu ada laporan untuk menunjukkan dia ada buat aktiviti supaya kita boleh membantu, tidak lebih dari RM50,000. Tadi YB?
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
[Bangun]
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
[Bangun]
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Bangun]
Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Dan cabaran yang dihadapi oleh kementerian. Cuma mungkin akan datang, supaya ada penyelarasan antara kementerian-kementerian, melihat isu-isu yang ada kaitan dengan kepentingan, keperluan pekerja dan berkaitan dengan wanita. Saya sangat bersetuju. Dan saya sangat bersetuju supaya bajet ditambah untuk kementerian ini sebab kementerian ini menjaga manusia yang pelbagai ya.
Apa soalan saya ialah berkaitan dengan OKU tadi. Daripada banyak senarai yang diberi oleh Yang Berhormat, kita nampak di antara kekurangan yang perlu kita upgrade ialah berkaitan dengan peruntukan untuk bimbingan ibadah dan kerohanian.
Saya mendapat aduan daripada pihak OKU, tidak ada program khusus untuk melahirkan jiwa yang kental sebab mereka perlu kepada kekuatan kerohanian juga.
Jadi, di samping program-program latihan dan bagaimana yang dibuat ialah bimbingan keagamaan ini perlu dijadikan agenda penting dalam membina, melahirkan OKU yang berjaya ya. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih di atas cadangan tersebut, kita mengira semua itu. Insya-Allah, terima kasih. Ya, Balik Pulau.
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Balik Pulau, ya terima kasih YB Menteri. Saya nak bangkitkan mengenai PPDK yang YB Menteri sebut tadi, sebab di kawasan saya ada empat PPDK, yang paling banyak dalam Pulau Pinang. Dan mereka ini jumpa saya sendiri nak sampaikan kepada YB Menteri
Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
mengenai elaun mereka. Elaun petugas di bawah gaji minimum dan KESUMA dalam jawapannya dalam Dewan Negara mengatakan mereka perlu diberi gaji minimum mengikut Akta Kerja 1955.
Mereka bekerja lebih daripada lapan jam kadang-kadang. Saya sendiri lihat bagaimana sabarnya mereka ini menghadapi anak-anak istimewa, kadang-kadang ada meltdown depan mereka dan saya kalau saya pun tak sanggup kerja sebagai petugas di PPDK.
Jadi, saya berharaplah Kementerian Wanita dapat kerjasama dengan KESUMA ataupun bawa kepada MOF supaya— sebab geran datang daripada Kementerian Wanita kan? Jadi, saya harap supaya ditambah geran setiap tahun itu kepada PPDK supaya setiap petugas yang kita salute kepada mereka ini, dapat elaun yang setimpalnya mengikut gaji minimum ya, terima kasih.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
YB Menteri.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
YB Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sekejap, untuk Yang Berhormat Balik Pulau, saya akan jawab nanti sebab ada juga soalan yang sama, jadi saya tak perlu ulang. Yang Berhormat daripada...
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Bukit Bendera.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Bukit Bendera.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bila disebutkan JKM dan peruntukan ini, saya tergerak untuk bangun sebabnya apabila kita bercakap tentang JKM, kita seharusnya sedar bahawa di sebalik nama dan uniform ini adalah manusia lelaki dan perempuan yang memikul tanggungjawab yang cukup besar. Membantu golongan yang paling terdedah di masyarakat kita.
Jadi, setiap hari mereka ini berdepan dengan pelbagai kes-kes yang menyayat hati. Macam kes isu-isu anak-anak yang terbiar, yang dibuang, warga emas yang ditinggalkan, dilupakan dan juga serta golongan OKU yang berjuang untuk nak teruskan hidup. Jadi, pegawai-pegawai JKM pun manusia yang mempunyai keluarga, perasaan dan orang kata had kemampuan.
Jadi, apabila mereka ini dibebani oleh kerja yang berlebihan dan dihadapi juga dengan kekurangan dana, boleh dikatakan semangat mereka itu turun dan di situlah kualiti perkhidmatan mungkin terjejas. Jadi, sekiranya dapat meningkatkan peruntukan kepada JKM itu bukanlah satu perbelanjaan tapi sebenarnya satu pelaburan dalam kestabilan sosial.
Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera
Jadi, semakin kukuh barisan hadapan kebajikan kita ini semakin baik mereka akan melindungi rakyat kita. Jadi, saya menyeru kepada Yang Berhormat Menteri agar mempertimbangkan perkara ini, sebab bukannya sekadar satu permintaan tetapi satu tanggungjawab untuklah memperkasa mereka yang menjadi benteng antara kesusahan dan juga harapan. Terima kasih.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
YB Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Akhirnya saya dengar perkara yang lain daripada apa yang Yang Berhormat telah buat dalam yang isu viral itu. Yang Berhormat, terima kasih. Sekurang-kurangnya Yang Berhormat mengetahui beban yang ditanggung oleh JKM.
Pekerja-pekerja JKM, bagaimana mereka menjalankan tugas. Jadi, memang kita sentiasa Yang Berhormat, minta supaya peruntukan ini ditambahkan supaya kita dapat menambahkan lagi macam yang PDK itu bukan di bawah kita, tetapi kita juga usahakan. Jadi, sebenarnya ini memang diusahakan. Jadi, saya juga minta supaya Ahli-ahli Parlimen ini seperti Yang Berhormat tadi juga membantu untuk memohon untuk kita.
Sebab kita memohon, memanglah kita memohon, tapi ada juga kekangan daripada kerajaan. Dan saya harap apa yang Yang Berhormat nyatakan tadi juga disokong oleh rakan-rakan Yang Berhormat yang lain. Thank you very much. Terima kasih. Okey, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Kangar, YB Menteri. Kangar setia menunggu jawapan Menteri. Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kangar, saya yang tahu, Yang Berhormat ada juga soalan kat sini kan.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
[Ketawa] Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri boleh teruskan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Soalan Yang Berhormat ya?
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Ya, saya tunggu soalan, saya tunggu jawapan.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Sabarlah menanti.
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya, okey, saya— tapi Balik Pulau sabar juga ya sebab ada soalan lain. Saya nak jawab Datuk Zailah ini. Dia memang very passionate about ini ya. Sekali soalan lagi Yang Berhormat Rantau Panjang.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Puan Yang di-Pertua, isu sosial merupakan satu cabaran besar yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Keruntuhan akhlak, peningkatan jenayah, penyalahgunaan dadah dan masalah sosial dalam kalangan remaja boleh memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.
Menyedari hal ini, kerajaan telah menubuhkan Majlis Sosial Negara (MSN) sebagai platform utama bagi membincangkan isu-isu sosial dan menjadi badan tertinggi dalam kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu tersebut.
Jadi, keruntuhan nilai Yang Berhormat, nilai asas dalam keluarga dan masyarakat, turut menjadi faktor isu sosial yang semakin berleluasa.
Justeru, KPWKM sedang mengambil tindakan menambah baik dasar berkaitan kekeluargaan. Dasar ini dirangka berasaskan prinsip nilai keluarga yang menjadi tunjang kekuatan kepada pembinaan sahsiah dan peradaban masyarakat.
Ini termasuklah usaha pemerkasaan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak.
Penyelesaian kepada isu sosial tidak boleh dilihat dari sudut penguatkuasaan undang-undang semata-mata, tetapi perlu ditangani secara menyeluruh.
Justeru, peranan keluarga perlu diperkasakan sebagai benteng utama dalam pembentukan sahsiah anak-anak dan nilai murni masyarakat. KPWKM sedar bahawa menangani masalah sosial ini memerlukan pendekatan seluruh masyarakat atau dengan izin, whole society approach. Oleh itu, KPWKM komited untuk memperkukuh usaha ini melalui kerjasama rentas kementerian bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
Seterusnya, Yang Berhormat Ampang. Yang Berhormat Ampang, Puan Yang di-Pertua, mengenai isu kanak-kanak yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ampang. Beliau telah mencadangkan supaya satu kerangka induk kanak-kanak Malaysia dapat dilaksanakan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan menerusi KPWKM telah melancarkan Dasar Kanak-kanak Negara pada 24 November 2024 untuk memperkukuhkan perlindungan dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Dasar ini bertujuan memastikan setiap kanak-kanak berhak kepada kelangsungan hidup, perlindungan, perkembangan dan penyertaan dalam persekitaran yang kondusif dan selamat. Dasar yang diperbaharui ini menggabungkan dasar dan pelan tindakan sedia ada di bawah KPWKM seperti:
(i) Dasar Kanak-kanak Negara dan Pelan Tindakan 2009-2015;
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
(ii) Dasar Perlindungan Kanak-kanak dan Pelan Tindakan 2009- 2015;
(iii) elemen kanak-kanak dalam Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan dan Pelan Tindakan 2009-2015; dan
(iv) Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Dalam Dunia Cyber 2015-2020.
Penyediaan dasar ini turut mengambil kira dasar dan pelan tindakan melibatkan kanak-kanak di bawah kementerian lain seperti Dasar Kesihatan Remaja Negara 2001 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dasar Pendidikan Kebangsaan serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jadi, strategi pelaksanaan dasar ini akan diterjemahkan melalui pelan tindakan yang akan melibatkan semua termasuk ibu, bapa, penjaga, keluarga, komuniti, pertubuhan bukan kerajaan, iaitu NGO, swasta dan kerajaan. Pelan tindakan yang dibangunkan ini adalah untuk mengenal pasti program atau tindakan, indikator, sasaran tahun pelaksanaan, peneraju, serta agensi pelaksana dan dirancang untuk dilancarkan pada penghujung tahun 2025.
Ya, Yang Berhormat, ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Boleh saya tanya soalan tambahan?
Sini.
[Sambil melambai tangan] Seputeh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Berkenaan dengan kanak-kanak juga. Apakah pendirian Yang Berhormat Menteri terhadap seorang kanak-kanak perempuan diculik oleh bekas suami Puan Indira Gandhi selama 16 tahun, walaupun Mahkamah Persekutuan telah pun memutuskan bahawa anak perempuan itu haruslah diletak di bawah penjagaan Puan Indira Gandhi, tetapi sampai sekarang pun tak dapat ditunaikan dan kita sekarang mendapati yang si suami ini masih berada di Malaysia kerana dia gunakan bantuan kerajaan BUDI95 dan juga SARA.
Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri terhadap kes yang mana Mahkamah Persekutuan telah pun membuat keputusan tapi anak perempuan itu masih tidak dapat dikesani dan juga seruan dan rayuan daripada NGO dan juga Puan Indira Gandhi ini?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Yang Berhormat, saya bersimpati mendengar cerita itu kerana ia melibatkan ibu dan anak. Tapi, insya-Allah bagi saya, saya akan membantu untuk mengusahakan, akan berbincang dengan pihak PDRM
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
untuk mengetahui cerita sebenarnya dan bagaimana mereka boleh membantu untuk mengesan dan juga untuk membantu agar anak itu dan keluarganya lah dapat ditemukan bagi membolehkan mereka berdamai atau apa juga caranya. Tapi itu akan diusahakan, insya-Allah.
Sebenarnya, saya sudah meminta supaya pegawai saya untuk mengusahakan mendapatkan maklumat lanjut supaya kita dapat usahakan untuk mencari jalan untuk membantu. Ini yang boleh saya nyatakan pada hari ini ya, tapi itu sudah saya minta pegawai saya untuk membincangkan perkara ini tadi. Okey, saya teruskan dengan.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Menteri sekejap ya, Menteri.
Ampang, Ampang.
