Oct282025

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Draf

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 10:00 AM
WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Kita mulakan sesi Waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri ini dengan saya menjemput Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Batang Lupar.

draft • 10:00 AM

1. Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli [Batang Lupar]: Terima kasih Tan Sri Speaker. Soalan saya nombor satu. Minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan hala tuju dan usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi penjagaan yang inklusif di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menyebut tentang penjagaan, sudah pasti ramai antara kita mungkin membayangkan kepada tanggungjawab menjaga warga emas iaitu ibu, ayah atau datuk, nenek kita yang semakin lanjut usia. Pemikiran ini pastinya dipengaruhi oleh cabaran negara menua yang umum mengetahui sedang didepani oleh Malaysia.

Namun hakikatnya, industri dan ekonomi penjagaan yang dibincang dan dipersiapkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM) adalah lebih luas yang turut meliputi penjagaan kanak-kanak serta orang kurang upaya (OKU). Menyedari keperluan dan permintaan perkhidmatan penjagaan yang dijangka akan terus meningkat, KPWKM kini sedang dalam proses membangunkan ekosistem industri penjagaan yang kukuh melalui pembangunan

draft • 10:00 AM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan di Malaysia iaitu 2026 hingga 2030.

Pembangunan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan ini juga adalah selari dengan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan ataupun dengan izin, NAB – National Blueprint yang disediakan oleh kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi, di mana ia antara lain turut menyentuh berkenaan penjagaan jangka panjang ataupun long-term care dengan izin, yang akan diterajui dan dikawal selia sektor ini oleh KPWKM.

Kerangka Strategik ini merupakan dokumen yang telah dibangunkan melalui pendekatan dengan izin, whole-of-nation, melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti agensi kerajaan, sektor swasta, institusi pengajian tinggi, pemain industri dan juga pakar-pakar dalam bidang penjagaan. Insya-Allah, kita merancang untuk melancarkan kerangka strategik ini semasa penganjuran The New Frontiers in the Care Economy Conference dengan izin, peringkat ASEAN oleh KPWKM pada 4 dan 5 November 2025 iaitu pada minggu depan.

Dalam usaha memastikan kelestarian ekonomi penjagaan di negara ini, kerangka strategik tersebut akan mengetengahkan lima strategi utama iaitu:

(i) pengukuhan perundangan dan tata kelola;

(ii) pembangunan kompetensi dan laluan kerjaya;

(iii) advokasi;

(iv) pemerkasaan kolaborasi strategik; dan

(v) penyelidikan teknologi dan data.

Selain itu, industri penjagaan juga turut mendapat perhatian khusus dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas seperti terkandung dalam Bab 5, strategi D2 iaitu, “Persediaan Menuju Negara Tua.” Salah satu inisiatif di bawah RMKe-13 yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun ini ialah meningkatkan tahap kompetensi kepada para penjaga.

Menerusi pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan terus mencerminkan iltizam, membangunkan ekosistem industri ini menerusi pelbagai inisiatif. Kami di KPWKM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas keprihatinan dalam isu penjagaan di Malaysia.

Segala usaha yang diterangkan ini tidak boleh memberi perubahan dalam satu malam, tetapi ia adalah komitmen kerajaan dan KPWKM untuk menyediakan ekosistem penjagaan negara bagi memastikan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat terjamin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Batang Lupar.

draft • 10:00 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, atas jawapan yang begitu terperinci.

Yang Berhormat Menteri, apabila kita bercakap tentang sasaran melahirkan lebih ramai penjaga, saya pasti kita merujuk dan mahukan penjaga yang berkemahiran. Untuk mendapatkan kemahiran ini, penyediaan latihan yang berkualiti amatlah penting untuk melengkapkan penjaga ataupun care worker tersebut dengan ilmu yang sewajarnya.

Jadi, soalan saya kepada pihak kementerian, apakah bentuk latihan yang akan dilaksanakan ataupun yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan care worker atau mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang industri ini mendapat latihan yang bersesuaian dalam bidang penjagaan? Terima kasih.

draft • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini memang amat kita tunggu-tunggu kerana inilah yang paling penting untuk kita menyediakan negara kita.

Ya, Tuan Yang di-Pertua, bagi memenuhi matlamat dan inspirasi ini, KPWKM menerusi Institut Sosial Malaysia (ISM) menawarkan kursus peningkatan kemahiran sebagai penjaga ataupun caregivers. Kursus ini merangkumi aspek penjagaan fizikal, pengurusan emosi, penulisan laporan perkembangan orang yang dijaga serta pengintegrasian dalam komuniti.

Kursus ini bertujuan menyediakan latihan dalam penjagaan asas kepada penjaga sama ada di institusi kebajikan JKM, pusat jagaan badan bukan kerajaan

(NGO), pusat jagaan swasta, sukarelawan khidmat bantu di rumah (KBDR), serta individu yang menjaga ahli keluarga yang mempunyai masalah kesihatan.

Penyediaan modul dan kursus seperti ini bukan sahaja mampu melahirkan penjaga yang berkemahiran, tetapi juga mampu menjadi ejen pengubah dalam beberapa isu utama yang berkait dengan keperluan penjagaan termasuklah mengelakkan pengabaian warga emas.

draft • 10:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Kedua, memperlengkapkan pengetahuan dalam penjagaan warga emas dan OKU. Ketiga, mempromosi perhubungan inter-generasi, khususnya antara nenek dan datuk dengan cucu mereka. Dan keempat, galakan dan pemangkin kepada peningkatan penawaran kursus penjagaan OKU termasuk oleh penjaga latihan— penyedia latihan oleh pemain industri swasta.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Sementara itu, kita kadangkala terlupa bahawa industri penjagaan ini bukanlah suatu pekerjaan yang boleh dijalankan secara automated ataupun mesin sahaja. Dengan izin, ia bukan sekadar satu sektor ekonomi, tetapi cerminan nilai kemanusiaan iaitu sentuhan, iaitu kasih sayang, empati dan rasa tanggungjawab antara sesama manusia yang perlu ada.

Justeru, penawaran khusus penjagaan ini bukan sahaja boleh meningkatkan kemahiran penjaga, tetapi juga boleh membantu dalam memberi sokongan emosi kepada penjaga. Seterusnya, boleh mengelakkan keletihan atau dengan izin, burnout secara fizikal mahupun mental. Sekian, terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya jemput Rantau Panjang.

draft • 10:10 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff - Rantau Panjang

Ya, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah di atas usaha kementerian dalam untuk membantu terutama dalam mewujudkan keseimbangan, terutama kepada pekerja wanita.

Jadi, saya ingin tahu, apakah pendetilan daripada Pelan Tindakan Strategik dan Penjagaan 2026–2030 ini terutama manfaat kepada wanita untuk mengimbangi antara kerjaya dan keluarga? Dan begitu juga sejauh mana penyelarasan dibuat antara kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan supaya mereka juga sama-sama untuk mendukung, untuk mengukuhkan lagi ekosistem ekonomi penjagaan negara? Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Memang pun betul apa yang ditanya itu amat relevan sekali untuk masa kini, di mana Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan Malaysia 2026, kita memang baru mula nak memperkenalkan. Jadi, soalan itu memang orang kata very relevant, very current dengan izin.

Dalam usaha memastikan kelestarian ekonomi penjagaan di negara kita, KPWKM mengetengahkan lima strategi utama dalam kerangka strategik dan pelan tindakan penjagaan iaitu pertama, pengukuhan perundangan dan tatakelola iaitu hal ini merujuk kepada semakan perundangan dan tadbir urus yang berkaitan dengan penjagaan.

Undang-undang yang berkaitan dengan penjagaan di bawah kawal selia KPWKM telah berusia melebihi 10 tahun dan ada yang telah mencecah 40 tahun.

Justeru, akta-akta ini wajar disemak semula dan diberi nafas baharu bersesuaian dengan perkembangan semasa. Akta yang berkaitan adalah seperti Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308]. Kedua ialah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta

draft • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy binti Shukri

506], Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611] dan Akta Orang Kurang Upaya 2008 iaitu Akta 685.

Kita melalui pembangunan kapasiti dan penjagaan sebagai kerjaya, Institut Sosial Malaysia (ISM) dan lain-lain institusi TVET akan memberikan latihan kepada penjaga. Ini yang terkini yang kita kemukakan.

Kedua ialah pemerkasaan kolaborasi strategik rentas sektoral. Kita akan meningkatkan kerjasama dengan semua pihak terutama dengan pihak swasta, sektor korporat dan juga pemain industri supaya sama-sama menyokong industri penjagaan.

Keempat, advokasi. Pada masa yang sama, KPWKM akan meningkatkan usaha promosi dan advokasi penjagaan di pelbagai peringkat. Dan seterusnya, penyelidikan teknologi dan data bagi memberikan yang terbaik kepada penjaga dan penerima jagaan. Penyelidikan pembangunan teknologi dan pengumpulan data ditingkatkan.

Di sini mengenai wanita memang inilah khususnya untuk membantu wanita supaya mereka apabila mereka menjalankan kerja-kerja khidmat diberi kepada sama ada kepada keluarga ataupun mereka ‘nak menjalankan aktiviti ini memang banyak dari segi subsidi diberi kepada mereka dan juga kerajaan juga memberi insentif kepada majikan. Masa itu pun double— dikatakan double untuk membantu wanita ini supaya dia dapat menumpukan perhatian dia kepada kerja sambil dia menjaga sama ada ibu ataupun sesiapa yang memerlukan sama ada mentua kah di rumah.

Jadi, dia dapat menumpukan perhatian dia kepada pekerjaannya.

Jadi, di sini wanita diberi peluang. Kalau saya boleh nanti kongsi banyak lagi perkara yang kita bantu untuk memastikan wanita ini mendapat khidmat ataupun perkhidmatan yang terbaik untuk mereka membantu juga keluarga mereka dan masyarakat. Saya boleh beri detillah sebab dia panjang kan dalam masa yang singkat ini. Terima kasih banyak.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Dr. Halimah binti Ali, Kapar.

draft • 10:10 AM

2. Dr. Hajah Halimah Ali [Kapar]: Terima kasih Tan Sri Speaker. Minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah status kelulusan perancangan, laporan penilaian alam sekitar dan langkah kerajaan untuk memastikan manfaat pekerjaan daripada projek Sunway Pier Harbour di Port Klang yang bernilai RM255. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:10 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI Tan Sri Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebenarnya projek ini bukan di bawah Kementerian Pengangkutan. Namun begitu ada soalan, jadi saya memberikan sedikit pencerahan berkenaan dengan projek ini sebab ia berdekatan dengan Stesen KTM Komuter Port Klang.

Tapak yang dimaksudkan merupakan terminal feri terdahulu di Kompleks Dato’ Shaari Jihin, Pelabuhan Klang yang sebelum ini menyediakan perkhidmatan feri ke Sumatera, Indonesia. Terminal tersebut pada masa ini sering berdepan masalah kesesakan serta kekurangan kemudahan asas sehingga menyebabkan ribuan warga asing berhimpun di kawasan berkenaan khususnya menjelang musim perayaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tapak berkenaan akan dibangunkan sebagai Sunway Pier yang baharu iaitu sebuah destinasi pelancongan berkonsepkan moden untuk penduduk tempatan serta pelancong antarabangsa. Projek ini sedang berada dalam peringkat pembinaan dan dijangka siap pada suku kedua tahun 2028.

Dengan penyediaan kemudahan yang lebih moden, selesa dan mesra pengguna, pembangunan ini dapat merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan Pelabuhan Klang, yang pada masa ini masih kekurangan pembangunan bertaraf dunia di sepanjang kawasan pesisir lautnya.

Selain itu, pembangunan ini turut dirancang untuk mempunyai keterhubungan terus dengan stesen kereta api Pelabuhan Klang dengan cadangan penaiktarafan stesen tersebut, selaras dengan peningkatan perkhidmatan tren komuter yang dijangka pada masa akan datang.

Sunway Pier di Port Klang merupakan inisiatif pihak swasta. Namun, kerajaan mengambil maklum akan potensi manfaat ekonomi yang dapat dijana hasil daripada pembangunan ini. Projek ini bukan saja melibatkan pembangunan ruang komersial, tetapi turut merangkumi pembinaan kawasan tepi laut ataupun waterfront yang akan dibuka kepada orang awam.

Melalui inisiatif ini, masyarakat setempat bukan saja berpeluang menikmati dan memanfaatkan kawasan pesisir Klang sebagai ruang rekreasi dan riadah.

draft • 10:10 AM

Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook

Malah, pembangunan ini juga dijangka dapat merancakkan ekonomi setempat melalui penyediaan peluang pekerjaan dan perniagaan yang bakal terhasil daripada pembangunan tersebut.

Berdasarkan anggaran yang dikemukakan dalam tempoh 10 tahun, Sunway Pier dijangka akan menyumbang lebih daripada RM5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar, menarik lebih daripada 30 juta pelancong, mewujudkan lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan baru serta menjadi tarikan utama di kawasan Pelabuhan Klang.

Pembangunan ini telah memperolehi kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa berkenaan, termasuk kelulusan perancangan dan kelulusan pelan bangunan daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang. Selain itu, beberapa agensi teknikal di bawah Kerajaan Persekutuan turut terlibat dalam memberi kelulusan khususnya, tetapi agensi tersebut bukan di bawah kawal seliaan Kementerian Pengangkutan, termasuklah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Kerajaan berpandangan bahawa pembangunan ini akan memperkukuhkan kedudukan Port Klang sebagai pintu masuk antarabangsa bagi sektor pelancongan serta mempertingkatkan imej kawasan pesisir melalui pembangunan yang mampan dan berteraskan kepentingan awam. Terima kasih.

draft • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Kapar.

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Menteri dah turun ke tempat itu? Kalau ‘tak turun, nanti jemput Kapar ya sebab ini dalam kawasan Kapar.

Walaupun bukan direct di bawah MOT, tapi berhampiran dengan kawasan operasi Pelabuhan Klang yang dikawal selia oleh Kementerian Pengangkutan. Jadi, bolehkah Menteri menjelaskan, sama ada projek ini telah melalui semakan port zoning di bawah Lembaga Pelabuhan Klang dan sejauh mana kementerian memastikan pembangunan tidak menjejaskan aliran logistik dan keselamatan pelabuhan komersial sedia ada?

draft • 10:10 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Dan juga pengguna jeti yang saya bawa ini kerana pengguna jeti Pelabuhan Klang untuk penduduk di Pulau Ketam dan sekitarnya, ini sangat bimbang kerana jeti awam betul-betul di sebelah projek ini.

Jadi adakah jeti ini akan diambil oleh mereka. Sebab dulu masa saya ADUN sana, kita dah ambil land acquisition untuk jeti ini 300,000. So, mereka nak tahu, is

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

this part of the project, is it going to be assimilated, ‘ke macam mana? Is it going to be uplifted— ada pada kerajaanlah. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook

Yang pertamanya Tan Sri Yang di-Pertua, ini tak ada kena mengena dengan pelabuhan komersial dekat Northport dan Westport. Tak ada masalah pun, tidak ada kesan. Seperti yang saya katakan, ini terminal feri terdahulu yang sudah pun sedia ada, ia bukannya perkara baharu. Ia cuma dia naik taraf semula terminal tersebut untuk menjadi satu ruang komersial, tetapi berkenaan dengan jeti...

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook

Biar saya jawab dulu.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kapar, Kapar.

draft • 10:20 AM

Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar

Asa Niaga-kah?

draft • 10:20 AM

Tuan Loke Siew Fook

Biar saya jawab dulu.

Jeti Pulau Ketam itu kalau dia dah naik taraf, dia akan lebih baik sebagai gateway kepada Pulau Ketam. Ini akan menaiktarafkan juga gateway kepada Pulau Ketam. Sudah tentu akan menjadi satu tarikan kepada Pulau Ketam.

Jadi sama ada operator-operator feri sedia ada nak gunakan atau tidak, terpulanglah kepada mereka. Jadi ini adalah inisiatif swasta. Kita tak memaksa operator-operator sedia ada ini untuk menggunakan kemudahan yang baharu ini.

Jadi satu opsyen kepada mereka, tetapi saya sudah tentu saya rasakan operator- operator feri sedia ada yang ke Pulau Ketam itu sudah tentunya kalau ada satu gateway yang lebih baik, sudah tentu akan menarik lebih ramai pengunjung ke Pulau Ketam. Dan ini tertakluklah kepada pilihan mereka sama ada untuk menggunakan kemudahan tersebut. Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, Muar.

draft • 10:20 AM

3. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan, bagaimana untuk membendung Persatuan Nelayan Kawasan yang kurang efektif dalam menjaga kebajikan ahlinya walaupun didaftarkan secara rasmi dan dikhuatiri akan berterusan walaupun kutipan bayaran ahli dibuat secara tahunan.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Persatuan Nelayan ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan 1971

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

dan berperanan sebagai badan pelaksana di peringkat akar umbi bagi mempertingkatkan kebajikan serta pembangunan sosioekonomi nelayan. Sehingga kini terdapat satu buah Persatuan Nelayan Kebangsaan, 14 buah Persatuan Nelayan Negeri dan 101 buah Persatuan Nelayan Kawasan di seluruh negara dengan jumlah keahlian seramai 84,000 orang.

Persatuan Nelayan Kebangsaan berperanan memajukan kepentingan ekonomi dan sosioekonomi dengan kuasa-kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan PNK antaranya:

(i) mengurus dan mengendalikan rancangan bantuan kewangan dengan mengadakan sumber-sumber kredit dan modal bagi ahli;

(ii) menyediakan latihan bagi ahli termasuk pengedaran maklumat semasa kepada ahli;

(iii) membantu dalam penyiasatan dan pengumpulan perangkaan mengenai perusahaan menangkap ikan;

(iv) mengadakan kemudahan pemasaran, menyimpan, pengeringan dan kemudahan-kemudahan lain; dan

(v) membolehkan pembentukan modal dan pelaburan melalui penubuhan syarikat atau penyertaan ekuiti dalam usaha-usaha perniagaan.

Antara kemudahan dan manfaat yang disediakan oleh PNK kepada ahli:

(i) menjual saham kepada ahli-ahli berdaftar. Setiap ahli perlu memiliki sekurang-kurangnya satu saham atau 20 peratus nilai sijil saham yang dikeluarkan. Dividen diagihkan berdasarkan keuntungan semasa. Untuk pengetahuan, Persatuan Nelayan Muar ini dia saham ahli dia ada 84,907. Tidaklah banyak sangat;

(ii) menyediakan kemudahan kredit melalui dana nelayan bagi menampung kos pembelian peralatan tangkapan ikan;

(iii) memberikan rebat 15 persen kepada ahli yang menjalankan urus niaga kepada PNK berdasarkan nilai jualan ikan atau pembelian barangan;

(iv) menyediakan peruntukan kumpulan wang kebajikan dan kumpulan wang pengembangan daripada sebahagian keuntungan tahunan untuk kemudahan ahli;

draft • 10:20 AM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan - Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

(v) menyalurkan bantuan pendidikan seperti peralatan-peralatan persekolahan dan sumbangan kepada anak ahli yang cemerlang dan melanjutkan pengajian ke institut pengajian ini; dan

(vi) menyediakan bantuan khairat kematian, bantuan bencana alam serta bantuan rawatan kepada ahli yang ditimpa. Ertinya, berbagai disediakan. Soal persatuan itu aktif atau tidak, itu perlu dipantau.

Terima kasih.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Muar.

draft • 10:20 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Keterjaminan makanan adalah isu nasional, kepentingan negara.

Malaysia mengimport dalam RM50 bilion makanan dari luar setiap tahun. Isu perikanan adalah salah satu isunya.

Di bawah Yang Berhormat Menteri ada seperti kartel. Pertama sekali, bagaimana nelayan-nelayan kecil, nak-nak generasi kedua dan ketiga ini nak dapat lesen nelayan yang makin lama makin mengecil jumlahnya. Walaupun permohonan telah pun dibuat berkali-kali, tetapi seperti sudah ada kartel yang membenarkan, melesenkan, dan kadangkala generasi kedua, ketiga ini ketinggalan begitu jauh.

Dan yang kedua, khususnya di Parlimen Muar, bagaimana kita nak selesaikan isu pukat tunda yang akhirnya menjejaskan hasil tangkapan nelayan?

Lagi sekali seperti ada kartel walhal sudah dimaklumkan berkali-kali, bila ada rondaan, mereka tiada, tetapi bila tiada rondaan, di situlah mereka akan muncul seperti sudah ada kartel yang memaklumkan kepada mereka. Saya berharap perkara sebegini dapat diselesaikan. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Kalau ada perkara- perkara yang spesifik itu perlu sampaikan kepada kita. Soal umumnya itu memang pukat tunda ini dalam RUU yang dibentangkan pada penggal yang lepas telah diluluskan. Lepas itu kita akan menjaga dan memerangi penyalahgunaan pukat tunda ini secara yang lebih keras pada masa yang akan datang.

Memang dari sudut sama ada kartel atau tidak, tapi soalnya kita mesti bersedia— dengan akta yang baharu itu kita dapat menangani hal pukat tunda ini.

Memang bukan pukat tunda saja, ada juga pukat-pukat lain yang menyalahi RUU perikanan. Kita akan benteras habis-habisan.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Soal spesifik, kalau ada persatuan mana yang lemah dan sebagainya, pihak Muar dapat memberi kepada saya dan kita akan pantau dengan lebih teliti.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Rasah.

draft • 10:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan sektor perikanan. Ada dua soalan untuk Yang Berhormat Menteri.

Yang pertama, untuk nelayan Zon C2, banyak permintaan untuk mengembalikan subsidi kepada mereka. Jadi, apakah pendirian terkini pihak kerajaan sama ada boleh dikembalikan subsidi kepada mereka? Sebab dikatakan, bilangan vesel berkurangan daripada 600 ke 300.

Dan yang keduanya, apakah hala tuju sektor akuakultur iaitu penternakan ikan di Malaysia sebagai ganti kepada perikanan di laut dalam? Sebab saya rasa kita ada keperluan untuk mengekalkan SSR yang tinggi: 90 peratus hasil perikanan kita.

Kalau berbanding dengan hasil protein yang lain, ikanlah sumber hasil perikananlah yang sangat tinggi SSR di negara kita dan ada keperluan untuk kita meneruskan SSR yang tinggi untuk memastikan keterjaminan makanan. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Terima kasih. Memang SSR pencapaian kecukupan ikan di Malaysia ini, alhamdulillah kita capai lebih daripada 90 peratus terutamanya dibantu oleh akuakultur. Akuakultur ini berkembang begitu baik hampir di seluruh negara sekarang ini dan ternakan bioflok dan sebagainya, disambut oleh orang ramai.

Sebab itu kita lihat, bila berlaku pembangunan di pantai, tercemarnya kawasan penangkapan ikan, pendaratan ikan seperti di Pulau Pinang, di Selangor, di Melaka, di Negeri Sembilan, maka kita cuba dalam RUU yang kita sebut itu, kita nak pindahkan penilaian itu kepada akuakultur.

draft • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

Dia mengambil masa dan sambutan daripada para nelayan amat memberangsangkan. Sebab itu, dari segi perkembangan akuakultur di Malaysia berada di tahap yang cukup baik. Cuma, penangkapan di laut itu, kita tahu bahawa kekurangan itu, sebab itulah kawasan larangan taman laut diperbanyakkan dalam RUU yang kita bentangkan pada penggal yang lepas.

Sebab itu, kita lihat hal ikan ini, kita capai dan juga daripada akuakultur ini, pengeksportan mula berlaku secara yang agak tinggi sekarang ini. Walaupun padi

draft • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu

kita masih jauh, tapi ikan ada— lemah di sana lemah di sini, tetapi secara umumnya, ia sedang mencapai SSR. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

draft • 10:30 AM
PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

Tuan Yang di-Pertua

Baik, kita mulakan dengan Tuan Syahredzan bin Johan, Bangi.

draft • 10:30 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Ini kali ketiga soalan saya naik. Soalan saya nombor 1.

draft • 10:30 AM

1. Tuan Syahredzan bin Johan [Bangi] minta Menteri Komunikasi menyatakan, pendirian kerajaan berkaitan dengan keputusan mahkamah rayuan bahawa perkataan ‘jelik’ dan ‘menyakitkan hati’ di bawah seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia adalah, sekatan yang tidak berperlembagaan serta langkah kerajaan untuk mengharmonikan seksyen tersebut dengan keputusan mahkamah.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:30 AM

[Dewan riuh]

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Saya tak ada kaitan dengan pemilihan soalan ini.

[Ketawa] Tan Sri Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat.

[Ketawa] Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) komited melaksanakan pemantauan proaktif dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kandungan dalam talian yang dikenal pasti bersifat lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau yang melanggar peruntukan seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Dalam hubungan ini, selari dengan agenda reformasi institusi yang digagaskan di bawah Kerajaan MADANI, kerajaan pada tahun lalu telah meminda seksyen 233, Akta 588 dengan menggantikan perkataan ‘jelik’ kepada perkataan ‘jelik melampau’ dengan meletakkan tanda aras yang lebih tinggi melalui enam huraian untuk menjadikan ia sebagai satu kesalahan.

Sepertimana diketahui, mahkamah rayuan baru-baru ini telah memutuskan bahawa perkataan ‘jelik’ dan menyakitkan hati di bawah seksyen 233, Akta 588 adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah. Walau bagaimanapun, keputusan

draft • 10:30 AM

Menteri Komunikasi - Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

mahkamah rayuan tersebut hanya terpakai kepada peruntukan seksyen 233 sebelum pindaan Akta 588.

Pihak kerajaan menghormati keputusan mahkamah rayuan ini dan telah meneliti dari segi aspek perlembagaan serta undang-undang dan atas nasihat Jabatan Peguam Negara, pihak kerajaan kini telah memfailkan permohonan kebenaran rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Memandangkan keputusan mahkamah rayuan tersebut kini sedang dalam proses rayuan ke Mahkamah Persekutuan, adalah wajar semua pihak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum membuat apa-apa pendirian tentang elemen jelik dan menyakitkan hati dalam peruntukan seksyen 233, Akta 588 sebelum pindaan.

Proses kehakiman ini perlu dihormati semua pihak untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu keputusan Mahkamah Persekutuan dan juga isu subjudice dengan izin. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Bangi.

draft • 10:30 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi.

Yang Berhormat Menteri pun tadi ada sentuh bahawa kita ada pindah Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga, kita ada gubal Akta Keselamatan Atas Talian

(OnSA) tahun lepas dan ini semuanya adalah untuk menyediakan satu persekitaran atas talian yang lebih selamat. Dan baru-baru ini juga, disebabkan oleh beberapa kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak. Kita mendengar daripada pihak kerajaan bahawa kerajaan bercadang untuk melarang akses media sosial kepada mereka yang berumur 16 tahun ke bawah.

Soalan saya, pertamanya: apakah mekanisme yang diguna pakai sekiranya kerajaan mahu melarang akses media sosial kepada mereka yang berumur 16 tahun ke bawah?

Dan soalan kedua, memandangkan ini melibatkan obligasi ke atas pemilik platform media sosial, adakah rejim pelaksanaan lesen yang kita telah laksanakan bermula tahun lepas itu, adakah ia membantu dalam pelaksanaan dasar menghalang akses ini? Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Memang berkenaan dengan isu yang dihadapi, bila pihak MCMC dan Kementerian Komunikasi mengadakan perbincangan dengan pihak Polis Diraja

draft • 10:30 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Malaysia, pasukan khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial memaklumkan bahawa, antara halangan dan cabaran untuk mengatasi, menangani jenayah scam sebagai contoh, yang berleluasa dalam platform-platform media sosial, salah satu dari punca utamanya Tan Sri Yang di-Pertua adalah, penggunaan penyalahgunaan fake account dengan izin, yang mana akaun-akaun palsu ini memperagakan seolah- olah mereka adalah, tokoh-tokoh tertentu, selebriti tertentu ataupun doktor-doktor pakar tertentu yang menjual produk-produk, menjual investment, pelaburan dan sebagainya, tetapi sebenarnya adalah elemen-elemen scam.

Kita juga tahu antara cabaran yang dihadapi dalam mengatasi masalah, termasuk menjamin keselamatan kanak-kanak dalam media sosial, ataupun dalam talian adalah, memastikan mereka dilindungi daripada dengan izin, pedophile. Ini juga memastikan, memerlukan kita melaksanakan proses Electronic Know Your Customer (eKYC).

Pihak MCMC serta beberapa jabatan dan agensi akan ke Singapura pada minggu depan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak Meta, pihak Google, pihak X untuk berbincang, juga TikTok, untuk membincangkan mekanisme yang terbaik, untuk memastikan proses eKYC yang menggunakan dokumen-dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti MyKad, pasport dan juga MyDigital ID dapat dimanfaatkan dengan selamat, selaras juga dengan Akta Keselamatan Data Peribadi untuk memastikan tidak berlaku apa-apa ketirisan maklumat dan sebagainya, tetapi perkara yang paling penting adalah keselamatan, terutama untuk kanak-kanak dan keluarga dalam talian.

Dan selaras dengan itu, rejim pelesenan yang telah diperkenal pada 1 Januari 2024 adalah terpakai, terutama untuk pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian atau Online Safety Act, dengan izin, OnSA, ia memerlukan platform-platform ini untuk dilesenkan. Jadi, memang pihak kerajaan akan terus dengan usaha untuk melesenkan platform-platform media sosial demi menjamin keselamatan dalam talian, terutama untuk kanak-kanak dan keluarga. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Pengkalan Chepa.

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, tadi saya mendengar pengumuman bahawa keputusan mahkamah rayuan hari itu telah pun dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Saya rasa, Yang Berhormat Menteri tak perlu lagi kerana sudah jelas dan terang bahawa undang-undang yang ada ini, sering disalahgunakan dengan tafsiran yang

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

sangat— terutamanya digunakan untuk pembangkanglah, menekan dan juga, tindakan kepada pembangkang.

Sepatut kerajaan tak perlu merayu. Sepatutnya, kerajaan semak semula apa yang ada dalam Akta Komunikasi Multimedia dan juga Sedition Act yang banyak menekan di sebelah pembangkang dan digunakan sebagai alat politik, ada seksyen- seksyen tertentu sepatutnya dimansuhkan, dimansuhkan. Itu sepatutnya dibuat oleh pihak kerajaan.

Jadi, tadi saya bila tengok soalan ini, saya rasa bersyukur. Bila dengar Menteri merayu balik, maknanya Menteri tak setuju dengan— kerajaan tak setuju dengan keputusan mahkamah untuk dibawa ke— apa, diperakukan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan— soalan tak ada?

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Soalanlah itu.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Pandangan, teguran, soalan.

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Soalannya macam ini...

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

draft • 10:30 AM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Bagaimana dengan kes-kes yang sedang berjalan? Kes-kes yang sedang berjalan, yang melibatkan pendakwaan kerana melanggar seksyen yang berkenaan. Terima kasih.

draft • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik. Itu soalannya. Silakan, Menteri.

draft • 10:30 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Terima kasih. Yang Berhormat, memang waktu saya dan Yang Berhormat Timbalan Menteri mula menggalas tugas dalam Kementerian Komunikasi, antara perkara yang kami teliti adalah, pindaan kepada, khususnya seksyen 233.

Ia, apa yang kami usahakan itu tidak ada kaitan dengan aspek ke- perlembagaan tetapi, dari segi best practice dengan izin, di situlah kami lihat ada ruang untuk kita perketatkan supaya seksyen 233 ini tidak disalahgunakan. Ia tidak memprejudiskan apa-apa tindakan yang pernah diambil dan terserah kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan mengenai charge yang telah difailkan.

Pada masa yang sama, untuk kes-kes yang sedang berjalan, ini terserah kepada pihak Peguam Negara— Jabatan Peguam Negara untuk mereka ambil tindakan, tetapi bagi pihak kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi, saya sendiri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami melihat bahawa dengan pindaan yang telah dibawa pada hujung tahun lalu dan mula berkuat kuasa pada April tahun

draft • 10:30 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

ini, seksyen 233 sekarang meletakkan penanda aras yang jauh lebih tinggi, iaitu jelik melampau.

draft • 10:30 AM

Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil

Bukan sekadar jelik dan masa yang sama telah disediakan enam huraian yang mana bagi pihak pendakwa raya, pihak— dengan izin, the defense dan juga pihak kehakiman mempunyai maklumat yang lebih untuk membuat sebarang keputusan dalam proses penghakiman ataupun proses perundangan itu. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, seterusnya saya jemput Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Beluran.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Tan Sri. Berbeza dengan Bangi, ini soalan yang pertama yang naik untuk sesi ini.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Alhamdulillah.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Soalan nombor 2 ya.

draft • 10:40 AM

2. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee [Beluran] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk projek tebatan banjir seluruh negara sejak lima tahun lalu. Berapa peruntukan untuk negeri Sabah mengikut daerah. Sejauh manakah inisiatif infrastruktur dan bukan infrastruktur yang dilaksanakan berjaya mengurangkan kesan dan kejadian banjir.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Tan Sri Yang di-Pertua, sebagai strategi utama untuk mengurangkan risiko banjir, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menggunakan pendekatan secara struktur dan bukan struktur di seluruh negara.

Bagi pendekatan struktur, pelaksanaan projek-projek rancangan tebatan banjir ataupun RTB telah dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara dengan anggaran peruntukan yang telah dibelanjakan sebanyak RM4.32 bilion sejak lima tahun lalu. Pecahan anggaran kos perbelanjaan yang dibelanjakan bagi tempoh tersebut adalah sebanyak:

(i) RM541 juta, 2021;

(ii) RM688 juta, 2022;

(iii) RM526 juta pada tahun 2023;

(iv) RM1.19 bilion pada tahun 2024; dan

(v) RM1.39 bilion pada tahun 2025.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas, bagi Sabah sebanyak 15 projek tebatan banjir dengan anggaran kos projek keseluruhan RM948.1 juta sedang dan telah dilaksanakan di Sabah. Setakat ini empat projek telah siap, dua dalam fasa pra pelaksanaan dan sembilan sedang dilaksanakan. Pelaksanaan projek-projek ini telah mengurangkan kawasan hotspot banjir di Sabah daripada 798 kawasan kepada 517 lokasi sekali gus menunjukkan keberkesanan usaha mitigasi banjir yang telah dilaksanakan.

Peruntukan untuk Sabah mengikut daerah pula diagihkan mengikut keutamaan. Kementerian melalui JPS melaksanakan kerja-kerja kecil di bawah projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir.

Peruntukan berjumlah RM35.76 juta telah disalurkan ke Sabah pada tahun 2022 sehingga 2024, untuk melaksanakan 288 sebut harga melibatkan skop utama seperti kerja-kerja penyaluran sungai, kerja-kerja menstabilkan tebing sungai dan menaik taraf saluran serta struktur berkaitan. Pada tahun 2025, sejumlah RM10.64 juta telah disalurkan bagi melaksanakan 58 sebut harga dengan skop yang sama.

Kerja-kerja ini kita jangkakan siap pada hujung tahun nanti.

Bagi pendekatan bukan struktur pula, kementerian melalui JPS telah melaksanakan Kajian Pelan Induk Tebatan Banjir untuk membantu merangka dasar dan strategi pelaksanaan pembangunan bagi menangani impak banjir secara lebih efektif. Sehingga 2025 sebanyak enam bilangan pelan induk tebatan banjir telah siap dan satu pelan pula sedang dalam pelaksanaan.

Bilangan pelan induk ini akan terus meningkat berdasarkan tempoh sah sesebuah pelan induk, perubahan guna tanah, demografi, perubahan cuaca, kekerapan dan intensiti hujan terkini yang direkodkan. Sekian, terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tan Sri Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Beluran.

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Memang diakui banyak dana di— disalur untuk mengurus, menangani masalah banjir, tetapi hakikatnya Tan Sri, ada kawasan yang ‘tak seteruk banjir sebelum ini now menghadapi masalah banjir every time hujan lebat berjam-jam.

So, ini merupakan masalah baharu yang dihadapi oleh beberapa bandar termasuk Kota Kinabalu, Penampang, Inanam, kawasan-kawasan yang berhampiran. Saya khuatir dana besar ini disalurkan oleh kerajaan, tetapi tidak menangani ataupun menyelesaikan punca sebenar masalah banjir.

Adakah Yang Berhormat selain daripada cuaca, kekerapan hujan dan sebagainya sebagai faktor, pembinaan jalan-jalan baharu terutama Pan Borneo yang

draft • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee - Beluran

tidak mengambil kira kesannya terhadap limpahan air daripada sungai dan sebagainya? Adakah kementerian melihat ini sebagai sesuatu yang perlu ditangani dan menangani masalah ini secara tuntas untuk mengelakkan keperitan rakyat di sana, menghidapi masalah banjir setiap kali hujan lebat berlaku di Sabah? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir]

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Beluran.

Sepertimana Yang Berhormat nyatakan, ada pelbagai punca ataupun risiko yang boleh mendatangkan kejadian banjir. Antaranya yang disebut tadi soal perubahan iklim, soal bagaimana perubahan taburan hujan yang turun dan juga di situ pihak JPS sentiasa cuba mengenal pasti kawasan-kawasan hotspot sementara kita merancang dari segi pembangunan projek yang besar.

Sebab itu bila ada kajian seperti pelan induk tebatan banjir yang saya umumkan tadi itu bermaksud juga supaya hasil kajian itu dijadikan panduan dari segi apa-apa pembangunan dan juga pembinaan yang dirancang. Cuma dari segi menguruskan tebatan banjir ini, sebagai contoh bila Yang Berhormat sebut beberapa kes yang berlaku di mungkin di bandar dan sebagainya— saya berkesempatan melawat ke Sabah.

Sebagai contoh isu Sungai Moyog, yang mana Sungai Moyog itu dari segi hasil huluan itu datangnya— kalau saya silap boleh betulkan iaitu daripada Banjaran Crocker sehinggalah kesannya itu boleh dirasai di Putatan iaitu sepanjang sungai.

Itulah cabaran yang kita uruskan. Jadi sebab itu, bila kita ada kajian untuk sesebuah lembangan sungai dengan kekangan dan ini lah, dari segi kos dan sebagainya, kebanyakan projek itu dilaksanakan secara berperingkat.

Maka sebab itu untuk kita menyelesaikan seperti isu Sungai Moyog, memang ketika ini memang RMK12 ada pembinaannya, tetapi untuk RMK13 sepertimana Yang Amat Berhormat Tambun umumkan sebelum ini, kita akan teruskan untuk Fasa 2A dengan kos RM250 juta. Jadi, projek itu sentiasa memakan masa kerana kita berbicara soal jajaran sungai yang berlaku sepanjang yang akan lalu ke bandar- bandar ataupun pekan dalam usaha kita untuk memastikan ia nya tidak mengganggu gugat kehidupan manusia dan juga pembangunan kita. Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Batang Lupar.

draft • 10:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

Terima kasih Tan Sri Speaker. Saya tahu pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian

draft • 10:40 AM

Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar

dalam mengatasi banjir ini termasuk membina kolam-kolam takungan, sistem ramalan banjir dan sebagainya, tetapi saya ingin tahu apakah, sejauh manakah kementerian menilai keberkesanan pendekatan ini secara menyeluruh dan adakah terdapat mekanisme pemantauan yang responsif terhadap kejadian banjir yang semakin kompleks akibat perubahan iklim?

Di Sarawak kita ada diperuntukkan satu projek mengatasi banjir pantai yang bernilai RM316 juta. Saya ingin mengetahui secara spesifik kalau boleh jawapan bertulis, berkenaan dengan status projek ini terutamanya yang berada di jajaran Kampung Semarang, Kampung Batang Maro dan Pantai Maludam. Terima kasih Speaker.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Batang Lupar. Bagi menilai keberkesanan tahap risiko banjir sudah pasti setiap projek yang kita rancangkan itu ada dia punya problem statement-lah ataupun untuk bagaimana kita mengatasi kawasan-kawasan tumpuan yang kita jangkakan boleh dilindungi atau boleh dikurangkan risiko banjir apabila selesainya— projek itu siap.

Yang kedua, seperti yang saya nyatakan kes yang spesifik di Sabah tadi.

Maksudnya kita berjaya kurangkan kawasan hotspots. Cuma seperti yang kita maklumkan juga apabila ada pembukaan kawasan baharu dan sebagainya, itu juga akan meningkatkan risiko ataupun tempat yang perlu kita lindungi yang seterusnya.

Berkenaan dengan persoalan mengenai peruntukan RM300 juta yang kita salurkan ke Sarawak untuk mengatasi banjir pantai, itu memang merangkumi keseluruhan Sarawak. ‘Tak silap saya ada enam daerah Sarawak yang terlibat: cuma butiran, yang perincian mengenai kampung-kampung Yang Berhormat nyatakan tadi saya akan minta supaya JPS sampaikan maklumat itu secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tan Sri, boleh benarkan satu soalan lagi, satu soalan lagi? Fasal banjir.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Tidak jelas] Baik, seterusnya saya jemput Ir. Zahir bin Hassan, Wangsa Maju.

draft • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Oleh kerana kali ini kali yang pertama saya dapat soalan pada Mesyuarat kali ini berbandingkan Bangi dah tiga kali. Izinkan saya membaca...

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bukan geng kerajaan ke?

draft • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

...Serangkap pantun.

draft • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Kolej TVET ilmu dicari, Kemahiran tinggi jadi keutamaan; Kerja terjamin pendapatan diberi, TVET pilihan masa hadapan. Soalan Wangsa Maju nombor 3.

draft • 10:40 AM

3. Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan [Wangsa Maju] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) kebenaran berdasarkan data dan sains yang membuktikan minat terhadap aliran TVET yang semakin diminati oleh para pelajar semenjak lima tahun kebelakangan ini; dan

(b) perancangan terperinci untuk menyediakan pekerja berkemahiran memenuhi keperluan industri selari dengan strategi B1.8 iaitu memperkukuh ekosistem TVET dalam RMK13.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Bagi menjawab soalan pertama, ingin saya maklumkan bahawa aliran pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET adalah merentasi 12 kementerian.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, minat terhadap TVET menunjukkan trend peningkatan konsisten sejak lima tahun kebelakangan ini. Lonjakan ini dipacu oleh pelaksanaan portal permohonan berpusat UP_TVET yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai sebahagian daripada pembangunan data raya TVET di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Portal ini berfungsi sebagai single window seumpama UPUOnline bagi menyelaras kemasukan ke semua institut TVET awam dan swasta.

Sejak dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 20 Mei 2024, UP_TVET Perdana telah menguruskan 23,038 penawaran bagi ambilan 2025 manakala UP_TVET Flexi mencatatkan 67,332 permohonan melibatkan 53,550 pemohon daripada 737 institusi yang menawarkan khusus merangkumi program sepenuh masa, micro-credential dan khusus jangka pendek.

Sehingga kini sebanyak 56,896 tawaran telah dikeluarkan dan 30,206 telah memulakan latihan di institusi masing-masing.

KESUMA menerusi Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mendapati kadar pengambilan pelajar baru bagi program sepenuh masa meningkat daripada 8,036 orang pada tahun 2020 kepada 9,708 orang pada tahun 2025 dengan peningkatan

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

purata tahunan sebanyak 4.2 peratus. Selain itu kajian keboleh pasaran graduan 2025 menunjukkan kadar 95.5 peratus graduan JTM berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan menggambarkan keyakinan terhadap kualiti latihan yang dijalankan.

Tan Sri Yang di-Pertua, menjawab soalan kedua KESUMA yakin Rancangan Malaysia Ketiga Belas akan membawa perubahan struktur melalui reformasi pasaran buruh bagi mewujudkan ekosistem pekerjaan yang dinamik, berdaya saing dan mampan. Rancangan Malaysia Ketiga Belas mensasarkan peningkatan 70 peratus guna tenaga penuh berkaitan kemahiran menjelang 2030 dan 60 peratus lepasan SPM menyertai program TVET.

Bagi menyokong Rancangan Malaysia Ketiga Belas, KESUMA telah merangka pelbagai inisiatif bagi memperkukuhkan ekosistem TVET dengan tumpuan utama kepada penyediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri seperti pelaksanaan program Akademi Dalam Industri (ADI) yang dilaksanakan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Antara langkah utama ialah perluasan pelaksanaan Akademi Dalam Industri (ADI) yang kini melibatkan 1,687 syarikat, 237 pusat latihan swasta dan 67 pusat latihan awam bagi menyediakan laluan latihan berpaksikan tempat kerja.

Pada masa yang sama kerajaan memperkukuhkan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dengan menyesuaikan semula standard kemahiran atau National Occupational Skill Standard (NOSS) agar selari dengan teknologi baru seperti automasi, kecerdasan buatan (AI), tenaga hijau dan digitalisasi.

Selain itu Rancangan Malaysia Ketiga Belas turut mencadangkan perluasan SPKM sehingga tahap lapan bagi membolehkan laluan kemahiran mempunyai peluang ke peringkat tinggi yang sama seperti laluan akademi seterusnya meningkat mobiliti pengiktirafan dan nilai pasaran tenaga kerja berkemahiran negara.

Langkah-langkah ini memperkukuhkan daya saing graduan TVET, mencepatkan integrasi industri-industri serta meletakkan Malaysia sebaris dengan negara maju dari segi peningkatan kelayakan teknikal dan profesional. Saya yakin menyatakan bahawa KESUMA komited bagi memperkukuhkan tadbir urus TVET melalui penubuhan Suruhanjaya TVET, penggubalan Akta TVET dan pindaan Akta 652 bagi memartabatkan TVET serta laluan akademi. Penawaran program TVET juga akan diselaraskan dengan keperluan industri berasaskan sektor bernilai tinggi dan teknologi termaju. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Wangsa Maju.

draft • 10:40 AM

Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas penerangan yang diberikan tadi. Kita semua menyambut baik data peningkatan enrolmen dan kadar keboleh pasaran graduan TVET, tapi dalam masa yang sama juga, kita tahu bahawa untuk Bajet 2026 peruntukan sejumlah RM7.9 bilion diperuntukkan untuk TVET. Dan ini lebih besar daripada 19 kementerian yang lain yang mempunyai peruntukan bajet yang lebih rendah daripada RM7.9 bilion.

Bagi memastikan aliran TVET dapat terus berkembang dengan satu hala tuju yang lebih tersusun dan lebih berstruktur, apakah perkembangan terkini penggubalan Rang Undang-undang TVET [Akta TVET] dan bilakah kerajaan bercadang untuk membentangkan cadangan tersebut di Parlimen? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Wangsa Maju dan terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Sebagaimana yang saya katakan sebentar tadi bahawa penglibatan yang amat penting sekali apabila penubuhan Suruhanjaya TVET, penggubalan Akta TVET dan pindaan Akta 652 ini. Bagi penyelarasan tersebut, sudah pasti kita memainkan peranan yang amat penting supaya Suruhanjaya TVET ini dapat memastikan bahawa keseluruhan dalam rangka yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju tadi kita dapat menyelaraskan dengan peruntukan yang begitu besar sekali untuk TVET, RM7.9 bilion untuk TVET sahaja.

Sudah pastilah kita melihat bahawa negara kita ini hendak lebih maju ke depan dengan kemahiran perlukan masa kini seperti automasi, AI, dron, data analisis dan keselamatan siber dan perluaskan latihan di bawah ADI yang saya nyatakan sebentar tadi. Sektor pertumbuhan ini adalah penting bagi kita. Di bawah Rang Undang-undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Pindaan) 2025 akan dibuat bacaan pada Mesyuarat kali ni. Sudah pastilah saya mendapati bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat akan menyokong penuh kerana negara-negara berkemahiran tinggi ini menjadi satu keutamaan kepada kita untuk masa depan anak-anak bangsa kita.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Padang Terap.

draft • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya melihat Kementerian Perladangan dan Komoditi telah menetapkan prasyarat kepada pemain industri perladangan untuk mengambil graduan ataupun pelajar TVET sebelum diberikan kebenaran untuk mengambil pekerja asing.

draft • 10:40 AM

Tuan Nurul Amin bin Hamid - Padang Terap

Soalan saya, adakah pihak KESUMA akan mengangkat langkah Kementerian KPK ini untuk menetapkan prasyarat wajib mengambil pelatih TVET sebelum menggaji pekerja asing dan adakah ini akan dimasukkan dalam Akta 652 yang dicadangkan? Terima kasih.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Sila Menteri.

draft • 10:40 AM

Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua. Sebenarnya mana-mana langkah yang akan dilaksanakan melalui akta-akta kita sudah pastilah meliputi semua. Lantaran itu di KESUMA sendiri bukan sekadar saya nyatakan melalui TVET, tetapi melalui beberapa perkara yang kita akan mengambil langkah-langkah drastik. Sebab itu kalau Yang Berhormat melihat saya kekerapan turun padang untuk memastikan semua perkara-perkara ini dapat kita pastikan.

Dan sudah pastilah apa persoalan Yang Berhormat yang saya nyatakan sebentar tadi bahawa Rang undang-undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan

(Pindaan) 2025 nanti akan dibentangkan. Dan sudah pastilah perkara-perkara ini meliputi semua aspek termasuklah aspek pekerja-pekerja asing yang akan dibincangkan dengan semua libat urus-libat urus yang akan kita lakukan. Dan sudah pastilah cadangan-cadangan seperti Yang Berhormat ini kadangkalanya kita akan masukkan di bawah kuasa Menteri untuk melaksanakan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Padang Terap sebentar tadi. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Seterusnya saya jemput Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.

draft • 10:40 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 4.

draft • 10:40 AM

4. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan, garis panduan semasa yang diguna pakai dalam menentukan syarat kemasukan platform e-dagang asing ke pasaran Malaysia dan usaha kementerian untuk memperkenalkan dasar kawalan baharu yang lebih ketat supaya kuasa pasaran lebih seimbang dan tidak menjejaskan kemajuan industri tempatan.

draft • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Hulu Selangor, terima kasih di atas soalan. Soalan ini jarang ditanya

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

ya dalam Dewan ini. Jadi, harapnya kita dapat— saya dapat menjawab soalan dengan baik.

Sektor e-dagang ya Yang Berhormat merupakan antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dan terus berkembang pesat sebagai sektor strategik negara.

draft • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

Berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hasil pendapatan sektor e-dagang, negara telah melepasi angka RM1 trilion pada tahun 2021 dengan nilai sebanyak RM1.037 trilion. Jumlah ini meningkat lagi dengan 8.7 peratus kepada RM1.127 trilion pada tahun 2022 dan seterusnya naik lagi 5.1 peratus kepada RM1.184 trilion pada tahun 2023.

Seiring dengan unjuran semasa, sektor ini disasarkan mencapai jumlah hasil pendapatan sebanyak satu— RM1.65 trilion menjelang tahun 2025. Ini juga memberi, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan memperluas pasaran kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Tan Sri Yang di-Pertua, setakat ini ada dua akta yang mengawal selia sektor ini iaitu pertama, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perdagangan Elektronik 2006 ya. Dan manakala, berkenaan penyertaan dan pengoperasian e- dagang asing di Malaysia seperti yang Yang Berhormat tanyakan, kementerian menggunakan Garis Panduan Penyertaan Asing Dalam Sektor Perdagangan Pengedaran di Malaysia atau Guidelines on Foreign Participation in the Distributive Trade Services.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya katakan tadi bahawa sektor ekonomi ini berkembang begitu pesat dan maka tentu sekali undang-undang yang sedia ada itu tidak dapat— tidak cukup dapat merangkumi segala punca kuasa yang diperlukan untuk kita mengawal selia ekosistem secara komprehensif.

Maka satu kajian semula perundangan e-dagang telah pun dimulakan pada April 2024 yang sudah pun berakhir pada 15 Oktober 2025, di mana kajian semula perundangan e-dagang ini ada tiga teras utama dan 12 bidang tumpuan perundangan ya. Kita lihat kepada memastikan bahawa ekosistem itu dapat kita pastikan keadilan untuk semua, keadilan untuk pengguna, keadilan untuk peniaga, keadilan untuk pengendali platform ya, tuan punya platform, affiliate dan sebagainya.

Jadi, faktor-faktor, isu-isu seperti keselamatan produk dalam talian contohnya. Seperti kontrak dalam talian yang adil contohnya. Memperkasa kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. Ini adalah antara 12 bidang tumpuan perundangan ya di bawah tiga teras memperkukuhkan perlindungan pengguna,

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup - Datuk Dr. Fuziah binti Salleh

meningkatkan keadilan dalam urus niaga dalam untuk semua pihak dan mewujudkan kawal selia khusus kepada transaksi dalam talian.

Maka Tan Sri Yang di-Pertua, kajian ini sudah pun berakhir dan pada ketika ini, satu— kita sedang menyiapkan kertas dasar untuk diluluskan oleh Kabinet dan kita doakan semoga kita boleh dapat satu— membawa satu rang undang-undang untuk dibawa ke Parlimen untuk kita menggubal satu undang-undang e-dagang yang baru. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput Hulu Selangor.

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua dan terima kasih YB Menteri di atas jawapan dan juga penyelesaian yang cukup jelas bagi saya.

Cuma sepertimana yang kita sedia maklum, sekarang ini memang zaman e- dagang ini, memang semua orang guna. Kebanyakan orang guna.

draft • 11:00 AM

Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor

Apabila menyentuh berkaitan dengan dunia tanpa sempadanlah senang cerita, peniaga tempatan perlukan perhatian daripada kerajaan. Jadi soalan saya, bagaimana kementerian merancang untuk menangani kenaikan yuran platform e-dagang yang membebankan peniaga tempatan termasuk cadangan supaya platform berunding dengan kementerian sebelum menaikkan kadar komisen.

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Hulu Selangor di atas soalan itu.

draft • 11:00 AM

Dato’ Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Bangun]

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Seperti— untuk makluman ya Ahli Yang Berhormat, kadar komisen yang dikenakan oleh platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, TikTok ini lazimnya ditentukan berdasarkan kepada faktor seperti kos, promosi, pengiklanan, penyelenggaraan sistem, pembangunan teknologi platform, ciri keselamatan, transaksi dan khidmat sokongan pelanggan.

