Oct302025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum kita mulakan sesi Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri, ada dua perkara yang saya nak sebut. Yang pertama, saya telah melihat senarai Ahli-ahli Parlimen yang telah menghantar laporan kesihatan tahun ini agak membimbangkan. Masih ramai yang belum lagi buat medical check-up. Jadi, saya bagi tarikh hari tu sampai 11, eh, 7 November. Jadi, pastikan Yang Berhormat, sama ada buat appointment dengan pegawai kesihatan kita, Dr. Muru di sini atau pun boleh buat, apa nama— medical check-up di luar dengan menghantar laporan itu kepada pegawai kita supaya rekod Yang Berhormat-Yang Berhormat, kesihatan Yang Berhormat-Yang Berhormat tu ada dalam simpanan kita. Takut apa jadi kepada Yang Berhormat dalam Dewan ini, kita ada rekod.

Jadi, yang kedua, saya juga difahamkan oleh pegawai-pegawai saya yang ramai juga di antara e-mel Yang Berhormat-Yang Berhormat ini dah penuh. Jadi, bila kita hantar jawapan bertulis, dia tendang balik. Jadi, saya mintalah, update-kan e- mel kepada kita secepat mungkin untuk semua jawapan bertulis itu dapat kita hantarkan dengan efisien.

Baik. Kita mulakan Waktu Pertanyaan Menteri dengan saya menjemput Tuan Suhaizan bin Kaiat, Pulai. Silakan.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Suhaizan bin Kaiat [Pulai]: Terima kasih Tan Sri Speaker. Pulai ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri [Tepuk] kerana telah mengharumkan negara, mengemudi ASEAN dengan jayanya bersama dengan petugas-petugas ASEAN yang lain. Soalan Pulai berbunyi, meminta Perdana Menteri menyatakan selain daripada aspek perdagangan, apakah manfaat yang

draft • 10:00 AM

diperolehi hasil daripada pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald J.

Trump termasuk isu kemanusiaan di Gaza dan bidang strategik lain yang berkepentingan bersama Malaysia dan Amerika Syarikat. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih atas soalan yang tentunya menarik minat Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga rakyat keseluruhannya. Izinkan saya, Tan Sri Yang di-Pertua, untuk memberi gambaran yang menyeluruh bahawa kehadiran Presiden Donald Trump itu hanya satu aspek umpamanya kejayaan, alhamdulillah besar adalah kerana kita dapat menerima Timor-Leste sebagai anggota ASEAN ke-11. Anggota sepenuhnya. Itu, mereka cuba telah puluhan tahun dan berhasil kini dan sambutan oleh rakyat Timor-Leste itu luar biasa.

Yang keduanya ialah memeterai perjanjian yang lebih muktamad di antara Kemboja dan Thailand dan yang kita kenali sebagai “Kuala Lumpur Peace Accord.” Dan kehadiran Presiden Trump itu memberikan gambaran dan liputan lebih meluas di seluruh dunia. Tapi dalam kenyataan itu kita juga menyebut termasuk dalam sidang ASEAN tentang peranan Ketua-ketua Negara ASEAN lain ya. Peranan negara China yang membantu logistik dan Jepun dan Korea yang juga membantu dalam logistik.

draft • 10:00 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Tetapi keputusan kita tidak mahu campur tangan ketenteraan luar sama ada Amerika atau China. Yang mereka bantu hanya logistik tetapi yang berlaku itu atas bantuan dan kerjasama, bukan sahaja saya tetapi Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan, terutama Panglima Angkatan Tentera. Mesyuarat itu mengambil masa yang panjang. Ada pertemuan Menteri Pertahanan di Kuala Lumpur, Menteri Luar Negara— Luar Negeri, kemudian, Panglima Angkatan Tentera dan General Border Committee di antara Kemboja dengan Thailand.

Berikutnya soal Myanmar. Myanmar tidak dapat kita selesaikan keseluruhannya tetapi dalam dua pertemuan dengan Senior General Mong Lai, Perdana Menteri dan juga dengan Nationality anti-Government di Thailand, kemudian disusuli dengan di Beijing. Sekurang-kurangnya pembantaian, pembunuhan, penyerangan ke kawasan- kawasan minoriti dihentikan, termasuk di kawasan Rakhine.

Ini berlaku hanya dalam tahun ini, tidak sebelumnya. Kalaupun ada satu, dua penembakan, dia tidak sepertimana yang berlaku dulu— kebakaran, pembakaran

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

dan pemusnahan kampung-kampung yang berlaku di kawasan Rakhine. Ini kerana usaha diplomatik kita dengan wakil kita, termasuk utusan khas Malaysia. Kemudian the 20th East Asia Summit Pengerusi yang kita lakukan, dua plenary retreat dan 12 mesyuarat-mesyuarat yang kita adakan sepanjang dari 7.30 pagi sampai malam.

Satu kejayaan besar juga ialah setelah perjanjian dengan perdamaian dan juga perdagangan dengan Presiden Donald J. Trump, ialah kehadiran Perdana Menteri Premier Li Qiang negara China dan kita memanfaatkan dengan menandatangani FTA upgrade 3.0 yang pertama ASEAN adalah dengan negara China.

Jadi, kita lihat umpamanya perimbangan yang kita dapat pertahankan. Kalau sepertimana ditomah seolah-olah kita hanya tunduk kepada negara Amerika tak mungkin kita boleh meterai perjanjian dengan negara China, FTA. FTA itu, ke rangkaian negeri keseluruhannya lebih besar.

Begitu juga dengan kehadiran Brazil dan Afrika Selatan. Brazil ini pengerusi BRICS, Afrika Selatan, G20. Dua-duanya ada hubungan yang agak tegang dengan Amerika Syarikat. Tetapi, kita sebagai negara yang pertahankan prinsip centrality, masih mampu mengundang mereka dan memberi penghormatan kepada mereka.

Dari segi dokumen persetujuan, 80 keseluruhannya, dan kita juga semasa pengerusian kita, diterima Amerika, dapat mengusulkan dengan kerjasama rakan- rakan ASEAN, apa yang disebut sebagai Vision 2045 untuk ASEAN iaitu Kuala Lumpur. Kemudian, agreement tentang Trade in Goods (ATIGA) itu juga telah dimeterai.

Now, balik kepada soal Donald Trump itu. Jemputannya pertama, tentunya sebagai Pengerusi ASEAN. Setiap Pengerusi ASEAN tahun sebelumnya di Laos atau di Jakarta sebelum itu, tahun depan di Filipina akan mengundang semua pemimpin negara ASEAN dan rakan-rakan sejawat iaitu Amerika Syarikat, Kanada.

Saya selaku Pengerusi ASEAN tahun ini boleh mengundang apa yang disebut sebagai guest of the chair, tamu khas pengerusi dan guest saya itu ialah pengerusi EU, Antonio Costa; Presiden Brazil, Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa. Jadi, kita kena bezakan, mereka bukan dialog partner tapi hadir sebagai tetamu khas pengerusi.

Baik, dengan Presiden Donald Trump hadir, tentunya keutamaan kita ialah perdagangan. Tetapi juga hubungan diplomatik kerana kebijaksanaan diplomatik itu penting. Saya telah sampaikan dalam ucapan penghargaan kepada puluhan ribu

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

yang bertugas dan sukarelawan,

draft • 10:10 AM

[Dewan tepuk]

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

termasuk ribuan mahasiswa yang bertugas.

Saya bagi penghargaan luar biasa dan itu jangan kita sampingkan. Ini soal perbezaan pendapat sedikit. Soal Trump dan lain-lain itu ada tapi jangan tinggalkan penghargaan kita kepada penjawat awam, sukarelawan, dari immigration, custom, polis dan swasta, hotel dan sebagainya kerana dapat mengawal dan menjalankan dengan rapi tugas itu dengan cemerlang. Baik.

Tapi inilah kekuatan diplomasi. Hari Sabtu— maaf, Ahad boleh tanda tangan dengan Amerika. Hari Isnin boleh tanda tangan dengan China dan boleh undang Brazil dan Afrika Selatan yang tidak disenangi oleh mana-mana pihak itu. Tetapi saya memanfaatkan hubungan dengan Trump ini sama ada 40 minit dalam “Beast”, kereta itu. Ataupun ada dua lagi pertemuan iaitu dua hala Malaysia–Amerika Syarikat.

Kemudian, ASEAN–Amerika Syarikat.

Dalam tiap perjumpaan itu dan yang keempat, iaitu masa rundingan di mana ada sidang media, kita tentunya nyatakan penghargaan dalam usaha mereka mencari perdamaian dan menghentikan serangan ke atas Gaza dan larangan Israel menakluki mana-mana bahagian Tebing Barat. Kalau saya katakan dalam pertemuan empat mata di mobil itu, mungkin akan dipertikaikan tapi saya akan sebut di sini, tentunya kita bincang soal Laut China Selatan, mengapa saya undang Brazil dan Afrika Selatan dan apa kekuatan Malaysia dalam ini, dan hubungan baik dengan negara China.

Tetapi di antara perkara pokok yang saya bincangkan ialah soal Gaza. Dan saya beritahu kepada Presiden, saya pernah bertemu dengan pemimpin-pemimpin Hamas, tentunya dia agak terkejut sedikit dan tanya saya mengapa? Saya jelaskan, dan saya kata saya gunakan istilah tak pernah sebut, 20-point ceasefire, comprehensive settlement kerana istilah comprehensive settlement, comprehensive solution itu, istilah yang disepakati. Tak selesai hanya dengan menghentikan serangan tanpa mengiktiraf hak mutlak kedaulatan rakyat Gaza dan Palestin.

draft • 10:10 AM

[Dewan tepuk]

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Tentunya panjang, dan saya kata perjalanan itu dengan perlahan 40 minit.

Kemudian dalam pertemuan Perjanjian Kemboja–Thailand. Saya ulangi perkara itu. Saya selalu gunakan istilah, “Mr. President, we command you for this effort, it takes tenacity and courage but”, dengan izin, saya selalu sebut tentang komprehensif. Kalau tidak, tak selesai. Baik.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Kemudian dalam United States dan Malaysia. Itu juga tersebar. Saya sebut tentang comprehensive solution, soal Gaza. ASEAN–US, kita tegaskan hal yang sama. Jadi, kita memanfaatkan peranan kita untuk menyampaikan. Jadi, untuk tohmahan terhadap kita sekadar tunjuk. Saya tak tahu, kalau ada banyak pemimpin- pemimpin negara lain akan memilih berdepan dengan Presiden Donald Trump dan menyampaikan kenyataan dengan benar dan tegas dan kita lakukan itu. [Dewan tepuk] Ada yang bangkitkan soal sambutan. Sambutan kalau lihat, umpamanya, sambutan kepada Presiden Donald Trump. Itu sama dengan Presiden Xi Jinping.

Dan untuk Donald Trump, tidak ada sambutan di Seri Perdana, tidak ada sambutan di PICC. Hanya satu. Untuk Brazil dan Afrika Selatan, sambutannya tiga. Di lapangan terbang, di Seri Perdana, di mana ada kebudayaan dan anak-anak sekolah dan tarian dan juga di PICC. Jadi, itu keadaan dia.

draft • 10:10 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Ada yang dibangkitkanlah. Kadang-kadang kawan-kawan kita ni dia holier- than-thou lah. Seolah-olah mereka itu macam keramat, tak apalah ya. Jadi, semua kebaikan itu dipadamkan, dia nampak yang tarian. Tarian pun zapin, tarian Melayu, bukan tango. Tetapi yang berlaku bahawa ada usaha berdepan dengan Presiden Trump menyatakan mesti ada comprehensive solution. Tidak ada satu penghargaan bahawa kita pertahanan hak kita untuk mempertahankan dasar centrality, ya baik dengan Amerika Syarikat, berdagang dengan Amerika Syarikat, tetapi baik dengan negara China. Ada yang katakan rare earth tidak boleh, tak betul. Rare earth kita tidak mahu export raw, yang mentah. Kita eksport setelah diproses.

Sekarang ini ada syarikat China. Kalau baca betul-betul, dia tidak menghalang. Ongoing commitment, itu berlangsung terus. Jadi, soal itu Menteri MITI telah jelaskan semalam dan hari ini Tuan Tan Sri Speaker telah beri izin untuk mereka berhujah lagi. Itu tak mengapa. Saya bawa banyak masalah diplomasi dan engagement dan sekitar isu-isu politik yang ada kaitan dengan ini.

Saya singgung sedikit tentang tafsiran umpamanya. Terjerit-jerit kata kita ini serah halal kepada Amerika Syarikat. Halal itu serah kepada authoritative body di Amerika. Saya pernah tatkala di Washington, tinggal di Reston, Virginia. Imam masjid, Pengerusi Imam Masjid Adams Mosque, pengerusi jawatankuasanya, Shaykh Taha Jabir al-Alwani, ulama usul fiqh terkemuka, penasihat pengurusan

draft • 10:20 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

bidang kesihatannya, saya tak ingat nama tapi asal Mesir, professor of medicine di Harvard.

Jadi, bila dapat keterangan begitu, tak ada masalah. Ini apa yang duk terjerit kata kita terima Amerika punya halal. Dia tak ada autoriti. Yang ada autoriti, badan- badan Islam yang diiktiraf dan sebahagiannya, ulamanya, ulama yang lebih besar daripada ulama-ulama yang sibuk dengan Qunut Nazilah sahaja, memaki orang saja.

Ini ulama seperti Shaykh Taha Jabir al-Alwani, ya. Kemudian yang profesor bahagian kesihatan itu Professor Of Medicine, Harvard.

Jadi, untuk badan-badan itu, JAKIM sebut tak payahlah kita pergi dua kali dan ini juga berlaku di banyak-banyak negara lain. Macam Afrika Selatan dengan Muslim Judicial Council di Cape Town. Pengesahan dia itu kita terima kerana badan ulama yang menguasai, memantau itu cukup baik. Baik, jadi yang lain itu dalam perjumpaan saya tersebut dengan Amerika Syarikat, tentunya peningkatan perdagangan dan pelaburan, termasuk kehadiran badan-badan seperti yang data centre dan juga untuk AI yang kita perlukan untuk mengangkat kedudukan dan produk keupayaan kita di bidang teknologi.

Tapi yang saya nak tegaskan di sini, yang paling penting bagi saya, yang sangat melegakan ialah peluang saya menyampaikan dari hati ke hati tentang permasalahan Gaza dan Palestin kepada Presiden Donald Trump.

[Tepuk] Dan, secara rasmi tiga kali yang mendapat liputan media. Yang di dalam Beast memang itu four-eyed private conversation. Secara rasmi, tiga peluang yang saya sebut “comprehensive solution to the Gaza–Palestinian problem”. Terima kasih.

[Tepuk]

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Pulai.

draft • 10:20 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

Terima kasih Tan Sri Speaker. Tahniah kepada Perdana Menteri yang bukan sahaja melaksanakan perjanjian dengan Amerika, tetapi dapat mempertahankan hak kita dalam suara kita, mendengarkan suara kita kepada isu-isu berkaitan dengan Gaza ini.

[Tepuk] Soalan tambahan saya adalah, di luar sana ada menyatakan bahawa perjanjian yang kita meterai dengan US ini mempunyai unsur-unsur yang boleh menyebabkan negara kita ini tergadai, maruah kita ini tergadai yang boleh menyatakan bahawa ia menjejaskan kedaulatan negara kita ini. Setakat mana kebenaran ini yang telah dimeterai bersama dengan Amerika ini? Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Perdana Menteri.

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Pulai. Perkara ini dijelaskan oleh Menteri MITI semalam dan masih ada ruang berdebat lepas ini. Sebab itu

draft • 10:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Menteri MITI mencabar, provision mana? Ini masalah membaca tidak secara menyeluruh. Hari Isnin pagi, Isnin ke Selasa pagi dengan dengan Li Qiang? Premier Li Qiang. Tentunya apa-apa yang dilakukan oleh Amerika itu diteliti line by line oleh negara China kerana kalau adalah yang ditafsirkan oleh sesetengah ahli pembangkang, dia akan menjejaskan hubungan kita dengan China. Kalau rare earth kata ini monopoli Amerika tidak boleh dengan negara China. Benda itu tidak berlaku.

Jadi, kita ini lebih Hamas dari Hamas, lebih China daripada China. Ini masalah kita kerana politik yang menanam sikap benci begitu saja. Saya kata teliti dulu undang-undang dia, teliti peruntukan dia. Umpamanya, satu trilion. Kita order dari Airbus 30, daripada Google, daripada Boeing, 30. Itu lama sebelum tarif, bukan saya order. Ini MAS.

Begitu juga tentang pesanan daripada Google, Microsoft, di sini. Dia pesan daripada parts daripada Amerika Syarikat. Ini bukan kerajaan. Begitu juga tentang import gas. Mengapa LNG import daripada PETRONAS? Itu tentu PETRONAS ada penjelasan, ini bukan baru. Dia ada satu kejayaan besar, pelaburan cari gali PETRONAS di Kanada, yang dikutuk dulunya konon kita jual, itu pun satu penipuan.

Tetapi tidak berlaku begitu dan sekarang berhasil. Kehadiran Perdana Menteri Kanada itu di antara lain untuk menyatakan penghargaan kepada Malaysia kerana PETRONAS berjaya di Kanada. Hasilnya besar.

[Tepuk] Jadi, import dengan margin keuntungannya kecil bagi Malaysia kerana Malaysia akan eksport. Ada hal-hal yang tak boleh saya sampaikan kesemuanya di sini. Tapi Malaysia punyai keupayaan untuk eksport ke mana-mana negara. Jadi, kerana pesanan eksport tertinggi, margin keuntungan terbesar, kita eksport semua dan ada kekurangan, kita import dengan margin yang lebih kecil, tapi untung. Apa jadi masalah dia? Gadai di mana?

Kita, perniagaan dengan semua negara dan negara— cuma deal dengan Amerika ini dia dicerakin. Google import berapa? Microsoft berapa? MAS berapa?

Itu yang jadi besarnya. Bukan yang lain yang kita boleh, kita import daripada negara China dan sekarang kita gunakan ruang kita dengan Brazil dan dengan selatan Afrika untuk buka jaringan kita supaya tidak bergantung pada satu, dua negara.

Peranan kita Tan Sri Yang di-Pertua, apa pun masalah mesti pertahankan kepentingan negara dan kepentingan rakyat. Ini yang kita lakukan.

[Tepuk]

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Muar.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. I want to be fair here. Saya kesiankan Perdana Menteri Malaysia.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sekejap dilabel pro-China dan pro-Rusia, ini beberapa bulan yang lepas kerana berjumpa dengan Presiden Putin, Lavrov, nampak terlalu dekat dengan BRICS sampai sekatan dagangan dikenakan ke atas Malaysia. Ada juga yang memerli pada masa tersebut, “Mengapa tak mendekati Trump, tak dapat panggilan daripada Presiden Trump?” Tetapi akhirnya bila mendekati, dilabel pro-US pula.

[Tepuk] Sekejap dilabel terpaling Hamas. Hanya salah seorang pemimpin Muslim yang berani berjumpa dengan Ismail Haniyeh pada masa tersebut, menyumbangkan RM200 juta bagi pelan pembangunan Hamas. Pada satu ketika, sampai kita ditegur tiga kali nota diplomatik kerana terlalu bertegas dalam soal Palestin. Tetapi pada hari ini dilabel tidak prihatin tentang Palestin pula.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Realitinya, sesiapa pun yang menduduki kerusi Perdana Menteri di Malaysia perlu bijak mengimbangi hubungan diplomatik di antara gergasi-gergasi besar.

[Tepuk] Kalau tidak, impak yang teruk adalah kepada negara kita.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Persoalan tambahan saya, Tan Sri. Sambil US dengan China ada perang dagangnya, tahun ini dicatatkan bahawa eksport China ke US teruk terjejas, ada penurunan 10.7 peratus. Tetapi eksport China ke dunia meningkat 3.5 peratus dan peningkatan tersebut adalah kerana sambil mereka tidak boleh eksport ke US, mereka eksport pula banyak ke ASEAN dan banyak syarikat-syarikat kecil bukan setakat di Malaysia, di Indonesia contohnya. Thailand teruk terkesan kerana dia strategi dumping, dia floor the price, turunkan harga for there to be market capture, dan akhirnya syarikat-syarikat kita terkesan kerana harga barang terlalu rendah dan akhirnya syarikat-syarikat kita tidak boleh compete. Persoalan saya, saya faham kita perlu rapat dan dekat dengan China tapi bagaimana kita imbangi hubungan ini supaya akhirnya syarikat-syarikat di Malaysia yang kecil khususnya, tidak teruk terkesan dengan market capture atau dumping yang sedang berlaku? Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Memang betul, dulu, “Wah, riuh Anwar tak dapat telefon dengan Trump”, itu jadi isu besar. Saya tak ada masalah, orang telefon kita terima. Dah telefon banyak pun, jadi isu pula. Perdana Menteri telefon. Ini apa punya perangai, saya tak faham.

draft • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun] [Ketawa]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Semalam, Perdana Menteri Meloni, dari Itali, 7.30 semalam, lepas Maghrib, dia call. Itali telefon. Ini bukan perkara biasa Tan Sri Yang di-Pertua. Telefon biasa tapi selalunya kita yang minta nak call mereka.

Jadi, bagi saya terbukti bahawa akhirnya Malaysia diiktiraf bukan soal Perdana Menteri, Malaysia. Lebuh raya kita hebat, pembangunan kita hebat, itu satu dunia perhatikan, itu kebanggaan. Sebagai anak Malaysia, saya bangga kerana liputannya puluhan juta lihat tentang kejayaan kita, jalan raya kita kena disebut di situ dan juga tentang pembangunan dan juga jasa kita dalam soal pendamaian Thailand– Kemboja.

Muar ingat, dulu, “Wah,bukan, Anwar saja claim, sebenarnya orang lain”, tapi Presiden sendiri akui. Betul, dia ada peranan. Betul, banyak negara lain ada peranan.

Tapi diiktiraf. *Mediation efforts led by Prime Minister of Malaysia.

[Tepuk]* Tapi tentulah kenyataan itu menyakitkan setengah yang memang ada hati yang tersakit. Baik.

draft • 10:30 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ha, baik. Baik. Jadi, begitu juga saya bayangkan dalam sidang yang sama, selang berapa hari, hari ini dengan Amerika Syarikat. Kemudian, Brazil, Afrika. Kemudian, negara China dan kemudian Rusia dan kita layan dalam perbincangan dengan baik. Sebab kita sebagai negara membangun, berkembang dan relatif kecil, harus bekerja untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan semua apatah lagi dengan keadaan sekarang di mana nama kita harum. Nama Malaysia harum.

[Tepuk] Ya, dan ini kalau lihat umpamanya dalam sejarah, ini ulung-ulung kali berlaku. Gunalah kesempatan ini untuk bangunkan negara. Janganlah rasa sakit hati kerana kejayaan negara, ini kejayaan negara.

[Tepuk] Ya, Perdana Menteri boleh datang dan pergi. Perdana Menteri, saya tegaskan semula Tan Sri. Perdana Menteri boleh datang dan pergi, naik dan jatuh, tapi negara mesti diangkatkan.

[Tepuk] Baik, kemudian Muar tanya sebab China, hubungan negara dengan China.

China, umpamanya bila berlaku ketegangan dengan Amerika Syarikat, China beralih kepada Brazil untuk eksport 90 peratus keperluan soya bean. Jadi, dan ini beri manfaat besar kepada Brazil. Tetapi ada juga masalah dengan negara China, MITI dan beberapa kementerian sedang teliti. Kalau melibatkan soal dumping, itu kita

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

akan ada sekatan. Umpamanya, sekarang ada yang mula bekerja, mengambil alih kerja-kerja yang syarikat-syarikat kecil yang boleh dikendali oleh syarikat tempatan, terutama SMEs.

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ini kita dah mula ambil tindakan dan imigresen dan jabatan-jabatan yang berkenaan telah mula mengambil tindakan menyekat kegiatan mereka kerana kegiatan ini akan menjejaskan kepentingan ekonomi peniaga-peniaga kecil. Ini Tan Sri Yang di-Pertua, kita ada anti-dumping laws dan bila ada kegiatan dari negara China untuk meletakkan atau mengeksport barang-barang yang kita rasa tidak munasabah, bukan hanya daripada China, mana- mana negara, kita akan gunakan sekatan supaya tidak akan menjejaskan kepentingan ekonomi negara. Terima kasih Muar.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Ledang.

draft • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tan Sri Yang di-Pertua, pembangkang.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sabar, saya Speaker, I will be fair. Sit down.

draft • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik, terima kasih.

draft • 10:30 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sabar, sabar, sabar.

draft • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya menunggu,saya menunggu.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sit down first, sit down first. Ledang.

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tan Sri Speaker.

Saya setuju tadi dengan Muar bahawa sebenarnya apa yang dilakukan oleh negara, Perdana Menteri juga bukan satu perkara yang mudah dan kita semua faham dan setuju tentang perkara ini. Saya percaya Machang pun setuju sebenarnya. Bukan perkara mudah. Nak jadi kuasa pertengahan, kuasa diplomasi, nak cover sini kiri kanan, bukan mudah saya rasa dan saya ketika ini kena bagi credit where it’s due. Kita kena bagi pujian apa yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

[Tepuk] Soal yang lebih penting yang saya rasa seterusnya ialah apakah seterusnya?

Sebab itu dalam hal ini, saya lihat kita telah membuat beberapa perkara bagus berkenaan dengan perdagangan, berkenaan dengan isu diplomasi. Tapi dari segi comprehensive solution yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi berkenaan dengan di Gaza, saya rasa ini adalah satu perkara yang kita

draft • 10:30 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

nak kena ada langkah-langkah seterusnya. Khususnya apabila kita ketahui bahawa gencatan senjata di Palestin ini sangat-sangat rapuh. Sejak gencatan senjata dimulakan, lebih daripada hampir 100 orang yang telah dibunuh masih berlaku di Gaza.

Jadi, kita tak faham apa gencatan senjata sebenarnya. So, soalan saya ialah, apakah usaha-usaha, langkah-langkah seterusnya untuk kita memastikan comprehensive solution itu dapat terus dilaksanakan? Yang kedua, apakah langkah- langkah bantuan kemanusiaan? Contohnya, menghidupkan semula Ops Ihsan di mana kita boleh terus berusaha memastikan bantuan-bantuan ini sampai dan bantu rakyat di Palestin. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Silakan Perdana Menteri.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Ledang. Benar, kita tidak boleh mengharapkan langkah awal ini sebagai satu penyelesaian muktamad kerana penyelesaian itu sangat genting dan rapuh dan memerlukan kekuatan dunia. Tetapi sepertimana juga kita tahu kenyataan kita senang, suka atau tidak, peranan Amerika Syarikat khususnya Presiden Amerika Syarikat itu yang menjadi faktor penentu gencatan senjata ataupun berhentian serangan itu dia.

Jadi, peranan kita sepatutnya yang selain daripada usaha-usaha lain, kemanusiaan, soal bantuan perubatan dan lain-lain dan kesediaan untuk bersama dalam pasukan ketenteraan damai itu telah kita beri maklum kepada Presiden Abdul Fattah Sisi dan juga kepada ASEAN baru-baru ini dalam mesyuarat. Tetapi itu sepertimana yang saya sebut kepada Setiausaha Agung PBB, itu setelah diputuskan oleh Security Council, tentera dikatakan peace force untuk Gaza.

Jadi, apa langkah yang boleh buat? Sepertimana saya sebut dua hari yang lalu, kecam dah kecam, marah dah marah dan tidak bersetuju dengan Amerika Syarikat dan dengan negara-negara mereka kerana hipokrasi mereka, kerana ketirisan sudah. Jadi, yang patut kita teruskan ialah bila ada peluang sampaikanlah.

Dan bila saya sampaikan dengan komprehensif, yang Presiden Trump hanya menyebut kepada saya dan kemudian ditegaskan dalam perjumpaan ialah, “Saya akan pastikan bahawa peace deal ini dan gencatan senjata ini berhasil dan saya akan pastikan begitu”. Jadi, saya setakat itu bagi saya satu permulaan yang baik.

draft • 10:30 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Dua minggu yang lalu seperti yang telah saya sampaikan, saya bicara dengan Presiden Mesir, Abdul Fattah Sisi kerana dia rasa

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

dia bertanggungjawab sebagai negara jiran untuk meningkatkan laluan melalui Rafah, bantuan kemanusiaan, perubatan dan pembangunan.

draft • 10:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ini juga disambut oleh banyak negara lain termasuk Qatar, Arab Saudi dan UAE dan Turkiye. Jadi, ada cadangan mengadakan pertemuan di antara negara Arab dan negara Islam di Kaherah dalam masa terdekat, dan kalau ada kesempatan saya akan hadir. Itu diundang. Ada yang kata, “Oh dulu tak diundang 20 point.” Itu tak apalah, kita boleh bincang kemudian. Yang ini khusus untuk bantuan kemanusiaan dan memastikan agenda pendamaian fasa satu, dia selalu sebut fasa satu. Bagi saya, fasa satu itu permulaan yang baik tetapi mesti komprehensif. Saya setuju dengan apa yang digesa oleh Ledang.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker. Hulu Langat.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti, nanti. Selalunya PMQT ini kita berikan tiga soalan tambahan, tetapi tajuk ini penting. Untuk itu, saya nak beri dekat Machang.

Tetapi observe decorum. Please, please. Silakan.

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Lepas Machang, bagi Kubang Pasu, Tan Sri Yang di-Pertua?

draft • 10:40 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Boleh?

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya nak bagi Machang. Lepas itu saya decide kemudian.

draft • 10:40 AM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Kita mai sama negeri Tan Sri.

draft • 10:40 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Machang, silakan. Observe decorum.

draft • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Amat Berhormat Tambun.

Ada pepatah Amerika yang mengatakan, “The devil is in the details.” Dan bila saya baca Tan Sri Yang di-Pertua, dalam perjanjian ini ada banyak butiran durjana, syaitani dan iblis. Kenapa saya kata begitu, Tan Sri Yang di-Pertua? Dalam ini ada 40 klausa yang mengikat Malaysia. “Malaysia shall”, “Malaysia shall”, “Malaysia shall” dan hanya ada satu klausa yang mengikat Amerika terhadap kita. Jadi, ini bukan― mereka arah kita patuh, ini bukan perjanjian

draft • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

perdagangan. Ini penjajahan, sama macam British paksa pada kita dulu, zaman tok kaduk dulu.

Dan Tan Sri Yang di-Pertua, saya tengok― kalau kita tengok matematiklah di sebalik dagangan ini, kita anggap 20 peratus eksport bernilai RM23.8 bilion yang kena tarif. Kadar dia beza lima peratus sahaja, bersamaan dengan RM1.19 bilion setahun. Tetapi, konsesi yang kita bagi pada Amerika berjumlah RM1 trilion, bersamaan dengan 840 kali ganda nilai tarif yang diselamatkan.

Jadinya― satu lagi yang saya rasa ramai rakyat tak tahu. Amerika dakwa kita ada trade surplus, lebihan dagang. Itu dari segi barangan. Dari segi perkhidmatan, Amerika lebih pada kita. Lagi dari segi dagangan. Jadi sebenarnya, trade deficit kita dengan Amerika ini kecil. Berjumlah RM16.5 bilion sahaja, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey, okey. Baik, sila...

draft • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi Tan Sri, kalau kita ikutkan inilah dia punya unjuran, saya tak rasa penjajahan ini menguntungkan Malaysia.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi, saya ingin merayu kepada Yang Berhormat Tambun, demi negara. Tadi Yang Amat Berhormat Tambun kata, kita bawa balik perjanjian ini ke Parlimen dan kita bahas sampai lumat. Dan kalau tak balik, kita batalkan. Ini pengkhianatan kepada anak cucu kita.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Machang, decorum.

draft • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Decorum, decorum, decorum.

draft • 10:40 AM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, silakan Perdana Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Ya. Kata yang Machang sebut, “Kita rasa, kalau tidak”. Machang nak marah pasal apa? Kalau rasa, kajilah dulu. Ini nak berbalah pasal apa? Ya. Baca— saya beri contoh ini. Saya dah sebut tadi, jangan― saya tak mahu dialog with the deaf. Dialog ini dengan orang dengar. Setuju tak setuju, tak mengapa. Saya kata China teliti line by line, apakah

draft • 10:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

keputusan semiconductor, rare earth itu preclude– ‘Sebegitulah’. Membatalkan kemungkinan kerjasama dengan dia? Tidak. Ada situ exit clause. Security considerations, the law of the land.

Dan bagi kita, kita bagi prioriti kepada Amerika Syarikat, hari Isnin kita bagi prioriti kepada China. Saya akan pergi Selatan Afrika dua minggu lagi, saya akan bagi prioriti kepada Selatan Afrika. Apa masalahnya? Sebab itu saya kata baca, jangan marah saja. Baca dulu, teliti. Exit clause itu― rakan-rakan dalam Kabinet itu tekan dengan serius, ya.

Baik. Sebab berapa jumlah, macam disebut tentang lebihan dagang. Terima kasihlah. Kalau ikut apa yang ceramah kita dan dialog saya semasa dengan Presiden Amerika Syarikat― bukan di sini ya, bukan di Machang, depan Presiden Amerika Syarikat. Saya kata your computation tentang itu kita tak setuju sebab kita masukkan perkhidmatan. Kita tak setuju tentang apa yang dia sebut. Sebab itu, daripada 25 peratus masa dia kali pertama telefon, dia turunkan esoknya 19. Kita puas hati? Kita tak puas hati. Kita setuju? Kita tak setuju. Tetapi ini keadaan dia, ya.

Baik.

Jadi, soal umpamanya rare earth, semiconductor, kita dah sebut, ya. Dia tidak― kalau umpamanya American― pelaburan Amerika di sini, dia kata, “Okey, pelaburan Amerika dekat Malaysia, kami tak mahu you import, export ke China.” Tak apalah, okey. Kerana pelaburan dia. Tapi pelaburan China di sini, dia nak bawa balik ke China, dia bawa ke mana-mana dunia, kita tidak menyekat. Sebab itu saya kata kena membaca. Kalau pelaburan China masuk sini, dia kata kami bagi syarat jangan labur di― jangan. Itu bukan penjajahan. Dia labur, kalau kita tak mahu, kita jangan laburlah, tak payah melabur di sini.

Tapi dia melabur dalam― terutama dalam rare earth. Rare earth ini kita dah batalkan eksport raw. Dia boleh buat. Tapi, bagaimana nak kita tafsir tak boleh, dengan China boleh, Australia boleh. Jadi, sama ada yang sekarang telah sedang dijalankan tapi saya kata, ini dia tak ada clause atau peruntukan yang membatalkan atau melarang. Sebab itu dia sebut itu national consideration, security consideration kita.

Okey, ada bangkitkan soal maritim, ketenteraan. Ini dibuat oleh dulu.

Menteri-menteri dulu, cek dulu, masa dulu ada tak perjanjian pertahanan dengan Amerika? Ada. Jadi, yang itu kita teruskan. Apa masalah dia? Tapi apa yang kita tekankan tidak boleh apa-apa kegiatan dengan Amerika Syarikat yang boleh dilihat sebagai provokatif, provokatif terhadap negara lain, mana maksudnya China.

draft • 10:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Begitu juga dengan China, maritim kita ada dan bagi kita dengan negara China. Ini perjanjian dengan Amerika, ambil yang ini. Kalau nak gunakan ini untuk perjanjian dengan China, silakan. Itu yang kita bolehkan dan kita bahaskan cara terperinci. Tetapi, tentulah pasukan itu pasukan yang mahir dan pakar daripada penjawat awam. Mereka lakukan pagi, petang, malam, berbulan-bulan Tan Sri. Ini bukan kita― dia bagi draf, kita serah begitu. Tidak Tan Sri.

Sebab itu, Menteri MITI agak tegas akan perkara ini. Jadi, nak guna jumlah ini turning half truth into absolutes. Ini problem dia, ya, dan tak boleh langsung terima apa-apa kebaikan. Satu perkataan bahawa segala yang berlaku dalam ASEAN, sama ada dengan Amerika dengan China, dengan, yang satu yang baik tak pernah dengar, yang ada kutuk saja. Inilah masalahnya.

[Tepuk] Jadi, kalau dengan prasangka begitu, ini jadinya. Perjanjian ini menyerah, menggadai. Jadi, penjajahan baharu. Tak ada Tan Sri, ya. Saya bukan nak kata, ini bukan saya nak kata saya sebagai Perdana Menteri, tidak. Tetapi bayangkanlah. Kita nak kena hadapi Presiden Donald Trump. Kalau nak minta bantuan menyelesaikan masalah Gaza, saya tak tahu siapa lagi dah. Kita bercakap dengan Macron, kita bercakap dengan Meloni, kita bercakap dengan Chancellor Jerman. Habis dah, ikhtiar. Saya bercakap berdepan dengan Joe Biden. Semua tahu. Itu bukan― itu berdepan, dan saya tahu risikonya.

Saya bercakap itu di San Francisco, bukan senang. Saya tak minta untuk ucap terima kasih. Tapi jangan kutuk, seolah-olah kita ini, antik atau boneka Amerika Syarikat. Mana mungkin mereka boleh bercakap depan Presiden yang begitu rupa. 20 point plan, saya tak pernah sebut 20 point plan. Saya sebut, saya sokong langkah fasa satu cease fire. Tapi saya tegaskan comprehensive plan. Itu yang Ledang sebut tadi.

draft • 10:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Jadi ini yang kita lakukan, tapi yang perjanjian perdagangan ini semua ada exit clause. Mengapa kita sign juga? Kerana kita perlu pelaburan daripada Amerika Syarikat. Itu saya tidak mahu apologetic. Mengapa kita sign juga? Kerana kita perlu pelaburan dan perdagangan tinggi dengan Amerika Syarikat ya.

[Tepuk] Tetapi soal menyerah tertimbul ya. Begitu juga negara China. Dulu bila kita baik dengan China, kita juga diserang— yang Muar sebut tadi betul.

Sekarang nampak baik dengan Amerika pun tak boleh. Jadi, nak kena dengan siapa ni? Nak baik dengan negara mana?

[Dicelah] Kelantan dengan Kedah saja? Itu pun saya baik dengan Kelantan dengan Kedah, tapi kena dengan

draft • 10:50 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

semualah. Jadi sepatutnya dalam hal ini saya rayulah rakan-rakan, sebelah sini, sebelah sana, ini soal negara. Tak, betul. Saya bukan muda, Tan Sri Yang di-Pertua.

Saya kerja sedaya upaya saya untuk dapat perhatian negara yang penting untuk faedah dan masa depan negara kita.

[Tepuk]

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput soalan kedua, Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, Kuala Kangsar. Silakan.

draft • 10:50 AM

2. Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid [Kuala Kangsar]: Kuala Kangsar minta Perdana Menteri menyatakan apakah kemajuan Kerajaan MADANI dalam menangani isu kemiskinan tegar dan kemiskinan secara keseluruhan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Perdana Menteri.

draft • 10:50 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Kuala Kangsar. Saya ingat dah habis tadi. Saya nak kena ke Korea sekarang.

Soal kemiskinan tegar, kemiskinan relatif memang dibangkitkan oleh ramai juga Ahli-ahli Yang Berhormat termasuk Pagoh yang menyerang keras hal ini. Dalam semua kenyataan saya, saya nak noktahkan kemiskinan tegar. Kadang-kadang ada Yang Berhormat saya tengok, mana ada dalam Islam kita batalkan kemiskinan.

Dengar, baca betul-betul. Kita kadang-kadang kita buat macam ceramah ni biasa.

Tak. Saya sebut yang mampu kita noktahkan kemiskinan tegar dan kita lakukan.

Dan sebab itu dalam DOSM report memang betul dibangkitkan bahawa ada kenaikan kemiskinan relatif yang disebut oleh Pagoh ya. Daripada 16.6 peratus 2022 kepada 16.7 peratus. Tapi yang tak disebut oleh Pagoh apa dia? Pada tahun 2022 angkanya RM6,338. Pada 2024 angkanya RM7,017. Jadi, angka itu relatif kepada paras yang ditentukan oleh DOSM masa itu. Sebab itu kita juga lihat umpamanya Household Income Survey tentang pendapatan yang juga dilakukan oleh DOSM.

Baik.

Saya nak terangkan tentang kemiskinan tegar umpamanya. Ya, masih ada, tetapi umpamanya setakat tahun ini ya, jumlah kemiskinan tegar dari survey yang dilakukan perfect, tidak. Macam saya beritahu dulu. Saya pergi jumpa pegawai jajahan Machang dengan Kuala Krai, kalau tak silap saya. Mereka menyebut kemungkinan ada senarai tak dimasukkan. Itu luar pada keupayaan saya.

Dari senarai yang dimasukkkan itu, kalau tinggal 0.09 peratus, itu kemiskinan tegar. Itu umpamanya angka awal tahun. Sekarang yang jumlah yang senarai itu semua diselesaikan. Bukan oleh Kerajaan Persekutuan sahaja, ada kerjasama kerajaan negeri, ada kerjasama Majlis Agama Islam Negeri, termasuk negeri-negeri

draft • 10:50 AM

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan - Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

yang saya sebutkan tadi, Kelantan, Kedah,bagi kerjasama untuk mengenal pasti, kerana saya minta dengan Menteri Besar, kita clear-kan yang ini dulu. Baik, tahun depan mungkin ada angka baharu, itu tentang kemiskinan tegar. Jadi, itu yang saya sebut tadi, 0.09.

Dari data eKasih bilangan isi rumah miskin tegar telah berkurangan dan kita ada keupayaan menyelesaikannya. Apa langkah-langkah yang kita ambil? Kita ambil langkah ialah penambahan STR, Sumbangan Tunai RAHMAH dan Sumbangan Asas RAHMAH yang RM15 bilion itu mengambil kira pendapatan golongan miskin.

Berapa kita bagi? RM15 bilion tahun ini, Tan Sri Yang di-Pertua. Ini termasuk umpamanya, inisiatif Payung RAHMAH pada tahun 2026, peruntukannya RM600 juta. Ini keadaan kita untuk mengurangkan kesenjangan kerana Payung RAHMAH, Jabatan Kebajikan Masyarakat— itu Jabatan Kebajikan Masyarakat, 560,000 isi rumah. Itu yang dianggap kategori miskin. Berapa tambahannya? RM3.1 bilion.

Jadi kita ambil STR, kita ambil i-SARA, kita ambil Jabatan Kebajikan Masyarakat, itu sudah mencecah RM20 bilion. Jadi, ini sekali lagi saya tegaskan Kuala Kangsar ya, untuk mengurangkan kesenjangan yang kian melebar antara golongan kaya dan miskin. Umpamanya, gaji minimum. Sebab apa kita naikkan gaji minimum dua kali? Dari RM1,200 dulunya, naik RM1,500, naik RM1,700. Itu untuk mengurangkan yang kata miskin relatif tadi yang disebut dalam laporan DOSM.

Dan selain itu, kenaikan gaji penjawat awam. Kerana penjawat awam yang kategori rendah ini masuk dalam kategori miskin. Dia tidak miskin tegar tapi miskin.

Jadi bila kita naikkan 25, 30 peratus yang kategori terbawah, dia boleh melepasi atau mengurangkan kesenjangan. Itu yang kita lakukan dan saya harap kita ada upaya lagi untuk meningkatkan, sebaik saja keadaan ekonomi lebih meyakinkan.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Kangsar.

draft • 10:50 AM

Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid - Kuala Kangsar

Yang Berhormat, soalan tambahan saya. Apakah status penggunaan SARA RM100 yang telah dimanfaatkan oleh rakyat sehingga kini? Dan saya juga dapati terdapat rakyat di luar bandar yang meminta supaya SARA boleh dibelanjakan di kedai-kedai kecil luar bandar. Bagaimana kerajaan menangani isu ini supaya rakyat di luar bandar boleh membelanjakan SARA RM100 dengan lebih mudah?

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Perdana Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Kuala Kangsar, suka tanya soalan susah- susah. Baik. Dia setakat ini 80 peratus lebih telah mengambil. Ada 20 peratus yang belum, terutama di kalangan golongan kaya, termasuk saya. Harap Menteri-menteri,

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Ahli-ahli Parlimen jangan ambillah, supaya wang itu boleh dikembalikan kepada rakyat miskin mulai tahun 2026.

draft • 10:50 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Tapi kalau kita ambil dan bagi kepada jiran atau keluarga yang miskin, itu saya ingat baik. Bagaimana kita agihkan? Sekarang ini sudah 2,000 kedai-kedai kecil yang dapat manfaat kerana melalui i-SARA ini kita dapat juga kembangkan kedai-kedai kecil di kampung di daerah-daerah kecil. Itu sebab dari sekitar 180, sekarang sudah 2,000 lebih kedai-kedai kecil yang boleh digunakan untuk menjana perniagaan mereka melalui i-SARA. Dan i-SARA kita tahu tahun ini bermula, tahun 2026 kita akan teruskan. Dan saya yakin kalau keadaan baik, saya rasa i-SARA ini antara program yang disenangi rakyat kerana mereka boleh beli keperluan mereka dan memenuhi keperluan keluarga.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Lubok Antu.

draft • 10:50 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang prihatin dan ketegasan mengenai isu kemiskinan.

Soalan saya, apakah langkah-langkah dan usaha yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah dan Sarawak, terutama pada penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman yang ceruk pendalaman? Dan juga saya ingin mengetahui status PADU sehingga kini sejak daripada tarikh pelancarannya pada tahun 2024. Terima kasih.

draft • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Perdana Menteri.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih Lubok Antu.

draft • 10:50 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sepertimana kita tahu, jumlah kemiskinan di beberapa negeri itu lebih tinggi ketimbang dengan negeri yang lebih maju di Pantai Barat. Sebab itu kalau kita lihat umpamanya program STR dan program i-SARA itu lebih banyak ke negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, Kedah. Itu yang paling tinggi mendapat peluang itu.

draft • 10:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Begitu juga― ini kerana insiden kemiskinan tinggi. Umpamanya di Sabah, di Kelantan yang tinggi sedikit ya. Kedah. Ini yang daripada angka DOSM. Jadi, saya juga kerjasama baik dengan kerajaan-kerajaan negeri. Beberapa kali bincang dengan Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah untuk meningkatkan beberapa kegiatan yang diperlukan. Kerana, beberapa pendekatan di Sabah dan

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Sarawak itu agak lain kerana mereka melibatkan kadang kawasan rumah panjang.

Jadi, kemudahan itu tidak semestinya disampaikan kepada ketua isi sekeluarga sepertimana yang dilakukan di sini.

