Katalog Hansard
[Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Apa khabar semua? Baiklah, kita mulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan. Saya mempersilakan Tuan Khoo Poay Tiong, Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker.
Saya ingin ambil kesempatan ini ingin menjemput supaya kita bersama-sama mendoakan supaya Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-47 ini akan berlangsung dengan lancar dan berjaya supaya dapat mengangkat nama Malaysia di arena antarabangsa.
[Tepuk] Timbalan Speaker, sebelum saya tujukan soalan pertama, saya ingin baca satu pantun.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dari Kota Melaka menuju ke negeri Johor, Singgah di Pagoh untuk makan tengah hari; Nampak perkhidmatan myBAS di setiap negeri, Cuma anak menantu Pagoh masih belum ditemui. Soalan saya soalan nombor 1.
1. Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka] minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah pengguna Pas Konsesi BAS.MY mengikut negeri dan pecahan peratusan pemegang Pas Konsesi BAS.MY yang merupakan pelajar sekolah, mahasiswa, OKU dan warga emas.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera, salam Malaysia MADANI Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat bulan Ogos 2025, dasar Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk menawarkan perkhidmatan bas percuma kepada golongan warga emas, pelajar sekolah, mahasiswa dan OKU telah memanfaatkan 49,611 orang. Perkhidmatan BAS.MY percuma ditawarkan di negeri masing-masing melalui Kad Konsesi BAS.MY yang dibuka kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas, pelajar sekolah, mahasiswa awam dan swasta serta OKU.
Perkhidmatan BAS.MY di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti memberikan tumpuan di kawasan ibu-ibu negeri dan sekitarnya, khususnya di luar Lembah Klang. Setakat Oktober 2025, perkhidmatan BAS.MY telah beroperasi di kawasan Kangar, Kota Setar, Ipoh, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuching. Perkhidmatan ini juga sedang diperkenalkan secara berfasa di Kota Kinabalu.
Secara keseluruhan, 78 peratus daripada pengguna yang menikmati perkhidmatan bas percuma melalui Kad Konsesi BAS.MY adalah warga emas.
Diikuti 13 peratus pelajar sekolah, enam peratus OKU dan tiga peratus mahasiswa.
Jumlah pengguna Kad Konsesi BAS.MY paling tinggi adalah di Johor Bahru, Kuching, Ipoh, Seremban dan Melaka. Kalau mengikut perincian, jumlah penerima ataupun pemegang pas konsesi ini:
(i) Ipoh, 7,304;
(ii) Johor Bahru, 16,832;
(iii) Kangar, 692;
(iv) Kota Bharu, 928;
(v) Kota Setar, 2,208;
(vi) Kuala Terengganu, 454;
(vii) Melaka, 4,668;
(viii) Seremban, 6,310; dan
(ix) Kuching, 10,215.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
MOT mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil rakyat yang telah menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk mendaftarkan pengguna-pengguna yang berkelayakan bagi perkhidmatan bas percuma melalui Kad Konsesi BAS.MY.
Untuk Melaka, saya nak merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Melaka kerana Melaka ada pemegang kad konsesi ini. Warga emas, 3,173; pelajar sekolah, 1,099; OKU, 396. Jadi, keseluruhannya 4,668. Namun begitu, saya harap bilangan ini akan terus meningkat supaya dapat memanfaatkan lebih ramai orang penerima. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Timbalan Speaker.
Terima kasih kepada Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kementerian kerana begitu prihatin sekali ya, memperluaskan perkhidmatan MY.BAS ini kepada setiap hampir setiap negeri.
Jadi, soalan saya adalah bagaimanakah kementerian dapat melaksanakan ataupun memainkan peranan untuk memastikan kadar penggunaan tersebut dapat ditingkatkan lagi dengan konsep whole-of-government? Sebab saya lihat hari ini, kekurangannya ialah kita tidak mencukupi perhentian bas yang mencukupi, perhentian bas di mana ia nya melibatkan kementerian yang lain. Jadi, bagaimanakah peranan kementerian boleh ambil untuk memastikan lebih banyak bas perhentian supaya lebih ramai ya, pengguna dapat memilih perkhidmatan pengangkutan awam ini? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih atas pandangan dan juga cadangan Yang Berhormat Ahli Parlimen Kota Melaka. Memang betul bahawa ekosistem untuk kita memastikan penggunaan pengangkutan awam ini mesti menyeluruh. Bukan sahaja perkhidmatan bas, tetapi dari segi kemudahan seperti perhentian bas, laluan pejalan kaki dan sebagainya perlulah disediakan.
Namun begitu, ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Sudah tentu Kementerian Pengangkutan akan cuba membantu. Tetapi, kita ada kekangan ya, dari segi peruntukan dan juga sumber. Seperti perhentian bas umpamanya, ia mesti memerlukan kerjasama daripada pihak PBT. Kalau pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya umpamanya, boleh menyediakan tapak dan juga menyediakan sedikit peruntukan untuk menyediakan perhentian bas. Itu sudah tentu akan membantu.
Tuan Loke Siew Fook
Dan kita juga menggalakkan model kerjasama awam–swasta supaya bukan semua perhentian bas itu perlu dibina oleh pihak kerajaan ataupun PBT, kita juga boleh menyediakan tapak. Dan memang Kementerian Pengangkutan sekarang ini mereka satu ramp supaya syarikat-syarikat swasta boleh adopt perhentian- perhentian bas ini. Mereka diberikan hak untuk meletakkan iklan mereka dalam perhentian bas itu supaya mereka menaja dan juga menyelenggara perhentian bas itu. Dan ini sudah tentu akan memberikan satu kerjasama menang-menang kepada semua pihak.
Tuan Loke Siew Fook
Memang betul, saya harap perhentian bas dan laluan pejalan kaki ini akan terus diperkasakan di peringkat lapangan. Dan saya harap Yang Berhormat dapat mengenal pasti lokasi-lokasi yang patut diletakkan perhentian bas ini. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Jerlun.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya ingin membangkitkan persoalan tentang laluan BAS.MY Alor Setar ke Kangar yang saya lihat saban hari agak kosong, tidak ada penumpang. Kalau adapun, mungkin boleh dibilang. Persoalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menukar khususnya laluan Alor Setar-Kangar ini dengan— daripada perkhidmatan BAS.MY kepada van Rapid, sebab van Rapid ini dia berskala kecil, yang boleh memasuki kawasan-kawasan ataupun di pekan-pekan kecil. Dan ini dapat memberi ruang kepada penumpang untuk sampai kepada destinasi.
Kita ada contoh, macam di Kuala Lumpur dia ada van Rapid KL. Di Penang, van Rapid Penang. Dan di Kuantan pun sama Rapid Kuantan. Jadi, adakah— soalan saya, adakah kerajaan nak tukar kepada Rapid KL tadi, van Rapid tadi? Yang kedua, berkaitan dengan BAS.MY ini.
[Dicelah]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, banyak sangat Yang Berhormat soalan tambahan ini.
Dr. Haji Abd Ghani bin Ahmad - Jerlun
Tak... tak, dua soalan. Ini baru satu. Baik, adakah tuntutan bayaran daripada syarikat pengendali BAS.MY ini berdasarkan kepada kekerapan laluan ataupun berdasarkan kepada mileage? Jadi, saya nak jawapan yang tuntas, nama syarikat dan kiraan tadi. Sekian.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Ya, tak perlulah saksi Yang Berhormat. Memang dari segi, berulang kali saya memberikan penjelasan berkenaan dengan BAS.MY di Dewan yang mulia ini. BAS.MY ini, dia bukan berdasarkan kepada claim. Dia berdasarkan kepada satu kontrak yang ditentukan oleh kerajaan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat. Agensi Pengangkutan Awam Darat sudah pun menentukan laluan-laluan, berapa jarak dia, berapa kekerapan dia yang kita nak.
Jadi, pihak pengendali yang dilantik itu dia perlu menjalankan apa yang diminta ataupun apa yang telah ditetapkan oleh APAD ataupun Agensi Pengangkutan Awam Darat.
Jadi, bayaran kepada mereka adalah berdasarkan, sama ada mereka telah menjalankan perkhidmatan itu. Itu model yang kita guna pakai. Sebab dulu kalau kita kata biarkan pihak pengendali nak tentukan bila mereka berjalan, berapa kerap mereka jalan, kebanyakannya tak ada kekerapan dan rakyat tidak akan mendapat penentuan terhadap perkhidmatan itu. Jadi, sekarang ini model yang kita guna pakai adalah fixed model. Maka mereka pengendali ini mesti berjalan. Betul. Memang kadangkala tak ada penumpang. Dia kena jalan. Sebab itu kekerapan.
Jadi, mengapa tak ada penumpang? Adakah wakil rakyat tak menggalakkan ataupun tidak menguar-uarkan perkhidmatan itu? Antara Kangar dengan Alor Setar.
Itu dua ibu negeri. Sekarang ini tak ada perkhidmatan. Jadi, kalau kita adakan perkhidmatan ini secara percuma, ulang alik antara Kangar dengan Alor Setar, ada perkhidmatan BAS.MY ini yang cukup murah dan juga kepada pemegang-pemegang kad konsesi adalah percuma.
Jadi, mengapa tak ada penggunaan? Mungkin kesedaran orang ramai tak cukup. Jadi, memang BAS.MY ini tujuannya ialah untuk menghubungkan beberapa trunk road yang utama, umpamanya antara sektor Kangar dengan Alor Setar. Di sepanjang jalan itu memang ada satu perkhidmatan yang penting.
Jadi, saya harap Yang Berhormat dapat membantu untuk menguar-uarkan dari segi penggunaan bas itu. Memang untuk BAS.MY kita hanya menggunakan bas.
DRT itu adalah di bawah Rapid KL, di bawah Rapid Penang. Itu menggunakan model yang lain, sebab apabila kita melantik syarikat pengendali, kita telah tentukan dia perlu menyediakan bas yang baru, bas yang moden. Jadi, memang laluan-laluan itu telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, kalau laluan-laluan itu memang tak economic ataupun tak ramai penumpang, sudah tentu pihak APAD boleh melihat kembali mana laluan
Tuan Loke Siew Fook
yang tak ramai penumpang, mereka boleh mungkin mengalihkan kepada laluan- laluan yang lebih ramai penumpang. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Berikutnya, Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun, Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 2.
2. Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah pemantauan dan penguatkuasaan yang diambil oleh Kementerian terhadap warga asing yang telah diberikan visa jangka panjang atau yang terlibat dengan Program Malaysia My Second Home mematuhi undang-undang negara dan tidak terlibat dalam kegiatan yang menjejaskan keselamatan awam.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bismillahirrahmanirrahim, Yang Berhormat Yang di-Pertua, Yang Berhormat Hulu Selangor.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited dalam pastikan keselamatan negara sentiasa berada di tahap yang terbaik dan tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran syarat pas atau aktiviti jenayah oleh warga asing yang dibenarkan menetap di Malaysia.
Walaupun kerajaan menyediakan kemudahan pas jangka panjang seperti Malaysia My Second Home dan visa-visa lain yang bertujuan menarik pelabur dan penduduk berkualiti. Namun pemantauan dan penguatkuasaan sentiasa kita jalankan bagi kita pastikan individu yang diberikan pas lawatan tersebut tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh mengancam kedaulatan, keselamatan dan ketenteraman awam negara ini.
Setiap permohonan jangka panjang, termasuk pengeluaran pas MM2H perlu melalui proses kelulusan di peringkat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh pegawai kanan dan setiap permohonan diwajibkan melalui tapisan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia. Proses ini penting untuk mengesan sebarang rekod jenayah domestik. Di samping itu Yang Berhormat, saringan turut melibatkan proses tapisan keselamatan silang dengan agensi-agensi keselamatan dan risikan negara untuk mengesan ancaman strategik, ekstremis atau jenayah terancang antarabangsa. Ini penting bagi mempastikan setiap kelulusan dinilai secara holistik dan berisiko rendah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Bagi pemohon pas jangka panjang MM2H, diwajibkan membuka Letter of Good Conduct (LOGC) dari agensi penguat kuasa negara asal mereka sebagai bukti pemohon tidak mempunyai sebarang rekod jenayah di negara asal dan juga bukti integriti peribadi dan berkelakuan baik pemohon. Pengeluaran pas jangka panjang adalah untuk tempoh maksima lima tahun sahaja, bukan pas seumur hidup.
Sebarang permohonan pembaharuan pas akan dinilai semula prestasinya.
Semasa proses penilaian ini, aspek keselamatan kepada negara akan menjadi kriteria utama. Jika terdapat keraguan, rekod negatif atau ancaman dikesan, permohonan pembaharuan pas akan ditolak. Di samping itu, agensi keselamatan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap aktiviti pemegang visa jangka panjang.
Untuk makluman, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa mutlak untuk membatalkan serta-merta pas jangka panjang MM2H atau visa lain individu yang melanggar syarat pas atau didapati terlibat dalam kegiatan menjejaskan keselamatan negara. Mana-mana pemegang visa yang didapati terlibat dalam kegiatan melanggar undang-undang negara seperti jenayah terancang, pengintipan atau aktiviti subversif akan dikenakan tindakan tegas di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan kuasa-kuasa undang-undang berkaitan.
Untuk makluman, pembatalan pas segera akan diikuti dengan tangkapan, pendakwaan dan pengusiran ke negara mereka. Kerajaan memberi jaminan bahawa meskipun program visa jangka panjang menawarkan faedah ekonomi, keamanan dan keselamatan negara akan sentiasa diberi keutamaan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Hulu Selangor.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih YB Menteri di atas jawapan yang telah diberi. Jadi, sepertimana kita sedia maklum bahawa program Malaysia My Second Home ini adalah satu program yang telah lama, iaitu 2022, makna lebih 20 tahun. Jadi, sudah pasti ada banyak perkara yang baik dan buruk yang telah berlaku.
Soalan saya, adakah kementerian mempunyai pangkalan data bersepadu untuk menjejak keberadaan peserta Malaysia My Second Home (MM2H) ini serta apakah langkah-langkah keselamatan yang diperketatkan dalam proses kelulusan Malaysia My Second Home, khususnya selepas terdapat warga asing menyalahgunakan kemudahan visa untuk aktiviti-aktiviti mencurigakan walaupun jawapan telah diberikan serba sedikit berkaitan dengan keselamatan tadi. Saya
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
cuma nak tahu, adakah yang terkini, yang terbaru untuk diperketatkan perkara ini.
Terima kasih Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Tuan Yang di-Pertua, Program Malaysia My Second Home (MM2H) ini dilaksanakan dengan kawalan keselamatan yang ketat melalui sistem bersepadu di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Yang Berhormat Menteri Pelancongan ada sini.
Semua maklumat peserta termasuk prinsipal dan tanggungan direkod dalam pangkalan data MOTAC yang dihubungkan dengan sistem imigresen, MyIMMS.
Ini bagi pastikan pengurusan data yang berintegriti serta mematuhi keperluan keselamatan negara.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Hanya ejen berdaftar dengan MOTAC dibenarkan untuk mengurus permohonan dan urusan peserta MM2H. Maklumat ejen ini turut disimpan dalam sistem bagi tujuan pemantauan dan memastikan setiap urusan dijalankan secara sah dan berterusan. Untuk makluman Yang Berhormat, selain itu, setiap pemohon Program MM2H ini diwajibkan melalui tapisan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia, sebagaimana saya sebutkan tadilah, sebelum kelulusan diberikan.
Bagi urusan pengeluaran deposit tetap, peserta perlu mendapatkan kelulusan MOTAC. Ini kawalan sangat ketat, terutama bagi tujuan pembelian hartanah yang dibenarkan di bawah syarat-syarat program ini. Jadi, banyak pembaharuan yang kita buat. Ini penting bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terkawal walaupun program ini meningkatkan ekonomi kita. Terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kepong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Terima kasih Dato’ Speaker. Timbalan Menteri, soalan Tenggara, tambahan. Apakah langkah kawalan dan saringan yang dilaksanakan oleh KDN ini bagi memastikan hanya pelawat asing yang memenuhi syarat keselamatan dan kelayakan dibenarkan memasuki Malaysia?
Tidak bersekali dengan Program Malaysia My Second Home inilah serta apakah langkah-langkah yang tadi telah disebutkan itu. Apakah sebenarnya senarai langkah- langkah penambahbaikan yang sedang dilaksanakan oleh KDN bagi memperkukuhkan kawalan kemasukan warga asing sebelum tiba di pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah
Terima kasih Yang di- Pertua, sahabat saya, Tenggara. KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia, kita laksanakan kawalan dan saringan awal terhadap setiap pelawat asing melalui sistem MyVisa dan Malaysia Digital Arrival Card (MDAC). Melalui MyVisa, tapisan keselamatan serta penilaian risiko dilaksanakan sebelum visa diluluskan oleh pejabat pewakil Malaysia di luar negara. Sementara itu, MDAC perlu dilengkapkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ketibaan. Ini penting bagi membolehkan pihak imigresen merekod dan menilai tujuan sebenar pelawat melawat negara asing lebih awal.
Setibanya di pintu masuk antarabangsa, pelawat akan melalui proses pemeriksaan imigresen, sama ada melalui autogate atau kaunter manual. Ini seperti biasa. Pemeriksaan ini Yang Berhormat, akan mendokumenkan semakan dokumen perjalanan, visa, senarai keselamatan, termasuk penilaian penginapan serta kemudahan kewangan. Langkah ini sebenarnya bagi memastikan individu ini mematuhi syarat-syarat keselamatan dan kelayakan dibenarkan sebelum masuk ke negara ini supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah atau risiko pada keselamatan Malaysia.
Selain daripada itu, banyak langkah-langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan oleh KDN bagi perkukuhkan kawalan kemasukan warga asing di pintu- pintu masuk. Sebagai langkah tambahan, KDN sedang melaksanakan apa yang kita panggil APSS, yang dijadualkan beroperasi mulai Disember ini. Melalui sistem ini, tapisan dan penilaian awal terhadap pelawat asing dapat dilaksanakan sebelum mereka tiba di Malaysia bagi memastikan hanya individu yang memenuhi kriteria keselamatan, kelayakan dibenar masuk di negara ini.
Jadi, pelaksanaan APSS ini dijangka akan meningkatkan keberkesananlah penguatkuasaan imigresen dengan membolehkan pengesanan awal pelancong berisiko tinggi serta mengurangkan risiko penyalahgunaan PLS dan kemudahan visa jangka panjang. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri. Berikutnya, Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan, Kuala Pilah.
Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Kuala Pilah melontarkan soalan di nombor 3.
3. Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan [Kuala Pilah] minta Menteri Kesihatan menyatakan inisiatif kementerian dalam mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, hipertensi dan obesiti melalui pendekatan bersepadu merangkumi promosi gaya hidup sihat, pengukuhan rawatan primer serta kerjasama rentas kementerian bagi memastikan keberkesanan intervensi kesihatan awam di seluruh negara.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya, Kuala Pilah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Malaysia MADANI semuanya. Dato’ Timbalan Yang di-Pertua, dunia dan Malaysia tidak berkecuali berdepan dengan cabaran kesihatan awam yang semakin kompleks. Apabila kita beredar daripada pandemik, penyakit-penyakit berjangkit seumpama pandemik SARS-CoV-2 ataupun penyakit COVID-19, virusnya SARS-CoV-2, kita segera berdepan dengan satu lagi cabaran pandemik yang dikatakan pandemik penyakit- penyakit kronik atau bahasa lebih canggihnya, the non-communicable diseases
(NCDs).
Sifatnya NCDs ini lebih mencabar kerana ia bukan— berbeza dengan infectious disease, penyakit-penyakit berjangkit. Dia datang dan dia pergi, dia acute dan dia episodic (bermusim). Tetapi NCDs is a lifelong disease, a lifelong challenge, cabaran kesihatan yang sepanjang hayat. Umpama kalau kita berdepan dengan end- stage renal failure, dialysis will be for the whole of our life dan sebagainya.
Justeru, cabarannya adalah lebih besar. Kementerian Kesihatan kini memberi tumpuan untuk memastikan rakyat lebih sedar, lebih celik, lebih tahu bahasanya, lebih ada literasi. Sebab itu kita lancarkan Program Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan. Sebab perlu tahu dulu sebelum segala-galanya, melalui penyampaian maklumat yang tepat dan mudah juga.
Apabila tahap kesedaran meningkat, pendekatan seterusnya ialah menggunakan apa yang dikatakan sebagai kaedah perubahan tingkah laku, the behavioral insight yang merupakan satu teknik, satu pendekatan, satu tool yang paling terkini untuk mengubah tingkah laku ke arah gaya hidup sihat secara berkesan dan berterusan.
Dato’ Yang di-Pertua, antara inisiatif utama adalah antara lainnya berdepan dengan penyakit empat serangkai itu sama ada diabetes, hypertension ya, tinggi kolesterol dan juga berat badan yang berlebihan ataupun dan juga obes. Kempen perang atas gula (war on sugar) ya, pengenalan antara lainnya nutri hub, di mana di
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
pasar-pasar raya kita perkenalkan sudut-sudut di mana meningkatkan kesedaran pemakanan sihat. Mereka ada choice ya, mereka akan dapat digalakkan untuk membuat pilihan yang lebih baik.
Pelaksanaan itu pertama, ya war on sugar. Dan keduanya adalah ini pun pelaksanaan sudah sekian lamanya, Pinggan Sihat Malaysia, suku-suku separuh. Itu inisiatif yang lama tapi tetap kita perbaharui. Dan seterusnya, Kementerian Kesihatan juga menyambut baik di bawah Belanjawan 2026, memperkenalkan kenaikan kadar duti eksais terhadap risk factors dalam NCDs iaitu rokok dan juga minuman keras 1 November 2025, Dato’ Yang di-Pertua, sebagai sokongan kepada usaha pencegahan penyakit tidak berjangkit di negara kita ini.
Di peringkat prima pula, primary health care, pengurusan NCDs diperkukuh lagi dengan memastikan kesinambungan penjagaan yang berkesan antara saringan dan rawatan. Jadi dengan itu, kita sudah pun juga membuat saringan. Kita adakan National Health Screening Initiative (NHSI) dan PEKA B40, di mana kita telah pun dalam NHSI, menyaring 1,364,421 individu berumur 18 tahun ke atas. Telah kita saring seluruh negara sehingga September 2025, Dato’ Yang di-Pertua.
Juga begitu, setelah kita saring, kita juga akses kepada— akses dan experience ataupun pengalaman pesakit rawatan prima juga diperkukuhkan dengan kita meningkatkan dan perluaskan perkhidmatan konsultasi secara maya. Dato’ Yang di-Pertua, pada tahun lepas, sebanyak 1,600— maaf, 163,975 sesi konsultasi maya telah berjaya dilaksanakan dalam tahun tersebut, sehinggalah Julai 2025. Jadi, itu yang telah antara lainnya juga kita, KKM melibatkan this is whole-of-government, Dato’ Yang di-Pertua. Tidak cukup dengan KKM saja, whole-of-government, seluruhnya kerajaan, bahkan seluruhnya nation, the whole-of-nation ya, melibatkan kementerian dan agensi lain untuk kita laksanakan inisiatif-inisiatif kesihatan bagi memastikan impak lebih meluas.
Antara lainnya, kita bersama dengan Kementerian KPM dalam pelaksanaan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HITS), H-I-T-S. Kementerian Belia dan Sukan ya, juga kita bersama dengan KPKT dalam pembangunan bandar sihat dan juga penyediaan persekitaran yang menyokong aktiviti fizikal. Itu pun penting. Kita mengizinkan rakyat terdorong ataupun dikata dalam bahasa hari ini, the nudging strategy. Kita menggalakkan, kita menyinggul mereka, that is the nudge, untuk mereka behave dan mempunyai cara hidup dan gaya hidup yang sihat.
Saya kira begitu saja dahulu, walaupun ada perkara lain yang perlu saya sebutkan. Terkini, kolaborasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang
Menteri Kesihatan - Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
bersama kami melancarkan Program “Tiada Rakyat Tercicir”, “Leaving No One Behind”, di mana KKM dan bersama-sama dengan MCMC merintis masa depan kesihatan dengan digital. “Tiada Rakyat Tercicir” pada 23 Julai yang lalu di pusat- pusat sebaran mereka, NADI seluruh negara. Tak silap saya, ada 1,009 NADI seluruh negara untuk kita kerjasama menyebarkan apa yang dikatakan sebagai perubahan tingkah laku (behavioral insight) ini. Begitu dahulu Dato’ Yang di-Pertua.
Terima kasih sahabat saya, Kuala Pilah.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila, Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Yang di-Pertua. Selain aspek pencegahan, ramai pesakit penyakit tidak berjangkit ini, seperti diabetes, menghadapi cabaran dari segi kos rawatan bila ubat yang dipreskripsi oleh doktor, terutamanya ubat generasi baru yang lebih berkesan tidak termasuk dalam senarai subsidi kerajaan. Akibatnya, pesakit terpaksa membeli ubat tersebut sendiri dengan harga yang tinggi.
Soalan saya. Apakah langkah kementerian untuk menilai semula senarai ubat dalam Formulari Kebangsaan ini agar ubat-ubatan penting bagi penyakit kronik seperti diabetes dapat disubsidi, sekali gus memastikan rawatan berkualiti ini dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kemampuan? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Baik. Soalan sangat baik ya.
Kuala Pilah juga adalah Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan dan beliau pastinya menunjukkan kepekaan beliau atas perkara ini.
Saya ingin juga menyebutkan hal yang terkait dengan–– Dato' Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin tekankan bahawa ubat-ubat yang diistilahkan sebagai generik itu adalah tidak kurang keberkesanan dan selamatnya. Itu pertama. Kerana, tidak dimasukkan atau tidak didaftar ubat-ubat generik ini kalau ia nya tidak selamat
(safe) dan berkesan (efficacious) kerana mereka melalui beberapa ujian seumpama bioequivalence dan sebagainya. Itu adalah mustahak.
Apa pun, senarai ubat dalam Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa kita kemas kini, Dato’ Yang di-Pertua. Dan dari semasa ke semasa, kita ada panel yang menilai secara berkala. Dan ya, kita juga akan memerhatikan semua ini dan ia nya, sepertimana yang saya sebutkan, di mana bioequivalence pharmaceutical aspect yang dikatakan dan juga aspek pharmacoeconomic-nya, cost benefit analysis, Dato' Yang di-Pertua, supaya kita mampu membekalkan kepada rakyat ubat yang
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
selamat, efficacious tapi masih lagi tidak menjejaskan, tidak berkompromi dari sudut kedua-dua perkara ini.
Dalam hal ini, saya juga menyebutkan dalam peruntukan bajet kali ini, kita juga memperkenalkan ubat-ubat yang agak baru― semaglutide. Tapi, itu adalah khas kepada golongan yang dikatakan golongan rentan yang kita tahu mempunyai cabaran kesihatan yang lebih daripada yang lain, sama ada yang terkait dengan diabetes mahupun obesiti. Juga kami sedang dan juga telah memperuntukkan sedikit peruntukan dalam Belanjawan 2026, Dato' Yang di-Pertua.
Terima kasih Kuala Pilah. Kita boleh berbincang lagi atas segala yang akan dapat terus meningkatkan penjagaan kesihatan, khususnya yang mengalami NCDs ini. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila, Kuala Langat.
Dato’ Dr. Ahmad Yunus bin Hairi - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Speaker. Pemerhatian saya bahawa kempen dan juga inisiatif ini masih belum berjaya, walaupun sekian lama kita lakukan, kerana jumlah NCD ini bukan menurun tetapi semakin meningkat. Adakah inisiatif ini disebabkan oleh peruntukan kita yang rendah yang akhirnya menyebabkan pelaksanaan dan penguatkuasaan kita tidak dapat dilakukan seoptimum mungkin?
Dan adakah kenaikan duti eksais seperti gula, kita tambah dan kemudian kita naikkan lagi, ini benar-benar memberikan kesan kepada pengurangan di sini ataupun lebih menyebabkan bebanan kepada rakyat?
Dan adakah kerajaan juga melihat dalam mengukuhkan lagi rawatan primer, kita akan memperluaskan lagi ubat-ubat generik bukan sahaja yang melibatkan nosocomial kerana― melibatkan NCD ini, kerana mungkin kita boleh optimumkan peruntukan yang kita gunakan ini lebih kepada promosi, tingkah laku dan sebagainya untuk mengurangkan NCD? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila, Menteri.
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
Terima kasih, Kuala Langat, ya, sahabat saya, juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan ya.
Hal tentang yang diistilahkan sebagai perubahan tingkah laku ini, Dato’ Yang di-Pertua, adalah yang sangat rumit dalam hal kehidupan manusia ini. Kalau mengikut pemenang Nobel Laureate, Herbert Simon yang akhirnya memperkenalkan satu disiplin namanya behavioral insight (BI). Hari ini behavioral insight is the buzzword, Dato’ Yang di-Pertua. Apa pun bidang. Bukan saja perubatan tapi corporate, perniagaan semua menggunakan behavioral insight. Insight yang mana
Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad
juga memperkenalkan istilah ataupun satu strategi yang paling terkini adalah the nudging strategy.
Manusia ini, Dato' Yang di-Pertua , dia tahu apa yang ideal. Apa yang terbaik untuk dia, dia tahu. Tetapi, mengapa dia tidak ambil yang terbaik adalah kerana kekangan yang antara lainnya adalah kekangan kewangan, kekangan availability, kemampuan kebolehcapaian akan hal yang paling baik. Kadangkala waktu. Dia tahu yang itu yang terbaik tapi dia tak ada waktu untuk membuat apa yang terbaik.
Nah, saya ringkaskan bahawa behavioral insight inilah yang seharusnya menjadi satu pertimbangan besar kepada mana-mana pun kementerian, termasuklah Kementerian Kesihatan. Apabila kita melancarkan kempen war on sugar, contohnya, war on salt, contohnya, war on smoke, dia kena ada pertimbangan itu. Dan saya sendiri terus belajar dan mendalami dan mendekati nudging strategy ini bukan saja mereka boleh melalui punitif, melalui punishment, melalui dikompaun dan sebagainya, tetapi kita mahukan rakyat kita bermula dengan kesedaran literasi. Dia mesti celik dahulu.
Keduanya, kerajaan wajar memberikan apa pun yang akan mengizinkan dia to exercise dia punya freedom, dengan izin, untuk dia membuat pilihan yang rasional tetapi pada waktu yang sama mampu dia capai. Itulah yang menjadi cabaran kami, dan sebagai sebuah kerajaan seharusnya sentiasa akan review dan reassess kembali dasar-dasar dan kempen-kempen supaya ia, seperti yang dihendaki oleh Kuala Langat, akan berkesan dan menjadi satu yang mampu mereka lakukan dan dapat lakukan apa yang dikatakan sebagai perubahan tingkah laku yang paling sukar untuk membuang― contohnya untuk membuang tabiat merokok dan sebagainya.
Begitu juga di situ juga program duti eksais on rokok, atas rokok, atas arak itu juga kita gunakan untuk menjana hasil bagi kita mendekati rawatan-rawatan NCDs.
Tapi, saya tahu, itu tidak mencukupi. Saya rasa masih banyak lagi yang perlu kami lakukan.
Terima kasih Kuala Langat.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Berikutnya, Yang Berhormat Tuan Fathul Huzir bin Ayob, Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Mohon pantun sikit kepada Timbalan Menteri.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Boleh. Silakan.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Okey.
Dah banyak kali Gerik bersuara, Namun jawapan masih tak tepat, Jadi kekanda Timbalan Menteri, Gerik nak tanya, Silalah jawab soalan saya nombor empat.
4. Tuan Fathul Huzir bin Ayob [Gerik] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah status terkini Bajet 2026 berkenaan permohonan lampu jalan FT1157, jalan persekutuan sempadan Malaysia–Thailand di mana bajet telah dimohon melalui KDN selaku Pengerusi Jawatankuasa Sempadan memandangkan laluan gelap ini pernah berlaku kes pembunuhan dan jenayah rentas sempadan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Ini pantun dua kerat orang Melayu. Dia sebut, Pat-pat siku lipat, Siapa cepat dia dapat. Saya tambah lagi dua.
Kepada soalan nombor empat, Dengan tepat diberi pendapat. Dato' Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, kementerian ini amat mengambil berat akan isu keselamatan jalan raya, khususnya yang melibatkan Jalan Persekutuan. Kementerian ini melalui Program Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya ada melaksanakan skop pemasangan lampu jalan di kawasan berlaku kemalangan dan berisiko kemalangan akibat jalan gelap.
Bagi kawasan kerap kemalangan atau berisiko kemalangan seperti di persimpangan, selekoh dan jambatan serta kawasan yang mempunyai rekod kemalangan yang dikenal pasti, pemasangan lampu jalan akan dibuat secara setempat. Skalanya kecil, bukan sepanjang jalan. Berdasarkan rekod, sebanyak 50 lokasi terpilih dengan kos berjumlah RM5.5 juta telah dilaksanakan pemasangan lampu jalan di bawah program ini di Jalan Persekutuan di negeri Perak.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2025, sebanyak RM24.95 juta telah diperuntukkan bagi pemasangan lampu jalan di 258 lokasi persekutuan terpilih di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 26 lokasi Jalan Persekutuan di negeri Perak telah siap pemasangan lampu jalan di bawah program ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM2.6 juta.
Hasil semakan Kementerian Kerja Raya, lokasi yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah Jalan Persekutuan FT1157, Jalan Lepang Nering di daerah
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Hulu Perak. Kementerian Kerja Raya mengambil maklum terhadap permohonan Ahli Yang Berhormat berhubung bagi pemasangan lampu jalan di laluan tersebut.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Penyelenggaraan lampu jalan di FT1157 berjumlah RM150,000 tahun 2025 untuk memperbaiki lampu rosak, kabel rosak terutama di Seksyen 20.5. Jalan itu sepanjang 23 kilometer dan pembaikan lampu telah siap pada 31 Jun yang lalu.
Terdapat 35 tiang lampu di sepanjang jalan tersebut dan kita akan mempertimbangkan tertakluk kepada bajet untuk pemasangan tambahan 30 lagi lampu jalan. Pada tahun 2026, dengan kos anggaran RM300,000 iaitu lampu solar yang bernilai RM10,000 sebatang, kali 30 jumlah RM300,000. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Dato' Yang di-Pertua, nak tanya Timbalan Menteri, apakah sebenarnya standard prosedur ataupun SOP pembangunan jalan sempadan seluruh negara? Adakah kementerian sedar bahawa mungkin ketiadaan SOP kebangsaan bagi kemudahan jalan raya di sempadan yang seragam, contohnya pencahayaan, rondaan dan pemantauan keselamatan menyebabkan laluan ini selalu yang gelap dan terbiar dan berisiko untuk kejadian jenayah?
Bilakah KKR dan KDN akan bentuk satu pelan bersama kebangsaan bagi menaik taraf jalan-jalan sempadan di seluruh negara kerana ada juga perkampungan di kawasan sempadan?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dato’ Speaker, dia jalan di kawasan sempadan ini ada dua. Satu Jalan Persekutuan selari dengan sempadan, selari.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
[Bangun]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Dia bukan betul-betul di pinggir sempadan dan satu lagi ialah jalan yang betul-betul di tepi sempadan. Jalan di tepi sempadan ini di bawah kementerian lain. Di bawah MKN, di bawah Majlis Keselamatan Negara, di bawah Jabatan Perdana Menteri dan dia dipanggil sebagai KESBAN. KESBAN. Keselamatan Pembangunan Sempadan (KESBAN).
Itu tentunya ada usaha-usaha yang mereka lakukan, sebagaimana diumum dalam Dewan ini oleh Menteri yang berkaitan. Contoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas, akan dibina RM1.5 bilion tembok kawasan sempadan, tembok fizikal
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
keselamatan. Ada disebut Tumpat, Tanah Merah, Chuping, Padang Besar, Perlis, Kedah, Perak. Itu kementerian lain. Jalan betul-betul di pinggir sempadan tentulah ada prosedur-prosedurnya sama ada prosedur dari segi segala yang melibatkan pencahayaan rondaan. Kita juga tentunya ada AKPS, agensi baru, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia. Itu di bawah KDN. Dia tak buat jalanlah tetapi dia menjaga kawalan sempadan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Tenggara.
Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib - Tenggara
Okey, terima kasih Dato’ Speaker. Yang Berhormat Timbalan Menteri, FT1157 ini kalau saya tak silap berhampiran dengan kawasan Felda Nenering. Ya lah, dulu Timbalan Menteri Pengarah Seranta, saya Timbalan Pengarah Seranta, FELDA. Jadi biasa tengok tempat ini. Saya nak bertanya, adakah ada peruntukan-peruntukan khas untuk hal- hal yang begini? Bagaimana pula usaha-usaha lain dan projek-projek lain JKR yang melibatkan kawasan-kawasan di sempadan seluruh negara? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Terima kasih. Speaker anak FELDA?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Speaker anak FELDA, YB Tenggara pun anak FELDA. Baru-baru ini diumum dalam peruntukan 2025, Bajet 2025 bahawa ada pembaikan untuk jalan-jalan masuk ke kawasan FELDA. Di FELDA Nenering ini ada sebenarnya jalan yang disebut FT1157 itu betul Yang Berhormat Tenggara bahawa dia adalah kawasan tak jauh daripada kawasan FELDA Nenering Pengkalan Hulu dalam kawasan Gerik.
Kita telah peruntukkan RM2.336 juta dan telah siap pun dilaksanakan. Jalan itu dah warna hitam semuanya. Bererti dah diturap semula jalan yang disebut oleh YB Gerik dan itu adalah daripada peruntukan Kementerian Kewangan yang diberi kepada kawasan-kawasan FELDA.
Selain daripada itu, apakah perkara yang diusahakan oleh KKR, JKR untuk tepian sempadan ini? Antaranya ialah pembinaan Jambatan Kedua Rantau Panjang–Sungai Golok. Sekarang ini dah ada dah, dua lorong. Kita akan naikkan jadi empat lorong. Sedang dalam proses akhir. Perbincangan antara JKR dengan pihak di sebelah sana di Thailand.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Kita juga sedang naik taraf Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam. Kita juga berusaha untuk menaikkan Jalan Persekutuan FR21 dari Serian ke Tebedu hingga ke sempadan Indonesia. Yang terakhir, membina jalan baharu dari Kalabakan ke sempadan Malaysia–Indonesia ataupun dipanggil Simanggaris. Terima kasih atas soalan tambahan YB Tenggara.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kerja Raya. Berikutnya Tuan Edwin anak Banta, Selangau.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah soalan nombor 5.
5. Tuan Edwin anak Banta [Selangau] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan jumlah projek pembangunan mesra rakyat (touchpoint) yang telah dilaksanakan di kawasan luar bandar Sarawak termasuk Selangau serta hasil pengukuran terhadap impak sosioekonomi projek tersebut.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Selangau atas soalan nombor 5.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, pelaksanaan projek mesra rakyat luar bandar negeri Sarawak bagi tahun 2025 yang telah dan dalam pelaksanaan berjumlah keseluruhannya RM198.17 juta dengan pecahan seperti berikut:
(i) Program Bantuan Rumah PPRS berjumlah RM112.42 juta dengan jumlah yang terlibat sebanyak 5,369 buah;
(ii) jalan perhubungan desa berjumlah RM67 juta dengan jumlah pelaksanaan projek sebanyak 169 projek;
(iii) jalan perhubungan desa, Jalan Ladang berjumlah RM13.5 juta dengan jumlah pelaksanaan projek 28 projek; dan
(iv) projek ameniti sosial berjumlah RM5.25 juta dengan jumlah pelaksanaan 18 projek.
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat empat projek mesra rakyat yang telah dilaksanakan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Parlimen Selangau. Projek yang dilaksanakan merangkumi tiga projek jalan perhubungan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
desa dan satu projek di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera dengan jumlah kos keseluruhan projek terkini adalah berjumlah RM1.9 juta.
Hasil daripada pelaksanaan projek ataupun program ini telah memberi manfaat kepada 23 ketua isi rumah dan baik pulih program rumah rakyat serta 750 penduduk kampung melalui naik taraf jalan perhubungan desa yang telah dilaksanakan di kawasan Selangau.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, pihak kementerian melaksanakan penilaian terhadap program projek yang dilaksanakan melalui kajian penilaian outcome bagi projek pembangunan yang telah berstatus siap untuk mengukur prestasi dan pencapaian projek pembangunan yang telah dilaksanakan berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2012, Garis Panduan Pengukuran Pencapaian Projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome.
Penilaian ini adalah untuk memastikan semua projek yang dilaksanakan dapat memberi nilai tambah seterusnya memberi impak kepada kawasan yang dibangunkan seperti kemudahan akses kepada penduduk dan sekitar, peningkatan pendapatan kepada rakyat tempatan dan kemudahan jaringan perhubungan antara kampung dan sekitarnya.
Sesuai dengan fokus pelaksanaannya yang bersifat touchpoint ataupun people-centric, kementerian komited untuk memastikan semua kawasan luar bandar mendapat akses kepada jalan perhubungan dan sumber bekalan air bersih dan terawat bagi memenuhi tuntutan pembangunan sosioekonomi dan memastikan tidak ada pihak yang tertinggal dalam menikmati pembangunan yang akan dilaksanakan.
Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Selangau.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Datuk Timbalan Menteri kerana pencerahan yang agak mendalam.
All right, now, soalan tambahan saya menjurus kepada pembangunan infra asas di kawasan Selangau. Now, adakah kerajaan mempunyai cadangan atau perancangan untuk satu, menaik taraf jalan utama kampung di Muput dan Penyarai.
Tuan Edwin anak Banta - Selangau
Kedua, membina landasan atau rem di Nanga Arau, Ulu Mukah untuk menyeberangi sungai yang cetek. Kesemua ini bertujuan meningkatkan akses penduduk setempat bagi membolehkan penerokaan tanah terbiar sekali gus memperbaiki taraf sosial ekonomi masyarakat di kawasan tersebut. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih, YB Selangau atas soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, projek membina jalan Penyarai ke Pekan Tatau, Bintulu, Sarawak, pernah dimohon oleh kementerian ini di bawah Rolling Plan Kelima RMK12 tahun 2025. Skop projek adalah membina jalan sepanjang 15 kilometer dengan spesifikasi JKR R1.
Namun begitu, projek ini masih belum mendapat kelulusan daripada Kementerian Ekonomi. Memandangkan kelulusan projek di Kementerian Ekonomi ini berdasarkan prioriti yang disenaraikan oleh kerajaan negeri. Namun begitu, cadangan projek ini akan kita teruskan kepada Rolling Plan yang seterusnya.
Manakala untuk cadangan membina landasan ataupun rem bagi merentasi sungai yang cetek adalah tidak termasuk dalam skop program prasarana luar bandar di bawah KKDW. Sebaliknya, Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan untuk membina jambatan kekal bagi merentasi sungai berkenaan selari dengan skop program jambatan luar bandar dan permohonan ini juga boleh dikemukakan kepada Unit Perancang Negeri Sarawak untuk dikemukakan kepada KKDW dan boleh kita forward dalam Rolling Plan yang akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Timbalan Menteri. Cuma, daripada jawapan tadi dari segi kajian impak penilaian yang disebutkan tadi ini adakah kementerian mengukur impak sosial ekonomi projek ini berdasarkan peningkatan pendapatan penduduk, peluang pekerjaan atau kadar penghijrahan keluar dari luar bandar untuk projek tersebut?
Dan apakah langkah pihak kementerian untuk memastikan agar pelaksanaan projek ini tidak bersifat on-off semata-mata, tetapi mempunyai kesinambungan dan penyelenggaraan supaya manfaatnya berterusan pada masyarakat luar bandar.
Sekian.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Okey, terima kasih YB Jerai atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, outcome ataupun penilaian terhadap
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
setiap projek di bawah KKDW, khasnya prasarana, berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan yang mana penilaiannya berdasarkan beberapa kriteria:
(i) kepentingan nasional projek berkenaan;
(ii) keutamaan-keutamaan yang dikemukakan oleh agensi kerajaan ataupun negeri;
(iii) golongan sasar yang terlibat kos yang tinggi; dan
(iv) kesan berganda daripada projek berkenaan.
Dan antara perkara-perkara yang sentiasa menjadi outcome dan prioriti KKDW adalah berdasarkan Yang Berhormat maklumkan tadi. Yang pertama, dari sudut peningkatan pendapatan. Dengan adanya pelaksanaan program berkenaan, adakah ia dapat membantu dari sudut jaringan ekonomi yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan untuk kawasan berkenaan.
Yang kedua dari sudut jaringan connectivity. Hasil daripada connectivity, maksudnya outcome daripada projek berkenaan, jalan berkenaan ataupun kemudahan berkenaan boleh juga meningkatkan kemudahan kepada penduduk kawasan khasnya bukan saja dari sudut ekonomi malah juga dari sudut sosial dan juga dari sudut infrastruktur itu sendiri.
Dan untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan outcome ini KKDW sentiasa membuat perancangan-perancangan baharu, penekanan-penekanan berdasarkan cadangan yang telah dikemukakan. Setiap projek yang kita laksanakan, kita akan serahkan kepada kerajaan negeri sebenarnya, kepada agensi yang terlibat supaya diselenggara, dipantau.
Dan kalau ada cadangan yang berkaitan untuk kemudahan masyarakat setempat, boleh dibuat cadangan baharu sebagai tambahan kepada projek berkenaan supaya impak projek berkenaan akan lebih besar dan memberi kesan yang lebih menyeluruh kepada ekonomi dan jaringan connectivity yang boleh memberi kesejahteraan, keselesaan kawasan berkenaan dan seterusnya outcome- nya adalah meningkatkan peluang pekerjaan dan kita cuba mengelakkan penghijrahan dari kawasan luar bandar kepada kawasan bandar secara berterusan.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Berikutnya, Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan, Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih, Yang di-Pertua.
Walau dipecat tidak bungkam, Soalan saya nombor enam.
6. Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan [Tasek Gelugor] minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah yang telah dan akan diambil untuk memimpin ASEAN mengurangkan non-tariff barriers terutama untuk membantu SME berkembang di rantau ASEAN.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Tasek Gelugor. Saya tidak berhasrat untuk melibatkan diri dalam politik parti saudara.
Dato’ Yang di-Pertua, ASEAN terus komited dalam usaha untuk mengurangkan halangan bukan tarif atau non-tariff barrier bagi memperkukuh integrasi ekonomi serantau serta memastikan manfaat perdagangan dapat dinikmati secara inklusif termasuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Sehubungan itu, beberapa langkah telah dan sedang diambil oleh ASEAN bagi mencapai matlamat tersebut. Antaranya, pertama, pewujudan badan Sectoral Coordinating Committee on the Implementation of the ASEAN Trade in Goods Agreement atau CCA dan ASEAN Trade Facilitation Joint Consultative Committees
(ATF-JCC). Penubuhan kedua-dua badan ini bertujuan untuk memperkukuh mekanisme penyelarasan antara agensi teknikal ASEAN, memastikan pelaksanaan komitmen di bawah Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN, Trade in Goods Agreement (ATIGA) dan menggalakkan ketelusan serta harmonisasi peraturan dan perdagangan di rantau ini.
Kedua, ASEAN Single Window. ASEAN Single Window adalah sebuah platform digital serantau yang menghubungkan sistem nasional single window setiap negara anggota ASEAN bagi membolehkan pertukaran dokumen kastam dan perdagangan secara elektronik antara negara. Melalui sistem ini, proses pengesahan dan pertukaran dokumen seperti sijil tempasal elektronik, e-Form D, dapat dilaksanakan secara dalam talian dan dengan lebih cepat, selamat dan telus.
Ketiga, penyediaan garis panduan, Guidelines for the Implementation of ASEAN Commitments on Non-Tariff Measures on Goods. Garis panduan ini menekankan kepentingan ketelusan termasuk melalui pelaporan berkala serta penyelenggaraan pangkalan data langkah bukan tarif, ASEAN Trade Repository bagi
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri - Tuan Liew Chin Tong
memastikan setiap langkah dapat dipantau dan disemak secara terbuka oleh semua pihak kepentingan.
Keempat, Mutual Recognition Agreement. Pelaksanaan MRA membolehkan produk yang telah dinilai dan disahkan di negara asal tidak perlu melalui proses ujian atau pensijilan berulang di negara pengimport.
Kelima, naik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA).
Melalui ATIGA, pelbagai aspek perdagangan diperkuatkan termasuk fasilitasi prosedur kastam, piawaian dan pematuhan teknikal, pematuhan tempasal (rules of origin), pemudah cara perdagangan serta langkah-langkah sanitari dan fitosanitari dan sebagainya.
Gabungan elemen-elemen ini bersama pengurangan tarif oleh anggota ASEAN telah menyumbang secara ketara kepada penjimatan kos dan masa bagi komuniti perniagaan serantau termasuk PMKS. Terima kasih Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih Yang di-Pertua. Kalau kita lihat dan dengar jawapan daripada Timbalan Menteri tadi, jelas bahawa kerajaan ada usaha untuk mengurangkan non-tariff barriers. Saya menggesa kerajaan untuk meneruskan usaha tersebut walaupun kita tidak lagi menjadi pengerusi ASEAN selepas ini.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Bagaimanapun saya nak petik kata-kata Tan Sri Nazir Razak selaku Pengerusi ASEAN-BAC. Sekarang ini nampaknya ada korelasi yang tinggi antara pengurangan tarif dengan peningkatan non-tariff barriers dan ini menyebabkan ada kos yang tinggi kepada SME untuk melakukan cross border trade, perdagangan rentas sempadan. Jadi, bagaimanakah kerajaan boleh yakinkan kita dalam Dewan ini dan rakyat keseluruhan bahawa kerajaan akan terus komited dengan prinsip pasaran bebas dan ekonomi yang terbuka? Adakah kita berani untuk melaksanakan unilateral liberalization dan apa yang dirangka oleh kerajaan selepas tamatnya Kepengerusian ASEAN untuk kita mengurangkan non-tariff barriers di negara kita sendiri dan untuk terus menggesa ASEAN secara keseluruhannya mengharmonikan peraturan-peraturan.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Tasek Gelugor. Sebenarnya kepengerusian kita adalah untuk kita mengajukan atau memberikan tekanan ataupun mendorong lebih banyak aktiviti yang kita nak promosikan. Tetapi proses etika, proses untuk membuka akses, semua ini sebenarnya dilakukan dalam kerangka ASEAN tanpa perlunya kita jadi Pengerusi. Bermakna bahawa apa yang telah dijalankan atau dilakukan, dilaksanakan sebagai satu komuniti ASEAN melalui proses-proses yang telah termaktub dan dipersetujui. Maka sebenarnya tidak ada isu Malaysia bukan Pengerusi ASEAN jadi tidak dilaksanakan apa yang dihasratkan.
Tan Sri Nazir Razak telah mempromosikan idea ASEAN Business Entity
(ABE) yang juga dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melalui Bajet 2026. Dalam bajet itu Malaysia telah memastikan idea ASEAN Business Entity dipromosikan oleh Malaysia sebelum negara-negara ASEAN persetujui idea ini. Apa yang— ini yang akan berlaku ialah dengan ASEAN Business Entity, harapan kita adalah satu hari nanti kita ada lebih banyak ASEAN multinationals supaya kita tidak lagi hanya bergantung kepada multinasional dari barat kah dari negara lain tapi kita ada ASEAN multinationals. ASEAN multinationals ini boleh melakukan aktiviti-aktiviti ekonomi dan industri di antara negara ASEAN dan mewujudkan pasaran ASEAN yang lebih kukuh. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri. Sila Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Menteri, Timbalan Menteri di atas penjelasan. Kita lihat kelmarin bahawa Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menandatangani beberapa persetujuan yang memberi kelebihan kepada Malaysia berkenaan dengan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat. Walaupun ada pihak-pihak yang mengutuk dan mengecam kerajaan kita kerana kita menjemput Donald Trump.
Soalan saya, bagaimana perjanjian ini yang telah dimeterai kelmarin di antara Presiden Donald Trump dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat memberi kelebihan kepada syarikat-syarikat di Malaysia untuk memastikan bahawa bilateral trade dengan izin, Timbalan Speaker, akan terus dilindungi. Bagi pihak kerajaan, saya rasa langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan perjanjian yang bersejarah berkenaan dengan pengenaan tarif ini ditandatangani di bumi kita dengan kehadiran Presiden Donald Trump adalah sesuatu yang amat bersejarah. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Tuan Liew Chin Tong
Terima kasih Yang di-Pertua. Terima kasih Jelutong.