Jadi, ada banyak faktor yang menentukan kadar komisen itu. Namun, ia nya masih tertakluk ya kepada mekanisme pasaran semasa. Bagi dalam hal ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berpandangan bahawa perlu diadakan satu punca kuasa ya, di mana punca kuasa itu boleh memberikan kementerian kuasa untuk intervention ya, intervensi.

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Pada ketika ini, saya sebut tadi pasal kajian semula. Pada ketika ini, kita tidak ada punca kuasa untuk memaksa mereka pengendali platform ataupun platform owners untuk menetapkan dia punya kadar. Namun, pada ketika ini, kita hanya menggunakan best practice. Kita ajak runding, kita panggil mereka dan sebagainya.

Sekiranya undang-undang ini dapat diluluskan oleh di Parlimen, insya-Allah bolehlah dibawa satu peraturan dalam undang-undang yang kita nak bawa ini.

Apabila kita kenalkan peraturan itu, di mana pengendali platform ini boleh kita minta untuk memberitahu kepada kementerian sekiranya nak menaikkan kadar komisen.

Sekarang ini, tanpa punca kuasa tersebut, mereka boleh naikkan dan bila- bila mereka nak. Jadi, apa yang kita buat setakat ini, kita boleh runding, kita boleh panggil, kita ajak guna budi bicara supaya mereka berbincang dengan sellers ya.

Tapi dengan undang-undang yang baru nanti, insya-Allah nanti kita ada punca kuasa untuk kawal selia dengan lebih baik. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sungai Petani.

draft • 11:00 AM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tahniah atas satu pelan strategik daripada kementerian.

Tapi kalau kita lihat memandangkan platform asing ini turut menguasai data atau algorithm pengguna, bagaimanakah kerajaan ingin memastikan bahawa kedaulatan data pengguna itu benar-benar terjamin dan mungkin Menteri boleh menyatakan anggaran capital outflow atau aliran keluar tunai digital melalui platform e-dagang ini. Sebab e-dagang ini bukan sahaja Shopee atau Lazada tapi lebih daripada itu, kebanyakan aplikasi-aplikasi daripada China yang termasuk juga TikTok Shop dan sebagainya. Jadi, bagaimana kerajaan ingin memastikan bahawa ekonomi itu tetap berputar di dalam negara ini dan tidak menjejaskan pemain-pemain sektor tempatan ini? Terima kasih.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Terima kasih Sungai Petani di atas soalan tambahan ini. Apa yang— apabila kita ada undang-undang yang baru ini Sungai Petani, dia akan memberi kita punca kuasa untuk melihat kepada cross- borders transaction. Sekarang ini tak ada punca kuasa tersebut untuk melihat kepada cross-borders transaction.

Jadi, dengan itu, bolehlah kita juga— boleh juga melibatkan kementerian lain dan agensi lain seperti berkenaan dengan algorithm ya. Itu bukan di bawah KPDN tapi boleh libatkan agensi seperti MCMC dan sebagainya apabila kita ada punca kuasa.

draft • 11:00 AM

Datuk Dr. Hajah Fuziah binti Salleh

Berkenaan dengan kekangan jumlah aliran tunai itu, saya terpaksa beri jawapan bertulislah Sungai Petani. Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Saya jemput seterusnya Tuan Jimmy Puah Wee Tse, Tebrau.

draft • 11:00 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tan Sri Speaker, tiga kali juga soalan saya naik dalam Dewan ini.

draft • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tapi...

[Ketawa]

draft • 11:00 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Bagilah satu. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 11:00 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Soalan saya nombor 5 hari ini.

draft • 11:00 AM

5. Tuan Jimmy Puah Wee Tse [Tebrau] minta Menteri Ekonomi menyatakan JS-SEZ secara rasmi dilancarkan pada 8 Januari 2025, setakat Oktober 2025 berapa jumlah pelaburan yang telah diluluskan oleh kerajaan dan apa langkah yang telah diambil untuk memastikan zon ekonomi ini menjadi hab pelaburan terunggul.

draft • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nombor 5, silakan.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di- Pertua. Berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang terkini, nilai pelaburan yang diluluskan bagi separuh penggal pertama 2025 di kawasan JS-SEZ sebanyak RM37.1 bilion.

Daripada keseluruhan pelaburan di JS-SEZ tersebut, RM24 bilion atau 66 peratus adalah pelaburan dalam sektor perkhidmatan seperti teknologi maklumat dan komunikasi dan baki RM13 bilion dalam sektor pembuatan seperti produk petroleum dan petrokimia.

Tiga negara pelaburan utama ke kawasan JS-SEZ ialah Singapura sebanyak RM28.5 bilion, Itali RM2.9 bilion dan negara China RM700 juta. Setakat 30 September 2025, Investment Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFCJ) telah memudah cara sebanyak lapan pertanyaan atau inquiry daripada pelabur asing dan domestik. Ini termasuk 11 potensi projek atau pelaburan bernilai RM1.3 bilion hasil kerjasama dengan Economic Development Board and Enterprise Singapura.

draft • 11:00 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Bagi memastikan JS-SEZ kekal berdaya saing, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif seperti berikut.

Penyediaan pakej insentif cukai seperti kadar cukai korporat khas sebanyak lima peratus sehingga 15 tahun serta kadar cukai khas untuk knowledge workers, dengan izin sebanyak 15 peratus selama 10 tahun.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Ekonomi - Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Persetujuan untuk memudahkan pergerakan personal atau barangan antara Singapura dan Malaysia seperti penggunaan kod QR tanpa pasport bagi tujuan merentas sempadan.

Bagi memastikan ketersambungan rantaian bekalan di kawasan JS-SEZ, pembangunan hab logistik luar negara seperti lapangan terbang, pelabuhan, diberi penekanan bagi memastikan pergerakan masuk dan keluar barangan dipermudahkan.

Pelaksanaan program latihan kemahiran bersama mengikut keperluan industri bagi memperkukuh pembangunan modal insan dan pemantapan tadbir urus di JS-SEZ bagi tujuan mempromosi dan memudah cara pelaburan melalui penubuhan IMFC-J yang dianggotai oleh agensi daripada Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor.

Pelaksanaan JS-SEZ adalah bukti kemampuan Malaysia meraih manfaat daripada integrasi ekonomi serantau selari dengan dasar-dasar pembangunan negara dengan tekad untuk membawa impak pembangunan di peringkat tempatan, nasional dan serantau menerusi usaha-usaha lebih relevan, efektif dan berkesan.

Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Tebrau.

draft • 11:10 AM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif.

Tahniah kepada kerajaan untuk kita promosikan dan menjayakan JS-SEZ ini sebagai pemacu pembangunan ekonomi negara. Tahniah juga kepada pelaburan RM37 bilion yang kita dapat masuk FDI ke Malaysia khususnya ke JS-SEZ ini. Tapi Menteri, tidak guna kalau kita dapat pelaburan FDI yang tinggi dan banyak kalaulah tidak memberi manfaat kepada rakyat ataupun ekonomi tempatan.

Maka soalan saya kepada kerajaan ialah apakah pendekatan dan strategi yang sedang diambil oleh kerajaan bagi memastikan usahawan tempatan terutamanya PKS ini dapat turut mendapat manfaat atau peluang ekonomi dan pelaburan dalam kerjasama JS-SEZ ini? Dan kedua, apakah unjuran peningkatan pelaburan DDI yang diharapkan melalui pelaksanaan zon JS-SEZ ini serta sektor atau industri utama yang dijangka menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan tersebut? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang Terutama, antara inisiatif kerajaan bagi perusahaan PMKS memanfaat JS-SEZ adalah menyediakan dana

draft • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

pelaburan bersama strategik sebanyak RM200 juta di bawah Belanjawan 2026, dikenalkan sebagai instrumen pembiayaan utama untuk pertumbuhan industri.

draft • 11:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Bangun]

draft • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Meneroka juga peluang meningkatkan dana pembangunan perniagaan Malaysia dan Singapura supaya dapat membantu lebih banyak PMKS untuk menyertai rantaian bekalan dan memanfaat peluang pembangunan perniagaan bersama.

Memudahkan cara usaha sama dan pertukaran teknologi antara perusahaan Malaysia termasuk PMKS dan Singapura yang beroperasi dalam JS-SEZ.

Penyelarasan program latihan kemahiran mengikuti keperluan industri oleh Iskandar Regional Development Authority dan Johor Talent Development Council.

Juga, kerajaan menyasarkan sejumlah 50 projek berimpak tinggi dalam tempoh lima tahun dan 100 projek di dalam masa 10 tahun.

Kerajaan menyasarkan penciptaan sekurang-kurangnya 20,000 peluang pekerjaan kemahiran tinggi dalam tempoh 10 tahun dan kerajaan sedang melaksanakan kajian rangka tindakan JS-SEZ untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan pelaburan dan data-data berkaitan pelaburan di kawasan JS-SEZ dan dijangka selesai insya-Allah pada suku pertama 2026. Sekian, terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sabak Bernam.

draft • 11:10 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Terima kasih, Tan Sri Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan saya tak naik-naik lagi, jadi saya buat soalan tambahan.

draft • 11:10 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

[Tepuk] Soalan saya, lebih kurang 400,000 pekerja mahir Malaysia bekerja di Singapura dan menguntungkan Singapura. Apakah jaminan kerajaan dengan JS- SEZ ini untuk menarik mereka pulang kembali ke tanah air dan mencurahkan tenaga kemahiran mereka kepada tanah air? Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di-Pertua, jikalau dari segi untuk memastikan memulangkan ahli-ahli warga Malaysia untuk bersama-sama memperjuangkan JS-SEZ, antara yang terpenting adalah dari segi gaji. Jikalau dari segi gaji memang berpatutan dan mempermudahkan, insya-Allah mereka akan pulang.

Seperti yang telah dimaklumkan tadi, antaranya dari segi penukaran teknologi memudahkan dari segi merentasi sempadan. Jadi, peluang pekerjaan teknologi mempertingkatkan dari segi pengetahuan itu adalah tinggi. Tetapi dari segi

draft • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti yang dimaklumkan dari segi— Yang dimaklum antaranya adalah yang diberikan oleh kerajaan [Gangguan rakaman] sekali. Sekejap ya. Mana jawapan dia? Gaji yang tinggi, inisiatif dan dari segi...

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak apa Menteri. Boleh bagi jawapan...

draft • 11:10 AM

Tuan Kalam bin Salan - Sabak Bernam

Ya, bertulis, bertulis.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bertulislah Menteri. Panjang tu. Saya tahu panjang.

draft • 11:10 AM

Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib

Panjang sikit. Terima kasih.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Bagi bertulislah ya. Baik, terima kasih. Seterusnya, saya jemput Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi, Sri Aman.

draft • 11:10 AM

Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya nombor 6.

draft • 11:10 AM

6. Dato' Sri Doris Sophia anak Brodi [Sri Aman] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi memastikan guru warden atau guru disiplin di sekolah berasrama diberi latihan psikologi dan kaunseling profesional supaya dapat mengesan tanda-tanda awal murid yang berpotensi menjadi pembuli atau mangsa buli.

draft • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Sri Aman.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa prihatin dan memandang serius isu keselamatan dan juga kesejahteraan murid di sekolah. KPM mengiktiraf peranan guru warden dan guru disiplin yang amat penting, bukan sahaja dalam mengurus hal ehwal kebajikan murid di asrama, tetapi juga dalam menjadi barisan hadapan untuk mengesan tanda-tanda awal murid yang berpotensi menjadi pembuli ataupun mangsa buli.

Pada tahun 2024, KPM telah melaksanakan latihan khusus kepada guru bimbingan dan kaunseling yang memberi fokus kepada peningkatan kompetensi dalam menangani isu buli di sekolah. Latihan ini dijalankan dengan kerjasama oleh kaunselor pendidikan dan latihan, krisis, trauma, gangguan seksual diberikan kepada 1,788 peserta yang melibatkan 1,558 orang guru bimbingan dan kaunseling dan 230 orang kaunselor pendidikan dan kesemua mereka akan bertindak sebagai guru jurulatih utama. Usaha ini diperluaskan dengan adanya jurulatih utama ini.

Pada tahun 2025, latihan yang sama diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dengan liputan yang lebih besar melibatkan bukan sahaja guru bimbingan dan kaunseling, tetapi juga guru warden, guru disiplin dan juga guru-guru yang lain.

Seramai 8,244 orang telah pun dilatih. Latihan berfokus memberikan penekanan

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

terhadap aspek psikologi dan kaunseling bagi membolehkan mereka mengesan tanda-tanda awal murid yang berisiko sama ada sebagai pembuli atau sebagai mangsa buli.

Tahun 2026, KPM telah memberikan keutamaan kepada pelaksanaan latihan Psychological First Aid (PFA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan. Dan usaha ini juga akan disebarkan melalui JPN dan juga PPD masing-masing.

KPM turut memperkukuhkan pelaksanaan program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang mendedahkan guru dengan ilmu asas psikologi dan juga kaunseling. Peranan AKRAB diperluaskan di institusi pendidikan di bawah KPM sebagai kumpulan sokongan psikologi rujukan di sekolah.

Sehingga tahun 2024, seramai 500 orang pengetua dan juga guru besar telah pun di tauliah sebagai AKRAB. Dan tahun ini, kita sasarkan 312 pegawai dari bahagian-bahagian KPM dan JPN mengikuti latihan AKRAB.

draft • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Dan KPM juga telah mengemukakan kertas cadangan bagi melaksanakan latihan psikologi dan kaunseling secara menyeluruh, termasuklah komponen pra- AKRAB, serta pemantapan kompetensi melibatkan pengetua, guru besar, guru warden, pegawai di JPN dan juga di Pejabat Pendidikan Daerah.

Pada masa yang sama, program Sistem Keluarga Asrama diperkenalkan dengan pendekatan homeroom, mentor-mentee dan sistem rumah. Melalui program Sistem Keluarga Asrama ini, guru berperanan seperti ibu bapa dengan memberikan perhatian yang lebih dekat kepada aspek emosi, rohani, sahsiah dan juga akademik murid.

Inisiatif ini turut diperkukuhkan dengan program Kem Kepimpinan Generasi MADANI murid asrama yang melatih pemimpin murid menjadi rakan sokongan, menjaga keharmonian dan juga bertindak sebagai saluran aduan awal dalam kalangan murid. Sekian, terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya jemput Sri Aman.

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Saya telah mendengar jawapan Menteri dengan teliti. Saya amat mengharapkan segala langkah-langkah, usaha-usaha melatih guru warden, guru disiplin terus dipertingkatkan atau diteruskan termasuk PFA Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi akan diadakan bermula tahun 2026.

Soalan saya, saya minta, saya mohon pihak Menteri menjelaskan ataupun menyatakan apakah bentuk monitoring ataupun pemantauan dan penilaian yang akan dibuat bagi menilai keberkesanan latihan psikologi dan kaunseling yang telah

draft • 11:20 AM

Dato’ Sri Doris Sophia anak Brodi - Sri Aman

diberikan kepada guru warden dan guru disiplin itu kelak. Mohon jawapan. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker. Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sri Aman. Sememangnya segala pemantauan dan juga kajian dari segi pelaksanaan akan dipantau di peringkat KPM dan juga di peringkat JPN untuk memastikan bahawa guru-guru kita adalah tersedia untuk membimbing dan juga membantu anak-anak kita.

Dan pada masa yang sama juga, KPM ada melaksanakan saringan minda sihat terhadap anak-anak kita yang mana kita mengawal ataupun memantau tanda- tanda awal kesihatan minda anak-anak kita yang berada di Tahun 5 dan juga Tahun 6 dan juga di sekolah menengah yang mana tanda-tanda awal yang kita pantau, termasuklah dari segi minda sihat, dari segi kemurungan dan juga kebimbangan anak-anak kita. Dan dari sini kita akan mendapat data yang holistik supaya segala usaha yang kita lakukan itu dapat dilaksanakan dengan lebih spesifik juga. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kuala Krai.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, antara isu yang dikenal pasti dalam pelantikan guru sebagai warden asrama adalah beban tugas yang berganda.

Di mana guru perlu menunaikan tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran pada siang hari manakala pada waktu malam pula bertugas mengawal murid di asrama.

Tambahan pula elaun yang diterima dianggap tidak setimpal dengan tugas mereka.

Sehubungan dengan itu, apakah mekanisme kementerian bagi memastikan guru yang dilantik sebagai warden asrama tidak terbeban dengan kedua-dua tanggungjawab ini? Adakah kementerian bercadang menyemak semula kadar elaun warden asrama yang masih rendah bagi meningkatkan motivasi serta keberkesanan mereka dalam melaksanakan tugas siang malam termasuk hujung minggu mengurus keselamatan pelajar terutama dalam menangani kes buli yang semakin serius di sekolah berasrama?

Dalam yang sama Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian bersedia menempatkan pegawai kaunselor sepenuh masa, profesional. Pegawai kaunselor profesional sepenuh masa di setiap sekolah berasrama atau menempatkan bekas-bekas tentera, selain bergantung kepada guru warden sedia ada yang perlu mendapatkan kelayakan profesional dalam bidang psikologi? Terima kasih Tan Sri.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tan Sri Speaker. Nombor satu, seperti yang saya jawab tadi Tan Sri Speaker, guru-guru warden dan guru-guru disiplin kita akan didedahkan dengan latihan yang secukupnya dari segi bimbingan dan juga kaunseling.

Berkenaan dengan pengurangan isu beban tugas guru yang dilantik sebagai warden asrama Tan Sri Speaker, sebenarnya bermula dari tahun 2019 KPM telah memperluaskan pelantikan warden asrama kepada semua kakitangan bukan guru Gred 1 dan ke atas di sekolah-sekolah di bawah KPM. Dan dengan perluasan ini, pentadbir sekolah boleh melantik warden asrama dalam kalangan bukan guru. Itu langkah yang pertama.

Yang kedua, suka juga saya nyatakan bahawa warden asrama yang telah pun dilantik dari kalangan guru juga diberikan pengecualian seperti berikut:

(i) penglibatan dalam aktiviti kokurikulum diminimumkan;

(ii) pengecualian daripada dilantik sebagai guru kelas; dan

(iii) pengecualian daripada mengajar pada waktu pertama dalam sesi persekolahan.

Dan pada masa yang sama juga, pihak KPM baru-baru ini pada 22 Oktober 2025 telah pun mengumumkan sebagai salah satu inisiatif baharu dalam untuk memantapkan sistem warden asrama ini. KPM telah mengumumkan bahawa seramai 600 orang pembantu warden asrama sepenuh masa akan dilantik dalam kalangan personel MySTEP dan ini bertujuan bagi meningkatkan pemantauan keselamatan murid asrama dan sekali gus mengurangkan beban tugas warden asrama yang sedia ada. Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Elaun tidak dijawab. Tambahan semakan elaun.

draft • 11:20 AM

Tuan Wong Kah Woh

Tan Sri Speaker, semakan elaun telah pun dibuat sekitar tahun 2021 ataupun tahun 2022. Mungkin dari segi secara spesifik saya boleh bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih. Saya jemput seterusnya Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib, Parit.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 7.

draft • 11:20 AM

7. Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib [Parit] minta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan status projek tenaga boleh baharu

draft • 11:20 AM

berskala besar (LSS) di Perak dan sejauh mana ia menyumbang kepada sasaran tenaga hijau negara menjelang 2035.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Menteri.

draft • 11:20 AM

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air - Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Tan Sri Yang di-Pertua, soalan Parit spesifik tapi saya cuba huraikan sedikit.

Program solar berskala besar atau large scale solar (LSS) merupakan program yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2016. Sehingga 31 Ogos 2025, kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga telah menganugerahkan projek LSS kepada 117 syarikat dengan jumlah kapasiti sebanyak 6,028 megawatt dari LSS 1 hingga LSS 5+.

Negeri Perak mempunyai bilangan projek solar berskala yang tertinggi berbanding negeri lain di Semenanjung iaitu sebanyak 28 projek dengan kapasiti sebanyak 1,441.3 megawatt. Di bawah National Energy Transition Roadmap ataupun NETR dengan izin, Malaysia menyasarkan kapasiti tenaga boleh baharu sekitar 23,000 megawatt bersamaan dengan 40 peratus daripada jumlah kapasiti pada tahun 2035.

Sehubungan itu, dengan kapasiti terpasang semasa di negeri Perak, kita boleh anggarkan Perak telah menyumbang sekitar enam peratus daripada sasaran yang ditetapkan mengikut sepertimana Yang Berhormat pinta. Melalui Belanjawan 2026 bertemakan “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat”, program solar berskala besar, LSS 6 dengan kapasiti tenaga solar hampir dua gigawatt akan dibangunkan melalui pelaburan swasta tahun hadapan dengan nilai dijangka mencecah sebanyak RM6 bilion, yang mana projek ini adalah kesinambungan daripada kejayaan projek-projek sebelum ini, yang kita jangkakan akan meningkatkan kapasiti tenaga boleh baharu melebihi 10 gigawatt di Semenanjung menjelang 2030, sejajar untuk kita capai net zero menjelang tahun 2050 dengan sasaran 70 peratus tenaga boleh baharu. Sekian, terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Parit.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Terima kasih Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya melihat pelaksanaan LSS ini, large scale solar dan perluasan tenaga boleh baharu (TBB), menuntut langkah besar seperti naik taraf grid nasional, kestabilan rantaian bekalan serta pembangunan sistem penyimpanan tenaga yang memberikan kesan langsung kepada kos keseluruhan sistem tenaga negara.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Muhammad Ismi bin Mat Taib - Parit

Soalan saya, sejauh manakah kerajaan memastikan bahawa kos transformasi tenaga ini tidak akhirnya dipindahkan kepada rakyat melalui kenaikan tarif elektrik? Kita khuatir perkara ini berlaku. Satu lagi soalan saya, saya mohon penjelasan, apakah jaminan kerajaan bahawa rakyat tempatan terutama bagi negeri yang menjadi tapak utama ini seperti Perak, Pahang dan Kelantan turut menikmati pemilikan dan manfaat ekonomi termasuklah peluang pekerjaan dan peluang- peluang bagi kontraktor tempatan dalam pembangunan sektor ini? Terima kasih.

draft • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Menteri.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Tan Sri Yang di- Pertua. Bagi merujuk persoalan yang pertama, sepertimana yang kita telah umumkan pada tahun ini bahawa kita telah pun luluskan untuk rancangan RP4 kepada pihak TNB sebanyak RM43 bilion. Bagi tujuan untuk sebahagiannya juga adalah untuk menaik taraf sistem grid sedia ada.

draft • 11:20 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Pada masa yang sama, bila kita berbicara soal menguruskan sektor tenaga ini, sudah pasti ada tiga komponen utama yang kita kena balance-kan atau pun imbangkan iaitu soal kemampuan (affordability), soal kelestaria, soal sustainability dan juga security, keselamatan bekalan itu. Jadi maka sebab itu dalam kita menaik taraf grid tersebut ini adalah untuk tujuan membolehkan kita beralih ke arah tenaga boleh baharu dan pada masa yang sama, menjamin bekalan itu dan juga mengekalkannya supaya mampu dibiayai atau pun dimiliki oleh rakyat.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, sebab itu untuk menguruskan pembangunan itu, kita perlu buat berperingkat sepertimana yang saya nyatakan tadi. Projek program LSS ini kita lancarkan dah lima, enam tahun sebelum ini, 2015–2016 lagi. Tetapi yang menariknya, sebagai contoh, bila kita lancarkan pada 2016, bila kita lancarkan itu, kapasitinya sekitar 400 megawatt.

Tetapi tahun ini 2025, kita berkeupayaan untuk membekalkan 4,000 megawatt. Jadi, peningkatan itu dibuat secara berkala, dan pada masa yang sama dari segi keupayaan itu, tahun ini juga kita dah mula lancarkan sistem storage ataupun BASS yang kita sebut battery energy storage system, yang mana akan membolehkan tenaga solar ini disimpan buat seketika sebelum disalurkan ke dalam sistem grid kita. Terima kasih, Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kuala Pilah.

draft • 11:30 AM

Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah

Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

Soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh mana kementerian yakin sasaran tenaga hijau negara menjelang 2035 dapat dicapai mengambil kira cabaran sambungan grid nasional yang masih terhad, kebergantungan kepada pelaburan swasta yang tidak sekata antara negeri, serta keupayaan teknologi tenaga boleh baharu sedia ada yang mungkin belum mencapai tahap kecekapan optimum?

Terima kasih.

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

Terima kasih Kuala Pilah.

Terima kasih YB Yang di-Pertua.

Soalan nombor berapa? Tiga kali terus nak jadi Speaker. Okey, untuk soalan Kuala Pilah tadi dari segi perbezaan industri tenaga dengan industri yang lain, sebagai contoh, industri tenaga ini tidak bergantung harap kepada pembiayaan pembangunan daripada kerajaan. Cuma ada kes spesifik di Sabah apabila kerajaan masih lagi terpaksa menyalurkan bantuan itu supaya sistem itu dapat dinaik taraf dengan lebih segera. Tetapi untuk keadaan di Semenanjung ini, sebenarnya yang baiknya adalah industri ini tidak bergantung kepada pelaburan daripada pihak kerajaan.

Dari segi bagaimana pula menaik taraf grid itu, sebagai contoh, bila kita nak memasukkan tenaga solar itu, LSS ini kita perlukan nodding point, dengan izin untuk membolehkan tenaga itu diterima masuk. Jadi, sudah pasti kalau kawasan itu jauh daripada jajaran grid daripada peringkat transmission ini, akan menyebabkan ada kos untuk kita menyambungkan kepada sistem grid utama kita. Jadi, sebab itu dari segi menguruskan keupayaan dan menjawab soalan Parit tadi, yang mana kerajaan menyemak dari segi pelaburan yang perlu dibuat oleh pihak pengurusan ini, maksudnya pihak operator seperti TNB ini setiap tiga tahun.

Jadi, ini akan membolehkan kerajaan menetapkan beberapa target dan juga untuk membolehkan proses itu ke arah peralihan ini dapat dicapai menjelang tahun 2050 kerana kita tahu kos untuk beralih ke arah penggunaan tenaga boleh baharu sememangnya memerlukan pelaburan yang agak besar. Maka, pelaburan itu perlu diurus dengan secara berperingkat untuk mengelakkan bahawa beban itu terpaksa ditanggung oleh pengguna secara mendadak. Jadi, sebab itu nak tak nak, komitmen kita memang jelas untuk mencapai karbon sifar 2050.

Dan untuk last kali Yang di-Pertua, adalah bahawa kita juga perlu eksplorasi sumber-sumber yang lain selain hanya bergantung harap kepada solar dari segi penjanaan tenaga boleh baharu. Sebagai contoh, dalam pembentangan RMK13,

draft • 11:30 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir

kerajaan telah menyatakan hasrat untuk kita eksplorasi penggunaan tenaga nuklear bagi kegunaan tenaga elektrik. Terima kasih Yang Berhormat Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Timbalan Menteri. Untuk soalan nombor 8, YB Putatan tak ada. Jadi, saya terus pergi ke yang seterusnya.

Saya jemput Dr. Siti Mastura binti Muhammad, Kepala Batas.

draft • 11:30 AM

[Soalan No. 8 – YB. Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya Putatan) tidak hadir]

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim . Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Amanah dijaga sepanjang jalan, Soalan asal nombor 9.

draft • 11:30 AM

9. Dr. Siti Mastura binti Muhammad [Kepala Batas] minta Menteri Digital menyatakan:

(a) bagaimanakah Kementerian mengenal pasti risiko kecerdasan buatan (AI) terhadap masyarakat dalam aspek perundangan, psikologi, sosiologi dan perkembangan manusia; dan

(b) apakah strategi kebangsaan yang dirancang bagi menguruskan risiko ini termasuk rangka kerja etika dan keselamatan AI.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas.

Kementerian Digital sentiasa mengambil beberapa langkah strategik penting bagi mengenali pasti dan menangani risiko teknologi kecerdasan buatan (AI) terhadap masyarakat kita. Antara langkah utama ialah penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan iaitu NAIO di bawah Kementerian Digital sebagai pusat penyelaras agenda AI negara kita. NAIO berperanan menilai risiko AI secara menyeluruh yang merangkumi aspek perundangan, teknikal, etika dan sosial dengan penglibatan pakar daripada kerajaan, akademia dan juga industri.

Kerangka tadbir urus AI yang sedang dibangunkan oleh NAIO adalah berteraskan pendidikan berasaskan risiko. Matlamat utama kerangka ini adalah untuk menggalakkan penggunaan AI secara selamat, bertanggungjawab dan beretika. Ia merangkumi mekanisme klasifikasi risiko bagi menilai impak penggunaan AI terhadap pengguna serta memberi tumpuan kepada kes-kes berisiko tinggi yang boleh menyebabkan kemudaratan yang ketara sejajar dengan pendekatan AI Akta Kesatuan Eropah.

draft • 11:30 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Kementerian Digital juga sedang dalam proses untuk membangunkan satu akta tadbir urus AI secara komprehensif di mana ia nya akan turut menyokong kepada kawal selia AI berasaskan risiko. Kerangka ini juga mencadangkan penubuhan repository atau pelaporan insiden AI berpusat untuk mengumpul laporan berkaitan kegagalan atau kemudaratan akibat AI. Laporan ini akan dinilai oleh badan penyelaras bagi memperkukuhkan garis panduan tadbir urus AI secara berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan turut merangka Strategi AI Kebangsaan yang komprehensif dengan fokus kepada pembinaan ekosistem AI bertanggungjawab, selamat dan dipercayai melalui empat teras utama.

Satu, etika dan teras tadbir urus iaitu Garis Panduan Etika AI (AIGE) dilancarkan pada bulan September 2024, menekankan tujuh prinsip asas termasuk keadilan, keselamatan, privasi dan juga akauntabiliti. Pendekatan human in the loop melalui Garis Panduan AI Sektor Awam turut diterapkan dalam sektor awam kita.

Kedua, mengukuhkan perundangan dan juga kesempatan. Kajian sedang dijalankan ke arah penggubalan Rang Undang-undang AI khususnya. Pada masa yang sama, akta sedia ada seperti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan juga Akta Keselamatan Siber 2024 terus diperkukuhkan.

Ketiga, garis panduan tambahan. Jabatan Perlindungan Data Peribadi

(GPGP) sedang membangunkan panduan seperti Data Protection Impact Assessment (DPIA) dan juga Automated Decision Making (ADM).

Keempat, penyelarasan strategik. Semua inisiatif ini diselaraskan di bawah Pelan Hala Tuju AI Negara 2021–2025 ini akan diteruskan dan melalui Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 yang kini sedang dimuktamadkan.

Tuan Yang di-Pertua, melalui pendekatan bersepadu ini, kerajaan yakin bahawa risiko teknologi AI dapat ditangani secara tuntas dan mengimbangi antara inovasi dan perlindungan. Ini bagi memastikan teknologi AI dapat dimanfaatkan dan juga secara optimum demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:30 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih. Kepala Batas.

draft • 11:30 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang komprehensif berkaitan dengan risiko dan juga perancangan-perancangan yang telah disebutkan sebentar tadi.

Soalan tambahan saya, apakah strategi atau pun langkah kerajaan untuk memastikan pembangunan AI atau pun automasi di Malaysia ini tidak menjejaskan peluang pekerjaan, khususnya peluang pekerjaan manusia itu sendiri, khususnya

draft • 11:30 AM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

dalam sektor swasta atau pun kerajaan atau pun industri sendiri dan langkah- langkah reskilling dan upscaling rakyat tempatan.

draft • 11:30 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat Kepala Batas.

draft • 11:40 AM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Jurang kemahiran AI bukan hanya cabaran serantau saja, malah adalah masalah global kita. Menurut laporan daripada Future of Jobs Report 2025, terbitan World Economic Forum, 63 peratus daripada 1,000 majikan utama dunia yang melibatkan lebih 14 juta pekerja di 55 bidang ekonomi. Mengenai pasti bahawa jurang kemahiran adalah halangan terbesar kepada transformasi perniagaan menjelang tahun 2030.

Selain daripada itu Yang Berhormat, Kajian Impak AI Digital dan Ekonomi Hijau Terhadap Tenaga Kerja Malaysia yang dilaksanakan oleh TalentCorp pada tahun 2024 menunjukkan bahawa AI digitalisasi dan juga ekonomi hijau dijangka memberi kesan kepada lebih 620,000 pekerjaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. Walau bagaimanapun Datuk Yang di-Pertua...

[Gangguan rakaman] ini juga berpotensi mewujudkan pekerjaan baharu di masa yang akan datang.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih. Saya jemput Jelutong.

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Speaker yang saya hormati. Selamat pagi. Saya dengar apa yang telah dinyatakan oleh Timbalan Menteri. Kita umum mengetahui bahawa Menteri dan Timbalan Menteri dan kementerian mengambil pelbagai langkah untuk mempromosikan artificial intelligence (AI) dalam negara kita.

Cuma soalan saya adalah apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menggunakan AI ini untuk mempromosikan perpaduan nasional dan juga Rukun Negara kerana saya ingin tahu apakah inisiatif yang diambil oleh kementerian untuk menyemai dalam masyarakat kita Rukun Negara umpamanya, “Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan.” Sehingga kita lihat baru-baru ini, kelmarin ada Ahli-ahli parlimen yang berbahas, yang tidak juga tahu tuturan, aturan Rukun Negara.

Jadi soalan saya, apakah langkah dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan, Kementerian Digital untuk mempromosikan Rukun Negara untuk menyemai

draft • 11:40 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

perpaduan nasional di antara masyarakat kita yang berbilang kaum, berbilang bangsa? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Menteri.

draft • 11:40 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih saudara saya Jelutong.

Kita dengan sedaya upaya menggunakan digital platform supaya rakyat kita tak pilih dari segi bangsa dan kaumnya. Kita menggunakan ini supaya rakyat ini dari segi perpaduan kita, disiplin kita kepada negara, kepercayaan kita kepada negara ini.

Jadi Yang Berhormat Jelutong, walaupun keluar dari tajuk tadi, saya menjawab supaya kementerian kita dalam untuk menuju harus kepercayaan kepada negara dan juga taat dan disiplin hanya harus dipertingkatkan. Dari segi digital kita, kita akan terus dengan sedaya upaya memberikan ini sebagai satu hala tuju kementerian kita di masa akan datang.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya, saya jemput Tuan Haji Azli bin Yusof, Shah Alam.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Pantun boleh Yang di-Pertua?

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Walaupun baharu soalan pertama, Namun saya tidak mengeluh; Perihal guru ingin ditanya, Soalan saya nombor sepuluh.

draft • 11:40 AM

10. Tuan Haji Azli bin Yusof [Shah Alam] minta Menteri Pendidikan menyatakan jumlah kekosongan guru mengikut negeri dan opsyen mata pelajaran, jumlah permohonan dalam proses menunggu serta langkah kementerian mempercepatkan proses penempatan guru baharu.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri.

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan kedua oleh KPM pada pagi ini dan menuju ke soalan ketiga sebentar nanti.

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian terhadap pengisian guru di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah seluruh negara bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum dan juga berkesan. Sehingga 31 Ogos 2025, perjawatan guru yang diluluskan adalah sebanyak 431,128 perjawatan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengisian adalah sebanyak 416,096 orang daripada jumlah perjawatan berkenaan bersamaan dengan 96.51 peratus.

Data ini adalah sehingga 31 Ogos 2025 dan KPM sedang dalam usaha untuk

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

melaksanakan penempatan guru baharu seramai 10,096 orang pada bulan November 2025.

Tiga negeri yang mempunyai pengisian yang paling tinggi adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 100 peratus, Sabah 98 peratus, Wilayah Persekutuan Labuan 97.7 peratus. Manakala, hanya empat negeri yang mempunyai pengisian di bawah 96 peratus iaitu Johor 95.31 peratus, Pahang 95.47 peratus, Sarawak 95.93 peratus dan Pulau Pinang 95.97 peratus.

KPM menyedari bahawa terdapat keperluan bagi mata pelajaran-mata pelajaran tertentu di seluruh negara melibatkan opsyen khasnya guru pendidikan khas, opsyen mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Reka Bentuk dan Teknologi, Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Moral.

Sehubungan itu, beberapa kaedah dan pendekatan strategik telah pun dilaksanakan bagi membolehkan lebih ramai calon berpotensi dilantik sebagai guru.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 22 September 2025, seramai 10,045 orang guru baharu telah pun ditempatkan di sekolah KPM. Ini sebelum 22 September 2025 dan terkini, KPM sedang melaksanakan penempatan guru baharu dari pasaran terbuka dan juga graduan PISMP iaitu IPG seramai 10,096 orang akan ditempatkan pada bulan November. Ia akan menjadikan jumlah yang telah dan akan ditempatkan pada tahun ini seramai 20,141 orang.

Selain itu, bagi tahun 2025, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan juga telah mengeluarkan iklan pengambilan guru gred DG9 tahun 2025 secara contract of service pada 8 Ogos 2025 dan iklan pengambilan khas guru gred DG9 tahun 2025, opsyen Bahasa Melayu pada 12 Ogos 2025. Urusan pengambilan dan temu duga masih sedang berlangsung.

KPM telah mempertingkatkan sinergi kerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, JPA dan juga MOF untuk meningkatkan jumlah pengambilan guru setiap tahun. Langkah-langkah yang diambil termasuk:

(i) SPP membuka permohonan sepanjang tahun dan pengambilan guru dilaksanakan sebanyak dua kali setahun;

(ii) pengambilan guru dilaksanakan menggunakan kluster mata pelajaran bagi membolehkan lebih ramai calon mempunyai kelayakan ikhtisas dilantik;

(iii) pengambilan guru contract of service diperluaskan kepada graduan pasaran terbuka dari universiti awam dan swasta;

draft • 11:40 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

(iv) pengambilan guru bagi program PISMP dan untuk calon lepasan STPM, STAM dan juga program matrikulasi; dan

(v) penubuhan jawatankuasa khas mengatasi isu kekurangan guru bersama dengan KPT.

Dan KPM komited memastikan bilangan guru mencukupi di seluruh negara bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Shah Alam.

draft • 11:40 AM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ada pengalaman, beberapa pengalamanlah bertemu dengan guru yang secara spesifiknya dalam bahasa Inggeris. Dia bagi tahu yang telah pun pergi temu duga, lulus, kemudian tapi menunggu terlalu lama. Sedangkan pada masa itu, dia bekerja di sekolah itu sebagai guru ganti. Jadi, saya ingin bertanya, berapakah tempoh purata masa menunggu bagi calon guru yang telah lulus temu duga tapi belum lagi ditempatkan dan apakah halangan utama kelewatan itu dan langkah yang diambil oleh kementerian untuk mengatasinya? Terima kasih.

draft • 11:40 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Menteri.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam atas soalan tambahan yang diajukan.

Berkenaan dengan pelantikan guru dan juga penempatan guru. Biar saya jelaskan berkenaan dengan pengambilan dari graduan terbuka dan juga dari, graduan dari PISMP.

Untuk graduan dari PISMP, kebiasaannya kita akan selesaikan kesemua temu duga dan sebagainya pada bulan Ogos ataupun bulan September dan selepas itu bolehlah ditempatkan pada bulan November ataupun tahun lepas juga lebih kurang pada bulan November. Masa yang diambil untuk graduan PISMP itu tidak panjang.

draft • 11:40 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

[Bangun]

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

Saya ingat apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Shah Alam itu adalah lebih pada pengambilan ataupun penempatan.

Pengambilan calon guru kita dari pasaran terbuka iaitu dari universiti awam dan universiti swasta.

Bagi golongan ini, apabila pengambilan atau iklan dibuka, tahun ini dibuka pada bulan Februari. Pada bulan Februari dan temu duga serta ujian UKCG diadakan.

draft • 11:40 AM

Tuan Wong Kah Woh

So, temu duga diadakan pada lebih kurang bulan April dan bulan Mei dan selepas itu akan diadakan proses pemilihan dan juga saringan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Dan golongan ini telah pun dibuat lantikan selepas laporan kesihatan diselesaikan dan juga dihantar kepada SPP dan golongan ini juga akan ditempatkan pada bulan November.

Ia mengambil masa panjang sikit berbanding dengan graduan PISMP kerana dari segi pengambilan temu duga dari segi saringan kelayakan, kesemua ini perlu dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Apa pun bagi tahun ini, bulan November hadapan 10,096 orang guru akan ditempatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih YB Menteri. Saya jemput YB Kulim-Bandar Baharu.

draft • 11:50 AM

Tuan Roslan bin Hashim - Kulim-Bandar Baharu

Okey, terima kasih Speaker dan juga terima kasih Timbalan Menteri atas inisiatif-inisiatif daripada KPM untuk menyelesaikan isu guru. Walaupun saya juga seorang guru dulu, tetapi sukar kita nak atasi masalah ini dan insya-Allah benda ini boleh diatasi walaupun tidak sepenuhnya tapi boleh mengurangkan. Soalan saya mudah sahaja iaitu Timbalan Menteri, apakah langkah lain yang akan diambil oleh KPM sekiranya masih berlaku isu kekurangan guru-guru ini selepas ambilan tetap ini dilaksanakan? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nombor satu berkenaan dengan pengambilan— berkenaan dengan langkah jangka masa panjang untuk kita mengatasi isu-isu yang dihadapi.

Apa yang saya boleh sebut bahawa khas untuk sekolah rendah, yang mana pada tahun ini pembukaan pengambilan bagi Program PISMP iaitu lima tahun dari SPM, empat tahun dari STPM, STAM dan juga matrikulasi telah pun ditambah. Tahun lepas lebih kurang kita buka kepada 6,000 orang. Tahun ini telah pun kita buka lebih daripada 11,000 orang. Dan ini akan membantu kita dalam melatih lebih ramai guru dalam untuk persediaan lima tahun ke hadapan ini, itu nombor satu.

Nombor dua, apabila setiap tahun kita mengambil guru secara tetap, sama ada dari PISMP ataupun dari pasaran terbuka iaitu dari graduan universiti awam dan juga universiti swasta. Dan selepas pengambilan batch ataupun golongan guru ini apabila didapati tidak mencukupi, maka KPM melalui SPP akan membuat pengambilan khas seperti nombor satu secara COS, contract of service bagi mereka yang tidak memiliki Ikhtisas.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan - Tuan Wong Kah Woh

So, mereka yang graduate ataupun yang merupakan graduan dari universiti awam ataupun universiti swasta dengan memenuhi kehendak dalam kluster mata pelajaran yang ditentukan, maka mereka boleh diambil melalui pengambilan guru DG9 secara contract of service. Dalam tempoh masa yang tertentu, mereka diperlukan untuk mengikuti satu Program PDPP ataupun TPRI sebelum ini supaya mereka dapat memenuhi kehendak pemegang ijazah pendidikan selepas itu. Itu nombor satu.

Nombor dua, tadi saya ada sebut berkenaan dengan opsyen khas seperti opsyen Bahasa Melayu yang kita menghadapi kekurangan guru. Tahun ini pada 12 Ogos, kita juga telah pun membuka untuk Pengambilan Khas Guru Gred DG9 Tahun 2025, khas untuk opsyen Bahasa Melayu. Iklan ini dibuka pada 12 Ogos dan temu duga serta saringan sedang dilakukan oleh SPP. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih YB Menteri. Seterusnya, saya menjemput Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.

draft • 11:50 AM

11. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Digital menyatakan bagaimana Kerangka Kerja Pusat Data dapat meningkatkan limpahan ekonomi digital secara langsung kepada negara, selain mampu mendorong kolaborasi serta persaingan yang sihat antara firma gergasi antarabangsa dan syarikat tempatan.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya, Pasir Mas.

Kerajaan melalui Kementerian Digital menyedari bahawa pembangunan pusat data merupakan pemangkin utama dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital negara kita. Sehubungan dengan itu, kementerian sedang membangunkan Kerangka Kerja Pembangunan Industri Pusat Data yang mampan di Malaysia untuk memastikan limpahan ekonomi digital dapat dinikmati secara langsung di samping menggalakkan kolaborasi serta persaingan sihat antara firma gergasi antarabangsa dan juga syarikat tempatan kita.

Pertama, dari aspek limpahan ekonomi, Yang Berhormat Pasir Mas. Pusat data membukakan peluang pekerjaan bernilai tinggi dan mencipta kesan pengganda kepada ekonomi negara. Sebagai contoh dari tahun 2023 hingga September 2024, sebanyak 21 pusat data dengan Status Malaysia Digital dijangka menawarkan hampir 1,000 pekerjaan berpengetahuan baharu.

draft • 11:50 AM

Timbalan Menteri Digital - Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Selain daripada itu, pelaburan pusat data turut memacukan ekonomi hiliran seperti tenaga, sistem pendinginan, telekomunikasi, kontraktor tempatan dan pelabur asing juga digalakkan menubuhkan fasiliti pembuatan serta bekerjasama dengan syarikat tempatan bagi mengukuhkan rantaian bekalan negara kita.

Di bawah MDEC, syarikat-syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) telah merekodkan hasil pendapatan sebanyak RM72.94 bilion. Pertumbuhan ketara ini dipacu oleh perkembangan pesat ekosistem pusat data yang menyediakan perkhidmatan awam, kecerdasan buatan, keselamatan siber dan juga pemadanan digital kita.

Yang ketiga infrastruktur pusat data berskala hyper yang sedia AI juga menjadikan pemangkin inovasi teknologi tempatan. Ia membolehkan syarikat Malaysia membangunkan aplikasi pintar kecerdasan buatan (AI), Internet bendaan iaitu IOT dan juga analitik data raya (big data) yang membawa kita daripada hanya menjadi pengguna teknologi kepada pencipta teknologi sekarang. Kerajaan turut memanfaatkan pusat data bagi mempercepatkan pendigitalan perkhidmatan melalui SAS menerusi Dasar Pengkomputeran Awan Negara dan semakan semula the Cloud Framework Agreement. Usaha ini meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam kita.

Yang kedua, dari aspek kolaborasi wujudkan persaingan sihat Dato' Yang di- Pertua. Kerajaan menggalakkan syarikat tempatan bekerjasama dengan pengendali Pusat Data Antarabangsa. Selaras dengan itu, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 lebih 200 syarikat tempatan telah dikenal pasti berpotensi menjadi penyelia perkhidmatan teknologi AI. Selain daripada itu, inisiatif seperti Global Testbed Initiative yang dilaksanakan oleh MDEC menyediakan platform inovasi bersama antara syarikat tempatan dan global. Dari segi bakat pula, Program Primier Digital Tech Institutions dan MD Workforce dilaksanakan untuk memastikan bekalan tenaga mahir tempatan sentiasa mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, pembangunan pusat data tidak hanya membina infrastruktur fizikal tetapi membentuk ekosistem digital yang dinamik. Dan juga limpahan ekonomi dapat menikmati secara meluas sementara suasana kolaborasi dan juga persaingan sihat antara syarikat antarabangsa dan tempatan dapat kita wujudkan. Dengan ini, Malaysia akan kekal berdaya saing dalam ekonomi digital global kita. Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Pasir Mas.

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jawapan Timbalan

draft • 11:50 AM

Tuan Haji Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Menteri tadi menyebut berkenaan dengan kerjasama firma antarabangsa. Isunya, bagaimana kerajaan boleh menjamin kerangka kerja pusat data ini jika setiap dasar digital baharu Malaysia perlu terlebih dahulu dirundingkan dengan pihak asing yang berkepentingan komersial dan geopolitik.

Saya menyebut ini kerana di dalam Artikel 3 Digital Trade Agreement yang telah ditandatangani pada dua hari lepas menyebut dengan jelas bahawa dengan izin, “Malaysia shall consult with the United States before entering into the Digital Trade Agreements with another country”. Maksudnya Malaysia hendaklah berunding dengan Amerika Syarikat. Perkataan “shall” di situ hendaklah berunding dengan Amerika sebelum memeterai dengan apa juga perjanjian perdagangan digital baharu dengan mana-mana negara lain yang boleh menjejaskan kepentingan Amerika Syarikat.

Jadi, isunya kalau Malaysia terikat untuk berunding dengan Amerika Syarikat sebelum menandatangani apa-apa perjanjian digital baru dengan negara lain yang boleh dianggap menjejaskan kepentingan Amerika Syarikat, apakah syarat ini tidak bermaksud bahawa kedaulatan digital dan dasar perdagangan dengan digital negara kini tertakluk kepada penapisan awal oleh Washington sekali gus menyekat ruang Malaysia untuk bekerjasama dengan negara lain seperti China, India atau negara- negara lain yang turut membangunkan data center dan cloud system mereka sendiri?

Dan adakah rundingan disebut dalam Artikel 3.3 itu telah pun bermula dan adakah kerajaan bersedia mendedahkan dokumen atau minit rundingan tersebut kepada Parlimen untuk memastikan ketelusan dan melindungi kedaulatan digital negara? Terima kasih.

draft • 11:50 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Menteri. Yang lain jangan tekan.

Ha okey, teruskan YB Menteri.

draft • 12:00 PM

Dato Dr. Richard Rapu @ Aman anak Begri - Betong

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong

[Bangun]

draft • 12:00 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.

Terima kasih Pasir Mas.

Kementerian Digital menjangkakan peningkatan kemasukan teknologi dan juga produk digital daripada Amerika Syarikat ke pasaran Malaysia seperti perkhidmatan awam cloud dan juga perisian solution keselamatan siber kecerdasan

draft • 12:00 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

buatan AI, kandungan digital, cip elektronik dan juga perkara ICT. Perkara ini dijangka meningkatkan persaingan pasaran.

Seterusnya Yang Berhormat Pasir Mas, menawarkan harga yang lebih kompetitif serta akses yang lebih luas kepada pengguna dan juga perusahaan kecil dan sederhana di negara kita. Walau bagaimanapun, kerajaan akan turut memperhalusi potensi implikasi terhadap pemain tempatan dan juga pesaing yang lebih tinggi daripada syarikat asing, tidak boleh sampai mengekangkan pembangunan syarikat teknologi tempatan kita. Oleh itu, Kementerian Digital serta MDEC akan memastikan program pemerkasaan industri dan ekosistem tempatan terus dipertingkatkan.

Secara keseluruhannya, perjalanan tersebut merupakan peluang untuk merancakkan ekosistem digital Malaysia dan menyokong agenda pertumbuhan ekonomi negara kita. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih YB Menteri. Saya jemput Tebrau.

draft • 12:00 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Pembangunan industri dan pusat data ini memang menjadi salah satu kebanggaan negara untuk kita meliberalisasikan ekonomi digital di Malaysia. Kini terdapat hampir 100 data centre yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan dan hampir separuh adalah di Johor.

Saya tiada masalah dengan pembukaan pusat data kalau dia membangunkan ekonomi kita dan memberi manfaat kepada negara. Tapi pada masa yang sama Menteri, saya agak bimbang dan khuatir juga dengan penggunaan sumber utiliti untuk data, data centre ini. Contohnya, untuk kita power sebuah data centre medium, kita perlukan satu hingga dua juta megawatt sehari dan kalau guna untuk nak power satu hiper yang disebutkan oleh Menteri tadi, dia perlukan 10 megawatt sehari. Itu satu angka yang sangat tinggi.

Dari segi air pula, untuk satu data centre, purata satu data centre, dia guna hampir 20 juta liter air sehari. So, soalan saya Yang Berhormat Menteri, bagaimana kerajaan nak mengimbangkan isu ini untuk memastikan sumber tenaga dan air kita sentiasa mantap dan cukup untuk kita memberikan kepada pusat data ini dan apakah langkah kita, terutamanya dalam penggunaan tenaga hijau dan juga memastikan pusat data ini guna air yang bukan portable dan ia boleh recycle supaya ia tidak ganggu bekalan air untuk rakyat Malaysia. Terima kasih.

draft • 12:00 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

Terima kasih Yang Berhormat.

Kementerian Digital sentiasa bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi seperti

draft • 12:00 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong

MDEC dan MIDA dalam memperkukuhkan dasar-dasar pelaburan, mempercepatkan proses kelulusan serta menyediakan inisiatif yang berdaya saing.

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas Pusat Data Center Task Force yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Digital, Yang Berhormat Menteri MITI sebagai platform penyelarasan rentas kementerian, agensi dan juga industri melalui DCTF. Semua isu strategik industri ini termasuk dasar kawal selia dan juga utiliti, rantaian bekalan dan infrastruktur digital kritikal. Keselamatan siber juga tadbir urus data diselaraskan secara menyeluruh dan juga fokus diberikan kepada pelaburan yang membawa teknologi maju dan juga nilai tambahan tinggi kepada negara kita.

draft • 12:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih YB Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

draft • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2026 peringkat dasar yang akan diumumkan dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 29 Oktober 2025.” Sekian, terima kasih.

draft • 11:34 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ada yang menyokong?

draft • 11:34 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Dr. Zulkifli bin Hasan

Saya menyokong.

draft • 11:34 AM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

draft • 11:34 AM

[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2026 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2026

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit

(RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [27 Oktober

draft • 11:34 AM

2025] Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada senarai pembahas untuk hari ini. Ada 21 pembahas. Saya akan sebut nama-nama pembahas. Setiap pembahas diberikan 13 minit. Pertamanya Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Masjid Tanah, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Miri, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Jasin, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Kepala Batas, Yang Berhormat Sipitang, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Langkawi, dan yang terakhir Yang Berhormat Batu.

Saya kini menjemput Yang Berhormat Port Dickson. 13 minit Yang Berhormat.

draft • 11:34 AM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang di- Pertua, Salam Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni. Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada Port Dickson untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026 yang menggagaskan satu tema yang mudah difahami oleh kita dan rakyat di luar sana iaitu Belanjawan MADANI Keempat, Belanjawan Rakyat.

Dokumen ini telah dibentangkan dengan penuh hikmah dan tanggungjawab oleh Yang Amat Berhormat Tambun, merangkap Menteri Kewangan. Izinkan saya terlebih dahulu merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan MADANI atas pembentangan belanjawan yang bukan saja komprehensif dan realistik tetapi berpaksikan nilai-nilai MADANI, menyeimbangkan antara pertumbuhan ekonomi, keadilan sosial dan kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sejak tiga tahun pelaksanaan Belanjawan MADANI, kita telah menyaksikan hasil yang nyata daripada pendekatan berhemah dan bertanggungjawab kerajaan dalam pengurusan fiskal negara. Defisit fiskal diturunkan daripada 5.6 peratus pada tahun 2022 kepada sekitar 4.3 peratus pada tahun 2025. Ini bukan sekadar angka di atas kertas tetapi juga bukti bahawa disiplin fiskal dan integriti kewangan kini menjadi budaya baru dalam pentadbiran negara.

