Katalog Hansard
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, apa khabar semua? Baiklah, kita mulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan. Saya persilakan Tuan Fong Kui Lun, Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 1.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Menteri.
1. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah gelandangan di Ibu Kota, sama ada pusat transit gelandangan digunakan sepenuhnya serta adakah terdapat keperluan menambah atau memperluas pusat transit gelandangan termasuk menyediakan elemen latihan dan pembangunan kemahiran untuk membantu golongan ini berdikari.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahirrahmanirrahim. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada ketika ini terdapat dua pusat transit gelandangan yang sedang beroperasi di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Yang pertama ialah Pusat Khidmat Gelandangan (PKG) Medan Tuanku yang bertujuan sebagai tempat pemusatan aktiviti agihan makanan pada gelandangan di sekitar kawasan Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan juga Medan Tuanku.
Pengagihan makanan harian pusat ini adalah dianggarkan sebanyak 200 hingga 250
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
pek makanan dengan melibatkan kerjasama enam NGO mengikut jadual agihan DBKL. Pusat ini berupaya mempunyai kapasiti untuk bermalam sehingga 100 orang penghuni dan purata pengisian sedia ada adalah sekitar 50 hingga 90 orang dalam satu-satu masa.
Kedua ialah Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Anjung Kembara.
Pusat penempatan ini berkapasiti 200 orang dan mengamalkan low barrier entry dengan izin, di mana tiada sebarang peraturan yang membebankan dan rumit untuk membenarkan gelandangan ditempatkan di sini. Penginapan sementara dengan kemudahan asas lengkap termasuk makan minum disediakan untuk tempoh dua bulan atau sehingga gelandangan ini mendapat pekerjaan dan penginapan tetap.
Pada masa kini seramai 91 orang penghuni mendapatkan perlindungan di sini. Para penghuni terdiri daripada mereka yang tiada sebarang penyakit kronik dan berjangkit, bebas daripada pengaruh dadah, bukan kategori orang kurang upaya dan tidak didiagnosis sebagai individu yang menghadapi penyakit mental.
Tidak dapat dipastikan jumlah gelandangan di Kuala Lumpur ini, tetapi rekod menunjukkan seramai 4,886 orang gelandangan pernah mendapat manfaat dari pusat ini. Secara keseluruhannya pusat-pusat transit ini masih mampu menampung keperluan penghunian gelandangan di Kuala Lumpur.
Program perjodohan pekerjaan ataupun job matching turut diadakan di Anjung Kembara dengan kerjasama pihak Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Mereka turut dilibatkan dengan sesi temu duga bersama majikan yang bersesuaian, termasuklah bantuan penyediaan resume untuk meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.
Sebagai tambahan, Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit di bawah seliaan DBKL juga berperanan bagi penyediaan ruang dan pelaksanaan aktiviti latihan kemahiran diri seperti kelas bakeri, kelas jahitan, kelas mengaji, kelas bacaan, kelas komputer dan juga aktiviti seni. Dalam usaha untuk berterusan membantu golongan gelandangan untuk berdikari dengan lebih baik, maka Program Pemantapan Kendiri Gelandangan di Kem AKAL Gemencheh telah diadakan pada 18 Mei 2025 sehingga 16 Jun 2025 dan melalui program ini serama 48 orang gelandangan telah pun diberi latihan dan pembangunan kemahiran serta motivasi diri agar golongan ini dapat terus berdikari.
Program gantian kad pengenalan dengan kerjasama pihak MEKAR, Jabatan Pendaftaran Negara juga telah diadakan bagi membantu gelandangan memperolehi semula kad pengenalan yang hilang dan program ini juga turut menyediakan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
program job matching dengan kerjasama pihak PERKESO dan seramai 11 orang peserta telah juga memperolehi pekerjaan setelah tamat program ini. Yang Berhormat, sesi kedua program ini sedang dilaksanakan mulai 16 Oktober 2025 hingga 14 November 2025 dengan jumlah gelandangan yang terlibat adalah seramai 35 orang.
Terakhir, selain daripada itu, DBKL turut akan meneliti pendekatan seperti place making dan juga reka bentuk infrastruktur bandar seperti yang diamalkan di beberapa bandar utama seperti London, Tokyo dan juga Singapore yang menggunakan elemen fizikal bagi mengurangkan aktiviti tidur di jalanan ini tanpa menafikan akses kepada orang awam.
Pendekatan ini juga melibatkan reka bentuk bangku awam contohnya yang tidak sesuai untuk mereka berbaringlah, Tuan Yang di-Pertua. Pencahayaan yang optimum serta susun atur landskap yang menggalakkan penggunaan sementara dan juga selamat. Jadi, langkah ini dilaksanakan secara berhemah agar ruang bandar kekal mesra pengguna, namun tidak menggalakkan aktiviti gelandangan yang berterusan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Bukit Bintang, soalan tambahan.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Dato' Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, memandangkan jumlah pengemis dan gelandangan di kawasan tumpuan pelancong seperti Jalan Alor dan Jalan Bukit Bintang semakin meningkat dan menjejaskan imej negara menjelang Tahun Melawat Malaysia, tahun 2026. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, apakah langkah segera yang akan diambil oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL untuk menangani isu ini.
Dan soalan kedua, adakah kerajaan bersedia melaksanakan rondaan dan pemantauan setiap malam sepanjang tahun 2026 bagi memastikan kawasan kekal bersih, selamat dan teratur? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat. Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jawatankuasa yang kita tubuhkan yang dinamakan Jawatankuasa KL Strike Force, yang ini jawatankuasa di Wilayah Persekutuan. Ada satu perkara iaitu aktiviti orang papa telah ditubuhkan pada 27 Mei 2024.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang ini adalah untuk menangani ketidakselesaan dan juga kacau ganggu daripada aktiviti gelandangan ini, serta orang papa melalui pendekatan menyelamatkan. Jadi kita gunakan perkataan, “Operasi Menyelamat.” Jawatankuasa ini diterajui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibantu oleh Jabatan Wilayah Persekutuan sendiri serta agensi-agensi lain yang berkaitan.
Pada tahun ini sahaja, kita telah adakan tujuh operasi bersepadu KL Strike Force yang telah mengenal pasti seramai 568 individu yang telah kita selamatkan...
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Jadi, operasi bersepadu ini terbukti berkesan ketika Sidang Kemuncak ASEAN baru-baru ini dan insya-Allah kita akan teruskan, Yang Berhormat, bagi mengurangkan kebanjiran gelandangan ini di sekitar Kuala Lumpur, menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 nanti.
Di luar daripada operasi KL Strike Force, pihak DBKL juga sentiasa melakukan pemantauan secara berkala bagi mengawal gelandangan dari berpelesiran dan juga berehat ataupun tidur secara terbuka di kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur ini, terutamanya di kawasan-kawasan hotspot.
Jadi, pemantauan dan rondaan ini kita lakukan setiap hari, Yang Berhormat, bermula daripada jam 8 pagi hingga 10 pagi esoknya. Manakala pada waktu malam dilaksanakan bermula jam 12.30 malam sehingga 3 pagi. Maaf, jam 8 pagi hingga 10 pagi, kita buat kita buat satu rondaan, kemudian malam dilaksanakan bermula 12.30 malam sehingga pukul 3 pagi.
Jadi, kesemua gelandangan yang kita jumpai, kita akan nasihatkanlah untuk pergi menginap di pusat-pusat kita, di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku ataupun Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, iaitu Anjung Kembara. Dan jika ada kawasan gelandangan yang mungkin kotor, kemudian berbau dan sebagainya, ianya akan dibersihkan dengan kerjasama, contohnya Alam Flora Sdn. Bhd. Jadi, kita pastikan kebersihan itu bukan sahaja dari sudut fizikal, bahkan juga gelandangan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kulim-Bandar Baharu.
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Menteri, soalan saya. Iaitu, saya mohon Yang Berhormat Menteri menjelaskan, adakah terdapat penyelarasan antara pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO dan agensi kebajikan, bagi
Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu
memastikan aktiviti agihan makanan kepada golongan gelandangan dilaksanakan dengan teratur tanpa menimbulkan masalah sampah ataupun pencemaran kawasan terlibat?
Dan apakah langkah kerajaan bagi mengekalkan keseimbangan antara nilai ihsan sosial dan kebersihan bandar? Dan seterusnya, adakah siapa-siapa saja boleh membantu gelandangan ini untuk memberi makanan ataupun perlu di— berdaftar dengan DBKL? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih, Yang di-Pertua, Terima kasih, Yang Berhormat. Memang sebenarnya masalah gelandangan ini memang kita tak boleh laksanakan bersendirian. Ia harus disepadukan dengan mungkin NGO, NGI juga dan beberapa mungkin syarikat-syarikat yang mahu bekerjasama dengan kita dan sebagainya dan tentunya agensi-agensi kerajaan, dan untuk, ya, JKM dan sebagainya.
Jadi untuk makluman Ahli Yang Berhormat, secara tak langsung masalah kebersihan ini timbul apabila terdapat lebihan pengagihan makanan kepada gelandangan oleh NGO dan juga yang tadi, Yang Berhormat sebut, individu ataupun penyumbang persendirian yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur di luar kawasan atau tidak mengikut jadual yang telah DBKL tetapkan.
Jadi, makanan ini dibazirkan dan dibuang begitu saja dan ramai sebenarnya gelandangan ini yang kita jumpa mereka, sekarang ini memilih-milih makanan sebab terlalu banyak yang memberi. Jadi, mengurangkan masalah ini, DBKL telah menetapkan tiga lokasi pengagihan utama yang dibenarkan iaitu, sama ada pemberian makanan atau lain-lain barang keperluan.
Yang pertamanya boleh dihantar ke Pusat Pembelajaran Komuniti Chow Kit.
Dan kedua, boleh hantar di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku sebagai pusat agihan makanan harian. Dan manakala yang ketiga ialah Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur ataupun Anjung Kembara.
Aktiviti agihan makanan di ketiga-tiga lokasi ini dilaksanakan dengan kerjasama NGO yang berdaftar dengan DBKL dan YKN seperti Kechara Soup Kitchen, PERTIWI Soup Kitchen dan juga Yellow House. Jadi, sehingga kini kita ada 8 NGO yang berkolaborasi dengan DBKL, manakala 14 NGO dengan YKN.
Jadi, bagi memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan, saya juga telah mencadangkan agar DBKL memperhalusi pelaksanaan dasar yang hanya membenarkan agihan makanan dalam bentuk mungkin pack retort, sebab dia lebih kekal lama sikit. Dan pendekatan ini diyakini dapat mengurangkan risiko pembaziran
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
makanan yang cepat basi, contohnya. Jadi, dalam masa yang sama, inisiatif baru seperti ReMeal outreach mobile center akan diperkenalkan sebagai pusat pengumpulan dan juga pengedaran makanan semasa musim perayaan.
Jadi, kita ada masalah Yang di-Pertua, contohnya kita dah tentukan tempat- tempat pengagihan, tetapi mereka tidak hantar ke sana. Maka kita akan perkenalkan yang outreach center ataupun mobile center, di kawasan-kawasan hotspot, di mana mereka-mereka yang ada, yang generous-lah untuk memberi dan sebagainya boleh hantar ke situ. Jadi, itu memudahkan kita untuk pengagihan dan menjaga kebersihan dan seterusnya.
Jadi, langkah ini diharap dapat menggalakkan penyertaan lebih meluas daripada mungkin hotel, syarikat korporat ataupun NGO dalam memastikan makanan yang berlebihan itu dimanfaatkan dengan lebih teratur dan selamat kepada golongan yang memerlukan.
Seiring dengan itu, Yang di-Pertua, DBKL turut juga menyarankan agar mana- mana NGO ataupun NGI ataupun influencers, pempengaruh. Sebab kita jumpa juga yang sebenarnya pempengaruh ada yang kononnya membuat content sahaja. Lepas itu tidak mengikuti peraturan kita. Jadi, itu sebenarnya memberikan masalah lah kepada autoriti yang menjaga, khususnya DBKL.
Jadi, kita mahu semua sekali, mereka-mereka yang ada hasrat untuk membantu golongan gelandangan ini menyalurkan makanan dan bantuan itu dengan mereka berdaftar dan berkolaborasi dengan DBKL, atau pihak-pihak berkuasa tempatan yang lainnya. Pemilihan lokasi juga perlu dibuat dengan teliti dan tidak dijalankan di kawasan tumpuan pelancong, seperti di segi tiga emas Kuala Lumpur.
Disebabkan kita nak jaga juga imej bandar raya kita.
DBKL telah pun juga menetapkan kawasan-kawasan khusus yang dibenarkan bagi tujuan pengagihan ini, jadi justeru sekiranya masih terdapat pihak yang mungkin berdegil, Yang Berhormat kita dah banyak kali bagi saranan, bagi nasihat eh, tapi kalau tak nak dengar juga dan akhirnya mencemarkan Kuala Lumpur, khususnya bandar raya kita. Maka DBKL tidak akan teragak-agak, untuk— mungkin dah tiba masanya untuk kita mengambil tindakan yang lebih tegas dan sewajarnya bagi menjagalah kebersihan, keselamatan juga imej dan maruah Kuala Lumpur sebagai ibu negara.
Jadi, pendekatan ini penting, khususnya di bulan-bulan seperti Ramadan, yang ramai orang berkejar untuk mendapatkan pahala ini. Jadi, kita akan memastikan pengagihan makanan, contohnya yang untuk berbuka ataupun sahur
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
kepada gelandangan ini dilaksanakan dengan lebih tersusun, berhemah, serta disertai dengan rasa hormat terhadap mereka yang menerima bantuan.
Jadi, usaha ini bukan saja memastikan pengurusan makanan yang lebih cekap, tetapi untuk menerapkan juga semangat disiplin dan tanggungjawab dan rendah hati dalam kalangan penerima, agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang dan juga bermakna. Jadi, saya sebenarnya sekali lagi memohon Yang di-Pertua, bekerjasama daripada semua pihak untuk memastikan bahawa dalam keadaan kita memberi, kita juga menjaga kebersihan dan keselamatan di bandar raya kita. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan. Berikutnya, Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki, Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim. Sedikit pantun ya.
Sedar sikit kita dah berusia, Jangan berjoget tak kira masa dan ketika; Soalan saya nombor dua, Mohon jawapan Menteri yang bijaksana.
2. Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk menyelaraskan semua sekolah-sekolah KAFA dengan penggunaan silibus dan penggunaan buku teks yang standard serta diberi Skim Pinjaman Buku Teks.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Selamat, selamat pengantin baharu.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasa
]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan ketawa]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar atas soalan yang diajukan. Ini memberikan, membuka ruang dan peluang untuk kerajaan memberikan penjelasan dan pencerahan berkenaan isu silibus dan buku teks KAFA.
Kerajaan amat prihatin dalam aspek pendidikan agama, terutama kepada murid-murid yang berada di peringkat sekolah rendah yang mengikuti program KAFA. JAKIM telah memperkenalkan program Kurikulum KAFA yang diseragamkan di peringkat kebangsaan sejak 1990 lagi.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Kurikulum ini digubal oleh JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan Pihak Berkuasa Agama Negeri, bagi memastikan keseimbangan antara pengajaran asas Al-Quran, fardu ain, akhlak islamiyah serta kemahiran jati diri murid.
Kandungan kurikulum ini merangkumi aspek Tilawah Al-Quran, Tajwid, Akidah, Ibadah, Sirah, Jawi dan Akhlak Islamiyah yang disusun secara bertahap dari tahun 1 hingga tahun 6.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Bagi penggunaan buku teks, JAKIM telah melantik beberapa syarikat pembekal untuk mencetak buku teks mengikut mata pelajaran dan pengedaran di seluruh negara. Buku teks ini digunakan secara menyeluruh mengikut teras, isi kandungan dan hasil pembelajaran adalah seragam di seluruh negara. Kerajaan juga dari masa ke semasa menyemak dan menambah baik buku teks berkenaan agar kekal relevan dengan keperluan semasa dan pendekatan pedagogi terkini.
Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan adalah penyeragaman kurikulum dan buku teks KAFA dan juga penyeragaman penggunaan modul suaian murid berkeperluan pendidikan khas, masalah pekak dan bisu serta masalah pembelajaran.
Kurikulum KAFA sedia ada telah dibuat semakan dan penambahbaikan.
Kurikulum baru ini dikenali sebagai Kurikulum KAFA 2.0 yang mula digunakan pada tahun 2020 bagi kohort pertama 2020–2025. Murid-murid ini akan diuji dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada 17 hingga 20 November 2025. Oleh itu, semua murid yang mengikuti program KAFA sepenuhnya telah menerima pendidikan yang seragam dari segi kurikulum, buku teks dan peperiksaan.
Mengenai Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), terdapat beberapa kerajaan negeri yang telah melaksanakan skim tersebut melalui inisiatif agensi pelaksana iaitu Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak. Kerajaan berharap agar agensi pelaksana di negeri-negeri yang lain dapat turut menyalurkan bantuan SPBT ini dengan harapan pendidikan dapat diakses oleh semua murid dari pelbagai latar belakang.
Kesimpulannya, kerajaan komited untuk menyelaraskan sistem pendidikan KAFA secara menyeluruh, termasuk aspek kurikulum, buku teks, latihan guru dan kebajikan murid agar pendidikan Islam di peringkat asas ini terus relevan, berkualiti dan memberi kesan positif kepada pembangunan sahsiah generasi muda. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Terima kasih Menteri yang bijaksana. Terima kasih juga Hulu Langat. Dia teringin, tapi tak ada kuasa. Adakah kerajaan...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Cita-cita ada...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kuasa tak ada...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Adakah kerajaan tidak berhasrat supaya guru-guru KAFA diusahakan untuk supaya ada kelayakan dan memenuhi syarat yang dikehendaki oleh pihak JPA supaya dapat diserapkan sebagai penjawat awam? Supaya guru KAFA ada gaji pokok, ada kenaikan gaji tahunan, ada peluang naik pangkat, ada slip gaji yang membolehkan membuat pinjaman-pinjaman untuk beli rumah, kereta dan sebagainya, sebagaimana guru KEMAS yang diura-urakan untuk diserap sebagai penjawat awam.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
[Bangun]
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Yang berlaku hari ini, kenaikan gaji tahunan tidak ada. Pelaksanaan gaji minima RM1,700 yang disarankan oleh KESUMA pun tidak berlaku. Elaun guru senior dan guru junior sama sahaja RM1,100. Tak ada perubahan. Baru masuk pun RM1,100, yang dalam berkhidmat 20 tahun pun RM1,100. Di mana keadilannya? Kemudian yang jadi guru besar pun...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...Tak ada kenaikan gaji yang setimpal dengan tugasnya. Itulah soalan saya. Adakah kerajaan berhasrat untuk supaya guru KAFA diserapkan sebagai penjawat awam? Terima kasih.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Lama soalan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.
Alhamdulillah, soalan yang diberikan itu menunjukkan keprihatinan terhadap KAFA.
Kerajaan sangat prihatin. Malahan, sekiranya kita lihat dari segi susur galur sejarahnya bermula daripada 1990 lagi, kita nampak kenaikan dari masa ke semasa.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Malahan, kerajaan telah juga menaikkan sehingga ini disebut RM1,100, tetapi jika dimasukkan lagi PERKESO dan KWSP, ianya melebihi daripada jumlah tersebut.
Ingin saya kongsikan juga, sebenarnya ada juga komponen yang daripada negeri. Kita lihat negeri-negeri, ada negeri-negeri yang telah pun memberikan peruntukan untuk menyokong dan membantu menambah peruntukan yang ada di peringkat persekutuan dan ini menunjukkan bahawa kerjasama di antara negeri dan Kerajaan Persekutuan itu perlu ada dan perlu lebih baik.
Dari aspek yang lain, kita merasakan bahawa kerajaan juga mengambil pendekatan yang lebih berhikmah walaupun kita lihat bahawa kenaikan gaji itu belum berlaku dalam sesuatu yang sepatutnya. Namun, kita lihat bahawa kerajaan telah menambahkan bilangan guru KAFA. Sebelum ini 35,000 orang, tetapi sekarang ini 36,500 orang.
Dan pada waktu yang sama, kerajaan juga sedang memperkukuhkan lagi latihan profesional guru-guru KAFA ini. Buat masa ini, kita lihat bagaimana JAKIM telah mengadakan kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam AI kepada guru KAFA kita dengan USIM untuk murid berkeperluan khas sebagainya dan ini menunjukkan bahawa satu untuk meningkatkan bukan hanya merujuk kepada peruntukan ataupun kenaikan, tetapi juga dari sudut keseluruhan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Memandangkan soalan ini ada keperluan, saya akan buka di bawah Peraturan 24(3) untuk tambahan ketiga. Untuk kedua, saya serah kepada Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Terima kasih Dato’ Timbalan Speaker. Apa yang saya maklumi bahawa dari segi silibus ini, dia ada keperluan tempatan diletakkan dalam silibus ini...
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
[Bangun]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Jadi, soalan saya dari segi bagaimana— dari segi pemantauan dan penguatkuasaan supaya dia bersifat seragam? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat Pulai di atas soalan diberikan. Pemantauan dan juga penyelarasan. Sebenarnya kita sudah ada kerangka untuk memastikan bahawa setiap pelaksanaan dan juga pemantauan itu dilakukan secara sistematik. Penyediaan garis panduan yang jelas mengenai silibus KAFA yang perlu dipatuhi oleh semua premis.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Buat masa ini, kita ada 6,588 premis yang merangkumi lebih kurang, mewakili lebih kurang 1.4 juta pelajar ataupun murid KAFA. Kita juga mengadakan program latihan dan pembangunan profesional bagi guru-guru KAFA untuk memastikan mereka memahami silibus dan cara pengajarannya berkesan.
Bagaimana dengan pemantauan? Melaksanakan pemantauan di peringkat negeri, kita ada penyelia KAFA. Penyelia KAFA akan menyelia 100 orang guru KAFA.
Sekarang ini kita ada 383 penyelia guru KAFA untuk memantau 36,500 orang guru KAFA. Dan ini menunjukkan bahawa kita sudah ada kerangkanya. Dan kita akan mengambil tindakan bagaimana pusat-pusat KAFA yang gagal mematuhi silibus dan menyediakan garis panduan untuk pengendalian isu-isu yang timbul.
Oleh itu, saya boleh rumuskan kepada semua bahawa kita berada dalam keadaan yang sangat baik dan kita sekarang ini sedang juga menyemak dan memperkukuhkan lagi silibus, buku teks dan juga pelaksanaan KAFA di Malaysia.
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sungai Petani.
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Timbalan Speaker yang berwibawa.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
[Bangun]
Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani
Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat selain daripada penyelarasan kurikulum, kita juga harus melihat bahawa penyelarasan data pelajar itu sendiri. Menurut data Kementerian Pendidikan (KPM) dan JAKIM tahun 2024, hampir 70 peratus sekolah KAFA masih beroperasi menggunakan kaedah manual tanpa sistem pengurusan data pelajar dan lebih 50 peratus tidak mempunyai kemudahan ICT asas seperti komputer dan capaian Internet.
Saya ingin bertanya, dalam konteks ini, adakah kerajaan atau kementerian bercadang untuk menyediakan dana khusus ICT bagi sekolah-sekolah KAFA termasuk sokongan penyediaan smart classroom sebagai contoh dan banyak juga guru-guru KAFA yang tidak mempunyai laptop dan kemudahan asas ICT?
Adakah kerajaan bercadang untuk memberikan bantuan dan juga insentif terhadap perkara ini? Dan kalau kita lihat di negara jiran seperti Indonesia sebagai contoh, ada 7,000 madrasah digital di bawah Kementerian Agama Indonesia yang telah melaksanakan perkara ini. Adakah Malaysia akan melakukan perkara yang sama? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Dr. Zulkifli bin Hasan
Terima kasih Yang Berhormat. Kerajaan Malaysia melalui JAKIM dan juga kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri dan juga Majlis Agama Islam Negeri sedang meneliti dan mengambil langkah untuk mengintegrasikan kaedah digitalisasi dalam pengajaran dan pembelajaran KAFA.
Alhamdulillah, buat masa ini kita sudah ada pencapaian dan juga usaha yang dilakukan untuk memastikan bahawa KAFA ini akan lebih baik dari masa ke semasa termasuk juga pengintegrasian artificial intelligence ataupun kecerdasan buatan.
Cadangan Yang Berhormat untuk melengkapkan dengan keperluan- keperluan infrastruktur ini, ini masih berada dalam usaha yang sedang dijalankan di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri. Oleh itu, kita akan cuba untuk memperluaskan lagi capaian, memperluaskan lagi usaha ini dengan lebih baik dan saya ambil maklum bahawa keperluan digital ini adalah sangat penting, tetapi memerlukan satu kajian terperinci kerana ianya melibatkan kos dan juga kita ingin pastikan semuanya dapat akses kepada KAFA dan dalam masa yang sama, mereka tidak tercicir walau apa sekalipun. Terima kasih.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi tambahan sikit.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Gerik, di bawah peraturan 24(3), saya hanya boleh beri tak lebih daripada tiga pertanyaan. Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Berikutnya Tuan Lim Lip Eng, Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih. Soalan saya yang ketiga.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
3. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Perdana Menteri menyatakan, model perbandingan yang dirujuk kerajaan bagi pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya serta sama ada pelantikan Peguam Negara akan melalui Jawatankuasa Pilihan berkaitan kementerian.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Dato’ Yang di- Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, modal perbandingan yang dirujuk oleh kerajaan dalam merangka pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya adalah berdasarkan amalan di Kanada, Australia dan United Kingdom.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Ketiga-tiga negara ini dipilih kerana mempunyai sistem perundangan common law yang hampir sama dengan Malaysia serta telah melaksanakan pelbagai bentuk pengasingan fungsi antara Peguam Negara, Attorney General dan pendakwa raya, Director of Public Prosecutions.
Lawatan kajian Imperial ke Kanada, Australia dan United Kingdom telah berjaya dilaksanakan dan dapatan yang diperoleh daripada sesi libat urus bersama Pejabat Peguam Negara, Pejabat Pendakwa Negara dan kementerian, jabatan keadilan di negara-negara berkenaan adalah sangat komprehensif. Dalam tersebut telah membantu pasukan petugas khas kajian kompetitif dalam mengenal pasti model terbaik yang sesuai untuk konteks Malaysia.
Seterusnya, kerajaan pada 10 September 2025 telah bersetuju dengan cadangan model pengasingan penuh, di mana fungsi Peguam Negara dan pendakwa raya akan dipegang oleh dua individu berbeza dalam kedudukan setara.
Untuk maklumat lanjut, Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Peguam Negara adalah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Cadangan mekanisme pelantikan pendakwa raya selepas pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya pula adalah tertakluk kepada penelitian lanjut oleh Jawatankuasa Teknikal mengenai cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan pendakwa raya sebelum sebarang keputusan muktamad ditetapkan.
Kerajaan MADANI sentiasa terbuka kepada pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat serta pihak berkepentingan agar sebarang reformasi yang dilaksanakan kelak benar-benar memperkukuh integriti institusi dan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kerajaan tidak serius, tidak commit dalam pengasingan ini. Jika kerajaan serius, saya minta kerajaan menjelaskan sebab-sebab ambil masa begitu lama untuk melaksanakan ini dan bagi satu garis masa, timeline, enam bulan ke setahun untuk melaksanakan separation ini.
Soalan yang kedua Tuan Yang di-Pertua, boleh tak kerajaan berbincang dengan Peguam Negara untuk menarik balik tuduhan terhadap dua cikgu— Cikgu Choong Kean Beng, Cikgu Lau Teik Hwa yang didakwa merotan seorang pelajar?
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, saya— Yang Berhormat perlu fikir komitmen itu ada, kalau tidak ada komitmen, kita tidak akan berfungsi macam ini sekaranglah, fasal reformasi dan sebagainya. Kerajaan MADANI telah memberi aku janji. Timeline-nya adalah pada tahun hadapan— seberapa yang boleh, tetapi kita perlu ingat Yang Berhormat, kelambatan ini disebabkan kerana perlu perbincangan dengan stakeholders.
Ramai di antara stakeholders bukan sahaja department kerajaan, tetapi juga Peguam Negara, peguam-peguam lain dan pihak-pihak berkepentingan. Dan ini adalah kali pertama cadangan sedemikian. Jadi, memakan masa yang lebih, tapi komitmennya adalah 100 peratus.
Yang Berhormat, mengenai keputusan pendakwa raya untuk— telah membuat keputusan untuk menuduh dua guru di Penang itu. Saya difahamkan ini adalah satu keputusan pendakwaan, procedural decision yang telah diambil oleh Jabatan Peguam Negara. Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, hanya Peguam Negara selaku pendakwa raya mempunyai budi bicara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa atau menarik balik pertuduhan terhadap mana-mana orang.
Dalam hal ini, saya dimaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara telah pun mengeluarkan kenyataan semalam bahawa tindakan pendakwaan tersebut telah diambil agar perlindungan terhadap kesejahteraan kanak-kanak sentiasa dipelihara dan tiada yang mengambil tindakan di luar batasan undang-undang yang ada. Saya memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI amat komited terhadap usaha perkara ini.
Yang Berhormat, selain dari itu, saya nak kongsi satu hal lah. Lebih kurang— saya, bila di sekolah primary, saya dipukul oleh guru. Saya percaya sampai hari ini tidak ada asas langsung menggunakan rotan dan sebagainya. Bila saya balik ke rumah, saya memberitahu bapa saya, bapa saya pukul saya pula.
[Ketawa] But that was the old school, tapi tau lah Yang Berhormat sekarang pandangan ini semua sudah berbeza. Jadi, Yang Berhormat tahulah apa yang perlu dan apa yang tidak perlu. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Soalan tambahan kedua, sila.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Soalan tambahan saya ialah, apakah jaminan kerajaan bahawa reformasi ini benar-benar akan memastikan tiada campur tangan politik, memandangkan sebelum ini Perdana Menteri sendiri pernah menyatakan dalam
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Dewan ini bahawa, tidak akan mendakwa Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana faktor usia.
Bagaimanakah kenyataan seperti ini tidak lagi mempengaruhi keputusan pendakwaan selepas pemisahan kuasa ini dilaksanakan dan adakah cadangan ini akan memberikan perlindungan daripada sudut jawatan pendakwa raya dalam Perlembagaan, bukan hanya sebagai dasar sahaja? Itu yang pertama.
Yang kedua, selain daripada pemisahan peranan Peguam Negara di peringkat sivil, adakah ini akan menjadi model kepada pelantikan AG syariah dan juga pendakwa raya syariah negara yang boleh jadikan model bagi negeri-negeri untuk memartabatkan imej dan keadaan syariah di Malaysia? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Yang Berhormat, terima kasih kepada soalan tersebut. Dengan short ini saya nak beritahu, tidak ada keputusan muktamad yang telah dibuat. Walaupun sedemikian, seperti saya kata, ada perbincangan dan sebagainya— dengan semua stakeholders, bukan sahaja dengan badan-badan kerajaan. Maka, kita perlu memberi sedikit masa, sedikit ruang untuk satu keputusan muktamad dibuat.
Dan saya percaya selepas perasingan dilakukan, Peguam Negara dan pendakwa raya mempunyai peranan masing-masing dan mekanisme pelantikan akan diberitahu. Pendakwa raya akan juga diteliti supaya dilakukan secara adil dan bebas. Itu adalah tugas mereka. Yang Berhormat pun peguam.
That is the duty of the Attorney General. Dan saya percaya, seperti Attorney General sekarang dia, he’s independent dan dia bebas. Dia melakukan tugas sedemikian. Saya percaya he’s an excellent model of a public prosecutor. Maka, ini saya berpendapat akan dilaksanakan, akan diguna pakai dan sebagainya. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi. Berikutnya, Tuan Haji Jamaluddin bin Yahya, Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih, Dato’ Speaker.
Tanjung Cincin di Pulau Langkawi, Pokok padi buahnya rapat; Mohon jawapan daripada Menteri, Soalan Pasir Salak nombor empat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Menteri.
4. Tuan Haji Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, usaha kementerian memperluas modul penggiliran tanaman seperti dilaksanakan PERDA Food Valley bagi meningkatkan produktiviti dan menyumbang kepada sekuriti makanan negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Lupa dah pantun.
[Ketawa] Pasir Salak, terima kasih.
Fikirannya tidak hanya tertumpu di kawasan, tapi secara global. Ertinya, pertanyaan yang berlaku di tempat lain— ertinya Wakil Rakyat yang melihat perkembangan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Pertanian sentiasa komited dalam memperkukuh amalan pertanian lestari di kalangan petani iaitu penggiliran atau crop rotation. Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kesuburan tanah, mengurangkan serangan perosak dan penyakit serta mengekalkan hasil pertanian yang stabil dan berkualiti tinggi.
Penggiliran tanaman merupakan antara kaedah yang aktif bagi mengurangkan kebergantungan terhadap input kimia seperti racun perosak dan juga sintetik sekali gus menyokong agenda pertanian mesra alam dan keterjaminan makanan negara.
Berkaitan dengan modul penggiliran tanaman di PERDA Food Valley, projek ini merupakan hasil kerjasama antara Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
(PERDA) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui Jabatan Pertanian.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pelaksanaan projek ini meliputi kawasan 140 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Ara Kuda, Pulau Pinang. Antara tanaman yang diusahakan ialah jagung, sayur-sayuran, cili, terung, kacang panjang serta sayuran-sayuran daun seperti kangkung dan bayam.
Bagi tahun 2025 hingga bulan September, jumlah pengeluaran yang direkodkan di kawasan ini 7,131 tan metrik. Merupakan peningkatan ketara berbanding keseluruhan pengeluaran tahun 2024 – 5,101 tan metrik. Pelaksanaan penggiliran tanaman ini tidak terhad kepada kawasan PERDA Food Valley semata- mata. DOA turut menggalakkan pelaksanaan amalan penggiliran seperti ini di Taman Kekal Pengeluaran Makanan seperti di Ulu Tiram, Johor dan di Ulu Yam, Selangor serta kepada petani sayuran di seluruh negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
DOA turut melaksanakan pendekatan lain bagi menggalakkan amalan penggiliran tanaman melalui program demonstrasi ladang dan latihan teknikal.
Program ini bertujuan memberi panduan kepada petani pelaksanaan penggiliran tanaman dan juga apakah tanaman-tanaman yang sesuai untuk digilirkan itu.
PKPM akan memberi galakan kepada mereka yang nak mengusahakan tanaman giliran jikalau ada tempat yang sesuai dan nasihat akan diberikan oleh Department of Agriculture (DOA). Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, soalan tambahan.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Terima kasih Dato' Speaker.
Terima kasih Menteri kerana sudi menjawab soalan Pasir Salak dengan begitu tuntas sekali.
Pelaksanaan modul penggiliran tanaman dilihat berpotensi besar untuk meningkatkan hasil tanah dan mengurangkan kebergantungan kepada satu jenis tanaman. Namun, keberkesanannya juga bergantung kepada kemampuan petani mengadaptasi teknologi serta mempunyai modal pusingan dan rakan strategik yang mampu memacu inovasi dalam amalan agronomi.
Soalan tambahan Pasir Salak. Adakah kementerian mempertimbangkan pelaksanaan model usaha sama (joint venture) bersama petani sebagai salah satu komponen program inkubator pertanian di bawah modul penggiliran tanaman bagi memastikan pemindahan teknologi, peningkatan kapasiti dan perkongsian keuntungan dapat dilaksanakan secara lebih lestari di peringkat ladang? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Kita amat mengalu-alukan kalau ada saranan joint venture, terutama sekali kalau ada tanah yang sesuai dan diberitahu kepada kementerian, kita bersedia untuk berbincang, untuk joint venture tanaman secara bergiliran ini dan ia nya mesti tanah itu dan keadaan itu, sesuai untuk digilirkan.
Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong
[Bangun]
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Bangun]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Saya tidak tahu dari kawasan Pasir Salak kalau ada kawasan yang sesuai dan boleh berbincang dengan pihak kementerian dan kita akan lihat, kalau boleh ada joint venture. Mekanismenya bagaimana? Itu perlu kepada perbincangan, tapi yang dibuat macam di Pulau
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pinang, di beberapa tempat yang saya sebut itu, itu di bawah kerajaan. Dan para petani diminta terlibat, tapi joint venture ini perkara yang baru dan saya mengalu- alukan kalau ada pihak yang nak buat joint venture itu, kita akan berbincang secara yang lebih teliti.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Tampin.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Konsep penggiliran tanaman ini cukup penting kerana bukan sahaja dapat meningkatkan keseluruhan tanah dan hasil, malah dapat menambah pendapatan.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bercadang untuk menjadikan modul penggiliran tanaman sebagai dasar tetap nasional dengan mewujudkan modul standard mengikut zon tanah dan cuaca? Serta adakah kementerian bersedia untuk menyediakan skim insentif khas atau bantuan benih dan baja bagi menarik lebih ramai petani untuk menyertai modul penggiliran tanaman ini? Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Menteri.
Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu
Pandangan Tampin bersifat positif dan kita memang akan berusaha ke arah itu. Sekarang ini misalnya, FAMA di antara yang membantu untuk tanaman-tanaman seperti itu supaya kalau dia usahakan dan FAMA menjamin harga lantai, sekurang-kurangnya bila berlaku satu lambakan dan sebagainya, yang ada kerjasama dengan FAMA ini, walaupun dia tidak untung besar, sekurang-kurangnya ia tidak rugi.
Oleh itu, kerjasama seperti ini kita akan terus bertekad kali ini supaya tanaman-tanaman juga tidak berlaku satu lambakan. Misalnya, kita melihat penanaman mesti berstrategi. Bulan Ramadan, ramai orang nak makan itu buah tembikai. Maka, dua bulan atau tiga bulan sebelum Ramadan, semua tanam tembikai. Banyak yang tanam tembikai. Akhirnya, bila datang Ramadan, pengeluaran tembikai itu serentak menyebabkan harga tembikai jatuh begitu rendah, terutama di Kelantan sehingga sampai ke peringkat 80 sen sekilo. Kerana apa? Kerana penanaman itu berlaku diagakkan bulan Ramadan, permintaan tinggi.
Jadi, di sinilah kita akan cuba menasihat, kalau tanaman biarlah berlaku sepanjang masa dan cuaca kita— keadaan cuaca dan sebagainya, boleh kita plan perkara seperti itu. Kalau tidak, dia akan berlaku lambakan. Selalunya berlaku dalam bulan Ramadan kerana penanaman tiga bulan sebelum itu, harap dituai dalam bulan Ramadan, maka menyebabkan berlaku lambakan. Inilah pihak FAMA akan memberi nasihat jikalau ada pihak yang datang berbincang dengan pihak FAMA. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Berikutnya Tuan Kesavan a/l Subramaniam, Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya, nombor 5.
5. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, salah satu langkah bagi memperbaiki kedudukan inovasi negara adalah melalui pelaksanaan Malaysia Innovation Indeks (MII). Minta nyatakan status semasa pelaksanaan ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Ya, terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Siput di atas perhatian dan minat yang diberikan terhadap inisiatif terbaharu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ini.
Selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok 20 negara teratas Indeks Global Inovasi Global (GII) menjelang tahun 2030. Kerajaan melalui MOSTI telah membangunkan Indeks Inovasi Malaysia (MII). Indeks ini berfungsi sebagai alat strategik kebangsaan untuk memacu pencapaian sasaran tersebut sambil memperkasa ekosistem inovasi negara secara menyeluruh. Pembangunan MII didorong oleh empat objektif teras.
Pertama, membangunkan profil inovasi negeri iaitu memetakan ekosistem inovasi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan berdasarkan data lapangan yang sahih bagi memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh.
Kedua, membolehkan intervensi bersasar iaitu mengenal pasti kekuatan dan jurang dalam ekosistem inovasi setiap negeri. Ini membolehkan kerajaan negeri dan MOSTI merangka pelan tindakan dan intervensi yang relevan serta berimpak tinggi untuk memperkukuhkan setiap ekosistem inovasi negeri.
Ketiga, memperkukuh kerjasama Persekutuan/negeri iaitu mengukuhkan sinergi antara Kerajaan Persekutuan melalui MOSTI dengan kerajaan negeri dalam perancangan dasar pembiayaan dan program penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C).
Keempat, menjadi platform perkongsian pengetahuan iaitu menyebar luas amalan terbaik dari negeri-negeri berprestasi tinggi untuk dicontohi dan diadaptasi oleh negeri lain bagi merancakkan pertumbuhan inovasi secara seimbang.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
Dato' Yang di-Pertua, secara umumnya, kerajaan akan menggunakan Indeks Inovasi Malaysia (MII) 2025 sebagai rujukan utama iaitu baseline dengan izin, dalam mengubal dasar inovasi negara. Tumpuan diberikan kepada aspek pendidikan, penyelidikan dan pembangunan atau R&D keusahawanan serta teknologi. Bagi negeri yang berprestasi rendah, intervensi bersasar akan dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan inovasi di peringkat negeri.
Di sini, kerajaan akan menggalakkan setiap negeri merangka strategi inovasi masing-masing dengan mengambil kira kekuatan, kelemahan serta peluang yang ada. Strategi tersebut perlu disasarkan, diselaraskan dengan matlamat pembangunan negara agar lebih holistik dan bersepadu.
MII akan turut digunakan sebagai mekanisme petanda aras untuk membandingkan ekosistem inovasi antara negeri, menilai keberkesanan dasar serta menarik pelaburan baharu. Fokus diberikan kepada pembangunan pendidikan, kesediaan tenaga kerja serta pembinaan bakat dalam bidang STEM dan TVET.
Melalui langkah-langkah ini, kerajaan yakin bahawa MII akan menjadi instrumen terpenting dalam memperkukuh ekosistem inovasi negara secara menyeluruh dan inklusif.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato' Mohammad Yusof bin Apdal
MOSTI akan meneruskan sesi libat urus dengan kerajaan negeri untuk menerangkan profil ekosistem di bawah setiap negeri yang mana ini MII yang dijangka akan dilancarkan pada November 2025. Inisiatif tersebut seterusnya adalah bekerjasama untuk mengenal pasti intervensi yang bersesuaian untuk dilaksanakan dan bagaimana MOSTI dapat membantu dalam proses pelaksanaan bagi setiap intervensi ini. Laporan MII ini akan diterbitkan secara dwitahunan untuk menilai perubahan yang telah berlaku pada ekosistem inovasi setiap negeri berbanding laporan sebelumnya. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, apakah metrik dan indikator utama yang digunakan dalam Malaysia Innovation Index untuk mengukur prestasi inovasi di peringkat negeri dan juga agensi? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih di atas soalan tambahan yang baik dari Yang Berhormat Sungai Siput.
Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Dato’ Yang di-Pertua, Indeks Inovasi Malaysia (MII) ialah instrumen strategik utama kerajaan untuk mengukur prestasi inovasi di peringkat negeri dan menjadikan rujukan asas kebangsaan dalam pengukuran permulaan atau baseline inovasi.
Kerangka ini dibangunkan sebagai pelengkap kepada Indeks Inovasi Global (GII) yang merangkumi dua sub indeks, enam teras utama, 16 sub-teras dan 44 indikator yang merangkumi keseluruhan ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I).
Metrik dan indikator utama MII 2025 iaitu MII mengukur inovasi melalui dua dimensi. Pertama, sub-indeks input iaitu mengukur pemboleh daya inovasi seperti kesediaan modal insan dan penyelidikan dengan menilai kekuatan sistem pendidikan dan R&D. Contohnya, MII menilai nisbah penyelidik kepada tenaga kerja dan jumlah GERD...
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
[Bangun]
Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Kedua, kecanggihan penilaian dengan mengukur penglibatan sektor swasta dalam R&D dan pembiayaan.
Sub-indeks output pula iaitu menilai hasil ketara dari pelaburan, hasil pengetahuan dan teknologi dengan merangkumi permohonan paten, penerbitan dan prestasi produktiviti; dan kedua, hasil kreativiti dengan menilai kreativiti dalam latihan, aset tak ketara dan eksport barangan kreatif.
Demikianlah lebih kurang sedikit penjelasan saya tentang persoalan tambahan yang dibangkitkan oleh saudara saya dari Sungai Siput. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Padang Rengas.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya. Berdasarkan laporan Global Innovation Index (GII), kedudukan Malaysia masih di bawah Singapura, Korea dan Vietnam. Jadi, saya ingin bertanya, adakah pelaksanaan Malaysia Innovation Index (MII) ini benar-benar mempunyai impak terhadap penambahbaikan dasar dan ekosistem inovasi negara, atau sekadar menjadi satu penanda aras di atas kertas tanpa tindakan susulan yang nyata?
Dan, bolehkah Menteri nyatakan, berapa banyak geran atau inisiatif inovasi berimpak tinggi, contohnya geran RM1 juta di bawah MOSTI― yang telah diluluskan kepada negeri-negeri luar Lembah Klang bagi memastikan inovasi tidak tertumpu hanya di bandar besar? Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Dato’ Mohammad Yusof bin Apdal
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih soalan tambahan yang dikemukakan.
Sememangnya kita berada dalam situasi indeks global kita yang agak rendah. Sebab itu, kerajaan berhasrat untuk menaikkan taraf ini ke taraf kategori 20 negara terbaik dari segi global indeks inovasi kita. Bila kita cerita nak naik ini, tentunya ada perancangan. Dan antara usaha kerajaan kita ini ialah untuk kita supaya membuat pendekatan bagaimana cara supaya― kalau nak naik ini, you have to have an initiative. Sebab itu, kita cipta satu inovasi indeks bagi negeri-negeri di negara kita ini.
Sebab, kita melihat bahawa mungkin pelbagai kriteria telah menjadi ukuran yang digunakan terhadap kedudukan kita di peringkat GII. Makanya, antara yang kita dapat lihat bahawa mungkin kelemahan― pertama, dari segi ekosistem inovasi negara kita, dan tentunya ekosistem ini banyak terletak kepada negeri-negeri.
Kita tidak boleh fokus kepada, seperti disebut, di Lembah Klang sahaja.
Mungkin ini juga antara faktor. Yang Berhormat sebut itu menjadi faktor kenapa kita berada dalam status kategori yang rendah seperti 33― contoh. Dan kita juga, kerajaan berhasrat untuk naik ke atas takhta ke-20 negara terbaik menjelang tahun 2030 dengan pendekatan seperti ini. Maka itu, usaha MII seperti yang saya jawab awal tadi, adalah antara pendekatan kita menghadapi kelemahan yang dihadapi oleh kerajaan melalui inisiatif MOSTI ini.
Selain itu, seperti geran yang disebut, adakah kerajaan telah memberikan dana-dana yang mencukupi bagi tujuan kita memastikan bahawa apa juga R&D yang kita laksanakan itu akan boleh juga membantu negara kita bukan hanya membangun dari segi ekonominya tetapi juga dari segi indeksnya di peringkat global, seperti yang saya sebut. Kita memang, dari segi kementerian, dipertanggungjawabkan untuk seupaya kita mencapai tahap yang lebih internasional, yang ada standard dunia.
Maka itu, memang kita dapat lihat bagaimana status kedudukan pencapaian kita dari segi pendanaan ini.
Di kementerian saya, memang agaknya terhad sebab kita berkongsi banyak kementerian untuk kita laksanakan berbagai R&D. Maka itu, kalau bolehlah, saya mohon izin Dato’ Yang di-Pertua, atas persoalan tambahan tadi, dia nak tahu bagaimana agihan kepada geran yang telah diagihkan kepada negeri-negeri, as offhand, dengan izin, saya tak ada data itu, maka saya mohon izin untuk menjawab secara bertulis. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh.
Kapten Azahari bin Hasan - Padang Rengas
Terima kasih Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Berikutnya Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Bera.
Seorang Ahli
Hidup Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya nombor 6.
6. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, pendirian terkini pihak kementerian terhadap cadangan kerajaan terdahulu mengenai pembinaan litar drag sekurang-kurangnya sebuah di setiap negeri selari dengan sokongan yang diberikan oleh kerajaan hari ini terhadap penganjuran Himpunan RXZ Members baru-baru ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih, Dato’ Sri Yang Berhormat. Saya mohon izin juga, Dato’ Yang di-Pertua, untuk Dewan mengalu-alukan kedatangan rombongan seramai 20 orang daripada Majlis Daerah Sarikei.
[Tepuk] Selamat datang ke Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kita tentu sekali amat menyokong agenda pembangunan sukan pemotoran dalam negara kita dengan penganjuran pelbagai program. Contohnya, seperti yang baru-baru ini berlangsung, Karnival Sukan Pemotoran di Sepang International Circuit. Karnival ini adalah untuk kita raikan para peminat, bukan sahaja bagi mereka mendapat pengalaman menonton sukan pemotoran, tetapi juga menjadi sebahagian daripada komuniti tersebut. Dan penganjuran karnival ini juga telah pun berjaya kita lihat sebagai usaha untuk kita rakyatkan Litar Antarabangsa Sepang supaya ini boleh diakses oleh orang awam.
Jadi, fokus utama Kementerian Belia dan Sukan ketika ini adalah untuk kita menarik lebih ramai orang awam untuk mengakses Litar Antarabangsa Sepang ini dan mana-mana litar sedia ada di bawah kendalian Kementerian Belia dan Sukan.
Dan pada masa ini, sebab yang demikian, kita tidak ada rancangan untuk bina litar drag di setiap negeri memandangkan kos pembinaan itu tinggi dan kemudian, penyelenggaraan litar tersebut juga amat tinggi. Kita lebih giat sekarang ini untuk menaik taraf dan menambah baik kemudahan sedia ada seperti SIC dan juga Litar Lumba Tangkak di Johor untuk kegunaan penggiat sukan pemotoran negara dan tempatan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Tuan Adam Adli Abd Halim
Walau bagaimana sekalipun, kita tiada halangan sekiranya terdapat inisiatif atau cadangan untuk membina litar drag atau mana-mana litar pemotoran baharu dengan pembiayaan peruntukan itu datang daripada kerajaan negeri, contohnya seperti Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini.
Tanggungjawab untuk kita bina, naik taraf, selenggara fasiliti-fasiliti sukan termasuk litar-litar lumba ini seharusnya dilihat sebagai satu bentuk kerjasama dan tanggungjawab kolektif daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Kita semua boleh mainkan peranan yang penting dan jalinkan kerjasama dengan sektor swasta juga untuk kita laksanakan projek pembinaan dan penambahbaikan kemudahan sukan serta rekreasi awam demi manfaat masyarakat setempat. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Bera.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tumpuan yang saya soal ini adalah dari segi litar lumba di peringkat akar umbi, bukan di Sepang dan sebagainya. Sirkit itu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
Ini yang melibatkan anak-anak muda, belia-belia yang bukan pelumba profesional ya. Kalau kita lihat akhir-akhir ini sukan permotoran terutama di akar umbi sangat menggalakkan dari segi sokongan. Misalnya di Kuala Terengganu apabila perhimpunan RXZ Members kita buat, puluhan ribu datang daripada seluruh negara dan apabila kerajaan yang lepas mencadangkan dan meluluskan bajet sebanyak RM20 juta untuk peringkat awal, tujuan kita selain daripada nak melatih mereka menjadi pelumba profesional dalam masa yang sama juga untuk mengelakkan perlumbaan haram yang sentiasa berlaku.
Mereka berlumba haram kerana tidak ada tempat untuk mereka berlumba.
Jadi, kalau kita buka di setiap negeri pada peringkat awal ini dan akhirnya mungkin di setiap daerah satu akan datang nanti, jadi adalah tempat anak muda ini melepaskan geram mereka, tidak di jalan raya, tetapi di pusat-pusat litar yang kita bina.
Yang keduanya, of course, kita lahirkan pelumba-pelumba profesional. Tadi Yang Berhormat kata tidak ada perancangan. Saya harap mulai hari ini, lepas soalan ini mungkin boleh dipertimbangkan semula. Ya, dipertimbangkan semula, supaya litar-litar tadi dibina. Saya lihat litar ni kos dia tak tinggi, tetapi bukan stadium.
Kalau di Terengganu itu, di Kuala Terengganu itu macam stadium. Yang itu memang mahal. Stadium itu yang mahal bukan litar itu. Ini yang kita perlukan litar itu,
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera
peringkat awal. Jadi adalah permulaannya kita beri litar dulu, tetapi akhirnya mungkin kita buat mini stadium dan sebagainya, tapi untuk jangka panjang.
Jadi, saya harap pihak KBS lihat balik perkara ini dan daripada RM580 juta peruntukan yang diluluskan kepada KBS kalau boleh diambil sebahagiannya untuk mungkin RM10 juta, RM20 juta dulu untuk litar ini. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di- Pertua untuk pengetahuan, pertama sebagai respons terlebih dahulu memang sekarang kita ada satu perancangan terbaru iaitu masih lagi di Sepang iaitu untuk kita bina atau bangunkan sebuah litar drag di kawasan Sepang untuk tahun 2026 akan datang dengan anggaran jumlahnya sebanyak RM2 juta. Ini peruntukan sendiri oleh Sepang International Circuit dan jika ia nya berjaya, berhasil kita dapat lihat ia nya boleh kita dengan izin, replicate di tempat lain.
Cuma untuk menjawab contohnya cadangan peruntukan yang jumlah RM20 juta yang pernah dibahaskan ataupun pernah dikemukakan menerusi Belanjawan 2023. Kerana Belanjawan ini tidak sempat diluluskan maka Kementerian Belia dan Sukan tidak menerima peruntukan tersebut.
Yang kedua, isunya juga soal kos. Sebenarnya Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, kos untuk pembinaan satu litar tanpa fasiliti seperti yang dicadangkan oleh Bera adalah sebanyak RM6 juta ke RM8 juta. Yang ini termasuk merangkumi jalur perlumbaan sepanjang 201 meter atau 402 meter dan kawasan henti minimum 600 meter ke 800 meter. Ini adalah spesifikasi yang dikeluarkan terutama sekali oleh MAM dalam kita memastikan keselamatan sukan drag kerana drag ini melibatkan pecutan yang daripada poin A ke poin B. Jadi, kita harus pastikan bahawa ia nya boleh dikendalikan dengan selamat.
Kita setuju juga bahawa selain daripada litar semata-mata kita harus lihat ke hadapan termasuk untuk pastikan fasiliti ini cukup sebab itu kalau kita lihat pada keseluruhan litar kalau saya ambil masa sedikit. Contohnya fasiliti sokongan litar termasuk contohnya pusat kawalan, bilik steward, scrutineering, simpanan, pit dan sebagainya ini akan ambil juga belanja dalam RM9 juta ke RM11 juta. Jadi, keseluruhan jumlah yang baik adalah sebenarnya RM15 juta ke RM20 juta.
Maka kalau yang dahulu RM20 juta, kita faham tujuannya adalah untuk bina litar terlebih dahulu yang berbentuk mungkin lebih sesuai untuk permulaan, beginners bukan untuk yang profesional, tetapi kita lihat ini adalah usaha yang perlu kita teliti terlebih dahulu.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Walau bagaimana sekalipun terakhir, sebenarnya kalau kita lihat untuk tahun 2024 kalau boleh saya timbulkan, kita cuma boleh rekod. Kita cuma boleh rakam mana-mana perlumbaan yang mendapat sanction daripada MAM dan juga KBS, yang mana kalau 2024 ada dua iaitu Kejohanan Drag Pilot Siri 1 dan 2. Ini diadakan di KL Base, Bandar Malaysia di Sungai Besi kemudian di Melaka Circuit.
Dalam...
[Tidak jelas] Sebenarnya tidak semestinya untuk kita adakan perlumbaan drag ini kita perlukan satu litar khusus sebaliknya kita juga boleh manfaatkan kawasan-kawasan yang sesuai. Contohnya kita boleh aplikasikan convertible drag race contohnya dekat pangkalan udara dan Melaka International Circuit seperti yang kita sebut tadi.
Walau bagaimana sekalipun, saya setuju bahawa ini harus kita perhatikan namun keutamaan kita akan beri kepada perkara-perkara yang lebih mustahak terlebih dahulu. Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Padang Terap.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Terima kasih, Dato’ Yang di- Pertua. Menurut Exco Keusahawanan Sumber Manusia dan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Terengganu yang menyebut bahawa penganjuran RXZ Members 7.0 di Terengganu telah memberikan limpahan ekonomi sebanyak anggaran RM50 juta kepada peniaga kecil tempatan.
Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan limpahan potensi ekonomi RM50 juta penganjuran RXZ ini, apakah perancangan pihak kementerian untuk mengangkat acara yang disertai lebih daripada 150,000 RXZ Members tadi? Tadi kalau nak buat litar drag mungkin kosnya terlalu tinggi, mencecah lebih daripada RM10 juta dan sebagainya. Apakah perancangan KBS untuk mengangkat acara RXZ Members ini untuk mengangkat Malaysia dalam dunia pemotoran ini? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Tuan Adam Adli Abd Halim
Yang Berhormat, saya kira soalan oleh Yang Berhormat Padang Terap ada beberapa komponen yang perlu kita fahami. Yang pertama adalah soal pelancongan sukan.
Bila kita adakan satu acara yang berkait dengan sukan contohnya RXZ Members ini berkait dengan sukan pemotoran walaupun elemen perlumbaan itu hanya sebahagian kecil. Selebihnya adalah berbentuk karnival dan juga auto show dengan izin. Ianya mampu menarik peminat dan juga dan kebanyakan kalau kita lihat di RXZ Members itu pun bukan semua motosikal 150, 100 lebih— bukan semua
Tuan Adam Adli Abd Halim
ribuan motosikal yang berhimpun tersebut berlumba pun. Hanya beberapa motosikal yang sesuai yang memang dah orang kata dah tune untuk lumba sahaja yang akan masuk dalam drag dan sebagainya.
Namun ia nya menjadi satu acara yang menghidupkan satu-satu bandar dan kita lihat ini sebagai satu usaha yang baik, inisiatif yang boleh kita sokong. Cuma kita perlu perhatikan juga bagaimana kita pastikan penganjurannya mengikut lunas undang-undang dan juga penganjurannya tidak dilihat semata-mata sebagai menganjurkan satu acara tanpa ada kerjasama yang lebih baik dan ada penelitian terhadap aspek-aspek macam yang tadi kita cakap impak ekonomi tempatan.
Dalam masa ke semasa, kita juga mengharapkan bahawa karnival sukan pemotoran sebegini boleh juga menarik pihak-pihak lain untuk kerjasama. Bukan hanya terhad kepada contohnya Kementerian Belia dan Sukan ataupun Kementerian Pelancongan tetapi juga boleh melibatkan KDN dari aspek keselamatan, MOT dan sebagainya.
Kita harus raikan. Baru-baru ini juga dalam temu bual kita sebutkan bahawa ini sebenarnya harus dilihat sebagai satu perkembangan yang positif. Paling tidak pun ia nya memberi sebuah platform untuk peminat motosikal ini daripada mereka terjebak dalam perbuatan ataupun dalam illegal street racing. Sebaiknya mereka ada satu platform yang kita iktiraf dan kita harus bimbing juga dari— contoh terutama sekali kalau di dalam konteks ataupun perspektif Kementerian Belia dan Sukan kita sangat memerhati dan menitikberatkan faktor keselamatan kerana kita tidak mahu acara-acara sebegini menyumbang kepada mana-mana insiden yang kita tidak ingini.
Jadi, kita menyokong dan kita ingin bimbing dari semasa ke semasa kita akan terus buat engagement dengan izin dan memang sudah pun kita buat banyak libat urus dengan mereka ini dan kita lihat di mana kita boleh sokong dan bantu. Saya ucap terima kasih, ambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih kepada banyak kerajaan negeri, Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Melaka yang telah pun— Kerajaan Negeri Pahang juga baru-baru ini, RXZ Fighters dan sebagainya yang telah pun memberi ruang dan fasiliti yang sesuai untuk anak-anak muda ini berekspresi dan meraikan minat mereka. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Berikutnya, Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz, Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Dato’ Yang di-Pertua, saya dan rakan-rakan ingin mengalukan rombongan daripada Muslimah Taman Sri Layang, Mentakab Temerloh ke Parlimen Malaysia.
[Tepuk] YB Temerloh. Terima kasih. Saya P.027. Soalan saya nombor 7. Terima kasih.
7. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri Pertahanan menyatakan, mengenai persediaan demobilisasi MALBATT 850-12 daripada Lubnan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan untuk berundur pada akhir tahun 2026 serta tindakan kementerian supaya semua aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak ditinggalkan di Lubnan, tetapi dibawa pulang ke tanah air.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Dato' Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah atas persoalan yang dikemukakan.
Dato' Yang di-Pertua, misi MALBATT 850-12, yang kini sedang bertugas di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan UNIFIL, akan diteruskan oleh MALBATT 850-13, bermula daripada 15 November 2025 hingga 15 November 2026.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memutuskan bahawa MALBATT 850 dan keseluruhan UNIFIL yang hanya dilanjutkan mandat selama setahun sehingga penghujung tahun 2026. Dan keseluruhan MALBATT 850 akan berundur secara berfasa bermula daripada 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2027. Dan Kementerian Pertahanan telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menguruskan proses pengunduran dan penghantaran pulang aset Angkatan Tentera Malaysia dari Lubnan secara berfasa mengikut rancangan dan ketetapan daripada UNIFIL.
Dan bagi tujuan pengurusan aset-aset ATM, satu penilaian terperinci sedang dilaksanakan selaras dengan tatacara pengurusan aset dan kos operasi. Dan penilaian ini akan menentukan sama ada aset-aset tersebut wajar dibawa pulang ke tanah air atau dilupuskan mengikut prosedur yang telah kita tetapkan. Dan
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa pengurusan strategik negara akan diurus selia secara berhemah dan bertanggungjawab. Itu saja jawapan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan MENHAN, di atas pencerahan sebentar tadi.
Kenapa saya bangkitkan isu ini kerana sewaktu MALCON: Malaysian Contingent berundur dari Wilayah Bamiyan, Afghanistan pada tahun 2016, kita telah banyak tinggalkan aset-aset milik ATM. Kalau barangan macam hospital medan tu tak apalah, kita boleh tinggallah untuk kegunaan kerajaan tempatan, tapi jika aset strategik berupa macam empat kali empat, four by four Hilux yang sangat mahal ditinggalkan begitu saja.
Bagi saya, ia satu keputusan merugikan kerana sekiranya aset ini dibawa pulang dan diletakkan di Muzium Tentera Darat di Port Dickson contohnya, sudah pasti masyarakat dan rakyat akan dapat melihat bukti sejarah Malaysia khususnya ATM, terlibat dalam usaha membangunkan wilayah yang bergolak seperti Afghanistan.
Jadi soalan tambahan saya, apakah ada peluang, apakah ada peluang untuk Angkatan Tentera Malaysia terlibat sebagai Pasukan Pengaman PBB di Tebing Gaza mengambil kira Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara Israel? Kita tahu dalam pemilihan Pasukan Pengaman PBB, negara pasukan pengaman perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang bertelagah. Jadi, serta jangkaan, bilakah Majlis Keselamatan PBB akan buat ketetapan mengenai perkara tersebut? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari - Alor Gajah
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanah Merah atas persoalan yang dibangkitkan. Ada dua perkara yang dibangkitkan.
Yang pertama tentang aset kita tadi. Sepertimana yang saya sebut, jawatankuasa kita akan menentukan mana aset yang menjadi aset-aset strategik kita. Kalau kita lihat sekarang ini, secara umumnya kita ada aset-aset dari segi logistik dan juga armoured vehicle kita sekitar 198 aset yang kita ada.
So, kita akan tentukan yang mana mungkin memang ada cadangan daripada dan pandangan daripada UNIFIL sendiri mengharapkan sebahagian daripada aset itu dapat kita kekalkan kepada Lebanese Armed Forces sendiri ataupun kepada pihak berkuasa tempatan sepertimana dan begitu juga hospital. Mana-mana aset
Tuan Haji Adly bin Zahari - Alor Gajah
yang terkait dengan kesihatan dan seumpamanya mungkin kita akan ada kerjasama dengan pihak hospital di Lubnan itu sendiri. Itu yang pertamalah tentang pengurusan aset-aset kita. Yang mana aset-aset strategik kita yang harus kita kembalikan dalam negara kita, kita akan bawa pulang aset-aset itu.
Yang kedua adalah, tentang berkaitan dengan Gaza. Memang kita telah menyatakan pandangan kita kepada Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa di pihak Kementerian Pertahanan memang kita bersedia untuk menyediakan satu batalion bagi pasukan pengaman di Gaza. Jadi, terpulang kepada pihak PBB dan Malaysia memang mempromosikan ataupun memang ke arah itu. Dan kalau kita lihat baru-baru ini melalui ASEAN juga, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan kepada Setiausaha Agung PBB hasrat Malaysia dan hasrat negara kita.