Tadi saya amat berterima kasih lah, Ampang— apa ini, Menteri ada menjawab tentang dasar-dasar yang akan dilaksanakan. Dan insya-Allah akan dilaksanakan penghujung 2025 ini, tahniah. Tetapi saya amat bimbang kalau dasar ini tidak selari dengan pelaksanaan ataupun badan yang akan melaksanakannya. Sebab saya lihat sebagaimana sebelum ini, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak sekarang ini hanya beroperasi sebagai jabatan yang memberi kebajikan sahaja.
So, apakah nanti bila ada dasar ini dia akan dimasukkan di bawah salah satu lagi segmen ataupun struktur di bawah Jabatan Pembangunan itu? Yang mana di situlah nanti akan benar-benar akan menjadikan satu jabatan yang betul holistik dalam menjaga dan mengambil kira dasar-dasar yang dibangunkan. Jadi, itu pandangan saya sebab saya risau nanti ada dasar tetapi pelaksanaannya masih lagi teraba-raba, kan?
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Kita ini terutama sekali wanita ini sentiasa memberi. merasakan kerisauan kita terhadap, terutama sekali kanak-kanak. Tapi, insya-Allah kita akan maklumkan nanti perkembangannya.
Sebenarnya, Jabatan Pembangunan Kanak-kanak bukan sahaja mengenai kebajikan tetapi secara menyeluruh. Sebab sekarang ini pun mereka telah menjalankan banyak yang telah mereka lakukan pada hari ini. Itu yang mereka— sebenarnya mereka sudah menjalankan operasi mereka sebagai Jabatan Pembangunan Kanak-kanak, cuma akan dapat dirasmikan secara sebuah jabatan pada tahun hadapan. Ya, berterima kasih.
Ini juga melibatkan Yang Berhormat Ampang, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Ampang untuk wujudkan Malaysia Child Wellbeing Index.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Dimaklumkan pada masa ini negara mempunyai Malaysia Wellbeing Index (MyWI) yang dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebagai ukuran kesejahteraan rakyat secara menyeluruh termasuk elemen sosial yang memberi kesan kepada kanak-kanak.
Di samping itu, beberapa inisiatif di peringkat negeri termasuk projek rintis, Child Wellbeing Index di Sabah dengan kerjasama UNICEF, Malaysia telah dijalankan sebagai asas kepada pembangunan indeks nasional pada masa hadapan. Jadi, cadangan Yang Berhormat Ampang untuk indeks ini diadakan adalah saranan yang baik dan kita akan perhalusi kebolehlaksanaan dan impak kewujudan ini.
Seterusnya tadi Kangar ya, ini Kangar punya soalan ya. Masih berhubung kanak-kanak. Yang Berhormat Kangar ingin mengetahui program membabitkan kanak-kanak yang dilaksanakan oleh KPWKM di Perlis khususnya Parlimen Kangar.
Dalam hal ini, KPWKM dan agensi di peringkat negeri dan daerah, termasuk negeri Perlis dan di kawasan Parlimen Kangar sentiasa komited untuk melaksanakan intervensi bersepadu dalam isu kanak-kanak, khususnya melalui kerjasama strategik dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Antaranya, kita ada program Advokasi Perlindungan Kasih Kanak-kanak, kita ada menubuhkan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK), kita juga menubuhkan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) dan bimbingan kaunseling. Jadi, KPWKM akan terus komited melaksanakan pelbagai program di seluruh negara demi memastikan kebajikan, perlindungan dan kesejahteraan serta kanak-kanak sentiasa terpelihara.
Sebenarnya, Puan Yang di-Pertua, kalau diizinkan, sebab tadi Yang Berhormat Perpaduan tak banyak ambil masa, saya ambil sikit masa boleh tak?
Ramai menunggu ini. Saya teruskan dengan tadi, soalan daripada Balik Pulau tadi.
Sebenarnya, berhubung isu penyelarasan gaji minimum petugas dan penyelia di Program Pemulihan Dalam Komuniti yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tadi, KPWKM telah membuat tindakan susulan bersama agensi berkaitan termasuklah Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan. Beberapa syor kini sedang diteliti bagi menimbang penyelesaian terbaik yang mampan.
Untuk makluman, bermula Januari 2021, kadar bayaran sagu hati kepada penyelia telah dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 dan RM800 kepada RM1,200 kepada petugas. Dengan kenaikan ini pada tahun 2025 sahaja, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM140 juta untuk program PDK. Pengurusan PDK
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
diuruskan dan bergerak sebagai sebuah pertubuhan atau badan bukan kerajaan
(NGO)...
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
[Bangun]
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
...yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, iaitu ROS. Pertubuhan PDK boleh membayar sagu hati petugas dan penyelia PDK dengan kadar yang lebih baik dan tidak semestinya terikat kepada kadar bantuan kewangan kerajaan yang diberikan pada masa ini.
Sebenarnya Yang Berhormat, Yang Berhormat tahu, bahawa mereka ini adalah pernah kes ini pergi ke mahkamah ya, jadi, PDK adalah majikan. Yang kami ini, KPWKM hanya membantu. Maka, kalau PDK itu nak memberi gaji yang lebih, mereka boleh terus memberi gaji mengikut kadar kemampuan mereka.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tadi, Ipoh Timur ada mesyuarat caucus. Tadi, kejar balik untuk minta kalau boleh, Yang Berhormat ulang sikit jawapan. Kalau bolehlah, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Boleh, saya bagi bertulis sajalah. Kita nak menjimatkan masa yang lain ini, menunggu ini.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Okey, okey.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Boleh lah kan, Yang Berhormat? Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
For your understanding, terima kasih.
Saya teruskan lagi dengan Yang Berhormat Rantai Panjang dan Yang Berhormat Pulai, ingin mengetahui apakah program yang dilaksanakan dalam memandu ibu bapa dan memperkasakan institusi kekeluargaan.
Untuk makluman Agenda Nasional KASIH Keluarga Negara yang terkandung dalam dokumen RMK13 memberi tumpuan kepada pembangunan nilai sahsiah keluarga. Pengukuhan ini— saya terganggu oleh Yang Berhormat ini, Pulai mana tadi? Eh, Ipoh Timor ini. Mana dia lagi? Balik lagi ke? Nanti saya jawab.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Baik, terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ya, untuk makluman, Agenda Nasional KASIH Keluarga Negara yang terkandung dalam dokumen RMK13 memberi tumpuan kepada pembangunan nilai sahsiah keluarga, pengukuhan hubungan kekeluargaan serta keseimbangan peranan dalam kalangan ahli keluarga bagi menjamin kestabilan sosial bermula dalam institusi keluarga. Agenda Nasional ini
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
menyokong pelaksanaan Dasar Keluarga Negara dalam memastikan pendekatan dasar yang mesra keluarga dan perkhidmatan yang menyokong daya tahan keluarga dilaksanakan untuk kesejahteraan keluarga dan membangun negara bangsa.
Antara objektif agenda ini adalah memupuk dan mengingatkan individu dalam keluarga kepada perasaan kasih dan tanggungjawab untuk memberi layanan serta melakukan perkara yang wajar ke atas ahli keluarga mereka. Ini termasuklah dalam situasi yang tidak ideal. Contohnya, kita tidak mahu semua pihak terlibat perlu melalui pengalaman bitter divorce dengan izin yang boleh memberi kesan negatif kepada emosi, kewangan, kesihatan mental dan perhubungan.
Dan KPWKM menerusi LPPKN kita, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara telah melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan pengetahuan pasangan berkahwin menerusi program pendidikan berkaitan ilmu perkahwinan dan kekeluargaan di samping khidmat sokongan keluarga. Kita ada program seperti Kursus Pra-Perkahwinan SMARTSTART yang disasarkan kepada individu dan pasangan yang bakal berkahwin.
Kita ada juga khidmat sokongan keluarga menerusi khidmat kaunseling perkahwinan dan keluarga. Kita ada juga Program Keluarga@Kerja bagi membantu mereka mengimbangi keluarga dan kerjaya. Kita ada juga Program Ilmu Keluarga@LPPKN. Kita ada kelima, Program SMARTBelanja serta Pendidikan Kesihatan dan Keselamatan Anak (PEKA). Dan Program SMARTSTART 2nd Honeymoon untuk memperkukuh ikatan perkahwinan dan membantu mengurangkan peningkatan kadar perceraian di Malaysia.
Untuk makluman Puan Yang di-Pertua, sebenarnya kita sedar program ini merupakan program yang sering kita lakukan. Cuma apa yang saya arahkan kepada pegawai-pegawai ialah untuk kita memperkukuhkan lagi bagi mengatasi masalah- masalah sosial yang kita hadapi sekarang. Itu menjadi tanggungjawab kami untuk memperbaiki dan untuk memastikan program kita ini betul-betul dapat membantu mereka yang dalam ada apa nama yang berkeluarga inilah. Itu yang kita nak lakukan.
Jad, menyedari bahawa peranan bapa juga harus diperkasakan, LPPKN telah membangunkan Modul Kebapaan, khusus bagi bapa muda. Modul ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran bapa sebagai pemimpin keluarga melalui pendekatan psikososial, nilai kekeluargaan dan kemahiran kebapaan moden yang inklusif dalam membentuk keluarga sejahtera.
LPPKN turut giat memperluaskan pelaksanaan program intervensi yang memberi penekanan kepada modifikasi tingkah laku supaya individu dan keluarga
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
berupaya bertindak secara proaktif dalam mencegah serta mengawal faktor risiko yang boleh mencetuskan krisis kekeluargaan.
Modul Psiko-Pendidikan (Family Psychological First Aid), Modul Kumpulan Sokongan (My Therapeutic Family) serta Program Terapi Minda telah dibangunkan bagi membantu sokongan kesihatan mental dalam menyumbang kepada keutuhan institusi keluarga.
Sementara itu, menyedari bahawa cabaran digital turut memberi tekanan terhadap tugas keibubapaan serta keluarga masa kini seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching, LPPKN telah membangunkan Program KASIH Keibubapaan Digital bagi memperkasa golongan ibu bapa dengan ilmu serta kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan cabaran anak-anak generasi digital masa kini.
Sehingga kini, lebih 1,000 atau pun 1,129 peserta telah menerima manfaat daripada program ini. Pada masa yang sama, antara program lain yang ditawarkan bagi menyokong kesejahteraan dan membina ketahanan keluarga. Jadi, KPWKM juga turut menyokong Kempen Masa Tanpa Gajet atau No Gadget Hour yang bertujuan untuk memastikan peruntukan masa berkualiti ketika bersama keluarga serta penetapan masa sesuai untuk menggunakan gajet.
Melalui inisiatif ini, kementerian sentiasa komited dalam memperkukuhkan lagi institusi perkahwinan dan keluarga di Malaysia. Inisiatif untuk memperkukuhkan institusi perkahwinan dan keluarga di Malaysia akan diteruskan demi usaha membina masyarakat yang lebih sejahtera, harmoni dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran kehidupan berkeluarga.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Menteri, sila gulung.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Ini Ipoh Timor masih berada dalam Dewan kah?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Minta gulung.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Saya jawab untuk Ipoh Timor, lepas tu yang lain-lain saya bagi bertulis ya. Terima kasih. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Ni, Ipoh Timor dengar ya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
Masih menyentuh isu industri penjagaan. Yang Berhormat Ipoh Timor mencadangkan agar kerajaan memperkasakan pertumbuhan dan persatuan yang terlibat dalam memberi latihan
Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri
kemahiran penjagaan bagi mengarusperdanakan ekonomi penjagaan dalam menghadapi negara tua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, industri dan ekonomi penjagaan yang dibincang dan dipersiapkan oleh KPWKM adalah bukan hanya tertumpu kepada warga emas sahaja tetapi turut meliputi penjagaan kanak-kanak serta orang kurang upaya. KPWKM kini sedang dalam proses membangunkan ekosistem industri penjagaan yang kukuh melalui pembangunan kerangka strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan di Malaysia 2026 hingga 2030. Pembangunan kerangka strategik dan pelan tindakan ini juga adalah selari dengan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan yang disediakan oleh kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi.