Reformasi seperti pendigitalan, sistem percukaian, rasionalisasi subsidi dan kawalan perbelanjaan telah memastikan setiap sen hasil negara memberi pulangan berganda kepada rakyat. Dengan himpitan situasi hutang negara yang melebihi RM1 trilion, rakyat Malaysia tidaklah menjadi seperti tikus membaiki labu. Oleh itu, Port Dickson amat terkesan dengan ketegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di awal ucapan pembentangan belanjawan dengan menegaskan langkah reformasi disiplin fiskal yang ketat dan pengukuhan institusi sebagai jaminan dalam menyelamatkan negara dalam tempoh yang sukar dan panjang.

Tiga tahun pelaksanaan Belanjawan MADANI di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun telah meletakkan asas yang kukuh untuk Malaysia melangkah ke hadapan. Maka Belanjawan 2026 pula dibina atas tapak reformasi ini iaitu dengan menyeimbangkan keperluan rakyat berserta tanggungjawab pengurusan fiskal negara secara seimbang.

Tuan Yang di-Pertua, Port Dickson akan membahas dokumen Belanjawan MADANI dengan dua perspektif. Perspektif pertama sebagai Ahli Parlimen kerajaan, sokongan tanpa berbelah bagi terhadap usaha radikal Kerajaan MADANI dalam

draft • 11:36 AM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

mengumpul semula hasil ketirisan yang telah berlaku dan dipulangkan semula ke kantung negara dan dijadikan sebagai antara dana untuk rakyat.

Kejayaan besar ini telah mengutip semula RM15 bilion daripada dana awam yang sebelum ini dikenal pasti mengalami ketirisan, penyelewengan atau salah guna.

Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan keberkesanan reformasi tadbir urus kewangan kerajaan tetapi juga menunjukkan bahawa komitmen terhadap integriti dan kebertanggungjawaban kerana ini bukan sekadar slogan tetapi dilaksanakan dengan tindakan tegas dan berkesan.

draft • 11:36 AM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Ia adalah simbol bahawa era pengurusan kewangan tanpa kawalan telah dapat ditamatkan. Hasil kutipan semula RM15 bilion ini memberi impak langsung kepada keupayaan kerajaan untuk menampung program rakyat tanpa perlu menambah hutang ataupun beban fizikal baharu. Ini belum ditambah dengan penjimatan melalui usaha penyasaran subsidi terhadap beberapa barangan yang selama ini menjadi beban kewangan negara yang hanya dinikmati oleh golongan elit dan kartel.

Hari ini melalui sebahagian dana tersebut telah disalurkan semula kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), inisiatif SARA dan peruntukan tambahan kepada negeri-negeri berpendapatan rendah. Ini membolehkan kerajaan memperkukuh jaringan perlindungan sosial dan mempercepatkan pelaksanaan projek kecil rakyat seperti baik pulih sekolah daif, jalan luar bandar serta pembaikan rumah golongan miskin tegar. Kejayaan ini menunjukkan bahawa setiap ringgit yang dikembalikan kepada Perbendaharaan bukan sekadar angka atas kertas tetapi memberi makna yang besar kepada kesejahteraan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya yang membezakan Kerajaan MADANI dengan kerajaan yang dibentuk sebelum ini adalah tekad dan iltizam kerajaan MADANI memperkukuh integriti dalam pentadbiran negara. Ia bukan hanya sekadar slogan tetapi pelaksanaan yang tegas dan menjadi dasar negara yang dilaksanakan dengan berkesan. Kita juga boleh lihat setiap pentadbiran di bawah beberapa Perdana Menteri sebelum ini mungkin ada yang berbangga dengan pelbagai inisiatif yang ditawarkan ketika itu tapi kita dapat juga lihat pelbagai skandal yang berlaku yang menjadi masalah kepada imej pentadbiran.

Tuntasnya, setiap penyenaraian peruntukan yang dicadangkan dalam Belanjawan 2026 ini mendasari dua agenda besar iaitu mengekang ketirisan dan mempersiapkan rakyat. Mungkin ada yang menyindir, tiada wow factor dalam Belanjawan 2026 ini tetapi suka Port Dickson ingatkan bahawa Malaysia telah

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

kerugian masa dan wang Ringgit dalam penggal pentadbiran yang lalu kerana ketidakstabilan politik negara dan kecelaruan ahli politik yang sibuk mengejar kuasa akhirnya kita ketinggalan 10 tahun ke terbelakang untuk membaiki semula apa yang saja kerosakan yang telah berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini Port Dickson ingin merakamkan setinggi tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana telah memperlihatkan kepada dunia betapa Malaysia adalah sebuah negara yang mengutamakan keamanan dan kedamaian melalui persidangan ASEAN yang berakhir hari ini. Semestinya nama harum Malaysia akan menjadi faktor indikator kepada negara-negara lain yang melihat potensi Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang jauh lebih baik dalam situasi konflik dan ketidakstabilan politik.

Tahniah dan syabas, Kerajaan MADANI.

Tuan Yang di-Pertua, perspektif yang kedua yang ingin dibawa oleh Port Dickson dalam perbahasan adalah berhubung dengan isu pelaksanaan projek-projek kementerian yang mengambil masa terlalu panjang sehingga menimbulkan persepsi ketidakcekapan dalam pentadbiran kerajaan. Walaupun prosedur operasi standard

(SOP) serta proses pentadbiran sedia ada telah lama dilaksanakan, sudah tiba masanya untuk kita menilai semula keberkesanan dan kesesuaiannya dengan era pendigitalan dan kemajuan teknologi yang ada pada hari ini.

Sebagai contoh, di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Golok di Kelantan yang diumumkan sejak 2017 masih belum siap sepenuhnya. Kelewatan ini berpunca dari proses kelulusan teknikal dan tender yang terlalu berlapis. Dalam era digital ini semua kelulusan tersebut seharusnya dapat dilakukan melalui sistem kelulusan digital bersepadu yang membolehkan semakan tanda tangan dan pemantauan dilakukan secara dalam talian tanpa menunggu berbulan-bulan untuk mesyuarat atau lawatan fizikal.

Tuan Yang di-Pertua, kelemahan pelaksanaan juga dapat dilihat dalam sektor pendidikan. Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) beberapa projek pembinaan sekolah masih tertangguh walaupun peruntukan telah diluluskan.

Contohnya, mana yang dilaporkan dalam pembinaan Sekolah Kebangsaan Metalun, Sarawak dan sekitar 44 projek yang berkaitan sekolah di Johor yang tertangguh yang disebabkan oleh isu teknikal serta pengambilan tanah dan pemindahan utiliti.

Sudah sampai masanya, kerajaan mewajibkan penggunaan teknologi IBS dan Building Information Modeling (BIM) bagi semua projek di bawah KPM dan Kementerian Kerja Raya. Dengan teknologi ini pembinaan boleh disiapkan separuh

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

masa biasa, contohnya sekolah yang biasanya mengambil masa 18 bulan, boleh siap dalam lapan ke sepuluh bulan sahaja dengan kualiti yang lebih baik.

Oleh kerana pembinaan sekolah ini satu perkara yang sangat kritikal, KPM perlu proaktif dalam menilai semula segala SOP yang boleh memendekkan urusan- urusan teknikal yang kebiasaan melibatkan urusan awal sebelum pembinaan dimulakan. Jika isu ini dapat diselesaikan dengan baik, kita mampu melaksanakan pembinaan sekolah-sekolah dengan lebih efisien dan berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) pula, Projek Central Spine Road (CSR) yang menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat dari Bentong hingga ke Gua Musang telah beberapa kali mengalami kelewatan walaupun peruntukan ditambah. Antara puncanya ialah proses pelaporan dan pemantauan yang masih dilakukan secara manual. Saya mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan dashboard pemantauan projek bersepadu yang boleh diakses oleh JKR, kontraktor dan kementerian secara masa nyata (real time).

Penggunaan drone, mapping dan sensor IOT untuk pemantauan kerja juga mengurangkan risiko kelewatan dan memastikan akauntabiliti lebih tinggi. Masalah koordinasi antara agensi yang menyebabkan banyak projek tergendala. Contohnya, projek Hospital Petra Jaya di Sarawak di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tergendala beberapa tahun disebabkan kegagalan penyelarasan antara kontraktor, perunding dan pihak kementerian.

Akibatnya, rakyat Sarawak terpaksa menunggu lama untuk menikmati kemudahan kesihatan yang dijanjikan. Oleh itu, saya mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Pusat Kawalan Projek Nasional (National Project Coordinator Center) yang berfungsi sebagai pusat penyelaras tunggal bagi semua projek mega kerajaan agar tiada lagi pertindihan, tiada lagi kelewatan dan tiada lagi pembaziran sumber.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga perlu bergerak ke hadapan dengan menggunakan big data analysis dan kecerdasan buatan AI untuk meramal risiko kelewatan projek. Misalnya dalam projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Pahang, data cuaca, paras sungai dan jadual kerja boleh dianalisis oleh sistem AI untuk memberi amaran awal sekiranya berlaku potensi kelewatan. Ini bukan saja menjimatkan masa dan kos tetapi membuktikan bahawa kerajaan benar- benar serius dalam memastikan kecekapan pelaksanaan.

Port Dickson juga menyenaraikan beberapa projek yang mungkin perlu dirungkai kerana ia masih tidak siap dalam tempoh masa yang sangat panjang seperti berikut.

draft • 12:10 PM

Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Pertama, kerja pembinaan bagi projek jambatan Sepang Lukut atau lebih tepat Bukit Pelanduk, Sungai Pelek, Sepang.

Kedua, projek naik taraf Depot Imigresen Lenggeng yang sedang dalam pembinaan sejak tahun 2021 dengan kos RM50 juta. Projek pembinaan pusat latihan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Negeri Sembilan. Projek Canopy Walk di taman Negeri Sembilan.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya Belanjawan MADANI 2026 berjaya menggambarkan hasrat murni kerajaan untuk memajukan rakyat dan negara.

Namun, saya menyeru agar kerajaan menilai semula SOP lama yang membantutkan pelaksanaan projek, mempercepatkan pendigitalan proses kelulusan, memperkukuh penggunaan teknologi moden dalam semua sektor kementerian.

Rakyat tidak lagi mahu mendengar alasan, mereka mahu melihat hasil.

Rakyat tidak menuntut keajaiban, mereka hanya mahu janji ditunaikan dengan cepat dan berkesan. Jika langkah ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, saya yakin Belanjawan MADANI 2026 bukan sekadar pelan di atas kertas tetapi realiti yang dapat dirasai oleh setiap rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil daripada Negeri Sembilan, izinkan saya menzahirkan tuntutan terhadap keperluan untuk menyegerakan pembinaan Hospital Tuanku Ja’afar 2 (HTJ 2) di Seremban. Hospital sedia ada HTJ yang beroperasi selama beberapa dekad lalu kini menanggung beban pesakit yang melebihi kapasiti dalam keadaan HTJ sedang dinaik taraf yang mengakibatkan kekurangan jumlah katil kerana mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak bomba.

Dengan pertambahan populasi dan peningkatan keperluan perkhidmatan kesihatan, projek HTJ 2 amat penting untuk memastikan rakyat Negeri Sembilan mendapat akses kepada rawatan yang cepat, selamat dan berkualiti. Pembinaan hospital baharu juga akan menambah kapasiti kakitangan perubatan dan sokongan kesihatan di samping memperkukuh jaringan perkhidmatan kesihatan awam di wilayah tengah.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan pembinaan Hospital Universiti Islam Sains Malaysia di Nilai yang sepatutnya dibina berhampiran dengan Fakulti Perubatan, USIM di Negeri Sembilan. Kita difahamkan bahawa satu usaha membina untuk Hospital USIM di Johor yang jika difikirkan semula adalah tidak signifikan kerana terlalu jauh dari Fakulti Perubatan, USIM dan tidak memenuhi keperluan dan objektif yang ditetapkan.

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB, satu minit ya.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Jangan diulang lagi— seminit...

draft • 12:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit ya.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Jangan diulang lagi seperti Hospital UIAM di Kuantan.

draft • 12:10 PM

Dato' Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun - Port Dickson

Justeru, Port Dickson ingin mengajukan persoalan ini kepada kementerian yang berkenaan bagi mempertimbangkan semula pembinaan Hospital USIM di Nilai yang telah pun mendapat kerjasama kerajaan negeri pada awal proses cadangan.

Tuan Yang di-Pertua, projek-projek ini bukan sahaja mencerminkan kesinambungan pembangunan fizikal di Negeri Sembilan, tetapi juga menggambarkan semangat Belanjawan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pendekatan holistik. Mengabungkan pembangunan spiritual dan sosial dengan kemajuan fizikal dan ekonomi. Justeru, Port Dickson amat berharap agar pelaksanaan kedua-dua projek ini disegerakan dan diberi keutamaan dalam perancangan 2026 agar manfaatnya dapat dirasai seawal mungkin oleh rakyat Negeri Sembilan.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 adalah manifestasi nyata bahawa kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun adalah memahami denyut nadi rakyat. Ia adalah belanjawan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat yang mengimbangi defisit fiskal dan keperluan sebenar masyarakat dalam dunia yang penuh cabaran.

Malaysia MADANI berdiri teguh dengan prinsip keadilan, ketelusan, kesejahteraan. Maka, saya berdiri di Dewan yang mulia ini, menyatakan sokongan penuh terhadap Belanjawan 2026 kerana ini bukan sekadar dokumen kewangan, tetapi satu kenyataan tekad untuk membina Malaysia yang lebih makmur dan berdaya tahan. Port Dickson mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 12:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Masjid Tanah, 13 minit YB.

draft • 12:20 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Terima kasih kepada ruang yang telah pun diberikan kepada saya untuk berbahas pada hari ini.

Sebelum itu, saya ingin mengalu-alukan kehadiran kepimpinan sahabat srikandi saya yang berada dalam Dewan, yang hadir pada hari ini, ada dekat

draft • 12:21 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

belakang sana. Terima kasih kerana bersama pada hari ini. Dan saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen melaksanakan projek infrastruktur penting yang juga memberikan manfaat langsung kepada penduduk Masjid Tanah dan juga Alor Gajah sebagaimana yang telah pun diumumkan.

Pada penggal saya yang pertama dalam Dewan Rakyat pada tahun 2014, saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri yang keenam dan juga kerajaan negeri pada ketika itu untuk membentangkan tentang idea Masjid Tanah Bypass, yang mana kita lihat ada dalam komponen yang telah pun diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, yang mana hampir tiga projek, yang menelan belanja ratusan juta.

Jadi, saya berharap agar agensi perancang dan pelaksana seperti Jabatan Kerja Raya, Unit Perancang Ekonomi (UPEN) dan Kementerian Kerja Raya dalam memastikan agar projek-projek ini dapat direalisasikan. Dan saya yakin dan percaya akan berlaku banyak pengambilalihan tanah milik rakyat yang ramai rumah yang akan terkesan akibat pengambilan tanah bagi projek ini. Dan saya harap sesi libat urus haruslah dibuat dengan baik supaya tiada— di setiap peringkat supaya tidak ada pihak yang terkesan dan tidak mendapat pembelaan. Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan perlu memperkukuhkan mekanisme pemantauan supaya projek ini tidak tertangguh dan ia nya siap mengikut jadual.

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu tambakan laut dan juga nasib nelayan di Masjid Tanah. Saya bertemu dengan sahabat-sahabat nelayan di Masjid Tanah dan ini adalah isu yang amat dekat di hati saya. Pakcik saya ramai nelayan, atuk saya juga nelayan. Beberapa projek tambakan laut di pesisir Melaka, termasuk sekitar Kuala Linggi dan juga kawasan berhampiran Masjid Tanah telah pun memberi kesan yang besar terhadap projek tambakan di perairan laut Kuala Linggi dan telah pun menyebabkan ekosistem marin, kawasan tangkapan ikan terganggu.

Habitat hidupan laut musnah, pendapatan hasil laut juga menurun dengan mendadak. Bayangkan pendapatan nelayan, nelayan tradisional. Kalau dulu, dia boleh cecah hampir RM3,000, cukup besar Yang Berhormat Speaker, tetapi hari ini, tidak sampai pun cecah RM1,000. Bayangkan hendak bagi apa anak makan, bini makan dan tidak mendapat pampasan yang munasabah dan terpinggir daripada proses perundingan.

Nelayan terpaksa— mereka ini terpaksa masuk ke perairan Negeri Sembilan.

Kebetulan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan pun ada di sini.

draft • 12:21 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Mereka terpaksa masuk ke dalam perairan Negeri Sembilan untuk mencari rezeki, walaupun mereka tahu undang-undang dan tindakan akan dikenakan oleh pihak berkuasa. Mereka juga ada ramai yang terpaksa diambil tindakan. Bayangkan, mereka tidak dapat lagi pergi ke laut apabila bot, sampan mereka dirampas dan peralatan tangkapan mereka juga dirampas.

Saya juga ingin menegaskan tentang pelancongan komuniti. Tambakan menjejaskan pantai semula jadi, merosakkan pemandangan dan nilai tarikan pelancongan tempatan semula jadi. Ia bukan hanya soal isu alam sekitar, tetapi isu hak hidup komuniti nelayan yang telah turun temurun mencari rezeki di laut. Sebab itu saya harap kerajaan dapat hentikan dan juga semak semula projek tambakan laut sehingga laporan penilaian impak alam sekitar dan juga sosio yang dibuat secara telus dan juga dibentangkan kepada masyarakat tempatan dan tubuhkan tabung pampasan...

draft • 12:21 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Masjid Tanah, laluan sedikit.

draft • 12:21 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Sila.

Sekejap jer.

draft • 12:21 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Setuju tak Masjid Tanah bahawa Kerajaan Melaka ini tidak mendengar denyut nadi rakyat di bawah? Terima kasih.

draft • 12:21 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Tak tahulah apa yang dia dengar. Terima kasih Hulu Terengganu.

Saya harap dapat ditubuhkan tabung pampasan dan pemulihan komuniti nelayan, bukan hanya sekadar bagi one-off itu, sudah cukup. Dan adakan sesi libat urus yang sebenar dan gunakan pelaburan hijau untuk rehabilitasi pantai, pemulihan terumbu, penanaman semula bakau dan juga pemuliharaan sumber marin. Kalau nelayan hilang lautnya, maka pelancong pun akan hilang pantainya. Maka, akan hilanglah nadi ekonomi tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh tentang perkara ini, perkara yang penah kita bincang dalam PAC, aerotrain rosak lagi. Bayangkan— lancar pada 1 Jun 2025 oleh PMX. Saya hendak kongsikan dalam— sebelum ini saya kongsi dalam PAC, tetapi yang ini saya minta maaf, saya terpaksa cakap dalam Dewan yang mulia ini. 2.6.2025 saya, YB Kubang Pasu, YB Sik, baru balik dari New Zealand, naik aerotrain, dengan syok, dengan excited, saya siap buat video, “Oh, kita dah hendak naik aerotrain, sudah lama nantikan ini.” Sekali itu, sudah hendak dekat sampai, rosak.

draft • 12:21 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya ada video dia. Budak itu terkial-kial, technician itu terkial-kial depan mata saya. Ramai Ahli Parlimen— PN pun tak tahu sebab saya tak pernah cerita ini, tetapi dalam Dewan yang mulia ini, hari ini baru saya buka cerita. Bayangkan. Dalam Berita Harian 13 Oktober menyatakan bahawa 19 kali aerotrain rosak daripada 2 Julai sampai 30 September.

Dia siap bagi tahu, ada ketersediaan perkhidmatan operasi hundred percent dalam minggu terkini 5-10 Oktober. Hari ini 28 Oktober, semalam. Bayangkan tuan- tuan dan puan-puan, China Press melaporkan, mengengkeh-ngengkeh— orang cakap ‘mengengkeh-ngengkeh’ ini, faham tak? Dia bawa beg itu, bawa anak kecil, terpaksa melalui laluan yang bahaya untuk sampai. Nasib baik saya dengan Sik dan juga Kubang Pasu hari itu sedikit lagi hendak sampai. Kalau tak, saya pun sama juga mengengkeh-ngengkeh angkat beg.

Yang ini semalam, dalam kawasan yang gelap. Bayangkan tuan-tuan dan puan-puan. Kenapa boleh berlaku begitu? Sedangkan hampir separuh bilion dibelanjakan untuk aerotrain itu. Jadi, saya harap perkara ini tolonglah, dilihatkan.

draft • 12:21 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Masjid Tanah.

draft • 12:21 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Hulu lagi? Masya-Allah.

draft • 12:21 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Beri tak? Hendak suruh Speaker dengar. Terima kasih. Aerotrain ini satu benda yang sensitif. MAHB telah diurus oleh Red— BlackRock sekarang. Cuma persoalan saya, dulu masa permulaan membaiki itu dan sebagainya, dikatakan ‘Anthony Loke effect.’ Sekarang sudah bertukar, ‘Anthony Loke defect.’ Terima kasih.

draft • 12:21 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Hulu Terengganu ini ada jer dia punya ini. Itu Hulu Terengganu, saya tak boleh cakap ya.

Okey, seterusnya, saya ingin menyentuh tentang isu MyCEB dan business event. Jadi, di dalam— bawah RMK12 ini telah pun diperuntukkan hanya RM10 juta setahun di bawah RMKe-13, sedangkan sektor ini terbukti menjadi quick win kepada negara yang menjana hasil segera melalui business event dengan izin, dan juga international sporting event (ISE) yang memberi impak secara langsung kepada ekonomi tempatan.

Saya perhatikan dalam Belanjawan 2026 langsung tiada peruntukan di bawah ISE yang pastinya akan menjejaskan peluang ekonomi pelancongan tempatan. Saya difahamkan juga isu utama MyCEB bukan hanya sekadar pengurangan bajet, tetapi ketiadaan program ISE dan ia juga turut melibatkan isu kelemahan tadbir urusan dalaman MyCEB.

draft • 12:21 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Untuk makluman Yang Berhormat semua, MyCEB ini adalah di bawah agensi Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, yang mana sebagai pengerusi portfolio Pelancongan Seni dan Budaya, Perikatan Nasional— saya memang monitor agensi- agensi berada di bawah MOTAC ini.

Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan, dengan aduan yang telah diberikan oleh pemain industri berkaitan rapat dengan kelayakan akademik dan juga pengalaman CEO MyCEB yang baharu, yang pasti menimbulkan tentang ketelusan dan merit pelantikan.

Berbeza dengan barisan mantan CEO terdahulu seperti Allahyarham Dato' Zulkifli Sharif, Dato’ Zulkifli Syed, Dato’ Sri Qhani Daud yang merupakan pegawai kanan Tourism Malaysia dengan pengalaman yang luas dalam MICE dan pelancongan. Sebaliknya, pelantikan kali ini dilihat tidak menepati prinsip merit profesionalisme dan juga kecekapan sektor. Jadi, saya berharap dapat dilihat tentang perkara ini.

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang Hari Kraf Kebangsaan. Awal tahun dahulu saya pernah bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa sudah jadi dengan Hari Kraf Kebangsaan? Malah, Ketua Pembangkang juga pernah menyentuh tentang Hari Kraf Kebangsaan, tetapi sampai bulan ini, nak masuk bulan November, di manakah Hari Kraf Kebangsaan yang telah dijanjikan nak dibuat?

draft • 12:21 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kalau dulu dalam Belanjawan 2025 ada dinyatakan, tapi mana Hari Kraf Kebangsaan? Kalau tak, dulu saban tahun, 400 ke 500 orang pengusaha kraf tangan akan duduk berkampung dan mendapat pendapatan hasil daripada jualan kraf tangan. Mana Hari Kraf Kebangsaan? Yang ada hanyalah program ASEAN Crafts yang berlangsung Oktober lalu yang tak dapat sambutan. Kita pun duduk dekat dalam Dewan Parlimen ini pun tak tahu. Tak diuar-uarkan.

Yang Berhormat tahu? Yang Berhormat Sungai Besar tahu? Tak tahu. Yang Berhormat Alor Setar tahu? Tak tahu. Yang Berhormat Pontian tahu?.. [Bertanya kepada beberapa orang YB] Yang Berhormat Pontian pun tak tahu. Dia tak mengangguk. Sebab itulah...

[Dicelah] Yang Berhormat Speaker? Yang Berhormat Speaker lagilah tak tahu. Sebab itu— warisan adalah identiti negara. Saya harap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya tengok-tengokkan sikit orang kraf ini. Jangan asyik sibuk pelancongan, tetapi orang kraf ini ditinggalkan.

Seterusnya, Yang Berhormat, saya ingin menyentuh kepada isu negara tua.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Boleh?

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Kerajaan telah menguruskan ekonomi penjagaan utama dengan...

[Dicelah] Indera Mahkota.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Sebelum ini...

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

10 saat.

draft • 12:30 PM

Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah - Indera Mahkota

Yang Berhormat, sebelum ini, Menteri-Menteri MOTAC selalu mempamerkan, sama ada memakai baju batik ‘ke dan sebagainya. Menteri sekarang pamer apa?

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Itu kalau saya cakap kang nanti kata 36(12). Tak bolehlah cakap...

[Ketawa] Jadi, saya ingin menyentuh tentang ekonomi penjagaan utama dengan banyak inisiatif dan peruntukan pembiayaan untuk tambah baik infrastruktur penjagaan, tetapi kos di luar poket kekal penting bagi kebanyakan keluarga. Rakyat Malaysia biasanya hadapi cabaran kewangan bila datang untuk bayar pusat jagaan ataupun mengupah penjaga untuk anak-anak mereka ataupun ibu mereka yang telah tua. Jadi, kos pengambilan penjaga di Malaysia ini lebih kurang dalam RM1,500 ke RM3,500 sebulan, bergantung pada jenis penjagaan.

Bayangkan, ramai rakyat Malaysia yang kekurangan― simpanan yang terhad, keperluan persaraan dan juga penjagaan dengan lebih separuh daripada mereka terpaksa bersara mempunyai simpanan kurang daripada RM100,000. Jadi, sebab itu, kehidupan berdikari iaitu penuaan di tempat pusat aktiviti warga emas komuniti ataupun dikenali sebagai PAWE amatlah diharapkan.

Dan, pada masa ini, hanya ada 164 PAWE di seluruh negara dengan hanya 13 di Sarawak dan di Melaka ada enam saja. Bayangkan, Sarawak itu besau ada 13, Melaka itu kecil ada enam. Bayangkan, macam manakah komposisi pilihan PAWE ini dibuat. Dan bagaimanakah kerajaan memastikan bahawa pengembangan pusat PAWE ini dapat menangani keperluan khusus wanita tua yang membentuk sebahagian besar populasi warga emas? Dan apakah langkah-langkah yang disediakan untuk merekrut dan juga melatih penjaga dan juga kakitangan dalam PAWE bagi menggalakkan keseimbangan jantina dalam pemerkasaan dalam tenaga kerja?

Dan, seterusnya, saya ingin menyentuh― sebagai Pengerusi PAC juga, saya ingin sentuh beberapa perkara. Jadi, sudah sampai masanya kerajaan berhenti memperlakukan belanjawan seolah-olah ia nya merupakan wang kerajaan. Wang dalam belanjawan ini adalah wang rakyat, wang yang dikutip melalui cukai, tol, levi dan juga denda, hasil keringat orang ramai yang beratur di kaunter. Maka, persoalan

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

besar yang harus jawab oleh kerajaan, adakah setiap sen daripada belanjawan ini benar-benar sampai ke rakyat ataupun lenyap di pertengahan jalan disebabkan oleh kelemahan kawalan dan juga integriti pelaksanaan?

Dan PAC― Yang Berhormat Ahli PAC. PAC bukan kosmetik. PAC adalah pengimbang kuasa. Sebagai Pengerusi PAC, saya ingin menegaskan bahawa PAC bukanlah alat politik dan ‘tak boleh dijadikan sebagai kosmetik demokrasi untuk menunjukkan bahawa kononnya telus sedangkan kuasa kita dihadkan dengan pelbagai alasan birokrasi.

Malah, saya difahamkan, PAC juga pernah dijadikan sebagai topik di dalam Kabinet apabila Menteri dipanggil ke dalam PAC dan juga mereka bimbang dipanggil apabila kementerian mereka dipanggil oleh PAC. Malah ada ramai juga― ada Menteri juga yang menyalahkan pada PAC apabila dengan pelbagai kenyataan tanpa mereka membaca laporan sebenar yang dibentangkan oleh PAC.

Tuan Yang di-Pertua, kita tak mahu PAC sekadar menjadi arkib aduan setelah kesilapan berlaku. Kita ingin menjadi barisan pertahanan pertama terhadap pembaziran dan penyelewengan dan juga perbelanjaan dan tadbir urus kerajaan sama ada dari segi perolehan, tatakelola, ketirisan ataupun, apa nama ini, penyelewengan.

Dan seterusnya...

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit ya, Yang Berhormat.

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Last one. Saya nak landing. Yang Berhormat, last topic.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit.

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Yang Berhormat kena bagi saya peluang sikit Yang Berhormat. Kan? Nanti saya...

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Teruskan. Teruskan.

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Ini Ahli PAC saya. Ha, kan? Last one.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Saya nak sentuh pasal koperasi. Bagi chance-lah. Bagi chance.

Saya ingin sentuh berkenaan dengan koperasi, yang mana bawah koperasi ini dah ada Coop Mart. Rangkaian kedai koperasi yang setanding dengan Speedmart, KK mart dan dimaklumkan ada lebih kurang 600 Coop Mart di seluruh negara.

draft • 12:30 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin - Masjid Tanah

Cuma, saya ‘nak tahu, berapakah banyak kedai Coop Mart yang telah pun dilantik ataupun yang telah pun didaftarkan sebagai kedai tebusan MySARA? Sebab, apabila saya buat kira-kira, kalau ada 600 Coop Mart dan yang buat tebusan MySARA itu lebih kurang 30,000 daripada tujuh juta ahli koperasi, maka Coop Mart akan dapat RM30 juta. Yang itu sedikit saja daripada jumlah RM2 bilion yang diperuntukkan di bawah MySARA. Ciput je orang panggil.

Jadi, apakah strategi kerajaan dalam membantu bukan saja kedai-kedai koperasi ini, tetapi juga kedai-kedai kecil yang apabila list-nya dikeluarkan itu, mereka juga turut sama dapat bernafas dan juga dapat berpeluang untuk menjadi ejen di bawah MySARA ini? Sekurang-kurangnya proses untuk berdaftar sebagai kedai di bawah MySARA itu tidak— orang cakap, tidak begitu sukar untuk mereka mendapatkan dan mereka juga dapat limpahan daripada hasil RM2 bilion itu.

Itu saja. Terima kasih Yang Berhormat Speaker di atas peluang yang diberikan oleh Masjid Tanah. Terima kasih.

draft • 12:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Masjid Tanah.

Seterusnya, saya menjemput seorang lagi Ahli PAC, Yang Berhormat Tampin.

draft • 12:30 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI. Terima kasih sahabat saya Tuan Speaker atas keizinan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026.

Kapal belayar menuju pelabuhan, Angin bertiup membawa pesan; Bajet dibahas penuh kesedaran, Rakyat tenteram negara aman. Terima kasih diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan seluruh warga Kementerian Kewangan kerana telah bertungkus-lumus untuk menghasilkan sebuah dokumen tahunan yang cukup penting untuk rakyat dan negara. Begitu pantas masa berlalu, kini Belanjawan MADANI telah memasuki sirinya yang keempat. Walaupun pelbagai cubaan telah dilakukan oleh pembangkang untuk melemahkan dan meruntuhkan kerajaan, belanjawan kali ini yang bertemakan Belanjawan Rakyat dengan nilai peruntukan berjumlah RM...

draft • 12:36 PM

Dato’ Rosol bin Wahid - Hulu Terengganu

Speaker, itu tuduhan jahat. Satu tuduhan jahat.

draft • 12:36 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa. Melainkan nak bangkitkan peraturan. ‘Tak apa. Teruskan Tampin.

draft • 12:36 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Ikutlah tertib Hulu Terengganu.

Nilai peruntukan berjumlah RM419.2 bilion telah diikat dengan sembilan tekad yang berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI benar-benar meyakinkan.

Sungguh pun begitu, masih terdapat lagi ruang-ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh kerajaan agar belanjawan ini benar-benar mencapai maksudnya.

Tuan Speaker, sebagai mukadimah perbahasan, saya ingin merakamkan ucapan tahniah buat seluruh pimpinan kerajaan atas kejayaan negara selaku Pengerusi ASEAN 2025. Antara kejayaan utama yang wajar kita banggakan ialah penyatuan pendirian ASEAN dalam isu geopolitik serantau khususnya berkenaan Laut China Selatan dan krisis kemanusiaan di Myanmar, pendamaian konflik sempadan antara Thailand-Kemboja dan juga penerimaan Timor-Leste sebagai Anggota Tetap ASEAN.

Selain itu, terima kasih juga saya ucapkan atas kesungguhan kerajaan yang telah memanfaatkan pentas diplomatik dengan menyatakan pendirian Malaysia secara terus kepada Presiden Donald Trump terhadap isu-isu keamanan dan kemanusiaan termasuklah perkara yang berlaku di bumi Gaza, Palestin dan juga dasar-dasar Amerika Syarikat yang menindas.

Tidak dilupakan, terima kasih juga saya ucapkan kepada jutaan rakyat Malaysia yang kekal tenang dan bersikap profesional terutamanya bagi ribuan rakyat yang melakukan demonstrasi secara aman. Saya menyokong demonstrasi yang telah dilakukan demi menuntut hak-hak dan kebebasan bumi Palestin. Himpunan tersebut amat dialu-alukan dan sangat diraikan oleh kerajaan. Bukan seperti himpunan yang terpekik, terlolong membaca doa untuk menjatuhkan kerajaan, mempersoalkan tugas dan tanggungjawab pihak keselamatan serta provokasi yang melampau.

Dari perspektif ekonomi dan perut rakyat, suka tidak suka, mahu tidak mahu, kehadiran Presiden Donald Trump memberi pulangan yang lumayan terhadap negara khususnya mengenai perjanjian Agreement on Reciprocal Trade (ART).

Perjanjian ini membolehkan 1,711 produk eksport negara seperti minyak sawit, getah, koko, komponen farmaseutikal dan peralatan aeroangkasa menikmati kadar tarif yang lebih rendah ke pasaran Amerika Syarikat (AS), malah ada yang menerima kadar kosong peratus tarif.

draft • 12:36 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kesan daripada perjanjian ART dan Comprehensive Strategic Partnership

(CSP), nilai Ringgit dan pasaran saham tempatan telah meningkat. Ini menandakan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

Pokoknya Tuan Speaker, kejayaan negara dalam mempengerusikan ASEAN bukan sahaja mencerminkan kemampuan diplomasi dan tadbir urus negara di peringkat antarabangsa, malah telah membuktikan bahawa Malaysia terus menjadi suara sederhana yang berpengaruh di Rantau Asia Tenggara. Kuala Lumpur pentas damai diplomasi dunia. Sidang Kemuncak ASEAN yang dipengerusikan oleh negara pada kali ini telah membuka mata dunia dan meletakkan negara ke tahap baharu.

Keadaan ini sudah tentunya akan menjadi nilai tambah kepada Tahun Melawat Malaysia 2026. Bukankah itu semua kebaikan untuk negara dan rakyatnya?

Menerusi Sidang Kemuncak ASEAN, Malaysia dapat berdiri megah sebagai peneraju rantau yang dihormati. Kejayaan ini sudah tentunya bukan milik kerajaan semata-mata, tetapi juga milik seluruh rakyat yang percaya pada nilai kerjasama, kesederhanaan dan perpaduan.

Berbalik kepada topik perbahasan Tuan Speaker, terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi keutamaan kepada masyarakat di Tampin menerusi Belanjawan 2026 dengan menyegerakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Gemencheh serta membina dan menaik taraf Pusat Latihan Artileri, Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Selain itu, terima kasih diucapkan kepada kerajaan kerana memberi peruntukan yang cukup bermakna buat Negeri Sembilan menerusi belanjawan kali ini. Tahniah diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan Yang Berhormat Jelebu, Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan kerana terus meningkatkan prestasi dan pencapaian negeri serta perpaduan di kalangan rakyat di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan cerminan Kerajaan Negeri MADANI yang cemerlang.

Seterusnya Tuan Speaker, selaku orang kampung. Saya mendukung penuh idea penstrukturan semula subsidi yang telah lama diperkatakan sejak 26 tahun lalu dan saya juga yakin bahawa semua pimpinan kerajaan terdahulu turut bersetuju serta memperakui kepentingannya. Memandangkan langkah tersebut tidak popular, maka pelaksanaannya juga telah tertangguh. Akibatnya, kerajaan terpaksa menanggung beban perbelanjaan yang besar. Hal ini termasuklah pemberian bantuan subsidi kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Justeru itu, saya fikir penghargaan yang sewajarnya patut diberikan kepada pimpinan kerajaan hari ini yang mempunyai tekad politik untuk merealisasikan

draft • 12:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

dengan penjimatan dana sebanyak RM15.5 bilion setahun. Tidak seperti pentadbiran yang lalu, yang mempunyai ciri-ciri dan hasrat yang sama, tetapi tidak berkemampuan untuk melaksanakan dan terhenti begitu saja.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan spekulasi jahat, saya mohon kerajaan memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini mengenai ke mana dan di mana dana hasil penjimatan tersebut dibelanjakan secara spesifik. Perkara ini cukup penting untuk dilakukan supaya tidak timbul isu syak wasangka dan tuduhan jahat bahawa kerajaan telah mengambil RM15.5 bilion setahun daripada poket rakyat, tetapi tidak dikembalikan semula kepada mereka yang berhak.

Seterusnya Tuan Speaker, kita sedia maklum bahawa penggunaan bahan api diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan cukup luas serta menyeluruh penggunaannya disebabkan faktor geografi. Oleh kerana itu, sejak penyasaran subsidi diesel dilaksanakan bermula 10 Jun 2024 yang lalu, rakyat di ketiga-tiga wilayah berkenaan terus menikmati harga runcit diesel pada harga RM2.15 seliter tanpa mengira latar belakang pendapatan, status kerakyatan dan juga tempat tinggal.

Hal ini bermakna penyelarasan subsidi masih belum mencapai sepertimana yang diharapkan dan ruang ketirisan serta penyelewengan subsidi diesel masih lagi wujud dan berleluasa di sana dengan melibatkan jumlah subsidi yang mencecah RM3.6 bilion setahun. Lebih membimbangkan, modus operandi kegiatan penyelewengan diesel di sana juga amat keterlaluan. Mereka yang tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menggunakan kenderaan darat, tetapi juga melibatkan kapal-kapal di lautan.

Justeru itu, memandangkan sistem BUDI MADANI RON95 telah berjalan dengan baik dan lancar di seluruh negara, saya mencadangkan supaya BUDI MADANI diesel individu juga turut mengguna pakai konsep dalam sistem yang sama.

Menerusi langkah ini, kaedah penyaluran bantuan tunai kepada setiap pemilik kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia dapat ditambah baik dan penyasaran subsidi juga dapat dilakukan dengan lebih berkesan di Sabah dan Sarawak.

Seterusnya Tuan Speaker, bagi saya ini amat penting bagi saya di kawasan luar bandar dan yang ada FELDA. Saya ingin menyentuh isu penting berkaitan FELDA dan FGV yang memberi kesan langsung kepada para peneroka di tanah rancangan. Penantian para peneroka selama 13 tahun telah berakhir apabila FGV dengan rasminya telah dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia sejak bermula 28 Ogos lalu dan pengambilalihan oleh FELDA telah menjadi titik perubahan yang signifikan buat pada peneroka.

draft • 12:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Menerusi langkah ini, satu peluang besar telah terhidang seluas-luasnya untuk menstrukturkan semula FGV agar segala manfaat benar-benar sampai kepada peneroka. Namun perlu diingat, perubahan ini bakal membawa cabaran baharu iaitu keterusan pemantauan prestasi, pengurusan modal dan pembayaran serta jaminan bahawa peneroka tidak sesekali tertinggal dalam perubahan ini.

Sehubungan itu, saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan dan FELDA untuk memastikan kejayaan baru, fasa baharu ini.

Pertama, audit bebas terhadap prestasi FGV sebelum dan selepas penyahsenaraian yang perlu dibuat serta laporan kemajuan hendaklah dimaklumkan kepada peneroka.

Kedua, memastikan peruntukan khusus diberikan kepada peneroka seperti akses kepada latihan dan modal kecil keusahawanan supaya peneroka tidak hanya bergantung kepada ladang sawit konvensional. Contohnya, seperti kawasan tanah rancangan di Tampin, inisiatif seperti ladang kecil moden, agropelancongan dan penanaman alternatif boleh diperdekatkan.

Ketiga dan yang terakhir, hendaklah memastikan jaminan pembahagian hasil yang adil, bukan sekadar melalui dividen semata-mata, tetapi juga melalui pembangunan infrastruktur kampung, pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas.

Saya berharap agar perubahan ini benar-benar dapat memanfaatkan peneroka.

Inilah masanya untuk FELDA kembali dengan tujuan asal penubuhannya iaitu membangunkan tanah dan bangsa.

Seterusnya Tuan Speaker, masih lagi berkaitan kepentingan peneroka FELDA yang sudah lapan tahun lamanya mereka menanti iaitu berkenaan pindaan Akta 530 yang telah diumumkan oleh kerajaan. Pindaan Akta 530 ini cukup penting dan amat bermakna buat peneroka. Saya mohon supaya kerajaan mempercepatkan pembentangan akta tersebut.

Terdapat beberapa perkara penting yang saya fikir perlu diberikan perhatian oleh kerajaan agar objektif pindaannya benar-benar dapat memanfaatkan kepada peneroka.

Pertama, kerajaan dan FELDA hendaklah menggariskan panduan pelaksanaan yang jelas mengenai syarat untuk membina rumah golongan yang layak dan kaedah pembahagian lot rumah. Pemantauan pembinaan rumah tambahan perlu dilakukan dengan sebaiknya supaya bukan hanya untuk pihak berkepentingan semata-mata, tetapi juga untuk generasi peneroka yang memerlukan

draft • 12:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Kedua, perlu ada mekanisme pewarisan yang jelas agar tidak berlaku konflik antara generasi. Contohnya, jika anak peneroka membina atas lot ibunya, adakah ibunya masih mempunyai hak penuh? Apakah hak waris selepas kematian peneroka asal? Perkara ini perlu diselaraskan agar tidak berlaku pertikaian.

Ketiga, dari sudut prasarana dan kos pembinaan pula, kerajaan perlu menyediakan sokongan atau subsidi bagi infrastruktur asas seperti bekalan elektrik, bekalan air dan sebagainya agar tidak membebankan peneroka.

Keempat dan terakhir, pihak kuasa negeri dan FELDA hendaklah memastikan prosedur penghormatan serta kelulusan pembinaan dijalankan dengan efisien dan telus.

Seterusnya Tuan speaker, alang-alang membahaskan mengenai kesejahteraan rakyat luar bandar dan masa depan komuniti, saya ingin menyentuh tentang Skim Tanaman Semula bagi pekebun kecil. Agrokomoditi telah menyumbang hampir RM90 bilion kepada KDNK dan lebih 12 peratus eksport negara pada tahun lalu. Industri sawit umpamanya, yang mengungguli eksport dengan menyumbang 10 per empat pengeluaran dunia. Pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini pernah melaksanakan Skim Tanaman Semula secara geran penuh dan amat berkesan bagi membantu ribuan pekebun kecil pada ketika ini.

Namun setelah Skim Tanaman Semula ditukar dalam bentuk pinjaman asas kepada pinjaman, langkah tersebut telah menambah bebanan pekebun kecil terutamanya bagi mereka yang mendapat pulangan hasil yang rendah. Realiti hari ini banyak kebun yang sudah berusia lebih 25 tahun. Hasil semakin merosot dan kos sehari hidup semakin meningkat. Pekebun kecil tidak mampu menanggung kos tanaman semula yang mencecah antara RM12,000 hingga RM15,000 sehektar.

Pelaksanaan semula Skim Tanaman Semula secara geran penuh bukanlah pembaziran, tetapi merupakan pelaburan jangka masa panjang yang akan memastikan peningkatan produktiviti, peningkatan pendapatan pekebun kecil dan pengurangan terhadap kebergantungan kepada import bahan pertanian. Kita tidak boleh membiarkan nasib pekebun kecil terus terhimpit. Mereka bukan minta subsidi bulanan, tetapi hanya mahu sedikit sokongan untuk mereka memulakan semula kehidupan dengan kebun yang produktif.

Atas semangat Belanjawan MADANI yang bertemakan Belanjawan Rakyat pada kali ini, saya memohon agar kerajaan meneliti cadangan ini untuk memastikan sektor komuniti kekal berdaya saing dan nasib rakyat luar bandar juga terus terbela.

draft • 12:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit YB Tampin.

draft • 12:40 PM

Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin

Satu minit. Okey, Yang Berhormat Tuan Speaker saya akhiri ini.

Sebelum saya mengakhiri perbahasan, izinkan saya menyampaikan sedikit pesanan terbuka buat rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini. Dalam keghairahan politik, janganlah mudah menabur janji hanya demi sorakan dan tepukan. Dewan ini bukan pentas untuk menawan hati rakyat dengan retorik yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Cukuplah dengan politik janji manis yang hanya memberi impak sementara demi keuntungan politik. Kita mesti belajar daripada sejarah bahawa janji tanpa pelan tindakan hanya melahirkan kekecewaan.

Semua dah rasa jadi pembangkang ataupun jadi kerajaan. Belajarlah daripada sejarah yang lampau. Negara ini memerlukan keberanian untuk membuat keputusan yang sukar, tetapi benar. Bukan lagi lidah yang manis, tapi mengelirukan.

Sekian saja daripada saya setakat ini. Saya mohon menyokong Belanjawan 2026.

Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 12:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih YB Tampin. Seterusnya,

draft • 12:50 PM

saya jemput Yang Berhormat Alor Setar

13 minit Yang Berhormat.

draft • 12:50 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Terima kasih Yang Berhormat Speaker sahabat saya dan semua Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Terima kasih kerana memberi keizinan kepada saya untuk turut berbahas, mengambil bahagian dalam berbahas peringkat dasar tentang Bajet 2026. Saya ada lima perkara yang hendak disebutkan dengan begitu ringkas, dengan padat, dengan masa yang ada.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin bertanya kepada Kementerian Ekonomi. Dalam kita merangka Bajet 2026 dan bajet-bajet sebelumnya, kita kebanyakannya hanya mengambil ukuran yang bersifat empirikal sahaja, yang berkisar tentang angka, tentang graf, indeks, statistik.

Pendekatan ini tidak salah Tuan Yang di-Pertua, tapi ia tidak cukup menyeluruh dan tidak holistik kerana di sebalik angka-angka itu ada satu faktor yang menentukan adakah angka itu berjaya ataupun tidak iaitu manusia yang menjalankan ataupun mengurus tadbir alam ini. Bagaimana manusia mengurus, mentadbir, membuat keputusan, semua itu memberi kesan kepada bagaimana sesuatu pembangunan itu dapat dijayakan dengan belanjawan yang telah dibentangkan.

draft • 12:51 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Manusia sering dianggap sebagai alat kepada ekonomi. Fokus utama hanyalah kepada keuntungan dan produktiviti. Dengan sebab itulah manusia ini difokuskan hanya dieksploitasi semata-mata untuk meningkatkan hasil ekonomi sahaja tanpa mengira prinsip manusia itu, nilainya dan juga tujuan asal penciptaan.

Saya mengambil contoh, kalaulah manusia itu dianggap sebagai alat untuk mendapat keuntungan semata-mata. Dalam sektor kesihatan, sudah tentulah lebih ramai manusia yang sakit, maka lebih ramailah untung pihak yang menjadikan kesihatan itu sebagai satu industri perniagaan.

Dalam bidang pendidikan, jika manusia dianggap sebagai alat semata-mata ataupun sebagai seumpama satu robot, maka pelajar dari sekolah itu hanya akan dipaksa, ditekan untuk belajar, belajar, belajar untuk dapat keputusan cemerlang.

Sekolah pula hanya dipaksa untuk dikerahkan seluruh keringat tenaga guru untuk dapat KPI yang telah pun ditetapkan.

Maka akhirnya mereka terlepas pandang kepada aspek pembinaan manusiawi seperti yang kita ramai berbahas tentang hal yang berlaku di sekolah kita dalam masa sehari dua ini yang sangat mengecewakan kita. Kesemua ini mungkin datang daripada prinsip ekonomi yang...

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Alor Setar?

draft • 12:51 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ya.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Parit Buntar ingin mencelah?

draft • 12:51 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Tengah naik syeikh ini, kacau.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Bagi, ‘tak bagi?

draft • 12:51 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Sebab baharu kahwin, saya bagi.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Allahuakbar. Sebab sebab baharu kahwin. Kalau begitu hari-hari kahwinlah.

Okey, saya tadi sebut tentang kesihatan. Antara punca ataupun faktor utama terganggunya kesihatan ialah pengambilan arak yang berlebihan. Sebab itu saya nak berpantun.

Pingat emas pingat perak, Tempat ketiga pingat gangsa; Kalau bergelumang dengan arak, Otak bercelaru, cakap merapu, badan binasa.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Setuju atau tidak dengan pantun saya dan juga pandangan beberapa agama termasuk agama Buddha, Sikh, Hindu dan Kristian yang agama mereka sendiri pun tidak menggalakkan pengambilan arak. Jadi kalau ini berlaku, sudah tentulah akan mengganggu kesihatan dan juga mengganggu perkara-perkara yang lain termasuk pemandu mabuk, berlaku accident dan sebagainya.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order 36(12).

draft • 12:51 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Tak betul itu Parit Buntar.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Parit Buntar sudah mabuk. Sudah mabuk.

draft • 12:51 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Awak bukan Kristian, jangan cakap benda yang awak ‘tak tahu.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap, sekejap.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order 36(12).

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, ada point of order? Okey.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order 36(12).

draft • 12:51 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

36(12).

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Berapa?

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mana-mana Ahli yang mengeluarkan...

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap. Yang mana satu?

draft • 12:51 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Habis.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah di sifat sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.” Tadi Parit Buntar kata, semua agama mengharamkan arak. Itu tak betul.

Dalam Kristian dalam Bible, tidak ada apa-apa larangan untuk minum arak.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tidak sebut haram.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ada...

draft • 12:51 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ada.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan bohong. Kita dengar semua.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tidak sebut haram.

draft • 12:51 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Ada.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tak sebut haram.

draft • 12:51 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kena larang.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Melarang.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Melarang. Sama saja.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya sebut, “tidak menggalakkan”, melarang.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Parit Buntar, biar Kampar selesaikan dulu. Biar dia habis dahulu. Ya Kampar.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, ini point of order. Jadi tadi Parit Buntar telah mengeluarkan salah satu kenyataan di mana dia katakan kesemua agama melarang untuk minum arak. Itu ‘tak betul. Saya minta Parit Buntar tarik balik. Ini mengelirukan.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, sekejap. Parit Buntar, apa respons?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, saya baca teksnya dalam reference saya, dalam agama dia sebut, “Salah satu daripada pancasila atau lima ajaran yang mesti dijalankan oleh seorang pengikut ajaran Buddha adalah aku bertekad akan...”

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak, tak...

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Parit Buntar, saya kata agama Kristian itu...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar, sekejap, saya selesaikan ini.

Okey.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, saya tadi ‘tak sebut haram, “tidak menggalakkan”...

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, apa yang disebut oleh Parit Buntar?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

“Tidak menggalakkan.”...

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Apa?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak menggalakkan minum arak.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Parit Buntar kata, “tidak menggalakkan” untuk minum arak...

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Minum arak.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ya. Agama- agama lain selain daripada Islam. Islam jelas haram.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Jadi nak ikut agama ke? Nak ikut...

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kristian juga tidak melarang. Ada tak melarang? Dia tak...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

So, saya boleh bacakan semua teks...

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya rasa macam inilah Parit Buntar, macam ini. Saya rasa kita nak komen pasal agama orang lain ini, tak patutlah. Jadi, saya rasa, Parit Buntar, jangan komen tentang agama lain. Cuma kata dalam Islam memang haram. Cukup.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak, saya tak komen. Saya beri pandangan.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Semua agama tidak menggalakkan...

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Itu bukan pandangan. Itu fakta yang salah.

Itu bukan pandangan. Sila tarik balik.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan...

[Pembesar suara dimatikan] Tarik balik, senang. Ataupun Parit Buntar sudah mabuk.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap.

draft • 12:51 PM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Ini apa hal ini.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Minta...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tak mabuk, you yang gila.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah, dah, dah, sudah. Sudah. Parit Buntar, saya— ruling saya adalah, kita jangan buat komen tentang agama lain. Tarik balik tentang part agama lain. Satu.

Kedua, Kampar, saya minta tarik balik tentang mabuk kepada Parit Buntar dan juga Parit Buntar tarik tentang apa yang Parit Buntar cakap pada Kampar itu.

Tolong, ini ruling saya. Boleh? Tarik balik. Parit Buntar first.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Kampar kena tarik dulu.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak, saya suruh tarik balik. Saya suruh tarik balik tentang agama lain. Fokus pada agama kita saja. Cakap, agama Islam melarang. Agama lain kita jangan komen. Boleh?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ada dalam Peraturan Dewan ke?

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ada dalam Peraturan Dewan menghalang untuk saya menyebut pandangan agama lain?

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya yang buat...

draft • 12:51 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Jangan cakap agama lainlah Parit Buntar.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Itu bukan sebut...

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Itu fakta yang salah.

draft • 12:51 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Kena hormat kepada agama lain.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mana ada fakta agama Kristian melarang...

[Pembesar suara dimatikan] Jangan buat komen yang bukan-bukan...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Parit Buntar, nak tarik balik ke tak nak?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tak tarik balik.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya bagi peluang lagi Parit buntar.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tidak akan tarik balik sebab saya tidak berkata begitu.

draft • 12:51 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Awak kata, larang.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kita semua— kena dalam Dewan...