Insya-Allah, kita akan terus berusaha untuk memperbaiki pendekatan supaya lebih berkesan terutama bagi negeri-negeri di mana kawasannya agak pedalaman seperti Sabah, Sarawak atau hulu Kelantan, hulu Pahang dan sebagainya.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuala Krai. Silakan.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, saya ingin mengalu- alukan kehadiran delegasi Persatuan Kebajikan Wanita Mawardah dari Parlimen Kuala Nerus.

[Tepuk] Yang Berhormat Perdana Menteri, tahniah atas azam dan tekad untuk membasmi kemiskinan tegar ini. Cuma, kejayaan membasmi kemiskinan tegar adalah bukan sekadar berapa ramai yang dibantu tetapi berapa ramai yang berjaya keluar dari kemiskinan. Mungkin terdapat kes dengan menambah pendapatan isi rumah melalui bantuan daripada agensi supaya dapat keluarkan dari kemiskinan yang menatijahkan sifar miskin tegar. Saya bimbang ia nya bersifat sementara kerana pendapatan isi rumah akan berubah setiap bulan berdasarkan pekerjaan dan keperluan semasa mereka.

Jadi, apakah terdapat indikator baharu yang digunakan oleh kerajaan dalam mengukur kejayaan keluar daripada kemiskinan memandangkan ukuran pendapatan semata-mata tidak lagi mencerminkan kualiti hidup sebenar rakyat? Saya juga ingin tahu strategi jangka panjang pihak kerajaan bagi memastikan golongan yang telah keluar daripada kemiskinan tidak kembali kepada kemiskinan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Dan bagaimana big data, khususnya PADU, digunakan untuk menjejak dan menilai keberkesanan program membasmi kemiskinan agar bantuan tidak bertindih dan bantuan boleh difokuskan kepada isu lain? Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Terima kasih, Kuala Krai. Sebenarnya kenyataan itu tepat iaitu― apa dia masalah? Masalahnya ialah walaupun tahun ini dilepaskan tapi kita lihat ada daripada angka yang diteliti oleh ICU, keluarga yang sama itu kemudian jatuh balik menjadi miskin. Sebab itu, selain daripada bantuan bulanan seperti yang dilakukan sekarang untuk melepaskan mereka dari keadaan kemiskinan, ada diusulkan ditambah pendekatan baru termasuk sepertimana yang

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

dilakukan oleh Amanah Ikhtiar. Amanah Ikhtiar, TEKUN itu memberikan dana sama ada pinjaman ataupun bantuan supaya mereka dapat menjana kegiatan ekonomi.

draft • 11:00 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim

Apakah ada indikator baru? Setakat ini yang diusulkan ialah kalau ada umpamanya satu program kita melalui MyKad, umpamanya, dan kita senaraikan semua peruntukan kerajaan termasuk kerajaan- kerajaan negeri yang juga mengadakan inisiatif melalui zakat dan beberapa program lain, itu dalam satu portal. Jadi, kita tahu berapa yang keluarga itu dapat.

Saya ingat betul dalam study khusus untuk di Sentul, apa yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan tidak dimasukkan peringkat awalnya peruntukan daripada zakat dan bantuan-bantuan lain di Wilayah Persekutuan. Jadi, itu kita seragamkan sekarang supaya kita tahu berapa jumlah dapat.

Tetapi, saya ingat yang penting yang ditekan oleh Kuala Krai ialah langkah supaya bantuan ini memastikan kegiatan ekonomi oleh keluarga supaya dapat lepas daripada kategori kemiskinan tegar. Rakan-rakan di jabatan memang telah meneliti, tapi yang setakat ini cadangannya ialah meningkatkan program melalui AIM dan beberapa program pinjaman kecil sepertimana yang dilakukan melalui TEKUN.

Tetapi, saya setuju, harus ada langkah-langkah tambahan. Kalau tidak, kita akan terjebak dengan masalah kemiskinan terus-menerus daripada kelompok yang sama.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, Yang Berhormat sekalian.

draft • 11:00 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tan Sri.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan- pertanyaan Menteri.

draft • 11:00 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Soalan penting boleh tak, Tan Sri?

Satu soalan.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 11:00 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tuan Pang Hok Liong, Labis.

draft • 11:00 AM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Soalan Labis nombor 1.

draft • 11:00 AM

1. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian bersedia untuk mewajibkan skim 'build- then-sell' (BTS) 10:90 di seluruh negara untuk mengurangkan projek perumahan terbengkalai terutamanya projek kondominium untuk melindungi pembeli. Jika tidak, mengapa tidak.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Menteri.

draft • 11:00 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Salam sejahtera, Tan Sri Speaker.

Sebelum saya jawab soalan lisan pagi ini, saya ingin ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dipilih Top 10 Most Influential Muslim in the World oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC). Semoga kejayaan ini bukan saja terus mengangkat martabat dan imej negara, malah dapat dimanfaatkan untuk terus merancakkan ekonomi serta menarik pelaburan asing untuk membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun melalui Kementerian KPKT sentiasa komited dan cakna memastikan setiap rakyat mempunyai tempat tinggal tanpa mengira sama ada secara pemilikan ataupun sewaan selaras dengan slogan KPKT, Rumahku Syurgaku, Baiti Jannati.

Dalam hal ini, KPKT sentiasa berusaha untuk memastikan pengurusan projek perumahan dilaksanakan dengan cekap dan efisien agar rumah mampu milik yang dibina adalah berkualiti tinggi dan menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh CIDB.

Ini adalah sejajar dengan hasrat prinsip MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Kerajaan mengalu-alukan konsep pembinaan secara kaedah bina kemudian jual, build and then sell, bagi pemajuan perumahan swasta yang sudah tentunya dapat mengurangkan risiko projek terbengkalai dan juga lambakan rumah tidak terjual. Melalui Dasar Perumahan Negara 2025, KPKT telah menggariskan pelan tindakan bagi memastikan peralihan daripada konsep jual kemudian bina kepada bina kemudian jual dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

draft • 11:00 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Melalui kaedah pembinaan secara bina kemudian jual 10:90 bagi pemajuan perumahan swasta, pemaju akan mengenakan 10 peratus wang pendahuluan daripada harga jualan kepada pembeli, manakala baki 90 peratus pula akan dikenakan setelah rumah tersebut siap dengan sijil perakuan siap dan pematuhan CCC serta penyerahan pemilikan kosong, vacant possession. Bagi pelaksanaan kaedah ini, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] dan peraturan-peraturan telah memperuntukkan Jadual I dan Jadual J iaitu perjanjian jual beli bagi pembinaan pemajuan rumah secara bina kemudian jual 10 dan 90.

Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa pemajuan projek perumahan dan konsep bina kemudian jual ini memerlukan pemaju mempunyai keupayaan kewangan yang sangat-sangat kukuh bagi melaksanakan projek. Justeru, kaedah ini akan memberikan kelebihan kepada syarikat besar namun menjejaskan keupayaan syarikat SME, small, medium enterprise― ataupun perindustrian kecil dan sederhana.

Pada masa ini, justeru, kerajaan hanya menggalakkan pemaju yang bersedia sahaja untuk melaksanakan konsep bina kemudian jual secara sukarela kerana risikonya boleh menyusahkan pembeli dan pihak-pihak yang terlibat termasuk rantai industri yang belum berkemampuan mengikut pemetaan yang telah pun disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara.

Untuk makluman juga, bagi menggalakkan pemaju perumahan melaksanakan konsep bina kemudian jual, beberapa kemudahan dan insentif telah disediakan oleh kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri seperti keutamaan dalam kelulusan kebenaran merancang. Pemaju yang memilih konsep pemajuan bina kemudian jual 10:90 turut dikecualikan dari bayaran deposit tiga peratus akaun pemajuan perumahan.

Dalam merancakkan lagi usaha ini, KPKT sedang menggubal pindaan ke atas Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) iaitu Akta 118. KPKT bercadang untuk menambah baik dan memperincikan peruntukan di bawah akta tersebut khususnya bagi memelihara hak dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam pemajuan perumahan khususnya pembeli rumah serta mencegah projek terbengkalai.

Secara keseluruhannya, cadangan penambahbaikan akta ini bertujuan untuk memperkasa tadbir urus dan pengurusan kewangan pemajuan perumahan yang

draft • 11:00 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

efisien, memastikan hak dan kepentingan pembeli rumah terpelihara selain memudah cara pemajuan perumahan swasta ke arah kelestarian sektor perumahan.

draft • 11:00 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Dan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua di mana pada 20 November iaitu bulan depan, KPKT akan memperkenalkan lima langkah reformasi dalam untuk kita memastikan tiada lagi projek terbengkalai menjelang tahun 2030. Nantikan pengumuman pada 20 November. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Labis.

draft • 11:10 AM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang terperinci mengenai tentang kelebihan juga kelemahanlah skim-skim BTS atau STB. Jadi, kita tidak boleh menafikan bahawa risiko terbesar yang dihadapi oleh para pembeli adalah isu terbengkalainya projek perumahan. Buat sementara sekarang, soalan tambahan saya, buat sementara, apakah model dan skim yang terbaik yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan atau melindungi pembeli atau kepentingan pembeli dan juga pada masa yang sama untuk memastikan keseimbangan antara kepentingan pembeli dan pemaju? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Labis yang prihatin. Berbagai langkah telah pun dilakukan ketika ini. Pertama, termasuk penubuhan task force projek rumah swasta dan terbengkalai yang bermesyuarat hampir setiap minggu sepanjang tiga tahun lepas. Setakat pagi ini, KPKT telah berjaya menyelamatkan 1,200 projek yang melibatkan 163,000 pembeli rumah termasuk projek Residensi Hektar di Gombak. Ini adalah antara pencapaian kita menerusi pengenalpastian, penyelesaian, pencegahan dan cadangan model ke hadapan.

Yang kedua ketika ini, KPKT juga meningkatkan kawal selia melalui prosedur sedia ada di bawah Akaun Pemajuan Perumahan, Housing Development Account

(HDA) yang wajib dibuka oleh setiap pemaju perumahan swasta berlesen di Semenanjung Malaysia.

Ketiga, semua pemaju diwajibkan untuk bayar deposit tiga peratus daripada jumlah gross development value. Katakan, jika GDV 1 bilion, dia buka akaun, kena bayar deposit 30 juta dalam akaun HDA untuk pastikan aliran wang tunai dia memadai untuk mampu memenuhi keperluan projek, pelaksanaan projek tersebut.

draft • 11:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming

Dan seperti yang saya sebutkan tadi, Yang Berhormat Labis, saya akan jemput Yang Berhormat Labis hadir ke Majlis Pelancaran Reformasi Industri Perumahan pada 20 November nanti yang akan saya umumkan supaya dalam negara kita menjelang tahun 2030, tidak akan ada lagi projek-projek perumahan swasta yang terbengkalai, insya-Allah. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Kuantan.

draft • 11:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Ini saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan pemaju yang diberi pilihan sukarela sama ada ingin melaksanakan program inilah. Jadi, bagaimana jika tiada yang sukarela? Adakah sasaran untuk membantu pembeli dan memiliki rumah ini akan tercapai? Yang pertamanya.

Dan yang keduanya, adakah kerajaan ini bersedia memperjuangkan hak pengguna serta menghapuskan projek perumahan terbengkalai dengan mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi menyiasat sektor perumahan secara menyeluruh bagi mengesan amalan kartel dalam penetapan harga dan penguasaan tanah oleh pemaju besar demi memastikan keberkesanan skim BTS ini? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan yang telah mengemukakan dua soalan. Soalan pertama tadi berkaitan dengan sukarela.

Memang seperti yang saya telah pun jawab tadi, mengikut pemetaan oleh Jabatan Perumahan Negara, sekiranya kerajaan sekarang melaksanakan compulsory build and sell, apa akan berlaku? Pertama, semua syarikat PKS tidak akan mampu bersaing.

Kedua, second, third-liner city seperti Kuantan tidak akan ada projek perumahan baru kerana tidak ada syarikat— syarikat sekiranya dia nak bina, dia akan cari tempat yang paling senang dijual seperti Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Johor Bahru. Tapi bandar-bandar third tier, second tier city tidak akan ada. Mereka tidak akan mengambil risiko apabila kita laksanakan secara paksa, bukan saja itu akan berlaku, rantaian industri pun. Kita jangka dan mengikut pemetaan Jabatan Perumahan Negara, pembangunan perumahan itu akan terbantut.

Setakat ini, kita berada atas landasan yang kukuh. Sukacita, saya nak kongsikan kepada Yang Berhormat Kuantan, dalam tempoh dua tahun ini, dengan pemantauan rapi dilakukan oleh KPKT sekarang, kita telah pun menyaksikan pertumbuhan yang sihat dan stabil. Saya bagi contoh, tahun lepas, jumlah sektor

draft • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming

hartanah sahaja, jumlah jualan, nilai jualan, meningkat ke RM232 bilion. Ini jumlah transaksinya, 420,000 unit rumah berjaya dijual. Ini adalah prestasi paling tinggi dalam tempoh lebih dari sedekad.

Oleh kerana itu, selaku Menteri KPKT, saya mempunyai amanah dan tanggungjawab untuk pastikan industri sektor hartanah itu berkembang dengan sihat dan secara stabil. Kerana dia merupakan tiang seri ekonomi negara yang melibatkan 200 industri. Oleh kerana itu, kita tidak boleh mengambil risiko. Sekiranya tiang seri ekonomi negara itu runtuh, parah dan sangat parah akibatnya. Oleh kerana itu, kita perlu pastikan mengambil langkah-langkah pemantauan secara pragmatik dan juga adil kepada semua pihak. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Dr. Ahmad Fakhruddin...

draft • 11:10 AM

Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan

So, soalan kedua tadi Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dia sekali jawab, sekali kot. Baik, saya jemput Dr.

Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Kuala Kedah.

draft • 11:10 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 11:10 AM

2. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan:

(a) indikator penilaian keberkesanan pelaksanaan modul seperti Parenting@Work dan program pembangunan keluarga LPPKN bagi mengurangkan risiko penderaan terhadap lelaki; dan

(b) statistik terperinci mangsa lelaki dalam kes keganasan rumah tangga dari tahun 2022 hingga kini.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih. Saya ucapkan kepada Yang Berhormat dari Kuala Kedah di atas soalan yang dikemukakan. Tan Sri Yang di- Pertua, bagi menilai keberkesanan program pembangunan keluarga yang dianjurkan, kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menggunakan pendekatan model penilaian Kirkpatrick sebagai kerangka penilaian.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terdapat tiga indikator utama yang digunakan untuk mengukur impak intervensi secara menyeluruh. Yang pertama indikator pengetahuan, mengukur peratusan peningkatan literasi kekeluargaan, kemahiran keibubapaan dan pengurusan konflik dalam kalangan peserta termasuk lelaki.

Yang kedua indikator pengamalan iaitu mengukur peratusan peserta yang mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam konteks interaksi harian bersama pasangan dan anak-anak.

Yang ketiga, indikator perubahan tingkah laku iaitu mengukur peratusan peserta yang menunjukkan perubahan tingkah laku positif dalam tempoh masa tertentu selepas program.

Penemuan penilaian ke atas Program Pembangunan Keluarga LPPKN sehingga suku kedua tahun 2025 menunjukkan impak yang positif di mana lebih 90 peratus peserta melaporkan peningkatan pengetahuan selepas mengikuti program, manakala hampir 90 peratus peserta mengakui mengamalkan pengetahuan yang dipelajari dan hampir 70 peratus peserta pula mengalami perubahan positif dalam tingkah laku.

Secara keseluruhannya, indikator-indikator ini menunjukkan bahawa modul seperti Parenting@Work serta Program Pembangunan Keluarga LPPKN memberi impak positif dalam meningkatkan literasi kekeluargaan, memupuk budaya hormat menghormati antara pasangan dan seterusnya membantu mengurangkan risiko penderaan termasuk terhadap lelaki.

Statistik PDRM menunjukkan bahawa golongan lelaki juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Pada tahun 2022, seramai 1,778 mangsa lelaki direkodkan.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tahun 2023, terdapat penurunan kepada 1,213 kes. Tahun 2024, kes naik semula kepada 1,865 kes dan bagi tahun 2025 sehingga Julai sahaja sebanyak 1,183 kes keganasan rumah tangga yang melibatkan kaum lelaki.

Kerajaan melalui LPPKN sedang giat melaksanakan satu inisiatif strategik selaras dengan fokus Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk memperkukuh institusi kekeluargaan dan meningkatkan kualiti modal insan negara. Inisiatif ini adalah dinamakan Program Lelaki Budiman Negara yang mengandungi pembangunan dan pelaksanaan Modul Pendidikan Lelaki Budiman yang secara langsung menyokong mandat LPPKN

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

dalam memperkasa peranan lelaki sebagai suami, bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Kedah.

draft • 11:20 AM

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memandangkan data-data yang telah pun dikemukakan oleh pihak kementerian, kita dapati bahawa suasana ataupun trend ini amat membimbangkan. Dan memandangkan ramai mangsa lelaki enggan melapor kerana takut dipersenda atau takut dengan stigma masculinity toxic, apakah langkah-langkah inovatif untuk mendekati mangsa lelaki dan mekanisme sokongan awal, khusus bagi lelaki yang mengalami penderaan dalam rumah tangga? Contohnya, seliaan, kaunseling, kumpulan sokongan lelaki dan sebagainya.

Dan soalan saya yang terakhir, mungkin rare barangkali, Tan Sri. Apakah lelaki selamat di akhir zaman?

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, soalan rare, sila jawablah.

[Ketawa]

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Tan Sri. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Kuala Kedah. Isu lelaki sebagai mangsa penderaan memang kita lihat sangat mencabar. Kerana seperti Yang Berhormat sendiri nyatakan, masih ramai yang tidak mahu ke hadapan, tak mahu tampil ke hadapan mungkin sebab malu, takut dan bimbang dipandang rendah.

Sebenarnya, kita selaku satu masyarakat, kita perlu lebih empati dan tidak menghukum. Dan kerana itulah LPPKN sentiasa memperkukuhkan pendekatan outreach, macam kaunseling. Dan dia boleh pilih siapa yang nak dijadikan kaunselor, sama ada lelaki atau perempuan. Tapi kalau lelaki, better lelaki. Jadinya, dia boleh berinteraksi secara selesa dan boleh berkongsi masalah.

Kita tak perlu nak tunggu mereka datang, Tan Sri. Kita yang perlu untuk mendekati mereka sebab kempen kesedaran yang dilaksana oleh kementerian ini dibuat secara inklusif. Ia menekankan bahawa keganasan rumah tangga tidak hanya menimpa kepada wanita saja tapi dia tidak mengira gender. Jadinya, kita ada Talian Kasih 15999.

Tapi yang pentingnya, soalan yang rare itu. Yang itu, siapa pun, kita akan pastikan— kementerian akan pastikan mereka berada dalam keadaan yang selamat.

Dan saya nyatakan, keganasan rumah tangga bukan hanya isu wanita tapi isu kemanusiaan. Sebabnya air mata lelaki ini kadang-kadang Tan Sri, jarang kelihatan

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

tapi luka di hati mereka ini memang kadang-kadang tersangat dalam. Sebenarnya, penderitaan itu tidak mengenal gender, Tan Sri. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Baik, saya jemput Tampin.

draft • 11:20 AM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Berdasarkan laporan media dan statistik yang dibacakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya pun terperanjat 1,800 kes. Jelas menunjukkan bahawa bukan wanita sahaja menjadi mangsa keganasan rumah tangga tetapi turut melibatkan lelaki yang mungkin berdepan stigma dan kekangan untuk tampil membuat laporan.

Tan Sri Speaker, Tampin lelaki budiman dan bukan mangsa. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah langkah konkrit yang diambil oleh kementerian untuk memastikan kesedaran perlindungan dan saluran bantuan kepada mangsa lelaki turut diperluas? Hal ini termasuklah kemudahan kaunseling serta tempat perlindungan yang sesuai untuk mereka bagi menangani isu secara holistik dan berkesan. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat daripada Tampin di atas soalan yang dikemukakan. Ia macam- macam langkah konkrit yang berkaitan, yang dilaksanakan oleh kementerian dalam menangani keganasan rumah tangga ini.

Seperti apa yang kita pernah laksanakan adalah kita amend Akta 521. Kita masukkan peruntukan yang— masukkan aspek penderaan dan psikologi di dalam amendment akta tersebut. Dan LPPKN, dia ada modul sedia ada yang kemudian kita tambah baik dengan masukkan komponen pengurusan emosi dan komunikasi khusus untuk lelaki. Selain daripada menjadi lelaki budiman negara, insya-Allah saya percaya Yang Berhormat Tampin dan rakan-rakan di dalam Dewan ini akan menjadi lelaki budiman negara. Tapi fokusnya adalah supaya kita menekankan cara gaya kebapaan, kesejahteraan dan kepimpinan sebagai pemimpin keluarga. Terima kasih Tan Sri.

[****Soalan No. 3** – YB. Datuk Seri Panglima Madius bin Tangau (Tuaran) tidak hadir]

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya difahamkan Tuaran tidak berada dalam Dewan. Saya terus menjemput Datuk Ahmad Amzad bin Mohamed, Kuala Terengganu.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Bila lompat ini jadi cepat sikit. Soalan saya nombor 4.

draft • 11:20 AM

4. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan hasil dan inisiatif utama daripada ASEAN Semiconductor Summit (ASEMIS) 2025 diterjemahkan untuk mengukuhkan eksport semikonduktor, penyertaan dalam rantaian nilai serantau dan daya saing teknologi tempatan.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, juga terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Terengganu. Penganjuran ASEAN Semiconductor Summit

(ASEMIS) 2025 pada 24 Julai 2025 yang lalu adalah hasil kerjasama di antara MITI dan Malaysian Semiconductor Industry Association, sebenarnya anjuran oleh MSIA.

Pencapaian terpenting ASEMIS 2025 adalah dengan termeterainya satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara lima persatuan semikonduktor ASEAN iaitu dari Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia. Penandatanganan ini menandakan komitmen untuk memperkukuh kerjasama serantau melalui perkongsian maklumat, pembangunan piawaian bersama dan pelaksanaan inisiatif untuk menangani cabaran rantaian bekalan.

Usaha ini adalah selaras dengan salah satu Keberhasilan Utama Ekonomi

(PED) Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini iaitu untuk mewujudkan Rangka Kerja ASEAN bagi Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersepadu atau dalam bahasa Inggeris, ASEAN Framework for Integrated Semiconductor Supply Chain (AFFIS).

AFFIS fokus kepada integrasi rantaian bekalan, pembangunan teknologi dan infrastruktur serta pembangunan bakat. Kuncinya ialah melihat negara-negara anggota ASEAN sebagai rakan kerjasama dalam semikonduktor dan bukannya sebagai pesaing.

Sebagai tanda kesinambungan dan komitmen serantau, Filipina yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN bagi tahun 2026 telah bersetuju untuk meneruskan penganjuran ASEMIS pada tahun hadapan. Pembangunan dan pelaksanaan AFFIS pula akan terus menjadi agenda bersama negara-negara anggota ASEAN selepas Malaysia menamatkan tempoh kepengerusian. Sekian, terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kuala Terengganu.

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Terima kasih Tan Sri Speaker. Malaysia merupakan pembekal utama semikonduktor

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

kepada Amerika Syarikat, 10 peratus daripada import semikonduktor Amerika.

Dalam konteks perjanjian timbal balik perdagangan dengan Amerika Syarikat, bagaimana kerajaan memastikan komitmen Amerika Syarikat untuk memberi pertimbangan khas kepada Malaysia di bawah seksyen 232, US Trade Expansion Act 1962 bagi melindungi eksport semikonduktor negara daripada risiko tarif atau sekatan masa hadapan?

draft • 11:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu

Adakah insentif khusus disediakan bagi pengeluar tempatan yang terlibat dalam rantaian nilai Amerika Syarikat untuk memastikan daya saing dan kelangsungan pasaran mereka. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Terengganu.

Dalam Perjanjian Timbal Balas tidak termasuk sektoral tarif. Semikonduktor di bawah seksyen 232 Akta Amerika Syarikat yang akan dipertimbangkan oleh Secretary of Commerce. Apa yang telah dirundingkan ialah bersama dengan USTR atau US Trade Representative.

Tetapi dalam joint statement, dalam kenyataan bersama di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat, telah disebutkan bahawa pertimbangan khusus untuk Malaysia di bawah seksyen 232 berkenaan dengan semikonduktor, Malaysia akan diberikan pertimbangan istimewa kerana telah selesai perundingan Perjanjian Timbal Balas. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sri Gading.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Puan Speaker. Walaupun soalan tak pernah dapat, tak pernah naik tapi soalan tambahan ni beberapa kali jugalah dapat. Jadi, kepada Timbalan Menteri, sepertimana yang kita sedia maklum bahawa jawapan daripada Timbalan Menteri tadi bahawa semikonduktor ni termasuk dagangan yang istimewa daripada mereka untuk eksport ke sana.

Apakah barang-barang ataupun hasil daripada Perjanjian Timbal Balas ini, selain daripada semikonduktor yang tidak kena 19 peratus, yang memberikan keuntungan kepada negara kita dan kepada khususnya industri yang ada dalam Malaysia ini?

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Sebab ini satu perkara yang perlu dijelaskan supaya rakyat dapat melihat bahawa Perjanjian Timbal Balas itu sangat menguntungkan bukan saja kepada negara tetapi pada industri dan juga pada pekerja rakyat Malaysia itu sendiri. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Ada 1,711 baris tarif ataupun tariff line yang diberikan pengecualian daripada tarif timbal balas atau tarif 19 peratus. So, ini adalah hasil perundingan sektor-sektor termasuk palm oil, termasuk sektor-sektor lain yang saya akan jelas semasa apa ni— semasa penggulungan saya nanti. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Roy Angah Anak Gingkoy, Lubok Antu.

draft • 11:30 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Puan Speaker.

Soalan saya nombor 5.

draft • 11:30 AM

5. Tuan Roy Angau anak Gingkoi [Lubok Antu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan penambahbaikan proses pemangkuan pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilaksanakan bermula tahun 2025 dan sejauh mana kekosongan perjawatan Deputi Superintendan (DSP) telah berjaya diisi setakat ini.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirrahmanirrahim. Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lubok Antu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KDN dan melalui Suruhanjaya Pasukan Polis dan Polis Diraja Malaysia, amat menitikberat kebajikan pegawai dan anggota dalam pasukan. Kemajuan kerjaya adalah merupakan salah satu elemen di dalam pasukan yang diberi perhatian bagi mengekalkan motivasi pegawai dan anggota polis dalam melaksanakan tugas, memastikan keselamatan dan keharmonian negara terpelihara.

Beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan dalam proses pemangkuan bagi mempastikan calon yang berjaya memiliki kelayakan untuk menjawat jawatan lebih tinggi di antaranya adalah keperluan untuk memperolehi sekurang-kurangnya 3H dalam penilaian kompetensi dan setiap pegawai dalam penilaian perlu memiliki kadar BMI 28 atau kurang.

Mengenai pengisian perjawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis (DSP), setakat ini sebanyak 1,128, yakni 98.17 peratus daripada 1,149 jumlah keseluruhan jawatan telah berjaya diisi. Bagi kawasan Lubok Antu Yang Berhormat, sebagai tambahan, terdapat satu perjawatan yang telah diisi sepenuhnya, makna 100 peratus. Manakala

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

bagi negeri Sarawak, sebanyak 59 daripada 60 jumlah jawatan telah diisi, mencatat kadar pengisian 98.3 peratus.

KDN melalui Suruhanjaya Pasukan Polis dan Polis Diraja Malaysia amat menitikberatkan soal ini. Ini penting dan sebab itu selain penambahbaikan yang dinyatakan syarat asas pemilihan untuk pemangkuan adalah seperti berikut:

(i) telah disahkan dalam perkhidmatan;

(ii) mencapai tahap potensi yang ditetapkan;

(iii) diperaku oleh ketua jabatan atau ketua perkhidmatan;

(iv) bebas dari hukuman tatatertib;

(v) telah mengisytiharkan harta;

(vi) lulus tapisan keutuhan SPRM;

(vii) bebas daripada senarai peminjam pendidikan tegar;

(viii) syarat-syarat lain juga ditetapkan oleh lembaga yang berkenaan.

Sebenarnya Yang Berhormat, proses pemangkuan bermula dengan permohonan calon daripada jabatan di Bukit Aman. Sistem Panel Pembangunan Sumber Manusia, senarai nama yang diperolehi hendaklah melepasi syarat asas pemangkuan dan syarat tambahan termasuk lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Untuk maklumat, perakuan kenaikan pangkat bagi ASP, DSP dibuat oleh Jawatankuasa Pelantikan dan kenaikan pangkat yang dipengerusikan oleh Ketua Polis Negara atas kapasiti sebagai anggota SPP. Manakala bagi pangkat SUPT dan ke atas, ia diperaku oleh Jawatankuasa Pemangkuan yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri atas kapasiti sebagai Pengerusi SPP. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Lubok Antu.

draft • 11:30 AM

Tuan Roy Angau anak Gingkoi - Lubok Antu

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan saya seterusnya, bagi memperkasakan ketelusan dalam temu duga kenaikan pangkat ASP ke DSP, adakah pihak kementerian mempertimbangkan supaya panel temu duga yang terdiri daripada SPP

(Suruhanjaya Persekutuan Polis) turut ada wakil bebas seperti pihak JPA, Suruhanjaya Integriti atau SPRM bagi memastikan ketelusan proses dan meningkatkan keyakinan warga PDRM terhadap sistem kenaikan pangkat yang adil dan berasaskan prestasi sebenar?

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang Berhormat, proses kenaikan pangkat polis, ini merupakan proses penilaian berasaskan kecemerlangan yang komprehensif. Ia melibatkan beberapa peringkat penilaian yang saya sebutkan

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

tadi, BMI 28 dan ke bawah, mendapat Band 3H ke atas dalam penilaian kompetensi dan saringan temu duga. Proses di atas bagi dilaksanakan bagi memastikan proses kenaikan pangkat ini lebih telus dan saksama, sekali gus memastikan pegawai yang kompeten fizikal dan ilmiah dipertimbang untuk kenaikan pangkat.

Bagi tujuan pengesahan dan kenaikan pangkat Yang Berhormat, semua calon akan melalui proses temu duga yang dipengerusikan oleh panel pemilih daripada anggota Suruhanjaya Polis dan dua pegawai kanan polis pangkat tinggi daripada calon yang ditemu duga.

Anggota SPP pula, Yang Berhormat, terdiri daripada golongan profesional yang punyai latar belakang kerjaya yang pelbagai, termasuk Majlis Peguam.

Lembaga Temu Duga adalah tertakluk pada surat cara perwakilan fungsi, kuasa- kuasa tugas dan tanggungjawab tertentu Suruhanjaya Persekutuan Polis. Walaupun tiada wakil daripada Suruhanjaya Pencegah Rasuah atau Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan, namun semua calon hendaklah lulus tapisan keutuhan dalaman PDRM dan SPRM bagi memastikan integriti setiap calon, walaupun tidak ada anggota, tapi akan melalui proses-proses ini.

Kementerian— Yang Berhormat menyambut baik cadangan yang diutarakan oleh Yang Berhormat...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

...berhubung pelantikan wakil bebas sebagai salah seorang anggota panel. Kita akan mengkaji lebih lanjut mengenai perkara ini. Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jerlun.

draft • 11:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya nak beralih sedikit kepada isu pelantikan jawatan utama dalam PDRM. Pelantikan Ketua Polis Negara adalah berdasarkan kuasa menerusi Suruhanjaya Pasukan Polis, nasihat Perdana Menteri dan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Lazimnya Timbalan Ketua Polis Negara dilantik menjadi Ketua Polis Negara. Contoh saya berikan Tan Sri Musa Hassan, Tan Sri Ismail Omar dan yang terbaru yang lepas Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani tahun 2021.

Soalan tambahan saya, walaupun atas nama nasihat Perdana Menteri, adakah wujud pertimbangan politik sehinggakan Timbalan Ketua Polis Negara sekarang tidak dilantik menjadi Ketua Polis Negara yang baru-baru ini? Sedangkan

draft • 11:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

beliau merupakan orang nombor dua dalam PDRM yang berpengalaman luas, senioriti dan berintegriti.

Yang kedua...

draft • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan, ringkaskan soalan.

draft • 11:30 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Adakah kementerian turut meneliti semula struktur gaji dan elaun bagi pegawai lain seperti DSP, ASP yang turut melaksanakan tugas yang berisiko tinggi dalam bidang penyiasatan, rondaan serta keselamatan awam bagi memastikan ganjaran yang diterima adalah adil, seimbang dan setimpal dengan tanggungjawab serta beban tugas mereka?

Sekian Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya. Soalan ini terkeluar daripada soalan asas. Ya, begitu, berkaitan dengan penambahbaikan proses pemangkuan pangkat. Jadi, saya tidak akan menjawab soalan berkenaan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Untuk soalan nombor 6, Yang Berhormat Tawau tidak ada dalam Dewan, jadi saya jemput Tuan Rushdan bin Rusmi, Padang Besar.

draft • 11:40 AM

[Soalan No. 6 – YB. Datuk Lo Su Fui (Tawau) tidak hadir]

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih Puan Yang di- Pertua.

draft • 11:40 AM

Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu saya pohon kalau boleh Timbalan Menteri jawab soalan ini secara bertulis walaupun tak dapat jawab pada hari ini. Sekian.

draft • 11:40 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Saya ingat nak sampuk soalan ini. Okey.

Ke Padang Besar dagang berniaga, Ke Bukit Jernih jiwa bertawajuh; Mempromosi Malaysia tanggungjawab bersama, Soalan saya nombor tujuh.

draft • 11:40 AM

7. Tuan Rushdan bin Rusmi [Padang Besar] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan bagaimana kementerian memastikan penyertaan komuniti tempatan khususnya penggiat seni di peringkat akar umbi negeri Perlis dalam pelaksanaan program Visit Malaysia 2026.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Puan Yang di-Pertua, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa memastikan penyertaan komuniti tempatan khususnya penggiat seni di peringkat akar umbi di negeri Perlis melalui pelbagai inisiatif yang berfokus kepada penganjuran program pelancongan budaya dan sokongan kewangan terutamanya menjelang Visit Malaysia 2026. MOTAC ada menyediakan bantuan kewangan secara langsung kepada penggiat seni dan budaya di negeri Perlis untuk membolehkan mereka melaksanakan program.

Antara insentif utama ialah melalui Geran Sokongan Sektor Kebudayaan

(GSSK) yang membantu para penggiat khususnya di peringkat akar umbi dalam melaksanakan program atau acara kebudayaan. Sehingga Ogos 2025, peruntukan sejumlah RM335,000 telah diluluskan bagi pelaksanaan program dan aktiviti kebudayaan di negeri Perlis. MOTAC juga bekerjasama rapat dengan para penggiat seni serta komuniti untuk memastikan produk seni dan budaya tempatan diangkat dalam aktiviti pelancongan.

Antara program utama pelancongan budaya di negeri Perlis adalah Pesta Angin Timur (PAT) yang dianjurkan sejak tahun 2011 serta Citra Malaysia Colors of Malaysia (COM) yang menampilkan keunikan dan kepelbagaian seni dan budaya tempatan. Selain itu, penyertaan komuniti tempatan dan penggiat seni di peringkat akar umbi juga dapat dilihat menerusi program-program seperti Budaya@Komuniti, Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Asli Terbuka Perlis dan Festival Permainan Tradisional@Perlis termasuk pementasan karya Teater Anak Kerbau Mati Emak.

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) turut memetakan ekosistem seni seperti karya awam, lorong seni dan persatuan komuniti seni melalui portal dan aplikasi Jejak Seni Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan tarikan kebudayaan di Perlis. Aktiviti-aktiviti kebudayaan dan membudayakan warisan negara ini telah menyemarakkan lagi kempen VM 2026 dan turut dijangka memberikan impak positif kepada seni budaya dan warisan.

Limpahan serta pertumbuhan ekonomi sektor pelancongan seperti pengangkutan, penginapan, perkhidmatan makanan dan produk tempatan turut akan meningkat, seterusnya secara tidak langsung dapat membantu industri pelancongan dan juga komuniti tempatan. Sekian dan terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Padang Besar.

draft • 11:40 AM

Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang agak komprehensif dan sempurna dan terima kasih juga MOTAC kerana membantu Perlis untuk Visit Malaysia yang baru- baru ini.

Seterusnya, soalan saya, apakah langkah strategi kementerian bagi memastikan penggiat seni dan kraf bukan sekadar pengisian acara dalam Visit Malaysia 2026 tapi juga menjadi pemain ekonomi budaya yang berdaya tahan melalui perwujudan rangkaian padanan pasaran, kontrak kurasi tetap, kolaborasi bersama platform online travel agency atau OTA serta mekanisme mikro pembiayaan yang cepat cair dan bersasar untuk komuniti seni negeri ini dan juga tentang permohonan kami untuk di Wang Kelian flying fox baru-baru ini. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Padang Besar. Di sini saya boleh menerangkan tiga strategi yang saya boleh sampaikan di Dewan ini. Pertama ialah perwujudan rangkaian padanan pasaran, padanan perniagaan (business matching), program promosi fizikal seperti Festival Craft Malaysia, Pesta Angin Timur dan Festival Usahawan Perlis digunakan sebagai platform strategik.

Di bawah perwujudan rangkaian padanan pasaran ini juga, kita melakukan hubungan di antara pihak industri supaya ia nya dapat kita lakukan secara langsung dengan usahawan kraf seperti sektor perhotelan, sektor korporat, serta agensi pelancongan dari dalam dan luar negara untuk kita memastikan pasaran mereka dapat diperluaskan.

Keduanya, kita melakukan kolaborasi digital dan platform OTA. Kerjasama dengan OTA sememangnya penting. MOTAC melalui Tourism Malaysia mengoptimumkan usaha promosi dan pengiklanan menerusi kerjasama pintar dengan ejen pelancongan dalam talian online travel agents (OTA) selaras dengan trend digital semasa. Platform pemasaran digital, Kraftangan Malaysia menyediakan platform e-dagang seperti MyCraftShoppe dan E-Kraft Bazar untuk kita membolehkan usahawan termasuk di luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian.

Akhir sekali, kita juga melakukan integrasi pelancongan kraf. Kita melakukan pakej kraf trail di negeri Perlis itu sendiri supaya para pelancong dapat melihat hasil kraf yang diusahakan oleh masyarakat di negeri Perlis. Akhir sekali, kita melakukan

draft • 11:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

mekanisme mikro pembiayaan cepat cair dan bersasar iaitu geran sektor— Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK), Insentif Seni melalui JKKN dan akhir sekali kita mewujudkan Tabung Bantuan Seni. Sekian, terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Betong.

draft • 11:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

Terima kasih, Yang di-Pertua. Mengenai Program Visit Malaysia 2026 ini yang terkait dengan impak sosioekonomi dia. Apakah jaminan kementerian bahawa manfaat ekonomi daripada Visit Malaysia Year 2026 ini akan sampai terus kepada komuniti seni tempatan di luar bandar dan tidak hanya tertumpu kepada pemain industri pelancongan besar atau bandar utama?

Dan mengenai kelestarian ini, bagaimanakah kementerian merancang untuk kita memastikan legasi Visit Malaysia Year 2026 ini terus akan memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti seni dan pelancongan tempatan selepas tahun kempen ini berakhir? Sekian, mohon pandangan. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Khairul Firdaus bin Akbar Khan

Terima kasih Yang Berhormat.

Untuk makluman semua Ahli Dewan, di bawah kementerian kita memang sedang rancak mempromosikan community base tourism iaitu satu bentuk pendekatan yang membolehkan masyarakat setempat turut terlibat secara langsung untuk memakmurkan industri pelancongan itu sendiri. Contoh yang paling mudah untuk kita fahami ialah dengan pembentukan homestay dan juga inap desa, di mana kerajaan di bawah kementerian ini telah melakukan pelbagai latihan supaya ia nya dapat dimaksimumkan pulangannya, terutamanya kepada penduduk setempat.

Keduanya juga melalui Kraf Malaysia kita mewujudkan rangkaian usahawan- usahawan di peringkat komuniti setempat supaya ia nya dapat memberikan peluang kepada masyarakat di luar sana untuk memperlihatkan sendiri, betapa indahnya kraf kita supaya ia nya menjadi satu pendekatan baharu dalam kita mempromosikan juga sektor pelancongan. Kita tidak melupai apa yang ada dalam negara kita, apa yang perlu kita hargai iaitu kebudayaan, seni dan budaya kita.

Akhir sekali juga, dalam kempen Visit Malaysia Year 2026, kita telah menitikberatkan kelestarian budaya itu sendiri. Makanya dengan jelas, memang pihak kementerian akan memastikan identiti seni dan budaya kita itu diberikan penekanan yang paling penting dalam Tahun Melawat Malaysia 2026. Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias, Jelebu.

draft • 11:40 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Puan Yang di-Pertua, sebelum saya mengemukakan soalan, saya ingin mengalu-alukan rombongan daripada DUN Sungai Lui, Parlimen Jelebu, seramai 40 orang di belakang sana yang diketuai oleh Yang Berhormat, Datuk Mohd Razi bin Mohd Ali, ADUN kawasan Sungai Lui, Parlimen Jelebu. Teruskan kerja kuat Yang Berhormat supaya Lui terus cemerlang.

Datuk Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.

draft • 11:40 AM

8. Datuk Seri Jalaluddin bin Alias [Jelebu] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kerajaan bakal menjadikan pembinaan kemudahan seperti sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak sebagai satu kewajipan dalam mempertimbangkan kelulusan pembinaan projek perumahan berskala besar pada masa akan datang.

draft • 11:40 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat Jelebu dan selamat datang kepada rombongan daripada Parlimen Jelebu.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, penyediaan infrastruktur dan kemudahan masyarakat adalah merupakan asas dalam membina komuniti dan negara MADANI yang harmoni serta sejahtera, terutamanya di kawasan pembandaran baharu, selaras dengan nilai-nilai teras dan usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk pembangunan masyarakat secara inklusif di negara berbilang kaum ini.

draft • 11:40 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

Dalam hal ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sentiasa komited dan cakna untuk memastikan kemudahan masyarakat disediakan secara terancang dan efisien oleh agensi yang bertanggungjawab berpandukan kepada satu garis panduan iaitu Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat Tahun 2022.

Dalam aspek pemajuan projek perumahan termasuk rumah mampu milik, KPKT telah pun menjadikan kriteria pembangunan kemudahan masyarakat seperti tadika, taska, surau, taman permainan dan dewan serba guna sebagai satu piawaian yang perlu dipatuhi di bawah Standard Perumahan Kebangsaan (CIS) 2026. Namun begitu, antara cabaran utama yang dihadapi ialah kekangan dari segi kawasan tanah dan nilai tanah yang semakin tinggi di kawasan pusat bandar yang juga seiring dengan peningkatan kepadatan penduduk kerana kadar urbanisasi negara yang semakin rancak.

Sehubungan itu, pendekatan kerjasama awam swasta, public-private people partnership dilihat sebagai strategi yang sesuai dilaksanakan dan wajar dipergiatkan

draft • 11:50 AM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming

untuk membolehkan penyediaan kemudahan masyarakat yang lebih pelbagai untuk menyokong gaya hidup yang sihat serta keperluan asas sesebuah keluarga termasuklah akses kepada kemudahan pendidikan untuk anak-anak.

Bagi menjayakan hasrat ini, PPP dalam aspek penyediaan kemudahan masyarakat memerlukan perincian dan penyelarasan yang rapi dan dengan disokong oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sebagai pemudah cara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyediaan tapak kemudahan pendidikan bagi pembangunan baru akan ditentukan berdasarkan kepada ambang populasi (population threshold) yang akan dijana dan kemudian dapat memberikan gambaran kepada keperluan, sama ada kemudahan pendidikan perlu dibangunkan di sesuatu kawasan.

Setiap pembangunan perumahan atau perbandaran baru perlu mengambil kira peruntukan ruang bagi kemudahan sekolah rendah, sekolah menengah, serta taska bagi memastikan akses pendidikan awal dan asas yang mencukupi kepada komuniti setempat serta menyokong pembangunan sosial yang seimbang, inklusif dan mampan.

Sebagai contoh, pembangunan perumahan baru yang menjana seramai 7,500 penduduk memerlukan satu tapak sekolah rendah di seluas minimum enam ekar tanah. Manakala pembangunan janaan penduduk seramai 8,750 orang memerlukan satu tapak sekolah menengah seluas minimum lapan ekar. Maka, masalahnya sekiranya di pusat bandar raya maka kita tak ada cukup tanah sebesar itu. Oleh kerana itu, Kerajaan MADANI telah memulakan pilot projek untuk membina vertical school di kawasan pusat bandar raya.

Tapak-tapak kemudahan pendidikan ini akan turut dikenal pasti dan ditandakan dalam rancangan tempatan sebagai zon institusi kemudahan pendidikan bagi memastikan peruntukan tapak tersebut diselaraskan dan disediakan bagi pembangunan sekolah di masa akan datang.

Maka sebagai natijah, Kerajaan MADANI sentiasa komited untuk memastikan penyediaan kemudahan masyarakat yang inklusif dan mampan terus diperkasa seiring dengan keperluan pembangunan perbandaran yang selesa, kondusif dan berdaya huni demi kesejahteraan rakyat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jelebu.

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, saya teliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, almost complete, Datuk Yang di-Pertua dengan izinnya. Cumanya, Yang Berhormat Menteri, persoalannya ialah kawasan

draft • 11:50 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

perumahan baru ataupun projek perumahan baru yang diwajibkan kepada pemaju untuk menyiapkan kawasan bagi membina sekolah.

Kawasan sudah disiapkan tetapi sekolah tidak dibina atas faktor tidak ada peruntukan. Maka, kawasan ini akan tertinggal begitu lama. Apakah langkah pihak kementerian sama ada kolaborasi dengan Kementerian Pendidikan dan sebagainya untuk membina sekolah dalam jangka masa tertentu supaya pelajar atau anak-anak yang di kawasan perumahan ini dapat meneruskan pembelajaran mereka?

Yang kedua, secara ringkas, Dato' Yang di-Pertua. kawasan perkuburan pula. Ada kawasan perumahan yang tidak mempunyai kawasan perkuburan tertentu yang harus difikirkan supaya masalah pengebumian bagi masyarakat di tempat- tempat tertentu dapat diatasi. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada Yang Berhormat dari Jelebu yang juga merupakan exco di Negeri Sembilan. Dua soalan.