Saya nak nyatakan di sini, esok kita akan mengadakan the frontiers lebih kepada program untuk merancangkan negara tua kita dan juga negara tua 2030 dengan izin, di mana kita bincang dengan pelbagai pihak termasuk dari Australia yang juga membantu dan insya-Allah kita akan ada perkara baru yang boleh kita kongsi nanti.
Yang Berhormat, saya tak boleh jawab lagi. Nanti Puan Yang di-Pertua marah dengan saya. Jadi yang lain itu saya bagi bertulis Yang Berhormat ya. Terima kasih banyaklah. Kita berterima kasih kepada Puan Yang di-Pertua kerana mengizinkan kita menggunakan masa lebih tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menjawab.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Dewan yang dihormati sekalian, terima kasih 41 orang yang telah mengambil bahagian dan berbahas berhubung perkara-perkara di bawah kuasa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Saya merakamkan penghargaan yang setulusnya kepada Ahli-ahli Yang Berhormat atas segala pandangan bernas, teguran membina serta idea yang telah dikemukakan.
Perbahasan berjalan dengan baik dan kemukakan idea-idea yang bernas.
Selaku belanjawan sulung yang mendasari Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Belanjawan 2026 tampil dengan sembilan Tekad Utama yang berpaksikan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
kepada tiga tonggak utama Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai taraf hidup rakyat serta tatakelola yang baik, reformasi sektor awam.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kewangan atas keprihatinan dan komitmen berterusan dalam memperkukuh sektor agromakanan negara melalui peruntukan sebanyak RM6.86 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi tahun 2026.
Jumlah ini meliputi RM4.82 bilion bagi belanja OE dan RM204 bilion bagi belanja DE yang menunjukkan peningkatan sebanyak tujuh peratus atau sebanyak RM447,590,000. Juga dibanding peruntukan tahunan 2025 dengan RM6.42 bilion.
Bagi sesi penggulungan pada hari ini, saya akan memberi penjelasan serta pandangan terhadap isu yang telah dibangkitkan dalam perbahasan merangkumi sektor tanaman, sektor ternakan, sektor perikanan, sektor padi dan beras, isu-isu seperti kebajikan kumpulan sasar, kemudahan sokongan serta inisiatif kesejahteraan turut akan dirangkum bersama dalam jawapan keseluruhan kementerian.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor) **mempengerusikan mesyuarat****] Namun begitu, memandangkan masa yang terhad, sebahagian jawapan akan disampaikan secara bertulis. Saya mulakan sesi penggulungan ini dengan menjawab teguran Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Muar yang ada di sini iaitu dikatakan hasil sektor pertanian berkurangan daripada tiga bilion kepada 551 juta.
Untuk maklumat Yang Berhormat, sebagaimana yang dinyatakan dalam Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2026, angka tersebut berpunca daripada pemetaan semula, reclassification yang dilakukan terhadap subsektor pertanian ini. Sebaliknya bagi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sendiri, belanja pembangunan bagi tahun 2026 telah meningkat sebanyak 15.2 peratus berbanding 2025.
Jumlah keseluruhan belanja pembangunan yang diluluskan bagi tahun 2026 ialah 2.04 bilion berbanding dengan 2024, 1.77 bilion pada tahun sebelumnya. So, perkara ini kita kena usulkan kepada Kementerian Kewangan hal cetakan ini.
Sebenarnya bertambah Yang Berhormat Muar. Ini adalah soal cetakan...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Boleh saya tanya satu soalan susulan?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
...Dan saya sebut tadi hal susunan perbelanjaan itu.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya faham bahawa kementerian Yang Berhormat Menteri memang ada peningkatan, tetapi seperti kita faham isu keterjaminan makanan ini melibatkan rentas kementerian. Perladangan, komoditi, ekonomi, kewangan, luar bandar dan yang lain. Persoalan yang saya ajukan, kalau kita ikut rentas kementerian ya, sebagai contohnya sebelum ini Yang Berhormat— mantan Yang Berhormat Menteri Ekonomi ada buat IPR dan yang lain. Luar bandar pun ada, semua ada, mengapa ada penurunan?
Saya faham mungkin ada reclassification, tetapi walaupun ada reclassification ini, penurunan rentas kementerian itu tetap menjejaskan kebolehan kerajaan untuk memastikan bahawa kita tidak perlu lagi bergantung kepada 50 bilion, RM55 bilion import makanan setiap tahun. Itu saja persoalan saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya sebut di sini Yang Berhormat Muar, di sini kementerian ini tak ada penurunan, dia berlaku peningkatan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian akan minta penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan hal penyusunan yang disebut tadi. Tapi, kementerian ini bertambah dari segi peruntukannya. Terima kasih kepada Muar dan juga Kemaman yang timbulkan isu ini.
Seterusnya saya beralih kepada sektor tanaman yang memainkan peranan penting dalam memperluas asas keterjaminan makanan negara serta meningkatkan sumber pendapatan kepada petani. Soalan yang dibangkitkan oleh Tangga Batu.
Tangga Batu tak ada ya? Ada. Tadi saya tengok tak ada.
[Ketawa] Dan Kluang berhubung pembangunan industri kopi negara. Saya menjelaskan bahawa industri kopi merupakan antara tanaman industri dan agromakanan yang mempunyai potensi meluas, khususnya dalam memperkukuh ekonomi luar bandar dan membuka peluang baru kepada agropreneur muda.
Berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang mengenai kekangan yang dihadapi oleh pengusaha kecil pemprosesan kopi tempatan— Kluang tak ada ya? Yang masih beroperasi di tanah pertanian dan berhadapan syarat penempatan di kawasan industri. Kementerian amat memahami kesukaran
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
ini, khususnya dalam sektor agromakanan seperti memproses kopi yang lazimnya beroperasi berhampiran ladang untuk mengurangkan kos logistik dan mengekalkan kualiti bahan mentah. Kalau boleh, mereka yang mengusahakan ladang kopi ini dia hendak prosesnya pun dekat dengan ladang kopi dia sebab kalau pergi kawasan industri, memerlukan kos, penyewaan bangunan dan sebagainya. Ini yang kita mengambil perhatian dalam hal ini ya. Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh minta Yang Berhormat Menteri? Baik, saya sebenarnya teruja sebab Nescafe kan, dia keluarkan kopi Kedah. Dan kopi Kedah sebenarnya adalah kopi yang ditanam di Sik dan itu antara projek yang dibangunkan tahun 1993 tak silap saya antara Nestle dan waktu itu saya terlibat dengan syarikat apa nama itu, Gadek eh. Kita bangunkan di Kupang dan Tun M rasmi waktu itu. Tapi waktu itu saya rasa sendiri tak boleh pergi jauh sebab orang Malaysia kurang minum kopi.
Tapi kalau kita lihat hari ini, trend anak muda dan jumlah kopi yang kita import saya ingat 78,000 kilo setahun, sedangkan kita baru produced 3,000. Makna, peluang untuk kita mengembangkan kopi ini sebenarnya cerah dan kurangkan import dan sesuai dengan matlamat kementerian untuk apa, food security. Jadi, saya lihat kalau kopi— kenapa saya sebut? Kalau Kluang dia sebut soal liberica. Liberica ini boleh tumbuh di kawasan yang lembap, selatan boleh. Tapi kalau robusta ini dia perlukan kemarau yang agak panjang untuk dia berbunga. Dan sebenarnya Sik, Baling, tempat yang sangat sesuai. Apakah inisiatif kerajaan untuk betul-betul boost up kopi robusta di Kedah ini? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Ya, setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Memang kopi ini perkembangannya agak perlahan dari segi dibandingkan dengan pengeluaran nenas sekarang ini yang meningkat begitu mendadak sekali. Jadi, kita akan tumpu dan apa yang disebut di kawasan Sik dan Baling itu memang amat sesuai dengan penanaman kopi ini. Saya dah melawat tempat tanaman itu dan saya memberi juga rangsangan dan minta pegawai-pegawai kita turun dan membantu mereka yang mengusahakan tanaman kopi walaupun secara kecil-kecilan.
Sehubungan itu, Jabatan Pertanian sentiasa memberi sokongan dengan menyediakan bantuan khidmat nasihat teknikal dan insentif yang bersesuaian untuk meningkatkan pendapatan bagi menaik taraf kemudahan tempat pemprosesan agar mematuhi keperluan teknikal semasa. Yang ini kita lakukan Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sebagaimana Kluang— Tak apalah, dia tak ada kita tumpu yang lain dulu.
Selain itu, melalui Unit Agropreneur Muda, KPKM turut membangunkan generasi baru usaha kopi tempatan di bawah Program Agropreneur Muda yang menyasarkan belia 18 hingga 45 tahun untuk menjadikan pertanian dan industri asas tani sebagai kerjaya moden dan berpendapatan tinggi. Kementerian mengambil maklum cadangan untuk meletakkan industri kopi di bawah Lembaga Koko Malaysia, sebagaimana disyorkan oleh Yang Berhormat Tangga Batu.
Walaupun terdapat persamaan antara koko dan kopi sebagai tanaman industri, kedua-dua sektor ini mempunyai rantaian nilai keperluan pasaran dan strategi pembangunan yang berbeza. Oleh itu, buat masa ini, buat masa ini, kita kadang-kadang keadaan tertentu boleh berubah. Buat masa ini, kementerian berpandangan bahawa tiada keperluan untuk meletakkan industri kopi di bawah Lembaga Koko, sebaliknya fokus diberikan kepada memperkukuh rantaian nilai sedia ada di bawah penyeliaan KPKM dengan kerjasama kementerian dan agensi kakitangan— agensi berkaitan. Yang Berhormat Tenom, ada sini ya? Tak ada.
Tuan Yang di-Pertua, apabila suatu hasil pertanian berjaya dituai, langkah seterusnya yang amat penting bagi memastikan hasil tersebut dapat dipasarkan secara efisien dan seterusnya meningkatkan daya saing pengusaha. Sehubungan dengan itu, menjawab pertanyaan Yang Berhormat Batang Sadong, kementerian sentiasa menitikberatkan aspek logistik pengumpulan hasil dan pemasaran sebagai pelengkap utama kepada keberkesanan pelaksanaan projek pertanian di seluruh negara.
Melalui FAMA, berbagai inisiatif dilaksanakan buat masa ini. Di bawah RMK13, FAMA melaksanakan projek pembangunan pasaran agromakanan bagi memperkukuh rantaian kerjasama makanan melalui pembelian terus hasil pertanian— ini saya jawab umum walaupun tak hadir yang tanya itu, tapi kita jawab secara umum. Bagi memperkukuh rantaian keterjaminan makanan melalui pembelian terus hasil pertanian, penyediaan logistik, pembungkusan, pengedaran serta pembangunan kapasiti penyimpanan strategik.