Kerana kita tahu bahawa bukan sahaja di Gaza, tapi komitmen Kementerian Pertahanan dan juga Kerajaan Malaysia MADANI kepada misi pengaman di peringkat antarabangsa adalah satu komitmen yang jelas kita kepada memastikan keamanan di peringkat antarabangsa. Itu saja jawapan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Dato' Yang di- Pertua. Soalan tambahan kepada Timbalan Menteri, apakah kementerian mempunyai pelan khas untuk kebajikan anggota dan veteran MALBATT yang telah pulang setelah tamat misi termasuk rawatan kesihatan mental ataupun latihan semula ataupun penempatan semula dalam unit-unit tempatan— apakah ada pelan khas? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari - Alor Gajah
Terima kasih, Yang Berhormat Batu Pahat. Kita tahu bahawa misi pengaman ini, kita dapat permintaan yang agak tinggi daripada anggota-anggota kita. Kerana sebahagian besar daripada mereka memang mempunyai keinginan dan berdasarkan pengalaman saya, memang banyak permintaan daripada anggota kita untuk melaksanakan misi pengaman ini.
Ini memang jiwa besar, anggota-anggota pertahanan negara kita, tapi dalam masa yang sama kita tahu bahawa aspek kebajikan kepada anggota pertahanan kita yang berkhidmat di peringkat antarabangsa ini memang menjadi keutamaan kita.
Sama ada dalam negara mahupun melalui PBB itu sendiri.
Sebab itu macam tadi disebut, kalau berbangkit isu-isu yang terkait dengan kesihatan ataupun kebajikan termasuk ahli keluarga mereka, ini kita ambil perhatian.
Sebab itu kalau kita lihat ada juga anggota-anggota kita yang menghadapi masalah
Tuan Haji Adly bin Zahari - Alor Gajah
kesihatan ataupun kalau kita lihat di MALBATT itu, memang kita, apa pun berlaku kepada kesihatan mereka akan diberikan keutamaan oleh pihak sama ada di peringkat Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia mahupun daripada insentif yang diberikan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Itu saja jawapan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Timbalan Menteri Pertahanan. Berikutnya, Tuan Tan Kar Hing, Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Soalan Gopeng nombor 8.
8. Tuan Tan Kar Hing [Gopeng] minta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan, apakah unjuran kadar keberlangsungan dana PTPTN sekiranya corak bayaran balik mengikut pecahan pendapatan di atas kekal dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng. Dato' Yang di-Pertua, umum mengetahui bahawa model pembiayaan PTPTN adalah berdasarkan revolving funds dengan izin, di mana hasil kutipan bayaran balik pinjaman akan digunakan semula sebagai sumber pembiayaan kepada kohort peminjam baharu atau yang akan datang.
Sebarang keperluan dana tambahan sekiranya kutipan bayaran balik pinjaman tidak mencukupi untuk menampung keperluan pengeluaran bagi tahun berkenaan akan diperoleh melalui pengeluaran sukuk atau melalui pinjaman daripada institusi kewangan tempatan dengan jaminan kerajaan.
Mengambil kira inisiatif berkaitan PTPTN yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2026 serta beberapa inisiatif lain yang bakal dilaksanakan secara berperingkat oleh PTPTN, kementerian yakin kutipan bayar balik pinjaman PTPTN akan meningkat dan ini akan memastikan sumber dana bagi tujuan pembiayaan pendidikan adalah kekal mampan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejak penubuhannya sehingga September 2025, PTPTN telah memberikan pinjaman kepada 4.18 juta peminjam melibatkan amaun sebanyak RM76.7 bilion. Ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen berterusan daripada kerajaan demi memastikan kelangsungan pendidikan tinggi kepada rakyat Malaysia.
PTPTN menyambut baik pengumuman inisiatif-inisiatif di bawah Belanjawan 2026 dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap kebajikan peminjam dan pelajar. Inisiatif baharu
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi - Datuk Ts. Mustapha Sakmud
yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 10 Oktober 2025 adalah satu lagi bukti bahawa Kerajaan MADANI akan sentiasa mencari kaedah yang bersesuaian untuk memastikan kebajikan pelajar sentiasa dipelihara dan memastikan model pembiayaan PTPTN akan terus mampan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya berpandangan bahawa PTPTN ini sebenarnya bukan sekadar pinjaman konvensional yang biasa, tetapi ia adalah satu pelaburan strategik bagi negara kita dalam sektor pendidikan.
Adakah pihak KPTM akan pertimbangkan untuk ubah model PTPTN ini bertukar daripada sekadar pinjaman konvensional dan ada isu hutang-hutang yang berlaku kepada impak yang berdasarkan kepada pembangunan tenaga kerja dan bakat berasaskan kepada hala tuju dan agenda pembangunan negara kita?
Contohnya, sekarang kita menuju ke arah pembangunan sektor HGHV: high- growth high-value yang berkait rapat dengan STEM ataupun prospek kerjaya yang lebih menjanjikan kepada kualiti pendidikan yang baik. Dan kalau tidak kita akan sentiasa terpalit ataupun dibelenggu dengan isu-isu mismatch graduan, hutang yang tidak mampu bayar ataupun gaji rendah di kalangan pelajar-pelajar graduan kemudian. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
[Tidak jelas] Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Gopeng atas cadangan...
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
[Bangun]
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Kita mengambil maklum, KPT dan PTPN mengambil maklum untuk kita melihat model yang bersesuaian berdasarkan teknologi terkini, tetapi pada masa yang sama juga kita perlu maklum juga bahawa memang sekarang ini kita menumpukan dalam bidang STEM, tetapi kita juga mahu pastikan bahawa bidang-bidang lain itu pun perlu juga diangkat bersama.
Kalau kita lihat kita punya pelan pendidikan tinggi negara, kita cuba mengubah dari STEM kepada STEAM. Kita ada juga elemen art di situ. Jadi kita kena lihat ini secara totality supaya kita tidak meminggirkan mahasiswa kita yang juga memerlukan pinjaman-pinjaman tersebut.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Saya fikir dengan inisiatif yang dibuat oleh pihak kerajaan terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberikan biasiswa kepada golongan B40 melalui PTPTN ini sedikit sebanyak dapat mengangkat imej PTPTN itu daripada dilihat sebagai hanya mengeluarkan hutang, pembiayaan dan terikat dengan hutang kepada model pembiayaan biasiswa. Saya fikir itu satu pendekatan yang amat bersejarah yang menjadi inisiatif Kerajaan MADANI. Sekian, terima kasih. Sila.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Yang di-Pertua.
Pada 26 Oktober yang lalu, akhbar NST telah melaporkan bahawa lebih kurang 30 persen daripada peminjam PTPTN ini melancong ke luar negara.
Jadi persoalan saya, adakah kementerian ini mempunyai satu data yang terperinci berkenaan peminjam ini bagi mengenal pasti punca berlakunya kegagalan membayar balik pinjaman sebagai contoh status pekerjaan, gaji yang mereka perolehi? Jadi, apakah daripada situ ada perancangan untuk melahirkan satu mekanisme ataupun metrik khusus untuk tindakan kepada mereka ini agar kita lebih berlaku adil kepada peminjam-peminjam ini? Terima kasih Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krau.
Kita ada data tersebut dan kita pun tahu ada golongan-golongan yang gagal membayar PTPTN ini. Jadi, antara inisiatif yang kita buat ialah kita buat penguatkuasaan. Kita seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mulai Januari tahun hadapan, kita akan menguatkuasakan sekatan perjalanan kepada mana-mana peminjam yang gagal melunaskan pinjaman mereka, tetapi pada masa yang sama juga sebenarnya ramai ya yang juga membayar walaupun ada juga yang tidak membayar secara berjadual dan ini kita membuka ruang kepada semua peminjam-peminjam agar mereka datang ke Pejabat PTPTN yang terdekat untuk berbincang. Kita ada inisiatif tersebut.
Kita harap dengan pendekatan perbincangan ini kita, mereka— kita tidak rigid, PTPTN tidak rigid untuk memaksa mereka untuk membayar, tetapi kita bincang berdasarkan kemampuan dan kita jadualkan. Yang penting mereka membayar secara berjadual. Ini penting sebab model pembiayaan PTPTN ini ialah kita kutip bayaran dan kita pulangkan. Kita buat pembiayaan kepada generasi muda yang memerlukan. Jadi, itu penting ya.
Datuk Ts. Mustapha Sakmud
Jadi, saya harap kepada semua peminjam yang di luar sana supaya dapat berbincang dengan PTPTN dan bayar mengikut kemampuan mereka. Okey, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Berikutnya, Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan, adakah kementerian bercadang untuk memperkenalkan Pelan Tindakan Veteran ATM 2026-2030 atau mewujudkan suatu Dasar Veteran Negara yang lebih komprehensif bagi menjamin kebajikan serta penglibatan veteran dalam sektor ekonomi secara menyeluruh memandangkan pelaksanaan pelan strategik Kementerian Pertahanan 2021-2025 akan berakhir tahun ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Lumut atas persoalan yang dikemukakan di mana Kementerian Pertahanan sedang merangka Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2026–2030 yang merupakan antara dokumen sokongan pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan (KPP) di mana di bawah KPP ini veteran ATM telah dikategorikan sebagai warga pertahanan yang akan diberikan perhatian dalam aspek:
(i) peningkatan taraf sosioekonomi;
(ii) peluang kerjaya kedua bagi veteran ATM;
(iii) kebolehpasaran melalui konsultasi dan latihan peralihan;
(iv) menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan dan keperluan sokongan sosial;
(v) penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan; dan
(vi) pengiktirafan sebagai ikon patriotisme yang menyumbang semula kepada masyarakat melalui pelibatan dalam aktiviti sosial dan sektor ekonomi di mana kehadiran veteran dalam apa jua lapangan menjadi sesuatu yang sinonim dengan menimbulkan rasa keyakinan warga Malaysia terhadap keselamatan dan pertahanan negara.
Timbalan Menteri Pertahanan - Tuan Haji Adly bin Zahari
Sehubungan dengan itu, pelan tindakan bagi Agenda Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM telah dirangkumkan dalam teras strategik yang ketujuh, Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2026–2030. Selain menyokong pelaksanaan KPP dan PSM 2026–2030, Pelan Tindakan Agenda Kesejahteraan Veteran ATM ini turut menyokong dasar Malaysia MADANI dan Dasar Sosial Negara 2030.
Dalam hal ini Kementerian Pertahanan berpandangan untuk memberikan fokus utama kita untuk menjayakan dasar-dasar sedia ada iaitu Kertas Putih Pertahanan Negara (KPP) dan juga Pelan Strategik MINDEF 2026–2030 khusus bagi veteran ATM. Itu saja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Lumut.
Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut
Terima kasih atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya, adakah kementerian bersetuju bahawa sudah tiba masanya ketiga-tiga perkhidmatan ATM darat, laut dan udara memainkan peranan lebih aktif dalam memperkasakan agenda veteran dan tidak menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran semata-mata.
Sebagai contoh, bolehkah kementerian mempertimbangkan dasar yang menetapkan sekurang-kurangnya lima peratus daripada setiap aktiviti rasmi perkhidmatan wajib melibatkan penyertaan veteran supaya wujud interaksi berterusan dengan anggota yang masih berkhidmat dan veteran dan bukan sekadar menjemput mereka hadir pada hari perkhidmatan semata-mata.
Juga bolehkah kementerian mempertimbangkan supaya setiap program utama pertahanan seperti LIMA dan DSA turut mewajibkan penyertaan persatuan veteran dengan menyediakan ruang khas untuk membuka booth pameran atau jualan bagi membantu persatuan menjana pendapatan dan mempromosi kepakaran veteran? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Lumut atas pandangan-pandangan yang dikemukakan, di mana sepertimana yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Lumut, mengharapkan lebih banyak lagi penglibatan veteran kepada program-program rasmi daripada Kementerian Pertahanan. Saya ambil maklum persoalan-persoalan itu. Memang kita di peringkat Kementerian Pertahanan, memang kita sedaya upaya untuk pastikan bahawa veteran Angkatan Tentera kita dilibatkan dalam banyak, terutamanya bagi meningkatkan sosioekonomi dia.
Tuan Haji Adly bin Zahari
Itu sebab sepanjang saya berkhidmat di Kementerian Pertahanan ini, kita bawa veteran sehingga ke Parlimen ini Yang Berhormat Lumut. Dan kalau kita lihat feedback jualan dia amat baik. Saya ucap terima kasih kepada semua Ahli Parlimen kerana memberikan sokongan kepada jualan. Ada satu hari itu dia jual lebih daripada RM20,000, jualan daripada veteran Angkatan Tentera. Jadi, saya fikir bukan sahaja kita nak tingkatkan kepada program-program rasmi kementerian, tapi saya fikir banyak lagi inisiatif yang kita boleh buat di seluruh kementerian, tidak sahaja terhad kepada Kementerian Pertahanan.
Sebab itu antara yang kita sedang rancang adalah untuk bawa veteran kita sehingga ke peringkat antarabangsa melalui Kementerian Pelancongan juga untuk mempromosikan produk-produk veteran angkatan tentera. Sebab itu saya fikir di perkhidmatan juga melalui program work-based learning dengan izin, kita, memang daripada awal perkhidmatan kita, kita cuba pastikan bahawa akhirnya tentera kita bila mereka itu menamatkan perkhidmatan, mereka itu diiktiraf sama ada dalam bentuk sijil, dalam bentuk diploma, mahupun dalam bentuk ijazah dan dalam bentuk kepakaran-kepakaran mereka sepanjang perkhidmatan mereka di Angkatan Tentera Malaysia. Itu saja jawapan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih, Dato’ Speaker. Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, di Pasir Gudang, ramai veteran Angkatan Tentera Malaysia dan saya adalah penaung salah satu persatuan veteran itu, Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Mereka minta saya tanyakan seperti yang selalu sahabat saya daripada YB Ketereh menyatakan once and for all, jawab lah pada hari ini. Mereka minta saya tanyakan tentang isu pencen yang berbeza, veteran yang pencen sebelum Januari 2013 dan yang selepas Januari 2013 kadar bezanya besar sangat. Jadi, mereka minta— saya minta tolong jawab kali ini dan sejelas-jelasnya. Terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Haji Adly bin Zahari
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang di atas soalan yang dikemukakan. Saya tahu bahawa Yang Berhormat Ketereh pun saya rasa tidak akan berhenti untuk membangkitkan persoalan tentang pencen anggota veteran kita sebelum daripada 2013. Kita tahu bahawa isu ini berlarutan agak panjang. Akhirnya bila isu ini berlarutan agak panjang kerana memang kita tak nafikan memang ada perbezaan yang agak jelas daripada Disember 2012 sehingga
Tuan Haji Adly bin Zahari
Januari 2013. Walaupun beza dia kadang-kadang beza pencen itu sebulan sahaja, tetapi ada jurang perbezaan dari segi pencen itu sendiri. Jadi, akhirnya veteran tidak berpuas hati yang sebelum Januari 2013 dan isu ini dibawa ke mahkamah akhirnya.
So, kalau kita tengok mana-mana kerajaan pun tak dapat menyelesaikan itu akhirnya veteran bawa ke mahkamah. Cuma bila isu ini berbangkit di mahkamah— saya minta izin Tan Sri sedikit masa untuk menjelaskan. Bila isu ini dibawa ke mahkamah, kita di peringkat Kementerian Pertahanan kita lihat bahawa antara dua perkara yang harus menjadi dasar kita juga adalah, kita pertama adalah, kita menghormati tindakan veteran itu. Bila dibawa ke mahkamah, keputusan mahkamah itu kita harus hormati.
So, sekarang ini dia masih lagi melalui proses mahkamah. Saya harap dia dapat diselesaikan secepat mungkin kerana memang dasar kita adalah, kita akan menghormati apa sahaja keputusan mahkamah sama ada harus membayar, sama ada harus melaksanakan apa-apa keputusan itu. Itu adalah dasar yang kita pegang.
Itu pertama.
Yang kedua adalah, untuk makluman Tan Sri Yang di-Pertua adalah, bila melalui proses itu, kita tahu bahawa kita ‘tak akan lah kita ‘nak tunggu sahaja keputusan mahkamah. Jadi antara penyelesaian jangka sederhana atau jangka pendek kita adalah, Bantuan Sara Hidup. Sebab itu kita berikan pertama adalah, kepada anggota-anggota veteran yang pendapatannya di bawah paras garis kemiskinan. Kalau kita lihat garis kemiskinan adalah RM1,198. Baru-baru ini melalui pembentangan belanjawan telah ditingkatkan garis kemiskinan itu.
Jadi, daripada jumlah ini anggota veteran yang mendapat pendapatan di bawah paras garis kemiskinan kita akan tambah RM300 sebulan kepada mereka. Itu pelan jangka pendek kita, tapi saya fikir bahawa memang kalau Yang Berhormat Pasir Gudang ataupun mana-mana Yang Berhormat berjumpa dengan Persatuan Veteran Angkatan Tentera, buat masa ini pendaftaran Persatuan Veteran Angkatan Tentera kita dalam negara kita lebih daripada 400 persatuan. Yang Berhormat jadi satu penaung sahaja. Kita ada 400 lagi Persatuan Veteran Angkatan Tentera dalam negara di mana persatuan induk dia sekitar 100 lebih persatuan induk.
Jadi, memang ada isu-isu yang berbangkit, tetapi bagi kita di Kerajaan Malaysia MADANI kita tak semata-mata tunggu keputusan mahkamah itu, tapi dalam masa yang sama kita juga mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah sebab masalah asasnya apa— pendapatan veteran itu mesti kena tingkatkan.
Dalam masa yang sama, yang mutakhir yang kita buat dalam Skim Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu ini, memang akan ada sedikit peningkatan kepada
Tuan Haji Adly bin Zahari
pencen veteran Angkatan Tentera kerana kita tahu bahawa peningkatan gaji 15 peratus akan juga melibatkan peningkatan pencen kerana peningkatan pencen itu dikira berdasarkan gaji terakhir dia.
Jadi, kita akan tingkatkan gaji terakhir dia 15 peratus dan kita akan lihat balik pencen yang dia dapat. Ini antara usaha-usaha yang dibuat dalam Kerajaan Malaysia MADANI dalam usaha kita menunggu keputusan mahkamah. Saya fikir apa sahaja keputusan mahkamah itu kerajaan akan menghormati. Kalau dia berpihak kepada veteran, then kita hargai itu. Kalau dia tidak berpihak kepada veteran, kita ada tanggungjawab untuk pastikan veteran Angkatan Tentera kita, kebajikan dia, pendapatan dia— sentiasa kita berikan keutamaan. Itu sahaja jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Yang Berhormat. Sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan bagi Jawab Lisan. Silakan Menteri.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Tan Sri Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Kesihatan seperti yang tertera di nombor 7 dalam susulan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2026 Peringkat Dasar yang telah diedarkan dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 30 Oktober 2025.”
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Puan Saraswathy a/p Kandasami
Saya pohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan memberikan penerangan mengenai memelihara dan memperkukuhkan daya saing perdagangan dan pelaburan Malaysia dalam mendepani cabaran geoekonomi global menerusi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat.
Sebelum Menteri memberikan penerangan, saya nak berikan sedikit garis panduan.
Yang pertama, sekali saya tidak benarkan celahan. Biar Menteri teruskan ucapan.
Yang kedua, saya tidak akan membenarkan juga perbahasan kerana kita ada giliran anggota pentadbiran, termasuk Menteri yang akan menggulung semasa waktu MITI tiba minggu depan. Insya-Allah. Baik untuk itu, silakan Menteri.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Kita akan menggulung esok sebenarnya.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan berapa, peraturan?
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Cuma perlu penerangan.
Pencelah tak dibenarkan. Kemudian perbahasan tidak dibenarkan. So, saya rasa no point untuk dibentang.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Sat, sat. Hold on. Hold on. Menteri. Hulu Terengganu, tolong duduk.
Saya dah sebut, saya tidak benarkan celahan kerana esok waktu Menteri menggulung MITI, bertanyalah. Hari ini dengar dulu, balik fikir, ambil pen, ambil kertas, tulis soalan dulu.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Oh, makna boleh bahas masa gulung?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh, boleh.
Dato' Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab itu saya— dengar, jangan terus melenting.
Dengar dulu. Silakan Menteri.
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kita gulung esok.
Tan Sri Yang di-Pertua setelah berunding selama lima bulan bermula pada 6 Mei hingga 17 Oktober 2025 di mana Ahli Parlimen telah diberikan penerangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan pengenaan tarif timbal balas pada 5 Mei 2025 di dalam Dewan yang mulia ini serta oleh saya sendiri mengenai perkembangan rundingan pada 4 Ogos 2025 dan juga di dalam sidang media dan beberapa siri wawancara dengan media.
Akhirnya, alhamdulillah pada Ahad 26 Oktober Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump telah menandatangani perjanjian Perdagangan Timbal Balas. Namun bak kata pepatah, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Tak mengapa, kerajaan tidak takut pada kritikan, tapi biarlah ia berasaskan fakta, bukan tohmahan yang tidak berasas apatah lagi fitnah semata-mata.
[Ketawa] Perlu saya tegaskan rundingan ini bukan lah pilihan kita— yang kita minta.
Tidak seperti mana-mana rundingan perjanjian perdagangan lain, di mana rundingan ini diadakan apabila ada kemahuan kedua belah pihak. Ini adalah tarif unilateral yang dikenakan kepada kita dan juga peratus negara lain dan yang juga berdagang dengan Amerika Syarikat.
Suka atau tidak, kita terpaksa berhadapan realiti yang sudah kita jelaskan berulang kali adalah ini tidak adil sama sekali. Ada di kalangan Ahli Dewan yang mengatakan kita menyerahkan tengkuk dalam runding. Sememangnya ini adalah realiti geopolitik yang kita hadapi sebagai sebuah negara perdagangan terbuka berdepan kuasa ekonomi terbesar dunia yang merupakan pasaran eksport terbesar kita dengan jumlah perdagangan Malaysia-Amerika Syarikat pada tahun 2024 mencatat RM325 bilion di mana eksport Malaysia ke Amerika Syarikat berjumlah hampir RM200 bilion. Bagi tempoh Januari-September 2025 pula, jumlah eksport negara ke Amerika Syarikat adalah RM166.4 bilion.
Ini pasaran yang penting buat Malaysia. Mahu tidak mahu, kita perlu bangkit mempertahankan akses kepada pasaran ini walaupun berhadapan dengan tekanan
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
tarif timbal balas bersifat unilateral oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Kita tiada pilihan, tetapi untuk berunding demi kepentingan negara dan ekonomi kita.
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Dan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kita tidak memberi alasan dan mencari salah tetapi kita terus bertindak pantas dengan penuh hemah dan bijaksana. Bangkit berunding untuk mempertahan kelangsungan perniagaan, melindungi punca pendapatan rakyat, mengekalkan pasaran eksport kita dan mempertahankan maruah negara. Ini secara praktikal, tegas dan berprinsip sebagai sebuah negara merdeka lagi berdaulat.
Atas dasar itu, saya ingin menjawab satu persatu kemusykilan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tetapi sebelum itu, izinkan saya terlebih dahulu menjelaskan perkara-perkara pokok perjanjian perdagangan timbal balas dengan Amerika Syarikat ini.
Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, kita perlu menginsafi bahawa hakikatnya perjanjian ini melibatkan punca rezeki jutaan rakyat Malaysia yang bangun setiap pagi pergi bekerja.
[Tepuk] Mencari rezeki merentasi pelbagai sektor seperti E&E, aeroangkasa, getah, koko, farmaseutikal. Kalau kita cuai, leka, tidak bertindak pantas dan tidak tegas bangkit mempertahankan hak kita, merekalah yang akan hilang kerja, hilang punca rezeki bukan kita yang duduk selesa dalam Dewan ini.
Oleh itu, apabila kita menilai perjanjian perdagangan timbal balas ini, ada beberapa fakta yang mesti difahami dengan jelas seperti berikut.
Tarif timbal balas telah dikenakan ke semua negara rakan dagang Amerika Syarikat, bukan sahaja kepada negara yang mencatatkan lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat. Malah, negara-negara yang mempunyai defisit perdagangan dengan Amerika Syarikat seperti Singapura, Australia dan lain-lain. Mengimbas kembali pada 2 April 2025, Malaysia telah dikenakan tarif 24 peratus yang kemudiannya menaikkan kepada 25 peratus pada bulan Julai 2025 berikutan ketidakseimbangan perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Pada waktu itu, Amerika Syarikat melihat wujudnya pelbagai halangan tarif dan bukan tarif terhadap import barangan Amerika Syarikat yang telah mengakibatkan Amerika Syarikat menghadapi defisit perdagangan yang tinggi dengan Malaysia. Walaupun pada masa itu, Malaysia berada di dalam situasi yang lebih baik berbanding negara-negara lain yang mengeksport barangan produk yang sama seperti Vietnam, Thailand dan Indonesia. Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses rundingan dengan Amerika Syarikat seawal Mei 2025 bagi
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
mendapatkan kadar tarif yang lebih rendah agar barangan eksport Malaysia terus kekal berdaya saing.
Pendekatan ini juga dilihat boleh memberi kelebihan kepada negara berbanding dengan pilihan tidak berbuat apa-apa ataupun mengambil tindakan balas
(retaliation). Lebih-lebih lagi, pilihan untuk tidak berunding atau mengambil tindakan balas boleh menjejaskan pasaran eksport yang bernilai hampir RM200 bilion merentasi pelbagai sektor yang menyokong ekonomi Malaysia, termasuklah PKS selain boleh menjejaskan jutaan pekerja Malaysia.
Berdasarkan penilaian impak dan pelbagai senario berkemungkinan, rundingan dengan Amerika Syarikat mengambil pendekatan keseluruhan kerajaan dengan izin, whole-of-government yang merentasi pelbagai kementerian, agensi dan sektor swasta dengan matlamat untuk mencapai satu persetujuan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Ingin ditekankan, di sepanjang proses rundingan, Malaysia berpegang teguh kepada prinsip berkecuali, pendekatan whole- of-government dan sentiasa memastikan kepentingan dan kedaulatan negara terus dilindungi dan terpelihara.
Pasukan perunding tidak langsung berganjak pendirian di dalam perkara- perkara yang melibatkan isu-isu garis merah (the red lines) khususnya hak bumiputera, dasar perolehan kerajaan dan tuntutan pembukaan liberalisasi ekuiti sepenuhnya sektor-sektor strategik negara seperti tenaga dan telekomunikasi. Kalau ada yang mendakwa kononnya kita jual negara, saya cabar mereka tunjuk satu klausa yang melanggar atau melepasi garis-garis merah ini.
[Tepuk] Satu pun tiada, Yang Berhormat.
Sebenarnya Tan Sri Yang di-Pertua, kalau kita mahukan terma yang lebih baik, mudah saja. Berikan semua perkara garis merah yang kita berusaha sedaya upaya lindungi selama ini. Walaupun begitu, jika kita bagi kesemuanya, tiada jaminan kita akan berikan atau diberikan tarif yang lebih rendah, ini hakikatnya. Tetapi, kita tetap dengan pendirian kita. Pertahankan kepentingan negara, tidak berganjak walaupun seinci dalam mempertahankan garis-garis merah ini. Ini soal maruah dan kedaulatan negara dan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, kerajaan tidak akan sekali-kali mengizinkan kedaulatan kita diganggu-gugat.
[Tepuk] Perjanjian ini juga mengandungi klausa-klausa yang menjaminkan kedaulatan negara, di mana pelaksanaan perjanjian adalah berdasarkan kepentingan dan keselamatan ekonomi negara serta berlandaskan undang-undang dan peraturan domestik negara. Amerika Syarikat juga bersetuju supaya sebarang langkah yang ingin diambil pihaknya dalam menangani isu-isu ketidakseimbangan
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
perdagangan haruslah melalui mekanisme rundingan bagi mencari kesefahaman bersama.
Sebagai contoh, artikel yang disebut-sebut, Artikel 5.1.1 tidak sepatutnya dilihat sebagai Malaysia secara membuta tuli mengikut apa jua sekatan Amerika Syarikat yang dikenakan ke atas negara lain. Sebaliknya, peruntukan tersebut melalui fasa mengikut undang-undang dan peraturan domestik dan dalam garis masa yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak, memberi Malaysia ruang undang- undang dan diplomatik untuk mengelak dari mengambil tindakan ke atas negara- negara lain.
Dengan kata lain, Malaysia hanya perlu berbincang dengan Amerika Syarikat dan sekiranya Malaysia perlu mengambil tindakan perdagangan, kita boleh berbuat demikian di bawah undang-undang dan peraturan domestik dengan garis masanya dan mekanisme sendiri. Peruntukan tersebut juga menekankan sebarang tindakan yang diambil oleh Malaysia haruslah isu yang merupakan dengan izin, shared economy concern iaitu isu yang menjadi masalah bersama bagi Malaysia dan Amerika Syarikat. Sekiranya perkara tersebut bukanlah satu isu yang menjejaskan Malaysia, kita tidak perlu risau dengan obligasi untuk mengambil tindakan atau sekatan yang sama seperti diambil oleh Amerika Syarikat.
[Tepuk] Ingin saya tegaskan, ini bukan lesen Amerika Syarikat untuk memaksa Malaysia mengambil tindakan yang sama. Sebaliknya, ini adalah komitmen bahawa jika hanya ada kebimbangan bersama, kita bincang sebagai rakan strategik. Kita runding bukan sesekali sebagai sebuah negara bawahan. Itu perbezaannya.
Hakikatnya jelas, hasil utama daripada rundingan yang mengambil masa enam bulan adalah kejayaan Malaysia menurunkan kadar tarif yang dikenakan Amerika Syarikat daripada 25 peratus kepada 19 peratus yang merupakan kadar terendah yang dikenakan kepada negara-negara ASEAN yang mempunyai lebihan dagangan dengan Amerika Syarikat.
Lebih merangsangkan, Malaysia turut berjaya mendapat pengecualian dari timbal balas 19 peratus ini bagi 1,711 barisan tarif ataupun tariff line ke atas produk- produk Malaysia yang dieksport ke Amerika Syarikat. Meliputi eksport utama Malaysia seperti minyak sawit, barangan berasaskan getah, produk koko, komponen dan alat ganti pesawat dan farmaseutikal yang secara kolektifnya menyumbang RM22 bilion atau lebih kurang 12 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport negara ke negara Amerika Syarikat pada tahun lepas. Ini bukan satu angka yang kecil. Justeru, perjanjian ini memastikan akses yang berterusan bagi eksport barangan Malaysia ke pasaran Amerika Syarikat.
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Sekiranya Perjanjian ART ini tidak segera dimeterai, Malaysia berhadapan dengan risiko Kerajaan Amerika Syarikat akan menaikkan semula kadar tarif kepada asal iaitu 24 peratus atau kadar pada yang jauh lebih tinggi 30 peratus, 40 peratus, 50 peratus ataupun mungkin 100 peratus. Kita tahu Amerika Syarikat mampu bertindak sedemikian dan telah dibuktikan di dalam rundingan dengan negara- negara lain.
Jika perjanjian ini tidak dimuktamadkan, besar kemungkinan kadar tarif akan menjadi lebih tinggi dan sekali gus akan menjejaskan daya saing eksport Malaysia ke pasaran Amerika Syarikat. Siapa yang akan menanggung beban ini nanti? Siapa yang akan menanggung rugi dan gulung tikar? Syarikat kita juga. Siapa yang akan kehilangan kerja dan punca pendapatan? Rakyat Malaysia juga.
Selain itu, ketidaktentuan ini akan menyebabkan pelabur tiada keyakinan untuk membuat pelaburan baharu atau mengembangkan pelaburan mereka di Malaysia. Kebolehramalan dan kebolehjangkaan adalah amat penting kepada komuniti perniagaan. Pelabur, Tan Sri Yang di-Pertua tidak melabur di negara yang kelihatan teragak-agak dan tidak bersedia melindungi pasaran eksportnya sendiri.
Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, melihat pada konteks yang lebih menyeluruh, Malaysia terus menikmati manfaat tambahan susulan pemeteraian perjanjian ART ini termasuk sebagai sebahagian daripada pakej hasil rundingan ini, hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat telah dinaik taraf sebagai perkongsian strategik komprehensif dengan izin, comprehensive strategic partnership. Ini bukan simbolik, ini meletakkan Malaysia dalam kelompok kecil rakan kongsi utama Washington dan ia memberi kita line of sight terus kepada peluang pelaburan berteknologi tinggi, pemindahan teknologi dan akses rantai bekalan yang lebih selamat.
Dari segi hubungan perdagangan dan pelaburan, Malaysia kini dianggap sebagai rakan kongsi rantai bekalan yang dipercayai dengan izin, trusted supply chain partners yang dilihat akan melancarkan lagi aliran perdagangan barangan, termasuk barangan strategik dan berteknologi tinggi bagi mencapai matlamat Pelan Induk Perindustrian Baharu. Ini mampu mempertingkatkan lagi daya saing ekonomi kita, sekali gus menjayakan aspirasi kerangka ekonomi kita untuk menjadikan Malaysia antara 30 kuasa ekonomi terbesar dunia.
Sebagai rakan kongsi rantai bekalan yang dipercayai, Malaysia berpotensi tinggi untuk menarik lebih banyak pelaburan dari Amerika Syarikat dan pelbagai negara lain yang ingin mengeksport ke Amerika Syarikat. Sekali gus, mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab dan destinasi pelaburan terpilih di rantau ini.
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Sebagai rekod, setakat Januari hingga Jun 2025, pelaburan yang diluluskan dari Amerika Syarikat mencatat RM10.4 bilion manakala secara kumulatif sehingga 2024, rekod pelaburan dari Amerika Syarikat adalah berjumlah RM218.2 bilion dan berdasarkan komitmen tinggi Malaysia melalui ART, Kerajaan Amerika Syarikat menyatakan akan memberi pertimbangan sewajarnya kepada Malaysia dalam penentuan hasil siasatan bagi sektor semikonduktor di bawah seksyen 232, Akta Pengembangan Perdagangan 1962. Yang ini dijangka dimuktamadkan pada akhir tahun ini.
Dengan kata lain, sektor semikonduktor Malaysia yang menyumbang RM56.2 bilion eksport ke Amerika Syarikat pada tahun lepas atau hampir 10 peratus jumlah keseluruhan import semikonduktor Amerika Syarikat kini berunding sebagai rakan nilai bekalan yang kritikal bukan sekadar vendor biasa.
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Yang paling utama, perjanjian ini memberi kepastian dan kebolehanjangkaan di mana elemen-elemen ini adalah amat penting dalam dunia perniagaan dan pelaburan.
Dan izinkan saya sebut, bila negara-negara lain kelak merujuk Kerangka Malaysia-Amerika Syarikat ini sebagai penanda aras, jangan pula yang cuba menulis naratif seolah-olah Malaysia mengikut negara lain. Dalam kes ini, negara lain yang ikut Kerangka Malaysia.
[Tepuk] Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk turut memberi maklum balas kepada isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Banyak tuduhan berlegar di media sosial, termasuk daripada individu-individu yang mungkin tidak pun membaca keseluruhan teks perjanjian, tetapi bercakap seolah-olah mereka berada di meja perundingan. Biar saya jawab satu persatu dengan fakta.
[Dewan riuh]
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Pertama, pembelian berjumlah RM1 trilion dari Amerika Syarikat. Senarai perolehan di bawah perjanjian ini bukan perkara baru. Saya ada terangkan pada bulan Ogos yang lepas di Parlimen. Mungkin pada masa itu Ahli Parlimen Pasir Gudang tidak hadir, tapi tidak mengapa. Saya ulang semula hari ini.
Ingin saya tegaskan bahawa komitmen pertimbangan komersial di bawah seksyen 6 perjanjian ini tiada kena mengena dengan perbelanjaan kerajaan. Ini adalah kerana pembelian-pembelian yang bakal dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan merupakan cadangan perolehan sedia ada syarikat dan tidak melibatkan sebarang dana daripada kerajaan.
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Apa yang kita buat? Kita tanya pada syarikat MNC dan juga GLC di negara ini apakah perancangan pembelian mereka dari Amerika Syarikat. Dan kita senaraikan semua pembelian tersebut. Syarikat yang kita kalau tidak ada tarif pun, ya memang mereka akan beli juga kerana ini adalah perolehan yang telah dirancang.
Sebagai contoh, pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Aviation Group telah diumumkan pada bulan Mac 2025. Jauh lebih awal dari pengumuman tarif oleh Trump. Samalah juga dengan cadangan perolehan LNG oleh PETRONAS.
PETRONAS sebenarnya dari dulu lagi membeli LNG dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat. Sebelum ini, sebelum pengumuman tarif pun PETRONAS dah beli LNG dari Amerika Syarikat. Tapi sebab kita tak kerja di PETRONAS, bila dengar pengumuman saja, terus melompat, sedangkan perkara ini bukan baru.
Perolehan ini merupakan sebahagian daripada strategi komersial bagi memastikan kestabilan bekalan serta memenuhi komitmen kontrak domestik dan antarabangsa. Langkah ini diambil khususnya memandangkan komitmen bekalan jangka panjang PETRONAS melebihi keupayaan pengeluaran sedia ada. Jadi sehubungan itu, perolehan LNG daripada negara pengeluar lain, termasuk dari Amerika Syarikat akan membolehkan PETRONAS mengoptimumkan bekalan dan memastikan penghantaran ataupun delivery yang stabil kepada pelanggan.
Ini bukan arahan politik dari Washington. Ini keputusan komersial PETRONAS untuk memastikan bekalan stabil, kontrak ditunaikan dan negara tidak berdepan krisis tenaga.
[Tepuk] Negara berdaulat mesti ada sumber dan pilihan tenaga yang pelbagai. Itu namanya keselamatan tenaga ataupun energy security, bukan kebergantungan.
Seperti yang Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, standard halal merupakan satu garis merah yang tidak pernah di kompromi oleh kerajaan di sepanjang rundingan Perjanjian ART. Ingin saya tegaskan bahawa kebimbangan atau dakwaan yang mengatakan Malaysia berkompromi dengan isu halal ini adalah tidak berasas.
Melalui perjanjian, proses kelulusan pengimportan produk halal dari Amerika Syarikat adalah kekal seperti sedia ada, iaitu dengan mematuhi keperluan standard halal Malaysia dan Akta Perihal Dagangan bagi tujuan perdagangan dalam Malaysia.
Perjanjian menetapkan hanya produk halal yang mendapat pengesahan halal dari Badan Pensijilan Halal Amerika Syarikat yang telah diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan memenuhi keperluan halal Malaysia. Ini saja yang akan diperakukan dan dibenarkan bagi tujuan eksport ke Malaysia.
Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ingin saya tekankan, pengiktirafan JAKIM ke atas mana-mana badan pensijilan halal di Amerika Syarikat adalah berdasarkan proses audit dan pengesahan yang ketat dengan menilai keupayaan dan tahap pelaksanaan pematuhan terhadap standard halal Malaysia. Ini bermakna, kawalan penuh terhadap standard, penentuan kriteria dan pengiktirafan halal kekal berada di bawah bidang kuasa JAKIM. Tiada sebarang kelonggaran terhadap piawaian atau prosedur halal Malaysia.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
[Bangun]
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Jadi, kalau ada pihak yang cuba menakut-nakutkan rakyat kononnya standard halal kita akan ditentukan Amerika, saya nak tegaskan dalam Dewan ini, itu tidak benar ya. Standard halal Malaysia ditentukan oleh Malaysia, disahkan oleh JAKIM dan dipelihara oleh umat Islam di negara ini. Noktah, full stop.
Dari sudut perdagangan, pendekatan ini bertujuan memudah cara pentadbiran dan memfasilitasi urusan eksport-import tanpa menjejaskan integriti sistem halal Malaysia, mahupun kedudukan standard halal negara sebagai penanda aras antarabangsa secara berterusan.
Terdapat dakwaan juga bahawa Malaysia memberikan kelonggaran untuk membenarkan pengeksportan mineral kritikal dan REE ke Amerika Syarikat, di mana sesetengah pihak menyifatkannya sebagai satu desakan untuk keuntungan segera yang akan menggalakkan matlamat strategik ataupun yang menggagalkan, maaf.
Matlamat strategik negara.
Jadi untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Malaysia masih mengekalkan dasar melarang eksport REE mentah bagi memastikan pembangunan industri hiliran tempatan. Maknanya apa? Maknanya, nilai tambah mesti berlaku di Malaysia. Pekerjaan berkemahiran tinggi mesti diwujudkan di Malaysia. Teknologi pemprosesan mesti masuk ke Malaysia. Kita tidak lagi mahu menjadi negara yang hanya menggali dan menghantar keluar bahan mentah murah seperti masa silam.
Pada masa ini, Malaysia menggalakkan pelaburan asing dan perkongsian teknologi bagi aktiviti perlombongan REE mentah dalam membangunkan ekosistem industri domestik yang lebih bersepadu. Jadi sehubungan itu, Malaysia mengalu- alukan kerjasama strategik dengan pihak Amerika Syarikat mahupun negara-negara lain dalam pembangunan industri REE tempatan, terutamanya potensi kerjasama tripartite antara pihak Malaysia, Amerika Syarikat dan juga Australia.
Saya ulang. Kalau ada apa-apa pembangunan sumber strategik negara, ia akan berlaku mengikut undang-undang Malaysia, di tanah Malaysia, dengan
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
kawalan kedaulatan Malaysia.
[Tepuk] Ia bukan sesuka hati mengikut kehendak pelabur asing.
Saya juga ingin menjelaskan satu perkara penting supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan atau diputar belit. Dasar kita bukan untuk menghalang perdagangan selama-lamanya. Dasar kita ialah untuk menghalang eksport bahan mentah murah yang tidak diproses supaya nilai tambah berlaku dahulu di Malaysia.
Seperti mana sektor lain seperti oil and gas, getah, koko, minyak sawit, Malaysia tidak menghalang eksport produk hiliran dan bahan yang telah diproses.
Prinsip yang sama terpakai kepada REE dan juga mineral kritikal. Selepas diproses di dalam negara mengikut undang-undang dan piawaian kita sendiri dan selepas nilai itu dicipta di sini, produk hiliran bernilai tinggi bolehlah dieksport sebagai sebahagian daripada rantaian bekalan global. Inilah caranya kita memastikan pekerjaan berkemahiran tinggi, teknologi pemprosesan dan nilai industri kekal di Malaysia, bukan disedut keluar sebagai biji mentah dengan harga murah.
Umumnya, pelaksanaan fasilitasi dan semua pelaburan di bawah perjanjian ini akan terus tertakluk dan dilaksanakan selaras dengan undang-undang dan dasar negara. Ia nya bagi memastikan sektor strategik kekal dilindungi dan dalam masa yang sama memperkukuhkan peluang baharu untuk rakyat dan juga industri domestik.
Jadi, Tan Sri Yang di-Pertua, berdasarkan faktor-faktor di atas serta kelonggaran yang diberikan oleh pihak Amerika Syarikat berbanding dengan tuntutan awal, perjanjian ini disifatkan sebagai kesepakatan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, termasuk sektor perniagaan dan eksport Malaysia. Kenyataan ini disokong oleh pelbagai persatuan industri tempatan.
Malah, ramai dalam komuniti industri memberitahu MITI secara terus terang.
Kalau rundingan ini gagal, mereka bukan hanya rugi keuntungan, mereka mungkin terpaksa menutup operasi dan memberhentikan pekerja Malaysia. Inilah realiti yang kami tangani setiap hari. Jauh dari platform politik mahupun retorik media sosial.
Saya juga ingin mengulangi bahawa pendekatan Malaysia dalam rundingan adalah berasaskan prinsip keterbukaan dan kepentingan jangka panjang nasional, berpaksikan kepada perlindungan bagi kelangsungan syarikat termasuk PKS dan rakyat Malaysia yang menimba rezeki melalui ekosistem sektor perniagaan dan pembuatan yang mana destinasi eksport adalah ke pasaran Amerika Syarikat.
Rundingan ini juga tidak bermaksud persetujuan mutlak ke negara terhadap semua syarat yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat. Sebaliknya perjanjian ini menjanjikan ruang untuk Malaysia memastikan semua ataupun peluang untuk
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
berbincang dan berunding sentiasa terbuka, agar isu-isu dapat diselesaikan tanpa menjejaskan kepentingan dan kedaulatan negara. Dengan bahasa mudah, perjanjian ini bukan cek kosong kepada Amerika Syarikat. Ia adalah pagar. Pagar yang kita bina supaya apa-apa tindakan selepas ini mesti melalui rundingan, bukan ugutan unilateral.
MITI juga ingin terus menegaskan bahawa perjanjian ini bukan satu-satunya inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani isu geoeconomic dan geopolitik global. Sebagai langkah jangka panjang, kerajaan sedar bahawa Malaysia tidak boleh bergantung kepada hanya satu atau dua pasaran atau rakan dagang utama sahaja. Justeru, kita sedang giat berusaha untuk terus mempelbagaikan destinasi pasaran eksport, di samping mengukuhkan kedudukan Malaysia di pasaran yang sedia ada. Jadi, pendekatan utama kita adalah melalui pengukuhan FTA sedia ada dan perundingan FTA yang baru seperti Republik Korea, UAE, AFTA yang berjaya dimuktamadkan pada tahun ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam memuktamadkan Perjanjian Tarif Timbal Balas dengan Amerika Syarikat ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan juga jutaan terima kasih kepada pasukan penjawat awam dan juga pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang membantu dan dirujuk sepanjang proses rundingan.
[Tepuk] Sememangnya, penjawat awam ini terdiri dari pelbagai latar belakang, kepakaran dan pengalaman. Selama lebih enam bulan, mereka telah bertungkus- lumus menggembleng usaha, bersengkang mata dan memerah keringat untuk memastikan kepentingan negara terus terjamin. Maruah kita terus terbela dalam kita dihimpit kemelut tarif timbal balas ini. Bayangkan, perbezaan waktu 12 jam dengan Washington, D.C di Amerika Syarikat. Bermakna pasukan kita di Malaysia terpaksa berunding di waktu malam dan awal pagi, ketika rakyat Malaysia kebanyakannya sedang lena dibuai mimpi. Sesudah bersengkang mata, mereka masuk bekerja menjalankan tugas hakiki pula di siang hari.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Tan Sri Yang di-Pertua, berbalik semula kepada prosesnya. Setelah berunding, hasil rundingan dengan rakan sejawat di Amerika Syarikat perlu dirujuk kepada kementerian-kementerian yang berkenaan untuk mendapat maklum balas dan kemudian diangkat untuk dibincang dan diputuskan dalam Kabinet.
Saya sendiri pernah mengatur perbualan telefon di antara Presiden Trump dan Perdana Menteri pada pukul 6.00 pagi. Sememangnya proses rundingan ini rumit dan amat mencabar. Seperti yang saya pernah jelaskan sebelum ini, perjanjian
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
tarif balas unilateral ini adalah sesuatu yang dengan izin Tan Sri Yang di-Pertua, adalah unprecedented.
Ahli-ahli Yang Berhormat perlu faham, kita bukan berunding FTA yang biasa yang selalunya mengambil masa bertahun-tahun. Rundingan FTA yang paling pantas yang pernah dicapai pun mengambil 18 bulan, satu setengah tahun. Kita berunding dalam keadaan Malaysia dikenakan tarif. Tekanan masa bukan ditentukan oleh Putrajaya, tekanan masa itu datang dari Washington.
Inilah sebabnya rundingan ini menjadi antara yang terpantas dan paling rumit dalam sejarah rundingan perjanjian perdagangan negara. Justeru, kejayaan memuktamadkan perjanjian ini jelas menunjukkan komitmen tertinggi para penjawat awam dalam memastikan kepentingan negara terus terbela.
Jujur saya akui, saya cukup kecewa apabila ada di dalam Dewan ini dan di luar sana yang mempersenda dan memperkotak-katikkan usaha pasukan para perunding kita.
[Tepuk] Saya faham, kalau ada serangan yang bermotifkan politik kepada pimpinan kerajaan tapi janganlah kita memperlekehkan usaha dan pengorbanan para penjawat awam yang telah berusaha memastikan kedaulatan negara terus terjamin.
[Tepuk] Ada di kalangan Ahli Yang Berhormat yang menyebut perjanjian ini menggadaikan negara tercinta kita. Saya ingin bertanya kembali, adakah Yang Berhormat maksudkan para penjawat ini juga mahu menggadaikan negara?
Cukuplah berpolitik dan berhujah dengan fakta.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
36(6) Tan Sri Yang di-Pertua. 36(6).
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Duduklah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ini fitnah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sudahlah! Duduklah. Duduklah.
Duduklah.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Bila masa persoalkan penjawat awam?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Duduklah, duduklah. Duduk, duduk, duduk.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Engkau parti pun tak adalah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Bila masa?
Don’t hide behind civil servants.
Tuan Yang di-Pertua
[Mengetuk tukul]
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Yang Berhormat, jangan hina penjawat awam.
Tuan Yang di-Pertua
Hei duduk semua!
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Gantung pasal...
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Duduklah Bangi.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada celahan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dia yang....
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada celahan. Mungkin Machang datang lewat.
Tidak ada celahan. Datang awal lain kali.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, itu bukan celahan. Itu peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk!
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Itu Peraturan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk! Satu. Saya kata, selepas Menteri, besok akan ada. Esok nak bercakap, cakaplah.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Adakah peraturan tidak boleh dibangun, disebut?
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Speaker, Peraturan Dewan, Peraturan Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya kata duduk! Habiskan Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya Speaker, dua minit saja. Tan Sri di-Pertua, pada akhirnya isu ini bukan tentang saya atau mana- mana parti politik. Isu ini tentang masa depan pekerjaan dan punca rezeki jutaan rakyat Malaysia. Ada daya saing perusahaan kita dan juga kedudukan ekonomi negara dalam dunia yang kian tidak menentu. Itu amanah kami sebagai kerajaan.
Dan itu juga tanggungjawab bersama Dewan Yang Mulia ini.
Sebab itu saya merayu kepada semua Ahli Yang Berhormat, kita boleh bersaing dalam politik tetapi dalam hal mempertahankan kepentingan ekonomi dan kedaulatan negara, kita mesti kukuh bersama, bersatu sebagai Malaysia. Satu suara yang jelas, tegas dan bermaruah. Jangan biarkan orang luar memecahbelahkan kita.
Sememangnya, dunia sedang memerhati bagaimana kita bertindak balas walaupun dihimpit pelbagai tekanan. Ini bukan satu situasi yang adil, tetapi kita bersama-sama mencari penyelesaian yang mampu melindungi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat. Biar dunia lihat bahawa Malaysia bukan negara yang tunduk menikus, mengikut telunjuk mana-mana kuasa tetapi negara yang dihormati
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
dan disegani, mampu berunding dengan yakin, menjamin kedaulatan negara, mempertahankan haknya dan melindungi kepentingan rakyat. Sekian terima kasih Tan Sri.
[Tepuk]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita bangun.
Tuan Yang di-Pertua
Baik Yang Berhormat. Sekarang tamatlah Sesi Penerangan Yang Berhormat Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Besok 30 hari bulan. Saya ulangi, besok 30 hari bulan ialah Waktu untuk Menteri Menggulung, Menteri MITI. Jadi, ada apa-apa soalan boleh kemukakan besok. Satu lagi ingatan saya, take my word for this. Siapa-siapa juga, sama belah sini atau belah sini yang menghina penjawat awam, I will take action, I will take action. Anda boleh komen tentang ahli politik. Do not, do not. I am― jangan komen lagi, dengar dulu.
Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Jangan sebut, jangan kutuk, jangan. You nak tanya Menteri. Menteri, kita tidak puas hati terhadap— itu lain. Jangan hina penjawat awam, period.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tapi bila kita...
Tuan Yang di-Pertua
You want me to produce apa yang saya tengok dan apa yang hantar pada saya? Don't challenge me, please. Ada orang kutuk KSU, ada orang kutuk macam-macam. Don't do that. So, don't do that. Saya nak remind, tak payah bangun. Saya bagi pilihan, besok kita akan mulakan, kita akan mulakan sesi di peringkat dasar untuk Menteri-menteri jawab. Anda boleh bertanya Menteri.
Machang duduk, semua duduk dulu, duduk semua. Duduk, please. Reminder saya, anda boleh kritik Menteri, anda boleh kritik Timbalan Menteri. Jangan kaitkan penjawat awam. That's what I'm saying. If that sentence too plain, you don't understand, I'm so sorry.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Jangan tanya saya. I'm telling you now. No, don't ask me. Saya kata bila esok you bertanya dengan Menteri, straight forward. Jangan kaitkan dengan penjawat awam, itu saja. Silakan.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tan Sri Speaker, Tan Sri Speaker, kalau saya boleh. Terima kasih penjelasan Tan Sri Speaker, berkaitan dengan pertanyaan esok.
Jadi, saya mohon kepada Tan Sri Speaker untuk Menteri MITI esok, bagi masa sepanjang-panjangnya untuk Menteri MITI berbahas. Be fair to him and be fair to us.
Tuan Yang di-Pertua
Yang tu, you ask me. Bukan Menteri. Ask me.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tak. Ya saya, saya minta dengan Tan Sri Speaker bagi masa seluas-luasnya untuk Menteri MITI menjawab sebarang pertanyaan daripada pihak kami kerana itulah hanya ruang yang ada. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Besok minta kebenaran pada saya. Apa dia lagi?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
18(1) Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya, selari dan senada dengan Putrajaya, saya dah hantar usul semalam dan saya harap kalau Tan Sri boleh bagi persidangan khas esok, Menteri MITI bagilah seluas-luas masa supaya kami boleh grill dia sampai kami puas hati. Setuju semua?
Beberapa Ahli
Setuju.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Rakyat nak tahu. Rakyat nak tahu jawapan terperinci setiap butiran perkataan, koma dan istilah “shall” itu sendiri. Kita nak tahu. Jadi perlu Tan Sri, rakyat di sini...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, permintaan itu bukan ditujukan kepada Menteri.
Permintaan itu ditujukan kepada saya. Bolehkah Yang Berhormat Speaker mempertimbangkan, that should be ayat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Tan Sri Yang di-Pertua, bolehkah Tan Sri mempertimbangkan usul saya?
Tuan Yang di-Pertua
Yes, that’s good sentences. Itu cadangan yang baik.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih Tan Sri.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan tuju kepada Menteri. Ya, Yang Berhormat.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sehubungan dengan apa yang dikatakan oleh Machang, masa Menteri menggulung sebenarnya menjawab apa yang kita tanya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Jadi, kalau Speaker boleh memberi ruang tersebut, kita ucap terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Itu kuasa saya. Saya akan berikan insya-Allah.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih banyak- banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Tan Sri Yang di-Pertua, Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Apa lagi?
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Untuk perkara lain.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Perkara lain?
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Perkara lain.
Tuan Yang di-Pertua
Bukan MITI?
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Bukan, bukan.
Tuan Yang di-Pertua
Berkenaan apa?
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Pada 15 hari bulan, saya ada menghantar surat kepada Tan Sri berkaitan dengan usul berkaitan dengan Penerangan oleh Menteri Wilayah dan telah diterima oleh Pejabat Tan Sri pada 16 hari bulan. Saya ingin apa ni, saya belum menerima apa- apa respons berkaitan usul berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, insya-Allah saya akan perhatikan.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim - Kuala Terengganu
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, silakan Setiausaha.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit
(RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [28 Oktober
2025] Tuan Yang di-Pertua
Okey, hari ini kita ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menjawab semua soalan-soalan yang telah pun dibahaskan oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Namun pun begitu, saya ingin memberikan beberapa pemakluman bahawa hari ini bermulanya giliran Menteri menjawab perbahasan Belanjawan 2026 Peringkat Dasar selama empat hari iaitu Selasa, 4 November 2025. Oleh itu, saya ingin mengingatkan Yang Berhormat agar tidak membangkitkan isu-isu baru dalam Menteri menjawab, kecuali seperti saya katakan tadi kalau saya benarkan, itu anda boleh lakukan waktu MITI.
Inilah bagi memberi peluang kepada Yang Berhormat Menteri bagi menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan semasa perbahasan tiga minggu yang lalu. Menteri boleh menjawab soal isu-isu dibangkitkan oleh Yang Berhormat dalam sidang berada dalam Dewan ini. Manakala mereka yang tidak berada, saya ulangi, mereka yang tidak berada dalam Dewan, Menteri bolehlah menjawab secara bertulis. Okey.
Saya juga minta supaya Menteri-menteri yang telah pun memberikan komitmen untuk menjawab secara bertulis. Pastikan― yang ini saya nak minta pegawai-pegawai, tolong pastikan ya advice your Minister untuk menjawab kepada
2025] Tuan Yang di-Pertua
soalan-soalan yang telah ditanya dan telah memberikan e-mel untuk menjawab masa 15 hari. Pastikan masa 15 hari itu mestilah dipatuhi dengan menjawab soalan- soalan tersebut dan hendaklah dihantar melalui e-mel terus kepada Ahli Yang Berhormat.
Dan saya minta juga ada satu complaint. Yang Berhormat complaint kat saya, dia tak dapat jawapan. Bila kita check e-mel Yang Berhormat penuh, dia tendang balik jawapan. Jadi, Yang Berhormat kena clean-lah selalu ya. Kadang-kadang e-mel itu penuh.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, Tan Sri, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Nanti tak habis lagi, tak habis lagi.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Sat, sat, nak bangkit itulah hat kes, isu...
Tuan Yang di-Pertua
Nanti dulu, duduk.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
...Isu yang sama.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, kalau sekiranya betul-betul Yang Berhormat tidak mendapat soalan, tak dapat jawapan datang jumpa saya untuk mendapatkan jawapan yang telah pun dijanjikan oleh Menteri.
Baik, seterusnya sekali lagi saya nak remind-kan Peraturan Mesyuarat 37(1)(b). Kalau nak tanya, minta kebenaran Speaker dahulu. Saya kadang-kadang petang-petang itu saya benarkan bertekak sana-sini. Tapi waktu sekarang ini penggulungan dan menjawab soalan-soalan ini masanya terhad. Jadi, saya tidak akan membenarkan kita menghabiskan masa bertekak pada isu-isu yang saya rasakan agak panjang dan menghabiskan masa.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Pendang, Pendang bawa apa isu? Dia ada kena ada peraturan mesyuarat berapa.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Isu jawapan, jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan berapa?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Jawapan bertulis yang dijanji oleh Menteri. Itu hari saya duk tunggu, sampai sekarang tak dapat lagi Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Jawapan kepada soalan apa?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Soalan berkenaan dengan ejen- ejen Israel dulu dan Menteri Dalam Negeri kata...
Tuan Yang di-Pertua
Berapa hari bulan hari tu?
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Lama dah.
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh lagu tu. [Sambil menunjukkan Buku Peraturan Mesyuarat] Kena lain kali nak bangun Yang Berhormat, saya ingin bertanya soalan saya nombor 9 pada sekian, sekian, sekian belum dapat, straight lagu itu.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Ya, ya, ya, tak apa. Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Tak boleh bangkit, saya minta dulu adalah dua minggu dulu saya minta tapi tak dapat jawapan, tak boleh lagu tu. Spill the tea because sebab pegawai nak rekod soalan. Mana tak dapat berapa hari bulan, okey.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey, okey nanti saya bagi tahu.
Tuan Yang di-Pertua
Cari dan teruskan. Silakan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Saya akan tulis nanti. Saya tulis dekat Speaker nanti.
Tuan Yang di-Pertua
Baik terima kasih. Dengan itu saya menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) untuk menjawab selama 30 minit, silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri Yang di-Pertua, bagi pihak Jabatan Perdana Menteri, izinkan saya memulakan penggulungan ini dengan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026. Pandangan, cadangan, kritikan membina yang disampaikan mencerminkan komitmen bersama kita dalam memastikan hala tuju negara sentiasa berpaksikan kepada kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Pada masa yang sama, saya turut merakamkan setinggi penghargaan pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku juga Menteri Kewangan (I) atas pembentangan Belanjawan 2026 yang komprehensif berpaksikan semangat reformasi. Belanjawan ini menzahirkan keprihatinan kerajaan terhadap usaha memperkukuh pelaksanaan agenda reformasi institusi dan perundangan dalam negara yang menjadi teras kepada pembinaan sistem pentadbiran dan keadilan yang lebih cekap, tulus dan berintegriti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Sebagai Menteri yang pertama di bawah Jabatan Perdana Menteri, saya akan menjawab beberapa isu yang melibatkan agensi saya iaitu Hal Ehwal Undang- undang Jabatan Perdana Menteri. Dan bagi pihak Jabatan Peguam Negara, saya akan jawab bagi pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi pihak, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pihak, Petroleum Nasional Berhad
(PETRONAS) bagi pihak, Jabatan Audit Negara bagi pihak dan bagi pihak juga Parlimen Malaysia. Bagi memastikan kelancaran sesi penggulungan, saya menyusun dan mengelompokkan isu yang dibangkitkan kepada beberapa tema.
Yang pertama, yang berkenaan usaha kerajaan dalam menangani isu buli yang telah diajukan oleh Yang Berhormat Jeli dan Yang Berhormat Ampang ya.
Kerajaan terus menzahirkan iltizam untuk memperkukuh sistem perundangan dan tadbir urus negara melalui agenda-agenda reformasi yang menyeluruh.
Dalam konteks ini, cadangan Yang Berhormat Ampang untuk penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak Nasional merupakan satu saranan yang sangat baik, bertepatan serta wajar dipertimbangkan khususnya mengambil kira situasi semasa negara yang semakin terkesan dengan pelbagai isu berkaitan keselamatan, kebajikan dan perlindungan kanak-kanak. Kerajaan akan meneliti dengan lebih dekat cadangan ini termasuk dari segi mandat, struktur, perundangan dan implikasi kewangan agar ia tidak bertindih dengan institusi yang sedia ada.
Buat masa ini, Tan Sri Yang di-Pertua, fungsi berkaitan dengan hak kanak- kanak sedang dilaksanakan oleh Pesuruhjaya Kanak-kanak di bawah SUHAKAM, yang berperanan menasihati kerajaan, memantau pelaksanaan di bawah Convention on the Rights of the Child (CRC) serta menyiasat aduan pelanggaran hak kanak- kanak.
Justeru, kerajaan berpendapat penambahbaikan kepada peranan dan autonomi Pesuruhjaya Kanak-kanak di bawah SUHAKAM perlu terus diperkukuh sebagai langkah segera sambil kajian lanjut mengenai model institusi yang terbaik bagi perlindungan hak kanak-kanak diteruskan berasaskan amalan terbaik antarabangsa dan kesesuaian dengan konteks negara.
Tambahan pula, jawatan Pesuruhjaya Kanak-kanak dalam negara kita sekarang dibuat berdasarkan seksyen 6A Akta SUHAKAM [Akta 597] yang secara tidak langsung bermaksud tanggungjawab ini bukan sahaja untuk memberi tumpuan khusus kepada isu kanak-kanak tetapi juga mengambil kira kerangka, tanggungjawab dan mandat seluruh SUHAKAM, termasuk pemajuan hak asasi manusia secara holistik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Kalau kita mengambil kira populasi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dalam negara kita Tan Sri Yang di-Pertua ya, yang seramai 9.13 juta orang atau sekitar 27.4 peratus. Daripada jumlah penduduk negara kita dalam kiraan tahun 2023, sudah tentu ia dapat membuktikan bahawa cadangan penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak yang khas ini adalah lebih tepat pada masanya dan boleh bergerak seiring dengan visi kerajaan, supaya setiap negeri boleh ditempatkan seorang Pesuruhjaya Kanak-kanak pada masa hadapan.
Setakat ini, Tan Sri Yang di-Pertua, kita hanya ada tiga orang saja. Daripada jumlah kanak-kanak yang saya sebut, manalah cukup dengan negeri-negeri yang ada bawah naungan kita, termasuk juga di Sabah dan Sarawak.
Oleh itu, harapan bagi pihak kerajaan dan saya telah sebut kepada Mesyuarat Kabinet pada minggu lepas. Dengan adanya sebagai contoh Akta Tribunal Anti-Buli, peranan Pesuruhjaya Kanak-kanak akan juga memainkan peranan yang lebih terperinci, yang lebih fokus kepada isu ini. Itu sebabnya harapan daripada kerajaan setelah kajian dapat dibawakan kepada Jemaah Menteri yang boleh untuk dikaji sama ada perlu ataupun tidak satu suruhanjaya yang khas dan dikeluarkan di bawah naungan SUHAKAM.
Bagi menjawab Yang Berhormat Jeli pula, Kerajaan MADANI pada masa ini pada fasa akhir dalam meneliti, merangka Rang Undang-undang Anti-Buli 2025.
Seperti semua yang tahu bahawa pasukan petugas khas telah dianggotai oleh beberapa wakil-wakil daripada kementerian dan dipengerusikan oleh saya sendiri.