Pertama, tentang tapak sekolah. Di menerus seperti jawapan saya tadi, di bawah PLANMalaysia, memang setiap rancangan projek baru kena serahkan tapak untuk pembinaan sekolah sebab dan kita akan membuat kajian menyeluruh bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya kita pastikan pembinaan sekolah itu membina mengikut keperluan. Berdasarkan kepada populasi penduduk yang dijana berikutan pembangunan projek baru.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

[Bangun]

draft • 11:50 AM

Tuan Nga Kor Ming

Sebagai contoh, tahun lepas kita telah bina 46 buah sekolah baru, tahun depan 38 buah sekolah baru sedang dalam perancangan. Ini terpulang keutamaannya akan mengikut garis panduan piawaian yang telah pun ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, ini pertama.

Kedua, tentang tanah perkuburan. Memang tanah perkuburan itu adalah keperluan untuk semua masyarakat berbilang kaum dan untuk menjaga keharmonian. Selepas kembali ke rahmatullah, mereka juga rohnya akan kita pastikan diletakkan di tempat orang-orang yang soleh. Itulah betapa terpentingnya state planning committee. State planning committee kena dalam perancangannya wujudkan kawasan yang dirizabkan sebagai institusi. Sama ada krematorium, tanah perkuburan ataupun bangunan kini yang menggunakan pembakar abu dan lain-lain tertakluk kepada keperluan masyarakat semasa.

Ini adalah perkara juga di bawah bidang kuasa bersama dengan kerajaan negeri dan semua state planning committee wajib untuk memainkan peranan masing-masing. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Hulu Selangor.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Terima kasih juga Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan yang cukup detil tadi. Cuma dalam keperluan, kita lihat sekolah satu keperluanlah tetapi dalam urusan lain seperti pejalan kaki, menghubung di antara perumahan ke perumahan. Fasal dia orang— perumahan itu berdekatan dan juga dari segi first mile atau last mile berkaitan dengan pengangkutan awam.

Itu yang saya nak tanya soalan itu, pejalan kaki dan juga pengangkutan awam. Itu soalan dia, untuk mewujud adakah kementerian atau boleh berbincang balik dengan pemaju-pemaju untuk menyediakan tempat pejalan kaki di antara bangunan ke bangunan ataupun taman ke taman sebab kadang-kadang OKU memerlukan perkara itu.

draft • 11:50 AM

Tuan Nga Kor Ming

Terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat.

Memang semua pemaju akan dikenakan caj pemajuan untuk menyediakan infrastruktur yang lain sebab itu mulai tahun 2024, KPKT telah mengambil langkah reformasi. Dulu, orang pergi taman. Sekarang, kita bawa Taman MADANI ke kawasan perumahan. We create 1,000 neighborhood park dengan kata lain dan selaras di bawah Impian Seribu Taman.

Kerajaan MADANI telah menetapkan sasaran membina 1,000 taman di setiap kawasan perumahan. Di mana-mana tanah lapang, kosong, kita akan wujudkan Taman MADANI untuk tujuan rekreasi. Sukacita dimaklumkan kepada Yang Berhormat, untuk tujuan kesejahteraan rakyat menjelang bulan depan, 216 buah Taman MADANI bakal siap sepenuhnya melepasi sasaran setiap tahun 100.

Kita sedang dalam atas landasan yang kukuh dan mana-mana kawasan perumahan. Apabila caj pemajuan dikenakan kepada pemaju, memang PBT akan kenakan kawasan pejalan kaki untuk menghubungi kawasan first mile, last mile seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

draft • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Saleh, Pasir Puteh.

draft • 11:50 AM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Soalan saya nombor 9.

draft • 11:50 AM

9. Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan apakah jaminan pihak kementerian atas tindakan Malaysia melonggarkan proses pensijilan halal tanpa kompromi standard impak tarif AS tidak menjejaskan keyakinan rakyat terhadap industri halal negara.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Puan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Kerajaan menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap piawaian halal yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Melalui Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat proses kelulusan pengimportan produk halal dari negara tersebut adalah kekal seperti sedia ada iaitu dengan mematuhi keperluan standard halal Malaysia dan Akta Perihal Dagangan (Perintah Perihal Dagangan Perakuan dan Penandaan Halal 2011) bagi tujuan perdagangan dalam Malaysia.

Peraturan tersebut menetapkan hanya produk halal yang mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal Amerika Syarikat yang telah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan memenuhi keperluan halal Malaysia sahaja akan diperakukan dan dibenarkan bagi tujuan eksport ke Malaysia.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Pengiktirafan JAKIM ke atas mana-mana badan pensijilan halal di Amerika Syarikat adalah berdasarkan proses audit dan pengesahan yang ketat dengan menilai keupayaan dan tahap pelaksanaan pematuhan terhadap standard halal Malaysia. Semua produk import yang didakwa halal untuk pasaran Malaysia hendaklah mematuhi sepenuhnya keperluan pensijilan JAKIM atau badan pensijilan yang diiktiraf oleh JAKIM. MITI, JAKIM dan agensi-agensi berwibawa yang berkaitan akan meneruskan tindakan berikut:

(i) memperketatkan prosedur pengiktirafan dan pematuhan bagi pengusaha import yang mendakwa sijil halal;

(ii) menyelaras rundingan diplomatik dan teknikal dengan pihak Amerika Syarikat untuk memastikan sebarang perjanjian atau fasilitasi perdagangan tidak bercanggah dengan kehendak syariah dan piawaian JAKIM;

(iii) memberi maklumat dan panduan segera kepada pengimport, pemain industri dan pengguna tentang sebarang perubahan prosedur import yang berkaitan; dan

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

(iv) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pihak yang cuba menyasarkan pasaran Malaysia dengan produk yang tidak mematuhi piawaian halal JAKIM.

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pasir Puteh.

draft • 12:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Saya terbaca satu kenyataan yang dibuat oleh TKSU MITI yang menyebut, “Malaysia longgarkan proses pensijilan halal tanpa kompromi standard”, yang dikeluarkan oleh Timbalan Setiausaha Perdagangan kementerian.

Ekoran daripada itu, suka saya ingin bertanya, adakah benda yang dikompromi ini membabitkan isu-isu yang asas dalam kita mengimport barangan terutamanya daging daripada Amerika Syarikat dan adakah sedikit kelonggaran yang diberi? Saya tidak pertikai kalau diberi kelonggaran yang tidak membabitkan isu halal dan haram.

Adakah kelonggaran yang diberi ini termasuk juga di dalam negara kita yang agak— untuk makluman Menterilah, isu halal ini kadang-kadang memakan masa yang lama dan memerlukan kepada kos yang agak tinggi. Mungkin Menteri menafikan benda itu, tetapi ada permintaan-permintaan, saya sebut sogokanlah, sogokan...

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 12:00 PM

Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh - Pasir Puteh

...barulah dikeluarkan sijil halal. Sekian, terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Yang Berhormat. Yang di— pensijilan halal di tanah air, di negara kita, diuruskan oleh JAKIM dan itu di luar daripada bidang kuasa MITI. Apa yang MITI terlibat ialah perjanjian timbal balas bersama dengan Amerika Syarikat dan dalam konteks ini, tidak ada kekurangan apa saja dari segi piawaian atau standard kerana apa yang akan berlaku ialah tiga Foreign Halal Certification Body (FHCB) yang dilantik dan diiktiraf oleh JAKIM akan diberikan tugasan untuk melawat abattoirs ataupun tempat-tempat di Amerika Syarikat mengikut piawaian dan standard yang ditetapkan oleh JAKIM. Itu di bawah bidang kuasa MITI. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Puan Rodiyah binti Sapiee, Batang Sadong.

draft • 12:00 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Timbalan Speaker. Soalan saya nombor 10.

draft • 12:00 PM

10. Puan Rodiyah binti Sapiee [Batang Sadong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah memperketat kawalan keselamatan sempadan Sarawak– Kalimantan menjelang pemindahan ibu kota Indonesia ke Nusantara serta kesannya kepada keselamatan, perdagangan dan migrasi sah.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Yang Berhormat Batang Sadong, KDN melalui Briged Sarawak Pasukan Gerak Am, Polis Diraja Malaysia terlibat secara langsung bagi penugasan kawalan keselamatan sempadan Sarawak–Kalimantan melalui Op Taring Awas atau Batas. Konsep penugasan yang dilaksana Yang Berhormat, adalah melibatkan kawalan keselamatan sempadan di pos-pos kawalan statik sepanjang garis sempadan, kawalan keselamatan ICQS, sekatan jalan raya (SJR), rondaan berkenderaan, rondaan jalan kaki dan pengumpulan maklumat risikan keselamatan.

Jika pemindahan ibu kota ke Nusantara dijangka akan— ini dijangka akan meningkatkan kepadatan penduduk dan aktiviti ekonomi berhampiran sempadan.

Keadaan ini akan buka ruang kepada pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan sepertinya aktiviti penyeludupan barang terlarang, senjata api serta pemerdagangan manusia dan secara tidak langsung akan beri kesan kepada peningkatan jenayah, kebanjiran PATI, kehilangan hasil negara dari segi ketirisan hasil terhadap kutipan cukai.

Yang Berhormat, antara langkah memperketat kawalan keselamatan yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan dalam usaha memperkukuhkan kawalan keselamatan sempadan Sarawak–Kalimantan adalah antaranya ialah kita wujudkan Batalion 23 PGA Sri Aman. PDRM telah melaksanakan penambahan anggota melalui penstrukturan semula PGA yang melibatkan penambahan satu batalion baharu PGA di Sarawak iaitu Batalion 23 PGA Sri Aman. Kawasan tanggungjawab Batalion 23 PGA meliputi Serian, bahagian Sri Aman dan juga Betong.

Kedua, pembinaan baru, naik taraf pos keselamatan dan kelengkapan keselamatan sempadan. Kerajaan telah luluskan RM28 juta bagi pembinaan tujuh pos kawalan keselamatan sempadan baru di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang kini dalam fasa dokumentasi tender dan pelaksanaan projek. Untuk lokasi, antaranya ialah Pos Raso, Pos Stass, Sapit dan ada lima lagi.

draft • 12:00 PM

Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Pada masa yang sama, kerajaan turut telah meluluskan peruntukan sejumlah RM64.3 juta di bawah peruntukan khas pembangunan sempadan Sarawak kepada Briged Sarawak PGA bagi 23 projek pembangunan dengan pecahan 14 projek bukan fizikal yang melibatkan perolehan peralatan operasi, lapan projek fizikal yang melibatkan kerja-kerja fizikal iaitu pembinaan forward operation base di sempadan Sarawak-Kalimantan.

Antara perincian projek adalah lapan buah forward operation base (FOB) di sempadan Sarawak–Kalimantan. Kita juga perolehan RBPV bernilai RM12.7 juta, ini satu-satunya ada di Sarawak sahaja. Kita juga perolehan dron. Kemudian, pembinaan lain seperti landing pad. Kita juga penggunaan teknologi dalam kawalan sempadan, Yang Berhormat. Juga PDRM meluluskan peruntukan sebanyak RM12 juta di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Kedua Belas untuk perolehan empat unit dron VTOL. Kita juga akan ada pembelian radar dan lain-lain.

KDN merancang untuk pembangunan sistem kawalan sempadan negara di mana SKN akan dilengkapi dengan sistem pengawasan terkini berasaskan teknologi buatan AI bagi membolehkan kita mendapat maklumat secara real time. Yang Berhormat, selain daripada itu, pemantauan kerjasama serantau ini dibuat untuk tertumpu bagi peningkatan pengumpulan maklumat, risikan, perkongsian maklumat dan juga mesyuarat-mesyuarat bilateral yang membincangkan isu-isu keselamatan.

Selain itu Yang Berhormat, mekanisme pengurusan keselamatan sempadan darat di bawah MKN melalui platform jawatankuasa dua hala seperti General Border Committee dan High Level Committee antara Malaysia–Thailand dan Malaysia– Indonesia di mana KDN dan PDRM adalah ahli tetap bagi jawatankuasa berkenaan.

Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Batang Sadong.

draft • 12:00 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

Terima kasih Timbalan Menteri atas penjelasan dan kalau boleh projek-projek pos-pos baru yang diutarakan oleh Timbalan Menteri untuk sempadan-sempadan di Sarawak ini boleh dipercepatkan memandangkan ia nya telah diluluskan pada Rancangan Malaysia yang lepas.

Berdasarkan laporan semasa, sebagai contoh, kawasan sempadan Sarawak–Kalimantan masih dikenal pasti sebagai zon berisiko tinggi bagi aktiviti penyeludupan. Jadi, difahamkan juga masih terdapat ratusan laluan tidak sah ataupun laluan tikus yang aktif digunakan. Jadi soalan saya, boleh YB Timbalan Menteri jelaskan apakah langkah-langkah strategik dan tindakan penguatkuasaan

draft • 12:00 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

konkrit kerajaan untuk memperkukuhkan kolaborasi antara agensi-agensi keselamatan dalam penguatkuasaan di sempadan negara sama ada dalam negeri ataupun kolaborasi antara Malaysia dengan Indonesia bagi membanteras aktiviti penyeludupan ini. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Terima kasih. Mengenai projek pembangunan tadi memang dalam proses, bahagian pun dalam proses dokumen tender. KDN memang mengambil beberapa inisiatif penambahbaikan dalam memfokus aspek-aspek kolaborasi antara agensi melalui penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

AKPS ini bersama agensi di bawahnya seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam. Dia merupakan agensi kerajaan barisan hadapan di pintu-pintu masuk negara yang diwartakan termasuk pelabuhan dan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kawalan sempadan dan pemeriksaan secara bersepadu di pintu masuk darat, laut, udara, termasuk pelabuhan. Pengoperasian AKPS di pintu masuk ini telah dilaksanakan secara berfasa, Yang Berhormat, pada 1 Januari 2025 melibatkan 22 pintu masuk antarabangsa.

Selain itu, melalui agensi-agensi penguatkuasaan sempadan seperti PGA, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM), ESSCOM, ia juga terlibat secara langsung bagi penugasan kawalan sempadan negara yang meliputi sempadan negara, darat, persisiran pantai, pulau-pulau. Tambahan itu, Angkatan Tentera Malaysia turut terlibat secara langsung dalam kawalan keselamatan sempadan berdasarkan kawasan tanggungjawab sempadan yang ditetapkan. Manakala JIM, juga kastam dan penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri, kos sara hidup merupakan antara agensi utama di pintu masuk antarabangsa.

Yang Berhormat, saya nak...

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan jawapan.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Maklumkan, sebenarnya, kita memang sentiasa mengadakan kerjasama dengan semua agensi dan juga di peringkat antarabangsa bagi kawalan sempadan. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya— sekarang ini kita semua dimaklumkan bahawa Kalimantan akan

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

menjadi state capital for Indonesia, tak lama lagi dan proses sedang dijalankan dengan agresif.

Jadi, kita tengok sempadan kita pun semakin akan ada lebih dipertingkatkanlah. Jadi, baru-baru ini kita dapat baca daripada akhbar berkenaan dengan APMM kita terpaksa beredar daripada ancaman yang agresif daripada nelayan-nelayan daripada Indonesia dan juga daripada Vietnam.

Jadi, kita nak tanya adakah satu prosedur ataupun operasi khusus latihan kepada APMM untuk berdepan dengan ancaman daripada nelayan-nelayan ataupun pasukan-pasukan yang lainlah yang mana menceroboh dalam perairan kita sepertimana operasi yang dijalankan di Rusila untuk nak berdepan dengan ancaman-ancaman ini? Jadi, adakah modul ataupun syllabus ataupun latihan yang khusus telah dijalankan di dalam laut ini?

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah

Puan Yang di-Pertua, APMM merupakan agensi yang terlatih dan berkeupayaan untuk melaksanakan tanggungjawab. Tentunya, semua anggota yang ditugaskan mempunyai kepakaran masing-masing dan setiap daripada mereka memang dilatih dan memang ada prosedur-prosedur yang tertentu. Saya akan bagi detail, Yang Berhormat kerana agak lari sikit daripada soalan ini. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Zahari bin Kechik, Jeli.

draft • 12:10 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya nombor…

draft • 12:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap, sekejap. Jawapan bertulis ke Timbalan KDN? Jawapan bertulis, ke? Okey, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Soalan saya nombor 11 Yang di-Pertua.

draft • 12:10 PM

11. Tuan Zahari bin Kechik minta Menteri Kerja Raya menyatakan status terkini bagi menaik taraf laluan FT480 pada Rolling Plan 4, RMK12 bagi tahun 2025.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya selalu berpantun, walaupun yang bertanya tak berpantun, saya suka berpantun.

Hidup rugi jika pemalas; Kemiskinan bukan satu warisan; Soalan Jeli nombor sebelas; Naik taraf jalan dalam kawasan.

draft • 12:10 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jalan yang dimaksudkan ialah FT480, jalan masuk ke pusat Imigresen Bukit Bunga, Kelantan. Saya dah pergi tempat ini, Yang Berhormat. Yang Berhormat bukan tak tahu saya lama di Jeli, membantu Dato’ Sri Mustafa Mohd pada ketika itu. Jadi, saya tahu apa cerita yang dipohon. Namun, semakan kementerian ini mendapati tiada permohonan projek diterima daripada kerajaan negeri di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Apa boleh buat, Yang Berhormat, Yang Berhormat tak selari dengan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, disyorkan supaya cadangan projek tersebut dikemukakan pada pihak kerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri atau JKR Negeri untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri dalam rolling plan yang akan datang. Jika Yang Berhormat sukar, Yang Berhormat boleh hantar terus kepada Perdana Menteri untuk kata orang itu memintas kerajaan negeri.

Kemudian, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Parlimen Jeli, agensi pusat telah memberikan kelulusan bagi projek menaik taraf Lebuhraya Timur–Barat dari Seksyen 1984 hingga Seksyen 244.9 Jeli, Kelantan sepanjang 46.5 kilometer dari sempadan negeri Kelantan–Perak ke Ayer Lanas. Ini dalam kawasan Yang Berhormat, Ayer Lanas, RP1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Kementerian ini berharap projek ini akan memberi impak positif kepada jaringan jalan raya di kawasan Parlimen Jeli khususnya dalam meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan pengguna serta memperkukuh hubungan ekonomi antara negeri. Kementerian Kerja Raya sentiasa komited untuk menyokong pembangunan infrastruktur yang mampan dan berimpak tinggi.

Kementerian ini turut bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan FT480 bagi tahun 2024. Kementerian ini telah memperuntuk sebanyak RM85,000 bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan kecil jambatan. Semua kerja-kerja ini telah siap sepenuhnya pada tahun itu. Manakala pada tahun 2025, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM243,000 bagi melaksanakan kerja penyelenggaraan rutin, penyelenggaraan berkala bukan pavement, melibatkan tiga bilangan kerja. Semua kerja-kerja ini telah disiapkan sepenuhnya pada bulan Ogos yang lalu.

Di samping itu, bagi perancangan pada tahun 2026, pihak JKR akan menyediakan senarai keutamaan Anggaran Penyelenggaraan Jalan (APJ) di laluan tersebut berdasarkan PCA iaitu Pavement Condition Assessment. Terima kasih.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jeli.

draft • 12:10 PM

Tuan Zahari bin Kechik - Jeli

Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan soalan ini atas sambungan. Saya menerima satu jawapan daripada kementerian Yang Berhormat, dalam sesi penggulungan saya pada 31 Oktober 2023, dua tahun lepas dalam sesi belanjawan di mana dinyatakan pada masa itu iaitu kementerian Yang Berhormat, bercadang untuk mengemukakan permohonan menaik taraf laluan FT480 ini pada Rolling Plan 4 Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tahun ini.

Saya kemukakan soalan ini kerana itu laluan utama ataupun pintu masuk daripada Bukit Bunga ke Thailand ke Buketa. Jalan ini sekarang ini agak suram kemasukan, keluar masuknya tidak ada. Faktornya ialah kerana faktor had muatan jalan itu yang dihadkan cuma setakat 36 tan sahaja sedangkan had muatan jambatan yang dibenarkan ataupun mengikut reka bentuk jambatan itu ia boleh menampung sehingga 180 tan.

Jadi, saya harap supaya disetarakan di antara had muatan jalan dengan jambatan ini barulah kenderaan perdagangan boleh keluar masuk dan menggunakan ICQS Bukit Bunga ini supaya ICQS ini tidak akan menjadi satu projek gajah putih kerajaan yang telah terbina sekian lama dan sampai sekarang pun laluan itu masih suram dan tidak begitu digunakan oleh kenderaan-kenderaan perdagangan. Sekian, terima kasih.

draft • 12:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya, terima kasih. Yang di-Pertua, jalan itu bersambung ke Jalan Persekutuan. Itu kita tahulah, Yang Berhormat Jeli.

Saya berada di atas jambatan itu pun, saya berada di ICQS itu beberapa kali. Tetapi laluan maksimum, had laluan maksimum Jalan Persekutuan ialah 53 tan sahaja. Dia tidak boleh 180 tan, rosak jalan. Walaupun kenderaan boleh, jambatan itu boleh menampung 180 tan, tetapi had laluan untuk Jalan Persekutuan ialah 53 tan.

Jadi, lori itu nak berhenti kat mana? Nak memunggah segala lebihan itu dan 53 tan ini adalah kalau mengikut yang maklumat daripada saya ialah tujuh gandar bersendi. Tayarnya satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, 14 tayar itu maksud 53 tan, besar jugalah. Apa pun kita boleh bincang lagi selepas ini Yang Berhormat Jeli.

Baik.

draft • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kapar.

draft • 12:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Timbalan Speaker. Nak tanya kementerian. Di antara yang, kalau boleh dalam Rolling Plan, mungkin yang dah, dah, dah, dah habis dah ni, untuk tahun ini.

draft • 12:10 PM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Tapi saya nak tanya di Kapar ini ada jalan-jalan di bawah Federal. Jalannya kadang okey, ada yang tak okey tapi lampunya tiada.

Jadi, bayangkan dengan lori-lori besar, lori-lori kontena lalu dan orang penduduk lalu. Ada tak— kalau tak ada yang tepat pun boleh bagi bertulis, tapi saya rasa sebab Kapar ini pinggir bandar, jadi sepatutnya Timbalan Menteri kan orang pandai. Jadi, mungkin dah kasyaf kot, kan. Lampu jalan yang sangat penting untuk keselamatan. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ada lampu jalan tapi kita tak letak di sepanjang jalan. Di negara maju pun lampu jalan tak di sepanjang jalan. Yang kita letak lampu jalan ini di persimpangan ya, simpang empat, simpang tiga, atau di selekoh yang tertentu, atau di kawasan blackspots, itu tiga syarat utamalah lampu jalan.

Dan, kita sudah adalah jadual dan kaedah bagaimana kita nak memperbanyakkan lampu jalan itu. Boleh tulis surat pada kami jika kawasan itu kawasan kemalangan lah. Tetapi kami dah ada datanya. Kawasan kemalangan ada datanya, daripada polis dan berkongsi data itu dengan JKR. Kami tumpukan perkara seumpama itu sahaja dahulu. Pencahayaan keseluruhan jalan tidak dapat dilakukan di mana-mana negara pun ya dan kita berharap perkara itu difahami. Kenderaan pun ada lampunya ya dan kita harap berhati-hati di jalan raya, di kawasan yang tidak berapa banyak lampu. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker.

Soalan saya soalan yang ke-12. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

12. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) langkah-langkah strategik yang sedang dan telah dilaksanakan oleh kementerian untuk menyokong inisiatif pendigitalan sistem kesihatan negara; dan

(b) usaha penambaikan sistem keselamatan siber dan perlindungan data pesakit daripada disalahgunakan oleh pihak ketiga.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Kota Melaka. Soalan 12 akan dijawab.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah membangunkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) KKM 2021-2025 yang menggariskan hala tuju strategik ICT bagi tempoh lima tahun. Pelan ini mengandungi langkah strategik yang diperlukan bagi meningkatkan sistem perkhidmatan digital ke arah penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih cekap, selaras dengan keperluan bisnes KKM.

Skop perancangan pelan pendigitalan meliputi aplikasi dan data, infrastruktur ICT, tadbir urus ICT dan keupayaan ICT. KKM merangka beberapa strategi bagi menyokong inisiatif pendigitalan sistem kesihatan negara berdasarkan prinsip strategi utama yang dinyatakan dalam Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) KKM 2021–2025, iaitu pendigitalan menyeluruh di semua fasiliti kesihatan, iaitu peluasan Electronic Medical Record (EMR) di semua hospital dan klinik termasuk klinik pergigian menjelang tahun 2029. Matlamat ini melibatkan pelaksanaan secara berperingkat dengan menggunakan sistem EMR berasaskan pengkomputeran awam.

Kedua, adalah saling keboleh kendalian antara sistem, di mana KKM menekankan keperluan untuk menyediakan standard bagi perkongsian ringkasan rekod pesakit antara fasiliti kesihatan.

Ketiga, pemerkasaan aplikasi MySejahtera sebagai platform untuk mengakses rekod kesihatan peribadi, promosi kesihatan, imunisasi, pemantauan non-communicable disease serta hebahan penyakit berjangkit. Perolehan peralatan ICT dan naik taraf rangkaian di fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik kesihatan.

Dan, juga memanfaatkan analisis data raya (big data analytic) dan teknologi baharu muncul seperti kecerdasan buatan Artificial Intelligence untuk memacu gelombang seterusnya dalam bidang kesihatan awam berketepatan tinggi ataupun precision public health.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, ketika ini KKM sedang melaksanakan pemasangan peluasan Cloud-Based Clinic Management System (CCMS) di 588 klinik kesihatan di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman menjelang tahun 2025. Dan juga sebagai contoh pelaksanaan perkhidmatan langganan Cloud-Based Clinic Management System (CCMS) bagi tempoh tiga tahun di 142 klinik kesihatan di Sarawak, di mana perkakasan ICT pelaksanaan CCMS tersebut disediakan oleh kerajaan negeri Sarawak manakala CCMS disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

draft • 12:20 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Dan juga berkenaan tentang persoalan Yang Berhormat berkenaan tentang keselamatan siber. Selaras dengan Akta Keselamatan Siber, KKM bertanggungjawab sebagai Ketua Sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Nasional

(NCII) untuk sektor kesihatan bagi memastikan entiti di bawah mematuhi piawaian keselamatan siber melalui langkah-langkah yang dilaksanakan dan penambahbaikan akan dibuat seperti berikut:

(i) pemantauan kolaboratif dan proaktif mewujudkan pemantauan secara kolaboratif dengan agensi pusat seperti Agensi Keselamatan Siber (NACSA) dan MyGovNet di samping pemantauan dalaman KKM;

(ii) pengukuhan pusat data, memperkukuhkan pusat data KKM dengan teknologi kritikal seperti tembok aplikasi web WAF serta sistem pengurusan maklumat dan peristiwa keselamatan CIEM;

(iii) melindungi peranti pengguna di fasiliti KKM yang terlibat melalui pemasangan perisian keselamatan endpoint di bawah inisiatif kerajaan melalui SKMM dan NACSA; dan juga

(iv) membangunkan polisi keselamatan siber dan dokumen tata amalan Code of Practice yang baharu sebagai garis panduan pematuhan mandatori untuk semua fasiliti KKM; dan juga

(v) projek pelaksanaan, projek perkhidmatan keselamatan siber terurus ataupun Manage Security Service (MSS).

Projek ini bertujuan meningkatkan tahap ketahanan siber dan satu strategi pertahanan berlapis yang akan dilaksanakan secara menyeluruh di semua fasiliti KKM.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kota Melaka.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Timbalan Speaker, terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

Memandangkan data peribadi yang setiap rakyat berkaitan dengan kesihatan itu penting. Jadi, saya nak tanya kepada pihak kementerian tentang sistem one person, one record. Bagaimana kerajaan ingin melaksanakan sistem ini? Adakah kerajaan akan menggunakan MySejahtera ya, di mana aplikasi ini kita develop

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

sewaktu COVID-19 tersebut, di mana kita sudah ada satu sistem yang lengkap. Jadi, adakah kita akan gunakan MySejahtera ini untuk sistem one person, one record ini?

Jadi, selanjutnya tentang...

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ringkaskan soalan.

draft • 12:20 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...Ya, ya. Tentang maklumat peribadi setiap rakyat itu penting tentang kesihatan. Jadi, saya nak tanya kepada Timbalan Menteri kalau masih ingat. Saya pernah bangkitkan satu isu tentang satu confinement center di Melaka. Di mana apabila saya tanya di Parlimen pada Disember 2024 tentang kejadian ada baby yang terjangkit, jawapan yang diberi oleh kementerian kata tiada seorang pun.

Akan tetapi pada Disember di DUN Negeri Melaka, memberi jawapan mengatakan ada 10 baby yang terjangkit. Jadi, saya masih menunggu-nunggu jawapan daripada kementerian tentang jawapan yang berbeza tersebut. Saya harap supaya Menteri boleh ambil ya, berat tentang isu ini. Terima kasih.

draft • 12:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Okey. Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, untuk soalan yang kedua dikemukakan oleh Kota Melaka, saya akan sekali lagi akan mengarahkan pegawai-pegawai di Kementerian Kesihatan untuk memberikan satu jawapan bertulis yang komprehensif kepada Kota Melaka berkenaan tentang perbezaan jawapan di Parlimen dan juga di Dewan Undangan Negeri.

Berkenaan tentang dasar dan juga way forward Kementerian Kesihatan, ketika ini sememangnya kita masih lagi meneruskan penggunaan MySejahtera sebagai rekod kesihatan. Dan juga ketika ini, kita sedang mengintegrasikan ke semua sistem-sistem yang ada di hospital dan juga di klinik kesihatan awam untuk berintegrasi dengan maklumat-maklumat yang ada di dalam KKM kepada MySejahtera.

Sekiranya Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen membuka aplikasi dan juga mengemas kini aplikasi MySejahtera, ketika ini aplikasi MySejahtera sedang mengalami transformasi [sambil menunjukkan paparan di skrin telefon]. Dan sekiranya kita klik kepada health record, di situ kita dapat melihat beberapa rekod-rekod kesihatan telah pun diintegrasikan. Sebagai contoh, sekiranya wakil rakyat ataupun Yang Berhormat mengambil ubat di klinik kesihatan kami, kita klik kepada medication, maka keluarlah maklumat-maklumat tentang ubat-ubat yang

draft • 12:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

kita guna [sambil menunjukkan paparan di skrin telefon] dan juga kita boleh menggunakan aplikasi temu janji di MySejahtera.

draft • 12:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

[Bangun]

draft • 12:20 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Dan juga penggunaan MySejahtera ini akan diperluaskan sekiranya kesemua maklumat-maklumat CCMS dapat dilaksanakan di 588 buah klinik akan datang dan juga kita yakin bahawa dalam tempoh 2028 sehingga 2030, kita dapat menggunakan electronic medical record ini secara meluas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kuala Langat.

draft • 12:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:20 PM

Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat

Berapakah mungkin peratusan prasarana KKM ataupun klinik-klinik, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar yang dikenal pasti oleh KKM yang masih lagi tidak ada ketersambungan Internet di Malaysia. Dan apakah mungkin usaha agar pelaksanaan sistem digitalisasi ini EMR dan juga CCMS ini dapat direalisasikan menjelang 2027.

Dan adakah kerajaan akan membuka perjawatan kontrak seperti MySTEP bagi tugasan pentadbiran sistem EMR dan juga CCMS ini? Adakah perjawatan kontrak ini juga akan diminta untuk bekerja lebih masa tanpa bayaran elaun tambahan sekiranya ada nanti seperti apa yang berlaku iklan kerja yang dikeluarkan oleh Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang tempoh hari? Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Terima kasih Yang Berhormat.

Berkenaan tentang ketersediaan sistem CCMS untuk berintegrasi di seluruh negara ini, ketika ini kita juga mendapat kerjasama dengan Kementerian Digital dan juga Kementerian Komunikasi melalui inisiatif-inisiatif khusus terutama sekali di peringkat Kementerian Komunikasi kami bekerjasama dengan NADI dan juga untuk memberikan connectivity di kawasan-kawasan pendalaman dengan mewujudkan telemedicine services.

Terdapat beberapa projek-projek yang sedang kita laksanakan sebagai contoh success story yang boleh saya kongsikan di Pulau Tioman di mana Pulau Tioman telah pun dibekalkan dengan bekalan fiber optic yang lebih meluas dan juga perkhidmatan telemedicine dapat dilaksanakan di Pulau Tioman dan sepenuhnya.

Begitu juga di Sarawak dengan bantuan Kementerian Digital, kita telah pun

draft • 12:30 PM

Dato Lukanisman bin Awang Sauni

memperluaskan penggunaan perkhidmatan 5G dan juga perkhidmatan telemedicine dengan kerjasama syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Digi.

Berkenaan tentang pengurusan data-data CCMS, kita telah pun mewujudkan Bahagian Kesihatan Digital bersekali dengan perkhidmatan pengurusan maklumat.

Sememangnya kita mempunyai petugas-petugas yang mencukupi dan sememangnya kita akan mendapatkan jawatan-jawatan MySTEP tetapi kita mempunyai garis panduan tertentu untuk mengurus berkenaan tentang keselamatan dan juga ketersediaan fungsi sistem digitalisasi KKM ini.

Berkenaan tentang pembayaran allowance, saya akan pastikan pelantikan MySTEP ini akan mematuhi garis panduan dan juga bagi perwujudan bahagian kesihatan digital ini kita sedang memperluaskan fungsi Bahagian Kesihatan Digital ini dan juga memohon kepada agensi pusat untuk menambah kakitangan bagi melaksanakan tugas-tugas di Bahagian Kesihatan Digital untuk tempoh yang lebih panjang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan bagi jawab lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:30 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi seperti yang tertera di nombor 14 dalam susulan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2026 peringkat dasar yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, pada hari Isnin, 3 November 2025.”

draft • 12:33 PM

Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni

Saya mohon menyokong.

draft • 12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 12:33 PM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (PINDAAN) 2025 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Tuan Sim Chee Keong]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali kedua pada Mesyuarat ini.

draft • 12:33 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit

(RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [29 Oktober 2025]

draft • 12:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya untuk menjawab.

draft • 12:33 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tuan Yang di-Pertua, ada 50 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian.

Cantik bersih hujung benua, Pelancong ke sana makanan dicari; Terima kasih pada semua, Sangat bermakna pandangan diberi. KKR telah diperuntukkan bagi tahun 2026, belanja mengurus sebanyak RM1.085 bilion, meningkat sebanyak 3.3 peratus daripada tahun sebelumnya.

Manakala, bagi belanja pembangunan sebanyak RM9.607 bilion berbanding RM9.327 bilion pada tahun 2025, peningkatan sebanyak tiga peratus yang merupakan paling tinggi daripada 28 kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, saya terus kepada isu pertama berkaitan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3) yang dikemukakan oleh YB Bachok, YB Tumpat, YB Machang, YB Kuala Krai, YB Kubang Kerian, YB Kemaman, YB Pasir Putih, YB Kuala Nerus dan YB Dungun. KKR telah melaksanakan kajian kemungkinan pada tahun 2009. Berdasarkan kajian tersebut, dari Kampung Gemuroh, Setiu, Terengganu hingga Pengkalan Kubor, Tumpat pada ketika itu kos projek ialah RM2.867 bilion berdasarkan pada reka bentuk laluan empat lorong, dua hala mengikut piawaian jalan JKR R6.

Mengambil kira tempoh kajian kemungkinan laksanakan sebelum ini telah 16 tahun, KKR melalui JKR Malaysia pada tahun 2020 mengambil inisiatif melaksana kerja awalan bagi memperincikan semula jajaran dan kos bagi cadangan pembinaan lebuh raya LPT3. Mengambil kira perubahan pembangunan sekitar, maka diputuskan dari Kampung Gemuroh, Terengganu hingga ke Tunjong, Kelantan sepanjang 122 kilometer. Namun, anggaran kosnya meningkat kepada RM9.8 bilion daripada RM2.86 bilion berdasarkan reka bentuk laluan empat lorong dua hala piawaian jalan JKR R6 iaitu lebuh raya.

Kerajaan telah memutuskan bahawa cadangan projek LPT3 akan dilaksanakan secara penswastaan dengan kaedah kerjasama awam swasta (PPP) melalui bidaan bersaing RFP, request for proposal dengan izin tanpa melibatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan. Kementerian Kerja Raya telah

draft • 12:35 PM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

mengemukakan dokumentasi penyataan keperluan projek statement of need kepada pihak Unit Kerjasama Awam Swasta JPM (UKAS) untuk diperhalusi sebagai penyediaan dokumen bidaan secara RFP.

Buat masa ini, fokus keutamaan kerajaan adalah untuk menyiapkan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang juga jalan untuk ke Kelantan serta Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai agar mengikut jadual bagi menambah baik jaringan strategik perhubungan ke negeri Pantai Timur.

Projek KBKK (Kota Bharu–Kuala Krai) secara berfasa di bawah beberapa Rancangan Malaysia bermula RMK9 sehingga kini RMK13. Panjang keseluruhan 70.4 kilometer, tiga pakej, lapan sub-pakej, kos RM2.3 bilion. Kemajuan fizikal Oktober 2025, 60.42 peratus hampir selaras dengan jadual perancangan sebanyak 61.7 peratus. Dua sub pakej, pakej 1, pakej 2A telah siap sepenuhnya dan dibuka pada pengguna sejak Oktober 2019.

draft • 12:35 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Bangun]

draft • 12:35 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Projek ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2027. Sementara itu, Lingkaran Tengah Utama sepanjang 259.4 kilometer yang merangkumi enam pakej utama melibatkan 26 sub- pakej, kos RM7.7 bilion. Ini semua adalah lebuh raya tanpa tol.

draft • 12:35 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey Yang Berhormat.

draft • 12:35 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Siapa yang bangun itu?

draft • 12:35 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Tumpat.

draft • 12:35 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kenapa bangun?

draft • 12:35 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Nak tanya sikit.

draft • 12:35 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey, baik.

draft • 12:35 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Kita menyambut baik kajian-kajian yang dibuat. Walau bagaimanapun saya ingin bertanya apakah kriteria yang dibuat oleh kerajaan dalam pemilihan sama ada di-sponsor sepenuhnya oleh kerajaan ataupun diberikan kepada pihak swasta kepada lebuh raya-lebuh raya sama ada di Pantai Timur ataupun di Pulau Pinang. Apakah kriteria digunakan dalam pemilihan dan penukaran status ini?

draft • 12:35 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ada duit atau tak ada duit. Itu.

Kerajaan tak cukup duit untuk buat semua lebuh raya, maka diswastakanlah projek itu.

draft • 12:35 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Walaupun demikian, LPT1, LPT2 tolnya sangat rendah. Itu kerana pada ketika itu, kerajaan ada duit. Sekarang ini kita nak bayar hutang, nak kurangkan defisit, FRA (Fiscal Responsibility Act) dan sebagainya. Maka, duit tak berapa ada.

Kita berhasrat untuk menswastakan. Kena bayar tol. LPT3 ini kena bayar tol sebab KB–KK tak ada tol. Kemudian, LTU tak ada tol. LPT3, LPT1, LPT2 tol rendah. Oleh itu, LPT3 kena tol. Itu jawapan ya. Duit tak cukup.

draft • 12:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Okey, YB. Kalau macam tu...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Cakap terus terang je.

draft • 12:40 PM

Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat

Daripada RM16.8 bilion yang diberikan kepada Pulau Pinang, tak bolehkah kita bahagi dengan Kelantan sikit, dengan Terengganu, dengan Pahang supaya di-sponsor separuh-separuh? Kerana, kita faham kerajaan tak ada duit, tapi kalau boleh dibahagikan. Sebab kedua-dua sebelah sana pun anak, sebelah sini pun anak.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Johor pun nak juga. Okey. Projek LTU adalah sepanjang 200...

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat, sikit lagi nak tanya.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Siapa pula?

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pendang.

draft • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kenapa? Saya punyalah tebal lagi.

Sekejap lagi nak makan.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sekejap. Sekejap saja. Tadi sebab apa, saya...

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Jangan buat apa. Pendang suka berjela-jela selalunya.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya tertarik bila jawab bila kita tak ada duit, kita buat PFI. Betullah tu.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Betullah. Yang Berhormat dulu pun ada pengalaman tentang itu.

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya, okey. Masa kita ada duit dulu pun tol kena. Jadi yang sekarang nak buat tol baru, kita pergi PFI, okey. Lepas tu kita kutip balik tol, okey. Yang dah lepas masa kita ada duit tu, sekarang ni tak bolehkah nak hapuskan tol yang ada sekarang ni? Pasal, dulu janji nak hapuskan

draft • 12:40 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

tol. Itu pun sudah dibuat, dah selesai. Duit masa kita buat tol yang lepas-lepas tu pun dah ada. Timur–Barat, Utara–Selatan tu. Boleh tak kita zerorise-kan dia punya caj setelah kita dapat kutipan?

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Masa kita buat keputusan- keputusan supaya tak ada tol, ketika itu ada GST, Yang Berhormat. Lepas itu semua tak suka GST, maka kita kuranglah duit. Itu di antaranya. Antara keputusan kita tak ada tol― Pan Borneo Sarawak tak ada tol, Pan Borneo Sabah tak ada tol. Itu masa ketika banyak duit. Ada GST. ECRL, RM30 bilion. Kutipan GST, RM60 bilion. Baru setengah tahun kutipan. Pan Borneo, RM10 bilion campur RM14 bilion― RM24 bilion. Itu pun tak sampai setengah tahun kutipan GST. Sekarang tak ada GST.

Kerajaan sekarang berfikiran berbeza dengan kerajaan sebelum ini. Maka oleh itu, kita sabarlah ya. Bayarlah tol ya.

Okey, bagi negeri Kelantan― mengacau betullah Yang Berhormat ni ya...

[Ketawa] Sampai mana tadi? Okey. Manakala projek LTU adalah sepanjang 299.4 kilometer yang merangkumi enam pakej utama sepanjang 26 sub pakej, kos RM7.7 bilion. LTU, sehingga Oktober 2025, capai 75.96 peratus berbanding 77.15 peratus dan sub pakej 11 telah disiapkan sepenuhnya melibatkan jajaran negeri Pahang seperti Kuala Lipis, Raub dan Bentong.

Bagi negeri Kelantan, pelaksanaan LTU adalah melibatkan 10 subpakej yang merangkumi jajaran dari Kuala Krai hingga Gua Musang. Ini negeri Kelantan, ya.

107.41 kilometer. Semua sub pakej di Kelantan dalam fasa pelaksanaan dan kos keseluruhan RM3.08 bilion. Jajaran LTU di negeri Kelantan dijangka akan siap menjelang tahun 2028.

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Menteri.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya?

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Gua Musang.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ah, okey, kawan.

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

Terima kasih, Menteri. Dua hari lepas, saya ada bangkitkan dalam perbahasan dasar berkenaan dengan pakej tiga dalam Bandar Gua Musang itu daripada bulatan. Jadi, difahamkan dalam mesyuarat saya bersama PBT dalam bulan lepas, katanya dalam proses untuk nak terminate kontraktor itu.

Jadi, saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh update dekat kita status, kalaulah betul nak terminate, dan proses― kita fahamlah untuk dapatkan kontraktor baru. Jadi, kita minta clear-kan dulu jalan tu sebab kon―

draft • 12:40 PM

Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang

kon plastik tak apa, kita boleh sepak ke tepi jalan. Tapi, kon batu tu dah dua tiga orang depan mata saya sendiri saya tengok makcik tu langgar kon sebab lampu pun tak ada. Clear-kan jalan, kita pakai jalan dan kita cuba repair-lah jalan yang, contohnya kawasan Taman Wangi sampai kepada― dalam sekitar bandar itu.

Terima kasih, Menteri.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Cadangan yang baik. Bagus, Gua Musang. Saya harap pegawai-pegawai saya yang ramai di belakang itu mengambil ingatan dan tindakan.

Okey, berkait dengan jalan perhubungan ke negeri-negeri Pantai Timur.

Lebuhraya Timur-Barat, YB Kuala Krai, YB Baling. Agensi pusat telah memberikan kelulusan bagi projek berikut pada rolling plan satu Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Menaik taraf Lebuhraya Timur-Barat dari seksyen 198 hingga seksyen 224

(Ayer Lanas-Jeli, Kelantan). Tadi saya dah sebut ketika menjawab soalan daripada Jeli. Lulus perkara itu. Dan juga menaik taraf Lebuhraya Timur-Barat FT4 dari seksyen 83.74 hingga seksyen 198.4 (Perak). Ini melibatkan jajaran 141.16 kilometer. Projek ini melibatkan kerja-kerja lain juga ya.

Puan Yang di-Pertua, Lebuh Raya Pan Borneo. Kudat, Sri Aman, Kalabakan, Kota Belud, Tawau menyebut tentang LPB Sabah. Ia merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik laluan. 706 kilometer, 35 pakej kerja. Saya ingin menyatakan di sini, Fasa 1A dicatat tahap 85.25 peratus. 1B― sebab baru lagi, tahap 9.49 peratus.

Kelewatan projek. Kerana apa? Tukar kerajaan, itu antaranya. Ini kalau kita banding dengan Sarawak yang tak ada berganti kerajaan, dah siap pun. Sabah ada berganti, maka dia ubah kaedah pelaksanaan daripada project delivery partner

(PDP) kepada konvensional tahun 2019. Seterusnya, proses peralihan rundingan di Sabah mengambil masa lebih lama. Kemudian, 35 pakej kerja berbanding 11 pakej kerja Sarawak, pengambilan tanah di Sabah lebih sukar.

Fasa 1A kosnya RM10.85 bilion. Ini dibiayai penuh menggunakan peruntukan pembangunan. Sebab, sebelum ini kita ada kewangan itulah. Fasa 1B― ini baru lagi― zaman PMX. Kosnya RM13.989 bilion. Dibiayai secara hibrid iaitu RM5 bilion DE dan RM8.989 bilion sukuk bon DanaInfra. Ini hutanglah.

Lantikan kontraktor LPB Sabah Fasa 1 mengikut pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuasa. LPB Sabah Fasa 1B― kaedah tender terbuka pra-kelayakan untuk memastikan hanya kontraktor yang berkemampuan dari aspek teknikal, kewangan, pengalaman yang dipertimbangkan. Dan, pada ketika yang sama,

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

menetapkan sekurang-kurang 30 peratus daripada nilai kerja dilaksana oleh kontraktor tempatan berdaftar berpangkalan di Sabah. Kita akan terus memberikan komitmen untuk memastikan segala tindakan tegas seperti notis tunjuk sebab, kenaan penalti, penamatan kontrak sekiranya berlaku pelanggaran apa-apa klausa.