Ini adalah kali ketiga seorang Presiden Amerika Syarikat melawat negara kita dan memang dalam perjanjian dan juga mesyuarat yang telah berlaku semalam memang sangat historic, sangat bersejarah. Perjanjian yang telah dimeterai semalam sebenarnya telah dipersetujui secara rasmi sebelum ini dan telah diumum oleh Perdana Menteri dan Menteri MITI di Parlimen. So, sebenarnya apa yang telah dipersetujui semalam, apa baru— bukan perjanjian baru tetapi apa yang telah diumum di Parlimen dan dipersetujui di Jemaah Menteri dan juga di sini.
Apa yang lebih daripada yang dipersetujui sebelum ini ialah Amerika Syarikat telah menawarkan akses yang lebih baik dan lebih terjamin kepada pasaran mereka untuk negara kita. Boleh kita kata apa yang dimeterai adalah lebih baik daripada apa yang telah diumumkan sebelum ini termasuk 1,711 talian tarif (tariff line) daripada pengenalan tarif 19 peratus. Bermakna ada 1,711 tariff line tidak akan dikenakan tarif. Ini termasuk eksport utama Malaysia seperti minyak sawit, barangan berasas getah, produk koko, komponen dan alat gantian pesawat dan farmaseutikal. Ini adalah di bawah tambahan-tambahan baik oleh pihak Amerika Syarikat.
Komitmen Malaysia di bawah perjanjian ini juga akan diberikan pertimbangan sewajarnya dalam keputusan Amerika Syarikat berkenaan dengan seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan 1962 Amerika Syarikat dan ini melibatkan produk semikonduktor. Bermakna semikonduktor tidak dirangkumi dalam perjanjian ini tetapi apabila semikonduktor dipertimbangkan oleh pihak Amerika Syarikat oleh Commerce, apa yang telah dipersetujui semalam akan ada kaitan dan dipertimbangkan secara keseluruhan. Terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Berikutnya Tuan Chiew Choon Man, Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua. Soalan saya soalan nombor 7.
7. Tuan Chiew Choon Man [Miri] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan yang berikut:
(a) ketersediaan kerajaan dalam membangunkan tempat tarikan pelancongan di Miri atau memberi insentif kepada pihak swasta untuk melaksanakan usaha tersebut; dan
(b) statistik kemasukan pelancong asing ke Miri mengikut negara bagi tahun 2016 hingga ke 2025.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Menteri.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan kemukakan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Mengenai isu pembangunan, memanglah kita MOTAC gagah, komited dalam memperkukuhkan pembangunan destinasi pelancongan potensi di mana-mana negeri termasuk Miri, Sarawak.
Mengenai isu ini kalau boleh saya minta Yang Berhormat berbincang sama kerajaan negeri dan Tourism Sarawak mengenai isu membangunkan tempat tarikan pelancong di Miri ataupun kawasan mana-mana boleh kemukakan kepada kita MOTAC. Kita akan melalui Tourism Malaysia menjalankan promosi di kawasan tersebut kalau dapat persetujuan daripada kerajaan negeri.
Mengenai isu insentif. Kerajaan terus menawarkan insentif cukai seperti taraf perintis iaitu 70 peratus pengecualian cukai daripada pendapatan berkanun selama lima tahun dan elaun cukai pelaburan iaitu 60 peratus, elaun cukai ke atas belanjawan model rakyat. Insentif ini merangkumi pelaburan dalam projek pelancongan seperti hotel baru, taman tema, pusat beli-belah moden dan projek berasaskan pengalaman.
Mengenai isu strategik masuk pelancong ke Miri bagi tahun 2016 hingga Ogos 2025, Miri telah menerima seramai 5.94 juta pelawat asing. Mengenai ikut semua negara, boleh tak Tuan Speaker saya akan jawab bertulis, fasal panjang lebar kalau mahu baca.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh.
Dato Sri Tiong King Sing
Sekian, terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Miri.
Tuan Chiew Choon Man - Miri
Terima kasih. Soalan, jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Bandaraya Miri telah meletakkan posisi sebagai bandar peranginan sejak 20 tahun yang lalu. Soalan saya, apakah usaha yang telah dijalankan untuk mempromosikan Miri sebagai destinasi pelancongan utama di Sarawak.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing
MOTAC akan melalui agensi Tourism Malaysia juga secara konsisten melaksanakan pelbagai aktiviti dan program promosi di Sarawak termasuk di Miri.
Dato Sri Tiong King Sing
Antara program promosi yang telah dilaksanakan oleh Tourism Malaysia adalah seperti berikut. Program Lawatan Suai Kenal Raon-Raon Sarawak: Explore Hidden Gem of Highland and Northern Region telah berlangsung dari 31 Mei hingga 5 Jun melibatkan penyertaan 12 wakil media digital dan agensi pelancongan tempatan; dan penganjuran Program Miss SHOPhia Happy Hour bersempena Kempen Malaysia Mega Sale pada 11 ke 13 Julai 2025 di Permaisuri Imperial City Mall dan pada 25 ke 27 Julai 2025 di Bintang Megamall. Program ini bukan sahaja menyasarkan pasaran daripada Brunei, malah pun kita promosikan pelancong domestik.
Itulah kalau ada lain-lain lagi cadangan daripada Yang Berhormat daripada Miri, boleh kemukakan kepada sama saya. Mana kita kalau boleh buat, kita akan diteruskan. Sekian.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Pendang.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Terima kasih Dato’ Yang di- Pertua. Soalan saya begini. Saya minta Menteri tolong beri perhatian. Begini, bolehkah Menteri jelaskan secara terperinci, apakah strategi utama dan pelan taktikal promosi antarabangsa Tahun Melawat Malaysia 2026, khususnya untuk menarik pelancong berbelanja tinggi dengan izin, high-yield tourists? Dan bagaimana kerajaan memastikan kempen ini benar-benar memberi pulangan ekonomi yang tinggi kepada negeri-negeri di luar Lembah Klang dan juga di Sabah dan Sarawak?
Yang di Lembah Klang, kawasan-kawasan bandar ini kita dah tahu dah. Di luar, apakah strategi pelan taktikalnya ini? Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Menteri.
Dato Sri Tiong King Sing
Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Saya rasa Yang Berhormat Pendang banyak kali sudah dengarkan, apa program promosi kita sudah dijalankan di luar negeri ataupun di kawasan tempatan. Kalau kita mahu detil, nanti saya bagi kita detil. Sekarang saya tiada maklumat dalam saya punya tangan.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, okey. Saya boleh terima.
Dato Sri Tiong King Sing
Okey, terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim - Pendang
Okey, baik. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Berikutnya, Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi, Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua, soalan saya nombor 8.
8. Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi [Kuala Kedah] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan keberkesanan Akta Pemajuan Perumahan 1966 [Akta 188] dalam menangani pemaju culas yang menyebabkan projek terbengkalai termasuk jumlah projek terbengkalai semasa serta bentuk perlindungan yang diberikan kepada pembeli supaya hak mereka terjamin.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
*Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, kementerian ini memanglah sentiasa mengambil kira dan komited untuk memastikan setiap daripada rakyat kita mempunyai tempat tinggal tanpa mengira sama ada secara milikan terus ataupun secara sewaan. Dan dalam masa yang sama juga Tuan Yang di-Pertua, kita sentiasa berusaha mengimbangi di antara keperluan menyediakan perumahan mampu milik dengan pengurusan kepada projek-projek perumahan yang telah pun diisytiharkan sebagai sakit dan terbengkalai demi memastikan kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, melalui peruntukan di bawah seksyen 11(1)(ca) Akta Pemajuan Perumahan, Kawalan dan Pelesenan 1966 [Akta 118], Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bolehlah mengesahkan bahawa sesuatu projek itu adalah projek terbengkalai apabila sesuatu projek tidak ataupun gagal disiapkan dalam ataupun tempoh luar perjanjian jual beli dan tiada sebarang aktiviti yang ketara di tapak pembinaan selama enam bulan secara berterusan.
Apabila sesuatu projek telah pun disahkan sebagai terbengkalai Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan mengambil tindakan proaktif dengan menyenaraihitamkan pemaju perumahan dan ahli lembaga pengarah syarikat yang terlibat dengan projek tersebut. Setelah disenaraihitamkan, pihak tersebut juga akan disekat daripada memohon lesen pemajuan baru dan Akaun Pemajuan Perumahan
(HDA) sedia ada akan dibekukan. Di samping itu, kita juga melaksanakan review
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
terhadap Akta 118 Tuan Yang di-Pertua, untuk memperkukuhkan lagi tindakan yang lebih baik dan boleh diambil untuk kita menguatkuasakan sekatan perjalanan ke luar negara bagi pemaju ataupun ahli lembaga pengarah syarikat yang disenaraihitamkan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, sehingga 30 September 2025, terdapat sebanyak 107 projek yang meliputi 29,587 unit rumah dan juga dengan 15,553 pembeli projek perumahan swasta yang telah pun disahkan sebagai terbengkalai mengikut Akta 118. Tetapi pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menekankan bahawa sepanjang Disember 22 sehinggalah sekarang September 2025, kerajaan kita telah pun menyelesaikan, memulihkan lebih kurang 26 projek terbengkalai.
Untuk meringankan bebanan pembeli yang terkesan sepertimana yang ditanyakan oleh Ahli Yang Berhormat tadi, ada beberapa inisiatif yang telah pun kita laksanakan. Pertamanya, mengadakan fasilitasi melalui mesyuarat penyelarasan di antara pihak pemaju, pemaju penyelamat, pelikuidasi serta bank pembiaya bagi mencari jalan penyelesaian kepada pembeli, di mana sekiranya berjaya, para pembeli akan diberikan pemulangan jumlah wang yang telah pun dibayar oleh mereka.
Keduanya, kita mengeluarkan surat pengesahan projek terbengkalai yang menyarankan beberapa perkara. Pertamanya, agar pihak bank pembiaya memberikan pengurangan ataupun pengecualian kadar faedah dan juga penstrukturan semula pinjaman perumahan ataupun membatalkan pinjaman perumahan dan penyelesaian penuh dengan pengecualian dengan kadar faedah.
Kedua, pemohon juga dibantu untuk pengeluaran simpanan kali kedua daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dan ketiganya adalah untuk membatalkan pinjaman sedia ada dan diberikan peluang untuk memohon pinjaman baru yang penuh sepertimana pinjaman kali pertama ataupun pengecualian pengenaan faedah pinjaman empat peratus di sepanjang tempoh projek dipulihkan atau selama lima tahun, tertakluk kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Kuala Kedah.
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, apakah pihak kerajaan bercadang untuk memperkenalkan skim jaminan atau tabung khas bagi melindungi pembeli rumah daripada kerugian apabila
Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi - Kuala Kedah
projek perumahan terbengkalai serta mekanisme kawalan terhadap pengguna akaun pemajuan bagi mengelakkan penyalahgunaan dana pembeli serta apakah langkah- langkah kementerian dalam memperketatkan proses kelulusan lesen pemaju, termasuk keperluan penilaian kewangan dan rekod prestasi terdahulu bagi memastikan hanya pemaju yang benar-benar berkeupayaan dibenarkan melaksanakan projek perumahan baru. Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya sebutkan tadi, bahawa kementerian kita dalam peringkat review balik Akta 118 untuk kita melihat bagaimana mekanisme yang terbaik untuk membantu.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
[Bangun]
Tuan Ir. Ts. Zahir bin Hassan - Wangsa Maju
[Bangun]
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Satunya, pembeli yang membeli rumah projek-projek yang telah pun disahkan sebagai terbengkalai dan juga untuk kita mengambil, menguatkuasakan sekatan perjalanan ke luar negara bagi pemaju dan ahli lembaga pengarah yang terlibat.
Tadi saya juga telah maklumkan bahawa Akaun Pemajuan Perumahan yang sedia ada bagi pemaju-pemaju yang terlibat dengan projek-projek mereka yang diisytiharkan sebagai terbengkalai, akan dibekukan dan lesen pemajuan baru juga akan disekat.
Dan selain daripada itu, sepertimana yang saya sebutkan tadi bahawa kita dalam peringkat review balik beberapa mekanisme dan mungkin kaedah yang bersesuaian untuk mengambil tindakan lebih tegas lagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar - Batu Pahat
Terima kasih Dato’ Timbalan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah kementerian bercadang untuk meminda Akta Pemaju Perumahan 1966 bagi memperkukuhkan ketelusan dalam pengurusan akaun pemaju perumahan dengan menjadikan laporan kemajuan projek ataupun status kewangan boleh diakses oleh pembeli secara dalam talian?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi, memang Akta 118 ini dalam peringkat review yang secara
Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu
menyeluruh dan sepertimana yang telah dicadangkan juga oleh Ahli Yang Berhormat, itu juga adalah perkara yang dipertimbangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berikutnya Dato Anyi Ngau, Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 9.
9. Dato Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan perancangan untuk menaik taraf bekas jalan balak di kawasan pedalaman Sarawak supaya penyelenggaraan bekas jalan balak di kawasan pedalaman dapat digunakan sepanjang masa. Mohon nyatakan kaedah-kaedah dan syarat-syarat agar bekas jalan balak dan jalan kampung dapat diselenggarakan oleh kementerian sepanjang tahun.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih YB Baram atas soalan ini ya.
Tuan Yang di-Pertua, soalan ini telah pun dikemukakan sebanyak lapan kali oleh YB Baram di Dewan yang mulia ini. Ini membuktikan YB Baram begitu konsisten dan prihatin dengan isu dan masalah rakyat, khasnya berkaitan dengan pembangunan jalan balak.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Namun begitu, untuk makluman Yang Berhormat, KKDW tidak mempunyai, sekali lagi saya memaklumkan, tidak mempunyai program penyelenggaraan jalan balak ataupun bekas balak. Namun begitu, kita difahamkan bahawa penyelenggaraan jalan bekas balak ini telah mendapat perhatian kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun, jalan-jalan bekas balak boleh dinaik taraf ke jalan dengan piawaian JKR melalui Program Jalan Luar Bandar di bawah kementerian ini.
Sejak RMK10, sebanyak 23 projek dengan kos keseluruhan berjumlah 1.47 bilion telah diluluskan bagi projek menaik taraf jalan bekas balak di kawasan pedalaman seluruh Sarawak sepanjang 536.2 kilometer.
Daripada 23 projek tersebut, sebanyak lapan projek telah siap, 11 dalam pembinaan dan empat projek masih di peringkat pra-pelaksanaan. Jalan-jalan bekas balak yang telah siap akan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk didaftarkan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah - Datuk Hajah Rubiah binti Wang
sebagai jalan negeri dan seterusnya layak diselenggara di bawah peruntukan MARRIS. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Baram.
Dato Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Dato' Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang boleh saya kata baik sebab dia itu adalah hakikat yang kita hadapi. Namun, saya rasa jawapan ini adalah jawapan yang boleh saya terima namun mungkin payah untuk kita di kawasan luar bandar terima sebab— tetapi itulah peraturan ataupun SOP yang kita ada seperti yang termaktub dalam kita punya SOP ini.
Saya mohonlah supaya perkara ini, sebab memang sering di apa orang kata, memang sering diutarakan, dikemukakan bukan saja oleh saya sebagai peribadi tetapi kawasan-kawasan luar bandar di seluruh negara lebih-lebih lagi di Sarawak dan Sabah dan apatah lagi Baram dan mungkin Hulu Rejang boleh juga ini.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Soalan, Yang Berhormat?
Dato Anyi Ngau - Baram
Jadi, saya memohon supaya usaha-usaha diteruskan untuk memastikan supaya bekas jalan balak ini, kita perlu mencari inisiatif ataupun...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Dato Anyi Ngau - Baram
...Landasan yang apa ini...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Dato Anyi Ngau - Baram
...Yang alternatif supaya perkara-perkara ini dapat diselesaikan. Pandangan, komen daripada pihak kementerian. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Timbalan Menteri, saya kira tiada soalan tambahan. Terpulang kepada Timbalan Menteri nak jawab atau tidak.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Okey. Terima kasih atas pandangan daripada YB Baram. Kita ambil perhatian sebenarnya, ambil tindakan dan kita sebenarnya telah pun berbincang dengan kerajaan negeri ya untuk mengambil perhatian terhadap perkara ini. Terima kasih Dato' Yang di-Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Kepala Batas.
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepada Timbalan
Dr. Siti Mastura binti Muhammad - Kepala Batas
Menteri, adakah wujudnya mekanisme ataupun langkah penyelarasan di antara kementerian dan juga syarikat pemegang konsesi balak bagi memastikan bekas jalan balak yang telah ditinggalkan dapat diserahkan dan dinaik taraf secara sistematik kepada agensi kerajaan dan sebagaimana yang disebutkan tadi, diserahkan kepada MARRIS.
Dan adakah wujudnya terdapat perancangan jangka masa panjang untuk naik taraf jalan-jalan ini kepada status Jalan Persekutuan supaya penyelenggaraan dapat diuruskan oleh JKR.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Timbalan Menteri.
Datuk Hajah Rubiah binti Wang
Terima kasih YB Kepala Batas. Untuk makluman YB Kepala Batas, jalan-jalan balak ini, KKDW tidak mempunyai hubungan, tidak mempunyai connectivity dengan konsesi-konsesi balak. Sebab konsesi-konsesi balak ini berhubung terus, maksudnya ada mempunyai hubungan terus dengan kerajaan negeri dan sudah semestinya jalan-jalan balak yang masih aktif secara tidak langsung tidak terdapat dalam garis panduan jalan luar bandar bagi KKDW.
Namun begitu, jalan-jalan balak ataupun bekas balak yang tak aktif lagi boleh dicadangkan menjadi jalan luar bandar. Yang ini kita telah luluskan, yang seperti yang saya maklumkan tadi, sebanyak 23 projek yang maksudnya yang tak aktif lagi.
Maksudnya pembalakan tak aktif lagi dan jalan itu masih digunakan oleh penduduk setempat dan jalan itu boleh kita upgrade-kan sebagai jalan luar bandar, yang mana kita akan buat jalan itu mengikut spesifikasi standard jalan JKR dan akan kita serahkan kepada kerajaan negeri dan akan diselia ataupun dipantau, diselenggara oleh kerajaan negeri melalui peruntukan MARRIS. Terima kasih Dato' Yang di- Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Berikutnya, Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey. Assalamualaikum Dato’ Yang di-Pertua. Soalan nombor 10.
10. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Pengangkutan menyatakan garis masa dan perincian pelaksanaan pembangunan sistem data pemandu oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta kekangan yang menyebabkan sehingga kini ia belum dilaksanakan.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Menteri.
Menteri Pengangkutan - Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembangunan sistem data pemandu oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat telah dirancang untuk dilaksanakan secara berfasa dengan garis masa yang jelas.
Pada peringkat awal ini, tumpuan utama diberikan kepada penyediaan spesifikasi teknikal sistem, permohonan peruntukan pembangunan serta pengurusan proses tender bagi melantik penyedia perkhidmatan yang berkelayakan.
Setelah semua proses ini diselesaikan, pelantikan pelaksana dijangka dibuat dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Seterusnya, bagi fasa seterusnya, akan dilaksanakan fasa integrasi sistem dengan beberapa agensi penting termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan. Memandangkan proses ini akan mengambil masa, Kementerian Pengangkutan telah mengambil langkah segera dengan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menjana data saman secara manual dan mengongsikan maklumat tersebut secara berkala kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat.
Seperti yang telah diumumkan pada 14 Oktober lalu, perkongsian data ini akan menyokong dasar baru MOT untuk mengambil tindakan penggantungan dan pembatalan ke atas permit kenderaan ataupun lesen pengendali syarikat yang melakukan kesalahan lebih muatan berulang kali. Tindakan ini bertujuan untuk membanteras amalan yang telah berpanjangan untuk puluhan tahun, di mana syarikat-syarikat pengendali tidak mengambil serius aspek keselamatan jalan raya kerana menganggap saman sebagai kos perniagaan yang murah berbanding dengan keuntungan melebihi muatan. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, terima kasih Menteri.
Soalan tambahan saya. Semasa di bawah SPAD dulu, sudah ada pangkalan data yang dibangunkan di bawah SPAD. Adakah pangkalan data yang akan dibangunkan di bawah APAD nanti sama sebagaimana di bawah SPAD dulu?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang kedua, adakah kerajaan akan mewajibkan semua syarikat pengangkutan untuk menyerahkan data pemandu kepada APAD untuk memastikan pemandu yang dipilih bekerja terselamat daripada risiko? Sekian, terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Sila, Menteri.
Tuan Loke Siew Fook
Yang pertamanya Ahli Yang Berhormat, pangkalan data pemandu ini, dia bukan bersifat statik, dia bersifat berubah-ubah kerana tiap- tiap hari mungkin ada pemandu baru. Jadi, database ini memerlukan satu pengintegrasian sistem. Yang paling penting ialah untuk beberapa agensi ini mengintegrasikan data.
Jadi, pangkalan data ini dia penting untuk pihak industri semasa mereka mengambil pemandu-pemandu mereka untuk mengetahui latar belakang pemandu tersebut sama ada mereka pernah disenaraihitamkan, adakah mereka mempunyai saman ataupun kesalahan-kesalahan memandu yang melampau, yang lampau.
Jadi, yang pentingnya ialah bukannya pangkalan data lama tetapi satu pangkalan data di mana integrasi dengan sistem-sistem terutamanya JPJ, polis, Agensi Antidadah Kebangsaan supaya apa sahaja tindakan yang pernah diambil oleh mana-mana satu agensi diketahui oleh pihak industri. Ini pentingnya pangkalan data ini dan pentingnya data itu diintegrasikan dan memang sekarang ini fokus kita ialah membangunkan sistem tersebut. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Bangi.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih Dato’ Speaker. Saya nak ucapkan syabas kepada pihak kementerian kerana usaha yang dilaksanakan untuk memastikan kenderaan berat yang lebih muatan ini dapat dikurangkan dan dibasmikan terus. Saya ada terbaca kenyataan, Dato’ Speaker, daripada persatuan- persatuan pembinaan termasuk Master Builders Association Malaysia yang mendakwa tindakan tegas daripada JPJ terhadap amalan lebih muatan ini menyebabkan peningkatan kos bahan kerana perlu melakukan lebih banyak trip untuk mengangkut barangan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, saya ingin mendapat respons daripada pihak kerajaan, daripada Yang Berhormat Menteri mengenai rungutan ini. Pertamanya, ada asas atau tidak ke atas rungutan ini dan adakah ia akan menjejaskan usaha kementerian dan agensi untuk
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
memastikan kenderaan berat lebih muatan tidak membahayakan pengguna lain?
Terima kasih Dato’ Speaker, Puan Speaker.
Tuan Loke Siew Fook
Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bangi.
Memang betul apa yang dikatakan oleh Bangi. Memang dalam folder saya pun ada beberapa maklumat berkenaan dengan ini. Memanglah seperti kita jangkakan, apabila kita mengambil satu tindakan penguatkuasaan yang tegas akan ada push back daripada industri dan akan ada macam-macam amaran daripada mereka, ini memang biasa.
TH menyatakan, “Builders said, crack down on overloaded lorries could delay project across country.” Ini amaran merekalah, “Cracked down on overloaded vehicles can paralyze construction sector, warn groups.” Tapi saya minta mereka ini baca komen-komen di bawah oleh pembaca-pembaca. Apakah reaksi daripada rakyat? Apa maksudnya?
Maksudnya bahawa persatuan-persatuan ini, kumpulan-kumpulan ini mereka sebenarnya tahu, bukannya mereka tak tahu. Mereka mengakui bahawa selama ini mereka telah mengambil satu pendekatan bahawa kos yang mereka telah kira itu ada berdasarkan kepada overloaded, overloading lorries. Jadi, masalahnya ialah mereka telah pun bertahun-tahun, berdekad-dekad mereka mengambil pendekatan menggunakan mungkin ketidaktegasan dari segi pematuhan dan juga penguatkuasaan undang-undang, mereka overload, mereka membawa lebihan muatan.
Jadi, apa pilihan kita? Kalau pilihan kita hendak menunduk kepada permintaan-permintaan kumpulan ini, maka kita tutup mata jelah. Tutup mata, jangan buat penguatkuasaan. Apakah reaksi rakyat? Semua akan mengatakan bahawa isu sekarang ialah keselamatan jalan raya, macam-macam kemalangan berlaku daripada kenderaan berat. Jadi, saya hendak tanya balik kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, nak Kementerian Pengangkutan tegas ataupun hendak Kementerian Pengangkutan lembut kepada permintaan-permintaan syarikat ini?
Bagi saya, saya punya conscious mudah sahaja, saya nak supaya rakyat mesti selamat. Pengguna-pengguna jalan raya mesti selamat.
[Tepuk] Keuntungan bukan segala-galanya. Mungkin akan menaikkan kos mereka tetapi adakah kos itu lebih penting daripada nyawa manusia. Jadi, jawapan saya ialah nyawa manusia lebih penting. Saya agak terkilan dengan tindakan mungkin sebahagian daripada
Tuan Loke Siew Fook
pemain-pemain industri ini. Mereka tahu selama ini, sebenarnya mereka nak kita berunding dengan mereka.
Ini bagi saya sesuatu yang mencabar autoriti kerajaan. Dia dah buat salah, dia minta saya nak berunding dengan dia. Jadi, I said forget about it. Tak ada runding- runding ini, penguatkuasaan undang-undang akan tetap berjalan.
[Tepuk] Jadi, lebih baik mereka ini mematuhi dan mengambil segala tindakan supaya pastikan mereka mematuhi peraturan undang-undang dan juga supaya jangan overload kerana overloading ini sangat membahayakan pengguna jalan raya dan merosakkan jalan raya-jalan raya negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Bagilah nombor 11, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, Pulai.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) - Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson
Puan Yang di- Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai senarai pembahas Belanjawan 2026 peringkat dasar yang akan diumumkan dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 28 Oktober 2025.” Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan - Dato Lukanisman bin Awang Sauni
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah ke Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah Usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Speaker, Pulai ingin membangkitkan perkara 36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Dewan dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu”. Pada Khamis yang lepas 23 Oktober, Pulai menghantar satu permohonan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berkenaan dengan kenyataan Yang Berhormat Kota Bharu semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 peringkat dasar pada 22 Oktober 2025, di mana kenyataan itu dibuat berasaskan maklumat yang tidak dapat disahkan dan tidak tepat. Kenyataan itu bercanggah dengan kenyataan rasmi APMM yang menyebut mereka hanya berhenti untuk melaksanakan ibadah solat Asar, beriktikaf dan berehat sebentar malah jawatankuasa masjid juga telah dimaklumkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Pulai.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Soalan saya adalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Usul telah dihantar kepada Tan Sri Speaker.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Ya. Soalan saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya. Tan Sri Speaker, masih dalam pertimbangan.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Okey, terima kasih.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lapan puluh tiga bilion ringgit
(RM83,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2026, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2026, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 12 Tahun 2025, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [23 Oktober
2025] Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Senarai pembahas untuk hari ini adalah seperti berikut, YB Batang Sadong, YB Tasek Gelugor, YB Kuala Pilah, YB Tanah Merah, YB Gombak, YB Kuala Krau, YB Simpang Renggam, YB Pasir Salak, YB Bandar Kuching, YB Gerik, YB Jelutong, YB Gua Musang, YB Gopeng, YB Batang Lupar, YB Baling, YB Raub, YB Tebrau, YB Mersing, YB Jempol, YB Keningau, YB Jerantut, YB Tenom, YB Shah Alam, YB Kangar dan YB Batu Gajah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Batang Sadong untuk berucap, masa 13 minit sahaja.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Terima kasih Puan Yang di- Pertua. Saya terlebih dahulu merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2026 yang mencerminkan iltizam kerajaan dalam memperkukuhkan ekonomi negara, menstabilkan fiskal dan memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Bagi kami di Sarawak, belanjawan ini membawa makna besar, peningkatan peruntukan pembangunan kepada RM6 bilion berbanding RM5.9 bilion tahun lalu bukan sekadar angka tetapi tanda pengiktirafan terhadap hak dan keperluan pembangunan Sarawak selaras dengan semangat MA63. Saya ingin memulakan perbahasan dengan isu pendidikan dan pembentukan sahsiah generasi muda.
Akhir-akhir ini masyarakat dikejutkan dengan pelbagai insiden buli, pergaduhan dan kehilangan disiplin di sekolah. Sekolah yang sepatutnya tempat yang paling selamat, kini menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa. Sistem pendidikan kita pada hari ini banyak menekankan akademik tetapi kurang memberi ruang kepada pembinaan sahsiah, emosi dan moral pelajar.
Tekanan akademik, kurang bimbingan psikososial serta pengaruh media digital seperti TikTok dan YouTube telah membentuk nilai budaya baharu dalam kalangan pelajar. Tanpa kawalan dan bimbingan, generasi muda mudah terdedah kepada kandungan yang mengagungkan glamor, kekerasan dan kontroversi.
Permainan video ganas pula telah mewujudkan fenomena desensitisasi iaitu hilang kepekaan terhadap keganasan sebenar. Fenomena ini wajar diberi perhatian serius.
Maka, pembentukan akhlak pelajar tidak boleh dipikul sekolah semata-mata.
Keluarga dan masyarakat mesti menjadi benteng utama. Saya menyambut baik langkah KPM memperuntukkan tambahan RM5 juta untuk pemasangan CCTV di sekolah terpilih, pelantikan lebih 10,000 guru termasuk guru kaunseling dan 600 pembantu warden asrama sepenuh masa.
Dalam masa yang sama, pengukuhan Jawatankuasa Permuafakatan di Sekolah bersama PDRM, penambahbaikan sistem sahsiah diri murid serta inisiatif Kotak Suara Murid dan polisi perlindungan kanak-kanak menunjukkan komitmen KPM terhadap kesejahteraan dan keselamatan pelajar. Sehubungan itu, saya juga ingin mencadangkan agar langkah ini diperluas melalui penubuhan unit keselamatan dan kesejahteraan sekolah nasional bagi menyelia aduan buli secara berpusat dan menyediakan intervensi psikososial untuk pelajar serta guru.
Selain itu, saya juga mencadangkan agar pentaksiran pelajar diperbaharui melalui versi baharu UPSR dan PT3 yang menilai keseimbangan akademik, sahsiah dan kreativiti agar kita tidak melahirkan pelajar cemerlang di atas kertas tetapi kosong dalam nilai.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Kesejahteraan pelajar juga bergantung kepada persekitaran fizikal sekolah.
Sekolah yang selamat dan kondusif adalah asas pendidikan berkualiti. Maka, saya
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
beralih kepada isu sekolah daif di Sarawak. Saya mengalu-alukan peruntukan hampir RM2 bilion bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Namun, persoalan utama, berapakah jumlah sebenar sekolah daif di Sarawak, khususnya di Parlimen Batang Sadong yang masih belum disiapkan di bawah pelan sedia ada serta berapa pula projek baharu yang akan dimasukkan dalam RMK13 serta Belanjawan 2026?
Minggu lalu, sebelumnya saya menerima maklum balas daripada KPM menyatakan lima Projek Sekolah Daif di Batang Sadong masih belum dimulakan kerana penilaian semula akibat peningkatan kos. Iaitu saya perlu sebut di sini, SMK Simunjan nombor 1, SK Semalatung, SK Jemukan, SK Sungai Apin dan SK Haji Bujang Rangawan Putin.
Persoalannya, mengapa proses perancangan dan penilaian semula ini mengambil masa terlalu lama, sedangkan dana projek telah diluluskan sejak 2021?
Adakah kerana sebahagian sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah kurang murid, maka keutamaannya lebih rendah? Kalau begitu, adakah kementerian mempunyai dasar khas ataupun specific guidelines untuk sekolah kategori SKM ini? Dan sampai bila perlu menunggu semakan kos bertahun-tahun, jika setiap kali mesti melalui proses notice of change ataupun NOC akibat kos tambahan? Dan adakah komponen asal projek ini masih relevan dengan keperluan semasa pada masa kini?
Semakan semula kos menyebabkan projek tertangguh bertahun-tahun dan pelajar kami terus belajar dalam keadaan serba kekurangan. Kami tidak menuntut layanan istimewa, kami hanya menuntut keadilan pembangunan. Puan Yang di- Pertua, saya beralih kepada isu kesihatan luar bandar. Belanjawan 2026 memperuntukkan RM2 bilion bagi sektor kesihatan. Saya ingin tahu, berapakah klinik daif di Sarawak, khususnya di Parlimen Batang Sadong yang akan menerima manfaat langsung daripada jumlah ini?
Sebagai contoh, Klinik Kesihatan Gedong mempunyai kuarters petugas yang bagi saya, amat uzur. Menyukarkan penempatan doktor dan jururawat yang terpaksa menyewa rumah di kampung berdekatan dan sewa yang amat tinggi. Ini menjejaskan kebajikan dan moral petugas. Jadi, sukar menarik minat petugas berkhidmat, doktor ataupun jururawat di luar bandar jika kemudahan asas seperti tempat tinggal tidak memadai.
Justeru, apakah langkah kementerian untuk memperbaiki kebajikan petugas luar bandar, termasuk penyediaan kuarters selesa dan selamat? Saya juga ingin tahu, status kajian kebolehlaksanaan ataupun feasibility study Hospital Simunjan
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan RMK13 yang lalu dan berharap projek ini diteruskan dalam masa terdekat.
Selain itu, dengan wujudnya Kementerian Kesihatan Awam Sarawak, saya berharap kerajaan mempercepatkan penurunan kuasa pengurusan fasiliti kesihatan luar bandar supaya tindakan lebih pantas dan bersasar dapat dilaksanakan.
Seterusnya, saya akan menyentuh pula sektor yang menjamin kehidupan ekonomi luar bandar iaitu pertanian. Saya menyambut baik usaha kerajaan memperkukuh sektor pertanian seperti program peningkatan pengeluaran lembu pedaging, seperti— sorry, saya ulang balik ya.
Saya menyambut baik usaha kerajaan memperkukuh sektor pertanian seperti program peningkatan pengeluaran lembu pedaging, pemerkasaan industri padi dan beras serta peruntukan RM300 juta bagi jagung bijian, ternakan akuakultur dan tanaman padi di Sabah serta Sarawak. Namun, untuk menjadikan Sarawak penyumbang utama kepada daya tahan makanan negara, kita mesti mengurangkan kebergantungan terhadap import input asas seperti benih hybrid, makanan ternakan dan juga baja kimia.
Saya mencadangkan penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan Benih Nasional Borneo bagi membangunkan varieti padi, benih padi dan jagung tempatan yang sesuai dengan geografi Sarawak. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan, projek pertanian mesti disokong dengan rangkaian logistik, pemasaran dan pusat pengumpulan hasil dan sistem pengangkutan yang efisien. Selain itu, penyertaan petani kecil, belia tani dan koperasi tempatan mesti diberi keutamaan dalam program bantuan dan insentif kerajaan, inisiatif kerajaan.
Seterusnya, berkaitan isu PETRONAS–PETROS. Saya ingin menjelaskan bahawa isu antara PETRONAS dan PETROS bukanlah pertikaian tetapi soal pelaksanaan hak Sarawak yang sah di sisi Perlembagaan. Perlu difahami bahawa kuasa Sarawak dalam perkara ini hanya melibatkan aktiviti downstream iaitu pengagihan gas yang ditetapkan di bawah Ordinan Pengagihan Gas 2016.
Undang-undang ini diluluskan oleh DUN Sarawak dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, selaras dengan IGC Report 1962. Melalui pemberitahuan pengecualian (Pindaan 2021), Sarawak telah dikecualikan daripada seksyen 6(1) dan (3), Akta Pembangunan Petroleum 1974. Ini bermaksud, bagi aktiviti pengedaran gas, hanya DGO 2016 berkuat kuasa di Sarawak. Perlu saya tegaskan, ini bukan pertikaian politik ataupun perebutan kuasa tetapi pelaksanaan hak yang sah di sisi Perlembagaan.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
PETROS bukan pesaing PETRONAS, sebaliknya rakan strategik untuk membangunkan industri minyak dan gas secara mampan, telus dan berasaskan manfaat bersama kepada rakyat Sarawak dan Malaysia. Sarawak tidak menolak semangat kebangsaan tetapi hanya ingin menegakkan haknya di bawah Perlembagaan dan semangat MA63. Oleh itu, naratif yang menimbulkan sentimen ataupun persepsi konfrontasi yang boleh mengelirukan rakyat harus dielakkan. Tak payahlah buat podcast tentang PETROS–PETRONAS.
Namun, sebesar manapun kejayaan ekonomi, ia tidak bermakna jika generasi muda hilang arah dan nilai. Maka, saya beralih kepada isu sosial belia masa kini. Puan Yang di-Pertua. Penyalahgunaan dadah dan judi dalam talian kini bukan lagi isu bandar semata-mata, malah telah menular ke kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk di Sarawak. Jika tiada intervensi menyeluruh, gejala ini bakal menggugat keselamatan sosial dan masa depan belia.
Menurut AADK, setakat Mac 2025, terdapat 108,409 pengguna dadah di seluruh negara. Majoritinya adalah berumur 15 hingga 39 tahun. Sementara itu, MCMC setakat Februari 2025 melaporkan lebih 5,000 laman web judi disekat dan 224,000 kandungan judi digital diturunkan, majoritinya di media sosial. Fenomena ini ibarat dadah maya yang merosakkan dan menjerat anak muda tanpa sempadan.
Saya menyokong usaha kerajaan memperkukuh tindakan penguasaan tetapi kita perlu menambah pendekatan pendidikan dan pencegahan.
Sehubungan itu, cadangan saya:
(i) memperluas pendidikan pencegahan di sekolah dan IPT tentang bahaya dadah, judi digital dan kesihatan mental;
(ii) mengukuh pusat intervensi komuniti dan kaunseling mesra belia bagi pemulihan menyeluruh;
(iii) memperketat pengawasan aplikasi dan laman judi melalui kerjasama MCMC, KPDN dan platform global;
(iv) menambah aktiviti pembangunan belia positif melalui sukan, inovasi dan sukarelawan; dan
(v) pengukuhan peranan keluarga dan komuniti dan pendidikan agama sebagai benteng pertama pencegahan sosial.
Dua minit, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tidak. Sila gulung.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Sikit je. Saya minta penjelasan daripada KDN, bagaimana peruntukan Belanjawan 2026 digunakan untuk memperkukuh pengawasan luar bandar melalui teknologi digital, rondaan komuniti dan kolaborasi rentas agensi antara PDRM, AADK dan pihak berkuasa tempatan?
Selain itu, saya mohon jawapan daripada kementerian juga mengenai status perancangan untuk naik taraf Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan yang disenaraikan dalam Tindakan Pembangunan Strategik PDRM 2021–2025 untuk dinaik taraf.
Puan Yang di-Pertua, saya ingin mohon menyatakan terima kasih kepada Kementerian Kewangan sebagai salah seorang ahli APPGM–SDG. Mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas peruntukan RM15 juta dalam Belanjawan 2026. APPGM–SDG merupakan inisiatif dwi-partisan Parlimen Malaysia yang dianggotai oleh 13 Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang serta disokong oleh 143 Ahli Parlimen melalui sekretariat. Jadi, program ini telah melaksanakan pemetaan komuniti, laporan dasar dan juga projek mikro SDG di seluruh negara termasuk kebun komuniti, pembangunan sosial dan inisiatif hijau.
Sikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Sikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Sila duduk.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Cuma mengenai APPGM– SDG saja, Puan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Masa sudah tamat. Terima kasih.
Puan Rodiyah binti Sapiee - Batang Sadong
Satu perenggan saja. Jadi, di sini, kita harus mengiktiraf bahawa APPGM–SDG ialah inisiatif berimpak tinggi di peringkat akar umbi, daerah dan kejiranan dalam menangani isu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Jadi, terima kasih Puan di-Pertua atas extra time. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Batang Sadong. Saya jemput Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Yang di-Pertua atas
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
peluang untuk saya turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2026 ini. Nampaknya masih disenaraikan duduk di sebelah Perikatan Nasional.
Saya ingin memulakan dengan menyentuh mengenai banjir yang hampir setiap tahun melanda kawasan saya di Tasek Gelugor. Sejak beberapa hari lepas, Yang di-Pertua, ratusan keluarga di Tasek Gelugor terpaksa dipindahkan ke pusat- pusat pemindahan sementara kerana rumah mereka dilanda banjir.
Saya nak merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua sukarelawan dan petugas yang membantu kami di Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor. Mereka bertungkus-lumus untuk membantu mangsa-mangsa banjir sejak waktu mula air naik lagi. Saya begitu bernasib baik kerana sebegitu ramai sukarelawan yang sudi membantu kami untuk membantu rakyat.
Saya juga nak merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada semua petugas daripada pelbagai agensi kerajaan, daripada pelbagai NGO, pelbagai pihak-pihak yang membantu yang tak kenal penat lelah untuk membantu semua yang terkesan. Banyak agensi yang terlibat dan bagi pihak penduduk Tasek Gelugor, saya nak nyatakan bahawa semua ini kita amat menghargai pertolongan dan bantuan yang mereka berikan.
Bagaimanapun, sudah pasti kita tak boleh berpuas hati dengan hanya memberi bantuan setiap kali banjir melanda. Banjir ini bukan berlaku sekali, tahun ini saja. Apa yang kita mahukan, Yang di-Pertua, ialah penyelesaian yang muktamad kepada masalah ini.
Dalam belanjawan kali ini, saya melihat ada peruntukan yang diberikan untuk mengurangkan risiko bencana banjir dan ada juga peruntukan yang diberikan untuk membiayai kos bantuan dan perpindahan apabila banjir melanda. Saya tak payah pergi kepada detail-nya lah, tapi ada peruntukan itu. Tapi, tidak jelas, Yang di-Pertua, sama ada, ada peruntukan khusus yang akan diberikan untuk membantu mengurangkan risiko banjir atau mengelak terus banjir ini daripada berlaku dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor.
Oleh kerana banyak kementerian terlibat― kalau tengok kali ini pun, pelbagai kementerian sama-sama membantu mereka yang terkesan. Dan apabila banyak kementerian terlibat, sudah pasti dana yang ada diagihkan kepada beberapa agensi, banyak kementerian dan sebagainya.
Jadi, saya nak mohon penjelasan daripada Kementerian Kewangan, berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah banjir dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan bagaimanakah jadual pelaksanaan projek-
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
projek yang berkaitan? Tetapi, kalau tidak ada peruntukan itu, saya mohon pihak Kementerian Kewangan agar memberikan peruntukan itu agar tidak berulang. Tak perlulah setiap tahun nak bangun dalam Dewan menimbulkan perkara yang sama.
Yang di-Pertua, seterusnya, saya juga nak mengucapkan tahniah kepada Ketua Pembangkang kerana berjaya membentangkan satu gagasan yang baik yang menjadi kerangka untuk memandu pemikiran kita mengenai apa yang Perikatan Nasional boleh tawarkan jika memerintah negara. Saya rasa dalam ucapan itu kalau kita lihat reaksi rakyat, banyak yang positif. Tapi, saya rasa kita kena minta maaf juga sebab momentum sambutan rakyat terhadap ucapan itu dimatikan dengan pengumuman yang agak tidak kena tempat daripada parti saya sendiri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Betul, betul. Tasek Gelugor, saya nak minta penjelasan sikit.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Elok-elok sikit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sahabat saya.
Sahabat saya Tasek Gelugor, berkenaan dengan isu yang telah dibahaskan tadi, perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang. Saya dengar Ketua Pembangkang juga mengatakan bahawa tidak perlukan projek LRT di Pulau Pinang.
Mungkin perkara itu, saya tidak sehaluanlah. Tapi, dalam konteks yang sama, saya nak tahu pendapat daripada Tasek Gelugor berkenaan dengan siapa yang lebih layak menjadi Perdana Menteri di sebelah sana.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Lah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu soalan saya.
Adakah Yang Berhormat setuju dengan saya― Pagoh ke atau Yang Berhormat Larut yang layak jadi Perdana Menteri?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Okey, okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu soalan saya.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya rasa jawapan kepada persoalan itu biarlah kami di sini yang buat keputusan, dan selepas itu kalau nak ikut, baru boleh sokong selepas itu. Jadi, kita...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tapi saya ingin tahu pendirian sekaranglah.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dahlah. Yang di- Pertua, dia ambil masa saya. Terima kasih atas usaha yang tidak begitu berjaya pada hari ini. Dalam ucapan Ketua Pembangkang juga...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tasek Gelugor, saya tanya sebab Pagoh hadir.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dah, dah, dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pagoh hadir.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Dalam ucapan Ketua Pembangkang, beliau juga menyatakan bahawa Belanjawan 2026 ini gagal memberi keyakinan kepada rakyat. Belanjawan ini tidak berani untuk memperkenalkan langkah-langkah yang benar-benar baharu untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Bagi saya, belanjawan ini terlalu selesa dengan retorik yang terlalu banyak dan tidak berpaksikan kepada reformasi sebenar. Tidak ada pengumuman-pengumuman yang benar-benar baharu dari segi perubahan struktur ekonomi, mahupun nilai ataupun budaya pentadbiran.
Belanjawan ini juga, bagi saya, gagal untuk mengambil peluang untuk mencipta sumber pendapatan baharu untuk negara. Saya ambil contoh yang mudah yang saya pernah sebut sebelum ini. Saya menyambut baik langkah kerajaan untuk menaikkan cukai rokok sebanyak dua sen sebatang ataupun 40 sen bagi setiap kotak 20 batang. Ini langkah yang baik untuk peningkatan fiskal negara.
Tapi, yang peliknya, tidak ada satu pun pengumuman mengenai cukai vape yang diumumkan oleh kerajaan, walaupun dalam Parlimen sendiri Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan telah mencadangkan kenaikan cukai vape daripada 40 sen kepada RM4 bagi setiap mililiter. Soalan saya mudah. Mengapa cukai vape ini tidak disebut langsung dalam belanjawan? Adakah Kementerian Kewangan menolak cadangan Kementerian Kesihatan? Adakah wujud percanggahan dasar antara dua kementerian dalam kerajaan yang sama?
Yang di-Pertua, apabila cukai rokok dinaikkan, saya juga berharap harga minimum rokok akan turut dinaikkan. Yang lebih penting, sehingga hari ini, vape tidak mempunyai harga minima. Tanpa harga minima vape, struktur pasaran akan jadi tidak seimbang dan pengguna akan terus memilih produk yang lebih murah, malahan...
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Tasek Gelugor, Pulai...
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
...Anak-anak sekolah juga akan terus membeli vape dengan murah. Bagi saya habis bab ni.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sikit saja pasal vape. Fasal vape itu.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Ya.
Tuan Suhaizan bin Kaiat - Pulai
Sebenarnya rancangan daripada kerajaan nak membatalkan, nak memansuhkan pada tahun depan. So, tak perlulah ada lagi pertikaian.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya tidak setuju dengan pandangan itu. Pengharaman itu mungkin ambil masa. Yang kita tanya, nak buat sekarang, apa benda? Kalau serius, buat sekarang. Jangan bagi alasan macam-macam, nak tunggu penyelesaian masa depan...
[Tepuk] Dan kalau sekiranya kerajaan benar-benar mahu dasar kawalan nikotin berkesan, bagi saya, harga minimum vape bernikotin mesti dilaksanakan segera.
Sekurang-kurangnya pada kadar RM6 atau RM6.25 per mililiter agar ada parity dengan harga rokok.
Yang di-Pertua, seterusnya, saya nak menyentuh mengenai usaha memberikan bantuan kepada rakyat. Kita dengar banyak pengumuman yang dibuat berbentuk patchwork atau tempelan-tempelan. Ada masalah ‘A’, umum penyelesaian ‘A’. Ada masalah ‘B’, umum penyelesaian ‘B’. Dan banyak lagilah. Bila kos sara hidup naik, bagi bantuan bulanan dan begitulah tempelan-tempelan yang diperkenalkan untuk isu-isu yang dikenal pasti. Bagus, tetapi ini bukan penyelesaian sebenar.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Apabila kita bercakap mengenai membantu rakyat, sebenarnya pemberian bantuan kebajikan dan subsidi dalam bentuk tempelan ini tidak lestari, tidak sustainable. Sebab setiap bulan atau setiap tahun pasti ada isu-isu baru yang timbul.
Itu belum lagi kita bercakap mengenai pertindanan program-program bantuan dan duplikasi program-program kebajikan dalam agensi dan kementerian-kementerian yang pelbagai sampai akhirnya rakyat sendiri pun keliru, mana nak pergi untuk dapatkan bantuan.
Bagi saya, kita perlukan satu reformasi sistem kebajikan yang menyeluruh dan holistik. A proper welfare reform diperlukan dalam negara kita. Kita mesti meneliti semua program dan skim bantuan yang sekarang ini diberikan oleh agensi yang berbeza-beza dan seboleh-bolehnya duplikasi atau pertindanan yang wujud, jika wujud mestilah dihapuskan.
Saya dah beberapa kali sebut contoh yang dilakukan oleh Kerajaan United Kingdom di bawah pimpinan parti Konservatif pada tahun 2010 yang lalu. Pada ketika
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
itu, parti Konservatif yang menjadi kerajaan merasakan the welfare system di UK terlalu kompleks sehingga menyebabkan berlaku pembaziran.
Saya tak banyak masa untuk ulas secara mendalam mengenai isu ini tapi apabila Kerajaan UK buat kajian itu, diwujudkan apa yang dipanggil sebagai universal credit yang mempermudahkan proses untuk rakyat dapat bantuan. Jadi, bagi saya, kerajaan perlu memastikan dalam pelaksanaan Belanjawan 2026, ada Kertas Putih yang detailed, yang terperinci dibentangkan bagaimana sebenarnya kita nak menyelesaikan isu-isu duplikasi dan pertindanan yang ada dan memastikan rakyat yang perlu benar-benar dapat bantuan dalam jumlah yang mereka perlukan.
Yang di-Pertua, seterusnya saya nak menyentuh mengenai Kementerian Komunikasi. Kementerian Komunikasi sepatutnya menjadi tulang belakang kepada transformasi digital di Malaysia. Di kawasan saya sampai hari ini masih lagi ada capaian Internet yang tak stabil. Kampung Selamat, Padang Menora, kawasan- kawasan perumahan baru. Bagaimana kita nak bercakap mengenai ekonomi digital kalau nak pakai WhatsApp pun kadang-kadang terputus-putus. Dan saya harap perkara ini menjadi tumpuan, fokus Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.
Selain itu, Kementerian Komunikasi juga mestilah membantu dalam usaha membina masyarakat yang berilmu dengan mempertahankan kebebasan bersuara dalam negara kita. Jangan jadikan kementerian ini sebagai kementerian propaganda yang menyebarkan naratif yang dikehendaki oleh pemerintah sahaja tetapi menyekat suara-suara yang tidak bersetuju dengan kerajaan. Kita masih lagi mendengar pelbagai akta disalah guna untuk mengekang kebebasan bersuara di kalangan rakyat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Malahan baru-baru ini ada penggiat media sosial.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tasek Gelugor.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Sekejap ya. Wan Azri yang ditahan dan disiasat. Kenapa ini masih berterusan di bawah sebuah kerajaan yang sepatutnya berpegang dengan prinsip reformasi? Saya nak tegaskan bahawa Kementerian Komunikasi tidak boleh menjadi alat propaganda semata- mata, ia mesti menjadi pemangkin kepada keterbukaan dan akauntabiliti. Sikit boleh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setuju dengan saya bahawa kebebasan itu ada. Kelmarin demonstrasi dibenarkan oleh kerajaan, demonstrasi menentang Trump.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Berbanding dengan parti Bersatu sendiri.
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Okey lah tu, dah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kan?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih banyak-banyak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di dalam Parti Bersatu tidak ada kebebasan bersuara. Yang Berhormat setuju tak?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Terima kasih atas pandangan yang diberikan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Setuju dengan saya tak, kerajaan memberi kebebasan?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Saya bercakap mengenai pembaikan yang perlu dilakukan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di sebelah Bersatu, bila bersuara dipecat terus.
[Dewan riuh]
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Apa yang baik kita iktiraf, dan apa yang kurang perlu diperbetulkan. Saya juga nak tanya apa perancangan Kementerian Komunikasi melalui Belanjawan 2026 untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penggiat seni, artis, dunia industri perfileman dan sebagainya? Masalah mereka ialah modal. Apa rancangan kementerian untuk menyelesaikan isu modal ini?