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tidak ada peraturan dalam Dewan menghalang saya bercakap berkaitan dengan agama lain.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Agama Kristian tidak melarang untuk minum arak.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tidak mencaci agama Buddha.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jangan nak pusing-pusing.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Ini agama Kristian [Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini semua masuk Hansard. Saya tanya pasal agama Kristian, you jawab agama Buddha.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Tidak jelas]

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Parit Buntar, Parit Buntar sudah mabuk kah? Duduk, duduk. Sudah mabuk kah?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

You lah gila.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau tak mabuk, kata tak tahu beza.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau you tak gila...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Macam ini lah, macam ini. Parit Buntar tak nak tarik balik.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tidak akan tarik balik.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baiklah, saya minta Parit Buntar keluar sebentar, rehat. Nanti balik semula lepas rehat.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Yang kata mabuk itu tak suruh keluar.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap lah.

draft • 12:51 PM

Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau

Balik, jangan balik lagi.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya buat satu persatu, Parit Buntar.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, okey, okey

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya buat satu persatu.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tolong tarik balik Kampar pasal mabuk.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ya, Speaker. Saya nak jelaskan tentang mabuk. Mabuk itu ada banyak jenis.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak ada. Kampar, tarik balik Kampar.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dengar dulu saya nak jawab...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dengar dulu. Kalau dia tak mabuk, macam mana dia tak boleh beza...

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sebab you gila lah.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Nanti dulu. Saya tak kata dia minum arak.

Mabuk boleh mabuk laut, duduk kereta boleh mabuk. Jadi mungkin dia duduk...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Speaker sahabat saya.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mungkin dia duduk kereta...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, Kampar. Nak tarik balik ke tidak? Nak tarik balik ke tidak? Kampar, nak tarik balik ke tidak?

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini penjelasan saya, Speaker. Ini penjelasan saya kata, adakah dia mabuk.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Speaker, Kampar bangkitkan perkara yang tak relevan, tak betul pun.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini satu soalan. Kalau dia tak mabuk, jawablah tak mabuk.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Parit Buntar tak sebut.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar nak tarik balik ke tidak?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Parit Buntar tak sebut apa yang Kampar sebut.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Dengar penjelasan saya [Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar nak tarik balik?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Parit Buntar tak sebut apa yang Kampar...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah lah. Sudah lah. Yang lain itu duduklah.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dia tak tahu beza Kristian dengan Buddha...

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey dah, dah Kampar.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

...Apa itu?

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar, nak saya...

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya boleh membaca...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Parit Buntar, saya tengah bercakap dengan Kampar. Kampar, nak tarik balik ke tidak?

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya sudah bagi penjelasan.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak nak tarik balik, okey.

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Kalau Speaker boleh terima— Speaker boleh terima, saya tak tarik balik. Kalau Speaker tak terima, saya akan...

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya tak terima. Saya minta tarik balik. Nak tarik balik ke tidak?

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Okey, saya tarik balik.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik, tarik balik

draft • 12:51 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Saya hormat kepada Kerusi Speaker, saya tarik balik perkataan mabuk.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tarik balik, okey. Parit Buntar, yang kata Kampar gila tu. Nak tarik balik?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Sebab Kampar yang gila itu dah tarik balik. Saya tarik balik perkataan gila.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. Dah selesai yang itu. Sekarang, sekali lagi saya tanya Parit Buntar, nak tarik balik tak, tentang yang kata agama lain itu?

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya tidak tarik balik sebab saya berkata yang benar.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, saya minta Parit Buntar keluar.

Kemudian nanti lepas rehat nanti boleh masuk balik. Terima kasih.

draft • 12:51 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Okey, terima kasih. Saya boleh makan dan minum dan enjoy. Okey, jom keluar semua.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ada sambung tadi dengan Alor Setar.

draft • 12:51 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

2.30 nanti ini Yang di-Pertua kena start balik Yang di-Pertua. Habis semua poin ini kena start balik petang nanti.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya rasa itulah adalah cadangan yang baik. Sekarang pun dah pukul 1. Kita cool down semua.

draft • 12:51 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Start balik. Start balik, 13 minit balik.

draft • 12:51 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tapi sebelum saya menangguhkan Dewan, saya ‘nak maklumkan bahawa Yang Berhormat Mas Gading telah bertukar giliran bahas dengan Yang Berhormat Pasir Gudang. Dan pembahas terakhir untuk hari ini adalah Yang Berhormat Stampin.

Jadi, saya tangguhkan Dewan ini sehingga pukul 2.30 nanti.

draft • 12:51 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) mempengerusikan

draft • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Alor Setar untuk sambungkan perbahasan. Masa 9 minit.

draft • 2:30 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Oh!

Ingat dapat balik 13 minit tadi.

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Speaker. Saya sambung kembali perbahasan saya tadi.

Saya terus masuk kepada perkara yang kedua Yang Berhormat Speaker.

Dalam belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini ada disebutkan mengenai soal penjimatan subsidi dan kutipan cukai dan perkara ini sering dijadikan alasan— inilah sebagai salah satu

draft • 2:32 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

langkah pengurusan fiskal yang lebih cekap dan bertanggungjawab. Namun, saya ingin membawa Dewan ini untuk kita melihat angka-angka yang sebenar.

Kerajaan mendakwa telah pun jimat RM15.5 bilion daripada apa yang dipanggil sebagai penyasaran subsidi ataupun pengapungan harga. Namun kalau kita teliti satu per satu, sebenarnya penjimatan ini bukan datang daripada kecekapan tadbir urus tetapi datang daripada pengurangan bantuan kepada rakyat.

Saya bacakan beberapa contoh. Pengapungan harga ayam yang dikatakan menjimatkan RM1 bilion. Kemudian pengapungan harga telur dikatakan jimat RM1 bilion. Penstrukturan tarif elektrik jimat RM6 bilion. Penyasaran subsidi diesel jimat RM5 bilion. Penyasaran subsidi BUDI RON95 jimat RM2.5 bilion. Keseluruhan penjimatan ini dianggarkan berjumlah RM15.5 bilion. Namun dalam masa yang sama, kerajaan juga turut meningkatkan cukai yang menjadi beban kepada rakyat.

Contohnya ditingkatkan cukai SST yang mendapat hasil tambahan RM6 bilion. Cukai barang nilai rendah, low-value goods tax yang naik RM600 juta. Cukai individu yang meningkat RM5 bilion. Tiga cukai ini sahaja Puan Yang di-Pertua menambah hasil kerajaan sebanyak RM11.6 bilion. Baik kita campurkan daripada jumlah penjimatan tadi RM15.5 bilion kepada suatu kenaikan cukai yang telah kerajaan buat itu, campur RM11.6 bilion jumlahnya ialah RM27 bilion.

Baik soalnya ialah, kenapa RM27 bilion ini tak dapat dirasai semula oleh rakyat. Berapa yang rakyat dapat balik? Kalau disebut diumumkan sebelum ini oleh pihak kerajaan, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion sahaja. Makna ada peningkatan RM2 bilion. Jadi untung ataupun tambahan income tadi RM27 bilion tolak RM2 bilion, RM25 bilion.

Mana lagi baki RM25 bilion yang patut rakyat rasa untuk mengurangkan beban hidup rakyat.

Kalau kita tolak kenaikan gaji, pencen yang diumumkan berjumlah RM9 bilion, kita masih lagi kehilangan manfaat yang rakyat dapat sepatutnya sebanyak RM16 bilion. Di mana penjimatan subsidi ini dikembalikan semula kepada rakyat. Ini soalan saya. Adakah ini sekadar permainan angka untuk menampakkan kerajaan berjimat cermat sedangkan sebenarnya yang menanggung perit di bawah ialah rakyat.

Lebih parah lagi apabila kita teliti peruntukan pembangunan, kita dapati perbelanjaan pembangunan kesihatan hanya ada peningkatan sebanyak RM7 juta sahaja. Sedangkan kos membaiki Carcosa Seri Negara yang pernah ditimbulkan sebelum ini dalam Dewan ini kosnya RM600 juta. Apakah membaiki bangunan lama lebih penting daripada membaiki sistem kesihatan rakyat?

draft • 2:32 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ini yang rakyat persoalkan di bawah dan kita suarakan dalam Dewan ini dan lebih membingungkan lagi RM600 juta ini dibiayai oleh Khazanah Nasional. Sebuah dana yang sepatutnya digunakan untuk ditumpukan kepada pelaburan strategik untuk kepentingan ekonomi jangka masa panjang. Nampaknya sudah pun lari daripada objektif penubuhan Khazanah.

Saya beralih kepada poin yang ketiga Puan Yang di-Pertua, mengenai Perjanjian Malaysia-US ataupun dipanggil Perjanjian Perdagangan Timbal Balas.

Dalam perjanjian yang baru dimeterai kebetulan minggu lepas ataupun dua, tiga hari yang lalu ini kita dapati ada beberapa perkara yang kita sifatkan sebagai berat sebelah. Banyak obligasi ataupun tugas yang Malaysia kena buat, memberatkan kita dan banyak perkara yang kita lihat beban kepada Malaysia tapi kurang bebannya kepada US.

Sebagai contoh disebutkan dalam perjanjian tersebut, kita membuka pasaran penuh kepada barangan Amerika. Hampir semua barangan daripada US tidak dikenakan cukai import ataupun cukai itu kadarnya lebih rendah. Kemudian yang kedua dikecualikan cukai digital— Google, Meta, Netflix, Amazon tidak lagi kena cukai digital enam peratus, mewujudkan ketidakseimbangan persaingan dengan pemain tempatan.

Yang ketiga, tidak ada had untuk eksport Bahan Nadir Bumi (REE). Tidak ada kuota langsung dikenakan untuk kita eksport. Bermakna Malaysia sudah seperti hilang kawalan untuk mengawal jumlah REE yang akan dilombong oleh pihak US.

Keempat, Amerika pula setuju kekalkan kadar tarif 19 peratus dan ini menjadikan kita terpaksa berbelanja USD150 bilion, tapi yang kita dapat pelaburan daripada US hanyalah berjumlah RM70 bilion.

Puan Yang di-Pertua, orang datang kedai kita, patutnya orang mai kedai kita ini beli barang kita, tapi orang datang kedai ini jual barang dia. Dia jual barang dia pula, kita kena beli USD150 bilion. Jadi berniaga apa ini? Kita jual barang, tapi modal kita pun tak balik modal. Ini satu perjanjian yang kita sebut sangat berat sebelah. Tak padan kita pergi sambut dengan tari-menari di airport, sambut Trump. Tak padan Puan Yang di-Pertua. Kita dapat keuntungan yang sangat sedikit. Bukan setakat tak untung, tapi tak balik modal.

Puan Yang di-Pertua, saya juga ingin menegur kenapa kita terlalu melampau menyambut dengan tari-menari tersebut— 2015 Obama hadir ke Malaysia, tidak ada tarian. Itu menghormati hubungan diplomatik. Kita terima, tetapi mesej apa kita nak sampaikan kepada dunia di saat dunia sedang membantah Trump sebagai penjenayah perang yang besar di dunia. Kita sambut dengan tarian. Ini perkara yang

draft • 2:32 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

sangat tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Bayangkan macam mana anak- anak di Palestin melihat pembunuh emak ayahnya sampai ke bumi Malaysia disambut dengan tarian. Ini sangat mengguris perasaan mereka.

Puan Yang di-Pertua, poin yang kedua terakhir mengenai sukan. Kebetulan Menteri pun ada dalam ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang masih ada dalam ini dan menunggu. Saya ingin bercakap mengenai peruntukan yang ditumpukan kepada sukan. Nampaknya hanya tertumpu kepada sukan berprestasi tinggi dan infrastruktur asas awam sukan sahaja, tetapi tidak menyediakan dana yang langsung untuk menggalakkan pertumbuhan industri sukan profesional ataupun memupuk usahawan muda dalam bidang sukan.

Puan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada satu pendedahan Harian Metro pada 24 Ogos 2025 yang bertajuk, “Atlet Poket Bocor.” Saya yakin Yang Berhormat Menteri pun sedia maklum tentang isu ini. Data ataupun pendedahan Metro ini datang daripada dapatan AKPK, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, 2025.

draft • 2:32 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

AKPK mendedahkan atlet-atlet kita ni yang masih lagi jadi atlet, sebenarnya mereka tidak ada pendapatan yang tetap dan pendapatan mereka tu di bawah RM1,000. Ini satu perkara yang sangat mendukacitakan, didedahkan oleh AKPK berdasarkan laporan Harian Metro.

Pertama, atlet kita ini pendapatannya tidak stabil, 88 peratus atlet-atlet pelapis tidak ada pekerjaan tetap. Yang kedua, mereka tidak ada simpanan kecemasan, 33 peratus tidak ada saving bawah daripada RM1,000. Ini sangat- sangat mendukacitakan.

Kita nak nama kita naik, kita nak sukan kita maju tetapi atlet kita itu kita, tak tengok kebajikan, tak tengok soal kehidupan dia yang sebenar macam mana. Ibarat kata, kita ada kereta kita nak pecut laju tetapi kita tak isi minyak. Tak mungkin sampai kepada garisan penamat, Puan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Alor Setar.

draft • 2:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ya, Shah Alam.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Boleh saya...

draft • 2:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Silakan, sikit.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Seingat saya dulu-dululah, kita banyak atlet-atlet yang terlibat dalam bidang sukan ini. Mereka diserap masuk ke dalam syarikat-syarikat swasta. Banyak yang mengambil mereka sebagai pekerja.

draft • 2:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ya.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tetapi, sebahagian besar daripada masa mereka itu dicurahkan untuk menaikkan nama negara dalam bidang sukan.

draft • 2:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Ya.

draft • 2:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Jadi, setuju kah, Alor Setar, kalau kita minta supaya kementerian cuba usahakan perkara ini supaya boleh berlaku, supaya mereka dapat pekerjaan tetap? Terima kasih.

draft • 2:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Setuju, Shah Alam. Saya juga ingin menyebut apa yang Shah Alam sebut tadi itu. Ada dua atlet kita yang nak bersukan dan nak menjalankan tugas sebagai atlet.

Dia masih bekerja, majikan tak bagi cuti. So, ini sepatutnya diberi kelonggaran. Majikan patutnya faham. Mungkin pihak KBS boleh memohon ataupun mengeluarkan satu permohonan kepada pihak majikan yang di dalamnya ada atlet- atlet untuk diberi ruang kepada mereka ini terlibat lebih aktif dalam bidang sukan dengan lebih meluas, sekali gus menaikkan nama negara kita. Terima kasih, Shah Alam.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 2:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Dan akhir sekali Puan Yang di-Pertua, untuk isu di Alor Setar, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini tentang satu isu keselamatan jalan raya. Ini merujuk kepada Kementerian Kerja Raya, yang terletak di lokasi Jalan Pintu 10 dan Jalan Tengah Alor Setar.

Kawasan ini sering berlaku kemalangan, merupakan laluan paling sibuk di tengah-tengah bandar Alor Setar dan baru-baru ini pun berlaku satu kemalangan melibatkan kenderaan rasmi Exco Kerajaan Negeri Perlis di situ dan kebetulan saya juga ada berhampiran di situ. Saya bergegas terus ke tempat kemalangan kerana di simpang itu kita tak tahu siapa nak keluar dulu, siapa nak masuk dulu. Ada jalan garisan putih tapi agak mengelirukan.

Jadi, saya minta supaya pihak kementerian yang berkenaan untuk membuat sedikit kajian reka bentuk simpang empat yang sedia ada itu supaya lebih selamat dan supaya tidak berlaku lagi kemalangan pada masa akan datang dan isu yang kedua di Alor Setar yang akhir, Puan Yang di-Pertua ialah sekarang ini walaupun kita sedang bersidang di Dewan ini banjir masih lagi berlaku.

draft • 2:40 PM

Tuan Afnan Hamimi bin Dato' Haji Taib Azamudden - Alor Setar

Apa yang air naik di hulu, sekarang ini sudah pun turun mengalir ke hilir, ke Alor Setar. Sebahagian rakyat Alor Setar masih duduk di PPS. Rumah mereka masih digenangi air. Punca ialah Puan Yang di-Pertua, kerana Sungai Kedah yang semakin cetek. Banyak pokok-pokok yang tumbuh dan projek RTB yang masih lagi belum siap-siap sehingga hari ini.

Jadi, saya mohon pihak kementerian berkenaan supaya dapat bagi jawapan kenapa projek RTB itu masih tak siap dan bilakah agaknya peruntukan untuk menyelenggara, membaik pulih, mendalamkan Sungai Kedah ini dapat dibuat kerana dia akan menyelesaikan banyak masalah. Selesai isu banjir, selesai isu sawah padi dan pelbagai isu yang lain. Puan Yang di-Pertua, saya tutup dengan pantun.

*Nakhoda Arif, pandai berlayar, Meniti badai lautan dalam; Pemimpin bijak tahu menakar, Mana yang halal, mana yang haram.

Jangan hanya pandai menari, Tarian menyambut orang yang jahat; Marilah kita insafi diri, Semua di dunia disoal di akhirat.* Terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

draft • 2:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Puan Timbalan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2026 iaitu belanjawan negara Kita. Banyak contoh-contoh yang baik, yang terdapat dalam belanjawan ini, yang telah disebut oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain.

Saya hanya menyentuh satu aspek iaitu berkenaan sekolah. Sebanyak 38 buah sekolah baharu akan dibina di seluruh negara. Dalam 38 buah itu, ada sebuah sekolah akan dibina di Parlimen Pasir Gudang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Cendana. Jadi, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan.

Dalam ucapan ini, saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada pelbagai jabatan kerajaan dan agensi yang telah berusaha bersungguh-sungguh mengumpulkan hasil negara sehingga boleh mencapai RM419,202,000,000 bagi belanjawan negara kita. Ini jasa mereka sangat besar. Misalnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah mengutip cukai pendapatan yang merupakan 41.5 peratus

draft • 2:44 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

daripada hasil negara untuk belanjawan kita. Begitu juga, Kastam Diraja Malaysia berjaya memungut pelbagai jenis cukai seperti cukai langsung dan cukai tidak langsung.

Puan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menzahirkan beberapa kebimbangan saya apabila meneliti kedudukan kewangan atau fiskal negara.

Kebimbangan pertama, hutang kerajaan pada tahun 2025, saya ulang, hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2025 ini sebanyak RM1,304,176,000,000 iaitu 64.7 peratus KDNK.

Nasib baiklah hutang Kerajaan Persekutuan ini, banyak kita berhutang daripada sumber dalam negeri iaitu 63.6 peratus, manakala pinjaman dari luar pesisir sebanyak lebih RM22 bilion, 1.1 KDNK. Jadi, ini kebimbangan yang pertama.

Kebimbangan yang kedua, saya lihat dalam belanjawan ini, untuk kerajaan mengadakan belanjawan pembangunan, Kerajaan Persekutuan terpaksa buat pinjaman. Kita nak membangunkan negara, kita terpaksa buat pinjaman sebanyak RM1.02 bilion. Jadi, sampai bila kita perlu meminjam untuk pembangunan negara?

Seterusnya, kebimbangan saya yang ketiga ialah anggaran perbelanjaan pembangunan negara kita semakin tahun semakin berkurangan. Kalau tahun 2023, peruntukan pembangunan sebanyak RM96 bilion. Tahun 2024, turun kepada RM84 bilion. Tahun 2025, RM86 bilion, tetapi 2026 turun kepada RM83 bilion. Jadi, dana untuk pembangunan ini pada setiap tahun sekitar RM80 bilion. Jadi, ini perlu diperbaiki.

Dan, satu lagi kebimbangan saya ialah iaitu pada tahun yang lepas, sumbangan daripada dividen PETRONAS besar, RM40 bilion, tetapi tahun 2026 ini hanya RM20 bilion sahaja. Jadi, saya minta Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan jelaskan, kenapa hal ini boleh berlaku, sumbangan daripada PETRONAS. Apa masalah yang sedang dihadapi oleh PETRONAS sekarang?

Oleh kerana itu, Tuan— Puan Yang di-Pertua, saya ada cadangan. Bukan nak kritik sahaja, ada cadangan. Saya cadangkan untuk menambah hasil negara, saya cadangkan kerajaan memperkenalkan satu jenis cukai yang dipanggil cukai kekayaan. Baru-baru ini saya ada baca, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan adalah tidak bermoral, jika kerajaan menggunakan cukai kepada rakyat miskin.

draft • 2:44 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi, dalam nafas yang sama saya berhujah maka adalah sepatutnya sampai pada waktunya kerajaan mengenakan cukai kekayaan kepada orang-orang kaya ini iaitu multimillionaire, maha jutawan, billionaire, hartanya beribu juta ini supaya jangan

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

ada kekayaan ini berlegar di sekeliling beberapa kerat sahaja ini. Saya telah membaca tentang cadangan ini. Takrif jutawan yang saya maksudkan ini rakyat Malaysia kita yang kaya, yang jutawan memiliki nilai harta sekurang-kurangnya USD1 juta. Bukan RM1 juta kita tetapi USD1 juta. Ini skil yang digunakan.

Puan Yang di-Pertua, pada tahun 2022 ada data. Terdapat 85,126 juta jutawan di Malaysia. 85,000 dan akan bertambah setahun demi setahun.

Dijangkakan jumlah jutawan ini dua tahun lagi pada 2027 akan mencapai seramai 164,839 orang. Jadi, sudah sampailah masanya golongan kaya ini kita kenakan cukai iaitu cukai kekayaan atau capital tax. Seterusnya Puan Yang di-Pertua, saya berpindah kepada topik yang lain.

Pertama, saya ucapkan syabas kepada kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah berjaya mengadakan Sidang Kemuncak ASEAN di negara kita dan ramai pemimpin dari negara ASEAN dan pelbagai negara termasuk Presiden Amerika Syarikat sendiri datang ke Malaysia ini.

Tetapi, saya amat berasa dukacita. Saya zahirkan di sini. Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Bukan sahaja berdaulatnya politiknya tetapi ekonominya.

Bagaimana dalam masa tak sampai dua hari Presiden Amerika datang ke sini telah berjaya menandatangani perjanjian dengan kerajaan kita yang melibatkan begitu banyak konsesi? Malaysia terpaksa bagi kepada Amerika dalam jumlah beberapa tahun ini berjumlah RM1 trilion [Tepuk] sedangkan apa faedah yang kita dapat kononnya tarif kita diturunkan?

Amerika mengatakan— mengenakan tarif kita 24 peratus. So, apabila kita berunding dia kata turunkan 19 peratus. Lima peratus diturunkan. Kita rasa gembira.

Yang tentukan 24 peratus, Amerika, yang turunkan 19 peratus itu Amerika juga.

Tetapi, kita bagi concession yang begitu banyak kepada negara ini. Kita akan bagi berpuluh— kita akan beli berpuluh bilion, berpuluh buah Boeing dari Amerika. Apa ini?

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Pasir Gudang.

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya.

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Sedikit. Terima kasih.

Terima kasih, Puan Speaker. Adakah Pasir Gudang bersetuju tadi bangkitkan tentang isu PETRONAS. Difahamkan antara perjanjian di antara Malaysia dan juga Amerika yang Trump sarankan adalah supaya PETRONAS nanti membeli LNG daripada Amerika. Yang kebimbangan dibangkitkan oleh Pasir Gudang tadi adakah sangat bersetuju supaya kita bincangkan, kita bahaskan segala perjanjian yang ditandatangani oleh Malaysia dan juga US di dalam Dewan Rakyat ini? Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih, Yang Berhormat Bachok. Berkenaan itu, saya ada data di sini. PETRONAS ini mencari gali minyak dan gas. Kita jumpa di perairan kita dan di negara lain. PETRONAS, tetapi bagaimana perjanjian kita dengan Amerika ini? Amerika mengenakan syarat PETRONAS kena beli LNG (gas asli cair), LNG.

PETRONAS kena beli daripada Amerika setiap tahun sebanyak USD3.4 bilion bukan ringgit. Ini satu penyerahan. Ini kata negara kita merdeka berdaulat.

Bagaimana ini? Yang Amat Berhormat Tambun, apa sudah jadi kepada ini?

[Tepuk] Beratus tahun negara kita mempertahankan, melawan Belanda, Portugis, Inggeris.

Kita merdeka tetapi hari ini, Trump datang yang menjahanamkan Gaza, bumi Palestin, kita support mereka dan kita serahkan kekayaan kita ini, pemunggahan. Ini pemunggahan harta negara miskin Malaysia ke Amerika! Ini tidak boleh!

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Johor Bahru.

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya kritik. Saya tak tahu apa jadi pada saya selepas ini tetapi saya...

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Johor Bahru. Pasir Gudang.

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

...Tidak bersetuju.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pasir Gudang.

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Bagaimana ada syarat Amerika kenakan bahawa ikut perjanjian kita mesti jual nadir bumi kita ke Amerika, tiada siapa boleh menghalang? Mana boleh dia mengenakan syarat sedemikian? Ini yang perunding-perunding ini, Menteri MITI ini apa yang mereka runding ini? Ini penggadaian negara kita! Ini memalukan!

[Tepuk] Kena jawab di sini. Betullah kita memang ada sopan santun, berbudi bahasa.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Kena menari.

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tetapi tanpa sebutir bom...

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Duduk, saya tak bagi.

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tanpa senapang...

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya panggil.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mahu keluar?

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tanpa apa-apa, Trump turun ke bawah ini kita menyerahkan ekonomi kita, menyerahkan kekayaan negara kita RM1 trilion sedangkan setiap tahun kita berhempas pulas. Lembaga Hasil Dalam Negeri kena kutip, kastam kena kutip, semuanya nanti kita bagi kepada Amerika.

PETRONAS bergaduh dengan setengah negeri tak bayar royalti pada Kelantan, tak

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

bayar royalti pada Terengganu. Mungkin pada Sabah, mungkin pada Sarawak. Kita bergaduh sesama sendiri tetapi berbilion kita bagi pada Amerika. Saya tidak setuju!

draft • 2:50 PM

Tuan Haji Mohd Syahir bin Che Sulaiman - Bachok

Hidup Pasir Gudang!

[Tepuk]

draft • 2:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Sekianlah sahaja ucapan saya. Terima kasih.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Pasir Gudang, saya minta laluan tadi.

draft • 2:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pasir Gudang, tahniah. Pasir Gudang, tahniah.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya tak bagi.

Sila duduk.

draft • 2:50 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Saya minta laluan, bagi lah dulu.

Sekejap sahaja.

draft • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Pendang. Yang Berhormat Pendang, masa sudah tamat. Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya jemput Yang Berhormat Lumut.

draft • 2:50 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Tahniah dan syabas kepada YB Pasir Gudang.

[Tepuk] Belanjawan bagi tahun 2026 yang telah diperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan ada sebanyak RM21.7 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM600 juta berbanding peruntukan belanjawan terdahulu.

Mengikut pecahan, peruntukan mengurus bagi belanjawan Kementerian Pertahanan adalah sebanyak RM14.11 bilion iaitu 65 peratus. Manakala peruntukan pembangunan adalah sebanyak RM7.63 bilion iaitu 35 peratus dari peruntukan belanjawan.

Puan Yang di-Pertua, belanjawan pertahanan di bawah Kementerian Pertahanan ini mempunyai kaitan besar terhadap Kertas Putih Pertahanan kerana konsep keseluruhan pertahanan negara turut melibatkan banyak elemen-elemen selain dari Angkatan Tentera Malaysia dan warga Kementerian Pertahanan.

Kita telah ambil maklum bahawa kajian separuh penggal bagi Kertas Putih Pertahanan telah selesai dilaksanakan dan dokumen kajian tersebut telah dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan. Sebagaimana yang dinyatakan tujuan

draft • 2:58 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

kajian tersebut adalah untuk menilai pencapaian Kertas Putih Pertahanan yang telah dikeluarkan pada tahun 2019 dan kajian ini akan menetapkan hala tuju pertahanan bagi negara bagi tempoh 2026 sehingga 2030 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas.

Kajian ini menumpu pada cabaran keselamatan baharu dan meminta dasar sedia ada untuk memperkukuh pertahanan negara. Secara asasnya, kajian ini akan menilai pencapaian dan mengukur keberkesanan dasar yang telah dilaksanakan.

Menilai semula strategi atau meneliti konteks pertahanan semasa dan cabaran keselamatan baharu yang timbul. Memperkukuhkan pertahanan dengan merangka hala tuju strategik baharu bagi separuh penggal berikutnya.

draft • 2:58 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Di dalam Bab 3 Kertas Putih Pertahanan ini, di bawah strategi pertahanan terdapat tiga tonggak Strategi Pertahanan Negara iaitu tonggak pertama, cegah rintang bersepadu. Tonggak kedua, pertahanan komprehensif dan tonggak ketiga adalah perkongsian berwibawa. Saya ingin mendapatkan maklumat dari Yang Berhormat Menteri Pertahanan berkenaan beberapa perkara di dalam Kertas Putih Pertahanan tersebut dan mendapatkan penjelasan terhadap beberapa perkara yang telah dilaksanakan dan dirancang untuk separuh penggal yang akan datang berdasarkan bajet pertahanan yang telah diluluskan.

Di dalam Bab 5 Kertas Putih Pertahanan, warga pertahanan dan penglibatan keseluruhan rakyat adalah unsur teras dalam konsep pertahanan komprehensif.

Konsep ini dipanggil, dengan izin, whole-of-government, whole-of-society (WOGOS).

Kertas Putih Pertahanan menerangkan konsep ini hanya satu setengah muka surat sahaja. Mungkin bagi setengah orang, pelaksanaan terhadap konsep tersebut adalah lebih penting berbanding penyataan satu setengah muka surat tersebut.

Laporan terhadap penglibatan rakyat iaitu termasuk penglibatan ke semua agensi awam dan swasta hanya dilaporkan di dalam satu muka surat sahaja. Malah, penyataan di dalam kajian tersebut adalah very generic, dengan izin.

Saya bukan menidakkan usaha-usaha Kementerian Pertahanan selama ini atau menyatakan bahawa Kementerian Pertahanan tidak melakukan apa-apa pelan tindakan mengenai tonggak kedua tersebut. Akan tetapi berdasarkan pelaporan kajian separuh penggal terhadap pertahanan komprehensif yang hanya satu muka surat saja, adakah kajian terhadap skop pertahanan komprehensif di dalam Kertas Putih Pertahanan tersebut telah dilaksanakan dalam konsep yang lebih meluas dan tepat?

draft • 3:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Tujuan kajian separuh penggal adalah bukan sahaja untuk melaporkan berkenaan suatu perkara yang dilaksanakan, akan tetapi termasuk membuat hala tuju dan cabaran-cabaran baru serta meminda polisi-polisi yang berkaitan sekiranya perlu. Tetapi saya yakin ini tidak berlaku atau tidak secara meluasnya berlaku.

Adakah bajet pertahanan yang telah diberikan itu tidak mencukupi bagi Kementerian Pertahanan melaksanakan perkara-perkara seperti di tonggak kedua tersebut? Atau adakah belanjawan yang dikeluarkan tidak memasukkan bajet tambahan kepada setiap kementerian dan agensi awam untuk melaksanakan perkara seperti di tonggak kedua tersebut?

Saya adalah seorang veteran ATM dan melalui pengalaman saya di sepanjang perkhidmatan serta melalui pembacaan pelaporan-pelaporan media atau pelaporan-pelaporan setiap exercise angkatan tentera, saya tidak melihat konsep WOGOS ini dilaksanakan dengan baik dan meluas. Terutamanya ketiadaan penglibatan menyeluruh Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain agensi awam dan swasta dalam perancangan dan pelaksanaan exercise, exercise peperangan ATM di peringkat operasi dan strategik.

Penglibatan WOGOS hanyalah di peringkat kecil atau taktikal sahaja seperti latihan anti-keganasan atau anti-terrorist bersama pihak PETRONAS atau Keretapi Tanah Melayu Berhad atau AirAsia yang melibatkan juga beberapa elemen dalam Majlis Keselamatan Negara dan agensi berkaitan. Pertanyaan saya kepada Kementerian Pertahanan, adakah konsep pertahanan komprehensif ini akan hanya terbatas setakat ini saja?

Kerana melalui pelaporan dalam dokumen Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan, pelaporan hanya berkisar kepada perkara-perkara kecil seperti penglibatan agensi tertentu dalam latihan-latihan ketenteraan di peringkat taktikal atau penglibatan orang awam dalam menyaksikan latihan-latihan tersebut.

Latihan separuh penggal ini juga menyatakan berkenaan sokongan rakyat yang semakin tinggi kepada ATM dalam acara di peringkat kebangsaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan dan LIMA yang menaikkan semangat patriotik mereka serta penglibatan mereka di dalam projek-projek jiwa murni. Adakah ini yang dimaksudkan penglibatan WOGOS di dalam pelaporan separuh penggal tersebut?

Jika tidak, sejauh manakah perancangan WOGOS ini telah dibuat atau selama mana yang diperlukan oleh Kementerian Pertahanan untuk menyegerakan penglibatan mereka dalam skop yang lebih meluas?

Adakah arahan-arahan semasa Majlis Keselamatan Negara sudah mencukupi sekiranya berlaku konflik peperangan di peringkat nasional? Adakah

draft • 3:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

model keterlibatan agensi awam dan swasta semasa perintah dan kawalan pergerakan (PKP) dahulu sudah memadai sebagai alat ukur kejayaan kerajaan dalam sesuatu krisis, termasuk semasa konflik ketenteraan dan peperangan?

Sebagai contoh, data-data agensi awam dan swasta yang terdapat di Kementerian Pengangkutan, terutama yang mengendalikan pelabuhan maritim, railway lines dan stesen kereta api, lapangan terbang dan lain-lain sebenarnya sangat penting dalam membantu pihak ATM dalam merancang sesuatu pelan kontingensi atau semasa peperangan.

Saya telah membaca dan melihat pelaporan luar exercise di peringkat operasi dan strategik dan saya berani mengatakan bahawa tidak ada sebarang penglibatan WOGOS di peringkat tersebut melainkan sebahagian kecil yang hadir tanpa terlibat secara langsung, yang ada hanyalah penglibatan kecil di peringkat taktikal sahaja.

Dewan perlu ditaklimatkan juga mengenai polisi mobilisasi ATM dan Majlis Keselamatan Negara jika berlaku sebarang konflik ketenteraan kerana setiap polisi ini perlu dieksesaiskan bersekali dengan latihan-latihan kontingensi ATM.

Jika kerajaan masih lagi terleka dan bergerak terlalu perlahan dalam menentukan polisi-polisi yang berkaitan diwujudkan atau diperbaiki atau dilaksanakan, maka berita-berita konflik dan peperangan kita lihat setiap hari hanya dianggap sebagai wayang fantasi sahaja dan seolah-olah negara kita tidak akan terlibat pada suatu hari nanti.

Apa yang menyedihkan lagi, pelaporan separuh penggal Kertas Putih Pertahanan tidak mencerminkan kesungguhan oleh pihak-pihak terlibat untuk melihat secara kritikal dalam isu pertahanan komprehensif. Malah, pihak yang melulus dan menerima pelaporan juga seolah-olah tidak serius dan tidak mempunyai masa untuk melihat dengan lebih mendalam, hanya setakat menerima pelaporan dan kerja telah selesai.

Seterusnya, saya ingin mengangkat mengenai perihal veteran ATM. Kita harus sedar, keamanan yang kita nikmati hari ini bukan dari slogan, bukan dari dasar yang indah di atas kertas tetapi dari keringat, air mata dan pengorbanan wira-wira bangsa yang telah mempertaruhkan nyawa mereka di lautan, di udara, di hutan dan di sempadan negara.

Namun, selepas mereka menanggalkan uniform, ramai yang kembali kepada masyarakat tanpa jaminan, tanpa pengiktirafan setimpal. Sebab itu saya ingin mengangkat tiga isu penting yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Pertama, bantuan sara hidup veteran tidak berpencen.

draft • 3:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Puan Yang di-Pertua, saya mengambil maklum usaha kerajaan memperkenalkan bantuan sara hidup bagi veteran tidak berpencen yang mencapai umur 60 tahun. Tetapi di lapangan, kita masih mendengar ramai veteran yang telah pun melepasi umur, masih belum menerima sebarang bantuan kerana tidak menepati kriteria pendapatan isi rumah.

Persoalannya, apakah pendapatan semasa itu ukuran yang adil untuk menilai kelayakan mereka? Saya menyeru agar kerajaan menilai semula syarat kelayakan bantuan sara hidup veteran ini supaya ia berpaksikan jasa dan tempoh perkhidmatan, bukan sekadar angka dalam laporan pendapatan. Sekiranya kerajaan berhasrat memastikan 100 peratus veteran mendapat perlindungan sosial, maka tiada alasan lagi untuk mana-mana veteran tercicir daripada radar bantuan kewangan negara.

Yang kedua, penyaluran terus peruntukan kepada veteran. Setiap kali bajet dibentangkan, kita mendengar angka besar diumumkan untuk kebajikan veteran ATM. Tetapi persoalan asasnya, berapa banyak daripada jumlah ini terus ke poket veteran? Berapa peratus yang benar-benar digunakan untuk program ekonomi, latihan semula, bantuan kebajikan dan bukan untuk kos pentadbiran atau pengurusan jabatan dan agensi pelaksanaan? Ini bukan soal politik, ini soal akauntabiliti fiskal. Apabila bajet diumumkan atas nama veteran, maka veteranlah yang sepatutnya merasa hasilnya.

Saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan laporan tahunan terbuka yang menyenaraikan dengan jelas peratusan perbelanjaan yang benar-benar memberi impak langsung kepada veteran. Ini soal ketelusan, bukan pertikaian.

Ketiga adalah mengenai akses produk dan perniagaan veteran ke dalam ekosistem GLC dan runcit.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

[Bangun]

draft • 3:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Veteran ATM bukan lagi sekadar penerima bantuan. Ramai di antara mereka...

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Lumut. Minta mencelah sikit?

draft • 3:00 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Sila.

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

Terima kasih Lumut. Terima kasih. Saya setuju bila sebut pasal ketelusan tadi ini. Jadi, saya nak ucap terima kasih juga dekat Pasir Gudang. Kerana dia tidak menjadi pembodek nombor wahid.

Tak seperti yang lain-lain.

Walaupun inilah tugas kita sebagai MP, sebagai Members of Parliament, kita melihat loopholes yang ada kepada kerajaan. Kita tidak menentang pembangunan

draft • 3:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang

tapi kita melihat loopholes untuk kita memperbaiki. Ketelusan ini penting. Jadi, sebab itulah saya tengok dalam perjanjian — agreement on reciprocal yang ada baru-baru ni, yang mana kita hingga menggadaikan dignity dan sovereignty negara kerana 19 percent.

Apakah kita nak mampus, tak akan hidup kerana 19 percent ini kalau kita tidak ada reciprocal ini sehingga menggadaikan maruah kita? REE yang tak ada — belum selesai SOP lagi pun dimasukkan sebagai mineral yang ada dalam perjanjian ini. Ini amat tak adil. Bila Sabah dan Sarawak MA63, kita setuju banyak benda. Tapi dengan konsep Federal, dengan state yang kita ada perjanjian untuk mineral ini untuk seperti petrol, REE dan sebagainya ini, mesti kita ada perjanjian dulu dengan negeri-negeri dan dihormati dan SOP (standard operating procedures) bagaimana nak harvest, nak keluarkan. Ini perlu kita tuntaskan, perlu kita jelaskan, baru kita buat.

Ini pi janji dengan Trump, tiba-tiba yang ini tak selesai lagi. Adakah Kerajaan MADANI yang diketuai oleh PMX ini nak bulldoze segalanya? ini persoalannya. Sekian, terima kasih.

draft • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Lumut, saya tak akan bagi masa tambahan.

draft • 3:10 PM

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (B) - Lumut

Terima kasih YB Pendang. Masukkan dalam ucapan saya.

Akhir sekali, saya ingin mohon pihak kerajaan menyediakan peruntukan bagi projek-projek di kawasan Parlimen Lumut. Yang pertama, penyediaan riadah atau rekreasi di mana buat masa ini masih tiada tempat untuk masyarakat kawasan Parlimen Lumut berjoging dan beriadah bersama keluarga.

Yang kedua, pembinaan jalan empat lorong bagi jalan Teluk Muroh ke Pangkalan TLDM yang sentiasa sibuk di waktu puncak ketika warga Lumut pergi balik kerja dan di waktu cuti panjang serta kerap berlaku kemalangan. Menaik taraf Kompleks Perniagaan dan Pusat Kraf Komuniti Teluk Batik yang uzur, di mana Pantai Teluk Batik adalah sebuah destinasi pelancongan yang ramai pengunjung tempatan dan luar negara. Akhir sekali, menaik taraf lampu jalan dari simpang jalan Kampung Baru ke Segari di mana kerap berlaku kemalangan.

Sekian, terima kasih, Puan Yang di-Pertua.

draft • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Lumut. Saya jemput Yang Berhormat Selangau.

draft • 3:10 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

Puan Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026 pada hari ini.

Saya ingin menyatakan bahawa saya menyokong Belanjawan 2026 kerana banyak dasar dan inisiatif yang diperkenalkan menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk membantu rakyat. Namun, sokongan saya ini bersyarat kerana masih banyak perkara asas yang belum sampai kepada rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Parlimen Selangau dan pedalaman Sarawak secara keseluruhannya.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya mahu memulakan ucapan dengan menekankan isu-isu asas di kawasan Selangau. Masalah bekalan air bersih terus meruncing kerana projek Persekutuan lambat dilaksanakan. Walaupun RM200 juta telah diperuntukkan sejak 2018 untuk menaik taraf loji air di Selangau dan Stapang, penduduk masih belum menikmati bekalan air bersih. Masalah air bersih di kawasan luar bandar Sarawak, khususnya di Selangau, telah berlarutan terlalu lama.

Sebagai penyelesaian pantas, saya mencadangkan supaya KKDW membantu pelaksanaan projek mini hidro dan sistem gravity-fed di kawasan pedalaman. Sistem ini murah, berkesan dan praktikal serta berfungsi tanpa memerlukan pam elektrik kerana memanfaatkan aliran sungai yang deras. Pada masa sama, adakah KKDW atau kementerian berkaitan mempunyai pelan untuk memperluaskan penggunaan teknologi gravity-fed dan mini hidro di kawasan pedalaman Sarawak sebagai langkah sementara sebelum projek utama siap?

Puan Timbalan Yang di-Pertua, di Selangau masih banyak rumah panjang yang belum mendapat sambungan elektrik. Bagi kawasan yang terlalu jauh dari grid, saya cadangkan kerajaan menggunakan strategi pemasangan sistem solar mikro sebagai langkah segera. Kerajaan dapat memperkasa langkah ini melalui insentif atau subsidi sosial. Subsidi solar― sorry. Sementara jaringan grid sedia ada diperluaskan.

Dalam zaman digital ini, capaian Internet bukan lagi kemewahan tapi keperluan asas. Namun, realitinya, di banyak kawasan pedalaman Sarawak, termasuk Selangau, liputan telefon dan Internet masih sangat lemah. Program JENDELA yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan bertujuan memastikan 100 peratus liputan 4G di seluruh Malaysia. Namun, adakah sasaran ini benar-benar tercapai di kawasan pedalaman Sarawak?

Saya mohon Kementerian Komunikasi menjelaskan, berapa banyak menara komunikasi baharu yang telah dibina di Selangau dalam tempoh dua tahun ini? Saya

draft • 3:11 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

harap kerajaan dapat memberi keutamaan kepada kawasan yang masih blackspot, dengan izin, seperti Nanga Tajam, Nanga Kua, Muput dan Penyarai untuk pembinaan menara baharu dalam tahun 2026. Maka, adalah kritikal untuk memperbanyakkan dan dipercepatkan pembinaan menara telekomunikasi dan peluasan jalur lebar luar bandar agar rakyat Selangau tidak tercicir daripada maklumat dan perkhidmatan digital asas.

Isu keselamatan juga penting. Empat kebakaran terjadi sepanjang tahun 2025 di kawasan Selangau. Saya mohon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meneliti keperluan mendirikan balai bomba mini atau pasukan bomba sukarelawan di setiap kawasan pedalaman utama yang strategik di Parlimen Selangau seperti Pekan Sangan, Skim Penempatan Semula Sekuau dan di Bukut, dan kerajaan juga boleh mempertimbangkan peruntukan khas latihan dan peralatan asas untuk PBS ini. Langkah seumpama ini akan meningkatkan kesiapsiagaan dan mengurangkan kadar kemalangan dan kerugian.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, isu jalan raya pedalaman tidak boleh diabaikan. Banyak jalan masuk ke rumah panjang merupakan jalan ladang dan jalan balak yang tidak diselenggara dengan baik atau diturap. Projek naik taraf jalan luar bandar telah diumumkan sejak RMK12 tetapi ramai penduduk tanya bila kerja akan dimulakan.

Peruntukan perlu diagih secara khusus bagi menaik taraf rangkaian jalan utama seperti Penyarai, Muput, Takan dan Ulu Oya supaya penduduk luar bandar dapat memasarkan hasil pertanian dengan lebih mudah, memperolehi akses kepada perkhidmatan awam serta menggalakkan penerokaan tanah terbiar yang secara tidak langsung akan merancakkan pembangunan sosioekonomi komuniti setempat.

Majoriti besar penduduk luar bandar Selangau adalah petani. Namun, mereka hari ini berdepan dengan kos input yang semakin meningkat di mana harga benih, baja dan racun semua naik. Saya menyambut baik langkah kerajaan memperuntukkan subsidi kepada pesawah padi serta bantuan bagi program penanaman semula kelapa sawit. Saya mohon Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Perladangan dan Komoditi memastikan petani di Sarawak, terutamanya di Selangau, mendapat akses yang sama kepada bantuan-bantuan ini.

Puan Timbalan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh isu yang amat penting bagi masyarakat Dayak iaitu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Banyak tanah NCR telah dikenal pasti tetapi belum disukat disebabkan kekangan dana, dan seterusnya belum diberikan geran hak milik kepada pemilik asal. Proses ini terlalu

draft • 3:11 PM

Tuan Edwin anak Banta - Selangau

lama. Bila tiada geran, pemilik tidak dapat memohon pinjaman atau bantuan pembangunan tanah.

Saya memohon jasa baik kerajaan menyalurkan peruntukan tambahan kepada kerajaan negeri bagi mempercepatkan proses penyukatan tanah NCR dan menetapkan deadline, dengan izin, untuk mempercepatkan fasa penyukatan dan pemberian hak milik tanah. Anggaplah penyukatan tanah NCR ini sebagai jihad.

Dengan peluang ini juga, saya mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu unit khas di bawah Jabatan Perdana Menteri seumpama MITRA bagi memperkasakan pembangunan sosioekonomi masyarakat Dayak secara holistik.

Unit ini boleh menjadi platform menyeluruh untuk menyalurkan bantuan kewangan, program latihan kemahiran dan dana keusahawanan kepada komuniti Dayak di seluruh Malaysia.

Puan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya menyeru agar Belanjawan 2026 memberi perhatian serius terhadap keperluan yang disebut tadi dan mengambil tindakan yang konkrit demi kepentingan rakyat. Sekian, terima kasih, Timbalan Yang di-Pertua.

draft • 3:11 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih, Yang Berhormat Selangau. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Gantang.

draft • 3:11 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

draft • 3:19 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Mic.

draft • 3:20 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Puan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya bagi membahaskan Belanjawan 2026. Belanjawan 2026 hadir dengan angka yang besar, janji yang banyak dan harapan yang tinggi. Namun di sebalik angka-angka itu, saya ingin membawa suara rakyat daripada Bukit Gantang. Suara yang mungkin tidak sekuat mikrofon ini, suara yang mungkin nyaring di hati jika kita dengar betul-betul.

Terdahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak khususnya Pegawai Daerah Larut Matang Selama, anggota bomba, polis, APM, RELA, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pegawai-pegawai pusat khidmat serta para sukarelawan P059 yang telah bertungkus lumus membantu mangsa banjir pagi petang, siang dan malam semenjak beberapa hari yang lalu.

draft • 3:20 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Pada 23 Oktober 2025, Bukit Gantang dilanda banjir besar bukan banjir biasa tapi banjir yang paling dahsyat dalam sejarah 40 tahun. Ia datang pantas, ganas, menenggelamkan rumah, memutuskan jalan, membanjiri masjid, sekolah, malah ada kubur yang hanyut dibawa arus deras, satu keranda yang saya lihat sendiri hanyut bersama mayat yang masih di kafan. Rakyat hilang segalanya dalam sekelip mata.

Banjir kali ini menjejaskan ketiga-tiga ADUN, DUN Trong, DUN Changkat Jering dan juga DUN Kuala Sepetang. Antara kawasan paling terkesan termasuklah Batu 26, Batu Hampar, Kampung Padang Gajah – saya nak sebut semua ini.

Kampung Jawa, Kampung Temelok, Kampung Tengah, Kampung Salak Baru, Kampung Padang Bola, Kampung Sungai Bemban, Kuala Trong, Air Kuning, Kampung Larut Ulu, Kampung Paya, Kampung Jelutong, Kampung Cheh, Kampung Chak, Simpang Kota Jaya, Simpang Halt, Kamunting Bakti, Kampung Teratai Tambahan, Kampung Kurnia Jaya, Kampung Kurnia Jaya Tambahan, Kampung Rahmat, Taman Mewah, Taman Yayasan, Matang Gelugor, Kampung Hujung Matang dan Kampung Pasir, Kampung Senduk, Kampung Changkat Ibol, Kampung Chengal, Kampung Sungai Petai. Kampung sahabat saya Parlimen Bagan Serai, Sungai Limau, Batu 8, Batu 9 dan Batu 10.

14 Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka menampung seramai 550 keluarga dengan bilangan 1,887 mangsa. Bagi rakyat Bukit Gantang ini bukanlah bencana alam, ini juga adalah bencana kealpaan manusia. Bencana ini membuktikan bahawa infrastruktur saliran dan tebatan banjir di daerah Larut, Matang dan Selama sudah tidak lagi mampu menampung kapasiti hujan. Longkang tersumbat, sungai cetek yang tidak dikorek, penyelenggaraan lambat, semua ini bukan sekadar masalah teknikal tapi masalah keutamaan menyelesaikan masalah rakyat. Perlu diingatkan, Bukit Gantang berada di kawasan taburan hujan yang tinggi dan kawasan paling lembap di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, isu banjir— isu bencana banjir ini bukan perkara baru.

Ia berulang-ulang, repeating issue, dengan izin, tahun ini sahaja sudah empat kali.

Tiga minggu lepas pun dah berlaku banjir. Saya telah meneliti secara halus dan mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua kampung dan penghulu dan penduduk yang terlibat. Ada beberapa punca banjir yang perlu diambil tindakan secara serius. Sampai bila rakyat Bukit Gantang perlu hidup dalam ketakutan setiap kali langit mendung? Mereka bukan orang kaya, juga tidak punya harta. Mereka hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Setiap kali banjir datang, habislah perabot, barang elektrik, kenderaan, tanaman dan ternakan.

draft • 3:20 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Saya melihat dalam Buku Belanjawan 2026, ada tiga tajuk yang melibatkan

(RTB) Rancangan Tebatan Banjir yang berjumlah RM2.3 bilion. Oleh itu, saya ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini agar Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri memberikan perhatian yang khusus kepada Bukit Gantang. Tak minta banyak, hanya lima peratus— kalau boleh lima peratus daripada total RM2.3 bilion pun dah cukup untuk kita selesaikan masalah banjir.

Okey, saya pergi terus kepada topik yang kedua iaitu mengenai kos sara hidup. Puan Yang di-Pertua, bercakap tentang kos sara hidup ialah isu paling dekat dengan hati rakyat. Hari ini rakyat bukan meminta kemewahan, mereka cuma mahu harga barang stabil, gaji mencukupi dan peluang mencari rezeki yang adil. Ibu di pasar menangis bila harga ikan naik. Petani di ladang mengeluh bila baja mahal.

Peniaga kecil resah bila sewa meningkat. Kerajaan mesti melihat semula strategi kawalan barang asas dan memperkukuhkan sistem bekalan makanan tempatan. Kini beras tempatan hilang lagi di radar pasaran negara. Yang ada beras putih import. Harga beras putih melambung tinggi padahal harga beras putih ini adalah Pakistan harga jauh lebih murah iaitu hanya RM1.40 sekilo bermakna RM14, 10kg.

Saya menyarankan — saya tetap menyarankan beras satu gred, satu harga untuk mengelakkan manipulasi ini iaitu dengan nama Beras Putih MADANI harganya RM30. Dimuktamadkan satu gred dan satu harga dilaksanakan segera. Dengan pengalaman yang saya ada 30 tahun dalam industri makanan, insya-Allah saya boleh membantu kerajaan.

Beban kos sara hidup semakin menekan rakyat seluruh negara. Harga barang naik, sewa rumah meningkat dan gaji tidak seimbang dengan kos harian.

Dalam keadaan inilah saya ingin membawa perhatian Dewan, satu model yang telah dibuat di Bukit Gantang model berjaya. Jika model Bukit Gantang jualan termurah MADANI.

Model ini berasaskan prinsip potongan rantaian orang tengah, cut supply chain with a volume-based, dengan izin, dan terus kepada pengguna, membuka pasaran baru, mengusaha turun ke lapangan mencari sumber terus daripada nelayan, pekebun dan penternak. Jualan Termurah MADANI berjaya menurunkan harga keperluan asas sehingga 50 peratus lebih murah berbanding pasaran. Kalau tak percaya boleh tengok.

Alhamdulillah, inisiatif telah mendapat perhatian dan komen positif oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri yang memuji model Bukit Gantang sebagai

draft • 3:20 PM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

satu contoh terbaik, bagaimana rakyat dan pemimpin tempatan berganding bahu mencari solusi kos sara hidup tanpa menunggu semata-mata bantuan kerajaan dan subsidi. “Kita Bantu Kita” itulah slogan yang saya pakai.