LPB Sabah Fasa 1 terlebih dahulu. Fasa 2 merangkumi jajaran Tamparuli ke Ranau. Belum lagi. Kita nak selesai 1A, 1B dulu. Yang Fasa 2, Tamparuli ke Ranau belum lagi. Itu 90 kilometer. Fasa 3, belum lagi. Itu lagilah jauh. Tawau-Kalabakan- Keningau-Kimanis. 430 kilometer. Jadi, kita nak selesai Fasa 1A, Fasa 1B dahulu.

Pada ketika yang sama, kita merancang jugalah Tamparuli ke Ranau ini mengikut kemampuan kerajaan.

Kemudian, untuk pastikan dia lancar, kita telah wujudkan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Projek LPB Sabah, melantik jurunilai swasta dan juga unit khas di Sabah Electricity untuk menyelaras pengalihan utiliti supaya pantas. Projek ini berimpak tinggi menjadikan keutamaan kerajaan.

Yang Berhormat Merbok, Padang Serai menyentuh tentang apa yang dipanggil sebagai Lebuh Raya Koridor Utara (NCH). Koridor Utara ini kita telah memberikan tawaran bidaan bersaing (competitive bidding) menggunakan RFP

(request for proposal) dari Changkat Jering ke Padang Besar― 270.5 kilometer.

Susulan pada itu, pihak kementerian telah memutuskan supaya pelaksanaan ini ditumpukan di jajaran laluan yang lebih berdaya maju iaitu Changkat Jering-Sungai Petani― 110 kilometer. Kita telah mengemukakan dokumentasi penyataan keperluan (statement of need) kepada pihak UKAS JPM untuk diperhalusi. Pada yang peringkat awal, Cangkat Jering ke Padang Besar, tiada pembida berjaya.

Puan Yang di-Pertua, YB Bachok membangkitkan isu perjawatan jurutera jajahan di Kelantan. Pengisian jawatan pegawai di posisi strategik dan sensitif khususnya jawatan jurutera jajahan dan jurutera daerah sentiasa ditetap beratkan.

Pengisian perjawatan di Kelantan perlu mendapat pertimbangan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri. Ada lima kekosongan iaitu Jajahan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai, Bachok dan Kota Bharu akan diisi bermula 3 November 2025 iaitu beberapa hari saja lagi.

draft • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Yang Berhormat Kota Marudu membangkitkan mengenai isu selenggara Jalan Persekutuan, termasuk menurap jalan berlubang, memasang lampu jalan kawasan berisiko. Kementerian ini akan memberi keutamaan pertimbangan mengikut anggaran penyelenggaraan jalan FPJ tahun 2026.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Pada tahun 2025, sebanyak RM5.8 juta telah diperuntukkan pembaikan blackspot di 13 lokasi di negeri Sabah, satu lokasi di jalan Kota Kinabalu–Kudat, Daerah Kota Marudu berdekatan dengan SMK Bengkongan dan Simpang Kampung Seri Aman. Kosnya RM350,000 dan sebanyak RM2.2 juta pula untuk pemasangan lampu jalan di 22 lokasi Jalan Persekutuan terpilih di negeri Sabah dan satu daripadanya itu RM100,000 Kinabalu–Kudat Daerah Kota Marudu.

Padang Besar membangkitkan isu projek pembangunan negeri Perlis iaitu projek menaik taraf Jalan Kampung Batu Dua Beseri. Kita akan melihat tentang perkara ini dalam Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Skop yang diluluskan iaitu sehingga pengambilan tanah terlebih dahulu. Ini bagi memastikan bahawa apabila projek dilaksanakan kelak, tiada isu-isu berbangkit berkaitan tanah yang menjadi halangan utama.

YB Hulu Selangor membangkitkan mengenai pengurusan kuarters kerajaan.

Maklumat kuarters kerajaan di bawah milikan Kementerian Kerja Raya seperti berikut:

(i) jumlah kuarters 2,067 yang diduduki 1,220;

(ii) tidak diduduki, 847;

(iii) yang baik boleh diduduki segera, 38;

(iv) yang rosak, 231;

(v) kuarters kosong memerlukan pembaikan, 524; dan

(vi) kuarters dijadikan bangunan guna sama, 54.

Kementerian ini sentiasa komited bagi memastikan kuarters KKR yang diselenggara berdasarkan peruntukan yang telah diterima dalam keadaan yang selamat dan selesa.

Berhubung dengan penyelenggaraan pokok di Jalan B23 Jalan Sungai Tua ke Ulu Yam, laluan negeri B23 ini diselenggara oleh konsesi jalan negeri yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Selaras dengan keputusan mahkamah rayuan pada 19 Mac 2025, susulan insiden pokok tumbang di Jalan Persekutuan Daerah Seremban tahun 2018, mahkamah rayuan telah memutuskan Majlis Bandaraya Seremban perlu membayar ganti rugi kepada seorang penunggang motosikal yang mengalami kecederaan akibat pokok tumbang. Keputusan ini menunjukkan bahawa tanggungjawab penyelenggaraan pokok di mana-mana jalan, termasuk sepanjang Jalan Persekutuan bukan terletak pada JKR atau syarikat konsesi. Sebaliknya di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

YB Sri Aman membangkitkan mengenai isu persimpangan bertingkat di Simpang Batu Lintang dan juga di Pantu. Kementerian ini telah menerima permohonan daripada kerajaan negeri, Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas bagi projek laluan bawah tanah underpass dua lorong di Simpang Batu Lintang. Cadangan pembinaan laluan bawah tanah underpass lorong di simpang Pantu bahagian Sri Aman. Kita berusaha untuk mempertimbangkan projek ini ya.

YB Pasir Puteh membangkitkan mengenai cadangan menaik taraf jambatan di sepanjang FT3 Jalan Kota Bharu, Kuala Terengganu dari Gaal ke Selising.

Semakan kementerian ini, tiada permohonan projek diterima daripada kerajaan negeri. Maka, Yang Berhormat hendaklah berbincang dengan kerajaan negeri.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya nak celah sikit. Minta penjelasan. Puncak Borneo.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Siapa?

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Puncak Borneo sini.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Oh.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dalam perbahasan, saya ada membangkitkan apa ini permohonan jejantas di SMK Siburan dan juga di Kampung Lintang Baru.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Itu muka surat 19 saya akan baca.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Ada?

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ada.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Ada. Terima kasih.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Saya cuba membaca semua.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey, okey. Terima kasih.

Saya tunggu.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

50 orang ini saya nak baca sepantas mungkin.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih. Saya tunggu.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kalau saya diberi masa sehingga 1 suku.

YB Kalabakan, isu pembangunan jambatan baharu menghubungkan Kampung Baru Pasir Putih–Jalan Batu Logpond, Tawau. Kementerian mendapati terdapat projek membina Jalan Tanjung Batu Logpond ke Kampung Pasir Putih, Tawau di bawah seliaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. Kementerian

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

mengesyorkan Ahli Yang Berhormat merujuk kepada KKDW untuk mendapatkan butiran lanjut.

YB Parit, keperluan pemasangan lampu jalan di kawasan berisiko berdasarkan rekod 50 lokasi terpilih, kos berjumlah RM5.5 juta telah dilaksanakan pemasangan lampu. Sebanyak empat lokasi Jalan Persekutuan Daerah Perak Tengah telah siap RM350,000.

Manakala, berhubung dengan cadangan pembinaan jejambat flyover di Jalan Ipoh–Lumut, khususnya di kawasan Tronoh, Seri Iskandar, FELCRA, Bota Kanan dan Bota Kiri, jalan yang dimaksudkan FT5 Jalan Jelapang Ipoh. Kementerian ini telah menerima permohonan daripada Kerajaan Negeri Perak pada Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk kebolehlaksanaan pusingan U bagi menggantikan persimpangan berlampu isyarat. Namun, cadangan tersebut tidak dipertimbangkan bagi memberi keutamaan pada projek-projek lain di negeri Perak.

YB Sik membangkitkan mengenai isu projek penggantian Jambatan Sik Dalam. Projek ini telah pun dimulakan pada 18 Januari 2023. Tarikh siap 14 Januari 2025. Kemajuan fizikal terkini, 59 peratus; kemajuan kewangan 50 peratus. Namun begitu, terdapat kelewatan penyiapan projek ini atas faktor proses pengambilan tanah yang telah menjadikan tarikh penyiapan semasa 14 Februari 2026. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kerja Raya komited dalam memastikan penyiapan projek ini.

Puncak Borneo membangkitkan mengenai isu status permohonan jejantas SMK Siburan dan jejantas Kampung Lintang. Agensi Pusat telah memberikan kelulusan bagi projek membina jejantas pejalan kaki di SMK Siburan, Jalan Kuching, Serian, Sarawak pada Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Manakala, bagi permohonan projek jejantas Kampung Lintang Baru, kementerian ini telah menerima permohonan daripada Kerajaan Negeri Sarawak RP1 RMK-13.

Bagi cadangan membina jejantas pejalan kaki bermotosikal berbumbung di SK Sungai Kenyah, Jalan Kuching Serian, bahagian Serian. Namun, cadangan tersebut belum dipertimbangkan bagi memberi keutamaan pada projek-projek lain di negeri Sarawak. Disyorkan supaya cadangan projek ini dimohon semula dalam RP yang akan datang. Jadi, satu telah lulus.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Timbalan Menteri, saya celah sikit ya.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Tak puas hati ya?

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya celah sikit.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Puas hati kah tak puas hati?

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya, saya bagi pujian.

Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas kelulusan SMK Siburan.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Okey.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Tapi...

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ada tapi lagi?

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

...Kalau boleh yang Kampung Lintang Baru itu juga amat penting.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

draft • 12:50 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Sebab banyak kemalangan berlaku di situ. Jadi, saya mohonlah minta. Sebab ini bajet rakyat. Kita janganlah suruh rakyat kita tunggu sampai akhir hayat dia. Jadi, minta tolonglah. Terima kasih banyak-banyak YB Timbalan Menteri.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya. Okey. Kita ambil tindakan ingatan terhadap permohonan YB Puncak Borneo itu.

YB Hulu Terengganu membangkitkan mengenai status pembaikan laluan Tasik Kenyir yang runtuh. Agensi pusat telah memberikan kelulusan khas Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan tajuk projek pembaikan jambatan laluan ini. Saya pun sudah pergi, tak jauh daripada kawasan itu, ya. Jalan Aring 8, Tasik Kenyir, Kuala Jeneris, Terengganu. Dan kelulusan itu dengan kos RM36 juta ya. Banyak itu ya. Projek ini telah diiklankan pada 30 September 2025 dan surat setuju terima setelah proses tender dan sebagainya dijangka keluar pada Disember 2025.

Berkenaan dengan penurapan Jalan Simpang Kuar Kampung Menerong, jalan yang dimaksudkan ialah terletak di kawasan Persekutuan FT249, Jalan Bukit Diman–Felda Tersat di Parlimen Hulu Terengganu. Ia diselenggara oleh syarikat konsesi.

YB Rantau Panjang membangkitkan isu cadangan bina Jambatan Muhibbah Kedua Rantau Panjang-Golok. Pembinaan jambatan dimaksudkan, projek ini menghubungkan Rantau Panjang dan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand yang telah diluluskan dalam Rolling Plan 1 RMK12. Ini PMX pun pergi bersama dengan Perdana Menteri Thailand dan Perdana Menteri Thailand ini kita tahulah, dia banyak kali berubah dah. Tapi Perdana Menteri Thailand yang sebelum inilah, PMX dah bersetuju nilai kosnya RM45.14 juta. Perjanjian pembinaan antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand telah ditandatangani pada 17 April 2025. Projek ini berada di

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

peringkat penyediaan dokumen tender dan kedua-dua negara dan dijangka ditender pada Disember 2025.

Kerajaan juga telah meluluskan satu lagi projek iaitu kerja awalan menaik taraf jalan sedia ada persimpangan Rantau Panjang–Pasir Mas di bawah Rolling Plan, Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling Plan 3. Skopnya melibatkan menaik taraf jalan sedia ada dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong. Manakala, bagi pelaksanaan kerja fizikal, agensi pusat telah memberikan kelulusan bagi projek naik taraf jalan sedia ada dan persimpangan FT003196 di Rantau Panjang pada Rolling Plan 1 RMK13.

YB Padang Serai membangkitkan mengenai isu jalan FT136, FT169. Berlaku kesesakan waktu kemuncak. Berdasarkan data bancian, LOS di FT136 adalah Jalan Klang Lama, LOS A, Stesen Banci KR703 ya.

draft • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

LOS A bermaksud jalan sedia ada masih dapat menampung kapasiti trafik pada masa kini. YB Kubang Kerian membangkitkan mengenai isu kesesakan di Kubang Kerian. Agensi pusat telah memberikan kelulusan beberapa perkara.

Projek menaik taraf jalan FT209, FT131 dari persimpangan bertingkat Pasir Hor ke Panchor, Kota Bharu, Kelantan pada Rolling Plan 3, Rancang Malaysia Kesebelas. Ini lama dulu. Kerja awalan menaik taraf jalan FT08 di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu Kelantan, Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Banyak ini ya, RM370 juta.

Pontian pun tak dapat macam ini. Kubang Kerian pula dapat. Jadi, itu menunjukkan kita ini adil. Bukan adil ini, tak adil ini pada Pontian yang tak dapat RM370 juta tapi Kubang Kerian dapat RM370 juta. Hmm, ya lah.

YB Bakri membangkitkan mengenai isu projek jalan pintas Simpang Sungai Terap ke Paya Panjang, laluan 732 Muar, atau dikenali Bukit Pasar, bypass ke Muar, Furniture Park. Kementerian Kerja Raya telah mengangkat permohonan projek ini pada Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas untuk kelulusan agensi Pusat.

YB Sungai Besar membangkitkan mengenai isu berkaitan dengan pembinaan jejantas hadapan SK Sungai Leman. Hasil semakan kementerian ini mendapati jejantas pejalan kaki ialah projek pembinaan jejantas pejalan kaki motosikal hadapan SK Sungai Leman.

Projek ini sedang dalam peringkat akhir semakan dokumen sebelum ditender pada 30 Oktober 2025. Kementerian ini juga menerima permohonan daripada

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Kerajaan Negeri Selangor untuk membina jejantas pejalan kaki motosikal di hadapan SK Sungai Nibong, Laluan Persekutuan FT005. Ia tidak dapat ditimbangkan. Satu dapat, satu tak dapat.

YB Putatan membangkitkan mengenai isu penyelenggaraan Jalan Persekutuan negeri Sabah. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kerja Raya sentiasa komited memastikannya dan kita ada teknologi turapan baharu yang mampu meningkatkan mutu dari wujud keperluan kewangan teknikal mendesak di beberapa daerah Sabah. Justeru, usaha sedang dijalankan bagi meneliti serta menyediakan peruntukan yang diperlukan. Kementerian ini akan memberi keutamaan pertimbangan sewajarnya.

YB Tawau mengenai isu penyelenggaraan lampu Jalan Persekutuan di Sabah. RM1.705 juta diberikan. 2023, RM5.4 juta diberikan. Kemudian, kita juga dah menerima 6.47 juta permohonan dan pada 2024, kita telah mengadakan penyelenggaraan diluluskan RM9.7 juta. 2025, RM10.31 juta. Menyentuh berhubung data jalan di kawasan blackspot pada tahun 2025, RM24.95 juta telah diperuntukkan, 256 lokasi di seluruh Malaysia yang melibatkan 22 lokasi di Jalan Persekutuan negeri Sabah.

YB Rompin membangkitkan mengenai isu status projek naik taraf Lebuhraya Kuantan Segamat–Rompin. Kita— apa ini skop projek ini melibatkan kerja menaik taraf jalan tunggal dua lorong, standard R3 dan kita juga ingin menyatakan di sini bahawa jalan tersebut adalah persimpangan Teh Dara hingga persimpangan Jalan Kota Bahagia Melati. Dan, kita Rolling Plan Satu, Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Kita cuba mendapatkan peruntukan itu.

YB Rasah membangkitkan mengenai isu multi-lane fast flow, selaras keputusan Jemaah Menteri MLFF 25 Julai 2025. Berkenaan multi-lane fast flow, kita telah memutuskan, setiap syarikat konsesi, ada 23 syarikat konsesi lebuh raya, hendaklah melaksanakan MLFF ini secara kaedah business-to-business (B2B). Ini bermaksud semua proses perolehan dan pelantikan penyedia perkhidmatan bagi melaksanakan MLFF ini adalah di bawah tanggungjawab syarikat konsesi lebuh raya, sepertimana operasi sedia ada tanpa melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

Sehubungan itu, dengan mandat baharu pelaksanaan MLFF secara B2B, syarikat konsesi lebuh raya telah mengemukakan cadangan pelaksanaan kepada kerajaan untuk diperinci dan diselaraskan bagi menangani isu pencerobohan dan kesalahan tol. Ini juga perlu diambil tindakan.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Berhubung dengan persimpangan PLUS untuk pembangunan Malaysia Vision Valley, projek ini telah dimohon di bawah senarai keutamaan, di bawah Koridor Pembangunan MVV Negeri Sembilan. Projek ini telah diluluskan melalui RP5, RMK yang ke-12.

YB Julau mengenai isu ketirisan dalam projek pembangunan. Pihak kementerian melaksanakan makmal pengurusan nilai (value management) bagi setiap projek yang bernilai lebih dari RM70 juta dan ke atas, yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Ekonomi.

YB Kulim-Bandar Baharu membangkitkan mengenai FT136 di Kulim-Bandar Baharu menghubungkan Jalan Kuala Ketil–Merbau Pulas–Lunas–Pekan Bandar Baharu. Panjang jalan ini 75 kilometer, antara jalan tersibuk negeri Kedah,ya. Maka, Jalan Persekutuan FT136 ini memerlukan peruntukan penyenggaraan melebihi RM50 juta dan kita melihat perkara ini dengan serius supaya setiap tahun, pihak JKR akan menyediakan anggaran penyenggaraan jalan berkala.

Hampir 35 peratus kelulusan telah diberikan. Hasil semakan kementerian ini, satu lagi Jalan Sungai Ular–FELDA Anak Kulim Terap, Jalan Kulim-Bandar Baharu FT136 tahun 2024–2025, unit lampu jalan LED, Jalan Kulim Seksyen 11.25. Ini kita telah pasang, 15 unit lampu jalan LED, Jalan Serdang Bandar Baharu, Seksyen 14 lokasi pemasangan jalan, lampu-lampu jalan.

Manakala, berhubung pembinaan lorong-lorong memotong, kementerian ini telah mengangkat permohonan bagi projek naik taraf Jalan Persekutuan, Jalan Kulim-Bandar Baharu, Laluan FT136 dari Kulim Hi-Tech ke Persimpangan Tol Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.

YB Kluang membangkitkan mengenai isu kerja-kerja naik taraf Jalan FT50, Jalan Batu Pahat, Kluang. Kementerian ini telah mengangkat permohonan bagi projek membina median pusingan U, kerja-kerja berkaitan di Jalan Batu Pahat–Ayer Hitam–Kluang, dari Ayer Hitam ke Kluang sehingga persimpangan Stadium Kluang, Daerah Kluang. Kerja awalan pada Rolling Plan 1, RMK13 untuk pertimbangan agensi Pusat.

draft • 1:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Kluang.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

draft • 1:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Berkenaan projek FT50 ini, kerana setahu saya, belum dapat kelulusan untuk RP1, RMK13. Jadi, saya minta tolong kementerian, kalau boleh angkat projek ini supaya kita ada kesinambungan. Selepas

draft • 1:00 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

kita habiskan projek Fasa 3A, kita teruskan supaya tidak lihat bahawa kita buat kerja separuh sahaja. Ini adalah permintaan saya buat wakil Kluang lah. Terima kasih.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya. Saya harap, Yang Berhormat Kluang juga mengirim surat kepada UPEN Johor, Menteri Besar, salinan kepada Kementerian Kerja Raya tentang permohonan yang— supaya dipercepatkanlah, apa yang— hasrat Yang Berhormat.

YB Kapar membangkitkan mengenai isu masalah infrastruktur Kapar. Kita ingin maklumkan bahawa agensi Pusat telah memberikan kelulusan. Yang pertama, membina jejantas di hadapan SMK Tengku Idris Shah. Yang kedua, kerja awalan naik taraf Jalan Perindustrian Kapar–Meru.

YB Batu Pahat membangkitkan mengenai isu laluan FT05, Tanjung Laboh sering dilanda banjir dan berdasarkan rekod permohonan bagi kerja menaik taraf longkang sistem Batu Pahat laluan FT5 Daerah Batu Pahat, sejumlah RM6.6 juta telah dikemukakan pada 8 Julai 2025. Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan pada tahun 2026 tertakluk, ya

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Terima kasih Timbalan Menteri.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Ya.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Timbalan Menteri, terima kasih.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sama-sama.

draft • 1:00 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Insya-Allah, jadi Menteri.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

No comment.

[Ketawa] Berkaitan pemasangan lampu jalan di sepanjang FT005 dari Tanjung Laboh hingga ke Bandar Pontian. Oh, Pontian ya, kawasan Bukit Kelicap. Pada tahun 2025, kita telah meluluskan berjumlah RM200,000 ya, Laluan Persekutuan FT5, Jalan Tanjung Laboh, Daerah Batu Pahat.

YB Kuantan membangkitkan mengenai isu permohonan jejantas di Kampung Sungai Deraka. Ada yang menyebut bahawa Sungai Derhaka. Ada juga saya terima menyebut Sungai Deraka. Yang mana satu ya? Kita ambillah, Sungai Deraka lah.

Semakan kemudian mendapati tiada permohonan diterima daripada negeri Pahang.

YB Bentong membangkitkan mengenai isu kesesakan lalu lintas di Simpang Ketari akibat pembinaan Stesen ECRL di Bentong. Jalan yang dimaksudkan ialah FT8 Jalan Bentong–Gua Musang. Semakan kementerian ini mendapati tiada permohonan juga.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Sehubungan itu, kementerian ini mengesyorkan cadangan projek tersebut dikemukakan kepada pihak kerajaan negeri melalui penyelarasan UPEN dan JKR negeri. Pada RP1, RMK13, agensi Pusat telah memberikan kelulusan bagi projek di Parlimen Bentong iaitu projek Lingkaran Tengah Selatan. Kerja awalan membina jalan baharu dari persimpangan LTU, LPT3, KM79 ke Kampung Sungai Perdak, Bentong, Pahang.

draft • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Skop kerja awalan ini merangkumi kerja ukur tanah bagi membina jalan baharu, empat lorong dua hala sepanjang 13 kilometer.

Puan Yang di-Pertua, YB Putrajaya membangkitkan mengenai isu penyelenggaraan jalan di Putrajaya menggunakan teknologi terkini. Kita juga sebenarnya telah mengusahakan dengan beberapa pihak swasta, termasuk PETRONAS dalam usaha meneroka teknologi turapan specialty mix dalam kerja penyenggaraan jalan.

Specialty mix ini diukur berdasarkan pada ujian makmal, juga penyeliaan di tapak. Di antaranya, CRMA–Crumb Rubber Mix untuk asphalt. Crumb Rubber Mix Asphalt itu daripada bahan-bahan terbuang dan kita juga ada special mix dengan Petronas. Yang itu adalah daripada plastik-plastik yang terbuang, dan semuanya hendaklah memiliki Sijil Road Material Approval List (RMAL).

Seterusnya, YB Setiu membangkitkan mengenai isu jalan mendap di Air Sejuk Guntung, jalan masukan FT3 ini, ya. Saya ada empat minit lagi, dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Skop ini, projek ini melibatkan kerja menaik taraf mengenai aras jalan sedia ada sepanjang dua kilometer dan agensi Pusat telah memberi kelulusan tentang perkara ini ya.

YB Kuala Pilah membangkitkan mengenai isu kesesakan dan keselamatan orang Seremban–Kuala Pilah. Asserting data terkini bahawa tahap perkhidmatan jalan level of service pada stesen banci TR 104, bertahap F iaitu yang amat teruk.

Sehubungan itu, agensi Pusat telah memberikan kelulusan, ya YB Kuala Pilah, bagi mengatasi masalah kesesakan ini supaya membina jalan Kuala Pilah Bypass dari Tanjung Ipoh ke Kampung Gentam Tengah, Kuala Pilah.

Kerja awalan pada Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Makmal pengurusan nilai bagi projek ini dijadual 18 hingga 21 November tahun ini.

Kerja awalan bagi projek membina jalan baharu dari Ulu Bendul ke Tanjung Ipoh, Daerah Kuala Pilah dalam Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

YB Gerik membangkitkan isu jalan dari Bandar Gerik ke Pengkalan Hulu.

Berlaku runtuhan tanah dan kita sedang mengadakan usaha untuk pembaikan cerun ini. Bagi tahun 2025, empat lokasi cerun dilaksanakan RM7.405 juta. Kerja pembaikan cerun ini telah diadakan beberapa sehingga 15 Disember 2025.

Permohonan ini akan disemak, dimuktamadkan tahap kritikalnya.

YB Gua Musang membangkitkan mengenai isu kemalangan.

Ketidakselesaan pengguna jalan raya disebabkan ada struktur jalan tidak selamat.

Jumlah jalan yang diselenggara oleh syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan Parlimen Gua Musang adalah 431.34 kilometer.

Pada tahun 2025, kementerian ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM49.085 juta melibatkan 42 bilangan kerja berkala pavement, 30 bilangan kerja berkala bukan pavement. Di samping itu, bagi cadangan pelaksanaan kerja 2026, kita sedang buat anggaran.

YB Baling membangkitkan cadangan lebuh raya Baling–Gerik–Jeli.

Kementerian Kerja Raya buat masa ini, tiada perancangan pembinaan lebuh raya baharu. Jalan Simpang Pekan Malau ke Kampung Padang, semakan kemudian mendapati status tersebut. Oleh yang demikian, kementerian...

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

...mengesyorkan sebarang cadangan menaik taraf jalan tersebut dirujuk kepada kerajaan negeri. Seminit lagi, YB.

YB Tebrau, flyover di FT3 dan kita telah menyatakan bahawa semakan itu mendapati satu projek telah diluluskan bagi menaik taraf persimpangan- persimpangan utama. Projek tersebut adalah Iskandar Malaysia, penambahbaikan persimpangan bertingkat Lebuhraya EDL. Kos sebanyak RM273 juta. Disyorkan, Ahli Yang Berhormat merujuk kepada Kementerian Ekonomi untuk mendapatkan butiran lanjut.

YB Mersing, YB Jempol, YB Tenom, YB Port Dickson. Antara YB-YB yang saya tak dapat membaca lagi. Kemudian, satu lagi ialah YB Masjid Tanah, YB Alor Setar, YB Lumut. Oleh kerana kesuntukan masa, saya akan menjawab YB-YB ini secara bertulis.

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Dan, tidak dapat untuk meneruskan dua setengah kerana ada soalan di Kamar Khas. Kalau tidak, saya sambung lagi. Lagipun, dah 45 minit tepat.

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan

Terima kasih.

draft • 1:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang.

draft • 1:10 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.15 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Kita teruskan urusan giliran Yang Berhormat Menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat dasar. Saya mempersilakan Menteri Dalam Negeri, 45 minit.

draft • 2:30 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca sepotong doa]* Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan. Pertamanya, saya rakamkan tinggi-tinggi rasa syukur, penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana pada pembentangan belanjawan tempoh hari, Kementerian Dalam Negeri telah menerima peruntukan sebesar RM21.18 bilion. Ini menyaksikan kenaikan sebesar RM1.73 bilion berbanding peruntukan tahun 2025.

Tan Sri Yang di-Pertua, sudah tentu jumlah peruntukan yang besar ini datang dengan tanggungjawab yang juga berat. Kita sedia maklum, Kementerian Dalam Negeri tugas hakikinya adalah memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Dan ini termasuklah memperkukuhkan keselamatan sempadan, pintu masuk antarabangsa negara, menangani jenayah siber yang semakin rencam dan kompleks, bahkan jenayah seksual.

draft • 2:32 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Pada masa yang sama, Kementerian Dalam Negeri turut memberikan tumpuan kepada aspek kebajikan pasukan-pasukan beruniform di bawah Kementerian Dalam Negeri. Yang ini termasuklah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara, RELA, agensi penguatkuasaan maritim.

Tan Sri di-Pertua, saya juga ucapkan terima kasih kepada 33 pembahas yang telah menyentuh tidak kurang 53 isu. Tentunya tempoh 45 minit ini ada limit-nya.

Kerana itu, saya akan memberikan penggulungan ini dengan pertama, merekodkan dulu bahawa daripada peruntukan yang diterima Kementerian Dalam Negeri ini, sebenarnya fokus Kementerian Dalam Negeri ini tertumpu kepada beberapa inisiatif.

Kerana perbahasan 33 Ahli Dewan sebenarnya berlegar di bawah topik ini.

Pertama, peningkatan keupayaan aset dan penguatkuasaan PDRM dan badan beruniform di bawah Kementerian Dalam Negeri. Kedua, pembinaan dan naik taraf fasiliti baru. Ketiga, pengukuhan kawalan sempadan dan pintu masuk.

Keempat, menangani jenayah siber dan seksual. Kelima, memperkasa program rawatan dan pemulihan. Dan, ini khusus Jabatan Penjara dan AADK. Memelihara kebajikan anggota penguat kuasa dan menjamin hak asasi manusia.

Tan Sri Yang di-Pertua, tentunya input daripada 33 Ahli-ahli Yang Berhormat, ada teguran, ada kritikan, ada cadangan, ada syor penambahbaikan. Saya mohon untuk merakamkan penghargaan terima kasih dan Kementerian Dalam Negeri mengulangi komitmen kami, bahawa kesemua hujah dan pandangan yang diberikan akan kami berikan perhatian serius. Dan ini saya buktikan dengan kehadiran seluruh pasukan pegawai-pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri yang berada di dalam Dewan pada saat ini. Bahkan, kebetulan lebih ramai pula daripada Ahli-ahli Parlimen.

Dato’ Yang di-Pertua, saya juga ingin mengulangi rasa terima kasih saya di atas komitmen, khususnya pasukan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen yang memberi sumbangan yang sangat signifikan kepada kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah ASEAN Summit. Dan hampir tidak berlaku sebarang gangguan dari sudut keselamatan, tatkala Malaysia menjadi tuan rumah kepada 23 ketua-ketua negara seantero dunia.

Dato’ Yang di-Pertua, saya mulakan dengan mengangkat tajuk buli. Julau, Sri Aman, Larut, antara Ahli-ahli Parlimen yang membangkit tajuk ini. Pertama, saya berkongsi dahulu statistik yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia. Ada tiga perkara terkait buli, rogol dan pembunuhan. Ini yang melibatkan insiden di kawasan sekolah saja. Statistik ini gunanya untuk kita dapat memahami setakat mana tahap seriusnya insiden di kawasan sekolah saja.

draft • 2:32 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kes buli misalnya, dari 2022 hingga Jun 2025, jumlah kes yang dikategorikan buli ialah 687 kes. Tahun 2022, 205. Tahun 2023, 186. Tahun 2024, 191. Dan, 2025 yang di antara Januari hingga Jun tahun ini sudah merekodkan 105.

Dato’ di-Pertua, adalah penting untuk saya ikut berkongsi bahawa setelah kita meminda Kanun Keseksaan dengan memasukkan seksyen-seksyen bermula 507B, C, D, E, F, G. Daripada pindaan ini, pihak polis kemudiannya telah membuka kertas siasatan kes buli sahaja, 87 kes sepanjang Ogos hingga September tahun ini.

Bagi kes rogol, bagi tempoh 2022 hingga 2025, sekali lagi, saya sebut ini hanya insiden melibatkan sekolah, menunjukkan 112 kes dilaporkan. Ini kes rogol yang berlaku di persekitaran sekolah. 2022, 27 kes. 2023, 22 kes. 2024, 29 kes dan sehingga September 2025 ini, 34 kes.

draft • 2:32 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, saya kemudiannya berkongsi pula kes pembunuhan di kawasan sekolah. Ada dua kes yang telah direkodkan, dilaporkan setakat ini. Yang pertama, melibatkan kes pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu. Ini sudah pun berakhir dengan keputusan dan sabitan.

Dan, yang kedua adalah yang terbaharu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara, yang membabitkan seorang pelajar 14 tahun membunuh rakan sekolahnya 15 tahun. Setelah saya berkongsi tentang angka-angka ini, Dato’ Yang di-Pertua, apa yang perlu kita perhatikan adalah bergerak ke hadapan, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan.

Kementerian Pendidikan, saya difahamkan, telah diberi peruntukan sebesar RM8 juta. Ini untuk tujuan pemasangan CCTV di kawasan strategik sekolah. Dengan itu, tentunya langkah untuk meningkatkan langkah keselamatan dan pemantauan ini dapat dilakukan.

Ahli Yang Berhormat yang membangkit tajuk ini bertanya secara khusus, apakah boleh kalau nanti setelah dipasang CCTV, kamera litar di sekolah, boleh di- link-kan dengan sistem PDRM?

Saya menyambut baik idea ini kerana ia nya melibatkan soal perkakasan, soal sistem, soal networking. Saya akan meminta pihak di pihak KDN supaya melihat kemungkinan hal ini boleh dilaksanakan, supaya pengawasan yang bersifat real time atau masa sebenar akan dapat dilakukan.

Pada masa yang sama, saya juga telah meminta pasukan polis meningkatkan pengawasan di sekolah. Bukan secara omnipresent dan kita juga tahu tentang adanya pegawai polis yang sudah ditempatkan di sekolah-sekolah.

draft • 2:40 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tetapi juga, dengan perkembangan yang mutakhir ini, sesuai dengan arahan Kabinet, saya juga telah meminta pasukan polis meningkatkan pengawasan terutama menggunakan MPV atau Unit Rondaan Motokar dan motosikal, supaya keberadaan pasukan polis ini dapat menunjuk, meningkatkan lagi keyakinan keselamatan di pihak sekolah, ataupun menghalang the perpetrators, dengan izin, daripada melaksanakan niat mereka.

Yang ketiga, yang pertama CCTV. Yang kedua, meningkatkan rondaan pasukan polis. Yang ketiga adalah dia tak boleh selesai dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan sahaja. Kerana itu, ia harus digerakkan bersama dengan semua pemegang taruh yang lain. Persatuan Ibu Bapa dan Guru misalnya, turut memainkan peranan besar dalam kerangka ini.

Jadi, Dato’ Yang di-Pertua, saya kemudiannya beralih kepada satu lagi tajuk iaitu counter-setting. Saya ucap terima kasih banyak Pekan, Kuantan antara yang membangkitkan teguran dan keprihatinan mereka tentang perkara ini. Counter- setting ini satu tindakan sepintas lalu. Ia mengaitkan soal bolosnya sempadan negara dengan memberi izin masuk kepada mereka yang tak sepatutnya masuk. Kerana itu, media memaparkan tentang siri-siri tindakan tangkapan yang dibuat.

Kuantan dan juga Pekan ingin tahu, apakah ia nya sekadar diuruskan mengikut undang-undang sedia ada atau barangkali, Kementerian Dalam Negeri kena tengok pula peruntukan yang lebih serius, kerana pada pandangan Kuantan dan Pekan, ini semacam ada elemen kesalahan khianat pada negara. Bukan sekadar soal bolos pintu masuk keselamatan, tetapi juga mengancam soal kedaulatan negara.

Jadi, buat masa ini, untuk makluman Kuantan dan Pekan, siasatan ke atas mereka yang tertangkap di bawah aktiviti counter-setting ini, disiasat di bawah SPRM. Elemen rasuah, elemen salah guna kuasa. Ia nya sama ada boleh berakhir dengan pendakwaan ataupun tidak. Manakala, di peringkat jabatan pula, di sana ada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dua jalur, tindakan mengikut jalur undang-undang.

Tetapi, apakah kalau nantinya, kes-kes itu ditemui kesalahan yang lebih serius. Seumpama, kalau ada elemen organized crime atau jenayah terancang misalnya? Pendirian KDN dalam memberi respons terhadap pandangan dikemuka oleh Kuantan ini ialah tertakluk kepada nasihat Peguam Negara. Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk melihat ataupun untuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih serius terhadap perbuatan counter-setting ini.

draft • 2:40 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tuan Yang di-Pertua, saya kemudiannya beralih kepada online scam, yang juga dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli Yang Berhormat. Kepong misalnya, ingin tahu bahawa penipuan kewangan zaman moden ini semakin rencam dan kompleks.

Maka, Kepong ingin tahu apakah status terkini, usaha Kementerian Dalam Negeri secara khusus untuk menggubal undang-undang baharu atau meminda akta sedia ada, supaya ia nya menjadi lebih berkesan dalam memerangi jenayah online scam atau money laundering.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia, kita cukup insaf dan menyedari bahawa ancaman jenayah siber yang tak pernah berlaku 10-15 tahun dahulu, sekarang datang macam satu gelombang besar.

Ia nya bukan hanya berlaku di peringkat domestik dalam negara, tetapi juga, ia nya merentas sempadan. Kerana itu, Dewan perlu untuk saya kongsikan bahawa dari segi undang-undang sedia ada, tentunya kita mengguna pakai Kanun Keseksaan, yang dibuat pindaan baru-baru ini.

Terima kasih, Ahli Yang Berhormat yang menyokong. Kemudian, kita wartakan pada 30 Oktober, yang diwartakan pada tahun inilah, ya. Kita telah memperkenalkan peruntukan baru di bawah seksyen 424A sehingga 424C, (1) dan

(2) khusus bagi menangani kes penipuan kewangan melibatkan penggunaan akaun keldai dan memberikan kuasa yang lebih besar kepada PDRM untuk menyiasat dan mendakwa individu yang menggunakan atau membenarkan akaun mereka digunakan sebagai akaun keldai, istilahnya mule account.

Dan, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak melebihi 10 tahun, atau denda antara RM10,000 hingga RM150,000 atau kedua-duanya sekali. Itu dari sudut perundangan.

Dato’ Yang di-Pertua, kementerian dan Polis Diraja Malaysia juga terlibat dalam sesi libat urus dengan beberapa agensi yang diketuai oleh Agensi Keselamatan Siber Negara, ringkasnya, NACSA. Cadangannya adalah untuk menggubal Akta Jenayah Siber dan Rang Undang-undang Jenayah Siber ini akan memberi kuasa kepada Polis Diraja Malaysia sebagai agensi penguat kuasa dan NACSA sebagai agensi yang mengawal selia. Ini khusus bagi menangani jenayah secara dalam talian yang semakin kompleks.

Tan Sri Yang di-Pertua, kementerian ini juga sedang dalam tindakan membangunkan sebuah pelan nasional menangani ancaman jenayah siber melalui pelaksanaan Kajian Pelan Tindakan Menangani Ancaman Jenayah Siber Negara.

draft • 2:40 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kajian ini kita buat dengan kerjasama sekumpulan penyelidik, profesor universiti awam. Tujuan dia untuk kita kenal pasti ancaman jenayah siber. Ada dua.

Satu, yang merangkumi cyber-enabled crime dan satu lagi, cyber-dependent crime.

Dia ada dua bahagian. Cyber-enabled crime lebih serius. Cyber-dependent crime tidak kurang ancamannya.

Matlamat akhir kajian adalah untuk kita bangunkan satu pelan tindakan yang komprehensif, bersifat rentas agensi dalam menangani ancaman jenayah siber yang merangkumi perundangan, penguatkuasaan undang-undang, siasatan, program kesedaran, latihan dan teknologi serta kerjasama antarabangsa. Kita tak menang tangan untuk tangani jenayah siber ini kalau kita hanya berlegar dalam negara sahaja.

Sebab itu, waktu saya mempengerusikan mesyuarat Menteri-menteri Dalam Negeri ASEAN di Melaka pada bulan Ogos kelmarin, kita bersetuju bahawa kerjasama di peringkat ASEAN di peringkat serantau dalam tiga perkara:

(i) perkongsian kepakaran (intelligence sharing);

(ii) perisikan; dan

(iii) kemudian joint operation (operasi bersama).

draft • 2:40 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Itu adalah basis yang mempertemukan negara-negara anggota ASEAN. Kita mulakan peringkat ASEAN ini dulu. Dan begitu juga di peringkat kerjasama antarabangsa. Kita tak ada kecuali. Kalau perlu kita ikut menandatangani konvensyen antarabangsa, Budapest Convention misalnya. Sekarang wakil kita berada di Vietnam kerana ikut menandatangani Budapest Convention. Itu akan melibatkan kerjasama antarabangsa, 24/7. Jadi, sekarang ini kita tumpukan secara usaha bersama bukan saja di kalangan dalam negara, kukuhkan akta, pinda akta mana ada, buat undang-undang baru, pertingkatkan kerjasama antarabangsa, bahkan bukan saja serantau, bahkan di peringkat antarabangsa.

Rakan saya Kuala Krai, membangkitkan secara khusus kebimbangannya bahawa target menjadi mangsa kepada online scam ini adalah warga emas. Tidak syak lagi. Bila kita tengok dari segi statistik Januari hingga September 2025 Dato’ Yang di-Pertua, 4,390 kes penipuan dalam talian melibatkan warga emas direkodkan.

Ini berbanding 3,268 kes saja pada tahun 2024, meningkat 35 peratus. Warga emas ini yang pencen. Dia dapat duit emolumen dia, hadiah perkhidmatan dia

draft • 2:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

beratus ribu kemudian hilang sekelip mata ya, dek terperangkap atau menjadi mangsa kepada jenayah atas talian ini.

Ini Kuala Krai ingin bertanya, apakah langkah yang dibuat. Baik. Kementerian melalui PDRM, polis, kita baru saja diberikan tasking, tugasan oleh kerajaan untuk memperkukuh fungsi National Scam Response Center. Dulu NSRC ini beroperasi di Bank Negara. Kemudian bila kita tengok bahawa jumlah panggilan aduan mangsa semakin meningkat, kita kata tak padan dengan operasi di premis Bank Negara saja.

Jadi, Kabinet telah bersetuju supaya Polis Diraja Malaysia mengetuai National Scam Response Center ini.

Pusat ini pusat apa? Pertama, sifatnya beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, menerima panggilan, kemudian dengan pantas mengambil laporan, kemudian boleh untuk meminta bank segera menyekat akaun supaya tak wujud layer lagi. Kemudian, daripada situ barulah tindakan-tindakan mengesan kemudiannya mengambil tindakan mengikut undang-undang. Bukan polis sahaja.

Kita perlu kerjasama Bank Negara Malaysia, kita perlu kerjasama MCMC, kita perlu kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, bahkan kita juga bekerjasama dengan National Anti-Financial Crime Centre atau NFCC.

Dan kita malah telah meminda Kanun Keseksaan dengan memasukkan peruntukan baharu 424A sehingga 424D dan Kanun Tatacara Jenayah melalui Seksyen 116D. Tujuannya memberi kuasa lebih luas kepada PDRM untuk siasat, untuk sita akaun dan untuk mendakwa kes penipuan siber termasuk mule account.

Sementara Bank Negara Malaysia memperkenalkan ciri keselamatan baru seperti cooling-off period untuk melindungi pengguna daripada transaksi mencurigakan.

Dato' Yang di-Pertua, saya juga ucap terima kasih banyak kepada Stampin.

Stampin datang dengan idea yang agak unik iaitu katanya memandangkan kerugian akibat penipuan atas talian ini terus grafnya meningkat setiap tahun, maka Stampin mencadangkan agar kerajaan mewajibkan semua bank perkenalkan sistem semasa pengeluaran wang tunai di mesin ATM itu dilakukan semacam satu tracking yang membolehkan transaksi aliran tunai itu direkodkan, supaya dia tahu ya.

Baik, Kementerian Dalam Negeri khususnya polis, kita menyambut baik cadangan ini dan tentunya kita biarkan agensi kawal selia yang berkenaan sebab yang mengawal tentang operasi bank kita ada central bank. Sistem ini seandainya diwujudkan kelak tentunya boleh merekod transaksi tersebut dan data-data lain yang

draft • 2:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

berkaitan, yang boleh dihasilkan dalam masa yang kritikal dan mengatasi masalah yang berkaitan dengan akaun keldai.

Jadi, log transaksi ATM diperincikan dengan data tambahan seperti cap jari, lokasi GPS machine dan rakaman visual semasa pengeluaran menjadi bukti material yang tidak dapat disangkal lagi bagi memudahkan PDRM untuk mendakwa money mule ini.

Dan data berstruktur daripada bank-bank membolehkan PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial melaksanakan analisis aliran tunai lanjutan bagi membolehkan polis melakukan mapping secara automatik, rangkaian pengeluaran dan mengenal pasti sindiket di sebalik operasi. Saya ucap terima kasih banyak di atas cadangan Stampin.

Dato' Yang di-Pertua, saya kemudian beralih kepada hujah khusus yang dibangkitkan oleh sahabat saya dari Kota Bharu yang merujuk tentang insiden yang berlaku di Masjid Rusila. Suka saya tegaskan bahawa ia nya adalah satu latihan.

APMM pun dia ada komando juga terutama menghadapi ancaman keselamatan negara. Kita ini, APMM atau Agensi Penguatkuasaan Maritim, wilayah tanggungjawab dia, hampir-hampir 600,000 kilometer persegi.

Bukan saja keupayaan aset kena tingkatkan, bukan saja kerjasama serantau mesti diperkukuhkan, tetapi latihan kompetensi anggota APMM juga mestilah dipersiapkan dan ada keperluan untuk APMM juga mengasuh atau melatih anggota dia secara latihan komando. Kalau Tentera Laut dia ada PASKAL, Tentera Udara dia ada komando juga dia panggil PASKAU, polis pun kita ada komando.

APMM, bila dia jaga samudera yang luas ini, ancaman dia penyeludupan senjata, illegal fishing, pencerobohan kapal asing, kemudiannya dadah, lanun, segala macamlah ya. Jadi, keupayaan dia mesti ditingkatkan. Maka, agensi ini turut membangunkan satu modul. Belum saya di sini lagi. Pagoh pernah ada di sini, Larut pernah ada di sini, Sembrong pernah ada di sini, Bagan Datuk pernah ada di sini.

Itulah modul yang saya tak pinda. Koma, titik, satu pun saya tak pinda. Itu kita biarkan kepada APMM untuk olah dan bangunkan.