Dan penting juga bagi Kementerian Komunikasi, tolonglah pastikan kesilapan-kesilapan tidak berlaku dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku kesilapan. Jangan ada salah sebut nama pemimpin-pemimpin yang datang ke negara kita. Ini memalukan negara. Sebab lepas buat pembetulan, lepas buat salah, terpaksa buat pembetulan dan ini menyebabkan satu dunia nampak kelemahan kita.
Apabila pemimpin negara asing datang, bercakap mengenai kehadiran pemimpin asing. Saya juga nak nyatakan bahawa sambutan yang kita bagi kepada
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
mereka terutama pemimpin-pemimpin yang kontroversial, janganlah keterlaluan.
Satu dunia sedang mengecam Donald Trump sekarang ini kerana genocide yang dijalankan di Gaza. Tetapi Perdana Menteri kita menyambut beliau...
Seorang Ahli
Berjoget-joget... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
...Dengan menari tergelek-gelek di tengah panas di lapangan terbang. Apa logiknya [Tepuk] sambutan sebegini diberikan pada individu yang sedang dikecam oleh seluruh dunia?
Apa faedah yang kita dapat apabila sambutan sebegini diberikan?
Memalukan negara kita bagi saya. Yang di-Pertua, bila kita nak buat sesuatu, biarlah berpada-pada.
Last sekali dalam 40 saat yang saya ada ini, saya nak kembali kepada satu isu setempat iaitu kembali ke kawasan saya di Tasek Gelugor.
Di Tasik Gelugor ni banyak kawasan perumahan yang sedang dibina.
Banyaklah Taman Scientex, di Ara Kuda, banyak macam-macam kawasan perumahan baru yang sedang berkembang dan banyak rumah-rumah baru, keluarga baru berpindah termasuklah keluarga-keluarga yang masih muda, ada anak-anak yang masih kecil.
Tetapi malangnya apabila diwujudkan kawasan-kawasan perumahan baru ini, masih tidak ada sekolah-sekolah yang ditubuhkan atau dibina untuk memastikan boleh cater kepada keperluan setempat yang telah berubah. Anak-anak terpaksa berulang jauh untuk ke sekolah walaupun sekolah-sekolah yang ada sekarang pun dah padat dengan pelajar. Ini bukan sekadar isu pendidikan tapi ini adalah isu kesaksamaan pembangunan.
Jadi, sebagai penutupnya Yang di-Pertua, saya tahu dah jeling-jeling itu.
Dalam belanjawan ini, saya tak jumpa penjelasan yang khusus mengenai sama ada sekolah baru akan dibina atau tidak dalam kawasan saya. Saya harap akan ada sekolah baru yang dibina dan saya minta pihak Kementerian Pendidikan memberi penjelasan mengenai hal ini. Saya tak minta banyak pun, bukan nak mewah-mewah sangat. Tapi yang saya minta hanyalah kemudahan paling asas untuk warga Tasek Gelugor.
Rakyat di Tasek Gelugor hanya mahukan sekolah yang dekat, selamat dan cukup kelengkapan untuk anak-anak mereka. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Speaker. Timbalan Speaker. Peraturan, nak tanya sebab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat mana?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Perkara 2(1). Bukit— Tasek Gelugor seperti yang kita maklum telah dipecat oleh parti dia. Jadi kenapa dia masih duduk di blok tempat yang sama? Dia sekarang bebas ke, dia masih...
Seorang Ahli
Bebas, bebas. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Dalam pembangkang ke, macam mana?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Yang di-Pertua, dalam parti kita ada peraturan membolehkan rayuan dijalankan sehingga tamat tempoh rayuan itu, masih belum tamat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Masih lagi nak kekal dalam Bersatu?
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Jadi, kalau nak...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Masih nak kekal dalam Bersatu?
Pagoh nak...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan riuh]
Datuk Wan Saifulruddin bin Wan Jan - Tasek Gelugor
Kalau nak kursus mengenai Perlembagaan Bersatu, saya boleh bagi, saya pun tahu juga.
Seorang Ahli
Kurang ajar.
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dekat luar...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Tentang Pagoh, dalam masih lagi nak dengan Bersatu?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Pilah.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
[Berselawat] [Berucap dalam bahasa Arab]
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Terima kasih Puan Yang di-Pertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2026 dan Kuala Pilah merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pasukan Kementerian Kewangan atas pembentangan belanjawan yang menyeluruh dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Kuala Pilah menyokong belanjawan ini, namun seperti biasa sokongan Kuala Pilah datang dengan tanggungjawab untuk memperhalusi dan menambah baik dasar, agar manfaatnya benar-benar sampai ke akar umbi.
Puan Yang di-Pertua, UiTM bukan sekadar universiti, tetapi institusi perjuangan bangsa yang telah membuka ruang mobiliti sosial kepada ratusan ribu anak muda bumiputera. Namun, di sebalik kejayaan itu, warga pendidik dan pentadbir UiTM kini berdepan tekanan kos sara hidup yang semakin tinggi sedangkan struktur gaji dan elaun mereka tidak banyak berubah sejak sekian lama.
Hakikatnya tanggungjawab pensyarah hari ini jauh lebih kompleks berbanding dua dekad lalu. Mereka bukan sekadar mengajar tapi turut dibebani tuntutan penyelidikan, penerbitan, bimbingan pasca siswazah serta akreditasi antarabangsa. Semua ini menuntut masa dan sumber yang besar. Kuala Pilah ingin memohon penjelasan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Bilakah kali terakhir semakan menyeluruh terhadap skim perkhidmatan dan elaun staf universiti awam, khususnya UiTM telah dijalankan?
Semakan semula struktur gaji dan elaun bukan sekadar isu kewangan tetapi pengiktirafan terhadap jasa dan peranan mereka dalam membina bangsa. Jika benar, semakan telah terlalu lama tertangguh, Kuala Pilah mencadangkan agar kerajaan menubuh jawatankuasa khas antara JPA dan KPT bagi menilai semula skim dan elaun UiTM serta universiti awam lain secara menyeluruh.
Puan Yang di-Pertua, isu keselamatan mental pelajar bukan lagi perkara pinggiran. Kes buli, kemurungan dan cubaan bunuh diri semakin membimbangkan.
Persoalannya bukan siapa yang bersalah tetapi sejauh mana sistem pendidikan kita benar-benar bersedia menangani krisis senyap ini.
Generasi muda hari ini sering dilabelkan sebagai lemah sedangkan mereka berdepan tekanan luar biasa. Dunia digital yang sarat perbandingan, tuntutan akademik yang terlebih tinggi dan masa depan yang semakin tidak pasti. Mereka bukan manja tetapi terperangkap dalam sistem yang jarang memberi ruang untuk bernafas.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Kuala pilih mencadangkan agar dasar intervensi kesihatan mental pelajar diperkuat melalui peningkatan perkhidmatan kaunseling termasuk penambahan bilangan guru kaunseling sepenuh masa dan menurunkan nisbah pelajar kaunselor agar khidmat yang diberi lebih berkesan dan empati.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Kementerian juga wajar mewujudkan protokol intervensi awal yang menyelaras tindakan antara KPM, KKM dan KPWKM bagi menangani kes tekanan serta kemurungan dalam kalangan pelajar. Latihan berkala kepada guru dan ibu bapa juga perlu dijadikan amalan bagi membolehkan mereka mengenal pasti tanda- tanda awal gangguan emosi ini.
Bagi sekolah berasrama, kementerian wajar menempatkan warden sepenuh masa yang terlatih dalam bidang kaunseling atau psikologi pendidikan. Pemasangan CCTV di kawasan strategik juga perlu bagi mencegah insiden buli dan memastikan keselamatan pelajar tanpa menjejaskan privasi mereka.
Dalam pada masa yang sama, wujud kebimbangan terhadap pengaruh permainan video berunsur keganasan ini yang semakin digemari pelajar sekolah.
Permainan seperti ini boleh menumpulkan empati dan membentuk naluri ganas tanpa disedari terutama dalam minda remaja yang masih berkembang. Sehubungan dengan itu, kementerian perlu bekerjasama secara rentas kementerian termasuk Kementerian Komunikasi, Digital, Kementerian Belia dan Sukan, serta mana-mana kementerian berkaitan bagi membentuk intervensi menyeluruh yang menyeimbangkan aspek hiburan digital dengan keselamatan mental dan sosial pelajar.
Kesejahteraan mental pelajar bukan isu sampingan. Jika mereka gagal membina keseimbangan emosi hari ini, mereka akan membesar sebagai generasi yang hilang keyakinan diri. Membela mereka bukan sekadar dasar pendidikan, tetapi tanggungjawab moral dan nasional.
Puan Yang di-Pertua...
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Kuala Pilah, boleh sikit? Sikit?
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Saya izin.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Terima kasih, Kuala Pilah. Saya tertarik dengan ucapan Kuala Pilah tentang permainan game tadi. Sebenarnya, permainan game ini dia ada kita panggil rating untuk setiap game itu. Yang mana ada setengah game yang hanya boleh dimainkan oleh mereka yang berumur 18 tahun. Jadi, masalahnya ialah rating ini tidak dikuatkuasakan di sini, di Malaysia.
Tuan Syahredzan bin Johan - Bangi
Jadi, saya nak mencadangkan dan mungkin Kuala Pilah pun boleh bersetuju atau tidak. Kita tengok bagaimana kita nak pastikan bahawa rating ini dapat dikuatkuasakan supaya orang yang dah dewasa boleh main game yang sesuai untuk orang dewasa tetapi untuk mereka yang bawah umur ini kita hadkan daripada memainkan game yang tidak sesuai untuk mereka. Terima kasih.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah amat bersetuju dengan cadangan daripada Bangi dan mohon ia dimasukkan dalam sebahagian daripada ucapan Kuala Pilah.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin menarik perhatian terhadap isu kekurangan petugas kesihatan dan semakin meruncing khususnya di hospital daerah. Walaupun kemudahan fizikal seperti hospital di Kuala Pilah telah dinaik taraf, kekangan tenaga kerja ini menyebabkan banyak fasiliti kemudahan tidak dapat beroperasi sepenuhnya dan akhirnya menjejaskan mutu serta kelancaran perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Dalam hal ini, Kuala Pilah menyambut baik pelaksanaan inisiatif Rakan KKM yang memberi peluang kepada semua petugas penjagaan kesihatan bukan hanya pakar untuk menjana pendapatan tambah secara sah dan teratur di kemudahan KKM. Lebihan pendapatan daripada inisiatif ini berturut dilaburkan semula bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan awam untuk manfaat semua pesakit.
Namun, kementerian perlu memperjelas matlamat dan garis panduan pelaksanaan agar tidak timbul kekeliruan atau tanggapan bahawa ia mewujudkan layanan berbeza antara pesakit. Ketelusan komunikasi amat penting supaya niat baik program ini difahami dan disokong rakyat.
Kuala Pilah memuji pendekatan pertukaran suka sama suka dalam kalangan petugas kesihatan menggunakan aplikasi AI. Jika guru boleh memohon pertukaran demi bersama keluarga, saya, Kuala Pilah merasakan juga petugas kesihatan juga wajar diberikan peluang-peluang yang sama. Akhirnya, pelaburan dalam infrastruktur kesihatan mesti diimbangi dengan pelaburan terhadap modal insan.
Hospital moden tidak bermakna jika tiada cukup tangan untuk menggerakkannya dan mesin canggih tidak berguna tanpa jiwa manusia yang mengendalikannya.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah mengambil kesempatan ini bagi merakamkan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah atas kenaikan kadar Bayaran Sara Hidup (BSH) daripada kadar RM300 kepada RM500 bagi bekas anggota KEMAS yang tidak berpencen. Isu ini pernah dibangkitkan dulu oleh Kuala
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Pilah atas permintaan pengerusi Persatuan Bekas Anggota KEMAS ini (PBKAM).
Diharapkan langkah ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban kewangan dan kos sara hidup pesara KEMAS yang telah mencurahkan bakti kepada kerajaan dan masyarakat luar bandar selama ini.
Kuala Pilah percaya bahawa pembangunan luar bandar tidak seharusnya dilihat semata-mata daripada aspek infrastruktur fizikal tetapi juga sebagai usaha memperkasa peluang ekonomi dan memulihkan maruah rakyat desa. Justeru itu, pembinaan semula bangunan MARA Kuala Pilah yang telah dirobohkan sejak tahun 2015 wajar diberikan keutamaan dan dimasukkan dalam Rolling Plan Pertama RMK13 agar kerja-kerja pembinaannya dapat dimulakan dalam masa terdekat.
Hampir sembilan tahun tapaknya terbiar, sedangkan bangunan asal dahulu merupakan nadi peniaga-peniaga bumiputera dengan kadar sewaan yang berpatutan dan lokasi strategik di tengah bandar di Kuala Pilah. Kuala Pilah yakin pembinaan semula bangunan MARA ini akan menjadi simbol komitmen kerajaan dalam memastikan luar bandar secara inklusif dalam pembangunan serta memperkasa ekonomi bumiputera dari akar umbi.
Puan Yang di-Pertua, isu kesesakan dan keselamatan di laluan jalan Seremban–Kuala Pilah–Serting masih antara cabaran utama infrastruktur di Kuala Pilah. Kuala Pilah membangkitkan ini. Bersama rakan saya daripada Jempol secara berterusan mengangkat isu ini kerana ia menuntut penyelesaian menyeluruh yang bukan sahaja bersifat fizikal tapi juga strategik dari segi keselamatan dan pembangunan wilayah.
Justeru itu, Kuala Pilah sekali lagi merayu kepada Kementerian Kerja Raya agar dapat menyegerakan pelaksanaan projek jalan pintas ini melalui kaedah private finance initiative (PFI) dengan mana-mana pihak swasta yang berkeupayaan. Dan difahamkan beberapa syarikat telah menyatakan minat untuk melaksanakan projek ini dan ia nya juga telah diberikan keutamaan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan, MP Port Dickson agar ia nya menjadi satu projek penting yang dapat direalisasikan secepat mungkin.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin menarik perhatian kementerian dalam menerusi dengan membangkitkan semula keperluan pembinaan sebuah balai polis baharu di Juasseh bagi menampung keperluan keselamatan penduduk setempat. Pada masa ini, penduduk Juasseh terpaksa merujuk kepada Balai Polis Batu Kikir yang terletak jauh enam kilometer dari kawasan mereka bagi sebarang urusan kepolisian. Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan urusan penduduk, malah
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
dari segi pentadbiran Balai Polis Batu Kikir ini sebenarnya berada di bawah Parlimen sahabat saya, Parlimen Jempol dan bukannya Kuala Pilah.
Pembangunan di Juasseh termasuk projek perumahan baru, kemudahan komersial dan institusi pendidikan menjadikan Juasseh sebagai tumpuan pendapatan baru di Kuala Pilah. Pertambahan penduduk, aktiviti ekonomi ini menuntut kehadiran pasukan keselamatan yang lebih hampir bagi memastikan tahap keselamatan dan kesejahteraan komuniti terus dipelihara.
Tambahan pula, tanah bagi pembinaan balai polis Juasseh ini difahamkan telah pun tersedia atas makluman daripada Pegawai Daerah Kuala Pilah. Maka, Kuala Pilah amat berharap agar projek ini dapat dilaksanakan dengan segera demi melindungi keselamatan rakyat dan meningkatkan keyakinan dan rasa selamat dalam kalangan penduduk Kuala Pilah, khususnya di Juasseh dan kawasan sekitarnya.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin mendapat penjelasan daripada KKM berhubung status pembinaan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah yang baharu.
Keperluan ini telah lama disuarakan memandangkan bangunan sedia ada yang berusia lebih setengah abad kini terlalu uzur dan tidak lagi menepati keperluan operasi semasa. Saiz bangunan yang kecil, sejumlah kakitangan yang semakin ramai menyebabkan kesesakan serius di ruang kerja sehingga memaksa beberapa unit di bawah pejabat ini, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah ini beroperasi di bangunan berasingan.
Keadaan ini bukan saja menjejaskan koordinasi dan keberkesanan perkhidmatan, malah turut menimbulkan kebimbangan dari aspek keselamatan.
Oleh itu, Kuala Pilah menegaskan bahawa pembinaan pejabat kesihatan daerah yang baharu ini perlu disegerakan oleh Kementerian Kesihatan dengan peruntukan yang jelas dan pelan pelaksanaan yang konkrit demi memastikan keberkesanan perkhidmatan kesihatan komuniti dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin mencadangkan juga agar sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC), diwujudkan di Kuala Pilah bagi meningkatkan akses rakyat kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan. Penubuhan UTC Kuala Pilah bukan saja akan memudahkan urusan harian tapi juga meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, khususnya di kawasan luar bandar. Pada masa ini, penduduk Kuala Pilah perlu ke UTC Ampangan di Seremban yang jaraknya agak
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
jauh dan menyukarkan, terutamanya bagi warga emas golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.
Justeru, Kuala Pilah berharap agar kerajaan mempertimbangkan pembinaan UTC Kuala Pilah ini dengan memanfaatkan bangunan kerajaan sedia ada yang bersesuaian bagi mengoptimumkan penggunaan aset awam serta memastikan pelaksanaan projek ini dijalankan dengan kos yang berpatutan dan cepat. Kuala Pilah juga berharap agar UTC yang diwujudkan ini berfungsi sebagai pusat sehenti yang lengkap, bukan sekadar tempat penerimaan permohonan semata-mata tapi turut mempunyai keupayaan memproses dan mengeluarkan dokumen rasmi seperti kad pengenalan, lesen, pasport dan sebagainya.
Dengan itu, rakyat tidak lagi perlu ke Seremban untuk mendapatkan dokumen siap sekali gus menjimatkan masa dan kos mereka. Penubuhan UTC ini bukan sekadar soal kemudahan fizikal tetapi lambang komitmen kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan kepada rakyat khususnya di luar bandar seperti Kuala Pilah agar tiada daerah yang tertinggal dalam arus transformasi perkhidmatan awam negara kita.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Puan Yang di-Pertua, terdapat keperluan untuk relokasi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kuala Pilah ke kawasan baharu yang lebih sesuai dan strategik.
Difahamkan bahawa projek pemindahan ini telah diluluskan sejak 2016. Namun begitu, walaupun difahamkan projek ini sepatutnya dibina pada 2024, sehingga kini masih lagi belum ada sebarang perkembangan terkini. Oleh itu, Kuala Pilah memohon agar KPM dapat memberi penjelasan serta mempercepatkan pelaksanaan projek ini demi kesejahteraan warga sekolah ini.
Puan Yang di-Pertua, Kuala Pilah ingin menarik perhatian kepada keperluan pembinaan sebuah dewan berbumbung bagi menampung penganjuran pelbagai aktiviti sukan dan bukan sukan di kawasan ini. Pada masa ini, banyak aktiviti masyarakat dan pelajar di Kompleks Rakan Muda di Kuala Pilah ini tergendala apabila cuaca tidak mengizinkan khususnya pada musim hujan.
Sehubungan dengan itu, Kuala Pilah memohon agar KBS mempertimbangkan pembinaan sebuah dewan terbuka berbumbung yang melibatkan kos lebih rendah berbanding dewan tertutup. Namun, masih dapat memenuhi fungsi dan tujuan asal pembinaan itu sebagai ruang komuniti yang selamat, selesa dan inklusif untuk rakyat setempat.
Dato’ Haji Adnan bin Haji Abu Hassan - Kuala Pilah
Akhir kata, Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 ini bukan sekadar dokumen, angka dan peruntukan tetapi merupakan cerminan nilai dan keutamaan kerajaan di mana setiap Ringgit yang dibelanjakan mesti membawa maksud keadilan sosial, peluang dan maruah rakyat. Kuala Pilah percaya kekuatan negara bukan hanya pada angka KDNK tetapi pada nilai kemanusiaan serta rasa kebersamaan rakyatnya. Dengan iltizam kepimpinan kerajaan hari ini, Kuala Pilah yakin Belanjawan 2026 akan benar-benar diterjemahkan menjadi kesejahteraan rakyat di setiap pelosok tanah air. Sekian, Kuala Pilah menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Pilah. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Puan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 ini datang pada waktu rakyat sedang menyesuaikan diri dengan realiti ekonomi yang semakin mencabar. Dari sawah hingga ke kilang, dari penjawat kecil hingga peniaga jalanan, semua merasai tekanan yang sama. Di atas kertas, angka nampak meyakinkan tetapi di bawah, rakyat masih bergelut untuk hidup seimbang dengan gaji dan harga barang. Maka dalam sidang kali ini, Pasir Salak tidak sekadar menilai belanjawan sebagai dokumen ekonomi tetapi sebagai cerminan sejauh mana kerajaan benar-benar memahami denyut nadi rakyat yang mereka pimpin.
Puan Yang di-Pertua, firman Allah SWT.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya yang berhak menerimanya dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, Allah menyuruh kamu menghukum dengan adil, sesungguhnya Allah dengan suruhannya itu memberi pengajaran yang sebaik- baiknya kepada kamu, sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.” Ayat ini peringatan kepada setiap keputusan fiskal. Setiap sen yang dibentangkan dalam belanjawan ini adalah amanah. Bukannya angka untuk dihias tetapi tanggungjawab untuk di lunas. Belanjawan bukan sekadar kertas kerja ekonomi tetapi penilaian terhadap kejujuran, keutamaan dan keberanian kerajaan dalam mendahulukan rakyat yang paling terkesan.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Pasir Salak ingin memulakan dengan isu pendidikan. Puan Yang di-Pertua, pertamanya dalam belanjawan kali ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menerima peruntukan RM66.2 bilion. Jumlah yang besar dan mencerminkan keutamaan negara terhadap pendidikan. Namun, di Perak tidak ada satu sekolah baharu pun dan kita tidak boleh menilai angka itu semata-mata sebagai kejayaan. Persoalan sebenar ialah sejauh mana setiap ringgit itu sampai kepada bilik darjah, kepada guru yang berdepan realiti dan kepada anak-anak di pedalaman yang masih belajar di bangunan uzur.
Pasir Salak menyambut baik usaha menaik taraf 520 buah sekolah daif serta penyelenggaraan fasiliti asas seperti tandas dan makmal di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tetapi setiap tahun, isu yang sama dibentangkan seolah-olah sekolah daif ini tidak pernah selesai. Apa gunanya RM1 bilion diperuntukkan jika proses pembinaan dan penyelenggaraan terus dibelenggu birokrasi, tender lambat dan kontraktor yang gagal menyiapkan kerja mengikut jadual. Amanah dalam perbelanjaan ini bukan sekadar angka, ia menentukan masa depan anak bangsa.
Puan Yang di-Pertua, Pasir Salak juga melihat keperluan mendesak dalam pendidikan awal. Peruntukan kepada KEMAS termasuk RM281 juta bagi program pembangunan komuniti dan RM8.4 juta dalam smart classroom adalah langkah positif tetapi di banyak tempat di luar bandar, tabika masih kekurangan guru terlatih dan akses Internet yang stabil. Teknologi tanpa capaian hanyalah hiasan di atas bajet. Selain itu, pemberian elaun murid berkeperluan khas sebanyak RM150 sebulan dan tambahan RM270 juta untuk sokongan pendidikan khas wajar dipuji.
Namun, Pasir Salak berharap pengagihannya benar-benar disalurkan kepada pusat-pusat pendidikan khas, bukan tersangkut di aras pentadbiran daerah.
Murid istimewa ini bukan menagih simpati, tetapi menuntut perhatian yang sistematik, guru yang mencukupi dan dasar yang benar-benar menyentuh keperluan mereka.
Seterusnya, isu yang kedua, isu perladangan dan komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi. Puan Yang di-Pertua, sektor perladangan dan komoditi merupakan tulang belakang ekonomi luar bandar serta sumber pendapatan kepada lebih sejuta pekebun kecil di seluruh negara. Dalam Belanjawan 2026, kementerian ini menerima peruntukan lebih RM2.4 bilion bagi sokongan kepada FELDA, FELCRA dan RISDA. Jumlah ini besar tetapi keutamaannya ialah memastikan setiap bantuan sampai kepada penerima sebenar, bukan sekadar tercatat dalam laporan tahunan.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Program tanaman semula sawit dengan gabungan geran dan pinjaman mudah bernilai RM100 juta serta insentif lateks kepada 2,500 pekebun getah merupakan langkah yang wajar. Namun, pelaksanaannya masih berdepan masalah kelewatan bayaran, prosedur yang panjang dan kadar bantuan yang tidak sepadan dengan kos operasi di ladang. Kerajaan perlu menilai semula mekanisme sedia ada untuk supaya prosesnya lebih mudah dan pantas.
Puan Yang di-Pertua, Pasir Salak juga mengambil maklum usaha memperkukuh Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dengan peruntukan RM63.5 juta. Walau bagaimanapun, pelaksanaan MSPO hanya akan memberi kesan jika ia membantu meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Selagi harga buah tandan segar kekal rendah dan kos pengeluaran meningkat, pensijilan semata-mata tidak membawa perubahan sebenar. Fokus dasar perlu beralih kepada kestabilan harga dan daya saing pengeluaran, bukan sekadar kepatuhan kepada piawaian.
Dalam masa yang sama, isu penggantungan kepada buruh asing dalam sektor sawit dan getah perlu ditangani dengan segera dan serius. Peruntukan RM5 juta bagi pembangunan tenaga mahir dan automasi ladang adalah permulaan tetapi tidak cukup untuk mengubah struktur industri. Kita perlukan pelan jangka panjang untuk melatih tenaga kerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja luar.
Selain itu, peruntukan RM50.7 juta bagi pembinaan dan penyelenggaraan jalan di ladang di seluruh negara amat penting bagi meningkatkan kecekapan logistik dan mengurangkan kos pengangkutan. Namun, kerajaan perlu memastikan peruntukan yang diagihkan secara adil dengan keutamaan kepada negeri-negeri pengeluar utama seperti Kedah, Kelantan, Pahang dan Sabah. Puan Yang di-Pertua, sektor perladangan dan komoditi ini bukan sahaja menyumbang kepada hasil negara tetapi juga menentukan kestabilan sosioekonomi luar bandar.
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
Setiap Ringgit yang dibelanjakan di sektor ini memberi kesan langsung kepada kehidupan pekebun kecil dan keluarga mereka. Oleh itu, Belanjawan 2026 mestilah memastikan dasar dan pelaksanaannya benar-benar menyokong daya tahan industri.
Seterusnya ialah bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D). Puan Yang di-Pertua, sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu diperkasakan bagi meningkatkan produktiviti, pelaburan, penerokaan ekonomi baharu serta
Tuan Haji Jamaludin bin Yahya - Pasir Salak
peluang pekerjaan sekali gus menambah hasil negara. Namun, peruntukan RM5.9 bilion bagi R&D NCNI dalam Belanjawan 2026 yang hanya 0.31 peratus daripada KDNK adalah terlalu kecil berbanding sasaran 2.5 peratus di bawah RMK13.
Bagaimana kita mahu menjadi negara berasaskan inovasi jika pelaburan penyelidikan masih di tahap minimum?
Walaupun Belanjawan 2026 memberikan penekanan kepada kecerdasan buatan yakni AI dan teknologi tinggi, peruntukan R&D perlu ditingkatkan secara signifikan bagi mencapai sasaran jangka panjang RMK13. Pasir Salak menegaskan hasil R&D mesti dapat dikomersialkan dan kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta perlu diperkukuhkan untuk memacu kemajuan teknologi dan inovasi negara.
Puan Yang di-Pertua, Pasir Salak beralih kepada isu-isu yang berbangkit di Parlimen Pasir Salak. Pertamanya, masalah lembu-lembu dan kerbau-kerbau yang berkeliaran di jalan raya di Kampung Tersusun Air Kuning dalam Parlimen Pasir Salak. Baru-baru ini berlaku kemalangan yang melibatkan motosikal dan seekor kerbau pada waktu malam. Motosikalnya total loss dan penunggangnya mengalami tangan patah lima dan limpa dan hatinya pecah.
Pasir Salak mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan penggunaan chip untuk diletakkan kepada setiap ternakan dan dapat mengetahui pemunyanya kerana apabila berlaku kemalangan, pemunyanya mendiamkan diri dan tidak mahu mengaku bahawa ternakan itu kepunyaan mereka.
Yang keduanya, tentang status masjid dan surau yang tidak selesai pindah milik untuk wakaf. Sebagai contoh di Parlimen Pasir Salak, Masjid Fadzlul Rahman di Kampung Tanjung Bidara dan Surau Yusufiyah Jamaliah di Kampung Kota Kampung Gajah. Setakat hari ini, status tanah masih tidak lagi diwakafkan kepada Majlis Agama Islam. Pasir Salak memohon pihak-pihak yang berwajib membantu menyelesaikan kerana kalau tidak, peruntukan-peruntukan daripada Majlis Agama Islam tidak dapat diturunkan terutamanya tentang penambahbaikan dan sebagainya.
Dan akhir sekali, Puan Yang di-Pertua, masalah banjir yang kerap berlaku di Kampung Lubok Keli, Mukim Sungai Durian dalam Parlimen Pasir Salak. Pasir Salak memohon penambahbaikan perparitan dan kunci air yang sesuai untuk pengairan di sana supaya banjir tidak kerap berlaku dan kerajaan melalui JPS hendaklah membantu penduduk supaya banjir tidak berlaku kerap setiap tahun.
Itu saja Puan Yang di-Pertua, terima kasih. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya jemput Yang Berhormat Gombak.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Terima kasih Timbalan Speaker.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam MADANI. Timbalan Speaker, saya mengambil kesempatan ini, mengucapkan terima kasih di atas ruangan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ataupun yang dikenali sebagai belanjawan sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Oktober lalu.
Terlebih dahulu, bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Malaysia, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Timor-Leste ke dalam keluarga ASEAN selaku negara ke-11 di dalam Association of Southeast Asian Nations, Bem-vindo to ASEAN. Keahlian terbaru Timor-Leste ke dalam ASEAN merupakan detik yang begitu bermakna bagi semua di rantau ini, baik rakyat di Timor ataupun negara- negara lain dan mengukuhkan lagi blok ini yang dibentuk dalam Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.
Pada detik pembentukan itu, ASEAN diasaskan oleh lima negara, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia. Hari ini, di detik Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia, ASEAN sudah berkembang lebih dua kali ganda kepada 11 anggota dengan kemasukan Timor-Leste serta menjadi ekonomi kelima terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, China, Jepun dan juga Jerman. Saya mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri di atas kepimpinan beliau dan pasukan yang telah membawa kepada detik bersejarah ini.
Di saat sebahagian besar rakyat dalam negara sedang menolak projek globalisasi akibat kesenjangan kekayaan dan juga pendapatan, aspek regionalisme menjadi lebih penting dan inilah saatnya untuk ASEAN melakar masa depan regional-nya yang lebih adil kepada rakyat dan masyarakat secara keseluruhan.
Dan kita harus terbuka dengan kemasukan strategik negara lain ke dalam ASEAN seperti Australia yang mempunyai kekuatannya sendiri serta negara seperti Bangladesh agar kita dapat mengatasi isu migrasi dan juga penempatan beberapa pengungsi-pengungsi ataupun mereka yang terpaksa migrate dan berpindah bagi memastikan kedudukan serta keselesaan dalam masyarakat dan negara-negara dan juga penduduknya dapat dijamin.
Saya sedar dari segi kedudukan geografi, Australia mungkin terletak di luar sempadan Asia Tenggara seperti yang diperincikan dalam Deklarasi Bangkok.
Tetapi dengan pembaharuan teknologi dan keterhubungan, mereka hanya terletak satu jam setengah daripada Timor Leste dan kurang enam jam dari Malaysia. Yang
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
penting siapa pun jiran yang ingin menganggotai ASEAN menerima dan memahami asas blok ini adalah keamanan dan untuk bab ini kita tidak ada kompromi.
Kita di ASEAN faham bahawa kita tidak sempurna. Kadangkala terdapat kekurangan, ada waktu suhunya meningkat, melibatkan perkara penting seperti sempadan yang dialami oleh dua jiran kita, tapi kita berupaya fokus secara kolektif kepada keutamaan pertama kita iaitu keamanan kerana tanpa keamanan ataupun zone of peace, kita tidak akan mampu memikir dan merencana perkembangan ekonomi rantau ini.
Dengan adanya ahli-ahli baharu seperti Timor-Leste dan rakan strategik baharu seperti Australia atau negara seperti Bangladesh, ASEAN akan berupaya meningkatkan paras gaji secara menyeluruh supaya rantau ini tidak lagi terperangkap dengan race to the bottom daripada segi gaji, dengan izin.
Dan ini akan membuka pintu kepada perpindahan teknologi tinggi yang jitu dan sebenar. Bukan sekadar menerima FDI tanpa ada peningkatan daripada segi kapasiti dan keupayaan tempatan ataupun yang sering disebut sebagai perpindahan teknologi. Ini masanya untuk ASEAN merebut peluang dan mengekalkan momentum yang telah dibina melalui tempoh Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia untuk menjadikan rantau ini sebagai model projek regionalisme yang sangat berjaya.
Alhamdulillah pada hari ini, summit atau Sidang Kemuncak ASEAN telah menjadi perhatian dunia dengan kehadiran pemimpin-pemimpin dunia dan juga kebersamaan kita dengan sikap neutraliti dan sikap sentraliti yang telah dipamerkan oleh kepimpinan ASEAN termasuk Malaysia yang begitu konsisten dengan dasarnya untuk mengekalkan ASEAN sebagai tempat perhubungan dan tempat diplomasi yang tinggi yang akhirnya akan membawa kebaikan kepada negara-negara ASEAN.
Cumanya ada beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan termasuk dagangan di antara negara-negara ASEAN yang masih lagi rendah dan Malaysia boleh menjadi katalis sebagai sebuah negara ataupun sebagai sebuah platform yang menghubungkan. Sebab itu saya agak konsisten menyebutkan tentang ASEAN kerana potensinya yang harus direbut dan Malaysia harus menjayakan projek ASEAN sebagai pusat dunia demi kebaikan dan juga kejayaan kita bersama.
Tuan Timbalan Speaker, saya ingin beralih dalam bidang pendidikan. Ahli Yang Berhormat sekalian, semua sedia maklum, mutakhir ini berlaku beberapa insiden yang telah menyebabkan satu siri yang agak menyedihkan dalam situasi di sekolah dan bidang pendidikan kita. Selaku Menteri Besar di negeri saya, kita terlibat di negeri Selangor— kita terlibat satu insiden yang melibatkan pembunuhan seorang
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
anak berumur 16 tahun, ditikam bertubi-tubi di dalam kawasan sekolah dan ingin menzahirkan rasa ucapan takziah kepada ibu bapa dan keluarga yang terlibat.
Saya percaya ini adalah masa terbaik untuk melihat pendidikan sebagai satu tindakan keseluruhan, the whole society approach dengan izin, dalam memastikan kita tidak lagi menuding ataupun membebankan kepada satu-satu pihak sahaja, sama ada pihak sekolah, sama ada pihak guru ataupun mana-mana pihak dalam menyelesaikan isu, daripada isu buli sampailah kepada isu masalah sosial yang meliputi kita.
Sebahagian besar dari waktu mereka adalah di rumah dan bagaimana sistem kekeluargaan, bagaimana sistem penggajian dan pengupahan mampu meringankan beban keluarga dan ibu bapa supaya mereka tidak perlu bekerja lebih masa ataupun mendapatkan kewangan dalam melindungi keluarga.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Begitu juga dengan fungsi komuniti, fungsi jiran dan fungsi-fungsi lain, termasuk sampailah kepada keupayaan kita meningkatkan sistem pintar, sama ada di sekolah ataupun di mana-mana tempat kerana dengan sistem itu juga kita dapat memantau secara keseluruhan. Jadi, pendidikan bukan lagi ditumpukan kepada institusi seperti sekolah ataupun di universiti, sebaliknya dilibatkan fungsi kemasyarakatan, memperkukuhkan fungsi PIBG dan sebagainya.
Dan, dana-dana kita bukan hanya menumpu kepada peralatan sekolah, tetapi juga bagaimana mampu memperkasa dan memperkukuhkan institusi-institusi masyarakat dan keluarga dalam membentuk sahsiah serta keperibadian anak-anak.
Saya kira ia bukan isu satu benda— ia satu pihak, ia bukan hanya berlaku di sekolah, ia juga bukan hanya berlaku di rumah, tetapi ia melibatkan masa depan negara kita yang bersama.
Ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menyentuh dalam satu perkara yang melibatkan hal yang sangat penting iaitu berkenaan dengan bidang teknikal dan vokasional. Kita ingin melihat daripada segi infrastruktur fizikal yang merangkumi kekuatan komuniti tempatan dan pakar dalam pelbagai bidang untuk membentuk generasi yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi.
Berkaitan teknikal, saya menyambut ataupun TVET saya menyambut baik komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menggubal rang undang- undang TVET yang telah dipertanggungjawabkan kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Ini satu tindakan yang baik kerana setelah sekian lama, kita berbincang dan bergerak ke arah advance TVET dengan izin. Ini masanya untuk
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
keseluruhan ekosistem TVET dibentuk dengan lebih berkesan dan mengelakkan pertindihan daripada segi fungsi dan fokus.
Satu kaedah yang ingin saya cadangkan untuk meningkatkan nilai dan mutu TVET dalam kalangan pelajar serta pandangan ibu bapa adalah RUU TVET ini, boleh meletakkan syarat supaya satu minggu dalam tempoh cuti sekolah dikhususkan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah diberikan pendedahan di kilang-kilang berteknologi tinggi.
Manakala, mengikut pengalaman sebagaimana di Belanda, ataupun dengan lebih tepat di Eindhoven. Kita melihat adanya unsur yang dipanggil sebagai triple helix, gabungan di antara industri, kerajaan dan juga pendidikan. Ketiga-tiga institusi ini bergabung dan kemudiannya membentuk satu jaringan latihan teknikal dan vokasional, bukan sahaja untuk memberikan latihan, tetapi juga memberikan pengalaman kerja, di samping meneroka bidang-bidang baru serta tarik pembahas sebelum ini menyebutkan tentang R&D.
Sudah pasti R&D tidak boleh hanya dibebankan kepada kerajaan, sebaliknya institusi peribadi ataupun swasta juga harus terlibat secara langsung dalam meningkatkan budaya R&D. Kerajaan menyediakan platform dan kemudahan dan kerangka undang-undang untuk memastikan apa yang disebutkan dalam NIMP 2030 itu mencapai sasarannya ataupun mencapai tepat kepada yang diimpikan dengan memperkukuhkan bidang teknikal dan vokasional dalam bidang RUU, termasuk meneroka usaha-usaha bersama daripada pelbagai pihak, dalam memastikan TVET diperkasakan dan masa depan kemahiran dan generasi negara yang berkemahiran dapat diperkukuhkan.
Yang ke— terakhir Yang Berhormat Timbalan Speaker, di sini saya ingin menyebut tentang beberapa aspek berkenaan dengan pengurusan air. Pengurusan air merupakan satu perkara yang sangat penting dan memberikan impak yang begitu besar dan salah satu daripada kesan besar yang dirujuk daripada sudut air adalah NRW, ataupun yang dipanggil sebagai non-revenue water. Daripada laporan-laporan yang diperlihatkan, ada beberapa buah negeri masih lagi mencatatkan NRW yang tinggi— 50 peratus, 40 peratus, hingga melibati 40 ataupun 36 dan 37 peratus. Bayangkan setiap liter air yang telah diproses dengan kos yang tinggi, 50 peratus daripadanya terkuras ataupun hilang di dalam air ataupun di tanah disebabkan oleh masalah kebocoran paip dan sistem yang tidak padu ataupun tidak jitu.
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
Di negeri Selangor, pengalaman saya sendiri, kita bermula dengan 36 peratus dan pada hari ini, setelah proses penggantian-penggantian paip dilakukan, kita berjaya menurunkan kepada 27 peratus, menjadi negeri kedua mempunyai NRW terendah selepas negeri Johor yang mencatatkan 25 peratus.
Namun begitu, pengalaman kita di sesuatu lokaliti menunjukkan keupayaan untuk mengurangkan NRW juga dapat dipertingkatkan apabila kita melibatkan teknologi. Di antara teknologi yang kita pergunakan ataupun yang telah kita cuba secara pilot ataupun secara uji cuba di beberapa lokasi adalah dengan menggunakan smart meter, dengan smart meter yang telah teruji dengan baik.
Sebagai contoh, kami menguji di satu kawasan yang namanya di Bukit Jelutong. Di kawasan tersebut, merakamkan jumlah NRW sebanyak 27 peratus.
Maknanya setiap air yang terawat, 27 peratus hilang disebabkan oleh pecah paip ataupun paip yang tidak berfungsi. Setelah kita menggunakan smart meter, kita berjaya menurunkan sampaikan ke single digit, ataupun angka tunggal iaitu di antara lapan hingga sembilan peratus.
Dan ini, kalau kita boleh aplikasikan dengan baik, ataupun dapat digunakan dengan menyeluruh, ya, saya pasti ini akan dapat digunakan dengan baik, tapi Yang Berhormat, saya nak sebutkan di sini, dengan sebab-sebab tertentu, kosnya menjadi begitu tinggi. Antara sebab yang tinggi adalah kerana effective tax yang telah dikenakan kepada peralatan-peralatan ini.
Satu peralatan smart meter yang saya lihat harganya di kalangan biasa tanpa tax adalah bernilai di antara RM300 hingga RM350, tapi dengan sebab dengan effective tax yang dikenakan, kita terpaksa meningkatkan harganya sampai mencecah RM500 sehingga RM600.
Kalaulah kita berjaya tarik mereka untuk turun ataupun kembali kepada membuat pasaran mereka di dalam tempatan, akhirnya apa yang berlaku mereka dapat kurangkan sampai RM400, tetapi kalau kerajaan— saya ingin mencadangkan kerajaan untuk melihat beberapa nilai barangan-barangan strategik seperti smart meter ataupun valve ataupun barang-barang berkaitan untuk mengurangkan NRW ini dapat disurutkan, bolehlah dihapuskan tax ataupun dikurangkan pencukaian import mereka dan juga SST ini.
Dengan pengurangan cukai ini, saya percaya kos operasi syarikat-syarikat perkhidmatan air akan menjadi dengan lebih efektif dan dalam pada masa yang sama, kita kurangkan kos perawatan air kerana NRW berjaya direndahkan ataupun dikurangkan. Dan dalam pada masa yang sama, kita dapat menjamin bekalan air
Dato’ Seri Amirudin bin Shari - Gombak
yang berkekalan, 24 jam sebagaimana yang dicatatkan dalam SDG ataupun sebagaimana sasaran yang ditetapkan oleh negara-negara membangun.
Justeru, di pihak kerajaan, saya percaya boleh menilai hal ini yang mana ia akan mampu membantu memperkukuhkan perkhidmatan dan juga bekalan air di negeri-negeri dan juga mampu mengurangkan apa yang dipanggil sebagai NRW– non-revenue water. Terima kasih Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua.
Di sini saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah berkaitan pertama, isu penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN yang ke-47 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur sekarang. Saya ada dimaklumkan mengenai penglibatan setiap lapisan penjawat awam daripada pelbagai skim dan gred ya, iaitu daripada peringkat jawatan pembantu pejabat kepada pemandu, kepada jawatan kerani, termasuk juga pegawai-pegawai kerajaan yang telah dikerah untuk menjayakan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ini sempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN.
Penghormatan ini cuma mampu dirasa setiap 10 tahun, kerana kita telah menjadi Pengerusi untuk Kemuncak ASEAN. Selepas penyertaan dan tahun ini pula, kita lihat penyertaan negara Timor-Leste pada tahun ini, mungkin setiap 11 tahun.
Walaupun rakyat Malaysia hanya nampak suasana sibuk, jalan tutup dan sebagainya mula terjadi pada minggu ini dengan keadaan kesesakan trafik yang teruk akibat penutupan jalan-jalan utama, namun saya dimaklumkan bahawa petugas-petugas sidang ASEAN ini sudah mula bertugas seawal dua minggu yang lalu termasuk urusan pertadbiran diri, sesi raptai ataupun rehearsal persembahan utama, selain daripada pembahagian tugas dan juga peranan-peranan berkaitan.
Anggota tentera, sebagai contoh juga telah mula berkampung di kem-kem transit seluruh Kuala Lumpur, yang kebanyakan mereka ini bertugas sebagai pemandu kepada delegasi luar negara, termasuk membantu pihak polis memberikan kawalan keselamatan dan ketenteraman awam.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Semua pihak telah memainkan peranan penting, sama ada tugas tersebut kecil ataupun— mahupun besar. Bos saya. [Bersalaman dengan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md Yassin, Ahli Parlimen Pagoh] Ini Presiden saya.
[Ketawa] Dato’ Yang di-Pertua, maaf. Bagi menghargai penjawat awam yang bertugas secara langsung di dalam menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ini, saya mohon Yang Amat Berhormat Tambun ataupun Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk mempertimbangkan sejumlah insentif khas sebanyak RM500 kepada semua petugas yang terlibat secara langsung di dalam menjayakan pelaksanaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ini.
Saya berpandangan walaupun jumlah RM500 ini adalah kecil dalam situasi ekonomi pada hari ini, tetapi pemberian sagu hati dan penghargaan kepada semua petugas ASEAN yang terlibat adalah wajar dan adil.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
Saya dimaklumkan ada di kalangan cikgu sekolah yang bangun seawal jam tiga pagi untuk menyelaras sesi rehearsal kanak-kanak sekolah yang terlibat menjayakan persembahan dalam sidang ASEAN kali ini. Sekiranya, diharapkanlah kerajaan bersetuju dengan cadangan ini, ia akan memberikan motivasi dan sedikit kegembiraan kepada segenap lapisan perkhidmatan kerajaan yang bukan hanya terhad kepada cikgu, tetapi juga kepada anggota tentera, polis, petugas kesihatan, pemandu, pembantu pejabat dan sudah tentu sebahagian besar daripada warga Wisma Putera, termasuk pegawai kontrak kerajaan daripada kementerian- kementerian lain yang telah digembleng dan kini sedang bertungkus-lumus memastikan kejayaan acara, sekali gus menjaga nama baik Malaysia selaku Pengerusi ASEAN Ke-47.
Saya dimaklumkan juga, ada pegawai dan kakitangan yang bertugas sebagai selaku sekretariat utama ASEAN sudah hampir dua minggu tidak bertemu ahli keluarga mereka dan terpaksa berkampung di hotel sekitar KLCC sebagai komitmen jitu mereka menjaga nama baik negara menjayakan acara ini.
Saya setelah congak dan berkira, sekiranya jumlah petugas adalah seramai 5,000 orang ya Yang di-Pertua, maka kerajaan hanya perlu membelanjakan sebanyak RM2.5 juta sahaja bagi pelaksanaan cadangan pemberian insentif khas yang dicadangkan ini. Saya mohon Yang Amat Berhormat Tambun dan juga KSN ataupun Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk mempertimbangkan cadangan ini.
Yang kedua, pengenalan elaun khas kepada anggota tentera pada status aktif duti yang berdepan risiko tinggi ketika bertugas. Dato’ Yang di-Pertua, perkara
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
yang kedua yang saya ingin bangkitkan pada hari ini adalah supaya kerajaan, khususnya Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga Kementerian Pertahanan mempertimbangkan untuk memperkenalkan elaun tugasan aktif atau active duty allowance dengan izin, bagi jawatan-jawatan tertentu yang diklasifikasikan sebagai pakar atau tugas khas dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.
Pada masa ini, saya dimaklumkan bahawa kumpulan pakar seperti tugasan pengawal trafik udara ATC – air traffic controller, juruterbang pesawat tempur atau pemandu helikopter Angkatan Tentera Malaysia atau anggota pemusnah bom – Explosive Ordnance Disposal (EOD), anggota pasukan khas ATM, kelasi kapal selam TLDM tidak diberikan elaun khas dalam tempoh mereka aktif bertugas.
Walaupun mereka yang saya telah sebutkan tadi berstatus aktif, sama ada dalam pelaksanaan exercise mahupun operasi menjaga kedaulatan negara dan mereka berdepan dengan situasi bahaya yang boleh mencabut nyawa sekelip mata, jawatan-jawatan ini tidak diberikan elaun khas berkaitan bidang tugas yang mereka laksanakan ini. Jawatan-jawatan ini pula bersifat spesifik hanya istimewa pada pemegang patch yang telah menjalani latihan khusus dan hanya mereka sahaja yang mampu melaksanakan tugas ini.
Sebagai contoh Dato’ Yang di-Pertua, pengendali radar pesisir pantai yang memerlukan mereka ini duduk dan tinggal di kawasan terpencil seperti di atas gunung dan bukit tersorok, jauh daripada kawasan bandar-bandar untuk satu tempoh yang lama dan hanya trek kemahiran ini mampu mengendali peralatan canggih berkenaan.
Saya berpandangan, sudah tiba masanya anggota kumpulan pakar yang berstatus aktif ini diberi elaun khas, mengambil mereka berdepan dengan situasi bahaya yang boleh mengakibatkan risiko kehilangan nyawa dalam pelaksanaan tugas. Contoh lain yang saya ingin berikan adalah seperti anggota EOD iaitu pemusnah bom. Di dalam pelaksanaan misi atau operasi mereka, mereka ini pergi dahulu meneutralkan ancaman bom, improvised explosive device (IED) ataupun periuk api bagi memastikan kawasan berkenaan benar-benar selamat untuk dilalui oleh pasukan tentera yang lain.
Pada masa ini, pada masa ini hanya jawatan tertentu sahaja menikmati elaun asas atau basic allowance berdasarkan kepada kepakaran mereka. Elaun baharu yang saya ingin cadangkan ini adalah tambahan kepada basic allowance yang sedia
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
ada dan hanya perlu diberikan sewaktu tempoh operasi mereka sahaja ataupun mereka yang dalam status aktif, berdasarkan kepakaran jawatan masing-masing.
Sekiranya mereka kembali bertugas di pejabat ataupun dalam status kategori staf am ataupun dalam terma tentera office staff, maka ia boleh ditamatkan, tetapi basic allowance hendaklah dikekalkan. Berilah tak kiralah apa terma elaun itu, nama kepada elaun tersebut bagi membezakan dari basic allowance, mungkin diberi nama elaun risiko ataupun elaun hazard dan danger. Untuk makluman rakan-rakan semua, kali terakhir semakan gaji tentera dibuat adalah 10 tahun yang lepas. Saya percaya sudah tiba masanya gaji mereka ini disemak semula dengan pengenalan elaun baru yang saya cadangkan tadi.
Dato’ Yang di-Pertua, kenapa saya bangkitkan perkara ini kerana ini perubahan zaman. Sebagai contoh, saya ambil jawatan juruterbang pesawat tentera TUDM. Sekiranya mereka ini memegang— katakanlah mereka sekarang memegang jawatan mejar, berkhidmat setelah 20 tahun dalam tentera, masih aktif menerbangkan pesawat berbanding rakan mereka yang telah memilih untuk bersara awal dan mencari kerja baharu. Menerbangkan pesawat komersial sama ada dengan MAS, AirAsia ataupun syarikat penerbangan lain, perbezaan gaji mereka adalah sebanyak tiga kali ganda.
Sebagai contoh anggota TUDM yang berpangkat mejar dan masih setia bersama pasukan tentera, gajinya dalam lingkungan RM10,000 hingga RM15,000 sahaja sebulan, tetapi bagi anggota, rakan mereka yang memilih bersara awal dan menerbangkan pesawat komersial, gaji mereka mencecah hingga RM35,000 hingga RM40,000 sebulan.
Saya tahu. Contohnya syarikat komersial Emirates, Etihad, suka mengambil pitching juruterbang TUDM, mengambil kira aspek latihan juruterbang pesawat tempur lebih mencabar. Dan, juruterbang TUDM kita mempunyai kadar kesedaran persekitaran ataupun situation awareness yang tinggi berbanding juruterbang yang dilatih oleh syarikat penerbangan komersial.
Sebagai contohnya, bekas juruterbang TUDM ini lebih bertangkas, bertindak dalam situasi kecemasan kerana latar belakang latihan sewaktu mereka bertugas dalam pasukan memerlukan mereka berfikiran pantas dan menganalisa situasi risiko dengan lebih menyeluruh.