Dan kalau kita lihat Tan Sri Yang di-Pertua, Kabinet telah pada 24 Oktober 2025 minggu lepas, bersetuju dengan 11 dasar untuk dipertimbangkan dalam Rang Undang-undang Anti-Buli ini yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada awal Disember. Dan juga diharapkan bacaan pertama, kedua dan ketiga pada minggu pertama Disember sebelum Parlimen kita habis.
Antara 11 dasar dalam Akta Anti-Buli yang mana dipersetujui oleh Kabinet ialah definisi skop pemakaian, penubuhan di dalam bidang kuasa tribunal anti-buli, mekanisme aduan, prosedur mesra kanak-kanak, remedy tribunal, semak dan imbang pelaksanaan, peranan dan tanggungjawab, penempatan institusi tribunal dan perkara berkaitan akta ini, pemantauan dan pelaporan, perlindungan institusi pendidikan, dan akhir sekali perlindungan identiti dan kerahsiaan kanak-kanak.
Dasar inilah Tan Sri Yang di-Pertua, yang akan memberikan struktur kepada kewujudan akta ini. Yang mana petanda aras keutamaan akta ini Tan Sri Yang di- Pertua ialah peralihan penting. Maknanya kita akan fokus penting daripada
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
pendekatan berasaskan hukuman kepada pendekatan pencegahan, perlindungan dan pendidikan demi kesejahteraan generasi muda kita.
Dan di dalam akta ini, kerajaan telah bersetuju bahawa ia memfokus kepada kes-kes sivil sahaja. Walhal kes-kes jenayah akan berterusan dalam prosedur yang ada di bawah Kanun Keseksaan, di bawah prosedur-prosedur jenayah yang ada, termasuk juga peranan yang dimainkan oleh PDRM. Itu dalam kes jenayah. Tapi ini lebih kepada penekanan pada kes-kes sivil sahaja.
Sekali lagi saya ingin memberikan jaminan di dalam Dewan ini bahawa Kerajaan MADANI komited untuk membentangkan rang undang-undang ini pada Mesyuarat Parlimen kali ini sebagaimana yang telah dijanjikan.
Tan Sri Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Sri Aman bertanya tentang projek pembinaan mahkamah di daerah Sri Aman. Menjawab persoalan ini, saya ingin menyatakan bahawa projek ini telah diluluskan di bawah Rolling Plan yang Keempat (RP4) Rancangan Malaysia Kedua Belas. JKR, Jabatan Kerja Raya selaku agensi pelaksanaan telah menyelesaikan proses pemilihan kontraktor serta memuktamadkan elemen teknikal melalui sesi pre-award clarification pada 9 September 2025. Surat setuju terima dijangka dikeluarkan pada penghujung Oktober 2025 dan kerja pembinaan akan bermula pada insya-Allah November 2025.
Dalam konteks yang lebih luas, saya turut mengambil kesempatan ini untuk menekankan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa agenda memperkasakan mahkamah dalam negara kita melalui inisiatif dengan izin, access to justice. Prinsip asas sebuah negara yang adil ialah jaminan bahawa setiap warganegara mempunyai akses kepada keadilan tanpa mengira latar belakang atau kedudukan.
Justeru, Kerajaan MADANI terus berusaha untuk mewujudkan dan meruntuhkan. Sebenarnya untuk meruntuhkan segala halangan yang boleh menyekat rakyat daripada mendapat pembelaan sama ada berpunca daripada kos, kerumitan proses mahupun faktor geografi. Itu sebabnya kalau kita perhatikan pada ucapan Belanjawan 2026 yang telah diperuntukkan, sebanyak RM165 juta bagi pembangunan dan penyelenggaraan mahkamah secara fizikal, melambangkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh cabang institusi kehakiman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Walaupun negara kita memiliki jumlah mahkamah fizikal yang besar daripada mahkamah majistret hingga kepada Mahkamah Rayuan, kalau kita menilai dari segi capaian, dari segi liputan, kita dapat lihat antara cabaran yang sentiasa saya sebut dalam Dewan ini daripada beberapa sesi yang lepas ialah cabaran bagi kawasan pendalaman, kepulauan dan luar bandar. Ini satu cabaran yang memang dalam
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
bahasa teknologi anak-anak muda, cabaran real time. Maknanya sekarang yang saya cakap ini, inilah cabaran yang berlaku.
Menyedari cabaran inilah di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut untuk tahun 2026 memperuntukkan peluasan mahkamah bergerak di Semenanjung yang merangkumi perkhidmatan seperti mahkamah kanak-kanak bergerak.
Harapan yang paling utama oleh Kerajaan MADANI, Tan Sri Yang di-Pertua ialah saya telah sebut dalam Dewan ini banyak kali bahawa cabaran sebagai contoh dalam kes jenayah seksual kanak-kanak dan apa-apa kes melibati kanak-kanak.
Antara cabaran yang paling besar ialah penarikan pensaksian kanak-kanak.
Kanak-kanak bila dibawa kepada mana-mana institusi yang formal, Ketua Hakim Malaya kita sendiri bercakap pada saya secara peribadi bahawa mereka mengkaji bila van saksi diturunkan pada kanak-kanak, kenyataan statement diberi oleh kanak-kanak lebih mudah, lebih pantas dan tanpa adanya perasaan cemas berbanding dengan dibawa ke mahkamah.
Itu sebabnya kalau kita lihat saya ucap terima kasih kepada Ketua Hakim kita yang baru, Ketua Hakim Malaya, Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Presiden Mahkamah Rayuan bahawa inilah hala tuju yang mana mahkamah nak pakai pada tahun 2026. Kewujudan mahkamah bergerak, kewujudan van saksi kanak-kanak, lori bilik bicara, kelengkapan ICT VNJ, kelengkapan ICT VNEJ, supaya bila kes-kes yang menyebabkan fokus kepada kes-kes kanak-kanak ini boleh menjadi kepada aspek utama supaya tak adanya kes dibuang atas tajuk pensaksian itu tidak mencukupi.
Saya dah sebut dalam Dewan ini daripada kajian banyak kes, terutama sekali yang melibatkan kanak-kanak, kes-kes jenayah bila dah jadi dewasa seperti biasa mereka tidak mahu meneruskan pensaksian.
Baru-baru ini saya rasa pada 24 hari bulan Tan Sri Yang di-Pertua minggu lepas, Yang Amat Arif, Ketua Hakim Melaya, telah merasmikan Garis Panduan Khas Pengendalian Kes-Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2025.
Saya telah– akan memberikan dokumen ini kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, [Sambil menunjukkan sebuah buku] belah kerajaan dan belah pembangkang bahawa dalam ‘Special Guideline for Handling Child Sexual Abuse Cases’ yang digubal bersama dengan UNICEF, ia adalah kepada semua agensi yang menyentuh apabila kanak-kanak terlibat.
Dia bukan sahaja kita tengok dalam aspek-aspek mahkamah sahaja tetapi dalam semua aspek bila kanak-kanak terlibat, yang mana saya minta Yang Berhormat-Yang Berhormat, Ahli-ahli Parlimen bila mereka berbicara di kawasan ya,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
sama ada menyokong kerajaan ke tidak, memahami tentang inti pati buku kandungan ini supaya jangan pula ada orang berkata bahawa, oh, kerajaan ini tidak memberikan child-friendly, terutama sekali dalam witness statement, Tan Sri Yang di- Pertua.
Itu sebabnya, saya nak ucap juga terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat. Kalau kita ingat pada sesi yang lepas, Tan Sri Yang di-Pertua, kita membuat kewujudan kepada Akta Bantuan Guaman yang baharu, kita menyebut tentang kewujudan pendampingan kanak-kanak, kita nak memberikan public defender kepada kes-kes jenayah yang melibatkan juga kes-kes yang melibatkan kanak-kanak, yang memberikan fokus bahawa ekosistem inilah yang disebut sebagai access to justice yang dipertekankan bila Kerajaan MADANI bercakap tentang institutional reform. Bukan saja kewujudan undang-undang tetapi implementasi undang-undang tersebut akan menjadi ukuran yang sangat-sangat penting bagi rakyat terhadap kejayaan mana-mana sebuah kerajaan.
Ketiga, Tan Sri Yang di-Pertua, saya nak menjawab tentang memperkasa institusi Parlimen. Yang Berhormat Kota Melaka bertanya tentang usaha reformasi Parlimen. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Kota Melaka berhubung dengan institusi Parlimen, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam belanjawan, penerimaan peruntukan lebih daripada RM200 juta termasuk tambahan sebanyak RM5 juta khusus bagi memperkukuh fungsi jawatankuasa pilihan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada dasar-dasar kerajaan.
Jumlah ini merupakan yang tertinggi, berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Jadi saya ucap tahniah kepada Tan Sri ya. Tan Sri selaku Speaker Dewan Rakyat dan Speaker kepada Dewan Negara yang memberikan keyakinan dan komitmen kepada kerajaan bahawa Parlimen Malaysia boleh berdiri tegak sebagai tonggak utama demokrasi pada negara kita.
Apa gunanya kita bercakap tentang demokrasi kalau peruntukan bajet untuk mengimplementasi demokrasi tersebut tidak wujud? Itu sebabnya saya kata Kerajaan MADANI di bawah Perdana Menteri ialah kerajaan hashtag walk the talk.
Kita janjikan Parliament Services Act, kita tunaikan.
Kita kata menggunakan dua tahun untuk pelaksanaan dalam proses. Dan bajet tahun 2026 ialah komitmen tersebut. Sebab kita kadang-kadang dengar bahawa jawatankuasa pilihan, select committee mengatakan cabaran dari segi kewangan walhal di dalam Dewan ini pada hari ini sebagai contoh belanjawan negara diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Takkanlah Ahli-ahli Parlimen yang bertanggungjawab untuk meluluskan belanjawan tidak boleh memberikan komitmen yang besar dan mempersoal kerajaan tentang komitmen kerajaan kepada institusi Parlimen. Jadi, belanjawan ini saya harap yang diguna pakai oleh Parlimen. Saya cukup yakin dengan kepimpinan kedua-dua Speaker akan memberikan definisi sebenarnya atas maksud semak dan imbang.
Seiring dengan kelulusan Akta Perkhidmatan Parlimen. Kerajaan bersetuju bahawa Perkhidmatan Parlimen ditubuhkan, Parliament Services ditubuhkan sebagai satu perkhidmatan yang berasingan daripada perkhidmatan awam. Sudah tentu Tan Sri. Tan Sri tadi saya dengar tegur, ‘jangan kita meremehkan peranan penjawat awam’. Tapi tidak bermakna mereka yang bersama Parlimen Malaysia bukan penjawat awam. Mereka juga penjawat awam. Tetapi bezanya ialah mereka dibayar oleh Parlimen Malaysia.
Dan ini juga antara persepsi yang boleh diukur sebagai persepsi semak dan imbang sebab mereka dalam kategori yang berlainan. Yang mana bagi saya melalui pengasingan ini, Parlimen bolehlah dilihat mempunyai autonomi penuh dalam hal ehwal pentadbiran, pengurusan perjawatan dan kewangan. Sebab saya percaya Tan Sri Yang di-Pertua, apa gunanya bercakap tentang kebebasan, kalau kewangan itu dikawal? Apa gunanya cakap tentang kebebasan, kalau perjawatan tersebut dikawal?
Itu sebab Tan Sri sekali lagi saya nak merekodkan terima kasih kepada Tan Sri kedua-dua Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara, memberikan komitmen dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyokong kepada semak imbang yang akan memberikan elemen demokrasi yang sebenarnya kepada negara kita pada masa-masa yang akan datang.
Jadi, doktrin pemisahan kuasa inilah antara cabangan eksekutif, legislatif dan kehakiman akan membawa negara kita untuk dihormati di mata dunia. Saya dengar tadi Menteri Zafrul bercakap itu bukan mudah, eh. Saya dengar cara negotiation yang mereka buat, Tan Sri. Ini nak membawa negara kita pada tahap diyakini. Dan Tan Sri, kalau kita tengok tentang pembangunan, contohnya pelaburan Tan Sri, kalau sistem kehakiman tidak bebas, sistem Parlimen tidak bebas, siapa yang nak melabur Tan Sri? Mereka tak akan yakin, sebab mereka akan menganggap ini adalah demokrasi kanggaru, hanya berlakon-berlakon demokrasi.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
[Bangun]
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Itu sebabnya bukan hanya bercakap tentang demokrasi tapi instrument infrastructure demokrasi itu diberikan komitmen
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
pengasingan pemisahan kuasa oleh kerajaan. Jadi, ini adalah antara detik bersejarah dalam memperkukuh kebebasan institusi Parlimen, menjadikan Malaysia antara negara di rantau yang berjaya melaksanakan autonomi institusi legislatif secara menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Kota Melaka bangun.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri, Kota Melaka.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tan Sri Speaker, terima kasih kepada Menteri. Menteri, kalau kita lihat bajet untuk Parlimen Malaysia untuk tahun depan, ialah adalah RM183 juta. Ada peningkatan, terima kasih. Tetapi kalau kita bandingkan keseluruhan bajet berbanding dengan peruntukan yang diberikan kepada Parlimen, ia hanya sekadar kosong– kurang daripada 0.1 peratus.
Jadi, saya nak minta kepada kerajaan supaya memberikan lebih banyak peruntukan kepada Parlimen Malaysia. Tan Sri Speaker, saya perjuangkan untuk Parlimen ya. Dan juga Menteri, kalau kita lihat peruntukan yang diberikan kepada APPGM iaitu Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia ialah RM15 juta satu saja satu APPGM RM15 juta. Tetapi, peruntukan yang diberikan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) ialah RM5 juta tetapi perlu dikongsi oleh 10 jawatankuasa.
Jadi, kalau kita campur lagi dengan Dewan Negara ialah 13 jawatankuasa jadi 13 jawatankuasa hanya kongsi RM5 juta. Ertinya purata satu jawatankuasa dapat kurang daripada RM500,000 sahaja.
Jadi, dalam bab ini saya harap supaya pihak kerajaan boleh kaji semula.
Kenapa beri kepada APPGM satu sahaja dapat RM15 juta. Sedangkan Ahli Parlimen ada 172 orang Ahli Parlimen yang menyertai jawatankuasa pilihan khas. Tapi kita hanya dapat sekadar RM5 juta. Jadi, saya harap supaya dapat pertimbangkan semula.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Boleh saya tambah sedikit, Yang Berhormat Menteri? Speaker? Daripada sahabat saya Kota Melaka. Saya percaya sebenarnya antara asas kita untuk memperkukuhkan demokrasi dalam Parlimen kita ini adalah melalui jawatankuasa pilihan khas dan saya setuju tadi dengan sahabat saya bahawa peruntukan itu agak kecil.
Dan untuk kita melaksanakan tugas ini walaupun sekarang kita pun telah pun dipotong banyak. Kalau perjalanan keluar negara itu ekonomi, kelas ekonomi bukan
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
kelas bisnes pun tapi dalam pada itu saya rasa peruntukan ini amat kecil dan saya juga setuju supaya kita perjuangkan supaya ditambah peruntukan ini untuk kita melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dengan lebih baik. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat eh. Yang Berhormat duduk sebelah-sebelah mesti dah bisik-bisik. Tak ada masalah, insya-Allah. Tan Sri Yang di-Pertua, seperti yang Tan Sri tahu, bila akta, apa ini, Parliament Services Act ini berkuat kuasa sepenuhnya, keputusan dari segi kewangan, perbelanjaan seterusnya adalah Speaker yang dua-dua, mereka yang akan menentu. Saya cukup yakin dengan apa yang berlaku pada hari ini, langkahnya memang kepada cahaya yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat berdua. Kita nakkan kelebihan, saya cukup yakin.
Sebab kalau kita tengok select committee yang mana Tan Sri, kalau kita rujuk dalam buku ini pun, adanya penambahan. Memang saya tahu. Tapi Tan Sri Yang di- Pertua, seperti yang kita semua dalam Dewan ini memang cukup tahu bahawa APPGM itu bukan badan seperti select committee. Kalau kita tengoklah, saya terpaksalah, saya pun boleh tekan ChatGPT lah. Bukannya semua kita tahu semua.
Bila saya tanya ChatGPT, APPGM, dia katakan APPGM bukan saja parti politik tetapi civil society, academician, community representative.
Dan kalau APPGM ada kewangan yang lebih kerana kemungkinan NGO membawa ataupun kemungkinan agensi-agensi tertentu. Dan yang sekarang yang mana Yang Berhormat sebut itu saya percaya tentang SDG, Sustainable Development Goal yang daripada masa saya berapa kali dulu dah jadi Ahli Parlimen, memang fokus yang mereka dapat Itu memang kewangan yang cukup besar, dulu RM10 juta naik pada RM12, sekarang Yang Berhormat kata RM15. Sebab dia punya komitmen Itu mungkin saya, kalau tidak salah saya, masa saya di belah backbencher, saya masih ingat sokongan yang paling kuat kepada mereka adalah Kementerian Ekonomi pada masa dulu. Jadi, itu sebabnya APPGM ini dilihat sebagai satu instrumen yang agak berlainan daripada yang kita dalam Dewan.
Kalau kita dalam Dewan select committee dapat duit daripada NGO atau pun institution atau pun syarikat, kita akan agak biased dalam keputusan kita. Itu sebab kewangan kita, autonomi itu, ukuran autonomi, ayat autonomi itu ialah, we police ourselves, yang mana Tan Sri sendiri memang cukup sedar bahawa memang kewangan diperlukan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sebab saya memang cukup
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
setuju, antara masalah yang paling besar ialah masalah kewangan untuk mentadbir.
Itu sebab harapan saya, dengan kebebasan yang diberi kepada Parlimen di segi autonomi itu, kewangan itu, bincanglah secara baik-baiknya.
Saya cukup yakin dengan kepimpinan pada Parlimen Dewan Rakyat, Dewan Negara yang ada sekarang dan semua belah sini dan belah sana menjadi pengerusi pada jawatankuasa pilihan. Banyak yang dilakukan adalah semuanya untuk rakyat, demi rakyat sebab kita tahu bahawa sebagai Parlimen, Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara walaupun kita berpolitik, kita bergaduh, kita di sini kerana rakyat meletak kita dan saya cukup yakin.
Tetapi Tan Sri Yang di-Pertua, dalam committee stage yang mana baru-baru ini tentang isu tentang the Finance Bill telah disebutkan antara beberapa rakan-rakan di dalam Dewan, saya melihat Tan Sri telah menulis surat kepada Ketua Majlis dan saya juga mendapat salinan bahawa Parlimen akan mengkaji untuk tahun depan.
Sama ada perbahasan pada hari ini kita nak ubah bentuk pada sesi untuk tahun depan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Sebab itu yang saya— kejap. Saya melihat bahawa kemungkinan itu cara ke depan tetapi seperti saya sebut kepada backbencher, lebih baik dibincang secara bersama, secara menyeluruh sama ada adakah itu faktor yang lebih baik ataupun cara yang kita buat untuk jawatankuasa dalam isu-isu tentang kewangan. Silakan, Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya setuju, autonomi Parlimen dan autonomi Ahli Parlimen itu sangat kritikal dalam kita memperkasakan sistem demokrasi di Malaysia sebab itu Muar on record menyokong pindaan Perlembagaan yang dibawa oleh kerajaan, Parliamentary Services Act.
Salah satu perkara yang mustahak untuk kita memastikan Parlimen dan Ahli Parlimen itu berautonomi adalah untuk memastikan bahawa setiap Ahli Parlimen tidak kira di pihak kerajaan atau pembangkang, ada peruntukan bagi pejabatnya.
Sebagai contoh, untuk ada pegawai penyelidik, supaya ada orang yang boleh tolong untuk pastikan bahawa tidak ada berita palsu yang akan dikongsikan di dalam Parlimen. Kalau tidak, akhirnya Ahli Parlimen itu khususnya kalau di meja pembangkang terpaksa mencari dana daripada sumber-sumber yang mungkin bermasalah atau terpaksa menabur janji jikalau berada dalam kerajaan, it will be quid pro quo.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sebab itu kalau kita lihat di negara maju, walaupun mungkin peruntukan kebajikan itu kerajaan kata tak apalah, we hold back first tetapi peruntukan pejabat Parlimen yang boleh park bawah institusi Parlimen by claim sebagai contoh kalau ingin menggajikan dua, ke tiga pegawai penyelidik yang tolong jaga juga pusat khidmat. At least there will be autonomy in funding dan akhirnya Ahli Parlimen itu dapat berdiri bersuara tanpa perlu membuat janji-janji yang tidak begitu baik dan akhirnya suaranya terjejas.
Ahli Parlimen kerajaan saya difahamkan dapat setiap tahun RM400,000 untuk pusat khidmatnya, Ahli Parlimen pembangkang RM0. Saya harap boleh dipertimbangkan, start first, park bawah Parlimen, bawah Speaker supaya peruntukan by claim untuk pegawai penyelidik bawah Parlimen ini dapat diguna pakai bagi Ahli Parlimen pembangkang. Terima kasih.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Sedikit, YB Menteri. Mungkin saya boleh tolong Yang Berhormat Menteri menjawab sikit tentang APPGM SDG. Sebanyak 143 kawasan Parlimen telah menjalankan proses pembentangan isu berasaskan suara komuniti dengan penglibatan aktif Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan juga agensi tempatan.
Dan juga APPGM SDG telah melaksanakan projek komuniti dan keterjaminan makanan yang melebihi 1,600 projek komuniti yang dilaksanakan bersama 1,009 kumpulan tempatan yang memberi manfaat langsung kepada lebih 70,000 peserta. Ini sedikit penjelasan membantu. Terima kasih.
Tuan Rushdan bin Rusmi - Padang Besar
Yang Berhormat Menteri, saya nak tambah sikit. Saya setuju dengan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi agar orang kata fleksibel dan juga memberi kesan yang baik. Saya juga setuju jugalah kalau select committee itu minta ditambah tapi jangan kurangkan pula SDG sebab SDG–APPGM SDG saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri pun follow daripada awal. Saya ucapkan tahniah dan terima kasih. Banyak membantu untuk delivery system sebenarnya bagi pihak kerajaan sebab dia bersifat bipartisan dan konsep dia turun ke lapangan melalui rakan solusi yang dilantik.
Cumanya, Ahli Parlimen ini sebagai mediator, sebagai dia punya penghubung antara rakan-rakan solusi dan juga pihak kerajaan. Jadi, tak timbullah soal pembangkang ke kerajaan ke, tapi benda itu sampai pada rakyat. Dan saya mencadangkan juga supaya benda itu dijadikan sebagai model untuk kerajaan menentukan delivery system kepada rakyat. Itu saja. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Sila, Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Semua Yang Berhormat cakap, semua saya setuju tapi keputusan dia, bila akta ini dilaksanakan secara menyeluruh, dua-dua Speaker adalah penentu dia. Sama ada bilik besar ke bilik kecil ke dan sebagainya.
Tapi saya nak tegur sikitlah, Tan Sri, satu benda yang saya perhati di United States. Dia tak boleh jumpa orang politik tanpa melalui satu proses undang-undang.
Saya rasa Undang-undang FIRA. Walhal dalam negara kita, kita ini terlampau bebas jumpa dengan macam-macam daripada embassy, daripada politician luar negara, investor. Kita sebagai orang politik di Malaysia begitu bebas. Ada negara dia mengawal orang politik ini, berjumpa pun tak boleh tanpa kebenaran. Sebab mereka takut bahawa adanya unsur sabotaj melalui Ahli Parlimen.
Itu sebabnya memang Yang Berhormat sebut tentang mengenai SDG. SDG itu memang macam-macam dia buat. Selain daripada dia bincang, dia pun meletak kepada development fund dalam kawasan-kawasan tertentu. Itu memang peranan.
Itu sebab bajet dia mungkin besar. Mungkin dia membantu Kementerian Ekonomi pada masa dulu. Tetapi masa depan kita di Parlimen ini, kitalah sebagai Ahli Parlimen yang perlu membuatkan penentuan, Tan Sri Yang di-Pertua.
Saya juga nak melihat kepada soalan daripada Yang Berhormat tentang— Yang Berhormat Kota Melaka tentang AGPP. Saya dah jawab banyak kalilah, mungkin lihat pada Hansard saya. Saya dah sebut bahawa Kabinet telah bersetuju dan kita hanya sekarang ini kena wujudkan satu jawatankuasa teknikal.
Dan wakil daripada Timbalan Menteri saya pula, mungkin satu parti dengan Yang Berhormat Kota Melaka, bolehlah bincang. Dia pun nak beritahu saya bahawa minat beliau nak menjadi Pengerusi kepada Jawatankuasa Teknikal. Kita akan kaji semula sebab Jawatankuasa Teknikal ini sangat penting sebab yang sangat penting dalam elemen pemisahan ini, Jabatan Peguam Negara sendiri setuju. Inilah langkah yang sangat-sangat penting bagi kita dan Kabinet pun melihat itu sebagai satu langkah yang begitu positif. Dan saya harap kita dapat lihat pada tahun 2026 sebagai tahun pencapaian untuk melaksanakan fasa demi fasa.
Dan dengan dua minit yang saya tinggal ini, saya nak cuba jawab tentang isu yang dibawa tentang SPRM. Saya jawab bagi pihak, Tan Sri. Yang Berhormat Kudat, Temerloh, Padang Serai dan Kota Belud. Ada dalam Dewan?
Seorang Ahli
Tak ada.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Tak ada, saya bagi jawapan bertulislah. Saya rasa itu sajalah Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Semua yang saya tak jawab, insya-Allah. Menjimatkan masa Dewan, saya akan beri jawapan saya bertulis.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Saya janji, saya kota janji saya dan saya akan beri pada mereka secara bertulis seperti yang diarahkan oleh Tan Sri Yang di-Pertua.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, baik. terima kasih.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih. Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalam.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Menteri. Tentang SPRM.
Tuan Yang di-Pertua
Nak duduk dah, Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Belum lagi, Menteri.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Saya, saya sebut nama tak?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
SPRM.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Ini, Kudat, Temerloh, Padang Serai dan Kota Belud tak ada.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Dan juga Seputeh.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Seputeh.
Tuan Yang di-Pertua
Tak apa, jawab secara bertulis lah ya?
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Saya buat cara betul, saya jawab bagi pihak, ya. Saya tak jaga SPRM. Orang ingat saya jaga, tapi saya tak jaga. Saya jawab bagi pihak sahaja. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua dan semua Ahli- ahli Yang Berhormat. Mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Tan Sri Speaker, Jempol ya. Hari itu saya ada mengemukakan isu FELDA. Saya dimaklumkan FELDA ini di bawah— masih di bawah JPM iaitu isu di Negeri Sembilan. Iaitu pemberian lot generasi FELDA yang mana telah pun dilaksanakan di negeri Pahang dan juga negeri Johor. Jadi, apa status terkini lah dari segi rundingan antara FELDA di Negeri Sembilan khasnya iaitu FELDA Wilayah Raja Alias iaitu merupakan...
Tuan Yang di-Pertua
Baik
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
FELDA yang terbesar di gugusan di negara kita? Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Terima kasih, Yang Berhormat tapi bukan dalam tanggungjawab saya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. FELDA dari kementerian.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Mungkin saya akan maklum pada— saya tak tahu Menteri Wilayah.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri Wilayah.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Saya akan tanya lah.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
Dan saya akan maklum. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, terima kasih. Saya nak maklumkan, hadir bersama kita di Dewan yang mulia ini ialah lawatan rombongan komuniti pekak anjuran bersama oleh Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Persatuan Jurubahasa dan Penterjemah Komuniti Pekak Selangor dan Kuala Lumpur dan Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia. Oleh kerana mereka tak dengar, kita lambai tangan, semua orang.
[Dewan melambai]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, welcome to Parliament of Malaysia.
Baik, seterusnya saya menjemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri. (Hal Ehwal Agama) 30 minit, Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Izinkan saya memulakan ucapan dengan mengajak semua Ahli Yang Berhormat untuk menekuni firman Allah SWT yang terakam dalam Surah Al Imran ayat yang ke-159.
*[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah
(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka, dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari keliling mu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu), maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya”.* Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah hal ehwal agama sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2026 yang bertemakan “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” bagi Belanjawan Tahun 2026.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Kerajaan telah memperuntukkan RM2.6 bilion untuk hal ehwal Islam.
Peruntukan tersebut bertujuan untuk memperkukuh syiar Islam secara menyeluruh, termasuk institusi pendidikan Islam, masjid dan pemahaman Islam berteraskan prinsip MADANI.
Seramai 16 Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama iaitu Yang Berhormat Tumpat, Kudat, Bagan Serai, Parit, Rantau Panjang, Kota Belud, Kuala Kedah, Jerlun, Pokok Sena, Kuala Kangsar, Padang Ras— Padang Rengas, Pulai, Jempol, Shah Alam, Pasir Salak dan Yang Berhormat Dungun.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi menggulung perbahasan Belanjawan 2026 peringkat dasar kali ini, izinkan saya menjawab isu-isu berkaitan hal ehwal agama yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat secara rangkuman mengikut empat kluster iaitu pengukuhan undang-undang syariah, pemerkasaan institusi Islam, kesejahteraan insan, dan pengurusan wakaf dan haji.
Bagi kluster pengukuhan undang-undang syariah, Yang Berhormat Kuala Kedah dan Pokok Sena mohon penjelasan berkenaan perkembangan terkini dan status pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] bagi memperkasa mahkamah syariah serta perancangan kerajaan pasca-kajian Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam menggubal undang-undang Islam.
Selain itu, apakah langkah yang sedang dan akan diambil kerajaan bagi menangani isu pertindihan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah? Termasuk perancangan untuk melantik hakim yang mempunyai latar belakang syariah di mahkamah sivil. Pelaksanaan pelan khas pemerkasaan pendakwaan mahkamah syariah serta usaha meningkatkan latihan infrastruktur dan pendigitalan mahkamah syariah dan bilakah cadangan pindaan bidang kuasa mahkamah syariah akan dikemukakan semula ke Parlimen?
Kerajaan menyedari keperluan memperkukuh bidang kuasa dan kedudukan mahkamah syariah agar selari dengan perkembangan semasa sistem perundangan negara.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Bangun]
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Sehubungan itu, Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam menggubal Undang-undang Islam telah meneliti cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355]. Dan laporan kajian tersebut telah
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
dibentangkan kepada Pengerusi Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam
(MKI) serta dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja pada Julai 2025.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, ada Hulu Langat bangun. Nak bagi ke, tunggu kemudian ke?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Speaker, Speaker saya kecil hati sedikit la Speaker. Sebab semalam saya bahas, punya bergegar suara saya itu, Menteri tak sebut pun Hulu Langat tadi itu, kecil hati saya, Speaker.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Menteri pun tak faham, saya pun tak faham. Apa benda? sekali lagi.
[Dewan ketawa]
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Soalannya apa ya?
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tadi, Menteri sebut, dia kata, Ahli-ahli Parlimen yang bahas soal berkaitan dengan pembangunan Islam dalam negara kita itu. Disebut 16 orang Ahli Parlimen. Saya bahas malam itu, bergegar satu dunia.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, tolong sebut. Termasuk Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia tak sebut nama saya bahas malam itu. Kecil hati saya. Kecil hati saya ini.
Tuan Yang di-Pertua
Termasuk Hulu Langat, sebut sekarang. Okey, okey.
Menteri, tolong sebut, termasuk Hulu Langat.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dengan segala hormatnya, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, settle. Teruskan Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Cadangan tersebut sedang diperhalusi kerajaan sebelum sebarang keputusan pembentangan dibuat di Parlimen bagi memastikan pindaan yang digubal selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan hukum syarak.
Dalam masa yang sama, pelbagai inisiatif di bawah Pelan Transformasi Al- Falah seperti Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia ataupun JPSM, Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM), pendigitalan melalui sistem e- Syariah serta program latihan dan kolaborasi antara mahkamah syariah dan sivil sedang dilaksanakan bagi memperkasakan institusi kehakiman syariah dan meningkatkan profesionalisme pegawai syariah di seluruh negara.
Yang Berhormat Jerlun ingin tahu terkini penubuhan Suruhanjaya Kehakiman Syariah Malaysia yang dimasukkan dalam RMK13 dan mencadangkan agar
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
diwujudkan Akta Persaraan Hakim Syarie di bawah Suruhanjaya Kehakiman Syariah Malaysia agar setanding dengan hakim-hakim mahkamah sivil yang tidak tertakluk di bawah skim persaraan penjawat awam.
Kerajaan MADANI melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ataupun JKSM sedang ke arah penubuhan Suruhanjaya Kehakiman Syariah Malaysia yang turut dirancang di bawah RMK13 sebagai sebahagian daripada agenda memperkukuh sistem kehakiman syariah dan memartabatkan kedudukan hakim syarie setara dengan hakim mahkamah sivil.
Kajian sedang dijalankan terhadap perwujudan Akta Mahkamah Syariah, Akta Suruhanjaya Pelantikan Hakim Syarie dan Akta Saraan Hakim Syarie yang akan menjadi asas kepada penubuhan suruhanjaya ini. Termasuk pertimbangan mewujudkan skim dan akta persaraan khusus bagi hakim syarie.
Buat masa ini, kajian terperinci masih dijalankan di peringkat Jawatankuasa Penggubalan dengan penglibatan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan yang selaras dengan bidang kuasa negeri serta struktur perundangan sedia ada.
Tan Sri Yang di-Pertua...
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
[Bangun]
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, sedikit pertanyaan. Hasil perbahasan saya tempoh hari, adakah perbincangan yang disebutkan oleh jawatankuasa yang sedang membincangkan tentang perkara tersebut, termasuk tentang melanjutkan tempoh had umur? Sekarang ini hadnya adalah setakat 60 tahun. Jadi, sebelum akta saraan itu digubal dan dilaksanakan, untuk tempoh jangka pendek, adakah kerajaan bercadang untuk melanjutkan umur persaraan sehingga 65 tahun? Itu yang pertama.
Yang kedua, tentang akta mewujudkan mahkamah utama. Sebagaimana contoh di Perak, adakah wilayah juga ada cadangan untuk mewujudkan mahkamah utama selepas Mahkamah Rayuan? Sekian.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Tan Sri Yang di- Pertua, saya ingin menyambung sedikit soalan berhubung dengan peningkatan profesionalisme pegawai pendakwa. Mutakhir ini, kes-kes jenayah moden melibatkan bukti digital seperti WhatsApp dan media sosial. Pegawai pendakwa perlu dilengkapi kemahiran forensik digital untuk kekal relevan. Soalan saya, apakah langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan profesionalisme dan integriti pegawai
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
pendakwa syarie, termasuk latihan dalam pengurusan bukti digital, prosedur mahkamah dan etika pendakwaan Islam serta...
Tuan Yang di-Pertua
YB, sekejap YB. Ini isu baru kah?
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Tak, isu yang berkaitan dengan peningkatan profesionalisme pendakwaan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Terima kasih.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Dan yang kedua, apakah kerajaan bercadang untuk menjalin kerjasama dengan universiti Islam dan institusi kehakiman bagi mewujudkan akademi pendakwaan syarie Malaysia?
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun dan Yang Berhormat Kuala Kedah. Saya respons kepada Yang Berhormat Jerlun terlebih dahulu, berkaitan dengan had umur dan masa.
Untuk makluman Yang Berhormat, pindaan yang dicadangkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dalam membincangkan berkaitan dengan Akta Saraan Hakim Syarie itu, dia termasuk sekali dengan cadangan pindaan kepada umur.
Cadangan umur yang dilanjutkan sekarang ada 60 tahun, akan dilanjutkan kepada 66 tahun. Itu dalam suruhanjaya dan juga Akta Saraan Hakim Syarie.
Untuk buat masa ini sehinggalah suruhanjaya dan akta saraan syarie itu diwujudkan di peringkat Persekutuan, kedudukan hakim-hakim syarie masih lagi dianggap sebagai penjawat awam. Jadi, dia tertakluk kepada Akta Persaraan Penjawat Awam sedia ada iaitu 60 tahun. Jadi, kita tunggu kepada pindaan akta tersebut.
Berkaitan dengan perwujudan satu lagi peringkat mahkamah iaitu mahkamah utama seperti yang ada di Perak dan juga di Sabah sekarang. Insya-Allah, ada cadangan untuk kita bentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah dalam sidang yang akan datang. Rang Undang-undang Mahkamah Syariah ini, antara pindaan terpenting dalam Rang Undang-undang Mahkamah Syariah ini ialah untuk mewujudkan satu lagi lapisan mahkamah selepas daripada Mahkamah Rayuan Syarie di Wilayah Persekutuan. Jadi insya-Allah, yang itu Tan Sri Yang di-Pertua, termasuk dalam Rang Undang-undang Mahkamah Syariah yang akan kita bentangkan pada tahun depan, insya-Allah. Berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, latihan berkaitan dengan apa ini— kesalahan jenayah syariah yang dilakukan
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
atas talian. Yang ini memang perkara yang sangat penting dan menjadi tajuk perbincangan. Dan kalau Yang Berhormat masih ingat lagi pada pindaan yang telah kita lakukan dalam sesi sidang yang lepas iaitu pada Akta Tatacara Mal, contohnya.
Kita buat pindaan untuk membolehkan prosiding ataupun perbicaraan itu dibuat secara online. Dalam konteks pendakwaan syarie ini juga, kita mengambil kira juga banyak kesalahan-kesalahan jenayah syariah, khususnya yang melibatkan kepada penghinaan agama dan juga penyebaran agama-agama sesat yang dilakukan atas talian.
Jadi, dalam konteks itu Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Jerlun, kita akan cadangkan supaya Akta Tatacara Jenayah Syariah yang buat masa ini tidak terkandung lagi sebarang kesalahan yang dilakukan atas talian itu dimasukkan dan kita akan buat rancangan supaya pindaan yang sama seperti mana yang berlaku dalam CPC, untuk dimasukkan dalam Akta Tatacara Jenayah supaya kesalahan- kesalahan yang dilakukan atas talian ini akan dapat diambil tindakan.
Dalam masa yang sama juga Yang Berhormat Jerlun, kita mengadakan banyak kursus-kursus...
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Kuala Kedah.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Eh, sorry. Kuala Kedah, sorry. Yang Berhormat Kuala Kedah, kita banyak mengadakan kursus-kursus dan latihan- latihan. Hatta, pada hari kelmarin pun, kita telah adakan satu konvensyen penguatkuasaan dan juga pendakwaan syarie. Di mana konvensyen ini tertumpu kepada perbincangan berkaitan dengan bagaimana kita nak memperkasakan penguat kuasa-penguat kuasa agama dan juga pendakwa syarie melalui pengetahuan tentang mengatasi dan membawa kes, sama ada siasatannya ataupun pendakwaannya secara online.
Dalam konteks tersebut Yang Berhormat Kuala Kedah, kita adakan kerjasama yang erat dengan pihak PDRM, dengan pihak AGC dan juga mahkamah sivil, yang mereka ini memang telah ada pengalaman berkaitan dengan kes-kes yang melibatkan kesalahan atas talian.
Dalam masa yang sama juga, kita adakan perbincangan dengan ahli-ahli akademik di pihak universiti. So, ahli-ahli akademik juga membentangkan pandangan dan input ini, diambil untuk kita memperkasakan penguat kuasa-penguat kuasa agama dan juga mereka yang terlibat di dalam pendakwaan syariah.
Dalam konteks akademi, kita telah ada Akademi Kehakiman Syariah Malaysia sekarang. Dan sama ada mereka yang terlibat di Bahagian Pendakwaan ataupun di Bahagian Penguatkuasaan, mereka ini dilatih di bawah Akademi
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Kehakiman Syariah Malaysia. Dan mungkin, insya-Allah cadangan Yang Berhormat Kuala Kedah tadi berkaitan tentang akademi pendakwaan syarie itu, kita boleh fikirkan dan mungkin kita boleh lihat dan cadangkan untuk penubuhan kepada akademi pendakwaan syarie tersebut.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Jerlun, Jerlun.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Okey.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tadi ada disebut tentang cadangan untuk memperkasakan mahkamah syariah dengan perbincangan jawatankuasa yang dinyatakan tadi. Cuma, kalau boleh saya minta supaya dimasukkan juga, di mana sekarang ini banyak universiti yang menawarkan kursus diploma guaman di setiap universiti dan mereka ini perlu menjalani latihan ataupun disebut intern. Antara rungutan yang saya minta dapat disampaikan di sini iaitu mereka tak diberi apa-apa imbuhan ataupun sagu hati, terutamanya yang menjalani tugasan itu di mahkamah syariah. Jadi, saya pun kalau boleh dibuat suatu peruntukan berbentuk sagu hati kepada mereka yang membantu tugasan mahkamah dalam tempoh intern itu, sama ada sebulan ataupun dua bulan, dibayar sesuatu ganjaran dan boleh dimasukkan dalam perbincangan yang dicadangkan itu. Sekian.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Seingat sayalah, masa saya Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dulu, untuk mereka yang lakukan internship ini memang kita ada berikan sagu hati kepada mereka. Tak apa, saya akan teliti dengan cadangan tersebut dan sudah tentu pelajar-pelajar internship ini yang bantu mahkamah-mahkamah syariah dan institusi pendakwaan syarie, mereka ini perlu diberikan sagu hati untuk sebagai dorongan kepada mereka. Sebab mereka ini yang satu hari nanti akan mengisi kekosongan perjawatan yang ada di mahkamah-mahkamah syariah di seluruh negara. Terima kasih Yang Berhormat Jerlun.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya terus— Saya beralih seterusnya ke kluster pemerkasaan institusi Islam. Yang Berhormat Kuala Kangsar mencadangkan agar bantuan kepada institusi pendidikan Islam ataupun IPI seperti maahad tahfiz dan sekolah agama diberi tumpuan ke arah penyediaan kemudahan digital dan makmal pembelajaran, merangkumi geran penyelenggaraan berkala, pelaksanaan Program Integriti TVET bagi memperkukuh kemahiran teknikal dan keusahawanan dalam kalangan pelajar institusi Islam.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, sekarang ni jam dah tunjuk pukul 1, sepatutnya kita berhenti. Saya cadangkan Menteri habiskan, lepas tu dalam masa 10 minit, kemudian kita tak payah sambung petanglah.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh?
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Boleh, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Teruskan..
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
10 minit, eh.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Kerajaan sentiasa prihatin terhadap keperluan IPI ya seperti maahad tahfiz, sekolah agama dan institusi pondok dengan menyalurkan peruntukan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM bagi tujuan penyelenggaraan serta naik taraf infrastruktur dan kemudahan asas. Bantuan ini merangkumi aspek keselamatan, pendawaian elektrik, sistem perpaipan serta penambahbaikan bangunan bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat.
Bagi tahun 2025, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima peruntukan sebanyak RM12.73 juta bagi manfaat 71 buah sekolah rendah agama, 28 Kelas Al-Quran dan Fardu Ain atau KAFA serta lapan institusi tahfiz di Wilayah Persekutuan. Selain itu, JAWI turut memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur digital melalui penyediaan capaian Internet, kemudahan smart TV dan latihan kompetensi digital kepada guru serta pentadbir.
Dalam masa sama, JAWI juga sedang meneroka pelaksanaan program integrasi kemahiran TVET dan keusahawanan di beberapa IPI terpilih dengan kerjasama agensi seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran atau JPK di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bagi memperkukuh keupayaan pelajar dalam bidang teknikal dan keusahawanan selaras dengan aspirasi pendidikan negara.
Tan Sri Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit, Kota Belud dan Padang Rengas meminta penjelasan berhubung pembinaan kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih Masjid Titi Gantung, Masjid Lingkodon, Masjid Tawadakan dan Masjid Kesapang di Kota Belud serta Masjid Al-Muttaqin di Padang Rengas.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Untuk makluman Tan Sri dan Ahli-ahli Yang Berhormat, buat masa ini JAKIM tidak mempunyai peruntukan khusus bagi tujuan pembinaan baik pulih atau naik taraf masjid dan surau di peringkat negeri. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh dirujuk dan dibawa kepada pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkaitan di bawah kerajaan negeri bagi pertimbangan dan tindakan lanjut yang sewajarnya.
Tan Sri Yang di-Pertua, bagi kluster kesejahteraan insan, Yang Berhormat Tumpat, Pulai dan Rantau Panjang ingin tahu, apakah usaha serta perancangan kerajaan khususnya JAKIM dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam memperkukuh pendidikan keibubapaan, kekeluargaan dan moral di peringkat sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT) bagi melahirkan generasi berakhlak dan berperanan sebagai lelaki Qawwam serta program yang dirangka bagi menangani kadar perceraian dalam keluarga Islam yang dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Kerajaan melalui JAKIM dan JKSM sentiasa komited memperkukuh institusi kekeluargaan, mendidik masyarakat agar hidup beragama serta menangani peningkatan kadar perceraian melalui pelbagai inisiatif bersepadu. Antara langkah utama ialah pelaksanaan inisiatif lelaki Qawwam atau ILQ di bawah Pelan Transformasi Al-Falah 2023-2027 bagi memperkukuh peranan lelaki sebagai ketua keluarga. Penambahbaikan modul khusus pra dan pasca perkahwinan Islam yang kini diwajibkan kepada pasangan Muslim serta penerbitan buku panduan kemahiran keibubapaan bagi melahirkan ibu bapa bertanggungjawab dan berakhlak.
Di samping itu, JKSM melaksanakan pelbagai program advokasi dan literasi undang-undang seperti Online Legal Clinic (OLC), Program Komuniti Sulh serta penjenamaan Sulh Center bagi memperkukuh penyelesaian konflik kekeluargaan secara damai. JAWI turut mempertingkat khidmat runding cara syarie, latihan kaunselor dan bimbingan kepada pasangan bagi mengurangkan kes perceraian.
Selain itu, melalui platform digital dan penyiaran, JAKIM dan TV Al-Hijrah menganjurkan program seperti podcast Qawwam, rancangan Usrati Jannati, Quran@114, Hadis@114, Cinta Ilmu dan Assalamualaikum yang memberi tumpuan kepada pembangunan moral, kesejahteraan keluarga serta hubungan harmoni dalam komuniti.
Rancangan animasi Islamik seperti Jom Dengar Cerita, Akil Story dan Pada Zaman Dahulu turut disiarkan dalam kandungan Islamik TV Al-Hijrah. Program advokasi seperti Jerayawara Kesedaran Isu Sosial, My Insaniyah terus diperkasa bagi memperkukuh nilai moral, akhlak serta kefahaman agama di peringkat IPT dan masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua
Menteri, Tumpat bangun.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Menteri. Saya menyambut baik segala usaha yang telah pun dibuat oleh pihak JAKIM. Walau bagaimanapun, khusus untuk kes konflik dalam rumah tangga. Penyelesaian yang disebut dalam Al-Quran ialah [Membaca sepotong ayat al-Quran] Jadi, adakah kerajaan bersedia untuk mewujudkan satu silibus bagi membina hakam-hakam keluarga daripada kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan sebagai usaha untuk menyelesaikan konflik di antara keluarga ini kerana hari ini kita lihat fungsi hakam hanya berfungsi di mahkamah tapi tidak langsung melibatkan keluarga. Jadi, adakah JAKIM akan buat perkara ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sila Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Itulah Tan Sri, dalam konteks semasa ini, dalam perundangan syariah yang sedia ada, memang hakam itu berada di mahkamah untuk menyelesaikan isu-isu perceraian dan isu-isu yang melibatkan konflik rumah tangga. Dan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tumpat sebentar tadi itu kita sedang, khususnya melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, melalui modul sulh dan juga hakam, yang ini kita tengah tambah baik. Dan juga Yang Berhormat Tumpat, kita cadangkan supaya peranan mediator sulh ataupun hakam ini dapat di apa tu, lanjutkan kepada pemimpin-pemimpin komuniti contohnya.
Jadi, apa yang berlaku di mahkamah yang kita nampak berkesan, kita akan cadangkan untuk dilakukan di peringkat kepimpinan komuniti dan mereka inilah yang akan menggunakan modul hakam tersebut dan juga modul sulh yang sedia ada untuk digunakan bagi menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di peringkat komuniti. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.
Selaras dengan hasrat memperkukuh pendidikan akhlak di peringkat akar umbi, TV Al-Hijrah akan menganjurkan Karnival Bismillah TV Al-Hijrah pada 21 hingga 23 November 2025 di FELDA Air Tawar, Johor. Jelasnya di sini, kesemua inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam melahirkan generasi berakhlak, keluarga sejahtera dan masyarakat yang berpaksikan nilai Islam, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Tan Sri Yang di-Pertua, yang lain saya kemukakan.
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Baik.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Dan...
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Tan Sri Yang di-Pertua.
Tan Sri Yang di-Pertua. Jempol ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ha..
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ini isu penting juga.
Iaitu Jempol ada mencadangkan ya. Pemilihan jemaah haji kita ke tanah suci ini, Jempol mencadangkan supaya dibagi keutamaan kepada mereka yang telah berumur warga emas lah, 60 tahun ke atas. Ini Tan Sri, yang pendeposit yang memohon sekarang ini ataupun yang telah pun berdaftar ini, 60. Kalau umur 60 ini, seangkatan dengan kita, iaitu lahir sekitar tahun 65, 61, 65.
Jadi, mungkin dulu dia lambat mendaftar sebab maklum saja ketika itu belum cukup syarat lagi. Jadi, saya rasa eloklah atas faktor usia, lebih-lebih lagi sekarang ini Kerajaan Arab Saudi memperketatkan dari aspek kesihatan. Kalau 70, 68 menunaikan fardu haji, kita maklum sajalah banyak faktor-faktor kesihatan. Jadi, kita amat bersimpati atas mereka yang telah berumur 60 lebih ini.
Saya mencadangkan Lembaga Tabung Haji ya, kita bagi peluang, bagi satu apa nama keutamaan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas untuk dapat menyempurnakan, menunaikan fardu haji. Sebagaimana yang saya ada maklum sekarang, kalau kita buat rayuan, lulus rayuan itu dan mereka bukan lagi di bawah muassasah, yang mana mereka RM16,000 lebih kurang perbelanjaan tetapi sampai RM33,000. Jadi, kalau suami isteri dia terpaksa cari RM30,000 lagi. Jadi, ini membebankan. Jadi, sesuai dengan pengalaman hidup lama dah, jadi saya harap sangat pihak kerajaan melalui Tabung Haji memberi keutamaan kepada mereka yang berumur 60 tahun ini ya untuk menunaikan fardu haji. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, sila Menteri. Gulung dan terus.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Lembaga Tabung Haji sentiasa melaksanakan penambahbaikan berterusan ya demi kepentingan para pendeposit dan jemaah haji negara. Tabung Haji berpegang kepada polisi sistem pendaftaran haji dengan konsep mendaftar dahulu didahulukan sejak tahun 1995. Setiap bakal haji perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi menunaikan ibadat haji dan ia selari dengan prinsip maqasid syariah, termasuklah bakal haji memenuhi syarat istita'ah, yang mana ibadat ini wajib bagi mereka yang mampu daripada aspek kewangan, keselamatan, perjalanan, kuota haji dan kesihatan.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
TH komited untuk tidak menafikan hak mana-mana pendeposit yang memenuhi syarat istita'ah untuk mengerjakan haji. Bagi individu yang didaftarkan di luar tahun haji semasa, boleh membuat permohonan rayuan untuk mengerjakan haji, yang mana permohonan rayuan ini dibuka pada setiap tahun. Bagi musim haji 1446 Hijri yang lepas, Tabung Haji telah merekodkan jumlah jemaah haji yang berusia 60 tahun ke atas seramai 12,102 orang. Satu jumlah yang agak besar, Tan Sri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Jumlah yang mewakili hampir 40 peratus daripada jumlah keseluruhan jemaah haji ini, jelas membuktikan Tabung Haji bersifat terbuka, prihatin terhadap permohonan daripada warga emas. TH amat memahami hasrat dan harapan bakal haji, terutama warga emas dan saya bagi pihak Tabung Haji mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol ya atas keprihatinan beliau untuk mengutarakan apa tu cadangan ini dan sepertimana yang telah saya sebut tadi, Tan Sri, maknanya satu jumlah yang agak ramai di kalangan warga emas yang melebihi umur 60 tahun yang diberikan keutamaan untuk mengerjakan haji pada tahun lepas. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Tan Sri Yang di-Pertua.
Memang kita sudah maklum ya, siapa yang mendaftar awal, tapi sekarang ini kita minta ya mungkin dalam kes-kes tertentu ya, bagi mereka yang berumur 60 tahun ini sekarang ini mungkin telah menunggu hampir 15 tahun, 10 tahun akan datang lagi. Jadi, di sinilah kita minta budi bicara ya sebab mereka ni dah lama. Jadi, dah melalui pengalaman di negara kita ni ya daripada zaman pelita, zaman perigi, zaman jalan tanah merah dapat lihat ya keadaan negara kita begitu maju hari ini tapi cuma satu saja lagi iaitu menunaikan fardu haji Rukun Islam yang kelima ini.
Jadi, itu maksud saya tadi, kita bagi tengok balik yang berumur 60 tahun ini dari segi berapa tahun lagi mereka menunggu dan mungkin kalau sekarang 60, 15 tahun lagi 75. Dengan keadaan yang ada sekarang tu yang maksud saya tu minta budi bicara Tabung Haji lah. Terima kasih.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri. Saya ni Yang Jempol sebut tadi tu berkaitan dengan apa yang dijemput oleh Jempol. Saya setuju kalau mereka ini memohon, merayu, mereka kena bayar lebih. So, yang disebut oleh Jempol, tak payah nak rayu tu, dia boleh melalui muassasah. Jadi, saya setuju apa yang dicadang oleh Jempol. Dan saya rasa sepatutnya automatik bila 60 tahun ke atas tu, muassasah. Tak payah nak rayu sampai tambah RM13,000 jadi T20 pula dah. Terima kasih Menteri.
Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Mokhtar
Sekali lagi. Terima kasih Yang Berhormat Jempol dan Yang Berhormat Kapar. Pengurusan Tertinggi Tabung Haji dia duduk belakang saya dan dia dengar ya apa itu, Yang Berhormat. Terima kasih atas cadangan tersebut.
Tan Sri Yang di-Pertua, setakat ini ya penjelasan yang dapat saya berikan mengenai isu-isu yang telah dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan Belanjawan 2026. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat, yang telah mengemukakan pertanyaan dan membangkitkan isu-isu berkaitan hal ehwal agama. Semoga dengan semangat kebersamaan ini, kita terus berganding bahu membina Malaysia MADANI yang lebih makmur dan sejahtera.
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri. Kita akan tangguh dan kita akan masuk balik jam 2.30 dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wilayah Persekutuan akan menjawab dan diikuti dengan Timbalan Menteri untuk menjawab bagi pihak Perdana Menteri isu-isu MITRA. Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.14 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan terdapat pertukaran giliran kementerian pada hari ini.
Kementerian Pengangkutan di nombor 4 dalam susunan giliran hari ini akan bertukar giliran dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di nombor 6. Oleh itu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan bermula dahulu di nombor 4 dan Kementerian Pengangkutan di nombor 6.
Sekarang saya jemput Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) untuk menjawab. Masa 30 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) - Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Puan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Belanjawan 2026 yang menyentuh perihal Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Unit Penyelarasan Persekutuan (ICU), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kesemuanya seramai 21 orang Ahli Yang Berhormat.
Terlebih dahulu, izinkan saya menjawab isu berkaitan Wilayah Persekutuan daripada empat Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Kepong dan juga Yang Berhormat Putrajaya.
Tuan Yang di-Pertua, ramai sebenarnya yang tak hadir hari ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Semua tidak ada.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Tapi, apa pun, saya kira saya jawablah, ya.
Yang Berhormat Setiawangsa telah membangkitkan isu berhubung dengan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menekankan keperluan semakan terhadap struktur kuasa pentadbiran di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur termasuk cadangan pelantikan ahli majlis bagi memperkukuh prinsip semak dan imbang dalam tadbir urusan tempatan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190] bagi tempoh lima tahun dan menjalankan fungsi sebagai pihak berkuasa tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Manakala Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur berperanan menasihati Datuk Bandar dalam urusan dasar dan pentadbiran.
Sebarang cadangan untuk menggantikan sistem ini dengan sistem ahli majlis perlu disemak semula secara menyeluruh bagi mengelakkan pertindihan perundangan. Saya telah memohon supaya task force, dengan izin, bagi mengkaji keperluan meminda dan memansuhkan undang-undang lapuk serta yang bersifat drakonian diwujudkan di peringkat JWP untuk menyahut usaha reformasi institusi di Wilayah Persekutuan. Dalam hal ini, perkara terkait dengan cadangan Yang Berhormat Setiawangsa akan turut diperhalusi kebolehlaksanaannya.
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Yang Berhormat Menteri, boleh minta celah? Pencerahan. Saya menyambut baik tentang respons Yang Berhormat Menteri terhadap cadangan tentang mewujudkan sistem ahli majlis
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
lantikan di Kuala Lumpur, tapi bila kita tengah kaji― kaji ini boleh satu tahun, dua tahun, lima tahun. Jadi, adakah timeline tak? Adakah ia akan direalisasikan sebelum PRU yang akan datang?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Saya kira yang itu nanti kita bagi kepada task force tersebut untuk melihat berapa lama yang mereka perlukan untuk mengkaji keseluruhan daripada Akta Ibu Kota tersebut.
Walau...
Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh
Tetapi, adakah Ahli Parlimen dan juga MPP kita di Kuala Lumpur akan dilibat urus?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang Berhormat, insya-Allah. Sebab Yang Berhormat pun tahu kita ada beberapa majlis yang kita boleh bersama.
Antara― yang ini yang saya ‘nak sebut. Sebentar, ya.
Walau bagaimanapun, pilihan raya kerajaan tempatan yang tidak lagi diperuntukkan selepas seksyen 15, Akta 171 memansuhkan peruntukan tersebut dan tidak menjadi keutamaan kerajaan buat masa sekarang. Bagi memperkukuhkan prinsip good governance dan transparency, kerajaan telah menubuhkan, contohnya:
Majlis Menteri Wilayah dan juga Mesyuarat Konsultasi Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai platform formal untuk membincangkan isu dasar, penyelenggaraan bandar serta juga kebajikan warga kota secara berkala.
Jadi, ini membolehkan sebenarnya setiap Ahli Parlimen memainkan peranan secara langsung dalam proses consultative DBKL tanpa perlu menunggu pembaharuan struktur perundangan penuh. Dan Majlis Menteri Wilayah bersama Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini akan diadakan pada setiap tiga bulan sekali.
Pada masa yang sama, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kerajaan telah memperkasakan juga Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MPPWPKL), di mana kerajaan telah memberikan― baru-baru ini menaikkan elaun. Memberikan kepada Timbalan Pengerusi dan juga Setiausaha MPPWPKL, di mana Timbalan Pengerusi, kita berikan sebanyak RM1,000 dan untuk Setiausaha, RM755 sebulan elaunnya, bagi memberi pengiktirafan kepada usaha- usaha yang telah dilaksanakan oleh mereka dalam memberikan perkhidmatan yang diperlukan kepada warga kota di peringkat locality masing-masing.
Kemudian, kita naikkan pula geran aktiviti MPPWPKL ini. Bagi setiap zon, kita tingkatkan kepada RM60,000. Asalnya RM50,000. Dan kemudiannya di sub-zon, kita tingkatkan kepada RM25,000 daripada RM20,000.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Yang Berhormat Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan, saya ingin mengalu-alukan kehadiran delegasi rombongan daripada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Seg Hwa, Segamat di bawah Parlimen saya, Johor, yang hadir pada petang ini di Dewan Rakyat yang mulia ini...
[Tepuk] Semoga kehadiran delegasi rombongan ke Parlimen dapat menimba pengalaman dan juga memperolehi ilmu pengetahuan baharu tentang bagaimana institusi ini berfungsi dalam menggubal dasar. “Selamat Datang”, diucapkan.
Yang Berhormat Padang Serai telah menzahirkan kebimbangan terhadap isu pemilikan hartanah di Kampung Sungai Baru, termasuk gesaan agar pemilikan pembangunan semula di kawasan tersebut dihadkan kepada orang Melayu sebagaimana hasrat asal penubuhan Kampong Bharu.
Jadi, sebagaimana Yang Berhormat telah maklum, saya telah mengadakan Sesi Penerangan Menteri pada 9 Oktober 2025 dan telah menerangkan secara panjang lebar dan juga terperinci mengenai perkara yang berkaitan dengan pembangunan Kampung Sungai Baru ini. Jadi, saya telah jelaskan, tetapi saya lihat sebenarnya ramai lagi Ahli Parlimen, khususnya mungkin di pihak pembangkang, yang belum lagi saya nampak dapat membezakan antara Kampong Bharu dan Kampung Sungai Baru.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Sedangkan beberapa kali saya telah sebut perkara ini, walaupun sebenarnya Kampung Sungai Baru itu adalah sebahagian daripada Kampong Bharu dan statusnya juga adalah berbeza di mana saya telah nyatakan Kampung Sungai Baru itu bukanlah tanah MAS dan tidak pernah juga diwartakan sebagai rizab Melayu.
Namun begitu, kerajaan mengambil pendekatan baharu ya untuk meningkatkan kadar pemilikan bumiputera di Kampung Sungai Baru ini dan buat masa ini kita ada beberapa intervensi yang kita laksanakan seperti pertama, penglibatan aktif daripada GLC seperti UDA Holdings Berhad dan saya sendiri pun pernah bertemu dengan PUNB ya dalam usaha kita untuk membangun semula kawasan Melayu yang strategik.
Kedua, penetapan rumah ganti hanya untuk orang Melayu bagi memastikan kesinambungan sosiobudaya di kawasan bersejarah seperti Kampong Bharu dan Sungai Baru.
Ketiga, diversifikasi komponen pembangunan termasuklah unit kondominium, SOHO, rumah kedai dan pejabat mampu milik Melayu bagi menambah kapasiti pemilikan warga bandar Melayu dan keempat pemantauan
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
pematuhan kuota bumiputera atau Melayu di kawasan ini oleh DBKL di bawah mekanisme laporan suku tahunan.
Jadi, bagi menjamin kepentingan komuniti Melayu di Kampong Bharu dan Kampung Sungai Baru khususnya kekal terpelihara, saya telah juga diamanahkan oleh Jemaah Menteri untuk mengetuai task force khas bagi menyelaras rundingan antara pihak pemaju, agensi kerajaan dan juga wakil komuniti tempatan.
Yang di-Pertua, terdapat dua orang Ahli Yang Berhormat daripada Wilayah Persekutuan iaitu Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Putrajaya yang membangkitkan isu locality di kawasan masing-masing dan bersifat agak dengan izin Yang di-Pertua, operational. Maklum balas yang disediakan oleh agensi agak panjang, tapi saya akan jawab secara yang lebih ringkas dan merangkum. Maklum balas penuh boleh juga, boleh saya kemukakan kepada Ahli Yang Berhormat secara bertulis kalau dibenarkanlah, insya-Allah.
Dan YB Kepong, YB Kepong membangkitkan isu perhubungan dengan peruntukan RM200 juta kepada DBKL di bawah Belanjawan 2026 bagi manfaat penjaja dan peniaga kecil khususnya di kawasan Jinjang dan Metro Prima. Antara perkara utama yang disentuh termasuk pembangunan semula bandar Jinjang Utara, naik taraf lapangan hijau Jalan Kuang Gunung, bancian semula penduduk B40 Jinjang Selatan serta penyusunan semula gerai Metro Prima.
Dalam hal ini, DBKL merancang pembangunan Pasar Jinjang Utara di bawah program Lestari Niaga@Kuala Lumpur 2026 dengan peruntukan RM2 juta bagi pasar sementara di Jalan Jinjang. Pasar kekal akan merangkumi bangunan tiga tingkat, zon halal dan juga tidak halal berasingan, sistem sisa moden serta ruang niaga untuk 247 penjaja sedia ada.
Projek naik taraf Lot 226 Jalan Kuang Gunung telah dimasukkan dalam program Taman Rekreasi MADANI (TRM) 2026 oleh KPKT melalui Jabatan Landskap Negara.
Mengenai bancian penduduk Jinjang Selatan pula, bancian tahun 2015 oleh DBKL masih lagi terpakai dan memutuskan 15 keluarga layak menerima rumah PA:
perumahan awam atau PPR dengan projek rumah ganti kini siap 90 peratus. Oleh itu, bancian semula tidak akan dijalankan bagi mengelakkan pertindihan data dan implikasi kewangan baharu dan lain-lain penduduk yang diputuskan tidak layak, mereka ini diberi pilihan untuk sama ada memohon Residensi Wilayah mahupun Residensi MADANI.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Sedikit pencerahan. Tanah ini merupakan tanah PTP yang KJP nya adalah Kementerian Pendidikan. Jadi, apa-apa butiran lanjut, bolehlah ya dirujuk kepada end rest ataupun KPM nanti.