Pada hari itu mereka sedang melakukan latihan dipanggil survival, evasion, resistant and escape. Ada elemen mereka kena mengelak. Mengelak daripada siapa? Mengelak daripada jurulatihlah. Kalau kena tangkap, failed lah. Tak boleh jadi komandolah ataupun ada elemen penyamaran. Mereka kena menyamar. Jadi, latihan ini, mereka bagi tahu polis. Daripada 16 September hingga 22 September, mereka bagi tahu polis. IPK semua per daerah. Mereka mula di Kuala Berang.

draft • 2:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kemudian mereka berhenti di terminal bas, di pasar, macam-macamlah ya, dan termasuk masjid lah.

Kalau program itu modulnya ada elemen penyamaran, dia tak boleh hebahlah, dia tak boleh bagi tahu RTM ke, TV3, sidang media pun tak boleh ya.

Kalau dia bagi tahu, maka tak tercapailah tujuan latihan itu.

Jadi, bila sampai di masjid itu pada 19 bulan, mereka masuk untuk singgah sembahyang Asar lah ya. Dan sebab itu kalau kita tengok CCTV itu, mereka lepas itu macam lari-lari ya untuk segera pergi ke motokar. Tujuan dia nak mengelak daripada dikesan oleh jurulatihlah. Jadi, sepintas lalu nampak macam curigalah tapi nak kata serbuan dan serangan, yang itu tidak lah, itu tidak sama sekali.

Kerana itu kita tak nafikan ia mengundang satu reaksi daripada pihak masjid.

Saya ucap terima kasih, pengerusinya ikut jalur betul, dia buat laporan polis dan pihak polis kemudiannya berjumpa bukan saja dengan pejabat ADUN Batu Buruk tetapi juga dengan pejabat Ahli Parlimen Marang.

draft • 2:50 PM

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kita terangkan bahawa ini adalah satu latihan dan alhamdulillah, baik ADUN Batu Buruk ataupun Ahli Parlimen Marang yang kita— polis berurusan dengan kakitangan pejabatnya, mereka menerima bahawa itu adalah satu kursus yang ada keperluan dan kewajarannya.

Sebab itu perkara itu tak dibawa dan tak diolah sehingga memberi gambaran seolah-olah satu serbuan, satu serangan. Kemudian, sampai pula bila dengar itu sangat emotif nadanya ya. Apakah ini satu percubaan latihan untuk membunuh watak-watak tertentu? Dia jadi macam itu.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, sebab itu saya perhatikan bahawa ada kewajaran untuk kita tengok secara lapang. Okey, kalau bahawa tak perlulah kita nampak sampai exaggerate sampai berlebihan. Okey, itu— sila, Kota Bharu.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, sila.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Terima kasih banyak sahabat saya Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Kami ini kawan lama, sama-sama dalam PAS dulu, lepas itu baru masuk parti Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Teruskan, Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Lama dah. Okey, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang tuntas, yang jelas. Berbanding dengan sebelum ini ada sedikit kekeliruan ataupun mungkin tujuan-tujuan strategik tak boleh dedahkan secara ini. Saya faham sangat.

Saya nak jelaskan untuk mengelakkan daripada kekeliruan dan juga salah faham antara saya dan juga Yang Berhormat Menteri. Berdasarkan kepada Hansard ini, persoalan ini saya mulakan dengan, “Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, apakah standard operating procedure atau SOP apabila satu-satu jabatan kerajaan penguatkuasaan khususnya di bawah KDN mengadakan latihan atau apa-apa exercise bagi satu-satu badan itu?” Very clear, tidak ada apa-apa niat yang tidak baik dari segi itu.

Bila saya bertanya ini, saya terpaksa menyebutkan contoh. Jadi, ini contoh insiden. Walaupun saya akui dan saya dah betulkan beberapa fakta dari segi tarikh, dari segi masa itu. Bagi kita, bagi saya, apabila saya turun ke bawah, rakyat— saya sebagai Setiausaha Agung parti pula, Marang itu adalah tempat presiden kita di situ.

Jadi, diminta saya untuk mengemukakan persoalan ini kerana tempat itu sendiri merupakan tempat yang dalam keadaan-keadaan tertentu agak sensitif untuk mengadakan apa-apa perkara.

Oleh sebab itulah, kami— tujuan kami Perikatan Nasional hanya untuk mengelakkan daripada salah faham. Lebih-lebih lagi tidak ada langsung niat kami untuk menyalahkan pegawai-pegawai kerajaan, apalagi anggota-anggota keselamatan. Cumanya, kami meminta supaya lain kali perkara-perkara ini kita boleh elakkan.

Walaupun kami di pihak pembangkang, tidak ada masalah. Saya orang undang-undang, tak ada masalah. Asalkan berdasarkan kepada undang-undang dan sebagainya. Dan saya pun bercakap berdasarkan kepada fakta, sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Surat daripada Bahagian Agensi Penguatkuasa Maritim ini kepada pihak-pihak tertentu. Mungkin pada pihak polis lah menjelaskan perkara ini.

Pokoknya ialah insiden— bukan, saya tak nak sebut insidenlah. Latihan itu ataupun perkara itu berlaku di situ, tidak dapat dinafikan lagi. Mungkin masa depan, kita boleh mengelakkan salah faham yang beginilah daripada berlaku demi untuk

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

keselamatan negara. Jadi, saya tidak ada masalah. Kira selesai dan deal, Yang Berhormat Menteri. Tak ada masalah kita dua.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, boleh sikit Menteri?

Hulu Langat.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, sila.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya kira Kota Bharu maksudnya dia menyesal lah tentang kenyataan yang dikeluarkan dulu. Sebab yang pertamanya, kenyataannya dia fitnah pegawai dan juga kakitangan kerajaan yang ada. APMM itu dia sebut, masuk pakai kasutlah, pakai seliparlah, nak memberontaklah maksudnya. Dan kenyataannya sangat bahaya lagi, dia kata, kalau dia bawa pistol...

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

36(6). Peraturan.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, bagi saya cakap dulu.

Kalau dia bawa pistol, dia akan tembak. Kemudian, kenyataan daripada Pendang.

Ini yang sangat jahat, sangat biadab. Maksudnya, ada usaha untuk membunuh Presiden PAS. Kalau begitu, saya nak minta kepada Ahli Parlimen Kota Bharu...

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Hulu ‘laknat’ teruk, makin teruklah Hulu ‘laknat’ ini.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...dan juga Pendang kalau boleh mohon maaf, mohon maaf kepada Tok Guru Presiden PAS, mohon maaf kepada APMM, mohon maaf kepada Menteri, mohon maaf kepada KDN dan juga mohon maaf kepada seluruh masyarakat dan rakyat dalam negara kita ini.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Cukuplah itu, Hulu Langat.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Betul, betul hulu laknatlah dia ini.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Abang tak ajar anak-anak cakap macam ini.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab buat fitnah, buat fitnah!

Sangkaan jahat kepada pegawai dan juga kakitangan kerajaan yang terdapat dalam negara kita ini.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

[Bangun]

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau dah menyesal, kami boleh terima. Mohon maaf sangat-sangat kepada APMM. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada Dato’ Speaker.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Okey, saya tak nak— tak nak respons apa. Saya serah kepada Menterilah. Tak layak di— apa...

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, Datuk Seri. No, no. Saya dah selesai dah itu. Saya nak move on, saya nak move on.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

Sekejap ya Menteri, sekejap ya Menteri.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tak apalah...

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Sifat manusia ini ada khilaf, kadang-kadang saya pun ada terlepas pandang.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri. Sekejap. Boleh? Sekejap.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, sila.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Hulu Langat, sepatutnya apa sahaja pertanyaan itu dihadapkan kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi, perkara tersebut saya kira bukanlah dihadapkan kepada Yang Berhormat Kota Bharu. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Sekiranya tidak ada kaitan, Yang Berhormat Menteri boleh teruskan. Sila.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Speaker, saya mohon maaf Speaker.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya sambut.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya hadapkan kepada— saya hadapkan kepada Menteri sekarang ini.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dato’ Speaker, 36(6).

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, saya sambut. Saya sambut baik.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

36(6).

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Datuk Menteri, sekejap. Ada Peraturan.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini Peraturan Dewan 36(6).

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya, Peraturan 36(6) apa, Yang Berhormat?

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya lah. Bacalah. Niat-niat jahat.

Menyakit-menyakitkan.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Baca, Yang Berhormat. Yang Berhormat bangkitkan, Yang Berhormat baca dekat saya.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

So, “Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain”. 36(6).

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

36(6). Apa sangkaan jahat, Yang Berhormat?

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Benda kita tengah bincang dan kita tengok Menteri Dalam Negeri dengan Kota Bharu dah done, dah secara gentlemen, selesai.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia timbulkan provokasi lagi.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang, sekejap.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia sangkaan jahat.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tak, saya— saya.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kita nak selesai benda ini dengan elok.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kita nak persepsi.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Sebab, untuk makluman Dato’ Speaker, Menteri Dalam Negeri ini pun pernah bersama dengan kami. Dia faham culture kami. Jadi, kita tak mahulah timbul persepsi begini...

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

Saya— saya...

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

...di masa akan datang.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini jahat hulu laknat ini...

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini punya jahat itu, provokasi dia.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

36(6).

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ini hulu laknat ini.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya kan dah tegur tadi Yang Berhormat, kepada Hulu Langat. Saya anggap perkara itu dah selesai.

Yang Berhormat sendiri pun cakap selesai.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta maaf. Dekat— dekat Dato’ Speaker. Bukan dekat hulu laknat ini, saya dak.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat. Ha, itu Speaker.

Itu. Hulu laknat dia cakap itu. Hulu Langat.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hulu Langat. Nama tempat saya itu Hulu Langat. Nanti orang Hulu Langat marah nanti.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, itu hari dia sebut apa?

Kota apa? Kota cilaka. Itu dia cakap ini. Ini jahat ini, Pendang ini.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh, saya sayang, saya masih sayang lagi dengan Tok Guru Presiden Haji Hadi itu tau.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak pernah kita nak keluarkan kenyataan untuk bunuh Tok Guru Presiden itu.

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Walaupun saya dah keluar daripada PAS, tapi hormat, kasih sayang saya pada Tok Guru Presiden itu masih ada lagi. Masih menebal lagi.

[Pembesar suara dimatikan] Ini Pendang ini! Ini kurang ajar! [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Barua. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, tengok itu! [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pendang.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Saya move on. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Duduk, duduk, Yang Berhormat. Okeylah, Yang Berhormat Pendang pun dah mengata pada Yang Berhormat dan Yang Berhormat pun dah mengata pada Pendang. Saya ingat selesailah. Sila. Sila, Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

[Dewan ketawa]

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dato’ Speaker, dia kata apa tadi? Dia kata apa?

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dia kata mulut laknat, dia kata barua. Saya tak sebut benda-benda itu.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Saya salute Dato’ Yang di- Pertua atas ketenangan dan itu membantu meredakan sedikit. Tapi saya lapang, saya ucap terima kasih banyak, Kota Bharu. Kita move on. Asal kita boleh memahami bahawa faktanya begitu. Ya.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tapi kira hebatlah Menteri ini.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Maksud saya Kota Bharu dapat terima Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Menteri, kami salutlah dengan Menteri. Jiwa besarlah Menteri ini. Hebatlah Menteri. Alhamdulillah. Inilah

draft • 3:00 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

dia Kerajaan MADANI, hebatnya Kerajaan MADANI. Bukan macam sebelah sana itu. Cakap fitnah je, cakap kurang ajar.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Dato’ Yang di-Pertua...

draft • 3:00 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Batang Sadong menyentuh secara khusus. Batang Sadong ingin tahu berkenaan dengan dadah dan judi.

Saya tadi masa pegawai-pegawai persiapkan saya, saya minta untuk mereka berikan data terkini. Dadah ini di bawah KDN dia ada yang mengawal bekalan adalah Bahagian Narkotik, Bukit Aman. Tapi kalau dadah dah masuk, dah ada yang terjebak, pulih dan rawat itu AADK. Jadi, bagi tahun ini, laporan United Nations on Drugs and Crime (UNODC) yang beribu pejabat di Vienna, laporan terbaru dia ada yang menariklah.

Yang pertama, dia kata masalah dadah global ini masih lagi opium, itu serius.

draft • 3:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tapi sebelah kita ni, rantau sebelah kita dan negara kita, dia opium ni tidak sangat. Kita lebih kepada dadah sintetik. Jadi, itu satu.

Yang kedua, strategi tahun ini. Bagi menangani masalah narkotik di peringkat dunia, fokusnya adalah menyekat bekalan dan jalan masuk dadah ini banyak melalui jalan lautlah. Sebab itu kita faham kenapa kita kena perkuatkan aset laut kitalah, ya.

Jadi, saya ingin berkongsi bahawa sepanjang tempoh Januari hingga September tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, mereka telah merekodkan pencapaian dan kejayaan yang signifikan. Rampasan dadah sahaja Tuan Yang di- Pertua, itu RM2bilion dan itu melibatkan syabu, ganja, cecair ya. Segala macamlah ya.

Dan, dalam tempoh Januari hingga September ini juga, kita telah berjaya melumpuhkan 16 makmal haram yang memproses dadah ini. Kita kawal laut, rupanya dia buat makmal dalam negara dan ada 44 tangkapan kita buat. Kontinjen Selangor adalah tumpuan utama kerana kita berjaya membongkar lima makmal dan kita tahan 20 individu. Jadi, menjadikan Selangor ini aktiviti makmal haram tertinggi yang berjaya kita tumpaskanlah.

Dan tahun ini juga, daripada Januari hingga September ini, yang saya sebut tadi, kita telah buka 174,134 kertas siasatan. Ini dibawah Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Akta Racun 1952. Dan kita tangkap 189,451 individu dan kita guna pakai Akta Dadah Berbahaya, seksyen 15(1) memasukkan dadah dalam badan, seksyen

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

12 Akta Dadah, memiliki dadah secara kecil-kecilan, seksyen 39B, yang ini mengedarlah.

Dan antara kes yang perlu saya nyatakan di sini adalah apabila Bahagian Narkotik kita berjaya menahan seorang warga Taiwan dengan pelbagai jenis dadah termasuk pil ekstasi, syabu, kokain dengan nilai rampasan RM54.5 juta. Kemudian, di Taman Industri Alam Jaya 2, Selangor, ini Januari 2025, kita tahan lapan lagi warga Taiwan dan kita rampas 132 kilogram ketamin, 291 kilogram pil ekstasi dan serbuk erimin dengan nilai rampasan RM55 juta.

Di Pelabuhan Klang, Januari tahun ini juga, kita merampas 33,000 kilogram, bukan 33 kilogram. 33,200 kilo. Ini cakap pasal tan ini, syabu bernilai RM1.062 bilion dalam kontena.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dan satu kes rampasan syabu pada Februari 2025 di Bandar Damansara. Itu melibatkan tiga warga China, RM24 juta.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Di Sri Petaling, April tahun ini, rampasan pil ekstasi, syabu dan ketamin bernilai RM13.6 juta dan kita tahan dua individu. Kemudian, kita rampas guni-guni ganja di Kelantan, 21 Jun, 207 kilogram bernilai RM642,000. Di Perlis, kita rampas 409 kilogram ganja yang ditinggalkan dalam bot. Kemudian operasi kita di Kelantan dan Perlis juga, termasuk di Pulau Pinang sebagainya.

Jadi, negeri-negeri sempadan ini Dato' Yang di-Pertua, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu sememangnya menunjukkan trend masalah kesalahan dadah ini yang sangat membimbangkan. Kalau dadah sintetik, dia akan berlegar jalur Pantai Timur. Pantai Timur. Misalnya, tahun lepas saja kita rampas sehingga hampir 10 tan pil kuda sahaja di Kelantan.

Sebab itu, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Sempadan, saya minta supaya polis Kelantan lumpuhkan semua jeti haram di sepanjang jajaran Sungai Golok, sebelah Kelantanlah. Kita robohkan semua jeti haram, lebih daripada 200 jeti haramlah. Sebab itu, itu satu cara dia. Dan bila kita buat begitu, yang boleh menggunakan sempadan hanya yang ada dokumen.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Menteri.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Kalau tidak, kita— ya, sila.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Menteri.

Saya bangun kerana saya nak— Kota Melaka tak ada di sini, Hulu Langat tadi mungkin terlupa tanya soalan. Indera Mahkota pun ada tanya, tapi bukan dalam Dewan, di luar Dewan. Indera Mahkota daripada sebelah sana. Mengenai seorang bernama Muhammad Adlan Berhan. Muhammad Adlan Berhan, kalau Menteri tak tahu siapa, ini menantu Pagoh lah. Persoalannya, kita tahu kehebatan PDRM, dapat mencegah sesuatu perlakuan jenayah dalam masa yang singkat.

Tapi yang saya nak tanya-tanya, Muhammad Adlan Berhan, ataupun a.k.a Menantu Pagoh, bermastautin di luar negara, main golf dengan mewah. Bagaimana kita tak dapat kesan dia? Pagoh pun tak nak bantu. Saya percaya Pagoh tahu di mana dia berada. Pagoh memang ada maklumat, tapi tak ada seorang pun daripada sebelah sana, Indera Mahkota pun soalkan isu ini. Saya nak tanya, adakah kita boleh meminta Pagoh memberi maklumat, di mana menantu beliau berada? Supaya kita dapat kesan beliau.

Isu Jana Wibawa ini adalah salah satu perkara yang serius. Dana kita yang diselewengkan, rasuah ini yang kita nak banteras.

draft • 3:10 PM

Seorang Ahli

Rasuah.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Rasuah.

draft • 3:10 PM

Seorang Ahli

Banteras.

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kenapa sehingga hari ini kita tak dapat mengesan suspek bernama Muhammad Adlan Berhan ataupun menantu ataupun Pagoh ini sengaja menyembunyikan maklumat yang beliau pun tahu?

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat 36(6), ini satu sangkaan jahat.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sangkaan jahat apa tu Yang Berhormat?

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

You just, ask the question-lah. Don't mention on certain name.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Kota Bharu, sangkaan jahat apa?

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

36(6), menyebut Pagoh dan sebagainya. Apa kena mengenanya? Orang lain buat salah, orang lain tak perlulah menyebut.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey. Tak perlulah Yang Berhormat Jelutong.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

You don't play politics here-lah, Jelutong.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik.

draft • 3:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

We are not playing politics, Kota Bharu. You play politics all the time. You play politics all the time. Shame on you.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

Biar, biar...

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik Dato' Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Biar Menteri menjawab Yang Berhormat. Ya, sila.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Maklum balas saya begini. Kes yang disebut oleh rakan saya dari Jelutong, itu adalah di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kes itu kes SPRM. Itu rahsia umum ya. Oleh kerana individu itu tidak berada dalam negara, diberitakan berada di luar, maka SPRM kemudian memaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri iaitu Jabatan Imigresen supaya membatalkan pasport. Yang itu saya boleh jawab dengan jelas, pasportnya telah dibatalkan.

draft • 3:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Menteri, boleh saya...

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Tentang— isunya sekarang adalah keberadaannya ya. Saya boleh sebut bahawa kerjasama antara kita dengan pihak polis antarabangsa sedang berjalan dan sememangnya kita menemui beberapa petunjuk barulah. Saya boleh sebut petunjuk baru. Saya tak mahu pergi untuk di-elaborate dengan lebih detail sebab itu boleh mengganggu kerja-kerja siasatan kita. Tapi yes, kita mengesan beberapa petunjuk baru yang membantu usaha kita untuk mengesan dan membawa balik.

Misalnya, SPRM semalam membuat kenyataan kertas siasatan yang mereka buka itu, mereka dah selesai dah. Maknanya, selepas ini dia akan pergi ke Peguam Negara. Sama ada ia nya berakhir dengan pendakwaan atau tidak, itu biar Peguam Negara.

draft • 3:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Tugas KDN adalah membantu sama ada melalui imigresen ataupun Polis Diraja Malaysia. Kerja kita adalah untuk membantu membawa pulang kerana itu penerangan yang saya boleh memberi reaksi setakat ini begitu. Silakan.

draft • 3:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Menteri, berkenaan isu yang sama iaitu dengan the location di manakah penama tersebut berada. Hari ini saya baca, ada satu laporan yang menyatakan dari SPRM oleh Dato' Azam Baki. Beliau menyatakan sekarang terdapat kesusahan untuk locate Adlan tersebut oleh kerana didapati terdapat negara-negara lain yang enggan bekerjasama dengan kami oleh kerana kami mempunyai undang-undang yang mengamalkan caning, rotan dan sebagainya.

draft • 3:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Adakah ini telah pun menyekat perkembangan siasatan di dalam kes ini?

Adakah ini mempunyai satu negative effect dalam perkembangan kes ini? Dalam erti kata lain, adakah kami dapat kerjasama dengan INTERPOL? Adakah INTERPOL sedang pada masa ini kerjasama dengan kami? Dan juga adakah nation, nation lain seperti di Middle East, adakah mereka sekarang bekerjasama dengan kami untuk men-locate-kan Adlan tersebut? Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri— Speaker.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dah habis dah.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Memandangkan masa dah tamat Yang Berhormat Menteri...

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya. Saya jawab satu baris saya yang itu?

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Berapa banyak lagi? Okey Yang Berhormat Menteri saya bagi. Berapa minit Yang Berhormat Menteri perlukan?

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, boleh. Terima kasih Bukit Gelugor.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tiga minit? Tiga minit boleh?

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Ya, boleh.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih Bukit Gelugor.

Saya sebut tadi, ya, kita menemui beberapa petunjuk baru. Itu yang pertama.

INTERPOL, saya sendiri menemui Ketua INTERPOL lah. Ini yang sekarang,

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

sebelum dia buat pemilihan nanti. Pemilihan nanti dia nak pilih yang lainlah. Itu cerita lainlah.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

[Bangun]

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Dan sememangnya notification oleh pihak berkuasa kita dalam pengetahuan INTERPOL lah, dia mengesahkan begitu. Pertemuan saya dengan Ketua INTERPOL di luar Yungang, China beberapa minggu lepas. Bila perkara ini saya bangkitkan, beliau mengesahkan bahawa notification di sebelah kita kepada pihak mereka ada dalam pengetahuan mereka lah. Okey, itu saya boleh sebut.

Tapi biar pihak berkuasa khususnya polis dalam kes ini, menjalankan seluruh usaha mereka dengan memanfaatkan hubungan P2P, police-to-police dan jaringan, Interpol. Itu adalah tertib dari segi satu proses bagi tujuan untuk membawa balik mana-mana individu yang dikehendaki untuk berdepan dengan proses undang- undang. Itu yang saya boleh sampaikan...

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri— sikit...

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Yang di-Pertua, saya kira sekali itu saja, saya tak nak buka gelanggang lagi. Saya ucap terima kasih banyak kepada semua.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat Menteri, sat, sat...

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih juga kepada...

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat satu persoalan...

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Terima kasih juga kepada ahli— Tuan Yang di-Pertua dan...

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Dak, saya nak minta sikit saja. Kalau Yang Berhormat tak boleh jawab pun tak apa dulu, buat bertulis. Satu perkara yang besar yang saya bangkitkan iaitu isu FIFA.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik, saya jelas, okey saya jawab.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Pemain naturalisasi saja.

Okey.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen]

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Baik. Saya akan mengulangi balik penjelasan tentang isu ini. Ada dua perkara berbeda. Masa saya buat Minister

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

statement, kebetulan Kota Bharu tak ada dalam Dewan. Ada dua perkara berbeda.

Yang pertama, permohonan warganegara. Yang kedua, adalah kelayakan penama tersebut untuk didaftarkan sebagai pemain warisan.

Dia punca kuasanya berbeda. Punca kuasa bagi tujuan memproses warganegara, punca kuasanya adalah Perlembagaan Persekutuan. Kita proses di bawah Perkara 19. Kita guna pakai Citizenship Regulation 1964. Kemudian daripada situ, dia keluarkan Borang C yang mengandungi checklist bagi satu permohonan nak diproses di bawah Perkara 19. Ini adalah warga asing sepenuhnya, Perlembagaan membenarkan ia menjadi proses mengikut Perkara 19.

Jadi, tertib itu kita guna Perlembagaan Persekutuan. Perkara berapa?

Perkara 19. Kita guna pakai juga Citizenship Regulation 1964. Yang itu adalah perkara yang juga dalam Perlembagaan Persekutuan, seksyen 21(1)(e). Yang itu adalah tentang tempoh pemastautin yang membolehkan Menteri menggunakan kuasa budi bicaranya. Dan kita bukan hanya guna untuk pemain bola saja, kita guna untuk saintis, kita guna untuk CEO company, kita guna untuk doktor, di mana kepakaran itu tak ada dalam negara.

Okey, peruntukan 20, bagi saya jawab dulu. Peruntuk bila seorang bercakap, Ahli Dewan lain kena duduk saya rasa. Standing order.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Ya.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Okey. Jadi, itu yang saya sebut tadi. Maksudnya, dari sudut tertib, apakah tatacara menerima, memproses dan mengesahkan, memberi kelulusan terhadap satu permohonan, mengikut semua punca kuasa perundangan, kita ikut tertib.

Baik, di sana dia ada pula dipanggil FIFA Statute. FIFA Statute ini adalah di bawah perkara yang membolehkan seorang pemain itu didaftar sebagai pemain warisan. Maka ini, pihak yang memohon telah mengemukakan dokumen termasuk dokumen kelahiran mereka berserta dengan cop Pesuruhjaya Sumpah.

Untuk itu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara guna pakai Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian lebih khusus seksyen 10A. Seksyen 10A apabila dia teliti semua rekod yang dikemukakan, kemudian dia interview pula pemohon. Seksyen 10A mengatakan apabila pendaftar besar— ayat dia dalam itu adalah pendaftar besar, fahamnya adalah ketua pengarah berpuas hati. Itu kata kuncinya.

Jadi, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara kemudiannya mengeluarkan satu dokumen kelahiran. 10A itu adalah kebenaran untuk

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

mengeluarkan dokumen kelahiran dan itulah yang digunanya. Jadi, selesai urusan di peringkat KDN. Nampak tak?

Jadi, apabila FAM kemudian membuat pendaftaran, saya tak boleh masuk dalam territory itu. Kota Bharu pernah jadi ahli dalam FAM, saya tak pernah. Jadi, saya jelaskan dalam Dewan, apakah permohonan warganegara mengikut tertib? Ya.

Apa punca perundangan? Perlembagaan Persekutuan. Apa lagi? Seksyen mana?

Perkara 19, seksyen 20(1)(e). Apa lagi? Peraturan Warganegara 1964. Ada senarai semaknya? Ada.

Kemudian, apabila dikemukakan pula dokumen tentang rekod kelahiran mereka yang mengaitkan datuk dan nenek bagi melayakkan mereka untuk mematuhi syarat FIFA di bawah FIFA Statute, maka mereka kemukakan dokumen dan peruntukan undang-undang yang namanya Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian, 10A meletakkan secara jelas apabila pendaftar besar berpuas hati dengan semua dokumen yang dikemukakan dan itulah yang diguna pakai oleh pendaftar.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail

Jadi, selesai urusan di peringkat Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang Berhormat, bagi laluan?

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya tak bagi laluan.

draft • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Tak bagi dah.

draft • 3:20 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Walaupun Menteri bagi, saya tak bagi laluan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri.

Berikutnya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. 45 minit.

draft • 3:20 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Salam Malaysia MADANI. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 yang telah dibahaskan di Dewan Rakyat yang mulia ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga atas semua pandangan, syor

draft • 3:27 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

mahupun cadangan yang telah dibangkitkan berkaitan kementerian MITI sepanjang tempoh perbahasan berlangsung.

Saya faham bahawa Yang Berhormat telah bersedia untuk membahaskan mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART). Namun, saya memohon diberi sedikit masa untuk MITI menjawab beberapa soalan yang dibangkitkan semasa perbahasan tempoh hari dan kepada Yang Berhormat yang soalan perbahasannya saya tidak jawab di sini, MITI akan jawab secara bertulis bagi menjimatkan masa.

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Paya Besar telah membangkitkan perkara berkenaan bagaimana Belanjawan 2026 wajar memberi sokongan strategik yang berterusan mengambil kira hala tuju pasca Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025. Melalui Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia, MITI selaku Ketua Tonggak Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) telah mengutamakan agenda integrasi ekonomi dengan penekanan kepada elemen inklusif dan mampan yang bertujuan untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi ASEAN.

Sepanjang Kepengerusian ASEAN, MITI selaku Ketua Tonggak AEC telah mengetengahkan sebanyak 18 keberhasilan ekonomi berkeutamaan ataupun priority economic deliverables (PEDs) untuk memastikan ekonomi negara turut dianjak dan diharmonikan bersama dengan usaha integrasi ekonomi yang dilaksanakan di peringkat serantau.

Ini termasuk pemeteraian protokol kedua untuk ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA) yang bertujuan untuk menjadi pemangkin untuk memperkukuh integrasi serantau dan meningkatkan perdagangan antara intra-ASEAN bagi mengukuhkan rantaian bekalan ASEAN yang dapat mengimbangi impak geopolitik dan meningkatkan kedudukan dan daya saing ASEAN di peringkat global.

draft • 3:27 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Selain itu, pemeteraian ASEAN-China Free Trade Agreement (ACFTA) 3.0 Upgrade Protocol — ACFTA 3.0 Upgrade Protocol pula dapat memperluaskan kerjasama di dalam bidang-bidang penting seperti ekonomi digital dan hijau, daya tahan rantaian bekalan dan pembangunan MSMD.

Melalui Kepengerusian ASEAN, MITI juga telah mencapai kemuktamadan substantif ataupun substantial conclusion bagi rundingan Digital Economy Framework Agreement (DEFA) yang berhasrat untuk membentuk pasaran digital serantau yang terbuka, adil dan selamat di mana inisiatif ini dijangka melonjakkan nilai ekonomi digital ASEAN kepada USD2 trilion menjelang tahun 2030.

draft • 3:30 PM

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong

Dato’ Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bachok telah membangkitkan persoalan mengenai status pelanjutan insentif pelaburan ke Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah Belanjawan 2026 kerajaan komited menawar insentif cukai melalui pengenalan kerangka insentif baharu berasaskan keberhasilan ataupun New Investment Incentive Framework

(NIIF) selaras dengan pelan induk perindustrian baharu 2030.

NIIF bertujuan menambah baik mekanisme penawaran insentif pelaburan sedia ada dengan memberi tumpuan kepada aktiviti bernilai tinggi dan menyumbangkan kesan limpahan ekonomi. Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Belanjawan 2026, fasa ujian rintis pelaksanaan NIIF sedang berjalan sehingga akhir tahun 2025.

Melalui— mulai suku pertama 2026, kerangka ini akan dilaksanakan sepenuhnya bagi sektor perkilangan, dan diikuti sektor perkhidmatan pada suku kedua. Kerajaan melihat bahawa tiada keperluan untuk menyediakan insentif khas atau pelanjutan insentif sedia ada kerana NIIF dirangka dengan lebih menyeluruh, fleksibel dan berasaskan prestasi.

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya mencelah? Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua, semalam Tan Sri Yang di-Pertua memberi jaminan Menteri akan gulung.

Kami semua, kita berhak bertanya kepada beliau tentang apa yang dibahaskan pagi tadi oleh Yang Amat Berhormat Tambun.

Tetapi kenapa Menteri tak ada malam— pada tengah hari ini?

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

Yang Berhormat ada Dewan semalam?

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Saya dalam Dewan.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya pun ada dalam Dewan semalam, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Tidak ada perkataan Menteri digunakan.

draft • 3:30 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ada, ada, ada.

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ada.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dia digunakan untuk MITI. MITI akan menjawab.

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ada, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Kalau Yang Berhormat tak setuju nanti, Yang Berhormat boleh buat usul. Teruskan, Timbalan Menteri.

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik.

Cuma...

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Dato’ Yang di-Pertua, kalau diberikan peluang saya ingin jelaskan bahawa Yang Berhormat Menteri sedang menghadiri mesyuarat APEC di Korea. Ini sudah— sebelum ini sudah dijadualkan setahun lalu dijadualkan bahawa Menteri akan menghadiri mesyuarat APEC di Korea.

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit. Bila dalam masa yang ada ini ruang untuk kami bincang tentang rectal tariff ini?

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Adalah, ada.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat.

Yang Berhormat, Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat dengar tak awal permulaan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebutkan apa tadi?

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

A ha.

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, okey kita sampaikan...

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Dia minta— sekejap Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri minta untuk dia jawab semua soalan dulu, kemudian baru dia akan pergi kepada tema tersebut. Jelas kan?

draft • 3:30 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Speaker, kalau boleh saya minta— tolong Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana peluang yang ada, ini sahaja. Kalau boleh soalan-soalan lain itu bagi secara bertulis kepada...

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, itu pandangan Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Tak, ini cadangan saya, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Itu tak. Itu— saya beritahu itu pandangan Yang Berhormat...

draft • 3:30 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Cadangan saya memandangkan rakyat di luar sana banyak bertanya dan minta kami sampaikan...

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Bukan, bukan Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat lain juga nak mendengar jawapan. Saya pun bangkitkan banyak isu.

draft • 3:30 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik, baik.

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya pun nak dengar jawapan, Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Tak apa, Dato’ Yang di-Pertua...

draft • 3:30 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Okey, teruskan Yang Berhormat.

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Saya ada jawapan ringkas untuk Yang Berhormat Kalabakan dan juga Yang Berhormat Kubang Pasu yang saya akan hantar secara bertulis. Saya masuk ke tajuk tarif. Apa yang kita buat ataupun kita laksanakan melalui perjanjian ini? Kenapa kita melakukan ini? Buat masa ini, Amerika Syarikat merupakan destinasi eksport utama Malaysia dan juga negara-negara lain dan ini adalah leverage Amerika Syarikat terhadap kita.

So, ini adalah konteks di mana kita membuat keputusan untuk mengadakan perjanjian dengan Amerika Syarikat dan seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri MITI semalam, ini bukan kita minta nak buat, tetapi ini adalah berikutan Liberation Day dan tindakan unilateral Amerika.

Jika kita tidak ingin mengadakan perjanjian ini, kemungkinan ini akan membolehkan Amerika Syarikat terus mengancam untuk menaikkan tarif terhadap Malaysia. Ini akan mengakibatkan syarikat-syarikat Malaysia gulung tikar dan industri negara kita terjejas teruk. Ini akan mengakibatkan rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan menyebabkan pengangguran besar-besaran di negara kita dan ini akan menjejaskan keluaran dalam negara kasar GDP Malaysia.

Pertamanya, adakah kita mahu terus berdagang dengan Amerika Syarikat?

Ini— soalan yang kita hadapi. Apabila kita buat keputusan di peringkat Kabinet, di peringkat Parlimen yang sebelum ini, kita mesti mengambil kira konteks.

Pada 2 April, Presiden Donald Trump mengumumkan tarif Amerika Syarikat terhadap semua negara yang berdagang dengannya. Ketika itu, Malaysia dikenakan tarif 24 peratus, manakala negara-negara lain di rantau ini juga dikenakan tarif walaupun berbeza keadaannya. Kemudian, tarif itu dinaikkan lagi menjadi 25 peratus

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

pada Julai, bulan Julai walaupun ketika itu pihak MITI sudah pun memulakan rundingan dengan pihak Amerika Syarikat.

Namun, Kerajaan Malaysia tidak berhasrat untuk bertindak balas, sebaliknya terus berunding. Salah satu sebab kerana leverage kita terhadap Amerika Syarikat tidak kuat. Kita boleh bertindak balas, kita boleh kenakan tarif terhadap Amerika Syarikat tetapi yang akibatnya adalah industri kita akan terjejas. Kerana sentimen umum di Malaysia jelas menunjuk bahawa banyak pihak mahu persetujuan dicapai dengan baik dan bukannya bergaduh menunjuk siapa wira. Kita tidak mahu menjadi seperti “menang sorak, kampung tergadai”. Kini, tarif untuk Malaysia ialah 19 peratus dan saya rasa ini satu kejayaan.

Kedua, adakah perjanjian ERT ini berat sebelah? Seperti yang apa disebut oleh Yang Berhormat Menteri MITI, tarif timbal balas atau reciprocal tariff ini adalah tindakan sepihak, unilateral. Kita tidak kata ini bukan unilateral. Kita tidak...

draft • 3:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya Puncak Borneo minta penjelasan sedikit, boleh?

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Sedikit, okey.

draft • 3:30 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat berterima kasih kerana kerajaan kita telah memeteraikan perjanjian dengan Amerika. Tapi, saya ingin tahu sebab kita membeli LNG gas asli tetapi Sarawak, di Sarawak, 94 peratus gas asli ini dieksport kepada negara Jepun dan juga negara Korea.

Saya faham kita perlu menampung kelompangan, kekurangan gas asli yang ada. Tetapi kita juga membuka ruang sekiranya suatu hari Amerika kata, “Okey, Jepun, Korea beli daripada Amerika. Jangan beli daripada Malaysia.” Apa yang akan terjadi dengan security energy negara kita? Apa yang kita akan fall back, kita tidak ada.

Yang 94 peratus itu mana kita nak letak kalau satu hari Jepun dan Korea kata, “No, we’ll not buy from you”, dengan izin. Kita kena ada perancangan. Jadi, saya memohon kepada kementerian. Apa salahnya kita buat downstream di negeri Sarawak ini? Kita boleh buat downstream yang banyak kesan ekonomi dan kesan sampingan. Jadi, ini akan memberi pendapatan yang lumayan kepada cukai korporat. Jadi persoalan saya kepada kementerian, adakah kementerian MITI mempertimbangkan pembangunan sektor hiliran LNG di Sarawak. Terima kasih.

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih. Saya bukan pihak berkuasa untuk menjawab adakah kita akan buat— industri hiliran LNG di Sarawak. Saya— jawapan

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

ringkas saya ialah kontrak untuk membekal LNG kepada— oleh PETRONAS.

Pembelian PETRONAS ini sebenarnya keputusan komersial dan keputusan ini sebenarnya menguntungkan PETRONAS seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri MITI semalam kerana PETRONAS membeli daripada Amerika Syarikat dan menjual selepas itu.

draft • 3:30 PM

Tuan Liew Chin Tong

So, ini adalah konteks berkenaan LNG. Memang kalau PETRONAS bersetuju untuk membangunkan industri hiliran di Sarawak, saya memang setuju lebih banyak perindustrian industri hiliran dibinakan di Sabah dan Sarawak.

Saya ingin balik ke teks ucapan asal ini, jawapan saya. Ketiga― maaf ya, dah lari. Okey, kedua, adakah perjanjian ART ini berat sebelah? Seperti apa yang saya katakan, ini memang unilateral, memang ini adalah keputusan Amerika. Kita tidak minta untuk buat perjanjian tetapi kita terpaksa mengadakan perjanjian atau rundingan dengan Amerika Syarikat.

Perjanjian ini memang mengandungi klausa-klausa unilateral yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat. Apa yang kita buat ialah berunding untuk memastikan kedaulatan negara dipertahankan. Ini dilakukan dengan memastikan perkataan, istilah, frasa dan klausa dalam perjanjian ini tidak menjejaskan kedaulatan dan hak-hak Malaysia.

Jika perjanjian mempunyai unsur-unsur unilateral, mengapa kita bersetuju dengannya? Kerana, buat masa ini, Malaysia bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat. Malah bukan sahaja Malaysia, negara-negara lain seperti China, Jepun, Korea Selatan, Vietnam, India, Brazil, Kesatuan Eropah dan lain-lain juga bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat.

Memanglah kita tidak berhasrat untuk bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat buat selama-lamanya, malah kita berharap untuk bebas daripada kebergantungan ini dalam masa 10 atau 20 tahun lagi. Cuma, realiti hari ini ialah kita tidak boleh elak daripada berdagang dengan Amerika Syarikat.

Kerajaan khususnya Yang Berhormat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sentiasa berusaha untuk meneroka pasaran baharu. Kita juga giat berusaha untuk memastikan ASEAN dapat menjadi lebih makmur dan mempunyai kelas pertengahan yang mempunyai daya membeli yang kukuh, dengan ini pasaran baru ASEAN dapat dicipta. Tapi, semua ini tidak akan berlaku dalam satu, dua hari atau satu bulan.

draft • 3:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Dato' Yang di-Pertua, boleh minta Timbalan Menteri bagi laluan?

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Malah, satu tahun pun tidak akan berlaku. So, saya ingin sentuh sikit tentang kedaulatan negara. Selepas itu, saya beri peluang kepada Kubang Pasu dan Machang.

draft • 3:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih Menteri.

draft • 3:40 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Putrajaya sekali, Timbalan Menteri.

draft • 3:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Apa itu kedaulatan?

draft • 3:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Oh, sat lagi? Sorry. Ingat nak bagi terus.

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Dalam konteks Malaysia, kedaulatan negara bermaksud kuasa mutlak dan kebebasan sesebuah negara untuk mentadbir urus hal ehwal dalamannya tanpa campur tangan pihak luar, sama ada dalam aspek politik, ekonomi, keselamatan mahupun sosial. Ia meliputi keupayaan Malaysia untuk membuat dasar sendiri yang melindungi kepentingan rakyat dan negara; kedua, mengawal sumber strategik dan sempadan; ketiga, menentukan hubungan luar negara berasaskan kepentingan nasional; keempat, menegakkan undang-undang dan sistem pentadbiran sendiri.

Saya nak kata, dalam perjanjian ini, kita pertahankan kedaulatan negara tanpa memberi kuasa penentuan untuk pihak Amerika Syarikat walaupun ada klausa-klausa di mana kita berunding dengan Amerika Syarikat.

So, saya beri kepada Kubang Pasu, selepas itu Macang, selepas itu Putrajaya. Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik juga.

draft • 3:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Okey, terima kasih, Yang Berhormat Menteri dan Dato’ Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya nak quote beberapa pandangan yang neutral, bukan pihak sini atau pihak sana.

Saya membaca satu artikel mengenai perkara tarif ataupun perjanjian Amerika—Malaysia ini. Seorang Profesor Geoffrey Williams, seorang pakar ekonomi yang terkemuka, dia menyatakan bahawa pengecualian tarif hanya RM21.9 bilion

draft • 3:40 PM

Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

pada 2024 iaitu hanya 11 peratus jumlah perdagangan Malaysia. Yang lain, 89 peratus eksport dikenakan 19 peratus sepertimana kita semua sudah maklum.

Lagi satu, Bloomberg. Ini semua ini pakar-pakar ekonomi dunia yang orang selalu dengar dan lihat. Bloomberg menyatakan perjanjian ini lebih menguntungkan Amerika Syarikat berbanding Malaysia, malah menjejaskan― ini saya quote apa yang dikata ya― menjejaskan kedaulatan dasar perdagangan Malaysia. Nama dia Brian Tan. Dia kata walaupun senarai produk Malaysia dikecualikan tarif begitu besar, kesan sebenarnya sangat kecil. Sebahagian besar produk tertakluk kepada had dan syarat tertentu dan kesan positifnya amat sikit sekali. Lagi satu daripada Barclays. This is another international organization.

Menganggarkan bahawa pengecualian tarif yang ada yang diberikan kepada Malaysia sekitar USD12 bilion. Namun, kira-kira USD11 bilion daripada jumlah itu tertakluk kepada pelbagai syarat dan had. Bermakna, hanya USD1 bilion eksport ataupun 0.2 peratus daripada KDNK benar-benar akan menikmati kadar tarif sifar.

Minta penjelasan, pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.

draft • 3:40 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Silakan, Machang.

draft • 3:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Ya, terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tak sampai hati nak grill Timbalan Menteri, sebab saya nak grill Senator sebenarnya ya. Sebab, the onus is with him.

Tapi, tak apa, saya nak jelaskan kepada pihak kerajaan, khususnya MITI.

Pembangkang tak pernah menyalahkan mana-mana penjawat awam. Kita faham peranan dan tanggungjawab penjawat awam dalam menggubal dasar. Tetapi, the buck stops with the Minister, dengan izin. Tanggungjawab dalam apa saja perjanjian dasar akhirnya dimuktamadkan oleh Menteri dan juga Kabinet. Jadi, sebab itulah kami terasa terguris bila mana Senator Tengku Zafrul semalam menggunakan penjawat awam sebagai political shield, perisai politik yang tak sepatutnya berlaku sama sekali.

Baik, Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami semua ini realists. We know that the world is not a zero-sum game even in trade in geopolitics, dengan izin. Kita tahu ada concession perlu dibuat. Sebab itu kita perlu dapat deal yang terbaik.

Jadi, saya nak bawa contoh, Yang Berhormat Timbalan Menteri, contoh yang sama, frasa yang sama, klausa yang sama, perbandingan antara Kemboja dan Malaysia. Izinkan saya membacanya sebab hanya ini yang kita ada untuk membandingkan. Section 5 – Economic and National Security, Article 5.1 –

draft • 3:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Complementary Actions. Malaysia ada frasa dan klausa yang sama, Cambodia pun ada klausa yang sama.

Saya baca dulu Cambodia.

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

Cambodia belum tandatangani perjanjian.

draft • 3:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

But it's already in the website.

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

It's a draft one. Must be a draft. It's not an agreement.

draft • 3:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

It’s a draft, it’s still a good, you know. Signed.

draft • 3:40 PM

Tuan Liew Chin Tong

CSP, right? Comprehensive security partnership is not...

draft • 3:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

*No, no.

Same clause, same exact clause. Okay? If I may read? Okay.

“Upon receiving such notification from the United States, Cambodia shall regulate the importation of that good or service into its territory through similar measures as those of the United States in a manner that does not infringe on Cambodia's sovereign interests.” Very clear, very powerful statement.

Whereas* kita punya, “Upon receiving such notification from the United States, Malaysia shall adopt or maintain a measure with equivalent restrictive effect as a measure adopted by the United States or agree to a timeline for implementation that is acceptable to both parties, to address a shared economic or national security concern, guided by principles of goodwill and a shared commitment to enhancing bilateral relations between the US and Malaysia”. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri, melihat daripada klausa yang sama tapi dari segi isi yang berbeza, penekanan yang berbeza, kelihatan sebenarnya Kerajaan Kemboja lebih berjaya mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara mereka berbanding dengan apa yang kita izinkan dimasukkan dalam klausa yang sama yang saya sebutkan tadi.

draft • 3:40 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Jadi, saya nak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini yang dibangkitkan oleh rakyat Malaysia, kenapa kita bagi lebih sangat kepada Amerika?

Kenapa kita tak boleh buat benda yang lebih sepertimana Kemboja boleh buat?