Dalam TUDM, is always about life and death, dengan izin. Apabila mereka ini masuk sahaja dalam kokpit pesawat, sifat inilah mereka bawa dalam kehidupan
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
seharian. Jadi, apabila mereka diambil oleh syarikat Etihad, Emirates, dia suka ambil anggota TUDM kita.
Pada masa ini, juruterbang TUDM menikmati basic allowance sebagai juruterbang. Mereka juga perlu ada maintain currency dengan wajib menerbangkan pesawat bagi tempoh jam tertentu. Kerana ini kita kerap melihat apabila Panglima Tentera Udara sendiri menerbangkan pesawat tempur pada waktu-waktu tertentu.
Sebab apa? Sebab nak dapat allowance maintain currency.
Saya percaya tindakan ini berlaku kerana mereka risau dan bimbang akan kehilangan basic allowance walaupun mereka melaksanakan tugas am di pejabat.
Maksudnya, jika mereka bekerja di tugas am di pejabat, mereka tak menerbangkan pesawat, mereka akan kehilangan basic allowance maintain currency.
Dato’ Yang di-Pertua, saya salute lah. Kita semua kena salute anggota TUDM, khususnya juruterbang pesawat tempur ataupun juruterbang helikopter mahupun pesawat transport yang memilih untuk setia dalam perkhidmatan tentera.
Sebagai penghargaan dan penghormatan wajar, mereka dipertimbangkan elaun khas active duty sebagainya yang saya cadangkan ini. Sekiranya mereka hanya berstatus staf awam di pejabat, maka elaun ini bolehlah ditamatkan.
Perkara ini sebenarnya sudah lama dilaksana oleh negara-negara maju seperti di United Kingdom ataupun Perancis bagi tujuan menjaga kebajikan anggota yang sedang berkhidmat, selain daripada insentif tambahan untuk mengelakkan mereka ini berhijrah keluar menerbangkan pesawat komersial.
Saya minta, saya mohonlah kepada MINDEF untuk mengangkat perkara ini kepada pihak MOF bagi pelaksanaan satu bengkel atau perbincangan awal melihat kepada pelaksanaan elaun khas active duty ataupun elaun khas hazard dan danger ini. Berilah, tak kisahlah nama apa nak bagi elaun ini. Cadangan elaun ini tidak terhad kepada juruterbang TUDM sahaja, tetapi juga kepada perkhidmatan tentera lain yang dikategorikan berisiko tinggi, kehilangan nyawa yang seperti anggota Frogman TLDM, anggota pasukan khas ATM, pengendalian peralatan canggih seperti radar, juruterbang, jurutera, Jabatan Elit Tentera Darat atau lain-lain jawatan khas yang difikirkan sesuai. Saya percaya pengenalan elaun khas ini tidaklah melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.
Dato’ Yang di-Pertua, yang terakhir sekali lah kerana masa tidak mengizinkan. Saya— ini adalah sebenarnya rakan-rakan daripada Sabah yang minta saya bangkitkan yang mana akibat kelemahan, ketidakcakapan memberi kesan kepada ekonomi negeri Sabah. Iaitu di Sabah ini ada dua pelabuhan iaitu pelabuhan
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - Tanah Merah
yang lama Pelabuhan Kota Kinabalu. Yang kedua, pelabuhan yang baharu, yang besar, komersial, pelabuhan di Sepanggar.
Hari ini apa yang berlaku ialah kekurangan di Port Sepanggar yang berlaku banyak kelemahan kecekapan yang di Port Sepanggar. Di mana kekangan ruang jeti di Port Sepanggar, Kota Kinabalu terhad dan tidak mampu menampung jumlah kapal yang semakin meningkat. Pada masa ini, hanya dua jeti yang beroperasi mampu menerima kapal berkapasiti besar. Keadaan ini menyebabkan giliran kapal untuk bertambat menjadi panjang serta menjejaskan kelancaran aktiviti pemunggahan dan penghantaran. Bererti kapal dah sampai tapi tak boleh punggah sebab kena follow queue.
Kekurangan ruang penyimpan kenderaan kapal RO-RO. Kawasan jeti yang sedia ada sempit, manakala ruang penyimpanan bagi kenderaan yang dibawa masuk melalui kapal RO-RO adalah tidak mencukupi. Kekangan ini menyebabkan kesesakan teruk di kawasan pelabuhan dan melambatkan proses pelepasan serta pengagihan kenderaan ke destinasi seterusnya. Ini khususnya untuk kepada Menteri Pengangkutan.
Kemudian, ini Menteri Kewangan, kastam. Ini terakhir sekali ya, Yang di- Pertua. Nak landing dah. Kekangan perkhidmatan kastam di luar waktu pejabat.
Ketiadaan pegawai pentaksir kastam yang bertugas selepas waktu pejabat menimbulkan kelewatan dalam proses pemeriksaan dan pelepasan kenderaan apabila kapal tiba di luar waktu operasi rasmi. Ini menjejaskan kecekapan rantaian logistik, meningkatkan kos penyimpanan.
Pegawai kastam yang ditempatkan di Port Sepanggar, Kota Kinabalu kebanyakan terdiri daripada pegawai berpangkat tinggi. Situasi ini berbeza dengan pelabuhan yang lama di Kota Kinabalu yang mempunyai pegawai kastam yang berjawatan operasi dan layak menjalankan kerja lebih masa (OT) ya. Kalau di Port Sepanggar tak boleh dapat OT.
Ketiadaan pegawai operasi yang boleh bertugas selepas waktu pejabat di Port Sepanggar menyebabkan urusan pemeriksaan dan pelepasan kenderaan tergendala sekiranya kapal tiba di luar waktu kerja rasmi. Keadaan ini menjejaskan kelancaran proses pelepasan kenderaan dan menyumbang kepada kelewatan penghantar keluar dari kawasan pelabuhan. Jadi, saya mohon pihak kastam dan Menteri Pengangkutan melihat isu yang berlaku kesesakan di Port Sepanggar dan juga kelemahan di pihak kastam. Terima kasih. Terima kasih, Dato’ Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Tanah Merah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan mesyuarat akan bersambung semula pada jam 2.30 petang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kita teruskan perbahasan Perbelanjaan 2026 dengan saya menjemput Simpang Renggam, 13 minit.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tan Sri, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2026. Sekurang-kurangnya satu belanjawan yang menunjukkan keazaman kerajaan.
Belanjawan ini memperlihatkan langkah ke arah kestabilan ekonomi yang lebih mampan, memperkukuh asas fiskal dan memperkemas subsidi. Secara keseluruhannya, saya bersetuju dengan naratif pendekatan fiskal yang diambil kerajaan. Kurangkan defisit, kurangkan ketirisan, optimumkan peruntukan untuk perbelanjaan kerajaan.
Namun, sebagai kompas sejarah untuk era mendatang, kita berharap belanjawan ada kesinambungan dan memperkukuhkan kapasiti produktiviti negara untuk masa depan. Jika asas yang dibina hari ini rapuh, maka bangunan ekonomi masa depan akan goyah. Maka kita bertanya, adakah kita sedang berbelanja untuk berkembang atau sekadar berbelanja untuk bertahan?
Tan Sri Yang di-Pertua, laporan rasmi Anggaran Perbelanjaan Persekutuan menunjukkan bahawa perbelanjaan pembangunan negara kita semakin menurun dari tahun ke tahun. Namun, tahun 2024 RM84 bilion, 2025 naik sedikit, RM86 bilion dan 2026 turun lagi, RM81 bilion. Fenomena ini bukan sekadar kebetulan saya rasa.
Ia adalah trend yang membimbangkan. Dalam Belanjawan 2005 kita berbelanja 24.1
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
peratus daripada jumlah peruntukan negara. Tahun 2010, naik kepada 26 peratus.
Namun, sejak 2013 trendnya merosot ke bawah paras 20 peratus.
Walaupun Kerajaan MADANI telah mengembalikan sekitar 24 peratus pada tahun 2023, tapi kini kembali menurun kepada 19.7 peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2026. Jadi, apakah maksudnya? Ini bermakna, kita kurang melabur untuk masa depan. Itu pandangan saya lah, Yang Berhormat Tan Sri. Kalau kita tengok daripada analisis The Edge, Malaysia mempunyai peratusan perbelanjaan pembangunan terendah dalam ASEAN, lebih rendah daripada: Vietnam - 31 peratus; Thailand - 24.6 peratus; Singapura - 21.6 peratus; atau Filipina - 21.3 peratus.
Jadi, apakah peruntukan pembangunan— jadi, apabila peruntukan pembangunan tidak ditingkatkan, pekerjaan baru tidak tercipta, infrastruktur tidak diperbaharui dan akhirnya, negara hilang daya saing. Maka, apakah langkah kerajaan mengatasi suasana ini? Vietnam, Thailand dan Singapura sedang mempertingkat pelaburan awam mereka dengan agresif. Membina landasan, taman perindustrian, hab data dan pelabuhan baharu. Jika kita kekal dengan corak sekarang, kita berisiko untuk menjadi penonton.
Penekanan yang diberikan juga dalam Belanjawan 2026 terhadap bidang penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan juga daya cipta, baik seadanya.
Peruntukan untuk RDCI rentas kementerian hampir RM5.9 bilion merupakan langkah ke hadapan, terutama dalam usaha kita menuju status negara AI menjelang tahun 2030. Ini satu isyarat jelas bahawa Malaysia ingin berdiri sebaris dengan ekonomi berteknologi tinggi.
Namun, kalau kita tanya, memanglah tidak mencukupi. Salah satu daripada simptom paling nyata kepada stagnasi ekonomi negara ialah pelaburan kita dalam penyelidikan dan pembangunan yang masih lemah. Terperangkap sekitar satu peratus daripada KDNK, angka ini jauh daripada sasaran kita iaitu 3.5 peratus menjelang tahun 2030 dan hanya sebahagian kecil kalau kita banding dengan negara-negara seperti Korea Selatan mahupun Jepun yang melabur lebih empat peratus daripada KDNK mereka.
Saya pernah bangkitkan perkara ini di Dewan yang mulia ini. Bagaimana kadar pembiayaan R&D? Persoalan susulan saya ialah dengan peruntukan RM5.9 bilion, bagaimana kita akan menjejak sasaran GERD – Gross Domestic Expenditure on R&D sebanyak 3.5 peratus menjelang tahun 2030 yang kita sasarkan?
Jadi, menurut unjuran rasmi, Malaysia memerlukan pelaburan R&D sebanyak RM25.7 bilion daripada sektor awam dan RM60 bilion daripada sektor swasta. Jadi,
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
ini bermakna, jurang yang perlu diisi amat besar dan jurang inilah yang akan menentukan sama ada kita hanya menjadi pengguna teknologi atau benar-benar jadi peneraju. Langkah kerajaan memperkenalkan potongan cukai tambahan 50 peratus kepada PMKS bagi perbelanjaan latihan berkaitan AI dan keselamatan siber adalah satu permulaan baik. Diharapkan diperluaskan dan diperkukuhkan.
Kita perlu melangkah lebih jauh, perlu mencipta budaya pelaburan dalam RDCI ini. Bukan sekadar program sementara, tapi jadikan ia sebagai satu ekosistem.
Maka, sukar jadi negara berteknologi tinggi jika pelaburan kita dalam ilmu dan inovasi kekal diparas rendah.
Tan Sri Yang di-Pertua, begitu juga perbelanjaan pembangunan bagi sektor pertanian, jatuh menjunam sehingga 81.3 peratus. Kalau dulunya RM2.94 bilion, tahun ini hanya RM551 juta sahaja untuk tahun 2026. Ini adalah peruntukan terendah dalam sektor pertanian dan kejatuhan tahunan paling mendadak dalam sekurang- kurangnya 11 tahun. Saya jarang menyentuh tentang soal pertanian Yang Berhormat Tan Sri tapi kerana mendadak yang begitu sangat dalam tempoh 11 tahun.
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
Saya bangkitkan perkara ini kerana Johor hari ini merupakan penyumbang terbesar pertanian negara dengan sumbangan RM17.21 bilion atau 17.1 peratus kepada KDNK negara. 17 peratus. Jadi, Johor mencatat nilai jualan hasil pertanian tertinggi negara mencecah RM27.2 bilion dan terus komited untuk memperkukuh peranannya sebagai bakul makanan negara dan pemain utama dalam pasaran agromakanan global.
Jadi, bagaimana Johor nak kekal sebagai peneraju jika bajet pembangunan sektor pertanian terus dipotong sebegitu drastik? Mungkin Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dapat menyatakan strateginya. Soalan. Jadi, untuk Johor kekal menjadi peneraju jika bajet pembangunan terus dipotong, bagaimana strategi kerajaan seterusnya?
Tan Sri Yang di-Pertua, dalam belanjawan memang ada diperkenalkan program-program yang baik― Program Agropreneur NextGen, serta insentif automasi pertanian untuk penanaman, penternakan, apikultur, akuakultur dan perikanan laut dalam, tetapi adakah jumlah RM551 juta itu cukup untuk menjamin daya tahan jangka panjang sektor pertanian negara?
Baiklah, saya beralih sedikit kepada perkara yang menyentuh tentang soal Kementerian Ekonomi di mana perbelanjaan pembangunannya semakin juga mengecil. Kalau kita halusi dengan lebih dekat trend peruntukan pembangunan
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
untuk Kementerian Ekonomi, perbelanjaan mengurus semakin meningkat tetapi perbelanjaan pembangunan menunjukkan trend yang semakin menurun. Kini hanya RM2.22 bilion, angka paling rendah sejak 2023. 2023 dahulu, pembangunan mencecah RM3.339 bilion. Tahun 2024, RM2.117 bilion. 2025, RM2.437 bilion dan tahun 2026 menurun kepada RM2.113 bilion.
Jadi, persoalannya, bagaimana kementerian yang menjadi perancang utama ekonomi negara yang bertanggungjawab membentuk rancangan Malaysia, menyelaras pelaburan strategik dan merangka dasar pembangunan jangka panjang boleh terus beroperasi dengan belanjawan pembangunan yang semakin mengecil?
Jadi, mungkin untuk berlaku adil kepada Dewan yang mulia ini, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan mungkin dapat menyatakan apakah sebenarnya strategi kerajaan untuk kembali merancakkan atau menjayakan rancangan pembangunan negara kita.
Kalau kita lihat daripada perbelanjaan pembangunan yang kita anggap sebagai pelaburan masa depan, bukan kos sementara, setiap ringgit yang dibelanjakan oleh Kementerian Ekonomi melahirkan kesan pengganda kepada ekonomi― cipta pekerjaan baharu, menggalakkan pelaburan swasta, meningkatkan daya saing tempatan.
Jika kita terus mengurangkan bajet pembangunan, maka setiap peluang untuk membina kapasiti produktif baharu tentunya juga akan terkesan. Jadi, sudah tiba masanya untuk kita berbelanja untuk bertahan dan mula berbelanja untuk berkembang. Tambahkan peruntukan pembangunan biar setiap ringgit yang dibelanjakan oleh Kementerian Ekonomi menjadi pemangkin perubahan.
Kenapa saya berkata begitu? Kerana kita ada peluang. Sepertimana Johor- Singapore Special Economic Zone, Yang Berhormat Tan Sri Speaker, kita telah berjaya menarik pelaburan yang diluluskan bernilai sebanyak RM37 bilion. Dan untuk negeri Johor sahaja, bagi setengah penggal yang pertama, sebanyak RM56 bilion pelaburan yang telah diluluskan telah pun tercatat di dalam National Investment Committee. Itu adalah satu peluang.
Kita menyedari tentang era di mana keadaan yang tidak menentu. Negara antara negara bekerjasama tidak sama seperti dahulu. Kita menyedari perkara ini.
Maka, atas dasar itu, kita perlu merebut peluang ini. Kita melihat cabaran ini sebagai satu peluang untuk membolehkan kita menarik dan menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan yang terbaik di rantau ini, lebih-lebih lagi dalam kedudukan kita
Datuk Seri Utama Ir. Hasni bin Mohammad - Simpang Renggam
sebagai Pengerusi ASEAN. Itu adalah satu kesempatan yang harus kita rebut dengan sebaik-baiknya.
Jadi, dengan itu, Belanjawan 2026 ini perlulah menjadi titik tolak kepada anjakan struktur jangka panjang. Kita boleh buat. Kita perlu kembali kepada strategi pembangunan sebenar. Tingkatkan siling ekonomi dan mengangkat lantai kesejahteraan rakyat. Itu yang kita sasarkan.
Jadi, untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif, kita perlu berbelanja untuk berkembang, bukan sekadar bertahan. Biarlah setiap satu ringgit pembangunan menjana lebih lima ringgit hasil masa depan. Biarlah setiap projek pembangunan mencipta pekerjaan, bukan hutang. Dan biarlah Belanjawan 2026 dikenang bukan sekadar sebagai bajet bertahan, tetapi sebagai bajet kebangkitan semula Malaysia. Jadi, untuk itu, terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Speaker. Sekian.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Simpang Renggam. Sekarang saya jemput Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini memperlihatkan berlakunya pengurangan kepada perbelanjaan pembangunan daripada RM86 bilion kepada RM81 bilion. Ini mencerminkan tekanan fiskal kerajaan bagi mematuhi Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 serta Akta Pinjaman Tempatan 1959.
Dalam masa yang sama, hutang negara terus meningkat dengan bayaran faedah melonjak daripada RM46.1 bilion 2024 kepada RM54.7 bilion 2025 dan RM58.3 bilion 2026. Ini bersamaan 14 peratus daripada perbelanjaan operasi Kerajaan Persekutuan. Tanpa langkah berkesan meningkatkan hasil negara, kerajaan berisiko menambah hutang, mengurangkan perbelanjaan pembangunan atau memotong subsidi rakyat.
Kesan langsung kini sudah dirasai melalui kenaikan cukai SST daripada RM4.76 bilion― RM54.7 bilion 2025 kepada RM58.3 bilion 2026 ataupun 14 peratus daripada perbelanjaan operasi. Walaupun hasil SST penting bagi pembangunan negara, perlu diingat bahawa SST ini ditanggung oleh semua rakyat tanpa mengira pendapatan. Dalam keadaan fiskal yang sempit ini, kerajaan wajar menumpukan usaha kepada membesarkan kek ekonomi negara melalui peningkatan KDNK,
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
pemerkasaan sektor pengeluaran, pelaburan dan hasil bumi agar pendapatan negara berkembang tanpa menambah beban kepada rakyat melalui cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan.
Seterusnya, Perkara 3(1), Islam sebagai agama Persekutuan. Sehingga kini, terdapat 10 jawatankuasa pilihan khas (JKPK) yang ditubuhkan oleh Dewan Rakyat merangkumi bidang kewangan, kesihatan, infrastruktur, pendidikan, keselamatan dan pelbagai sektor lain. Namun, saya berpandangan sudah tiba waktunya Dewan yang mulia ini menimbangkan untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan khas hal ehwal Islam dan keharmonian agama.
Penubuhan jawatankuasa ini bukan bertujuan untuk mencampuri urusan agama di peringkat negeri atau bidang kuasa Raja-Raja Melayu yang kekal sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing mengikut Perkara 3(2) dan 3(5), Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya penubuhan ini adalah untuk memperkukuhkan peranan penyeliaan Parlimen terhadap dasar dan pelaksanaan hal ehwal Islam di peringkat Kerajaan Persekutuan termasuk agensi seperti JAKIM, YADIM, IKIM, Tabung Haji dan lain-lain.
Selain itu, jawatankuasa ini juga berfungsi sebagai platform memperkukuh pemahaman antara agama serta meneliti keberkesanan dasar-dasar kerajaan dalam memupuk keharmonian dan perpaduan nasional berdasarkan semangat 3(1) Perlembagaan dan prinsip pertama Rukun Negara, kepercayaan kepada Tuhan.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Saya yakin dengan adanya JKPK Hal Ehwal Islam dan Keharmonian Agama ini, Parlimen akan dapat memainkan peranan yang lebih menyeluruh. Bukan sahaja dalam aspek ekonomi dan pembangunan fiskal tetapi juga dalam memperkukuh jati diri, moral, spiritual negara dan bangsa ini.
Tuan Yang di-Pertua, melalui kes-kes yang terjadi di sekolah sebagaimana yang telah dibahaskan oleh sahabat-sahabat Ahli Yang Berhormat yang lain. Saya juga melihat bahawa sekolah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat bagi seorang anak, ruang untuk belajar bermain, membina diri, namun kini sebahagian anak kita, sekolah menjadi tempat trauma, tempat kehilangan nyawa dan tempat di mana mereka dibunuh oleh sistem yang gagal menjaga mereka.
Maka sampai masanya kita mengiktiraf bahawa reformasi pendidikan mesti berteraskan nilai, akhlak dan adab. Kita tidak punya masa untuk menuding jari kepada sesiapa, sebaliknya kita mesti mengambil tanggungjawab bersama untuk membentuk reformasi pendidikan sebagaimana yang ditegaskan oleh saujana besar
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Syed Muhammad Naquib al-Attas bahawa pendidikan sejati ialah proses ta’dib yakni membentuk insan yang beradab bukan sekadar melahirkan tenaga kerja.
Kita sudah ada Dasar Sekolah Selamat, kempen Zero Bully, talian aduan, laporan digital dan segala manual. Namun mengapa semua itu tidak menyentuh jiwa manusia kerana dia bermula dari rumah. Ibu bapa juga perlu berperanan. Kalau kita boleh mendidik anak kita untuk menyayangi binatang, menyayangi kucing, menyayangi arnab, kenapa kita tidak boleh tanamkan supaya anak-anak kita mengasihi teman sekolah mereka yang jauh lebih terutama daripada yang lain. Kita perlu menyemak semula fasalah kurikulum pendidikan kebangsaan lagi. Bukan sekadar berasaskan kognitif dan prestasi tetapi menyepadukan nilai, adab dan akhlak dalam sebuah subjek dan aktiviti kokurikulum.
Tuan Yang di-Pertua saya menyokong cadangan agar diwujudkan indeks budaya sekolah (IBS) bagi mengukur suasana kasih sayang, hormat dan keselamatan emosi di sekolah. Sekolah yang menonjolkan budaya kolaboratif dan saling peduli mesti diberi pengiktirafan dan juga insentif khas. Sudah tiba masanya budaya sorok bawah karpet diganti dengan budaya telus dan empati.
Begitu juga kita perlu melihat guru bukan sekadar penyampai silibus. Mereka adalah arkitek jiwa bangsa. Namun hari ini guru dibebani oleh laporan, KPI, kerja pentadbiran yang tidak relevan. Beberapa kali telah dibicarakan di Dewan ini supaya diwujudkan tenaga dan jawatan sokongan supaya guru-guru boleh menumpukan ke arah mendidik dan mengadabkan pelajar kita. Guru perlu dikembalikan kepada peranan asal, ta’dib dan ta’lim, mendidik jiwa dan akhlak pelajar.
Kementerian wajar melaksanakan tinjauan semula beban tugas guru, mengurangkan kerja bukan pengajaran dan memberi latihan wajib dalam literasi emosi dan komunikasi berempati. Hubungan guru murid perlu dipulihkan dalam suasana kekeluargaan, bukan birokrasi.
Sudah tibanya masa sistem pendidikan kita menilai bukan hanya kecerdikan otak tetapi juga kecerdasan hati. Kita boleh memperkenalkan portfolio kemanusiaan, penilaian yang menilai sumbangan sosial, keupayaan kerjasama dan kematangan emosi. Dalam masa yang sama method peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR perlu dikaji semula sebagai alat latihan intelektual, bukan sekadar alat penapisan.
Peperiksaan yang direformasi dengan pendekatan nilai akan mengasah daya pemikiran fikir kritikal dan kejujuran ilmu bukan sekadar mengejar gred.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kerajaan melalui Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
(SPRM) telah memaklumkan bahawa negara berjaya membawa pulang dan memulihkan aset serta wang bernilai lebih RM15.5 bilion hasil daripada tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti jenayah. Rasuah kartel ekonomi. Jumlah ini dikatakan hasil rampasan sitaan dan pemulangan aset yang berlaku dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini di bawah kempen perang melawan rasuah dan kartel.
Namun yang ingin saya dapat penjelasan yang masih belum dijelaskan oleh pihak kerajaan dari mana datangnya RM15.5 bilion ini secara terperinci. Apakah ia berpunca daripada kes-kes tertentu, institusi kewangan, syarikat GLC, individu berprofil tinggi atau hasil pemulangan dana luar negara? Begitu juga apakah bentuk aset yang dimaksudkan. Apa yang berbentuk tunai, hartanah, pelaburan atau aset luar negara?
Jika kerajaan benar-benar komited terhadap prinsip ketelusan ini, saya mencadangkan agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi penerangan rasmi kepada Dewan ini bagi menjelaskan sumber sebenar pemulihan aset tersebut serta bagaimana hasil RM15.5 bilion ini akan dimanfaatkan dalam belanjawan 2026 untuk kesejahteraan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyentuh isu FELDA. Saya ingin mendapat penjelasan kepada projek tanam semula yang dilaksanakan di FELDA-FELDA seluruh negara. Apa yang ingin saya ketahui apakah semua perjalanan tanam semula FELDA ini benar-benar berjalan mengikut waktu yang telah ditentukan?
Kenapa saya ingin mengetahuinya?
Kerana beberapa tanah rancangan yang melalui pemerhatian dan juga pengalaman saya apabila berlakunya kelewatan menyelesaikan tanam semula ini menyebabkan tempohnya berpanjangan, sara hidup yang diberikan oleh FELDA kepada peneroka lebih jauh dan menambahkan hutang mereka pada waktu yang akan datang. Oleh sebab itu, apakah ada berlaku kelewatan dalam pelaksanaan tanam semula ini?
Berkaitan dengan tanam semula juga, tempoh tanam semula ini adalah penting dan ia memerlukan kepada pemerhatian, kawalan oleh pengurus-pengurus FELDA di FELDA-FELDA tertentu. Maka, saya mencadangkan supaya FELDA- FELDA yang baru sahaja melewati waktu tanam semula agar mengekalkan pengurus-pengurus yang sedia ada untuk terus memantau perjalanan penanaman semula FELDA ini agar matlamat penanaman semula di tanah-tanah rancangan berjalan dengan baik dan mendapat hasil yang sepatutnya.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Juga yang ingin saya sentuh tentang hak perwarisan supaya FELDA mengambil jalan atau langkah yang lebih mudah dalam pengagihan harta sara hidup kepada pewaris supaya dipermudahkan agar waris yang sudah tidak ada pendapatan ini dapat menggunakan pemberian sara hidup ini secara baik sama adik- beradik tanpa banyak perkara yang menyebabkan kelewatan dan ketidakperolehan pendapatan tersebut.
Seterusnya tentang FELRA. Kompleks ladang ternakan ayam pedaging yang dijangkakan akan menghasilkan 1.5 juta ekor setahun dengan peruntukan RM60 juta. Sejauh manakah keberhasilan projek ini sama ada reban-reban ini telah berjaya beroperasi atau berlaku kelewatan?
Kedua, apakah agihan pembayaran dividen kepada peserta FELCRA?
Apakah semua peserta yang berjumlah lebih daripada 107,000 ini telah menerima dividen sebagaimana yang telah dijanjikan?
Terakhir, Laporan Ketua Audit Negara ataupun Laporan PAC menyatakan 14 subsidiari, FELCRA mengumpul hutang sekitar 1.21 bilion. Jadi bolehkah untuk saya mendapatkan pendetilan kerugian ini? Apakah punca dan kesan langsung kepada operasi dan juga pembayaran dividen kepada peserta.
Paling akhir Yang di-Pertua, hidup kita ini ada matlamat. Islam menggariskan bahawa matlamat hidup manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Kemudian tuan-tuan sekalian dalam Rukun Negara. “Kepercayaan kepada Tuhan” yang pertama dan yang kelima iaitu “Kesopanan dan Kesusilaan”. Terima kasih Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
“Kesetiaan kepada Raja dan Negara”.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Bukan itu yang kedua. Saya yang kelima. “Kesopanan dan Kesusilaan”. Dua-dua ini menjadi prinsip negara kita.
Kenapa “Kepercayaan kepada Tuhan” dia letakkan nombor satu? Kerana negara kita bergerak dengan kefahaman dan keyakinan agama dan juga bergerak di atas landasan “Kesopanan dan Kesusilaan”.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Apakah kita sanggup melakukan sesuatu yang menjadi larangan agama demi mencari keuntungan yang sedikit? Ataupun kita telah melanggar batasan-batasan “Kesopanan dan Kesusilaan” dengan membenarkan aktiviti-aktiviti yang ternyata bertentangan dengan agama dan tatasusila...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
...Dibenarkan hanya untuk mencapai satu, dua angka?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kuala Krau.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Saya ingin— saya dah habis waktu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak tanya. Tanya satu soalan.
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Ya, sila. Tanya Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau kita menurut prinsip kerukunan, Rukun Negara “Kesopanan dan Kesusilaan”, adakah patut setengah-setengah ahli merotan gambar Perdana Menteri kita di khalayak ramai semasa demonstrasi? Adakah itu menunjukkan kesopanan dan kesusilaan setengah-setengah pihak yang merotan gambar Perdana Menteri? Boleh jawab?
Tuan Haji Kamal bin Ashaari - Kuala Krau
Baik. Dia tak ada kaitan dengan soalan saya ini. Saya cuma nak cerita ada batasan. Yang salah, salahlah, kan?
Takkan kita nak mengulang benda yang salah? Sebagai prinsip, kalau orang salah, kita tak perlu meneruskan kesalahan itu. Jadi kita nak balik, tujuan saya bercakap ini, nak balik semula kepada nilai itu. Yang salah, teruslah salah.
Buat terakhir, Yang di-Pertua. Jadi, apakah kita sanggup menggadai aliran agama, tunjuk agama dan nilai susila dengan budaya, hanya semata-mata untuk mencapai matlamat peribadi yang kita sudah tahu benda itu tak elok daripada agama, tak elok daripada susila menjadi teras dan pengamalan kita. Mudah- mudahan menjadi pertimbangan untuk kita semua. Terima kasih, Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Saya jemput Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana Bandar Kuching telah diberikan peluang untuk berbahas Belanjawan 2026 kali ini. Belanjawan ini jelas telah meletakkan pelan hala tuju Kerajaan Persekutuan untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan fiskal dan memulihkan kesihatan ekonomi negara, meskipun ketidakpastian geopolitik sedunia. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tambun dan juga Kerajaan MADANI.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh satu isu yang sangat dekat pada hati saya dan juga berkepentingan ramai. Kita semua masih terkial-kial dan terkesima dengan insiden ngeri yang berlaku di sesebuah sekolah menengah baru-
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
baru ini, di mana seorang pelajar lelaki yang dikhuatiri telah dipengaruhi kandungan ganas dalam talian sehingga telah mendorong dia untuk menikam dan membunuh seorang pelajar perempuan di sekolah tersebut.
Tragedi ini telah menggemparkan seluruh negara, mencucuk lubuk hati setiap ibu bapa dan mendedahkan satu realiti yang amat menakutkan betapa dunia siber dan kandungan gelapnya boleh meresap masuk ke pagar sekolah, meracuni fikiran anak-anak kita dan akhirnya menghilangkan nyawa yang tidak bersalah.
Tuan Yang di-Pertua, darah telah tumpah, seorang anak telah meninggal, sebuah keluarga terhancur. Di tengah-tengah kesedihan dan kemarahan inilah, kita semua bersetuju bahawa kita tidak boleh berdiam diri. Kita perlu bertindak. Kita perlu menghalang tragedi seperti ini daripada berulang.
Oleh itu, walaupun insiden ini berlaku di sekolah, memang ada tanggungjawab untuk kita memastikan satu persekitaran yang selamat. Namun, insiden tersebut tidak bermula di sekolah. Pemikiran dan minda pelaku kesalahan tersebut telah dipengaruhi, malah dirosakkan lama sebelum itu. Dan salah satu sebab utama adalah pengaruh dari media sosial dan juga laman web.
Oleh itu, saya menyokong hasrat kerajaan untuk menyekat pengaruh yang tidak sihat dalam media sosial terhadap anak-anak kita. Langkah proaktif ini selari dengan komitmen global untuk menjadikan alam siber sebagai ruang yang lebih selamat. Perancangan sebagai contoh, telah memperkenalkan undang-undang yang melarang penggunaan media sosial utama seperti TikTok, Instagram, Facebook di sekolah bagi mengurangkan gangguan dan buli siber.
Langkah-langkah seumpama ini bukanlah untuk menyekat kebebasan, tapi untuk membina benteng yang melindungi minda dan emosi anak-anak kita yang masih mudah terpengaruh. Dengan mencontohi amalan terbaik ini, kita bukan sahaja dapat memerangi isu cyber bully dan scam dengan lebih berkesan, malah kita boleh melabur untuk melahirkan generasi yang lebih fokus, sihat mental dan celik digital.
Namun, dalam keadaan tergesa-gesa dan beremosi inilah, walaupun kita membincangkan satu langkah yang mungkin berniat baik, saya khuatir jika tidak dilakukan dengan betul, mungkin membawa mudarat yang lebih besar daripada kebaikan yang kita ingin capai.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya minta beberapa penjelasan dan juga cadangkan beberapa cadangan dalam isu yang penting ini. Nombor satu, saya ingin minta penjelasan daripada kementerian tentang punca kuasa pelan pengawalan media sosial ini.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Pertama, dari segi punca kuasa. Adakah ia dilaksanakan di bawah pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang telah digunakan untuk kita melesenkan platform social media? Atau kerajaan merancang untuk memperkenalkan satu akta khusus yang lebih komprehensif seperti Online Safety Act di UK dan juga di Australia yang mempunyai mekanisme perlindungan yang lebih tersusun? Ini penting kerana kalau kita lihat pindaan dalam Akta MCMC tersebut, syarat lesen ini hanya dikenakan kepada platform yang ada lapan juta pengguna. Jadi, bagaimana kerajaan ingin menangani platform yang lebih kecil, yang juga mengandungi banyak elemen kandungan negatif seperti scam, buli siber dan kandungan berbahaya yang lain?
Tuan Yang di-Pertua, jika benar, ini akan mencipta satu kelompongan undang-undang di mana platform sebegini tidak termasuk dalam kawal selia yang sepatutnya. Sebenarnya kandungan negatif bukan saja dalam platform yang besar seperti Facebook, IG dan sebagainya. Namun, dalam platform yang lebih kecil, izinkan saya namakan beberapa.
Contohnya, Reddit, Discord atau yang lebih mendalam di dark web, malah banyak underage grooming sebenarnya berlaku di chat group dalam permainan kanak-kanak seperti Roblox, Fortnite dan banyak lagi. Bagaimana kita nak kawal platform tersebut dan tidak hanya fokus pada platform yang besar, yang sebenarnya mempunyai filter atau safeguard yang lebih baik daripada platform yang lain?
Jadi, saya bimbang nanti kita dengan izin, we miss the forest for the trees.
Dan sedang kita berhasrat baik untuk melindungi anak-anak kita di platform tersebut tapi pengaruh negatif sebenarnya di platform lain yang kita mungkin tak ada punca kuasa untuk mengawal.
Nombor dua, saya nak tanya tentang isu penyimpanan dan pengurusan data yang menyimpan maklumat peribadi sensitif, kad pengenalan, biometrik dan sebagainya seluruh pengguna. Salah satu kaedah yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Menteri adalah penggunaan eKYC. Saya sendiri tidak menentang penggunaan eKYC. Namun, persoalan utamanya, siapa yang menyimpan data tersebut? Senario adalah jika platform media sosial sendiri yang menyimpan data tersebut, ini menempah risiko kerana setiap platform mempunyai tahap keselamatan yang berbeza.
Dan soalan prinsipnya dan pokok adalah adakah ia betul untuk platform atau third party untuk menyimpan data peribadi yang penting tersebut? Dan jika kaedah seperti eKYC digunakan atau kaedah lain, siapakah akan menanggung kos integrasi terhadap platform tersebut? Platform media sosial terutamanya kecil dan sederhana
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
akan menanggung kos teknikal yang besar untuk menyepadukan sistem eKYC dengan infrastruktur yang sedia ada. Saya bimbang ini ada satu halangan untuk mendapat buy-in dari platform tersebut dan juga akan berlaku satu pemindahan kos kepada pengguna, di mana pengguna mungkin ada kena bayar yuran tersembunyi, perkhidmatan yang lebih mahal ataupun peningkatan iklan dalam platform tersebut.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan satu penyelesaian alternatif yang dapat menangani kebimbangan privasi data sambil masih mencapai maklumat melindungi penggunaan anak-anak kita. Daripada memerlukan platform media sosial menyimpan data eKYC ini, saya mencadangkan pendekatan yang lebih selamat.
Pertama, kita menggunakan infrastruktur MyDigital ID sedia ada sebagai asas pengesahan. Kerajaan boleh menggunakan kod pengesahan, satu voucher, satu kod token atau QR code melalui platform MyDIGITAL yang boleh digunakan untuk membuka akaun dalam media sosial tersebut. Dengan cara ini, data sensitif rakyat kekal disimpan oleh kerajaan, manakala platform media sosial hanya menerima token pengesahan tanpa akses kepada data peribadi pengguna.
Ataupun alternatif kedua. Kita tahu data yang sensitif ini semua kerajaan sudah ada di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mungkin kita boleh wujudkan satu portal khas di JPN untuk tujuan ini di mana rakyat yang ingin mendaftar satu akaun sosial, mereka kena masuk kepada portal JPN ini dan meminta satu juga kod atau voucher ataupun QR code di mana mereka perlukan untuk membuka satu akaun di media sosial. Jadi, ini memastikan hanya individu yang memenuhi syarat umur boleh membuat akaun, sementara mengelakkan pemindahan data peribadi kepada pihak bertiga.
Jadi, pendekatan ini menyelesaikan beberapa masalah utama. Data kekal dalam jagaan kerajaan yang sudah pun mempunyai akses dalam maklumat tersebut.
Platform media sosial tidak perlu menyimpan data sensitif, mengurangkan risiko kebocoran data daripada pelbagai platform, menjamin keseragaman dalam proses pengesahan dan juga memanfaatkan infrastruktur sedia ada dengan kos yang lebih cekap.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ini jalan tengah yang sebenarnya untuk melindungi privasi rakyat sambil masih mencapai matlamat perlindungan pengguna. Tambahan pula, kita juga perlu mengakui bahawa sebahagian besar iklan penipuan di media sosial diluluskan tanpa sebarang usaha waja untuk menapis. Oleh demikian, mungkin Malaysia boleh
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
mencontohi pendekatan progresif di Singapore di bawah Online Criminal Harms Act
(OCHA) yang mewajibkan pengesahan mandatori bagi semua pengiklanan. Seperti yang telah dilakukan oleh Meta yang mengeluarkan notis untuk mengemas kini keperluan pengesahan bagi semua pengiklanan di Facebook yang menyasarkan penonton di Singapura, kita juga perlu melaksanakan dasar yang sama untuk melindungi pengguna di Malaysia.
Prinsipnya, haruslah tegas. Jika mana-mana pengiklanan gagal disahkan dengan dokumen pengenalan tempatan atau pendaftaran SSM yang sah, maka platform media sosial tidak boleh membenarkan mereka untuk menjalankan sebarang iklan yang menyasarkan warganegara Malaysia. Langkah proaktif dan tepat sasaran inilah yang akan secara signifikan mengurangkan jumlah iklan penipu, scam di platform-platform tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga tak boleh lupa untuk melaksanakan program literasi digital yang menyeluruh. Perlindungan yang terbaik adalah pencegahan. Kita haruslah melancarkan kempen pendidikan nasional yang mengajar kewarganegaraan digital. Cara berinteraksi dalam talian dengan penuh hormat dan tanggungjawab. Pemikiran kritis, bagaimana untuk mengenal pasti maklumat palsu dan individu yang berniat jahat. Keselamatan praktikal, cara menggunakan tetapan privasi dan melaporkan kandungan berbahaya.
Selain itu, kita juga haruslah melihat untuk meningkatkan peranan ibu bapa dan juga penjaga. Kerajaan haruslah bekerjasama dengan Kementerian Wanita seperti YB Nancy di sini dengan NGO-NGO dan pihak sekolah untuk memberi sumber dan panduan kepada ibu bapa tentang cara memantau, membimbing anak- anak dalam dunia digital.
Komunikasi terbuka antara ibu bapa dan anak adalah pertahanan utama yang paling penting dalam isu ini. Kita juga perlu memperkukuhkan sistem sokongan dan saluran aduan. Pastikan platform media sosial bertanggungjawab dan bertindak pantas terhadap aduan. Wujudkan saluran aduan di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Dalam Negeri yang mesra pengguna, mudah diakses dan memberikan maklum balas yang jelas kepada pengadu.
Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, kebimbangan bahawa langkah ini akan menjejaskan hak asasi, anonimiti dan kebebasan bersuara juga haruslah dijelaskan sebaik-baiknya. Jika boleh, juga jelaskan safeguards yang akan dilaksanakan supaya tidak disalahgunakan oleh mana-mana kerajaan untuk menyekat dan
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
menekan mana-mana suara yang bertentangan dengan haluan kerajaan pada masa itu.
Tuan Yang di-Pertua, darah yang tertumpah di koridor sekolah ini harus menjadi seruan terakhir untuk kita bertindak dengan bijaksana bukan dengan tergesa-gesa. Marilah kita hormati memori mangsa dengan membina sistem perlindungan yang benar-benar berkesan, bukan dengan mengambil langkah drastik yang mungkin membawa kesan yang tidak diingini tetapi bersama-sama membina sebuah kampung digital yang bertanggungjawab di mana setiap pihak memainkan peranan mereka.
Saya berharap kita akan utamakan penyelesaian pragmatik seperti pengesahan pengiklanan, pengukuhan MyDigital ID dan pendidikan digital secara menyeluruh. Kepada para ibu bapa, pendidik dan rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama memikul tanggungjawab ini, bukan dengan menyerahkan segala tanggungjawab kepada sekolah ataupun kerajaan tapi dengan aktif membimbing anak-anak kita menjadi warganegara digital yang baik.
Pilihan hari ini akan menentukan sama ada kita mengenang tragedi ini sebagai titik tolak kelahiran Malaysia yang lebih celik digital atau sebagai detik kita melakukan sesuatu penggadaian atas nama keselamatan, satu pertukaran yang mungkin kita akan sesali bagi generasi yang akan datang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ini memang satu isu yang sangat dekat pada hati kita semua. Saya berharap kerajaan akan menjelaskan pelan rancangan mereka untuk melindungi anak-anak kita.
Sebelum saya berakhir, saya ingin membawa satu isu dengan cepatnya tentang campur tangan syarikat insurans dan TPA dalam keputusan klinikal. Saya tahu ini satu isu kritikal yang telah lama berlarutan. Campur tangan syarikat insurans dan third party administrator dalam keputusan klinikal profesional kesihatan sebenarnya lama berlaku tetapi semakin melampaui batas kerana satu survey yang dilakukan oleh CodeBlue telah menunjukkan bahawa hampir lebih 90 peratus daripada keputusan klinikal profesional adalah terpengaruh oleh syarikat insurans dan juga TPA.
Bagi saya, jika ia mengganggu atau menjejaskan kualiti kesihatan atau kualiti servis kesihatan kepada pesakit ataupun menjejaskan prognosis mereka, ini sudah, yes, cross a line dan kita haruslah mungkin tubuhkan satu entiti bebas untuk mengawal selia the TPA dan juga insurance companies ini. Jadi dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Baik, terima kasih. Seterusnya saya jemput Gerik.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas laluan yang diberikan kepada Gerik bagi perbahasan dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2026 ataupun Belanjawan 2026 ini.
Tuan Yang di-Pertua, sejarah mengajar kita bahawa sesuatu pemerintahan tidak akan kekal hanya dengan kekuatan tentera atau kekayaan atau slogan atau janji-janji indah sahaja tetapi hanya dengan keadilan dan kasih sayang kepada rakyatnya seperti yang diungkapkan oleh Ibnu Khaldun. “Kezaliman akan menghancurkan tamadun dan keadilan adalah asas bagi kekuatan sesebuah negara.” Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa, ayat 58. “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada yang berhak dan apabila kamu menghukum antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil.” Dan dari Timur ke Barat, hikmah kepimpinan kekal sama. Confucius pernah berkata, “Apabila pemerintah itu jujur, rakyat akan percaya” dan Aristotle, ahli falsafah Yunani menegaskan, tujuan utama politik ialah kebaikan atau kebajikan untuk rakyat. Maka dalam membahaskan bajet dan dasar negara ini, biarlah kita menilai bukan hanya kepada angka dan peruntukan tetapi jiwa-jiwa keadilan yang hidup di sebalik pemerintahan sesebuah negara kerana sebuah kerajaan itu tidak akan teguh tanpa rakyatnya berasa dilindungi, dihormati dan diberikan harapan.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin menyentuh tentang dasar Belanjawan MADANI dan defisit fiskal negara. Jumlah bajet negara terus meningkat daripada RM393 bilion pada 2024 dan kini untuk 2026, mencecah RM430 bilion manakala majoriti peningkatan hasil negara pula bukan datang daripada pertumbuhan ekonomi yang kukuh tetapi hasil daripada kenaikan cukai, peluasan SST, cukai keuntungan modal dan pelbagai caj baharu.
Dan pada masa yang sama juga, kerajaan telah menarik pelbagai subsidi umum termasuk subsidi diesel dan bahan api atas nama rasionalisasi subsidi.
Langkah ini dikatakan menjimatkan sekitar RM15.5 bilion setahun menurut ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Namun di sebalik angka penjimatan itu, dikhuatiri bahawa rakyat juga terpalit dalam membayar harga sebenar penjimatan itu.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan hari ini berbangga dengan defisit fiskal negara semakin kecil, dari sekitar lima peratus pada 2023, 4.3 peratus pada 2024, 3.8 peratus disasarkan pada 2025 ini dan sasaran 3.4 peratus menjelang 2026. Sekali pandang, ia angka yang cantik, seolah-olah kerajaan berdisiplin dan cekap menguruskan kewangan. Namun satu persoalan asas, apakah defisit ini benar-benar menurun kerana kerajaan cekap atau kerana rakyat yang sebenarnya menanggung beban.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak menolak matlamat mengurangkan defisit, tetapi biarlah caranya adil dan seimbang. Rakyat juga tidak menolak disiplin fiskal tetapi mereka mahukan keadilan ekonomi. Kalau defisit yang berkurang kerana tekanan terhadap rakyat, ia bukan tanda kekuatan ekonomi sesebuah negara tetapi ia adalah tanda ketidakadilan fiskal itu sendiri. Negara yang berjaya bukan sekadar seimbang di atas kertas tetapi adil terhadap rakyat di dunia yang nyata. Defisit boleh turun satu peratus tapi kalau harga barang naik 10 peratus, apakah itu masih dikira kejayaan?
Tuan Yang di-Pertua, apabila rakyat mengenang kepimpinan terdahulu contohnya era Tun Mahathir, era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Sri Najib Razak sekalipun, mereka pimpinan terdahulu tidak taksub mengejar angka defisit.
Mereka faham bahawa kos sara hidup rakyat lebih utama daripada angka-angka tersebut. Defisit boleh dikawal tetapi perut rakyat tidak boleh diperketatkan setiap tahun. Jadi, apabila rakyat terkenang atau menyebut, janganlah pula kita, kerajaan marah pula. Tapi itu adalah realiti jika dibandingkan hari ini.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu pembangunan infrastruktur pelaburan awam termasuk peluang pekerjaan baharu golongan muda. Saya ingin menyentuh tentang hala tuju pembangunan negara di bawah Bajet MADANI 2026 khususnya bajet perbelanjaan pembangunan yang berkurang saban tahun. Tahun 2024 sekitar 90 bilion, menurun pada tahun 2025, 85.3 bilion dan Bajet 2026 kepada 82 bilion. Ini bermakna dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, kerajaan telah mengurangkan belanja pembangunan hampir lapan bilion. Satu isyarat jelas bahawa keutamaan kini beralih daripada pembangunan ekonomi kepada pengurusan pentadbiran semata- mata.
Tuan Yang di-Pertua, apabila perbelanjaan pembangunan dikurangkan, projek infrastruktur luar bandar akan terbantut, pelaburan industri akan tertunda dan projek baharu yang mampu menjana pekerjaan akan ditangguhkan. Walaupun kadar
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
pengangguran Malaysia sekitar 3.2 peratus, namun kadar pengangguran belia adalah lebih tinggi, sekitar 10.3 peratus sebenarnya, jauh lebih tinggi daripada purata nasional dan purata negara serantau ASEAN.
Dalam negara serantau ASEAN, pemulihan pasca COVID-19 seperti Singapura, pengangguran belia pada tahap 8.46 peratus, Filipina 6.9 peratus, Vietnam 6.3 peratus dan purata ASEAN itu sendiri 8.3 peratus, tapi kita Malaysia 10.3 peratus lebih tinggi. Jadi, ramai graduan dan anak muda di luar bandar termasuk kawasan seperti Gerik tidak mendapat atau tidak melihat harapan bagi pekerjaan baharu kerana tiadanya pertumbuhan industri tempatan. Kadar underemployment skill-related kekal tinggi pada kadar 35 hingga 37 peratus iaitu belia ini tak dapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan yang dia ada.
Sektor swasta pula terkesan apabila kerajaan mengurangkan kontrak pembangunan, projek, sekolah, hospital dan sebagainya. Dan kontraktor atau usahawan kecil ini sebenarnya menampung rantaian ekonomi rakyat bawahan terutamanya di luar bandar. Jadi, saya menyeru kerajaan untuk menyemak semula keutamaan bajet atas setiap Ringgit yang dijimatkan daripada rasionalisasi subsidi ini, sepatutnya disalurkan kembali kepada pembangunan, bukan kepada pengurusan semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengulas tentang ucapan Ketua Pembangkang berkenaan Bajet MADANI 2026. Saya menyokong penuh ucapan dan perbahasan Ketua Pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin yang menegaskan bahawa Bajet MADANI 2026 tidak membawa arah pembangunan negara sebenar, sebaliknya terus menumpukan kepada urusan pentadbiran, pengurusan hutang dan pembiayaan semula defisit.
Ucapan Ketua Pembangkang pada hari pertama perbahasan dasar kelmarin, menggambarkan realiti yang semakin jelas bahawa kerajaan hari ini tidak mempunyai pelan pertumbuhan ekonomi yang strategik. Sejak 2023, bajet yang dibentangkan lebih bersifat pengurusan ataupun managerial dan bukan bajet pembangunan yang mencipta kekayaan baru terutama untuk rakyat luar bandar, usahawan kecil dan sektor industri pada negara.
Buktinya, apabila bajet bagi perbelanjaan pembangunan ini yang dibentangkan saban tahun terus mengecil. Dan apa yang paling membimbangkan, fokus bajet kerajaan kini menghala ke arah ekonomi kapitalis yang berasaskan perbelanjaan untuk kerajaan dan hutang, bukan ekonomi produktif yang digerakkan oleh inovasi, pelaburan industri dan perusahaan rakyat. Ini menjadikan rakyat terus
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
bergantung kepada bantuan tunai sementara tanpa jaminan pekerjaan dan peluang- peluang baru. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Pembangkang, kerajaan perlu menukar pendekatan daripada mengurus kemiskinan kepada membangunkan kemakmuran.
Besarkan lagi kek ekonomi Malaysia, kek yang ada sekarang tak cukup.
Perbanyakan lagi peluang perniagaan, peluang pelaburan, pembangunan dan sebagainya supaya membawa kepada peluang-peluang pekerjaan baharu. Dan kami di dalam Perikatan Nasional konsisten dengan tema bajet, “Memperbetulkan Rangka, Menyemarak Ekonomi dan Melegakan Rakyat”.
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, bajet kerajaan dilihat lebih bersifat kosmetik dengan pendekatan fiskal yang tidak memberi kesan nyata kepada pembangunan ekonomi yang sebenar. Beban akhirnya tetap ditanggung oleh rakyat apabila dasar fiskal menurun dan laporan bajet pula menampakkan unsur creative accounting. Bajet ini lebih menumpukan kepada kelangsungan pentadbiran berbanding agenda pembangunan dan hala tuju industri yang jelas.