Di bawah RMK13, FAMA akan memperuntukkan modal pusingan lima juta untuk tujuan intervensi harga dan pembelian terus hasil pertanian tempatan dengan sasaran 7,546 tan metrik hasil agromakanan untuk dipasarkan semula melalui rangkaian jualan FAMA di seluruh negara.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
20 kenderaan perdagangan baharu disediakan bagi meningkatkan keupayaan logistik dan penghantaran di bawah RMK13 secara keseluruhannya di bawah projek ini. RM50 juta diperuntukkan bagi tempoh RMK13 termasuk RM10 juta di bawah RP1 yang merangkumi pelaksanaan di Sabah dan juga di Sarawak.
Seterusnya, melalui projek rantaian pembekalan dan pengedaran agromakanan, FAMA memperkukuh jaringan kolaborasi bersama pengeluar, usahawan, penternak, pemborong dan anchor company agromakanan melalui pelaksanaan jaringan strategik pembekalan agro kontrak dan pengukuhan pembekalan lestari. Projek ini melibatkan pusat pengumpulan ladang, hab pengedaran dan pengedaran fasilitas kontrak serta insentif logistik bagi menjamin bekalan yang stabil dan daya saing pasaran.
Setakat ini, 13 pusat pengumpulan ladang baru akan dibangunkan, 35 pusat jualan sementara diwujudkan dan keupayaan kendalian hasil ditingkatkan kepada 1,900 tan metrik bagi melaksanakan pelaksanaan RMK13 di bawah projek rantaian pembekalan dan pengedaran agromakanan. Sebanyak RM25 juta diperuntukkan untuk projek ini termasuk RM30 juta di bawah RP1 bagi tahun 2026. Jadi hal FAMA ini kita terus memberi sokongan dan mempertingkatkan peruntukan supaya pengedaran keluaran para petani itu dapat dipasarkan dengan cepat dan tidak berlaku kerosakan.
Bagi memperkukuh daya saing produk tempatan, FAMA turut melaksanakan program pembangunan pasaran dan padanan produk mikro industri asas tani.
Program ini melibatkan aktiviti kajian pasaran, padanan perniagaan serta penyertaan dalam ekspo, pameran dan platform digital bagi meningkatkan keterlihatan produk tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa.
Memang kempen untuk edarkan barangan makanan kita di peringkat antarabangsa, kita masih ― kita lihat kalau kita pergi ke negara luar sama ada di Eropah, di Timur Tengah, kita lihat barangan yang utama daripada Thailand dan Vietnam yang banyak berada di pasaran di sana. Termasuk kalau kita pergi ke kedai- kedai runcit atau pasar-pasar, banyakkannya barang-barang daripada negara tersebut sebab mereka amat aktif untuk memasarkan barang-barang keluaran industri kecil mereka.
Program ini melibatkan aktiviti kajian pasaran, padanan perniagaan serta penyertaan dalam ekspo, pameran dan platform digital dan meningkatkan keterlihatan produk tempatan di pasaran domestik dan antarabangsa yang kita
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
usahakan seperti Osaka Expo, pameran di Dubai dan beberapa tempat yang lain.
Peruntukan RM20 juta sepanjang RMK13 termasuk RM2.5 juta di bawah RP1 dan penyasaran 95 usahawan industri kecil dan sederhana di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Program ini dijangka dapat meningkatkan nilai jualan usahawan sebanyak 15 peratus setahun bersamaan nilai RM52,000 bagi setiap usahawan dengan impak keseluruhan peningkatan jualan sektor jualan sekitar RM4.98 juta setahun.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya beralih kepada sektor ternakan. Yang Berhormat Rasah, Kerajaan Negeri Pahang merupakan antara penyumbang utama industri ternakan negara dengan menyumbang 19 peratus daripada keseluruhan populasi lembu di Malaysia. Selain itu, Yayasan Pahang turut memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa melalui Memorandum Persefahaman bersama ZML Agritrade PTY bagi pelaksanaan projek penternakan bebiri dan Cobram Victoria, Australia yang kini mempunyai populasi 1,400 ekor.
Bagi terus menggalakkan pembangunan sektor ternakan di negeri Pahang, kementerian telah menyalurkan peruntukan RM1.43 juta pada tahun 2025 di bawah program mengoptimumkan penggunaan tanah dan kerjasama kerajaan negeri.
Peruntukan ini merangkumi pelaksanaan projek ternakan lembu secara integrasi di ladang kelapa sawit oleh Yayasan Pahang dengan nilai RM1 juta, pembinaan pusat pengumpulan dan penyimpanan makanan ternakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang Pahang bernilai RM150,000 serta pembelian induk baka Brahman Cross untuk tujuan biak baka di bawah Projek Penternakan Integrasi Bukit Krisik dengan kos RM280,000.
Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Menteri, Menteri. Balik pada― mohon mencelah sikit. Berbalik pada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan yang diberikan.
Saya bersama dengan Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Tenggara, pernah melawat tempat dekat Australia, Victoria tu Cobram yang mana model tu saya rasa kalau kita boleh bawa balik model tu di Malaysia, ia sangat membantu untuk sektor penternakan sebab yang mengusahakan 500 hektar kawasan penternakan itu rakyat Malaysia, anak Pahang. Empat orang jaga ladang yang keluasannya 500 hektar. Kalau model itu kita boleh gunakan, ia sangat membantu untuk SSR kita.
Jadi, mohon KPKM memberikan fokus terhadap perkara ini. Saya percaya kita
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
mampu sekiranya kita gunakan aplikasi yang betul. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Dato' Speaker.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Melawat farm itu, lain kali pelawalah saya sama. Kita menyokong program-program membuat ternakan besar-besaran ini sama ada di Pahang yang kini sekarang sedang berkembang di Segamat, Negeri Sembilan dan juga Farm Fresh di Perak. Semuanya itu kita kementerian amat bersama menyokong supaya kita akan capai SSR kita dalam masa yang singkat, insya-Allah terutama susu. Insya-Allah kita akan capai SSL dalam masa beberapa tahun lagi.
Menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gopeng berhubung kawalan terhadap aktiviti penyeludupan. Ini memanglah, penyeludupan ini memang kena kerjasama semua pihak, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan. Ini memang kena kuatkanlah. Apa dasar kita buat pun kalau bolos sempadan, maka dasar kita itu tak dapat berjalan.
Penyeludupan memang terlalu berat berlaku. Semua kementerian yang disebut tadi naklah melipat gandakan kawalan sebab kita tahu kalau lembu yang dibawa secara illegal itu kemungkinan ada penyakit dan di antaranya juga dalam lembu itu juga dimasukkan dadah untuk dibawa ke sini yang menyebabkan kawalan sempadan itu semua pihak hendaklah pertingkatkan.
Bagi meningkatkan ketelusan rantaian pasaran daging, sistem e-VetPermit telah diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar membolehkan mengguna menjejak asal-usul karkas rumah sembelih, tarikh sembelihan dan pemeriksaan daging yang terlibat. Ini sedang dalam pelaksanaan kementerian.
Pasir Salak mengatakan DBS kini dalam proses memuktamadkan peraturan baru bagi mewajibkan pemasangan tanda pengenalan pada ternakan ruminan.
Ertinya, setiap ternakan itu kena ada macam kad pengenalanlah, ada tanda di telinga. Itu kita tahu dia datang daripada mana, berada di mana, daripada kandang mana.
Semua ternakan itu akan direkodkan dalam pangkalan data kebangsaan DBS bagi memudahkan pengesahan pemilik dan lokasi premis sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang atau kejadian kemalangan. Selalunya, bila kita langgar lembu, mana-mana tuan itu pun tak akan mengaku lembu dia. Melainkan kalau ada pemasangan alat di telinganya itu, kita dapat tahu lembu siapa dan daripada kampung mana.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Melalui sistem ini, pemilik yang gagal mendaftar ternakan boleh dikenakan tindakan kompaun. Ia juga membantu Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak berkuasa tempatan mengurus haiwan berkeliaran dengan lebih efektif selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan Akta Binatang 1953 [Akta 647]. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan akauntabiliti pemilik, tetapi juga memperkukuh kawalan penyakit dan keselamatan komuniti setempat.
Yang Berhormat Rasah lagi.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Menteri. Menteri, Pasir Salak.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pasir Salak ya.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Terima kasih, Menteri. Untuk makluman Menteri, kejadian langgar lembu dengan kerbau ini sudah melibatkan enam kematian. Sebab itu saya usulkan perkara ini dan terima kasih atas respons Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya sendiri pun dulu biasa langgar lembu. Tapi, kita tanya kampung itu, semua tak mengaku itu lembu mereka. Ini ke arah kita nak letakkan IC kepada mereka.
Menjawab persoalan Yang Berhormat Rasah berhubung kemudahan pembiayaan kepada penternak, termasuk sektor bukan halal. Untuk makluman, kerajaan telah memperuntukkan RM1.1 bilion bagi tahun 2026 melalui Agrobank untuk kemudahan pembiayaan sektor pertanian. Dana ini memberi manfaat kepada sektor tanaman, ternakan, perikanan, sokongan, pemprosesan, kelestarian serta agropelancongan.
Walau bagaimanapun, Agrobank kini beroperasi sepenuhnya sebagai institusi perbankan Islam sejak 2015 bagi memperkukuh ekosistem kewangan Islam negara. Justeru, pembiayaan bagi sektor bukan halal seperti penternakan babi tidak dapat ditawarkan di bawah skim agromakanan buat masa ini. Saya suka guna perkataan ‘buat masa ini’. Sebab, kadang-kadang peraturan dan keadaannya boleh berubah. Buat masa ini, ini yang ada dalam keadaan di Agrobank itu.
Bagi memastikan semua subsektor tetap mendapat akses pembiayaan, pengurusan boleh memohon melalui skim Agrofood Facility. Ertinya, mereka yang nak buat perusahaan khinzir dan sebagainya boleh menggunakan tawaran-tawaran bank yang lain. Misalnya, bank komersial. Antaranya, Hong Leong Bank, CIMB Bank
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
dan dia dikendalikan juga dengan persetujuan daripada Bank Negara Malaysia seperti equity crowdfunding serta peer-to-peer financing di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Saya― yalah, kita mengakui untuk perbankan Islam yang berkenaan dengan Agrobank itu, saya hormati itu. Cuma, saya berharap kalau boleh KPKM membantu facilitate dengan, tadi Yang Berhormat ada sebut, Hong Leong Bank ke, bank apakah, untuk amaun tertentu.
Sebab, penternakan khinzir ini penting untuk kita mengatasi masalah virus AFS itu. Sebab, kalau kita asyik import saja dari luar, kemungkinan untuk virus itu masuk dan memusnahkan industri tempatan itu jauh lebih tinggi, risiko dia lebih tinggi. Dan saya harap kalau boleh kita ada pendanaan daripada bank tempatan tak kiralah bank mana. Jadi, mohon Menteri bantu dalam hal ini. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, kalau boleh saya tambah sedikit.
Bayan Baru. Bayan Baru sikit.
Menteri, saya terima dengan, apa itu, cadangan Menteri untuk bank komersial memberi pinjaman. Tetapi, isunya adalah apabila kita jumpa dengan penternak- penternak, mereka kata bank komersial― CIMB ke, Hong Leong ke― mereka tidak faham pertanian dan mereka rasa sektor pertanian penuh dengan risiko. Jadi, kebanyakannya mereka menolak pinjaman tersebut.
Jadi, ada keperluan KPKM untuk membuat briefing kepada bank-bank komersial supaya mereka faham dan mereka boleh― kalau tidak, penternak- penternak tidak akan dapat pinjaman sebab mereka memang tidak faham tentang sektor pertanian. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Terima kasih. Saya sentiasa menerima dialog melibat urus dengan penternak-penternak khinzir ini. Maka, sentiasa memberi dorongan kepada mereka. Kalau mereka nak buat, misalnya pinjaman daripada bank-bank lain, pihak kementerian ini tidak ada masalah untuk menyokong mereka.