Dah 22 Parlimen telah diketengah model ini sebagai contoh di Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Permatang Pauh, Tambun, Padang Serai, Larut, Shah Alam, Bangi, Ampang dan banyak lagi Parlimen yang telah dijual dengan model ini.

Tetapi lebih kepada memperkukuhkan ekosistem ekonomi rakyat yang berdaya tahan, a real solution, dengan izin.

Saya ingin jika model ini diperluaskan ke setiap Parlimen, ia boleh menjadi teras Ekonomi MADANI rakyat yang sebenar, bukan sekadar slogan semata-mata tetapi tindakan yang nyata.

Akhir sekali Puan Yang di-Pertua, Bukit Gantang mungkin berbeza dengan Parlimen-parlimen lain, menyokong setinggi-tingginya mengucapkan setinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kejayaan luar biasa membawa Malaysia ke persada antarabangsa selaku Pengerusi ASEAN 2025.

[Tepuk] Kejayaannya bukan kecil, berjaya minimize the enemy, the big police, world police...

draft • 3:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bukit Gantang.

draft • 3:30 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

...Strengthen international relationship dengan izin. Dunia menyaksikan bagaimana Malaysia sebuah negara yang sederhana saiznya mampu menggegarkan pentas global dengan dasar diplomasi yang matang dan bijaksana. Keakraban Yang Amat Berhormat PMX dan Presiden Amerika Syarikat...

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bukit Gantang.

draft • 3:30 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Donald Trump menjadi simbol keutuhan Malaysia dihormati oleh kuasa besar dunia...

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh tanya sikit Bukit Gantang?

draft • 3:30 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Amerika, China dan Rusia.

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Boleh sikit ya?

draft • 3:30 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Kejap, tolong kejap. Tegas memperjuangkan kebebasan Gaza dan Palestin di hadapan delegasi ASEAN, pemimpin barat dan kuasa dunia.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berani bersuara malahan juga bagi pihak mereka yang tertindas. Suara Malaysia mempunyai suara kemanusiaan

draft • 3:30 PM

Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

sejagat, menjadi arkitek pendamaian serantau. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjaya menyatukan dan menghentikan peperangan antara Thailand dan Cambodia disaksikan oleh kuasa-kuasa besar dunia di Kuala Lumpur. Detik ini bukan sekadar sejarah diplomasi, ia mengangkat Malaysia sebagai peace maker sejati di rantau ASEAN.

[Tepuk] Bukit Gantang percaya di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, PMX sekarang ini, Malaysia bukan lagi sekadar negara kecil di peta dunia tetapi kuasa lunak, soft power yang dihormati dan dirujuk. Malaysia kini berdiri tegak penuh megah dihormati bukan kerana kekayaan, tetapi kerana nilai yang keberanian dan keinsanan. Syabas dan tahniah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Anda benar-benar super hero Malaysia. Anda benar-benar super hero ASEAN. [Sambil menunjukkan gambar] PMX adalah sebenarnya super hero Malaysia. Sekian, terima kasih saya menyokong.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang.

draft • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bukit Gantang bagilah masa ada lagi.

draft • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Saya jemput Yang Berhormat Miri. Saya jemput Yang Berhormat Miri untuk berucap.

draft • 3:30 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih Puan Yang di-Pertua atas peluang diberikan untuk saya menyertai dalam perbahasan Belanjawan 2026.

Izinkan saya mula dengan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan projek-projek berikut yang penting dan mendesak kepada Miri dalam Belanjawan 2026. Antaranya:

(i) projek pembangunan dan penaiktarafan Lapangan Terbang Miri dengan anggaran sebanyak RM150 juta;

(ii) projek naik taraf ICQS Sungai Tujoh Miri dengan anggaran kos sebanyak RM31 juta;

(iii) Rancangan Tebatan Banjir Sungai Miri, Lembangan Sungai Miri sebanyak RM30 juta; dan

(iv) tiga pusat aktiviti perpaduan baharu termasuk Pusat Aktiviti Perpaduan Miri dengan anggaran kos RM46 juta.

Terima kasih kepada Kerajaan MADANI.

draft • 3:32 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa tragedi-tragedi yang berlaku di sekolah kebelakangan ini bukanlah insiden terpencil tetapi merupakan tanda-tanda menunjukkan terdapat masalah systemic yang perlu kita hadapi dengan jujur dan berani.

Bayangkan seorang guru muda baru menamatkan latihan di Institut Pendidikan Guru, datang ke sekolah dengan penuh harapan dan semangat membara untuk membentuk generasi masa depan. Beliau muda, mendidik seperti menegur mereka yang lewat, tak siap kerja rumah ataupun yang ada masalah disiplin. Namun, keesokan harinya terdapat pula ibu bapa hadir ke sekolah dengan suara tinggi memarahi guru tersebut.

Aduan pun dibuat melalui SISPAA dan guru-guru terpaksa menjawab tuduhan demi tuduhan. Guru muda ini mulai keliru dan mula timbulnya perasaan bimbang dihukum. Perasaan malu ditegur ibu bapa di depan guru atau murid lain, risau hilang kerja. Tambahan pula, bila berhadapan dengan ratusan pelajar. Sememangnya akan bimbang dengan risiko yang menakutkan. Semangatnya turut terjejas.

Puan Yang di-Pertua, untuk memahami mengapa perkara-perkara yang dahulu jarang berlaku dan kini semakin menjadi-jadi. Saya telah turun ke lapangan, bertemu dengan guru-guru senior yang telah berkhidmat dua hingga 30 tahun. Selain pengaruh media sosial, kesimpulan mereka adalah cara masyarakat memandang dan melayan profesion guru sudah berubah.

Dalam sebahagian kes, guru tidak lagi dilihat sebagai sekutu dengan ibu bapa tetapi seolah-olah musuh kepada anaknya. Murid semakin kurang takut atau menghormati guru. Segelintir ibu bapa pula tidak memberi kerjasama sewajarnya.

KPM tidak dilihat menyediakan sokongan yang mencukupi di barisan hadapan bilik darjah. Gabungan faktor ini melahirkan suasana kerja yang tegang dan serba tidak menentu.

Guru terpaksa mengemudi disiplin tanpa mandat yang jelas. Mendidik tanpa sokongan komuniti dan membuat keputusan profesional dalam keadaan serba terhad. Lebih buruk, banyak aduan terhadap guru yang sedia ada pada hakikatnya sekadar tindakan mendidik akhirnya dilaporkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Ya, kita mengakui bahawa sistem SISPAA penting untuk akauntabiliti. Namun, ia seolah-olah terlalu mudah dieksploitasi sehingga mematahkan moral guru. Guru terpaksa menulis laporan demi laporan untuk menjawab tuduhan.

Sesungguhnya tiada guru yang waras yang akan suka-suka menghukum murid tanpa asas. Jika kita memang ada kelemahan dari segi kualiti, kita boleh baiki

draft • 3:32 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

di latihan IPG. Tetapi jangan kita adanya timbul perasaan skeptikal, prejudis dan persepsi negatif terhadap profesion guru setiap kali wujud aduan. Tanggapan awal seolah-olah kita meletakkan guru sebagai pesalah.

Semua pihak cepat menuding jari sehingga guru tersebut membuktikan dirinya tidak bersalah. Ini bukan sahaja menjejaskan maruah dan motivasi guru, dan hakikatnya wujud satu keadaan di mana guru bukan lagi pendidik sekadar pengajar.

Daripada membentuk insan, kita hanya mampu menyampaikan syllabus.

Puan Yang di-Pertua, dengan izin, “It takes a village to raise a child”. Sekolah mendidik, ibu bapa membentuk, masyarakat menyokong dan kerajaan memperkukuh ekosistem. Tanpa sokongan, ibu bapa dan kerajaan, guru tidak dapat berfungsi dengan baik. Maka, izinkan saya kemukakan jalan ke hadapan.

Pertama sekali, kita perlu memperkasakan peranan PIBG supaya guru dapat diberi kepercayaan untuk membimbing dan mendisiplinkan dalam pentas yang munasabah.

Kedua, setiap dasar baharu KPM haruslah dinilai bukan hanya implikasi kewangan dan undang-undang sahaja tetapi beban kepada pelaksanaan di pihak guru-guru. Kurangkan kerja pentadbiran yang tidak berkaitan dengan PDP, digitalkan apa yang boleh dan mansuhkan duplikasi pelaporan.

Ketiga, reformasi dalam sistem aduan yang ada. Sebarang aduan sepatutnya perlu ditapis oleh golongan profesional di peringkat PBT atau JPN sebelum kes betul- betul dibuka. Aduan yang jelas, remeh, berniat buruk atau tanpa asas, fakta haruslah tolak awal.

Keempat, perkukuhkan latihan IPG melalui modul pengurusan bilik darjah, psikologi perkembangan tentang kanak-kanak dan remaja, komunikasi ibu bapa serta latihan di exercitation.

Puan Yang di-Pertua, kita tidak mahu kembali ke zaman kuku besi. Tetapi kita tidak juga boleh hanyut ke satu ekstrem yang menafikan autoriti pendidik. Negara maju mengimbangkan empati dengan pantas. Kasih sayang dengan disiplin. Hak dengan tanggungjawab. Jika kita benar-benar mahu hentikan tragedi di sekolah, kita mesti pulihkan maruah profesion perguruan. Bangunkan budaya hormat dan betulkan semula kompas kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan kerajaan.

Puan Yang di-Pertua, seterusnya saya beralih kepada BUDI MADANI RON95. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas kejayaan untuk melaksanakan BUDI95 sebagai kesinambungan usaha menyalurkan subsidi petrol RON95 secara bersasar. Namun begitu, maklum balas di lapangan

draft • 3:32 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

khususnya perkhidmatan pemandu e-hailing kereta menunjukkan ada jurang pelaksanaan yang perlu segera diperbaiki.

Ramai pemandu mengatakan bahawa mereka sukar memperoleh kuota 300 liter minyak subsidi tambahan berdasarkan mekanisme sedia ada. Lebih membimbangkan data anggaran petrol digunakan untuk menilai keperluan pemandu tidak menangkap realiti sebenar kerana isu seperti trip dibatalkan, masa jarak dari lokasi semasa ke tempat mengambil penumpang, kesesakan, kesemua ini tidak di rekod sebagai jarak bertambang. Tetapi tetap menelan petrol mereka.

Bagi menyelesaikan isu ini tanpa membuka ruang penyalahgunaan, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya secara default dengan izin untuk menetapkan bahawa mana-mana pemandu yang memiliki kedua-dua lesen dan permit iaitu PSV dan EVP diberi terus tambahan RM300 liter di atas BUDI95 asas, menjadikan 600 liter sebulan untuk kategori e-hailing aktif.

draft • 3:32 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Ini kerana tapisan dalaman telah pun wujud melalui keperluan PSV dan EVP di mana kedua-duanya melibatkan kos ujian dan pematuhan. Orang awam tidak akan suka-suka memohon hanya untuk mengejar kuota petrol tambahan.

Seterusnya, saya juga ingin maklumkan bahawa pada tahun 2024, perbelanjaan pelancong asing telah meningkat kepada RM102.2 bilion. Kerajaan juga meletakkan sasaran pada tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia, kita akan anggarkan pelancong yang akan membelanjakan sehingga RM147 bilion.

Pada demikian, saya memohon kerajaan dapat meningkatkan peruntukan kepada pihak Kementerian Pelancongan untuk kita sama-sama menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Akhir sekali, kita semua setuju bahawa undang-undang dan peraturan berkenaan minuman beralkohol yang mesti dipatuhi. Dan kita semua konsisten menolak penyalahgunaan atau pengambilan terlampau. Tapi pada masa yang sama, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, minuman beralkohol memang akan digunakan dalam sesetengah upacara adat, keagamaan dan sambutan hari penting bagi sesetengah masyarakat kita di negara kita dan khususnya di Sabah dan Sarawak.

Umpamanya seperti yang dinyatakan dalam Bible Luke chapter 22 versi 17 hingga 20 seperti yang berikut, dengan izin. And received a cup and when he had given thanks, he said, “Take this and divide it among yourself. For I say unto you, I shall not drink from henceforth of the fruit of the vine until the kingdom of God shall come. And he took bread, and when he give thanks, he break it and get to them

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

saying, this is my body which is given for you. Do this in remembrance of me and the cup in like manner after supper, saying, this cup is a new covenant in my blood, even that which is poured out for you”. Saya ingin. Okey, okey.

draft • 3:40 PM

Puan Teresa Kok Suh Sim - Seputeh

Ya. Terima kasih Yang Berhormat Miri. Sebenarnya, kalau kita ikut kitab ya, yang perjanjian baharu buku Yohanes, chapter bab dua, mukjizat Yesus yang pertama adalah di majlis perkahwinan di Kana, yang mana Yesus menukar air menjadi wain. Jadi, apa yang kita nak tekankan ialah wain selalu digunakan dalam upacara sembahyang khususnya di Gereja Katolik.

Di setiap misa, kita gunakan ada wain, roti dan wain. Ini adalah yang upacara yang terutama. Dan juga bagi Yang Berhormat Miri, bagi kaum Tionghoa, selalunya bila mereka menghadiri sembahyang perkuburan, selalunya wain juga dia tuangkan di hadapan yang altar ataupun bila kita pergi Qingming, kita pergi memperingati nenek moyang yang telah meninggal dunia, kita juga tuang wain di atas kubur.

Jadi, jangan selalu, harus saya faham, jangan gunakan agama anda ini dan paksa kaum lain, masyarakat lain untuk ikut sama-sama. Tapi yang penting yang apa kita setuju ialah you can drink, but do not get drunk.

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa tinggal satu minit sahaja. Saya tak faham kenapa masa itu hilang.

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Okey. Satu minit, ya Tuan Yang di-Pertua.

Landing dah. Okey. Akhir sekali saya ingin meminta...

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Boleh Parit Buntar mencelah sikit?

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Tak apa, tak apa, tak apa.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tak bagi?

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Tak cukup masa, sorry.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Saya nak betulkan pasal Seputeh.

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Saya ingin meminta tindakan segera...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat Parit Buntar, sila duduk.

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Di sebelah sana hormatilah amalan dan kebudayaan dalam agama kami.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kita hormat.

Bukan tak hormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Hentikan...

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat.

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Hentikan taktik...

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik, mohon bercakap. Mohon penjelasan juga.

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Mempolitikkan isu alkohol saban waktu dan menghanyutkan rakyat dengan sentimen perkauman serta agama. Kita sedang membahas bajet negara.

draft • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Mohon Sik dapat penjelasan sikit.

draft • 3:40 PM

Tuan Chiew Choon Man - Miri

Tidak benarkan. Medan yang menuntut idea bernas. Jika pihak sebelah sana bernas serius mentadbir, tampilkanlah bajet alternatif yang jelas. Bagaimana anda akan mentadbir sekiranya anda menjadi kerajaan? Itu lebih bertanggungjawab daripada terus tunggang segala isu semata- mata untuk menutupkan ketiadaan pelan dan hala tuju di sebelah pihak pembangkang. Sekian, terima kasih.

draft • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Miri. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

draft • 3:40 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua. Ada satu hadis yang penting untuk diambil ingatan [Membaca sepotong hadis]. Dunia ini tegak, kukuh dengan empat jenis golongan manusia:

(i) pemerintah;

(ii) cendekiawan;

(iii) hartawan; dan

(iv) fuqara orang-orang fakir dan masakin orang-orang miskin.

Apabila kita membicarakan tentang soal kelompok manusia yang menjadi warganegara yang menegakkan negara, maka kita tidak boleh lupa kepada kehidupan mereka khususnya orang-orang miskin yang kita bahagikan dengan istilah B40 ataupun mungkin sekarang dengan kos sara hidup, harga barangan yang meningkat dan inflasi serta berbagai-bagai cukai yang dikenakan kepada rakyat bawahan, mungkin M40 juga telah turun kepada B20. Oleh itu, saya ingin untuk menyebutkan tentang pandangan Ibnu Khaldun dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini.

draft • 3:45 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Kata Ibnu Khaldun, sesebuah negara boleh hancur apabila negara hidup dari cukai yang menindas rakyat. Kita lihat saban hari melalui pelbagai bentuk cukai yang dikenakan kepada rakyat seperti perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), cukai barangan digital, Cukai Keuntungan Modal dan segala jenis cukai yang semuanya bakal ditanggung oleh pengguna akhir.

Oleh itu, mudah itu sahaja kita melihat, bahkan kerajaan juga turut memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barangan bernilai tinggi atau High Value Goods Tax (HVGT), sedangkan cukai barangan bernilai rendah atau Low-Value Goods Tax (LVGT) masih diteruskan.

Ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup, kerajaan pula bergantung kepada pungutan cukai untuk menampung defisit fiskal.

Hakikatnya, apabila kerajaan gagal mencari sumber dan punca hasil baharu yang produktif serta mampat, maka rakyatlah dijadikan sumber hasil utama negara.

Soalnya, adakah ini hala tuju sebenar ekonomi Malaysia di bawah Kerajaan MADANI ini?

draft • 3:45 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Langkah kerajaan menambah jenis cukai baru dan pada masa yang sama menarik balik subsidi penting seperti subsidi makanan, elektrik dan bahan api menunjukkan cara yang pernah berlaku dalam krisis kewangan Asia tahun 1997 dan 1998. Ketika itu, IMF atau Tabung Kewangan Antarabangsa mencadangkan langkah penjimatan fiskal melalui penghapusan subsidi, peningkatan cukai dan penjualan aset negara.

Yang terbaru dalam perancangan ialah Battersea Power Station di London.

Pohon penjelasan status setakat ini kerana wakil yang dinyatakan untuk pengurusan penjualan ini enggan memberi komen dan konsortium yang melibatkan KWSP dan lain-lain juga tidak memberikan apa-apa komen. Mohon penjelasan. Namun kini, pendekatan yang hampir serupa dilaksanakan semula oleh kerajaan.

Jadi, saya ingin bertanya adakah Malaysia kini sedang berdepan krisis kewangan yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Jika tidak, mengapa dasar fiskal dan tindakan ekonomi kerajaan begitu menyerupai langkah-langkah kecemasan IMF 27 tahun yang lalu. Mohon pencerahan.

Seterusnya, federalisme dan pembangunan wilayah. Kita sering melaungkan aspirasi menjadi negara maju menjelang 2030. Namun, jurang pembangunan antara wilayah semakin ketara. Negeri-negeri Pantai Timur khususnya Terengganu dan Kelantan masih bergantung kepada limpahan pembangunan wilayah yang sepatutnya dimajukan berasaskan kepada apa yang pernah disebut sebagai negeri-

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

negeri yang memerlukan limpahan pembangunan berasaskan pengangkutan perhubungan jalan raya dan lain-lain.

Kita lihat apabila kita ingin untuk membangunkan sesuatu wilayah, maka ada tiga perkara penting dalam soal pembangunan yang pertama ialah melibatkan keutamaan (daruriyat). Yang kedua ialah hajiyat yakni keperluan. Yang ketiga ialah tahsiniyat yakni keselesaan.

LPT3 bagi Terengganu adalah merupakan keutamaan yang sangat diperlukan oleh rakyat Terengganu dan limpahannya juga ke negeri Kelantan. Lebih daripada 3.14 juta rakyat di kedua-dua negeri ini yang mengharapkan pembangunan perhubungan dan ekonomi melalui LPT3. Maka, diharapkan supaya ia termasuk dalam urusan keutamaan pembangunan wilayah yang kita gariskan untuk menuju negara maju menjelang 2030.

Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan mengenai komposisi jemaah Tabung Haji. Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi 1447 Hijrah bersamaan 2026 Masihi. Namun, persoalan yang perlu dijawab oleh pihak kerajaan dan Lembaga Tabung Haji ialah daripada jumlah 31,600 itu, berapa peratus jemaah yang terpilih buat kali pertama dan berapa peratus yang berulang kali menunaikan haji melalui rayuan.

Apakah komposisi sosioekonomi jemaah yang terpilih daripada kelompok B40, M40 dan T20? Berapa peratus masing-masing yang mendapat giliran? Selain itu, Tabung Haji perlu memperjelaskan peratusan jemaah yang diurus oleh agensi swasta berbanding yang diurus sendiri oleh Tabung Haji.

Timbalan Yang di-Pertua, saya ingin untuk bahas berkait dengan keterjaminan makanan dan krisis makanan asasi. Tuan Yang di-Pertua, kita berdepan satu realiti getir. Beras yang menjadi makanan ruji rakyat semakin sukar diperoleh dan semakin mahal harganya. Belanjawan 2026 memperuntukkan RM2.62 bilion untuk subsidi padi dan insentif pesawah termasuk program jentera dan pertanian moden. Namun, di lapangan rakyat masih beratur mencari beras tempatan dan pesawah terus mengeluh dengan hasil yang tidak sepadan dengan kos.

Oleh itu, perkara ini telah saya sentuh sewaktu membahaskan Rancangan Malaysia Ketiga Belas yang lalu. Namun, hari ini kelihatan oleh pihak kerajaan masih menemui jalan buntu. Menurut data Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, kadar self-sufficiency ratio (SSR) beras negara kini hanya 56.2 peratus.

Bermakna hampir separuh dari keperluan beras rakyat Malaysia bergantung kepada import luar negara. Subsidi bukanlah penyelesaian kekal jika dasar pengeluaran

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

masih pincang. Kerajaan bercakap tentang pertanian pintar tetapi rakyat mahukan jaminan bekalan, bukan janji.

Persoalan saya, apakah pelan tindakan nasional untuk meningkatkan SSR beras kepada 75 peratus dan mengurangkan kebergantungan import dalam tempoh lima tahun akan datang? Bilakah laporan prestasi subsidi dan insentif pesawah akan dibentangkan kepada Parlimen termasuk senarai penerima manfaat dan hasil pengeluaran per hektar? Adakah kerajaan berhasrat untuk menilai semula kesan penarikan subsidi ayam, telur dan minyak masak terhadap kos sara hidup isi rumah khususnya kelompok B40 dan M40. Dan apakah pelan jangka panjang bagi rizab makanan strategik nasional agar rakyat tidak lagi terdedah kepada kejutan geopolitik dan cuaca ekstrem?

Dan akhir, gulung— iaitu isu pemain naturalisasi dan belanjawan Kementerian Belia dan Sukan 2026. Kementerian Belia dan Sukan menerima peruntukan sebanyak RM1.183 bilion ringgit dalam Belanjawan 2026 merangkumi RM700 juta belanja mengurus dan RM482 juta belanja pembangunan. Angka ini menunjukkan komitmen besar kerajaan terhadap pembangunan atlet dan belia.

Namun, isu pemain naturalisasi yang sedang disiasat oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menimbulkan persoalan tentang hal tuju sebenar sukan bola sepak negara.

Saya cadangkan kita membina kekuatan melalui bakat tempatan dan perancangan teratur seterusnya untuk kemajuan kejayaan bola sepak negara.

Lihatlah kepada contoh negara Maghribi yang baru-baru ini mencipta sejarah apabila muncul juara Piala Dunia FIFA bawah 20 tahun 2025. Kejayaan ini bukan datang dalam masa yang singkat. Ia hasil daripada pelaburan berterusan kerajaan mereka dalam akademi bola sepak, struktur pembangunan akar umbi dan sistem latihan belia yang sistematik di bawah pengawasan Persekutuan Bola Sepak Maghribi.

[Tuan Syahredzan bin Johan (Bangi) **mempengerusikan Mesyuarat****]

draft • 3:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Morocco bergantung kepada pemain muda kalangan rakyat mereka sendiri untuk kemajuan dan kejayaan bola sepak negara mereka.

draft • 4:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Dungun...

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Mudah-mudahan kita contohi pembangunan bola sepak mereka.

draft • 4:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Masa dah habis.

draft • 4:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

draft • 4:00 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Bukit Gelugor.

draft • 4:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberi saya peluang untuk menyertai perbahasan pembentangan Belanjawan 2026. Beberapa isu yang ingin saya timbulkan Tuan Speaker, pertama sekali berkenaan dengan keselamatan di sekolah yang telah pun dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen yang bertujuan kepada beberapa kementerian, terutamanya Kementerian Pendidikan.

Tidak perlu kita mengingati insiden-insiden yang serius yang telah pun berlaku berkaitan dengan isu ini seperti kes buli yang melibatkan Zara Qairina Mahathir di sebuah sekolah di Sabah. Pembunuhan Yap Shing Xuen di sebuah sekolah di Bandar Utama. Semalam, di mana seorang pelajar berumur 14 tahun dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Selangor untuk sexually assault, dengan izin, seorang pelajar berumur 15 tahun di sekolah yang sama di Sabak Bernam.

Sudah tentu kes-kes tersebut Tuan Speaker, adalah antara kes-kes lain yang melibatkan keganasan fizikal, seksual, rogol dan lain-lain yang merupakan satu trend yang membimbangkan, yang sudah semestinya mewajibkan kerajaan mengkaji semula polisi pendidikan, disiplin dan pemantauan pelajar-pelajar di sekolah agar mengelakkan trend ini daripada terus merebak.

Dari segi Tuan Speaker adalah jelas bahawa walaupun masalah ini boleh berpunca daripada beberapa sebab yang memerlukan kajian seterusnya dan seperti comprehensive sex and reproductive healthcare education, dengan izin. Regular mental health assessment for students and teachers, dengan izin. Tetapi dalam pandangan saya, salah satu puncanya adalah disebabkan akses kanak-kanak yang tidak terhad kepada talian online, gaming dan pelbagai platform yang lain, yang boleh mempengaruhi pemikiran golongan muda kita.

Jadi, dari segi ini adalah penting untuk kerajaan meneliti cara-cara yang telah pun diperkenalkan di negara-negara lain untuk menangani masalah ini seperti di Australia dan juga di negara China. Saya tidak akan mengulangi apa yang telah pun diperbahaskan berkenaan usaha-usaha di negara-negara tersebut tetapi saya membuat syor-syor tersebut yang berikut, Tuan Speaker.

draft • 4:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Pertamanya, untuk memperketat atau mengawal selia garis panduan sebagai contoh, larangan ke atas laman web pornografi. Walaupun ia telah diharamkan, masih ramai yang dapat mengaksesnya.

Kedua, memahami bahawa pengaruh Internet merupakan faktor utama dalam kes-kes keganasan di sekolah. Oleh itu, kerajaan disarankan untuk mengadaptasi amalan terbaik dari negara-negara lain seperti yang saya sebut tadi.

Penggunaan Internet di negara China terpaut kepada kad pengenalan diri ataupun IC seorang individu untuk mengawal selia kandungan serta tempoh penggunaan Internet dan permainan video dalam kalangan remaja.

Australia juga telah melarang penggunaan media sosial oleh individu di bawah umur 16 tahun, efektif Disember tahun ini. Langkah-langkah ini mungkin kelihatan tegas namun dengan berlakunya kes pembunuhan dan rogol di kalangan pelajar, tindakan drastik adalah amat diperlukan.

Dan juga nombor tiga, melibatkan veteran tentera sebagai sebahagian daripada ahli lembaga tatatertib unit disiplin sekolah.

Keempat juga untuk memperkasakan perkhidmatan kaunseling dan Unit Hal Ehwal Pelajar di sekolah bagi menggalakkan pelajar mendapatkan bantuan ataupun mewajibkan pelajar yang bermasalah untuk menjalani sesi kaunseling yang mandatori. Kaunselor juga harus diwajibkan untuk melaporkan kepada kementerian sekiranya terdapat pelajar yang menunjukkan kecenderungan kepada keganasan.

Isu yang kedua, Tuan Speaker adalah berkenaan insiden pertuduhan dua guru di SMJK Chung Hwa Confucian di Bukit Gelugor iaitu di kawasan saya di Pulau Pinang, di mana pada Oktober 6 tahun ini, dua orang guru salah seorang daripadanya telah bersara dan lagi satu aktif, telah pun dituduh di Mahkamah Majistret George Town di bawah satu kesalahan di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu untuk mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar dengan cara merotan.

Saya, sebagai ahli kawasan Parlimen bersama dengan ADUN kawasan dan juga Ahli Parlimen Bagan telah pun berjumpa dengan salah seorang daripada guru tersebut dan mendapati bahawa jelasnya bahawa beliau tidak menyimpan sebarang perasaan tidak baik terhadap pelajar tersebut dan telah pun menjalankan tugasnya pada masa berkenaan.

Walaupun saya menghormati tugas dan peranan Jabatan Peguam Negara, saya berharap tuduhan-tuduhan tersebut dapat dikaji semula ataupun di-review oleh kerana terdapatnya kekaburan berkenaan sama ada guru-guru tersebut memang

draft • 4:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada pelajar tersebut sepertimana yang terhurai di dalam seksyen 324.

Memang insiden ini adalah satu insiden yang malang dan tidak sepatutnya berlaku dan saya percaya bahawa suatu pemahaman dapat dicapai antara pihak- pihak. Perlu ditekankan di sini bahawa guru-guru sepatunya dibenarkan menjalankan tugas-tugas mereka kecuali di mana boleh ditunjukkan mereka berniat untuk mendatangkan kecederaan kepada pelajar-pelajar yang pada pendapat saya amat diragui dalam kes ini. Oleh yang demikian, saya menyeru agar Jabatan Pendakwaan, AG Chambers menyemak semula pertuduhan-pertuduhan tersebut.

Ketiga, berkenaan dengan skandal kewarganegaraan tujuh pemain heritage yang dalam berita baru-baru ini, di mana saya difahamkan dan saya percaya bahawa FAM telah pun mengemukakan satu rayuan kepada FIFA terhadap hukuman yang telah pun dijatuhkan berkenaan isu ini.

Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini adalah adakah semasa pengemukaan ataupun pemfailan rayuan tersebut, sama ada terdapat apa-apa bahan tambahan ataupun dengan izin, additional material ataupun evidence yang tambahan yang telah pun dikemukakan kepada FIFA untuk menyokong rayuan ini?

Sekiranya tidak ada, terdapatnya kemungkinan bahawa hukuman itu akan dikekalkan ataupun di lebih beratkan ataupun dengan izin, enhanced would that be a possibility? Saya ingin tanya kepada kementerian.

Sekiranya terdapat satu possibility of enhancement ataupun hukuman tersebut, adakah ini sudah tentunya akan mempunyai effect yang memudaratkan pasukan negara dan apakah sama ada sentence ataupun hukuman pada masa ini yang telah pun dijatuhkan akan dikekalkan?

Jadi, persoalannya di sini adalah sama ada terdapat apa-apa yang baru daripada apa yang kita telah pun dengar untuk menyokong rayuan tersebut yang saya percaya akan diumumkan, akan diputuskan pada akhir bulan ini.

Keempatnya, Tuan Speaker adalah berkenaan ramai yang telah berkata berkenaan dengan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia sempena ASEAN Summit baru-baru ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana pencapaian berikut.

Pertamanya, untuk rekod, pengurangan kadar tarif yang pada asalnya ditetapkan pada 24 percent kepada 19 percent.

Kedua, pengecualian lebih kurang 1,200 produk eksport keseluruhannya daripada tarif.

draft • 4:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ketiga, eksport-eksport Malaysia yang penting seperti semikonduktor, alat- alat farmasi atau pharmaceutical dan component aerospace dikecualikan takrif.

Keempat, sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia telah pun berjaya membawa ASEAN dengan izin, ke world stage yang kini dilihat satu kuasa yang boleh diharapkan ataupun dengan izin, a force to be reckoned with, dibandingkan dengan reputasinya dahulu yang lebih dikatakan sebagai dengan satu dengan izin, toothless tiger.

Tetapi, saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kesilapan-kesilapan yang telah pun dilakukan RTM semasa mem-broadcast ASEAN tersebut iaitu dengan secara kesilapannya memanggil ataupun merujuk kepada pemimpin-pemimpin Indonesia, Singapore dan pemimpin lain, I think, Thailand secara silap. Itu merupakan satu embarrassment dengan segala hormatnya, Tuan Speaker.

draft • 4:00 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Di dalam— on a world stage like this, these sort of things should not have occurred to begin with dan saya memohon agar perkara ini tidak berulang.

Kelima Tuan Speaker, berkenaan dengan isu alkohol. Isu alkohol ini memang telah pun dibangkitkan dan diperbahaskan banyak kali di Dewan yang mulia ini.

Berkenaan dengan isu ini, saya ingin menyatakan bahawa praktis ataupun amalan untuk menghidangkan alkohol di sekolah untuk acara-acara ataupun events yang tidak berkenaan mengenai dengan pelajar merupakan satu amalan yang telah pun lama diamalkan di negara ini. Tiada sebarang paksaan pernah dibuat terhadap kaum Melayu untuk minum alkohol dan keadaan tersebut telah pun diamalkan secara aman, di mana kesemua kaum hidup dalam— seperti dalam harmoni.

Persoalan yang timbul Tuan Speaker, adalah memang saya menerima beberapa pihak yang telah pun menyatakan bahawa alkohol itu adalah berbahaya ataupun boleh mungkin bersifat berbahaya kepada kesihatan. Memang alkohol boleh bersifat berbahaya tapi sekiranya logik ini diterima, maka kegiatan lain seperti merokok dan makanan yang tidak bernutrien yang juga membahayakan kesihatan ini juga patut dilarang. Ini logik yang tidak masuk akal, Tuan Speaker.

I think the reality of it, hakikatnya, dengan izin Tuan Speaker, adalah bahawa amalan ini memangnya sepatutnya diteruskan. Saya telah pun banyak kali di dalam kawasan saya hadir di acara-acara di sekolah. Selepas waktu sekolah, di mana alkohol dihidangkan tanpa sebarang masalah. Dan saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengekalkan polisi yang lama telah pun diamalkan berkenaan isu ini.

draft • 4:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Speaker, saya juga ingin menyentuh berkenaan beberapa isu lain yang telah pun ditimbulkan semasa bajet. Pertamanya, inisiatif yang melibatkan kemahiran 1,000 orang daripada komuniti Orang Asli dan kira-kira 700 veteran tentera sebagai renjer komuniti bagi melindungi habitat semula jadi, termasuk spesies terancam seperti Harimau Malaya dan orang utan merupakan satu inisiatif yang baik.

Tahniah kepada kerajaan atas usaha yang bermakna ini. Harimau Malaysia seperti yang kita tahu dalam tahun 2016 Tuan Speaker, berbilang lebih kurang 250 hingga 340. Sekarang saya mendapati bahawa— saya difahamkan bahawa bilangannya telah pun jatuh kepada lebih kurang 150 ekor sahaja. Ini menunjukkan bahawa populasi harimau ini ada— there is a danger of it becoming extinct, dengan izin.

draft • 4:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Yang Berhormat.

draft • 4:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jadi, saya ingin mohon penjelasan lanjut daripada... Yes.

draft • 4:10 PM

Puan Syerleena binti Abdul Rashid - Bukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Speaker, suatu ketika dulu ya, harimau ini megah berkeliaran di hutan-hutan kita tetapi sekarang ini bila menurutkan laporan, terdapat lebih kurang 150 harimau sekarang, 150 dan itulah satu angka yang memisahkan kita dengan haiwan yang akan pupus.

Jadi, kita bangga, kita nampak harimau dalam jata negara dan juga jersi bola sepak Harimau Malaya tapi realitinya harimau ini semakin pupus. Jadi, Pelan Tindakan Pemeliharaan Harimau Kebangsaan itu sebenarnya wujud tapi apa yang diperlukan adalah iltizam politik yang berani dan juga peruntukan asing yang khususnya boleh digunakan untuk konservasi harimau.

Jadi, saya ingin tahu sama ada Yang Berhormat Bukit Gelugor setuju tak dengan pandangan ini, bahawa peruntukan boleh digunakan untuk bekerjasama dengan NGO-NGO dan juga universiti-universiti yang mempunyai, memiliki kemahiran dalam kepakaran konservasi. Kalaulah kerajaan telah membiayai sebanyak RM30 juta dalam 11 tahun untuk memelihara panda, mengapa tidak curahkan komitmen yang sama bagi spesies kebanggaan negara? Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit, YB Bukit Gelugor.

draft • 4:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Speaker.

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bukit Gelugor, Sik juga boleh mohon ya?

draft • 4:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih kepada Bukit Bendera.

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Bukit Gelugor, boleh Sik? Boleh jawab sekali.

draft • 4:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya tak ada masa, minta maaf, ada satu minit sahaja.

draft • 4:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Nak tanya fasal alkohol tadi.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Sik, tak benarkan.

draft • 4:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Speaker, saya bersetuju dengan rakan saya Bukit Bendera tadi. Isu pemeliharaan Harimau Malaya ini merupakan satu isu yang melibatkan, dengan izin, the pride of the nation, Harimau Malaya. Dan ini saya amat bersetuju bahawa kita memerlukan political will untuk memastikan ia nya tidak pupus.

Isu terakhirnya, saya ada banyak lagi tapi saya ingin menimbulkan isu berkenaan Kementerian Kesihatan. Walaupun Bajet 2026 memperuntukkan kenaikan kira-kira 40 peratus bagi elaun tugas atas panggilan (ETAP) berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2025 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM120 juta. Pegawai perubatan masih khuatir bahawa ia tidak akan dilaksanakan sepenuhnya.

Seperti yang dinyatakan oleh seorang doktor yang menulis kepada CodeBlue. Antara kekhuatiran mereka ialah kenaikan elaun 40 percent mungkin hanya untuk— boleh saya beberapa saat, Tuan Speaker?

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya.

draft • 4:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Antara kekhuatiran mereka adalah pertama, kenaikan elaun 40 peratus mungkin hanya untuk pada panggilan on-call hujung minggu sahaja, manakala kadar hari biasa kekal sama.

Kedua, kerajaan mungkin memperkenalkan semula jadual waktu-waktu bekerja berlainan (WBB) yang pernah ditolak sebelum ini dan menggunakan kenaikan elaun ini sebagai umpan.

Ketiga, kenaikan mungkin hanya terhad kepada jabatan tertentu seperti kecemasan, obstetrik dan ginekologi atau anestesia sahaja, sementara jabatan lain diminta tunggu fasa seterusnya. Ini saya petik secara terus daripada surat seorang doktor kepada CodeBlue bertarikh 13 Oktober, bertajuk dengan izin Tuan Speaker, “An open letter to Malaysians about the healthcare mirage in Budget 2026 by a medical officer”.

draft • 4:10 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Jadi, persoalan yang saya ingin timbul di sini dari segi ini, adalah bolehkah Kementerian Kewangan memberi penjelasan terperinci mengenai langkah-langkah pelaksanaan seterusnya bagi ETAP tersebut? Saya rasa itu sahaja yang saya sempat menyampaikan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk ber-debate. Terima kasih.

draft • 4:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Arau, 13 minit Yang Berhormat.

[Tepuk]

draft • 4:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Saya ingin memetik firman Allah SWT dalam surah Al-Qasas, ayat 26.

[Membaca firman Allah] “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”. Ini bermakna pemimpin yang kita nak pilih ini ialah seorang pemimpin yang kuat, berani lagi amanah. PMX ialah seorang yang berani, kuat, berlari potong Sultan Brunei dan dia juga seorang pemimpin yang energetic, jaunty, menari bersama Trump dan bertepuk tangan semasa jamuan semalam dengan sebelah Sultan Brunei. Itu dah memenuhi keberanian.

Tentang amanah, Abu Dzar berkata, “Wahai Rasulullah, tidak dia bertanya kepada Rasulullah, wahai Rasulullah, tidakkah engkau mahu melantik aku dalam apa-apa jawatan?”. Rasulullah menjawab, “Wahai Abu Dzar, sesungguhnya engkau seorang yang lemah, sedangkan kepimpinan itu adalah amanah. Sesungguhnya, ia nya pada hari kiamat akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai sepatutnya”. Makna kata ialah amanah ini, kita akan lihat dalam siri pembentangan saya ini, apakah seorang pemimpin itu mempunyai sifat amanah. Berani, okey.

Ramai pemimpin yang berani tetapi amanah menjadi persoalan.

Yang pertama, ini telah dilupakan Tuan Yang di-Pertua. KWSP, akaun ketiga telah dilupakan dan jawapan Menteri ialah Yang Berhormat Menteri berkata bahawa pelbagai inisiatif telah dan sedang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan kemampuan simpanan persaraan rakyat Malaysia, khususnya ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Persoalannya, bila? Akan dilibatkan urus, bila?

Saya dah habis beras bekal dah. Hari ini saya nak beritahu rakyat Malaysia, orang muda bahawa saya habis beras bekal. Saya hanya boleh menjawab kepada

draft • 4:17 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

penyimpan-penyimpan KWSP, tunggu kerajaan ini bertukar, kita akan betulkan benda ini.

Kemudian sukan dan juga olahraga. Saya mengisytiharkan kepentingan saya. Saya Presiden Persatuan Renang Malaysia dan sebelum ini ialah Presiden Olahraga. Akuatik renang ada 46 pingat, kemudian track and field, olahraga 44 pingat tapi di Cambodia, olahraga dapat 19 medal, lima emas, renang dapat 15 medal, lima emas.

draft • 4:17 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kita tiap-tiap kali kita dapat kurang, semua akan tulis. Bermacam- macam orang tulis, pemberita tulis, rakyat tulis menghentam kenapa kita dapat sekian banyak. Persoalannya sekarang, berapa banyak yang kerajaan bagi ataupun mana-mana pihak bagi kepada persatuan ini untuk bolehkan mereka bergerak terus ke hadapan? Mencadangkan supaya kerajaan memberi peruntukan berterusan untuk memastikan supaya mereka capai kemenangan. Termasuk kawan-kawan kita, Ahli Parlimen pun bertanya kenapa dapat kurang. Jawapannya ialah berapa yang kita bagi untuk membolehkan mereka mendapat terbaik?

Yang berikutnya ialah tentang isu ini KPKT. Ini mall besar, pasaraya-pasaraya besar dan juga mini market ini, semasa awal tahun 20-an, saya kurang pasti ya.

Mungkin awal, bukan awal 20-an. Awal, apa itu, tahun 2000 begitu, kerajaan pernah mencadangkan supaya pembinaan pasar raya dan juga pusat-pusat perniagaan ini diperlahankan kerana ia menghadapi masalah. Bila kita buka yang baru, yang lama tutup. Kita buka yang baru, yang lama tutup.

Sekarang ini ialah pasar mini yang sekarang berleluasa seluruh negara dengan pelbagai jenama. Ia nya telah mematikan kedai runcit. Kedai runcit pula ada kedai runcit baru yang muncul, yang mana pengusahanya ialah daripada India dan juga Aceh. Mereka ini menguasai peniaga runcit. Perniagaan kampung sekarang ini boleh kata hampir mati. Bukan saja mati tapi peniaga-peniaga tepi jalan seperti menjual ikan dan sebagainya, mereka juga tidak mampu bertahan. Kita mencadangkan supaya pergerakan ekonomi ini diteruskan, tetapi kena lihat bagaimana kita nak selesai masalah kedai-kedai runcit dan sebagainya.

Yang berikutnya ialah Kementerian Perpaduan, Kementerian Luar Bandar.

Kita lihat di sini ya, KEMAS ada 229,335 murid. Perpaduan ada 4,000. PASTI ada 125,065. Jadi, Yang Berhormat, ini Perpaduan dibayar oleh kerajaan, KEMAS dibayar oleh kerajaan, tetapi PASTI terpaksa bertungkus-lumus melalui sukarelawan-sukarelawan sehingga perkataan-perkataan yang dikeluarkan berbentuk sindiran, “Alah, gaji RM500”.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tetapi, gaji, elaun RM500 ini yang telah membentuk sahsiah sebahagian daripada rakyat Malaysia. Apa kerajaan nak lihat bahawa rakyat Malaysia yang ini diketepikan? Jadi, kita telah menzalimi di peringkat awal lagi bahawa kita tidak langsung melihat bahawa PASTI ini adalah sebahagian daripada usaha yang telah dibuat untuk membantu membina rakyat Malaysia.

Malah PASTI telah menunjukkan kehebatannya bila PASTI, seperti yang telah disebut oleh Langkawi ini, adik Amatullah Hamidah yang menjadi juara dunia berpidato bahasa Inggeris kanak-kanak kali ke-63 pada 23 Januari yang lepas di Hong Kong. Mereka ada kejayaan. Banyak daripada mereka Ahli-ahli Parlimen pun ada yang produk PASTI. Kita lihat kehebatannya yang cukup luar biasa, berilmu dan berbudi bahasa.

Jadi, saya cadangkan kerajaan pastikan ada sumbangan khusus kepada PASTI untuk bolehkan dia hidup bersama dengan kerajaan. Inilah ciri-ciri keadilan yang saya sebutkan tadi. Bagaimana kita nak pegang amanah. Inilah amanah Allah yang Allah bagi pada kita yang kita harus pertanggungjawabkan.

Yang berikutnya ialah berhubung dengan isu residensi universiti awam.

Seperti yang telah disebutkan oleh sahabat saya semalam, bahawa kerajaan akan membina 1,000 unit lagi residensi di Universiti Malaya. Dan kita tahu bahawa terdapat 53,322 orang pelajar antarabangsa di universiti awam. Adakah mereka ini telah mengambil tempat tinggal pelajar tempatan? Jadi, kalau kita nak bina 1,000 di Universiti Malaya, saya cadangkan kita bina lagi dalam pendekatan yang sama, KWSP dan juga universiti, untuk universiti-universiti awam yang lain yang terdapat lebih daripada 50 universiti.

MySARA. MySARA, Yang Berhormat, RM100. Yang Berhormat dapat, saya dapat. Tapi― dia orang kata saya dapat, tapi saya tak cuba lagi. Saya tak mahu cuba pun. Sebab apa, saya rasa saya tak layak ya.

Okey, Yang Berhormat, dalam sistem sosialis komunis, dia menyebut, “Sama rata, sama rasa”. Yang Berhormat tak sempat hidup di zaman itu tapi bapa Yang Berhormat bersama dengan saya menghadapi zaman sama rata, sama rasa― perjuangan sosialis. Ya, betul. Di universiti, bukan main kita bertempik, “Sama rata, sama rasa”. Maksud “Sama rata”, sama rata. RM100― sama rata. Tapi, apakah RM100 sama rasa? Apakah B40 sama rasa dengan Yang Berhormat ataupun saya?

Jadi, sekarang ini kerajaan kena ambil pendekatan yang lebih melihat bahawa― RM100 okey, tetapi hendaklah kita lebihkan kepada B40.

Yang Berhormat, peruntukan Ahli Parlimen. Yang Berhormat dapat, semua orang dapat. Saya harap masa mencukupi. Yang Berhormat dengan saya, Yang

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Berhormat dapat peruntukan. Ini puak-puak kami menganga di sinilah, kan? Yang Berhormat dapat RM1.8 juta untuk pusat khidmat. RM1.8 juta. Rakyat Malaysia, saya tunggu empat hari untuk suara saya pulih. Hari ini pulih sikit, ya. Alhamdulillah.

Semoga Allah bagi pemulihan suara untuk saya membela rakyat.

Okey, kerajaan bagi RM1.8 juta untuk pusat khidmat. RM2 juta untuk projek mesra rakyat, baik pulih rumah, jalan, masjid dan sebagainya. Bererti, Ahli Parlimen kerajaan dapat selama empat tahun ini ialah RM11.4 juta. Selama tiga tahun ini, RM11.4 juta. Mungkin tak lepas tiga tahun kut. Lepas tiga tahun ini mungkin dah bertukar ya. RM11.3 juta. Kami satu sen tak dapat. Tak pernah berlaku. Masa― tak mahu ungkit yang lepas. Cukup. Kerajaan harus buat keputusan sekarang ini ialah mereka tak dapat tunaikan amanah untuk peruntukan Ahli Parlimen.

Dulu yang menjerit RM3.8 juta ini puak-puak DAP. Menjerit di sini. Saya duduk sana. Dan lepas itu kita putuskan semua orang dapat. Itu baru “Sama rata, sama rasa”. Tapi, mari dekat sini, bila orang yang perjuangkan “Sama rata, sama rasa”, sama.

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau. Arau, bila Arau putuskan semua dapat?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak ada sama rata, tak ada sama rasa.

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order. Point of Order 36.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap. Sekejap. Arau, sekejap. YB Arau.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, kita nak supaya Ahli-ahli Parlimen diberi peruntukan sama. Dan kerajaan berhutang kepada kami RM11.8 juta ya.

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of Order 36(12).

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, sekejap, YB Arau. Ada Point of order. YB Arau, kejap.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi...

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kejap, kejap, kejap. Kejap, YB Arau.

Ada point of order ya.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi, Ahli-ahli Parlimen...

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, YB Arau.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Mesti diberi peruntukan yang adil. Sifat seorang pemimpin...

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, duduklah, Arau... [Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap. Saya ada point of order. YB Arau tunggu kejap.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oh, point of order. Siapa dia?

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, ya, YB Kampar.

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mana-mana ahli yang mengeluar...

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau dia merugikan masa saya, saya saman dia.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa. Saya akan ambil pertimbangan. Okey. Ya, Kampar.

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebabasan.

Tadi saya dengar Arau kata dulu puak-puak DAP yang menentang, selepas itu dia bagi semua sama rata. Itu tak pernah berlaku masa zaman dia. Saya minta supaya Arau tarik balik. Tarik balik kenyataan itu.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Arau, boleh jelaskan apa yang YB Arau maksudkan?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, kerajaan― ini sifat amanah.

Orang pemimpin ini adalah, satu, berani. Yang kedua, amanah. Berani...

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tahun apa itu, Arau? Tahun apa itu? Tahun apa?

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap. Kampar, Kampar.

Sekejap, sekejap. Okey, Kampar, tunggu Arau jelaskan. Ha, apa dia?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tidak amanah. Kerajaan tulis dalam bajet peruntukan Ahli Parlimen― peruntukan di Jabatan Perdana Menteri.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya faham.

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Pusing-pusing, dia tak jawablah, Speaker.

Kalau tak jawab, saya...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap, sekejap, sekejap. YB Arau.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bodoh. Bodoh sombong adalah satu perangai yang tak bagus di Parlimen.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Arau.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak mahu diganggu.

Benda kecil saja. Bagi peruntukan, sudah.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. Okey, tadi ada bangkitkan tentang...

draft • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Peraturan mesyuarat.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap. Sekejap.

Satu persatu.

draft • 4:20 PM

Tuan Lee Chuan How - Ipoh Timor

Jangan hina peraturan mesyuarat.

Peraturan mesyuarat tak bodoh. Yang memesongkan itu yang bodoh.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap, sekejap. Sekejap.

Semua cool. Kita dah pukul berapa ini, 4.30 ini. Ini hari terakhir. YB Arau, tadi ada bangkitkan, Kampar ada bangkitkan point of order kata YB Arau kata, dia kata mengelirukan bahawa zaman YB Arau bagi semua sekali. Dia kata tak betul. Jadi, YB Arau punya respons apa?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya― dia mengganggu masa saya. Lima minit, Yang Berhormat.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Jawablah. Kalau tak boleh jawab, tarik balik.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tahun apa? Tahun apa yang Arau bagi semua, adil? Bila?

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Semasa...

draft • 4:20 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tak pernah berlaku.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kampar. Kampar, please.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ada dua jasa besar. Semasa Ismail Sabri jadi Perdana Menteri, saya jadi Menteri. Itu ceritanya.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu zaman sayalah.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kemudian semasa saya jadi Menteri zaman Najib, saya telah bagi peruntukan, telah naikkan gaji Ahli Parlimen ke tahap sekarang...

[Tepuk]

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Daripada bertaraf M52 kepada Jusa A sekarang. Tak ucap terima kasih.

draft • 4:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, okey. Okey, saya akan buat ruling. Saya buat ruling. Okey, saya buat ruling. Itu bukan mengelirukan Dewan.

Boleh teruskan YB Arau.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi saya— dia telah mengambil masa saya.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tiga minit.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Dato’ Speaker, tadi dia juga buat kenyataan bodoh, sombong. Saya minta...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(6), sangkaan jahat. Saya minta Arau tarik balik perkataan bodoh, sombong. Yang bodoh tu tak tahu jawab soalan. Siapa bodoh sekarang?

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tak kata kat siapa. Saya nak beritahu kawan-kawan ini bodoh ini ada dua jenis, satu bodoh, satu bodoh sombong. Saya tak kata kat siapa.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya nak kata— sebab saya nak tarik buat apa?

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik, baik. Teruskan, teruskan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tarik kepada angin, angin.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, okey, teruskan, saya buat ruling.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, yang berikutnya ialah kerajaan mesti pegang amanah. Kalau tak mahu bagi, isytihar tak mahu bagi. Saya

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

tahu kerajaan ini telah pecah amanah. Pecah amanahnya iaitu menyimpan hak kami, RM11.4 juta, tiga tahun.

Yang Berhormat semua akan ambil tanggungjawab termasuk Speaker ambil tanggungjawab sebab tak peringat kepada Perdana Menteri. Semua ni ambil tanggungjawab. Kamu orang Islam di sana berdosa kerana tak peringatkan Perdana Menteri sebab dia...

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Speaker, Speaker, ini sudah keterlaluan.

36(6) sangkaan jahat.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang menyebut ini ialah...

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Mana boleh buat tuduhan kepada Speaker, pada semua.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia kena, dia kena ingat...

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Speaker tidak ada kuasa untuk campur tangan hal eksekutif. Ini keputusan eksekutif...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Gangguan kepada saya harus...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap.

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini point of order. Point of order. [Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, sekejap. Saya pun rasa YB Arau...

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

...Tak patut untuk kata saya tak ingat...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya. Saya tak patut...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

...Dewan ni saya bercakap. Saya pasal peruntukan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Cuma...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya minta tarik baliklah, YB Arau.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Saya minta Yang Berhormat ini...

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau, cukup, cukup.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Arau, saya minta tarik baliklah.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Don’t be too much.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, nanti nak cerita. Yang Berhormat ini baik. Kalau boleh bisik-bisiklah kat Perdana Menteri.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ah, dah sebut pun dalam Dewan, ini pun saya sebut.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bagi adillah.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu maksud saya.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Arau saya minta tarik baliklah yang empat itu.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey. Jadi, saya tak berkata apa yang saya telah berkata lah.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. Tarik balik?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dak, saya tak berkata apa yang saya tak berkatalah.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya tak faham YB Arau. Tarik balik, tolong.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Baiklah. Tapi kalau boleh...