Secara keseluruhan, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bajet ini bukan untuk mengembangkan ekonomi negara, tetapi sekadar bajet untuk kerajaan terus bertahan. Rakyat juga sudah letih dengan bajet yang hanya cantik pada angka, tetapi gagal mengubah kehidupan dan hakikat kos sara hidup di bawah sana. Kita perlukan bajet pembangunan rakyat yang membawa kepada peluang pekerjaan dan peluang- peluang ekonomi, bukan sekadar bajet yang berslogan indah yang menampakkan defisit yang menurun dan sebagainya.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, Perikatan Nasional akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa yang menegur, menilai dan memberi cadangan alternatif demi masa depan ekonomi negara yang lebih adil dan mampan selaras dengan hasrat, “Memperbetul Kerangka, Menyemarak Ekonomi dan Melegakan Rakyat”, sebagai bajet alternatif yang di bentang oleh ucapan Ketua Pembangkang kelmarin.
Sekian, Tuan Yang di-Pertua. Dengan baki masa yang ada saya ingin bercakap berkenaan hal kawasan sedikit Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, isu pembangunan SUKS Bukit Berapit di Pengkalan Hulu, sempadan Malaysia–Thailand telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri hari itu bahawa ada bajet kajian dan sebagainya sebanyak lima juta kalau tak silap. Adakah ia nya dah dimasukkan dalam Bajet 2026 ini? Satu nak tanya.
Tuan Fathul Huzir bin Ayob - Gerik
Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, berkenaan status sama juga, status projek Santuari Gajah di Batu 11, Jalan Raya Timur–Barat Gerik. Adakah pembinaannya ada juga bajet dalam 2026 ini?
Kemudian satu lagi adalah status Hospital Pakar Minor Gerik. Yang ini Tuan Yang di-Pertua, kita dah dapat makluman bahawa cadangan pembinaan hospital ini ada pada RMK15 tahun 2032. Jadi, bagi kami terlampau lama sangat. Kita dah mohon lama dah kan, daripada RMK12 lagi, RMK11 lagi, tapi akhirnya lulus tapi RMK15 dan tempohnya lama lagi kan. Jadi, kalau boleh minta kementerian bagi keutamaanlah kerana kami ini, Hospital Gerik ini dalam radius 100 kilometer keliling ini memang tak ada hospital pakar ya. Rasa saya pun dah banyak kali bahas dalam berkenaan hal ini.
Kemudian satu lagi adalah status Klinik Kesihatan Premier Bandar Gerik di tapak RTM, Kampung Air Panas. Yang ini pun sama Tuan Yang di-Pertua, telah pun disebut hari itu dalam RMK13, tapi kita nak tahu sama ada masuk atau tidak dalam bajet kali ini.
Kemudian, isu jalan daripada Bandar Gerik ke Pengkalan Hulu, FT076, berlaku runtuhan tanah dan sebagainya. Nampak dah ada satu pergerakan dibuat untuk tanah cerun itu — runtuh itu dia dah buat baru, tapi yang lain itu masih belum dapat bajet katanya. Jadi, kita nak mohon dinilaikanlah dan dipercepatkan kerana itu adalah laluan utama penduduk. Kalau kita tak betulkan jalan itu, nanti akan terputus hubungan penduduk daripada Gerik ke Pengkalan Hulu.
Kemudian satu lagi Fast Response Team JRTB di Jalan Raya Timur–Barat, apakah status bajet dia? Hari itu kita dah bahas dan juga dah dapat jawapan daripada Kementerian Pengangkutan pun bersetuju. Jadi mohon juga yang itu, apakah ada bajet yang dimasukkan?
Dan yang terbaru Tuan Yang di-Pertua, saya ingin buat aduan sedikitlah berkenaan dengan isu pencemaran sungai. Pencemaran sungai di Hulu Sungai Perak. Kami di Gerik ini, Sungai Perak ini sebenarnya datang dari Royal Belum, dari Tasik Banding dan sebagainyalah. Jadi bila ada pencemaran, sungai itu sebenarnya dia membawa sampai ke Sungai Perak, sampai ke Kuala Kangsar semualah kan.
Jadi, pencemaran itu saya ingat banyak kali dah berlaku dan kita dah lapor kepada Jabatan Alam Sekitar, tetapi tindakan tak ada tindakan tuntaslah. Jadi, kita harap ada satu siasatan yang betul-betullah sama ada mungkin ada perlombongan haram dan sebagainya. Jadi, itu saja Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tan Sri Yang di-Pertua. Izinkan saya memulakan perbahasan saya atas belanjawan yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan satu petikan Kural daripada ahli falsafah Thiruvalluvar yang berbunyi seperti berikut, [Berucap dalam bahasa Tamil] yang bermaksud dalam bahasa Inggeris, “The great will do only those things which is difficult to be done where the ordinary people cannot do them”.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya merujuk kepada satu sejarah yang telah dicipta kelmarin oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, di mana beliau telah menandatangani satu perjanjian dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Sebagai seorang yang telah menyokong Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada masa reformasi, percayalah kepada saya bila saya mengatakan bahawa saya tidak pernah mimpikan bahawa perkara ini boleh berlaku di mana seorang pejuang reformasi, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan pada satu hari nanti menandatangani perjanjian dengan Presiden Amerika Syarikat untuk memastikan bahawa dua negara jiran yang bertelagah itu dapat didamaikan.
Sebab itu saya sekali lagi mengulangi Tirukkural ayat 26: [Berucap dalam bahasa Tamil] “The great will do only those things which is difficult to be done, where the ordinary people cannot do them”.
Pertamanya, sebagai Ahli Parlimen daripada Pulau Pinang, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana dalam pembentangan belanjawan kali ini, pelbagai projek yang memberi kesejahteraan kepada rakyat di Pulau Pinang telah diumumkan. Dan sebagai Ahli Parlimen, saya menggunakan kesempatan ini untuk berterima kasih bagi pihak rakyat Pulau Pinang.
Pertamanya, bagi projek penyuraian trafik PLUS dari Tol Juru ke Tol Sungai Dua, yang akan meleraikan kesesakan lalu lintas ketika berlakunya waktu puncak.
Kedua, pembinaan jalan bawah, underpass untuk menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma, Jalan Mount Erskine, Jalan Gottlieb dan Jalan Bagan Jermal di persimpangan.
Ketiga, pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang akan memberi nikmat bukan saja kepada rakyat di Pulau Pinang tetapi juga daripada yang akan datang, dari pelancong yang akan datang daripada luar negara. Dan yang
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
terutamanya projek bernilai 17 bilion, LRT Laluan Mutiara yang mula dilaksanakan, di mana projek ini bakal memanfaatkan 1.8 juta penduduk selain 3.5 juta pengunjung daripada luar Pulau Pinang.
Saya mengambil kesempatan ini untuk membidas beberapa Ahli Parlimen...
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jelutong, Jelutong. Saya tak setuju dengan Jelutong ini, sebab apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang, dia kata rakyat Pulau Pinang tak nak projek LRT tu yang berjumlah hampir 17 bilion ni. Saya ingat ini kenyataan daripada Jelutong ni sangat-sangat mengelirukan Dewan. Saya minta Jelutong betulkan balik kenyataan yang mengelirukan Dewan tu sebab Ketua Pembangkang kata rakyat Pulau Pinang tak nak LRT ni.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih saudara saya, pendekar Hulu Langat. Saya cukup dukacita dengan kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat dari Permatang Pauh. Kalau kita dah dengar Ketua Pembangkang Larut, mungkin beliau bukan dari Pulau Pinang, jadi beliau tidak memahami nadi dan denyutan rakyat Pulau Pinang yang tiap-tiap hari terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas yang begitu teruk, sebab itu kita mengusahakan projek ini.
Jadi, saya mengambil kesempatan ini, sebab itulah rakyat di Pulau Pinang menghargai Kerajaan Malaysia MADANI, Kerajaan Perpaduan. Kita tahu, kenapa projek ini yang dirancang begitu lama tidak dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan sebelum ini, terutamanya kerajaan yang diterajui oleh Pagoh. Sekarang kita lihat manfaat projek ini akan dinikmati oleh rakyat Pulau Pinang.
Sebab itu saya lihat kepada komen-komen Facebook netizen dari Pulau Pinang yang lantang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Yang Berhormat Permatang Pauh. Saya juga kurang pasti, adakah Yang Berhormat Permatang Pauh benar-benar yakin dengan kenyataan beliau, bahawa projek ini tidak diperlukan.
Dan saya dukacita dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Larut yang mengatakan bahawa projek LRT Mutiara ini diusahakan bagi tujuan kita memberikannya kepada kroni dan saya mencabar beliau untuk membuktikan siapakah kroni itu. Kalau berani dalam Dewan ini, kalau berani di luar Dewan dan kita akan mengambil tindakan.
Tan Sri Speaker yang saya hormati, isu kedua yang ingin saya alih adalah kepada sekolah Tamil dan hal ehwal kaum India.
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Jelutong, sekejap Jelutong.
Jelutong, Jelutong ni berani bagi amaran kepada Larut ni. Jelutong tahu tak Larut ni bakal Perdana Menteri.
[Dewan ketawa]
Tuan Mohd Sany bin Hamzan - Hulu Langat
Ha, Jelutong. Jelutong ni mulut kena komo- komo ni Jelutong ni. Sebab itu bakal Perdana Menteri itu, yang diumumkan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS). Apa pandangan daripada Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya, Yang Berhormat Larut saya tidak mahu komen. Saya rasa perkara itu kita serahkan, tetapi saya yakin dan percaya bahawa kerajaan kita akan terus memimpin negara ini.
[Dewan tepuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam penggal yang akan datang dan saya bersyukur dan berharap dan mendoakan agar kita akan terus kekal sebagai kerajaan untuk memastikan bahawa kesejahteraan semua rakyat Malaysia akan terus terbela.
Beralih kepada sekolah Tamil dan hal ehwal kaum India. Saya sebagai Ahli Parlimen, Kerajaan Perpaduan mewakili kaum India merakamkan kesempatan ini, menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Digital, Yang Berhormat Damansara, Kerajaan Perpaduan, selaku wakil kaum India dalam Kerajaan MADANI di atas pengumuman Kerajaan MADANI mengenai peruntukan khas dalam ucapan belanjawan untuk membina SJK(T) Ladang Jeram, satu-satunya sekolah Tamil di mana murid-murid telah belajar dalam kontena di negeri Pahang selama 20 tahun, Tan Sri Speaker.
Saya amat berterima kasih kerana kali ini dalam Belanjawan 2026 kita telah mengumumkan bahawa sekolah ini akan diberi bangunan baru di mana murid-murid di sekolah ini akan dapat belajar dengan selesa. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan Perpaduan, kepada Yang Amat Berhormat Tambun dan juga kepada Yang Berhormat Menteri Digital.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan untuk peruntukan khas yang telah diumumkan oleh kerajaan khususnya untuk masyarakat India yang berjumlah 42.25 juta.
Peruntukan-peruntukan lain bagi rumah-rumah ibadat bukan Islam sebanyak 50 juta termasuklah peruntukan untuk naik taraf kuil-kuil Hindu di bawah skim Dharma MADANI, naik taraf tokong-tokong Cina dan gereja, pemberian komputer riba menerusi Program Peranti Siswa serta peruntukan untuk penyelenggaraan dan pembaikan sekolah-sekolah Tamil menurut Unit Transformasi Masyarakat India
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Malaysia dan program Kalvi MADANI yang bakal memanfaatkan murid-murid di 200 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menerusi peruntukan lapan juta.
Harapan saya supaya dua sekolah Tamil di kawasan saya, iaitu SJK(T) Ramakrishna di Jalan Scotland dan SJK(T) Ramathasar di Jalan Sungai juga akan turut menerima limpah manfaat program-program ini yang diumumkan oleh kerajaan.
Di kesempatan ini, sebagai Ahli Parlimen kerajaan dan sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang Tan Sri Speaker, saya juga ingin sekali lagi merayu kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi dana kepada Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang untuk membantu kami dalam menyelenggara kuil-kuil di bawah Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.
Tahun ini, saya amat gembira apabila melihat Perdana Menteri telah memberi peruntukan RM1 juta kepada pengurusan Kuil Batu Caves untuk membantu mereka dalam kerja-kerja penyelenggaraan.
Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang juga berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi bantuan kewangan satu juta, kalau boleh, kalau boleh lebih lagi kepada kami kerana akaun Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang diaudit oleh audit negara dan laporan tersebut dibentangkan di Parlimen tiap-tiap tahun. Kami mengharapkan bahawa, memandangkan laporan audit negara dibentangkan kami juga akan diberi peluang untuk menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan supaya hasrat murni kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada warganegara Pulau Pinang yang beragama Hindu akan terus diberi perhatian.
Tan Sri Speaker, di atas peluang yang diberikan, saya juga berharap agar kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan akan memberi perhatian khusus kepada SJK(T) Tamil Sungai Bakap di Nibong Tebal, Pulau Pinang yang telah lama dibincangkan dan telah lama kita bincangkan tetapi belum lagi dilaksanakan dan juga projek SJK(T) Ladang Katumba di Kedah yang sudah sekian lama tertangguh.
Tan Sri Speaker, di atas peluang ini yang diberikan saya juga ingin beralih kepada isu Hospital Besar Pulau Pinang dan kerja-kerja tebatan banjir termasuklah Balai Polis Jelutong. Saya mengambil maklum bahawa kerajaan serius untuk memberi perhatian kepada meleraikan isu kesesakan di hospital-hospital kerajaan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerja-kerja pembangunan yang sedang dilaksanakan di Hospital Besar Pulau Pinang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pada masa yang sama, saya juga ingin merayu kepada kerajaan untuk memberi perhatian untuk melaksanakan dengan segera projek tebatan banjir Sungai Pinang. Kerana projek tebatan banjir itu kalau dilaksanakan dengan sempurna akan memastikan bahawa Jalan P Ramlee di Datuk Keramat, Jelutong tidak lagi akan dilanda banjir bila berlakunya musim hujan.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana mengumumkan projek-projek bagi memastikan bahawa kita ada perumahan yang mencukupi bagi kakitangan polis, kakitangan tentera, kakitangan kastam dan sebagainya.
Di kesempatan ini, saya cuba ingin mengingatkan kerajaan bahawa projek kuarters Balai Polis Jelutong belum lagi dilaksanakan dan saya berharap agar projek itu dapat dilaksanakan oleh kerajaan dengan seberapa cepat yang mungkin.
Sebelum tamat masa, Tan Sri Speaker, mengenai isu pendidikan.
Dewasa ini negara kita telah dikejutkan dengan pelbagai masalah di sekolah- sekolah termasuklah kejadian buli yang meragut nyawa Allahyarhamah adik Zara Qairina. Kes rogol, kes bunuh yang menimpa mendiang adik Yap Shing Xuen di Damansara minggu lalu dan macam-macam masalah lagi.
Saya setuju dengan cadangan Ahli Parlimen Bagan dan beberapa Ahli Parlimen lain untuk memberikan cikgu-cikgu di sekolah budi bicara untuk merotan anak-anak kita yang nakal. Saya gunakan istilah dulu dalam bahasa Inggeris, "Bring back the cane. If you spare the cane, you spoil the child. Let's spoil the cane and spare the child”. Tan Sri Speaker.
Di sini, saya terpanggil untuk merujuk kepada satu kejadian rogol yang berlaku di Kelantan, di mana seorang ayah dan dua orang anaknya— saya gunakan istilah, telah meratah anak perempuan, adik sendiri. Kejadian ini adalah kejadian yang mengejutkan, sangat menyayat hati dan tidak berperikemanusiaan. Saya berharap tindakan sewajarnya diambil terhadap suspek-suspek yang terlibat.
Di kesempatan ini, Tan Sri Speaker, saya ingin mencadangkan supaya kita juga mengajar falsafah-falsafah bukan saja di sekolah-sekolah vernakular tetapi juga di sekolah-sekolah kebangsaan supaya niat yang ikhlas saya tidak disalah tafsirkan oleh pihak-pihak tertentu.
Saya mencadangkan agar ajaran-ajaran dalam puisi Thirukkural ini dan bukan saja Thirukkural tetapi dalam ajaran Confucius [Sambil memegang sebuah buku] diajar bukan saja di sekolah-sekolah vernakular tetapi juga di sekolah-sekolah
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
kebangsaan. Apakah itu Thirukkural? Supaya niat saya tidak diputar belitkan atau disalahtafsirkan, Thirukkural ialah sebuah karya sastera kuno Tamil yang ditulis oleh penyair falsafah, Thiruvalluvar. Terdiri daripada 103,030 puisi Kural yang membincangkan etika, membincangkan kebajikan dan membincangkan falsafah hidup. Ia terbahagi kepada tiga bahagian utama, Aram (kebajikan), Porul (kekayaan), dan Inbam (cinta).
Karya ini terkenal kerana kandungannya yang universal dan diterima oleh semua peringkat masyarakat tanpa mengira latar belakang agama, budaya atau geografi. Confucianism, dengan izin, jangan salah faham. It's Confucianism bukan communism ialah falsafah moral dan etika dari China kuno yang diasaskan oleh Confucius (Kongfu-zi) yang menekankan kepentingan keharmonian sosial, tadbir urus yang beretika serta nilai-nilai seperti kasih sayang, rasa hormat dan kesusilaan.
Tan Sri Speaker, saya ingin mencadangkan perkara-perkara ini kerana saya percaya bahawa walaupun sistem pendidikan yang ada sekarang mungkin mencukupi, saya minta maaf saya bukan seorang pakar pendidikan, tetapi kita boleh mencampuradukkan ajaran oleh Confucius dan Thirukkural oleh Thiruvalluvar di sekolah-sekolah supaya kita memastikan bahawa pendidikan yang kita bawa kepada anak-anak kita itu adalah sesuatu yang menyeluruh. Adab sebelum pendidikan, moral sebelum pendidikan. Menghormati warga emas dan perkara-perkara lain yang merangkumi pendidikan.
Akhir sekali, sebelum saya mengundur diri. Saya menerima baik pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa 1,500 lagi tempat akan disediakan bagi pelajar-pelajar yang berjaya untuk memasuki universiti tempatan bagi ijazah sarjana muda dalam 10 bidang pengajian di lima universiti penyelidikan antaranya undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan dan kewangan Islam.
Ini menunjukkan bahawa apa yang diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun dahulu, "Anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya, anak Kadazan anak saya, anak Iban anak saya". Barulah kita melaksanakan inisiatif, impian yang selalu diungkapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tan Sri Speaker, terima kasih di atas peluang yang diberikan. Jelutong mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Baik. Seterusnya saya jemput Gua Musang.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada Gua Musang untuk turut serta dalam perbahasan dasar bagi Belanjawan 2026.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu Gua Musang ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas kejayaan besar negara kita menganjurkan Persidangan ASEAN 2025 yang sedang berlangsung ketika ini. Kejayaan ini bukan sahaja menunjukkan kemampuan negara kita Malaysia menjadi tuan rumah yang berwibawa tetapi turut mengangkat martabat negara kita di persada antarabangsa sebagai pusat diplomasi serantau yang stabil dan berdaya saing.
Yang membanggakan kita rakyat Malaysia pada persidangan ASEAN kali ini ialah apabila satu sejarah tercipta pada tengah hari kelmarin, 26 Oktober 2025, di mana Perdana Menteri bersama dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyaksikan satu detik bersejarah iaitu perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang mana kita sedia ketahui bahawa pemeteraian perjanjian gencatan senjata tersebut amat penting untuk keamanan serantau serta pengukuhan peranan Malaysia sebagai pengantara perjanjian damai tersebut.
Sebagai warganegara, kita seharusnya berbangga dengan pemimpin negara kita hari ini yang sedia menyerlahkan seni diplomasi dengan negara luar melalui konsep berkawan dengan semua tetapi teguh pada prinsip dan tatakelola. Kita sedia memahami berkenaan dengan demografi negara kita yang mana populasi Malaysia tidak seramai negara jiran, apalagi jika dibandingkan dengan negara maju yang lain dan ekonomi kita sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Jika kita tidak berdagang dengan negara lain, ekonomi kita boleh lumpuh. Oleh itu, dasar luar Malaysia mesti bersifat terbuka, pragmatik dan bersahabat. Inilah kelebihan negara kita Malaysia.
Kita mampu menyesuaikan diri di mana-mana gelanggang diplomasi dunia tanpa kita kehilangan identiti kita sendiri. Menjalinkan hubungan diplomatik dan berkawan rapat dengan negara berkuasa besar seperti Amerika Syarikat, China, India dan Arab Saudi tidak semestinya ataupun tidak bermaksud Malaysia 100 peratus bersetuju dengan dasar luar negara mereka. Tetapi kita juga mempunyai prinsip kita sendiri.
Merujuk kepada pendirian kita terhadap Palestin, Malaysia kekal lantang mempertahankan hak rakyat Palestin dan menjadi antara satu-satunya negara di
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
rantau ini yang masih tidak mengiktiraf Israel, walaupun kita mempunyai hubungan yang baik dengan negara Asia Barat. Apa yang menarik, seni diplomasi ini jelas terlihat dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika bersemuka dengan Donald Trump yang hadir ke Kuala Lumpur kelmarin.
Dari sudut pandang yang positif, semestinya kita amat berharap dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat.
Malaysia akan mendapat impak positif dalam konteks keyakinan pelabur terhadap dasar fiskal dan diplomasi ekonomi Malaysia di bawah kepimpinan kerajaan hari ini.
Sebagai rakyat Malaysia, sudah semestinya kita menaruh harapan agar penganjuran Persidangan ASEAN 2025 kali ini bukan sahaja boleh direkodkan dalam lipatan sejarah tetapi ia akan membuka lembaran baru kepada peningkatan perdagangan pelaburan ASEAN dan seterusnya pengukuhan dan peningkatan mata wang negara.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Walau hakikatnya kita tidak pernah bersetuju dengan dasar luar negara Uncle Sam, tetapi sekiranya terdapat manfaat untuk negara kita, apa salahnya— apa silapnya kita menerima kehadiran pemimpin dunia tersebut yang jelas dengan hanya satu hari kehadiran Trump ke negara kita pagi tadi, sebelum beliau berangkat pulang, beberapa perjanjian positif telah dimeterai.
Antaranya, import barangan Malaysia ke Amerika Syarikat kekal dengan tarif 19 peratus, tetapi sejumlah besar produk Malaysia dieksport ke Amerika Syarikat dengan tarif kosong peratus. Dan sejumlah 6,911 produk Malaysia dieksport ke Amerika Syarikat tanpa tarif dan bakinya 11,260 produk lagi menikmati kadar tarif yang dikurangkan, mewakili 98.4 peratus eksport Malaysia ke Amerika Syarikat. Ini juga merangkumi industri farmaseutikal dan semikonduktor Malaysia yang dikecualikan daripada tarif import 19 peratus oleh Amerika Syarikat.
Seterusnya, Amerika Syarikat akan membuka akses tanpa had kepada barangan daripada Malaysia. Dan seterusnya, produk yang memerlukan Sijil Halal di Amerika Syarikat akan diiktiraf oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dengan syarat mereka mengikuti standard halal Malaysia, yang mana Malaysia akan membantu dari segi pematuhan dan kemudian akan mengiktiraf pensijilan halal tersebut.
Dan seterusnya, kedua-dua negara kekal bekerjasama secara tinggi dalam lingkungan perlindungan merangkumi alam sekitar, penguatkuasaan hak buruh, keselamatan pelaburan, kawalan eksport serta stabiliti mata wang kita.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Tuan Yang di-Pertua, sebagai mewakili rakyat di kawasan saya, Gua Musang— saya menyambut baik Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan tumpuan kepada tiga teras utama iaitu pemerkasaan ekonomi rakyat, transformasi digital dan teknologi hijau serta pengukuhan tadbir urus fiskal. Apa yang menarik pada Belanjawan 2026 ialah kita dapati peruntukan belanjawan kali ini bersifat inklusif dengan keseimbangan antara keperluan nasional dan pembangunan wilayah bagi memastikan tiada negeri tertinggal dalam arus pembangunan negara.
Tuan Yang di-Pertua, tak tumbuh, tak melata, tak sungguh, orang tak kata.
Berkata tentang nilai tambah kepada pembangunan negeri saya Kelantan pada Belanjawan 2026 kali ini, saya diwakilkan untuk menyampaikan penghargaan rakyat Kelantan di atas komitmen Kerajaan Persekutuan yang menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM5.6 bilion pada Belanjawan 2026 iaitu peningkatan hampir 18 peratus berbanding tahun sebelumnya. Jika diteliti, didapati Kerajaan Persekutuan memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur asas, penjanaan ekonomi luar bandar, pendigitalan koperasi serta peningkatan taraf pendidikan dan kesihatan.
Yang jelas dalam Belanjawan 2026, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan jumlah yang bukan sedikit. Dengan meneruskan projek sedia ada serta cadangan projek-projek baharu yang memberi impak besar kepada rakyat negeri Kelantan.
Antaranya ialah pembangunan ekonomi luar bandar sebanyak RM1.2 bilion, menaik taraf jalan dan jambatan bernilai RM950 juta, pendidikan dan latihan TVET sebanyak RM450 juta, pusat data dan digital hab Kota Bharu yang merupakan sebahagian daripada agenda pendigitalan nasional.
Yang menariknya, menaik taraf Hospital Gua Musang dan Tumpat yang bertemakan memperkukuh sistem kesihatan luar bandar dengan peruntukan sebanyak RM600 juta.
Dan terakhir ialah sumbangan Kerajaan Persekutuan melalui agensi seperti KESEDAR yang akan memperuntukkan sejumlah RM120 juta untuk skim perumahan generasi baharu FELDA di Gua Musang dan Kuala Krai.
Tuan Yang di-Pertua, memperkatakan tentang isu keselamatan, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun yang berbunyi.
Indah sungguh negeri Kelantan, Tanah serendah sekebun bunga; Tahniah dan syabas Ketua Polis Kelantan, Membanteras jenayah merentas stigma.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Di kesempatan ini, saya sekali lagi merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri, khususnya Polis Diraja Malaysia kerana menempatkan anak jati negeri Kelantan untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Polis Kelantan pada Ogos setahun yang lepas.
Tidak dapat dinafikan, hari demi hari aktiviti jenayah rentas sempadan dapat dipatahkan. Dan pada bulan Oktober tahun ini juga, satu sejarah lagi tercipta apabila pangkalan-pangkalan haram yang telah sekian lama menjadi saksi bisu aktiviti penyeludupan telah dirobohkan. Sebagai kesinambungan, saya juga menghargai inisiatif Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM850 juta bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di sempadan Kelantan dan Thailand.
Peruntukan tersebut termasuk pembinaan pos sempadan baharu Rantau Panjang, penambahan anggota keselamatan dan penggunaan teknologi dron serta radar digital bagi mengekang aktiviti penyeludupan. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan keselamatan, malah menggalakkan aktiviti ekonomi rentas sempadan yang sah.
Tuan Yang di-Pertua, suka juga untuk saya menyentuh mengenai peruntukan sebanyak RM1.2 bilion yang akan disediakan kerajaan untuk pembangunan ekonomi luar bandar. Berkebetulan dengan kawasan saya yang juga merupakan Parlimen luar bandar, sudilah kiranya Kerajaan Persekutuan memfokuskan kawasan saya untuk pembangunan ekonomi bagi mengurangkan jurang kemiskinan antara penduduk kawasan saya dengan kawasan-kawasan lain di negeri Kelantan.
Saya amat berharap masyarakat saya di Gua Musang juga tersenarai sebagai penerima manfaat di atas langkah kerajaan memperuntukkan sebanyak RM950 juta bagi melaksanakan pembinaan baharu serta membaik pulih kerosakan jalan-jalan kampung. Selain itu juga, menyentuh mengenai penyelenggaraan jalan bagi mengurangkan kes kemalangan akibat jalan yang tidak selamat.
Suka sekali lagi untuk saya mengambil perhatian Dewan Yang Mulia ini, terutamanya Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Pada sesi perbahasan sebelum ini, disusuli juga dengan soalan-soalan kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.
Isu kemalangan dan ketidakselesaan pengguna jalan raya disebabkan keadaan atau struktur jalan yang tidak selamat sering kali saya bawa ke Parlimen mewakili pengguna jalan raya di hampir keseluruhan jalan Persekutuan dan jalan negeri di Parlimen Gua Musang. Dalam isu ini, ingin saya bertanya kepada kerajaan, terutamanya Yang Berhormat Menteri Kerja Raya.
Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim - Gua Musang
Apa kesudahannya— apa jalan cerita bagi projek pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) bagi pakej 3, Seksyen 3B, 3C dan 3D yang terlalu mengganggu dan mengundang kemalangan kepada pengguna jalan sedia ada?
Progress pembinaan pakej jalan tersebut bukan sahaja sepi tanpa progress kerja semasa, tetapi kerosakan teruk pada jalan sementara serta safety road barrier dan safety traffic PVC cone yang bertaburan tanpa arah tuju yang jelas mengundang kesesakan trafik, seterusnya mengundang kemalangan, terutama ketika musim hujan.
Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri menyampaikan pesanan dari penduduk kawasan saya agar kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya mengambil tindakan sewajarnya kepada kontraktor pelaksana tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulan, Gua Musang sekali lagi mengambil kesempatan untuk menyampaikan berbanyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pasukan eksekutif Kementerian Kewangan di atas pembentangan dan pra pelaksanaan Belanjawan 2026. Jauh dari sudut hati adalah diharapkan setiap ringgit yang diperuntukkan dalam belanjawan kali ini akan memanfaatkan golongan yang benar-benar berhak.
*Kepada Allah kita berserah, Bersama rakyat saya berusrah.
Kerana rakyat saya di sini, Terima kasih Kerajaan MADANI.*
Tuan Yang di-Pertua
Baik, saya jemput Gopeng.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana izinkan saya untuk turut ambil bahagian dalam perbahasan bajet atau Belanjawan 2026.
Saya ingin menarik perhatian Dewan Yang Mulia ini dalam tiga perkara yang saya ingin hendak sentuh tentang berkait rapat dengan isu keterjaminan makanan, bio sekuriti bekalan makanan. Kedua, pendidikan anak-anak kita dan juga, satu isu kawasan yang berkaitan dengan kemajuan PETRA.
Isu pertama yang saya ingin hendak bangkitkan adalah tentang keterjaminan makanan dan bio sekuriti bekalan makanan. Ia bukan kita— apabila kita soalkan tentang isu keterjaminan makanan, ia bukan setakat hanya soalkan jumlah cukup ataupun tidak tentang beras, daging, sayur-sayuran di pasaran, tetapi tentang
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
keselamatan negara kita dan maruah ekonomi negara kita. Kalau kita lihat kepada angka tahap sara diri (SSL) dalam pelbagai sektor pertanian, beras lebih kurang 60 peratus, sayur-sayuran 45 peratus, perikanan dan daging khinzir yang sebelum ini mencecah 90 peratus, kini jatuh terjunam sampai 60 peratus dan satu-satunya sektor yang kekal utuh adalah ayam dan telur dan daging juga, daging lembu lebih kurang 20 peratus.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Angka ini menunjukkan bahawa isu makanan kita bukan setakat menghadapi masalah produktiviti, tetapi adalah masalah struktur (structural problem) yang mana kita perlu menguatkan sistem kawalan selia yang lemah, penguatkuasaan yang tidak konsisten dan proses pemodenan industri yang perlahan ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Puan Alice Lau Kiong Yieng) **mempengerusikan Mesyuarat****] Timbalan Yang di-Pertua, untuk menampung kekurangan bekalan, sudah tentu import memang diperlukan dalam jangka masa yang pendek. Namun, yang membimbangkan saya adalah apabila kita menggalakkan import yang sah, tetapi pada masa yang sama sebenarnya ada sindiket-sindiket yang mengambil peluang untuk mengimport, menyeludup bekalan makanan secara tidak sah, haram secara besar-besaran ke dalam negara kita terutamanya dalam sektor daging sejuk beku.
Kalau kita lihat, contohnya tahun 2020, kita dikejutkan dengan skandal kartel daging haram yang melibatkan 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta dipercayai bercampuran dengan produk yang tidak halal. Seawal tahun 2015 telah pun dilaporkan bahawanya daging sejuk beku dialihkan melalui negara jiran, dibungkus semula dan dijual di Malaysia dengan menggunakan dokumen yang palsu.
Soalnya, pokoknya, apakah yang berlaku di sempadan negara kita?
Bagaimanakah ribuan tan daging puluhan ribu ekor lembu, karkas daging khinzir boleh melepasi kawalan keselamatan dan sempadan negara kita? Saya ingin tahu, nak tanya kepada agensi-agensi yang berkaitan, banyak agensi yang terbabit― berapakah jumlah sebenarnya kes-kes penyeludupan makanan dalam 10 tahun kebelakangan ini? Berapakah kerugian hasil negara kita akibat kehilangan cukai dan levi import? Dan berapakah kes yang benar-benar didakwa dibawa ke muka pengambilan?
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Maka, isu ini selalunya isu penyeludupan. Dia akan menggunakan beberapa aspek. Pertamanya, sudah tentu kerugian terhadap hasil negara. Cukai hilang, ekonomi gelap terus berkembang.
Kedua, persaingan tidak adil bagi penternak-penternak yang sah, yang membayar cukai, yang mematuhi piawaian veterinar akhirnya tersempit dengan harga daging seludup yang jauh lebih murah, lebih kompetitif, tetapi dalam soal ini, penyeludupan bekalan makanan yang paling saya bimbang adalah tentang kesihatan awam terancam. Iaitu, daging seludup tidak melalui proses pemeriksaan, menimbulkan risiko penyakit kepada pengguna iaitu publik― kesihatan awam.
Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, kita lihat dalam isu biosecurity negara. Kalau lihat kepada isu yang baru-baru ini berlaku yang masih lagi berlarutan adalah african swine fever (ASF). Wabak ini bukan berasal dalam negara kita, tetapi ini adalah wabak import melalui penyeludupan daging khinzir daripada kawasan yang dijangkiti. Sebagai contohnya, tahun 2023, rampasan di negeri Perak melibatkan 25,000 kilogram karkas khinzir seludup dan disahkan mempunyai tanda- tanda klinikal SF.
Akibatnya, puluhan ribu ekor khinzir dimusnahkan, ladang-ladang ditutup dan penternak-penternak kecil-kecilan kehilangan sumber pendapatan. Dan tahap sara diri untuk industri ini asalnya 90 peratus. Akibat daripada wabak ini, jatuh kepada 60 peratus bagi beberapa tahun kebelakangan ini.
Begitu juga untuk penternakan dalam sektor daging lembu di sempadan utara, terutamanya. Kalau kita tahu, di beberapa negeri sempadan Utara, penyeludupan lembu hidup ataupun karkas berlaku setiap tahun. Ibarat musim tahunan, acara tahunan. Dan menurut rekod, 70,000 ekor lembu diseludup masuk pada tahun yang lalu dan angka ini mungkin dia lebih tinggi dan ini bermaksud mungkin ramai di kalangan kita, ribuan, ratusan ribu, jutaan rakyat mungkin telah pun consume daging yang mungkin tidak melalui pemeriksaan kesihatan veterinar yang sah.
Kesimpulannya, kita harus berani mengakui bahawanya wabak-wabak ini, penyakit-penyakit ini yang dibawa masuk itu bakal akan menggugat keselamatan rakyat kita secara umumnya. Tidak kira bangsa, tidak kira kaum, apa jua bentuk daging penyeludupan yang masuk itu harus kita ada satu kawalan yang ketat.
Dan kita lihat penternakan cukup terdesak sebab mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi― vaksin, lesen tanah, makanan haiwan, pengurusan sisa dan sebagainya, tetapi penyeludup bebas beroperasi tanpa halangan. Kita
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
harus menghukum yang patuh― kita harus menghukum mereka yang melanggari undang-undang, tetapi memberi perlindungan, memudah-carakan penternak- penternak, pengusaha-pengusaha yang sah yang memastikan tahap keterjaminan makanan kita itu pada tahap yang baik.
Maka, saya mendesak kepada agensi-agensi yang berkaitan perlu memperkenalkan, mempertingkatkan sistem traceability atau pun kebolehkesanan makanan terutamanya dalam bekalan daging. Contoh di negara Jepun yang mewajibkan sistem kebolehkesanan mandatori dalam daging dan beras bagi melindungi pengguna serta memelihara integriti pasaran makanan negara kita.
Isu kedua, pendidikan. Kalau kita lihat fenomena buli dan keganasan dalam sekolah baru-baru ini, kita tidak boleh membuat kesimpulan yang mudah. Kita banyak bicarakan banyak isu yang mungkin dia ada hubungan, korelasi, correlation relation, atau pun sebab langsungnya, atau pun causation. Kita tidak boleh menuding jari kepada ibu bapa, guru ataupun media sosial semata-matanya, tetapi kita lihat kepada angka yang terpapar dalam Kementerian Pendidikan negara.
Saya ambil satu contoh angka yang kita lihat yang berkaitan dengan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) sejak tahun 2012. Pada tahun awal, kita merekodkan lebih kurang 4,000 kes buli setiap tahun. Selepas pandemik COVID-19, angka ini terus meningkat secara mendadak daripada hampir 4,000 sampai kepada 6,500 lebih kes dan akhirnya pada tahun lepas hampir mencecah 7,700 kes pada tahun yang lalu. Jelas peningkatan ini mempunyai korelasi langsung dengan kesan psikososial pasca pandemik.
Dan generasi yang lahir pada tahun 2004 hingga 2015, mereka ini telah pun melalui fasa pembelajaran dalam talian sepenuhnya, mungkin kehilangan interaksi sosial dan menghadapi tekanan emosi yang tinggi. Dan jangan lupa, dalam tempoh itu juga, sekitar tahun 2021, dua reformasi besar berlaku dalam sektor pendidikan iaitu pemansuhan UPSR dan PT3. Dan perubahan ini wajar kita lihat dari segi makronya, apakah impak terhadap perkembangan sahsiah dan keseimbangan psikologi pelajar.
Maka, saya ingin mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan untuk meneliti semula data SSDM secara menyeluruh. Setiap angka yang dilaporkan itu bukan hanya angka semata-mata, tetapi kita kena lihat dalam angka itu apakah maklumat di sebaliknya― latar belakang pelajarnya, status keluarga, pendedahan media sosial, keadaan mental keluarga dan pelajar atau pun murid, prestasi
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
akademik mereka― bagi mengenal pastikan pola sebenar punca yang berlaku baru- baru ini.
Dan keduanya adalah pastikan penempatan guru-guru kaunseling yang mencukupi dan bertauliah di dalam sekolah. Dan kita tahu, banyak sekolah masih tidak mempunyai kaunselor yang tetap, adalah lantikan sekolah. Dan kalau kita tidak mempercepatkan penempatan guru-guru kaunseling yang bertauliah ini, memang sukar untuk kita nak mengatasi masalah ini bagi tahun-tahun akan datang.
Dalam sektor pendidikan juga, saya ingin nak katakan, kita jangan sekali-kali kita hanya cuba untuk highlight tentang pencapaian pelajar-pelajar yang cemerlang.
Kita memang bagus dalam meraikan mereka yang mendapat skor A yang baik, tetapi kadang-kadang mungkin kita tidak sedar bahawa sebenarnya ada juga ramai pelajar-pelajar yang sederhana dan kurang minat atau pun lemah dalam academic conventional yang sebenarnya berisiko hilang hala tuju.
Walaupun kadar keciciran rasmi menurun, walaupun kita menetapkan pendidikan wajib untuk 11 tahun, namun masih lagi ramai pelajar-pelajar yang hadir ke sekolah― walaupun kadar keciciran kurang, walaupun kita wajibkan 11 tahun, mungkin mereka masuk ke dalam sekolah tanpa minat, tanpa motivasi dan tanpa hala tuju. Dan kita kena bertanya secara jujur, adakah sistem akademik konvensional masih lagi sesuai untuk diguna pakai untuk semua pelajar tanpa mengambil kira latar belakang mereka atau pun kemahiran dan kebolehan masing- masing?
Itu sebab saya ingin menyeru kepada KPM dan KPTM: Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, untuk menyusun semula sistem pendidikan agar lebih berorientasikan kepada laluan kerjaya (career pathway) dan pelajar-pelajar yang tidak cenderung akademik harus diberikan peluang memasuki institusi latihan kemahiran TVET lebih awal lagi.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Kalau kita lihat sebelum ini, kadar kemasukan ke TVET untuk sekolah menengah rendah dan mereka hanya lebih kurang sekitar enam peratus saja, tetapi tahun yang lalu, lebih kurang 10.5 peratus yang menjejak kaki ke aliran TVET, tetapi hakikatnya, pasaran kita masih lagi memerlukan dalam sektor ini dan harus kita membina sistem yang lebih kondusif untuk pelajar-pelajar yang memiliki kemampuan yang berbeza.
Dalam satu minit, saya ingin bangkitkan isu kawasan. Satu projek yang dinamakan Projek Pembetungan Bersepadu Serantau di kawasan Lembah Kinta. Di
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
kawasan saya ada dua fasa yang berjalan, Papan 2 dan Papan 3. Sudah tentu ia memberikan manfaat yang besar kepada penduduk-penduduk di kawasan Lembah Kinta sebab sistem pembetungan serantau yang moden dan efisien untuk penduduk setempat, tetapi saya nak bangkitkan perkara ini kerana projek ini bermula tahun 2017 dan sepatutnya dia siapkan pada dua tahun yang lalu.
Beberapa masalah dan cabaran telah pun berbangkit. Antara masalahnya dikatakan, dilaporkan masalah kaviti bawah tanah, bentuk muka bumi yang berbeza itu telah pun melambatkan pelaksanaan projek ini. Dan malah, atas kelewatan projek ini, banyak kesan yang dilaporkan dan tiap-tiap hari saya ditanya oleh penduduk- penduduk kawasan Parlimen Gopeng.
Antaranya jalan yang rosak, berlubang antara akibat daripada kerja jacking ataupun manhole yang tak siap, bahan-bahan binaan pelaburan di tepi jalan, rumah- rumah penduduk mengalami keretakan akibat gegaran jentera berat dan beberapa kawasan kini dikategorikan sebagai kawasan yang berisiko tanah mendap.
Dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri PETRA kerana turun semalam di kawasan saya dan saya menyeru kepada pihak kementerian dan pihak MOF supaya boleh melihat kepada keperluan bajet tambahan bagi memastikan kelangsungan projek ini. Dan saya dimaklumkan jumlah RM180 juta diperlukan.
Saya mohon pihak PETRA dan pihak MOF boleh salurkan bajet ini dengan lebih cepat supaya projek ini dapat diselesaikan dalam keadaan segera dan mengatasi segala masalah-masalah dihadapi oleh penduduk di kawasan saya yang terkesan. Dan inilah beberapa perkara yang saya ingin sampaikan. Sekian saja perbahasan saya. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya jemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam segulai sejalai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Batang Lupar mohon untuk turut serta dalam perbahasan peringkat dasar ke atas Belanjawan 2026 pada hari ini.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun selaku Perdana Menteri yang telah membentangkan Belanjawan MADANI
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Keempat di Dewan ini yang juga merupakan belanjawan sulung di bawah Rancangan Malaysia: RMK13.
Saya ingin bermula dengan isu pendidikan. Tahun ini kita sudah digemparkan dengan beberapa insiden buli dan kematian pelajar yang mendesak penambahbaikan kawalan keselamatan di kawasan sekolah. Saya berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang telah mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta untuk pemasangan CCTV di sekolah-sekolah yang terpilih.
Diharap agar usaha ini akan dapat meningkatkan keselamatan dan disiplin dalam kalangan pelajar.
Saya cuma ingin mendapatkan sedikit pencerahan daripada pihak kementerian mengenai sekolah-sekolah manakah yang akan dipilih untuk pemasangan CCTV tersebut dan bagaimana pula kementerian bercadang untuk meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang mungkin belum dapat dilengkapkan dengan CCTV?
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian mengenai apakah perkembangan terkini berkenaan isu kekurangan guru di Sarawak? Sejauh manakah kekosongan masalah kekurangan guru ini telah berjaya diselesaikan dan berapa ramaikah anak Sarawak yang telah mengisi kekosongan tersebut untuk tahun 2024 hingga 2025?
Bersempena perbahasan Belanjawan 2026 pada kali ini, saya juga ingin menggunakan peluang ini untuk memohon penaiktarafan dan bina baharu beberapa sekolah rendah di kawasan Parlimen Batang Lupar iaitu bina baharu SK Haji Bujang di Sebangan serta naik taraf SK Lela Pahlawan di Lingga dan SK Tambak di Pusa.
Saya menyambut baik peruntukan RM66.2 bilion berbanding RM64.2 bilion tahun ini. Diharapkan peruntukan ini akan dapat meningkatkan mutu prasarana sekolah seperti menaik taraf blok akademik, kantin dan asrama sekolah. Saya juga meneliti 38 buah sekolah baharu yang dibina di Sarawak dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun pada belanjawan yang lepas, tetapi tidak disebutkan sekolah di kawasan Parlimen saya.
Melalui jawapan e-mel daripada KPM kepada saya semasa penggulungan perbahasan RMKe-13 yang lepas telah dinyatakan bahawa KPM telah menerima, diluluskan projek pendidikan baharu yang iaitu gantian penuh SK Tuanku Bagus di tapak baharu yang melibatkan skop membina semula 18 bilik darjah, tiga bilik darjah prasekolah, tiga bilik darjah PPKI, satu bilik darjah prasekolah PPKI, asrama yang berkapasiti 80 orang, dewan makan dan juga 20 unit kuarters.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Oleh itu saya ingin mengetahui, apakah status projek ini yang mana tidak dinyatakan dalam pembentangan belanjawan yang lepas. Adakah ia nya menggunakan peruntukan belanjawan yang sama dan bilakah garis masa untuk disiapkan penggantian penuh ini? Sekolah-sekolah ini memerlukan penambahbaikan segera agar pelajar-pelajar dapat menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif.
Beralih kepada isu kesihatan. Saya ingin memohon agar pihak Kementerian Kesihatan dapat mempertimbangkan keperluan untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Pusa kepada sebuah poliklinik. Ini kerana kapasiti klinik kesihatan ini tidak lagi dapat menampung jumlah pesakit dari sekitar Daerah Pusa yang semakin meningkat saban tahun dan memohon untuk memperkasakannya dengan menyediakan perkhidmatan pakar di klinik tersebut. Saya juga mohon untuk diberikan peruntukan bagi menaik taraf Klinik Kesihatan Semarang yang telah tersedia spesifikasinya, hanya menunggu peruntukan untuk dilaksanakan.
Timbalan speaker, bagi isu kekurangan doktor di Sarawak. Ada beberapa sebab seperti masalah kewangan, pengurangan imbuhan wilayah dan beberapa faktor lain yang dikenal pasti. Cadangan saya bagi mengatasi masalah ini, pihak KKM menggunakan khidmat doktor-doktor yang sedia ada di Sarawak, terutamanya di klinik-klinik swasta.
Contohnya, kalau kita lihat, ambil contoh kalau di Kuching kita ada 50 buah klinik swasta dan kita menganggap setiap klinik ini boleh menerima 10 orang pesakit daripada hospital ataupun poliklinik kerajaan. Oleh itu, 500 orang daripada hospital dan poliklinik kerajaan ini akan dapat dipindahkan ke klinik swasta ini dan dapat mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan untuk pesakit-pesakit yang kronik, tetapi stabil.
Maksud saya, pesakit-pesakit yang mempunyai darah tinggi, kencing manis dan untuk mereka membuat simple follow-up dengan izin, di klinik swasta ini. Dan klinik swasta ini tidak perlu untuk memberikan ubat kepada mereka dan perlu hanya membekalkan preskripsi untuk pesakit-pesakit ini bawa ke klinik kerajaan ataupun hospital dan ubat boleh diambil di sana dan pesakit ini juga hanya perlu dikenakan consultation fee dengan izin, daripada klinik-klinik swasta ini. Ini merupakan cadangan daripada saya untuk kita mengatasi masalah-masalah kekurangan doktor di negeri Sarawak.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Seterusnya, Timbalan speaker, saya ingin menyentuh berkenaan dengan inisiatif Budi 95. Saya menyambut baik penyasaran subsidi yang dimaknai oleh pihak kerajaan.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Langkah ini boleh meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat keseluruhannya. Umpamanya subsidi diesel yang terus disalurkan kepada para nelayan tentunya amat membantu khusus kepada nelayan-nelayan pinggir pantai.
Penyasaran subsidi RON95 baru-baru ini juga membuka lembaran baharu bagi rakyat Malaysia di mana ia adalah langkah untuk menyalurkan subsidi petrol secara tepat kepada golongan yang layak dan bukan lagi secara pukal. Ia nya juga dijangka akan mengelakkan ketirisan subsidi yang selama ini ditanggung oleh negara.
Namun demikian, terdapat juga keadaan di mana kawasan-kawasan pedalaman di Sarawak yang tidak mempunyai petrol stesen ataupun stesen minyak.
Keadaan ini menyukarkan mereka untuk menikmati harga subsidi kerana terpaksa membeli dengan harga yang tinggi dengan peruncit dan pemborong yang menjual di kampung dan di rumah panjang. Sebelum BUDI95 dilaksanakan, harga RON95 ialah RM2.05 per liter.
Peruncit pada masa tersebut menjual dengan harga RM2.60 seliter di kampung dan rumah panjang, tetapi apabila penyasaran BUDI95, peruncit terpaksa membeli dengan harga RM2.60 dan menjual pada harga RM3 ataupun RM3.20 seliter. Keadaan ini amat menyukarkan para penduduk di kawasan luar bandar yang mana letak kampung dan rumah panjang mereka jauh di pedalaman. Oleh itu, saya mohon pencerahan daripada pihak kerajaan mengenai langkah-langkah yang boleh disusun bagi menyelesaikan masalah ini.
Individu ataupun kumpulan ini walaupun mempunyai cukup syarat, mereka mempunyai kad pengenalan, mereka mempunyai lesen memandu, tetapi tetap juga dinafikan hak mereka antaranya adalah tok imam, tok bilal, ibu-ibu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah, petani, pekebun yang pergi ke kebun, ke ladang mereka di kawasan luar bandar dan golongan ini juga merupakan golongan sasar iaitu golongan B40. Situasi yang sama juga berlaku kepada pemilik-pemilik bot yang tidak berdaftar secara rasmi dengan mana-mana agensi, persatuan nelayan, LKIM dan sebagainya.
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
Timbalan Speaker, di dalam pembentangan belanjawan lepas telah disebutkan tentang pelaksanaan PLKN 2026 secara rintis di peringkat pendidikan tinggi sebelum pelaksanaan penuh pada tahun 2027. Pertanyaan saya ialah, apakah modul-modul yang akan dikenal pasti diguna pakai dan adakah libat urus dengan pihak-pihak yang berkepentingan akan diadakan dan apakah justifikasi perwujudan semula PLKN ini serta implikasi kewangan kepada negara?
Rakan Muda telah disediakan peruntukan sebanyak RM40 juta antaranya untuk program mendekati belia di desa yang tercicir dan terpinggir daripada pendidikan dan pekerjaan. Adakah program ini akan dijalankan juga di Sarawak?
Jika ya, platform mana yang akan digunakan?
Saya mencadangkan supaya di Sarawak, Rakan Muda bekerjasama dengan pihak Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak ataupun SABERKAS untuk mewujudkan sinergi memandangkan SABERKAS merupakan pertubuhan belia yang terbesar di Sarawak.
Akhir sekali Timbalan Speaker, dalam masa yang lebih kurang dua minit, saya ingin menyentuh isu PETROS dan PETRONAS. Ini kerana saya melihat bahawa banyak pihak yang seolah-olah tidak senang duduk dengan perjuangan kami wakil rakyat GPS untuk menuntut hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia
(MA63) khasnya dalam soal yang melibatkan PETROS dan PETRONAS. Seolah- olah wujud cubaan fearmongering dengan izin, untuk menakut-nakutkan orang awam mengenai kesan negatif tindakan Sarawak dan PETROS ke atas ekosistem industri minyak dan gas negara.