Bagi Pusat Penjaja Metro Prima pula, DBKL mendapati lima daripada 28 gerai tidak aktif dan akan dibawa ke jawatankuasa pelesenan untuk tindakan dan cadangan pengasingan zon halal dan tidak halal sedang dikaji dari sudut teknikal sebelum sebarang keputusan dibuat.
Yang Berhormat Putrajaya telah membangkitkan beberapa isu berhubung kebajikan dan kesejahteraan warga Putrajaya khususnya yang melibatkan aspek penyelenggaraan jalan raya, pengurusan pencahayaan awam serta kawalan populasi haiwan liar di presint-presint yang berkaitan.
Kerja penyelenggaraan jalan, kini menggunakan kaedah mill and pave yang tahan sehingga lima tahun. Manakala, teknologi baharu seperti Polymer Modified Bitumen (PMB) dan Warm Mix Asphalt (WMA) sedang dikaji bagi menjadikan Putrajaya perintis kepada jalan mesra alam.
Bagi lampu jalan pula, pertindihan bidang kuasa antara PPJ dan JKR telah pun diselesaikan melalui mesyuarat bersama pada Jun 2024 dan JKR akan menyelenggara jalan utama. PPJ memantau kawasan sempadan, manakala— dan pemasangan sistem pintar smart street light sedang dipertimbangkan.
Dalam isu anjing dan hidupan liar pula, PPJ melaksanakan program tangkap dan pindah iaitu capture dan relocate programme bersama PERHILITAN, Bomba dan juga APM dengan 269 operasi dijalankan setakat September 2025. Task Force Pengurusan Konflik Hidupan Liar Wilayah Persekutuan turut diwujudkan untuk penyelarasan operasi, kesedaran awam dan pemantauan habitat bagi mengurangkan konflik antara manusia dan haiwan...
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, boleh sedikit?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Ya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Berkaitan dengan teknologi jalan tadi, terima kasih. Saya tak dan nak sebut beberapa teknologi yang digunakan dan setahu saya JKR telah mencuba teknologi ini di beberapa tempat di seluruh Malaysia. Jadi, proses ‘nak guna di Putrajaya ini insya-Allah kalau pihak kementerian memberi komitmen, insya-Allah akan lebih cepat.
Yang kedua tadi, berkaitan dengan lampu jalan. Saya amat berharap isu ini selesai. Dah lama sangat dah isu ini tak selesai. Sekejap pasang, sekejap tutup, sekejap pasang, sekejap tutup.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Dan isunya adalah, berkaitan dengan sempadan tadi dan isu sempadan ini bukan saja lampu jalan, isu berkaitan dengan saliran pun. Ada saliran yang agak merbahaya pada kanak-kanak, sungai kecil, anak air sebagai contoh, yang mana sama— isunya tidak dijaga dengan baik kerana isu sempadan tadi, sama ada di bawah Sepang atau Putrajaya. Jadi, kalau boleh selepas 30 tahun kita selesaikan isu persempadanan ini sepenuhnya.
Berkaitan dengan anjing liar ini, saya amat berharap Yang Berhormat Menteri ya, beri satu penekanan khusus kerana jumlahnya pada waktu ini ‘tak banyak. Kalau kita biarkan, dia akan menjadi lebih meluas dan ianya menjadi punca antaranya adalah, pembinaan di kawasan luar Putrajaya ini. Dia ada access point. Jadi, saya amat berharap access point ini ditutup, dicari jalan supaya isu ini kita bendung awal.
Kalau dah mula membiak merata-rata, it’s going to be very difficult untuk PPJ melihat pada perkara ini. Jadi, Yang Berhormat Menteri bolehlah bagi peruntukan lebih sikit untuk tujuan tersebut.
Dan akhir sekali berkaitan dengan haiwan liar tadi, ini satu lagi perkara.
Apabila pembangunan cukup pesat di Putrajaya dan kawasan sekeliling, haiwan liar ini tak ada tempat dan kesannya bukan saja pada penduduk, tapi segala perkara- perkara yang dibuat oleh penduduk. Terbaru saya terima ini, kebun komuniti. Kebun komuniti tanam jagung, tanam tembikai dan sebagainya. Jagung tak dan ini, dah nak harvest dah, habis monyet patahkan habis.
Jadi, isunya nampak simple, tetapi memandangkan kawasan Putrajaya ini tak besar dari sudut geografinya, saya rasa pihak Yang Berhormat Menteri boleh duduk betul-betul dengan Putrajaya, selesaikan perkara ini secepat mungkin. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Terima kasih Yang Berhormat. Saya take note semua perkara-perkara Yang Berhormat sebut tadi dan memang kita tengah dalam penambahbaikan daripada servis kita. Cuma, isu persempadanan ini Yang Berhormat, memang kita ada meeting yang berkala dengan semua negeri- negeri dan sempadan-sempadan kawasan itu. Dan insya-Allah, apa perkara yang berkaitan dengan persempadanan ini, kita akan cuba selesaikan dengan secepat mungkin.
Baik Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih untuk menjawab isu- isu yang berkaitan dengan NACSA ya yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. YB Jeli, YB Kuala Krai, YB Ipoh Timur, YB Sri Aman, YB Kapar dan juga YB Bandar Kuching.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Ini penting ya sebab isu-isu ini adalah isu-isu yang terkini. Isu yang dibangkitkan berkisar dengan ancaman jenayah siber, perlindungan data digital, kecerdasan buatan (AI), perkomputeran kuantum, MyDigital ID serta pendidikan keselamatan siber untuk kanak-kanak dan komuniti rentan.
Yang Berhormat Jeli, Kuala Krai dan juga Bandar Kuching menekankan pada isu penipuan dalam talian ataupun scam terhadap warga emas dan pesara sebagai isu keselamatan digital serta sosial.
Untuk makluman Dewan, Rang Undang-undang Jenayah Siber (RUU Jenayah Siber) sedang dimuktamadkan oleh MKN JPM bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 iaitu Akta 563 selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada 10 September 2025 dan RUU ini bertujuan:
(i) memperkukuhkan kerangka undang-undang jenayah siber agar seiring dengan ancaman semasa;
(ii) menangani jenayah berbantu siber atau cyber enable crime dan jenayah bersandarkan siber atau cyber dependent crime;
(iii) memberi kuasa sah kepada agensi penguat kuasa seperti PDRM dan juga NACSA untuk memelihara bukti digital; dan
(iv) melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII) daripada serangan berskala besar.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
RUU ini bersifat neutral technology selaras dengan Konvensyen Budapest dan juga Konvensyen PBB mengenai jenayah siber yang disertai Malaysia pada tahun 2025. Selaras dengan itu, Malaysia Cyber Security. Strategy (MCSS) 2025– 2030 memperkenalkan matlamat strategik 15 iaitu memperkasakan komuniti rentan termasuk warga emas, pesara, OKU, wanita pedalaman dan juga komuniti luar bandar.
Inisiatif utama termasuklah latihan keselamatan digital melalui pusat NADI dan KEMAS.
Kedua, dialog bersama komuniti rentan. Ini bagi membentuk dasar berasaskan pengalaman sebenar.
Ketiga, kit kebersihan siber (cyber hygiene tool kit) serta penambahbaikan Talian National Scam Response Centre (NSRC) 997 dan juga Talian Kasih 15999 dan galakan penyertaan komuniti rentan dalam tenaga kerja siber. Pendekatan ini dilaksanakan secara whole-of-government melibatkan KKDW, MCMC, BNM, NSRC dan juga KPWKM. Kerajaan menyedari setiap kerugian akibat scam bukan sekadar
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
kewangan, tetapi menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap ekosistem digital negara.
Yang Berhormat Ipoh Timor membangkitkan kebimbangan mengenai kekurangan kepakaran dalam bidang pengkomputeran kuantum. Untuk makluman, NACSA telah menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia
(PTPKM) di UPM bagi membangunkan teknologi kriptografi termasuk kriptografi pasca kuantum (post-quantum cryptography).
PTPKM sedang melaksanakan Pelan Migrasi PQC Kebangsaan 2025–2030 dan Program Sandbox Proof of Concept (PoC) melibatkan sektor kerajaan, kewangan, tenaga dan juga kesihatan. Bengkel Pengaturcaraan Kuantum turut dijalankan bagi meningkatkan kepakaran tempatan dalam bidang keselamatan kuantum dan migrasi sistem pasca kuantum.
Berkaitan MyDigital ID, sistem ini dibangunkan sebagai identiti digital tunggal rakyat Malaysia yang menjamin keselamatan dan privasi data. MyDigital ID tidak menyimpan data peribadi secara kekal. Sebaliknya, menggunakan data sementara dengan kebenaran pengguna mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709].
Pendaftaran harian boleh meningkatkan kepada 30,000 hingga 50,000 pengguna sehari berbanding 3,000 hingga 5,000 pada awal pelaksanaannya menunjukkan peningkatan keyakinan rakyat terhadap sistem MyDigital ID. Sistem ini dibangunkan sepenuhnya oleh pakar tempatan dan ia memastikan kedaulatan data kekal di bawah Kerajaan Malaysia di samping menggalakkan pembangunan kepakaran dalam bidang AI dan juga teknologi kuantum.
Kerajaan menyambut baik cadangan penggunaan MyDigital ID daripada YB Bandar Kuching sebagai kaedah pengesahan identiti digital bagi pembukaan akaun media sosial. Infrastruktur MyDigital ID sememangnya berfungsi sebagai platform pengesahan identiti digital rasmi negara dan berpotensi diintegrasikan dengan pelbagai platform termasuklah media sosial.
Namun, pelaksanaannya memerlukan penelitian dasar Yang Berhormat, perundangan dan kawal selia serta perbincangan lanjut bersama SKMM di bawah Kementerian Komunikasi bagi memastikan ia dilaksanakan secara teratur, selamat dan selaras dengan undang-undang sedia ada.
Yang Berhormat Jeli menekankan soal kesiapsiagaan negara terhadap ancaman AI menjelang tahun 2030 khususnya dari segi keselamatan data peribadi dan juga etika penggunaannya. Sebagai maklum balas, kerajaan mengakui bahawa AI telah mengubah landskap keselamatan siber negara. Melalui Rang Undang-
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
undang Jenayah Siber, kerajaan memperkukuh kawalan terhadap penyalahgunaan teknologi berasaskan AI seperti deepfake, penipuan identiti dan juga manipulasi data.
Selaras dengan Akta Keselamatan Siber 2024 [Akta 854], Ketua Eksekutif NACSA mempunyai kuasa mengarahkan langkah perlindungan bagi entiti di bawah infrastruktur maklumat kritikal negara. NACSA sedang memuktamadkan Garis Panduan Keselamatan Siber AI sebagai panduan rasmi kepada agensi dan juga sektor kritikal dan pendekatan utama meliputi:
(i) pelaksanaan kawalan keselamatan sejak peringkat pembangunan sistem yakni Security by Design;
(ii) pemantauan ancaman berasaskan AI seperti adversarial attacks prompt injunction dan juga memory poisoning; serta
(iii) pemantauan berterusan melalui Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara (NC4) untuk mengesan insiden abnormal dan juga kebocoran data termasuk di ruang dark web.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sri Aman dan Yang Berhormat Kapar menekankan pentingnya pendidikan keselamatan siber diperkenalkan di sekolah serta mencadangkan penubuhan pasukan kerja— task force khas untuk melindungi kanak-kanak dalam dunia digital.
Untuk makluman Dewan yang mulia kerajaan melalui Strategi Keselamatan Siber Malaysia (MCSS) 2025–2030 memberi tumpuan di bawah matlamat strategik tujuh iaitu memupuk bakat dan pembangunan tenaga kerja siber dengan mengintegrasikan elemen keselamatan siber ke dalam kurikulum pendidikan kebangsaan di semua peringkat.
Pendekatan ini tidak menambah subjek baharu sebaliknya memastikan nilai keselamatan siber, literasi digital dan juga etika teknologi diterapkan dalam data pelajaran sedia ada seperti sains komputer. Kesesuaian lain-lain mata pelajaran masih dalam penelitian Kementerian Pendidikan. Langkah ini juga memastikan pelajar di luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak menikmati akses pendidikan keselamatan siber yang setara dengan pelajar di bandar.
Di samping kemahiran teknikal, pendidikan ini turut memupuk empati, tanggungjawab dan integriti digital, penting dalam menangani isu seperti buli siber, penyebaran maklumat palsu dan juga gangguan seksual dalam talian. Cadangan penubuhan Pasukan Kerja Perlindungan Kanak-kanak Digital sedang diperhalusi.
Pasukan ini akan menyelaras kerjasama antara KPM, NACSA, MCMC, KPWKM,
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
PDRM dan juga NGO perlindungan kanak-kanak bagi memantau kandungan digital berisiko, menetapkan piawaian keselamatan bagi aplikasi pembelajaran serta menyediakan saluran aduan dan juga pemulihan psikososial kepada mangsa gangguan digital.
Puan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Parit Buntar membangkitkan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam. Saya masuk ke tajuk lain iaitu SSPA. Termasuk isu penetapan semula gred perkhidmatan seperti Gred 19, 22, 26 dan 28 kepada gred 1, 2, 3 dan 4. Cadangan menetapkan syarat lantikan STPM atau setaraf serta perkembangan Kajian Penambahbaikan Sistem Saraan ke-2 oleh JPA.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penetapan gred sesuatu skim perkhidmatan adalah berdasarkan kepada job value sebenar dan kepentingan fungsi agensi dan prinsip kadar upah untuk kerja selaras dengan kelayakan masuk yang ditetapkan di bawah skim berkenaan.
Di bawah pelaksanaan SSPA, penyeragaman gred dilaksanakan di mana Gred 19, 22, 26 dan 28 semasa Sistem Saraan Malaysia (SSM) kini diselaraskan kepada Gred 1, 2, 3 dan 4. Perubahan ini tidak menurunkan taraf gred pegawai sebaliknya bertujuan menyeragamkan struktur skim bagi memudahkan mobiliti dan juga penetapan gaji antara perkhidmatan.
Kelayakan masuk minimum ke perkhidmatan awam kekal pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sejajar dengan Dasar Pendidikan Negara dan akses pendidikan peringkat menengah atas. Pegawai yang memiliki kelayakan lebih tinggi seperti Diploma, STPM atau Ijazah Sarjana Muda boleh memohon skim perkhidmatan bersesuaian melalui pihak berkuasa melantik (PBM) masing-masing. Kajian penambahbaikan SSPA Fasa 2 sedang dilaksanakan oleh JPA bagi memperkukuh struktur ganjaran dan laluan kerjaya penjawat awam dan hasilnya akan dimaklumkan kepada umum selepas dimuktamadkan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya YB Machang...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Minta laluan sikit berkaitan dengan penjawat awam tadi. Adakah pihak JPA telah memaklumkan kepada gabungan kesatuan pekerja tersebut sebab mereka menunggu-nunggu hasil daripada perjumpaan demi perjumpaan, tapi tidak ada maklum balas kepada penjawat-penjawat awam yang sehingga sekarang masih lagi menunggu-nunggu apa jawapan dan apa keputusan?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Saya ambil maklum Yang Berhormat.
Saya akan beri jawapan sebentar lagi.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Seterusnya, YB Machang yang saya perasan sudah juga membangkitkan Dasar Pandang ke Timur berapa kali dalam mesyuarat yang lepas juga. Cuma saya tidak sempat menjawab secara lisan hanya secara bertulis, tapi saya jawab di sini, walaupun Yang Berhormat tidak dalam Dewan, supaya dasar ini Yang Berhormat— mohon ya, supaya dasar ini dikekalkan dan lebih ramai pelajar dihantar ke Jepun khususnya dalam bidang sains asas (fundamental science).
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Untuk makluman, JPA masih sebenarnya meneruskan penajaan pelajar ke Jepun selaras dengan pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur dengan penajaan di peringkat Ijazah Pertama dan Ijazah Lanjutan Ke Luar Negara termasuk Jepun dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial. Bagi membangunkan modal insan yang kompeten dan memenuhi keperluan strategik negara dan kos penajaan adalah kira-kira RM33 juta setahun. Penajaan ini bertujuan melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi, berdisiplin dan juga beretika kerja tinggi.
Ciri-ciri utama yang menjadi asas kejayaan Dasar Pandang Ke Timur sejak mula diperkenalkan dan kerajaan akan terus memastikan program penajaan ke Jepun ini diteruskan bagi memenuhi keperluan strategik negara dan memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun dalam pembangunan modal insan...
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan NADMA.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Kena cepat, saya tinggal dua minit saja.
Dato’ Hajah Mumtaz binti Md Nawi - Tumpat
Okey. NADMA, saya tanya soalan berkenaan NADMA dalam perbahasan, ada tak jawapan?
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
NADMA, saya kira itu di bawah tanggungjawab Timbalan Perdana Menteri ya.
Baik, berkenaan dengan soalan Parit Buntar tadi, kajian belum dapat dimuktamadkan, jadi masih belum boleh dimaklumkan ke mana-mana pihak Yang Berhormat.
Baik, Tuan Yang di-Pertua saya teruskan. Izinkan saya beralih kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh enam Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan peranan dan pelaksanaan dasar di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan ataupun ICU JPM dan isu-isu berkaitan dengan aspek prestasi pembangunan negeri, peruntukan khas, pelaporan projek serta juga kebajikan masyarakat akar umbi yang telah disentuh oleh Yang Berhormat Kudat, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Libaran, Yang
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Padang Serai; Yang Berhormat Arau, dan juga Yang Berhormat Selangau.
Yang Berhormat Kudat dan Yang Berhormat Libaran telah meminta penjelasan mengenai jumlah peruntukan pembangunan yang dibelanjakan di negeri Sabah bagi tahun 2023 dan 2024 dan kadar perbelanjaan sebenar berbanding belanjawan diluluskan serta status tindakan terhadap kontraktor ‘projek sakit.’ Jadi, untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Persekutuan melalui kementerian di Sabah telah membelanjakan RM4.93 bilion iaitu 75.83 peratus pada tahun 2023 dan RM4.54 bilion iaitu 68.11 peratus pada tahun 2024 menjadikan jumlah keseluruhan hampir RM9.5 juta bilion bagi tempoh dua tahun terakhir.
Peruntukan ini meliputi projek infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan dan juga kemudahan luar bandar.
Bagi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12), sebanyak 18 projek berstatus ‘sakit’ dikenal pasti melibatkan 16 kontraktor utama yang telah ditamatkan kontrak. Langkah penstrukturan semula sedang dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan projek. Bagi memperkukuh pemantauan dan penyelarasan pembangunan ICU JPM, melaksanakan pelaporan bersepadu melalui Arahan Nombor 1 Tahun 2023, mekanisme penyelarasan pelaksanaan pembangunan negara. Laporan prestasi projek kini dikeluarkan setiap dua minggu kepada semua kementerian dan juga pejabat pembangunan negeri ataupun PPN.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Gulung ke?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sudah, sila gulung.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Ada sikit lagi Yang di-Pertua, sikit lagi.
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung.
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
Di peringkat negeri, pemantauan dilaksanakan melalui dua platform utama iaitu Majlis Tindakan Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah dan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri yang dipengerusikan pula oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Selain daripada itu, Mesyuarat Khas Pemantauan Sabah dan Sarawak ini dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri diadakan
Datuk Seri Dr. Zaliha binti Mustafa
secara berkala bagi meneliti kemajuan projek pra-pelaksanaan dan projek sakit di bawah tanggungjawab Kementerian Persekutuan.
Sistem MyProject kini menjadi platform tunggal kerajaan bagi pemantauan projek pembangunan secara nyata ataupun real-time dan ia membolehkan pengesanan awal projek bermasalah, keputusan berasaskan data ataupun data driven decision making serta meningkatkan akauntabiliti. Sehubungan dengan itu, cadangan Yang Berhormat Libaran menubuhkan Sabah Delivery Task Force ataupun SDTL dan untuk membangunkan one gateway system bukan keutamaan buat masa ini kerana fungsi tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya melalui MyProject.
Jadi, saya kira yang lain-lain saya jawab secara bertulis dan saya menutup mungkin saya punya penggulungan ini Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, Belanjawan Kerajaan MADANI 2026 memperkukuhkan kedudukan Wilayah Persekutuan sebagai living lab bagi pelaksanaan nilai ekonomi MADANI. Pembangunan ini berasaskan rangka kerja CHASE City yang menjamin keseimbangan antara kemajuan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kelestarian alam di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan.
Terima kasih di atas komitmen fiskal kerajaan terhadap pembangunan Wilayah Persekutuan dengan peruntukan keseluruhannya RM1.3 bilion. Sekalung penghargaan juga saya rakamkan kepada seluruh warga Jabatan Perdana Menteri yang memastikan Belanjawan ini dapat direalisasikan dan memberi manfaat terus kepada rakyat.
Bagi perkara-perkara yang belum sempat saya jawab, sekali lagi dalam sesi ini saya mohon untuk menyediakan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat agar setiap isu yang dibangkitkan diberi perhatian yang sewajarnya.
Di akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menutup kali ini dengan serangkap ‘pantun’.
Rakyat bersatu membina watan, Teguh berpaut dalam pimpinan; Belanjawan MADANI menjadi sandaran, Dokumen tersusun penuh perancangan. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab bagi pihak Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri bagi isu-isu berkaitan MITRA. Masa
15 minit.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI.
Puan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara berkaitan pembangunan masyarakat India di Malaysia atau lebih spesifik kepada isu-isu di bawah tanggungjawab Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) dalam perbahasan Belanjawan 2026 yang melibatkan Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Tapah, Yang Berhormat Sungai Siput.
Puan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menjawab isu berhubung status perbelanjaan MITRA tahun 2025 yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Bagan, Ahli Yang Berhormat Kapar dan Ahli Yang Berhormat Klang.
Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2025, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi kelulusan untuk melaksanakan 34 program di bawah inisiatif Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM100 juta untuk memberikan tumpuan kepada empat bidang utama pembangunan masyarakat iaitu pendidikan dan latihan, keusahawanan dan kerjaya, kerohanian dan kebudayaan dan kesejahteraan sosial.
Antara program-program yang telah diluluskan adalah:
(i) program Dharma MADANI untuk memperkasakan rumah ibadat Hindu sebagai pusat komuniti setempat dengan peruntukan sebanyak RM20 juta;
(ii) projek menambah baik peralatan dan perabot termasuk penyelenggaraan kecil di SJKT di bawah kategori sekolah bantuan kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM12.8 juta;
(iii) melaksanakan bantuan one-off bagi penambahbaikan dan penyelenggaraan kecil rumah kediaman pekerja ladang India B40 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta;
(iv) program bantuan subsidi dialisis berjumlah RM10 juta bagi lebih 1,000 pesakit dialisis;
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
(v) inisiatif tuisyen percuma Kalvi MADANI di bawah program pendidikan sekolah rendah murid-murid kaum India kepada 200 SJKT dengan peruntukan sebanyak RM8 juta;
(vi) program bantuan peranti mahasiswa India kepada 3,000 pelajar institut pengajian tinggi daripada golongan B40 dengan peruntukan sebanyak RM7.955 juta;
(vii) program bantuan subsidi pendidikan awal tadika swasta berjumlah RM7.87 juta yang memberi manfaat kepada 4,084 kanak-kanak India B40;
(viii) menaik taraf sosioekonomi, infrastruktur, kemudahan awam dan keselamatan di perkampungan India dengan peruntukan sebanyak RM5 juta;
(ix) menambah baik peralatan makmal teknologi maklumat dan komunikasi ICT di 387 sekolah jenis kebangsaan Tamil sebanyak RM5 juta;
(x) program pembasmian miskin tegar MITRA kepada 1,064 ketua isi rumah dan ahli isi rumah dengan bantuan dari RM300 sehingga RM1,750 sebulan untuk tempoh 12 bulan dengan peruntukan sebanyak RM3.5 juta;
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
(xi) Program Bantuan Awal Kemasukan IPT 5.0 kepada 1,485 pelajar IPT tahun satu dari keluarga B40 sebanyak RM2,000 seorang dan bantuan kepada pelajar orang kurang upaya
(OKU) sebanyak RM3,000, peruntukkan sebanyak RM3 juta;
(xi) Program Malaysia-China Youth Technical dan Vocational Education dan Trading TVET 2.0 kepada 500 belia dengan peruntukkan sebanyak RM2.9 juta;
(xii) Program Train and Place Semiconductor Process dan Fabrication Technology kepada 70 graduan dengan peruntukan sebanyak RM900,000; dan
(xiii) Projek Bakul Makanan MADANI sempena perayaan Deepavali tahun 2025 kepada hampir 8,000 masyarakat India B40 dengan peruntukkan sebanyak RM804,000. Kesemua program ini berada dalam peringkat penyaluran dana dan dijangka selesai pada bulan November 2025.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, program-program yang telah diluluskan semuanya mengikut garis panduan dan diluluskan oleh Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan setiap perbelanjaan dilaksanakan secara telus dan teratur.
Di samping itu, atas kesemangat, ketelusan dan keterbukaan, saya juga telah mengarahkan MITRA untuk mempamerkan senarai nama penerima ke semua inisiatif ini yang telah saya senaraikan tadi di laman web MITRA.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya untuk menjawab isu berhubung status pelaksanaan program-program MITRA yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Klang.
Pertama adalah mengenai bakul makanan, Program Bakul Makanan MADANI yang dilaksanakan sempena Perayaan Tahun Baru Deepavali.
Peruntukannya sebanyak RM804,000. Program ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama, RM500,000 yang telah disalurkan dan diagihkan kepada 5,100 penerima.
Manakala fasa kedua pula menerima peruntukan tambahan sebanyak RM304,000 yang akan diagihkan sebelum hujung tahun ini.
Bantuan ini diagihkan melalui kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bersama sukarelawan NGO dan pemimpin-pemimpin tempatan kepada masyarakat India daripada golongan B40. Oleh itu, adalah tidak penting sama ada bantuan ini perlu melalui Ahli Parlimen atau tidak, asalkan bantuan ini sampai kepada mereka yang benar-benar daripada golongan miskin B40 India yang memerlukannya.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada AIM di bawah kepimpinan Pengarah Urusan-nya, Dato’ Shamir Abdul Aziz yang telah memberikan sepenuh kerjasama dan sokongan untuk menjayakan program ini. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kita perlu berasa syukur kerana AIM telah memberikan segala kerjasama dan perkhidmatan secara percuma untuk pembungkusan, sewa kilang, pembelian kotak dan juga anggota sukarelawan.
Ini adalah semangat Malaysia MADANI yang menyatupadukan pelbagai lapisan masyarakat dalam negara ini untuk saling membantu satu sama lain.
Pihak AIM juga sedang mengumpul senarai nama penerima dari masa ke semasa dan senarai lengkap juga akan dipaparkan di laman web rasmi MITRA. Kita akan pastikan setiap sen yang dibelanjakan sampai dan memberi manfaat kepada penerima masyarakat India daripada golongan B40. Inisiatif ini merupakan satu langkah intervensi yang pantas Kerajaan MADANI bagi membantu meringankan beban masyarakat India golongan B40 sempena Perayaan Deepavali. Ini juga untuk memastikan tiada keluarga yang terpinggir daripada menerima bantuan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Sungai Buloh tidak mendapat satu bakul makanan pun daripada peruntukan yang disediakan oleh MITRA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya juga ingin mengucapkan terima kasih walaupun berkali-kali kita sudah jawab isu ini, tetapi dibangkitkan semula. Saya jelaskan di sini, kerajaan dulu telah pada tahun 2024 membelanjakan sebanyak RM6 juta untuk bakul makanan. Tahun 2021, RM14 juta untuk bakul makanan. Tahun 2022 sebanyak RM4.6 juta untuk bakul makanan.
Oleh itu, saya hairan apabila Yang Berhormat Tapah memaklumkan bahawa MITRA adalah agensi untuk membangunkan modal insan dan bukan agensi beri bakul makanan, tetapi beliau pada masa itu menjadi Menteri Kabinet yang dalam kerajaan sebelum ini. Peruntukan untuk program-program bakul makanan adalah antara yang tertinggi berbanding dengan tahun ini di mana dana untuk program bakul makanan hanya adalah 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan MITRA, kurang daripada satu peratus.
Seterusnya, Yang Berhormat Klang membangkitkan mengenai program License Aircraft Maintenance Technician (LAMT). Kemahiran teknikal dan kebolehan kepasaran belia India kumpulan B40 bertujuan kita buat program ini untuk meningkatkan kemahiran mereka selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memperkasa tenaga kerja dan kerja kemahiran tinggi.
Program ini dijalankan oleh Weststar. Weststar ini merupakan antara syarikat ketiga terbesar dunia dalam aircraft. Aircraft technician, aircraft management. Ini kita bukan bagi kepada satu syarikat yang biasa. Sehingga Oktober 2025, seramai 75 peserta sedang menjalani latihan selama 22 bulan dan mereka akan menerima lesen CAAM: C-A-A-M, Part 66 serta penempatan pekerjaan yang dijamin selepas tamat latihan mereka, tetapi kita sudah ada seramai lapan orang peserta yang telah mendapat penempatan sebelum mereka mengakhiri latihan mereka sebagai juruteknik pesawat (aircraft technician) dan sedang dibayar gaji.
Pengambilan peserta bagi program ini dilaksanakan secara berfasa. Bagi fasa terakhir, baki dia 25 peserta akan menyertai program ini bulan November 2025.
Bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program ini, MITRA sentiasa membuat pemantauan kemajuan pelaksanaan program secara berterusan serta pemeriksaan fizikal di lapangan bagi memastikan program ini mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan.
Seterusnya, Yang Berhormat Klang juga membangkitkan mengenai isu bantuan peranti komputer riba kepada pelajar India. Ini sudah dijawab berkali-kali bukan saja di Dewan ini malah di luar Dewan ini, tetapi saya akan jawab sekali lagi.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Untuk makluman Yang Berhormat, Program Bantuan Komputer Riba Diperbaharui untuk sekolah jenis Tamil kebangsaan merupakan satu inisiatif MITRA yang telah dilaksanakan sepenuhnya.
Melalui pelaksanaan program ini, sebanyak 6,000 komputer riba diperbaharui telah diagihkan kepada 520 sekolah SJK(T) di seluruh negara dengan peruntukan hanya berjumlah RM2.994 juta. Keputusan untuk menggunakan peranti diperbaharui dibuat berdasarkan peruntukan kewangan yang disediakan. Ini untuk tujuan membolehkan lebih banyak sekolah menerima manfaat tanpa menjejaskan pelaksanaan program lain di bawah MITRA.
Penyediaan komputer riba baharu akan melibatkan kos yang jauh lebih tinggi, tetapi tahun ini kami telah buat program untuk memperbaiki dan menaik taraf makmal ICT di 387 SJK(T). Peruntukan disediakan RM5 juta dan juga semua smartboard yang dibekalkan adalah baru, sebab kita ada dana untuk membantu meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di SJK(T) secara maya.
Bagi tahun 2025, kita juga mempunyai Program Bantuan Peranti Mahasiswa India Malaysia yang mensasarkan 3,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) and daripada golongan B40, keluarga B40, sebanyak RM7.955 juta diperuntukkan. Ini semua komputer, laptop baharu sebab kita ada dana. Bila kita ada dana, kita akan bagi yang baharu. Peranti baharu yang akan dilakukan ini telah ditetapkan berdasarkan keperluan semasa pelajar IPT.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya Ahli Yang Berhormat Kuala Krai telah membangkitkan mengenai masyarakat India di Kelantan. Kerajaan MADANI melalui MITRA akan menumpukan dan sentiasa menumpukan usaha pembangunan sosioekonomi masyarakat India secara menyeluruh seluruh negara secara tuntas dan tidak tertumpu kepada sesuatu kawasan tertentu.
Tumpuan turut diberikan kepada negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan. Tidak siapa yang akan terpinggir dan mereka akan menikmati manfaat program-program pembangunan yang dilaksanakan. Sebanyak tujuh program telah dilaksanakan di Kelantan pada tahun 2023 dan 2024. Program Sinar Cahaya MITRA telah dilaksanakan.
Program-program bantuan bencana telah dilaksanakan. Program subsidi dialisis telah diperuntukkan. Program khusus baik pulih dan penyelenggaraan hawa dingin telah dilaksanakan, 25 orang peserta negeri Kelantan kesemuanya berjaya menamatkan latihan dan menjalankan pekerjaan dalam bidang berkenaan secara self-employment.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Program mesin layan diri, vending machine, program bantuan komputer riba untuk SJK(T) Pasir Gajah di Kuala Krai, menerima 12 unit komputer diperbaharui sebanyak RM5,988. Program Bantuan Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta, Program Bantuan Institut Pengajian Tinggi MITRA, secara one-off, 512 pelajar daripada Kelantan menerima bantuan ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, MITRA sentiasa komited untuk memastikan masyarakat India di seluruh negara termasuk Kelantan menerima manfaat daripada pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan. MITRA akan mengambil langkah proaktif dan memperluas capaian dan meningkatkan penyertaan masyarakat India di negeri Kelantan.
Hebahan maklumat MITRA melalui pelbagai saluran komunikasi rasmi termasuk laman sesawang MITRA, media sosial dan MITRA juga terus memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta pertubuhan bukan kerajaan India di Kelantan bagi memastikan tiada komuniti yang terpinggir daripada menerima manfaat bantuan yang telah disediakan.
Puan Yang di-Pertua, seterusnya izinkan saya untuk menjawab isu pendidikan masyarakat India di kawasan ladang yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Sungai Siput. Untuk makluman, berhubung cadangan kerangka pendidikan khas bagi membantu murid-murid ladang untuk memperoleh pendidikan yang berkualiti, skop tersebut adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan (KPM).
Sistem yang ditetapkan adalah di bawah KPM. Pelbagai kerangka untuk mematuhi standard mutu tinggi disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Ini adalah selaras dengan lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Walau bagaimanapun, MITRA sentiasa memberi perhatian terhadap usaha pembangunan pendidikan dan program-program bersifat intervensi. Antara program yang dilaksanakan oleh MITRA adalah Program Bantuan Subsidi Pendidikan Awal Tadika Swasta bertujuan meningkatkan penyertaan kanak-kanak keluarga B40 dan memberikan mereka akses pendidikan awal dan seterusnya mengurangkan beban kewangan ibu bapa.
Selain itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut meluluskan dua inisiatif dan insentif bagi pendidikan untuk menaik taraf mutu pendidikan di SJK(T).
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Satunya adalah untuk memberi makmal teknologi maklumat dan komunikasi, ICT di 387 buah SJK(T). Kedua adalah inisiatif tambah baik peralatan dan perabot penyelenggaraan kecil di 166 SJK(T) juga inisiatif-inisiatif turut merangkumi SJK(T) di kawasan Ladang...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Temerloh. Temerloh ‘nak tanya sikit.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Sekejap, saya dah ‘nak habis ‘dah.
Masa ‘dah habis ‘dah.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Saya ‘nak tanya tentang sekolah juga.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Bagi saya habis, saya bagi.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Thank you. Jadi, selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan persekitaran pembelajaran adalah kondusif dan inklusif. Berhubung dengan pembangunan sosioekonomi, MITRA telah melaksanakan 34 program dalam bidang pendidikan, keusahawanan dan kerjaya serta sosial dan kerohanian.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan masyarakat India bersifat menyeluruh dan tidak tertumpu kepada MITRA. Pelbagai peruntukan tambahan disalurkan melalui agensi-agensi dan juga kementerian yang lain, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga terlibat di dalam program-program ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Dah ‘nak habis ‘dah Puan Speaker.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Boleh minta sedikit?
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Cadangan penubuhan Jawatankuasa Pemantau Parlimen dan penyediaan laporan prestasi suku tahun, kami menerima baik dan kami akan buat, tetapi kesemua mesyuarat yang kami hadir dan kita laksanakan, pegawai daripada SPRM dan Unit Integriti JPM juga hadir dan juga dipantau oleh Jawatankuasa Pemandu MITRA di bawah JPM, di pengerusi oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM.
Cadangan Yang Berhormat untuk memperkasakan sebuah agensi pembangunan strategik dan tidak terhad bagi penyediaan geran, memang itu adalah satu sebab bukan pemberian untuk NGO semata-matanya disediakan, tetapi kita
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
melaksanakan menggunakan agensi-agensi kerajaan dan di bawah kementerian yang lain. Kerajaan MADANI sentiasa komited untuk memperkukuh fungsi MITRA secara lebih berfokus dan selaras dengan aspirasi MADANI dan bagi terus komuniti India menerima manfaat pembangunan yang adil, saksama dan mampan.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Timbalan, boleh minta sedikit ‘tak? Tanya, sebab Temerloh ada bangkit isu.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Saya ‘dah habis. Sekejap.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Boleh sekejap ‘je. Saya bangkitkan isu tentang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, tiga buah sekolah. Saya lihat sampai hari ini, jalan masuk ke sekolah itu tidak berturap. Kesian mereka, iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Anderson, Lanchang, Sekolah Seri Semantan, Sekolah Jenis Kebangsaan Semantan, Tamil ya, kemudian satu lagi Ladang Mentakab. Itu saja. Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Okey. Yang Berhormat daripada Temerloh ‘tak terlibat dalam perbahasan, tapi saya akan...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Eh ada, ada— tak dimasukkan. Ada.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Okey, tak apa. Saya akan bagi jawapan secara bertulis sebab masa ‘dah habis.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, okey.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Nanti Puan Speaker akan minta saya ringkaskan jawapan. Saya tak nak dengar yang itu.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Tapi saya ‘nak jawapanlah.
Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan
Okey. Puan Yang di-Pertua, setakat ini saja penjelasan yang saya dapat berikan. Sebagai penutup, saya ingin tegaskan di sini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cukup komited untuk memastikan nasib dan kebajikan masyarakat India di negara ini dibela.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memberikan jaminan yang akan terus memastikan nasib dan masa depan masyarakat India sentiasa diberi perhatian, agar masyarakat India juga akan mendapat dan menikmati pembangunan daripada negara dan setaraf sosioekonomi masyarakat India juga akan terus ditingkatkan selaras dengan visi Malaysia MADANI. Dengan izin.
[Berucap dalam bahasa Tamil] Sekian, terima kasih. Nandri vanakam.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekarang saya menjemput Yang Amat Berhormat Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah untuk menjawab. Masa 45 minit.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI.
Yang di-Pertua, terlebih dahulu, Dewan Yang Mulia ini ingin mengalu-alukan seramai 227 orang pelajar-pelajar dan pegawai-pegawai dari institusi-institusi TVET di seluruh negara yang menyaksikan penggulungan.
[Tepuk] Yang di-Pertua, seramai 47 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas, mengajukan pelbagai pertanyaan, cadangan dan pandangan. Saya mohon izin untuk menyebut satu persatu Ahli-ahli Berhormat, Yang Berhormat berkenaan.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kudat, Kota Marudu, Paya Besar, Tumpat, Ulu Selangor, Larut, Sibu, Tuaran, Sri Aman, Segamat, Merbok, Pasir Putih, Sik, Kalabakan, Parit, Machang, Puncak Borneo, Tenggara, Besut, Jeli, Bayan Baru, Libaran, Baram, Sungai Besar, Putatan, Tangga Batu, Tawau, Ipoh Timur, Padang Rengas, Wangsa Maju, Lawas, Julau, Lubok Antu, Padang Terap, Pengkalan Chepa, Putrajaya, Maran, Setiu, Kuala Pilah, Kuala Krau, Kangar, Mersing, Jempol, Tampin, Selangau, Port Dickson dan Sipitang.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana terdapat lebih daripada 60 isu yang telah dibangkitkan oleh mereka. Tanpa saya mahu memberikan jawapan secara perincian, saya akan bekalkan pada mereka ini jawapan-jawapan yang lengkap berdasarkan pada isu-isu yang dibawa.
Isu pertama ialah tentang infrastruktur luar bandar dan Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan antaranya telah membangkitkan isu kelewatan pra- pelaksanaan. Dan untuk maklumat, kelewatan pra-pelaksanaan ini walaupun projek- projek itu telah diluluskan, tetapi kita tahu bahawa agensi pelaksananya kerap kali adalah Jabatan Kerja Raya dan kami mengadakan kolaborasi yang cukup baik.
Lazimnya di peringkat pra-pelaksanaan, terutamanya projek berbentuk jajaran seperti jalan, jambatan, bekalan air dan elektrik diperincikan dan kelewatannya disebabkan oleh berbagai faktor termasuklah pelbagai proses harus diselesaikan termasuklah penyediaan reka bentuk konsep, kajian fizikal, kelulusan pertapakan dan kebenaran merancang serta mengambil alih tanah, pelantikan perunding, reka bentuk yang dibuat secara terperinci, kajian impak alam sekitar atau EIA serta proses perolehan tender.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Manakala isu mengenai projek dalam pembinaan yang lewat dan sakit, untuk maklumat Dewan yang mulia ini dan kepada Ahli Yang Berhormat yang berkenaan bahawa projek-projek ini telah bermula di tapak. Antara cabaran utama yang dihadapi ialah isu pengambilan tanah yang belum selesai, jajaran melalui hutan simpan dan rizab orang asli serta pengambilalihan utiliti.
Selain daripada itu, kelewatan kelulusan EIA, prestasi kontraktor dan perunding yang kurang memuaskan, kekangan peruntukan semasa, bantahan penduduk serta faktor cuaca, banjir dan pandemik COVID-19 satu ketika dahulu turut menyumbang kepada kelewatan pelaksanaan.
Untuk itu kami juga mengetahui bahawa beberapa tindakan harus kita lakukan dan langkah-langkah telah diambil. Pertamanya, kita mengadakan sesi libat urus bersama dengan pihak berkepentingan dan pemegang taruh. Keduanya, ketersediaan tapak bagi pelaksanaan projek ini kita selesaikan. Ketiga, penyediaan brief projek yang lengkap melalui perancangan menyeluruh.
Keempat, kita mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang daripada pihak kerajaan tempatan. Kelima, proses pengambilan tanah. Kami mengadakan kerjasama dengan Pejabat Tanah dan Daerah. Keenam, kami melakukan penyelarasan permohonan projek pembangunan infrastruktur di luar bandar dan akhirnya pengurusan projek rendah karbon dan pertumbuhan hijau.
Untuk itu, dalam infrastruktur luar bandar ini, juga kami mengambil kira terhadap Program Perumahan Rakyat Sejahtera di mana untuk maklumat Yang Berhormat, KKDW sentiasa memberikan perhatian kepada isu perumahan rakyat di kawasan luar bandar termasuk di kawasan-kawasan yang dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat. Namun, jika ada di kalangan Ahli Yang Berhormat yang mahu untuk mempercepatkan atau memohon permohonan baharu, boleh bertemu dengan saya dan insya-Allah saya akan berikan layanan sepatutnya.
Isu yang kedua adalah isu mengenai pekebun kecil ini terkait banyak dengan RISDA di mana banyak permohonan untuk kajian serta mitigasi bagi membantu pekebun-pekebun kecil dan memulihkan kembali ladang-ladang yang terjejas akibat penyakit luruhan daun dan juga Oidium heveae. Untuk itu, pihak RISDA telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membantu pekebun kecil yang terjejas akibat penyakit luruhan daun Pestalotiopsis dan juga Oidium heveae. Dan sejumlah RM68.8 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program rawatan penyakit luruhan berkenaan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menteri, minta sikit.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dan...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh Tangga Batu mencelah sikit?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dan – saya habiskan ayat dulu ya.
Dan dari tempoh 2021 hingga tahun ini, ia nya telah melibatkan rawatan seluas 96,375 hektar dan memberi manfaat kepada lebih kurang 54,900 pekebun-pekebun kecil. Silakan.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Baik, saya sebenarnya dah melihat kesan penyakit Pestalotiopsis ini di Kedah, di Pahang. Saya lihat bahawa penyakit ini tidak dapat dikawal menyebabkan production getah kita saya rasa turun sebanyak 50 peratus.
Dalam ucapan saya tadi dalam perbahasan saya, saya minta supaya agensi-agensi terlibat FELCRA, FELDA dan juga RISDA bagaimana mereka dapat bekerja secara bersepadu sebab kalau RISDA buat treatment, FELCRA tak buat, FELDA tak buat nanti dia punya disease tu masih boleh menyebar. Dan kesan ini sebenarnya saya dapat lihat di Felda Teloi Timur dan juga sebahagian besar di kawasan Kuala Lipis dan juga Kelantanlah. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tuan Yang di-Pertua, memang kita telah sedia melakukan penyelarasan dengan RISDA, dengan FELDA, dengan FELCRA sendiri dan apa yang kita lakukan hingga kini peruntukan itu dipegang oleh RISDA dan kita salurkan kepada agensi-agensi berkenaan. Maknanya kita tidak bekerja secara silo-lah dalam perkara yang berkenaan.
Saya juga ingin membangkitkan tentang soal semakan semula harga lantai getah dan status berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh. Dan saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa KKDW sedang dalam proses untuk mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk menjadikan RISDA sebagai pembeli utama ataupun anchor buyer. Dan getah-getah ini pastinya dibeli daripada sektor pekebun kecil getah. Dan peranan sebagai pembeli getah utama membolehkan RISDA menyusun semula rantaian dan nilai getah tempatan dengan lebih teratur dan berkesan.
Manakala persoalan mengenai polisi yang bersifat quick win seperti two-tier incentive dan penggunaan teknologi seperti penggunaan gas stimulant ethynyl yang mampu melipatgandakan hasil getah, saya ingin memaklumkan bahawa RISDA telah menyediakan beberapa bentuk insentif yang sedia ada seperti Insentif Pengeluaran Getah pekebun kecil bagi skrap dan juga IDGPKL.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menteri, dia bukan ethynyl tapi dia sebutan itu salah itu. Dia bukan ethynyl, cuba check.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya ikut sebutan untuk dalam research. Dan cadangan menambahbaikan kadar insentif pelaksanaan mekanisme dua peringkat atau two-tier incentive serta perluasan penggunaan teknologi baru seperti gas stimulant ethynyl akan diteliti bersama agensi berkaitan bagi menilai keberkesanan serta implikasi pelaksanaannya.
Manakala, dalam soal jumlah peruntukan bagi penyelidikan dan pembangunan atau R&D untuk RISDA, RISDA bertanggungjawab terhadap pembangunan sektor pekebun kecil getah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.
Saya ingin berpindah kepada sektor TVET.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik boleh sikit, Menteri. Yang Berhormat Menteri, depan. Depan, Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Depan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Depan sikit.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Oh, okey, okey. Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Juga tadi saya nak bangkitkan soal projek pemulihan RISDA untuk penyakit daun luruh ini, Pestalotiopsis ini memang nampak sangat seriuslah termasuk disebut tadi ini di kawasan saya di Sik dan sebagainya. Jadi, salah satu mungkin yang perlu dilihat dari segi klon pokok getah itu ketika dalam projek tanam semula getah yang juga sebagai projek besar RISDA.
Dilihat klon yang ada sekarang ini nampak tidak ada daya tahan penyakit yang menyebabkan penyakit ini sudah lima tahun berlarutan yang disebut orang kampungnya COVID pokok getah. Jadi, ini tak boleh selesai.
Juga masalah dia sudah merentas sempadan negara termasuklah ladang- ladang di Thailand dan sebagainya. Jadi, adakah juga pihak RISDA sendiri ada satu team untuk kajian termasuk di serantau ini, termasuk katanya di Indonesia juga berlaku? Jadi sudah penting, maknanya dilihat kerjasama di beberapa negara ini untuk pastikan yang disebut COVID getah ini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini. Terima kasih.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menteri, Tangga Batu tambah sikit. Tentang Pestalotiopsis ini memang saya berdua ini dah tengok memang seriuslah. Jadi pertanyaan saya, apakah allocation yang diberikan untuk merawat penyakit ini cukup atau tidak. Kerana daripada perbualan saya dengan
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
pengurus FELDA, dia kata dia dah buat empat round, dia kata mencukupi.
Sebenarnya kalau empat round mencukupi itu, tak mungkin kita panggil bila kita masuk kawasan itu kita dapat lihat bahawa 50 peratus pada daun dia tak ada kat pokok. Dan getah ini dia punya production dia bergantung pada daun. Kalau daun dia tak ada production dia akan jatuhlah.
Sebab itu saya kata, tadi Menteri dah jawab dah ada kerjasama antara agensi-agensi terlibat tapi pertanyaan Tangga Batu, cukup tidak allocation biaya untuk menangani masalah yang saya rasa serius di kalangan kebun-kebun getah.
Terima kasih.
Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap
Padang Terap sikit, Yang Berhormat. Sikit? Terima kasih Yang di-Pertua. Saya nak ingin sentuh nak bangkitkan apa yang saya telah sebut iaitu tentang yang pertama, agensi di bawah KKDW ini ialah KEDA di Kedah. Jadi, KEDA ini minta penjelasan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri tentang tanah-tanah yang terbiar di wilayah FELDA. Apakah perancangan di pihak kementerian? Dan juga isu pelantikan penasihat-penasihat program KEDA di seluruh bahagian di Kedah yang dilantik daripada Ketua-ketua Bahagian UMNO? Minta sedikit penjelasan daripada Menteri.
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terima kasih, tiga Ahli Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Untuk Sik, saya ingin menyatakan memang kita mendapat laporan itu benar walaupun Sik berbeda warna tapi laporan itu benar. Dan kita sedang menguruskan dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) kerana soal benih itu kerana klonnya agak berbeda dan inilah yang kita terima.
Dan Tangga Batu tanya berapa peruntukannya, saya ingin memaklumkan bahawa pada tahun hadapan yang diperuntukkan adalah sebanyak RM3.99 juta untuk program rawatan penyakit getah dan kita telah kenal pasti seramai 3,700 pekebun kecil getah terlibat dan jika jumlahnya bertambah, kita akan gunakan peruntukan tambahan untuk membantu mereka.
Manakala, soal KEDA ini tidak kena-mengena setakat ini dengan tajuk saya sekarang dan saya akan sentuh bila tiba masa.
Saya ingin kembali kepada soal TVET di mana untuk belanjaan bagi TVET ia nya meliputi 12 kementerian dan apabila Majlis TVET ini telah diberikan pertanggungjawabannya kepada saya untuk saya melakukan penyelarasan, ketika itu sebanyak RM6.8 bilion telah diperuntukkan kemudiannya dipertingkatkan pada
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
RM7.5 bilion tapi untuk tahun hadapan dipertingkatkan pada RM7.9 bilion. Ertinya kerajaan memang amat perhatian terhadap institusi TVET ini.
Dan sebagaimana yang saya maklumkan di Dewan Yang Mulia ini, terdapat 1,398 institusi TVET seluruh negara. Di sana itu, juga pelajar-pelajar TVET untuk batch yang selanjutnya baru datang kita ucapkan terima kasih atas keberadaan mereka. Dan saya ingin memaklumkan bahawa penyertaan pelajar-pelajar lepasan SPM atau lepasan Tingkatan 5 yang sekarang berada dalam institusi TVET ini telah meningkat kepada 190,000 pada tahun 2022 kepada 439,000. Ini adalah satu peningkatan yang cukup baik.
Manakala, lepasan daripada SPM yang mengambil jurusan TVET sebanyak 53.9 peratus. Ertinya lebih banyak masuk ke TVET daripada ekosistem pendidikan yang konvensional. Maka tentunya soal memberikan penekanan terhadap TVET ini menjadi keutamaan kerana kita juga sebagaimana saya pernah sebutkan di Dewan Yang Mulia ini bahawa mereka diberikan gaji premium walaupun SKM atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 itu sama dengan SPM tetapi mereka memperoleh gaji premium melebihi gaji minimum. Begitu juga kalau SKM 4, ya ia nya berada di tahap lebih daripada RM3,500. Sila Yang Berhormat.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Terima kasih Yang Berhormat.
Peruntukan RM7.9 bilion tadi, tahniahlah atas keprihatinan, cuma saya nak menyentuh sikit sebab sebahagian besar kursus-kursus di institusi-institusi TVET ini masih lagi berorientasikan tradisional, automotif, jahitan, kimpalan. Jadi, pada 1,200 lebih, sejauh manakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan kursus-kursus baru yang berasaskan automasi, digitalisasi dan ekonomi hijau? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat Kuala Krau, inilah yang telah dilakukan oleh kita. Bukan saja Majlis TVET tetapi kita lakukan dengan izin, engagement dengan pihak-pihak swasta terutamanya syarikat-syarikat yang berdaftar dengan FMM dan juga syarikat yang sedang beroperasi di Kulim Hi-Tech di Lembah Silikon dan juga syarikat-syarikat yang beroperasi di zon ekonomi istimewa di Johor.
Memang kami telah tukarkan kepada kursus-kursus non-traditional dan kursus-kursus baharu ini termasuk EV dan juga IoT serta AI dan kursus-kursus yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Dan inilah yang kita sedang melakukan dan saya sebut bahawa employability ataupun kebolehpasaran mereka di tahap nasional ialah sebanyak 95.1 peratus dan untuk TVET di bawah MARA saja, pencapaian mereka ialah 98.7 peratus.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya kerana TVET di bawah CIDB di bawah institusi IBM, employability mereka adalah 100 peratus dan ini satu hakikat bahawa kursus-kursus tradisional itulah kita tukarkan pada kursus- kursus baharu yang mempunyai kebolehpasaran yang baik dan Yang Berhormat jangan risau dari segi itu, insya-Allah saya tahulah apa yang saya nak buat.
Begitu juga rangkaian Universiti Teknikal Malaysia atau MTUN (Malaysian Technical University Network) dengan izin, semua universiti-universiti ini kita memberikan peluang ya, mana-mana lulusan TVET yang tidak berhajat untuk masuk ke pasaran tetapi berhajat untuk melanjutkan pendidikan ke lebih tinggi lagi, melalui enam MTUN ini kami telah memperolehi pengiktirafan dengan Jabatan Tenaga Kerja di bawah KESUMA dan juga pengiktirafan daripada Majlis Kelayakan Negara untuk merge ataupun untuk mencantumkan pengiktirafan itu di mana SKM 4 sama dengan taraf diploma, SKM 5 sama taraf dengan advanced diploma, SKM 6 sama dengan taraf ijazah. Begitu juga 7 dan selanjutnya dan ini sedang diuruskan.
Ertinya, TVET ini tidak hanya terhad kepada menyediakan tenaga berketerampilan atau tenaga berkemahiran tetapi juga kita menyediakan peluang melalui ekosistem baharu. Ini telah mengubah minda dan persepsi, terutamanya ibu bapa yang memandang bahawa TVET ini adalah pilihan yang kedua dan mereka yang bekerja melalui kelulusan TVET dianggap sebagai blue-collar job. Sebenarnya blue-collar job inilah sekarang ini yang sedang menguasai pasaran. Itu sebabnya anak-anak kita yang ada di sini lebih yakin kepada TVET daripada sistem konvensional atau tradisional yang ada.
Begitu juga tentang beberapa kerjasama yang kita lakukan dengan kolej pertanian umpamanya kerana kita menumpukan juga kepada institut latihan pertanian, kita juga bekerjasama dengan institut latihan perindustrian di mana institusi-institusi ini menyediakan kursus-kursus baharu yang sesuai dengan kehendak pasaran. Contohnya apabila bidang pertanian tidak lagi menggunakan sistem konvensional tetapi menggunakan drone dan sebagainya. Kursus-kursus ini disediakan untuk mereka.
Saya ambil contoh umpamanya Sintech iaitu dulunya di bawah KBS iaitu IKBN di Sarawak, enam buah pusat teknikal dan vokasional ini telah ditukar dan dilaksanakan oleh kerajaan negeri sendiri untuk menyediakan kursus-kursus yang sangat-sangat advanced termasuklah hidrogen, EV, IoT, robotik dan sebagainya.
Dan kita lihat Sarawak adalah satu-satunya negeri bukan kerana sahabat saya ini daripada Sarawak tetapi saya menyatakan hakikat di Dewan Yang Mulia ini bahawa kejayaan mereka ini melebihi daripada lain-lain negeri dan saya ucapkan
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
tahniah kepada Sarawak dan kita harus mencontohi mereka. Malah kita lihat bahawa apa yang kita tekankan bahawa 70 peratus daripada kursus itu dibuat di tempat kerja ataupun teaching factory, manakala hanya 30 peratus saja yang mengikuti kursus di— kursus-kursus itu dijalankan di bilik kelas atau bilik kuliah.
Saya ada banyak lagi jawapan mengenai TVET ini dan saya akan minta pegawai-pegawai saya untuk menghantarkan jawapan secara individu kepada Tangga Batu yang juga berminat dalam bidang TVET ini.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya ingin beralih kepada perkara lain iaitu mengenai pendidikan di bawah KKDW, khususnya di bawah MARA dan juga KEMAS serta Lembaga Kemajuan Wilayah.
Untuk KEMAS umpamanya ya, terdapat Ahli Yang Berhormat memohon peruntukan bagi pengukuran Tanah Adat Bumiputera (NCR) untuk menyelesaikan isu pemilikan tanah bagi memudahkan pembinaan tabika KEMAS. Ya, ini khususnya daripada Sarawak lah. Dan peruntukan ini kita juga gunakan untuk membuat pengukuran kerana KEMAS telah dan sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri, jabatan tanah dan agensi berkaitan untuk mengenal pasti lokasi-lokasi strategik serta memudah, memudah cara proses pemberimilikan atau pewartaan tanah bagi kegunaan tabika KEMAS sebagai prasyarat pembinaan premis.
Saya ingin menyatakan bahawa dalam mesyuarat saya dalam MEXCLUB ataupun mesyuarat bersama-sama dengan exco-exco luar bandar atau pedesaannya. Pada tahun hadapan, kita telah melakukan satu game changer. Selain pada memperluaskan tabika KEMAS pra-tahfiz, kami juga turut menyantuni masalah autisme. Di mana tahun hadapan, setiap negeri kita akan membina tabika KEMAS autisme.
Dan insya-Allah kalau dapat peruntukan yang secukupnya pada 2027, setiap satu daerah kita akan ada sebuah tabika yang terkhusus kepada autisme ini. Kerana kalau anak-anak autisme dihantar belajar di tadika di luar daripada KEMAS, bayarannya terlalu mahal dan mungkin akan menimbulkan bebanan kewangan kepada ibu bapa. Oleh sebab itu, kita lakukan perkara itu.
Terkait dengan pendidikan, saya ingin menyebutkan bahawa ada Yang Berhormat memohon agar program TVET di pusat GIATMARA di Sarawak, khususnya di Kota Marudu ditambah baik. Saya ingin nyatakan bahawa GIATMARA Malaysia sentiasa komited dalam memperkasakan pelaksanaan TVET di seluruh negara, termasuk di pusat-pusat GIATMARA dan juga IKM serta lain-lain institusi di
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
bawah KKDW, di samping saya turut menyelaraskan dengan lain-lain kementerian dan juga kerajaan negeri.
Dan dalam keadaan yang begitu, saya amat yakin bahawa apa yang kita lakukan adalah semata-mata kerana keyakinan para ibu bapa terhadap ekosistem yang telah kita perkenalkan dan insya-Allah kita akan tambah peruntukan dan fasiliti untuk bajet tahun-tahun seterusnya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
YB Timbalan Menteri, boleh Speaker? Saya tertarik dengan apa yang dikatakan KEMAS autisme tadi. Satu usaha yang saya rasa cukup bagus untuk dikembangkan. Cuma persoalan saya, apakah persiapan untuk merealisasikan perkara tersebut dan apakah ada kajian untuk nak bersamakan antara KEMAS autisme dengan PDK yang ada di banyak daerah, ataupun di banyak tempat sekarang? Itu pandangan apa, Timbalan Menteri, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terima kasih Hulu Terengganu.
Memang kita telah lakukan penyelarasan dengan PDK di bawah Kementerian Wanita dan kita telah lakukan supaya tidak timbul pertindihan dan kurikulum juga kami telah mengadakan penyelarasan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ya agar kurikulumnya dapat diselaraskan seluruhnya. Dan jangan risau, insya-Allah kita tidak silo lagi di dalam pelaksanaannya.
Berhubung dengan pembinaan MRSM ya. Ini khusus kepada Sik ini ya.
MRSM Sik, kos pembinaan asal berdasarkan kepada makmal perusahaan nilai yang dilaksanakan ketika itu berharga RM99.47 juta ketika itu ya. Namun, terdapat peningkatan kos pembinaan yang ketara berjumlah RM21.56 juta tambahan ya. Jadi, berdasarkan pada Preliminary Detail Abstract (PDA), kos keseluruhan pembinaannya menjadi RM121.04 juta. Oleh kerana itu, cadangan pembinaan MRSM Sik ini kita lewatkan, sehingga kita memperolehi peruntukan, berdasarkan pada nilai kos pembinaan yang baru. Insya-Allah kalau kita berunding di kantin nanti, kita boleh bincang detail ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Begitu juga di Lawas umpamanya ya, insya-Allah kita akan laksanakan. Beritahu sahabat kita, insya-Allah Lawas itu kerana kosnya tidak meningkat dan kita akan jalankan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, RP1 ya.
Untuk Tangga Batu. Tangga Batu banyak betul tanya ini ya. Memohon kursus yang ditawarkan di GIATMARA, Tangga Batu dan Melaka disesuaikan dengan
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
keperluan industri setempat iaitu industri petroleum, elektronik, perabot, logistik dan industri. Saya telah jawab tadi ya dan ini telah dipersesuaikan.
Saya ingin berpindah kepada soal kesenjangan luar bandar. Di mana permohonan untuk pembangunan luar bandar berasaskan komuniti dan berpaksikan kepada sumber tempatan seperti pelancongan desa, industri halal serta tenaga boleh baharu. Saya ingin memaklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa melalui program PROSPEK kita melalui Desa Lestari dan Desa Kirana. Sempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, INFRA di bawah KKDW bersama-sama dengan MOTAC telah menjalankan kursus-kursus untuk inapan desa ataupun Desa Lestari dan Desa Kirana.
Dan kita mengambil kira industri-industri yang terkait seperti industri halal. Di mana dengan kerjasama pihak industri PMKS, kita bekerjasama dengan MARA untuk membina satu skim Gate to Global, iaitu memasarkan produk-produk kita daripada luar bandar ke luar negara, termasuklah apabila mereka mengadakan dan turut serta dalam pameran MIHAS yang akan diadakan di antara 3 hingga 7 November nanti. Dan kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sana nak ikut boleh, tapi 4 hari bulan itu kita ada pengundian. Elok tidak ikut.
Begitu juga tentang rural transformation center telah dibangkitkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat, di mana kita ingin menyatakan bahawa mini rural transformation center telah dijenamakan semula oleh KKDW menjadi pusat komuniti desa pada tahun 2018. Sehingga kini, terdapat 191 PKD di seluruh negara. Dan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas yang sedang berjalan sekarang ini, terdapat 27,839 program yang telah dilaksanakan dan telah memberikan manfaat kepada lebih 727,000 penduduk luar bandar, melalui pelbagai inisiatif peningkatan kemahiran, pemerkasaan wanita dan sebagainya.
Selanjutnya, saya ingin menyentuh mengenai ekonomi desa dan pembangunan usahawan, di mana terdapat permohonan untuk ekonomi digital di luar bandar diperluaskan kerana usahawan mikro, kecil dan sederhana di banyak kawasan mempunyai produk makanan dan kraf tangan yang berpotensi, namun kekurangan akses kepada modal dan pemasaran digital.
Saya ingin sebutkan bahawa melalui Program Pendigitalan Usahawan Desa yang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh KKDW di bawah Program Desa Mall bermula daripada tahun 2022 sehingga kini, kita telah melahirkan seramai 4,450 usahawan luar bandar yang telah menerima manfaat dari program berkenaan. Dan insya-Allah kita akan perluaskannya.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Manakala mengenai cadangan untuk menubuhkan pusat inkubator usahawan desa bagi melatih rakyat tempatan, ini telah kita lakukan. Di mana pihak MARA telah mengadakan Program Latihan Keusahawanan, Program Persijilan Keusahawanan MARA dan juga Program Pendigitalan Perniagaan. Dan kami juga memberikan hemat penyeliaan ya dan juga pembiayaan, terutama dalam Skim Pembiayaan Belia atau dikenali sebagai PUTRA, Skim Pembiayaan Mudah Jaya
(SPiM), Skim Pembiayaan Khas Wanita (DanaNITA), dan juga Skim Pembiayaan Usahawan Profesional atau profesional dan juga beberapa yang lain termasuk PUTEK dan juga SPiKE.
Begitu juga KEDA, yang saya ingin sebutkan bahawa tiba masanya untuk KEDA ya.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
KEDA dicadangkan untuk meletakkan sasaran spesifik bagi program pemulihan dan pembangunan tanah terbiar wilayah KEDA di mana seluas 2,000 hektar telah dikenal pasti untuk dibangunkan melalui Pelan Pemajuan Tanah Terbiar dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan termasuk pihak swasta.
Saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa tanah-tanah terbiar di bawah kawasan di bawah KEDA khususnya merupakan tanah hak milik individu. Dan, organisasi ini tidak dapat memajukan setakat ini kecuali bahawa tanah- tanah itu dipersetujui untuk dibangunkan secara bersama dengan KEDA kerana kedudukan tanah-tanah itu juga berserakan dan sistem pengairan serta infrastruktur yang kurang lengkap.
Namun, melalui inisiatif KEDA, sebanyak 1,161.5 hektar tanah terbiar telah dipulihkan oleh pihak KEDA bermula daripada 2009 hingga 2024 di bawah projek pembangunan sawah di kawasan wilayah KEDA. Jawapan selanjutnya saya akan serahkan kepada YB lah untuk membuat penelitian.
Begitu juga tentang Projek Agrotourism KEDA di kawasan Sik. Saya ingin memaklumkan bahawa Projek Agrotourism KEDA di Pantai Molek, daerah Sik sedang dalam peringkat pelaksanaan dan projek pembangunan bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat agro dan ekopelancongan dengan menyediakan kemudahan seperti chalet, dewan, surau, wakaf dan sebagainya.
Begitu juga tentang apa yang diminta yang ditanyakan tadi mengenai pelantikan penasihat program di kalangan para aktivis politik. Saya ingin menyatakan
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
bahawa mereka tidak mendapat sebarang elaun. Tetapi mereka saya telah minta untuk membantu KEDA supaya engagement dapat dilakukan dengan para peserta dan juga orang ramai dalam perkara ini.
Selanjutnya mengenai memperkukuhkan tatakelola yang baik di bawah KKDW terutamanya MARA. Saya ingin menyebutkan bahawa kami telah meneliti laporan-laporan daripada Ketua Audit dan kami telah memberikan penjelasan bukan sahaja kepada Jabatan Ketua Audit Negara tetapi kepada PAC dan juga kepada Kementerian Kewangan mengenai perkara itu dan didapati bahawa tidak ada penyelewengan yang dilakukan. Cuma, dari segi teknikal itu yang telah kami ambil tindakan untuk memperbetulkan.
Begitu juga tentang beberapa pemantauan terhadap KETENGAH dan FELCRA. Perkara ini juga telah kami santuni dengan sebaik-baiknya. Kami ingin mengesahkan tidak ada penyelewengan yang ketara, melainkan melalui tatacara dan itu pun telah kita perbaiki.
Saya ingin, seterusnya beralih kepada pengurusan bencana. Sebagai Pengerusi...
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Timbalan Perdana Menteri,
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Timbalan, Bagan Datuk.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya bagi dahulu kepada putrajaya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Sebelum bergerak kepada topik lain, memandangkan Yang Amat Berhormat sudah sentuh FELCRA dan sebagainya. Ada satu soalan saya berkaitan dengan FELDA. Kalau boleh jawab berkaitan dengan transaksi Eagle High? Status terkini? Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dan juga GSA.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Tan Sri, tentang FELCRA, tentang ternakan ayam daging, macam mana pencapaian terakhir 1.5?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya jawab Eagle High dulu, ya.
Perkara ini sedang ditangani oleh Bahagian FELDA di Jabatan Perdana Menteri. Dan saya fikir perincian terhadap isu itu, saya pun dengar perkara yang sama. insya-Allah akan disampaikan kepada Yang Berhormat.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, kalau boleh saya nak minta sedikit untuk FELDA ini, kerana transaksi ini berlaku 2016, dah sembilan tahun, FELDA tak dapat 10 sen pun. Apa yang berlaku? FELDA dah kena bayar
Datuk Dr. Radzi bin Jidin - Putrajaya
kepada GovCo, anak syarikat Kementerian Kewangan, RM170 juta. Baki hutang FELDA daripada tak dapat apa ini, baki hutang lagi adalah RM2.77 bilion.
Dan nilai pelaburan itu dah tinggal 19 peratus. Kalau boleh saya cadangkan, memandangkan sewaktu itu bila transaksi itu berlaku, FELDA tak ada duit, Kementerian Kewangan yang bagi pinjam nak suruh FELDA beli juga. Kalau boleh kerajaan ambil balik baki hutang ini RM2.77 bilion kerana ianya satu beban yang cukup besar pada FELDA mengambil kira kedudukan kewangan FELDA ketika ini.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya akan bawa cadangan Yang Berhormat ke JPM. Tadi, soalan mengenai? Sila.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Saya ingin mendapat penjelasan tentang pencapaian projek ayam daging yang di Rompin itu yang menyasarkan 1.5 juta ekor setahun, yang bermula dirasmikan pada Februari yang lalu. Jadi, sejauh mana kejayaan projek ini? Terima kasih, Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Yang Berhormat, Kuala Krau.
Walaupun Rompin agak jauh daripada Kuala Kerau tapi keprihatinan itu amat dihargai. Saya sendiri yang merasmikannya. Ya, di bawah. Saya sendiri yang melihat perkara itu. Dalam satu musim ia boleh mengeluarkan 100 ribu ekor, ya, dalam satu musim. Dalam satu reban, ya.
Oleh kerana ada tiga reban yang telah dibina, maknanya satu musim, fun cycle, kira-kira 20 ke 25 hari, akan ada 300 ribu, kali dengan 12. Ertinya, setelah ada waktu senggang itu, ertinya, kita ambil maksimum 10 cycle. Ertinya, matlamat itu insya-Allah akan dapat dicapai.
Alhamdulillah penyakit pun tidak banyak sebab sistem perebanan dilakukan itu sangat-sangat baik. Pekerja yang digunakan untuk satu reban itu cuma maksimum tiga orang sahaja dan sistem baharu ini telah memberikan keberhasilan kepada peserta-peserta yang dijadikan sebagai pekerja di situ dan insya-Allah perkara ini akan kita teruskan sesuai dengan dasar kerajaan untuk menentukan keterjaminan makanan ini dapat diteruskan.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Sekali lagi, Yang Berhormat.
Terima kasih, Tuan Speaker. Ini berkaitan dengan tatakelola mengenai yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.
Saya nak tanya kedudukan dan keadaan yang berlaku kepada empat orang Ahli Lembaga Ketengah Holding yang digantung tugas. Adakah kerana betul ke tidak cerita yang dikatakan bahawa kerana pembelian tanah di Kajang daripada RM12 juta
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
telah di markup menjadi RM35 juta? Sebab itu pun berkaitan, itu pun mohon penjelasan. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Saya ingin menyatakan bahawa itu merupakan satu pertuduhan. Namun, saya tidak melampiaskan perkara itu begitu sahaja, di mana tindakan yang kita lakukan bagi siasatan ini adalah dengan menggantung tugas dahulu. Jadi, ini cara yang terbaik yang kita lakukan. Insya-Allah perkara itu akan kita selesaikan. Jika ia benar maka pihak yang berkenaan harus bertanggungjawab. Tetapi jika tidak benar nama mereka harus dibersihkan lah, ya.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
YB Menteri, satu je.
Ada tak pencerahan berkaitan dengan FELDA, GSA dan juga Rumah Generasi Kedua FELDA? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Untuk GSA, kami telah memulakan penubuhan Jawatankuasa Teknikal mengenai JSA itu tetapi pada dasarnya negeri Johor dan negeri Pahang telah mula melaksanakannya. Dan insya-Allah, negeri- negeri lain kerana soal tanah ialah soal pihak berkuasa negeri. Maka, kita akan lanjutkan lagi dan kita akan meneruskan sesi libat urus pada negeri-negeri yang belum melakukannya.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Maknanya, ada negeri yang dah selesai lah?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dua negeri.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Di mana, Menteri?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Johor dan Pahang.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Okey, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Okey. Selain daripada itu mengenai bencana negara saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini saya sangat-sangat berterima kasih kepada pengurusan dan juga pegawai-pegawai yang terlibat dengan NADMA ini.
Kita ingin memaklumkan bahawa, kini telah tiba musim Monsun Timur Laut dan kita harapkan bahawa kesiapsiagaan dengan menggunakan early warning system yang ada sekarang ini agar kawasan-kawasan titik-titik merah yang dijangkakan akan berlaku banjir ini, Tan Sri Yang di-Pertua, kita berikan amaran awal untuk mereka berpindah. Awal dua ke tiga hari selepas amaran itu diperolehi. Kita tidak mahu berpindah ketika mereka tidak boleh lagi berpindah.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dan kami sedang mencari jalan agar termasuklah di Sabah baru-baru ini apabila berlaku runtuhan cerun-cerun, ya. Perundingan telah dilakukan untuk
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
kawasan-kawasan cerun itu ditanam device agar jika ada seberang gegaran atau runtuh yang akan berlaku, maka kawasan di persekitarannya akan dipindahkan.
Saya tidak mahu sudah terhantuk baru tengadah dan perkara ini kita lakukan dengan cara yang sangat proaktif, ya. Dan banyak lagi hal-hal yang berkaitan dengan bencana negara, termasuklah kita telah membina dan akan terus membina pusat pemindahan kekal di kawasan-kawasan tinggi, terutamanya di kawasan-kawasan sekolah yang berkedudukan tinggi agar kelas-kelas tidak lagi digunakan.
Tetapi dewan-dewan ini akan dicukupkan dengan dapur, bilik air, tempat masak dan sebagainya. Dan ketika di luar musim banjir, dewan-dewan ini dapat digunakan oleh sekolah itu sendiri dan oleh pihak komuniti. Dan dengan cara yang berkenaan, kita akan dapat menyelesaikan beberapa masalah yang selama ini kita tanggung, ya.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Menteri.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Dan untuk akhirnya, ya.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Menteri, boleh tak saya mencelah?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Untuk FELDA dalam 35 tempoh saat dari sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Julau ada.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
FELDA — saya ingin sebutkan Sik ya. FELDA tidak diletakkan di bawah KKDW. FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Bahagian Pengurusan FELDA. Tetapi saya telah diarahkan untuk menyelaraskan FELDA kerana TPM yang bertanggungjawab mengenai NADMA, yang juga tidak di bawah KKW, (APM) Angkatan Pertahanan Awam tidak letak KKDW dan FELDA.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Tapi saya mengambil tanggungjawab sebagai tugas tambahan, tanpa elaun tambahan untuk saya melakukan kerja-kerja ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Kalau— kalau begitu, di manakah saluran yang patut kalau berkaitan dengan FELDA yang kita kena baginya? Saluran sepatutnya, ke manakah sebenarnya?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Boleh disalurkan kepada pengurusan FELDA sendiri atau ke urus setia FELDA di Jabatan Perdana Menteri dan kepada saya pun boleh, dan saya akan salurkan sendiri.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Baik, baik. Terima kasih.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Menteri, Menteri.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Kalau boleh, saya nak minta penjelasan sikit Yang Amat Berhormat. Jadi, soalan FELDA ini dijawab oleh Yang Amat Berhormat ataupun oleh JPM itu, Yang Berhormat? Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua
Julau, Yang Berhormat.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Menteri.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik ada sikit lagi, Yang Berhormat.
Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Maaf, ini ada sedikit luar topik ya. Saya nak tanya untuk solar lampu untuk tahun depan. Permohonan saya, bolehkah kita dapat untuk kawasan Julau? Ini ada satu permohonan. Saya sudah dibangkit dua tahun lepas dan saya difahamkan dulu, Menteri dah setuju tapi dah lulus, tapi belum ada projek rasmi. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terima kasih Julau. Memang dah lulus tapi wang belum disalurkan. Bila kami dapat wang, kami akan buat, ya.
[Ketawa]
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sila, sila.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Menteri, ya. Sikit— tadi apa yang disebut berkaitan pengurusan bencana.
Persoalan saya dari segi bantuan projek pasca bencana, khususnya banjirlah, ya.
Saya tak tahu nak salur ke mana. Ketika kami di Kedah, di Sik ini mengalami bencana banjir yang besar pada akhir tahun lepas, tiga jambatan ataupun titi gantung rosak terus, yang diguna oleh penduduk.
Saya telah menghantar surat kepada Yang Amat Berhormat Menteri sendiri.
Di sana mohon sangat KKDW mengambil perhatian, tiga jambatan ini diperlukan ribuan penduduk untuk berulang-alik setiap hari menoreh getah dan sebagainya dan sudah pastilah itu juga tanggungjawab yang dapat dilihat untuk membantu bersama.
Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Terima kasih Sik.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Bangun]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Sekali lagi walaupun warna kita berbeda tetapi demi untuk mangsa banjir, demi rakyat, kita buta warna dan insya- Allah, kita akan bawa Bailey bridge itu untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
syarat, dah dapat, jangan kutuk kitalah. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih YB.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sikit saja. Boleh? Sikit-sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas keprihatinan semua Ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan isu-isu di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sepanjang tempoh perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 peringkat dasar dalam sesi sidang Parlimen Dewan Rakyat pada kali ini.
Tan Sri Yang di-Pertua, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
(PETRA) menyambut baik Belanjawan 2026 yang menekankan keseimbangan antara kemajuan ekonomi dan kemampanan sumber tenaga serta air demi kesejahteraan rakyat. Fokus ini sejajar dengan misi PETRA untuk memastikan akses tenaga dan air yang bersih, selamat serta mampu milik bagi semua rakyat Malaysia, di samping memelihara sumber semula jadi dan alam sekitar.
Belanjawan 2026 memperuntukkan RM5.1 bilion bagi sektor tenaga dan air.
Merangkumi RM392.74 juta untuk perbelanjaan mengurus dan RM4.8 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Bagi perbelanjaan pembangunan yang merangkumi 544 projek iaitu sebanyak 417 projek sambungan dan 127 merupakan projek baharu.
Justeru itu, ini menggambarkan komitmen berterusan kerajaan dalam membina daya tahan ekonomi serta kesejahteraan rakyat jangka panjang.
PETRA turut memberi tumpuan pada pelaksanaan projek secara menyeluruh, merangkumi aspek pengurusan sumber air, pengurusan sungai, pantai dan mitigasi banjir melalui 95 projek baharu bernilai RM5.37 bilion serta 240 projek sambungan dengan kos keseluruhan RM30.37 bilion bagi meningkatkan kecekapan sistem sumber air dan ketahanan infrastruktur negara. Dalam usaha mencapai sasaran pelepasan karbon sifar ataupun net zero carbon, dengan izin, menjelang
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
2050, kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi-agensi berkaitan akan melaksanakan pelbagai program strategik termasuk:
Pertamanya, Program Bijak Tenaga MADANI (NEEAP 2.0). Pelaksanaan menyeluruh kecekapan tenaga di sektor domestik, industri dan komersial, selaras dengan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 berjumlah RM20 juta.
Yang kedua, Program Pembangunan Tenaga Nuklear di bawah MyPower, kesiapsiagaan infrastruktur dan tadbir urus tenaga nuklear mengikut piawaian International Atomic Energy Agency (IAEA), dengan izin, berjumlah RM181 juta sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Yang ketiga, Projek Pengukuhan Bekalan Elektrik Sabah dan Labuan, termasuk subsidi tarif, subsidi bahan api, subsidi solar, projek-projek sambungan dan projek-projek baharu secara pinjaman yang merangkumi Projek Southern Link dan lain-lain berjumlah RM1.9 bilion bagi memperkukuhkan pembekalan elektrik di negeri Sabah.
Yang keempat, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara menetapkan sasaran 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada sumber tenaga boleh baharu menjelang 2050. NETR ini terus dipacu pemain industri dengan sokongan dana peralihan tenaga negara sebanyak RM150 juta.
Dan yang kelima, Projek Penjanaan Solar Berskala Besar dilaksanakan dengan kapasiti hampir dua gigawatt di bawah Program LSS6 melibatkan anggaran pelaburan swasta sebanyak RM6 bilion.
Kerajaan MADANI memberi penekanan besar terhadap pembangunan Sabah dan Sarawak melalui pelaburan strategik dalam tenaga, air, jalan raya dan digitalisasi, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Sabah menerima RM6.9 bilion, manakala Sarawak menerima RM6 bilion. Kedua-dua peruntukan adalah yang tertinggi dalam sejarah. Pemberian khas bagi Sabah dan Sarawak yang telah ditingkatkan melalui peruntukan kali ini dengan jumlah RM600 juta.
Tan Sri Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 38 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan lebih kurang 43 isu berkaitan dengan PETRA dan Jabatan Perdana Menteri di bawah portfolio saya selaku
Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
(i) banjir dan saliran,
(ii) bekalan air dan pembetungan,
(iii) bekalan elektrik,
(iv) tenaga lestari; dan
Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
(v) melibatkan hal ehwal Sabah dan Sarawak.
Tan Sri Yang di-Pertua, saya akan menjawab secara dasar. Sebab banyak perkara-perkara khusus ataupun yang melibatkan isu-isu khusus, kawasan dan sebagainya. Saya dah sediakan jawapan. Saya akan agihkan kepada setiap Ahli Parlimen yang membangkitkan isu-isu khusus. Jadi, saya menjawab secara umum isu-isu yang menyentuh perkara-perkara tersebut. Jadi, mengambil kira - ini disebabkan satu, masa lah. Saya diberi masa 45 minit. Kalau nak jawab setiap satu, saya tak akan dapat menghuraikan keseluruhan isu yang dibangkitkan.
Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
Jadi untuk itu, Tan Sri Yang di-Pertua, seramai 24 orang Ahli Yang Berhormat telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh isu berkaitan banjir, sistem saliran, pengurusan sungai dan pengawalan hakisan pantai di bawah tanggungjawab Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air iaitu PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Kementerian amat menghargai pandangan serta cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam usaha memperkukuh daya tahan negara terhadap risiko dan impak bencana iklim secara menyeluruh.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai strategi utama bagi meningkatkan keberkesanan sistem saliran dan infrastruktur pengairan, PETRA melalui JPS melaksanakan pendekatan struktur dan bukan struktur di seluruh negara. Pendekatan ini menumpukan kepada pembinaan fizikal, memperkukuh aspek tadbir urus, perancangan guna tanah dan pemerkasaan komuniti setempat.
Sebagai penyelesaian jangka panjang, kementerian melaksanakan projek yang meliputi rancangan tebatan banjir ataupun RTB, pengurusan sungai dan saliran mesra alam, pengawalan hakisan pantai serta pemuliharaan muara sungai. Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan infrastruktur tebatan banjir dibangunkan secara lestari dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim.
Kementerian mengambil perhatian terhadap isu status pelaksanaan projek RTB dan saliran bandar yang dibangkitkan oleh 19 Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pasir Puteh, Yang Berhormat Kuala Terengganu, Yang Berhormat Hulu Terengganu, Yang Berhormat Rantau Panjang, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kuala Kangsar, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Tanjung Piai, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Bukit Gantang dan juga Yang Berhormat Jasin.
Timbalan Perdana Menteri melibatkan isu utama seperti berikut
Untuk maklumat Dewan yang mulia ini, di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Rolling Plan Pertama ataupun RP1 tahun 2026, sejumlah 141 projek telah diluluskan untuk pelaksanaan di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 20 projek merupakan projek baharu manakala 120 projek adalah sambungan dengan anggaran kos keseluruhan RM24.7 bilion. Kesemua projek ini dirancang dengan mengambil kira keutamaan kawasan berisiko tinggi, impak sosioekonomi serta kesinambungan program RTB di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
[Bangun]
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Berkaitan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, Yang Berhormat Sungai Besar dan Yang Berhormat Batu Pahat, sebanyak 57 projek pengawalan hakisan pantai dan muara sungai telah diluluskan. Daripada jumlah ini, 11 projek baharu dan 46 projek sambungan dengan kos keseluruhan sebanyak RM3.61 bilion. Skop pelaksanaan meliputi pembinaan pemecah ombak, ban pantai, pengerukan muara sungai dan penyuburan pasir pantai ataupun dengan izin, beach nourishment...
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Tanjong Piai bangun.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
...bagi melindungi kawasan pesisir daripada hakisan serta menjamin keselamatan komuniti nelayan dan kawasan perumahan. Silakan, Tanjong Piai.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng - Tanjong Piai
Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, Parlimen Tanjong Piai sebelum ini biasa berlaku banjir di kampung-kampung, cuma mungkin setahun sekali, itu dah menyusahkan penduduk kampung. Tapi tahun ini dah tiga kali, tiga kali. Banyak cadangan daripada JPS –– tapi nampaknya biasa dikatakan tak ada bajet.
Jadi, kampung-kampung ini dah banjir tiga kali, belum lagi musim tengkujuh.
Jadi, saya berharap Menteri dapat menyalurkan satu peruntukan khas supaya dapat atasi isu ini. agak susahkan penduduk di kawasan terutama kampung-kampung.
Terima kasih.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Piai. Yang Berhormat juga telah membangkitkan waktu perbahasan, saya dah sediakan jawapan dari segi peruntukan yang telah disalurkan termasuk daripada 2022 sehingga 2024, RM1,774,428.9 telah disalurkan untuk ini. 18 sebut harga untuk kerja-kerja pengaluran sungai, menstabilkan tepi sungai dan juga menaik taraf saluran struktur berkaitan dan tahun 2025, RM312,000 telah diperuntukkan. Di
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas juga akan ada peruntukan untuk pemulihan Sungai Benut, daerah Pontian. Yang detail nanti saya akan serahkan pada Yang Berhormat Tanjong Piai.
Untuk bagi menangani permasalahan segera sistem saliran dan struktur sungai yang tidak berfungsi dengan baik seperti dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Tenom. Kementerian melalui JPS sedang melaksanakan projek pemulihan sungai bagi mengurangkan risiko banjir di seluruh negara.
Bagi tujuan ini, sebanyak RM602 juta diperuntukkan bagi tempoh 2026 hingga 2030 melibatkan skop kerja seperti pengaluran sungai, penstabilan tebing, pembaikan saluran perparitan utama serta menaik taraf struktur kawalan banjir.
Pendekatan ini bersifat cekap kos ataupun cost efficient dan memberi impak segera kepada kawasan-kawasan yang kerap mengalami banjir kilat.
Sebagai makluman semua Ahli Yang Berhormat, tindakan yang diambil oleh JPS bagi mengurangkan risiko banjir sebagai persediaan banjir Monsun Timur Laut tahun ini, peruntukan RM124.9 juta telah disalurkan ke seluruh negeri supaya kerja- kerja awalan dapat dilakukan untuk membersihkan perparitan, sungai-sungai, alur sungai dan sebagainya supaya menghasilkan aliran air yang lancar.
Melalui pendekatan bukan struktur, antara inisiatif utama ialah pembangunan Pelan Induk Tebatan Banjir ataupun singkatannya PITB bagi membantu merangka strategi pelaksanaan pembangunan secara holistik dan berasaskan risiko. Sehingga 2025, sebanyak 56 pelan induk telah disiapkan dan tiga lagi dalam pelaksanaan.
Bagi Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ketiga Belas, tiga pelan baharu telah diluluskan pelaksanaannya. PITB ini akan terus dikemas kini selaras dengan perubahan guna tanah, trend hujan ekstrem dan impak perubahan iklim. Di samping itu, kementerian melalui JPS turut membangunkan Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam ataupun singkatannya PISMA yang berperanan sebagai dokumen rujukan utama dalam rancangan pembangunan lestari. PISMA menilai isu sistem saliran sedia ada termasuk kualiti air, kapasiti saliran dan integrasi dengan sistem bandar.
Sehingga 2025, 35 kajian PISMA telah disiapkan di seluruh negara, 10 sedang dilaksanakan dan lima di peringkat perancangan. Bagi Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ketiga Belas, sebanyak enam kajian baharu PISMA telah diluluskan. Pelaksanaan PISMA membantu memastikan pembangunan baharu tidak meningkatkan risiko banjir di kawasan berimpak tinggi.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sebagai langkah untuk memastikan kelestarian sungai sebagai sumber air, kementerian turut melaksanakan 61 kajian Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu ataupun dengan izin, Integrated River Basin Management singkatannya IRBM. IRBM merupakan pendekatan bersepadu, rentas sektor dan berpaksikan tadbir urus air yang mampan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Sehingga kini, 41 kajian telah disiapkan dan baki akan diselesaikan menjelang tahun 2030.
Berhubung kait dengan tanggungjawab penyelenggaraan sistem saliran.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, tanggungjawab penyelenggaraan sistem saliran dikongsi antara beberapa agensi utama iaitu Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga Pejabat Tanah dan Daerah.
Berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 19 Jun 1996, JPS diberi tanggungjawab sepenuhnya mengurus dan menyenggara semua sungai termasuk sungai di kawasan PBT. Manakala PBT diberi tanggungjawab untuk mengurus dan menyenggara sistem perparitan di kawasan masing-masing. Seksyen 50 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 ataupun Akta 133 juga menyatakan PBT hendaklah membina dan menyenggara parit dan alur air.
Walau bagaimanapun, dalam menghadapi Monsun Timur Laut, JPS telah mengambil tindakan menyelenggara, mendalamkan dan membersihkan saliran, sungai serta kolam takungan banjir. JPS bertanggungjawab memastikan semua infrastruktur berkaitan termasuk aset sokongan dapat berfungsi secara optimum dalam mengurangkan risiko dan impak banjir serta menyokong keselamatan komuniti setempat.
Jadi Tan Sri, isu yang kedua, bekalan air dan pembetungan. 10 orang Ahli Yang Berhormat termasuk Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Padang Besar, Yang Berhormat Beluran, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Gombak dan Yang Berhormat Gopeng telah mengutarakan isu berkaitan bekalan air, projek loji rawatan air, kehilangan air tidak terhasil ataupun NRW, penggantian paip dan projek pembetungan di kawasan parlimen masing-masing.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Untuk makluman Yang Berhormat, tanggungjawab untuk mengurangkan kadar NRW adalah di bawah operator air di negeri masing-masing, sama ada melalui peruntukan CapEx ataupun OpEx operator air, ataupun melalui pembiayaan daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAP).
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kerajaan Persekutuan melalui PETRA telah melaksanakan Program Pengurangan NRW Nasional bermula tahun 2018 dan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas dan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas, PETRA akan melaksanakan penambahbaikan Program NRW Kebangsaan seperti berikut; Pendekatan Pertama Fasa Dua, dengan kos sebanyak RM2.52 bilion meliputi program penggantian paip kritikal di seluruh negara dan penyelesaian NRW holistik di negeri-negeri di bawah pendekatan satu sedia ada kecuali negeri Kedah yang berada di bawah pendekatan dua. Penyelesaian NRW secara holistik merangkumi antara lainnya pembentukan District Metering Zone (DMZ) dan Pressure Management Area (PMA) serta pelaksanaan Active Leakage Control (ALC) melibatkan negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dan yang kedua, di bawah Program NRW Kebangsaan Pendekatan Dua, operator air di negeri-negeri dengan NRW kurang daripada 40 peratus boleh menuntut imbuhan balik sebanyak 50 peratus daripada kos bagi kerja-kerja NRW yang dilaksanakan. Sekiranya sasaran yang ditetapkan dicapai dan 75 peratus sekiranya berjaya menggandakan pencapaian. Selain itu, pembayaran imbuhan balik secara kadar pro-rata telah diperkenalkan untuk mengatasi risiko kepada operator air yang tidak dapat membuat tuntutan jika sasaran ditetapkan tidak dicapai.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu ketiga bekalan elektrik. Komitmen negara di bawah NETR, NETR, iaitu Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara ataupun National Energy Transition Roadmap dengan izin NETR, menunjukkan komitmen negara untuk mencapai sasaran 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada tenaga boleh baharu menjelang tahun 2050. Dipacu pemain industri dengan dana peralihan tenaga berjumlah RM150 juta.
Kepengerusian Malaysia di AMEM ataupun ASEAN Ministers of Energy Meeting yang ke-43 membuat kerjasama tenaga ASEAN ke tahap lebih tinggi. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, sebelum diadakan ASEAN Summit yang ke- 47 yang berakhir semalam, Malaysia terlebih dahulu mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 pada 16 hingga 17 Oktober 2025. Antara pencapaian utama di bawah Kepengerusian Malaysia bagi AMEM yang ke-43 ini adalah seperti berikut:
(i) perakuan ke atas pelan tindakan bagi kerjasama tenaga ASEAN ataupun dengan izin, ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation 2026 hingga 2030;
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
(ii) persetujuan ke atas Memorandum Persefahaman dipertingkat bagi Grid Kuasa ASEAN ataupun ASEAN Power Grid (APG);
(iii) perakuan ke atas perjanjian rangka kerja keselamatan Petroleum Asia, ASEAN Framework Agreement on Petroleum Security (APSA);
(iv) peluncuran Inisiatif Pembiayaan Grid Kuasa ASEAN ataupun ASEAN Power Grid Financing Initiative yang diterajui oleh Bank Pembangunan Asia ataupun Asia Development Bank dan juga Bank Dunia;
(v) perakuan ke atas pelan hala tuju jangka panjang tenaga boleh baharu ASEAN;
(vi) pembangunan rangka kerja Sijil Tenaga Boleh Baharu ataupun REC bagi ASEAN;
(vii) pembangunan rangka kerja pembangunan loji kuasa nuklear untuk ASEAN;
(viii) memuktamadkan terma rujukan bagi kabel elektrik dasar laut;
(ix) peluncuran pangkalan data kecekapan tenaga ASEAN dan platform pelaburan; dan
(x) penubuhan ASEAN School of Regulation yang akan diterajui oleh Malaysia.
Untuk makluman Yang Berhormat, pelaksanaan APG adalah merupakan satu inisiatif yang amat penting bagi rantau ASEAN. Melalui inisiatif ini, keselamatan bekalan Malaysia dan negara serantau dapat dipertingkatkan. Sebagai contoh, kalau kita perasan pada waktu mesyuarat tersebut berlangsung terdapat gangguan bekalan elektrik berlaku pada 15 Oktober yang melibatkan Selatan Semenanjung.
Dan atas semangat kerjasama ASEAN lah Singapura membantu sebenarnya Malaysia dengan mengeksport bekalan elektrik sebanyak 500 megawatt ke Malaysia dan Thailand sebanyak 300 megawatt. Inilah sebenarnya dapat menyokong menyelesaikan masalah bila berlaku masalah di Malaysia. Begitu juga kalau masalah itu berlaku di Thailand dan juga di Singapore kita akan membantu antara satu sama lain.
Jadi, selaras dengan Kepengerusian ASEAN yang bertemakan, ‘Powering ASEAN: Bridging Boundaries and Building Prosperity’, Malaysia telah mengetengahkan perancangan projek-projek di bawah APG seperti Projek Vietnam-
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Malaysia-Singapore yang akan menyalurkan tenaga boleh baharu dari selatan Vietnam ke Malaysia dan Singapura dengan kerjasama TNB dan PETRONAS.
Untuk memperkukuhkan bekalan elektrik Sabah dan Labuan, sebenarnya tujuh Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu berkaitan bekalan elektrik Sabah iaitu Yang Berhormat Sandakan, Kudat, Beluran, Kalabakan, Kota Belud, Beaufort dan juga Tawau.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, susulan penyerahan kuasa kawal selia pembekalan elektrik pada Kerajaan Negeri Sabah berkuat kuasa pada 3 Januari 2024.
Segala perancangan untuk pelan pembangunan penjanaan elektrik, perolehan, pemantauan dan penilaian projek serta penyelesaian isu-isu dan masalah berkaitan pembekalan elektrik di Sabah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sepenuhnya. Kerajaan Negeri Sabah juga telah menubuhkan Majlis Tenaga Sabah yang berperanan untuk merancang dan membangunkan projek-projek infrastruktur bekalan elektrik Sabah yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah ataupun singkatannya ECoS.
Walau bagaimanapun, melalui pakej penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Persekutuan komited untuk terus menyalurkan subsidi bekalan elektrik kepada Kerajaan Negeri Sabah sehingga tahun 2030. Jumlah siling indikatif subsidi daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah Electricity Sdn. Bhd bagi tahun 2024 hingga 2030 yang merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif dan subsidi tenaga boleh baharu ataupun FiT adalah sebanyak RM3.54 bilion.
Jumlah ini adalah berdasarkan analisis yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) sekiranya Kerajaan Negeri Sabah melaksanakan pelarasan tarif elektrik dalam tempoh tersebut. Subsidi ini perlu dipohon oleh Sabah Electricity melalui Kerajaan Negeri Sabah dan tertakluk kepada rundingan, pertimbangan dan kelulusan Kementerian Kewangan.
Kerajaan Persekutuan bersedia untuk mengkaji dan mempertimbang cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk mendapatkan permohonan peruntukan pembangunan infrastruktur elektrik Sabah berdasarkan keperluan dan kemampuan kewangan semasa kerajaan.
Sebagai contoh, untuk kelangsungan bekalan elektrik jangka panjang, Kerajaan Persekutuan melalui kementerian ini telah menyediakan pembiayaan sebanyak RM765 juta bagi projek talian penghantaran Southern Link dan projek- projek lain bagi meningkatkan kestabilan elektrik terutamanya di Pantai Timur Sabah
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
yang telah diluluskan oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan secara pinjaman mudah.
Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di negeri Sabah agar rakyat dapat manfaatnya serta sistem bekalan elektrik menjadi lebih stabil dan terjamin.
Tan Sri Yang di-Pertua dalam...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Sik di depan. Boleh saya patah balik sikit Tan Sri Yang di-Pertua? Berkaitan dengan pengurusan air yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Menteri khusus bekalan air di Kedah.
Dalam pembentangan belanjawan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri disebut ada peruntukan RM400 juta untuk Projek Empangan Air Bawah Tanah di Padang Matsirat, Langkawi termasuklah projek struktur takungan dan telaga tiub. Jadi dalam semakan saya dalam buku Anggaran Persekutuan tidak ada butiran yang disebut dalam bajet ini. Jadi saya ingin bertanya, adakah projek ini melibatkan perbelanjaan Persekutuan sendiri ataupun ada projek pelaburan swasta kerana jumlahnya yang agak besar?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dan yang keduanya, berkaitan dengan projek ini juga. Dari segi efficiency dan juga kelestarian projek empangan ini, adakah sudah dikaji dengan sepenuhnya oleh agensi NAHRIM, khususnya? Ketika mana ada projek-projek yang melibatkan beberapa negara termasuk di Jepun, di Okinawa sebagainya, ada kesan dari segi sumber air itu dari segi kesihatan air ataupun kelestarian air itu yang ada pencemaran yang tidak pun sesuai untuk domestik dan hanya sesuai untuk pertanian. Jadi, adakah juga kementerian melihat projek ini dengan lebih teliti supaya dapat dilaksanakan dengan sebaiknya? Terima kasih Menteri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Terima kasih. Tan Sri Yang di- Pertua, nampaknya Sik— jauh saya pergi ke bahagian tenaga dah sekarang ini.
Cuma nak respons, untuk walaupun perkara ini tidak dibangkitkan dalam mana-mana perbahasan, merupakan perkara baru, tapi untuk Langkawi, memang projek yang sedia ada untuk Langkawi adalah untuk me-repair paiplah, sambungan daripada mainland kepada Langkawi. Dan pada masa yang sama, kita memang ‘nak membuat kajian sama ada kita ada sumber air ke tidak di Langkawi.
Ada pelbagai cara yang kita sedang laksanakan. Satu tadi yang dikatakan mungkin di bawah air, sumber air bawah tanah. Dan juga kita nak melihat kaedah- kaedah teknologi baru yang mana kita sudah pun explore, dengan izin, dengan
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
teknologi yang berada di China. Yang menggunakan, memang desalination adalah satu kaedah, tapi mungkin kosnya agak tinggi dalam pemprosesan dan akhirnya untuk membekalkan air kepada rakyat, mungkin tarifnya agak tinggi. Jadi kita ‘nak mencari kaedah yang lain, tapi saya akan memberi jawapan terperinci daripada specific question itu tadi kepada Yang Berhormat.
Saya nak beralih dalam memastikan keterjaminan bekalan tenaga untuk jangka panjang khususnya untuk Semenanjung. Kerajaan secara dasar telah bersetuju agar tenaga nuklear menjadi sebagai salah satu sumber penjanaan tenaga elektrik negara. Dengan loji jana kuasa arang batu yang terakhir dijangka tamat beroperasi pada tahun 2044, sumber tenaga asas ataupun base load di Semenanjung akan banyak bergantung pada bahan api, gas asli dan juga hidro.
Namun, kedua-dua sumber ini mempunyai kekangan tersendiri. Rizab gas asli semakin berkurangan dan harga pasaran global sukar dijangka. Manakala potensi tenaga hidro pula terhad dari segi geografi dan turut terkesan oleh fenomena perubahan iklim. Ini bermakna dalam tempoh dua dekad akan datang, Malaysia perlu mencari sumber bahan api asas baharu yang stabil, mampan dan berdaya saing bagi memastikan sistem tenaga lebih kukuh dan terjamin.
Dari segi perspektif ekonomi, walaupun penggunaan loji jana kuasa nuklear memerlukan kos permulaan atau modal yang tinggi, namun kos penjanaan elektrik jangka panjang atau Levelized Cost of Electricity (LCOE) adalah didapati kompetitif dengan jangka hayat operasi yang panjang, menjangkau tempoh 40 hingga 60 tahun.
Kos bahan api nuklear juga lebih stabil dan rendah dalam tempoh jangka panjang serta membolehkan pulangan yang konsisten dan mampan pada sistem bekalan tenaga negara.
Dalam konteks peralihan tenaga, teknologi nuklear juga menawarkan kos operasi yang boleh diramal, pelepasan karbon yang rendah serta menyokong kestabilan grid nasional.
Sebarang keputusan kerajaan berhubung pembinaan loji jana kuasa nuklear ini hanya akan dibuat setelah semua prasyarat keselamatan, regulatory, technical, dasar, ekonomi dan sosial dipenuhi sepenuhnya bagi menjamin kepentingan dan keselamatan negara.
Isu keempat, tenaga lestari. Tan Sri Yang di-Pertua, kerajaan komited dengan sasaran 70 peratus kapasiti penjanaan elektrik daripada tenaga boleh baharu ataupun TBB menjelang tahun 2050. Pelbagai bentuk insentif dan inisiatif telah dilaksanakan dan sedang dirancang oleh kerajaan bagi membolehkan industri TBB menjadi lebih menarik kepada pengguna.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sebagai contoh, kerajaan akan melancarkan program solar berskala besar
(LSS6) pada tahun 2026. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, program LSS6 ini adalah kesinambungan kepada LS5 dan juga 5+ yang telah menyumbang sebanyak 3.9 gigawatt dengan jumlah pelaburan RM12 bilion dan turut menyediakan peluang pekerjaan sebanyak 23,400 orang. Ini semuanya penglibatan daripada pihak swasta.
Selain itu, kerajaan juga akan memperkenalkan kuota tambahan 300 megawatt bagi biogas, biojisim dan hidro kecil yang diperkenal di bawah feed-in tariff
(FiT) dijangka beroperasi seawal tahun 2028 manakala skim Corporate Renewable Energy Scheme ataupun CRESS pula dijangka akan dilaksanakan dengan kapasiti penjanaan 500 megawatt.
Selanjutnya, saya ingin terus ke perkara-perkara yang telah diutarakan oleh empat Ahli Yang Berhormat bagi perkara-perkara berkaitan tenaga lestari iaitu Yang Berhormat Paya Besar, Yang Berhormat Puchong Yang Berhormat Petaling Jaya dan juga Yang Berhormat Kuala Nerus.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Paya Besar, bagi meningkatkan peluang pengusaha anak tempatan untuk bersaing serta terlibat dengan projek- projek solar, kerajaan telah menetapkan keperluan untuk melantik syarikat kontraktor tempatan yang berdaftar dengan CIDB Malaysia untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan ataupun EPCC.
Selain itu, syarikat ataupun konsortium pembina juga digalakkan untuk melantik syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan pihak CIDB Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja EPCC termasuk syarikat Bumiputera. Selain itu, syarikat anak-anak tempatan boleh juga mendaftar menjadi Registered Photovoltaic Solar Provider (PPVSP) dengan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari.
Langkah ini dijangka akan membuka ruang pada syarikat-syarikat PKS tempatan dan Bumiputera menceburi bidang pembangunan projek tenaga boleh baharu dengan membangunkan keupayaan mereka untuk jangka masa panjang berkecimpung sebagai syarikat-syarikat berjaya sama ada sebagai kontraktor EPCC atau sebagai pemaju projek solar.
Ahli Yang Berhormat Puchong dan Petaling Jaya telah membangkitkan isu berkenaan dengan skim Solar ATAP. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui skim Solar ATAP, pengguna boleh menjana tenaga sendiri dan menjual lebihan tenaga kepada utiliti. Dalam hal ini, perincian skim ini akan hanya dimuktamadkan pada bulan Disember 2025. Skim ini akan melibatkan semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Ahli Yang Berhormat Kuala Nerus membangkitkan isu berkenaan insentif bagi projek hidrogen di Tasik Kenyir. Kementerian ini mengambil maklum akan projek solar terapung Tasik Kenyir Fasa 1 dengan kapasiti 640 megawatt. Dalam hal ini, projek yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Kuala Nerus adalah diusahakan oleh pihak swasta secara business to business di mana pemaju akan mencari dan mendapatkan pembeli hidrogen yang dihasilkan di tasik ini. Untuk makluman Yang Berhormat Kuala Nerus, sebarang bentuk insentif daripada belanjawan berhubung inisiatif hidrogen hijau bolehlah dipanjangkan kepada kementerian untuk pertimbangan kerajaan.
Tan Sri Yang di-Pertua, isu yang kelima, bahagian hal ehwal Sabah dan Sarawak. Saya ingin mengucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Puncak Borneo, Yang Berhormat Batang Sadong, Batang Lupar, Sipitang yang telah membangkitkan mengenai Perjanjian Malaysia 1963. Secara umumnya, perkara yang dibangkitkan oleh keempat-empat Ahli Yang Berhormat adalah menyentuh mengenai komitmen Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan perkara-perkara di bawah MA63.
Bagi pertanyaan spesifik, antaranya mengenai pemberian khas pada negeri Sabah dan kajian semula pemberian khas seperti yang termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan, pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah dan negeri Sarawak di Dewan Rakyat dan juga kuasa mengenai pelantikan Pesuruhjaya Kehakiman yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, ia akan dijawab oleh kementerian atau jabatan yang berkaitan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan MADANI kekal komited dalam meneruskan perundingan mengenai perkara-perkara di bawah MA63 yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sabah dan juga Kerajaan Negeri Sarawak supaya dapat diselesaikan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan kerangka perundangan yang sedia ada.
MA63 merupakan sebuah dokumen yang ditandatangani oleh pihak-pihak United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Malaya— Tanah Melayulah, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Perjanjian ini telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan masih sah sehingga ke hari ini.
Kerajaan MADANI telah menambah baik platform rundingan rasmi MA63 dengan menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 ataupun singkatannya MTPMA63 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 yang dipengerusikan oleh saya sendiri.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sehingga kini, sebanyak 13 daripada 29 perkara di bawah MA63 dibincangkan di bawah platform rundingan rasmi MA63 telah dapat diselesaikan, yang mana sembilan daripadanya telah dimuktamadkan semasa pentadbiran Kerajaan MADANI, manakala empat perkara di bawah MA63 telah mencapai persetujuan di bawah Kerajaan Persekutuan terdahulu.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Antara perkara di bawah MA63 yang telah diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI adalah seperti berikut. Pengiktirafan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah dan Negeri Sarawak sebagai Jabatan Teknik di bawah Arahan Perbendaharaan 182 (AP182). Sebagai tambahan, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kewangan juga telah bersetuju u ntuk mengiktiraf Jabatan Bekalan Air Bandar Sarawak, Luar Bandar Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Negeri Sabah sebagai Jabatan Teknik di bawah AP182.
Pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995 bagi melantik wakil Kerajaan Sabah dan Sarawak bagi anggota tetap LHDN. Ketiga, penyeliaan kawal selia elektrik pada kerajaan negeri Sabah dan keempat, penukaran status Pelabuhan Bintulu dari Pelabuhan Persekutuan ke Pelabuhan Negeri.
Bagi baki perkara di bawah MA63 yang masih dalam perbincangan dan belum diselesaikan, ia akan terus dipantau oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, selaku Sekretariat kepada MTPMA63 dan Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 bersama dengan semua pemegang taruh di peringkat Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak.
Tempoh masa bagi penyelesaian setiap perkara tertakluk pada proses perundangan yang berkaitan. Selain dari itu, tahap kesediaan negeri Sabah, Sarawak dari segi sudut operasi sumber manusia dan juga kewangan yang merupakan antara aspek yang perlu diambil kira sebelum satu perkara di bawah MA63 dapat diselesaikan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi memberi penerangan dan meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai MA63, Kerajaan MADANI melalui pelbagai agensi termasuk Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak telah melaksanakan pelbagai inisiatif berkaitan. Antaranya melalui penganjuran Program MADANI Rakyat, program melibat urus bersama pelajar institusi pengajian tinggi, sesi turun padang bersama penjawat awam dan penggunaan teknologi maklumat seperti media sosial termasuk penganjuran sesi webinar yang menjemput penceramah dari kalangan pakar MA63.
Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kerajaan MADANI amat beriltizam untuk menyegerakan penyelesaian semua perkara di bawah MA63. Hubungan harmoni antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak adalah kunci utama ke arah memastikan MA63 ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Jadi, Tan Sri Yang di- Pertua, sebagai penutup saya ingin merakamkan...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Sila.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Ingatkan Menteri ‘nak jawab pasal ini, pasal isu spesifik yang saya bangkitkan iaitu Projek Pemeliharaan dan Menaik taraf Sungai Cepuh yang berkaitan yang dibantah oleh penduduk kampung.
Saya bangkit dalam dua ucapan saya yang mana projek ini pengambilan lot sebanyak 344 lot tidak disetujui oleh orang kampung. Orang kampung mencadangkan supaya dipendekkan sungai tersebut, cuma ambil lapan lot sahaja.
Jadi, sementara saya― kalau tak tahu pun, kalau ‘tak tahu sekarang, mungkin boleh jawab secara bertulis ya. Sungai Cepuh di Hulu Terengganu, proses tebatan banjir. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Kalau― Yang Berhormat Hulu Terengganu kalau ada dibangkitkan, saya memang dah sediakan jawapan, tapi kalau ianya merupakan isu baharu, sebab ianya perkara spesifik, jadi saya ...
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Dah bangkit masa ucapan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Dah dibangkitkan itu ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Kalau ‘tak ada, sekarang pun boleh jawab secara itu ya. Bantahan orang kampung, saya ada memorandum.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Saya akan beri semua yang dibangkitkan secara spesifik, projek dan sebagainya, saya akan serahkan jawapan secara bertulis. Saya ‘dah ada jawapannya sini ya.
Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu
Okey, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof
Jadi Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian serta menyumbangkan pandangan, cadangan dan teguran yang membina.
Insya-Allah dengan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama, kita akan terus berusaha memberi khidmat yang terbaik dalam menangani segala isu yang dibangkitkan. Apa yang lebih utama, kita bersama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat, negeri dan negara tercinta. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih Menteri.
[Tepuk] Seterusnya saya jemput Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sila Menteri.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Salam sejahtera dan salam perpaduan Tan Sri Speaker. Saya mulakan dengan serangkap pantun.
Jalur Gemilang gagah berdiri, Lambang kedaulatan di bumi merdeka; Perumahan selamat matlamat insani, KPKT bergerak rakyat sejahtera. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu di kesempatan ini, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada Kementerian Kewangan di bawah Kerajaan MADANI yang telah memperuntukkan sebanyak RM6.088 bilion kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2026 merangkumi RM2.071 bilion perbelanjaan mengurus dan RM4.016 bilion perbelanjaan pembangunan (DE). Jumlah ini menyaksikan 2.6 peratus peningkatan melibatkan RM154.4 juta tambahan berbanding dengan peruntukan tahun 2025 sebanyak RM5.934 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, kerangka besar Ekonomi MADANI adalah untuk rakyat.
Memastikan kita mempunyai kemampuan menyediakan kemudahan untuk rakyat, mencipta pekerjaan, menjana pendapatan dan meringankan kos sara hidup.
Semestinya memaknai terma Belanjawan MADANI Keempat, belanjawan rakyat setelah berani mengusung reformasi kini masa memulangkan hasil kepada rakyat.
Selaku belanjawan sulung yang mendukung Rancangan Malaysia Ketiga Belas, Belanjawan 2026 menetapkan sembilan tekad utama berpaksikan kepada tiga tongkat Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai taraf hidup rakyat serta tata kelola yang baik dan reformasi sektor awam.
Bagi tujuan penggulungan hari ini, saya akan memfokuskan kepada lapan elemen utama dalam fungsi KPKT berdasarkan isu-isu perbahasan yang dibangkitkan seperti berikut iaitu:
(i) kerajaan tempatan;
(ii) perumahan;
(iii) perancangan bandar;
(iv) pengurusan sisa pepejal;
(v) perkhidmatan kebombaan;
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
(vi) pengurusan landskap;
(vii) kredit komuniti; dan
(viii) kesejahteraan komuniti.
Cuma, saya telah menyediakan teks penggulungan lebih dua jam, tapi masa amat cemburu. Saya harap nanti Tan Sri Speaker boleh bagi injury time.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, KPKT komited dengan perencanaan yang telah disusun melalui 13 inisiatif utama bagi meneruskan kesinambungan Agenda Pembaharuan dan Pemugaran di bawah KPKT melalui Belanjawan 2026.
Perkara ini termasuk pertama, melebar luaskan pembangunan Program Residensi Rakyat (PRR) dan Rumah Mesra Rakyat melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM672 juta khusus bagi RMR yang dapat di siap dalam setahun ini.
Dijangkakan sebanyak 6,545 unit Rumah Mesra Rakyat dapat dibina menjelang akhir tahun ini untuk manfaat lebih daripada 26,000 penghuni baru. Ini merupakan rekod paling tinggi dalam sejarah.
Kedua, menyelenggara rumah strata kos rendah dan sederhana awam termasuk menyelenggara dan menggantikan lif-lif usang di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan Mampu Milik Berstrata melibatkan peruntukan sebanyak RM143 juta. Tahun ini, 358 projek telah dikenal pasti. Tahun depan lebih kurang sama. Maka, ia akan membawa manfaat kepada lebih 500,000 orang penghuni.
Ketiga, melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan naik taraf longkang dan parit dalam usaha mengurangkan masalah banjir di beberapa kawasan hotspot di bawah PBT melibatkan peruntukan sebanyak RM55 juta.
Keempat, membina dan membaik pulih 60 buah gerai dan prasarana pasar awam di semua PBT seluruh negara melibatkan peruntukan sebanyak RM60 juta.
Kelima, membaiki serta menaik taraf 50 projek tandas BMW iaitu bersih, menawan, wangi serta 100 Projek Taman Rekreasi MADANI di semua PBT melibatkan peruntukan RM95.2 juta.
Keenam, menaik taraf kemudahan asas dan sosial Kampung Baru Cina dan Perkampungan India melibatkan peruntukan infrastruktur iaitu DE sebanyak RM87 juta.
Dan ketujuh, mengukuhkan kesiapsiagaan masyarakat terhadap kebakaran dan kelemasan air melalui 12,000 Program Bomba Bersama Rakyat melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM6.5 juta.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Kelapan, membina dan membaik pulih kediaman di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) melibatkan peruntukan berjumlah RM60 juta.
Sukacita dimaklumkan di Dewan yang mulia ini, tahun depan kita akan bina dan baik pulih lebih kurang 3,000 unit rumah di mana membawa manfaat kepada hampir 3,000 ketua isi rumah di mana projek baik pulih rumah di bandar akan berjumlah RM45 juta dan bina baru rumah yang daif dan usang juga meningkat ke RM14.94 juta.
Yang kesembilan, menyelenggara dengan selaras dengan prinsip, “Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir” di mana Kerajaan MADANI yang bersifat manusiawi dan prihatin yang menyelenggara rumah ibadat bukan Islam juga melibatkan peruntukan biasa
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Kesepuluh, membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melibatkan peruntukan keseluruhan 18 juta.
Yang keseblas, memperkasa pengoperasian pasukan bomba sukarela bagi pemberian peralatan dan kelengkapan PPE serta penyediaan latihan khusus dan geran PBS melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah 2.1 juta, merangkumi kenaikan geran bantuan kewangan daripada 3,000 kepada 5,000 untuk setiap PBS, pasukan bomba sukarela yang aktif.
Selain satu inisiatif yang telah disebutkan tadi, sebanyak dua inisiatif lagi telah diperakukan oleh Kementerian Kewangan dan Kerajaan MADANI iaitu berkaitan.
Pertama, jaminan tambahan sebanyak satu bilion lagi untuk pembiayaan kepada pembeli rumah pertama di kalangan kakitangan kontrak kerajaan di bawah skim jaminan kredit perumahan serta step out financing menjadikan keseluruhan jaminan pembiayaan sehingga tahun 2026. Keseluruhan skim jaminan kredit perumahan mencatat 40 bilion rekod paling tinggi dalam sejarah.
Kedua, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga 2,500 diperluas dari tahun taksiran 2026 hingga 2027. Merangkumi pemberian mesin rincih sisa makanan iaitu food waste grinder bagi menggalakkan pengurusan sisa yang mampan dan gaya hidup yang lestari.
Yang ketiga, tempoh pengecualian duty stamp sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000 ke bawah dilanjutkan selama dua tahun iaitu sehingga 31 Disember 2027.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Tuan Yang di-Pertua, saya masuk topik kerajaan tempatan. Meneruskan agenda penggulungan kepada persoalan khusus semasa perbahasan Belanjawan 2026. Seramai tujuh orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu berkaitan kerajaan tempatan.
Untuk makluman, kementerian KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan cekap dan telus dalam menyalurkan hikmat nasihat dan peruntukan kepada 156 PBT seluruh negara melalui pelaksanaan projek-projek berskala kecil, BP1.
Sukacita dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini dalam tempoh dua tahun 2023 dan 2024, setinggi 11,807 projek prasarana awam kecil telah berjaya dilaksanakan. Ini merupakan satu pencapaian, kejayaan yang membanggakan.
Berdasarkan— dan selain daripada itu, untuk pastikan setiap peruntukan itu kena pada tujuannya maka sistem penilaian traffic light telah diperkenalkan iaitu dia mekanisme penilaian prestasi PBT berdasarkan kepada pelaksanaan projek dan kemajuan perolehan BP1.
Pada masa ini, semua projek BP1 tahun 2025 dipantau menggunakan sistem ini dan hasil penilaian tersebut akan diguna sebagai asas dalam pengagihan peruntukan bagi tahun depan. PBT yang menunjukkan prestasi hijau dan konsisten akan diberi peruntukan tambahan. PBT yang mempunyai prestasi kuning akan dikaji semula peruntukan. Manakala PBT yang mendapat lampu merah akan dikurangkan peruntukan dan malah dibatalkan peruntukan.
Now, there's no free lunch in the world. Semuanya kena tepat kepada performance based budget dengan izin. Pengagihan peruntukan ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan serta peningkatan taraf sosioekonomi komuniti setempat.
Di bawah payung Belanjawan MADANI tahun ini, ingin saya ketengahkan pencapaian JKT antara lain termasuk pertama, JKT telah berjaya membaik pulih, menyelenggara dan naik taraf gerai dan pasar awam MADANI, 66 projek dengan peruntukan 26 juta. Semua akan siap menjelang akhir tahun ini.
Kedua, penambahbaikan dan naik taraf sistem perparitan dan longkang, 177 projek dengan jumlah peruntukan sebanyak 50 juta telah berjaya dilaksanakan.
Ketiga, sebanyak 840 projek, 46 projek pembangunan kampung baru telah dilaksanakan dengan peruntukan berjumlah 100.6 juta sehingga 21 Oktober 2025.
Ini meliputi 555 projek pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan awam. 272 buah rumah dibaik pulih melalui program Bantuan Baik Pulih Rumah dan 19 buah rumah dibina baharu melalui program Rumah MADANI Rakyat Kampung Baru iaitu
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
mereka yang mengalami bencana, yang...
[Tidak jelas] Yang telah usang dihadiahkan rumah percuma oleh kerajaan MADANI.
Keempat, sebanyak 11 program pembangunan sosioekonomi kampung baru dan kos berjumlah 2.49 juta juga telah dilaksanakan dan memberi manfaat kepada penduduk serta usahawan kampung baru.
Sudah mestinya kampung India di negara kita juga tidak dilupakan. Sebanyak 54 projek di 29 kampung India di enam buah negeri iaitu Johor, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah pun disalurkan peruntukan RM10 juta untuk prasarana kemudahan awam.
Meneruskan jawapan saya pada sesi isu perbahasan, YB Hulu Selangor telah mencadangkan pemilik haiwan peliharaan mengambil insurans liabiliti minimum bagi menggalakkan pemilik lebih bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka.
Hal ini bagi menangani isu serangan anjing liar dan anjing persendirian yang sukar dikawal.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, KPKT sentiasa komited dan cakna dengan isu haiwan terbiar, melibatkan anjing, kucing dan haiwan peliharaan lain termasuk lembu dan kerbau yang merayau di jalan dan tempat awam. Isu ini telah memberi kesan kepada kacau ganggu, ancaman keselamatan jalan raya dan juga kesejahteraan masyarakat. Cadangan supaya pemilik anjing mengambil insurans liabiliti minimum adalah baik dari segi prinsip bertanggungjawab sosial dan akan dikemukakan kepada pihak berkuasa negeri untuk pertimbangan sewajarnya.
Pada masa ini, pengurusan dan pengawalan haiwan terbiar dilaksanakan oleh PBT adalah berdasarkan kepada Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan UKK Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau. Undang-undang kecil ini memberikan punca kuasa kepada PBT untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana haiwan yang tidak dilesenkan atau berkeliaran bebas di tempat awam bagi memastikan keberkesanan pengurusan haiwan terbiar termasuk anjing, kucing, lembu, kambing dan lain-lain haiwan peliharaan.
PBT turut melaksanakan pendekatan, tangkap, tuntutan semula, serahan kepada NGO, pengambilan angkat serta pelupusan berkonsepkan kaedah TRRD:
trap, reclaim, rehome and dispose dengan izin. Sukacita KPKT ingin berkongsi kaedah penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Manjung untuk mengawal haiwan ternakan merayau khususnya lembu di kawasan pengoperasian PBT iaitu menyita, menahan, kemudian lelong.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Tuan Nga Kor Ming
Lelong lembu itu biar disebabkan kecuaian pemilik haiwan tersebut. Langkah- langkah proaktif ini penting untuk menjamin keselamatan jalan raya serta memelihara kebersihan dan kesejahteraan komuniti setempat.
YB Rantau Panjang telah mencadangkan KPKT mewujudkan mekanisme pemberian geran berasaskan penilaian prestasi PBT yang mewujudkan sistem pemantauan digital bagi mengelakkan kelewatan dalam agihan geran kepada PBT.
Sukacita dimaklumkan seperti yang saya telah pun terangkan tadi, sistem traffic light system telah diperkenalkan mulai tahun ini.
Seterusnya, YB Tangga Batu memohon agar MyKiosk dibekalkan di Pantai Puteri yang merupakan tarikan pelancong memandangkan gerai-gerai asal telah dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang menjejaskan 91 orang peniaga. Penempatan MyKiosk kini ialah di Stadium Hang Jebat.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, inisiatif MyKiosk oleh KPKT bertujuan untuk meningkatkan...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Menteri sikit, Menteri sikit.
Dia bukan dirobohkan.
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Dia MBMB dah keluar surat akan dirobohkan, bukan telah dirobohkan. Betulkan sikit statement.
Tuan Nga Kor Ming
Ha, akan dirobohkan. Terima kasih kepada Yang Berhormat atas keprihatinan. Sebab itu kita memperkenalkan inisiatif MyKiosk ini untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat dengan menawarkan kadar sewaan kios yang sangat-sangat rendah.
Untuk maklumat, jika Yang Berhormat boleh bantu di mana mereka yang berjaya mendapat MyKiosk enam bulan pertama akan diberikan sewa percuma.
Selepas enam bulan, kadar sewa adalah sangat rahmah, okey satu hari tidak lebih RM10. Ada PBT hanya caj RM4 satu hari, satu bulan RM120.
Sebab itu kita, setakat ini, telah berjaya membantu 7,243 kios. Bagi mereka dekat...
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh tambah sikit, Menteri?
Tuan Nga Kor Ming
Ya, sila.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Dia sebenarnya, Pantai Puteri ini tarikan pelancong, tapi sebenarnya saya pernah, daripada kementerian pernah tulis— jawab pertanyaan saya dalam bentuk bertulis. Dan waktu itu saya bawa surat itu pergi berjumpa Datuk Bandar untuk minta supaya kios ini diletakkan
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
di Klebang dan juga Pantai Puteri, tapi saya lihat, saya ‘tak tahulah, saya lihat bahawa kios itu diletakkan di Stadium Hang Jebat yang tidak berfungsi. Peniaga ‘tak ada, akhirnya jadi gajah putih. Jadi tidakkah rasa saya ini satu pembaziran yang berlaku.
Tuan Nga Kor Ming
All right, ini satu feedback yang baik. Saya dengan ikhlas dan jujur, ini memang kita akan— Jabatan Kerajaan Tempatan akan menghubungi Majlis Bandaraya dengan segera untuk lihat kesesuaian lokasi di Stadium Hang Jebat. Sekiranya didapati benar dan tidak sesuai, maka mereka akan ditempatkan di tempat yang lebih strategik. Nawaitu kita, niat kita, adalah suci dan murni untuk membantu peniaga-peniaga kecil. Saya terima kasih kepada Yang Berhormat yang prihatin di mana setakat hari ini...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menteri, Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
...Kita telah berjaya mengisi...
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Menteri, boleh satu?
Juga untuk kongsi, MyKios, MyKios.
Tuan Nga Kor Ming
Sedikit nanti. Untuk MyKios 1.0, kadar pengisian kita, sukacita dimaklumkan, telah mencapai 96.36 peratus melibatkan 111 PBT. Manakala bagi MyKios edisi 2.0 juga berjaya mencapai tahap 91.47 peratus melibatkan 100 PBT. Maka terbukti, MyKios adalah satu inisiatif yang berkesan. Cuma ada ruang pembaikan yang harus kita dengar dengan berlapang dada untuk menerima teguran atau pun pandangan.
Sila, Yang Berhormat.
Puan Hajah Salamiah binti Mohd Nor - Temerloh
Okey, terima kasih Menteri. Saya ucapkan syabas terhadap usaha yang dibuat, tapi mungkin kita di peringkat MPT ini kurang memantau. Di tempat saya sendiri, ada kios yang seperti yang disebut oleh Tangga Batu tadi termasuklah di Taman Sri Layang dan juga bila terbiar di bandar. Mungkin di sebahagian saja digunakan dan sebahagian lagi tidak digunakan. Situ ada sepuluh, mungkin satu, dua saja digunakan dan akhirnya saya dapat melihat sudah tiga tahun nampak sudah boleh rosaklah. Rugi, itu satu kerugian. Okey, terima kasih.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh saya tambah sikit, boleh?
Tuan Nga Kor Ming
Ya, boleh.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Kalau nawaitu itu betul, tapi kalau strategi tak betul pun, tak ada makna juga. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Untuk makluman semua, sebenarnya kita serah kepada 156 PBT untuk menentukan pembekal, untuk melantik kontraktor dan mencari tempat lokasi. Sebab itu, KPKT di bawah reformasi perkhidmatan awam, kita memperkenalkan sistem penilaian lampu isyarat.
Mana-mana PBT yang gagal menepati sasaran, dia akan dapat lampu merah. Peruntukan dia akan dibatalkan. Ini adalah menjadi salah satu benchmark penilaian. Sebab itu saya mengalu-alukan semua pandangan yang bernas dan kita sedia menerima pandangan Yang Berhormat. Dan saya akan mengarahkan Ketua Pengarah terus menghubungi PBT. Mana-mana yang gagal menepati sasaran, mereka akan diberikan, perlu— they will be held accountable. Perlu dipertanggungjawabkan.
Untuk makluman semua, sebab itu kita dah— okey, YB Kuantan mencadangkan prosedur operasi standard (SOP) khas disediakan berkaitan tempoh masa bagi setiap agensi terlibat dalam mengeluarkan surat sokongan untuk mendapat sijil penyiapan dan pematuhan, Certificate of Completion and Compliance
(CCC) untuk mengelakkan kelewatan proses kelulusan.
Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT melalui JKT tahun ini telah memperkenalkan tiga inisiatif baru di bawah sistem OSC 3.0 Plus iaitu prerequisite, self-regulation dan industrial green lane. Ketiga-tiga inisiatif ini berperanan mempercepatkan proses kelulusan pelan pemajuan, mengurangkan kos pematuhan pihak pemaju dan pelabur serta menyokong agenda New Deal for Business dan reformasi karenah birokrasi.