Kenapa klausa ataupun frasa yang sama tidak boleh dimasukkan berbanding dengan apa yang diputuskan? Dan ini yang kami, tadi Tambun cakap nak dapatkan

draft • 3:50 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

pelaburan US. Dalam ini, US tak bagi apa-apa komitmen macam Malaysia bagi pun pada kita, tapi kita bagi RM1 trilion kepada mereka.

Jadi, it is a lopsided deal. It is a bad deal for Malaysia. Ini yang kami bantah.

Tapi dia kata kami pekak, kami bebal, tak baca, bersangka jahat. Kalau Speaker tak halang, saya dah jawab tadi dengan Tambun. Tapi sebabkan saya hormat Tuan Yang di-Pertua, saya tak jawab. Jadi Tuan Timbalan Menteri, *I know, you cannot answer everything now. That's why we demand a special session. Because this is a very delicate matter.

[Tepuk] Thank you.*

draft • 3:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Actually, I can answer everything if you want to.

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sedikit.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sila, lepas Putrajaya.

draft • 3:50 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertama sekali, saya nak sentuh berkaitan dengan apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang dalam Dewan sewaktu kita berbahas tentang tarif ini. Dan pada waktu itu telah dipersetujui penubuhan satu kaukus yang dinamakan Kaukus Parlimen Mengenai Pengenaan Tarif Timbal Balas ke atas Malaysia oleh Amerika Syarikat.

Surat bertarikh 16 Mei 2025 dan dimaklumkan dalam surat ini Pengerusi kaukus adalah Yang Berhormat Paya Besar, sedang menjadi Yang di-Pertua sekarang dan saya merupakan salah satu ahli mewakili pembangkang.

Dan tujuan kaukus ini adalah untuk kita beri pandangan. Sekarang ini di luar sana rakyat tertanya-tanya kenapa sekarang baru kami nak bagi pandangan. Saya nak jelaskan kepada rakyat Malaysia di luar sana, walaupun surat ini sampai pada Ketua Pembangkang pada 16 Mei, kita dah diberikan nama-nama untuk dimasukkan dalam kaukus ini, kami tidak pernah dipanggil bermesyuarat sekali pun. Tidak ada ruang untuk kami beri pandangan.

Ini bukan benda kecil. Ini kerajaan tak boleh menganggap benda ini kecil.

Yang di-Pertua sendiri berada di situ, kita kalau keluar rekod esok-esok, saya nak rekodkan di sini bahawa memang ada panggilan kepada pembangkang untuk masuk dalam kaukus tetapi tidak pernah bermesyuarat. Itu mesti direkodkan dalam Parlimen.

[Tepuk] Apakah ini kerajaan yang kata kerajaan inklusif yang mengambil pandangan pembangkang? Jadi, kepada rakyat Malaysia kena faham. Kami, walaupun dikatakan ada satu kaukus, tidak pernah dipanggil bermesyuarat. Dan kita tengok dokumen ini apabila kerajaan keluarkan dokumen tersebut, itu satu.

draft • 3:50 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang kedua, saya nak bangkitkan adalah berkaitan dengan apa naratif yang digunakan oleh kerajaan menyatakan bahawa pembangkang tak baca. Konon-konon pembangkang tak baca dokumen-dokumen ini. Saya nak bagi tahu Menteri. Menteri mungkin tak baca lagi. Ini berkaitan dengan Joint Statement United States and Cambodia Agreement on Reciprocal Trade. Dah ada, bertarikh 26 Oktober 2025 ya.

[Tepuk] Ini dokumen dia Yang Berhormat Timbalan Menteri, 26 Oktober 2025. Kami baca satu persatu dan saya bandingkan dengan dokumen yang ada, yang telah ditandatangani oleh Malaysia word by word, berjam-jam pergi satu persatu nak fahamkan. Dan kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tadi mendapat tarif 19 peratus adalah satu kejayaan, saya nak bagi fakta.

Pada 2 April 2025, tarif yang dikenakan pada kita 24 peratus, kepada Cambodia 49 peratus. Pada 8 Julai 2025, kepada kita naik daripada 24 jadi 25, kepada Cambodia daripada 49 turun 36. Daripada satu, ya the latest ini, daripada perjanjian ini, kita 19 peratus dan Cambodia 19 peratus. Jadi, saya ambil Cambodia ini kerana ini antara perjanjian yang ada dan ini merupakan kadar yang sama. Dia 19 sama 19. Dia turun daripada 49 peratus kepada 19 peratus. Kita turun daripada 24 peratus yang asal, naik 25 kepada 19 peratus.

Berkaitan dengan barang yang mendapat zero tariff, kita ada 1,711 barang yang diberikan zero tariff dan mengikut kiraan sayalah, mengikut kiraan kami, tidak ada data lagi. Kita kena go through agreement Cambodia ini. Cambodia pun mendapat zero tariff sekitar 1,800 barangan. Ini nak bercakap tentang jumlah barangan.

Namun begitu, apabila kita bandingkan dua-dua perjanjian ini, kita boleh lihat perjanjian asasnya yang mana dan kita boleh lihat perbezaannya cukup ketara. Tadi Machang dah sentuh, Machang dah sentuh. Saya nak minta Menteri jawab. Menteri jawab bandingkan, tengokkan berkaitan dengan apa yang Menteri sebut tentang kedaulatan tadi. Saya tak perlu ulang apa yang Machang sebut berkaitan dengan Artikel 5.1, point nombor 1 dan point nombor 2.

Seterusnya point nombor 3 juga dan bandingkan dengan artikel yang sama Cambodia. Point yang sama cukup pendek dan saya nak sebut apa yang antara key- nya yang disebut oleh Cambodia bermaksudnya begini. Kalau United States buat apa-apa ya kepada mana-mana negara lain, buat macam kita juga. Kalau United States ada apa-apa larangan terhadap negara lain dan sebagainya, apa yang disebut oleh dalam Agreement Cambodia adalah dia boleh maklum pada Cambodia dan

draft • 3:50 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

selepas menerima makluman itu, Cambodia boleh mengambil similar measures, measure yang hampir sama, *similar.

Now*, kita punya term yang kita pakai, measure with equivalent restrictive effect, ya, lagi keras term dan apa yang disebut oleh Cambodia. Cambodia sebut jelas, “In a manner that does not infringe on Cambodia's sovereign interest”. Sebab itu saya lihat, kenapa, itu baru satu ya Yang Berhormat Menteri. Itu baru satu.

Kenapa kita mengambil tindakan yang terlalu mengekang, terlalu spesifik, terlalu mengekang dalam konteks ini untuk mencapai kadar tarif yang sama dan penurunan yang jauh lebih rendah jika berbanding dengan Cambodia. Itu satu.

Yang kedua, saya minta Menteri jelaskan. Artikel 3, saya minta Menteri jelaskan Artikel 3.4, maka entry condition nombor 2, A dan B serta C. Cuma saya nak jelaskan berkaitan dengan B. Preclude— okay, nothing in this article shall preclude a party from requiring that access to be provided to software used for critical infrastructure and so on. Pertama sekali dalam Agreement Cambodia saya tak nampak begitu spesifik.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Yang Berhormat, Yang Berhormat Putrajaya.

draft • 3:50 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Dan dalam artikel kita begitu spesifik. Jadi, saya nak jelaskan, apakah critical infrastructure yang kita bercakap di sini dan apakah akses yang boleh didapati oleh Amerika Syarikat dalam konteks ini dan kenapa kita masukkan satu clause yang begitu mengikat kalau dibandingkan dengan negara lain? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Timbalan Menteri, Timbalan Menteri

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik juga ada sebut Menteri.

draft • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangi.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sekejap, sekejap.

Yang Berhormat Timbalan Menteri nak jawab dulu tiga-tiga ini ke atau....

draft • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Boleh bagi Bangi tak?

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya ingat bagi terus Menteri.

Sikit saja Menteri. Boleh ya Menteri.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Sik dulu ke Bangi?

draft • 3:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Bangi, Bangi.

draft • 3:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey sikit dulu.

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Saya dulu ya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

draft • 3:50 PM

Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar

Saya minta Yang Berhormat, saya tahu kita nak bagi ruang untuk bercakap tentang perkara yang penting ini. Tapi janganlah ambil peluang sangat, ya untuk berbahas panjang sangat.

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Baik, saya akan straight to the point. Baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ya Yang Berhormat Menteri, petang ini telah jelas bahawa apa yang dikomen, dikritik oleh rakyat di luar bahawa perdagangan ini adalah tidak adil untuk Malaysia. Yang Berhormat Menteri sendiri sebut adalah perjanjian unilateral dan tidak ada maksud pun perjanjian timbal balas yang kita dapat terima dengan adil. Itu jelas yang disebut Yang Berhormat Menteri.

Soalan saya gini, kenapa begitu mudah kerajaan bersetuju mengecualikan syarikat-syarikat gergasi digital daripada AS ini, daripada Amerika ini, Google, Meta, Amazon daripada cukai perkhidmatan digital yang termaktub dalam klausa perjanjian ini? Sedangkan Yang Berhormat Menteri, kita sendiri, Malaysia telah mengutip cukai digital Malaysia ini sejak lebih daripada RM1.2 bilion. Ini antara sumber pendapatan besar negara kita. Jadi, adakah ini juga akan menjejaskan cukai pendapatan ini dalam terma dalam klausa ini? Ini perlu penjelasan jelas daripada Menteri. Yang kedua...

draft • 3:50 PM

Tuan Liew Chin Tong

Klausa apa ini? Sorry.

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Itu perlu penjelasan, adakah cukai digital ini juga termasuk, makna kita akan dihalang untuk menyekat ataupun kutipan. Ini perlu penjelasan. Sebab itu yang ditanya oleh rakyat di luar.

Yang kedua, berkaitan dengan kita bersetuju untuk membeli arang batu daripada US, syarikat-syarikat termasuk TNB dan sebagainya, padahal kita Malaysia telah pun termaktub dalam Perjanjian Paris untuk mengurangkan bahan api fosil ini.

Jadi, ini juga penting diperjelaskan oleh kementerian.

draft • 3:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Padahal kita dalam National Energy Transition Roadmap 2024, kita berikrar mengurangkan intensiti karbon ini sehingga 45 percent. Jadi, adakah ini menjejaskan komitmen kita dalam roadmap ini? Ini perlu dijelaskan oleh Menteri dan rakyat ingin dengar sebenarnya keseluruhan klausa-klausa dalam perdagangan perjanjian ini Menteri ya.

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 4:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Menteri, boleh Bangi? Okey. Menteri, saya ini tak adalah pandai macam Machang dan juga Putrajaya tapi saya fikir saya ini adalah juga pengalaman sebagai seorang peguam. Dan sebenarnya kalau tanya sayalah, YB Menteri. Klausa 5.1 dalam perjanjian kita sebenarnya gives us bigger leeway daripada 5.1 dalam Cambodia. Kenapa? 5.1 dalam kita punya perjanjian itu memberi ruang untuk kita bincang pada asas shared national or economic security concern.

Maknanya, the obligation only kicks in kalau ada national or economic security concern. Kalau kita banding dengan Cambodia punya, YB Menteri. Saya tak tahu betul atau tidaklah, YB Menteri lagi pandailah, semua kat sini lagi pandai daripada saya. Kalau kita tengok yang Cambodia punya, bila dapat notification sahaja, Cambodia kena buat. Kena buat. Shall dan the only leeway yang dia orang boleh ada, adalah hanya apa yang dia orang buat tu tak boleh infringe on their sovereign right.

Jadi maknanya, kita ni ada bigger leeway. Sebab tu saya rasa orang yang sebenarnya berunding ni, all the civil servants, my hats off to all of you, we are better than Cambodia in that sense. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Terima kasih kepada kelima-lima Ahli Parlimen. Oh, dah tukar Speaker.

[Ketawa] Puan Yang di-Pertua, saya nak jawab soalan Sik dulu.

Yang Berhormat Sik kata, ini memang berat sebelah dan seperti apa yang saya kata, ini unilateral, bukan reciprocal. Ini Yang Berhormat kata, ini bukan reciprocal, bukan timbal balas. Saya nak jelaskan kepada umum bahawa perkataan “reciprocal trade” ini asal usul dia ialah dalam satu akta Amerika Syarikat yang digubal pada tahun 1934, bernama the Reciprocal Trade Agreements Act of 1934 dan ini memberi kuasa kepada Presiden Amerika Syarikat untuk berunding bagi mengadakan perjanjian perdagangan dua belah tanpa memerlukan kebenaran Kongres.

Pentadbiran Donald Trump menggunakan akta ini yang sudah lama tidak dipakai, untuk mengadakan perjanjian tanpa memerlukan kebenaran Kongres. So, ini perkataan “reciprocal trade” ataupun “timbal balas”, ini adalah asal usul dia. Tapi ini tidak — memang unilateral. Ini tindakan unilateral Amerika Syarikat. Kalau keputusannya kita tak mahu ada perjanjian, maka kita akan hadapi tarif yang lebih tinggi, syarikat kita akan tutup, pekerja kita akan hilang pekerjaan, itu adalah kesannya.

Soalan Kubang Pasu berkenaan dengan pandangan Bloomberg. Memang setiap keputusan, setiap tindakan yang diambil oleh sesiapa, memang ada

draft • 4:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

komentar-komentar yang sesuka hati mereka. Tapi apa yang— apa perjanjian ini membawa? Perjanjian ini membawa kepastian, certainty untuk syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan syarikat-syarikat tempatan, domestik.

Sebenarnya, Yang Berhormat Kubang Pasu memang fasih dalam hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat, terutamanya dalam sektor-sektor E&E. Malaysia dengan Amerika Syarikat, selain daripada TIFA, Trade and Investment Framework Agreements pada 2004, kita tidak ada perjanjian di antara Malaysia dengan Amerika Syarikat. Kita tak ada perjanjian perdagangan di antara kedua-dua negara. Salah satu sebab ialah Kongres Amerika Syarikat tidak akan membenarkan FTA ataupun perjanjian perdagangan di antara negara kita. Kita pernah cuba US-Malaysia FTA, tidak berjaya. Kita pernah cuba TPP, Trans-Pacific Partnership, tidak berjaya.

Maka, secara ironik kali ini kita macam ada satu perjanjian di antara dua-dua negara dan ini memberi kepastian kepada syarikat kita. Mereka tahu bahawa ini adalah kadar tarif dan mereka boleh membuat perhitungan, boleh membuat pengiraan berasas apa yang telah dimuktamadkan. Soalan Machang...

draft • 4:00 PM

Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu

Minta laluan sedikit sahaja, Menteri? Saya bukan hanya Bloomberg, Barclays, Profesor George William dan all that. These people is somebody, no— it is not nobody. So, they have done their own analysis. So, yang memeranjatkan saya, ketiga-tiganya mengatakan bahawa lebih menguntungkan Amerika dari Malaysia, itu sahaja.

draft • 4:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Memang ini unilateral agreement. Kalau kita tidak setuju, maka dia tidak akan— dia akan naikkan tarif dan memang unilateral, dia yang nak buat perjanjian, bukan kita nak buat perjanjian.

draft • 4:00 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap.

Sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri sentuh tentang semikonduktor. Saya nak minta penjelasan sedikit berkaitan dengan hal ini. Kita dah signed 19 peratus. Okey, tapi semikonduktor ini belum lagi. Apakah akan berlaku keadaan di mana kalau tarif semikonduktor ini jauh lebih tinggi? Perlu ada perundingan semula, perlu ada tambahan restriction baharu atau bagaimanakah keadaannya? With regards to semikonduktor dan beberapa sektor lain. Terima kasih.

draft • 4:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, semikonduktor bukan di bawah reciprocal tariff. Okey. Semikonduktor disiasatkan— menggunakan istilah mereka, disiasatkan di bawah seksyen 232, Akta Amerika Syarikat dan di bawah Secretary of Commerce.

Apa yang telah dilakukan, perundingan kita bersama dengan Amerika Syarikat dilakukan bersama dengan United States Trade Representative, Jamieson Greer

draft • 4:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

dan section 232, dia adalah sectorial tariff. Sectorial tariff dikenakan terhadap iron and steel. Keluli pada 12 Mac tahun ini.

Sectorial tariff terhadap perabot telah— baru dikenakan. Semikonduktor belum diputuskan tetapi dalam joint statements di antara Presiden Trump dengan Perdana Menteri kita, ada sebut di sini bahawa the United States may positively consider the effect that the agreement has on national security, including taking the agreement as in Perjanjian Reciprocal Tariff, into consideration when taking trade action under section 232 of the Trade Expansion Act of 1962 as amended. Bermakna, apabila mereka membuat pertimbangan berkenaan dengan semikonduktor— sectorial tariff berkenaan semikonduktor, dia akan mengambil kira bahawa Amerika Syarikat dengan Malaysia telah membuat dan memeterai perjanjian timbal balas. So, this is taken into consideration when semiconductor is being reconsidered. Saya nak balik kepada soalan ataupun pandangan Machang.

Machang kata, ini tanggungjawab Senator Tengku Zafrul. Saya nak berikan pandangan sayalah. Kita buat keputusan ini bukan satu orang. Kita buat keputusan ini, keputusan ini telah melalui Jemaah Menteri empat, lima kali. Keputusan ataupun perundingan ini telah dibawa, dibentang ke National Geoeconomic Task Force

(NGCC). Keputusan ini telah di— apa yang telah dilakukan, telah dibawa ke Parlimen pada bulan Ogos juga dalam kenyataan Menteri dan semua ini.

So, ini bukan kerja seorang. Tanggungjawab itu collective responsivity Kerajaan Malaysia, itu saya nak just jelas.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Tidak jelas] ...bagi peluang.

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Minta sikit?

draft • 4:00 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, ringkas.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih. Saya— kami ini— janganlah kami— kata kami membantah buta-tuli. Kami duduk mengesan hasil daripada trade agreement ini menyebabkan masa 20–30 tahun.

draft • 4:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Jadi, sama-sama kita bangkit, janganlah kata kami tak tahu. Jadi, kami sedang mengesan untuk nak melindungi hak negara. Jadi, saya nak balik kepada perkara 5.1 yang mengikat Malaysia kepada dasar luar Amerika.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

5.1, saya belum jawab lagi.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak apa, tak apa. Nanti jawab balik, nanti saya bangkit dulu.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, ringkas sikit.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey. Satu, bila kita terikat dengan Amerika dalam perkara 5.1 ini dan kita tak boleh engagement dengan another country ataupun negara lain. Jadi dalam elemen, dalam salah satu daripada perkara yang kita masuk dalam trade agreement ini adalah REE.

Sepatutnya REE ini, kerajaan kena bincang dengan state. Kalaulah ini dibuat perjanjian, bila REE ini di-harvest dan dihantar ke Amerika dan boleh dihantar ke tempat lain, kita tak boleh lagi menjual ke negara lain. Jadi, kita tak dapat lagi. Hak state ini kita ambil, begitu saja. Negara-negara, negeri-negeri yang ada REE ini tak dirundingkan, tidak ada lagi MOU ataupun MOA macam mana. PETRONAS, petrol, apa semua, hak negeri berapa persen, semua tak ada. SOP pun belum siap lagi.

Jadi bila ini, kita tengok macam kita telah diikat oleh US dalam perjanjian apa ni, trade reciprocal ini yang mana kita rugi, 5.1 ini.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, saya minta Pendang bacakan seksyen berkenaan REE.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

[Bangun]

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, saya baca sekarang.

Okey, melalui peruntukan ini, “Jika Amerika Syarikat mengenakan tarif, kuota atau sekatan perdagangan terhadap mana-mana negara...”

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Agreement itu bahasa Melayu ke?

[Ketawa]

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

“...atas alasan keselamatan ekonomi atau nasional, Malaysia wajib mengambil tindakan serupa atau bersetuju dengan garis masa untuk melaksanakannya secara praktikal.” Ini menjadikan Putrajaya pelaksana proksi dasar sekatan Amerika Syarikat. Memaksa Malaysia menuruti tindakan hukuman walaupun bercanggah dengan kepentingan negara sendiri.

Janganlah kata kami ini menentang membuta tuli. Kita sama-sama berkongsi untuk kesan masa akan datang.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Yang Berhormat Pendang, itu bukan peruntukan berkaitan dengan REE. Tak apa, nanti saya sebut tentang REE. Terima kasih, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, okey. Terima kasih. Okey, okey, okey.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Walaupun ada orang kata dia tak cerdik tapi dia nak bercakap juga.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Siapa? Siapa?

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia nak bercakap juga bab ini.

Dia kata dia tak cerdik, dia tak pandai macam orang lain. Saya, walaupun saya, taklah mengaku saya cerdik ataupun tak cerdik tapi saya nak mengesan.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, okey. Terima kasih, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, cukup.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Nanti, nanti saya akan sampai kepada bab ini. Tak apa, tak apa. Terima kasih, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya mengesan kesan kepada rakyat Malaysia 15, 20 tahun.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sudah, Pendang.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

25 tahun daripada perjanjian ini, more than RM1 trillion.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukuplah, Pendang.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

We have to spend. Anak cucu kita kena bayar hutang-hutang ini.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, baik. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila gulung.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah masa?

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Semalam Tuan Yang di-Pertua janji pada kami.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya yang mempengerusikan Majlis sekarang.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Ya. Tan Sri Speaker jawab kelmarin, Puan Speaker.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila duduk.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Dia akan bagi seluas-luasnya untuk MITI.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau tak puas hati, buat usul.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Tak, bukan tak puas hati, puas hati. Saya puas hati dengan Puan Speaker.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Kalau puas hati, sila duduk.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya puas hati tapi Speaker kelmarin janji.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Machang, ringkaskan.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Okey, okey.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kelmarin, Menteri tuduh kami.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya sudah buat petua.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Kata kami serang pegawai kerajaan.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mic, mic.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Mic, mic, mic.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Saya beri peluang 30 saat kepada Machang.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Okey.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

Baik, okey.

Saya bagi satu senario case study. Cambodia, Malaysia. Tambun kata Presiden Lula nak bagi support Malaysia jadi members BRICS. Consequence daripada keputusan ini, Trump kata, “Siapa jadi ahli BRICS, 10 percent additional tariff”. Berdasarkan

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

perjanjian 5.1 klausa tadi, pasti kita kena. Sebab apa? Ada shared interest kita dengan Amerika.

That's the operative word. In Cambodia 5.1, there's no such thing shared interest. They have the right to protect the sovereignty. So, kalau Cambodia nak jadi *member BRICS, I don't think US can put a 10 percent tariff on Cambodia.

[Tepuk]*

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Boleh? Boleh?

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey.

draft • 4:10 PM

Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang

That's my argument, thank you.

draft • 4:10 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Tanah Merah boleh? Ringkas sahaja, one minute. Sahabat, sahabat lama. Tanah Merah.

Okey. Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya sikit, simple je. Konklusi dia kepada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri merasakan this is a good deal, bad deal or a fair deal? Ter`ima kasih.

draft • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Memang saya rasa ini adalah deal yang paling baik dalam keadaan yang terpaksa. Saya dengan Menteri, jawapan kami sama. Keadaan ini, keadaan yang kita dipaksa untuk menandatangani perjanjian dan perjanjian ini adalah yang telah dirunding secara baik, yang terbaik oleh pegawai-pegawai kita.

Berbulan-bulan mereka berunding dan hasilnya ialah kita mempertahankan kepentingan ekonomi dan kedaulatan negara kita.

Untuk menjawab beberapa soalan, saya rasa cukuplah, Machang. Dah beri banyak peluang kepada semua.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, ringkaskan jawapan.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey. Saya kesal sikitlah. Saya rasa sebenarnya perjanjian ini perjanjian negara. Ini bukan perjanjian di antara pihak Pakatan Harapan dengan Perikatan Nasional ke Barisan Nasional. Saya harap sebagai seorang Ahli Parliamentarian, saya harap Ahli-ahli kita boleh mengambil sikap bahawa apabila ada isu-isu berkenaan dengan hubungan kita dengan luar negara...

draft • 4:10 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

...Kita boleh ambil pendekatan yang lebih bipartisan.

draft • 4:10 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Okey. Ini saya nak minta, Timbalan Menteri. Itu saya sebut tadi, surat kaukus 16 Mei. Ini kepentingan negara, kepentingan anak cucu kita. Kenapa kami tidak pernah dipanggil untuk berbincang sekalipun? Ini Timbalan Menteri tak jawab.

draft • 4:10 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Betul, jangan main kata seolah-olah ini penting untuk negara dan kami pandang benda ini tak penting. Kami tahu benda ini penting tetapi kami langsung tidak diambil kira pandangan kami, tidak dipanggil kaukus. Ahli Parlimen, Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut, yang ini adalah Ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak. Sebab itu saya kata kerajaan perlu berlaku adil. Ini perkara penting pada negara dan ambil peluang, duduk bincang, tengok macam mana kita boleh buat.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Okey, saya sebagai seorang Ahli Parlimen yang memberikan peluang kepada pembangkang...

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Yang Berhormat Menteri, adakah Menteri MITI...

[Pembesar suara ditutup]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ahli-ahli Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mic. Sila gulung, masa sudah tamat.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya, saya sudah memberi peluang yang sangat mencukupi dan berikan saya masa untuk menjelaskan isu yang telah dibawa.

Satu, Cambodia. Ini, saya, hasrat saya ialah pembangkang tanya soalan dulu.

Okey, Cambodia memang dia ada perjanjian tapi perjanjian dia, they eliminated 100 percent of tariff to zero percent. Itu hasil dia. Hasil dia, Cambodia hapuskan semua tarif. Kita tidak hapus semua tarif dan banyak sebenarnya. Ada 6,000 baris itu dulu dah hapuslah. So, we did not go to that extent. Cambodia membenarkan Amerika Syarikat untuk melabur dalam REE di Cambodia, explore, extract and process.

Okey? Kita tidak. Kita ada ruang untuk merunding.

So, saya rasa tidak adillah, tidak adil untuk membanding teks kita bersama dengan teks Cambodia.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Saya nak balik ke 5.1. Berikan, saya tak layanlah ya, dah cukup masalah.

Saya nak balik ke 5.1. 5.1 kata apa? There are so many caveat, dia ada begitu banyak caveat. Goodwill, shared economic and national security concern guided by the principle of goodwill dan yang paling penting, in accordance with its domestic law. Setiap bahagian, setiap bab, setiap perenggan di mana Amerika Syarikat cadang apa, kita respons dengan in accordance to domestic law. Saya harap semua

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

baca teks supaya boleh faham bahawa setiap bahagian in accordance to, with domestic law.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, tak ada masa lagi.

draft • 4:10 PM

Tuan Liew Chin Tong

Tak apa, ini saya perlu jelaslah, ini pentinglah dan ini memang penting, isu penting. So, 5.1 ataupun 5 memang jelas in accordance with domestic laws and domestic regulation regulatory processes. Okey? Untuk isu REE.

Saya harap Pendang bacalah, saya harap Pendang akan baca dan memahami apa, apa yang sebenarnya.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Menteri, terima kasih sebab Menteri ini, dia dipilih oleh rakyat. Menteri Senator itu dia pintu belakang, dia tak dipilih oleh rakyat.

draft • 4:10 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Pendang.

draft • 4:10 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Okey, terima kasih. Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih.

draft • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 4:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Ya, bagi saya jawab REE. Dari dasar kita sekarang, dasar kita tidak membenarkan eksport selain daripada mendapat apa ini, kebenaran untuk raw, untuk raw cake. Untuk critical mineral untuk rare earth. Hanya dengan kebenaran Kabinet, kebenaran Jemaah Menteri, maka syarikat boleh eksport raw cake. Kita ingin mewujudkan industri hiliran di negara kita. Maka kita tidak membenarkan eksport of raw cake. Dalam konteks dengan Amerika Syarikat, sama, dasar kita sama. Raw material tidak boleh eksport. Kalau dia sudah jadi magnet, dia boleh eksport.

Sekarang ini pun juga sama. Siapa yang sudah wujudkan REE dalam bentuk magnet, dia boleh eksport. So, dasar tidak berubah. Kalau syarikat, Amerika Syarikat, kalau dia nak beli raw cake, dia memerlukan kebenaran atau pengecualian yang diluluskan oleh Jemaah Menteri. Tapi dalam realiti, Amerika Syarikat tidak ada capability atau keupayaan untuk proses. Maka, keadaan itu tak ada.

So, saya nak, saya harap semualah. Memang ini adalah unilateral, apa ini, perjanjian unilateral pihak Amerika Syarikat. Tetapi kita berusaha untuk mewujudkan

draft • 4:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

satu perjanjian yang memastikan kelangsungan ekonomi kita dan memastikan kedaulatan negara kita tidak diancam dan saya ingin berakhir dengan kata...

draft • 4:20 PM

Dr. Radzi Jidin - Putrajaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 4:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Pertama..

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tidak boleh mencelah lagi, sila duduk.

draft • 4:20 PM

Tuan Liew Chin Tong

Perjanjian kita memastikan kepastian, certainty. Kedua, kita mendapat akses pasaran seperti apa yang saya kata dah lama kita cuba berunding dengan Amerika Syarikat supaya ada FTA. Kini, kita ada secara ironik, kita sudah ada perjanjian untuk akses pasaran Amerika Syarikat. Dan pasaran Amerika Syarikat penting untuk negara kita kerana buat setakat ini bukan saja negara kita tetapi seluruh dunia bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat. Hasrat kita satu hari lagi, suatu hari nanti kita tidak perlu bergantung kepada pasaran AS tetapi hakikatnya rakyat kita, pekerja kita memerlukan, apa ini, pasaran Amerika untuk sekarang.

Dan akhirnya kita tidak menggadai, tidak menggadai kedaulatan negara. So, saya harap kita boleh ambil satu sikap dan pendekatan bipartisan apabila kerajaan memasuki satu apa ini, memeterai satu perjanjian yang akan membawa manfaat dan juga mempertahankan ekonomi kita, kita dapat pendekatan dan juga, pendekatan secara bipartisan daripada semua pihak. Terima kasih.

draft • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Sekarang, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan untuk menjawab.

draft • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

draft • 4:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh jawab Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di dalam Dewan sahaja.

draft • 4:23 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Puan Yang di-Pertua, terlebih dulu terima kasih kerana izinkan saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Belanjawan Tahun 2026, peringkat dasar bagi pihak Kementerian Pertahanan bagi seluruh warga Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

draft • 4:23 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi penghargaan terima kasih khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana telah mengutamakan sektor pertahanan negara melalui peruntukan sebanyak RM21.746 bilion dalam Bajet 2026 iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding tahun 2025 iaitu sebanyak RM21.13 bilion. Dan Kementerian Pertahanan akan memastikan peruntukan ini dimanfaatkan dengan telus dan berhemah demi sebuah negara yang selamat, berdaulat dan makmur, selaras dengan visi sebagai peneraju pertahanan negara yang berwibawa.

Seterusnya saya ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada enam orang ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah Kementerian Pertahanan semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan pada tahun 2026 iaitu Yang Berhormat yang terlibat, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Ketereh, Yang Berhormat Batu Pahat, Yang Berhormat Tanah Merah dan juga Yang Berhormat Lumut.

Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian akan diberikan perhatian serius di mana saya akan menjawab berdasarkan kepada empat tajuk seperti berikut iaitu pengurusan hal ehwal veteran Angkatan Tentera, program latihan khidmat negara, perolehan aset strategik pertahanan negara dan kebajikan warga ATM.

Untuk pengurusan hal ehwal veteran ATM, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Ketereh ada membangkitkan, begitulah juga dengan Yang Berhormat Lumut di mana Yang Berhormat Larut mencadangkan agar program TVET ini diolah.

Saya terpaksa menjawab walaupun Larut tak ada di sini tapi ia terkait juga dengan soalan-soalan daripada Yang Berhormat Ketereh dan juga Lumut.

Yang Berhormat Larut mencadangkan agar program TVET diolah menjadi platform transformasi sosial kepada golongan berpengalaman, termasuk yang bersara awal seperti pesara tentera. Dalam hal ehwal ini, Kementerian Pertahanan melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera iaitu PERHEBAT bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksana program latihan kepada anggota ATM yang akan bersara dan juga kepada veteran ATM.

Program latihan peralihan yang dilaksanakan meliputi bidang teknikal dan vokasional, TVET dan keusahawanan yang dilengkapi dengan kemahiran insaniah berteraskan kemahiran sosial dan nilai keusahawanan. PERHEBAT kini telah mentransformasikan program latihan kerjaya TVET khusus untuk bakal pesara dan

draft • 4:23 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

veteran ATM untuk membangunkan mereka sebagai penggerak ekonomi dan juga tenaga kerja berkualiti tinggi.

Puan Yang di-Pertua, hasil kolaborasi dengan pelbagai agensi dan syarikat swasta, program TVET yang dilaksanakan kini tertumpu kepada industri bernilai tinggi bagi melonjakkan daya keboleh pasaran mereka selepas persaraan. Ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas dan juga menyokong kerangka Ekonomi MADANI.

Di samping itu, program TVET ini turut diperluas di bawah inisiatif kerjaya perwira sebagai program latihan dan penempatan pekerjaan dengan kerjasama industri dari pelbagai sektor. Bakal pesara akan ditempatkan di syarikat-syarikat swasta yang berkelayakan akan ditawarkan peluang pekerjaan.

Dan setakat ini program kolaborasi kita telah dilaksanakan bersama anak- anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera seperti Boustead Plantations, BHPetrol, Pharmaniaga dan beberapa pemain industri seperti Weststar Aviation, Malaysia Rail Link serta Human Resource Development Corporation iaitu HRD Corp.

Untuk maklumat juga, macam Malaysia Rail Link, sekarang ini ada 10 orang veteran Angkatan Tentera kita yang berada di China kerana mereka juga terlibat dalam proses memastikan latihan-latihan ini untuk persediaan kita bagi mengoperasikan ECRL. Dan PERHEBAT turut menyediakan pensijilan Diploma Kemahiran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi mengiktiraf pengalaman dan kemahiran veteran untuk lonjakan kerjaya kedua mereka.

Yang Berhormat Ketereh telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kementerian semasa perbahasan tempoh hari. Cadangan pertama supaya peruntukan kementerian digunakan bagi penyelarasan pencen veteran ATM yang bersara sebelum 1 Januari 2013 memandangkan pencen mereka tidak disetarakan dengan veteran yang bersara selepas tarikh tersebut. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketereh.

Dan sepertimana yang saya sering ulang ya dalam Dewan ini dan semua kita sedia maklum bahawa keputusan pelarasan pencen veteran ATM yang bersara 1 Januari 2013 telah diputuskan di Mahkamah Rayuan pada 4 Jun 2025 yang membenarkan rayuan. Rayuan Kerajaan Malaysia, Majlis Angkatan Tentera dan dua lagi pihak lain. Dan pihak responden pula telah memfailkan dan menyerahkan memorandum dan rekod rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada 4 Julai 2025.

draft • 4:23 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan kita tahu bahawa berdasarkan Peraturan Mesyuarat Perkara 23.1(g) memang memberikan beberapa peraturan kepada kita dalam kita membicarakan perkara-perkara yang sedang diputuskan di peringkat mahkamah. Dan oleh yang demikian, berdasarkan peraturan tersebut, saya fikir perkara ini selalu saya peringatkan, memang kalau boleh kita mahu membincangkan persoalan ini dan mencari penyelesaian kepada isu yang terkait dengan penyelarasan pencen itu, tapi kita juga terikat dengan keputusan mahkamah itu juga.

Dan sepertimana yang kita sedia maklum bahawa kerajaan dan Kementerian Pertahanan akan akur terhadap apa saja jua keputusan yang dibuat oleh mahkamah dan kita akan mengambil keputusan sewajarnya. Namun, pada masa yang sama, ini antara yang selalu saya pertegaskan, Kementerian Pertahanan sentiasa berusaha dalam agenda Kementerian Pertahanan untuk memperkasakan kesejahteraan veteran ATM sama ada berpencen ataupun tidak berpencen.

draft • 4:23 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya tahu mereka yang terlibat sebelum 2013 itu berjumlah hampir 89,000 orang. Sekarang ini jumlah mereka itu ada 86,000 orang. Tapi, saya tak nafikan bahawa tanggungjawab kita kepada lebih daripada 230 anggota veteran Angkatan Tentera tetap kita berikan keutamaan.

Sedikit, Yang Berhormat Ketereh. Nanti saya bagi ruang. Berikan saya ruang untuk saya perjelaskan sedikit dan saya akan beri ruang kepada Yang Berhormat Ketereh untuk membangkitkan.

Dan sementara menunggu keputusan mahkamah, kerajaan akan meneruskan usaha untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan warga veteran ATM melalui dua kaedah ini. Sementara kita tunggu keputusan mahkamah itu, saya fikir kita tak boleh sekadar menunggu tapi kita tahu bahawa kewajipan kita, tanggungjawab kita adalah untuk pastikan kerana kita tahu bahawa perkara ini daripada 2013. Sekarang ini sudah 2025. Lebih daripada 12 tahun. Sebab itu kita Kerajaan Malaysia MADANI ambil tanggungjawab.

Antara perkaranya adalah kita lihat kepada skim SSPA yang baharu ini di mana Skim Saraan Perkhidmatan Awam melalui semakan gaji memberi kesan juga kepada pelarasan pencen anggota veteran yang melibatkan 149,366 penerima pencen. Dan begitulah juga meneruskan Bantuan Sara Hidup kepada veteran Angkatan Tentera, sama ada berpencen atau tidak berpencen, yang melibatkan 33,631 penerima sedia ada dan yang layak memohon untuk masa hadapan.

Sila, Yang Berhormat Ketereh.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Terima kasih Puan Speaker. Terima kasih, Timbalan Menteri. Saya nak katakan di sini bahawasanya pelarasan pencen yang saya sebutkan semasa perbahasan itu adalah hak veteran yang bersara sebelum 2013, 1 Januari 2013, berdasarkan kepada undang-undang, berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan dan juga berdasarkan kepada Akta Angkatan Tentera 1972, seksyen 187. Apabila berlaku sahaja pelarasan gaji, mesti dibuat pelarasan pencen. Tetapi, setakat ini, Majlis Angkatan Tentera tak buat apa-apa. Ini yang saya pelik.

Sekurang-kurangnya dah bincang benda ini. Bayar tak bayar, tak apa, tapi bincang dulu. Sekarang ini tak bincang. Sebab, hari itu semasa Menteri menggulung, Menteri kata, “Mana ada kenaikan gaji?” Apa tak ada kenaikan gaji. Dia kata, “Penambahbaikan gaji”. Sama. Apabila berlaku penambahbaikan gaji, kenaikan gaji.

Saya masih dalam servis masa itu. Tahun 2013, saya, gaji saya naik. Jadi, kalau ikut seksyen 187 Akta Angkatan Tentera 1972, setiap kali berlaku pelarasan gaji, kenaikan gaji, mesti buat.

Jadi, kenapa kita nak tunggu keputusan mahkamah? Pasal apa, kuasa MAT ini kuasa yang diberi oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, melangkaui kuasa mahkamah. Jadi, kita buat yang itu dulu. Ini bila saya tanya, tak buat. Saya tanya, tak buat. Tak pernah buat. Tak ada seorang pun nak bawa masuk dalam Majlis Angkatan Tentera.

Saya bukan marah ha. Memang saya bercakap macam ini. Ini cara saya bercakap. Minta maaf, Timbalan Menteri...

[Ketawa]

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Untuk itu, bukan untuk makluman saya tapi untuk makluman Puan Yang di-Pertua.

So, terima kasih Yang Berhormat Ketereh atas soalan tambahan. Saya ada jawapan tentang MAT, Majlis Angkatan Tentera. Tapi, saya tak nafikan, macam saya sebutkan tadi, memang kalau kita lihat dalam sistem saraan perkhidmatan awam kita, bila ada peningkatan gaji 15 peratus, kita akan ada penyelarasan pencen di situ.

Itu sebab saya sebutkan tadi, dalam kita menunggu keputusan mahkamah bagi kes sebelum 2013 itu, bila kerajaan mengumumkan Skim Saraan Perkhidmatan Awam yang baru ini di bawah Kerajaan Malaysia MADANI, memang kita tahu ada peningkatan 15 peratus gaji, sebahagian tahun ini dan sebahagian awal tahun hadapan, ia akan melibatkan penyelarasan pencen juga. Ini antara perkara yang saya maklumkan juga.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab itu Yang Berhormat Ketereh tempoh hari dan baru tadi sebentar tadi membangkitkan supaya Majlis Angkatan Tentera di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 diberi kuasa untuk menggubal pindaan penyelarasan pencen ini.

Dan untuk maklumat Yang Berhormat Ketereh dan juga Puan Yang di- Pertua, sebagai makluman, Majlis Angkatan Tentera (MAT) diwujudkan selaras dengan Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong tentang segala hal berkaitan Angkatan Tentera Malaysia. Kuasa dan tatacara selanjutnya dijelaskan melalui Akta Angkatan Tentera 1972. Perihal berkaitan pelarasan pencen adalah di bawah Bahagian V Peraturan- Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-faedah Lain) 1982. Saya tak nafikan itu.

Cadangan Yang Berhormat Ketereh yang ketiga adalah supaya kerana pencen veteran adalah amat rendah. Ini antara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketereh. Bagi tujuan pertimbangan Bantuan Sara Hidup kepada veteran ATM, semua pemohon perlu memenuhi syarat asas bantuan iaitu hendaklah berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan isi rumah bulanan di bawah paras garis kemiskinan makanan iaitu RM1,198. Justeru, semua veteran telah dipertimbangkan bantuan ini selagi mana ia memenuhi syarat asas tersebut.

Sehingga 17 Oktober 2025, seramai 33,631 veteran dan tanggungan telah dipertimbangkan pemberian BSH termasuk 2,317 orang veteran berpencen. Sebab itu bila kita sebut penyelesaian kepada isu, sama ada dia pencen atau tidak berpencen, tapi kita melihat kepada paras garis kemiskinan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

[Bangun]

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sekejap lagi. Ada sedikit makluman itu. Dalam hal ini, Kementerian Pertahanan sentiasa komited untuk meneruskan usaha memperkasakan aspek kebajikan ini. Sebab itu, kalau kita lihat, di samping kita memberikan bantuan itu dan persoalan ini juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut berhubung dengan nilai ukuran atau mekanisme yang digunakan sebagai penilaian pembayaran Bantuan Sara Hidup kepada veteran ATM.

Antara prasyarat kelayakan pemberian BSH ini adalah pendapatan isu rumah hendaklah di bawah paras garis kemiskinan yang saya sebutkan tadi iaitu RM1,198.

Dalam pembentangan belanjawan yang terkini ini iaitu bagi tahun 2026, PGK telah disemak semula, di mana kita telah tingkatkan menjadi RM1,236. Yang ini akan melibatkan pertambahan anggaran penerima sebanyak 3,000 veteran juga akan terlibat. So, sekarang ini kita sekitar 33,000. So, bila PGK ini ditingkatkan lagi kepada

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

RM1,236, kita menganggarkan akan ada sekitar 36,000 veteran sama ada berpencen ataupun kalau berpencen, pencennya di bawah paras garis kemiskinan, maka kita akan tambah pendapatan mereka secara bulanan.

Silakan, Ketereh.

draft • 4:30 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Puan Yang di-Pertua, saya tidak menafikan apa yang Menteri cakap. Memang betul. Bantuan Sara Hidup diberi, kemudahan-kemudahan diberi, pencen hilang upaya dinaikkan. Itu saya tak nafikan.

Tetapi, yang sekarang ini, yang saya maksud ini adalah pelarasan pencen.

Pelarasan pencen ini hak mereka, hak veteran yang bertugas sebelum 1 Januari 2013. Jadi, hak ini kena buat. Sebab apa, gaji pencen dia tak setara dengan yang selepas 2013. Yang selepas 2013 macam saya ini untung. Tetapi yang itu yang nak mampus― yang nak mampus pula. Yang nak― sengsaranya yang itu. Jadi, saya tak kisah. Saya pun― I’m not fighting for myself. I fighting for my soldier, all soldier. Minta maaf Yang di-Pertua. Saya memang cakap macam itu.

Jadi, saya mohon sangat-sangat MINDEF bawa pada MAT. Mahkamah tak larang pun. Pasal apa nak larang? MAT, hak yang kita punya. Bawa bincang, tengok berapa sebenarnya. Tak banyak dah. 10 tahun lebih kita terima yang dua percent.

Start daripada 2013 sampai 2022 kita terima yang dua percent, dua percent. Baru ini SSPA lagi, lapan percent. Kalau bagi pun, sikit saja, bukannya banyak. Tak banyak. Cuba buat pengiraan betul-betul, Timbalan Menteri.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Ketereh atas...

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat Menteri, mungkin saya boleh tanya sikit. Lepas itu Yang Berhormat Menteri jawab Ketereh, lepas itu jawab saya. Dirangkum.

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sila.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Nak bagi peluang kepada Yang Berhormat Menteri bernafas dulu...

[Ketawa]

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Tak bernafas dah, Yang di-Pertua...

[Ketawa]

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Maaf, saya kena minta kebenaran dengan Dato’ Yang di- Pertua.

Okey, saya dimaklumkan― ini soalan saya ada bangkitkan bahawa kadar gaji anggota tentera kali terakhir kita semak pada tahun 2013. Tahun sama bermasalahan jurang pencen yang berlaku yang dibangkitkan oleh Ketereh. Cuma, saya ingin mohonlah kepada pihak MINDEF melaksanakan semakan baharu kadar

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

gaji anggota tentera kerana mengikut amalan kebiasaan, gaji penjawat awam ini dia setiap 10 tahun kita kena semakan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Ini, sekarang ini the last semakan 2013, bererti dah lebih dari dua— dah lama dah tak semak. Jadi, saya mengambil kiralah kadar inflasi yang kini dah naik mendadak sejak 10 tahun yang lalu, sudah tiba masanya semakan ini dibuat. Okey, ringkas.

Yang kedua, saya minta juga penjelasan kepada MINDEF, apakah pada masa akan datang kerajaan turut melihat pelaksanaan mekanisme sama ada dilaksanakan pengambilan baharu penjawat awam bermula tahun ini di mana mungkin kemasukan perajurit muda ataupun pegawai tentera tidak lagi menikmati skim pencen?

Ini kerana penjawat awam sekarang ini mereka menggunakan skim KWSP.