Oleh itu, perlu ditegaskan di sini bahawa PETROS bukanlah pesaing PETRONAS, tetapi rakan strategik dalam memastikan sektor ini lebih telus dan membawa manfaat kepada rakyat Sarawak dan Malaysia amnya. Sarawak sentiasa menghormati dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Semua undang-undang negeri termasuk Distribution of Gas Ordinance 2016 digubal dalam lingkungan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan. Distribution of Gas Ordinance 2016 adalah undang-undang Sarawak yang sah dan berkuat kuasa. Ordinan ini melantik PETROS sebagai pengagregat tunggal gas dan mewajibkan semua pembekal gas di Sarawak termasuk PETRONAS untuk memiliki lesen bagi operasi pengagihan gas.
Tuan Yang di-Pertua, DGO 2016 tidak bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 seperti yang didakwa oleh PETRONAS kerana Sarawak telah dikecualikan daripada peruntukan berkenaan. Pada tahun 2021,
Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli - Batang Lupar
pemberitahuan pengecualian telah digazetkan oleh Perdana Menteri secara rasmi mengecualikan Sarawak daripada seksyen 6(1) dan (3) PDA 1974. Ini menjadikan DGO 2016 sebagai satu-satunya undang-undang berkuat kuasa dalam pengagihan gas di Sarawak. Oleh itu, pertikaian PETRONAS dan PETROS di Mahkamah Tinggi Kuching sebenarnya bukanlah isu politik semata-mata, tetapi soal pematuhan kepada undang-undang yang sah.
Akhirnya Timbalan Speaker, dalam tempoh 62 tahun setelah membentuk Malaysia sebagai rakan sekutu, Sarawak telah banyak menyumbang kepada Malaysia melalui hasil petroleum, gas, tenaga dan ekonomi. Pada masa yang sama, Sarawak juga berhak menegakkan haknya untuk mengurus sumber sempadan negeri selaras dengan perlembagaan dan semangat MA63. Sarawak hanya menuntut apa yang telah dijanjikan. Tidak menuntut lebih daripada haknya dan tidak akan menuntut kurang daripada apa yang telah dijanjikan. Sekian, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Lupar. Saya jemput Yang Berhormat Baling.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Puan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang untuk sama-sama berbahas dalam peruntukan negara. Saya mulakan dengan Firman Allah SWT.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Yang bermaksud, “Dan Allah hendak membersihkan kamu dari dosa dengan menerima taubat kamu sedang orang-orang yang fasik yang menurut keinginan hawa nafsu yang diharamkan oleh Allah itu hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng dari kebenaran dan penyelewengan yang besar bahayanya.” Ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah menginginkan kebaikan dan keselamatan untuk manusia. Manakala golongan yang menyeleweng ingin menjerumuskan masyarakat ke arah kerosakan. Prinsip inilah yang mesti menjadi asas dalam memastikan institusi pendidikan, tempat lahirnya generasi pewaris negara bebas daripada sebarang bentuk ancaman, gangguan dan ketakutan.
Pendidikan bukan sekadar pengajaran ilmu, tetapi benteng maruah dan keselamatan anak-anak kita.
Isu pendidikan. Isu keselamatan di sekolah dan institusi pendidikan bukan lagi perkara pinggiran. Insiden-insiden buli, gangguan seksual, malah bunuh, serta kegagalan sistem kawalan dalaman yang berlaku sejak beberapa tahun
Tuan Hassan bin Saad - Baling
kebelakangan ini menunjukkan wujud kelompangan serius dalam ekosistem perlindungan pelajar dan guru. Oleh itu, kenyataan dan komitmen Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk mendengar dan menambah baik sistem keselamatan di sekolah amat dialu-alukan. Namun, ia mesti disusuli dengan tindakan tegas, bukan hanya sekadar kenyataan empati.
Kementerian perlu memperkukuhkan pelaksanaan dasar sekolah selamat dengan tiga perkara utama.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Pertama, pelaksanaan mekanisme pemantauan bebas di setiap zon pendidikan yang melibatkan NGO dan komuniti serta ibu bapa.
Yang kedua, penyediaan talian aduan serta perlindungan saksi yang berkesan agar pelajar dan guru berani melapor sesuatu tanpa takut ditekan atau sebaliknya.
Ketiga, latihan wajib kepada pentadbiran sekolah mengenai gangguan risiko, pengurusan risiko dan trauma pelajar agar setiap guru besar dan pengetua memahami tanggungjawab mereka terhadap keselamatan warga sekolah.
Dalam konteks Belanjawan 2026, saya menggesa agar peruntukan khas keselamatan sekolah diwujudkan di bawah KPM, termasuk pemasangan CCTV di kawasan berisiko, pemantapan sistem pagar keselamatan serta pelantikan kaunselor terlatih di setiap daerah. Sekolah bukan lagi sekadar tempat belajar, ia mesti menjadi tempat atau zon selamat, tempat anak-anak kita tumbuh dalam keyakinan, bukan dalam ketakutan.
Tuan Yang di-Pertua, perlindungan pelajar dan guru bukan opsyen, tetapi ia merupakan amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT, jika kita abai walaupun seorang anak bangsa yang tercedera akibat kelalaian sistem yang sepatutnya menjaga mereka.
Dalam hal ini, saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan supaya dilaksanakan semula hukuman rotan kerana hukuman rotan ini bukan suatu penyeksaan, tetapi merupakan suatu didikan kepada anak-anak kita. Hukuman rotan ini merupakan sunah Nabi SAW. Apabila kita meninggalkan satu sunah, maka tunggulah kita akan menerima berbagai-bagai lagi masalah yang akan timbul, yang sukar untuk kita membendungnya.
Yang kedua, isu pertanian dan keterjaminan makanan. Ketika kita membahaskan Belanjawan 2026 dengan peruntukan RM6.87 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, saya ingin menegaskan bahawa
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Kedah sebagai sebuah negeri jelapang padi negara mesti diberi perhatian khas dan keutamaan dalam pengagihan peruntukan ini. Negeri ini menyumbang hampir 40 peratus pengeluaran beras nasional, namun masih berdepan dengan isu yang berulang, terutama infrastruktur pengairan usang, kekurangan bekalan benih sah, serangan penyakit tanaman dan beban kos input yang semakin meningkat.
Sekiranya kerajaan benar-benar ingin memperkukuhkan keterjaminan makanan, maka pelaburan kepada infrastruktur asas sawah dan sistem pengairan di Kedah perlu menjadi agenda utama. Kita tidak boleh bercakap tentang food security di peringkat nasional tanpa terlebih dahulu menjamin rice security di Kedah.
Saya juga ingin mencadangkan agar kerjasama 300 juta antara Kerajaan Persekutuan dan negeri dalam projek pertanian ini memberi tumpuan kepada penggunaan tanah terbiar di kawasan MADA ataupun bukan MADA untuk tanaman alternatif seperti padi wangi, sayuran bernilai tinggi dan tanaman makanan ternakan.
Ini bukan sahaja mengurang kebergantungan import, tetapi juga membuka peluang ekonomi baharu kepada pesawah yang kini terhimpit dengan margin pendapatan rendah.
Tuan Yang di-Pertua, Kedah bukan meminta lebih, tetapi menuntut hak yang seimbang dan tanggungjawabnya sebagai penyumbang utama bekalan makanan negara. Jika ekosistem pertanian Kedah terus diabaikan, kita bukan sahaja melemahkan sektor padi, tetapi menggugat keselamatan, kestabilan keseluruhan rantaian keterjaminan makanan negara.
Inilah waktunya kerajaan membuktikan bahawa dasar MADANI tidak hanya terhenti di atas kertas, tetapi menjejak di bendang dan sawah rakyat Kedah, Perak dan Kelantan. Bahkan, menyokong ekosistem logistik bagi Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun belanjawan banyak memberi tumpuan kepada penggunaan infrastruktur luar bandar dan pengangkutan awam, saya ingin menarik perhatian bahawa Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT3) langsung tidak disentuh dalam dokumen belanjawan negara. Ini menimbulkan persoalan tentang hala tuju sebenarnya jaringan lebuh raya negara. Adakah pembangunan infrastruktur ini lebih tertumpu kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja, sedang keperluan rakyat di wilayah lain terus di pinggir?
Dalam konteks ini, saya ingin menegaskan bahawa Kedah khususnya kawasan Baling, juga berdepan isu sama dalam aspek keterhubungan wilayah.
Laluan sedia ada di antara Baling, Gerik dan Jeli bukan sahaja sempit dan berisiko
Tuan Hassan bin Saad - Baling
tinggi, malah menjadi nadi utama kepada aktiviti ekonomi pertanian, perdagangan- perdagangan kecil serta pelancongan di utara Semenanjung.
Laluan ini boleh menjadi paksi alternatif Timur – Barat yang menghubungkan Kedah, Perak dan Kelantan. Saya mencadangkan agar kerajaan membuat kajian kebolehlaksanaan Lebuhraya Gerik-Baling, Gerik-Jeli sebagai sebahagian daripada rangka kerja nasional perhubungan antara pantai.
Kita tidak mahu pembangunan infrastruktur hanya tertumpu kepada kawasan penduduk padat, tetapi mengabaikan wilayah yang berpotensi menjadi penggerak ekonomi baharu. Rakyat Kedah tidak menuntut kemewahan, hanya keadilan dalam keagihan pembangunan supaya laluan yang berhubung desa dan pantai ini tidak lagi menjadi laluan sunyi tanpa perhatian segera.
Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan supaya jalan yang merupakan laluan daripada simpang Pekan Malau kepada Kampung Badang diperluaskan atau dilebarkan kerana jalan ini terlalu sempit yang boleh menyebabkan kemalangan, di mana dia merupakan laluan hujung minggu. Ramai pelancong-pelancong akan datang ke Lata Bukit Hijau untuk berehat, tetapi oleh kerana laluan yang sempit ini, mengganggu aktiviti mereka ke sana.
Yang keempat, Kementerian Perladangan dan Komoditi. Saya ingin menyentuh berkenaan hala tuju pembangunan sektor perladangan, khususnya kenaf dan getah, yang menjadi nadi ekonomi luar bandar negeri Kedah, terutama di daerah saya, kawasan Baling.
Walaupun kerajaan oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi menunjukkan komitmen tinggi, memperkukuhkan industri kenaf di bawah Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, saya berpandangan bahawa Baling perlu dimasukkan secara rasmi sebagai salah satu kluster pembangunan kenaf di utara Semenanjung.
Baling memiliki kelebihan semula jadi, tanah yang subur, tenaga kerja luar bandar yang ramai serta pengalaman luas dalam tanaman getah yang boleh dimanfaatkan atau integrasi tanaman kenaf dan getah. Model ini bukan sahaja mempelbagaikan sumber pendapatan pekebun kecil, tetapi juga memperkukuhkan rantaian bekalan makanan bahan mentah kepada industri, biokomposit dan makanan ternakan, seperti yang digariskan dalam lima faktor utama penggunaan kenaf oleh LKTN.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila gulung. Sila gulung.
Tuan Hassan bin Saad - Baling
Saya mohon sedikit masa untuk menyentuh dua perkara di kawasan saya. Pertama sekali, diharapkan kerajaan akan dapat menyegerakan penubuhan institusi pendidikan berfokuskan TVET di Daerah Baling. Saya difahamkan bahawa pengurusan di daerah telah pun menyediakan tanah untuk didirikan institusi pendidikan ini. Diharap kerajaan akan dapat melaksanakan dengan segera.
Yang kedua, oleh kerana Hospital Baling telah dinaikkan taraf sebagai hospital pakar, maka ramailah pesakit-pesakit terpaksa pergi ke klinik-klinik yang berdekatan yang menyebabkan berlakunya kesesakan sehingga sampai dua atau tiga jam menunggu untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana itu, Klinik Kesihatan Bandar Baling mestilah disegerakan di mana tanahnya sudah pun disediakan untuk pembinaan ini supaya rakyat dapat merasai kenikmatan ataupun keselesaan ketika mengambil ubat ataupun mendapat rawatan daripada doktor.
Kesimpulannya Yang di-Pertua, segala isu yang dibangkitkan hari ini daripada keselamatan, pendidikan, pertanian dan keterjaminan makanan, jaringan infrastruktur hingga kepada pembangunan komoditi berpaksikan suatu perkara asas, keadilan dan— keadilan dalam pengagihan pembangunan. Kedah khususnya Daerah Baling bukan meminta simpati, tetapi menuntut perhatian yang seimbang agar dasar nasional benar-benar menyentuh realiti rakyat di akar umbi.
Belanjawan 2026 mesti menjadi lebih daripada angka dan slogan. Ia perlu diterjemahkan menjadi peluang, perlindungan dan kemajuan yang nyata untuk rakyat di sekolah, di sawah, di ladang dan di jalan raya. Jika setiap kementerian benar- benar menjiwai semangat ini, maka kita bukan sekadar membina ekonomi, kita sedang membina negara yang adil dan berkat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih Yang Berhormat Baling.
[Tepuk] Saya jemput Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Puan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan pihak berkuasa terhadap mahasiswa yang menggunakan hak bersuara mereka secara aman dan sah. Pada bulan September lalu, pertubuhan mahasiswa dari Universiti Malaya iaitu UMANY telah menyeru kerajaan memansuhkan Program matrikulasi dan menggunakan STPM sebagai satu mekanisme tunggal kemasukan ke universiti awam dengan
Tuan Chow Yu Hui - Raub
alasan bahawa sistem STPM lebih diiktiraf di peringkat antarabangsa dan mampu mewujudkan peluang yang lebih saksama kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang sosial, ekonomi dan kaum.
Namun, selepas itu mereka disiasat oleh pihak polis setelah beberapa laporan polis dibuat oleh pihak-pihak tertentu walaupun mereka sudah meminta maaf dengan menyatakan salah guna perkataan “mansuhkan”. Persoalannya, adakah setiap kali ada laporan, pihak polis wajib memanggil dan menyiasat rakyat yang bersuara secara aman? Bukankah tindakan sebegini mencipta suasana ketakutan dan wide terror dalam kalangan mahasiswa dan aktivis muda?
Hak untuk bersuara dilindungi oleh Perlembagaan, dan ia bukan satu jenayah. Kalau orang muda pun tidak boleh bersuara, ia akan jadikan rakyat hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa. Tindakan seperti ini nampak seperti satu bentuk tekanan dan bukan keadilan. Lagi lama keadaan ini berterusan, lagi kuat rasa takut dalam kalangan mahasiswa dan aktivis muda.
Mereka mungkin akan pilih untuk berdiam diri daripada bersuara. Ini tidak baik untuk negara kerana suara anak muda penting untuk membawa perubahan dan idea baharu. Kalau setiap suara dikawal dengan siasatan dan ugutan, negara kita akan hilang semangat kebebasan dan demokrasi yang sebenar.
Tuan Yang di-Pertua, yang lebih mengecewakan, beberapa universiti awam telah mengeluarkan kenyataan untuk menjauhkan diri daripada pandangan mahasiswa tersebut. Kononnya, untuk menjaga imej institusi. Sebenarnya, semangat sebuah universiti ialah menggalakkan pelajar berfikir dan bersuara walaupun pandangan mereka tidak perlu sama dengan pihak universiti atau kerajaan.
Universiti bukan tempat untuk pelajar hanya ikut arahan, tapi tempat untuk mereka pelajar bertanya, mengkritik dan berani mencabar idea. Kalau universiti hanya diam, itu seolah-olah mereka takut pada suara pelajar sendiri. Sepatutnya universiti melindungi dan menyokong hak pelajar untuk bersuara, bukan menjauhkan diri.
Puan Yang di-Pertua, dalam hal ini saya ingin merujuk kepada kenyataan media SUHAKAM bertarikh September 2025 yang menegaskan bahawa kepentingan kebebasan bersuara sebagai asas kepada demokrasi dan kemajuan masyarakat. SUHAKAM dengan jelas menyatakan bahawa tindakan siasatan terhadap suara kritikal mahasiswa bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, saya menggesa supaya
Tuan Chow Yu Hui - Raub
kerajaan berhenti menyalahgunakan kuasa terhadap anak muda yang berani menyuarakan pandangan.
Sepertimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan bajet, pendidikan tidak boleh lagi terbatas pada membaca dan menulis. Kita mahu anak bangsa yang berfikir, beradab, berdaya saing dan berani mencipta. Mahasiswa bukan musuh negara. Mereka adalah nadi masa depan yang berani bercakap demi keadilan sosial.
Puan Yang di-Pertua, isu sama ada boleh minum arak di dewan sekolah vernakular mencetuskan kebimbangan besar dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Baru-baru ini keadaan bahawa dewan SJK(C) tidak boleh menjadi tempat majlis yang melibatkan alkohol sama ada untuk penganjuran dalaman atau sewaan dewan kepada pihak luar menimbulkan persoalan mendalam tentang batas antara agama dan kebebasan budaya.
Pada hari bulan 24 Oktober, Kabinet telah membuat keputusan untuk menarik balik larangan tersebut dan mengembalikan amalan sedia ada iaitu tiada halangan kepada penggunaan dewan SJK(C) untuk majlis yang melibatkan alkohol di luar waktu sekolah. Saya ingin menegaskan bahawa penarikan balik ini tidak seharusnya dilihat sebagai satu kebenaran khas, tetapi ini adalah satu pembetulan terhadap ketidakadilan dasar yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan realiti masyarakat majmuk Malaysia. Malaysia MADANI seharusnya berteraskan penghormatan terhadap kepelbagaian, bukan paksaan terhadap keseragaman.
Puan Yang di-Pertua, SJK(C) di seluruh negara telah lama menjadi tulang belakang kepada kehidupan masyarakat setempat. Ia bukan sekadar tempat pembelajaran akademik, tetapi juga pusat sosial dan kebudayaan yang menyatukan komuniti pelbagai lapisan. Dalam banyak kawasan luar bandar, dewan SJK(C) sering menjadi satu-satunya ruang awam yang cukup besar dan lengkap untuk menganjurkan pelbagai majlis seperti perkahwinan, jamuan tahunan, sambutan perayaan dan juga aktiviti kebajikan.
Fungsi ini menjadikan SJK(C) bukan sahaja sebuah institusi pendidikan, tetapi juga nadi atau hab komuniti tempatan. Tempat masyarakat berkumpul, mengukuhkan hubungan dan menyemai semangat perpaduan antara kaum.
Peranan ini sangat penting, terutamanya di kawasan yang kekurangan kemudahan awam lain.
Puan Yang di-Pertua, lebih penting lagi, penyewaan dewan dan penganjuran jamuan merupakan antara sumber kewangan utama bagi banyak sekolah Cina untuk
Tuan Chow Yu Hui - Raub
menampung kekurangan dana sekolah. Walaupun sekolah-sekolah ini menerima peruntukan daripada kerajaan, hakikatnya jumlah tersebut selalu tidak mencukupi untuk menampung kos sebenar penyelenggaraan, pembaikan dan pelaksanaan pelbagai aktiviti pendidikan.
Program kutipan dana yang ditaja oleh Carlsberg sejak tahun 1987 hingga kini telah berjaya mengumpul lebih RM560 juta untuk hampir 700 buah sekolah.
Sementara itu, program kutipan dana pendidikan Cina yang ditaja oleh Tiger Beer sejak tahun 1994 pula telah berjaya mengumpul lebih RM400 juta bagi membantu lebih 540 buah sekolah Cina di seluruh negara.
Dalam keadaan ini, inisiatif menjana dana sendiri bukan satu pilihan yang mewah, tapi satu keperluan bagi memastikan sekolah dapat terus berfungsi dengan baik. Oleh itu, adalah tidak adil jika hak mereka untuk mencari sumber kewangan alternatif disekat atau dipersoalkan sedangkan dana yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk menampung semua keperluan sekolah.
Puan Yang di-Pertua, bagi masyarakat Cina, arak atau jiu bukan sekadar minuman. Ia adalah sebahagian daripada budaya dan warisan sejarah. Dalam sastera klasik Cina, arak sering muncul sebagai simbol perayaan, persahabatan, semangat bebas dan inspirasi kaya seni.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Banyak tokoh sastera terkenal seperti Li Bai dan Su Shi menulis puisi indah ketika minum arak dan karya-karya ini kini menjadi sebahagian daripada khazanah budaya Tionghoa seperti...
[Berucap dalam bahasa Cina] Seperti... [Berucap dalam bahasa Cina] Malah dalam banyak koleksi petikan klasik Cina, tema tentang arak sering menjadi bahan pengajaran bahasa dan budaya. Ia mengajar pelajar tentang sejarah, seni dan cara masyarakat menghargai kehidupan.
Maka bagi masyarakat Cina, arak bukanlah sesuatu yang luar biasa. Ia adalah sebahagian daripada identiti, budaya dan cara mereka menyambut kehidupan secara terbuka dan harmoni. Oleh itu, apabila arak dijadikan sebahagian daripada majlis jamuan di dewan sekolah SJK(C), ia bukan satu provokasi terhadap mana-mana agama, tetapi satu cara untuk mengekalkan tradisi budaya turun- temurun yang telah wujud sejak berabad-abad.
Dalam negara majmuk seperti Malaysia, warisan budaya sebegini seharusnya dihormati, bukan dipersoalkan...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Raub, Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Namun saya ingin menegaskan...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Raub, minta laluan. YB.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Nanti, nanti. Saya tidak bagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Sikit saja, sikit saja.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Maaf. Nanti, nanti. Nanti saya akan bagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Bagi? Sikit saja YB, sikit.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Namun saya ingin menegaskan dengan sejelas- jelasnya. Dalam waktu persekolahan, tidak ada mana-mana guru yang mengajar atau menggalakkan pelajar untuk minum arak. Semua orang faham bahawa hanya orang dewasa bukan Islam yang dibenarkan minum arak secara sah dan perkara ini tertakluk pada undang-undang negara. Apa yang dipersoalkan semua sekarang, bukan aktiviti dalam kelas, tetapi penyewaan atau penggunaan dewan sekolah untuk majlis sosial masyarakat luar waktu persekolahan.
Maka, adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab apabila ada pihak yang cuba memutarbelitkan fakta, menuduh seolah-olah sekolah Cina mengajar pelajar minum arak.
Silakan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kita menghormati— kalau betul itu suatu budaya ataupun memang tidak dilarang dalam ajaran agama-agama yang lain selain daripada Islam. Persoalannya, mengapa buat di sekolah sedangkan boleh guna di hotel ataupun di dewan orang ramai sebab sekolah ini tempat mendidik.
Jadi, pandangan masyarakat apabila acara minum arak itu diadakan di sekolah, itu suatu perkara yang sangat tidak sopan sebab ia boleh menimbulkan berbagai-bagai persepsi dan pernah berlaku di suatu majlis di sekolah, ada berlaku pergaduhan kerana mabuk dan sebagainya. Kami tidak menghalang orang bukan Islam untuk minum arak.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
[Bangun]
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Terima kasih Parit Buntar, terima kasih. Parit Buntar, tadi saya sudah terangkan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tapi mengapa tidak boleh dibuat di dewan orang ramai ataupun di hotel ataupun di tempat-tempat lain...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Parit Buntar, saya tadi sudah....
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...Yang bukan di sekolah?
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Parit Buntar, duduk.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hulu Selangor, Hulu Selangor.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Ini— duduk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Parit Buntar, sudah.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Duduk, duduk, duduk.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Parit Buntar, saya tadi telah terangkan bukan semua kampung-kampung ada hotel yang mewah. Banyak kampung-kampung hanya ada satu dewan iaitu dewan sekolah Cina dan mereka membuat...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Parit Buntar...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
...Dan mereka membuat dan mengadakan majlis di luar waktu sekolah.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Dewan orang ramai banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Parit Buntar.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Dan saya tanya balik Parit Buntar, jika sekolah- sekolah Cina ini memberikan waktu minum arak di luar waktu sekolah bagi majlis- majlis, macam mana tidak bersopan? Jika sekolah-sekolah Cina ajar tidak bersopan, kenapa lebih ramai orang Melayu hantar anak-anak pergi ke sekolah Cina?
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
[Ketawa]
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Itu cerita lain.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Sila jawab Parit Buntar. Saya tanya pada kamu, sila jawab.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey, okey.
Persoalannya, persepsi orang ramai. Persepsi orang ramai terhadap segala...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Persepsi sekarang adalah sekolah Cina lebih berdisiplin.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Eh, tadi tanya saya, saya nak jawab. Bagi lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Saya sudah tanya balik pada kamu.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Tak perlu kena jawab.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Raub tanya, saya nak jawab. Dia tak mahu jawab.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Sila, sila jawab. Ya, sila jawab. You, sila jawab.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Okey, okey tolong...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini perbahasan. Ini perbahasan, bukan perbincangan.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Raub tanya saya, saya nak jawab lah ini.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak perlu jawab.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Kamu tak dapat jawab.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Nak jawab macam mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Janganlah tanya kalau tak perlu jawab.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Parit Buntar tak dapat jawab. Sekarang Gopeng nak jawab, saya bagi dia.
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hulu Selangor dulu ini.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Kalau Parit Buntar tak boleh jawab, mengapa bagi Gopeng jawab pula? Tak payah lah jawab.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Kamu tak dapat jawab kerana sekarang...
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh, boleh? Dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Saya bukan tak nak jawab, saya nak jawab. Speaker tak bagi jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ini perbahasan.
[Dewan riuh]
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Parit Buntar, sabar, sabar.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Speaker, point of order. Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Sila duduk.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Point of order.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Parit Buntar, sabar, sabar. Orang Perak, orang Perak.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
36, point of order.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Saya dengan izin ya?
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Ini slot saya.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Boleh ya, boleh? Raub bagi saya.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Point of order, point of order.
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Ya. Cuma saya telitikan apa yang dibangkitkan oleh Parit Buntar. Kami bukan berbalah untuk nak kata— nak buat kat mana. Cuma hakikatnya, saya percaya dekat Parit Buntar pun tahu, dekat kawasan anda sendiri...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
[Bangun]
Tuan Tan Kar Hing - Gopeng
Kejap, kejap, sabar, sabar. Di kawasan anda, selain daripada restoran, selain daripada sekolah, sebenarnya tak ada pilihan banyak untuk kita anjurkan program besar-besaran untuk kutipan derma. Katakan dewan, okey? Dewan tak boleh, dewan itu dikendalikan oleh PBT, JBKK dan sebagainya, tak boleh buat. Sama juga.
Itulah sebab kalau kita gunakan dewan, sebahagian kawasan itu sebagai satu program— satu-satunya pilihan untuk anjurkan program, saya rasa tak ada masalah yang besar dan inilah pandangan saya tentang kenapa di kawasan luar bandar perlukan gunakan sekolah sebagai satu venue untuk program sebegitu. Terima kasih.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Okey, saya...
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Point of order, point of order Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Saya nak teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Peraturan mesyuarat mana?
Tuan Chong Zhemin - Kampar
36(12), “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan sebagai menghina Majlis dan Ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.” Tadi, Parit Buntar menyatakan dengan jelas bahawa ada acara minum arak yang berlaku di sekolah, saya rasa itu tak betul. Saya mohon betulkan fakta itu.
Tuan Chong Zhemin - Kampar
Itu satu majlis makan-makan alumni, di mana arak dihidangkan. Bukan satu pesta arak ataupun acara minum arak.
Saya mohon Parit Buntar tarik balik kenyataan itu sebab itu tidak betul.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Gopeng, boleh bagi laluan kepada Jerantut? Saya lembut-lembut sikit.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Saya, saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Speaker, sekarang slot saya. Saya nak teruskan.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Saya mohon laluan, boleh ‘ke?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya guna...
Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun - Hulu Selangor
Hulu Selangor lama tunggu ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
...Peraturan Mesyuarat 37(2) untuk tidak membenarkan Ahli minta penjelasan sekarang.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Speaker, saya alumni St Michael Puan Speaker. Saya nak cerita fasal dewan sekolah saya kena pakai itu. Come on-lah, banyak dewan lain kenapa nak pakai St. Michael? Buat malu Sekolah St. Michael sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Jadi, tak mahu dengar arahan Yang Berhormat?
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Speaker, saya tak bagi celah lagi.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Pergi Ipoh lah, balik Ipoh. Pergi tengok Ipoh itu, ada banyak dewan lain. Kenapa pakai Sekolah St.
Michael?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Kampar boleh hantar usul kerana itu 36(12).
Yang Berhormat Raub.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Okey, saya teruskan. Bagi saya dua minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Saya bagi dua minit untuk...
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Okey. Tuduhan seperti Parit buntar ini bukan sahaja tidak berasas malah boleh menimbulkan salah faham antara kaum dengan agama.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Dua minit.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Kita mesti lawan...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Apa tuduhan saya, tuduhan sebut?
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Saya tidak bagi celah lagi.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tuduhan saya apa, tuduhan saya.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Tadi saya sudah terangkan, tadi saya sudah terangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Parit Buntar.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Apa tuduhan saya yang tak berasas itu?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Parit Buntar.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Saya sekarang terangkan. SJK(C) tetap sekolah yang berdisiplin tinggi dan tidak pernah menjadikan arak sebahagian daripada aktiviti pelajar. Penyewaan dewan dengan kehadiran alkohol hanyalah sebahagian daripada amalan budaya masyarakat bukan Islam dan cara mereka menjana dana untuk sekolah— bukan isu moral seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak.
Saya ingin bertanya kepada semua, tradisi dan budaya ini telah wujud di sekolah Cina selama puluhan tahun, adakah mutu dan kualiti pendidikan di sekolah- sekolah Cina ini pernah rosak atau merosot disebabkan amalan ini? Kalau benar kualiti sekolah Cina merosot akibat budaya ini, mengapa semakin ramai ibu bapa daripada pelbagai kaum memilih untuk menghantar anak mereka ke SJK(C)?
Adakah mereka mahu anak mereka masuk ke sekolah Cina untuk belajar minum arak? Sudah tentu tidak. Ini tidak masuk akal.
Jelas sekali, ibu bapa membuat pilihan ini kerana mereka yakin dengan kualiti pendidikan, disiplin dan persekitaran pembelajaran yang baik di sekolah Cina.
Sekolah Cina dihormati kerana pencapaian akademiknya yang konsisten bukan kerana aktiviti sosial luar waktu sekolah. Maka menuduh sekolah Cina sebagai tempat ajar minum arak bukan sahaja tidak berasas malah merendahkan sumbangan besar sekolah ini terhadap pembangunan pendidikan negara.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Oleh itu, dengan keluarnya kenyataan rasmi daripada Kementerian Pendidikan, saya juga berharap Kementerian Pendidikan boleh jamin, tidak ada mana-mana pegawai atau Jabatan Pendidikan di peringkat negeri atau daerah yang akan mengambil tindakan sendiri untuk menghalang sekolah vernakular...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Puan Speaker, isu peraturan Dewan.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
...Khususnya SJK(C) dan SMJK daripada menganjurkan majlis atau menyewakan dewan mereka untuk acara yang melibatkan alkohol.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Raub, habiskan.
Tuan Chow Yu Hui - Raub
Keputusan Kabinet ini mesti dihormati dan dilaksanakan secara konsisten di semua peringkat bukan sekadar di atas kertas.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih, Yang Berhormat Raub. Ya, Yang Berhormat Jelutong?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker.
Dengan izin, saya rujuk kepada Peraturan 36(4), “Menggunakan bahasa yang kurang sopan.” Kedua adalah membuat, mengeluarkan sangkaan jahat dan juga 36(9)(c), “Perkataan-perkataan yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati.”
Seorang Ahli
Siapa yang sakit?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau ada Ahli-ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan bahawa sekolah-sekolah Cina ini menghidangkan minuman arak dan sebagainya, saya merasakan Timbalan Speaker, bahawa kenyataan-kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan.
Saya merujuk tadi kepada Ahli Parlimen daripada Parit Buntar, beliau seolah- olah mencadangkan bahawa sekolah-sekolah Cina ini adalah sekolah-sekolah tempat di mana arak dihidangkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi saya rasa perkataan itu sepatutnya tidak dinyatakan oleh beliau dan ia adalah sesuatu yang perlu dilarang. Terima kasih Timbalan Speaker.
Seorang Ahli
Jelutong.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Waktu saya bercakap, Jelutong bukan ada dalam Dewan.
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Wuu...
[Bersuara nyaring]
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Mana ada saya cakap “menghidang?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapa yang jerit macam binatang tadi?
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Tarik— Jelutong ni...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya soalan...
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Binatang, siapa binatang pula ini?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tak, saya hanya...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jelutong tadi tak ada pun dalam Dewan, saya tak cakap pun...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
...Sekolah menghidangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Tak apa, kita rujuk kepada Hansard esok.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Rujuk kepada Hansard-lah, Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya rujuk kepada Timbalan Speaker, jadi saya berurusan dengan Timbalan Speaker dan saya minta petua dari Timbalan Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Ya, rujuk kepada…
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Duduklah Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini Parit Buntar macam cacing, cacing...
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Jelutong pun tak dengar tadi saya cakap apa. You dengar ke tadi?
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].
Seorang Ahli
Duduklah!
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat boleh rujuk kepada Hansard esok.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Timbalan Speaker, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Tuan Haji Mohd Misbahul Munir bin Masduki - Parit Buntar
Rujuk esok ya, rujuk.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Parit Buntar.
Saya jemput Yang Berhormat Tebrau untuk berucap.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Terima kasih Puan Yang di-Pertua.
Tebrau ingin mula dengan menyatakan bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini merupakan satu bajet yang bertanggungjawab. Bajet ini bertujuan untuk mencari satu titik keseimbangan antara agenda fiskal negara iaitu memastikan perbelanjaan dan pendapatan negara berada dalam rangka yang mampan dan pada yang sama, kita perlu juga menangani dengan serius isu-isu kos sara hidup rakyat yang semakin mencabar.
Jika kita bandingkan dengan cadangan yang dibentangkan oleh pihak pembangkang Perikatan Nasional, di tangan kiri mereka menawarkan pemberian sebanyak RM6,000 setahun kepada setiap rakyat. Namun, mereka ‘tak ada atau ‘tak berani menjelaskan dengan konkrit mengenai sumber datangnya dana untuk menampung pemberian ini...
Seorang Ahli
Jana Wibawa..
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Di tangan kanan pula...
Seorang Ahli
Jana Wibawa...
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Jana Wibawa? Di tangan kanan pula mereka mengeluh mengenai hutang negara tanpa menggariskan pelan yang jelas untuk menguruskan hutang atau menambah hasil negara. Ini bagi saya adalah satu pendekatan yang tidak bertanggungjawab, Puan Speaker.
Mereka yang sekarang ada cita-cita, hasrat nak menjadi kerajaan pada masa yang datang, belajar dulu jadi pembangkang yang bertanggungjawab sebelum ‘nak
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
jadi kerajaan di sebelah sini.
[Tepuk] Bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan MADANI ini ialah bajet yang bukan sahaja tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi tanggungjawab kepada generasi yang akan datang, Tuan Speaker.
Mengenai isu hutang negara. Saya mengaku kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab sejarah. Hutang negara Malaysia kini berada dalam paras 64.7 peratus daripada KDNK. Satu angka memang yang agak membimbangkan namun bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba. Ini adalah satu isu legasi. Hutang yang berkumpul dari tahun ke tahun sebelum kita ambil alih.
Dalam konteks semasa untuk menangani isu ini, kita kena menggunakan satu strategi yang berlebih, dengan izin, berpijak di bumi nyata dengan fokus kepada dua pendekatan strategik iaitu satu reformasi fiskal dan dua, pengembangan saiz KDNK secara mampan.
Untuk reformasi fiskal, ia adalah asas kepada pemulihan fiskal negara.
Sebenarnya kerajaan telah memulakan reformasi dalam bab ini dengan penggubalan fiscal responsibility act, malah kadar defisit tahunan kita telah mula turun mulai daripada 2023, 5.5 peratus defisit kita turun kepada 4.1peratus. Turun ke 3.8 peratus tahun lepas dan untuk bajet tahun ini, kita sasarkan turun kepada 3.5 peratus. Mudah-mudahan pada tahun 2027 bajet, saya harap boleh turunlah kepada 3.2 dan akhirnya untuk 2028, kita akan mencapai sasaran kita iaitu tiga peratus pada 2028.
Penurunan ini bukan senang ‘nak dicapai dan kredit mesti diberi kepada Kerajaan MADANI yang berani membuat langkah ini dengan political will walaupun sering kali diserang oleh pihak pembangkang bila kita terpaksa melakukan cara-cara tertentu seperti penyelarasan cukai yang mungkin tidak popular, tetapi tidak popular juga, kita kena buat sebab itu adalah benda yang patut kita buat.
Salah satu inisiatif terpenting yang kita akan laksanakan secara menyeluruh ialah sistem e-Invoicing. Pelaksanaan e-Invoicing ini secara menyeluruh boleh mengurangkan risiko penipuan dan underreporting melalui pengesanan transaksi masa nyata sejajar dengan pendekatan negara seperti Korea dan Chile yang telah mencatat peningkatan hasil sebanyak 10 hingga 15 peratus selepas pelaksanaan sistem yang serupa.
Saya faham, mungkin sistem e-Invoicing ini bukan satu langkah yang popular terutamanya di kalangan peniaga-peniaga, tetapi ia adalah satu langkah yang perlu kita lakukan kerana jumlah pembayar cukai pendapatan di Malaysia adalah terlalu rendah iaitu hanya sekadar 16.5 peratus daripada jumlah tenaga kerja Malaysia yang
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
bayar cukai. Ini bermakna saya syaki banyak aktiviti shadow economy yang sebenarnya sekarang tidak ditangkap dan hanya melalui satu sistem yang lebih cekap, barulah pendapatan cukai kerajaan boleh tambah dan adil kepada semua.
Saya juga ‘nak ambil peluang bertanya kerajaan tentang dasar e-Invois yang dilaksanakan ini sebenarnya apakah jangkaan estimate peningkatan atau tambahan pungutan cukai kepada kerajaan negara selepas pelaksanaan penuh sistem e-Invois ini mulai tahun depan.
Puan Speaker, pada masa yang sama dalam usaha menurunkan nisbah hutang negara kepada KDNK, pendekatan ini tidak semestinya menuntut pengurangan jumlah hutang mutlak secara drastik. Sebaliknya, kita boleh mencapai matlamat juga dengan membesarkan saiz ekonomi negara, menjadikan hutang sedia ada lebih berdaya tahan dan mudah ditanggung. Dalam erti kata lain, penyelesaian bukan sekadar menurunkan nombor di pembilang, tetapi meningkatkan angka di penyebut iaitu KDNK.
Bagi mencapai matlamat ini, saya mencadangkan empat pemaju utama pertumbuhan ekonomi yang perlu diberi tumpuan strategik. Pertama, nombor satu, peningkatan gaji pekerja. Ini bukan hanya isu keadilan sosial, tetapi juga merupakan alat pengukuh ekonomi domestik.
Laporan daripada Khazanah Research Institute menunjukkan bahawa dasar kenaikan gaji minimum dan pengenalan upah progresif dapat meningkatkan mobiliti sosial serta memperkasakan kuasa beli rakyat. Kesan langsungnya ialah peningkatan permintaan agregat melalui perbelanjaan isi rumah yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi. Dalam jangka masa sederhana, peningkatan upah juga dapat menarik tenaga kerja lebih berkualiti dan mengekalkan bakat dalam negara.
Salah satu kekuatan ekonomi yang sering diabaikan ialah kuasa pengguna dalam negara sendiri. Kesan pengganda fiskal daripada perbelanjaan isi rumah di Malaysia adalah antara yang tertinggi di rantau ini. Setiap tambahan RM1 perbelanjaan pengguna boleh menyumbang lebih daripada RM1.40 kepada pertumbuhan ekonomi pada jangka pendek. Ini adalah effect multiplier, Puan Speaker. Ini menjadikan strategi merangsang perbelanjaan domestik melalui insentif kewangan, pengurangan beban kos sara hidup dan kestabilan harga sebagai instrumen yang amat berkesan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
Selain daripada itu ketiga, Malaysia selama ini terkenal dengan negara pengeksport berasaskan komoditi dan produk pengantaraan. Namun,
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
penggantungan ini meletakkan kita dalam kedudukan yang terdedah kepada turun naik harga pasaran global. Kajian dalam Journal of Asian Economic menegaskan keperluan mendesak untuk kita memperbagaikan eksport kepada produk bernilai tambah tinggi yang lebih kompleks seperti teknologi digital, automasi industri, bioteknologi dan lain-lainnya. Eksport dalam sektor ini bukan sahaja menjana pendapatan yang lebih besar, tetapi turut membawa limpahan pengetahuan dan peningkatan produktiviti kepada ekonomi secara keseluruhan.
Terakhir sekali, pertumbuhan KDNK yang mampan tidak akan dapat direalisasikan tanpa peningkatan produktiviti. Namun, berdasarkan kepada laporan tahunan Bank Negara Malaysia kadar pertumbuhan produktiviti Malaysia, seorang pekerja hanyalah sekitar 1.8 peratus setahun. Kadar ini ada tidak mencukupi untuk menampung tekanan fiskal jangka panjang. Dan, untuk kita melonjakkan prestasi ini, pelaburan berskala besar dalam automasi, penyelidikan dan pembangunan R&D serta TVET perlu dijadikan keutamaan nasional.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Hanya dengan membina negara yang cekap dan berkemahiran tinggi, Malaysia boleh meningkatkan output tanpa bergantung kepada pertambahan pekerja semata-mata. Empat pemacu ini adalah upah yang sangat adil, perbelanjaan domestik yang rancak, eksport berteknologi tinggi dan produktiviti yang meningkat.
Empat isu ini merupakan tunggak utama dalam menjayakan misi mengembang saiz ekonomi negara. Dengan strategi yang tepat, usaha ini bukan saja akan mengukuhkan asas ekonomi jangka panjang, malah akan menjadi pemangkin dalam usaha menurunkan nisbah hutang kepada KDNK yang lebih sihat dan mampan.
Terlalu panjang Puan Speaker. Saya kena atur sedikit. Pendekkan. Terlalu panjang. Saya juga ingin menarik perhatian kepada isu cukai. Puan Speaker, dalam suasana ekonomi global yang semakin kompetitif, semua negara, bukan negara Malaysia sahaja. Semua negara di global, di rantau, dia berlumba-lumba untuk menawan hati pelabur melalui pakej insentif, kestabilan dasar, kadar cukai korporat yang menarik.
Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung kepada FDI tidak berkecuali, tetapi untuk kita terus jadi kekal relevan dan menjadi destinasi pelaburan pilihan, kita perlu menilai semula struktur percukaian korporat sedia ada dan membentuk semula pendekatan pelaburan yang lebih mesra dan kompetitif. Kadar cukai korporat nominal Malaysia setakat hari ini adalah 24 peratus. Bermakna, setiap
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
syarikat sendirian berhad atau berhad yang untung RM100, dia kena bayar cukai 24 peratus.
Angka ini adalah, jauh lebih tinggi berbanding dengan jiran-jiran kita ataupun pesaing kita. Contohnya, Singapura baru 17 peratus, Vietnam baru 20 peratus.
Menerusi OECD, bacaan review dia, ini menjadikan Malaysia kurang kompetitif dari sudut daya tarikan pelabur asing (FDI). Walaupun Malaysia mempunyai infrastruktur perniagaan yang baik, mantap, logistik, strategik, tetapi kadar cukai yang tinggi ini, ia akan menjadi satu penghalang atau menghantar satu isyarat yang negatif kepada pelabur antarabangsa.
Maka, pengurangan kadar cukai korporat dari 1 hingga 2 percent sahaja dijangka boleh membawa peningkatan aliran masuk FDI daripada 8 hingga 12 peratus dalam tempoh 2 tahun dan dengan syarat, dengan yang baik— dengan polisi yang baik, saya yakin kita boleh pungut lebih banyak cukai daripada korporat- korporat, syarikat-syarikat korporat.
Kita kena ambil satu strategi, Puan Speaker. Kalaupun kita kurang— bayangkan kita kurangkan cukai ini, tetapi lebih banyak orang masuk. Ini macam kalau kita pergi shopping center, ada sale. Kenapa dia buat sale? Sebab dia turunkan harga barang tapi lebih banyak orang pembeli akan pergi ke kedai itu. Cara yang serupa ini patut diamalkan di Malaysia untuk kita tarik lebih banyak FDI.
Pada masa yang sama, kita tidak lupa juga kepada PKS yang merupakan 97 peratus entiti perniagaan di Malaysia dan juga tulang belakang, di mana kita juga perlu bantu institusi PKS. Dan saya cadangkan bracket pembayaran cukai pendapatan dari RM100,000 hingga RM1 juta sekarang, kita seragamkan ke 24 peratus. Tidak lagi kita breakdown 24, 25, 26. Kita semua— kita bagi 24 peratus.
Dan kalaulah kerajaan rasa ‘nak perlu imbangkan fiskal, saya boleh cadangkan peratusan untuk RM1 juta ke RM2 juta, kita naik daripada 28 ke 29, tambah 1 peratus. Saya rasa ini akan tentu membantu ramai PKS dan memang akan dinanti- nantikan oleh perniagaan-perniagaan.
Kepada isu tempatan. Last sekali Puan Speaker, saya ingin menujukan isu pertama, isu pendidikan. Saya ingin mohon jasa baik daripada pihak KPM untuk memberi status terbaru pembinaan sekolah-sekolah di kawasan Tebrau.
Terutamanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuek Ho Yao dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Central Site yang telah dinanti-nantikan oleh penduduk di Tebrau, di Dun Puteri Wangsa.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Kedua-dua sekolah ini akan dipindahkan ataupun dibina di satu kawasan yang sangat padat, di mana kini terduduknya satu sekolah Foon Yew 5 yang merupakan sekolah yang mempunyai murid paling ramai bukan di Johor Puan Speaker, di Malaysia. Satu sekolah di Foon Yew 5 ada 3,600 orang murid, dalam satu sekolah saja.
So, kita perlukan dua sekolah ini untuk kita meringankan beban kepada sekolah itu. Dan saya minta berikan jawapan, bila projek akan disiap dan apa-apa halangan yang kini dihadapi. Dan saya harap kedua-dua sekolah ini boleh dibina secepat mungkin.
Dan last sekali Puan Speaker, saya juga ingin membawa satu isu berkaitan dengan JKR. Saya telah banyak kali di Dewan ini, bukan satu kali, bukan dua kali, tiga kali. Saya membangkitkan isu kesesakan jalan raya, keperluan desak untuk kita menaik taraf atau bina flyover untuk FT03. Tiap-tiap kali saya bangkitkan isu ini, jawapan standard daripada JKR adalah, sila rujuk isu ini kepada JKR negeri, bincang dengan UPEN negeri Johor.
Puan Speaker, kita Ahli Parlimen, kita datang Parlimen bangkitkan isu rakyat, tetapi takkanlah Menteri kita ‘tak boleh terima apa yang kita bangkitkan ini dan bukannya hantar kita balik ke negeri untuk kita berunding dengan JKR negeri. Saya rasa kalau macam itu, ‘tak payahlah kita jadi Ahli Parlimen, sini ucap. Dia patut ambil apa yang kita cakap dan studi benda itu dan bincang. Dan bukan panggil kita balik untuk bincang dengan JKR negeri. Saya harap itu satu benda yang Kementerian JKR boleh baiki.
Dan juga bila saya minta laporan...
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Tuan Jimmy Puah Wee Tse - Tebrau
Satu lagi, last sekali. Bila kita minta laporan daripada JKR, baru-baru ini saya minta laporan daripada JKR dan JPS Johor Bahru untuk saya bentang dalam belanjawan— pembahasan. JPS JB datang beri, tetapi JKR JB, dia WhatsApp pun ‘tak baca. So, saya harap Puan Speaker, mesej ini boleh sampai kepada Menteri yang relevan. Akhirnya, Tebrau mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Puan Alice Lau Kiong Yieng
Terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Saya jemput Yang Berhormat Mersing.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin memulakan Perbahasan Belanjawan 2026 ini dengan menyentuh aspek pengurusan bencana negara. Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Tambun, ada disebut mengenai peranan NADMA. Namun, penekanan yang diberikan lebih tertumpu kepada isu banjir semata-mata.
Tanpa menafikan bahawa banjir merupakan bencana utama yang kerap melanda negara, termasuk di Mersing, kita juga harus sedar dan bersedia menghadapi bentuk-bentuk bencana lain yang semakin meningkat risikonya, termasuk gempa bumi, tanah runtuh, kebakaran hutan, serta fenomena cuaca ekstrem yang lain. Negeri Johor yang selama ini jarang dikaitkan dengan aktiviti seismik, sejak Ogos tahun ini telah mencatat tujuh gegaran kecil, satu angka yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. Walaupun gegaran ini berskala rendah dan tidak menyebabkan kerosakan, ia membangkitkan persoalan besar tentang tahap kesiapsiagaan negara menghadapi gempa bumi di Semenanjung Malaysia.
Fenomena ini bukan sekadar fenomena semula jadi, tetapi satu amaran saintifik bahawa kerak bumi di Semenanjung bukan lagi tidak aktif yang kita sangka.
Gegaran yang berulang ini berpunca daripada pengaktifan semula sesar Mersing.
Sesar purba yang kini menunjukkan tanda tekanan tektonik aktif akibat pengaruh dari jalur subduksi Sunda di barat Sumatera.
Kejadian awal menunjukkan kedalaman gegaran sekitar 10km, menandakan ia berpunca daripada kerak benua, bukan gunung berapi. Dengan magnitud antara 2.8 hingga 4.1, gegaran ini mungkin sederhana, tetapi tetap signifikan kerana berpusat di Semenanjung. Sesuatu yang menuntut perhatian dasar. Soalannya, adakah kerajaan benar-benar bersedia? Adakah dasar dan peruntukan dalam Belanjawan 2026 mencerminkan keseriusan terhadap isu keselamatan seismik negara?
Justeru, saya ingin mendapatkan beberapa penjelasan lanjut daripada pihak kerajaan berhubung perkara ini. Pertama, adakah peta bahaya seismik nasional telah dikemas kini sejak semakan terakhir lebih 15 tahun lalu atau adakah kita masih bergantung kepada data lama yang tidak mengambil kira penemuan sesar Mersing serta zon aktif lain seperti Bukit Tinggi, Kenyir, Kuala Pilah dan Manjung, Temenggor? Jika belum, bilakah pelan pengemaskinian komprehensif ini akan dilaksanakan di bawah Belanjawan 2026? Dan adakah ia akan melibatkan
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
kerjasama antara MOSTi, JMG dan MetMalaysia? Kedua, berhubung Kod Bangunan Malaysia, khususnya Uniform Building By-Laws dan *MS EN 1998 (Eurocode 8):
Design for earthquake resistance*.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Adakah kerajaan telah melaksanakan semakan semula bagi memastikan struktur awam strategik seperti hospital, sekolah, empangan dan jambatan utama direka bentuk dengan mengambil kira tahap risiko gegaran sederhana? Adakah garis panduan pembangunan berasaskan risiko seismik ini telah diseragamkan di semua pihak berkuasa tempatan?
Ketiga, berkaitan rangkaian stesen seismik negara. Pada masa ini, Malaysia mempunyai 80 stesen seismik yang disokong oleh 323 stesen antarabangsa masa nyata. Adakah jumlah ini mencukupi untuk memberikan amaran awal yang efektif?
Atau kita masih bersifat reaktif, hanya bertindak selepas gegaran berlaku? Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah sekurang-kurangnya 20 stesen baharu terutamanya di 14 kawasan hotspot yang dikenal pasti, termasuk Mersing dan Segamat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas atau Belanjawan 2026 ini?
Akhir sekali, adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan pusat kajian seismik nasional di bawah MOSTI sebagai pusat penyelidikan bersama JMG, METMalaysia, universiti tempatan bagi menggabungkan kepakaran sains bumi, kejuruteraan dan dasar awam untuk memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi risiko gempa masa depan?
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan NADMA, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap isu keselamatan pendakian dan kebajikan malim gunung di Malaysia. Satu aspek yang sering dipandang ringan, tetapi melibatkan nyawa rakyat, keselamatan awam dan kelestarian ekopelancongan negara.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sehingga Julai 2025, sebanyak lebih 32,000 operasi penyelamatan khas telah dijalankan di seluruh negara dan lebih 3,700 daripadanya melibatkan kawasan hutan, bukit dan gunung. Dalam tempoh yang sama, Jabatan Bomba melaporkan peningkatan purata 14 peratus setiap tahun dalam kes penyelamatan di kawasan pendakian dan rekreasi semula jadi.
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pula merekodkan 852 kes kemalangan pendakian antara 2018 hingga 2021 termasuk kes pendaki hilang,
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
cedera dan kematian. Antara lokasi berisiko tinggi ialah Gunung Tahan, Gunung Nuang, Gunung Yong Belar, Gunung Ledang dan Gunung Liang.