Sehingga kini, pelaksanaan kesemua tiga inisiatif tersebut menunjukkan hasil yang positif iaitu sebanyak 40 daripada 48 permohonan telah pun diproses di bawah industrial green lane, menepati tempoh piagam pelanggan selama 29 hari dapat kelulusan. Manakala enam daripada 11 permohonan melaksanakan semakan awal melalui prerequisite mematuhi tempoh ditetapkan iaitu 22 hari.
Untuk makluman Yang Berhormat, KPKT telah mengambil inisiatif bagi menangani perkara yang telah dibangkitkan melalui penetapan dasar oleh Majlis Tindakan Ekonomi serta Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan
(PEMUDAH). Masing-masing bertujuan untuk...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Sedikit, Yang Berhormat. Boleh?
Tuan Nga Kor Ming
...Meningkatkan kecekapan pengawal seliaan dan juga berurusan dengan permit pembinaan. Dalam hal ini, tempoh deeming clause, untuk maklumat Yang Berhormat telah diperkenalkan untuk mengelakkan kelewatan
Tuan Nga Kor Ming
pengeluaran surat sokongan bagi Borang G yang berkaitan. Sebelum ini, melalui inisiatif deeming clause ini, surat sokongan perlu dikeluarkan dalam tempoh 14 hari...
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Sedikit, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
...Dan itu termasuk hujung minggu, cuti umum dan cuti kelepasan am dari tarikh permohonan pemeriksaan akhir tapak oleh agensi teknikal bagi tujuan pengeluaran surat sokongan CCC.
Sekiranya pemohon iaitu principal submitting person (PSP) tidak menerima surat sokongan tersebut dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan dibuat, ia boleh disifatkan telah diberikan oleh agensi teknikal yang dimohon. Pengawal seliaan JKT dalam pengeluaran surat sokongan ini adalah melalui manual OSC 3.0 Plus yang telah diluluskan oleh Majlis Negara Kerajaan Tempatan yang turut diwakili oleh semua exco kerajaan tempatan seluruh negara untuk pemakaian di semua PBT. Ia menjadi asas rujukan oleh agensi teknikal yang terlibat.
Manual OSC 3.0 Plus telah menetapkan tempoh minimum 30 hari bermula dari tarikh permohonan lawatan pemeriksaan tapak akhir sehingga surat sokongan dikeluarkan dan borang G diperakukan. Tempoh 30 hari ini mengambil kira peruntukan undang-undang sedia ada termasuk tempoh pelaksanaan kerja pematuhan di tapak oleh kontraktor selepas notis pematuhan dan tempoh pemeriksaan seterusnya dijalankan untuk pematuhan. Walaupun tempoh 14 hari ini telah ditetapkan, surat sokongan kebiasaannya dapat dijana dalam tempoh kurang daripada tempoh tersebut sekiranya kontraktor telah mematuhi semua syarat teknikal dan syarat kontrak di bawah fast track.
Untuk maklumat Yang Berhormat, sekiranya dia pemohon lesen perniagaan, kita dah berikan arahan manual, pagi mohon, petang lulus. Maksudnya, lesen perniagaan tidak berisiko, wajib dikeluarkan kelulusan dalam tempoh hari ini juga.
Bagi lesen perniagaan berisiko seperti tempat membedah mayat, membakar abu dan lain-lain itu, itu 14 hari dan juga wajib diluluskan sekiranya tidak ada halangan.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Sedikit, Yang Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Sila.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Berkaitan dengan permohonan sokongan CCC tadi, tarikh tempoh masa yang dinyatakan tadi adakah selepas submission dibuat atau pun macam mana? Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Seperti yang saya terangkan tadi, tempoh minimum yang telah pun ditetapkan oleh manual OSC 3.0 Plus adalah 30 hari. Dia bermula daripada tarikh permohonan lawatan, pemeriksaan tarikh dan akhir sehingga surat
Tuan Nga Kor Ming
sokongan dikeluarkan. Itu borang G. Saya rasa Yang Berhormat pun arif, cuma nak uji saya saja.
Okey, Yang Berhormat Kangar memohon pembaikan dan turap semula jalan di taman perumahan khususnya Taman Desa Putra, Taman Wan Arfah dan Taman Pertiwi yang mengalami kerosakan. Yang Berhormat juga menanyakan perkembangan pembangunan naik taraf Pasar Besar Sena.
Untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, KPKT menghargai keprihatinan Yang Berhormat terhadap kemudahan infrastruktur di kawasan melalui cadangan pembaikan dan penurapan semula jalan di taman perumahan yang disebut tadi. Ini adalah dalam kawasan pengoperasian Majlis Perbandaran Kangar. Sehubungan itu, MPK dicadang untuk memohon peruntukan segera bagi projek tersebut di bawah projek kecil BP1 yang disalurkan oleh KPKT atau juga peruntukan MARRIS melalui kerajaan negeri.
Berhubung cadangan permohonan naik taraf Pasar Besar Sena yang telah dibincangkan dalam Kamar Khas pada sidang yang lalu, sehingga kini JKT masih belum menerima permohonan daripada MPK. MPK digesa mengemukakan permohonan projek yang lengkap kepada KPKT untuk dinilai mengikut kriteria permohonan seperti kajian kebolehlaksanaan (feasibility studies), indeks kesahan dan kebolehpercayaan (credibility reliability index), analisis kos faedah (cost-benefit analysis) serta pulangan pelaburan (return on investment) bagi mengenal pasti potensi, risiko dan penggunaan sumber kerajaan yang efisien tertakluk kepada peruntukan mencukupi.
Perlu diterangkan di Dewan yang mulia ini, Kerajaan MADANI bukan lagi memberi peruntukan sebarangan. Dia kena menepati cost-benefit analysis, return on investment, credibility index, dan lain-lain sebagai sebahagian usaha reformasi perkhidmatan awam supaya setiap sen pembayar cukai itu dapat digunakan secara optimum.
YB Arau mencadangkan KPKT cari penyelesaian tentang pasar mini pelbagai jenama, kedai runcit usaha oleh kaum bangsa Aceh, orang asing. Untuk makluman semua, dasar kerajaan jelas, kita tidak benarkan warga asing untuk buka kedai tanpa kebenaran. Memang tidak ada lesen pun dikeluarkan.
Okey, lebih 3,000 kali operasi telah pun dibuat. Pernah saya juga jawab di Parlimen ini, di mana banyak telah pun kami sita dan juga tutup, untuk pasti mesejnya, semua pasar-pasar perlu mengikuti Undang-undang Kecil Penjaja.
Undang-undang kecil ini telah menggariskan bahawa pengeluaran lesen hanya,
Tuan Nga Kor Ming
saya tegaskan, hanya diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja dan warga asing yang bekerja mestilah mempunyai pas kerja yang sah.
Tuan Nga Kor Ming
Maka, untuk menyelesaikan masalah ini, saya juga memohon kerjasama Yang Berhormat dan juga seluruh Warganegara Malaysia jangan salah guna identiti kewarganegaraan ataupun MyKad dan memberikan ruang dan peluang untuk warga asing.
Mereka cari kesempatan kita tidak seharusnya kerana kita seharusnya menghormati Rukun Negara kita iaitu kedaulatan undang-undang. Di bawah Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian Pengeluaran lesen perniagaan hanya untuk warga Malaysia dan saya telah pun terangkan tadi.
KPKT terbuka untuk bekerjasama secara konstruktif dan bersepadu dengan agensi penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan juga Polis Diraja Malaysia dalam memudah cara dan menyokong usaha penguatkuasaan terhadap isu penyalahgunaan premis atau lesen perniagaan di kawasan pentadbiran PBT terutamanya melibatkan warga asing.
Seterusnya, saya masuk topik perumahan. Sebanyak 11 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan isu tentang perumahan. YB Paya Besar membangkitkan isu lambakan rumah tidak dapat dijual, mencadangkan langkah pencegahan supaya perancangan rumah diperkemaskan melalui modal permintaan sebenar dan reformasi hasil negeri serta perancangan tidak lagi bergantung kepada projek berharga tinggi.
Untuk maklumat Yang Berhormat, berdasarkan laporan pasaran hartanah tahun 2024 oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), bilangan transaksi hartanah secara keseluruhan sebenarnya merekodkan peningkatan 18.4 peratus sebanyak 420,525 transaksi dengan nilai transaksi melonjak kepada RM232.3 bilion.
Pencapaian 2024 ini mencatatkan prestasi paling tinggi industri hartanah dalam tempoh lebih sedekad. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang menjayakan kejayaan ini. Ini menunjukkan industri hartanah negara kekal stabil, berkembang dengan sihat dengan pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan MADANI.
Prestasi kediaman siap dibina tidak dijual, completed unsold unit telah pun menampakkan trend menurun dengan ketara iaitu dulu 37,000 unit, kini hanya tinggal 23,149 unit. Dan ini menunjukkan penurunan hampir 40 peratus dalam bilangan dan nilai berbanding dengan sebelumnya.
Tuan Nga Kor Ming
Sebagai usaha kerajaan untuk mengimbangi isu antara permintaan dan penawaran rumah dalam pasaran, KPKT telah melaksanakan pelbagai langkah termasuk:
(i) memperkenalkan Dasar Perumahan Mampu Milik dengan penetapan siling harga rumah mampu milik pada RM300,000.
Walau bagaimanapun siling harga rumah mampu milik ini turut tertakluk kepada dasar perumahan di peringkat kerajaan-kerajaan negeri;
(ii) melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah yang diperolehi daripada tinjauan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2022.
Pemetaan ini adalah panduan kepada pemaju serta agensi penyedia perumahan bagi penetapan harga jualan rumah di satu-satu lokasi dan boleh diakses melalui dashboard maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysia Urban Observatory (MUO);
(iii) kita menggalakkan semua pemaju melaksanakan kajian kebolehlaksanaan atau feasibility study sebelum sesuatu pemajuan dibuat, dicadangkan bagi satu-satu kawasan;
(iv) mengawal aktiviti spekulasi melalui langkah-langkah fiskal seperti memperkenalkan Cukai Keuntungan Harta Tanah untuk mengelakkan kenaikan harga rumah yang tidak munasabah; dan
(v) Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign) yang menawarkan insentif pengecualian, duty stamp dan diskaun harga daripada pemaju dan telah terbukti berkesan dalam merangsang permintaan terhadap perumahan dan mengurangkan lambakan rumah yang tidak terjual.
Seterusnya, YB Padang Besar mencadang agar kerajaan menggalakkan Skim Sewa Beli di bawah PR1MA dan juga SPMB dan bukan hanya melalui institusi konvensional yang mengenakan kadar faedah yang tinggi. Yang Berhormat turut mencadangkan penyaluran dana langsung kepada PR1MA dan SPMB untuk membeli bangunan komersial terbengkalai di kawasan dan diubah suai untuk dijadikan kediaman moden mampu milik serta boleh ditawar kepada golongan B40 dan M40.
Tuan Nga Kor Ming
Untuk makluman, KPKT melalui agensinya sentiasa berusaha untuk mengenal pasti dan meneliti pendekatan yang lebih inklusif dan fleksibel bagi membantu rakyat yang dikasihi memiliki rumah selaras dengan slogan KPKT, “Rumahku Syurgaku”, “Baiti Jannati”. Berita baik untuk semua rakyat, sukacita saya kongsikan bahawa PR1MA kini sedang melaksanakan pada akhir tahun ini Kempen Rumah PR1MA Kita yang akan berlangsung sehingga 31 hari bulan Disember 2025.
Sesi penggulungan ini juga digunakan sebagai sesi iklan, marketing untuk residensi PR1MA. Melalui Kempen Rumah PR1MA Kita, PR1MA menawarkan diskaun sehingga 25 peratus. Internet percuma selama satu tahun serta pakej peranti rumah pintar (smart home) sebagai galakan kepada rakyat untuk memiliki kediaman sendiri. Siapa cepat dia dapat.
Selain itu, PR1MA turut menanggung sepenuhnya yuran guaman bagi meringankan beban kos pembelian rumah. Projek-projek PR1MA juga terus menerima sambutan yang amat menggalakkan antaranya baru-baru ini dilancarkan PR1MA Residensi Brickfield 2 yang telah habis ditempah sepenuhnya. Malahan, senarai menunggu lebih 3,000 orang sekarang, Tan Sri Speaker.
Manakala SPMB, Syarikat Perumahan Negara Berhad memfokus kepada pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat berdasarkan mandat kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat berpendapatan rendah B40. Siapa-siapa yang dapat pendapatan isi rumah kurang RM5,000 ke bawah layak untuk memohon Rumah Mesra Rakyat. Di tahun ini kita diberikan sasaran membina 5,000. Alhamdulillah, kita berasa syukur KPKT berjaya melepasi sasaran. 4,000 – 6,454 unit, okey. Terima kasih kepada SPMB.
Program Rumah Mesra Rakyat ini membantu rakyat membina rumah atas tanah kampung ataupun tanah sendiri, tanah milik ahli keluarga yang diberi kebenaran. Berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan, terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum latar belakang. Program R&R ini juga menjadi antara keutamaan KPKT, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk pastikan setiap rakyat mempunyai akses kepada tempat tinggal, shelter for all.
Untuk makluman, harga R&R adalah sangat rahmah, di mana hanya RM75,000 untuk sebiji rumah dan rakyat hanya bayar RM55,000. Dengan kata lain, setiap rumah, kerajaan MADANI bagi angpau RM20,000. Dan jika ‘tak ada deposit, ‘tak apa. Satu bulan bayar RM300 tanpa faedah. Boleh bayar bayaran ansuran sehingga 25 tahun. Ini adalah skim yang paling rahmah jika tidak silap saya di dunia ini, okey. Cost RM75,000, rakyat bayar RM55,000. Sekarang mana mahu cari rumah RM55,000? Boleh, KPKT akan bagi.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri, Puncak Borneo nak minta pencerahan sikit.
Tuan Nga Kor Ming
Okey, sila.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya amat tertarik dengan Program Rumah Mesra Rakyat, tetapi kita di Sarawak banyak pemohon-pemohon daripada luar bandar yang mempunyai tanah adat ini tidak bergeran.
Jadi, bolehkah pihak KPKT berbicara ataupun berbincang dengan kerajaan negeri untuk memudah cara bagi anak-anak dan belia-belia ataupun keluarga- keluarga baharu untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat ini dan diberi kelonggaran terhadap syarat tanah bergeran itu supaya mereka juga boleh menikmati rumah supaya mereka boleh hidup sejahtera dalam Kerajaan MADANI ini. Terima kasih.
[Tuan Syahredzan bin Johan **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Nga Kor Ming
Terima kasih kepada Puncak Borneo. Satu cadangan yang baik. Memang sekiranya rumah adat dia tidak bergeran, di mana sekiranya Yang Berhormat ada kes-kes spesifik seperti itu, sila ajukan kepada saya. Saya akan arahkan SPMB bincang dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak supaya geran tanah adat itu dapat diuruskan dengan baik dan mematuhi syarat dan kita akan bantu.
Memang kita ada sasaran untuk Sabah dan Sarawak dan kita ‘nak bantu untuk pastikan semua rakyat kita memiliki tempat berteduh. Untuk makluman Puncak Borneo, sebenarnya kadar pemilikan rumah keluarga di Malaysia sangat membanggakan. Sekarang, 76.5 peratus keluarga Malaysia sudah memiliki rumah sendiri. Cuma, 23.5 peratus lagi belum. Visi dan misi KPKT adalah setiap anak Malaysia memiliki rumah sendiri. Dengan kata lain, we believe every Malaysian is entitled to own their own home because this is the place all of us called home.
Okey, YB Machang. Memohon status pelaksanaan satu juta unit rumah mampu milik PR1MA. Manakala, YB Ayer Hitam telah pun dakwa tiada suntikan dana baharu kepada PR1MA sedangkan keperluan rumah mampu milik terus meningkat dan harga pasaran adalah di luar jangkauan.
Untuk makluman Tuan Yang— Ahli Yang Berhormat, ingin saya jelaskan bahawa kenyataan YB Machang dan Ayer Hitam sebenarnya tidak tepat.
Tuan Nga Kor Ming
Cadangan kerajaan untuk melaksanakan satu juta rumah mampu milik adalah sebenarnya melibatkan semua agensi penyedia perumahan sama ada di peringkat Persekutuan, negeri dan juga swasta bagi tempoh keseluruhan
Tuan Nga Kor Ming
Rancangan Malaysia Ke-12 dan 13 yang turut meliputi agensi Persekutuan seperti PR1MA.
Untuk makluman, di bawah belanjawan tahun depan, PR1MA telah diperuntukkan sebanyak RM30.1 juta bagi kos kerja-kerja awalan pembangunan melibatkan tiga projek baharu. Selain itu, pada tahun ini juga, peruntukan berjumlah RM38 juta telah diluluskan bagi kerja-kerja awalan dan pra pembangunan untuk bandar PR1MA Teluk Intan. Di samping itu, sebanyak RM75 juta turut diperuntukkan kepada PR1MA sebagai agensi pelaksana bagi pembangunan projek Residensi Rakyat Harmoni Bestari Jaya di Negeri Selangor, sekali gus menyelesaikan masalah perumahan pekerja-pekerja ladang estet India di lima estet negeri Selangor, sudah diberikan peruntukan.
Untuk makluman, sejak ditubuhkan, PR1MA telah melaksanakan 91 projek pembangunan perumahan merangkumi lebih 54,000 unit kediaman di seluruh negara. Usaha ini telah memberi manfaat kepada lebih 175,000 rakyat Malaysia untuk memiliki rumah. Okey.
Seterusnya, di bawah agenda reformasi perumahan, Kerajaan MADANI menyasarkan pembinaan 500,000 unit kediaman mampu milik menjelang tahun 2030. PR1MA dalam menyokong agenda ini dan dibantu dengan peruntukan kerajaan telah merangka beberapa teras pembangunan strategik yang menyasarkan pembinaan baharu sebanyak 25,000 unit kediaman dalam tempoh lima tahun.
Teras pembangunan strategik ini terdiri daripada pelbagai inisiatif untuk menyediakan kediaman dan komuniti yang holistik dan moden. Ini termasuk pembinaan projek seperti Residensi Brickfield 2 dan Bandar MADANI Bukit Jalil di Kuala Lumpur, Residensi Padang Temu di Melaka, pembangunan Bandar PR1MA di Teluk Intan di Perak dan Teluk Kumbar di Pulau Pinang.
YB Petaling Jaya membangkitkan mengenai penyediaan rumah mampu milik dan perumahan sosial yang mencukupi, berkualiti dan inklusif. YB turut mencadangkan pindaan terhadap Akta Pengurusan Strata yang untuk memperkasakan perbadanan pengurusan dalam menguatkuasakan kutipan yuran penyelenggaraan dan sinking fund bagi mengelakkan kemerosotan bangunan dan memastikan keselamatan serta keselesaan penghuni.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sehingga 30 Jun tahun ini, sebanyak 197,311 unit rumah mampu milik ataupun 39.5 peratus daripada sasaran RMK12 telah siap sepenuhnya dibina di seluruh negara. Manakala, 217,371 unit rumah mampu milik ataupun 43.5 peratus di peringkat pembinaan. Manakala, 79,192 unit
Tuan Nga Kor Ming
rumah mampu milik atau 15.8 peratus telah mendapat kelulusan kebenaran merancang dan sedang dilaksanakan segera.
Ini menjadikan pelaksanaan di seluruh negara iaitu sebanyak 493,874 unit rumah mampu milik ataupun 98.8 peratus daripada sasaran ditetapkan. Walaupun saya yakin kerajaan optimis, ia akan mampu mencapai 500,000 unit menjelang penghujung tahun ini melalui pelbagai agensi dan kerjasama semua pihak.
Dalam aspek Akta Pengurusan Strata 2013 yang telah berkuat kuasa sejak 1 Jun 2015, KPKT sememangnya nampak wujud keperluan yang dikaji semula untuk pindaan, selaras dengan kehendak semasa dan bagi menangani isu masa hadapan, emerging issue. Kajian ini diharap dapat menyediakan satu kerangka pindaan undang-undang pengurusan strata yang lebih mantap serta melengkapi akta berkaitan seperti Akta Hak Milik Strata [Akta 318] dan Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan Tahun 1966 [Akta 118]. Penyelarasan ketiga-tiga akta ini penting untuk kita pastikan semua pihak berkepentingan memahami dengan jelas hak dan tanggungjawab masing-masing.
Saya bagi contoh, KPKT telah melaksanakan inisiatif dan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor. We do a profiling 900,000 penduduk. Dulu mereka tak bayar maintenance, 45 peratus bayar. Selepas inisiatif baharu, mengguna pakai access card, lif dan juga pondok pak guard. Kadar pembayaran maintenance meningkat ke lebih 90 peratus. Tak bayar, no payment, no access. Okey. Kerana tidak ada alasan tak bayar maintenance lagi dengan Sumbangan Tunai RAHMAH yang telah diberikan oleh Kerajaan MADANI melebihi RM15 bilion tahun ini dan tahun depan termasuk lagi SARA, STR dan pelbagai bantuan.
Siapa-siapa nama dalam eKasih. Jumlah duit yang diberikan oleh Kerajaan MADANI sudah cukup untuk membayar maintenance PPR yang hanya berjumlah RM124, satu bulan. Sumbangan Tunai RAHMAH, jika tiga orang anak, dia sudah dapat RM4,600. Satu bulan dapat RM500, takkan RM124 pun tak mahu bayar. Itu bukan tak mampu, itu adalah sikap. Sebab itu orang Melayu kata, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Okey.
KPKT menerusi Jabatan Perumahan Negara sedang dalam usaha memperluaskan penggunaan platform digital dalam pengurusan strata. Pendekatan ini bukan saja meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti, malah dapat mengurangkan konflik serta mempercepatkan proses semakan dan penambahbaikan dasar serta perundangan berkaitan strata. Ini adalah memastikan pengurusan strata yang harmoni, cekap dan mampan dapat kita wujudkan semua.
Tuan Nga Kor Ming
Seterusnya, saya ingin masuk ke topik seterusnya. YB Kuala Terengganu.
Nanti kejap. Ya, YB Terengganu telah mohon peruntukan untuk program rejuvenasi atau peremajaan kawasan perumahan supaya kerja naik taraf dan memperbaharui kawasan kediaman lama dapat dijalankan secara menyeluruh dan berterusan dan bukannya mengambil peluang untuk mempelawa pemaju meroboh atau membangun semula kawasan tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, isu yang dibangkitkan oleh YB Terengganu, Kuala Terengganu boleh lihat dari dua perspektif berbeza iaitu pertama, penyelenggaraan perumahan dan kedua, aspek pembaharuan semula kawasan perumahan.
Dalam aspek penyelenggaraan, KPKT menerajui inisiatif program penyelenggaraan perumahan dan Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia
(TPPM) yang dikhususkan bagi membantu kos penyelenggaraan rumah berstrata kos rendah awam dan mampu milik swasta.
Banyak skoplah kita bantu. Kita naik taraf ganti lif lah, ganti tangki air lah, paip sanitary-lah, bumbung lah, tangga lah, susur tangan, macam-macam kita buat.
Dalam aspek pembaharuan semula, perlu ditegaskan bahawa selain perobohan dan pembinaan semula bangunan bagi memelihara dan memelihara sesuatu kawasan, sebenarnya, pendekatan melalui penyegaran semula, urban revitalization, dan penjanaan semula urban regeneration akan sentiasa diberi penekanan terlebih dahulu, terutamanya sekiranya keadaan struktur dan fungsi bangunan masih utuh, selamat dan tidak membahayakan penduduk.
Untuk makluman, kerja-kerja membaik pulih...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
...dan juga menaik taraf bangunan penyediaan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo sekali lagi ...
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
...nak sebab saya ada bangkitkan mengenai masalah PBT, di mana PBT-PBT di seluruh negara mempunyai masalah dengan peruntukan MARRIS, di mana peruntukan MARRIS ini tidak boleh digunakan untuk penurapan jalan-jalan batu yang baharu. Jadi, saya bertanya kepada Kementerian KPKT, adakah kementerian ingin berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk membenarkan PBT-PBT menggunakan peruntukan MARRIS untuk menurap jalan-jalan baharu yang telah dibina, yang jalan batu?
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Jadi, kalau boleh. Lagi satu yang saya tanya adalah mengenai jalan-jalan PBT yang kecil. Sebab sekarang kereta orang besar-besar. Jadi, sudah sampai masanya kementerian melihat pada jalan-jalan yang kecil ini supaya dilebarkan dan saiznya diperbesarkan. Jadi, saya ingin jawapan mengenai perkara itu, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Okey Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Yang Berhormat Menteri. Satu lagi, Kuantan.
Tuan Nga Kor Ming
Ya.
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Saya tengok, saya tunggu tadi, tak ada juga jawapan berkaitan dengan masalah saliran yang saya bangkitkan dalam Kamar Khas dan juga telah di apa, saya terima surat daripada PBT mengatakan permohonan tersebut tidak diluluskan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Bangun]
Tuan Wan Razali bin Wan Nor - Kuantan
Mungkin tak ada jawapan di sini.
Saya minta secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Ya. Ada lagi?
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
YB Menteri.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang Berhormat Menteri.
Ini berkaitan dengan pertanyaan Rompin mengenai rumah terbengkalai di Daerah Rompin.
Tuan Nga Kor Ming
Ya. Alright.
Dato' Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Mohon.
Tuan Nga Kor Ming
Pertama, tentang MARRIS. MARRIS adalah peruntukan di bawah MOF. Dan ia adalah peruntukan mengikut Perlembagaan Persekutuan. Dan dia biasanya disalurkan kepada kerajaan negeri. Di mana memang sekiranya digunakan untuk tujuan tersebut, mana-mana kerajaan negeri seharusnya mengoptimumkan. Cuma mungkin jalan yang dirujuk oleh Yang Berhormat itu, di luar kawasan bidang kuasa PBT.
Tuan Nga Kor Ming
Maka, MARRIS itu tidak digunakan. Dia harus pakai, guna pakai peruntukan di bawah KKDW. Itu sebab itu, saya kena tengok, sama ada dia Jalan Persekutuan, jalan negeri, jalan perumahan ataupun jalan di luar bidang kuasa PBT. So, adalah berbeza-beza.
Tuan Nga Kor Ming
Sebagai mantan Timbalan Menteri, saya rasa Puncak Borneo pun ariflah dalam perkara ini. Saya nak masuk satu bab topik tentang Rompin. Rompin itu ada tentang rumah-rumah terbengkalai.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sedikit, YB. Sedikit sahaja, YB Menteri.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri. YB Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Memang, terima kasih. Setahu— setakat ini untuk makluman semua...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri.
Tuan Nga Kor Ming
Di mana, KPKT telah menubuhkan taskforce untuk menyelesaikan projek terbengkalai. Sukacita saya maklumkan dalam Dewan ini, dalam tempoh tiga tahun, saya ucap ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai kerajaan yang gigih— nanti.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Sekejap, Menteri. Menteri, YB Menteri. Speaker, Speaker.
Tuan Nga Kor Ming
Dalam tempoh— sedikit. Sila. Minta injury sedikit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Tak, saya nak bagi tahu, masa dah habis. Jadi, mungkin YB Menteri perlukan berapa minit lagi?
Tuan Nga Kor Ming
Ya, mungkin jika siap soalan, bagi saya lima minit.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Lima minit lagi, ya? Okey.
Tuan Nga Kor Ming
Alright. Okey.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
YB Menteri, satu sahaja.
Tuan Nga Kor Ming
Then, selepas Rompin, Yang Berhormat. Kita berjaya setakat ini, saya nak kongsikan. Saya ucap terima kasih kepada usaha gigih Jabatan Perumahan Negara, telah berjaya selesaikan lebih 1,200 projek sakit dan terbengkalai. Jumlah 163,000 unit, termasuk Residensi Hektar di Gombak 2,400 unit berlarutan, tak siap-siap pun tetapi saya yakin, insya-Allah 2027, saya bawa Yang Berhormat, kita turun sama-sama serah kunci. Itu memang saya yakin dapat dilakukan. Sila.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Menteri. Saya satu sahaja sebab saya ada request beberapa kali dah sebenarnya, untuk balai bomba di FELDA Soeharto. Minta tolong consider-kan itu.
Tuan Nga Kor Ming
Balai bomba itu nanti tulis surat kepada saya. Kita akan lihat kepada risiko indeks kebakaran. Sekiranya diperlukan, saya akan utamakan permintaan Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Saya dah berbahas banyak kali dah, termasuklah Kamar Khas. Dah bawa dah. Saya akan bagi nanti surat ini.
Tuan Nga Kor Ming
Okey, boleh.
Dato’ Haji Abdul Khalib bin Abdullah - Rompin
Yang Berhormat Menteri, saya menunggu surat daripada Yang Berhormat Menteri untuk menjemput saya. Ya, terima kasih.
Tuan Nga Kor Ming
Ya, ya. Insya-Allah, kita sama-sama kita pergi. Memang yang— perkara yang— itulah semangat kekitaan yang saya sentiasa alu-alukan.
Yang baik, dijadikan teladan. Yang buruk, dijadikan sempadan. We all always are professional here. Seterusnya, saya nak bagi isu-isu perancangan bandar. Perancangan bandar dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Petaling Jaya menyatakan, keperluan meneliti Rangka Skim Perumahan Nasional sebelum pembentangan Urban Renewal Act (PSB), untuk memastikan pembaharuan semula bandar boleh jadi alat keadilan sosial.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, Kerajaan MADANI komited memastikan hak dan kepentingan rakyat terus terbela, tanpa meminggirkan mana-mana pihak. Our principle is, “leave no one and no place behind”, dengan izin. RUU PSB yang disediakan oleh KPKT menerusi PLANMalaysia adalah selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk mewujudkan pembangunan bandar yang seimbang, mampan, inklusif dari segi fizikal, sosial dan ekonomi dengan menitikberatkan kesejahteraan rakyat.
RUU ini telah digubal berasaskan kepada 10 prinsip utama bagi menjamin ketelusan. Jangan lupa, hak pemilik hartanah, termasuk keperluan persetujuan pemilik, pengekalan penduduk asal, kadar caj penyelenggaraan yang munasabah, penetapan kawasan pelaksanaan PSB dibuat berdasar kepada keadaan fizikal, sosial dan infrastruktur tanpa sebarang kaitan dengan faktor kaum atau pendapatan isi rumah.
Selain itu, pendapatan pelaksanaan PSB. Ia tidak melibatkan unsur paksaan atau gentrifikasi. Sebaliknya, dilaksanakan melalui rundingan dan persetujuan bersama dengan pemilik hartanah. PSB juga boleh menyokong Program Perumahan Sosial dengan melaksanakan dasar-dasar negeri untuk memastikan keseimbangan pembangunan yang inklusif dan mampan.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, 534 kawasan di negara ini telah dikenal pasti sebagai kawasan urban renewal area oleh kerajaan-kerajaan negeri,
Tuan Nga Kor Ming
termasuk Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah. Terengganu sendiri cadangkan 55 kawasan. Kedah cadangkan 22 kawasan. Malah, bukan sahaja cadang, telah pun diwartakan pun. Sudah 10 tahun tetapi apa pun tak buat.
Apabila kerajaan nak buat PSB, kita nak kerjasama dengan kerajaan negeri, kerana di Akta PSB, ada dua jawatan kuasa. Satu, Jawatankuasa Eksekutif Negeri akan dipengerusi oleh Menteri Besar Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu juga. Satu lagi, di peringkat Persekutuan. Sebab itu kita wujudkan mekanisme untuk kita sama- sama cari jalan untuk memberikan yang terbaik.
Maka, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan MADANI sentiasa cakna terhadap suara rakyat dalam pastikan inclusivity untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, bacaan kedua bagi Akta PSB ini telah dibentang di Dewan Rakyat pada 28 Ogos dan telah ditangguhkan ke sesi ini. Ini bagi membolehkan KPKT meneruskan libat urus yang lebih fokus dan holistik untuk draf RUU PSB diperkemaskan lagi.
Sejak ditangguhkan bacaan kedua, libat urus telah diadakan bersama Kerajaan Negeri Kedah dan Terengganu, Pertubuhan Perancang Bandar, Malaysian Institute of Planners, Majlis Peguam, parti-parti politik dan tentunya, rakyat sendiri yang menjadi keutamaan untuk RUU PSB.
Sukacita dimaklumkan bahawa hari ini, National Planning Congress yang dihadiri lebih 5,000 orang telah bersetuju menyokong penuh RUU PSB yang akan dibentangkan di Parlimen. Malah, KPKT menerima dengan hati yang terbuka, resolusi RUU PSB daripada mana-mana parti, termasuk UMNO untuk penambahbaikan.
Walaupun kebanyakan syor tersebut telah pun diperuntukkan di dalam fasa- fasa sedia ada RUU PSB yang telah dibentangkan di Dewan Yang Mulia ini, KPKT masih terbuka kepada cadangan konstruktif pelbagai pihak. Sebab itu setakat pagi ini, KPKT telah pun melaksanakan 122 kali sesi libat urus.
Saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun tahu, belum ada kementerian yang membuat sehingga lebih 100 kali sesi libat urus. Saya boleh hafal dari fasa pertama sampai akhir, dah terlalu banyak kali buat sesi libat urus. So, saya harap sekiranya rakan-rakan di sebelah sana, sebelah sini, benar-benar ikhlas, jujur, nak bantu, saya ada satu orang kawan, Puan Rahimah. Dah telefon saya, 70 tahun dia kata, tak lama lagi beliau akan kembali ke Rahmatullah.
Dia kata, tolonglah YB, percepatkan Akta PSB. Saya tak mahu mati di rumah usang macam ini. Itu adalah suara rintihan rakyat. Saya terpulang kepada kebijaksanaan dan keimanan, kebudiman Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekiranya Ahli
Tuan Nga Kor Ming
Yang Berhormat memang ikhlas, jujur nak bantu, tolong bantu saya untuk bantu rakyat. Itu permintaan jujur, ikhlas dari KPKT.
Maka, saya berucap ribuan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun menunjukkan keprihatinan, mengambil bahagian perbahasan berkaitan dengan Kementerian KPKT. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Speaker yang sudi memberikan sedikit masa. Maka, saya akhiri penggulungan teks Belanjawan 2026 dengan serangkap pantun; Bajet 2026 sinar baru, MADANI memimpin arah bersama; KPKT gigih meningkatkan mutu, Rakyat sejahtera negara terpelihara. Sekian, terima kasih. Nandri Vanakkam, Xie Xie.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Yang Berhormat Menteri KPKT. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Menteri Ekonomi atau Menteri Kewangan (II), mewakili Menteri Kementerian Ekonomi.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada kesemua 43 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas perkara-perkara dasar, yang menyentuh secara khusus bidang dan tanggungjawab Kementerian Ekonomi. Justeru, penggulungan saya akan menumpukan kepada tiga perkara utama iaitu Belanjawan 2026 dan hala tuju RMK13. Kedua, keseimbangan pembangunan dan ketiga, kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 ini merupakan Belanjawan MADANI Keempat di bawah Kerangka Ekonomi MADANI dan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas 2026–2030. Ia menandakan permulaan fasa baru dalam perjalanan Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi, terangkum dan mampan menjelang 2030.
Dengan tema Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat, belanjawan ini menggubal bagi memperkukuhkan asas ekonomi serta memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat pada semua peringkat.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Dalam mencapai matlamat ini, kerajaan memberi tumpuan kepada tiga teras utama Ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling bagi meningkatkan potensi dan daya saing ekonomi negara, menaikkan lantai bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, memperkukuhkan tadbir urus bagi meningkatkan kecekapan dan penyampaian perkhidmatan awam.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Kubang Pasu telah menyentuh mengenai prospek pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh RMK13, terutama bagi tahun 2026. Prospek ekonomi dunia dalam tempoh RMK13 dijangka menyederhana, berikutan pelbagai cabaran yang masih berterusan seperti ketidaktentuan dasar perdagangan yang dimulakan oleh Amerika Syarikat serta ketegangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine, Israel dan Palestin, serta India dan Pakistan yang memberi kesan kepada ekonomi dunia.
Pada Oktober 2025, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi global kepada pertumbuhan yang masih sederhana tetapi lebih baik. Pertumbuhan dunia meningkat sedikit kepada 3.2 peratus bagi tahun 2025 manakala bagi tahun 2026, ia dikekalkan pada tahap 3.1 peratus. Pertumbuhan perdagangan dunia juga diunjurkan meningkat kepada 3.6 peratus pada tahun 2025 dan 2.3 peratus pada tahun 2026. Manakala KDNK bagi ASEAN-5 diunjurkan kukuh kepada sebanyak 4.1 peratus.
Prospek ekonomi dunia ini dijangka turut mempengaruhi pertumbuhan ekonomi Malaysia. KDNK Malaysia mencatat 4.4 peratus bagi separuh pertama 2025 dan anggaran awalan bagi suku ketiga 2025 diunjurkan berkembang sebanyak 5.2 peratus. Berdasarkan pencapaian berkenaan, kerajaan optimis unjuran pertumbuhan KDNK antara 4.48 peratus bagi tahun 2025 dan empat hingga 4.5 peratus bagi tahun 2026 seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Dewan yang mulia ini akan dapat dicapai.
Pertumbuhan ekonomi negara pada tahun 2026 akan dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh, disokong oleh pasaran buruh yang stabil melalui penambahbaikan berterusan dalam mekanisme penetapan gaji, kadar inflasi yang sederhana serta pelaksanaan dasar proaktif oleh kerajaan. Tumpuan akan diberikan untuk mempercepatkan aktiviti pembinaan melalui pelaksanaan projek infrastruktur serta merancakkan aktiviti pelancongan, terutama dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.
Bagi tempoh RMK13, sasaran pertumbuhan KDNK adalah antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. Sasaran ini disandarkan kepada pelaksanaan strategi dan
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
inisiatif RMK13 yang dipaksikan Kerangka Ekonomi MADANI serta dasar dan strategi di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Strategi Semikonduktor Nasional. Sasaran yang ditetapkan ini juga selari dengan prospek ekonomi Malaysia yang diunjurkan oleh IMF yang telah turut mengambil kira trend mega dan cabaran ekonomi global.
Kerajaan yakin sasaran ini dapat dicapai melalui pelaksanaan pelbagai usaha di bawah RMK13 untuk meningkatkan kerencaman ekonomi. Pembangunan sektor strategik akan ditumpukan kepada usaha melonjakkan industri yang mempunyai pertumbuhan dan nilai yang tinggi (HGHV) dan sektor strategik berimpak tinggi seperti penerokaan ekonomi hijau, ekonomi biru dan ekonomi jingga. Pembangunan dan penerima gunaan teknologi kecerdasan buatan dan teknologi termaju lain akan dipercepat dan diperluas lagi bagi mempelbagaikan sumber pertumbuhan baru dan meningkatkan penciptaan produk made by Malaysia serta memantapkan ekosistem mesra pelabur bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti.
Seterusnya, bagi menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bayan Baru mengenai perangkap pendapatan pertengahan (middle-income trap), dengan izin, langkah meningkatkan kerencaman ekonomi yang dipenekanankan dalam RMK13 dijangka dapat menghasilkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang lebih bernilai tinggi. Dalam hubungan ini, penekanan akan terus diberi kepada industri HGHV dan sektor strategik berimpak tinggi dengan penumpuan kepada penerima gunaan teknologi termaju seperti AI dalam reformasi semikonduktor, peralihan tenaga bersih, ekonomi digital dan inovasi.
Pembangunan industri HGHV dan sektor strategik berimpak tinggi yang telah dimulakan sejak Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kedua Belas telah mula menunjukkan kejayaan. Dalam tempoh 2024 sehingga separuh pertama tahun ini, Malaysia telah berjaya menarik pelabur dengan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan bernilai RM575 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi.
Pelaburan dalam industri bernilai tinggi iaitu industri ICT dan E&E telah merekodkan kelulusan pelaburan sebanyak RM264.8 bilion dalam tempoh yang sama, iaitu 46 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan. Ini jauh lebih kalau kita bandingkan daripada tahun 2019 yang hanya 16 peratus. Sebanyak 48.4 peratus ataupun RM278 bilion merupakan pelaburan asing. Jumlah ini melibatkan lebih 10,600 projek yang dijangka menjana lebih 297,000 peluang pekerjaan.
Pelaburan berkualiti dalam industri M&E pula menyumbang 41 peratus kepada pembentukan modal tetap kasar dalam tempoh yang sama.
Menteri Kewangan (II) - Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura merupakan antara destinasi pilihan utama pelaburan. Bagi separuh pertama tahun 2025, sebanyak RM37.1 bilion telah diluluskan untuk pelaburan di JS-SEZ, terutamanya dalam sektor pembuatan dan ekonomi digital.
Selain usaha untuk meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI), pertumbuhan produktiviti akan juga ditingkatkan melalui pemantapan ekosistem untuk lebih menyeluruh termasuk penambahbaikan dasar dan tadbir urus, penyelarasan pembiayaan serta pembangunan bakat.
Produktiviti buruh disasarkan bertumbuh sebanyak 3.6 peratus setahun dalam tempoh RMK13 bagi memperkukuhkan daya saing dan kecekapan ekonomi negara.
Peningkatan pelaburan dan produktiviti ini akan disokong oleh aktiviti dan modal pelaburan RDCI yang ditambah baik. Usaha ini akan meningkatkan penyelidikan bernilai tinggi serta penciptaan pengkomersialan harta intelek melalui penyediaan kemudahan penyelidikan dan insentif bersasar.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, trend permohonan paten oleh warganegara Malaysia terus menunjukkan peningkatan positif daripada 940 permohonan pada tahun 2023 dan meningkat lagi kepada 993 permohonan pada tahun 2024. Perkembangan ini mencerminkan peningkatan kesedaran ke atas kepentingan harta intelek dalam pertumbuhan perniagaan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, sedikit. Bayan Baru.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Menteri atas jawapan yang sangat komprehensif. Sebab, ucapan saya tentang kompleksiti or high value, high growth sector dalam ekonomi kita dan saya telah mencadangkan kepada Menteri bahawa dalam bajet akan datang, kalau boleh kita laporkan berapa intellectual property yang telah kita ciptakan dalam satu tahun supaya dia menggalakkan lebih ramai lagi menyertai intellectual property dan juga dari segi R&D. Sebab, kita tahu bahawa tiap-tiap tahun, kerajaan memperuntukkan sebanyak ini untuk membina bangunan ini, memberi peruntukan kepada jabatan ini tetapi kalau kita boleh tukar sedikit supaya rakyat tahu bahawa berapa R&D kita letak dalam sektor ini, sektor itu, itu akan menggalakkan lebih ramai menceburi R&D.
Datuk Seri Menteri, saya juga ingin cadangkan satu lagi ialah tentang our semiconductor.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Di Malaysia ini, di Pulau Pinang dan juga di Malaysia, kita very good at the packaging side tetapi produk yang kita pakej itu adalah produk-produk lama.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Whereas now the new product are AI chips dan kita di Malaysia ini masih belum ada syarikat yang pakej untuk AI chips, yang menceburi dalam bidang itu.
Saya harap bahawa kerajaan kena drive dari segi itu untuk memupuk supaya industri kita kepada kita kepada the high growth, the new, more sophisticated chips iaitu AI chips yang dipelopori oleh Nvidia kerana Nvidia punya supply chain semuanya tumpu di Taiwan, tetapi di Malaysia kita tidak ada.
Jadi, saya harap bahawa we have to be prepared sebab the current chips is considered not growing anymore. Dia saturated tetapi the future, we have to be there.
Saya harap bahawa Menteri boleh bantu sedikit. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.
Seperti yang saya terangkan tadi, kita nampak peningkatan daripada registration pattern yang ada di Malaysia. Juga kalau kita tengok dari segi usaha untuk memperkukuhkan ekosistem RDCI, kita telah nampak peningkatan Peratusan Perbelanjaan Kasar R&D (GERD) kepada KDNK, kepada 2.5 peratus menjelang tahun 2030.
Peratusan ini juga telah meningkat daripada 0.95 peratus pada tahun 2020 kepada 1.01 pada tahun 2022. Ini menunjukkan kemajuan yang berterusan. Bagi tahun 2026, kita menjangkakan sebanyak RM323 juta yang telah diluluskan untuk RDCI untuk melaksanakan 54 projek baharu di bawah pelbagai kementerian.
Jadi, saya terima baik cadangan yang diberikan oleh Bayan Baru. Kita akan melihat kerana yang penting untuk kerajaan ialah melihat yang plan yang kita meletak dalam NIMP dan juga NSS, kita dapat merealisasikan. Dan hujung tahun ini akan dikeluarkan investment framework baharu yang dibuat oleh MOF dan ia akan buat selari dengan apa yang kita plan dalam NIMP dengan NSS dan kita harap ini akan dapat merancakkan lagi industri semikonduktor sepertimana yang diterangkan oleh Yang Berhormat Bayan Baru. Kalau kita melihat juga...
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Yang Berhormat Menteri, boleh saya...
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
...Sambung sedikit mengenai R&D yang disebutkan oleh Menteri dan juga Bayan Baru. Saya lihat dalam Kementerian MOSTI, perbelanjaan untuk R&D hanyalah RM75 juta berbanding yang tahun sudah RM116 juta dan secara keseluruhan Malaysia ini berbanding dengan negeri-negeri yang telah maju, kita ketinggalan jauh. Macam Yang Berhormat Menteri sebut tadi 1.01 persen tahun 2022 dan kita punya target by 2030 bila kita selesai dengan RMK13, kita akan mencapai dalam 2.5 peratus. Tetapi,
Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
kita kena juga lihat dari segi KDNK kita kian meningkat. Peratus sekarang dengan KDNK low base, peratus 25 persen higher base.
Saya suka bandingkan dengan negara-negara yang maju seperti Taiwan. I was in Taiwan for three years. Taiwan dari segi patterns, tadi sebut pasal pattern. Dia talking about 7,800 patterns a year. That mean pattern ni betul-betul dia punya own technology they develop. Technology and also product. That’s why we have big companies like TSMC. They’re the best in the semiconductor in the world. Saya rasa dalam bidang inilah Yang Berhormat Menteri, kita perlu really go all out-lah. We have need political will to make sure we are on par with them or at least not too far from them. Korea is the same. Amerika Syarikat lagilah, 10,000, 15,000 pattern dan sebagainya. Saya tahu mungkin di pihak swasta ada juga peruntukan untuk R&D. Cumanya kita kena tengok, synchronize the whole thing to see what exactly the percentage R&D over kita punya turnover in terms of export for example. Saya lihat R&D is equal to sustainability. Kalau tidak, sekarang kita hanya bergantung kepada syarikat multinasional, Infineon, Intel dan sebagainya. That is their technology, tetapi in order kita nak sustain for the future like what Taiwan did from early 80s until now, they are not dependent on foreign technology or foreign multinational anymore. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh bagi sedikit pandangan atau bagaimana kita nak bergerak ke arah ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju yang untuk meningkat kerencaman ekonomi itulah satu itulah satu matlamat yang penting untuk negara ya. Kalau kita melihat usaha dalam kerajaan, kerajaan juga bukan sahaja bergantung kepada FDI yang masuk ya. Kita juga untuk merancakkan, meminta juga kita punya GLIC untuk memainkan peranan di mana mereka telah melihat.
Kalau kita tengok dari segi Khazanah, mereka dalam program yang dia ada, bawah Dana Impak dengan Jelawang Capital, juga telah melihat macam mana untuk menggalakkan lagi penubuhan syarikat-syarikat pemula dalam Malaysia dan juga melabur dalam institusi mid-tier company, agar kita boleh meningkatkan lagi pemain- pemain dalam sektor ini. Saya rasa the whole-of-nation approach ini adalah satu benda yang penting dan kita akan galakkan dalam usaha Kerajaan MADANI sekarang.
Kita melihat juga, yang penting seperti saya katakan masa saya buat penerangan tadi kan, approved investment itu satu benda yang penting. Kalau kita
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
nampak approved investment masuk, yang penting ialah untuk meningkatkan approved investment itu kepada mereka yang kita klasifikasikan sebagai HGHV yang kita pun nampak penambahbaikan di mana dulu dalam tahun 2019 hanya 16 peratus.
Tahun yang terdekat ini dah naik kepada 46 peratus. Jadi, ini bermakna kita telah berjaya menarik juga investment yang datang kepada kita dalam industri yang kita nak.
Apa yang kita buat sekarang ialah untuk memperkukuhkan ekosistem yang sekeliling investment yang akan datang dan insya-Allah, dengan usaha itu kita dapat meningkatkan lagi konsep untuk made by Malaysia ini dibuat oleh syarikat-syarikat yang ada dalam Malaysia ini. Itulah usaha kita di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Kalau saya teruskan, mungkin ada beberapa benda saya nak menekankan dalam isu ini. Kalau kita tengok dari segi pembangunan negara, bawah RMK13 yang ditunjangi oleh peralihan kepada ekonomi yang berasaskan penciptaan nilai akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta memastikan pencapaian status berpendapatan tinggi pada akhir pelaksanaan RMK13. Pada tahun 2030, PNK per kapita negeri disasarkan meningkat kepada 77,200 berbanding hanya 54,793 pada tahun 2024 dan akan dijangka melepasi nilai ambang negara berpendapatan tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, seramai 15 Ahli Yang Berhormat turut membangkitkan mengenai peruntukan pembangunan (DE) bagi tahun 2026. Peruntukan di dalam anggaran pembangunan tahun 2026 berjumlah RM83 bilion memberi tumpuan kepada peningkatan peruntukan DE asas memandangkan ini merupakan tahun pertama pelaksanaan RMK13.
Bagi mengambil kira kepentingan kebajikan rakyat, setiap tahun peruntukan dan bilangan projek baharu DE asas sentiasa meningkat. Misalnya, pada tahun 2024, pemecahan ini adalah sebanyak RM45.7 bilion, manakala tahun 2025 meningkat kepada RM55.7 bilion. Manakala pada tahun 2024 dijangka meningkat kepada RM57.6 bilion.
Dalam tempoh yang sama, bilangan projek baharu yang juga meningkat iaitu pada tahun 2026 adalah sebanyak 2,371 berbanding sebanyak 1,967 projek pada tahun 2025, 2,003 projek pada tahun 2024 dan 1,009 projek pada tahun 2023.
Manakala, pada tahun 2022 hanya sebanyak 1,136 projek yang telah diluluskan.
Penyediaan peruntukan DE asas inilah untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur asas seperti pembinaan serta menaikkan taraf jalan raya, sekolah, kemudahan kesihatan dan perumahan awam.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Pelaksanaan projek tersebut akan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat serta membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Peruntukan DE asas yang lebih tinggi ini membuktikan bahawa kerajaan tidak mengorbankan projek untuk rakyat dalam membantu menjimatkan fiskal kerajaan.
Berdasarkan Mesyuarat Pembangunan Khas Negeri yang telah diadakan, kerajaan juga telah meluluskan sebanyak 90 peratus senarai projek keutamaan ataupun wish list negeri bagi memastikan setiap negeri turut menikmati limpahan pembangunan serta menyokong Agenda Ekonomi MADANI dan pembangunan inklusif.
Belanjawan 2026 bertemakan Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat terus memberi tumpuan kepada sektor strategik yang mampu menjana pertumbuhan jangka panjang.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
[Bangun]
Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan
Ini termasuk—
(a) sektor pembuatan dan teknologi tinggi berasaskan industri HGHV melalui inisiatif automasi, pendigitalan industri dan integrasi teknologi hijau bagi menjana nilai ditambah yang lebih tinggi, pulangan eksport yang lebih besar dan pekerjaan berpendapatan tinggi;
(b) pertanian moden dan agromakanan dengan fokus kepada keselamatan makanan dan penggunaan teknologi pintar bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani;
(c) pelancongan dengan menggalakkan pelaburan swasta, menjenamakan semula destinasi berasaskan warisan dan alam semula jadi serta memperkukuhkan infrastruktur pelancongan bagi merancakkan aktiviti ekonomi oleh PMKS dan meningkatkan pendapatan negara; dan
(d) tenaga boleh baharu (RE) dan ekonomi hijau selaras dengan National Energy Transition Roadmap (NTER) bagi menarik pelaburan baharu, mewujudkan pekerjaan berkualiti dan meningkatkan kemampanan sektor tenaga.
Pembangunan sektor strategik ini akan dilaksanakan secara sinergi antara perbelanjaan awam yang terhad dan pelaburan swasta yang dipertingkatkan agar momentum pertumbuhan ekonomi negara akan dikekalkan tanpa menjejaskan disiplin fiskal.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sila.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Terima kasih. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Terima kasih, Tuan Speaker.
Topik berkenaan dengan belanja pembangunan (DE) yang disebut komitmen di pihak kerajaan tidak akan mengetepikan projek infra yang berkepentingan rakyat termasuk disebut tadi jalan raya. Jadi, yang Bachok ingin bangkitkan sekali lagi, turut dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Kemaman, MB Terengganu, MB Kelantan tentang status projek Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3). Sekarang ini, Lebuh Raya Pantai Timur untuk, Tuan Speaker, lebuh raya Pahang–Terengganu sahaja. Ada di Pahang, ada di Terengganu. Tak sampai ke Kelantan lagi.
Soalan saya. Mengapa tiada dinyatakan dalam RMK13 dan turut tidak dinyatakan― mungkin ada tapi tidak dinyatakan― prospek kajian ke ataupun kerja- kerja awalan untuk meneruskan fasa LPT3. Berdasarkan komitmen yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang pentingnya DE ini oleh kerana Bajet 2026 adalah tahun pertama kepada pelaksanaan RMK13.
Dan saya mohon sikit lagi, Yang Berhormat Menteri, jika ada topik-topik yang akan datang yang akan disentuh sebentar lagi tentang statistik. Sikit saja. Saya petik kenyataan Ketua Perangkawan pada berita 5 Mei 2025, “RUU Statistik 2025 akan dibentangkan tahun ini”. Jadi, kita ini dah hujung Oktober, November, Disember ini.
Jadi, saya mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri prospek pembentangan RUU Statistik ini yang Akta Perangkaan 1965 ini akhir disemak pada tahun 1989. Jadi, mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih, Yang Berhormat Bachok.
Seperti saya katakan tadi, yang penting ialah kita melihat daripada segi DE asas ya, untuk meningkatkan DE asas agar pembangunan yang ada di dalam negara ini betul- betul menolong meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Saya ambil maklum yang LPT ialah satu projek yang penting untuk dilihat dan saya akan berbincang dengan Kementerian Kerja Raya terutamanya untuk mungkin RP2 di mana ada kemungkinan ke tak kita nak masukkan ini. Saya ambil cadangan yang diberikan itu.
Untuk...
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, kalau saya boleh? On LPT3 juga. Kerana LPT3 ini diluluskan pada tahun 2019 lagi. Sewaktu itu saya di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan disebut oleh Menteri Kerja Raya pada tahun 2020 bahawa pelaksanaannya telah diluluskan dan dah ada kerja-kerja awal
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
diperuntukkan sejumlah RM35 juta. Jadi, kenapa gap time itu terlalu lama? Ini merupakan satu perkara yang saya rasa Yang Berhormat Menteri perlu beri perhatian supaya tak ketinggalan terlalu lama. 2019― sekarang dah 2026. Terima kasih, Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Putrajaya kerana membuat peringatan itu. Ya, seperti saya katakan tadi, saya akan berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Kita tengoklah macam mana itu. Kerana kalau dalam pelaksanaan RMK13 kita melalui RP-RP yang ada...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
...Dan kalau kita boleh memberi penekanan, kita akan memberi penekanan yang lebih kepada itu. Tadi ada soalan...
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Biar saya jawab tadi.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Okey.
Datuk Seri Amir Hamzah bin Azizan
Ada soalan satu tadi yang ditanya fasal RUU Perangkaan. Buat masa sekarang, perinciannya belum sampai kepada saya di Kementerian Ekonomi. Bila dia akan sampai, kita akan buat penyelidikan dan akan dilihat sama ada dia boleh dimasukkan ke tak dalam takwim yang akan ada untuk perbincangan, ya. Itulah maklumat terkini yang saya ada. Terima kasih.
Okey, silakan.
Puan Young Syefura binti Othman - Bentong
Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin bertanyakan dan inginkan perhatian daripada Yang Berhormat Menteri mengenai keperluan penyambungan daripada Lebuh Raya Pantai Timur― pembinaan Lingkaran Tengah Utama daripada Karak ke Simpang Pelangai yang sebelum ini banyak kali telah diumumkan, dan yang kali terakhir telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bersama dengan Menteri Besar Pahang, di mana keperluan lingkaran tengah ini diteruskan untuk pakej enam.
Kerana kalau kita lihat baru-baru ini pun di jalan yang sedia ada, berlakunya terputus jalan selepas hujan lebat dan sebagainya. Jadi, keperluan untuk penyambungan semula projek ini amat diperlukan oleh warga Bentong untuk projek pakej keenam ini.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Terima kasih Yang Berhormat Bentong.
Seperti tadikan, yang pentingnya, kalau kita tengok agensi pelaksana dalam kerajaan ialah Kementerian Kerja Raya. Jadi, dari segi Kementerian Ekonomi, kita akan membawa apa yang kita mendengar daripada Dewan ini kepada mereka untuk berbincang dan tengok prioritization. Tiap-tiap tahun kita ada prioritization mengikut
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
RP yang akan diadakan, dan saya akan ketengahkan permintaan yang dibuat sekali lagi.
Kalau saya boleh teruskan?
Tuan Yang di-Pertua, seramai 21 orang Ahli Yang Berhormat telah menunjukkan keprihatinan berkaitan isu ketidakseimbangan dan jurang pembangunan antara wilayah dan negeri dan desa. Untuk makluman Yang Berhormat, Belanjawan 2026 telah dirangka bukan sekadar bagi dokumen fiskal tahunan tapi bagi sebagai instrumen pelaksanaan kepada kerangka pembangunan jangka sederhana negara yang diterjemahkan melalui RMK13. Belanjawan 2026 menggabungkan pendekatan top-down dan bottom-up dengan tumpuan kepada mengurangkan jurang pembangunan wilayah serta memperkasakan ekonomi desa dan komuniti setempat.
Sebahagian projek top-down dalam Belanjawan 2026 dirancang bertujuan menangani isu ketidakseimbangan wilayah, terutama pembangunan infrastruktur jalan seperti sambungan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Fasa 1B di Sabah. Fokus juga diberikan kepada pembangunan koridor dan hab pengeluaran bagi mengoptimumkan potensi ekonomi setempat seperti pembangunan Kedah Rubber City, Taman Perindustrian Tok Bali dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu.
Dalam aspek daya tahan iklim dan kesejahteraan rakyat, sebanyak RM1.13 bilion telah diperuntukkan pada tahun 2026 melibatkan 98 projek untuk pelaksanaan rancangan tebatan banjir di seluruh negara yang meliputi, termasuk Rancangan Tebatan Banjir Baling Fasa 2, Rancangan Tebatan Banjir Kota Bharu dan Rancangan Tebatan Banjir Sibu Fasa Ketiga.
Selain itu, 102 projek berkaitan penyediaan bekalan air yang mampan turut diberi keutamaan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Sebagai contoh, projek bersepadu meningkatkan keselamatan Empangan Labong, Johor, dan peningkatan Empangan Timah Tasoh Fasa 3.
Belanjawan 2006 juga mengangkat pendekatan bottom-up bagi memberi ruang kepada suara akar umbi untuk membentuk pelaksanaan projek yang memenuhi keperluan komuniti setempat. Kerajaan telah memperhebatkan Inisiatif Ikhtiar MADANI untuk rakyat dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi tahun 2006 untuk melaksanakan program-program termasuk Kampung Angkat MADANI dengan sasaran 500 kampung serta Sekolah Angkat MADANI dengan sasaran 1,500 sekolah terlibat di seluruh negara. Pendekatan ini untuk dapat memastikan isu yang dilihat kecil tapi bermakna besar kepada rakyat dapat ditangani dengan tuntas.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Ekonomi akan terus memastikan pelaksanaan projek pembangunan di setiap negeri adalah berasaskan keutamaan dan keperluan rakyat agar pembangunan yang lebih inklusif, seimbang dan mampan dapat dicapai, terutama enam negeri kurang membangun.
Dalam hubungan ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 bilion DE Asas pada tahun 2026 kepada enam negeri tersebut. Peningkatan lima peratus berbanding RM19 bilion pada tahun 2025. Peruntukan ini menumpukan kepada pembangunan infrastruktur asas.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri boleh beri laluan sikit tak? Sikit je.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Bagi saya habis...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya takut sat lagi Menteri pergi ke tajuk lain. Ini pasal jurang ekonomi antara negeri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Saya habis yang ini, lepas itu saya bagi masa dekat Kubang Pasu.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Dan Putrajaya ya, Menteri. Boleh?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Sekali dengan Gerik sekali.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Peruntukan ini untuk menumpukan pembangunan infrastruktur asas seperti pembinaan jalan penghubung, bekalan air bersih dan selamat, bekalan elektrik serta capaian Internet yang lebih meluas terutama ke kawasan pedalaman. Bagi tujuan ini, pada tahun 2026, contohnya, kerajaan telah meluluskan sebanyak 242 projek bekalan air luar bandar dan 32 projek bekalan elektrik luar bandar di seluruh negara. Sila.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya sebut dalam ucapan perbahasan saya hari itu.
Saya membuat perbandingan yang senang difahami dan dekat antara dua negeri ini. Sebagai contoh, yang terbaik ya, negeri Kedah dan negeri Pulau Pinang.
Di Kedah pun jiran baik dengan Pulau Pinang, tak ada masalah tapi di segi ekonominya jauh berbeza. Kedah juga terletak di Pantai Barat Semenanjung.
Banyak benda-benda di situ cumanya kita tidak ada port seperti Pulau Pinang dan juga big airport. Pulau Pinang umpamanya KDNK RM121 bilion satu tahun, Kedah RM76 bilion. That's a big difference. And then, Kedah RM54 bilion, Menteri dan KDNK per kapita Penang RM76,000, dia above national average, dan Kedah hanya RM27,000 dan saya lihat gap ini, jurang ini akan melebar di masa-masa akan datang.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Saya rasa dalam by the time kita selesai dengan 2030 RMK13, gap ini, jurang ini akan melebar. Jadi, Kedah dapat RM5 bilion untuk padi lima kali dua tahun tapi padi ini Yang Berhormat Menteri, dia tidak akan, dia bukan satu projek yang berimpak tinggi dan memberikan kenaikan ekonomi dan per kapita income kepada rakyat. Dia membantu negara untuk keterjaminan makanan. The only way to do it, kita ada lapan sekarang di Bukit Kayu Hitam. Needs to push faster, more aggressive. So that kita boleh tingkatkan ekonomi KDNK dan capital income. Dan termasuk juga Rubber City yang sebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.
There is no way for kita go into pertanian in a big way to get apa orang kata drastic, dramatic increase in KDNK per capital income. Mungkin Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri Ekonomi, I think this is the right person for me to talk to lah.
How to do this?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri. Menteri, sikit Menteri.
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Kalau tidak, gap itu akan teruk lagi. Terima kasih.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Apabila Yang Berhormat Menteri menjelaskan tentang merapatkan jurang pembangunan antara wilayah, saya amat bersetujulah pendekatan kerajaan daripada Wawasan Kemakmuran Bersama dulu pun, itulah yang ditekankan.
Namun begitu, saya nak dapat penjelasan sedikit tentang prioriti kerajaan. Bila saya sebut tadi LPT3. LPT3 ini 2019 diluluskan, 2020 dah start kerja awalan dan kemudiannya diluluskan untuk LRT Pulau Pinang RM17 bilion. RM17 bilion ini diluluskan 100 percent DE, 100 percent peruntukan pembangunan.
Jadi, saya mohon penjelasan tentang prioriti kerajaan sekarang berkaitan dengan projek pembangunan ini dan penggunaan DE. Tentang penggunaan DE ini, bagaimana projek yang dah lama dalam pipeline tidak diteruskan tetapi dimulakan projek baru dengan DE keseluruhan RM17 bilion?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mana ada. Tak ada lah.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, saya nak minta penjelasan. Kalau tak ada jawapan lisan pun boleh bagi bertulis. Apakah projek lain yang menggunakan model DE asas sepenuhnya dalam konteks LRT dan MRT di seluruh negara? Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, saya–– Jelutong, Menteri. Saya pun ada bahas tentang isu dua perkara yang saya bahaskan.
Satu adalah berkenaan dengan projek LRT Mutiara, di mana saya menyangkal Ahli-
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
ahli Parlimen daripada sebelah sana yang mengatakan bahawa projek ini hanya memberi keuntungan kepada kroni. Saya telah minta mereka buktikan dan sehingga hari ini tidak ada sebarang bukti. Nombor satu.