Tapi bagi saya lah, saya harap skim KWSP ini yang kepada penjawat awam tidak dilaksanakan kepada tentera anggota baharu perajurit muda kerana spirit untuk pencen ini adalah kerana lain-lain pangkat ini mereka tempoh ending mereka tak lama, 40 tahun lebih dan mereka dah bersara. Jadi sementara mereka dapat gaji income daripada bisnes yang lain, pencen inilah boleh top up apa, pendapatan mereka. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas beberapa cadangan dan juga pandangan dan persoalan yang dibangkitkan. Dan saya fikir, skim pencen di perkhidmatan ketenteraan kita tidak terkait dengan apa yang disebut tentang skim baharu bagi perkhidmatan awam itu.

Kerana kita tahu di perkhidmatan ketenteraan itu, mungkin ada keperluan- keperluan utama. Sebab itu di perkhidmatan ketenteraan kita, terutamanya di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia itu kita masih— terutamanya di ATM itu sendirilah tentera-tentera kita. Jadi kita fikir kita akan kekal dengan skim pencen kita. Jadi ini antara keperluan-keperluan.

Tapi saya ingin menyebut kepada Ketereh sedikit, saya tak nafikan bahawa antara cabaran kita macam saya sebut, lebih daripada 12 tahun. Tapi kita juga harus melihat juga, jika saya mula menyertai Kementerian Pertahanan ini, saya berjumpa dengan mereka yang membawa kes ini ke mahkamah. Sebab itu kalau kita lihat — bagi saya, kita sudah hampir ke penghujung kepada kes ini. Dah buat ketetapan dan kita dah bawa kepada mahkamah rayuan dan seumpamanya.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Jadi saya fikir setiap anggota veteran yang membawa kes ini ke mahkamah sepertimana yang selalu kita sebut, itu adalah hak mereka. Kita harus menghormati itu dan macam tadi disebut oleh Ketereh ya, kita nak tambah ke, kita nak kirakan dan sebagainya, kita tunggulah keputusan mahkamah itu saja. Sebab itu yang terbaik bagi mereka.

Dan kita harus sebagai sebuah kerajaan, itulah tanggungjawab kita. Mereka bukan baru, mereka tunggu berbelas tahun dan kita sudah sampai ke penghujung daripada kes itu, saya fikir di mahkamah rayuan itu dan bila dia membuat keputusan, dalam masa yang sama, saya fikir kerajaan— macam saya beritahu tadi, komitmen kita adalah kita harus melihat kepada keputusan itu dan apa pelan tindakan kita ke hadapan.

Jadi saya akan mengambil kira, saya tak nafikan saya akan mengambil kira pandangan-pandangan termasuk pandangan Ketereh apa formulanya bagaimana kita boleh membantu veteran kita sebab saya tak nafikan di samping kita melihat kepada 89 anggota veteran yang membawa kes ini ke mahkamah yang melibatkan 89,000 tapi saya fikir ada 230,000 juga harus kita berikan perhatian. Saya tak nafikan keutamaan yang diberikan oleh Yang Berhormat Ketereh tadi.

Dan Yang Berhormat Ketereh juga ada membangkitkan tentang supaya bayaran bulanan diberikan kepada penerima Pingat Jasa Malaysia. Selain bayaran insentif RM500 one-off itu. Saya tak nafikan pada secara dasarnya dalam statut Pingat Jasa Malaysia (PJM) tidak ada sebarang elaun diberikan walaupun mereka penerima pingat sebagai kempen medal.

Tetapi dalam masa yang sama sebagai tanda pengiktirafan penghargaan jasa perwira negara kita, semasa tempoh darurat kedua, kerajaan telah bersetuju memberikan bayaran sebanyak RM500 secara one-off kepada semua veteran yang menerima PJM. Dan bayaran ini pernah dibuat pada tahun 2020 dan diperluaskan kepada balu dan juga waris pada tahun 2021.

Dan kita tahu bahawa baru-baru ini melalui Belanjawan 2026, Kerajaan Malaysia MADANI bersetuju untuk memberikan bayaran khas RM500 kepada semua penerima PJM dengan peruntukan RM60 juta selaras dengan pengumuman belanjawan tempoh hari oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan elaun ini akan dibayar pada tahun hadapan 2026.

draft • 4:40 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang Berhormat Menteri.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan sedikit lagi.

draft • 4:40 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Yang tadi itu sebenarnya yang saya minta bulanan itu pada 60 tahun ke atas. Sekarang ini kalau dia masuk tahun 1989, umur dia 53, dia tak — maksud saya yang masuk earlier than that. Itu maksud saya itu, 60 tahun ke atas.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ya saya tak nafikan kalau kita lihat dengan kestabilan kerajaan dan peningkatan ekonomi negara, saya fikir Kementerian Pertahanan berharap agar bayaran itu boleh dipertimbangkan secara berkala sepertimana yang dilihat. Jadi kita akan melihat dari semasa ke semasa. Saya tak nafikan memang kita melihat sendiri melalui peruntukan-peruntukan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran sendiri.

Komitmen Kerajaan Malaysia MADANI ini kalau kita lihat pada tahun 2022, di kala kita mengambil alih kerajaan ini peruntukannya adalah sebanyak — kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran sebanyak RM83 juta dan kemudian pada tahun 2023 ditingkatkan kepada RM106 juta dan pada tahun 2024, RM251 juta dan pada tahun ini sebanyak RM283 juta dan pada bajet tahun hadapan adalah sebanyak RM303 juta.

Jadi dalam tempoh beberapa tahun sahaja kita mengambil alih tanggungjawab ini daripada RM83 juta meningkat kepada RM303 juta. Dan kita tak nafikan bahawa memang itu tidak cukup kepada anggota veteran kita. Tetapi harus kita ingat juga bahawa pada masa ini Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM turut menerima peruntukan daripada agensi-agensi kerajaan yang lain. Bukan sahaja kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran tapi kita tahu bahawa agensi-agensi kerajaan yang lain sama ada yang melibatkan pencen dan juga ganjaran kemudahan perubatan veteran berpencen dan tak berpencen, khairat kematian, elaun kenangan.

Jadi, keseluruhan agensi-agensi kerajaan ini menyumbang kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia adalah sebanyak RM5.31 bilion ringgit. Ini antara komitmen kita dan saya yakin bahawa kalau kita teruskan peningkatan kepada komitmen ini, kesejahteraan dan kebajikan anggota veteran kita akan sentiasa terpelihara.

Yang kedua adalah saya ingin pergi kepada program latihan khidmat negara.

Yang Berhormat Selayang telah mencadangkan supaya PLKN 3.0 diperluaskan dari aspek memperkukuh keharmonian sosial dan fahaman budaya melalui modul rentas budaya, dialog sensitiviti antara agama dan aktiviti komuniti pelbagai kaum dan meminta maklumat pecahan komposisi peserta mengikut kaum bagi siri PLKN 3.0.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Selayang atas keprihatinan dalam isu-isu yang terkait dengan PLKN.

Sebagai maklumat, program PLKN 3.0 ini tidak hanya menumpukan kepada latihan ketenteraan dan ketahanan fizikal semata-mata tapi turut memberikan penekanan kepada pembentukan keharmonian sosial, kefahaman budaya dan semangat perpaduan nasional.

Dan pendekatan ini diterapkan secara menyeluruh melalui modul asas kenegaraan merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan kurikulum latihan dan menjadi nadi kepada usaha menyemai patriotisme, jati diri, toleransi dalam kalangan pelatih kita.

Dan dalam latihan submodul perpaduan, di bawah modul ini dirangka berasaskan empat tonggak utama di mana kita membicarakan tentang masyarakat kepelbagaian sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selayang, Malaysia MADANI sebagai paksi perpaduan, Rukun Negara sebagai asas perpaduan dan isu-isu yang terkait dengan dan juga strategi yang memperkukuh, yang boleh memperkukuhkan perpaduan dalam negara.

Dan dalam latihan ketenteraan asas, kita juga menanam nilai kebersamaan, disiplin, tanggungjawab tanpa mengira perbezaan kaum dan juga anutan agama.

Daripada program-program kita, daripada senaman pagi, latihan kawad, tugasan berpasukan hingga ke waktu malam, para pelatih diajar bahawa kejayaan hanya terhasil melalui kerjasama berpasukan dan saling hormat-menghormati. Dan setiap kumpulan pula digubah menjadi kumpulan-kumpulan yang lebih kecil dalam konteks masyarakat Malaysia supaya mereka sentiasa berinteraksi dan pergaulan merentasi sempadan kaum dan agama dapat dipupuk secara semula jadi.

Selain itu, di bawah submodul asas kesejahteraan hidup Malaysia MADANI bertajuk Perpaduan dan Integrasi Nasional, pelatih diterapkan dengan nilai kebebasan beragama, saling menghormati kepelbagaian kaum dan budaya serta menghayati makna sebenar toleransi dan juga keharmonian. Modul ini menekankan bahawa kekuatan negara berpunca daripada kesatuan dan kepelbagaian.

draft • 4:40 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sedikit lagi Yang Berhormat Selayang, sikit lagi.

Saya jawab dulu nanti kan saya bagi soalan. Dan di luar camp pula, pelatih terlibat dalam program khidmat komuniti dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, sukarelawan JKM, pihak berkuasa tempatan, Kementerian Sumber Asli dan

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Kelestarian Alam, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan pelbagai agensi di peringkat negeri dan juga pertubuhan masyarakat setempat.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selayang juga tentang komposisi pelatih PLKN 3.0. Secara keseluruhannya pelatih, kerana kita tahu bahawa kita mempunyai pelatih pada tahun ini seramai 835. Dan memang kita tahu pada tahun hadapan kita akan memulakan program latihan kita dengan lebih besar lagi. Itu sasaran kita 9,000 orang pada tahun hadapan.

Kalau mengikut komposisi yang kita adakan dalam dua kem latihan kita, pelatih kita kaum Melayu seramai 835 orang iaitu 69.5 peratus, diikuti oleh kaum Cina seramai 171 orang – 14.2 peratus, kaum India seramai 114 orang – 9.5 peratus, etnik bumiputera Sabah seramai 46 orang – 3.8 peratus, etnik bumiputera Sarawak 23 orang dan minoriti Semenanjung 13 orang.

Memang kita tahu bahawa program ini baru kita mulakan. Walaupun kita buat di pekan dan juga di wilayah ini tetapi dalam masa yang sama kita libatkan juga etnik- etnik kita di Sabah dan juga Sarawak. Dan saya fikir menjelang tahun hadapan kita akan dapat tingkatkan lagi penyertaan daripada mereka yang terlibat dari segi kepelbagaian kaum. Kerana kita tahu itu antara matlamat utama kita dalam kita menjayakan PLKN ini. Silakan Yang Berhormat Selayang.

draft • 4:50 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah kursus adalah baik tetapi bagaimana jurulatih akan dilatih dan ada kursus diberikan kepada mereka supaya mereka dapat memberikan latihan yang seragam. Adakah training the trainers dilakukan?

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ini jawapan dia. Hari itu Yang Berhormat Selayang ada bangkitkan, Puan Yang di-Pertua. Mengenai peruntukan dana bagi latihan jurulatih pula.

Puan Yang di-Pertua, sebahagian daripada dana PLKN 3.0 memang diperuntukkan khas bagi tujuan pembangunan kapasiti jurulatih agar mereka dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan perpaduan nasional, sensitiviti budaya serta psikologi budaya. Dan peruntukan ini digunakan untuk melaksanakan latihan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Selayang, Training of Trainers (ToT) yang diadakan secara berkala antara 20 hingga 30 hari setahun, tidak termasuk latihan asas jurulatih baharu.

Ini antara perkara-perkara yang memang kita berikan tumpuan kerana kita tahu bahawa kesan daripada PLKN ini bukan sahaja yang melibatkan bagaimana

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

modul-modul itu dibuat tetapi memang sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selayang, jurulatih antara asas atau teras penting kita untuk kita jayakan perkara-perkara yang telah kita gariskan— dasar yang telah kita gariskan dalam PLKN itu.

Dan bagi memperkukuhkan professionalism tenaga pengajar kita, jurulatih turut diberi peluang mengikuti kursus dan program pengayaan ataupun enrichment program yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, termasuk Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Angkatan Tentera Malaysia. Dan program ini bukan sahaja menekankan kemahiran teknikal dan pedagogi iaitu seni dan kaedah mendidik tetapi juga pendekatan psikologi, budaya dan kefahaman rentas etnik agar penyampaian mereka selari dengan semangat perpaduan nasional.

Itu sahaja jawapan yang terkait. Dan begitulah juga sedikit lagi untuk makluman Yang Berhormat Selayang, kementerian turut merangka laluan kemajuan kerjaya bagi jurulatih PLKN.

Perbincangan antara JLKN dan Universiti Sains Malaysia (USIM) pada 2 September 2025, telah membincangkan pelaksanaan program peningkatan kerjaya jurulatih yang akan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia dan memang mempunyai sedikit yuran iaitu 2,400.

Tetapi kita berikan juga mereka insentif melalui program ini, terbuka kepada jurulatih yang berkelayakan. Dan saya fikir program ini turut diiktiraf sebagai pengiktirafan pencapaian terdahulu yang boleh digunakan sebagai asas bagi kenaikan gaji serta pengiktirafan profesional dan juga perkhidmatan jurulatih PLKN.

Kerana kita tahu bahawa itu juga sebahagian daripada motivasi mereka. Di samping mereka mendapat latihan, mereka juga ada peluang kenaikan kerjaya dalam PLKN itu sendiri. Ini antara perkara-perkara yang kita berikan tumpuan.

Puan Yang di-Pertua, saya pergi kepada aspek perolehan aset dan strategik pertahanan negara. Yang Berhormat Batu Pahat lama menunggu ini, telah membangkitkan mengenai tarikh dijangka penerimaan radar GM400 Alpha dan drone Medium Altitude Long Endurance (MALE-ANKA) dari Turkiye. Sama ada proses perolehan aset ini dilaksanakan secara terbuka dan terus mengikut tatacara perolehan kerajaan serta adakah turut disertakan jaminan pemindahan teknologi bagi mengukuhkan kesiapsiagaan? Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Pahat ya.

Sebagai makluman, kerajaan telah meluluskan perolehan empat unit radar jarak jauh, long range radar (LRR) Ground Master 400 Alpha (GM400) daripada OEM

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Thales Perancis. Jangkaan penerimaan radar GM400 Alpha adalah pada Julai 2026 Yang Berhormat, bagi perolehan di Sarawak. Pada Mei 2027, bagi perolehan di Kelantan dan Johor. Dan akhir sekali, pada April 2028 bagi perolehan di Sabah. Bagi di Johor itu adalah pada tahun 2027 itu, Mei 2027.

Dan sebanyak tiga buah pesawat (UAS) unmanned aerial system, dengan izin, dan juga (MALE-ANKA) iaitu Medium Altitude Long Endurance telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Yang Kedua Belas dan dijangka akan diterima pada awal Februari tahun hadapan.

Dan sebagai makluman, perolehan radar GM400 Alpha dan juga drone

(MALE-ANKA) telah dilaksanakan mengikut tatacara tender terbuka antarabangsa dan telah dinilai secara teknikal dan kewangan selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan, Perolehan Kerajaan 2.2 Tender Terbuka (PK 2.2). Dan kedua-dua perolehan ini dilaksanakan secara tender terbuka antarabangsa bagi memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk mengemukakan tawaran yang kompetitif. Di samping memastikan pelaksanaan perolehan dilaksanakan secara telus dan memberikan nilai yang terbaik kepada kerajaan.

Dan di samping itu, Bahagian Industri Pertahanan dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi (STRIDE) ya, Kementerian Pertahanan bertindak sebagai agensi pemantau bagi memastikan penyediaan aset mematuhi klausa pemindahan teknologi yang telah dipersetujui. Di mana jaminan pemindahan teknologi (ToT) adalah elemen kontrak dan wajib dalam perolehan aset pertahanan berteknologi tinggi.

Sebab itu kalau kita lihat dalam perolehan-perolehan aset negara kita, di samping kita melihat kepada peralihan teknologi, latihan-latihan kepakaran ya.

Dalam masa yang ke hadapan juga sebenarnya, kita di Kementerian Pertahanan juga akan melihat tentang komponen-komponen tempatan. Ini antara perkara aspek yang kita harus berikan perhatian juga.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Menteri.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Silakan Yang Berhormat Batu Pahat.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat

Boleh jelaskan berapa kos sebenarnya aset-aset yang bakal diperolehi ini?

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang Berhormat Batu Pahat, detail kepada setiap kos itu mungkin saya boleh bagi jawapan secara bertulis ya. Kerana kita tahu bahawa kalau mengikut— kita lihat bajet pembangunan kita, hampir lebih daripada RM6 bilion

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

kita peruntukkan hampir setiap tahun bagi pembelian aset-aset baru. Dan kalau kita lihat daripada bajet kita, RM21— macam saya sebutkan tadi, RM21.7 bilion itu.

OE kita sahaja ya, untuk pengurusan dan penyelenggaraan kita hampir RM14 bilion. Hampir RM9 bilion kita belanjakan untuk emolumen kita dan selebihnya sekitar RM6 bilion itu untuk penyelenggaraan. Dan baki sekitar RM7 bilion baki itu adalah untuk pembangunan kita. Sebab itu secara umum ya, kalau kita melihat kepada aset.

Cuma kalau Yang Berhormat Batu Pahat ingin melihat kepada aset— dua aset ini, mungkin saya akan bagikan maklumat secara bertulis.

Dan Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Lumut pun mungkin ada urusan sebentar. Dia bangkitkan tentang WOGOS iaitu whole of government and whole of society. Iaitu kerjasama ya, antara kementerian dan juga pihak masyarakat itu sendiri. Dan begitulah juga dengan— untuk makluman Yang Berhormat Lumut ya.

Peruntukan yang diterima bagi tahun 2026 ini adalah memadai untuk kita melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah Tonggak Kedua Kertas Putih Pertahanan.

Iaitu pertahanan komprehensif serta Program Kerjasama Awam-Tentera atau kita panggil Civil-Military Cooperation (CIMIC) dan Program Latihan Khidmat Negara dan juga program work-based learning (WBL) kita dan juga program-program peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan ATM melalui pembinaan poliklinik baharu.

Memang bajet ataupun peruntukan belanjawan kita untuk tahun hadapan, fokus kita kepada perkara-perkara yang telah saya sebutkan sebentar tadi.

draft • 4:50 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Dan inisiatif-inisiatif ini memperkukuhkan pelaksanaan pendekatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat seperti WoG ini, seperti digariskan dalam Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan kita, bagi tempoh lima tahun berikutnya kerana kerjasama antara kementerian dan juga kerjasama antara kementerian dan juga masyarakat ini adalah satu yang cukup penting.

Kerana kesedaran kepada masyarakat bahawa pertahanan negara ini adalah tanggungjawab kita semua adalah suatu yang cukup penting bagi kita kerana ia nya adalah kita sudah bahaskan dalam kertas putih pertahanan kita dan itu harus diberikan kesedaran. Kerana mungkin tindak-tanduk, mungkin bicara kita, tindakan- tindakan kita, akhirnya akan menjejaskan juga masa depan dan keharmonian negara kita. Dan itu harus juga diberikan perhatian. Yang Berhormat Tanah Merah, sila.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Yang Berhormat, saya— saya nampak tajuk dah bertukar, yang ada, saya ada tanya tentang kebajikan, tentang apa.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Hari ini saya nak jawab Yang Berhormat.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey. Yang pasal elaun khas.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Memang untuk Yang Berhormat. Yang terakhir ini khusus untuk Tanah Merah iaitu kebajikan warga ATM.

draft • 5:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Nanti kejap, saya jawab Tanah Merah dulu sebab dia yang tanya hari itu. Nanti Sik. Lepas itu saya bagi. Ada masa, saya bagi Sik.

draft • 5:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Okey, baik, baik. Okey, baik.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya kena dahulukan yang mana dahululah.

Yang Berhormat Tanah Merah telah mencadangkan agar diberikan elaun khas ya dalam tempoh mereka aktif bertugas kepada kumpulan pakar seperti tugasan sebagai pegawai trafik udara iaitu traffic controller (ATC), juruterbang atau anggota pemusnah bom dan juga anggota Pasukan Khas ATM dan juga kelasi kapal TLDM.

Di mana Kementerian Pertahanan amat menghargai cadangan Yang Berhormat Tanah Merah dan sehubungan dengan itu, kerajaan memang telah menyediakan bayaran insentif dan elaun khas di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi mengiktiraf terhadap tahap kemahiran, tanggungjawab serta risiko yang ditanggung.

Antara elaun yang sedang dinikmati, ini untuk makluman kita semualah, Puan Yang di-Pertua, iaitu bayaran insentif penerbangan. Ini bagi juruterbang kita dan juga bayaran insentif pasukan khas iaitu Gerak GGK kita, komando kita, PASKAL dan juga PASKAU kita. Bayaran insentif pemusnah bom. Ini antara bayaran-bayaran insentif yang kita bagikan khusus kepada mereka yang mempunyai kepakaran ya ataupun yang selalu kita sebut sebagai subject matter expert. Dan bayaran insentif pegawai pengurusan ruang udara, bayaran insentif rating pengurusan ruang udara, bayaran insentif perkhidmatan kapal selam, bayaran insentif bahasa asing.

Kemampuan menggunakan bahasa asing dalam beberapa level itu akan diberikan juga bayaran insentif di peringkat Kementerian Pertahanan kerana itu penting bagi kita, terutamanya dalam aspek penyelidikan dan beberapa aspek pemantauan dan juga yang melibatkan intelligence kita.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Begitulah juga bayaran insentif juruterbang penguji pesawat dan juga jurutera penguji pesawat TUDM, bayaran insentif menyelam, bayaran insentif pembersih jerangkap samar, bayaran insentif pemeriksa kapal terbang dan bayaran insentif pengendali anjing terlatih. Ini antara yang kita berikan beberapa insentif bagi mereka.

Dan dalam hal ini, Kementerian Pertahanan melalui Angkatan Tentera Malaysia sentiasa melaksanakan kajian berterusan terhadap struktur saraan dan skim elaun sedia ada termasuk cadangan perwujudan elaun baharu yang lebih bersasar dan relevan dengan keperluan semasa operasi.

Dan kajian ini dilaksanakan di bawah kerangka kajian penambahbaikan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam bagi ATM dengan matlamat memastikan bahawa warga ATM menerima pengiktirafan yang setimpal, adil dan mampan dengan tanggungjawab serta risiko yang mereka hadapi. Dan kementerian ini memangnya amat menghargai keprihatinan terhadap kebajikan, profesionalisme dan kesejahteraan warga ATM.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Menteri, Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sila.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Terima kasihlah.

Ayat itu cantik, apa, akan kaji, akan bagi jaminan tapi tak payah kaji, jaminan, bagi sajalah. Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah. Apa yang saya sebutkan tadi, kita dah bagi ya. Cuma kalau ada tambahan daripada itu, memang kita akan nilai dari masa ke semasa. Buat masa ini, macam saya sebutkan tadi, ada pelbagai insentif yang kita beri. Itu bukan cadangan, itu adalah insentif yang sedia ada yang kita beri. Juruterbang kita, sama ada pakar kita, komando kita.

Semua ada insentif-insentif khusus.

Cuma macam saya sebut tadi, yang nak kaji itu, kalau ada penambahbaikan yang lain, itu mungkin ada bidang-bidang kepakaran baharu. Contohnya, keupayaan dalam bidang siber. Memang tak ada di sini. Tapi kalau kita ada pakar siber, yang kita rasa dia harus kita berikan suatu insentif yang untuk masa depan kita, ada keselamatan siber kita, mungkin itu adalah sebahagian yang harus kita berikan keutamaan. Yang Berhormat Sik nak, ha.

draft • 5:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya berbalik berkaitan dengan keselamatan maritim kita dalam ASEAN Summit yang sudah berlalu ini. Adakah dia ada agenda perbincangan

draft • 5:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

keselamatan maritim kita ini, termasuk hala tuju rundingan bagi kod tingkah laku ataupun code of conduct yang telah dipersetujui oleh bersama. Dan mungkin di- update perbincangan dalam ASEAN Summit ini?

Yang kedua Yang Berhormat Timbalan Menteri, insiden yang terbaru yang kita baca dalam media, berkaitan dengan dua pesawat tentera US yang terhempas di Laut China Selatan. Apa ini, Sea Hawk dengan Super Hornet ini dalam masa 30 minit terhempas dan adakah insiden tersebut memberi implikasi kepada hak-hak Malaysia dalam perairan yang ada? Dan di pihak Kementerian Pertahanan sendiri, adakah juga ini bahawa ada ancaman kepada ini keselamatan di perairan kita yang boleh kita ambil tindakan lebih awal untuk kita menangani dia? Terima kasih.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik ke atas soalan tambahan yang dikemukakan di akhir penggulungan belanjawan di peringkat Kementerian Pertahanan ini. Sepertimana yang dibangkitkan tentang— kita di peringkat Kementerian Pertahanan dan juga Menteri-menteri Pertahanan ASEAN, memang kita baru, esok akan bermula ADMM – ASEAN Defence Ministers Meeting dan begitu juga dengan ADMM–Plus dengan negara-negara yang kita jemput, supaya memang kita membincangkan banyak perkara.

Dalam ADMM, dijangka akan ada 20 perkara yang lagi kita muktamadkan dalam peringkat ASEAN dan juga ADMM–Plus ASEAN dan juga negara-negara yang terkait juga dengan ASEAN itu kerana kita tahu bahawa kepentingan kita terutamanya maritim kita, memang menjadi keutamaan kita.

Jadi, kita menggunakan forum ADMM ini. Memang kita tahu bahawa biasanya ADMM ini dia memang terasing daripada rangka Mesyuarat ASEAN itu secara keseluruhan tapi oleh kerana dia berada dalam negara kita, jadi kita selaraskan, selesai daripada ASEAN ini. Jadi, Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan itu akan kita mulakan pada esok hari dan juga hari Sabtu.

Jadi, saya fikir itu antara kerangka penting dan mungkin selesai daripada itu, kita akan kemukakan beberapa perkara termasuk 20 perkara baharu yang kita boleh muktamadkan untuk bukan sahaja menjaga tentang maritim tapi pertahanan secara keseluruhannya kerana kita tahu konsep centrality ASEAN itu sendiri dan memang kita mengambil kira bahawa peranan kita, penggunaan teknologi, kerjasama latihan kita dan apa yang dibangkitkan oleh— tadi ya tentang Laut China Selatan itu.

Apa saja isu yang terkait dengan keselamatan kita, kita akan lihat. Mana pihak yang terlibat dan bagaimana kita memposisikan Malaysia itu kerana yang

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

paling penting bagi kita, Puan Yang di-Pertua, adalah kita sentiasa tegas untuk pastikan bahawa kedaulatan negara kita adalah satu keutamaan bagi kita.

Tapi dalam masa yang sama, kalau kita mahu pastikan kedaulatan itu, ia terkait juga dengan kemampuan, kebajikan, pertahanan dan latihan yang ada pada anggota kita, di samping kita mengupayakan aset-aset baharu kita kerana aset itu juga memberikan suatu yang penting untuk kita bertindak di masa akan datang.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Okey. Saat yang terakhir. Timbalan Menteri, dah 15 saat lagi.

draft • 5:00 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ya.

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Sebelum kita pun nak tengok antara Masjid Tanah dengan Bintulu. Jadi sebelum— begini, apa pun, tahniahlah kepada Timbalan MEHAN menjawab begitu bagus sekali. Dalam kekangan yang kurang pun Timbalan MEHAN cakap bagus.

Okey, saya nak tanya, saya nak bangkitkan Dewan yang mulia ini, berkenaan aspek kesiapsiagaan kapal-kapal TLDM ketika ini. Di mana kita tahu kapal LCS kita masih tak siap. Kapal kelas Lekiu pula masih dalam proses refit tapi kapal KD kelas yang sedia ada, yang available buat masa ini pula, malangnya tiada taring.

Sedangkan aset-aset TLDM sangat diperlukan untuk melindungi kepentingan negara. Contohnya keselamatan milik— milik PETRONAS untuk melaksanakan program cari gali minyak di kawasan Zon Maritim Malaysia.

draft • 5:00 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

[Bangun]

draft • 5:00 PM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah

Jadi, saya nak mohon kepada MINDEF, kenapa— ini cadanganlah. Kenapa hingga kini, pihak kementerian tidak mempertimbangkan untuk melengkapkan kapal-kapal NGPV kelas Kedah dengan surface-to-air dan surface-to-surface missile, mengambil kira perkara ini boleh dilaksanakan berdasarkan kekangan kewangan negara sedia ada?

Sekiranya peruntukan kewangan telah menjadi kekangan utama, mungkin MINDEF bolehlah ataupun dua atau tiga kapal saja yang kita boleh, daripada enam kapal NGV keseluruhannya untuk kita pasang. Ya, missile yang dicadangkan ini.

Barulah kapal ini mempunyai taring yang sebenar dalam melaksanakan operasi rondaan maritime, tidak bergantung kepada meriam 76 milimeter OTO Melara. Kapal kelas Kedah ini sebenarnya dah dibina fitted for persenjataan missile, yang terakhir.

draft • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, Yang Berhormat tak boleh membangkitkan isu-isu baru. Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab secara bertulis.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Ya, saya tahu dia isu yang baru. Jadi, kita kalau ada keperluan, kita jawab secara bertulis tetapi secara umum saya sebut apa yang dibangkitkan oleh Tanah Merah itu. Saya ingin maklumkan bahawa dalam Dewan ini juga saya sudah maklumkan banyak perkara-perkara tentang komitmen kita kepada pembaruan aset-aset baru.

Terutamanya macam kita sebut LCS. Ya, kita tahu isunya agak berpanjangan tapi saya sentiasa maklumkan tentang semenjak tahun lalu, peluncurannya sudah dibuat di air. Sekarang dia melalui proses ujian di laut. Dalam masa yang sama, kita tahu jangkaan penghujung tahun hadapan sepatutnya kita sudah boleh memulakan aset-aset baru.

Begitulah juga dengan LMS. Sekarang sedang dibangunkan di Turkiye itu.

Kita tahu bahawa selagi kita dalam asas perancangan kita menjelang tahun 2050 dan kita kekal dengan apa yang telah kita letakkan dalam Kertas Putih Pertahanan itu, saya fikir pemodenan aset kita akan dapat kita lakukan dari masa ke semasa.

Ya, Yang Berhormat Tanah Merah. Saya fikir betul.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Masa kini kita cuba mengupayakan aset-aset kita yang sedia ada.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya, sila gulung.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebagai penutup.

draft • 5:10 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Satu poin daripada saya. Tak jelas lagi.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Apa?

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tak apa nanti bincang di luar.

draft • 5:10 PM

Dato’ Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Satu poin.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Cukup, cukup.

Masa sudah tamat.

draft • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Nak bagi bertulis pun tak apa.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Maaf.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Saya serahkan kepada Yang di-Pertua...

draft • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Ada satu lagi.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tidak bagi.

Sila duduk.

draft • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Dalam perbahasan saya sebut.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Saya kata yang masalah perumahan yang beli rumah, yang veteran masalah dia potong gaji sampai sekarang ini tapi rumah tak siap. Saya minta Jabatan Hal Ehwal Veteran tolong selesaikan. Itu tak jawab lagi.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Yang itu nanti saya akan bagi jawapan bertulis perkara itu.

draft • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Okey. Thank you.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Sebab dia baru dibangkitkan dalam...

draft • 5:10 PM

Dato' Khlir bin Mohd Nor - Ketereh

Fasal benda itu ada dalam perbahasan.

draft • 5:10 PM

Tuan Haji Adly bin Zahari

Okey. Sebagai penutup, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang sentiasa prihatin dan memberikan perhatian kepada aspek pertahanan negara sepanjang perbahasan pada kali ini.

Kementerian Pertahanan akan memastikan segala cadangan dan yang telah dikemukakan dan dibangkitkan dan kita sedaya upaya akan cuba memastikan bahawa misi kita dalam Kerajaan Malaysia MADANI ini adalah untuk memastikan pengurusan pertahanan negara sentiasa cekap, siap siaga dan dinamik. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 5:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya untuk menjawab.

draft • 5:10 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan merujuk perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) semasa sesi perbahasan Belanjawan 2026 peringkat dasar.

draft • 5:12 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing

Pada hari ini, saya akan memberi maklum balas terhadap pertanyaan- pertanyaan yang telah menyentuh isu MOTAC oleh 20 Ahli Yang Berhormat daripada Paya Besar, Sandakan, Bagan Serai, Ayer Hitam, Bagan, Tenggara, Kuala Kedah, Bayan Baru, Baram, Kuala Nerus, Padang Rengas, Labuan, Bentong, Setiu, Julau, Batu Gajah, Masjid Tanah, Kepala Batas, Stampin dan Kemaman.

draft • 5:12 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo ada sebut mengenai ekonomi jingga untuk Sarawak. Tak ada dalam senarai. Saya ada berbahas dan pelancongan.

draft • 5:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Okey, tak apa. Kalau ada berbahas, saya sini list saya ada, saya minta maaf. Nanti saya akan jawab bertulis kepada kita. Minta saya punya pegawai ambil. Minta maaf ya. Silap daripada kita.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha melonjakkan industri pelancongan negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa bekerjasama rapat dengan pemain industri bagi meningkatkan ketibaan pelawat dan pendapatan pelancongan meskipun dalam peruntukan yang terhad. Saya tahu memang kita peruntukan terhad. Kita buat mana kita yang boleh.

Saya ambil peluang ini pun ucapkan terima kasih kepada Bayan Besar dan juga Bentong, memang dia akan minta Kementerian Kewangan kasi lebih punya peruntukan. Kita pun faham di mana Kementerian Kewangan pun mahu jaga lain- lain kementerian juga. Kita akan cuba sedaya upaya mana kita boleh.

Sejak pembukaan sempadan pada tahun 2022, jumlah ketibaan pelawat ke Malaysia telah meningkat sebanyak 103 peratus kepada 29 juta pelawat asing pada 2023. Seterusnya, meningkat sebanyak 31 peratus kepada 38 juta pelawat asing pada tahun 2024, berbanding tahun 2023. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025, Malaysia telah menerima sebanyak 28.2 juta pelawat asing iaitu meningkat sebanyak 14.5 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2024.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah pendapatan yang diterima daripada ketibaan pelawat asing bagi tempoh Januari hingga Ogos 2025 adalah sebanyak RM186.4 bilion merupakan kenaikan sebanyak 84.9 peratus.

Bagi tahun 2025, MOTAC telah menerima peruntukan sebanyak RM500 juta demi menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 yang meliputi RM350 juta untuk program dan aktiviti promosi dan pengiklanan termasuk menyertai pameran pelancongan antarabangsa, menghasilkan bahan promosi serta pengiklanan di media tempatan dan global seperti televisyen, sosial media, digital platform serta sistem kereta api dan juga kita termasuk TikTok, Xiaohongshu influencer. RM100

draft • 5:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

juta untuk geran atau tanah adalah seperti GSSK, GSSP dan GAMELAN serta Geran Sempadan Penerbangan Charter juga. RM50 juta bagi menganjurkan secara seni budaya dan acara perniagaan.

Pada tahun 2025 MOTAC juga menerima peruntukan sebanyak RM20 juta untuk penyelenggaraan tempat dan bangunan yang telah diiktiraf atau berpotensi menjadi tapak warisan dunia UNESCO. Kita akan mengagihkan peruntukan kepada negeri-negeri untuk melaksanakan kerja-kerja termasuk Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak.

Manakala, peruntukan RM700 juta Ahli-ahli Yang Berhormat ataupun kalau boleh purata bagi. Saya mohon meminta maaf kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, persoal isu ini. Tiba sampai sekarang saya tak boleh janji apa-apa. Mahu tunggu kita berbahas tapi buat keputusan daripada MOF barulah sampai itu masa kita akan berbincang sesama exco di negeri masing-masing.

Perkara berkaitan pemberian insentif pelepasan khas cukai adalah di bawah bidang kuasa MOF. MOTAC menghargai keputusan kerajaan yang meluluskan pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak RM1,000 bagi perbelanjaan pelancongan dalam negara. Namun, MOTAC masih berbincang bersama MOF supaya insentif ini terus diperluaskan kepada premis perniagaan atau penglibatan pelancongan dan pengangkutan.

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC melalui Tourism Malaysia akan meneruskan aktiviti promosi sedia ada. Manakala kerajaan negeri digalakkan untuk lebih proaktif, mengenal pasti serta membangunkan produk dan destinasi pelancongan baharu, termasuk ekopelancongan, pelancongan luar bandar, budaya dan warisan.

draft • 5:12 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tourism Malaysia bersedia bekerjasama dengan kerajaan negeri masing- masing dalam usaha mempromosikan produk dan destinasi tersebut. Namun, Ahli- ahli Yang Berhormat diminta untuk terlebih dahulu berbincang mendapatkan persetujuan kerajaan negeri sebelum kalau bolehlah, sebelum kemukakan kepada kita MOTAC. Kita mestilah bekerjasama. Kita tidak boleh ambil alih daripada kerajaan negeri. So, saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat membantu saya.

Selain itu, mengenai itu, MOTAC mengalu-alukan semua NGO, rakyat ataupun mana-mana pihak termasuklah Ahli-ahli Yang Berhormat daripada sebelah sini ataupun sebelah sana, kita membantu mempromosikan VM 2026. Setakat sampai hari ini, kita menerima semua orang. Kita ada senarai list bekerjasama. Kita ada kurang lebih 60 company. Kita ini semua, kita tidak bayar. Minta dia orang

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

kerjasama, kalau mana-mana ada produk, dia orang kerjasama Tourism Malaysia, dia orang akan keluar produk sendiri, kasi dijual. Kita bukan saja kerjasama setapak saja. Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau bolehlah, datang bila-bila sampai saya punya kementerian, saya boleh kemukakan kita punya list.

Kalau boleh ya, Tuan Yang di-Pertua. Macam kita sekarang, Danish Butter Cookies pun ada kerjasama juga, tapi tak ada orang sentuh juga. Ada perfume juga daripada orang Islam punya, halal punya, tapi pun ada kerjasama tapi orang tidak ungkit ini barang...

[Sambil menunjukkan barangan] Ada juga ini India punya, dia nak jual kita punya samping itu semua, dia create itu emas punya, dia nak jual. Semua ada. Macam-macam kita ada.

Tapi, kita pilih kasih saja. Setakat setapak-setapak saja. Hari-hari buat politicize. Ini tidak buat keuntungan kepada negara kita. Kita nak pelancong kah tak mahu pelancong? Itu sahaja. Saya haraplah kita masa politik, kita politik. Kalau mahu hari-hari mahu politik, kita masuk kampung politik lagi bagus, tidak payah masuk Dewan ini. Minta maaf ya, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, MOTAC mengambil maklum semua cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat...

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

...Berhubungan pembangunan...

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Masjid Tanah.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Nantilah. You punya soalan belum sampai lagi.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kejap.

Saya nak merujuk― penjelasan saja.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggu, tunggu, tunggu. Tunggu saya habis.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri ada setengah jam.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggu saya habis dulu.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya nak beritahu kerja baik. Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri tak nak bagi saya laluan?

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Laluan bagi, tunggu. Saya― aku baca sudah setengah. Tunggulah.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

[Ketawa] Yang Berhormat tadi tunjuk apa benda? Saya tak nampak benda itu. Yang tadi.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggu, tunggu. Saya tunjuk lagi. Mana satu mahu? You mahu perfume kah...

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Itu bukan masalah dia, Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggu, tunggu.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat sentuh berkenaan dengan RM500 juta.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggulah. Saya...

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Masjid Tanah.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Tunggu.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya tanya baik-baik.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Puan Speaker. Baik. Saya tunggu, Yang Berhormat Menteri.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Ya.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

MOTAC mengambil maklum semua cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, berhubung pembangunan lokasi pelancongan termasuk menambah baik infrastruktur di kawasan Parlimen masing- masing. Namun, setiap cadangan perlulah diselaraskan terlebih dahulu dan mendapatkan persetujuan ataupun kelulusan daripada kerajaan masing-masing.

Kalau boleh, kita berbincang sama exco ataupun Menteri Pelancongan negeri.

Saya sekali lagi memohon Ahli-ahli Yang Berhormat, bolehlah berbincang kerajaan negeri dan juga UPEN sebelum kemukakan kepada MOTAC. Kita MOTAC cuma terima cadangan daripada negeri, kita proses dan juga kita angkat bagi pertimbangan dan kelulusan daripada Kementerian Ekonomi.

Jadi, selaras dengan kempen Visit Malaysia 2026, MOTAC terus memperuntukkan dana bagi melaksanakan kursus kepada pengusaha-pengusaha

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

homestay berdaftar seperti refresher programme, pembangunan budget homestay, keselamatan pelancong, bahasa dan pembuatan kraf tangan.

draft • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar tadi dalam RM500 juta untuk kempen Tahun Melawat Malaysia tahun 2026. Dan kalau kita tengok dalam social media, banyak kita punya influencer, influencer, dengan izin Yang Berhormat Speaker, mempromosikan lebih banyak negara luar berbanding dengan Malaysia.

Jadi, saya ingin tahu apakah yang dilakukan oleh pihak Tourism Malaysia khususnya dan juga MOTAC untuk mengadakan sesi libat urus, engage dengan mereka-mereka ini supaya kita lebih kepada inbound tourism kita yang perlu diperkasakan dan juga merancakkan lagi sempena Tahun Melawat Malaysia ini dengan peruntukan yang sedia ada itu. Terima kasih.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah.

Inilah cadangan yang baik. Kita memang ada jumpa banyak daripada antarabangsa bagi dia orang lihat dan faham dan dia boleh sendiri merasakan kita punya destinasi pelancong macam mana. Jadi, lepas itu, minta dia orang promote di luar negara.

Kita sekarang pun ada buat engagement sama influencer itu ataupun TikTok di tempatan kita. Nak minta dia orang lebih lagi buat promotion untuk inbound. Itulah kita usahakan mana yang kita boleh. Kalau boleh, saya jumpa Masjid Tanah lah. Mari kita bersama-sama. Kita dulu pun Timbalan Menteri Pelancongan.

draft • 5:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, tambahan saja. Saya ingin tahu, berapakah jumlah peruntukan yang diberikan untuk pempengaruh-pempengaruh ini untuk memainkan peranan mereka dalam mempromosikan destinasi-destinasi ataupun produk-produk yang ada di Malaysia?

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kita nak detil, nanti saya akan jawab bertulis kepada kita. Kementerian akui ada menerima beberapa aduan berkaitan kualiti pemandu pelancong seperti kurang pengetahuan tentang sejarah destinasi, tidak berkongsi bahasa dan lain-lain.

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelawat antarabangsa, MOTAC akan mewajibkan setiap pemandu pelancong mestilah mahu ada sekurang- kurang dia ada tiga bahasa. Jadi, ini kos semua, kita minta Tourism Malaysia akan dibantu, akan dibayar. So, tiap-tiap pemandu pelancong mesti mahu ambil kos ini.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Jadi, saya ada terus meminta Tourism Malaysia bekerjasama dengan pusat bahasa dan pusat latihan pelancong untuk menawarkan kursus bahasa kepada semua pemandu pelancong di seluruh negara, termasuklah Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, dengan usaha meningkatkan persediaan menjelang kempen Visit Malaysia 2026, Tourism Malaysia kini sedang bekerjasama dengan pihak swasta untuk membangunkan aplikasi Smart Tourism yang dijangka siap pada akhir tahun 2025. Saya mengakui pembangunan ini ada sedikit lewat pasal technical issue dan juga lain-lain. Saya tidak dijelas di sini.

Kalau mana-mana YB nak berminat, kita boleh duduk. Pasal kita― masalahnya, kita tidak bayar. Kita suruh dia orang buat apps ini. Cuma, user pay. Bila kalau dia orang guna, dia orang bayar. Jadi, mengenai isu ini, saya minta maaflah, kita lewat sikit. Tetapi, kita bulan 12 memang akan dilaksanakan ini.

Tadi mengenai pelantikan ini― ha, Ini Masjid Tanah Ini. Pelantikan ini Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB adalah dibuat mengikut prosedur dan diluluskan oleh lembaga pengarah. Sejak memangku jawatan ini dari Ogos 2024 hingga pelantikan rasmi, beliau telah menunjukkan prestasi yang memuaskan. Dalam tempoh Januari hingga September 2025, MyCEB berjaya mencatat 319 acara perniagaan dengan impak ekonomi sebanyak RM3.6 bilion, lebih tinggi daripada tahun 2024 yang mencatat 285 acara dan RM3.4 bilion.

draft • 5:20 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Jadi, pelantikan beliau sebagai CEO memanglah tepat dan berasas dan membuktikan dia punya kemampuan. Bagi tahun ini, Hari Kraf Kebangsaan telah...

[Dicelah] [Tidak jelas]

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan jawapan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, industri MICE di negara kita sangat penting iaitu meetings, incentives, conventions dan juga exhibitions yang mana, sebagaimana Yang Berhormat Menteri nyatakan, menjana pendapatan yang cukup banyak. Dan saya yakin dan percaya dengan jumlah RM36 bilion yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi ya, RM36 bilion, betul Yang Berhormat?

draft • 5:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

RM3.6 bilion, tidak RM36.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Okey, yang ini juga adalah dibantu dengan penganjuran dan Malaysia sebagai tuan rumah sebagai ASEAN. Dan bagaimana sekiranya kalau kita tidak menjadi tuan rumah dan sebagainya yang akan datang dengan peruntukan yang diletakkan di bawah RMK12

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

dahulu ada RM20 juta tetapi di bawah RMK13 hanya RM10 juta setahun saja, 10 juta setahun saja yang berbeza.

Dan ini memberikan ruang yang sangat terhad kepada industri MICE dan juga MyCEB untuk berkembang dengan lebih dinamik pada masa akan datang. Jadi, apakah perancangan oleh Yang Berhormat Menteri dalam memastikan MyCEB ini supaya bergerak dengan lebih maju lagi?

draft • 5:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih. Haa, ini cadangan yang baik. Saya nak beritahu. Kita dalam masa kita promosi, saya tak mahu cerita dululah. Dalam masa saya promosi di Vietnam, di Hanoi, ataupun di Cambodia, kita baru lihat ramai dia orang punya guna MyCEB untuk insentif dia punya kilang-kilang. Inilah daripada masa yang lama, dia orang punya peruntukan memang tidak habis.