Baru-baru ini, tragedi di Gunung Liang yang meragut nyawa seorang pendaki muda dari Selangor telah mendedahkan kelemahan nyata dalam tadbir urus keselamatan pendakian terutamanya dari aspek kesiapsiagaan pasukan penyelamat, liputan komunikasi dan koordinasi antara agensi. Insiden kelewatan pelaporan dan kesukaran capaian komunikasi di kawasan gunung menunjukkan bahawa sistem yang ada sekarang masih belum mantap dan tidak beroperasi secara bersepadu di seluruh negara. Hal ini jelas membuktikan perlunya satu penambahbaikan menyeluruh terhadap prosedur operasi standard keselamatan pendakian.
Antara kelemahan utama yang dikenal pasti ialah: pertama, sistem komunikasi kecemasan yang tidak seragam antara negeri dan taman hutan; kedua, ketiadaan pangkalan data masa sebenar untuk memantau rekod pergerakan dan ketibaan pendaki dan malim gunung; ketiga, koordinasi yang lemah antara Bomba, NADMA, Perhutanan, MOTAC, PDRM dan pihak berkuasa tempatan; serta keempat, ketiadaan garis panduan nasional khusus untuk pengurangan risiko antara pendakian dan gunung.
Tuan Yang di-Pertua, sebahagian dana NADMA dalam Belanjawan 2026 seharusnya digunakan bagi membangunkan sistem komunikasi gunung, pos kawalan SAR bersepadu dan latihan taktikal penyelamatan di kawasan tinggi. Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan membangunkan sistem log pendakian negara iaitu satu pangkalan data digital masa sebenar bagi memantau pergerakan setiap pendaki dan malim gunung secara berpusat dan sistematik.
Selain itu, kita juga tidak boleh mengabaikan kebajikan malim gunung yang menjadi barisan hadapan keselamatan pendaki. Laporan oleh MOTAC menunjukkan lebih 1,200 malim gunung berdaftar di Semenanjung Malaysia, selain lebih 2,000 lagi di Sabah dan Sarawak. Malangnya, sebahagian besar mereka tidak mempunyai perlindungan sosial, insurans atau pencen, walaupun mereka terlibat dalam tugas berisiko tinggi.
Kerajaan wajar memperkenalkan skim perlindungan sosial malim gunung nasional yang melibatkan caruman PERKESO, insurans kemalangan diri dan latihan keselamatan wajib. Ini bukan sahaja melindungi mereka, tetapi juga meningkatkan keyakinan pelancong dan imej Malaysia sebagai destinasi ekopelancongan selamat.
Kerajaan tidak sepatutnya hanya bertindak selepas tragedi berlaku.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Dalam konteks Belanjawan 2026, sudah tiba masanya aspek keselamatan gunung, kebajikan malim gunung dan kesiapsiagaan komuniti pendakian dijadikan keutamaan nasional di bawah agenda pengurusan risiko bencana negara, kerana keselamatan rakyat bukan pilihan, ia tanggungjawab moral dan amanah kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berbicara tentang perpaduan nasional, kita tidak boleh menutup mata terhadap salah satu institusi akar umbi yang menjadi pemangkin kepada keharmonian masyarakat, iaitu kawasan rukun tetangga. Dalam Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan RM55 juta bagi memperkukuh institusi rukun tetangga.
Angka ini kelihatan besar, tetapi keberkesanan sebenar bukan diukur pada jumlah semata-mata. Ia bergantung kepada bagaimana dana ini dibelanjakan dan impak yang dicapai di lapangan. Realitinya, KRT kini berdepan cabaran baharu dalam konteks masyarakat moden. Dari penglibatan belia yang semakin berkurangan hingga kepada kekangan kewangan dan kemerosotan aktiviti komuniti.
Sebagaimana yang diperkatakan juga oleh beberapa Ahli Parlimen lain, saya ingin menarik perhatian Dewan bahawa geran tahunan KRT masih kekal pada kadar RM6,000 bersamaan hanya RM500 sebulan. Kadar yang tidak pernah dinaikkan sejak hampir sedekad lalu. Dengan peningkatan kos barangan, logistik dan sewaan fasiliti, jumlah ini tidak lagi mencukupi untuk melaksanakan program yang bermakna.
Lebih membimbangkan, laporan JPN menunjukkan hampir 30 peratus daripada 8,500 KRT di seluruh negara kini berstatus tidak aktif. Sebahagiannya kerana kekangan dana dan kekurangan penyertaan golongan muda. Di Mersing juga, sudah terdapat tiga daripada 36 KRT yang tidak aktif.
Atas sebab itu, saya mencadangkan agar kerajaan meningkatkan geran asas tahunan KRT kepada sekurang-kurangnya RM10,000 bagi setiap KRT aktif. Secara unjuran, tambahan perbelanjaan kerajaan hanya sekitar RM34 juta setahun, jumlah yang amat kecil berbanding manfaat besar kepada 8,500 KRT di seluruh negara.
Tambahan RM34 juta ini adalah pelaburan sosial untuk membina semula keyakinan dan keakraban rakyat, bukan beban fiskal.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan MADANI 2026 yang berjumlah RM470 bilion digambarkan sebagai belanjawan rakyat, tetapi realitinya, pembangunan masih tertumpu di selatan Johor, iaitu di Daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian.
Saya menghargai usaha kerajaan menyalurkan projek seperti naik taraf Lebuhraya Senai–Desaru, pembinaan jalan di Kluang serta pelaburan besar di Zon
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Ekonomi Khas Johor–Singapura yang merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM37.1 bilion pada separuh pertama tahun ini.
Namun, kawasan Timur Johor, khasnya Parlimen Mersing, masih kekurangan infrastruktur asas, capaian digital dan peluang ekonomi. Fakta rasmi EPU 2023 menunjukkan kadar kemiskinan Mersing masih sekitar 6.8 peratus, dua kali ganda lebih tinggi berbanding purata negeri Johor. Pendapatan isi rumah median pula di bawah RM4,000 sebulan, jauh tertinggal daripada negeri Johor.
Kita menyokong gagasan Ketua Pembangkang bahawa tiada ekonomi yang kukuh tanpa asas dan kerangka yang betul. Jika kerajaan serius mahu membetulkan struktur ekonomi negara, maka struktur pembangunan wilayah juga mesti dibetulkan.
Justeru, saya mencadangkan agar kerajaan menubuhkan zon ekonomi maritim Mersing, pelengkap kepada Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura yang berteraskan maritim, pelancongan lestari dan industri hasil laut bernilai tinggi. Mersing boleh menjadi hab ekonomi biru Johor Timur yang menjana hasil sebenar, bukan sekadar angka kosmetik.
Yang Amat Berhormat Tambun menyebut tatakelola terbaik sebagai tekad pertama belanjawan ini, tetapi rakyat di luar bandar tidak menilai kerajaan melalui ucapan. Mereka menilai melalui jalan yang rosak, jeti yang usang dan capaian internet yang lemah. Jalan Mersing–Kota Tinggi, Mersing–Kluang dan Mersing– Rompin masih berisiko tinggi, bengkang-bengkok dan sering ditutup kerana banjir.
Tiada satu pun projek jalan baharu diumumkan untuk Johor Timur, sedangkan RM81 bilion diperuntukkan untuk pembangunan nasional.
Saya mendesak agar kerajaan menyambung Lebuhraya Senai–Desaru hingga ke Mersing, membentuk laluan pantai timur Johor yang menghubungkan pelancongan, pertanian dan maritim. Kerajaan juga perlu menyegerakan projek bypass Mersing iaitu projek membina jalan dan jambatan menghubungkan Jalan Felda Nitar–Mersing (FT1425) ke Jalan Air Merah (J85) dan Jalan Johor Bahru– Kuantan (FT003).
Selain itu, projek SALAM: Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI, dari Sedili ke Sabah dan Sarawak harus diperluas manfaat digitalnya ke Mersing. Data SKMM menunjukkan liputan 4G di Mersing hanya 88 peratus, lebih rendah daripada purata negeri iaitu 95 peratus. Tanpa digitalisasi luar bandar, ekonomi tidak akan berkembang.
Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas - Mersing
Tuan Yang di-Pertua, pada minggu lalu, tular di media sosial satu kenyataan yang menimbulkan keresahan dan kemarahan warga Mersing kita. Kenyataan itu berbunyi, "Mersing ini kuno betul, tidak ada line, sama macam 20 tahun lalu, homestay buruk, kedai makan tidak banyak, jalan sempit. Harap sempena Tahun Melawat Johor 2026, banyak perubahan di Mersing. So much wasted potential." [Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) **mempengerusikan Mesyuarat****] Walaupun kenyataan ini mungkin datang daripada individu biasa, hakikatnya ia menggambarkan sentimen sebenar rakyat terhadap keadaan luar bandar Johor timur. Rasa terpinggir, terlepas daripada arus kemajuan dan tidak menikmati nikmat pembangunan yang seimbang. Sedangkan Mersing mempunyai potensi begitu besar sebagai hab maritim, pelancongan dan perikanan utama Johor Timur.
Saya mohon agar Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi khasnya melalui ECER menilai semula pelan pembangunan Johor dalam konteks keadaan wilayah dan keseimbangan ekonomi. Sekian, terima kasih Dato’ Yang di- Pertua.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Mersing. Berikutnya Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan juga salam sejahtera. Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Jempol untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 yang berjumlah RM470 bilion.
Belanjawan kali ini merupakan kesinambungan dasar daripada RMK12 yang menandakan fasa baru selepas kerajaan berani melaksanakan rasionalisasi subsidi dan reformasi fiskal dengan matlamat memastikan setiap hasil penjimatan kembali kepada rakyat melalui bantuan tunai, insentif ekonomi serta peningkatan kesejahteraan awam.
Terlebih dahulu Dato’ Yang di-Pertua, Jempol ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kerana prihatin dengan permohonan projek keutamaan Jempol iaitu meluluskan projek naik taraf
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
FT44, struktur jalan utama Palong serta naik taraf persimpangan Palong 7, 8 dan bina baharu jalan penghubung luar bandar Kampung Orang Asli Batu Peti dan juga Kampung Orang Asli Panchor. Jempol berharap projek-projek yang telah diluluskan ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
Dato’ Yang di-Pertua, rasionalisasi subsidi RON95. Dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih bertarikh 18 Februari 2025, Jempol telah mencadangkan agar subsidi bersasar bagi petrol RON95 dilaksanakan dengan menggunakan pengesahan MyKad diberikan hanya kepada pengguna warganegara Malaysia sebagai langkah mengelak ketirisan subsidi kepada warga asing. Jempol mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana sedia mendengar dan berani melaksanakan rasionalisasi subsidi melalui sistem pengesahan digital MyKad di stesen minyak sebagaimana kita laksanakan pada hari ini.
Menurut Bernama bertarikh 19 Oktober 2025, Ketua Setiausaha Perbendaharaan menyatakan bahawa 95 peratus rakyat Malaysia menggunakan RON95 tidak lebih daripada 180 liter sebulan. Namun, terdapat golongan yang hanya memiliki lesen motosikal tetapi habis menggunakan had bersubsidi 300 liter di negeri berhampiran sempadan. Berdasarkan data atau maklumat ini, ada unsur penyelewengan dan penyeludupan RON95 bersubsidi yang mungkin berlaku.
Jempol mohon maklum balas Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkenaan usaha mencegah penyeludupan bahan api bersubsidi di sempadan negara.
Dato’ Yang di-Pertua, sistem kawalan diesel bersubsidi. Di kesempatan ini, Jempol sekali lagi berhasrat menyentuh sistem kawalan diesel bersubsidi. Jempol merujuk SKDS 1.0 yang mana hanya kenderaan pengangkutan darat awam yang menerima subsidi iaitu bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba manakala SKDS 2.0 menggunakan kaedah fleet card diberikan kepada kenderaan logistik berkelayakan.
Justeru itu, di kesempatan ini, Jempol sekali lagi mengusulkan pertimbangan khas agar skim kawalan diesel bersubsidi ini dapat diperluaskan kepada kenderaan institusi pengajian tinggi swasta di seluruh negara agar membantu IPTS dalam mengurangkan kos operasi yang berkaitan dengan logistik. Jempol mohon maklum balas Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Dato’ Yang di-Pertua, isu pendidikan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, seluruh negara dikejutkan dengan insiden yang berlaku mutakhir ini iaitu di sekolah melibatkan kejadian kes bunuh, meninggal jatuh dalam lubang, buli membawa
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
kematian, kes rogol dan sebagainya yang amat menggusarkan masyarakat. Timbul kegelisahan di kalangan ibu bapa seolah-olah sekolah tempat yang paling selamat tidak selamat lagi pada hari ini. Sehubungan itu, Jempol mencadangkan diadakan satu libat urus perdana.
Isu keselamatan sekolah di semua negeri melalui Jabatan Pendidikan Negeri yang melibatkan semua aspek berkepentingan di peringkat akar umbi seperti pejabat pendidikan daerah, guru, PIBG, warden asrama, pihak keselamatan, Majlis Pengetua, Majlis Guru Besar dan semua yang berkepentingan yang terlibat untuk sama-sama dipanggil, berbincang, memberi pandangan dalam libat urus di peringkat negeri-negeri dan insya-Allah hasil daripada libat urus negeri-negeri itu nanti akan dibuat solusi, ya keputusan bersama di peringkat kebangsaan.
Ini adalah hasil daripada akar umbi, ya mereka yang berada di lapangan di bawah melihat sendiri terlibat terus dalam pendidikan di peringkat sekolah khasnya.
Antara fokus perbincangan itu Jempol mencadangkan adalah aspek keselamatan infrastruktur sekolah. Jadi tidaklah timbul baru ini terpijak lubang terus meninggal.
Ya, aspek keselamatan sekolah, isu keselamatan pelajar, warden asrama, apakah kita nak buat lantikan baharu yang berjawatan tetap, buli, isu disiplin, hukuman rotan dan penggunaan smartphone yang mana smartphone hari ini tidak ada penyelarasan. Ada sekolah benarkan, ada sekolah tak benarkan, ada sekolah hanya menengah atas saja. Jadi disebabkan itulah kita buat libat urus ini supaya ada penyelarasan serta peranan dan tanggungjawab ibu bapa.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ya.
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Sikit saja. Setuju tak Jempol? Sebab Jempol ni orang yang inklusif kan?
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ya
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Setuju tak untuk mendapatkan dia yang dihajatkan oleh Jempol tadi? Jemputlah pembangkang sekali kan? Jadi lagi murni segala yang kita nak bantukan keselamatan murid tadi. Setuju tak Jempol?
Jemputlah sekali, no harm kan?
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Hal pendidikan ini kita tiada kompromi. Ya, itu sebab kita..
Dr. Hajah Halimah Ali - Kapar
Terima kasih Jempol, baguslah Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
...Dalam hal ini, kita tegas. Jempol senada dengan yang kebetulan pula, ya, sebelum ini saya adalah
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
ketua guru disiplin. Jadi Jempol senada dengan Yang Amat Berhormat Tambun agar hukuman rotan di sekolah dikembalikan dengan syarat yang ketat bagi menangani isu disiplin. Saya lapan tahun jadi ketua guru disiplin di sekolah.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Hebat Jempol.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jadi tujuan kita merotan ini mendidik, jangan kita balun kita sebat anak orang ini sampai keluar darah. Kita ada peraturan dia. Amaran pertama, kedua, rujuk pada kaunselor, panggil penjaga. Ada separuh itu pula pengetua tak nak rotan, panggil mak ayah dia datang, cik puan rotan anak sendiri depan cikgu. Jadi ini semua perkara yang baik, ya.
Jempol mohon maklum balas kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan berhubung dengan libat urus, ya, perdana, di peringkat negeri-negeri dahulu sebelum dibuat rumusan di peringkat pusat. Dato’ di-Pertua, pendidikan percuma kepada keluarga miskin...
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Jempol, Jempol, Ampang hendak tanya.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Ya.
Puan Hajah Rodziah binti Ismail - Ampang
Tentang libat urus itu, sebenarnya saya dengar ada town hall yang telah pun dibuat di bawah Menteri Undang-undang dan juga Kementerian Pendidikan. Apa pandangan Jempol? Kita cadangkan supaya roadshow town hall yang ada seluruh Malaysia itu dibentangkan dalam Parlimen untuk kita dengar apakah saranan-saranan yang dibuat oleh orang awam terhadap perkara ini.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Saya amat bersetuju.
Ya, sebab libat urus ini melibatkan semua lapisan di peringkat akar umbi ini.
Ya, kadang-kadang kita di peringkat pusat membuat dasar saja dan kita tidak pernah terlibat dalam dunia pendidikan. Jadi dalam libat urus itu sebab saya cadangkan tadi semua pihak terlibat yang berkepentingan dan tiap-tiap negeri ini nanti dibuat rumusan dan mungkin digabungkan dengan roadshow yang telah dibuat oleh pihak Menteri Undang-undang supaya kita dapat dibawa ke Parlimen ini kita putuskan di sini.
Jadi, saya juga mohon maklum balas daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Kemudian pendidikan percuma melalui Tekad 8 – Memperkasa Perkhidmatan Rakyat.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol mengucapkan syabas kepada kerajaan kerana buat pertama kalinya yang melaksanakan inisiatif memberikan pendidikan percuma melalui PTPTN kepada 5,800 pelajar daripada keluarga miskin untuk melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi awam.
Dato’ Yang di-Pertua, PTPTN telah memainkan peranan penting dalam membantu jutaan anak muda di negara kita menyambung pengajian tinggi. Namun, kadar bayaran balik yang masih rendah menjejaskan kelestarian dana pendidikan ini. Justeru itu, Jempol mencadangkan yang kumpulan pertama tadi kita dah bagi anak kumpulan miskin tegar kita bagi pendidikan percuma, jadi kita bagi jugalah kepada mereka yang membayar ini.
Jempol mencadangkan agar PTPTN memperhebatkan inisiatif diskaun pembayaran balik sebagai contoh, diskaun 30 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman dan diskaun 20 peratus untuk bayaran sekurang- kurangnya separuh daripada baki hutang dalam sekali bayaran. Berhubung dengan cadangan penambahan diskaun pembayaran balik PTPTN ini, Jempol mohon balas daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan.
Isu kesihatan. Belanjawan 2026 memperuntukkan RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan. Namun, sebahagian besar daripada perbelanjaan tersebut adalah untuk merawat penyakit tidak berjangkit. Jadi sekarang ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mula dibebani dengan kes penyakit tidak berjangkit baru iaitu melibatkan penyakit yang melibatkan kerosakan paru-paru ataupun EVALI yang berpunca daripada pengambilan vape dan rokok elektronik.
American Lung Association melaporkan bahawa vaping boleh menyebabkan gejala popcorn lung iaitu kerosakan paru-paru kekal. Menurut Pengarah Tobacco Treatment Clinic dari Johns Hopkins University, penghidap popcorn lung ini berisiko mengalami kegagalan pernafasan yang boleh membawa maut dalam tempoh masa lima tahun.
Kita sedia maklum remaja sekolah berusia 13 tahun telah terdedah dengan aktiviti vape ini dan ini memberi kesan yang amat buruk. Demi mengelakkan kemudaratan yang lebih teruk kepada generasi akan datang, Jempol menyokong penuh cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia mengharamkan aktiviti vape di negara kita ini. Persoalan Jempol, bilakah pengharaman ini akan dilaksanakan? Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Dato’ Yang di-Pertua, seterusnya, isu Tabung Haji. Jempol ingin menyentuh satu isu yang amat dekat di hati umat Islam di negara ini iaitu pengurusan dan pemilihan jemaah haji menunaikan haji di Tanah Suci oleh Lembaga Tabung Haji.
Kita sedia maklum sistem pemilihan 31,600 jemaah haji muassasah adalah bersandarkan sistem pendaftaran awal. Siapa yang daftar awal, dia akan berpeluang.
Dan buat takat ini, keutamaan hanyalah diberikan kepada pendeposit berumur 75 tahun ke atas, ya sudah berusia. Jadi dalam hal ini, mereka yang berumur 75 tahun ini sudah tentu ya tidak berapa kuat fizikal dan dikhuatiri tidak memenuhi syarat kesihatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Justeru, Jempol ingin mencadangkan agar kerajaan melalui Tabung Haji memberi keutamaan kepada pendeposit warga emas yang berusia 60 tahun ke atas tanpa mengira status ekonomi B40, M40, T20 untuk dipilih sebagai jemaah haji muassasah terlebih dahulu sebagai satu bentuk keadilan sosial dan memberi peluang kepada mereka yang telah berusia untuk menunaikan ibadah haji ini. Ini rata-rata yang berumur 60 tahun ini seangkatan dengan saya, lahir pada tahun awal 60-an, lahir zaman pelita, zaman jalan tanah merah, zaman pelita, zaman perigi.
Jadi, sudah sampai masanya kita bagi keutamaan kepada kumpulan ini.
Seterusnya, saya terus beralih ke Jempol iaitu— jadi, berhubung dengan...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, masa dah habis.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Kena minta dua minit lagi, kejap.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Boleh, dua minit.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Jempol berhubung dengan isu keutamaan kepada pendeposit berusia 60 tahun, mohon jawapan daripada Menteri Agama.
Seterusnya, Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur iaitu daerah Jempol mempunyai kekuatan dalam bidang agrikomoditi dengan 38 skim Tanah Rancangan FELDA yang mengusahakan tanaman sawit dan getah. Namun, kawasan yang berpotensi ini masih tertinggal dalam konteks pembangunan ekonomi. Kawasan Negeri Sembilan Timur ini kaya dengan sumber pertanian seperti kelapa sawit, getah, ternakan, selain mempunyai potensi industri hiliran, selain komoditi dan juga mempunyai kawasan geografi, kawasan yang panas, yang terpanas di Malaysia, yang bersesuaian untuk janaan tenaga solar.
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
Justeru itu, Jempol mencadangkan ya, sudah sampai masanya diwujudkan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur, yang bersempadan dengan negeri Pahang, seperti Bera, daerah Bera, Rompin dan Bentong, serta Segamat di Johor dan juga penubuhan ini membolehkan perancangan pembangunan berfokus termasuk pembinaan infrastruktur jalan lebuh raya baharu, Lebuhraya Seremban– Jempol yang konsisten, tiga kali, tiga— berapa kali dibangkitkan dan dibahaskan bersama Kuala Pilah dalam Dewan yang mulia ini sebagai akses pemangkin utama untuk memajukan daerah Jempol. Jadi, dalam hal ini Jempol ingin bertanya apakah perancangan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan kawasan Koridor Ekonomi Negeri Sembilan Timur.
Dan seterusnya iaitu pemberian lot tanah generasi FELDA. Dato’ Yang di- Pertua, Jempol ingin membangkitkan isu pemberian lot-lot kosong atau pun pocket land, dengan izin, khususnya di FELDA Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan yang mempunyai 49 skim tanah rancangan FELDA merupakan gugusan terbesar di Malaysia. Jawatankuasa Lot Generasi FELDA telah diwujudkan untuk mengenal pasti lot-lot kosong di sekitar tanah rancangan untuk generasi baharu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, usaha ini telah dilaksanakan di negeri Johor dengan pemberian 10,363 lot tanah dan juga di negeri Pahang dengan memberikan 16,035 lot tanah kepada generasi baharu FELDA.
Isunya di sini, pemberian lot tanah, Dato’ Yang di-Pertua untuk generasi baharu di Negeri Sembilan masih belum dapat dilaksanakan. Persoalan Jempol, apakah usaha FELDA agar pemberian lot tanah kepada generasi baharu di Negeri Sembilan dapat disegerakan dan diseragamkan di semua negeri dan kawasan di seluruh negara. Jempol mohon maklum balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Akhir sekali, sedikit kita bagi kredit kepada kerajaan kita. Di kesempatan ini, Jempol mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua sukarelawan serta pasukan ekspedisi Sumud Flotilla yang sanggup berkorban dan bersabung nyawa dalam pelayaran membawa misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.
Jempol turut menghargai usaha Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Menteri Luar Negeri atas kecekapan dan kemahiran menggunakan hubungan baik dan saluran diplomasi bagi memastikan peserta Sumud dibawa keluar dari Israel dalam keadaan selamat.
Sebagaimana kita sedia maklum, Dato’ Yang di-Pertua, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 sedang berlangsung di Kuala Lumpur dan telah berjaya
Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli - Jempol
menghimpunkan ramai pemimpin dunia yang akan membincangkan hubungan dua hala, perdagangan antarabangsa, keselamatan maritim dan keamanan serantau.
Kita juga harus berbangga Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menjadi pendamai di antara Thailand dan Kemboja dengan pemeteraian KL Peace Accord yang disaksikan oleh Presiden Trump. Semoga Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya. Tahniah kepada Malaysia.
Jempol mohon menyokong. Terima kasih.
Dato’ Mohd Isam bin Mohd Isa - Tampin
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Steady, Jempol.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Berikutnya, Yang Berhormat Keningau. Memandangkan Yang Berhormat Keningau merupakan Ketua Parti, saya benarkan 20 minit. Sila, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih, saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali, saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Tambun kerana membentangkan bajet yang terbesar tahun 2026.
Ekonomi Malaysia telah berkembang dan meningkat dan hasil daripada itu, pungutan hasil negara telah meningkat juga RM3.4 bilion kepada RM343.1 bilion.
Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak juga ditambah RM200 juta ke RM6.9 bilion untuk Sabah dan RM6 bilion untuk Sarawak iaitu meningkat RM100 bilion.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat. Namun, sebahagian besar daripada peruntukan ini adalah peruntukan yang dikitar semula dari tahun ke setahun.
Dato' Speaker, peruntukan RM6.9 bilion dan RM6 bilion untuk Sabah dan Sarawak masih hanyalah merupakan 15.9 peratus dari jumlah besar RM81 bilion atau 8.5 peratus untuk Sabah dan 7.4 peratus untuk Sarawak. Ini, sebab ini masih lagi tidak mencerminkan keperluan pembangunan di kedua-dua wilayah. Saya telah berucap berkali-kali bahawa agihan peruntukan sebahagian harus diagih lebih adil mengikut nisbah 50 peratus di Semenanjung, 25 Sarawak, 25 Sabah agar lebih apa ini, supaya pembangunan lebih dilaksanakan dengan lebih pesat untuk Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Kita perlu memahami bahawa saiz Sarawak adalah lebih kurang sama dengan keluasan Semenanjung dan Sabah adalah 60 peratus dari saiz Semenanjung. Maka, peruntukan pembangunan 2026 masih menunjukkan jumlah yang tidak ada perubahan dari segi peratusan peruntukan pembangunan. Sebab itu Dato' Speaker, Sabah betul-betul memohon agar hasil bersih 40 peratus itu dibayar dan ditunaikan.
Dan baru-baru ini keputusan mahkamah dialu-alukan di mana Kerajaan Persekutuan diminta agar mengembalikan pemberian khas 40 peratus hasil yang diperolehi dari— oleh Persekutuan, dari Sabah seperti termaktub dalam Artikel 112C, 112D dan Bahagian IV Jadual Kesepuluh. Pemberian khas yang bernilai lebih kurang RM20 bilion setahun akan membantu menyelesaikan keperluan pembangunan Sabah yang kini meningkat. Isu pemberian khas ini terpaksa dirujuk ke mahkamah oleh Sabah Law Society sebab kerajaan telah gagal sejak 1974 untuk mengadakan five years review yang mandatori.
Selepas 62 tahun sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, Perjanjian Malaysia telah diketepikan dan diabaikan dan peruntukan- peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan juga masih belum dan tidak ditunaikan atau dilaksanakan dengan sepenuhnya. Maka pemberian khas 40 peratus yang sepenuhnya mengikut Perlembagaan yang tidak dikembalikan pada Sabah sejak tahun 1974 itu bermula daripada tahun 1969 sebenarnya, sehingga tahun 1974 di mana pembayaran RM26.7 juta telah dibuat tetapi daripada tahun 1974 sehinggalah tahun 2020. Selama 48 tahun ini tidak lagi dikaji semula.
Walau bagaimanapun pada tahun 2020 atau ya, 2021 apabila kerajaan baharu mengambil alih Jawatankuasa Khas Kabinet, MA63 telah ditubuhkan dan mulai daripada itu jawatankuasa ini menjadi platform untuk membincangkan MA63.
Akibat daripada kegagalan untuk menunaikan kewajipan di dalam Perlembagaan dan kegagalan membayar 40 peratus ini, Sabah telah mengalami banyak kerugian dan banyak masalah. Tidak ada duit untuk membangunkan Sabah.
Sabah banyak bergantung kepada Kerajaan Pusat untuk membangunkan infrastruktur, pembangunan sosial seperti pendidikan, kesihatan, dan kebajikan.
Sabah telah menjadi negeri yang termiskin, menjadi negeri tawanan sebenarnya, tawanan politik dan bayangkanlah dilema pemimpin-pemimpin Sabah yang mengangkat tangan, tidak dapat membuat apa-apa.
Kapasiti membangun potensi ekonomi Sabah terbantut oleh kekangan kewangan. Kuasa politik terjatuh pada tangan parti-parti politik daripada
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Semenanjung dan pada waktu itu juga, layanan kuku besi oleh Kuala Lumpur juga telah berleluasa di mana ISA telah digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Agensi-agensi seperti SPRM, LHDN, Special Branch Police, semuanya digunakan sebagai agensi-agensi untuk mengganggu-gugat, menakut-nakutkan pemimpin- pemimpin di Sabah. Keningau telah menjadi seorang daripada mangsa ini.
MA63 dan hasil bersih 40 peratus, sepertimana yang saya katakan telah diabaikan selama 53 tahun. Hanya pada tahun 2022, bila mana UMNO, BN tumbang pada tahun 2018 dan kerajaan baharu mengambil alih tampuk pimpinan di bawah Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri kedua kali, isu MA63 barulah mulai dibincang secara rasmi. Walaupun akhirnya platform MA63 ini wujud selepas 53 tahun, namun ia hanya merupakan kosmetik kerana isu-isu dan hak-hak yang penting seperti hasil pemberian khas 40 peratus dan hak milik minyak dan gas bukan menjadi agenda utama, walaupun sering ditimbulkan di dalam perbahasan di Parlimen.
Keputusan dan perintah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu baru-baru ini jelas mengenai pemberian khas 40 peratus ini. Keputusan adalah tepat tanpa keraguan memberi pengiktirafan undang-undang pada Artikel 112C, 112D dan Bahagian IV Jadual Kesepuluh dalam Perlembagaan dan kerajaan telah gagal mematuhi Perlembagaan dan gagal mengadakan review mandatori di bawah Artikel 112D Perlembagaan diadakan sejak tahun 1974. Dengan izin, this is a breach of the Malaysia Agreement.
Dato' Speaker, rakyat Sabah khasnya belia-belia menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan supaya menunaikan pemberian khas 40 peratus ini seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Pembayaran 40 peratus tersebut merupakan solusi atau penyelesaian mengenai masalah-masalah infrastruktur, jalan raya, pembekalan air dan elektrik. Peluang membangunkan Sabah dari segi ekonomi dan sosial mengikut potensi yang ada di Sabah dan Sabahan akan dapat menikmati hasil Sabah yang dinafikan sekian lama iaitu sejak tahun 1974.
Harapan bahawa kerajaan tidak akan mengecewakan rakyat Sabah. Risiko isu pemberian khas 40 peratus boleh mengukuhkan atau memecahbelahkan pembentukan Malaysia.
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
Maka itu, ini adalah peluang besar untuk kerajaan mempertahankan Perlembagaan dan menegakkan keadilan. This is the right time to prove the government sincerity. Dato’ Speaker, terlebih dahulu saya juga ingin menyentuh sedikit tentang rakyat khasnya — oleh yang demikian, saya minta Jabatan Peguam Negara dan kerajaan supaya tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tersebut. Jika tidak dirayu dan keputusan mahkamah tersebut dikekalkan, ia nya akan mengekalkan kesejahteraan dan mengukuhkan pembentukan Persekutuan Malaysia serta memberi peluang untuk Sabah dimajukan dan ekonomi dilonjakkan.
Sabahan dapat menikmati pembangunan dan kemajuan yang selama ini dinafikan.
Di sebaliknya jika rayuan difailkan, ia nya akan menjejaskan keharmonian dan membangkitkan ketidakpuasan hati dan menambahkan luka di Sabah dan Sarawak yang boleh memberi kesan negatif kepada pembentukan Malaysia dan terhadap pemimpin Persekutuan yang kini disanjungi dan dihormati oleh rakyat Sabah, Sarawak.
Jika kerajaan merayu, ia nya juga akan ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai tidak menghormati Perlembagaan, tidak mahu mengembalikan hasil 40 peratus kepada Sabah dan tidak menghormati dan tidak ingin menunaikan hak Sabah sebenarnya. Maka itu, nanti confirm-lah bahawa Malaya hanya mengeksploitasikan Sabah.
Dato’ Speaker, saya ingin juga menyentuh sedikit tentang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah di mana 200 hingga 300,000 anak jati Sabah yang bekerja, bertugas atau belajar di Semenanjung tidak akan dapat melaksanakan hak mengundi mereka disebabkan tidak kemampuan membeli tiket balik ke Sabah untuk mengundi. Kalau di PRN diadakan di mana-mana negeri di Semenanjung, tidak apa.
Rakyat boleh balik kampung halaman mengundi dengan pandu sendiri atau sekurang-kurangnya dengan kos rendah menaiki bas dengan belanja hanya berpuluh Ringgit. Tetapi untuk rakyat Sabah termasuk juga Sarawak yang bekerja di Semenanjung, tiada pilihan selain daripada menaikkan kapal terbang kecuali berenanglah.
Kos seorang untuk pergi balik kurang lebih tujuh hingga RM800. Itu pun sebab tawaran khas 299 tambang tiket sehala untuk 4,300 tiket sahaja. Yang lebih daripada 4,300, kena bayar tambang yang lebih tinggi dan menambah kos sejumlah melebihi RM1,000 seorang. Maka itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
melalui Kementerian Pengangkutan menunaikan janji RM199 harga tiket penerbangan seorang seperti yang dijanjikan sebelum PRU15.
Oleh yang demikian, untuk menegak keadilan untuk Sabah dan Sarawak di Semenanjung, saya menyeru kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil tindakan yang diperlukan dan sewajarnya untuk membenarkan mereka, khasnya rakyat Sabah untuk PRN yang akan datang ini supaya mengundi sebagai pengundi pos di Semenanjung dan diambil kira untuk kawasan pengundian mereka di kawasan masing-masing. Saya difahamkan kerajaan hanya perlu menambahkan kategori pengundi pos kepada election atau postal voting regulations 2003 melalui gazet atau warta kerajaan dan langkah ini akan membenarkan mereka mengundi sebagai pengundi pos.
Dato’ Yang di-Pertua, pada masa yang sama, kerajaan harus menegak keadilan untuk rakyat Sabah menentukan nasib dan hala tuju masa depan mereka.
Buat sekarang, parti-parti politik dari Kuala Lumpur berpusu-pusu bertanding di Sabah. Parti-parti politik ini harus membenarkan Sabahan memilih parti tempatan mewakili mereka dan tidak bertanding.
Wakil-wakil parti daripada Semenanjung tidak akan dapat mewakili kepentingan Sabah sepenuhnya. Misalnya sebelum PRU 2020, 12 wakil Pakatan Harapan dan seorang Senator telah memfailkan kes mahkamah menuntut hasil 40 peratus terhadap Kerajaan Persekutuan dengan janji tidak akan menarik balik kes tersebut walaupun menang jadi kerajaan. Akan tetapi pada 2023, kesemua 12 YB dan Senator Pakatan Harapan telah menarik kes tersebut.
Dato’ Speaker, kehilangan francais politik orang Sabah ditambah lagi dengan pengundi-pengundi bukan Sabahan yang bertugas di Sabah dengan mengundi menentukan kemenangan Ahli Undangan Negeri. Mereka boleh mengundi di Sabah sebagai undi pos dan undi mereka harus dikembali, diambil kira di kawasan asal mereka di Semenanjung, bukan di kawasan Sabah.
Oleh yang demikian, untuk menegak keadilan untuk Sabah dalam Pilihan Raya Negeri ini untuk menentukan Kerajaan Sabah, saya meminta kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya atau SPR untuk mengambil tindakan yang diperlukan dan yang sewajarnya untuk membenarkan pilihan raya di Sabah ditentukan oleh Sabahan dan parti-parti lokal supaya Kerajaan Sabah yang dipilih adalah kerajaan yang betul-betul mewakili Sabah di negeri itu.
Dato’ Speaker, satu lagi perkara yang penting kerajaan dan SPR harus ambil maklum ialah pelaksanaan untuk Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri dan
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan - Keningau
mungkin pilihan raya yang akan, akan datang juga di mana-mana tempat supaya melarang pengundi membawa telefon bimbit ke dalam dewan pengundian. Langkah ini akan memperlindungi kerahsiaan undi dan mencegah anasir-anasir antidemokrasi membeli undi melalui penangkapan gambar kertas undi dengan undian dan ditunjukkan kepada anasir-anasir tersebut untuk mendapatkan bayaran ganjaran rasuah membeli undi.
Tan Sri Speaker, banyak lagi yang saya ingin sebutkan di sini, tetapi Keningau mengakhiri ucapan di sini dengan menyokong belanjawan. Sekian, terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Berikutnya Yang Berhormat Kangar, 13 minit.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
*Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan kepada Kangar.
Dato’ Yang di-Pertua, saya ingin mulakan bicara saya dengan pantun bagi membahas Bajet 2026.
*Trump datang membawa bicara, Pemimpin ASEAN cuba dikeliru; ASEAN berdaulat maruah dijaga, Jangan jadi alat si Trump itu.
Trump melangkah dengan gaya, Bibir tersenyum tangan berjabat; ASEAN bijak menghidu bahaya, Takkan tunduk walau digugat.*
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Jadi, sidang kemuncak ASEAN kali ini berlangsung dalam suasana yang cukup mencabar. Dunia sedang berdepan ketidaktentuan geopolitik, ketegangan kuasa besar dan tekanan ekonomi global. Apa yang menarik perhatian ramai adalah kehadiran Presiden Donald Trump ke sidang kemuncak ASEAN. Trump kini menunjukkan minat untuk kembali ke pentas ASEAN. Namun, penganalisis politik banyak berpendapat kehadiran beliau lebih kepada usaha untuk mengimbangi pengaruh China di Asia Tenggara sama ada dalam bidang ekonomi ataupun dalam bidang keselamatan.
Jadi persoalan Kangar, apakah mesej sebenar di sebalik kehadiran Presiden Trump ke Malaysia? Adakah ia menunjukkan keinginan sebahagian pihak di Amerika
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Syarikat untuk kembali menonjolkan pengaruhnya di Asia Tenggara selepas tempoh pentadbiran beliau yang agak skeptikal terhadap ASEAN? Apakah langkah-langkah ASEAN bagi mengelak manipulasi politik kuasa besar yang boleh memecahbelahkan pendirian bersama dalam isu serantau seperti di Laut Cina Selatan dan Myanmar?
Apakah kesan perjanjian timbal balas yang baru ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat tidak akan merugikan Malaysia dalam jangka masa yang panjang? Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara yang kecil, namun Malaysia perlu mempunyai pendirian yang tepat demi menjaga kedaulatan negara.
Dato’ Yang di-Pertua, saya teruskan perkara yang kedua iaitu berkaitan dengan pendidikan. Seperti setiap tahun KPM menerima peruntukan yang besar.
Pada 2026, KPM menerima peruntukan sebanyak RM66.2 bilion, meningkat berbanding RM64.2 bilion pada Bajet 2025. Peruntukan RM2 bilion untuk menaik taraf lebih 520 buah sekolah daif khususnya di Sabah dan Sarawak sesuai dengan Ahli-ahli Dewan yang terus memperjuangkan pembaikan sekolah-sekolah daif agar kualiti pendidikan dapat ditingkatkan di seluruh negara.
Sebenarnya di kawasan pedalaman, ramai lagi bakat-bakat yang belum tercungkil potensi mereka. Jadi, bagaimanakah atau apakah usaha KPM untuk mencungkil potensi murid-murid di luar bandar agar dapat menyaingi potensi murid- murid di kawasan bandar di mana pada suatu masa akan datang mereka akan kembali berbakti di halaman masing-masing.
Dato’ Yang di-Pertua, terlalu banyak isu yang tidak terjawab oleh KPM berkaitan isu-isu yang tersorok di bawah karpet yang jika tidak ditangani segera boleh merosakkan asas kepercayaan rakyat terhadap institusi pendidikan negara.
Isu integriti dan ketelusan pentadbiran, masih ada aduan mengenai kelewatan projek sekolah, pembekalan yang tidak telus, malah Sekolah Sukan Perlis masih belum siap hingga kini, lebih daripada 12 tahun.
Isu keciciran murid dan data yang tidak tepat, angka keciciran kelihatan menurun tetapi di lapangan, terutamanya di luar bandar, hakikatnya masih ramai yang hilang daripada sistem tanpa pengesanan yang menyeluruh. Ini bukan saya cakap, ini ucapan oleh Ketua Pengarah KPM yang baharu. Tahniah kepada beliau yang nampakkan hal ini sedangkan KPM merupakan kementerian yang mendapat peruntukan terbanyak.
Dato’ Yang di-Pertua, berdasarkan isu-isu terkini KPM, apakah yang tidak kena dalam masyarakat Malaysia pada hari ini? Isu Zara, isu rogol, isu pembunuhan yang berlaku di dalam kawasan sekolah amat menyayat hati, menguris hati nurani,
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
menyentuh emosi seluruh rakyat Malaysia. Adakah semua kesalahan diletakkan kepada guru-guru semata-mata? Berapa jam murid-murid ini berada di sekolah bersama guru-guru mereka? Lebihan masa yang lain, anak-anak itu berada di mana?
Guru-guru pentadbir sekolah sentiasa berada dalam tekanan dalam menyelesaikan isu murid-murid. Bebanan guru terlalu banyak daripada kurikulum, kokurikulum, keselamatan, kebajikan, disiplin dan segala-galanya di bawah tanggungjawab guru.
Kementerian melalui Menteri Pendidikan Malaysia perlu berusaha lebih gigih bagi menyeimbangkan kurikulum teknologi dan kemanusiaan. Teknologi bergerak sepantas kilat seperti AI manakala soal-soal keagamaan, kemanusiaan lebih bersifat statik. Jika kita terlalu mengejar teknologi, kita akan ketinggalan perkara-perkara berkaitan kerohanian dan keagamaan dan akhirnya, murid-murid kita akan dikuasai oleh aliran sekularisme dan teknologi dan meninggalkan aliran kemanusiaan dan keagamaan.
Sebab itu, Kangar selalu menekankan agar sekolah-sekolah agama diperbanyakkan pada setiap tahun yang bertujuan untuk mengimbangi aliran sekularisme dan teknologi. Jadi harapan saya adalah KPM perlu meningkatkan dan memperbanyakkan kurikulum keagamaan dan rohani bagi menangani isu sosial pada hari ini. Peruntukan untuk pengukuhan operasi pendidikan pada 2026 adalah lebih daripada RM317 juta. Sebenarnya, Kangar juga setuju dengan ucapan oleh YAB Tambun bahawa hukuman rotan patut dikembalikan. Lagipun, YAB Tambun dulu juga merupakan salah seorang bekas ataupun mantan Menteri Pendidikan era yang lampau.
Dato’ Yang di-Pertua, Kangar juga ingin membangkitkan perkara berkaitan menaik taraf padang hoki sintetik di SMK Kuala Perlis. Untuk pengetahuan Menteri Pendidikan, SMK Kuala Perlis merupakan salah sebuah sekolah yang menggilap bakat-bakat pemain hoki bagi mewakili sekolah, negeri dan negara. Antara pemain sekolah yang berjaya mewakili negara adalah Zakira Jaafar. Beliau telah mewakili Malaysia ke Kejohanan Sekolah-sekolah Asia pada 2006 manakala Sobirin Ilyas mewakili Malaysia dalam pasukan remaja Malaysia ke Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja.
Sekolah ini agak bertuah kerana ia telah dipimpin oleh jurulatih-jurulatih hoki berpengalaman yang merupakan guru sekolah berkenaan seperti saudara Faizal Aziz Ibrahim selaku jurulatih dan Setiausaha Persatuan Hoki Perlis dan juga saudara Shurizan Mansor yang merupakan Naib Presiden Persatuan Hoki Malaysia merangkap Presiden Persatuan Hoki Perlis.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Jadi soalan Kangar, apakah status projek gelanggang ataupun padang hoki sintetik di SMK Kuala Perlis? Padang ini sudah mula uzur sedangkan ramai anak- anak muda berpotensi dan perlu digilap untuk mewakili negara. Jadi mohon KPM untuk membantu menaikkan imej hoki di Perlis khususnya dan Malaysia amnya.
Dato’ Yang di-Pertua, saya pergi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Saya ingin menyentuh beberapa isu kritikal dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan khususnya di Perlis. Walaupun negeri Perlis kecil, tetapi ia juga antara penyumbang penting kepada pengeluaran padi negara. Di Perlis, hasil padi rendah. Purata pengeluaran tidak meningkat akibat kekurangan air dan sistem pengairan yang usang.
Walaupun kerajaan mengumumkan pelbagai skim subsidi input pertanian tetapi masalah ini sentiasa berlaku pada setiap tahun. Saya memohon agar kerajaan mempertimbangkan projek pengairan mini terutama di kawasan luar MADA di kawasan utara Perlis bagi membolehkan petani-petani terus mendapat meningkatkan hasil pertanian.
Dato’ Yang di-Pertua, berkaitan dengan nelayan-nelayan di Kuala Perlis.
Mereka juga menghadapi cabaran berganda di mana hasil tangkapan menurun, kos diesel meningkat dan pencerobohan nelayan asing yang tidak dikawal dengan tegas.
Insentif tambahan kepada nelayan Zon A dan Zon B, tetapi sejauh manakah ia benar- benar memanfaatkan nelayan-nelayan kecil yang terkesan setiap musim monsun?
Saya juga ingin menegaskan tentang keperluan menaik taraf jeti pendaratan ikan dan infrastruktur perikanan di Kuala Perlis yang kini sudah tidak lagi menampung keperluan semasa dan sedikit usang. Nelayan Kuala Perlis tidak minta lebih, mereka hanya mahu jaminan bahawa laut yang mereka warisi terus menjadi sumber rezeki kepada keluarga mereka.
Seterusnya, Kangar ingin menyentuh berkaitan dengan Kementerian Belia dan Sukan. Terima kasih kepada KBS atas usaha menaik taraf gelanggang bola tampar pantai di Kangar.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Gelanggang ini bila siap nanti akan menjadi tumpuan penggiat-penggiat bola tampar pantai di seluruh negara dan antarabangsa. Sebelum ini pihak KBS juga telah merealisasikan trek motocross di Sungai Batu Pahat.
Seterusnya Kangar ingin memohon, minta lagi memohon KBS menaik taraf tapak kereta kawalan jauh yang terletak di kawasan rekreasi Sungai Batu Pahat.
Kewujudan gelanggang ini akan menarik minat penggemar dalam dan luar negara.
Tuan Zakri bin Hassan - Kangar
Usaha ini adalah untuk memperkenalkan Perlis sebagai tempat atau wadah acara berkaitan pemotoran dan ia adalah untuk menggiatkan industri sukan dan pelancongan negara. Kangar berhasrat menjadikan kawasan Sungai Batu Pahat sebagai kawasan sukan dan rekreasi pemotoran bagi negeri Perlis khususnya dan Malaysia amnya.
Seterusnya berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kangar ingin memohon pembaikan jalan dan turap semula dalam taman- taman perumahan di Kangar khususnya Taman Desa Putra, Taman Wan Arfah, Taman Pertiwi yang mengalami kerosakan. Kepada KPKT juga, apakah perkembangan permohonan menaik taraf Pasar Besar Sena yang kita bincangkan di dalam Kamar Khas pada sidang yang lalu?
Untuk KKDW, Kangar juga ingin memohon pembaikan jalan-jalan kampung di kawasan Bintong terutamanya di Teluk Jambu, Hutan Ketiau dan berhadapan Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar. Sebenarnya Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar, nama pun bandar tetapi kedudukannya adalah luar bandar memerlukan naik taraf jalan terutamanya di hadapan sekolah berkenaan.
Dan akhir sekali, Kangar ingin menyentuh kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Apakah program-program kementerian di negeri Perlis khususnya di Parlimen Kangar memandangkan kes-kes melibatkan ibu bapa dan kanak-kanak yang semakin hari semakin meruncing.
Setidak-tidaknya kementerian dapat bersama dengan KPM bagi menangani isu-isu berkaitan dengan kanak-kanak dan masyarakat. Saya rasa setakat itu untuk perbahasan bajet pada kali ini. Terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Kangar. Berikutnya, Yang Berhormat Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Pertama kali, izinkan saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tambun, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di atas pembentangan Belanjawan MADANI 2026 yang membuka lembaran baharu dalam memperkukuh ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Tambun atas kejayaan menandatangani perjanjian untuk menaik taraf hubungan dua hala ke arah
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
perkongsian strategik komprehensif dengan Amerika Syarikat yang diwakili oleh Presiden Donald Trump.
Ini sekali gus membuktikan bahawa negara dalam landasan yang tepat untuk kembali muncul sebagai harimau Asia dalam aspek ekonomi dan kemajuan negara.
Dalam masa yang sama, pentas ASEAN kali ini menyaksikan detik bersejarah apabila Timor Leste secara rasminya menjadi negara anggota ke-11 ASEAN.
Syabas dan tahniah diucapkan.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh berkenaan Belanjawan 2026. Sebagai anak jati Sabah saya berdiri di Dewan yang mulia ini dengan rasa syukur dan bangga kerana buat pertama kalinya dalam sejarah belanjawan negara, kerajaan memberikan peruntukan yang terbesar bagi pembangunan Sabah iaitu berjumlah RM6.9 bilion berbanding RM4.4 bilion pada tahun 2022. Ia nya merupakan satu lonjakan yang sangat signifikan dalam pendekatan pembangunan wilayah.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kerancakan kita memberikan tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi baharu, janganlah pula kita melupakan sektor pertanian dan perladangan yang selama ini menjadi tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi negara khususnya di negeri Sabah dan Tenom.
Justeru itu, dalam memperkasa semula sektor pertanian dan perladangan, kita perlu menumpukan perhatian kepada pembangunan ekosistem yang menyeluruh dan daya tahan. Ini termasuk untuk meningkatkan capaian akses jalan perhubungan ke kawasan pertanian dan estet perladangan agar hasil tanaman dan komoditi dapat di pasar dengan lebih cepat, cekap dan pada kos yang berpatutan.
Di samping itu, ekosistem pertanian dan perladangan juga memerlukan akses kepada bekalan air, bekalan elektrik, kemudahan logistik moden, dan liputan internet yang luas bagi membolehkan penerapan teknologi pertanian pintar dan automasi ladang. Saya yakin sekiranya pihak kerajaan memberikan tumpuan untuk menyelesaikan isu ini ia nya secara tidak langsung akan berupaya meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar khususnya di Tenom yang rata-rata terdiri daripada para petani dan peladang sekali gus ia akan memperkukuhkan kedudukan ekonomi luar bandar Sabah.
Tambahan pula melihat kepada potensi sektor pertanian yang terdapat di Tenom, maka saya melihat bahawa Tenom mempunyai peluang yang besar untuk dibangunkan sebagai bandar pertanian pintar negara berasaskan teknologi hijau dan inovasi digital. Tenom wajar dijadikan model pembangunan agroteknologi luar bandar yang mengintegrasikan penggunaan Internet of Things, big data analytics
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
dan artificial intelligence (AI). Saya percaya impak pembangunan ekonomi yang besar akan dinikmati oleh semua pihak.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon agar kerajaan memberikan perhatian serius terhadap keperluan menaik taraf fasiliti dan infrastruktur kesihatan di Hospital Tenom memandangkan ia kini beroperasi dalam keadaan yang amat terhad. Oleh itu saya merayu agar kerajaan meneliti cadangan untuk menaik taraf fasiliti dan infrastruktur kesihatan di Hospital Tenom dengan kelengkapan yang lebih moden, selamat dan mampu menampung keperluan semasa rakyat di daerah ini.