Dan banyak hal-hal bila penyakit ini pun, kita banyak meluluskan tempat-tempat baru yang tak ada penyakit untuk dibawa ke Malaysia ini.
Memang nak buka ladang-ladang baru sekarang ini memang agak mahal.
Kita tahu khinzir tempatan harganya begitu tinggi, dan kita memberi facilitate kepada mereka yang pengimport ataupun nak membuka ladang ini. Dan bank-bank lain pun kita boleh memberi sokongan untuk mereka dapat daripada bank-bank yang bukan daripada bank di bawah kawalan Kementerian Pertanian iaitu Agrobank.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Seterusnya, saya pergi pada sektor perikanan. Tuan Yang di-Pertua, sektor perikanan negara terus meningkat prestasi memberangsangkan dengan kadar sara diri sudah capai 91.6 peratus, antara tertinggi berbanding dengan komoditi lain.
Mencatat peningkatan KDNK perikanan sebanyak 2.9 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan nilai sumbangan kepada KDNK agromakanan sebanyak 21.3 peratus iaitu RM11.8 bilion. Pencapaian ini didorong oleh pengurusan sumber yang lestari serta pertumbuhan pesat subsektor agriculture yang dijangka menyumbang 40 peratus daripada keseluruhan pengeluaran ikan negara menjelang 2030.
Menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat― banyak ini― Kulim-Bandar Baharu, Kuantan, Langkawi berhubung isu nelayan Zon A serta pembekuan lesen baru. Dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Malaysia masih mengekalkan dasar pembekuan pengeluaran lesen baru bagi semua zon penangkapan ikan sejak tahun 1983 mengambil kira tahap sumber perikanan negara yang kini berada paras optimum. Laporan Sumber Perikanan Laut menunjukkan stok ikan dasar laut kini hanya tinggal 16 peratus saja.
Ikan dasar laut kurang, kenapa SLA tinggi? Ini kerana kebangkitan baru yang sekarang ini iaitu akuakultur. Jadi, ternakan ikan secara akuakultur ini tumbuh.
Tambahkan lagi di bawah Program SejaTi MADANI itu, banyak masyarakat- masyarakat mengambil peluang untuk membuka ternakan ikan termasuk dengan bio floc dan sebagainya, dan menjadikan sekarang ini ikan kita dah capai SSR lebih 90 peratus.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menteri, boleh tanya sikit tak? Saya― bila akuakultur ini, sama ada air tawar ataupun yang di laut?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Dua-dua ya. Jadi, boleh tak kalau― saya lihat antara masalah besar nelayan di Melaka itu sebab kawasan menangkap ikan mereka makin kecil, mereka konflik dengan kapal-kapal yang berlabuh, kemudian pantai. Bolehkah kita buat pembenihan ikan, projek pembenihan ikan dibuat di Melaka untuk supaya nelayan dapat pendapatan yang bagus?
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dalam RUU yang kita luluskan pada penggal yang lepas, di antara tumpuan kita nak membanyakkan akuakultur ini ialah termasuk di negeri Melaka. Jadi, kalau ada mereka yang nak mengusahakan itu, sila berhubung dengan LKIM. Kita akan cuba memberi pertolongan sekadar kemampuan atau bajet yang ada.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, di antara pantai yang banyak berlaku pembangunan. Dan nelayan itu, kalau mereka kekal menangkap ikan di situ, pendapatan mereka agak rendah. Jadi, kita nak bawa mereka ke akuakultur di samping penerusan cara tradisi mereka menangkap ikan di pantai itu. Itu, Yang Berhormat boleh berhubunglah dengan pihak kita.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Sik depan ini. Depan ini, Yang Berhormat Menteri. Sedikit berkaitan dengan dasar perikanan kitalah ya.
Pihak kementerian telah membuat satu dasar penghapusan bot pukat tunda di Zon B dalam beberapa tempoh bermula 2016 dan ditangguh lagi hingga 2021.
Namun, penghapusan ini terpaksa ditangguh lagi hingga 2030. Jadi, isu besarnya ialah bagaimana nelayan pukat tunda Zon B ini dia telah menceroboh masuk ke Zon A dan menyebabkan banyak sumber-sumber ikan kita yang rosak.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Jadi, saya nak tanya kepada pihak kementerian, apakah sebenarnya halangan yang kita terpaksa membuat penangguhan lagi hingga 2030 untuk dasar ini kerana kita yakin kalau perkara ini berterusan, sudah pastilah sumber makanan kita di Zon A itu akan terus merosot dan menyebabkan kita terpaksa lagi mengimport ikan kita lebih besar dalam negara kita. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Faham benar apa yang disoal oleh Jerai itu. Sebab itulah dalam.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik Yang Berhormat, bukan Jerai.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sik.
[Ketawa] Okey, baik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ya.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sik. Dan kita sebab itu RUU baru-baru ini iaitu kita memang menjelang 2030, kita harap pukat tunda ini dah tak ada tapi nak mengubah mereka kepada pukat yang lain, kita sebagai kerajaan dan kementerian kita kena ambil sikap supaya tiada pihak yang teraniaya. Yang kalau mereka melanggar undang-undang itu, memang kita sentiasa ambil tindakan yang keras.
Boleh kata setiap minggu, setiap bulan, saya menerima rayuan supaya mereka itu yang ditangkap itu merayu supaya diringankan kita melihat case-by-case terhadap mereka. Tapi memang hal ini adalah hal yang serius memang berlaku termasuklah— sebab itu kita memperbanyakkan taman-taman laut sekarang ini, di antaranya nak memperbanyakkan semula ikan di laut itu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Hal pukat tunda ini kita ambil tindakan secara serius tetapi beransur-ansur kerana kita kena faham juga tentang tugas mereka untuk mencari ikan di laut itu.
Walau bagaimanapun Jabatan Perikanan Malaysia melaksanakan program pemutihan lesen Zon A setiap tahun bagi menggantikan lesen nelayan yang tidak aktif melebihi tiga tahun dengan permohonan baharu yang layak berdasarkan kuota kekosongan dan kelulusan Jawatankuasa Temu Duga Lesen di peringkat negeri.
Bagi nelayan yang masih belum berlesen, mereka tetap berpeluang menyertai aktiviti ekonomi perikanan melalui pelbagai inisiatif kerajaan seperti myAgropreneur Perikanan dan myKomuniti Perikanan yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan nelayan kecil, pembangunan akuakultur serta keusahawanan berasaskan sumber perikanan tempatan.
Sementara itu menjawab isu pencerobohan Zon B dan Zon C di kawasan Zon A. Yang Berhormat Kulim, Yang Berhormat Kuala Kedah, Jerlun— Sik, dia tak ada laut tapi kita di sana ada tempat juga kita cari ikan. Kerajaan memandang serius perkara ini dan terus memperkukuh tindakan penguatkuasaan yang saya sebut tadi.
Tak mahu ulang penguatkuasaan ini memang penguatkuasaan ini kena kita buat sebab kalau tidak kita akan pupus ikan-ikan di laut.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Dato’ Yang di- Pertua.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas jawapan yang telah pun diberikan. Sebentar tadi kita telah mendengar bagaimana Yang Berhormat Menteri telah pun menjelaskan bahawa stok ikan laut berkurangan sehingga ke 16 peratus. Jadi, apakah pihak kementerian ataupun langkah-langkah yang telah pun diambil untuk memperbanyakkan lagi jumlah ikan di laut terutamanya tentang perumah-perumah ikan ataupun melabuhkan unjam-unjam tiruan ini supaya jumlah ikan tersebut dapat meningkat mengikut kadar yang telah pun ditentukan? Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Setuju Yang Berhormat Kuala Kedah.
Sebab itu kita banyakkan taman-taman laut dan juga tukun-tukun ikan. Begitu juga di taman laut Kedah, Kuala Kedah terus begitu, Pulau Payar. Di Pulau Payar itu memang kita mengambil berat dan kita nampak pertumbuhan ataupun ikan di Pulau Payar itu memang merebak dengan begitu cantik, hebat dan pencemaran supaya tidak ada di kawasan itu. Jadi taman laut ini mesti dapat sokongan.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Setakat ini semua Ahli-ahli Parlimen menyokong supaya kita dengan adanya taman laut kita declare-kan itu taman laut nampaknya semua negeri-negeri, kerajaan-kerajaan negeri memberi sokongan supaya kita menambah ikan daripada 16 percent kepada yang lebih tinggi pada masa yang akan datang.
Di samping itu, ikhtiar yang lain misalnya akuakultur di laut dan di darat kita pergiatkan dan memang mendatangkan hasil sekarang ini. Saya nampak orang- orang kampung pun sekarang ini sentiasa memohon untuk membuka ternakan ikan secara moden ini dan termasuk di Kedah memang sambutan termasuk di kawasan MADA kita akan cuba pergi untuk nak beri menggalakkan mereka membuat ternakan akuakultur ini yang lebih besarlah pada masa yang akan datang.
Bagi memperkukuh kawalan sistem pemantauan pergerakan bot, ada sistem pemantauannya dipasang dan sebagainya supaya mereka tidak dapat melakukan pencerobohan yang sewenang-wenang yang menyebabkan selalunya nelayan pantai mengalami kerugian. Bagi mengukuhkan kawalan sistem pemantauan pergerakan bot digunakan bagi mengesan pergerakan vesel dan mengelak pelanggaran zon. Manakala pindaan Akta Perikanan 1985 yang telah diluluskan 2025 memperkenalkan hukuman lebih berat terhadap pelaku pencerobohan.
Memang kadang itu kita naik bot pi ke laut, tiba-tiba marin datang sebab kita dah masuk ke kawasan larangan. Itu saya biasa kena itu. Saya tumpang bot di Kuala Kedah itu rupanya kita kadang-kadang itu dia tak— dia lupa pasang apa alatnya, dia dah masuk di kawasan zon A.
Sebagai langkah tambahan, sebanyak 1,174 unit tukun tiruan bernilai RM20 juta telah dilabuhkan di seluruh negara termasuk 62 unit di perairan Kedah. Insya- Allah Kedah akan ikan banyak balik tak lama lagi.
Bagi menghalang aktiviti pukat tunda di kawasan larangan, seiring dengan komitmen Belanjawan 2026, kerajaan turut memperuntukkan RM20 juta menaik taraf vesel tempatan bagi menggantikan penggunaan pukat tunda dan kenka dua bot demi memastikan aktiviti perikanan negara termampan dan berdaya saing.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
YB Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Libat urus kita sekarang ini memang mendapat sokongan termasuk mereka yang telah melanggar undang-undang dan sebagainya. Mereka berjanji mereka akan perbaiki keadaan itu, cuma kita kena kerap turun bertemu dengan mereka ini. Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Apa, nelayan Kuala Perlis tak sebut pun.
Dok sebut Kuala Kedah ja.
[Ketawa] Kuala Perlis saya pun ada sentuh tentang jeti
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
pendaratan ikan itu sebab saya tengok dia punya tempat pendaratan ikan nampak tak berapa— kena naik taraf sikitlah di Kuala Perlis. Dok dengaq Kuala Kedah je.
Terima kasih YB Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya biasa jadi wakil rakyat Kuala Kedah.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Jomlah balik Perlis.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Jangan cemburu ya.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Insya-Allah tak lama lagi kita mungkin pergi Perlis pula. YB Jerlun bercakap hal TVET dan memang kita ada pusat-pusat latihan TVET sekarang ini untuk pertanian dan perikanan.