Jadi, kita sekarang memang saya setuju Yang Berhormat Masjid Tanah, kita punya peruntukan tidak mencukupi. Sekarang dalam masa kita usaha dan berbincang sama Kementerian Kewangan nanti naik taraf dia punya peruntukan untuk meyakinkan kepada dia orang menjalankan promosi itu.

Okey, bagi tahun ini, Hari Kraf Kebangsaan telah...

[Tidak jelas] semula sebagai ASEAN Art dan Craft Bazaar dan diadakan di dua lokasi iaitu Sunway Premier Convention Center pada 6 hingga 8 Oktober 2025 serta Kompleks Kraf Kuala Lumpur dari 10 hingga 20 Oktober 2025. Hasil jualan yang direkod adalah berjumlah RM10.7 juta. Penganjuran kali ini ada sedikit lewat kerana kita mahu pastikan produk-produk yang ada berkualiti, yang boleh kita compete sama antarabangsa, kita mesti mahu ada standard. Inilah kita lewat sikit. Walau bagaimanapun, sekarang kita ada nampaklah ada perubahan sikit daripada kualiti ini. Tuan Yang di-Pertua, berhubungan kerja-kerja naik taraf kemudahan infrastruktur.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat, saya nak menyentuh tentang Hari Kraf Kebangsaan, minta maaf. Terima kasih Yang Berhormat atas respons tersebut sebab yang ini perkara yang saya bangkitkan, bukan sekali tetapi beberapa kali sebelum ini. Dan kalau kita tengok janji Yang Berhormat untuk mengadakan Hari Kraf Kebangsaan itu pada masa akan datang, maksudnya jawapan pada awal tahun ini.

Dan saya sebagai Ahli Parlimen yang lazim sekali dapat dan juga bersama kawan-kawan lain sebelum ini mendapat jemputan untuk ke Hari Kraf Kebangsaan untuk diuar-uarkan dan juga bawa orang di kawasan untuk bersama dengan mereka di Jalan Conlay.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tetapi pada tahun ini, dengan ASEAN Bazaar Craft Exhibition itu yang mana tidak dimaklumkan pun kepada kita dan kita tidak aware dan jumlah RM10.7 juta yang telah pun Yang Berhormat sebut itu sebenarnya agak rendah kalau dibandingkan dengan Hari Kraf Kebangsaan yang sebelum ini. Dan pempamer- pempamer ataupun pengusaha-pengusaha itu bukan hanya daripada lokal. Lokalnya ada tetapi tidak sebagaimana Hari Kraf Kebangsaan.

Dan di manakah misi ataupun matlamat MOTAC untuk memper— memperkasakan usahawan-usahawan kraftangan di negara kita melalui Hari Kraf Kebangsaan ini kerana pada HKK lazimnya lebih kurang 400 ke 500 pengusaha, tetapi apabila ASEAN Bazaar ini terpaksa bercampur dengan ini dan juga mungkin mengambil sempena tuan rumah ASEAN.

Saya rasa itu boleh dijadikan acara berbeza dan bukannya ASEAN Bazaar itu berbeza dengan Hari Kraf Kebangsaan, kita sendiri untuk menggalakkan terutama sekali pengusaha-pengusaha kecil. Bayangkan kalau mereka tidak diberi tempat sebagaimana lazimnya dalam HKK ini, saya yakin dan percaya mereka akan ketinggalan terutama sekali pengusaha-pengusaha kraf kecil yang tidak dapat berdaya maju dalam ASEAN Bazaar Kraf apatah namanya ini sebagaimana yang telah pun dianjurkan oleh pihak MOTAC.

Jadi saya benar berharap supaya Yang Berhormat Menteri dapat pertimbangkan semula untuk bawa semula dan jangan di apa namanya ini, ditinggalkan HKK ini sebab dia merupakan satu orang cakap ikonik, program yang ikonik yang berada di bawah kraftangan ini dan inilah tempat mereka untuk bernafas ataupun menjual nama mereka dan juga identiti mereka. Terima kasih Yang Berhormat.

draft • 5:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Terima kasih Yang Berhormat Masjid Tanah. Kita kalau boleh, kita memang jaga semua. Tapi saya di sini, saya ambil peluang ini, saya terus diterangkan. Kita punya agensi kraftangan memang ada masalah dalam management. Sekarang saya sudah arah, saya punya KSU, ketua— saya punya KSU MOTAC, dilihat perkara ini, buat *management research.

So*, tolong bagi saya masa sikit. Tahun depan kita tidak akan dilaksanakan lagi untuk Hari Kraf Tempatan. You don't worry, we will do our best. Tetapi, kalau masa itu kita tukar orang, jangan lagi Masjid Tanah berbahas lagi, bangun lagi marah.

Tuan, Tan Sri Speaker ada tu, jangan besok dia marah saya lagi ya.

draft • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Mana, saya tak boleh marah Menteri, saya sayang Menteri.

draft • 5:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Ini kongkalikung punya.

draft • 5:30 PM

[Dewan Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Bawa dia jalan sekali-sekala.

draft • 5:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat Menteri pun kongkalikung.

draft • 5:30 PM

[Dewan Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, bawa Masjid Tanah sekali-sekala.

draft • 5:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Untuk maklumat, itu mengenai ini cruise punya tourism, itu apa itu kapal punya memanglah kita macam tadi saya kata sudah, memang kita Tourism Malaysia ada sentiasa giat mempromosikan pelancongan kapal di cruise tourism sebagai satu produk pelancongan yang potensi yang tinggi.

Inilah termasuk menjalankan promosi bersama pengendali kapal persiaran dan agensi pelancongan serta bekerjasama strategik dengan pihak kuasa pelaburan dan meningkatkan kedatangan pelawat melalui segmen ini. Jadi mengenai isu ada persoal mengenai infrastructure ini...

[Tidak jelas] punya untuk itu apa itu kapal pelancongan kapal itu memang di bawah Kementerian Pengangkutan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, setakat berjumlah ini MM2H kita sudah lulus 200 minta maaf, 2,318 peserta prinsipal dan 4,197 tanggungan. Inilah berjumlah 6,515.

Jadi program ini telah membantu merancakkan ekonomi. Kita dapat hasil diperolehi sekitar RM1.6 bilion. Untuk makluman, syarat-syarat program MM2H telah pertimbangkan dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri dengan mengambil kira isu mengenai pembeli rumah itu semua, isu-isu kita nak lihat. Semua kita sudah kira.

Tadi, mengenai isu tadi kata ini daripada Yang Berhormat Paya Besar ada soalkan dia takut nanti besok mampu milik punya rumah pun kena itu semua tetapi ini isu ini tertakluk kepada semua kerajaan negeri mesti mahu ambil alih masing- masing ditentukan MM2H mana kawasan dia boleh beli, mana kawasan dia tidak boleh usik.

draft • 5:30 PM

Dato Sri Tiong King Sing

So, that is determined by the kerajaan negeri. So, kalian mintalah kerajaan negeri membantu kita ditentukan. Saya tahu ada berapa negeri sudah memang ada ditentukan ini isu ini. Tadi mengenai hubungan video promosi ini. Ada Ahli Yang Berhormat persoalkan ini video promosi tiada masjid. Inilah satu lagi masalah kita hari-hari nampak isu ini jadi politik. Mungkin ini Yang Berhormat ini, dia tak nampak itu video atau pun mungkin dia nampak itu fake video.

draft • 5:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

Kita video dalam sana, saya bagi contohlah fasal masjid, banyak masjid dalam sana, dia kata tak ada masjid. Kita contoh ada Masjid Putra, Masjid Sri Sendayan, Masjid Kristal macam-macam ada dalam sana. Kalau ini Yang Berhormat daripada Bagan Serai, kalau dia ada berminat boleh jumpa sama saya. Saya bagi satu video dia mahu tiga saat punya pun ada, kita ada setengah jam punya ada, 45 minit pun ada. Saya haraplah janganlah mempolitikkan lagi semua isu ini. Jadi, orang buat emosi ataupun orang marah Kerajaan MADANI. Saya berharap kita bekerjasama.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggesakan sekali lagi janganlah kita kali-kali mempolitikkan isu seumpama. MOTAC sentiasa komited dalam mempromosikan budaya dan kejayaan semua kaum serta agama di negara ini secara adil dan inklusif serta menghormati sensitiviti masyarakat. Saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan dan cadangan yang diberikan dalam usaha memajukan sektor pelancongan, seni dan budaya negara.

Saya merayu lagi sekali, termasuk Yang Berhormat Masjid Tanah agar kita bersama-sama teruskan bekerjasama mempromosikan Malaysia bagi menarik lebih ramai pelawat, sekali gus mengukuhkan ekonomi negara. Boleh Masjid Tanah?

Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 5:40 PM

Datuk Wira Hajah Mas Hajah Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

15 minit lagi ada balance, Yang Berhormat.

draft • 5:40 PM

Dato Sri Tiong King Sing

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] .

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa. Baik, terima kasih Menteri. Sekarang saya jemput Menteri Belia dan Sukan.

draft • 5:40 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Seramai 17 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang- undang Perbekalan 2026 dan menyentuh isu berkaitan KBS. Sebanyak 17 isu telah dibangkitkan dan bagi menjimatkan masa kalau Ahli Parlimen itu tidak hadir dalam Dewan, saya akan berikan secara bertulis.

Saya mulakan dengan Lubok Antu? Tak ada. Kota Marudu? Tak ada.

Tumpat? Tak ada. Padang Besar? Tak ada. Kalabakan? Tak ada. Indera Mahkota?

Tak ada. YB Sik? Tak ada. YB Dungun? Tak ada. Jelutong? Tak ada. Alor Setar?

Alor Setar ada. Baiklah.

draft • 5:42 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Berhubung isu atlet, kewangan atlet yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Alor Setar, sukacita saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Belia dan Sukan sentiasa memberikan keutamaan terhadap aspek kesejahteraan atlet dan jurulatih di bawah Program Latihan Atlet Majlis Sukan Negara.

Merujuk kepada dapatan kajian yang dilakukan oleh AKPK yang disentuh oleh Yang Berhormat, majoriti responden dalam kumpulan tersebut terdiri daripada atlet bola sepak peringkat negeri. Pihak Majlis Sukan Negara tidak mempunyai kuasa dan kapasiti untuk menangani isu yang berlaku di peringkat negeri. Hal ini kerana tanggungjawab Majlis Sukan Negara tertumpu kepada pengendalian atlet serta pengurusan atlet dalam sukan berprestasi tinggi melalui program podium dan program pelapis kebangsaan.

Sukacita saya maklumkan bagi simpanan kecemasan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, pakej latihan atlet program podium mulai tahun 2024 sejak MADANI mengambil alih, kita telah menggantikan kontrak latihan sedia ada dan memberi tumpuan kepada kebajikan terutamanya penyediaan caruman bulanan KWSP dan PERKESO. Bagi tahun 2025, sejumlah RM1,677,000 iaitu caruman majikan sebanyak 12 ataupun 13 peratus berdasarkan kadar gaji telah dicarumkan bagi KWSP dan PERKESO 370 orang atlet di bawah program podium.

Manakala bagi atlet program pelapis, Kerajaan MADANI telah mula melaksanakan caruman PERKESO pada tahun ini, di mana sebanyak RM16,626 iaitu caruman majikan sebanyak 1.75 peratus telah dicarumkan bagi 280 orang atlet di bawah program pelapis kebangsaan. Ini adalah berdasarkan kadar khas dengan kerjasama strategik PERKESO, memandangkan atlet pelapis hanya menerima kadar elaun asas.

Dalam aspek kebajikan atlet pula, Skim Kebajikan Atlet Kebangsaan merupakan skim kebajikan yang diwujudkan sejak tahun 1998 bagi membantu kebajikan atlet yang masih aktif. Bantuan yang diberikan meliputi bantuan rawatan perubatan, bantuan khairat kematian dan bantuan bencana alam yang dihadapi oleh atlet.

Insurans berkelompok di bawah skim perlindungan kemalangan dan diri berkelompok turut disediakan kepada semua atlet yang dilatih di bawah program kebangsaan. Skim ini melindungi atlet daripada risiko kemalangan, kecederaan dan kehilangan upaya kekal semasa latihan ataupun penyertaan kejohanan.

draft • 5:42 PM

Menteri Belia dan Sukan - Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Di samping aspek laluan kerjaya dan kebajikan, sekretariat MACE turut menyediakan peluang pendidikan yang lebih luas dan fleksibel melalui kerjasama bersama institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Usaha ini merangkumi penyediaan kemudahan seperti tawaran biasiswa serta penyesuaian struktur program pengajian bagi memastikan atlet dapat menyeimbangkan komitmen latihan dan akademik.

Bagi menjamin kesinambungan kerjaya serta masa depan atlet selepas persaraan, sekretariat MACE juga melaksanakan bimbingan kerjaya dan program transisi selepas persaraan melalui kerjasama strategik bersama syarikat berkaitan kerajaan GLC, pihak swasta dan agensi kerajaan.

YB Alor Setar, ada soalan tambahan?

draft • 5:42 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Jarang, Yang Berhormat Menteri jemput untuk mencelah. Jadi saya ucap terima kasihlah. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut dapatan AKPK itu daripada pemain bola sepak di peringkat negeri. Adakah kerajaan bercadang ataupun KBS bercadang untuk mungkin masuk campur sikit tentang hal ini kerana bila bola sepak ini diurus di peringkat negeri, sudah tentu dia punya kemampuan kewangan tak sama, Yang Berhormat. Dan setelah industri bola sepak kita ini sudah diswastakan, dia dah jadi satu macam perniagaan. So, siapa ada pendapatan banyak, maka dia akan ada kebajikan yang lebih untuk pemain dia, itu yang pertama.

Yang kedua ialah Yang Berhormat sebutkan tadi mengenai pelan kerjaya atlet selepas bersara. Kalau boleh selepas ini mungkin Yang Berhormat boleh berikan secara bertulis pun tak apa contoh kejayaan atlet ataupun contoh-contoh yang telah pun kita uruskan. Berapa ramai yang telah pun kita berjaya urus atlet setelah bersara itu di mana dia diserapkan supaya dia jadi satu jaminan kepada atlet sekarang ini dia dapat tengok contoh. Dah ada sukses apa, contoh yang baik yang telah pun berlaku. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Speaker.

draft • 5:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 5:42 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Untuk menjawab mengenai pemerkasaan atlet kita, masalah kita bukan masalah sumber ataupun kewangan untuk membantu mereka. Institusi, KPT semua sedia membantu. Cuma kerelaan, kesudian atlet tersebut untuk belajar, yang itu adalah merupakan cabaran kita. Semasa di Paris tahun lepas, saya telah menggalakkan yang memenangi pingat, saya kata dah dapat ganjaran, lebih elok kalau pergi belajar. Tetapi perasaan atlet ataupun wish list

draft • 5:42 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

mereka adalah untuk terus bertanding selagi mereka mampu dan mereka nak belajar selepas mereka bersara. Mereka tak lihat itu adalah satu keperluan pada masa kini.

Masalah ini bukan saja dalam kalangan atlet. Saya pasti semua tahu cabaran itu sebab kita mempromosikan TVET, pemerkasaan generasi muda di mana mereka lihat degree, sijil ataupun ijazah itu tidak menjaminkan masa hadapan yang cerah untuk mereka.

draft • 5:42 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Jadi, mindset shift ini kita perlu hadapi. Yang keduanya Yang Berhormat, dalam pelan transisi— Program Transisi Majlis Sukan Negara, kita sedang menggalakkan atlet-atlet, bila mereka bersara daripada satu jenis sukan, ada kemungkinan mereka boleh cemerlang dalam sukan yang lain. Oleh sebab itu, kita menggalakkan mereka untuk mencuba sukan lain kerana ada sukan yang tak ada time limit, tak perlu bersara.

Saya bagi contoh, bowling. Bowling, 50 tahun pun masih boleh bowl. Oleh sebab itu, bila kita dah melabur duit untuk latihan fizikal semua itu, kalau boleh kita nak bantu transisi kalau mereka masih berminat untuk terus aktif dalam sukan.

Yang ketiganya adalah kita sedang melibatkan ramai daripada atlet kita untuk masuk sebagai pentadbir sukan, administrator. Saya bagi contoh, sekarang ini dalam ahli lembaga pengurusan pelbagai agensi Kementerian Belia dan Sukan, saya suka libatkan mantan-mantan atlet supaya mereka boleh belajar daripada golongan profesional, bagaimana untuk mentadbir agensi ataupun mentadbir satu- satu persatuan sukan. Dan ini adalah semua projek pemerkasaan yang sedang berjalan di peringkat atlet.

Untuk bantuan atlet peringkat negeri, yang ini memang sangat mencabar kerana sekarang kita ada 100 jenis sukan yang telah diwartakan dan pelbagai atlet memerlukan bantuan dana ataupun kewangan. Oleh sebab itu, sekarang kita telah wujudkan tabung KWASN – Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Sukan yang kita benarkan atlet-atlet persendirian yang mahu dapatkan sumbangan untuk pergi bertanding di luar negara, mereka boleh mohon selagi pertandingan itu mempunyai world ranking.

Jadi, ini adalah satu inisiatif baru, di mana kita benarkan atlet persendirian mohon. Jadi, kalau atlet di peringkat negeri pun, kalau mereka nak pergi bertanding, selagi kejohanan itu ada world ranking, mereka boleh mohon dan kita akan bantu mereka.

draft • 5:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

[Bangun]

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik ada di Dewan. Mungkin boleh jawab yang saya bangkitkan?

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey. Alor Setar, ada lagi?

draft • 5:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ya, masih last point Tan Sri, pada isu kebajikan atlet ini. Saya cadangkan mungkin KBS boleh buat kajian ataupun audit dari sudut financial support kepada atlet-atlet kita ini supaya ada satu study yang proper, tidak hanya melihat kepada dapatan AKPK saja.

Ini pun mujurlah ada Jabatan AKPK yang membantu pihak KBS. Mungkin KBS sendiri ada, boleh buat satu kajian secara rambang kepada atlet-atlet kita.

Sebab kita tak mahu contoh macam kes Khalid Jamlus itu berulang, dia terpaksa menjual kasut emas dia untuk menyara kehidupan. Kemudian, atlet paralimpik Koh Lee Peng yang pernah mewakili Malaysia. Kita tak mahu kisah-kisah ini kembali berulang dan kita nak dia berhenti di situ. Jadi, mungkin untuk jangka masa panjang, pihak KBS boleh memikirkan cadangan seperti ini. Terima kasih Tan Sri, terima kasih Menteri.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya. Yang Berhormat, Kerajaan MADANI sedang menyediakan pelbagai inisiatif. Saya bagi contoh inisiatif pelepasan cukai, di mana buat kali pertama, pelepasan cukai RM1,000 khas untuk kategori sukan yang membenarkan mereka gunakan RM1,000 itu untuk latihan sukan. Latihan sukan ini bermaksud, pembayar cukai boleh gunakan pelepasan cukai itu untuk belajar, bukan saja untuk diri tetapi untuk suami isteri dan anak-anak.

Dan bermula tahun 2025 Tuan Yang di-Pertua, pelepasan cukai ini kita perluaskan kepada ibu bapa pembayar cukai. Bermaksud, datuk, nenek, cucu, boleh pergi belajar main sukan bersama. Dan bila kita benarkan ini, bermaksud industri sukan boleh berkembang di mana mantan-mantan atlet sekarang boleh jadi jurulatih dan bagi latihan sukan. Kelab-kelab mula berkembang.

Jadi, ini semua adalah perancangan sektor industri sukan, di mana kita nak bukan sahaja tumpukan kepada prestasi elit menang pingat tetapi kita nak gaya hidup dan gaya hidup ini diperluaskan untuk semua lapisan masyarakat.

Untuk menjawab YB Sik yang membangkitkan isu mengenai pembangunan bakat dalam kalangan pemain bola sepak tempatan sebagaimana yang turut dibangkitkan melalui celahan Jelutong.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga hari ini, seramai 23 orang pemain luar negara telah melalui proses naturalisasi, yang mana mereka mewakili pasukan kebangsaan ataupun kelab profesional. Penggunaan pemain naturalisasi dan warisan ini melibatkan beberapa pasukan kebangsaan.

Selalunya, semua hanya lihat skuad kebangsaan (national team), satu pasukan dan mereka lupa sebenarnya kita ada tujuh pasukan kebangsaan.

Okey. Saya bagi contoh data ini, Harimau Malaya, tujuh pemain warisan.

Pasukan bawah 23 tahun, hanya satu pemain warisan. Pasukan bawah 19 tahun, pemain tempatan sepenuhnya. Pasukan bawah 17 tahun, pemain tempatan sepenuhnya. Untuk pasukan wanita kebangsaan pula yang menggunakan pemain warisan, pasukan senior, hanya satu orang pemain warisan.

Pasukan bawah 20 tahun, pemain tempatan sepenuhnya. Pasukan bawah 17 tahun, satu orang pemain warisan sahaja. Jadi, tidak benar semua orang bagi gambaran bahawa semua pasukan kebangsaan kita tak ada peluang untuk pemain tempatan, tidak benar. Okey, kita lihat data ini menunjukkan bahawa pemain tempatan juga diberikan peluang yang sama ya.

draft • 5:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya bangkitkan iaitu ketika mana ada kritikan daripada pemain- pemain legenda bola sepak kita, termasuk Datuk Dell Akbar, K. Rajagopal, mengatakan kalau penggunaan pemain naturalisasi ini tanpa pembangunan akar umbi yang kukuh, akan menyebabkan ketergantungan jangka panjang yang menjejaskan pemain tempatan. Itu isu dia.

Maksudnya, kita perlu ada keseimbangan soal pemain naturalisasi ini dan juga latihan kepada pemain-pemain tempatan. Dulu kita ada wujudkan Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) yang sangat baik di peringkat awal 2014 dulu. Ramai pemain kebangsaan yang dilatih daripada sini. Jadi ketika ini kita nampak agak suram, akademi ini. Ke mana pemain-pemain yang telah dilatih?

Berapa peratus yang mereka dapat sampai menjejak kaki sebagai pemain kebangsaan? Jadi, ini perlu dilihat dengan serius oleh kementerian bahawa bakat- bakat tempatan itu lebih penting untuk mengisi kekosongan yang ada dan dalam masa yang sama, kita tidak menolak naturalisasi ini tapi ia sebagai satu complementary kepada pemain-pemain kita. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya. Untuk makluman Yang Berhormat, AMD masih ada dan masih menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Cuma dalam perbincangan sekarang adalah untuk persatuan sukan kebangsaan iaitu FAM.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Sepatutnya bertanggungjawab untuk pembangunan sukan bola sepak dan kerajaan hanya membantu untuk pasukan-pasukan kebangsaan yang memerlukan.

Itu sebab perancangan dan selepas assessment yang kita telah minta AFC untuk buat, kita nak pulangkan NFDP kepada FAM. Kerana sepatutnya persatuan sukan kebangsaan yang mengambil tanggungjawab untuk membangunkan sukan tersebut. Tetapi untuk makluman Yang Berhormat juga, Majlis Sukan Negara, kita telah mengadakan sesi town hall bersama kelab-kelab bola sepak profesional pada bulan November 2024.

draft • 5:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

[Bangun]

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Semasa sesi town hall tersebut, kelab- kelab terlibat telah memaklumkan perancangan mereka untuk mendapatkan khidmat pemain naturalisasi bagi membantu persiapan pasukan masing-masing. Pihak Kementerian Belia dan Sukan ataupun Majlis Sukan Negara, kita tiada halangan untuk membenarkan jika kelab-kelab itu mahu perkara tersebut kerana ini dibenarkan oleh FIFA dan pemberian kewarganegaraan adalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

Jadi, kita memang seperti data yang saya telah nyatakan, kita memang bagi keutamaan kepada pemain tempatan. Tetapi kalau kelab-kelab ataupun ada hasrat untuk FAM ataupun sesiapa menggunakan pemain luar negara, mereka kena ikut undang-undang yang telah ditetapkan, syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh FIFA dan Kementerian Dalam Negeri.

draft • 5:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

YB. Menteri.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Ya, Kangar.

draft • 5:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Saya nak bagi cadangan lah.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Silakan.

draft • 5:50 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Saya rasa KBS kena terus meneruskan NFDP, sebab saya rasa NFDP ini dia nampak lebih berkesan sebab dia banyak melibatkan dengan sekolah dan NFDP dah lama dah menjalankan program ini.

Saya ingat sejak zaman NFDP ini, zaman Menteri KJ, saya rasa zaman dia.

Jadi, kesan dia agak baik. Kalau kembali pada FAM, saya nampak ada sedikit kesulitan itu. Ini saya cakap atas apa yang berlakulah sebab FAM ni dia tengok team, dia tengok pasukan yang kecil. Tapi NFDP, dia tengok satu kerangka yang luas kepada seluruh dalam masyarakat itu, dalam komuniti kanak-kanak. Itu yang saya rasa KBS lagi cantik untuk NFDP. Terima kasih.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Cadangan itu bukan YB. Kangar saja tetapi ada orang lain juga mencadangkan. Tetapi seperti yang saya nyatakan, tanggungjawab membangunkan sesuatu sukan itu mesti datang daripada persatuan sukan kebangsaan. Kalau persatuan sukan kebangsaan tidak mampu untuk membangunkan sukan tersebut, mereka kena beri ruang kepada orang yang mampu untuk melaksanakan.

draft • 5:50 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Saya sebagai Menteri Belia dan Sukan dan Pengerusi Majlis Sukan Negara, saya tak boleh babysit. Ini hanya bola sepak. Bayangkan sepak takraw datang.

Menteri persatuan tak mampu, boleh tak MSN ambil tanggungjawab bina akademi ataupun bola keranjang? Ataupun gimnastik? Kalau macam itu, takkan saya nak jadi Menteri, saya nak jadi presiden persatuan sukan kebangsaan? Dan semua ini tak boleh ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Itu sebab kita nak menggalakkan lebih ramai lagi profesional ataupun mantan-mantan atlet yang memahami sukan tersebut untuk menjadi pentadbir sukan dan sekarang kita telah wujudkan banyak ruang untuk bagi pendedahan kepada mereka.

Saya berpendapat Majlis Sukan Negara tidak harus menjaga pembangunan sukan peringkat akar umbi. Majlis Sukan Negara bertanggungjawab untuk prestasi atlet elit, Road to Gold, yang itu tanggungjawab MSN. Kalau tidak, MSN dengan sumber tenaga kerja yang kecil, kena jaga events, kena jaga pingat, kena jaga podium, pelapis, kita tak mampu. Oleh sebab itu, kita dah mula dah. Kita bagi geran pentadbiran, kita bagi kepada persatuan sukan tapi kita bagi mereka KPI, kita minta mereka, mereka kena ada penambahbaikan. Kita tak boleh terus menjaga ataupun babysit dengan izin ya, persatuan-persatuan sukan kebangsaan.

Okey, isu seterusnya kemudahan sukan. YB Hulu Terengganu ada? Tak ada.

Kuala Pilah? Tenom? Tak ada. Kangar? Padang Terap ada? Tak ada.

draft • 6:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Kangar ada, Kangar.

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Lumut?

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kangar ada, Menteri.

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tak ada. Kangar. Okey, YB Kangar ini, apa-apa yang dia minta, kita dah usahakan untuk beliau tetapi kini beliau minta untuk pembinaan litar kereta kawalan jauh dan kemudahan rekreasi. Saya fikir jawapan ini saya telah berikan banyak kali bahawa untuk pembinaan facility baru, kita selalu bincang dengan kerajaan negeri, dengan PBT, untuk pastikan kalau Kerajaan Persekutuan bina mesti atas tanah Federal, Tanah Persekutuan, okey.

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Dan kalau kerajaan negeri berasakan facility yang diminta ini bukan satu keutamaan untuk mereka, Kementerian Belia dan Sukan memang tidak akan membina kerana kita perlukan badan negeri ataupun PBT untuk menyelenggara.

Selepas kita bina, kita kena serah kepada mereka.

draft • 6:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

[Bangun]

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey, jadi, kita terima cadangan Yang Berhormat tetapi sukacita juga saya nak maklumkan bahawa sebarang cadangan untuk pembinaan facility yang dibangkitkan dalam Parlimen bukan— tidak boleh dikira sebagai permohonan rasmi. Kena mereka sertakan dengan surat kepada Kementerian Belia dan Sukan dan apa-apa cadangan pembinaan ini semua kita juga perlu mohon kepada Kementerian Ekonomi. Itu prosesnya. Silakan Yang Berhormat.

draft • 6:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Okey, YB Menteri. Saya bagi cadangan di sini sebab kawasan rekreasi Sungai Batu Pahat itu, apa dulu KBS dah bagi untuk trek motocross kan, jadi memang cantiklah kawasan itu ada golf. Jadi, kemungkinan kalau kita ada apa gelanggang untuk remote control, car remote control ini maka dia akan berkembang, kawasan itu sebagai satu kawasan pelancongan bermotor.

Jadi, itu yang kita cadangkan sebab apa yang saya minta pada Yang Berhormat Menteri ini, semua yang level yang dikuasai ataupun yang diketuai oleh pakar-pakar ataupun yang terlibat dalam event tempatan dan juga event antarabangsa, itu yang saya minta pada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey. Saya minta Yang Berhormat susuli dengan surat permohonan rasmi dan kita akan mengkaji cadangan tersebut. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri.

draft • 6:00 PM

Tuan Zakri bin Hassan - Kangar

Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Setakat itu sahaja kerana ramai yang tidak hadir.

draft • 6:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Menteri, sebab ada masa, Puncak Borneo minta ruang sikit, boleh?

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Tak boleh bangkitkan isu baru tau.

draft • 6:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Okey. Ini sebab saya tak ada peluang nak bahas hari itu. Ini isu barulah, nak minta sikit sebab ada ruang.

Pertamanya, YB Menteri, sepertimana yang kita tahu sekarang ini banyak persatuan- persatuan sukan dan juga kerajaan mempunyai bebanan untuk menjana dan juga membantu arena sukan ini. Jadi, pada tahun, kalau tak silap saya tahun 1969, Sports

draft • 6:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Toto Malaysia ditubuhkan oleh MOF untuk membantu negara Malaysia menjana pendapatan untuk apa ni, membantu ahli-ahli sukan kita.

Jadi — tetapi pada tahun 1985, syarikat ini telah diswastakan tapi saya nak tanya sama ada bila diswastakan ini, adakah tanggungjawab CSR, obligasi CSR itu masih berjalan? Sebab apabila diswastakan, salah satu daripada syaratnya adalah untuk terus memberi CSR kepada kerajaan. Jadi, apa yang berlaku sekarang ini?

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Okey.

draft • 6:00 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Adakah CSR itu masih berjalan ataupun tidak?

draft • 6:00 PM

Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Saya boleh jawab, untuk Sports Toto memang dalam undang-undang kutipan mereka, mereka bagi sebahagian itu kepada pembangunan sukan. Yang itu sehingga hari ini Sports Toto masih menyumbang untuk pembangunan sukan. Cuma masalah sekarang, sumbangan mereka berkurangan bukan kerana mereka tak nak bagi, kerana illegal online gaming. Saya bagi contoh, ramai yang berjudi atas talian tetapi ini semua bukan sumber-sumber rasmi. Bila dia adalah haram, illegal, okey, kerajaan tak dapat kutip cukai tersebut.

Oleh sebab itu, pendapatan Sports Toto juga telah menurun dan perbincangan ini ada berlaku di mana mereka juga telah meminta supaya perjudian haram atas talian ini boleh diambil tindakan oleh pihak-pihak penguat kuasa supaya semua ini tidak menjadi satu pembaziran. It’s all wastages online, di mana kerajaan tak dapat kutip cukai tersebut. Okey, tetapi memang berterusan Yang Berhormat, sumbangan mereka. Terima kasih. Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan akan memberikan jawapan bertulis kepada yang tidak hadir. Terima kasih.

draft • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Menteri. Seterusnya, saya jemput Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Silakan Menteri.

draft • 6:00 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Terima kasih Yang di-Pertua. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah diperuntukkan sebanyak RM1.03 bilion di bawah Belanjawan 2026 yang merupakan peruntukan tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya, yang merangkumi peruntukan sebanyak RM754.4 juta bagi perbelanjaan pembangunan dan RM275.7 juta bagi perbelanjaan mengurus. Kementerian mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di atas peruntukan ini kerana ia merekodkan pertambahan sebanyak 26 peratus berbanding Belanjawan 2025.

draft • 6:06 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Ewon Benedick

Seterusnya, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada 16 orang Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Paya Besar, Padang Besar, Kota Marudu, Kudat, Merbok, Temerloh, Sibu, Puncak Borneo, Jerlun, Libaran, Ampang, Sungai Besar, Padang Rengas, Ipoh Timur, Masjid Tanah dan Tenom yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan sebanyak 17 perkara berkaitan kementerian ini sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat dasar.

Saya menghargai segala pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan akan mengambil kira pandangan tersebut dalam pelaksanaan program keusahawanan dan koperasi melibatkan KUSKOP di bawah Belanjawan 2026.

Dengan mengambil kira perkara-perkara yang dibangkitkan, penggulungan saya pada hari ini diselaraskan berdasarkan dua topik utama yang telah dibangkitkan iaitu yang pertama, inisiatif dan program keusahawanan dan yang kedua, sektor, ketiga iaitu koperasi dan perusahaan sosial.

Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kota Marudu, Merbok, Puncak Borneo dan Jerlun telah membangkitkan usaha bagi memudahkan proses pembiayaan terutama usahawan mikro. Untuk makluman, saya bercadang untuk menjawab bagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih ada di Dewan. Kota Marudu sudah di Sabah, Merbok sudah di Sabah, sudah, sudah balik kawasan. Puncak Borneo baru keluar tadi. Jerlun pun sudah balik kawasan. Saya akan beri jawapan bertulis. Yang Berhormat Paya Besar dan Puncak Borneo, dua-dua pun sudah balik kawasan, saya akan beri jawapan bertulis.

draft • 6:06 PM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Puncak Borneo pergi toilet sekejap.

draft • 6:06 PM

Datuk Ewon Benedick

Yang Berhormat Merbok, Sibu, Puncak Borneo dan Tenom pun sudah balik ke kawasan masing-masing. Saya akan beri jawapan bertulis. Yang Berhormat Merbok sudah balik kawasan, saya akan memberi jawapan bertulis. Yang Berhormat Padang Besar sudah balik kawasan, saya akan beri jawapan bertulis. Yang Berhormat Sibu dan Padang Rengas pun sudah balik kawasan, saya akan beri jawapan bertulis. Yang Berhormat Jerlun pun sudah balik kawasan, beri bertulis.

draft • 6:06 PM

Datuk Ewon Benedick

Yang Berhormat Libaran pun sudah balik kawasan. Saya akan beri jawapan secara bertulis. Sekali lagi Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Kota Marudu dan Kudat adik-beradik sudah balik kawasan. Saya akan beri jawapan bertulis.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Isu kedua tentang koperasi dan perusahaan sosial. Yang Berhormat Kota Marudu sudah balik kawasan. Saya akan beri jawapan bertulis. Ahli Yang Berhormat Jerlun juga sudah balik kawasan.

draft • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

YB Menteri, saya Puncak Borneo, saya pergi tandas tadi.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Ahli Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya ada dalam Dewan, tolong jawab.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Ahli Yang Berhormat Sungai Besar dan Masjid Tanah pun telah balik kawasan. Saya akan beri jawapan secara bertulis. Yang Berhormat Ampang pun sudah balik kawasan. Saya akan beri jawapan bertulis sebab saya bangkit ini dia tak ada di sini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf tidak dapat menyampaikan penggulungan ini kerana Ahli-ahli yang berbahas itu tidak ada di dalam Dewan. Jadi, saya mohon beri jawapan...

draft • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti sekejap, kejap.

draft • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Yang Berhormat Menteri.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Menteri, saya ingat boleh patah balik, reverse balik.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Boleh ya?

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab tadi dia berlari-lari itu. Saya ingat ya.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Rasa hormat saya kepada...

draft • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Saya ditolak tadi.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Puncak Borneo sanggup patah balik dalam perjalanan ke airport tadi, balik Dewan mendengar jawapan.

draft • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Itu sangkaan jahat itu.

[Ketawa]

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Sangkaan yang baik, sangkaan yang baik. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan usaha bagi memudahkan proses pembiayaan, terutama kepada usahawan mikro. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP sentiasa cuba menambah baik mekanisme proses pembiayaan selaras dengan agenda reformasi kerenah birokrasi sektor awam.

Antara inisiatif yang diambil oleh agensi pembiayaan KUSKOP bagi memudahkan proses pembiayaan adalah:

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

(i) TEKUN Nasional melaksanakan penambahbaikan prosedur permohonan dengan usahawan hanya perlu menyediakan empat dokumentasi sahaja. Di samping itu, kuasa had meluluskan permohonan di bawah RM20,000 pembiayaan telah dipertanggungjawabkan di peringkat negeri;

(ii) Amanah Ikhtiar Malaysia memberi kelulusan pembiayaan dalam tempoh 16 hari bekerja daripada tarikan permohonan.

Selain itu, Amanah Ikhtiar juga menyediakan kaedah pembayaran balik melalui platform cashless micro credit collection system dan perbankan Internet;

(iii) SME Bank telah memperkenalkan proses permohonan secara dalam talian dan saluran komunikasi bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan sepanjang proses permohonan;

(iv) Bank Rakyat meningkatkan kecekapan proses kelulusan pembiayaan dalam tempoh tidak melebihi 14 hari bagi pembiayaan PKS dan enam hari bekerja bagi pembiayaan mikro; dan

(v) PERNAS telah membina sistem pembiayaan E2E S3P yang merupakan platform digital yang menguruskan keseluruhan proses pembiayaan dari permohonan hingga kelulusan.

Yang Berhormat Puncak Borneo juga telah membangkitkan mengenai dana pembiayaan, termasuk berkaitan keusahawanan digital yang disediakan kepada usahawan wanita.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KUSKOP telah menyediakan program dan skim pembiayaan khusus kepada usahawan wanita termasuk yang berkaitan dengan keusahawanan digital.

Sehingga September 2025 untuk tahun ini, antara program yang dilaksanakan untuk usahawan wanita adalah seperti berikut. Pertama, skim pembiayaan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kepada 249,013 orang usahawan wanita dengan pembiayaan sebanyak RM2.19 bilion, skim pembiayaan TEKUN Nasional kepada seramai 17,385 usahawan wanita dengan peruntukan pembiayaan sebanyak RM332.9 juta.

Selain itu bagi tempoh Januari hingga September 2025, di bawah Skim Pembiayaan Online TEKUN, sebanyak RM4.6 juta telah disalurkan kepada 510

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

orang usahawan. Dan daripada jumlah itu ia nya melibatkan seramai 372 usahawan wanita dengan nilai pembiayaan berjumlah RM3.2 juta.

Ketiga, Program BRPlus-i BizLady oleh Bank Rakyat yang telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM73.04 juta kepada 946 orang usahawan wanita.

Yang keempat, Program Successful Women’s Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET). Di bawah Projek Be Your Own Boss oleh PERNAS yang melibatkan seramai 20 orang usahawan francais wanita dengan kelulusan pembiayaan sebanyak RM4.7 juta.

Yang kelima, Program UDA Bizznita yang menawarkan ruang niaga yang strategik di setiap bangunan dan premis perniagaan milik UDA Holdings kepada 194 usahawan wanita.

Dan yang keenam, SME Corp telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan yang turut memanfaatkan seramai 1,130 orang usahawan wanita sehingga September 2025 dengan peruntukan berjumlah RM16.78 juta.

Dari aspek pelaksanaan program keusahawanan wanita di peringkat nasional, berdasarkan pelan ataupun berdasarkan pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu PKS atau ringkasnya (SMEIPA), sebanyak 330,502 orang usahawan wanita disasarkan mendapat manfaat daripada sebanyak 42 program melibatkan pelbagai kementerian dan agensi sepanjang tahun ini.

Yang di-Pertua, Yang Berhormat Puncak Borneo juga antaranya telah membangkitkan mengenai program dan inisiatif keusahawanan termasuk dana pembiayaan kepada usahawan muda. Untuk usahawan muda, ya. Untuk makluman Yang Berhormat, KUSKOP telah melaksanakan pelbagai program khusus bagi tahun 2025 kepada usahawan muda seperti berikut:

Pertama, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera ringkasnya (TUBE) di bawah SME Corp, yang menyediakan bantuan pembangunan kapasiti berbentuk latihan, geran permulaan perniagaan, pinjaman dan khidmat nasihat. Bagi 2025 sehingga 30 September tahun ini, sejumlah 547 orang usahawan belia telah menerima manfaat dengan peruntukan berjumlah RM14.47 juta.

Yang kedua, pembiayaan oleh TEKUN Nasional kepada 16,193 orang usahawan dalam kategori belia iaitu yang berumur antara 18 hingga 40 tahun dengan melibatkan pembiayaan sebanyak RM410.3.

Yang ketiga, Program Young Entrepreneurship Engagement Talents

(YOUNITY) di bawah oleh Projek Be Your Own Bos oleh PERNAS, dengan pelulusan pembiayaan francais kepada 22 orang usahawan belia berjumlah RM4.8 juta.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Yang keempat, Program Bank Rakyat UNIpreneur oleh Bank Rakyat telah membantu seramai 500 usahawan siswa asnaf daripada universiti terpilih dengan peruntukan sebanyak RM1.75 juta.

Yang kelima, program latihan dan bimbingan keusahawanan di bawah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) seperti Program Bimbingan Business Bumiputera dan Kursus Urus Tunai yang telah memberi manfaat kepada 1,108 usahawan termasuk dalam kategori usahawan muda.

Dan yang keenam, program-program pembangunan usahawan siswazah dibawah Program Professional Training Education for Growing Entrepreneurs

(PROTEGE) yang memberi manfaat kepada 8,781 orang peserta. Dengan peruntukan sebanyak RM3.05 juta sepanjang tahun 2025. Yang merangkumi pelaksanaan Seminar Keusahawanan Mahasiswa dan Jom Jumpa PROTEGE yang telah diadakan di 11 siri, di beberapa universiti seluruh negara. Dan yang terkininya akan diadakan pada minggu hadapan, 4 November ini di Universiti Malaysia Sabah.

Ini saja yang rasanya dalam catatan saya.

draft • 6:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Menteri, Yang Berhormat Menteri Ampang ada sebenarnya tadi kat luar tengok pameran.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Bagi Yang Berhormat Puncak Borneo.

draft • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo

Terima kasih Menteri, terima kasih.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Oh, ada juga.

draft • 6:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Mohon, saya ada tadi tapi saya sangat tertarik dengan pameran di luar. Mohon Menteri jawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Ampang.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Sampai mana? Kita belum sampai Ampang tadi, Yang Berhormat.

draft • 6:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Belum lagi? Sudah terlepas.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Kejap, tidak mahu jawapan bertulis?

draft • 6:10 PM

Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang

Saya ada di sini, saya nak dengar secara langsung.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Okey dengan izin, Yang di-Pertua Yang Berhormat Ampang telah mencadangkan beberapa inisiatif bagi memperkasakan ekosistem keusahawanan perusahaan sosial.

Terima kasih Yang Berhormat sudi melawat beberapa perusahaan sosial yang kita bawa di sini. Jangan saja melawat, minta sokongan, beli produk, Yang

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Berhormat. Kalau boleh semua Ahli Parlimen kita minta. Kalau bukan kita siapa lagi yang menyokong syarikat sosial ini?

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di bawah Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 atau (SEMy2030), 20 strategi dan 45 inisiatif dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama, bermula dari 2019 hingga 2025 dan fasa kedua dari 2026 hingga 2030.

draft • 6:10 PM

Datuk Ewon Benedick

Pelaksanaan program dan aktiviti berkaitan ini adalah berpandukan kepada Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi memperkukuh ekosistem dan mengarus perdana perusahaan sosial.

Fokus perkembangan sektor ketiga dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas juga akan membantu merancakkan lagi model keusahawanan sosial agar impak sosial dilihat sebagai kelaziman merentasi pelbagai pihak berkepentingan. Dalam hal ini, KUSKOP telah meneliti beberapa cadangan daripada Yang Berhormat Ampang dan kita berpandangan seperti berikut― Pertama, bagi cadangan penyediaan dana padanan sosial nasional kepada usahawan mikro yang berminat menjadi usahawan SE, secara umumnya dana pelaburan bersama bagi perusahaan sosial telah disediakan di bawah Suruhanjaya Sekuriti melalui platform P2P Skim Perusahaan Sosial oleh MyCIF yang menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000. Di samping itu, Skim Pembiayaan Perusahaan Sosial oleh SME Bank ditawarkan kepada Tunas SE, SE Asas dan SE Diakreditasi di bawah KUSKOP dengan pembiayaan minimum sejumlah RM100,000.

Yang kedua mengenai insentif cukai kepada organisasi korporat yang menyalurkan dana CSR kepada usahawan SE berdaftar. Sehingga kini, belum ada insentif cukai diberi kepada organisasi korporat yang menyalurkan dana kepada perusahaan sosial. Bagi penyelarasan selanjutnya, cadangan ini perlu dikaji bersama oleh Kementerian Kewangan kerana ia nya melibatkan implikasi kewangan.

Yang ketiga merujuk kepada cadangan penerbitan laporan tahunan kemajuan Rangka Tindakan Perusahaan Sosial 2030. Pelaporan program berkaitan SE telah dibentangkan secara berkala kepada pemegang taruh dalam ekosistem perusahaan sosial di Malaysia melalui Social Entrepreneurship Development Committee. Maklumat mengenai aktiviti dan program berkaitan perusahaan sosial yang dilaksanakan oleh KUSKOP boleh diakses oleh masyarakat melalui portal SE KUSKOP.

draft • 6:20 PM

Datuk Ewon Benedick

Dan sebagai makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pada ketika ini, sebanyak 498 perusahaan sosial telah diberi penarafan oleh KUSKOP iaitu SE yang telah diakreditasi sebanyak 60 perusahaan, SE Basic 243 dan Aspiring SE sebanyak 195 perusahaan. Ini sebagai maklumat tambahan kepada Ahli Yang Berhormat Ampang yang telah menyokong perusahaan sosial kita.

Dengan itu, Tuan Speaker, saya mohon izin untuk memberikan penggulungan bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah balik ke kawasan masing-masing. Dengan ini, saya berharap Belanjawan 2026 yang mendapat sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dapat dijayakan supaya yang mendapat manfaat itu adalah usahawan-usahawan PMKS dan juga koperasi kita.

Terima kasih...

[Tepuk]

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih, Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 3 November 2025. Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dan selamat beristirahat dan balik kawasan.

draft • 6:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.23 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026