Dalam masa yang sama, saya mohon agar kerajaan menambahkan bilangan mesin dialisis serta petugas kesihatan di Hospital Tenom dan memperluaskannya ke Klinik Kesihatan Kemabong agar mutu perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar ini dapat dipertingkatkan. Langkah ini amat penting bagi memastikan rakyat Tenom tidak terus ketinggalan dalam menikmati akses kesihatan yang adil dan berkualiti sebagaimana rakyat di kawasan bandar.
Saya juga ingin menarik perhatian pihak kerajaan terhadap isu hakisan tebing Sungai Padas dan Sungai Pegalan di Tenom yang saya sifatkan berada pada tahap yang amat kritikal. Beberapa kawasan di sepanjang tebing sungai ini semakin terhakis saban tahun akibat arus deras dan perubahan struktur tanah. Jika keadaan ini berterusan tanpa tindakan segera, beberapa buah kampung berisiko tinggi untuk hilang daripada peta akibat ditelan arus sungai kesan daripada kelewatan kerja-kerja baik pulih dan pemuliharaan.
Oleh itu saya merayu agar kerajaan memberikan tumpuan khusus dan memperuntukkan dana mencukupi bagi melaksanakan projek pemeliharaan dan pengukuhan tebing Sungai Padas dan Sungai Pegalan di kampung-kampung seperti Kampung Batu-batu, Kampung Liuh, Kampung Ponontomon, dan Kampung Lagud Seberang. Tambahan pula permohonan ini telah dikemukakan sejak 20 tahun yang lalu.
Langkah ini bukan sahaja penting bagi melindungi pendapatan dan infrastruktur asas penduduk tetapi juga bagi menjamin keselamatan serta kelangsungan hidup masyarakat luar bandar yang bergantung kepada tanah dan sungai sebagai sumber utama kehidupan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, syukur isu tanah bagi pembinaan SMK Hevea Kuala Tomani telah pun diselesaikan dengan baik. Justeru itu saya berharap agar pada tahun hadapan sekolah ini dapat dimasukkan dalam senarai peruntukan
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
pembangunan baharu demi menjamin akses pendidikan yang lebih selesa dan berkualiti kepada anak-anak di kawasan Parlimen Tenom.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Saya juga ingin menarik perhatian kerajaan terhadap penyelenggaraan dan baik pulih jalan raya yang terdapat di Parlimen Tenom. Iaitu yang pertama, ialah saya memohon agar kerajaan membina Jalan Tenom–Membakut yang pada masa kini menjadi laluan utama, jalan yang menjadi laluan utama iaitu jalan Keningau–Kimanis didapati kurang selamat untuk digunakan berikutan kecuraman dan bentuk muka buminya yang berisiko tinggi. Dalam masa yang sama, pembinaan Jalan Tenom– Membakut ini berpotensi memendekkan masa dan jarak perjalanan.
Dan, kedua Jalan Tenom–Sipitang juga memerlukan proses baik pulih kerana mengalami kerosakan yang teruk. Walaupun ia nya jalan berstatus jalan negeri, tetapi peruntukan pembinaannya adalah daripada Kerajaan Persekutuan. Dan, ia amat diperlukan demi kesejahteraan rakyat.
Ketiga, menaik taraf Jalan Tenom–Keningau yang sempit dan tidak mempunyai laluan khusus untuk kenderaan berat. Situasi ini mengakibatkan kesesakan trafik yang kritikal serta kerap kali mengakibatkan kemalangan disebabkan keluasan laluan yang tidak bersesuaian. Maka, saya berharap agar penambahbaikan dan penyelenggaraan menyeluruh terhadap jalan raya di Parlimen Tenom dapat diberi keutamaan demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan belia harus dilihat sebagai teras kemajuan negara dan nadi kepada reformasi ekonomi masa depan. Dalam konteks ini, keutamaan mesti diberikan kepada usaha memperluas akses kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan belia yang tidak mempunyai kelulusan tinggi dalam pelajaran di luar bandar, khususnya di Tenom. Generasi muda harus diperkasa dengan kemahiran baharu yang selaras dengan kehendak pasaran semasa, termasuklah dalam bidang teknologi, ekonomi hijau dan pertanian pintar.
Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan insentif, dana permulaan dan latihan teknousahawan bagi membolehkan golongan belia dan beliawanis ini mencipta nilai baharu dalam ekonomi tempatan. Saya percaya dengan sokongan yang holistik ini, kita akan berupaya melahirkan golongan belia yang lebih progresif, selari dengan agenda MADANI.
Saya turut memohon agar pihak kerajaan menyediakan infrastruktur kemudahan sukan dan rekreasi di daerah Kemabong serta menaik taraf padang
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Pekan Kemabong yang lengkap dengan kemudahan padang berkualiti, kondusif dan selamat digunakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap satu isu yang semakin kritikal, iaitu realiti yang sedang dialami oleh golongan pendapatan pertengahan atau M40 yang dahulunya dianggap stabil dan berupaya menyumbang kepada pertumbuhan negara. Namun, kini sedang tersepit antara kos sara hidup yang meningkat dan pendapatan yang tidak berkembang.
Ditambah pula dengan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menyatakan bahawa kadar inflasi pada bulan September 2025 meningkat kepada 1.5 peratus.
Keadaan ini realitinya memberikan tekanan kepada golongan M40 ini kerana mereka tidak layak mendapat bantuan, sedangkan nasib mereka tidak berubah seperti sandwich yang ditekan di antara keperluan dan kemampuan. Oleh itu, secara dasarnya, hal ini membawa beberapa implikasi penting. Pertama, klasifikasi tradisional B40, M40 dan T20, sudah tidak lagi mencerminkan realiti masyarakat kini.
Kita tidak boleh lagi menilai kesejahteraan hanya berdasarkan pendapatan kasar.
Kerajaan perlu mempertimbangkan penilaian berdasarkan pendapatan boleh guna bersih, mengambil kira tanggungan isi rumah, lokasi tempat tinggal, dan kos sebenar kehidupan seharian.
Kedua, kerajaan perlu memperkukuh rangka dasar upah dan kemahiran.
Meningkatkan gaji minimum sahaja tidak mencukupi, ia nya perlu di perkasa dengan pelaksanaan gaji progresif berasaskan produktiviti sebenar, insentif kepada industri yang melatih tenaga kerja tempatan dan pemindahan teknologi yang mampu mengangkat nilai tambah ekonomi pekerja Malaysia.
Ketiga, perlu diwujudkan strategi khas untuk menstabilkan kos hidup di bandar. Ini termasuk dasar kawalan harga sewa, pengangkutan awam mampu milik, insentif gaya hidup rendah, kos dan galakan kepada koperasi tempatan yang dapat menyediakan barangan asas pada harga yang munasabah. Golongan M40 tidak memerlukan bantuan tunai semata-mata, tetapi sistem sokongan yang membolehkan mereka mengurus kos hidup dengan lebih mampan.
Keempat, bagi tujuan keadilan fiskal, kerajaan boleh meneliti semula struktur pelepasan cukai individu agar lebih seimbang dan benar-benar membantu isi rumah pertengahan yang tertekan. Ini bukan sahaja melegakan beban rakyat, tetapi juga menyokong pertumbuhan permintaan domestik yang menjadi nadi ekonomi negara.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Tuan Yang di-Pertua,.yang terakhir. Kita sedang menyaksikan satu revolusi ekonomi baharu yang digerakkan oleh Kecerdasan Buatan (AI). Oleh itu, saya menyambut usaha kerajaan untuk membina negara AI menjelang 2030 dengan peruntukan berjumlah RM5.9 bilion bagi tahun 2026.
Tambahan pula, menurut dokumen analisis Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), pada Januari 2024 bertajuk “Artificial Intelligence and the Future of Work”. Teknologi kecerdasan buatan AI dijangka meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi dunia secara ketara. Namun, IMF turut memberi amaran bahawa tanpa dasar yang inklusif, AI boleh memperdalam jurang ketaksamaan antara negara dan antara lapisan masyarakat.
Justeru itu, bagi memastikan jurang ketaksamaan ini berlaku, saya mohon agar Sabah dilibatkan secara aktif di dalam agenda ini. Hal ini kerana saya percaya bahawa Sabah mempunyai potensi yang besar untuk menjadi negara peneraju AI for sustainable economy, memandangkan beberapa sektor utama di Sabah berupaya dimodenkan menerusi penerapan teknologi kecerdasan buatan (AI) seperti pertanian, perdagangan, ekonomi biru, ekopelancongan dan modal insan.
Bagi menjayakan hasrat ini, beberapa aspek perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Antaranya adalah pertama, memperkukuh infrastruktur digital negeri Sabah menerusi usaha untuk meluaskan capaian internet berkelajuan tinggi ke kawasan pedalaman. Kedua...
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
...Memperkasa modal insan berkemahiran tinggi di Sabah menerusi program upskilling dan reskilling berteraskan teknologi AI dan kerjasama dengan pihak universiti serta syarikat global bagi pembangunan bakat.
Ketiga, memperuntukkan kuota khas Geran Pecutan Digital Malaysia kepada syarikat tempatan. Sudah pasti sekiranya teknologi AI ini dimanfaatkan secara inklusif, ia nya berupaya untuk menjadi pemangkin kepada pertumbuhan Sabah kelak.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, dah habis.
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
Okey. Sebagai penutup, Tuan Yang di- Pertua. Besar harapan saya agar segala pandangan, teguran, dan cadangan yang telah dikemukakan dalam perbahasan ini dapat dipertimbangkan secara tuntas dan konstruktif oleh pihak kerajaan agar manfaat dapat rasai oleh rakyat dan setiap
Tuan Riduan bin Rubin - Tenom
pelosok negara. Akhir kata, Tenom menyokong Belanjawan 2026 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Tambun selaku Menteri Kewangan. Sekian dan terima kasih.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Berikutnya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Malaysia MADANI. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terlebih dahulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat dan Menteri yang juga Menteri Kewangan di atas pembentangan Belanjawan 2026 yang menyeluruh, seimbang dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Belanjawan ini menggambarkan satu iltizam yang jelas bahawa Kerajaan MADANI sememangnya berusaha memulihkan struktur ekonomi negara sambil memastikan tiada rakyat yang tertinggal. Malaysia masih lagi mengamalkan belanjawan defisit sejak puluhan tahun. Selagi kita terus berbelanja melebihi hasil, selagi itulah hutang negara akan terus meningkat. Namun, saya menghargai sikap kebertanggungjawaban Kerajaan MADANI yang memperkenalkan rangka kerja fiskal ataupun Fiscal Responsibility Act 2023. Satu instrumen untuk memastikan hutang baharu terkawal dan defisit berkurang secara berperingkat. Inisiatif ini bukan sekadar angka di atas kertas tetapi menuntut tekad politik dan disiplin kewangan yang konsisten. Alhamdulillah, buat masa ini Kerajaan MADANI konsisten untuk mengurangkan pinjaman saban tahun.
Walau bagaimanapun, persoalan besar yang masih perlu dijawab ialah, bilakah Malaysia mampu menurunkan paras hutang negara ke kedudukan yang selesa iaitu di bawah 50 peratus daripada KDNK? Jika kita terus berhutang, walaupun kadar pinjaman dikurangkan, bilakah ruang fiskal negara akan benar- benar pulih? Hakikatnya, negara masih lagi bergelut mengawal agar beban hutang tidak melebihi ambang 65 peratus daripada KDNK. Saya cukup percaya Kementerian Kewangan mempunyai pelan jangka sederhana dan juga jangka panjang ke arah itu. Namun, rakyat perlu diyakinkan dengan garis masa dan strategi yang lebih jelas. Kita tidak mahu sekadar bergantung kepada hasil luar jangka ataupun kenaikan cukai tetapi kepada kecekapan perbelanjaan dan pertumbuhan hasil yang sebenar.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, tahun 2026 bukan sekadar tahun belanjawan baharu.
Ia juga menjadi penanda aras kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas iaitu tahun yang pertama, tempoh yang penting dalam menentukan arah ekonomi negara menuju status berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan. Dalam kerangka kerajaan menetapkan hala tuju high growth, high value nation, kita perlu juga realistik dan beri tumpuan kepada apa yang kita sebutkan sebagai the low hanging fruits.
Bidang yang mampu menjana hasil segera serta pekerjaan yang bernilai tinggi.
Industri pelancongan yang kini menyumbang hampir 14 peratus kepada KDNK boleh terus di perkasa dengan strategi pelancongan hijau dan warisan budaya.
Timbul satu persoalan baru-baru ini apabila kerajaan menyebutkan bahawa Carcosa Seri Negara diperuntukkan sebanyak RM600 juta untuk usaha-usaha pemulihan. Namun saya ingin bertanya, apakah pelaburan sebesar ini akan benar- benar memberi impak kepada industri pelancongan dengan modal yang dilaburkan?
Khazanah adalah agensi pelaburan, siapakah rakan strategik yang dipertanggungjawabkan untuk memulihara Carcosa Seri Negara ini? Dan apakah bangunan warisan lain yang terlibat dalam pemulihan melibatkan belanjawan yang begitu besar?
Saya ingin menyarankan pemulihan dan pembangunan ini hendaklah diintegrasikan dengan warisan dan pusat tarikan pelancongan lain seperti Tugu Negara, Taman Tasik, Bangunan Sultan Sulaiman dan lain-lain yang berhampiran dan menjadikan ia sebagai pakej pelancongan yang benar-benar berimpak tinggi.
Kalau kena strategi pelaburan yang memberi impak besar dari sudut warisan, pelancongan dan pulangan ekonomi, bukan RM600 juta Tuan Yang di-Pertua, RM1 bilion pun kita boleh sokong.
Industri halal global begitu juga, dianggarkan bernilai lebih RM3 trilion menjelang 2030. Wajar dijadikan sebagai teras eksport Malaysia kerana ia bukan sekadar produk makanan tetapi juga logistik, kesihatan, kosmetik dan gaya hidup.
Begitu juga dengan beberapa perkara lain dalam aspek the low hanging fruits ini seperti pendidikan dan TVET, kesihatan dengan pelaburan berterusan dalam infrastruktur dan teknologi rawatan.
Dan yang penting, kerajaan mesti menumpukan kutipan cukai kepada mereka yang belum membayar cukai dalam ekonomi bayangan yang dianggarkan bernilai RM350 bilion setahun iaitu 30 peratus daripada KDNK negara. Negara kehilangan RM70 bilion iaitu 20 peratus daripada ekonomi bayangan ini. Peluang
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
dan ruang menambah pendapatan negara sangat-sangat luas, bukan menambah beban kepada mereka yang sudah sedia membayar cukai dengan jujur.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI kerana belanjawan untuk pembangunan Islam terus ditingkatkan dari tahun ke tahun. Dalam Belanjawan 2026, RM2.6 bilion diperuntukkan bagi mengukuhkan institusi Islam, termasuk JAKIM, JAWI, institusi tahfiz, pembangunan masjid dan juga hal ehwal syariah. Tahun 2020, RM1.3 bilion.
Maknanya, selepas lima tahun dan tiga tahun Kerajaan MADANI mengambil alih pemerintahan ini, peruntukan belanjawan untuk pembangunan Islam telah meningkat sekali ganda, Tuan Yang di-Pertua.
Semuanya ini akan memberikan bukti bahawa Islam bukan terpinggir di bawah Kerajaan MADANI. Malah, ia terus subur dan kita memartabatkan Islam bukan pada simbol tetapi kepada keadilan sosial dan juga nilai-nilai kemanusiaan.
Namun, masih wujud naratif songsang di luar sana yang cuba menanamkan persepsi bahawa Islam ini terancam. Naratif ini pada saya sangat berbahaya kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat dan mencetuskan prasangka yang berterusan di kalangan masyarakat dalam negara kita ini.
Lalu, saya ingin mempersoalkan kepada pihak kerajaan, khususnya kepada Kementerian Hal Ehwal Agama, Kementerian Komunikasi, Perpaduan. Apakah langkah-langkah bersepadu yang dilakukan untuk menangani naratif Islam terancam ini, khususnya yang sering berlegar di media sosial, yang sangat mempengaruhi emosi rakyat?
Tuan Yang di-Pertua, dua tragedi besar baru-baru ini iaitu kes rogol beramai- ramai di Melaka dan kes pembunuhan di sebuah sekolah di Damansara, menggoncang nurani rakyat Malaysia. Ini bukan sekadar isu disiplin pelajar, ia cerminan krisis nilai kemanusiaan dan kehilangan empati yang perlu ditangani segera. Pendidikan bukan hanya kecemerlangan akademik tetapi pembentukan insan berakhlak dan berempati. Kita mesti menilai semua keseimbangan antara pencapaian akademik dengan pembinaan sahsiah dan tanggungjawab sosial.
Saya menyambut baik pengumuman Menteri Pendidikan untuk memperkenalkan pendidikan karakter. Tetapi pada saya, ia bukan hanya sekadar satu mata pelajaran tetapi pendidikan karakter ini haruslah merentas semua kurikulum, merentas STEM, sukan dan apa juga yang dipelajari di sekolah. Selain itu, pendidikan di rumah mesti dipulihkan sebagai benteng pertama pembentukan
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
nilai. Ibu bapa perlu dilibatkan secara strategik, bukan sekadar melalui mesyuarat PIBG tetapi sebagai rakan kongsi dalam pembangunan karakter anak-anak.
Ada kata-kata yang dinisbahkan dengan Saidina Umar RA, [Membaca sepotong ayat al-Quran] Maksudnya, “Bermainlah dengan anak kamu pada tujuh tahun pertama” iaitu satu hingga tujuh tahun. “Didiklah mereka dengan adab” yakni dengan nilai pada tujuh tahun kedua yakni pada lapan hingga 14 tahun dan “Bersahabatlah dengan mereka pada tujuh tahun yang ketiga” iaitu 15 hingga 21 tahun. Maknanya, ada kebenaran kata-kata itu.
Setelah kita didik anak-anak dengan adab, dengan nilai ketika kecil, di rumah dan di sekolah, kemudian ketika anak-anak itu membesar sebagai remaja, kita tidak boleh biarkan mereka begitu sahaja. Kita kena bersahabat dengan mereka, ambil tahu apa aktivitinya? Siapa kawannya? Ke mana dia pergi? Dan seumpamanya.
Bukan mengongkong tetapi kita kena ambil tahu dan ambil peduli.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, isu Gaza dan Palestin memang dekat di hati rakyat Malaysia. Dua kali Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menekankan perkara ini. Satu, ketika Persidangan APEC 2023 di San Francisco. Pertama, semasa ucap utama di hadapan para perwakilan dan sekali lagi ketika sesi meja bulat bersama Presiden Joe Biden pada ketika itu. Semalam, beliau mengulangi lagi pendirian yang sama ketika membuat ucapan pembukaan ASEAN 2025 yang disaksikan Presiden Trump. Kemudian beliau mengulanginya sekali lagi dalam ucapan seusai termaterinya Kuala Lumpur Accord, iaitu perjanjian damai antara Thailand dan Cambodia.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, di hadapan Presiden Joe Biden di Amerika Syarikat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun sebut. Di hadapan Presiden Trump di negara kita, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun sebut juga tentang usaha keamanan di Gaza dan pembebasan rakyat Palestin.
Bagi saya, inilah yang menepati semangat firman Allah SWT kepada Nabi Musa dan Harun dalam Surah Taha...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Dan katakanlah kepadanya perkataan yang lemah lembut, mudah- mudahan dia beringat ataupun ada rasa ketakutan terhadap kezaliman yang dilakukan.” Ayat ini mengajar kita bahawa dalam menyampaikan kebenaran tidak semestinya kita menjerit, tidak semestinya kita sepanjang masa menyuarakan
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
secara kekerasan. Bahkan kepada pemimpin zalim sekalipun, Islam menuntut kebijaksanaan dan kelembutan. Inilah hikmah yang telah pun dizahirkan oleh Perdana Menteri kita. Tegas pada prinsip tetapi mengambil pendekatan hikmah dan diplomasi yang dicemburui oleh ramai. Sambut Trump menari pun ramai yang rasa terancam, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, sedikit saya nak tanya. Apa komen Yang Berhormat dengan pihak-pihak tertentu yang mengambil gambar Perdana Menteri, memaparkannya pada satu patung dan menggunakan rotan untuk memukul? Adakah ini sifat-sifat yang boleh dibenarkan dalam agama Islam? Adakah kita ingin melakukan perkara-perkara― Kita memberi kebebasan untuk berdemonstrasi. Menentang Trump pun kita beri kebebasan. Tetapi, ada yang menganjurkan demonstrasi ‘Turun Anwar’, bukan saja bersuara, tetapi mengeluarkan ucapan, tetapi mengambil rotan dan memukul gambar Perdana Menteri. Adakah ini perkara-perkara yang boleh dilakukan dalam agama Islam? Saya ingin tanya.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Yang Berhormat, jawab dan terus gulung ya.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Saya ingat saya nak jawab perkara itu dalam perkara lain sebab saya ada perkara yang saya rasa lebih penting untuk saya jawab. Tetapi, perkara-perkara yang sebegini kita harus lihat dan bukan kita menunjukkan satu sikap yang tidak baik kepada masyarakat.
Apa yang kita nak tunjukkan ialah bagaimana kita melakukan sesuatu perkara itu, sama ada kita nak melakukan secara diplomasi ataupun secara mengutus utusan yang berbentuk mendesak dan sebagainya, kita mesti menunjukkan bahawa ia nya akan memberi impak kepada apa yang kita lakukan. Apakah dengan kita nak menunjukkan kita merotan itu ada kesan kepada orang yang kita tuntut supaya berubah tersebut?
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, setiap tahun kerajaan berjaya mengumumkan belanjawan yang baik, tetapi yang sering gagal ialah pelaksanaannya. Walau sebaik mana rancangan, yang paling penting ialah pelaksanaan dan hasil impak yang diperolehi oleh rakyat.
Laporan Ketua Audit Negara 2023 menunjukkan lebih 20 peratus projek fizikal kerajaan telah lewat siap dan sebahagian mengalami peningkatan kos di antara 15 hingga 40 peratus. Ada projek siap tetapi tidak boleh digunakan sepenuhnya kerana perancangan tidak teliti dan pelaksanaan yang tidak cekap.
Tuan Haji Azli bin Yusof - Shah Alam
Lebih membimbangkan, SPRM membuka lebih 900 kertas siasatan di antara 2019 hingga 2023 berkaitan salah guna peruntukan awam dan ketirisan projek.
Oleh itu, saya ingin menimbulkan persoalan kepada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan. Apakah langkah-langkah konkrit yang sedang diambil untuk memperkukuh mekanisme pemantauan projek dan perbelanjaan pembangunan ini?
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2026 membawa harapan besar bukan saja untuk mengimbangi semula ekonomi tetapi untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara. Kita telah membentangkan perancangan yang baik, namun kejayaan sebenar bergantung kepada pelaksanaan yang berintegriti, berdisiplin dan berperikemanusiaan.
Marilah kita bersama memastikan setiap dasar membawa makna kepada kehidupan rakyat dan setiap bantuan sampai kepada yang benar-benar memerlukan.
Kerana, akhirnya, ukuran sebenar sebuah kerajaan bukan pada berapa banyak yang diumumkan tetapi berapa banyak yang dilaksanakan dengan amanah dan penuh kasih kepada rakyat.
*Layar terbentang di laut biru, Angin bertiup membawa harapan; Belanjawan disusun niatnya satu, Agar rakyat mendapat pembelaan.
Anak muda berjiwa waja, Ilmu dan akhlak jadi bekalan; Solidariti Gaza asas kemanusiaan, Malaysia MADANI pertegas pendirian.* Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Shah Alam mohon menyokong.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Berikutnya, Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
A'uzu billahi minashaitanir rajeem . Bismillahirrahmanirrahim... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Allah Taala berfirman dalam Surah Fussilat ayat 34 dan 35 yang bermaksud, “Dan tidaklah sama, yakni kesannya dan hukumnya, perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik. Apabila engkau berlaku sedemikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
melainkan oleh orang-orang yang...”― pertama― “Bersifat sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan orang-orang yang mempunyai bahagian yang besar kebahagiaannya di dunia dan juga di akhirat.” Pengajaran daripada Surah Fussilat ini mengajar kita menghadapi kejahatan dengan kebaikan kerana pendekatan ini bukan sahaja mampu melembutkan hati musuh, bahkan membuka ruang dakwah yang penuh hikmah sehingga dahulunya memusuhi boleh menjadi sahabat karib.
Sikap membalas keburukan dengan kebaikan menuntut kepada kekuatan jiwa, kesabaran yang tinggi dan hanya mereka yang benar-benar beriman serta memiliki keteguhan hati mampu melakukannya. Inilah akhlak yang terpuji yang menjadi cerminan keindahan Islam menyeru kepada perdamaian, menghapus dendam dan menzahirkan kasih sayang sebagai asas hubungan sesama manusia.
Dato’ Yang di-Pertua, terlebih dahulu, izinkan saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2026.
Namun, istimewanya untuk sidang pada kali ini, adanya pembentangan bajet alternatif yang turut dikemukakan oleh Ketua Pembangkang. Bajet alternatif ini, Tuan Yang di-Pertua, bukanlah satu pertandingan, it is not a competition, tetapi elemen penambahbaikan kepada proses penggubalan dasar kewangan negara. Ia bukan bersifat kompetitif kerana mana mungkin pihak kami daripada pembangkang boleh bersaing dengan pihak kerajaan dalam keadaan kerajaan mempunyai segala resources yang cukup untuk merangka satu bajet yang menyeluruh dengan seluruh jentera dan agensi yang tersedia di bawahnya.
Namun begitu, sekiranya kerajaan bersikap positif dan terbuka, maka sewajarnya cadangan-cadangan daripada bajet alternatif ini wajar diperhalusi dan ditambah baik. Kerana, membina negara adalah tanggungjawab semua, baik kerajaan mahupun pembangkang.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Inilah sebenarnya definisi negara hidayah yang digagaskan oleh As-Sheikh Abul A'la al-Maududi. Sebuah negara yang berteraskan kepada perpaduan ummah, perpaduan antara kerajaan dan pembangkang untuk membina negara ke arah yang lebih baik berteraskan nilai dan sistem akhlak yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Dato’ Yang di-Pertua, isu perkhidmatan hutang negara. Laporan terbaru menunjukkan bahawa pendedahan hutang negara dan jaminan kerajaan kini mencecah sekitar 81.9 peratus daripada KDNK di mana selain hutang negara iaitu
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
sudah mencecah RM1.3 trilion bersamaan dengan 64.7 peratus daripada KDNK dan jumlah jaminan luar penyata kewangan kerajaan direkodkan sebanyak RM332.8 bilion atau 17.2 peratus dari KDNK.
Perkhidmatan hutang pula yang merangkumi interest dan amortisasi telah meningkat secara mendadak daripada RM40.5 bilion pada tahun 2002 kepada anggaran RM58.3 bilion menjelang 2026. Apa yang membimbangkan, penjimatan subsidi yang sepatutnya digunakan untuk meringankan beban rakyat mungkin telah terserap untuk membayar hutang, bukan digunakan untuk memperkasakan pekebun kecil sektor agriculture atau meningkatkan pendapatan isi rumah.
Dato’ Yang di-Pertua, oleh demikian Jerantut melihat keperluan untuk kita berusaha menambahkan keupayaan negeri dan menambah pendapatan negara melalui dasar dan polisi yang lebih berkesan di peringkat pusat dan tidak terlalu bergantung kepada nilai import negara khususnya dari sudut pertanian kerana kita tahu penduduk ataupun negeri yang bersifat luar bandar ini amat bergantung kepada hasil bumi dan pertanian sebagai asas pendapatan mereka. Kerajaan seharusnya lebih memberi perhatian kepada pendapatan negara bukan semata-mata kepada perbelanjaan. Dalam konteks ini, izinkan Jerantut menyentuh empat perkara utama.
Pertama, kita perlu mempercepatkan eksplorasi REE. Dengan nilai potensi simpanan REE yang mencecah lebih daripada USD200 bilion dan adanya blueprint pembangunan REE melalui Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, ia pastinya menjadi game changer kepada ekonomi negara dengan penambahan hasil Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kerana REE ini berada di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Ia adalah hak eksklusif kerajaan negeri.
Dan hari ini kita dikejutkan dengan adanya perdagangan timbal balik, Joint Statement on US-Malaysia Agreement on Reciprocal Trade di mana kita melihat adanya clause berkenaan dengan jual beli REE ini. Perlu diingat, kita perlu kembali kepada sejarah bahawasanya Tanah Melayu ini adalah negara yang amat pakar dan mahir dalam pengurusan trading. Sebab itu kita menjadi ketua atau pengurus kepada Port Melaka, Pelabuhan Melaka pada abad ke-14 dan 15 yang kita membawa seluruh dunia bertumpukan kepadanya kerana kita mahir di dalam trading.
Jadi, saya mengharapkan dalam apa juga keadaan perjanjian yang kita laksanakan khususnya dengan negara-negara ini, pastikan maruah dan kedaulatan negara dipelihara sebab kita tahu eksplorasi REE ini tidak hanya pada bahan mentah. Kita perlu melihat kepada industri downstream yang membolehkan adanya
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
capacity building, technology transfer and development dan mewujudkan tenaga kerja mahir.
Yang kedua, Dato’ Yang di-Pertua, PETRONAS perlu dilindungi. PETRONAS bukan sekadar sebuah syarikat minyak, ia adalah simbol kedaulatan ekonomi negara. Jumlah keseluruhan sumbangan PETRONAS kepada negara sejak penubuhannya sehingga tahun 2024 telah melebihi RM1.5 trilion. Angka ini termasuk dividen, cukai, duti eksport serta bayaran tunai royalti kepada negeri pengeluar.
Justeru, saya ingin menegaskan bahawa PETRONAS harus dilindungi, bukan ditekan ataupun dijadikan tabung kecemasan fiskal semata-mata.
Pertikaian di antara Malaysia Agreement 1963 dan Petroleum Development Act 1974 wajib diselesaikan melalui pendekatan fiskal government yang simbiotik dan kompetitif untuk mengelakkan kesan negatif terhadap PETRONAS. Keputusan- keputusan pelaburan yang dilaksanakan oleh PETRONAS wajar dihormati kerana pastinya ia berteraskan kepada due diligence yang komprehensif.
Projek mega sewajarnya diuruskan oleh GLC. Pendekatan ini bukan sahaja dapat menjana pendapatan melalui perolehan yang lebih baik berbanding kontrak luar tapi juga memastikan keuntungan itu kembali kepada kerajaan sebagai pemilik sebenar.
Yang keempat, Dato’ Yang di-Pertua, bantuan tunai dan subsidi kerajaan kepada rakyat perlu merangsang peningkatan taraf hidup rakyat. Jerantut menegaskan agar segala bantuan tunai dan subsidi tidak sekadar bersifat kebajikan semata-mata tetapi turut disertai dengan elemen peningkatan produktiviti dan kapasiti ekonomi rakyat dan akhirnya memberi pulangan semula kepada kerajaan.
Subsidi perlu disalurkan tepat kepada penerima tanpa ketirisan seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2024.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang terbaru adalah berkenaan dengan isu pengangkutan. Sepanjang tahun 2025, pelbagai isu atau insiden gangguan teknikal telah berlaku dalam sistem pengangkutan rakyat awam termasuk kebakaran, gangguan isyarat, masalah suis dan sebagainya. Ia telah menghakis keyakinan rakyat terhadap kecekapan sistem pengangkutan negara.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pengangkutan, selain dana penggantian 26 tren LRT laluan Kelana Jaya berjumlah RM1 bilion yang diumumkan, apakah Kementerian Pengangkutan memperuntukkan dana mencukupi bagi penyelenggaraan berkala, peningkatan keselamatan dan pembaharuan infrastruktur rel?
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Saya juga mencadangkan agar kementerian memanfaatkan teknologi AI dan data raya untuk mengesan anomali teknikal, meningkatkan keselamatan serta memberi maklumat masa nyata kepada pengguna. Kadar penggunaan pengangkutan awam khususnya rel kekal rendah antara lain disebabkan oleh peningkatan pemilikan kenderaan persendirian.
Sehingga akhir 2024, Dato’ Yang di-Pertua, jumlah pendaftaran kenderaan mencecah 38.7 juta unit, melebihi populasi negara sebanyak 34 juta orang. Dalam dua bulan pertama 2025 sahaja, 113,136 kereta baru telah didaftarkan. Ini menunjukkan kebergantungan tinggi kepada kenderaan persendirian yang menyukarkan pencapaian sasaran 40 peratus penggunaan pengangkutan awam menjelang 2030.
Kerajaan telah memperkenalkan dasar peralihan daripada kenderaan ICE kepada EV selaras dengan National Energy Transformation Roadmap dan Low Carbon Mobility Blueprint. Namun, kadar penerimaan EV kekal rendah. Menurut tinjauan Rakuten Insight 2024, 97 peratus pengguna menilai harga EV terlalu tinggi dan 57 peratus berpendapat fasiliti pengecasan masih tidak mencukupi.
Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian PETRA, berapakah jumlah stesen pengecasan di seluruh negara? Apakah strategi bagi memperluas penggunaan pengecas DC pantas? Serta adakah kerajaan bercadang mewajibkan pemasangan solar panel dan sistem BESS di lokasi strategik bagi menyokong mobiliti rendah karbon? Setakat ini Malaysia hanya memiliki 10 titik pengecasan bagi setiap 100,000 penduduk berbanding 45 di Norway.
Isu yang terakhir, Dato’ Yang di-Pertua, tentang isu pendidikan. Saya ingin menyentuh tentang permasalahan struktur dan penyelesaian holistik. Isu pendidikan negara yang kini berada dalam keadaan yang amat kritikal. Isu keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar termasuk isu penzinaan, rogol, buli dan keganasan di sekolah semakin membimbangkan. Itu tak termasuk isu dadah macam mushroom, yang ramai budak-budak kita ambil. Isu-isu ini bukan saja mencerminkan kegagalan sistem kawalan sosial tetapi juga mencerminkan krisis yang lebih mendalam iaitu krisis nilai, krisis kekeluargaan dan krisis sistem pendidikan kita sendiri.
Untuk pengetahuan Dato’ Yang di-Pertua, tadi saya cuba nak mencelah Ahli Parlimen Raub tadi berkenaan dengan isu majlis yang dihidangkan arak di sekolah St. Michael Institution di Ipoh. Itu sekolah saya. Jadi bila hujah mengatakan buat sebab tak ada dewan, tak betul sebab itu tengah-tengah bandar. Dan kemudiannya di kampung-kampung pun ada banyak dewan-dewan terbuka untuk penduduk Cina,
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
ada. Kalau saya pergi semalam di apa nama, di Kampung Batu Balai di Jerantut, ada je dewan terbuka. Boleh je untuk rakan-rakan kita daripada bangsa Tionghoa ini, untuk nak minum arak untuk meraikan budaya mereka. Tidak ada halangan.
Cuma kita tidak mahu masukkan budaya ini ke dalam sekolah. Itu yang kita beritahu, jangan buat di sekolah walaupun itu premis yang disewa.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Keperluan pendekatan whole-of-nation approach, isu ini tidak boleh diselesaikan dengan pendekatan separuh jalan. Ia memerlukan whole-of-nation approach. Melibatkan Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, ibu bapa, guru, masyarakat NGO, malah institusi agama. Ini penting, Dato' Yang di-Pertua.
Jerantut berpandangan bahawa mendesak Menteri Pendidikan untuk meletak jawatan semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah ini. Namun, perlu juga difahami bahawa desakan meletak jawatan itu adalah manifestasi kemuncak rakyat, daripada kekecewaan rakyat.
Pada pendapat dan pandangan Jerantut, kalaupun Menteri Pendidikan itu tidak berundur, beliau akan dihukum oleh pengundi-pengundi beliau di tempat nanti.
Sama ada beliau menang ataupun kalah, itu adalah manifestasi rakyat di tempat beliau tetapi selagi mana beliau masih memegang baton kuasa ketika ini, Jerantut mencadangkan agar Kementerian Pendidikan membuka seluas-luasnya ruang kepada semua pihak termasuk pihak pembangkang untuk turut sama membentuk Jawatankuasa Khas Pendidikan Nasional [Tepuk] bagi meneliti secara menyeluruh dan menstruktur semula hala tuju pendidikan negara.
Jika penyelesaian yang diambil oleh kerajaan, dalam keadaan menambah CCTV, meningkatkan prasarana keselamatan, menambah jumlah bilangan warden daripada kalangan veteran polis dan tentera. Pada pendapat Jerantut, itu adalah quick fix. Boleh dibuat, tetapi dia tidak akan menyelesaikan masalah itu dalam jangka masa panjang.
Masalah sebenarnya Dato’ Yang di-Pertua, pada pandangan Jerantut, ia bermula di rumah. Ia bermula di rumah kerana pada ketika ini Dato’ Yang di-Pertua, mak ayah sibuk. Bila sibuk tak sempat kita nak monitor performance ataupun kelakuan anak kita di rumah. Kita dikejutkan baru-baru ini dengan kes pelajar lelaki menikam rakan sendiri dengan lebih 200 tikaman. Dan nota terakhirnya tular menunjukkan bagaimana dunia maya telah menenggelamkan empati dan nilai kemanusiaan remaja itu. Tidak mustahil kes rogol beramai-ramai juga berlaku di
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
sekolah berpunca daripada pengaruh anasir budaya asing yang meresap melalui dunia Internet tanpa kawalan.
Jerantut mencadangkan Dato’ Yang di-Pertua, ini penting, supaya pendidikan anak-anak ini tidak diswastakan semata-mata kepada pihak sekolah. Jangan salahkan semata-mata pihak sekolah, jangan semata-mata kalau salahkan pihak guru-guru, salahkan kamu diri sendiri sebagai mak ayah yang tidak menjaga anak kita di rumah. Sebab itu, Jerantut minta supaya lebih masa diberikan oleh ibu dan ayah untuk jaga anak di rumah. Cuma timbul persoalan Dato’ Yang di-Pertua, ibu dan ayah bekerja. Bila ada masa nak jaga anak?
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Keluar rumah pukul 6 pagi, balik pukul 8 malam. Itu biasa di Kuala Lumpur, di bandar-bandar besar.
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Okey, Yang Berhormat.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Ya. Jadi, cadangan daripada Jerantut adalah untuk kementerian memberikan kelonggaran kepada kaum wanita yang bekerja, sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Untuk bekerja di rumah sekurang-kurangnya tiga hari seminggu. Kita pernah buat, sewaktu kita ada working from home dan insya-Allah boleh dilaksanakan. Ya, benar akan ada kekangan tertentu dari segi nature of work tetapi perkara ini boleh diperhalusi mengikut sektor dan jenis pekerjaan. Apa yang penting adalah kerajaan perlu berani mencipta dasar yang berpaksikan kepada kesejahteraan keluarga.
Dan Jerantut amat berharap agar kerajaan mempercepatkan pembentangan RUU Anti Buli dan pada yang sama mempertimbangkan untuk kewujudan undang- undang kawalan gajet bagi kanak-kanak bawah umur. Kita boleh belajar daripada model Australia yang telah melaksanakan garis panduan ketat terhadap akses media sosial bagi kanak-anak di bawah umur tertentu bagi melindungi mereka daripada kandungan berbahaya, penipuan digital dan eksploitasi seksual dalam talian.
Akhirnya, kesimpulan Tuan Yang di-Pertua, segala pendapat dan pandangan yang saya utarakan pada hari ini bukan sekadar kritikan tetapi seruan untuk kita membina negara kita ini dengan lebih beramanah, adil dan berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat sama ada dalam bentuk fiskal kerajaan, pendidikan, mahupun pengukuhan ekonomi. Semuanya menuntut kesungguhan dan keberanian politik untuk berubah.
Tuan Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin - Jerantut
Jerantut percaya dengan dasar yang adil, keutamaan yang betul, dan semangat ta'awun yang digariskan oleh Islam, Malaysia mampu bangkit sebagai negara yang benar-benar makmur dan sejahtera, bukan sekadar pada nama, tetapi pada hakikatnya kehidupan rakyatnya.
Sekian, Jerantut mohon mencadangkan.
[Tepuk]
Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut. Saya persilakan pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan Belanjawan 2026.
Saya memulakan dengan menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas iltizam yang teguh dalam memperkukuh sistem pendidikan, memperkasa rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan keilmuan dan nilai kemanusiaan.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan bajet baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menegaskan bahawa mutu prasarana sekolah akan terus menjadi keutamaan. Sebanyak RM2 bilion diperuntukkan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Langkah ini bukan sekadar angka di atas kertas tetapi manifestasi kasih dan tanggungjawab kerajaan terhadap masa depan anak-anak bangsa. Ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI berpegang teguh kepada semangat keadilan wilayah, memastikan tiada negeri dan tiada sekolah yang ketinggalan di bumi bertuah ini.
Pepatah lama pernah berpesan, “yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.” Maknanya, kejayaan pendidikan tidak terhasil dengan mudah. Malah, ia menuntut usaha yang gigih, ketekunan dan kebijaksanaan dalam merancang masa depan bangsa. Usaha menaik taraf kemudahan sekolah dari tandas ke bilik darjah, dari kantin ke bilik guru, bukanlah sekadar membaiki bangunan, tetapi membina maruah dan menyubur semangat pembelajaran.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat menyambut baik keputusan kerajaan untuk membina semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jeram di Pahang. Sekolah ini telah lama menunggu perhatian dan akhirnya cahaya di hujung jalan sudah bersinar terang. Bagi masyarakat India, khususnya di kawasan ladang,
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
sekolah seperti ini bukan sekadar tempat menimba ilmu, tetapi jantung nadi komuniti dan simbol kemajuan sosial.
Pembinaan semula ini memberi sinar baharu kepada ratusan pelajar dan guru yang sekian lama berjuang dalam kekangan kemudahan. Langkah kerajaan ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI bukan hanya mendengar suara rakyat tetapi memahami denyutan nadinya. Ini adalah bukti bahawa pendidikan bukan hak istimewa segelintir tetapi hak mutlak setiap insan.
Tuan Yang di-Pertua, keputusan ini juga melambangkan semangat keterangkuman dan keadilan sosial yang sebenar. Kerajaan melihat semua aliran pendidikan sekolah kebangsaan, Tamil, Cina sebagai satu aliran sungai yang akhirnya bertemu di muara yang sama iaitu muara perpaduan nasional. Inilah roh unity in diversity, dengan izin, yang menjadikan nadi Malaysia. Seperti pepatah indah yang selalu kita dengar, “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung; di mana akal disubur, di situ bangsa dijulang.” Maknanya, apabila kita menghargai kepelbagaian dan menjunjung ilmu, maka perpaduan akan menjadi benteng kekuatan negara.
Saya juga memuji langkah kerajaan mempercepatkan pembinaan melalui kaedah Binaan Berindustri (IBS), satu inovasi yang menzahirkan kecekapan baharu dalam tadbir urus negara. Tambahan RM100 juta untuk 350 kelas prasekolah baharu adalah pelaburan jangka panjang dalam membentuk generasi cerdas dari buaian ilmu.
Tuan Yang di-Pertua, selepas membincangkan pendidikan asas, izinkan saya beralih kepada pendidikan tinggi, teras utama mobiliti sosial rakyat. Saya amat menyokong dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mengekalkan PTPTN sebagai instrumen pembukaan peluang universiti untuk anak muda. Melalui belanjawan ini, kerajaan memperkenalkan tiga langkah penting:
Pertama, pendidikan percuma PTPTN kepada 5,800 pelajar B40 dengan peruntukan RM120 juta setahun.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang kedua, pengecualian bayaran balik pinjaman kepada pelajar kelas pertama daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana M40 melibatkan RM90 juta setahun. Sekatan perjalanan keluar negara kepada peminjam mampu bayar yang culas, langkah berdisiplin tetapi adil. Langkah ini mencerminkan falsafah pendidikan yang matang, membantu yang lemah, menghargai yang unggul dan mendisiplinkan yang lalai.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyambut baik inisiatif KWSP bersama Universiti Malaya untuk membina 1,000 unit residensi pelajar. Ini model baharu perkongsian awam-swasta (PPP) yang wajar diperluaskan ke universiti-universiti lain. Kerajaan juga menambah 1,500 tempat baharu di universiti penyelidikan dalam bidang strategik seperti undang-undang, perakaunan, ekonomi, kewangan Islam, kecerdasan buatan dan bahasa. Langkah ini memperkukuh keupayaan negara melahirkan graduan berkemahiran tinggi, futuristik dan berdaya saing global.
Tuan Yang di-Pertua, selain sektor pendidikan, saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada Malaysia Convention dan Exhibition Bureau (MyCEB) yang terus mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa. Sehingga 24 Oktober 2025, MyCEB telah berjaya menarik 349 acara perniagaan bagi tahun 2025, melibatkan 796,025 delegasi termasuk 242,526 delegasi antarabangsa.
Ini menjana anggaran perbelanjaan pelancongan sebanyak RM3.25 bilion serta impak ekonomi keseluruhan sebanyak RM7.3 bilion. Pencapaian ini membuktikan bahawa MyCEB bukan sekadar agensi promosi tetapi arkitek diplomasi ekonomi yang memperkukuh jenama Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan bertaraf dunia.
Saya mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan dana tambahan kepada MyCEB bagi memperkukuh promosi global, keupayaan teknikal dan produktiviti menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Dengan sokongan mantap, MyCEB berpotensi menjadi enjin pertumbuhan baru, menggandakan hasil ekonomi dan menempatkan Malaysia sebagai hab acara perniagaan Asia.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya juga ingin menyentuh mengenai skim perlindungan untuk rakyat khususnya berkaitan pekerja gig dan bekerja sendiri yang kini menjadi sebahagian besar daripada tenaga kerja moden. Saya menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan Akta Pekerja Gig 2025 serta inisiatif caruman padanan di bawah PERKESO dan KWSP, i-Saraan Plus dengan kadar RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup bagi pekerja gig, e-hailing dan p-hailing.
Begitu juga skim i-Saraan untuk pekerja informal lain dengan caruman padanan RM500 setahun atau RM5,000 seumur hidup. Langkah ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan bekerja sendiri, belia dan profesional bebas (freelancers) yang selama ini terpinggir daripada sistem perlindungan sosial.
Namun begitu, saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan persoalan untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Pertama, cadangan. Cadangan pertama, saya mencadangkan agar liputan PERKESO dan
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
KWSP bagi pekerja gig diperluaskan kepada sektor-sektor bukan tradisional seperti pendidik dalam talian, pereka grafik bebas, pemandu pelancongan dan penghantar barangan mikro yang kini semakin meningkat. Perlindungan tidak seharusnya terhad kepada p-hailing dan e-hailing semata-mata.
Kedua, bagi memastikan penyertaan yang tinggi, kerajaan wajar mempertimbangkan insentif cukai atau potongan khas kepada syarikat platform digital yang mendaftar dan mencarum bagi pekerja mereka di bawah skim PERKESO atau KWSP. Langkah ini akan mempercepatkan proses formalization sektor gig.
Ketiga, saya mencadangkan agar PERKESO memperkenalkan satu Skim Insurans Pendapatan Gig bagi membantu pekerja yang kehilangan punca pendapatan akibat kemalangan, kesihatan atau penggantungan akaun oleh platform.
Ini akan melengkapkan jaringan keselamatan sosial mereka.
Dan yang keempat, wajar diwujudkan Pusat Sehenti Pekerja Gig Nasional untuk pendaftaran, latihan dan pemantauan sosial bagi memastikan tiada penggiat gig tercicir daripada perlindungan kerajaan. Dan berikut adalah empat soalan kepada Kementerian Sumber Manusia.
Pertama, apakah angka terkini bilangan penggiat gig yang telah mencarum di bawah PERKESO dan KWSP i-Saraan Plus sehingga kini?
Yang kedua, adakah kerajaan bercadang mewajibkan platform digital untuk mencarum secara automatik bagi penggiat gig yang berdaftar dengan mereka?
Dan yang ketiga, bagaimana pemantauan dan penguatkuasaan Akta Gig 2025 akan dilaksanakan agar benar-benar memberi kesan dan bukan sekadar simbolik dan adakah kerajaan berhasrat memperkenalkan kadar caruman dinamik di mana sumbangan pekerja dan platform diselaras mengikut pendapatan sebenar bulanan penggiat gig?
Tuan Yang di-Pertua, sektor gig adalah masa depan dunia pekerjaan. Jika kita gagal melindungi mereka hari ini, kita akan mewarisi generasi yang tanpa jaminan sosial esok hari. Oleh itu, saya mohon agar Kementerian Sumber Manusia dan PERKESO mengambil langkah proaktif untuk memastikan penggiat gig bukan saja produktif tetapi juga terjamin masa depan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir yang ingin saya bangkitkan ialah mengenai Sijil Amalan Guaman (CLP) yang kini jelas memerlukan penilaian semula yang serius. Menurut satu laporan yang tersiar dalam media sosial baru-baru ini, hanya 189 calon memperolehi full passed kelulusan penuh dalam peperiksaan CLP pada tahun ini, kadar terendah dalam tempoh 5 tahun.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sedangkan kadar kelulusan penuh sebelum ini iaitu 439 calon iaitu 34 peratus pada tahun 2023, 310 calon iaitu 30 peratus pada tahun 2022 dan 224 calon iaitu 17 peratus pada tahun 2021. Ini menunjukkan satu corak kejatuhan sistemik yang membebankan ribuan graduan undang-undang luar negara, khususnya daripada United Kingdom yang terpaksa memilih laluan alternatif yang jauh lebih mahal dan rumit untuk melayakkan diri sebagai peguam di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat keadaan ini tidak adil dan sistem sedia ada bukan lagi mencerminkan tahap kecekapan tetapi menjadi halangan kepada akses ke profesion guaman itu sendiri. Kita tidak mahu sistem yang menutup pintu kepada potensi muda, sebaliknya sistem yang membuka ruang kepada keadilan dan merit.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah tindakan kerajaan dalam menangani masalah ketidakseimbangan ini dan bilakah reformasi yang dicadangkan melalui pelaksanaan Common Bar Course (CBC) akan dilaksanakan secara rasmi bagi menggantikan CLP? Kita mesti sedar bahawa keadilan bermula daripada akses kepada profesion guaman itu sendiri kerana undang-undang bukan hak eksklusif golongan berada tetapi hak semua rakyat yang mahu menegakkan kebenaran melalui ilmu dan integriti.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Banyak lagi Yang Berhormat?
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Ya, saya ada sedikit lagi, boleh Pengerusi? Bagi saya tiga minit.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Dua minit Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Dua minit? Okey.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita melihat bagaimana tiga sektor utama, pendidikan, pelancongan dan tenaga kerja bergerak seiring membina masa depan Malaysia MADANI.
Pendidikan melahirkan akal budi dan insan berilmu. Pelancongan dan acara perniagaan menjana kemakmuran ekonomi dan membuka ruang diplomasi global.
Sementara itu, sektor sumber manusia dan ekonomi gig pula menjadi denyut nadi baharu tenaga kerja negara, mencerminkan keanjalan, daya tahan dan semangat kerja anak muda zaman ini.
Kerajaan bukan saja membina sekolah dan memberi peluang pekerjaan tetapi juga sedang membina manusia, memperluaskan peluang dan memperkukuh
Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu - Batu Gajah
perlindungan sosial untuk setiap lapisan rakyat. Langkah memperkukuh sistem PERKESO dan KWSP untuk pekerja gig serta pelaksanaan Akta Pekerja Gig 2025 adalah bukti bahawa setiap rakyat sama ada bekerja di pejabat, di ladang atau di atas motosikal penghantaran kini diiktiraf sebagai penyumbang sah kepada ekonomi negara.
Pembinaan semula SJK(T) Ladang Jeram, kejayaan MyCEB di pentas antarabangsa dan perlindungan pekerja gig di bawah akta baharu, ketiga-tiga adalah cerminan dan hasrat besar bahawa Malaysia sedang mara ke hadapan dengan keseimbangan dari segi akal, ekonomi dan empati. Sesungguhnya, inilah wajah sebenar Malaysia MADANI. Sebuah kerajaan yang mendengar dengan telinga, memahami dengan hati dan bertindak dengan keikhlasan demi rakyat. Dengan ini, Batu Gajah mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah - Paya Besar
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 28 Oktober 2025.
[Mengetuk tukul]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.31 malam]