TVET pertanian. Tiga yang menawarkan program perikanan iaitu Kolej Perikanan Sultan Nazrin, Perak; Kolej Pertanian, Bukit Tangga, Kedah dan Akademi Perikanan, Terengganu. Itu hal TVET ikan. Dan kita nampak sekarang ini TVET mula dapat sambutan daripada anak muda. Sebab mereka terjun dalam bidang ini bukan lagi sebagai part-time tetapi sebagai profession.
Selain daripada itu, Jabatan Perikanan Malaysia turut menyediakan kursus teknikal jangka pendek kepada nelayan dan belia seperti penyelenggaraan enjin sangkut, teknologi pelayaran dan keselamatan laut. Sepanjang tempoh 2021 hingga 2025, 126 kursus dengan 2,504 peserta telah dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah RM1.32 juta. TVET dalam bidang apa pun meningkat sekarang, dalam bidang pembuatan, dalam bidang pertanian, dalam bidang perikanan kerana para belia mula yakin bahawa mereka akan menjadikan satu mata pencarian mereka dalam hal pertanian dan perikanan ini.
Yang Berhormat Kuala Terengganu, dia nak minta insentif tambahan. Setakat ini kita dah beri subsidi diesel, kita dah beri sara hidup dan sebagainya. Buat masa ini skim itu diteruskan.
Yang Berhormat Kuantan, tak ada ya?
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
YB Menteri.
Parit Buntar tak ada jawapan? Tunggu dekat seminit lagi ini nak habis dah.
Seorang Ahli
Parit Buntar tak ada ikan. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Dia pertanian dan anak muda dulu.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Isu pesawah ini. Daripada tadi tak dengar jawapan lagi. Parit Buntar.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Insya-Allah, akan sampai peringkat itu.
Yang Berhormat Tenom tak ada ya. Program modenisasi pembangunan teknologi mekanisasi dan automasi di bawah RMK13. Kementerian terus memperluas akses kepada teknologi moden bagi petani dan usahawan tani di seluruh negara. Ini memang kita galakkan.
Sekali lagi Yang Berhormat Kuala Kedah, mengenai galakan kepada golongan muda dalam bidang pertanian digital. Kementerian telah menjenamakan semula Program Agropreneur Muda kepada Program Agropreneur NextGen bermula 2026. Penjenamaan ini bertujuan memperkukuh ekosistem keusahawanan tani berasaskan inovasi teknologi 4IR. Melalui Geran Agropreneur NextGen, bantuan bernilai RM30,000 hingga RM50,000 disalurkan dalam bentuk peralatan dan teknologi kepada agropreneur muda. Ini memang kita sedang pergiatkan.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Dato’ Yang di- Pertua, cuma mungkin timbul persoalan dalam kalangan belia ataupun anak-anak muda ini. Cara ataupun bagaimana kaedah permohonan geran-geran tersebut supaya mereka dapat menunaikan, menyempurnakan hasrat mereka menjadi usahawan-usahawan yang berjaya. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kita, pihak LKIM akan terus membimbing bersama supaya kita tidak mahu seperti yang dah berlalu dulu, kita bagi bantuan, geran, habis-habis, habislah selepas itu. Kita mahu ada penyambungan selepas itu. Kalau rugi, kita nak tahu apa sebab kerugian itu. Jangan dah bantuan dan geran dan sebagainya, lepas satu musim ditinggalkan sebegitu. Insya-Allah, sekarang ini kita nampak ada perubahan- perubahan itu. Ada seorang pengusaha pertanian di Langkawi, dia berbangga dia tak terima sebarang subsidi dan geran daripada kerajaan. Tapi dia panggil kita untuk menunjukkan kejayaan dia dalam tanaman rock melon dan dia mencapai keuntungan yang agak baik.
Ertinya, sudah ada minat sebegitu rupa. Dia kata dia datang, dia panggil Menteri untuk tengok kejayaan. Bukan panggil Menteri untuk nak minta geran dan bantuan. Ada, sudah ada muncul semangat seperti itu. Insya-Allah, kita lihat akan lebih berjaya pada masa yang akan datang. Kita juga di sektor pertanian ini— apa yang nak tanya itu? Sebab kita dah penghujung dah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Pertama, bayaran insentif RM600 kepada pesawah. Mereka dok tanya hari-hari, tak dapat lagi walaupun satu sen.
Seorang Ahli
Kena tunggu tuai. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang kedua, ha, kena tunggu tuai. Ini dah musim ketiga, nak masuk musim ketiga dah ini, tak dapat lagi RM600.
Yang kedua, insentif yang dinaikkan daripada RM100 kepada RM160.
Disebut dalam Bajet 2025 tapi para petani hanya dibayar RM100 sahaja. Jadi, kerajaan ada berhutang dengan petani RM60. Harap bayar segera sebelum mati.
Yang keempat, petani ada tanya kelewatan insentif baja dan racun sehingga hampir dua bulan, ini memberi kesan kepada kesuburan benih padi yang telah ditabur tapi baja dua bulan baru sampai. Lewat. Mengapa berlaku kelewatan?
Dan yang seterusnya, akhir, isu apa ni, masalah Pertubuhan Peladang yang ada bermasalah sehingga menyebabkan para peladang tidak menerima bayaran dividen hingga sekarang. Jadi, bila nak selesai isu ini? Rakyat menunggu sebenarnya. Terima kasih. Bertulis pun tak apa, jawab bertulis pun tak apa.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Soalan Parit Buntar itu banyak. Saya akan jawab. Saya pegawai ada, cantik, hadir. Kita akan jawab secara bertulis dengan detil dan memuaskan, insya-Allah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jawab itu jawablah. Tapi yang RM600 itu kena bayarlah.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kita memang, tumpuan kepada industri padi ini memang kita akan tumpu sebab SR kita menurun. Sebab itu semalam bila saya pergi ke Setiu, saya melihat lebih 1,500 ekar tanah di situ memang sesuai dengan padi. Tetapi nak mengusahakan sawah itu memerlukan belanja yang banyak.
Saya minta pegawai-pegawai juga turun ke situ, bagaimana kita nak berusaha membantu supaya kawasan 1,500 hektar itu boleh menjadi sawah padi, sekarang juga, pada masa akan datang.
Hal padi ini tetap menjadi tumpuan. Sekarang memanglah, hal beras semuanya agak reda kerana harga beras import turun begitu mendadak tapi hal sekuriti makanan ini kita tak boleh lega sekarang, kita kata akan lega sepanjang masa. Sebab kalau berlaku sesuatu di luar negara, harga beras import kembali mencanak naik, dia akan berlaku lagi seperti yang berlaku pada dua tahun yang lalu.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Sebab itulah usaha kita untuk membuka kawasan baru, memodenkan pemodenan sawah padi ini kita tumpu betul-betul. Saya lawatan saya, kalau lihat dalam program lebih separuh saya tumpu di kawasan sawah padi ini sebab ini soal sekuriti makanan. Jadi, soalan daripada Parit Buntar itu saya hargai, kita akan jawab secara detil...
[Tidak jelas]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Speaker, boleh sikit lagi?
Saya padi, sikit sahaja Yang Berhormat Menteri, sikit. Ya, saya bersetujulah bahawa kita melihat kawasan-kawasan baru untuk penanaman padi kita. Cuma yang menjadi juga cabaran kita ialah pengekalan kawasan sawah yang sedia ada, apabila banyak kawasan-kawasan ini telah pun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Selepas Sik, satu soalan je. Duduk Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Maknanya berlaku tukar guna tanah itu ya, pembangunan, perumahan dan sebagainya. Jadi, pihak kementerian juga perlu melihat bersama kerajaan negeri untuk kita katakan mewartakan kawasan kekal sawah itu supaya tidak begitu mudah untuk ditukar penggunaan itu dan pentinglah maknanya untuk kelangsungan keterjaminan beras kita ini.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kita hilang 20,000 hektar dulu tanaman sawah sama ada ditukar kepada pembangunan atau terbiar. Sebab itu kita kena usaha memulihkan tempat-tempat yang lain terutama sekali tumpuan sekarang Sabah dan Sarawak, juga di negara-negara sebelah selatan. Begitu juga di Terengganu, kita lihat ada kawasan-kawasan yang boleh dibangunkan. Setakat ini nak bangunkan kawasan baru sebagainya, kerajaan negeri hampir semua— semualah memberi kerjasama sebab soal sekuriti makanan kita tidak ada boleh bermain politik A, B, C dan sebagainya.
Soal sekuriti makanan terutama beras, mesti menjadi tumpuan Kerajaan Federal dan kerajaan negeri sebab 56 persen beras kita ini bahaya kedudukannya.
Mesti kita tingkatkan dalam masa menjelang 2030 nanti, sekurang-kurang 70 persen.
Ini harapan kita dan kita kena bekerja kuat di peringkat Federal dan negeri untuk soal sekuriti makanan ini.
Bila India sedikit saja enggan mengeksport beras putih tempatan, kita dah berlaku bising yang hebat dalam Parlimen ini. Sekarang beras reda, bukan dah selesai, dia reda buat masa ini. Cuma kita harap harga beras import ini tidak naik meningkat, dengan itu harga beras dapat stabil sampai sekarang ini. Sekianlah, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Lain-lain saya akan jawab secara bertulis dan terima kasih kepada mereka yang memberi pandangan dan teguran.
Terima kasih Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita ke kementerian yang terakhir untuk sesi Majlis pada hari ini. Dipersilakan Menteri Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 11 Ahli Yang Berhormat iaitu YB Kudat, YB Kota Marudu, YB Merbok, YB Tangga Batu, YB Padang Terap, YB Sik, YB Pasir Salak, YB Baling, YB Tampin, YB Selangau dan YB Sipitang, yang telah memberikan cadangan dan pandangan terhadap perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Perladangan dan Komuniti semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 peringkat dasar di Dewan yang mulia ini.
Oleh yang demikian, saya ingin mengambil sedikit masa untuk memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat merangkumi perkara-perkara yang akan diperjelaskan.
Pertama, Yang Berhormat Kota Marudu. Ada? Kalau tak ada, saya nak skip fasal hari dah petang. Ada. Dua, Yang Berhormat Tangga Batu, Tampin dan Selangau. Tangga Batu ada. My favourite MP, JPK agar memfokuskan program penanaman semula sawit kepada semua pemain industri terutamanya pekebun kecil.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, sebenarnya penanaman semula ini adalah menjadi satu kemestian. Kalau kita nak memastikan eksport negara kita untuk kelapa sawit ini kekal melebihi RM100 bilion ataupun last year almost close to RM120 billion. Penanaman semula mesti kita utamakan.
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Jadi, dalam proses ini, untuk syarikat-syarikat besar, kita tidak ada masalah.
Tetapi, yang kita nak menumpukan ialah smallholders dan juga syarikat-syarikat kecil. Setakat hari ini, kerajaan membantu dari segi syarikat-syarikat — bukan
Menteri Perladangan dan Komoditi - Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
syarikat. I mean, pekebun-pekebun kecil yang 10 hektar ke bawah. Tetapi, lebih daripada 10 hektar itu, tak ada.
Jadi, kita sedang melihat bagaimana kita boleh bantu yang 10 hingga 40 hektar, untuk kita beri pertolongan untuk mereka dapat melakukan penanaman semula. Kalau yang 10 hektar ke bawah ini, kerajaan bagi 50 percent geran, 50 percent loan daripada Agrobank.