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Tipu, tipu berdosa Arau. Kalau tipu, berdosa.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, 36.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, kalau boleh Speaker...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, dah, dah. YB Arau dah setuju untuk tarik balik, kan? Ya, okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tolong cakap kat– Yang Berhormat setuju.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat bisik pada Perdana Menteri, kalau tidak, Yang Berhormat juga pecah amanah.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, Speaker, 36(4). Itu adalah berkenaan dengan...

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang berikutnya adalah...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap. Ya, ya, YB Jelutong. Sekejap YB Arau.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu adalah berkenaan dengan kenyataan, berkenaan pecah amanah. YB Arau dah tarik balik. Terhadap Speaker, dia dah tarik balik. Tapi kenyataan orang-orang beragama Islam berdosa itu belum ditarik balik lagi.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jadi, saya minta dia supaya tarik balik kenyataan itu. Walaupun saya bukan beragama Islam tapi saya tersinggung kerana beliau membuat tuduhan itu terhadap Ahli-ahli Parlimen di sebelah sini. So, kenyataan itu adalah kenyataan yang kurang sopan dan biadab.

Kalau tidak diberi peruntukan, orang-orang beragama Islam di sebelah kerajaan ini adalah berdosa. Saya minta kenyataan itu ditarik balik.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Arau.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini, ini biadab.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Arau.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas] Ini biadab.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Siapa yang biadab?

Siapa yang biadab?

draft • 4:30 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Arau jangan buat... [Pembesar suara dimatikan] Arau, Arau...

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kamu yang biadab.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kamu yang biadab.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tarik balik kenyataan.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita semua cool down, tolong. Sekarang ini, kita pukul 4.30. Hari yang terakhir. Kita semua nak habiskan perbahasan hari ini. Jadi, YB Arau, saya minta mungkin YB Arau tukar apa yang YB Arau kata semua berdosa itu mungkin YB Arau tukar. Kalau tidak ingatkan, ia nya akan membawa dosa, macam itu, boleh?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dengar perkataan saya...

draft • 4:30 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Macam itulah dia cakap tadi.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dengar perkataan saya...

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Itulah maksud Arau.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Adalah berdosa bagi kita untuk menegur perkara-perkara yang berbentuk amanah.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Itu tegur. Ini adalah berdosa.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami dah cakap dah. Kami dah cakap ini amanah Perdana Menteri. Yang belah sana, yang orang Islam, tolong tegur.

Yang ini menyelit, Jelutong, menyibuk pasal apa?

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, tak apa. Dah, dah.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Menyibuk. Hang tak tahu pasal agama Islam, hang jangan cakap.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, tak apa.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker, ini ke kenyataan keterlaluan. Apa menyibuk?

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apa pula keterlaluan?

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Adakah kita nak biarkan dia...

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Eh, kau keterlaluan, tak apa.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Menghina? Apa masalah?

draft • 4:30 PM

Tuan Haji Bakri bin Jamaluddin - Tangga Batu

Duduk, duduk, duduk.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apa duduk?

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Semua duduk. Semua duduk. Semua duduk semua. Semua duduk. Semua duduk. Arau pun duduk. Okey. Lepas ini tak ada apa-apa. YB Arau, tolong habiskan. Ada dua minit saja lagi. Kemudian kita pergi kepada Speaker yang lain, kepada pembahas yang lain.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, saya diganggu lima minit, malang sungguh...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Arau, saya bagi berapa minit tadi saya kata? Dua minit saja lagi.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ikut arahan tak ada masalah tapi bagi dia landing yang elok.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang lain-lain, nanti.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, kemudian Projek MARRIS.

Saya tidak setuju Projek MARRIS diswastakan sebab matlamat kita nak tolong kelas F ataupun G1, G4 lebih kurang begitu. Kita tak setuju. Ada negeri yang menswastakan. Kalau kita swasta, swasta yang untung. Bagaimana syarikat-syarikat kecil ini nak untung? Perjanjian, apa ni, Amerika Syarikat dan juga Malaysia. Saya setuju dengan Pak Hassan. Tapi saya nak sebut tentang nadir bumi.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Pasir Gudang. Pasir Gudang.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nadir bumi.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Pasir Gudang, bukan Pak Hassan.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Oh Pasir Gudang. Ini sahabat saya.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Pasir Gudang.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya, ya, Pasir Gudang. Maaf. Ini sahabat saya. Kami mengeluarkan berita mahasiswa negara Universiti Malaya dulu dan kami round the country untuk edarkan. Kami ialah pengarang dan juga penulis.

Ini sahabat saya. Sebab saya dok kenal dia Pak Hassan, terlupa kawasan. Minta maaf.

Okey, mari tajuk ini balik, saya setuju. Itu ialah ucapan yang cukup hebat.

Dan, kita geram dengan RTM yang dia tulis apa, kita tak faham. Dia langsung bercakap, berbentuk retorik RTM. Di samping dia buat kesalahan, yang orang lain, syarikat lain yang buat kesalahan, MCMC denda RM100,000, RM250,000. Sekarang RTM mesti didenda sebab salah menyebut nama pemimpin Indonesia dan juga Thailand. Minta maaf satu, mesti denda. Jangan hat sendiri kita tak denda.

Jadi, nadir bumi ini, yang mengeluarkan nadir bumi yang terbesar di dunia ialah China, 69 percent pengeluar nadir bumi di dunia. Sekarang kita, tiba-tiba kita bercondong kepada Amerika dan juga banyak perkara-perkara yang lain yang saya harap, yang kita patut lihat bahawa kita sebenarnya telah menyerahkan kedudukan kuasa kita kepada Amerika Syarikat. Kita kena ingat, kita kena tengok perdagangan kita dengan China lebih besar. Nadir bumi di-control oleh China tapi kenapa kita buat satu perjanjian yang seolah mengikat kita dengan apa itu US. Kita minta negeri- negeri tolong pinda Perlembagaan.

Akhir sekali Yang Berhormat, bukan akhir sekali...

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Satu minit. Satu minit.

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini ialah isu Palestin. Israel bohong. Dia tipu, dia masih terus membunuh. Dia tidak— sekarang ini trak patutnya

draft • 4:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

sampai 600 trak satu hari. Sekarang tak sampai 1,000. Sekarang kalau ikut perjanjian sudah 10,000 trak kena masuk. Rakyat Palestin baru datang 2,500 khemah, yang perlukan khemah 1.5 juta.

Yang Berhormat, bagi Israel pembunuh. Amerika di belakangnya dan dia datang ke Malaysia. Saya telah minta sini supaya PMX bisik kepada Trump, duduk dalam kereta. Dulu Najib ambil selfie dengan Obama. Macam Obama sama juga.

Mari yang Trump, saya tak tahu selfie tak nampak lagi. Tetapi kena bisik bahawa kami rakyat Malaysia menentang pembunuhan yang telah dilakukan di Gaza.

Akhir sekali Yang Berhormat, ini confirm iaitu berhubung dengan isu pendidikan. Pendidikan Yang Berhormat, kita nak perpaduan. Rakyat Malaysia hidup berkasih sayang, tapi pendidikan kita masih ada sistem yang berbeza di mana sekolah rendah, sekolah menengah. Kita ada pendidikan kebangsaan dan bukan pendidikan kebangsaan. Apakah pendidikan sekarang ini mampu menjurus kepada perpaduan? Kalau tidak, kerajaan kena kaji semula sistem pendidikan yang ada.

Terima kasih, Assalamualaikum.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Yang Berhormat Arau.

[Tepuk]

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker. Tan Sri Speaker, dengan izin Speaker.

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Belum Tan Sri lagi.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Minta maaf. Bakal Tan Sri, bakal Tan Sri. Peraturan Dewan 36(4). Tan Sri Speaker, saya terpaksa bangun.

Saya tahu Tan Sri Speaker merupakan seorang yang juga mempunyai ijazah dalam undang-undang dan seorang peguam yang hebat dan Speaker telah membuat satu ruling. Tetapi, saya telah bangun beberapa kali apabila saya merujuk kepada 36(4).

Bila saya pun berbahas, saya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap mana-mana Ahli Parlimen ataupun parti Perikatan Nasional. Saya menghalakan semua perbahasan saya di atas isu di kawasan saya dan isu-isu yang perlu kita bangkitkan bagi perundingan dan keputusan Menteri.

Saya masih tersinggung lagi dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Arau bahawa kalau peruntukan tidak diberikan, yang beragama Islam di sebelah kerajaan ini adalah berdosa. Speaker telah membuat satu ruling mengatakan bahawa dia boleh menukarkan ayat tapi menukarkan ayat tidak menyelesaikan perkara itu.

Dan saya hairan dan begitu malu ada di sebelah sana yang tepuk bersorak menyokong dengan Arau. Saya malu. Yang tepuk dan sorak dengan Arau bila Arau

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

menghalakan kenyataan itu terhadap Ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam. Tak malukah?

draft • 4:30 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey. Okey.

draft • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya sedang berurusan dengan Speaker.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Speaker.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tolong duduk.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap, sekejap.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pengkalan Chepa duduk.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Pengkalan Chepa duduk.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya urusan dengan Speaker. Kamu duduk.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

36(12).

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Duduk Pengkalan Chepa.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Pengkalan Chepa.

draft • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ini apa ini? Ha? Pasar ke? Okey, Pengkalan Chepa nanti. Kalau nak bangkitkan nanti. Jelutong? Ya.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tak mahu berurusan dengan Pengkalan Chepa. Saya dah kata. Apa yang saya nak kata dengan Pengkalan Chepa, saya dah kata dah. Berkenaan isu Palestin lah, macam- macam. Saya tak mahu berurusan dengan dia.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baik.

draft • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya berurusan dengan Speaker. Saya ingin Speaker membuat satu ruling bahawa perkara ini tidak boleh berulang. Kalau dulu DAP ada Ahli-ahli Parlimen yang beragama Islam, DAP dihina. Saya bangun. Hari ini Ahli-ahli Parlimen beragama Islam dikatakan berdosa kalau Perikatan Nasional tak dapat peruntukan. Tolong buat ruling Speaker. Tolong tegur dan pastikan perkara ini tidak berlaku.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Speaker, tak boleh biarkan dia berucap...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak ada. Okey, saya buat ruling sekarang. Ruling saya dah buat dah tadi. Saya dah buat dah tadi dan saya percaya YB Arau pun dah tukar apa yang dia cakap. Kalau YB Jelutong merasakan bahawa tak puas hati, boleh buat usul. Tapi tentang isu ini, saya dah buat ruling. Okey, dah.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Speaker, Speaker.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

36(12) Speaker.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Ya, ya, ya. Sekejap, sekejap.

Pengkalan Chepa dulu, Pengkalan Chepa dulu. Shah Alam sekejap.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya nak sambung Jelutong sikit sahaja tadi.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, tak apa. Shah Alam nanti kejap. Pengkalan Chepa. Kita tertib, kita tertib. Ya, Pengkalan Chepa.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Sudah menjadi amalan, Jelutong ini, dia...

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak ini, nombor berapa ini?

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

36(12).

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, 12.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Dia sentiasa memetik ayat yang mengelirukan dan tidak sebagaimana yang disebut oleh Arau tadi. Arau kata tadi, “Berdosa sekiranya tidak menegur Perdana Menteri tak bagi peruntukan kerana ini satu amanah”. “Sekiranya tak menegur”. Tapi dia tak masukkan perkataan itu. Inilah yang dia nampak live, orang tengok seolah kami bercakap sedemikian. Inilah Jelutong perangai dia.

[Tepuk]

draft • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Eh, Pengkalan Chepa. Apa maksud “Sekiranya...” [Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah. Dah, dah, dah. Dah, dah. Isu ini...

draft • 4:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Isu ini dah selesai. Isu ini dah selesai.

Saya dah buat ruling. Okey, YB Shah Alam. Pasal isu apa ini?

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya nak ucap terima kasihlah kerana keprihatinan Jelutong tentang...

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejap. Ini peraturan Dewan ke apa?

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Sama dengan yang Jelutong tadi.

Saya nak sambung sikit je Speaker. Sama dengan Jelutong. Peraturan...

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Kalau nak sambung lagi isu tak ada Shah Alam. Melainkan ada isu baru yang nak dibangkitkan.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Isunya ialah saya berterima kasih kepada...

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau begitu, saya nak sambung yang Pengkalan Chepa.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sekejaplah.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Kalau Speaker bagi...

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Parit Buntar, tadi saya dah keluarkan kan. Tunggulah sekejap. Ya Shah Alam.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam

Saya berterima kasih kepada Jelutong. Tetapi kita tak kisah sangat pun pasal Arau nak kata dosa ke tak dosa.

Sebab yang menentukan dosa ini bukan Arau. Itu sahaja saya nak sebut.

[Tepuk]

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Okey, okey. Dah, dah, dah, dah, dah, dah, dah. Seterusnya...

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak

Ha, itulah Jelutong tak faham.

draft • 4:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Point of order. Point of Order 36(10)(c).

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Speaker, saya sambung.

draft • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

[Bangun]

draft • 4:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini point of order baru.

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Saya nak buat ruling dah.

draft • 4:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36 isu baru. 36(10)(c).

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Nombor?

draft • 4:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

36(10)(c). “Perkataan-perkataan...”

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Apa? 36 apa?

draft • 4:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

“Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara satu kaum dengan satu kaum dalam Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan atau Akta Hasutan 1948”.

draft • 4:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Tadi saya dengar Arau kata, “Ahli Parlimen yang bukan Islam jangan menyibuk”. Ini satu kenyataan yang dibuat dalam Dewan.

Mengapa kita tak boleh bangun? Ini hak Ahli Parlimen. Adakah Arau kata yang bukan Islam ini second class, kita tak boleh tegur? Ini satu kenyataan. Saya minta Arau tarik balik.

draft • 4:40 PM

Datuk Dr. Ahmad Marzuk bin Shaary - Pengkalan Chepa

Speaker, itu nak bercakap tentang dosa pahala.

draft • 4:40 PM

Tuan Chong Zhemin - Kampar

Ini satu kenyataan yang biadab!

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Speaker.

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 4:40 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Dah. Saya tutup dan saya jemput YB Sungai Siput. Terima kasih.

draft • 4:40 PM

Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar

Tuan Speaker, teruk Kampar ini.

draft • 4:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Terima kasih Tuan Speaker mengizinkan Sungai Siput turut serta perbahasan Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Bajet 2026 bukanlah sekadar satu acara tahunan, tapi satu detik penting dalam menentukan hala tuju negara, merangka masa depan ekonomi negara dan menyusun keutamaan rakyat.

Tuan Speaker, Belanjawan 2026 yang menyentuh pelbagai lapisan rakyat.

Bajet ini dengan tema menjamin masa depan bersama, memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam mengimbangkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Bajet bukan hanya lembaran angka tetapi sebuah dokumen harapan.

Harapan untuk melihat harga barang terkawal, peluang pekerjaan bertambah, anak-anak mendapat pendidikan berkualiti, rakyat mendapat rawatan kesihatan yang baik dan warga emas hidup dengan maruah. Rakyat mengharapkan bajet ini bukan sekadar menjawab keperluan semasa tetapi juga memberi keyakinan

draft • 4:44 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

untuk masa depan. Saya menyambut baik Bajet 2026 dan beberapa langkah positif yang wajar dihargai.

Pertama, saya menyambut baik penekanan kepada sektor pendidikan dengan peruntukan tertinggi sebanyak RM66.2 bilion. Inisiatif memperluas TVET, membaik pulih sekolah daif dan memperkasa digitalisasi adalah langkah yang tepat dalam menghadapi cabaran masa depan.

Kedua, peningkatan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan sebanyak RM46.5 bilion khusus untuk naik taraf hospital daerah, klinik kesihatan dan perkhidmatan kesihatan mental menunjukkan komitmen serius kerajaan dalam menjaga kesihatan rakyat.

Ketiga, pelaksanaan subsidi bersasar dan Sumbangan Tunai RAHMAH yang telah ditingkatkan kepada RM15 bilion membantu meringankan kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Keempat, perhatian kepada perusahaan kecil dan usahawan belia serta wanita melalui skim pembiayaan dan latihan usahawan memberikan harapan baru kepada sektor informal dan B40. Namun, dalam semangat demokrasi dan tanggungjawab bersama, izinkanlah saya untuk menyuarakan beberapa kekhuatiran dan cadangan.

Pertama, pelaksanaan dan ketelusan. Kita sering dengar janji dalam bajet, tetapi pelaksanaannya kurang memuaskan. Contohnya, projek baik pulih sekolah yang tertangguh berbulan-bulan, bantuan tunai yang lewat diagihkan atau proses permohonan bantuan yang agak rumit. Cadangan setiap inisiatif perlulah diiringi dengan indikator prestasi KPI yang boleh dinilai secara berkala dan laporan pelaksanaan perlulah dibuka kepada umum untuk semakan rakyat.

Kedua, pendidikan tersasar. Tubuhkanlah pusat pembangunan kerjaya belia komuniti di setiap Parlimen untuk membantu belia B40 dalam penempatan kerja dan latihan kemahiran. Mewajibkan platform gig menyumbang kepada dana keselamatan sosial pekerja, PERKESO, seperti PERKESO dan KWSP. Sediakanlah skim insentif majikan yang menggaji lepasan STPM atau TVET daripada komuniti berpendapatan rendah.

Ketiga, akses digital dan infrastruktur luar bandar. Dalam dunia fasa pandemik, akses Internet bukan lagi kemewahan. Ia satu keperluan asas tetapi masih banyak kawasan luar bandar seperti kampung dan estet serta pendalaman yang tiada liputan stabil. Saya mencadangkan agar laksanakan Internet komuniti percuma dengan kerjasama syarikat telekomunikasi di seluruh kawasan luar bandar dan pendalaman menjelang 2026. Wujudkan makmal komputer dan pusat digital

draft • 4:44 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

komuniti yang terbuka setiap hari dengan bimbingan sukarelawan. Sediakan juga insentif kepada syarikat yang melabur dalam menara dan infrastruktur di kawasan kurang komersial.

Tuan Speaker, saya ingin menyentuh pendidikan. Pendidikan bukan sekadar alat sosial, tetapi pemutus rantai kemiskinan. Belanjawan 2026 memperuntukkan RM66 bilion kepada Kementerian Pendidikan. Satu angka yang besar yang menunjukkan komitmen kerajaan. Namun, kita tidak boleh hanya bangga dengan jumlah, yang penting ialah keberkesanan pelaksanaan.

Masih wujud jurang pendidikan yang ketara antara bandar dan luar bandar, antara sekolah elit dan sekolah kebangsaan biasa, dan juga jurang digital yang membataskan pelajar di kawasan pendalaman seperti ladang dan kampung.

draft • 4:44 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Jadi, saya ingin tekankan isu pelajar cemerlang STPM, termasuklah daripada komuniti India yang masih menghadapi kesukaran mendapatkan tempat dalam bidang kritikal seperti perubatan, pergigian dan kejuruteraan. Ia nya mestilah ditangani secara sistematik melalui dana khas pendidikan komuniti terpinggir, penambahan kuota merit berasaskan sosial ekonomi, program mentor universiti untuk pelajar luar bandar.

Saya juga turut mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan inisiatif pendidikan masyarakat ladang, satu kerangka khas di bawah MITRA dan KPM untuk membantu pelajar dari ladang memperolehi pendidikan berkualiti dari peringkat prasekolah hinggalah ke menara gading.

Tuan Speaker, MITRA. Isu pembangunan masyarakat minoriti, khususnya masyarakat India yang masih ketinggalan dalam beberapa sektor utama seperti pendidikan, ekonomi dan perumahan. MITRA penambahbaikan wajar dan dipercepatkan. MITRA sepatutnya menjadi agensi pemacu perubahan sosioekonomi masyarakat India tetapi masih terikat dengan masalah struktur, kelewatan menyalur dana dan program yang tidak cukup menyeluruh.

Maka saya mencadangkan wujudkan Jawatankuasa Pemantau Parlimen terhadap MITRA untuk memastikan ketelusan program dan peruntukan.

Kedua, sediakan laporan prestasi suku tahunan secara terbuka dengan penilaian impak kepada komuniti sasaran.

Ketiga, kukuhkan MITRA sebagai agensi pembangunan strategik bukan hanya pemberi geran tahunan semata-mata.

Tuan Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh perumahan pekerja ladang.

Kini tibalah masa untuk tindakan tegas. Jangan kita lupa, pekerja estet telah

draft • 4:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

menyumbang kepada ekonomi negara sejak sebelum merdeka. Sudah tiba masanya kerajaan mengiktiraf sumbangan mereka melalui hak kepada tempat tinggal yang bermaruah.

Di bawah Akta Perumahan Pekerja 1990 [Akta 446], masih belum ada mekanisme wajib untuk menyediakan rumah milik kekal kepada pekerja estet ladang selepas bersara. Maka saya mencadangkan kepada kerajaan pindaan Akta 446 untuk mewajibkan majikan ladang menyediakan pelan perumahan kekal untuk pekerja yang berkhidmat melebihi 20 tahun. Kerjasama di antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perumahan Negara, kerajaan negeri dan syarikat ladang untuk menyediakan tanah permohonan.

Tuan Speaker, seterusnya saya ingin menyentuh satu isu di kawasan berkenaan dengan perumahan pekerja ladang. Saya ingin tanya Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) status terkini Skim Khas Pembiayaan Rumah Pekerja Estet Sime Darby yang telah menyerahkan tanah seluas empat hektar Ladang Elphil, Sungai Siput untuk membina 100 unit rumah teras dua tingkat berharga kurang daripada RM150,000 untuk pekerja-pekerja di ladang tersebut.

Tuan Speaker, perkara ini saya telah bangkitkan sejak tujuh tahun yang lalu di Dewan yang mulia ini. Namun, setiap kali saya berbangkitkan perkara ini melalui soalan lisan mahupun dalam soalan bertulis, jawapan yang standard saya terima amat mengecewakan. Ini menunjukkan Kementerian Sumber Manusia tidak serius untuk menyelesaikan perkara ini. Jawapan yang saya terima daripada Kementerian KESUMA adalah seperti berikut.

Pelaksanaan Skim Khas Pembiayaan Rumah Estet telah tamat pada 31 Disember 2020 apabila berakhirnya Rancangan Malaysia yang Kesebelas. Walau bagaimanapun, Kementerian Sumber Manusia telah memohon kepada Unit Perancangan Ekonomi supaya program ini dapat diteruskan melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas.

Pihak Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menjalankan perbincangan bersama pihak Lembaga Perumahan Hartanah Perak untuk membina perumahan bagi pembelian oleh pekerja-pekerja ladang LPD Sungai Siput, Perak. Pihak Lembaga Perumahan Hartanah Perak telah bersetuju untuk membuat kajian berkaitan perkara ini dan Kementerian Sumber Manusia akan melaksanakan Program Skim Khas Perumahan Estet setelah mendapat persetujuan daripada pihak Unit Perancangan Ekonomi. Ini jawapan.

draft • 4:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai siput

Kini kita sudah masuk ke Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Apabila ditamatkan Rancangan Malaysia Kesebelas, kemudian akan di bawah dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas pun perkara ini tidak dapat diselesaikan. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri Kementerian Sumber Manusia memperjelaskan tindakan terkini membantu dalam mempersiapkan rumah yang telah dijanjikan kepada pekerja yang telah lama menyumbang di ladang berkenaan.

Tuan Speaker, marilah kita terus menegur, mencadang dan menyokong demi membina Malaysia MADANI yang benar-benar adil dan saksama. Yang miskin jangan terus terpinggir, yang muda jangan terus terabaikan, yang berjasa jangan terus dilupakan. Bajet ini adalah nadi masa depan negara. Janganlah ia hanya menjadi dokumen cantik di atas kertas. Jadikanlah ia hidup melalui pelaksanaan yang telus, adil dan berimpak tinggi.

Jika belanjawan disusun bijaksana, rakyat tak akan terus derita. Yang penting bukan angka semata-mata tapi hasilnya yang dirasa oleh semua rakyat Malaysia.

Saya menyokong Bajet 2026 namun menggesa agar suara rakyat bawahan benar- benar diberi tempat dalam setiap sen yang dibelanjakan. Sekian, terima kasih.

draft • 4:50 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Baiklah, terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jasin.

draft • 4:50 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirahmanirahim. Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut sama membahaskan peringkat dasar Belanjawan 2026.

Selaku Ahli Parlimen Jasin, saya amat terkilan apabila mendapati tidak ada sebarang sebutan khusus dalam Belanjawan 2026 peruntukan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir yang melanda Daerah Jasin sekian lama. Saya telah menyuarakan mengenai perkara ini beberapa kali di dalam Dewan Rakyat. Terdapat bukan satu atau dua tetapi 26 hotspot banjir dalam Daerah Jasin.

Saya difahamkan bahawa antara kekangan utama bagi mengatasi masalah banjir di Jasin ialah kekurangan dana jabatan yang berkaitan. Berdasarkan anggaran kasar kos pembersihan dan pembesaran terusan buatan sepanjang satu kilometer adalah RM0.19 juta sehingga RM4.63 juta.

Selain itu, sikap kerajaan negeri yang membiarkan pemaju-pemaju membangunkan taman-taman perumahan tanpa kajian mendalam terlebih dahulu mengenai kesannya kepada kampung-kampung tradisi yang berada berhampiran

draft • 4:57 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

dengannya dan mengenal pasti langkah-langkah yang terbaik bagi mengelakkan berlakunya banjir dan limpahan air kepada kampung-kampung tradisi tersebut.

Kerajaan jangan memikirkan keuntungan tetapi mengorbankan kesejahteraan rakyat. Rakyat memerlukan tindakan segera kerajaan bukan hanya janji dan perancangan yang sering ditangguh. Sepatutnya konsep pembangunan dengan izin people-centered development iaitu pembangunan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat di semua peringkat dan dalam semua aspek dengan izin prioritize the people's well-being sebagaimana yang diutarakan oleh Xi Jinping dalam buku The Governance of China boleh diambil faedah dalam melaksanakan pembangunan di negeri Melaka. Ini lebih menguntungkan rakyat.

Malangnya, artis China Fan Bingbing yang melanggar undang-undang negaranya lebih menarik perhatian sebahagian pemimpin.

draft • 4:57 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Rakyat negeri Melaka yang sifatnya kuat beragama sepatutnya berhak mendapat duta pelancongan negeri yang menaikkan martabat negeri dan rakyat Melaka sebagai sebuah negeri Islam yang bersejarah.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pusat perlu meletakkan keutamaan penggunaan harta negara dan wang rakyat berdasarkan dengan izin Maqasid as- Syariah yang sebenar. Bukannya “maqasid aqliyah” yang menghalalkan yang jelas haram dan mengharamkan yang jelas keharusannya. Mengutamakan maslahah dharuriyyat iaitu keperluan asas untuk kelangsungan hidup di atas maslahah hajiyyat iaitu keinginan untuk menghindarkan kesusahan dan mengutamakan maslahah hajiyyat di atas maslahah tahsiniyyat iaitu untuk mencapai kesempurnaan hidup.

Banjir di Daerah Jasin sebahagian besarnya adalah bencana yang berpunca dari kecuaian manusia yang sepatutnya ditangani oleh kerajaan dengan segera.

Memperuntukkan RM600 juta hanya untuk renovasi Carcosa dan seumpamanya sepatutnya di tangguh dulu dan penyelesaian masalah rakyat yang termasuk dalam perkara dharuriyyat ini wajib didahulukan.

Tuan Yang di-Pertua firman Allah SWT dalam surah Al-Mumtahanah ayat lapan sehingga sembilan.

*[Membaca sepotong ayat Al-Quran] . “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu dari kampung halaman kamu serta*

draft • 5:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

membantu orang lain untuk mengusir kamu dan ingatlah sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itu orang-orang yang zalim.” Ayat ini adalah berkaitan politik. Ia menggariskan prinsip politik Islam dalam menentukan corak hubungan yang berbeza terhadap negara yang menghormati keadilan dan ketika berdepan dengan negara atau entiti politik yang menindas. Tidak boleh sama, sehingga Trump yang bertanggungjawab membantu secara langsung genosid ke atas umat Islam Palestin serta berusaha mengosongkan Gaza dari penduduk asalnya dilayan dengan penuh penghormatan dan kesetiakawanan yang akan memberi gambaran bahawa jenayah perang dan kemanusiaan yang dilakukan Israel dan Trump adalah kesalahan kecil sahaja.

Islam adalah ajaran yang datang untuk menegakkan keadilan dan menolak kezaliman. Allah meletakkan tanggungjawab tersebut kepada umat Islam dengan kuasa politik yang kuat untuk mencapainya di kalangan manusia tanpa mengira latar belakang mereka. Membantu dan mendukung golongan yang zalim adalah sangat dibenci Allah dan menentang prinsip politik yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya SAW.

Firman Allah di dalam surah Al-Mujaadalah, ayat 22 bermaksud. “Engkau tidak akan dapat sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang perintah Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka.” Rasulullah SAW adalah sebagai sebaik-baik contoh dalam mencapai matlamat negara. Baginda mengutus surat kepada pemimpin-pemimpin dunia, meneguhkan negara dan menampilkan kekuatan negara melalui pasukan peninjau yang diutus ke pelbagai daerah di Semenanjung Arab. Mengangkat senjata mempertahankan Kota Madinah dari kuasa yang mencabar kedaulatannya dan bersikap tegas terhadap pengkhianat dalam negara.

Keupayaan Baginda SAW mempersiapkan umat dengan visi geopolitik jangka pendek dan jangka panjang secara bijaksana telah menjadi faktor Islam dengan pantas tersebar meluas ke seluruh dunia, membawa akidah yang benar, menghapuskan kezaliman dan melaksanakan sistem hidup yang adil.

Baginda SAW menetapkan agar negara perlu menundukkan dua kuasa besar dunia yang wujud pada ketika itu Empayar Sasanid Parsi di Timur dan Empayar Rom Timur atau Byzantine di Barat. Kedua-dua empayar ini di bawahnya terdapat 40 buah negara. Hadis Rasulullah SAW bermaksud, “Semoga Allah mengoyakkan, memusnahkan kerajaannya sebagaimana dia mengoyakkan suratku.”

draft • 5:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Sesungguhnya Kota Constantinople pasti akan ditakluk, sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.” Kebijaksanaan Rasulullah SAW meninggalkan pesanan kepada pengikut-pengikut Baginda agar dua kuasa besar tersebut secara khusus hendaklah ditundukkan dan secara umumnya mana-mana sahaja kuasa yang menindas manusia telah menjadi faktor tersebarnya Islam ke seluruh dunia, bersamaan meluasnya pengaruh kuasa politik dan ekonomi negara sehingga tujuan Baginda SAW diutuskan kepada seluruh manusia dapat dipenuhi.

Firman Allah dalam surah Saba’ ayat 28 bermaksud, “Dan tiadalah kami mengutusmu wahai Muhammad melainkan untuk manusia seluruhnya sebagai Rasul pembawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan memberi amaran kepada orang-orang yang ingkar akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikat itu.” Andai kata kerajaan benar-benar sepenuhnya berpegang kepada ajaran Islam lalu bersikap selayaknya terhadap Ketua Negara Amerika yang terlibat menindas dan membunuh umat Islam di Palestin, bukan hanya suam-suam kuku dan sebagai gula-gula politik sudah tentu negara tidak akan terperangkap membuat keputusan yang salah dalam percaturan geopolitik yang merugikan kepentingan politik dan ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang.

Amerika yang berusaha untuk memastikan putaran ekonomi dunia agar sentiasa tunduk kepada kepentingannya kelihatan berjaya melalui ugutan kenaikan tarif untuk menekan Malaysia mengikuti kehendak Amerika. Ia seolah-olah seperti Perjanjian Camp David antara Mesir dan Israel.

Perjanjian yang mengekang kebebasan Mesir untuk membuat keputusan ekonomi bagi negara mereka sendiri. Semuanya mesti dengan restu Amerika, ia dapat kita fahami kerana dua negara itu sedang berperang. Adapun negara kita tidak berperang dengan Amerika. Maka kenapa kah kita menghulurkan tengkuk kepada mereka?

Tuan Yang di-Pertua, ini sangat memalukan. Kerajaan dilihat begitu mudah menyerah kepada Trump. Kesannya sebelum Belanjawan 2026 ini sempat diluluskan dan dilaksanakan, negara telah pun menanggung sehingga RM1.1 trilion obligasi kewangan kepada Amerika. Apa ini? Ini boleh dikatakan menyamai dengan dua tahun belanjawan negara. Saya bimbang Kerajaan MADANI terdedah mengalami belanjawan defisit sebagaimana Kerajaan Pulau Pinang yang mengalami belanjawan defisit selama 13 tahun berturut-turut.

draft • 5:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Keputusan yang silap dan bebanan berat ini tidak sepatutnya dipikul oleh rakyat dan negara melalui kenaikan cukai yang bertambah, dengan izin fiscal consolidation. Sementelah lagi, dengan kewujudan hutang negara yang dijangka mencecah RM1.33 trilion. Sepatutnya pemimpin yang bijak akan memastikan percaturan geopolitik antarabangsa sebagai saluran untuk mengangkat martabat bangsa dan negara. Membawa pulangan keuntungan ekonomi untuk negara dan mencabut kesombongan kuasa besar dunia yang ingin membuli negara kita.

Dalam aspek ini, pencapaian Perdana Menteri Malaysia yang lalu Tun Dr.

Mahathir Mohamad sepatutnya menjadi teladan. Malangnya kerajaan mengambil jalan terbalik dan mundur ke belakang dalam pembinaan bangsa dan negara, dengan penuh rasa hormat.

draft • 5:00 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Namun, demi kepentingan negara, saya berpandangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlulah segera digantikan, kerana ternyata beliau telah mengabaikan perintah Allah, memalukan Malaysia di mata dunia, tidak meraikan umat Islam Palestin yang sedang dibunuh melalui bantuan langsung Trump...

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jasin.

draft • 5:10 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

…Kepada Israel.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jasin.

draft • 5:10 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

Tunduk kepada ugutan.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Jasin.

draft • 5:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Jasin, sedikit.

draft • 5:10 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

...Dan menyerah kepada...

draft • 5:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Sedikit, Jasin.

draft • 5:10 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

...Kesombongan kuasa besar dunia.

draft • 5:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Saya...

draft • 5:10 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

...Sehingga gagal mempertahankan kepentingan dan maruah negara.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Turun, turun.

draft • 5:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Jasin sedikit, sedikit...

draft • 5:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Turun Pagoh.

draft • 5:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Mohon pandangan.

Sedikit, boleh mencelah, Jasin?

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Habis masa, melainkan...

draft • 5:10 PM

Tuan Zulkifli bin Ismail - Jasin

[Bercakap tidak menggunakan pembesar suara] Tak ada, tak ada.

draft • 5:10 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Boleh, Jasin?

draft • 5:10 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Sungai Petani, dah habis masa. Okey, terima kasih Yang Berhormat Jasin.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Mas Gading.

draft • 5:10 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tuan Speaker kerana memberikan peluang juga ruang kepada Mas Gading untuk berbahas di Peringkat Dasar bagi RUU Perbekalan 2026 pada hari ini.

Setelah reformasi sektor awam dimulakan pada Belanjawan 2025, pembaharuan itu kini akan terus dipacu dalam Belanjawan 2026 bagi memastikan pertumbuhan negara seimbang dan mampan dengan menaikkan siling pertumbuhan negara dan menaikkan lantai taraf hidup rakyat. Serangkap pantun Tuan Speaker.

Tiga tonggak sembilan tekad, Paksi Belanjawan MADANI keempat; Belanjawan rakyat untuk didebat, Semoga lulus, hasil pulang ke rakyat. Jadi, tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam merangka sebuah belanjawan yang menzahirkan kesungguhan kerajaan dalam menyeimbangkan disiplin fiskal dengan keperluan rakyat. Defisit fiskal negara berkurang secara berperingkat daripada 5 peratus kepada 3.5 peratus KDNK menunjukkan kematangan dasar fiskal negara. Namun, jurang pembangunan adalah antara wilayah tidak boleh kita biarkan melebar.

Makanya, dalam memastikan kemakmuran dikongsi bersama, keadilan wilayah mestilah menjadi teras utama agar kemajuan tidak hanya tertumpu di bandar, tetapi turut dirasai di luar bandar seperti nun di Mas Gading.

Jadi Tuan Speaker, saya mewakili suara Mas Gading yang akan menyentuh beberapa perkara di bawah beberapa tekad utama seperti yang ditetapkan dalam belanjawan kali ini. Mas Gading menyambut baik peruntukan khas penguatkuasaan sebanyak RM700 juta bagi tujuan memperkasakan badan penguatkuasaan seperti SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCC melalui latihan dan perolehan aset.

Mereka adalah barisan atau benteng hadapan negara yang perlu didahulukan demi keselamatan negara. Kini, tiba masanya keperluan serta kebajikan mereka atau agensi penguatkuasaan ini kita tingkatkan keutamaannya. Baik dalam tugas mahupun di luar tugas agar mereka dapat terus menjalankan tugas dengan penuh integriti.

draft • 5:11 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Biasa kita dengar cikgu-cikgu terpaksa keluarkan duit sendiri untuk sediakan bahan mengajar. Nak beli kertas, nak beli marker pen, nak fotostat, nak buat itu, nak buat ini. Mereka buat untuk pelajar. Tanggungjawab mereka sebagai guru. Perkara sama juga berlaku kepada agensi-agensi dan jabatan-jabatan lain di luar sana seperti balai polis, balai bomba, hospital, klinik.

Ini bukan soal kebajikan ataupun keselesaan di tempat kerja semata-mata, tetapi soal cabaran atau halangan untuk menjalankan tugas. Kemudahan tidak cukup. Mesin pengimbas seperti di CIQ, contohnya. Mesin X-ray di hospital benda penting dalam tugas mereka. Ada yang rosak perlu diganti. Ada pula yang memang tidak pernah ada sejak mula. Dah puas mohon, tetapi ‘tak dapat-dapat.

Jadi Tuan Speaker, Ibu Pejabat Polis Daerah Bau, contohnya. Pernah saya masuk ke pejabat seorang pegawai ini katanya okey tidak daif, tetapi apa yang mencuri perhatian saya adalah label pada alat penghawa dingin di pejabat itu. Aset hak milik kerajaan. Hak milik peribadi. Terkejut saya, tetapi kesian, tetapi ada juga rasa kagum.

Saya tanya, saya tinjau dan didapati banyak aset seperti penghawa dingin, sofa, meja dan kerusi pejabat, TV dan juga perabot adalah milik peribadi. Ada juga barangan pakai yang disumbangkan sesama anggota dan orang awam. Jadi untuk rekod, penemuan di IPD Bau itu bukanlah sebab mereka mengadu, tetapi adalah sebab saya sendiri yang nak tahu.

Ya, Tuan Speaker, mereka tak pernah memperbesarkan hal-hal tersebut.

Bayangkan kos pasang dan selenggara penghawa dingin di pejabat milik kerajaan itu menggunakan duit sendiri. Bak kata orang Sarawak, arum bula tinggal bangunan ya jak kerajaan pun. Maksudnya, cuma bangunan itu sahaja milik kerajaan. Itu pun dalam pejabat, ruang dalam pejabat, masing-masing dicat, guna duit sendiri.

Perkara ini mungkin dianggap kecil atau remeh, tetapi puncanya mungkin agak aneh. Perlu dikaji dan diperbetulkan. Kenapa perlu— berlaku perbezaan ketara di antara pejabat-pejabat kerajaan? Ada yang mewah, selesa, kerusi empuk, meja berkilat, tetapi di Hospital Bau contohnya, meja di bilik mesyuarat sesama mereka pun mereka dapat sebab ada pihak yang sumbangkan kerana dilupuskan. Sebab dialas guna kain maka ‘tak nampak sangatlah kecacatannya, tetapi nak menulis pun dah bergoyang-goyang rasanya. Jadi, saya cuba bantu, tapi masih banyak lagi perlu dibantu.

Saya dah gantikan dengan yang baharu, tetapi banyak lagi yang perlu digantikan. Makanya, Mas Gading mohon pada kerajaan untuk pertimbangkan agar peruntukan khas Kawasan Parlimen itu dipertambahkan. Mas Gading percaya

draft • 5:11 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

dengan garis panduan yang betul, kita sebagai Ahli Parlimen dalam membantu dalam perkara ini. Tambah baik keperluan pejabat milik kerajaan di kawasan kita supaya dapat kurangkan birokrasi.

Jika tidak, Mas Gading memohon kepada dua kementerian ini iaitu Kementerian Kesihatan dan juga Kementerian Dalam Negeri untuk melihat sendiri keperluan dan kepentingan yang diperlukan di agensi mereka masing-masing.

Tuan Speaker, Mas Gading juga ingin tahu tentang perkembangan atau status terkini projek pembinaan ICQS Serikin yang bernilai RM50 juta yang dikatakan bakal siap dan mula beroperasi pada 2027. Dalam hal yang sama, Mas Gading juga ingin menyentuh tentang kemudahan serta alat keperluan bagi tujuan kawalan keselamatan di kawasan sempadan.

Kita sedia maklum tanggungjawab menjaga keselamatan sempadan ini melibatkan banyak agensi penguatkuasaan, kerajaan negeri mahupun Persekutuan seperti Immigration, Kastam, PDRM yang masing-masing mempunyai peranan dan keperluan masing-masing dalam bidang kerja mereka.

Dalam sesi mesyuarat lepas, Mas Gading pernah membangkitkan tentang kelengkapan di ICQS Biawak. Contohnya, alat-alat seperti mesin pengimbas yang kecil dan yang besar. Yang kecil itu untuk barang-barang kecil seperti beg sebab sekarang ini pemeriksaan dilakukan secara manual. Barang kecil pun manual, barang besar pun buat manual, tetapi bila ‘nak periksa barang besar seperti lori ataupun kenderaan berat yang besar terpaksalah anggota-anggota ini panjat naik atas lori. Panjat satu hal, tengah-tengah panas sebab tidak ada tempat yang khas yang berbumbung dan kondusif.

Jadi, seterusnya adalah generator set. Mereka di ICQS Biawak itu sering berlaku gangguan bekalan elektrik. Walaupun kami di Sarawak sudah merancang ‘nak jual tenaga elektrik ke negara luar, tapi buat masa ini belum lagi. Akan datang, mungkin. Jadi, generator itu masih diperlukan dan masih sangat diperlukan. Semua ini penting bagi untuk urusan dan pihak penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Tuan Speaker, selain masalah penyeludupan secara terancang melibatkan barang-barang bersubsidi kini juga semakin banyak berlaku kes penyeludupan barang-barang curi terutamanya motosikal dan kenderaan pacuan empat roda di kawasan sempadan. Memang perkara ini bukan lagi perkara baharu, tetapi semakin kerap berlaku dan seolah-olah semakin mudah berlaku.

Jalan tikus, jalan gajah, tetapi yang dibuat— yang kenyang hanyalah orang luar. Mereka yang rumahnya dan kampungnya dekat dengan sempadan itu menjadi saksi mata kepada segala urusan merentas sempadan ini. Gudang barangan dibina

draft • 5:11 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

dekat dengan kawasan sempadan, dipagar tinggi guna zink lengkap dengan CCTV di semua sisi. Mereka yang buat salah, orang kampung mulai rasa bersalah sebab risau dan takut untuk lalu dan takut dituduh menjadi mata-mata kepada polis.

Oleh itu, Mas Gading nak adjust sedikit lagi, tentang punca kuasa tugas bagi agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Ini pihak Menteri pun sudah jelaskan banyak kali, tetapi masalahnya pada ketika ini penyelesaian dan pelaksanaannya masih lagi tidak jelas. Dari segi undang-undang dan akta sedia ada contohnya, dalam hal bidang kuasa tugas atau punca kuasa dan...

[Tidak jelas] Sendiri perlu kita kaji dan perhalusi.

Tuan Speaker, seterusnya Mas Gading ‘nak sentuh tentang perkara di bawah Kementerian Kesihatan. Pembangunan kemudahan kesihatan di luar bandar seperti Daerah Bau dan di Lundu di Parlimen Mas Gading masih jauh daripada seimbang dengan keperluan sebenar rakyat. Hospital Bau yang kini berusia lebih tiga dekad telah lama beroperasi melebihi kapasiti optimum manakala Hospital Lundu pula dibina pada 1960-an juga sudah terlalu uzur.

Kedua-dua hospital ini menjadi pusat khidmat kesihatan utama bagi lebih kurang 100,000 penduduk sekitar Bau dan Lundu. Menyediakan perkhidmatan kepada pesakit luar, ibu dan kanak-kanak. Oleh kerana banyak kekurangan, maka banyak aduan dilemparkan kepada— kerana bukan mudah untuk memberikan khidmat rawatan kesihatan tatkala kelengkapan serba kekurangan.

Pagi-pagi sesak, parking pun susah, tempat menunggu pun penuh, ‘tak selesa dan panas. Hospital Bau. Masalahnya parkir penuh ‘tak selesai-selesai.

Parking luar salah, parking dalam pun salah, tetapi keadaan hospital yang sesak dan padat ini biasanya berlaku di sebelah pagi.

draft • 5:11 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Salah satu puncanya adalah masalah pengangkutan di luar bandar. Sebab lainnya juga adalah kerana hospital dan klinik kesihatan ibu dan kanak-kanak juga menumpang di hospital tersebut, tetapi pihak saya sudah dimaklumkan, klinik tersebut akan dipindahkan ke lokasi baharu dalam masa yang terdekat.

Pembinaan baharu bangunan hospital pula yang asalnya adalah enam tingkat, kini selepas disemak semula, jadi empat tingkat bagi menyesuaikan reka bentuk dengan keperluan semasa dan kemampuan tapak. Perkara ini pernah ditanya dalam sesi mesyuarat lepas. Namun, jawapan rasmi Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa projek ini tidak akan disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas. Sebaliknya, akan dibawa ke Rancangan Malaysia Keempat Belas.

draft • 5:20 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Selain daripada keperluan naik taraf ataupun bina baharu bangunan, kedua- dua hospital ini juga menghadapi masalah kemudahan perubatan dan bukan perubatan, dan sebab kekurangan dari segi fungsi dan juga bilangan, yang akhirnya menjejaskan kualiti serta kecekapan perkhidmatan kesihatan kepada orang awam.

Tuan Speaker, salah satu daripada perkara yang paling banyak menjadi bualan ataupun aduan, mungkin juga kecaman daripada orang awam adalah tentang khidmat kesihatan di Hospital Bau mahupun Lundu adalah tentang ambulans.

Ambulans yang lambat, ambulans ‘tak cukup, ambulans rosak.

Jadi Tuan Speaker, beberapa minggu lepas, berlaku kematian yang berpunca daripada kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah keluarga. Kemalangan berlaku di Kampung Stenggang, betul-betul di antara Bau dan Lundu. Si ibu berusia 60 tahun, meninggal pada hari kejadian. Dibaringkan di atas jalan sementara menunggu ambulans, masih mampu bercakap pada masa itu, tetapi apa yang dikesali adalah si ibu meninggal pada malam kejadian. Lebih satu jam masa berlalu untuk apa-apa rawatan yang mungkin boleh menyelamatkan nyawanya, tetapi sedih, satu jam lebih menunggu ambulans. Jadi, sudah pasti bermain-main ataupun terfikir- fikir, andai kata ambulans tiba awal, mungkin kah ada peluang ataupun boleh diselamatkan.

Sudah banyak kali berlaku, mangsa hanya mampu mengadu. Masalah ‘tak, kekal di situ. Jadi, Mas Gading mohon perhatian yang sewajarnya daripada pihak kementerian, juga kerajaan untuk melihat tentang perkara ini.

Tuan Speaker, untuk makluman, Hospital Bau kini beroperasi hanya dengan tiga ambulans. Dua daripadanya dipinjam daripada hospital lain untuk sementara waktu, manakala satu lagi rosak dan sedang dibaiki. Hospital tersebut perlu sekurang-kurangnya lima unit ambulans bagi menampung keperluan perkhidmatan kecemasan di seluruh Daerah Bau.

Mas Gading ingin mendapatkan penjelasan sama ada peruntukan bagi menggantikan tiga ambulans baharu bagi menggantikan unit yang telah dilupuskan, ada atau tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2026.

Seterusnya adalah tentang klinik kesihatan di Mas Gading. Mas Gading ingin mendapatkan status berhubung dengan Projek Bina Baru Klinik Kesihatan Biawak yang bernilai RM7 juta yang telah diluluskan, tetapi bilakah akan dimulakan dan bilakah dijangka siap?

Mas Gading juga ingin tahu sama ada cadangan menjadikan Klinik Kesihatan Singai sebagai klinik yang lebih komprehensif dengan perkhidmatan X-ray dan

draft • 5:20 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

makmal telah dibawa kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Cadangan pernah dihantar kepada JKNS dan tertakluk kepada kelulusan KKM dan MOF.

Sebab dengan adanya pakar perubatan kesihatan keluarga yang bertugas di Klinik Kesihatan Singai pada hari ini, maka sangat sesuai jika klinik kesihatan tersebut dapat dinaik taraf untuk perkhidmatan X-ray bagi menampung kesesakan Hospital Bau. Sekarang mereka bergantung dengan mesin portable X-ray yang dikongsi bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kuching mengikut slot pemakaian.

Tuan Speaker, Mas Gading difahamkan bahawa Klinik Kesihatan Singai pernah diberitahu akan menerima peruntukan sebanyak RM1 juta untuk menaik taraf bangunan lama. Perkara ini diberitahu semasa lawatan pihak KKM sendiri, tetapi sehingga hari ini, masih belum ada hitam putih dan statusnya kurang jelas tentang perkara tersebut. Mas Gading mohon pencerahan daripada pihak KKM tentang perkara ini.

Tuan Speaker, masih lagi soal pembangunan, tetapi Mas Gading nak beralih ke sektor pendidikan sebab adanya keperluan yang mendesak. Dalam sektor Belanjawan 2026, kerajaan telah mengumumkan RM2 bilion untuk menaik taraf lebih 520 sekolah daif...

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Mas Gading, satu minit ya.

draft • 5:20 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Serta pembinaan 38 buah sekolah baharu, termasuk SK Seri Sadong dan SMK Semera. Daripada 38 buah sekolah ini, Sarawak hanya mendapat dua sahaja. Berapakah jumlah projek dan kos yang melibatkan pembinaan semua sekolah yang sedia ada dan pecahan mengikut negeri?

Maka dengan itu Tuan Speaker, Mas Gading memohon pencerahan tentang empat status buah sekolah daif di Mas Gading yang sedang menunggu dan berkali- kali dibangkitkan dalam Dewan ini. Mas Gading sehingga kini, masih menunggu keputusan.

Tuan Speaker, belanjawan membawa mesej yang jelas bahawa kemakmuran tidak boleh hanya dihitung pada pertumbuhan ekonomi, tetapi dirasai oleh setiap isi rumah, dari bandar hingga ke pedalaman. Setiap ringgit yang dibelanjakan mesti menjana hasil sama ada dalam bentuk jalan yang boleh dilalui, sekolah yang boleh digunakan atau peluang kerja yang betul-betul dicipta.

Belanjawan rakyat menunjukkan bukan sekadar tanggungjawab fiskal, tetapi juga keberanian moral untuk memastikan keadilan wilayah dan sosial. Maka, dalam membahaskan Belanjawan 2026 ini, kita perlu menilai sejauh manakah dasar dan

draft • 5:20 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

pelaksanaan benar-benar mendahulukan rakyat, bukan angka. Dengan ini, Mas Gading mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

draft • 5:20 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Ranau.

draft • 5:20 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Terima kasih kepada Yang Berhormat Speaker. Terima kasih atas masa yang diberi untuk berbahas dalam RUU Perbekalan 2026 pada kali ini.

Sebagaimana yang kita semua tahu Yang Berhormat Speaker, baru-baru ini pada 17 Oktober 2025, Sabah Law Society yang diketuai oleh Dr. David Fung telah memenangi kes di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkaitan dengan tuntutan 40 peratus hasil Sabah yang perlu dikembalikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Sabah.

Perjuangan SLS untuk membela kepentingan rakyat Sabah sangat terpuji dan wajar diingati dan dihargai oleh seluruh rakyat Sabah. Kerjasama yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah, khususnya daripada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor, kepada tim SLS dalam keputusan ini sangatlah dihargai.

Penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober 2025, telah memutuskan antara lainnya, bahawa Kerajaan Persekutuan telah melanggar kewajipan Perlembagaannya di bawah Perkara 112D(1), (3) dan (4) kerana telah gagal untuk melakukan semakan kedua geran atau Pemberian Khas Sabah pada tahun 1994 bersama dengan Kerajaan Sabah.

Semakan tersebut bukan suatu pilihan, tetapi satu tugas atau obligasi di bawah Perlembagaan untuk memastikan hak kewangan Sabah untuk berkembang sesuai dengan masa. Kegagalan atau ketinggalan untuk membuat semakan tersebut merupakan pelanggaran yang nyata kepada Perkara 112D.

Mahkamah juga mengesahkan bahawa hak Sabah di bawah Perkara 112C dibaca bersama dengan Seksyen 2(1), Bahagian IV, Jadual Kesepuluh, masih tetap dengan 40 peratus hasil bersih yang diperoleh oleh Kerajaan Persekutuan daripada Sabah. Itulah yang telah berlaku pada 17 Oktober 2025.

Dan saya telah meneliti, selepas keputusan tersebut, jawapan-jawapan atau respons-respons daripada pemimpin-pemimpin kerajaan atau yang di luar kerajaan berkenaan keputusan yang telah dicapai oleh Mahkamah Kota Kinabalu pada 17 hari bulan tersebut.

draft • 5:25 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Antaranya, kerajaan telah menyatakan bahawa perbelanjaan yang telah diberikan kepada Sabah, misalnya pada tahun 2025 dan 2026 sebanyak sekitar RM14 bilion, adalah melebihi dari hasil yang dikutip pada tahun 2022, 2023 dan 2024 iaitu hanya sekitar RM10 bilion.