Nombor dua, di Pulau Pinang untuk makluman Dewan yang mulia ini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Kerajaan Pulau Pinang juga mengusahakan peruntukan sendiri untuk membina lebuh raya daripada Paya Terubong ke Balik Pulau. Now, kita nak buat perbandingan. Ini kita mengambil inisiatif sendiri. Berbanding Kerajaan Negeri Kedah, tidak ada usaha sebahagian begitu. Tapi berulang kembali kepada kementerian...
Dato' Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail - Kubang Pasu
Tak betul Jelutong, kita pun ada juga cuma duit kita kurang daripada Pulau Pinang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tunggulah, Yang Berhormat. Saya ingin menyatakan bahawa, kita menghargai usaha kerajaan. Tetapi, di sini sebagai Ahli Parlimen daripada Pulau Pinang, saya ingin mempertahankan Kerajaan Pulau Pinang juga ada mengusahakan dana sendiri untuk membina lebuh raya-lebuh raya.
Tetapi di sini saya berterima kasih kerana lebuh raya yang dibina iaitu sambungan daripada Tol Juru ke Sungai Dua akan memberi manfaat bukan sahaja kepada penduduk Pulau Pinang tetapi juga kepada penduduk-penduduk di Kedah dan Perlis yang berulang alik menggunakan jalan raya tersebut. Jadi, mengatakan bahawa ia hanya memberi manfaat kepada Pulau Pinang adalah sesuatu yang mengelirukan Dewan.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Jelutong, sahabat saya. Jelutong, Jelutong setuju tak kalau royalti petroleum Kelantan diberikan kepada Kelantan dan Kelantan juga boleh buat jalan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tanya Menteri, bukan floor saya. Tanya Menteri.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Saya selitkan dengan Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tanya Menteri.
Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok
Mohon pandangan Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Okey.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jap, jap, jap, Menteri. Menteri, Menteri, sebentar. Menteri, Gerik ada nak tanya, nak bagi Gerik ke tidak?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Tambah sikit je. Mungkin boleh jawab bersekali?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Hah, Menteri?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Sikit je? Mungkin boleh jawab bersekali juga.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, Gerik, Menteri tak kasi. Menteri, teruskan.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Okey, terima kasihlah kerana banyak yang ditanyakan. Tapi, kita kena melihat daripada segi pandangan kerajaan yang dia mengambil berat untuk melihat yang bila kita buat pembangunan, pembangunan itu harus mengurangkan jurang yang ada.
Kita telah nampak daripada peruntukan yang dinaikkan kepada keenam-enam negeri itu dalam apa yang kita dah buat dalam Belanjawan 2026. Ini adalah satu pendekatan yang positif yang harus diambil dan juga kita mendapat pendekatan di mana kita menerima cadangan-cadangan daripada negeri-negeri dan kita bagi prioriti kepada negeri-negeri dan 90 peratus apa yang diminta, kita masukkan dalam belanjawan. Ini adalah satu pendekatan yang baik yang harus disambut tak kiralah duduk kat sana, kat sini tapi adalah satu pendekatan yang baik daripada amalan kerajaan.
Jadi, yang pentingnya kita bersama-sama lah menolong untuk membina negara yang lebih baik. Di mana kita ada peluang untuk meningkatkan kerencaman ekonomi, kita menarik FDI, kita akan membuat dan melihat zon-zon yang akan mendapat dan rakyat Malaysia akan mendapat nikmat yang apa-apa kita buat. Yang itu yang satu usaha yang kita buat bawah Kerajaan MADANI.
Jadi, saya harap dengan ada peningkatan itu, kita akan bergerak dengan lebih baik dan kita janganlah politikkan isu-isu dan bercakap tentang benda-benda yang tak penting untuk ini. Yang pentingnya Malaysia kena ke depan dan kita berusaha untuk bergerak ke depan bersama.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ada berapa lagi isu saya nak cover, saya minta lebih sikit masa kerana tadi ada banyak ruang saya berikan ya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri minta penjelasan sikit tadi berkaitan soalan yang tanya tadi, prioriti tadi.
Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti saya katakan, kalau kita tengok dalam prioriti, prioriti kerajaan ialah meningkat apa yang telah dibentangkan di dalam
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
model Ekonomi MADANI dan dibentangkan dalam NIMP dan NETR dan NSS yang kita telah buat.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Kalau kita menemui pendekatan, apa-apa yang akan dibuat harus menolong merancakkan itu kerana ini akan meningkatkan lagi ekonomi Malaysia ke depan.
Jadi, cara itulah kita membuat daripada segi pendekatan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Puan Yang di-Pertua, saya teruskan.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Saya nak celah sikit sahaja, Yang Berhormat Menteri. Sikit sahaja.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Biar saya habis dulu, pasal tadi saya diberi masa lebih. Saya nak gunakan untuk menjawab daripada segi dasar.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Lepas ni ya? Okey, baik. Terima kasih.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Puan Yang di-Pertua, kerajaan telah memperkukuhkan pembangunan kawasan sempadan agar rakyat di kawasan ini dapat menikmati kemajuan melalui infrastruktur yang lebih baik, peluang ekonomi dan taraf hidup yang meningkat. Dalam hubungan ini, platform kerjasama serantau seperti IMT-GT, BIMP-EAGA akan terus dimanfaatkan dengan ini menjadi prioriti untuk meningkatkan, merancakkan lagi ekonomi yang ada.
Dan melalui Belanjawan 2026, kita telah nampak yang kerajaan merancakkan pembangunan sempadan melalui beberapa projek-projek utama yang telah diluluskan. Ini termasuk di Sabah, Sarawak, pembinaan jalan dari Pengkalan Pagalungan ke Pengkalan Sempadan Bantul, Daerah Pensiangan, Sabah dan menaikkan Kompleks ICQS Tebedu, Sarawak.
Pantai Timur. pembinaan jambatan baharu Rantau Panjang–Golok, Thailand dan pembangunan Geting Integrated Tourism Zone di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan.
Di utara Semenanjung. Jalan daripada ICQS Bukit Kayu Hitam ke CIQ Sadao dan membina baru pos kawalan dan blok bangunan pejabat di Kompleks ICQS Wang Kelian serta kajian potensi aktiviti ekonomi sempadan Royal Belum, Perak.
Di Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura, projek infrastruktur bagi menyokong pelaburan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan dan teknologi dan kita telah
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
nampak capaian yang kita dapat daripada JS-SEZ di mana kita nampak tahun ini saja, RM37.1 bilion pelaburan telah masuk ke dalam JS-SEZ.
Puan Yang di-Pertua, beberapa Ahli Yang Berhormat telah menyentuh tentang perkara penting yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat yang merangkumi kemiskinan, pembangunan terangkum dan agenda pemerkasaan bumiputera. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Belanjawan 2026 telah mengumumkan langkah-langkah bagi membasmi kemiskinan dan menangani kos sara hidup.
Antaranya termasuk pemberian Sumbangan Tunai RAHMAH, Sumbangan Asas RAHMAH dengan peruntukan hampir RM15 bilion, pelaksanaan inisiatif Payung Rahmah peruntukan RM600 juta dan program bantuan kebajikan di bawah JKM dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion dan projek kawalan harga barang di pusat-pusat jualan dengan peruntukan RM700 juta.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Menteri, sikit sahaja.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Yang inilah antara benda-benda yang penting kita buat untuk mengawal kos.
Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tentang bantuan ini.
Menteri, sistem PADU sekarang ini macam mana? Saya tanya dalam perbahasan tetapi nampak Menteri tak jelas. Sistem PADU sekarang ini masih digunakan atau memang kita tak guna terus?
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Seperti jawapan yang telah beberapa kali kita terangkan dalam Dewan, sistem PADU dibina dan akan terus digunakan untuk melihat projek-projek yang boleh menggunakan data dengan lebih baik lagi. Kita telah menerima lebih 17 permohonan daripada kementerian dan agensi untuk menggunakan data-data PADU untuk menajamkan lagi inisiatif yang ada. Jadi dari segi kementerian, kita merasakan PADU telah berjaya kerana ia telah memberi kemudahan untuk kita memperketat kita punya polisi yang ada dalam negara ini.
Jadi mungkin tiga perkara, Puan Yang di-Pertua, kerana tadi ada banyak gangguan yang diberikan, saya bagi masa untuk orang bertanya. Jadi, saya nak habiskanlah perbahasan ini dengan penggulungan ini.
Yang pertama, kalau kita tengok dari segi data yang kita ada, Pendapatan Garis Kemiskinan di peringkat nasional bagi tahun 2025, bila kita tengok HIS survey, ada banyak penambahbaikan yang telah dapat. Kalau kita tengok dari segi data, nombor untuk kemiskinan tegar telah jatuh kepada 0.09 peratus pada tahun 2024 berbanding pada 0.2 peratus.
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Ini bermakna kita telah turun hanya 7,000 orang miskin tegar yang ada.
Hanya tiga negeri saja yang kita nampak masih ada miskin tegar yang kita akan berusaha untuk mengurangkannya. Jadi, usaha kerajaan telah berjaya untuk mengurangkan kemiskinan yang ada dan kita akan terus meningkatkan lagi usaha dalam ini.
Kita juga memperkenalkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi untuk melengkapkan usaha-usaha kita. Jadi, bukan sahaja kita tengok dari segi kewangan tapi kita tengok dari segi total kemudahan untuk rakyat dan kita nampak juga ada banyak juga penambahan baik dalam data kita nampak.
Dalam perbahasan dan juga orang bertanya tentang pemerkasaan bumiputera. Selari dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa agenda pemerkasaan bumiputera tidak pernah diketepikan oleh kerajaan. Dalam hubungan ini, pemerkasaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), bertemakan penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera yang lebih bermakna sedang diterjemahkan oleh semua kementerian dan agensi.
Kita mengambil pendekatan whole-of-nation approach di mana bukan sahaja dari segi kerajaan tapi agensi-agensi semua bekerjasama untuk meningkatkan dan mencapai matlamat yang kita letakkan dalam agenda pemerkasaan bumiputera dan kita juga melihat ada pencapaian yang telah banyak dicapai dalam ini.
Akhir sekali, dalam agenda negara menua. Malaysia telah menjadi negara menua pada tahun 2021 dan diunjurkan menjadi negara tua menjelang tahun 2048.
Berdasarkan statistik terbaru DOSM, rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan (NAB) telah dibangunkan bagi mempersiapkan Malaysia menuju negara tua. Di bawah NAB, kerajaan telah menetapkan strategi untuk mewujudkan ekosistem penjagaan jangka panjang (LTC) yang mampan, mempersiapkan pasaran buruh, kemahiran dan pendidikan dan penyesuaian keutamaan fiskal dan menambah baik perlindungan sosial serta meningkatkan kesejahteraan warga berusia.
Bagi tahun 2026, kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion bagi agenda penuaan negara termasuk pembangunan ekonomi usia emas dan ekonomi penjagaan. Sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu, Belanjawan 2026 telah diperluas dengan insentif potongan cukai dua kali ganda bagi syarikat yang menaja latihan kepada pekerja jagaan (care worker) serta lanjutan tempoh potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji warga emas.
Puan Yang di-Pertua, sebagai penutup, Belanjawan 2026 merupakan langkah transformasi nasional yang selaras dengan hala tuju Rancangan Malaysia Ketiga
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Belas. Ia merupakan manifestasi komitmen kerajaan untuk membina masa depan Malaysia yang lebih sejahtera, terangkum dan mampan. Belanjawan ini digubal berteraskan nilai-nilai MADANI dengan matlamat memperkukuhkan asas ekonomi negara, memperluas peluang kepada semua lapisan rakyat serta memastikan hasil pembangunan dinikmati secara saksama.
Pemeliharaan kesihatan bumi juga menjadi matlamat agar kemajuan negara dapat dicapai tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat dan masa depan generasi yang akan datang. Menyedari cabaran global dan domestik yang semakin kompleks dan dinamik, kerajaan komited untuk mengambil tindakan yang berkesan berpandukan perancangan strategik serta disokong oleh pelaksanaan yang cekap dan berintegriti.
Dalam hubungan ini, keupayaan negara untuk menyesuaikan diri dan bertindak proaktif amatlah penting. Belanjawan MADANI ini dirangka bagi menzahirkan tekad kerajaan dalam memastikan setiap dasar dan peruntukan membawa manfaat menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa meminggirkan sesiapa daripada arus pembangunan negara.
Puan Yang di-Pertua, setakat ini sajalah penjelasan saya terhadap isu utama yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan. Sekali lagi saya ingin mengambil masa ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026.
Dengan komitmen semua pihak, Ahli Yang Berhormat, kementerian, agensi dan masyarakat, belanjawan ini menjadi asas penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif, kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang mampan, sekali gus meletakkan Malaysia di landasan yang lebih kukuh untuk mencapai visi RMK13 menjelang 2030. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pengangkutan untuk menjawab selama 45 minit.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih kepada Puan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026. Pertama, yang menyentuh isu-isu di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan. Isu-isu tersebut boleh dirangkumkan kepada
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
projek-projek yang sedang dalam pembinaan, naik taraf pengangkutan awam, pelabuhan dan lapangan terbang. Pada hari ini, saya akan mengulas beberapa perkara utama yang telah dibangkitkan dalam perbahasan ini.
Saya mulakan dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut, Permatang Pauh, Pendang, Kuala Terengganu, Kubang Kerian, Kubang Pasu dan Setiu yang menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang atau lebih dikenali LRT Laluan Mutiara. Ketua Pembangkang telah menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa beliau sudah bertanya dengan rakyat Pulau Pinang dan diberitahu oleh rakyat Pulau Pinang, mereka sebenarnya tidak memerlukan LRT. Saya tak tahu berapalah orang dia tanya.
Sebagai mana semua sedia maklum, pembinaan projek ini diumumkan pada tahun 2016. Pada asalnya merupakan inisiatif di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jajaran asal projek berkenaan dirancang bermula dari Pulau Silikon hingga ke KOMTAR. Dan pada masa itu, cadangan projek telah melepasi proses pemeriksaan awam, di mana sebanyak 97.67 peratus responden awam menyatakan persetujuan serta sokongan terhadap pelaksanaan Projek LRT berkenaan.
Setelah Kerajaan Persekutuan mengambil alih projek ini, jajaran baru telah dikaji dan diputuskan untuk disambungkan dari Macallum ke Penang Sentral di Butterwoth melalui jambatan kereta api yang merentasi Selat Pulau Pinang, dengan kawasan liputan penduduk catchment area yang lebih besar.
Projek ini telah melalui proses pengurusan nilai yang merangkumi kajian makmal nilai dan kajian kejuruteraan nilai, bertujuan untuk memastikan perbelanjaan projek digunakan secara optimum dan projek yang dilaksanakan benar-benar memberikan impak positif kepada rakyat.
Projek LRT Laluan Mutiara yang diluluskan mempunyai jajaran yang bermula dari Pulau Silikon ke KOMTAR sepanjang 23.7 kilometer dan disambungkan dari Macallum ke Penang Sentral 5.78 kilometer, di Butterworth melalui jambatan kereta api sepanjang 3.06 kilometer yang merentasi Selat Pulau Pinang.
Berdasarkan penilaian impak projek, kawasan tumpuan penduduk yang lebih besar ini bakal memberikan manfaat kepada lebih 1.8 juta penduduk di pulau serta komuniti di Seberang Perai, Selatan Kedah dan di utara Perak. Tambahan pula, terdapat anggaran lapan juta pengunjung, termasuk pelancong ke Pulau Pinang setiap tahun.
Bagi jangka masa panjang, usaha membangunkan pengangkutan rel ini bukan saja mengurangkan kesesakan jalan di Pulau Pinang apabila operasi bermula
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
kelak dan melancarkan pergerakan di kawasan yang padat tetapi juga penting bagi mengekalkan momentum ekonomi di koridor utara. Laluan Mutiara yang menghubungkan Butterworth akan memudahkan pengguna Kereta Api Tanah Melayu Berhad, khususnya ETS dari Perlis — ETS dan komuter dari Perlis, Kedah dan bahagian utara Perak yang bekerja di Pulau Pinang, sekali gus merancak lagi kegiatan ekonomi rakyat. Ini akan mengurangkan masa perjalanan dan menambah masa bersama keluarga, selari dengan nilai kesejahteraan dalam konsep Malaysia MADANI.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kerajaan tidak pernah mengetepikan keperluan pembangunan pengangkutan awam bagi menyokong mobiliti rakyat serta pertumbuhan ekonomi di wilayah utara dan Pantai Timur ke jaringan pengangkutan rel melalui perkhidmatan tren elektrik Padang Besar–Kuala Lumpur, juga telah beroperasi sejak tahun 2015.
Manakala, komuter utara KTM menghubungkan Padang Besar ke Butterworth melalui Arau dan Alor Setar, telah beroperasi sejak tahun 2016. Kerajaan juga telah memperuntukkan Projek Infrastruktur Rel — Laluan Rel Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang merupakan perkhidmatan kereta api penumpang dan kargo baharu berkapasiti tinggi, cekap dan moden untuk manfaat seluruh rakyat Pantai Timur.
Projek ECRL melibatkan jajaran sepanjang 665 kilometer dan 20 stesen di empat negeri, termasuk dua stesen di Kelantan, enam di Terengganu, tujuh di Pahang dan lima di Selangor yang menghubungkan Kota Bharu ke Pelabuhan Klang.
Projek ini dijangka siap dan akan mula beroperasi tahun 2027. Selain daripada meningkatkan kesalinghubungan dan menyediakan pilihan pengangkutan yang lebih selamat dan reliable untuk penumpang dan kargo.
Projek ECRL juga berfungsi sebagai pemangkin ekonomi di Wilayah Pantai Timur dan membangunkan kluster ekonomi yang menyokong perniagaan tempatan dan pertumbuhan yang seimbang. Projek ECRL juga selaras dengan matlamat negara untuk pembangunan wilayah yang seimbang, memastikan negeri-negeri Pantai Timur yang menempatkan jutaan penduduk serta warisan budaya dan alam semula jadi yang kaya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Dapat menyertai sepenuhnya dalam kemajuan ekonomi Malaysia. Jumlah keseluruhan kargo yang bakal dibawa melalui ECRL dianggarkan 24.6 juta tan, bersama dengan satu juta trip lori 20 tan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri. Terima kasih Menteri. Saya mendengar dengan tekun apa yang dibentangkan. Sebagai Ahli Parlimen daripada Pulau Pinang, saya telah membahaskan perkara ini. Berterima kasih kepada Menteri dan kementerian berkenaan dengan Projek LRT Mutiara.
Dan saya lihat bahawa Ketua Pembangkang giat membuat satu tuduhan yang serius mengatakan bahawa rakyat Pulau Pinang mengatakan pada beliau, tidak memerlukan projek ini dan tuduhan yang dibuat oleh beliau adalah bahawa projek ini dibuat bagi tujuan kroni adalah sesuatu yang begitu serius yang dinyatakan oleh beliau.
Seperti juga pada hari ini, di mana beliau mengatakan bahawa negara kita - Perdana Menteri telah menggadaikan ekonomi masa depan negara kita dengan menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat. Jadi, saya minta Menteri menjelaskan, adakah Menteri ingin memberi beliau kata dua untuk membuktikan sama ada di Dewan ini atau di luar, adakah benar projek ini bagi manfaat rakyat atau hanya untuk kroni? Saya minta Ketua Pembangkang menyatakan perkara ini.
Menteri, kita beri kata dua pada beliau, terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat Jelutong. Saya rasa kita tak perlu layan banyak, yang paling penting ialah rakyat. Saya kira jawapan yang paling penting ialah daripada rakyat Pulau Pinang kerana rakyat Pulau Pinang sudah tentu akan menyokong usaha untuk menaikkan dan juga membangunkan sistem pengangkutan awam untuk Pulau Pinang. Ini saya rasa rakyat Pulau Pinang sendiri boleh menilai, adakah mereka mahukan projek seperti ini.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
[Bangun]
Tuan Loke Siew Fook
Saya nak yang menyatakan pertamanya. Saya harap Ahli-ahli Yang Berhormat yang sebelah sana itu, jangan ada perasaan hasad dengki.
Saya tahu ramai di kalangan sana ada PhD tetapi jangan ada PhD (perasaan hasad dengki) kerana seolah-olah selalu mempertikaikan projek yang diberikan kepada Pulau Pinang.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Menteri, Menteri. Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook
Duduk dulu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kenyataan — tolonglah jangan buat kenyataan macam itu, hasad dengki. Apa yang hasad dengki?
Tuan Loke Siew Fook
Duduk dulu.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Apa yang dengki?
Tuan Loke Siew Fook
Sebab saya tak faham mengapa...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Besut, Besut sebelah...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Besut.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Halau dialah, Speaker!
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Loke Siew Fook
Biar saya jawab. Biar saya jawab. Okey, yang pertamanya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Yang saya sakit hati...
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Loke Siew Fook
Yang pertamanya, saya kata kita dalam Dewan yang mulia ini adalah Ahli-ahli Parlimen untuk seluruh negara. Jadi, sama-sama kita menyokong pertumbuhan dan pembangunan untuk seluruh negara, tak kira negeri mana, tak kira wilayah mana. Mana yang ada keperluan, mana yang ada potensi, kita bangunkanlah, kita bantu.
Apabila kita menguruskan projek untuk Pulau Pinang, bukan bermaksud kita pertikaikan ataupun menafikan pembangunan untuk Kelantan. Kerajaan MADANI pada hari ini tak seperti Kerajaan PN dulu. Kalau masa Perikatan Nasional menjadi kerajaan, semua projek Pulau Pinang kena cut.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of order, point of order.
Tuan Loke Siew Fook
Semua projek kena potong. Termasuklah Lapangan Terbang Pulau Pinang kena potong. LRT kena potong.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Puan Yang di-Pertua, point of order. Kena layan point of order saya.
Tuan Loke Siew Fook
Malah, cable car pun kena potong kat Pulau Pinang masa Kerajaan PN jadi kerajaan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Point of order saya, sekarang ini perkataan yang digunakan...
Tuan Loke Siew Fook
Tetapi pada hari ini - Tetapi pada hari ini, kita tak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sekejap.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Biadab ini, perkataan diguna ini.
Tuan Loke Siew Fook
Kita buat projek untuk Pulau Pinang, untuk Selangor tetapi untuk Kelantan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, saya minta Besut tarik balik, jangan biadab.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Jangan kacaulah, ini peraturanlah!
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Menghadap peraturan ke sini, bukan ke sana. Peraturan mana? Peraturan mana?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Mengacau ini. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mana?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
36(4) ini mengatakan sebelah sana jangan hasad dengki, apa benda perkataan yang digunakan? Sebelah sana, termasuk saya. Saya tak pernah beritahu pun pasal projek sana, projek sini.
Apa masalah dengan dia? Menteri kena cakap benda eloklah. 36(4) ini, saya gunakan 36(4). Jangan perkataan...
Tuan Loke Siew Fook
Saya tak cakap Besut, saya cakap sebelah sana.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kita berhujah. Sana, maksud sana itu siapa? Kalau sana sebelah jahat, semua jahat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Besut.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Yang Berhormat 36(4) ialah bahasa kurang sopan, yang mana satu perkataan yang dimaksudkan oleh Besut?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Besut sepatutnya diminta keluar Dewan. Dia mengganggu perbahasan, dia yang menggunakan kenyataan biadab terhadap Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang lain.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Tentukan ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Sama ada betul ataupun tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya sudah tanya, perkataan mana yang kurang sopan tadi?
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Perkataan yang dikata — yang hasad dengki. “Di sebelah sana jangan hasad dengki.” Apa benda hasad dengki?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat selalu pun sebut DAP, selalu pun sebut kerajaan. Saya pun dalam kerajaan.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Betul. Ini perkataan mana ini? Ini perkataan mana diguna?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi pun, adakah perkataan itu pun...
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
“Di sana hasad dengki.” Siapa hasad dengki?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Bukan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Siapa makan cili, dia rasa pedaslah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, peraturan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Kita berhujah, Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukuplah, cukup.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, peraturan Dewan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Saya tak tahu macam mana dia jadi hakim. Betul, saya tak tahu. Malulah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hakim tepi jalan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hakim tepi jalan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya nak teruskan penggulungan Yang Berhormat Menteri. Kalau sesiapa tidak dapat duduk, saya akan rehatkan dulu.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Menteri, peraturan. Sorry. Yang di-Pertua, peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mana?
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Peraturan, sekali lagi ya, 36(4), 36(6). Jadi, saya nak minta Menteri ― Menteri, saya nak jelaskan di sini berkaitan dengan bersangkaan jahat, bahasa kurang sopan. Kami di sini ada tanggungjawab. Kita bercakap tentang check and balance. Adakah Menteri nak kami duduk sini, semua setuju? Semua setuju? Kita ada tanggungjawab. Saya sebut tadi kepada Menteri Ekonomi, saya kata bahawa persoalan saya tentang dasar prioriti, sebagai contoh.
Tuan Loke Siew Fook
[Bangun]
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Jadi― kejap, Menteri. Ini peraturan. Jadi, saya nak minta....
Tuan Loke Siew Fook
Tak apa, tak apa.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Ini peraturan. Ini peraturan.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, tak apa, tak apa. Tak apa, tak apa. Yang Berhormat, jangan buang masa.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Speaker, Speaker buat ruling.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu buang masa.
Tuan Loke Siew Fook
Masa berjalan.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Speaker buat ruling on peraturan, bukan you. Is not you.
Tuan Loke Siew Fook
Tak apa. Saya tarik balik...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Loke Siew Fook
Kalau tak suka, saya tak apa. Saya tarik balik perkataan hasad dengki.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tak. Saya nak jelaskan kepada Speaker peraturan adalah di bawah Speaker.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri kata dia boleh tarik balik. Kenapa jerit-jerit di sana?
Tuan Loke Siew Fook
Duduklah! Duduk dulu.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tak. Saya nak jelaskan, Speaker, perkara ini bukan sahaja Menteri ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dah tarik baliklah, Putrajaya.
Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor
Eh, kau nak cari pasal apa? Orang dah tarik balik. Screen time bukan cara ni nak ambil, tau?
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dia nak tarik baliklah.
Tuan Loke Siew Fook
Jangan buang masa.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Saya nak jelaskan, Menteri lain pun jangan buat perangai begini. Kami bagi pandangan kami.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Keluarlah. Keluarlah. Hei, tak nak dengar, keluarlah. Putrajaya keluar. Besut keluar.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Cukup. Hulu Langat, cukup.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat...
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk. Cukup, cukup. Menteri akan teruskan. Hulu Langat, Jelutong, semua duduk.
Tuan Loke Siew Fook
Tak apalah. Saya nak jawab. Jangan buang masa saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Siapa yang sebut Hulu Langat itu?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Langat, sila duduk. Kalau tidak, boleh keluar juga.
Tuan Loke Siew Fook
Saya kata, selalu saya dengar hujah daripada Ahli- ahli Parlimen pembangkang. Kalau tak suka perkataan hasad dengki, tak apa, saya tarik balik perkataan hasad dengki. Jangan cemburu. Okey, boleh? Puas hati?
Soal prioriti. Putrajaya tanya soal prioriti. Putrajaya pernah berada dalam Kementerian Ekonomi. You tahu LPT― saya tahu dia nak bandingkan dengan LPT.
LPT projek Kementerian Kerja Raya. Soal Kementerian Kerja Raya, mereka ada siling mereka. Ini projek di bawah Kementerian Pengangkutan. Siling kita sudah mencukupi untuk buat DE. Jadi, itu sebabnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan luluskan projek ini melalui DE. Apa salahnya untuk pembiayaan melalui DE?
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat, saya nak tanya sikit.
Tuan Loke Siew Fook
Saya belum bagi laluan. Kalau ikut peraturan, duduk dulu. Saya nak jawab. Duduklah.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat sebut nama saya. Saya nak tanyalah ini.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri tak bagi lalulah.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Loke Siew Fook
Saya dah jawab, Putrajaya.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Tak. Saya nak tanya sikit lagi. Saya nak tanya sikit lagi.
Tuan Loke Siew Fook
Saya dah jawab tadi. Duduk.
Dr. Radzi Jidin - Putrajaya
Yang Berhormat...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut Peraturan Mesyuarat 37(1)(b), Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin mencelah perlu mendapat kebenaran ahli yang berucap dulu. Okey.
Tuan Loke Siew Fook
Saya tak bagi. Okey, terima kasih. Ya, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat contohi Rantau Panjang okey. Rantau Panjang hujah bagus. Rantau Panjang, semenjak saya kenal beliau tahun 2008 kita sama-sama dekat pembangkang, konsisten beliau memperjuangkan pembangunan untuk Rantau Panjang. Itu saya sokong, itu saya hormat. Itu sebabnya saya turun ke Rantau
Tuan Loke Siew Fook
Panjang dan saya memperjuangkan supaya landasan kereta api untuk Rantau Panjang ke Pasir Mas dihidupkan. Dihidupkan semula.
Dan sukacita saya nak katakan bahawa berkenaan status Projek Rel Kelantan–Golok dan laluan kereta api Pasir Mas ke Rantau Panjang, untuk makluman Yang Berhormat, Projek Menaik Taraf Landasan Pasir Mas–Rantau Panjang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ketiga Belas tahun 2026 dengan kos sebanyak RM264 juta. Skop projek ini termasuk kerja tanah dan landasan, pembinaan pagar, naik taraf Stesen Pasir Mas dan Rantau Panjang serta sistem semboyan dan komunikasi. Projek ini akan dilaksanakan oleh Perbadanan Aset Keretapi yang mana perolehan dijangka pada suku pertama tahun 2026.
Penaiktarafan landasan Pasir Mas-Rantau Panjang ini adalah satu projek yang kami sama-sama champion dan susulan lawatan saya ke Rantau Panjang pada tahun 2024. Dan saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rantau Panjang atas sokongan konstruktif terhadap inisiatif ini...
[Tepuk] Projek dijangka akan mula dilaksanakan tahun 2026 setelah selesai proses perolehan dan dijadualkan akan siap dalam masa tiga tahun dari tarikh kerja naik taraf bermula. Projek ini akan menghidupkan semula laluan Pasir Mas-Rantau Panjang sebagai laluan aktif bagi tren penumpang dan kargo, di samping memperkukuh hubungan rel rentas sempadan Malaysia-Thailand melalui sambungan ke Sungai Golok.
Apabila siap kelak, laluan ini dijangka akan dapat memperkasa aktiviti ekonomi sempadan, memudahkan pergerakan barangan serta pelancong dan menjadi salah satu komponen penting dalam usaha kerajaan memperkukuh keterhubungan rel seranta Pantai Timur. Projek ini juga sejajar dengan aspirasi Dasar Pengangkutan Negara bagi menggalakkan penggunaan rel sebagai mod pengangkutan yang efisien dan selamat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri, boleh saya mencelah?
Tuan Loke Siew Fook
Okey, saya bagi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Okey. Baru- baru ini kita dikejutkan di Indonesia dengan beban hutang kereta api laju yang dibina.
Dan saya bimbang projek ECRL ini juga kalau mana ia tidak mampu kita buat perancangan yang rapi dari segi pembangunan di seluruh jajaran dan memaksimumkan potensi kargo dan juga penumpang, kita juga bakal menanggung
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
beban hutang gajah putih yang cukup, cukup, cukup, cukup besar. Jadi, apa perancangan Kementerian Pengangkutan untuk memaksimumkan potensi ini?
Tuan Loke Siew Fook
Okey, terima kasih, Machang. Hari ini Machang bagus. Tanya soalan yang bagus. Macam inilah kita nak berdialog. Macam inilah kita berbahas. Soalan bagus. Betul. Saya pun setuju.
Memang kita mengambil pengajaran juga daripada apa yang berlaku di Indonesia. Itu sebabnya tahun 2018, apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kita merunding semula projek ini dengan negara China. Yang pertamanya, kita lihat balik skop pembinaan tersebut. Hasilnya ialah kita mengurangkan kos pembinaan itu secara agak besar. Dalam RM20 bilion kita kurangkan. Yang pertama.
Yang keduanya, kita juga meminta pihak negara China juga sama-sama operate. Tak ada lagi model negara lain dalam projek Belt and Road Initiative ini di mana pihak China, selepas mereka membina, mereka juga ada risiko untuk mengoperasikan laluan ataupun perkhidmatan tersebut. Tetapi, untuk ECRL, risiko pengoperasian― kalau kita rugi, maka pihak China ataupun kontraktor China, mereka kena menanggung 50 peratus daripada kerugian operasi tersebut. Itu salah satu mitigasi yang telah kita lakukan.
Yang kedua, betul, kita nak naikkan perindustrian, kawasan-kawasan perindustrian di sepanjang Pantai Timur, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor.
Kita tahu dekat sebelah Pantai Barat, kos tanah semakin meningkat. Itu sebabnya apabila kita bercakap soal keseimbangan wilayah, kita nak membantu Pantai Timur.
Itu sebabnya ECRL kita nak buat supaya pastikan kawasan-kawasan perindustrian ini dapat dinaikkan di kawasan Pantai Timur, termasuk di Kelantan, termasuk di Terengganu yang kita harap dapat membantu satu perindustrian di Pantai Timur dan juga memberikan lebih banyak peluang pekerjaan. Itu cara mitigasi kita untuk membantu memastikan ECRL itu tidak rugi dari segi operasi.
Betul, RM50-RM60 bilion yang kita akan letak ini sebagai pelaburan perlu dibayar balik, bukannya tak perlu bayar balik. Ini perlu dibayar balik. Jadi, kerajaan menanggung satu kos yang cukup besar untuk tempoh masa panjang.
Ada lagi?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya boleh terima pandangan tersebut dan saya dengar dah setahun, dua tahun tentang perancangan hal ini. Cuma, sebab itu bila mana Yang Berhormat, Yang Berhormat daripada sebelah sini membangkitkan tentang LPT3― you know very well, nak menarik pelaburan, kita perlu ada basic infra, jalan raya, air. Tapi, ini projek-projek yang dianaktirikan oleh Kerajaan
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Persekutuan terhadap Pantai Timur. Jadi, ini yang kami bangkitkan. Kita nak buat benda ini berjaya sama-sama. You got the name, we got the benefit. Jadi, macam mana Menteri boleh sokong kita punya usul ini?
Tuan Loke Siew Fook
Saya tak ada masalah. Tak pernah saya bangkang.
Kalau ada projek untuk Pantai Timur, kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meluluskan banyak projek tebatan banjir untuk Pantai Timur, adakah kita membantah? Tidak.
Tuan Loke Siew Fook
Dalam Kabinet boleh check dengan ahli-ahli Kabinet. Pernah tak Menteri- menteri daripada DAP membantah kalau ada projek untuk Kelantan? Tak pernah!
Kerana kita tahu ada keseimbangan yang perlu kita perbetulkan. Ada projek-projek penting untuk rakyat tak kira apa pandangan politik. Tak kiralah apa latar belakang negeri kita. Sabah, Sarawak, kita bantu, tak ada masalah.
Jadi, untuk LPT umpamanya. Itu di bawah KKR. Jadi, adalah tak adil saya katakan, nak bandingkan LPT dengan LRT. LPT itu adalah Lebuhraya Pantai Timur di bawah Kementerian Kerja Raya, ada siling di bawah KKR. LRT ini di bawah Kementerian Pengangkutan, ini di bawah siling pembangunan Kementerian Pengangkutan.
Yang keduanya, sekarang kita nak laksanakan Dasar “Road to Rail”. Saya harap Yang Berhormat Machang sokong saya Dasar “Road to Rail” ini, untuk menggalakkan penggunaan-penggunaan pemunggahan kargo melalui kereta api. Itu yang saya buat perang besar-besaran terhadap had lebih muatan. Jerantut tahu tapi Jerantut ini dia pergi demonstrasi bersama pemandu Lori. Saya sokong dan saya hormat Jerantut sebab dia profesional tapi saya agak terkilan. Dia berdemonstrasi dengan pemandu lori nak bantai saya pula.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Baik, Tuan Yang di- Pertua, sikit saja respond.
Tuan Loke Siew Fook
Saya bagi.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Tentang pemandu lori itu Yang Berhormat Menteri, mereka buat demonstrasi di kawasan Jerantut.
Tugas saya ialah mengambil memorandum mereka dan saya cadangkan supaya ketidakpuasan hati mereka itu dibincangkan dahulu dengan persatuan lori di peringkat Pahang dan juga Malaysia.
Kemudiannya, apabila dipakejkan complain mereka itu, kita akan angkat melalui Jawatankuasa Khas, Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi. Dan kemudiannya sekiranya berat, baru kita bawa ke pengetahuan
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Menteri. Saya nak tanya Menteri, salah ke cara saya buat itu ataupun Menteri nak saya bawa demo ke sini?
Tuan Loke Siew Fook
Bukan salah. Saya kata saya terkilan Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
[Ketawa] Jangan terkilan saya buat secara yang betul itu.
Tuan Loke Siew Fook
Sebab Jerantut seolah-olah berdiri bersama dengan para pendemonstrasi.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Saya...
Tuan Loke Siew Fook
Sebab saya ingat Yang Berhormat Jerantut nak bantah juga. Kalau Yang Berhormat Jerantut cakap tak bantah, terima memorandum bagi pihak saya, saya ucapkan terima kasih.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Sama-sama.
Tuan Loke Siew Fook
Okey, saya tahu Jerantut ini bersama-sama dengan saya dalam agenda pengangkutan.
[Dewan riuh]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Baru kami tahu.
Tuan Loke Siew Fook
Itu sebabnya.
Seorang Ahli
Mari, mari, mari.
Tuan Loke Siew Fook
Itu sebabnya saya pergi kawasan Jerantut bagi topi keledar percuma lagi.
[Dewan riuh]
Tuan Loke Siew Fook
Isu penguatkuasaan ya. Puan Yang di-Pertua, saya nak masuk kepada Yang Berhormat Bagan Serai yang membangkitkan tatakelola serta tadbir urus berhubung kemalangan jalan raya tragis. Sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kementerian melalui agensi berkaitan di bawahnya, penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan kenderaan barangan khususnya yang membawa muatan berlebihan, mematuhi peraturan sedia ada demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta memelihara integriti infrastruktur negara.
Pada masa yang sama, peranti had laju (SLD) diwajibkan kepada semua kenderaan perdagangan bagi mengekang pemanduan melebihi kelajuan ditetapkan.
Selain itu, tindakan tegas seperti penggantungan lesen memandu, permit kenderaan mahupun lesen pengendali akan dikenakan terhadap mereka yang berulang kali gagal mematuhi undang-undang.
Kementerian juga sedang mengkaji untuk meminda peruntukan undang- undang sedia ada bagi memperluas liabiliti kepada pihak penghantar, consignor ataupun penerima barangan, consignee yang didapati memberi arahan atau tekanan untuk membawa muatan melebihi had. Kerajaan melalui agensi di bawah
Tuan Loke Siew Fook
Kementerian Pengangkutan sentiasa menambah baik tadbir urus menerusi pembangunan polisi sebagai respons terhadap isu-isu berkaitan. Walau bagaimanapun, pindaan polisi semata-mata tidak memberikan jaminan kepada pengurangan kemalangan jalan raya selagi sikap dan mentaliti pemanduan tidak diperbaiki.
Seterusnya, bagi membendung isu pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Pindaan Akta Pengangkutan Jalan berkuat kuasa pada 23 Oktober 2020, telah memperuntukkan hukuman lebih berat kepada pesalah. Hukuman meliputi penjara antara 10 hingga 20 tahun, denda antara RM50,000 hingga RM150,000, serta hilang kelayakan lesen memandu sehingga 20 tahun sekiranya menyebabkan kematian.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Timbalan Menteri, sikit.
Tuan Loke Siew Fook
Sekejap lagi, sekejap. Selain penguasaan undang- undang, Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama KDN dan PDRM terus memperkukuh kempen kesedaran advokasi dan operasi penguatkuasaan di seluruh negara. Ya, sila.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkenaan dengan kenderaan berat tadi ya, driver lori. Kita baru saja dikejutkan dengan dua lagi kemalangan ngeri ya baru-baru ini. Melibatkan lori satu di Plaza Tol Bukit Kajang yang berpunca daripada kegagalan brek dan kemudian satu lagi adalah di Plaza Tol Puchong Selatan, di mana pemandu lori sampah warga Indonesia. Dia melarikan diri selepas insiden kemalangan itu ya.
Jadi, soalannya mungkin Yang Berhormat Menteri boleh terangkan apakah tindakan yang telah dilakukan rentetan dua kes kemalangan ini, khususnya kepada syarikat pemilik lori, pemandu dan pampasan kepada mereka yang terkesan? Dan sampai bila isu lori, keselamatan lori ini hendak kita biarkan tanpa reformasi, satu struktur reformasi yang cekap?
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat, memang kita mengambil perhatian yang cukup serius dalam perkara lori-lori ini. Terutamanya yang meliputi ataupun yang melibatkan mereka gagal, sistem brake mereka gagal dan sebagainya. Itu sebabnya, salah satu respons kita ialah untuk kita memerangi had lebih muatan.
Kerana kita yakin kebanyakan lori-lori ini apabila brek mereka tidak berfungsi, salah satu puncanya ialah kerana mereka membawa muatan yang berlebihan dan juga dari segi pemeriksaan berkala itu kita akan perketatkan lagi.
Yang keduanya, dari segi tindakan terhadap dua syarikat itu. Memang apabila berlaku kemalangan seperti itu, lesen pengendali itu akan ditarik balik dan kita telah
Tuan Loke Siew Fook
batalkan lesen pengendali syarikat-syarikat ini selepas tatacara ataupun prosedur yang dikenakan. Jadi, saya nak berikan penekanan dan juga keyakinan bahawa kita akan tetap memberikan perhatian yang serius terhadap penguasaan undang-undang untuk memastikan isu-isu kemalangan yang melibatkan kenderaan berat ini dapat ditangani.
Saya faham ramai yang bimbang, ramai yang mengeluh bahawa kemalangan ini semakin menjadi-jadi. Saya pun amat bimbang dan saya amat juga marah kerana kemalangan ini terus berlaku dan kita akan mengambil segala tindakan yang seboleh-bolehnya untuk mengurangkan kemalangan seperti ini.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Okey, sikit lagi Yang Berhormat Menteri. Kalau ikutkan di tempat saya, hari itu kan Gerik ya. Jadinya kemalangan bas UPSI, kemudian di Teluk Intan yang 15, apa? Sembilan anggota FRU accident dengan lori juga. Jadi, laporan penuh dah diterbitkan oleh pasukan petugas khas hari itu dan sebagainya.
Saya nak tanya, sejauh mana selepas daripada laporan penuh dan pelbagai inisiatif yang dicadangkan itu, apakah yang kes-kes yang mungkin dah diselesaikan ke? Makna menggunakan syor-syor yang telah kita dapati itu?
Tuan Loke Siew Fook
Syor-syor itu akan terus kita ambil tindakan. Memang daripada dua insiden tersebut, kedua-dua insiden tersebut kita telah membuat satu laporan teknikal yang penuh. Itu sebabnya kita menubuhkan pasukan petugas khas, di mana Yang Berhormat Jerantut juga dijemput untuk duduk dalam jawatankuasa tersebut. Untuk melihat punca kemalangan dan juga mensyorkan apa langkah- langkah yang perlu diambil.
Dan laporan akhir untuk kemalangan yang melibatkan kenderaan FRU di Teluk Intan telah pun disiapkan dan akan didedahkan dalam masa beberapa hari.
Dan untuk laporan dekat di UPSI, laporan yang melibatkan bas pelajar-pelajar UPSI juga akan disediakan dan didedahkan kepada pihak umum. Supaya semua pihak tahu apa cadangan daripada pasukan petugas khas tersebut dan sudah tentu Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan susulan untuk mengambil langkah-langkah yang dicadangkan oleh pihak task force tersebut.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sabah Bernam nak mencelah membawa isu kenderaan berat, khususnya lori yang membawa ikan busuk untuk dijadikan baja.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Tak ada dalam itu, saya mencelah kerana isu ini timbul daripada orang ramai pagi tadi beritahu saya, saya sampaikan. Ada tak garis panduan atau saya cadangkan dibuat satu garis panduan supaya lori-lori ini dia tidak melepaskan air yang busuk itu ke jalan raya. Maksudnya, ada tadahan dekat lori itu sendiri dan dibuang di tempat yang tidak tercemar kerana dia bukan saja busuk tapi licin. Apabila jatuh ke jalan raya menyebabkan kenderaan kecil seperti motosikal mudah tergelincir.
Dan kenderaan-kenderaan yang berada di belakang yang mengekori lori ini, bau busuknya sangat kuat masuk ke dalam kenderaan walaupun cermin ditutup rapat. Jadi, ini pencemaran udara yang begitu teruk sekali. Terima kasih.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Yang Berhormat. Saya akan minta pihak JPJ untuk melihat kalau boleh mana, kawasan mana, lokasi mana dan sebagainya.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Kawasan, minta maaf, kawasan yang biasanya ada pendaratan ikan.
Tuan Loke Siew Fook
Ya lah, kalau ada lokasi-lokasi yang spesifik di mana lori tersebut lalu...
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Semua, semua, sepanjang jalan.
Semua...
Tuan Loke Siew Fook
Boleh beri kepada kita dan pihak JPJ akan ambil tindakan penguatkuasaan.
Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam
Sabak Bernam, Sekinchan, Teluk Intan [Tidak jelas] ya begitu.
Tuan Loke Siew Fook
Okey, terima kasih.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
YB Menteri, Bangi Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook
Bangi, saya nak jawab Bangi dulu.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Okey, okey.
Tuan Loke Siew Fook
Seterusnya, bagi isu CRS ataupun Child Restraint Seats yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Bangi. Kerajaan telah melaksanakan Program MyCRS bagi menggalakkan pemilikan kerusi keselamatan kanak-kanak.
Pada tahun 2022, dengan peruntukan RM30 juta ringgit seramai 63 ribu penerima keluarga B40 mendapat manfaat subsidi CRS. Seterusnya, pada tahun 2023, peruntukan RM12 juta disalurkan, meluaskan manfaat kepada B40 dan M40 dan seramai 66,000 penerima mendapat subsidi CRS.
Tuan Loke Siew Fook
Jadi ini telah pun kita laksanakan. Pelaksanaan ini menunjukkan sambutan yang tinggi, namun kadar penggunaan CRS secara menyeluruh di Malaysia masih rendah. Sehubungan itu, cadangan Yang Berhormat supaya program ini diteruskan semula secara lebih bersasar dan mampan akan diteliti dan saya harap dapat dilaksanakan.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Ya, terima kasih YB Menteri sebab memang kita pun tahu seperti yang telah ditunjukkan dalam kajian MIROS, hanya 30 peratus yang menggunakan kerusi CRS ini dan saya pun berharap bahawa YB Menteri mungkin boleh bawa cadangan saya untuk kita pertimbangkan supaya satu pelepasan cukai diberikan kepada keluarga M40 yang membeli kerusi CRS ini supaya kita dapat menggalakkan lagi dan pada masa yang sama kita pun patut ada kempen YB Menteri, kempen untuk menggalakkan penggunaan kerusi MyCRS.
Dan saya pun nak ambil peluang ini saya nak minta maaflah kepada YB Besut tadi saya persoalkan macam mana dia jadi hakim, saya rasa tak berapa patutlah saya cakap macam itu, terima kasih.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Saya Ahli Parlimen sekarang ha. Tolonglah tengoklah.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Dulu, dulu.
Tuan Loke Siew Fook
Okey, okey terima kasih. Yang Berhormat Bangi, memang saya setuju. Memang kita harap program seperti ini dapat diteruskan dan saya menyokong penuh kalau pihak Kementerian Kewangan boleh mempertimbangkan supaya potongan cukai diberikan untuk menggalakkan penggunaan CRS ini.
Namun begitu, mesej yang saya selalu tekankan ialah CRS ini adalah sangat penting untuk keselamatan bayi-bayi dan kanak-kanak. Dan ini adalah anak-anak kita sendiri. Jadi saya harap pihak ibu bapa, walaupun mungkin belum ada pelepasan cukai, tetapi saya harap atas keselamatan anak-anak mereka, mereka perlulah membelanjakan untuk membeli CRS ini untuk keselamatan anak-anak mereka.
Puan Yang di-Pertua, saya masuk kepada sektor udara. Sektor udara...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Sik mungkin boleh sikit nak berpatah balik berkaitan dengan projek terbesar MOT sekarang iaitu perolehan EMU (electric multiple unit). Tadi pegawai-pegawai daripada kementerian termasuk KSU dan pegawai-pegawai lain sudah pun dalam prosiding PAC dan saya ucap tahniah kepada pegawai yang telah memberi
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
penjelasan yang sebaiknya dalam projek EMU ini. Cuma di pihak Menteri sendiri saya mohon penegasan bahawa perolehan ini penting untuk dilihat dengan begitu teliti supaya isu-isu yang berbangkit mungkin kemudian ini tidak kita dapat elakkan lebih awal.
Soal perolehan dari segi pajakan dan juga penglibatan di pihak Kementerian Kewangan sendiri perlu dipastikan ia sangat-sangat teliti supaya yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Machang, projek Kereta Api Laju Whoosh di Jakarta, Bandung itu tidak terjadi di negara kita selepas projek ini berjalan. Terima kasih Menteri.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Menteri, sikit ya.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Terima kasih Menteri. Sebelum Menteri nak pergi ke pengangkutan udara, nak cerita pasal rel tadi, saya ada tekankan dalam perbahasan saya sebelum ini berkenaan dengan gangguan teknikal yang kerap dalam sistem pengangkutan rel awam. Jadi, kita nak tanya apakah dana penyelenggaraan dan keselamatan rel itu mencukupi untuk perkara ini?
Tuan Loke Siew Fook
Pertamanya, berkenaan dengan pajakan untuk EMU dan juga ETS dan sebagainya, dengan melalui pendekatan G2G dengan negara China, memang itu sedang diperincikan. Dan saya bersetuju dengan Yang Berhormat, pandangan Yang Berhormat supaya kita kena amat teliti, amat telus dalam perkara ini supaya kita memastikan kita mendapat tawaran yang paling baik dan supaya tidak melibatkan implikasi kewangan yang akan merugikan kita pada masa hadapan.
Memang pandangan itu amat dititik beratkan dan diambil serius. Dan tidak pernah juga mana-mana perolehan kerajaan sebelum ini yang telah pun dilihat oleh PAC sendiri sebelum perbelanjaan itu dilakukan. Jadi inilah check and balance yang kita benarkan. Projek ini sebenarnya belum bermula. Belum dimeterai, belum ditandatangani. Tetapi PAC dah masuk. PAC dah periksa dah. PAC dah minta kita tengok semua proposal itu. Jadi, inilah yang kita tak ada masalah.
Jadi kita terbuka untuk kita disiasat ataupun kita ditanya oleh pihak PAC kerana sama-sama kita memastikan terma-terma yang akan kita tandatangani itu tidak merugikan negara. Ini memang kita nak pastikan konsep yang kita nak buat itu ialah supaya kita mempunyai satu perkhidmatan yang lebih sustainable, yang lebih reliable, supaya kita tak macam seperti sekarang ini, seperti yang dikatakan Jerantut, sering kali berlaku tren rosak dan sebagainya kerana kita tak ada satu rejim penyelenggaraan yang secara berterusan.
Tuan Loke Siew Fook
Dengan adanya konsep pajakan ini, maka isu-isu penyelenggaraan itu kita dapat selesaikan supaya pihak OEM kena guarantee kita kalau dia tak dapat maintain tren yang mereka bekalkan itu, mereka kena gantikan dengan train yang baharu. Jadi itu sebabnya kita buat konsep pajakan yang dapat memastikan reliability dari segi servis.
Dari segi peruntukan dan juga perbelanjaan, memang untuk sistem train, pihak prasarana telah pun membelanjakan lebih RM100 juta untuk penyelenggaraan sahaja untuk setahun. Namun begitu, kita tahu bahawa isu penyelenggaraan ini sangat penting. Dan memang saya setuju bahawa kita tidak boleh berkompromi dari segi isu penyelenggaraan. Kerana terlalu banyak pengajaran yang telah kita ambil.
Kalau kita buat cost-cutting terhadap penyelenggaraan, maka yang akan menjadi mangsanya ialah orang ramai, penumpang dan sebagainya. Dan keselamatan rel ini dan juga perkhidmatan rel ini mesti kita kena pastikan.
Jadi saya mengambil pandangan itu dengan satu sikap yang positif dan saya harap pihak Kementerian Kewangan juga dapat membantu kita untuk memastikan penyelenggaraan dapat dibuat dengan sebaik-baiknya.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Menteri, tentang sikit lagi penyelenggaraan ini. Boleh Menteri?
Tuan Loke Siew Fook
Last lah, last.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Okey, insya-Allah.
Bercerita pasal penyelenggaraan ini, kita, saya telah mengangkat satu persoalan tentang isu aerotrain dan Menteri pun frust dengan aerotrain ni, rosak selalu ini.
Cuma pihak MOT telah pun mengeluarkan satu kenyataan supaya satu siasatan dilakukan oleh APAD dan diharapkan akan mengeluarkan satu keputusan yang agak komprehensif. Cuma saya ingin mencadangkan kepada pihak MOT supaya dikaji balik sistem aerotrain ini kepada sistem yang bersifat resilient architecture iaitu pertamanya ialah masalah utama aerotrain ini Yang Berhormat Menteri hanya ada dua tren tapi ada satu laluan. Bila satu rosak, sistem lumpuh keseluruhannya. Jadi dalam dunia kejuruteraan, kita namakan ini sebagai single point of failure.
MOT perlu ada pelan jangka sederhana untuk diversify the mode ya. Sama ada dalam tambah third shuttle ataupun bypass track.
Jadi kita— saya ingin mencadangkan dan saya nak minta pendapat daripada pihak Menteri, apakah kita boleh menggunakan redundant control system ataupun dual signaling logic untuk elak keseluruhan sistem down bila satu subsistem gagal?
Dan saya nak minta pendapat Menteri, jawapan daripada Timbalan Menteri sebelum
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
ini mengatakan bahawasanya, sekiranya tren ini gagal lagi, kita ada tindakan punitif iaitu RM190,000 sebulan boleh dikenakan kepada pihak OEM, jadi dalam keadaan kita sedang buat try and error selama dua tahun ini, apakah kita boleh juga kenakan tindakan punitif ini kepada mereka?
Tuan Loke Siew Fook
Jawapannya ya, memang tindakan punitif akan dikenakan oleh pihak MAHB kepada pihak OEM.
Cuma saya selalu tekankan, yang perlu juga difahami oleh semua pihak, projek aerotrain di KLIA ini, dia bukannya projek di bawah Kementerian Pengangkutan. Dia projek yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak MAHB, jadi kalau dari segi aset itu, dia bukan aset Kementerian Pengangkutan tetapi aset MAHB yang perlu diselenggara dan juga perlu diambil tindakan oleh pihak MAHB. Kita peranan kita adalah regulator dalam isu aerotrain ini. Itu sebabnya saya dah keluarkan kenyataan, meminta pihak APAD untuk kita membuka kertas siasatan.
Dan apabila kertas siasatan dibuka, kita kena lihat kecuaian mereka, kegagalan mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik, maka potensi denda yang boleh dikenakan terhadap satu insiden gangguan ialah RM250,000 denda.
Jadi, kesannya agak besar dari segi kewangan kepada pihak MAHB yang kita akan ambil tindakan tetapi due process itu perlu dilakukan. Saya tak bolehlah kata saya buat arahan hari ini esok terus denda, tak boleh. Ada due process dia dan saya minta pihak Yang Berhormat bersabar dan sudah tentu tindakan akan diambil terhadap pihak MAHB dan juga pihak OEM.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Ya.
Tuan Loke Siew Fook
Ada lagi?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Mencelah ya. Saya ada bangkit dalam perbahasan saya, sembilan bulan dah berlalu, janji bulan dan bintang, penswastaan MAHB bakal mengangkat KLIA menjadi lapangan terbang terhebat di Asia.
Tapi tengok gambar dalam China Press minggu ini, orang terpaksa bawa luggage keluar daripada aerotrain itu memalukan. Dan saya rasa kementerian Yang Berhormat Menteri kena bagi punitif yang strong, yang tegas dan kepada MAHB.
Sebab ini bersalah MAHB.
Mereka yang bertanggungjawab, bukan PESTECH — dia yang appoint PESTECH anyway. Jadi masalah saya, saya nak tanya Yang Berhormat Menteri,
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
sebagai dalam tempoh interim inilah, ya nak tunggu due diligence, siasatan, apakah kementerian akan membuat regulation untuk menghentikan sama sekali aerotrain demi keselamatan penumpang dan rakyat yang menggunakan KLIA?
Tuan Loke Siew Fook
Yang pertamanya, saya dah agak dah Yang Berhormat Machang akan timbulkan perspektif itu tapi to be fair kepada entiti baharu dalam MAHB ini.
Tuan Loke Siew Fook
Projek untuk menggantikan aerotrain ini bukannya bermula selepas entiti baru mengambil alih. Kontrak atau pun projek ini telah pun dimulakan tahun 2022 semasa pentadbiran lalu juga tetapi itu memang keputusan MHB bukan keputusan kerajaan. Keputusan MHB untuk melantik kontraktor sebenarnya satu konsortium bukan PESTECH sahaja tetapi melibatkan Alstom dan selepas itu dia ada masalah dengan kontrak tersebut, dibatalkan selepas itu ada rundingan dibawa juga pihak IJM masuk dalam konsortium baru iaitu konsortium Alstom-IJM-PESTECH untuk menyiapkan projek tersebut.
Ya, memang sekarang ini punitif akan dibuat. Tindakan punitif oleh Kementerian Pengangkutan melalui APAD akan diambil terhadap MAHB supaya kita memberikan satu mesej yang jelas kepada syarikat-syarikat ini walaupun GLC tetapi mereka ada tanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Dari segi tindakan untuk memberhentikan, saya belum mempertimbangkan untuk halt ataupun kita berhentikan keseluruhan aerotrain ini kerana kita dah mula.
Ya, betul memang ada gangguan. Jadi, kita nak minta pihak MHB untuk pastikan daripada pihak OEM untuk memberikan jaminan supaya perkhidmatan- perkhidmatan ini akan dapat diberikan secara terbaik.
Dari segi peratusannya dalam tempoh tiga bulan dah 99 peratus. Memang mereka 99 peratus masa tak ada masalah. Satu gangguan — memang saya tak.
Bukan nak mempertahankan mereka. Betul apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, memang imej tersebut amat memalukan. Saya juga amat malu terhadap apa yang berlaku, melihat penumpang mengambil luggage mereka berjalan di atas landasan.
Saya juga marah, saya juga seperti Yang Berhormat, saya juga amat terkilan dengan insiden tersebut. Jadi, saya akan mengambil tindakan punitif untuk pastikan supaya accountability daripada MAHB, dan MAHB juga kena pastikan daripada pihak kontraktor. Kontraktor yang dipertanggungjawabkan mengapa mereka diberikan tanggungjawab itu tidak dapat memastikan perkhidmatan yang terbaik
Tuan Loke Siew Fook
walaupun satu sistem yang baru. Jadi, saya harap dapat diselesaikan isu ini secepat mungkin.
Puan Yang di-Pertua, saya ada tiga minit saja lagi, ada satu lagi perkara.
Maaf, sorry.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Sikit je.
Tuan Loke Siew Fook
Tak ada, tak ada.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Satu soalan je.
Tuan Loke Siew Fook
Tak apa, tak apa. Ada saya satu isu lagi yang juga menjadi polemik.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
YB Menteri ini isu panas ni, Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Hulu Selangor.
Tuan Loke Siew Fook
Hulu Selangor, saya ada satu isu dalam dua, tiga minit. Saya nak jelaskan ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ini berkenaan jawapan ni.
Tuan Loke Siew Fook
Berkenaan dengan Yang Berhormat Hulu Selangor dengan Besut membahaskan isu berkaitan penyediaan minuman beralkohol dalam penerbangan. Dalam hubungan ini, pelaksanaan berhubung penyediaan minuman beralkohol dalam penerbangan adalah merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sebenarnya mulai 1 Januari 2016, dah hampir 10 tahun Malaysia Airlines Berhad tidak lagi menghidangkan minuman beralkohol untuk penerbangan domestik. Jadi, hidangan minuman beralkohol hanya bagi laluan antarabangsa dan penyediaannya adalah untuk penerbangan tiga jam ke atas. Jadi, untuk penerbangan-penerbangan domestik, sebenarnya tak ada lagi minuman beralkohol dihidangkan.
Jadi, untuk laluan-laluan penerbangan antarabangsa, ini adalah norma dalam industri penerbangan. Syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa kebanyakannya memberikan pilihan kepada penumpang supaya ada minuman beralkohol kepada mereka yang ingin menjamu atau pun menyaji minuman beralkohol ini.
Amalan ini juga selari dengan syarikat-syarikat penerbangan bertaraf antarabangsa dari negara majoriti Islam yang lain termasuk Emirates, Etihad Airways, Qatar Airways, Gulf Air, Turkish Airlines dan Garuda Indonesia. Jadi, untuk
Tuan Loke Siew Fook
penerbangan ke Jeddah umpamanya, sudah tentu tak ada minuman beralkohol dihidangkan. Jadi, ini telah pun dilaksanakan oleh pihak Malaysia Airlines.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tak, YB Menteri, kita mohon untuk pertimbangkan.
Tuan Loke Siew Fook
Cuma saya harap, Yang Berhormat, kita kena melihat perkara ini secara objektif. Jadi, memang kita menghormati umat Islam yang tidak mengambil alkohol tetapi bagi penumpang-penumpang yang bukan beragama Islam dan juga melibatkan penumpang-penumpang antarabangsa, international airlines ini, yang kita amat bergantung kepada penerbangan-penerbangan, laluan- laluan antarabangsa dan penumpang-penumpang daripada negara-negara lain.
Jadi, ini adalah satu perkhidmatan yang diberikan dan hidangan itu juga sekarang ini atas on demand. Dia bukannya melalui kad tersebut. Kalau ada permintaan katakan dia nak order minuman beralkohol, baru di-serve oleh pihak cabin crew.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Tapi, dia tak ada kepentingan pun, YB.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, mungkin tak ada kepentingan untuk Yang Berhormat, tetapi untuk syarikat penerbangan, mereka ada pertimbangan mereka.
Jadi, commercially, ini adalah keputusan komersial yang kerajaan tidak govern ataupun kita tidak menghalang.
Jadi, perkara seperti ini tak perlulah jadi polemik. Jadi, saya harap semua pihak dan perkara seperti ini sebenarnya tak ada isu. Berpuluh tahun tak ada isu.
Mengapa nak timbulkan polemik seperti ini?
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Saya bukan sahaja nak tegur.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Ini bukan masalah isu.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Sri Gading.
Tuan Loke Siew Fook
Yang Berhormat, sekejap, sekejap. Jadi, saya harap ini adalah keputusan komersial daripada syarikat penerbangan. Dah berpuluh tahun sejak dibuka, sejak dioperasi Syarikat Malaysia Airlines Berhad ini.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Itu sebab saya bawa isu ini, YB. YB Menteri, saya bawa isu ini supaya untuk dipertimbangkan.
Tuan Loke Siew Fook
Saya faham, saya tahu Yang Berhormat bawa isu, itu sebabnya saya jawab. Yang Berhormat duduk dulu. Yang Berhormat duduk dulu.
Hari itu, Kepong juga bawa isu. Jadi, saya juga nak tegur Kepong. Kepong juga buat
Tuan Loke Siew Fook
cadangan yang bukan-bukan. Dia cakap buatlah PAS Airlines. Saya pun tak setuju, saya tegur dia. Walaupun dia kawan saya, walaupun dia daripada parti saya, ini tak betul.
Jangan perlekeh kan industri penerbangan. Kalau nak tegur, kita berbahas, kita berhujah, tak ada masalah. Tapi saya kata, janganlah bagi cadangan nak buat PAS Airlines ke, ataupun lepas itu dari sana, buatlah DAP Airlines, Rocket Airlines.
Parti-parti politik ini tak layak jadi syarikat penerbangan. Nak jadi syarikat penerbangan, ini banyak syarat dia, banyak lesen dia, banyak yang perlu kita lalui.
Jadi, jangan kita bagi pandangan yang boleh menyebabkan polemik.
Jadi, saya pohon, Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara seperti ini normal dah berpuluh tahun. Apa masalah dia? Tak menjadi masalah.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Saya membahaskan je, YB Menteri untuk diperbincangkan semula.
Tuan Loke Siew Fook
Ya lah, dah bincang, saya dah jawab. Yang Berhormat dah bagi cadangan, saya dah jawab cadangan itu. Saya dah kata cadangan itu. Kita terpulanglah kepada syarikat-syarikat penerbangan. Laluan mana yang patut ada hidangan alkohol dan laluan mana yang patut tidak ada alkohol, terpulanglah kepada syarikat penerbangan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Dia tidak ada keperluan dan dia boleh membahayakan penumpang, YB Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, saya bagi.