Jadi, saya sedang melihat bagaimana kalau kita boleh bawa satu cadangan kepada kerajaan untuk melibatkan pihak bank untuk membantu mereka-mereka yang lebih daripada 10 hektar dan tidak lebih daripada 40 hektar, dalam range tersebut kerana dia, smallholders ini, dia mewakili 1.5 juta hektar sumbangan dia kalau dibandingkan dengan keseluruhan kita punya ladang kelapa sawit.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, boleh celah ya? Tentang smallholders ini. Yang kecillah, bukan yang besar-besar. Yang kecil-kecil seperti yang mahu dicapai oleh pihak kementerian.
Saya nak tahu dia punya time line. Ada tanah kecil 10 ekar ke bawah, dah ada geran, dah ada apa, dia mohon dekat MPOB, kan? Pejabat MPOB, kan? Dah diluluskan, barulah pergi ke bank untuk pinjaman. Begitu, kan? So, time line-nya berapa? Sebab, saya ada juga dapat aduan. Bukan di Kapar lah, sebab Kapar tak ada ladang apa itu kan tetapi mereka ini menunggu-nunggu jawapan sebelum proses ke bank.
Mungkin, yang itu boleh di— kalau boleh diuruskan itu, saya rasa boleh capai, Menteri, yang disebut Menteri.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Selalunya, kalau kerajaan bagi RM100 juta, dia habis cepat sebab yang datang yang apply banyak, duit tak cukup. Tetapi, apa yang saya nak beritahu bahawa prosedur dia very straightforward.
Pertama, pergi apply kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Kemudian, bila semua dah lulus, dia akan hantar kepada Agrobank. Agrobank ambil 10 hari, akan selesai. Selalunya, sangkut dekat Agrobank ini kerana peminjam tak layak. Yang itu, macam mana kita nak bantu?
Yang itu ada satu masalah yang kita perlu. Kadang-kadang banyak daripada smallholder ini, dia dah berumur. Kadang-kadang anak dia tak terlibat tetapi selalunya kalau anak-anak terlibat, dia boleh selesailah. Kita boleh selesai.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Minta maaf, Menteri, bukan yang bank itu.
Peringkat MPOB itu sendiri, berapa masa yang digunakan untuk lulus?
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
MPOB ini patutnya lagi cepat daripada bank. Dia mesti lagi cepat daripada bank sebab dia ada database. Dia boleh confirm- kan geran ataupun lesen. MPOB ini dia ada, jadi senang dia boleh buat. Kalau lambat, Yang Berhormat boleh tag saya, nanti saya tolong yang mana lambat itu, ya.
Okey. Kemudian, MSPO. Kita juga galakkan kepada...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menteri, minta saya tambah sikit?
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Please.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik, terima kasih, Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Speaker.
Baik, saya melihat walaupun kerajaan memberi peruntukan RM120 juta untuk pekebun kecil, kita tahu kebun kecil ini, dia ada dua kategori. Satu, persendirian yang macam Yang Berhormat kata, 10 hektar. Satu lagi, dia panggil organised. Mungkin, di bawah FELDA, FELCRA dan FELDA lah.
Tetapi, sebenarnya kalau saya lihat statistik yang ada dekat saya yang dikeluarkan MPOB sendiri, kita ada sekarang ini lebih kurang 520,000 hektar dipanggil tidak produktif, pokok tua dan kita ada 845,623 hektar pokok tua.
Jadi, kebimbangan saya kalau kita fokus, kalau saya ambil dari segi statistik, kalau RM120 juta itu dia boleh buat 0.9 peratus sahaja kita boleh buat daripada itu.
Sedangkan national standard, kita perlukan pada lima peratus lebih ataupun 2,000 hektar setahun.
Tetapi, kalau kita tidak lihat secara serius, kebimbangan saya seperti yang pernah diulas oleh MPOA, menjelang 2027 katanya, satu pertiga daripada pokok kita akan tua dan kebimbangan saya pada waktu itu, kita punya yield dan CPO production akan drop, menyebabkan kita hilang kita punya competitiveness kita kepada Indonesia dan lain.
Cuma, saya faham allocation yang diberikan kepada Kementerian Komoditi terhad. Cuma, pertanyaan saya, MOF ini. Sebab, saya rasa sebelum ini, MPOA pernah bercakap soal RA (reinvestment allowance) dan saya pernah sebut dah dua, tiga kali dalam Dewan ini. Dan tiba-tiba saya agak terkejut bila MPOB sendiri buat statement. Kalau boleh dalam bajet tahun ini, gunakan RA ini untuk kita speed up kita punya replanting process. Sekian, terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saya setuju, Yang Berhormat sebab sekarang ini kita berdepan dengan soal kewanganlah. Sebab itu, kita bagi prioriti
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
kepada independent punya smallholders. Kalau yang organised ini, kita pun ada berbincang dengan FELDA, FELCRA. Mereka ini semua, dia menjaga ini.
Jadi kemudian, kalau dia pergi buat pinjaman, kalau dia boleh susun dan plan benda ini, jadi dia boleh dapat guarantee daripada kerajaan. Jadi, senang. Jadi, kita nak jaga ini, yang smallholders kecil-kecil ni.
Jadi, saya ambil maklumlah pandangan Yang Berhormat ini. Nanti, saya hantar kepada MOF. Nak rekod benda itu supaya MOF dengar betapa pentingnya kerana kalau kita tak buat replanting ini dengan sistematik, maka eksport kita akan terjejas pada masa akan datang fasal ini adalah income yang paling besar. Nombor tiga dalam kita punya ekonomi.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
GDP, ya betul. Baik, sikit tambahanlah sebab saya ingat dulu Yang Berhormat Menteri pernah di Kementerian Kewangan.
Dia ada lagi satu source yang kita ambil dari industri iaitu dia panggil windfall levy, kan? Saya rasa dengan harga CPO sekarang mungkin windfall levy ini akan sampai kepada hampir RM1 bilion setahunlah. Apakah tidak boleh kementerian minta permohonan kepada MOF supaya wang ini digunakan untuk kita gunakan untuk replanting programme? Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saya pernah bawa perkara ini tetapi MOF punya reply, kita juga ada bagi subsidi kepada cooking oil untuk yang dalam paket itu iaitu subsidi hingga mencecah hampir RM1.3-RM1.4 bilion. Jadi, kalau check dengan levi yang kita dapat itu, lebih kurang sama. Equal.
Jadi, isu dia kalau tanya saya, yang paket ini memang diperlukan oleh yang golongan berpendapatan rendah. Cuma, enforcement kita pastikan supaya dia tak pergi ke Thailand. Itu sahaja. Jadi, kalau dari segi pengagihan duit levi dengan subsidi itu, they are almost equal. Itu sahaja masalah yang kita berdepan sekarang.
Okey. Sipitang telah mengemukakan beberapa cadangan. YB Sipitang, ada?
Tak ada? Kita skip. Nanti saya bagi jawapan bertulis. Boleh, Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor
Silakan.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kebergantungan kepada tenaga pekerja asing, YB Pasir Salak. YB Pasir Salak ada menyeru agar isu penggantungan kepada tenaga buruh asing dalam sektor sawit perlu ditangani secara serius dan peruntukan pembangunan tenaga mahir, automasi ladang ditingkatkan.
Saya bersetuju, Yang Berhormat tetapi pada setakat hari ini, kalau kita nak tengok industri sawit ini, dia banyak perubahan telah berlaku dalam industri sawit
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
kita. Kalau dulu, kita bergantung banyak dan sekarang ini kita ada benchmark. Kalau kita nak bagi foreign workers ini, dia strictly 3D punya job, and nak dapat ini bukan senang sekarang.
Sebab itu, hari ni kita punya foreign worker dulu, sampai 500,000-600,000 tetapi sekarang ini, kita bawah daripada 300,000. Jadi, yang itu semua banyak adalah terletak daripada perkara-perkara yang melibatkan 3D dan saya diberikan duti.
Kemudian, bila kita bagi itu, dia bukan bagi macam itu. Dia kena tengok berapa luas you punya ladang. Kalau ladang you, kebanyakan ini kita bagi benchmark setiap lapan hektar, satu. Kalau syarikat-syarikat besar ini, dia cuma dapat apabila dia 13 hektar, baru dapat satu, sebab kita nak paksa dia orang menggunakan automation technology supaya pada masa akan datang kita akan dapat selesaikan masalah. Tetapi, hari ini yang paling banyak kita pakai ialah untuk harvesting.
Jadi, nak proses, nak pergi bawa anak-anak muda kita buat harvesting ini, it takes a long time. Kita punya impact, kita punya TVET kita buat. Dia tak ramai fasal dia memerlukan skil. Jadi, banyak dia masih pakai rakyat Indonesia untuk buat harvesting. Yang lain, saya ingat mana-mana yang boleh kita buat automation technology, dron, syarikat-syarikat besar ini almost dia dah pakai.
Kemudian, saya juga ingin jawab soalan YB Kudat. Ada? Tak ada, saya akan jawab tulis.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kemudian saya juga ingin menjawab soalan YB Kudat. Ada? Tak ada saya akan jawab bertulis.
Saya pergi ke sektor getah. Pembinaan pusat kecemerlangan. YB Merbok pun dah balik. Okey. YB Padang Terap. Tak ada.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Okey, okey. Yang Padang Terap ada sebut telah menanyakan bahawa keperluan pembinaan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Getah kerana berpendapat bahawa projek tersebut tidak selaras dengan keperluan semasa pekebun kecil. Yang Berhormat sebenarnya Pusat Kecemerlangan Getah ini sangat penting kerana dia kita sebenarnya kita ada research centre. Kita ada empat research centre tapi ini dah berusia 100 tahun. Dekat, dekat Jalan Ampang itu 100
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
tahun. Kemudian di Sungai Buloh itu pun dah lama. Jadi yang ini sebenarnya telah dibuat waktu ketika LGM jual tanah di Sungai Buloh kepada EPF dan dapat RM1.5 bilion.
Sepatutnya dia membina RM1.1 bilion pusat research yang boleh buat semua daripada upstream, midstream dengan downstream tapi oleh kerana kita melihat bahawa kita juga banyak bergantung kepada import getah, maka kita scale down dia punya research itu daripada RM1.1 bilion dah jadi 600. Jadi 600 ini memadai untuk kita ganti Ampang dan kawasan di Sungai Buloh yang dah lama dengan teknologi yang baru ini kita nampak bahawa research ini akan dapat beri manfaat kepada kita punya upstream, midstream dan downstream. Kita kena ingat R&D ini bukan hanya upstream. Dia sekarang ini kalau kita tengok kita adalah pengimport getah. Salah satu pengimport getah terbesar tetapi kita punya eksport dari segi downstream ini telah meningkat sehingga mencecah RM33 bilion.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Pengerusi. Yang Berhormat Menteri saya ingin penjelasan sikit berkenaan konsep pusat penyelidikan yang bernilai RM600 juta dan di manakah dicadangkan untuk dibina pusat penyelidikan ini. Saya nak mencadangkan supaya dibuat di Padang Terap, di Kedah Rubber City Yang Berhormat Menteri.
[Tepuk]
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Tetapi projek ini dia dah jalan. Piling dah siap, lepas itu kita tengah nak buat the next level dah buat and then import machine. So 600 ini, 500 daripada construction dengan the whole facilities plus equipment 100. Kita dah start tapi dalam kita punya strategi sekarang ini ialah kita melihat semua aspek. Jadi di tengah-tengah sentral ini ada banyak benda kita dapat buat dan banyak kita punya R&D expertise ada dekat sini. Jadi senang kita dapat talent. Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih. Boleh dapat penjelasan, tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan eksport downstream kita adalah RM33 bilion.