Pada ringkasnya, apa yang dikatakan ialah bahawa Kerajaan Persekutuan telah memberi apa yang lebih kepada Sabah. Jadi, hasil yang diberi pada Sabah itu kurang. Yang diberi kepada Sabah itu, sudah begitu banyak, berbilion-bilion lebih.

Jadi, pada anggapan saya ini bermaksud, kalau sudah lebih diberi kepada Sabah, buat apa lagi mahu tuntut, buat apa lagi mahu bagi kepada Sabah, jika sekiranya hasilnya kurang, tetapi Sabah ingin menuntut lagi.

Jadi sebab itu, pada pendapat saya Tuan Speaker - YB Speaker, inilah mungkin antara alasan-alasan yang diberi untuk melengah-lengahkan tuntutan 40 peratus daripada Sabah ini, tetapi adakah benar sedemikian situasi yang sebenarnya?

Saya sebagai orang Sabah sendiri Speaker, saya merasa malu. Kalau kami ini orang Sabah mahu minta-minta lebih daripada Semenanjung, daripada Kerajaan Persekutuan. Kami ini seolah-olah pengemis. Seolah-olah ini terpaksa mengampu, meminta lebih daripada apa yang mampu kami keluarkan atau hasil daripada negeri Sabah.

Kalau boleh, saya tidak mahu. Saya sendiri pun tidak mahu. Kalau saya mampu, saya usahakan dengan sendiri, apa yang saya mampu. Daripada mahu mengemis, menjadi orang yang macam— seolah-olah, dia bilang, pipi— hidung ‘tak mancung, pipi tersorong-sorong. Terima kasih, YB. Jadi, ini macam lebih-lebihlah kami ini.

draft • 5:25 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Kalaulah sekiranya kami telah meminta lebih dari hasil yang diperoleh daripada Sabah; satu persoalannya, buat apa lagi Kerajaan Persekutuan atau Malaya mahu Sabah masih bersama-sama di dalam Persekutuan Malaysia ini?

Tendang sajalah Sabah ini keluar daripada Persekutuan Malaysia seperti Singapore telah dibuang dulu. Tendang saja. Sebab, kalau kami ini hasil RM10 bilion, Persekutuan telah belanjakan RM14 bilion setiap tahun, itu rugi RM4 bilion setiap tahun kepada Kerajaan Persekutuan. Buat apa kekalkan Sabah di dalam negara ini?

Itu yang saya mahu jelaskan di sini.

Kalau sekiranya begitu yang dibuat, bagi kami rakyat Sabah, kami terima keputusan itu dengan senang hati. Mungkin Sarawak pun mahu ikut. Cuba tanya

draft • 5:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Sarawak, yang keluarkan 700 ribu barel minyak dalam setahun. Sabah lebih kurang 300 hingga 400 ribu barel dalam setahun.

Jadi, bagi saya, kalaupun sekiranya memberi jawapan dalam mahkamah yang mulia ini, janganlah cakap kelentong kepada rakyat Sabah. Kami bukan budak- budak lagi. Kami tahu apa yang berlaku, apa di persekitaran kami yang sedang berlaku. Jadi, hakikatnya, jumlah hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi badan-badan berkanun, syarikat-syarikat berkepentingan Persekutuan atau Malaya di Sabah sebenarnya sudah begitu besar jumlahnya daripada yang dikembalikan kepada Sabah.

Saya bagi satu contoh yang jelas― PETRONAS. Pendapatan PETRONAS berbilion-bilion, tapi adakah ini dimasukkan pendapatan itu di dalam sistem kewangan negara? Tidak. Yang dimasukkan hanya cukai-cukai, tapi jumlah yang berbilion-bilion diangkut ke PETRONAS itu digunakan oleh Kerajaan Persekutuan, tidak masuk dalam data kewangan. Yang ada hanya cukai-cukai yang kecil. Jadi, sebenarnya harta Sabah ini sudah diangkut. Yang menguasai PETRONAS adalah Kerajaan Persekutuan. Sehingga sekarang PETRONAS menjadi tersenarai sebagai syarikat di dalam Forbes― 500 bilion aset dan juga dia punya wang tunai. Sabah, berapa simpanan yang ada?

Adalah kita punya YB Speaker pun selalu berjuang untuk Sabah juga ini, masa dia jadi pembangkang dulu. Saya masih ingat hujah YB Speaker semasa pembangkang untuk memperjuangkan hak orang Sabah. Sebab itu, kita minta supaya di zaman ini, kembalikanlah 40 peratus kepada Sabah itu kerana tidak mungkinlah bapa-bapa leluhur kami akan menyertai Malaysia ataupun membentuk sama-sama Malaysia ini kalau tidak ada jaminan bahawa 40 peratus itu diserahkan kepada Sabah.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Selama ini pun Kerajaan Persekutuan― cakap yang jujur sajalah― tidak telus dalam menguruskan kewangan. Kerajaan Negeri Sabah sudah berpuluh-puluh kali minta. Sejak daripada Tan Sri Simon Sipaun telah tulis surat minta berapa sebenarnya 40 peratus yang mahu dikembalikan kepada Sabah itu berpuluh-puluh tahun yang lalu. Sehingga kepada Kerajaan GRS mereka telah hantar surat, lebih daripada tujuh kali, masih tidak ada jawapan berapa hasil sebenar yang diterima daripada Sabah.

Dan sebab itu kita minta supaya Kerajaan Persekutuan jangan lagi berlengah-lengahlah. Kalau kes ini mahu dirayu― contohlah mahu merayu pergi lagi

draft • 5:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Court of Appeal, pergi lagi kepada Federal Court, tapi jangan lupa kalau rakyat Sabah ini sampai kepada dia mempunyai fikiran yang sudah berlainan, dia pun akan pergi ke IGC. Perjanjian Malaysia dulu pun dibentuk waktu Sabah masih sebagai sebuah koloni. Mana-mana perjanjian yang dibuat oleh negara yang masih di bawah koloni dengan mana-mana negara asing adalah satu perjanjian yang tidak sah. Itu boleh dibatalkan di Mahkamah Antarabangsa.

Saya meminta kepada Kerajaan Persekutuan yang ada sekarang ini, jangan lagilah mahu fikir mahu merayu lagi ke Mahkamah Rayuan, lepas itu Federal Court, bincang. Sebab, jelas ini tanggungjawab mahkamah telah membuat keputusan yang jelas ini adalah duty, tugas fiduciary yang telah dilanggari oleh Kerajaan Persekutuan.

Terus bincanglah berapa.

Daripada you pergi kepada mahkamah rayuan, Mahkamah Federal, apa yang mahu didapati oleh Kerajaan Persekutuan? Mahu supaya dibatalkan keputusan itu dan Federal tidak payah lagi membayar 40 persen kepada Kerajaan Negeri Sabah?

Merayu pun sekarang orang Sabah akan marah. Nanti you pergi batalkan lagi, tambah marah.

Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, YB-YB yang saya hormati, pada kali ini, buatlah keputusan yang tepat dengan terus berunding menyatakan pada Sabah berapa yang sepatutnya dibayar. Untuk tuntutan 40 persen ini, saya rasa rakyat Sabah semua bersatu hati. Dulu di India, Mahatma Gandhi cuma dengan satu perkataan, kita bersatu mahu supaya British keluar. Tidak payah bawa senjata, hanya dengan satu perkataan. Satu perkataan itu yang menyatukan mereka sehingga British terpaksa keluar. Kita ini di Sabah hanya satu kita minta, bayarlah 40 persen.

Kita bersatu hati negeri Sabah.

Sebelum― saya bagi tahu, bahawa di Sabah, semangat nasionalisme dia semakin tinggi. Ini kita tidak dapat nafikan. Jadi, hati-hatilah menangani isu ini dengan baik. Bawa bincang. Ini 60 lebih tahun. Yang dibagi pun sikit-sikit. Adalah sikit-sikit tahun 74 kah berapa bayaran, kemudiannya kerajaan masa Mahathir dibagi RM25 juta, Lim Guan Eng bagi― YB Lim Guan Eng― lepas itu Kerajaan MADANI, tapi baliklah kepada perundingan yang sebenar. Ini lebih 64 tahun.

Perjanjian ini mesti ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan dan janganlah ada cakap— ada yang cakap bahawa, “Nanti kami akan masukkan dalam manifesto.” Sedangkan mereka itu berkuasa dalam Kerajaan Persekutuan sekarang, boleh membuat keputusan, boleh membuat keputusan-keputusan yang cepat. Janganlah jadikan sebagai manifesto. Jadi, mana-mana parti yang mahu pergi Sabah pilihan raya kali ini, kalau bilang mahu masuk dalam manifesto, buang saja mereka ini, tidak

draft • 5:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

payah undi ini. Ini punya pemimpin adalah pemimpin yang hanya cakap janji manis masa pilihan raya, tetapi masa berkuasa sekarang pun tidak laksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin dalam negara ini.

Ada juga yang katakan― bekas Menteri Undang-undang dari Kelantan, cakap 40 persen ini adalah cara British membankrapkan Kerajaan Malaya. Bagi sayalah, tidak payah kita cakap mahu supaya Malaya ini bankrap. Kalau mahu, tendang saja Sabah ini, Malaya urus sendiri apa kewangan mereka, Sabah urus sendiri kewangan mereka. Kami pun tidak ada niat untuk kasi bankrap Malaya.

Ya, cakap terus terang daripada kita bergaduh-gaduh pasal isu kewangan ini, kan? Daripada kita membangkitkan hal-hal yang remeh, peraturan-peraturan, bergaduh PAS dengan ini daripada DAP hanya kes-kes remeh. Ini adalah hidup— kami mencari kewangan untuk negeri Sabah, untuk Wilayah Sabah. Banyak yang masih miskin, banyak yang masih susah.

YB Yang di-Pertua, yang ingin saya katakan sini ialah, sebagai sebuah negara dianggap negara madani, saya mahu cakap satu perkara saja. Bagi sayalah, gaduh-gaduh sini pasal peruntukan, bagi saja kepada pembangkang. Bagi saya, bagilah sama rata...

[Tepuk] Menjadi pemimpin yang baik adalah tahu mengurus rakyat dan negaranya dengan baik supaya dihormati oleh semua orang. Saya setuju kalau mereka dapat. Kalau mereka tidak bekerja, mereka juga akan kalah. Kalau mereka terus menyalahgunakan wang itu, mereka juga akan dibawa ke mahkamah nanti. Masa dulu― betul, saya ingat itu...

draft • 5:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ranau.

draft • 5:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Semua pun dapat. Semua pun dapat.

draft • 5:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Boleh saya minta penerangan sekejap tak?

Minta pandangan. Ada satu soalan.

draft • 5:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Boleh satu soalan, tapi sebelum itu, saya jawab satu perkara.

draft • 5:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tak. Satu soalan yang penting untuk Ranau.

draft • 5:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Dulu pemimpin DAP katakan 50 persen hasil dikembalikan kepada Sabah. Mana pemimpin DAP sekarang mahu berani bercakap? Mana satu?...

[Tepuk]

draft • 5:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Tak. Ranau, saya ada satu soalan.

draft • 5:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Dulu janji kepada Steven. YB Steven sudah meninggal. Mereka janji, masuk newspaper, masuk video, 50 persen dikembalikan kepada Sabah jika sekiranya DAP memerintah. Mana? Bila sudah dalam kerajaan, tidak ada. Jangan masa pilihan raya janji manis. Manis daripada

draft • 5:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

tebu, manis daripada madu, tapi bila sudah memerintah, melaksanakan— tutup matalah, biarlah.

Jadi, YB Speaker, saya tidak mahu tambah-tambah. Nanti gaduh nanti...

draft • 5:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ranau.

draft • 5:30 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

...Perempuan— semua daripada Sumadang daripada Sarawak. Jadi, kalau minta laluan, saya bagi.

draft • 5:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih, Ranau. Saya hanya ada satu soalan sahaja.

draft • 5:30 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Pada minggu yang lepas, beberapa hari yang lalu, YB Maran sebenarnya menegur Belanjawan 2026 ini label sebagai belanjawan untuk beli undi Sabah, Sarawak kerana election akan datang.

Jadi, YB Maran sebenarnya label bajet ini untuk beli undi orang Sabah dan Sarawak. Katanya, bagi terlalu banyak peruntukan kepada Sabah, Sarawak dan abaikan negeri-negeri lain di Semenanjung pula. Dan pandangan YB Maran sebenarnya adalah. ‘nak bagi lebih banyak kepada negeri di Semenanjung. Jadi, apa pandangan YB Ranau sebenarnya?

draft • 5:40 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Saya lah, itu semua kadang isu pilihan raya yang semakin dekat, dia pun mahu cubalah ‘memputeri’ yang jahat, tetapi yang penting adalah, niat dalam hati kita untuk melakukan yang baik.

Orang boleh berkata apa pun.

[Tepuk] Orang boleh bertuduh apa pun. Macam tadi tuduh bilang pada masalahnya, itu Arau cakap dia bilang yang sebelah sana berbuat dosa, tapi yang sebelah sini terus anggap, di sini di sebelah kita yang berdosa. Dia baru cakap sebelah-sebelah, mana? Di sebelah Speaker ‘ke? Sebelah pintu sana kah? Dia tidak cakap, tidak tahu. Jadi, itu pun sebenarnya bukan satu kesilapan kalau saya tengok, tapi sebelah sini mungkin rasa pedas— dia makan lada, tapi sebenarnya tidak ada.

draft • 5:40 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Jadi, YB Ranau setuju dengan YB Maran ‘ke tak?

draft • 5:40 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

Jadi, sebenarnya begitu. Dia boleh cakap begitu, apa dia cakap bolehlah, tapi yang penting adalah niat di hati kita, sama ada kita mahu jaga seluruh Ahli Parlimen, jaga rakyat kita dengan bagus atau tidak.

Mereka boleh berkata apa-apa. Dia boleh kata fitnah, berkata apa. Walaupun nampak dalam Facebook, dalam mana-mana orang cakap, bermacam-macam.

Sebagai Wakil Rakyat kita mesti, apa— keras, berdepan dengan apa pun masalah,

draft • 5:40 PM

Datuk Jonathan bin Yasin - Ranau

apa pun cabaran, apa pun teguran, apa pun kritikan. Kita sebagai Wakil Rakyat, bila dikatakan ribuan kali ditampar oleh rakyat setiap hari, melalui posting dalam Facebook, tetapi kita kena tabah, bekerja dengan ikhlas dan bantu semua orang.

Sebab prinsip saya mudah. Kita orang di kalangan sini, daripada DAP, orang- orang Kristian, bukan kah kita diajar, kasihlah semua orang. Kita tidak membedakan orang, betul atau tidak? Cuma kamu berdiri, mana-mana yang Kristian, minta maaf bagi saya, bagi MP orang Kristian, minta maaf. Kasihlah semua orang, layanilah semua orang. Itu yang kita mahu. Kita mahu jadi yang terbaik. Bagaimana mahu jadi yang terbaik ialah kita treat equally dengan adil semua orang dan mengasihi mereka supaya kita dapat satu negara yang baik dan kuat.

Sekarang jika sentiasa bergaduh, apa yang kita dapat? Apa yang kita dapat?

DAP sana, PAS sana bergaduh, balik-balik pasal agama. Bagus kalau awak yang pegang kunci ini— syurga, dua-dua. Ini PN, ini DAP. Ini saya cakap terus teranglah.

Bukan kita yang pegang kunci ke dalam Syurga: siapa mahu pergi sana nanti?

Jadi, buat apa kita gaduh-gaduh. Dalam dunia ini kita buatlah yang terbaik untuk negara kita. Kalau kita bilang kita mengasihi, kita mengasihi dengan jujur, dengan ikhlas dengan semua orang. Dengan kita sini, gaduh-gaduh ini, macam dunia pun mahu hancur. Orang di luar sana nampak kita pun sentiasa bergaduh, apa hasil kita dapat? Orang bilang di Dewan Parlimen seperti monyet, bergaduh semua.

Kalaulah saya masuk di kampung-kampung, saya pun malu. Dia bilang teruk dia orang, lebih teruk dari budak-budak.

Jadi, Yang Berhormat Speaker, saya tidak mahu panjang cakap, sana sahaja saya cakap. Sekian, terima kasih. Saya punya keputusan. Saya akan undi bajet ini dengan syarat bahawa kerajaan mengambil kira tentang perubahan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berkenaan dengan 40 persen itu.

Sekian, terima kasih.

draft • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sekarang saya jemput Kepala Batas.

draft • 5:40 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Speaker di atas ruang dan peluang yang diberikan.

Dan saya mengambil ruang ini, Tuan Speaker, untuk mengucapkan tahniah kepada YB Ranau di atas berjiwa besar ucapan-ucapan yang diberikan sebentar tadi. Dan terima kasih kerana mewakili untuk menyokong peruntukan bagi YB-YB Parlimen Perikatan Nasional.

[Tepuk]

draft • 5:44 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kepala Batas ingin mengambil ruang ini berbahasan untuk mengucapkan takziah kepada semua mangsa banjir di seluruh negara terutamanya kepada mangsa banjir yang teruk terjejas di utara tanah air. Semoga Allah dipermudahkan urusan dan diberikan ketabahan kepada semua mangsa banjir.

Jadi, Kepala Batas juga mohon agar peruntukan khusus dapat diberikan disalurkan oleh kerajaan kepada semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional agar dapat membantu meringankan beban kesan banjir yang ditanggung oleh semua mangsa banjir dari Parlimen yang diwakili oleh kami.

Tuan Yang di-Pertua, kos sara hidup sentiasa menjadi agenda dalam perhatian rakyat. Kepala Batas menyambut baik bantuan SARA oleh kerajaan.

Namun begitu, ia nya dilihat sebagai bantuan jangka pendek untuk rakyat. Malah, nilai RM100 yang disumbangkan kepada rakyat juga terhad kepada jenis barang dan premis terpilih.

Kepala Batas berpendapat dengan pandangan beberapa rakan daripada sebelah pembangkang ataupun kerajaan bahawa jenis barangan dan premis belian perlu diperluas agar nikmat daripada SARA ini dapat dinikmati oleh pengusaha kedai runcit kecil di kawasan kampung.

Tambahan, SARA juga memberi impak perniagaan antara syarikat besar dan perusahaan kecil dan sederhana. Keadaan ini dapat dilihat melalui proses penebusan. Banyak kedai runcit di kawasan kampung tidak mampu untuk menyediakan kemudahan sistem penebusan seperti pasar raya besar dan mana- mana kedai mampu menyediakan sistem tersebut. Situasi ini dilihat memberi impak kepada PKS dan tidak membantu perkembangan perniagaan syarikat kecil dan tempatan, malah dapat membunuh perusahaan syarikat kecil tersebut.

Apakah perkara ini diambil pertimbangan dan dilakukan penambahbaikan oleh pihak kerajaan agar penebusan lebih mudah dan mesra peruncitan di kawasan kampung dapat diperkenalkan? Seandainya sistem ini dapat dilaksanakan, pasti nikmat SARA ini turut dapat membantu para usahawan kecil di kawasan kampung.

Kepala Batas ada melakukan ziarah di kawasan Parlimen Kepala Batas yang berstatus miskin dan miskin tegar di mana sasaran ziarah tersebut berdasarkan data dikeluarkan oleh ICU. Apa yang menarik dalam sesi ziarah ini apabila kita pergi kepada senarai miskin tegar dan juga miskin, apabila kita tanya satu persatu soal selidik rupa-rupanya mereka ini telah tidak termasuk dalam kategori miskin dan miskin tegar. Justeru, persoalan Kepala Batas, bila dan bagaimana proses pemantauan status mereka ini dilaksanakan?

draft • 5:44 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Persoalan ini ditimbulkan kerana ingin memastikan bahawa setiap sumbangan dan bantuan yang diberikan sampai kepada mereka yang benar-benar layak. Kepala Batas pasti inilah antara perkara yang ingin dilihat oleh para penyumbang kepada kutipan cukai negara sama ada dari golongan M40 sehinggalah kepada yang maha kaya. Kepala Batas juga berharap agar jaringan hubungan dan kerjasama dapat dijalinkan antara kami Ahli Parlimen bukan kerajaan bersama dengan ICU negeri serta dengan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Khidmat kami sebagai Ahli Parlimen dipilih oleh majoriti rakyat adalah untuk membantu rakyat secara kolektif bersama kerajaan. Kami tidaklah mengatakan anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Iban, anak Kadazan adalah anak kami, tapi setiap penduduk di seluruh pelosok Parlimen kami adalah rakyat yang mesti kami sayangi tanpa melihat warna kulit, parti dan agama. Kami tak select. Sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi SAW dengan izin.

[Membaca sepotong hadis] Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan halal dan halal tourism dengan izin, semakin mendapat tempat secara global. Dunia sedar bahawa pelancongan yang mengetengahkan produk halal adalah sasaran baharu yang dapat meningkatkan pendapatan negara. Kita dapat lihat negara-negara seperti Taiwan, Jepun, malah daripada negara-negara Eropah juga mula memperkenalkan pelancongan halal ataupun halal friendly tourism di negara mereka.

Halal di sini bukanlah sekadar makanan, tapi juga produk-produk lain yang menarik untuk jadikan produk tarikan pelancong. Alhamdulillah, perkembangan ini nampak sesuatu yang positif dan meningkat maju. Kepala Batas melihat impak daripada produk pelancongan ini telah menarik lebih ramai pelancong dari pelbagai negara memilih Malaysia sebagai antara destinasi pelancongan pilihan mereka.

Kemudahan yang disediakan oleh negara kita adalah baik memandangkan Malaysia merupakan negara Islam yang bukan sahaja majoritinya beragama Islam, malah produk halal juga lebih mudah untuk didapati.

Tambahan pula, ada yang memilih untuk terus bermastautin dan tinggal di negara ini kerana tertarik dengan kepelbagaian sumber alam, produk dan budaya yang ada di negara kita bukan sebab papan tanda ataupun arak dan seumpamanya.

Oleh itu, Kepala Batas mohon perincian jumlah syarikat pelancongan yang berdaftar dan telah menyertai halal tourism dari dalam dan luar negara. Selain itu, perincian berkaitan jumlah perbelanjaan dikeluarkan dan penghasilan diperolehi dalam tempoh tiga tahun sebelum ini sehingga kini. Kepala Batas juga mohon pencerahan berapakah jumlah pelancong yang masuk ke dalam negara Malaysia?

draft • 5:44 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Dan adakah terdapat jumlah tersebut yang direkodkan masih belum meninggalkan negara walaupun telah melebihi tempoh yang dibenarkan?

Seterusnya, Kepala Batas ingin menyentuh berkaitan kerjasama di antara MOTAC dan Starbucks. Sikap MOTAC yang memilih Starbucks sebagai jenama untuk kolaborasi pelancongan negara seakan tidak peka dan kurang sensitif sentimen rakyat masa ini dalam keadaan majoriti rakyat Malaysia masih marah dengan kekejaman dan genosid yang berlaku di Gaza.

Umum sedia tahu bahawa jenama tersebut adalah antara jenama yang diboikot oleh para penyokong perjuangan pembebasan Palestin di negara ini.

Bukanlah jenama tempatan yang perlu kita ketengahkan dan ia nya bertentangan dengan kempen kerajaan dalam memperjuangkan jenama tempatan.

draft • 5:44 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Justeru, solidariti Palestin jangan hanya sekadar slogan. Jika MOTEC inginkan, di Kepala Batas sahaja terdapat beberapa jenama seumpamanya yang berkualiti untuk diketengahkan antaranya jenama seperti Chopis, KopiBonet, Koh Wah yang merupakan milikan anak tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan.

Malah jenama ini dimiliki 100 peratus anak tempatan. Jangan bersikap, kera di hutan disusukan, anak dalam buaian mati kelaparan. Ini bertentangan dengan maqasid syariah dalam membantu ekonomi negara ini yang lebih utama.

Tuan Yang di-Pertua, perubahan zaman turut membawa perubahan kepada tahap kematangan dan kebijaksanaan generasi pada hari ini yang dilihat berkembang dengan begitu pantas. Jika dahulu ketika kanak-kanak berumur enam umur tahun, kehidupan mereka dipenuhi dengan keseronokan, gelak tawa, namun kini keriangan itu semakin berkurangan.

Malah ada kalangan anak kecil seawal usia tiga, empat tahun sudah mula berhadapan dengan tekanan dalam dunia pendidikan. Tidak dinafikan ada kalangan anak-anak ini mempunyai masalah dalam perkembangan minda, tapi ada dalam kalangan ibu bapa yang merampas zaman kanak-kanak mereka dengan alasan demi masa depan.

Justeru Kepala Batas mahu respons daripada pihak kementerian berkaitan isu ini. Kubang Kerian sebelum ini telah membangkitkan isu yang hampir sama iaitu ibu bapa sebenarnya telah kehilangan anak-anak mereka lebih awal daripada yang disangka. Apakah hala tuju model pembangunan insan dan institusi kekeluargaan yang ingin dibawa oleh kerajaan dalam isu yang melibatkan kekeluargaan dan masa depan anak muda negara ini?

draft • 5:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Kegusarannya ialah sekiranya kita gagal melentur, mungkin isu melibatkan disiplin dan moral para pelajar akan lebih sukar ditangani di masa hadapan.

Perhatian terhadap kos pendidikan yang semakin meningkat setiap tahun juga perlu dititikberatkan. Bila bicara isu pendidikan pasti dalam pemikiran ibu bapa dan penjaga adalah cabaran kenaikan kos pendidikan dan jumlah perbelanjaan pendidikan pada masa depan demi anak-anak yang sempurna. Kenaikan kos pendidikan sebenarnya memberi kesan terhadap pembangunan institusi kekeluargaan itu sendiri, terutamanya yang tinggal di kawasan bandar, dek tekanan kos seharian hidup yang tinggi.

Situasi ini menyebabkan ibu bapa terpaksa mencari alternatif dengan melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung kecukupan kehidupan keluarga, terutamanya yang masih mempunyai ramai anak yang masih belajar. Ada juga terpaksa memilih bekerja walaupun di pagi hari raya sehingga terlepas peluang untuk meraikannya bersama keluarga.

Kepala Batas ingin bertanya apakah terdapat bantuan atau insentif bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak atau tanggungan yang masih belajar? Biarpun mereka ialah golongan ibu bapa daripada kumpulan M40 dan T20, tapi kos yang perlu ditanggung tidak selari dengan kekuatan kewangan mereka.

Kepala Batas mengambil contoh pendapatan terkumpul bulanan ibu bapa ataupun penjaga adalah RM10,000 dan tinggal di bandar. Namun jumlah anak yang masih belajar ialah enam orang, dengan tiga orang masih di IPT, sudah tentulah cabaran dan beban kewangan adalah memberi kesan kepada kestabilan ekonomi keluarga.

Di Pusat Khidmat Parlimen Kepala Batas kita pernah mendapat aduan seorang ayah sanggup membuat pinjaman kepada along semata-mata untuk membayar kemasukan anak-anaknya ke IPT dan juga ke asrama penuh. Kepala Batas berharap agar satu analisa dan kajian yang lebih inklusif atau terangkum dapat dilaksanakan.

Proses ini bukan hanya melibatkan tahap pendapatan, tapi juga melibatkan kos dan tanggungan keseluruhan isi rumah. Ini adalah bagi memastikan tiada yang tertinggal dalam menikmati kebajikan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Kepala Batas saya ingin menyentuh isu berkaitan yang mendapat perhatian iaitu cadangan untuk mencampuradukkan elemen kefahaman, ajaran ataupun amalan agama lain dalam usaha membentuk sahsiah dan disiplin pelajar di sekolah.

draft • 5:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

Walaupun pendekatan ini mungkin sesuai diterapkan kepada pelajar bukan Islam, namun bagi pelajar beragama Islam, walaupun mereka menuntut di sekolah vernakular, prinsip asas yang perlu dijaga ialah hak kebebasan beragama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Agama lain bebas diamalkan, namun tidak boleh disebarkan kepada penganut agama Islam.

Prinsip kedua berteraskan pegangan umat Islam terhadap kepercayaan kepada Al-Quran merupakan inti kepada rukun iman. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kafirun ayat 6 dengan izin.

[Membaca sepotong ayat Al-quran] Yang bermaksud, "Bagi-mu agama-mu dan bagi-ku agama-ku." Prinsip ini menegaskan keperluan untuk saling menghormati kepercayaan masing-masing tanpa mencampuradukkan ajaran agama Sehubungan itu Kepala Batas mencadangkan agar elemen didikan berteraskan Islam diterapkan secara lebih menyeluruh di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam kalangan pelajar serta guru beragama Islam. Penekanan terhadap nilai Islam ini tidak seharusnya terbatas kepada waktu pendidikan agama Islam semata-mata, tetapi perlu diterapkan sepanjang waktu persekolahan dalam aktiviti harian, perhimpunan dan hubungan antara guru dan pelajar agar nilai-nilai murni ini dapat digariskan oleh Islam dapat membentuk keperibadian pelajar secara holistik.

Jika pendekatan ini terbukti berkesan di sekolah berteraskan agama, tiada salahnya diperluaskan ia ke sekolah harian biasa. Kepala Batas mengimbau kembali amalan yang satu ketika dulu menjadi budaya di sekolah, bacaan doa sebelum memulakan kelas, pelaksanaan solat zuhur secara berjemaah sebelum pulang ke rumah.

Amalan sebegini bukan sahaja menyemai disiplin dan ketenangan jiwa, malah mengeratkan hubungan antara pelajar dan guru. Dalam masa yang sama, pelajar bukan Islam boleh mengikuti bimbingan moral yang dilaksanakan oleh guru bukan Islam di ruang berasingan.

Matlamatnya tetap sama, iaitu membentuk insan berakhlak dan berdisiplin, hanya pendekatannya yang berbeza. Semua agama mengajak kepada kebaikan, maka biarlah setiap pihak beramal mengikut agama masing-masing dalam suasana saling hormat dan harmoni.

Selain itu, dalam memastikan persekitaran sekolah kekal kondusif dan selamat, Kepala Batas mencadangkan agar audit sekolah selamat dilaksanakan secara berkala dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk PIBG, pejabat pendidikan, daerah dan alumni sekolah. Kerjasama ini penting bagi menilai aspek

draft • 5:50 PM

Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas

keselamatan fizikal, kesejahteraan emosi pelajar serta keberkesanan tatacara disiplin. Audit secara berjadual bukan sahaja dapat mengesan kelemahan awal malah berperanan mencegah insiden tidak diingini di sekolah.

Dalam konteks disiplin pula, Kepala Batas mendapat bahawa tatacara hukuman dan denda berbentuk pendidikan wajar dikaji semula berdasarkan garis panduan tahun 2003 yang menggariskan tiga tahap kesalahan pelajar. Amalan rotan secara terkawal jika dilaksanakan dengan penuh hikmah dan melandaskan tatacara jelas, boleh berfungsi sebagai langkah mendidik bukan menghukum.

Dahulu kehadiran Guru Disiplin sahaja sudah cukup untuk membentuk rasa hormat dan takut untuk melanggar peraturan. Malah sokongan ibu bapa terhadap tindakan guru menjadikan proses mendidik lebih kolektif dan berkesan. Sistem potongan mata demerit juga boleh menjadikan mekanisme alternatif bagi kesalahan ringan sebelum hukuman lebih berat dikenakan. Sekiranya jumlah demerit mencapai tahap tertentu, tindakan pentadbiran seperti penangguhan pengeluaran sijil sekolah boleh dilaksanakan.

Namun yang paling penting ialah kefahaman dan sokongan ibu bapa dalam pelaksanaannya. Membela anak adalah tanggungjawab ibu bapa, namun ia perlu berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan. Kesalahan tetap kesalahan. Dan setiap hukuman yang berlandaskan niat mendidik adalah sebahagian daripada proses membentuk manusia berdisiplin dan berakhlak mulia.

Tuan Yang di-Pertua, hidup ini bukan hanya tentang diri kita sahaja. Berbagai cabaran dan dugaan yang dilalui oleh setiap manusia adalah berbeza. Kain ukur kehidupan seseorang juga adalah subjektif. Kami di pihak Perikatan Nasional sentiasa bersemangat dan tekun menyantuni masyarakat kerana kami percaya jika kita ikhlas membantu dan menyumbang kepada masyarakat, Allah pasti akan bantu.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudahi perbahasan hari ini dengan dua perkara— di mana kelentung berbunyi di situ kerbau ditinggal diam.

Tanpa cermin kita tidak tahu rupa paras kita. Tanpa nasihat, kita tidak tahu di mana kesalahan kita. Tanpa agama, kita tidak tahu arah tuju hidup kita. Maka jangan anggap diri kita sentiasa betul. Kerana yang pasti hanya Allah yang tahu siapa diri kita akhirnya.

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Sekian, terima kasih.

[Tepuk]

draft • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, saya jemput Sipitang.

draft • 5:50 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

*Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuh.* Salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.

Dari Pelakat ke Kampung Melalia; Singgah Mesapol membeli beras; Terima kasih, Tan Sri Yang di-Pertua; Memberi laluan Sipitang berbahas. Terlebih dahulu, izinkan saya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu yang begitu menyeluruh, segar, berani dan berpaksikan semangat Malaysia MADANI.

Belanjawan 2026 ini pada hemat saya bukan sekadar dokumen ekonomi, ia adalah sebuah lukisan besar di atas sebuah kanvas kebangsaan yang digarap dengan warna keadilan sosial, pembangunan seimbang serta keprihatinan mendalam terhadap rakyat seluruh pelosok tanah air, termasuk kami di negeri Sabah, nun jauh di seberang Laut Cina Selatan.

Sipitang mengalu-alukan peruntukan untuk Sabah sebanyak RM6.9 bilion yang disediakan melalui belanjawan ini iaitu jumlah peruntukan tertinggi yang pernah diberikan oleh Kerajaan Persekutuan buat negeri kami. Ia menjadi saksi bahawa Sabah kini bukan lagi wilayah pinggiran, tetapi nadi utama pembangunan nasional.

draft • 5:58 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Terima kasih Putrajaya, terima kasih Yang Berhormat Tambun dan semoga jumlah peruntukan tahunan ini terus dipertingkatkan lagi di tahun-tahun mendatang.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas penjelasan yang diberikan pada hari Rabu lepas bersamaan 22 Oktober berhubung pendirian Kerajaan MADANI berkaitan pemberian khas untuk Sabah dan juga pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.

Penjelasan tersebut bukan sekadar memberi maklumat, tetapi turut memperlihatkan kesungguhan kerajaan pusat untuk memahami denyut nadi rakyat Sabah yang sekian lama menanti tindakan susulan terhadap perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam perjanjian bersejarah itu.

Yang nyata, penerangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu menyingkap satu komitmen cukup jelas dan tuntas bahawa kerajaan di bawah pimpinan Malaysia MADANI benar-benar prihatin terhadap hak kepentingan dan

draft • 6:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

kedudukan Sabah sebagaimana termaktub dalam MA63. Sejak sekian tahun, sebutan MA63 ini bagaikan puisi cinta lama dibaca dengan penuh nostalgia tetapi tidak dihayati maknanya. Namun, saya yakin kerajaan hari ini berjiwa MADANI, kasih cinta itu akan di terjemah dalam bentuk tindakan dan bukan lagi sekadar dalam wacana.

Saya mendengar di balik kalimat ungkapan ketegasan Perdana Menteri tempoh hari terserlah komitmen Kerajaan Malaysia MADANI untuk mengotakan MA63 ini iaitu perjanjian yang menyatukan Tanah Besar Malaya, Sarawak dan Borneo Utara, negeri kami yang kini dikenali sebagai Sabah, Negeri di Bawah Bayu ini. Kita tidak meminta bulan jatuh ke riba. Cuma mengharap Putrajaya merealisasikan apa yang sudah tertulis dalam MA63 tanpa bertangguh lagi, tanpa alasan demi alasan untuk berpusing seperti roda tanpa henti. Apatah lagi mahkamah sudah menzahirkan tafsirannya, undang-undang sudah memberi ruangnya, tinggal lagi kemahuan politik untuk melaksanakannya.

Tan Sri Yang di-Pertua, jangan dikatakan Sabah ini suka mengungkit- mengungkit kerana kami tidak berdagang-dagang dengan kenangan. Kami hanya menuntut hak yang sudah tertulis dengan dakwat persetujuan oleh leluhur yang terdahulu. Jika itu pun dianggap mengungkit, bagaimana kami boleh bangkit dari ketertinggalan sejak lama? Ketika di kota-kota besar di Semenanjung dihubungkan dengan kereta api laju, dengan lebuh raya mulus enam lorong PLUS dari Utara sampai Selatan, kami di Sabah masih bergantung pada jalan-jalan kampung yang masih berlubang-lubang, menunggu puluhan tahun untuk diturap.

Kami juga mahu berlari laju bukan untuk mendahului, tetapi sekadar mahu seiring dengan saudara kami di Tanah Semenanjung ini dan jiran kami di Sarawak.

Ironinya, di kala dunia menyebut Sabah ini kaya dengan hasil bumi, rakyat yang masih miskin di dapur sendiri. Laksana rumah beratap emas, tetapi berlantaikan tanah. Apakah rakyat marhaen mempersoalkan keadaan ini yang disergah bukan sejarah masa lalu, tetapi yang dikecam kerajaan yang ada pada hari ini iaitu Kerajaan GRS, GPS di peringkat negeri, dan Kerajaan Malaysia MADANI di Putrajaya.

Tan Sri Yang di-Pertua, rakyat kini sudah bijak menilai. Mereka tidak lagi menelan manis kata tanpa merasa gula di lidah. Justeru, kita mengharap negeri dan Persekutuan sama-sama berganding bahu, mengangkat beban tanggungjawab ini bersama-sama membangunkan Sabah. Kerana ini bukan soal siapa yang berjasa, siapa yang lebih berkuasa, tetapi sebenarnya yang lebih berjiwa rakyat. Kita tidak mahu lagi menjadi bahan gurauan politik. Kononnya mundur, kononnya tidak pandai

draft • 6:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

mengurus, padahal urus tadbir tanpa kuasa penuh, hanyalah seperti kapal tanpa kemudi.

Pada hari ini kita berada di persimpangan waktu yang sangat genting. Sabah bakal mengadakan pilihan raya negeri dalam tiga minggu lagi penamaan calonnya.

Maka, biarlah kita semua menggalas tanggungjawab yang tertulis dalam MA63 ini secara kolektif supaya tidak menjadi bahan ejekan oleh para seteru politik kita.

Marilah kita melaksanakan amanah ini dengan jujur dan bersungguh-sungguh agar rakyat dapat melihat bahawa kerajaan yang ada hari ini benar-benar ikhlas.

Janganlah MA63 ini hanya menjadi dendangan ketika kempen pilihan raya, tetapi hilang dalam senyap selepas musim berakhir.

Tan Sri Yang di-Pertua, saya juga mengambil ruang ini bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan MADANI khususnya Kementerian Komunikasi atas kesudian melancarkan Program NADI on Wheels atau NOW di Sindumin di Kawasan Parlimen Sipitang yang saya wakili dua minggu lepas.

Sesungguhnya, kehadiran Yang Berhormat Menteri Datuk Fahmi Fadzil serta seluruh pasukan kementerian di daerah kami merupakan penghormatan besar kepada rakyat Sipitang khususnya warga Sabah amnya.

Oleh itu, saya ingin menyatakan rasa syukur dan terima kasih kerana isu pencapaian Internet dan jalur lebar yang telah saya bangkitkan berkali-kali di Parlimen pada akhirnya mendapat perhatian serius daripada pihak kerajaan.

Dengan pelancaran inisiatif NOW itu yang membuktikan bahawa suara rakyat luar bandar tidak disia-siakan bahawa kerajaan mendengar serta bertindak demi kesejahteraan semua lapisan masyarakat tanpa mengira geografi atau lokasi.

Tan Sri Yang di-Pertua, berkaitan isu pembelenggu dunia pendidikan.

Sipitang ingin menarik perhatian Dewan Yang mulia ini untuk menyatakan sokongan sepenuhnya berhubung keputusan kerajaan untuk membentangkan rang undang- undang (RUU) anti-buli 2025 demi menoktahkan gejala jenayah senyap ini secara tuntas. Bagi Sipitang, isu buli bukan lagi perkara kecil. Ia bukan sekadar kelakuan nakal, tetapi penyakit sosial yang mencederakan jiwa muda. Tragedi yang menimpa Allahyarhamah adik Zara Qairini menjadi peringatan keras bahawa tindakan tuntas perlu dilaksanakan segera, bukan ditangguh-tangguh, bukan esok, tetapi hari ini.

Pembentangan RUU anti-buli 2025 adalah langkah reformasi sosial yang amat tepat bagi kita. Reformasi pendidikan menyeluruh perlu digariskan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan sahsiah, literasi digital serta kesamarataan akses pendidikan untuk semua termasuk anak-anak di kawasan pedalaman Sabah.

draft • 6:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Selain itu, ia harus berfokus kepada sekurang-kurangnya lima teras utama iaitu kesihatan mental, pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, larangan membawa bahan terlarang dan berbahaya, Dasar Perlindungan Kanak-kanak atau Child Protection Policy atau (CPP) dan dengan izin.

Tan Sri Yang di-Pertua, isu kedua yang ingin saya bangkitkan ialah tentang peranan Angkatan Pertahanan Awam (APM) khususnya di Daerah Beaufort dan juga Sipitang. Dalam kita membicarakan soal pembangunan, jangan kita lupakan wira- wira tanpa dendangan ini, atau pun sorakan ini iaitu para pegawai dan anggota APM.

Di Sipitang, apabila hujan turun tanpa henti dan air sungai melimpah, merekalah yang turun lebih awal menyingsing lengan menyelamatkan nyawa tanpa mengira siapa, di mana dan bagaimana.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada APM Beaufort dan Sipitang yang sentiasa siap siaga dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat khusus dalam menghadapi bencana alam yang sering melanda daerah kami Daerah Beaufort yang sebahagian dalam Kawasan Parlimen Sipitang merupakan salah satu daerah di negeri Sabah yang paling terdedah kepada bencana banjir khususnya ketika Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh bulan Oktober hingga Mac setiap tahun.

Sejarah menunjukkan beberapa kejadian banjir besar telah berlaku.

Antaranya pada tahun 2014, 2017, 2021, 2023, 2025, telah menyaksikan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan serta banyak kawasan terputus hubungan darat dan juga komunikasi. Sambil kita menghargai sumbangan para pegawai dan anggota APM ini, Sipitang juga berharap kerajaan mengambil langkah proaktif ke arah memperkukuh APM lagi sebagai benteng keselamatan rakyat dan simbol kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran bencana pada masa hadapan.

Untuk itu, saya amat berharap agar APM secara keseluruhannya diberikan perhatian yang sewajarnya serta peruntukan dapat ditambah bagi memastikan penambahan aset dan logistik dapat dilaksanakan dan kenderaan sedia ada dapat diselenggarakan dengan baik. Saya juga berharap agar isu perjawatan dalam APM dapat diperhalusi semula khususnya melibatkan jawatan Pengarah Negeri dan Pegawai Pertahanan Awam Daerah. Ini penting supaya pegawai APM yang berprestasi cemerlang dan berkualiti diberikan ruang ataupun peluang kenaikan pangkat yang sewajarnya.

Tan Sri Yang di-Pertua, beralih kepada isu ekonomi. Sipitang ingin menyatakan penghargaan atas komitmen kerajaan dalam memperkukuh sektor

draft • 6:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

pertanian menerusi Belanjawan 2026 ini. Ia tentunya membuka ruang ke arah melahirkan usahawan tani moden yang menjana ekonomi lestari.

Seiring penekanan dalam belanjawan itu, kita meminta kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) untuk memperluas program pemulihan tanaman dan input segera ke arah kedua daerah kami iaitu Sipitang dan Beaufort bagi memperkasa lagi sektor makanan negara seterusnya mencadangkan perkara-perkara berikut.

Pertama, mewujudkan sumber agro banjir: Flood Resilient Agro Centre di Beaufort sebagai pusat agihan benih, baja dan latihan.

Kedua, laksanakan projek ladang contoh tahan banjir di Sipitang, melibatkan tanah tanaman getah dan pisang di tanah tinggi.

draft • 6:00 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

Ketiga, tambah skim pinjaman tanah banjir, [Tidak jelas] foam loan atau ladang sawit dan getah di kedua-dua daerah dan kadar faedah rendah dan keempat, sediakan pembiayaan sistem saliran mikro ladang.

Tan Sri Yang di-Pertua, dalam bicara pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa, kolej komuniti menjadi jambatan penting antara ilmu dan peluang. Inisiatif di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ini membuka ruang pendidikan kemahiran kepada anak-anak di luar bandar agar mereka tidak tercicir daripada arus kemajuan negara. Namun sejak 2016 hingga 2025, jumlah kolej komuniti di Malaysia hanya bertambah satu buah. Tanda jelas perlunya lonjakan baharu.

Di Parlimen Sipitang, hasrat untuk membangunkan kolej komuniti bukanlah cerita baharu. Ia telah disebut sejak RMK10 terus bergema di RMK11 dan RMK12, namun belum menjadi kenyataan, sedangkan pembangunan TVET di Sabah amat perlahan dengan projek baharu amat terhad dalam tempoh hampir satu dekad.

Justeru, saya berdiri di Dewan yang mulia ini untuk menyatakan sudah tiba masanya Sipitang diberi peluang itu.

Sipitang bukan daerah kecil di peta. Ia adalah pintu selatan Sabah bersempadan dengan Sarawak dengan Brunei Darussalam. Di situ terletaknya Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), nadi baharu ekonomi wilayah. Namun, hingga kini tiada satu pun kolej komuniti yang beroperasi di daerah kami, sedangkan keperluan kemahiran semakin mendesak.

Anak-anak muda Sipitang hari ini terpaksa berulang-alik jauh ke Beaufort, ke Tenom, menempuh perjalanan 60 hingga 90 kilometer hanya untuk mengikuti program kemahiran. Ramai akhirnya kecundang bukan kerana tiada minat, tetapi

draft • 6:10 PM

Datuk Matbali bin Musah - Sipitang

kerana jarak dan kekangan. Dalam dunia moden, jarak tidak seharusnya menjadi tembok masa depan.

Tan Sri Yang di-Pertua, Sipitang menyokong penuh Belanjawan 2026 ini kerana ia mencerminkan keberanian politik dan keikhlasan kepimpinan. Belanjawan ini bukan sekadar bajet kewangan tetapi manuskrip harapan untuk rakyat dari Perlis hinggalah ke Sipitang. Yang menjadi kompas pengguna masa depan negara, kompas yang menunjuk ke arah kemakmuran inklusif perpaduan nasional dan keadilan sosial.

Setiap dasar yang dilakar ibarat benih harapan yang bakal tumbuh menjadi pohon kemakmuran buat generasi seterusnya. Sabah tidak akan menjadi pemerhati pasif dalam perjalanan pembangunan ini. Kami adalah rakan sekutu dalam pembinaan Malaysia moden. Komitmen kami jelas, Sabah akan terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Yang Amat Berhormat Tambun. Sekian, Sipitang mohon menyokong. Terima kasih.

draft • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik terima kasih. Sekarang saya jemput Hulu Langat.

draft • 6:10 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tan Sri, dulu saya pernah minta dengan Speaker. Saya kata ini saya bakal Presiden, dia bagi saya 13 minit.

Saya ini sekarang ini wakil kepada Presiden, boleh 20 minit?

draft • 6:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masih 13 minit.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Masih 13 minit. Terima kasih Tan Sri Speaker. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI, salam perpaduan, salam RAHMAH. Terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Speaker dan kebenaran kepada saya untuk bersama- sama membahaskan Belanjawan Bajet Kerajaan MADANI yang akan dibentangkan, yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kira-kira tiga minggu yang lalu.

Ini adalah merupakan satu bajet yang sangat berani, satu bajet daripada rakyat kepada rakyat dengan jumlah hampir RM470 bilion meliputi seluruh warga dan juga masyarakat yang terdapat di dalam negara kita. Tidak kiralah kita yang tinggal di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak.

Tadi saya mendengar ucapan perbahasan daripada teman dan juga sahabat saya dari Ranau, yang menyatakan soal berkaitan dengan pemberian 40 percent peruntukan yang sepatutnya diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah. Saya sangat bersetuju dengan permintaan ataupun apa telah

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

diputuskan oleh mahkamah sebab ini adalah merupakan satu perjanjian yang lama, yang sepatutnya kita di peringkat Kerajaan Persekutuan ini, Kerajaan Perpaduan ini, Kerajaan MADANI ini memberikan peruntukan ini kepada Kerajaan Sabah dan juga Kerajaan Negeri Sarawak.

Namun begitu Tan Sri Speaker, saya nak mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kerajaan MADANI kerana telah memberikan peruntukan yang sangat tinggi kepada Kerajaan Negeri Sabah dan juga Kerajaan Negeri Sarawak. Saya kira kerajaan-kerajaan yang terdahulu pun tak pernah bagi peruntukan yang sebegitu baik dan juga peruntukan yang sebegitu tinggi kepada Kerajaan Sabah dan juga Kerajaan Negeri Sarawak, ditambah pula dengan peruntukan khas sebanyak RM600 juta kepada Kerajaan Sabah dan juga Kerajaan Negeri Sarawak.

Saya kira inilah manifestasi kepada Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Yang penting kita mahu peruntukan RM470 bilion ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat, rakyat dalam negara kita ini tanpa berlaku ketirisan.

Tan Sri, kita tak boleh terima kalau berlaku amalan rasuah. Rasuah ini yang sebut Pasir Puteh. Kita nak banteras amalan rasuah dalam negara kita itu. Ha, Sungai Siput, kita kena banteras amalan rasuah dalam negara kita. Ketirisan tak boleh, kelompangan tak boleh, kebocoran tak boleh, mengketadarah duit rakyat tak boleh, songlap tak boleh, samun tak boleh, curi tak boleh dan juga sakau pun tak boleh.

Alhamdulillah Tan Sri Speaker. Tiga tahun. Bentong! Ha, Bentong tadi dia sebut dengan saya. “Bang, kalau bahas karang sebutlah nama Bentong”. Dia katakan.

[Ketawa] Tiga tahun di bawah pemerintahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI. Bukan kita nak mendabik dada, tetapi alhamdulillah. Tuduh ini, semua orang boleh tuduh. Tadi kalau kita dengar ucapan daripada Jasin tadi itu, kalau dulu ini— hai Jelutong dah bangkit?

draft • 6:12 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, saya nak tanya sikit pendapat sahabat saya.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini masa pun tak berapa nak banyak ini.

draft • 6:12 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sikit, sikit.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini saya tulis tadi ini ada dekat 20 ni tapi tak tengok lagi ni.

draft • 6:12 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Oh tak, sikit je, sikit je.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha silalah Jelutong sebab kita bersahabat baik.

draft • 6:12 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya nak minta pandangan Yang Berhormat Hulu Langat. Kalau dibandingkan dengan pemerintahan masa Pagoh dulu, saya masih ingat, sekarang kita lihat pemimpin merata dunia datang ke Malaysia untuk menandatangani perjanjian dan Malaysia kita lihat review ini, daripada paparan berita, begitu baik tentang Malaysia.

Sambutan kita, cara kita melayan orang-orang yang datang ke sini dan kita berinteraksi. Perdana Menteri sibuk lari sana, lari sini melayan semua pemimpin- pemimpin. Berbanding dengan masa Pagoh, Ahli-ahli Parlimen nak bersidang di Parlimen pun tak dibenarkan. Inilah perbandingan statesmanship kita buat di antara Pagoh dan di antara Yang Berhormat Tambun. Tapi mereka masih lagi nak minta Tambun turun, turun, turun. Mampuslah kalau digantikan dengan Pagoh. Setuju tak setuju?

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab itu tadi saya dengar ucapan dari Jasin tadi. Dulu dialah yang hentam ni Tun Dr. Mahathir dulu ni. Tapi sekarang ini dia pula yang puji sekarang ini. Sebab ya lah Tun Dr. Mahathir sekarang ini dia punya mursyidul SG4 sekarang ini. Dia jadi penasihat khas sekarang ini kepada empat buah Kerajaan— Kelantan, Terengganu, Perlis dan juga negeri Kedah.

Kadang-kadang saya pun tak fahamlah kadang-kadang. Tengoklah kejayaan yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ni. Selesaikan isu pergaduhan, peperangan di antara Cambodia dan juga Thailand. Ini dia Tan Sri Speaker. Kan? Isu Gaza, isu Palestin. Kemudian Timor-Leste masuk dalam negara ASEAN.

Kita tengok inilah kejayaan-kejayaan yang sepatutnya kita kena uar-uarkan.

Bukan isu Perdana Menteri dulu naik kapal terbang tak boleh, naik helikopter tak boleh. Ha. Telefon pun sekarang ini tak boleh, keluar negara untuk cari pelabur pun sekarang tak boleh. Ini Perdana Menteri perlu luar negara ni untuk dia cari pelaburan.

draft • 6:12 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hulu Langat.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dengan pelaburan yang dia bawa masuk dalam negara kita ini, maksudnya ruang dan juga peluang pekerjaan kepada anak bangsa kita.

draft • 6:12 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hulu Langat.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Maksudnya banyak ruang pekerjaan yang dapat kita berikan kepada setiap warganegara masyarakat kita dapat di negara kita ini.

draft • 6:12 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hulu Langat.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Perdana Menteri nak joget sikit pun tak boleh.

draft • 6:12 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nyanyi sikit pun tak boleh.

“Oh nona ku Azizah, oh nona ku Azizah”. Nyanyi sikit pun tak boleh. Nak nyanyi ke nak joget ke tak ada masalah, yang penting jangan rasuah. Sungai Siput! Kita banteras rasuah. Ini kalau kita bercakap soal berkaitan dengan integriti, soal berkaitan dengan adab, soal berkaitan dengan akhlak, sebelah sana tu isu...

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dalam sana kerajaan tak ada rasuah ke?

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalau ada rasuah...

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dalam kerajaan tak ada rasuah ke?

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini Speaker, ini apa ni hakim apa ini?

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini Farhash pun diam.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei! Kalau betul Farhash ada kes rasuah...

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Farhash itu ada, diam.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

...Pergi buat report polis.

Pergi buat report polis.

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ha ini orang kata ini.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pergi buat report polis.