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Terima kasih, Menteri.
Apa yang diperbahaskan, kami dah buat kenyataan sedikit contoh-contoh penerbangan lain di peringkat dunia termasuk beberapa negara Islam, Brunei contohnya, Qatar. Cuma, mungkin di dalam Dewan yang mulia ini, kita boleh buat perbandingan hotel yang kita duduk. Ia memerlukan peringkat antarabangsa, maknanya segala orang boleh masuk. Adakah kita nak larang juga jual arak? Jadi, ini sebagai contoh sebenarnya untuk syarikat-syarikat yang berkenaan dapat mengusahakan satu tarikan pelancong. Satu lagi penggunaan kapal terbang, macam itulah juga penggunaannya sebab antarabangsa.
Jadi, apa pandangan Menteri bahawa apa yang diusahakan ataupun jawapan daripada Menteri tadi, saya rasa itu ada paling munasabahlah. Kalau kita duduk di hotel pun, ada juga yang jual arak. Itu pandangan saya, macam mana?
Tuan Loke Siew Fook
Saya kata bahawa perkara seperti ini dah menjadi norma, tak menjadi masalah, tak menjadi masalah sebenarnya. Jadi, tak perlulah kita ada polemik seperti ini. Jadi, saya harap bahawa kita sama-sama hormat-
Tuan Loke Siew Fook
menghormati amalan antara satu sama lain. Betul kita menghormati perkara-perkara yang perlulah kita mengambil sensitiviti.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri, sikit Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Tetapi ini adalah amalan seperti yang saya katakan dalam industri penerbangan satu dunia, syarikat-syarikat penerbangan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Kebanyakannya, tak ada masalah.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hulu Langat.
Tuan Loke Siew Fook
Sebab saya masa dah habis. Ini yang, Puan Yang di-Pertua, ini cukup tegas.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sikit je, Menteri. Sikit je. Kita kan kawan, kan?
Tuan Loke Siew Fook
30 saat.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Hah? Tak, 33 bulan dulu, masa dia jadi kerajaan, kenapa tak buat? Dulu jadi kerajaan.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Apa pula benda itu yang dibangkitkan. Relax-lah bro!
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tidak, masa dia jadi kerajaan dulu, kenapa tak buat?
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Hulu Selangor, tak bagi laluan kepada Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, tak apalah. Saya tahu, Yang Berhormat, saya tak nak cakaplah begitu. Kita tak naklah cabar-mencabar dalam perkara itu. Ya, tak timbul soal siapa buat, siapa tak buat dan sebagainya. Kita tak payah nak outdo each other dalam perkara seperti ini.
Bagi saya, adalah syarikat-syarikat penerbangan ini sudah ada norma. Masa Ayer Hitam jadi Menteri Pengangkutan, sama juga. Masa saya jadi sama juga. Jadi, ini perkara-perkara yang sebenarnya tak ada isu.
Jadi, itu yang saya katakan, tak perlu kita timbulkan polemik. Marilah kita hormat menghormati. Kita nak berhujah, kita nak berpolitik, biar ada tempat dia. Jadi, perkara-perkara seperti ini, norma dan sebagainya, tak perlu kita outdo each other.
Tak perlulah kita cabar-mencabar.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
YB Menteri, itu Puncak Borneo sokong.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasihlah, Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Saya sokong 100 peratus.
Tuan Loke Siew Fook
Okeylah. Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya dah banyak sebenarnya tetapi saya masa dah cukup. Saya akan memberikan jawapan secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang telah pun menimbulkan pelbagai isu dan juga persoalan. Semua jawapan bertulis akan diberikan kepada mereka dalam minggu ini juga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Sekarang saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Seorang Ahli
Waalaikumussalam.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Timbalan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dan juga sahabat saya Menteri Kewangan II dan juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang telah memperuntukkan peruntukan besar kepada KKM iaitu kedua besarnya selepas KPM.
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini sekali gus menunjukkan keprihatinan Kerajaan MADANI kepada sistem kesihatan negara yang serentak mencerminkan bahawa ia adalah belanjawan pro kesihatan yang boleh kita istilahkan begitu, terlalu banyak pengujiannya di situ.
Terima kasih kepada 57 Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas, membahaskan Belanjawan 2026 dan telah membangkitkan kurang lebih 89 isu berkaitan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan masa yang terhad, pastinya saya mengambil pendekatan yang sikit selektif dengan bertemakan dan meletakkan tiga atau empat thematic issue di situ. Satu adalah sumber manusia, Dato’ Yang di- Pertua. Kedua adalah pendigitalan. Ketiga adalah kawal selia fasiliti kesihatan swasta dan akhir sekali, isu pembangunan fasiliti kesihatan, jika saya punya waktu untuk memberikan jawapan itu.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Timbalan Yang di-Pertua, bagi tahun 2026, peruntukan KKM telah meningkat kepada RM46.52 bilion berbanding 2025 yang berjumlah RM45.27 bilion. Sekali gus, merupakan penambahan sebanyak RM1.2 bilion atau 2.76 peratus. Dan daripada jumlah tersebut ya, saya sebutkan sedikit. RM39.78 bilion merupakan belanja mengurus yang meningkat daripada RM38.53 bilion, peningkatan sebanyak RM1.24 bilion dan juga belanja pembangunan RM67.4 bilion yang merupakan satu peningkatan kurang lebih hanya RM7 juta, Dato’ Yang di-Pertua.
Ya, saya terus ya. Saya menyebutkan sekali lagi, ini adalah komitmen yang mencerminkan Menteri Kewangan, Perdana Menteri yang telah menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI untuk meningkatkan dan mengiktiraf sumbangan petugas yang menjadi komitmen, cerminan Kerajaan MADANI kesihatan dalam mengiktiraf sumbangan petugas kesihatan dalam menjamin kualiti perkhidmatan penjagaan serta rawatan kepada seluruh rakyat kita, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya menumpu pertama kepada sumber manusia, insentif kepada petugas kesihatan. Yang saya perlu sebutkan, YB Machang telah membangkitkan terhadap kebajikan petugas barisan hadapan KKM. Namun, kenyataan bahawa belanjawan ataupun Bajet 2026 tidak berpihak kepada petugas kesihatan adalah pastinya tidak benar, agak tersasar sebenarnya. Kerana kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan telah mengambil pelbagai inisiatif yang strategik, yang berimpak langsung kepada kesejahteraan dan jaminan kerjaya kakitangan kami, KKM.
Antaranya, pertama adalah pastinya meningkatkan gaji, itu semua sedia maklum. Sejumlah RM1.2 bilion peningkatan gaji untuk SSPA yang baru ini dalam fasa kedua pelaksanaan peningkatan gaji, fasa kedua. Fasa pertama lapan peratus, fasa kedua tujuh peratus.
Kedua adalah apa yang disediakan sebagai ETAP, Elaun Tugas Atas Panggilan atau on-call bagi pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang tidak dikaji sejak 2011. Dinaikkan sekitar 40 peratus Dato’ Yang di-Pertua, berkuat kuasa 1 Oktober 2025 dengan peruntukan tambahan RM120 juta Dato’ Yang di-Pertua, setahun. Kalau ada yang khuatir tentang— bimbang kenapa tidak dilaksanakan lagi?
Ia adalah 1 Oktober, maka ia akan kita pastinya mendapat bayaran penyelarasan kenaikan itu pada pasti 1 November dan tidaklah 1 Oktober kerana kita bermula 1 Oktober. Jadi, end of October barulah berlaku peningkatan itu ataupun penguatkuasaan itu. Dan saya pun telah difahamkan, JPA telah mengemukakan surat kelulusan bayaran ETAP yang baru ini. Seterusnya...
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Menteri, minta maaf, boleh mencelah?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sila.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Saya teringat zaman saya student dulu, saya selalu ziarah Yang Berhormat Menteri di pejabat Agung PAS, sewaktu beliau jadi Pengarah PAS Research Center. Dan saya kagum dengan pendekatan beliau, evidence-based policy. Jadi, saya nak tanya Yang Berhormat Menterilah. Mengimbau kenangan lama kita, apakah Yang Berhormat Menteri puas hati dengan peruntukan untuk frontliners KKM ini ataupun sebenarnya kalau boleh nak lebih lagi? Sebab saya tengok rungutan daripada pakar-pakar, doktor-doktor di luar sana, masih lagi kedengaran dalam media sosial. Khususnya, bila mana Tuan Yang di-Pertua buat perbandingan elaun kami, kita semua dengan mereka. Yang tak patutlah sebenarnya bagi saya.
Jadi...Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Machang ya. Sila, kalau perlu Dato’.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Boleh, Tangga Batu? Boleh tambah sikit.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tambah sikit.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik,...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jangan banyak-banyak.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
...Saya ada bangkitkan isu.
Dulu zaman COVID-19, kita – KKM pernah mengambil PPP daripada kolej swasta.
Kemudian setelah COVID-19 habis, mereka ni nak diberhentikan tapi kebetulan waktu itu dalam sesi PMQT, saya bertanya. Lalu PM mintakan list itu, saya bagi dan mereka disambung tiga tahun lagi.
Dan kali ini mereka berjumpa dengan saya mengatakan bahawa kontrak mereka akan habis pada bulan Mac hingga Julai tahun depan. Apa nak jadi dengan nasib 700...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
...Orang ini?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, terima kasih Tangga Batu.
Soalan itu adalah perkara...
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Boleh?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
...yang baru dibangkitkan. Saya pastinya mahu susuli perkara itu, Ya.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, boleh?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya jawab terus kepada Machang.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Berkaitan dengan ETP.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Belum naik, belum masuk...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
...Gear satu pun lagi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kuala Langat. Kalau ada — kalau telah berbahas — kalau telah berbahas, tak apa. Kalau tidak, saya mahu teruskan.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Saya bahas.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya jawab soalan ini dulu.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Berkaitan dengan Machang.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Yang itu saya akan susuli kemudian.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, sekejap.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato’ Yang di-Pertua, kalau saya izinkan untuk menjawab terus.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, sekejap.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sila.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kira sekiranya isu ini isu yang telah dibahaskan dan bukan isu yang baru, Yang Berhormat ada hak untuk bersuara dan bertanya tetapi mesti mematuhi peraturan yang telah berada di bawah 70, 37(1) dan 37(2).
Dan saya kira Yang Berhormat, kita bagi dulu Yang Berhormat Menteri untuk membuat penjelasan. Habis satu topik, barulah Ahli-ahli Yang Berhormat bertanya.
Ini belum Yang Berhormat Menteri menjawab, Yang Berhormat-Yang Berhormat semua melulu mencelah.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Topik yang sama.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, Yang Berhormat.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Topik tentang perjawatan juga.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya buat ruling, biar Yang Berhormat Menteri selesai satu persatu.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri dah beritahu tadi, dia akan membuat penggulungan berasaskan tema-tema yang telah ditetapkan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bersifat adillah kepada Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, sila.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya pohon untuk kita adakan sikit decorum ataupun sikit etika dalam memberikan laluan untuk saya menjawab. Ya, kalau ada isu-isu yang lain nanti, kita tangguh di hujung kalau ada.
Baik, untuk menjawab Machang, langsung menyebutkan dan mengimbau sejarah, ya. Machang — Yang Berhormat Machang, kita tahu mungkin Yang Berhormat belum — Yang Berhormat Machang perlu akan pastinya tahu satu hari nanti kalau mentadbir, sebahagian daripada pentadbiran sebelah sini – dalam apa pun pencerakinan sesebuah belanjawan, ia adalah pada akhirnya menentukan apa yang dikatakan sebagai an outcome-based dan penentuan untuk kita pastikan bagaimana perbelanjaan daripada sumber, daripada hasil dan kepada apa yang mahu kita belanjakan.
Dan di situ pastinya, dalam apa pun penentuannya, jumlah dan sebagainya, ia akan pastinya melibatkan istilahnya, kos melepas (an opportunity cost). Dalam constraint jumlah hasil yang ada, kita perlu membuat pengagihan secara bijak, secara prudent, secara seimbang, secara inklusif, secara adil. Dan pada akhirnya, jumlah itulah yang dapat saya perjuangkan jauh lebih besar daripada itu tetapi saya rasa memang tidak ada kepuasan dalam hal ini.
Tetapi paling tidaknya, 40 peratus Dato’ Yang di-Pertua, yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat adalah satu petanda cakna dan keprihatinan atas perkara ini.
Kesemuanya rentas average adalah 40 peratus kenaikan. Jadi, saya kira cukuplah
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
sekadar itu. Tak perlulah saya berhujah panjang, ini cerita ini sikit sangat Machang, banyak lagi nak kita jawab.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
10 saat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jangan panjang. Sebab itu saya nak bantu Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Machang.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
10 saat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap Yang Berhormat Machang.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Machang memahami tak Peraturan 37, Yang Berhormat?
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal - Machang
Okey, boleh tak...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, tadi kata evidence base sangat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Walaupun Yang Berhormat― Yang Berhormat Machang, walaupun Yang Berhormat meminta kebenaran Yang Berhormat sedang menjawab, tetapi Yang Berhormat kena adil untuk menghadapkan kepada Pengerusi. Then Pengerusi bagi kebenaran, barulah― Yang Berhormat. Yang Berhormat bercakap tadi, saya hormat Yang Berhormat.
Bercakap fasal data semua, evidence, tetapi Yang Berhormat mesti berasaskan peraturan mesyuarat. Itu evidence yang utama, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
[Ketawa] Boleh saya teruskan, Yang Berhormat Machang ya?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, teruskan. Tiada pencelahan daripada Yang Berhormat Machang.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, okey. Baik. Saya terus, Dato' Yang di-Pertua.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu sikit tadi.
Tangga Batu dahulu tadi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Waktu terbuang tadi dah hampir enam minit tadi.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Yang Berhormat Menteri, boleh Tangga Batu tadi? Itu bukan perkara baru. Memang saya bahas dalam ucapan saya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ada dibahas ya?
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Ya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, baik. Kalau boleh saya sebutkan di sini ya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Teruskan, Yang Berhormat. Buat penjelasan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya. I think kalau saya punya waktu, saya kembali kepada soalan. Saya mengikut tema, thematic yang telah saya susun.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ahli-ahli Yang Berhormat, ramai Ahli Yang Berhormat yang berada waktu ini, mereka juga menunggu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Beberapa Ahli
Betul, betul.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, berlaku adil. Baik, ya? Saya teruskan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kalau begini caranya, saya bimbang Yang Berhormat Menteri tidak akan cukup masa.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Betul.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Teruskan, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Dato' Yang di- Pertua. Saya sangat menghormati pandangan Dato' Yang di-Pertua.
Dalam juga apa yang saya cuba bahaskan tentang kebajikan petugas barisan hadapan ini, selepasnya peningkatan gaji dan keduanya, adalah ETAP, on-call allowance itu, saya masuk kepada jaminan kerjaya dan lantikan tetap.
Dato' Yang di-Pertua, seramai 4,500 pegawai perubatan kontrak dan 935 graduan jururawat daripada institut latihan KKM akan ditawarkan jawatan tetap pada 2026. Yang mana kalau kita perhatikan perbandingannya pada tahun 2025, Dato' Yang di-Pertua, seramai 4,518 pegawai perubatan kontrak telah ditawarkan perjawatan tetap. Ia menunjukkan peningkatan dalam hal menjadikan kontrak kepada tetap.
Begitu juga halnya bagi jururawat. Pada tahun 2025, seramai 833 jururawat kontrak telah ditawarkan lantikan tetap dan 2,233 jururawat masyarakat― ini special,
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato' Yang di-Pertua. Saya tekankan JM (jururawat masyarakat) lulusan Peningkatan Secara Lantikan, disebut sebagai PSL, bagi kita juga meningkatkan pertakungan jururawat kita daripada JM dilantik menjadi staff nurses, state registered nurses telah ditawarkan lantikan ke jawatan Jururawat Gred U5 seramai 2,233 seluruhnya yang kesemuanya menerima kecuali 10 yang menolak, Dato’ Yang di- Pertua.
Ia sekali gus ia adalah satu lantikan yang akhirnya― lama juga perkara ini kita perjuangkan, pada akhirnya kita dapat menjalankan ataupun meneruskan ataupun mengangkat mereka sebagai staff nurses, jururawat SN dengan peralihan atau peningkatan secara lantikan PSL.
Juga begitu pada tahun 2026, 935 graduan institut latihan KKM akan ditawar jawatan tetap. Jadi, 833 ― 2025. 2026, kita akan berikan tawaran 935 graduan daripada ILKKM sebagai tawaran jawatan tetap.
Seterusnya, saya juga mahu menyebutkan tentang hal kebajikan kakitangan kami, Dato' Yang di-Pertua, petugas-petugas kesihatan bersama juga dengan penjawat-penjawat awam yang lain, diberikan peruntukan oleh Menteri Kewangan sejumlah RM2.2 bilion diperuntukkan bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters-kuarters bukan saja kami kakitangan KKM tetapi semua kakitangan penjawat awam yang lain, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya beralih kepada isu kedua, penempatan pegawai di Sabah dan Sarawak.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Menteri. Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Padang Serai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
[Bangun]
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Sebelum masuk tajuk yang baru. Yang Berhormat Menteri, Padang Serai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang mana, Yang Berhormat?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tak tahu. Sudah banyak yang minta.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Minta penjelasan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai, Pulai.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kalau betul yang betul-betul terkait ya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Ya.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Ini betul-betul terkait dibangkitkan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Mengikut tema ini. Mengikut tema ini.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Saya ikut tema.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai. Pulai ikut yang tema ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, mana dahulu Yang Berhormat?
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu pun ikut tema ini― sumber daya manusia ini.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Pulai ada bangkitkan ini, Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Boleh saya?
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Kita hendak menyelesaikan masalah perjawatan ini. Isu yang paling besar adalah gaji, umpamanya doktor-doktor pakar ini, yang tak sama, tak seimbang dengan apa yang berada di luar. Jadi, setiap tahun pakar ini akan pindah ke luar negara dan sebagainya.
Jadi, apakah Menteri boleh terima satu cadangan yang Pulai pernah kemukakan, kita wujudkan satu akta― akta saraan pekerja-pekerja kritikal? Mana- mana pekerja yang kritikal ini, kita masuk dalam akta ini di mana gaji itu tidak tertakluk di bawah JPA, sebaliknya dia tertakluk kepada suruhanjaya pekerja kritikal. Pekerja kritikal ini bukan doktor saja tapi mungkin keselamatan, teknologi dan sebagainyalah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Jadi, apa pandangan Menteri dalam hal ini?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik. Terima kasih, sahabat saya, Pulai. Ya, sebenarnya hal tentang terkait dengan penghijrahan doktor, ada, akan saya lalui. Tetapi, poin YB Pulai ini tidak ada dalam jawapan saya ini.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
[Bangun]
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
[Bangun]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya langsung boleh menyebutkan bahawa cadangan itu pastinya boleh kita perhatikan bahawa ia boleh dipertimbangkan dan saya lihat kepada feasibility. Itu satu yang dimahukan, yang akan dapat diurus katanya oleh satu suruhanjaya perkhidmatan kesihatan. Satu yang belum dapat juga kita tubuhkan. Tetapi, apa pun, cadangan itu saya kira punya satu nilai yang agak rasional yang boleh kita pertimbangkan. Tidak ada masalah untuk kita lihat secara keseluruhannya. Semua kerja-kerja yang dianggap sebagai kritikal, dia mempunyai definisi yang tertentu, Dato' Yang di-Pertua.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Perkara yang sama. Bayan Baru. Perkara yang sama.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Bayan Baru, kalau hal yang terkait dengan penghijrahan doktor, dia ada satu poin yang lain ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ada, ada. Okey, baik.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya jawab Bayan Baru nanti.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, Padang Serai, Tangga Batu dan Ayer Hitam.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Tangga Batu sikit saja.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya minta Yang Berhormat, nak minta penjelasan terhadap tema yang pertama tadi...
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Ini tema yang sedang berjalan ini, Tuan Speaker.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Saya pun tema yang pertama― sumber manusia.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jangan ambil...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat, saya mengenai tema satu...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Ayer Hitam, sekejap.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
...Iaitu sumber manusia.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, jangan ambil peluang ini untuk berbahas.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Tak ada. Tak ada.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, sila.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Semasa perbahasan, saya sentuh peruntukan. Menteri cakap RM46.5 bilion tahun depan. Tahun ini, RM45.27, penambahan RM1.2 bilion. Soalan saya daripada segi guna tenaga. Kita ada 4,500 jawatan doktor tetap, 975 jururawat, tambah pula penjawat awam atau mereka yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan, kenaikan tujuh peratus. Jadi, dengan penambahan 2.7 peratus ini, adakah dia memadai untuk kita bayar keseluruhannya?
Sebab, 4,500 doktor itu campur dengan jururawat lantikan tetap, sekurang- kurangnya half a billion. Tambahan tujuh percent daripada semua pekerja di bawah kesihatan, itu satu jumlah yang besar. Dan saya nak bertanya, kalau itu yang berlaku, macam mana dengan inflasi? Inflasi perubatan 12 hingga 14 peratus. Itu memang tak cukup. Saya khuatir dia akan menyebabkan terpaksa kementerian menjana pendapatan. Jadi, sumber manusia, bagaimana ia dapat dijawab kalau tidak cukup?
Apa kaedahnya yang akan dicadangkan oleh Menteri untuk menyelesaikan kekusutan ini? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato' Yang di-Pertua, itu saya kira adalah satu jawapan yang kita perlu perhalusi dan perdebatkan mungkin di Kamar Khas, kalau mahu. Tetapi, untuk saya jawab langsung di sini, saya kira tidak wajar untuk saya...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong - Ayer Hitam
Yang Berhormat, saya ― sebiji saya cakap dalam semasa perbahasan. Ini yang saya ulangi ini.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, saya tidak punya perincian untuk menggarap tuduhan-tuduhan ataupun dakwaan-dakwaan yang tak cukup sebagainya itu. Itu kerjanya Treasury, bukannya kerja Kementerian Kesihatan. Tapi, saya sedia mengambil faham bahawa apa pun yang mereka telah peruntukkan di dalam the Consolidated Fund dan juga dalam perbelanjaan yang telah diberikan, saya yakin perkara itu telah pun diambil kira secara terperinci. Dan bukan di sini pentasnya untuk saya perincikan semua itu daripada segi kesesuaian dan kejituan angka-angka tersebut.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Padang Serai. Padang Serai...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya ingat Tangga Batu boleh ― Tangga Batu, kalau boleh saya jawab segera ya.
Dato’ Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Padang Serai.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jawab terus Tangga Batu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tangga Batu.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya ingat Tangga Batu telah pun banyak kali sangat berdiri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ya, Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Baik. Menteri kata tadi ada 4,500 doktor kontrak akan diserap ke jawatan tetaplah, 833 ― cuma, saya minta yang PPP ini...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, ya. Yang PPP.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
...750 orang ini, minta juga diserap ke jawatan tetap kerana mereka telah bekerja selama enam tahun.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih. Terima kasih, Tangga Batu.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Dan waktu COVID- 19, mereka diletakkan di frontliner.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, terima kasih, Tangga Batu.
Kalau boleh saya jawab langsung. Dalam sebenarnya kita telah pun ― sebagai langkah segera, kementerian akan memohon pertimbangan agensi pusat untuk pelanjutan tempoh kontrak yang kesemua PPP yang terlibat itu. Sedang pun, telah pun kita majukan, Tangga Batu, untuk pengetahuan. Insya-Allah.
Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu
Terima kasih.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Padang Serai.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, Padang Serai.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Terima kasih Tuan Speaker, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Dato' Azman bin Nasrudin - Padang Serai
Saya ada bangkitkan ini dalam tema perjawatan ini. Saya ada bangkitkan tentang juruteknologi makmal perubatan, 920 orang di seluruh negara yang akan tamat lantikannya pada 2026. Mereka juga merayu, memohon berjumpa dengan saya untuk diberi pertimbangan diberikan lantikan. Terima kasih, sebab saya tunggu untuk Menteri jawablah, tak sebut lagi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, terima kasih ya sahabat saya. Boleh saya teruskan dahulu Tuan Yang di-Pertua?
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh teruskan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, terkait dengan hal penempatan pegawai di Sabah dan Sarawak dalam status ePlacement ini Dato’ Yang di-Pertua, saya perlu menyebutkan. YB Kuala Langat dan juga Bayan Baru
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
membangkitkan masalah kekurangan pegawai perubatan di Sabah, Sarawak serta status sistem ePlacement ini Dato’ Yang di-Pertua, kalau boleh saya sebutkan sedikit. Penempatan pegawai perubatan tetap ke Sabah dan Sarawak ini telah kami tangani isu penempatan pegawai di Sabah dan Sarawak.
Pertamanya, KKM telah menetapkan kuota penempatan yang lebih tinggi bagi Sabah dan Sarawak berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung, itu pertama.
Kedua adalah sehingga 17 Oktober 2025, KKM telah menawarkan pelantikan tetap kepada 1,315 pegawai perubatan bagi penempatan di Sabah dan Sarawak dan ini melibatkan penempatan 550 di Sabah dan 765 di Sarawak. Dan daripada jumlah yang telah kita tawarkan itu hanya 616 ataupun 47 peratus sahaja pegawai perubatan telah bersetuju menerima tawaran dan melapor diri di Sabah dan Sarawak. Ini cabarannya Dato’ Yang di-Pertua, setiap kali kita mengambil pelbagai langkah yang menjadikan ia satu option yang wajib dan sebagainya, kita tetap berdepan dengan permasalahan seperti ini.
Dan saya kira kita akan terus berdepan dengan masalah ini selagi kita tak dapat meyakinkan dengan pendekatan supaya dalam hal membuat pemilihan ini.
Saya sudah— saya lihat sendiri beberapa, sama ada MO dan juga pakar-pakar yang bekerja semasa saya membuat lawatan sama ada di Sabah dan Sarawak. Asalnya mereka memang tidak mahu untuk penempatan di sana.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tetapi akhirnya...
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo nak minta laluan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
After empat, lima tahun mereka tetap masih lagi di Sabah dan Sarawak dan merasakan selesa dan senang untuk terus berkhidmat di sana. Ya?
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Puncak Borneo sini.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Puncak Borneo ya, sahabat saya Puncak Borneo.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Menteri. Saya ada utarakan mengenai perkhidmatan ambulans di Puncak Borneo yang tidak memuaskan dan kadang-kadang tidak ada pemandu ambulans dalam perbahasan dan saya juga ada menyebut mengenai masalah doktor yang diberi kuota untuk berpindah ke Sarawak tetapi elaun mereka tidak
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
diberi. Jadi, ada mereka yang menolak disebabkan oleh elaun ini dah tak ada. Jadi, apakah jawapan Menteri untuk menyelesaikan masalah ini?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Hal elaun itu Dato’ Yang di-Pertua, sama ada pedalaman P1, P2 dan sebagainya itu telah pun kami majukan dan kita menantikan satu respons yang lebih positif untuk kita berikan sebagai satu galakan sebagai incentivize dengan izin, untuk mereka berkhidmat khasnya di kawasan pedalaman sama ada di Sarawak atau Sabah Dato’ Yang di-Pertua. Itu telah menjadi pemerhatian saya dan juga tindakan yang telah pun saya lakukan.
Untuk beralih kepada permohonan ya, hal ini yang terkait dengan perpindahan, elaun perpindahan kepada— telah kita mohonkan kepada MOF. Saya perlu sebutkan permohonan pemanjangan elaun perpindahan pegawai lantikan kontrak kepada lantikan tetap. Mereka yang telah dapat lantikan kontrak, dari kontrak ke tetap ini, telah pun— mereka tidak ada kelayakan untuk dapatkan because the different scheme of services.
Jadi, mereka tidak dapat elaun perpindahan itu Dato’ Yang di-Pertua. Maka sebenarnya kami telah, kita telah kemukakan kepada MOF pada 8 Ogos yang lalu dan perbincangan dengan bersama MOF dan juga JPA telah kita adakan pada 21 Ogos 2025 dan maklumat tambahan kepada MOF telah dikemukakan pada 29 Ogos dan 7 Oktober. Nah, perkara ini masih lagi dalam penelitian Bahagian Dasar dan Saraan MOF, melibatkan seramai 7,210 pegawai-pegawai lantikan kontrak yang mendapat lantikan tetap.
Jadi, kesemua ini dalam tindakan, work in progress dan saya mengharapkan sikit waktu akan dapat kita lihat bagaimana respons daripada MOF. Boleh Puncak Borneo ya? Saya pergi sikit kepada penambahan sistem ePlacement tinggal beberapa minit lagi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, Bayan Baru, sedikit ya. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, okey Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Menteri. Saya ucap tahniah kepada Menteri kerana Menteri usaha untuk menaikkan allowance cuba dapatkan placement untuk doktor kontrak. Ini syabas dan tahniah kepada Menteri. Ini Menteri yang deliver perubahan untuk doktor-doktor dan juga jururawat kita.
Namun begitu Menteri, saya juga ingin bangkitkan isu tentang usaha Kerajaan Singapura, MOH Singapore yang cuba menarik doktor, jururawat ke Singapore sebab saya refer to satu recruitment punya placement. Dia, MOH ini daripada Singapore cuba menarik doktor-doktor dan juga jururawat kita ke
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Singapore. Jadi, macam mana kita boleh mengatasi masalah ini? Kerana saya difahamkan bahawa yang pergi ke Singapore kerja itu ramai, semakin ramai dan we are losing out our brain, brain drain to Singapore. How do we solve this problem? Minta penjelasan Menteri. Terima Kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Bayan Baru, saya sangat peka, saya sangat sedar dan juga insaf akan perkara-perkara yang dilihat sebagai tindakan yang telah mereka lakukan beberapa tahun kebelakangan ini.
Jujurnya, saya juga telah menghubungi Menteri Kesihatan Singapura dan pada awal saya mendapat pengesahan dari beliau bahawa ini adalah kegiatan agensi swasta dan beliau sendiri menyebutkannya kepada saya dan rasa terkilan beliau sebab apa, sebab pada sehari dua sebelum daripada itu saya mengeluarkan satu kenyataan media tentang hal realiti bagaimana Singapura membuat tindakan dan langkah-langkah seperti ini dan beliau langsung menelefon dan saya, kami mengadakan perbincangan dan beliau menyebutkan bahawa pada ketika itu it will not happen. Tapi ingat bahawa itu adalah kegiatan agensi swasta dan bukan kementerian seperti mana yang beliau sebutkan kepada saya. Jadi, saya tahu.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Perkara ini kita akan adakan engagement seterusnya dan saya mahu perkara ini disusuli Dato’ Yang di-Pertua sebab this is not the first time saya ambil tindakan itu dan saya yakin perkara itu akan dapat saya susuli dan dapat tindakan, dibuktikan kata-kata itu dengan tindakan daripada kementerian.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Menteri, beberapa saat saja, berkaitan dengan apa yang disebut oleh Bayan Baru.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Apa yang saya lihat juga ialah doktor-doktor ini dia bukannya doktor pakar ke apa sangat tapi dia MO. So, apa pandangan Menteri? MO ini dia catch in between. Pertamanya, sebab mereka kesan yang tak ada doktor tetap itu, perjawatan itu tak ada. Jadi, mereka terpaksa keluar mencari a greener field, you know. Dan yang keduanya, bila mereka pula masuk di swasta, klinik swasta jadi GP dan sebagainya, yang itu pun tidak kondusif.
Jadi, bila ada pihak yang menawarkan yang lebih baik, lebih apa, dia punya pendapatan itu lebih lumayan, orang kata rumah pun disediakan dan sebagainya.
So, I think kementerian kena melihat you are fighting for something you are losing
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
out because mereka mendapatkan— that is a better life for them and better work-life balance juga.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Ada tak dilihat oleh kementerian?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Kapar ya, Terima kasih. Saya sangat tahu akan perkara ini dan sedar betapa kegiatan-kegiatan seperti ini dilakukan tapi tidak semuanya Dato’ Yang di-Pertua. Sometimes they think that the ground is greener next door until they step on it dengan izin ya, mereka merasakan lebih hijau di sebelah tapi hakikatnya kita juga tahu bahawa daripada tahun 2021 hingga 2025, seramai 73 pakar perubatan warganegara yang bekerja di luar negara telah kembali berkhidmat di Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, tiga pakar perubatan warganegara kembali berkhidmat di KKM. Manakala seramai 70 pakar perubatan berkhidmat di sektor swasta dan badan berkanun.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Apa yang penting adalah ya untuk kita terus membaiki sistem skema perkhidmatan dan kerjaya dan remuneration upah dan gajinya dan ini adalah work in progress dan kami itulah antara lainnya, kita memperkenalkan bagaimana untuk retain our specialist dan yang disebutkan adalah doktor-doktor yang baru saja keluar.
They are just fresh graduate from medical school.
Di situ juga saya memandang kepada kepentingan satu masa nanti, yang ini sudah pun diisyaratkan oleh Kabinet dan contohnya bagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan kami peruntukan lebih besar 4,500 doktor- doktor MOs untuk kita serap sebagai tetap. Dan saya telah pun menyebutkan dalam Dewan ini dan juga perkara itu ada dibawa dalam liputan media bahawa ke depannya, polisinya adalah untuk kita tamatkan sistem kontrak untuk MOs ini dan itu adalah satu yang kita akan strategize sebabnya kita tahu sistem kontrak 2016 bermula kerana lambakan doctors. There was a glut of doctors ketika itu, baru sistem kontrak itu dan disifatkan ketika itu sebagai sistem interim dan interim itu telah berlangsung hampir 10 tahun lebih.
Maka perlu ada satu noktah untuk kita tamatkan dan khasnya ketika kita mempunyai kekurangan doctors, saya rasa dalam waktu yang terdekat ini, hal ini, agenda ini perlu saya bangkitkan kembali untuk menamatkan sistem, memberikan sistem kontrak ini, memberikan maruah kepada mereka, as soon as mereka dapat lepasan daripada housemanship ya, pelatih daripada HO, mereka lantikan ataupun latihan housemanship mereka, mereka terus diberikan satu pekerjaan dan yang
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
tetap, yang lebih more dignified, dengan izin. Itu adalah satu yang again work in progress dan Kapar harus juga mengambil perhatian perkara itu.
Ya terkait dengan hal yang dibangkitkan oleh Bayan Baru dan juga ramai yang lain, hal yang mana penghijrahan doktor, [Tidak jelas] baru menyebutkannya, KKM sedang meneliti pelaksanaan perjanjian dua hala dengan negara-negara destinasi utama petugas kesihatan Malaysia seperti Arab Saudi, Australia dan juga Singapura, Dato' Yang di-Pertua. Perjanjian ini bertujuan untuk mengawal selia penghijrahan petugas kesihatan dengan lebih berkesan selaras dengan Kod Etika Pertubuhan Kesihatan Sedunia, *World Health Organization (WHO) Global Code of Practice on the International Recruitment of Health Personnel.
So* ini satu yang kami mahu gunakan, want to invoke this, kita mahu kembali untuk meletakkan tindakan ini berpandukan ini, tapi kita ingat it is only a code of practice ya bukannya bersifat mandatori. Paling tidaknya ada satu ya, satu yang dikatakan sebagai hubungan bilateral ke atau multilateral.
Paling tidak ini adalah bilateral di mana kod etika ini memberi panduan kepada negara-negara anggota dalam mengurus pengambilan petugas kesihatan antara negara supaya pelaksanaannya lebih beretika Dato' Yang di-Pertua, meminimumkan impak kepada negara sumber, particularly kalau mereka bersifat resource poor ataupun negara-negara membangun yang biasanya terdiri daripada negara-negara membangun seperti yang saya sebutkan, selain memelihara kebajikan petugas kesihatan yang berhijrah di negara-negara tersebut. Jadi itu yang nak juga saya sebutkan.
Saya beralih kepada hal pendigitalan dan saya punya berbaki hanya 11 minit, Dato' Yang di-Pertua. Kuala Langat sekali lagi ingin mendapatkan status pencapaian usaha pendigitalan dan juga jumlah yang disasarkan sehingga tahun 2027. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, KKM sedang melaksanakan pendigitalan menyeluruh keseluruhan fasiliti kami secara berperingkat berasaskan pengkomputeran awan, cloud-based demi mencapai visi satu individu, satu rekod.
Itu visi yang telah saya gagaskan menjelang tahun 2029 Dato' Yang di-Pertua, yang dikenali sebagai rekod perubatan elektronik ataupun electronic medical record, the national electronic medical record, Dato' Yang di-Pertua.
Dengan peralihan kepada pengkomputeran awan ini, usaha pendigitalan dijalankan dalam masa yang lebih singkat. Kita dapat lakukan satu klinik dapat kita digitalisasikan dalam tempoh tiga hari Dato' Yang di-Pertua. Dulunya tiga hingga enam bulan pada tahun-tahun sebelum ini. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik oleh bahagian kesihatan digital kami dan kita sebenarnya pecahan
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
pendigitalan klinik yang dijangka selesai menjelang 2027 ini Dato' Yang di-Pertua, adalah seperti berikut. Pemasangan CCMS, cloud-based clinical management system kita ini di klinik kesihatan, klinik desa, klinik-klinik komuniti dan klinik KKIA, klinik ibu dan anak.
Tahun 2025 Dato' Yang di-Pertua, 160 klinik kesihatan telah didigitalkan seluruh negara sehingga 17 Oktober ini dan 142 fasiliti prima di Sarawak akan digitalisasikan hingga akhir tahun ini yang mana melibatkan 102 klinik kesihatan, 19 klinik komuniti dan 21 klinik ibu anak.
Tahun 2026 Dato' Yang di-Pertua, dijangka melibatkan 2,489 fasiliti kesihatan prima. Ini klinik kesihatan, klinik ibu dan anak, klinik komuniti dan klinik desa di seluruh negara melalui kerjasama dengan Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), Dato' Yang di-Pertua. Itu untuk tahun 2026.
Sementara pemasangan dental information system di klinik pergigian tahun 2025, 71; 2026, 157; dan tahun 2027, 728 klinik pergigian.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dato' Yang di-Pertua.
Kemudahan kesihatan, klinik-klinik dan sebagainya termasuk hospital.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya boleh.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya minta Yang Berhormat...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Insya-Allah, saya akan sampai.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Ada? Okey, okey. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Insya-Allah, sabar Yang Berhormat Maran. Saya nak jawab kali ini, memang saya nak jawab, insya-Allah.
Baik, manakala peluasan ini juga itu yang disebut CCMS, manakala peluasan electronic medical records ya di seluruh fasiliti hospital dijangka selesai tahun 2029 ya. Pecahannya berikut Dato' Yang di-Pertua, tahun 2026, tahun depan kita akan melengkapkan dalam 16 hospital. Tahun 2027, 25 hospital. RMK13, tahun 2028, 46 hospital dan tahun 2029, 49 hospital ya.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dan pelan pendigitalan ini bakal memperkukuh saling kebolehkendalian antara facilities. Ini adalah interoperability dan mempercepatkan analitik kesihatan berimpak tinggi, patient care menjadi lebih pantas, menjadi lebih jitu, menjadi precision patient care melalui transformasi digital sistem kesihatan negara dengan sokongan antara lain iaitu sokongan AI dan juga teknologi yang lain.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Boleh Menteri minta laluan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Siapa?
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Tenom.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, sila Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu Menteri, saya mewakili masyarakat pedalaman Sabah khususnya di Parlimen Tenom ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan Yang Berhormat Menteri berkenaan isu rawatan dialisis yang telah diselesaikan dengan cara yang baik oleh Yang Berhormat Menteri. Dan terima kasih juga kepada kementerian Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian yang telah berjaya menaik taraf klinik-klinik kesihatan di Tenom seperti klinik kesihatan di Kuala Tomani, di Melalap dan sekarang dalam proses pembinaan di Klinik Kesihatan Kemabong walaupun baru memegang jawatan sampai dua tahun, Yang Berhormat Menteri telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa.
[Tepuk] Tahniah Yang Berhormat Menteri dan juga warga Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jadi, saya ada bawa beberapa isu dalam perbahasan sebelum ini. Saya mengambil kesempatan ingin mendapat perhatian Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan permohonan Klinik Kesihatan Rayoh yang hanya boleh diakses menggunakan kereta api, lebih-lebih lagi di kawasan terbabit juga selalu mendapat tumpuan pelancong luar negara di mana mereka selalu — penyertaan mereka dalam sukan lasak iaitu kayak.
Dan satu lagi ialah Tenom ingin memohon naik taraf Hospital Tenom dan menambah doktor-doktor yang berpengalaman terutama dalam unit kecemasan yang merupakan isu yang sangat kritikal di Hospital Tenom.
Terakhir, saya mohon Yang Berhormat Menteri agar pihak kementerian dapat memperluas kemudahan mesin dialisis ke kawasan yang sangat jauh seperti di daerah Kemabong agar jumlah penunggu, pesakit yang ingin menerima rawatan dialisis di Hospital Tenom dapat diatasi sekali gus dapat membantu pesakit menjimatkan kos, masa dan perjalanan ke Hospital Tenom. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat saya Tenom. Saya berkebetulan mutakhir ini ataupun bermula bulan Ogos yang lalu dan mutakhir ini dalam minggu yang lalu juga saya membuat lawatan khususnya di Timur ataupun di east coast Sabah, Dato' Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dan kalau dulunya Sandakan, Lahad Datu, Kudat — maaf ya. Kunak, maaf.
Semporna dan berakhir di Tawau. Dan pada minggu yang lalu saya telah membuat lawatan kerja di klinik-klinik desa, di pulau-pulau, Dato’ Yang di-Pertua, Pulau Bait ya.
Ataupun Klinik Desa Pulau Bait yang mana kita dapat perhatikan bagaimana ini punya yang memberi servis kepada 15 pulau yang berdekatan, Dato’ Yang di- Pertua. Seperti mana yang disebutkan oleh Tenom, saya pastinya mahu menyusuli akan permintaan-permintaan seumpama itu kerana senang kita menyebutkan liputan kesihatan sejagat ataupun UHC dengan laungan mantera “leaving no one behind”, Dato’ Yang di-Pertua.
Tapi, kepada Menteri ini apabila tanggungjawab dan amanah itu diletakkan kepada saya, saya sangat insaf dan sangat sedar, ya. Tenom juga pernah membuat satu perbahasan yang menyentuh hati kita semua. Rakyat meninggal kerana tidak dapat akses ya. Bukan saja kerana tidak ada dialysis centre tetapi tidak punya keupayaan kewangan, transport untuk ke sana. Berakhir dengan mereka terpaksa nyawa mereka terkorban perkara ini. Ini satu yang sangat menyayat hati dan UHC ini bukan saja leaving no one behind. Tetapi dalam proses mendapat akses itu mereka tidak harusnya mengalami financial hardship.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dan financial catastrophe. Sebab itu sebagai Kementerian Kesihatan, kami rasa sangat terpanggil untuk kill the gap ya dan kita segera untuk memperbaiki, segera untuk mengisi jurang-jurang seperti ini, Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya punya waktu yang semakin singkat. Saya berjanji kepada sahabat saya Maran ya sebagai — kalau boleh saya nak pintas terus kepada Maran, Dato’ Yang di-Pertua ini boleh?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh, tiga minit.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Dan Gerik juga boleh?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sorry? Ya?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Jawapan untuk Gerik juga.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
[Tidak jelas] , Ahli Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, kalau saya diberikan sedikit.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terus, Menteri. Saya ada tunggu ini daripada tadi dah ini.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
[Ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik. Hospital Maran atau permohonan ini. Boleh saya mulakan, Dato’ Yang di-Pertua kalau diberi izinkan saya sedikit Dato’ Yang di-Pertua. Boleh kalau diberikan sedikit tambahan waktu Dato’ Yang di-Pertua yang budiman? Dermawan?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, saya melihat kepada perkara yang sering dibangkitkan oleh Yang Berhormat Maran ya kerana terkait dengan projek Hospital Maran. Yang Dewan sini menyaksikan betapa tiap kali perbahasan berlaku, Maran akan bangkit dengan segala ya kesungguhan beliau ya.
Dan saya petang ini kalau boleh saya nak terangkan serba sedikit apa sebenar-benarnya dan bagaimana kita akan memberikan sokongan dan dukungan untuk. Yang pentingnya adalah rawatan dan ataupun fasiliti kesihatan. Bukan semestinya sesuatu yang kita sebut sebagai hospital tetapi kita lihat contohnya lebih khusus, Dato’ Yang di-Pertua ya.
Untuk makluman ya Yang Berhormat Maran ya, tahun 2020 ya di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) sebenarnya, Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11), kerajaan telah meluluskan butiran kerja awalan fasiliti kesihatan bagi pembinaan Hospital Maran dengan kos RM400,000 ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kejap, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Izinkan saya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak apa, dak saya bukan nak ini.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dengar, dengar dulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Maran.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kerja — kerja awalan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Menteri belum habis lagi.
Seorang Ahli
Belum mula pun lagi.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Belum habis lagi.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kerja — kerja awalan ini membolehkan kajian kesesuaian tapak dilaksanakan dan seterusnya reka bentuk awal disediakan bagi menentukan anggaran kos sebenar projek ini, Dato’ Yang di- Pertua.
Susulan daripada kerja awalan yang telah dilaksanakan pada tahun 2022, projek ini ditangguhkan disebabkan tapak cadangan di Kampung Batu 55 tidak sesuai. Antara lain kerana keadaan tanah berbukit.
Kedua, mempunyai kawasan takungan air semula jadi dan alur sungai dan ketiga, kos yang terlalu tinggi yakini RM435 juta untuk membina sebuah hospital berkapasiti 76 katil bersamaan dengan RM5.7 juta satu katil, Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dengar, belum sampai.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dak, saya nak betulkan fakta.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tak, tak Yang Berhormat, Yang Berhormat Maran, sila duduk.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya Menteri yang kena menjawab nanti saya bagi saya izinkan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, duduk Yang Berhormat Maran. Nanti Menteri jawab, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya izinkan Maran memberi balas jawab ya ataupun memberikan pandangan.
Now, UP ataupun Unit Perancangan Ekonomi, JPM pada masa tersebut telah mengesyorkan agar KKM mencari tapak baharu ya yang lebih sesuai dan mengemukakan permohonan ini dalam rolling plan yang seterusnya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Baik.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sila duduk dulu Yang Berhormat, sila duduk dulu ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Duduk [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
KKM telah melaksanakan kajian di tapak kedua iaitu Kampung Teras ya yang berkeluasan 60 ekar. Namun, tapak tersebut juga tidak sesuai kerana bentuk muka bumi yang berbukit dan akan melibatkan kos yang juga tinggi. Masalah realiti Pahang ini dia yang bukit dan paya.
Susulan itu, KKM telah meneliti semua keperluan projek Hospital Maran dengan mengambil kira keperluan perkhidmatan kesihatan di kawasan Maran serta faktor kesukaran mendapat tapak yang sesuai, serta kos pembinaan yang munasabah, value for money, dengan izin. KKM juga mengambil kira faktor lokasi Maran yang terletak dalam lingkungan kawasan hospital-hospital di sekeliling itu, Dato’ Yang di-Pertua.
Contoh ya, kalau HOSHAS, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh hanya jarak dari Maran 45 kilometer. Ya, hospital berpakar major ya, Dato’ Yang di- Pertua. 17 kepakaran, lima subkepakaran. Hospital Jengka contohnya, hospital yang kecil tanpa pakar, hospital daerah. Jarak daripada Maran 41 kilometer dengan bed occupation ratio, rate-nya adalah 60 peratus sahaja BOR 60 peratus dan Hospital Bera ya Hospital Bera BOR 77 peratus. Jarak daripada Maran adalah 68 kilometer hospital tanpa pakar, Dato’ Yang di-Pertua.
Nah sebagai alternatif, KKM mencadangkan supaya Klinik Kesihatan Maran sedia ada yang merupakan jenis empat dinaik taraf kepada jenis dua dengan turut menyediakan— dengan turut menyediakan kemudahan kecemasan sick bay atau rawatan pesakit dalam, inpatient itu yang penting bagi warga di kawasan Maran, Dato’ Yang di-Pertua.
Kemudahan bersalin kecemasan di emergency birthing centre bukan ABC ya bukan alternative birthing centre tetapi emergency birthing centre, dan kemudahan lain yang bersesuaian agar penduduk mendapat rawatan awal sebelum dirujuk ke hospital berhampiran ya.
Pembinaan klinik kesihatan baharu ini boleh disarankan di tapak sedia ada yang bakinya keluasan yang masih mencukupi.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, jangan marah. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, ini satu yang kita pastikan bahawa sebenar-benarnya kita lebih nampak keperluan itu dan kita boleh menyediakan fasiliti itu. Yang itu yang sebenarnya yang tak boleh diberi, Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sikit, sikit, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dan itu juga yang diharapkan oleh rakyat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang di-Pertua, Yang di- Pertua.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jangan marah. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Okey, Yang Berhormat terima kasih banyak.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya orang tempatan Maran.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sila, Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya pernah lama menjadi ADO di situ. Yang penting pada saya, projek ini bukan masalah 2027–2030 sebagainya.
Projek ini telah diluluskan RMK11 iaitu dibina beberapa projek hospital; Kemaman, Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan juga Maran. Dan peruntukan telah diberikan ketika itu. Jelutong buat apa berdiri?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dan Yang Berhormat, bila 22 bulan Kerajaan PH memerintah, projek ini dihilangkan. Saya pernah bercakap dengan Menteri sendiri. Dan saya dah bawa balik dalam Parlimen ini. Dan akhirnya, semasa Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, projek ini dikeluarkan semula dan lulus dalam bajet.
Saya ada bukti-bukti tadi. Saya bukan ini. Tapak, lima, enam projek. Pertama, tapak kita telah lihat. Saya pergi sendiri dan semua dah ditolak. Akhirnya, kita setuju pada tapak Batu 55 dekat Kampung Orang Asli. Kalau Yang Berhormat tengok,
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
lawatan Exco Kerajaan Negeri Pahang. Bagaimana dinyatakan? Dia telah melawat empat tapak projek.
Dan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Dato' Ir. Razali bin Kassim berkata tapak cadangan di Batu 55 di sini lebih sesuai berbanding dengan tiga lagi lokasi yang lain. Saya nampak kerajaan ini belit-belit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Oi, Tuan Speaker.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jangan kata gitu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dak, dak, ini, ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Inilah masalahnya, Tuan Speaker.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Maran, ini tuduhan Maran.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Isu Peraturan Dewan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Maran, tak elok macam itu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Tak elok macam itu, Maran.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, saya gunakan Peraturan Dewan.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dah hujung-hujung ini.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, sahabat Maran.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Kita elok-elok lah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan, Speaker. Peraturan Dewan, Speaker.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jangan izinkan Jelutong ini menggunakan Peraturan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, sekejap.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dulu dialah yang mengamuk-mengamuk suruh Najib bicara sebagainya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Speaker, peraturan Speaker.
[Sambil menunjukkan Buku Peraturan Mesyuarat]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dato’ Yang di-Pertua, please… [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tidak jelas]
Seorang Ahli
Daripada tadi duk berdiri lah. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak apa, Yang Berhormat. Dengar baik-baik...
[Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Okey, Jelutong. Apa peraturan mesyuaratnya?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Speaker, kita dengar— saya gunakan Peraturan 36(6). Ketika Yang Berhormat Maran membuat perbahasan tempoh hari, beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa projek Hospital Maran telah pun diberhentikan apabila kerajaan ini mengambil alih. Kita dengar tadi penjelasan yang diberikan oleh Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jadi, apa kaitan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sangkaan ini yang dibuat bukan sahaja...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat Jelutong, sudah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya hendak minta supaya Yang Berhormat Maran...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, sekejap Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima — berterima kasih dan tarik balik...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Tuduhan yang dibuat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Semasa Yang Berhormat Maran berucap, saya tidak preside Dewan ini, jadi saya tak boleh buat ruling.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi beliau telah mengulangi kenyataan itu mengatakan bahawa projek ini telah diberhentikan dan berbelit-belit, kerajaan ini berbelit-belit.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Yang Amat di-Pertua, projek ini dah lulus.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kenapa diberhentikan?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, okey Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Itu persoalan saya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Jelutong, apa sibuk- sibuk?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dia baharu lagi dalam Dewan ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Saya dah lama— terima kasih Speaker.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa yang sibuk-sibuk?
Buat apa sibuk?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya Ahli Parlimen lah, Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Speaker, sebelah sempadan saya, Speaker.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa sibuk?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Please.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Saya kira Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Maran dah cakap, Yang
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Berhormat Jelutong pun dah cakap, boleh saya benarkan Yang Berhormat Menteri bercakap?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
[Ketawa]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Saya ingat, saya beri laluan kepada Yang Berhormat Maran untuk membuat pencerahan. Berakhir dengan sangat mengelirukan dan mengusutkan lagi.
Apa yang saya sebutkan, dalam tahun 2020 Perdana Menteri ketika itu Bera, memperuntukkan supaya kajian itu dibuat, 2020. Kerja-kerja awalan Dato’ Yang di- Pertua, RM400,000 ketika itu dan di situlah keputusan-keputusan yang telah saya sebutkan mengapa ia tidak boleh dilaksanakan.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
[Bangun]
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tetapi apa yang mustahaknya, KKM telah datang dengan satu cadangan yang jauh lebih baik, yang akhirnya akan dapat mengizinkan apa yang telah saya sebutkan tadi.
Bagaimana kalau kita perhatikan, kita akan dapatkan sekali gus, satu klinik kesihatan daripada KK4. Kita angkat sebagai jenis dua. Dan jenis dua Dato’ Yang di- Pertua, sekarang ini kita mengambil pendekatan bukan to build more and more hospital. Kita kadangkala silap, kita ingat apabila setiap daerah itu dia kena ada hospital.
Yang mustahaknya dalam kita memperkukuhkan healthcare adalah memperkukuhkan klinik, PHC, the primary healthcare yang berteraskan klinik. Dan klinik-klinik inilah sebenarnya yang akan membawa kepada healthcare, yang hospital itu seek care, Dato’ Yang di-Pertua. Dan kita memberikan segala apa yang boleh kita sediakan sebagai bekalan facilities itu, the sickbay for in-patient.
Dan kita juga hari ini kita ada care model yang berbeza. Kita ada KK, kita ada klinik kesihatan tapi kita bangkit, bangunkan apa yang dikatakan sebagai di - apa istilahnya yang digunakan di UK dan di Australia adalah cottage hospital, klinik-klinik kesihatan tetapi punya bed, punya in-patient. Di situ yang perlunya diperjuangkan oleh Yang Berhormat Maran, bukan sekadar hospital tetapi apa yang merupakan quality care yang akan kita berikan kepada rakyat. Di situ yang sepatutnya daripada menuduh kami berbelit-belit.
Sebab saya telah menyebutkan— saya telah menyebutkan betapa perkara ini...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak apalah, Speaker.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, saya minta perkara itu...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Speaker...
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
...Jangan diulang-ulang lagi. Ini kali terakhir Yang Berhormat Maran berucap hal ini sebab saya telah jelaskan.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kalau mahu kita teruskan, kalau tidak, kita boleh...
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Dato' Yang di-Pertua, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Jadi, saya minta...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Terima kasih.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Saya nak pergi tajuk lain lah.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya minta— saya tak izinkan dia bercakap, saya tak izin dia bercakap dah. Maran, duduk.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Dato' Yang di-Pertua, jawapan ini dah lama saya dengar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Sickbay kita pernah ditutup, sekarang pun tak ada.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Tak apalah, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Maran.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran
Kalau ini tindakan kerajaan, saya ucapkan terima kasih, insya-Allah saya beritahu rakyat di kawasan saya.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Maran.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Maran.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Dato’ Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, sekejap.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Dato’ Yang di-Pertua, Menteri, tajuk lain sikit.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap Kuala Nerus, sekejap. Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat Maran dah lama dalam Dewan. Yang Berhormat Maran tahu konvensyen, Yang Berhormat Maran.
Yang Berhormat Menteri juga tidak berhak untuk mengatakan apa yang...
[Tidak jelas] nak sebut dalam Dewan. Dan sama juga perkara yang sama, Yang Berhormat Menteri dah bagi jawapan. Sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan hati Yang Berhormat Maran, Yang Berhormat boleh bangkitkan dalam perbahasan atau sesi-sesi pertanyaan jawab lisan.
Boleh saya benarkan Kuala Nerus Yang Berhormat?
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Kuala Nerus, sikit.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sila Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Tajuk lain sikit. Tajuk lain ni sebab saya tunggu lama nak tanya ni, berkaitan dengan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852].
Saya nak tanya tentang penguatkuasaan. Jadi, sekarang ni sebenarnya rokok - vape pun masuk sama tetapi tidak ada penambahan dari segi perjawatan penguat kuasa farmasi. Saya tengok di sini, penguatkuasaan farmasi 842, 2025; 842 juga 2026. Jadi, bagaimana Yang Berhormat Menteri nak menangani yang apa ni— budak-budak 18 tahun ke bawah ni, merokok dan menghisap— yang makin berleluasa dengan perjawatan tidak ditambah? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih sahabat saya, Kuala Nerus, yang sangat peka.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sekejap, sekejap Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya sangat menyambut cadangan Kuala Nerus...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat Menteri, sekejap.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya, sila Dato’.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey. Sekarang ini Yang Berhormat Menteri telah melepasi masa yang telah ditetapkan, berapa minit lagi Yang Berhormat Menteri perlukan?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
[Ketawa]
Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading
Sri Gading sikit.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Ya. Ada beberapa hal yang terkait dengan fasiliti, Dato’ Yang di-Pertua.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai sikit, nak minta juga.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kalau boleh saya teruskan. Tetapi kalau tidak pun, saya boleh— secara...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh saya bagi lagi lima minit, Yang Berhormat?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Boleh saya habiskan. Saya ada...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai minta pencelahan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tanpa ada celahan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya ada Kota Marudu, kalau ada di sini.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai ada, Kuala Krai.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Saya bagi lima minit Yang Berhormat Menteri, tanpa ada celahan. Duduk semua Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Klinik-klinik daif.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kalau boleh dapat jawapan Kuala Krai, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai, ada?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Teruskan Yang Berhormat Menteri, habiskan dan gulung.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Dato’ Yang di-Pertua. Kalau boleh...
Dato’ Dr. Hj. Alias bin Razak - Kuala Nerus
Jawab Kuala Nerus dulu, tadi soalan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Jawab Kuala Nerus Yang Berhormat, lepas tu terus gulung.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kuala Nerus tadi saya telah jawab. Saya sangat ucap terima kasih kepada Kuala Nerus yang telah memberi cadangan yang begitu baik. Memang kita dari sudut penguatkuasaan, ya. Sebab itu kadangkali harapan supaya penguat kuasa kami berada pada setiap tempat-tempat makanan awam ini dan kalau tidak, mereka menyangka bahawa kita tidak menguatkuasakan 852, kawalan produk merokok demi kesihatan awam itu.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Sangat tidak adil. Kalau kita perhatikan Tweet ataupun sosial media di SIP itu
(Sektor Inspektorat Perundangan) mereka melakukan almost like 24/7 round the clock membuat penguatkuasaan. Ataupun yang diminta atau dicadangkan oleh Kuala Nerus itu sangat baik untuk kita menambah. Kalau diizinkan, memang saya mahukan penambahan penguatkuasaan— pegawai-pegawai penguatkuasaan ini, Dato’ Yang di-Pertua.
Saya pergi kepada Kuala Krai. Ya, kalau boleh — the last few minutes yang ada ini, Dato’ Yang di-Pertua.
Berkenaan projek fasiliti kesihatan di kawasan Kuala Krai yang tertangguh sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, ya. KKM merancang untuk antara lainnya, satu, menubuhkan Klinik Kesihatan Pahi dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di Kuala Krai dalam satu kompleks kesihatan bersepadu ya, ataupun yang kita sebutkan sebagai Kompleks Kesihatan Bersepadu Kuala Krai di tapak sedia ada.
Kompleks ini akan menempatkan sekali gus klinik kesihatan, kuarters dan bangunan baru PKD bagi meningkatkan kecekapan operasi serta kualiti perubatan kesihatan di daerah ini. Itu untuk Kuala Krai ya.
Yang mana kalau boleh saya sikit— cadangan projek tersebut akan dikemukakan dalam Rolling Plan RMK13, harapnya RP2 ya, tertakluk kepada keutamaan serta kelulusan peruntukan pembangunan oleh kerajaan. Itu yang boleh saya sebutkan. Adapun yang dimaksudkan...
Yang kedua ialah ya, menaik taraf Klinik Kesihatan Dabong di bawah kelulusan tambahan semasa Belanjawan 2025. KKM telah melantik (JKR) Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagai agensi pelaksana bagi projek ini. Projek dijangka siap dalam tempoh dua tahun selepas SST (Surat Setuju Terima) dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya, yang dijangka pada bulan Februari 2027. Yang Berhormat Kuala Krai itu...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat.
Saya beralih kepada cadangan pembinaan PKD Setiu dan juga KK Jabi. Ya, ada?
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
[Bangun]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Setiu tak ada dalam Dewan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tak ada.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bagi jawapan bertulis, Yang Berhormat.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Gerik ada, Yang Berhormat? Saya ada beri soalan.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Saya – Kota Marudu ada? Dato’ Yang di-Pertua, ia — kalau — Kota Marudu?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Tak ada Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tak ada juga ya. Dan akhir sekali, kalau – naik taraf klinik daif ini yang dibangkitkan — saya kalau boleh jawab sikit sahaja Dato’ Pertua, this is the last one minute, insya-Allah.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Yang Berhormat Sri Aman telah membangkitkan isu klinik yang daif dan uzur, iaitu Klinik Kesihatan Simanggang, Pantu, Balai Ringin dan juga Tanjung Bijat, ya.
Pada masa ini, projek naik taraf klinik kesihatan sedang dilaksanakan secara berfasa di seluruh negeri Sarawak. Di kawasan Sri Aman, naik taraf yang telah dan sedang dilaksanakan turut meliputi klinik-klinik berikut.
Pertamanya, Klinik Kesihatan Pantu dinaik taraf pada tahun 2024 dengan kos sebanyak RM411,430. Itu for 2024. Klinik Kesihatan Balai Ringin pada 2024.
Klinik Kesihatan Tanjung Bijat dinaik taraf pada tahun 2025 melibatkan kos sebanyak RM7 juta dan Klinik Kesihatan Simanggang, Klinik Kesihatan Sri Aman pada tahun 2025 dengan kos RM7 juta.
Saya punya sikit waktu lagi. Status Hospital Pakar Gerik. Ya, saya boleh menyebutkan sedikit begini. Status Hospital Pakar Gerik telah mendapat makluman ― jawapan terus ya.
KKM merancang pembinaan Hospital Gerik yang baru dan projek ini akan diberikan keutamaan dalam perancangan pembangunan akan datang. Buat masa ini, KKM sedang dalam proses mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pelaksanaannya. Sangat mustahak. Tapak adalah― tanahnya adalah segala- galanya. Half the battle is won kalau kita selesai bab itu.
Keduanya, KKM merancang membina Klinik Kesihatan Bandar Gerik bagi menggantikan KKIA ― Klinik Ibu Anak Gerik yang sedia ada. Jabatan Pesakit Luar
(JPL) yang kini di Hospital Gerik akan ditutup dan memberi ruang kepada peluasan fasiliti hospital dengan pembinaan KK ini. Cadangan pembinaan KK baru bersama Kompleks Kesihatan Daerah Bersepadu Gerik ini sedang dipertimbangkan dalam permohonan rolling plan akan datang di tapak yang baru.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Yang Berhormat Gerik, itu berita untuk Yang Berhormat.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Kalau boleh, dipercepatkanlah. Terima kasih banyak, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik, baik, baik.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Menteri, masa dah habis.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik. Waktu ― baik. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua. Saya pohon jutaan maaf, andainya tidak dapat...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Sikit, Menteri. Menteri, Menteri, sikit, Menteri. Kalau boleh nak minta Maran ini dia tarik baliklah. Bila dia sebut tadi itu, “Kerajaan ni berbelit-belit”, takut nanti dia yang kena sembelit nanti.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, Maran minta maaf.
Maran tarik balik.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Dia kena tarik baliklah bila dia sebut kerajaan ini berbelit-belit.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tak apa. Kita...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Takut nanti dia kena sembelit nanti. Kita minta dia tarik balik. Terima kasih, Speaker. Terima kasih, Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maran kena minta maaf.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Eh, Speaker ada.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Tak apa. Tak apa. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut
Nak jadi Speaker ke?
Nak jadi Speaker ke ini Hulu?
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Kita izinkan rakyat untuk menilai itu.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 30 Oktober 2025.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.33 malam]