Boleh saya dapat penjelasan adakah downstream ini melibatkan getah asli ataupun getah buatan manusia kerana daripada pengalaman saya ia tidak melibatkan getah asli. Jadi tidak menolong mereka yang mengusahakan ladang-ladang getah.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Dia sebenarnya Yang Berhormat, Yang Berhormat kena tengok. Sebahagian daripada produk kita ini kalau you guna sintetik dia ada element of natural rubber. Dia ada combination. Ada yang pure natural
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
rubber. Ada pure synthetic dan ada combination. Jadi, any element ini kita buat sebab itu kita menjadi kita import hampir RM7.5 bilion.
Negara kita, kita masih produce natural rubber tapi dulu kita used to keluarkan 1.1 juta metrik tan tapi hari ini kita keluar cuma 400,000 metrik tan setahun tapi kita import hampir 1.1, 1.2 million metric tan. Jadi, in between that ada macam-macam masalahlah. Pertama ladang getah ini dia 95 percent small holders. Jadi it’s not a big company handle dekat upstream.
Jadi, bila pekebun-pekebun kecil ini dah tua, jadi dia tak usahakan dia punya ladang. Jadi kita datang nak buat a consolidation. Jumpa dia orang ini dia ada empat hektar, tiga hektar dia tak mahu bagi tanah dia. Kita cakap kita hendak cantum tak boleh. Jadi no choice. Jadi kerajaan terpaksa benarkan mereka import. Jadi bila kita import ini supaya kita punya eksport tidak terjejas.
Kemudian Tangga Batu telah mengetengahkan beberapa isu yang dihadapi oleh industri getah negara yang menjadi punca kepada penurunan produktiviti serta peningkatan kebergantungan terhadap getah asli import. Seperti Yang Berhormat Tangga Batu sedia maklum sektor huluan getah kini berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran semasa seperti kekurangan pekerja untuk buat piping, untuk penoreh, ketidaktentuan harga getah up and down, serta ancaman penyakit luruhan daun
(LDP).
Selain itu, faktor usia lanjut pemilik tanah dan juga pengusaha ladang getah seperti yang saya sebut tadi ini juga merupakan penyebab utama kepada produktiviti negara agak terjejas. Kalau kita tengok kita sekarang ini on average between 1,000 to 1,400 kilogram per hektar. Yang good kalau kita dapat 1,800 yang terbanyak. Jadi, banyaklah usaha-usaha yang telah dibuat oleh LGM iaitu keadaan ini menyebabkan Malaysia terus bergantung kepada import getah asli. Kemudian kita juga banyak bantu kepada pekebun-pekebun yang masih aktif untuk kita tolong menyelesaikan masalah-masalah penyakit yang diberikan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa dalam perbahasan saya, saya sebut tentang memang PM Yang Berhormat Tambun pernah sebut dua tahun lalu tentang projek rintis gas stimulant dan saya dah melawat kawasan ini atas izin daripada Yang Berhormat Menteri. Baik saya dapati satu kalau kita kata ethylene gas ini satu benda yang lama kita dah pernah pakai dalam bentuk ethrel ethephon dan sebagainya. Kami pun pernah bancuh sendiri pakai DAP Diammonium Phosphate jadikan jacket simulation.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tapi saya lihat apa yang di-invent oleh anak muda ini sangat kritikal sebab dia pakai gas dah ringan dan cepat.
Saya lihat memang daripada data yang dia dibentangkan saya itu, saya rasa sangat bagus sehingga dia kata saya dia dah banyak bentang dengan orang tapi ini pertanyaan paling banyak bertanya, kan, sebab saya tahu. Saya terlibat lama dulu di awal tahun 80-an dalam industri getah.
Kenapa kita tidak menggunakan teknologi sebagai quick win sebab dia kalau kita kata pokok getah kita dah tua, tua berumur 15 tahun ke atas saya rasa that is the best solution. Dia, dia, sebab bagus dia sebab getah ini kalau kita tap terlalu dalam, dia kena dia punya cambium nanti dia akan bonggol. Tapi gajet ini saya ingat dia ada satu macam penahan jadi dia jarum dia tak akan kena cambium.
So, dia just pam dia punya gas, then saya lihat data yang dibentangkan kepada saya itu sangat, sangat memberangsangkan cuma masalah besar adalah pestalotiopsis kan luruh daun. Itu sebabkan kawasan yang tak kena pesta itu memang yield very high, yang kena itu agak terjejaslah. Jadi saya rasa kalau sebagai quick win kita boleh gunakan. Kita nak galakkan anak muda ini jadi inventor-kan. Kita bagus menggunakan teknologi ini untuk kita kembangkan. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Yang Berhormat saya ambil maklum dan saya akan bincang dengan LGM. Kena ambil cadangan Yang Berhormat ini kita tengok sejauh mana kita boleh bantu mereka tetapi the reality is memang some of this technology very effective kita dapat tengok hasil dia. Dia boleh increase sampai 30 peratus. Okey Yang Berhormat.
Kemudian tadi penyakit itu pun kita dah sebut. Kita boleh skip yang itulah.
Kemudian saya nak pergi kepada sektor lada.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri. Sikit lagi. Sik sentuh juga berkaitan dengan penyakit daun luruh ini ya.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Ia nampak masa sudah pun sangat berlanjutan. Isu ini sudah lebih lima tahun. Mungkin juga di pihak kementerian melihat proses projek penanaman semula getah ini sebagai kita kata cut off untuk mula balik klon-klon yang lebih baik untuk rintang kepada pestalotiopsis. Jadi kerana kita kata pokok ini dah kena itu agar sukar untuk dirawat dan kosnya sangat tinggi dikatakan lebih RM1,400 untuk satu hektar ataupun satu ekar itu. Jadi mungkin juga LGM sendiri perlu lihat dari segi klon-klon baru dan bagaimana
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
penyakit ini perlu disekat supaya tidak lagi berlanjutan dan kesannya sangat buruk di kawasan penoreh getah. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Saya setuju Yang Berhormat.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menteri, minta izin sikit.
Saya sambung tentang Pestalotiopsis itu lah.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Baik.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik, sebab saya dah lihat sebenarnya banyak tempat saya di Semenanjung saya pergi. Cuma yang menjadi tanda tanya, kenapa di kawasan-kawasan yang miliki oleh estet ya, syarikat swasta ini, memang kita lihat dia punya daun dia cantik, tak kena, tak kena Pestalotiopsis.
Tapi kalau kita pergi ke kawasan kampung, kena.
Jadi menurut saya, mungkin dari segi perawatan yang kita lakukan itu, walaupun saya bercakap dengan manager di Kedah dia kata, dia buat empat round. Saya kata ada bajet daripada MOF untuk — cuma pertanyaan saya, apakah bajet ini cukup atau tidak? Yang kedua, apakah dilakukan rawatan secara bersepadu? Sebab kalau satu tempat buat, satu tempat tak buat, kan dia selang-seli, akhirnya— sebenarnya apa ini...
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ya.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
...Fungus itu tak akan selesai juga. Dia akan, dia boleh apa, dia boleh merebak melalui air, angin dan sebagainya. Terima kasih.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Setuju. Yang Berhormat, terima kasih.
Dia sebenarnya kalau syarikat-syarikat swasta ini, dia masa dia sikit pun dia dah buat. Macam kita kalau individu ini, smallholders, dia tunggu nanti pokok itu dah tak ada daun baru sampai dekat LGM.
Jadi, yang pentingnya ialah good agriculture practices sangat penting dalam kita mengendalikan ladang ini. Dia mesti ada itu. Tapi kalau dia datang jumpa kita pokok pun dah tiga, tiga suku dah habis daunnya, jadi ambil masa untuk lihat. Jadi, bila treatment itu lambat ataupun maklumat yang diberi itu lambat, maka dia jadi masalah kepada ini. Dan LGM untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita membelanjakan hampir 37.98 juta. Sebahagian daripada mana-mana maklumat yang kita dapat cepat, kita akan pergi buat. Jadi, ini yang saya cakap bahawa information daripada pekebun sangat penting.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Kalau syarikat-syarikat bila dia buat, dia senang. Pasal dia, pekerja dia, harga getah naik ke turun, dia tetap ada di ladang. Whereas, kalau pekebun-pekebun kecil kita, dia bila tengok harga getah jatuh, walaupun kita bagi ada subsidi sikit, tapi dia tak mahu keluar. Dan kemudian kalau dia dah berumur and then, dia biar macam itu.
Nanti bila kita datang tengok, kita tengok semua dah kena daun.
Jadi nak buat balik semula ini, nak treatment, it’s not easy. Macam saya setujulah. Kalau kita ada duit, kita— kalau dia boleh bagi kita consolidation, jadi saya ingat LGM pun boleh ambil ini and work dengan RISDA. Kita bersihkan semua ni sekali dan kita run katakan 5,000 hektar, 10,000 hektar. Maka, dia punya produktiviti itu boleh mencecah hampir 1,800 kg untuk kita dapat satu hektar. Tapi, kena jaga macam private sector jaga.
Sebab itu getah ini, dia berbeza sikit dengan kelapa sawit pasal kelapa sawit dia 73 peratus daripada pemain industri ini, semua syarikat-syarikat besar. Sebab itu dia boleh very steady. Tapi macam getah ini, historically memang dia pekebun kecil.
Dia— you tengok macam Lee Rubber pun, dia bukan ada banyak, bukan ada pokok.
Dia cuma beli getah saja. But of course, dia punya hasil yang dia buat itu, dia boleh owned Great Eastern, dia boleh owned apa, OCBC Bank. So dia just jadi become the middleman and acquire all this, apa ini, getah-getah yang di-produced oleh kita punya pekebun kecil.
Okey. Sektor lada— Tangga Batu pun ada cerita pasal lada ha, telah mencadang agar model pelaburan syarikat McCormick di Terengganu diambil oleh kementerian untuk mengembangkan industri lada negara. KPK bersama Lembaga Lada Malaysia sentiasa proaktif dalam memastikan model pelaburan sesuai untuk industri lada terus berkembang seperti berikut.
Memperkukuhkan dan meningkatkan kapasiti pengeluaran lada Malaysia.
KPK telah memperuntukkan sebanyak 59.6 juta bagi melaksanakan Program Pembangunan Huluan Industri Lada di sepanjang Rancangan Malaysia Ketiga Belas— Kedua Belas. Pelaksanaan program ini bertujuan menggalakkan usaha penanaman lada baru melalui peningkatan saiz kebun serta peningkatan hasil. Di bawah Skim Tanaman Lada Baharu sehingga terkini, bilangan pekebun yang dibantu adalah seramai 5,250 orang dengan keluasan 732 hektar. Manakala bagi Skim Tanaman Lada Matang pula, seramai 11,680 orang pekebun dibantu dengan keluasan 2,044 hektar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 9,402.
Yang fasal cadangan syarikat McCormick Terengganu ini, saya tengok dia masih tak datang jumpa kita, dia masih buat. Walaupun dia punya hasil tak berapa
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
tinggi ataupun berkualiti kerana mungkin lokasi dia berdekatan dengan pantai, saya difahamkan. Jadi, ada efek dari segi itu. Jadi, kita tengok macam mana dia orang uruskanlah.
Dan sektor— YB Baling ada? Kalau tak ada, saya tak dapat jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak ada.
Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Puan Yang di-Pertua, saya dah habis.
Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah berbahas mengenai Kementerian Perladangan dan Komoditi. Dan mana-mana yang tak ada itu, kalau datang jumpa saya esok, saya hantar in writing. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Perladangan dan Komoditi. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 4 November 2025.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.45 petang]