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini kumpulan-kumpulan ini [Tidak jelas] diri.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Pergi buat report SPRM. Ini hakim tak ada akhlak ini. Ini hakim tak ada akhlak. Ini hakim tepi jalan ini.

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kamu lagi tak ada akhlak.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hakim tak ada akhlak, tak ada adab ini.

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kamu lagi tak ada akhlak, kamu [Tidak jelas] tepi jalan.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini hakim kurang ajar, hakim kurang ajar. Ini hakim kurang ajar!

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kamu.

[Tidak jelas]

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hakim kurang ajar, hakim kurang ajar ini, hakim kurang ajar ini.

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Apa pelajarannya tak tahu ini.

draft • 6:12 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak ada adab.

draft • 6:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Habis dah? Terus, teruskan.

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dak.

draft • 6:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Teruskan Besut.

draft • 6:12 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia kata saya selalu tak ada kelas, tepi jalan tak tepi jalan, dia ini penjilat tegar ini, dia penjilat leher ini.

draft • 6:12 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hei, tarik baliklah cakap macam itu.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei, itu bos saya!

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak ada. Memang penjilat!

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei, Perdana Menteri itu bos saya.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Speaker.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Berlaku kepada Farhash.

Langsung berdiam diri.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut, Besut.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang terbaru. Okey, saya nak bagi tahu yang terbaru.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut, Besut.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut. Sekejap, sekejap.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Besut. Nanti, nanti semua. Saya lihat tiga orang Ahli Parlimen bangun. Yang pertama, Jelutong. Yang kedua, Sri Gading. Mereka diam dan minta laluan. Tetapi, Besut bangun dan terus hentam.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya. Sama yang dibuat kepada saya pada tempoh hari.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu menunjukkan — Besut. Saya sedang bercakap. Itu menunjukkan Besut tidak pernah menghormati Speaker.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul.

[Tepuk]

draft • 6:20 PM

Seorang Ahli

Betul.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi oleh itu, Besut duduk. Silakan, Sri Gading.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Terima kasih Tan Sri Speaker.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 6:20 PM

Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan - Sri Gading

Apa yang disebutkan oleh Hulu Langat tadi berkaitan dengan kehadiran pemimpin-pemimpin dunia ke Malaysia, hasil daripada persidangan ASEAN. Kebetulan Perdana Menteri kita ataupun Malaysia ini sebagai presiden ataupun pengerusi kepada ASEAN. Maka, lahirlah ataupun datanglah kumpulan-kumpulan yang menunjuk, tunjuk perasaan, menentang dan sebagainya.

Sehinggakan sampai kepada peringkat perjanjian perdagangan antara Malaysia dengan Amerika dianggap satu kerugian kerana berat sebelah. Sedangkan kita sedia maklum bahawa terdapat pertama sekali, tarif itu kekal dengan 19 peratus.

Tarif yang dikenakan oleh Amerika kepada kita dan pada waktu yang sama, terdapat 1,711 barang-barang eksport Malaysia dikecualikan daripada tarif. Bukankah ini satu kemenangan? Yang pertama.

Yang kedua, adakah pendekatan PMX memilih pendekatan diplomasi berbanding dengan konfrontasi itu menunjukkan bahawa Perdana Menteri kita PMX ini takut? Apa jawapan daripada Hulu Langat? Silakan.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Hulu Langat.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak minta sebelah sana itu, baca faktalah. Sebelah sana itu, main tuduh je. Main fitnah saja. Macam isu APMM itu. Dia fitnah. Sebutlah nak bunuh Presiden PAS lah, bawa senjatalah, nak memberontaklah, masuk dalam masjid gunakan selipar, gunakan kasut. Ini semua tak betul!

Sebab itu sebelah sana itu, dia tak ada fakta. Main fitnah, bohong, tipu saja untuk dapatkan sokongan undi. Dan sebab itu saya nak sebutkan, mereka menang dalam pilihan raya lepas pun disebabkan amalan fitnah, pembohongan dan juga

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

penipuan yang mereka lakukan. Sebab itu, tadi saya nak sebutkan, nak menari, menarilah, Yang Berhormat Perdana Menteri.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Point of order.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nak joget, jogetlah.

draft • 6:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker. Saya bangkitkan.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri Speaker, point of order. Point of order.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Nak menyanyi, menyanyilah.

draft • 6:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bangkitkan.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tapi sebelah sana isu rasuah tak selesai.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Point of order.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 6:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Isu Jana Wibawa.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Point of order.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Isu anak Menteri Besar negeri Perlis.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Point of order.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Isu anak menantu. Isu subsidi minyak masak.

draft • 6:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat Hulu Langat.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak selesai-selesai lagi!

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Point of order.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebentar, sebentar.

draft • 6:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada dua.

draft • 6:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Yang Berhormat.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Sebab.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, ha, ha..

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada dua. Ada dua point of order.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya dulu.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang pertama, Jelutong. Yang kedua, Besut.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jelutong dulu.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya, Tan Sri Speaker.

Terima kasih, Tan Sri Speaker. Saya lihat Yang Berhormat daripada Besut tadi mengeluarkan kenyataan “penjilat tegar” kepada rakan saya Hulu Langat. Dah berapa kali saya kata, beliau bekas hakim. Kalau kita nak memberi pandangan, berilah cara teratur, berhemah. Saya minta dia tarik balik kenyataan itu yang dihalakan terhadap Yang Berhormat Hulu Langat. Kita semua dengar. Terima kasih.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tak dengar perkataan itu. Besut kata penjilat, penjilat tegar? Saya tak dengar tadi. Pasal riuh rendah tadi.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang pertama, orang yang berdiam diri dan menyalahkan sebelah kita ini, sebelah sana tak nampak. Jadi, saya kata kalau orang jenis macam ini, penjilat tegarlah. Maknanya, yang Farhash, itu berlaku kepada Farhash, diam, semua diam. Jadi, saya nak beritahu bahawa...

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...jangan orang kata maknanya double standard. Dia double standard ini masalahnya.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maksud penjilat tegar?

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ha, penjilat itu.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maksud penjilat tegar itu apa dia?

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Double standard-lah, lebih kurang.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Double standard.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Double standard.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Oh, macam itu.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Jadi...

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ini memang tak tahu. Orang tak ada, orang tak ada bahasa ini.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak reti bahasa ini.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey, okey.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey sekarang.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini, ini perkataan- perkataan yang diguna ini, ya kepada...

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point of order berapa sekarang ini?

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Point of order 4—

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

4?

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Point of Order 4?

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya. 36(4).

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(4).

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, 36 saja.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ha kena. Pengucapan itu kena jelas.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya. 36.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

36(4).

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sungai Petani.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, 36(4). Apa dia ya?

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Adalah menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ataupun biadab. Dulu biadab. Sekarang dah dipinda. Yang baharu, biadab. Ha, ‘B’. Dulu ‘P’. Takut ada DAP sana kut. Ha, biadab. Atau membuat penyataan yang sexist. Tak ada, yang sexist tak ada. Ini, masalahnya sekarang ini, selalu dia kata perkataan menggunakan yang pihak kita ini, pihak pembangkang selalu mengeluarkan perkataan-perkataan yang, yang jahat kepada mereka. Padahal mereka yang banyak mengeluarkan perkataan jahat pada kita, ya. Bermakna...

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(4) itu menjurus pada perkataan mana tadi, Yang Berhormat? Menjurus perkataan mana?

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Yang dia mengatakan pembangkang ini selalu membuat fitnah dan sebagainya.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betullah.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Itu biadab itu dan mengatakan tok guru nak dibunuh. Itu perkataan yang, yang tak ada pun dalam, dalam kita punya hujah daripada ketua kita ini. Tak ada pun.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh Besut, telinga ada korek kah? Telinga ada korek?

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Perkataan bunuh ada disebut tadi.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Hei, itu disebutkan oleh Ahli Parlimen Pendang.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Nak dibunuh dan sebagainya.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu disebutkan oleh Ahli Parlimen Pendang!

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak ada disebut. Kamu yang timbulkan benda ini.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Itu disebutkan oleh Ahli Parlimen Pendang!

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, baik, baik.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu yang disebut oleh Pendang?

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha!

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, maknanya Hulu Langat mengulangi ayat itu. Itu bukan fitnah. Tapi disebut oleh Pendang. Ya.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Masalah perkataan- perkataan...

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...yang diguna itu.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Cuba dengar betul-betul.

Banyak perkataan-perkataan yang dikeluarkan.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dah, duduklah Besut.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey dah.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Selalu kurang ajar.

Kurang ajar. Dia panggil kurang ajar. Ini biadab.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Banyak perkataan biadab. Tapi diam. Tak diapakan langsung. Sebelah kita ini, kalau sikit perkataan keluar pun, kena.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

36(4) kena pun disebut. Saya, saya kena— unless, unless and until, you pick up a word. Word apa yang dikatakan tadi?

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia kata penipuan tadi.

Dia cakap ada perkataan penipuan. Kita menggunakan perkataan penipuan berlaku dia kata sebelah kita ini. Kita sebut benda-benda yang, yang tak sepatut disebut.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Perkataan itself itu bukan unparliamentary.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Penipuan.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Apa dia isunya?

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita menipu apa yang kita tipu? Tak ada pun. Ha ya.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, dah. Sekejap. Okey, baik. Itu Hulu Langat.

Teruskan. Sebentar. Baik. Hulu Langat.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, saya bagi Speaker kalau nak bahas. Bukan?

[Ketawa] Maaf, bukan, bukan, bukan. Apa ini, siapa nak bangkit tadi?

draft • 6:20 PM

Seorang Ahli

Sungai Petani.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ha, Sungai Petani, Sungai Petani, Sungai Petani. Ha, Sungai Petani.

draft • 6:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

[Ketawa] Sikit, Hulu Langat.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sila, sila, sila. Ha.

draft • 6:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Hulu Langat. Saya banyak mendengar perbahasan daripada pembangkang, dia katakan bahawa tidak menerima Trump di negara kita, ya. Dan kalau kita lihat wakil Trump itu sendiri, iaitu Duta Besar Amerika Syarikat pernah ziarah ke negeri Kelantan dan ziarah juga Timbalan Menteri Besar Kelantan. Itu baru wakil Trump. Ini Trump, bos kepada Duta Besar itu pun dah ziarah Kelantan dah diberikan sambutan yang cukup hebat sekali di Kelantan. Dan adakah ini suatu perkara yang tidak seimbang?

draft • 6:20 PM

Seorang Ahli

Penjilat, penjilat.

draft • 6:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Penjilat kah atau double standard kah atau macam mana ini Hulu Langat? Dan, dan satu lagi.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sungai Petani.

draft • 6:20 PM

Dr. Mohammed Taufiq bin Johari - Sungai Petani

Adakah Hulu Langat bersetuju kalau kita mengiktiraf Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Tambun sebagai Pengerusi ASEAN terbaik dalam sejarah?

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Wajib. Wajib kita iktiraf.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya nak sebutkan kepada Sungai Petani. Sekejap, Jelutong. Saya nak sebutkan kepada Sungai Petani, Trump ini, dia mari Malaysia ini sebab Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN. Yang jemput ini bukan Perdana Menteri Malaysia. Besut, penjilat tegar.

[Ketawa] Tak ada idea lain.

Penjilat tegar.

Hei, kalau Farhash itu ada kes, kamu besok pergi buat report polis, buat report SPRM. Jangan main tuduh saja. Sebab itu bila kita kata, kamu itu menipu, pembohong.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey. Okey, satu lagi.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak, tak, tak. Saya tak benar.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ha, dah sebut.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya tak benar.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan, Tan Sri Speaker.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab masa saya pun dah tak ada.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya lah, gentleman-lah sikit. Tak gentleman ini.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Masa, masa saya pun dah tak ada.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak gentleman.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan, Tan Sri Speaker.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tak gentleman. Dengar apa saya nak cakap.

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Eh.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, boleh?

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Paksa, paksa pula.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Berkenaan dengan rasuah ini. Boleh?

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Apa rasuah? Apa rasuah?

Rasuah apa? Rasuah.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey. Saya nak katakan bahawa sekarang...

draft • 6:20 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kita nak banteras.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

...kerajaan melantik, melantik Bagan yang menghadapi pertuduhan rasuah di mahkamah.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Hei, itu dah keterlaluan dah.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dilantik.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu dah keterlaluan, Tan Sri Speaker.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pasport dia di-impound.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

That’s too much. That’s too much.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Pasport dia di-impound.

Faham apa perkataan impound?

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Itu adalah kes mahkamah, Tan Sri Speaker.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ditahan. Pasport ditahan.

Tapi sekarang dia boleh keluar, keluar negara.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Sebab apa? Permohonan kerana dilantik sebagai trade official.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker.

Peraturan Dewan.

draft • 6:20 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini yang saya nak kata.

Kamu diam. Apa yang berlaku? Kamu diam. Ini yang saya kata, penjilat tegar tadi, inilah dia. Salah satunya. Double standard.

draft • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Standing order apa?

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri Speaker, saya, 36, 36(1) berkenaan dengan isu Bagan. Ia adalah kes dalam pertimbangan mahkamah. tidak sewajarnya dibangkitkan.

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Nombor dua, Bagan belum lagi didapati bersalah, he’s innocent until proven guilty.

Dan ketiga, yang saya tak faham itu, Besut ini adalah bekas hakim. Macam mana dia kata, penjilat tegar ini? Kalau istilah dia adalah double standard. Apa ni?

draft • 6:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Macam mana dia jadi hakim? Dia faham ke istilah itu? Dia faham ke? Dia bekas hakim. Dia confuse. Macam mana dia samakan penjilat tegar dengan double standard?

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, standing order dah saya dengar.

draft • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mangkuk hayun.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, sekarang saya sudah bagi masa cukup. Waktu untuk...

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, saya kena jawab, Tan Sri.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waktu untuk kita exercise pun dah habis.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Keluarkan apa yang...

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia sebut saya tadi.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dah lah itu Besut.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jap, jap, jap. Saya hendak minta Hulu Langat landing, masa nak habis.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, saya kena jawab.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Landing terus, landing terus.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

36(2) tadi, dia sebut 36(2).

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Besut itu, tak faham-faham.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya nak beritahu 36(2).

Standing Order 36(2) sebab Jelutong pun sebut 36(2). Selalu dia belittle saya, bekas hakimlah, apa semua. Kalau dia ini berada di depan saya pada masa itu, perangai macam ini, masuk jel lama dah.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, masa itulah.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya, masa itu kalau perangai macam ini, jel lama dah. 36(2) Tan Sri, 36(2) senang jer. Dia kata, tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah. Yang ini tak adapun dalam pertimbangan mahkamah, apa yang saya sebut.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Report baliklah.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Saya sebut, tak ada dalam fakta, tak ada.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Report-lah balik, report-lah...

[Tidak jelas]

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Maknanya, tidak betul.

Ini tidak betul.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Report-lah balik, report.

Negara kita ini ada undang-undanglah.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tiada dalam pertimbangan mahkamah pun.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Negara kita ini ada peraturan.

Hei hakim! Hoi hakim!

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Kita tengok yang kedua.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey, okey..

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Dia sudah kalah, dia sudah kalah.

draft • 6:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib - Maran

Tan Sri Yang di-Pertua.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Kalah apa? Mana pernah kalah?

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, 36(2)...

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tadi macam Jasin suruh Perdana Menteri letak jawatan, jadi isunya sekarang...

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hulu Langat, Hulu Langat.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tan Sri Speaker, kalau Tan Sri Speaker, saya kalah. Tadi Jasin minta Tambun letak jawatan.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini peraturan Dewan.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sekarang ini yang minta sekarang ini, Pagoh letak jawatan. Yang minta daripada Indera Mahkota, yang diminta daripada Tasek Gelugor, yang minta daripada Machang sekarang ini.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Tan Sri, aturan Dewan Tan Sri...

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Sebab itu saya hendak minta Besut ini, kalau boleh Besut, jaga orang Perikatan Nasional itu. Sebab Perikatan Nasional sekarang sudah pecah, sekarang ni Perikatan Nasional dah pecah teruk sekarang ini. Hei!

[Pembesar suara dimatikan]

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Okey Tan Sri, 32. Saya masih menggunakan 36(2) sebab...

[Tidak jelas]

draft • 6:30 PM

Beberapa Ahli

*Mike, mike.

[Pembesar suara dimatikan]*

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan on balik, kalau hormat saya. Tetapi kalau tak ada hormat, saya akan off terus.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey Tan Sri, saya menggunakan untuk 36(2).

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, cakap elok-elok.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, saya cakap elok- elok.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cakap sebagai seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, yang telah pun berumur, bukan 18 tahun. Cakap elok-elok.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

66 dah sekarang.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ini yang muda-muda ini.

Okey Tan Sri, okey. Dalam 36(2) jelas tidak boleh disebut apa-apa perkara yang sedang dalam pertimbangan mahkamah. Saya tak sebut apa yang ditimbangkan dalam mahkamah. Okey, sekiranya pada timbangan pengerusi, pengerusi menimbang, harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu.

Jadi, kalau Tan Sri pun tak tahu apa yang Tan Sri nak nyatakan, sama ada ia nya merosakkan kepentingan. Ada dua dalam 36(2) ini. Ramai yang tak faham ni.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Besut, sebab itu saya tak respons apa-apa.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Ya.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Makna, saya tak menghukum pun Besut. Maksudnya, saya faham apa yang tercatit dalam 36(2). Settle. Thank you, sit down.

draft • 6:30 PM

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh - Besut

Okey, terima kasih Tan Sri.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Hulu Langat.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Dua minit, dua minit.

draft • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi dua minit, landing sekarang.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Ha, sebab itu saya hendak minta kalau boleh Besut jangan kacau saya lagi. Alhamdulillah ini adalah peruntukan yang sangat besar yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI kepada setiap lapisan masyarakat dan juga rakyat dalam negara kita. Alhamdulillah

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

di sektor pendidikan, kita menerima hampir 62, RM66.2 bilion. Cuma dalam isu pendidikan ini, kita cakap syabas dan tahniah kerana pembinaan 38 sekolah baru.

Dan isu BBR ni – bunuh, buli dan rogol ni. Tan Sri Speaker... oh, dah tukar Speaker dah. Ha...

[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tak apa, yang ini tambah lagi seminit. Kita ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Speaker sebab Tan Sri Speaker hendak buka puasa.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Aik, tiba-tiba terus garang je.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tak, saya hendak sebutkan, maksudnya penggunaan rotan untuk anak-anak kita yang ada masalah disiplin ini.

Saya sangat-sangat bersetuju tetapi sebelum kita nak rotan kepada anak-anak kita ini, kita kena maklumkan kepada mereka tentang kesalahan mereka. Dan rotan itu bukanlah kita menyampah, kita tak suka ataupun kita benci kepada anak-anak kita tetapi ini merupakan satu pengajaran yang harus kita berikan. Biarlah kita menangis sekarang ini, jangan kita menangis di kemudian hari nanti.

Daripada aspek kesihatan pula, kita juga menerima peruntukan yang amat besar yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan, Kerajaan MADANI, khusus daripada sektor ataupun aspek kesihatan ini. Cuma di aspek kesihatan ini, saya hendak minta kepada Kementerian Kesihatan supaya kena beri pendedahan dan penjelasan soal berkaitan bahayanya pengambilan gula yang sangat berlebih-lebihan ini. Begitu juga peruntukan kepada agama Islam dalam negara kita.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Yang Berhormat.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Tahun ini kita dapat RM2 bilion, tahun depan insya-Allah kita akan memperoleh hampir RM2.6 bilion. Jadi, cakap-cakap sebelah sana itu yang menyatakan Islam terancam, Melayu terancam, Raja-raja Melayu terancam dan sebagainya adalah merupakan satu pembohongan, penipuan, fitnah yang mereka lakukan.

Di bawah Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan ini, alhamdulillah institusi agama Islam dalam negara kita dapat dipertahankan, dapat diperkasakan dan dapat dimajukan. Yang Berhormat Speaker...

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih.

draft • 6:30 PM

Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat

Saya menyokong pembentangan bajet belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang juga merupakan Menteri Kewangan Malaysia. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Besut kalah.

draft • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Saya jemput Yang Berhormat Langkawi.

draft • 6:30 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Puan Speaker, saya duduk mendengar, saya takut tadi ada yang pengsan tapi tak jatuh pula. Sebelum saya merujuk kepada teks ucapan saya, saya ingin membaca satu statement tiga perenggan dalam bahasa Inggeris. Izinkan saya, Timbalan Speaker.

“*The Agreement on Reciprocal Trade (ART) is anything, but reciprocal. It is a surrender; Malaysia gives away too much control over its economy, while the United States keeps freedom to decide what benefits its own industries. This deal limits Malaysia's right to make our own decision, forcing us to follow US rules in trade, investment and regulation. What is described as a "reciprocal partnership" is, in truth, the loss of our economic sovereignty and policy space. One of the most damaging clauses in Article 5.1, which requires Malaysia to copy any U.S. trade restriction or sanction against other countries.

If Washington decides to block imports from China or Russia, Malaysia must do the same, even if it harms our economy. This clause forces Malaysia to take side in other people's conflict and destroy the neutrality that has long been our strength.

By aligning Malaysia's policies with US decisions, the agreement risks driving away investors who value Malaysia's role as a neutral and stable partner in this part of the world. The ART also strips Malaysia of its ability to regulate its own markets. It forces our agency to accept American standards for food, medicine and vehicles, and it even weakens our halal certification system by recognizing foreign certifiers.

On top of that, it bans Malaysia from taxing global tech firms or requiring them to store data locally, handing over control of our digital economy. The few short-term benefits are nothing compared to the long-term damage. Implementing the ART would not make Malaysia stronger, it would mark the surrender of our sovereignty, our neutrality, and our economic future.”*

draft • 6:36 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya takkan translate apa-apa, saya tak akan komen apa-apa, ini hanyalah untuk semua Yang Berhormat digest dan ingatlah anak cucu kita di masa hadapan.

draft • 6:36 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

YB Langkawi, boleh mencelah sedikit? Saya hendak penjelasan.

draft • 6:36 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya tak bagilah.

draft • 6:36 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak bagi?

draft • 6:36 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya tak bagilah sebab masa.

draft • 6:36 PM

Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi

Tak apa, I will be back.

draft • 6:36 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

I think you reply in your Facebook lah.

[Ketawa]

draft • 6:36 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya nak bawa isu agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan. Kadang- kadang Menteri tidak dapat menyelesaikan masalah agensi-agensi ini. Saya ambil contoh di Langkawi, isu perparitan dan pengairan sawah. Kita ada lebih kurang 5,000 ekar. Di projek di Lubuk Semilang, kalau kita pergi depan Dream Forest, ada satu sungai yang bersih airnya. Lebih kurang 40 tahun dahulu, orang kampung di situ membuat satu saliran, devide sungai itu untuk masuk ke sawah mereka. Dan masa bertukar masa, maka kepala air ataupun banjir mengejut telah pun berlaku dan bannya telah pecah dan ini jadi satu masalah kepada petani-petani.

Mereka berjumpa dengan saya dan menunjukkan kepada saya apa yang dibuat oleh orang kampung secara gotong-royong dahulu. Tetapi, malangnya, tanah itu telah diberikan kepada MARDI di bawah Kementerian Pertanian dan apabila orang kampung mahu repair the ban, MARDI tak bagi. Yang nak buat itu juga adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian. MARDI pagar sungai tersebut, tali air tersebut dan bila berlaku begini, orang kampung tak dapat air yang mencukupi untuk masuk ke bendang mereka.

Apa salahnya di dalam satu kementerian berbincang supaya orang-orang petani ini dibantu? Tapi tidak. MARDI kata, “No, ini dalam kawasan tanah kami, di dalam kawasan pagar kami”. Yang jadi mangsa orang kampung. Bantulah, tuan-tuan dan puan-puan. Di Lubuk Semilang, kita perlukan satu sistem ini supaya dapat membantu orang-orang di Langkawi.

Nelayan pula di Langkawi menyatakan bahawa mereka terpaksa membeli minyak dengan harga RM2.60. Tak dapat diselesaikan juga kerana mereka tak ada lesen. Empat tahun lepas, mereka apply ataupun memohon kepada lesen tersebut

draft • 6:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

tetapi tidak diberikan kebenaran untuk mempunyai lesen ini. Maka, mereka terpaksa membeli bukan di harga subsidi. Ini kerugian besar kepada nelayan-nelayan kita.

Dan mereka juga meminta supaya sistem komunikasi juga diperbetulkan. Ada kawasan yang Telekom, operator kita meletakkan dish yang tidak ada kena mengena dengan nelayan. Maka mereka ke laut dan tidak dapat menghubungi sesiapa melalui telefon kecuali dengan walkie-talkie. Sejauh mana walkie-talkie dapat menangkap?

Hari-hari mereka nampak orang-orang Rohingya masuk ke kawasan tapi tak dapat nak menghubungi sesiapa. Ini adalah satu kecacatan yang saya rasa amat dukacita.

Dan saya minta kalau bolehlah, pergilah ke Tanjung Cincin yang berdekatan dengan cable car, lihatlah sendiri masalah-masalah nelayan di situ dari segi komunikasi. Malah, mereka mendapat komunikasi, kebenaran frekuensi daripada Siam tapi mereka tidak mahu mengguna kerana harganya mahal. Kenapa frekuensi daripada Siam boleh masuk ke dalam Langkawi, padahal kita mempunyai Celcom, Digi dan sebagainya di sana?

Tuan-tuan dan puan-puan, kekurangan jentera petani. Saya mendengar Menteri Asas Tani menyatakan banyak pertolongan telah diberikan. Tapi, tuan-tuan, di Langkawi, kawasan tidak dapat menanam padi dua kali setahun kerana tak cukup segala-galanya. Traktor daripada Pertubuhan Peladang tidak mencukupi. Dibantu juga oleh BERNAS tapi tidak mencukupi. Mereka memerlukan lebih kurang 20 hingga 30 buah traktor lagi bagi menjamin.

Pembinaan kilang padi di Langkawi. Inilah kali pertama kilang padi yang akan didirikan di Langkawi. Tetapi, selepas lulus dan BERNAS telah pun meluluskan peruntukan, malangnya soal tanah tidak dapat diselesaikan. Ini yang saya kata satu agensi, satu kementerian, tapi tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah.

Terima kasih saya nak ucapkan khusus kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah memberi peruntukan sebanyak RM400 juta. RM400 juta ini telah pun dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perdagangan.

Mereka menyatakan bahawa kerajaan telah memberi RM400 juta untuk telaga tiub.

Dan ramai telah pergi ke Okinawa, Jepun untuk melihat sistem ini. Tetapi, di pihak kerajaan mencadangkan supaya dibuat dam dalam tanah. Maka, timbullah persoalan cadangan daripada kerajaan dan cadangan daripada sistem yang dibuat di Jepun tersebut yang telah dilihat dan telah pun survives lebih daripada 150 tahun di Jepun, di Okinawa dan dibina oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries Japan. Dan perkara ini dicadangkan nak buat di Padang Matsirat. Jadi, saya ingin memohon supaya kerajaan mengkaji semula tempat dan juga sistem yang akan

draft • 6:40 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

dipakai. Kalau sudah di Jepun dah ada proof bahawa perkara ini tidak menimbulkan masalah lebih daripada 100 tahun, kenapa kita tidak mahu tiru apa yang dijalankan di Jepun tersebut?

Tuan-tuan dan puan-puan, saya juga ingin menyatakan sedikit berhubung dengan Bajet 2026 ini yang saya sifatkan sebagai teknokratik. Dalam sejumlah pelaburan sebagai respons terhadap perkembangan teknologi semasa seperti AI, semikonduktor, tenaga bersih dan ekonomi digital, akan tetapi saya melihat beberapa kelemahan utama dalam bajet kali ini. Pertama, walaupun bajet ini bersifat teknokratik, ia tidak menyentuh tentang blockchain yang mana dicakap di seluruh dunia sekarang ini.

Kita tahu sistem kewangan global telah memasuki fasa tokenized economy, yang mana aset-aset seperti hartanah, bon, komoditi dan kredit karbon dikeluar dan didagangkan menerusi rangkaian blockchain. Sayangnya, bajet kali ini kita tidak menyentuh langsung aspek blockchain dan tokenized real-world asset (RWA).

Kita sewajarnya memanfaatkan TRX Exchange sebagai hab tokenisasi dan aset digital ASEAN. Ini kerana perkhidmatan perdagangan digital mampu memainkan peranan penting dalam pada Malaysia berdepan ketidaktentuan luaran.

Laporan Bank Negara Malaysia suku kedua menunjukkan pertumbuhan tahunan terkompaun perkhidmatan digital sebanyak hanya tujuh peratus.

Bajet kali ini menyaksikan peningkatan OpEX sebanyak RM3 bilion berbanding RM335 bilion tahun lalu sedangkan kenaikan purata tahunan gaji kakitangan awam adalah sekitar enam peratus. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan, apakah ini bermakna pengambilan kakitangan baharu untuk menggantikan kakitangan yang akan bersara?

Kita juga menyaksikan development exchange (DevEx) berkurangan sebanyak RM5 bilion. Kita boleh katakan bahawa tahun depan adalah tahun ikat perut kerana pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Saya percaya kelembapan ekonomi dunia tidak boleh diharungi dengan memotong perbelanjaan semata-mata tetapi kita memerlukan satu pakej rangsangan ekonomi yang bijak.

draft • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Sila gulung.

draft • 6:40 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Bank Dunia beberapa minggu lalu telah pun melahirkan kebimbangan mengenai trend merudum DevEx atau perbelanjaan pembangunan Malaysia.

draft • 6:40 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Kerajaan sebenarnya perlu memperluaskan skop keuntungan atau revenue base. Laporan Bank Dunia juga menyatakan nisbah keuntungan berbanding KDNK

draft • 6:50 PM

Datuk Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

telah menurun daripada 2012 ke 2025. Ini bermakna pendapatan kerajaan tidak selari dengan pertumbuhan ekonomi.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Masa sudah tamat.

draft • 6:50 PM

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Haji Abdullah - Langkawi

Saya gulungkan seperti berikut. Walaupun konsolidasi fiskal amat diperlukan, ia perlu dibuat secara berhemah. Pemotongan belanja pembangunan ini bersifat jangka pendek. Kita berisiko potensi pertumbuhan jangka panjang jika tidak diseimbangkan dengan pelaburan strategik. Terima kasih Puan Speaker.

draft • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Saya jemput Yang Berhormat Batu.

draft • 6:50 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Terima kasih Timbalan Speaker untuk beri ruang kepada Batu.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 ini diperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam menyeimbangkan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Dengan jumlah keseluruhan RM470 bilion dan unjuran defisit 3.5 peratus daripada KDNK, kerajaan berani mengambil langkah fiskal yang mengembang, namun tetap berdisiplin dan berhati-hati. Inilah bentuk politik ekonomi bertanggungjawab. Kita tidak menghentikan pembangunan tetapi kita juga tidak membiarkan hutang negara melampaui batas.

Namun saya ingin menegaskan bahawa setiap angka besar dalam belanjawan ini mesti diterjemah kepada kesan yang nyata di bawah. Kita tidak mahu rakyat hanya mendengar jumlah bilion demi bilion tetapi kita tidak merasai perubahan dalam kehidupan seharian mereka. Salah satu bidang yang wajar diberi perhatian serius ialah pendidikan. Bukan sekadar dari segi prasarana dan peruntukan tetapi dari segi kualiti sahsiah dan kesejahteraan pelajar kita sendiri.

Kebelakangan ini, kita menyaksikan peningkatan isu disiplin dan jenayah dalam kalangan pelajar termasuk kes tikam di sekolah, rogol berkumpulan, vandalisme dan ponteng. Ini bukan sekadar isu moral tetapi isyarat bahawa sistem nilai dan bimbingan di sekolah perlu diperkuatkan semula.

Selain itu, masalah kesihatan mental pelajar semakin meruncing, tekanan akademik, kekangan kewangan keluarga dan kesunyian sosial menjadikan ramai pelajar terperangkap dalam keadaan tertekan tanpa bimbingan mencukupi. Kita juga berdepan isu akademik yang membimbangkan, kadar keciciran meningkat dan

draft • 6:51 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

penguasaan asas membaca, menulis dan mengira iaitu 3M masih lemah di beberapa peringkat sekolah rendah.

Dalam masa yang sama, isu pentadbiran dan penyampaian dasar dalam sistem pendidikan perlu diperbaiki. Masih wujud kelemahan dalam kepimpinan sekolah, keselamatan pelajar dan koordinasi antara kementerian serta agensi pelaksana. Sistem penyampaian dasar juga perlu diperkemas supaya setiap inisiatif dan bantuan sampai terus ke sekolah dan murid tanpa kerenah birokrasi.

Oleh itu, saya harap Kementerian Pendidikan bukan sekadar menambah peruntukan tetapi juga menambah kepekaan dan keberanian melakukan pembaruan dalam aspek nilai, tata kelola dan kesejahteraan murid. Pendidikan bukan hanya tentang kejayaan akademik tetapi tentang membentuk manusia yang berakhlak, sejahtera dan bertanggungjawab kepada masyarakat.

Selain warga kementerian dan para pendidik, ibu bapa juga merupakan asas utama kepada sistem pendidikan negara. Mereka bukan sekadar penerima hasil dasar pendidikan tetapi sebenarnya rakan strategik dalam membentuk nilai, disiplin dan minat belajar anak-anak sejak awal usia.

Tuan Yang di-Pertua, peperiksaan bukan sekadar alat penilaian akademik tetapi satu proses membentuk disiplin, arah tuju dan semangat juang dalam diri pelajar. Apabila peperiksaan seperti UPSR dan PMR diwujudkan kembali, pelajar mempunyai matlamat yang jelas dan struktur pembelajaran yang tersusun. Mereka tahu bahawa setiap usaha akan diukur dengan adil dan menjadi lambang kepada kemajuan diri.

Kajian Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2018 menunjukkan bahawa pelajar Tahun 6 diperuntukkan purata dua hingga tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran menjelang UPSR. Ini membuktikan bahawa peperiksaan mendorong pelajar untuk mengurus masa dan memberi tumpuan kepada pelajaran.

Namun, selepas pemansuhan UPSR dan PMR, budaya belajar dalam kalangan pelajar semakin longgar.

Laporan UNICEF Malaysia pada tahun 2023, didapati pelajar sekolah rendah dan menengah kini menghabiskan antara empat hingga enam jam sehari menggunakan gajet dan sebahagian besar masa untuk digunakan untuk hiburan digital. Kajian Universiti Malaya pada tahun 2024 pula mendapati lebih 60 peratus pelajar tidak mempunyai jadual belajar tetap kerana tiada peperiksaan utama yang dihadapi.

Tuan Yang di-Pertua, peperiksaan seperti UPSR dan PMR sebenarnya membantu pelajar-pelajar tentang erti usaha dan kejayaan. Melalui peperiksaan,

draft • 6:51 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

mereka berlatih menghadapi cabaran, tekanan dan kegagalan. Ia membentuk daya saing yang sihat dan semangat tidak mudah mengalah. Dengan UPSR, pelajar mengenal erti bertanggungjawab terhadap pelajaran seawal usia 12 tahun. Dengan PMR, mereka mula merancang masa depan dan nilai potensi diri sebelum melangkah ke peringkat SPM.

Selain itu, peperiksaan berpusat juga memudahkan ibu bapa dan guru menilai prestasi anak-anak secara kolektif. Sebelum ini, ibu bapa boleh melihat keputusan peperiksaan dan mengetahui kedudukan sebenar pencapaian anak mereka. Hari ini, tanpa ukuran yang jelas, ramai ibu bapa keliru dengan laporan berbentuk deskriptif yang tidak menunjukkan tahap sebenar pencapaian. Guru pula terbeban dengan sistem pentaksiran dalaman yang berbeza antara sekolah, menyebabkan penilaian menjadi tidak seragam dan kadangkala tidak adil.

Saya juga ingin menyentuh secara ringkas tentang PT3. Peperiksaan ini adalah asalnya memperkenalkan bagi menggantikan PMR, namun terbukti tidak berkesan dan tidak relevan dalam menilai kemampuan sebenar pelajar. Sebab itu, saya berpandangan bahawa cukup sekadar mengembalikan UPSR, PMR dan mengekalkan SPM sebagai peperiksaan utama negara.

Saya juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan pertimbangkan langkah untuk mengembalikan semula UPSR dan PMR dalam bentuk yang lebih moden. Penilaian boleh dilengkapkan dengan komponen sahsiah dan kemahiran insaniah agar sistem ini tidak terlalu berorientasikan akademik semata-mata. Pada masa yang sama, kawalan penggunaan gajet di sekolah wajar diperketatkan supaya pelajar dapat seimbangkan masa antara pembelajaran dan hiburan digital.

Anak-anak kita bukanlah generasi yang lemah, tetapi mereka kehilangan panduan. Apabila peperiksaan dihapuskan, mereka hilang sasaran. Apabila matlamat hilang, masa mereka banyak terbuang. Kita tidak boleh membiarkan generasi muda terus hanyut dalam dunia hiburan digital tanpa batas. Sudah tiba masanya sistem pendidikan kembali kepada asas yang membentuk disiplin, tanggungjawab dan daya saing yang tinggi. Peperiksaan bukan beban tetapi cermin usaha dan asas kejayaan sebenar.

Tuan Speaker, kerajaan telah memperuntukkan lebih RM15 bilion melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Langkah ini menunjukkan iltizam kerajaan membantu rakyat mendepani kos sara hidup yang meningkat. Namun, saya ingin menyeru agar pengukuran keberhasilan ataupun impact assessment, dengan izin dibuat secara lebih sistematik. Jangan hanya lihat dari segi bilangan penerima tetapi apa hasilnya terdapat kebergantungan bantuan,

draft • 6:51 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

peningkatan pendapatan, dan keupayaan rakyat keluar dari kemiskinan. Bantuan yang baik ialah bantuan yang akhirnya membebaskan rakyat daripada keperluan bantuan itu sendiri.

Saya juga menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan RUU Tatakelola dan RUU Lindung Rakyat serta penegasan kepada tatakelola MADANI.

Namun dalam semangat menyokong kerajaan, saya juga ingin mengingatkan bahawa tata kelola bukan sekadar slogan tetapi disiplin dalam setiap peringkat pelaksanaan dari kementerian ke agensi, dari pegawai ke kontraktor.

Apabila kerajaan memperuntukkan RM81 bilion untuk pembangunan dan tambahan RM30 bilion melalui pelaburan GLIC, kita mesti pastikan tiada ruang untuk kebocoran, projek sakit atau ketirisan.

draft • 6:51 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Ketelusan dalam pelaksanaan bukan sahaja menjimatkan wang tetapi membina kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi penekanan terhadap aspek pelaksanaan. Kita boleh merancang dengan baik tetapi sekiranya penyampaian awam masih perlahan, hasrat besar kerajaan tidak akan tercapai. Kita perlu berani melakukan reformasi dalam sistem perolehan dan pencapaian termasuk mempercepatkan kelulusan projek, pembangunan luar bandar dan negeri seperti Sabah serta Sarawak yang kini menerima peruntukan pembangunan lebih RM12.9 bilion secara keseluruhan.

Saya juga ingin menyarankan agar kementerian yang terlibat dalam projek rakyat seperti pendidikan, kesihatan dan infrastruktur diberi keutamaan dari segi penyelarasan dan pelaksanaan. Rakyat tidak boleh menunggu terlalu lama untuk merasai manfaat belanjawan yang kita luluskan di Dewan.

Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi sebanyak RM66.2 bilion, meningkat daripada RM64.2 bilion tahun sebelumnya. Ini bukti jelas bahawa kerajaan memandang pendidikan sebagai pemangkin masa depan. Namun, perbelanjaan besar mesti diterjemah kepada keberhasilan dan berukur bukan hanya dari segi bilangan sekolah atau murid, tetapi meningkatkan kualiti pembelajaran dan keupayaan daya saing pelajar kita.

Sebagai perbandingan, Singapura membelanjakan sekitar tiga peratus KDNK untuk pendidikan, manakala Malaysia menghampiri lima peratus. Tetapi prestasi akademik dan disiplin pelajar di sana jauh lebih konsisten. Ini menunjukkan bahawa isu kita bukan peruntukan tapi keberkesanan.

draft • 7:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Saya mencadangkan kepada kementerian agar setiap kementerian menilai semula petunjuk hasil, output dan outcome indicators supaya prestasi sekolah boleh diukur bukan berdasarkan input semata-mata.

Berkaitan dengan infrastruktur sekolah dan sekolah daif, peruntukan hampir RM2 bilion bagi menaik taraf 520 sekolah daif, terutama di Sabah dan Sarawak amat dialu-alukan. Namun, kita perlu memastikan proses pelaksanaan itu mengambil masa terlalu lama.

Saya mencadangkan kepada kementerian mewujudkan unit khas menyelenggara berasaskan data di bawah KPM menggunakan pendekatan predictive maintenances dengan izin, bukan sekadar menunggu aduan kerosakan. Selain itu, pembinaan 38 sekolah baru bilik darjah tambahan bernilai RM100 juta dan 350 kelas prasekolah baru akan membantu mengurangkan kepadatan murid. Namun pelaksanaannya perlu seimbang antara bandar dan luar bandar. Sekolah di kawasan pedalaman tidak wajar terus ketinggalan dari segi kemudahan asas dan akses digital.

Tuan Speaker bantuan murid dan kebajikan pelajar. Saya nampak hampir RM800 juta diperuntukkan bagi Bantuan Awal Persekolahan iaitu BAP. RM150 untuk 5.2 juta murid, penyaluran terus di sekolah melalui guru adalah langkah bijak yang mempercepatkan proses dan mengurangkan birokrasi.

Namun, saya mencadangkan integrasi penuh dengan pangkalan data utama PADU supaya bantuan benar-benar sampai kepada isi rumah yang layak dan mengelak pertindihan penerimaan. Perluasan bantuan am sekolah RM180 juta sehingga Tingkatan 5 menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pelajar miskin.

Saya juga menyambut baik Program Anak Kita RM30 juta bersama Yayasan Hasanah tetapi berharap ia diperluaskan di negeri-negeri berisiko tinggi keciciran seperti Sabah, Kelantan dan Kedah.

Tuan Speaker ada banyak lagi poin yang perlu sentuh berkaitan dengan pendidikan.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Tapi masa sudah tamat.

draft • 7:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Ya. Oleh itu saya akan sambung perbahasan saya mungkin di...

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Jawatankuasa.

draft • 7:00 PM

Tuan Prabakaran a/l M Parameswaran - Batu

Pihak Jawatankuasa. So, saya selaku Ahli Parlimen Batu menyokong Bajet 2026. Sekian, terima kasih.

draft • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Batu. Sekarang saya jemput membahas terakhir Yang Berhormat Stampin.

draft • 7:00 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Puan Speaker kerana memberi saya peluang untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2026. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas pembentangan Bajet 2026. Bukan sahaja kita dapat mencapai 3.8 peratus defisit fiskal untuk tahun ini dan 3.5 peratus defisit fiskal untuk tahun depan. Tetapi juga mencatatkan pertumbuhan KDNK negara pada tahap 4.4 peratus untuk separuh tahun pertama tahun 2025 dalam— walaupun suasana ekonomi antarabangsa yang begitu mencabar.

Tahniah juga kepada kerajaan kerana dalam tempoh dua tahun, kita berjaya memperolehi balik wang sejumlah RM15.5 bilion yang telah disakau dan dirompak oleh sindiket-sindiket haram dan penjenayah-penjenayah melalui usaha pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan. Bolehkah kerajaan memberitahu Dewan ini maklumat terperinci mengenai siapakah sindiket-sindiket dan penjenayah yang berkenaan dan juga amaun yang terlibat masing-masing yang telah berjaya diambil balik oleh kerajaan. Kami juga berharap semoga usaha sebegini boleh diteruskan di masa depan.

Isu yang saya ingin bangkitkan adalah selepas itu adalah isu scam atas talian yang sering saya bangkit dalam Dewan ini. Scam atas talian masih merupakan satu masalah yang besar. Setakat September 2025, kerugian mencecah RM1.919 bilion telah dialami oleh rakyat Malaysia akibat daripada scam atas talian. Angka ini menunjukkan satu trend kenaikan jika kita berbanding dengan kerugian sejumlah RM1.58 bilion akibat daripada scam atas talian pada tahun lalu. Oleh itu, nampaknya usaha kerajaan menubuhkan National Scam Response Center itu tidak begitu berkesan untuk menangani masalah ini.

Pada pendapat saya, sesungguhnya penipuan itu melakukan pemindaan duit dari satu akaun bank ke akaun bank yang lain. Duit penipuan itu masih dalam sistem perbankan dan boleh dijejaki, traceable and trackable. Walaupun pelbagai akaun keldai digunakan tetapi akhirnya scammer itu perlu mengeluarkan cash daripada akaun keldai supaya ia tidak dapat dijejaki.

Pengeluaran duit itu hanya boleh dilakukan melalui mesin ATM atau melalui kaunter bank. Kebanyakannya adalah melalui mesin ATM di mana penipu itu memegang kad ATM pemilik akaun keldai. Oleh itu, cadangan saya adalah supaya

draft • 7:04 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

kerajaan mewajibkan semua bank memperkenalkan sistem thumbprint reading semasa penggunaan kad ATM untuk mengeluarkan kad cash daripada mesin ATM. Sesiapa yang direkodkan selalunya mengeluarkan cash daripada pelbagai akaun orang lain boleh dikesan dan disiasat sebagai suspek kes penipuan.

Isu keduanya adalah mengenai penutupan akaun bank tanpa sebab. Sudah menjadi satu amalan kebiasaan bank-bank di negara ini bahawa sekiranya terdapat sebarang transaksi yang dianggap mencurigakan, pihak bank akan mengeluarkan notis kepada pemegang akaun untuk menutup akaun tersebut tanpa memberikan sebarang sebab. Selepas itu, nama pemegang akaun berkenaan akan disenaraikan dalam portal maklumat yang dikongsikan oleh semua institut perbankan di Malaysia.

Akibatnya, bank-bank lain yang di mana individu tersebut mempunyai akaun turut akan meminta agar akaun-akaunnya ditutup.

Seorang pemegang akaun yang telah diarahkan menutup akaunnya tidak lagi boleh membuka akaun baru di mana-mana bank. Keadaan ini boleh diibaratkan sebagai satu bentuk hukum mati dari segi kewangan, a death penalty financially kepada individu tersebut. Pemegang akaun langsung tidak dimaklumkan sebab sebenar tindakan tersebut diambil oleh bank-bank. Apabila beliau merayu kepada Bank Negara, beliau diarahkan untuk berurusan dengan bank berkenaan.

Namun, apabila dirujuk semula kepada bank, pihak bank memaklumkan bahawa mereka berhak menutup akaun mana-mana pelanggan tanpa perlu memberikan alasan.

draft • 7:04 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Dalam zaman sekarang, hidup tanpa akaun bank hampir mustahil. Gaji pun tidak dapat dibayar kerana kebanyakan majikan sekarang membayar gaji melalui bank transfer. Tanpa akaun bank, seseorang hilang keupayaan untuk menerima gaji dan menjalankan urusan kewangan secara sah. Akankah kerajaan akan terus membiarkan bank-bank di negara kita bertindak sewenang-wenangnya tanpa kawalan hingga menindas rakyat biasa?

Saya bercadang bahawa kerajaan dan Bank Negara Malaysia mengeluarkan satu garis panduan, direktif kepada semua institusi perbankan supaya sebelum bank mengarahkan penutupan sesuatu akaun, pihak bank sepatutnya terlebih dahulu mengeluarkan notis tunjuk sebab iaitu show cause letter kepada pelanggan yang terlibat untuk memberikan penjelasan mengenai transaksi yang dianggap mencurigakan. Hanya selepas penjelasan pelanggan yang tidak munasabah diterima atau tiada jawapan diberikan, barulah bank boleh menutup akaun tersebut.

draft • 7:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Satu kes yang spesifik yang saya ingin sebutkan dalam Dewan ini ialah seorang salesman kereta, Encik Chong Yu Hau. Yu, y-u; Hau, h-a-u, yang telah menjadi mangsa kepada amalan bank tersebut sejak Februari 2025, tahun ini dan gaji dan komisen jualannya berbulan-bulan tidak dapat dibayar melalui bank. Rayuan beliau kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan pun tidak mendapat maklumat— maklum balas atau penyelesaian.

Saya harap YB Menteri Kewangan boleh memberi perhatian segera terhadap kes Encik Chong Yu Hau dan menyelesaikan masalah ini dengan sewajarnya demi melindungi hak dan keadilan rakyat. Dan juga ada ramai yang di luar juga mengalami tindakan bank serupanya dan haraplah kerajaan boleh memberikan perhatian kepada mereka supaya masalah mereka boleh diselesaikan.

Isu sedemikiannya adalah isu LHDN Kuching dan pengeluaran lesen berniaga. Sudah lama LHDN cawangan Kuching yang mengendalikan pengeluaran lesen berniaga itu menghadapi masalah yang serius dari segi kapasiti memproses permohonan dan kebelakangan ini urusan pembaharuan lesen berniaga juga semakin sukar. Maka, setiap hari sesiapa yang ingin memohon lesen berniaga baru atau memperbaharui lesen perniagaan mereka terpaksa berbaris seawal pukul 6 pagi bagi mendapatkan nombor giliran untuk dilayan oleh pegawai bertugas yang mula kerja pada pukul 8 pagi.

Sekiranya seseorang pemohon tiba sekitar jam 7 pagi, nombor giliran untuk hari tersebut lazimnya telah habis menyebabkan pemohon perlu hadir semula pada hari lain untuk mengemukakan permohonan mereka. Keadaan ini telah banyak menyusahkan rakyat jelata yang ingin berniaga mengikut undang-undang.

Akibatnya, akibat kelewatan dan kesukaran mendapatkan giliran, ramai yang terpaksa berniaga tanpa lesen dan atau tanpa memperbaharui lesen perniagaan mereka demi meneruskan mata pencarian.

Sehubungan ini, saya ingin mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Kewangan. Apakah punca sebenar masalah ini yang telah berlarutan begitu lama?

Bagaimana kerajaan bercadang untuk menyelesai masalah ini? Kini kita telah berada di zaman digital. Kerajaan harus memperkenalkan sistem pengeluaran lesen berniaga atas talian dan bukan begitu menyusahkan rakyat.

Isu seterusnya adalah isu kenaikan premium insurans perubatan secara mendadak. Sejak tahun lalu, premium insurans perubatan telah meningkat dengan mendadak. Walaupun Bank Negara telah menetapkan moratorium yang mengehadkan kenaikan premium tidak melebihi 10 peratus setiap tahun bagi tempoh tiga tahun iaitu dari 2024 ke 2026, namun apa yang akan berlaku selepas tahun

draft • 7:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

2026? Alasan yang diberikan oleh syarikat insurans untuk menaikkan premium insurans perubatan adalah sebab kenaikan kos rawatan dan perubatan. Tanpa kenaikan tersebut, syarikat insurans akan menanggung kerugian.

Namun demikian, perlu ditekankan bahawa perniagaan insurans tidak boleh hanya tertumpu kepada insurans perubatan berasingan sahaja. Kebanyakan syarikat insurans besar turut mengendali life insurance, general insurance dan produk kewangan lain yang secara keseluruhannya menjana keuntungan besar setiap tahun. Kalau meneliti laporan kewangan syarikat insurans, hampir kesemuanya beruntung ratusan juta hingga berbilion ringgit.

Sebagai bukti, pada tahun 2023, keuntungan bersih AIA Berhad adalah RM1.41 bilion. Keuntungan bersih Great Eastern adalah RM1.12 bilion. Keuntungan bersih Prudential adalah RM963 juta sedangkan keuntungan bersih Alliance adalah RM319 juta.

Bagi tahun— saya tak ada angka-angka yang berkenaan bagi tahun 2024, tetapi mengikut laporan yang dibaca di berita, keuntungan mereka dilaporkan untuk 2024 telah bertambah dengan puluhan peratus lagi. Oleh yang demikian adalah tidak wajar untuk syarikat insurans untuk mempertahankan cadangan kenaikan premium insurans perubatan sedangkan keuntungan besar daripada produk insurans lain tidak diambil kira dalam pertimbangan tersebut. Maka, saya menyokong penuh cadangan Yang Berhormat Puchong agar kerajaan membekukan segala kenaikan premium insurans perubatan selepas tahun 2026.

Isu terakhir iaitu isu berkenaan dengan Kementerian Pelancongan. Tahun depan merupakan Tahun Melawat Malaysia (TMM 2026) yang merupakan satu kempen besar-besaran untuk mempromosikan sektor pelancongan negara kita dan dijangka akan menarik 47 juta pelawat asing dan menjana pendapatan sebanyak RM329 bilion kepada sektor pelancongan negara kita.

Walaupun Tahun Melawat Malaysia diuar-uarkan sebagai satu event yang besar untuk negara kita, tetapi setelah meneliti buku Bajet 2026, saya mendapati bahawa tiada peningkatan peruntukan yang signifikan diberikan kepada Kementerian Pelancongan untuk melaksanakan kempen besar ini. Pada tahun 2025, jumlah peruntukan untuk Kementerian Pelancongan adalah RM1.4 bilion. Untuk tahun depan 2026, jumlah peruntukan adalah RM1.5 bilion hanya tambahan 10 peratus sahaja.

Oleh itu, saya menyeru supaya kerajaan menambahkan peruntukan kepada Kementerian Pelancongan supaya Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dapat

draft • 7:10 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

dilaksanakan dengan lebih berkesan dan mencapai sasaran yang dianjurkan.

Dengan kata-kata ini, saya menyokong Bajet 2026.

draft • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng

Terima kasih Yang Berhormat Stampin [Tepuk] . Ahli-ahli Yang Berhormat untuk makluman, seramai 159 orang Ahli Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat dasar. Mulai esok hingga 4 November 2025, Yang Berhormat Menteri-menteri akan menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat dasar.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 29 Oktober 2025. Terima kasih.

draft • 7:10 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.18 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026